Dewan Rakyat · 3 December 2018

15th Parliament, session 1, meeting 2 · 818 turns · 63,594 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Hasanuddin bin Mohd YunusAMANAH · PHHulu Langat · question

1. Tuan Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat] minta Menteri Pendidikan menyatakan, adakah kerajaan akan menggubal semula subjek Sejarah yang sebelum ini fakta yang salah dan terlalu banyak tokok tambah.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHMenteri Pendidikan · Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua. Marcus Garvey seorang publisher ataupun penerbit daripada Jamaica yang mati pada tahun 1940 ada menyatakan, “A people without the knowledge of their past history, origin and culture is like a tree without roots”, dengan izin. Iaitu yang bermaksud seseorang yang tidak mengetahui tentang sejarah asal usul dan juga budayanya adalah seumpama pokok tanpa akar. Tuan Yang di-Pertua, proses penggubalan kurikulum sejarah melalui penentuan yang ketat oleh pihak panel pakar rujukan kurikulum dan buku teks Sejarah yang dilantik oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum yang sedang diguna pakai ini merupakan kurikulum baharu yang bermula semenjak tahun 2017. Panel pakar rujuk terdiri daripada tokoh akademik pelbagai kepakaran dalam bidang ilmu sejarah sama ada di dalam mahupun daripada luar negara. Panel ini membuat penetapan organisasi berasaskan pemilihan tema-tema tertentu iaitu peristiwa yang dipelajari dan dikaji secara kronologi yang mengikut garis masa peristiwa yang berkaitan mengikut era, bukti dan juga jangka masa yang tepat tentang sejarah negara. Proses penggubalan kurikulum sejarah dan buku teks Sejarah mengambil masa selama empat tahun dengan melalui beberapa bengkel dan mesyuarat penggubalan kurikulum yang merangkumi aspek pemetaan, penggubalan, pemantapan, penambahbaikan dan pemurnian. Proses ini bagi mengenal pasti needs analysis bersandarkan perkongsian idea, pengumpulan maklumat, pandangan tanpa memutar belitkan fakta sejarah itu sendiri. Kurikulum sejarah yang telah selesai digubal sekali lagi melalui prosiding pembentangan, penyemakan, penilaian dan seterusnya disahkan oleh panel pakar rujuk kurikulum sejarah dan buku teks Sejarah. KPM prihatin dengan pandangan pelbagai pihak tentang mata pelajaran Sejarah. Kurikulum standard Sejarah digubal dengan tujuan murid memperoleh perspektif yang lebih luas tentang sejarah, tentang perkembangan dan proses evolusi peradaban dunia serta memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Di samping itu juga, murid didedahkan dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan berdasarkan kemahiran pemikiran sejarah yang menerapkan pemikiran analytical, creative dan reflective. Sungguhpun demikian, KPM mengambil peduli terhadap apa yang dikatakan oleh Winston Churchill, dengan izin. “History is written by the victors”. Perubahan landskap sejarah yang sekali gus membawa perubahan besar kepada harapan dan dimensi pemikiran rakyat di dalam membentuk naratif baru bagi sejarah setelah terbentuknya Malaysia baharu turut diambil cakna oleh KPM. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan buku teks Sejarah dan jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan jawatankuasa-jawatankuasa yang sedia ada. KPM juga akan mengadakan beberapa siri wacana dengan tokoh-tokoh sejarawan bagi mendapatkan perspektif sejarah dengan naratif dengan lebih segar dan lebih produktif. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Content syllabus subjek Sejarah. Satu, content dia. Kemahiran dan keberanian guru ketika mengendalikan kelas sejarahnya. Dua, ruang perbincangan terbuka untuk anak-anak kita adalah elemen yang paling penting untuk kita mencapai objektif pembelajaran sejarah khususnya Sejarah Malaysia itu sendiri. Saya mendapati ada beberapa guru yang tidak berani menggunakan perkataan, contohnya kolonial yang menggambarkan tentang latar belakang penjajah yang datang ke negara kita, sebagai contoh. Dalam melihat maksud kolonial, kalau kita melihat penulis dan ahli politik India Arundhati Roy berkata bahawa perdebatan antara pro dan kontra tentang kolonialisme ini adalah seperti mendebatkan pro dan kontra pemerkuasaan. Maknanya kita cuba melihat perbincangan berkenaan perkara tersebut. Soalan saya, selain daripada pembentukan jawatankuasa yang saya kira amat menarik itu, apakah teknik pengajaran sejarah yang boleh kita gunakan untuk menceritakan sejarah negara kita dalam bentuk yang mesra dan sehingga anak-anak kita rasa gembira dan rasa minat dan suka kepada pembelajaran sejarah tanah air mereka sendiri. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Yang Berhormat Hulu Langat, kurikulum baharu Sejarah yang telah dibentuk dan mula di guna pakai semenjak 2017 membawa satu perspektif pedagogi yang baru di dalam pendidikan dan juga pengajaran sejarah. Jikalau dilihat kepada presentation, dengan izin, ataupun pembentangan fakta-fakta sejarah ia tidak lagi bergantung hanya kepada penghafalan nama-nama, angka-angka dan tarikh-tarikh semata-mata.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Pelbagai unsur pedagogi yang terkini telah dimasukkan di dalam kurikulum yang baharu ini. Saya sendiri telah mengambil inisiatif untuk melihat satu-persatu buku daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 yang seterusnya akan dilengkapkan. Kemudiannya, bagaimana pendekatan yang baharu ini boleh merubah cara anak-anak murid dan juga cara guru untuk melihat kepada sejarah itu sendiri. Tidak dinafikan juga, terdapat alat bantuan mengajar yang diguna pakai untuk membantu para guru di dalam proses pengajaran dan juga anak-anak murid, dalam proses mengayakan pengetahuan mereka terhadap sejarah itu sendiri. Walau bagaimanapun, kita mengambil cakna bahawa bukan semua guru mempunyai pendekatan yang kreatif, mempunyai pendekatan yang analytical, mempunyai pendekatan yang kritikal terhadap sejarah. Maka, KPM bermula pada tahun hadapan akan mengadakan pelbagai latihan-latihan untuk menajamkan lagi skil-skil pedagogi dan juga skil- skil pemikiran di kalangan guru-guru kita. Sungguhpun begitu, kita tidak nafikan, apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat ialah berkaitan dengan naratif sejarah itu sendiri. Bagaimana rakyat melihat sejarah daripada dimensi yang tertentu. Kita tahu, seperti mana yang saya telah sebutkan sebelum ini, Winston Churchill mengatakan bahawa, “Sejarah itu ditulis oleh mereka yang menang”. Maka, di era Malaysia baharu ini, kita mengambil cakna pendapat golongan yang menang untuk membentuk naratif yang lebih segar dan naratif yang lebih baharu, yang lebih kritikal, lebih adil dan lebih objektif di dalam menilai sejarah. Kita mengharapkan pihak media akan membantu kita untuk memberikan peluang kepada ramai lagi ahli-ahli akademik kepada ramai lagi mereka yang sebelum ini berada pinggiran ataupun peripheral, dengan izin untuk pergi ke tengah, untuk pergi ke pusat, membawa dan mempersembahkan naratif ataupun dimensi sejarah dalam bentuk baharu yang akan dapat membentuk negara bangsa yang lebih utuh dan jitu. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Jika kita tidak tahu tentang sejarah, maka kemungkinan kita akan mengulangi keburukan sejarah yang dilalui itu. Saya ingin tahu, ada berapa kumpulan sekolah swasta di negara kita ini dan adakah sekolah-sekolah swasta itu kita pastikan mengambil mata pelajaran Sejarah seperti 60 independent Chinese school dan apakah tajuk-tajuk dan fakta sejarah yang menjadi kontroversi dalam negara kita ini? Satu lagi, setakat berapa tahun, satu perkara itu boleh dianggap sebagai satu sejarah dan boleh dimasukkan dalam subjek Sejarah. Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pontian tentang sesuatu kesilapan dalam sejarah perlu dipelajari agar tidak diulangi. Saya boleh memberikan jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi ke depan tidak akan mengulangi. Begitu juga dengan jenayah...

Itu termasuk- termasuk RM42 bilion harta 1MDB, hutang cuma RM31. Aset RM42 bilion, hutang RM31 bilion. Itu masukkan juga dalam...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

...Besar yang dilakukan oleh ahli politik dalam menyamun...

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Tidak mengapakah masuk sahaja. Masuk sejarah sahaja.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Begitu juga sejarah yang menyaksikan bahawa Khazanah...

Kasut hitam masuk juga...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Negara telah disamun oleh pemimpin akan dimasukkan dalam sejarah juga.

Termasuk juga RM32 bilion yang hilang akibat the FOREX Scandal.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Berkaitan dengan sejarah atau pengajian dan pembelajaran sejarah di sekolah-sekolah cina swasta. Saya mengucapkan sebanyak-banyak tahniah kepada DBP kerana telah menjalankan pelbagai usaha libat urus, dengan izin, engagement dengan sekolah-sekolah aliran Cina, bermula dengan beberapa bulan yang lepas, berterusan untuk memastikan bahawa semangat patriotik pengangkatan atau pemartabatan bahasa Melayu akan sentiasa berlaku hatta di sekolah-sekolah Cina sekalipun. Saya ucapkan tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, saya ingin membawa sepotong kata-kata daripada penyair terkenal Indonesia, Goenawan Mohamad yang mengatakan, “Tapi barangkali memang sejarah terdiri dari penemuan-penemuan separuh benar atau separuh salah hingga kemajuan terjadi.” Begitu juga Kuntowijoyo ada mengatakan, “Dengan sejarah kita belajar jatuh cinta”. Terima kasih.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

[Bangun] soalan tambahan...

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

[Bangun] Soalan tambahan...

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat- baiklah oleh sebab pentingnya tajuk sejarah ini. Yang Berhormat Setiawangsa, silakan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dia biasa yang belajar undang-undang ini, dia minat sejarah. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya― saya setuju bahawa sejarah ditulis oleh pemenang, “History is written by the victors”, dengan izin. Apa yang kita lihat selama ini, sebelum ini― selama 61 tahun di bawah Barisan Nasional, peranan-peranan tokoh-tokoh Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestaman, Pak Sako, ataupun tokoh-tokoh pejuang-pejuang daripada Sabah dan Sarawak misalnya, tidak diberikan ruang yang sepenuhnya. Saya masih ingat, ketika saya bertemu dengan Allahyarham Musafar Tek, antara penulis sejarah dan dia sendiri penulis buku teks sejarah zaman saya dan dia mengatakan, terlalu banyak propaganda di dalam sejarah rasmi yang diterbitkan. Jadi, apakah usaha kerajaan supaya naratif ini lebih adil? Kita tidak nafikan peranan orang seperti Dato’ Onn dan juga Tunku Abdul Rahman. Akan tetapi kita juga kena berlaku adil kepada tokoh-tokoh lain yang terlibat di dalam perjuangan kemerdekaan.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa yang bertanya. Seperti mana yang telah disebutkan dalam jawapan awal tadi bahawa KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan Kurikulum dan Buku Teks Sejarah, yang mana jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan jawatankuasa- jawatankuasa yang sedia ada di dalam pembentukan kurikulum baru yang telah mula digunakan semenjak tahun 2017. Walau bagaimanapun, saya ingin juga menarik perhatian Yang Berhormat Setiawangsa terhadap jawapan saya yang kedua tadi, iaitu naratif penceritaan sejarah itu sendiri. Ini perlu dibentuk melalui media umum. Ini perlu dibentuk melalui wacana-wacana umum. Kita rasa bertuah kerana di era Malaysia baharu, tidak ada lagi sekatan untuk perbincangan umum demi membicarakan isu-isu yang berkait rapat dengan rakyat dan kita menggalakkan bukan sekadar media, semua pertubuhan masyarakat sivil dan semua pihak, untuk turut terlibat di dalam kita membicarakan, di dalam kita membincangkan isu-isu yang boleh membentuk naratif baharu ke arah Malaysia yang lebih maju, Malaysia yang lebih bersatu dan Malaysia yang mengangkat perpaduan negara dan perpaduan rakyat itu sendiri. Terima kasih.

Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar · question

2. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, inisiatif yang akan diberikan kepada syarikat-syarikat penyiaran untuk membantu mereka memperoleh lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP) dan hak penyiaran untuk menandingi monopoli syarikat penyiaran besar sedia ada agar rakyat mempunyai lebih banyak pilihan.

Tuan Eddin Syazlee ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Kuala Pilah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 November 2018, terdapat 35 syarikat telah diberikan lesen CASP oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menawarkan perkhidmatan penyiaran TV melalui pelbagai platform seperti satelit, penyiaran bebas ke udara (FTA), protocol internet (IPTV) dan juga penyiaran televisyen terrestrial atau digital ataupun digital terrestrial television broadcasting (GTTV), dengan izin. Ingin dimaklumkan daripada senarai di atas, terhadap empat syarikat telah diberikan untuk memberikan perkhidmatan penyiaran TV melalui platform satelit selain daripada Astro iaitu antaranya Ansa Broadcast Sdn. Bhd. (Ansa), Jaringan Mega Sdn. Bhd., Jaringan Media, Smart Digital International Malaysia Sdn. Berhad (Smart Digital) dan High End Net Sdn. Berhad (High end Net). Dengan adanya penawaran pelbagai platform ini, rakyat Malaysia dijangka akan mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati kandungan, sama ada melalui penyiaran percuma tanpa langganan dan subscription broadcasting melalui penyiaran berbayar. Selain daripada itu, rakyat Malaysia juga mempunyai pilihan untuk menikmati kandungan penyiaran melalui platform over the top (OTT) seperti aplikasi tonton, dimsum view, Iflix dan Netflix. Untuk makluman. Aplikasi OTT ini ialah aplikasi penyediaan kandungan melalui platform internet sepenuhnya. Ia adalah aktiviti yang dikecualikan daripada keperluan pelesenan di bawah AKM 1998. Mana-mana pihak yang berhasrat untuk memberikan perkhidmatan penyiaran boleh mengemukakan permohonan lesen CASP kepada SKMM bagi tujuan penilaian.

Tuan Eddin Syazlee ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Kuala Pilah

Penilaian oleh SKMM untuk membuat syor kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi permohonan lesen CASP adalah berdasarkan kepada kriteria- kriteria yang mematuhi peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2000 dan Garis Panduan Pelesenan. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut: (i) syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dengan modal berbayar minimum sebanyak RM500,000; (ii) maklumat korporat syarikat termasuk pemegang saham syarikat, ahli lembaga pengarah dan pengurusan syarikat; (iii) perihal jenis kemudahan, perkhidmatan, aplikasi atau kandungan dan teknologi yang akan ditawarkan; dan (iv) perihal liputan dan cadangan pelan pelaksanaan komersial dan jangkaan perbelanjaan operasi dan modal, rancangan pembiayaan termasuk sumber pembiayaan domestik atau asing dan kedudukan kewangan semasa syarikat. Lesen individu pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan CASP diberikan kepada mana-mana syarikat yang berhasrat untuk memberikan perkhidmatan penyiaran di Malaysia secara komersial. SKMM sebagai badan kawal selia tidak menjalankan peranan untuk memasarkan atau mempromosikan lesen-lesen di bawah AKM 1998. Ini adalah sejajar dengan fungsi dan objektif SKMM sebagai pengawal selia industri komunikasi dan multimedia ini. Dari segi pembangunan industri, SKMM bercadang untuk menjalankan satu kajian secara holistik mengenai ekosistem industri penyiaran di Malaysia khususnya bagi pemegang lesen CASP pada tahun 2019.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, ada sikit penambahan daripada Hansard jawapan di Dewan Negara dan di Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Lenggong pada 19 November yang lalu. Cumanya, persoalan saya berkaitan CASP ini adalah bagaimana kerajaan telah menghapuskan monopoli syarikat Astro? Maknanya daripada tahun 1997 sehingga 2017 selama 20 tahun dan kemudiannya tempoh privilege 23 tahun. Cumanya, apa yang menghairankan saya, insentif kerajaan memberi lesen kepada empat syarikat yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi merupakan usaha yang baik tetapi isunya adalah bagaimana empat buat syarikat ini, sebagaimana jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Dewan Negara, di antara empat syarikat ini sepatutnya salah satu daripada empat syarikat ini telah bermula pada Ogos yang lalu tetapi tidak bermula. Kerisauan saya ialah niat kementerian untuk menghapuskan monopoli Astro dengan memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih syarikat mana yang mereka suka akan terbantut kerana kita tidak boleh membiarkan empat syarikat ini berdiri dengan diri mereka sendiri as an individual without government support, dengan izin. Itu sebabnya saya fikir kalau kita hendak compare yang ada PhD hendak lawan dengan yang ada UPSR, ia tidak satu persaingan yang baik. Kenapa perkara ini berlaku? Keduanya, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah jumlah pelaburan Astro sepanjang tempoh mereka membangunkan teknologi ini dan berapa banyak kutipan daripada yuran-yuran atau caj yang dikenakan kepada pelanggan? Adakah tempoh 23 tahun yang telah ditetapkan oleh kerajaan telah melebihi pelaburan atau berkurangan? Sebab, apa yang saya lihat hari ini, perkhidmatan Astro sebagai graduan bidang telekomunikasi (satelit), saya yakin perkhidmatan ini disebabkan faktor persekitaran dan alam sekitar. Akan tetapi yang menghairankan saya ialah content yang dibuat oleh Astro ini berulang-ulang dan ramai rakyat di luar sana agak bosan apabila Astro ulang-ulang. Adakah disebabkan Astro tidak untung dengan penghapusan monopoli ini? Apakah jaminan kerajaan supaya rakyat dapat apa yang diminta daripada syarikat-syarikat yang lain? Terima kasih.

Tuan Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Banyak soalannya itu. Saya pergi satu-satu ya. Pertama sekali yang dikatakan hak secara eksklusif kepada Astro. Itu betul, saya setuju. Ia telah pun ditamatkan pada tahun 2017. Dan betul, jawapan di dalam Dewan Negara mengatakan bahawa ada di antara syarikat-syarikat ini yang diberikan lesen CASP ini sepatutnya memulakan operasi di antara bulan Ogos ke Oktober tahun ini. Akan tetapi, Yang Berhormat juga kena ingat bahawa Astro sendiri sewaktu mula- mula diberikan lesen pada sekitar tahun 1997 hanya mula menjalankan operasi secara penuh selepas dua tahun iaitu pada tahun 1999. Apa yang menjadi kekangan atau masalah kepada syarikat-syarikat yang baharu ini adalah untuk mendapatkan hak kandungan. Sebab, syarikat-syarikat seperti HBO dan sebagainya memerlukan satu syarikat yang boleh meyakinkan mereka sebelum kandungan ini dijual kepada syarikat-syarikat yang baharu ini. Sebab itu Astro sendiri memerlukan masa sehingga dua tahun. Jadi kalau setakat syarikat ini baru diberikan lesen dua tiga bulan, itu adalah satu kebiasaan sebenarnya, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, syarat-syarat yang dikenakan untuk pemegang lesen CASP ini, kerajaan telah pun memberikan syarat yang agak longgar dan minimum yang mana untuk memudahkan dan menggalakkan lebih banyak persaingan. Soal sama ada kerajaan patut membantu syarikat-syarikat ini supaya dapat bersaing dengan syarikat seperti Astro, itu masih lagi sedang difikirkan. Akan tetapi, kalau kita menyebut tentang memperkasakan syarikat-syarikat ini, saya percaya kerajaan di atas matlamat dan tujuan yang sama sepatutnya memperkasakan RTM. Itu adalah pilihan yang lebih baik. Jadi, syarikat seperti Astro ini walaupun diberikan hak selama 20 tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, Astro cuma berjaya mendapat pulangan pelaburannya selepas 16 tahun beroperasi. Di antara 15 ke 20 tahun ya baru mendapat pulangan. Ini tidak timbul isu bahawa Astro masih lagi memonopoli. Cuma, untuk mendapatkan hak kandungan itu kadang-kadang agak mahal. Contohnya, kandungan seperti EPL yang memerlukan perbelanjaan lebih kurang hampir RM1 bilion. Jadi, ini adalah kekangan kepada syarikat-syarikat baharu untuk mula bersaing. Akan tetapi, saya percaya selepas diberi masa yang secukupnya, mungkin syarikat-syarikat ini akan mampu untuk mendapatkan kandungan-kandungan yang bersesuaian, dan kemudian barulah persaingan itu akan dapat kita lihat secara sihat di antara syarikat-syarikat yang diberikan lesen di bawah CASP. Sekian.

[Soalan No. 3 – YB. Tuan William Leong Jee Keen tidak hadir]

Mohd Fasiah bin Mohd FakehUMNO · BNSabak Bernam · question

4. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan, bilangan penjawat awam sambilan dan kontrak yang telah diberhentikan selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan, dan nyatakan apakah justifikasi bagi pemberhentian penjawat awam berkenaan.

Tuan Mohamed Hanipa bin MaidinAMANAH · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sepang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sabak Bernam atas soalan nombor 4 yang bertanyakan tentang bilangan penjawat awam sambilan dan kontrak yang telah diberhentikan selepas Pakatan harapan mengambil alih kerajaan. Beliau juga minta supaya dinyatakan apakah justifikasi bagi pemberhentian penjawat awam tersebut. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 9 April 2018, seramai 14,868 orang pegawai kontrak telah dilantik untuk berkhidmat di agensi-agensi kerajaan tertentu, antaranya Jabatan Pembangunan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (PERPADUAN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Tuan Mohamed Hanipa bin MaidinAMANAH · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sepang

Daripada jumlah tersebut, 177 orang ataupun 1.2 peratus pegawai telah ditamatkan kontrak kerana projek ataupun tugasan yang dilaksanakan oleh pegawai berkenaan telah tamat dan tidak lagi diteruskan oleh agensi berkenaan. Manakala seramai 11,394 orang ataupun sebanyak 76.6 peratus pegawai akan terus kekal berkhidmat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tentang pekerja awam sambilan ini adalah perkara biasa yang diamalkan oleh kerajaan terdahulu. Mereka mengambil penjawat awam sambilan ini berdasarkan keperluan semasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, asal nama penjawat awam sambilan ini ialah ‘Pekerja Khidmat Singkat’, sekarang sudah bertukar kepada ‘Pekerja Sambilan Harian’. Lantikan ini dibayar secara gaji harian dan ia juga kalau mengikut pekeliling kerajaan, hanya boleh bertugas selama tiga bulan. Jika mahu dilanjutkan pun hanya selama tiga bulan lagi sahaja. Akan tetapi, saya difahamkan oleh pegawai bahawa sebelum ini amalan Barisan Nasional melanggar peraturan, kadang-kadang mereka melantik lebih daripada tiga bulan atau lebih daripada enam bulan. Zaman Barisan Nasional dululah, zaman sekarang mungkin tidak berlaku lagi sudah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Dalam pemerhatian saya, jawapan Menteri itu melihat bahawa begitu ramai kakitangan kontrak dan sambilan ini telah diberhentikan. Saya mengharapkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan, kasihanilah mereka ini. Ini kerana, begitu ramai. Ada di antara mereka yang telah bekerja sehingga berpuluh tahun. Kita lihat bahawa mereka telah diberhentikan, kita lihat bagaimanakah mereka menyara keluarga dan sebagainya? Saya melihat bahawa dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah berjumpa dengan Perdana Menteri dan dia mengharapkan dalam 17,000 orang ini janganlah diberhentikan dan berilah jawatan yang lain ataupun yang bersesuaian. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan telah menyediakan sejumlah pampasan yang mencukupi kepada pekerja kontrak ini? Adakah kerajaan telah membuat pertimbangan berlandaskan undang-undang pekerja sebelum membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pekerja kontrak ini? Apakah jaminan yang boleh diberikan Kerajaan Persekutuan kepada kakitangan kontrak dan sambilan ini untuk masa depan? Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sabak Bernam. Soalan Yang Berhormat Sabak Bernam sebenarnya agak banyak ya. Jadi, saya- kalau katakanlah saya jawab jawapan lisan saya tidak dapat cover semua, in syaa Allah Yang Berhormat Sabak Bernam boleh berjumpa dengan saya lepas ini, kita boleh berikan jawapan bertulislah ya. Akan tetapi, saya akan cuba jawab Yang Berhormat Sabak Bernam, terima kasih. Untuk maklum Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akuilah memang apabila orang bekerja, kita berhentikan memang ada akan ada satu masalah, itu saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sabak Bernam. Akan tetapi, pada masa yang sama, kita juga apabila melantik mana-mana pegawai kontrak ini, kita juga beritahu kepada mereka bahawa mereka seharusnya kena terima hakikat mungkin mereka tidak akan disambung kontrak. Nature pekerja kontrak begitu. Oleh sebab kontrak ini tertakluk kepada contract of service atau contract for service, ada syarat-syarat perkhidmatan. Saya rasa Yang Berhormat Sabak Bernam pun boleh bersetuju dengan pihak kerajaan. Sekiranya mereka tidak mematuhi ataupun tidak memenuhi syarat, tidak bolehlah kita hendak sambungkan juga kalau semata-mata hendak jaga mereka. Sebenarnya, kita kena juga lihat pertimbangan-pertimbangan yang lain. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Sabak Bernam, secara umumnya, saya rasa, pihak kerajaan ini tidak suka-suka tidak mahu lanjutkan kontrak dan sebagainya. Akan tetapi, di sana juga ada wujudnya kekangan-kekangan yang terpaksa kita terima dan kita kena ambil kira sebelum kita membuat keputusan untuk tidak melanjutkan. Akan tetapi, saya difahamkan kalau pekerja-pekerja yang ditamatkan kontrak itu memang ada yang diberikan pampasan. Akan tetapi, ini bergantung kepada case-by-case basis. Oleh sebab, kalau mereka layak mendapat pampasan saya rasa pihak kerajaan akan bayar. Tidak ada masalah. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat Sabak Bernam mahu minta angka yang spesifik itu saya tidak ada, saya boleh berikan kemudian. Seterusnya, saya mahu beritahu juga kepada Yang Berhormat Sabak Bernam, tentang apa Yang Berhormat Sabak Bernam kata, adakah kita mengambil tindakan mengikut undang-undang atau tidak? Yang Berhormat Sabak Bernam, pekerja kerajaan dengan pekerja swasta ini ada sedikit perbezaan. Pekerja-pekerja kakitangan awam ini, masih tertakluk kepada pekeliling. Mereka ada prosedur-prosedur untuk diberhentikan ataupun hendak reduce rank, dengan izin, atau turunkan pangkat, ada prosedur-prosedur tertentu. Ia tidak sama 100 peratus dengan kakitangan swasta. Oleh sebab itulah, bagi kakitangan awam ini, sebenarnya Yang Berhormat Sabak Bernam, lebih susah untuk diambil tindakan daripada kakitangan swasta. Oleh sebab itulah, saya merasakan memang pihak kerajaan akan ambil kira segala-segalanya sebelum kita mengambil keputusan sama ada mahu tamatkan atau mahu berhentikan seseorang itu. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Merenungi dan meneliti jawapan Menteri, sekitar 14,868 orang dalam kontrak. Membetulkan apa Yang Berhormat Sabak Bernam bicarakan tadi, 15 tahun ke atas mendapat pekerjaan tetap, itu telah pun diwartakan dan 76.6 peratus yang diambil semula bekerja setelah Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan yang baru. Namun, saya mendapat laporan maklumat daripada pekerja Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sekitar 2,138 orang pekerja yang telah ditamatkan kontrak secara total. Dalam bajet tidak ada langsung untuk peruntukan mereka ini diserapkan ke agensi- agensi yang lain. Melihat daripada sudut ini, mereka membuat rayuan atas sifatnya ditubuhkan pada 15 tahun yang lalu dan telah dibubarkan di atas sifat keperluan itu tidak ada. Maka, saya ingin bertanya dengan Timbalan Menteri, kerana ini adalah kelompok yang besar iaitu sekitar 2,138 orang pekerja di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara. Soalan saya ialah, Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan pekerja kontrak setelah agensi itu dibubarkan, seperti JLKN, bolehkah diserapkan ke agensi yang lain walaupun tidak ada di dalam bajet? Ini supaya mereka tidak dizalimi seperti mana yang berlaku di KEMAS, sebagai contoh, diserapkan ke agensi yang lain. Maka, keperluan itu saya fikirkan ada kalau kita mencari untuk memastikan mereka tidak dizalimi. Selain itu, untuk memastikan 2,138 orang pekerja itu mendapatkan harapan sedikit daripada apa yang hendak kita lakukan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, kepada sahabat saya. Seorang yang amat aktif di dalam membela pekerja ini. Saya rasa memang daripada dulu beliau konsisten, istiqamah, bercakap bagi pihak pekerja. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya saya tidak ada satu jawapan rasmi tentang tindakan untuk menyerap mana-mana pegawai. Akan tetapi, untuk makluman Yang Berhormat Kapar, saya hendak beritahu juga, untuk makluman, penyerapan ini saya rasa secara umumnya kerajaan akan mengambil kira berdasarkan case-by-case basis. Saya ada jawapan di sini, untuk Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), sebenarnya rayuan telah diterima, mereka ada membuat rayuan. Sehingga 30 November 2018– Yang Berhormat Kapar boleh tulislah, nanti mahu bercakap dalam kawasan nanti. 30 November 2018, untuk makluman, JLKN seramai 74 rayuan telah diterima. Daripada 74 rayuan itu, Yang Berhormat Kapar, telah dibincangkan di dalam perjumpaan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, pihak JPA dan Kementerian Kewangan. Selain itu juga, jumlah keseluruhan pegawai kontrak, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya 2,116 orang. Jadi, saya rasa bila mereka buat rayuan ini Yang Berhormat Kapar, mungkin kita boleh pertimbangkan.

Saya tidak pasti sejauh manakah rayuan ini telah diketahui hak untuk merayu ini oleh pihak-pihak yang ditamatkan itu. Jadi saya rasa sebagai tambahan, kalau Yang Berhormat merasakan bahawa mereka ini perlu mendapat pembelaan, boleh menulis surat secara spesifik kepada saya ataupun pihak JPA. Kita akan mengkaji sebarang saranan daripada Yang Berhormat dan kita seboleh-bolehnya Yang Berhormat, akan cuba membantu mereka ini. Sekian, terima kasih.

Mustapa bin Mohamed (Tok Pa)UMNO · BNJeli · question

5. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, keberkesanan langkah-langkah diambil untuk membasmi gejala dadah termasuklah pil kuda terutamanya di Kelantan. Apakah langkah-langkah baru yang akan diambil kerajaan dalam menangani hal ini.

Dato’ Mohd Azis bin JammanWARISANTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jeli. Izinkan saya untuk menjawab soalan ini bersekali dengan satu lagi soalan berkaitan perkara yang dibangkitkan memandangkan soalan yang berkenaan bertanyakan isu yang sama iaitu pertanyaan daripada Yang Berhormat Sibuti pada 11 Disember 2018. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Dalam Negeri amat memandang serius gejala penyalahgunaan dadah dan sentiasa komited untuk membendung gejala penagihan dadah, membanteras aktiviti pengedaran serta mengekang penyeludupan dadah oleh sindiket atau oleh orang perseorangan. Bagi isu dadah di negeri Kelantan, Polis Diraja Malaysia telah berjaya merampas sebanyak 124,390 biji dadah pil kuda dengan nilai rampasan sebanyak RM1,243,900 dan tangkapan seramai 2,246 orang di negeri Kelantan bagi tempoh bulan Januari sehingga bulan September 2018. Di antara langkah-langkah yang telah diambil serta penangkapan berkaitan isu ini di negeri Kelantan adalah seperti berikut: (i) sebanyak 37 Ops Sarang dengan tangkapan seramai 317 orang telah dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia di negeri Kelantan; (ii) 494 operasi pengesahan penagih dadah telah dilaksanakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan dari bulan Januari sehingga bulan Ogos 2018 di negeri Kelantan; (iii) sebanyak 49 program Family on Alert (FoA) telah diadakan dalam tempoh bulan Januari sehingga bulan Julai 2018 di seluruh Kelantan; (iv) sebanyak tujuh buah kem pintar yang melibatkan 350 orang murid, 12 program Shields, dengan izin, yang melibatkan 480 orang pelajar dan 14 program Tomorrow’s Leaders yang melibatkan 700 orang pelajar telah dilaksanakan pada tahun ini sehingga bulan Julai 2018 di Kelantan; (v) sebanyak 124 program pendidikan pencegahan dadah di tempat kerja yang melibatkan kehadiran seramai 3,720 orang peserta telah dilaksanakan di seluruh negeri Kelantan; (vi) sebanyak 14 buah kem smart telah dilaksanakan dalam tempoh bulan Januari sehingga bulan Julai 2018 di semua daerah di Kelantan yang melibatkan penyertaan seramai 420 orang; dan (vii) kempen perangi dadah habis-habisan telah dilaksanakan di negeri Kelantan bagi membendung masalah penagihan dadah dan seterusnya memberi kesedaran kepada semua golongan masyarakat. Seminar tersebut bangkit memerangi dadah kepada pengetua-pengetua sekolah juga dianjurkan oleh AADK Kelantan pada 2 September 2018 di Kelantan dalam usaha menyebarluaskan maklumat, membangkitkan rasa risau dalam kalangan pengetua sekolah. Selain itu, seminar yang dilaksanakan ini akan terus dibuat dari semasa ke semasa dalam mempertingkatkan lagi usaha pengetua dalam melatih para guru di sekolah masing-masing supaya kesedaran berkaitan penyalahgunaan dadah dan pengesanan awal di peringkat sekolah dapat dicegah terlebih awal. Seterusnya, AADK Kelantan juga telah membuat perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan agar mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat negeri Kelantan dapat dipengerusikan oleh beliau. AADK negeri Kelantan dan kerajaan negeri akan sentiasa saling bekerjasama dalam usaha membasmi masalah penagihan dadah. Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU) adalah satu program Al-Muttaqin Desa Takwa yang dirancang oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan rentetan daripada penganjuran Forum Jihad Perangi Dadah pada 9 April 2018 oleh AADK Kelantan. Justeru itu, kerjasama bersama jabatan ini diperluaskan dengan timbul idea semasa perancangan ini iaitu melaksanakan program berbentuk pengukuhan ilmu agama kepada Orang Kena Pengawasan (OKP) secara projek rintis dan memilih tiga buah daerah untuk dilaksanakan iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh. Program PINTU ini memfokuskan kepada 50 orang OKP secara berterusan setiap bulan selama enam bulan pemantauan dan pengajarnya disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di majlis terpilih dalam program Al-Muttaqin Desa Takwa terbabit. Bagi menangani penyeludupan dadah di sempadan antarabangsa negara, KDN melalui Polis Diraja Malaysia sentiasa mempertingkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan dalam dan luar negara bagi berkongsi dan bertukar maklumat risikan. Statistik keseluruhan tangkapan terhadap individu di sempadan negara yang terlibat dalam pengedaran dadah bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2013 sehingga bulan Ogos 2018 adalah seramai 425 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 39 orang telah dituduh di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagi tangkapan untuk tahun semasa daripada bulan Januari sehingga bulan Ogos 2018, PDRM telah berjaya menangkap seramai 47 orang yang mana empat orang daripada jumlah tersebut telah dituduh di bawah seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Di samping itu, sejumlah 54,382.03 kilogram pelbagai jenis dadah, 205,986 liter pelbagai cecair dadah, 112.8 kilogram kafein, 136.75 kilogram ephedrine serta tujuh batang pokok ganja turut dirampas. Nilai keseluruhan rampasan di seluruh negara dianggarkan berjumlah RM162.35 juta sehingga bulan Ogos 2018. Dadah yang dirampas ini dimusnahkan melalui proses pelupusan yang dibuat secara terus dan mengikut prosedur yang ketat. Sesuatu rampasan dadah hanya akan dimusnahkan setelah selesai perbicaraan di mahkamah mengikut arahan mahkamah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 406A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Berdasarkan statistik Agensi Antidadah Kebangsaan, jumlah penagih dadah yang dikesan meningkat daripada tahun 2013 ke tahun 2016 iaitu pada tahun 2013 seramai 20,887 orang, tahun 2014 seramai 21,777 orang, tahun 2015 seramai 26,660 orang dan tahun 2016 seramai 30,844 orang. Walau bagaimanapun, jumlah penagih dadah yang dikesan pada tahun 2017 telah menurun sebanyak enam peratus berbanding tahun 2016 iaitu seramai 25,922 orang. Negara kita sentiasa seperti mana negara-negara lain di dunia, mengakui bahawa dadah merupakan satu isu yang memerlukan usaha yang berterusan tanpa putus asa bagi melindungi masyarakat daripada ancaman dadah. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, adalah penting agar masyarakat yang ada di luar sana sentiasa bekerja rapat khususnya dengan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia, agensi antidadah, untuk memberikan maklumat-maklumat jika mereka ketahui di persekitaran mereka itu berlaku proses-proses pengedaran dadah yang dilakukan oleh orang-orang yang tertentu. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif tadi. Kita Ahli-ahli Dewan Rakyat, wakil rakyat malah seluruh negara dukacita kerana negara masih lagi belum dapat menyelesaikan isu ini. Mengikut angka-angka Yang Berhormat tadi, terdapat peningkatan yang agak ketara dalam tangkapan dan juga penyalahgunaan dadah ini walaupun telah diadakan banyak program memerangi dadah, jihad dadah, pelbagai nama diberikan. Kita ucapkan tahniah kepada Jabatan Narkotik, PDRM, AADK dan pendakwah- pendakwah yang gigih untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi ia masih menjadi masalah yang besar. Kalau di Kelantan, bermula dulu pil kuda, saya difahamkan, syabu dan ketum sudah memasuki negeri Kelantan. Jadi bermula pil kuda, merebak kepada bahan-bahan dadah yang lain. Dua soalan tambahan. Pertama, daripada segi angka-angka Yang Berhormat sebutkan tadi meningkat dari semasa ke semasa. Adakah kerajaan bercadang untuk mencari cara lain untuk mendapatkan angka yang lebih tepat? Umpamanya penglibatan ketua-ketua kampung ataupun imam-imam. Mereka seharusnya mengetahui siapa kariah mereka, imam umpamanya ataupun ketua kampung. Kita ucapkan terima kasih kerana PDRM dan AADK ada angka-angka ini. Akan tetapi saya merasakan bahawa kalau wakil rakyat ataupun ketua kampung dan juga imam-imam terlibat, kita akan dapat mengetahui secara lebih tepat angka- angka ini dan jika diperoleh angka ini, sudah pasti masalah ini adalah masalah yang amat besar.

Keduanya, dari segi pendekatan Yang Berhormat sebut tentang pendekatan Desa Takwa dan juga NGO dan pendakwah tadi. Setakat mana kerajaan akan mengguna pakai pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh NGOs yang telah terbukti berjaya untuk mengurangkan gejala-gejala dadah ataupun pendekatan yang digunakan golongan agama, pendakwah-pendakwah. Adakah di Kelantan ini satu pilot ataupun satu kaedah yang didapati berkesan untuk menangani gejala dadah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih dengan soalan tambahan yang diberikan sebentar tadi. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita sebagaimana saya sebutkan di dalam jawapan akhir lisan tadi, saya telah menyebut bahawa kita mengalu-alukan dan kita mengharapkan bantuan orang ramai khususnya bila melibatkan tentang pembanterasan penyalahgunaan dadah ini. Disebutkan tadi sama ada kita akan mempergunakan ketua-ketua kampung, saya amat setuju dengan saranan ini. In fact, Agensi Anti Dadah juga sentiasa mengalu-alukan keterlibatan mana-mana pihak termasuk juga wakil-wakil rakyat jika perlu. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, termasuk di kawasan saya. Saya telah memainkan peranan saya sendiri masuk membuat serbuan ke beberapa kawasan di kawasan saya kerana saya kenal pasti ini merupakan kawasan yang digunakan oleh pengedar-pengedar dadah untuk mengedar dadah di kampung-kampung- di beberapa kampung di kawasan saya. Saya turun sendiri. Oleh sebab itu saya amat mengalu-alukan jika ada perseorangan, individu-individu, NGO-NGO, ataupun ketua-ketua kampung kalau dapat memainkan peranan dan bekerjasama dengan pihak kita untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, di peringkat antarabangsa, baru-baru ini kita telah mengadakan mesyuarat di peringkat Ministerial Meeting on Drug Matters untuk negara-negara ASEAN. Kita juga membincangkan tentang apa peranan yang kita boleh mainkan di antara kedua-dua negara khususnya yang bersempadan dengan negara kita dalam kes di Thailand ini, apa yang boleh kita lakukan dalam dari segi perkongsian maklumat risikan. Ini di antara perkara-perkara yang telah pun kita bincangkan dan insya-Allah kita akan mempergiatkan lagi maklumat-maklumat risikan ini dan perkongsian maklumat di antara dua negara ini agar dapat kita membanteras masalah dadah yang sekarang berlaku. Kita tahu hari ini Tuan Yang di-Pertua, konvensional dadah itu sudah berkurangan tetapi sebagaimana yang kita tahu, dadah sintetik ini sentiasa wujud setiap hari. Kadang- kadang dadah baharu muncul hampir setiap hari. Inilah yang menyukarkan kita. Kadang- kadang ada dadah yang betul-betul menyerupai Panadol, ada dadah yang menyerupai ubat- ubatan yang diedarkan, diberikan oleh hospital-hospital kita. Jadi, inilah di antara kekangan yang kita hadapi. Sungguhpun begitu sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kita bekerjasama rapat dengan negara-negara jiran kita kerana sekarang ini isunya kalau dulu dadah ini dibuat di negara orang, hari ini tukang masaknya dibawa ke negara kita dan dibuat di negara kita. Oleh sebab itu, PDRM kalau mengikut statistik Tuan Yang di-Pertua, saya akan berikan secara bertulis statistik serbuan-serbuan yang telah kita lakukan terhadap makmal- makmal dadah. Ini merupakan satu kejayaan juga kepada PDRM kita. Akan tetapi sebagaimana yang saya sebutkan tadi, lima makmal kita serbu, sepuluh makmal pula yang tumbuh. Jadi, inilah di antara kekangan yang kita hadapi dan saya akan berikan statistik ini kepada Yang Berhormat Jeli bagi memastikan agar rakyat di luar sana dapat memainkan peranan dalam membanteras pengedaran dadah yang ada di negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, di negeri Sabah seperti mana Yang Berhormat sudah maklum, dadah yang paling sekarang ini yang top ialah syabu. Pengaruh syabu ini sudah masuk sampai ke luar bandar, dekat kampung- kampung anak-anak kita semua ramai yang sudah terlibat dan keluarga mereka menderita disebabkan oleh syabu ini. Saya hendak tanya pada Yang Berhormat, mana datangnya supply ataupun bekalan dadah yang merosakkan anak-anak kita ini? Apakah strategi dan perancangan yang terbaharu yang berkesan untuk kita menanganinya dengan sebaik mungkin supaya ia tidak akan berlarutan? Saya tahu selama ini memang sudah macam-macam yang dibuat, saya sendiri pun tahu secara peribadi. Namun, saya ingin bertanya yang terkini dan terbaharu apakah strategi kita untuk memastikan perkara ini dapat kita banteras dan kita selamatkan anak-anak kita? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, untuk kes negeri Sabah ini sebenarnya sebagaimana yang kita tahu- I think Yang Berhormat Beaufort pun tahu. Dulu supply dadah ini datang daripada negara Filipina. I think sampai ke hari ini pun masalah ia ini datang daripada negara Filipina. Jadi, itu yang sebabnya di antara kekangan yang kita hadapi juga kebetulan Yang Berhormat Menteri Kewangan ada di sini, masalah keselamatan di negeri Sabah ini, di pintu masuk, di perairan kita yang terlalu luas yang menyukarkan pihak berkuasa untuk mengawal selia. Saya difahamkan over 100,000 kilometer panjang perairan kita. Negeri kita ini pula terlalu dekat dengan Filipina, hanya setengah jam sahaja bot daripada negara jiran kita boleh sampai ke negeri Sabah. Jadi, inilah masalah kita disebabkan perairan yang cukup panjang menyukarkan kita. Supply yang di negeri Sabah ini datang banyak daripada negara Filipina. Di antara perkara yang kita boleh lakukan pada hari ini, selain daripada memperbanyakkan operasi, serbuan, mengikut risikan dan sebagainya, memperkukuhkan persempadanan kita ini di antara usaha yang kita ingin lakukan. Akan tetapi, of course sebagaimana kita tahu, masalah kekangan kewangan yang ada pada hari ini, kita faham negara menghadapi masalah kekangan kewangan. Saya yakin dan percaya in syaa Allah di bawah kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri Kewangan kita, in syaa Allah tahun depan akan diperbanyakkan lagi peruntukan untuk keselamatan khususnya di negeri Sabah bagi memastikan agar kita dapat menutup rapat persempadanan kita ini agar dadah yang datang daripada negara-negara jiran dapat kita kekang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, pohon oleh sebab soalan ini berkaitan dengan negeri Kelantan, pohon satu soalan tambahan dan isu dadah ini merupakan isu yang cukup besar.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak adil bagi yang lain. Soalan tambahan kedua mencukupi saya ingat.

Ahmad Tarmizi bin SulaimanPAS · PNSik · question

6. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, projek-projek pembangunan dan penambahbaikan pendapatan komuniti luar bandar khususnya yang akan dilaksanakan di daerah Sik dan amnya negeri Kedah dalam tempoh lima tahun (2019- 2023).

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar · Sungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik atas soalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2019 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah diluluskan sebanyak RM5.42 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2.99 bilion bagi belanja mengurus dengan jumlah keseluruhan RM8.41 bilion. Daripada jumlah RM5.42 bilion belanja pembangunan tersebut, sejumlah RM159.28 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek dan program pembangunan luar bandar di seluruh negeri Kedah melibatkan sebanyak 51 projek dan program. Manakala bagi daerah Sik sahaja, sejumlah RM17.05 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan tujuh projek dan program pembangunan luar bandar di bawah kementerian. Untuk makluman Yang Berhormat juga, perancangan berkenaan projek-projek pembangunan dan penambahbaikan pendapatan komuniti luar bandar yang dirancang untuk dilaksanakan di daerah Sik dan negeri Kedah amnya pada tahun 2020 hingga tahun 2023 masih belum dimuktamadkan. Ia tertakluk kepada kelulusan pihak Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi serta bergantung kepada kedudukan semasa kewangan kerajaan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita maklumi bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang mempunyai peranan dan fungsi yang besar untuk pembangunan dan kesejahteraan penduduk luar bandar ini merangkumi 70 persen penduduk kita di seluruh Malaysia sama ada komuniti Melayu, India, Cina, orang-orang asal dan pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak. Saya juga melihat bahawa kementerian ini mempunyai silang tanggungjawab dengan kementerian-kementerian lain untuk membangunkan desa termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Industri Utama dan sebagainya. Persoalan sekarang ini yang masih membelenggu penduduk luar bandar iaitu kejatuhan harga getah yang sudah kita maklum dan banyak diperbincangkan di Dewan ini. Dua isunya iaitu harga getah yang jatuh dan musim tengkujuh di akhir tahun ini.

Jadi soalan saya, adakah pihak kementerian sudah mengambil daya usaha bersama dengan Kementerian Industri Utama berkaitan bantuan musim tengkujuh yang masih belum diterima oleh pekebun kecil dan penoreh getah. Kita sudah maklum bahawa bantuan sebanyak ‘RM261’ juta telah dinyatakan dalam Bajet 2018. Jadi saya ingin bertanya, adakah bajet yang telah dinyatakan ini masih lagi aktif ketika mana, ketika bulan 11 yang baru lepas dan bulan 12 ini yang sepatutnya kita telah memberinya kepada penoreh dan pekebun-pekebun getah ini. Kedua, soalan khusus di daerah saya, Daerah Sik. Daerah Sik ini antara daerah yang termiskin di Semenanjung dan satu isu yang telah saya kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar pada minggu lepas, isu membaik pulih rumah-rumah di satu penempatan Bandar Baru Beris Jaya di Daerah Sik ini. Penempatan ini dibina oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada tahun 2000 yang lalu iaitu ketika penduduk-penduduk di beberapa kampung dipindahkan akibat pembinaan empangan Beris yang membekalkan air kepada penduduk Kedah dan Pulau Pinang. Jadi pada tahun lepas, lebih hampir 100 buah rumah di penempatan ini telah menerima bencana ribut dan sebahagian besar rumah mereka rosak. Jadi saya mohon jika pihak kementerian sudah melihat dan membuat perundingan untuk membantu membaik pulih rumah-rumah yang rosak ini. Terima kasih.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat Sik atas kedua-dua soalan tambahan tadi. Berkaitan dengan taburan penduduk di antara luar bandar dan bandar sebab Yang Berhormat tadi bermula dengan sebut itu. Keadaan sekarang berbanding dengan keadaan 40 tahun dulu, 40 tahun dulu majoriti rakyat Malaysia di luar bandar dan lebih kurang 30 peratus di bandar. Sekarang sudah terbalik, sekarang selepas perkembangan dan pembangunan tiga empat dekad yang lalu ini, pertaburan sudah jadi lebih kurang majoriti 70 peratus ialah di bandar dan 30 antara 40 peratus di luar bandar. Itu untuk Semenanjung, di Sabah dan Sarawak memang bilangan di luar bandar adalah lebih besar. Saya balik pada isu tentang bantuan yang dikatakan masih belum diterima oleh penoreh getah, ‘RM21.6 juta’ itu untuk membantu dengan kejatuhan harga getah itu. Ini memang dulu da sebahagian bantuan dia diuruskan di bawah agensi RISDA. Akan tetapi RISDA sekarang telah dipindahkan daripada Kementerian KPLB dan telah dipindahkan secara rasmi kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atau MEA. Jadi status itu saya ingin cadangkan kepada Yang Berhormat Sik tujukan satu pertanyaan direct secara langsung kepada mereka sebab mereka boleh bagi tahu secara tepat apakah status pembayaran itu, sama ada sudah dibayar ataupun apakah status itu. Secara keseluruhan masalah penoreh getah yang sekarang mengalami kesusahan sebab kejatuhan harga dan khususnya di musim tengkujuh ini. Ini memang sekarang saya difahamkan dikaji dengan rapi dengan Kementerian Industri Utama dan untuk mencari penyelesaian. Saya juga difahamkan RISDA pun terlibat dalam usaha-usaha ini. Berkenaan dengan projek perumahan baik pulih khususnya disebut untuk Daerah Sik yang dimulakan pada tahun 2000 dan Yang Berhormat kata pada tahun lepas ada masalah bencana ribut dan sebagainya. Saya ingin cadangkan supaya, ini memerlukan permohonan secara langsung kepada kerajaan negeri. Yang Berhormat pun juga boleh tujukan langsung kepada kementerian dan lepas itu, itu akan dipertimbangkan. Kita akan buat kajian berkaitan dengan kos dan sebagainya, keperluan sama ada mendesak atau tidak dan jawapan akan diberikan secepat mungkin. Baik, so khusus kepada isu baik pulih rumah itu saya ingin cadangkan di sini, buat satu permohonan secepat mungkin, terus kepada kementerian dan kita akan bagi jawapan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi peluang sama saya dalam soalan ini, soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya di sini mengambil peluang ini mahu bertanya mengenai projek-projek pembangunan ataupun menambah baik di kawasan untuk pendapatan komuniti luar bandar. Saya ingin bertanya, berapa peruntukan disediakan untuk projek-projek pembangunan dan pendapatan komuniti di luar bandar di seluruh Sarawak terutama sekali di Bintulu? Saya juga mahu bertanya, apa masalahnya daripada previous government telah diluluskan beberapa projek jalan raya untuk kawasan Bintulu di luar bandar untuk dinaik taraf, kenapa ditarik balik? Saya minta penjelasan dan jawapan tepat. Sekian.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu atas soalan tadi. Berkaitan dengan angka-angka untuk peruntukan untuk Sarawak secara keseluruhan dan Bintulu kita akan bagi secara bertulis sebab di luar skop soalan yang asal.

Tuan Yang di-Pertua

Jauh daripada Kedah ke Bintulu.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Betul.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan khusus.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Sesekali, tetapi tidak apa kita sedia bagi secara bertulis. Berkaitan dengan soalan kedua iaitu kenapa beberapa projek dikatakan ditarik balik atau dibatalkan? Sebenarnya bukan ditarik balik atau dibatalkan, apa yang telah berlaku ini secara umum yang dibuat untuk semua projek bukan sahaja projek untuk Bintulu atau Sarawak, semua projek dari kerajaan lama yang belum dikeluarkan SST atau letter of award dengan izin telah dikaji semula oleh pihak EPU dan MEA untuk sama ada dari segi harga dan keperluan dan..

Itu tidak betul, projek sudah keluar.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tidak apa, tidak apa. Biar saya habis dulu.

Pegawai sudah turun padang..

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Biar sampai..

...Sudah survey..

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Saudara.

...Kontraktor pun sudah sedia.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Bintulu duduk dulu, biar saya habis dulu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat biarkan Menteri menjawab, silakan.

Jawapan biar tepat, jawapan biar betul.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Duduk.

Jawab lah betul.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Jangan potong.

Apa perlu laksanakan di bawah, jangan lah putar belit...

Tuan Yang di-Pertua

Menteri akan memberi jawapan, silakan Menteri.

Jawablah betul-betul...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Ikut peraturan, dengar ya. Dengar, okey terima kasih. Tidak apa, tidak apa just dengar, terima kasih. Saya habiskan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Walaupun Yang Berhormat Bintulu ada pandangan tersendiri, tidak apa saya sebut for the record lah. So, apa yang berlaku projek dikaji semula dan ada yang ditangguh untuk pelaksanaan mungkin untuk Rolling Plan ke depan ataupun RMK yang akan datang. Itu lah statusnya, sekian terima kasih.

Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim · question

7. Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta Menteri Pertahanan menyatakan, tugas-tugas pasukan tentera Malaysia yang berpangkalan di Riyadh. Berapa orang Rakyat Malaysia dan anggota tentera di Yaman.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHTimbalan Menteri Pertahanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Tuan Yang di-Pertua, pada 6 April 2015 seramai 26 pegawai dan 16 lain-lain pangkat, troop ATM dan dua pesawat C-130 telah ditempatkan di Riyadh Arab Saudi bagi tujuan evacuation Rakyat Malaysia dari Yaman. Itu dinamakan OPS Yaman 1. Walau bagaimanapun, sejak 11 Jun 2015 seramai 27 pegawai dan 62 lain-lain pangkat troop ATM telah digilirkan penugasan setiap 3 bulan di Riyadh Arab Saudi yang melibatkan 12 siri bagi membantu urusan logistik penerbangan pakatan Arab bagi membawa peralatan alat ganti, peluru dan bahan letupan milik pakatan Arab dalam Wilayah Arab Saudi. Kesemua penerbangan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaksanakan melalui ruang udara Arab Saudi iaitu di luar zon konflik atau peperangan. Itu dinamakan sebagai OPS Yaman kedua.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHTimbalan Menteri Pertahanan

Pada tahun 2016, akibat kos operasi dan selenggara yang tinggi serta tekanan kepada troop dan krew penerbangan, TUDM telah mencadangkan supaya troop ditarik balik. Namun demikian mantan Panglima Angkatan Tentera dan mantan Menteri Pertahanan tidak bersetuju atas cadangan penarikan balik troop ini. Pada tahun 2017, TUDM telah mencadangkan supaya hanya satu pesawat sahaja diatur gerakkan memandangkan semua lagi memerlukan selenggara utama. Pada asalnya, troop ATM telah diatur gerak untuk evakuasi rakyat Malaysia di Yaman. Namun demikian telah diubah kepada misi membantu pakatan ketenteraan Arab terhadap Yaman yang bertentangan dengan Dasar Luar Negara yang tidak campur tangan dalam urusan konflik negara lain dan penglibatan antarabangsa Malaysia hanya melalui Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Malaysia tidak ada sebarang perjanjian dengan Arab Saudi bagi penempatan troop ATM di sana. Dianggarkan seramai 700 rakyat Malaysia masih berada di Yaman pada masa kini. ATM tidak pernah menempatkan sebarang anggota di Yaman. ATM tidak terlibat secara langsung dalam operasi ketenteraan di Yaman. OPS Yaman 2 berakhir pada 4 September 2018 selepas Kerajaan Pakatan Harapan berputus untuk menarik balik troop ATM dari Arab Saudi atas sebab ia tidak selaras dengan dasar pengecualian Malaysia. Terima kasih.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih kerana memberikan jawapan yang sangat jujur atas peranan ATM kita di dalam operasi Yaman yang memainkan peranan combatant, dengan izin, iaitu membantu pakatan ketenteraan Arab terhadap Yaman dan ini bercanggah dengan dasar luar berkecuali. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya yang seterusnya adalah apakah SOP untuk anggota tentera kita ditempatkan di negara lain? Apakah perlindungan yang diberikan kepada anggota tentera kita dan berapakah kos yang telah kita belanja dalam operasi Yaman ini? Terima kasih.

Tuan Liew Chin TongDAP · PHTimbalan Menteri Pertahanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Sebenarnya, ini dianggap sebagai tidak terlibat dalam aktiviti combatant, tetapi memberikan sokongan logistik kepada pakatan tentera Arab. Dari segi SOP, saya difahamkan Menteri Pertahanan lalu tidak dapat kelulusan Kabinet untuk Ops Yaman 2. Ops Yaman 2 tidak ada keputusan Kabinet untuk meluluskan gerakan troop ini dan dari segi kos perbelanjaan keseluruhan operasi Ops Yaman 2 sehingga misi kedua belas adalah sejumlah RM14.6 juta dan anggaran perbelanjaan bagi setiap siri pengurusan iaitu untuk tiga bulan, adalah sejumlah RM1.5 juta. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan yang saya rasa sangat penting dibuat dalam Dewan ini yang mengesahkan bahawa tentera Malaysia tidak terlibat sebagai combatant di Yaman. Ada perbezaan antara kita melibatkan diri dalam tactical operation dan melibatkan diri sebagai logistical support kalau tidak melibatkan diri dalam tactical operation maka tidak lah dikira sebagai combatant. Namun demikian, saya ingin mengesahkan apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sahkan tadi bahawa Jemaah Menteri tidak dimaklumkan berkenaan dengan fasa yang kedua. Malah saya telah mengikuti perbincangan dalam Jemaah Menteri dengan teliti dan ini adalah deployment asset ketenteraan kita. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, salah satu daripada perkara yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri dan juga mantan Menteri Pertahanan waktu deployment asal dibuat dan juga waktu hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia ditingkatkan, adalah prospek timbal balas iaitu dalam bentuk pembelian jet pejuang, helikopter dan juga aset-aset pertahanan surplus berlebihan yang lain daripada Arab Saudi yang diberi gambaran seolah-olah Arab Saudi dimasukkan sebagai satu pakej timbal balas untuk menghargai sokongan yang diberi oleh Malaysia dan perkara ini dibincangkan waktu King Salman, Raja Salman datang ke Malaysia. Jadi, saya hendak dapat kepastian daripada Kementerian Pertahanan, sama ada perkara tersebut ditimbal balas atau pun offset tersebut ada apa-apa hasil atau pun tidak. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rembau. Terima kasih. Apa yang saya mengesahkan hari ini ialah bahawa Malaysia terlibat dalam aktiviti ketenteraan pakatan Arab dari segi logistik dan bukan combatant. Sebelum ini, saya rasa tidak ada apa pengesahan, penglibatan Malaysia dalam aktiviti tentera pakatan Arab. Dari segi apa yang ditanya tadi, saya difahamkan tidak ada offset yang diberikan tetapi saya akan beri jawapan bertulis kerana saya tidak pasti sepenuhnya. Terima kasih.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Cuma minta penjelasan sahaja, boleh? Benda yang sama. Minta penjelasan tentang combatant.

Tuan Yang di-Pertua

Menteri akan memberi penjelasan bertulis.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Sebab ada interpretasi tentang combatant.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, tak payahlah. Sudah dijawab. Ramai sudah tahu tentang combatant dan logistik.

Ahmad Jazlan bin YaakubUMNO · BNMachang · question

8. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah keluasan tanah yang telah diwakafkan oleh pemilik individu untuk kegunaan agama Islam di seluruh negara, dan berapa peratus kah dari keseluruhan tanah tersebut yang telah dibangunkan serta berapakah jumlah yang belum dibangunkan?

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuantan

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, wakaf adalah termasuk dalam senarai bidang kuasa negeri mengikut Butiran I, Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal bagi semua harta wakaf sama ada berbentuk harta alih atau harta tidak alih di negeri masing- masing dan bertanggungjawab untuk memastikan harta wakaf diuruskan dengan sebaiknya. Berdasarkan kepada kajian pelan induk transformasi pembangunan harta tanah wakaf di Malaysia dan sumber dari MAIN pada tahun 2013, jumlah keluasan tanah wakaf yang direkodkan adalah sebanyak 30,888.89 hektar. Tiada pecahan data dari MAIN, sama ada tanah itu dimiliki oleh individu atau dimiliki oleh kerajaan. Daripada jumlah tersebut, 11.35 peratus keseluruhan tanah wakaf sudah dibangunkan dan 4 peratus merupakan tanah wakaf yang belum dibangunkan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagaimana yang kita faham dan maklum, terdapat empat jenis wakaf iaitu wakaf am, wakaf khas dan juga wakaf saham. Selain daripada itu, apa yang dapat kita kenal pasti terdapat empat masalah utama dalam menguruskan dan mentadbirkan harta-harta tanah wakaf ini seperti masalah prosedur dan perundangan, masalah pengurusan dan pentadbiran, masalah pembangunan tanah dan juga masalah fizikal dan juga sosial. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada tidak suatu usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan termasuk sama ada, ada tidak kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu akta baru atau meminda akta yang sedia ada bagi memudahkan urusan pengurusan dan juga membangunkan tanah-tanah wakaf ini dan berapa banyak kah keluasan tanah-tanah wakaf yang sedia ada ini kalau ada, di dalam rekod pihak kerajaan yang dalam istilah dicerobohi atau didiami atau diduduki oleh pihak-pihak lain, yang mana ianya menjadi penghalang kepada usaha-usaha untuk membangunkan tanah-tanah wakaf ini. Kita sedar seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, kedudukan tanah wakaf ini di bawah bidang kuasa negeri di bawah Jadual Kesembilan, Senarai Kedua, pertama sebab itu lah saya hendak tanya kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan, sejauh manakah peranan yang telah dijalankan, dimainkan oleh pihak kerajaan dengan pihak negeri di dalam urusan pembangunan tanah wakaf ini. Terima kasih.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Machang tadi. Tuan Yang di-Pertua, institusi wakaf di Malaysia merupakan satu institusi sosial umat Islam yang agak ketinggalan dari segi membangunkannya. Kerajaan pada hari ini mendapati perkara ini berlaku. Memang benar kuasa tanah wakaf ini memang di bawah kerajaan negeri. Kita tidak boleh pinda sebab tanah di bawah kerajaan negeri. Wakaf agama juga di bawah kerajaan negeri. Jadi perkara itu tidak boleh kita pinda kerana ia melibatkan Perlembagaan, bukan setakat akta. Namun, pada pandangan saya, banyak perkara yang boleh kita muzakarahkan, banyak perkara yang boleh kita runding dengan kerajaan negeri, banyak perkara yang boleh kita cuba cari jalan paling baik di dalam kita menguruskan satu-satu isu. Bukan sahaja berkenaan dengan tanah wakaf sebenarnya, Yang Berhormat Machang. Banyak lagi apa yang berkaitan dengan institusi kutipan zakat, berkenaan dengan undang-undang yang tidak selaras dan sebagainya. Banyak isu di antara kerajaan-kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan ini boleh kita cari jalan untuk menyelaraskan dan ada penambahbaikan. Jadi antara perkara yang kita akan bawa ke hadapan ialah untuk mencari jalan bagaimana kita hendak menambah baik berkenaan dengan urusan wakaf ini dan memperkasakan institusi wakaf ini. Malah baru-baru ini pun, saya mengumumkan berkenaan dengan universiti wakaf yang pertama yang kita hendak buat di negara kita ini. Jadi masalah-masalah yang ditanya lagi tadi daripada Yang Berhormat Machang berkenaan dengan apa dia masalah, adakah dicerobohi dan sebagainya. Antara masalah utama ialah masalah dari segi geografi di mana kadang-kadang kawasan itu tidak boleh kita bangunkan. Ianya di lembah, di gunung, di kawasan yang kuari dan sebagainya. Itu antara masalah yang ditemui. Ada juga kalau pemilik-pemilik itu individu, kadang-kadang dia wariskan, dia wakafkan tanah tersebut tetapi dalam geran itu ada banyak nama dan mungkin apabila dia meninggal, anak-anaknya tidak setuju pula untuk diwakafkan. Itu pun ada juga yang kita hadapi. Jadi ini di antara masalah yang kita hadapi. Namun, seperti Yang Berhormat Machang juga katakan tadi, saya setuju, kita harus cari jalan untuk penambahbaikan. Dari segi jumlah yang dicerobohi tadi, saya pohon jawapan secara bertulis. Terima kasih.

Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Wakaf adalah salah satu sumber sosio ekonomi dalam Islam. Ada beberapa isu yang saya hendak bangkitkan ataupun bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan tadi, banyak lagi tanah-tanah wakaf masih lagi belum dibangunkan dan mungkin banyak masalah-masalah yang dihadapi ataupun faktor-faktor yang mempengaruhi yang menyebabkan tanah wakaf itu tidak dapat dibangunkan. Jawapannya, salah satu, ialah kerana tanah wakaf itu di bawah kerajaan negeri. Persoalan saya ialah sejauh mana peranan Yayasan Waqaf Malaysia dan berapakah dana yang telah diberikan kepada Yayasan Waqaf Malaysia yang telah diwujudkan itu dalam proses untuk kita membangunkan tanah wakaf di negara kita ini? Terima kasih.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tampin, dia ada beberapa bahagian dalam soalan tadi. Pertama berkenaan dengan banyak tanah wakaf yang tidak dimajukan. Sebenarnya, Yang Berhormat Tampin, nampak macam banyak yang tidak dimajukan. Nampak macam 11.3 peratus dibangunkan, empat peratus belum dibangunkan. Saya cuma mahu maklumkan di sini bahawa walaupun dilaporkan ada 30,888.89 hektar jumlah tanah wakaf, akan tetapi ada dua negeri yang tidak mahu memberi maklum balas dan dua negeri ini iaitu negeri Perak, jumlah tanah wakafnya ialah 20,225.75 hektar. Jadi maksudnya, majoriti ataupun kebanyakan daripada tanah wakaf yang kita sebutkan tadi, oleh kerana Perak tidak melaporkan dan tidak mahu memberi maklum balas, maka kita tidak ada maklumat. Kedua, negeri Johor juga tidak memberi maklum balas dan negeri Johor ada sebanyak 5,149.10 hektar yang juga tidak dilaporkan di dalam data yang kita katakan tadi. Jadi daripada 30,888 tadi, 25,000 hektar ini tidak dimaklumkan pun kepada kami di Jabatan Agama Islam. Berkenaan dengan bahagian kedua tadi, apakah peranan JAWHAR di dalam menyeragamkan berkenaan dengan penambahbaikan, saya ingin maklumkan bahawa pada hari ini JAWHAR sedang membantu menyeragamkan enakmen wakaf di negeri-negeri. Ini perlu kerjasama kerajaan-kerajaan negeri untuk menyeragamkan enakmen wakaf. Ada lima negeri yang sudah kita kerjasama iaitu Melaka, Perak, Selangor, Terengganu dan Negeri Sembilan. Kita juga sedang gubal di Pulau Pinang enakmen-enakmen ini supaya kita dapat memastikan JAWHAR dapat memainkan peranan untuk memastikan penyeragaman enakmen berkenaan dengan wakaf. Bahagian yang ketiga soalan tadi ialah berkenaan dengan dana. Saya dimaklumkan RM9.8 juta dana wakaf tunai telah diserahkan kepada MAIN sehingga 31 Disember 2017. Jadi Yayasan Waqaf Malaysia cuba sedaya-upaya untuk menyeragamkan, menyelaraskan dalam konteks undang-undang yang sedia ada. In syaa Allah, saya yakin di masa ke hadapan, kita akan meletakkan KPI yang baharu untuk pengurusan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri ini dan Jabatan Wakaf ini diletakkan di bawah sosioekonomi umat Islam, pembangunan social development dan sosioekonomi umat Islam. Jadi, in syaa Allah, kita akan lebih perincikan lagi apa dia bidang keberhasilan dan KPI yang kita inginkan dan, in syaa Allah, ke hadapan, kita cuba atasi dan kita cuba perbaiki. Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih.

Noor Amin bin AhmadPKR · PHKangar · question

9. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, berapakah jumlah pertambahan warganegara baru diberikan kepada pemegang status pemastautin tetap (PR) sejak 10 tahun lalu.

Dato’ Mohd Azis bin JammanWARISANTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sepanggar

Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan ini yang secara amnya menjurus kepada isu kewarganegaraan secara bersekali dengan lima soalan lain yang turut membincangkan isu yang sama iaitu berkenaan dengan isu kewarganegaraan dan tindakan penyelesaian yang diambil oleh kerajaan iaitu soalan oleh Yang Berhormat Beruas bertarikh 4 Disember 2018, Yang Berhormat Sekijang bertarikh 4 Disember 2018, Yang Berhormat Kota Marudu bertarikh 6 Disember 2018, Yang Berhormat Ipoh Timur bertarikh 10 Disember 2018 dan Yang Berhormat Sungai Siput bertarikh 11 Disember 2018. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berhubung dengan pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan pertambahan warganegara baru diberikan kepada pemegang status pemastautin tetap ataupun MyPR sejak 10 tahun lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah merekodkan sejumlah 57,191 orang individu orang bertaraf pemastautin tetap yang telah dianugerahkan kewarganegaraan dalam tempoh tahun 2008 hingga 30 September 2018. Ini untuk seluruh negara. Manakala bagi tempoh sejak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Persekutuan daripada Mei 2018 sehingga 30 September 2018, sebanyak 1,244 pemegang MyPR telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh 10 tahun dari tahun 2008 hingga 30 September 2018, tiga negara asal yang tertinggi yang telah menerima anugerah kewarganegaraan Malaysia adalah seperti berikut: | Negara |Bil. (orang)| |----------------|-----------:| |Indonesia | 24005| |India | 12097| |China | 7242| |Lain-lain negara| 13847| <END_TABLE_MARKER>

Dato’ Mohd Azis bin JammanWARISANTimbalan Menteri Dalam Negeri · Sepanggar

Berhubung dengan tindakan kementerian untuk menyelesaikan masalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa kewarganegaraan di negara kita Malaysia ataupun stateless, JPN hanya merekodkan status individu sebagai warganegara dan bukan warganegara berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa individu sewaktu kelahiran individu berlaku. Penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada rakyat asing merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya. Berhubung dengan jumlah yang telah dinaiktarafkan daripada status pelarian kepada warganegara seperti mana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, buat masa ini tiada dasar khusus bagi pemegang status pelarian bagi mendapatkan kewarganegaraan Malaysia di negara kita. Kementerian juga telah mengeluarkan kad pengenalan hijau ataupun MyKAS kepada pemastautin sementara. Pengeluaran kad pengenalan MyKAS kepada mereka yang status kewarganegaraan belum ditentukan atau diragui adalah berdasarkan kepada dua perkara berikut sijil kelahiran yang belum ditentukan. Kedua, ibu bapa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau nombor dokumen pengenalan diri ibu bapa tidak merujuk kepada sebarang kad pengenalan ataupun pasport. Pengeluaran MyKAS tidak memberi taraf kewarganegaraan Malaysia kepada pemegangnya, sebaliknya hanya memberi taraf pemastautin sementara sehingga taraf kewarganegaraannya dapat ditentukan atau diberikan taraf pemastautin tetap sekiranya layak. Permohonan MyKAS boleh dibuat setelah pemilik sijil kelahiran mencapai usia 12 tahun dan kad MyKAS membolehkan mereka menetap di negara ini melebihi 12 bulan. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, tempoh sah laku MyKAS adalah selama lima tahun dan kad tersebut boleh diperbaharui setelah tamat tempoh. Kad MyKAS juga membolehkan pemegangnya untuk bergerak dan bekerja serta berurusan dengan agensi berkaitan kerana mempunyai dokumen pengenalan diri di negara ini. Pada bulan Ogos 2018 yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Jemaah Menteri telah memutuskan supaya penganugerahan kewarganegaraan kepada pemegang MyPR yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah tertakluk kepada pematuhan syarat seperti mana diperuntukkan di bawah Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan. Dalam tempoh tersebut, terdapat 876 permohonan baru daripada pemegang MYPR berumur 60 tahun dan ke atas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keturunan. Daripada jumlah tersebut, 834 permohonan sedang diproses manakala 42 permohonan telah dibatalkan kerana tidak memenuhi syarat. Terima kasih.

Terima kasih atas penjelasan panjang tadi. Saya cuma hendak tanya sebab saya percaya Yang Berhormat Timbalan Menteri maklum banyak masalah berkaitan kewarganegaraan yang berlanjutan sampai anak tidak boleh sambung belajar, hendak bekerja ataupun hendak dapat bantuan kebajikan. Saya cuma hendak tanya sama ada kementerian ada mengambil inisiatif lain supaya masalah ini tidak berlanjutan untuk jangka masa panjang. Oleh sebab kalau macam di Amerika ada menawarkan misalnya kursus mungkin selama enam bulan sebelum dia mengambil peperiksaan. Saya dimaklumkan setakat ini banyak bukan warganegara khususnya daripada masyarakat Siam yang berada di Perlis, mereka sudah dua tiga kali ikut temu duga dan sebagainya tetapi sudah tunggu 10 tahun, 15 tahun belum dapat kewarganegaraan. Mungkin ada inisiatif baru untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan.

Terima kasih dengan soalan tambahan tersebut. Ya kita mengakui bahawa di negara kita ini ada isu-isu berkenaan dengan kewarganegaraan ini. Jadi antara usaha yang kita telah lakukan sebagaimana perbincangan telah pun dilakukan dengan in fact dengan wakil-wakil rakyat kita telah lakukan baru-baru ini dan jawatankuasa juga di peringkat kementerian kita ada tubuhkan. Kita di negeri Sabah juga ada isu yang sama juga walaupun berlainan dari segi senario politik sebab di negeri Sabah ini kadang-kadang di sini dia mendesak untuk diberikan dokumen tetapi di Sabah opposite, totally opposite. Ini seolah-olah kalau kita beri dokumen seolah-olah kita memberikan kewarganegaraan kepada PTI pula. Jadi adalah isu-isu tertentu yang ditimbulkan. Ini juga di antara perkara yang sebenarnya menjadi kekangan kita. Akan tetapi pun begitu, kementerian menganggap ini satu perkara yang serius. Oleh sebab itu kita bekerja sama rapat khususnya dengan Kementerian Pembangunan Wanita, agar satu task force untuk kita tubuhkan, untuk kita melihat kepada aspek stateless yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi tentang ada orang yang tidak ada dokumen khususnya kanak-kanak yang masih kecil, ada yang tidak dapat sekolah disebabkan tidak ada dokumen pengenalan diri mereka. Jadi di peringkat kementerian, kita tengah melihat tentang perkara ini untuk makluman Yang Berhormat. Beri kita sedikit masa, kita akan duduk dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga NGO-NGO lain untuk kita menyelesaikan masalah ini secara holistik. Terima kasih. [Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Mohamed Hanipa bin MaidinAMANAH · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sepang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2019 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2019 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 Disember 2018.”

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2019 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2019 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2019 dan Anggaran Pembangunan 2019 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Keenam] ] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Sekarang giliran Kementerian Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2019 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2019 Jawatankuasa — Maksud B.30 - Maksud P.30 [Anggaran Pembangunan 2019] -Bill

Tuan Pengerusi

Kepala B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim terbuka untuk dibahas. Silakan Yang Berhormat Pontian.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada hal yang pertama, dana dan pengkomersialan. Ada RM19 juta pada tahun 2018 diturunkan kepada RM6.7 juta pada tahun 2019. Sains dan teknologi serta inovasi adalah sumber kekayaan negara Tuan Pengerusi. Oleh kerana itu, segala hasil penciptaan baru dan inovasi amat penting bagi kemajuan negara kita. Saya ingin bertanya, berapa banyakkah pattern didaftarkan hasil penyertaan rakyat Malaysia dan berapakah yang dikomersialkan? Saya tahu ada RM20 juta komersialisasi dan bagaimana komersial itu dapat diteruskan? Apakah halangan-halangan untuk pemasaran terhadap produk-produk baru. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Sementara itu, saya lihat Yayasan Inovasi Malaysia semakin tidak diberi tempat dalam bajet ini kerana ia hanya diberi RM1 juta. Adakah kerajaan melihat bahawa inovasi tidak lagi memainkan peranan penting dalam negara kita? Itu perkara pertama. Perkara kedua ialah tentang Agensi Nuklear Malaysia RM80 juta dinaikkan kepada RM84.7 juta. Hasrat untuk tenaga elektrik dijana oleh nuklear, saya kira tidak akan dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Oleh kerana itu, mengapakah peruntukan untuk Agensi Nuklear Malaysia ini bertambah? Apakah tugas sebenar agensi ini? Jika ia tidak melakukan R&D untuk menjana elektrik daripada nuklear, apakah tujuan sebenar RM84.7 juta diberi kepada Agensi Nuklear Malaysia. Bagaimana tentang aspek keselamatan terhadap R&D nuklear di negara ini? Saya mohon penjelasan tentang perkara itu. Ketiga ialah alam sekitar RM115 juta. Dalam satu laporan oleh World Economic Forum bahawa untuk 10 tahun akan datang, dunia akan berhadapan dengan lima perkara utama: (i) krisis politik, (ii) pencemaran alam sekitar, (iii) bencana alam, (iv) pelanggaran keselamatan siber; dan (v) krisis ekonomi.

Saya ingin mengetahui daripada RM115 juta yang diperuntukkan ini, bagaimana kementerian melihat tentang pencemaran alam sekitar untuk Malaysia dan bencana alam untuk Malaysia dan bagaimana tentang keselamatan siber ini. Adakah daripada segi keselamatan siber, kementerian ini terlibat sebab ia juga melibatkan teknologi. Bagaimana untuk kita menangani lima cabaran utama ini, dan apakah lima cabaran terbesar alam sekitar dalam negara kita. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh menyenaraikan lima cabaran terbesar alam sekitar negara kita. Keempat ialah tentang subsidi bil elektrik RM140 juta kita peruntukkan tahun 2018 terima kasih kerana meneruskan RM140 juta untuk tahun 2019. Saya ingin tahu apakah yang dibuat oleh kementerian untuk memastikan ia sampai ke sasaran. Berapa ramai kah penerima subsidi bil elektrik ini. Sebelum ini mana-mana rumah yang dikenakan bil elektrik sebanyak RM20 ia tidak perlu membayar. Apakah pengiraan itu tepat, adakah rumah-rumah itu didiami atau tidak. Kalau rumah itu tidak didiami tetapi ada claim dan sebagainya itu bagaimana untuk memperbaiki. Apakah kriteria penerima dalam kerajaan baharu ini. Perkara kelima ialah MySuria. Ada tajuk dalam butiran, mengapa projek ini tidak lagi diberi perhatian. Kalaupun kita hendak hentikan satu-satu projek yang telah dimulakan oleh kerajaan terdahulu yang penting ialah apakah alternatif kepada program ini. Apa program- program lain yang baru untuk mengganti program MySuria yang kelihatan akan dibatalkan. Perkara yang keenam yang ingin saya timbulkan ialah tentang Jabatan Alam Sekitar RM73.7 juta. Saya difahamkan bahawa Jabatan Alam Sekitar tidak pernah mengeluarkan EIA untuk projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Saya ingin tahu, adakah apabila menang maka Jabatan Alam Sekitar kini sudah memberi EIA untuk projek itu, penilaian impak alam sekitar. Satu lagi projek besar di Penang, Pan Island Link 1 Highway belum dimulakan tetapi mengundang banyak kontroversi tentang projek ini. Adakah EIA projek ini telah diluluskan dan kenapa kontroversi wujud terhadap Pan Island Link 1 Highway ini dan saya harap ianya boleh diberitahu dalam Dewan ini. Ketujuh, Sabah Electricity RM307 juta, saya mohon pendetailan nampak banyak jumlah peruntukan yang diberi. Apakah projek ini dan apakah kesan kepada rakyat Sabah dari segi penjanaan elektrik. Saya harap ia boleh menyelesaikan masalah electricity di Sabah, projek ini kelihatannya telah dimulakan sebelum ini lagi dengan peruntukan RM2 bilion. Kemudian, perkara kelapan ialah tenaga diperbaharui RM26 juta. Apakah keutamaan kementerian dari segi tenaga diperbaharui. Adakah solar ataupun tenaga hidro ataupun tenaga yang lain. Saya ingin mencadangkan mengenai tenaga biomass dan juga biojisim. Ini boleh membantu industri sawit negara daripada pelepah sawit, daripada tandan sawit, daripada batang pokok sawit. Pelepah sawit ini Yang Berhormat Menteri ia sentiasa dipotong dalam tempoh-tempoh yang tertentu. Kalau tidak dipotong maka buahnya tidak akan lebat. Jadi pelepah sawit akan sentiasa menjadi bahan buangan dan dia boleh menjadi bahan biomass dan bahan biojisim yang baik untuk menjana elektrik. Jadi saya ingin bertanya berapa banyak kilang sudah ada untuk memproses biojisim, biomass sawit ini yang boleh mengeluarkan electricity. Saya pernah melawat satu di Sabah dan saya sekali lagi ingin menyatakan bahawa jika ia dijalankan secara teratur di pelbagai tempat terutamanya di kawasan-kawasan FELDA ia boleh membantu industri sawit negara kerana harga sawit yang merudum pada saat dan ketika ini. Tuan Pengerusi, terima kasih itu sahaja yang ingin saya nyatakan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan untuk jawatankuasa di bawah Kementerian Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Perkara pertama yang saya hendak nyatakan berkenaan dengan peruntukan pembangunan untuk kementerian ini. Saya nampak walaupun dalam kekangan kewangan yang ketat tetapi peruntukan pembangunan khasnya peruntukan pembangunan untuk kementerian ini telah naik hampir 20 peratus berbanding dengan RM675 juta tahun sebelumnya kepada RM812 juta. Saya percaya kenaikan peruntukan pembangunan ini selaras dengan komitmen kerajaan sebab ini adalah satu kementerian yang sangat penting yang berkaitan dengan teknologi, berkaitan dengan masa depan dan juga alam sekitar. Ia jelas menunjukkan komitmen daripada kerajaan untuk membentuk satu suasana di bawah Malaysia baharu yang lebih selamat dan sejahtera untuk rakyat Malaysia. Perkara pertama yang saya hendak nyatakan ialah saya nampak di bawah prestasi outcome program di bawah outcome satu dikatakan kadar gangguan bekalan elektrik tidak berjadual disasarkan bahawa pada tahun depan kadar gangguan adalah pada empat peratus sebagaimana pada tahun ini. Saya hendak tanya apakah justifikasi untuk empat peratus ini? Apakah perlu apakah sewajarnya kita sepatutnya meletakkan sasaran yang sedikit lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya yang menunjukkan bahawa komitmen kerajaan supaya gangguan bekalan elektrik dapat dikurangkan. Sebab bagi saya gangguan bekalan sebegini patut diberikan perhatian, ia secara terus, secara langsung akan menjejaskan kehidupan harian daripada penduduk dan pihak rakyat sebab saya tahu ia tidak mungkin disifarkan, tidak mungkin menjadi kosong tetapi adalah menjadi tanggungjawab pihak kementerian memastikan pihak Tenaga Nasional terutamanya supaya gangguan itu dapat dikurangkan ke tahap yang lebih rendah lagi. Jadi saya mohon supaya dikaji semula empat peratus ini kalau boleh kita letak tiga atau 3.5. Perkara kedua yang saya hendak nyatakan adalah berkenaan dengan Butiran 060600 iaitu di bawah tajuk subsidi bil elektrik. Dalam Belanjawan 2018, RM140 juta diperuntukkan dan begitu juga dengan Belanjawan 2019 pada kali ini sebanyak RM140 juta. Jadi saya hendak tanya apakah subsidi ini sebab saya nampak amaun dia, jumlah dia sama berbanding dengan tahun lepas. Apakah cara atau mekanisme untuk pemberian subsidi ini kita masih meneruskan cara ataupun mekanisme daripada kerajaan yang lepas ataupun ada cara yang lebih dinamik yang membolehkan subsidi ini sampai kepada pihak yang bersasar. Perkara yang ketiga yang saya hendak nyatakan adalah di bawah Butiran 00800 iaitu di bawah Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Saya nampak ada pengurangan sedikit iaitu daripada RM77 juta kepada RM55 juta pada tahun hadapan. Jadi saya hendak tanya, kenapa Butiran di bawah R&D ini akan berkurangan sebab padahal sepatutnya kita kena memberikan fokus yang lebih kepada R&D supaya R&D sentiasa memacu ataupun membawa kita menuju ke hadapan dalam menghadapi saingan teknologi, kecanggihan, penambahan teknologi pada masa akan datang. Perkara seterusnya adalah berkenaan dengan Jabatan Alam Sekitar. Saya nampak peruntukan bekalan di bawah 050200 – Jabatan Alam Sekitar naik sedikit daripada RM100 juta kepada RM115 juta. Manakala Butiran 07200 di bawah peruntukan pembangunan ia lebih kurang sama iaitu sekitar RM75 juta hingga RM73 juta sahaja. Saya hendak tanya kenapakah tiada peruntukan tambahan yang lebih signifikan diberikan kepada Jabatan Alam Sekitar dalam usaha kita untuk mengatasi ataupun membanteras masalah pencemaran alam sekitar yang berlaku sepanjang masa, saban hari.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Jadi apakah kemungkinan untuk adjust semula peruntukan ini supaya ia dapat memberikan impak yang lebih besar yang menunjukkan komitmen kita untuk melindungi alam sekitar daripada terus tercemar. Saya juga mohon perhatian daripada pihak kementerian berkenaan dengan kalau di Negeri Sembilan dekat dengan kawasan saya kualiti alam supaya perhatian yang berterusan diberikan kepada kualiti alam. Walaupun saya tahu pelbagai usaha tambah baik dan sebagainya terus diberikan tetapi perhatian yang berterusan patut diberikan supaya insiden kebakaran besar yang berlaku pada tahun 2015 tempoh hari tidak berulang sebab insiden tersebut bukan setakat mendatangkan masalah alam sekitar, jauh lebih daripada itu ia juga menjejaskan persepsi masyarakat dan mengundang masalah kesihatan kepada para penduduk di sekitar. Perkara terakhir yang hendak bangkitkan pada pagi ini adalah di bawah Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia. Saya nampak ada lonjakan dari segi peruntukan yang diberikan iaitu daripada RM6 juta kepada RM21 juta untuk Belanjawan 2019. Saya ucapkan tahniah kepada langkah ini, bagi saya ia penting. Jabatan Kimia seperti mana lazimnya kita tahu ia merupakan agensi kerajaan yang diberikan ataupun yang mempunyai kepakaran dalam menentukan banyak bahan-bahan yang menjadi bahan bukti di mahkamah. Ini sebab saya nampak banyak kes di mahkamah kes jenayah khususnya di mana kes-kes terpaksa disebut, ada sebutan, mention lebih daripada sekali, ada yang dua kali hingga tiga kali dan ia menjejaskan keberkesanan sistem pengadilan di negara ini. Ia juga menjejaskan masa mahkamah, DPP, OKT dan sebagainya kerana bagi saya lebih kerap pergi mahkamah tetapi kes yang sama tidak diselesaikan ia akan menjejaskan semua pihak. Akan tetapi, banyak sebutan kena di buat disebabkan masalah kelewatan laporan kimia daripada Jabatan Kimia. Jadi saya mohon supaya peruntukan ini dapat meningkatkan keberkesanan daripada Jabatan Kimia khasnya berkenaan dengan pengesahan bahan- bahan bukti yang berkaitan dengan kes-kes jenayah. Jadi sekian sahaja, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya lihat ada tiga, empat orang Yang Berhormat yang ingin berbahas. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih, daripada tadi saya bangun. Lama daripada tadi. Bersekali [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Dia sudah bangun awal. Sila Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Akan tetapi, alhamdulillah rakan daripada Pontian dapat dulu. Terima kasih banyak Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Ada tiga perkara yang saya hendak bangkitkan di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Pertamanya, Butiran 040200 – Pengurusan Teknologi Hijau. Kita faham terdapat peningkatan dari segi populasi penduduk di Malaysia dan juga cara perubahan gaya hidup masyarakat di Malaysia yang menyebabkan kadar permintaan terhadap pelbagai keperluan seperti penggunaan elektrik dan segalanya meningkat. Dalam waktu yang sama juga, ini menyebabkan sumber semula jadi semakin berkurang. Jadi saya merasakan bahawa pendekatan yang kolektif yang efektif perlu diambil oleh pihak kementerian. Jadi soalan saya pertama adalah sejauh manakah kementerian melihat perbagai aktiviti kempen kesedaran atau sebarang jenis promosi dapat memberi impak yang berkesan dalam mengadaptasikan kepentingan pembudayaan teknologi hijau di negara kita? Keduanya, apakah usaha yang diambil oleh pihak kementerian bagi mempromosikan penggunaan barang-barang bercirikan teknologi hijau kepada orang ramai terutamanya kepada masyarakat yang berada di luar bandar? Seterusnya, ketiga. Saya juga ingin pihak kementerian- Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan bagaimana hasil sambutan dan juga dapatan yang dibuat oleh pihak kementerian mengenai segala program kesedaran mengenai penggunaan sijil MyHIJAU yang digunakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan sumber dan pembelian produk sijil perkhidmatan hijau di negara ini? Apakah penambahbaikan yang telah dicadangkan melalui penggunaan menerusi sijil MyHIJAU? Seterusnya, bagi Butiran 060300 – Malaysian Green Technology Corporation (MGTC). Kita juga maklum bahawa MGCT ini memainkan satu peranan yang sangat penting dalam menerajui ekonomi hijau melalui teknologi dan budaya hijau. Selain bertindak sebagai satu agensi yang memperkasakan teknologi hijau untuk pertumbuhan dan kemapanan hijau. Ada dua soalan yang saya ingin tanyakan di bawah butiran ini. Pertamanya, apakah perancangan di buat oleh pihak kementerian dalam memperbanyakkan lagi pembangunan Bandar Rendah Karbon di luar bandar. Mungkin pihak kementerian boleh memberikan contoh apa inisiatif awal yang dibuat oleh pihak kementerian dalam memastikan matlamat pengurangan pelepasan gas rumah hijau ini sampai dapat dikurangkan sampai suhu dapat dicapai menjelang tahun 2025? Keduanya, apakah juga usaha dan juga inisiatif terkini yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam memacu matlamat pengurangan pelepasan karbon. Selaras dengan komitmen Malaysia menerusi Paris Agreement berkaitan dengan perubahan iklim pada tahun 2015 yang menyasarkan bahawa kita dapat mengurangkan kadar intensiti karbon bagi KDNK sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2020. Butiran yang terakhir yang saya hendak bangkitkan pada pagi ini adalah Butiran 01200 – Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Saya melihat jumlah ada peningkatan hampir 47 peratus di bawah tajuk ini. Saya percaya bila ada peningkatan menunjukkan kemungkinan besar kementerian begitu serius dalam memperkasakan industri angkasa ini. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya hendak minta penjelasan daripada pihak kementerian. Pertamanya, saya mohon agar Yang Berhormat Menteri untuk memperincikan perancangan pemerkasaan industri aeroangkasa di Malaysia. Keduanya, apakah pihak kementerian ada perancangan untuk menambah baik kemampuan penyelidikan dan juga pembangunan ataupun R&D industri angkasa negara untuk mengkomersialkan produk R&D yang dimiliki oleh agensi ini? Ini sebab saya dimaklumkan bahawa agensi ini banyak membuat R&D. Seterusnya, sejauh manakah hasil 25 eksperimen yang dijalankan di angkasa lepas pada tahun 2007 oleh angkasawan yang pertama itu telah memberi impak khususnya kepada masyarakat hari ini? Seterusnya, sejauh manakah pula pihak kementerian akan meneliti perancangan awal untuk meneruskan misi untuk menghantar angkasawan kedua negara yang dirancang pada tahun 2030 memandangkan kita dimaklumkan bahawa terdapat pencarian bakal angkasawan yang kedua yang akan dimulakan. Terakhirnya, saya hendak bertanya pada pihak kementerian Yang Berhormat Tuan Pengerusi, mengenai adakah kementerian mempunyai perancangan untuk meneruskan projek satelit RazakSat-2 di bawah kementerian ini untuk Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong.

Bagi JPS dulu.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih, Tuan Pengerusi, saya terus sahaja ke Butiran 020400 – Pengairan dan Saliran. Di Labuan, di mana ada permohonan untuk longkang dan juga pam bagi kawasan Kampung Rancha Rancha, Pengkalan Kapur di mana selalu banjir kilat yang sudah dibuat sekian lama. Saya mahu....

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Tuan Pengerusi, yang ini kod- saya tahu kod yang mana? Jabatan Saliran bukan daripada...

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta daripada kod mana? Butiran mana?

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Saya sudah sebut Butiran 020400.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Butiran 020400.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Salah. Okey.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bukan itu. Ini Yang Berhormat Labuan. Kena rujuk kepada Kementerian Tenaga.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Kalau begitu saya rasa saya kena prepare dahulu dan bagi kepada orang lain [Ketawa]

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

So, Yang Berhormat Labuan... [Disampuk]

Lembah Pantai sedia.

Orang PH tidak terima kamu itu.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

[Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kena rujuk pada Butiran kepada Kementerian ini.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Okey. Okey. Salah kementerian.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Salah kementerian tidak apa.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Salah kementerian. Sorry.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kita minta Yang Berhormat Labuan duduk dahulu. Baik terima kasih Yang Berhormat Labuan.

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau.

Sibuti. Sibuti. Tengah-tengah itu.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sebab dia minta dahulu.

Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang lain Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Pengerang akan ikut aturan selepas ini.

Lembah Pantai.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Tuan Pengerusi yang dikasihi. Ini ialah Butiran 050200 – Alam Sekitar. Tuan Pengerusi. Kepada Yang Berhormat Menteri saya hendak bagi tahu bahawa tiap-tiap perkara yang berlaku itu dia ada sebabnya. Tiap-tiap masalah yang berlaku ada sumber kepada masalah. Kita tahu bahawa keganasan dunia yang berlaku sekarang iaitu sumber masalahnya ialah kerana Palestin. Negara Palestin telah dimansuhkan dalam peta dunia oleh Bangsa-bangsa Bersatu dan menggantikan dengan negara Israel. Penentangan dibuat demi penentangan- penentangan akhirnya dia merebak menjadi keganasan dan punca masalah dunia. Sampai sekarang ini, kita menyelesaikan masalah bila berlaku tetapi punca masalah kita tidak cari. Jadi, sekarang ini kita mesti belajar apa yang berlaku sekarang kita kena belajar bahawa sesuatu itu berlaku ada punca masalahnya. Punca masalah keganasan ialah Palestin. Ini saya mengikut saranan ucapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa punca masalah kepada keganasan ini ialah Palestin. Sebab ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa dia menjadi bekas Perdana Menteri dahulu iaitu Mantan Perdana Menteri. Ini dia sebut. Sekarang ini benda yang sama disebut di Bangsa-bangsa Bersatu bahawa punca masalah kepada keganasan ialah Palestin. Itu introduction. Introduction. Palestin. ‘Depa’ buang Palestin, ganti Israel dan kaki penyamun dunia ialah Israel. Bali kepada tajuk ini pula Alam Sekitar. Jadi, punca masalah alam sekitar ini bukan berlaku kerana di situ. Berlaku kerana punca yang besarnya ialah pembalakan. Yang Berhormat kementerian lain tidak boleh campur tangan urusan tanah, hutan dan juga air. Sebab ini hak berkuasa negeri. Akan tetapi, kementerian Yang Berhormat boleh. Inilah satu- satu kementerian yang menjadikan pengharapan kepada rakyat Malaysia dan juga Kerajaan Persekutuan untuk menyelamatkan kawasan-kawasan yang dibangunkan tanpa mengikut ketentuan Jabatan Alam Sekitar. Kita lihat macam di Cameron Highlands. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Kita dahulu kerajaan telah minta supaya pihak Jabatan Alam Sekitar memantau tentang tanaman sayur di Cameron Highlands yang melebihi cerunnya 30 peratus. Jadi, di samping tindakan diambil kerana mereka telah membuka kawasan hutan tetapi Jabatan Alam Sekitar - EIA juga boleh ambil tindakan kepada mereka yang membangunkan tanah di kawasan cerun yang melebihi 30 peratus. Ini peruntukan yang besar ini sewajarnya dijuruskan kepada perkara tersebut. Termasuk juga negeri-negeri yang mungkin telah melanggar beberapa peraturan pembangunan tanah di kawasan cerun yang tidak mengikut Jabatan Alam Sekitar. Saya percaya Yang Berhormat mungkin tidak berani ambil tindakan kepada Pulau Pinang. Di mana yang berlaku baru-baru insiden yang mana melibatkan kawasan cerun. Yang Berhormat kena tengok sendiri kawasan cerun. Kementerian ini cukup penting dalam banyak-banyak kementerian, saya rasa Yang Berhormat akan menjadi orang yang penting kalau Yang Berhormat bagi perhatian yang serius kepada pembangunan di seluruh negara yang mereka lakukan tidak mengikut peraturan Jabatan Alam Sekitar yang sebenarnya. Jadi, itu sebab jabatan ini penting untuk memberi perhatian yang serius kepada perkara yang berlaku dan Yang Berhormat mungkin boleh syaratkan supaya apa-apa bentuk pembangunan mesti dibuat semasa siang hari kah, tidak mereka buat masa malam hari kah dan sebagainya. Sebab, banyak perlakuan yang dilakukan semasa orang tidur. Contohnya, pencurian hutan. Sekarang ini, dibuat waktu malam. Tidak buat waktu siang. Kalau sekiranya penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar ini dibuat bersama dengan pasukan ranger yang saya rasa ranger mungkin tidak mampu kerana mereka terlampau kecil sikit, hutan besar. Mungkin, saya tidak tahulah apa sebabnya. Paling penting ialah kadang-kadang penerokaan hutan itu dibuat di hadapan mata. Kedua, Yang Berhormat boleh- saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat akan laksanakan peraturan. Di mana segala bentuk kelulusan untuk pembalakan itu mesti mendapat keputusan daripada Jabatan Alam Sekitar. Sebab, kita lihat semua pembalakan sama ada dibuat secara haram- memang sudah teruk dah. Akan tetapi, cara halal pun tidak mematuhi, tidak mengikuti SOP dan mereka hanya masuk ke dalam hutan dengan cara berleluasa sebab tidak ada orang yang memantau mereka. Yang Berhormat ada teknologi, ada dron dan sebagainya, yang boleh kita pantau pergerakan mereka. Jadi, gunakan teknologi terkini itu untuk memastikan supaya pembangunan negara ini adalah mengikut tatacara alam sekitar yang sihat. Maka, kalau sekiranya kita tahu sumber masalah kepada alam sekitar ini ialah hutan, jadi Yang Berhormat bagi sikit perhatian kepada pengurusan hutan agar mengikut peraturan yang sebenarnya. Sebab, jabatan-jabatan lain tidak boleh campur tangan tentang urusan negeri tetapi Jabatan Alam Sekitar mempunyai kuasa yang luas. Saya ingin bertanya berapa kes alam sekitar yang telah diambil tindakan di Cameron Highlands dan juga di sebelah Kelantan. Tuan Pengerusi tidak ingat kawasan itu apa nama?

Lojing. Terima kasih. Bekas apa itu. Terima kasih Presiden UMNO. Jadi, di Lojing. Jadi, berapakah tindakan yang telah diambil pihak alam sekitar. Sebab pelanggaran alam sekitar itu terlampau banyak. Akan tetapi tindakan yang diambil kurang dan kita hendak tengok proses yang diambil itu berapa lama. Kadang-kadang proses yang diambil itu begitu lama dan akhirnya ia tidak mendatangkan kesan sebab orang yang melanggar peraturan akan terus melanggar peraturan. Saya minta supaya kementerian Yang Berhormat sama-sama menyokong usaha-usaha yang dibuat oleh NGO dan juga semua pihak untuk hendak selamatkan negara ini kita kena haramkan pembalakan dengan pelbagai cara yang telah saya sebutkan tadi. Kedua, ialah fasal meteorologi. Yang Berhormat tidak payah sebut kepala. Yang Berhormat pun nampak kepala meteorologi di situ ya. Meteorologi. Jadi, saya minta Jabatan Meteorologi ini ialah kawan baik saya. Sebab saya sebagai orang yang menjaga bencana, jadi kawan baik saya. Akan tetapi, saya tertimbul dalam pemikiran saya bagaimana kita tidak dapat mengesan keadaan cuaca itu lebih awal. Sekurang-kurangnya mungkin empat jam kah, lima jam kah tetapi kita hanya dapat mengetahui dalam masa sejam. Contohnya, semasa perubahan cuaca yang berlaku di Pulau Pinang hari itu. Kita tahu bahawa angin ini sudah bergerak ke tempat lain, tetapi sampai kawasan Perlis dan sampai ke antara Kedah dengan Perlis tiba-tiba angin itu bergerak pergi Pulau Pinang dan telah menimbulkan malapetaka di Pulau Pinang. Kenapa angin telah bergerak dengan begitu laju ke satu arah, tiba-tiba boleh berpusing balik. Sudah pasti ada cuaca yang tidak menentu di kawasan tersebut yang menyebabkan timbul kawasan panas. Jadi, angin sejuk akan menerpa balik ke Pulau Pinang. Jadi, makna kata di Pulau Pinang sudah ada sesuatu yang harus dilakukan kerana daripada segi meteorologi tadi angin boleh pusing balik Yang Berhormat dan yang ini kita dapat kesan hanya dalam masa dua jam ataupun tiga jam yang sudah pasti kita tidak dapat memberi amaran. Kalau bagi amaran pun mungkin orang tidak mendapat maklumat dengan cepat. Dengan itu, timbul malapetaka. Jadi, boleh tidak jabatan Meteorologi memberi amaran awal bahawa kalau angin sedang bertiup kencang ke arah Perlis dan Laut Andaman, dia mungkin mendatangkan kesan kepada negeri yang keadaannya mungkin agak panas sedikit kerana tidak menjaga alam sekitar ataupun apa-apa bentuk yang boleh menjamin bahawa kita dapat maklumat yang lebih awal.

Ataupun apa-apa bentuk yang boleh menjamin bahawa kita dapat maklumat yang lebih awal. Kalau sekiranya, yakni dapat dihubungkaitkan bahawa apa pun berlaku, negeri yang keadaannya lebih panas daripada negeri yang lain, dia akan menerima angin sejuk yang bergerak dan dengan itu berlakulah malapetaka ribut dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Arau, sekarang saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai. Selepas ini, Yang Berhormat Pengerang kemudian diikuti Yang Berhormat Sibuti, kemudian Yang Berhormat Lembah Pantai dan seterusnya diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang Yang Berhormat Bagan Serai.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu, saya mohon kebenaran Tuan Pengerusi untuk mengalu-alukan kehadiran bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini, Pertubuhan Prihatin Rakyat Kelantan dan juga Persatuan Bekas Murid-murid Tua Sekolah Min, Ayer Tawar... [Tepuk] Terima kasih. Saya merujuk kepada B.30 - 050100..

Tahniah Yang Berhormat Bagan Serai. Tahniah tahniah.

Siapa yang bagi tahniah ini?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tidak mengapa teruskan Yang Berhormat Bagan Serai. Teruskan.

Siapa yang bagi tahniah ini? saya ingat Tuan Pengerusi.

Tahniah pindah kerusi.

Syukran Jazilan. Pengurusan Alam Sekitar- seperti kata pepatah, ‘jangan terhantuk baru tengadah, jangan sampai nasi jadi bubur’. Jadi, apa yang saya hendak perkatakan tentang pengurusan alam sekitar, sudah lama kita membicarakan tentang isu yang melanda dunia hari ini sebenarnya. Daripada tahun 1992, dari Persidangan Rio Summit ataupun Kemuncak Bumi, memperkatakan tentang dokumen-dokumen berkenaan dengan pembangunan perkitaran dan juga Agenda 21, sehinggalah kita mendengar tadi, ada pembahas menyatakan tentang Paris Agreement 2015. Kita hendak kurangkan pengeluaran karbon kepada tahap 45 peratus pada tahun 2020 dan juga pengurangan penebangan hutan. Akan tetapi kita dengar tanah runtuh, every now and then, dengan izin. Kadang- kadang kita dengar, sini sana tanah runtuh. Kita dengar tentang banjir, kita dengar tentang kemarau yang akan menggugatkan harta benda, nyawa dan juga masa depan ekonomi umpamanya. Jadi kita dengar di Malaysia ini. Kita dengar hari ini, di Pulau Pinang di Cameron Highlands dan juga banjir yang teruk terutama di Pantai Timur. Semua ini boleh menyebabkan masalah. Kalau kita lihat di Daerah Kerian di Parlimen Bagan Serai, banjirlah- banjir. Saya bimbang, adakah isu penebangan hutan, sama ada yang kita dengar tadi secara haram atau secara lulus dilepaskan begitu sahaja. Cerita ini berulang-ulang. Bila jadi, semua kelam-kabut turun, lepas itu lupa sekejap. Tunggulah sampai satu lagi tanah runtuh berlaku dan ada nyawa yang melayang, maka ramailah lagi akan turun. Jadi, saya hendak kementerian melihat perkara ini. Sama ada hutan yang ditebang atas maksud pembangunan ataupun pertanian, adakah kita buat ini secara seimbang dengan apa yang kita cakap dalam banyak persidangan-persidangan antarabangsa dan juga janji-janji negara kita Malaysia kepada dunia hari ini. Jadi, hutan yang ditebang dan pembangunan di lereng-lereng bukit, ini boleh menyebabkan gangguan kepada alam sekitar yang boleh menyebabkan macam-macam perkara. Jadi Tuan Pengerusi, Bagan Serai ingin bertanya, adakah, berapa banyak tindakan- tindakan yang telah dilakukan ke atas kes-kes yang melibatkan penebangan hutan dan juga pembangunan di lereng-lereng bukit? Bagaimana tentang penghapusan hutan yang menyebabkan kawasan takungan air umpamanya terganggu? Adakah SOP yang ada ini akan diperketat? Adakah dana yang diberikan ini cukup untuk melaksanakan tanggungjawab ini? Hutan yang luas, staf yang ada ini cukup, tidak cukup? Jadi itulah dana yang kita hendak fikirkan tadi. Adakah penguatkuasaan dijalankan dengan sebetulnya? Atau ada unsur-unsur rasuah ataupun daripada mana-mana individu atau agensi. Tuan Pengerusi sekali lagi saya ingin merujuk kepada P.30, 060600 - Subsidi Bil Elektrik. Ini saya dengar tadi bahawa dana yang diberikan adalah sama. Jadi, kita hendak lihat adakah subsidi ini diberikan kepada mereka yang betul-betul bersasar? Ataupun kita dengar cerita ada rumah orang kaya, ada rumah dia tidak duduk pun, bil elektrik dia tidak kena bayar sebab RM20 kurang. Adakah kerajaan bersedia untuk membantu lagi B40 dengan lebih bersasar, dengan skim yang lebih bersasar dan kalau boleh ditingkatkan lagi mungkin RM30, mungkin RM40, sebab kita hendak meringankan masalah mereka, kita hendak bantu mereka. Jadi kita buat. Kata orang, jangan seperti, ‘melepas batok di tangga’. Jangan sikit- sikit tetapi kita dapat buat kepada mereka yang memerlukan pada angka yang cukup. Jadi, ini sangat penting. Yang Berhormat Bagan Serai melihat Butiran 060600 ini satu lagi isu yang saya amat berterima kasihlah kepada kerajaan sekarang ini, yang meneruskan subsidi ini dan mudah-mudahan akan memberikan kebaikan kepada rakyat di negara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Bagan Serai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Tuan Pengerusi, memberikan saya peluang bagi pihak Parlimen Pengerang untuk menimbulkan beberapa Butiran ke atas kementerian. Pertama sekali ialah 050000, 050100 dan 050200. Pertama, Tuan Pengerusi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan Pengurusan Alam Sekitar dan Alam Sekitar di bawah Aktiviti 1 dan 2. Soalan saya pada Yang Berhormat Menteri, adakah Kerajaan Pakatan Harapan akan mewujudkan satu dasar baharu iaitu mewujudkan imuniti kepada NGO-NGO alam sekitar? Sejak kebelakangan ini, kita melihat suara-suara NGO, terutama sekali dalam isu- isu balak, mereka secara tidak langsung diancam dan juga kadang-kadang ditangkap oleh pihak berkuasa iaitu seperti contohnya Polis Diraja Malaysia. Ini kes yang berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah dasar kerajaan untuk mewujudkan dasar imuniti kepada NGO, terutama sekali dalam isu-isu yang boleh menjadikan mata dan telinga kepada kerajaan ya. Saya menimbulkan perkara ini kerana kalau kita tengok dalam elemen, contohnya Jabatan Alam Sekitar, yang tertulis di dalam Butiran Alam Sekitar ini, kita tahu bahawa Jabatan Alam Sekitar iaitu satu jabatan kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik dan juga boleh dipindahkan. Jadi, kalau kita tengok bagi negara-negara membangun di luar seperti Amerika Syarikat sebagai contoh, Jabatan Alam Sekitar selalunya adalah bebas, dijadikan Agensi Alam Sekitar. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan agensi alam sekitar yang bebas, bukan sahaja mempunyai kebebasan dalam kenaikan pangkat dan pelantikan pegawai, tetapi juga dalam kebebasan kuasa mendakwa iaitu pendakwaan tidak datang daripada Jabatan Peguam Negara. Ini adalah kerana kalau pihak kerajaan hendak bercakap tentang alam sekitar, sahabat-sahabat saya daripada pihak pembangkang telah menimbulkan isu-isu sebagai contohnya isu pembalakan, isu-isu kerajaan negeri yang mana bukan calang-calang oranglah yang boleh berhadapan

Minta penjelasan sedikit boleh?

Ya, silakan. Bolehkah penjelasan? Tanya Yang Berhormat Menteri...

Sebelah, sebelah.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Boleh.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, terdapat seorang pemimpin NGO yang hebat yang menegur pasal pembalakan, tiba-tiba dia telah ditangkap dan dipersoalkan kerana kenyataan yang kecil sahaja bahawa dia menuduh bahawa mungkin istana terlibat dengan pembalakan. Apakah dengan cara kita menakut-nakutkan orang begini, kita sebenarnya telah menggalakkan pembalakan dibuat secara berleluasa. Apakah Yang Berhormat setuju bahawa orang yang menegur pasal alam sekitar, pasal pembalakan dan sebagainya, sepatutnya diberi imuniti.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Pengerang.

Tuan Pengerusi, dalam seumur hidup saya tidak pernahlah ada orang masuk campur masa dalam Jawatankuasa ya. Akan tetapi saya jawablah...

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Boleh, tidak mengapa...

Akan tetapi apa sebenarnya yang disebutkan oleh sahabat saya, Arau itu, ialah apa yang berlaku di luar, kebenarannya dari segi fakta bahawa kalau NGO bersuara, tindakan akan dikenakan. Itu sebab saya minta Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri yang baharu, tunjukkan keberanian. Wujudkan satu dasar yang baharu, undang-undang yang baharu, imuniti yang baharu supaya NGO-NGO dalam negara kita, dalam alam sekitar boleh jadi mata dan telinga kepada kerajaan.

Takkanlah Jabatan Alam Sekitar, pegawai-pegawai hendak turun? Sebab saya tengok dalam butiran ini pun- Yang Berhormat Menteri setuju bahawa antara masalahnya ialah masalah EIA reporting. Kelulusan EIA itu memakan masa yang lama. Banyak desas desus menyatakan adanya campur tangan luar dalam isu keluaran EIA report, sebagai contoh. Jadi, perlulah dalam aspek alam sekitar ini- soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri itu- mewujudkan satu kebebasan agensi alam sekitar. Jangan wujudkan jabatan. Ini supaya agensi ini bebas untuk memantau bersama NGO dalam isu-isu alam sekitar. Itu point saya yang pertama, Tuan Pengerusi. Kedua, saya tengok pada Butiran 040000, Butiran 040200 dan Butiran 040100. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Aktiviti 1 dan Aktiviti 2 iaitu Dana dan Pengkormesilan dan Pengurusan Teknologi Hijau. Adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan dasar cukai alam sekitar yang mana jikalau syarikat-syarikat terutama sekali IKS-IKS, sebagai contoh, yang mewujudkan pendekatan yang baharu kepada alam sekitar yang dapat membantu alam sekitar, kerajaan memberikan mereka cukai pelepasan ataupun pengurangan cukai? Sekurang-kurangnya syarikat yang bertemakan alam sekitar boleh mendapat sokongan daripada kerajaan melalui kewujudan cukai alam sekitar. Saya percaya dalam perkara ini, kalau kita betul-betul mahu membantu syarikat yang melihat kepada ‘pencintaan’ alam sekitar, melihat kepada dasar pengawalan alam sekitar, kita juga melihat kepada syarikat-syarikat yang kalau kita tengok, banyak rakyat Malaysia dalam kategori milenium, sebagai contoh, mempunyai banyak idea-idea yang bernas. Alam sekitar ini boleh menjadi satu perniagaan yang positif kepada rakyat Malaysia yang mana kerajaan dapat memberikan bantuan secara tidak langsung melalui deduction of tax, dengan izin. Kemudian, saya ingin menanyakan kepada kerajaan dalam Pengurusan Teknologi Hijau. Saya melihat bahawa perlu satu rangka dasar dan strategi yang lebih positif dalam perkara ini sebagai satu galakan. Sebab, kalau kita lihat di luar sana, teknologi hijau ini menjadi keutamaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang lama sebab kalau kita lihat kepada kewujudan pembelian kenderaan elektrik, cukainya rendah berbanding dengan kenderaan yang memakai kuasa minyak. Jadi ini perlu menjadi galakan dan gerakan. Sebagai contoh, motosikal elektrik ataupun basikal elektrik lah katakan, diperbanyakkan daripada penggunaan minyak, sebagai contoh. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri yang baharu boleh melihat kepada persoalan-persoalan ini. Saya harap bolehlah melihat supaya dapat kerajaan mewujudkan perubahan-perubahan untuk menunjukkan komitmen yang sebenarnya kepada alam sekitar dalam negara kita. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Pengerang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus pergi kepada Butiran 040100 – Dana dan Pengkomersilan. Dilihat terdapat penurunan dari segi pengagihan emolumen. Di sini saya ingin bertanyakan kepada Menteri, apakah terdapat pengurangan staf-staf di peringkat kementerian? Saya juga ingin tahu, adakah pihak kerajaan menstrukturkan semula tentang program-program pengkomersilan R&D dan juga dana-dana yang terdapat pada pihak kementerian? Saya ingin terus kepada Butiran 060500 – My Suria. Mengikut pemahaman saya, program ini diperkenalkan pada beberapa tahun lepas untuk memberikan perkhidmatan dari segi elektrik alternatif ataupun solar. Untuk maklum Yang Berhormat Menteri, di Sarawak melalui Program Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (SARES) sekarang sedang giat dijalankan. Pada tahun 2018 dan tahun 2019, pihak Sarawak sedang menjalankan pemasangan projek-projek SARES sebanyak 90 projek. Dijangka pada tahun 2020, sebanyak 210 projek SARES ataupun pemasangan panel-panel solar di kawasan pedalaman yang jauh dari grid-grid elektrik di Sarawak. Ini adalah sangat penting kerana agak sukar untuk kita memasang grid elektrik di kawasan penempatan yang sangat jauh terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan sempadan-sempadan di Kalimantan, Borneo. Saya berharap agar Program MySuria ini diteruskan kerana dilihat penurunan dari segi bajet yang diberikan oleh pihak kementerian. Seterusnya adalah tentang Butiran 02100 – Commercialisation R&D Fund (CRDF). Saya ingin tahu, apakah perincian dan juga pencapaian pengkomersialan bahan-bahan R&D yang telah kita laksanakan selama ini? Apakah pulangan yang dapat diperoleh oleh pihak kerajaan? Seterusnya adalah tentang Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Bagi saya, ini adalah satu penurunan yang agak besar daripada RM77,885,000 kepada RM55 juta. Untuk makluman Menteri, bahawasanya penyelidikan ataupun pembangunan sains dan teknologi di Malaysia adalah bergantung dengan dana. Sekiranya negara kita ingin terus maju, kita perlulah menjalankan R&D. Agak sukar bagi penyelidik-penyelidik, sekiranya mempunyai geran ataupun dana yang sangat kecil, untuk kita menghasilkan produk-produk yang bermutu tinggi. Saya juga ingin tahu daripada pihak Menteri, apakah dasar-dasar baharu sains dan teknologi yang diperkenalkan oleh kerajaan yang baharu ini? Adakah pihak kerajaan telah menjalankan satu pemetaan teknologi ataupun forecasting atau teknologi forecast untuk sains dan teknologi di Malaysia? Apakah penumpuan pihak kementerian? Apakah bidang- bidang yang akan diberikan penumpuan oleh Kerajaan Malaysia untuk dibangunkan agar dapat memberikan pulangan dan juga pendapatan kepada negara? Seterusnya adalah tentang Butiran 050200 – Alam Sekitar. Saya ingin bercakap tentang alam sekitar kerana kawasan Parlimen Sibuti berhadapan dengan kawasan laut yang sangat luas. Kami juga mempunyai satu taman negara laut yang telah diiktiraf oleh UNESCO yang pada masa kini dikenali sebagai Sibuti Coral Reefs National Park. Beberapa tahun lepas, berlaku satu kejadian blue tears di Pantai Tusan. Setelah diselidiki, kejadian blue tears ini adalah kesan daripada pencemaran laut. Ini adalah tanda-tanda ataupun signal, dengan izin, bahawasanya laut kita sekarang telah tercemar. Selain itu juga, untuk sepanjang pantai dari Miri sehingga Sibuti, pada masa kini, saya dan juga masyarakat Sibuti berdepan dengan masalah pencemaran plastik-plastik atau botol-botol air yang telah mendarat di pantai-pantai kami yang indah itu. Juga tentang Butiran 050200 ini, saya ingin mengetahui perincian ataupun belanjawan yang dapat diagihkan kepada negeri Sarawak. Ini kerana pada masa ini, Kerajaan Negeri Sarawak giat untuk memulihkan biodiversiti terutamanya hutan-hutan di kawasan negeri Sarawak. Pada masa ini, kami telah memulihara sebanyak 792,510 hektar kawasan hutan dan juga sebanyak 1.2 juta ekosistem akuatik yang kami pelihara. Selain daripada itu juga, berkenaan dengan Butiran 030500 – Akademi Sains Malaysia. Secara amnya, kesedaran tentang sains di kalangan masyarakat luar bandar ataupun masyarakat Sarawak juga agak berkurang pada masa ini. Kita lihat minat untuk menceburi dalam bidang sains pun agak berkurang dari sektor pendidikan. Saya berharap agar pihak kerajaan dapat meluaskan ataupun menanam minat tentang sains di kalangan penduduk di wilayah Sarawak dengan membuka pusat-pusat sains terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Kalau di Sarawak, di Miri ataupun di Kuching, kita boleh menyediakan tapak atau lokasi yang boleh dijadikan pusat sains supaya kita dapat menjalinkan kerjasama yang baik antara Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Kerajaan Pakatan Harapan melalui sains dan teknologi.

Itu adalah harapan saya kepada Yang Berhormat Menteri dan juga saya ingin Yang Berhormat Menteri juga dapat meninjau di kawasan Sarawak berkenaan tentang- turun padang untuk melihat berkenaan tentang masalah-masalah cerun dan juga masalah alam sekitar. Saya juga berterima kasih kepada Ahli Parlimen Arau dan juga saya telah mendengar beberapa kali beliau memuji tindakan dan juga keputusan Allahyarham Tok Nan yang memberhentikan pembalakan di Sarawak. Saya juga ingin pihak Yang Berhormat Menteri juga menyokong cadangan saya agar Malaysia ataupun kerajaan memberhentikan projek-projek perladangan komersial kelapa sawit yang besar, agar dihentikan supaya kita dapat memelihara. Saya juga ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk membawa kesedaran sains dan teknologi dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat minoriti- minoriti, penduduk asal di negeri Sarawak terutamanya masyarakat Penan supaya kita tanam minat mereka untuk menjaga alam sekitar agar mereka meneruskan perjuangan-perjuangan untuk mempertahankan tanah dan juga alam sekitar yang mereka sayangi. Itu sahaja daripada Parlimen Sibuti.

Sat, sat Yang Berhormat Sibuti. Saya hendak minta penjelasan sikit ya. Boleh masuk dalam ucapan. Tuan Pengerusi, adakah Yang Berhormat bercadang untuk mencadangkan kepada kerajaan jadikan Beting Patinggi Ali sebagai taman negara.

Saya bersetuju Yang Berhormat Arau kerana Beting Patinggi Ali ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih. Beting Patinggi Ali ini juga berhampiran dengan kawasan Parlimen Sibuti dan juga berdekatan dengan Sibuti Coral Reef dan juga saya mencadangkan sekiranya kita dapat mempertahankan Beting Patinggi Ali itu adalah wajar untuk kita gazetkan Beting Patinggi Ali itu sebagai taman negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Saya ingin menjemput seterusnya sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi Yang Berhormat Lembah Pantai, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Keningau, saya nampak ada dua lagi- Yang Berhormat Beaufort dan juga Yang Berhormat Kuala Kangsar. Yang Berhormat Papar. Baik, saya masukkan Yang Berhormat Papar. Sila, Yang Berhormat Lembah Pantai.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 030400 Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara bawah Maksud Bekalan 30 yang menyaksikan peningkatan sebanyak hampir RM800,000. Tuan Pengerusi, saya anggap ini adalah satu peningkatan yang baik. Memandangkan kalau kita lihat Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara merupakan pusat-pusat untuk memastikan anak-anak kita dan rakyat Malaysia secara amnya lebih cenderung untuk meminati sains dan teknologi. Cuma persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan khususnya Planetarium Negara yang terletak dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai- berapakah jumlah pengunjung yang telah hadir memandangkan saya difahamkan- kalau tidak silap saya ada peningkatan fi yang telah diluluskan dalam satu kertas statut, kalau tidak silap saya pada sidang yang lepas ataupun sebelum ini. Adakah kita menyaksikan pengurangan dari segi jumlah pengunjung yang hadir ataupun bagaimana? Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh 030500 Akademi Sains Malaysia yang menyaksikan sedikit peningkatan dalam anggaran perbelanjaan. Saya ingin bertanya memandangkan pada tahun 2015, Akademi Sains Malaysia telah menerbitkan satu laporan, dengan izin, Science and Technology Human Capital Report and Science Outlook 2015. Pada waktu itu, telah disebut yang mana Malaysia memerlukan 270 pelajar sains yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Akan tetapi pada tahun tersebut pada waktu itu jumlahnya cuma 90,000 dan anggaran setiap tahun secara purata jumlah pelajar yang memasuki Tingkatan 4 adalah seramai setengah juta ataupun 500,000 pelajar. Adakah pihak kementerian mendapat maklumat terkini daripada Akademi Sains Malaysia sebagai contoh berkaitan dengan isu ini memandangkan saya percaya isu STEM adalah satu isu yang besar, yang penting untuk masa depan negara kita. Apakah yang sedang diusahakan oleh kementerian sekiranya ada dengan kementerian-kementerian lain khususnya Kementerian Pendidikan untuk membantu meningkatkan jumlah pelajar seperti yang pernah dibangkitkan oleh Akademi Sains Malaysia. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 040200 Pengurusan Teknologi Hijau. Seperti yang kita sedia maklum Yang Berhormat Menteri pernah sebelum ini membangkitkan tentang eco-label dan isu yang saya pernah bangkitkan adalah perbezaan di antara – kalau kita lihat pada pengurusan teknologi hijau semestinya adalah berkenaan dengan teknologi kitar semula. Bila kita lihat pada konsep biodegradable dan juga composting ada perbezaan di mana kita sedia maklum apa yang disebut sebagai biodegradable itu sebenarnya tidaklah fully degradable sehingga ia betul-betul hilang. Akan tetapi persoalan saya adakah sejak daripada kali terakhir saya bangkitkan, apakah langkah-langkah ataupun usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kementerian khusus berkaitan dengan pengurusan teknologi hijau untuk menambahkan kesedaran umum tentang bukan sahaja perbezaan di antara biodegradable dan composting tetapi untuk meningkatkan jumlah bahan-bahan yang sebenarnya boleh dikompos dan tidak semestinya cuma setakat biodegradable, memandangkan ia masih menjana bahan-bahan plastik yang tidak boleh dileraikan dalam alam sekitar. Saya ingin membangkitkan Maksud Pembangunan 30, Butiran 00602, Pemodenan dan Naik Taraf Planetarium Kuala Lumpur yang menerima secara langsung dana sebanyak RM1 juta. Saya anggap ini adalah satu usaha yang baik memandangkan Planetarium Negara telah dibina pada tahun 1989. Ini satu langkah yang saya rasa amat diperlukan memandangkan jumlah anggaran harga projek adalah RM8.4 juta tetapi untuk tahun 2019 cuma diberikan RM1 juta. Apakah perancangan pihak kementerian untuk membantu Planetarium Kuala Lumpur untuk meningkatkan dana khusus untuk usaha pemodenan dan naik taraf, sama ada ini termasuklah dari segi perolehan bahan-bahan ataupun peralatan baharu untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia khususnya di Kuala Lumpur dan terutama bagi pelajar-pelajar untuk menikmati kemudahan ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Butiran 02100 Commercialization of R&D Fund ataupun CRDF yang diberikan peruntukan RM20 juta. Berapakah nilai daripada segi pertambahan kepada GDP, pertambahan kepada KDNK yang dianggarkan akan terhasil daripada pemberian dana sebanyak RM20 juta ini bagi tahun- tahun yang akan datang. Kedua, berkenaan dengan Butiran 03600 Program Pengkomersialan Nano Teknologi bagi Rancangan Malaysia Ke-11 yang diberikan peruntukan sebanyak RM11.5 juta, juga persoalan yang sama apakah nilai tambah yang akan dijana kepada ekonomi negara dari segi peningkatan GDP ataupun KDNK dengan hasil daripada program komersialan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pasir Gudang ingin membahaskan dua butiran yang berkaitan iaitu 030300 Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan satu lagi 050100 Pengurusan Alam Sekitar. Dalam kedua-dua butiran ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana peruntukan yang diberi bagi tahun ini untuk Lembaga Pelesenan Tenaga Atom bertambah kepada RM17 juta lebih berbanding RM16 juta sebelum ini.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Begitu juga pengurusan alam sekitar meningkat dari RM2 juta lebih kepada RM3,017,800. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian satu perkara yang mustahak iaitu berkaitan dengan kilang Lynas di Kuantan. Kilang Lynas di Kuantan ini bahaya Tuan Pengerusi kerana kilang ini memproses untuk penguraian logam yang menghasilkan hasil buangan mengandungi unsur-unsur radioaktif. Bahan logam ini yang mengandungi rare earth element, unsur rare earth ini seperti pernah dulu kita ada di Bukit Merah di Perak, kilang di Papan, Perak yang kontroversi itu yang kemudian telah ditutup. Jadi saya ingin memaklumkan bahawa logam yang hendak diuraikan di Kuantan ini, yang kilangnya telah pun beroperasi ini, berasal dari Australia. Sekiranya proses penguraian itu tidak bahaya, sepatutnya kilang seperti Lynas ini beroperasilah di Australia. Kenapa mesti datang ke Malaysia, di Kuantan, berdekatan dengan industrial estate, Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat dengan kawasan Balok, Sungai Balok? Kawasan di Kuantan itu tanahnya, tanah gambut, peat soil dan pantai timur di Kuantan itu hujan, tengkujuh monsun setiap tahun. Jadi sekarang di Kuantan ini kilang Lynas sudah beroperasi, lesen sudah diberi. Ini merupakan kilang yang menghasilkan bahan radioaktif rare earth element ini di antara yang terbesar di dunia. Elemen rare earth ini sangat penting sekarang serupa macam petrol, menjadi kuasa geopolitik, kuasa-kuasa besar China, Amerika, Jepun untuk control menguasai rare earth element ini. Malaysia menjadi negeri pak turut yang menjadi backyard, menjadi makmal untuk memproses ini untuk keuntungan negara-negara besar. Modal sekarang syarikat Lynas ini ditubuhkan di Australia, syarikat Australia, saya difahamkan modalnya sekarang datang dari Jepun dan ia bersaing dengan China dalam hendak control teknologi yang tinggi ini, yang menggunakan rare earth element ini tetapi Malaysia menjadi pak turut. Saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Terengganu dahulu yang menolak pelaburan Lynas kerana bila mendapat nasihat daripada pakar-pakar alam sekitar bahaya ini kerajaan Terengganu tolak tetapi kerajaan Pahang alu-alukan, terima. Saya anggap Kerajaan Persekutuan, Parlimen ini mesti mengambil perhatian terhadap perkara ini kerana sisa- sekarang masalah, kalau boleh kita ramai-ramai boleh pergi ke Lynas sana, kita boleh tengok, bertan-tan sisa penguraian logam rare earth ini terdedah bertimbun-timbun di dalam kawasan di kilang Lynas nanti. Proses penyimpanan, proses menguruskan sisa-sisa penguraian bahan toksik ini, langsung tidak dijaga dengan baik. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah rakyat di Kuantan, rakyat Malaysia akan menjadi makmal seperti tikus makmal. Kita tidak mahu generasi akan datang akan cacat, kanser dan sebagainya anak-anak kita, hanya untung. Ini satu contoh. Sepatutnya people, rakyat didahulukan, bukan keuntungan. Ini terbalik. Keuntungan, duit didahulukan daripada kebajikan rakyat. Saya berharap kerajaan, kementerian kalau boleh tutup kilang Lynas ini. Malaysia tidak memerlukan kilang yang bahaya seperti ini... [Tepuk] Mengapa rakyat kita, kita dedahkan kepada risiko ini. Siapa yang dapat faedah? Siapa yang dapat untungnya nanti?

Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Sila, sila.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Apakah pandangan Yang Berhormat dalam isu ini siapa yang bersalah? Sebab kita sudah melihat kesannya cukup besar dan bantahan rakyat begitu banyak. Jadi sebenarnya siapa yang bertanggungjawab terhadap isu ini sebenarnya? Minta penjelasan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Dalam keadaan sekarang, saya tidak hendak menuding siapa yang bersalah, siapa yang patut dihukum. Kita hendak selesaikan, hendak selamatkan negara kita. Perkara ini kerajaan yang lalu, keputusan telah dibuat. Jadi kerajaan yang sekarang ini perlu lihat. Memang saya faham tidak boleh tutup begitu sahaja. Negara kita ada rule of law, peraturan undang-undang. Kita buat cara undang-undang tetapi pada akhirnya the bottom line, tutup kilang ini sebab ini bukan kilang kimia biasa. Ini kilang radioaktif. Pakar-pakar daripada negara-negara luar telah datang ke Kuantan dan melihat ini ada elemen-elemen atom, radon dan sebagainya, torium dan sebagainya. Ertinya sangat bahaya dan kawalan kita daripada segi saintifik untuk kawal kilang ini amat tidak memuaskan dengan akibat rasuah yang berleluasa, projek seperti ini dibenarkan, ditubuhkan di sini, diberi lesen lagi dengan tergesa-gesa dan sebagainya, jadi tidak memikirkan masa depan negara kita. Ini kita melihat warga Kuantan sana, rakyat di Balok sana, ertinya ini adalah rakyat kita. Kita mesti selamatkan. Ini bukan satu retorik Tuan Pengerusi. ini adalah satu contoh di mana profit first before people. Ini utamakan wang Ringgit dulu dan ditokok tambah dengan rasuah, pengurusan yang tidak baik, terbinanya. Saya cabar, kalau betul bahan rare earth element itu, bahan-bahan buangan itu selamat, hantar balik ke Australia. Sekarang ini bertimbun di sana, bertimbun hasil uraian ataupun sisa-sisa ini hendak buang ke mana. Sungai sebelah berdekatan sahaja, hanya beberapa kilometer daripada kilang itu dengan tanah itu tanah gambut, bahan-bahan radioaktif itu boleh serap ke dalam tanah. Jadi saya lihat kepada pihak kementerian, mesti kita bercakap green technology alam sekitar, jaga itu, jaga ini tetapi kalau rakyat di Kuantan di Gebeng sana kita biarkan sahaja begitu, ini cukup tidak bertanggungjawab sebagai sebuah kerajaan yang baharu ini yang telah diberi mandat oleh rakyat. Jadi Tuan Pengerusi, saya percaya bahawa Ahli Parlimen perlu bersama-sama memantau perkara ini. Ini bukan hanya masalah kerajaan negeri Pahang sahaja kerana pelesenan diberi, dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Pada akhirnya saya minta ini kalau berharap sangat, pada kementerian, kaji undang-undang dan sebagainya, ambil langkah- langkah permulaan, kita tutup kilang ini dan kita minta syarikat ini bawa balik semua termasuk sisa-sisa itu bawa angkat balik ke Australia. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Keningau. Kemudian dikuti oleh Yang Berhormat Rembau, kemudian Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Papar.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Keningau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan mengambil bahagian dalam perbahasan ini tentang B.30 dan P.30 khususnya Butiran 11000 – Sabah Electricity Sdn. Berhad (SESB). Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada Menteri yang telah dilantik untuk mengangkat tanggungjawab yang begitu berat, luas sekali.

Saya harap beliau akan menyelesaikan beberapa masalah terutamanya di Sabah. Pertama isu bekalan tenaga elektrik di Sabah, yang mana adalah dalam pengetahuan umum bekalan elektrik di Sabah ini selalu terputus-putus dan selalu blackout sehinggalah syarikat SESB ini digelar sebagai- “Sabah Everyday Sure Blackout.” Ini terbukti di dalam statistik SAIDI di mana Sabah mempunyai SAIDI yang tertinggi iaitu lebih daripada 240. Baru-baru ini, minggu lalu sebenarnya seluruh pendalaman telah mengalami blackout. Yang Berhormat daripada Kota Kinabalu dan juga datang daripada parti yang sama boleh membuktikan yang ini selalu berlaku dan sebab itu perlu diberikan perhatian. SAIDI di Semenanjung adalah 55.59 manakala di Sabah pula 240.9. Akan tetapi, di lapangan ini lebih tinggi mungkin di antara 400 sehingga 500 ketinggiannya. Maka, saya ingin menyentuh tentang pengumuman oleh Tenaga Nasional Berhad, mungkin tahu lalu yang mana SESB ini adalah anak syarikat TNB. TNB telah mengumumkan bahawa untuk menyelesaikan masalah elektrik di Sabah supaya setaraf dengan di Semenanjung sehingga mencapai SAIDI 55.599 memerlukan perbelanjaan tidak kurang daripada RM2 bilion. Dalam Butiran 11000 ini, muka surat 304 jumlah anggaran untuk SESB adalah sebanyak RM2.66 bilion. Masalahnya dalam anggaran Belanjawan 2019 ini, kerajaan hanya memperuntukkan RM307 juta sahaja dalam muka surat 304. Jadi, bolehkah peruntukan RM304 juta ini menyelesaikan masalah sebesar RM2.6 bilion? Saya rasa tidak, sebab itu kementerian dan kerajaan harus memberi perhatian yang baru untuk menyelesaikan masalah ini bukan sedikit-sedikit. Kalau sedikit-sedikit sini, sedikit-sedikit sana tidak akan menyelesaikan masalah. It will take a long time and the problem will become bigger and bigger, kecuali kita selesaikan masalah ini sekali gus. Treat the problem at its core with its symptoms dan sebagainya. Kalau sini buat tiang, sana buat tiang rumah tidak akan jadi. Mungkin 20 tahun atau 30 tahun baru boleh jadilah. Akan tetapi untuk menyelesaikan masalah seperti ini yang mana kerajaan sendiri melalui TNB telah mengakui memerlukan peruntukan RM2.6 bilion ini, saya haraplah Menteri yang berkenaan akan mengambil langkah untuk merujuk perkara ini kepada Menteri Kewangan dan kepada kerajaan kerana kerajaan telah memungut berpuluh-puluh bilion hasil daripada Sabah dan Sarawak dan gunakanlah sedikit daripada hasil ini untuk menyelesaikan masalah di Sabah dan Sarawak. Saya masih ingat di mana wakil rakyat Penampang dan sekarang Menteri dalam kerajaan mengatakan kerajaan terhutang tidak kurang daripada RM1 trilion daripada hasil 40 peratus yang dikutip oleh Kerajaan Pusat. Jadi mintalah sedikit daripada itu untuk menyelesaikan masalah yang sebesar, bukan besar sedikit ini kalau dibandingkan dengan apa yang sepatutnya ada di dalam kerajaan yang telah dikutip oleh kerajaan. Kementerian MESTECC ini panjang ini nama kementerian ini, jadi saya gelarkan dia MESTECC lah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ringkaskan MESTECC.

Menyasarkan indeks kepuasan pelanggan pada tahap 8.9 peratus dan 82 peratus kesedaran masyarakat. Adakah sasaran ini hanya dibuat untuk Semenanjung, Wilayah atau untuk seluruh negara? Saya fikir kalau ujian digunakan untuk ini terhadap Sabah dan Sarawak memang gagal. Oleh sebab itu perlu mempertingkatkan usaha supaya gangguan-gangguan elektrik dan sebagainya dapat diselesaikan sebelum pelanggan mendapatkan kepuasan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit tentang isu sains dan teknologi. Di mana dalam era revolusi perindustrian keempat, maklumat teknologi yang canggih dan internet of things, kita tidak boleh mengabaikan rakyat di Sabah dan Sarawak juga dalam arus pembangunan perdana ini. Akan tetapi, dalam Bajet 2019 untuk kementerian nampaknya macam business as usual sahaja dengan pernah perubahan sedikit sini, sedikit sana melainkan meteorologi semua agensi kerajaan dan kementerian terletak di Semenanjung seperti Tenaga Atom, Planetarium Negara, Pusat Sains Negara, Akademi Sains Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Agensi Angkatan Negara, Agensi Remote Sensing Malaysia dan sebagainya. There’s nothing in Sabah and Sarawak. Jadi, tidaklah salah saya mencadangkan supaya antara centres of science and technology ini seperti Centre of Excellence in Science and Technology, letaklah satu di Sabah atau dua, begitu juga di Sarawak. Ini perlu dibuat kerana kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan boleh dikatakan Malaysia baharu dan perlu memberi layanan kepada Sabah dan Sarawak dan perlu memandangkan Sabah dan Sarawak ini dari sudut yang lebih luas, yang dan lebih menguntungkan negara Sabah dan Sarawak ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan di sini supaya kementerian ini mengadakan satu pendirian yang baru, layanan yang baru, peruntukan yang baru dan penyelesaian-penyelesaian masalah-masalah di Sabah dan Sarawak yang baru juga. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Ahli Yang Berhormat, jam telah tepat pukul 1.00 petang. Ahli Yang Berhormat, kita akan sambung semula selepas rehat. Majlis bersidang semula sebagai majlis Mesyuarat.

[Mesyuarat bersidang semula]

Dato’ Mohd Rashid HasnonPKR · PHTimbalan Yang Di-Pertua · Batu Pahat

Yang Berhormat Majlis berhenti rehat. Kita sambung semula pada jam 2.30 petang, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato’ Mohd Rashid HasnonPKR · PHTimbalan Yang Di-Pertua · Batu Pahat

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan menyambung semula perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Saya jemput Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas, dipersilakan. Saya nak jemput tadi Yang Berhormat Rembau tetapi Yang Berhormat Rembau belum ada, Yang Berhormat Beaufort pun belum ada. Yang Berhormat Kuala Kangsar pun belum ada. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Papar.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat tengah hari kepada kawan- kawan semua. Saya ingin merujuk kepada Butiran 1100 – SESB iaitu Sabah Electricity Sendirian Berhad, di mana peruntukan yang diberi sebanyak RM456 juta. Peruntukan untuk tahun 2018 hanya RM173 juta. Di sini kita nampak akan kenaikan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi kita dana yang begitu besar untuk SESB. Saya ingin tahu, peruntukan ini berapakah sebenarnya untuk pembangunan dan saya mahu juga kerajaan memperincikan segala amaun RM456 juta ini demi untuk orang-orang Sabah tahu, apakah tujuan peruntukan ini diberi. Tuan Pengerusi, sekarang saya ingin merujuk kepada Bekalan 30, 050000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang berjumlah RM118 juta dan juga Bekalan Pembangunan P.30, 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan R&D- research and development, dan juga Butiran 07200 – Jabatan Alam Sekitar. Tuan Pengerusi, seperti mana yang kita tahu, di Sabah, pembalakan haram di pedalaman masih lagi berlaku, yang menyebabkan kerajaan negeri kehilangan punca pendapatan yang begitu banyak dan juga menyebabkan penduduk-penduduk kampung di pedalaman menderita disebabkan sumber air yang digunakan setiap hari menjadi kotor dan tidak sesuai untuk kesihatan. Setiap kali hujan, mereka akan berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan air minuman dan kegunaan harian. Keadaan ini bertambah lagi buruk disebabkan oleh pengambilan kayu-kayu balak yang menjadi-jadi tanpa sekatan daripada pihak berkuasa. Ini telah menyebabkan jalan-jalan bukit runtuh disebabkan oleh penggunaan jentera-jentera yang berat. Pembalakan yang tidak terurus dan haram serta perlombongan pasir juga di Sungai-sungai Papar yang tidak teratur harus diberi perhatian oleh kerajaan sekarang ini. Ini hanya akan diteruskan selepas semua peraturan-peraturan dan undang-undang dipatuhi oleh kontraktor-kontraktor atau syarikat- syarikat yang terbabit yang mengendalikan pembalakan dan juga perlombongan- perlombongan pasir di sepanjang sungai di Daerah Papar. Adalah menjadi harapan saya, dengan belanjawan yang diberi oleh Kerajaan Pusat, kerajaan akan tegas dalam melaksanakan peraturan dan perundangan kerana banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku seperti kawasan-kawasan tadahan air di pedalaman dan juga penduduk-penduduk di sekitarnya terancam yang menyebabkan mereka terpaksa menggunakan air yang tidak seharusnya mereka gunakan. Tuan Pengerusi, dalam beberapa tahun ini, sektor penternakan telah menjadi sebagai sektor yang begitu penting di daerah ini. Akan tetapi, kebanyakannya penternak- penternak swasta ini melabur dalam ternakan ayam telur dan ayam daging, begitu juga dengan khinzir. Sebagai pengetahuan kita, Daerah Papar mengeluarkan 35 peratus daripada jumlah keperluan ayam di negeri Sabah tetapi terdapat juga beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam penternakan daging khinzir untuk pasaran tempatan. Akan tetapi, banyak masalah berbangkit yang telah timbul dan dihadapi oleh penduduk-penduduk sekitarnya seperti pembuangan najis ternakan yang tidak dikendalikan dengan betul, menyebabkan penduduk-penduduk sekitarnya terpaksa berhadapan dengan bau busuk setiap hari. Ada juga tanah orang-orang kampung di persekitarannya tidak dapat diusahakan disebabkan oleh najis khinzir yang mengalir ke tanah penduduk berkenaan. Di waktu hujan ataupun banjir, najis-najis khinzir ini akan mengalir masuk ke dalam sungai iaitu Sungai Papar di mana ada water intake, dengan izin, bagi memproses air terawat untuk kegunaan seluruh penduduk Papar. Adalah menjadi harapan saya sebagai wakil rakyat, kementerian yang berkenaan harus menangani permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di Daerah Papar, terutamanya penduduk-penduduk sepanjang Sungai Papar seperti memberi peruntukan kepada kerajaan tempatan untuk menguruskan semua permasalahan ini.

Tuan Pengerusi, sebelum saya menutup ucapan saya, saya ingin juga bercakap bagi pihak Yang Berhormat Labuan, di mana jana kuasa di Kampung Patau-Patau Labuan pada ketika ini tidak mampu untuk menampung penggunaan tenaga elektrik oleh pengguna di Pulau Labuan. Saya dengan ini ingin bertanya bagi pihak Yang Berhormat Labuan, macam mana sudah status pelaksanaan projek kabel dasar bawah laut dari Menumbok/Kuala Penyu ke Labuan demi membekal tenaga elektrik ke Pulau Labuan yang kekurangan tenaga elektrik. Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi, jana kuasa di Kampung Patau-Patau, dengan izin, is not economical to be upgraded anymore, dengan izin. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Tolong-menolong dengan Yang Berhormat Labuan.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Untung Yang Berhormat Labuan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingin menjemput Yang Berhormat Tampin.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tampin ingin turut serta di dalam membincangkan, membahaskan soal Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim atas Butiran 040200 iaitu Pengurusan Teknologi Hijau. Di mana, perkara ini amat penting untuk menjaga kebersihan dan juga keharmonian alam sekitar di dalam kehidupan kita sehari-harian. Berdasarkan kepada butiran ini, Tampin telah membuat suatu slogan tentang bersih, indah dan selamat. Dengan slogan ini, Tampin ingin merangka satu pelan untuk menjadikan pekan Tampin itu sebagai bandar yang bersih, bandar yang indah dan juga selamat daripada gangguan, sama ada gangguan kekotoran atau pun gangguan daripada manusia yang mendatangkan mudarat kepada manusia yang lain. Justeru itu, sekiranya ada peruntukan yang berlebihan daripada kementerian ini supaya dapat menyokong pelan tindakan di daerah atau pun di pekan Tampin ini kerana ia ada hubung kaitnya dengan Butiran 050100 iaitu Pengurusan Alam Sekitar, di mana Tampin akan membuat suatu penjanaan penggunaan elektrik itu bukan lagi berdasarkan kepada elektrik tetapi berdasarkan kepada solar. Ini memberi suatu tambahan tenaga kepada pembangunan di daerah dan boleh memberi sumbangan atau pun mengurangkan dari segi aspek penggunaan tenaga elektrik yang boleh memberi suatu kehidupan yang agak baik dan juga selamat kepada masyarakat di sekitarnya. Perkara yang ketiga yang saya hendak sebut ialah 07200 iaitu Jabatan Alam Sekitar, di mana peruntukan yang diberikan menurun daripada RM75 juta kepada RM73 juta, sedangkan pengurusan alam sekitar ini suatu yang amat penting bagi kita kerana ia boleh memberi kesan di dalam kehidupan masyarakat sehari-harian. Oleh sebab itu lah kalau kita dapati, oleh kerana peruntukan itu tidak mencukupi atau pun tidak memadai, banyak kilang-kilang yang dibina khususnya di kawasan Tampin, kadang-kadang tidak mengikuti piawaian yang digariskan oleh alam sekitar, menyebabkan pencemaran parit-parit dan juga sungai-sungai yang boleh memberi kehidupan yang tidak selesa kepada masyarakat yang di sekitar sungai untuk mendapatkan sumber makanan mereka sehari-harian seperti ikan dan sebagainya. Jadi, oleh sebab itu lah saya fikir untuk menjaga keharmonian alam sekitar ini, adalah wajar untuk pihak kementerian memikirkan balik semula soal peruntukan yang ada itu supaya sama ada ditambah atau pun diberi perhatian yang setimpal dengan apa yang sepatutnya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat. Saya sebut selepas Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Padang Serai. Selepas Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Rantau Panjang, selepas Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Ipoh Timur dan..

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Bukit Bendera.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Yang Berhormat Hulu Langat.

Baik. Terima kasih Tuan Pengerusi. Mengenai B.30, Butiran 040000 butiran kecil 040400 - Agensi Angkasa Negara muka surat 301. Walaupun pengurangan sebanyak 0.6 peratus sahaja berbanding daripada tahun 2018, agensi ini bertanggungjawab membantu kerajaan untuk menggubal dan melaksanakan Dasar Angkasa Negara. Selain itu agensi ini untuk membina keupayaan negara secara menyeluruh dalam bidang sains dan teknologi angkasa. Kalau kita lihat pembangunan sektor angkasa negara adalah sektor yang strategik, baik untuk orang awam apatah lagi untuk ketenteraan. Keupayaan membangun dan mengoperasi satelit sendiri adalah keupayaan negara-negara maju seperti Amerika, Rusia, China, Jepun dan Korea. Kita telah memulakan pembangunan keupayaan negara dalam sektor angkasa ini sejak tahun 2000 lagi. Kita juga telah ada sejumlah pakar anak-anak tempatan dalam bidang ini dalam syarikat milik kerajaan Astronautic Technology Sdn. Berhad (ATSB). Dengan satelit TiungSAT-1, kemudian RazakSAT dan juga RazakSAT-2, kita sudah mempunyai kepakaran dan facility yang cukup baik untuk negara. Namun kebelakangan ini, kita lihat seolah-olah kerajaan seperti tidak mahu meneruskan pembangunan sektor yang sangat strategi ini. Dua soalan saya, pertama kenapa program pembangunan satelit RazakSAT-2 yang telah diluluskan kerajaan pada tahun 2012 tidak diteruskan lagi? Soalan kedua saya soalan akhir, kenapa kejayaan pelancaran satelit EnoSAT-2 oleh ATSB yang baru dilancarkan pada 29 November 2018 menggunakan pelancar Indian Space Research Organisation (ISRO) baru-baru ini seperti tidak diendahkan oleh kerajaan langsung. Saya mengharapkan dan saya rasa ramai daripada kalangan kita semua mengharapkan agar tumpuan kepada pembangunan satelit negara ini tidak ditamatkan atau pun tidak dipandang kecil untuk negara ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Butiran saya 030500 - Akademi Sains Malaysia. Mohon kementerian memberi penjelasan, peruntukan mendapat RM8 juta, adakah pihak kementerian dapat memberi bantuan bagi murid-murid yang mewakili sekolah dan juga negara ke peringkat antarabangsa bagi dalam bidang sains. Pada masa ini, ramai murid-murid sekolah dari kawasan saya mewakili negara ke peringkat antarabangsa tetapi tidak dapat apa-apa peruntukan. Di samping itu juga, jika peruntukan-peruntukan diberi kita boleh dapatkan ramai generasi muda mengambil bahagian dalam bidang sains.

Tuan Karupaiya MutusamiPKR · PHPadang Serai

Butiran 040200 – Pengurusan Teknologi Hijau. Anggaran RM2 juta lebih diberikan. Mohon memberi penjelasan bagaimana boleh melaksanakan kerja-kerja menghijaukan? Cadangan saya, harap memberi peluang kepada murid-murid sekolah mengambil bahagian dalam menanam pokok-pokok yang boleh membawa kebaikan untuk kesihatan seperti pokok semambu dan juga pokok-pokok lain yang berkaitan. Sebelum mengakhiri saya punya ucapan, saya ingin keluarkan satu pantun... Bunga seroja di atas para; Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara; Maafan jua saya mohonkan. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih, Tuan Pengerusi beri peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan peringkat Jawatankuasa Maksud B.30 – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Menyentuh Butiran 07200 dan 07300 berkaitan dengan alam sekitar, saya ingin tahu berapa kes yang telah diambil tindakan oleh pihak kementerian terutama dari sudut penyalahgunaan ataupun yang berkaitan dengan isu pelanggaran peraturan dan undang- undang alam sekitar? Sebab, kita lihat hari ini isu alam sekitar adalah isu yang penting terutama yang boleh melibatkan pencemaran termasuk pencemaran sungai, pantai dan termasuk juga pencemaran berpunca daripada toksik-toksik yang dikeluarkan oleh kilang-kilang. Jadi setakat ini, berapakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian? Juga, apakah program pendidikan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya sama-sama memelihara alam sekitar ini? Di antara isu yang penting juga berkaitan dengan alam sekitar ini adalah isu pencemaran daripada bahan plastik yang rata-rata menjadi isu besar dalam negara kita. Apakah program kerajaan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk memastikan bahawa kesan plastik ini tidak memberi kesan yang memudaratkan kehidupan masyarakat kita terutama plastik yang susah diurai? Kita tengok hari ini kapasiti penggunaan plastik sangat banyak. Kempen-kempen perlu dibuat supaya, terutama pihak pengusaha, mengurangkan penggunaan plastik. Penggunaan barang-barang semula jadi seperti bakul rotan ataupun alat-alat semula jadi yang mesra alam kurang mendapat sambutan di pasaran. Jadi, perlunya diberi galakan untuk sebagai ganti daripada penggunaan plastik yang dari segi jangka panjangnya mempunyai kesan yang cukup besar kepada negara. Begitu juga saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 040200 – Penggunaan Teknologi Hijau yang kita semua tahu sangat penting perkara ini untuk memastikan kualiti kehidupan dan untuk memelihara sumber asli serta alam sekitar kita. Jadi saya ingin tahu, apakah pencapaian program yang telah dibuat di bawah program ini setakat ini? Juga, apakah kekangan ataupun masalah-masalah yang telah dihadapi oleh kementerian untuk kita mencapai objektif daripada program yang kita telah laksanakan? Begitu juga saya ingin menyentuh Butiran 03600 iaitu program berkaitan dengan nano teknologi di mana telah diadakan program dalam peruntukan ini untuk Program Pengkomersialan Nano Teknologi bagi Rancangan Malaysia Ke-11 yang mendapat peruntukan RM11.5 juta. Jadi saya ingin tahu, apakah kejayaan setakat ini? Apakah produk-produk yang telah berjaya kita hasilkan daripada teknologi nano ini? Juga, apakah sambutan dalam negara kita? Begitu juta pasaran kita ke luar negara. Banyak manakah kejayaan kita menggunakan teknologi ini sehingga kita berjaya memasarkan produk-produk kita ke peringkat antarabangsa? Negara manakah yang banyak mengimport produk-produk nano kita? Juga, apakah cabaran yang dihadapi oleh kerajaan hari ini? Kita ingin tahu juga dari segi peruntukan. Kita lihat peruntukan yang diperuntukkan dalam Bajet 2019 ini semakin berkurang. Jadi, apakah kerana teknologi ini sudah kurang berkesan? Kenapa peruntukan itu dikurangkan? Jadi itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 060600 berkenaan dengan subsidi bil elektrik. Apa yang saya boleh perhatikan di sini, Tuan Pengerusi, adalah untuk subsidi bil elektrik, anggaran pada tahun 2018 adalah sebanyak RM140 juta dan anggaran yang sama adalah pada tahun 2019 iaitu RM140 juta. Sememangnya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2019 yang telah pun dibentangkan pada 2 November, kita telah pun dimaklumkan bahawa subsidi bil elektrik akan dihadkan kepada golongan B40 yang didaftar di bawah e-Kasih dan subsidi tersebut akan meningkat kepada RM40. Pada masa tersebut, jumlah peruntukan yang diumumkan adalah sebanyak RM80 juta. Akan tetapi, apabila saya memerhatikan lampiran butiran di sini, ia adalah sebanyak RM140 juta. Maka saya ingin membangkitkan soalan kepada pihak kementerian, bagaimanakah balance RM60 juta tersebut akan digunakan? Pihak mana yang akan mendapat manfaat daripada subsidi bil elektrik ini? Saya juga percaya bahawa pihak Yang Berhormat Menteri telah pun memberikan jawapan bertulis kepada saya berkenaan dengan isu yang saya bangkitkan dalam peringkat dasar iaitu sama ada hendak memberikan subsidi ini kepada mereka juga yang bukan di bawah B40, mungkin di pertengahan iaitu M40 untuk mereka yang hanya mempunyai satu rumah sahaja. So, mungkin sekiranya kita mempunyai satu balance RM60 juta ini, bolehlah pihak kementerian mempertimbangkan cadangan ini sekali lagi. Tuan Pengerusi, perkara yang kedua yang saya hendak bangkitkan adalah di bawah Butiran 060500 – My Suria. Apa yang saya nampak adalah anggaran pada tahun 2019 adalah sebanyak RM1,135,000 dan ini mencatatkan satu penurunan yang amat besar sekiranya kita membandingkan anggaran yang diberikan dalam Belanjawan 2018 iaitu sebanyak RM6 juta. Dari RM6 juta sampai ke RM1.135 juta. Tuan Pengerusi, sememangnya kita percaya bahawa rantau Asia Tenggara adalah satu hotspot, dengan izin, yang mempunyai potensi yang besar untuk tenaga boleh baharu, renewable energy, tetapi negara-negara Asia Tenggara adalah kekurangan rangka kerja dasar yang akan menggalakkan pelaburan ini. Saya difahamkan bahawa MySuria ini adalah bertujuan untuk membantu golongan B40 untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui program ini yang membolehkan penggunaan tenaga solar. Maka dengan penurunan satu bajet ataupun anggaran yang begitu drastik ini, bagaimanakah kita boleh menjaga kebajikan dan kepentingan golongan ini? Apabila kerajaan mempunyai satu usaha yang amat positif untuk menghala ke arah penjanaan tenaga boleh baharu ini, mungkin anggaran yang dinyatakan yang sekiranya dibandingkan dengan tahun- tahun yang lepas adalah rendah, mungkin anggaran ini adalah tidak mencukupi. So, begitulah dua perkara yang saya ingin bangkitkan. Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera, kemudian diikuti oleh yang terakhir daripada Yang Berhormat Kangar sebelum digulung oleh Yang Berhormat Menteri. Sila, Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tuan Pengerusi, saya ingin membangkitkan Butiran 030200 mengenai Meteorology Department. Bukan sahaja jabatan ini bertanggungjawab untuk ramalan cuaca tetapi juga saya terbaca dalam surat khabar baru-baru ini pada surat khabar bertarikh 24 Oktober tahun ini, bahawa terdapat projek pelampung tsunami ataupun dipanggil tsunameter yang sebelum ini sejumlah wang RM7.2 juta telah dibelanjakan untuk mendirikan tiga pelampung tsunami, deep water tsunameter untuk mengutip data-data, memberikan amaran tsunami kepada pesisiran pantai.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Difahamkan pelampung ini telah diimport dari Norway dan telah decommission berfasa-fasa sejak tahun 2006 di Laut Andaman, Laut Sulu dan Laut China Selatan. Antara tempat-tempat yang di letakkan adalah dekat dengan Langkawi 500 kilometer dari Langkawi dan juga kedua Pulau Layang-layang di Sabah dan juga dekat dengan Pulau Sipadan, Sabah. Saya membaca dalam surat khabar ini bahawa tsunameter ini, pelampung tsunami ini telah hanyut dan hilang. Oleh itu saya berasa khuatir kerana masih ingatan kita masih mentah, kita masih ingat bahawa kejadian tsunami pada 24 Disember 2004 telah menyebabkan puluhan kematian di Wilayah Utara Semenanjung termasuk juga di kawasan saya Pulau Pinang, Batu Feringgi, di Balik Pulau. Saya berasa khuatir kerana pelampung tsunami ini hilang. Saya hendak tanya Menteri sama ada, ada tak penggantian tsunameter ini ataupun pelampung tsunami ini di bawah subjek item ini. Ini kerana ia penting kerana saya rasa early detection system untuk tsunami ini penting supaya kita dapat memberikan amaran kepada orang ramai terhadap malapetaka ini. Saya ingin dapatkan satu kepastian daripada Menteri sama ada ini dimasukkan dalam Butiran 030200. Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan tentang Butiran 030400 – Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara. Pada pandangan saya Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara, KL centric maksud dia berpusat di Kuala Lumpur. Saya rasa Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara juga memberikan maklumat ataupun Pendidikan STEM yang penting kepada budak-budak pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik STEM yang sangat penting. Pendidikan STEM ini sangat penting dan saya rasa kita perlu lihat butiran ini melihat apakah strategi kementerian di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Bagaimana kita hendak merapatkan jurang STEM ini antara KL dan di luar KL. Walaupun saya faham Pusat Sains Negara juga ada satu pusat di Wilayah Utara iaitu di negeri Kedah tetapi jurang STEM ini akan- memang bukan di luar Kuala Lumpur. Di Pulau Pinang kita kerajaan negeri ada satu Tech Dome Pulau Pinang yang lebih kurang kombinasi Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara tetapi berskala kecil tetapi inovatif. Di bawah butiran ini, apakah insentif-insentif kepada kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan, bagaimana boleh menggalakkan mereka kerajaan-kerajaan negeri atau tempatan ataupun sekolah-sekolah untuk tujuan mengurangkan jurang antara STEM ini, jurang yang besar bandar dan luar bandar. Bagaimana untuk menggalakkan budak-budak di kawasan selain daripada Kuala Lumpur supaya mereka boleh juga memperolehi pendidikan umum terhadap dan juga menggalakkan mereka mengenali mencintai sains, matematik dengan lebih awal lagi. Itulah soalan yang ingin saya tujukan. Tuan Pengerusi, saya selain itu ingin juga membangkitkan satu lagi butiran iaitu Butiran 03600 – Program Pengkomersialan Nano Teknologi bagi Rancangan Malaysia Ke- 11 berjumlah RM1.5 juta. Pagi ini Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 2 dibentangkan atas meja semua Ahli Yang Berhormat. Salah satu subjek item yang dilaporkan dalam Laporan Auditor General ini adalah berkenaan dengan NanoMalaysia Berhad di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Ada beberapa finding audit yang dibuat oleh Auditor General antara lainnya bahawa terdapat yang finding yang masih belum dibelanjakan. Antara finding yang dibuat, prestasi perbelanjaan geran mengurus dan pembangunan di bawah NanoMalaysia ini bahawa dalam muka surat 236 telah menyatakan masih terdapat baki geran sehingga April 2018 sebanyak RM15.79 juta. Maksud dia kita memberikan peruntukan yang besar juga kepada NanoMalaysia Berhad ini tetapi tidak dibelanjakan habis. Sehinggakan masih terdapat RM15.79 juta sehingga April 2018. Boleh tak kita dapat satu statement daripada Menteri berkenaan dengan Auditor General Report ini bagaimana kita dapat memastikan perbelanjaan ataupun belanjawan yang diluluskan oleh Dewan ini. Apakah prestasi supaya kita tidak ingin lihat juga kalau projek- projek yang diberikan juga perlu digunakan dengan sebaiknya dan juga mungkin terdapat syor-syor Audit yang dikeluarkan oleh Auditor General. Antara lain juga syor Audit mencadangkan syarikat ini supaya mewujudkan jawatankuasa audit dan audit dalaman bagi meningkatkan kawalan dalaman dan memantapkan tadbir urus syarikat. Sama ada jawatankuasa audit ini telah ditubuhkan oleh NanoMalaysia Berhad dan inilah- juga syor Audit menyatakan bahawa memastikan pembayaran sagu hati dan gaji bulan ke-13 mendapat kelulusan ahli lembaga pengarah sebelum bayaran dibuat. Saya berasa kadang-kadang banyak juga GLC-GLC syarikat-syarikat kerajaan yang telah diaudit oleh Ketua Audit Negara dan banyak terdapat teguran ataupun audit finding. Saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh GLC-GLC berkenaan supaya isu-isu sedemikian dapat diberikan perhatian yang serius oleh Menteri. Itu sahaja dari saya. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Kangar, tetapi ada permintaan daripada Yang Berhormat Merbok. Cumanya adalah peringkat jawatankuasa, bukan peringkat dasar. Sila Yang Berhormat Kangar.

Ya, Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera Tuan Pengerusi dan juga Ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Saya tidak mengambil masa panjang. Hanya yang pertama saya hendak sentuh tentang Butiran di bawah 060000 – Program Khusus di bawah sub dia 060500 – My Suria. Tadi sahabat saya daripada Yang Berhormat Ipoh Timur juga ada menyentuh, cuma saya ingin bertanya kepada kementerian. Ini kerana kalau menurut daripada data yang saya sempat rujuk sasaran sehingga Ogos 2018 ialah sebanyak 1,620 buah rumah yang sepatutnya menerima manfaat daripada Program My Suria yang terdahulu. Saya hendak minta Menteri jelaskan berapa banyak yang dicapai antara tempoh setahun yang lalu sehingga Ogos 2018. Berapa ramaikah secara khususnya penerima Program My Suria ini di Perlis dan berapakah purata pendapatan peserta yang terlibat kerana cadangannya itu asalnya adalah untuk membantu golongan B40. Sekiranya program ini berjaya mengapakah peruntukkan di bawah perkara ini di kurang. Jadi seterusnya perkara 060600 – Subsidi Bil Elektrik juga disebut sangat tinggi RM140 juta. Tadi ada juga sahabat saya daripada Yang Berhormat Ipoh Timur menyebutkan tentang adanya perbezaan sebanyak RM60 juta daripada apa yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan belanjawan.

Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri menyatakan kadar penembusan elektrik di rumah-rumah dan juga sekolah-sekolah di seluruh negara. Ini kerana jika benar ada lebihan ini, sebab sebelum ini banyak kawan kita terutama di kawasan-kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak bangkitkan tentang kemudahan asas di sekolah tidak ada bekalan elektrik. Jadi saya berharap, sekiranya benar ada lebihan, kita dapat menumpukan dan mengalihkan sedikit demi sedikit kalau tahun ini mungkin rancangan subsidi diteruskan dan yang lebih itu kita salurkan untuk pastikan sekolah-sekolah ini ada kemudahan asas bekalan elektrik dan juga pada masa akan datang sama ada kita dapat mengurangkan subsidi ini tetapi kita alihkan kepada perkara-perkara asas yang diperlukan. Seterusnya Butiran 03202 - penghantaran dan pembahagian tenaga. Saya tengok ada peningkatan yang cukup besar tetapi secara pinjaman daripada tahun 2017 sebanyak RM15 juta kepada anggaran dipinda RM0 pada tahun 2018 dan kini RM40 juta. Jadi adakah tahun lalu tidak ada, maksudnya tahun inilah 2018 tidak ada langsung perbelanjaan tentang ini. Kalau ikut tahun 2017, sebanyak RM15 juta, sekarang RM40 juta. Meningkat agak tinggi. Jadi saya minta kementerian jelaskan untuk tujuan apa peningkatan yang tinggi ini. Cuma sedikit mungkin terkait dengan perkara ini saya hendak sebut sedikit ikut di kawasan saya sebab ada satu pada zaman dahulu apabila buat pembangunan, ada satu kawasan ini tidak ada substation. Jadi saya terima aduan sekarang ini kedai tidak boleh bagi bekalan elektrik pasal kapasiti sudah penuh. Apabila dia buat dahulu semasa kebenaran merancang diluluskan jadi tempat itu tidak ada substation. Jadi apabila sekarang bangunan sudah siap, bekalan tidak boleh masuk diminta kalau hendak kena tarik daripada substation yang lain yang jauh dan memerlukan bayaran cukup tinggi. Jadi bagi saya ini kes yang agak unik. Mungkin satu-satunya kes di Malaysia, kebenaran merancang semua dapat. Orang kata sudah buat bangunan pun sudah siap, bekalan elektrik tidak boleh masuk sebab substation tidak dibuat 30 tahun, 40 tahun dahulu semasa kawasan tersebut dibentuk. Jadi saya harap kalau perkara ini kalau sempat saya boleh sembang dengan Yang Berhormat Menteri.

Pencelahan.

Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hendak menyinggung sedikit tentang persediaan dalam kapasiti untuk memastikan rakyat dapat elektrik. Saya hendak menjurus kepada gred elektrik merangkumi penjanaan, pengantaraan dan pembahagian. Jadi generation, submission and contribution dan akhirnya kepada customer atau rakyat. Matlamat kita ialah untuk meningkatkan gred elektrik di mana penjanaan, pengantaraan dan pembahagian dapat diperkukuhkan untuk mencapai 20 peratus daripada tenaga elektrik negara di mana jana oleh tenaga yang boleh diperbaharui atau lebih dikenali sebagai Renewable Energy (RE) menjelang tahun 2025. Dengan berbuat demikian, kita dapat memberikan supply kepada seluruh tempat yang memungkinkan kita mengalami masalah. Apakah Yang Berhormat Kangar bersetuju dengan saya yang ia perlu dibuat dengan kadar segera supaya rakyat tidak sengsara tidak dapat api. Terima kasih Yang Berhormat Kangar, terima kasih Tuan Pengerusi.

Boleh masukkan pandangan Yang Berhormat Kapar ke dalam perbahasan saya. Cuma sedikit mungkin juga supaya tidak terlepas pandang Yang Berhormat Menteri memastikan bahawa rancangan projek pembangunan juga dipertimbangkan. Macam di Perlis saya tahu sebab Lembah Chuping ini pelabur tidak boleh hendak melabur sebab kemudahan asas ini masih tidak ada. Jadi kalau boleh tidak terlepas pandanglah dalam konteks itu. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya bagi kepada Yang Berhormat Merbok untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Setiawangsa boleh? Selepas ini.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri hendak?

Puan Yeo Bee YinDAP · PHTimbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Kalau terlalu banyak saya tidak ada masa untuk gulung. So, sampai pukul empat ya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, ini yang terakhir. Sila yang terakhir Yang Berhormat Merbok.

Okey saya merujuk kepada Butiran 030300 dan juga berkenaan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan juga Bahagian Pembangunan 01000 Lembaga Pelesenan Tenaga Atom juga yang mana kalau kita lihat di sini menyaksikan badan ini mendapat peningkatan yang begitu tinggi kalau dalam pembangunan daripada RM355,000 meningkat kepada RM5,050,000. Kita secara umumnya faham bahawa AELB ini adalah sebuah lembaga yang mengawal selia sektor nuklear negara dan juga untuk memperkukuhkan undang-undang tenaga atom. Saya cuma sebenarnya ingin menyentuh sedikit isu Lynas yang telah disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang sebentar tadi. Saya tidak berniat untuk menyalahkan yang terdahulu tetapi sebenarnya daripada awal keberadaan Lynas di Malaysia ini sebenarnya berlaku beberapa kepelikan. Antaranya projek sebesar ini tidak perlu di DEIA, maksudnya Detailed Environmental Impact Assessment, hanya memerlukan Preliminary Environmental Impact Assessment iaitu PEIA. Kemudiannya masa dah terus berlaku. Sekarang, secara umumnya juga kita tahu bahawa sekarang sudah hampir 1.5 juta tan metrik sisa yang berada di tapak projek yang mana kita tahu bahawa tapak projek tersebut hanyalah tiga kilometer dari Sungai Balok dan air sisa, waste water juga yang discharge ke Sungai Balok itu juga hari-hari lebih kurang 500 meter padu per hour, bukan per day yang saya rasa kalau saya hendak bacakan benda-benda yang begitu menakutkan berkenaan Lynas ini. Saya nampak sebenarnya soalan saya di sini adalah dalam masa kita memberikan kenapa sekarang Lynas mendapat POL atau Permanent Operating License maksudnya ketika kita mensyaratkan ketika Lynas mendapat temporary yang sementara, Temporary Operating License, kita perlu Lynas membuat PDF atau Permanent Disposal Facility untuk menguruskan sisa radio aktif. Akan tetapi ia tidak berlaku dalam sebulan dan akhirnya AELB telah memberikan POL ini kepada Lynas. Itu persoalan saya. Kemudian untuk yang seterusnya...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Minta laluan sedikit Yang Berhormat Merbok. Sedikit, kes ini sahaja.

Sekejap sebab saya ada lagi tiga. Okey.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Saya minta penjelasan daripada isu Lynas ini satu isu yang saya fikir sangat serius yang kita semua mesti bertanggungjawab terhadap apa yang kita bincang, kita lulus di peringkat Parlimen. Saya ingin mendapat pengesahan Yang Berhormat Merbok supaya kerajaan mengesahkan secara pasti sejauh mana sisa daripada Lynas ini boleh menjadi ancaman. Oleh sebab kalau kerajaan bagi lesen bermakna kerajaan sudah sahkan bahawa ia tidak berbahaya. Jadi saya fikir Parlimen perlu diberi penjelasan detailed sejauh mana sisa radio aktif daripada Lynas ini benar-benar menjadi suatu ancaman. Kalau tidak jadi ancaman saya fikir kita juga harus jujur terhadap apa yang berlaku. Terima kasih.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Yang Berhormat, kalau Setiawangsa boleh sambung sedikit sahaja. Kawan, kawan. Okey terima kasih Yang Berhormat Merbok. Setiawangsa lanjutan daripada celahan tadi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, kalau boleh kita tanya kepada kerajaan mengapa sekiranya Lynas ini begitu selamat, mengapa mereka tidak buat sahaja di Australia? Kenapa di negara asal syarikat ini sendiri Lynas tidak membuat operasi mereka tetapi mereka datang ke Malaysia untuk beroperasi.

Saya mohon masukkanlah kedua-dua di dalam perbahasan saya. Kalau saya hendak syarahkan dwistandard yang dibuat oleh Lynas ini antara Malaysia dan juga ini saya sebenarnya melihat ada loopholes undang-undang yang melihat Malaysia ini seolah-olah dibuli oleh Lynas. Saya cuma ingin tekankan sebab itu saya sebut daripada awal tadi, keberadaan Lynas di Malaysia ini seperti ada sesuatu kepelikan yang kita mesti siasat. Oleh sebab Lynas juga pernah menandatangani letter of undertaking untuk hantar sisa daripada Lynas ke Australia bertarikh 23 Disember 2012. Maknanya kalau dia tidak boleh, kalau apa-apa jua sisa yang digenerate dekat site itu dia kena hantar pulang. Kalau dia tidak boleh buat PDF, you kena hantar pulang. Akan tetapi sekarang isunya benda itu tidak dibuat. So, sekarang seterusnya saya minta itulah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Kemudian isu seterusnya adalah 040200 iaitu yang melihatkan Pengurusan Teknologi Hijau. Sejauh mana dengan bajet yang diberikan ini sedikit peningkatan, sejauh mana teknologi-teknologi hijau, percentage yang maksud kita buat kajian benda itu bagus. Sejauh mana implementation di bawahan? Adakah kita cukup membuat exhibition sahaja ataupun sesetengah sahaja teknologi-teknologi itu diguna pakai oleh sesetengah pihak. Adakah rakyat dapat merasakan keseluruhan teknologi hijau itu untuk diimplementasikan? Seterusnya saya ingin bertanya 050100 Pengurusan Alam Sekitar yang mana adakah dalam bajet ini kita juga menekankan seperti yang pernah disebutkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat sebelum ini iaitu kaedah 3R iaitu reduce, reuse, recycle dan juga saya ingin sentuh berkenaan pengurusan sisa pepejal yang juga saya melihatkan ini adalah memberikan kesan kepada alam sekitar.

Ini kerana pada saya kalau kita tidak bersungguh-sungguh buat 3R dan juga segregation at source maksudnya, saya ingat kalau apa juga teknologi yang baru tetapi perkara ini kita tidak dapat selesaikan di peringkat awal, saya ingat kita juga akan tidak begitu berjaya di masa akan datang. Akhir sekali juga, adalah Butiran 00800 iaitu yang mana menyaksikan bajet untuk program penyelidikan dan juga R&D mengalami penurunan sebanyak 64.96 peratus, maksudnya hampir 65 peratus. Jadi yang ini saya mohon penjelasan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 20 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas dalam kementerian ini dan sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk menjawab 30 minit. Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya tidak dapat menjawab 22 Ahli Parlimen- apa yang dibangkitkan oleh 22 Ahli Parlimen saya akan jawab secepat mungkin kepada apa- apa isu yang saya dapat di sini. Ramai Ahli Yang Berhormat yang bangkit tentang subsidi bil elektrik Butiran 06000; Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Kangar. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, isu subsidi bil elektrik adalah bermula tahun 2009. Melalui program ini pengguna-pengguna dengan bil elektrik RM20 dan ke bawah dikecualikan daripada membayar bil elektrik berkuat kuasa 1 Oktober 2008. Sejak program ini mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2008, kerajaan telah menanggung kos secara purata sebanyak RM140 juta setiap tahun. Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan yang kita buat seperti pengetahuan semua Dewan yang mulia ini kita dapat tahu bahawa mereka yang di e-Kasih, miskin dan miskin tegar hanya 37 peratus yang dapat subsidi RM20 ini. Sehubungan itu, kerajaan telah menggantikan program ini supaya rebat ini dinikmati oleh golongan yang betul-betul memerlukannya iaitu subsidi yang bersasar dengan hanya menyalurkan rebat kepada kumpulan yang bersasar iaitu yang berdaftar dengan e-Kasih; miskin dan miskin tegar. Kita mampu meningkatkan subsidi rebat elektrik mulai RM20 meningkat 100 peratus kepada RM40 kepada 185,000 pengguna miskin dan miskin tegar. Dengan ada penjimatan lain, saya sudah ambil maklum daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Kangar yang bertanya adakah kita akan memperluaskan subsidi dan rebat bil elektrik ini kepada golongan yang lain iaitu golongan yang tiada dalam kategori e-Kasih, dalam kategori miskin dan miskin tegar. Kementerian sedang mengkaji sama ada kita boleh menggunakan baki daripada RM140 juta ini untuk memperluas lagi untuk meningkatkan pemanfaatan untuk mendapatkan RM20 subsidi bil elektrik. Bukan RM40, RM40 hanya boleh dinikmati oleh kumpulan bersasar iaitu miskin dan miskin tegar. Akan tetapi untuk baki kita mengkaji siapakah yang lebih memerlukannya. Di sini saya hendak pastikan bahawa mereka yang tinggal di kondominium mewah, mereka yang tinggal di banglo, mereka yang tinggal di rumah teras yang besar yang ada bil elektrik RM20 ke bawah kerana tidak ada orang dalam rumah beliau mereka perlu bayar bil elektrik daripada tahun 2019. Hanya mereka yang bersasar, mereka yang benar-benar memerlukannya kita menyalurkan bantuan daripada kerajaan. Saya hendak memastikan di sini bahawa kita akan terus membantu mereka yang memerlukan B40. Mereka yang memerlukan bantuan daripada kerajaan kita akan mengkaji dan tengok bagaimana kita boleh membantu. Untuk perkara program MySuria, Butiran 060500 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Kangar juga yang bertanya kenapa kita hendak mengehadkan program ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini program MySuria telah bermula yang bersasar di mana 1,620 orang untuk program ini- masa ia mula menyasar untuk 1,620 orang untuk memasang panel solar di atas bumbung mereka dan menjana income dan pendapatan dengan menjual solar ini dengan mekanisme feed-in tariff. Selepas mengkaji program ini, kementerian mendapati bahawa program ini tidak efektif untuk membantu mereka yang memerlukan. Pertama, ia kerana 1,620 orang sahaja yang boleh dapat dengan subsidi yang besar. Oleh itu, kita tukar dengan meningkatkan subsidi bil elektrik terus. Kalau kerajaan hendak membantu, kita boleh membantu terus dengan menggunakan bantuan, tidak payah kita pasang solar panel dan lain-lain. Kedua, adalah dari segi teknikal. Kenapa? Ini kerana kebanyakannya mereka yang kita hendak bantu adalah berada dan tinggal di luar bandar. Apabila anda di luar bandar adalah susah kita untuk menyambung solar panel itu kepada grid nasional untuk dijual kepada grid. Oleh itu, program ini adalah tidak efektif. Dengan ini, tujuan ini kita mengehadkan bilangan orang dalam MySuria kepada 332 orang. Ini yang telah pasang, kita teruskan 10 tahun. Oleh itu, kita perlu perbelanjaan RM1.13 juta setiap tahun dan bukan RM6 juta. Seterusnya, ramai Yang Berhormat membangkitkan Butiran 02100 – Commercialization R&D Fund dan juga Yang Berhormat Sibuti telah membangkitkan program R&D Butiran 00800. Izinkan saya berkongsi sedikit tentang polisi kerajaan baharu terhadap commercialization of technology dan juga R&D. Ramai yang kata kenapa commercialization fund turun. Saya hendak kata di sini bahawa dari segi kalau kita tengok sekarang ia turun sikit tapi makluman Dewan yang mulia ini, bukan sahaja kerajaan MESTECC yang bagi dana pengkomersialan teknologi tetapi agensi-agensi lain juga bagi dana untuk pengkomersialan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini adalah lima agensi di bawah MESTECC yang bagi dana pengkomersialan iaitu Malaysian Technology Development Corporation, Malaysia Debt Ventures Berhad, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd dan juga Cradle Fund. Ada di antara mereka boleh menjana pendapatan sendiri dan tidak perlu dana daripada suntikan daripada kerajaan. Dengan ini sekarang MESTECC adalah diproses untuk menstrukturkan semula bagaimana kita menyalurkan dana pengkomersialan kepada syarikat-syarikat ataupun kepada start-up dan juga bagaimana kita menyalurkan R&D. Ada ramai di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang juga ada bimbang tentang kenapa peruntukan untuk R&D turun juga sikit sahaja. Saya memang setuju bahawa memang sekarang adalah sikit tetapi bukan MESTECC sahaja yang bagi menyalurkan peruntukan R&D. Kementerian Pendidikan menyalurkan R&D fund, Kementerian Pertanian menyalurkan R&D fund, Kementerian Industri Utama juga menyalurkan R&D fund kepada bidang-bidang yang berlainan. Oleh itu, kita memang ada R&D fund yang cukup besar tetapi adakah ia mencukupi? Ya, ia tidak mencukupi. Akan tetapi, tujuan dan tumpuan untuk tahun 2019 saya sering kata tumpuan untuk tahun 2019 dalam segi pengagihan dana R&D bukan the absolute value. It is how you distribute R&D fund, dengan izin. Oleh sebab saya bagi satu statistik. Saya telah berkongsi dengan Dewan yang mulia ini bagaimana kerajaan dahulu menyalurkan dana R&D. Hanya 8.6 peratus daripada dana R&D yang disalurkan kepada industrial experiment iaitu industrial research iaitu penyelidikan- research yang berasaskan industri dan penyelidikan yang ada demand research. Oleh itu, dengan ini kita tukar dulu tumpuan bagaimana kita mengagih dana R&D.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Untuk MESTECC, kementerian ini tahun depan, semua dana daripada RM55 juta ini kita tidak akan menyalurkan semua kepada basic research ataupun applied research. Lebih daripada 50 peratus daripada dana R&D kita akan disalurkan kepada penyelidikan yang ada kolaborasi dengan industri kerana kita perlu faham bahawa, apabila kita ada R&D, apakah tujuan kita adakan R&D? Untuk Kementerian Pendidikan, ya untuk pengetahuan. Akan tetapi untuk MESTECC, ia adalah untuk membantu syarikat-syarikat untuk menjadi lebih produktif, untuk membantu syarikat kita untuk meningkatkan daya saing mereka. Oleh itu, adalah sangat penting di mana kerajaan shift our attention, shift our focus. Tukar fokus kita kepada bagaimana kita boleh menyalurkan dana R&D kepada industri. Saya bagi satu statistik perbandingan ya. Apabila kita menyalurkan 8.6 peratus, Singapura menyalurkan 48 peratus daripada dana R&D mereka kepada industri. Negara Jepun lagi tinggi, 64 peratus. Ini adalah kenapa kita kena sekarang mengagihkan peruntukan R&D kita kepada industri. Untuk saya, 2019 yang penting ialah paradigm shift, yang paling penting. Bukan peningkatan the absolute value tetapi paradigm shift is how we allocate the resources of R&D. Saya juga telah berkongsi banyak ya, bersama-sama dengan Dewan yang mulia ini dalam ucapan gulung RMKe-11 saya, di mana perkongsian sumber kerajaan dalam R&D. Saya telah berkongsi bagaimana kita- inisiatif kongsi sumber R&D, bagaimana kita hendak kongsi dalam Kementerian MESTECC untuk berkongsi kemudahan penyelidikan dan peralatan saintifik, bagaimana kita hendak kongsi data, bagaimana kita hendak kongsi sumber manusia, iaitu penyelidik kita. Kita hendak menghantar 100 penyelidik daripada MESTECC kepada industri, di mana mereka akan dibayar oleh kerajaan tetapi kerja di industri. Ini saya telah pun berkongsi dan saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berminat boleh rujuk kepada Hansard saya ya. Untuk Yang Berhormat Lembah Pantai dan Yang Berhormat Rantau Panjang juga Yang Berhormat Bukti Bendera membangkitkan tentang NanoMalaysia. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat pada tahun 2018, dengan dana sejumlah RM20 juta, NanoMalaysia telah berjaya mengaktifkan projek-projek yang mampu menjanakan Pendapatan Negara Kasar (GNI), sejumlah RM2.7 bilion. NanoMalaysia menjangka akan mengaktifkan projek-projek berimpak tinggi, usaha sama awam dan juga swasta. Sekali lagi, kita tumpuan kepada awam dan swasta yang mampu menjana pendapatan negara kasar sejumlah RM1.4 bilion. Saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera, di mana mereka ada cash reserve dan tidak sepatutnya mendapat RM10 juta, saya mengambil maklum. Untuk Yang Berhormat Rantau Panjang yang membangkitkan kenapa kita turunkan peruntukan untuk NanoMalaysia. Bukan NanoMalaysia tidak ada permintaan sudah. Bukan kerana produk nano tiada permintaan, tetapi sekarang NanoMalaysia sedang menuju ke satu aras self-sustainable. Kita kurangkan secara berfasa peruntukan yang kita bagi untuk NanoMalaysia kerana NanoMalaysia sekarang sudah boleh menjana pendapatan sendiri. Sebagai satu contoh, NanoMalaysia Berhad sekarang memiliki sekurang-kurangnya ya 75 harta intelek nano teknologi bernilai tinggi yang mampu dikomersialkan. Kita berhasrat adalah supaya NanoMalaysia, suatu hari nanti tidak payah mendapat dana daripada kerajaan. Malah juga mereka bayar dividen kepada kerajaan kerana adalah anak syarikat yang mampu menjana pendapatan untuk kerajaan. Seterusnya, saya ingin menjelaskan satu demi satu, page-by-page. Dengan ini, untuk sesiapa yang membangkit, untuk lebih senang kita follow, ikut penggulungan saya. So, untuk Yang Berhormat Keningau dan Yang Berhormat Papar yang telah membangkitkan isu bekalan elektrik, iaitu muka surat 292. Sistem Average Interruption Index di Semenanjung Malaysia dan juga SAIDI di Sabah iaitu sasaran kita di Semenanjung Malaysia 55, SAIDI di Sabah 150. Yang Berhormat Keningau dan Yang Berhormat Papar telah membangkitkan isu SAIDI di Sabah iaitu banyak gangguan bekalan elektrik di Sabah. Saya telah menjelaskan ini dengan panjang lebar pada 23 Julai 2018 dalam jawapan lisan saya. Mohon boleh rujuk Hansard pada masa itu dan saya hanya hendak tambah sedikit sahaja. Selepas itu saya telah membuat tiga lawatan ke Sabah. Satu kali, kita buat town hall dengan stakeholders, dua kali saya pergi mengadakan meeting dengan Ketua Menteri kerana saya berasa bahawa Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kena bekerjasama untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah. Masalah bekalan elektrik di Sabah ada dua. Satu ialah sistem dan sistem elektrik itu adalah lemah. SAIDI yang tinggi gangguan elektrik yang tinggi, itu satu. Kedua adalah di mana SESB iaitu TNB di Sabah, SESB adalah tidak menjana pendapatan. Adalah dia sentiasa memerlukan subsidi daripada kerajaan untuk menampung kos operasi mereka. Setiap kilowatt hour, setiap kilowatt jam SESB jual, dia rugi. Here, is different. Every kilowatt hour you sell, you earn money. But in Sabah every kilowatt hour you sell, you lose money. Ini dua perkara iaitu satu financial problem. Kedua, sistem program. So, you have two problems, dua-dua cabaran. Oleh sebab itu saya sangat memberi perhatian kepada apa yang berlaku di Sabah. Saya bagi satu contoh sahaja, subsidi kerajaan untuk Sabah hanya untuk elektrik dari segi infrastruktur dan dari segi SESB itu dari segi kewangan. Subsidi kewangan adalah lebih daripada RM1 bilion setiap tahun. Oleh sebab itu, saya hendak kata di sini bahawa kita sedang dalam proses ya untuk mencari jalan bagaimana kita menstrukturkan semula SESB. Satu, untuk mengatasi cabaran kewangan dan kedua, bagaimanakah kita memperkukuhkan infrastruktur bekalan elektrik di Sabah. Saya berharap bahawa kita sabar sikit untuk mendapatkan lebih banyak lagi pengumuman daripada kerajaan. Untuk- sorry sekejap saya hendak jawab di sini. Untuk RM455 juta yang ditulis dalam SESB, Butiran 11000 adalah semua 52 projek untuk mengukuhkan infrastruktur bekalan elektrik. Tiga lagi 55 projek, RM300 juta adalah dari segi caruman telus...

Mencelah...

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Saya tiada banyak masa ya. Kalau ada yang bangkit, saya memang tidak boleh habiskan...

Sedikit sahaja pertanyaan Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja...

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Bolehkah saya habiskan dahulu?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Habiskan dulu nanti...

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Ya habiskan dulu ya. So, untuk SESB kita menyalurkan RM455 juta, RM307.87 juta adalah dari segi geran, secara langsung dan RM148.9 juta adalah pinjaman kepada SESB. Seterusnya, saya hendak bangkitkan adalah muka surat 294. Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan kenapa 4 peratus...

Yang Berhormat boleh saya- ini persoalan ini berkenaan dengan Sabah tadi. Pendek sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Mungkin subjek yang sama?

Pendek, pendek sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Mungkin subjek yang sama? Ya silakan.

Subjek yang sama.

Yang Berhormat, saya mendengar dengan teliti beberapa perkara cabaran berkenaan dengan bekalan elektrik di Sabah. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, kerajaan yang lalu telah membuat keputusan agar hal yang berkenaan elektrik ini diserahkan kepada pihak kerajaan negeri untuk diregulate. Apakah Kerajaan Persekutuan dalam proses pelaksanaan ini? Adakah juga pihak Kerajaan Persekutuan akan pertimbangkan, laksanakan juga hal supaya kerajaan negeri juga regulate hal-hal berkenaan dengan gas. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Soalan yang baik. Ini adalah salah satu opsyen. Salah satu opsyen apabila kita tengok bagaimana kita hendak menstrukturkan semula industri bekalan elektrik di Sabah adalah salah satu opsyen dan kita sekarang sedang mengkaji opsyen- opsyen yang berbeza-beza.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Yang paling penting ialah saya beri keyakinan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sabah, kita membuat yang terbaik. Kita tengok apakah sistem yang terbaik, apakah struktur yang terbaik untuk orang Sabah. Ini saya boleh bagi jaminan. Untuk Yang Berhormat Rasah yang membangkitkan tentang empat peratus itu kadar gangguan bekalan elektrik tidak berjadual di Semenanjung, sebenarnya di bawah outcome based budgeting, ia bermakna kadar gangguan tidak berjadual diturunkan sebanyak empat peratus. Bukan empat peratus. Diturunkan sebanyak empat peratus. Untuk muka surat- kita teruskan kepada muka surat 300. Muka surat 300 dalam Butiran 030200 – Meteorologi, di mana Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan tentang tsunami warning buoy, sistem itu. Sebenarnya, isu itu telah dijawab dalam jawapan lisan nombor tiga Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2018. Mohon Yang Berhormat Bukit Bendera boleh tengok Hansard yang Timbalan Menteri saya telah jawab ya. Untuk muka surat 301 iaitu Butiran 040200 – Pengurusan Teknologi Hijau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Rantau Panjang, bersama-sama ini saya ingin menjawab sama-sama dengan Butiran 060300 – Malaysian Green Technology Corporation (MGTC). Untuk apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Sulong tentang low carbon city- Yang Berhormat Parit Sulong ada di sini?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Parit Sulong ada.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Low carbon city. Kementerian telah membangunkan Low Carbon Cities Framework bagi membantu pihak berkuasa tempatan dan pemaju perbandaran di bandar dan luar bandar untuk merangka perbandaran rendah karbon di negara ini bagi mengurangkan impak perubahan iklim. Kerangka LCCF iaitu Low Carbon Cities Framework mengandungi empat elemen utama iaitu persekitaran bandar, infrastruktur bandar, pengangkutan bandar dan juga bangunan. Sehingga tahun 2017, sebanyak 25 PBT telah memulakan projek pembangunan data penanda aras dan melaksanakan pelan tindakan bagi mengurangkan karbon di kawasan perbandaran masing-masing. Kementerian menyasarkannya sekurang-kurangnya 52 PBT yang berstatus perbandaran dan bandar raya akan melaksanakan inisiatif pembangunan rendah karbon menjelang tahun 2020. Yang Berhormat Parit Sulong juga bertanya tentang promosi produk-produk hijau. Memang saya bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit sulung, kita perlu meningkatkan lagi promosi kita. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam Malaysian Green Technology Corporation (MGTC), kita ada bagi satu MyHIJAU. MyHIJAU adalah satu sijil di mana adalah untuk produk-produk hijau. Pensijilan hijau ini. Akan tetapi, ada ramai di antara rakyat belum lagi tahu tentang produk-produk ini. Sebanyak 2,663 produk telah mendapat sijil MyHIJAU. Kita menerima teguran daripada Yang Berhormat Parit Sulong. Kita akan meningkatkan promosi lagi untuk promosikan produk-produk hijau ini. Yang Berhormat Pengerang telah- eh, Yang Berhormat Pengerang tiada di sini.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pengerang tidak ada.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

So, saya akan skip ya.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, bukan skip. Buat jawapan bertulis, Yang Berhormat Menteri.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Sorry. Saya akan bagi jawapan bertulis. Yang Berhormat Lembah Pantai? Ya. Yang Berhormat Lembah Pantai— eh, ada duduk di Kerusi tempat lain [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Di tempat lain.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Yang Berhormat Lembah Pantai telah membangkitkan tentang biodegradable. Adakah itu biodegradable dan compostable? Itu adalah dalam standard eco label 001 untuk biodegradable product dan untuk bio compostable packaging adalah dalam eco label ECO 009. Standard-standard baharu akan diumumkan ataupun dijangka akan diterbitkan pada pertengahan bulan ini. Kita akan ada standard ECO 001 dan ECO 009 yang mana yang betul-betul biodegradable baru dapat eco label yang itu. Yang Berhormat, saya akan teruskan dengan Butiran 040300 – Agensi Nuklear Malaysia. Yang Berhormat Pontian telah membangkitkan kenapa ada peningkatan RM4 juta itu. Yang Berhormat Pontian, kalau kita tengok dari segi peratusan, peningkatan itu adalah lima peratus sahaja. Lima peratus adalah dari segi emolumen, bekalan dan lain-lain. Itu adalah inflasi. So, dia memang kalau- saya hendak cadangkan Yang Berhormat Pontian untuk baca buku bajet ini kerana dia tanya sama ada yang ini adalah untuk penjanaan kuasa nuklear. Sememangnya ia bukan ya. Agensi Nuklear Malaysia adalah untuk membuat penyelidikan R&D nuklear yang lain-lain seperti untuk perubatan, untuk nondestructive testing (NDT) dan lain-lain. Kalau kita nak tengok fungsi Agensi Nuklear Malaysia, Yang Berhormat Pontian boleh baca di muka surat 297, ia ada fungsi-fungsi agensi-agensi yang berlainan. Untuk Butiran 050200 – Alam Sekitar, ada ramai Yang Berhormat yang sangat berminat dengan alam sekitar. Saya ingin menjelaskan di sini untuk Yang Berhormat Pontian- Yang Berhormat Pontian lagi. Yang Berhormat telah membangkitkan satu perkara di mana seolah-olahnya saya memihak Kerajaan Pulau Pinang. Saya juga tengok Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pengerang dan Yang Berhormat daripada sebelah sana seolah-olah kata saya sebagai satu Menteri Alam Sekitar memihak kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan. Akan tetapi, saya nak tegaskan di sini, sebagai seorang Menteri Alam Sekitar, kita adalah objektif dan kita adalah profesional. Kita membuat penilaian secara objektif dan profesional. Ini saya boleh beri jaminan. Juga dari segi logik, bagaimana saya boleh memihak kerajaan negeri Pakatan Harapan? Ini kerana sekarang almost ya atau kebanyakan negeri di Malaysia adalah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan. Kalau saya memihak, maka saya tidak boleh mencari siapa-siapa, saya hanya boleh membuat penguasaan di Kelantan, Terengganu, Sarawak, Perlis dan Pahang. Lima negeri sahaja. Oleh itu, adalah tidak logik kalau saya memihak kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Saya juga ingin membuat penjelasan di sini terutamanya untuk Pan Island Link Highway dan juga terowong dasar laut di Pulau Pinang ya. Laporan EIA untuk Pan Island Link tidak dikeluarkan kerana pemaju telah menarik balik laporan tersebut. Setakat ini, Jabatan Alam Sekitar masih belum terima permohonan baharu. Saya juga turun padang pergi sana kerana ada Town Hall dengan NGO-NGO yang ada kebimbangan atas projek ini. Saya nak pastikan di sini bahawa kita akan tengok dan menilai projek ini dengan objektif. Untuk terowong dasar laut Pulau Pinang, tiada lagi laporan EIA telah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar. Oleh itu, kita belum lagi boleh menilai projek itu dari segi EIA. Daripada segi penguatkuasaan- saya ada dua minit sahaja. Dari segi penguatkuasaan, ada ramai juga yang tanya tentang penguatkuasaan bagaimana kita nak menguatkuasakan Akta Alam Sekeliling. Ada banyak yang kita belum lagi menguatkuasakan. Sebenarnya kementerian telah meletakkan sasaran untuk tahun 2019, walaupun peruntukan tak meningkat banyak, kita menetapkan sasaran kita akan meningkatkan kes penguatkuasaan seratus peratus. Apa bilangannya hari ini, kita akan double up untuk tahun hadapan. Kita akan menggunakan teknologi sistem yang lebih baik. Kita akan pastikan syarikat-syarikat ataupun individu-individu yang melanggar undang-undang di Malaysia akan dikenakan pendakwaan di mahkamah dan dikenakan punishment dengan menggunakan undang-undang sedia ada. Untuk Yang Berhormat Papar yang membangkitkan isu Sungai Papar, kita akan berurusan secara di luar Parlimen sebab ini isu kawasan. Untuk semua Ahli Parlimen yang membangkitkan isu-isu kawasan, kita boleh selesaikan isu itu di luar. Kita tak payah Ahli-ahli Parlimen yang lain untuk mendengar membazir masa sahaja. Untuk Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Rantau Panjang yang telah membangkitkan pencemaran plastik, ya kerajaan sememangnya menitikberatkan pencemaran plastik di Malaysia.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Oleh itu kita telah pun melancarkan Zero Single-Use Plastic by 2030 pada bulan Oktober yang lalu. Kita akan teruskan untuk menurunkan penggunaan single-use plastic iaitu plastik sekali guna di Malaysia. Apabila kita tengok bagaimana kita hendak mengawal pencemaran iaitu reduce, reuse, recycle, mengurangkan dan kedua, dan gunakan lagi. Ketiga, recycling iaitu kitar semula dan di kementerian kita, di MESTECC kita ada ‘R’ yang keempat, reduce, reuse, recycle, kita ‘R’ yang keempat adalah replace iaitu apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat juga, bagaimana kita boleh menggunakan biodegradable ataupun alternatif kepada plastik. Oleh itu kerajaan telah melalui bajet memberi insentif cukai untuk syarikat bio-resin yang berteknologi tinggi dan mereka akan dapat lima tahun insentif cukai daripada kerajaan. Itu sahaja yang saya boleh. Sudah cukup masa.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Baik, terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Macam mana? Teruskan atau tidak payahlah saya ...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Boleh habiskan.

Lynas tidak jawab ya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya yang lain boleh buat bertulis Yang Berhormat.

Jawablah Arau sedikit. Arau jawab sedikit.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

So, untuk Lynas, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat yang lain telah membangkitkan isu Lynas. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian yang telah menitik berat tentang isu Lynas, Yang Berhormat sudah tahu bahawa satu Jawatankuasa Eksekutif Penilaian sudah ditubuhkan. Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas itu telah menghantar laporan kepada kementerian pada 28 November 2018. Kementerian sedang meneliti laporan-laporan ini dan esok, kita akan mengeluarkan kenyataan media tentang apakah keputusan daripada kementerian dan juga kita akan make public the report. Laporan itu akan boleh diakses oleh orang ramai mulai petang esok, 4pm. ya... [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

So, untuk yang lain Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Boleh beri jawapan bertulis.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Ya, okey. Sekian sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di atas jawapan tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM751,225,700 untuk Maksud B.30, di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM751,225,700 untuk Maksud B.30 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM811,799,200 untuk Maksud P.30 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan 2019 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM811,799,200 untuk Maksud P.30 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2019]

Maksud P.31Anggaran Pembangunan 2019

–

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, kita masuk ke kementerian yang kedua untuk hari ini iaitu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Kepala Bekalan B.31 dan Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terbuka untuk dibahas sekarang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya akan catat siapa yang ingin berbahas. Masih 10 minit. Boleh saya ambil nama-nama mereka. Ada yang sudah minta bertulis tadi ada. Saya masuk kepada Yang Berhormat Jeli, kemudian Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jelutong. Saya mulakan dahulu dengan enam ke atas. Pertama saya menjemput Yang Berhormat Jeli, diikuti oleh Yang Berhormat Keningau, diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Krai, diikuti oleh Yang Berhormat Arau, kemudian Yang Berhormat Pontian. Sila. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Parit Sulong pun jangan lupa masuk dalam senarai Tuan Pengerusi. Okey, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi, dapat nombor satu dan semoga dapat nombor satu sepanjang masa ya. Terima kasih banyak. Sektor pelancongan, kita sedia maklum adalah salah satu penggerak utama kemajuan ekonomi negara. Mengikut laporan ini, 15 peratus sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan ia mempunyai kesan pengganda yang cukup besar melalui syarikat penerbangan, restoran, hotel, retail, teksi, Grab, peluang pekerjaan. Ini semua kita sedia maklum. Oleh yang demikian, kita harap kerajaan akan terus memberi peruntukan yang besar kepada sektor ini dan mengambil langkah-langkah yang serius untuk memastikan tahun 2019 ini, Malaysia dapat meningkatkan bilangan pelancong ke negara kita. Peruntukan di bawah Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) sebanyak RM190 juta. Peruntukan tahun depan adalah sama dengan peruntukan tahun ini. Saya ingin tahu, untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi konvensyen dan juga pameran ataupun MICE, saya tidak nampak di sini kerana ini satu sektor yang amat penting. Negara jiran umpamanya sama ada Singapura ataupun Thailand, selain daripada pelancongan konvensional, sektor MICE ataupun konvensyen dan pameran adalah penting sekali. Kita ada beberapa kemudahan seperti KLCC kita ada, MITEC, ada lagi kemudahan baharu yang akan dibina. Kemudahan-kemudahan ini perlu kita penuhi. Kalau kita tengok di beberapa buah negara, booking-nya mungkin dua tahun atau tiga tahun baru dapat. Keadaan ini mungkin tidak berlaku di negara kita. Jadi, itu soalan pertama iaitu tentang peruntukan untuk menggalakkan sektor MICE. Keduanya, kita hendak tahu langkah-langkah yang lebih konkrit untuk meningkatkan pelancong dari negara seperti China yang mana kebanyakan negara di dunia memberikan tumpuan yang besar. Kita sedia maklum, akhir-akhir ini, empat tahun atau lima tahun ini, bilangan pelancong negara China berkurangan dan akhir ini naik sedikit. Kita hendak tahu apakah langkah-langkah yang lebih serius diambil untuk memastikan berlaku peningkatan mendadak. Kalau banding dengan sebuah negara jiran Thailand umpamanya, bilangan pelancong negara China begitu tinggi sekali. Ini berkaitan dengan LPPM dalam Butiran 020600. Kita hendak tahu juga apakah kaedah-kaedah baharu yang digunakan untuk mempromosikan pelancongan. Penggunaan social media telah pun dimulakan. Kita rasa ini kaedah yang kreatif perlu kita ada kaedah lama. Kita gunakan iklan di beberapa media konvensional, stesen-stesen televisyen antarabangsa dan kita hendak tahu setakat mana kita menggunakan kaedah-kaedah terkini untuk menjadikan ia lebih berkesan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Kedua, ialah berkaitan pembangunan prasarana iaitu di Butiran 010500 cuma RM2.2 juta. Kita hendak tahu adakah ini sahaja yang diperuntukkan untuk membangunkan prasarana? Malaysia kekurangan produk pelancongan. Kalau kita tanya pelancong- pelancong di Kuala Lumpur umpamanya, kita perlu tambahkan lagi produk pelancongan dan ini memerlukan peruntukan yang besar. Jadi kita hendak tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk menggalakkan sektor swasta dengan memberikan insentif yang lebih besar ataupun kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kita hendak sarankan mainkan peranan yang lebih aktif lagi untuk memastikan kita dapat tambah lagi produk pelancongan di negara kita supaya lebih ramai pelancong datang ke Malaysia. Seterusnya, berkaitan dengan Muzium iaitu di Butiran 030400, RM46.4 juta. Ini juga boleh menarik pelancong negara kita. Baru-baru ini dibuka muzium di Taiping umpamanya. Kita ada Muzium Negara, kita tahu bahawa secara keseluruhannya agak lesu, muzium- muzium negara kita ini perlu diberikan satu facelift, bukan sahaja daripada segi fizikal tetapi yang lebih penting ialah daripada segi kandungannya supaya muzium juga seperti negara- negara Perancis dan United Kingdom umpamanya, muzium merupakan satu platform yang penting untuk menggalakkan pelancong-pelancong ke negara-negara berkenaan...

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Ada celahan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Adakah Yang Berhormat Jeli bersetuju sekiranya muzium-muzium awam kita dapat mencontohi Islamic Arts Museum yang kita tahu di danai daripada yayasan yang menjadi antara tarikan utama di Kuala Lumpur dan dilihat bertaraf dunia?

Bukan sahaja Kuala Lumpur bertaraf dunia tetapi juga sudah pergi ke British Museum seperti yang kita sedia maklum dan kita hendak galakkan lebih banyak lagi yayasan-yayasan dan sektor swasta. Kita tidak boleh serah seratus peratus kepada pihak kerajaan, swasta, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah mengambil bahagian dalam promosikan pelancongan. Kembali saya kepada muzium. Kita harap kita ubah keadaan ini dengan segera – tahun 2019 kita hendak lihat muzium yang lebih hebat. Kita hendak tahu muzium mana yang paling hebat tarik pelancong sama ada Muzium Negara kah, Taiping kah, Pulau Pinang kah, Muzium Pertahanan, kita banyak muzium ada tetapi kita tidak tau mana satu yang ulung, yang mampu menarik ramai pelancong negara kita. Berkaitan dengan eco-tourism 01900, ini satu bidang yang amat penting. Ini juga dalam konteks menambahkan bilangan produk pelancongan dalam negara kita. Banyak di negara kita ini mungkin kurang promosi, mungkin kurang bajet. Jadi Tuan Pengerusi, dua perkara utama yang perlu kita berikan iaitu promosi LPPM 020600 dan satu lagi ialah mengenai usaha-usaha yang lebih kreatif bagi memastikan bahawa kita tambah produk pelancongan di negara kita. Akhir sekali berkaitan dengan local tourism ataupun mempromosikan pelancongan di kawasan kita masing-masing. Saya mencadangkan supaya kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat menyediakan untuk pertimbangan kerajaan senarai produk-produk pelancongan yang ada di kawasan masing-masing dan kita kumpulkan semua produk-produk ini dan kita cari jalan bagaimana hendak kita promosikan. Ini memerlukan belanja yang agak besar. Kawasan saya Jeli umpamanya berdekatan Jeli di kawasan Kuala Krai terdapat Gunung Stong, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sedia maklum, ini merupakan waterfall yang tertinggi di Asia Tenggara. Ada air panas, ada Gunung Reng di kawasan Jeli, ini contoh-contoh yang kecil yang saya yakin terdapat di kawasan-kawasan kita masing-masing. Jadi, saya mencadangkan supaya kita ada kaedah, ada cara, ada platform untuk membolehkan kita mengemukakan senarai produk-produk pelancongan di kawasan masing- masing dan cara-cara bagaimana untuk kita bangunkan termasuklah untuk menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi memastikan bahawa kita dapat memajukan sektor ini yang amat penting bagi negara dalam keadaan di mana negara memerlukan sumber-sumber pertumbuhan baharu dan kesan pengganda cukup besar dan kesannya adalah immediate, serta-merta. Kalau pelancong datang, maka wang bergerak serta-merta. Retail-nya, basnya, restorannya, kapal terbangnya- MAS, AirAsia dan lain-lain. Jadi, ini sektor yang amat penting dan kita harap ia akan menjadi sektor utama yang diberikan perhatian oleh kerajaan pada tahun 2019. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Jeli, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Keningau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh sedikit sebanyak tentang beberapa butiran di sini tetapi sebelum itu ingin menyentuh secara am tanggungjawab pelancongan. Kemudian akan membincangkan Butiran 020600, 02800, 01900 dan sebagainya. Pertama, isu pelancongan ini sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan negeri atau wilayah disebabkan semasa penubuhan Malaysia, isu pelancongan ini tidak dibincangkan atau dipersetujui untuk diletakkan tanggungjawab sama ada federal atau negeri. Akan tetapi memandangkan ia adalah residual power, sepatutnya tanggungjawab ini adalah terletak di Sabah atau Sarawak iaitu di peringkat wilayah atau kerajaan. Kedua, isu pemulihan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setaraf dengan Malaya dan penurunan kuasa autonomi dan sebagainya. Ketiga, Menteri yang ada sekarang ini adalah Menteri dari Sabah. Walaupun tanggungjawab adalah untuk semua tetapi mempunyai tanggungjawab tambahan untuk memberi penekanan kepada potensi-potensi pelancongan di wilayah-wilayah iaitu Sabah dan Sarawak dan juga untuk memberikan keadilan dari segi layanan peruntukan-peruntukan pembangunan dan memajukan produk- produk pelancongan. Jadi, atas sebab itu bolehlah mungkin dan saya meminta Menteri yang dipertanggungjawabkan ini supaya memulakan isu-isu pengurusan tadbir tanggungjawab pelancongan ini diberi perspektif yang baharu. Tidak salah kalau memulakan perubahan ini melalui isu peruntukan. Peruntukan yang saya lihat di Butiran 020600 iaitu peruntukan RM190 juta untuk Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) untuk mempromosikan pelancongan ini haruslah diingatkan mungkin keperluan sebahagian daripada peruntukan ini diberi kepada Sabah dan Sarawak secara khusus untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di kawasan-kawasan ini. Ini disebabkan Sabah dan Sarawak lebih mengetahui potensi-potensi yang perlu dipromosikan di kawasan masing-masing apatah lagi di kampung-kampung dan luar bandar. Begitu juga saya ingin menyentuh tentang peruntukan eco-tourism di mana hanya RM18.2 juta diperuntukkan untuk membangunkan eco-tourism dalam Butiran 01900. Ini termasuk Sabah dan Sarawak. Ketiga yang saya ingin sebutkan di sini ialah isu pengiktirafan seni dan budaya Malaysia. Selama ini penekanan telah diberi untuk mempromosikan budaya dan seni di Malaysia berasaskan kepada seni budaya Melayu dan ini tidak mencerminkan ke Malaysia- an kita. Maka itu, saya cadangkan supaya National Culture dan Arts, arts dan culture ini juga mencerminkan budaya di Sabah dan Sarawak khususnya daripada orang-orang asal di sana- seni budaya dan potensi-potensi daripada kebudayaan dan seni. Begitu juga saya ingin sentuh sedikit sebanyak tentang isu penggalakan industri pelancongan di Sabah dan Sarawak di mana industri pelancongan ini adalah antara yang terpenting di Sabah dan juga di Sarawak terutama sekali dalam mempromosikan produk- produk pelancongan di peringkat luar bandar iaitu eco-tourism, homestay dan sebagainya. Saya melihat di sini hanya RM500,000 sahaja yang diperuntukkan untuk homestay program peningkatan kemudahan homestay di bawah 02800. Saya rasa ini tidak mencukupi.

Yang Berhormat Keningau? Saya mencelah sedikit Tuan Pengerusi. Sejumlah RM500 ribu, atau RM500 juta?

Sebanyak RM500 ribu sahaja tidak sampai RM1 juta.

Ini...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri mungkin boleh jawab kemudian ya. Silakan.

Ini dalam Butiran 02800, muka surat 317. Oleh sebab itu saya menyentuh soal ini kerana kalau boleh kementerian memberikan bukan RM500 juta tetapi RM50 juta. Bukan RM500 ribu tetapi RM50 juta untuk menggalakkan homestay. Ini kerana, homestay memberikan wang pendapatan kepada peserta, direct money in their pockets. Ini bererti, kalau RM50 juta, RM250 ribu kepada setiap kemudahan homestay kita boleh membawakan 200 orang peserta homestay dalam tahun yang akan datang. Kalau Sarawak juga memerlukan, berikan RM50 juta kepada Sarawak. Kalau tidak cukup duit, biarlah duit RM50 juta itu diagihkan di antara Sabah dan Sarawak sebagai permulaan. Saya rasa ini lebih munasabah kerana Menteri yang ada sekarang ini daripada Borneo. Tolonglah berikan perspektif baru, seperti yang saya sentiasa cakap ini sebab ini Malaysia baharu, kerajaan baharu. Kita sekarang ini adalah rakan kongsi. Kita menekankan pembangunan di Sabah dan Sarawak. Apatah lagi dari segi pelancongan, kita mempunyai potensi yang begitu banyak. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Keningau. Saya ingat elok kalau saya senaraikan pembahas-pembahas mengikut senarai asal yang diberikan.

[Bangun]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

[Bangun]

Tuan Pengerusi

Selepas Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Kuala Krau...

Kuala Krai.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Krai atau Yang Berhormat Kuala Krau?

Kuala Krai.

Tuan Pengerusi

Kuala Krai?

Yang Berhormat Kuala Krau tidak ada ini.

Tuan Pengerusi

Tidak ada ya? Baik, Yang Berhormat Kuala Krai. Selepas itu Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jelutong...

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pontian...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Rasah.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Bukit Bendera.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Rasah, Rasah.

Tuan Pengerusi

Rasah.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Bukit Bendera.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kota Tinggi, Yang Berhormat Parit Sulong...

Ledang, Gunung Ledang.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tanjong Karang...

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin.

Lembah Pantai.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Bukit Bendera.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tampin...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Bukit Bendera.

Lembah Pantai.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Lembah Pantai...

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan.

Tuan Pengerusi

Ada satu lagi sebelah sini.

Minta, Beaufort.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Beaufort.

Thank you, terima kasih.

Kuala Kangsar?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Kangsar sudah masuk?

Rantau Panjang saya bangun juga tadi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sibuti..., Sibuti kan? Yang Berhormat Kuala Krai sudah masuk tadi.

Tuan Pengerusi

Siapa lagi?

Merbok sikit ya.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Merbok.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Julau ya?

Tuan Pengerusi

Selesai? Yang Berhormat Labuan. Maafkan saya. Yang Berhormat Labuan. Silakan sekarang, Yang Berhormat Kuala Krai. Silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim... [Mengucapkan salawat ke atas Nabi] Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh dua perkara sahaja dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada petang ini. Pertama, merujuk kepada Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan pelancongan pesisir Sungai Kelantan. Potensinya cukup besar. Ada tiga lokasi strategik khususnya di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai bermula di Tangga Krai, yang dahulunya dikenali dengan “Tangga Bradley”, seterusnya ke Kampung Mambong dan berakhir di Gunung Stong. Tuan Pengerusi, Tangga Bradley dibina antara tahun 1927 sehingga tahun 1929. Ia mengambil sempena nama ketua pentadbiran jajahan Kuala Krai pada masa itu. Penggunaan Tangga Bradley adalah sebagai jeti perhubungan bagi penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Gedabong, Sungai Pergau, Sungai Lebir dan Sungai Galas, untuk menjual barangan hasil pertanian ke pasar Kuala Krai. Selain itu, ia juga digunakan sebagai tempat kawalan ataupun bacaan aras Sungai Kelantan semasa musim banjir ataupun musim tengkujuh sehinggalah hari ini. Tangga ini mempunyai 79 anak tangga dan memiliki ketinggian kira-kira 31 meter dari tebing sungai. Tangga ini masih digunakan sebagai jeti oleh penduduk untuk ke Kampung Bahagia Mambong dan juga perkampungan di seberang Sungai Kelantan. Destinasi yang kedua, bermula di Tangga Krai akan menuju ke Kampung Mambong untuk melihat lawatan ke perusahaan tembikar yang telah pun berusaha hampir 300 tahun. Menurut kajian daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), perusahaan Tok Bara ataupun Maimunah binti Puteh ini merupakan antara yang tertua dalam negara ini. Selepas singgah di Mambong, akan terus ke destinasi terakhir iaitu ke Gunung Stong. Ianya termasuk di dalam kawasan Taman Negeri Gunung Stong dengan beberapa puncak gunung yang terkenal di kawasan tersebut. Kawasan ini sungguh indah, dengan air terjun tertinggi di Malaysia bahkan didakwa sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Ia menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sehingga ke hari ini, Gunung Stong terus menjadi tumpuan, khususnya para pelancong sama ada dari dalam negeri, dari Kelantan sendiri, bahkan dari seluruh Malaysia dan dari luar negara. Mereka akan menggunakan kenderaan darat dan juga kereta api. Saya pernah terserempak dengan pelancong dari Singapura, yang turun ke stesen kereta api di Pekan Dabong untuk mendaki Gunung Stong yang memang terkenal, bukan sahaja di negara kita tetapi di seluruh dunia. Jadi, ini cadangan saya supaya kementerian dapat mengambil perhatian yang serius khususnya untuk menghidupkan kawasan yang memang terkenal ini dan boleh menghidupkan beberapa tempat yang agak strategik untuk menjadi tapak warisan seperti yang saya sebutkan tadi iaitu Tangga Krai, yang dulunya dikenali sebagai “Tangga Bradley” dan juga Gunung Stong dan tembikarnya juga yang berusia ratusan tahun ini. Pada hari ini pun masih lagi digunakan menggunakan bot- orang Kelantan kata, “motor galah”. Naik motor galah menuju ke Bahagia, menuju ke Mambong khususnya di kalangan para penduduk yang tinggal di kampung-kampung berkenaan. Tuan Pengerusi, perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/ Pemugaran Tinggalan Sejarah. Saya di Kuala Krai ada kawasan, selain daripada Tangga Bradley ataupun Tangga Krai tadi, iaitu jambatan yang cukup terkenal, itulah jambatan yang dikenali dengan Jambatan Gantung Sultan Ismail ataupun di kalangan penduduk setempat nama jambatan ini dikenali sebagai jambatan gantung ataupun Jambatan Sungai Nal. Saya mencadangkan pihak kementerian dapat mengambil perhatian serius kepada isu jambatan yang merupakan warisan kepada negara kita pada hari ini. Jambatan yang cukup bersejarah ini merentangi Sungai Nal yang menghubungkan jalan dari Kuala Krai ke Machang yang telah dirasmikan oleh Sultan Ismail Ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tanggal 19 April 1932 lagi. Jambatan ini juga merupakan satu- satunya jambatan gantung di Kelantan. Mungkin kalau di Sabah, Jambatan Tamparuli. Agak- agak lebih kurang tetapi ini lebih besar lagi. Tampurali? Mungkin kena buat lagu baru masyhur. Yang Berhormat Menteri kena buat satu lagu khusus untuk...

Tuan Mohamaddin bin KetapiWARISANMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Silam

Jambatan Tamparuli Yang Berhormat Kuala Krai.

Tamparuli, jambatan Tamparuli saya betulkan. Jadi kena buat lagu juga ini, jambatan gantung Kuala Krai ini sama dengan Tamparuli. Mengikut sejarah jambatan ini menjadi lambang kepada Kuala Krai kerana Kuala Krai pada tahun 1930 merupakan bandar kedua selepas Kota Bharu. Pada tahun tersebut, iaitu sekitar tahun 1930 ini pihak British aktif menguasai Hulu Kelantan. Kuala Krai merupakan pangkalan utama iaitu di Tangga Bradley tadi. Jambatan ini yang dibina dengan penuh gaya Inggeris. Reka bentuk jambatan ini menggunakan besi keluli yang begitu teguh dan kuat. Mungkin saya boleh jemput Yang Berhormat Menteri untuk melawat sekali ke jambatan yang cukup bersejarah ini. Berdasarkan struktur binaannya, jambatan ini dilihat menyerupai jambatan lain yang ada di Eropah. Pada tahun 1986, jambatan ini tidak lagi digunakan setelah jambatan baru dibina bersebelahan jambatan tersebut. Selepas itu, jambatan yang bersejarah ini telah dijadikan sebagai warisan sejarah Kelantan dan telah diwartakan sebagai objek tapak warisan oleh Jabatan Warisan Negara. Namun, akhir-akhir ini nampaknya jambatan ini agak terbiar. Tidak diketahui siapakah pemiliknya ataupun tuannya yang menjaganya. Adakah Perbadanan Muzium? Adakah Jabatan Warisan? Akan tetapi yang penting ialah, terbiar dinaiki dengan semak samun begitu sahaja. Walaupun terbiar, tetapi saya perhatikan kerana ini ialah menjadi laluan saya bila ke Kota Bharu. Dalam keadaan terbiar pada hari pun, ramai pelancong akan singgah untuk berswafoto. Bahkan menjadi pilihan pengantin baharu untuk sesi penggambaran outdoor mereka sebagai kenangan kepada jambatan yang cukup bersejarah di Kuala Krai ini. Jadi saya mengharapkan kepada pihak kementerian agar jambatan yang mempunyai nilai sejarah ini dipelihara dengan baik oleh pihak yang berwajib kerana jambatan ini merupakan lambang kepada Kuala Krai yang cukup bersejarah dan sangat bermakna khususnya kepada warga tempatan, kepada rakyat Kelantan bahkan kepada negara kita yang kita cintai ini yang penuh dengan pelbagai sejarah, warisan yang boleh kita banggakan. Itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sekarang ini siapa Menteri yang hendak jawab Tuan Pengerusi? Menteri Pelancongan, terima kasih. Saya bertanya ini, bukan saya bertanya kosong. Saya bertanya ini ialah untuk membolehkan Menteri Pelancongan ini dikenali dan lepas itu orang seronok hendak melancong. Jadi, orang datang ke sebuah negara itu, dia banyak tarikan. Sesetengahnya tarikan tempat, sesetengahnya tarikan negara. Macam Malaysia ini orang seronok melancong. Dulu orang seronok melancong sebab tarikan kepada negara ini aman dan damai. Sekarang ini orang tidak datang pasai apa? Kenapa orang kurang datang? Sesetengah orang tertarik kerana Menteri nya menarik dan sebagainya.

Minta laluan Yang Berhormat Arau.

Tidak habis lagi Yang Berhormat Jelutong? [Ketawa]

Saya hendak bagi tahu sebab apa orang tidak datang? Boleh bagi laluan?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Minta diberi laluan Yang Berhormat Arau.

Siapa Menteri sekarang, Yang Berhormat Jelutong ka ataupun..

Saya minta laluan Yang Berhormat Arau, boleh Yang Berhormat Arau? Sedikit sahaja Yang Berhormat.

Sebut, sebut, sebut.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Sila.

Mereka risau kerana ada puak-puak yang cuba memecah belah rakyat di sini dan mengadakan perhimpunan- perhimpunan yang tidak direla dan dibenarkan oleh kerajaan.

Ya, terima kasih.

Yang Berhormat Arau, 8 Disember sudah dibenarkan. Polis sudah benarkan 8 Disember, DBKL pun sudah benarkan 8 Disember.

Yang Berhormat, Lenggong.

Yang Berhormat, jangan sebut benda itu. Kalau kita tuduh, nanti orang lain pun tuduh siapakah yang menyebabkan benda ini berlaku dan sebaginya. Jangan tuduh, biar polis uruskan.

No, saya tidak tuduh Yang Berhormat Arau, sebab itu saya gunakan istilah Yang Berhormat sendiri.

Jadi, orang tidak beri ini..

Puak-puak, puak-puak.

Yang Berhormat Arau, bagi Lenggong belakang ini bercakap. Yang Berhormat Arau.

...Orang yang tidak mari ini Yang Berhormat Jelutong tahu pasai apa? Sebab di Parlimen sendiri pun kita tak nampak satu suasana yang orang seronok datang. Kalau tidak boleh jawab soalan, ini kerajaan lama, kerajaan lama. Akan tetapi, awak buat apa?

Yang Berhormat Arau.

Semua kerajaan lama. Jadi, cukuplah bagi saya bercakap dulu sebab nanti..

Bagi belakang Yang Berhormat Arau.

...Rosak program saya. Nanti sekejap lagi saya bagi.

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong.

Lenggong, Lenggong, Lenggong.

Bagi saya habis. Pertamanya ialah Butiran 020600 - .

Ini Lenggong ini, Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Yang Berhormat Lenggong di belakang Yang Berhormat Arau.

Sini belakang.

...Produk pelancongan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Tidak diberi laluan, silakan.

Yang Berhormat Arau, tidak nampak Lenggong belakang.

Lenggong.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Yang Berhormat Lenggong minta laluan.

Saya hendak bagi tahu sikit Yang Berhormat Arau, dulu waktu kita memerintah, banyak juga, bukan banyaklah, memang banyak perhimpunan dibuat. Akan tetapi, mungkin waktu itu orang tidak mahu datang kalau dilihat pada..

Itu perhimpunan menentang rasuah.

Akan tetapi...

Semua rakyat bersama, Melayu, India, Cina semua bersama menentang rasuah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Ya, kita...

Orang ramai semua datang. Bukan macam sekarang, memecahbelahkan rakyat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Kita had kan kepada topik...

Duduklah Yang Berhormat Jelutong.

Akan tetapi...

Itu untuk maklumat Yang Berhormat Lenggong.

Bila produk pelancongan dibuat dengan baik, pentadbiran kerajaan dengan baik, itu memungkinkan ramai orang datang. Malah, perhimpunan mereka buat kita jadikan produk pelancongan.

Okey, sekarang ini..

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Cukuplah, cukup. Silakan.

Okey, semua sekali ucapan Yang Berhormat itu anggaplah sebahagian daripada ucapan saya, yang bertanya pun ucapan saya, yang jawab pun ucapan saya. Kalau tidak masa saya hancur [Ketawa] Yang Berhormat, Butiran 020600 – iaitu LPPM. Produk pelancongan, saya hendak sentuh satu kalau sebut negeri saya sama iaitu terdapat produk pelancongan seperti di Bukit Air, Taman Perimat Taman Perimat dalam Malaysia ini ada satu sahaja, taman kita letakkan semua sekali monyet di seluruh dunia. Kita letakkan di taman ini, nama Taman Primat. Taman Burung, kemudian taman negeri semuanya sudah hancur. Produk pelancongan ini tidak dijaga dengan baik dan mungkin telah termasuk dalam senarai tempat melancong tetapi telah tidak dijaga. Ini dalam Parlimen Kangar ya. Masa itu saya Menteri Besar, saya buat benda ini. Akan tetapi, sekarang tidak dijaga. Jadi saya minta supaya Menteri, sebab kalau tidak Perlis hendak tunjuk apa? Orang datang ke Perlis cuma lalu sekejap pergi Langkawi ataupun pergi ke Penang dan sebagainya akhirnya mereka tidak singgah di Perlis. Pelancong banyak masuk, tetapi tidak singgah tidak bermakna. Kita hendak pelancong singgah walaupun sekejap dan bila mereka hendak singgah, mereka hendak tengok apa dia produk pelancongan. Saya cadangkan supaya kementerian sendiri ambil alih. Dulu kementerian bagi kepada Jabatan Perhutanan. Jabatan Perhutanan pun mungkin sekarang sudah letih dan sebagainya. Jadi kawasan hutan pun banyak yang telah diteroka, tidak dijaga dan berbagai-bagai lagi. Saya minta supaya kementerian ini ambil alih. Kementerian sekarang ini sudah sampai masanya, ini kerajaan baharu, puak baharu seperti Yang Berhormat Jelutong kata. Akan tetapi, kadang-kadang kalau dia menurun, jadi tidak bagus. Kita kata ini kerajaan baharu, mesti pelancong mesti datang dua kali ganda, tiga kali ganda. Ini pelancong kurang, sekali ganda daripada yang Yang Berhormat Jelutong.

Yang Berhormat Arau, maafkan saya. Di sebelah sini semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, jangan gunakan istilah puak-puak Yang Berhormat.

Mungkin puak-puak, Yang Berhormat sendiri yang bagi tahu puak-puak di sebelah sana.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof)

Silakan Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat Jelutong, saya orang kata bisa sahaja berbahas dengan Yang Berhormat Jelutong. Bukan masa ini, sebab ini masa 10 minit tidak sempat. Jadi, Yang Berhormat kalau kita sebut Yang Berhormat, Yang Berhormat kata puak semua puak lah ya na. Puak sana, puak sini. Okey, mai tajuk ini balik. Tolong jaga, kita minta supaya kementerian ini jaga produk pelancongan. Belanja terus, tidak payah melalui mana-mana agensi kalau sekiranya kita menganggap bahawa agensi tersebut mungkin tidak dapat meneruskan agenda penjagaan, kita kena buat. Yang ini sudah hancur Yang Berhormat, hancur. Saya pernah bawa pegawai kementerian Yang Berhormat untuk buat gotong-royong di satu tempat yang dulu adalah merupakan produk pelancongan yang tercantik. Ada 100 lebih chalet yang cukup menarik, pelancongan dalam dusun. Sekarang ini sudah hancur sebab apa, sebab tidak dijaga dengan baik. Kerajaan Negeri tidak ada duit dan sebagainya. Kita minta supaya kementerian sendiri yang menjaganya. Okey Yang Berhormat. Keduanya saya hendak tanya sendiri pada Yang Berhormat, kita telah keluarkan visa dan ini telah ditimbulkan oleh salah seorang pada Yang Berhormat baru-baru ini iaitu visa yang kita keluarkan terutamanya kepada pelancong di China. Sekarang ini, kita dimaklumkan sampai visa di bagi kepada gambar monkey, dengan izin, pun dibenarkan masuk. Sebab apa, kita keluar begitu sahaja. Akan tetapi, sekarang kita hendak tanya Yang Berhormat, 2 juta yang masuk ini berapa orang yang sudah keluar? Sebab kita tahu, kalau dia tidak keluar dia ambil duit mana hendak belanja. Kalau dia pakai duit dalam negeri ini, dia pergi buat kerja, jadi kita rugi. Kita hendak pelancong yang ada kualitilah yang datang sini berbelanja. Bukan pelancong yang datang sini, mencuri-curi untuk bekerja. Jadi kita minta dikaji balik supaya kita keluar visa ini betul-betul kepada pelancong yang ada kualiti yang boleh mendatangkan keuntungan kepada negara. Ini saya tegur ini bukan hendak kritik sebab Yang Berhormat sana kerajaan, kami pembangkang. Tidak, ini ikhlas sebab kita hendak selamatkan negara ini, marilah kita selamatkan bersama.

Macam perhimpunan pada 8 hari bulan ini, ialah satu perhimpunan untuk menyatupadukan orang Melayu, menyatupadukan orang Islam. Semua orang boleh hadir. Orang bukan Islam hadir, Perdana Menteri juga hadir. Biar perhimpunan itu ialah perhimpunan rakyat Malaysia. Bukan dok main puak-puak polis nak suruh tangkap dan sebagainya. Ini tak betul punya cerita ini.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan.

Kita nak supaya perhimpunan ialah perhimpunan rakyat, perhimpunan perpaduan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan.

Cukuplah kacau.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Setiawangsa...

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Boleh bagi laluan ya, Yang Berhormat?

Tuan Pengerusi

Dia tak bagi laluan.

Okey. Kemudian yang keduanya, di bawah produk pelancongan ini juga, saya minta...

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Orang muda. Boleh bagi laluan.

...Supaya pemugaran. Kita minta supaya, Yang Berhormat ya, Yang Berhormat yang bertanya soalan, kita minta supaya Beting Patinggi Ali itu dijadikan kawasan pelancongan, taman negeri. Maaf, taman negara. Jadikan taman negara. Saya nak bagi tahu Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat ada peluang pergi sana, sudah pasti Yang Berhormat tak dapat pergi lagi ke sana sebab Yang Berhormat kena berurusan dengan navy ataupun APMM untuk sampai ke sana. Yang Berhormat, dia seribu kali lebih baik daripada pulau Maldives. Lebih baik daripada mana-mana pulau sebab dia betul-betul di tengah Laut China Selatan, muncul satu batu karang dan jadikan kawasan taman negeri. Maaf, jadikan taman negara. Bila dia jadi taman negara, dia dapat dibagi perlindungan dengan baik. Jadikan Beting Patinggi Ali sebagai Taman Negara Malaysia. Yang keduanya, sebagai contoh, Yang Berhormat, kita nak tunjukkan bahawa tempat ini indah dan menarik tetapi kita tak dapat satu kempen yang berleluasa supaya orang tempatan boleh pergi ke tempat ini iaitu di Terumbu Layang-layang. Terumbu Layang-layang, tiap-tiap kali saya sampai ke sana, saya ingat mungkin satu ataupun dua orang pelancong Malaysia. Semua yang dibenarkan ialah lebih kurang dalam 500 orang sehari tetapi tidak ada pelancong Malaysia yang pergi ke sana. Orang Malaysia sendiri tak tahu bahawa Terumbu Layang-layang dibina di atas- satu terumbu, kawasan yang cukup menarik. Kalau Yang Berhormat Jelutong pergi, Yang Berhormat Jelutong tentu tak akan balik. Mungkin tukar nama dan duduk menjadi wakil rakyat di Terumbu Layang-layang. Tempat yang cukup menarik, indah. Lebih indah daripada tempat-tempat yang Yang Berhormat sebut di dunia ini, keindahannya terdapat di Terumbu Layang-layang. Jadi saya minta supaya Taman Negeri Terumbu Layang-layang itu diperbaiki dengan hebatnya. Tuan Pengerusi, akhir sekali pasal Kraf Tangan. Saya minta supaya kita keluarkan satu produk yang semua orang mengetahui bahawa itu ialah daripada kraf tangan. Saya pernah dulu- pada zaman dahululah. Mungkin boleh berulang, kita tak tahu. Kita keluarkan tongkat, tongkat kayu jati. Saya ingat banyak daripada dulu wakil rakyat, menteri-menteri yang pernah melawat ke Perlis, kita bagi tongkat kayu jati. Tongkat ini ialah kayu jati yang berumur 60 tahun, sekarang dah berumur 70 tahun. Tongkat ini akan menjadi satu jenama daripada kraf tangan. Yang Berhormat, seluruh Kraf Tangan di Malaysia ini kena keluarkan jenama yang sama iaitu kalau ada pokok tumbang kah dan sebagainya, kita hantar pergi ke sana untuk mereka mengeluarkan tongkat yang harganya cukup murah. Kita boleh keluarkan dalam kos RM20 dan kita boleh jual dengan harga dua kali ganda dan sebagainya. Akan tetapi, biarlah Kraf Tangan ini ada satu jenama yang dia keluarkan, semua orang tahu. Kalau kita main katakan Kraf Tangan ini keluarkan barang ini, akhirnya dia hidup segan mati tak mahu. Tak mampu untuk masuk dalam pasaran. Apa kita buat pun sekarang ini, biarlah ianya mampu untuk masuk ke pasaran. Sekali lagi saya sebut, Yang Berhormat, walau apa pun terjadi, yang paling pentingnya ialah produk pelancongan di Malaysia ini bukan sahaja wajar dilawati oleh pelancong asing tetapi juga pelancong tempatan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya memberi pandangan saya berkenaan kementerian ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Arau, seorang Yang Berhormat di sebelah sana yang memang saya hormati kerana beliau dan Yang Berhormat Tanjong Karang telah bersama-sama kami minggu lalu ketika kita mengadakan satu sidang akhbar untuk meredakan perkara yang berlaku minggu lalu. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Berbalik kepada Butiran 030200...

Penjelasan, penjelasan.

Sedikit, Yang Berhormat, saya habiskan.

Okey, okey.

Hubungan Antarabangsa Kebudayaan. Saya mengambil maklum ini adalah tentang penarikan pelancong ke Malaysia. Saya ingin tahu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk mempromosikan Malaysia di kalangan pelancong antarabangsa? Ini kerana saya mengambil maklum bahawa sejak kebelakangan ini, dua tiga tahun ini, kemasukan pelancong dari luar negara ke Malaysia telah mula merudum disebabkan oleh sebab-sebab tertentu seperti persepsi negatif, laporan negatif tentang Malaysia, skandal dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menerangkan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memberi keyakinan kepada pelancong di luar negara bahawa skandal- skandal ini atau perkara-perkara yang berlaku seperti pembunuhan yang berlaku ke atas seorang warganegara Mongolia dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak menyebabkan kemasukan pelancong ke negara Malaysia ini menurun? Kedua, saya ingin merujuk kepada Pulau Pinang dengan khususnya kerana saya adalah Yang Berhormat dari kawasan Jelutong di Pulau Pinang. Berkenaan dengan Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Sejak tahun 2008, Tuan Pengerusi, untuk makluman, ketika itu kita maklumlah telah dicap sebagai kerajaan pembangkang kerana ketika itu Pulau Pinang ditadbir oleh Kerajaan DAP dan Persekutuan ditadbir oleh Barisan Nasional. Untuk makluman Tuan Pengerusi, semua langkah-langkah promosi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri. Tidak ada sebarang bantuan dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan pentadbiran Barisan Nasional ketika itu. Saya di sini ingin berkongsi apakah daya tarikan yang terdapat di Pulau Pinang. Memang Pulau Pinang termasyhur tetapi saya ingin memperincikan di sini apakah tarikan- tarikan khusus yang berada di Pulau Pinang yang mungkin tidak ada di tempat-tempat yang lain. Pantainya indah dan bersih. Kita ada dua jambatan yang panjang dan mempunyai ciri- ciri struktur pembinaan yang moden. Kita ada masjid-masjid tertua seperti Masjid Kapitan Keling, Masjid Terapung di Batu Feringhi. Kita juga mempunyai Tokong Ular. Kita mempunyai rumah berhala yang paling tinggi di Jalan Waterfall dan Gereja St. Anne’s di Bukit Mertajam yang menunjukkan ciri-ciri kebudayaan Malaysia yang begitu majmuk. Akan tetapi, kita lihat di pihak Kerajaan Persekutuan, tidak ada sebarang, dengan izin, butiran promosi ataupun percetakan-percetakan sama ada majalah dan sebagainya disediakan untuk mempromosikan Pulau Pinang. Semuanya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Di atas usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kita berjaya sekarang mendapat penerbangan terus daripada Qatar Airways yang juga adalah inisiatif ataupun langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri. Tidak ada sebarang bantuan ketika itu oleh Kerajaan Barisan Nasional. Mengapa? Saya di sini ingin merakamkan rasa tidak puas hati ketika Kerajaan Barisan Nasional memerintah kerana Pulau Pinang merupakan negeri ketiga terbesar yang menyumbang kepada cukai pendapatan Kerajaan Persekutuan. Kita secara tidak langsung membantu Kerajaan Persekutuan untuk berkongsi apa-apa masalah ataupun kekangan kewangan yang diperlukan, perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan tetapi tidak ada sebarang bantuan diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mempromosikan Pulau Pinang. Kalau kita mengambil contoh di kawasan Balik Pulau, terkenal dengan makanan buah-buah seperti durian, rambutan, ciku dan sebagainya, tetapi kita lihat semua langkah- langkah promosi dibuat oleh Kerajaan Pulau Pinang sendiri. Tidak ada sebarang bantuan dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya di sini, pada masa yang sama, ingin juga merakamkan ataupun bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini dalam surat khabar The Star telah dilaporkan bahawa kapal-kapal air yang membawa pelancong seperti SuperStar- Libra sudah pun kurang datang ke Pulau Pinang.

Kapal-kapal ini secara tidak langsung juga menyumbang kepada ekonomi Pulau Pinang di mana penjaja-penjaja yang menjual makanan seperti sate, nasi lemak dan makanan-makanan yang lain kurang mendapat pendapatan. Penarik-penarik beca tidak dapat mencari pendapatan. Pemandu-pemandu teksi tidak dapat mencari pendapatan. So, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi mempromosikan Pulau Pinang di tahap antarabangsa untuk kita menarik lebih banyak lagi pelancong. Pada masa yang sama untuk makluman Yang Berhormat Menteri juga mungkin perkara ini boleh dikongsi dengan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sudah pun sesak. Keadaannya teruk. Kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat di sini yang pernah ulang-alik ke Pulau Pinang keadaannya begitu sesak, tempat letak kereta tidak mencukupi dan setiap hari terdapat saman-saman yang dikeluarkan oleh pihak polis kerana ada pihak yang menunggu untuk menerima sahabat handai dan keluarga yang datang singgah di Pulau Pinang. So, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana selama ini saya ingin ikhlas menyatakan di sini kita tidak bermain politik, Pulau Pinang telah dianaktirikan oleh kerajaan Barisan Nasional kerana mereka langsung tidak mempedulikan isu untuk mempromosikan Pulau Pinang kepada pelancong-pelancong antarabangsa dan semuanya ditinggalkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga langkah-langkah yang diambil oleh Exco Pelancongan di Pulau Pinang. Satu lagi perkara yang ingin saya nyatakan di sini adalah kemasukan pelancong untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan, medical tourism, dengan izin. Medical tourism adalah sesuatu perkara yang sedang meningkat dan kita lihat terdapat kecenderungan hospital-hospital di Pulau Pinang untuk memberi perkhidmatan kepada pelancong- pelancong. Banyak sangat kes-kes aduan yang kita terima di mana penduduk di Pulau Pinang yang ingin mendapatkan rawatan kecemasan di hospital-hospital swasta terpaksa menunggu atau pun tidak mendapat rawatan kerana difahamkan bahawa semua tempat- tempat atau katil-katil sudah pun diambil atau pun digunakan oleh pelancong-pelancong untuk mendapat rawatan. So apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan untuk menangani perkara ini? Untuk kita memastikan hospital-hospital swasta bukan sahaja menumpukan perhatian kepada mengaut keuntungan daripada memberi perkhidmatan kesihatan kepada pelancong-pelancong daripada luar negara tetapi juga untuk memberi perhatian kepada memberi perkhidmatan rawatan kepada rakyat di Pulau Pinang. Isu terakhir yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan dengan Butiran 031000 – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang bernama ASWARA. Saya difahamkan bahawa terdapat satu kes di mana rektor dalam akademi ini telah pun didapati bersalah kerana, dengan izin, melakukan gangguan seksual dan telah pun dikenakan denda atau pun diperintah untuk membayar pampasan sebanyak RM70 ribu. Persoalan saya, adakah rektor ini telah dikenakan tindakan dan adakah beliau telah diminta untuk bercuti dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku? Tuan Pengerusi, itu sahaja isu-isu yang dibangkitkan bagi perkara dalam kementerian ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pontian.

Tuan Pengerusi terima kasih. Kepala 020200 – Malaysia Rumah Kedua Ku, Malaysia My Second Home, dengan izin. Saya ingin mendapat penjelasan berapa banyak pihak asing yang telah mengikuti program ini yang membeli rumah di negara kita dan adakah syarat RM1 juta dan ke atas harga rumah itu baru mereka boleh beli akan ditingkatkan? Oleh sebab sebelum ini hanya RM500 ribu harga rumah, kemudian kita naikkan kepada RM1 juta. Adakah kita ingin naikkan kepada RM1.5 juta untuk memastikan bahawa ia akan membeli property yang lebih menarik kepada pihak pelancong terutama pelancong di Timur Tengah. Perkara kedua ialah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia - RM190 juta. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Jeli bahawa sektor pelancongan memberikan 15 peratus kepada KDNK negara. Saya ingin tahu dari segi jumlah ringgitnya berapa pada tahun lepas dan berapa bilion dijangka pada tahun ini. Saya ingin tahu sehubungan dengan itu ialah tentang pejabat Tourism Malaysia di luar negara. Sebelum ini saya dengar bahawa pejabat Tourism Malaysia ini akan dikurangkan bilangannya. Adakah ini benar? Jika boleh saya ingin mencadangkan supaya usaha-usaha promosi di luar negara itu kita boleh satukan. MATRADE misalnya Yang Berhormat Menteri ada 46 pejabat di 46 lokasi di seluruh dunia. Apa kata kalau Tourism Malaysia berkongsi dengan MATRADE dan kita boleh menjimatkan kos pada ketika yang sama. Tujuannya tetap sama iaitu untuk mempromosikan pelancongan Malaysia. Perkara ketiga kita tahu bahawa SST ini tidak boleh di claim oleh pelancong tetapi di 170 negara yang lain kalau kita pergi melancong kita boleh claim GST atau pun VAT di airport sebelum kita berangkat pulang. Adakah apabila kita tukar GST pada SST ia menurunkan bilangan pelancong kerana di antara tujuan GST dilaksanakan adalah untuk menggalakkan pelancong datang ke Malaysia...

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan.

Kerana barang-barang yang mereka beli itu boleh di claim balik. Ya.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Setiawangsa.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Setiawangsa ingin bertanya adakah prioriti kita rakyat tempatan atau rakyat asing? Oleh sebab kalau kita hanya fikir tentang tuntutan itu, itu hanya memberi impak kepada rakyat asing.

Ya. GST memberikan perkara yang baik dalam pelbagai bidang dan ia lebih rendah daripada SST 10 peratus tentunya. Jadi tentunya SST itu kalau kita buat kajian dengan teliti, sepuluh tentunya lebih tinggi daripada enam ya. Itu budak tadika pun tahu Yang Berhormat. Perkara yang keempat. Betul kata Yang Berhormat Keningau tadi Yang Berhormat Menteri bahawa homestay ini cuma dapat RM500 ribu dan ini adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan. Dalam satu pertemuan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Melaka pada tahun 2016, MITI pada ketika itu menandatangani satu MOU dengan sebuah portal iaitu www.airbnb.com, Yang Berhormat Menteri ya. Apabila kalau kita buka di www.airbnb.com ini kita taip Pontian, Johor, Malaysia maka akan tersenarai semua homestay yang ada di Pontian. Tadi saya taip Silam, Sabah, Malaysia, saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri ada 18 buah rumah di Silam yang dimasukkan dalam portal pelancongan antarabangsa www.airbnb.com ini. Jadi saya ingin mengesyorkan homestay ini ditambah lagi bajetnya supaya boleh disenaraikan dalam portal pelancongan antarabangsa dan satu lagi cadangan ialah supaya homestay ini diubah kepada desastay. Mana-mana di kawasan itu yang memiliki kampung-kampung johan peringkat negeri misalnya atau johan peringkat kebangsaan dijadikan sebagai desastay bukan hanya homestay. Sebagai contoh di Pontian ada dua kampung terbaik dalam seluruh negara Malaysia, Yang Berhormat Menteri, satu nama Permatang Duku menang tahun 2010, satu nama Puteri Menangis tetapi nombor dua menang 2017. Kampung-kampung yang jadi contoh seperti ini bukan hanya homestay kita patut tukar kepada desastay. Perkara yang kelima ialah perpustakaan desa dapat RM42.3 juta. Homestay cuma RM500 ribu. Jadi saya ingin mencadangkan supaya perpustakaan desa itu dijadikan juga pusat rujukan pelancongan desa supaya bukan hanya dia menyediakan buku-buku untuk dibaca tetapi juga untuk dijadikan tempat rujukan informasi kepada pelancong-pelancong yang datang ke kawasan perpustakaan desa itu dan saya memohon pada Yang Berhormat Menteri supaya ditambah lagi perpustakaan desa di kawasan saya Pontian. Perkara keenam pemasaran dan promosi ada RM70 juta. Saya ingin mencadangkan supaya Pusat Kesenian Islam Antarabangsa di Shah Alam dan juga Pusat Nasyrul Quran, pusat pencetakan kedua terbesar yang ada di Putrajaya itu dimasukkan dalam bajet pemasaran dan promosi yang RM70 juta ini.

Di situ ada seni khat, seni tulisan jawi, seni Islam dan di situ juga boleh memulakan sebagai konsep Halal Tourism. Ini satu konsep yang amat menarik kepada pelancong- pelancong di Timur Tengah dan apakah peranan kementerian untuk memastikan Halal Tourism ini akan boleh dikembangkan di negara kita. Perkara ketujuh, Kraf tangan Malaysia – RM56.3 juta, saya ingin bertanya Projek 3K – Kraf Kampung Ku itu setakat mana keberkesanannya yang sudah dimulakan sebelum ini. Kalau kita lihat di Indonesia dan Thailand promosi kraf tangan ini amat baik di semua airport besar dan kecil. Saya harap di seluruh negara kita promosikan kraf tangan kita. Sehubungan dengan kraf tangan ini saya ingin bertanya tentang industri batik negara kita, Yang Berhormat Menteri. Sebagai contoh kerajaan dahulu memastikan pada setiap hari Khamis kakitangan kerajaan digalakkan memakai baju batik untuk kita membantu mempromosikan industri batik negara. Adakah ini diteruskan oleh kerajaan sekarang? Perkara kelapan Pusat Pelancongan Malaysia – RM8 juta. Ada dipanggil sebagai Pusat Informasi Pelancongan Daerah, terima kasih kerana di Pontian ada dan baru-baru ini dikunjungi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dalam Siri Kembara Mahkota Johor. Tempat seumpama ini elok diadakan di setiap daerah. Dia ada pelbagai aktiviti yang menarik dan saya harap ditambah lagi peruntukan untuk Pusat Informasi Pelancongan (TIC) Daerah Pontian khususnya. Perkara yang akhir yang saya mahu timbulkan di sini ialah mengenai tagline. Ini tentang kebudayaan kesenian- RM48 juta dan juga promosi pelancongan. Tagline negara kita ini apa apabila di bawa ke pasaran pelancongan antarabangsa. Sebelum ini Malaysia Truly Asia, ia dinyanyikan, ada videonya, ia amat terkenal dan orang di luar negara terpikat dengan Malaysia Truly Asia ini. Adakah tagline ini akan diubah atau tagline ini akan diteruskan, saya ingin mencadangkan supaya ianya diteruskan dan mungkin kita boleh tambah taglines yang lain. Satu lagi apakah kesenian-kesenian negara yang perlu dipromosikan. Bukan hanya tari-tarian kita juga ada pelbagai seni mempertahankan diri yang unik untuk setiap kaum di negara kita ini termasuklah seni mempertahankan diri di bumiputera Sabah, di bumiputera Sarawak yang semua itu diminati oleh pihak pelancong di luar sana. Pelancong di luar sana bukan hanya ingin melihat bangunan tinggi-tinggi tetapi mereka ingin masuk ke kampung, ke desa, ke dalam hutan belantara untuk melihat apakah keunikan negara kita dan apakah tagline negara kita ini. Mungkin kita boleh gunakan, “Malaysia Keindahan Dalam Kepelbagaian”, “Malaysia Perpaduan Dalam Kerencaman”, “Malaysia Keharmonian Dalam Kemajmukan”. Mungkin itu tambahan-tambahan tagline yang boleh kita masukkan dalam ...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Kreatif ya, Yang Berhormat Pontian [Ketawa]

...Mana?

Yang Berhormat Pontian, minta laluan, Yang Berhormat Pontian?

Setuju, perpaduan adalah satu faktor yang penting?

Ya, setuju, 100 percent setuju.

Setuju, jadi mengapa ada puak-puak yang cuba memecah belahkan kita?

Siapa dia, siapa?

Yang Berhormat Pontian kena tanya sendirilah. Tanya Yang Berhormat Bagan Datuk...

Apakah perkataan-perkataan yang memecahkan itu, Yang Berhormat Jelutong?

Yang Berhormat, mengapa menganjurkan perhimpunan-perhimpunan walaupun disarankan untuk memberhentikannya?

Kalau perhimpunan itu tidak sesuai tentu polis dan juga DBKL tidak memberikan permit. Baru sejam tadi polis dan DBKL telah memberikan permit untuk tujuan 8 hari bulan. Tentu mereka melihat ada dalam Malaysia Baru ini membenarkan perhimpunan aman, itu yang penting sekali.

Syukur sekarang boleh berhimpun dahulu tidak boleh.

Yang Berhormat Pontian, minta lalu Yang Berhormat Pontian.

Ya, sila, sila Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Pontian kerana beri laluan. Saya hendak tanya, perhimpunan ini kita bukan untuk memecahbelahkan mana-mana kaum dan kita sayang kepada kaum semua rakyat Malaysia termasuk orang Cina dan India dan Melayu kita boleh duduk together. Masalah sekarang ini kita hendak beri perhimpunan ini adakah satu amaran signal kepada pihak kerajaan dan juga kementerian, menteri-menteri supaya, “Kamu jangan buat huru- harakan negara, itulah pemecah belah”. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Pontian.

Betullah itu, betul... [Dewan riuh]

Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang itu... [Tepuk]

Tuan Pengerusi

Sudah habis masa.

Kita inginkan keseriusan pihak kerajaan. Pihak kerajaan sepatutnya membuat kenyataan. Yang Berhormat Menteri patut buat kenyataan di dalam Dewan ini. Jika Menteri KDN dan Perdana Menteri membuat kenyataan tentang rusuhan kuil, kenapa Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Perpaduan tidak membuat Kenyataan Menteri, Ministerial Statement dalam Dewan ini tentang ICERD. Itu yang kita hendakkan. Terima kasih.

Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian, sedikit Yang Berhormat Pontian.

Sudah habis masa sudah.

Tuan Pengerusi

Sudah habis masa. Silakan, Yang Berhormat Rasah.

Tidak ada.

Tuan Pengerusi

Tidak ada. Yang Berhormat Kuala Kangsar, silakan.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya turut serta untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Pertamanya saya terus ke butiran yang berkenaan dengan kawasan saya dahulu iaitu Parlimen Kuala Kangsar Butiran 40600 – Program Pemuliharaan Pemugaran Tinggalan Sejarah. Ini berkenaan Muzium Diraja Kuala Kangsar, Yang Berhormat Menteri. Muzium Diraja Kuala Kangsar dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah dan Istana Tepas, telah didirikan pada tahun 1926 oleh Almarhum Sultan Iskandar Shah. Istana ini didirikan sebagai istana bersemayamnya sementara Tuanku Sultan kerana ketika itu Istana Iskandariah sedang dalam pembinaan. Nama Istana Kenangan ini diberikan oleh Almarhum Tuanku Abdul Rahman setelah dibaiki pada tahun 1960-an dan terus diduduki oleh keluarga Diraja sehingga tahun 1982 apabila Almarhum Sultan Idris Shah II telah berkenan menyerahkannya untuk pengawasan Jabatan Muzium Malaysia. Sekarang Yang Berhormat Menteri, kerja-kerja pemuliharaan Muzium Diraja ini telah dimulakan pada September 2017 dan dijangka siap pada bulan Mac 2019 dengan peruntukan berjumlah RM2 juta di mana RM1 juta daripada peruntukan Tabung Warisan Jabatan Warisan Negara dan RM1 juta lagi dari Kerajaan Negeri Perak. Mohon Yang Berhormat Menteri lihat semula status penambahbaikan ini supaya ianya dapat disempurnakan mengikut jadual. Amat malang sekali ketika ini Yang Berhormat Menteri, muzium tersebut tidak dapat dimasuki pelancong. Saya sekarang terus ke Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan, Butiran 020100 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa. Yang Berhormat Menteri, petunjuk prestasi utama kedudukan Malaysia berdasarkan indeks di dalam TTCI UNWTO untuk international tourism receipts dan international tourist arrivals, dengan izin, melihat prestasi pelancongan dari tahun 2018 hingga ke 2019 akan menurun. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan anggaran penurunan ini dan sekiranya kita bercadang akan melaksanakan Visit Malaysia Year pada 2020? Apakah perkara-perkara yang diusahakan oleh kementerian dalam masa kurang dua tahun ini supaya dapat mencapai kedudukan yang lebih baik, sedangkan Yang Berhormat Menteri, peratusan sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK Negara dijangka akan bertambah. Yang Berhormat Menteri, kita semua tahu antara dua peringkat pendapatan industri pelancongan ini terhasil disebabkan dua faktor, para pelancong tinggal lebih lama di Malaysia dan pelancong juga akan berbelanja lebih. Maka, imej Malaysia sebagai destinasi beli-belah dan menerima pengiktirafan agensi-agensi penarafan yang bereputasi baik harus diusahakan. Apakah usaha-usaha kementerian ke arah mendapat pengiktirafan dari agensi- agensi bertaraf global. Inisiatif strategik ini seperti kerjasama pintar dengan syarikat penerbangan juga untuk ke-saling hubungan yang lebih baik dan menambah baik formaliti perjalanan bersama beberapa negara seperti China dan India untuk khidmat visa telah membantu. Saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah negara-negara baru yang lain yang diusahakan inisiatif yang sama. Saya sekarang terus ke Butiran 020400 – Pembangunan Industri. Mengenai Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan yang menyediakan kemudahan pembiayaan berbentuk pinjaman yang dikendalikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Adakah kementerian menggalakkan jenis pinjaman-pinjaman yang lain di bawah TPIP ini supaya ia dapat memberi lebih banyak pilihan kepada pemain-pemain industri. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan dan harap Yang Berhormat Menteri setuju bahawa TPIP ini mempunyai peruntukan-peruntukan khas bagi orang-orang muda yang baharu hendak memulakan perniagaan di dalam industri pelancongan dan golongan wanita luar bandar yang mungkin tidak dapat menepati syarat-syarat yang sedia ada.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Berkenaan pelancongan marin Yang Berhormat Menteri, Tourism Malaysia telah menyertai dan menganjurkan beberapa aktiviti promosi pelancongan marin dengan pengusaha pelancongan tempatan dan antarabangsa. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk menyenaraikan aktiviti Sungai Perak, Kuala Kangsar, boat cruise fishing dan menyelam dasar sungai di bawah promosi-promosi destinasi pelancongan marin yang saya lihat ketika ini masih belum ada. Mungkin sungai tidak termasuk di dalam senarai pelancongan marin tetapi saya minta Yang Berhormat Menteri menyediakan satu kaedah di mana sungai-sungai, tasik-tasik di seluruh negara yang menjadi tumpuan pelancong diletakkan di bawah senarai yang tersendiri. Sekarang hanya ada Angling & Outdoor Recreational Fair Shah Alam yang disenaraikan yang sedikit mirip kepada yang ada di Kuala Kangsar. Seterusnya Yang Berhormat Menteri, pembangunan pakej. Tourism Malaysia mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi dalam mewujudkan pakej-pakej yang sesuai untuk dipasarkan dan di promosi kepada pelancong domestik dan antarabangsa. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri seperti yang pernah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tempoh hari, Kuala Kangsar sebagai gateway ke destinasi-destinasi lain di negeri Perak. Saya berharap, pakej pilihan diwujudkan dan digalakkan oleh MOTAC dan Tourism Malaysia iaitu satu belt atau rantaian tourist destination, dengan izin yang merangkumkan Ipoh, Kuala Kangsar dan Lenggong dipromosikan secara serentak. Pakej ini akan dapat menarik pelancong yang ingin menikmati sebuah bandar diraja yang berprasarana laluan air dengan gandingan royalty nature dan scholar, dengan izin, theme park dan makanan yang unik dan sedap-sedap dan butik-butik restoran di Ipoh dan juga pemandangan yang indah Tasik Banding ke arah satu site UNESCO di Lenggong. Butiran seterusnya 020500 – Pusat Pelancongan Malaysia dan Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Ini berkenaan dengan inap desa atau homestay. Program pengalaman homestay Malaysia merupakan inisiatif pihak kerajaan yang menggalakkan pembangunan pelancongan lestari dalam kalangan masyarakat luar bandar di Malaysia. Saya amat menyokong usaha ini. Masalah-masalah promosi Yang Berhormat Menteri, inap desa ini adalah promosi secara digital yang tidak cukup kuat. Saya mohon Yang Berhormat Menteri meningkatkan lagi usaha ini dan aktiviti tambah nilai seperti penyediaan makanan tradisional oleh tuan rumah di tempat tersebut dan jualan barang-barang kraf di setiap homestay harus digalakkan. Contoh, kain batik dan barang-barang dan juga cebok air ataupun gayung air ya...

Yang Berhormat Kuala Kangsar boleh mencelah?

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Biar saya slot sudah butiran ini yang saya bagi. Gayung air dari barangan pokok kelapa dan juga pelepah. Foto pemakaian baju tradisional, pengusaha homestay harus diberi perspektif tambah nilai ini Yang Berhormat Menteri. Lebih baik sekiranya homestay ini ditarafkan sebagai Airbnb di mana cara hidup orang kita dipamerkan siang dan malam dan dinikmati oleh pelancong-pelancong. Ini juga akan menggalakkan pelancong-pelancong dari Eropah yang suka dengan konsep seperti ini. Faktor utama pelancong datang ke sesebuah negara Yang Berhormat Menteri adalah mengenai hal-hal yang berkaitan dengan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut. Mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan, bagaimanakah pihak kementerian hendak memastikan satu standard kualiti dan pilihan di kawal selia yang tidak menjejaskan kepuasan pelancong dan ulangan kembali ke Malaysia. Saya mohon maaf Yang Berhormat Ledang saya hanya ada seminit lebih.

Sikit sahaja tentang inap desa tadi.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Ya.

Sikit sahaja saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kuala Kangsar, setuju kah sekiranya untuk kita pastikan supaya inap desa ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat juga. Ianya boleh dipakejkan secara kreatif berhubung dengan kemajuan ecotourism, ekopelancongan begitu juga kemajuan dari segi dipanggil ekopembangunan pertanian juga. Maksud saya itu supaya ianya menjadi satu pakej yang menyeluruh dan kemudian menjadi tarikan supaya inap desa tersebut dapat dimajukan.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Masukkan pandangan Yang Berhormat Ledang ke dalam ucapan saya. Saya terus kepada Butiran 94000 - Pemasaran dan Promosi. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, kerajaan lama dan juga sekarang, diteruskan oleh kerajaan sekarang yang menyedari impak media sosial dan pengiklanan dalam talian. Tourism Malaysia turut mengukuhkan kehadiran dalam talian melalui beberapa platform seperti Facebook dan berbagai-bagai lagi. Saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri, kita harus mewujudkan apps yang mesra pelancongan untuk menggalakkan dan ditambah mengikut permintaan dunia. Saya tahu Tourism Malaysia telah bekerjasama- sikit lagi Tuan Pengerusi. Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan Smart-i Travel Malaysia untuk membangunkan satu aplikasi mudah alih untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi percutian. Saya berpendapat apps ini seperti ini harus dibuka kepada semua lapisan aktiviti pelancongan dan dikawal selia oleh kementerian seperti senarai homestay dan tempat-tempat juala kraf harus disenaraikan. Setiap pengusaha diambil kira supaya mereka mendapat pelanggan yang berganda dan penggunaan apps ini sentiasa di pantau dari segi kualiti dan kuantiti barangan-barangan yang ditawarkan. Akhir sekali saya ini sangat penting Tuan Pengerusi, ini mengenai pekerja-pekerja yang bekerja di dalam industri pelancongan. Butiran 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan dan Butiran 030600 -Kebudayaan dan Kesenian. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan mengenai aktivis-aktivis dan juga pemain-pemain teater seni tari, muzik seni halus dan sinematografi umpamanya adalah prinsip asas yang diamalkan yang menjadi ukuran kepada masyarakat antarabangsa penentuan tahap kemajuan sesebuah negara. Jadi peranan jurulatih-jurulatih yang ini sangat penting Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, jurulatih dari pelbagai bidang yang menerima pengiktirafan melalui pembangunan jurulatih seni budaya negara ini harus didedahkan kepada peringkat-peringkat pengajian tinggi di luar negara supaya mereka mendapat training yang lebih menepati piawaian antarabangsa dan dapat menarik pelancong-pelancong yang mahukan kedua-dua aspek iaitu local dan juga antarabangsa. Soalan keduanya adalah saya juga mencadangkan supaya pendapatan- pendapatan semua pemain budaya dan seni diambil kira dan diambil serius supaya menjadi tarikan anak-anak muda. Bagi menjamin masa depan anak seni, jawatan koreografer, ketua muzik dan artis budaya yang bertaraf penjawat awam mohon dipertimbangkan menjadi jawatan tetap. Sehingga sekarang mereka masih lagi berjawatan kontrak. Akhir sekali ialah peruntukan khas bagi kumpulan-kumpulan kebudayaan ini harus disediakan untuk membeli kostum tarian, aksesori prop, alat muzik dan juga peruntukan lain supaya dapat meningkatkan mutu setiap persembahan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Masjid Tanah. Silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi di atas kesempatan untuk saya sama-sama membahas bagi tajuk P.31 ini. Ianya selaras dengan sasaran ke arah sumbangan KDNK negara bagi tahun 2019 yang menyasarkan dari segi segmen untuk pelancongan ini sebanyak 15.5 peratus berbanding pada tahun 2017 iaitu sebanyak 14.9 peratus. Begitu juga perbelanjaan tahunan daripada pelancong asing yang naik, disasarkan RM10 bilion iaitu sebanyak RM92.2 bilion. Jadi saya ingin menyentuh tentang kenyataan media pada Ogos yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyatakan bahawa Bajet 2019 ini adalah lebih kecil dan kerajaan berusaha meningkatkan pendapatan negara melalui sektor pelancongan dan juga perladangan. Sungguhpun demikian, selain daripada peruntukan RM20 juta yang diberikan kepada Malaysia Healthcare Travel Council, insentif-insentif yang diberikan oleh kerajaan tidak memberi indikasi yang jelas tentang hala tuju pelancongan negara. Adakah kita hendak memberikan penumpuan terhadap pelancongan domestik dan juga subsektor mana yang akan diberikan tumpuan oleh pihak kementerian. Perlu diingat bahawa Malaysia Healthcare Travel Council adalah berada di bawah Kementerian Kesihatan dan bukannya berada di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang mana fokusnya 70 peratus adalah lebih kepada perubatan dan 30 peratus sahaja yang diberikan kepada perkhidmatan pelancongan. Jadi selain daripada itu, kita lihat bahawa industri pelancongan perubatan ini juga terhad di bandar-bandar lain dekat Melaka. Dekat Melaka itu memang ramai terutama sekali daripada segmen yang pergi ke hospital-hospital ini memang berlambak. Akan tetapi kalau dekat bandar-bandar terhad, dengan lapangan terbang antarabangsa seperti Kuala Lumpur, Penang dan juga Johor Bahru.

Demikian saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, jika ada cadangan untuk mengambil peluang ini bagi kita merancakkan lagi industri wellness sebagai salah satu rehabilitation therapy yang mana saya ingat satu ketika dahulu sewaktu saya berada di MOTAC bahawa saya turut bersama-sama memainkan peranan untuk kita membangunkan urutan Malaysia bersama dengan penggiat-penggiat industri spa. Tak kan hari ini terus senyap. Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian berbanding dengan pelancongan perubatan, produk industri wellness ini seperti spa mewujudkan lebih banyak limpahan kepada industri kraf tangan iaitu untuk peralatan spa ...

Yang Berhormat Masjid Tanah, minta laluan sedikit.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pendang.

Ya Yang Berhormat kenapa selalu pergi spa kah?

Saya hendak pergi.

Hendak tanya? Ya silakan Yang Berhormat Pendang. Tanya saja.

Hebat. Terima kasih Tuan Pengerusi. Hebatlah Yang Berhormat Masjid Tanah ini. Cuma saya hendak minta penjelasan kepada Yang Berhormat Masjid Tanah. Kita hendak murnikan sektor tourism international ini. Kita pernah ada skandal Gecko-Gate yang pernah terlibat dalam satu ketika dahulu. Kita hendak dapat maklumat adakah masih lagi Kerajaan Pakatan Harapan mengekalkan mereka yang terlibat ketika skandal Gecko-Gate berlaku pada bulan April kalau tidak silap saya. Minta penjelasan.

Okey saya harap ia dapat dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya dan saya harap soalan itu dapat dijawab oleh pihak kementerian. Saya sambung balik. Kita lihat juga perladangan seperti minyak urut juga yang datangnya daripada hasil palma juga dijadikan bahan urut dan juga industri kosmetik untuk perawatan badan. Lagu- lagu yang didendangkan, siapa yang pernah pergi spa ini dia tahulah. Lagu-lagu yang cukup mengasyikkan juga dijadikan sebahagian daripada industri seni, industri kreatif negara. Jadi saya ingin mengharapkan sebagaimana yang saya tanya awal tadi, bagaimanakah hala tuju kementerian dalam industri ini? Keduanya, saya ingin menyentuh tentang sebagaimana yang dijangka, Bajet 2019 ini seperti kurang memberikan penumpuan kepada pembangunan sektor kebudayaan sebagai salah satu wacana untuk kita pacu ekonomi negara menerusi industri kraf serta program pengalaman homestay di Malaysia dan juga sebagai inti pati kepada promosi pelancongan dalam dan juga luar negara. Sungguh pembentukan dana PKS sebanyak RM500 juta yang disediakan untuk membantu kononnya usahawan homestay dan kraf tangan melalui SME Bank. Saya nyatakan di sini bahawa ini bukanlah satu insentif baru kerana ia adalah merupakan pembiayaan bank tetapi walaupun disajikan dengan subsidi kadar faedah yang rendah, ia bukanlah satu insentif yang menarik, yang dijadikan sebagai untuk membantu melainkan pihak kementerian dengan pihak bank telah pun mengenal pasti produk-produk PKS yang berkaitan dengan pelancongan. Jadi soalan saya pada pihak kementerian, adakah perbincangan sedemikian ada dilakukan oleh pihak kementerian dan apakah produk-produk PKS yang berasaskan pelancongan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi serta boleh dimajukan melalui tabung ini. Saya juga ingin menyentuh tentang apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar tadi juga harus diberi perhatian terutama sekali untuk membantu anak-anak muda, wanita yang berminat dalam bidang pelancongan ini. Seterusnya saya ada satu pantun. Anak Pak Malau suka berdansa; Berdansa pula dengan anak Nyonya; Syabas dan tahniah buat Datuk Musa; Kalau sudah rezeki tidak ke mana. Jadi kita sudah ada Ketua Pengarah Tourism Malaysia baru. Saya tengok dekat Facebook, saya hendak menyentuh tentang Tourism Malaysia dan kementerian melalui Agensi Tourism Malaysia masih lagi dilihat tidak memanfaatkan teknologi digital dan juga media sosial dengan sepenuhnya untuk kita mempromosikan pelancongan baik dalam negara ataupun luar negara. Masa kini, kita masih belum melihat lagi kempen-kempen promosi di media sosial berkaitan dengan produk pelancongan Malaysia yang menjadi viral ataupun menjadi trending. Kempen-kempen promosi sedia ada juga bersifat generik dan juga tidak strategik dilihat. Saya lihat, saya follow, saya ikuti dengan rapat Facebook Yang Berhormat Menteri yang mana hadir aktif program-program anjuran kementerian dan juga agensi-agensi kementerian kita tetapi promosi program-program ini tidak dilakukan dengan strategik antara agensi penganjur dengan pihak Tourism Malaysia sedangkan kita ramai peminat seni yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang warisan kita yang semakin pupus. Contohnya kita ada mak yong, dikir barat dan sebagainya. Bagi saya, pihak kementerian seharusnya melihat faktor sektor kesenian, kebudayaan dan warisan sebagai salah satu bentuk diplomasi budaya, culture diplomacy ataupun soft power untuk menarik pelancong-pelancong untuk datang ke negara kita ini melalui hubungan diplomatik yang baik melalui wakil-wakil kedutaan negara ini mahupun perwakilan di luar negara. Jadi bagi saya sektor pelancongan serantau sentiasa bersifat kompetitif. Sebagai contoh destinasi Malaysia dan juga Thailand. Akan tetapi sektor kebudayaan terutamanya melalui silang budaya ini dapat membantu menggalakkan hubungan dan kerjasama erat dalam sektor ekonomi lain seperti perniagaan, pendidikan, perkhidmatan dengan menggalakkan lagi people to people movement dan seterusnya merancakkan lagi sektor pelancongan serantau. Soalan saya, adakah pihak Tourism Malaysia serta agensi kebudayaan di bawah kementerian ada bercadang untuk merangka pelan diplomasi budaya bagi tujuan untuk merancakkan lagi kedua-dua sektor budaya dan pelancongan ini. Seterusnya saya ingin menyentuh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini ada pergi menghadiri World Travel Mart di London dan begitu juga di Japan iaitu JATA. Saya ingin mengetahui dan mungkin saya ingin mendengar pandangan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah fokus kementerian dan juga sasaran pasaran yang berdasarkan trend pelancongan hasil daripada lawatan kedua-dua ini. Seterusnya saya juga ingin melihat penumpuan. Kementerian memberikan penumpuan kepada pasaran pelancong daripada negara China. Perlu diingatkan negara di rantau ini juga memasarkan pasaran China dan juga sungguhpun pasaran China itu sangat besar, Malaysia tetap mencatatkan kejatuhan yang sangat besar iaitu sebanyak 35 peratus. Jadi pada pandangan saya, kerajaan tidak sepatut menyalahkan isu pengeluaran visa semata-mata tetapi kementerian seharusnya memperhalus strategi pemasaran yang lebih strategik dan holistik untuk pasaran negara China dengan mengambil serampang dua mata iaitu peluang perdagangan antara China-ASEAN yang berada di Ekspo Naning iaitu mempromosikan pelancongan berdasarkan maritim, memfokuskan pelancongan Islam dan juga sejarah maritim kedua-dua negara. Soalan saya, adakah pihak kementerian ada menjalankan kajian yang lebih holistik untuk pasaran sasaran pelancong luar negara yang contohnya trend market behaviour, travel motivation, diaspora, warga China di luar negara serta keperluan tenaga kerja yang mahir berbahasa Inggeris. Dengan peruntukan pada sektor pelancongan yang semakin tidak cantik, jadi sudah tiba masanya Kementerian Pelancongan untuk melaksanakan promosi berdasarkan kajian yang dibuat. Saya juga ingin menyentuh untuk negeri Melaka. Saya berharap sangat Yang Berhormat Menteri dapat membantu untuk memberikan perhatian. Saya mohon sedikit sahaja untuk saya bercakap tentang Masjid Tanah. Saya melihat daripada Melaka menghantar beberapa senarai projek tetapi tidak diberikan kesempatan untuk berada di bawah RMKe-11 dan juga RP-4 yang mana kita melihat cadangan projek ekopelancongan Paya Lebar, Ramuan China Besar Melaka yang berjumlah sebanyak RM11 juta. Ini adalah merupakan salah satu produk pelancongan di kampung saya berdasarkan ekopelancongan yang adanya alam sekitar kita boleh tengok buaya. Bukan buaya darat tetapi buaya yang dalam sungai. Buaya darat ramai Yang Berhormat. Jadi saya harap kita dapat perhatian daripada pihak kementerian untuk produk pelancongan. Begitu juga dengan projek menaik taraf pelancongan pesisir pantai Tanjong Bidara yang berjumlah RM6.3 juta yang suatu ketika dahulu kita tengok Tanjong Bidara adalah merupakan produk pelancongan yang terkenal tahun 1980-an. Kalau dahulu siapa yang baru bercinta mesti datang dekat Tanjong Bidara untuk dating. Akan tetapi hari ini agak malap sedikit. Oleh sebab itu kita perlukan sentuhan daripada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk memberikan sedikit bantuan dan sejajar dengan tambahan peruntukan sebanyak RM18 juta yang diberikan untuk ekopelancongan. Jadi saya harap dengan perbahasan itu, saya harap juga kepada pihak kementerian lihat juga tentang sektor seni dan budaya yang hari ini kita tengok walaupun peruntukan yang agak ada tambahan tetapi saya harap dapat dibantu juga penggiat-penggiat seni di luar sana yang ingin menyegar-bugar kan seni dan budaya kita tetapi tidak dipandang, dipandang sepi dan juga mereka ini tidak dibantu. Malah apabila mereka bernafas di tahap hidung dan tidak diberikan sedikit insentif untuk mereka ini. Saya harap kementerian dapat melihat pejuang-pejuang seni dan budaya ini agar mereka ini dapat dibantu agar mereka inilah yang dijadikan sebagai wira untuk kita terus memartabatkan seni dan budaya di Malaysia. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Yang Berhormat Rasah, silakan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Ingatkan belum lagi.

Tuan Pengerusi

Saya ikut senarai. Satu tahu keluar sekejap.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ya. Terima kasih kerana peluang yang diberikan oleh Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu, saya hendak menarik perhatian berkenaan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, saya hendak merujuk kepada muka surat 306 berkenaan dengan prestasi outcome kementerian. Saya nampak dipaparkan bahawa bilangan pengiktirafan warisan dunia untuk tahun 2018 adalah 16 dan angka ini disasarkan bertambah kepada 18 iaitu penambahan dua pada tahun 2019. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, manakah dua tempat, dua lokasi pelancongan yang dalam penambahan untuk tahun depan? Begitu juga dengan bilangan warisan kebangsaan ketara dan tidak ketara yang diisytiharkan dan diwartakan. Terdapat penambahan sembilan tempat. Jadi, apakah dua tempat tadi dengan sembilan tempat ini ada tempat pelancongan di Negeri Sembilan, negeri saya, yang terlibat dengan pengisytiharan ini, pengiktirafan ini? Tuan Pengerusi, saya juga hendak mengetengahkan dua tempat pelancongan ataupun dua lokasi yang boleh menjadi lokasi pelancongan di bawah Parlimen Rasah. Dua tempat tersebut dinamakan, satunya, tokong Cheng Koo Temple di Jalan Rasah dan kedua, San Kau Tong Temple di Taman Bukit Blossom. Kedua-duanya di bawah Parlimen Rasah. Memang betul kedua-duanya berkenaan dengan tokong, rumah ibadat, tetapi jauh lebih penting daripada itu apa yang saya hendak ketengahkan pada hari ini untuk Kementerian Pelancongan ialah bukan fasal ibadat ataupun agama tetapi ia lebih kepada pelancongan. Sebab, kedua-dua tempat ibadat ini mempunyai potensi yang cukup besar sekiranya ada kerjasama ataupun promosi daripada pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawah kementerian supaya boleh dimajukan sebagai kawasan pelancongan yang boleh menarik lebih ramai pelancong domestik malahan pelancong daripada Singapura, Asia untuk mengunjungi tempat-tempat ini. Sebab, kedua-dua tempat ini dia agak luas, dalam dua hingga tiga ekar, dengan ada kolam, ada ikan dan sebagainya. Saya juga ambil kesempatan pada petang ini menjemput Yang Berhormat Menteri supaya- sebab Yang Berhormat Menteri belum melawat Rasah, kalau tidak silap saya. Jadi, saya menjemput kalau boleh menjelang Tahun Baru Cina pada tahun depan, kalau boleh kalau Yang Berhormat sudi untuk turun- saya percaya Yang Berhormat sudi, kami akan buat satu acara besar di tokong Cheng Koo Temple dan mengundang Yang Berhormat Menteri untuk merasmikan. Sambil itu, bolehlah kami berharapkan ada peruntukan daripada kementerian untuk sama-sama kita memajukan pelancongan di Seremban. Sebab di Seremban, masalahnya macam ini. Saya juga menyentuh ini berkenaan dengan di bawah Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu sebanyak RM155 juta. Saya hendak tanya daripada RM155 juta ini, Negeri Sembilan dapat berapa? Sebab Negeri Sembilan ini, dia ada potensi tetapi selalunya tidak diberikan perhatian. Kalau sebut Negeri Sembilan, dia hanya tertumpu pada Port Dickson, pantainya yang selama ini terkenal. Akan tetapi, jauh lebih daripada itu, di Bandar Seremban sendiri mempunyai banyak bangunan-bangunan lama. Saya bagi contoh. Selain daripada dua tokong tadi, ada Masjid Jamek yang lebih seratus tahun, ada kuil Hindu, ada Gurdwara, ada gereja yang lebih seratus tahun di pusat bandar bersama dengan bangunan-bangunan lama yang lebih seratus tahun yang mempunyai seni binanya yang melambangkan sejarah pembangunan, kemajuan bandar Seremban itu sendiri yang boleh menjadi tarikan pelancongan dan seterusnya merancakkan ekonomi. Sebab, sebagaimana kita sedia maklum, sektor pelancongan- tadi saya dengar Yang Berhormat Jeli iaitu orang lama, Yang Berhormat Arau juga orang lama dan kedua- duanya mantan Menteri, mengatakan bahawa sektor pelancongan boleh menjanakan banyak pendapatan bukan sahaja untuk kerajaan dan agensi-agensi tetapi untuk rakyat. Ia juga memberikan peluang kepada rakyat kita untuk mencari rezeki dengan cara perniagaan dan sebagainya. Jadi, saya mohon peruntukan disalurkan kepada Negeri Sembilan dan Parlimen Rasah khususnya. Saya menyokong penuh di bawah Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) di mana RM190 juta diperuntukkan di bawah Belanjawan 2019. Saya rasa perlu. Walaupun kerajaan menghadapi kekangan kewangan yang agak teruk tetapi tidak apalah. Dengan peruntukan yang besar ini, kita percaya kita akan dapat menggalakkan lebih ramai pelancong dari seluruh dunia untuk hadir dan terus hadir di Malaysia dengan kita mempelbagaikan kebudayaan kita, seni, tempat melancong supaya kita boleh menjanakan pembangunan ekonomi. Satu lagi perkara, Tuan Pengerusi, yang saya nak ketengahkan ialah berkenaan Butiran 41300 – Taman Seni Budaya Negeri-negeri. Saya mendapati bahawa peruntukannya kurang. Susut daripada RM3.9 juta jatuh kepada separuh sahaja iaitu RM1.9 juta untuk tahun hadapan. Jadi, saya nak mohon penjelasan daripada pihak kementerian, apakah justifikasinya yang menyebabkan peruntukan di bawah butiran ini berkurangan? Padahal, saya percaya Taman Seni Budaya di setiap negeri mempunyai potensi seperti mana di Negeri Sembilan mempunyai potensi yang cukup besar untuk dimajukan, untuk dipromosikan supaya menjadi produk pelancongan yang boleh menjana sumber ekonomi kepada semua pihak. Satu lagi, perkara terakhir, yang saya nak sebutkan adalah di bawah Butiran 94000 – Pemasaran dan Promosi. Ini ada kenaikan. Daripada RM60 juta dinaikkan kepada RM70 juta. Bagi saya, bersempena dengan kerajaan baharu di bawah Malaysia baharu, produk pelancongan kita kena ada kepelbagaian yang turut melambangkan seni dan budaya setiap kaum yang melambangkan kepelbagaian masyarakat majmuk di Malaysia. Bukan berlandaskan mana-mana kaum tetapi semua kebudayaan kaum malah amalan dan adat resam setiap kaum perlu diberikan peluang untuk sama-sama berkembang menjadikan Malaysia sebagai satu negara yang unik dan sentiasa dihormati oleh dunia. Sekian sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Tinggi. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ada beberapa perkara yang saya nak bangkitkan yang dah tentu ia berkaitan dengan kawasan saya P.156 Kota Tinggi. Pertama, Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism. Saya nak memaklumkan kepada Yang Berhormat Menteri, dalam kawasan saya ini, Yang Berhormat Menteri, saya ada Kampung Belukar Durian di Sedili Kechil yang terletak di persisiran Sungai Sedili Kechil yang kaya dengan pelbagai habitat laut dan juga darat. Jadi, kerajaan melalui KEJORA telah pun membangunkan kawasan rendah dan berair serta penuh dengan hutan bakau ini untuk kawasan pelancongan desa yang baharu. Mungkin Yang Berhormat Menteri dengar KEJORA, Yang Berhormat Menteri ingat ia di bawah KPLB, tetapi ini ialah pembangunan pelancongan desa yang baharu. Jadi, dah tentu ia pun termasuklah dalam kementerian Yang Berhormat Menteri. Program pembangunan pelancongan desa ini, Yang Berhormat Menteri, ia secara tak langsung memberikan impak yang tinggi kepada penduduk tempatan terutama orang- orang kampung saya kerana dia dapat menjana pendapatan baharu kepada orang kampung saya termasuklah dalam sektor industri kecil dan sederhana seperti kraf tangan, produk tempatan yang berasaskan pada barangan laut. Maka kerana itu, Yang Berhormat Menteri, saya pohon supaya kementerian boleh bantu terutama untuk memberikan peruntukan membangunkan infra yang perlu ada dalam penyediaan satu lagi pelancongan desa yang dibangunkan ini di bawah projek KEJORA ini. Kedua, Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 40600 – Program Pemulihan/Pemugaran Tinggalan Sejarah. Tuan Pengerusi, Kota Tinggi ini adalah sebuah bandar pelancongan bersejarah, Tuan Pengerusi. Ia telah dibuka pada tahun 1538 lagi. Ia telah pun diwartakan sebagai bandar pelancongan bersejarah, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri datang, I will take you around Sir, untuk melihat kepada apa yang dimaksudkan dengan Kota Tinggi bandar pelancongan bersejarah. Banyak tinggalan sejarah Kesultanan Johor Lama ada dalam kawasan saya. Saya nak memaklumkan di bawah Butiran 45100 – Ubah Suai dan Naik Taraf Muzium, saya ada dua muzium, Yang Berhormat Menteri. Pertama, Muzium Kota Tinggi. Dulu ia di bawah Jabatan Muzium Malaysia tetapi sudah diserahkan kepada kerajaan negeri.

Walaupun sudah diserahkan balik kepada kerajaan negeri, untuk urusan yang selanjutnya. Saya harap mudah-mudahan Yang Berhormat Menteri dapat membantulah saya, walaupun saya melihat kepada peruntukan itu tidak banyak ada RM 1 juta sahaja. Saya pun tidak tahu bagaimana Yang Berhormat Menteri hendak belanjakan duit itu, jadi supaya dapat membantu dalam pada- dahulu dia di bawah Jabatan Muzium Malaysia dan sekarang ini telah serah kepada kerajaan negeri. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bantu kepada perkara-perkara yang boleh kita tambah baik kan terutama dari segi bangunan dan sebagainya dan termasuk juga perkara-perkara yang lain kerana dia juga bukan sahaja Kesultanan Johor Lama tetapi juga ia mempamerkan kehidupan masyarakat Johor yang ada terutama di muzium tersebut. Keduanya Tuan Pengerusi, saya pun hendak sebut tentang makam-makam, sebab saya dapat lihat di situ di bawah butiran yang sama Pemugaran Tinggalan Sejarah. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri di kawasan saya ini Yang Berhormat Menteri banyak makam-makam Kesultanan Johor. Saya bagi contoh, beberapa contoh Kampung Panchor, makam Sultan Abdul Jalil Ri'ayat Shah IV, Makam Raja Putih, Makam Temenggung Johor ataupun Makam Bidan. Di Kampung Johor Lama Makam Sultan Alauddin Riayat Shah Kedua, di Kampung Johor Lama dan termasuk satu Kompleks Sejarah Kota Johor Lama, yang ini di bawah selenggaraan Jabatan Muzium di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya pun sudah turun pergi tengok muzium ini. Mungkin sedikit lagi peruntukan untuk lebih mantapkan lagi muzium ini kerana kita buat daripada kayu muzium ini. Dia bukan muzium konkrit kerana dia berada di Kota Johor Lama. Seterusnya di Kampung Makam saya ada makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, ada Makam Bendahara Tun Habab, ada Permakaman Kota Tauhid dan di Kampung Seluyut, saya ada Makam Sultan Muzaffar Shah, saya ada Makam Sultan Abdul Jalil Shah I, Makam Raja Fatimah, Makam Bendahara Tun Ishak Misai. Ini antara perkara-perkara yang berkaitan dengan kota lama dan makam-makan yang saya perlukan jasa baik daripada Yang Berhormat Menteri untuk kita terus pulihara dan kita terus pugarkan kawasan-kawasan dan makam-makam dan kota-kota lama. Jadi apa agaknya yang saya hendak minta daripada Yang Berhormat Menteri- banyak makan lama ini, makam-makam kesultanan ini Yang Berhormat Menteri tidak berpagar. Jadi kita dapat tengok binatang-binatang ya, anjing dan sebagainya berkeliaran di kawasan-kawasan makam tersebut. Jadi Yang Berhormat Menteri tolonglah bagi saya peruntukan, pagarlah kawasan Permakaman Kesultanan Johor Lama ini. Bina wakaf pemakaman dan pasang handrail, bina laluan- ada laluan bertangga yang kita perlukan daripada mata sungai itu naik ke Kota Panchor, naik ke Kota Seluyut naik ke Kota Johor Lama. Juga mungkin Yang Berhormat Menteri boleh mulakan laluan sejarah menyelusur Sungai Johor, untuk membantu saya untuk membangunkan lagi kawasan-kawasan tinggalan sejarah ini. Saya harap pihak kementerian dapat bekerjasama dengan lebih aktif lagi dengan kerajaan negeri dari segi promosi dan juga program-program sokongan yang boleh melibatkan masyarakat tempatan daripada kawasan sekitarnya. Begitulah dia Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak-banyak.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi, sekarang Parit Sulong silakan. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi saya hendak terus kepada Butiran 020400 – Pembangunan Industri. Dia di bawah ini ada satu tabung berbentuk pinjaman iaitu Tabung Khas Pelancongan yang dikendalikan oleh SME Bank dan memang ianya saya setujulah ianya adalah bertujuan membantu usahawan mengembangkan produk ataupun perkhidmatan mereka yang berasaskan pelancongan. Ada beberapa soalan saya hendak tanya- satu sahaja soalan saya hendak tanya berkaitan dengan butiran ini. Saya cuma hendak Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah pihak kementerian, hasil daripada pembiayaan ini, yang diberikan kepada usahawan-usahawan PKS yang berminat untuk membuat pinjaman dengan SME Bank dan di-promote oleh kementerian, apakah pihak kementerian ada membuat pengumpulan data mengenai kejayaan-kejayaan PKS ini daripada hasil pada pinjaman Tabung Khas Pelancongan ini? Seterusnya bagi Butiran 030400 iaitu Muzium. Muzium ini memang sangat penting sebab ianya adalah satu tempat yang mengumpul, memelihara dan kemudiannya menyebarkan ilmu mengenai warisan negara, budaya, alam semula jadi negara. Kementerian saya lihat ada menyasarkan untuk membawa masuk 30 juta pelancong asing yang bakal menyumbang kepada RM100 bilion kepada ekonomi negara menjelang tahun 2020. Jadinya soalan saya yang saya hendak utarakan kepada Yang Berhormat Menteri adalah apakah kerajaan ada hasrat untuk menjadikan lawatan ke muzium di Malaysia ini sebagai salah satu daripada inisiatif utama dalam program Tahun Melawat Malaysia 2020 ini. Seterusnya apakah usaha yang dijalankan oleh kementerian dalam membawa masuk teknologi baharu bagi boleh menjadikan pameran di dalam muzium ini lebih berinteraktif dan seterusnya adakah terdapat sebarang usaha oleh pihak kementerian untuk menjenamakan semula institusi muzium tempatan untuk menjadikan muzium ini terus dekat di hati masyarakat terutamanya di kalangan generasi muda. Seterusnya kepada Butiran 020500 iaitu Pusat Pelancongan Malaysia. Saya maklum mengenai pentingnya kita mengiktiraf pengusaha inap desa yang turut menyumbang kepada industri pelancongan. Saya mempunyai ada beberapa cadangan. Saya telah membawa ke dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini tetapi saya hendak ulang sekali lagi kalau ianya boleh dipertimbangkan Yang Berhormat Menteri dan juga oleh pihak kementerian. Sebelum ini saya hendak bertanya kepada pihak kementerian juga mengenai sejauh manakah pihak kementerian ada membuat satu rangka usaha untuk membantu mempromosi ecotourism khususnya di kawasan luar bandar. Oleh kerana itulah saya hendak mencadangkan kementerian dalam usaha untuk kita hendak merancakkan promosi ecotourism ini. Mungkin kita boleh melihat Korea sebagai satu contoh dalam dia hendak menggalakkan tourism ke negara mereka, di samping waktu yang sama dia juga dilihat dapat membantu industri perfileman dan juga kreatif, mereka ada membuat movie seperti contohnya Winter Sonata ataupun Train to Busan. Disebabkan itu ramai bukan sahaja di Korea tetapi di seluruh dunia yang berminat untuk pergi ke Korea untuk melihat bagaimanakah keadaan tempat-tempat yang telah dipromosikan melalui filem-filem ini. Oleh sebab terpengaruh dengan keindahan di dalam movie ini, dengan izin, jadi satu dunia akan pergi sebagai contoh ke Pulau Nami. Jadinya soalannya, adakah kerajaan ada hasrat untuk memberi peruntukan mungkin kepada mana-mana local council yang berminat untuk mempromosikan tempat setempat mereka. Mungkin pelbagai cara yang boleh mereka lakukan secara kreatif dan secara tidak langsungnya saya lihat ini dapat boleh merancakkan lagi ecotourism di tempat-tempat menarik di pekan-pekan kecil. Bukan hanya tertumpu di tempat-tempat besar seperti Kuala Lumpur ataupun Bandar Melaka. Itu bukan kita tidak sokong, kita sokong, tetapi bagaimana tempat-tempat yang lain. Kerana itulah saya rasa cadangan dan saya ingin cadangkan agar tempat-tempat kecil juga dapat dibantu untuk menggalakkan lebih ramai lagi pelancong untuk pergi ke tempat-tempat mereka. Seterusnya ke Butiran 030900 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya melihat daripada segi peruntukan ada peningkatan dan bila ada peningkatan sudah semestinya mungkin ada inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh kementerian. Oleh sebab itu saya minta supaya Yang Berhormat Menteri menyatakan di dalam Dewan ini, apakah inisiatif baharu, usaha yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam mempromosi kraf tangan buatan Malaysia terutamanya batik. Dahulu kita ada setiap- di bawah Kerajaan Barisan Nasional, ada setiap Khamis, pegawai dan juga kakitangan kerajaan diminta untuk memakai batik. Persoalannya, adakah kerajaan sekarang akan meneruskan pemakaian batik Malaysia ini setiap hari Khamis?

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Lagi satu mungkin sebagai penambahan. Saya ingin mencadangkan supaya atau pertanyaan kepada pihak kementerian sama ada kerajaan ada hasrat untuk membuat satu perubahan di luar kotak supaya bukan hanya meneruskan baju batik kepada pegawai dan juga kakitangan kerajaan tapi mungkin boleh memakai baju batik hari Khamis di dalam Parlimen ini sendiri. Kalau perlukan perubahan dari segi amendment dan segala mungkin kita semua boleh membantu. Asalkan ia saya lihat dapat membantu dari segi peningkatan promosi kraf buatan Malaysia terutamanya batik Malaysia. Terakhirnya, adalah Butiran 020300 – Pusat Malaysia Rumah Kedua Ku. Saya cuma hendak minta pihak kementerian untuk memaklumkan jumlah peserta yang menyertai program Pusat Malaysia Rumah Kedua ku ini dan saya perlukan maklumat dari segi perincian mereka yang menjadi peserta ataupun mengambil peluang menjadikan Malaysia ini sebagai rumah kedua mereka mengikut negara. Itu sahaja Yang Berhormat Tuan Pengerusi, terima kasih banyak.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Sulong. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Tampin. Izinkan saya ucapkan selamat hari jadi kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri... [Tepuk] Stay young and healthy always. Sila, Yang Berhormat Tampin.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya mengambil bahagian dalam Bekalan 31, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam perkara butiran pertama ialah Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM). Kalau kita lihat peruntukan yang diberikan agak besar iaitu RM190 juta. Cuma saya hendak bertanya apakah strategi kementerian untuk menggalakkan kemasukan pelancong di negara ini? Apakah ada kajian yang menyeluruh keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kementerian dalam meningkatkan pelancong di negara ini? Kalau kita dapati secara khususnya untuk menggalakkan pelancongan di kawasan- kawasan tempatan- saya ingin menyentuh kawasan Tampin di mana Tampin adalah satu kawasan yang mempunyai latar belakang pelancongan yang boleh kita bangunkan khususnya di kawasan Gemas. Di mana Gemas adalah tempat pertemuan kereta api kalau boleh kita jadikan Gemas itu sebagai salah satu pusat pelancongan ataupun muzium bagi pelancongan untuk kita menjadikan bahawa kereta api salah satu di antara tarikan pelancongan di daerah Tampin. Ini kerana Gemas adalah tempat pertemuan di antara Pantai Timur, Selatan dan juga Utara. Satu lagi aspek pelancongan di Tampin itu ialah Kampung Jeram di mana Kampung Jeram ini terletak di penghujung banjaran Titiwangsa di mana terdapat banyak flora dan fauna yang perlu dijaga di kawasan itu yang dahulunya pernah menjadi pusat pelancongan di kawasan Tampin tetapi sekarang ini sudah agak ketinggalan atau tidak lagi dibangunkan kerana tidak ada peruntukan-peruntukan untuk kita membangunkan kawasan itu. Kalau boleh dibangunkan kembali maka sudah pastilah banyak perkara sejarah yang ada dekat Kampung Jeram itu di mana ada satu terowong yang tidak berani dimasukkan oleh orang kerana terlampau menyeramkan. Kalau ia boleh dibangunkan maka ia boleh menjadi tarikan pelancongan di negara kita ini di samping banyak permainan-permainan tradisi yang boleh kita bangkitkan atau bangunkan yang boleh menjadikan ia sebagai salah satu di antara tarikan pelancongan di negara kita ini. Perkara yang kedua yang saya hendak sentuh ialah Butiran 01100 – Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam memberi galakkan untuk meningkatkan kemudahan- kemudahan pelancongan yang sedia ada di negara kita ini? Walaupun kemudahan- kemudahan pelancongan telah ada tetapi perkara-perkara ini kalau kita tidak urus dengan baik maka sudah pastilah pusat-pusat ataupun kemudahan-kemudahan pelancongan yang ada di negara kita ini tidak dapat menarik minat kedatangan pelancong-pelancong di negara kita dan akan mengurangkan pendapatan negara. Apakah usaha kerajaan untuk menggalakkan pelancong tinggal lama di negara kita ini kerana dengan kedatangan pelancong dan juga tinggal lamanya di negara kita ini akan memberi impak kepada pendapatan negara. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Lepas itu, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Lepas ini, Yang Berhormat Lembah Pantai.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun untuk menyertai perdebatan peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Butiran yang ingin saya bangkitkan ialah Butiran 020200 – Pusat Malaysia Rumah Kedua Ku ataupun MM2H program. Di bawah butiran ini, saya memerhatikan terdapat potongan dari segi bajet dari dahulu RM1.2 juta pada tahun 2018, kemudian tahun 2019 hanya tinggal RM876,400. Saya ingin satu pengesahan kerana sebelum ini terdapat pengumuman bahawa MM2H program ini dibekukan sementara. Apakah status terkini tentang MM2H program ini sama ada program ini masih di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ataupun Kementerian Dalam Negeri? Saya terima aduan daripada peserta-peserta MM2H dan juga operator-operator MM2H bahawa apabila mereka setiap kali hendak berurusan berkenaan dengan MM2H program ini mereka perlu datang ke Putrajaya. Perkara itu tidak boleh- tidak dapat dilaksanakan kalau mereka asal daripada Pulau Pinang mereka tidak boleh pergi ke pejabat di Pulau Pinang tetapi perlu datang ke Putrajaya untuk urusan-urusan berkenaan dengan MM2H. Saya harap perkara ini boleh diperbaiki dengan supaya kerana di kawasan saya ramai juga MM2H participants, peserta-peserta MM2H dari pelbagai negara dan saya minta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang status terkini MM2H program ini. Tuan Pengerusi. Saya juga ingin membangkitkan tentang perkara di bawah Butiran 030600 – Kebudayaan dan Kesenian. Saya ingin mengucapkan tahniah kerana, Tuan Pengerusi, Dondang Sayang baru-baru ini disenaraikan oleh UNESCO sebagai warisan tidak ketara- Dondang Sayang di senaraikan saya ucapkan tahniah kepada kementerian dan pihak yang usahakan perkara ini. Baru-baru ini di Mauritus telah disenaraikan dan saya meminta Yang Berhormat Menteri dan juga dari Borneo bahawa lebih banyak juga perkara-perkara atau unsur-unsur kebudayaan bukan sahaja dari Malaya tetapi dari Borneo seperti Sumazau dari Kadazan Dusun, Magunatip dari kaum Murut, Ngajat dari Iban dan kalau di Pulau Pinang kita ada Chingay. Supaya perkara-perkara ini boleh juga, elemen-elemen kesenian ini boleh juga sama ada tarian atau persembahan dan sebagainya boleh juga di angkat ke peringkat antarabangsa sebagai UNESCO warisan tidak ketara. Saya rasa kita perlu berikan promosi terhadap unsur-unsur kebudayaan bukan sahaja dari Malaya tetapi Borneo juga. Tuan Pengerusi, saya juga ingin bercakap tentang Butiran 030400 – Muzium. Saya dapati bahawa muzium-muzium di Malaysia ini perlu diberikan satu perhatian yang serius supaya diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Saya lihat ada penambahan peruntukan dari segi RM36 juta menjadi RM46 juta.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Harap-harap wang ini dapat digunakan dengan eloknya. Ini kerana saya dapati bahawa muzium-muzium di Malaysia ini perlu juga menonjolkan bukan sahaja kepelbagaian dari segi kebudayaan dan kesenian. Saya harap perkara ini dapat diberikan satu perhatian yang sewajarnya. Saya juga lihat, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara di bawah Butiran 030800. Peruntukan dinaikkan daripada RM11.1 juta kepada RM15 juta. Hal ini merupakan satu kenaikan. Saya harap wang ini dapat digunakan kerana seni visual ataupun printing arts perlu juga menonjolkan kepelbagaian. Kepelbagaian ini penting bukan sahaja dimonopoli oleh satu-satu kaum ataupun satu-satu segmen sahaja. Ini kerana Malaysia bukan sahaja terdapat kepelbagaian kaum tetapi juga kepelbagaian wilayah. Itu sahaja perdebatan saya. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai tiada di dalam Dewan, Yang Berhormat Beaufort. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Promosi untuk negeri Sabah di daerah Sabah sangat menarik dari segi pelancongan kerana menawarkan percutian tiga dalam satu, iaitu anda boleh bercuti untuk menikmati pemandangan semula jadi dengan elemen gunung, pantai, pulau serta budaya masyarakat yang berbilang bangsa. Sungai pun ada, hutan juga ada. Jadi, Tuan Pengerusi saya merujuk kepada Butiran 030500 – Warisan Negara dan juga Butiran 030600 – Kebudayaan dan Kesenian. Di Negeri Sabah, pelancongan merupakan satu sumber pendapatan yang utama untuk Negeri Sabah juga. Di Negeri Sabah mempunyai kumpulan etnik yang melebihi 30 etnik. Yang Berhormat Menteri yang datang daripada Sabah, tentunya tahu. Ini adalah merupakan satu keunikan bagi Negeri Sabah. Saya di sini adalah orang suku kaum Bisaya, Yang Berhormat Menteri mungkin daripada suku kaum Sungai? Daripada sebelah Lahad Datu, ada daripada Dusun, Kadazan, Murut dan macam-macam lagi yang melebihi 30 etnik. Ini merupakan satu keistimewaan Negeri Sabah. Kami selalu mengatakan kalau kami orang perempuan ini, putih-putih cantik. Dan kalau lelaki itu orang Sabah, pendek- pendek tagap. Ertinya pendek dan tegap...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Menteri tidak pendek pun?

[Ketawa] Ini adalah keunikan kami di Sabah yang menarik, merupakan satu punca, satu lagi punca pelancongan yang menarik kepada orang luar datang. Saya tengok semasa cuti sekolah, ramai daripada Semenanjung Malaysia yang datang memenuhi semua penerbangan untuk datang ke Sabah. Alhamdulillah. Terima kasih yang sudi datang ke Negeri Sabah. Jadi, warisan yang banyak di Negeri Sabah ini yang begitu indah yang berbilang kaum dan berbilang etnik ini, kita mempunyai program-program dan festival-festival kita yang tertentu. Misalnya kalau di kawasan saya, kita ada Festival Bagandang yang telah dipelopori sekian lama. Ini bukan sahaja untuk suku kaum saya, tetapi untuk suku kaum yang lain juga sama-sama bagandang ataupun orang di sini kata, ‘bergandang’ dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yang menarik kepada orang luar untuk datang melihatnya. Jadi, saya amat berharap Yang Berhormat Menteri akan menggunakan peruntukan yang ada ini, saya tengok peruntukannya meningkat, saya ucapkan tahniah. Maka, bolehlah untuk membantu festival-festival yang ada di negeri Sabah yang berbilang kaum ini contohnya di Tenom, Keningau, Beaufort, Kuala Penyu dan sebagainya boleh dibantu oleh kementerian Yang Berhormat Menteri untuk diberikan peruntukan secara tahunan supaya peruntukan yang disediakan oleh negeri itu dapat ditambah. Maka, program seperti ini dapat diteruskan dan dapat menarik minat orang untuk datang melihat. Saya juga meminta dari segi program Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya di bawah Butiran 040300. Ini bolehlah dibantu melalui kementerian Yang Berhormat Menteri supaya program-program yang ada di daerah-daerah ini yang unik, cantik, indah, menarik dan yang menunjukkan kepelbagaian kaum yang ada di dalam negara kita Malaysia yang tercinta ini dapat bantu dipromosikan kepada pelancong yang datang daripada luar negara. Ini supaya, mereka akan datang, singgah melihat program-program yang kita laksanakan ini. Bukan setakat untuk orang kawasan itu sahaja, untuk orang negeri Sabah sahaja ataupun orang daripada Semenanjung, Malaysia. Akan tetapi, kita mahu orang daripada luar negara sama-sama melihat keunikan, keindahan dan kecantikan budaya kita yang pelbagai ini. Jadi, gunakanlah peruntukan itu, saya minta dan mohon kepada Yang Berhormat Menteri sebaik-baiknya untuk mempromosikan lagi budaya bangsa kita ini. Beaufort merupakan daerah. Kawasan saya, Parlimen Beaufort ini ada dua daerah. Daerah Beaufort dan daerah Kuala Penyu. Ini merupakan destinasi pelancongan yang menarik. Ada Sungai Padas yang ada white river rafting yang sudah terkenal di seluruh dunia. Jadi, mungkin boleh dibantu lagi oleh Yang Berhormat Menteri. Selain itu juga, kita juga ada river cruise Sungai Klias yang di situ terdapat proboscis monkey, kelip-kelip dan juga kita ada pantai di sebelah Kuala Penyu yang indah. Saya ingin menarik perhatian Dewan ini dan Yang Berhormat Menteri, kita ada satu pantai yang dipanggil Pantai Berdesing. Ini kerana apabila berjalan di atas pantai itu, ia berbunyi, berdesing. Jadi, ini dikenali sebagai pantai yang berdesing. Jadi, saya minta juga dibantu untuk dipromosikan supaya rakyat kita dapat menikmati hasil daripada pelancongan ini. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat ditonjolkan lagi kepada orang yang datang daripada luar negara. Saya meminta supaya untuk membantu mempromosikan lagi dan memudahkan lagi pelancong datang ke daerah Beaufort dan Kuala Penyu yang mempunyai banyak sebenarnya produk pelancongan yang sudah pun tersedia ini. Ini supaya diadakan kemudahan untuk pelancong, one-stop center, pusat pelancongan supaya mereka yang datang sama ada menggunakan kereta api- train ataupun menggunakan bas, kereta sendiri, mereka ada tempat di mana mereka boleh datang untuk mendapatkan informasi tentang produk pelancongan ini. Dalam masa yang sama, one-stop center itu boleh digunakan oleh penduduk tempatan mempromosikan produk-produk mereka daripada kraf tangan, makanan dan lain- lain lagi. Jadi, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri kerana sudah saya kemukakan dahulu, tetapi sehingga sekarang saya belum mendapat lagi. Jadi, saya mohon supaya ada pusat pelancongan one-stop center ini disediakan. Saya juga mohon, saya sudah sebutkan sebelum ini, iaitu pada minggu lalu saya sebutkan tentang pokok rumbia dan sago. Kita ada pusat informasi rumbia di Kuala Penyu itu. Kurang lebih dalam 10 ekar sahaja. Akan tetapi, ia menonjolkan kepada orang ramai yang datang ke sana, tentang sago, rumbia, produknya dan juga sejarahnya. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri di bawah kerajaan yang baharu ini boleh mengambil satu inisiatif yang baru pula dengan membesarkan lagi Pusat Informasi Rumbia ini mungkin sampai ke 100 ekar supaya ia dapat memberikan kemudahan yang banyak lagi, dapat mempromosikan lagi tentang budaya lama dan hasil makanan yang lama yang menjadi sumber kehidupan rakyat dalam kawasan itu. Banyak orang Sabah yang memang hidupnya dulu makan sago, makan daripada pokok rumbia, rumahnya diperbuat daripada daun rumbia, batang rumbia, makanannya daripada sago dan sebagainya. Ini semua nanti akan tinggal sejarah sahaja. Maka, baiklah kita kembalikan ia dan kita pamerkan kepada rakyat Sabah, rakyat di seluruh Malaysia ini dan juga mereka yang datang daripada luar negara supaya ia akan kekal abadi sehingga bila-bila masa pun. Jangan tinggal hanya sejarah yang kita lihat dalam tayangan-tayangan sahaja. Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya melihat beberapa perkara yang telah saya sebutkan tadi itu. Terima kasih banyak-banyak.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang. Yang Berhormat Tanjong Karang tidak ada dalam Dewan, saya jemput Lembah Pantai.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020500 – Pusat Pelancongan Malaysia. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya ingin mencadangkan agar dari segi cukai pelancongan yang dikutip kita pertimbangkan untuk berikan lebih banyak kepada aktiviti kebudayaan dan kesenian memandangkan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaanlah yang membantu sebenarnya mendatangkan pelancong dan menarik mereka.

Kalau kita hendak bandingkan Malaysia dengan negara-negara lain, kalau kita hendak bandingkan Kuala Lumpur dengan ibu kota-ibu kota yang lain, kalau kita hendak bandingkan pulau-pulau kita dengan pulau-pulau di negara-negara lain, semestinya ada aspek-aspek kebudayaan dan kesenian yang menarik mereka datang ke sini. Jadi, saya harap ini boleh dipertimbangkan. Samalah juga dengan Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM). Saya juga harap diberikan, memandangkan dana yang disediakan ialah RM190 juta, maka diberikan satu pengkhususan ataupun dipertimbangkan, memberikan untuk aktiviti kebudayaan dan kesenian. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 030100 – Dasar dan Perancangan Strategik. Saya sebut perkara ini memandangkan kita perlu melihat, apakah sebenarnya fokus kita. Bila kita ada kementerian yang menjaga pelancongan seni dan budaya, semestinya kita perlu melihat ke arah mana pembentukan kesenian dan kebudayaan di negara kita. Bila kita mempunyai kesenian dan kebudayaan yang jitu, yang mempunyai teras yang kukuh, yang mempunyai tiang seri yang kita pertahankan, maka itulah yang akan membawa pelancong-pelancong datang ke Malaysia menggunakan, membelanjakan duit mereka di negara kita dan in syaa Allah kita akan berjaya, berupaya untuk menonjolkan budaya Malaysia di merata dunia. Maka saya ingin memberikan penegasan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kepada kementerian, kita perlu titik beratkan aspek kebudayaan dan kesenian, juga aspek warisan. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 030400 – Muzium, yang mana salah satu daripada muzium utama di negara kita ialah Muzium Negara. Saya ingin bertanya, memandangkan muzium, butiran ini mendapat peningkatan peruntukan sebanyak RM10 juta, apakah yang akan diusahakan untuk memastikan Muzium Negara terus menarik jumlah pelancong dan juga mereka yang datang untuk meningkatkan jumlah kehadiran di Muzium Negara? Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh Butiran 030600 – Kebudayaan dan Kesenian. Di sini saya ingin menyentuh kembali satu perkara yang saya bangkitkan dalam peringkat dasar sebelum ini yang mana kita perlu, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh melihat kepada bukan sahaja kebudayaan dan kesenian tetapi berbincang dengan Menteri-menteri di kementerian-kementerian lain yang mempunyai agensi-agensi seperti berikut: (i) CENDANA yang sekarang ini di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang menyentuh aspek penghasilan karya-karya seni; (ii) FINAS yang juga di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang juga menyentuh aspek penghasilan karya seni; dan (iii) Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah Kementerian Pendidikan. Saya beranggapan bahawa agensi-agensi ini wajib berada di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri, memandangkan kita bukan sahaja melihat kepada aspek pelancongan tetapi penghasilan karya-karya seni. Inilah yang akan menarik pelancong datang ke negara kita. Inilah yang akan menjadi produk-produk yang boleh kita eksport ke merata dunia. Inilah yang menjadi warisan yang akan memastikan nama baik Malaysia mekar harum di serata dunia. Maka saya gesa, agar kita letakkan di bawah kementerian ini untuk memastikan bahawa wujudnya kesinambungan dan keharmonian daripada segi dasar, merentasi agensi-agensi supaya tidak timbul masalah-masalah yang pernah kita hadapi sebelum ini. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 030800 – Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara yang akan menerima peningkatan dana sebanyak hampir RM4 juta, mencecah RM15 juta. Ini adalah satu yang saya rasa penyediaan dana yang baik tetapi pada masa yang sama saya berharap, Yang Berhormat Menteri boleh menggesa agar sebagai contoh, hasil- hasil seni yang kita telah peroleh dan kita simpan di Balai Seni Negara yang terletak tidak jauh dari sini, apa kata Yang Berhormat Menteri kalau kita pamerkan di dalam Parlimen kita sendiri, agar Ahli-ahli Parlimen boleh melihat sendiri hasil-hasil karya daripada tokoh-tokoh seniman kita yang telah terkumpul dalam the permanent collections, dengan izin, yang ada di Balai Seni Negara. Ini saya rasa akan dapat memupuk rasa cinta terhadap hasil-hasil sama ada seperti Chua Thien Thieng, seperti Ibrahim Hussin dan begitu ramai lagi Latiff Mohidin yang pada waktu ini banyak ada di galeri-galeri seperti di Menara Ilham sebagai contoh, ataupun ditunjukkan di muzium-muzium seni di luar negara seperti di Singapura. Seharusnya Parlimen kita menjadi tempat utama untuk kita menonjolkan budaya dan kesenian di negara kita dan kita boleh mulakan pameran hasil-hasil karya seni. Malah Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya kalau mengenai Seni Visual Negara. Kita pun tidak kenal, kita pun tidak tahu siapakah pelukis-pelukis potret bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semua yang ada di sini, semua Speaker kita, semua Yang di-Pertua, Presiden-presiden Dewan Negara, Perdana Menteri-Perdana Menteri kita. Seharusnya kita meletakkan mungkin satu plat untuk kita mengenali dan kita juga menghayati hasil karya mereka. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh Butiran 031000 – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Jadi Yang Berhormat Menteri, saya terima pandangan Yang Berhormat Menteri dahulu tetapi pada masa yang sama saya harap untuk di hari kemudian, saya ingin mencadangkan agar sekiranya ada pengganti, maka seelok- eloknya pengganti ini biarlah orang yang mempunyai pemahaman yang sangat mendalam tentang isu-isu dan aspek-aspek kesenian. Sebagai contoh, di Balai Seni Negara, kita ada Dato’ Najib yang beliau juga merupakan seorang artis dan beliaulah yang mengepalai Balai Seni Negara. Ini adalah kita nampak daripada segi program-program yang dihasilkan. Saya juga telah pergi merasmikan program-program di situ dan saya nampak memang meriah, memang ceria dan saya harap bagi ASWARA juga boleh diusahakan ke arah itu. Ini kerana penggiat senilah yang faham, penggiat senilah yang tahu mereka yang turun untuk melihat dan menonton persembahan- persembahan teater, persembahan-persembahan tarian. Merekalah yang faham apa yang berlaku dalam dunia seni pada hari ini. Saya harap boleh diusahakan. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh untuk Butiran 031100 – Perpustakaan Negara, menampakkan pengurangan dana sebanyak hampir RM4 juta memandangkan kita akan lihat tidak lama lagi Kuala Lumpur bakal menjadi ibu kota buku dunia pada tahun 2020. Adakah ini menjadi satu langkah yang baik melalui pengurangan dana ini? Malah saya harap boleh diusahakan lebih banyak program, memastikan bukan sahaja kita dapat mengumpul buku-buku di Perpustakaan Negara kita tetapi kita menjemput lebih ramai warga kota, lebih ramai rakyat Malaysia untuk turun, untuk membudayakan membaca buku, untuk mengimarahkan perpustakaan-perpustakaan kita, memandangkan ilmu yang ada dalam buku-buku ini tidak patut hanya berada di atas the book shelves, dengan izin. Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh Butiran 41700 bawah maksud Pembangunan 31 bagi Istana Budaya. Saya ingin bertanya dengan pemberian secara langsung RM8 juta bagi tahun 2019, apakah tujuan RM8 juta ini diberikan kepada Istana Budaya? Adakah ia untuk memperbaiki sebagai contoh, masalah yang dihadapi the stage hydraulic system, bukan masalah lif ya tetapi masalah pentas? Adakah masalah itu yang pernah saya bangkitkan dalam sidang yang sebelum ini, adakah masalah itu telah diselesaikan? Jika tidak, adakah RM8 juta ini diperuntukkan untuk usaha memperbaiki dan memulihkan sistem hidraulik bagi pentas tersebut? Kalau kita lihat bagi Butiran 41400 – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang bernilai RM11 juta, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah RM11 juta ini digunakan ke arah apa? Juga bagi Maksud 42200 – Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, RM1.5 juta. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh berikan, sama ada secara lisan ataupun bertulis, saya amat menghargai untuk ketiga-tiga butiran ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sibuti, selepas itu Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat Julau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan yang berkaitan tentang Butiran 030500 – Warisan Negara dan juga Butiran 030400 yang berkaitan tentang Muzium. Juga saya berpandangan bahawa muzium di negara kita agak lesu dan juga saya berharap agar kerajaan dapat memberikan tumpuan. Juga saya ingin bertanyakan pada pandangan Menteri, adakah Muzium Petroleum di Miri, Sarawak dapat diberikan pertimbangan untuk diberikan perhatian agar dapat dijadikan satu daya tarikan memandangkan the grand old lady, dengan izin, merupakan sumber minyak yang pertama yang terdapat bagi negara Malaysia. Saya berharap agar kawasan ini dapat diberikan promosi yang sebaik-baiknya kerana merupakan penyumbang terbesar bagi sumber minyak negara kita.

Seterusnya adalah berkaitan Butiran 42200 – Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Lembah Pantai tentang meletakkan hasil-hasil seni di dalam Parlimen. Sekiranya terdapat lebihan hasil seni-seni di dalam simpanan Balai Seni Negara, dapatlah dihantar ke negeri-negeri supaya kita dapat lebih mengenali artis-artis ataupun pelukis-pelukis. Saya juga merasakan masih banyak lagi pelukis-pelukis ataupun penggiat-penggiat seni yang terdapat di kawasan wilayah Sabah dan juga Sarawak yang tidak mempunyai peluang untuk memperlihatkan hasil seni mereka. Seterusnya adalah tentang Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya yang saya lihat terdapat RM155 juta. Saya juga ingin mendapatkan perincian, berapakah jumlah dana yang akan diberikan kepada Kerajaan Sarawak tentang promosi-promosi pelancongan? Di sini juga saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar dapat meneruskan bantuan dari segi kewangan untuk mempromosikan program-program bersifat kerakyatan iaitu seperti contoh di kawasan Parlimen Sibuti yang mempunyai suku kaum Kedayan yang mempunyai budaya makan tahun yang dapat kita jadikan satu produk pelancongan untuk menarik orang luar datang untuk menikmati suasana makan tahun dan juga dapat menerokai kawasan-kawasan pelancongan di kawasan Parlimen Sibuti. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, di kawasan Parlimen Sibuti mempunyai beberapa tarikan pelancongan yang bertahap dunia, contohnya Gua Niah. Pada pandangan saya, Perak Man di Lenggong mempunyai satu pakej yang lebih baik berbanding dengan rangka yang dijumpai di kawasan Gua Niah. Maksudnya kalau kita pergi ke Lenggong Valley, kita lihat Perak Man mempunyai replika kad pengenalan. Kalau skeleton, dengan izin, di Gua Niah yang telah dijumpai lebih awal daripada Perak Man dan juga berusia lebih panjang daripada Perak Man tetapi tidak mempunyai sebarang promosi. Saya juga berharap agar ada satu pakej untuk mempromosikan Gua Niah ini. Di Parlimen Sibuti juga mempunyai Sibuti Coral Reefs yang pernah dicadangkan untuk menerima tahap UNESCO yang juga dikatakan mempunyai satu pelancongan yang berpotensi tinggi bagi divers yang mengatakan bahawa Sibuti Coral Reefs ini lebih cantik dan juga setanding dengan koral yang terdapat di kawasan Papua dan juga di kawasan Maldives. Saya merasakan sekiranya kerajaan dapat memberikan satu cara bagi membantu pemandu- pemandu pelancong tempatan di kawasan Parlimen Sibuti untuk membawa pelancong pergi ke Sibuti Coral Reefs itu. Selain dari itu juga, saya ingin memasukkan Sibuti Wildlife Sanctuary ke dalam kalender ataupun ke dalam maklumat informasi pelancongan bagi pihak kementerian memandangkan Sibuti Wildlife Sanctuary ini mempunyai potensi untuk meninjau ataupun melihat burung-burung. Memang pada masa kini Sibuti Wildlife Sanctuary ini ditutup dan hanya bagi golongan-golongan tertentu sahaja. Sekiranya dapat memberi promosi, ini akan menarik perhatian penyelidik-penyelidik daripada luar datang ke Sibuti dan juga dapat membangunkan industri inap desa bagi penempatan penyelidik-penyelidik ini. Saya juga ingin membangkitkan tentang Butiran 02800 – Program Peningkatan Kemudahan Homestay yang saya lihat hanya sebanyak RM500,000 sahaja diperuntukkan. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya ingin mendapatkan recommendation daripada pihak Yang Berhormat Menteri agar dapat memberi recommendation kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar agar dapat memberikan tumpuan untuk membina jalan sepanjang sembilan kilometer menuju ke kawasan Sungai Tangap iaitu Homestay Rumah Patrick Libau yang bersambung dengan Gua Niah. Sekiranya jalan ini dapat dibina, ini akan dapat memacu ekonomi homestay di kawasan rumah panjang tersebut kerana agak sukar untuk pergi ke kawasan homestay itu sekiranya jalan agak teruk pada masa kini. Saya juga melihat pada Butiran 45000 – Pembangunan Teknologi Maklumat di mana kita melihat terdapat peningkatan bajet daripada tahun 2018 kepada tahun 2019 sebanyak RM19,177,500. Saya ingin mengetahui, apakah butiran bagi Pembangunan Teknologi Maklumat ini? Berkenaan juga tentang Butiran 94000 – Pemasaran dan Promosi, terdapat RM90 juta diperuntukkan untuk tahun ini. Saya juga ingin menarik perhatian pihak kementerian agar dapat memikirkan sesuatu kaedah untuk mempromosikan produk pelancongan. Salah satunya adalah bagaimanakah kita ingin memikirkan cara mem-viral-kan sesuatu produk pelancongan. Ini berlaku di kawasan Parlimen Sibuti. Saya ambil contoh kepada kawasan Pantai Tusan yang sebenarnya mempunyai keunikan yang kita mempunyai drinking horse. Walaupun telah lama kita membuka Pantai Tusan tetapi tidak ramai pelancong yang datang. Sebaliknya apabila berlakunya kejadian blue tears beberapa tahun lepas, kawasan Pantai Tusan menjadi viral dan banyak pelancong luar terutamanya daripada China dan juga Brunei datang untuk melihat. Walaupun blue tears pada masa kini tidak lagi kembali tetapi trademark dan juga virality kesan daripada blue tears ini telah menjana pendapatan kepada penduduk-penduduk di kawasan kampung. Ini adalah satu kaedah yang sangat baik dan juga murah. Saya juga ingin mempromosikan agar Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dapat mempergiatkan lagi produk-produk tempatan, budaya-budaya setempat dan juga gunakan keindahan, contohnya Perayaan Gawai di Sarawak, pakaian dan juga tarian masyarakat Iban yang menjadi keunikan. Saya juga berharap agar pihak kementerian dapat memikirkan bagaimanakah untuk meningkatkan pendapatan melalui industri pelancongan agar kita tidaklah terlalu bergantung dengan industri minyak untuk mengeluarkan hasil daripada negeri Sarawak. Saya berharap agar pihak kerajaan ataupun Yang Berhormat Menteri dapat membantu Kerajaan Negeri Sarawak dan juga dapat menjalinkan kerjasama yang baik kerana saya berpandangan di Malaysia ini, industri pelancongan di Sabah menunjukkan satu peningkatan yang agak baik dan juga luar biasa. Sarawak mempunyai satu potensi yang agak besar dan juga keluasan geografi yang besar, kita mempunyai banyak potensi. Contohnya, kita ada Bujang Senang, buaya-buaya di sungai-sungai kita yang sehingga kini tidak menjadi satu bahan promosi pelancongan. Kita juga ada proboscis monkey. Kita juga mempunyai makanan-makanan yang istimewa. Memang mungkin ada yang mengatakan mi kolok ini overrated tetapi saya masih merasakan mi kolok ini adalah sungguh istimewa. Juga kek-kek lapis mungkin boleh dijadikan produk-produk pelancongan untuk menarik perhatian masyarakat. Masih banyak lagi. Makanan adalah mungkin salah satu produk pelancongan yang paling mudah untuk kita promosi dan juga dijadikan viral di laman-laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Merbok. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020400 – Pembangunan Industri. Saya ingin bertanyakan pihak kementerian, kalau boleh memberikan fokus untuk membangunkan pelancongan domestik bagi tempat-tempat pelancongan terutama kemudahan dan infrastruktur. Ini kerana saya rasa kebanyakan rata-rata kawasan-kawasan pelancongan, kemudahan-kemudahan dan juga infrastrukturnya selalunya di tahap yang tidak begitu elok.

Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 02800 iaitu berkenaan homestay. Saya rasa berkenaan homestay ini secara dasarnya orang faham bahawa apabila sebut homestay ini adalah rumah sewa. Rumah yang kita tumpangi sementara yang tidak tinggal bersama keluarga. Jadi, saya rasa untuk kita mempromosikan, saya setuju dengan salah seorang Yang Berhormat tadi untuk kita memaknai makna betul homestay itu kan sama ada kita hendak tukar homestay itu kepada inap desa ataupun kita terus hendak menggunakan homestay walaupun hakikatnya makna homestay itu sendiri adalah di sesetengah tempat itu tidak tepat lah. Jadi yang seterusnya, untuk Butiran 040300 yang merupakan satu program baru di bawah program khusus. Di sini ada RM155 juta, jadi saya ingin bertanyakan pihak Yang Berhormat Menteri. Apakah fokus utama kita di bawah program baru ini? Seterusnya untuk Butiran 030500 ada menyatakan kos operasi dalam Warisan Negara, tetapi saya tidak nampak Kumpulan Wang Warisan tiada dalam mana-mana butiran pun. Jadi ada tak dana untuk Kumpulan Wang Warisan? Seterusnya bagi Butiran 030900 iaitu Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya sebenarnya sangat setuju kalau kraf tangan, batik Malaysia dan apa sahaja keluaran barang-barang di Malaysia ini boleh dikenali di serata dunia. Akan tetapi, saya ingin bertanyakan beberapa soalan yang mana saya sendiri merasakan sebagai contoh. Kita setuju Yang Berhormat Parit Sulong tadi ada sebut pakai pemakaian Batik, tetapi baru-baru ini pihak kementerian ada membuat, buka pameran. Saya secara peribadi tertanya-tanya. Batik itu harganya bermula dengan tiga angka. Saya ingat kalau konon-konon hendak beli baju kurung yang sepasang pun bermula dengan harga RM400. Saya ingat mungkin level Menteri ataupun Ahli Parlimen itu mungkin dia mampu hendak belilah. Akan tetapi kalau kita hendak mempromosikan batik kita kepada orang-orang yang biasa-biasa, saya rasa mungkin seumur hidup tidak akan beli lah batik yang berharga macam itu. Kemudian saya kebetulan baru-baru ini, saya memang pergi sendiri ke Pusat Kraftangan. Saya menyaksikan sendiri beberapa barang-barang kita sepatutnya souvenir ataupun barang-barang kita di Malaysia ini, kalau kita hendak pergi ke luar negara, cara kita hendak mempromosikan boleh kita minta orang Malaysia siapa-siapa keluar negara, boleh beli barang-barang kita dan jadikan dia souvenir kepada mereka di luar negara. Akan tetapi, saya melihat sendiri contoh bakul-bakul yang dibuat daripada mengkuang macam zaman dahulu mak saya sendiri adalah salah seorang yang boleh menganyam tikar mengkuang yang saiznya hanya kecil sahaja berharga RM70. Kalau bakul yang daripada rotan, yang macam untuk isi barang-barang itu kecil sahaja saiznya juga berharga RM100 lebih. Juga saya lihat batik canting yang separuh dia punya ukuran daripada A4 juga berharga RM45. Jadi saya rasa macam ini adalah harga yang sangat tinggi. Walhal saya pernah ada pengalaman pergi ke China, bakul-bakul yang sangat kreatif kecil-kecil itu harga dia tidak sampai RM5. Kadang-kadang saya fikir, lebih baik kita pergi ke China kita borong banyak- banyak dan kita jual di sini. Jadi itulah yang saya rasa. Saya tidak kisah kalau kita beli mahal dan harga barang itu sampai betul-betul kita bayar kepada mereka yang membuat kraf tangan. Akan tetapi, saya rasa mereka yang membuat kraf tangan itu juga saya rasa tidak menjual harga semahal itulah. Jadi, saya bila melihat apa yang berada di depan mata kita jadi mungkin pihak Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan kenapa harga barang-barang kita especially souvenirs yang biasa-biasa sahaja keychain dan sebagainya tidak ada yang bawah RM10 saya tengok di kraf tangan itu. Jadi, itu yang mungkin kita boleh fikirkan semula lah dalam konteks kita hendak menggalakkan pelancongan. Kemudian yang seterusnya adalah Butiran 030400 iaitu Muzium. Untuk menggalakkan– saya lihat kalau di Singapura, dia ada polisi pelajar-pelajar mesti melawat– supaya pelajar-pelajar berumur 9 tahun melawat muzium. Jadi adakah kita pihak Yang Berhormat Menteri dan pihak kerajaan ada terfikir untuk atau ada cadangan untuk menyemai rasa sayang terhadap muzium ataupun sejarah ini kepada pelajar-pelajar di sekolah. Saya tahu bahawa kita ada buat lawatan ke muzium, zoo dan sebagainya. Akan tetapi, kalau kita meletakkan polisi pelajar-pelajar sekolah rendah at least seumur hidup sekali ketika bersekolah dia mesti pergi ke muzium. Itu saya mohon pandangan Menteri. Akhir sekali saya mengharapkan kawasan saya Tanjong Dawai, Jeti Semeling dan juga Lembah Bujang itu harap berada dalam radar kementerian lah. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Julau, lepas itu Yang Berhormat Labuan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk memastikan Malaysia ini kompetitif dalam sektor pelancongan dan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan antarabangsa, kita mengakui bahawa aktiviti promosi adalah amat penting sekali dalam mencapai impian ini. Sekiranya kita melihat Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya B.31 Butiran 040300, muka surat 316. Program Penggalakan Pemasaran Promosi dan Acara-acara Pelancongan Seni dan Budaya adalah dianggarkan bahawa kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM155 juta pada tahun 2019. Pada tahun 2018, tidak ada sebarang peruntukan yang diberikan untuk program ini. Saya tertanya-tanya, adakah ini merupakan sebuah program yang baru di bawah seliaan Kementerian Pelancongan. Sekiranya begitu, kementerian haruslah memberikan penjelasan kepada Parlimen. Apakah program-program yang bakal dijalankan menggunakan peruntukan ini? Kementerian haruslah memberikan penjelasan sama ada program-program yang menggunakan peruntukan ini termasuk dengan aktiviti-aktiviti pemasaran dalam dan luar negara untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terunggul. Ini terutamanya selepas anggaran belanjawan bagi Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa Butiran 020100, muka surat 314 dipotong dari RM124.5 juta hingga RM14 juta sahaja. Sekiranya kita melihat kepada Butiran 020100 – kod objek am, Butiran 40000 – muka surat 314 lebih dari RM110 juta telah dipotong dari pemberian dan kenaan bayaran tetap berbanding dengan tahun 2018. Pemotongan ini amat besar sekali. Kerajaan perlu menjelaskan, apakah belanjaan yang dipotong dan mengapakah pemotongan yang besar ini berlaku. Kita juga melihat kepada peningkatan, kepada perbelanjaan ecotourism P.31 Butiran 01900, muka surat 317. Iaitu dari kira-kira RM7.48 juta pada tahun 2018 ke RM18.2 juta pada tahun 2019. Saya amat berharap agar negeri Sarawak mendapat kebaikan daripada peruntukan tambahan ini terutamanya di kawasan-kawasan yang diiktiraf oleh UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu. Tuan Pengerusi, saya juga amat mengambil berat berkenaan peranan MyCEB dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perniagaan. Pada bulan Julai tahun ini, Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia meletakkan sasaran sebanyak RM600 juta pulangan kepada kesan ekonomi negara mampu dicapai pihaknya sehingga hujung tahun ini. Laporan media menyebutkan bahawa, segmen MICE, Meeting, Incentive, Convention and Exhibition menyumbangkan kira-kira lapan peratus daripada jumlah pendapatan kasar bagi sektor pelancongan Malaysia dengan sasaran untuk meningkatkan peratusan itu kepada 10 hingga 15 peratus pada tahun 2020. Dari itu, kita seharusnya menumpukan usaha kita untuk memperkasakan lagi MyCEB supaya mampu untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perniagaan yang ulung. Aktiviti-aktiviti termasuk dengan pameran industri peringkat antarabangsa seharusnya dijadualkan untuk mengikut jadual industri antarabangsa.

Sebagai contoh, baru-baru ini laman web careta.my menjelaskan kenapa pameran kereta di Malaysia adalah hambar. Antara yang disebut adalah Malaysia tidak ada dalam senarai kalendar pameran automotif antarabangsa dan pameran di Malaysia tidak ikut turutan. Kementerian seharusnya meletakkan sebagai keutamaan untuk memastikan pameran-pameran di Malaysia ini dilihat sebagai pameran yang unggul setaraf dengan pameran-pameran lain di dunia. Dalam industri automotif, kita hendaklah memastikan acara pameran automotif ini tersenarai dalam senarai ahli organisasi antarabangsa untuk pengilang kenderaan bermotor atau OICA sebagai contoh. Kita seharusnya juga membuat sebuah usaha untuk memastikan tidak ada pertindihan usaha yang dilakukan oleh myCEB dan badan-badan yang serupa dari negeri-negeri yang lain. Seharusnya badan Kerajaan Pusat ini bekerjasama dengan lebih rapat dengan biro-biro kerajaan negeri seperti Sarawak Convention Bureau (SCB) di Sarawak untuk memastikan pembangunan sektor ini yang lebih pesat. Saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan aktiviti promosi. Sebelum ini, tumpuan utama telah diberikan kepada promosi atas dada-dada akhbar. Saya berpendapat bahawa aktiviti promosi seperti ini sudah lapuk oleh kerana kebanyakan daripada pelancongan kini menggunakan media sosial untuk menerima berita. Oleh yang demikian, saya menggalakkan agar kementerian memperkasakan bahagian media sosial untuk menggunakannya sebagai sumber pengiklanan yang utama. Untuk menggulung sesi saya ini, sekali lagi saya ingin memohon agar kerajaan supaya memberikan tumpuan yang utama untuk memastikan pertumbuhan sektor pelancongan, perniagaan yang lebih pesat dengan mengutamakan peranan myCEB dan memberikan peruntukan yang mencukupi untuk kebaikan rakyat Malaysia. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Labuan, selepas itu Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Padang Serai akan menutup tirai. Sila.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya melihat peruntukan untuk pemasaran dan promosi, Butiran 94000 meningkat daripada RM60 juta kepada RM70 juta dan begitu juga Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya juga ada peruntukan yang agak besar. Mungkin ianya adalah satu item baru, daripada RM0 kepada RM155 juta. Ini sangat penting sebab memang dirasakan Malaysia ini memang mempunyai kelebihan ataupun tarikan yang kuat sebenarnya tetapi kita perlu mempertingkatkan promosi ataupun pemasaran yang lebih berkesan dengan peruntukan-peruntukan yang cukup. Sebut pasal pemasaran, saya terus kepada kawasan saya, Labuan. Memang kurang sangat pemasaran walaupun Labuan sebenarnya satu kawasan yang cukup menarik tetapi masih ramai orang Malaysia sendiri pun tidak pernah datang ke Labuan. Flight daripada Kuala Lumpur ke Labuan banyak sebenarnya, sekarang ini semakin dikurangkanlah sebab selalu loadnya kurang, makin kosong apabila industri minyak dan gas sudah merudum. Kita ada flight MAS, flight Malindo dan flight AirAsia yang murah-murah sebenarnya tetapi ramai yang belum pernah ke Labuan pun. Banyak pegawai kerajaan yang posted di Labuan apabila saya tanya sebelum ini selalu ke Labuan ke? Akan tetapi sebenarnya banyak di antara mereka first time pun datang ke Labuan. Jadi, Labuan ini sebenarnya saya ingin memberikan peringatan sedikit kepada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan itu siapa? Kementerian-kementerian dan banyak kementerian yang sebenarnya boleh membantu sebab apabila kita tidak mempunyai sense of urgency, maka perhatian kurang diberikan. Labuan sekarang ini penduduknya pun semakin berkurang. Sebab apa? sebab industri yang kita banyak bergantung, oil and gas itu menurun. Begitu juga dengan yang lain-lain yang berkaitan. Jadi apabila Labuan, penduduknya berkurang maka banyaklah perniagaan lain juga mula tutup ataupun tidak sustainable. Hotel-hotelnya, restoran-restorannya. Apabila Labuan mula nampak jatuh, maka ini adalah satu kegagalan yang mana dilihat Kerajaan Persekutuan patut mengambil tindakan yang serius ataupun urgent. Banyak rakan di Sabah malah mula bercakap, kalau sekiranya Kerajaan Persekutuan tak boleh untuk bangunkan Labuan ini, pulangkan sahaja kepada Sabah. Ha! Inilah perkataan-perkataan yang selalu didengar. Yang mana kita sebagai Ahli Parlimen di sini pun saya rasa kita mewakili Kerajaan Pusat apatah lagi Menteri-menteri dan Timbalan- timbalan Menteri. Jadi marilah kita bersama-sama memastikan Labuan yang sudah menjadi Wilayah Persekutuan di mana bendera-bendera yang diletakkan di Labuan, banyak bendera, semua negeri pun ada dapat dilihat di Labuan. Jadi semua tanggungjawab kita. Saya rasa Ahli Parlimen di sini pun ramai lagi yang masih belum sampai ke Labuan. Sepatutnya semua kena promote Labuan dan jayakan Labuan supaya Kerajaan Persekutuan itu berjaya di dalam misi untuk menjadikan kawasan Wilayah Persekutuan yang sepatutnya tanggungjawab kepada kita semua itu, tidak gagal. Sebut pasal acara-acara pelancongan. Di Labuan kita ada Labuan International Sea Challenge, Borneo Art Festival, Remembrance Day, di antara acara-acara besar selain daripada banyak lagi yang kecil-kecil dibuat. Ianya boleh dijayakan apabila promosinya cukup dan selain daripada promosi yang cukup dan promosi yang cukup ini boleh dibuat sekiranya kita mempunyai peruntukan yang cukup tetapi saban hari, peruntukan itu semakin berkurangan. Saya pun kurang pasti tahun ini berapa yang akan diberikan untuk LISC. Dulu- dulu kita dapat sejuta lepas itu dia turun hingga RM600 ribu. Harap ianya akan dapat dipertahankan kalau tidak dapat ditingkatkan pun. Saya terus terang di sini, sebenarnya acara-acara ini selalunya dibuat dalam keadaan agak kelam kabut. Last minute barulah kelam kabut dan membuatkan promosi itu tidak dibuat semaksimumnya padahal Labuan ini berdekatan dengan Brunei yang mana Brunei juga mempunyai penduduk lebih kurang setengah juta. Jadi kalau promosinya hebat, saya yakin lebih ramai orang Brunei akan datang ke Labuan. Apabila rakyat Brunei datang ke Labuan, ertinya ianya adalah pelancong antarabangsa. Begitu juga dengan sport events yang banyak diadakan di Labuan. Ini perlukan bantuan-bantuan peruntukan. Kita setiap tahun adakan rugby international, lawn ball international. Kita ada juga perlumbaan motocross yang melibatkan pelumba-pelumba Brunei, Indonesia dan juga four-wheel drive dan sebagainya. Ini semua boleh dijayakan apabila kita mempunyai peruntukan yang cukup. Begitu juga dengan ecotourism. Ecotourism di bawah Butiran 01900. Di Labuan sebenarnya kita ada kawasan yang kita panggil Vernon Bank. Satu kawasan coral yang baru dijumpai sebenarnya ataupun baru popular. Ianya memang kawasan coral yang mempunyai keluasan beberapa kilometer square yang memang cukup hebat. Pernah dikatakan ianya sebaik Pulau Sipadan dia punya underwater tetapi buat masa ini, kebanyakan orang cuma datang memancing di sana.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Saya rasa kalau ianya dijadikan tempat diving sudah tentunya ianya lebih menarik. Akan tetapi untuk ianya lebih berjaya, kita perlukan facility, bot-bot yang comfortable yang boleh membawa pelancong-pelancong. Akan tetapi tidak ada investment. Oleh sebab invest dulu ke baru pelancong datang ataupun tunggu pelancong datang dulu ke baru invest. Jadi saya rasakan kerajaan kena interfere, intercept sikit dengan memulakannya dan selepas itu kita boleh privatize apabila ianya sudah memberikan keuntungan. Jadi, memang agak mencabar Labuan ini sebenarnya untuk dijayakan sebab banyak situasi chicken and egg ini, telur dulu atau ayam dulu? Begitu juga ada pesanan-pesanan yang mengatakan pelesenan pelancongan pun susah prosesnya saya pun kurang pasti. Untuk Butiran 020300, untuk Muzium Labuan kita ada beberapa muzium yang memerlukan penyelenggaraan dan upgrading terutamanya Muzium Marin. Saya rasa satu-satunya Muzium Marin di Malaysia yang mana ikannya sudah semakin berkurang dan untuk menambah ia memerlukan kewangan yang diperuntukkan. Jadi apa sebenarnya lagi yang boleh kita buat untuk memajukan Labuan? Labuan maju ertinya Malaysia berjaya, Federal Government berjaya, Sabah pun berpuas hati dengan penyerahan Labuan tersebut. Saya lihat apa yang boleh diadakan di Labuan ini memandangkan ia sebuah pulau. Untuk kita buat ianya seperti Jeju Island bukan produknya sangat macam Jeju Island, mungkin boleh juga dia punya trail dan sebagainya tetapi menjadikan Labuan sebagai visa-free punya destination di Malaysia. Satu-satunya sahaja. Ia sebuah Pulau dan apabila tourists ini terpaksa pergi ke luar Labuan, ke kawasan lain di Malaysia, barulah dia kena mengambil visa di Labuan nanti. Di Labuan pun kita mempunyai Jabatan Imigresen yang cukup besar. Jadi ini sudah tentu akan membantu Labuan dan ianya boleh dikawal memandangkan Labuan itu adalah sebuah pulau. Labuan juga sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa. Maka investment tourism juga di antaranya boleh kita buat. Kita boleh link dia dengan MM2H dan visa-free yang saya katakan tadi. Apabila mereka yang datang ke Labuan untuk menubuhkan syarikat mereka dan seterusnya datang ke Labuan untuk perniagaan, investment dan visa- free ini adalah key success factors saya lihat. Jadi mohon penjelasan dan sokongan daripada kementerian memandangkan Menteri kita pun dari Sabah. Jadi Sabah pun melihat Labuan ini berjaya untuk memastikan penyerahan Labuan itu berbaloi. Jadi saya harap dengan Menteri dari Sabah ianya akan membawa kelainan pada kali ini. Sekian.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pendang. Sila.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat malam, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Selamat petang.

Selamat petang- are going to malam [Ketawa] Selamat petang Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas. Perkara pertama saya ingin bahaskan ialah mengenai Butiran 020100 iaitu Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa. Dapat dilihat di sini berlakunya pengurangan yang mendadak iaitu sebanyak RM110 juta berbanding dengan Bajet 2018. Saya ingin memuji pihak kementerian sekiranya pengurangan yang dilakukan ini adalah satu bentuk langkah penjimatan. Namun, persoalannya adakah ia tidak akan menjejaskan sektor pelancongan terutamanya untuk menarik pelancong asing ke dalam negara. Ingin saya mendapat penjelasan dari pihak Menteri. Mohon Menteri beri penjelasan terperinci apakah yang dimaksudkan dengan pengurangan ini? Kedua, seterusnya ingin saya sentuh Butiran 040300 iaitu Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan acara-acara Pelancongan, Seni Dan Budaya. Daripada butiran ini dapat kita lihat bahawa sebuah peruntukan baharu telah ditambah bagi melaksanakan usaha- usaha promosi dan pemasaran. Namun, jumlah yang ditambah ini iaitu sebanyak RM155 juta adalah agak besar dan amat perlu diuruskan dengan sebaiknya bagi menambah baik aktiviti- aktiviti pelancongan di dalam negara. Apakah strategi pemasaran dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan hasil daripada peruntukan RM155 juta ini dalam pelancongan dalam negeri. Kita mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Saya juga ingin bertanya adakah program Tahun Melawat Malaysia 2020 disertakan di bawah butiran ini? Saya ingin mengetahui apakah progress terkini Program Tahun Melawat Malaysia selain daripada mengubah logo rasmi yang dikecam hebat pada awal tahun yang lalu. Jadi sekarang ini kerajaan baharu, logo yang dikecam ini adalah kerajaan terdahulu. Jadi apakah fungsi dan peranan Kerajaan Pakatan Harapan apabila mengambil alih dengan adakah mereka ingin menukar ke logo baharu yang lebih bersesuaian kerana kecaman yang hebat pada logo yang dilancarkan pada tahun melawat Malaysia di tahun yang lalu. Selain daripada itu, berapakah anggaran peluang pekerjaan yang dapat dihasilkan daripada sektor pelancongan terutamanya daripada program pemasaran dan promosi yang bakal dilaksanakan. Pendang sangat berharap agar pihak kementerian dapat mengutamakan anak-anak muda dan graduan tempatan bagi mengisi kekosongan pekerjaan yang bakal ditawarkan. Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya.

Saya hari ini sahabat saya tidak kacau saya. Yang Berhormat Jelutong. Kalau hendak mencelah saya hendak bagi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Jangan mengundang kekecohan... [Dewan Ketawa]

Tidak. Kami dua okey, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sini dah hampir waktu maghrib.

Tidak apa. Jangan takut. Kami dua okey [Ketawa] Tuan Pengerusi terima kasih Tuan Pengerusi di atas nasihat. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 01900 iaitu Pembangunan Ecotourism. Saya ingin mengambil perhatian pihak Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bahawa pelancongan ini di Malaysia bukan sahaja melibatkan ekopelancongan bahkan banyak lagi sektor-sektor pelancongan yang wujud antaranya agro-pelancongan, pelancongan kesihatan dan pelancongan sukan. Justeru itu, apakah sektor pelancongan yang menjadi keutamaan atau fokus utama bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di era Malaysia baharu ini? Saya hendak menyebut sedikit untuk maklumat kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Di Kedah sekarang ini, Pulau Bunting, satu pulau yang hampir dengan tanah besar di kawasan Jerai yang sangat cantik dengan jambatan telah siap digunakan. Saya hendak minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya melihat turun. Saya pun hendak bawa pi macam dengan Menteri lain juga hendak bawa macam dengan Ahli Parlimen yang lain juga hendak bawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya melawat ke seluruh Malaysia. Semua tadi hendak bawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Seronok lah boleh berjalan. In syaa Allah. Kita akan bawa dan kita akan tunjuk bahawa Pulau Bunting ini sudah siap dengan jambatan. Kita boleh buat satu tempat pelancongan yang boleh menarik ramai sama ada pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Ini kerana di situ terdapat pantai yang bersih, air yang jernih yang dipanggil Pulau Bunting ini dan kita boleh juga menarik perniagaan pelancongan iaitu membina pusat-pusat seafood ataupun makanan laut dan juga resorts yang boleh digunakan oleh...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Yang Berhormat Pendang, boleh celah sikit?

Ya, sila. Sila. Saya tidak ada masalah saya akan bagi. Sila Yang Berhormat Kuala Kedah.

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Terima kasih Tuan Pengerusi. Oleh sebab Pulau Bunting disebut, saya ingat satu perkara yang besar untuk disebutkan pelaburan yang sangat besar jambatannya itu RM250 juta. Terakhir maklumat yang saya dapat terlalu banyak sampah di buang di sana dan tidak ada pengurusan tentang sampah. Itulah juga masalah kebanyakan tempat pelancongan kita. Sampah yang banyak, tandas yang kotor dan lain-lain lagi. Akan tetapi Pulau Bunting tidak ada diuruskan langsung. Saya mohon supaya direkodkan dan supaya promosi dibuat dan khusus kepada Kerajaan Kedah dan majlis daerah yang bertanggungjawab itu sebagai melihat pada masalah sampah tadi. Kalau dia dah dikenal cantik dan tidak ada sampah baru boleh kita promote sebagai produk pelancongan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Tolong masukkan dalam ucapan saya berkenaan dengan pembersihan sebab ini adalah satu daripada perkara penting dalam pelancongan iaitu kebersihan. Kita tengok tempat-tempat pelancongan kalau kebersihan ini diabaikan, memang pelancong pun rasa macai hendak mai melancong ke tempat kita. Ini satu perkara yang penting, terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya hendak minta juga kerajaan peringkat Menteri Pelancongan mengeksploitasi kecantikan yang ada di Pantai Barat ini khususnya di Pulau Bunting yang berhampiran dengan Tanah Besar di kawasan Parlimen Jerai. Kita minta yang ini jadi satu agenda utama, sangat cantik sekarang ini dengan jambatan tidak tahu siapa yang punya, kita minta Menteri Pelancongan supaya fokus hak milik yang sebenar, sama ada Kerajaan Negeri Kedah ataupun individu. Akan tetapi perbelanjaan membina jambatan ini satu kos perbelanjaan yang besar. Kalau perlu kita ambil alih, kita ambil alih untuk pembangunan negeri dan negara, ini penting. Seterusnya saya hendak minta, saya hendak teruskan kalau ada berkenaan dengan ucapan Belanjawan Menteri Kewangan 2019 hari itu, ada menyebut mengenai peruntukan RM20 juta bagi menggalakkan sektor medical tourism. Antara usaha yang dirancang adalah kerjasama dengan hospital yang terpilih. Saya ingin tahu, apakah senarai hospital-hospital yang telah terpilih dalam projek ini dan yang paling penting, di manakah terletaknya butiran yang menerangkan mengenai medical tourism di dalam anggaran perbelanjaan ini. Nanti kita hendak minta penjelasan seperti pamphlets yang menerangkan medical tourism ini kerana kita hendak tahu perancangan kerajaan dan juga kesan baik kepada perolehan negara hasil daripada medical tourism ini. Kemudian, saya hendak beralih kepada Butiran 45100 – Ubahsuai dan Naik Taraf Muzium. Daripada butiran ini kita dapat lihat, saya kena speed-up bahawa sebanyak RM1 juta diperuntukkan saya minta Yang Berhormat Jelutong jangan ganggulah bagi projek mengubah suai dan naik taraf muzium di seluruh negara, tetapi kalau ganggu saya bagi. Saya ingin bertanya, apakah muzium yang terlibat dalam projek naik taraf ini, mohon Yang Berhormat Menteri perincikan. Seterusnya saya ingin merujuk Butiran 49000 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Data yang diperolehi daripada laman web MyTourism Data, sebanyak RM25.9 juta pelancong telah masuk ke dalam negara pada tahun 2017 dan sehingga Ogos 2018, seramai 17.29 juta pelancong telah masuk ke dalam negara. Dengan jumlah pelancong yang ramai ini kita mahu melihat mereka bahawa produk-produk kraf tangan ataupun souvenir tempatan yang telah dihasilkan oleh rakyat negara ini perlu kita bekalkan untuk mereka membawa balik sebagai oleh-oleh ke negara mereka ataupun gift kepada rakan-rakan, saudara-mara di tempat mereka. Saya pohon Yang Berhormat Menteri memberi keutamaan untuk menghasilkan produk-produk kraf tangan yang berkualiti tinggi dan bermutu tinggi bagi menarik minat pelancongan untuk membeli dan dibawa balik ke negara asal mereka. Jadi, saya ingat saya ada lagi 28 minit, jadi saya hendak minta...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masa 28 saat.

...Masa 28 saat- 28 minit banyak sangatlah. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Seni Kebudayaan ini tolong tumpu apa yang...

Minta penjelasan, Yang Berhormat Pendang.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila apabila mengundang kekecohan, kekecohan sekarang hampiri.

Okey sila saya tidak ada masalah.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masa tinggal 10 minit sahaja- 10 saat, 10 saat.

Yang Berhormat, setuju daripada ciri-ciri yang menarik Malaysia ini menarik pelancong, salah satu ciri-ciri yang menarik pelancong adalah perpaduan di antara rakyat Malaysia. Setuju?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, masa sudah tamat. Sila, sila... [Dewan ketawa]

Sedikit sahaja, saya gulung teruslah.

Yang Berhormat, setuju?

Saya setuju dengan Yang Berhormat Jelutong sebab perpaduan adalah penting dan kita sudah hidup harmoni selama pelbagai kaum dalam negara ini dan di tempat saya, saya selalu sebut kami duduk di tengah-tengah kampung ada orang Cina sebuah rumah, kami duduk di sekeliling dan dia boleh mengamalkan budayanya dan kita bantu dia. Bulan-bulan Ramadan kita berpuasa, dia juga tolong beli barang-barang, kita tolong ini cukup baik sudah. Jadi, kita mintalah tambah orang-orang India di kampung-kampung hari itu saya ucap terima kasih kepada Menteri Perpaduan. Bila saya bangkit isu ini Tuan Pengerusi, dia terus hantar orang untuk melihat dan saya bawa pergi tengok. Kami menjaga orang-orang India yang ditinggalkan di estet apabila tauke-tauke estet keluar, estet ini tutup, mereka ini tinggal di situ dikelilingi oleh Orang Melayu dan mereka hidup sampai sekarang beranak- pinak. Cuma kita minta Yang Berhormat Menteri tolong tumpu, lihat kepada pembangunan kehidupan mereka, pembangunan ekonomi dan juga pendidikan anak-anak mereka. Kami boleh bantu takat hendak makan sahajalah. Kutip duit seorang sedikit bagi dia makan, bagi dia apa boleh makan. Jadi hendak bagi pendidikan dan juga kehidupan yang lebih selesa, kerajaan kena tumpulah. Oleh sebab itu kita ada Menteri Perpaduan. Jadi kami di kampung-kampung ini in syaa Allah tidak ada masalah. Kami sama- sama hidup secara harmoni dan bagus sekali lagi saya ucap terima kasih kepada Menteri Perpaduan yang hantar Setiausaha Politiknya jumpa saya dan saya bawa masuk, mereka tengok sendiri bagaimana kehidupan orang India dan orang Cina. Saya hendak minta selepas ini last, Menteri Perpaduan juga kena lihat juga orang- orang Siam yang ada di kawasan saya lebih kurang banyak, yang paling banyaklah ada 8 wat Siam dan mereka ini tidak ada lagi yang setengah daripada mereka tidak ada hak milik tanah yang mereka ini duduk berpuluh tahun. Jadi, kerajaan kena tumpu juga yang ini, bagaimana kita hendak merealisasikan perpaduan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi yang memberi saya sedikit lebih masa. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Pendang walaupun salah kementerian. Ini Kementerian Pelancongan tetapi Yang Berhormat Pendang bangkitkan isu perpaduan. Bagaimanapun, demi perpaduan nasional, saya nasihatkan Yang Berhormat Pendang belanja Yang Berhormat Jelutong makan nasi kerabu, nasi lauk, nasi dagang. Yang Berhormat Jelutong belanja Yang Berhormat Pendang makan tose, roti canai. Setuju?...

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Okey, sekarang saya jemput Yang Berhormat Tenom, selepas itu Yang Berhormat Padang Serai. Sila.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas dan menyentuh dua perkara sahaja. Pertama, di bawah Butiran 02011 – Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah justifikasi ke atas penurunan peruntukan yang sangat besar di bawah butiran ini. Daripada RM124 juta pada tahun 2018 kepada hanya RM13 juta pada tahun 2019. Tidakkah penurunan peruntukan ini akan memberi kesan atau mengganggu kepada usaha kerajaan untuk memaju dan mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa. Kedua, di bawah Butiran 030600 – Kebudayaan dan Kesenian. Di sini Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang Pusat Kebudayaan Murut, Sabah yang terletak kawasan Parlimen saya. Daripada jawapan bertulis yang saya telah terima daripada kementerian tempoh hari, Pusat Kebudayaan Murut, Sabah berada di bawah bidang kuasa Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Di bawah peruntukan kebudayaan dan kesenian pada 2019, saya lihat ada peningkatan peruntukan daripada tahun 2018. Jadi, saya memohon sebagai wakil orang asal Murut khususnya, agar kementerian atau Kerajaan Persekutuan melihat akan keperluan pembaikan Pusat Kebudayaan Murut, Sabah ini. Saya dimaklumkan oleh Pengurus Pusat Kebudayaan Murut, Sabah, Encik Sofrizan Yahya bahawa baru-baru ini terdapat beberapa rombongan pelancong dari China yang datang dari jauh untuk melihat Pusat Kebudayaan ini tetapi pulang dengan kecewa kerana Pusat Kebudayaan Murut Sabah yang dibina ‘lansaran’, sejenis permainan tradisional orang Murut terpaksa ditutup kerana rosak teruk dan tidak selamat untuk dilawati. Jadi, bagi saya ini satu kerugian bagi negara Malaysia, khususnya kepada rakyat di Daerah Tenom. Sekali lagi saya ingin memohonlah pertimbangan daripada kementerian, untuk melihat hal pembaikan Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Tenom. Sekarang saya menjemput pembahas terakhir Yang Berhormat Padang Serai, selepas itu Yang Berhormat Menteri sila jawab.

Papar boleh minta kasihan tidak, last Speaker.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Bolehlah, selepas itu Yang Berhormat Papar. Singkat kah, cuba padat dan ringkas.

Tuan Karupaiya MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Salam sejahtera, selamat petang. Saya ingin dibukakan Butiran 030500 - Warisan Negara. Terutama sekali saya akan bawa ke tumpuan pada negeri Kedah. Di negeri Kedah, kita boleh lihat banyak tempat-tempat yang bersejarah, terutama sekali di tempat kawasan Lembah Bujang di mana Raja-Raja Chulan telah pun hadir ke tempat pada tahun 1840. Satu tempat yang bersejarah tidak diketengahkan ataupun tidak membawa pelancong-pelancong melihat kawasan tersebut. Saya rasa Kementerian Pelancongan perlulah mengetengahkan tempat-tempat tersebut di negeri Kedah sebab ini adalah satu-satunya sejarah di mana pelancong- pelancong yang datang daripada luar negeri bukanlah mereka datang hendak lihat bangunan-bangunan yang ada sini. Di tempat mereka lebih canggih ada tetapi mereka datang hendak lihat sejarah-sejarah dalam negara kita. Di samping itu juga, kita perlulah bawa mereka melihat kelapa sawit, pokok getah dan sebagainya barulah kita boleh dipromotekan. Kita pergi tunjuk bangunan-bangunan tinggi-tinggi, ini semua dia orang sudah lihat, okey.

Tuan Karupaiya MutusamiPKR · PHPadang Serai

Pelancong dia datang kena dibawa lihat apakah sejarah dalam negara kita, bagaimana wujud pokok getah. Tunjuk kepada dia macam mana kita menoreh getah. Baru mereka tahu betapa susah rakyat dalam negara kita membangun pada masa sekarang. Bukan bawa tunjuk bangunan sana, bangunan sini, ini twin-towers. Saya ingat lebih dahsyat daripada twin-towers mereka ada. Lihatlah di luar negara. Kalau Mat Saleh datang daripada Amerika, England dan mana-mana tempat, mereka hendak lihat apakah sejarah-sejarah kita ada dalam negara kita. Di samping itu juga, Langkawi adalah tempat yang popular di negeri Kedah tetapi jarang-jarang diketengahkan. Di samping itu juga, kita minta Kuala Kedah tempat naik feri itu dijadikan 24 jam. Tidak payahlah orang pergi ke Thailand. Thailand boleh cross 24 jam. Mengapa kita tidak bagi negeri kita di-cross-kan 24 jam? Maka orang ramai akan pergi ke Langkawi dan ulang-alik. So, itu haruslah diambil perhatian oleh Yang Berhormat Menteri Pelancongan. Di samping itu juga, saya ingin membawa ke tempat saya di Padang Serai ada satu tempat Padang Meha. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan kerana setiap kali saya lihat bas-bas daripada negeri China hadir ke tempat tersebut. Satu tempat yang begitu unik dan boleh lihat- saya ingat di kawasan sini pun, di Malaysia pun tidak ada orang pergi melawat sana. Harap daripada sini datanglah tempat saya melihat bagaimana indah tempat tersebut waktu siang dan waktu malam. Di samping itu juga, daripada situ bolehlah hijrah terus pergi ke Kelantan. Lihat bagaimana Kelantan dan balik ke Terengganu dan baliklah ke Kuala Lumpur. Kita boleh round ke satu tempat. Kelantan pun negeri yang ada banyak sejarah di situ. Bolehlah mereka pergi satu round. Di Baling ada satu tempat air panas tetapi tidak ...

Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Serai ...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Padang Serai hendak promosi kawasan mana? Dari Kedah sampai Kelantan, selepas itu Terengganu. Satu Malaysia.

Tuan Karupaiya MutusamiPKR · PHPadang Serai

Negeri Kedah. Dia satu jalan, Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Padang Serai, saya mahu bagi satu input tambahan sedikit untuk Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya MutusamiPKR · PHPadang Serai

Silakan.

Selaku Ahli Parlimen yang mempunyai background ketenteraan, saya hendak bagi input. Di Kelantan di Pantai Sabak, Jepun mendarat di Pantai Sabak lapan jam lebih awal daripada Pearl Harbour dibom. Jadi Pantai Sabak merupakan tempat tercetusnya Perang Dunia Kedua. Sampai sekarang tidak ada apa-apa monumen untuk dibangunkan di situ. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya MutusamiPKR · PHPadang Serai

Masukkan dalam hujah saya. Di samping itu juga, saya ingin terangkan di kawasan Baling ada satu sejarah yang berlaku dalam negara kita di mana Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Pertama, bertemu dengan Chin Peng. Itu adalah satu tempat bersejarah yang perlu diwujudkan dan diperkenalkan kepada semua orang yang datang melawat ke kawasan kita. Inilah sejarah-sejarah yang mereka hendak lihat. Di samping itu juga, di negara kita, kita mahu satu harmoni seperti mana tarian- tarian seperti tarian klasik orang Melayu, bharatanatyam tarian klasik orang India, tarian orang Dayak, Iban dan juga tarian naga oleh kaum Cina ditunjukkan di suatu tempat di mana waktu malam semua boleh lihat dan pelancong-pelancong akan berkumpul di situ dan lihat apakah keindahan dan keistimewaan daripada negara kita. Dengan ini, saya ucapkan terima kasih dan akhir sekali, saya ada sebuah pantun... [Disampuk] Ini kerana Tuan Pengerusi kita memang minat dengan pantun.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila. Dipersilakan.

Tuan Karupaiya MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pohon berangan tempat bertemu; Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu; Binalah bangsa bangunkanlah negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Orang berbudi, kita berbahasa. Yang Berhormat Papar, sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Seperti mana yang kita tahu, Sabah merupakan tempat pelancongan yang terkenal dengan tempat menyelam popular dunia iaitu Pulau Sipadan, tapak warisan dunia iaitu Taman Negara Kota Kinabalu oleh sebab ekosistemnya yang kaya dengan kehidupan marin dan habitat hidupan liar. Sektor pelancongan merupakan sektor penting dan mempunyai potensi yang baik dan terus maju. Daerah Papar, sebagaimana yang kita tahu, mempunyai kedudukan geografi yang strategik yang membuatkan Daerah Papar ini mudah dikunjungi oleh pelancong- pelancong luar dan dalam negeri. Maka, saya merujuk kepada Butiran 030500 – Warisan Negara yang berjumlah RM23 juta. Sebagai wakil rakyat, apakah negeri Sabah mendapat peruntukan ini untuk menambah baik lagi prasarana yang sedia ada? Akan tetapi, jangan lupa aspek keselamatan demi untuk menjaga keselamatan para pelancong yang datang ke tempat ini. Tuan Pengerusi, seperti mana yang kita tahu, Pantai Manis yang cantik dengan pantainya yang berpasir berwarna putih. Dahulu pantai ini menarik ramai pelancong tetapi sekarang pantai ini menghadapi masalah hakisan pantai yang kalau tidak dipantau dengan rapi, Pantai Manis akan menjadi pantai yang hodoh dan tidak menarik kepada pelancong. Dari itu, saya berharap dengan peruntukan P.31 di bawah Butiran 40600 – Program Pemulihan/Pemugaran Tinggalan Sejarah bernilai RM20 juta boleh digunakan untuk mencantikkan Pantai Manis ini. Beralih kita kepada Butiran 040300 yang RM155 juta adalah peruntukan untuk tahun 2019 dan tiada peruntukan untuk tahun 2018. Saya ingin meminta pencerahan, apakah sebenarnya tujuan peruntukan ini dan berapakah negeri Sabah akan dapat daripada peruntukan ini? Tuan Pengerusi, seperti mana yang kita tahu, P.31 di bawah Butiran 94000 – Pemasaran dan Promosi berjumlah RM74 juta. Dengan adanya peruntukan ini, maka saya bercadang untuk memperkasakan sekali lagi Sungai Papar yang banyak mempunyai potensi menarik pelancong dari dalam dan luar negeri. Segala aktiviti untuk pelancongan yang dibuat di Sungai Sarawak boleh dilaksanakan juga di Sungai Papar. Saya ingin bertanya, adakah dengan perbelanjaan ini, kerajaan bercadang untuk memajukan Pekan Papar dengan membina satu lagi waterfront berhadapan dengan waterfront yang sedia ada untuk memudahkan acara-acara sukan air dan lain-lain aktiviti yang boleh menarik pelancong datang ke Papar? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Maka berakhirlah perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Pelancongan. Kini saya menjemput Yang Berhormat Menteri menjawab. Masa diperuntukkan 30 minit.

Tuan Mohamaddin bin KetapiWARISANMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Silam

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil tempat di dalam perbahasan ini. Saya rasa gembira di dalam perbahasan ini campur sedih sedikit, kadangkala ada rasa ketawa sedikit- campur-campur perasaan.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Macam rojak ya.

Macam rojak, Tuan Pengerusi.

Saya yang sebetulnya mengalu-alukan ada di antara Ahli Yang Berhormat ini sudi menjemput saya melawat tempat masing-masing terutama kali saya nampak di jauh sana itu Yang Berhormat daripada Kota Tinggi.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[Ketawa] Saya yang sebetulnya sebelum saya menghuraikan apa ini winding up ini, dengan izin, telah berbincang dengan pegawai-pegawai kementerian untuk saya menjelajah ke seluruh negeri-negeri di Malaysia ini. Untuk melawat kawasan-kawasan yang perlu dibangunkan dan sebagainya. Saya memohon ataupun meminta kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjemput saya untuk melawat kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat ini saya pula yang menjemput mereka ini apabila saya melawat ke negeri-negeri yang berkenaan sudilah mereka ini menemani saya untuk melawat kawasan- kawasan Yang Berhormat.

Boleh, boleh bagi jadual sahaja, bagi jadual.

Saya akan nanti bagi jadual, saya ada tulis Yang Berhormat yang menjemput saya itu, saya akan bagi jadual supaya turut bersama.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Menteri, jangan lupa Telok Intan.

[Ketawa] Terima kasih banyak.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi. Cuma bila dalam lawatan Yang Berhormat Menteri ke negeri-negeri, saya hendak ingin mencadangkan mungkin Yang Berhormat jangan hanya fokus kepada tempat-tempat yang besar dan established sahaja. Bermaksud saya ingin mencadangkan agar Yang Berhormat pergi juga ke kawasan-kawasan yang berada di luar bandar dan berpotensi untuk dimajukan di bawah kementerian Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat, kawasan yang besar kalau tidak memerlukan pembangunan dan kemajuan tidak perlu saya lawati. Kawasan yang kecil yang memerlukan pembangunan dan perlu dilawati in syaa Allah saya akan lawati. Ini yang pasti dia Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat hendak menjemput saya pasal Yang Berhormat belum menjemput saya lagi saya akan jemput...

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey boleh-boleh Parit Sulong pun menjemput tetapi saya juga ingin mencadangkan semua wakil rakyat yang ada di dalam Dewan ini sebab tak ramai, jadinya semua tempat ini kita boleh pergi sama-sama. Kita boleh buat rombongan satu Malaysia.

Tak Yang Berhormat...

Semua jemputlah, Kangar kecil sahaja.

Saya akan menjemput kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjemput saya sahaja tak semua tetapi in syaa Allah saya akan lawat.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadinya saya menjemput, Ahli Parlimen Parit Sulong menjemput Yang Berhormat untuk datang ke kawasan Parlimen Parit Sulong. Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa]

Setiu pun menjemput.

Terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Dan Batu Pahatlah sebab kita bersempadan daerah Batu Pahat.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, saya memohon untuk menjawab soalan-soalan kepada Yang Berhormat yang masih ada di dalam Dewan ini. Yang Berhormat yang mana sudah pulang itu saya akan arah saya punya pegawai-pegawai untuk menjawab secara bertulis. Bolehkah itu Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Boleh Yang Berhormat Menteri, boleh.

Terima kasih banyak. Saya hendak cek dulu Yang Berhormat daripada Jeli kalau dia ada?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jeli tidak ada.

Sudah balik sudah?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah.

So I think I’ll get my officer to write.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan.

Cara bertulis untuk menjimatkan masa kita. Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang kedua saya- Yang Berhormat daripada Keningau saya tidak tahu ada kah tidak?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak ada.

So this one will be in writing juga.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bertulis.

Bertulis. Yang Berhormat daripada Kuala Krai?

Ada Yang Berhormat ada.

Ada okey. Jambatan Sultan Ismail betulkah itu Yang Berhormat? Ya okey terima kasih. Mohon dicalonkan sebagai warisan dan permohonan boleh dibuat kepada Jabatan Warisan Negara. Borang pencalonan boleh dimuat turun dari website Jabatan Warisan Negara. Namun dari rekod Jabatan Warisan Negara, Jambatan Sultan Ismail telah diangkat sebagai warisan oleh Jabatan Warisan Negara. Namun pemilikan tapak warisan ini adalah kerajaan negeri. Mengikut peruntukan Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] seksyen 42, adalah menjadi tanggungjawab pemilik untuk memelihara dan memulihara tapak atau bangunan warisan. Jabatan Warisan Negara boleh membantu dari segi teknikal dan nasihat. Projek-projek di bawah pemeliharaan dan pemuliharaan sebanyak RM20 juta dan semua projek-projek telah pun diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat oleh itu projek jambatan gantung Sultan Ismail yang mempunyai nilai sejarah ini perlu dimohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Pembangunan kawasan pesisir pantai, ini daripada Yang Berhormat juga ini Yang Berhormat...

Pesisir sungai.

Pesisir sungai. Kementerian bersedia untuk menyokong mana-mana permohonan. Projek yang berpotensi untuk menarik pelancong untuk tujuan pembangunan dan untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi perlu dirujuk. Jadi ini jawapan untuk Yang Berhormat daripada Kuala Krai. Kalau ada kurang saya minta maaf, let me know again, I will write to you. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Arau ada.

Terima kasih, thank you.

Besar macam ini pun tak nampak kah?

Jauh sangatlah tak nampak [Ketawa] Okey Yang Berhormat, kenapa tourist kurang datang ke Malaysia berbanding dulu. Sebetulnya ini saya menteri di pelancongan ini baru enam bulan, tetapi saya melihat lonjakan tourist yang datang ke Malaysia ini alhamdulillah meningkat... [Tepuk] Itu kertas putih Yang Berhormat pegang tetapi tempat saya itu is the details from the immigration juga.

Ya sila-sila.

Yang Berhormat, saya hendak tumpang tanya ini. Adakah benar pelancong daripada negara China berkurangan sebanyak 35 peratus ataupun berapa peratus yang sesuailah?

Terima kasih Yang Berhormat saya jawab sekarang. Yang sebetulnya pelancong daripada negara China tidak menurun, malahan meningkat tetapi ada satu ketika kita sedia maklum di negara China ini ada dipanggil dalam satu minggu itu golden week, dipanggil golden week.

Di mana di dalam satu minggu ini mereka menggalakkan pelancong-pelancong di negara mereka sendiri untuk melancong di negara itu sahaja dan tidak- bukan tidak dilayan tetapi tidak digalakkan untuk keluar melancong keluar negara. Jadi, pengurangan itu bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh negara. Akan tetapi, dalam satu minggu ini satu kaedah yang saya lihat baik untuk Malaysia. Di mana, kita bukanlah dipanggil golden week tetapi mesti kita ada satu ketika ada satu masa yang kita mesti boleh katakan mungkin dua minggu dalam satu- mungkin dalam satu tahun. Di mana orang-orang Malaysia ini mesti melancong di dalam negara kita sendiri as a domestic tourist.

Masjid Tanah. Terima kasih di atas laluan Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana jawapan daripada Yang Berhormat tadi, jadi di sini saya hendak tanya pengesahan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Menteri perlu ataupun tidak kita dipihak Kementerian Pelancongan untuk terus menyasarkan sewaktu golden holiday season ini supaya kita boleh sasarkan pada waktu lain dan tidak hanya mengharapkan pada waktu ini. Terima kasih.

Ini... [Disampuk]

Yang Berhormat Menteri sikit. Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Saya juga telah turut serta dalam perbahasan. Saya di sini ingin puji Yang Berhormat Menteri di atas semua langkah-langkah yang telah diambil untuk mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa. Saya ingin juga mendapat pendapat Yang Berhormat Menteri memang ini telah terbukti bahawa rakyat ataupun pelancong-pelancong antarabangsa juga tertarik dengan kerajaan yang baru ini di atas pimpinan Yang Amat Berhormat Langkawi dan Yang Berhormat sendiri yang bebas daripada kleptokrasi yang kita selalu mengatakan.

Terima kasih Yang Berhormat.

Ini merupakan salah satu faktor yang juga menyumbang kepada kenaikan pelancong daripada luar negara Yang Berhormat. Ini adalah pendapat saya. Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Terima kasih banyak. Ini yang sebenarnya hanya di peringkat pendapat dan in syaa Allah ini akan mungkin saya sendiri selaku Yang Berhormat Menteri Pelancongan akan mengemukakan. Mungkin pada masa-masa akan datang. Ini untuk kita punya domestic tourists. Untuk mempertingkatkan domestic tourists kita. Jadi, ini satu daripada cara. Jadi, saya harap dapat diterima cadangan-cadangan seumpama ini. Jangan nanti di masa akan datang apabila dikemukakan tidak dipersetujui.

Yang Berhormat.

Terutama sekali saya lihat daripada Mantan Timbalan Menteri Pelancongan yang saya ingat daripada Yang Berhormat Masjid Tanah. Jadi, mesti menyokong. Jangan tidak menyokong Yang Berhormat [Ketawa]

Mana benda baik saya sokong. Mana benda tidak betul, kita tidak sokong.

Terima kasih banyak. So, okey. Ya.

Yang Berhormat sikit. Saya memohon kepada Yang Berhormat kalau boleh berikan saya senarai secara bertulis mengenai kehadiran pelancong pada tahun ini sehingga ke bulan Oktober dan perbandingan juga dengan negara-negara Asian seperti Indonesia dan Thailand.

In syaa Allah Yang Berhormat, yang sebetulnya ada di tangan saya sekarang ini mungkin mencukupi atau tidak tetapi saya akan menjawab sekarang. Yang Berhormat hendakkan ini. Okey. Statistik jumlah kedatangan pelancong sehingga September 2018. Saya baca pelan-pelan Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh tulis.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa terhad juga ini. 15 minit.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Boleh tidak saya cadangkan jawab bertulis.

Beri secara bertulis.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

[Bangun]

Yang Berhormat minta secara bertulis?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Secara bertulis elok sebab banyak lagi.

In syaa Allah. Jadi, bagi saya peluang dahulu untuk baca. Statistik jumlah kedatangan pelancong sehingga September tahun 2018. Adalah 19.4 juta- banyak ini. Di mana kedatangan pelancong daripada China meningkat sebanyak 34.2 peratus. Ini tahniah ini kepada Kerajaan Pakatan Harapan baharu [Ketawa]

Indonesia sebanyak 17.6 peratus. South Korea sebanyak 33.1 peratus. India sebanyak 10.4 peratus. Taiwan sebanyak 20.5 peratus. Vietnam sebanyak 54 peratus. USA sebanyak 28.6 peratus. Bangladesh sebanyak 22.9 peratus. Pakistan sebanyak 30.6 peratus. Kanada sebanyak 26.8 peratus. Oleh itu, kementerian yakin target atau sasaran kedatangan pelancong sebanyak 26.4 juta bagi tahun 2018 dapat dicapaikan. Produk-produk pelancongan yang ada di negara kita sangat digemari.

Yang Berhormat Menteri. Boleh soal sikit Yang Berhormat Menteri. Kuala Nerus. Ini depan-depan. Depan ini. Soalan sedikit sahaja tentang bilangan pelancong tadi. Bila kita dengar tentang peratusan daripada China, Pakistan, Bangladesh, India tidakkah ada kemungkinan mereka datang ke sini bukan untuk melancong tetapi untuk mencari pekerjaan kemudian tidak keluar. Ini kerana pernah timbul isu dahulu ramai yang datang dan tidak dapat dikesan keluarnya mereka dari negara kita. Jadi, sejauh mana statistik itu merujuk kepada mereka yang keluar daripada negara kita dan memang terbukti ialah mereka adalah pelancong.

Ahli Yang Berhormat mempersoalkan, mempertikaikan kenyataan yang saya telah beri ini adakah Yang Berhormat ini berpandu daripada pendapat atau daripada bukti hitam putih?

Ini kerana berbangkit sebelum ini, isu ini dalam surat khabar tentang mereka yang datang kemudian keluarnya semula ke negara luar itu kita tidak jelas. Contohnya, Indonesia ramai yang masuk kemudian mereka tidak keluar ataupun menunggu lima hingga enam tahun baru keluar dan mereka bayar denda. Mereka sudah tahu untuk bekerja.

Sejauh mana Yang Berhormat yakin bahawanya surat khabar ini tidak berbohong... [Disampuk]

Ini soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Soalan saya pada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Kalau tidak betul, tidak betullah. Itu jawapan Yang Berhormat Menteri.

Ya, saya akan menjawabnya Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Akan tetapi, mungkin tidak tepat.

Terima kasih tidak tepat.

Oleh sebab, surat khabar ini putar belit banyak. Di mana yang kita pegang ini kenyataan, Yang Berhormat. We are talking about evidence. We are not talking about surat khabar. But anyway, I gave a reply.

Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri. Arau. Sebab ini jawapan masih Arau lagi ini.

Ya, okey.

Okey. Sikit Yang Berhormat. Apa yang di tanya...

Yang Berhormat kalau boleh beginilah Yang Berhormat. Saya sedang menjawab semua jawapan untuk Yang Berhormat.

Jadi, bagilah laluan pada saya.

Tidak-tidak. Cuma hendak betulkan sedikit. Apa yang ditimbulkan tadi bahawa terdapat pelancong yang datang tidak keluar. Saya percaya ini bukan di bawah kementerian Yang Berhormat. Ini di bawah imigresen. Jadi, mungkin Yang Berhormat kata akan merujuk kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan akan menjawab secara bertulis. Itu yang terbaik.

Whatever...

Sebab apa, semasa saya jadi Yang Berhormat Menteri yang melibatkan keselamatan dahulu memang fakta bahawa orang yang datang bukan semua yang keluar. Banyak yang duduk di sini yang membuat kerja-kerja cara illegal dan sebagainya.

Boleh saya jawab Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri menjawab.

Terima kasih. Kita ada peraturan. Kita ada undang- undang. Kalau pelancong masuk di negara kita. Kita cap visa pasport dia pelancong dan dikira sebagai pelancong. We take that as pelancong. Iaitu kita punya kementerian.

Kalau daripada warga luar masuk ke negara ini untuk bekerja, kita bagi dia visa bekerja. Kita tidak boleh campur aduk di antara visa yang datang melancong dan visa yang datang bekerja. So, I think that is quite clear. Now, what we are talking now, dengan izin, is about pelancong yang datang. Kita tidak tahu pelancong kalau dia sudah masuk ke negara ini dan dia bekerja di kedai kopi, dia hendak basuh pinggan atau piring, kita tidak tahu. Oleh sebab itu, bukan kerja Kementerian Pelancongan untuk mengejar orang yang ada visa ini untuk mencari. You datang sini as a tourist and yet now you are working, dengan izin. So, itulah dia. Kita ada undang-undang.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

All right. Okey. Produk-produk pelancongan yang ada di negara kita sangat digemari. Yang Berhormat dari Arau dan dikagumi oleh pelancong- pelancong luar negara. Saya yang sebetulnya soal pemasaran produk-produk ini. Saya bagi contoh macam baru-baru ini, saya ke London kita punya pejabat Tourist Malaysia (TM) di London, ia ada lima tingkat. Saya hendak cadangkan di bahagian ground floor and first floor untuk mempamerkan kita punya kraf tangan daripada Malaysia supaya orang nampak, orang beli. So, okey. Saya teruskan lagi dengan jawapan-jawapan kepada Yang Berhormat daripada Arau tanggungjawab pemeliharaan Taman Negara. Tanggungjawab Taman Negara adalah di bawah Jabatan Hutan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Walau bagaimanapun, MOTAC telah mengeluarkan National Ecotourism Plan 2016-2025 untuk memelihara dan mempromosikan produk-produk ecotourism termasuk Taman Negara. Oleh itu, kerjasama dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli akan diselaraskan. Ada juga soalan pembangunan dan promosi terumbu layang-layang di Perlis. Kementerian telah merangka plan Pelancongan Kebangsaan 2015-2025 bagi mengenal pasti dan mempromosi semua produk ekopelancongan di seluruh negara termasuk terumbu layang-layang di Perlis.

Yang Berhormat. Terumbu layang- layang di Sabah, Yang Berhormat.

Itulah saya hairan. Ini yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi?

Akan tetapi, saya tidak bangun bantah. Ini kerana mungkin saya berpendapat sejak bila lagi ini layang-layang pergi Perlis.

Tidak. Yang Berhormat, saya tidak sebut.

But it is okay. Since it is in Sabah or Perlis.

No. No. I mentioned South China Sea Yang Berhormat.

Tidak Yang Berhormat. You see ini sebutan sudah salah. Akan tetapi, saya menjawab kesilapan Yang Berhormat.

Tidak. Kita tengok Hansard besok.

Sejak bila layang-layang pergi Perlis Yang Berhormat?

Ya Allah ya Tuhan ku. Saya tidak cakap itu.

[Ketawa]

Yang Berhormat, saya tidak sebut terumbu layang-layang di Arau.

Yang Berhormat.

Burung memang terbang.

Yang Berhormat.

Yang Berhormat saya punya pegawai di sini berpuluh-puluh tahu. Dia tidak salah.

Di Arau tidak ada laut Yang Berhormat.

Saya sendiri dengar. Sejak bila layang-layang ini pergi- but anyway, Yang Berhormat kita tidak tengkar.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tidak apalah Yang Berhormat Arau. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Baik. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Pada saya di mana sahaja layang-layang ini, kita akan laksanakan tanggungjawab kita. So, would that be in Perlis atau di Sabah kita akan bertanggungjawab. Okey, Yang Berhormat? So, we settled that one.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ada tiga minit lagi Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tiga minit lagi.

Alamak. Pembangunan dan promosi secara kluster berupaya untuk menggalakkan pelancong untuk menginap lebih lama dan berbelanja lebih banyak di sepanjang kluster tersebut. Yang Berhormat sebetulnya Kerajaan Persekutuan ini- you see Perlis is not under Pakatan Harapan. Akan tetapi, saya punya hati baru-baru ini jatuh apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cakap kita bantu Perlis. Dia bilang... [Tepuk]

Terima kasih, Yang Berhormat.

Perlis dia bilang susah duit kita bantu dia. Saya punya hati hancur melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cakap macam itu. Jadi, kita hargai bukan soal kerajaan dan pembangkang tetapi hati baik yang Tuhan bagi kepada manusia itu kita angkatlah dia sebagai manusia yang baik... [Tepuk]

Itu sebab saya menyokong dia sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Yang Berhormat.

Itulah begitu Yang Berhormat, kita mahu begitu.

Yang Berhormat Arau. Bila Yang Berhormat Arau?

Berikan Visa kepada pelancong berkualiti dari China. Tidak tahulah dia berkualiti, tidak berkualiti dia hendak Visa kita bagi Visa [Ketawa] High-end atau tidak high-end dia hendak lihat negara kita, kita bagi dia peluang untuk melihat. China merupakan antara pasaran utama bagi pelancong ke Malaysia. Negara- negara jiran seperti Thailand mendapat sebanyak 9.8 juta pelancong China hasil daripada kemudahan Visa On Arrival. Indonesia pula menawarkan visa percuma dengan tempoh 30 hari kepada pelancong China. MOTAC akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan visa yang dikeluarkan diberikan kepada pelancong berkualiti sahaja. Tuan Pengerusi, kalau ada tiga minit bagilah saya dua minit lagi. Kalau boleh?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, saya tambah tiga minit lagi.

Saya kesian kepada Ahli Yang Berhormat yang...

Okey. Sikit sahaja Yang Berhormat sebab saya suka Yang Berhormat Menteri ini.

Yang Berhormat Menteri kena jawab laju sikit baru dapat jawab.

Tidak, saya laju. Akan tetapi masalahnya dia sudah mengemukakan soalan dia kemukakan lagi balik.

Jadi saya terpaksa menjawab. Kalau saya tidak jawab...

Minta 30 minit Yang Berhormat Menteri.

Okey, ini contoh dia Yang Berhormat daripada Arau. Saya sudah jawab dia tidak habis-habis bangun.

Ya, Yang Berhormat. Saya suka Yang Berhormat.

So, Yang Berhormat tolonglah bagi Yang Berhormat yang lain ini untuk saya menjawab soalan.

Ya, Yang Berhormat tidak jawab lagi Beting Patinggi Ali. Tadi saya tolong Sabah fasal terumbu layang-layang. Sekarang saya tolong Sarawak Beting Patinggi Ali Yang Berhormat. Saya suka Yang Berhormat, jawab macam itu perlahan-lahan. Jadi saya seronok mendengar. Terima kasih.

Terima kasihlah Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat, tiga minit lagi.

Tiga minit lagi. Saya cari lagi kawan saya daripada Pontian. Dia ada kah?... Dia ada, kan?

Masjid Tanah, Masjid Tanah.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Yang Berhormat, Labuan Yang Berhormat. Sama-sama Warisan kita.

Masjid Tanah, Masjid Tanah.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Parit Sulong punya Yang Berhormat? Saya sudah jemput nanti Yang Berhormat pergi ke kawasan saya.

Mana sempat lagi, lima minit sahaja yang saya diperuntukkan.

YPM jawab YPM.

Pendang, Pendang.

Saya jawab secara bertulislah.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, betul Yang Berhormat.

Ini tidak pandai habis kalau macam ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Betul.

Saya sebetulnya besar hati hendak menjawab semua soalan ini.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Akan tetapi terhad dengan masa.

Yang Berhormat Menteri kalau boleh buat macam Menteri Pengangkutan, dia janji minggu lepas hari ini sudah sampai jawapan bertulis.

Saya berhentilah saya menjawab, saya akan jawab secara bertulis. Saya akan arah saya punyai pegawai semua, make sure jawab dengan baik kepada Ahli Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih banyak.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM858,217,400 untuk Maksud B.31 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM858,217,400 untuk Maksud B.31 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM186,786,500 untuk Maksud P.31 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan 2019 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM186,786,500 untuk Maksud P.31 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2019]

Maksud P.32Anggaran Pembangunan 2019

-

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita pindah ke Kementerian Wilayah Persekutuan. Kepala Bekalan B.32 dan Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan terbuka untuk dibahas sekarang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun] .

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berbahas. Boleh saya ambil nama-nama dahulu?

Pontian.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Pontian...

Lembah Pantai.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Arau. Saya ambil tiga ini dahulu saya...

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan, Labuan.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh dahulu. Silakan.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi di atas ruangan yang diberikan kepada saya. Saya terus kepada Butiran 020000 di bawah Pembangunan Komuniti dan Butiran 020200 - DBKL. Tuan Pengerusi, izinkan saya membawakan isu pembangunan Taman Rimba Kiara yang sangat kontroversial bukan sahaja di bawah pemerintahan kerajaan terkini, tetapi telah dibangkitkan bertahun-tahun lamanya semasa saya memegang jawatan dan mewakili kawasan Lembah Pantai. Kita harus memahami Tuan Pengerusi, bila dimaklumkan di dalam media termasuklah pengumuman oleh Yang Berhormat Menteri, ada kegusaran di kalangan mereka yang mahu dan telah aktif dalam mempertahankan kawasan hijau yang agak pristine ya dari segi deskripsinya kerana Taman Rimba Kiara termasuk juga Bukit Gasing, antara kawasan hijau yang wujud lagi di Kotaraya Kuala Lumpur. Kalau saya boleh berikan rentetan sejarahnya, bila tanggungjawab diambil oleh Yang Berhormat Menteri untuk meluluskan Pelan Draf Kuala Lumpur, haruslah mengambil kira peranan Yayasan Wilayah Persekutuan- the Federal Territories Foundation. Ini dikatakan merupakan badan kebajikan di bawah kementerian, tetapi kita juga tahu kebanyakan yang memegang jawatan tertinggi merangkumi mantan Menteri Wilayah, mantan Datuk Bandar dan mereka sebenarnya sepatutnya dilihat sebagai the caretaker, menjaga kelulusan tanpa takut, tanpa ada insentif kewangan. Malangnya, Taman Rimba Kiara pada tahun 2013, sepatutnya dizonkan sebagai kawasan tanah lapang. Menjelang tahun tersebut, 12 ekar taman tersebut akhirnya ditukar zon kegunaan daripada kawasan tanah lapang kepada kawasan mixed development pembangunan bercampur dan diberikan- di bawah milikan Yayasan Wilayah Persekutuan. Saya melakukan carian, walaupun dikatakan ia merupakan cabang welfare, cabang berkebajikan oleh kementerian, dia masih didaftarkan di bawah syarikat komersial. Ini sesuatu yang tidak begitu jelas. Setahun selepasnya, sudahlah milik bawah Yayasan Wilayah. Kita harapkan mungkin akan dilindungi, tetapi di bawah Kerajaan Barisan Nasional ketika itu, Yayasan Wilayah Persekutuan telah menandatangani perjanjian dengan Memang Perkasa Sdn. Berhad, anak Syarikat Melton Berhad iaitu syarikat yang sekarang dikatakan terpaksa dibayar pampasan kalau kita mahu memberikan ruangan untuk pembangunan digagalkan di kawasan Taman Rimba Kiara. Ini Tuan Pengerusi pada saya, saya pohon jasa baik Yang Berhormat Menteri kerana daripada dahulu ya kita melihat bagaimana amarah dan kritikan orang ramai, pengguna-pengguna kawasan tersebut, mereka tidak melihat Yayasan Wilayah sebagai memegang tanggungjawab dengan baik. Bila dapat tanah lapang, sebaliknya dikomersialkan, ya. Jadi akhirnya pada saya, saya tahu antara apa yang dibangkitkan oleh kementerian adalah kemungkinan terpaksa membayar pampasan kepada syarikat tersebut. Akan tetapi pada saya, kalau Peguam Negara sekalipun telah melakukan, atau mengambil tindakan untuk tidak membayar IPIC di atas salah laku tertentu in terms of a faulty, flawed and improper agreement, lebih-lebih lagi kita di peringkat Kuala Lumpur. Jadi saya tekankan kerana apa? Kerana hendak mencari tanah seperti Taman Rimba Kiara ini adalah sesuatu yang amat sukar sekali. Kita mahu tidak mahu, bila melihat pelan draf Kuala Lumpur digazet, kita kena ingat sejarahnya. Sejarah Yayasan Wilayah, individu yang mengepalai yayasan tersebut tidak mahu menggazet pelan daripada asal. Tiba- tiba di saat ini kita dapati pelan tersebut sudah dirangkumkan dengan kelulusan bagi syarikat iaitu Melton. Jadi saya faham kesusahan pihak Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin menyatakan, saya buat carian, dan daripada payments by developer. Ini daripada kertas- kertas mahkamah ya, dokumen mahkamah sekitar November 2017, dilihat daripada segi bayaran joint venture-nya, kos bayaran pembangunan dan fi-fi lain termasuklah bayaran premium oleh Pejabat Wilayah Tanah Persekutuan, semuanya lebih kuran RM115 juta sudah dibelanjakan. Kita faham ya ada banyak perkara terpaksa diambil kira oleh Yang Berhormat Menteri tetapi saya nampak kerajaan sepatutnya tidak dipertanggungjawabkan dengan keputusan Yayasan Wilayah Persekutuan yang merupakan liabiliti dalam projek ini. Tambahan pula Yayasan Wilayah telah mengutip banyak bayaran ya. Sama ada caj parkir dan banyak lagi yang sepatutnya menjadikan ianya tanggungjawab mereka untuk membayar semula kepada Memang Perkasa Sdn. Berhad. Jadi Tuan Pengerusi, saya bangkitkan kerana saya tahu memang bukan mudah untuk meleraikan kes ini tetapi saya ingat lagi antara janji pilihan raya, antara komitmen yang kita berikan selaku Ahli-ahli Parlimen dan calon-calon di peringkat Wilayah Persekutuan adalah untuk mempertahankan Taman Rimba Kiara. Saya memahami sangat-sangat kesusahan, tetapi saya mahu tekankanlah sebagai seseorang yang bersama dengan teman-teman Ahli Parlimen daripada Lembah Pantai, Bukit Bintang, daripada Seputeh, Segambut, Kepong, semuanya kami benar-benar menjiwai proses untuk menyelamatkan Taman Rimba Kiara. Jadi, saya tahu mungkin dalam proses penggazetan, kita kemungkinan telah mengambil kira perubahan terkini yang dilengkapkan dengan kelulusan kepada Syarikat Melton, tetapi pada sayalah- if there is a flawed agreement, kita ada hak moral dan kedudukan yang membolehkan kita untuk membatalkan perjanjian tersebut, sejajar dengan apa yang dilakukan oleh Peguam Negara di bawah pantauan Kerajaan Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pontian kemudian diikuti Yang Berhormat Labuan, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Lembah Pantai.

Terima kasih, saya ingin terlibat tentang Kuala Lumpur ini kerana 19 tahun saya berada di sini Yang Berhormat Menteri. Duduk di sekitar Kuala Lumpur dan sembilan tahun lagi di Putrajaya. Jadi, di dalam 28 tahun itu di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain Pontainlah ya. Kemudian, perkara yang saya ingin timbulkan adalah tentang kesejahteraan bandar. Kenapa dipotong tajuk Kesejahteraan Bandar ini daripada RM65.5 juta ini kepada RM14.97 juta. Apakah program-program yang dipotong dan apakah gantian-gantian terhadap program yang dipotong itu? Perkara kedua, tentang penyelenggaraan dan kemudahan awam. Kenapa dipotong daripada RM65 juta kepada kosong juta Yang Berhormat Menteri?

Tidak ada penyelenggaraan dan kemudahan awam. Daripada RM65 juta kepada kosong juta. Jadi, apakah alternatif kepada penyelenggaraan kemudahan awam apabila sudah tidak ada lagi peruntukan diberikan? Perkara ketiga ialah tentang penyenggaraan perumahan, pun dipotong juga, Yang Berhormat Menteri. Daripada RM40.6 juta kepada RM11 juta. Satu pemotongan yang besar. Sehubungan dengan penyenggaraan perumahan ini, saya ingin bertanya tentang RUMAWIP, khusus atas tajuk RUMAWIP ini. Berapa unit RUMAWIP ini yang sudah siap dan berapa unit yang sedang dalam proses pembinaan? Apakah keistimewaan RUMAWIP ini untuk memberikan perumahan kepada rakyat di Kuala Lumpur? Adakah ia akan diteruskan oleh kerajaan baharu ini? Keempat, satu peruntukan yang besar sebanyak RM809 juta iaitu river of life. Apakah pembaharuan-pembaharuan dalam projek besar ini? Satu projek mega yang memberikan perubahan fizikal kepada Kuala Lumpur. Apakah keistimewaan-keistimewaan river of life? Bilakah ia akan disiapkan? Kita nak tahu berapa lama lagi akan siap. Mengenai projek mega ini juga, ia berkaitan dengan Taman Tugu yang saya tidak nampak ada butiran dalam buku itu. Akan tetapi, saya rasa ia adalah usaha yang sangat baik kerana kita ingin mewujudkan national forest in Kuala Lumpur. Ada 66 ekar yang saya difahamkan akan ditanam dengan 5,000 pokok hutan yang merupakan satu CSR oleh Khazanah Nasional. Saya ingin tahu, setakat mana perkembangan Taman Tugu ini. Bila akan siap tujuh kilometer laluan hutan itu? Adakah ia ada pemotongan-pemotongan ataupun ada hiccup dalam perancangan Taman Tugu ini? Perkara kelima ialah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar sebanyak RM26 juta. Ia satu perkara yang bagus yang dibuat. Saya ingin mencadangkan agar ditumpukan, pertama- untuk memastikan kemiskinan bandar ini boleh diatasi iaitu mengadakan usahawan-usahawan bandar dengan membina usahawan-usahawan bandar di kalangan mereka yang miskin itu. Mereka itu perlu dilatih dengan baik dan mereka perlu diletakkan di premis perniagaan yang strategik dan ia perlu diberi kepada mereka dengan sewaan yang rendah. Kalau kita tidak mahu mereka berada di premis atau tidak ada cukup premis perniagaan yang strategik itu, mereka perlu dilatih untuk menjadi usahawan online atau business online. Perkara kedua untuk mewujudkan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar ini, saya cadang supaya program khas pendidikan dan kemahiran kepada anak-anak mereka yang miskin ini. Sebagai contoh, tuisyen percuma untuk UPSR, PT3, SPM, STPM. Ini kerana pendidikan ini boleh mengubah satu-satu masyarakat dalam satu generasi. Jika bapanya seorang buruh, anaknya boleh menjadi profesional. Jika ibunya seorang peniaga kecil, anaknya boleh menjadi usahawan jutawan. Betapa pentingnya pendidikan dan kemahiran diberikan kepada anak-anak yang miskin bandar. Perkara keenam ialah perancangan dan pembangunan dengan peruntukan RM8.9 juta. Saya harap ia melibatkan usaha-usaha untuk merancang aliran trafik di Kuala Lumpur agar kurangkan kesesakan. Alangkah bahagianya, Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, alangkah bahagianya kalau kita duduk di Kuala Lumpur ini tidak ada traffic jam. Itu adalah satu kebahagiaan tahap tinggi. Kalau ada penguraian trafik yang lebih teratur terutama ketika waktu kemuncak, kemudian ada sistem pengangkutan yang lebih baik atau mungkin ada kaedah-kaedah menggunakan carpooling yang diberikan insentif yang tertentu, ia tentunya boleh mengurangkan jam di Kuala Lumpur. Begitu juga usaha untuk mengurangkan kadar jenayah di Kuala Lumpur, usaha untuk sifarkan banjir kilat di Kuala Lumpur, usaha untuk mengurangkan pencemaran udara di Kuala Lumpur, usaha untuk menjadikan Kuala Lumpur, bandar raya antara terbaik di dunia, Yang Berhormat Menteri. Mengenai bandar raya terbaik di dunia ini, saya membawa kepada perkara ketujuh iaitu Pembangunan Landskap dengan peruntukan RM16.7 juta dan ada satu lagi tajuk dengan peruntukan RM26.8 juta. Saya ingin kongsikan dua fakta. Satu, thenews.com dalam senarai ibu negara tercantik di dunia, the Most Beautiful Capital Cities in the World, dengan izin. Nombor satu, London; nombor dua, Islamabad; nombor tiga, Berlin; nombor empat, Washington D.C.; nombor lima, Paris; nombor enam, Rome; nombor tujuh, Tokyo; nombor lapan, Budapest di Hungary; sembilan, Ottawa di Canada; sepuluh ialah Moscow. Itu thenews.com. Akan tetapi, dalam thetoptens.com ibu negara yang terbaik, Top Ten Best Capital Cities in the World, nombor satu ialah Islamabad, Tuan Pengerusi. Islamabad nombor satu. Tadi Islamabad nombor dua. Nombor dua, London- yang senarai ini- nombor tiga, Paris; nombor empat, Tokyo; nombor lima, Berlin; nombor enam, Athens; nombor tujuh, Ottawa; nombor lapan, Washington D.C.; nombor sembilan, Copenhagen di Denmark; dan nombor sepuluh, Moscow. Jadi, pada pandangan saya, kita perlu ada azam untuk menjadikan ibu negara kita ini sebagai yang tercantik dan terbaik di dunia. Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian untuk menjadikan- malu kita kepada Islamabad. Kalau Islamabad boleh jadi nombor satu dan nombor dua, mana senarai Kuala Lumpur dalam top ten itu? Kalau mula- mula nombor sepuluh pun jadilah, sebelum kita pergi melangkah ke nombor-nombor yang lebih baik. Nombor lapan ialah Perbadanan Labuan, RM83.4 juta. Saya ingin tanya satu soalan iaitu apakah status cadangan jambatan Labuan ke Menumbok itu? Apa jadi kepada rancangan itu? Bilakah agaknya ia akan dibuat? Adakah ia akan dibuat atau ia tidak akan dibuat? Kita ingin jawapan yang pasti kerana ia adalah satu perkara yang besar yang telah diumumkan oleh kerajaan yang terdahulu. Kesembilan ialah tentang Pusat Pentadbiran Putrajaya, RM27.75 juta yang diperuntukkan. Kita nak tahu, adakah Putrajaya ini sudah selesai pembangunannya? Itu satu perkara yang saya nak tahu. Adakah akan dibina lagi? Adakah ada fasa-fasa lagi yang belum siap? Berkeluasan 4,931 hektar ini yang sebelum ini RM20.5 bilion diperuntukkan terutama wang Petronas untuk membina 49 kilometer persegi kawasan Bandar Putrajaya ini. Apakah anugerah-anugerah antarabangsa, bukan anugerah Malaysia yang telah diterima oleh Putrajaya? Setakat mana ciri-ciri bandar pintar Putrajaya ini? Daripada Putrajaya ke Kuala Lumpur ini ada tol. Saya sentiasa lalu sebelum ini. Sembilan tahun lalu. Saya harap tol ini dihapuskan. Di Kuala Lumpur ini, pondok-pondok tol itu sebenarnya tidak perlu diadakan. Kalau kita pergi negara-negara maju, mereka kutip tol tetapi tidak ada pondok tol. Jadi, akibat daripada pondok tol itu, menambahkan jam dan kesesakan di bandar raya. Jadi, cadangan kita ialah supaya ada tol. Kalau tidak mampu untuk dihapuskan di kawasan bandar raya, tetapi tidak ada pondok tol. Ada kaedah untuk mengutip itu dengan sistem yang lebih canggih. Menteri Pengangkutan ada di sini, mungkin dia boleh membantu tentang perkara itu ya. Terakhir, Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk perkara kesepuluh dalam minit yang kesembilan ini iaitu mengenai pengurusan am. Saya ingin mencadangkan supaya DBKL membuat satu pengkhususan untuk mengadakan perhimpunan aman, Yang Berhormat Menteri. Kalau mohon sahaja perhimpunan aman, mesti diluluskan untuk tiga tempat ini. Satu, Dataran Merdeka. Kedua, Padang Merbok. Ketiga, Dataran Putrajaya. Kita ke arah demokrasi yang lebih matang, perhimpunan aman perlu diteruskan. Terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memberikan permit dan begitu juga PDRM untuk dua NGO iaitu NGO Daulat dan NGO Ummah- yang lain-lain parti politik itu di bawah NGO itu- yang telah membenarkan perhimpunan aman pada 8 Disember ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Labuan, kemudian Yang Berhormat Lembah Pantai, kemudian Yang Berhormat Arau.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020400 – Perbadanan Labuan, Butiran 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan, Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam, Butiran 02102 – Pembangunan Landskap, Butiran 02500 – Program Pembangunan Sosioekonomi, Butiran 03000 – Kompleks Perniagaan dan Pasar dan seterusnya Butiran 05000 – Perbadanan Labuan. Memang banyak sikit sebab Labuan ini di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Saya sebenarnya dari dahulu lagi merasakan Kerajaan Persekutuan ataupun bajet yang diberikan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan ini terlalu sikit. Ia diberikan kurang daripada yang sebenarnya kementerian ini memerlukan, terutamanya untuk kawasan di Labuan. Labuan ini kawasan yang agak luas kalau dibandingkan dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ia juga mempunyai kawasan yang berbagai-bagai selain daripada kawasan urban, bandar ia mempunyai kawasan perkampungan, kawasan kosong yang mana memerlukan penyelenggaraan kawasan-kawasan yang berkaitan dengan pantai dan sebagainya. Jadi, Labuan di bawah Wilayah Persekutuan, selalu kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPKT, apabila saya bertanya, mereka akan berkata Labuan ini di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Ini memang Kementerian Wilayah Persekutuan lah yang kena jaga termasuklah kita punya penyelenggaraan jalan-jalan di kampung, kita punya jambatan-jambatan, kita mempunyai empat kampung air yang memerlukan penyelenggaraan, upgrading, pembaikan kita punya jambatan-jambatan di kampung air. Ada satu kampung air kita yang dahulunya dibuat jambatan simen yang agak cantik, Kampung Patau-Patau 1 yang dibuat oleh Kementerian Pelancongan sebab ia kampung air yang memang agak unik dan boleh menjadi produk pelancongan. Projek itu agak besar. Kalau tidak silap saya, RM11 juta dibuat dalam awal tahun 2000. Jadi, sekarang keadaannya sangat teruk, beam-nya sudah pecah, malah boleh dikatakan ia boleh roboh pada bila-bila masa. Mungkin ia nampak cantik, masih di atas tetapi di bawahnya sudah roboh. Kita sudah memohon daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebab ia yang buat dahulu. Kementerian Pelancongan kata kita sudah bagi, sekarang kamu jagalah. Jadi, kita pun tidak tahu siapa yang perlu jaga. Saya lihat bajet-bajet yang diberikan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan memang kecil-kecil sahaja. Jalan-jalan dan jambatan- jambatan RM4 juta, semuanya memang tidak cukup. Termasuklah sebenarnya di kampung air kita, paip-paip yang supply air ini pun selalu pecah, membazir air. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli yang memperuntukkan untuk baiki semua paip-paip di seluruh Labuan rupa-rupanya ia tidak masuk untuk kawasan-kawasan ini. Jadi, ia fasal ia dilihat sebagai kawasan perkampungan yang sepatutnya dilihat oleh Local Government. Local Government- Perbadanan Labuan. Perbadanan Labuan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Jadi, ini memang akan berterusan sekiranya Kementerian Wilayah Persekutuan tidak diberikan bajet yang mencukupi. Begitu juga dengan Program Pembangunan Sosioekonomi. Memang dalam keadaan oil and gas merudum sekarang ini, ramai yang kehilangan pekerjaan, ramai yang dahulunya berada di Labuan untuk bekerja di sektor tersebut telah meninggalkan Labuan. Saya difahamkan lebih 10 peratus daripada penduduk Labuan meninggalkan Labuan. Ini membuatkan kesan-kesan yang amat ketara kepada peniaga-peniaga di Labuan dan kita memang memerlukan banyak bantuan Program Pembangunan Sosioekonomi. Saya juga tadi semasa perbahasan di Kementerian Pelancongan mengatakan bahawa Labuan ini adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Bukan sahaja Kementerian Wilayah Persekutuan tetapi semua kementerian terutamanya Kementerian Pelancongan di mana kalaulah sekiranya Labuan itu tidak diberikan perhatian secukupnya, ia akan terus merudum dan momentum yang sudah cantik selama ini akan hilang dan ia akan menjadi satu penyesalan besar. Ini kerana apabila momentum itu hilang, bukan senang untuk kita bangunkan balik apabila banyak produk yang sudah hidup dahulu mula tutup, hotel-hotel yang mula tutup, dia punya restoran-restoran tutup. Padahal pelancongan telah mula menunjukkan peningkatan apabila pelancong-pelancong dari China terutamanya sudah mula datang. Akan tetapi disebabkan sokongan daripada domestic market terutamanya yang dahulu purchasing power daripada pekerja-pekerja oil and gas ini, memang membuatkan banyak produk itu dapat dipertahankan. Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh permohonan landskap. Sekarang ini kementerian telah diberikan satu skop yang lebih besar yang mana termasuk landskap. Jadi, saya berharap peruntukan yang ada ini tolong salurkanlah sedikit kepada Labuan. Labuan pernah diperkatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita semasa beliau menjadi Perdana Menteri yang keempat dahulu. Labuan sepatutnya menjadi pulau taman. Jadi, saya harap ia kembali seperti dahulu. Dulu memang ia macam taman, landscaping-nya cantik sehingga DBKK turun ke Labuan, belajar macam mana ianya dibuat. Begitu juga dengan pembangunan taman awam dan sebagainya supaya Labuan boleh menjadi satu island city yang international class, sesuai dengan statusnya sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa. Untuk 05000 – Perbadanan Labuan. Perbadanan Labuan ini dia lead agency di Labuan dan sebenarnya banyak memerlukan perjawatan-perjawatan yang perlu ditambah terutamanya juga banyak juga pegawai-pegawai yang sudah bertugas lama yang tidak mempunyai peluang untuk diupgrade ataupun dinaikkan pangkat disebabkan ia adalah closed service dan mereka berada di tempat yang sama dan mereka susah untuk naik pangkat. Padahal mereka sudah setengahnya berbelas tahun tidak dapat naik. Cuma menunggu ada yang resign, ada yang pencen, barulah mereka boleh naik. Jadi, saya berharap Kementerian Wilayah Persekutuan boleh tolong memperjuangkan supaya ada kita punya jawatan-jawatan ataupun peluang untuk mereka ini dinaikkan gred ataupun pangkat. Saya ada nampak sini 040400 – Penyelenggaraan Bas Putrajaya. Saya lihat di Labuan itu perkhidmatannya pun memang sangat menyedihkan. Saya kira mungkin kementerian boleh mula study, lihat macam mana, apa sistem yang kita boleh buat. Saya rasa ia memang bukan senang sebab ia melibatkan pengusaha-pengusaha bas yang mana mereka bergantung kepada business itu untuk kehidupan mereka. Akan tetapi untuk kita upgrade, saya rasa kita terpaksa melihat dan datang dengan satu proposal ataupun sistem yang lebih baik.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

10 saat lagi.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Dalam masa yang sama, memastikan mereka tidak tercicir dari segi peluang. Itu sahaja daripada Labuan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus ke Butiran 020100 – Sosioekonomi yang menampakkan ataupun melihat pengurangan sebanyak hampir RM2.3 juta. Kita faham dari segi sosioekonomi banyak yang perlu diusahakan untuk memastikan warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mendapat bantuan. Dengan pengurangan ini, apakah impak yang akan berlaku? Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk berikan sedikit penjelasan. Pengurangan RM4 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi Butiran 020200 sebanyak RM4 juta ini, adakah ini satu trend yang akan diteruskan bagi tahun-tahun ke hadapan.

Apakah kesannya terhadap DBKL memandangkan kalau kita lihat selama ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur banyak menekankan penjualan tanah sewaktu mantan Menteri Wilayah Persekutuan yang dahulu untuk menjana pendapatan tetapi revenue ke hadapan mungkin sukar. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang perkara ini, memandangkan kita perlu kurangkan, dengan izin, dependency kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memastikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat berfungsi dengan baik? Saya ingin menyentuh Butiran 030100 – Perancangan dan Pembangunan yang juga melihatkan pengurangan sebanyak RM6 juta lebih kurang ya. Daripada segi perancangan dan pembangunan bagi kawasan Kuala Lumpur, apakah kesannya dengan pengurangan ini terhadap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memandangkan kalau kita lihat, dengan izin, urban planning is an oxymoron. Maksudnya, there is no such thing as an urban planning kalau kita lihat selama ini memandangkan gagalnya pentadbiran terdahulu untuk mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Jadi, adakah ini bermaksud tidak ada emphasize ataupun pengkhususan ataupun memberi penelitian kepada aspek perancangan dan pembangunan ataupun apakah sebenarnya yang berlaku? Saya ingin menyentuh Butiran 030500 – Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya faham bahawa PTG ini adalah satu badan yang amat penting bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya bila masa kita lihat selama pentadbiran yang terdahulu, begitu banyak tanah yang telah dijual dan telah hilang daripada jagaan sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan sebagainya. Jadi, apakah yang akan diusahakan untuk memastikan bukan sahaja kita kekalkan kawasan-kawasan lapang, kawasan-kawasan hijau tetapi kita boleh tambahkan. Sebagai contoh, tadi Yang Berhormat Pontian ada bangkitkan tentang Taman Tugu dan saya sendiri telah melawat tempat ini dan telah tanam pokok di situ dan saya rasa, banyak daripada pokok-pokok yang kita lihat pokok-pokok pulai yang telah berusia 80 tahun ke atas. Ini adalah khazanah negara, lebih tua daripada negara Malaysia. Maka salah satu daripada masalah yang saya difahamkan dengan projek Taman Tugu ini ialah belum diwujudkan satu akta khusus untuk memastikan sama seperti yang ada di negara seperti di UK, satu public trust, dengan izin, untuk memastikan tanah-tanah yang disimpan, yang di rizab bawah e-rizab ini, tidak akan selama-lamanya, tidak akan tukar tangan. Sebab saya pun tahu, saya difahamkan sebagai contoh di kawasan Lake Garden, di kawasan Taman Botani, saya difahamkan ada beberapa pemaju yang telah melihat tempat-tempat yang perlu, yang ingin mereka majukan semula. Saya rasa perlu diberikan pengkhususan supaya kawasan ini kita jaga dan kita pastikan ia menjadi tarikan kepada pelancong tetapi pada masa yang sama, kita kekalkan apa yang boleh. Saya juga ingin menyentuh tentang status tanah memandangkan saya beri contoh Yang Berhormat Menteri, di kawasan Lembah Pantai di Bangsar, di belakang Masjid Sayidina Abu Bakar As-Siddiq terdapat satu tanah yang tidak besar. Ia berbentuk segi tiga yang 30 tahun dulu pemaju di kawasan tersebut telah menyerahkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk digunakan sebagai tanah lapang. Pada tahun 2008 dan tahun 2018, sepuluh tahun perbezaannya, tetapi dalam kedua-dua pelan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, draf dan akhirnya, yang diwartakan, ia diwartakan kalau tidak silap saya sebagai kawasan lapang tetapi tanah ini telah dijual. Bagaimana ini telah berlaku Yang Berhormat Menteri? Siapakah yang telah membolehkan perkara ini berlaku dan apakah yang akan diusahakan oleh pihak Yang Berhormat Menteri untuk memastikan bukan sahaja tanah ini dipulangkan kepada orang awam seperti yang telah pada asalnya diwakafkan oleh pemaju, sama juga dengan Masjid Sayidina Abu Bakar As-Siddiq yang telah diwakafkan tanah itu oleh pemaju kepada penduduk di sekitar tempat itu. Saya minta pihak Yang Berhormat Menteri ambil perkara ini sebagai satu perkara yang serius. Saya juga ingin menyentuh dalam isu ini tentang Institut Kesihatan Umum, sebuah tanah yang saya faham ada juga di pihak Kementerian Kesihatan yang inginkan tanah ini dipulangkan semula kepada pihak Kementerian Kesihatan. Saya risau apa yang telah disebut oleh ramai penduduk, bukan sahaja penduduk di kawasan Bangsar tetapi mereka yang tinggal di Bukit Persekutuan termasuklah mereka yang tinggal di istana-istana singgah di situ. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya harap janji Yang Berhormat Menteri untuk melibatkan saya dalam proses ini bukan sahaja manis di mulut, manis di bibir tetapi kita lakukan. Jangan sampai diketahui, kemudian telah diluluskan apa-apa perancangan di situ untuk pastikan. Saya tidak hendak apa yang berlaku kepada Taman Rimba Kiara berlaku kepada Institut Kesihatan Umum kepada Bukit Persekutuan. Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh Butiran 01100 – Projek PPP/PFI, Perancangan Bandar dan Desa yang diberikan belanja lebih RM85.7 juta. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh membantu menyenaraikan sama ada secara lisan ataupun bertulis, saya rasa lebih baik secara bertulis, kalau ia panjang. Apakah projek-projek yang terlibat dalam PPP/PFI ini? Selain daripada itu, saya harap Yang Berhormat Menteri pertimbangkan secara serius untuk kita hentikan usaha sama ataupun joint venture, dengan izin yang menggunakan agensi-agensi di bawah kementerian memandangkan wujud tidak ada, dengan izin, oversight. Di mana sebagai contoh, satu badan yang ada di bawah kementerian sebagai contohlah, Yayasan Wilayah yang mana pengerusinya ialah Menteri Wilayah yang terdahulu, yang mendapat projek dan yang meluluskan juga adalah oversight nya diberikan oleh Menteri Wilayah sebagai contoh. So, adakah pihak kementerian bercadang untuk mengurangkan jumlah usaha sama ataupun joint venture di masa hadapan untuk memastikan daripada segi governance, daripada segi ketelusan kita amalkan yang terbaik demi warga Kuala Lumpur, warga Wilayah Persekutuan. Yang Berhormat Menteri, saya ingin menyentuh Butiran 01901 – Rancangan Tempatan. Saya mohon, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan cadangan untuk melibatkan orang awam dalam proses perbincangan mengenai draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2040. Adakah kita boleh menyelesaikan masalah-masalah seperti Taman Rimba Kiara dan Institut Kesihatan Umum dalam Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2040 ini? Saya ingin bertanya di bawah Pembangunan 32, Butiran 03000 – Kompleks Perniagaan dan Pasar di mana ada peningkatan yang mencecah RM30.7 juta. Untuk di kawasan Lembah Pantai, kita lihat ada beberapa tempat pasar dan juga kompleks perniagaan seperti Bazaria Pantai dan juga pasar di Taman Sri Sentosa yang mana daripada segi kalau boleh diberikan sedikit perhatian untuk memastikan kemudahan prasarana di situ ditambah baik di Taman Sri Sentosa sebagai contoh, sering kali berlaku masalah bilik air warga emas tidak dapat hendak guna bilik air sebab constantly ia ada problem. Saya harap dapat diberikan pertimbangan dan dalam masa yang sama, memandangkan kawasan di PPR Kerinchi Yang Berhormat Menteri pun datang pada 14 November yang lalu, melihat sendiri keadaan bila masa pada malam yang ada pasar malam, jalan tersebut sangat sesak. Bolehkah kita pertimbangkan dibina satu kawasan kompleks perniagaan ataupun pasar di kawasan Kampung Kerinchi untuk memudahkan warga khusus di kawasan Kampung Kerinchi dan Pantai Dalam. Saya juga ingin menyentuh Butiran 04001 – Penyenggaraan Perumahan. Ini sangat penting memandangkan isu keselamatan bagi kawasan PPR telah dibangkitkan sebelum ini bila masa seorang anak muda bernama S. Sathiwaran telah terbunuh bila sebuah kerusi jatuh terkena kepala beliau pada awal tahun ini di PPR Seri Pantai. Namun sehingga hari ini kita belum saksikan usaha untuk memastikan kawasan- kawasan PPR selamat sama ada dengan pembinaan jaring-jaring keselamatan ataupun yang telah diusahakan sebelum ini. Saya mohon Yang Berhormat Menteri berikan sedikit panduan dan penjelasan tentang perkara ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Arau. Ini pembahas yang terakhir. Selepas ini, kita minta Menteri untuk menjawab.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

[Bangun]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Oh! Ada satu lagi. Ya, baik. Silakan Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi, kalau orang kuat baca buku, dia panggil apa Tuan Pengerusi? Dia panggil ‘ulat buku’ bukan? Orang selalu duduk di Parlimen orang panggil apa? Yang Berhormat tidak tahu tidak apa. Saya pun tidak tahu. Takkan kita hendak kata ulat Parlimen ya. Jadi terima kasih Tuan Pengerusi beri peluang untuk saya berbahas. Ini kepada Yang Berhormat Menteri, orang yang paling lantang semasa menjadi pembangkang dulu, berhujah, kalau tanya soalan, sebelum dapat kebenaran, sudah bercakap.

Akan tetapi, hari ini kami baik-baik. Kami lagi tidak dapat kebenaran, kami tidak bercakap. Jadi saya harap Yang Berhormat bila berada di sana, Yang Berhormat jadilah kerajaan, Menteri. Menteri yang berwibawa dan hebat, sudah pasti Yang Berhormat akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mampu untuk memberi kesejahteraan kepada minda-minda yang mendengar. Jadi, saya harap kalau Yang Berhormat bila bercakap tentang Wilayah Persekutuan ini, Yang Berhormat ada fakta Yang Berhormat bercakap. Kalau ada sekiranya mana-mana pihak yang buat tidak betul, tidak ada masalah, kita ambil tindakan. Akan tetapi, yang paling penting sekarang ini ialah saya hendak sebut sini Yang Berhormat paling bernasib baik. Malah, keluarga Yang Berhormat juga bernasib baik. Dulu abang jadi Menteri Wilayah, sekarang adik juga Menteri Wilayah. Sudah pasti ada kesinambungan pemikiran yang mampu untuk memberi sesuatu impak yang luar biasa kepada Kementerian Wilayah Persekutuan. Yang Berhormat, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi. Orang baru ini yang saya rasa layak jadi Menteri. Akan tetapi, kenapa bila hendak jadi Menteri? Cukup berwibawa. Mungkin Yang Berhormat tidak lama lagi dapat jadi Menteri. Akan tetapi, yang saya hendak sebut di sini ialah saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa kita tidak ada satu akta khas atau undang-undang yang akan dimaktubkan bahawa sesuatu kawasan itu tidak boleh disentuh sampai hari kiamat. Kita belum ada, tetapi negara- negara lain sudah ada. Malah kerajaan negeri pun tidak ada. Saya pernah masa memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perlis dahulu, saya memasukkan perkara ini dalam keputusan Exco bahawa ianya tidak boleh disentuh sampai selagi ada bulan dan matahari, sampai begitu. Akan tetapi saya tahu bahawa keputusan Exco itu hanya keputusan Exco. Akan tetapi, kalau sudah Exco lain yang datang untuk merubahnya, maka terubah lah dia. Demikian juga kalau kita tidak ada satu akta khas untuk membolehkan supaya kawasan lapang ini tidak disentuh sampai bila-bila, kita akan ada masalah. Jadi saya rasa Lake Garden ataupun Taman Botani sebab saya masih menggunakan bahasa yang lama sebagai Lake Garden. Oleh sebab dulu masa saya datang sini pada tahun 1971 dulu, tahun 1970 dulu saya berjumpa dengan Lake Garden. Jadi sekarang pun saya masih berjumpa dengan Lake Garden. Jadi, ini sudah pasti ada pemikiran untuk mana-mana pihak memikirkan dan membangunkan kawasan ini untuk mendapat keuntungan yang cepat. Yang Berhormat, Yang Berhormat jadikanlah ini adalah satu perjuangan bahawa kawasan ini tidak disentuh. Macam kalau di London, Hyde Park. Saya rasa Hyde Park saya tidak tahu. Mungkin ada termasuk dalam akta tertentu ia tidak akan disentuh. Pembangunan akan berlaku di sekeliling Hyde Park, tetapi Hyde Park tidak disentuh dan semua orang pergi ke sana tahu di mana ada Hyde Park. Biar orang-orang datang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini, dia tahu di mana Lake Garden. Kita Ahli Parlimen sudah pasti tempat ini adalah tempat yang cukup penting kerana selepas habis bagi mereka yang ingin menjaga diri dan kesihatan masing-masing, sudah pasti selepas Parlimen, kita boleh pergi ke sana bersama-sama dengan orang ramai untuk beriadah di sana. Jadi Yang Berhormat, saya cadangkan supaya diwujudkan satu akta yang tidak boleh disentuh ataupun disyaratkan mesti mendapat dua pertiga daripada kelulusan Parlimen sebelum dibuat apa-apa perubahan. Kawasan daripada Tugu sampai ke kawasan Bukit Aman masuk sampai ke Masjid Polis, kemudian pergi ke Masjid Negara sampailah kawasan sekitarnya biarlah dia jadi kawasan yang tidak boleh disentuh. Oleh sebab sudah ada pembangunan di sekelilingnya. Yang Berhormat, Yang Berhormat mungkin pergilah sekali skala. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat selalu pergi, Yang Berhormat akan melihat sesuatu yang cukup luar biasa di sana. Tadi Yang Berhormat Lembah Pantai ada menyebut satu pokok yang berumur 80 tahun. Akan tetapi, Yang Berhormat juga kena tengok ada pokok-pokok yang bernilai RM80 ribu sepokok yang dibeli dan pokok itu nampak tidak cantik daripada jauh, macam pokok biasa. Saya pun tengok tidak cantik, bila dia bagi tahu kata harganya RM80 ribu cepat-cepat saya ambil gambar dan masuk dalam Facebook terus. Menunjukkan bahawa di sana banyak benda yang unik, pokok-pokok di seluruh dunia dibawa ke sana dan ianya merupakan tempat yang cantik untuk kita beriadah. Oleh sebab kawasan ini juga agak sempit sekarang, kita terpaksa berselisih antara satu dengan lain bila kita beriadah. Cuma Yang Berhormat kalau boleh tolong lihat bagaimana hendak mengatasi masalah nyamuk sebab kadang-kadang kita beriadah terlajak sampai waktu maghrib dan nyamuk Aedes ini suka darah orang waktu maghrib. Jadi, agak banyak di sini. Jadi, bagaimana Yang Berhormat hendak selesaikan itu ialah yang terbaik. Keduanya, saya sudah minta lama sudah. Kalau di Perbadanan Putrajaya, Lake Putrajaya kita lihat ia telah dirancang dengan begitu baik. Yang Berhormat kita berjalan lebih kurang setengah kilometer, kita akan jumpa bilik air. Setengah kilometer, kita akan jumpa bilik air. Kita ada surau sepanjang perjalanan daripada masjid ke Alamanda sebagai contoh. Cukup cantik. Cuma baru-baru ini bila berlaku masalah tasik itu makin cetek, ia telah diperbaiki. Semua sudah cantik Yang Berhormat, yang saya hendak tanya Yang Berhormat ini ialah apakah kita hendak ada satu akta khas supaya tempat ini tidak disentuh? Cuma saya tersentuh hati hendak sebut, kenapa dirancang rumah dibina terlampau dekat dengan tasik? Sepatutnya tasik ini di biarlah kawasan orang ramai. Kalau rumah dibina terlampau dekat, ia merupakan masalah. Ini ialah di Putrajaya. Akan tetapi di Lake Garden ini, hat yang itu saya hendak cakap. Saya akan bercakap, ada beberapa tajuk yang penting saja seperti Beting Patinggi Ali, Lake Garden. Jadi saya bagi perhatian kepada perkara ini supaya orang boleh melihat bahawa benda itu penting untuk diberi perhatian. Yang Berhormat, fasal penjualan tanah. Saya bersetuju, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai bahawa sudah sampai masanya kita complained dulu fasal penjualan tanah, land swap dan sebagainya. Sekarang ini Yang Berhormat, tanah kalau kita sudah bagi dia bukan makin bertambah. Tidak ada tanah yang bertambah, yang kita tahu bahawa tanah semakin kurang. Jadi, Wilayah Persekutuan sekarang ini semakin kurang tanah. Bila Menteri Kewangan menyebut bahawa kita akan menjual tanah itu mendapat hasil pendapatan, pemikiran saya hanya tertumpu kepada Wilayah Persekutuan di mana tanah bernilai tinggi. Jadi Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat isytiharkan bahawa mulai pada hari ini kita akan menghentikan ataupun seperti yang Sarawak buat, mengharamkan pembalakan. Yang Berhormat kata mulai pada hari ini, kita akan haramkan semua penjualan tanah serta- merta. Kalau Yang Berhormat buat macam itu Yang Berhormat akan menjadi Menteri yang cukup popular dalam dunia. Akan tetapi, sudah pasti Yang Berhormat tidak berani berbuat demikian. Semasa jadi pembangkang dulu berani dia sebut, sudah jadi kerajaan sudah pasti kurang berani sedikit. Oleh sebab itu perangai manusia yang berkuasa, belum ada kuasa dia hebat, tetapi bila ada kuasa dia kurang sedikit, takut sedikit. Jadi Yang Berhormat kalau boleh, kita hentikan serta-merta penjualan tanah ataupun land swap. Kalau kita hendak buat apa pun, biarlah menjadi perbincangan terbuka sebab ini tanah makin kurang di Wilayah Persekutuan. Saya sebagai orang yang pernah jadi pegawai kerajaan yang bekerja di KPTG dulu, saya mengetahui benda ini. Akan tetapi, saya bersyukur saya satu sehelai tanah pun saya tidak minta semasa- walaupun saya memegang jawatan di sana. Balik kepada tajuk ini balik Yang Berhormat, pastikan Yang Berhormat memegang kata-kata bahawa tanah di Wilayah Persekutuan tidak akan dijual lagi. Keduanya Yang Berhormat, kita lihat di bawah jalan-jalan jambatan seperti Yang Berhormat Labuan sebut tadi, RM4 juta. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat, duit wang rizab Wilayah Persekutuan yang saya tidak pasti jumlahnya tetapi saya agak-agak RM3 bilion setahun ke mana perginya? Kenapa Yang Berhormat minta duit daripada kerajaan padahal Wilayah Persekutuan mempunyai wang rizab hampir RM3 bilion setahun yang tidak dimasukkan dalam perbelanjaan? Jadi, bagaimanakah perbelanjaan wang rizab tersebut dibuat? Kita tahu ianya mungkin dikhususkan kepada projek-projek kecil dan sebagainya. Akan tetapi RM3 bilion. Jumlah peruntukan kementerian Yang Berhormat adalah RM1.2 bilion tetapi wang rizab ini RM3 bilion Yang Berhormat. Jadi, kenapa RM4 juta ini kita hendak minta kepada kerajaan? oleh sebab Yang Berhormat boleh belanja sampai dekat RM3 bilion.

Jadi saya ingin bertanya, bagaimanakah cara perbelanjaan wang rizab tersebut dibuat dan adakah wang rizab itu dibelanjakan habis pada tahun tersebut ataupun disimpan untuk dibawa pada tahun hadapan. Jadi saya ingin bertanya, pada tahun ini berapa banyak kah wang itu yang masih berada dengan kementerian dan bagaimana ianya dibelanjakan dan akhir sekali...

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa dah tamat dah.

Ha! Masa dah tamat. Boleh sikit akhir sekali?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sikit lagi.

Okey, akhir sekali nak minta Yang Berhormat Menteri sat, sat. Yang Berhormat Menteri, saya minta sekali lagi Yang Berhormat Menteri supaya melihat apa Yang Berhormat Menteri cakap dahulu tentang menuduh kerajaan dahulu menjual tanah, membina kondo dan sebagainya. Kita nak dengar pada hari ini, Yang Berhormat Menteri akan menyebut, kita akan mengharamkan semua benda itu tapi memberi perhatian kepada kesejahteraan warga Wilayah. Saya nak sebut yang terakhir sekali ialah tentang kemiskinan bandar, Yang Berhormat Menteri. Bagi perhatian sebab kalau kemiskinan di kampung, masih boleh cari makan. Ada beras dan sebagainya tapi bila kemiskinan di bandar, ianya merupakan tekanan yang cukup hebat. Yang Berhormat gunakanlah, kalau boleh wang rizab tersebut untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di bandar. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Batu dan yang terakhir diikuti oleh Yang Berhormat Tebrau. Sila Yang Berhormat Batu.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Okey, okey. Sekejap. Saya sangat kagum mendengar perbahasan rakan saya, Yang Berhormat Lembah Pantai dengan rakan di sebelah sana, Yang Berhormat Arau, di mana mereka bagi tahu pasal pokok yang begitu mahal dan berumur lebih daripada 20, 30 tahun tetapi apa yang mengejutkan saya adalah jika didapati pihak individu yang menebang pokok tersebut, dia diberikan kompaun sebanyak RM2,000. Akan tetapi bagi saya, itu adalah tidak mencukupi. Tidak memberi satu kesan kepada pihak individu yang tebang pokok. So, saya ingin mencadangkan untuk meningkatkan kompaun yang diberi kepada pihak yang menebang pokok supaya dia takut untuk menebang pokok pada masa yang akan datang dan saya ingin terus kepada Butiran 03000 – Kompleks Perniagaan dan Pasar. Di kawasan saya, mempunyai empat pasar borong iaitu Pasar Borong Baru, Pasar Selayang, Pasar Sentul dan Pasar Pekan Batu. Pasar-pasar ini adalah antara faktor menjana ekonomi di kawasan Parlimen saya dan terdapat dua pasar yang mempunyai satu masalah yang turut berlaku selama 20 tahun dan ke atas, iaitu Pasar Pekan Batu dan Pasar Sentul. Pasar Sentul ini adalah satu pasar yang paling lama di Wilayah Persekutuan dan sampai sekarang tiada apa-apa pembangunan yang berlaku dalam pasar itu. So, saya harap Yang Berhormat Menteri kita untuk baik hati dan membangunkan Pasar Sentul agar menyenangkan penduduk-penduduk di kawasan sana dan juga meningkatkan job opportunities, dengan izin, dalam golongan belia di kawasan saya dan juga di pasar borong lama yang telah dirobohkan dua tahun lalu dan sampai sekarang tiada apa- apa pelan yang telah diadakan dan pihak Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan, bila pembangunan ini akan berlaku dan juga saya mencadangkan bahawa memanggil persatuan- persatuan penjaja di sana dengan Ahli Parlimen dan DBKL untuk duduk dan discuss dengan izin, pelan pasar supaya ia membawa satu kebaikan kepada penjaja di sana. Juga terdapat dalam bancian saya sendiri dengan ahli-ahli pejabat saya, Pasar Borong Selayang ini mempunyai pelbagai masalah daripada dahulu sampai sekarang seperti warga asing dan kebersihan. Dalam bancian saya, terdapat 700 penjaja di sana dan ramainya orang Melayu. Orang Cina kurang daripada 10 persen, orang India satu penjaja sahaja. So, saya harap pihak Yang Berhormat Menteri untuk memberi peluang kepada orang India dan juga orang Cina di kawasan sana untuk membahagikan segmen-segmen penjaja di sana dan terus kepada Butiran 04002 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Saya ingin mengetahui, apakah program yang diadakan di bawah Kementerian Wilayah dan juga terus kepada Butiran 08000 – Baik pulih Sungai. Terdapat banyak sungai di kawasan Parlimen saya iaitu Sungai Nanyang, Sungai Wahyu dan sungai di Selayang. Terdapat pencemaran yang berlaku di Sungai Nanyang dan Sungai Wahyu akibat kerana pencemaran yang berlaku di Pasar Selayang yang tanpa control, dengan izin. Terdapat tak ada filtration system. So, ini membawa kepada pencemaran yang terlalu teruk bagi penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Taman Wahyu dan juga sungai itu adalah satu contribution- river of life. So, saya ingin menekankan di sini bahawa supaya DBKL mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang membuang sampah dalam sungai-sungai, especially di Pasar Selayang. Juga Butiran 030500 – Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Adakah TOL-TOL yang sebelum ini yang tidak memberi kepentingan kepada rakyat akan dibatalkan? Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Perbahasan saya pendek sahaja kerana saya bukan dari Wilayah Persekutuan tetapi kerana ada sidang Parlimen, hari-hari di Wilayah. Jadi, perbahasan saya adalah mengenai Butiran 020300 – Perbandaran Putrajaya. Ini saya nak sentuh adalah parkir. Tempat parkir di luar bangunan di Putrajaya amat mengecewakan kerana itu bukan satu tempat yang di tar. Ini bukan bagi satu gambaran yang baik. Saya berharap Yang Berhormat Menteri Wilayah ambil tindakan supaya parkir, tempat parkir di luar dinaiktarafkan, di tar dengan betul-betul supaya imej Putrajaya akan ditingkatkan. Lagi satu adalah Butiran 030300 – Perancangan Bandar dan Desa. Ada tempat di Wilayah yang masih adalah tempat perkampungan. Jadi, di sini saya ternampak kerana saya malam-malam saya melalui Datuk Keramat, adalah tempat yang masih tidak nampak teratur. Tidak tahu ada perancangan kerajaan untuk menyediakan atau tempat-tempat untuk penjaja- penjaja supaya kawasan, walaupun adalah tempat perkampungan tetapi ia akan nampak lebih teratur. Lagi satu adalah di Petaling Street, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan juga di Bukit Bintang. Tidak tahu macam mana kerajaan boleh membaiki imej kerana kalau sekarang, berbanding dengan pada zaman yang lepas iaitu 70-an ke 80-an, tempat ini adalah dikunjungi oleh warga Malaysia tetapi sekarang tempat-tempat ini nampaknya lebih banyak dikunjungi oleh pekerja asing pada malam dan juga hujung minggu. Jadi, kerana Kuala Lumpur adalah ibu kota negara kita, imej kena dijaga supaya budaya Malaysia adalah budaya yang akan ditunjukkan kepada pelancong-pelancong dari negara asing. Ini sahaja perbahasan saya, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, seramai tujuh Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas dan sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjawab. Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHMenteri Wilayah Persekutuan · Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah bertanya. Pertama yang bertanya adalah daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya baca sahaja jawapan yang disiapkan, lepas itu kalau saya tidak puas hati dengan jawapan ini, saya tambah sendiri lah ya. Yang Berhormat Permatang Pauh minta Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjelaskan rasional pewartaan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020. Untuk makluman Yang Berhormat Permatang Pauh, Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang diwartakan pada 31 Oktober 2018 adalah bertujuan untuk melaksanakan satu sistem perancangan bandar yang lebih telus dan teratur di dalam memandu pembangunan di Kuala Lumpur. Seperti yang saya jelaskan di Dewan ini sebelum ini, isu pelanggaran ketetapan zon guna tanah dan ketetapan intensiti pembangunan dalam kelulusan permohonan kebenaran perancangan yang berlaku sewaktu pentadbiran dahulu tidak akan dapat diselesaikan dengan tindakan tidak mewartakan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur. Malahan, ianya berlaku oleh kerana ianya tidak diwartakan terlebih dahulu seperti mana yang sepatutnya. Kelulusan kebenaran perancangan tersebut telah dibuat mengikut prosedur dan undang-undang yang betul mengikut- kerana sebelum ini tidak diwartakan, banyak pembangunan yang berlaku. Walaupun tidak diwartakan, ada proses-proses dan prosedur- prosedur. Maka, dia ikut peraturan dan prosedur dan undang-undang yang betul walaupun ianya mungkin keputusan perancangan yang kurang baik. Kementerian Wilayah Persekutuan mempunyai dua pilihan dalam menangani isu keputusan perancangan yang kurang baik ini. Pilihan pertama adalah berunding semula dengan pihak pemaju yang terlibat bagi meminda kelulusan yang telah diberikan itu dengan mengubah kegunaan tanah atau menurunkan intensiti pembangunan. So, that’s one option ya. Manakala pilihan kedua ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga boleh menimbangkan untuk meminda atau membatalkan kelulusan perancangan tersebut berdasarkan peruntukan seksyen 25, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Namun, dalam pelaksanaan kedua-dua pilihan ini, DBKL terdedah kepada bayaran pampasan kepada pemaju yang terlibat. Oleh itu, kementerian telah memilih untuk mengambil pilihan pertama kerana implikasi kewangannya yang lebih rendah berbanding pilihan kedua. Pilihan kedua itu total cancellation. Pilihan pertama ialah kita runding dengan pemaju supaya kita ubah baliklah yang dia punya kebenaran merancang...

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Supaya ianya dikurangkan dari segi dia punya scale of development.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Boleh saya habiskan jawapan ini ya? Kita perlulah memandang ke hadapan. Dengan pewartaan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 ini, kita akan dapat memastikan kesemua keputusan-keputusan pertimbangan ke atas permohonan perancangan selepas 9 Mei 2018 merupakan keputusan perancangan yang lebih bijaksana selaras dengan prosedur kerjaya yang telus bertepatan dengan peruntukan undang-undang serta lebih sistematik ya. So, dia ada dua isu yang mana yang Yang Berhormat Lembah Pantai timbulkan.

Yang Berhormat Permatang Pauh timbulkan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Pertama ialah pewartaan.

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Pewartaan ini kita kena buat kerana kalau kita tidak buat pewartaan, maka masalah yang berlaku terhadap Taman Rimba Kiara boleh berlaku di tempat lain sekali. So, jangan kita, oleh kerana kita nampak satu kawasan, maka kita fikir keputusan kita atas kawasan itu semata-mata. Kita kena fikir kepentingan seluruh Kuala Lumpur supaya tidak akan berlaku perubahan, pindaan dan pembangunan sesuka hati. Itu pertama. Soalan yang kedua ialah mengenai Taman Rimba Kiara iaitu kenapa tidak sahaja dibatalkan. Saya rasa seperti mana yang dinyatakan Yang Berhormat Lembah Pantai, pihak...

Yang Berhormat Permatang Pauh.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Oh! Maaf. Yang Berhormat Permatang Pauh.

Lembah Pantai yang berdiri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Lembah Pantai berdiri tanpa izin. Sila duduk...

[Dewan ketawa]

Yang Berhormat Menteri dah selesai jawab tadi. Yang Berhormat Menteri kata lepas jawab tadi.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey. Okey. So, ada two choices and we had made our first choice. Ia tidak mudah pasal benda ini dah dibawa ke mahkamah dan dalam mahkamah telah menyatakan bahawa Development Order atau Perintah Pembangunan itu adalah sah dari segi undang-undang. Maknanya kalau kita hendak batalkan, memang kita kena bayar. Bukan sekadar ganti rugi atau pun sekadar apa yang telah dibelanjakan tetapi mungkin apa yang kita khuatir ialah lebih daripada itu. Setelah kita selesaikan bayaran kepada pemaju, dengan izin, we are still left with the problem of penduduk atau pun resident yang duduk di rumah panjang. Itu pun kita nak kena keluarkan duit untuk hendak selesaikan. So, ini merupakan satu perbelanjaan yang kita merasakan tidak wajar kerana banyak lagi kegunaan untuk duit tersebut. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan juga Tuan Pengerusi. Saya hargai. Saya fikir keputusan untuk mewartakan pelan draf itu memang penting untuk ke depan supaya kita boleh melindungi pemetaan dan kegunaan tanah di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur. Isunya sekarang ialah kerana saya sendiri telah terlibat dalam proses bantahan. Saya pergi saya pertahankan bukan sahaja kawasan hijau di Bukit Gasing tetapi antaranya juga Taman Rimba Kiara kerana dalam proses pewartaan itu, banyak kawasan yang sepatutnya menjadi kawasan tanah lapang telah diberikan kelulusan untuk dibangunkan- oleh siapa? Oleh Datuk Bandar dan mereka yang duduk di atas Yayasan Wilayah Persekutuan. So, clearly conflict of interest, you know. Dekat dalam mana-mana bandar di negara-negara lain, mungkin mereka ini yang sepatutnya didakwa di mahkamah kerana memang- how can? Dia patut jaga kegunaan tanah. Jadi, sementara saya setuju dengan pewartaan, adakah boleh diambil kira dengan serius kawasan-kawasan kontroversial? Ini kerana dalam bantahan bukan semua dibantah. Isunya Taman Rimba Kiara, Bukit Gasing- kebanyakan buffer zone ya yang...

Bukit Persekutuan.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Ya. Bukit Persekutuan ya. Yang Berhormat Lembah Pantai, terima kasih. Kawasan-kawasan ini sejak daripada awal, kita tahu, tidak sepatutnya diwartakan mengikut kehendak pihak komersial. Maksudnya, semasa pewartaan itu, every demand made by the commercial entities diluluskan. Sedikit sahaja, Yang Berhormat. Terima kasih. Saya hargai. Jadi pada saya, dari segi dua opsyen tadi, saya faham dari segi pampasan. Mungkin proses yang penuh dengan masalah daripada peringkat awalnya ini, adakah kemungkinan daripada pihak kementerian untuk go back to the earlier bit? Saya setuju pewartaan tetapi ada beberapa areas whereas it is controversial dari segi kelulusan itu tidak boleh lah kita terima because patutnya mereka harus bertanggungjawab. Terima kasih.

Kalau boleh sebelum Yang Berhormat Menteri...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yes, very quickly. Pewartaan itu tidak menghalang saya sebagai Menteri Wilayah dan pihak DBKL, Datuk Bandar untuk mewartakan kembali. Pasal kita kena faham bahawa proses pewartaan, ianya bukanlah satu perkara yang menyebabkan ianya cast in stone. Akan tetapi kalau kita hendak wartakan kembali, dia ada prosedur dia. Di PBT-PBT yang lain selain daripada Kuala Lumpur, banyak dia punya town plan dia semua telah pun diwartakan. Macam di Ipoh, Shah Alam, semua diwartakan tetapi ada prosedurnya yang mana setelah diwartakan kerana untuk tempoh 10 tahun ada perubahan-perubahan yang menyebabkan perlu ada perubahan, maka akan ditentukan kawasan yang dimaksudkan dan diwartakan kembali, dilakukan pindaan kepada pewartaan itu. So, ianya tidak merupakan masalah. Apa yang menjadi penghalang sekarang ini, itulah yang saya sebutkan tadi, sama ada saya ambil pilihan yang pertama atau pun pilihan yang kedua. Saya cukup khuatir ya kalau saya membatalkan perintah pembangunan ini atau pun Development Order ini, maka pemaju dia boleh tuntut bukan sekadar duit yang dia belanja tetapi dia pun boleh tuntut a loss in profit. Kalau loss in profit, ini projek yang bernilai RM3 bilion, so the loss in profit can be quite substantial. Pada masa yang sama, Yang Berhormat Permatang Pauh, kita telah setuju untuk tubuhkan Joint Committee untuk kita bincang bersama untuk cuba hendak cari penyelesaian yang terbaik.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bagi saya pandangan saya tetapi I’m still open to suggestions based on the discussion dan hujah-hujah yang akan dikemukakan adalah lebih baik kita kurangkan supaya pembangunan itu dihadkan atas the footprint, the current footprint of the long houses. Maknanya yang rumah panjang itu dia duduk atas tanah seluas 4.2 ekar. So, development yang sudah dibenarkan adalah 12 ekar. So, mungkin kita boleh runding, kita boleh tambah sedikit untuk apartment dan sebagainya. Mungkin kita pakai lima ekar.

[Bangun]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Maknanya 4.2 ekar daripada rumah panjang yang sedia ada dan satu ekar tambahan dan kita boleh selesaikan. Maknanya kita tidaklah kehilangan. Maka bererti perjuangan Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Permatang Pauh terlibat dalam hendak menyelamatkan kawasan lapang itu telah tercapai walaupun bukanlah 100 peratus tetapi mungkin 80 peratus. Duit yang dijimatkan oleh Dewan Bandaraya dalam keadaan itu sebanyak beratus juta itu boleh diguna pakai untuk membangunkan taman-taman yang lain dan sebagainya daripada kita bayar kepada developer dan still stuck with the problem. Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terima baik jawapan daripada Yang Berhormat Menteri bila masa menegaskan bahawa akan diwujudkan satu jawatankuasa untuk meneliti perkara ini. Saya rasa ini adalah satu langkah yang progresif yang membantu. Pada masa yang sama, kita perlu lihat perbezaan di antara penyelesaian yang birokratik, penyelesaian yang mengikut lunas undang-undang sahaja dan pada masa yang sama kita perlu lihat kepada apa yang kita anggap sebagai keperluan mengambil dengan izin, morale leadership. Kalau di peringkat persekutuan, di peringkat satu seluruh negara kita nampak the bad deals, the worst deals seperti contohnya isu Goldman Sachs dalam kes 1MDB. Kita minta terang-terang, kita minta dia pulangkan balik USD600 juta lebih itu. Terang-terang kita sebut. Yang Berhormat Port Dickson telah sebut, Yang Berhormat Bagan telah sebut dan akhirnya mereka ada political pressure untuk mereka pulangkan. Saya rasa bagi sesetengah kes termasuklah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, termasuklah yang telah saya bangkitkan tadi. Yang Berhormat Menteri, saya harap boleh diberikan pertimbangan yang khusus bahawa ini adalah kes-kes yang mana kami sendiri mempunyai mandat yang sangat jelas daripada warga Lembah Pantai, warga Segambut, warga Kepong, warga Kuala Lumpur, Yang Berhormat Menteri. Saya percaya Yang Berhormat Menteri faham dan saya dan rakan- rakan, Ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur sedia untuk membantu dalam proses ini kerana ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk seluruh, bukan sahaja seluruh Kuala Lumpur tetapi memandangkan dari segi perancangan bandar akan berada di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Maka ini mungkin kita boleh jadikan sebagai precedent untuk merungkai masalah-masalah di masa hadapan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih. Saya rasa dalam kes yang kita berikan itu kes Goldman Sachs, kesnya adalah jelas. Dia terlibat dalam meluluskan satu pinjaman ataupun pendahuluan kewangan yang jelas diketahui oleh...

Sama juga apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Menteri Wilayah sebelum ini- I mean ada conflict of interest di situ dan itulah yang saya sebutkan tadi that is the morale leadership that we need, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, itu sudah dibawa ke mahkamah. That case had been brought to court, our case. Kita sudah bawa ke mahkamah dan kita mengatakan bahawa atas dasar ini, dasar ini, dasar ini, maka ia tidak betul tetapi the court sudah putuskan ia tetap merupakan satu Development Order yang sah. So, I mean bila mahkamah sudah kata it is the Development Order yang sah, bila kita batalkan seperti mana yang boleh, maka kita kena bayarlah. Saya ingat tidak apa, kita sudah ada dia punya jawatankuasa itu. Kita cuba bincang dalam jawatankuasa. Jawapan kepada selepas Yang Berhormat Permatang Pauh tadi ialah Yang Berhormat Pontian. Pusat Pentadbiran Putrajaya, adakah pembangunan di Putrajaya telah selesai. Fasa pembangunan Putrajaya adalah seperti berikut: (i) infrastruktur jalan raya – 100 peratus; (ii) tasik dan wetland – 100 peratus; (iii) kediaman yang siap – pelan yang dirancangkan adalah sebanyak 65,000 yang siap 31,000. So, masih ada lebih daripada 50 peratus; (iv) pejabat kerajaan – 2.18 juta meter persegi yang siap dan 505,000 meter persegi dalam pembinaan. Hanya Kompleks F dalam pembinaan dan akan siap pada tahun 2019; dan (v) pejabat swasta dan komersial – 500,000 meter persegi siap daripada empat juta meter persegi yang dirancang. Maknanya pembangunan di Putrajaya belum lagi selesai malahan kita sekarang ini pun kita sedang pertimbangkan untuk hendak hidupkan kembali projek LRT atau mungkin monorel dan ini sedang dikaji. Kedua, Pusat Pentadbiran Putrajaya, anugerah-anugerah antarabangsa yang telah diterima. Anugerah yang dicapai adalah seperti berikut: (i) pengiktirafan Wetland Putrajaya setelah operational demonstration site of ecohydrology programme, UNESCO’s International Hydrological Programme, dengan izin; (ii) Environmentally Sustainable Project by The International Awards for Livable Communities 2012, (iii) ASEAN Environmentally Sustainable Cities – Mesyuarat Menteri- menteri Luar ASEAN 2017; dan (iv) ASEAN Clean Tourist City Standard 2017. Pembangunan Landskap- saya minta maaf saya tidak boleh hendak ikut turutan soalan-soalan yang dikemukakan kerana jawapan pun tidak ikut turutannya. Pembangunan Landskap Kuala Lumpur, DBKL sentiasa mementingkan persekitaran hijau di Kuala Lumpur seperti pocket park, tepian jalan dan median jalan sebagai tumpuan pelaksanaan di samping di kawasan pusat-pusat pelancongan. Landskap dinaik taraf melalui Projek River of Life and Heritage Trail. Di samping itu kawasan-kawasan yang usang di lorong belakang di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling telah dinaik taraf dan mendapat sambutan yang baik daripada pelancong dan penduduk setempat. Oleh itu DBKL telah menggembleng peningkatan landskap serta place a making untuk mengembalikan kesejahteraan bandar. Ini dapat dilihat melalui ranking ke-10 among the world most visited cities according to Euromonitor International dalam 100 Top City Destinations Ranking pada 2017. Kuala Lumpur is ranked the seventh most visited in the world by Mastercard 2018 Global Destination Cities Index. Pengurangan bajet di bawah Butiran 04001 daripada RM40.6 juta kepada RM11 juta. Permohonan awal untuk Butiran 04001 adalah sebanyak RM30 juta. Walau bagaimanapun, kelulusan yang diterima adalah sebanyak RM11 juta. Pengurangan ini ditampung dari sumber dalaman DBKL yang semakin berkuranganlah. Sejak tahun 2011 hingga 2018, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM444.1 juta yang melibatkan 629 projek penyelenggaraan perumahan. Ini banyak repair lif dan sebagainya dan DBKL memang membantu kita. Perhimpunan aman di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012...

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Menteri Dalam Negeri boleh mewartakan mana- mana tempat sebagai tempat perhimpunan awam. DBKL sebagai pemilik boleh memberi persetujuan untuk menggunakan tempat perhimpunan awam bagi maksud tempat perhimpunan bagi maksud perhimpunan tetapi biasanya kita akan ambil kira juga pandangan daripada pihak polis kerana mereka jugalah yang bertanggungjawab untuk menjamin keselamatan. Dalam kes perhimpunan yang ingin diadakan pada 8 Disember seperti mana juga pada 2 Disember memang kita telah benarkan. Ini tidaklah merupakan satu masalah.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

... [Ketawa] Bilangan RUMAWIP yang telah siap dan dalam pembinaan. Status terkini bagi RUMAWIP yang telah siap 9,254 unit dengan 17 projek. Dalam pembinaan sebanyak 23,256 unit dengan 36 projek. Manakala projek RUMAWIP yang telah dikeluarkan perintah pembangunan sebanyak 23,464 unit dengan 36 projek lagi. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, program RUMAWIP akan diteruskan oleh kerajaan dengan penambahan beberapa perkara yang diperlukan bagi memenuhi keperluan rakyat yang benar-benar memerlukan perumahan khususnya bagi golongan M40. Ini memang dia target golongan yang middle income kerana yang PPR dan PA adalah untuk golongan yang B40 dan pendapatan yang rendah.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, penyelenggaraan dan kemudahan awam dilaksanakan apabila tiada peruntukan pada tahun 2019. Butiran di bawah B.32 sebanyak RM65 juta yang diberikan untuk penyelenggaraan awam pada tahun 2018 telah dipindahkan butirannya ke Butiran B.11 di bawah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya kepada Wilayah Persekutuan sebanyak RM36 juta. Itu sebab kita nampak ada kosong sebab ia jadi kosong ialah kerana ia diklasifikasikan kembali ya. Bagi kemudahan awam yang lain, pembiayaan akan diperoleh menerusi sumber dalaman pihak berkuasa tempatan iaitu DBKL atau Perbadanan Putrajaya ataupun Perbadanan Labuan. Latihan keusahawanan untuk atasi kemiskinan bandar, untuk makluman Yang Berhormat program ini adalah berkaitan dengan peruntukan di bawah KPKT. Yakni sekarang ini oleh kerana ia diletakkan dalam ini kerana dulu soal kesejahteraan bandar diletak di bawah Kementerian Wilayah tetapi kemudiannya dipindahkan kepada KPKT. Program AZAM Bandar dilaksanakan oleh kementerian di mana latihan keusahawanan disediakan untuk kumpulan miskin bandar di seluruh Malaysia. Matlamat program ini untuk meningkatkan kemahiran kumpulan B40 supaya mampu mengusahakan perniagaan sendiri untuk meningkatkan pendapatan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama NGO dan pada tahun ini RM8 juta di peruntukkan untuk melatih 500 orang peserta. Pada tahun 2019 pula, RM10 juta diperuntukkan untuk melatih 600 orang peserta. Projek River of Life ketika ini telah mencapai 84 peratus pelaksanaannya dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2020. Pusat pentadbiran Putrajaya ciri-ciri bandar pintar. PPJ telah menyiapkan Blueprint Smart Putrajaya bagi tahun 2018-2023. Blueprint ini akan dijadikan sebagai pandu arah kepada tindakan akan datang. Perkhidmatan bas Nadi Putra. PPJ memperuntukkan RM5 juta untuk tujuan penyelenggaraan bas. Syarikat Nadi Putra akan menambah bas elektrik di masa hadapan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Kita memberikan subsidi kepada syarikat Nadi Putra ini kerana dia mengenakan caj sebanyak hanya 50 sen sedangkan kalau difikirkan dia punya harga pasaran sepatutnya boleh sampai RM1. Akan tetapi oleh sebab kita suruh dia kurangkan harganya, dia punya harga tiketnya maka akhirnya dia punya kita kena subsidi kan lah. Jadi itulah sebabnya. Tasik Putrajaya telah diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara sebagai kawasan awam. Perancangan Putrajaya telah menetapkan jarak 23 minimum daripada gigi air bagi sebarang pembangunan. Penyuraian trafik yang teratur pada waktu puncak ini kita sedang usahakan dengan kita hendak galakkan penggunaan pengangkutan awam dengan adanya sebagai contoh di antaranya perkhidmatan bas percuma melalui Go KL. Kemajuan semasa projek Taman Tugu. Projek Taman Tugu adalah projek secara korporat sosial responsibility oleh Khazanah Nasional Berhad. Status semasa projek ini ketika ini telah mencapai 44 peratus pelaksanaannya dan fasa 1 Taman Tugu iaitu dua kilometer laluan atau jejak hutan jungle train dengan keluasan 16 ekar telah dibuka kepada orang awam pada 22 September 2018. Manakala untuk fasa kedua projek Taman Tugu ini iaitu tambahan dua kilometer laluan dengan keluasan 20 ekar akan dibuka pada 15 Disember 2018. Keseluruhan projek Taman Tugu ini adalah dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Disember 2019. Badan pemegang amanah yang dikenali sebagai Amanah Warisan Negara (AWAN) telah diperbadankan pada 10 Januari 2018 di bawah Akta Pemegang Amanah Pemerbadanan 1982 di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri. Kementerian Wilayah Persekutuan sedang menyediakan memorandum untuk memindahkan hak milik tanah Taman Tugu kepada Amanah Warisan Negara (AWAN) untuk pemuliharaan kawasan hijau.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Status cadangan...

Terima kasih, terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Okey, baik. Terima kasih [Ketawa] Status cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok. Pihak kerajaan telah melihat semula kos kajian pelaksanaan jambatan yang bernilai RM14 juta ini untuk yang hendak buat kajian sahaja. Kerajaan sememangnya melihat keperluan jambatan tersebut untuk rakyat tetapi sedang dalam penelitian semula bagi mengurangkan kos kajian tersebut. Pada masa yang sama kita telah juga mendapat banyak tawaran oleh pihak swasta yang ingin membina Jambatan Labuan itu secara dengan menggunakan kewangan mereka sendiri dan proposal mereka akan kami kaji. Kalau di boleh dibawa kepada jawatankuasa penswastaan dan sekiranya ia dapat dipertimbangkan dan mendapat kelulusan in syaa Allah, maka ia boleh diguna pakai. Banyak soalan ini saya pun tak tahu mana satu hendak jawab. Okey Yang Berhormat Pontian, sudah selesai.

Terima kasih.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Selepas...

Hampir semua dijawab bagus. Yang Berhormat Menteri contoh.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] Ya, belum habis lagi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Selepas Yang Berhormat Pontian tadi, soalannya datang daripada...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Labuan ada.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Labuan kah?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Labuan sudah okey, Yang Berhormat Labuan sudah. Selepas Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Lembah Pantai. Yang Berhormat Lembah Pantai, Butiran 02000 – Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan untuk DBKL 2018 hanya RM4 juta. Sehingga kini Oktober 2018, DBKL telah membelanjakan sejumlah RM168 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pengindahan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedangkan peruntukkan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3 juta sahaja. Sebagai perbandingan pada tahun 2014, DBKL menerima sejumlah RM130.8 juta bagi kerja-kerja seumpama ini dan terimaan geran ini semakin menurun. DBKL telah menggunakan sumber dalaman dalam membiayai kerja-kerja tersebut. Ini adalah ke arah untuk hendak cuba bina ketahanan kendiri DBKL itu sendiri seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi. Ia bukan rizab ya, Yang Berhormat Arau kata rizab, rizab DBKL RM3 bilion tetapi Yang Berhormat Arau tak ada. Dia bukan rizab Yang Berhormat Arau, dia revenue- pendapatan. Pendapatan DBKL setiap tahun adalah sebanyak RM3 bilion. Akan tetapi seperti mana yang kita dapat lihat ada banyak projek-projek yang kita terpaksa tanggung dengan duit pendapatan itu untuk menentukan keselesaan rakyat jelata. Ini termasuk soal projek- projek pembesaran jalan, lalu lintas, car park, flyover dan sebagainya.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ianya semua bukan digunakan...

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Yang Berhormat Menteri, Labuan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Labuan bertanya.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

DBKL mempunyai revenue yang banyak. Jadi itulah boleh buat projek pembangunan dengan revenue sendiri. Akan tetapi Labuan revenue- nya tidak cukup untuk pengurusan pun dan pembangunan memang sudah lama tidak mendapat projek-projek pembangunan. Mungkin sekarang ada satu jalan raya. Jadi, apa pandangan Menteri supaya kementerian-kementerian lain membantu Kementerian Wilayah untuk menurunkan peruntukan-peruntukan projek. Kalau tidak, selama ini tidak banyak pun Kementerian Wilayah perlu memperjuangkan supaya banyak projek-projek pembangunan datang ke Labuan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa ini tanggapan bahawa semua ditanggung oleh Kementerian Wilayah adalah sebenarnya tidak benar. Kalau macam kita tengok hospital, kesihatan, pendidikan, pelancongan. Kementerian-kementerian ini dia memang ada juga peruntukan untuk Labuan tetapi kita memahami bahawa peruntukan yang ada bagi Labuan perbelanjaannya memang tidak seperti mana yang kita inginkan. Akan tetapi ianya bukan atas sebab semuanya datang melalui Kementerian Wilayah. Kita faham bahawa Perbadanan Labuan juga pendapatannya tidak sama seperti DBKL, maka oleh kerana itu peruntukan yang kita dapat kita guna untuk Labuan. Yang untuk DBKL ini kita kata tak apalah, awak ada revenue yang tinggi. Cuba cari tambah revenue yang lain. Begitu juga untuk Perbadanan Labuan, di antara sebab kenapa ia diperbadankan ialah supaya kita hendak usahakan supaya ada pendapatan yang boleh di-generate oleh perbadanan kerana ia merupakan korporat entiti yang boleh berniaga. In syaa Allah kita baru mula. Saya yakin bahawa dengan usaha yang gigih dan terancang kita boleh tambah revenue Perbadanan Labuan itu sendiri. Seperti mana Yang Berhormat Labuan pun sebenarnya feri untuk Sabah ke Labuan, Menumbok ke Labuan itu memang disubsidikan dan in syaa Allah kalau ada projek-projek penswastaan di mana joint venture antara swasta dengan private pembinaan jambatan dan terminal feri yang baru dan sebagainya, boleh kita kaji dan juga projek-projek untuk membangunkan pelancongan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

20 saat lagi.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

17 saat sahaja lagi. Pelaksanaan projek-projek usaha sama. Beginilah, saya rasa saya pun takkan bunuh diri untuk hendak cuba baca ini semua. I will not kill myself trying to read all of these, dengan izin. So, saya harap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat boleh terima saya jawab secara bertulis dan saya akan mengarahkan supaya semua akan menerima jawapan-jawapan kecuali Yang Berhormat Pontian pasal Yang Berhormat Pontian sudah jawab semua kan?

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh amalkan macam Yang Berhormat Menteri pengangkutan dalam masa beberapa hari sahaja sudah sampai ke meja kami. Tahniah Menteri Pengangkutan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

In syaa Allah, in syaa Allah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan menjawab soalan-soalan dalam perbahasan tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM345,167,000 untuk Maksud B.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM345,167,000 untuk Maksud B.32 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM1,222,318,700 untuk Maksud P.32 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2019 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM1,222,318,700 untuk Maksud P.32 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2019] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 Disember 2018. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.12 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Projek PR1MA di Negeri MelakaSpecial Chamber

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tidak dinafikan bahawa projek PR1MA yang dilancar oleh pentadbiran terdahulu dapat memberi manfaat besar kepada rakyat. Namun demikian sejak tahun 2013 dan walaupun telah membelanjakan RM8 bilion hanya sekadar 16,682 unit rumah iaitu bersamaan 1.6 peratus daripada sasaran 1 juta unit berjaya dibina.

Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sendiri semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 di Dewan Rakyat pada 15 Ogos 2018.

Tuan Yang di-Pertua, pada 30 Oktober 2015 Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Dato’ Abdul Mutalib Alias, telah mengumumkan bahawa 22,050 unit rumah PR1MA akan dibina di negeri Melaka. Namun, menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hanya sekadar 706 unit sahaja berjaya dibina iaitu hanya 3.2 peratus berjaya dibina dalam tempoh 3 tahun.

Berdasarkan penelitian saya, terdapat tujuh projek PR1MA di Melaka yang kemajuan kerjanya berada kurang daripada 30 peratus, walaupun pembinaan bermula pada pertengahan tahun 2016. Projek-projek tersebut adalah:

(i) PR1MA Tanjung Kling fasa 1 & 2;

(ii) PR1MA A’ Famosa Alor Gajah;

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

(iii) PR1MA Klebang Besar 1;

(iv) PR1MA Air Panas Jasin;

(v) PR1MA Klebang 2;

(vi) PR1MA Taman Sri Serindit Padang Semabok; dan

(vii) PR1MA Durian Tunggal Saya juga ingin menarik perhatian mengenai projek- 4 projek PR1MA di negeri Melaka yang telah pun selesai 45 peratus kemajuan kerja namun saya dapati kerja pembinaan telah pun dihentikan.

(i) PR1MA Melaka Tengah 1. Mula dibina pada 1 Mac 2016 dan dijangka siap pada 28 Februari 2019. Kemajuan kerja terhenti pada tahap 48 peratus;

(ii) PR1MA Melaka Tengah 2. Pembinaan projek bermula pada 23 Mac 2015 dan dijangka siap pada 23 Mac 2018. Kemajuan kerja terhenti pada tahap 75.4 peratus;

(iii) PR1MA Alor Gajah Kelemak. Pembinaan bermula pada 1 Mac 2016 dan dijangka siap pada 28 Februari 2019. Kemajuan kerja berada pada tahap 65 peratus; dan

(iv) PR1MA Pulau Sebang Alor Gajah. Pembinaan projek bermula pada 2 Ogos 2016 dan dijangka siap 31 Ogos 2018. Kemajuan kerja terhenti pada tahap 52 peratus.

Saya difahamkan bahawa projek-projek ini terhenti dan mengalami kelewatan disebabkan pihak kontraktor kerana tidak mendapat bayaran daripada pihak kerajaan.

Adakah kerja pembinaan terhenti kerana jualan rumah PR1MA kurang memuaskan? Jika benar jualan kurang memberangsangkan, apakah pula sebabnya? Ini kerana promosi PR1MA telah dijalankan dengan begitu hebat sekali.

Maka dengan ini, saya memohon supaya pihak kerajaan:

(i) memberi penjelasan mengenai status terkini projek PR1MA di negeri Melaka;

(ii) bagaimanakah Kementerian mahu menyelesaikan masalah projek PR1MA yang telah terhenti kerja pembinaan; dan

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

(iii) adakah Kementerian akan memberikan keutamaan dan bantuan seperti suntikan dana khas untuk memastikan projek PR1MA yang telah melepasi 45 peratus kemajuan kerja berjaya disiapkan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja AhmadTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini PR1MA sedang menumpukan kepada fasa pertama pembangunannya. Ianya terdiri daripada 90,171 unit kediaman (89 projek) di seluruh negara yang telah ditandatangani perjanjian dengan pihak pemaju. Daripada jumlah ini, sebanyak 16,196 unit (14 projek) adalah di negeri Melaka. Setakat ini, sebanyak 861 unit telah siap dibina dan 10,951 unit sedang berada dalam peringkat pembinaan aktif. Manakala jumlah selebihnya masih dalam peringkat fasa perancangan.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja AhmadTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Di sini saya ingin menyatakan, selain daripada projek Tanjung Kling 1 yang telah ditamatkan kontraknya pada bulan Jun 2018, projek-projek lain masih berjalan dalam pelbagai tahap pencapaiannya, walau mungkin tidak kelihatan begitu aktif. Sebagai latar belakang keseluruhannya, status-status projek yang boleh kita senaraikan di sini iaitu 11 termasuk:

Berkenaan status projek yang sedang dalam peringkat pembinaan aktif, sebanyak 10,951 unit sedang dilaksanakan seperti berikut:

|Bil.| Nama Projek |Jumlah Unit|Status Pembinaan (%)| |---:|-----------------------|----------:|--------------------:| | 1|PR1MA @ Melaka Tengah 1| 597| 75| | 2|PR1MA @ Melaka Tengah 2| 860| 58| | 3|PR1MA @ Tanjung Kling 1| 648| 22| | 4|PR1MA @ Alor Gajah | 842| 86| | 5|PR1MA @ Pulau Sebang | 718| 78| | 6|PR1MA @ A’Famosa | 675| 64| | 7|PR1MA @ Parit Melana | 1866| 34| | 8|PR1MA @ Klebang 1 | 2646| 15| | 9|PR1MA @ Klebang 2 | 800| 39| | 10|PR1MA @ Bukit Katil | 527| 10|| 11|PR1MA @ Durian Tunggal | 772| 14|

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja AhmadTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

|Jumlah|10,951| | |------|------|---|

Seterusnya Yang Berhormat, berkenaan status pembinaan projek, pada ketika ini, pelaksanaan projek-projek tersebut masih beroperasi seperti biasa. Dalam urusan ini, PR1MA sedang dalam proses perbincangan dan rundingan lanjut dengan pihak pemaju bagi mencapai persetujuan bersama berkenaan perancangan projek tersebut.

Buat masa ini, tiada dana khas disediakan dan PR1MA terus berusaha untuk menyediakan dana melalui penjualan unit untuk meneruskan bayaran projek tersebut. Sama seperti projek yang lain, PR1MA sentiasa mengkaji kesesuaian dan memantau secara teliti setiap projek.

Ianya bertujuan untuk memastikan bahawa projek kediaman PR1MA mempunyai harga yang bersesuaian dengan mengambil kira faktor kemampuan penduduk setempat, permintaan pemohon dan harga kediaman supaya ianya bertepatan dengan keperluan serta permintaan pemohon. Dengan itu, saya menyatakan di sini bahawa PR1MA memberi komitmennya untuk meneruskan projek-projek tersebut hingga ia boleh disiapkan dalam jangka kontrak yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dengan itu, tamatlah sesi Kamar Khas hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan hingga jam 2.30 petang, Selasa, 4 Disember 2018.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.44 petang]