Dewan Rakyat · 14 March 2019

15th Parliament, session 2, meeting 1 · 667 turns · 39,223 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju · question

1. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sama ada kementerian telah membuat keputusan berhubung cadangan perintah berkurung “curfew” kepada remaja di bawah umur 18 tahun seperti mana yang telah dinyatakan pada awal tahun ini, serta apakah justifikasi ke atas keputusan tersebut.

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan IsmailPKR · PHTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Pandan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju yang telah mengajukan soalan. Setelah perkara ini diteliti oleh kerajaan, kerajaan berpendapat bahawa larangan keluar malam atau perintah berkurung curfew bagi kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun pada waktu malam masih belum sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini. Ia belum sesuai atas beberapa faktor. Ibu bapa tiada di rumah kerana melaksanakan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung kos sara hidup. Jadi, mereka tidak ada masa untuk menyelia ataupun memantau kalau anak mereka keluar. Terdapat juga keperluan untuk kanak-kanak untuk berada di luar rumah di waktu malam seperti kelas tuisyen, aktiviti sukan dan agama di surau. Terdapat kanak-kanak yang bekerja bagi membantu menyara keluarga daripada segi sosioekonomi seperti yang dibenarkan oleh International Labour Organization (ILO) bagi kanak-kanak berumur 15 tahun ke atas kerana masalahnya kita juga, pendidikan sekunder kita belum diwajibkan. Walau bagaimanapun, kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan secara rintis di kawasan-kawasan berisiko tinggi di hotspot. Ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak berada di rumah atau di tempat yang selamat bagi setiap waktu, bukan sahaja pada waktu malam dan tanggungjawab ini tidak seharusnya diambil alih oleh kerajaan. Pemantauan dari semasa ke semasa boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui persatuan kejiranan ataupun komuniti yang prihatin bagi memastikan remaja tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti tidak sihat. Model belia atau youth model negara Iceland sering dijadikan contoh setelah dilaporkan berjaya menurunkan kes salah bahan alkohol dan merokok di kalangan remaja secara drastik setelah penguatkuasaan curfew dilaksanakan. Namun pelaksanaan curfew merupakan hanya sebahagian kecik daripada usaha besar Kerajaan Iceland di mana pelaburan kewangan jangka panjang diberikan kepada pembangunan infrastruktur rekreasi serta pelbagai aktiviti pengisian bagi golongan muda. Keluarga berpendapatan rendah pula diberikan leisure card yang memegang USD330 bagi setiap orang kanak-kanak untuk setiap tahun bagi menanggung kelas aktiviti seperti kelas sukan, muzik dan drama. Ia merupakan gerakan sosial di mana pemantauan undang-undang

Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan IsmailPKR · PHTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Pandan

berkurung dilakukan sendiri oleh ibu bapa dan masyarakat kejiranan dengan penglibatan minimum oleh kerajaan. Sememangnya perkara-perkara ini amat bagus sekiranya turut dilaksanakan, namun perbandingan Malaysia dan Iceland adalah ketara sebab dari segi penduduk dan golongan kanak-kanak adalah seramai 50,000 orang berbanding dengan 9.4 juta orang kanak-kanak di Malaysia. Ekonomi, kemampuan kerajaan menyediakan sistem sokongan yang kukuh serta purata pendapatan keluarga. Jadi, saya akan berikan data ini secara terperinci dengan secara bertulis. Jadi, walaupun modul Iceland menarik namun dilaksanakan di bawah konteks dan persekitaran sosioekonomi yang berbeza di mana curfew tersebut berjaya setelah sistem sokongan kukuh disediakan dan persekitaran work-life balance yang mengutamakan masa bersama keluarga. Jadi, kalau kita hendak buat kepada ibu bapa dapatkan juga, apakah ada kesan positif kepada unit keluarga. Kita juga hendakkan awareness atau kesedaran yang lebih tinggi berbanding dengan mewujudkan undang-undang yang ketat, tindakan yang perlu diambil bukan sahaja membatasi mobiliti remaja tetapi mengelakkan mereka daripada terjebak ke dalam gejala sosial. Sebagai contoh, usaha memerangi dadah perlu ditingkatkan selain daripada kajian ke atas keberkesanan kempen pencegahan dadah di sekolah perlu dilaksanakan agar keputusan dibuat adalah berdasarkan evidence-based. Terima kasih.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas keputusan yang dibuat oleh kementerian, sememangnya memang bagus dan tepat. Saya hendak tahu sama ada, ada satu kajian dilakukan oleh kementerian untuk memahami asal ataupun sebab-sebab yang mengakibatkan remaja suka melepak sehingga jauh malam. Ini telah mengakibatkan mereka terdedah kepada kegiatan yang tidak bermoral dan terlibat dalam aktiviti haram gengsterisme. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju di atas soalan tambahan. Kita ada kajian yang tidak terperinci. Namun, kita tidak ada kaitan apabila mengatakan bahawa anak-anak ini suka melepak kerana direct causes kepada apa yang berlaku di persekitaran. Namun, apa yang kita dapati adalah apabila housing mereka, tempat tinggal mereka seperti PPRT itu adalah ketat dan overcrowded. Jadi, mereka mencari tempat-tempat untuk mendapatkan riadah. Selain itu juga, persekitaran tidak menolong apabila kalau dibandingkan dengan Iceland, negara Iceland sejuk. Jadi, lebih baik weather itu, cuacanya untuk tinggal di dalam rumah kalau dibandingkan Malaysia, cuacanya lebih enak pada waktu malam. Mungkin itulah yang membuatkan anak-anak ini lebih selesa berada di luar apabila di malam hari. Kita juga kurang mengadakan tempat-tempat untuk mereka beriadah, aktiviti yang sihat, itu yang sekarang ini saya hendak kita tekankan bahawa kita ada juga–– kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan KPKT dan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengenal pasti profesional terlatih dalam sukan, kerja amal, drama, tarian, seni mempertahankan diri dan sebagainya yang boleh memimpin program selepas sekolah atau pada waktu cuti sekolah. Ini merupakan satu fokus ke Kerajaan Iceland seperti yang saya katakan tadi, di mana aktiviti sihat disediakan sebagai alternatif pada golongan belia. Kita kadang-kadang tidak tahu, apakah belia ini mahu cari masa untuk mengisi, jadi kalau kita adakan alternatif untuk mengisi masa mereka yang ada itu kepada aktiviti yang sihat. Kemudian, kementerian juga melancarkan projek rintis di Balai Sepakat di Perumahan Awam Desa Rejang pada bulan Februari tahun ini. Ia merupakan kerjasama dengan pihak PBT seperti yang saya katakan tadi, menyampaikan perkhidmatan di bawah kementerian dibawa kepada kumpulan sasar. Program ini turut melibatkan agensi pekerjaan dan sukarelawan-sukarelawan. Nampak gayanya, sambutannya meningkat apabila mereka kadang-kadang kita tahu bahawa apa aktiviti yang kita buat itu tidak mendapat sambutan, namun sekarang ini kita nampak tarikan itu ada sebab mereka sedar bahawa ada kebaikan dengan apa-apa program yang kita sediakan. Seperti mana yang dikatakan, ada juga kelas tuisyen percuma dan juga satu langkah untuk menyediakan ruang yang selamat untuk kanak-kanak di ruang persekitaran perumahan yang padat. Terima kasih.

Pertama kali, saya ingin ucapkan tahniah di atas pelbagai usaha kerajaan untuk menangani masalah remaja.

Saya ingin tahu, apakah usaha kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa dan betapa pentingnya peranan mereka dalam mendekati kanak-kanak supaya dapat melahirkan keluarga yang sejahtera. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri sekiranya kalau Kerajaan Pusat tidak bercadang untuk melaksanakan program ini sekiranya program ini akan dibuat di peringkat negeri? Minta penjelasan.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Memang kita mengetahui bahawa untuk tingkatkan kesedaran keibubapaan, parenting skills itu adalah salah satu daripada cabaran yang kita hadapi. Bahawa, kadangkala apabila ada perbincangan dengan NGOs juga, bahawa parenting skills itu boleh kita tekankan apabila ada kursus pra-perkahwinan kepada mereka-mereka yang ingin berkahwin dan apabila mereka menjadi ibu bapa itu juga ada sekurang-kurangnya basic skills untuk mereka menanganinya sebagai ibu bapa. Apabila kanak-kanak ini, remaja ini membesar, boleh kita dapati bahawa mereka mempunyai ibu bapa yang prihatin dan talian kekeluargaan itu lebih kukuh daripada apa yang kita lihat sekarang ini, menjadi masalah yang menular. Satu lagi Kerajaan Pusat, memang kita alu-alukan kerajaan negeri kalau sama- sama menolong untuk membanteras masalah ini. Selain itu juga, apabila kita lihat bahawa masalah family itu kalau diperkukuhkan akan mengurangkan masalah sosial yang akan menjadi result apabila keluarga itu kurang berkemampuan untuk meningkatkan social cohesion, kebaikan bersama, kurang kualiti bersama, kebaikan bersama. Kita melihat bahawa apabila remaja-remaja ini tidak merasakan mereka disayangi ataupun talian kekeluargaan itu longgar. Ini yang menyebabkan masalah-masalah remaja mencari-cari tempat-tempat yang lain dan apabila mereka terjebak, kemungkinan banyak juga predators yang ada, dadah yang daripada dulu lagi kita cuba menangani masalah dadah namun keberkesanannya menjadi persoalan. Kita juga hendak buatkan kaji selidik tentang bagaimana keberkesanan program-program antidadah yang boleh kita tingkatkan dan naikkan kebaikannya. Terima kasih.

Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching · question

3. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah pendirian kementerian untuk mewajibkan vaksinasi untuk kanak-kanak berikutan kenaikan kes difteria seperti yang dilaporkan di Johor beberapa hari lalu disebabkan peningkatan Anti-Vaxxers dan juga kekangan dan isu yang dihadapi untuk mewajibkan vaksinasi dan langkah-langkah lain untuk menangani isu ini.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bandar Kuching. Terdahulu saya mengalu-alukan Delegasi daripada Tun Tan Cheng Lock College of Nursing, Petaling Jaya yang hadir pada pagi ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang meneliti kebolehlaksanaan tindakan mewajibkan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak. Satu jawatankuasa kerja dengan izin, task force, yang melibatkan pelbagai agensi pemegang taruh (stakeholders), telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan dan implikasi yang berkaitan. Satu kertas kerja cadangan Jemaah Menteri bakal kita sediakan seandainya perlu. Dalam meneliti cadangan untuk mewajibkan imunisasi, perkara-perkara yang diambil kira termasuklah sasaran umur kanak-kanak, jenis vaksin, tanggungjawab ibu bapa, tanggungjawab pusat jagaan, taman asuhan dan sekolah, tanggungjawab penyedia perkhidmatan imunisasi, pengecualian pelaporan Adverse Events Following Immunization (AEFI) dengan izin dan mekanisme kompensasi fi perkhidmatan penalti dan penguatkuasaan. Kementerian Kesihatan sedang dalam proses untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan, agensi swasta dan bukan kerajaan serta persatuan yang berkaitan dalam meneliti isu-isu ini. Sehingga kini, pelbagai program dan aktiviti advocacy telah dijalankan di semua peringkat bagi menangani isu keraguan serta penolakan vaksin. Antara langkah-langkah yang telah dijalankan adalah:

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

(i) menyediakan maklumat yang sahih, fakta-fakta dan informasi serta vaksin di laman web Portal MyHEALTH untuk rujukan masyarakat; (ii) menjalankan Kempen Media Komprehensif dan berterusan meliputi liputan media penerbitan siaran TV, radio dan media sosial; (iii) menggiatkan penyebaran fakta-fakta berkaitan vaksin dan imunisasi secara intensif melalui media sosial, memandangkan kebanyakan mereka yang menolak vaksin adalah di kalangan warga yang agak IT savvy juga; (iv) mengadakan sambutan hari imunisasi sempena sambutan hari imunisasi sedunia pada minggu terakhir April setiap tahun. Kementerian Kesihatan turut mengadakan kolaborasi dengan agensi-agensi lain seumpama bekerjasama dengan NGO seperti Malaysian Paediatric Association (MPA) dan Immunise4Life dalam mempromosikan dan memberikan maklumat tepat mengenai imunisasi kepada orang awam. Kedua, bekerjasama dengan JAKIM dan Pejabat Mufti untuk membetulkan pandangan masyarakat terutama tentang hukum dan fatwa berkaitan imunisasi. Program Jelajah Fatwa untuk menyebarkan fakta sebenar mengenai vaksin dan imunisasi juga telah diadakan dan akan diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan juga turut meningkatkan latihan kepada anggota kesihatan agar mereka berpengetahuan dan mahir dalam memberikan penerangan mengenai vaksin dan imunisasi. Sekiranya timbul sebarang keraguan ataupun memerlukan pengesahan, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada kakitangan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan kerajaan serta laman web yang telah kami sediakan. Terima kasih.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan anda. Sebenarnya ini satu isu yang sangat serius. Pada satu masa dulu, kita hampir tidak ada kes seperti difteria. Akan tetapi sekarang sudah berganda-ganda kes ini disebabkan pergerakan anti-vaxxers dan punca- punca yang lain. Saya ingin meminta apakah timeline yang telah disediakan kepada task force dan juga apakah akta-akta yang perlu dipinda dan bilakah kita boleh meminda, berdebat di Dewan ini kerana ini satu perkara yang sangat penting. Satu lagi soalan, bagaimanakah penguatkuasaan dapat dilakukan untuk golongan pendatang tanpa izin (PTI), undocumented insurances dan apakah kekangan yang akan dihadapi? Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching yang sentiasa peka atas isu-isu perubatan dan kesihatan. Beliau sendiri seorang doktor. Tuan Yang di-Pertua, atas perkara ini yang saya telah nyatakan dalam persoalan jangka waktu ataupun timeline-nya, kami memang telah memberikan satu timeline yang agak sesegera mungkin untuk kita lakukan. Dari sudut task force yang kita harap dapat diambil segala pandangan atau feedback daripada stakeholders. Seperti mana yang saya telah tegaskan, akan mengambil kira banyak faktor di sana. Kita tahu bahawa andainya kita mahu memandatorikan, mewajibkan imunisasi, ia juga semestinya mengambil kira apakah wujud atau boleh diadakan pengecualian. Andainya ada berlaku any adverse event, lalu apakah kita punya mekanisme kompensasi. Apa yang paling penting juga untuk kita dapatkan the buying in from all stakeholders, dengan izin. Jadi, oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 perlu kita pinda. Peraturan imunisasi perlu didraf semula dan peningkatan ini semua mengambil sedikit waktu, Yang Berhormat Bandar Kuching. Namun apa yang penting, usaha oleh semua pihak yang mempunyai keupayaan untuk memberikan penerangan, mesti digembleng. Apa yang saya boleh sebutkan di sini, senarai persatuan-persatuan dan NGO yang menyokong agar vaksin diwajibkan ini. Ada di hadapan saya ini kurang lebih dalam 20

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

persatuan-persatuan yang terkini. Termasuklah juga Persatuan Homeopathy Malaysia yang dahulunya selalu ditanggapi sebagai satu yang anti-vaksin. Mereka itu sudah menjadi NGO yang ke-19 untuk bersama dalam usaha dan gagasan ini, Tuan Yang di-Pertua. Kalau saya boleh sebutkan sedikit, ini adalah kerana perkara yang dijadikan satu hujahan oleh golongan anti-imunisasi satu kajian yang dibuat oleh Doctor Andrew Wakefield pada tahun 1998, dijadikan hujah. Sementara beliau hari ni sudah ditarik lesennya dan kajian beliau yang melibatkan 12 patients itu tidak boleh dipertahankan. Sementara kajian yang dibuat oleh Denmark, kajian yang dibuat oleh kajian di Denmark melibatkan 650 ribu patients untuk 10 tahun, adalah satu kajian yang dianggap sebagai benchmark dan sandarannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan vaksin yang kita hendak beri ini, boleh tidak Yang Berhormat Menteri beritahu kita, bekalan vaksin yang dihantar ke hospital dan private sector, adakah ia mencukupi? Oleh kerana apa, diphtheria ini ia tidak sekali. Ia mesti dengan pertussis dan tetanus. Ia diberi tiga kali dan dalam tiga dos. Adakah ia mencukupi untuk pihak swasta ataupun hospital swasta, klinik swasta memberi kepada pelanggan?

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dari sudut bekalan itu, andainya kita mahu mewajibkan Tuan Yang di-Pertua, pasti kita akan memastikan supply-nya, semua yang merupakan syarat untuk kita laksanakan itu sebagai satu yang mandatori dan wajib akan kami pastikan ia dapat ditentukan. Sama ada khususnya dalam fasiliti-fasiliti awam, di tempat- tempat hospital-hospital kami dan klinik-klinik kami. Itu adalah perkara yang kami akan pastikan. Atas perkara itu ataupun kerunsingan itu, Insya-Allah kita akan tangani. Adapun yang hendak saya katakan, bekalan mencukupi dipihak swasta. Saya baru diberitahu. Di pihak swasta. Saya tidak tahu tentang pihak swasta sebelum ini. Bekalan mencukupi untuk swasta juga. Saya dapat yakinkan di pihak awam sebentar tadi, di pihak swasta juga dikatakan mengguna vaksin yang berbeza tetapi dari sudut bekalan, mereka juga adalah satu yang boleh kita jamin supply-nya itu adalah mencukupi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tenggara, 7 peratus daripada kanak-kanak mengambil vaksin daripada pihak swasta, hanya 7 peratus. Terima kasih.

Ahmad bin MaslanUMNO · BNPontian · question

2. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan situasi pencemaran toksik di Sungai Kim Kim Pasir Gudang, langkah untuk mengatasinya juga langkah pencegahan agar tidak berlaku lagi di tempat lain dalam negara ini. Nyatakan peristiwa seumpamanya dalam kes-kes sebelum ini dan tindakan yang sudah diambil.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Alam Sekitar telah mendapati bahawa pencemaran adalah berpunca daripada bahan seperti minyak berwarna hitam yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim. Pasukan HAZMAT telah menjalankan pensampelan in-situ dan keputusan pensampelan telah mendapati bahawa bahan kimia itu mengandungi methane, hydrogen chloride, acrylonitrile, acrolein dan juga benzene. Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah mengambil sample untuk masuk kepada pergi ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan analisis kimia yang lebih teliti dan telah menunjukkan kesemua sample ini mengandungi juga pelarut organik (organic solvent) iaitu benzene, tuolene, xylene, ethlybenzene and also d-limonene. D-limonene adalah bahan yang biasanya digunakan untuk proses pyrolysis tyre. Berdasarkan hasil keputusan daripada analisa kimia telah diterima, JAS meneruskan siasatan ke kilang-kilang berkaitan. Kertas siasatan bagi salah satu suspek yang paling suspicious telah pun siap pagi semalam dan juga dihantar ke pendakwa raya untuk kelulusan pendakwaan di bawah peruntukan seksyen 34(B) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, kementerian ini juga telah menggerakkan sumber dari negeri-negeri lain ke Johor untuk memeriksa kesemua 254 kilang kimia di kawasan sekitar kawasan Pasir Gudang dalam masa tiga hari. Semua kita akan periksa. Dalam pandangan saya, untuk sekarang paling penting adalah kerja-kerja pembersihan sungai supaya kita boleh mengeluarkan bahan pencemar dan melupuskannya.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Selain itu, kita juga harus memastikan tiada sumber pencemaran yang baharu. Saya telah menyertai tindakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusi oleh Datuk Menteri Besar dan juga di peringkat daerah yang dipengerusi oleh Tuan D.O. sepanjang hari. Ini adalah makluman untuk Dewan yang mulia ini. (i) Bilik gerakan khas telah ditubuhkan dan beroperasi di Pejabat Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi sebarang urusan berkaitan kes-kes ini. Manakala ground command centre bagi penyelarasan kerja-kerja pemantauan dan pembersihan on the ground telah ditubuhkan dan beroperasi dengan kerjasama bersama Jabatan Alam Sekitar dengan HAZMAT dan juga kontraktor pembersihan; (ii) Jawatankuasa Bencana akan membuat pemantauan berterusan paras gas dengan menggunakan portable multi-gas detector. Kita semua tahu bahawa gas pencemar adalah volatile organic compound. So, kita boleh menggunakan portable multi-gas detector untuk hendak mendapati kalau ada meningkat, kita akan menggunakan satu peralatan panggil gas mat untuk mengukur lagi perimeter gas dengan secara lebih teliti. Jabatan Kimia juga akan telah sediakan portable GC untuk analisis kimia in-situ; (iii) Semua bacaan peralatan-peralatan ini akan dipantau dengan perbandingan time weighted average dan juga immediately dangerous to life or health bacaan yang dibenarkan; dan (iv) Jawatankuasa Bencana juga akan menjalankan pensampelan air yang berterusan di sekurang-kurangnya tiga lokasi pembuangan haram. Tiga lokasi iaitu: • pembuangan di tempat lokasi pembuangan haram, • di hulu Sungai Kim Kim dan • di hilir Sungai Kim Kim.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHMenteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Bakri

Untuk makluman semua, kita juga telah mendapat bantuan daripada tentera dan juga Petronas yang akan menghantar sumber mereka dari segi jentera, alat dan pakar untuk membantu kerajaan dalam menangani krisis ini. Sebagai contoh Petronas akan menghantar 21 pakar dan juga alat-alat kimia untuk pagi ini. Mereka akan hantar satu air disposal modular yang sangat penting dalam inisiatif ini supaya kita boleh mengira vaporization and movement of gases dengan lebih tepat dan seterusnya boleh merancang kerja-kerja dengan lebih efektif. Bagi rancangan jangka masa panjang, satu Jawatankuasa Penilaian iaitu Review Committee akan ditubuhkan selepas krisis ini dapat ditangani dan distabilkan untuk meneliti isu ini secara keseluruhan. We have to look into this issue in totality. Dari perspektif sistematik, contohnya pengurusan bahan terjadual tracking and monitoring of scheduled waste dan juga pembangunan kawasan-kawasan perindustrian di kawasan Pasir Gudang dan Johor Selatan yang tidak terkawal. Akhir kata, saya berharap bahawa masyarakat Malaysia sekarang hanya menyebar maklumat yang tepat dari pihak rasmi dan jangan menyebar khabar angin yang tidak berasas. Saya juga berharap bahawa pemimpin-pemimpin, wakil-wakil rakyat, sama ada pihak kerajaan atau pembangkang boleh bertindak secara konstruktif sehingga krisis ini dapat ditangani dengan baik.

Terima kasih. Kebetulan kita, Tuan Yang di-Pertua, saya dan juga Yang Berhormat Bakri daripada Johor mungkin lepas ini Yang Berhormat Pasir Gudang juga bertanya. Saya ingin pandangan daripada Yang Berhormat Menteri pada tiga cadangan. Pertama, pada 24 Jun 2013, Perdana Menteri ketika itu Yang Berhormat Pekan mengisytiharkan darurat bencana jerebu untuk Daerah Ledang dan juga Daerah Muar kerana IPU pada ketika itu melebihi lima ratus. Oleh kerana itu kita mencadangkan agar diisytiharkan darurat bencana toksik untuk Daerah Pasir Gudang kerana pembersihan sungai hanya boleh

selesai lebih daripada tujuh hari. Perisytiharan darurat ini tidak perlu perintah berkurung dan ianya boleh diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi. Kedua, pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2012 supaya menguatkan hukuman, sekarang ini RM500,000 dan 5 tahun penjara, tingkatkan penyelarasan pusat dan negeri dan kita boleh buat pindaan ini kemudian. Ketiga, cadangannya ialah berikan pampasan yang sewajarnya kepada semua mangsa yang beratus orang mungkin mencapai ribuan orang. Jika berlaku banjir, kita bagi pampasan bencana banjir. Ini bencana toksik, mereka juga wajar diberi pampasan. Jika tidak diberi pampasan, pihak-pihak yang terlibat boleh membawa pihak-pihak yang berkaitan ke mahkamah. Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Kementerian ini mengambil maklum apa cadangan daripada Yang Berhormat Pontian dan tidak ada soalan. So, saya ada sedikit feedback untuk Akta Kualiti Alam Sekeliling. Akta Kualiti Alam Sekeliling yang sedia ada ini adalah hukuman yang sedia ada. Akan tetapi saya telah berbincang dengan Peguam Negara bahawa ini adalah kesalahan yang besar. Kita perlu mengadakan hukuman yang lebih berat daripada apa yang boleh di- charge di bawah seksyen 34B untuk Akta Kualiti Alam Sekeliling. Maka kita bincang, sama ada adakah pesalah berkemungkinan menghadapi multiple charges ya. Pelbagai pertuduhan, bukan sahaja dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling tetapi sebab DOE sudah siap kertas siasatan, kita dakwa dulu untuk di bawah Environmental Quality Act (EQA) 1974 ke mahkamah dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang untuk mengumpulkan soalan tambahan yang kedua.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, saya mohon supaya Kerajaan Persekutuan isytiharkan darurat di Pasir Gudang mulai hari ini juga. [Tepuk] Yang Berhormat Menteri, tolong saya. Pagi tadi saya telah hantar surat kepada Tuan Yang di-Pertua supaya usul tergempar dibentangkan di Parlimen pada hari ini, bukan hari Isnin akan datang. Saya minta soal teknikal diketepikan. Ini soal nyawa. Saya minta usul darurat ini dibincangkan dan dibahaskan hari ini. Terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Minta Yang Berhormat Menteri untuk respons dan jawab, silakan. Minta Yang Berhormat yang lain senyap dengar jawapan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Saya akan memanjangkan pandangan-pandangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kepada jawatankuasa ya. Ini adalah bukan keputusan saya seorang sendiri tetapi di satu jawatankuasa. Saya memang ambil maklum dan akan memanjangkan dan kita akan membuat keputusan dengan secepat mungkin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Tambahan, Kubang Kerian. Kubang Kerian satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sekarang, tamatlah sesi waktu-waktu pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Soalan tambahan, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, bagilah ini mustahak ini Tuan Yang di-Pertua. Perkara ini perkara mustahak. Ini perkara keselamatan Tuan Yang di-Pertua. Benarkanlah untuk tambahan dan sebagainya.

[Dewan riuh]

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Satu lagilah soalan tambahan bagi dekat Yang Berhormat Kubang Kerian itu lah.

Bagilah, ini mustahak, mustahak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi satu lagi soalan tambahan yang ketiga. Baik.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Pertama, saya menyokong penuh cadangan untuk kita adakan usul tergempar pada hari ini. Cuma saya hendak balik pada persoalan besar kita. Isu-isu pencemaran ini ialah isu pembuangan toksik. Ia menyebabkan dua elemen. Satu, selain daripada kecuaian ialah pihak kerajaan atau pihak swasta mesti menyediakan tapak pelupusan sisa toksik dan mewajibkan tapak tersebut disediakan dengan pemantauan rapi. Saya tengok pencemaran berlaku dibuangkan di sungai, selain daripada sikap ialah kerana mereka mengambil mudah terhadap effect. Jadi, saya cadangkan supaya mewajibkan menyediakan tapak pelupusan tersebut.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, semua pengusaha atau pun pengeluar scheduled waste atau pun bahan buangan terjadual perlu dilupuskan di tempat yang berlesen. Akan tetapi apa yang terjadi sekarang ialah pesalah-pesalah tidak mengikuti undang-undang. Oleh itu penguatkuasaan adalah sangat penting dan we are not running from our responsibility. We are taking this very seriously. So, saya berharap bahawa saya datang dari Pasir Gudang pagi ini untuk menjawab kepada Parlimen supaya bertanggungjawab kepada Parlimen. [Tepuk] Saya juga berharap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian boleh bertanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat sekarang apabila kita menangani krisis ini, jangan main politik dan jangan menuding jari. Terima kasih.

[Dewan riuh]

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput · question

1. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) berdasarkan kategori setakat ini dan apakah masalah yang dihadapi.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan IsmailPKR · PHTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Pandan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, jawapan saya kepada soalan Yang Berhormat Sungai Siput ini. Jumlah suri rumah dan wanita yang telah berdaftar di bawah Program Caruman Sukarela Insentif (i-SURI) ini fasa satu yang bermula berkuat kuasa 15 Ogos tahun sudah sehingga 28 Februari tahun ini adalah sebanyak 84,143 orang. Kementerian telah mendapat peruntukan berjumlah RM45 juta lagi untuk melaksanakan i-SURI bagi tahun ini. Dengan peruntukan ini, disasarkan seramai 100,000 wanita termasuk ahli yang sedia ada akan mendaftar dengan i-SURI sehingga 30 Jun 2019. Kementerian ini bersama-sama dengan rakan strategik seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah melaksanakan promosi untuk i- SURI dan berusaha untuk memastikan mereka yang layak tidak terpinggir dan menerima kemudahan ini untuk masa depan. Namun, antara masalah-masalah yang dihadapi adalah dalam melaksanakan program ini adalah kesukaran melaksanakan Program Outreach kepada individu yang layak tetapi berada di kawasan yang terpencil.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan IsmailPKR · PHTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Pandan

Sehubungan itu, KWSP bersama rakan strategik telah menggerakkan mobile team ke lokasi-lokasi yang terpencil dan kesukaran ahli untuk membuat caruman bulanan kerana peraturan KWSP, kewangannya yang sedia ada tidak membenarkan penerimaan tunai yang RM5 yang dibawa itu, dia tidak boleh terima. Sebagai bentuk transaksi oleh anggota mobile team KWSP masih terpakai. Jadi sebagai alternatif mempelbagaikan saluran pembayaran KWSP ini dalam tindakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan bagi membolehkan pembayaran caruman ahli boleh dibuat melalui SMS serta melalui ejen Bank Simpanan Nasional. Terima kasih.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas jawapan tadi di mana Kerajaan Pakatan Harapan telah melaksanakan salah satu janji dalam manifesto memperkenalkan program i-SURI. Soalan tambahan saya, bagi fasa pertama pencarum yang mendaftar dengan eKasih secara automatik layak untuk mendaftar. Apakah langkah-langkah penambahbaikan bagi memudahkan suri rumah yang ingin melabur mencarum secara sukarela dalam program i-SURI ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput kerana memberi tunjuk keprihatinan terhadap suri rumah kerana apa i-SURI ini diperkenalkan kerana kita memberi pengiktirafan kepada suri rumah yang tidak bekerja formal. Namun, telah menyumbang untuk membina negara kita bersama dengan membesarkan anak-anak dalam sesebuah keluarga. Jadi ini adalah penting, sebab itu kita adakan i-SURI ini. i-SURI ini apabila didaftarkan dengan eKasih, memang ada tempat-tempat yang tidak, mereka-mereka yang layak namun tidak mendaftar dengan eKasih, tidak mendapat kelayakan untuk memasuki dalam caruman i-SURI ini. Jadi kita telah buat langkah-langkah kementerian dengan usaha sama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri menyerahkan borang-borang pendaftaran eKasih di pejabat ataupun Pusat khidmat Ahli Parlimen dan ADUN bagi memudahkan proses pendaftaran. Ini adalah caranya kita buatkan outreach ini untuk memperbanyakkan lagi suri rumah mendaftar melalui eKasih dan juga masuk ke dalam i-SURI. Terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada apa Yang Amat Berhormat nyatakan tadi mengenai perkara yang berkaitan dengan KSWP, saya tengok ada dalam fasa 2 dalam i-SURI ini ada melibatkan RM10 yang berkaitan dengan PERKESO. Jadi, bagaimana soalan saya adalah bagaimana mekanisme tuntutan PERKESO ini nanti yang boleh diterbitkan untuk golongan suri rumah kerana definisi dalam PERKESO itu adalah kecederaan atau kemalangan sewaktu bekerja dan bagaimana ia boleh ditakrifkan kepada suri rumah? Terima kasih.

Terima kasih. Ini PERKESO perlu memberikan satu rancangan program untuk meliputi mereka-mereka yang menjadi suri rumah dan itu akan diperincikan. Namun, apa yang kita mahu adalah pelaksanaan kedua PERKESO merangka draf undang-undang keselamatan sosial untuk suri rumah yang akan dikemukakan untuk semakan Jabatan Peguam Negara pada bulan Mac ini, bulan ini dan dijangka dibentangkan di Parlimen semasa sesi Julai akan datang. Tahun ini juga. Kumpulan sasar telah dikenal pasti adalah pelaksanaan fasa 2 meliputi 1.4 juta suri rumah di Malaysia serta 100 ribu orang wanita yang merupakan balu kepada pencarum PERKESO ini. Pelaksanaan RUU ini memerlukan kerajaan untuk membiayai kos pelaksanaan bagi tahun pertama RM180 juta. Walau bagaimanapun, kelulusan mengenai cadangan pelaksanaan dan implikasi kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan akan diputuskan semasa kertas pembentangan cadangan mengenai pelaksanaan fasa 2 tersebut dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Terima kasih.

Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNBera · question

2. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan: (i) bagaimanakah trend harga barangan sehingga 31 Disember 2018; dan (ii) berapakah jumlah barangan berserta perincian jenis–jenis barangan yang mengalami kenaikan, penurunan dan tidak berubah.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Stampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali pertanyaan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk pada 28 Mac 2019 kerana ia menyentuh isu dan perkara yang sama iaitu trend harga barang, berikutan pelaksanaan cukai jualan dan cukai perkhidmatan SST. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan pemantauan harga khas meliputi kutipan data harga 900 barangan keperluan pengguna. Pemilihan 900 barangan ini adalah berdasarkan hasil dapatan kumpulan perbelanjaan isi rumah di dalam Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Stampin

Rumah 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia meliputi kumpulan seperti berikut: (i) Makanan dan minuman bukan alkohol - 666 item; (ii) minuman alkohol dan tembakau - 3 item; (iii) hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah - 64 item; (iv) kesihatan - 16 item; (v) rekreasi dan kebudayaan - 13 item; dan (vi) pelbagai barangan dan perkhidmatan - 138 item. Pemantauan dan kutipan harga telah dilakukan di 2,356 buah premis perniagaan yang terdiri daripada pasar basah, kedai runcit, pasar raya, hypermarket, farmasi, kedai serbaneka, kedai mini dan kedai buku. Analisa perubahan harga ini dibandingkan antara bulan Mei 2018, di mana GST dilaksanakan dan Disember 2018 bagi melihat kesan pelaksanaan SST terhadap kedudukan harga barangan di pasaran. Secara keseluruhannya, purata harga barangan menunjukkan 63.2 peratus atau 568 item daripada 900 barangan tersebut mencatatkan penurunan harga. 35.3 peratus atau 317 item mengalami kenaikan harga dan 0.9 peratus atau 8 item kekal harga. Sekian, terima kasih.

Terima kasih. Seperti kita tahu selain daripada sebab-sebab GST, SST, kenaikan harga minyak dan sebagainya, salah satu punca lagi adalah kenaikan yang disebabkan oleh peniaga-peniaga tamak yang menaikkan harga sesuka hati tanpa sebab untuk mendapatkan keuntungan berlebihan. Kementerian mempunyai instrumen untuk menyekat perkara tersebut iaitu ‘Akta Pencatutan’. Jadi soalan saya, sejauh manakah keberkesanan ‘Akta Pencatutan’ di dalam mengawal kenaikan harga secara berlebihan tanpa sebab oleh peniaga dan sehingga kini berapakah jumlah peniaga- peniaga yang telah diambil tindakan akibat daripada tindakan mereka menaikkan harga berlebihan?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih Yang Berhormat Bera. Di bawah Akta Pencatutan...

Bera, bukan Bera.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Bera. Terima kasih Yang Berhormat Bera. Di bawah Akta Pencatutan, kita langkah pertamanya adalah mengeluarkan seksyen 21 notis kepada peniaga-peniaga yang disyaki telah meningkatkan harga yang tidak berpatutan. Di sini saya ada satu laporan yang terperinci mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil. Pada keseluruhannya kita telah mengeluarkan 125 kertas siasatan di bawah seksyen 21(5) kerana enggan atau gagal memberi maklum balas kepada notis dan juga 327 kertas siasatan di bawah seksyen 14(1) kerana mencatut, yang lain itu saya akan membekalkan pada Yang Berhormat selepas ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menjurus kepada soalan pertama saya. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan barang-barang selain daripada faktor kenaikan bahan api?

Sejauh mana juga pelaksanaan SST membantu menurunkan harga barang-barang ini? Apakah kekangan serta cabaran yang dihadapi oleh kementerian bagi menangani masalah kenaikan harga barang pada ketika ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih Yang Berhormat. Pada amnya, kalau kita bandingkan kadar inflasi iaitu CPI (Consumer Price Index) dalam zaman GST iaitu sehingga Mei 2018, kadar inflasi pada puratanya tiga peratus satu bulan. Akan tetapi selepas kita menghentikan GST, sampai bulan ini purata kadar inflasi iaitu CPI indeks iaitu peningkatannya adalah kurang daripada satu peratus sebulan. Ia ketara bahawa kesan kenaikan harga barangan di bawah GST amatlah ketara jika dibandingkan dengan sistem SST. Berkenaan dengan kaedah-kaedah yang dijalankan oleh kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Antara langkah-langkah yang dijalankan adalah pelaksanaan Bantuan Sara Hidup, penetapan harga RON95 pada tahap RM2.08 dan diesel pada harga RM2.18. Juga pelaksanaan Food Bank program di mana kita menyalurkan

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

barang makanan yang berlebihan kepada mereka yang memerlukan dan juga miskin. Juga dalam pipeline di dalam cadangan kita adalah untuk menambahkan senarai barangan kawalan yang di bawah kementerian ini. Sekian, terima kasih.

Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju · question

3. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan bagaimanakah cara untuk mengkaji semula mekanisme pengiraan tarif pembetungan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) yang mana pelanggan perlu dikenakan caj mengikut penggunaan air sebenar mereka.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHMenteri Air, Tanah dan Sumber Asli · Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, pada masa ini caj perkhidmatan pembetungan semasa yang dikenakan kepada pengguna adalah mengikut kategori seperti berikut. Domestik (kadar rata), komersial (caj asas berdasarkan nilai tahunan dan caj penggunaan air) dan kerajaan (caj asas dan caj penggunaan air). Semenjak tahun 1997, tarif pembetungan domestik tidak pernah disemak manakala tarif komersial telah diturunkan tiga kali. Walaupun termaktub di dalam perjanjian konsesi, terdapat terma yang membolehkan IWK memohon semak semula kadar perkhidmatan pembetungan secara berkala. Ketiadaan kenaikan tarif melebihi 22 tahun telah menyebabkan kedudukan kewangan IWK yang tidak mampan yang mana pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan operasi ataupun opex dan seterusnya menjejaskan perkhidmatan pembetungan secara keseluruhannya. Defisit opex ini ditanggung oleh kerajaan melalui pemberian subsidi di antara 150 juta sehingga 200 juta setahun. Oleh yang demikian, kerajaan dalam proses merangka pendekatan yang bersesuaian untuk memastikan tarif pembetungan yang dikenakan kepada pengguna yang lebih saksama dan telus serta dalam masa yang sama mencerminkan kos operasi perkhidmatan pembetungan sebenar. Pada masa ini juga kadar tarif yang dikenakan adalah antara yang terendah berbanding dengan negara-negara lain. Oleh itu salah satu pendekatan yang sedang dipertimbangkan adalah berkenaan kadar tarif berasaskan konsep volum metrik iaitu penggunaan air selaras dengan prinsip pay-per-use. Pada masa yang sama, pendekatan ini akan menggalakkan penjimatan penggunaan air dan pemuliharaan sumber air. Selain itu, penetapan tarif volum metrik dibuat berdasarkan penyusunan semula struktur tarif kepada kategori domestik, bukan domestik dan industri serta pelaksanaan pengebilan bersepadu (joint billing) di antara operator air dan pembetungan. Dalam konteks ini, kerjasama erat antara operator air dan pembetungan memainkan peranan yang amat penting di dalam menjayakannya. Terima kasih.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah bagaimana Yang Berhormat Menteri memastikan dengan mekanisme mengira tarif baharu ini bayaran ditanggung oleh pengguna tidak akan bertambah lagi kos sara hidup rakyat dan kos berniaga sektor IKS dan mengikuti implementasi mekanisme baharu, adakah subsidi kerajaan kepada IWK akan dihapuskan ataupun subsidi akan diteruskan selama IWK ada defisit dan gagal menangani masalah kenaikan kos operasi mereka. Sekian.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Macam mana saya telah jawab tadi, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tidak ada satu berdekatan di mana kita hendak jaminan operasi IWK ini akan diteruskan dengan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat di dalam negara kita tanpa kira macam mana kita hendak adakan dana untuk IWK. Kalaulah katakan kita teruskan dengan subsidi tahun demi tahun, selepas itu ada defisit yang besar oleh IWK. Sebab itulah kita telah pun mengadakan satu pendekatan di mana kita akan— sudah pun kaji dan kita akan bawa isu ini kepada Jemaah Menteri untuk keputusan di mana isu joint billing dan sebagainya boleh dilaksanakan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan IWK untuk masa hadapan yang akan datang. Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, tunggakan negeri-negeri tentang pembayaran kepada IWK meningkat dan pada tahun yang lepas iaitu pada 31 Disember 2018, jumlah tunggakan bil pembetungan Indah Water Konsortium Sendirian Berhad ialah dekat RM979.69 juta. So, ada juga masalah kutipan dan ada juga orang-orang yang tidak hendak bayar. Kita tidak boleh ambil tindakan sewajarnya atas orang yang tidak bayar ataupun industri yang tidak bayar sebab undang-undang tidak memberi kuasa kepada IWK untuk ambil tindakan. Akan tetapi dengan joint billing kalau kita ada, tindakan ini boleh

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

dilaksanakan di bawah dan ramai akan bayar bil IWK pada masa hadapan yang akan datang. Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah berkaitan kualiti servis IWK. Adakah dengan tunggakan yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi lebih RM900 juta menyebabkan kualiti servis IWK kepada pengguna amat teruk. Bagaimana sekiranya joint billing ini tidak dapat dilaksanakan, adakah IWK akan menghadapi masalah operasi dan seterusnya akan menyebabkan kelemahan dari segi servis kepada pengguna. Terima kasih.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Kita kena faham sekarang data yang kementerian ada. Kutipan dari IWK buat sudah sampai 95 ataupun 93 peratus kutipan dia dapat.

Dr. Xavier JayakumarPKR · PHKuala Langat

Akan tetapi kutipan yang dibuat oleh IWK ini tak cukup untuk jalankan tugas opex mereka di dalam syarikat sebab tarifnya ialah 22 tahun, tarif yang sebelum ini digunakan, 22- year-old tariff yang kita gunakan sekarang. Dengan inflasi yang kita ada sekarang dengan juga cara kerja dan pembayaran kos-kos kontraktor dan bayar gaji mereka di dalam IWK, ini ada masalah untuk IWK untuk jalankan tugas-tugas mereka dengan sempurna. Oleh sebab itu, kerajaan subsidi mereka kepada IWK sekarang ialah sampai RM200 juta setahun. Akan tetapi kalau kita boleh menaikkan, opex boleh menaikkan kutipan dan juga kepada IWK, memang perkhidmatan mereka akan kita nampak lebih sesuai pada masa sekarang untuk digunakan oleh rakyat Malaysia.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. Boleh izinkan satu lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak, itu sudah cukup. Soalan yang seterusnya adalah dari Yang Berhormat Kuala Krai tetapi ibunya telah meninggal dunia, kita ucapkan takziah. Kita teruskan ke pertanyaan seterusnya daripada Yang Berhormat Kampar.

[Soalan No. 4 – YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) tidak hadir]

Thomas Su Keong SiongDAP · PHKampar · question

5. Tuan Su Keong Siong [Kampar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan dengan secara terperinci dasar baharu mengenai pengambilan pekerja asing bagi merombak sistem pengambilan pekerja asing yang lama. Bilakah laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing mengenai penyusunan semua undang-undang berkaitan pengambilan pekerja asing untuk bekerja dalam pelbagai sektor di negara ini akan disiapkan dan dibentangkan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHMenteri Sumber Manusia · Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya memohon izin untuk menjawab soalan ini dengan pertanyaan Yang Berhormat Kluang yang dijadualkan pada 19 Mac 2019 kerana ia berkaitan dengan isu yang sama iaitu dasar pengambilan pekerja asing.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Silakan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dengan izin, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 29 Ogos 2018 Kabinet telah meluluskan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas Pekerja Asing bagi melihat secara menyeluruh mengenai dasar dan pengurusan pekerja asing di Malaysia. Selepas itu pada 28 Februari 2019, laporan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing dan lepas itu ia akan diangkat untuk pertimbangan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju melantik 12 orang ahli JKPPPA yang dipengerusikan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan manakala ahli-ahlinya terdiri daripada pakar dan tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang seperti akademik, perundangan, ekonomi dan

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

pasaran buruh. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menandatangani watikah pelantikan ahli itu pada 21 September 2018. Input dan maklum balas bagi tujuan penyediaan laporan ini telah dikumpulkan daripada beberapa town hall session dan juga lapan sesi focus discussions yang telah diadakan di seluruh negara dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai pihak seperti agensi kawal selia majikan pekerja, kesatuan majikan, kesatuan pekerja, penyedia perkhidmatan (service provider), Ahli-ahli Parlimen, non-governmental organization, civil society organization, kedutaan negara sumber, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, ahli akademi dan orang awam. Selain cadangan dan maklum balas secara lisan dan bertulis, cadangan dan maklum balas turut diterima dalam bentuk memorandum dan e-mel. Hasil daripada input ini dan maklum balas yang diterima, jawatankuasa ini telah menyiapkan laporan ini dan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Bersama Antara Menteri pada 28 Februari 2019. Cadangan daripada jawatankuasa ini boleh dipecahkan kepada tujuh kluster seperti berikut iaitu: (i) Dasar Kebangsaan (National Policy); (ii) Dasar Pengambilan; (iii) Dasar Penggajian; (iv) Dasar Penghantaran Pulang; (v) Dasar Pekerja Asing Tanpa Dokumen; (vi) Penduduk Tanpa Negara dan Pelarian (Stateless Persons and Refugees); dan (vii) Hak Untuk Keadilan. Semua ini terkandung dalam Report of the Independent Committee on the Management of Foreign Workers yang akan dibentangkan di Kabinet tak lama lagi dan ia akan diberi kepada orang ramai selepas itu. Terima kasih.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan bahawa draf laporan daripada Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing ini telah pun siap bulan Disember yang lalu tetapi sehingga hari ini bulan Mac dah, masih belum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan. Akan tetapi masalah dia di pasaran, majikan-majikan menemui masalah untuk mengambil pekerja-pekerja sebab banyak polisi lama yang sekarang menjadi huru-hara. Banyak majikan meluahkan perasaan ketidakpuasan hati. Jadi apakah langkah sementara kita tunggu kelulusan ini, apakah langkah yang boleh kita buat untuk menenangkan majikan di luar agar mereka dapat menyambung operasi-operasi mereka.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kepada soalan tersebut, report ini akan dibentangkan ke Kabinet. Selepas itu baru satu keputusan holistik boleh dibuat tetapi ramai di antara mereka di negara ini tak faham. Kementerian saya hanya memproses iaitu membuat proses, we only do 50 percent. Selain daripada itu, 50 persen adalah dalam Kementerian Dalam Negeri. Mereka yang membuat keputusan muktamad berapa ramai yang boleh dibenarkan masuk atau bekerja di dalam negara ini. Maka, this is out of my hand dan kementerian saya telah membuat beberapa perbincangan dan kita harap satu penyelesaian dalam perkara ini akan dibuat seberapa cepat yang boleh. Saya setuju bahawa ada banyak masalah di mana permintaan majikan. Kalau ada sesuatu sedemikian, boleh beri kepada saya untuk tindakan tegas diambil dengan serta- merta. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sementara kita menunggu keputusan daripada laporan yang telah dibuat dibawa kepada Kabinet, saya ingin bertanya adakah pihak kementerian memantau penggajian pekerja asing di tempat-tempat seperti restoran dan hotel di mana terdapat ramai pekerja asing? Adakah penggajian mereka ini ada impak yang negatif terhadap pelaksanaan gaji minimum khususnya kepada anak-anak tempatan yang ingin mencari pekerjaan? Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Yang Berhormat. Report ini, Report of the Independent Committee on The Management of Foreign Workers merangkumi perkara- perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tindakan akan diambil tetapi tidak semestinya gaji minimum adalah satu faktor yang menggalakkan pengambilan pekerja asing atau pekerja dalaman. Yang lebih mustahak adalah di mana ramai di antara majikan fikir bahawa pekerja asing adalah lebih baik. Itu perlu satu tindakan holistik dan buku ini ada perkara-perkara itu yang akan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan · question

6. Puan Rubiah binti Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian bagi menggalakkan penyertaan ramai rakyat Malaysia dalam gerakan-gerakan koperasi bagi mencapai matlamat membudayakan gerakan koperasi.

Datuk Seri Mohd Redzuan YusofBERSATU · PHMenteri Pembangunan Usahawan · Alor Gajah

Terima kasih yang bertanya, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Usahawan telah merangka hala tuju usahawan dan koperasi agar lebih bersepadu, bersasar dan efektif. Fokus gerakan koperasi kini adalah kepada bidang keusahawanan yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya golongan B40. Pada 2018, terdapat 14,245 buah koperasi berdaftar di Malaysia dengan 6.5 juta orang anggota, modal syer sebanyak RM14.7 bilion dan aset sebanyak RM140.39 bilion. Bagi tempoh Jun hingga Disember 2018, sebanyak 199 buah koperasi baru didaftarkan yang mencakupi pelbagai bidang seperti: (i) perkhidmatan runcit dan borong; (ii) perindustrian; (iii) pengangkutan; (iv) pembinaan; dan (v) pertanian. MED telah melancarkan Rangka Kerja Keusahawanan negara iaitu the National Entrepreneurship Framework pada November 2018 yang menggariskan hala tuju gerakan koperasi di bawah teras strategik ketiga iaitu memperkasakan usahawan di kalangan B40 yang akan memacu koperasi sebagai penggerak utama ekonomi dan keusahawanan sosial (social enterprise), dengan izin.

Datuk Seri Mohd Redzuan YusofBERSATU · PHMenteri Pembangunan Usahawan · Alor Gajah

Setakat ini, aktiviti koperasi yang paling banyak menyumbang kepada jumlah perolehan dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) adalah perbankan dan kredit. Berdasarkan statistik 2017, sejumlah 589 buah koperasi perkhidmatan kewangan atau 4.24 peratus menyumbang perolehan sebanyak RM33.45 bilion atau 83.12 peratus. Setakat ini, sebanyak 90 peratus pembiayaan oleh Bank Rakyat adalah dalam bentuk pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan. Kementerian telah mengarahkan agar Bank Rakyat, salah satu agensi di bawah MED untuk melihat semula peruntukan pembiayaan yang ditawarkan supaya memberi lebih fokus kepada bantuan perniagaan koperasi dan pembiayaan PKS iaitu meningkatkan daripada 10 peratus yang ada sekarang ke 30 peratus dalam masa beberapa tahun yang akan datang. Antara program yang dijalankan oleh kementerian dan agensi melibatkan koperasi adalah program koperasi di peringkat sekolah dan IPT, penubuhan koperasi komuniti, pengiktirafan gerakan koperasi seperti sambutan Hari Koperasi Negara dan Anugerah Koperasi Terbaik, Satu Daerah Satu Industri dan Ekspo Malaysia 2019. Kementerian amat sedar akan kepentingan mewujudkan ekosistem yang kondusif serta dasar keusahawanan dan koperasi yang mantap sebagai pemangkin gerakan koperasi di negara ini. Oleh itu, kementerian sedang melakukan kajian semula Akta Koperasi 1993, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 dan Akta Maktab Koperasi 2011 agar selari dengan hala tuju yang disasarkan oleh pihak kementerian.

Datuk Seri Mohd Redzuan YusofBERSATU · PHMenteri Pembangunan Usahawan · Alor Gajah

Ini termasuk menyelaras dan memperkasakan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institusi Koperasi Malaysia dalam membangunkan koperasi dengan mengambil kira ekosistem yang ada di bawah MED. Pindaan itu juga akan melibatkan perkara-perkara dasar yang menyentuh aspek memudahkan penubuhan koperasi, memperkenalkan penggunaan credit self-regulatory serta memberi lebih banyak empowerment kepada gerakan koperasi untuk memajukan koperasi mereka tanpa berkompromi dengan salah tadbir urus dan isu integriti. Terima kasih.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah dikemukakan. Kita menyedari sebenarnya koperasi ini banyak membantu dari sudut penjanaan ekonomi khasnya B40, khususnya usahawan- usahawan luar bandar. Ekoran daripada itu, banyak koperasi yang telah diwujudkan terutamanya sekarang banyak mendapat perhatian adalah koperasi komuniti. Namun begitu, terdapat juga koperasi-koperasi komuniti ini yang mempunyai banyak masalah bukan sahaja dari sudut modal malah dari sudut tidak ada daya saing dalam bidang perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, saya ingin hendak bertanya kepada pihak kerajaan, apakah langkah ataupun strategi untuk membantu koperasi-koperasi komuniti ini dari sudut modal, kawal selia, pengurusan bagi memastikan ia betul-betul dapat membantu ekonomi masyarakat luar bandar khususnya. Terima kasih.

Datuk Seri Mohd Redzuan YusofBERSATU · PHAlor Gajah

Sebenarnya kalau kita lihat hari ini ramai masyarakat mahu menjana pendapatan melalui gerakan koperasi. Apa yang kita lihat hari ini, kebanyakan masyarakat yang mahu menggerakkan koperasi mereka tidak memahami ataupun kurang dilatih. Itu sebab kita ada institusi koperasi dan kita jenamakan semula yang telah diluluskan di Dewan ini juga untuk kita lebih bersasar. Contoh, kalau satu gerakan itu untuk mengadakan koperasi, apakah tujuannya. Kalau mereka tidak bertujuan yang begitu fokus, kita akan memberi fokus dengan mengadakan latihan. Itu sebab hari ini contoh, kita menggalakkan koperasi-koperasi untuk menyasarkan mereka sendiri untuk menyertakan satu program yang kita sebut One Million Dollar Club contohnya untuk memberi rangsangan kepada mereka, untuk memastikan apakah yang mereka mahu gerakkan untuk menambah pendapatan. Jadi, kita di kementerian akan mendekati mereka dengan memberi latihan menerusi agensi yang kita ada. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah kerana kita lihat koperasi ini mempunyai jumlah lebih daripada 13,000 dan anggotanya mencapai sehingga 6.5 juta rakyat Malaysia. Apakah peranan koperasi ini dalam sama-sama mengawal kenaikan harga barang terutamanya dan juga kos sara hidup dan kerjasama di antara Menteri dan juga dengan kementerian KPDNHEP dalam hal ini. Terima kasih.

Datuk Seri Mohd Redzuan YusofBERSATU · PHAlor Gajah

Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Kita di Kementerian Pembangunan Usahawan berhubung rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kita menggalakkan dalam kumpulan koperasi dengan database yang kita ada supaya mereka lebih menjalinkan hubungan ataupun lengkap-melengkapi supaya apa sahaja aktiviti yang melibatkan perniagaan pembuatan itu dikerjasamakan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan kita self-reliance. Kita tidak ada supply chain yang terbentuk dalam gerakan koperasi. Antara program, contoh ialah sebagai kita ada Satu Daerah, Satu Industri - Kita kaitkan dengan daerah lain dan kita hari ini telah pun berbincang dengan agensi dalam MED untuk membentuk satu collection centre untuk kita control harga barangan itu di mana supply chain itu adalah di bawah kawalan kita menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Terima kasih.

Lim Kit SiangDAP · PHIskandar Puteri · question

7. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Menteri Kesihatan menyatakan sebab mengapa masih tiada hospital kerajaan di kawasan Parlimen Iskandar Puteri supaya lebih setengah juta rakyat setempat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan mampu milik yang komprehensif dan bukannya hanya bergantung kepada perkhidmatan klinik kesihatan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Iskandar Puteri terletak dalam daerah Johor Bahru dengan anggaran populasi penduduk seramai 525,351 orang. Pada masa ini terdapat tiga buah hospital kerajaan yang berdekatan yakni Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Permai yang masing-masing berjarak sejauh 21km, 34km dan 21km dari Parlimen Iskandar Puteri. Hospital Pasir Gudang pula terletak di Daerah Johor Bahru telah diluluskan pembinaannya di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-11 terletak sejauh 41km dari Parlimen Iskandar Puteri dan sedang dalam peringkat ditender semula. Yang Berhormat Iskandar Puteri, perancangan untuk membina sebuah hospital di kawasan Parlimen Iskandar Puteri tentunya akan kami telitikan pada masa akan datang. Saya ucap tahniah atas kepekaan, keprihatinan Yang Berhormat untuk meningkatkan fasiliti- fasiliti kesihatan di kawasan Yang Berhormat. Buat masa ini pelbagai usaha untuk menaik taraf fasiliti sedia ada khususnya di Hospital Sultanah Aminah yang berada 21km daripada Parlimen Iskandar Puteri telah dirancang dan di laksana secara berperingkat. Dalam RMKe-10, pelbagai projek telah dilaksanakan. Antaranya termasuklah pembekalan peralatan angiography biplane di Jabatan Pengimejan dan Diagnostik khususnya untuk CVD disease termasuk penyakit-penyakit coronary vascular dan juga peralatan invasive cardiac lab dan peralatan BrainSuite, ini khusus untuk memproses magnetic imaging yang juga satu yang agak canggih, state-of-the-art bagi perkhidmatan neurosurgery. Projek pembinaan bangunan baru Jabatan Patologi HSAJB ini juga sedang di peringkat pembinaan. Selain itu dalam RMKe-11, projek naik taraf nutrisi parenteral atau parenteral nutrition HSAJB telah pun siap untuk digunakan. Sebuah bangunan baru Jabatan Perubatan Nuklear, Nuclear Medicine dan positron emission tomography ataupun komputer tomografi pap CT scan yang pastinya adalah state-of-the-art canggih untuk disease detection, cancer, endokrin dan neurologi semuanya sudah pun telah kita lulus dan akan mengambil alih perkhidmatan perubatan radio nuklear yang sedia ada. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, KKM telah menyediakan perkhidmatan kesihatan prima untuk rakyat berdekatan dengan Parlimen Iskandar Puteri iaitu melalui empat klinik kesihatan, enam klinik desa dan tiga klinik komuniti di Parlimen Iskandar Puteri.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Sebuah lagi klinik kesihatan baru sedang dibina untuk klinik kesihatan jenis 3 dengan kuarters Taman Ungku Tun Aminah. Terima kasih.

Tuan Lim Kit SiangDAP · PHIskandar Puteri

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Sehingga masa sebuah hospital baru dibina, bolehkah kementerian mempercepatkan naik taraf klinik-klinik yang ada ataupun memberi perkhidmatan- perkhidmatan multidisciplinary yang ada.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sesuai dengan perkara yang telah saya tegaskan untuk memberikan penekanan kepada aspek kesihatan, preventive, promotive dan juga predictive, kita menekankan tentang pengurusan kesihatan prima, on primary care, primary healthcare yang menjurus kepada penjagaan lebih awal daripada apa yang disifatkan sebagai curative care, Yang Berhormat. Pastinya klinik-klinik yang telah kita sebutkan itu dan sentiasa kami akan mengembangkan dan membangunkan fasiliti-fasiliti dalam klinik-klinik itu, Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, dari segi apa yang diistilahkan sebagai bed occupancy rate yang ada di hospital-hospital, HSA contohnya, memang pada tahapnya agak tinggi 92 peratus. Sementara di Hospital Sultan Ismail juga tinggi - 83 peratus dan Hospital Permai pada 60.4 peratus. Dari satu segi, kesemua ini adalah juga perkara-perkara yang kita akan ambil kira dalam perhitungan pembinaan hospital tetapi kita akan tekankan tentang pengembangan fasiliti di klinik-klinik. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Ramli bin Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apa yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah apa-apa perancangan Kementerian Kesihatan untuk menaik taraf dan tambah baik perkhidmatan di Hospital Orang Asli di Batu 12, Gombak? Terutama memandangkan banyak rungutan daripada suku kaum Orang Asli atas perkhidmatan yang telah diberikan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Satu perkara yang sangat baik atas keprihatinan Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya ucapkan jutaan terima kasih. Sebenarnya dan sejujurnya, kami sedang juga meneliti akan isu ini dan mungkin tidak ramai

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

yang tahu akan susur galur bagaimana Hospital Gombak itu dari zaman seawalnya lagi. Ia bersangkutan juga dengan penduduk Orang Asli di situ. Khususnya dengan itu, saya juga akan mengambil kira bukan sahaja dari sudut fasiliti di hospital itu tetapi juga saya mahukan wakil ahli lembaga pelawat hospital juga ada juga yang akan kita lantik daripada kalangan kaum Orang Asli. Jadi, ini yang juga saya ambil kira dan mudah-mudahan kita akan dapat perhatikan. Seperti mana yang saya sudah sebutkan itu ada kekosongan itu yang saya mahukan perkara ini diperhatikan. Bukan sahaja diperhatikan, malah dilaksanakan dari sudut peruntukan untuk mereka. Ia dari segi ahli lembaga pelawat hospital. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Shaharizukirnain bin Abdul KadirPAS · PNSetiu · question

8. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi isu kelewatan pembayaran gaji kepada pekerja sektor swasta oleh majikan seperti pengawal keselamatan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu yang mengemukakan soalan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Dewan semua, bahawa kementerian ini sentiasa mengambil tanggungjawab untuk memastikan majikan dapat mematuhi apa-apa perundangan yang termaktub di dalam Akta Kerja 1995 iaitu Akta 265 yang dilaksanakan, yang dikuatkuasakan di bawah Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia. Mengikut seksyen 19 - Akta 265, gaji yang perlu dibayar oleh majikan ini, ia tidak boleh lebih daripada 7 hari dalam satu-satu bulan. Contoh, kalau gaji bulan Mac, ia boleh bayar selewat-lewatnya 7 hari, 7 hari bulan dalam bulan April. Itu ia wajib kena bayar, ia tidak boleh lebih. Kalau bayar 8 hari bulan, 8 hari, ia tidak boleh, ia menjadi satu kesalahan. Ini peruntukan undang-undang, jadi kita sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan bahawa perkara-perkara ini dapat dipatuhi oleh pihak majikan. Terima kasih.

Soalan tambahan, Tuan Yang di- Pertua. Sejauh manakah pendedahan yang diberikan kepada pekerja-pekerja swasta ini berkait dengan hak-hak mereka berdasarkan undang-undang yang sedia ada supaya mereka tidak dieksploitasikan oleh para majikan mereka? Sekian.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita sentiasa mengambil berat, khususnya di bawah Kesatuan Sekerja iaitu kita meminta kerjasama daripada Kesatuan Sekerja untuk memaklumkan, memberikan pemakluman kepada mereka. Kita sentiasa bekerjasama dengan Kesatuan Sekerja untuk memberikan pemakluman tentang hak-hak pekerja. Apa yang penting kepada saya ialah golongan pekerja harus mengambil berat tentang hak-hak mereka. Jika ada berlaku perlanggaran-perlanggaran, ketidakpatuhan pihak majikan ke atas hak-hak pekerja, jadi mereka boleh buat laporan kepada Kementerian Sumber Manusia, khususnya kepada JTK, insya-Allah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan kelewatan membayar gaji pekerja, saya rasa kebanyakannya yang kita dengarlah, biasa kepada pekerja di bawah kategori B40 yang menjadi mangsa. Jadi, boleh tidak JTK, Jabatan Tenaga Kerja sendiri mewujudkan satu unit khas untuk menangani isu kelewatan bayar gaji ini supaya aduan-aduan boleh ditangani dengan fast track. Ini adalah sebab sekarang apa yang terjadi adalah semua aduan kena melalui prosedur yang biasa. Jadi, boleh tidak satu unit khas untuk menangani fast track. Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya ambil maklum atas pendapat dan pandangan dan cadangan Yang Berhormat. Apa yang telah dilakukan oleh JTK selama ini sentiasa memberikan perhatian yang serius untuk pembelaan dan perlindungan untuk golongan pekerja, terima kasih.

Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin · question

9. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Kerja Raya menyatakan langkah-langkah bagi memastikan keadaan jalan raya di Malaysia ini sentiasa selamat untuk digunakan, bagi mengelakkan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada struktur jalan raya yang rosak tidak diselenggara dengan baik.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. TahirAMANAH · PHTimbalan Menteri Kerja Raya · Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), 85 peratus kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu. Kita sendiri di jalan raya kita tahu macam mana pemandu-pemandu kita. Manakala, selebihnya adalah disebabkan oleh kenderaan tidak di selenggara dengan memuaskan dan juga akibat daripada keadaan jalan. Bagi mengurangkan kemalangan yang diakibatkan oleh keadaan jalan, Tuan Yang di-Pertua, dua program telah dikenal pasti dan dilaksanakan. Program pertama adalah untuk menyelenggara jalan-jalan tersebut supaya berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Satu lagi program adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan di jalan-jalan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya sentiasa mengambil berat tentang penyenggaraan jalan di Malaysia dengan mewujudkan langkah-langkah yang proaktif, termasuk pemantauan keadaan kerosakan jalan raya serta tindakan membaikinya. Bagi penyenggaraan jalan Persekutuan, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menetapkan, dengan izin, standard operating procedures senggara jalan. Prosedur ini diguna pakai untuk semua aspek penyenggaraan jalan Persekutuan yang dilaksanakan di bawah tanggungjawab JKR Malaysia melalui JKR Negeri, JKR Daerah sama ada melalui syarikat konsesi atau dilaksanakan sendiri oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Pihak JKR dan syarikat konsesi yang dilantik oleh kerajaan sentiasa melaksanakan pemantauan di jalan Persekutuan bagi memastikan keadaan jalan sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan oleh pengguna melalui pemeriksaan rutin berdasarkan SOP yang ditetapkan.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. TahirAMANAH · PHTimbalan Menteri Kerja Raya · Temerloh

Manakala bagi Program Penyelenggaraan Pavement berkala sebagai contohnya dengan izin mill and pave overlay and reconstruction serta Program Bukan Pavement Berkala seperti mengecat semula garisan jalan, pembaikan, penggantian, penghadang jalan dengan izin guard rail dan lain-lain sentiasa dilaksanakan setiap tahun berdasarkan kepada kelulusan peruntukan oleh Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, antara inisiatif yang telah diambil bagi memastikan permukaan jalan raya sentiasa selamat dan selesa untuk pengguna jalan raya adalah dengan mengadakan kempen Zero Portholes. Menerusi kempen ini, semua lubang jalan perlu ditampal dalam tempoh 24 jam. Selain itu, pembaikan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan, black spot dengan izin juga dilaksanakan di setiap tahun mengikut keutamaan dan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan telah menyediakan peruntukan di bawah Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya. Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf dan merawat lokasi- lokasi yang terjadi kemalangan di jalan sedia ada yang dipanggil sebagai black spot. Kerja- kerja ini merangkumi pembinaan jejantas pejalan kaki, memasang papan tanda tambahan atau mengecat rumble strips, jalur bergetar di atas permukaan jalan. JKR juga menjalankan Audit Keselamatan Jalan (RSA) bagi memastikan semua projek jalan memberi tahap keselamatan jalan yang baik dan praktikal kepada semua pengguna jalan. Ini bertujuan memastikan keperluan jalan raya, perancangan, reka bentuk, pembinaan dan operasi sesuatu jalan. Pelaksanaan ini membolehkan tindakan pembetulan diambil pada masa yang sesuai untuk mengelakkan kerja-kerja pemulihan diperlukan pada masa akan datang dengan melibatkan kos-kos dan masalah yang lebih rumit. Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan menteri atas jawapan itu. Soalan saya yang kedua ialah, apakah kementerian ada mempunyai cadangan untuk melakukan satu kaedah yang lebih berkesan bagi mengetahui kerosakan jalan itu melalui aduan orang ramai sebagaimana yang dilakukan di Selangor menggunakan Waze. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, memang pihak Kementerian Kerja Raya sentiasa memberikan perhatian ini. Kita punya website dan kita

banyak ruang untuk membolehkan rakyat atau para pengguna jalan raya memberikan sebarang aduan atau ulasan dan setiap masa unit yang menjaga urusan komunikasi, kami sentiasa melaporkan dan yang mana sempat secara cepat kita lakukan tindakan. Kita sentiasa mengambil tindakan. Nampaknya aduan daripada orang ramai dan para pengguna sangat banyak dan ini sangat kita alu-alukan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, cabaran bagi Kementerian Kerja Raya sudah pasti kalau mengikut peruntukan yang diberikan untuk melaksanakan komitmen sebab JKR memang mampu untuk melaksanakan tugas mereka sama ada directly daripada JKR ataupun syarikat konsesi tetapi cabarannya ialah peruntukan. Jadi adakah peruntukan yang telah diperuntukkan sekarang ini memadai untuk memenuhi komitmen Zero Portholes dan juga untuk membaiki segala infrastruktur termasuk juga kemudahan-kemudahan hubung kait dengan bahu jalan, guard rail dan sebagainya. Ini supaya memastikan keselamatan pengguna yang disebabkan keadaan jalan tidak baik ini dapat kita minimumkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada mantan menteri kami. Kami memang mengakui apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa masalah kewangan memang tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, kita mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kewangan yang pada November 2018 yang lalu telah memberi jaminan bahawa mereka akan memberikan tambahan sebanyak RM610 juta. Alhamdulillah, Kementerian Kerja Raya pada 8 Mac telah menerima peruntukan daripada yang dijanjikan itu sebanyak RM200 juta. Walaupun ini sangat kecil untuk tujuan senggara jalan tetapi ia insya-Allah akan digunakan dengan sebaiknya. Oleh itu saya mohon kepada semua pihak untuk memberikan sokongan padu supaya kita dapat melaksanakan tugas-tugas ini demi rakyat dengan sebaiknya. Terima kasih.

Nancy ShukriPBB · GPSSantubong · question

10. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan apakah langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk membantu rakyat dalam kategori M40 menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dr. Mohd Radzi bin Md JidinBERSATU · PNTimbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, menerusi prinsip dan pendekatan pembangunan secara menyeluruh dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan sentiasa prihatin dalam membantu meningkatkan tahap sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat termasuklah kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan atau M40. Strategi dan inisiatif untuk menangani kos sara hidup perlu dilaksanakan seiring dengan usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Ini akan dapat memastikan kuasa beli rakyat dapat dipertingkatkan. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan bagi tujuan ini adalah seperti berikut; Pertama, meningkatkan pendapatan isi rumah M40 menerusi pemerkasaan modal insan. Ini termasuk memastikan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti tinggi serta menggalakkan penggunaan teknologi terkini termasuklah dalam konteks ekonomi digital bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing. Ini seterusnya dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat. Kedua, meningkatkan sokongan bersepadu kepada golongan usahawan termasuk isi rumah M40 melalui penyediaan Program Sokongan Keusahawanan Kecil dan Sederhana di kawasan bandar dan luar bandar. Program ini akan memberi penekanan kepada aspek kewangan, pemasaran dan penggunaan teknologi terkini. Ini akan mewujudkan usahawan yang berdaya maju dan berpendapatan tinggi. Ketiga, menangani isu dan cabaran yang berkaitan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dan Majlis Tindakan Ekonomi.

Dr. Mohd Radzi bin Md JidinBERSATU · PNTimbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi

Dalam konteks pengangkutan awam contohnya, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif-inisiatif berikut untuk mengurangkan kos sara hidup: (i) menawarkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 mulai 1 Januari 2019 semua Warganegara Malaysia; (ii) menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus tambang Keretapi Tanah Melayu, komuter mulai 1 April 2019. Selain dari itu, usaha untuk memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan peraturan berkaitan pengawalan harga akan diteruskan. NACCOL bersama-sama Majlis Tindakan Ekonomi akan terus memberi penekanan dan perhatian kepada isu-isu berkaitan kos sara hidup rakyat. Di samping itu, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa peringkat menteri bagi mengkaji semula dasar monopoli perkhidmatan dan bekalan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Jawatankuasa ini akan mengenal pasti perjanjian konsesi perkhidmatan dan bekalan yang bersifat monopoli serta merancang perubahan dasar dan strategi yang bersesuaian. Usaha ini adalah untuk mencipta pasaran yang lebih efektif dan berdaya saing. Adalah menjadi harapan kerajaan supaya usaha-usaha ini dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat termasuklah golongan M40. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tahun ini dijangkakan tiada perubahan ketara akan berlaku kepada kedudukan ekonomi rakyat berbanding pada tahun 2018. Malah dengan ketidaktentuan ekonomi global masa kini dan dasar-dasar semasa kerajaan ke atas pasaran, wujud kecenderungan kedudukan ekonomi rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 akan bertambah teruk. Soalan saya, adakah kerajaan akan menangguhkan sementara pelaksanaan dasar- dasar yang boleh meningkatkan harga secara langsung dan tidak langsung di dalam pasaran serta rasionalisasi subsidi ke atas produk petroleum dan kenaikan tarif elektrik dan gas kerana ini akan memberi kesan kepada harga dan seterusnya kos sara hidup rakyat terutamanya golongan M40 yang tidak menerima banyak bantuan seperti golongan B40. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Berkaitan dengan usaha-usaha kerajaan untuk memastikan tekanan kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan seperti mana saya sebut tadi, ianya sebahagian daripada inisiatif dan kerajaan akan terus memastikan usaha-usaha terus dilakukan. Ini termasuklah seperti mana yang disebut tentang petrol tadi di mana harga siling petrol diturunkan daripada RM2.20 pada RM2.08. Bermaknanya maksimum harga petrol itu adalah pada RM2.08 dan apabila harga petrol dunia lebih murah dan harga di pasaran akan lebih rendah. So, itu adalah contoh inisiatif yang sedang dan akan terus dilakukan oleh kerajaan bukan sahaja untuk B40 tetapi juga memberi kesan kepada M40. Sekian terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut pandangan kerajaan, adakah bilangan B40 yang memerlukan bantuan tahun ini akan bertambah berbanding tahun lepas, 2018. Yang kedua, apakah kemungkinan Kementerian Kewangan dapat menimbangkan peruntukan tambahan jika perlu kerana pelaburan yang kita terima umpamanya di Pulau Pinang, mungkin ada syarikat-syarikat yang akan terpaksa mengurangkan pekerja dan ada antara mereka merupakan golongan B40. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Tentang soalan kedua, Kementerian Kewangan lebih wajar menjawab soalan tersebut. Tentang soalan pertama berkaitan dengan peningkatan jumlah B40. Jika kita lihat usaha kerajaan adalah untuk menumpukan, menyelaraskan semua bantuan-bantuan yang ada pada golongan ini untuk melihat apa yang telah diberikan kerana terdapat pertindihan tentang bantuan. Daripada sini kita dapat memastikan sama ada golongan B40 di peringkat paling miskin, golongan B40 ini terbahagi kepada beberapa peringkat. Yang paling bawah adalah yang paling miskin, kedua miskin dan peringkat pertengahan. Jadi yang diberi tumpuan adalah di peringkat miskin di mana kerajaan sedang meneliti database berkaitan dengan hal ini.

Tentang jumlah B40 secara keseluruhannya, ianya tidak akan berubah sebab kita ambil 40 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia. Begitu juga dengan M40. Sekian, terima kasih.

Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim · question

11. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim] minta Menteri Pertahanan menyatakan sama ada Kementerian akan membantu menyiasat kes Scorpene dan langkah-langkah yang akan/telah diambil untuk mengelakkan rasuah dan ketirisan dalam proses perolehan.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertahanan · Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana badan siasatan kes Scorpene. Sebagai makluman, kes Scorpene ini dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Di bawah kerajaan baharu, Kementerian Pertahanan akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas bagi mengelakkan rasuah dan ketirisan dalam proses perolehan, ianya tidak berlaku. Antaranya ialah melaksanakan cadangan-cadangan dari pihak Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang masih menjalankan siasatannya serta mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri di Parlimen sebagai salah satu proses semak imbang dalam pengurusan aset dan pertahanan negara. Pada masa yang sama, kementerian ini sentiasa melaksanakan perolehan mengikut prosedur dan peraturan kewangan semasa yang berkuat kuasa serta mengamalkan budaya integriti yang tinggi dalam organisasi. Selain daripada itu, pusingan kerja di kalangan pegawai-pegawai yang telah berkhidmat melebihi tiga tahun di bahagian-bahagian yang sensitif turut dilaksanakan. Kementerian Pertahanan turut menjalankan penilaian risiko rasuah, salah satu cara mengelakkan rasuah dan ketirisan dalam proses perolehan. Melalui penilaian risiko rasuah, risiko dan potensi risiko rasuah yang wujud di kementerian dapat dikenal pasti dan tindakan pencegahan boleh diambil. Kementerian ini juga kini ke arah mendapatkan pensijilan standard antarabangsa, MS ISO 37001:2016, Sistem Pengurusan Anti Rasuah yang dipanggil ABMS. Sekian, terima kasih.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menurut kenyataan kementerian pada 19 Februari, Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang telah siapkan satu laporan yang membongkarkan anggaran kerugian atau ketirisan hasil kerajaan sepanjang pelaksanaan projek land swap lebih daripada RM500 juta. Saya hendak tanya bilakah Kementerian Pertahanan akan membentangkan laporan ini di dalam Parlimen.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Jawatankuasa Tadbir Urus yang diketuai oleh Tan Sri Ambrin Buang selepas enam bulan telah menyerahkan laporan awal terhadap terutama soal land swap dan telah dibentangkan di Kabinet dan Kabinet akan menentukan sama ada ianya boleh diedar kepada Ahli Parlimen dan orang ramai. Oleh kerana ianya sekarang di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, maka saya tidak ingin menambahkan apa-apa maklumat di sini sehingga siasatan itu selesai dan dibentangkan siasatan daripada SPRM itu kepada pihak kementerian dan ianya sedang berjalan sekarang ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya juga berkenaan dengan kes Scorpene ini, penjualan ataupun kontrak pembelian submarine. Baru-baru ini kami juga mendengar daripada penyiasat-penyiasat kes ini di Perancis bahawa nama seseorang yang timbul di dalam kontrak-kontrak tersebut adalah nama Altantuya Shaaribuu. Nama beliau telah pun terdedah di dalam kontrak-kontrak penjualan Scorpene tersebut. Jadi ada kemungkinan bahawa Altantuya tersebut memang terlibat dalam pembelian tersebut yang sekarang di dalam siasatan rasuah seperti Yang Berhormat Menteri tadi menyatakan. Jadi soalan saya adakah pihak kerajaan akan mengambil langkah untuk bekerjasama dengan kerajaan Perancis untuk mengetahui setakat mana penglibatan Altantuya tersebut di dalam skandal pembelian submarine Scorpene ini dan sama ada sekiranya beliau terlibat, ianya akan terlibat di dalam kes pembunuhan beliau di Malaysia pada tahun 2006. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Seperti yang saya sebut tadi, ianya di bawah siasatan SPRM. Maka saya tidak ingin menambah apa-apa sehingga saya mendapatkan laporan siasatan itu dan memberi kerjasama kepada mana-mana pihak dalam membongkar kes-kes jenayah itu memang menjadi dasar negara kita untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak. Soal siasatan sedang berjalan. Saya tidak akan menambah apa-apa pandangan di atas siasatan yang berjalan itu. Terima kasih.

Jalaluddin bin AliasUMNO · BNJelebu · question

12. Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah jaminan dan komitmen dari pihak kerajaan dalam memastikan Pilihan Raya Kampus yang dilaksanakan di universiti awam akan bebas daripada pengaruh parti politik ataupun mana-mana individu yang berkepentingan.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHMenteri Pendidikan · Simpang Renggam

Bismillahir Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Jelebu dengan memetik terlebih dahulu kata-kata Franklin D. Roosevelt dengan izin, “we cannot always build the future for our youth but we can build our youth for the future”. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan beberapa perubahan besar di universiti awam untuk mengubah landskap demokrasi dan kebebasan bersuara di universiti awam. Perubahan ini dimulakan dengan penghapusan peruntukan undang-undang yang menghalang mahasiswa daripada aktif berpolitik di kampus melibatkan seksyen 15 (2)(c) AUKU yang telah diluluskan di Parlimen pada 4 Disember 2018 yang lalu. Berdasarkan kepada semangat itu, Kementerian Pendidikan terus mengorak langkah pembaharuan ke atas pelaksanaan pilihan raya kampus ataupun PRK di universiti awam. Melalui kenyataan yang dikeluarkan pada 15 September 2018, kementerian telah membenarkan keterlibatan pelajar dalam pelaksanaan PRK berbanding sebelum ini yang dilakukan oleh pihak pentadbir universiti. Pihak pengurusan universiti juga telah disarankan untuk menyemak semula tatacara pelaksanaan pilihan raya kampus agar pelajar diberi kebebasan mengendalikan PRK secara telus mengikut acuan kepimpinan mereka sendiri.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHMenteri Pendidikan · Simpang Renggam

Usaha-usaha bagi memenuhi matlamat ini telah dan sedang giat dilaksanakan di semua 20 universiti awam. Sebanyak 19 universiti awam telah selesai melaksanakan Pilihan Raya Kampus masing-masing dengan menggunakan pendekatan sebagaimana yang dinyatakan tadi. Walau bagaimanapun jika kita lihat satu contoh yang baik telah ditunjukkan oleh Universiti Malaya. Di Universiti Malaya sejarah telah tercipta buat universiti terulung di negara ini pada 4 Mac 2019 yang lalu apabila buat pertama kalinya Universiti Malaya dalam sejarah Malaysia selepas hampir 50 tahun Pilihan Raya Kampus dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa tanpa campur tangan pihak pengurusan universiti. Maksudnya kali terakhir di Universiti Malaya dianjurkan Pilihan Raya Kampus oleh mahasiswa sendiri adalah pada 49 tahun yang lalu. Jadi ia merupakan landskap bersejarah dan merupakan kenangan bagi warga UM dan juga Alumni UM. [Tepuk] Apa yang lebih menarik selain menentukan perwakilan, mahasiswa di UM juga sudah mampu menubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya mereka yang tersendiri yang dikendalikan sebagai Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (JPRKUM) dan ia dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa yang kebanyakannya daripada Fakulti Undang- undang. Sekali lagi saya nyatakan bahawa ia merupakan hadiah kepada warga UM dan juga Alumni UM yang wujud di Dewan ini. Kami di Kementerian Pendidikan amat menghargai kesungguhan untuk menghidupkan demokrasi di peringkat kampus seperti ini malah lebih membanggakan apabila pejalan PRK juga berjalan dengan lancar dan dengan penuh harmoni. Ini menunjukkan kita memiliki kelompok mahasiswa yang matang dan bertanggungjawab dalam memelihara kebebasan diberikan dan apa yang dilakukan di UM akan dijadikan sebagai dengan izin, showcase kepada universiti-universiti yang lain. Inilah jaminan dan komitmen daripada pihak kerajaan dalam memastikan Pilihan Raya Kampus yang dilaksanakan di

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHMenteri Pendidikan · Simpang Renggam

universiti awam akan bebas daripada pengaruh parti politik ataupun mana-mana individu yang berkepentingan. Walau bagaimanapun setiap pelajar berdaftar dengan universiti adalah tertakluk kepada Perlembagaan, peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di dalam universiti. Kementerian ini yakin bahawa kebebasan bersuara dan semangat autonomi yang diberikan kepada pelajar mampu membentuk generasi pelapis negara yang bersikap lebih terbuka, matang dan bertanggungjawab ke atas keputusan sendiri. Pilihan Raya Kampus yang dikendalikan oleh siswa hanyalah permulaan kepada usaha reformasi pemerkasaan siswa dan juga usaha menyemarakkan demokrasi di kampus. Seterusnya ialah usaha menghidupkan semula Students’ Union dan juga pemansuhan AUKU, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Menteri, saya tanya sikit dia jawab panjang, lengkap dan detail. Cuma tiga perkara Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tiga inti pati yang pertama, pemansuhan 15 (2)(c) ini. Adakah itu sebagai apabila membolehkan pelajar berpolitik secara bebas di dalam kampus itu adalah merupakan satu green lane kepada parti politik tertentu terutamanya parti politik yang dari pihak kerajaan untuk jadikan sebagai pusat perkaderan di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kedua, selain daripada perpindahan seksyen itu, adakah sistem undi di Pilihan Raya Kampus ini boleh kita selaraskan? Ada separuh guna e-Voting dan ada separuh guna kertas undi biasa. Adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menyelaraskan kertas undi ini? Ketiga dan terakhir Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri beritahu bahawa sistem Pilihan Raya Kampus diuruskan oleh pelajar sendiri. Kemungkinan ada double standard di dalam memilih pelajar sebagai petugas di dalam SPR terutamanya di universiti-universiti tertentu sebagai petugas di SPR. Adakah pihak kementerian bercadang untuk melibatkan serba sedikit Suruhanjaya Pilihan Raya di dalam Pilihan Raya Kampus? Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya sebutkan tadi bahawa setiap pelajar yang berdaftar dengan universiti adalah tertakluk kepada Perlembagaan, peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di universiti tersebut. Maksudnya sama ada keterlibatan parti politik dan pelajar semua adalah bergantung kepada undang-undang dan Perlembagaan universiti itu. Itu bagi soalan yang pertama. Soalan yang kedua bagi pihak siswa pula mereka— apa ini soalan kedua berkaitan dengan apa ini tadi.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] E-Voting.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

E-Voting. Mereka berperanan untuk menentukan cara yang terbaik bagi diri mereka. Jikalau mereka suka atau memilih untuk e-Voting ataupun memilih untuk secara manual, itu terserah kepada mereka. Walau bagaimanapun sesi libat urus berterusan sama ada daripada pihak SPR sendiri ataupun pihak kementerian dengan siswa amatlah dialu-alukan dan yang ketiga berkaitan dengan— apa tadi saya catat. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Green lane untuk parti politik untuk jadikan itu sebagai pusat perkaderan.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Oh perkaderan. Jikalau kita lihat apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kampus di UM yang baru-baru ini dengan jelas pelajar menunjukkan kematangan mereka kerana bukan semua pelajar agak tertarik kepada parti politik tertentu dan terdapat ramai juga pelajar yang lebih memilih untuk bersikap profesional seperti yang berlaku di dunia realiti juga di luar kampus. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, SPR tadi Yang Berhormat Menteri, SPR.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan yang kedua dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Paya Besar.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya tanya soalan tambahan. Tahniah kepada pihak Kementerian Pendidikan bahawa kerajaan baharu telah lakukan apa yang gagal dilakukan oleh kerajaan sebelum ini selama berpuluh tahun. [Tepuk] Cuma persoalan saya di sini adalah sebagai bekas MPP daripada UKM hendak tanya macam mana kalau ada pegawai tertinggi dari pengurusan universiti sendiri yang terlibat yang masih mempunyai sikap dan mentaliti seolah-olah kerajaan lama itu. Jadi apakan tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian terhadap mereka yang terbabit?

[Dewan riuh]

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Rasah kerana soalan yang diajukan. [Disampuk] Kita kena jawablah dia sudah bertanya. Ya, saya yakin para pelajar mempunyai sikap profesionalisme yang tinggi dan setakat ini di dalam Pilihan Raya Kampus yang telah berjalan di beberapa buah universiti, kita dapati para pelajar sendiri mula menunjukkan mereka punya kuasa dan juga pihak pentadbir saya lihat juga dalam mempelajari rentak untuk bersikap profesional dan setakat ini tidak terdapat apa-apa salah guna kuasa dan saya yakin dalam tempoh tahun-tahun ke depan, norma yang kita ini akan menjadikan semua pihak tahu untuk menghormati satu sama lain. Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Paya Besar.

Tuan Yang di-Pertua

Saya menjemput Yang Berhormat Sandakan.

UKM itu hasil BN lah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sandakan silakan.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk kita mengikuti masa yang ditetapkan. Yang Berhormat Sandakan silakan.

Stephen Wong Tien FattDAP · PHSandakan · question

13. Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status permintaan kenaikan Berat Dengan Muatan (BDM) di negeri Sabah supaya diselaraskan dengan Semenanjung Malaysia.

Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. TahirAMANAH · PHTimbalan Menteri Kerja Raya · Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sekali lagi saya bangun untuk menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementerian kami, Kementerian Kerja Raya. Yang Berhormat Sandakan meminta supaya Menteri Kerja Raya menyatakan status permintaan kenaikan Berat Dengan Muatan (BDM) di negeri Sabah supaya diselaraskan dengan Semenanjung Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak Kementerian Kerja Raya berhasrat untuk mengguna pakai Weight Restriction Order dengan izin, yang sama di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah. Walau bagaimanapun Tuan Yang di- Pertua, terdapat beberapa jambatan di Sabah yang perlu dinaiktarafkan atau digantikan dengan yang baharu sebelum WRO yang sama dapat dikuatkuasakan di Sabah. Ini dijangka akan dilaksanakan apabila Lebuhraya Pan Borneo Sabah siap kelak. Itu saja jawapan ringkas pada soalan yang straightforward daripada Yang Berhormat Sandakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi ini satu masalah sudah begitu lama yang kita bangkit. Jadi semestinya kita tahu kalau Kementerian Kerja Raya sudah tahu masalah yang jambatan itu tidak sekata.

Jadi adakah kerajaan baru ini berusaha menaiktarafkan jambatan ini supaya kita punya muatan boleh serata dengan Semenanjung di sini?

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sememangnya kita memberikan perhatian kepada isu ini. Saya sendiri sudah dua kali meronda di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan-kawan yang berdekatan melihat sendiri tentang keadaan jambatan-jambatan yang ada. Kami hanya menunggu peruntukan yang datang selepas ini untuk segera melaksanakan kewajipan memperbaiki jambatan-jambatan itu. Kalau jambatan-jambatan itu belum dinaiktarafkan dan belum dibaiki, kalau kita letak, kita mengangkat BDM itu kepada angka yang lebih tinggi, selaras dengan apa ada di Semenanjung, kita takut perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itu, kita ambil perhatian Yang Berhormat, kita akan memberikan perhatian kepada isu ini. Sampai masanya akan kita laksanakan.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua di sebelah kiri. Ada? Tidak ada. Soalan tambahan kedua di sebelah kanan? Tidak ada. Dengan itu selesailah Sesi Jawapan Lisan untuk hari ini. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M 18(1) — Pencemaran Kimia Toksik Di Pasir GudangUrgent matter

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia dan Yang Berhormat Datuk. Perkara Kerajaan Persekutuan harus mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang, Johor akibat pencemaran kimia toksik. Hal ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan seperti berikut. Bahawa Dewan mengizinkan saya, Tuan Hassan bin Abdul Karim, Ahli Parlimen pasir Gudang untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang mengehendaki disegerakan iaitu Kerajaan Persekutuan harus mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang, Johor akibat pencemaran kimia toksik. Laporan daripada televisyen Malaysia, TV1 jam 12.00 tengah malam, 13 Mac 2019 mengenai kedudukan bencana pencemaran kimia toksik di Pasir Gudang, Johor amat menakutkan kerana beberapa faktor penting seperti: (i) Seramai 506 mangsa telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Hospital Sultanah Aminah dan klinik-klinik kesihatan; (ii) Sembilan orang telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan; (iii) Sebanyak 111 buah sekolah telah ditutup. Statistik-statistik ini menunjukkan secara jelas bahawa pencemaran kimia toksik telah merebak luas bermula dari kawasan Pasir Gudang dalam Parlimen Tebrau, kini merebak ke kawasan Parlimen Pasir Gudang menjadikan seluruh kawasan Pasir Gudang kini terjejas dan tidak selamat. Kehidupan beratus ribu orang penduduk di pasir Gudang kini terdedah pencemaran kimia toksik berbahaya yang bermula akibat pembuangan kimia secara haram di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang mengalir sepanjang 1.5 kilometer. Bahan-bahan kimia toksik itu kini disebarkan melalui udara dan tersebar luas dibawa angin. Penduduk-penduduk menjadi cemas dan bimbang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Dewan Rakyat perlu membahaskan bencana pencemaran kimia toksik ini untuk kepentingan dan hak penduduk-penduduk Pasir Gudang supaya kesihatan dan nyawa mereka terjamin. Kejadian bencana pencemaran kimia di Bhopal, India, 20 tahun yang lalu yang telah meragut nyawa beribu-ribu orang penduduk diharap tidak berulang di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Tindakan pencegahan segera perlu diambil supaya nyawa rakyat dapat diselamatkan. Sekian, saya ahli Parlimen Pasir Gudang.

Saya Yang Berhormat Kuala Krau menyokong. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima pemberitahuan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Pasir Gudang pada hari Khamis, 14 Mac 2019 iaitu hari ini yang sudah pun dibacakan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh ahli Yang Berhormat sebentar tadi. Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan

(i) Perkara itu tertentu. (ii) Kepentingan orang ramai dan; (iii) Berkehendak disegerakan. Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa tertentu, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Kepentingan orang ramai, ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Berkehendak disegerakan, perkara ini juga perlu disegerakan. [Tepuk] Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan. [Tepuk] Pada jam 4.30 petang, hari ini. Saya akan membenarkan usul ini dibahaskan selama 60 minit. Bagi membolehkan usul ini dibahaskan di dalam Majlis Mesyuarat, ia perlu diputuskan melalui satu usul. Dengan demikian, saya minta seorang Menteri untuk mencadangkan usul yang dikemukakan.

Usul — MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN MESYUARAT Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa binMotion

Maidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 16 iaitu bagi membolehkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Pasir Gudang dibahaskan dalam Majlis Mesyuarat pada hari ini, Khamis, 14 Mac 2019, jam 4.30 petang. Mohon mengusulkan.

Tuan Yang di-Pertua, Temerloh menyokong usul ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya; "Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Keempat Belas." [13 Mac 2019]

Tuan Yang di-Pertua

Saya mempersilakan Yang Berhormat Kalabakan.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Saya minta izin untuk mengalu-alukan kedatangan persatuan penduduk di DUN Taman Medan atau Bukit Gasing.

Tuan Yang di-Pertua

Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Dialu-alukan kehadiran saudara dan saudari sekalian. Silakan, Yang Berhormat Kalabakan.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan rasa sedih atas apa yang terjadi di Pasir Gudang. Sama-sama kita bekerjasama berbincang untuk mengatasi masalah ini. Saya sambung ucapan saya kelmarin yang terhenti kerana masa ditamatkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas peraturan baru yang mengehadkan masa Parlimen sehingga 5.30 petang. Kita berpeluang berjoging bersama pasangan-pasangan kita di sebelah petang. Alhamdulillah. Jadi, menyambung ucapan saya kelmarin, saya bercakap fasal Pulau Sebatik. Keadaan geografi fizikal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Pulau Sebatik terdedah kepada untuk menjadi transit dalam aktiviti keluar masuk Pendatang Tanpa Izin (PTI). Malahan, sudah tentu juga jenayah rentas sempadan berkaitan pemerdagangan manusia dan penyeludupan barangan kawalan yang tidak terkecuali. Kita juga khuatir sekiranya wujud ancaman pergerakan militan yang menjadikan Tawau sebagai transit mereka khususnya di Pulau Sebatik. Kita tahu wujud tiga pos kawalan darat di Pulau Sebatik seperti di Sungai Melayu, Wallace Bay dan Burst Point. Akan tetapi, mengapakah kesemua pos kawalan ini tidak dilengkapi dengan aset bot laju atau bot ronda khususnya di Burst Point yang saya kira terletak di lokasi paling strategik kerana kawasan di sekitarnya menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan.

Bagaimana tindakan berkesan untuk menangani kehadiran pergerakan mencurigakan jika pasukan keselamatan yang bertugas tidak dilengkapi dengan aset seperti bot laju. Pada masa yang sama, jaringan telekomunikasi yang cukup terhad. Di Burst Point

misalnya, hanya menggunakan radio amatur. Adakah ini standard kawalan yang memang sengaja dihadkan untuk menjaga keselamatan perairan dan wilayah kami di Sabah? Kita melihat kepentingan untuk kewujudan sebuah kem tentera di kawasan pesisir Pantai Timur Sabah. Pulau Sebatik adalah salah satu kawasan yang kita lihat berpotensi...

Yang Berhormat, mohon.

...kerana lokasi yang cukup strategik.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Putatan minta laluan.

Okey.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Markas Tiga Briged Tentera Darat di Kem Lok Kawi dekat Kota Kinabalu, ditubuhkan ekoran konfrontasi oleh Republik Indonesia pada tahun 1963. Pada waktu itu, kawasan yang dicerobohi adalah kawasan Kalabakan, di Pantai Timur. Akan tetapi, markas tentera yang dibina pula di Kem Lok Kawi di Pantai Barat. Kini, setelah lebih daripada 50 tahun, kawasan yang terdedah dan ancaman yang terdedah tetap juga di Pantai Timur. Akan tetapi, Kem Lok Kawi― Kem Lima Briged ini masih juga di kawasan Pantai Barat, itu yang pertama. Kedua, pada November 2018, Angkatan Tentera Laut Malaysia telah memindahkan Markas Wilayah Dua, dari Sepanggar yang terletak di Pantai Barat ke Sandakan, iaitu di Pantai Timur. Ini disebabkan kawasan Pantai Timur terdedah dengan elemen-elemen pencerobohan dan juga seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kelabakan tadi, penyeludupan dan juga ancaman militan. Setujukah Yang Berhormat Kelabakan jika Markas Lima Briged Tentera Darat di Kem Lok Kawi yang terletak di Pantai Barat ini, dipindahkan ke kawasan Pantai Timur yang terancam? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Ya, adalah menjadi impian kita supaya kawasan Pantai Timur Sabah dikawal dengan rapi setelah berlaku beberapa siri penculikan for ransom yang selalu berlaku di sana. Jadi, adalah permintaan kita untuk kem-kem askar ini ditambah di Pantai Timur, atau yang di Pantai Barat dipindahkan. Terima kasih Putatan. Rakyat kita di Pulau Sebatik juga selalu mendesak supaya kem tentera dapat diwujudkan untuk membolehkan unsur-unsur tidak dingini dapat dikekang dengan lebih berkesan, khususnya berhubung kait dengan aktiviti pemerdagangan manusia, dadah rompakan, militan dan pergerakan mencurigakan yang lain. Kita percaya Pantai Timur Sabah merupakan salah satu kawasan yang memerlukan langkah pengawasan dan kawalan yang serius. Berdasarkan laporan media massa, sudah banyak kali tangkapan jenayah rentas sempadan berkaitan antipemerdagangan manusia (ATIPSOM) dilakukan pasukan keselamatan kita di Pantai Timur Sabah. Situasi ini juga menunjukkan pentingnya langkah drastik diambil untuk meningkatkan keyakinan rakyat, pelabur dan pelancong. Misalnya, statistik yang kita peroleh menunjukkan terdapat peningkatan jumlah tangkapan jenayah antipemerdagangan orang (ATIPSOM) pada tahun lepas yang dilakukan oleh PDRM Tawau iaitu berbanding 191 tangkapan pada tahun 2017 dan 170 pada tahun 2016, sebanyak 243 tangkapan direkodkan pada tahun 2018. Kita memuji usaha PDRM yang terus komited membanteras jenayah ATIPSOM. Sekalipun tidak pernah dilaporkan, berlaku kes culik untuk tebusan atau kidnap for ransom (KFR) di Tawau atau Kalabakan. Namun, situasi ini bukanlah penanda aras yang menunjukkan bahawa kawasan ini terhindar daripada ancaman KFR. Justeru, kita percaya langkah lebih proaktif perlu diambil melibatkan tentera, polis dan agensi keselamatan lain, khususnya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Buktinya, kita melihat sehingga sekarang, langkah perintah berkurung di perairan ESSZONE melibatkan tujuh daerah di Pantai Timur Sabah, tidak terkecuali Tawau, masih terus dikuatkuasakan. Malah, hari ini perintah berkurung yang dikemas kini pada setiap dua minggu fasa ke-109, akan diteruskan lagi selaras dengan Seksyen 31(4) Akta Polis 1997. Kita sudah merdeka. Namun, kita dilarang keluar malam. Inilah harga mahal kebebasan rakyat di tujuh-tujuh daerah termasuk Tawau. Kita khuatir, sekiranya pagar sempadan tidak diwujudkan di Pulau Sebatik, ia akan mendorong aktiviti penyeludupan terus berleluasa tanpa pengawasan yang ketat kerana ketiadaan prasarana yang cukup membimbangkan. Hasil kunjungan kita ke Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di

Sungai Melayu, Pulau Sebatik juga mendapati keadaannya sangat daif dan amat memerlukan penambahbaikan. Tuan Yang di-Pertua, kita juga memberikan perhatian terhadap aktiviti penyeludupan dadah yang berlaku di Tawau. Laporan media massa pada November tahun lepas, menyebut tentang tangkapan empat suspek dan rampasan syabu seberat kira-kira 104 kilogram yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. Perkembangan ini cukup membimbangkan kerana jumlah dadah yang sebesar ini boleh menampung keperluan seramai 521,705 orang pengguna, jika berdasarkan kebiasaan penagih menggunakan 0.2 gram seorang. Sudah tentu menjadi keinginan bersama, untuk memastikan generasi muda di negara ini adalah mereka yang bebas tanpa penyalahgunaan dadah. Kita perlu sedar bahawa Tawau juga salah satu kawasan yang menjadi tumpuan pembekal dadah kerana faktor lokasinya yang terletak begitu hampir dengan negara jiran. Malah, kerap dilaporkan tangkapan suspek pengedar dadah di Nunukan, Kalimantan Utara oleh penguatkuasaan Indonesia, dikatakan berasal dari Tawau. Mengikut statistik yang ada, di Tawau sahaja, sebanyak 3,200 operasi digerakkan oleh polis sepanjang 2018 dan menyaksikan 1,578 tangkapan serta 1,416 pendakwaan dijalankan di mahkamah. Berdasarkan perbandingan dalam tempoh tiga tahun, iaitu antara tahun 2016 sehingga 2018, kita melihat komitmen polis untuk menjalankan tugas mereka. Sekalipun kita percaya bahawa, terdapat banyak kekangan yang melibatkan aset dan keanggotaan polis dalam menjalankan tugasan mereka. Atas sebab itu juga kita percaya, wujud kepentingan supaya pagar sempadan diwujudkan di Pulau Sebatik sebagai langkah untuk memastikan kegiatan penyeludupan berleluasa tanpa pengawasan yang ketat, dapat ditangani dengan lebih baik. Pada masa yang sama, membantu pasukan keselamatan kita merangka mekanisme atau kaedah pemeriksaan dan operasi yang lebih berkesan. Sebagaimana modus operandi yang mula diguna pakai oleh pembekal atau penyeludup atau pengedar dadah yang dikatakan sentiasa berubah-rubah mengikut masa, kita juga berharap, supaya pendekatan dalam menangani isu atau jenayah ini juga mempunyai pembaharuan, terutamanya berkaitan penambahbaikan facility, aset pasukan keselamatan kita, termasuk pertambahan anggota yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada perjawatan atau kekuatan tenaga kerja agensi keselamatan yang tidak mencukupi melibatkan kepentingan keselamatan rakyat, maka perkara ini perlulah diberi pertimbangan yang sewajarnya. Daerah Tawau misalnya mempunyai kawasan seluas 6,125 kilometer persegi atau seluas 612,506 hektar dan melibatkan dua Parlimen iaitu Parlimen Tawau dan kawasan saya sendiri, Parlimen Kalabakan. Jumlah taburan penduduk di Dearah Tawau menjangkau sehingga seramai 478, 229 orang dan sudah tentu memerlukan tenaga pasukan keselamatan yang besar dan seiring dengan keperluannya, termasuk keperluan prasarananya. Kita melihat banyak justifikasi penambahan perjawatan dan penambahan prasarana yang ada untuk kepolisian di Tawau, iaitu perkembangan pembangunan setempat, pertambahan penduduk, keluasan kawasan pentadbiran, keluasan kawasan perairan, persempadanan negara dengan negara jiran Indonesia, mengekang jenayah rentas sempadan serta mewujudkan persekitaran yang aman, selamat dan sejahtera. Kita juga melihat kepentingan untuk mewujudkan Balai Polis Balung, yang terletak pada jarak 40 kilometer daripada pusat bandar yang mempunyai keluasan sehingga 248.5 batu persegi dan melibatkan seramai 60 ribu penduduk. Kawasan ini juga antara yang pesat membangun di Pantai Timur Sabah. Malah ia dalam proses melibatkan pembangunan pelbagai premis seperti perniagaan, masjid, hotel, perumahan termasuk kondominium dan Lapangan Terbang Tawau yang sedang dinaik taraf.

Kita percaya balai polis baru ini perlu diwujudkan mengambil kira faktor jarak dan keluasan kawasan pentadbiran Pekan Balung. Situasi dan kawasan keselamatan semasa Pekan Balung, penaikan taraf lapangan terbang, kapasiti penduduk dan memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan serta pengumpulan maklumat risikan berkesan. Kita juga tersentuh apabila mendapati wujud sebuah blok bangunan di Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau yang tidak dihuni sepenuhnya kerana tidak selamat diduduki. Difahamkan semenjak siap dibina pada tahun 1992, belum pernah walau sekalipun

kerja-kerja menaik taraf dijalankan. Terdapat 80 unit rumah yang mempunyai dua bilik tidur yang dilihat tidak relevan untuk keselesaan anggota polis dan keluarga mereka. Sekiranya pembinaan Kompleks IPD baru Tawau tidak dilaksanakan sekurangnya ada kerja-kerja menaik taraf IPD Tawau sedia ada. Kita juga terkejut apabila mendapat tahu, semenjak tahun 2014, hanya 16 buah rumah melibatkan lapan blok kediaman anggota pangkat rendah Batalion 14, Pasukan Gerakan Am atau PGA Tawau yang digunakan. Manakala 198 rumah lagi diisytiharkan tidak selamat diduduki oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Kita simpati dengan majoriti petugas kita yang terpaksa menyewa kediaman di luar, permasalahan ini melibatkan kepentingan pertahanan dan keselamatan negara. Justeru, kita melihat tindakan segera perlu diambil untuk menanganinya. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Kalabakan dalam tempoh terdekat bakal memiliki sebuah pejabat daerahnya sendiri, sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan di bawah pimpinan Ahli Yang Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam menepati manifesto pilihan rayanya yang diterajui Parti Warisan Sabah. Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya mengambil peluang untuk berterima kasih dengan kepercayaan pengundi di kawasan Kalabakan. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, perlu ditekankan bahawa Sabah adalah negeri bertuah yang amat memerlukan perhatian Kerajaan Persekutuan. Mudah-mudahan Malaysia terus aman, damai dan sejahtera dalam kita melangkah ke tahun 2020. Kita warga yang cintakan kedamaian, pada masa yang sama kita mewarisi kesantunan, bukannya mendukung keganasan atau provokasi menghina agama atau kaum orang lain. Sabah dihuni oleh rakyat berbilang kaum dan agama serta menjadi model contoh untuk semangat perpaduan di negara yang kita cintai ini. Namun, sungguhpun Sabah terkenal sebagai warga Malaysia yang sentiasa bertolak ansur dan cukup bersabar dengan situasi yang dialami tetapi mohon supaya jangan ketepikan hasrat suara orang Sabah. Kita sudah lama merdeka, kita sudah lama bersama, biarlah muafakat yang menjadi penanda aras sesama kita supaya mewujudkan situasi menang-menang. Jangan sia-sia sokongan dan permohonan kami. Sekian, Kalabakan mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Puteh.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan. Pertamanya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam perasmian Persidangan Parlimen kali ini. Di dalam Titah Ucapan Baginda, satu perkara yang dibangkitkan iaitu berkenaan dengan kebertanggungjawaban kerajaan yang baharu yang ditubuhkan hampir satu tahun kali ini. Ini kerana isu kebertanggungjawaban kerajaan ini akan memainkan semua peranan di dalam negara kita dan dia mampu membentuk semua sektor-sektor yang ada di bawah pemerintahan Kerajaan Persekutuan ini. Apa yang ingin saya sebut di dalam ucapan yang ringkas ini iaitu harapan daripada semua rakyat seupaya kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat sekalian ini memainkan peranan yang sewajarnya supaya pembangunan yang berlaku di dalam negara kita ini berlaku dengan pesat dan mencapai tahap yang sepatutnya dicapai oleh negara kita yang mengejar sebuah negara yang maju. Di dalam ucapan ini, suka saya menyebut bahawa, kadang-kadang apabila saya melihat di sudut komitmen kerajaan kepada usaha membangunkan negara, agak berkurangan. Jikalau dilihat dan dibandingkan dengan soal mencaturkan politik dalaman, di dalam kerajaan itu sendiri. Dengan maaf saya sebut, kadangkala beberapa individu di dalam kerajaan sibuk mencaturkan politik. Ada yang bercakap siapa mengganti Perdana Menteri, ada yang bercakap itu, yang bercakap ini, lebih daripada usaha mereka untuk memartabatkan negara kita menjadi sebuah negara yang maju. Kami di barisan pembangkang ini, kita hendak ingatkan kepada pihak kerajaan supaya memberi fokus kepada pembangunan negara dan isu kebertanggungjawaban kerajaan kepada amanah rakyat yang begini besar, diharap dapat dijaga dengan baik dan

jangan terlalu sibuk untuk mencaturkan politik dalaman. Yang menyebabkan percaturan ini dia boleh membawa kepada terbantutnya usaha-usaha yang baik yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan. Kedua, pihak kerajaan terutamanya Menteri-menteri yang ada, jangan terlalu sibuk untuk menyerang kami dipihak pembangkang. Suka saya hendak sebut bahawa kalau isu percaturan, hendak menentukan siapa kerajaan dan seumpamanya ini, kalau percaturan di dalam kerajaan itu dicatur, saya ingin tegaskan bahawa kalau kami PAS, UMNO dan rakan- rakan yang lain. Jikalau kami caturkan, pihak sebelah sana akan beralih di sebelah sini dan kami akan duduk di kerusi sebelah sana. [Tepuk] Ya, akan tetapi saya yakin Yang Berhormat Rasah dengan Yang Berhormat Jelutong, insya-Allah kalau berlaku pertukaran kerajaan, memang mereka bersama dengan kami, dia orang kaki lompat.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tidak mungkin.

Langkah mayat saya dahulu.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Langkah mayat kami dahulu, hendak buat tuduhan macam itu.

UMNO dan PAS, kita akan tentang habis-habisan. [Pembesar suara dimatikan]

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Saya faham dengan Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong dahulu...

Tuan Yang di-Pertua

Mohon berhenti sebentar, kita sekarang ini dilawati oleh 39 orang pelawat dari DUN Bukit Gasing, Selangor. Jadi, saya ingin merakamkan kehadiran mereka dan selamat datang ke Parlimen Malaysia. Ya, silakan, teruskan.

Tuan Yang di-Pertua...

Minta penjelasan Yang Berhormat Pasir Puteh.

Tuan Yang di-Pertua

Beri laluan?

[Dewan riuh]

Tidak payah, saya tidak bagi. Nanti sekejap, saya akan bagi sekejap.

Tuan Yang di-Pertua

Laluan tidak diberikan, Yang Berhormat Jelutong sila duduk.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya cuma hendak bagi tahu berjaga-jaga kerjasama dengan UNMO ini.

Ya betul.

Tidak payah peringat kami, kami semua Ahli-ahli politik insya-Allah.

Ini pesan Tok Guru Nik Aziz, jaga-jaga dengan UMNO ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong sila duduk. Ya, teruskan.

You tidak ada hubungan dengan Tok Guru Nik Aziz, saya anak saudara dia.

[Dewan riuh]

Saya pernah lawat dia di hospital, tapi tidak ikut.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Hei! Yang Berhormat Jelutong.

Kita ikut, jangan berkawan dengan UMNO. Waswas... [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Kami dengan DAP pun kami tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan. Saya tidak akan tambah masa ya. Ya, silakan.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Kami sudah berkawan, kami tahu siapa DAP.

Kalau saudara Nik Aziz, ikut cakap Nik Aziz.

Nik Aziz sudah mati... [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Duduklah.

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk Yang Berhormat Jelutong, sila duduk Yang Berhormat Pendang. Kedua-dua Yang Berhormat tidak diberi laluan tetapi masih berdiri.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Jelutong, saya ingat saya hendak cadangkan keluar minum kopi sebentar. [Dewan riuh] Silakan.

Kita kena buat gelanggang tinju Tuan Yang di-Pertua.

Mana boleh menghina Tok Guru Nik Aziz macam itu.

Dia sudah mati bukan hina. Dia sudah mati.

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk, duduk. Yang Berhormat Pendang. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap Yang Berhormat Jelutong duduk elok-elok, insya-Allah mudah-mudahan Yang Berhormat Jelutong yang kuat beragama satu-satu orang yang ada di dahi menandakan...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Dia pun akan lompat juga itu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Puteh teruskan dengan isi kandungan perbahasan. Kalau tidak mengundang ribut dari Yang Berhormat Jelutong. Silakan.

Yang Berhormat Jelutong, insya-Allah dia beramal dengan agama dia, saya pun baca dalam agama dia tidak ajar begitu, dia ajar bertenang.

Akan tetapi janganlah sindir Tok Guru Nik Aziz macam itu.

Eh siapa sindir? Memang dia sudah mati pun.

Tiada siapa sindir. Duduk, duduk, duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah beritahu tadi saya tidak akan tambah masa. Jadi kalau terdapat ini perbincangan sideline ini merugikan pembahas. Silakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

Tuan Yang di-Pertua, isu kebertanggungjawaban kerajaan yang ingin saya fokuskan juga yang itulah berkenaan dengan tiga kumpulan rakyat yang ada dalam negara kita. Pertama yang itulah kumpulan pelajar-pelajar ataupun mahasiswa di universiti-universiti sama ada awam ataupun swasta yang mana perlu difahami oleh semua. Kita sebagai pemimpin kepada rakyat di dalam negara kita bahawa mahasiswa dan mahasiswi ini adalah aset negara yang sangat penting. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, seharusnya kita mengambil tanggungjawab yang serius untuk kita lahirkan seramai mungkin para graduan yang akan memberi khidmat mereka di masa hadapan demi untuk masa depan negara kita. Kebertanggungjawaban ini mesti mempunyai satu perancangan yang rapi daripada pihak kerajaan. Namun saya rasa terlalu dukacita apabila kita melihat banyak kemudahan-

kemudahan yang disediakan sebelum daripada ini, kemudahan ini telah tidak wujud pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan. Seperti agenda program biasiswa kepada mereka, biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Jadi saya mengharapkan mudah-mudahan kebertanggungjawaban kerajaan ini boleh diteruskan agenda yang mulia ini. Jangan kita membuat alasan kerajaan tidak ada duit sebab kalau kita laburkan kewangan negara untuk membina generasi masa depan, selepas daripada mereka graduate mereka mencipta ekonomi yang sangat baik kepada negara. Jangan kita fikir soal kewangan ini hari ini tetapi kita kena fikir macam mana kita hendak membina negara kita di masa hadapan. Banyak lagi bidang-bidang yang tidak terdapat di dalam negara yang perlu kita kena hantar mahasiswa dan mahasiswi pergi belajar di luar negara dan begitu juga pelajar-pelajar yang bijak yang cerdik tetapi mereka bukan dalam kalangan keluarga yang berada, maka mereka terpaksa menangguhkan pengajian dan isu ini isu yang boleh membawa kepada kerugian negara dalam tempoh lima tahun 10 tahun akan datang. Yang kedua iaitu isu petani dan nelayan, walaupun kita nampak petani dan nelayan mereka ini banyak dan mereka berhak menerima subsidi tetapi kalau kita menilai pada aspek subsidi, kita akan merasa bebanan daripada kerajaan. Dalam waktu yang sama saya minta pihak kerajaan supaya menilai petani dan nelayan ini dari sudut hasil mereka sebab itulah petani dan nelayan perlu ada satu perancangan yang rapi daripada pihak kerajaan supaya mereka menjadi generasi yang akan mengeluarkan produktiviti dan meningkatkan ekonomi yang ada di dalam negara kita. Benda ini mesti dianjurkan oleh pihak kerajaan, dirancang oleh pihak kerajaan bukannya kita membiarkan petani begitu sahaja, nelayan begitu sahaja, penanam padi kita biarkan begitu sahaja. Kita mesti bertanya di mana peruntukkan dan projek kerajaan yang tersusun rapi untuk memastikan petani memperoleh hasil sebagaimana negara-negara pertanian seperti Thailand, Kemboja, Vietnam, hasil padi mereka jauh lebih baik daripada kita. Jauh lebih baik daripada kita. Mengapa kita sebagai sebuah negara yang mempunyai bumi yang sangat luas tetapi kita tidak mampu mengeluarkan hasil padi setanding dengan negara-negara pertanian yang lain? Jadi benda ini mesti dibuat kajian secara terperinci oleh pihak kerajaan yang ada pada hari ini. Kumpulan yang ketiga yang saya ingin sebut ...

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Minta laluan Yang Berhormat Pasir Puteh.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Apakah Yang Berhormat Pasir Puteh bersetuju kita ketinggalan kerana polisi kita yang tidak tetap. Sekejap kita isytihar negara pertanian, kemudian isytihar negara perindustrian, kemudian kita berbalik kepada polisi pertanian menyebabkan kita tidak konsisten dalam mengatur dan menyusun sistem negara kita.

Ya terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian. Memang kalau kita tengok kementerian kadang-kadang fokus mereka ini tidak berfokus. Kelapa sawit hendak tanam buluh, kadang-kadang isu yang seumpama ini bukan sahaja kita yang tergelak, negara-negara miskin barangkali di sebelah Afrika pun tergelak. Saya kira kena fokus dan kita ada peruntukkan, kita ada sebuah kerajaan, kita ada agensi-agensi yang sangat memberangsangkan tetapi mengapa kita tidak memberi fokus yang sebaik-baiknya. Yang ketiga iaitu isu yang berkaitan dengan OKU. Kumpulan yang ditakdirkan oleh Allah SWT mereka jadi begitu. Kumpulan ini perlu kita jaga, perlu kita kawal walaupun saya percaya bahawa ada bantuan sumbangan daripada pihak kerajaan.

Tuan Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat Pasir Puteh minta laluan.

Akan tetapi saya ingin mengajak kita bersama bukan saya hendak tuduh pihak kerajaan sahaja tetapi kita boleh bekerjasama dalam isu ini. Cuba kita menoleh kepada negara-negara yang menstrukturkan semula golongan OKU ini di dalam negara mereka termasuk negara-negara maju dan kumpulan OKU ini mereka dapat menjana sesuatu kepada negara termasuk menjana

ekonomi yang sangat hebat. Saya ambil satu sebagai contoh kalau di Mesir, OKU orang buta. Orang buta di Mesir hampir 95 peratus mereka adalah Hafiz orang yang menghafaz kitab suci al-Quran Karim dan guru saya di Mesir Allahyarhamah Profesor Dr Jemaah yang saya mengaji banyak dengan mereka, dia mampu menghafaz Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan Sunan Sittah. Dihafal oleh seorang yang buta kerana ada agenda, ada program yang disusun atur oleh kerajaan di sana. Itu tentang keagamaan. Begitu juga dalam isu-isu yang lain yang membabitkan peluang yang boleh diterokai oleh orang OKU. Juga saya ingin sentuh sepintas lalu berkenaan dengan kumpulan yang pencen yang ada di dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang yang berlaku di dalam negara kita apabila seorang itu pencen, maka dia terus pencen

Kita tidak pernah melihat orang yang pencen ini kalau pengalaman mereka bekerja selama 30 tahun, ada yang lebih daripada 30 tahun duduk di dalam sektor kerajaan, mereka kaya dengan maklumat. Mengapa apabila mereka pencen, maklumat kepakaran yang ada bagi orang pencen ini berkubur begitu sahaja? Negara-negara lain seperti Korea, Jepun kalau kita lihat kumpulan yang pencen ini diurus oleh pihak kerajaan, ada tempat yang mereka boleh bagi khidmat mereka kepada rakyat, kepada negara. Ini kerana kepakaran mereka yang sangat hebat. Akan tetapi di dalam negara kita bila pencen, kita bayar pencen. Kerajaan bayar pencen. Lalu, dia pencen duduk dengan anak, duduk dengan bini. Kadang- kadang ada di kalangan macam-macam lah, dia kira duduk di rumah sahaja, sedangkan kepakaran yang dimiliki oleh mereka ini sangat hebat. Saya minta supaya kebertanggungjawaban kerajaan ini mereka bertanggungjawab dengan kumpulan yang seumpama ini. Seterusnya, saya ingin menyebut kebertanggungjawaban kerajaan berkenaan dengan Parlimen kita. Kita jangan mengharapkan kumpulan lain bertanggungjawab kepada negara. Akan tetapi apa yang berlaku di dalam Parlimen kita, kadang-kadang ucapan yang bernas yang disampaikan oleh pihak pembangkang, jangan sekali-kali pihak kerajaan menganggapkan ini pembangkang yang tidak perlu diambil kira, tidak perlu, apa? Kita sebagai Ahli-ahli Parlimen yang dilantik oleh rakyat datang ke Parlimen yang mulia ini untuk kita membina kekuatan negara kita, masing-masing ada kepakaran. Saya yakin di sebelah pembangkang, terutama sekali rakan-rakan daripada UMNO, kami daripada PAS, kita ada kekuatan masing-masing, kita ada kelebihan masing-masing. Kelebihan yang kami peroleh ini, yang kami ada ini, Yang Berhormat Jelutong tidak ada. Banyak. Rakan- rakan lain ada. Ada kelebihan yang sebelah kerajaan ini miliki, kami tidak ada. Oleh sebab itu kita dihimpunkan di dalam Parlimen. Apa yang ingin saya tekankan, banyak yang kita bincang, yang kita bahas di dalam Parlimen, sudah mencapai 10 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan yang ada ini, kita tidak nampak idea-idea yang bernas, yang dikeluarkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Bukan sahaja daripada pembangkang, hatta, Ahli Parlimen dari pihak kerajaan, daripada Yang Berhormat Kapar, sebagai contoh, teguran daripada dia yang membina, banyak. Akan tetapi seolah-olah dipandang dengan sebelah mata. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau ini sikap kita, lambat kita akan menjadi sebuah negara maju. Kita akan kecundang, kita tidak mampu berhadapan dengan negara-negara lain dan kita tidak akan jadi sebuah negara yang maju.

Yang Berhormat Pasir Puteh, minta penjelasan tentang isu rasuah. Setuju bahawa kerajaan sekarang menangani isu rasuah, berbanding dengan Kerajaan Barisan Nasional dahulu? [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Adakah laluan diberikan? Diberi?

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan...

Selepas ini, selepas ini. Duduk dulu.

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh komen. Setuju?

Saya tidak bagi. Saya tidak bagi.

Tidak ada isu rasuah, tidak ada skandal besar.

Tuan Yang di-Pertua, tengoklah... [Pembesar suara dimatikan]

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan. Sudah saya arahkan dia duduk. Duduk, duduk, duduk, duduk. Ya, silakan. Selalu, Yang Berhormat Pendang dengan Yang Berhormat Jelutong memang berbaik-baik. Saya tidak tahu hari ini apa jadi. Silakan. Silakan, Yang Berhormat Pasir Puteh.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang sangat menarik, yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jelutong. Saya ucapkan ribuan terima kasih. Kami, khususnya saya secara khusus, memang kita memerangi rasuah. Bagi saya, saya mengharapkan supaya isu rasuah, isu penyalahgunaan kuasa yang dilakukan sama ada zaman dahulu ataupun zaman sekarang, mesti diambil tindakan yang serius oleh pihak SPRM. SPRM minta supaya tegas dan menjadi satu badan yang bebas, berasingan, menangani semua isu yang dilakukan oleh siapa sahaja. Kalau boleh, isu rasuah penyalahgunaan kuasa ini ditubuhkan RCI, ditubuhkan satu badan di bawah Yang di-Pertuan Agong...

Minta mencelah sikit, boleh?

Mencelah sikit.

...supaya isu ini dapat perhatian oleh SPRM secara bebas.

Boleh mencelah sikit?

Tuan Yang di-Pertua?

Saya mengharapkan supaya isu membabitkan terowong di Pulau Pinang...

Dah cukuplah [ketawa]

...supaya diberi...

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Minta laluan Yang Berhormat Pasir Puteh...

Jangan buat tuduhan. Itu isu tuduhan! Itu isu tuduhan!

Tuan Yang di-Pertua

Sila menggulung, masa sudah habis. Yang Berhormat Pasir Puteh, masa sudah habis. Sila gulung. Yang Berhormat Kangar?

Boleh? Sikit sahaja, last.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Bagi laluan boleh? Bagi laluan? Yang Berhormat Pasir Puteh?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kangar.

Saya suka tadi cadangan untuk memperkasakan SPRM. Adakah Yang Berhormat Pasir Puteh setuju bahawa salah satu cara untuk kita bantu SPRM ini, kita minta semua Ahli Parlimen mengisytiharkan harta dan aset mereka.

Itu lebih daripada boleh. Saya minta supaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat mendesak supaya Perdana Menteri mengisytiharkan kerana dia adalah ketua negara.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Sudahlah! Perdana Menteri sudah isytiharlah!

[Dewan riuh]

...dan apa yang saya sebut SPRM jadi badan yang bebas!

Akan tetapi isteri Yang Berhormat Pekan enggan untuk isytihar harta!

Semua sekali! Semua sekali! Kita minta untuk isytiharkan!

Isteri ‘Bossku’ enggan isytihar harta.

Semua sekali!

Ya! Dia lawan di mahkamah, tidak mahu... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis? Sila menggulung, ayat yang terakhir mungkin. Ya, silakan. Sudah habis?

Sedikit. Tuan Yang di- Pertua...

Yang Berhormat Pasir Puteh, isteri Yang Berhormat Pekan boleh isytihar atau tidak boleh isytihar? Saya minta pandangan.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat masa pun sudah habis. Sila duduk. Kalau gulung, mesti benar-benar menggulung. Silakan.

Terima kasih. Sebagai penggulungan kepada ucapan saya, suka saya menyebut bahawa kita semua mempunyai satu matlamat untuk membina negara. Kita memang sama-sama matlamat kita iaitu kita hendak menolak sebarang benda, unsur yang tidak baik yang berlaku di dalam negara kita sama ada rasuah, penyalahgunaan kuasa dan seumpamanya. Saya minta Yang Berhormat Jelutong bersama dengan saya, Kerajaan Pakatan Harapan mesti adil, mesti saksama. Kerajaan Pakatan Harapan hidup di atas harta benda rakyat. Mengapa Kerajaan Pakatan Harapan ini apabila mengagihkan peruntukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, perangai kamu sama sebagaimana kerajaan dahulu. Kerajaan... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Puteh, saya minta menggulung tetapi ini lebih daripada menggulung. Sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.

Insya-Allah saya minta supaya semua berlaku adil. Berlaku adil...

Kalau mahu peruntukan ‘mai’ sebelah sini.

Insya-Allah...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyertai perdebatan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan kerana bertungkus-lumus melaksanakan agenda reform di pelbagai sektor, termasuklah kerangka dasar luar Malaysia yang baharu, disiplin kewangan baharu melalui tender terbuka, pembaharuan undang-undang buruh untuk memenuhi standard antarabangsa, inisiatif baharu dari segi pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi inisiatif yang telah dirancang dan sedang diusahakan. Saya ingin memberikan beberapa input dan maklum balas kepada pentadbiran dengan niat supaya pentadbiran Pakatan Harapan lebih kukuh berdasarkan input-input dari industrial players. Tuan Yang di-Pertua, di Pulau Pinang dan kawasan saya Bukit Bendera, dua industri utama ialah industri pelancongan dan industri pembuatan (manufacturing) yang menawarkan ribuan pekerjaan kepada penduduk- penduduk.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Saya setiap kali membangkitkan isu-isu tentang pelancongan dan perindustrian kerana ia merupakan isu bread and butter untuk rakyat di kawasan Bukit Bendera khasnya dan Pulau Pinang secara amnya. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat maklum balas dari Malaysian Association of Hotels (MAH) cawangan Pulau Pinang bahawa occupancy rate hotel-hotel di Pulau Pinang jatuh kerana terdapat persaingan Airbnb. Occupancy rate pada tahun 2017 dicatatkan 63.3 peratus tetapi telah turun ke 60.4 peratus pada tahun 2018. Walaupun angka tourist dari airport arrival dan cruise arrival telah meningkat pada tahun 2018, begitu juga dengan rekod pelancong yang melancong ke Bukit Bendera telah mencecah angka 1.7 juta orang pada tahun 2018 iaitu rekod terbaik dalam sejarah dan angka ini double the number sejak Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang. Satu pencapaian yang begitu memberangsangkan dalam industri pelancongan. Akan tetapi operator hotel memberitahu bahawa occupancy rate jatuh pula kerana perkara ini dipandang serius kerana industri pelancongan menawarkan ribuan pekerjaan di kawasan saya di Batu Feringghi dan Tanjung Bungah di Pulau Pinang. Walaupun Menteri Pelancongan telah meminta pada 15 Februari 2019 supaya pendaftaran Airbnb dilakukan terhadap operator Airbnb dan tindakan boleh diambil di bawah Tourism Industry Act 1992. Saya berpandangan satu usaha baru perlu digerakkan untuk mendaftarkan Airbnb ini. Saya dimaklumkan bahawa there are no available forms for known hotel properties. Airbnb telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 20 Februari 2019 dan dilaporkan dalam surat khabar bahawa borang pendaftaran hanya ada pada sektor hotel sahaja dan tidak kepada known hotel property seperti Airbnb. Saya berharap Kementerian Pelancongan boleh melipatkan ganda usaha dalam perkara pendaftaran Airbnb untuk melindungi bukan sahaja hak pelancong, operator hotel serta komuniti penduduk kejiranan dengan hartanah yang digunakan untuk Airbnb. Government has to respond to the rapid acceleration in term of globalization and technology. Saya rasa dari segi ini industri terdapat perubahan dan telah bergerak begitu cepat 300 kilometer per hour, 400 kilometer per hour seperti bullet train dan high-speed train tetapi response Kementerian Pelancongan seperti naik beca masih slow motion. Saya rasa Airbnb dan isu ini Kementerian Pelancongan perlu memberikan satu tindakan yang cepat dan serius supaya pendaftaran Airbnb boleh dilakukan seperti apa yang telah dilakukan terhadap pendaftaran GrabCar dan sebagai nya. Tuan Yang di-Pertua, selain input daripada Persatuan Hotel Malaysia Penang Chapter, saya juga mendapat input dari Persatuan Ejen Malaysia Rumah Keduaku, Malaysia My Second Home Agents Association (MM2HAA). Tuan Yang di-Pertua, kelulusan MM2H ini sebelum ini diuruskan oleh Kementerian Pelancongan tetapi pada jawapan yang saya terima semasa penggulungan perbahasan Bajet 2019 di peringkat jawatankuasa pada 3 Disember 2018 bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Peraku MM2H untuk memperakukan semua permohonan kepada Menteri Dalam Negeri. Saya dimaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri pula yang membuat keputusan terakhir. Persatuan Ejen Malaysia Rumah Keduaku (MM2HAA) telah memaklumkan kepada saya mesyuarat terakhir untuk kelulusan tersebut pada 4 September 2018. Terdapat lebih daripada 4,000 permohonan baru telah diterima oleh pusat MM2H dan masih tertimbun dan belum lagi diputuskan. Apabila 4,000 kes tertunggak, ini bermakna peluang ekonomi tidak kurang daripada RM1.1 bilion yang bakal dibawa masuk ke Malaysia dan tidak atau pun belum diuruskan oleh pentadbiran. Tuan Yang di-Pertua, pemohon-pemohon MM2H mengetahui bahawa standard operating procedure kita ialah 90 hari bekerja. Akan tetapi pemohon-pemohon telah menunggu melebihi 9 bulan. Ejen-ejen MM2H tertekan kerana perubahan polisi ini. Dengan ini saya meminta satu penjelasan dari kedua-dua Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkenaan permohonan MM2H ini. Apakah polisi terkini dan prosedur terkini berkenaan MM2H supaya para pemohon dan persatuan ejen dapat mengetahui perkembangan terbaru? Tuan Yang di-Pertua, saya turut mengalu-alukan sebelum ini pengumuman Kerajaan Pakatan Harapan bahawa tol untuk motosikal Jambatan Pulau Pinang pertama dan kedua dimansuhkan pada 1 Januari 2019. Sejak pelaksanaan tersebut saya mendapat

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

maklum balas orang ramai adalah amat baik sekali. Langkah-langkah sedemikian menurunkan kos sara hidup rakyat perlu dirancakkan dan dihebatkan. Syabas kepada Kerajaan Pakatan Harapan. [Tepuk] Setiap mereka akan jimat RM1.40 setiap perjalanan. Kalau dalam satu bulan penjimatan sebanyak RM42 untuk 22,000 penunggang motosikal yang menggunakan jambatan. Begitu juga dengan Free CAT Bus yang juga dilancarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang pada 1 April 2018 dan setiap hari melebihi 6,000 pengguna di kawasan saya Bukit Bendera mendapat manfaat daripada pelaksanaan free bus tersebut dan mereka jimat RM2.60 seorang sehari atau RM78 sebulan untuk perjalanan pergi dan balik ke pasar, klinik, sekolah, tempat kerja dan sebagainya. Saya mengalu-alukan pengumuman Menteri Pengangkutan bahawa RM50 unlimited travel pass akan dilancarkan juga di Pulau Pinang pertengahan 2019. Saya rasa program ini juga akan membantu mengurangkan kos sara hidup yang boleh dirasai oleh penduduk-penduduk. Oleh itu kita perlu banyak untuk memberikan perkhidmatan dan juga program-program yang dapat mengurangkan kos sara hidup sama ada dari Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan Persekutuan atau pun kerajaan negeri amatlah dialu-alukan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu tentang Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0). Baru-baru ini saya telah melawat beberapa kilang dan juga pusat di kawasan perindustrian Bayan Lepas dan juga kawasan perindustrian Batu Kawan di Pulau Pinang. Antaranya ialah Penang SME Centre (PDC), Inari, ViTrox, Boston Scientific. Saya melihat pelan tentang IR 4.0 ini automasi robotik ini telah rancak dijalankan. Saya ingin mengetahui apakah perancangan insentif program atau pun master plan IR 4.0 untuk kilang- kilang pembuatan E&E di Pulau Pinang dan juga di seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan berkenaan isu free trade dan juga perindustrian. Saya telah membangkitkan isu tentang Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) semasa perdebatan saya pada Jawatankuasa Bajet 2019. Saya ingin mengetahui Tuan Yang di-Pertua, apakah kedudukan terkini dan hala tuju kerajaan dalam CPTPP ini? Apakah masalah atau pun apakah cabaran kita kerana CPTPP ini antara negara-negara lain seperti Vietnam dan Singapore telah menandatangani perjanjian tersebut. Apakah cabaran kita? Apakah masalah yang dihadapi oleh kita atau apakah hala tuju kita dalam CPTPP ini? Selain itu juga perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) ini, saya mendapati bahawa negara Thailand, Bangkok Post, Timbalan Perdana Menteri Thailand telah mengumumkan bahawa kesudian mereka dan minat Thailand menyertai CPTPP Regional Agreement ini. Saya rasa terdapat RCEP iaitu satu agreement Regional Comprehensive Economic Partnership ini. Apakah kedudukan terkini Malaysia dalam menandatangani proposed FTA ini kerana ini melibatkan bukan sahaja negara ASEAN dan juga enam negara-negara lain seperti Australia, China, India, Jepun, South Korea dan New Zealand. Saya ingin selain daripada menanyakan tentang CPTPP ini, menanyakan tentang RCEP, saya juga ingin bertanya tentang EU-Malaysia FTA kerana waktu itu telah dimulakan pada masa lalu tetapi tidak disambung. Apakah cabaran atau pun isu yang bakal kita hadapi? Saya memahami bahawa isu palm oil atau pun kelapa sawit ini merupakan satu penghalang EU-Malaysia FTA ini. Akan tetapi saya dapati bahawa Indonesia negara jiran juga pengeluar kelapa sawit ini telah menangani European Free Trade Agreements dengan EU.

Tuan Yang di-Pertua

Mungkin pada ketika ini elok kalau diberhentikan sebentar dan sambung semula pada pukul 2.30 petang. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin memberi senarai seterusnya. Selepas Yang Berhormat Bukit Bendera, saya akan menjemput Yang Berhormat Tapah, selepas itu Yang Berhormat Pasir Gudang, disusuli oleh Yang Berhormat Kimanis, selepas itu Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Batang Sadong untuk senarai hari ini saya ingat. Jadi dengan itu saya tangguhkan mesyuarat kita sehingga pukul 2.30 petang.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli Yang Berhormat, perbahasan Titah Tuanku diteruskan dengan Yang Berhormat Bukit Bendera. Bagi masa lapan minit empat saat. Sila.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pagi tadi saya telah berdebat dan isu yang saya bangkitkan antara lain ialah tentang kawalan. Kerajaan perlu membuat kawalan terhadap Airbnb kerana telah menyebabkan juga hotel occupancy turun dan juga saya telah menyatakan bahawa perlu juga Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Pelancongan perlu menyelesaikan isu tunggakan 4 ribu permohonan MM2H yang dijangkakan peluang ekonomi tidak kurang daripada RM1.1 bilion perlu diuruskan dengan secepatnya. Tadi, saya juga memuji Kerajaan Pakatan Harapan ada inisiatif baharu berkenaan dengan pengangkutan di Pulau Pinang. Tadi, saya juga Industry Revolution 4.0 (IR) dan tentang FTA. Tadi saya sambung FTA yang tadi saya CPTPP, RCEP dan juga EU - Malaysia FTA. EU - Malaysia FTA ini walaupun telah dimulakan dulu, tetapi tidak disambung. Saya faham, technical barrier tentang isu kelapa sawit dan tetapi kita perlu merujuk kepada bagaimana Indonesia juga pengeluar kelapa sawit boleh menandatangani EU European Free Trade Agreement antara Indonesia dengan EU. Saya dapati bahawa perlu juga kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri untuk melihat bagaimana memperkuatkan diplomatic corps kita di European Union kerana isu-isu yang penting tentang kelapa sawit ini, sama ada kita perlu ada special envoy kepada European Union ini perlu diwujudkan. Ini penting untuk isu-isu antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu isu yang penting iaitu berkenaan dengan cadangan kerajaan untuk membentangkan satu perundangan perolehan kerajaan ataupun dengan bahasa Inggeris, Government Procurement Act. Saya duduk dalam Public Accounts Committee (PAC) dan sepanjang penggal ini, melebihi 20 mesyuarat telah dijalankan oleh PAC Parlimen. Di antara isu-isu yang kita selalu dengar, pagi ini kita baru bentang satu ‘DR. 2.2019’. Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berkenaan projek pembangunan semula kedudukan sedia ada Bukit Jalil di bawah kaedah public-private partnership atas meja. Ini merupakan laporan pertama PAC penggal ini atas meja Yang Berhormat semua. Saya rasa satu isu yang sangat penting antara kes-kes yang kita telah panggil untuk prosiding dan sebagainya. Saya rasa satu kes yang tertonjol sekali ialah kita perlu mempercepatkan Government Procurement Act ataupun Akta Perolehan Rang Undang- undang Perolehan Kerajaan. Ini kerana sebelum ini, kita mempunyai di bawah procurement kerajaan di bawah Financial Procedure Act, di bawah Government Contracts Act dan juga berbagai-bagai circulars dan juga directive dari yang mengawal selia terhadap perolehan kerajaan. Akan tetapi, dalam kesemua circular dan directive ini, tidak mempunyai punitive action, tidak mempunyai satu seksyen untuk menghukum sekiranya tiada pematuhan oleh pihak kerajaan terhadap circular atau directive ini. Kita perlu mengangkat cara perolehan kerajaan, perlu diangkat dari directive, circular kepada satu rang undang-undang akta yang dimaktubkan, yang akan diluluskan oleh kerajaan. Kita boleh merujuk kepada contoh-contoh di United Kingdom. Antara lainnya mempunyai proses di US mempunyai Procurement Integrity Act yang jelas menggariskan pelbagai violation sekiranya terdapat violation dari segi kerajaan terhadap procurement process dan juga penalti yang dikenakan. Ini kerana dalam Kerajaan Persekutuan ini, kita perlu bukan sahaja perolehan oleh kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, terdapat juga perolehan daripada GLC statutory body. Kita perlu mempercepatkan Government Procurement Act ini. Saya, walaupun di bawah pengumuman National Anti-Corruption Plan (NACP) ini telah dinyatakan bahawa Government Procurement Act hanya akan dibentangkan target date, 2023, empat tahun dari sekarang. Pada pandangan saya, itu sangat lambat dan perlu kita mempercepatkan untuk enakmen Government Procurement Act ini.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Sebelum ini, termasuk juga bukan saja perolehan daripada segi kerajaan jabatan, tetapi juga concession dan juga apabila ada projek-projek seperti private partnership yang menggunakan public-private partnership yang sekarang ini dikawal selia oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Saya rasa inilah satu-satunya legislation yang penting dalam membuat perubahan dari segi perolehan kerajaan. Kalau tidak, kita hanya bergantung kepada circular dan juga directive. Maka, setiap kali Public Accounts Committee, setiap kali Ketua Audit Negara apabila membuat audit perkara yang sama akan berulang. Setiap kali tentang isu-isu pembelian yang lebih mahal kerana tidak mematuhi circular, tidak mematuhi directive. Akan tetapi, kita angkat kepada satu akta supaya penalti-penalti termasuk fine, termasuk denda, termasuk pemenjaraan boleh dilakukan sekiranya tidak mematuhi Government Procurement Act ini. Saya harap perkara ini dapat diberikan priority yang lebih tinggi, yang lebih cepat yang supaya akta ini boleh dibentangkan dalam Parlimen dalam penggal ini juga dan tidak perlu menunggu sampai tahun 2023. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu adalah penting walaupun kita akan 10 bulan Kerajaan Pakatan Harapan telah mentadbir negara kita dan banyak kerja yang telah dibuat.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Akan tetapi tidak perlu memberikan masa kerana pelbagai perundangan, prosedur baharu dan polisi baharu perlu diperkenalkan. Saya rasa rakan-rakan kita di Kabinet sedang berusaha dan juga akan membuat perancangan supaya inti pati tentang perubahan reformasi terhadap negara ini sedang dilakukan. Saya harap perkara ini dapat diteruskan dengan pengumuman polisi-polisi baharu, perundangan baharu dan juga semangat baharu kepada negara ini. Saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian yang secukupnya dan saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tapah. Sila.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut bersama bagi membahaskan usul menjunjung kasih di atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Di kesempatan ini, saya menjunjung kasih dan merafakkan sembah setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Moga di bawah naungan Seri Paduka Baginda Tuanku, negara Malaysia yang tercinta serta rakyatnya terus dilimpahkan nikmat dan rahmat. Tuan Yang di-Pertua, Baginda Tuanku dalam titahnya dengan jelas menekankan beberapa perkara yang sangat dekat dengan rakyat iaitu kesejahteraan, kebajikan, keharmonian dan perpaduan rakyat. Justeru itu saya bangkit di sini untuk menegaskan pendirian saya dalam keadaan Malaysia baharu di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan. Seperti mana kita sedia maklum, Tuan Yang di-Pertua, pada 9 Mei yang lalu, rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Harapan dengan penuh harapan. Akan tetapi sehingga hari ini, rakyat tidak melihat sebarang perubahan kecuali kerajaan hari ini menggunakan kerajaan sebelum ini sebagai punca kecacatan mereka. Saya harap keadaan ini berubah dalam masa terdekat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan iaitu agama bagi persekutuan telah jelas menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan. Akan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Saya lihat semakin banyak perpecahan rakyat timbul akibat perbalahan antara kaum dan agama yang dipandang remeh oleh kerajaan hari ini. Dicetuskan lagi dengan kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan. Kita seharusnya mendidik rakyat untuk menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bukannya membenci antara satu sama lain. Selama 60 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah negara ini, isu-isu berkaitan kaum dan agama ini sentiasa dititik beratkan dalam mengekang tindakan golongan ekstremis yang ingin mengganggu-gugat keharmonian negara.

Tuan Yang di-Pertua, namun sejak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara, banyak perkara-perkara yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum mungkin berlaku kerana kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Harapan yang bersifat provokatif. Contohnya kenyataan berkaitan tragedi Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield oleh Exco Selangor, V Ganabatirau yang menyatakan kuil tersebut diserang oleh kumpulan Muslim yang ingin mewujudkan ketidakharmonian dan kekecohan antara kaum yang hidup aman selama ini. Juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tuan Waytha Moorthy berkata, kelewatan serta tindakan polis yang tidak berkesan untuk mengawal insiden berkenaan antara penyebab kekecohan besar berlaku. Seterusnya kenyataan Yang Berhormat Bagan berkenaan kerjasama UMNO dan PAS yang menyatakan kerjasama UMNO dan PAS sebagai pengisytiharan perang kepada masyarakat bukan Melayu telah menunjukkan Yang Berhormat Bagan cuba menghasut bukan Melayu yang bersifat racist dan provokatif. Kenyataan Yang Berhormat Teluk Intan yang bersifat racist berkenaan gabungan UMNO...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Minta laluan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Minta laluan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Bukit Bendera minta Yang Berhormat Tapah beri laluan.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, silakan. Sebelum Yang Berhormat Bukit Bendera, semalam saya sudah jelaskan. Yang Berhormat Tapah, adakah Yang Berhormat Tapah tahu kebenaran sebenar dan sebagai Speaker saya tidak boleh berbahas dengan Yang Berhormat. Sebab itu janganlah lemparkan tuduhan terhadap Speaker. Sila Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Apakah pandangan ataupun pendirian parti Yang Berhormat Tapah wakili. Apakah pendirian terhadap perkahwinan PAS dan juga UMNO? Saya hendak dengar dalam dunia ini, dalam rekod. Apakah bukan pendirian Yang Berhormat Tapah secara persendirian? Pendirian Parti anda MIC. Apakah pendirian?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tarik balik Yang Berhormat Teluk Intan itu, okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih.

Kenyataan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang bersifat racist berkenaan gabungan UMNO-PAS akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban yang menunjukkan ada pemimpin yang cuba menanam semangat kebencian dan mengganggu keharmonian kaum. Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Yang Berhormat Tapah, soalan tidak jawab.

Sabarlah.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tadi saya tanya.

Sabarlah. Sabar.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Jawablah.

Saya akan jawab. Sabar.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tidak ada dalam teks kah atau ada dalam teks kah?

Belum lagi.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Kalau tidak ada, minta setiausaha sediakan.

Tuan Yang di-Pertua, MIC memang tiada halangan perkahwinan di antara UMNO dan PAS. [Tepuk] Kami menyokong penuh, yang pertama. Kedua, sebelum ini PAS pernah berkahwin dengan DAP. Tidak pernah ada masalah. Ketiga, masyarakat bukan Islam lebih terjamin di Kelantan dan Terengganu diperintah oleh PAS. Kita tidak lihat mana-mana kaum bukan Melayu atau bukan Islam

berhijrah dari Kelantan dan Terengganu ke negeri lain sebab PAS memerintah Terengganu dan Kelantan. Satu lagi yang penting Tuan Yang di-Pertua, selama ini...

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Minta laluan Yang Berhormat Tapah.

Minta penjelasan.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Bolehlah. Ini nak tanya.

Encik, saya tunggu sebelah. Saya ingin merekodkan di dalam Dewan yang mulia ini di bawah kepimpinan PAS, pemerintahan PAS, tiada mana rumah-rumah ibadat bukan Islam dirobohkan di Kelantan dan Terengganu. [Tepuk] Ramai tidak sedar. Walaupun Kelantan dan Terengganu diperintah oleh PAS tetapi rumah-rumah ibadat bukan Islam dibina lebih baik daripada negeri-negeri lain.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Tapah, laluan.

Saya patut berterima kasih kepada pemimpin- pemimpin PAS dan kami sedia dan rela menerima perkahwinan di antara PAS dan UMNO.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Minta laluan.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Minta laluan Yang Berhormat Tapah.

Penyatuan ummah.

Minta laluan Yang Berhormat.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Minta laluan Yang Berhormat Tapah.

Bagi Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Yang Berhormat Tapah atas penjelasan tadi. Saya ingin tanya, apakah pendirian MIC tentang kenyataan- kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan orang- orang bukan Melayu menjadi Menteri. Kenyataan telah dikeluarkan. Apakah pendirian Yang Berhormat Tapah tentang perkara itu?

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Beritahulah bila.

Bila ada pemimpin PAS kata tidak setuju jadi Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat PAS ini memang adil untuk semua kaum. Sehingga mereka menubuhkan, walaupun PAS ditubuhkan untuk membela nasib orang-orang Islam, akan tetapi mereka sudah sedia menubuhkan satu jawatankuasa khas medan bukan Islam untuk bukan Islam menyertai PAS.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Tapah, laluan. Yang Berhormat Tapah, Paya Besar.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Sungai Siput.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Tapah, Paya Besar. Paya Besar.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Sungai Siput.

Yang Berhormat Sungai Siput dahulu.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Tapah.

Tuan Kesavan a/l SubramaniamPKR · PHSungai Siput

Terima kasih kakanda Tapah. So, tadi saya mengikuti perbahasan menghalusi setiap ungkap kata Yang Berhormat Tapah dalam berbicara soal perkauman. Sedarkah Yang Berhormat Tapah sebelum PRU ke-14, Yang Berhormat Tapah dan parti pimpinan Yang Berhormat mengatakan PAS adalah sebuah parti yang berasaskan Islam dan tidak boleh disokong oleh orang masyarakat India. Sedarkah Yang Berhormat Tapah?

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak pernah buat sebarang kenyataan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Memandangkan masa yang singkat.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Tapah, Paya Besar. Yang Berhormat Tapah.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Tapah, pada petang yang mulia ini, masa itu emas. Yang Berhormat Tapah cuma punya 11 minit. Saya nasihatkan fokus kepada Titah Tuanku. Sila.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Tapah, Paya Besar.

Bachok, ya? Terima kasih, Yang Berhormat Tapah. Bolehkah Yang Berhormat Tapah bersetuju bahawa kenyataan Yang Berhormat Jelutong yang mengatakan bahawa ada pimpinan PAS yang mengatakan tidak boleh Menteri daripada kalangan bukan Islam itu adalah fitnah terhadap PAS.

[Dewan riuh]

Yang Berhormat, saya hendak minta penjelasan.

Saya...

Tentang isu Maika Holdings. Duit yang masuk ke dalam akaun anak Datuk Seri Sammy Velly.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Hei! Apa ini?

[Dewan riuh]

Boleh bagi penjelasan?

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Lebihlah Yang Berhormat Jelutong. Duduklah Yang Berhormat Jelutong.

Ada pendedahan bahawa anak Datuk Seri Samy Vellu telah ambil duit kepunyaan rakyat Malaysia, Maika Holdings. Sila beri penjelasan.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Duduk Yang Berhormat Jelutong, duduk. Hei! menuduh sahaja kerja.

[Dewan riuh]

Boleh bagi penjelasan.

Saya sudah duduk dalam Parlimen hampir 19 tahun. Saya pernah lihat pemimpin-pemimpin seperti daripada DAP, seperti David, Karpal Singh yang cukup disegani oleh semua lapisan masyarakat. Pada masa yang sama, apabila saya lihat Yang Berhormat Jelutong, di antara dua darjat. Maka fitnah itu kekal sebagai fitnah jangan risau.

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Paya Besar, Paya Besar. Sedikit Paya besar. Paya Besar, Yang Berhormat Tapah.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Paya Besar belakang. Belakang, belakang.

Bagi last.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tapah. Tuan Yang di-Pertua, adakah kakanda Tapah bersetuju dengan saya perkahwinan di antara UMNO dengan PAS ini adalah puncanya sebab pertalian perkahwinan antara DAP dengan PAS dahulu gagal dan sekarang ini DAP gila talak.

[Dewan riuh]

Bukan, kita ikut saranan Yang Berhormat Langkawi. Perkahwinan LGBT tidak dibenarkan. Perkahwinan PAS-UMNO pun tidak boleh dibenarkan. Ia serupa kahwin lelaki sama lelaki.

Hei! Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong ikut peraturanlah.

Kahwin lelaki sama lelaki.

Minta kebenaran Speaker, Yang Berhormat Jelutong. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Tapah menggunakan 10 minit untuk isu-isu politik. Saya tegaskan, Dewan ini mengamalkan kebebasan bersuara tetapi nasihat saya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa mengingati, adakah setiap perkataan yang ditutur itu membawa manfaat kepada rakyat yang dikasihi? Itu sahaja. Apabila kita ini adalah hak Yang Berhormat untuk bersuara apa-apa subjek tetapi sentiasa ingat, adakah yang ditutur itu membawa manfaat kepada rakyat dan juga negara yang dikasihi? Sekian, sila teruskan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan masa begitu singkat, saya teruskan dengan konteks yang saya ingin bertanya kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Apakah sebenarnya dasar yang Kerajaan Pakatan Harapan mahu wujudkan? Ini kerana dilihat ketidaksamarataan yang keterlaluan dalam setiap tindakan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua memandangkan saya seorang sahaja merupakan Ahli Parlimen daripada MIC ataupun keturunan India di sebelah sini, maka izinkan saya bangkitkan beberapa isu yang perlu ditangani oleh kerajaan hari ini. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, kita lihat negara kita yang dicintai, walaupun negara-negara Barat telah menelan hampir 450 tahun untuk melahirkan golongan sederhana tetapi di negara kita dalam masa 50 tahun kita berjaya melahirkan golongan sederhana. We expand the middle proletariat, we created the middle-class society within 50 years Tuan Yang di-Pertua. Asas kejayaan kita adalah yang pertama, kewibawaan pemimpin- pemimpin Barisan Nasional daripada zaman Tuanku Abdul Rahman sehingga Yang Berhormat Pekan. Saya tidak boleh nafikan Yang Amat Berhormat Langkawi telah memainkan peranan penting dalam proses ini. Kedua, perpaduan dan silaturahim antara kita walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Ketiga, kestabilan politik berterusan di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Keempat dan yang penting adalah sikap toleransi orang-orang Melayu yang telah menerima semua kaum sebagai rakan kongsi untuk mengurus tadbir negara ini secara aman dan damai. [Tepuk] Dalam masa 50 tahun, kita berjaya dan kita lihat daripada struktur orang-orang Melayu menjaga pentadbiran dan pengurusan, masyarakat Cina menguruskan ekonomi dan perniagaan dan masyarakat India telah memainkan peranan penting sebagai tenaga buruh. Walaupun sebahagian daripada masyarakat India merupakan sebagai profesional doktor dan lawyer. Sebahagian besar masyarakat India yang datang ke negara ini telah memainkan peranan yang cukup penting sebagai tenaga buruh. [Tepuk] Hari ini kita lihat keadaan ini berubah, di mana apabila negara ini daripada pelbagai agensi kerajaan yang ramai pekerja terdiri daripada masyarakat India seperti KTMB, TNB sebelum ini dikenali sebagai LLN, Telekom Malaysia, JKR, POS hab . Begitu ramai tenaga buruh yang terdiri daripada kaum India apabila agensi-agensi ini diswastakan, mereka telah hilang peluang-peluang pekerjaan, di sebelah kerajaan. Di swasta, apabila 50 peratus ladang-ladang telah dimajukan, golongan India telah hilang peluang pekerjaan. Tambahan pula, dalam 20 tahun yang lalu, begitu ramai pendatang asing daripada Bangladesh dan Indonesia telah mengambil alih peluang-peluang pekerjaan daripada masyarakat India. Maka, kerajaan hari ini perlu ada satu rancangan khas untuk menangani golongan tercicir. Sekiranya tidak, mungkin sekumpulan besar, sebahagian besar daripada belia India tiada lagi peluang di negara ini. Maka saya harap dan memohon kepada pihak kerajaan supaya mengadakan rancangan-rancangan khas untuk memastikan golongan tercicir ini dapat peluang-peluang pekerjaan ataupun latihan khas supaya mereka jadi relevan kepada negara ini. Itu sahaja pada petang ini dan seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya, ingin saya menegaskan bahawa...

Yang Berhormat Tapah, kakanda Tapah.

Okey.

Terima kasih, kakanda sayalah. Saya baru satu penggal sahaja. Saya pun memberi setinggi-tinggi penghormatan kepada Yang Berhormat Tapah. Apakah penjelasan oleh pihak MIC sekarang? Kita lihat isu MIC, Maika shares yang ditubuhkan dengan niat untuk membantu rakyat India. Kita lihat baru-baru ini ada pendedahan yang menyatakan bahawa wang yang telah dilaburkan oleh kebanyakan orang India itu masuk ke dalam akaun peribadi Vell Paari anak kepada Datuk Seri S. Samy Vellu. Boleh bagi penjelasan tentang itu?

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Speaker, tidak ada kaitan Speaker.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, tidak berkaitan dengan Dewan yang mulia ini. Kedua, sekiranya betul hari ini kerajaan diperintah oleh Pakatan Harapan, silalah buat laporan dan ambil tindakan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada.

[Dewan riuh]

Kenapa setiap kali hendak gunakan Dewan ini? Kami semua sedia maklum, Yang Berhormat Pekan pun disiasat tetapi setiap kali Yang Berhormat masuk dalam Dewan ini mungkin Yang Berhormat Pekan, mungkin Maika Holdings, macam tidak ada isu lain. [Ketawa]

Yang Berhormat...

Yang Berhormat, saya setiap kali Yang Berhormat bangun, saya malu sebagai Ahli Parlimen India, tahu?

[Dewan riuh]

Tidak apalah, tidak ada masalah. MIC patut malu. [Disampuk]

Setiap kali Yang Berhormat bangun, saya hendak letak kepala di bawah.

MIC patut malu. No, MIC patut malu kerana telah jual maruah orang India.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya pun malu dengan Yang Berhormat Jelutong, apalah ini. Apa pula? Tidak ada kaitan.

Tidak dengarlah.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Tapah minta laluan.

Saya tanya penjelasan, isu ini adalah isu penting Yang Berhormat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Tapah minta laluan.

Isu-isu saham Maika share ini adalah perkara penting. Pertama kali dalam sejarah kita lihat ada keterangan menunjukkan wang Maika Holdings telah masuk ke dalam akaun peribadi.

Masih lagi, masih lagi belum pasti.

Yang Berhormat...

Yang Berhormat hari ini Pakatan Harapan memerintah negara ini, ambillah tindakan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada sekiranya bersalah. Jangan gunakan Dewan yang mulia ini untuk ceramah politik.

Masa Yang Berhormat Jelutong berucap kenapa tidak timbulkan benda itu?

Yang Berhormat Padang Serai.

No, saya ingin tanya MIC lah.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih. Yang Berhormat Tapah, saya ingin tanya dan juga saya ucapkan tahniah sebab Yang Berhormat Tapah mengemukakan masalah-masalah kaum India. Di samping itu juga, saya tertanya mengapa benda ini tidak tanya semasa anda berada bersama dengan Barisan Nasional? Di mana 40 peratus kaum India berada dalam penjara kerana seksaan Barisan Nasional. Mengapa tidak ditanya pada masa tersebut?

Saya setuju...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih.

Kenapa orang-orang gila di Parlimen ini, orang lain cakap, orang lain tanya soal yang lain?

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Bagan Serai, perkara ini telah pun dibangkitkan dan...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai.

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Padang Serai dan pelbagai. Setelah perkara ini telah dibangkitkan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Pekan, pelbagai program telah diperkenalkan untuk mengatasi isu-isu ini. Pertama, Yang Berhormat Pekan telah memperkenalkan ataupun melancarkan satu Indian Blueprint, rancangan khas untuk masyarakat India dikenali sebagai Indian Blueprint untuk mengatasi pelbagai masalah India. Kedua, Yang Berhormat Pekan telah melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India dan Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-sekolah Tamil. Ketiga, bantuan khas RM250 juta untuk mengatasi masalah usahawan dan peniaga-peniaga India. Juga RM1.5 bilion Amanah Saham 1Malaysia untuk 50,000 golongan B40 dan tujuh peratus pengambilan penjawat awam.

Juga tidak lupa pengambilan matrikulasi sehingga 2,200 di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pekan sebelum ini. Inilah program-program yang telah diaturkan tetapi setelah Pakatan Harapan memerintah hampir 10 bulan, kita tidak lihat sebarang pengumuman daripada pihak Pakatan Harapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Tapah, Yang Berhormat Batu Gajah.

Yang Berhormat Tapah.

Hari ini kalau kita lihat.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Boleh? Yang Berhormat Batu Gajah hendak mencelah.

Boleh?

Tidak cukup masa. Hari ini kita lihat Tuan Yang di-Pertua...

Sedikit sahaja, satu hal saja. Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, masalah India ini cukup penting.

Yang Berhormat Tapah.

Kalau sebelum ini masyarakat India bersaing dengan Melayu, Cina dan India tetapi kita ada dua lagi golongan hari ini,...

Di Pulau Pinang, Pakatan Harapan telah membina sekolah-sekolah Tamil. Lima, enam sekolah telah dibina.

Yang Berhormat Jelutong bangun cakap tanpa kebenaran ini...

Jangan putar belit fakta.

Yang Berhormat, saya hormat Pakatan Harapan.

...Tak boleh macam itu Tuan Yang di- Pertua.

Sila bina sekolah menengah Tamil seperti mana yang dijanji.

Kita akan bina, masa Barisan Nasional, sekolah Tamil tidak ada.

Yang Berhormat Jelutong bangun cakap tanpa kebenaran.

Di Pulau Pinang, kita telah bina lebih kurang lapan buah sekolah.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli-ahli Yang Berhormat, inilah sebabnya...

Dia tidak hormat Dewanlah.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan julung kali Yang Berhormat Jelutong macam ini.

No, Yang Berhormat Tapah, jangan putar belit fakta.

Saya perlu Tuan Yang di-Pertua...

Cakap betullah, cakap betul.

...Yang Berhormat Jelutong.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Sila menggulung Yang Berhormat Tapah.

Yang Berhormat Tapah, boleh bagi peluang kepada Batu Gajah?

Tidak ada masa dah.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Masa pun sudah tamat.

Sikit saja. Kita tak cakap politik, kita cakap fakta.

Kalau Tuan Yang di-Pertua membenarkan tanpa mengambil masa saya, boleh.

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Saya bagi satu minit tambahan.

Okey.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tapah. Tadi Yang Berhormat Tapah ada menyebut bahawa Yang Berhormat Pekan dulu ada beri RM250 juta untuk pembangunan sosioekonomi kaum India. Adakah ini apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tapah itu peruntukan yang diberikan kepada SEDIC? Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Tapah, sebenarnya RM290 juta yang telah diberikan untuk SEDIC dari tahun 2014 hingga 2017, daripada jumlah RM290 juta itu, RM90 juta telah dipulangkan semula kepada kerajaan, sedarkah Yang Berhormat Tapah? Saya hendak tahu, apakah sebab wang yang diberikan oleh kerajaan untuk pembangunan sosioekonomi kaum India itu tidak digunakan sepenuhnya tetapi dikembalikan RM90 juta dalam empat tahun dari tahun 2014 hingga tahun 2017. Saya minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, satu minit ya.

Tuan Yang di-Pertua, RM250 juta ini bukan di bawah SEDIC, RM250 juta ini melalui TEKUN untuk usahawan-usahawan masyarakat India dan ini disalurkan kepada TEKUN.

Tak, Yang Berhormat Tapah, saya ada jawapan daripada Parlimen. Peruntukan yang diberikan kepada SEDIC sebanyak RM290 juta dari tahun 2014 hingga tahun 2017, empat tahun.

Saya faham Yang Berhormat, saya faham soalan, saya akan jawab.

Dari empat tahun itu...

Tuan Yang di-Pertua, RM250 juta ini melalui TEKUN untuk masyarakat India. RM200 juta lebih yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah ini disalurkan kepada SEED di bawah Jabatan Perdana Menteri. Hari ini Jabatan Perdana Menteri dipegang oleh sebelah sana, mintalah dokumen-dokumen di sebelah sana, bukan daripada kita.

Memang, ya betul Yang Berhormat Tapah.

Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah itu betul, duit itu dipulangkan tidak dibelanja.

So, kenapa dipulangkan?

Itu jawapan di sebelah sana, dokumen bukan dengan kita.

Itu dilakukan di bawah zaman Kerajaan Barisan Nasional Yang Berhormat Tapah.

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, apabila peruntukan dipulangkan...

Perkara ini berlaku pada zaman pemerintahan Barisan Nasional, bukan sekarang.

...Kepada kerajaan, ia mesti ada sebab-sebab kenapa dipulangkan. Saya faham apa permintaan Yang Berhormat Batu Gajah, I might almost answer your question Yang Berhormat, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, apabila wang ini dipulangkan kepada kerajaan, mesti ada catatan daripada pegawai kerajaan kenapa wang ini dipulangkan. So, sekarang kerajaan diperintah oleh sebelah sana, minta dokumen dan mengumumkan. Saya sendiri hendak tahu Yang Berhormat kenapa wang itu dipulangkan memandangkan permintaan kita cukup tinggi. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Masa sudah tamatlah Yang Berhormat Tapah.

...Menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan pada hari ini perlu lebih telus dalam memastikan isu-isu berbangkit yang telah dijanjikan. Bagi janji- janji yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan ketika ini, perlulah diambil tindakan segera terutamanya di dalam perkara-perkara yang melibatkan kesejahteraan, kebajikan, keharmonian dan perpaduan rakyat. Cukuplah dengan menjadikan kerajaan lama sebagai penyebab kepada kelemahan diri sendiri. “Kerana mulut, badan biasa” tapi kerana janji, rakyat...

Kita bela semua, kita bela orang Melayu, orang India, orang Cina, semua kita bela.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat. Okey, sekian terima kasih Yang Berhormat Tapah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tampin, sila 20 minit. Sebelum Yang Berhormat Tampin ini, sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

semua, mengikut Peraturan Mesyuarat Perkara 35(1), siapa-siapa Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap, boleh tetapi tolong minta kebenaran daripada Speaker. Saya akan bagi sekiranya ianya munasabah dan ini terpulang kepada hak yang berbahas sama ada nak berikan laluan atau tidak. Ini adalah hak dia. Jika dia tak nak bagi, janganlah kita tersinggung perasaan tetapi dia bagi, tolong tanya sama ada tanya yang lain, jawab yang lain, ini kita menilai masing-masing. Sila Yang Berhormat Tampin, 20 minit.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong doa] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan kesempatan untuk membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika berucap dalam sesi Parlimen Penggal Kedua kali ini. Saya kira Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong merangkumi pelbagai aspek yang boleh dijadikan asas penyataan pandangan Baginda terhadap pengurusan dan pentadbiran negara. Saya akan menyentuh beberapa isu yang dibangkitkan. Perkara yang pertama yang disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong berkait rapat dengan soal peningkatan kos sara hidup. Kita tahu rata-rata di tempat di mana-mana kita berada, masyarakat ataupun golongan B40 berhadapan dengan soal peningkatan kos sara hidup yang tidak dapat diatasi setakat ini. Justeru itu, kita berharap dengan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup di kalangan masyarakat bawahan seperti meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara adalah satu perkara yang amat kita sokong dan kita perlu dokong bersama. Ini kerana dengan adanya Majlis ini, kerajaan akan memperkukuhkan inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan seperti kerjasama strategik dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan. Di samping perkara-perkara yang akan meningkatkan pendapatan golongan masyarakat di luar bandar dan juga di separuh bandar, kerajaan akan menguatkuasakan ke atas pihak-pihak yang mengeksploitasi harga yang mengambil keuntungan berlebihan, kesan daripada perbelanjaan ataupun kesan daripada kenaikan harga bahan api dan sebagainya. Kita menyokong penuh usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti penyelarasan gaji minimum, pemberian bantuan sara hidup, subsidi bersasar, program food bank serta peningkatan kualiti sistem penyampaian kerajaan yang sedang dilaksanakan, sedang diatur oleh kerajaan. Langkah-langkah ini akan memberi kesan walaupun ianya mengambil masa yang panjang tetapi saya yakin dan percaya ia akan boleh membantu dan mengangkat kedudukan, kehidupan masyarakat yang terbanyak. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong ialah soal kejatuhan harga komoditi yang berlaku pada hari ini. Justeru itu kalau kita dapati banyak perkara yang akan dilaksanakan oleh kerajaan yang kadang-kadang tidak diambil ataupun tidak diperkatakan oleh masyarakat tentang langkah-langkah yang telah dilaksanakan dan banyak tuduhan yang dilakukan, sama ada oleh pihak pembangkang ataupun juga pihak kerajaan ataupun pemerintah pada hari ini.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Komen-komen yang tidak sedap tetapi apa yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini iaitu melaksanakan langkah-langkah bagi meringankan beban masyarakat dengan mempergiatkan lagi penyelidikan, pemasaran industri hiliran, agrikomoditi, penggunaan bio bahan api, penerokaan pasaran-pasaran baharu, bekerjasama dengan negara-negara pengeluar bagi menstabilkan harga komoditi, sepatutnya diberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat bagaimana usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini bagi membantu masyarakat dan bagi membantu rakyat yang terbeban dengan harga komoditi yang jatuh pada hari ini. Kerajaan juga, kita dapati banyak menggalakkan pekebun-pekebun kecil di seluruh negara walaupun dapat sindiran daripada masyarakat mana-mana pihak, bukan hanya bagi pembangkang dan juga masyarakat daripada ataupun kalangan pimpinan kerajaan mempersendakan cadangan yang dikemukakan oleh Menteri untuk menggantikan kelapa sawit bukan keseluruhannya dengan tanaman buluh. Akan tetapi, apakah kita membuat satu

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

kajian yang teliti dan terperinci saranan yang dikemukakan itu juga mendatangkan hasil yang lumayan sekiranya kita jadikan ia sebagai salah satu di antara pengeluaran negara. Kepelbagaian tanaman yang perlu dilaksanakan oleh masyarakat pekebun kecil harus kita jadikan asas untuk kita mengatasi masalah kos sara hidup di kalangan masyarakat. Masyarakat juga ataupun rakyat juga diberi galakan untuk meneroka peluang-peluang tanaman baharu yang dapat memberi pulangan yang lebih baik, hasil daripada kejatuhan harga komoditi ini. Kerajaan juga akan melaksanakan dan sedang melaksanakan langkah- langkah strategik bagi menangani halangan perdagangan ke atas minyak sawit dan juga produk-produk berasaskan sawit dan kerajaan akan melancarkan salah satu di antara perkara yang boleh dijadikan asas untuk meningkatkan harga komoditi yang kita sedang berhadapan pada hari ini. Perkara yang ketiga yang dibangkitkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah soal kesejahteraan kehidupan rakyat luar bandar, di samping masyarakat orang asal Sabah dan Sarawak serta masyarakat orang asal dengan mengambil pendekatan beberapa perkara untuk meningkatkan pembangunan ekonomi mereka dan juga modal insan dengan melebarkan infrastruktur pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif. Kita juga mengucapkan terima kasih kerana kerajaan telah membuka dan berusaha untuk melakukan perubahan meminda perlembagaan untuk meningkatkan demi kepentingan Sabah dan Sarawak. Saya yakin dan percaya, usaha-usaha yang dilakukan itu akan dapat mengimbangi pembangunan di antara Semenanjung dan juga di Sarawak dan Sabah. Tuan Yang di-Pertua, aspek yang keempat yang saya hendak sentuh ialah soal perumahan. Di mana-mana kita berada, di mana-mana kita dapati soal perumahan adalah satu perkara yang amat penting, khususnya di dalam kehidupan kita sehari-harian. Rumah adalah perkara yang menjadi asas kepada kehidupan manusia. Oleh sebab itulah, kerajaan telah melakar ataupun telah membentuk satu Dasar Perumahan Negara 2018–2025. Dasar ini saya yakin dan percaya, akan dapat menyediakan tempat tinggal yang mampan, tempat tinggal yang berdaya huni, tempat tinggal yang berkualiti dan inklusif serta tempat tinggal ataupun rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat keseluruhannya. Saya yakin dan percaya, dengan adanya dasar ini, semua masyarakat ataupun rakyat di negara ini yang memerlukan rumah akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah bagi satu keluarga di dalam negara kita ini khususnya pembinaan rumah mampu milik. Kita dapati sekarang ini, rumah-rumah yang dibangunkan, yang kadang-kadang banyak tempat yang tidak dihuni ataupun tidak dapat dijual kerana harga yang amat tinggi, yang tidak dapat dimiliki ataupun tidak dapat dibeli oleh masyarakat. Jadi oleh sebab itu, saya menyeru supaya rumah mampu milik ini menjadi perkara yang penting ataupun yang utama yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan. Saya mengharapkan agar perumahan, khususnya rumah generasi kedua FELDA yang telah beberapa tahun diperkatakan untuk diselesaikan, saya yakin dan percaya dengan adanya Dasar Perumahan Negara ini akan dapat menyelesaikan masalah perumahan generasi kedua FELDA yang sekarang ini masih banyak dan masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya walaupun perkara ini telah dilaksanakan sedikit demi sedikit. Perumahan juga perlu diatasi kepada masyarakat ataupun golongan tentera di mana mereka juga berhadapan dengan masalah untuk memiliki rumah yang mampu milik. Justeru itu, pihak kerajaan juga harus melihat tentang kepentingan rumah ini kepada masyarakat ataupun golongan pekerja khususnya tentera yang telah menghabiskan khidmatnya dalam masa sepuluh tahun ataupun 12 tahun yang memerlukan tempat tinggal yang sesuai dengan mereka. Perkara kelima yang saya hendak sentuh adalah isu kesihatan. Kesihatan menjadi perkara yang amat penting di dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, maka kita tidak dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab. [Memetik pepatah Arab] Maknanya, “Akal yang sihat datang daripada jasad yang sihat”. Jasad yang sihat datang daripada kesihatan dan juga datang daripada perkara-perkara yang hendak kita laksanakan untuk menjaga kesihatan kita. Oleh kerana itu, isu kesihatan juga menjadi perhatian kerajaan di mana tahap kesihatan rakyat harus diambil perhatian. Rumah-rumah ataupun hospital-hospital yang kebanyakannya sekarang ini telah tidak mampu untuk menampung pesakit-pesakit, maka harus dilihat kembali sekiranya kesihatan ini menjadi salah satu di antara perkara yang penting di dalam kehidupan kita.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Justeru itu, kerajaan telah mengukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan dengan meningkatkan fasiliti kesihatan serta memperkenalkan skim saringan dan perlindungan kepada golongan B40. Ini perkara yang cukup penting dan kita sokong bersama supaya semua orang dapat menikmati perkhidmatan kesihatan. Bukan hanya orang yang mampu sahaja tetapi orang-orang yang tidak mampu dan kurang berkelayakan juga dapat mengakses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti bagi menjaga kesihatan yang lebih baik. Semua perkara itu, saya yakin dan percaya menepati kehendak apa yang dimaksudkan di dalam ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu maqasid syariah iaitu menjaga kesihatan salah satu di antara perkara yang penting di dalam kehidupan kita.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Perkara yang seterusnya yang saya hendak sentuh di dalam ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika membuka Parlimen yang lepas iaitu di dalam melaksanakan urus tadbir negara, Baginda menekankan soal integriti. Perkara ini amat penting untuk dilaksanakan dan kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana berusaha untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi di mana rasuah kita dapati akan menyebabkan beban kehidupan rakyat akan bertambah dan akan juga meruntuhkan asas keseluruhan sesebuah negara. Rasuah menjadi perkara yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya kita mengamalkan ataupun menjadikan ataupun mengiktiraf negara kita sebagai sebuah negara Islam. Ini kerana Islam amat membenci, amat tidak menyukai dan juga memerangi rasuah sehingga ke akar umbinya. Justeru itu, perkara-perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan sewajarnya kita sokong bersama seperti Pelan Anti Rasuah Nasional dan juga menggubal undang-undang yang berkaitan untuk memperkukuhkan urus tadbir dan diharapkan dapat memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah di dunia. Kalau boleh kita angkat Malaysia ini sebagai suci dan bersih daripada amalan rasuah itu sendiri. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang saya hendak sentuh adalah soal perpaduan kaum. Banyak Ahli Yang Berhormat atau Ahli Parlimen pada dua hari sampai hari ini membicarakan soal perpaduan kaum. Saya yakin dan percaya perpaduan kaum adalah menjadi teras untuk pembangunan sesebuah negara. Kita telah membina perpaduan kaum ini selama 60 tahun. Janganlah perpaduan kaum ini diganggu gugat dengan membawa isu- isu yang boleh menyebabkan perpaduan kaum ini tercemar ataupun terusik. [Tepuk] Justeru itu, semua pihak sama ada pihak pemerintah ataupun pihak pembangkang sewajarnya menjauhi isu-isu yang boleh menyebabkan perpaduan kaum tercemar. Jadi oleh sebab itu, saya yakin dan percaya usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membentuk masyarakat ataupun perpaduan kaum ini menjadi perkara yang amat penting. Saya menyeru supaya semua pihak, sama ada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang, janganlah menimbulkan isu-isu yang boleh menyebabkan perpaduan kaum ini terjejas. Oleh kerana itu, pihak...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Mohon laluan sedikit Yang Berhormat Tampin. Kubang Kerian minta.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Ya sila.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Saya menyokong penuh hasrat supaya kita memelihara keamanan dan keharmonian negara dan tidak ada pihak yang cuba mencetuskan kegawatan dalam negara kita. Maka kenyataan- kenyataan yang melampau, mengaitkan dengan Taliban dan sebagainya saya fikir tidak membina sebuah negara yang harmoni. Bagi saya, saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat Tampin. Apakah ada kewajaran kita memperkasakan ataupun menyemak kembali soal fake news, berita palsu yang tersebar dalam media sosial secara terbuka, yang saya fikir di antara punca berlakunya kegawatan di kalangan kaum ialah kerana media sosial yang tidak dapat dikawal. Keduanya ialah untuk menyemak kembali keputusan kita untuk menghapuskan Akta Hasutan. Saya akui bahawa yang penting bukan akta tetapi jangan salah gunakan akta tersebut. Itulah harapan yang rakyat letak supaya kita memperkukuhkan Akta Hasutan seperti yang berlaku elemen yang dibangkitkan. Terima kasih.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian dan masukkan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian itu di dalam ucapan saya. Saya amat bersetuju dan saya juga menyarankan dan mencadangkan supaya kerajaan mengemukakan satu rang ataupun akta yang berhubung kait dengan keharmonian kaum yang telah dikemukakan beberapa sesi Parlimen yang lepas oleh pihak pembangkang pada ketika itu. Jadi justeru itu, akta keharmonian kaum ini amat penting untuk kita angkat kembali supaya kehidupan masyarakat Malaysia tidak mengenal bangsa, keturunan dan juga agama dapat hidup bersatu dan dapat hidup bersama-sama. Saya juga mengharapkan pihak pembangkang, janganlah melabel orang-orang yang bukan Islam itu sebagai kafir harbi. [Tepuk] Ini suatu perkara yang sensitif bagi mereka yang mengetahui apa ertinya itu. Jadi oleh sebab itulah semua pihak jangan menimbulkan isu-isu yang boleh menyebabkan perpaduan kaum ini tercemar. [Tepuk]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Saya yakin dan percaya, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan dipertahankan sama ada oleh pembangkang ataupun juga oleh pihak kerajaan. Ini kerana kita telah menyatakan dalam perjanjian kita Pakatan Harapan mendukung Perlembagaan dengan sepenuhnya. [Tepuk] Kita juga mengharapkan jangan membawa perkara-perkara yang boleh mengelirukan masyarakat sehingga bohong salah satu di antara perkara yang dibenarkan di dalam politik. Ini menyebabkan kekeliruan di dalam ajaran yang kita bawa bersama sama ada ajaran Islam ataupun ajaran orang-orang bukan Islam. Pembohongan sepatutnya tidak menjadi asas di dalam politik kita. [Tepuk] Sekian, terima kasih. Saya menyokong. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Tampin dari Negeri Sembilan. Kita berhijrah ke Sabah dan Sarawak. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batang Sadong. Sila.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas kesempatan ini untuk membahaskan Titah Diraja di Dewan yang mulia ini. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah bersetuju dengan tawaran Kerajaan Negeri Sarawak untuk menggunakan bayaran tahunan Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan sejumlah RM1 bilion sebagai kontra bagi membina sekolah-sekolah daif di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meminda Artikel 1(2), Perlembagaan Persekutuan. Kita amat menyokong hasrat Kerajaan Persekutuan ini untuk meminda Artikel 1(2), Perlembagaan Persekutuan ini kerana kita mengharapkan ia sebagai landasan untuk menambah segala kekurangan yang seharusnya dinikmati oleh sebuah kerajaan bertaraf wilayah. Apa yang penting ialah, ia bukan sebagai umpan untuk rakyat Sarawak semasa pilihan raya nanti. Kita perlu ingat bahawa hanya Sarawak akan menghadapi pilihan raya. Apabila Sarawak dinaiktarafkan, adakah Sarawak akan mendapat peruntukan yang setaraf dengan Tanah Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, perlu diingatkan bahawa pindaan ini tidak akan dan tidak seharusnya menjejaskan hak Sarawak dan juga Sabah yang sedia ada, seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang belum lagi ditunaikan. Misalnya kita rujuk kembali kepada Perjanjian 63 dan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Artikel 112D mengenai pemberian khas kepada Sarawak dan Sabah. Tiada kajian semula dibuat semenjak tahun 1969 lagi bagi Sarawak walaupun Sarawak pengeluar minyak dan gas sebanyak 40 peratus dari keseluruhan hasil minyak dan gas negara. Tuan Yang di-Pertua, mengenakan cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas produk-produk petroleum yang dikaut dari tanah Sarawak, ini adalah hak Sarawak dan ia dilaksanakan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya amat bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak apabila beliau menyoal mengapa kita perlu mengorbankan diri kita sendiri sedangkan itu memang hak Sarawak. Saya bercakap begini Tuan Yang di-Pertua kerana ada sesetengah pihak yang berpendapat ia mungkin akan meningkatkan kos dan pelabur mungkin tidak mahu melabur dalam minyak dan gas di Malaysia disebabkan cukai jualan ini. Kalau pihak tertentu betul-betul risau dengan pelabur, kurangkan lima peratus cukai pendapatan petroleum ini kepada 33 peratus. Saya ingin menegaskan bahawa cukai jualan yang dikenakan adalah hanya ke atas produk petroleum yang digunakan di luar Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak bertindak atas kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, apa yang Sarawak hendak dengar semasa pembentangan RUU pindaan Artikel 1(2) nanti ialah perkara baru mengenai bagaimana pindaan serta naik taraf ini akan memanfaatkan Sarawak. Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan apakah pengisian untuk Sarawak dan Sabah dan pastikan undang-undang dengan izin, consequential laws ataupun undang-undang yang berbangkit dan undang-undang lain yang berkaitan tidak akan menjejaskan penguatkuasaannya bagi membolehkan Sarawak menguatkuasakan haknya. Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kerajaan sungguh arif dalam memastikan pindaan ini akan boleh dikuatkuasakan. Saya berkata demikian kerana pindaan ini perlu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan juga Sabah selaras dengan Perkara 161E(2) Perlembagaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, ini bermakna...

Yang Berhormat Batang Sadong, pohon Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Putatan.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Saya...

Sikit saja, sikit saja.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua bukan saya tak nak bagi...

Sikit saja.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Akan tetapi saya ada 16 muka surat.

Beri 30 saat saja.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Jadi, saya tidak mahu diganggu. Saya banyak lagi. Kalau saya ada kesempatan, saya bagi peluang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Putatan, ini terpulang kepada hak dia. Sila teruskan.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Tuan Yang di-Pertua, saya percaya kerajaan sungguh arif dalam memastikan pindaan ini akan boleh dikuatkuasakan dan seperti saya nyatakan tadi ini selaras dengan Perkara 161E(2) Perlembagaan Persekutuan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini bermakna bagi Kerajaan Negeri Sarawak yang diterajui oleh GPS lah yang akan memainkan peranan utama dalam meluluskan pindaan di peringkat Sarawak bagi membolehkan penguatkuasaannya nanti. Izinkan saya berpantun sedikit Tuan Yang di-Pertua. Dari Kuching ke Simunjan, singgah... Saya tahu yang Tuan Yang di-Pertua ini suka berpantun. Jadi... Dari Kuching ke Simunjan,

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan)

Saya masih belajar.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Singgah sebentar di Semerak, Kalau kerajaan buat pindaan, Biarlah ia benar-benar memanfaatkan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, berhubungan topik pertanian, sektor pertanian merupakan industri yang menguntungkan. Apatah lagi tanah Sarawak yang begitu luas sekali dan kebanyakan daripada tanahnya adalah sesuai untuk aktiviti pertanian. Oleh sebab itulah Kerajaan Negeri Sarawak membuat perancangan untuk memperkenalkan konsep agropark. Tuan Yang di-Pertua, pasaran untuk makanan semakin besar di Sarawak. Di bahagian Samarahan, konsep agropark telah dikenal pasti untuk dibangunkan di mana ia akan dibangunkan oleh pemaju utama ataupun dalam bahasa Inggerisnya anchor developers ataupun Kerajaan Negeri Sarawak sendiri bagi tujuan mengenal pasti tanaman berdaya maju untuk komersial. Dalam hal ini anak muda tempatan melalui usaha sama ataupun joint ventures ataupun secara contract farming dengan izin boleh melibatkan diri dalam aktiviti pertanian. Saya ingin menyarankan agar Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak untuk memajukan orang muda di luar bandar khususnya. Tuan Yang di-Pertua, usaha membantu anak muda mengusahakan aktiviti pertanian akan menghasilkan keputusan menang-menang atau dalam bahasa Inggeris win-win situation, dengan izin untuk pihak kerajaan dan orang muda. Ia juga mengelakkan tanah daripada terbiar terutamanya di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, lanjutan daripada saranan saya berhubung dengan memajukan aktiviti pertanian serta membantu golongan muda, saya juga ingin menyentuh mengenai keusahawanan kerana kedua-dua subjek ini saling berkaitan. Kerajaan Persekutuan disarankan agar meneruskan agenda bumiputera misalnya program TERAJU yang menyediakan dana mudah cara yang sebelum ini pernah memberi geran daripada 10 peratus hingga ke 15 peratus dari jumlah keseluruhan kos projek kepada usahawan. Insentif seperti ini Tuan Yang di-Pertua memberi galakan kepada usahawan muda untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Tuan Yang di-Pertua, latihan juga untuk usahawan bumiputera harus diteruskan bagi membantu usahawan bumiputera meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang keusahawanan mahupun memberi pendedahan teknologi terkini kepada mereka. Biasiswa juga Tuan Yang di-Pertua adalah termasuk di bawah senarai bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Saya ingin menyarankan agar Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak membiayai pelajar bumiputera untuk mengikuti kursus akaun di mana-mana institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta. Kerjasama seperti ini secara tidak langsung boleh mempercepatkan lagi hasrat negara dan Sarawak untuk mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 dan bagi Sarawak pula untuk mencapai tahap wilayah maju pada tahun 2030. Tuan Yang di-Pertua, agenda lain untuk membantu golongan bumiputera yang harus diteruskan adalah seperti pinjaman mikro melalui agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia untuk suri rumah ataupun TEKUN, MARA, Agrobank dan lain-lain agensi. Bantuan-bantuan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada usahawan di bandar dan juga di luar bandar. Saya berpendapat bahawa bantuan seumpama ini tidak harus dihentikan kerana ia boleh menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana. Dengan terjejasnya momentum pertumbuhan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana ini, ia boleh memberi kesan-kesan negatif ke atas sosioekonomi seperti meningkatnya keperluan bagi syarikat SME untuk mendapat projek atau pekerjaan. Pendapatan juga berkurangan. Kuasa membeli juga semakin lemah. Kita juga melihat peningkatan penutupan perniagaan dan meningkatkannya kes kebankrapan dan pinjaman di bank yang tidak berbayar. Akhirnya negara berhadapan dengan suasana rakyat yang tidak gembira. Kita sudah pun nampak ketidakpuasan hati rakyat akibat dari kos kehidupan dan harga barang yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak kami tidak perlu kereta yang boleh terbang tetapi apa yang diperlukan oleh kami ialah membangunkan kerja-kerja infrastruktur dalam kawasan

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

koridor misalnya di Sarawak, kita ada Samalaju Industrial Park yang memenuhi keperluan industri berat di peringkat antarabangsa dan tempatan. Dengan kata lain, membekalkan untuk industri berat negara luar dan dalam negara yang memanfaatkan atau they can capitalize, dengan izin ke atas tenaga boleh baharu yang murah atau boleh diterjemahkan dalam bahasa Inggerisnya bagi memudahkan pemahaman dengan izin cheap renewal energies seperti hidro di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, koridor seperti ini bukan hanya memanfaatkan Sarawak tetapi ia juga sebahagian besar bermanfaat kepada Kerajaan Persekutuan kerana cukai import dan eksport akan dinikmati oleh Kerajaan Persekutuan termasuk memberi pekerjaan kepada penduduk Sarawak dan Semenanjung.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Oleh itu, saya mencadangkan agar usaha membangunkan koridor hendaklah diteruskan. Tidak dinafikan Tuan Yang di-Pertua, bahawa Kerajaan Negeri Sarawak mampu melakukannya sendiri. Cuma, ingin saya ingatkan bahawa selama ini ia telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk membiayai semua koridor seperti Samalaju di Sarawak, Iskandar di Johor dan kesemua cukai dan pendapatan yang diperoleh adalah menjadi pendapatan untuk Kerajaan Persekutuan dan bukan untuk Kerajaan Negeri Sarawak sahaja. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan perbahasan saya dengan topik yang amat dekat di hati rakyat, bukan saja di Batang Sadong tetapi di seluruh negara, di mana ramai yang terlibat dalam penanaman sawit. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Yang Berhormat Menteri Industri Utama mencadangkan untuk menjadikan penanaman buluh sebagai pengganti sawit. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, Sarawak memang mempunyai banyak pokok buluh. Kalau tidak percaya, saya jemput Yang Berhormat Menteri sendiri datang melihat dan pada masa yang sama bertemu dengan pekebun kecil bebas yang sudah lama menderita akibat kejatuhan harga kelapa sawit. [Disampuk] Ya kita sudah ada buluh, banyak sudah buluh. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa harga buah sawit segar ataupun fresh fruit dengan izin, telah jatuh secara mendadak daripada RM700 setan kepada RM250 setan di Sarawak bermula tahun lepas. Sekiranya harga yang saya sebutkan ini kurang tepat, saya minta Yang Berhormat Menteri perbetulkan. Kejatuhan harga ini telah mengakibatkan ramai rakyat kesusahan sehingga membuatkan mereka sukar membayar pekerja untuk mengambil ataupun menuai buah sawit segar ini. Dalam kalangan pemilik estet kecil, mereka lebih rela membiarkan buah sawit segar tidak dituai dan mereka mula menanam tanaman lain. Saya membawa perkara ini Tuan Yang di-Pertua kerana telah beberapa kali saya menerima aduan daripada rakyat terutama sekali daripada Batang Sadong untuk pastikan saya kemukakan perkara ini di Dewan dan mengharapkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Ketika ini majoriti penduduk luar bandar di Sarawak khasnya, digalakkan untuk mempelbagaikan tanaman dengan menanam pisang, lada, nanas spesies jenis komersial seperti MD2, Bario dan Josephine. Saya minta kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk membantu rakyat yang mana kehidupan mereka tersepit akibat dari kejatuhan harga sawit ini dan untuk rekod juga di dalam Dewan, Kerajaan Negeri Sarawak juga cuba membantu dengan memberi banyak bantuan bagi membolehkan pekebun-pekebun kecil untuk meluaskan lagi dari segi tanaman mereka dengan memberi proposal kepada Yang Berhormat Menteri di Sarawak untuk membolehkan mereka mendapat bantuan ataupun subsidi menanam tanaman agro ini untuk membolehkan mereka menambahkan lagi pendapat mereka. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat minta laluan satu minit.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Boleh saya habiskan.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Kalau saya sempat, saya bagi terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, dari hal seni pula ini juga saya diminta untuk membawa ke Dewan ini. Mereka mengatakan, “Mengekalkan seni budaya merupakan tanggungjawab bersama kerajaan negeri dan Persekutuan”. Disebabkan itu saya bawa ke mari untuk

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

dibincangkan di sini. Seni boleh lahir dalam bentuk sukan misalnya seni silat lebih mirip kepada sukan dan seni budaya. Seni boleh menyatukan padukan rakyat kerana rakyat dari pelbagai kaum amat sayang kepada adat dan budaya mereka dan mereka mahu melindungi budaya mereka masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, di antara semua negeri dan wilayah di Malaysia ini, Wilayah Sarawak masih belum mempunyai Kompleks Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri. Sememangnya Sarawak pernah disarankan untuk menentukan lokasi kompleks ini, malangnya sehingga sekarang, ianya masih belum direalisasikan lagi. Saya berharap agar Yang Berhormat Menteri dapat memberi pertimbangan ke atas perkara ini demi memajukan seni budaya serta untuk memartabatkan bangsa kita. Saya ada dua minit lebih sebelum saya mengakhiri, jadi saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Rantau Panjang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Sila.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan isu masalah ekonomi rakyat terutama berkaitan dengan isu getah dan kelapa sawit yang semakin turun harganya. Namun isu yang kita lihat apa yang disarankan oleh Menteri di pihak Pakatan Harapan untuk tanam buluh. Jadi, pada pandangan Yang Berhormat, adakah hasil daripada buluh ini dapat memberi hasil yang lebih lumayan kepada rakyat sebab kita melihat buluh-buluh yang ada sekarang pun belum tentu boleh memberi pasaran yang baik. Saya dapat maklumat bagaimana kualiti buluh yang ada di Malaysia berbanding dengan buluh yang ada di negara sejuk mempunyai kualiti yang berbeza sebab faktor iklim. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, terima kasih di atas soalan itu. Saya juga hendak memasukkan di dalam ucapan saya. Cuma saya nak kongsi di sini sedikit, saya pernah menjadi Pengerusi FRIM dahulu semasa tahun 2008. Saya menjadi Pengerusi FRIM, memang kita mengusahakan tanaman buluh ini. Saya menerima komen Yang Berhormat mengenai iklim yang memainkan peranan dari segi mengeluarkan hasil buluh ini dari segi kualitinya memang berbeza. Jadi kita mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan lagi kepada kita perancangannya. Saya tidak mahu menidakkan hak Yang Berhormat Menteri untuk menyarankan itu. Cuma, sebagai apa yang telah saya alami sendiri sebagai Pengerusi FRIM masa itu, saya rasa kita masih belum bersedia lagi dari segi untuk membantu rakyat kita, mengalihkan dari segi mempelbagaikan daripada tanam sawit kepada buluh kerana saya percaya itu masih belum dapat menjamin dari segi pendapatan masyarakat terutama sekali mereka yang terlibat dalam aktiviti pertanian terima kasih. Tuan Yang di-Pertua...

Boleh lagi Yang Berhormat Batang Sadong.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Oh! Tadi, saya ada tujuh saat.

Cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat Batang Sadong tentang Artikel 1(2) tadi itu, ia mengatakan untuk menaik taraf Sabah dan Sarawak. Saya ingin bertanya adakah mungkin lebih sesuai kalau kita mengatakan ia reinstate kepada yang sebelumnya. Saya pohon pandangan Yang Berhormat Batang Sadong.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Ya, itu adalah satu terminologi apabila kita reinstate itu pun tiada salahnya memang kita dari asalnya itulah kedudukan mereka. Cuma kita Sarawak dan Sabah kita sama-sama pastikan apabila artikel itu dipinda nanti ianya betul-betul memberi manfaat kepada kita Sarawak dan Sabah. Sama-samalah kita menyokong tetapi kita perlu meneliti dahulu apakah isi kandungannya. Kita belum dapat melihat lagi ia punya draf ya. Jadi apa yang dikatakan tadi tidak ada salah juga memang kita dengan izin reinstate our position sebagai sebuah satu daripada wilayahnya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas peluang ini dan saya mohon menyokong sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih atas ucapan yang aman damai ini. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Subang, sila.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi peluang kepada saya membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong bagi Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14 ini. Saya menyokong penuh apa yang telah dititahkan oleh Tuanku, khususnya mengenai keutamaan isu-isu kos sara hidup, merapatkan jurang sosioekonomi, menentang rasuah, mempertahankan Perlembagaan dan pada amnya mereformasi negara kita dari sistem dulu ke sistem yang lebih baik, sistem yang lebih demokratik. Tuan Yang di-Pertua, sebagai backbencher, kita diberi tugas untuk mempertahankan Dasar Kerajaan Pakatan Harapan. Di dalam politik, pandangan peribadi saya adalah terhad sedikitlah atas pendirian parti dan juga pendirian politik Kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi sebagai seorang Ahli Parlimen kawasan Subang, kerja saya ialah untuk memberi pandangan-pandangan kritikal juga daripada penduduk-penduduk di Parlimen Subang. Pakatan Harapan sudah memerintah selama 10 bulan. Dalam 10 bulan ini, rakyat pada mulanya adalah sangat positif tetapi kebelakangan ini pandangan dan sentimen rakyat menjurus ke arah sedikit negatif.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Saya rasa Subang adalah sama dengan kawasan-kawasan Parlimen lain. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, the honeymoon period is over. Sekarang kita harus berhadapan dengan isu terutama yang dihadapi oleh rakyat, iaitu isu ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, bidang ekonomi ini merangkumi pelbagai perkara, dari sistem perbankan, makro ekonomi, behavioral economics, isu fiskal dan lain-lain. Akan tetapi untuk ucapan ini, apabila saya merujuk kepada isu ekonomi, isu ekonomi yang biasa difahami oleh rakyat dan banyak dicakap oleh semua Ahli Parlimen adalah isu tentang kos sara hidup. Tuan Yang di-Pertua, saya bermula dengan memberi sedikit pandangan tentang keadaan ekonomi umum pada masa ini. Lebih kurang seminggu sekali, saya akan makan tengah hari dengan bankers ataupun tokoh perniagaan dan juga ahli-ahli ekonomi. Pandangan mereka adalah lebih kurang sama dengan pandangan orang biasa yang saya jumpa setiap hujung minggu di program kawasan saya. Pandangan peniaga kecil yang buat char kuetiau, pegawai polis, marketing executive dan juga suri rumah, semua sama. Pandangan mereka ialah keadaan ekonomi kita kurang memuaskan dan kos sara hidup semakin meningkat walaupun secara rasminya kita sedang menghadapi deflation. Baru-baru ini semasa sambutan Tahun Baru Cina, banyak limau Mandarin tidak terjual. Angpau yang saya bagi kepada anak saya pun kecil sedikit. [Ketawa] Kebimbangan ekonomi pada awal bulan Februari 2019 ini adalah sangat terkesan. Pada hari ini, kebimbangan itu mujurlah sudah turun sedikit. People are still worried, but less so. Saya faham banyak masalah ekonomi adalah berpunca daripada pentadbiran dahulu. Banyak juga masalah berkenaan dengan isu global, seperti perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China. Masalah lain juga adalah berpunca daripada global stock market yang tidak menentu, turun naik. Saya juga faham harga kebanyakan komoditi, termasuk sawit, kawan kita tadi itu, menghadapi kemerosotan. Komoditi sawit ini eksport utama kita dan kejatuhan harga itu memang benar. Akan tetapi negara kita ini memang bertuah, Tuan Yang di-Pertua. Harga minyak petroleum dan gas naik pula oleh sebab krisis politik di Venezuela. Tuan Yang di-Pertua, ada 1001 sebab yang berpunca dari luar negara kenapa ekonomi kita menghadapi cabaran. Saya percaya rakyat tahu dan faham bahawa banyak punca-punca ini di luar kawalan kita.

Yang Berhormat Subang, minta laluan sedikit.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Boleh, silakan.

Terima kasih Subang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Subang. Cuma minta Yang Berhormat Subang boleh bersetuju dengan apa yang saya katakan berkenaan dengan industri buluh. Jangan kita perkecilkan sebab industri buluh ini, sekejap Yang Berhormat Subang. Oleh kerana industri buluh ini ia mempunyai cuma kita minta Yang Berhormat

Menteri tolong explain, tolong terangkan kesan buluh dan industri ia, yang saya difahamkan ia boleh pelbagaikan produk untuk gantikan seperti linen, pakaian linen, lampu yang telah dibuat. Cuma mekanisme ia sebab hendak ambil buluh untuk hendak buat lemang pun kalau silap, ia tikam tangan kita. Ini yang kita minta. Akan tetapi cadangan itu saya tidak perkecilkan, saya nampak ada alternatif untuk mendapat tambahan kepada kelapa sawit. Sekian, terima kasih. Setuju dengan saya?

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Comment saya tentang buluh ini, tidak mengapalah, nanti Yang Berhormat Menteri akan jawab dengan panjang lebar. Comment saya senang, kita tidak ada infrastruktur untuk industri buluh lagilah. Maknanya, marketing kita tidak ada, inovasi kita belum lagi siap tetapi memang baik buluh ini sebagai satu nitrogen fixer. Maknanya, ia bubuh balik nitrogen kepada tanah itu yang akan menyihatkan tanah yang terbuanglah atau terbiar. Baik, saya teruskan ya. Ya, banyak punca di luar kawalan kita tetapi apa yang mereka, rakyat, penduduk Subang hendak tahu, apakah usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengatasi perkara-perkara ekonomi yang berada di dalam kawalan kita? Itu isu ia. Saya setuju Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil tindakan yang cukup baik dan cukup drastik untuk menukar dasar consumption tax daripada GST ke SST. Oleh sebab pada teorinya, SST sepatutnya memberi penjimatan RM20 bilion kepada pengguna. Akan tetapi pada tahap experience yang dialami pengguna sekarang, pengguna-pengguna tidak terasa sangat penjimatan tersebut. Oleh itu, dalam ucapan belanjawan saya pada Oktober lalu, saya telah menyeru kerajaan untuk membuat periodic assessment and review of the SST setiap enam bulan untuk memantau sama ada SST ini betul-betul efektif. Sekarang saya meminta kerajaan mengkaji semula isu dasar consumption tax SST untuk memberi jawapan kepada kenapa penjimatan, pada teorinya RM20 bilion SST ini tidak dirasai oleh pengguna. Adakah ini hanya satu persepsi yang salah oleh pengguna? Ataupun satu dasar yang sememangnya kurang efektif? Mesej yang saya hendak tekankan adalah ini, apabila kita merangka dan melaksanakan dasar baharu, kita perlu mengambil satu pendekatan yang pragmatik dan saintifik. Bukannya mengambil satu pendirian berdasarkan ideologi semata-mata. Kalau dasar kurang berjaya, kita kena berani menerima pandangan dan teguran dan selepas itu memperbaiki apa-apa kekurangan. Dasar lain yang Pakatan Harapan telah memperkenalkan untuk mengatasi isu kos sara hidup adalah mengenai unconditional payment yang dahulu namanya BR1M dan sekarang ditukar nama baharu, Bantuan Sara Hidup. Program ini adalah lebih kurang sama dengan kelebihan sedikit iaitu ia adalah lebih tertumpu dan tepat, more targeted. Saya berharap kerajaan akan terus menerima pandangan, feedback mengenai program ini dan mengamalkan pada keseluruhannya budaya ‘Kaizen’ iaitu budaya Jepun to continuously improve the policy making. Selain bantuan unconditional payment, saya juga menyokong dasar isu subsidi minyak yang telah berubah daripada yang lama dan jelas lebih mesra kepada pengguna. Everybody seems to enjoy this new system. Namun demikian, saya juga bimbang sama ada program ini, dengan izin, fiscally sustainable in the long run. Tuan Yang di-Pertua, semua dasar yang saya telah sentuh, dengan izin, adalah mere tweaks to old policies dan bukannya sesuatu yang cukup groundbreaking. Oleh demikian, hasilnya ada tetapi impaknya tidak berapa sangat. Jadi, pada masa kini rakyat tertanya-tanya, where are the new positive policies of Pakatan Harapan? Satu dasar baharu yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah Program i-SURI, di mana kerajaan menyediakan satu social safety net yang lebih kepada suri rumah. Namun, ini adalah program tunggal yang dapat dilaksanakan setakat ini. Kredit kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita iaitu Yang Berhormat Pandan. Akan tetapi persepsi rakyat masih berterusan bahawa Pakatan Harapan tidak berubah sangat daripada Barisan Nasional dari segi dasar. Oleh sebab itu, saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula dasar-dasar dan cuba menggubal dasar baharu. Negara kita memerlukan satu hala tuju ekonomi yang komprehensif atau pun economic blueprint untuk mengatasi isu kos sara hidup ini. Bagi menjayakan satu hala tuju yang komprehensif, saya ingin menasihati kerajaan untuk komited kepada metodologi yang berdasarkan big data analysis dan evidence based policy making. Perubahan memerlukan

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

satu mindset shift dan ia boleh bermula dengan cara Jabatan Statistik mengumpul data-data sosial ekonomi. Sebagai contoh, inisiatif baharu yang cukup baik daripada Pakatan Harapan, saya gembira melihat Yang Berhormat Menteri KPDNKK, Yang Berhormat Menteri Kulim-Bandar Baharu yang mempunyai kematangan fikiran untuk mengamalkan satu indeks baharu iaitu Cost of Living Index dan tidak lagi menggunakan Consumer Price Index bagi kerja kementerian beliau. Ini adalah permulaan yang cukup baik untuk mendapatkan data yang kukuh untuk mengatasi isu kos sara hidup. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, people are asking, are there new policies that we can introduce? Pada pandangan saya, terdapat banyak juga low hanging fruits yang kita boleh tuai. Isunya adalah sama ada kita ada political will untuk melakukannya. Contohnya, perkara Approve Permit ataupun AP. Kita masih ada 5,000 item barang-barang import dan eksport yang mengamalkan sistem AP. Sistem AP ini menambah kos kepada harga barang kerana majoriti pemberian AP adalah berdasarkan political cable yang kuat dan bukannya hasil titik peluh pemegang AP. Setiap AP juga memudaratkan kewangan kerajaan kerana bakal hasil kerajaan ini sebenarnya dipindah kepada pemegang AP. Ini adalah satu-satunya transfer payment yang tidak boleh dijustifikasikan. Oleh sebab itu, saya meminta Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula dan memansuhkan sistem AP secepat mungkin. Kalau kerajaan tidak ingin memansuhkannya, AP perlu dijual secara terbuka melalui satu sistem lelong yang transparent di mana penjual dan pengguna boleh mengambil bahagian secara terus. Sekiranya cadangan ini ditolak juga, jadi saya minta kerajaan sekurang-kurangnya perlu menerbitkan senarai pemegang AP dan memberi justifikasi kepada setiap satu AP.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Dengan izin, if you want to continue the AP system, please provide full transparency so that the people can evaluate your AP policy. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi satu lagi cadangan dasar ekonomi yang boleh diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dengan serta-merta. Bagi tahun 2019, Kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan secara rasmi wang sebanyak RM29 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan. Ini adalah sebahagian daripada public procurement spending yang juga merangkumi government contracts. Angka sebenarnya public procurement spending adalah jauh lebih tinggi kerana banyak dana pemberian dan belanjawan pembangunan adalah untuk tujuan yang sama. Apakah jumlah penuh angka sebenarnya? Mengikut laporan OECD, jumlah public procurement spending anggaran dia adalah lebih kurang 12 peratus KDNK setiap negara. KDNK Malaysia adalah pada tahap RM1.28 trilion. Hal ini bermakna jumlah public procurement spending di Malaysia sekarang setiap tahun dianggarkan pada tahap RM150 bilion setahun. Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu bahawa perkara government procurement ini adalah merupakan satu landasan yang terbuka untuk ketirisan, cronyism, nepotism dan rasuah. Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Pakatan Harapan untuk menggubal sistem perolehan awam ini secepat mungkin iaitu menggunakan sistem yang terbaik termasuk sistem perolehan yang diamalkan oleh negara Singapura ataupun Norway ataupun kalau kita tidak mahu ikut, malu hendak ikut negara lain, pakailah sistem komersial seperti ISO 20400. Kedua-dua cadangan saya ini adalah di dalam bidang kuasa Kerajaan Pakatan Harapan dan boleh dilaksanakan sekiranya kita ada political will dan masih ada semangat reformasi. Ya, ekonomi sedunia memang menghadapi cabaran tetapi Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai tanggungjawab untuk melakukan reformasi di bawah kawalan kita dengan memperbaiki sistem yang kita warisi. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, we cannot continue to blame the previous government for our predicament. It is now the time to move on and deliver on our promises of reform as per our manifesto. Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Subang, minta mencelah sekejap.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Ya?

Sikit sahaja, sikit sahaja.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Okey, okey cepat. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Subang. Tadi disebut berkenaan dengan apa ini penghapusan GST dan diganti dengan SST. Di situ juga kedua-duanya ada black economy. Jadi, saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Subang supaya kerajaan menubuhkan kesan black economy semasa GST dan juga ketika pelaksanaan SST. Hal ini supaya apabila kita dapat jawapan ini, kita boleh cari jalan macam mana hendak reduce harga dalam pasaran. Sekian, terima kasih.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang sebenarnya kita kena tunggu dua bulan lagi sebab apabila kita sampai the full fiscal year, satu kajian lebih senang untuk mendapat data-data yang sepenuhnya. So, I would beg you to be a bit more patient and hopefully dalam dua bulan lagi ini, kita akan dapat satu pandangan daripada kerajaan untuk membuat kajian penuh ya. Tuan Yang di-Pertua, hal ekonomi, dengan izin, is both a science and an art form. Ia melibatkan prinsip sains seperti data dan statistik dan prinsip seni seperti behavioral sciences and confidence. Pada keseluruhannya, perkara yang lebih penting bagi saya ialah isu confidence. Rakyat iaitu pengguna dan peniaga sebenarnya tidak takut sangat perubahan. Selagi perubahan itu boleh memberi masa hadapan yang lebih cerah dan menjana keyakinan pasaran, market confidence. Dalam perkara confidence ini ataupun keyakinan rakyat, saya ingin mengalih fokus saya kepada isu reformasi politik. Dalam bidang politik, kalau kita tidak dapat melaksanakan satu dasar ekonomi dengan baik, kita perlu memberikan rakyat satu penjelasan. Kalau yang lebih penting, sekiranya kita gagal pentadbiran ekonomi, sekurang-kurangnya kita perlu melakukan reformasi politik sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi melalui sistem pentadbiran yang baik. Kalau rakyat menghadapi ekonomi yang kurang baik seperti sekarang tetapi Kerajaan Pakatan Harapan dapat memberi mereka satu harapan politik yang cerah, saya percaya rakyat boleh menerima kesusahan ekonomi ini buat setahun, dua, tiga tahun lagi. Dengan izin, the people can accept some economic pain provided we carry out political reforms now. What they cannot accept is a failing economy with no political reform whatsoever. Mesej yang saya terima daripada penduduk-penduduk Subang yang kebanyakannya ahli profesional seperti akauntan, jurutera dan juga peguam adalah mereka risau sistem crony capitalism akan muncul sekali lagi sekiranya reformasi politik tidak lengkap dan tidak dilakukan dengan serta-merta. Tuan Yang di-Pertua, saya terdengar khabar daripada bankers, peniaga dan ahli ekonomi bahawa ada beberapa kroni yang cuba membuat satu corporate comeback. Ada yang melobi kuat untuk further the deregulation of our financial insurance sector. Ada juga yang menjadi all powerful gatekeepers. Akan tetapi, there is a good news. Tinjauan peribadi saya dalam beberapa bulan ini, semasa makan tengah hari, working lunch with bankers, businessmen and also economists adalah there is not much appetite for crony capitalism anymore. Tuan Yang di-Pertua, bagi kita yang berumur 45 tahun dan ke atas, kita memang kenali sistem crony capitalism ini. Dengan izin, for crony capitalism to truly succeed in Malaysia, it needs two hands to clap, the hands of politicians and the hands of private sector tycoons. My current reading is the tycoons are not clapping. Golongan peniaga mengambil pandangan bahawa rasuah adalah satu kos yang terlalu tinggi dan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, mereka tidak lihat apa-apa kesan positif untuk jangka panjang business mereka dan juga ekonomi negara kita. They just don’t see the value of crony capitalism anymore in 2019. Tuanku Yang di- Pertuan Agong menasihati Dewan untuk membina ekonomi kita secara baik, bukan secara crony capitalism. Oleh itu, Pakatan Harapan perlu memastikan sistem ekonomi direformasi dengan baik dan mengamalkan sistem persaingan yang sihat, menggunakan teknologi baru dan melindungi hak-hak pekerja kita. Ini semua dititahkan oleh Tuanku. Tuan Yang di-Pertua , saya faham sistem gabungan politik ini adalah tersangat rumit dan banyak kompromi yang perlu dilakukan. Oleh itu, selepas 10 bulan, jelas Kerajaan Pakatan Harapan nampaknya susah untuk start engine reformasi. Saya tidak menyalahkan kepada sesiapa. Oleh itu, saya cadangkan agenda reformasi ini diberi kepada Ahli Parlimen backbenchers untuk dilaksanakan. Ini boleh bermula dengan mengembalikan kuasa dan

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

kebebasan kewangan kepada institusi Parlimen dengan menghidupkan semula Parliamentary Services Act 1963 di mana demokrasi yang matang pun, principle of separation of powers mesti diamalkan. Dengan kuasa yang sewajarnya, kami Ahli Parlimen dari backbencher boleh meminda standing order untuk membenarkan Private Member’s Bill dikemukakan pada masa yang telah ditetapkan. Kita boleh melaksanakan lebih standing committees untuk menolong Kabinet dalam proses reformasi. Dengan izin, we are ready to help the Cabinet to carry out the reforms. Let us be the torchbearers for reform, the Cabinet can continue to debate on the issue about their two-third majority agenda but please be reminded also that this agenda could lead you down the slippery slope to an authoritarian rule. Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari lalu, Parlimen dikunjungi oleh Sir Hugh Bayley, seorang Ahli Parlimen United Kingdom yang berkhidmat selama 25 tahun. Beliau memberi pandangan bahawa apabila terdapat perubahan kerajaan yang drastik, Ahli-ahli Parlimen perlu mempercepatkan reformasi politik. Sekiranya tidak, beliau percaya bahawa Menteri- menteri akan hilang momentum untuk berubah. Not only is the honeymoon period over, we are now at a real political crossroads. That is why I’m giving this speech. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menutup ucapan saya dengan beberapa cerita positif. Nampaknya sangat negatiflah sebab kawan sebelah sana tidak kacau pun langsung. Akan tetapi, sebenarnya ada banyak berita baik. Yang saya hendak kongsi ialah ini. Pada pendapat saya, crony capitalism secara rasminya telah pupus di Malaysia sekarang. Saya juga gembira bahawa tahap rasuah menurun. Saya juga menerima banyak maklum balas daripada penduduk saya bahawa penjawat awam sekarang lebih ramah when they do their job dan juga lebih efisien. Hal ini petanda-petanda yang baik sekali dan menunjukkan secara spontan rakyat dan juga penjawat awam ingin melaksanakan sistem pentadbiran baru. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, sama ada ahli-ahli politik bersedia untuk melakukan reformasi atau tidak, rakyat dan penjawat awam telah mula memperbaiki sistem kita. Crony capitalism is gone. Jadi, jelas kuasa politik bukannya terletak di tangan Ahli Parlimen semata-mata tetapi hakikatnya terletak di tangan rakyat. Saya berharap semua Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini akan mendengar permintaan rakyat dan bangkit untuk melakukan reformasi dan memenuhi harapan rakyat. Sekian sahaja ucapan saya. Saya menyokong penuh Titah Diraja. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Subang yang hanya dicelah oleh seorang saja, Yang Berhormat Pendang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas pada 11 Mac yang lalu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan menjunjung kasih menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan kita menjunjung kasih di atas keprihatinan Tuanku yang menyentuh dalam ucapan baginda menyentuh keseluruhan isu dan permasalahan rakyat khususnya dalam negara kita. Menjunjung kasih di atas kepekaan Tuanku terhadap kos hidup rakyat yang semakin menekan. Begitu juga harga komoditi getah kelapa sawit, nilai ringgit yang semakin menjunam rakyat dalam keadaan kesusahan, apa lagi mereka yang diberhentikan kerja. Begitu juga isu pengangguran yang semakin tinggi. Seharusnya Kerajaan Pakatan Harapan hari ini mengambil kesempatan ini membuktikan janji manifesto yang telah dijanjikan untuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan dikotakan. Jadi saya ingin tahu sejauh mana tindakan yang telah dibuat untuk

memastikan kebajikan terutama mereka yang telah diberhentikan yang melibatkan pelbagai sektor awam dan swasta hampir 50 ribu yang telah diberhentikan dan begitu juga pengangguran yang semakin tinggi. Saya ingin tahu juga sejauh mana tindakan yang dibuat dalam menangani isu pendatang asing begitu pekerja-pekerja asing dan lambakan peniaga-peniaga asing yang menjadi saingan kepada rakyat tempatan terutama dalam mencari rezeki. Saya ingin tahu juga ialah sejauh mana usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menangani masalah nilai ringgit yang menjadi tekanan terutama bagi rakyat yang berada di kawasan sempadan khususnya di kawasan saya, yang terpaksa setiap hari berulang alik melalui sempadan dengan negara jiran untuk urusan perniagaan dan sebagainya berdepan dengan nilai ringgit yang semakin rendah. Saya ingin tahu juga projek-projek yang telah dijanjikan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan termasuk projek tebatan banjir, begitu juga Jambatan Muhibbah yang dijanjikan akan dibina, bilakah perkara ini akan dimulakan. Saya menyambut baik di atas janji pihak Kerajaan Pakatan Harapan akan membayar royalti kepada negeri Kelantan dan kita mengharap bukan setakat royalti semasa, tunggakan royalti juga dibayar sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Petroleum 1975. Saya ingin tahu juga ialah berkaitan dengan keselamatan sempadan. Kita melihat di antara isu yang besar adalah isu keselamatan. Jadi apa yang saya dapat maklum bagaimana CCTV sudah tidak berfungsi begitu lama terutama di pintu masuk di Rantau Panjang. Jadi apakah tindakan pihak kerajaan untuk memastikan bahawa infra yang perlu untuk menjamin keselamatan rakyat, apa lagi sebelum ini saya dapat maklum bagi pekerja ataupun pasukan RELA yang sudah dua bulan mendapat tunggakan gaji elaun mereka, elaun mereka tidak dibayar lebih daripada dua bulan. Apakah yang berlaku dan apakah tindakan segera untuk memastikan perkara ini tidak menjadi satu perkara yang boleh mengancam keselamatan terutama di kawasan sempadan. Saya ingin tahu juga ialah berkaitan dengan usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan infra ataupun kebajikan, keperluan di luar bandar terutama di kawasan saya sendiri termasuk keperluan lampu-lampu jalan raya yang telah berkali-kali kita utarakan dalam Dewan ini setakat ini apakah perancangan dan tindakan kementerian. Saya ingin menyentuh juga iaitu berkaitan dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang seharusnya difahami dan didalami dengan sedalam-dalamnya oleh setiap warganegara tanpa mengira agama dan bangsa. Ini adalah satu saranan yang cukup menyentuh hati rakyat. Jadi saya ingin tahu sejauh mana usaha yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan Pakatan Harapan hari ini terutamanya dalam isu penghinaan kepada Baginda Nabi SAW. Ini merupakan satu perkara yang sangat biadab dan sangat terkutuk apabila ada pihak yang hampir setiap hari melalui media massa mengemukakan ataupun dalam tulisan- tulisan menghina Nabi Muhammad SAW. Ini adalah satu kemuncak kejahilan ummah dan seharusnya suara daripada pihak pemimpin menteri-menteri kerajaan amaran keras sebab ini menyentuh soal kedaulatan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan yang termaktub Perkara 3 Perlembagaan Malaysia. Jadi saya ingin tahu apakah tindakan tegas yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dan setakat ini berapakah yang telah diambil tindakan dan seharusnya hukuman yang lebih berat dikenakan kepada penghina Nabi SAW supaya mereka jangan sekali-sekali menyentuh isu yang sangat sensitif terutamanya bagi umat Islam. Saya ingin mengingati sebagaimana peringatan Allah dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman, Bismillahir Rahmanir Rahim dengan izin, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Mereka yang bersifat demikian balasnya adalah neraka jahanam disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka menjadikan ayat-ayat Al-Quran dan Rasul-rasul ku menjadi ejek-ejekan”. Ini adalah peringatan Allah neraka jahanam disediakan bagi mereka yang mempermainkan ayat-ayat Allah dan mengejek para Nabi dan Rasul. Saya ingin tahu juga ialah berkaitan dengan tindakan kerajaan terutama baru-baru ini berlaku perarakan LGBT yang mencemarkan sambutan Hari Wanita pada 9 Mac yang lalu. Saya ingin tahu apakah sikap dan tindakan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan pada hari ini. Amat memalukan apabila suara yang dilaungkan menyokong LGBT berkumandang bergema di tanah air kita yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan. Apakah ini

kerana ada pendukung dan penyokong yang menjadi penggerak di sebalik kumpulan LGBT ini. Di mana suara-suara menteri terutamanya menteri yang sebelum ini melaungkan Islam. Saya ingin tahu sejauh mana sikap yang telah dibuat oleh pihak Pakatan Harapan terutama dalam isu LGBT ini, ini adalah satu perkara yang sangat jijik dan seharusnya kita kutuk sehabis-habisnya supaya generasi akan datang tidak mewarisi budaya songsang yang akan menghancurkan negara ini. Saya ingin tahu sejauh mana tindakan yang telah dibuat kepada penganjur dan pendukung kepada kumpulan LGBT ini. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh dibiarkan yang akan menjatuhkan maruah bangsa dan negara apa lagi maruah kita sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sedih apabila ada anak-anak Melayu yang terlibat, anak-anak orang Islam yang terlibat dalam perarakan menyokong golongan songsang ini. Saya harap perkara ini diambil tindakan dengan tegas. Begitu juga saya ingin menegur bagaimana baru-baru ini kita mengalu-alukan usaha kerajaan untuk membantu NGO-NGO, apa lagi NGO itu yang sangat berperanan dalam memberi manfaat kepada masyarakat. Baru-baru ini kita dimaklumkan bagaimana Timbalan Menteri Wanita telah memberi dana RM30 juta kepada Sister in Islam, RM33 ribu, sorry saya tersilap sebut. RM30 ribu kepada NGO Sister in Islam. Saya mendapat makluman dan kita semua tahu bagaimana Majlis Fatwa JAIS telah memfatwakan tahun 2014 lagi bahawa NGO ini adalah NGO yang menyalahi ataupun difatwakan sesat. Jadi sejauh mana tindakan kerajaan ini mengambil kira fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama untuk memastikan pergerakan mereka ataupun aktiviti mereka tidak terus menjadi satu ancaman terutamanya kepada akidah rakyat. Apa lagi mereka menggunakan nama Islam. Apabila kerajaan memberi dana kepada kumpulan yang telah difatwakan sebegini, seolah-olah kerajaan masih mengiktiraf mereka. Jadi sejauh mana usaha dan tindakan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan semua golongan-golongan yang telah bercanggah dengan prinsip Islam sebagai mana yang telah disebut oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Ucapan mestilah dihayati dan difahami sebenarnya apakah yang dimaksudkan Islam yang sebenar. Jadi kalaulah mereka mempertikaikan perkara-perkara yang hukumnya jelas dalam Islam tetapi dipertikaikan meminta supaya Al-Quran ditafsirkan semula, aurat tidak wajib dalam Islam .

Akan tetapi kalaulah kerajaan masih lagi seolah-olah mengambil tindakan sebegini sedangkan ada ratusan lagi NGO wanita di luar sana yang tidak bercanggah dengan Majlis Fatwa yang mempunyai peranan yang boleh berperanan dalam membentuk masa depan masyarakat, seharusnya diambil perhatian.

Yang Berhormat Rantau Panjang?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan Serai minta laluan.

Saya bimbang perkara ini sekiranya dibiarkan akan menjadi satu kesan yang cukup besar pada...

Yang Berhormat Rantau Panjang.

...Perkembangan masa depan negara.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan Serai minta laluan.

Sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya terpanggil untuk bersama- sama dengan Yang Berhormat Rantau Panjang. Apabila Yang Berhormat Rantau Panjang membahaskan tentang LGBT tadi. Pertama, saya ingin juga mendapatkan pendapat daripada Yang Berhormat Rantau Panjang. Perkara ini adalah perkara yang jijik yang seperti semua orang tahu dan ia adalah satu amalan-amalan yang songsang. Mana boleh kita teringin pada seks yang sebaliknya? Binatang pun tidak buat macam itu!

Seks yang sama...

Seks yang sama. Nasib baik Yang Berhormat Masjid Tanah tegur. Yang Berhormat Rantau Panjang, kita pernah tengok kah kucing jantan dengan kucing jantan? Kucing jantan gigit kucing jantan ataupun monyet jantan dengan monyet jantan? Jadi, ini haiwan pun tidak buat kerja macam ini. Naluri yang songsang. Keduanya tadi, memang sah sebab dalam agama Islam, perkara ini adalah perkara yang haram, yang tidak boleh dilakukan. Malah, dalam sirah Allah SWT telah tunjukkan bagaimana kaum Nabi Luth telah dihukum, telah diseksa, telah diazab, telah dianiaya, telah diseksa sebegini kerana melakukan amalan yang songsang. Kita perlu belajar dari sirah ini. Ketiganya Yang Berhormat Rantau Panjang, saya ingin beritahu bahawa dalam kes kesihatan juga, kerana penyakit HIV kebanyakan transmisi penyakit HIV disebabkan oleh amalan-amalan seks songsang yang seperti ini. Justeru itu, bukan sahaja Menteri atau Timbalan Menteri atau wakil rakyat atau orang Islam malah semua rakyat Malaysia ini sepatutnya bangun dan menentang LGBT ini. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Rantau Panjang?

Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Bagan Serai. Inilah sikap yang seharusnya ada pada jiwa rakyat Malaysia yang sepatutnya sensitif dengan perkara mungkar yang berlaku dalam negara. Bukan menjadi satu golongan yang hanya menonton sahaja ataupun seolah-olah melihat sahaja kemungkaran yang sedang bermaharajalela dalam negara. Isu LGBT ini adalah isu yang amat jijik. Saya setuju. Ini binatang pun tidak melakukan perkara sejijik ini, apa lagi manusia. Bagaimana negara kita yang sudah merdeka lebih daripada 60 tahun, tiba-tiba ada diwujudkan golongan-golongan ini? Saya dimaklumkan ada pusat-pusat tertentu yang wujud di seluruh negara untuk kegiatan kumpulan LGBT ini. Akan tetapi saya hairan kenapa tidak ada penegasan walaupun banyak program— Saya dimaklumkan ada 20 hingga 30 tangkapan dibuat. Serbuan dibuat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Hulu Langat minta laluan.

...Tetapi masih lagi bermaharajalela. Jadi, saya mengharapkan ialah...

Yang Berhormat Rantau Panjang.

...Pemerintah dan kerajaan yang ada pada hari ini menggunakan setiap kuasa dan ruang yang ada untuk menyekat golongan songsang ini dan mesti dibuat sesuatu untuk memberikan kesedaran dan pendidikan kepada golongan yang terlibat supaya bertaubat kepada Allah, jangan sekali-kali melaksanakan kerja jijik yang dilaknat oleh Allah. Adakah kita mahu negara kita mendapat bala daripada Allah kerana kita tidak menyekat maksiat yang begitu jijik di sisi Allah?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat Hulu Langat minta laluan.

Dengan izin, Yang Berhormat Rantau Panjang. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Tuan Yang di- Pertua, apakah Yang Berhormat Rantau Panjang tidak mengikuti kenyataan media yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 9 Mac, bahawa mana mungkin kita iktiraf perbuatan salah ini yang diberikan komentar oleh Menteri terhadap isu perarakan yang berlaku. Itu satu. Kedua, apakah Yang Berhormat Rantau Panjang tidak melihat pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan? Pertama, secara individu, kita terpaksa menggunakan pendekatan dakwah dan mendidik mereka yang terlibat dalam LGBT ini. Akan tetapi dari sudut organisasi, kita akan ambil tindakan undang-undang setegas-tegasnya dan ia terbukti apabila pihak Bandaraya Kuala Lumpur telah menyerbu sejak 30 tahun yang selama ini dibiarkan oleh kerajaan yang lepas yang berlaku di Bukit Bintang. Ini kesan daripada ketegasan Kerajaan Pakatan Harapan inilah yang telah menyebabkan mereka bangkit, mereka rasa tertekan.

Datuk? Yang Berhormat Rantau Panjang?

Sekali lagi saya mengatakan bahawa kami menghadapi LGBT ini secara individu...

Yang Berhormat Rantau Panjang?

...Kami mengambil pendekatan dakwah, mendidik supaya mereka sedar dan kembali kepada fitrah mereka. Akan tetapi secara organisasi, kita mengambil tindakan tegas. Terima kasih.

Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya terpanggil untuk berkongsi. Setujukah dengan saya sebuah kerajaan bila kita hendak buat perhimpunan kerajaan tidak dapat menghidu, itu yang pertama. Kita peliklah. Oleh sebab ini satu perhimpunan yang besar yang disiarkan oleh media, kerajaan jawab dia tidak tahu. Ini juga satu perkara. Kedua, menggunakan nama Islam tetapi amalannya bertentangan sekali dengan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam termasuk JAIS. Silakan, pandangan saya.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Yang Berhormat Rantau Panjang?

Okey, terima kasih. Masa saya terhad. Setengah minit sahaja. Setengah sahaja.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Okey, saya ada satu soalan minta penjelasan dari Yang Berhormat Rantau Panjang kerana berasal dari Kelantan. Ini kerana tadi ada kawan di sini berkata mengenai HIV. Akan tetapi terdapat bahawa statistik HIV yang paling tinggi di Malaysia ini adalah di negeri Kelantan. Kenapa ya? Boleh minta penjelasan tidak?

Terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mencelah soalan. Saya ingin menegaskan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi. Memang kita akui Menteri ada sebut. Akan tetapi kenapa satu orang sahaja yang bersuara? Kita ada berapa orang Menteri yang bertanggungjawab? Di mana sebenarnya kesungguhan dan keinginan Kerajaan Pakatan Harapan hari ini yang benar-benar mahu membanteras LGBT ini? Takkanlah polis tidak tahu, takkanlah semasa mahu buat kelulusan permit itu tidak ada maklumat? Siapa yang menganjurkan program, takkanlah tidak ada maklumat siapa yang dijemput? Kenapa ini tidak diambil pemantauan? Saya ingin tahu sehingga kini berapakah yang telah diambil tindakan? Berapakah kes yang telah diambil tindakan? Adakah kerajaan pada hari ini bersekongkol, seolah-olah melepaskan batuk di tangga walaupun kita tahu tindakan dibuat tetapi tidak nampak begitu serius.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Merbok bangun awal tadi, tidak diberikan laluan?

Bagi laluan kepada Yang Berhormat Kubang Kerian.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan yang menyerbu tetapi hingga kini tidak ada satu pendakwaan pun dibuat ke atas yang diserbu. Kalau serbu sahaja saya fikir orang kampung pun boleh serbu. Kerajaan kena bertindak dengan kuasa yang ada. Kalau dakwah semua orang boleh buat, yang tidak ada pada pembangkang ialah kuasa pemerintahan. Gunakan political will dalam mencegah kemungkaran. Allah SWT sebut sabda hadis [Membaca sepotong Hadis] “Yakni kekuatan kuasa politik yang dia ada”, kata Saidina 'Umar bin al-Khattab, “mana-mana perintah Allah dalam Al-Quran yang tidak dilaksanakan dan tidak ada kuasa, aku akan gunakan kuasa politik yang aku ada demi melaksanakan perintah Allah”. Saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang.

Setuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian.

Saya mencela 20 saat sahaja.

Okey, okey.

Saya cuma mahu betulkan sahaja Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya rasa misleading Dewan ini. Kalau dikatakan bahawa sesiapa sahaja boleh serbu itu salah. It’s actually operasi untuk kita serbu sebenarnya dia ada dia punya SOP. So, saya ingat...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Saya faham, yang saya sebut tadi— Tuan Yang di-Pertua, minta laluan sedikit. Kita akui bahawa serbuan mesti dibuat dengan peraturan dan undang-undang. Semua orang faham. Akan tetapi yang saya sebut tadi ialah berbanding serbuan dengan tindakan. Itu beza dia. Terima kasih.

Tuan Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Puncak Borneo minta laluan.

Sedikit lagi, sedikit lagi.

Tuan Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Sekejap sahaja. Sekejap sahaja.

Saya masa ada dua minit sahaja. Saya minta maaf.

Tuan Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat Puncak Borneo minta sekejap sahaja. Sekejap sahaja.

Terima kasih, saya ada masa— ada lagi tu. Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Tindakan kerajaan, dia ada kuasa dan ada SOP dia. Akan tetapi kita ingin tahu berapa orang yang telah ditangkap? Berapa yang telah didakwa? Berapa yang telah dipenjarakan? Dalam Islam cukup berat hukuman bagi orang yang melakukan kesalahan ini. Jadi, sebab itulah saya mengharapkan keseriusan daripada kerajaan yang ada pada hari ini menangani isu gejala songsang ini supaya tidak menjadi barah yang besar pada masa depan negara. Satu lagi isu yang saya ingin sentuh berkenaan dengan keadilan kepada Allahyarham Adib yang telah begitu berkorban nyawa demi keselamatan rakyat dan negara. Sehingga kini tidak ada tangkapan ataupun hukuman yang telah dijatuhkan oleh mereka yang bertanggungjawab. Apa sebenarnya keadilan? Bayangkan yang berlaku ini yang berlaku kematian ini melibatkan kumpulan yang bukan Melayu. Adakah perkara ini akan berlaku?

Ini yang paling saya sedih, di manakah yang dikatakan keadilan? Di manakah yang dikatakan untuk menegakkan kebenaran yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan hari ini? Jadi, saya ingin menuntut kerajaan supaya mengambil tindakan yang segera bawa kepada ke muka keadilan mereka yang bertanggungjawab sehingga membawa kepada kematian Allahyarham Adib. Rakyat sedang melihat, dari kita tidak mahu yang dijanjikan untuk menjaga keamanan, keselamatan tetapi rakyat dapat merasa keperitannya. Di manakah keadilan untuk membela mereka yang sebenarnya mereka berkhidmat? Tidak ada salah pun tetapi kerana ada mungkin campur tangan pihak tertentu kes ini dipendamkan begitu sahaja. Saya harap perkara ini dikorek ataupun diambil tindakan sejelas-jelasnya. Begitu juga berkaitan dengan kontrak sosial. Saya mengharapkan jangan ada lagi mana-mana pihak yang cuba mencabar kedaulatan negara terutama berkaitan dengan Institusi Diraja. Berkaitan dengan kesucian agama Islam, berkaitan dengan Bahasa Malaysia, berkaitan dengan ketuanan Melayu ataupun hak bumiputera termasuk tanah rizab Melayu. Ingat kontrak sosial yang telah dipelopori oleh pimpinan kita yang terdahulu. Bagi mereka yang tidak boleh menerima apa yang telah termaktub dalam kontrak sosial dipersilakan dengan segala hormat. Jadi sebab itulah, kita memberi peringatan supaya perkara ini dijamin dalam Perlembagaan dan jangan sekali-kali pimpinan Pakatan Harapan menggunakan kuasa

kerajaan mereka untuk menghakis, menggugat hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan kita. Sekian dahulu Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.

Usul Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M 18(1) — Pencemaran Kimia Toksik Di Pasir GudangUrgent matter

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang masa telah pun pukul 4.32 petang dan menurut keputusan yang dibuat tengah hari tadi, satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah dibenarkan untuk dibahaskan pada petang ini. Untuk memulakan perbahasan usul ini, pihak pencadang akan diberi masa 30 minit dan pihak kerajaan juga 30 minit. Sebelum itu, memandangkan terdapat empat orang ahli yang akan berbahas, saya mengehadkan masa perbahasan selama tujuh minit bagi setiap pembahas. Yang berhormat Menteri-menteri akan mula menjawab mulai jam 5 petang sehingga 5.30 petang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, permohonan saya kepada Parlimen supaya Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang atas premis sekiranya keadaan pencemaran kimia beracun di Pasir Gudang semakin tidak terkawal, semakin kritikal, maka Darurat Bencana itu perlulah diisytiharkan. Jadi, Yang Berhormat Menteri yang berkenaan dalam perkara ini perlulah meyakinkan kepada kami di Parlimen tentang situasi di Pasir Gudang.

[Dewan riuh]

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya keadaan di Pasir Gudang adalah terkawal, sekiranya terkawal. Sekiranya semakin baik, tiada lagi kes-kes kecemasan mangsa akibat keracunan kimia itu, maka pengisytiharan darurat itu tidak perlu. Sebelum saya melanjutkan, saya ingin direkodkan di sini merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri Besar Johor, para Exco, Jawatankuasa Bencana Negeri, Jawatankuasa Bencana Daerah, doktor, staf hospital, bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, guru-guru dan sebagainya. Mereka khususnya Kerajaan Negeri Johor dan yang saya sebutkan tadi telah melakukan yang terbaik dalam situasi yang cemas dan berbahaya ini.

Minta penjelasan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Saya ada tujuh minit.

Minta penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Perbahasan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 Yang Berhormat. Tujuh minit sahaja tinggal.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Akan tetapi kalau keadaan tidak terkawal semakin kritikal, maka campur tangan Kerajaan Persekutuan adalah perlu. Kerajaan Persekutuan yang pikul tanggungjawab dengan sumber, agensi, peruntukan kewangan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, darurat yang saya pohon ini untuk diisytiharkan di Pasir Gudang bukan Darurat Nasional, National Emergency. Bukan Darurat di bawah Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan. Darurat yang saya pohon ini adalah Darurat Bencana, tidak ada apa-apa kuasa tambahan kepada Kerajaan Persekutuan, Parlimen tidak digantung, Akta Darurat tidak dilaksanakan. Darurat yang saya pohon ini tidak diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong. Darurat Bencana ini adalah diisytiharkan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara, saya difahamkan pada nombor 20 dalam arahan itu. Darurat Bencana

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

ini ialah arahan eksekutif yang terpakai dalam urusan kerajaan supaya pengurusan bencana di Pasir Gudang itu boleh diuruskan dengan lebih baik dan teratur. Tuan Yang di-Pertua, jika Parlimen ini selepas mendengar daripada Yang Berhormat Menteri perlu diisytiharkan darurat, Darurat Bencana ini tidaklah melibatkan satu perintah berkurung di seluruh Johor atau daerah Johor Baharu, tidak. Ia hanya kawasan bencana itu sahaja yang akan dikenal pasti tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Saya difahamkan semasa bencana haze [Disampuk] jerebu, udara begitu tebal dan berbahaya di Ledang, satu pengisytiharan darurat telah diisytiharkan untuk kawasan di Ledang itu sahaja, tidak di kawasan-kawasan yang lain. Darurat ini penting, iaitu supaya sumber yang ada pada Kerajaan Persekutuan ini turun ke Johor. Kita tidak menafikan Kerajaan Negeri Johor telah lakukan yang terbaik, yang telah mereka buat, telah menyumbangkan RM6.5 juta untuk operasi menyelamat untuk pembersihan ini tetapi dana dan sumber daripada Kerajaan Persekutuan mungkin lebih besar daripada itu. Saya percaya Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri kalau keadaan sudah tidak terkawal ini, maknanya perlu Darurat Bencana ini. Akan tetapi mesti dibuat dengan teratur supaya rakyat tidak panik. Ini peranan kerajaan, agensinya rakyat jangan panik. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua, Pasir Gudang ini macam – kalau tidak dijaga dia jadi time bomb. Ada beratus-ratus kilang kimia di Pasir Gudang yang berlesen, ada yang tidak berlesen dan ada kilang industri petrol kimia yang sangat besar. Satu dalam Parlimen Pasir Gudang, satu lagi dalam Parlimen Tebrau. Kedua-dua ini dalam kawasan Pasir Gudang dan risikonya sangat tinggi. Jadi saya minta – maknanya pengurusan bencana ini mestilah dilakukan dengan baik. Kerajaan Negeri Johor dengan kekuatan yang ada telah buat. Saya faham mereka turun padang, mereka telah lakukan, ucapan terima kasih sebagai Ahli Parlimen. Akan tetapi saya rasa kita perlu intervensi daripada Kerajaan Persekutuan dan secara moralnya Kerajaan Persekutuan tidak boleh lepas tangan dalam perkara ini. Sama- samalah kita tolong dan saya percaya Kerajaan Persekutuan mempunyai keupayaan ini.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertahanan · Kota Raja

Boleh mencelah? Boleh tanya?

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertahanan · Kota Raja

Boleh tidak?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, ini bencana ini bukannya banjir, bencana ini bukannya macam banjir.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Kita bawa mangsa banjir ke dewan, okey, bagi dia makanan, lindung, gebar dan sebagainya. Ini bencana iaitu bahan beracun itu diterbangkan oleh udara, oleh angin berkilometer daripada sumbernya itu dan ini sangat bahaya. Saya mohon kita jangan pandang ringan, saya tidak mahu peristiwa Gopal di India berlaku di kawasan saya, di Pasir Gudang, di tanah air kita. Sekian, terima kasih. Saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pontian. Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tadi saya telah mencadangkan tiga perkara. Pertama, ialah jika perlu perisytiharan darurat bencana toksik sebagaimana yang telah kita isytiharkan oleh Yang Berhormat Pekan pada 24 Jun 2013 di Daerah Muar dan juga Daerah Ledang kerana IPU jerebu pada ketika itu mencecah lima ratus. Kemudian apabila berlaku banjir besar dan kita mengadakan koordinasi yang cukup baik antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan pada ketika itu, kita tidak mengisytiharkan sebarang darurat bencana banjir. Saya ingin membawa kepada peristiwa tahun 2012 Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada tahun 2012 darurat berlaku di Mesir. Kalau saya boleh mengingatkan ingatan Ahli-ahli Yang Berhormat pada ketika itu kita ingin mengeluarkan 7,500 orang pelajar Malaysia yang belajar di Malaysia. Bagaimana cara kita lakukan?

Kita gunakan lima Charlie, dua pesawat MAS, tiga pesawat AirAsia.

Instantly. Mengikut kata sahabat saya Yang Berhormat Baling. Semua adalah arahan daripada Yang Berhormat Pekan. Selesai dalam masa tujuh hari, mereka dipindahkan ke Jeddah. Kita tidak kira pasal duit pada ketika itu.

Tidak kira fahaman politik.

Tidak kira fahaman politik. Tentunya rakan-rakan PAS, anak-anak mereka ramai di Mesir pada ketika itu. Kita tidak tanya kau Ahli PAS kah, kau Ahli UMNO, kalau Ahli UMNO baru boleh ikut, kalau PAS tidak boleh. Ah, kita tidak ada, kita tidak fikir pada ketika itu. Anak Yang Berhormat Pendang ada. Itu sebab dia ikut kita sekarang. [Tepuk] Jadi, pada saya SOP yang cukup penting Tuan Yang di-Pertua SOP yang cukup penting. Apabila berlaku hal yang seumpama ini bencana toksik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah ini, perkara begini berlaku, SOP yang paling penting ialah kepantasan untuk bertindak. Hari ini dilaporkan lambat bertindak, penyelarasan, tindakan lemah dan sebagainya, itu yang dilaporkan. Kita bukan ingin menunjuk jari kepada sesiapa, tetapi saya harap kita baca kenyataan Ketua Pengarah Bomba Malaysia yang mengatakan bahawa segala bahan-bahan toksik itu sudah ada di situ. Kalau kita tidak kira duit, sudah lama dipindahkan dan tidak lah berlaku apa yang berlaku pada saat dan ketika ini. Oleh kerana itu, saya ingin mencadangkan perkara yang kedua yang saya telah cadang pagi tadi iaitu pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kita sudah tidak guna perkataan sekeliling. Akan tetapi akta itu masih lagi guna perkataan sekeliling. Punya lah lama tahun 1974 tidak pinda, pinda 2012 tentang whistleblower. Apa yang kita patut pinda ialah kuatkan hukuman. Sekarang ini RM500 ribu ini Tuan Yang di-Pertua, saya kira kilang- kilang yang 254 kalau yang terlibat ini, RM500 ribu ini dia orang lebih rela bayar daripada mereka menghapuskan sisa toksik. Oleh kerana, mungkin penghapusan secara yang baik itu kosnya lebih tinggi. Jadi kita kena letak hukuman yang lebih tinggi, jangan RM500 ribu, mungkin RM1 juta atau RM2 juta, RM3 juta perlu dipinda akta itu. Satu lagi ialah hukuman yang lebih berat, bukan lima tahun, mungkin 10 tahun, 15 tahun jika kesalahan itu dilakukan. Ada dalam media sosial menyebut berlaku mini Chernobyl, ada yang disebut dalam media sosial mini bom nuklear yang tercetus di Sungai Kim Kim Pasir Gudang ini. Kita tidak mahu menggunakan perkara-perkara itu kerana ia akan menimbulkan suasana yang tidak elok di kalangan rakyat. Perkara paling penting ‘3K’ Tuan Yang di-Pertua. ‘K’ yang pertama ialah keselamatan rakyat. ‘K’ yang kedua ialah kesihatan rakyat. ‘K’ yang ketiga ialah kebajikan rakyat. Semua ‘3K’ ini jangan kira pasal duit. Setuju Ahli-ahli Yang Berhormat?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju!

RM6.5 juta tidak cukup. Bagaimana kita hendak bersihkan sungai itu dalam masa yang sesingkat boleh? Ini diberitahu bahawa perlu tujuh hari untuk membersihkan sungai itu. Kalau kita tambah peruntukan mungkin hanya dua hari selesai pembersihan sungai itu. Jika perlu apa yang dipanggil sebagai pembenihan awan untuk hujan turun, jika perlu ditambahkan jumlah air dalam sungai itu untuk mengalirkan segalanya, itu kita serahkan kepada pakar-pakar untuk memikirkan. Apa yang penting peruntukan daripada Pusat hendaklah diberi kepada Sungai Kim Kim dan semua yang terlibat untuk membersihkan kawasan itu. Cadangan saya ketiga ialah pampasan. Kita tidak tahu apa kesan kepada rakyat yang terlibat ini, 500 orang lebih itu. Apa kesan kepada kesihatan mereka? Mungkin ia akan mendatangkan kesan yang lama selepas ini. Sebab perkara ini toksik. Berapa Yang Berhormat? [Disampuk] Ya, setuju 100 peratus dia kata ya. Jadi pampasan itu perlu. Mereka yang terlibat ini perlu diberikan pampasan. Saya ingin melaporkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa saya sebentar tadi menelefon Setiausaha Kerajaan Negeri, beliau bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor. Kemudian saya cuba dua tiga kali menelefon Menteri Besar Johor, akhirnya Menteri Besar Johor menelefon saya semula. [Ketawa]

[Dewan riuh]

Ini saya ingin melaporkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Masuk Hansard. Hansard.

Rekod, tidak apa ya. Kita tepikan soal politik dalam isu ini. Ini soal kemanusiaan. Setuju Ahli-ahli Yang Berhormat?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Setuju!

Kita boleh duduk dan bincang perkara yang penting, yang penting ialah perkaranya iaitu speed ya. Kecekapan, pantas untuk membuat keputusan. Ini Menteri ini mana pergi ini? Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Tuan Yang di-Pertua

Ada. Timbalan Menteri ada ya.

Menterinya mana?

Dia baru kahwin.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Dia di Pasir Gudang.

Dia baru kahwin.

Pasir Gudang, okey. Tidak apa kita jangan bergaduh.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan · Lumut

Menteri di ground zero lah.

Kita jangan bergaduh bab-bab itu. Jadi, perkara yang ketiga yang saya ingin sampaikan di sini. Beri pampasan sewajarnya kepada mereka yang terlibat ini. Entah berapa ratus, berilah jumlah yang tertentu dan Menteri Besar juga setuju untuk memberi pampasan dan saya kira yang penting ialah pampasan daripada Kerajaan Pusat juga hendaklah perlu dilaksanakan secepat mungkin. Saya mohon menyokong usul yang diberikan ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tebrau. Silakan Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bencana ini berlaku di kawasan Tebrau ya, bukan di kawasan Parlimen Pasir Gudang. Jadi saya ada bersama dengan rakyat sejak 7 hari bulan. Jadi saya melaporkan apa yang sudah berlaku sejak 7 hari bulan. Jadi saya sudah turun padang dan terdapat ada pembuangan sisa-sisa kimia yang beracun. Jadi dengan serta-merta saya sudah maklum sudah kepada Menteri MESTECC. Menteri MESTECC sudah minta saya untuk tubuhkan satu jawatankuasa untuk bertindak dan memastikan semua kerja di situ dilakukan dengan baik. Akan tetapi 8 hari bulan malam Pegawai Daerah pun sudah panggil satu mesyuarat khas dan semua agensi-agensi kerajaan yang berkaitan memberi laporan-laporan yang terperinci dan malam itu satu keputusan diambil walaupun Pegawai Daerah dia ada sebut perkara ini satu bencana. Jika perlu boleh umumkan darurat bencana. Akan tetapi kerana laporan dari HAZMAT dan juga Bomba ketika itu, bacaan udara 8 hari bulan itu sudah masuk tahap yang biasa. Jadi dengan itu mesyuarat itu memutuskan, okey untuk tidak umumkan darurat bencana tetapi yang kontraktor itu sudah dilantik untuk membersihkan sungai tetapi Jabatan Kesihatan maklum kepada Pejabat Daerah yang kontraktor itu tidak ada pengalaman untuk mengendali bahan kimia jadi harus dihentikan serta-merta. Jadi pada malam itu 8 hari bulan, mesyuarat sudah putuskan untuk melantik kontraktor yang berlesen oleh JAS dan kosnya akan diminta dari Pejabat Menteri Besar.

Itu adalah keputusan, tetapi satu jawatan khas ditubuhkan supaya setiap hari bacaan keselamatan atau tahap selamat atau tidak, boleh dibaca di sekitar tempat itu yang akan dilakukan oleh HAZMAT. Akan tetapi, kita dilaporkan tidak ada cukup alat-alat yang boleh baca udara yang ada elemen-elemen kimia. Jadi JAS dan juga Jabatan Bomba, ada meminta alat-alat dibekalkan untuk mereka melakukannya. Jadi, kita mengawal keadaan itu.

Akan tetapi, selepas 9 hari bulan dan 10 hari bulan, tidak ramai yang dirawat oleh hospital. Jadi, mesyuarat itu yang diketuai oleh Pegawai Daerah menganggap tidak ada keperluan untuk mengumumkan darurat bencana. Akan tetapi, sampai 10 hari bulan, sudah berlaku 200 lebih murid-murid yang kebanyakannya sudah dirawat di hospital. Jadi hari itu dan ketika itu, saya sudah mesej kepada Pegawai Daerah dan juga EXCO Kesihatan bahawa masa sudah tiba untuk mengumumkan darurat bencana. Akan tetapi, saya tidak mendapat jawapan kerana saya diberitahu mereka sedang bermesyuarat dengan EXCO dan juga Menteri Besar. Akan tetapi, semalam, Menteri Besar sendiri turun padang untuk memanggil satu mesyuarat. Saya hadir bersama dengan Menteri MESTECC dan juga Menteri Kesihatan. Dalam mesyuarat itu, kita terima banyak laporan yang terperinci daripada semua agensi. Di dalam mesyuarat itu, kita dimaklumkan walaupun kawasan yang terjejas sudah luas tetapi kita tidak faham mengapa yang terjejas rupanya adalah kawasan sekolah sahaja. Jadi dengan semua maklumat yang diterima, maka mesyuarat itu Menteri Besar kata masih belum sampai masa untuk mengumumkan darurat bencana. Akan tetapi, beberapa perkara sudah diputuskan dalam mesyuarat itu adalah Pegawai Daerah diarah untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerja serta-merta dengan tujuan melantik tiga kontraktor yang berlesen oleh JAS untuk membersihkan Sungai Kim Kim. Kerja pembersihan dimulakan serta-merta dan ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan, orang awam diminta tidak memasuki kawasan. Lagi, tanggungjawab Pegawai Daerah adalah untuk menyelaraskan semua kerja kawalan yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai Petronas yang diminta oleh Menteri MESTECC dan juga Pasukan Perang Kimia, ‘Chemical Warfare Team’ daripada ATM dan juga semua pegawai yang ada pengalaman daripada JAS di seluruh negara turun ke kawasan pagi hari ini dan ...

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Yang Berhormat Tebrau.

Mengumumkan maklumat mengenai tahap kebersihan udara dan maklumat-maklumat lain setiap hari supaya rakyat memahami keadaan di sekitar tempat kejadian. Juga akhirnya mengumumkan darurat bencana jika diperlukan. Jadi, Pegawai Daerah menerima tanggungjawab ini dan dia memaklumkan persediaan untuk menguruskan situasi selepas pengumuman darurat bencana telah siap sedia. Tempat-tempat untuk mengalihkan rakyat jika perlu telah dikenal pasti. Itulah tahap persediaan Kerajaan Johor untuk menangani bencana ketika ini. Jadi saya sebagai seorang wakil rakyat di kawasan saya, memang saya prihatin kepada mereka dan juga akan letak kepentingan mereka sebagai priority. Jadi, saya akan sokong kalau semua Ahli Yang Berhormat akan memutuskan untuk mengumumkan darurat bencana kerana semua sudah siap sedia untuk dilaksanakan. Akan tetapi, kerajaan Menteri Besar sudah mengkaji situasi, kalau perlu, saya difahamkan semua sudah siap sedia dilakukan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kubang Kerian. Silakan.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ruum ayat 41, [Membaca Surah Ar- Ruum: Ayat 41], “Telah berlakulah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan tangan- tangan manusia. Maka peringatan daripada Allah SWT supaya mereka mengambil berat dan mereka kembali kepada kehidupan yang sebenarnya”. Pertama, saya ingin merakamkan takziah kepada mangsa dan semua keluarga dan mereka yang terlibat. Tragedi yang berlaku ini merupakan suatu peringatan daripada Allah SWT, mungkin di atas kecuaian kita ataupun di atas silap pengurusan dan seumpamanya. Apa yang penting, pengisytiharan darurat bukan menimbulkan suasana panik di kalangan rakyat. Mengikut Perkara 25, di bawah Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara, memperuntukkan beberapa peruntukan di bawah pengisytiharan darurat bencana. Pertama,

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

pengisytiharan darurat bencana apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa. Kedua, apabila di isytihar sebagai darurat bencana, pengurusan bencana serta bantuan dan pemulihan kepada mangsa-mangsa bencana akan dikendalikan dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut kementerian jabatan yang berkaitan. Dengan kata lain bahawa, pengisytiharan bencana bukan menimbulkan suasana atau melihat kepada satu situasi apa yang berlaku sahaja. Akan tetapi, peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang sangat diperlukan kepada tempat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat bahawa isu yang sedang berlaku hari ini sebenarnya telah lama terjadi. Mungkin sebelum berlakunya bencana ini, ikan-ikan di sungai dan hidupan telah lama pun mati. Namun, kita tidak mempedulikannya sehingga bencana menimpa manusia. Berapa banyak sungai yang telah mati, bukan kerana airnya tidak mengalir tetapi kerana kehidupannya telah pun pupus dan hilang. Beberapa tindakan penguatkuasaan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi apa yang penting ialah seluruh kawasan ataupun kawasan industri yang terdedah kepada pencemaran dan sisa toksik ini, mesti dipantau secara rapi dan tindakan mesti diambil secara efektif dan berkesan. Sebagai contoh, kalau pendaki gunung terpaksa isytihar semua barangan yang dibawa, berapa bungkus Maggi, berapa biji gula-gula yang dibawa, dia kena isytihar. Bila dia turun daripada gunung tersebut, dia mesti membawa semua barangan yang dibawa naik. Bayangkan kalau ada satu bungkus coklat yang hilang, tidak declare waktu turun, dia akan didenda. Kita minta supaya kerajaan, bukan sahaja memantau pembelian bahan-bahan yang berbahaya, tetapi mesti juga di isytihar tentang pelupusan bahan tersebut. Kerajaan mesti menyediakan tapak pelupusan di kawasan industri. Sebagaimana yang dijawab Menteri pagi tadi, sedikit apa yang berlaku hari ini di bawah ialah kerajaan tidak menyediakan tapak pelupusan atau syarikat tidak menyediakan tapak pelupusan.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Sebagai contoh, kita mengambil berat isu Lynas. Berbulan, bertahun berjalan tidak ada satu kes. Akan tetapi kita kadang-kadang terabai dengan kilang-kilang kecil yang juga mendatangkan efek yang besar kepada rakyat. Saya menyokong supaya suatu pengisytiharan darurat ini dalam konteks peruntukkan daripada kerajaan pusat mesti disegerakan. Mungkin tidak untuk hari ini tetapi pelepasan kepada mangsa, keluarga dan seumpamanya. Demikian juga satu peruntukan semakan terhadap undang-undang yang ada. Kalau kita lihat kepada Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menyebut “mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 dan di penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua- duanya sekali.” Tuan Yang di-Pertua, laporan yang kita terima Kerajaan Negeri Johor telah pun belanja RM6.4 juta sehingga hari ini. Kalau denda RM500,000, kerajaan habis belanja RM6.4 juta, ternyata bahawa undang-undang yang kita ada sangat lemah bagi mengawal pembuangan sisa toksik. Saya tertarik dengan cadangan apa yang dibuat oleh Kongres Amerika yang memperuntukkan kepada mana-mana syarikat yang membuat pencemaran toksik, dia mesti menanggung sepenuhnya pembersihan tersebut. Kalau RM6 juta, RM6 juta lah kilang itu mesti menanggung kos. Apa yang penting sekarang, kilang mengaut keuntungan dengan apa yang mereka buat. Pihak yang tanggung kos, yang jadi mangsa, rakyat. Pihak yang tanggung kos, kerajaan. Ini sangat tidak adil. Mereka meniaga mengaut keuntungan berjuta-juta. Bila berlaku musibah, bencana, rakyat jadi mangsa. Pihak yang menanggung rakyat seluruhnya, kerajaan terpaksa tanggung. Bukan syarikat tersebut. Ini mesti diteliti semula agar dalam situasi yang ada ini kita dapat memberi perhatian kepada peraturan-peraturan yang perlu dipertingkatkan daripada semasa ke semasa. Tuan Yang di-Pertua, apa yang juga perlu diberi perhatian dalam tragedi yang malang ini, saya fikir ini bukan baharu dalam konteks negara kita. Banyak pencemaran yang berlaku kepada sungai-sungai kita. Apa yang malangnya ialah bebanan pengawasan ini diletakkan sebahagian besarnya kepada Jabatan Alam Sekitar. Kita ucap tahniah kerana pindaan kepada akta ini telah dibuat. Diberi kuasa untuk pendakwaan oleh Jabatan Alam

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Sekitar. Akan tetapi apa yang penting ialah untuk meneliti kembali sejauh mana keupayaan kakitangan Jabatan Alam Sekitar untuk memantau kilang-kilang yang ada. Jabatan Alam Sekitar juga terpaksa pantau kenderaan di tengah jalan. Jabatan Alam Sekitar juga terpaksa memantau kilang-kilang yang ada termasuk juga sebarang elemen yang dianggap mengganggu alam sekitar. Saya fikir sampai masanya kerajaan memperuntukkan peruntukkan tambahan kepada Jabatan Alam Sekitar bagi melengkapkan keperluan-keperluan yang ada termasuk juga kakitangan dan sebagainya. Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong usul untuk mengisytiharkan darurat demi rakyat kita seluruhnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Ahli Yang Berhormat, sekarang menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Pertama sekali Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Silakan.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHMenteri Pertahanan · Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil masa yang paling ringkas. Hendak mengumumkan beberapa perkara iaitu team tentera, team engineer Chemical, Biological, Radiological and Nuclear (CBRN), sudah berada di kawasan tersebut dan sedang bekerja kuat untuk mencari, mengenal pasti dan juga menghadapi, mencuba menghilangkan kesan yang berlaku itu. Begitu juga team combat emergency unit sedang juga berada di sana dan keadaan yang berlaku itu memang kita lihat serius. Pihak tentera bersedia bila-bila masa mengikut keperluan sama ada dalam suasana biasa atau darurat, tentera akan bertungkus-lumus untuk membaik pulih dan berada di kawasan tersebut sehingga ia selesai dan kembali pulih. Ini lah komitmen daripada pihak angkatan tentera kita untuk bekerja di sana dan semua unit yang saya sebut tadi sedang berada di sana. Jikalau ia perlu dari semasa ke semasa kita boleh tambah unit-unit yang lain untuk membantu kawasan yang terlibat itu termasuk mangsa-mangsanya sekali. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Silakan.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHMenteri Pendidikan · Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di dalam Dewan yang mulia ini yang telah menunjukkan keprihatinan dan simpati terhadap apa yang berlaku di Pasir Gudang. Ini lah yang kita mahukan daripada para pemimpin untuk sentiasa peka tentang apa yang berlaku terhadap rakyat. Keduanya, di waktu ini juga saya ingin mengumumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita berada di Pasir Gudang untuk melihat dengan mata kepala beliau sendiri apa yang berlaku di sana. Begitu juga dengan Menteri Alam Sekitar kita. Usai perbincangan beliau pada pagi ini terus menuju ke Pasir Gudang. Jadi saya rasa remark ataupun kenyataan daripada Yang Berhormat Pontian agak kena berhati-hati sedikit. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, kita telah melakukan pelbagai langkah berkaitan dengan isu ini.

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHMenteri Pendidikan · Simpang Renggam

Pertamanya, dengan mengadakan kerjasama dengan Kementerian lain.

Yang Berhormat Menteri, saya cuma bertanya ke mana.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah dijawab. Duduk Yang Berhormat Pontian.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHMenteri Pendidikan · Simpang Renggam

...seperti dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan juga dengan Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan keselamatan murid, guru dan warga institusi pendidikan di bawah KPM diberikan keutamaan. Bagi kita, keselamatan dan

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHMenteri Pendidikan · Simpang Renggam

nyawa keluarga besar KPM ini harus diberikan keutamaan dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam isu ini. Keduanya, kita juga telah menutup sementara sekolah-sekolah yang dikenal pasti secara berperingkat-peringkat bermula 7 Mac 2019 dengan nasihat agensi-agensi terbabit. Ketiganya, kita sentiasa memaklumkan kepada ibu bapa dan juga murid dan juga kepada pihak sekolah. Kita memaklumkan pengawalan pergerakan murid dan penutupan sekolah kepada ibu bapa atau penjaga dilakukan sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada Jabatan Bomba Negeri Johor. Kita melakukan apa-apa tindakan berdasarkan nasihat daripada agensi yang terbabit terutamanya Jabatan Bomba Negeri Johor. Begitu juga kita menggerakkan petugas. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggerakkan jentera di peringkat pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri, JPN Johor untuk memantau dan mengambil langkah segera untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua warga sekolah tidak terjejas. Semenjak hari pertama lagi kita telah bergerak aktif untuk memastikan bahawa keselamatan dan juga kesihatan warga institusi pendidikan akan diberikan keutamaan. Kelimanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor juga telah bekerjasama dengan KPM. KPM memainkan peranan dalam pengurusan bencana negeri Johor yang melibatkan pelbagai agensi. JPN Johor membantu pengurusan mangsa di Dewan Taman Pasir Putih dan Taman Mawar Pasir Gudang sebagai bilik operasi rawatan. Malah saya sendiri pada hari Selasa yang lepas telah seharian berada di tapak tersebut bersama membantu agensi-agensi yang terlibat terutamanya bagi pihak kementerian Kesihatan dan juga pihak Bomba. Begitu juga kita telah pergi ke hospital untuk melihat sendiri mangsa- mangsa sedemikian. Jadi saya harap Yang Berhormat Pontian juga dapat melakukan yang sama bersama solidariti dan mengetepikan fahaman politik. Kita bersama ke Pasir Gudang untuk menghulurkan bantuan. Kita juga membuat pemantauan - begitu juga kepada Yang Berhormat Kota tinggi. Kita pelawa untuk ke Pasir Gudang juga. Kita juga membuat pemantauan terhadap kemajuan dan kebajikan mangsa. KPM bertanggungjawab untuk memantau dan membantu murid yang telah menjadi mangsa dan dirawat di hospital. Kebajikan mereka akan dibantu secara berterusan dengan kerjasama ibu bapa dan semua pihak yang berkepentingan. Semua murid yang menjadi mangsa bencana tersebut mendapat perlindungan Insurans Takaful Malaysia dan KPM akan membantu murid mengemukakan tuntutan terus ke cawangan takaful berdekatan. Maksudnya mereka dijamin dengan pampasan. Bagi sekolah yang ditutup pula, semua 111 sekolah di dalam PPD Pasir Gudang telah diarahkan di tutup bermula pada 13 Mac 2019 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berdasarkan kepada nasihat-nasihat agensi-agensi yang terbabit. Tindakan KPM terhadap institusi pengajian tinggi pula kita mempunyai dua institusi pengajian tinggi di bawah KPM di kawasan Pasir Gudang. Pertamanya, kita ada UITM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang dan keduanya Politeknik Ibrahim Sultan dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHMenteri Pendidikan · Simpang Renggam

Bagi kedua-dua institusi tersebut ataupun tiga secara teknikalnya, kita telah mengarahkan juga supaya ditutup dan kita berharap supaya semua pihak mengutamakan keselamatan dan semua pihak memberikan keutamaan terhadap penjagaan kesihatan masing-masing. Statistik mangsa melibatkan murid sekolah setakat ini, pesakit luar di kalangan murid yang terlibat adalah 188 manakala yang telah dimasukkan ke dalam wad adalah 148 dan jumlah semua yang mendapat rawatan sehingga pagi tadi ialah 336. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, sekolah agama negeri Johor memang bukan di bawah kuasa Yang Berhormat Menteri. Ada tidak apa-apa laporan sama ada sekolah itu ditutup ataupun bagaimana? Terima kasih.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terdapat beberapa sekolah agama yang telah pun mengambil keputusan untuk ditutup dan bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan kita tahu sekolah agama Kerajaan Negeri Johor adalah di bawah kerajaan negeri dan bukan

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sungguhpun demikian, bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor sendiri kami telah memberikan nasihat kepada sekolah-sekolah agama yang terbabit di dalam Daerah Pasir Gudang agar ditutup dan agar murid-murid berada dalam keadaan selamat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Silakan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat-sahabat semua daripada kedua-dua pihak yang telah nyata memberikan dukungan dan sokongan yang padu untuk kita terus memberikan keprihatinan dan kebertanggungjawaban kita dan kepada rakyat kita khususnya di Pasir Gudang. Saya akan cuba untuk mengehadkan penghujahan saya dan membawa beberapa informasi untuk dikongsi di Dewan yang mulia ini khususnya untuk kita sama-sama merakamkan keprihatinan kita. Insya-Allah esok saya difahamkan kita akan membincangkan di dalam Kabinet untuk perkara ini diperhatikan untuk kita ambil tindakan tentang usul yang dibawa pada hari ini. Sejak dari 7 Mac sehingga 13 Mac malam tadi saya update kan sejumlah 1,568 kes telah dilaporkan. Daripada jumlah sekolah 1,171 kes dirawat sebagai pesakit luar (outpatient) manakala jumlah dimasukkan ke dalam wad adalah 397 di mana 13 orang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) yang hari ini buat masa ini tinggal tujuh pesakit sahaja yang masih di ICU. Dua kes di High Dependency Unit (HDU) dan 382 di wad biasa. Daripada jumlah yang dimasukkan ke wad seramai 70 kes telah pun discharge, dengan izin. Setakat ini tiada kematian akibat keracunan bahan kimia ini. Saya ulangi setakat ini tiada kematian akibat keracunan bahan kimia ini tetapi kita dapati ada Facebook yang telah pun mengisytiharkan kematian anak-anak, kematian seorang anak khususnya. Saya mahu sahaja menyebutkan nama Facebook, pemilik Facebook itu kerana tidak bertanggungjawab sama sekali membuat pengisytiharan seperti itu. [Disampuk] Beliau, pemiliknya adalah Normala Sudirman, mungkin ramai yang kenal. Oleh kerana itu saya dan seperti mana juga Menteri Environment mengingatkan supaya jangan mempercayai apa jua maklumat selain daripada apa yang rasmi. Tindakan yang diambil oleh Kementerian Kesihatan sehingga kini:- (i) KKM telah bertindak semenjak hari pertama kejadian lagi dengan memberi rawatan terhadap kes-kes baik yang serius mahupun yang kes ringan, jadi tiada isu kelewatan bertindak sebenarnya untuk pengetahuan semua; (ii) KKM telah menggerakkan anggota daripada hospital dan klinik kesihatan di beberapa daerah untuk membantu operasi hospital dan lapangan di Johor Bahru; (iii) KKM sentiasa memastikan bekalan ubat-ubatan, peralatan dan anggota mencukupi untuk menangani krisis ataupun situasi yang berat ini; (iv) sebanyak enam pasukan response psychosocial telah kita gerakkan untuk memberikan sokongan mental, emosi petugas, mangsa dan keluarga mangsa dalam mengurangkan keresahan, anxiety dan depression itu; (v) satu Mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan Perubatan dan Kesihatan Awam telah kami adakan yang membincangkan tindakan-tindakan perubatan dan kesihatan awam yang perlu diambil seterusnya dalam menangani kejadian ini; (vi) KKM membuat pemeriksaan terhadap makanan bagi memantau tahap keselamatan makanan di kawasan terbabit; (vii) KKM sedang menjalankan penilaian risiko bagi mengenal pasti air sungai terlibat tidak mencemari kawasan tadahan air minuman atau drinking water catchment areas sebagai tindakan preventive;

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

(viii) KKM akan terus bekerjasama dengan semua agensi yang terlibat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua khususnya warga di kawasan Pasir Gudang; (ix) kami juga telah merakamkan nasihat kesihatan dalam pencegahan untuk orang ramai mengelakkan diri daripada memasuki dan berada di kawasan kejadian tersebut, dapat maklumat terkini kejadian ini dari sumber maklumat yang sahih dan mematuhi arahan agensi yang berkuasa; dan (x) elakkan dari menyentuh peralatan tercemar termasuk pakaian dan basuh peralatan tersebut menggunakan air yang banyak dan sabun bagi mengelakkan bahan tersebut terkena kepada anggota badan kerana ia adalah juga an oil based. Ia adalah berteraskan oil-based toxic organic effluent ini ataupun ejen ini ataupun chemical ini. Seterusnya, dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala- gejala seperti pedih mata, loya, muntah, pening, sesak nafas dan pengsan bagi mereka yang terdedah kepada kawasan tersebut. Saya nyatakan memang kalau lihat daripada symptom nya atau gejala-gejala itu adalah sangat mencemaskan namun pada tahap ini kesemua symptom ini adalah kita fahami adalah akibat daripada the volatile ataupun akibat daripada toxic organic, bahan-bahan toksik itu yang telah pun dikenal pasti akan beri perinciannya termasuk antara lain hydrogen chloride, acrylonitrile, toulene, ethylbenzene dan acrolein dan xylene dengan izin, saya sebutkan begitu sahaja nanti mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri Environment akan memberikan dengan lebih terperinci. Saya khususnya kepada kesihatan dan perubatan. Seterusnya, orang ramai ditegah daripada melihat proses pembersihan sungai kerana dikhuatiri proses pembersihan akan menyebabkan lebih banyak bahan kimia meruap. Ini satu perkara yang saya ingin tegaskan. Kita berdepan dengan satu situasi, disaster chemical yang belum pernah disaksikan dan dialami lalu bercakap memang mudah dari sudut mendapatkan SOP tetapi sesungguhnya dalam hal ini tidak ada precedent dan SOP yang saya tahu boleh kita gunakan lalu sangat mustahak untuk setiap yang bertindak mengambil langkah-langkah mitigasi supaya ia tidak dengan pembersihan itu sendiri membawa kepada apa yang diistilahkan sebagai reactivation. Dengan kata lain, kita kalau tahu akan informasi dan maklumat dari sudut toksikologinya ataupun keracunan dan toksinnya kita dapat dibawa setiap hari ada spike nya, ada ledakannya yang diperhatikan bersekali dengan parameter suhu, angin dan sebagainya. Perkara ini diperhatikan dengan lebih teliti oleh pakar-pakar dan saya tidak mahu membutirkannya seluruhnya di sini. Mengamalkan kebersihan dalam mengendalikan makanan dengan membasuh sebelum penyediaan dan sebelum dimakan. Tuan Yang di- Pertua, kalau saya diizinkan, izinkan saya menghabiskan sedikit ini.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Memakai alat perlindungan diri atau PPE yang bersesuaian termasuk topeng muka, topeng muka itu pun kita guna R95 bukan N95 kerana ia adalah oil-based solvent. Dengan perlindungan mata, eye goggle, penutup kepala, baju pelindung, kasut but dan sebagainya. Seterusnya elakkan daripada mendekati dengan orang lain sejurus keluar daripada tempat kejadian atau dari lokasi yang disyaki. Mandi dan salin pakaiannya bagi mengelakkan dari mencemari orang lain. Pakaian yang digunakan di lapangan yang tercemar hendaklah dicuci dengan air sabun dan dijemur di tengah panas matahari. Sarung tangan perlu digunakan semasa mencuci pakaian tersebut dan akhirnya mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami gejala-gejala seperti yang telah saya sebutkan tadi pedih mata, loya, muntah, pening dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, dengan segala kebertanggungjawabannya sama-sama, bagi mereka yang telah dilantik oleh rakyat, dipilih oleh rakyat di Dewan yang mulia ini bertanggungjawab untuk memastikan kita dapat reduce apa pun gejala ini supaya insya-Allah ia dapat ditangani dengan seberapa segera. Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan bersama-sama Jemaah Menteri akan menangani usul ini pada Mesyuarat Kabinet esok. Saya rasa begitu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pertanian, silakan.

Dato' Haji Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani · Pulai

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil bahagian sedikit sahaja di mana seawal 10 hari bulan yang lalu, saya kebetulan berada di daerah yang sama bersama dengan Exco Pertanian dan Alam Sekitar, Dr. Sahruddin yang saya telah dimaklumkan bahawa pada seawal itu telah mengadakan mesyuarat tindakan di peringkat daerah untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Oleh itu saya rasa tidak timbul isu berlengah ataupun berlakunya tidak peka ataupun kecuaian dalam kita mendepani isu yang seperti ini. Saya harap dalam isu kematian, kesedihan, bencana yang ditimpa ini tidak wajar saya rasa berlakunya sindiran ataupun menuding jari terhadap sama ada dari pihak sini ataupun pihak sana. Kita tidak tahu esok atau lusa perkara begini boleh berlaku di kawasan masing-masing. Maka yang penting bagi saya ialah collective responsibility yang mesti diamalkan dan Kerajaan Persekutuan bersama dengan kerajaan negeri dan saya salah seorang wakil rakyat Parlimen dalam negeri Johor sentiasa mengambil langkah-langkah. Saya juga telah memastikan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian sendiri yang terlibat untuk membantu sebaik mungkin untuk kita meringankan beban yang sedang dihadapi oleh rakyat khususnya di Pasir Gudang. Saya rasa itu satu tindakan yang rasional yang perlu kita terima. Saya juga di samping kesungguhan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Johor, jangan lupa kita mengucapkan juga terima kasih kepada NGO, badan-badan bukan kerajaan dan orang-orang tertentu yang telah mengambil bahagian untuk bersama-sama meringankan beban ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertanian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ FakharudyWARISANTimbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Kota Belud

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya ingin maklumkan, Yang Berhormat Menteri kini berada di Pasir Gudang untuk kali ketiga selepas kejadian ini berlaku. [Tepuk] Kementerian ini telah menggerakkan sumber dari negeri-negeri lain ke Johor untuk memeriksa kesemua 254 kilang kimia di kawasan sekitar Pasir Gudang dalam masa tiga hari. Ini saya terus kepada tindakan ya. Daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, sebanyak 29 orang penyiasat dalam enam pasukan menyiasat sedang bertugas. Jabatan Alam Sekitar telah mengarahkan bantuan tambahan daripada negeri-negeri lain. Pada masa kini terdapat 13 pasukan yang dianggotai 40 pegawai penyiasat dari negeri-negeri juga menolong penyiasatan ini sejak awal pagi hari ini. Pihak polis juga telah mendirikan sekatan di sekitar kawasan tersebut untuk menyekat pergerakan sisa-sisa pepejal haram pada masa ini. Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan pensampelan air berterusan di sekurang-kurangnya tiga lokasi pembuangan haram di hulu Sungai Kim Kim dan hilir Sungai Kim Kim. Untuk makluman semua juga, kita juga telah mendapat bantuan daripada tentera dan Petronas yang telah menghantar sumber mereka dari segi jentera, alat dan pakar untuk membantu kerajaan dalam menangani krisis ini. Sebagai contoh, Petronas telah menghantar air disposal modular yang akan menjadi sangat berguna untuk kita faham vaporization dan movement of gases dan seterusnya boleh merancang kerja-kerja dengan lebih efektif. Pasukan Angkatan Tentera Malaysia juga telah tiba di kawasan untuk menolong dalam penyiasatan dan kerja-kerja pembersihan. Pada masa ini, berikutan hasil siasatan terkini Jabatan Alam Sekitar, kementerian juga telah mengarahkan pelantikan kontraktor tambahan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan. Kini empat syarikat kontraktor telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja yang sedang dijalankan. Saya juga ingin respons kepada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi, di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, seksyen 47, kuasa bagi menuntut kos dan perbelanjaan

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ FakharudyWARISANTimbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Kota Belud

mahkamah boleh mengarahkan pesalah untuk membayar segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pencemaran tersebut. Sebenarnya memang ada tempat ataupun pengurusan untuk buangan bahan berjadual ini tetapi culprit dengan izin, ini mengambil jalan mudah, untung, terus saja dump ke Sungai Kim Kim. Akan tetapi yang paling penting sekarang ini ialah kerja-kerja, MESTECC ingin tegaskan yang paling penting sekarang ini kerja-kerja pembersihan sungai boleh dijalankan dengan cepat tetapi selamat supaya kita boleh lupuskan bahan-bahan pencemar yang berbahaya selain daripada untuk memastikan bahawa tidak ada lagi sumber pencemaran baru. Pada masa ini juga kita mahu fokus kerja MESTECC untuk memastikan krisis ini tetap dikawal. Bagi rancangan jangka masa panjang, satu jawatankuasa penilaian akan ditubuhkan untuk meneliti isu ini secara keseluruhan dari perspektif sistematik. Contohnya pengurusan bahan terjadual, tracking and monitoring of scheduled waste dan juga pembangunan kawasan perindustrian di kawasan Pasir Gudang dan Johor Selatan. Dalam masa yang sama juga, saya ingin menyeru kepada semua sekali lagi melihat kejadian ini untuk sama-sama bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tampil ke hadapan memberikan maklumat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit soalan.

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Boleh saya tanya Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar tadi, satu saja, sedikit. Adakah usaha pembenihan awan agar hujan turun lebih cepat ada dibuat?

Tuan Yang di-Pertua

Kalau boleh jawab, jawab. Kalau tidak boleh jawab, tak payah jawab.

Setakat ini saya tidak ada maklumat ini. Kita akan maklumkan kemudian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sebab ini perbahasan Aturan 18. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Mohamed Hanipa bin MaidinAMANAH · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sepang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bagi pihak kerajaan kita tidak ada masalah menerima hujah daripada pihak-pihak yang membahas dan kita pun mengakui memang ini adalah satu masalah. Kita tidak lari daripada masalah ini. Cumanya oleh kerana rakan saya Yang Berhormat daripada Pasir Gudang dalam usulnya memohon supaya pengisytiharan darurat di Pasir Gudang ini perlu atau tidak. Dia minta daruratlah. Saya ingin mengatakan Yang Berhormat semua, dalam segi pengisytiharan darurat ini kita ada beberapa level yang kita kena faham. Level pertama asalnya masalah ini diselesaikan oleh peringkat daerah, itu level pertama, Tuan Yang di-Pertua. Apabila level pertama ini tidak dapat diselesaikan, pihak daerah telah rujuk ke negeri, sekarang ini kita berada di level yang kedua. Level kedua sekarang ini ialah level di mana kerajaan negeri yang sedang dengan izin handle problem ini. Kerajaan negeri juga buat masa ini kita diberitahu mereka berkata bahawa masalah ini boleh lagi mereka selesaikan dan mereka tidak ada keperluan untuk merujuk kepada Kerajaan Pusat untuk mendapatkan pengisytiharan darurat di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara, arahan nombor 20. Walau bagaimanapun untuk makluman semua, Kerajaan Persekutuan walaupun tidak lagi berpendapat perlu adanya darurat ataupun ada permintaan dari kerajaan negeri untuk isytihar darurat, kita telah pun menjalankan kerja-kerja seolah-olah ada darurat. Ini kerana bantuan oleh Kerajaan Persekutuan, izinkan saya membaca; semua agensi berkaitan seperti PDRM, bomba, HAZMAT – Hazardous Materials Teams, ATM – Angkatan Tentera Malaysia iaitu Rejimen Askar Jurutera Diraja, selepas itu Chemical, Biological, Radiological,

Tuan Mohamed Hanipa bin MaidinAMANAH · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sepang

Nuclear, Explosive (CBRNE), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, KKM, APM dan agensi-agensi bersesuaian yang lain telah berada di lokasi bagi tujuan operasi. Kerajaan Persekutuan akan memberi bantuan kos operasi pembersihan bahan kimia tersebut yang akan ditanggung bersama dengan kerajaan negeri. Bantuan wang ihsan diberi kepada setiap keluarga mangsa yang terkesan berdasarkan senarai yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah atau pegawai daerah. Kerajaan Persekutuan juga akan terus membantu pihak kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu pencemaran ini. Untuk makluman semua berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, jawatankuasa ini iaitu 13 Mac semalam telah bermesyuarat dan membuat keputusan kerajaan negeri masih berupaya untuk mengawal dan menangani isu ini. Berdasarkan pendapat agensi-agensi berkaitan, tahap isu masih belum mencapai tahap bencana untuk diisytiharkan darurat bencana. Walaupun tahap dua, tahap negeri tetapi bantuan-bantuan dan jentera Kerajaan Persekutuan telah berada dan berjaya menangani isu ini, untuk makluman. Saya juga ingin sampaikan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa Kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk memperuntukkan RM8 juta untuk kerja-kerja pembersihan sungai terlibat dengan secepat mungkin. Izinkan saya merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh rakan saya iaitu Yang Berhormat Kubang Kerian yang telah membangkitkan tentang pengisytiharan darurat bencana bagi membolehkan bantuan Kerajaan Pusat disalurkan. Beliau telah pun memetik Peraturan 25 iaitu izinkan saya membaca; “Bahawa pengisytiharan darurat bencana apabila perlu dibuat secara berperaturan, pentadbiran dan eksekutif oleh Yang Berhormat Perdana Menteri atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat tertakluk kepada undang- undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa”. Maknanya untuk membolehkan sesuatu darurat bencana dibenarkan, mestilah ada satu permintaan daripada kerajaan negeri. Ini dari segi prosedurnya. Untuk makluman Yang Berhormat Kubang Kerian juga, berdasarkan Arahan Nombor 20 ini iaitu di Bahagian Tafsiran iaitu Perkara 3; “Darurat bencana bermaksud keadaan bencana besar yang melibatkan banyak nyawa terkorban, kemusnahan harta benda yang ekstensif menggugat keadaan sosial, ekonomi dan politik serta keselamatan dan juga ketenteraman awam”. Jadi itulah definisi darurat bencana berdasarkan Arahan Nombor 20. Akan tetapi bagaimanapun, semua tidak perlu risau, saya katakan tadi bahawa walaupun kita tidak mengisytiharkan darurat tetapi kerja-kerja yang dibuat sekarang ialah seolah-olah telah pun ada darurat. Oleh sebab itu kita telah menghantar pasukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membantu kerajaan negeri bagi membolehkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan berkesan. Saya juga di sini menyeru supaya mana-mana pihak dalam isu ini kita hentikanlah politiking kita dan please, please, please, tadi saya minta wakil daripada pihak PAS, minta maaf ya. Kita minta sangat oleh kerana tadi baca ayat Al-Quran, kita juga minta tolonglah jangan sebarkan fitnah. Tadi dibacakan oleh sahabat kita daripada, memang ada...

Fitnah apa ini? Orang cakap elok- elok, fitnah apa?

Dia fitnah bila kata ada mati, tidak ada mati pun. Tidak ada kematian, jangan kata ada kematian. Tidak fasal-fasal kita tekan panic button. Tolong, please, dalam hal ini kita jangan unnecessarily...

Seolah-olah kita pula yang buat fitnah ini. Apa hal ni?

Saya bukan cakap Yang Berhormat, saya cakap umum, kita semua ini. I’m talking all termasuk diri saya, kita sama-samalah. That is why isu ini kita setuju untuk bahas dan kita setuju untuk mengambil tindakan. Jadi saya harap selepas ini kita bersama-sama selesaikan masalah ini tanpa ada prejudis. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Saya hendak maklum Sultan Johor bagi RM1 juta.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah cukup dalam perbahasan di bawah Peraturan Mesyuarat 18, Peraturan 1 dan yang demikian saya tutup perbahasan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 18 Mac 2019.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.33 petang]