Dewan Rakyat · 20 March 2019
15th Parliament, session 2, meeting 1 · 1,049 turns · 56,644 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Adakah kerajaan akan meneruskan projek ECRL demi pembangunan dan merancakkan ekonomi di kawasan Pantai Timur?
Tuan Yang di- Pertua, saya mulakan dengan pantun pagi ini, Parti Perdana Menteri parti Bersatu, Sudah ramai wakil rakyat BN melompat Bersatu, Niat PM nak kuatkan Bersatu, Harap DAP jangan marahkan Bersatu, Soalan saya nombor satu, Mohon jawapan bagi soalan nombor satu.
Terima kasihlah kerana sokongan kepada parti Bersatu tetapi ada orang yang tiru nak bersatu dengan musuh mereka, yang mengkafirkan mereka, mereka sekarang ini bekerjasama. Jadi, tak tahulah sama ada kafir ataupun tidak lagi.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan-pertanyaan lisan berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur dengan izin, East Coast Rail Link secara bersekali dengan soalan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut kerana menyentuh isu yang sama. Yang Berhormat Subang bertarikh 25 Mac 2019 dan 28 Mac 2019, Yang Berhormat Kemaman bertarikh 26 Mac 2019, Yang Berhormat Dungun bertarikh 28 Mac 2019, Yang Berhormat Pasir Gudang bertarikh 28 Mac 2019, Yang Berhormat Bera bertarikh 28 Mac 2019, Yang Berhormat Ketereh bertarikh 3 April 2019, Yang Berhormat Kuala Terengganu bertarikh 8 April 2019 dan Yang Berhormat Lipis bertarikh 11 April 2019. Pada dasarnya, kerajaan memahami bahawa projek ECRL boleh menjadi pemangkin bagi pembangunan di Pantai Timur. Dilaporkan projek ini dijangka memberi pertambahan sebanyak 1.5 peratus kepada pertumbuhan KDNK negeri-negeri yang terlibat. Projek ini juga bakal menyediakan infrastruktur pengangkutan berat untuk kargo yang boleh menarik kemasukan pelabur-pelabur industri. Pada masa yang sama, penduduk di Pantai Timur boleh mendapat manfaat tertentu daripada pengangkutan awam yang baharu. Walau bagaimanapun, kerajaan berpendapat projek ini yang telah dimulakan oleh pentadbiran terdahulu telah diuruskan tanpa melalui prosedur biasa. Kita dapati pihak pentadbiran terdahulu telah memutuskan untuk tidak memanggil tender terbuka bagi projek berkenaan sebaliknya dianugerahkan kepada satu syarikat sahaja atas alasan kononnya dengan izin, G2G arrangement. Pentadbiran kerajaan terdahulu sepatutnya tidak tergesa- gesa menandatangani kontrak engineering, procurement, construction and commissioning (EPCC) dan perjanjian pinjaman besar sebelum due diligence dan cost benefit analysis yang lengkap dijalankan. Kontrak EPCC tersebut dideraf mengikut harga lump sum yang tinggi dan butiran mengenai skop serta spesifikasi teknikal dinyatakan secara umum sahaja.
Satu sistem kereta api baru di Pantai Timur pasti dapat diwujudkan dengan lebih sempurna jika pentadbiran terdahulu mengambil kira semua aspek kewangan kerajaan, impak sosioekonomi, nilai komersial, kesan alam sekitar dan hubungan dua hala Malaysia - negara China. Walau bagaimanapun, kerajaan ini terikat dengan kedua-dua perjanjian kontrak EPCC dan pinjaman daripada China yang menyebabkan negara berhadapan hutang yang membebankan sekiranya dilaksanakan dan sebaliknya menghadapi implikasi kewangan yang besar sekiranya dibatalkan. Kerajaan terpaksa menilai semula projek ini secara lebih teliti bagi memastikan negara mendapat pulangan yang terbaik tanpa menjejaskan pembangunan negara. Semua kerja dan perkhidmatan berkaitan Projek ECRL telah digantung sejak 3 Julai 2018 yang lalu. Pada masa ini, kerajaan telah melantik Yang Amat Berbahagia Tun Daim Zainudin sebagai utusan khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses rundingan semula Projek ECRL dengan Kerajaan Republik Rakyat China supaya penyelesaian win-win dapat diperolehi. Hasil rundingan ini akan dimaklumkan apabila ia dimuktamadkan sedikit masa lagi. Jika usaha rundingan semula ini berhasil, kerajaan yakin Projek ECRL akan diteruskan pada skala yang sesuai dengan manfaat yang bakal dijana oleh kesejahteraan rakyat dan menyelamatkan Malaysia dari beban hutang yang tinggi. Sekian, terima kasih.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sudi menjawab sendiri untuk soalan yang ditujukan pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Atas jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya lahirkan rasa syukur kepada Allah. Oleh kerana saya sering kali, beberapa kali melihat video klip Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu sebagai Pengerusi Bersatu, tidak dalam kerajaan, di hadapan tapak pembinaan tersebut di Kuantan Industrial Park (MCKIP) mengatakan bahawa projek ini adalah projek yang merugikan negara, pertama. Keduanya, menjejaskan pegangan tanah rakyat Malaysia dan kita lepaskan kepada negara China. Ketiga, semua pekerja yang ditugaskan, yang diambil adalah pekerja daripada negara China dan negara luar. Ada tohmahan juga yang mengatakan Yang Berhormat Pekan telah menjual kedaulatan negara ketika itu. Akan tetapi alhamdulillah nampaknya apabila diteliti semula, dinilai semula dan akan dibuat rundingan semula dan diketuai oleh Yang Amat Berbahagia Tun Daim. Saya bimbang, risau kenapa tidak diketuai Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menguruskan perbincangan ini? Itu yang jadi soal tanda tanya saya. Soalan saya, Yang Berhormat Perdana Menteri, ketika kita menangguhkan pembinaan ini, digantung, Yang Amat Berhormat sebut digantung pada 3 Julai 2018. Sedangkan beberapa kerja telah dilaksanakan. Di bawah perjanjian-perjanjian tersebut ada klausa-klausa yang mengatakan bahawa jika dilambatkan, ditangguh dan sebagainya, adakah pihak-pihak kita atau Kerajaan Malaysia menanggung kerugian atas pampasan atau kaedah faedah tertentu mengikut harian? Jadi, saya mohon bertanya dan saya mengucapkan sekali lagi syukur kerana kesedaran Kerajaan Pakatan Harapan, terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meneruskan ECRL ini dan boleh memangkinkan ekonomi negeri Pantai Timur yang disebut oleh Yang Amat Berhormat, 1.5 peratus kadar pertumbuhan KDNK. Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri.
Terima kasih, ya. Memang pun kalau Pakatan Harapan tidak menang, maka negara kita ini akan dijual kepada orang lain dengan harga tertentu. [Tepuk] Oleh kerana Tuan Yang di-Pertua ialah apabila kita hutang dan kita tidak dapat bayar, kita akan dikenakan tindakan bankrap. Jadi, negara Malaysia akan bankrap seperti negara Greece bankrap dulu. Mujurlah rakyat di Malaysia ini sedar dan mereka memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan untuk mengelak daripada negara dijual kepada orang lain. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa perjanjian kontrak yang dibuat ini tidak mengambil kira kepentingan negara. Segala-galanya menguntungkan kepada pihak yang lain. Tidak ada yang menguntungkan kita. Umpamanya, jika kita tamatkan perjanjian ini, kita terpaksa bayar pampasan berbilion-bilion. Ini menjadi masalah apabila kita hentikan. Akan tetapi kalau kita teruskan, pun kita akan terikat dengan hutang berbilion-bilion yang akan mengambil masa puluhan tahun untuk diselesaikan. Akhirnya, jumlah hutang dengan faedah akan meningkat kepada RM130 bilion. Jadi, apabila kita hentikan projek ini, kita selamatkan negara daripada hutang sebanyak itu. Akan tetapi hutang masih ada yang perlu ditanggung oleh kita.
Kenapa dihantar, bukan kita hantar Menteri Kewangan tetapi orang lain, orang asing, orang yang tidak ada dalam kerajaan? Kita boleh, kita pilih berasas kepada kebolehan tertentu. Kadang-kadang apabila kita runding, kita perlu ada orang yang boleh diterima oleh pihak yang lain dan kita juga ada sekatan-sekatan tertentu dalam pemilihan orang hendak buat rundingan ini. Oleh sebab itu, kita telah pilih satu orang lain yang kita membuat penilaian, sebagai berkelayakan dan berkebolehan untuk berunding dengan pihak negara China. Inilah sebabnya yang kita pilih Tun Daim. Akan tetapi kita juga sedar bahawa untuk membatalkan perjanjian, mengenakan kos yang tinggi. Sebaliknya, kalau projek ini diturunkan skalanya iaitu diperkecilkan ataupun dipendekkan, maka kita dapat kemudahan yang sepatutnya bagi negeri-negeri di Pantai Timur tanpa belanja wang dan hutang yang terlalu banyak. Oleh sebab itulah kita sekarang masih berunding untuk keuntungan negeri- negeri di Pantai Timur. Oleh kerana kita tahu negeri-negeri di Pantai Timur ini, melainkan Terengganu, yang lain semua terhutang banyak kepada Kerajaan Pusat. Kita tak nak bebankan mereka dengan hutang yang lebih banyak. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Soalan tambahan kedua di sebelah kanan, ada?
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tidak ada. Di sebelah kiri, Yang Berhormat Bera. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Perdana Menteri. Walaupun ECRL ditangguhkan tetapi saya yakin banyak kos- kos yang telah pun ditanggung oleh kerajaan ketika ini. Pertamanya, kos pengambilan tanah misalnya, telah pun ditanggung oleh kerajaan. Keduanya, kos-kos kerja awalan seperti bayaran konsultan, bayaran untuk kajian, penyediaan pelan dan sebagainya. Tentu saja telah pun ditanggung oleh kerajaan. Soalan saya, setakat hari ini berapakah jumlah kos yang telah pun ditanggung oleh kerajaan?
Kedua, jika ada pembatalan tentu saja akan ada tuntutan ganti rugi dan sebagainya. Berapakah jangkaan daripada kerajaan tentang tuntutan ganti rugi yang akan dibuat oleh kontraktor kalau dibatalkan projek ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya kagum dengan kearifan pihak yang menyoal tadi. Soalnya, kenapa tidak disoal dahulu? [Ketawa] [Tepuk] Semasa perjanjian dibuat. Kenapa tidak ditanya berapa kos konsultan? Berapa kos tanah dan sebagainya. Saya yakin apabila disoal kepada pihak tertentu, maka tentulah pihak tertentu itu akan batalkan projek ini tetapi ini terlalu lewat. Kita sudah buat sudah sekerat jalan, kita terikat dengan perjanjian yang tidak adil dan kita diberitahu bahawa perjanjian ini lebih buruk lagi kerana kita tidak ambil kira consultant fees, tanah dan sebagainya. Saya ucap terima kasih, kita akan beri perhatian kepada perkara-perkara tersebut. [Tepuk] [Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan yang ketiga dan terakhir...
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi Tuan Yang di-Pertua.
Saya, satu lagi.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kot. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Bagi peluang kepada...
Kubang Kerian.
Yang Berhormat Langkawi, satu.
Yang Berhormat Kubang Kerian, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan. Cuma saya ingin mendapat penjelasan bila kita gantung projek ini daripada 3 Julai sehingga tarikh yang dijangka keputusan dapat dicapai, berapakah kos yang akibat penggantungan ini yang kerajaan terpaksa tanggung? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, perjanjian ini dibuat secara rahsia dan kita cuma dapat tahu kosnya setelah kita mengambil alih dan apabila kita lihat kosnya, kita buat keputusan untuk hentikan projek ini. Akan tetapi apabila kita buat keputusan untuk membatalkan projek ini, kita pula mengikut perjanjian yang bijak, yang dibuat oleh kerajaan yang lama ini, kita terpaksa bayar pampasan yang begitu besar. Nampak kerajaan yang lepas ini ingin mengikat negara kita Malaysia supaya tidak lagi boleh membiayai kos-kos pentadbiran kerana hutang yang bertrilion-trilion ringgit. Ini perkataan trilion ini baru sekarang kita diperkenalkan apabila kita ambil alih kerajaan dan kita hitungkan hutang yang dibuat oleh kerajaan yang lama barulah kita dapat tahu kerana semua ini tidak diberitahu kepada rakyat dan semasa kita berkempen pun kita tidak sedar akan rumitnya perkara yang ditinggal oleh kerajaan yang lepas.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi.
Boleh satu lagi? Jarang-jarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masuk.
Jarang-jarang Yang Berhormat Langkawi ini.
Kita teruskan dengan soalan kedua. Tiga saja. Soalan kedua silakan.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi keempat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua...
2. Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah rasional kementerian dan kerajaan menambah pemasangan AES di lebuh raya Malaysia, berapa jumlah AES akan dipasang dan berapa jumlah kos pemasangan tambahan dan apa perbezaan kos dengan yang dipasang semasa Kerajaan BN dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Santubong. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman
(i) mendidik dan mempengaruhi perubahan sikap pemandu jalan raya untuk mematuhi peraturan jalan raya dengan memandu pada had laju ditetapkan dan mematuhi isyarat lampu isyarat di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan; (ii) mengurangkan kebarangkalian berlakunya kemalangan jalan raya menerusi pematuhan kepada peraturan had laju dan lampu isyarat; dan (iii) menambah baik aspek keberkesanan dan produktiviti aktiviti- aktiviti penguatkuasaan dengan mengalih keluar risiko aspek kelemahan dan human intervention. Sistem AwAS adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk menggunakan teknologi bagi menangani isu kemalangan jalan raya melalui peningkatan perception of being caught (POBC) serta meningkatkan keberkesanan aktiviti pendidikan dan penguatkuasaan peraturan jalan raya. Sistem penguatkuasaan AwAS bukan bertujuan untuk memerangkap orang ramai sebaliknya bertujuan mendidik orang ramai mematuhi peraturan lalu lintas iaitu memandu mematuhi had laju dan mematuhi peraturan lampu isyarat di lokasi sering berlaku kemalangan dan kematian akibat kemalangan iaitu kawasan-kawasan black spot. Di dalam kawasan operasi sistem AwAS, peraturan telah mewajibkan pemasangan papan tanda amaran pengoperasian sistem AwAS sebelum sesuatu lokasi kamera dipasang iaitu pada jarak tiga kilometer, dua kilometer dan satu kilometer sebelum kamera tersebut. Perkara ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawasanya sistem AwAS ini bukan bertujuan memerangkap orang ramai, sebaliknya untuk memberikan peringatan dan mendidik orang ramai untuk mematuhi peraturan had laju dan lampu isyarat yang ditetapkan. Sehingga 1 Mac 2019, sebanyak 45 kamera telah beroperasi iaitu 29 kamera peraturan had laju dan 16 kamera peraturan lampu isyarat. Saya hendak menegaskan kepada Yang Berhormat Santubong bahawa daripada 45 kamera ini, tidak ada
satu pun kamera yang berada di negeri Sarawak mahupun di negeri Sabah. Semuanya di Semenanjung saja. Kesemua kamera AwAS yang terlibat telah dipasang di bawah kontrak terdahulu. Kos pemasangan bagi pemasangan kamera adalah ditanggung oleh kedua-dua syarikat sebelum ini dan tiada dinyatakan dengan terperinci kos pemasangannya di dalam kontrak sedia ada tersebut. Namun begitu, adalah dianggarkan kos pemasangan tidak termasuk kos penyelenggaraan sebuah kamera adalah di antara RM200,00 hingga RM250,00 termasuk kos kerja tanah, kos kabel elektrik, kos pembangunan infrastruktur dan kos kamera. Pada masa ini kerajaan masih belum melaksanakan sebarang pemasangan kamera baharu dengan menggunakan peruntukan kerajaan. Oleh yang demikian tiada perbandingan harga yang telah dilaksanakan sehingga kini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menerima baik konsep dan falsafah tapi konsep dan falsafah ini pun sama Tuan Yang di-Pertua. Saya ini bekas OC trafik, duduk dalam Road Safety Council selama enam tahun dan pengkaji keselamatan jalan raya dan membaca Ralph Nader punya buku-buku keselamatan jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, kalau itulah falsafahnya untuk mendidik, kalau penguatkuasaan undang-undang tidak dilaksanakan, ia tidak berjaya Yang Berhormat. Saya hendak tanya, berapakah saman telah diisu dan masih belum diserah kepada yang bersalah ataupun dikata bersalah dan berapa jumlah telah didapati diselesaikan di mahkamah dan dapat dikompaun? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Santubong, saya sudah tegaskan bahawa sistem AES terdahulu yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu berjuta-juta saman. Enam juta saman empat perpuluhan juta lebih saman yang telah dikeluarkan terdahulu dan kita telah mansuhkan keseluruhan saman itu sebelum 31 Ogos 2018. Maksudnya apabila kontrak terdahulu dengan dua syarikat terdahulu itu tamat, semua saman-saman yang dikeluarkan oleh dua syarikat itu kita batalkan semuanya kerana dalam kontrak terdahulu, apa-apa saman yang dikutip daripada orang ramai, hasil itu bukan masuk dalam dana kerajaan tetapi dibayar kepada dua syarikat swasta tersebut. Jadi itu sebabnya kita mansuhkan empat juta lebih saman bernilai RM600 juta. Kita mansuhkan semua dan bermula 1 September, kita keluarkan saman dan sebarang saman itu mesti dimasukkan dalam dana kerajaan. Setakat ini lebih kurang kalau tidak silap saya, saya tidak ada data sekarang, lebih kurang 90,000 saman telah dikeluarkan tetapi dari segi bayarannya memang ia berada di bawah kadar yang rendah, lebih kurang 10 peratus saja. Akan tetapi kita keluarkan saman dan adalah tanggungjawab kepada pihak yang menerima saman itu untuk membayar. Kalau tidak, tindakan mahkamah boleh diambil. Terima kasih.
Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan yang begitu tekun bercita-cita untuk menjaga, memelihara nyawa, harta, pemandu, pengguna dan penumpang jalan raya. Apakah selain daripada AES ataupun AWAS yang nama barunya, apakah langkah- langkah lain selain penggunaan kamera yang dapat digunakan untuk mengawal kelajuan dan pelanggaran lampu isyarat yang ada dalam negara kita ini? Terima kasih.
Ya, memang kita mengkaji pelbagai pendekatan dan pendekatan-pendekatan lain. Kita memang mengharapkan dapat membantu untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, advokasi dan juga untuk memastikan pendidikan pembelajaran memandu itu dapat diperketat lagi, itu sebabnya kita hendak memperkasakan juga kaedah-kaedah memandu semasa di institut memandu.
Itu sebabnya antara inisiatif yang kita sedang laksanakan ialah untuk melihat dan mengkaji bagaimana kita boleh melaksanakan e-Testing di institut memandu umpamanya supaya integriti pembelajaran itu dapat dipertingkatkan dan supaya sesiapa yang mendapat lesen memandu itu mereka betul-betul memahami konsep memandu secara berhemah dan memandu dengan selamat. Akan tetapi kita juga melihat kepada pendekatan-pendekatan teknologi yang lain bagaimana kita boleh menambah dari segi penguatkuasaan dan juga
dapat memastikan pemandu-pemandu lebih berhemah dan memandu dengan cermat di atas jalan raya. Pendek kata, saya hendak harap ialah semua Ahli Yang Berhormat kita bersama- sama untuk memastikan supaya konsep memandu dengan berhemah dan cermat ini dapat kita titik beratkan kepada semua rakyat Malaysia. Ini kerana kadar kematian dan kadar kemalangan jalan raya di negara kita ini amat tinggi. Satu hari purata kematian di atas jalan raya 19 orang. Jadi, kita mesti bersama-sama memerangi perkara ini dan mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya dalam negara kita. Terima kasih.
3. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan status dasar dan pelaksanaan Industri 4.0 dan apakah inisiatif- inisiatif yang boleh dipohon para syarikat atau pengeluar tempatan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka atas soalan ini. Untuk menjawab soalan ini saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Kota Melaka bahawa susulan daripada pelancaran Dasar Industri 4WRD ataupun Industri 4.0 sejumlah RM210 juta telah diperuntukkan bagi bajet tahun 2019 sehingga tahun 2021 untuk menggalakkan peralihan ke Industri 4.0 ataupun Industri 4WRD melalui lapan program. Saya hendak menggunakan masa saya untuk memberi tumpuan kepada dua daripada lapan program yang memang di bawah kuasa MITI dan juga adalah program yang diberi tumpuan kepada MITI. Program yang pertama ialah penilaian kesediaan ataupun readiness assessment untuk menilai kedudukan syarikat beralih ke Industri 4.0 dan membuat analisa jurang atas syarikat untuk menilai keupayaan mereka semasa menilai teknologi mereka untuk menyediakan diri untuk Industri 4.0. Program yang kedua ialah program business intervention ataupun program intervensi kepada syarikat yang telah habis program penilaian kesediaan ataupun readiness assessment dan mereka hendak apply for funding ataupun mohon bantuan dan yang untuk memberi mereka peluang untuk memasuki Industri 4.0 melalui intervensi kemahiran, proses dan juga teknologi. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka, program readiness assessment ini telah dilancarkan pada 28 Januari dan susulan daripada itu pihak kementerian, MITI telah turun padang ke setiap negeri untuk buat roadshow. Pada 21 Februari di Perak, 25 Februari di Pulau Pinang, 26 Februari di Kedah, 4 Mac di Pahang, 5 Mac di Terengganu, 6 Mac di Kelantan, 12 Mac di Johor, 13 Mac di Melaka, 14 Mac di Negeri Sembilan, 20 Mac di Sabah dan esok 21 Mac di Sarawak. Jadi, ini memang menunjukkan bahawa MITI hendak memberi maklumat yang terkini dan terperinci kepada khususnya SME tentang readiness assessment ini. Selepas readiness assessment ini telah dibuat, langkah yang kedua ialah untuk memberi maklumat yang lebih terperinci tentang business intervention. Business intervention adalah secara matching grant. Maksudnya selepas RA, setiap SME yang telah mohon dan layak 500 SME yang akan diberikan perkhidmatan ini secara percuma mereka akan diberikan nasihat di mana Industri 4.0 ini mereka sepatutnya memasuki. Dalam business intervention, mereka boleh mohon matching grant di mana 70 peratus akan disediakan oleh kerajaan, 30 peratus akan disediakan oleh majikan dan mereka boleh membuat investment ataupun pelaburan yang seterusnya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah apakah proses ataupun kriteria yang akan digunakan oleh kerajaan dalam menentukan pihak yang layak menerima seperti matching grant tersebut ataupun inisiatif yang lain dan sama ada proses yang terbuka seperti open application dan evaluation ataupun akan diberikan secara terus kepada syarikat-syarikat tertentu. Apakah langkah dan strategi kerajaan untuk memastikan terdapat pemantauan terhadap penerima kelak? Contohnya pengeluar yang dapat inisiatif tetapi gagal melakukannya ataupun salah gunakan. Maka adakah kerajaan akan tarik balik ataupun berikan kepada syarikat yang lain? Terima kasih.
Soalan yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka, syarikat yang layak untuk mohon business intervention funding ini adalah syarikat yang telah melalui readiness assessment. Jadi readiness assessment ini 500 syarikat SME
ini adalah layak secara percuma. Jikalau ada syarikat yang lain yang tidak layak tetapi mereka hendak buat readiness assessment ini mereka boleh pohon, mereka boleh buat dengan kosnya sendiri dan mereka boleh claim secara tax deduction. Untuk business intervention, semua ini adalah secara terbuka. Apabila mereka hendak mohon untuk mendapatkan business intervention ini kita tidak paksa mereka untuk memilih mana-mana syarikat systems integrator ataupun systems provider. Ini adalah berdasarkan keperluan mereka sendiri selepas mereka mendapat readiness assessment, penilaian readiness ini. Kita akan memberikan satu senarai yang terbuka kepada semua majikan supaya mereka boleh menilai mana majikan mereka yang hendak pilih dan kita juga akan memantau supaya proses ini dilakukan dengan baik kerana ada matching grant component. Selepas mereka membuat business intervention, after they carry through the business intervention selepas itu baru kita release 70 peratus itu sebagai grant. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. 500 SME yang dipilih oleh MITI ini terlalu sedikit dibandingkan dengan 900 ribu lebih SME yang ada di seluruh Malaysia. Itu perkara pertama, yang kedua ialah berlaku jurang digital antara bandar dan luar bandar. Kita ada lebih kurang 20 ribu kampung di seluruh negara. Apakah usaha-usaha MITI untuk memastikan Industri 4.0 ini sampai ke kawasan luar bandar? Berapa bajetnya, berapa programnya, berapa ramai yang terlibat, berapa peratus daripada keseluruhan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya rasa Yang Berhormat pun tahu bahawa tanggungjawab MITI adalah untuk sektor perkilangan dan daripada 500 ribu SME yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat hanya 10 peratus ataupun 50 ribu sahaja yang merupakan SME yang terlibat dalam sektor perkilangan ataupun manufacturing industry. Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa 500 ini adalah satu permulaan yang mungkin perlu ditambahkan. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat 19 Mac 2019, 234 syarikat telah mendaftar untuk readiness assessment ini dan saya rasa kita perlu buat lebih usaha untuk menambahkan lagi terutamanya di kawasan luar bandar seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Saya pun telah turun padang khususnya untuk program di Pahang, di Terengganu dan juga di Kelantan kerana saya sedar bahawa ini adalah kawasan yang memang memerlukan lebih perhatian dan oleh kerana saya perlu berada di Dewan yang mulia ini saya tidak boleh pergi ke Sabah dan Sarawak pada hari ini dan hari esok untuk memastikan bahawa Sabah dan Sarawak juga dijaga di bawah program ini. Terima kasih.
4. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan: (a) apakah langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan untuk merapatkan jurang kemajuan ekonomi di antara bandar dan luar bandar dan sejauh manakah keberhasilan langkah-langkah tersebut dalam meningkatkan pendapatan rakyat di luar bandar; dan (b) setakat manakah tahap ketahanan ekonomi negara dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Tuan Yang di-Pertua, Tonggak Ketiga Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) memberi perhatian khusus kepada usaha untuk merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar. Pelbagai strategi telah dirangka dalam usaha untuk mencapai matlamat ini. Antaranya ialah: (i) peruntukan pembangunan diagih secara lebih baik dengan keutamaan kepada enam negeri kurang membangun iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Ini bagi memastikan pertumbuhan yang seimbang antara negeri. Pada tahun 2019, sebanyak RM13.17 bilion atau 42 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan diperuntukkan kepada enam negeri ini;
(ii) infrastruktur asas luar bandar akan dipertingkat melalui penyediaan rangkaian jalan raya, perluasan akses kepada bekalan air dan elektrik serta penambahbaikan infrastruktur digital; (iii) rangkaian hubungan luar bandar dan bandar akan diperkukuh dengan mempertingkat ketersambungan dan mobiliti seterusnya integrasi ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar; (iv) perkhidmatan sosial seperti kesihatan primer dan perumahan akan ditambah baik; (v) penyertaan sektor swasta dan aktiviti ekonomi tempatan luar bandar akan dipertingkatkan untuk menarik pelaburan, menjana pendapatan serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yakin langkah-langkah ini akan dapat mengurangkan jurang pendapatan penduduk bandar dan luar bandar kepada 1 nisbah 0.67 pada tahun 2020 berbanding 1 : 0.568 pada tahun 2016. Perancangan kerajaan ini membabitkan peningkatan peruntukan pembangunan luar bandar bagi rolling plan empat tahun 2019 sebanyak 15.4 peratus berbanding jumlah peruntukan pada tahun 2018. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ekonomi negara akan mempunyai daya tahan yang kuat untuk tahun-tahun yang mendatang melalui pelaksanaan strategi-strategi berikut: (i) memacu produktiviti pada peringkat nasional, sektor dan perusahaan bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dan inklusif; dan (ii) menggalakkan pelaburan yang berkualiti dengan menumpukan kepada pelaburan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi yang menggunakan teknologi tinggi serta mengintensifkan pengetahuan. Ini sekali gus dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran dan bergaji yang tinggi. Seterusnya melaksanakan inisiatif untuk beralih kepada rantaian nilai yang lebih tinggi. Ini termasuklah melalui penumpuan kepada perkhidmatan berintensif pengetahuan dan pemodenan sektor pertanian. Seterusnya mengukuhkan eksport dan mengurus import untuk menambah baik imbangan pembayaran dan memberi penekanan kepada langkah pengukuhan fiskal untuk memastikan kemapanan dalam jangka masa sederhana. Pada masa ini, segala inisiatif tersebut sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan. Usaha ini pastinya akan dapat memperkukuh dan meningkatkan daya tahan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada pihak kerajaan yang dapat menjelaskan rancangan jangka panjang. Akan tetapi, dalam tempoh 10 bulan ini kita melihat kontraktor-kontraktor kelas ‘F’ ataupun ‘G1’ agak kekurangan projek yang menyebabkan terutama di luar bandar di seluruh negara mengalami masalah. Apa perancangan kementerian bagi mengatasi dan memastikan projek terus turun di Pejabat Daerah, JKR dan pelbagai agensi dalam bentuk yang boleh membantu kontraktor kelas F ini? Begitu juga saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan. Difahamkan ada Arked-arked MARA akan dirobohkan dan akan dibangunkan semula dalam bentuk baharu. Berapakah Arked MARA yang akan dirobohkan di seluruh negara? Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tentang kontraktor-kontraktor khususnya kelas ‘F’, kerajaan telah membuat keputusan bahawa semua projek yang memberi kepentingan kepada rakyat diteruskan. Maka, ini akan memberi kesan kepada kontraktor-kontraktor. Pada peringkat awal, memang ada sedikit kelewatan apabila kerajaan mengkaji apa yang hendak dilakukan dengan projek-projek. Akan tetapi, keputusan dibuat bahawa semuanya akan diteruskan. Insya-Allah, kesannya akan dapat dirasai dalam jangka masa terdekat. Tentang Arked MARA, maklumat tersebut tidak ada dengan saya pada ketika ini dan saya rasa pihak KPLP akan dapat memberikan maklumat tersebut kepada Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, terdapat beberapa koridor ekonomi di negara kita. Di Johor, di sebelah utara, Pantai Timur dan begitu juga Sarawak dan Sabah. Adakah koridor ekonomi ini bertujuan untuk merapatkan perbezaan pembangunan ekonomi di negara kita?
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Ya, seperti mana yang kita tahu terdapat beberapa koridor ekonomi, ECR di sebelah timur, NCR di sebelah utara contohnya dan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk membangunkan koridor-koridor ini sebagai satu kawasan pembangunan ekonomi pesat untuk memberi manfaat seterusnya merapatkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar, jurang antara wilayah di negara ini. Sekian, terima kasih.
5. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah perancangan kementerian dalam membantu meningkatkan kemajuan perniagaan penjaja dan peniaga kecil.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan garis panduan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kebangsaan yang dikeluarkan oleh SME Corp., penjaja dan peniaga kecil dikategorikan di bawah kategori mikro iaitu entiti perniagaan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau bilangan pekerja yang kurang daripada lima orang. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi tanggungjawab kementerian untuk mengawal selia industri penjaja dan peniaga kecil. Sehubungan itu, pelbagai program dirancang untuk membantu meningkatkan kemajuan perniagaan penjaja dan peniaga kecil. Program-program yang telah dirancang adalah merangkumi latihan peningkatan, pengukuhan dan pemantapan dalam usaha mentransformasikan minda, bentuk dan sistem perniagaan penjaja dan peniaga kecil sedia ada. Kementerian juga menyediakan platform khusus di peringkat negeri dan kebangsaan untuk memberi ruang kepada penjaja dan peniaga kecil menyalurkan input melalui Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada kementerian dalam merancang menggubal dasar, strategi program dan aktiviti yang sesuai untuk meningkatkan kemajuan peniagaan penjaja dan peniaga kecil. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai program dan inisiatif yang turut dilaksanakan oleh agensi-agensi melalui kementerian-kementerian lain seperti MARA di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, TEKUN di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, FAMA di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan lain-lain. Memandangkan inisiatif-inisiatif pembangunan penjaja dan peniaga kecil dilaksanakan oleh pelbagai kementerian, maka pihak kementerian sedang dalam usaha untuk mengkoordinasi usaha-usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian yang berkaitan, dalam membangunkan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara agar program pembangunan yang dilaksanakan dapat dilaksanakan secara komprehensif dan holistik. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Trend peniaga sekarang ini kita tahu banyak di kalangan anak-anak muda dan peniaga dan juga penjaja kecil ini adalah jumlahnya besar. Saya rasa mesti lebih daripada sejuta. Jadi trend peniaga muda sekarang banyak menggunakan lori ataupun dikenali sebagai food truck dan ada yang terlibat aktif dalam car boot sale. Jadi soalan saya, mereka ada kos penyelenggaraan, ada kos ansuran bulanan yang mungkin tinggi. Apakah kerajaan bercadang untuk memberikan inisiatif bantuan ataupun subsidi penyelenggaraan dan rebat khas terutamanya dalam pembelian food truck ataupun dalam operasi car boot sale? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Kementerian kami juga ada menyediakan facility untuk membekalkan food truck kepada peniaga-peniaga muda yang hendak venture into the business. Akan tetapi, oleh sebab kekangan kewangan, oleh itu bilangan food truck yang diberikan kepada mereka adalah kurang. Juga selain daripada perniagaan food truck juga, untuk entrepreneur yang muda kita juga ada program di bawah SSM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana programnya adalah Youngpreneurs Go!, di mana kita memberi latihan kepada siswazah-siswazah untuk menjalankan perniagaan. Bagaimana menjalankan perniagaan dan kita juga beri kemudahan seperti untuk mendaftarkan syarikat secara percuma kepada para siswazah di kolej dan universiti. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah satu kajian dibuat oleh kementerian Yang Berhormat berkaitan, apabila berlaku penurunan jumlah bayaran Bantuan Sara Hidup, kerana apa yang kita tahu, BR1M dahulu adalah untuk meningkatkan penjaja- penjaja kecil tempatan. Apabila berlaku penurunan jumlah penerimaan untuk Bantuan Sara Hidup, adakah ramai? Berapa peratus syarikat-syarikat atau penaja-penjaja kecil yang telah tutup? Itu yang pertama.
Keduanya, adakah koordinasi dibuat oleh pihak kementerian Yang Berhormat. Ini kerana kita maklum tidak lama lagi akan ada bulan Ramadan. Ramai peniaga yang cuba untuk meniaga selama tempoh 30 hari. Apakah bantuan yang telah dikoordinasi oleh kementerian-kementerian Yang Berhormat sebutkan tadi untuk bantu peniaga-peniaga, semasa bulan Ramadan?
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan berkenaan dengan BR1M atau Bantuan Sara Hidup itu, saya rasa ia tidak berkenaan dengan penjaja dan peniaga kecil. Ini kerana subsidi program di bawah Bantuan Sara Hidup dijalankan secara bersasar di mana mereka yang perlu akan diberi Bantuan Sara Hidup. Tidak seperti mana BR1M, sesiapa pohon pun diberi bantuan.
Duit itu digunakan di tempat Yang Berhormat, di kampung-kampung. Itu sebabnya peniaga-peniaga ini sama ada meningkat atau menurun. Itu persoalan saya.
Ini bukan sesi perdebatan. Silakan jawab.
Ya, itu saya sudah jawab. Setakat ini, pada masa sekarang saya tidak ada angka spesifik di mana peniaga itu tutup. Soalan kedua berkenaan apa?
Bulan Ramadan, bulan puasa, bulan puasa.
Bulan Ramadan ini, ya program biasanya dilaksanakan oleh PBT. Oleh itu kita bercadang PBT untuk merangka satu rancangan untuk memudahkan peniaga-peniaga kecil itu. Terima kasih.
6. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan akan mengkaji semula Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) yang memberi kuasa mutlak kepada semua pihak berkuasa melakukan siasatan mengikut AMLA dan apakah justifikasi AMLA digunakan untuk menyiasat kes yang bersangkut paut dengan kutipan cukai pendapatan dan kastam yang menjadi kontroversi dalam kalangan rakyat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang Berhormat Ayer Hitam atas soalan beliau. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan ke atas Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2014 dan telah berkuat kuasa pada 1 September 2014. Matlamat pindaan tersebut antara lain adalah untuk memperkukuhkan langkah- langkah penguatkuasaan dan kuasa penyiasatan agensi penguat kuasa serta meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh semua agensi terlibat ke atas hasil dan perolehan kesalahan berat di bawah akta-akta yang berkaitan. Kesalahan berat yang disenaraikan dalam Jadual Kedua AMLATFA sentiasa diteliti dan disemak serta ditambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan trend kegiatan jenayah yang berlaku. Setakat ini terdapat 116 kesalahan berat daripada 49 akta yang telah disenaraikan di bawah jadual tersebut. Pada masa yang sama, kerajaan komited untuk memastikan peruntukan-peruntukan di bawah AMLATFA selaras dengan piawaian antarabangsa dan memenuhi keperluan agenda penguat kuasa pada setiap masa. Kesalahan-kesalahan yang melibatkan cukai pendapatan dan perkastaman adalah termasuk dalam 21 kategori kesalahan berat yang disenaraikan oleh Financial Action Task Force iaitu sebuah badan antarabangsa yang menetapkan piawaian untuk langkah-langkah
pencegahan jenayah, pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan percambahan senjata pemusnah besar-besaran. Selaras dengan piawaian antarabangsa, kesalahan-kesalahan tersebut telah dimasukkan ke dalam senarai kesalahan berat di bawah Jadual Kedua AMLATFA bagi membolehkan agensi penguat kuasa menyiasat kes-kes tersebut. Kes-kes melibatkan duit dan cukai yang berat dan serius akan diberikan keutamaan. Langkah ini akan mendorong kepada penguatkuasaan yang lebih berkesan memandangkan kuasa siasatan di bawah AMLATFA adalah menyeluruh dan mencakupi kuasa-kuasa pembekuan, penyitaan dan pelucutan harta serta amat berkesan untuk memastikan apa-apa hasil daripada aktiviti wang haram dapat dikenal pasti bagi penguatkuasaan undang-undang. Sebagai langkah semak dan imbang, check and balance, AMLATFA turut memperuntukkan bahawa sebarang penyitaan harta dilakukan dengan kebenaran pihak timbalan pendakwa raya dan bukannya di bawah kuasa mutlak agensi penguat kuasa yang berkenaan. Langkah-langkah ini penting bagi membendung penularan gejala pengubahan wang haram di Malaysia. Menurut laporan Global Financial Integrity Report, Malaysia secara konsisten sejak tahun 2005 telah menduduki tempat lima ke atas di kalangan 148 buah negara membangun yang mempunyai aliran kewangan haram yang terbesar. Kalau kita lihat daripada laporan ini, pada tahun 2012 tempat keempat, tahun 2012 tempat keenam, penambahbaikan tetapi merosot kepada nombor lima pada tahun 2014 dan pada tahun 2015, merosot lagi kepada tempat ketiga iaitu nombor tiga dalam dunia. Malah berdasarkan kepada laporan GFI yang terbaru, yang diterbitkan pada bulan Januari 2019, kedudukan Malaysia telah merosot apabila Malaysia menaiki dua anak tangga ke tempat ketiga pada tahun 2015, daripada tempat kelima pada tahun 2014. Bagi Malaysia pada tahun 2015, GFI menganggarkan aliran sebanyak USD33.7 bilion sama dengan RM132 bilion adalah berkaitan dengan wang haram. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita faham bahawa AMLA itu diperkenalkan untuk kita membendung aktiviti pengganas ataupun terrorist. Selepas diperluaskan untuk kes-kes sindiket jenayah dan selepas itu saya masih ingat tahun 2014, ketika rakan-rakan daripada sana duduk di sini, mereka juga mengkritik di mana banyak penyelewengan yang telah dilakukan. Jadi, kita terima. Kita hendak lihat macam mana kita boleh memperbaiki udang- undang AMLA. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat melihat presumption of guilt ini lebih baik daripada presumption of innocent kerana semua agensi seperti SPRM, income tax, Kastam gunakan ini sebagai satu senjata. Apa pandangan dan pendirian Yang Berhormat Menteri tentang perkara ini. Dahulu kita sama-sama, pihak sana pun tidak setuju dan apakah pendirian setelah berubah. Terima kasih.
Saya hendak menyatakan bahawa secara prinsip di bawah kedaulatan undang-undang sebagai satu prinsip perundangan bahawa tentu presumption of innocence. A person is presumed innocent until proven guilty, kecuali ada undang-undang yang khusus dalam perkara ini. Tentulah dalam aspek ini, kalau kita berdasarkan AMLATFA, pembuktian tentu harus diberikan oleh pihak yang terbabit. Seperti yang disebut tadi, kita melihat bahawa AMLATFA dikenakan bukan sekadar ke atas mereka yang terlibat dalam kegiatan keganasan iaitu pengganas-pengganas, terrorism juga jenayah dan juga mereka yang terlibat dengan rasuah. Ini termasuk beberapa tuduhan yang telah pun didakwa ke atas mantan Perdana Menteri Malaysia. Ini sesuatu inisiatif yang menunjukkan bahawa sesiapa yang melibatkan diri dalam pengubahan wang haram tidak akan terlepas. Pada masa yang sama, saya juga ingin menyatakan bahawa ia tidak harus dilihat sebagai satu senjata sekiranya semua agensi menjalankan tugas mereka mengikut undang-undang. Itulah sebabnya pihak kerajaan, apabila mengambil alih tampuk pemerintahan, telah mengeluarkan arahan bahawa agensi-agensi terlibat dalam kutipan hasil iaitu termasuk LHDN dan juga agensi lain termasuk NRRET pada masa itu telah dibubarkan. Ini kerana dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang dilihat sebagai pembangkang atau menentang politik kerajaan pada masa itu. Untuk LHDN tidak dibenarkan untuk membuat serbuan dalam rumah ataupun pejabat. Mereka haruslah berpandukan undang-undang. Ini saya rasa telah mewujudkan satu suasana atau satu iklim yang sihat. Ini di mana kita mahu mereka yang tidak mematuhi
undang-undang, ikut undang-undang supaya mereka dapat membayar apa mereka patut bayar.
Saya yakin bahawa dengan langkah-langkah tersebut, kita dapat memulihkan keyakinan orang ramai terhadap agensi-agensi tersebut tertakluk seperti yang saya sebut tadi, bahawa mereka sendiri mestilah menjalankan tugas mereka mengikut undang-undang. Sekiranya tidak, sebarang laporan yang dibuat akan dipandang serius dan tindakan akan diambil ke atas pegawai yang melanggar atau menyalahgunakan kuasa mereka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Kita tahu Akta AMLA ini telah diluluskan oleh Parlimen dan telah digazet sejak tahun 2001, to be exact 5 Julai 2001. Dua tujuan akta ini. Pertamanya, langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah pengubahan wang haram. Kedua, untuk mencegah kesalahan membiayai keganasan atau terrorism. Soalan saya, daripada rekod Yang Berhormat, berapakah kes yang telah dibuktikan tuduhan melalui AMLA ini bagi pembiayaan keganasan dalam negara kita ini. Terima kasih.
Saya tidak ada maklumat yang diminta oleh Yang Berhormat. Saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih.
Dalam satu kes Mahkamah Rayuan pada Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa pembekuan akaun di bawah AMLATFA tidak boleh lebih daripada 90 hari. Akan tetapi apa yang berlaku kepada parti UMNO misalnya, ia sudah lebih daripada 90 hari dan ia menyukarkan untuk kita membayar gaji pekerja UMNO di Ibu Pejabat UMNO. Ini adalah suatu perkara yang zalim yang dibuat oleh Kerajaan PH.
Sekiranya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat adalah zalim, maka kerajaan lama pun sama-sama zalim. Ini kerana ia telah pun digunakan untuk satu tempoh yang jauh lebih panjang apabila pembekuan akaun dilaksanakan oleh kerajaan lama. Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ialah untuk memastikan bahawa kita boleh menggantung ataupun menarik balik pembekuan akaun tersebut. Untuk UMNO, saya rasa ini adalah berkaitan dengan satu kes yang masih berjalan kerana berkaitan dengan skandal 1MDB. Kalau ini ada berkaitan dengan skandal yang tidak terlibat dalam 1MDB, kita boleh semak. Akan tetapi untuk skandal 1MDB, ini tidak dipertikaikan lagi. Satu dunia tahu ini skandal rasuah, hanya UMNO tidak tahu sahaja.
[Dewan riuh]
So saya harap Yang Berhormat boleh sedarlah, akui skandal terbesar di dunia sehingga Malaysia digelar sebagai sebuah negara kleptokrasi. Sekian, terima kasih.
7. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan tahap pencapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang dihadapi dan langkah-langkah yang telah/akan diambil untuk bersaing dan memajukan industri pelancongan Malaysia.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Taiping. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Taiping, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Taiping, Perak yang telah dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia di Berlin baru-baru ini. [Tepuk] Dengan anugerah ini, kita boleh merasa bangga apabila Taiping berdiri sebaris dengan Ljubljana dan Vancouver dalam kategori sama. Tahniah sekali lagi kepada penduduk Taiping dan kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, bermula tahun 2010 hingga tahun 2014, trend ketibaan pelancong ke Malaysia sentiasa mencatatkan pertumbuhan positif. Walau bagaimanapun, trend ini berubah pada tahun 2015 kerana industri terjejas disebabkan oleh pelbagai insiden yang menggugat keyakinan pelancong termasuklah isu keselamatan seperti kes penculikan pelancong di pulau-pulau peranginan di Sabah, serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah dan insiden pesawat MH370 dan MH17. Walau bagaimanapun, trend pendapatan pelancongan menunjukkan pertumbuhan positif bermula pada tahun 2016 sehinggalah tahun 2018. Pada tahun 2018, pendapatan pelancongan negara telah meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada RM84.1 bilion berbanding RM82.2 bilion pada tahun sebelumnya.
Antara cabaran utama yang mempengaruhi perkembangan industri pelancongan negara adalah kemudahsampaian iaitu dari segi penawaran tempat duduk penerbangan ataupun air seat capacity dengan izin, ke negara kita. Penawaran tempat duduk penerbangan antarabangsa ke Malaysia adalah kurang berbanding dengan Singapura dan Thailand. Thailand mendahului penawaran tempat duduk penerbangan bagi bulan Januari 2019 iaitu sebanyak 4.6 juta tempat duduk dan Singapura dengan 3.5 juta tempat duduk penerbangan. Manakala bagi Malaysia, penawaran tempat duduk penerbangan adalah terendah di antara ketiga-tiga negara itu iaitu 2.7 juta tempat duduk sahaja. Sehubungan itu, kementerian melalui Tourism Malaysia melaksanakan usaha berterusan melalui perkongsian pintar bersama syarikat-syarikat penerbangan termasuklah syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo yang mempunyai rangkaian penerbangan yang luas bagi membantu meningkatkan ketibaan bagi pasaran jarak jauh dan jarak sederhana. Kementerian akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi menggalakkan syarikat penerbangan tempatan untuk mewujudkan penerbangan terus dari Eropah dan Timur Tengah. Menjelang tahun 2020, kementerian telah menetapkan sasaran kedatangan pelancong sebanyak 30 juta orang dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion selaras dengan hasrat kementerian untuk melaksanakan kempen Visit Malaysia 2020. Dalam mencapai sasaran ini, kementerian telah merancang beberapa strategi utama iaitu: (i) Malaysia telah menjadi ITB partner country pada tahun 2019 yang baru-baru ini di Berlin, Jerman; (ii) kerajaan akan menyediakan geran sepadan atau matching grant sebanyak RM100 juta kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa; (iii) dana Tabung Pelancongan PKS yang bernilai RM500 juta akan disediakan oleh SME Bank di mana kerajaan akan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua percent sahaja; (iv) pelaksanaan sepenuhnya ataupun rolling out Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025 di mana 60 kluster ekopelancongan telah dikenal pasti di seluruh negara; dan (v) kerajaan juga akan mencalonkan lebih banyak tapak warisan yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO seperti taman hutan Selangor FRIM, Permatang Kuarza di Gombak dan Taman Negara Royal Belum di Perak. Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Anugerah yang diterima oleh Taiping dari Berlin itu merupakan satu kebanggaan kita bersama sebagai rakyat Malaysia dan anak Malaysia. Seperti yang sedia maklum, tahun hadapan iaitu tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Mohon nyatakan persiapan yang terperinci yang telah dirancang dan adakah Taiping turut terlibat dalam program tersebut? Terima kasih.
Kalau hendak jawab dalam masa dua minit memang tidak sempat tentang persiapan. Saya akan beri secara detil, secara bertulis. Walau bagaimanapun, memang Tourism Malaysia sekarang sedang melancarkan kempen untuk mencipta logo Visit Malaysia 2020 untuk menggantikan loga yang lama itu yang telah banyak dipertikaikan oleh orang ramai. Untuk tahun 2020, kita masih menggunakan tema ‘Malaysia, Truly Asia’ yang berlandaskan pelbagai kaum dan budaya negara kita dan menjadi unik di mata dunia. Kita juga akan memasarkan beberapa pasaran emerging market dengan izin, seperti China, India, Korea Selatan dan beberapa negara di Asia Barat seperti Arab Saudi dan UAE, selain memfokuskan kepada long haul market iaitu daripada Britain, Jerman, Perancis dan juga Australia. Selain daripada pelancongan antarabangsa, kita juga ingin menggalakkan pelawat daripada negara sendiri iaitu local tourism. Saya tidak ada detil terperinci tentang apakah rancangan yang kita akan adakan di Taiping, tetapi semalam saya sempat berjumpa dengan Exco Pelancongan Negeri Perak dan kami pun telah duduk bersama untuk berbincang bagaimana melonjakkan lagi sektor pelancongan di Taiping. Saya dapati ada satu projek di sekitar Taiping iaitu pembangunan ecotourism di Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Perak yang berdekatan dengan Taiping iaitu sebanyak RM1.96 juta untuk tahun ini. Sekian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, Kementerian Pelancongan menyasarkan kehadiran 26.3 juta pelancong untuk tahun 2019. Secara perbandingan antara Singapura, Thailand, Indonesia dan beberapa negara di rantau ini, Malaysia di kedudukan nombor berapa? Apakah kehadiran pelancong kita paling tinggi atau kita paling rendah dan sebagainya? Saya hendak dapat gambaran antara negara-negara di sekitar ini.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong. Sebenarnya mengikut jumlah kehadiran pelancong di Malaysia pada tahun 2018, kita mencatatkan 25.8 juta pelancong. Kita kedua di belakang Thailand yang mencatatkan 38 juta pelancong. Namun begitu, dari segi jumlah peningkatan daripada negara-negara ASEAN mencatatkan growth ataupun kenaikan seperti Vietnam sebanyak 19 percent, Indonesia sebanyak 12 percent, Singapura sebanyak enam percent dan Thailand sebanyak 7.8 percent. Ini menunjukkan bahawa negara-negara sekitar Malaysia menunjukkan kenaikan dari segi jumlah pelancong. Walau bagaimanapun kita masih lagi tahap kedua daripada jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia. Jadi kita cuma dari segi jumlah perbelanjaan, dari segi AMP, negara-negara seperti Indonesia dan Thailand ini ia melipatgandakan jumlah bajet sebanyak macam Indonesia sebanyak USD220 juta, Thailand sebanyak USD400 juta lebih dalam segi bagaimana mereka menarik pelancong-pelancong asing melalui digital campaigning atau digital marketing. So, pihak Tourism Malaysia sekarang meneliti dan ada beberapa plan untuk kita meningkatkan lagi seperti saya katakan tadi walaupun jumlah pelancong kita turun daripada medium-haul dan long-haul, kita mencatatkan kenaikan seperti pelancong daripada China. Dulu tahun 2017, sebanyak 2.2 juta. Pada tahun 2018 sebanyak 2.94 juta dan banyak lagi negara-negara dari medium-haul dan long-haul mencatatkan kenaikan. Cuma kita mencatatkan penurunan daripada negara Singapura dan Brunei sahaja. Sekian, terima kasih.
8. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan kos bayaran menunaikan haji bagi pengiring bakal haji yang berstatus uzur, mahram dan rayuan awal mengerjakan ibadat haji.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun. Harumnya bunga dihinggap rama-rama, Matahari pagi mula bersinar, Ibadah haji kepentingan kita bersama, Marilah kita bercakap benar. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, itu cara buat pantun Ayer hitam.
Macam warkah-warkah.
Itu belum keluar kakanda, adinda lagi itu. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua.
Warkah Córdova.
Terima kasih kerana membaca. Untuk makluman Yang Berhormat Dungun, semua jemaah haji muassasah yang menunaikan haji kali pertama layak untuk menerima bantuan daripada Tabung Haji termasuk pengiring dan mereka yang merayu bagi tahun ini. Okey ya? Makna adalah. Keputusan ini telah dimuktamadkan dan diumumkan pada 28 Februari 2019. Sudah announced pun. Kita sudah maklumkan. Selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan Tabung Haji bagi tahun 2019. Sehubungan itu, untuk menjawab soalan bayaran haji bagi jemaah haji muassasah termasuk pengiring dan rayuan yang layak menerima bantuan pada musim haji 1440 Hijrah adalah RM9,980. Sekian, Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih atas jawapan yang telah diberi. Jumlah kuota haji yang diterima oleh Tabung Haji biasanya dibahagikan kepada kuota pakej muassasah dan juga kuota di bawah pakej swasta. Jadi, adakah
pengagihan yang dibuat itu dikurangkan dari pakej muassasah menyebabkan masa menunggu yang ingin untuk menunaikan haji kali pertama itu agak lama. Jadi bagaimana pengagihan itu dibuat?
Terima kasih atas soalan tambahan. Kuota yang kita terima untuk tahun ini adalah 30,200. Dalam pembahagian kuota itu, kita akan menumpukan lebih kepada pakej muassasah sebab pakej muassasah ini layak untuk mendapat subsidi bantuan daripada Tabung Haji, manakala pakej swasta ini, bayaran untuk pergi haji dalam pakej swasta ini agak tinggi. Jadi kita mementingkan keperluan orang ramai termasuklah orang di Dungun. Kalau tanya pada saya berapa peratus atau berapa ribu kita bagi, saya tidak ada jawapan dia sekarang tetapi jikalau perlu, saya akan panjangkan kepada meja Yang Berhormat Dungun. Insya-Allah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, adakah terdapat sebarang perancangan pada masa akan datang untuk merombak ataupun mengkaji semula subsidi yang diberikan kepada jemaah haji ini. Adakah terdapat sebarang perancangan daripada pihak kementerian untuk berbincang dengan Kerajaan Arab Saudi bagi mengurangkan mana-mana kos terlibat secara langsung dengan Kerajaan Arab Saudi, sekali gus dapat mengurangkan kos per kepala bagi setiap jemaah haji? Terima kasih.
Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Parit kerana soalannya begitu relevan sekali dalam suasana Tabung Haji melalui proses pemulihan. Sebagaimana yang kita tahu, kemampuan ataupun istitha'ah itu adalah sebahagian syarat bagi kita melakukan haji. Maka salah satu makna kemampuan ialah dia berupaya ada kewangan untuk pergi ke haji. Maknanya kalau dia tidak cukup kos yang kita sebut hari ini tahun 2019 sebanyak RM22,900. Itu kos yang telah ditetapkan. Kalau tidak cukup, makna itu dia tidak mampu, Tuan Yang di-Pertua. Kita Tabung Haji selama 10 tahun kebelakangan ini membantu untuk mengurangkan beban mereka. Akan tetapi dari sudut keperluan fiqahnya, kalau ikut betul-betul dia hanya boleh pergi haji dalam keadaan dia termampu. Oleh kerana itu soalan Yang Berhormat Parit kami akan ambil sebagai satu perkiraan penting kerana kita tidak boleh berterusan begini dan kita akan memahamkan kepada para jemaah di masa hadapan bahawa ibadat haji itu perlu dilakukan dengan memakai kaedah istitha'ah ataupun kemampuan sekali gus mengurangkan bebanan kos yang kita makan hampir RM400 juta untuk menutup daripada tambah lagi RM12,920. Makna, para jemaah haji mereka selama ini RM9,980 tetap sahaja. Ia tidak naik dan ia tidak turun. Turun hendaklah kan? Akan tetapi yang kita ini sentiasa menanggung setiap tahun dan semakin bertambah kita punya tanggungan. Jadi, soalan tadi itu saya terima sebagai satu input yang baik yang kita akan ke depan ini memperkenalkan konsep istitha'ah itu bagi kita mengurangkan beban bantuan daripada pihak Tabung Haji. Terima kasih banyak.
9. Puan Noorita binti Sual [Tenom] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah inisiatif dan insentif yang ditawarkan kepada golongan belia dan lepasan sekolah yang ingin menceburi bidang TVET bagi menambah baik taraf kehidupan mereka.
Terima kasih. Kerajaan Pakatan Harapan serius dalam meningkatkan tenaga kerja kemahiran tinggi dan ini adalah sasaran utama mengikut unjuran di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas.
Antara inisiatif dan insentif yang ditawarkan untuk menggalakkan golongan belia dan lepasan sekolah supaya menceburi dalam bidang TVET bagi menambah baik taraf hidup mereka adalah melalui pertama, pelbagai inisiatif dan insentif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan, terutamanya untuk menggalakkan belia dan lepasan sekolah supaya menceburi dalam TVET. Pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) iaitu kaedah berorientasikan industri yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia. Pelatih yang menjalani 70 peratus latihan secara praktikal, hands-on di tempat kerja sebenar dan 30 percent lagi adalah latihan di institusi latihan bagi pembelajaran teori.
Program ini dikendalikan melalui usaha sama syarikat dan institusi latihan. Pelatih yang mengikuti Program SLDN berinsentif akan mendapat insentif sebanyak RM300 yang diberikan secara bulanan. Untuk rekod, sehingga Januari 2019 lebih 1,008 pelatih telah mengikuti program ini. Pelatih juga mempunyai peluang besar bekerja di tempat kerja tersebut sekiranya menunjukkan potensi dan kompetensi yang diperlukan oleh majikan. Selain dari itu, Program SLDN khas telah diwujudkan bagi membantu golongan yang ingin terus masuk ke pasaran pekerjaan. Sebagai tambahan, kerajaan telah mengiktiraf dan membuka peluang bagi calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh JPK dalam 66 bidang kemahiran tertentu untuk menyertai sektor awam sesuai dengan keperluan jabatan tersebut dalam melaksanakan skop fungsi bidang tugas yang diperlukan oleh perkhidmatan berkaitan. Ini adalah tarikan terbaru bagi belia untuk menceburi dalam kemahiran TVET sebagai pilihan utama. Secara kesimpulannya, pelbagai insentif dan inisiatif telah diperkenalkan kerajaan bagi membuka mata masyarakat untuk menyertai TVET. Pendapatan yang lumayan serta peluang pekerjaan yang luas adalah ganjaran utama kepada graduan-graduan TVET. Perlu kita ingat, untuk menjadi negara maju kita perlu membangunkan sebanyak yang mungkin tenaga kerja mahir berasaskan TVET yang menyokong pembangunan negara. Terima kasih.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Memang kita maklum akan kepentingan pendidikan TVET ini untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam pembaharuan ekonomi negara. Soalan tambahan saya ialah apakah mekanisme untuk memastikan golongan belia yang tergolong dalam B40 yang mana mereka ini kebanyakannya datang dari keluarga B40, diberikan ruang untuk memasuki bidang TVET dan memastikan mereka ini akan mendapat tempat dalam keperluan industri berasaskan TVET? Saya juga hendak tahu, setakat mana tenaga pakar yang sudah ada dalam memenuhi keperluan TVET ini? Apakah Kementerian bercadang untuk menambah lagi tenaga pakar TVET selaras dengan Pelan Induk TVET?
Terima kasih. Pertama, mengenai B40, betul kita ada bermacam-macam galakan diberi oleh kerajaan. Kita memberi tumpuan, itu lah sebab elaun diberi sebanyak RM300 sebulan kepada anak-anak kita yang ingin menceburi bidang TVET ini. Satu di antara perkara yang kita perlu ingat adalah di mana 94 peratus pengeluar yang dari TVET sudah sedia ada kerja. Bermakna, sasarannya sangat tinggi dan bagus dan enam peratus yang baki itu adalah orang yang tidak minat untuk bekerja atau telah beralih ke bidang yang lain. Ini adalah yang di kenal pasti oleh kerajaan. Mengenai tenaga pengajar, kita percaya bahawa perlu meningkatkan lagi taraf dan standard berkaitan. Kerajaan sedang mengambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Hari ini kita lihat Yang Berhormat, gejala sosial khususnya di kalangan belia India begitu berleluasa. Apakah rancangan kementerian untuk golongan tercicir, bukan mereka yang boleh memasuki TVET? Golongan tercicir yang tidak dapat meneruskan pendidikan, mungkin menamatkan pendidikan di peringkat darjah enam dan sebagainya. Jadi, apakah rancangan khas oleh kementerian? Rancangan-rancangan ini adakah akan memberi pendapatan yang lumayan, sustainable income? Kalau tidak, walaupun kita bagi latihan kemahiran, apabila latihan itu tidak memperoleh pendapatan yang lumayan, mungkin mereka akan kembali kepada gejala sosial. Maka, kita perlukan satu holistic approach untuk memastikan mereka memberi latihan kemahiran yang memberi sustainable income. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, pertama macam kerajaan dulu juga, kita ada masalah dengan ramai di antara anak-anak kita. Ini kesedaran yang kita perlu ada. Kedua, ada macam-macam inisiatif yang dibuat oleh macam-macam kementerian. Bukan sahaja Kementerian Sumber Manusia. Di mana perhatian diberi kepada golongan yang tidak ada peluang. Akan tetapi yang mustahak Yang Berhormat yang kita perlu ingat, bukan yang top 80 yang mustahak. Ramai di antara kita perlu fikir, the bottom twenty yang perlu diberi perhatian. Saya percaya macam Yang Berhormat pun tahu, Myskills Foundation memberi perhatian kepada the bottom twenty supaya mereka dapat mengatasi masalah yang unik kepada golongan ini. Ini adalah satu di antara di mana galakkan dan juga kerajaan memberi bermacam-macam pendekatan kepada anak-anak kita di sana. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, tambah sikit. Saya setuju Yang Berhormat. Akan tetapi hari ini masalah kita walaupun kita bagi latihan ini, tidak beri sustainable income. Mereka kembali dengan kos taraf hidup yang begitu tinggi. Jadi, mereka perlukan sustainable income. Terima kasih.
Bila kerja, mesti ada sustainable income lah. Itu yang mustahak. Kita yang menggalakkan. Macam TVET, 94 peratus yang keluar ada kerja. Galakan yang baru yang kita buat adalah short-term courses. Satu di antara saya belajar di HR, bila pergi ke Sabah, saya hairan di mana mereka ada training untuk membaiki telefon. Dalam tempoh enam minggu mereka boleh keluar dan mendapat kerja. Ini adalah satu suasana dan inisiatif yang baharu. Sustainable income adalah terpulang kepada mereka supaya mereka pergi kerja. Yang Berhormat pun tahu masalah yang kita hadapi, ramai di antara pekerja kita mengatakan bahawa tidak cukup pendapatan dan sebagainya. Kita memberi galakan-galakan yang seberapa yang boleh.
10. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [Ketereh] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sasaran kemasukan pelaburan asing pada 2019 ke dalam negara dan apakah usaha bagi mengembalikan kepercayaan para pelabur ke negara ini.
Terima kasih. Oleh kerana kesuntukan masa, saya terus kepada jawapan. Untuk makluman Yang Berhormat Ketereh, berdasarkan Laporan Pelaburan MIDA 2018 yang dilancarkan pada minggu lepas, 14 Mac 2019. Jumlah pelaburan asing yang diluluskan atau pun approve FDI, dengan izin, ke Malaysia pada tahun 2018 adalah RM80.5 bilion, berbanding dengan RM54.4 bilion pada tahun 2017 iaitu pertambahan sebanyak RM21.6 bilion atau 48 peratus. Daripada jumlah ini, RM26.5 bilion diluluskan dari bulan Januari hingga ke bulan Jun 2018 iaitu 33 peratus daripada jumlah yang diluluskan dan RM54.0 bilion diluluskan dari bulan Julai hingga Disember 2018 yang merupakan 67 peratus daripada jumlah kelulusan. Jumlah pelaburan asing yang diluluskan dalam sektor perkilangan atau pun manufacturing untuk tahun 2018 adalah RM58.0 bilion, berbanding dengan RM21 bilion pada tahun 2017. Ini juga merupakan pertambahan yang banyak, sebanyak RM36.4 bilion atau pun 169 peratus. Untuk tahun 2019, saya hendak makluman kepada Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, projek dalam perbincangan atau pun project in the pipeline, dengan izin, di sektor perkilangan dan juga perkhidmatan amat menggalakkan. Sehingga kini, MIDA telah mempunyai 399 projek perkilangan dan perkhidmatan dengan pelaburan berjumlah RM23.7 bilion. Ini adalah FDI dan juga DDI, tambah jumlah bersama yang masih dalam peringkat perbincangan. Saya rasa ini adalah satu permulaan yang baik. Kerajaan juga akan mengambil peluang ke atas implikasi trade war antara Amerika Syarikat dan China untuk menarik pelaburan asing. China merupakan rakan perdagangan utama di Asia Tenggara, termasuk sektor pelaburan dan juga pelancongan. Pengilang-pengilang dari China sekarang sedang meneroka peluang pelaburan di Asia Tenggara, termasuk Malaysia sebagai alternatif untuk menjalankan aktiviti pengeluaran mereka dan seterusnya untuk mengeksport keluaran tersebut ke negara-negara lain, termasuk Amerika Syarikat.
Pelabur negara China sudah mengenali Malaysia sekian lama kerana terdapat persamaan dari segi budaya, bahasa, suasana perniagaan dan Malaysia juga mampu menyediakan tenaga mahir tempatan berbanding negara-negara ASEAN yang lain. Sehubungan dengan itu, Malaysia menyasarkan untuk menarik pelabur-pelabur dari negara China dari sektor berteknologi tinggi, nilai tambah tinggi ataupun value added, berintensif modal ataupun capital intensive dan tidak mencemarkan persekitaran. Sekian, terima kasih.
Adakah kerajaan sedar dalam Laporan Outlook Ekonomi 2019 yang dibentangkan di Dewan ini, dua perkara yang penting dalam soal menarik pelaburan ialah prospek pertumbuhan sebenar dan juga yang berkaitan dengan soal level of confidence ataupun trust in the government. Kita tahu dari segi prospek ekonomi kita lihat equity market capitalization kita telah kuncup sebanyak kira-kira hampir RM200 bilion, kita tengok hutang negara kita meningkat melebihi RM700 bilion dan juga kita lihat bagaimana ekonomi kita hanya tumbuh pada kadar 4.7 peratus. Dari segi confident pula agak membimbangkan pagi ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut bahawasanya Menteri Kewangan tidak boleh dilantik untuk berunding dengan Kerajaan China kerana masalah kelayakan dan juga kerana soal keyakinan. Jadi soalannya, adakah Pakatan Harapan bercadang untuk menukarkan Menteri Kewangan bagi menyelamatkan ekonomi negara?
[Dewan riuh]
Tidak ada kaitan pun dengan soalan asal.
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma nak jawab sebegini. Saya yakin bahawa pelabur asing akan melabur di Malaysia dengan kadar yang lebih tinggi kerana Malaysia bukan lagi negara kleptocrat sebagaimana yang ada sebelum ini. Terima kasih. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak betulkan angka, angka pelaburan tidak betul.
Apa jawab macam itu? Jawablah profesional, macam itu standard Timbalan Menteri jawab kah?
RM80 billion is not...
Dengan itu selesailah sesi soal jawab.
Macam Yang Berhormat Pokok Sena juga!
RM80 billion is not correct, it’s all in RM31 billion, here is the figure.
[Dewan riuh]
Teruskan, teruskan. Sesi soal Jawab Lisan sudah habis, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan.
Okey, dah habis, dah habis.
Masa dah habis.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.
Jangan lari ya, jangan lari. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 21 Mac 2019.”
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda semasa membuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Keempat Belas”. [19 Mac 2019]
Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya Tuan Yang di-Pertua. Kalau sekiranya angka pelaburan asing yang dikatakan RM80 bilion itu tidak betul, boleh tarik balik tak? Minta dia tarik balik, mengelirukan Dewan, it is not a small matter, RM80 billion and RM31 billion.
Timbulkan dalam masa perbahasan, sekarang masa perbahasan.
No, kita minta dia tarik balik, bertanggungjawab.
Tariklah balik.
Saya ada statistik.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Ruling. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Yang Berhormat Pasir Salak pergilah ke MIDA punya website, check apa yang saya rujuk tadi.
Ini daripada ini?
Kalau dia tidak tahu bagaimana nak pergi website, suruhlah assistant dia.
Okey, we double check okey.
Download report itu, okey.
Bukan MIDA sahaja, MIDA is not the only source Tuan Yang di-Pertua.
Okey, double check, periksa dahulu.
MIDA is not the only source.
Apakah perangkaan yang tepat.
... And PH Government is always tipu, we cannot trust you.
Silakan Yang Berhormat Batu Kawan, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang untuk Batu Kawan membawa isu-isu kawasan Batu Kawan, isu-isu wanita, isu- isu kanak-kanak, OKU, anak muda serta isu-isu hak asasi manusia ke Dewan yang mulia ini
untuk merafak sembah menjunjung dan membahas Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, pada 9 Mac yang lepas, kira-kira seribu rakyat Malaysia warga marhaen telah mengambil bahagian dalam satu perhimpunan aman sempena Hari Wanita Sedunia yang menuntut untuk memerangi keganasan terhadap gender atau dengan izin, gender- based violence untuk memerangi perkahwinan kanak-kanak, hak wanita sebagai pembuat keputusan ke atas tubuh badan mereka sendiri dan untuk hak gaji sama rata dan hak gaji minimum RM1,800 termasuklah seruan untuk mengakhiri budaya patriarki dan untuk membina sebuah demokrasi yang sihat dan teguh berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, namun pihak penganjur berdepan dengan satu keadaan di mana mereka dipanggil untuk memberikan kenyataan di balai polis walaupun telah memberikan notis 10 hari kepada pihak polis walaupun pihak polis menafikannya. Mungkin pihak polis sebelum ini tidak arif mengenai Akta Perhimpunan Awam yang diluluskan pada zaman BN pada tahun 2012 selepas asakan daripada Pakatan Harapan untuk reformasikan pendekatan kerajaan yang diambil terhadap perhimpunan aman. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang menjunjung semangat kebebasan untuk berhimpun mengikut Perkara 10(b) dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan hak bagi semua warganegara untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan kebebasan juga kepada mana-mana pihak asalkan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang menyakiti hati mana-mana golongan atau kumpulan di Malaysia. Saya ingin membetulkan persepsi beberapa wakil rakyat di sini seperti Yang Berhormat Parit Sulong semalam yang telah menyatakan bahawa pihak penganjur Women’s March ataupun Himpunan Wanita ini tidak memberikan notis 10 hari kepada pihak polis. Ini tidak benar sama sekali kerana pihak penganjur memang telah memberikan notis tersebut. Untuk makluman Ahli Parlimen Parit Sulong juga, permit kebenaran diwajibkan di bawah Akta Polis dahulu, selepas Akta Perhimpunan Awam diperkenalkan maka tidak perlu permit daripada pihak polis pada masa permohonan dibuat dalam tempoh 10 hari, hanya notis untuk mengumumkan perhimpunan itu akan berlaku. Jadi janganlah melemparkan fitnah terhadap kumpulan wanita ini yang hanyalah menuntut hak wanita seperti anda dan saya untuk ditegakkan. Ia himpunan wanita dan bukannya himpunan mana-mana pihak yang kononnya dikatakan telah menganjurkan perhimpunan ini. Kita ada pendirian masing-masing mengikut budaya, agama dan latar belakang yang berbeza tetapi dalam Dewan yang mulia ini, kita semua adalah penggubal undang-undang yang akan meninggalkan impak yang mendalam sekiranya undang-undang yang draconian atau dengan izin ultra right-wing dibahas dan diluluskan yang jelas wajar ditentang dan tiada nilai mahupun tempat di Malaysia baharu ini.
Yang Berhormat Batu Kawan, saya mohon laluan.
Sekejap lagi, saya habiskan. Saya berharap pihak kerajaan akan mengambil kira dan meneliti tuntutan perhimpunan wanita bagi sambutan Hari Wanita Sedunia untuk kemaslahatan kaum hawa, struktur dan institusi keluarga serta bagi mengukuhkan jalinan anggota masyarakat. Maka kita harus berbahas mengikut kepercayaan dan mandat yang diberikan oleh rakyat dan bukanlah untuk skor dengan pengundi kita apabila balik kawasan nanti.
Yang Berhormat Batu Kawan.
Jadi saya ingin bertanya di sini, jika Akta Perhimpunan Awam ini akan dipinda dan jika ya, apakah semangat pindaan tersebut serta bilakah pindaan tersebut akan dibentangkan? Saya bagi Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Berhubung dengan isu perhimpunan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang menyatakan bahawa tiada permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sempena perhimpunan tersebut ialah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jadi, adakah Yang Berhormat Batu
Kawan hendak menyatakan kenyataan dikeluarkan oleh Menteri itu tidak benar? Terima kasih.
Yang Berhormat Batu Kawan, boleh sikit saja.
Sedikit, Yang Berhormat Bera.
Yang Berhormat, terima kasih. Kita tidak pernah bantah pun perhimpunan wanita dan kita sokong perhimpunan tersebut. Yang kita persoalkan perhimpunan LGBT. Saya hendak dapatkan pandangan Yang Berhormat, pendirian Yang Berhormat tentang perhimpunan LGBT tersebut.
Terima kasih, baik terima kasih Yang Berhormat Bera. Ia bukannya perhimpunan LGBT...
Yang Berhormat, sedikit saja Yang Berhormat, tambahan sedikit.
Saya nak teruskan, saya tidak ada masa.
Sedikit sahaja, sedikit sahaja Yang Berhormat, tambahan sedikit. Half-minute, half-minute.
Maaf, maaf Yang Berhormat.
Boleh? Setengah minit?
Okey, saya just mungkin nak jelaskan ia bukannya himpunan LGBT, ia adalah himpunan wanita tetapi mungkin ada rakan- rakan yang lain yang telah menyertai termasuklah golongan OKU sekali yang telah menyertai himpunan itu. Apa-apa pun saya akan biarkan Menteri untuk menjawab. Okey, terima kasih.
Yang Berhormat, sedikit saja Yang Berhormat, half-minute saja Yang Berhormat.
Maaf. Saya juga ingin memberi pencerahan termasuklah lemparan, tohmahan dan fitnah yang tidak berlandaskan fakta dan hanyalah bertujuan untuk mempopularkan diri segelintir Yang Berhormat, sekali gus terjatuh dalam perangkap muslihat parti yang lain untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan wakil rakyat dalam isu-isu yang mengetengahkan isu rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, dalam nafas yang sama saya ingin membangkitkan betapa pentingnya agenda wanita terutama sekali cadangan untuk menjenayahkan hendap atau dengan izin stalking. Sebanyak 9 daripada 10 wanita yang menjadi mangsa pembunuhan pernah menjadi mangsa penghendap dengan izin, victim of stalking. Apabila pihak lelaki ataupun wanita yang telah bercerai masih lagi fikir mereka masih ada kuasa ke atas kehidupan pasangan mereka. Masa itu lah stalking harus dijenayah kan. Sudah tiba masanya kerajaan Pakatan Harapan melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh kerajaan sebelum ini walaupun berkuasa lebih 60 tahun iaitu untuk menjadikan tindakan hendap itu atau stalking satu jenayah dan mewujudkan sama ada pindaan dalam Kanun Keseksaan atau pindaan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga atau satu akta baharu untuk tujuan ini. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, let’s show the critics out there how it’s done for the protection of men and women and the protection of family in terms of a criminalizing stalking. Pada masa yang sama, saya ingin menyeru kepada kerajaan untuk memansuhkan reservasi dengan izin reservation yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dan dalam CEDAW untuk memudahkan Akta Domestik, akta negara kita dipinda dan menggunakan best practices untuk melindungi kanak- kanak dan wanita. Tuan Yang di-Pertua, semalam kami telah dijemput menghadiri forum di Parlimen berhubung dengan kanak-kanak tanpa warganegara yang diberikan oleh The Voices of Children yang juga melihat pelancaran handbook bagi Ahli-ahli Parlimen mengenai isu-isu kewarganegaraan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang disempurnakan oleh Datuk V.K. Liew yang turut dihadiri oleh wakil dari UNHCR dan UNICEF. Mengikut statistik dan pembentangan oleh pihak The Voices of Children, masalah paling besar yang dihadapi oleh kanak-kanak tanpa kewarganegaraan adalah sikap prejudis
yang bercampur dengan kerenah birokrasi beberapa agensi-agensi kerajaan dalam KDN dan juga dalam Jabatan Kemasyarakatan. Saya akur bahawa pemberian kewarganegaraan merupakan anugerah yang tertinggi oleh mana-mana kerajaan. Namun di sini adalah tanggungjawab kerajaan untuk meletakkan kepentingan kanak-kanak itu pada tangga kepentingan yang tertinggi. Kanak-kanak dan bayi yang diambil sebagai anak angkat juga menghadapi isu yang rumit. Ingin saya cadangkan di sini agar anak angkat sekiranya salah seorang daripada ibu atau bapa merupakan seorang warganegara, maka pendaftaran boleh dibuat dengan JPN, sijil lahir baharu dikeluarkan, permohonan untuk kewarganegaraan dibuat oleh ibu bapa angkat dan seterusnya kewarganegaraan dapat diberikan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, apa akan berlaku sekiranya kanak-kanak itu menjadi kanak- kanak tidak sah taraf kewarganegaraan di Malaysia. Memandangkan kanak-kanak ini dengan izin, invisible atau tidak dapat dikesan oleh undang-undang negara. Maka kebarangkalian untuk menjadi mangsa eksploitasi adalah lebih tinggi. Akses kepada kemudahan kesihatan adalah terbatas atau tiada langsung. Akses kepada pendidikan yang terhad atau tiada langsung. Walaupun saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan di atas polisi untuk membenarkan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan untuk mendaftar di sekolah kerajaan. Namun wujud juga beberapa sekolah yang masih keras dan berdegil dan tidak membenarkan kanak-kanak untuk mendaftar di sekolah tersebut. Saya berharap pihak kementerian akan mengambil tindakan secepat mungkin ke atas mana-mana sekolah supaya perkara ini tidak berulang lagi. Kanak-kanak yang tiada kewarganegaraan juga berisiko tinggi kerana mereka ini tidak akan diberikan dengan izin, access to justice. Kenyataan ini boleh di dangkal oleh pihak kementerian. Akan tetapi dengan izin, the devil is in the details. Apabila kanak-kanak itu meninggal dunia, mayat kanak-kanak itu akan berada di mortuary sehingga lah satu masa kanak-kanak tersebut akan dikebumikan tanpa penghormatan sijil kematian atau dengan izin an official burial certificate. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan akan mengambil pendekatan secara fleksibel untuk kanak-kanak yang lahir kepada ibu bapa yang belum berkahwin berlandaskan Perlembagaan Persekutuan reformasi perundangan untuk memberikan hak kepada ibu yang melahirkan anak mereka di luar Malaysia, memberikan perlindungan sepenuhnya kepada kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat di mana salah seorang daripada ibu bapa mereka merupakan warga negara Malaysia atau pemegang status PR di mana pendekatan Jabatan Pendaftaran Negara bercanggah dengan Akta Anak Angkat 1952. Mengimplementasikan serta memperkukuh MOU di antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama dengan Jabatan Pendaftaran Negara di bawah KDN berhubung pendaftaran kanak-kanak dalam rumah perlindungan atau rumah anak yatim memandangkan mana-mana kanak-kanak yang tidak diambil sebagai anak angkat akan mengorak langkah memasuki dunia sebagai seorang dewasa yang berumur 18 tahun yang tiada taraf kewarganegaraan. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, if this goes on, we will be part of the problem and not part of the solution. Tuan Yang di-Pertua, saya juga merayu agar perkara tujuh dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak dari segi pengiktirafan ratifikasi Kerajaan Malaysia bahawa we remove the reservations from Article 7 on this Convention on the Rights of the Child supaya kanak-kanak dapat memperoleh kewarganegaraan di negara yang mereka lahir. Tuan Yang di-Pertua, pada hari Jumaat ini, seorang warganegara Malaysia, seorang anak Sarawak akan dihukum mati di Singapura di atas tuduhan membunuh di Singapura pada tahun 2015. Walaupun saya faham bahawa kedua-dua negara Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik seperti ahli keluarga. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Batu Sapi kerana beliau akan menulis surat kepada Presiden Singapura supaya Michael Garing tidak akan digantung pada hari Jumaat ini tetapi menjalani hukuman penjara seumur hidup. Pada masa yang sama, ingin saya juga mengetengahkan dua kes banduan akhir yang menunggu masa untuk dihukum gantung sementara permohonan pengampunan kepada Lembaga Pengampunan Selangor dipertimbangkan. Zulkarnain bin Alias dituduh pada tahun 2009 di atas satu kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 2002 dan sudah 17 tahun sebagai banduan akhir menunggu masa untuk dijatuhi hukuman gantung. Akan tetapi kes beliau dibumbui dengan keraguan. Si tertuduh utama dilepaskan dan menjadi saksi utama sedangkan dialah yang merancang dan satu-satunya orang yang mengenali mangsa. Tertuduh yang keempat telah
dibebaskan tanpa membela diri walaupun terlibat dalam memukul mangsa tanpa sebarang pertuduhan. Anjing pengesan mengesan menjejaki pembunuh sebenar. Akan tetapi bukti tersebut tidak dipedulikan oleh hakim perbicaraan pada ketika itu yang jelas reasonable doubt yang ditimbulkan sendiri oleh pihak pendakwa. Tarikh dan waktu kejadian dalam pertuduhan tidak sama dengan tarikh dan waktu kematian tersebut dan banyak isu yang timbul. Namun tidak diambil kira juga. Kes ‘Miden’ seorang banduan akhir juga yang sedang menjalani hukuman gantung selama 12 tahun. Yang peliknya yang dikatakan dibunuh masih hidup lagi dan daripada empat orang yang telah dituduh, hanya ‘Miden’ sahaja yang dijatuhkan hukuman gantung ini. Jelas isunya adalah dengan izin, criminal justice system di Malaysia ini tidak membenarkan satu-satu kes dibuka semula walaupun wujud bukti dengan izin, miscarriage of justice. Dalam filem menunggu masa terbitan peguam Syarif Razak dan Sera Sasya Abu Bakar menunjukkan percanggahan dalam bukti dan kenyataan saksi. Namun ‘Miden’ masih dikambinghitamkan. Seorang peguam jenayah, Suzana Ujen Norlihan dalam satu forum berhubung hukuman gantung telah bertanyakan kepada audience pada masa itu sekiranya ahli keluarga anda dirogol dan dibunuh, bolehkah hukuman gantung digunakan ke atas pemangsa? Semua peserta telah mengangkat tangan tanda sokong. Soalan kedua, jika yang didapati bersalah dan telah dijatuhkan hukuman gantung itu ahli keluarga sendiri, maka adakah anda menyokong keputusan ini. Tiada satu pun tangan yang diangkat tanda menyokong. Saya tidak salahkan sesiapa dan semua yang ada di sini bebas untuk berpendapat berlainan. Akan tetapi ini adalah sikap manusia. Namun saya harus mengucapkan syabas juga kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang berani untuk memansuhkan hukuman gantung mandatori sekali gus memberikan kuasa dan budi bicara pada hakim dan mahkamah untuk menggunakan kuasa mereka. Perkara ini tidak dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional melainkan untuk banduan di bawah seksyen 39B iaitu jenayah mengedar dadah yang dipinda pada tahun 2017. Saya berterima kasih juga kepada Kerajaan Pakatan Harapan di atas dasar moratorium untuk tidak menghukum hukum mati banduan akhir. Satu langkah yang berani dan berlandaskan perkara 5(1).
Yang Berhormat Batu Kawan. Minta celah.
Maaf saya tiada masa. Berlandaskan perkara 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan darinya kecuali mengikut undang-undang dan undang-undang Malaysia digubal mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan. Harus kita ingat juga bahawa hukuman gantung ini adalah salah satu tinggalan penjajah British di Tanah Melayu. Walhal mereka sendiri juga hari ini tidak mengguna undang-undang ini. Mengapa Malaysia perlu berpegang pada undang-undang tinggalan penjajah ini. Saya wrap up Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan isu graduan pendidikan yang kini menganggur khususnya yang mengambil major bahasa Tamil dan bahasa Cina. Dalam isu sekolah Tamil, wujud kekurangan guru-guru sekolah Tamil dan dalam sesetengah sekolah menengah hanya mempunyai seorang guru bahasa Tamil untuk mengajar semua tingkatan.
Pada masa yang sama, wujud juga guru opsyen yang mengajar bahasa Tamil di sekolah menengah tersebut. Walaupun ini satu perkara yang bukan satu isu yang besar, namun bagi graduan yang memperoleh ijazah major bahasa Tamil, sukar untuk mendapat posting. Masalah ini ditambah lagi apabila Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menjalankan panggilan untuk temu duga bagi graduan yang mempunyai major dalam bahasa Tamil hanya dua tahun sekali. Ini menyebabkan graduan major Tamil ini sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain dan tidak dapat memasuki sekolah swasta sebagai guru bahasa Tamil. Saya berharap pihak KPM dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, sama ada membenarkan graduan ini terutama sekali dari UPSI untuk dibenarkan memohon untuk pekerjaan di agensi kerajaan lain seperti penterjemah di mahkamah, guru tuisyen atau dari segi pentadbiran, untuk juga meningkatkan kekerapan panggilan temu duga untuk placement mereka. Tuan Yang di-Pertua, pada nafas yang sama, saya ingin juga bertanyakan berhubung dengan status pembinaan SJK(T) Sungai Bakap...
Sila menggulung Yang Berhormat.
Baik. Yang dari zaman BN tidak dibina-bina dan juga berapakah peruntukan yang telah diberikan untuk SJK(T) Ladang Valdor yang melihat sebuah blok baharu selepas Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan telah memberikan tanah kepada sekolah itu yang tidak dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya ini dengan menyatakan bahawa dengan izin political will yang saya lihat dalam Kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah saya lihat dalam kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dan ini merupakan tunjang untuk perubahan reformasi dari segi reformasi Parlimen, reformasi semua undang-undang di negara kita, our, dengan izin the way we approach issues, it is the political will with Pakatan Harapan that is going to lead Malaysia to become the Tiger of Asia in the near future. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya dengan menyokong Titah Tuanku. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Cameron Highlands. Semoga membawa suara orang asal. Sila, 20 minit.
Bismillahir Rahmanir
Selama15 minit, saya perbetulkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Untuk makluman Dewan, ini merupakan ucapan pertama di dalam Dewan Rakyat oleh seorang Orang Asli di Malaysia. [Tepuk] Iaitu wakil rakyat yang dipilih oleh penduduk Cameron Highlands secara undian. Pohon ia direkod sebagai satu titik sejarah Parlimen Malaysia. Sebelum saya meneruskan kepada inti pati kepada ucapan saya, pohon Dewan yang mulia ini mengimbas kembali kepada Perlembagaan Malaysia, asas pembentukan negara Malaysia dengan izin our Constitution. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Perkara 160 iaitu tafsiran bagi Perlembagaan Malaysia, Orang Asli bermakna erti Orang Asli Tanah Melayu. Perkara 8. Kesamarataan. Ia menyebut semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, sila lihat perkara 8(5) yang menyatakan perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan Orang Asli Tanah Melayu, termasuk perizaban tanah atau perizaban bagi orang asli sesuatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam. Pada pendapat saya adalah jelas semasa Perlembagaan Malaysia ini digubal, penggubal-penggubal telah mengambil kira kepentingan dan kebajikan masyarakat Orang Asli Semenanjung iaitu wajib dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah tanpa dolak-dalik dan dengan izin, it is a statutory duty that the government looks after the welfare and well- being of the Orang Asli. Hatta, atas premis ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atau dahulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ditubuhkan dan sebahagian jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam di-reserve-kan untuk Orang Asli, it is stated in our Constitution, dengan izin. Manakala sepatutnya berpandukan kepada perkara 8(5)(c) Perlembagaan ini, kerajaan negeri sama ada pembangkang ataupun yang diperintah oleh Pakatan Harapan tidak sepatutnya menghadapi apa-apa masalah di dalam isu kemelut tuntutan tanah oleh masyarakat Orang Asli. Sama ada di bawah subjek tuntutan tanah adat, kerana undang- undang tinggi negara ada memberi ruang kepada kerajaan negeri berbuat sedemikian asalkan berpatutan. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga saya yang mewakili masyarakat Cameron Highlands, khususnya Orang Asli Semenanjung Malaysia yang menyokong saya, merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang lepas atas jasa dan
budi yang tidak terhingga dalam menjaga pembangunan dan kemajuan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
[Dewan tepuk]
Hanya Allah juga dapat membalas jasa tersebut. Jasa Kerajaan Barisan Nasional dahulu tidak dapat dilupakan oleh masyarakat Orang Asli kerana ia memperkasakan JAKOA dan institusi Tok Batin, mengutamakan kemajuan pendidikan untuk masyarakat Orang Asli. Di antara lain juga, memperkasakan pasukan bersenjata Senoi Praaq, lambang perjuangan dan kegagahan masyarakat Orang Asli. Begitu juga prihatin dan memberi ruang serta membantu begitu luas untuk kemajuan ekonomi masyarakat Orang Asli. Bak pepatah Melayu; “Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama”. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu. Namun jika terdapat kelompangan, kekurangan dan ketidaksempurnaan, iaitu menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada Kerajaan Baharu Pakatan Harapan. Untuk menyempurnakan dan melaksanakan agenda memajukan masyarakat Orang Asli dengan lebih gigih serta pencapaian hendaklah melebihi apa yang telah dicapai oleh Kerajaan BN dahulu. Usah dicari pelbagai alasan, helah dan memungkiri janji demi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh masyarakat Orang Asli. Jangan sesekali mengabaikan mereka. Ingat, tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat berketurunan Orang Asli ialah termaktub secara perundangan di bawah Perkara 8(5)(c), Perlembagaan Malaysia. Ia tidak boleh dolak-dalik atau dikompromi. Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku juga berharap kerajaan ini akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian, cabaran-cabaran bagi kebaikan, kesejahteraan rakyat dan negara.
Mohon mencelah sedikit Tuan Yang di- Pertua.
Sila Yang Berhormat Rompin.
Silakan.
Apa pandangan Yang Berhormat apabila meletakkan Jabatan Kemajuan Orang Asli di bawah Jabatan Perpaduan, sedangkan JAKOA ini sepatutnya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang lebih, dengan izin associate with keperluan-keperluan Orang Asli. Ini menggambarkan seolah-olah Orang Asli ini tidak berpadu lagi, diletak di bawah Jabatan Perpaduan, bukan di bawah Pembangunan Luar Bandar. Apa pandangan Yang Berhormat?
Menjawab soalan tersebut, saya secara peribadi memohon sekiranya JAKOA ini dikembalikan kepada Jabatan Kemajuan Luar Bandar, [Tepuk] kerana mereka adalah lebih emphasis kepada kemajuan. Saya teruskan ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu memajukan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, JAKOA telah berjaya menempatkan ramai pelajar Orang Asli di IPTA sehingga kini. Lebih 900 pelajar Orang Asli di IPTA dan 87 orang di luar negara dengan pengkhususan pelbagai bidang pengajian. Usaha ini hendaklah dipertingkatkan lagi agar lebih ramai pelajar dari kalangan masyarakat Orang Asli boleh melanjutkan pelajaran di IPTA, terutamanya di UiTM dan IPTA yang lain dengan cara memberi laluan keutamaan khas untuk pelajar masyarakat Orang Asli melanjutkan pelajaran di IPTA. Seperti mana kerajaan sedia maklum, salah satu aspek yang boleh menggagalkan usaha ialah kekurangan peruntukan bagi menaja pelajar-pelajar Orang Asli ini. Selain itu ia mengakibatkan terbantut perancangan JAKOA di dalam merealisasikan matlamat meramaikan pelajar Orang Asli di IPT. Perspektif lain dalam isu kewangan ini adalah kerenah birokrasi dalam menyalurkan dan meluluskan biasiswa, bagai tuntutan kewangan di dalam menaja pelajar-pelajar ini. Terdapat kelambatan biasiswa atau bantuan kewangan lewat dibayar dan ini menjejaskan tumpuan para pelajar yang sedang belajar.
Bayangkan, dua atau tiga bulan baru dapat biasiswa dan ada yang dimaklumkan terkini, selama empat bulan still belum diterima. Kita sedia maklum, purata masyarakat Orang Asli ini tergolong di dalam kategori miskin tegar terutama dari kawasan pedalaman. Dengan
itu, secara automatik tidak mampu membiayai pendidikan tinggi anak-anak mereka. Disebabkan kelewatan sebegini juga mengakibatkan kebanyakan mereka terpaksa belajar malah terpaksa meminjam duit dari kawan-kawan untuk survive, dengan izin, di universiti. Saya khuatir pelajar-pelajar ini akan meninggalkan universiti jika tidak mampu bertahan. Jika di kampung mereka cukup makan walaupun tidak senang, namun, di universiti ia adalah sangat berbeza. Untuk makluman Dewan, semalam, semasa saya di dalam Dewan saya menerima WhatsApp, mesej dari seorang Orang Asli yang menjalani perusahaan bas pengangkutan murid-murid sekolah Orang Asli yang mengatakan beliau sudah tiga bulan dan kini sudah memasuki empat bulan tidak menerima pembayaran upah untuk kontrak perkhidmatan tersebut daripada JAKOA. Maklum balas yang diperoleh daripada beliau JAKOA belum menerima peruntukan daripada Kementerian Kewangan. Perkara ini berlaku di seluruh negara. Apakah yang difahami dari beliau, perkhidmatan ini akan mereka hentikan disebabkan ketiadaan wang pusingan perniagaan yang akan mengakibatkan anak-anak Orang Asli tidak pergi ke sekolah. Saya memohon Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan menyediakan juga bantuan kewangan persediaan bagi para pelajar Orang Asli sebelum mendaftar dalam bentuk cash term, dengan izin, banyak perkara yang hendak dibayar, hendak buat medical checkup, contohnya, kena bayar RM100 hatta medical checkup yang di buat di Hospital Gombak, Orang Asli pun kena caj. Kos pengangkutan pergi balik ibu bapa hantar anak-anak belajar, kos asrama, serta kos tempoh menunggu biasiswa tertentu. Saya berharap, bantuan persediaan disediakan untuk mereka sama ada dari bentuk wang atau benda. Bantuan ini juga mohon dipanjangkan juga kepada pelajar sekolah-sekolah menengah dan rendah dalam bentuk berpatutan. Barisan Nasional sebelum ini telah meluluskan peruntukan RM3,000 bagi setiap pelajar untuk persediaan belajar ke universiti. Saya berharap kerajaan hari ini dapat menyemak semula kos ini supaya dapat membantu pelajar-pelajar Orang Asli terutama di luar bandar. Saya mencadangkan satu sistem kewangan khas belanja wang bagi menyediakan cash term bagi membantu pembiayaan awal sebelum biasiswa. Ini kerana, ada kes pelajar Orang Asli hanya datang sehelai sepinggang melaporkan diri di universiti. Isu ekonomi. Pada bulan Mei 2018 yang lalu, harga komoditi sawit sekitar RM450 setan. Berikutan itu, pada bulan Ogos ia telah jatuh ke paras RM350 setan. Harga getah pada tahun 2018 adalah sekitar RM2.10 dan kini telah jatuh lebih rendah daripada itu. Berdasarkan senario ini harga komoditi tersebut akan terus merudum bergerak menjajar kepada yang lebih rendah. Kenaikan komoditi berharap akan membantu masyarakat luar bandar dan Orang Asli yang rata-rata adalah pekebun kecil. Harapan meningkat harga komoditi kita ini hanyalah tinggal harapan buat seketika ini. Dengan itu, saya memohon bagi pihak masyarakat luar bandar dan Orang Asli khususnya agar kerajaan prihatin akan kesusahan yang dihadapi oleh mereka dan membantu memulihkan harga pasaran komoditi ini yang mempunyai impak survival seharian pada masyarakat Orang Asli. Isu infrastruktur jalan, kemudahan asas dan perumahan. Pembangunan infrastruktur terutama jalan amat penting bagi pembangunan kawasan-kawasan perkampungan Orang Asli dan luar bandar. Ia amat perlu, maka dengan itu saya sarankan kerajaan membaik pulih jalan yang sedia ada serta membina laluan baharu dengan matlamat menyambung jalan ini ke Gerik utama jalan raya. Bagi perspektif pembinaan rumah untuk rakyat termiskin adalah disarankan rumah usang yang sedia ada diperbaiki dan menambah bina rumah baharu bagi menampung penambahan keluarga secara percuma. Meluaskan sambungan dan bekalan air dan elektrik secara percuma ke kawasan pedalaman yang mempunyai laluan jalan bagi memastikan masyarakat Orang Asli menikmati kemudahan asas. Keempat, isu tanah dan kawasan Orang Asli. Saya memohon agar kawasan perkampungan Orang Asli diwartakan secepat mungkin mengikut peruntukan Akta 134 Orang Asli atau di bawah Kanun Tanah Negara untuk memastikan kepentingan Orang Asli dilindungi dan apa-apa kos di dalam pengurusan pewartaan tanah ini ditanggung oleh kerajaan. Manakala dalam isu tuntutan tanah adat Orang Asli yang banyak diperkatakan ketika ini dicadangkan satu jawatankuasa khas dibentuk oleh kerajaan dengan melibatkan sekali kerajaan negeri berserta lain-lain stakeholder yang berkaitan bagi membincangkan penyelesaian yang sesuai, serta berpatutan, bermatlamat win-win situation kepada semua pihak. Kelima, mengkaji semula Akta Orang Asli. Akta ini telah lama digubal dan adalah perlu dikaji semula bagi tujuan menangani isu-isu semasa yang semakin kompleks bagi
melindungi kepentingan masyarakat Orang Asli. Seksyen baru dan pembinaan undang- undang adalah relevan mengikut peredaran masa. Disarankan, kerajaan berbuat demikian secepat mungkin. Dicadangkan juga, perkara kepentingan Orang Asli diletakkan di bawah concurrent list Perlembagaan Persekutuan. Ini di mana, tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Keenam, bagi belia masyarakat Orang Asli yang tidak baik pencapaian atau excel dalam pendidikan akademik, ruang latihan vokasional hendaklah disediakan oleh kerajaan sebagai skill untuk mereka mencari pekerjaan dalam... [Disampuk]
Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Cameron Highlands, Sungai Petani.
I ada short sahaja ini.
Okey, sila.
Ruang dan kemasukan ke institusi kemahiran vokasional hendaklah diberikan keutamaan kepada golongan belia Orang Asli bagi menambah nilai marketability mereka dalam persaingan mencari pekerjaan. Ketujuh, pelan strategik. Satu kerangka pelan strategik perlu direncanakan oleh kerajaan dan dilaksanakan bagi matlamat membawa Orang Asli keluar dari kancah kemiskinan tegar. Ia hendaklah dirangka bagi mencapai sekurang-kurangnya lima tahun ke hadapan. Pelaksanaannya hendaklah dipantau dan di bicara serta dilaksanakan agar pencapaian adalah optimum dengan mengambil kira pegawai-pegawai kerajaan yang diamanahkan dan tugas hendaklah ditempatkan di JAKOA yang mempunyai tahap integriti tinggi dan berdedikasi. JAKOA hendaklah diperkuat dan diperkasakan dengan cara penambahbaikan dari perspektif struktur organisasi peningkatan peruntukan kewangan dan tambah nilai tenaga pekerja yang berintegriti, telus dan berdedikasi bagi mencapai objektif utama untuk kesejahteraan, kemajuan, kebaikan masyarakat Orang Asli. JAKOA juga jangan dijadikan port dan juga cold storage bagi pegawai perkhidmatan awam yang bermasalah agar tidak menggagalkan objektif murni penubuhan JAKOA disebabkan sikap individu tersebut. Disarankan juga jumlah Orang Asli yang berkhidmat di dalam JAKOA ditambah kerana pada dasarnya mereka lebih memahami aspirasi Orang Asli.
Ya, sila menggulung Yang Berhormat Cameron Highlands.
Jumlah kakitangan bagi perkhidmatan juga yang berketurunan Orang Asli hendaklah ditingkatkan jumlahnya sebagai aspirasi mencapai matlamat Perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan. Sikit masa, Tuan Yang di-Pertua. Kelapan dan terakhir, isu kesihatan masyarakat Orang Asli. Adalah disarankan Kementerian Kesihatan menaik taraf Hospital Orang Asli Batu 12 Gombak dinaiktarafkan dari segi pembangunan infrastruktur, peralatan, perkhidmatan kepakaran perubatan. Disarankan juga, pelantikan ahli lembaga penjawat hospital tersebut terdiri juga dari masyarakat Orang Asli yang mengetahui dan mengambil budaya hidup masyarakat tersebut agar nasihat yang tepat dapat diberikan. Saya menggulung, akhir sekali, saya menyokong dan Menjunjung Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga mendoakan semoga negara kita sentiasa aman dan damai, rakyat sentiasa dipelihara Ya Allah dengan kesihatan yang baik kepada semua pemimpin yang terkini dan terdahulu supaya terus memimpin negara dengan berintegriti, bersatu padu dan saling menghormati. Sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar perkara ini disampaikan oleh saya pada hari ini harus diberikan perhatian serius kerajaan memerintah agar Malaysia terus maju, makmur dan rakyatnya terus berterusan dengan baik terutamanya masyarakat Orang Asli. Sekian, terima kasih.
Penjelasan sikit, penjelasan sikit.
Terima kasih, Yang Berhormat Arau masa sudah tamat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya, sila.
Salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk berbahas di dalam Dewan yang mulia ini ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menekankan tentang perlunya kita untuk membina consensus dalam Dewan yang mulia ini. Bagi rakyat di luar yang telah membawa kita Ahli-ahli Dewan ke sini mereka mahukan perbahasan yang produktif yang dapat menghasilkan buah fikiran yang membawa manfaat dalam menambah baik dasar dan kehidupan seharian mereka. Saya fikir kita perlu berfikir tentang cara untuk mencari titik pertengahan dan persamaan antara kita semua. Saya juga menyokong penuh pendapat Yang Berhormat Batu Kawan tentang perhimpunan wanita dan kebebasan berhimpun. Dalam perbahasaan ini, saya ingin tekankan beberapa isu yang saya rasa boleh diangkat oleh pelbagai kementerian- kementerian.
Saya percaya bahawa Kerajaan Pakatan Harapan ialah kerajaan yang memegang aspirasi rakyat sebagai terasnya. Aspirasi ini merangkumi usaha reformasi yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan untuk menyusun atur institusi-institusi negara, mengembalikan check and balance dalam tadbir urus negara dan mencegah rasuah serta menghukum sesiapa yang mendiskriminasikan hak rakyat. Oleh itu, usaha seperti Pelan Pencegahan Anti Rasuah, penubuhan select committee di Parlimen serta perancangan kerajaan untuk memperkenalkan Financial Procurement Act, dengan izin, Penubuhan IPCMC, Tribunal Diraja berkenaan Sistem Kehakiman adalah selaras dengan usaha kita untuk merakyatkan institusi dan memulihkan integriti institusi kerajaan. Namun, kehendak rakyat yang paling mendesak ketika ini adalah aspirasi ekonomi yang telah disebutkan oleh rakan-rakan Ahli Parlimen. Apa yang kita kurang adalah naratif dan wawasan jangka masa panjang untuk mengembalikan keadilan ekonomi supaya kesannya boleh dirasai oleh setiap keluarga, berbilang kaum seluruh Malaysia. Keadilan ekonomi sebenarnya memainkan peranan penting dalam Human Rights Framework, dengan izin. Misalnya, SDG adalah salah satu instrumen human rights yang digalakkan oleh United Nations dan juga Malaysia dan mengiktiraf bahawa isu kemiskinan adalah isu cross-cutting, dengan izin, dengan pendidikan, kesaksamaan gender, ketidakseimbangan ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, untuk menyelesaikan isu kemiskinan, kita perlu menggunakan intersectional framework untuk melonjakkan perbincangan mengenai kemiskinan dan keadilan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi kerana semua ini saling berhubung kait. Kita perlu bertanya adakah hak asasi manusia sejagat dicapai di Malaysia sekiranya kanak-kanak mengalami pertumbuhan terbantut akibat kelaparan? Adakah hak asasi manusia sejagat dicapai sekiranya penyertaan wanita dalam tenaga kerja hanya 54 peratus? Adakah hak asasi manusia terpelihara sekiranya terdapat keluarga yang tidak mampu untuk menampung kos rawatan di klinik dan hospital? Baru-baru ini KWSP telah menggariskan pendapatan minimum bagi memperoleh kehidupan yang selesa dan bermakna. Ini bermaksud bahawa setelah menyelesaikan perbelanjaan keperluan hidup, individu atau keluarga tersebut masih mempunyai dana untuk turut serta dalam kehidupan bermasyarakat dan berdemokrasi. Contohnya, bagi seorang individu bujang, gaji minimum yang kira ialah RM1,875 manakala bagi sebuah keluarga yang mempunyai dua anak, gaji minima sebenarnya ialah RM6,620. Inilah yang dimaksudkan sebagai living wage, iaitu tahap pendapatan yang membolehkan seseorang atau sekeluarga itu hidup bermartabat. Ini juga adalah sebahagian daripada hak asasi manusia. Ada beberapa pencapaian yang sememangnya boleh dibanggakan kerajaan. Contohnya, kutipan SST juga mencecah RM5.4 bilion melebihi sasaran kerajaan melebihi sasaran kerajaan iaitu RM4 bilion. Inisiatif mesra rakyat seperti bantuan sara hidup, food bank, rebat elektrik dan sebagainya sedang giat dijalankan. Namun, keadilan ekonomi yang sebenar hanya boleh dicapai sekiranya kerajaan merancakkan usaha untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi. Kita perlu mengambil pendekatan...
Yang Berhormat.
...Hak asasi manusia yang lebih menyeluruh iaitu berpandukan realiti pelbagai dimension (multidimensional)… [Disampuk]
Food, food bank ini, food bank.
Dan substantive equality dan bukan sekadar formal equality, dengan izin. Saya berulang lagi dan berharap Menteri Hal Ehwal Ekonomi boleh mempertingkatkan...
Yang Berhormat Petaling Jaya minta untuk mencelah...
Indeks...
Sikit.
Sekejap. Perbincangan mengenai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (Multidimensional Poverty Index) dan mengkaji semula garis kemiskinan RM900 yang sudah terlalu outdated. Seterusnya, kita juga perlukan pendekatan percukaian yang lebih progresif sekiranya agenda kemakmuran bersama dapat direalisasikan. Kementerian Kewangan harus berfikir cara untuk merombak sistem percukaian untuk lebih memihak rakyat kebanyakan dan pada masa yang sama mengimbangi hak semua golongan. Silakan.
Silakan, Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya tertarik tentang food bank tadi. Bank makanan. Saya cuma hendak tahu dari segi pelaksanaan program ini, berapa peratus rakyat Malaysia yang menikmati? Apakah hanya pada nama tapi nikmatnya tidak diperoleh oleh semua? Di tempat saya tidak ada. Saya rasa di Pontian juga tidak ada.
Tidak ada.
Banyak tempat tidak ada. Siapa yang dapat manfaat tadi? Berapa peratus rakyat Malaysia dapat di program-program yang terbaru yang kerajaan buat.
Ya, silakan.
Terima kasih atas soalan. Saya rasa Menteri boleh jawab itu soalan. Saya teruskan ya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan kerisauan saya berkenaan modul ekonomi yang ingin dibina oleh Malaysia. Pada tahun 80-an, terdapat banyak tekanan untuk penswastaan dan menggunakan, mengguna pakai modul ekonomi non-liberal disebabkan prestasi GLC yang lemah. Hal ini bertentangan dengan prinsip pembangunan ekonomi yang dipacu oleh kerajaan iaitu state-led economic development, dengan izin yang boleh dikaitkan dengan Modul Ekonomi Keynes. Kini kita perlu berdepan dengan dua persoalan asas berkenaan dengan modul pembangunan ekonomi kita. Pertama, memandangkan penswastaan diangkat sebagai penyelesaian unggul bagi masalah ekonomi kita, adalah wajar untuk memastikan proses ini telus dan tidak disalahgunakan untuk memanfaatkan hanya sesetengah pihak. Kita perlu belajar daripada sejarah. Kerajaan harus menyediakan senarai GLC yang telah diswastakan pada tahun 80-an dan 90-an yang boleh dianggap sebagai satu kejayaan. Hal ini penting kerana berdasarkan pemahaman saya, banyak syarikat-syarikat swasta terpaksa diambil alih oleh kerajaan dengan kos yang tinggi setelah krisis kewangan 1997. Antaranya ialah MAS. Oleh itu, cadangan untuk merancakkan penswastaan perlu dipertimbangkan semula dan kita perlu berhati-hati. Kedua, kita perlu mendapat penerangan daripada Yang Amat Berhormat Langkawi berkenaan GLC manakah yang bakal diswastakan secara penuh dan adakah divestment tersebut memang boleh membantu mengurangkan beban jumlah penjawat awam yang terlalu banyak? Adakah ini bermaksud untuk menjual GLC yang tidak berprestasi tinggi ataupun lame duck atau adakah divestment hanya dengan GLC yang menguntungkan seperti CIMB dan IHH Healthcare? Malah memang pelaburan di syarikat-syarikat ini telah mula ditarik keluar. Siapa pula yang mempunyai keupayaan kewangan untuk mengambil alih syarikat ini dan bagaimanakah penswastaan boleh memanfaatkan Bumiputera? Adakah langkah ini hanya akan menguntungkan golongan lima peratus teratas? Bagaimanakah langkah ini akan menguntungkan golongan B40 yang amat memerlukan sokongan kerajaan?
Saya mencadangkan bahawa sekiranya kita mempunyai GLC yang berprestasi tinggi, kita sepatutnya menggunakan mereka sebagai platform untuk meringankan beban ekonomi negara. Contohnya, GLC boleh menjadi teladan bagi syarikat lain dengan memastikan pekerjanya dibayar gaji yang setimpal dan nisbah gaji pekerja dan CEO dikekang supaya jurang tidak meningkat terlalu tinggi. Malah. sekiranya GLC boleh dikekalkan dalam pegangan kerajaan, saya mencadangkan untuk menjalankan kajian untuk menilai bagaimana prestasi boleh dikekalkan ataupun ditingkatkan.
Syarikat-syarikat ini sepatutnya menjadi model syarikat yang berusaha untuk meningkatkan produktiviti dan memberi perkhidmatan berkualiti tinggi di samping mengekalkan harga di paras rendah untuk membendung peningkatan kos sara hidup. Saya ingin mencadangkan bahawa bagi GLC yang mempunyai prestasi yang lemah, kerajaan wajar meneruskan rancangannya untuk menarik balik pelaburan usaha sama joint venture dengan syarikat swasta dan berkongsi keuntungan melalui usaha tersebut. PROTON ialah contoh GLC yang telah melalui proses tersebut dan kini sedang mengalami satu kebangkitan semula. Perodua juga merupakan contoh yang baik. Kerajaan mempunyai pelaburan yang tinggi tetapi kepakaran disediakan oleh syarikat-syarikat swasta. Sama seperti GLC yang merugikan namun masih mempunyai potensi seperti Benta Wawasan, MAS dan FELDA adalah wajar untuk kerajaan berfikir tentang mekanisme untuk memulihkan profesionalisme pengurusan supaya mereka boleh berfungsi dengan lebih efektif dalam pasaran. Di bawah struktur GLC juga, terdapat badan-badan berkanun yang memainkan peranan penting dalam memupuk pembangunan industri desa. Hal ini jelas terutama di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Badan-badan berkanun ini sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting dalam research and development untuk meningkatkan produktiviti industri desa termasuk tanaman padi dan perikanan. Kerajaan wajar membantu industri desa dalam memasarkan produk termasuklah melalui penggunaan teknologi. Industri desa kecil ini jika ditingkatkan produktiviti, mereka berpotensi untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan B40 di seluruh negara. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Industri Utama, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mempertimbangkan penggunaan development financial institutions seperti SME Bank, Agrobank dan sebagainya untuk memberi bantuan pembiayaan bagi industri desa tempatan untuk menukarkan mereka menjadi syarikat berkualiti tinggi yang mampu menghasilkan produk yang diterima baik di pasaran antarabangsa. Industri batik adalah salah satu contoh produk yang dipasarkan secara berkesan di peringkat antarabangsa, namun usaha susulan kurang memberangsang bagi produk-produk lain. Bagi memastikan industri desa mempunyai daya saing yang tinggi, kerajaan perlu memupuk penggunaan teknologi digital untuk meningkatkan produktiviti dan untuk memasarkan produk mereka secara berkesan.
Yang Berhormat, masa itu emas. Sila menggulung.
Okey, last sentence. Saya harap MESTECC dan KKMM boleh mencari jalan supaya syarikat-syarikat luar bandar mampu untuk mengguna pakai teknologi baharu. Dengan ini saya mewakili rakyat P105 Petaling Jaya menyokong Titah Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pendang. Sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah rabbil alamin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Pendang untuk memberi ucapan Titah Diraja. Seterusnya saya hendak terus kepada ucapan yang mana masa 15 minit diberikan kepada Pendang untuk kita memberi sokongan kepada Titah Diraja dan cuma saya hendak memulakan ucapan saya berkenaan dengan— saya hendak sentuh berkenaan dengan Taliban sedikit. Saya minta jangan ada pihak yang merasa sensitif.
Saya hendak menyentuh berkenaan— ini melibatkan satu integriti sebuah pertubuhan yang digagaskan untuk berdepan untuk menjatuhkan sebuah kerajaan. Kadang- kadang mereka adalah sebuah pertubuhan yang berimejkan Islam menyebabkan Islam ini tercemar dengan tindakan-tindakan Taliban ini. Jadi, saya pernah melihat dan pernah mendengar dalam Dewan ini juga satu ketika dahulu kalau tidak silap saya daripada seorang Menteri. Dato’ Seri Abdul Hamid Pawanteh pernah bertanya kenapa di negara Islam seperti Afghanistan ini yang mana beberapa ketombokan organisasi berdepan sesama mereka dan masing-masing ada Islam berperang sesama sendiri. Ini satu soalan ilmiah yang saya masih ingat dalam Dewan ini yang mana dijawab oleh Ketua Pembangkang pada ketika itu. Ini bukanlah pasal Islam. Ini adalah pasal kepentingan pemimpin-pemimpin yang kebetulan beragam Islam yang meletakkan kuasa melebihi daripada pegangan agama mereka. Begitu juga dengan Taliban yang mana diwujudkan untuk berdepan dengan sebuah kerajaan zalim yang dikatakan di belakang mereka adalah sebuah kerajaan Rusia yang mempengaruhi sebuah kerajaan pada ketika itu Majibul Kamal yang menjadi Kerajaan Afghanistan pada ketika itu. Begitu juga dengan Taliban ini katanya di belakangnya dibiayai oleh Amerika. Jadi kita tidak bolehlah meletakkan Islam sebagai satu sasaran kita dengan perkara-perkara yang berlaku. Kebetulan mereka ini adalah beragama Islam. Adakah Islam yang mereka anuti ini menyebabkan mereka menjadi begini? Ataupun kuasa fahaman politik mereka menyebabkan imej bila mereka menang dan mendapat kuasa, mereka merobohkan bahala-bahala yang besar di Afganistan?
Yang Berhormat Pendang. Belakang. Belakang.
Ya silakan. Sila.
Ya. Setujukah Yang Berhormat Pendang bahawa amat jauh untuk dibandingkan Taliban dengan senario politik kita di negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi sejak merdeka yang mana kerajaan dilantik secara pilihan rakyat undi popular. Manakala di Afghanistan mereka berada di dalam suasana yang begitu lama di dalam peperangan yang mana sistem persekolahan pun tidak tersusun. Umat Islam ramai yang buta huruf di sana. Jadi untuk dibandingkan terlalu jauh bezanya. Negeri-negeri yang kuat PAS misalnya Kelantan, Terengganu, dan Kedah dari segi rakyatnya dan dari segi aspek pendidikan bukannya ketinggalan, malah mencatat keputusan antara yang terbaik setiap tahun peperiksaan. Jadi mereka bukanlah orang-orang yang tidak tahu memilih atau menilai kepimpinan PAS itu sendiri. Bagaimana pendapat Yang Berhormat Pendang?
Yang Berhormat Pendang minta sedikit boleh? Sambung.
[Ucapan tidak jelas]
Terima kasih saya hendak sedikit sambung...
Minta dekat Tuan Yang di-Pertua.
Minta Tuan Yang di-Pertua?
Minta Tuan Yang di-Pertua. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi, saya bagilah.
Silakan Yang Berhormat Kangar.
Janganlah tanya tala kat saya.
Saya sambung sedikit apa yang Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi, betul negara kita negara demokrasi dan bila kita semua wakil rakyat menang di Dewan ini, kita mengangkat sumpah untuk mempertahankan Perlembagaan. Setuju atau tidak Yang Berhormat Pendang, semua wakil rakyat kita yang bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan ini mereka ini bukan hendak anti Islam tetapi menyokong Perlembagaan yang sedia ada.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Itulah apa yang dibangkitkan oleh...
Masa tinggal 10 minit sahaja.
Ya?
Masa tinggal 10 minit sahaja.
Terima kasih. Tidak apa, saya akan terangkan ini. Sebab apa ini kita bagi gambaran bahawa Islam ini bukan agama yang zalim dan bukan agama yang melampau. Kita adalah sangat-sangat menentang kezaliman dan kita sangat mementingkan kepada keadilan. Malah pada ketika zaman khalifah di kerajaan Islam yang pertama di Madinah, ada suku kaum yang bukan Islam iaitu Aus dan Khazraj. Suku kaum Auz dan Khazraj dapat disatukan dan akhirnya mereka memeluk Islam kerana keadilan Islam. Begitu juga dalam— belum juga masuk Islam ketika kerajaan Islam di Madinah iaitu Bani Nadhir, Bani Quaraizah dan Bani Qainuka’a. Mereka membayar jizyah kepada kerajaan Islam kerana melindungi mereka pada ketika itu di atas keadilan kerajaan Islam. Satu lagi peristiwa perlu kita tengok, apabila kerajaan Islam Eropah yang terakhir di Córdoba tidak dapat lagi melindungi orang-orang bukan Islam pada ketika itu, kerajaan Islam telah memulangkan kembali cukai-cukai yang diberi iaitu dinamakan jizyah yang sepatutnya diberi pelindungan sebab kerajaan Islam Eropah pada ketika itu tidak mampu lagi untuk melindungi orang-orang bukan Islam.
Pulangkan balik, itu keadilan yang ditunjukkan, baca sejarah. Kita tengok, kita hendak bandingkan keadilan. Begitu juga dengan Taliban di Afghanistan, bila mereka menang atas peperangan, tindakan-tindakan mereka mencemarkan imej Islam. Dikaitkan dengan PAS pada satu ketika itu, dimainkan dalam TV. Ya lah kawan-kawan kita di sebelah sini mungkin ingat lagi. Bila dekat pilihan raya, dimasukkan dalam TV pada zaman Perdana Menteri sekarang ini menjadi Perdana Menteri, dikaitkan dengan PAS. Inilah satu asakan untuk memburukkan imej PAS. Tidak, kami pernah bersama dengan Barisan Nasional pada satu ketika dahulu. Pernah dikatakan ada tulisan daripada cendekiawan bahawa orang-orang bukan Islam ketika peristiwa 13 Mei berlindung di negeri Kelantan pada ketika itu. Orang-orang Islam Kelantan melindungi mereka, tidak boleh disentuh tubuh badan mereka walaupun mereka bukan Islam tetapi duduk di negeri Kelantan pada ketika itu. Tidak ada satu kes pun, tidak ada di Kelantan, orang-orang bukan Islam sama ada dicederakan ataupun di mana. Ini satu sejarah yang perlu kita kupas dan biarlah kita berbeza dari segi kaedah politik. Kita berbeza dari segi kaedah politik tidak apa tetapi janganlah sampai kita melabelkan seseorang itu ganas, terrorist.
[Bangun]
[Bangun]
Kita pun tahu, sekejap. Saya bagi Yang Berhormat Rantau Panjang. Kita pun tahu, ada bukan setakat Afghanistan, Taliban ataupun Kerajaan Afghanistan dipengaruhi oleh anasir-anasir kerajaan besar pada ketika itu, super powers. Di Malaysia pun ada tetapi bila kita tahu benda ini ada tetapi kita tidak terus melabelkan mereka sebagai sama ada mereka dipengaruhi oleh Amerika Syarikat ataupun dipengaruhi oleh China, Komunis. Kita tidak katakan mereka, cuma kita berbeza dari segi kaedah politik untuk meletakkan negara kita penuh kedamaian dan keharmonian. Sila.
Yang Berhormat Rantau Panjang, sila.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya tertarik dengan apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat. Islam adalah agama damai, Islam adalah agama sejahtera, Islam adalah agama selamat dan ia tidak menzalimi orang dan mengkhianati orang. Jadi, kalau ada label- label yang mengatakan Islam ini ganas, Islam ini terrorist ataupun Islam ini Taliban, ini adalah satu tuduhan yang sangat biadab kepada Islam. Jadi, apa yang kita telah capai di Kelantan, 30 tahun tidak ada seorang pun orang bukan Islam yang kita aniayai, rumah-rumah ibadat mereka yang kita zalimi ataupun yang kita khianati. Jadi, ini membuktikan bahawa Islam itu selamat. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat jika ada suara yang masih lagi seolah-olah menggambarkan Islam ini adalah satu agama yang membawa kepada keburukan kepada masyarakat? Apa pandangan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Pendang, sikit. Sikit Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Sekejap sat, saya jawab dahulu. Kejap lagi saya lupa.
Sikit sahaja, sikit sahaja. Lebih kurang.
Saya bagi. Oleh sebab itu kita kalau kita tidak faham Islam, kita rujuklah kepada orang yang tahu. Insya-Allah, kita sebagai pemimpin sama ada kita sebagai Perdana Menteri, Timbalan Menteri Kabinet, Speaker, Timbalan Speaker dan juga MP-MP, kalau kita tidak faham tentang Islam, rujuklah. Insya-Allah kita akan dapat jawapan yang tuntas dan kita tidak akan menimbulkan, keharmonian. Insya-Allah kita juga pencinta kepada kedamaian. Saya minta ini...
Yang Berhormat Pendang, Puncak Borneo minta laluan.
Insya-Allah kalau tidak faham. Okey, saya bagi dekat...
Ya, Yang Berhormat Puncak Borneo.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kangar tadi. Memang kita semua menjunjung Perlembagaan negara. Soalnya kadang- kadang, ada individu dia sebut junjung tetapi perbuatan dia, tindakan dia, perilaku dia tidak sama sebagaimana yang dia cakap. Ini yang menimbulkan masalah. Apa pandangan Yang Berhormat?
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Puncak Borneo, hendak beri?
Bagi, bagi semua. Kita bagi, tidak apa. Tidak ada masalah.
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pendang. Saya memang pernah membaca al-Quran dan saya melihat agama Islam ini sememangnya satu agama yang cukup murni. Akan tetapi akibat daripada segelintir dan juga penganut-penganut agama ini sehingga mereka ini melakukan sesuatu yang kurang islamik sampai ada dalam perhimpunan, mereka ini berdoa.
Pendekkan, saya ada empat minit lagi, saya hendak cakap bab ekonomi pula.
Berdoa untuk kekalahan Kerajaan Pakatan Harapan. Adakah ini adalah sesuatu yang islamik? Saya juga ingin menyatakan sehingga ada kita sebagai...
Jadilah.
...orang bukan Islam ini dilabelkan sebagai orang kafir.
Saya ada empat minit, nanti tambah masa saya.
Adakah ini satu daripada perkara yang murni?
Saya faham sudah.
Apa pendapat Yang Berhormat Pendang?
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Itu sebab itu saya kata, sebab itu kita sekarang ini bukan agama Islam itu yang zalim.
Fahaman agama manusia itu sendiri yang dia mengaku Islam tetapi tindakan dia itu, seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Lenggong tadi, yang menyebabkan tindakan ini mencemarkan imej Islam. Oleh sebab itu, sekarang kita minta kita fahamkan, tingkatkan pengajian sekolah-sekolah agama tentang ilmu Islam supaya mereka faham hak orang-orang bukan Islam. Kami tidur pun tidak boleh kalau tidak berlaku adil.
Yang Berhormat Pendang. Boleh tumpang tanya? Sudah 11 minit, apa kaitan ucapan dengan Titah Diraja?
Ini adalah untuk kita kait dengan ucapan Diraja berkenaan dengan yang dikaitkan oleh Diraja menjaga keharmonian, menjaga keharmonian. Terima kasih. Jadi, dalam ucapan Diraja disebut menjaga keharmonian dan juga kesaksamaan kaum, Islam menjadi agama rasmi. Itu sahaja saya kait. Saya terus, okey ya, boleh ya? Yang Berhormat Puncak Borneo, okey? Okey. Jadi, kita kena fahamkan umat Islam ini dengan ilmu agama Islam yang sebenar. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
Sila, sila.
Saya balik kepada tajuk saya. Tidak apa, kita hendak faham. Benda ini kita berkongsi, kita tidaklah kita hendak sindir sana dan sindir sini. Saya hendak terang bab agama Islam.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jadi, kita insya-Allah. Jadi, terus kepada semangat baharu dalam Malaysia Baharu ini. Kita minta, kita sudah nampak Kerajaan Pakatan Harapan ini sudah hampir satu tahun. Apa yang rakyat dapat? Sekarang ini, Kerajaan Pakatan Harapan menyebabkan rakyat putus harapan. Harapan rakyat hancur berkecai, janji hanya tinggal janji. Tidak ada perubahan baharu. Apa yang ada hanyalah perubahan nama daripada GST kepada SST. Ini adalah kritikan saya sebagai pembangkang mewakili Pendang. Tidak boleh lah hendak jack kerajaan. [Ketawa] Betul tidak? Tuan Yang di-Pertua, kalau saya jack, lebih baik saya duduk sebelah sana.
Tidak apa, kita...
Saya hendak bagi tahu kepada pihak kerajaan...
Kita ambil yang jernih dan tinggalkan yang keruh.
Boleh mari, mari duduk sebelah sini.
Ya. Jadi, kita ambil yang keruh.
Sebutkan apa yang benar sahaja.
Ya, lepas itu kerajaan boleh tengok daripada ucapan Pendang ini untuk hendak meningkatkan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Jadi, anggaplah saya ini sebagai kritikan untuk membina.
Yang Berhormat Pendang, teruskan. Kita dengar, kita dengar.
Walaupun pedih. Okey, baik. Seterusnya, saya hendak sebut. Saya memetik pandangan penganalisis ekonomi yang juga profesor saya, Profesor Dr. Barjoyai Bardai yang menyebut langkah Kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan GST dan menggantikan dengan SST merupakan satu kesilapan polisi yang sengaja dilakukan. Pengurangan kutipan cukai sebanyak RM20 bilion sejak SST diperkenalkan semula, berbanding RM40 bilion semasa pelaksanaan GST lebih menguntungkan sektor swasta berbanding dengan rakyat. Ini seorang profesor ekonomi. Seterusnya, sekarang kerajaan sudah, saya banyak ada ucapan. Tidak apalah, saya sudah selesaikan masalah saya.
Sikit sahaja Yang Berhormat Pendang.
Tidak, tidak. Saya hendak terus kepada...
Sikit sahaja.
...Kerajaan Reformasi Malaysia Baharu. Nanti sat Yang Berhormat Kangar, hang duduk sat. Hang merapu sahaja banyak.
Bukan, orang swasta pun rakyat juga.
Jangan. Okey, baik. saya hendak sebut kepada, saya minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana saya okey. Saya hendak sebut arahan Kerajaan Pakatan Harapan dari Kedah kepada MP dan juga ADUN pembangkang di Kedah. Saya hendak baca. Surat ini dikeluarkan pada 31 Januari 2019 yang diputuskan oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bertarikh 9 Januari 2009 dikeluarkan, ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar bin Datuk Shaikh Mahmood Naim. Arahannya... [Membaca petikan] “Majlis dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menerima permintaan daripada beberapa orang Ahli Parlimen semasa sesi Dewan Rakyat yang lalu mencadangkan supaya mereka dan ADUN dijemput untuk turut hadir ke mesyuarat penuh Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan. Majlis bersetuju untuk membenarkan Ahli-ahli Parlimen dan ADUN, termasuk pembangkang untuk menghadiri mesyuarat penuh PBT sebagai pemerhati sahaja, tanpa sebarang kos yang perlu ditanggung oleh pihak PBT dan mereka ini tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan mesyuarat.” Ingat kami kelapaq sangat duit hampa? Itu yang pertama.
Masa sudah tamat. Sekian, terima kasih.
Kedua, masuk dalam mesyuarat tetapi tidak bagi bercakap, macam gamak P. Ramlee. Mari hendak jamu masa makan malam, bau sahaja, jangan makan.
Itu di bawah peruntukan khas pihak kerajaan tempatan.
P. Ramlee sudah habaq sudah awat hampa... [Ketawa] Kami ini Ahli Parlimen. Kerajaan yang pertama, pi PBT tidak bagi bercakap.
Wakil rakyat.
Okey, sila menggulung.
Sangat rendah taraf wakil rakyat ini.
Okey.
Saya minta Ketua Whip tolong tengok sikit arahan yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah ini.
Okey, Yang Berhormat Pendang.
Bakal MB sila tengok balik, semak balik.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Seterusnya saya nak sebut lagi sekali...
Yang Berhormat Pendang, belakang sikit Yang Berhormat Pendang.
Okey, kita sekarang berhijrah ke negeri Sabah. Yang Berhormat Labuan, sila.
Saya nak gulung dah, sekejap.
Yang Berhormat Pendang, Setiu, Yang Berhormat Pendang.
Saya nak gulung dah. Tuan Yang di- Pertua, sikit sahaja.
Masa sudah tamat, saya minta maaf.
Hanya 30 saat berkenaan dengan harga lantai getah.
Sila Yang Berhormat Labuan, masa 15 minit.
Harga lantai getah. Tak bagi dekat saya kah?
Sebab itu saya tadi kata fokus kepada tajuk. Saya mengalu-alukan tazkirah tetapi mungkin ini bukan forum yang sesuai.
Yang Berhormat Pendang, masa nak habis ini. Nak lunch.
Sila Yang Berhormat Labuan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut menjunjung kasih membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dalam Titah Baginda, di antara perkara yang ditekankan adalah untuk kerajaan mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah. Kita semua tahu negara ini mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah terbahagi kepada tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung atau disebut Malaya di dalam perjanjian tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sudah terbentuk selama 56 tahun. Sepatutnya jurang pembangunan antara ketiga-tiga wilayah tersebut sudah jauh mengecil sekiranya memang itulah yang ingin dicapai selama ini terutamanya pembangunan infrastruktur asas disebabkan semua ketiga-tiga wilayah masing-masing mempunyai sumber asli sendiri yang cukup besar. Akan tetapi realitinya kedua-dua Wilayah Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan. Contoh, sistem perhubungan jalan raya. Bukan sahaja masih banyak yang perlu dibuat tetapi belum dibuat, masih banyak yang perlu diturap belum diturap tetapi yang adapun kualitinya teruk dan banyak yang berlubang-lubang. Bekalan air, kita semua tahu masih ramai rakyat di Sabah dan Sarawak yang masih belum mendapat bekalan air bersih. Bekalan elektrik, SAIDI ataupun purata gangguan bekalan elektrik di Sarawak, 125 dibandingkan dengan cuma 49 di Semenanjung. Kalau di Sabah, lagi teruk, 241 dibandingkan dengan 49 di Semenanjung. Sekolah-sekolah, di Sarawak kita mempunyai 1,485 buah sekolah, ada 415 sekolah yang sangat daif. Di Sabah, daripada 1,326 buah sekolah, ada 590 sangat daif. Ini sangat daif, bukan daif. Kalau di Kuala Lumpur, 321 buah sekolah tak ada yang daif dan tak ada yang sangat daif. Kenapa ini terjadi? Ianya disebabkan kedudukan dan status Sabah dan Sarawak itu sudah diturunkan menjadi setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung. Ini sudah pasti menjadikan formula pengagihan peruntukan akan refleks kepada status Sabah dan Sarawak cuma sebagai negeri yang kedua belas dan ketiga belas bukan seperti yang sepatutnya iaitu tiga wilayah sebagai equal partners membentuk satu negara yang bernama Malaysia. Masalahnya Sabah dan Sarawak sudah di-downgraded dan ini menyebabkan kedua-duanya mendapat agihan hasil kurang daripada yang sepatutnya selama ini. Disebabkan inilah peruntukan kewangan yang diberikan menjadi terlalu kecil untuk Sabah dapat membangun dengan lebih laju. Maka dalam tahun 1984, Kerajaan Negeri Sabah membuat keputusan untuk menyerahkan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan dengan permintaan supaya ianya dibangunkan secepatnya dan ianya akan menguntungkan Sabah daripada segi kesan ekonomi. Kepimpinan Sabah yang melihat negeri Selangor mendapat manfaat ekonomi dan pembangunan yang sangat besar apabila Kuala Lumpur yang berada di tengah-tengah negeri itu menjadi Wilayah Persekutuan dan membangun dengan pesatnya. Jadi itulah yang diharapkan berlaku selepas Labuan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Labuan diminta dijadikan sebuah wilayah yang istimewa yang menjadi tingkap penting Malaysia kepada dunia antarabangsa dengan sistem pentadbiran yang lebih
autonomous di mana komuniti pedagang antarabangsa menjadikan ia sebagai home-base dan Labuan sepatutnya menjadi pulau taman dan pusat pelancongan. Pembangunan pesat di Labuan itu akan menyebabkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya dari Sabah yang menyerahkan Labuan secara percuma tetapi apa yang dapat kita lihat selepas 35 tahun berlalu? Tidak seperti yang diharapkan oleh Kerajaan Sabah pada ketika itu. Ini tidak adil dan perlu diganti dan dibayar balik. Jadi, sekarang Kerajaan Persekutuan mesti sedar dan bertindak segera untuk melaksanakan tanggungjawab besar iaitu memastikan tujuan utama penyerahan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan itu tercapai dan kehilangan masa yang sudah banyak itu akan terasa terbayar ganti oleh rakyat Sabah dan Labuan. Caranya tiada lain. Kerajaan Persekutuan mesti memberi peruntukan yang istimewa kepada Labuan. Sekarang bukan lagi istimewa tetapi banyak yang terabai. Contoh, di Kompleks Sukan Labuan, gelanggang tenis, basketball, swimming pool sudah dekat 10 tahun tidak boleh pakai. Masjid dan surau di Labuan masih banyak yang usang. Dibuat daripada kayu di zaman Perdana Menteri Pertama lagi. Di Kampung Batu Arang, lantainya macam ada spring dan boleh roboh bila-bila masa. Begitu juga di Kampung Lajau, Bukit Kalam, Patau- Patau 1 dan Patau-Patau 2. Kampung Berbuloh, Kampung Bukit Kuda, Kampung Kerupang. Kami bukanlah minta masjid yang berharga ratusan juta seperti di Putrajaya tetapi gantilah dengan yang baru. Sekolah menengah agama Islam di Labuan sudah lama menumpang, menunggu bangunan sendiri seperti yang dijanjikan. Jambatan dan paip-paip bekalan air di kampung- kampung air di Labuan banyak yang perlu ditukar. Paip pecah, purata setiap dua minggu di Kampung Berbuloh Laut. Di Patau-Patau 1, beam jambatan sudah pecah di sana sini. Nampak besi begitu lama sudah, tinggal tunggu roboh bila-bila masa. Masalah peruntukan untuk membuat baru dan menyelenggarakan semua yang ada di kampung-kampung ini, kami minta KPLB tetapi dikatakan ianya tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan. Kementerian Wilayah Persekutuan selalu kata tidak cukup peruntukan. Peruntukan mengurus Perbadanan Labuan pun dipotong. Kata Labuan patut menjadi pusat pelancongan terhebat tetapi Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan cuma diperuntukkan RM2 juta sahaja. Itulah juga dipakai untuk aktiviti- aktiviti sukan dan sebagainya. Institut Latihan Perindustrian di Labuan di antara yang tertua. Baru-baru ini, tiga tahun lepas disebabkan oleh keperluan, masa kursus-kursusnya ditukar daripada yang konvensional kepada oil and gas standard dan ia memerlukan equipment baru yang sesuai dengan kursus-kursus yang baru ini. Akan tetapi sampai sekarang masih menunggu padahal ianya cuma RM1 juta sahaja yang diminta dan di Labuan, kita juga ada sekolah daif sebiji, SK Membedai. Sepatutnya Labuan yang sepatutnya istimewa ini tidak mempunyai sekolah daif.
Belum cerita lagi keputusan-keputusan dasar baharu yang akan membunuh perdagangan Labuan dengan Selatan Filipina seperti yang kita dengar baru-baru ini dan juga Labuan sebagai pusat kewangan. Jadi, sebenarnya sudah lupa yang Labuan itu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan sepatutnya untuk dijadikan dia istimewa. Kami...
Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Pontian hendak bertanya sikit, boleh?
Masa tinggal lima minit lah Yang Berhormat. Sekejap, di hujung nanti.
Ya.
Sila Yang Berhormat Labuan.
Saya sedihlah dengar Labuan ini, sedih.
Kami pun sedar bahawa pembangunan ekonomi, malah pembangunan infrastruktur besar memerlukan kerjasama pihak swasta. Akan tetapi kita kena ingat pihak swasta cuma akan datang melabur sekiranya mereka akan mendapat pulangan yang baik daripada pelaburan mereka. Sebelum ini sudah banyak pelabur yang ingin melabur di Labuan, apabila mereka dapat kami yakinkan bahawa pemboleh, enabler yang penting akan dibuat iaitu Jambatan Labuan-Menumbok yang mana pada penghujung Penggal Ketiga Belas diluluskan kajian pelaksanaannya, bukan kajian kebolehlaksanaan yang memang sudah dibuat sebelum itu.
Ianya adalah kajian pelaksanaan yang bererti ianya akan dilaksanakan selepas sembilan bulan kajian teknikal dan tiga bulan RFP, request for proposal yang bererti pembinaan sepatutnya dimulakan dalam pertengahan tahun 2019. Pembinaan jambatan sekali dengan sambungan Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan jambatan tersebut di Menumbok ke Pekan Beaufort akan menjadi pemacu perumahan yang akan merangsang ekonomi Sabah dan juga utara Sarawak. Sabah dan Labuan yang sudah kerugian banyak ini minta projek jambatan ini diteruskan.
Yang Berhormat Labuan, bagi Yang Berhormat Lenggong sekejap.
Bagi saya habis sikit.
Isu itu.
Kalaulah tiga wilayah, Sabah, Sarawak dan Semenanjung ini membangun dengan seimbang, ianya akan menjadi kebanggaan dan menguntungkan seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja Sabahan dan Sarawakian. Pada masa itu, insya-Allah kita tidak akan dengar lagi ungkapan-ungkapan Sabah for Sabahan dan Sarawak for Sarawakian.
Yang Berhormat Labuan.
Sudah tidak perlu, kalau sekarang itu yang perlu untuk menang pilihan raya sebab rakyat di sana sudah marah. Yang Berhormat Lenggong.
Boleh.
Orang Labuan cakap, mun faham bisai. Yang ertinya sepertinya, ‘kalau faham, cantik’. Sungguh halus dan lembut budi pekerti orang Labuan.
Hendak sokong, hendak sokong.
Akan tetapi saya ingin katakan, saya ingin ingatkan kepada semua Menteri dan pegawai-pegawai berkaitan, jangan buat-buat tidak faham. Betulkan keadaan ini sekarang juga. Silakan Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya betul-betul simpati dengan Yang Berhormat Labuan. Banyak dengan masalah tidak selesai. Hari itu bukankah dijanjikan untuk selesaikan semua masalah ini apabila Yang Berhormat Labuan berpindah ke sana. Tak selesai lagi kah Yang Berhormat?
Saya sambung sikit, boleh? Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030. Apa jadi yang telah dilancarkan itu dan saya menyokong supaya Jambatan Labuan–Menumbok itu yang dijangka siap tahun 2023 diteruskan dan dibina. Akan tetapi Yang Berhormat Labuan sebut tadi kerajaan yang ada ini tidak ada duit dan saya yakin mereka tidak ada duit pun hendak buat jambatan itu dan hal- hal yang lain.
Okey.
Rugi saja pindah sana.
[Ketawa] Okey. Sebenarnya Labuan sepatutnya menjadi istimewa ini, kita dapat rasakan semasa Perdana Menteri yang keempat dahulu untuk 10 tahun, 15 tahun memang kita yakin dan kita rasa momentum yang cukup yang baik. Akan tetapi lama-kelamaan selepas itu lupa, momentum hilang. Ramai yang lupa bahawa Labuan itu diambil oleh Kerajaan Persekutuan sepatutnya dijadikan istimewa seperti Putrajaya dan Kuala Lumpur dan sekarang di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang ketujuh dan dengan saya bersama-sama dengan Kerajaan Pakatan Harapan dan dengan peringatan yang saya berikan pada hari ini, saya yakin projek...
Kalau tidak, lompat lagi balik sini.
...projek Labuan ini akan diteruskan. Inilah harapan orang-orang Labuan.
Kalau dia tidak buat, lompat sini balik.
Menjunjung kasih, Labuan mohon menyokong. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Labuan, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Betong, Sarawak. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjunjung kasih di atas Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Malaysia yang keempat belas pada 11 Mac lalu. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan Titah Diraja ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan atas hasrat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sebagai mengiktiraf kedudukan Sarawak dan Sabah. Jika Artikel 1(2) itu dipinda, maka Kerajaan Persekutuan perlulah memperincikan implikasi yang bakal berlaku kepada Sarawak dan Sabah terlebih dahulu, khususnya bagi mengembalikan apa yang terambil atau terhakis selama ini adalah menjadi harapan seluruh rakyat Sarawak bahawa selepas usaha mengembalikan status asal Sarawak ini dilakukan nanti. Maka kedudukan dua wilayah ini adalah setaraf dengan Semenanjung Malaysia iaitu sebagai dua daripada tiga wilayah yang membentuk negara Malaysia berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963. Tuan Yang di-Pertua, kami dari Sarawak yang diterajui oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak kebelakangan ini telah menunjukkan ketegasannya dalam mempertahankan hak dan autonominya kerana terkilan dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang dianggap mengabaikan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Dengan itu kerajaan Sarawak telah menyenaraikan empat perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak terbuka untuk rundingan dengan Kerajaan Persekutuan. Empat perkara berkenaan ialah: (i) kuasa autonomi imigresen; (ii) hak untuk menguatkuasakan undang-undang negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan; (iii) perlindungan sempadan negeri; dan (iv) kedaulatan ke atas lautan, bawah tanah dan sumber atau hasil- hasil dalamnya dalam sempadan Sarawak. Bagaimanapun pelaksanaan kuasa persekutuan untuk isu-isu berkaitan pendidikan, perubatan dan kesihatan yang kurang memuaskan tetap diteruskan. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana titah Baginda yang menyatakan bahawa kerajaan akan terus berusaha meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar, orang asal Sarawak dan Sabah dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh meliputi pembangunan ekonomi, modal insan dan infrastruktur. Di samping itu, pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif juga akan diberi tumpuan agar dapat mengurangkan jurang pembangunan antara negeri-negeri serta kawasan bandar dan luar bandar. Soal infrastruktur asas dalam pembangunan kawasan luar bandar adalah perkara utama yang menjadi sebahagian daripada komponen dalam konteks transformasi negara, selain bagi mewujudkan keseimbangan pembangunan bandar dan luar bandar. Kenikmatan pembangunan itu sepatutnya mampu dirasai oleh semua lapisan masyarakat termasuk rakyat di kawasan luar bandar. Maka agenda transformasi luar bandar ini haruslah berpaksikan kepada keperluan dan juga kehendak rakyat di samping memastikan proses pembangunan luar bandar berada di landasan yang betul. Tuan Yang di-Pertua, kawasan Betong serta Sarawak keseluruhannya masih memerlukan lebih banyak pembangunan terutamanya bagi projek yang berkaitan infrastruktur asas seiring dengan wawasan pembangunan negara. Pengiktirafan sebuah negara maju tidak hanya digambarkan oleh keadaan ekonomi, politik, sosial dan perpaduan nasional sahaja. Sebaliknya ia merangkumi fokus pembangunan kawasan luar bandar terutamanya dalam aspek infrastruktur asas seperti bekalan air terawat, kemudahan elektrik dan jalan raya yang baik perlu bagi menyejahterakan masyarakat di luar bandar.
Ya Yang Berhormat Betong. Jam Parlimen menunjukkan pukul 1.00. Perbahasan Yang Berhormat akan disambung semula pada pukul 2.30 petang nanti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Selepas itu Yang Berhormat Bandar Kuching. Sila bersedia.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Dipersilakan Yang Berhormat Betong tinggal 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan kerana telah bersetuju menerima tawaran untuk menggunakan bayaran tahunan Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM1 bilion sebagai kontra bagi membaik pulih serta membina semula sekolah-sekolah daif di Sarawak. Pelaksanaan usaha ini dikatakan akan memberi manfaat kepada kira-kira 436,000 orang murid di sekolah-sekolah daif yang berkenaan di seluruh Sarawak. Dengan itu, saya meminta kepada Kementerian Pendidikan untuk memberikan senarai sekolah berkenaan yang akan dibantu, sama ada dibaik pulih atau dibina semula dengan wang RM1 bilion itu. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan perkhidmatan kesihatan, Baginda dalam titahnya menegaskan kemajuan dan kesejahteraan negara berkait rapat dengan tahap kesihatan rakyat. Bagi mencapai maksud tersebut, kerajaan akan mengukuhkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang sedia ada dengan mempertingkatkan fasiliti kesihatan serta memperkenalkan skim jaringan dan perlindungan kepada golongan B40. Isu berkaitan perkhidmatan kesihatan ini sentiasa dekat hati kerana di kawasan saya adalah kawasan yang terpencil, di mana rakyat di sana kurang menerima kemudahan perubatan yang memuaskan. Saya yakin masalah ini bukan saja dihadapi rakyat di kawasan saya sahaja tetapi juga di kawasan-kawasan pedalaman yang lain di seluruh negara. Demi kesejahteraan rakyat, kita mahu Kerajaan Persekutuan menaik taraf hospital luar bandar dengan memastikan hospital-hospital yang sedia ada boleh merawat penyakit-penyakit kronik dengan tahap kepakaran yang setanding dengan hospital di bandar. Tuan Yang di-Pertua, kita minta Kerajaan Persekutuan memberi lebih banyak peruntukan untuk mengatasi masalah-masalah ini terutama bagi hospital di luar bandar. Perlu ada satu cadangan dan rancangan untuk menaik taraf klinik-klinik desa ataupun hospital yang sedia ada di kawasan pedalaman. Haruslah ditempatkan pakar-pakar perubatan di kawasan pedalaman di samping mempertingkatkan tahap kepakaran perkhidmatannya termasuk menyediakan kemudahan kelengkapan peralatan perubatan yang terkini. Isu kesihatan, kebajikan dan pelajaran anak-anak luar bandar haruslah dijamin dan dilihat secara menyeluruh. Janganlah sekali-kali diurus tadbir just to claim political mileage, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, negara Malaysia adalah negara pelbagai bangsa. Di Semenanjung, kaum terbesar ialah Melayu, Cina dan India. Manakala di Sarawak dan Sabah pula merangkumi pelbagai suku kaum seperti Iban, Kadazan, Bajau, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Lun Bawang dan sebagainya. Kepelbagaian kaum di negara ini merupakan satu keistimewaan, malah satu kekuatan bagi membentuk identiti budaya warga Malaysia iaitu perpaduan dalam kepelbagaian dengan izin, unity in diversity. Malah Malaysia cukup terkenal dengan slogannya, ‘Malaysia Truly Asia’ satu-satunya aset kebanggaan kita di mata dunia. Negara kita Malaysia juga telah dikatakan sebagai negara contoh kepada perpaduan masyarakat
majmuk kerana rakyat negara kita yang berbilang etnik ini dapat hidup bersatu padu dan boleh menyelesaikan masalah dengan aman tanpa konflik. Bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, jelas kelihatan dan kedengaran isyarat ketegangan yang mengancam perpaduan yang telah sekian lama terjalin itu termasuklah di dalam Dewan yang mulia ini. Tepat pada masanya, Baginda dalam titahnya mengingatkan kita bahawa pelbagai usaha telah dilakukan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Dalam hal ini seruan- seruan perpaduan janganlah tinggal sebagai slogan semata-mata. Sebaliknya semangat perpaduan, keharmonian dan usaha saling hormat-menghormati perlu benar-benar disuburkan dengan ikhlas dan dihargai. Baginda juga menyeru tindakan tegas hendaklah diambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Tuan Yang di-Pertua, Baginda juga turut menyentuh sistem Demokrasi Berparlimen sebagai faktor politik yang telah menyumbang kepada kestabilan hubungan etnik di negara ini. Ruang dan skop yang disediakan oleh sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan oleh negara ini sejak tahun 1957, telah memudahkan rakyat menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan dan membuat tuntutan yang tertentu melalui ahli-ahli politik dan perwakilan masing-masing. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa kebebasan yang berkemungkinan oleh demokrasi bukanlah kebebasan tanpa batasan langsung. Kebebasan bersuara hendaklah digunakan dengan adil serta bijaksana dan penuh tanggungjawab. Ia harus memberi sumbangan kepada proses membina negara, memupuk keharmonian antara kaum, perpaduan nasional dan keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, untuk itu juga maka tindakan menuding jari...
Yang Berhormat Betong, Puncak Borneo minta laluan.
Okey.
Boleh, silakan Yang Berhormat Puncak Borneo.
Yang Berhormat Betong, saya amat teruja dengan hujah Yang Berhormat Betong untuk menyarankan supaya kita sebagai rakyat Malaysia dan khasnya juga rakyat Sarawak menggilap perpaduan dan juga kerjasama di antara satu dengan yang lain. Akan tetapi dewasa ini, kita melihat Kerajaan GPS di Sarawak telah menyekat ketua-ketua masyarakat dan juga ketua komuniti untuk menyertai apa-apa aktiviti dan juga function, dengan izin yang dilaksanakan oleh Ahli-ahli Parlimen daripada pihak Kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun RM500 daripada allowance mereka ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, namun mereka ini masih disekat untuk menghadiri function yang diadakan oleh Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan.
Baru-baru ini kita juga melihat di mana RTM telah ditegur di mana mereka tidak membuat coverage untuk function yang dibuat oleh Yang Berhormat GPS. Jika kita melihat kerjasama ini kenapa Kerajaan GPS tidak melakukan kerjasama ini jika itulah hasrat Yang Berhormat Betong. Sila beri ulasan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya kurang pastilah mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo. Izinkan saya meneruskan ucapan. Tuan Yang di-Pertua, untuk itu juga maka tindakan menuding jari yang sering kali ditujukan kepada kerajaan terdahulu perlulah dihentikan. Seandainya kepimpinan kerajaan terdahulu telah melakukan kesilapan biarlah mereka yang terlibat itu diadili berlandaskan undang-undang negara. Sesungguhnya rakyat telah bersuara, rakyat menolak Barisan Nasional kerana kelemahan dan kesilapannya, sebaliknya rakyat memilih Pakatan Harapan untuk memperbaiki dan menerajui negara, maka sebagai pemimpin yang telah diamanahkan untuk mentadbir negara tugas Kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk mentadbir urus negara ini dengan sebaik mungkin. Begitu juga kita di blok pembangkang. Kita harus menerima hakikat dan berperanan sebagai blok yang progresif dan bukannya membangkang semata-mata untuk membangkang. Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua saya mewakili seluruh rakyat P.204 Betong
mohon menyokong usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching. Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam harapan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini memang satu persidangan Parlimen yang amatlah bersejarah kerana dalam persidangan Dewan Rakyat ini Kerajaan Pakatan Harapan akan melakukan beberapa pembentangan rang undang-undang yang penting dan yang amatlah penting termasuk pembentangan pindaan Perkara 12, Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi bersama Semenanjung Malaysia. Ini bukan sahaja penting bagi saya sebagai seorang anak Sarawak ataupun Sabah sahaja tetapi juga rakan-rakan saya di Semenanjung Malaysia kerana melalui pindaan ini kita telah mengambil langkah pertama untuk kembali ke roh asal, the initial spirit, dengan izin pembentukan Persekutuan Malaysia yang telah dibayangkan oleh pemimpin-pemimpin kita terdahulu. Malah walaupun dengan jumlah reform yang penting yang akan kita lakukan, di mana banyak juga pindaan Perlembagaan yang perlu dilakukan tetapi hasrat Kerajaan Pakatan Harapan untuk melakukan pindaan ini sebagai pindaan Perlembagaan pertama menunjukkan kepentingan dan keistimewaan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak oleh Kerajaan Pakatan Harapan. [Tepuk] Memang Kerajaan Pakatan Harapan mengamalkan Dasar Pandang ke Timur kerana mereka prihatin dan peduli kepada Wilayah Sabah dan Sarawak. Akan tetapi saya ingin menegaskan bahawa wilayah ini tidak sama seperti Wilayah Persekutuan kerana wilayah kami mempunyai hak-hak yang tersendiri. Namun begitu, pindaan ini cuma adalah langkah pertama dan banyak lagi harus kita teliti kan untuk membetulkan semua masalah yang dihadapi di Sabah dan Sarawak terutamanya untuk mendapatkan pembangunan yang sekata dan sewajarnya untuk rakyat Malaysia di Sarawak untuk mencapai prinsip kemakmuran bersama. Ini termasuk menyemak semula pendudukan khas di bawah Perlembagaan merujuk kepada Perkara 112D dan juga mengkaji PD8 1974 dan TSA 2012 untuk menentukan sama ada pelaksanaannya unconstitutional atau tidak, supaya hak sebenar Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadinya dapat ditentukan. Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai pendapat bahawa Pindaan 12 ini haruslah dilakukan selari dengan pindaan Artikel 160 di mana sekarang tertulisnya Persekutuan ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Saya berpendapat bahawa bahagian ini sekarang haruslah dipinda kepada Persekutuan. Ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 untuk melambangkan fakta dan sejarah yang sebenar tentang pembentukan Persekutuan Malaysia. Malah mata pelajaran Sejarah di sekolah haruslah dikaji dan diperbaharui untuk memastikan peranan Sabah dan Sarawak lebih banyak ditekankan dan dihargai dalam pembentukan Persekutuan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Saya memang menyambut baik diskaun yang ditawarkan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia, House Ownership Campaign (HOC) dan juga developer yang ada supaya rakyat jelata dapat menikmati harga rumah yang lebih rendah dan membeli rumah mampu milik untuk diri mereka dan juga keluarga mereka. Saya boleh bagi contoh di kawasan Bandar Kuching, satu diskaun berjumlah 30 peratus telah ditawarkan untuk unit PR1MA Bintawa Riverfront apartment development, 20 peratus daripada PR1MA dan HOC dan 10 peratus daripada developer projek tersebut. Saya diberitahu bahawa diskaun seperti ini akan ditawarkan untuk projek-projek PR1MA di beberapa tempat lain malah di seluruh negara. Diskaun 30 peratus tersebut ada yang boleh mencecah RM90,000 ke RM100,000 dan yang saya katakan tadi, saya memang menyambut baik apa-apa inisiatif untuk menurunkan harga rumah tetapi saya berharap bahawa diskaun dan rebate ini dapat juga diberikan kepada pembeli-pembeli awal PR1MA di
seluruh negara bukan sahaja di Sarawak. Mereka telah membeli PR1MA tanpa sebarang diskaun atau rebate semasa projek tersebut dilancarkan hampir dua tahun lalu. Oleh itu saya berpendapat bahawa rebate ini haruslah diberikan kepada mereka supaya adil untuk mereka. Walaupun saya memahami batasan dan kekangan yang ada dan masalah ini memang satu masalah inherited, namun saya menyeru dan berharap kementerian dapat mempertimbangkan dan berikan inisiatif rebat atau diskaun yang sewajarnya kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, pada sesuatu masa dahulu, jumlah kes dan penyakit berjangkit seperti difteria adalah hampir sifar ataupun hampir tiada di negara kita. Namun baru-baru ini kita dikejutkan lagi oleh berita di Johor Bahru pada Februari lepas di mana satu kes kematian kanak-kanak 2 tahun 1 bulan disebabkan difteria kerana ibu bapanya menolak vaksinasi dan imunisasi tersebut. Banyak lagi kes, 15 Oktober 2018 seorang bayi 14 bulan meninggal dunia disebabkan difteria, 14 Mac 2018 satu kes kematian anak berumur 2 tahun 5 bulan di Miri, Sarawak disebabkan difteria. Pada tahun 2018, 18 kes dengan 5 kematian dilaporkan di Malaysia, tahun 2017, 32 kes positif dengan 7 kematian daripada komuniti yang menolak pemvaksinan. Ini adalah satu berita yang sangat sedih kerana kematian kanak-kanak ini sebenarnya dapat dielakkan malah kita dapat juga melindungi populasi kanak-kanak yang lain daripada dijangkiti penyakit berjangkit seperti measles, difteria, tuberkulosis melalui imunisasi. Walaupun saya tidak menafikan bahawa mungkin ada punca yang lain tetapi pergerakan anti-vaxxers adalah satu punca utama kemunculan dan pertambahan kes-kes penyakit berjangkit ini walaupun ia dapat dicegah. Oleh itu saya menyeru kerajaan untuk meminda undang-undang yang sedia ada untuk memperkenalkan undang-undang mandatori untuk vaksinasi terutamanya MMR dan difteria dan juga hukuman yang berpatutan atau dengan izin, criminal liabilities terhadap ibu bapa yang enggan mendapat vaksinasi untuk anak mereka. Terutamanya jika ia menyebabkan kematian atau membahayakan anak-anak yang lain. Disebabkan kecuaian, kelalaian dan sikap tidak bertanggungjawab mereka, kegagalan memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka, mendedahkan anak-anak sendiri dan juga anak-anak orang lain kepada jangkitan kuman tersebut. Baru-baru ini negara Itali telah memperkenalkan satu polisi, “No Vaccine, No School”, dengan izin yang menghalang kemasukan kanak-kanak ke prasekolah jika tidak menunjukkan rekod vaksinasi. Pada masa itu dilaporkan 300 anak-anak telah dihalang untuk mendaftar di prasekolah di bandar Bologna sahaja apabila undang-undang telah dikuatkuasakan. Akan tetapi pada pendapat saya, kita mungkin tidak perlu melakukan hukuman drastik tersebut terutamanya untuk menghalang anak-anak kita ke sekolah. Walaupun paras vaksinasi ini untuk bayi 9 bulan ke atas di negara kita masih rendah daripada syor 95 peratus, namun paras vaksinasi kita tidak serendah di Itali. Mungkin kita dapat melihat satu lagi model lain seperti di Singapore di mana ibu bapa dikenakan hukuman saman jika tidak memvaksinasi anak mereka. Dengan model itu, anak tidak dihalang untuk bersekolah tetapi ibu bapa haruslah membayar saman untuk mendorong mereka melakukan imunisasi tersebut. Selain itu mereka yang ingin memohon pas kunjungan jangka panjang ke Singapore harus juga menunjukkan bukti anak mereka telah divaksinasi.
Oleh itu, saya ingin menyeru lagi maka undang-undang mandatori ini diperkenalkan. Namun begitu, ia tidaklah harus fokus kepada punishment semata-mata tetapi lebih untuk memberikan kesedaran dan didikan tentang pentingnya vaksinasi sambil menyangkal apa pun kesangsian ataupun keraguan yang ada berdasarkan fakta-fakta saintifik yang ada. Keutamaannya sentiasa harus diberikan untuk menjaga kebajikan dan kesihatan anak dan komuniti secara menyeluruh.
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Cuma saya banyak lagi, minta maaf ya. Masa tidak cukup. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan dari Kementerian Kesihatan berkenaan kenaikan harga, approved products purchase list dengan izin APPL.
Yang Berhormat Bandar Kuching, saya perlu berkait dengan vaksinasi. Saya hendak sokong.
Okey.
Saya hendak sokong. Sebab saya rasa perkara ini penting. Terima kasih kerana bangkitkan soal vaksinasi. Saya rasa masalah berkait dengan vaksinasi ini di kalangan umat Islam ini satu masalah juga. Baru-baru ini saya tengok dalam TV, saya puji rancangan TV yang berkenaan yang menemukan antara yang pro dengan yang sekurang-kurangnya satu pendedahan yang baik kepada umat Islam. Saya rasa kalau boleh terutama sekali mungkin JAKIM atau apa kah, supaya memberi pandangan yang lebih jelas kepada umat Islam berkait dengan soal vaksinasi ini. Sebab ini dan saya bersetuju mesti ada semacam berkait dengan hendak masuk sekolah kah apa kah, berkait vaksinasi tadi. Terima kasih.
Terima kasih. Memang saya setuju dan saya ingin masukkan ke dalam ucapan saya. Saya ingin meminta penjelasan seperti tadi kepada Kementerian Kesihatan untuk kenaikan harga APPL untuk beberapa ubat seperti hydrochlorothiazide 50mg dan 20mg tablet. Di mana harga jualan Sabah, Sarawak dan Labuan telah meningkat dari tujuh sen dan lima sen sebiji kepada 15 sen dan 13 sen sebiji. Di mana kita melihat satu peningkatan sebanyak 210 peratus dan 270 peratus masing-masing. Untuk PCM, paracetamol kita meneliti bahawa generic brand yang digunakan telah bertukar dan kesannya juga menunjukkan peningkatan harga. Jadi saya ingin bertanya, apakah punca kenaikan harga ubat tersebut walaupun kita masih dalam tempoh konsesi antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Pharmaniaga dan apakah kesannya terhadap peruntukan KKM? The 2019 Global Medical Trend Trade Rates Report, dengan izin yang telah diterbitkan oleh AON, satu international professional service consulting firm, telah mengeluarkan satu forecast net growth sebanyak 13.6 peratus bagi kadar inflasi ubat di Malaysia iaitu hampir 5.7 kali inflasi am negara. Kerajaan Persekutuan pada 2017 telah membelanjakan hampir RM2.4 bilion untuk perolehan ubat-ubatan. Ini hampir 10 peratus peruntukan Kementerian Kesihatan pada 2017. Ini juga menunjukkan kenaikan 13 peratus dari tahun sebelumnya. Isu ini bukan sahaja boleh membebankan kepada pihak kerajaan di hospital kerajaan, tetapi kepada pesakit secara keseluruhannya. Mengikut Medicine Crisis Monitoring 2017 report, dengan izin the median mark-up for originators and lowest price generic retail price di hospital swasta adalah 51 peratus dan 167 peratus masing-masing. Manakala di farmasi ia dijangka lebih rendah pada 22.4 dan 94.7 peratus. Ini menunjukkan, apa angka ini menunjukkan bahawa mark-up range boleh mencecah angka yang tinggi terutamanya di hospital swasta. Ia boleh mencecah sampai 117.4 peratus, malah 900 peratus. Disebabkan pengeluaran rendah atau kos import ubat generik ini, ia membolehkan hospital swasta, klinik dan farmasi untuk mark-up harga jualan mereka dan menyebabkan kenaikan harga across the board. Dengan itu, saya ingin bertanya hasrat Kerajaan Persekutuan untuk memperkenalkan satu mekanisme kawalan harga ubat-ubatan termasuk menyediakan satu harga siling untuk memastikan harga ubat-ubatan adalah berpatutan. Walaupun saya menyokong secara prinsipnya untuk mengawal harga ubat-ubatan, tetapi masalahnya ia lebih rumit dan mungkin kita boleh menyebabkan unintended consequential effect dengan izin, terutamanya pada klinik-klinik atau farmasi yang kecil. Oleh itu saya berpendapat, kita dapat mengurangkan kos ubat penting tanpa perkenalkan langkah drastik seperti pengawalan harga ubatan. Langkah pertama sebenarnya kita boleh meneliti proses public procurement. Ini kerana, sebagai kerajaan kuasa membeli adalah lebih besar. Maka adalah lebih senang untuk kerajaan berunding harga dan mendapatkan harga yang lebih baik. Mungkin kerajaan boleh mewujudkan satu agensi yang independent seperti model di UK, National Institute for Health and Care Excellence (NICE) untuk membuat perundingan dengan syarikat farmaseutikal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Selain itu, procurement tidak haruslah hanya datang daripada beberapa syarikat besar sahaja seperti Pharmaniaga yang mendapat konsesi 25 tahun untuk membekalkan 700 lebih item di APPL. Secara prinsipnya, sebuah syarikat tidak harus mendapat lebih daripada 15 peratus atau 20 peratus daripada public procurement.
Selain itu, kita boleh mengurangkan peranan middleman atau tender agents yang mengambil peranan sebagai intermediary antara kerajaan dan syarikat farmaseutikal. Mengikut catatan yang ada, mereka mengenakan caj sampai dua hingga tiga peratus untuk kerja-kerja passing tender paper sahaja dan bagi saya ini dapat dikurangkan. Okey, saya kena cepat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang kesihatan di Sarawak. Kita tahu Sarawak mempunyai tanah luas, kemudahan kesihatan kita terhad terutamanya specialist centre untuk beberapa disiplin seperti oncology, cardiology dan ia hanya tertumpu kebanyakannya di Kuching. So, banyak pesakit dari tempat lain di Sarawak yang berpendapatan rendah dan mereka tidak mampu untuk terbang ke Kuching untuk mendapatkan rawatan tersebut. Dalam praktis yang sedia ada, Jabatan Kesihatan Negeri akan mengeluarkan dana dari peruntukan yang sedia ada untuk membiayai kos perjalanan pesakit tersebut. Saya diberitahu kos pengangkutan atau perjalanan ini mengambil kos sebanyak RM8 million dalam setahun, yang ini membiayai kos penerbangan tiket penerbangan dan juga untuk doktor ke kawasan tersebut. Memang peruntukan adalah terhad. Maka saya berharap, pihak kerajaan dapat meneliti isu ini dan mengedarkan peruntukan khas untuk tujuan ini kepada Sarawak. Selain kos penerbangan, satu lagi isu yang dihadapi ialah kekurangan kapal terbang. Saya habiskan yang ini ya. Oleh sebab kekurangan kapal terbang yang diubahsuai khas untuk mengangkut pesakit-pesakit terutamanya pesakit tenat ataupun bedridden di sektor Bintulu dan juga di Sibu. Saya mendapat statistik bahawa hampir 1,000 pesakit di sektor Bintulu dan 1,500 di sektor Sibu. Malah ada satu kes di mana seorang pesakit 19 tahun telah meninggal dunia disebabkan tidak sempat diangkut dari sektor Sibu. Saya harap kementerian dapat membuat rundingan dengan AirAsia supaya mereka dapat membuat pengubahsuaian pesawat mereka supaya dapat mengangkut pesakit dari sektor Sibu dan Bintulu ke Kuching. Disebabkan dulunya ada MASwings, tetapi sekarang MASwings telah dihentikan. Dengan itu, walaupun banyak lagi saya ingin berucap tetapi masa tidak terhad. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lenggong. Silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan perbahasan dengan rangkapkan Junjung Kasih Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas ucapan sulung Baginda di Dewan ini. Tahniah dan saya berkeyakinan bahawa pelantikan Baginda sebagai Yang di- Pertuan Agong mampu untuk memainkan peranan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang adil lagi bijaksana. Tuan Yang di-Pertua, hari ini lebih 10 bulan dan tidak lama lagi satu tahun tempoh Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih negara ini. Sewaktu mereka mula mengambil alih, memberi harapan yang begitu tinggi kepada rakyat, rakyat mengimpikan polisi dasar yang tentunya lebih baik daripada kerajaan sebelumnya. Malangnya, sehingga hari ini tidak nampak suatu yang lebih baik daripada apa yang diberikan oleh kerajaan sebelum ini dalam pelbagai bidang baik ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Tidak ada apa, yang hanya mampu diberi ialah harapan. Sebab itulah, betul sebagaimana yang disebut oleh banyak pihak bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang hanya tukar kulit dan buat perubahan-perubahan kecil dan menyambung banyak polisi dasar yang dibuat oleh kerajaan dahulu yang suatu ketika dulu, sewaktu mereka berada di blok sini begitu hebat mengkritik. Akan tetapi, apa yang mereka kritik hari itu, hari ini dengan bangganya mereka melaksanakan dan uar-uarkan bahawa itulah yang mereka laksanakan. Hakikatnya mereka meneruskan apa yang kerajaan dahulu buat. Apa pun, saya hendak ucapkan tahniah di atas kepelbagaian parti politik yang ada dalam Kerajaan Pakatan Harapan, mereka mampu dan dapat memberikan peranan yang cukup besar kepada DAP sebagai sebuah parti yang saya lihat amat berkuasa dan benar- benar mainkan peranan penting.
Saya hendak ucapkan tahniah kepada DAP yang telah mampu untuk mainkan peranan dan banyak polisi yang dibuat oleh parti. Sudah tentulah saya mungkin boleh...
Penjelasan.
Yang Berhormat Lenggong, boleh tanya?
Saya bagi Yang Berhormat Arau dahulu.
Bermulalah itu. Silakan.
Kita ingin mengucapkan tahniah sebab DAP sekarang menguasai kerajaan dan juga Parlimen sebab Tuan Yang di-Pertua pun— saya minta maaf, menguasai Parlimen.
Ya betul. Bukan hanya dari segi bilangan tetapi polisi. Malah kita lihat Yang Berhormat Arau apabila...
Minta laluan Yang Berhormat Lenggong.
Yang Berhormat Tanjong Malim minta laluan.
Isu yang sama, isu yang sama.
Pendek sahaja.
Pendek, pendek. Saya hendak tanya Yang Berhormat Lenggong, adakah matematik Yang Berhormat Lenggong pass atau tidak sebab dalam Parlimen ini, DAP ini hanya ada 42 kerusi, PKR ada 50 kerusi. Selepas itu Perdana Menteri daripada Bersatu. Bagaimana kata DAP berkuasa? [Tepuk]
Okey. Saya tidak menyebut dari segi bilangan. Oleh sebab itu saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan walaupun DAP kecil tetapi diangkat kepada kedudukan yang tinggi dan akhirnya DAP berkuasa. Itulah kehebatan Kerajaan Pakatan Harapan. Jadi...
Yang Berhormat Lenggong, Puncak Borneo minta laluan.
[Bangun]
Tidak mengapa Yang Berhormat Puncak Borneo, saya tidak bagi sebab panjang you cakap.
Sedikit, sedikit Arau. Apakah Yang Berhormat sedar dari segi angka sebab matematik dari segi angka, DAP - 42 kerusi, PKR - 50 kerusi, Bersatu asalnya 13 kerusi, kemudian 9 - Warisan. Walaupun 42 kerusi, ia lebih besar daripada Bersatu. Perdana Menteri datang daripada parti yang minoriti. Dahulu Perdana Menteri dok sebut pada kami bahawa semasa dia jadi Perdana Menteri pada zaman UMNO, kalau UMNO dapat undi kurang ataupun kerusi kurang, dia akan jadi Perdana Menteri yang lemah sebab akan dikawal oleh parti yang mempunyai kerusi yang banyak. Sekarang ini apa yang dikatakan telah menjadi kenyataan sebab kerusi yang banyak dikawal oleh DAP dalam keadaan mungkin PKR berpecah sedikit. Jadi, DAP solid 42 kerusi. [Ketawa]
Yang Berhormat Arau, apa pun hakikatnya Yang Berhormat Arau...
[Bangun]
Yang Berhormat Kangar minta laluan.
Kangar, Kangar 15 saat.
Apa pun hakikatnya Yang Berhormat Arau, berapa bilangan kerusi dia, berapa bilangan kerusi DAP pun...
52 dengan 42 mana yang lebih? Allah! Orang Perlis ini tidak pandai kira kah?
Kangar, Kangar 15 saat.
Yang Berhormat Kangar minta laluan.
Hakikatnya DAP kuasa yang cukup besar. Segala polisi yang dibuat cukuplah.
Tidak diberikan laluan. Duduk.
Yang Berhormat Kangar ini baru budak baru berhingus.
Tidak faham matematik, gagallah Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, matematik gagal.
Sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam, kerusinya mesti mengikut apa yang diputuskan oleh Yang Berhormat Bagan. Oleh sebab itu saya ucapkan tahniah kepada kerajaan hari ini kerana mengangkat DAP sebagai berkuasa besar dalam kerajaan hari ini.
Beri 10 saat.
Yang Berhormat Kangar minta laluan.
Tidak payah.
Ahli Yang Berhormat sekalian, sebab apa? Sebab tidak ada apa yang boleh dibuat. Waktu Pilihan Raya Kecil Semenyih, apabila dilihat bahawa rakyat sudah beralih kepada pembangkang, secara tergesa-gesa Yang Berhormat Pagoh membuat pengumuman kononnya akan memberikan sesuatu yang baik, berita yang gembira berkaitan dengan tol yang selama ini memang mereka janjikan. Kita pun tertunggu-tunggu, di pihak Barisan Nasional membuat persediaan. Kalaulah diumumkan sesuatu yang baik ini, bagaimana kita hendak menghadapi keadaan ini. Rupa-rupanya hanya diberi free antara pukul 11.00 malam hingga pukul 5.00 pagi. [Tepuk] Inilah keadaannya. Apabila kita kritik bahawa apalah polisi itu, mereka kata apa Barisan Nasional buat selama 61 tahun memerintah tentang tol.
[Ketawa]
[Bangun]
Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat Shah Alam, 61 tahun bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman.
Minta laluan sedikit.
Zaman Tunku Abdul Rahman mana ada tol. Selepas Tunku Abdul Rahman, Tun Razak mana ada tol. Selepas Tun Razak, Tun Hussein Onn pun tidak ada tol, Muar. Zaman yang ada tol ialah zaman Yang Amat Berhormat Langkawi. [Disampuk] Zaman Yang Amat Berhormat Langkawi yang menyebabkan kita menanggung masalah berkaitan tol.
Kalau boleh hapuskanlah selepas Yang Amat Berhormat Langkawi.
Kemudian, selepas Yang Amat Berhormat Langkawi pergi kepada Yang Berhormat Kepala Batas, Pak Lah. Kemudian diambil alih oleh Yang Berhormat Pekan. Zaman Yang Berhormat Pekan, 11 tol kita hapuskan.
Hapuskanlah waktu itu. Kenapa tidak hapuskan?
Zaman Yang Berhormat Pekan.
Sebanyak 11 tol kita hapuskan. Bukan sahaja 11 tol kita hapuskan, kita bina lagi tol...
[Ketawa] Itu dia.
[Dewan riuh]
...Bina lagi lebuh raya di Sarawak. Di Sarawak kita bina Lebuhraya Pan Borneo.
Banyak tol baru. Banyak buat tol.
Tambah lagi tol.
Tidak ada tol. Tuan Yang di- Pertua, ucapan saya ini memang menarik minat Yang Berhormat Menteri. Saya akan bagi peluang kalau Yang Berhormat Menteri hendak bangun.
Yang Berhormat Kangar tidak sabar-sabar hendak bangun.
Inilah, inilah keadaannya kerajaan retorik. Bercakap sahaja pandai, janji sahaja boleh, apa pun tidak buat.
Sedikit Yang Berhormat Lenggong, sedikit. Boleh tak?
Yang Berhormat Menteri minta penjelasan.
Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kangar minta laluan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, nanti dahulu. Oleh sebab itu, tidak ada apa dibuat, tidak ada perubahan, tidak ada polisi baru, tidak ada dasar baru, cuma menyambung apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional yang telah begitu baik sebelum ini.
Yang Berhormat Lenggong, minta laluan Yang Berhormat Lenggong. Yang Berhormat Lenggong, minta laluan. Yang Berhormat Lenggong minta laluan.
Yang Berhormat Pendang minta laluan, boleh? Macam mana? Yang Berhormat Pendang boleh?
Sila Yang Berhormat Pendang.
Ya, silakan.
Ala, takkan tak berani? Bagilah. Bagilah backbenchers jawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Saya hendak dapat penjelasan...
Tidak. Kalau Yang Berhormat Shah Alam hendak bercakap, saya bagi jalan, no problem. Saya bukan takut. Yang Berhormat Shah Alam yang takut, bangun. No problem.
Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Lenggong.
Ya, sila Yang Berhormat Pendang.
Zaman siapakah perjanjian konsesi tol ini dibuat? Zaman siapa? Perdana Menteri mana dan siapa yang mula memberi idea untuk kutipan tol? Sila.
Oleh sebab itu saya sebut tadi, kalau sebut 60 tahun itu zaman daripada zaman Tunku Abdul Rahman. Tidak ada dan yang menimbulkan masalah kepada negara ini ialah zaman Perdana Menteri keempat, zaman Yang Amat Berhormat Langkawi. Ini timbul masalah.
[Bangun]
Yang Berhormat Shah Alam.
Menteri pun bangunlah. Menteri... [Ketawa]
Rakyat hari ini menghadapi masalah Yang Amat Berhormat Langkawi.
Bagilah.
No problem saya bagi. Gentleman.
Relax- lah Yang Berhormat Menteri, nanti boleh jawab. Apalah.
Saya mengucapkan terima kasih kerana mengaku bahawa selama ini orang yang duduk dalam UMNO ini pekak dan bisu.
Ini kenapa pula Yang Berhormat Menteri pula masuk?
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua.
Ini apa...
Apalah Menteri ini.
Yang Berhormat Menteri, kemudianlah cakap.
Apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri, dia main ikut sahaja.
Awak pekak, awak bisu.
Yang Berhormat Menteri, kemudian.
Lalu apabila ada sistem tol, kenapa tidak bangkang dahulu? Kita bangkang daripada dahulu. Ini apa jadi kepada...
Tuan Yang di-Pertua,...
Yang Berhormat, zaman Yang Amat Berhormat Langkawi, saya belum jadi wakil rakyat Yang Berhormat.
Menteri bodoh ini...
Apa Menteri masuk campur ini? Tuan Yang di-Pertua, sekejap lagi jawablah kemudian. Yang Berhormat Menteri, jawablah kemudian. Bagilah backbenchers campur.
Tuan Yang di-Pertua, ini Menteri bodoh ini tak tahu jawab isu.
Sudah, sudah. Duduk. [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam agak di luar amalan. Yang Berhormat Menteri tidak boleh berbahas. Yang Berhormat Menteri menjawab. Ya, silakan. [Ketawa]
Ini Menteri low-class.
Menteri sudah balas.
[Dewan riuh]
Menteri low-class.
Yang Berhormat Menteri sudah balas.
Menteri low-class. [Pembesar suara dimatikan]
Tinggal lima minit 48 saat. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya cadang kita tambah dua minit.
Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Lenggong...
Negara ini, negara ini masalah yang kita hadapi hari ini ditinggalkan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi. Yang Amat Berhormat Langkawi.
Bagi sedikit Yang Berhormat Lenggong.
Diangkat semula oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat yang mengangkat dia sebagai Perdana Menteri sekarang. Tanggunglah.
Ya, betul masa Yang Amat Berhormat Langkawi tetapi itu zaman... [Pembesar suara dimatikan]
Ini menggambarkan betapa pentingnya tol dalam polisi negara. Sila.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sila, sila teruskan. Lima minit lagi Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Silakan, silakan Yang Berhormat Lenggong.
Yang Berhormat Pekan buat lebuh raya di Pan Borneo di Sabah, Sarawak tidak ada kena tollah. Yang Berhormat dapat nikmatlah.
Patut tidak ada tol sebab kita punya minyak banyak telah dibawa ke... [Pembesar suara dimatikan]
Sudah, sudah. Cukup. Saya hendak sebut di sini kemiskinan. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Bangun]
Ini Yang Berhormat Menteri kenapa ini? Saya hendak jemput Yang Berhormat Shah Alam datang sinilah.
Sudah, saya tidak bagi laluan.
Tenteram, tenteram. Tidak diberi laluan. Teruskan.
[Dewan riuh]
Ya teruskan Yang Berhormat Lenggong. Empat minit 25 saat.
Saya sudah sebut, pembelaan kepada golongan miskin, mana ada. Kepada petani, kepada pesawah, kepada pekebun kecil, kepada penoreh getah, kepada nelayan. [Disampuk] Apa yang Kerajaan Pakatan Harapan buat? Mana ada. Tidak ada. Malah peruntukan dikurangkan.
Main golf dalam pejabat.
Yang Berhormat Port Dickson pun terpaksa merintih dalam Dewan ini minta supaya kerajaan beri perhatian kepada golongan miskin. Itu bukti bahawa kerajaan tidak buat apa-apa. Tidak ada apa. [Tepuk] Ini sahabat saya Yang Berhormat Puchong. Dahulu di sini bercakap soal kebebasan media, mesti diberi kebebasan. Saya tengok dia bercakap gaya memang [Tidak jelas] tetapi apabila dia berkuasa, sedikit demi sedikit dia tutup.
Boleh saya mencelah?
Yang Berhormat Lenggong mudah lupa. Dahulu Yang Berhormat Lenggong pun hentam Kerajaan Barisan Nasional. Sekarang buat-buat macam budak baik.
Boleh saya ada penjelasan? Boleh saya tanya?
Tidak diberikan.
Jadi sebab itu retorik. Retorik sahaja. Ini kerajaan yang tidak membela rakyat.
Bangkit, bangkit. Yang Berhormat Puchong tutup mulut.
Yang Berhormat. Janganlah. Panas pasal apa?
[Dewan riuh]
Duduk! Jangan lari. Duduk! Jangan lari.
Duduk Yang Berhormat Johor Bahru.
Eh! Yang Berhormat.
Bye, bye.
Yang Berhormat, jangan lari Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, bukan itu sahaja, ini hari ini, kita hendak bercakap...
Yang Berhormat Puchong bagus, Yang Berhormat Wilayah tidak bagus. Yang Berhormat Puchong bagus.
Kita hendak berhadapan dengan...
Yang Berhormat Wilayah bodoh!
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau, giliran belum sampai.
[Dewan riuh]
Mic, mic, mic.
...yang hendak berniaga malam-malam, apa Menteri Wilayah buat? Dia buat apa?
[Dewan riuh]
[Tepuk] Dia tidak bela, tutup sana, tutup sini. Ini kah kerajaan bela rakyat?
Jalan jam Kuala Lumpur pun Menteri Wilayah tidak boleh hendak selesai. Hari-hari jam. Menteri Wilayah tidak boleh hendak selesai.
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pontian, tidak diberikan laluan pun. Silakan.
Menteri Wilayah takut. Lari! Lari! Menteri Wilayah, jangan lari.
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Panas bontot lah itu. [Ketawa] Realitinya Yang Berhormat Muar, kerajaan yang bawa Yang Berhormat Muar tidak membela rakyat. Itu realitinya. Tidak ada pembelaan. Oleh kerana golongan yang patut dibela, tidak dibela.
Jangan lari!
Saya bekas Pengerusi PTPTN. Saya dengar sebelum pilihan raya bercakap akan lakukan perubahan kepada PTPTN, termasuklah Yang Berhormat Muar cakap. Apa perubahan dibuat? Apa perubahan? Tidak ada perubahan.
Disenarai hitam.
Jangan bohong lah. Tidak ada perubahan. Tidak ada perubahan pun dibuat.
Yang Berhormat Lenggong.
Hanya ada ialah menyambung apa yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.
Saya jawab. Saya hendak bagi apa perubahan.
Satu ketika dahulu, termasuklah Yang Berhormat Puncak Borneo.
Saya hendak jawab. Bagi laluan saya hendak jawab.
Yang Berhormat Puncak Borneo minta laluan.
Termasuklah mengkritik.
Takut kah? Takut saya jawab!
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Puncak Borneo, sila duduk. Sila duduk.
Apa buat? Semua bercakap kosong. Dibuat hanya lah menghapuskan sekatan imigresen. Itu hanya memberi keuntungan kepada mereka yang telah pun mendapat pinjaman. Pada pelajar baru? Pada bakal pelajar? Tidak ada. Ini bila hendak laksana potongan mulai RM4,000 ini? Saya hendak tanya bila? Tidak boleh buat. Oleh kerana itu sekalian, saya lihat kerajaan hari ini janganlah lagi bermain politik. Bekerja lah, mandat sudah dapat. Bekerja bersungguh-sungguh dan laksanakan dengan begitu baik.
Yang Berhormat Lenggong.
Ha! Sila.
Ini sepuluh tahun Khazanah untung, apabila mereka ambil, Khazanah rugi. Tujuh tahun FGV disenarai untung, mereka ambil, FGV rugi. Ini apa hal Yang Berhormat Lenggong?
Ya, sebab itu saya minta kerajaan pada hari ini telus. Bercakap benar.
Yang Berhormat Lenggong. Sikit sahaja.
Laporan daripada media antarabangsa...
Yang Berhormat Lenggong.
...banyak syarikat-syarikat yang dijual, dijual di bawah paras harga sebenar.
Yang Berhormat Lenggong. Sikit sahaja. Yang Berhormat Lenggong.
Malah, dijual kepada individu yang tidak dinamakan. Ini kah kerajaan yang telus?
Tidak!
Ini kah kerajaan yang beramanah? Ini kerajaan yang tidak bertanggungjawab, menjual harta rakyat yang telah dibina begitu lama. Ini amanah. Menteri Tabung Haji ini, lagi teruk.
Sikit. Yang Berhormat Lenggong sikit.
Silakan.
Hari ini kita menang, besok minyak turun RM1.50.
[Dewan ketawa]
Siapa cakap ini?
Ah! Yang Berhormat Muar pun cakap juga.
Rupanya penipu.
Minyak angin sahaja yang turun.
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Oleh sebab itu...
Masa dah habis.
Oleh sebab itu Tuan Yang di- Pertua, saya hendak menggulung. Mengambil inti pati Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, jadilah kerajaan yang beramanah. Rakyat sedang menilai. Rakyat sedang menilai. Saya rasa ini lah kerajaan sepenggal yang ada dalam negara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Kangar yang tidak diberi laluan tadi.
[Dewan ketawa]
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama berbahas Usul Menjunjung Kasih di Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kangar ingin mengambil kesempatan ini untuk merafakkan sembah, setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan berdoa agar negara ini akan terus aman, maju dan adil di bawah naungan Baginda. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukan hanya bermula selepas Pilihan Raya Umum Keempat Belas. Kita dah banyak mendengar rungutan tentang kenaikan kos sara hidup di kalangan rakyat. Ada kawan-kawan kita di sebelah sana baru-baru ini pun tumpang sama menangis mengeluarkan air mata buaya.
[Dewan ketawa]
Mereka mungkin lupa, selepas Yang Berhormat Pekan mengambil alih pentadbiran pada tahun 2019, daripada rekod data-data kerajaan, jumlah subsidi telah dikurangkan daripada kira-kira RM35 bilion pada akhir tahun 2008 menjadi sekitar RM20 bilion pada tahun 2010 iaitu pengurangan sebanyak kira-kira RM15 bilion atau pun 42 peratus.
Cukup zalim.
Namun, kita jangan terkeliru. Memang secara lazimnya kerajaan akan didesak untuk meningkatkan bantuan atau subsidi bagi meringankan beban rakyat. Sebagai ahli politik, pastilah kita semua akan merasa gembira jika dapat membantu orang ramai yang mengalami kesulitan hidup. Namun, harus diingat harga barang yang di subsidi tidak menjadikan harganya lebih murah, sebaliknya harga tersebut sebenarnya ditampung melalui kutipan cukai kerajaan. Kerajaan tidak boleh memberi subsidi tanpa perlu mencukai daripada pelbagai pihak yang lain untuk menampung kosnya. Begitu lah juga dengan pelbagai bantuan yang diberikan, ia tidak akan dapat dibuat oleh kerajaan tanpa terlebih dahulu mencukai daripada pelbagai pihak. Maka, kita harus sedar bahawa kejayaan jangka sederhana dan panjang yang sebenar dalam dasar bantuan dan subsidi ialah apabila jumlah mereka yang perlu dibantu semakin berkurangan dari semasa ke semasa atau jumlah bantuan yang diterima berkurangan dari semasa ke semasa. Ini kerana jika semakin ramai perlu dibantu dan juga jumlah bantuan semakin meningkat, ia hanya lah petunjuk kepada kegagalan dasar kita. Untuk menampung kos ini juga, kerajaan juga boleh berhutang. Jika kita merujuk kepada laporan ekonomi sepanjang pentadbiran Yang Berhormat Pekan dahulu, hutang kerajaan telah meningkat daripada kira- kira RM306 bilion pada akhir tahun 2018 kepada kira-kira RM686 bilion iaitu kenaikan sebanyak daripada 33 peratus KDNK kepada 53 peratus KDNK. Jika data terakhir kita rujuk hutang negara pada Jun 2018, jumlahnya telah meningkat kepada RM725 bilion. Itu peningkatan atau pun lebih kurang sebanyak RM46 bilion setahun. Ini tidak termasuk hutang-hutang yang dijamin oleh kerajaan melalui perbelanjaan di luar belanjawan. Bayangkan pada zaman pentadbiran dahulu, subsidi dikurangkan, hutang ditambah tetapi data-data daripada KWSP menunjukkan kira-kira 74 peratus daripada pencarumnya tidak mempunyai cukup simpanan untuk kecemasan dan 64 peratus golongan berpencen hanya mempunyai pendapatan kurang daripada RM50,000. Jika boleh, saya ingin mencadangkan beberapa keutamaan untuk tindakan kerajaan.
Boleh mencelah?
Boleh sikit.
Tadi Yang Berhormat sebut pasal hutang. Hutang yang rasmi RM686, sekarang Mac 2019 - RM768.8 bilion. Kata hendak kurangkan hutang, patutnya RM686 itu turun lah jadi RM680 kah, RM608 bilion kah. Akan
tetapi kenapa naik RM768.8 bilion ini? Bila masa hendak menurunkan hutang ini? Bahawa kerajaan Yang Berhormat telah menambahkan hutang begitu banyak dalam masa beberapa bulan.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Setuju ya? Setuju?
Tadi saya sebut sebenarnya...
Setuju tentang hutang bertambah itu, setuju?
Sebenarnya RM686 pada hujung tahun 2017. Akan tetapi pada Jun 2018 dah meningkat RM725 bilion. Jadi, peningkatan itu pada kadarnya lebih rendah daripada kenaikan pada zaman pentadbiran BN. Duduk, Yang Berhormat Pontian.
Mac RM768 dah. Bulan Mac, RM768 bilion.
Pertama, kita kena lihat hutang-hutang isi rumah kita yang tertinggi di Asia. Boleh duduk, Yang Berhormat Pontian. Apakah yang menyumbang kepada hutang isi rumah ini? Pembelian rumah, kereta dan penggunaan kad kredit. Alhamdulillah hari ini kita melihat banyak Menteri yang bekerja kuat dalam aspek- aspek ini. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan? Pertama, untuk menurunkan harga kenderaan. Kedua, untuk memperluas kemudahan pengangkutan awam yang cekap ke seluruh negara. Ketiga, apakah langkah kerajaan untuk menilai semula sistem bayaran tol dalam bandar? Oleh kerana mungkin wajar juga kita memperkenalkan kadar satu bayaran untuk semua tol. Keempat, memastikan pembeli rumah tidak teraniaya kerana kelewatan atau kegagalan kontraktor menyiapkan projek-projek perumahan mereka. Kelima, apakah langkah kerajaan untuk memastikan rumah mampu milik atau pun rumah untuk rakyat termiskin tidak dimanipulasi oleh golongan yang mampu? Kita juga perlu membetulkan sistem pemberian bantuan. Dari tahun ke tahun kita berusaha melakukan pemutihan dan menumpukan kepada golongan sasar yang sebenar. Ini patut diteruskan dan diperkemas. Tindakan bersepadu merentas agensi perlu dibuat untuk meningkatkan kecekapan. Terlepas sama ada kita bersetuju dengan pendapatan garis kemiskinan yang dipakai, jumlah 0.2 peratus miskin tegar atau pun sekitar 64,000 orang rakyat atau pun kira-kira 16,000 isi rumah sebenarnya boleh ditangani pada tahun ini juga. Maka, saya mencadangkan dalam tempoh berbaki pada tahun ini, kita bekerja keras supaya kita dapat mengisytiharkan pada hujung tahun nanti bahawa Malaysia telah bebas daripada miskin tegar.
Yang Berhormat Kangar. Saya minta laluan.
Nanti. Kita juga boleh belajar daripada banyak negara lain tentang program pemberian tunai secara bersyarat atau pun conditional cash transfer. Saya ingin menyarankan agar kerajaan mengenakan syarat khas agar ibu bapa memvaksin anak-anak mereka dan memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah sebelum mereka layak untuk menerima Bantuan Sara Hidup yang diberikan oleh kerajaan.
Di samping itu juga, saya berharap kerajaan dapat memastikan bantuan-bantuan yang telah diluluskan sampai kepada penerima yang layak pada waktunya. Ini kerana kita banyak mendengar bantuan yang sepatutnya rakyat dapat ini, dapat lewat. Jadi kita harap kerajaan dapat meningkatkan kecekapan daripada aspek tersebut. Tadi Yang Berhormat Pendang.
Silakan Yang Berhormat Pendang.
Yang Berhormat Kangar, Pendang hendak bertanya. Bon Samurai ini yang dipinjam oleh kerajaan yang dijadikan aset dan ekuiti Kerajaan Malaysia, adakah untuk digunakan membayar hutang 1MDB ataupun untuk perbelanjaan pengurusan ataupun perbelanjaan pembangunan? Kalau perbelanjaan pembangunan...
Okey, terima kasih Yang Berhormat Pendang, itu saya minta Menteri jawab nanti. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, baru-baru ini dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Perlis, kami didedahkan dengan senarai projek-projek Kerajaan Persekutuan yang dikategorikan ‘sakit’ semasa pentadbiran lalu. Sebagai contoh, dalam kes spesifik pembinaan Sekolah Sukan Perlis. Kelewatannya sudah mencecah 56 peratus, lebih mengejutkan kontraktor yang menjalankan projek ini sebenarnya telah ditamatkan kontrak pada tahun 2014. Namun kerajaan telah membuka semula tender untuk mendapatkan kontraktor penyelamat dan sepuluh kontraktor telah disenarai pendek tetapi akhirnya kami dimaklumkan bahawa pentadbiran dahulu telah memilih kontraktor asal yang tidak tersenarai pun dalam sepuluh kontraktor yang disenarai pendek ini. Tambah malang lagi, sampai hari ini Sekolah Sukan Perlis ini tidak siap-siap. Saya percaya projek-projek yang seumpama ini banyak berlaku di seluruh negara. Kerajaan perlu bertindak tegas dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kita belum lupa dalam pentadbiran dulu ada sesetengah projek yang bayarannya dah mencecah lebih 80 peratus sedangkan kadar siap projek itu mungkin hanya sekitar 20 peratus. Kita juga mendengar bagaimana kerajaan gagal membayar kontraktor pada masanya sehingga menyebabkan sebahagian kerja tertangguh. Saya juga dimaklumkan tentang bagaimana kontraktor teraniaya kerana kelewatan yang sebenarnya berpunca daripada agensi kerajaan. Saya yakin dengan hanya memperbaiki aspek pengurusan dalam hal ini sahaja, kita akan dapat melihat banyak hasil daripada perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan. Saya juga ingin mengulang kepentingan setiap kementerian untuk tidak bekerja secara bersendirian ataupun dengan izin in silo...
Boleh minta penjelasan sedikit?
Ya.
Terima kasih. Yang Berhormat ini begitu prihatin tetapi Yang Berhormat sedar tak terowong di Pulau Pinang itu RM300 juta dibelanjakan tetapi kerja belum mula pun. Macam mana? Sudah bayar RM300 juta.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Itu nanti biar Menteri yang jawab. [Ketawa] Dalam contoh sekolah sukan yang saya sebutkan tadi, adalah wajar perancangan dibuat dengan lebih teliti supaya kemudahan yang dibina boleh dimanfaatkan secara lebih meluas. Sebagai contoh, pentadbiran dahulu telah berbelanja untuk membina banyak kemudahan SUKMA di negeri Perlis tetapi sayangnya dewan badminton yang dibina sebagai contoh tidak mencapai piawaian yang biasanya digunakan untuk kejohanan antarabangsa. Jadi, ini satu kemalangan kerana kita telah berbelanja. Untuk makluman Dewan, Persatuan Badminton Perlis ini setakat tiga, empat tahun lepas kita dah banyak menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa tetapi kita tidak boleh menganjurkan kejohanan yang lebih besar kerana dewan yang ada di negeri Perlis ini tidak cukup. Kita mampu sebenarnya tetapi malanglah dulu kita berbelanja, kita tidak buat dengan bersungguh-sungguh. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali yang saya hendak sentuh ialah tentang keseimbangan pembangunan yang disebut dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas komitmen untuk memberikan royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Kerajaan Negeri Kelantan. Ini ialah salah satu contoh perubahan besar yang menunjukkan bahawa kerajaan kita tidak main politik macam mana pentadbiran dulu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana meneruskan projek-projek yang telah dirancang di negeri Perlis oleh pentadbiran dulu. Ini menunjukkan bahawa kita ini bukan hendak balas dendam, yang mana yang bagus kita teruskan, yang mana tidak mampu, kita tangguh ataupun batalkan. Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa kerajaan perlu mengemukakan strategi pembangunan berbalik ataupun reverse development untuk merangsang pembangunan di wilayah-wilayah tertinggal. Bayangkan untuk Perlis yang hanya mempunyai kutipan hasil sekitar RM100 juta setahun sahaja, suntikan projek yang lebih besar pastilah membantu. Saya berpendapat, dulu jika BN kurangkan subsidi dan tambah hutang tetapi realiti menunjukkan tidak berlaku trickle-down effect kerana projek-projek besar mungkin hanya tertumpu di kawasan-kawasan yang telah maju.
Menurut kaedah yang diguna pakai di negara kita, peruntukan Persekutuan kepada negeri-negeri adalah berdasarkan jumlah penduduk dan juga panjang jalan. Namun jangan dilupa, selain daripada itu kerajaan juga turut menjalankan pelbagai projek berskala mega yang sekali gus melebarkan lagi jurang ekonomi antara negeri. Perlis negeri yang kecil, penduduknya hanya ada sekitar 250,000 orang, tentulah menjadi penerima terkecil jika kita mengikut kaedah ini sedangkan kami memerlukan lebih banyak perhatian daripada Kerajaan Persekutuan. Sejak sekian lama kami tidak lagi menikmati pelaburan luar, daripada zaman Barisan Nasional tidak ada, sejak beberapa empat, lima tahun kebelakangan ini kita tidak ada langsung pelaburan daripada luar. Soalan saya ialah apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan Perlis menikmati cukup pelaburan sehingga mampu menjana hasil negeri yang lebih tinggi? Jika semalam Menteri Hal Ehwal Ekonomi mengumumkan peruntukan hampir RM5 bilion untuk projek pembangunan khas di negeri Kedah, rakyat di negeri Perlis juga menantikan apakah perancangan pembangunan kerajaan di sana. Baru-baru ini khabar angin bertiup kencang di Perlis bahawa kilang gula yang beroperasi di Chuping, Padang Besar akan tutup. Kita ada wakil rakyat Padang Besar hari ini, jarang-jarang nampak di Parlimen. Biarlah, jadi saya masukkan ucapan saya, saya takut dia tidak ada, jadi saya tolong bawakan. Penutupan ini pastinya berita duka yang akan menjejaskan 400 orang pekerja tetap dan 100 orang pekerja kontrak, 200 keluarga pekerja yang tinggal di perumahan kilang ini akan kehilangan tempat tinggal, persekolahan anak- anak mereka akan terganggu, kontraktor kecil tempatan akan kehilangan peluang pekerjaan dan banyak lagi masalah yang akan menjadi kesan rantaian yang negatif atas penutupan kilang ini. Kilang gula di Perlis selama ini mencatatkan untung yang baik dan penutupan ini tentulah berkemungkinan terkait dengan kesilapan keputusan yang dibuat oleh pentadbiran dulu. Justeru itu, saya meminta kerajaan mempertimbangkan semula pengekalan kilang gula ini untuk terus beroperasi di Perlis ataupun jika tidak, dapatkanlah mana-mana pelabur yang boleh mengambil alih kilang ini. Saya juga mendapat khabar bahawa rancangan pelaburan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) mungkin dipindahkan dari negeri Perlis ke tempat lain. Ini tentulah mendukacitakan kerana Kerajaan Negeri Perlis sudah pun meluluskan tanah dan sedia memberi kerjasama yang diperlukan untuk membolehkan pelaburan ini segera masuk. Saya percaya dengan bertapaknya UniKL di Perlis, kita akan berpeluang menjadi sebagai pusat pendidikan, pengangkutan dan juga logistik yang terbilang di rantau ini. Justeru itu, saya meminta kerajaan mempertimbangkan semula keputusan untuk mengalih pelaburan UniKL ke negeri lain.
Yang Berhormat Kangar.
Sedikit sebagai penutup. Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Kangar, adakah disebabkan kerajaan negeri adalah milik Barisan Nasional, itu sebab Universiti Kuala Lumpur di bawah kementerian yang menguruskan MARA memindah Universiti Kuala Lumpur ke tempat yang lain. Minta pandangan Yang Berhormat Kangar.
Saya tidak berpendapat demikian kerana banyak juga projek-projek yang diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi mungkin dari segi speed, dari segi kecepatan untuk kita buat proses ini perlu ada rundingan berterusan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan juga kerajaan negeri. Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan, sebagai penggulungan, tahun depan adalah tahun 2020, pastilah tahun yang istimewa dalam sejarah negara kita. Kami khususnya generasi yang membesar pada dekad 1990-an sentiasa dibayangkan tentang pencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun ini. Tahun depan kita akan ada program bancian penduduk sekali lagi dan tahun depan juga akan dibentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Justeru itu, eloklah kerajaan mengambil peluang ini untuk mengemukakan satu rancangan pembangunan yang lebih meyakinkan berdasarkan realiti sebenar kehidupan masyarakat kita. Jalan terbaik untuk kita melangkah ke hadapan ialah dengan merumuskan dasar-dasar dan program-program untuk mempergiatkan pertumbuhan. Kerajaan mesti
bertenang, fokus kepada agenda pembaharuan dan tidak mudah terganggu dengan serangan-serangan khususnya daripada pihak pembangkang. Dulu selepas kejayaan Pakatan Rakyat merampas Selangor daripada BN pada tahun 2008, kebetulan saya berkhidmat di Pejabat Menteri Besar Selangor. Jadi, serangan yang dilakukan oleh pembangkang pada hari ini sebenarnya lebih kurang sama macam dulu, daripada tuduhan gagal menunaikan janji, dikawal DAP, tidak menjaga kepentingan Islam, Melayu dan sebagainya. Akan tetapi Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, kita jangan lupa bahawa hari ini Kerajaan Negeri Selangor telah bertahan tiga penggal di Selangor. Jadi saya harap kerajaan dapat bertenang, fokus kepada menyampaikan apa yang kita janjikan dan cabaran kita bagi saya ialah untuk memastikan demokrasi yang kita nikmati dan menjadi sebutan dunia pada hari ini can deliver dengan izin, supaya kita tidak mengulangi kesilapan di banyak negara yang mengalami fasa transisi di sepanjang sejarah dunia. Justeru itu, kerajaan mesti menggiatkan hubungan dua hala dengan pelbagai negara dan tidak keterlaluan saya sebagai penutup ingin memuji setakat ini jumlah rancangan pelaburan yang telah diluluskan oleh kerajaan yang cukup tingi adalah sebagai salah satu tanda perkembangan positif terhadap masa depan negara di bawah pentadbiran PH. Saya percaya sebagaimana ucapan Menteri Kewangan sebelum ini, dalam masa tiga tahun kita akan kembali menjadi negara Malaysia yang disegani. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi wa man walah. Tuan Yang di-Pertua, segala pujian kepada Allah, Tuhan yang menyimpan segala tahu kerana dengan izin dan limpah kurnianya, maka dapatlah kita semua berkumpul di Dewan yang mulia ini untuk bersama mendengar dan meneliti serta membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Nyatalah banyak pedoman dan inti pati yang dapat diambil daripada Titah Baginda. Kuala Krai mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-VI. Semoga negara kita terus makmur di bawah pemerintahan Tuanku. Tuan Yang di-Pertua, beberapa hari lepas seisi dunia telah digegarkan dengan kejadian pembunuhan di Masjid Christchurch, New Zealand. Tragedi berdarah ini meletuskan krisis moral dan yang membejatkan yang menjadi titik hitam kepada peradaban manusia moden. Jelaslah Islamofobia yang diperkenalkan Barat berjaya menjadi pemisah antara agama dan kaum. Islam dirujuk sebagai wacana ekstremisme dan keganasan. Walhal kebalikannya Islam tegak kepada agama persaudaraan penuh damai serta harmoni. Apa yang peliknya dalam negara kita ini ada yang cuba kaitkan tragedi tersebut dengan situasi politik dalam negara. Kaitkan hubungan baik PAS dan UMNO. Jangan ada yang cuba menangguk di air keruh. Barang perlu diingat bibit-bibit kecelaruan semakin jelas. Beberapa pihak melihat tahaluf di antara PAS dan UMNO sebagai satu tindakan ke arah memulakan perang kepada kaum Cina dan India. Malahan ada yang tega mengatakan ta’awun dan persefahaman ini bakal menjadikan negara ini seumpama rejim Taliban di Afghanistan. Amatlah sedih semudah dan sesingkat itu persefahaman ini digambarkan. Seakannya selama ini Islam dan Melayu bukan merupakan agama dan kaum utama di negara ini. Sepertinya segala keamanan yang selama ini diwujudkan adalah kerana tegangnya hubungan antara PAS dan UMNO. Lalunya Melayu dan Islam itu haruslah bergaduh antara satu sama lain. Barulah Malaysia ini dikatakan aman. Di sini, saya ingin menegaskan persefahaman ini teramat penting terutamanya apabila beberapa perkara tentang Islam dan Melayu telah cuba dilanggar dan diganggu gugat. Justeru, persefahaman ini adalah selaras dengan kehendak Islam sebagaimana mutiara hadis Nabi SAW [Membaca sepotong Hadis] “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana beliau melalui Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang telah meluluskan lima projek untuk negeri Kelantan. Ternyata ia memberi nafas lega yang baharu kepada Kelantan. Kalaupun kebanyakannya adalah meneruskan projek yang telah lama dilulus pada zaman Kerajaan Barisan Nasional terdahulu. Seperti yang diketahui, Kuala Krai merupakan nadi terpenting untuk pembinaan projek Lebuhraya CSR - Central Spine Road. Ia merupakan laluan utama dan merupakan tempat paling sesak setiap kali musim cuti dan perayaan. Oleh itu, selaras dengan pengumuman tersebut, saya mencadangkan pembinaan laluan Kuala Krai-Machang didahulukan dengan seberapa segera agar faktor kesesakan dapat diatasi. Timbul pula letak persoalan, bilakah dan bilakah projek ini akan dimulakan oleh kerajaan. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai peruntukan menyelenggara jalan yang telah dipotong. Hanya tinggal RM100 juta pada tahun 2019 berbanding keperluan sebenar sebanyak RM2 bilion setahun sebagaimana kenyataan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya beberapa minggu lepas. “Sudah terang lagi bersuluh”. Jalan Kuala Krai-Gua Musang dan Gua Musang-Merapoh dalam kondisi yang sangat teruk. Ketiadaan lampu jalan terutamanya di kawasan-kawasan simpang yang merbahaya ditambah pula oleh jalan raya yang rosak berserta garisan putih yang sudah hilang, membuatkan pemanduan amat sukar, terutama musim hujan dan malam hari. Gambaran ini seolah-olahnya semacam laluan maut buat pengguna. Selain itu, Jalan FT.066 Sungai Sam-Dabong-Jelawang terus ke Jeli sepertinya tidak bertuan kerana sejak sekian lama jalan ini tidak diselenggara. Jadinya saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat mengemukakan peruntukan tambahan, khususnya untuk penyelenggaraan jalan-jalan utama persekutuan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil perhatian terhadap isu berkaitan untuk mendapat lesen memandu kerana kos untuk mendapatkan lesen memandu ini pada saat ini teramat tinggi. Kenaan bayaran yang tinggi ini sangatlah membebankan rakyat marhaen di bawah sana. Di samping itu kursus yang ditawarkan begitu menyusahkan. Walhal tidak mampu juga mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Hal ini berkait pada statistik laporan kemalangan maut yang meningkat saban tahun. Misalnya pada tahun 2014 sebanyak 6,674 kadar kematian akibat kemalangan. Manakala pada tahun 2015 sebanyak 6,706 kematian dan pada tahun 2016 lagi meningkat sebanyak 7,152 kematian akibat kemalangan jalan raya. Di sini saya ingin mencadangkan elemen agama perlu diterapkan bersekali di dalam silibus kursus. Misalnya skop pendedahan nilai nyawa manusia di sisi agama perlu diterapkan kepada pemohon. Akhlak dan kesopanan serta kesabaran yang tinggi diperlukan oleh seseorang pemandu. Dahulu zaman kita dahulu tidak lah sepayah hari ini untuk mendapatkan lesen. Akan tetapi peratus kemalangan tidaklah seteruk sekarang. Soalnya adalah, di manakah puncanya. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan saman pula, tiada pemberitahuan awal diberikan untuk saman yang disenaraihitamkan. Ini menyebabkan kenderaan tidak dapat memperbaharui cukai jalan kerana saman perlu dijelaskan terlebih dahulu. Natijahnya saya mendapat maklumat bahawa banyak kenderaan kini tidak dapat memperbaharui cukai jalan. Kesannya sangat berbahaya jika terjadinya kemalangan dan dalam masa yang sama, pihak kerajaan juga tidak dapat mengutip hasil yang sepatutnya dibayar oleh pengguna jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, kekalahan parti pemerintah pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands yang lepas menjadikan kerajaan bersedia untuk sedikit menoleh kepada janji pilihan raya yang antaranya menghapuskan tol. Walaupun penghapusan itu tidak seperti dijanjikan. Namun seakannya ada sedikit sinar. Bilamana kerajaan memperkenalkan tol percuma menjelang PRK Semenyih bermula pukul 11.00 malam hingga pukul 5.00 pagi. Namun demikian yang ditawarkan sangat tidak munasabah untuk warga yang bekerja terutama di sekitar Lembah Klang. Jelas rakyat bukan sahaja ditipu malahan lebih teruk lagi dipermainkan oleh kerajaan. Buat penduduk Pantai Timur pula di Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Plaza Tol Gombak yang merupakan tol wajib untuk memasuki Kuala Lumpur setiap hari terutamanya pada hujung minggu petang Ahad sehinggalah ke malam akan mengalami kesesakan yang sangat teruk. Ini tidak dikira lagi pada musim perayaan. Antara punca kesesakan tersebut ialah wujudnya Tol Gombak, ditambah pula dengan keadaan jalan
selepas tol yang terlalu sempit dan tidak boleh menampung kemasukan kenderaan yang banyak secara serentak. Bersangkut soal permasalahan yang termaksud, ingin saya mencadangkan agar Tol Gombak ini dihapuskan oleh pihak kerajaan kerana ia sudah lagi tidak relevan. Malah ia adalah punca utama kesesakan. Kerajaan boleh kaji sama ada konsesinya telah pun selesai ataupun bagaimanakah cara yang boleh dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan ini bahawa Pengerusi PAC yang sudah pun bertukar kedudukannya daripada pembangkang kepada penyokong kerajaan. Berdasarkan Manifesto Pakatan Harapan, kedudukan Pengerusi PAC...
Yang Berhormat Kuala Krai.
...sekarang mesti dinilai semula dan dilantik pengerusi yang baharu dari kalangan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Yang Berhormat Paya Besar minta laluan.
Ya, silakan.
Fasal tol tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Adakah Yang Berhormat bersetuju sekiranya tol itu tidak dapat dihapuskan seperti yang dijanjikan. Permulaan hapuskan tol di Plaza tol Gombak dan tol yang berada di bandar-bandar besar kerana apa ini juga telah meningkatkan kos sara hidup rakyat yang terkesan akibat ditipu oleh janji-janji Pakatan Harapan.
Saya setuju dan mohon masukkan dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menarik perhatian kepada isu duka lara penjawat awam. Duka lara menjadi isu yang berpanjangan semenjak pemerintahan yang terdahulu sehingga kini ia masih menjadi igauan kepada penjawat awam. Saya ingin mengambil contoh para doktor. Profesion sebagai seorang doktor adalah golongan yang terlibat dengan nyawa manusia. Akibat kemurungan dan duka lara mereka, boleh menyebabkan nyawa pesakit dalam keadaan yang sangat merbahaya.
Ini kerana kualiti kerja mereka terbeban akibat masalah duka lara ini. Lantaran demikian, saya mencadangkan satu pasukan task force, yang dianggotai oleh semua kementerian untuk menyelaras masalah duka lara ini. Saya tidak memfokuskan kepada satu- satu profesion, tetapi melibatkan kakitangan jabatan yang berlainan. Ingin juga saya bawakan satu kes sebagai contoh di sini, yang mana suami bekerja di Hospital Melaka manakala isterinya seorang guru yang mengajar di Sentul, Kuala Lumpur. Ehwalnya, task force yang dicadangkan ini perlu dibuat secara holistik dan merentasi sempadan kementerian. Untuk menyelesaikan perkara ini, kedua-duanya perlu dipindahkan ke satu daerah yang sama atau sekurang-kurangnya berpindah ke daerah yang berdekatan supaya isu duka lara ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk]
Yang Berhormat Kuala Krai, mohon mencelah.
Yang Berhormat Kuala Terengganu minta laluan.
Berkait dengan ini, saya ingin bangkitkan juga soal masalah doktor. Masalah doktor yang diletakkan jauh daripada keluarga, sehingga saya sendiri mengenali beberapa orang yang kemalangan kerana masalah. Sudahlah kerja itu memakan masa yang banyak, keluarga pula jauh. Jadi dalam keadaan letih. Ini terutama sekali mereka yang housemen, berkait dengan itu saya sendiri berhadapan dengan masalah yang sama. Jadi Ahli Parlimen di Kuala Terengganu, isteri saya di tukarkan ke Kelantan. Jadi, saya tidak tahulah kalau ada peruntukan boleh tukar suka sama suka Ahli Parlimen ini, jadi Kota Bharu pula kah apa kah? Jadi, saya harap supaya Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tolong ambil perhatian. Sebenarnya, masalah berkait dengan terutamanya doktor housemen ini diletakkan jauh daripada keluarga adalah perkara yang serius. Terima kasih.
Okey, saya setuju. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Kuala Terengganu. Dari sudut penyelarasannya,
bagi saya mungkin boleh dibuat oleh task force tersebut dan boleh diselaraskan dengan sebaik mungkin dan boleh melihat, di manakah di kalangan penjawat awam yang memohon untuk membuat pertukaran boleh dibuat ataupun boleh dikaji dengan secara holistik oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua... [Disampuk]
Sikit? Isu berkaitan. Saya ingin memfokuskan kepada... Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu doktor duka lara ini. Bayangkan dalam panduan penempatan di peringkat Kementerian Kesihatan, di tulis mana-mana housemen yang tamat latihan siswazah maka posting untuk medical officer dia kena keluar daripada negeri yang tempat dia jadi housemen. Ini hanya semata-mata hendak fulfill syarat itu, yang sudah lama ada di peringkat kementerian tidak disemak oleh Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Menteri, saya rasa tidak buat kerja dalam bab ini. Jadi, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri supaya semak balik, sedangkan kekosongan di tempat housemen itu bertugas masih lagi ada, mengapa perlu dia posting keluar daripada negeri tersebut?
Betul itu, itu kes saya, kes saya. [Ketawa]
Kalau manifesto bukan kitab suci, tetapi peraturan itu pun sama juga, boleh dinilai oleh pihak kerajaan dan berdasarkan kepada kesesuaian kepada apa yang berlaku. Tuan Yang di-Pertua, Islam adalah agama rasmi negara ini. Majoriti penduduknya adalah di kalangan orang Islam. Sedarkah kita semua tentang kepayahan untuk memastikan makanan tersebut adalah makanan yang halal. Ia merangkumi di kebanyakan hotel, pasar raya, medan selera, bahkan lapangan terbang termasuk juga kopitiam yang cambah bagaikan cendawan pada hari ini serta kedai-kedai makan franchise. Kesukaran ini perlu diatasi dengan kadar yang segera. Selain itu, tular di media sosial berkaitan kedai makan mamak yang berselindung di sebalik tulisan ayat suci Al-Quran Karim, sedangkan pemiliknya adalah di kalangan bukan Islam. Mempergunakan ayat suci ini adalah perbuatan yang sangat keji dan terkutuk. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan mewujudkan satu polisi bahawa setiap kedai makan mesti mendapatkan dan juga mempamerkan sijil halal bagi kedai yang halal dan juga mempamerkan logo tidak halal bagi kedai yang sebaliknya sebagai satu usaha membantu pengguna Muslim mendapatkan hak mereka. Tuan Yang di-Pertua, tahun lepas setiap Ahli Parlimen pembangkang mendapat RM100,000 untuk setiap Parlimen. Ia adalah satu pembaharuan yang boleh dipuji kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi, lain pula episodnya pada tahun ini, peruntukan itu masih belum lagi diterima. Terdetik dan bertanya, kenapakah perkara ini berlaku? Saya memohon kerajaan meneruskan peruntukan tersebut malah dapat menambah peruntukannya sebagaimana peruntukan yang diperoleh oleh wakil-wakil kerajaan. Kesemua peruntukan ini adalah untuk kebaikan rakyat di kawasan masing-masing yang diwakili secara sah. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berakhir, saya ingin memetik Titah Tuanku tentang kedudukan Islam. Kedudukan Islam adalah terjamin oleh Perlembagaan, manakala agama lain boleh diamalkan dengan aman, damai dalam negara ini. Dua-dua perkara ini haruslah diakui dan difahami sepenuhnya oleh semua rakyat Malaysia demi menjamin kerukunan dalam negara ini. Jika agama selain Islam perlu dihormati, maka lebih-lebih lagi agama Islam sebagai Agama Persekutuan wajib dihormati. Jangan ada usaha-usaha menimbulkan huru-hara dan ketegangan agama dan kaum dengan menghina Nabi Muhammad SAW dan juga menghina ajaran Islam secara keseluruhan. Kami diajar oleh Al-Quran Karim supaya menghormati agama lain dalam Al-Quran, Surah Al-An'aam, [Membaca sepotong ayat Al-Quran], “Dan janganlah kamu cerca benda- benda yang mereka sembah yang lain dari Allah. Kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan”. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memetik sebuah puisi nukilan A. Samad Said untuk renungan bersama, “Janji ada yang perlu serasi, Antara lidah dan hati, Ketika kita berjanji, Perlu setulus hati. Jika janji hanya kata,
Hasrat tanpa erti harga, Berdikit diri musnah, Akhirnya luntur maruah. Ada yang perlu di sebati, Demi zahir dan rohani, Diri ditentukan janji, Yang mengharum peribadi”. Kuala Krai dengan ini menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan penuh tanggungjawab dan rendah diri saya memohon menyertai perbahasan dalam usul ini dan akan mengutarakan dua isu utama iaitu pertama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kedua, pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, sejak Penggal Pertama, Mesyuarat Pertama pada tahun yang lepas, saya telah mengemukakan usul menggesa supaya semua anggota SPR meletakkan jawatan. Apabila kita lihat perkembangan terkini, memang mereka sudah meletakkan jawatan. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat tuduhan serius yang membabitkan enam anggota SPR berhubung dengan peranan mereka dalam persiapan dan pelaksanaan PRU Ke-14. Tahniah kepada kerajaan. Kerja dan usaha ini menepati janji manifesto Pakatan Harapan di bawah Teras Dua, yang mereformasi institusi pentadbiran dan politik. Ini di mana, di bawah janji yang Ketujuh Belas, mengatakan kita perlu menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya. Akan tetapi, barangkali saya ingin meminta pihak kerajaan boleh menerangkan kenapa tribunal tersebut tidak melibatkan mantan Pengerusi SPR? Di manakah beliau? Sepatutnya beliau juga perlu disiasat. Tuan Yang di-Pertua, tahun ini kita lihat, kita telah mendapat satu barisan SPR yang baharu. Saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada ahli-ahli SPR yang baharu. Walaupun banyak perkara yang masih dalam proses reformasi dan penambahbaikan...
Yang Berhormat Kota Melaka, minta laluan boleh? Boleh?
Tidak ada masa. Respons dan gerak kerja awal SPR yang baharu ini amat memuaskan. Ini khasnya Pengerusi SPR Azhar Harun, kelihatan mempunyai keinginan, political will untuk mereformasi sistem dan proses pilihan raya. Oleh yang demikian, untuk memastikan SPR benar-benar bebas dan tidak dimanipulasikan seperti dahulu, beberapa perkara penting dari segi struktur dan institusi mesti dilakukan. Antara cadangan saya ialah, SPR mestilah bebas daripada badan eksekutif. Pemantauan terhadap SPR dan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya mesti diletak di bawah Parlimen. Selain daripada itu, saya ingin mencadangkan supaya satu jawatankuasa pilihan khas untuk pilihan raya ditubuhkan untuk memantau isu-isu berkaitan SPR dan pilihan raya. Jawatankuasa pilihan khas ini juga boleh memainkan peranan penting dalam proses reformasi pilihan raya yang bakal berlangsung nanti.
Cadangan kedua saya ialah supaya proses penambahbaikan undang-undang pilihan raya dijalankan secepat mungkin dan secara berperingkat. Memandangkan terdapat banyak kelemahan dari segi undang-undang pilihan raya, contohnya kuasa kerajaan sementara ataupun caretaker government, dengan izinnya selepas Parlimen dibubarkan. Kuasa untuk penguatkuasaan terhadap kesalahan pilihan raya, pendaftaran pengundi dan persempadanan semula. Sememangnya kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ELC), tetapi proses tersebut kelihatan agak lambat dan ia perlu dipercepatkan terutamanya kerana pilihan raya untuk Sarawak bakal berlangsung dalam masa satu hingga dua tahun lagi.
Tuan Yang di-Pertua, topik kedua yang saya hendak sentuh ialah mengenai dengan sektor pelancongan. Seperti yang kita maklum, sektor pelancongan ialah sektor yang penting untuk negara kita. Ia menyumbangkan hampir RM82.6 bilion ataupun 14.9 peratus kepada ekonomi negara dan purata kadar pertumbuhannya adalah sekadar 11 peratus setahun. Ini menunjukkan betapa pentingnya sektor pelancongan di negara kita. Memandangkan saya datang daripada Kota Melaka, daripada negeri Melaka yang juga menitik beratkan tentang sektor pelancongan, maka saya ingin menyentuh beberapa isu berkaitan dengan pelancongan. Pertama, saya ingin meminta supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya supaya dalam tahun ini dapat memberi peruntukan pembangunan pelancongan kepada negeri Melaka. Sebab berdasarkan kepada angka sebelum ini, pada tahun 2017 Melaka diberikan peruntukkan untuk pembangunan pelancongan hanya sekadar RM170,600 sahaja daripada jumlah RM37.5 juta yang diperuntukkan untuk seluruh negara. Manakala pada tahun 2008, sejumlah RM18.3 juta telah diperuntukkan untuk disalurkan kepada setiap seluruh negara, tetapi agak malangnya Melaka tidak mendapat sebarang peruntukan, ia kosong. Jadi, saya harap supaya tahun ini 2019 agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dapat memberi peruntukan secukupnya untuk pembangunan pelancongan di negeri Melaka. Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang ingin saya sentuh ialah mengenai dengan isu Airbnb di mana masalahnya ialah sekarang tiada panduan ataupun regulasi daripada pihak kerajaan. Maka ini menimbulkan banyak keraguan dan ketidakpastian, maka perlulah dipercepatkan supaya pihak kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal Airbnb. Sebab Airbnb merupakan satu platform online yang membolehkan pemilik rumah untuk menyewa bilik kepada pelawat. Pada pendapat saya, apabila kita hendak membubarkan dasar-dasar untuk mengawal Airbnb, maka saya meminta supaya kerajaan boleh melibatkan konsultasi daripada semua pihak iaitu termasuk pengusaha hotel, daripada pemilik rumah dan juga lain- lain yang berkaitan supaya kita dapat satu dasar yang boleh diterima oleh semua. Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita boleh lihat dalam sektor pelancongan ini di mana rata-rata setiap negara asing juga mereka hari ini menumpukan kepada pasaran pelancong daripada negara China. Jikalau kita melihat kepada angka di mana pelancongan daripada negara China datang ke Malaysia adalah hampir tiga juta orang pada tahun lepas. Tahniah kepada usaha kerajaan dan juga kementerian telah menarik begitu ramai pelancong daripada negara China, terdapat penambahan. Akan tetapi sekiranya kita membandingkan dengan negara Thailand, di mana negara Thailand pada tahun lepas mereka berjaya menarik seramai 10 juta orang pelancong daripada negara China, manakala Malaysia kita hanya seramai tiga juta orang. Jadi saya rasa sepatutnya Malaysia merupakan tumpuan utama pelancong daripada negara China. Jadi, saya berharap supaya Kementerian Pelancongan dapat menumpukan perhatian bagaimana kita dapat menarik lebih ramai pelancong daripada negara China. Memandangkan hari ini pelancong negara China, mereka mempunyai kuasa belanja yang begitu tinggi, maka sudah pasti itu merupakan satu sasaran untuk negara kita untuk menarik lebih ramai pelancong daripada negara China. Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini di mana apabila pelancong China mereka hendak datang kepada Malaysia, mereka perlu memohon visa melalui online, iaitu melalui internet mereka memohon visa. Sistem ini telah menimbulkan beberapa masalah yang barangkali dia akan menjejaskan ya kenapa hari ini lebih ramai pelancong China pergi ke Thailand dan bukannya Malaysia. Antaranya, apabila keluarga-keluarga individual mereka hendak memohon visa online, contohnya ada dua keluarga, setiap keluarga ada lima orang, ada sepuluh orang, mereka memohon secara online, tetapi tidak semua permohonan visa ini akan diluluskan, mungkin ada dua, tiga orang tidak diluluskan. Apabila dua, tiga orang tidak diluluskan, maka keluarga tersebut semuanya akan membatalkan untuk datang ke Malaysia dan mereka pilih pergi ke negara lain seperti Thailand. Jadi, ini merupakan disadvantage kepada negara Malaysia. Begitu juga bagi mereka yang telah berjaya memohon visa tersebut contohnya mereka dapat permohonan telah diluluskan untuk mereka datang ke Malaysia selama 14 hari. Apabila mereka sudah diluluskan selama 14 hari mereka akan membeli air ticket untuk mereka balik dalam masa 14 hari. Mungkin mereka datang pada satu hari bulan, dia akan beli air ticket pada 14 hari bulan mereka datang ke Malaysia.
Pada hari yang terakhir yang ke 14, apabila mereka sampai kepada imigresen hendak balik ke negara mereka, mereka ditahan oleh pegawai imigresen kerana kononnya rupa-rupanya mereka masuk ke Malaysia, sungguhpun mereka memohon visa melalui online dibenarkan contohnya selama 14 hari, tetapi apabila mereka sampai ke imigresen mereka apabila mereka hendak masuk ke Malaysia, pegawai imigresen menukar tempohnya daripada 14 hari kepada tujuh hari. Mereka mengurangkan dan ini tidak akan dikesan oleh pelancong. Seperti kita juga, apabila kita pergi ke luar negara, imigresen cap, kita tidak akan boleh lihat apa yang mereka tulis di sana. Apatah lagi ini semua adalah pelancong daripada negara China, mereka tidak faham dalam bahasa Malaysia. Maka, apabila mereka hendak keluar daripada Malaysia, pegawai imigresen akan tahan mereka dan mengatakan mereka sudah overstay, mereka ditahan. Sedangkan mereka telah diluluskan online ialah selama 14 hari. So, mereka ditahan. Apabila ditahan, apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua? Saya hendak menarik perhatian pihak kerajaan dan juga kementerian, di mana terdapat segolongan kecil pegawai imigresen yang tidak bertanggungjawab akan meminta wang kopi daripada mereka untuk selesaikan ini semua bagi membenarkan mereka balik. Sehingga mereka meminta setiap seorang bayar sebanyak RM5,000 untuk mereka balik ke negara China. Kalau tidak, mereka akan ditahan. Jadi, ini merupakan satu perkara yang amat serius dan saya meminta supaya kementerian membuat siasatan. Oleh sebab ini akan menjejaskan imej negara kita dan juga akan mengurangkan pelancong luar negara datang kepada Malaysia. Ini adalah satu perkara yang amat serius Tuan Yang di-Pertua. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya lihat sudah tiba masanya pihak kerajaan, pihak kementerian harus menerima atau mengamalkan visa on arrival ini penting. Ini merupakan salah satu sebab kenapa lebih ramai pelancong negara China memilih ke Taiwan dan tidak datang ke Malaysia adalah kerana sukar untuk dapat visa dan Malaysia tidak mengamalkan visa on arrival. Jadi ini akan menghalau pelancong datang ke Malaysia. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bangkitkan satu isu ialah mengenai dengan mereka yang terpaksa menunggu sehingga lima jam untuk mereka lepasi imigresen di Johor Bahru.
Baru-baru ini kita lihat kepada laporan di surat khabar di mana terdapat pelancong daripada luar negara termasuk daripada China, mereka hendak masuk dari Singapore ke Malaysia. Di imigresen di Johor Bahru, mereka terpaksa menunggu selama lima jam. Ini akan menjejaskan imej kita dan juga akan mengurangkan pelancong untuk memilih datang ke Malaysia. Apakah akibatnya? Pengusaha-pengusaha pelancongan terjejas. Saya ambil satu contoh di Melaka kita ada Encore Melaka. Encore Melaka ialah satu destinasi yang baharu membuat pertunjukan kebudayaan yang berskala besar, yang hari ini merupakan salah satu daripada tempat utama pelancong asing. Sudah banyak kali berlaku, oleh kerana pelancong daripada negara China ini mereka berhasrat untuk menonton persembahan ini di Encore Melaka ini, tetapi mereka tidak sempat untuk pergi menonton kerana mereka tersangkut di kastam Johor Bahru selama lima jam. Oleh sebab itu apabila mereka clear imigresen, sudah lewat untuk mereka menonton persembahan Encore Melaka. Jadi, ini merupakan satu yang serius yang saya harap supaya pihak Kementerian Pelancongan dan juga kementerian dalam negeri dapat mengatasi masalah sedemikian jika kita hendak membangunkan sektor pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum hari ini negara kita menghadapi masalah pendapatan negara dan salah satu caranya paling cepat yang kita boleh menjana pendapatan ialah melalui sektor pelancongan. Ini kerana semua destinasi pelancongan sudah sedia ada. Apa yang perlu kita buat ialah mempromosikan, mengamalkan dasar yang lebih friendly supaya lebih ramai pelancongan daripada luar datang ke Malaysia untuk melancong dan kita boleh generate, menjana pendapatan. Cuba bayangkan, kalau setiap pelancong datang ke Malaysia, mereka boleh berbelanja RM5,000 seorang, bayangkan pelancong daripada negara China kita boleh meningkat satu kali ganda daripada tiga juta menjadi enam juta. Betapa banyaknya pendapatan negara yang kita boleh dapat. Kalau berbanding dengan sektor perindustrian, ya memang kita minta ada pelaburan datang ke Malaysia, dalam industri barangkali mereka perlu ambil tiga hingga empat tahun baharu kita boleh dapat lihat kesannya sebab mereka
perlu bina kilang, perlu upah pekerja, itu mengambil masa yang panjang. Akan tetapi pelancongan itu kita boleh terus sahaja boleh dapat income untuk negara. Jadi, akhir kata saya rasa ini penting untuk kita dapat lebih banyak pendapatan, kalau tidak, sebelah sana selalu kata kita tidak menunaikan janji-janji manifesto kita. Kita hari ini tidak dapat menunaikan janji-janji manifesto kita ialah kerana kerajaan yang lampau, yang sudah lama, yang lama itu telah meninggalkan beban hutang yang terlalu besar sehingga kita tidak dapat menunaikan janji-janji kita. Oleh sebab itu untuk memastikan dalam masa lima tahun kita dapat menunaikan janji-janji kita dalam manifesto kita, kita perlu menjana lebih banyak pendapatan untuk negara kita.
Minta laluan Yang Berhormat Kota Melaka.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, begitu sahaja...
Yang Berhormat Kota Melaka minta laluan.
Yang Berhormat Kota Melaka.
...Ucapan saya sekian. Terima kasih.
Minta laluan Yang Berhormat Kota Melaka.
Settle-lah, settle.
Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh beri laluan, saya tiada masalah.
Masa sudah habis.
Yang Berhormat Kota Melaka bagi laluan untuk saya. Sedikit sahaja.
Saya boleh bagi laluan tetapi masa sudah habis, terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua bagi, saya boleh bagi laluan.
Kita kesuntukan masa.
Tuan Yang di-Pertua yang budiman, Yang Berhormat Kota Melaka bagi laluan kepada saya sekiranya diberi oleh Tuan Yang di-Pertua.
Ringkas. Secara ringkas.
Paya Besar juga sedikit.
Okey sedikit sahaja. Apakah kenyataan terakhir daripada Yang Berhormat Kota Melaka itu, maknanya sebagai satu pengakuan bahawa kerajaan hari ini tidak mampu menunaikan janji?
Maksud saya, kita hari ini masih belum mampu menunaikan janji-janji kita ialah kerana...
Terima kasih. Terima kasih.
...Kerajaan Barisan Nasional yang lepas, kerana mereka menyebabkan negara kita mempunyai hutang yang begitu besar sekali...
Berapa banyak hutang?
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua itu sahaja.
...Sebab itu kita masih belum dapat menunaikan janji kita.
Tuan Yang di-Pertua.
Baik, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Samarahan.
Baru 10 bulan, sudah RM82 bilion hutang baharu.
Yang Berhormat Kota Samarahan. Silakan.
Sebanyak RM82 bilion hutang baharu...
Tahun 2018 apa cerita?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang bagi saya untuk turut serta berbahas usul menjunjung kasih. Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan sebagai Yang di- Pertuan Agong yang ke-VI. Harapan dan doa kita moga di bawah naungan Seri Paduka Baginda Tuanku, negara Malaysia yang kita cintai serta rakyatnya terus dilimpahi keamanan dan keharmonian. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas pengumuman Kerajaan Persekutuan baru-baru ini untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi. Bagi kita ini satu langkah yang amat besar untuk mengukuhkan pelaksanaan Perjanjian MA63. Saya percaya dengan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, merupakan satu permulaan yang baik untuk mengembalikan suasana harmoni dan memulihkan status Sarawak dan Sabah seperti sebelum pindaan yang dibuat pada tahun 1976. Diharapkan pindaan ini memberi makna yang lebih signifikan mengenai penurunan kuasa dan pemberian royalti yang lebih besar terhadap hasil yang diperoleh daripada aktiviti gas asli dan minyak dari Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, kita amat bersyukur kerana ekonomi negara ,masih dalam keadaan stabil dan berada dalam prestasi yang baik sungguhpun keadaan ekonomi global pada masa ini sangat membimbangkan ekoran perang perdagangan ataupun trade war di antara Amerika Syarikat dan negara China. Hal ini telah mendorong kepada kejatuhan harga komoditi termasuk getah dan kelapa sawit yang banyak memberi kesan kepada masyarakat luar bandar. Ekoran daripada situasi ini, rakyat khususnya di luar bandar terpaksa berhadapan dengan suasana genting seperti kenaikan harga barangan, pengangguran akibat kehilangan pekerjaan dan kuasa beli yang semakin rendah. Oleh itu, saya cadangkan di Dewan yang mulia ini kerajaan memberi tumpuan dalam memulihkan ekonomi rakyat terutama mereka yang terkesan secara langsung dalam kejatuhan komoditi-komoditi seperti kelapa sawit dan getah. Saya merasakan kerajaan wajar untuk meneruskan ataupun meningkatkan pemberian bantuan kepada rakyat seperti bantuan nelayan, bantuan musim tengkujuh, bantuan sara hidup dan subsidi kepada rakyat terutama di saat ini, bantuan yang sedemikian dapat memberi sedikit ruang kepada rakyat untuk memulihkan ekonomi masing-masing. Saya mohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk tidak menghentikan atau mengurangkan bantuan yang pernah diberikan kepada kerajaan terdahulu kepada rakyat. Ini kerana ia dapat membantu memberi kuasa beli yang lebih kepada rakyat khususnya di luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada tahun 2018 mengenai Kajian Pengesanan Graduan, seramai 124,075 siswazah daripada universiti awam berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2017 dan hanya 65,592 orang siswazah ataupun 52.9 peratus daripada jumlah keseluruhan graduan universiti awam berjaya memperoleh kerja.
Perangkaan yang diperoleh sangat membimbangkan. Ini kerana hampir separuh graduan yang kita lahirkan gagal mendapat tempat dalam pekerjaan ataupun menganggur. Berikutan itu, saya menggesa kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk menyemak kembali kursus-kursus pengajian yang ditawarkan dan mencari kaedah-kaedah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan universiti awam. Kerajaan harus melihat permintaan
daripada industri-industri semasa yang memerlukan kemahiran tertentu untuk menjana produktiviti yang diperlukan dalam memenuhi kehendak dan permintaan ramai. Tuan Yang di-Pertua, satu usaha kelestarian pendidikan dimulakan dengan inisiatif meningkatkan prasarana pendidikan dengan membina kemudahan baharu, menaiktarafkan, membaik pulih sekolah-sekolah. Prasarana sekolah perlu dibangunkan dengan mempertingkatkan bukan sahaja bangunan-bangunan tetapi juga kemudahan-kemudahan seperti kerusi, meja dan juga berkaitan dengan pengajaran dan pemudahcaraan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju dengan tawaran Kerajaan Negeri Sarawak untuk menggunakan bayaran tahunan Sarawak kepada Persekutuan sejumlah RM1 bilion sebagai kontra menaiktarafkan sekolah- sekolah daif di Sarawak. Insya-Allah dengan peruntukan ini, kita akan cuba untuk meningkat ataupun menaiktarafkan sekolah-sekolah daif di Sarawak yang pada masa ini amat kritikal dan jauh ketinggalan. Selain daripada itu, bagi meningkatkan mutu pendidikan dan membuat penanda aras, usaha telah dilakukan dengan merancang dan membawa sekolah berprestasi tinggi di kawasan saya di Kota Samarahan seperti MRSM dan sekolah menengah aliran sains. Oleh itu, saya menyeru Kementerian Pendidikan untuk membina MRSM ataupun sekolah aliran sains di Kota Samarahan yang kini dianggap sebagai bandar pintar. Di samping itu juga, di sini saya ingin hendak bertanya kepada Kementerian Pendidikan tentang status pelaksanaan projek SMK Sri Samarahan, SK Pangkalan Kuap dan gantian penuh SMK Muara Tuang. Ketiga-tiga sekolah ini amat penting dan amat perlu disebabkan kepadatan para pelajar dan juga kemudahan sekolah yang amat daif. Tuan Yang di-Pertua, kita merasakan pihak Kementerian Pendidikan perlu meningkatkan kapasiti dan kompetensi Persatuan Ibu bapa dan Guru. Peranan PIBG amat diperlukan dalam hubungan sesama komuniti sekolah bagi memenuhi hala tuju sistem pendidikan ke arah dunia pendidikan digital. Usaha-usaha perlu dilakukan bagi memenuhi pembelajaran abad ke-21 dengan memberi perhatian dalam elemen kreativiti, pemikiran kritis, kolaboratif dan komunikasi. Oleh yang demikian, usaha memperkasakan PIBG perlu diperhebat melalui komuniti pembelajaran profesional. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan pembangunan luar bandar. Seperti yang kita sedia maklum, desa atau luar bandar merupakan nadi kepada kelestarian budaya sesebuah bangsa dan kaum. Hal ini adalah kerana desa dan luar bandar masih mengekalkan ciri-ciri asal kebudayaan dan kesenian sesebuah bangsa dan kaum dan tidak terkesan secara langsung dengan aktiviti pembangunan yang berlaku. Hal ini bermakna kawasan luar bandar dan pedalaman perlu dibangunkan dan diberi lebih banyak infrastruktur yang baik seperti jalan raya, jaringan telekomunikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar memberi keutamaan kepada bekalan air terawat di kawasan luar bandar khususnya di Sarawak. Peruntukan khas perlu disalurkan bagi memastikan projek-projek bekalan air luar bandar diluluskan sebelum ini direalisasikan semula. Projek-projek meningkatkan infrastruktur luar bandar, kementerian sebelum ini perlu terus dirancakkan melalui kelulusan projek jalan luar bandar, jalan perhubungan desa, naik taraf jalan kampung, lampu jalan dan bekalan elektrik luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, di Dewan ini kita difahamkan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah memperkenalkan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar untuk tahun 2018 hingga tahun 2023 bagi memberi tumpuan untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya masyarakat desa atau luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pemodenan seperti yang berlaku di bandar-bandar besar. Perkara yang menarik perhatian saya ialah teras ketiga daripada enam teras iaitu Teras Keusahawanan dengan memperkenalkan lima strategi untuk menggalakkan keusahawanan luar bandar. Di kawasan saya, Kota Samarahan aktiviti pertanian dan perikanan menjadi aktiviti ekonomi utama. Sungguhpun begitu, golongan petani dan nelayan yang membekalkan raw material ataupun bahan mentah utama tidak mendapat keuntungan yang setimpal dengan susah payah yang mereka lalui. Oleh yang demikian, sistem pemasaran produk pertanian dan galakan industri ini perlu diberi perhatian tinggi dan bagi membolehkan petani, nelayan dan pekebun kita di luar bandar mendapat hasil yang lebih tinggi. Saya mohon fokus kepada keusahawanan masyarakat di desa dan luar bandar harus diberi penekanan yang lebih berat. Melalui tindakan ini diharap dapat membantu masyarakat di luar bandar untuk meningkatkan
taraf ekonomi dan andaian masyarakat mengenai kehidupan di luar bandar sebagai kawasan untuk orang miskin dapat kita hapuskan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berpanjangan, infra bagi sektor keselamatan perlulah ditingkatkan. Peningkatan kejadian ragut, pecah rumah, judi haram dan lain-lain jenayah perlu dibendung melalui pemantapan sistem keselamatan khasnya kemudahan balai polis. Penduduk di Kota Samarahan dan Asajaya dalam Parlimen Kota Samarahan telah mencecah 136,500 orang yang mana memberi kesan kepada sistem kepolisian yang sedia ada. Justeru itu, saya mohon agar cadangan untuk menaiktarafkan IPD Kota Samarahan daripada Gred C kepada Gred B, cadangan membina Balai Polis Takan dan naik taraf Balai Polis Asajaya diberi keutamaan yang tinggi. Naik taraf kemudahan ini penting bagi membolehkan pertambahan anggota dan kelengkapan lain sekali gus membolehkan polis meningkatkan tahap perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Begitu juga saya ingin mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek pembinaan Balai Bomba Daerah Asajaya yang telah diluluskan. Risiko kebakaran di daerah Asajaya mengambil response time 53 minit 30 saat dan keadaan ini menyebabkan kebakaran sukar untuk ditangani oleh pihak berwajib. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan perkhidmatan jalur lebar yang semakin rancak pada zaman ini. hampir setiap orang mempunyai akses terhadap capaian internet dan kebanyakan perkhidmatan kini berada di hujung jari. Walau bagaimanapun, tidak semua dapat merasai nikmat arus pembangunan yang semakin laju dan maju ke hadapan ini. kawasan seperti luar bandar dan pedalaman masih merasakan kesukaran dalam mendapatkan rangkaian capaian dan akses kepada internet. Saya mengambil contoh kawasan persisiran Asajaya. Menara-menara pencawang sudah dibina namun pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi enggan memasang pemancar isyarat di kawasan tersebut atas alasan faktor keuntungan dan kos operasi yang lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin hendak bercakap tentang perpaduan. Kita terus mendukung Aspirasi Perpaduan Nasional. Keutamaan kita adalah menerapkan elemen integrasi kaum dalam kalangan masyarakat berbilang kaum terutamanya generasi muda. Usaha ini perlu dilakukan dan semasa ketika anak-anak di bangku sekolah lagi. Ibarat kata pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Maknanya usaha menyuntik motivasi aktiviti kemasyarakatan yang membibitkan usaha perpaduan sentiasa menjadi agenda utama. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan terus memantapkan sistem pendidikan melalui penerapan nilai dan budaya...
Yang Berhormat Kota Samarahan, boleh mencelah? Sikit sahaja.
Kejap, kejap. Alang-alang. Nilai budaya, kepelbagaian dalam hidup yang aman damai dan saling mempercayai tanpa membezakan warna kulit, agama dan kepercayaan.
Ya, tadi Yang Berhormat Kota Samarahan ada menyebut tentang bantuan sekolah daif. Pada tahun 2018, ketika Yang Berhormat Pekan jadi Menteri Kewangan, kita luluskan RM2.5 bilion. RM500 juta untuk Semenanjung, RM1 bilion untuk Sabah, RM1 bilion untuk Sarawak. RM500 juta 2018, RM500 juta 2019. Akan tetapi pada peruntukan 2019, kelihatan yang RM500 juta itu dipotong RM400 juta, hanya diluluskan RM100 juta sahaja sebagaimana kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kelihatannya hanya 32 buah sekolah daif yang sahaja yang boleh dibantu, dibaik pulih untuk tahun 2019. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Samarahan, potong RM400 juta?
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Masukkan ucapan Yang Berhormat ke dalam ucapan saya sebab saya juga hendak bertanya juga berkenaan perkara ini dan kita mohon Menteri menjawab perkara berkenaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, kerajaan menerusi- kita mengharapkan kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional perlu bertindak lebih agresif dalam penyampaian perkhidmatan dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk dan berbilang kaum. Kita mengharapkan jabatan ini lebih kreatif dalam penganjuran program-program dan aktiviti yang dilaksanakan bagi memantapkan lagi perpaduan di peringkat ataupun di dalam negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Samarahan mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ledang. Silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada Yang Berhormat Ledang untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, soal perpaduan, selepas 60 tahun pentadbiran di Barisan Nasional, 1Malaysia yang dicanang sebelum ini tinggal slogan dan gagal menterjemahkan perpaduan rakyat Malaysia. [Tepuk] Selepas PRU yang ke-14, perpaduan Melayu pula yang dicanang-canang dan bukan lagi perpaduan Malaysia. Sebagaimana Titah Tuanku, semangat perpaduan dan usaha perlu benar-benar disuburkan dengan ikhlas dan dihargai. Bukan atas kepentingan sempit ataupun mengikut keadaan-keadaan tertentu. Sekejap memperjuangkan hak kaum tertentu, sekejap memperjuangkan hak semua kaum. Sikap dwistandard inilah yang men-cacamarba-kan perpaduan dan keharmonian. Sentimen berasaskan perkauman semata-mata dalam banyak hal tidak membawa keharmonian dan kemakmuran. Ia bukan sahaja gagal dalam mengambil kesempatan daripada kesatuan dalam kepelbagaian, malah gagal dalam menyelesaikan isu kesenjangan pendapatan dan juga kemiskinan Bumiputera. Tragedi di Christchurch, New Zealand, kita telah sama-sama kutuk dan kecam. Pada masa yang sama, ia wajar menginsafkan kita bahawa keganasan, ekstremisme dan tindakan pelampau kaum atau agama wajib ditolak secara total. [Tepuk] Apa yang penting, negara ini...
Minta, minta laluan.
...mesti dibina semula dengan semangat muafakat, kerjasama dan saling mempercayai. Negara ini, tidak boleh menjadi negara yang kuat kalau ia masih terus berdiri di atas prasangka sentimen perkauman dan agama. Menerima kepelbagaian dan perbezaan agama dan bangsa ialah tunjang utama dalam kita menangani rasisme dan ekstremisme di mana-mana, termasuklah di negara kita yang tercinta. Oleh itu, selari dengan Titah Tuanku, saya ingin mencadangkan beberapa perkara kepada kerajaan. Pertama, menekankan kembali Rukun Negara dan intipatinya. Empat daripada lima Rukun Negara akan terjamin dengan kita berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan yang jelas didukung oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Adapun Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, boleh dijayakan dengan kempen budi bahasa, nilai murni, saling menghormati, cintakan kedamaian dan lain-lain. Saya tidak fikir ini satu retorik, sebaliknya ia merupakan falsafah yang jika dididik dari awal, boleh menangkis sikap pelampau dan jika dididik juga, boleh menangkis segala jenis fitnah serta propaganda liar. Kedua, gagasan Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syariah yang dipelopori oleh kerajaan sekarang wajar diperluaskan dengan lebih giat. Oleh kerana pengamalannya yang sebenar, sekali lagi boleh meleraikan ketidaksefahaman dan ketaasuban sempit perkauman atau agama. Rahmatan Lil Alamin umpamanya, merangkumi segala aspek, termasuk bersikap adil, berkasih sayang, bertolak-ansur, bersangka baik, tidak prejudis, ramah-tamah dan harmoni. Ketiga, kerajaan wajar mengambil tindakan tegas undang-undang kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia. Akan tetapi pada masa yang sama, menjamin hak setiap warganegara untuk bersuara seperti yang termaktub di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, saya mohon penjelasan daripada Perdana Menteri, apakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional? Jika ya, apakah statusnya dan apakah ia akan menggantikan Akta Hasutan 1948 yang usang itu? Saya juga ingin bertanya, apakah status penubuhan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat yang pernah dinyatakan dalam Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMKe-11 yang dahulu? Keempat, saya mencadangkan kerajaan untuk segera melaksanakan dasar yang dapat menyatupadukan Malaysia, rakyat Malaysia. Misalnya di Afrika Selatan, Nelson Mandela menggunakan sukan sebagai medium untuk menyatukan rakyatnya. Di Indonesia, mereka menyatukan rakyat melalui pendidikan, bahasa dan bangsa Indonesia sebagai teras perpaduan mereka. Malaysia memerlukan satu mekanisme dan formula yang dapat menyatukan rakyat dengan tetap mengekalkan budaya dan kepercayaan setiap bangsa di dalam negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan media. Muhammad Ali, petinju daripada Amerika Syarikat pernah mengungkapkan, dengan izin, “The word 'Islam' means 'peace', the word 'Muslim' means 'one who surrenders to God, but the press makes us seem like haters”. Muhammad Ali jelas menyatakan bahawa besarnya peranan media yang telah mencorakkan pemikiran masyarakat tentang Islam dan Muslim di Amerika Syarikat. Begitu juga keadaannya dengan Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. Segala dasar yang baik tidak sentiasa digambarkan dan dilaporkan oleh media dengan baik. Kesudahannya, rakyat melihat kerajaan gagal membawa perubahan dengan dasar-dasar yang membina dan ditambah pula dengan sikap pembangkang yang bijak spin dan twist sesuatu berita. Sebagai contoh...
Mohon...
...baru-baru ini...
Yang Berhormat Ledang.
...artikel Berita Harian mencipta kontroversi.
Yang Berhormat Lembah Pantai minta laluan.
Selepas ini. Sebagai contoh, baru- baru ini artikel Berita Harian mencipta kontroversi. Laporan kenyataan Menteri Pendidikan tentang murid yang tidak divaksin dan hak untuk mereka bersekolah telah disalahtafsirkan oleh rakyat. Hal ini kerana wartawan atau editor menggunakan tajuk yang jelas telah mencipta persepsi yang salah kepada rakyat. Sementara akhbar lain seperti Sinar Harian membuat laporan dengan tajuk yang seimbang. Kesannya, kenyataan Berita Harian tersebut tular dan menjadi kecaman ramai pihak sehinggakan Menteri terpaksa menjelaskan dan membuat kenyataan susulan bagi menjernihkan dan memberikan kefahaman tentang kenyataannya sebelum itu. Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan isu ini. Sebelum ini dalam ucapan saya juga ada menyentuh juga masalah media yang menggunakan tajuk- tajuk ataupun headline yang berunsurkan clickbait, dengan izin, yang bermaksud sensasi, sengaja untuk mendapatkan pembaca. Klik dan membaca. Walaupun apabila kita baca artikel itu sebenarnya, ia agak seimbang.
Adakah Yang Berhormat Ledang bersetuju sekiranya diwujudkan satu dengan izin, media council sebagai contoh untuk melihat kepada aspek-aspek seperti disiplin di kalangan anggota media itu sendiri dan juga adakah Yang Berhormat merasakan bahawa media-media yang disebutkan tadi sebagai contoh, adakah kerana isu pemilikan bahawa media-media ini masih dimiliki oleh beberapa orang yang mempunyai agenda tertentu untuk memburuk- burukkan Menteri-menteri dan juga kerajaan pada hari ini. Apakah pandangan Yang Berhormat untuk meleraikan ataupun menyelesaikan masalah ini? Terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya setuju dan saya rasa memang pun ada saya sebutkan nanti dalam ucapan saya berkenaan dengan cara-cara kita untuk menangani perkara tersebut. Apa yang saya ingin sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa sebenarnya kalau kita lihat kelompok pengamal media ini ada dua. Pertama ialah wartawan ataupun editor yang mengejar populariti dan yang kedua adalah wartawan pendidik. Kalau wartawan yang mengejar populariti ini, dia mementingkan rating dan jualan akhbar semata-mata. Jadi kadang-kadang dalam sidang media, perkara yang disebut tidak keluar tetapi apa yang ditanya oleh mereka itu, itu yang menjadi tajuk utama kepada berita itu tetapi isu yang sebenar telah tenggelam. Kalau wartawan pendidik, maka mereka akan menekankan etika kewartawanan. Mereka perlu menulis dengan rasional, mereka melaporkan berita yang sebenar, menyeluruh dan mendidik masyarakat, bukan membuatkan masyarakat membawang kerana laporan itu. Society of Professional Journalists dalam buku Doing Ethics in Journalism menyatakan “Ditinjau kebaikannya sesuatu kod etika kewartawanan dapat membantu wartawan mengenal
pasti sesuatu kod etika, mengenal pasti banyak masalah dan menyedarkan wartawan bahawa tugas mereka ialah bertanggungjawab mencari dan melaporkan berita dengan lengkap dan tepat dan mengingatkan wartawan supaya sentiasa berwaspada terhadap tekanan-tekanan yang akan akhirnya melenyapkan kebebasan akhbar”. Saranan saya kepada kerajaan ialah untuk tetap terus dengan prinsip memberikan kebebasan media namun media perlu diingatkan tentang etika kewartawanan dan menjadi wartawan yang mendidik masyarakat. Saya mengesyorkan supaya dirujuk kembali Kod Etika Kewartawanan Malaysia yang pernah digubal pada tahun 1989 supaya ia tidak sekadar menjadi hiasan ataupun kosmetik. Kerajaan juga boleh melaksanakan seminar ataupun kursus etika kewartawanan supaya mereka dapat diingatkan semula akan etika kewartawanan. Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang saya ingin sebutkan ialah berkenaan dengan ekonomi. Pada 16 Mac yang lalu, Kementerian Kewangan telah memaklumkan pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan untuk tahun 2018 telah meningkat 48 peratus kepada RM80.5 bilion berbanding dengan RM54.4 bilion pada tahun 2017. Untuk separuh tahun pertama 2018, FDI yang diluluskan bagi semua sektor adalah RM26.5 bilion. Namun demikian, nilai tu meningkat dengan mendadak kepada RM54 bilion pada separuh tahun yang kedua. Berlaku juga kenaikan 3.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian untuk bulan Januari 2019. Pertumbuhan pengeluaran perindustrian ini adalah lebih baik berbanding dengan konsensus pasaran 2.3 peratus seperti yang dikumpulkan oleh Bloomberg. Saya percaya peningkatan ini didorong oleh kepimpinan Pakatan Harapan yang jelas dan bersih tanpa perlu kita mengungkit kisah lampau kerajaan yang lama. Dalam pada itu, meskipun ada dakwaan ekonomi lembap namun saya lihat kerajaan telah mula merangsang ekonomi domestik. Menurut data MIDA, pelaburan langsung domestik mencatat sebanyak 60.1 peratus daripada keseluruhan pelaburan yang diluluskan iaitu jumlahnya RM121.2 bilion sementara FDI menyumbang sebanyak 39.9 peratus. Nisbah pelaburan asing dan domestik ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan supaya pelaburan domestik memainkan peranan yang penting dalam memacu agenda pelaburan Malaysia. Inilah arah tuju yang diingini dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi seperti yang dinyatakan dalam Buku Harapan. Tuan Yang di-Pertua, sementara ekonomi dikatakan mula rancak sebagaimana harapan oleh Yang Berhormat Port Dickson, saya juga berharap untuk kerajaan terus berusaha untuk meringankan beban dan tekanan kepada rakyat terutamanya mahasiswa, petani, penternak, nelayan dan pekebun kecil. Selain pelaksanaan i-Suri, mySalam, bantuan sara hidup, rebat bil elektrik, bantuan musim tengkujuh, penetapan harga lantai getah, bantuan awal persekolahan, banyak itu dan lain-lain, saya menyambut baik langkah-langkah segera dan berterusan kerajaan untuk membantu rakyat. Saya mengucapkan tahniah kepada KPDNHEP dan kerajaan kerana memperluaskan Program Food Bank Malaysia susulan isu golongan mahasiswa mengikat perut baru-baru ini. Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta kepada KPDNHEP bagi menyediakan 14 unit lori untuk kegunaan Program Food Bank Malaysia. Menerusi program ini, makanan percuma dapat diedarkan kepada golongan berpendapatan B40 termasuk di 20 buah universiti awam dengan bantuan pihak universiti dan persatuan mahasiswa. Saya berharap program seperti ini dapat mula diperluaskan di kawasan luar bandar seperti di kawasan saya, Ledang mahupun di kawasan-kawasan pihak pembangkang di mana rakyat B40 nya jumlahnya besar. Namun, saya tahu ini ialah langkah-langkah segera Tuan Yang di-Pertua. Dasar ekonomi era Malaysia baru perlu digarap untuk mengungguli kesejahteraan insan. Pertumbuhan ekonomi mesti dirasai dan dinikmati oleh semua. Pembangunan harus membuatkan kita rasa bahagia. Dalam pembangunan bahagia ini boleh diterjemahkan kepada peningkatan kuasa beli, pekerjaan yang terjamin, ruang awam yang selamat dan selesa, pengangkutan awam yang cekap, berkualiti dan murah. Ini antara yang disebutkan sebagai kemakmuran bersama ataupun shared prosperity oleh Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kerajaan khususnya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, apakah dasar ekonomi yang diperkenalkan supaya aspek nilai kebahagiaan tadi tersebut boleh dititikberatkan? Dalam hal ini, saya ingin mencadangkan kerajaan merangka dasar ekonomi yang berasaskan kepada lima matlamat besar iaitu: (i) melaksanakan kaedah pengagihan kekayaan secara adil, seimbang dan sama rata;
(ii) memerangi rasuah, kronisme dan nepotisme; (iii) dasar affirmative yang memihak kepada kumpulan miskin; (iv) menyalurkan kekayaan negara untuk pendidikan, kesihatan dan perumahan yang lebih baik; dan (v) meningkatkan daya saing ekonomi negara. Ini sebenarnya terkandung dalam agenda ekonomi Malaysia yang pernah diutarakan oleh Yang Berhormat Port Dickson lebih 10 tahun yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, sebagai perkara yang akhir yang saya ingin sentuh ialah berkenaan dengan harga barang. Saya rasa ini menarik perhatian Ahli-ahli Dewan sekalian. Kita kata kos sara hidup sering dikaitkan dengan harga barang naik dan pendapatan yang kurang dan kenaikan kadar inflasi dan kadar pendapatan yang mendatar menyebabkan kos sara hidup meningkat. Kerajaan, saya faham berazam untuk menstabilkan harga barangan keperluan asas dan mengawal faktor-faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga tetapi terdapat dakwaan bahawa kerajaan gagal dalam mengawal kenaikan harga barang meskipun cukai GST telah dihapuskan. Apakah dakwaan ini berasas? Menurut Sekretariat Majlis Harga Barangan Negara, kedudukan harga barangan daripada Mei 2018 hingga Februari 2019 adalah stabil secara keseluruhan di mana hanya barangan tertentu yang meningkat. Ada 900 barangan terpilih yang telah dibuat perbandingan harga. Ini berdasarkan Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2016 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Sebanyak 2,380 premis telah dilakukan kutipan pemantauan harga tersebut. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, daripada 900 barangan keperluan pengguna yang dipantau, sebanyak 60 peratus telah turun harga, 39 peratus telah naik dan satu peratus telah kekal. Jadi ini jelas menunjukkan bahawa harga barang tidak mendadak naik seperti yang didakwa. Walau bagaimanapun, faktor-faktor saya faham seperti nilai mata wang, stok bekalan dan sikap kepenggunaan boleh memberikan kesan luar kawalan kepada harga barang. Justeru, saya menyarankan untuk kerajaan terus memantau harga barang dan mendedahkannya kepada orang ramai supaya sikap kepenggunaan untuk memilih membeli barangan pada harga yang berpatutan di kedai harga murah dan belanja dengan berhemah dapat dipupuk. Kita gunakan aplikasi telefon pintar Price Catcher. Saya dah gunanya di Pasar Awam Tangkak dan saya lihat ia amat-amat bermanfaat sekali.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana peluang yang diberikan. Sebagai rumusan saya telah membahaskan tentang empat perkara, perpaduan, media, ekonomi dan harga barang. Terima kasih di atas peluang. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan junjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong Keenam Belas di atas ucapan yang hebat berkaitan dengan keamanan dan juga kemakmuran rakyat Malaysia. Saya juga tertarik hati dengan ucapan begini menjurus kepada rakyat untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Oleh itu kami menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Allah berfirman dalam Al-Quran, Tuan Yang di-Pertua [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kalau Allah hendak naikkan martabat atau hendak bagi kemenangan, tidak ada siapa boleh menghalang. Kalau Allah hendak bagi sebaliknya juga, tidak ada siapa boleh menghalang. Yang ada kepada kita ialah bertawakal kepada Allah”. Jadi saya minta supaya kita semua janganlah memberi apa-apa bentuk penghinaan kepada manusia di tahap yang terlampau rendah sehingga kita lupa bahawa untuk menaikkan martabat manusia itu ialah hak Allah Taala dan juga kita tidak boleh mencelakakan orang dan sebagainya sebab ini ialah hak Allah. Sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah seorang sahabat bernama Abdullah dan dia ini ialah seorang yang
sentiasa memberi Rasulullah gembira. Rasulullah bila bercakap tidak pernah menampakkan gigi tetapi Abdullah ini dia boleh mungkin buat kelucuan, biasanya Rasulullah boleh tergelak dan nampak gigi-gigi baginda yang jarang lagi mulia. Suatu hari Rasulullah dimaklumkan Abdullah telah minum arak. Maka Rasulullah kata hukum dia. Maka para sahabat pun menghukum dia dengan memukul dengan serban begitu sahaja. Itu hukuman cara Islam iaitu memberi pengajaran. Akan tetapi salah seorang daripada sahabat berkata kepada Abdullah, celaka engkau. Rasulullah tanya engkau kata apa dekat dia? Dia kata celaka Abdullah kerana terus meminum arak. Maka Rasulullah kata, aku diutuskan untuk menyampaikan wahyu Allah dan bukan untuk membelah dada manusia untuk melihat kalimah lailahaillallahlah atau pun dicelaka ataupun tidak. Celaka hak Allah. Kamu hak kamu ialah untuk memberi pengajaran kepadanya. Kamu tidak boleh mengeluarkan perkataan tersebut. Jadi saya minta supaya apa-apa pun bentuk hinaan kepada manusia, jangan dibuat terlampau berlebihan, keterlaluan sebab bila Allah hendak lantik, hendak naikkan seseorang, Allah naikkan martabat seseorang itu dengan kita tidak sangka bahawa orang yang telah dihina tiba-tiba martabatnya telah dinaikkan. Ini hak Allah. Nombor dua ialah alam sekitar. Kita tahu bahawa alam sekitar kita sedang diceroboh dengan hebatnya. Penguatkuasaan kita tidak mampu untuk menghadapi tekanan daripada pencerobohan alam sekitar terutamanya penebangan pokok dan sebagainya kerana saiz mereka tidak mencukupi dengan orang yang mencuri. Kita tahu bahawa di beberapa tempat pencerobohannya sampai ke tahap yang boleh mendatangkan mudarat seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim ini ialah yang kawasan yang terbuka, bukan kawasan hutan. Akan tetapi terdapat kawasan hutan yang kita rasa dia boleh mendatangkan mudarat yang sama. Saya bagi contoh, dulu kerajaan pernah bagi peruntukan kepada Menteri untuk selesaikan penerokaan haram di Janda Baik kerana di Janda Baik orang tempatan pergi curi tanah, orang asing juga curi tanah. Cara orang asing curi tanah mudah sahaja. Pertama, mereka diambil bekerja dengan orang tempatan. Lepas itu dia pun buka tanah, sambil dia buka tanah, dia juga buka tanah untuk dirinya. Contohnya katalah dia teroka lima ekar untuk orang lain, lagi satu ekar ialah untuk dirinya. Jadi makin bertambahlah penerokaan tanah haram. Akan tetapi di Janda Baik, orang bermandi manda, di bawah ini. Air terjun dia nampak jernih dan sebagainya. Akan tetapi di kawasan atas itu ialah kawasan tanaman sayur dan dalam tanaman sayur, sudah pasti mereka menggunakan baja dan juga racun. Bila hujan turun, baja dan racun akan mengalir ke sungai dan sungai itu airnya akan mengalir ke kawasan peranginan di Janda Baik. Jadi kita tidak tahu, budak-budak pergi mandi, tertelan air dan sebagainya. Kita tidak lihat bagaimana tahap pencemaran yang sedang dihadapi. Demikian juga penerokaan haram yang berlaku di tempat-tempat lain di Cameron Highlands, di Lojing, Rompin, Gua Musang, Pekan, di Perak, di Baling, di Sarawak, di Sabah, kita lihat penerokaan haram di galau hutan sudah tiada ada, orang masih teroka. Kita pergi pilihan raya di Cameron Highlands baru-baru ini, kita lihat hutan dicuri dan diteroka. Kita pergi di Semenyih baru-baru ini, di kawasan Bukit Broga, diteroka dan sesetengahnya diteroka kita nampak daripada bawah, penguat kuasa nampak bahawa hutan itu sedang diteroka. Kita menunggu bila untuk mengambil tindakan. Saya rasa penguat kuasa harus bertindak serta- merta untuk mengambil tindakan kepada mereka yang telah mencuri hutan, memotong pokok dan sebagainya. Kita juga lihat cara penerokaan hutan ini dibuat dengan tiga perkara. Yang pertama orang tempatan curi, yang kedua orang luar, tauke-tauke daripada negara jiran menggunakan orang tempatan curi tanah dan yang ketiga ialah orang asing yang ambil tanah. Akhirnya tanah kita tidak bertambah, besar itu juga. Akan tetapi yang sekarang kecurian makin ramai dan kalau kita biar, kita akan hadapi masalah termasuk kita lihat terdapat satu kawasan di Pahang, saya tidak pasti sama ada di Lipis ataupun di mana, satu kawasan yang telah diteroka seluas 10 ribu ekar oleh seseorang. Sekarang ini sudah bergelar Datuk Sri. Curi tanah 10 ribu ekar dan saya hendak syorkan kepada kerajaan negeri, semua tanah yang telah tercuri ini untuk kita pulihkan balik mungkin lambat tetapi kerajaan hari ini mengambil balik tanah ini dan letakkan di bawah mana-mana yayasan dan sebagainya. Termasuk tanah kawasan rizab orang Asli yang dicuri, termasuk yang saya tengok di Rompin, di Pekan iaitu tanah rizab orang Asli mereka teroka. Mereka tanam kelapa sawit dan sebagainya dan ini saya cadangkan supaya dibagi balik kepada orang Asli sama ada melalui yayasan mereka dan sebagainya. Akan tetapi yang saya hendak cadangkan di Parlimen pada hari ini ialah supaya hukuman ditingkatkan. Sekarang ini kita bagi hukuman dua tahun termasuk denda tidak
mencukupi. Saya mencadangkan sama seperti yang dibuat di Thailand di mana mereka menjatuhkan hukuman seumur hidup iaitu selama 20 tahun setengah bagi mereka yang menebang pokok. Saya kurang pasti berapa pokok tapi pencurian hutan di sana hukumannya cukup tegas dan kita lihat Thailand dapat menjaga hutannya dengan baik dan demikian juga perlahan-lahan di Indonesia, hukuman yang sama telah pun dibuat. Kedua, saya minta supaya kawasan penampan kepada kawasan rizab hutan itu mesti diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan. Contohnya seperti kawan saya sebut semalam iaitu kawasan penampan di FRIM, di Hutan Simpan Lagong akan dibangunkan sebagai kawasan perumahan. Padahal FRIM ini ialah satu rizab hutan yang diletakkan di bawah pemerhatian dunia, UNESCO. Mana boleh kita biarkan kerajaan negeri untuk buat perumahan. Jadi yang timbul kelmarin ialah pembangkang, kepada kerajaan negeri pembangkang, tolong perbetulkan sebelum terlambat. Kita kena ingat di antara hukuman yang diberi kepada kita dengan tidak membeli kelapa sawit kerana pi buka hutan, membiarkan penerokaan hutan secara haram dan yang keduanya ialah membuka hutan untuk kawasan pertanian. Hukum seumur hidup.
Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Selayang minta mencelah.
Last sekali saya bagi, bila naik merah sahaja, saya bagi Yang Berhormat ya. Saya minta Tuan Yang di-Pertua tolong sebab dia, saya menyokong cadangan Yang Berhormat iaitu supaya kawasan Lagong hendaklah tidak dibenarkan untuk kita buat perumahan, tidak boleh. Hukumnya haram ya.
Kemudian yang keduanya, ialah saya minta supaya, dulu kita ada IDP saya pernah menjadi Pengarah IDP ya. IDP Kedah, Penang, Perlis. IDP Penang sudah tiada, IDP Kedah tidak ada tapi di Penang ada PERDA, di Kedah ada KEDA, Perlis tidak ada apa kosong. Jadi saya cadangkan supaya di bagi pembangunan wilayah. Ada ialah macam-macam ada nama tapi itulah― jadi kita minta diberi pembangunan wilayah di Perlis. Kalau kita hendak lonjakkan Perlis adalah kita kena buat sesuatu iaitu dengan menjadikan sebagai pembangunan wilayah dan sebagainya. Sekarang ini kita MADA, MADA dulu duduk bawah Kedah. Mana boleh Perlis, Kedah, Perlis, Kedah sebab apa Perlis negeri berdaulat ada Raja, ada MB. Jadi ada Ahli Parlimen, Kangar tidak masuk geng kami, kami perang besar dengan Kangar. Jadi kita negeri berdaulat. Jadi saya minta dipertimbangkan pembangunan wilayah Perlis. Yang Berhormat Menteri Ekonomi boleh pertimbangkan. Yang ketiganya ialah―tapi dalam pembangunan wilayah Perlis ini, kita tidak mahulah pemikiran-pemikiran mengarut untuk dibawa ke sana. Macam kalau hendak tanam buluh, tidak payah di Perlis lah tanam tempat lain. Buluh saya cadangkan supaya ditubuhkan Lembaga Buluh Negara (LEMBU) supaya kita boleh―saya menyokong sebab Yang Berhormat Menteri ini kawan baik saya. Bila dia cadang buluh, kita cadangkan buat satu agensi sebab memang perangai Malaysia ialah tiap-tiap kali kita buat apa pun kita ada agensi, agensi kelapa sawit, agensi getah, agensi ikan, agensi koko, agensi...
Ketum, ketum.
Jadi sekarang ini agensi buluh - LEMBU, tapi kalau hendak ubah stoking kita benarkanlah stoking hitam okey di Perlis, di Perlis okey ya. Kemudian pendatang asing, saya mengejar masa. Pendatang asing. Saya minta supaya kerajaan melihat balik peranan UNHCR. Tuan Yang di-Pertua tahu tidak, UNHCR ini kita jemput datang semasa ada masalah pendatang daripada Vietnam. Orang hanyut daripada Vietnam kita letakkan di Terengganu, kita jemput UNHCR masuk. Bila dia masuk, kita pun―dia proseskan kita hantar ke negara ketiga termasuklah kita hantar ke New Zealand dan juga Australia. Akan tetapi bila orang yang terakhir sudah pun meninggalkan negara ini, UNHCR masih proses pula yang baharu termasuklah orang Rohingya termasuk orang seluruh dunia. Sepatutnya kalau hendak proses Rohingya, Rohingya lah ini seluruh dunia dia proses, orang Afrika pun ada. Jadi saya minta peranan UNHCR. Kalau UNHCR juga kita lihat negara yang
menjadi anggota UNHCR untuk South East Asia ini ialah Cambodia dengan Philippine. Akan tetapi orang tidak pergi Cambodia dan Philippine, orang datang ke Malaysia. Malah orang yang diberi kad UNHCR di Indonesia datang ke Malaysia, depa keluarkan kad baru sebagai kad UNHCR. Masa Menteri Dalam Negeri dulu dia sudah tahan supaya tidak boleh walk-in. Kad tidak boleh dibagi secara walk-in, dia kata, “ya tidak akan buat lagi, kita hanya bagi kad ini untuk di imigresen depot” tapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, saya baru melawat ke tempat ini saya tidak mahu beritahu bila sebab saya pun menyamar.
[Dewan ketawa]
. Baru melawat dan mereka masih proses 1,000 orang dalam tempat tertutup itu, 1,000 orang di sana. Untuk melihat sama ada orang ada ataupun tidak apa yang kita boleh buat Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua tahu tidak? Kita lihat di luar sana ada apa, apa yang ada di luar sana. Teksi, beratus teksi. Saya tanya mana orang, ‘’tunggu orang Dato’’, tapi di dalam tidak nampak sebab dikunci pintu pagar. Jadi Menteri Dalam Negeri dan juga pihak yang berwajib tolong siasat sebab saya sudah maklum banyak kali, sudah letih sebut benda ini tapi kalau kita biar kita ada masalah. Akhir sekali fasal pendatang ini sebab saya hendak cerita ini fasal Tuan Yang di- Pertua fasal UMNO, PAS jadi begini, sampai habis tapi Tuan Yang di-Pertua bagi masa sikit sebab kita kawan. Kita bergaduh sikit kita kawan. Akan tapi orang asing ini, orang asing saya ingat berhentikan serta-merta ambil orang asing. Orang asing yang datang ke sini kita tahu bahawa bila dia bekerja dengan satu syarikat, bila dia habis syarikat itu tidak hantar dia balik. Syarikat itu lepas dia pergi mana kita tidak tahu. Ambil orang baru datang bekerja, kemudian dia balik kita tidak tahu. Sekarang ini kita minta supaya kerajaan buktikan bahawa orang yang bekerja dengan syarikat ini telah pun balik atau ke mana dia pergi. Kita tidak tahu ini ke mana dia pergi, dalam Kabinet yang lepas pun kita bertanya soalan yang sama. Saya rasa Kabinet ini pun lagi pening sebab banyak Menterinya ada masalah. Jadi sudah pasti mereka akan menghadapi masalah untuk selesaikan perkara ini. Makan pulut rasa lemah, Lepas makan cuci para, Banyak Menteri yang mungkin agak lemah, Lagi simpan rosak negara.
[Dewan ketawa]
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, tentang peristiwa yang berlaku di New Zealand. Kita hendak ucap terima kasih kepada Jacinda Arden, Perdana Menteri New Zealand dan kita juga ucap tahniah kepada Will Conolly dan kita menyampah dengan Fraser Anning yang...
Okey, terima kasih.
Sikit saja Tuan Yang di-Pertua. Fasal apa, kita lihat PM New Zealand memberi ucapan dengan mengucapkan Assalamualaikum lepas itu benarkan baca Al-Quran di Parlimen New Zealand jadi...
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Libaran.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua ini saya hendak sentuh sikit ialah...
Yang Berhormat Libaran sila dipersilakan 15 minit. Saya kena adil kepada semua.
Terima kasih
Masa yang sama dibahagikan kepada semua.
Berhubung dengan UMNO-PAS. Tuan Yang di-Pertua telah menuduh bahawa mungkin―Tuan Yang di-Pertua jangan lari Tuan Yang di-Pertua, sikit saja. Tuan Yang di-Pertua...
Ya Yang Berhormat Libaran, sila berucap.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya...
Saya tidak boleh Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua melarikan diri untuk menerima...
Ya, Yang Berhormat Libaran.
Tuan Yang di-Pertua, bagi seminit Tuan Yang di-Pertua seminit.
Jangan bazir masa Yang Berhormat Libaran. Teruskan perbahasan, sila.
Saya hendak tolong Tuan Yang di- Pertua, bagi seminit. Saya akan tolong Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Libaran masa sedang berjalan jika tidak hendak berucap saya...
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Hari ini saya mengisytiharkan saya dengan Tuan Yang di-Pertua, berperang sekarang.
Bismilahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Dengan penuh hormat dan takzim, marilah kita semua merafakkan sembah dan menjunjung kasih ke Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah kerana berkenan mencemar duli berangkat bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua, Majlis Parlimen Ke-14 di Dewan yang mulia, pada hari Isnin yang lepas bersamaan juga 11 Mac 2019. Tuan Yang di-Pertua, mewakili akar umbi marilah kita bersama-sama mengambil muhasabah diri ke atas Titah Seri Paduka Tuanku, demi memperjuangkan untuk membela nasib rakyat di pelosok tanah air daripada Perlis ke Sabah dan daripada Langkawi ke Libaran, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, mendengar dan menghayati inti pati Titah Seri Paduka Tuanku, memancar harapan tinggi menggunung yang jelas menggambarkan betapa kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Kerajaan Malaysia Baharu pada hari ini yang bersungguh-sungguh lagi komited untuk memenuhi aspirasi rakyat yang mengangkat perubahan kerajaan demi membawa masyarakat Malaysia ke persada dunia agar kehidupan ekonomi rakyat sejagat menjadi komuniti yang terhebat. Sebagai memenuhi harapan perubahan yang dilakukan rakyat, maka wajarlah bagi kita Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama menyanjung tinggi kepimpinan kerajaan di bawah layar teraju Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama armada-armada beliau dalam komuniti yang menggandingkan tokoh lama juga muka-muka baharu dari pelbagai latar belakang politik, menjadi satu dalam sebuah kerajaan bernama Pakatan Harapan. Untuk itu kita mendoakan agar Yang Amat Berhormat Tun terus dilimpahkan keafiatan supaya dapat terus mendukung perjuangan memenuhi aspirasi rakyat dengan agenda yang besar, merubah dimensi pembangunan untuk dinikmati oleh rakyat jelata di Malaysia ini.
Tuan Yang di-Pertua, soal harapan untuk kawasan saya di Libaran, soal kemudahan perumahan rakyat antara yang dibangkitkan dalam Titah Seri Paduka Baginda. Maka saya ingin bertanya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai status sejauh mana kemajuan pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPRT) di Sabah khususnya di kawasan saya di Libaran.
Seiring dengan Dasar Perumahan Negara yang baru, kita mengharapkan agar kumpulan sasar iaitu B40 dan M40 dapat menikmati kemudahan yang juga disediakan oleh kerajaan pada hari ini, masih ramai lagi golongan sedemikian di Sabah dan khususnya di Parlimen Libaran yang mengharapkan untuk memperoleh kemudahan PPR ini. Mohon kementerian memberi peruntukan untuk menyelesaikan permohonan kemahuan rakyat di kawasan yang saya wakili ini. Selain daripada itu ialah soal kemudahan pendidikan turut disentuh, di Titah Diraja maka dalam kesempatan ini juga suka saya mohon penjelasan daripada Kementerian Pendidikan, sejumlah sekolah-sekolah daif yang dikenal pasti perlu diberi perhatian segera. Khususnya di negeri Sabah dan anggaran kos yang telah diperlukan. Sudah berapa banyakkah projek seumpamanya telah diambil tindakan selama 10 bulan ini. Apakah juga sasaran yang ditetapkan pada tahun 2019 ini sesuai dengan inti pati Titah Tuanku untuk memperkasakan pendidikan negara bahawa Kementerian Pendidikan juga berhasrat untuk meneruskan sistem atau STEM negara yang merupakan kesiapsiagaan terdahulu bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik bagi mewujudkan ekosistem pendidikan STEM yang kondusif di Malaysia. Maka dengan sasaran dan hasil tenaga kerja STEM yang mencukupi dan juga masyarakat alaf baru yang berliterasikan STEM, perkembangan peringkat pendidikan STEM perlu dibahagikan kepada enam peringkat bermula daripada sekolah pendidikan awal atau sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas, tertiary sehingga ke peringkat yang menyertai industri ataupun komuniti. Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah Malaysia yang perlu ditransformasikan dan diberikan nafas baru. Pendekatan STEM sebenarnya bersepadu yang semakin mendapat perhatian dan mencuri tumpuan di Amerika Syarikat dan juga Malaysia dijangka akan menjadi satu teras kepada pembinaan kokurikulum baru sains dan matematik yang lebih mempunyai nilai pengintegrasian pelbagai jenis bidang ilmu dan amalan. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia disarankan untuk mengambil kira keperluan sekolah, guru, murid, ibu bapa dan ahli masyarakat serta pihak yang berkepentingan atau stakeholder, dengan izin proses pembangunan dan perbincangan ini juga penting bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bentuk kokurikulum baru yang bakal dilaksanakan. Di samping juga membentuk sistem pendidikan yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia. Ketiga ialah soal kemudahan jalan raya dan sistem perparitan di kawasan Libaran. Di antara isu yang banyak diperkatakan oleh rakyat memohon agar kerajaan memberi perhatian serius mengenainya. Satu daripadanya ialah Jalan Lintas atau Bypass Libaran. Saya ingin bertanya kepada kementerian apakah status kemajuan tersebut walaupun kerja- kerja telah bermula tetapi sehingga kini belum lagi siap. Mohon kementerian memberi penjelasan demi untuk kemudahan rakyat di kawasan ini. Banyak jalan luar bandar juga, keadaannya sangat mendukacitakan. Begitu juga sistem perparitan seperti Sungai Memanjang, Sungai Gunggung serta di kampung pertanian seperti musim tengkujuh, hujan lebat sehingga kawasan-kawasan yang saya sebutkan mengalami banjir menjejaskan ketenteraman rakyat dalam kawasan ini. Mohon kepada kerajaan untuk menyalurkan peruntukan demi menyelesaikan masalah ini. Keempat ialah kemudahan jalur lebar untuk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak termasuk kawasan Libaran juga menuntut perhatian segera. Justeru, diharapkan agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memastikan jurang penembusan jalur lebar dirapatkan di antara Wilayah Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak seiring dengan langkah kita kepada era digital Industri 4.0. Macam mana kami di Sabah, sistem 3G pun macam siput berjalan, begitu slow sedikit di sesetengah tempat apatah lagi 4G dan jauh juga ketinggalan kepada 5G. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mengambil masa untuk berucap dan senada dengan harapan ini saya mohon agar apa yang saya bangkitkan mengenai isu-isu kawasan mendapat perhatian serius dan pertimbangan yang seadil-adilnya. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tumpat, sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan bagi usul menjunjung kasih ke atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Saya merakat sembah menjunjung kasih mengucapkan tahniah di atas pelantikan Paduka Tuanku sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga ingin mengucapkan tahniah di atas satu titah yang sangat menyeluruh, mencakupi, padat dengan nasihat-nasihat dan cadangan-cadangan untuk menjadi panduan kepada seluruh rakyat negara ini dan terutamanya kepada kita semua selaku Ahli-ahli Parlimen sebagai penggubal undang-undang negara. Tuan Yang di-Pertua, walaupun telah berlalu beberapa hari saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa keganasan yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand. Ia satu tragedi kemanusiaan yang cukup mendukacitakan dan menyentuh perasaan bagi manusia yang waras dan berhati mulia dan sepatutnya memberikan sokongan kepada keluarga mangsa. Namun amat mendukacitakan kita apabila terdapat di kalangan pimpinan negara kita yang memberikan komen yang sangat menyentuh sensitiviti umat Islam apatah lagi keluarga mangsa. Tuan Yang di-Pertua, tragedi ini memperlihatkan betapa bertoleransinya dan terbukanya Islam serta penganut-penganutnya.
Di kala mana seorang bukan Islam masuk ke masjid dan menembak setiap yang dilihat bergerak. Menembak umat Islam yang sedang bersedia untuk menunaikan solat, orang-orang Islam dan bukan Islam sama-sama menyatakan bahawa pembunuhan itu tiada kaitan dengan mana-mana agama. Cuba bayangkan yang menembak itu beragama Islam, manakala yang ditembak itu pula bukan Islam. Walaupun seluruh umat Islam menafikan kaitan dengan agama Islam, namun seluruh dunia bukan Islam akan mengaitkan tindakan jahat itu dengan agama Islam dan seterusnya melabelkan Islam sebagai agama terrorist. Umat Islam di Christchurch juga begitu terbuka untuk menerima orang bukan Islam bersama dengan mereka yang sedang merapati kesedihan yang dialami itu. Sekali lagi sekiranya yang berlaku itu sebaliknya, hari ini umat Islam yang berada di negara-negara majoriti bukan Islam hendak keluar ke pasar raya pun akan di ganggu, hendak ke masjid pun akan diganggu. Bahkan memandu di jalan raya pun tidak terlepas daripada ancaman. Yang di-Pertuan Agong memulakan titah dengan menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat jelata supaya memelihara kesejahteraan dan kemakmuran negara. Pesanan dan seruan ini tidak boleh dipandang ringan dan saya yakin titah ini terlahir daripada perhatian dan keprihatinan Baginda Tuanku dalam melihat situasi dalam negara hari ini. Suasana selepas PRU Ke-14 pada Mei lalu sangat membimbangkan. Kenyataan- kenyataan yang berbaur perkauman, mencanangkan perpecahan kaum berleluasa tanpa tindakan tegas dari pihak kerajaan. Hari ini serangan-serangan begitu bukan sahaja ditujukan kepada rakyat biasa, bahkan juga terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negara yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak. Tidak terhenti setakat itu, mereka pergi lebih jauh lagi dan menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tidak cukup dengan fitnah dan rekaan tuduhan terhadap Presiden PAS selaku pimpinan utama Islam di Malaysia dan juga dunia, mereka mencerca pula pembawa risalah Islam, Nabi Muhammad SAW. Tuan Yang di-Pertua, kebencian apakah yang cuba disemarakkan di negara kita mutakhir ini. Di kala mana Nabi Muhammad SAW di hina, umat Islam bangkit membantah dan mempertahankan Nabi Muhammad SAW. Di kala mana Nabi Isa a.s dihina, umat Islam juga bangkit membantah dan mempertahankan Nabi Isa a.s. Di kala mana Nabi Ibrahim a.s dihina, umat Islam juga bangkit untuk mempertahankan Nabi Ibrahim a.s. Itu adalah merupakan ajaran kedamaian, keharmonian yang ditunjuk oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang mana menjadi satu bukti yang jelas bahawa Islam ini adalah merupakan agama kedamaian dan diajar, ditunjuk oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Jadi kebencian apa sebenarnya sehingga Nabi Muhammad SAW itu dihina dalam negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, lebih mendukacitakan bila kenyataan berbaur kebencian, penghinaan agama, perkauman dan perpecahan ini dihamburkan oleh pimpinan kerajaan
sendiri. Tidak hairan lah apabila rakyat begitu berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan sensitif itu kerana mereka meyakini tidak akan dikenakan tindakan yang tegas. Walaupun ada tindakan, namun tindakan yang lewat dan tidak tegas. Tuan Yang di-Pertua, lebih menganehkan juga apabila kenyataan-kenyataan begitu dikeluarkan di Malaysia, kadang-kadang oleh pimpinan negara, di negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Perkara 3 Perlembagaan menyebut dengan jelas, bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Akan tetapi, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Harus diingat, kebebasan mengamalkan agama-agama lain itu bukanlah satu lesen untuk menghina agama Islam yang merupakan agama negara ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau di negara Komunis, rakyat yang mencerca sistem Komunis bukan sahaja tidak diberi peluang untuk menjadi rakyat negara itu, bahkan tidak diberi peluang untuk hidup sekalipun. Dalam memastikan kesejahteraan negara, seperti yang disarankan Yang di-Pertuan Agong, perpaduan rakyat adalah merupakan unsur terpenting. Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya memainkan peranan untuk memupuk perpaduan rakyat. Namun sebaliknya, kerajaan hari ini dilihat bagaikan takut kepada perpaduan dan pemimpin-pemimpin kerajaan, mengeluarkan kenyataan yang cukup sinis, agak rasis dan anti perpaduan. Sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bersetujukah Yang Berhormat dengan saya bahawa terdapat salah faham terhadap agama Islam di kebanyakan rakyat kita yang bukan beragama Islam? Setujukah Yang Berhormat, pihak yang bertanggungjawab Jabatan Agama Islam, JAKIM dan sebagainya lebih bergiat lagi dari segi memberikan penerangan-penerangan, mengadakan forum-forum, mengadakan perbincangan, menjelaskan bagaimana kehebatan Islam ini sebagai agama yang menganjurkan keamanan, menganjurkan kasih sayang, pimpinan yang bertanggungjawab, pimpinan yang menjaga rakyat, pimpinan yang tidak menipu rakyat dan sebagainya. Adakah salah dari segi Perlembagaan Persekutuan, kalau kita mendakwahkan Islam ini kepada rakyat kita yang bukan beragama Islam di dalam Malaysia ini? Mana satu hari semua masuk Islam. Apa salah? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak dan masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya ulang. Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya memainkan peranan untuk memupuk perpaduan rakyat. Namun sebaliknya, kerajaan dilihat bagaikan takut kepada perpaduan dan pemimpin-pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan yang sinis, agak rasis dan anti perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, perpaduan di negara ini tidak akan tercapai selagi orang Melayu berpecah. Perpaduan di negara ini tidak akan tercapai kalau orang-orang Cina berpecah. Perpaduan di negara ini tidak akan tercapai kalau orang-orang India berpecah dan perpaduan di negara ini tidak akan tercapai kalau orang Melayu, orang Cina dan orang India berpecah. Hari ini kita melihat bahawa orang Cina sudah pun bersatu dan usaha-usaha untuk menyatukan perpaduan orang Melayu ini sedang berlangsung. Jadi kenapa kerajaan yang menerajui negara hari ini terlalu takut dengan perpaduan orang Melayu ini? Sedangkan sepatutnya sebagai kerajaan, sebagai pemimpin kerajaan, mereka menggalakkan perpaduan ini. Seburuk-buruk yang kita tuduh kepada UMNO dahulu, mereka tetap mengusahakan ke arah penyatuan bangsa sama ada mereka berjaya ataupun tidak, itu satu perkara. Akan tetapi, mereka menyuarakan usaha-usaha seperti program-program muhibah dan sebagainya untuk membuat perpaduan di kalangan orang-orang Melayu dan juga orang bukan Melayu. Akan tetapi, pada hari ini kita melihat bila orang Melayu nanti akan berpadu, orang Cina sudah berpadu, usaha kerajaannya tidak begitu tinggi lagi. Makna begitu mudah untuk kerajaan menyatupadukan, alangkah baiknya sekiranya seluruh rakyat dalam negara ini dapat disatupadukan. Dalam hal ini, PAS saya lihat adalah merupakan satu parti politik yang cukup mampu untuk melaksanakan perpaduan ini.
Boleh minta penjelasan.
Jangan gelak, jangan gelak. Kita ada bukti, kita ada bukti. Di negeri Kelantan, 30 tahun kita mentadbir negeri Kelantan, kita telah menunjukkan satu contoh yang cukup baik dalam perpaduan.
Butiknya, semasa berlaku rusuhan kaum pada tahun 1969, berlaku rusuhan kaum pada tahun 1969...
Boleh?
[Bangun]
Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Kangar. Hendak bagi? Minta mencelah.
Biar dahulu. Nanti saya bagi kalau saya ada masa. Kecuali maknanya Tuan Yang di-Pertua hendak bagi peluang kepada saya untuk menjawab sepenuhnya, saya akan bagi peluang kepada semua pemimpin di belah sana untuk mencelah. Sekiranya diberi peluang kepada saya untuk jawab, bukan ambil masa saya. Tuan Yang di-Pertua, Kelantan telah membuktikan...
Yang Berhormat Tumpat akan menyentuh isu rasuahkah?
Saya akan bagi. Rasuah saya akan sentuh insya-Allah. Ada masa saya akan sentuh.
Okey saya tunggu. Terima kasih.
Minta Tuan Yang di-Pertua bagi dekat saya. Tuan Yang di-Pertua, pada masa berlaku rusuhan kaum pada tahun 1969, di banyak tempat pada masa itu berlaku pertumpahan darah tetapi di negeri Kelantan tidak berlaku pertumpahan darah. [Tepuk] Dalam suasana maknanya masyarakat bukan Islam terlalu kecil. Saya tidak hendak salahkan mana-mana pihak. Semalam dan beberapa hari sebelum ini, kita dengar ada pihak menyalahkan UMNO, ada pihak menyalahkan DAP dalam isu rusuhan kaum pada tahun 1969. Saya tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak tetapi kita dapat merasakan kalau UMNO tidak mengambil tindakan yang lebih tegas pada masa itu, mungkin ramai lagi orang Melayu, orang Islam dibunuh di bandar-bandar besar di seluruh negara pada masa itu.
Boleh, boleh mencelah?
Sekejap, sekejap. Tuan Yang di- Pertua, PAS telah menunjukkan satu contoh yang baik.
Dia tidak bagi.
Pemimpin-pemimpin kita hari ini di negeri Kelantan bahkan sebelum daripada ini pun makna kita telah meletakkan kerana kepercayaan kita, kebertanggungjawaban kita adalah kepada Allah SWT.
Yang Berhormat Tumpat. Boleh mencelah? Boleh mencelah?
Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga keselamatan rakyat kita tidak kira dia beragama Islam ataupun bukan Islam. Kebertanggungjawaban kita kepada Allah, bukan kepada rakyat. Oleh kerana itu kita tidak bisa untuk menipu rakyat kerana kebertanggungjawaban itu kepada Allah. Berdosa kepada kepimpinan yang dipimpin oleh Kelantan kalau melakukan penganiayaan kepada orang yang bukan Islam.
Tuan Yang di-Pertua, peraturan. Tuan Yang di-Pertua, isu peraturan.
Saya minta laluan. Boleh minta laluan Tuan Yang di-Pertua?
Saya tidak ada masa.
Tiada masa. Sila menggulung.
Kecuali Tuan Yang di-Pertua hendak bagi peluang kepada saya untuk jawab keseluruh.
Tuan Yang di-Pertua, isu peraturan.
Yang Berhormat Jelutong sila duduk. Sila menggulung Yang Berhormat. 35 saat lagi.
Tuan Yang di-Pertua,
Tidak payah ganggulah Yang Berhormat Jelutong, tidak payah ganggu.
Saya cuba hendak menyentuh sedikit lagi apa yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan Baginda terhadap peningkatan kos sara hidup yang mana merupakan cabaran terhadap kesejahteraan rakyat dan telah menyeru kerajaan dan pihak swasta supaya sama-sama menyelesaikan isu-isu kepenggunaan, meningkatkan penguatkuasaan ke atas pihak-pihak yang mengeksploitasikan harga dan mengambil keuntungan yang berlebihan.
Yang Berhormat...
Saya ada point yang banyak tetapi saya tidak sambung oleh kerana masa sudah habis.
Terima kasih kerana menepati masa. 30 saat sila.
Cuma saya minta daripada budi baik Tuan Yang di-Pertua untuk saya menggulung. Oleh kerana saya tidak ada sedikit peluang untuk saya menyentuh masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan saya kerana kesuntukan masa, maka saya ringkaskan bahawa semua perkara yang telah saya tuntut untuk masyarakat di P19 Tumpat sebelum daripada ini daripada Kerajaan Persekutuan, belum dilaksanakan. Jadi saya sebut semua supaya masuk dalam ucapan saya juga semua ucapan yang dahulu, permohonan saya untuk rakyat Tumpat. Saya yakin walaupun saya tidak sebut pada kali ini, saya yakin rakyat Tumpat bersama dengan saya dengan apa yang saya bawa untuk mempertahankan perpaduan, keharmonian negara dan keselamatan Islam dan kita semua. [Tepuk] Wallahualam. Mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Taiping. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberi kepada saya dalam perbahasan menjunjung kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada sesi Pembukaan Parlimen Penggal Kedua ini. Saya tertarik dengan Titah Tuanku yang berbunyi, rakyat hari ini bukan sahaja mahukan pembangunan bahkan sebuah kerajaan yang bersih, terus bertanggungjawab serta mendaulatkan undang-undang untuk membawa negara ke tahap yang lebih baik. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan baru 10 bulan mentadbir. Walaupun berdepan dengan banyak masalah dan cabaran yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu bahawa kepimpinan Yang Berhormat Pekan, barisan pemimpin Pakatan Harapan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mentadbir dengan bertanggungjawab. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semakan yang saya lakukan mendapati nilai mata wang Ringgit Malaysia berbanding Dolar Singapura pada tahun 2009 telah merosot daripada RM2.43 kepada RM3.03 pada tahun 2018. Bersamaan dengan kejatuhan sebanyak 25 peratus dalam tempoh sembilan tahun Yang Berhormat Pekan memimpin Kerajaan Barisan Nasional. Trend kejatuhan Ringgit Malaysia berbanding mata wang asing inilah yang menjadi antara satu punca kenaikan harga barangan seperti telur yang disebut oleh Yang Berhormat Pekan tempoh hari kerana negara jiran yang lebih kukuh nilai mata wangnya telah
berpeluang membelinya dengan harga yang lebih rendah berbanding hasil daripada negara mereka sendiri. Untuk menurunkan harga barangan secara umum di dalam pasaran, nilai mata wang Ringgit Malaysia memainkan peranan yang penting. Ini jelas menunjukkan masalah dan cabaran yang kita hadapi hari ini adalah akibat pentadbiran yang tidak efisien malah penyelewengan yang lebih teruk diibaratkan sebagai kleptokrat oleh negara Amerika Syarikat sehinggakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menyekat dua bekas ahli perbankan, Goldman Sachs Group International Corporation berikutan peranan mereka dalam skandal pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
Betul, betul, betul.
Tim Leissner dan Roger Ng disekat daripada industri perbankan berikutan pembabitan mereka dalam skim yang secara haram mengalihkan berbilion Dolar Amerika daripada dana kekayaan Kerajaan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sementara pihak kerajaan bertungkus-lumus untuk membina Malaysia ku yang dicintai, saya mengalu-alukan cadangan-cadangan yang konstruktif dari pihak pembangkang untuk terus memantau keberkesanan pentadbiran yang sedang berfungsi demi kepentingan rakyat jelata. Titah Tuanku menyentuh pada tahun Parlimen Malaysia menyambut ulang tahun ke-60, semua pihak harus menjunjung prinsip demokrasi berparlimen dengan terus memelihara, melindungi dan mempertahankan ketinggian Perlembagaan Persekutuan tanpa kompromi. Sematkanlah kepentingan rakyat di hati serta berbahas secara tertib dan berhemah di Dewan yang mulia ini. Adalah besar harapan saya, segala cadangan dan pandangan yang bernas dari pihak sebelah sana turut akan diterima dan diambil berat serta diusahakan oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, usaha yang gigih telah dilaksanakan untuk mengembalikan imej Malaysia sebagai sebuah negara berintegriti. Ini terbukti dengan berita baik di mana pelabur asing yang diluluskan untuk separuh tahun kedua telah meningkat sebanyak 103.7 peratus kepada RM54 bilion. Peningkatan ini membuktikan pelabur asing telah kembali bertambah kerana keyakinan dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan. Kepimpinan yang jelas dan bersih yang disediakan oleh kerajaan dalam membimbing ekonomi negara telah membantu meningkatkan FDI yang diluluskan sepanjang tahun lepas. Untuk separuh tahun pertama 2018, FDI yang diluluskan bagi semua sektor adalah hanya RM26.5 bilion. Namun demikian, nilai itu meningkat dengan mendadak kepada RM54 bilion pada separuh tahun kedua.
Tuan Yang di-Pertua, demi menambah baik lagi ketelusan dan integriti pentadbiran negara kita, saya menyokong sepenuhnya cadangan menubuhkan Mahkamah Khas untuk mempercepatkan kes rasuah. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam bahawa Putrajaya akan menubuhkan satu Mahkamah Khas Rasuah. [Tepuk] Supaya kes- kes berkaitan salah laku rasuah dapat dipercepatkan di mana cadangan itu selaras dengan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional. Di mana Mahkamah Khas tersebut dapat menumpukan kepada kes-kes terdahulu yang melibatkan rasuah. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku menyifatkan pelbagai inisiatif turut dilaksanakan. Antaranya penyelarasan gaji minimum, pemberian bantuan sara hidup, subsidi bersasar, Program Food Bank serta peningkatan kualiti sistem penyampaian kerajaan. Titah Tuanku juga memesan, rakyat harus yakin dengan pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan biar pun kesannya mungkin tidak segera dirasai. Pada masa yang sama, Titah Tuanku turut menyuruh rakyat juga perlu realistik dalam meletakkan harapan pada kerajaan dan terus berusaha untuk memajukan diri ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup. Saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu petikan perbahasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bangi pada 8 Mac 2018, masa itu masih pembangkang, mengenai masalah pengangkutan awam. Dalam ucapannya, beliau telah bercadang untuk memperkenalkan kad pengangkutan awam RM100 sebulan untuk membekalkan perjalanan tidak terhad (unlimited ride) untuk membantu mengurangkan kos perjalanan pengangkutan pengguna yang menggunakan semua jenis pengangkutan awam di Lembah Klang. Tahniah kepada Kementerian Pengangkutan, dalam masa yang begitu singkat My100 dan My50 untuk MRT, LRT, Monorel dan BRT telah berjaya dilaksanakan. Sejak Januari 2019, lebih daripada 100 ribu pengguna telah menerima penjimatan sebanyak RM80
ke RM200 sebulan. Skim yang menerima sambutan yang baik kini akan dilaksanakan di Pulau Pinang dalam masa terdekat. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat, mySalam merupakan inisiatif skim perlindungan takaful kesihatan percuma daripada Kerajaan Pakatan Harapan yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah B40. Di mana seramai 3.7 juta individu berumur antara 18 ke 55 tahun yang menerima skim Bantuan Sara Hidup layak menyertai mulai tahun ini. Pembayaran RM8,000 sekali gus apabila di sah menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang disenaraikan. Selain daripada itu, bayaran RM50 sehari sehingga RM700 setahun akan dibayar sebagai pendapatan gantian semasa menjalani rawatan di hospital kerajaan atau hospital yang diiktiraf. Apa yang lebih menarik ialah dana permulaan sebanyak RM2 bilion untuk Tabung Amanah mySalam akan diberikan oleh Great Eastern Holdings. Dijangka peningkatan saiz tabung amanah pada masa akan datang dengan tambahan sumbangan daripada Great Eastern, syarikat-syarikat insurans dan juga sumber-sumber lain. Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti skim mySalam, besarlah harapan saya bahawa usaha ini akan menjadi titik permulaan skim perlindungan takaful kesihatan yang lebih kreatif untuk semua rakyat pada masa yang akan datang. Dalam usaha kerajaan mengatasi masalah kenaikan kos perubatan di sektor swasta yang kian membebankan. Tuan Yang di-Pertua, dua minggu yang lepas negara kita dikagumi dengan Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia. Anugerah bertaraf antarabangsa ini [Tepuk] membuktikan tanah air ku Malaysia bukan sahaja Harimau Asia yang akan mengaum, bahkan berupaya bersaing di pentas antarabangsa.
Tumpat minta laluan.
Masa suntuk, nantilah masa....
Yang Berhormat Taiping tidak bagi.
Hendak belajar untuk kita hendak buat di Kelantan juga.
Selepas tersenarai sebagai antara 100 destinasi lestari terbaik 2018.
Kelantan, gaji pun tidak boleh bayar. [Ketawa]
Bandar Warisan Taiping sekali lagi...
Kelantan, gaji kakitangan pun tidak boleh bayar. [Ketawa]
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.
Mengharumkan nama Perak, khususnya nama Malaysia selepas dianugerahkan bandar ketiga terbaik di dunia menerusi Anugerah Peringkat Antarabangsa bagi pelancongan lestari dunia yang berlangsung di ITB Berlin, Jerman. Pembangunan lestari merupakan pembangunan yang dijalankan secara terancang dan berterusan serta tidak menjejaskan keadaan alam sekitar, bukan sahaja untuk generasi semasa, malah untuk generasi akan datang. Pembangunan bandar yang lestari harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya pengambilan sumber pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekeliling. Dalam usaha mengekalkan dan memantau pembangunan lestari, saya berharap pihak kerajaan akan memberi fokus yang lebih khusus untuk Taiping, termasuk penubuhan Jawatankuasa Khas Pembangunan Lestari Bandar Warisan Taiping demi meneruskan usaha-usaha pembangunan yang mampan pada masa depan. Pada masa sama, meningkatkan kualiti hidup rakyat serta menjamin daya saing dan kemapanan sektor pelancongan negara bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 seperti yang dipesan oleh Titah Tuanku. Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku menyentuh kita mengejar kemajuan integriti dan nilai-nilai murni hendaklah terus dititik berat. Isu yang ingin saya bangkitkan adalah masalah yang timbul dalam pengurusan marina awam yang diaudit oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara. Dari semakan Jabatan Audit Negara mendapati status terkini bagi sebelas marina awam di bawah IMK8 dan IMK9 dengan kos keseluruhan berjumlah RM323.16 juta, hanya lima marina yang dibina masih beroperasi sebagai marina awam. Tuan Yang di-Pertua, dua masalah kawasan yang saya hadapi selama ini, pencurian kabel dari talian telefon sering berlaku di banyak kawasan. Saya terpanggil mengambil kesempatan ini membangkitkannya kerana pencurian kabel di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, Taiping sering kali berlaku pada premis yang sama. Masalah ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada syarikat-syarikat tersebut, di mana urusan terhadap kredit kad atas talian sering terganggu. Pada pendapat saya- sedikit lagi ya.
Sila menggulung.
Pada pendapat saya, pihak yang bertanggungjawab harus mencari jalan untuk menghentikan pencurian tersebut. Akhir sekali, saya minta bantuan Kementerian Dalam Negeri untuk meneruskan usaha membasmi rasuah dalam pembayaran kompaun di balai polis. Saya mencadangkan diskaun ke atas kadar kompaun diumumkan secara terbuka atau bertegas tidak memberi sebarang diskaun untuk mengelakkan gejala rasuah oleh segelintir terus berlaku yang menjejaskan imej PDRM yang banyak berjasa dalam mengawal keamanan dan kesejahteraan komuniti kita. Sekian sahaja daripada saya, Taiping mohon sokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Setakat ini 63 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja. Petang ini ada lagi 11 Ahli Yang Berhormat ingin mengambil bahagian sebab itu saya akan menghargai sekiranya setiap Ahli Yang Berhormat dapat menepati masa yang diperuntukkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Igan. Dipersilakan.
Bismilahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmaatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada Igan untuk membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong semasa pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, pada 11 Mac yang lalu. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak rakyat di kawasan Parlimen Igan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas lantikan sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang Keenam Belas. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah sebuah negara yang unik di rantau ini kerana mempunyai variasi kaum berbagai yang hidup di dalam komuniti yang aman dan harmoni. Sebuah negara majmuk yang terdiri daripada suku kaum Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, Melanau, Orang Ulu dan sebagainya. Keharmonian rakyat, kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa dan agama wajar dipertahankan. Oleh itu, Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong di dalam Titah ucapannya menyeru agar kita semua memperkukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara yang kita cintai ini. Baginda menyeru agar seruan-seruan perpaduan tidak hanya tinggal seruan semata-mata. Perpaduan kaum amat penting dijaga dan dipertahankan dan disemai agar negara dapat mengorak langkah menuju ke arah negara maju dan pembentukan negara bangsa yang bertamadun. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 wajar menjadi iktibar kepada kita semua supaya tidak sesekali bermain dengan sentimen keagamaan dan perkauman. Janganlah sentimen agama dan perkauman ini menjadi riak-riak kecil yang akan menjadi gelombang dan badai yang akan menghempas kita semua. Sebagaimana Titah Baginda, tindakan tegas hendaklah di ambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Oleh itu saya menyeru agar kementerian-kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya agar mengambil tindakan tegas dan proaktif terhadap pihak atau individu yang mengambil kesempatan atau membuat provokasi di antara satu sama lain semata-mata untuk hasrat yang tersirat atau apa-apa tujuan sekali pun.
Tuan Yang di-Pertua, hasrat dan iltizam kerajaan meminda Perkara 1(2), Perlembagaan Persekutuan adalah satu perkhabaran yang amat menggembirakan rakyat Sarawak dan Sabah. Pindaan ini bermakna bahawa kedudukan atau pun status Sarawak dan Sabah akan dikembalikan menjadi rakan setara atau pun dengan izin, equal partners yang membentuk Malaysia. Cadangan pindaan ini adalah penting dan fundamental sekali ke arah mengembalikan hak-hak rakyat Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan perkara-perkara lain yang berkaitan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Cadangan pindaan ini juga adalah petanda keikhlasan kerajaan hari ini untuk duduk semeja berbincang perkara-perkara lain khususnya hak-hak Sarawak dan Sabah yang terhakis seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Tuan Yang di-Pertua, Sarawak amat menghargai cadangan untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan ini untuk memulihkan atau mengubah status Sarawak sebagai rakan sekutu di dalam Malaysia. Bagaimanapun Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg mengatakan bahawa perkara ini harus dilihat secara teliti dan holistik kerana ia melibatkan perkara-perkara lain di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963. Oleh itu, beliau mahu satu jawatankuasa harus dibentuk di antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk membincangkan perkara-perkara berkenaan dengan penuh keterbukaan dan keikhlasan. Pindaan ini dianggap penting bagi memastikan pembangunan sosioekonomi rakyat di Sarawak dan Sabah seimbang dan setaraf dengan apa yang di kecapi oleh negeri-negeri di semenanjung Malaysia. Pindaan ini tidak membawa makna apa-apa andai matlamat Perjanjian Malaysia 1963 dan isi kandungannya yang meletakkan Sarawak dan Sabah sebagai rakan sekutu yang setara di dalam semua aspek tidak dapat direalisasikan. Oleh yang demikian, untuk mengembalikan hak-hak Sarawak dan Sabah seperti yang tersurat di dalam MA63 adalah sangat bertepatan sekali. Ia nya dimulakan dengan meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan. Bagi saya ini adalah permulaan atau langkah pertama ke arah memastikan hak-hak kepentingan Sarawak dan Sabah dilindungi dan dilaksanakan sebaik mungkin. Pindaan ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Sarawak dan Sabah walaupun ada suara-suara sinis di luar sana khususnya di negeri Sarawak yang tidak responsif dengan pindaan ini. Ada yang mengatakan bahawa ini merupakan satu perangkap. Ada juga yang tidak bersetuju dengan pindaan ini dengan mengatakan “Ada udang di sebalik batu”. Tuan Yang di-Pertua, apa pun anggapan dan persepsi mereka, ini adalah manifestasi keprihatinan semua rakyat Sarawak agar pindaan ini membawa kebaikan dan keuntungan kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. Kita tidak mahu seperti peribahasa mengatakan “Menang sorak kampung tergadai”. Walaupun kita belum tahu dan melihat perkara-perkara yang terperinci di dalam rang undang-undang pindaan ini, kita pasti akan memberi sokongan kalau ia nya memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Saya percaya dengan niat yang baik pindaan ini akan memberi kebaikan kepada semua rakyat di Sarawak dan Sabah termasuk Persekutuan Tanah Melayu. Innamal a'malu binniyat, dengan niat yang baik insya-Allah apa yang terhasil daripada pindaan ini nanti akan memberi manfaat kebaikan kepada semua. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang pendidikan di Sarawak meskipun pendidikan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan namun Kerajaan Negeri Sarawak juga memainkan peranan penting di dalam meningkatkan standard pendidikan para pelajar dan kebajikan guru-guru dan kakitangannya. Kerajaan Sarawak amat komited di dalam menangani isu-isu pendidikan khususnya di dalam isu-isu sekolah-sekolah daif. Untuk makluman, Sarawak mempunyai 1,453 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Daripada jumlah berkenaan 1,020 buah sekolah berada di dalam kategori sekolah daif yang melebihi usia 30 tahun dan 415 buah sekolah berada di dalam keadaan yang tersangat daif, kritikal dan usang dengan bangunan yang melebihi 50 tahun. Selain daripada itu, masalah-masalah sekolah di luar bandar yang jauh di pendalaman juga menghadapi masalah-masalah seperti kuarters guru yang daif, tiada bekalan air bersih dan elektrik, tiada kemudahan internet yang menyukarkan urusan pembelajaran dan penghantaran data secara online, pusat sumber dan makmal yang serba kekurangan dan keadaan asrama yang tersangat usang.
Tuan Yang di-Pertua, keadaan ini amat malang dan mendukacitakan bagi murid- murid di luar bandar yang jauh di pendalaman. Inilah yang menyebabkan Kerajaan Sarawak sejak sekian lama bersungguh-sungguh menawarkan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan akhirnya Kerajaan Persekutuan sekarang ini bersetuju dengan tawaran berkenaan di mana wang RM1 bilion ini dikontra daripada hutang Kerajaan Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan. Apa pun mekanismenya yang penting adalah kita sama-sama memberi keutamaan di dalam pembinaan dan pelaksanaan sekolah- sekolah daif di seluruh negeri Sarawak demi nasib 436,000 murid yang belajar khususnya di pendalaman. Adalah diharapkan dana ini akan digunakan sepenuhnya melalui pemantauan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Sarawak untuk memastikan tadbir urus yang bersih dan pelaksanaan yang menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya Parlimen Igan terdapat sebanyak 18 buah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah daif. Sekadar menyebut beberapa buah sekolah, di antaranya ialah SK Bawang Tian Matu, SK Kampung Nanga Daro, SK Kampong Pergau, SK Sungei Passin dan juga SMK Matu. Saya memohon kepada Kementerian Pendidikan agar kesemua sekolah-sekolah daif di kawasan saya diberi keutamaan untuk dimasukkan di dalam senarai pelaksanaan pembinaan baru bila pembinaan sekolah-sekolah daif di seluruh Sarawak dimulakan nanti. Pelaksanaan atau pembinaan ini nanti haruslah lengkap dengan kuarters-kuarters guru dan kakitangan dan juga kemudahan-kemudahan lain. Ini adalah kerana banyak sekolah di kawasan saya yang tidak mempunyai kuarters tempat tinggal menyebabkan ramai guru dan kakitangan sekolah yang terpaksa menyewa di kampung dan pekan yang jauh daripada sekolah. Ini amat menyukarkan untuk warga sekolah melaksanakan aktiviti dan program ko-kurikulum dengan lebih bertanggungjawab dan efisien. Sebagai satu contoh, satu sekolah SK Bruan Mapal Matu, ada guru-guru yang terpaksa berulang-alik daripada Pekan Daro ke sekolah sejauh 45 kilometer setiap hari. Manakala ada juga yang terpaksa menggunakan feri setiap hari. Selain daripada itu, saya juga ingin menyampaikan rungutan dan kekecewaan para guru di kawasan saya yang mengajar di luar bandar dan di pedalaman agar bayaran insentif pedalaman seperti yang terkandung di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2000 dipinda syarat kelayakannya daripada yang tinggal menetap kepada semua yang berkhidmat di kawasan pedalaman memandangkan rumah kakitangan yang sedia ada tidak mencukupi ataupun tiada langsung. Selain daripada itu, sekolah-sekolah di kawasan saya juga kekurangan guru khususnya opsyen Pengajian Islam dan Bahasa Inggeris. Berkenaan dengan perkara ini, saya memohon Kementerian Pendidikan mengambil tindakan dengan segera supaya jawatan yang kosong ini diisi dengan kadar segera kerana situasi ini boleh menjejaskan prestasi guru- guru lain yang terbeban dengan pertambahan masa mengajar yang sangat banyak lebih- lebih lagi tiada mempunyai pengkhususan khas untuk mengajar subjek-subjek berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya memang banyak sekolah-sekolah yang memohon bantuan kepada saya mengenai berbagai-bagai projek fizikal seperti dewan serba guna, tempat meletak kereta, penghawa dingin, baik pulih pusat rekreasi dan sebagainya. Akan tetapi pelaksanaan projek-projek yang kami luluskan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan kerana pihak sekolah perlu memohon kebenaran secara bertulis ke ibu pejabat Kementerian Pendidikan Sarawak. Sebagai contoh, pada awal tahun ini saya telah meluluskan lapan unit penghawa dingin kepada sebuah sekolah menengah di kawasan saya. Kelulusan ini saya beri memandangkan bilik guru sekolah berkenaan tersangat panas dan suasana yang tidak kondusif semasa saya membuat lawatan. Akan tetapi sehingga kini tiada berita yang saya terima sama ada dibenarkan atau tidak. Oleh itu saya memohon kepada Kementerian Pendidikan agar memberi kelonggaran atas perkara ini kerana apa sahaja bantuan yang kami berikan adalah untuk keselesaan para guru, kakitangan sekolah dan para pelajar tanpa ada tujuan-tujuan yang tersirat. Kasihanilah para guru di sekolah yang sanggup berkorban mengajar di sekolah-sekolah yang serba kekurangan. Tuan Yang di-Pertua, kalau berbahas tentang pendidikan saya tidak sama sekali lupa mengenai pembinaan baru SMK Matu di kawasan saya. Oleh itu saya juga ingin tahu apakah status terkini berkenaan dengan pembinaan sekolah ini yang telah diluluskan peruntukannya. Kalau mengikut jawapan yang saya terima pada persidangan lepas, sekolah
ini akan dibina pada Rolling Ketiga dalam Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya mohon Kementerian Pendidikan dan agar sekolah ini dapat disegerakan lebih-lebih lagi sekolah ini merupakan sekolah daif yang kritikal kerana struktur pembinaannya dibuat daripada kayu dan berusia hampir 50 tahun. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk bertanya kepada Kementerian Kerja Raya tentang status terkini pembinaan Jambatan Batang Igan yang telah diluluskan dengan kos RM305 juta. Walaupun sebelum ini jawapan yang saya terima ialah kerana kerajaan menghadapi kekangan kewangan, maka projek pembinaan Jambatan Batang Igan ini telah ditangguhkan. Saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang berasal daripada Sarawak supaya jambatan ini diberi keutamaan untuk dilaksanakan. Ini adalah kerana jambatan ini akan memberi impak sosioekonomi yang besar kepada penduduk-penduduk di kawasan saya dan juga penduduk-penduduk di kawasan Mukah. Tuan Yang di-Pertua, kalau kerajaan serius bercakap tentang hasrat untuk menyejahterakan rakyat di kawasan luar bandar dan mengangkat taraf ekonomi dan kualiti kehidupan mereka, maka inilah salah satu mekanisme yang terbaik penyelesaiannya. Sesungguhnya jambatan ini begitu dekat di hati rakyat di kawasan saya dan rakyat sudah lama ternanti-nanti agar jambatan ini menjadi kenyataan. Mereka sudah muak dan jemu menunggu feri berjam-jam lamanya. Jambatan yang sepatutnya dimulakan pada 1 Januari 2017, sehingga kini masih tiada khabar beritanya. Kasihanlah dengan keadaan rakyat di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Sekian, Igan mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Dari Sarawak, kita berhijrah ke Sabah. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Putatan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena istiadat pembukaan Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas. Selaras dengan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu untuk mengambil pendekatan menyeluruh meliputi pembangunan ekonomi modal insan dan infrastruktur dan seterusnya mengurangkan jurang pembangunan antara negeri-negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini saya akan bermula berhujah mengenai Sabah Air Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat penerbangan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah dan merupakan sebuah syarikat penerbangan tertua di Malaysia yang masih beroperasi hingga hari ini. Ia ditubuhkan pada tahun 1975 dan Sabah adalah satu-satunya negeri di Malaysia ini yang ada syarikat aviation-nya tersendiri. Mulanya Sabah Air Sdn. Bhd. ini terlibat dengan perkhidmatan udara di kawasan- kawasan pedalaman negeri Sabah serta menawarkan perkhidmatan flying doctor service dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan yang ditawarkan selain daripada itu adalah seperti airlifting, mapping, search and rescue dan sebagainya. Sabah Air juga dari segi tenaga kerjanya, dari segi pilot-nya, dari segi juruteranya, dari segi operation personnel-nya mendapat individual clearance dari Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM). Pada tahun 1977, Sabah terus berkembang apabila menjadi pioneer atau perintis di dalam segmen offshore activities di perairan negeri Sabah apabila banyak telaga-telaga minyak ditemui di perairan Sabah. Akan tetapi bukan sahaja Sabah Air ini beroperasi di perairan tempatan tetapi ia juga berjaya beroperasi sehingga persada antarabangsa apabila berjaya mendapat kontrak-kontrak untuk perkhidmatan offshore di negara Filipina. Industri penerbangan negeri Sabah dilihat semakin rancak semenjak dipacu oleh peningkatan sektor minyak dan gas di negeri Sabah tetapi saya dapati impak perkembangan industri penerbangan khusus buat Sabah Air tidak selari ataupun satu perkembangan yang songsang buat Sabah Air yakni tidak berada pada paras persaingan yang sewajarnya. Saya bersuara hari ini khusus untuk menyatakan isu berkenaan market share. Sabah Air di dalam operasi offshore di perairan negeri Sabah yang mana sepatutnya
didominasi atau dikawal oleh Sabah Air. Untuk makluman, pada tahun 2012 Sabah Air telah menjalinkan usaha sama dengan sebuah syarikat penerbangan Uzma Teras. Usaha sama ini telah mewujudkan sebuah identiti yang dikenali sebagai Sazma Aviation Sdn. Bhd. Namun demikian sehingga kini jumlah market share yang diperoleh oleh Sazma Aviation Sdn. Bhd. hanyalah berjumlah 20 peratus melalui perkhidmatan helikopter untuk Petronas Carigali. Baki 40 peratus dikuasai oleh syarikat Heavy Lift Malaysia Sdn. Bhd. yang beroperasi untuk Murphy Oil Corporation Labuan. Manakala 40 peratus lagi dikuasai oleh syarikat Westar Aviation yang beroperasi untuk perkembangan petrol operating company dan juga Shell. Berdasarkan situasi ini adalah jelas terbukti bahawa berlakunya ketidakseimbangan peluang dalam pembahagian pasaran yang sepatutnya peluang yang lebih perlu diberikan kepada syarikat tempatan atau lebih tepat syarikat Sazma Aviation Sdn. Bhd. Untuk offshore operation di Labuan pula, ketika ini kontrak operator helikopter di Labuan di kendali oleh sebuah syarikat yang bernama Heavy Lift Malaysia Sdn. Bhd. milik pelabur daripada Australia yang bekerjasama dengan firma tempatan berpusat di Kuala Lumpur yang mana sepatutnya peluang seperti ini hendaklah diberikan kepada Sazma Aviation Sdn. Bhd.
Kontrak-kontrak ini perlu diberi kepada syarikat tempatan dan bukannya kepada syarikat daripada luar negara. Untuk pengetahuan, syarikat Weststar Aviation Sdn Bhd juga adalah sebuah syarikat yang berpusat di Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, kontrak helikopter yang digunakan untuk Murphy Oil Corporation di Kuala Lumpur akan tamat pada bulan Jun 2019. Akan tetapi kini masih lagi dalam proses penilaian kontrak untuk dipanjangkan. Selaku ahli Parlimen daripada negeri Sabah, saya memohon agar kontrak ini diberi kepada Sazma Aviation Sdn Bhd dan pertimbangan untuk memanjangkan lagi kontrak ini tidak lagi difikirkan perlu. Sebagai mengangkat suara negeri Sabah di dalam Dewan yang mulia ini, saya menyatakan pendirian agar Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga Petronas selaku pihak bertanggungjawab mengeluarkan lesen vendor di dalam faktor ini agar segera mengubah dasar lama yang sekian lama dilaksanakan. Sudah sampai masanya Sazma Aviation Sdn Bhd diberi tanggungjawab yang lebih sebagai pemain utama dalam sektor penerbangan, terutama di perairan negeri Sabah itu sendiri. 60 peratus market share adalah yang di cadang dan yang difikirkan perlu untuk negeri Sabah. Peluang ini pastinya akan dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi negeri Sabah dan juga hasil kepada syarikat milik kerajaan negeri Sabah ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi kenyataan yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali Sabah, dengan izin the job requirement in the oil and gas industries can be very demanding. There are qualities we look in for in those working in the industries. Sabah Air Aviation Sdn Bhd memenuhi segala kriteria seperti mana yang dikehendaki oleh Petronas Carigali Sabah dalam kenyataan akhbar Daily Express pada 15 Mac 2019 yang lalu di Kota Kinabalu. Para hadirin sekalian, saya rasa semuanya apa yang telah saya utarakan itu adalah satu statement yang adil kerana sudah lah hasil minyak dan gas di Sabah itu telah hilang kuasanya apabila sejak tahun 1974. Akan tetapi kini operasi untuk offshore di Sabah juga telah di tahap yang minimum iaitu 20 peratus. Kita bukannya mahu membolot sepenuhnya 100 peratus. Cuma harapan Sabah agar Sabah Air yang dipunyai oleh Kerajaan Negeri Sabah itu dapat diberi peranan yang lebih ataupun dapat memainkan peranan utama dalam sektor penerbangan terutamanya di perairan kami sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya seterusnya bercakap tentang isu Petronas. Saya tidak menyentuh berkenaan dengan perkara royalti, lima peratus ataupun penambahan yang dipohon iaitu 20 peratus ataupun yang berkaitan dengannya kerana di sini bukan halamannya. Akan tetapi hari ini saya berbangkit menyuarakan kebimbangan saya tentang betapa kurangnya peranan daripada negeri Sabah di dalam kelompok Ahli Lembaga Pengarah Petronas. Sejak ditubuhkan daripada tahun 1974, Petronas hinggalah tahun 2016, lebih daripada 50 tahun, hanya seorang sahaja anak jati Sabah dilantik menjadi wakil kerajaan― dilantik oleh Petronas menjadi Ahli Lembaga Pengarah yang mewakili kerajaan negeri. Di dalam anak-anak syarikat Petronas Global yang lain juga jawapannya amat mendukacitakan. Di dalam Petronas Dagangan Bhd tidak ada seorang pun daripada Sabah duduk di dalam Ahli Lembaga Pengarah. Di dalam Petronas Chemical Fertilizer Sdn Bhd pun tidak ada. Petronas Chemical Methanol Sdn Bhd pun tidak ada. Petronas Carigali Sdn Bhd pun tidak ada. Bagi Petronas Gas Bhd saya difahamkan pada tahun 2016, selepas berpuluh- puluh tahun barulah ada seorang daripada Labuan yang diberi peluang menduduki kerusi di jawatan Board of Director Petronas Gas Bhd. Dinyatakan sekali lagi bahawa Sabah adalah pengeluar minyak dan gas di Malaysia. Dinyatakan sekali lagi bahawa Sabah adalah
pengeluar sumber minyak dan gas yang terbesar di Malaysia, sebagaimana yang dilaporkan oleh Masri Mohd Ali daripada Petronas Carigali di negeri Sabah pada 15 Mac 2019. Rakyat Sabah mahu adanya penyertaan orang Sabah dalam setiap syarikat Petronas di negeri Sabah dan khususnya di peringkat penggubal dasar tertinggi Petronas. Tuan Yang di-Pertua, saya terus ke isu landskap. Di dalam transformasi landskap negara sebelum dan sekarang, begitulah juga cabarannya dalam membangunkan negara dan rakyat. Maka pada hari ini adalah wajar dan sudah tiba masanya untuk sidang Parlimen mendengar bahawa perlunya satu pembaharuan secara komprehensif berhubung ketelusan penyampaian peruntukkan daripada kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam konteks pembangunan landskap. Perancangan dan perhubungan projek-projek taman-taman awam baharu dan program naik taraf landskap dilaksanakan bagi memenuhi keperluan rekreasi awam, selaras dengan Dasar Landskap Negara dan Dasar Kecerdasan Kebangsaan. Atas sebab tersebut, saya amat menyambut baik dengan usaha yang peruntukkan-peruntukkan persekutuan pada Sabah sebelum ini. Tidak dinafikan pihak Kerajaan Negeri telah menerima peruntukkan mencecah jutaan daripada Kerajaan Persekutuan sejak dahulu hingga kini. Namun yang demikian, sudah tiba masanya untuk Kerajaan Persekutuan memberi kepercayaan kepada Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan landskap. Antara perkara yang wajar dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah pertama, pihak Kerajaan Persekutuan hendaklah menyalurkan peruntukkan terus kepada Kerajaan Negeri Sabah selaku pihak berkuasa negeri yang bertindak sendiri untuk negeri Sabah di dalam melaksanakan pembangunan mengikut hala tuju pembangunan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mampu untuk melaksanakan program dan projek bagi pembangunan landskap memandangkan terdapat jabatan yang mengurus hal perancangan dan pembangunan landskap. Sehubungan dengan itu, untuk jangka masa panjang, penubuhan Jabatan Landskap juga turut dirancang untuk memastikan rancangan dan pembangunan landskap negeri dalam keadaan yang teratur sejak mengembangkan industri landskap ke tahap yang membanggakan. Pada hemat saya, Jabatan Persekutuan perlu memberi kepercayaan dan kerjasama erat pada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pembangunan landskap tersebut. Apa yang berlaku ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar Negeri Sabah merancang dan memohon peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi ironinya, peruntukkan yang diluluskan tidak disalurkan kepada Jabatan Perancangan Bandar Negeri Sabah sebagaimana yang dipertanggungjawabkan merangka perancangan bandar negeri Sabah. Sebaliknya peruntukkan yang diluluskan disalurkan terus kepada Jabatan Landskap Negara. Masalah yang timbul ialah bagaimana Jabatan Landskap negara ini menjalankan fungsi dan peranannya di negeri Sabah jika pejabat Jabatan Landskap Negara sendiri sehingga kini belum dibina di negeri Sabah. Kerajaan negeri juga mempunyai perancangan negeri yang jelas di bawah dokumen perancangan yang disebut sebagai Pelan Struktur Sabah 2033, termasuk dasar dan polisi berkenaan pembangunan landskap. PAS2033 merupakan dokumen perancangan strategik jangka panjang yang akan membimbing dan memandu arah pertumbuhan pembangunan fizikal melalui polisi-polisi strategik yang telah dirumuskan. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua urusan pentadbiran dan kawalan pembangunan tanah kerajaan negeri dan hasil dalam negeri adalah di bawah urusan pentadbiran kerajaan negeri. Tanah, menurut perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah di dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan seksyen 40 Kanun Tanah Negara 1963, semua tanah yang terdapat di dalam negara ini yang tidak diberi milik adalah kepunyaan sepenuhnya pihak berkuasa negeri iaitu Raja dan Yang di-Pertuan Negeri bagi setiap negeri di Malaysia. Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa tanah berada di bawah bidang kuasa negeri dan kerajaan negeri mempunyai kuasa eksekutif dan kuasa perundangan terhadap tanah. Oleh yang demikian, bagi pembangunan tanah negeri adalah terikat kepada tujuan kawalan termaktub di dalam Ordinan Tanah dan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa. Selaras dengan itu, mana-mana pelaksanaan peruntukkan khususnya menyentuh kepada tanah negeri tidak lah begitu sewenang-wenangnya di laksana tanpa restu pada kerajaan negeri. Hal ini termasuklah pelantikan juru perunding, iaitu memberi keutamaan kepada juru perunding tempatan di Sabah agar industri landskap swasta tidak tercicir jauh ke belakang. Sebarang pelantikan juru perunding hendaklah mematuhi dan menghormati dasar serta pekeliling kerajaan negeri. Akan tetapi apa yang berlaku adalah juru perunding terus oleh Jabatan Landskap negara. Di negeri Sabah, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia bertentangan dengan Ordinan Tanah dan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua, adalah saya berharap Kementerian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab di dalam peruntukkan dan program landskap ini dapat mengambil perhatian mengenai hal yang saya utarakan tadi.
Mengenai isu kemudahan sukan seperti mana titah Yang di-Pertuan Agong, saya ingin menyatakan bahawa di Semenanjung Malaysia terdapat dua buah velodrom, Velodrom Nasional di Nilai dan juga Velodrom Rakyat Ipoh di Perak.
Namun demikian sehingga kini tiada langsung velodrom dibina untuk negeri Sabah dan juga Sarawak. Maka dengan itu, saya memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan agar meluluskan pembinaan sebuah velodrom di negeri Sabah dan juga Sarawak untuk meningkatkan lagi kualiti sukan berbasikal di negara kita ini. Justeru itu, Parlimen Putatan juga bersedia untuk menyediakan tapak untuk tujuan velodrome ini.
20 saat lagi.
Akhir sekali berkenaan dengan kemudahan pelajaran di kawasan saya iaitu Parlimen Putatan di mana keperluan kepada pembinaan sekolah tambahan amatlah kritikal. Pada waktu ini, saya difahamkan penggunaan untuk SMK Lok Kawi sudah pun berada pada tahap akhir penilaian dan sudah dimasukkan ke dalam Rolling Plan Keempat. Saya pohon agar pihak pembinaan SMK Lok Kawi ini boleh diluluskan dengan kadar segera supaya kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan pada tahun ini. Akhir sekali adalah isu klinik, terima kasih ada minta 30 saat. Jikalau Yang Berhormat di Dewan ini ke Kota Kinabalu, di depan Kota Kinabalu itu ada Pulau Gaya, di Pulau Gaya itu ada terdapat seramai 5,000 orang penduduk. Di sana belum ada klinik yang disediakan dan memohon kepada Kementerian Kesihatan agar sebuah klinik dapat dibina di Pulau Gaya berhampiran dengan Kota Kinabalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung Titah perintah.
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Antara isu yang menjadi kebimbangan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong iaitu kesengsaraan hidup rakyat, bermakna hari ini, selepas pemerintahan baharu memerintah negara, rakyat di luar bandar, pekebun kecil, penoreh getah, petani, penternak, pesawah, nelayan, peladang, makcik-makcik, pakcik-pakcik di kampung-kampung menderita. Mereka kehilangan sumber pendapatan, ini yang menjadi kebimbangan Seri Paduka Baginda. Justeru itu, bagaimana kerajaan baharu ini merancang, jangan hanya retorik. Apa yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini, termasuk wakil-wakil rakyat daripada kerajaan yang saya dengar, yang rakyat dengar daripada bulan Mei yang lalu, sekarang sudah 10 bulan hampir setahun, istilah yang kita dengar perompak, pencuri, penyamun, kleptocracy, kereta terbang, kasut putih ke kasut hitam, ganti sawit dengan buluh, tanam nanas tepi pantai, buat video mandi di Batam, ini yang dibuat. Rakyat sudah bosan, rakyat sudah tidak mahu dengar semua ini. Apa yang rakyat mahu tahu bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan membantu untung nasib mereka, ini yang rakyat mahu tahu. Saya bersetuju dengan sahabat saya daripada Putatan, sudah tiba masanya dan kerajaan juga akan merungkai iaitu merubah Perlembagaan 1(2) untuk meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai satu rakan kongsi yang setara. Kita mahu lihat apa content dia. Kalau Petronas mengasingkan pemimpin-pemimpin Sabah dalam industri oil and gas dalam anak syarikat Petronas pun tidak ada orang Sabah dimasukkan, ini bukan setara namanya. Ini penganiayaan yang dilakukan oleh Petronas kepada rakyat...
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Jelutong lari.
Yang Berhormat Jelutong, jangan lari.
Yang Berhormat Jelutong takut, dia lari.
Rakyat mengharapkan kerajaan mengatakan bahawa menyingkirkan GST dengan menggantikan SST akan dapat
membendung kenaikan harga barang. Akan tetapi hari ini, sahabat saya wakil rakyat daripada Sungai Petani dalam hujahnya juga memperakui harga barang makin meningkat.
Penjelasan, penjelasan.
Yang Berhormat Kinabatangan
Belakang, belakang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kinabatangan jangan marah, perlahan-lahan sedikit. Saya bila Yang Berhormat Kinabatangan sebut soal GST tadi, saya sudah teringat satu kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Dia kata apabila GST hapus, masuk SST dia sudah bagi kepada rakyat RM23 bilion, ini hadiah Kerajaan Pakatan Harapan kepada rakyat, saya tanya Yang Berhormat Kinabatangan, tolong explain.
Rakyat papa kedana di luar sana. Apa yang ada retorik, yang ada janji kosong, yang ada kencing rakyat, itu yang berlaku. Jadi kerajaan harus bertindak sebagai kerajaan. Apabila membentuk kerajaan bermakna segala apa hutang piutang akan ditanggung oleh kerajaan, kerajaan mana pun di Amerika Syarikat pun, demokrat kah, republik kah, republikanlah yang akan menentukan untung nasib negara itu. Maka Pakatan Harapan sudah dipilih rakyat, maka bentuklah satu pemerintahan yang baik untuk rakyat supaya pemerintahan ini kekal lama. Akan tetapi kalau inilah pemerintahannya, insya-Allah Barisan Nasional bergabung dengan PAS kita akan hancurkan kerajaan yang ada pada hari ini.
Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan minta laluan.
Satu minit. Satu minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan ini bukan marah, dia punya stail macam itu, sebab itu dia boleh gelak. Suara dia nada tinggi. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Kinabatangan, pinjaman bon Samurai RM7 bilion lebih ini oleh kerajaan untuk guna pengurusan ataupun untuk pembangunan ataupun bayar 1MDB seperti yang disebut. Jikalaulah untuk pembangunan dan untuk bayar hutang, ini adalah satu keputusan yang sangat buruk, sangatlah tidak baik sebagai sebuah kerajaan, minta penjelasan.
Saya akan masukkan...
Bukan untuk pembangunan, untuk pengurusan.
Saya akan masukkan hujah Yang Berhormat Pendang supaya Yang Berhormat Menteri boleh jawab.
Untuk pengurusan dan membayar hutang.
Sama ada pengurusan atau untuk bayar hutang.
Kalau pembangunan okey.
Biar Yang Berhormat Menteri jawab. Tuan Yang di-Pertua, penyatuan UMNO dan PAS yang saya hairan kenapa pemimpin- pemimpin luar seperti DAP, mereka rasa hangat, panas macam terbakar sehingga keluarnya penyataan-penyataan yang rasa saya janggal yang tidak seharusnya dikeluarkan. Yang Berhormat Bagan kata adalah penyatuan ini merupakan satu pengisytiharan perang kepada bangsa lain. Ahli Parlimen Teluk Intan, pula mengatakan bahawa gabungan dua parti ini akan membentuk satu kerajaan seumpama Taliban. Habis itu peristiwa di Christchurch, New Zealand...
Yang Berhormat Kinabatangan.
Sekejap. Ahli Undangan Negeri Mengkibol menyatakan bahawa inilah yang akan berlaku di Malaysia dan disokong oleh pengerusi DAP Sarawak pula. Saya peringatkan kepada pemimpin-pemimpin seperti ini, jangan bermain dengan api, nanti terbakar diri sendiri. Jangan jolok sarang tebuan, kalau
terjolok sendiri akan kena habuan. Kita tidak bermain racist kita cuma untuk penyatuan. Ini ada seruan...
Yang Berhormat Kinabatangan.
Yang Berhormat Kinabatangan minta sedikit. Kangar.
Boleh sikit sahaja boleh.
Sila Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih. Yang Berhormat Kinabatangan, saya hendak tanya kenapa apabila UMNO bekerjasama dengan PAS, ramai ahli UMNO di Sabah keluar dari parti UMNO termasuk ramai juga MP daripada UMNO mereka keluar dan bersama dengan Pakatan Harapan hari ini.
Baik, terima kasih. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Sebetulnya ini ada dalam nota saya, nanti sampai, saya akan jawab Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat satu isu, isu lompat parti ini. Ini jawapannya. Lompat parti ini sebetulnya begitu terkenal di negara kita dan saya rasa malu, sebab seluruh dunia tertawakan sistem politik dalam negara kita, yang lompat melompat ini cuma berlaku di Malaysia, jarang sekali berlaku di luar negara, terutama sekali di Sabah. Selepas sahaja pilihan raya, mesti ada lompat parti. Pada saya lompat parti ini orang yang hilang maruah.
Yang Berhormat Kinabatangan, minta laluan.
Pemimpin yang tidak ada pegangan kekuatan dan mereka hilang maruah.
Tumpat minta...
Banyak sebetulnya dalam perjuangan ini... [Disampuk]
Minta, minta penjelasan.
Sekejap. Dalam perjuangan ini banyak barang kita boleh jual, banyak barang kita boleh gadai. Akan tetapi, orang tua saya kata, jangan sekali-kali gadai maruah kita!
Tumpat minta...
Yang Berhormat Kinabatangan, penjelasan. Saya minta penjelasan.
Tumpat minta laluan...
Sebelah...
Yang Berhormat Kinabatangan...
Tumpat, Tumpat.
Yang Berhormat Tumpat minta dulu, Yang Berhormat Tumpat minta dulu. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Apabila Yang Berhormat Kinabatangan menyebut bahawa lompat parti ini banyak berlaku dalam negara kita, tetapi tidak banyak berlaku di luar negara. Dalam PAS ini tidak ada yang melompat. Taraf kita ini taraf luar negara ke PAS ini?
Ya, Yang Berhormat Kinabatangan. Adakah Yang Berhormat Kinabatangan bersetuju agar Dewan ini meluluskan satu akta anti lompat parti, kalau mereka melompat dengan sendiri, kawasannya kosong dan dia tidak boleh lagi bertanding di kawasan itu, setuju atau tidak?
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Mungkinkah mereka ini meninggalkan parti kerana tidak yakin dengan pimpinan UMNO yang terpalit dengan isu-isu rasuah? Minta penjelasan.
Sila Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Saya – Ini Yang Berhormat Tumpat ya? Sebetulnya saya – Oleh sebab itu, daripada dahulu saya tidak pernah hentam PAS ini. Saya respect perjuangan dia daripada dulu. Walaupun berlainan parti, termasuk Yang Berhormat Pokok Sena ini, saya tidak pernah...
[Dewan ketawa]
Akan tetapi, yang hairan Yang Berhormat Pokok Sena yang melompat! [Ketawa] Yang Berhormat Pontian, saya memang mengesyorkan...
Sikit lagi...
...Supaya Parlimen membawa satu akta iaitu akta anti-hopping law atau akta anti lompat parti.
Yang Berhormat Tumpat dia tengah jawab. Nanti dulu.
...Supaya tidak ada lagi lompat- melompat macam katak, macam monyet, macam-macam! Macam lotong!
[Dewan ketawa]
Kenapa Barisan Nasional tidak buat dulu?
...Sebetulnya, yang melompat ini tidak ada kekuatan. Kami UMNO di Sabah senang hati mereka lompat. Oleh sebab kami percaya rakyat UMNO, penyokong-penyokong UMNO di Sabah tidak ikut melompat dan mark my word, pilihan raya akan datang, UMNO Sabah akan tawan balik Sabah itu! [Tepuk]
Tumpat minta sikit lagi Yang Berhormat Kinabatangan?
Sabar...
Sikit sahaja lagi. Nak sambung yang Yang Berhormat Jelutong tadi.
Kalabakan, Kalabakan.
Nak sambung yang Yang Berhormat Jelutong tadi. Sikit sahaja. Sikit sahaja. Hal yang sama.
Sini, Kalabakan.
Yang Berhormat Jelutong tadi tanya yang UMNO melompat kepada pihak kerajaan itu adakah disebabkan tidak bersetuju dengan UMNO. Saya mahu sambung sikit, adakah yang melompat itu kerana mereka ini bermasalah sebenarnya? Oleh sebab, bila mereka menyertai kerajaan, kita lihat pembersihan rasuah dalam kerajaan hari ini ialah dengan tidak mengambil tindakan terhadap pihak kerajaan yang melakukan rasuah. Jadi, adakah itu satu cara untuk menyelamatkan diri mereka terpaksa berada di sebelah sana?
Sila, Yang Berhormat Kinabatangan.
Satu lagi, Kalabakan, Kalabakan.
Satu lagi. Yang Berhormat Kalabakan sila.
Saya mahu tanya Yang Berhormat Kinabatangan, PAS di Sabah tidak bersama dengan UMNO sebab UMNO di Sabah tidak bersama Barisan Nasional di Semenanjung kerana sudah keluar. Jadi, kalau mahu tawan Sabah, sekarang WARISAN semakin kuat bertapak. Banyak sudah ahli-ahli kami, banyak sudah ADUN kami kuat. Jadi, fikirlah dua kali.
[Dewan ketawa]
Okey, terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Kinabatangan. Ada tiga minit saja lagi.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Kinabatangan ada peluru banyak, dia bagi tembak habis!
Tuan Yang di-Pertua, saya tergamit dengan hujah Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang mengatakan bahawa UMNO Sabah tidak mahu bekerjasama dengan PAS. Siapa dia?
Eh, saya di sini!
Siapa dia?
Saya di sini!
Mana dia? Mana?
Saya di sini! Saya tak pergi kasino.
Siapa Yang Berhormat yang hendak menentukan bagaimana UMNO Sabah hendak kita strategize-kan untuk menumpaskan parti Yang Berhormat?
Pemuda-pemuda UMNO sendiri yang cakap Yang Berhormat Kinabatangan!
Duduk! Duduk! Saya bos UMNO Sabah! Saya tahu kekuatan UMNO.
Nasib baik kawan-kawan lompat, boleh jadi bos.
Dan UMNO Sabah...
PAS dan UMNO Sabah kerana tiada parti mahu terima kamu!
Hei apa ni? UMNO Sabah...
Satu lagi.
...Boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memastikan kita akan tewaskan Pakatan Harapan di Sabah! [Tepuk] Oleh sebab itu, Tuan Yang di-Pertua, Mahatma Gandhi pernah menyebut dia kata “politics without principles, will destroy the country”, ataupun “politik tanpa prinsip, akan menghancurkan negara”. Inilah yang berlaku! Rakyat kucar kacir, negara tidak menentu, pemimpin-pemimpin parti yang lompat tidak menentu, bergaduh di antara satu sama lain. Mungkin mereka melompat untuk kepentingan diri sendiri. Dengan apa pun alasan pada saya, mereka melompat atas kepentingan diri mereka sendiri!
Sikit, Yang Berhormat Kinabatangan.
Yang Berhormat Kinabatangan belum, belum...
Masa saya sudah habis.
Sikit sahaja, 15 saat. 15 saat...
Belum, belum jawab.
Saya ada satu isu lagi.
Belum jawab lagi.
15 saat boleh.
Tadi, Yang Berhormat Kinabatangan kata melompat itu menjual maruah. Apakah pandangan Yang Berhormat Kinabatangan tentang GPS sebab kalau UMNO tidak bertanding di Sarawak akan datang tidak boleh jadi kerajaan.
Bila pula UMNO bertanding di Sarawak? UMNO tidak ada di Sarawak.
Ya, sebab itu saya nak tanya.
Sila, Yang Berhormat Kinabatangan ada seminit lagi.
Kita biar GPS, kita tahu rakan kita di Sarawak kuat! Mereka kuat! Pasti mereka akan pertahankan Sarawak daripada serangan-serangan DAP dan PKR. Saya percaya.
Yang Berhormat Kinabatangan ada seminit.
Yang Berhormat Kinabatangan belum jawab soalan saya lagi. Belum jawab.
Sudah jawab! Mereka lompat sebab kepentingan diri sendiri. Last, saya ingin bertanyakan kepada Menteri Kerja Raya, apa sudah jadi dengan projek Pan Borneo di Sabah? Waktu Barisan Nasional, projek Pan Borneo sudah berjalan tiap-tiap hari. Sekarang, yang kerja berjalan pun diberhentikan, Menteri Kerja Raya Sabah macam-macam saya dengar. Saya minta Menteri Kerja Raya jelaskan kepada saya bilakah projek Pan Borneo di Sabah ini dijangka akan siap? Saya tidak mahu dengar lagi Menteri Kerja Raya di Sabah membuat onar untuk menghalang perjalanan projek Pan Borneo di Sabah.
Rumuskan, 30 saat lagi.
Sibuk sikit, lompat, lompat. Saya dengar cerita kawan-kawan kita yang melompat itu Pakatan Harapan tidak panggil pre- council. Seolah-olah macam melukut di tepi gantang. Betulkah Yang Berhormat Kinabatangan?
[Dewan ketawa]
Sebetulnya, saya setuju mereka ini seperti melukut di tepi gantang. Adapun tidak nampak, tidak ada lagi baik. Jadi, pada saya, biarlah rakyat yang menentukan untung nasib mereka. Biarlah rakyat menentukan arah tuju mereka. Oleh sebab saya percaya rakyat pada hari ini tidak lagi boleh diperbodohkan. Mereka boleh tipu satu kali, dua kali, tetapi rakyat tidak boleh tipu berkali- kali. Saya percaya rakyat akan menentukan untung nasib Pakatan Harapan pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua...
Masa sudah cukup Yang Berhormat Kinabatangan
Ini menunjukkan bahawa politik yang dikuasai oleh DAP ini menyebabkan cacamarba berlaku dalam negara.
Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Kinabatangan masa sudah habis.
Sebab itu, DAP bimbang penyatuan PAS dan UMNO akan menghancurkan harapan DAP untuk memerintah negara ini pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan untuk saya untuk turut serta di dalam membahaskan usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan sidang Dewan pada hari itu. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana pada hari ini 20 Mac, seramai 75,352 orang pesara yang menerima pencen bawah RM1,000. Mulai hari ini, mereka akan menerima RM500 secara one-off mulai hari ini. Ini tanda
keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap pesara yang menerima pencen yang kurang. Walaupun kami terpaksa menanggung hutang yang banyak pada ketika ini. Kementerian pertama yang saya mahu kupaskan pada petang ini adalah Kementerian Kewangan. Kita sedia maklum tahun ini sebanyak RM37 bilion akan dipulangkan daripada pihak kerajaan kepada mereka yang telah membayar lebihan RM19 bilion GST, RM18 bilion lebihan cukai pendapatan yang telah dikutip oleh kerajaan rejim yang lepas. Walaupun yang kutip itu kerajaan rejim yang lepas, tetapi Kerajaan Pakatan Harapan mengambil kebertanggungjawaban untuk memulangkan duit rakyat kepada rakyat. Itulah antara punca yang menyebabkan kenapa hutang terpaksa meningkat, hutang yang tinggi terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Saya percaya antara kita yang duduk di dalam Dewan ini termasuk Yang Berhormat Pasir Puteh pun akan menerima pulangan ataupun return daripada GST tidak lama lagi. Seterusnya, berkenaan dengan Home Ownership Campaign (HOC) yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini yang mana memberikan pengecualian cukai duti ataupun duty stamp sehingga nilai rumah RM1 juta. Selain itu juga, untuk membeli rumah pertama yang mana harga hartanah tersebut di bawah daripada RM2.5 juta, satu juta yang pertama akan mendapat pengecualian.
Saya tahu kempen ini akan menjejaskan ataupun mengurangkan hasil kutipan duti setem yang bakal dikutip oleh pihak kerajaan. Akan tetapi saya cukup yakin dan percaya bahawa langkah ini akan dapat merancakkan lagi institusi pembinaan dan construction di dalam negara kita. Saya juga berharap pihak pemaju khasnya di bawah REDHA dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak kerajaan dengan menawarkan insentif- insentif yang akhirnya akan menguntungkan pembeli rumah khasnya pembeli rumah kali pertama supaya industri pembinaan rancak. Seterusnya, kita percaya kerancakan yang ada pada industri pembinaan akan menjadi pemangkin kepada ekonomi negara pada masa akan datang. Kementerian kedua yang saya hendak kupas pada petang ini adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Di kawasan saya, Mawar Medical Centre bersama dengan Pusat Hemodialisis Mawar, telah ditutup atas arahan penguatkuasaan daripada kementerian. Apa yang sedihnya, pihak pengurusan hospital, macai-macai— ini saya terpaksa minta maaflah gunakan perkataan yang mungkin dianggap kurang sesuai tetapi saya rasa bersesuaian. Macai-macai daripada MCA, menuduh Kerajaan Pakatan Harapan yang ada pada hari ini, menuduh menteri, menuduh exco, menuduh Ahli Parlimen bahawa kami zalim dengan menutup. Tidak, kami tidak zalim. Petang ini saya hendak gunakan dalam Dewan yang mulia ini, kesilapan itu bukan kerajaan hari ini tetapi kesilapan adalah pada pengurusan Mawar Hospital yang gagal menjalankan tugas dengan sepatutnya. Mereka telah menerima notis daripada kementerian pada 14 Disember tahun lepas. Dua bulan tidak buat apa-apa, dua bulan gagal mematuhi arahan penguatkuasaan ataupun arahan yang wajib dipatuhi yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Yang Berhormat Rasah...
Saya tidak bagi laluan.
Boleh sekejap sahaja?
Minta maaf Yang Berhormat Jelebu. Sebab masa terhad.
Sekejap, sikit saja fasal Mawar, fasal Mawar ini.
Tidak ada, tidak ada.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bagilah Yang Berhormat Rasah.
Saya tidak bagi.
Sikit saja fasal Mawar ini.
Okey, ini tidak ada kaitan dengan UMNO. Saya tidak marah UMNO.
[Tidak jelas] Mawar Hospital, Mawar.
Tidak ada, tidak ada kaitan. [Ketawa] Kegagalan hospital sebut sangat mengecewakan. Kegagalan pengurusan hospital itu seolah-olah mereka telah mempertaruhkan nyawa, keselamatan, dan kesihatan para pesakit yang menerima dialisis daripada hospital tersebut. Pada petang ini, tadi pukul 2.30, di Mahkamah Sesyen Seremban telah ada proses pendakwaan. Saya difahamkan ada tiga pertuduhan ke atas pengurusan. Saya tidak tahu apa jawapan ataupun keputusan mahkamah yang terkini. Saya dengar salah satu itu sudah ada PG, sudah ada pengakuan bersalah. Saya berharap insiden tersebut akan menjadi iktibar kepada semua hospital swasta. Semua pengurusan hospital swasta yang mana mempertaruhkan nyawa pesakit supaya bertaubatlah dan juga mematuhi segala arahan daripada kementerian sebab akhirnya kesihatan dan juga nyawa pesakit patut diutamakan oleh semua pihak. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan hospital ini, saya mohon supaya Kementerian Kesihatan Malaysia selepas pendakwaan di mahkamah pada hari ini ke atas pengurusan hospital tersebut yang mana patut wajar kita memberikan peluang dan juga lakukanlah yang terbaik. Berikan arahan yang terkini kepada pengurusan, tidak kira pengurusan yang sedia ada ataupun kalau boleh diambil alih oleh mereka yang benar-benar profesional dalam melaksanakan tugas mereka supaya akhirnya pengurusan yang baru boleh mematuhi kriteria ataupun syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dengan mempunyai doktor pakar yang secukupnya, yang membolehkan hospital dapat beroperasi sebagai sebuah hospital, dapat menjaga kesihatan, dapat menawarkan perkhidmatan yang sewajarnya kepada pesakit dan akhirnya hospital tersebut dibuka untuk pesakit dialisis supaya keadaan mereka tidak terjejas. Saya tahu sudah ada kematian dan kerajaan dipersalahkan yang mana bagi saya tidak wajar. Silapnya daripada pengurusan hospital itu sendiri. Cuma saya berharap untuk tempoh interim ini, pihak kementerian melalui Hospital Tuanku Ja'afar khasnya Jabatan Nefrologi supaya memberikan perhatian khusus kepada semua pesakit dialisis yang terlibat. Bukan setakat di ibu pejabat ataupun di Hospital Mawar itu sendiri tetapi semua pesakit yang jumlahnya hampir 800 orang di seluruh 13 cawangan pusat dialisis yang ada di seluruh negara. Hal ini disebabkan saya difahamkan ataupun saya dimaklumkan— saya tidak pasti. Saya mohon kepastian pengesahan daripada kementerian sama ada benar ia akan ditutup 13 cawangan tersebut pada hujung bulan ini. Saya harap tidak supaya nyawa dan juga kepentingan pesakit sentiasa diutamakan. Saya juga berharap tumpuan turut perlu diberikan kepada pekerja-pekerja hospital yang mana saya difahamkan disebabkan kegagalan pengurusan dan juga hutang yang cukup tinggi kerana kegagalan pihak pengurusan yang menyebabkan hospital tidak dapat beroperasi dan gagal membayar gaji kepada staf dan juga doktor hospital tersebut. Seterusnya, Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana pada tahun ini, awal tahun ini, bulan Januari, kanak-kanak tanpa dokumen telah berjaya mendaftarkan diri walaupun kita tahu dari segi prosedur undang- undang dan sebagainya perlu dipatuhi. Akan tetapi nasib anak-anak yang tidak berdosa, yang malang, yang tidak mempunyai dokumen yang sah yang mana kewarganegaraan, mereka bukan warganegara kita, jangan kita menganaktirikan mereka, memangsakan mereka sebab mereka tidak berdosa. Tahniah kepada kerajaan. Saya harap polisi ataupun dasar ini akan dapat terus diberikan atas dasar perikemanusiaan. Berkenaan dengan Dasar Sifar Penolakan. Saya berharap pihak kementerian akan memberikan lebih banyak tumpuan supaya lebih banyak kelas PPKI untuk golongan murid berkeperluan khas dapat dibina lebih banyak kelas di seluruh kawasan, seluruh tempat, tidak kira di bandar atau di luar bandar. Hal ini disebabkan sudah tiba masanya kita memberikan tumpuan, kita memberikan perhatian dan fokus yang khusus pada golongan yang memerlukan. Kita tahu ramai anak-anak, kanak-kanak kita yang mempunyai masalah yang perlukan perhatian khusus daripada kementerian. Saya hendak tanya di sini, berapakah jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di Negeri Sembilan yang menawarkan kelas PPKI pada ketika ini? Seterusnya, kementerian yang sama berkenaan sekolah daif, ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana sebuah sekolah kebangsaan iaitu SK L.B. Johnson di Felda L.B. Johnson di kawasan saya telah mendapat kelulusan RM2 juta daripada kementerian sebagai dana ataupun peruntukan untuk merobohkan bangunan yang berbahaya dan pembinaan akan dibuat dalam sedikit masa lagi. Saya berharap sekolah daif ini, tidak kira di mana-mana kita bantu sebab ia adalah selaras dengan keperluan pendidikan yang ada. Saya juga mohon supaya kementerian memberikan dana khas kepada SJK(C) Ladang Hillside disebabkan sekolah ini akan membina fasa kedua bangunan sekolah dengan
sedikit masa lagi dengan sekolah ini akan menerima kemasukan murid yang ramai. Ia terletak di bandar, kawasan pembangunan yang pesat. Seterusnya, berkenaan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim. Pada 18 Mac yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor mengatakan bahawa sisa-sisa toksik daripada Sungai Kim Kim yang mana tragedi yang berlaku pada minggu lepas, akhirnya akan dibuang dan dilupuskan di Negeri Sembilan. Saya ulangi, kalau semalam saya pernah— semalam atau kelmarin saya pernah sebut dalam Dewan yang mulia ini, kalau Johor tidak hendak, Negeri Sembilan tidak hendak. Jangan benda-benda yang orang lain tidak hendak bagi dekat Negeri Sembilan. Saya rasa Yang Berhormat Jelebu boleh sokong saya dalam hal ini. Kita Negeri Sembilan kita tidak hendak benda macam ini. Kita hendak semua rakyat Malaysia sama-sama sejahterakan negara, sama-sama hidup dalam keadaan aman, damai dan sejahtera. Jadi, tidak adil. Saya tahu ada Kualiti Alam. Ia walaupun tidak letak di Parlimen Rasah tetapi bersebelahan di Parlimen saya dan saya harap kerajaan ambil berat, kementerian khasnya ambil berat perkara ini. Kenapa sisa itu? Saya hendak satu jawapan, penjelasan yang cukup tegas daripada kementerian. Benar atau tidak apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor? Ini daripada kementerian sebab kementerian bukan jaga satu negeri, kementerian jaga seluruh rakyat Malaysia. Berkenaan dengan isu alam sekitar tetapi berkenaan dengan KPKT pula. Tiga atau empat hari lalu, Menteri pernah turun ke Tanah Merah, Negeri Sembilan kata hendak buat satu tapak yang dinamakan waste-to-energy (WTE) tetapi bagi saya itu incinerator. Incinerator yang kita selama ini banyak tempat di Kepong dan sebagainya, banyak tempat orang lawan, akhirnya dia hendak buat di Negeri Sembilan lagi. Apakah Negeri Sembilan ini menjadi tempat untuk semua orang, benda yang orang tidak hendak dia hendak campak di Negeri Sembilan? Saya rasa tidak betul. Tempat itu bukan Parlimen saya, Parlimen Port Dickson. Saya hendak minta Menteri yang hadir hari itu supaya berikan assurance, jaminan keselamatan yang mana kesihatan, kehidupan dan juga alam sekitar tidak akan terjejas dengan pembinaan WTE tersebut. Apakah measure dia? Apakah langkah-langkah, syarat- syarat dan berapa kerapkah pemantauan akan dilakukan oleh pihak kementerian?
Apakah measure-nya? Apakah langkah-langkah, syarat-syarat dan berapa kerap kah pemantauan akan dilakukan oleh pihak kementerian? Projek ini bukan projek yang baharu. Projek ini telah dimulakan oleh kerajaan yang dahulu. Kenapa kita hendak teruskan ini? Kalau dulu kita kata tidak betul, hari ini kenapa kita hendak teruskan kecuali kita mempunyai syarat-syarat tertentu. Walaupun kita sudah tukar tempat dan sebagainya tetapi kesejahteraan rakyat tetap kita kena utamakan. Keselamatan, nyawa dan juga keperluan asas rakyat perlu tetap diberikan keutamaan. Isu seterusnya Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan MPKK. Sebanyak 10,000 yang dijanjikan, yang dikatakan geran yang akan diturunkan, baik daripada KPLB untuk kampung tradisi, baik daripada KPKT untuk kampung baru, mana 10,000 tersebut? Hari ini sudah dekat masuk penghujung bulan Mac. Kalau hari itu Yang Berhormat Tangga Batu mengatakan bahawa borangnya cukup sukar untuk diisi, orang kampung, ketua kampung, jadi macam mana caranya? Sepatutnya ia dipermudahkan prosedurnya supaya wang itu dapat disalurkan dengan segera. Ini sudah penghujung suku pertama tahun ini dan MPKK merupakan akar umbi untuk kerajaan yang akan menghubungkan rakyat dengan kerajaan. Jadi, saya harap pihak kementerian, kedua-dua kementerian terbabit boleh memberikan perhatian yang serius tentang kesejahteraan, keperluan rakyat, khasnya MPKK di kawasan luar bandar. Saya tahu mereka semua harapkan dana dan akhirnya, ketua kampung yang dipersalahkan.
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah. Satu minit enam saat lagi.
Tuan Yang di-Pertua, ada lagi perkara yang saya hendak sebutkan berkenaan– saya mohon sedikit masa tambahan.
Baik, sila.
KDN sebab saya tidak mahu cerita politik. Ini isu-isu rakyat. Berkenaan dengan KDN, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyatakan pada bulan Ogos tahun lepas, mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas akan diberikan keutamaan dalam diberikan kewarganegaraan, khasnya yang lahir di Malaysia ketika itu. Sekarang ini sudah lebih enam bulan, tujuh bulan, macam mana keadaannya? Masih ramai
pemohon yang mana lahir di bumi Malaysia, di Tanah Melayu ketika itu sebelum negara ini merdeka. Jadi, macam mana keadaannya? Saya ingin mencadangkan kepada kementerian, KDN, supaya adakan satu team khas yang mana buat interview, temu duga di seluruh negara, bukan sahaja buat di Putrajaya, buat di seluruh negara dengan mempunyai satu komitmen politik. Kita perlukan komitmen politik. Kita jangan gunakan dasar yang telah digunakan. Ini kerajaan baharu, kena ada dasar baharu. Kalau tidak, apa maknanya ada kerajaan baharu? Jadi, saya mohon satu dasar baharu dengan komitmen politik yang tinggi supaya perkara ini kita mendapat satu penyelesaian dalam masa yang terdekat. Seterusnya, berkenaan dengan...
Minta rumuskan Yang Berhormat. Silakan.
Ya, ini e-Kasih. e-Kasih ini untuk kita tahulah, ramai rakyat kita, tidak kira di bandar ataupun di luar bandar, termasuk kawasan saya. Walaupun Parlimen Rasah ini selalu dikatakan bandar tetapi ramai juga yang layak di bawah e-Kasih. Saya mohon dipermudahkan. Kalau boleh tambah kakitangan. Pindahkan kakitangan daripada department lain, agensi lain ke e-Kasih. Saya dimaklumkan oleh ICU Negeri Sembilan. Kalau setakat ini di Seremban, ada seorang atau dua orang sahaja yang buat interview, yang menziarahi rumah pemohon. Satu daerah Seremban, dua orang, kita bayangkan. Saya rasa benda ini perlu kita perbaiki dengan segera supaya permohonan daripada para pemohon yang layak tidak tertangguh, tidak mengambil masa yang lama. Jadi, saya mohon supaya perkara ini dapat diambil tindakan yang serius. Saya hendak tanya, berapa ramai pemohon ataupun berapa ramai kah mereka yang telah didaftarkan dan layak di bawah e-Kasih di daerah Seremban? Satu fakta yang sangat penting. Perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Kelewatan sikit tetapi isu- isu ini saya rasa inilah platform terbaik untuk saya ketengahkan. Ia adalah berkenaan dengan hutang negara. Saya tahu hutang itu meningkat. Seperti yang saya katakan tetapi hutang tersebut diwarisi daripada rejim yang lepas. Kerajaan perlu bergerak ke hadapan. Macam saya kata, RM37 bilion akan dipulangkan ke dalam komuniti kita, dalam market kita untuk pembangunan ekonomi. Saya juga berharap kepada mereka yang telah akan menerima RM37 bilion tersebut, gunakan wang itu supaya wang itu cair di dalam ekonomi, dalam pasaran kita yang akhirnya akan menjana pembangunan ekonomi. Saya hendak katakan, rakyat kena tahu hari ini, hutang itu bukan bermula 10 bulan dulu. Ia diwarisi daripada rejim yang ada sebelum ini. Kononnya lah hari ini kita panggil dia ‘Bossku’, ‘Malu apa bossku’ tetapi saya rasa...
Yang Berhormat Rasah.
...saya harap perkara sebegini perlu diambil perhatian. Saya juga mohon supaya tindakan segera daripada pihak AG Chambers supaya ‘bossku’ ini tidak lah dia pergi berkempen seolah-olah dia jadi satu watak yang cukup popular. Padahal dia lah yang merupakan kleptokrat yang terkenal yang telah menyebabkan negara tersenarai sebagai negara yang mengamalkan rasuah.
Yang Berhormat Rasah.
Tadi janji tidak hendak cakap fasal politik Yang Berhormat Rasah. Apa ini Yang Berhormat Rasah?
Betul.
Yang Berhormat Rasah.
Sekian sahaja. Last cakap politik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kau cakap tidak serupa bikin lah.
Yang Berhormat Rasah.
Bagi lah peluang.
Saya hendak bagi menurut penjelasan pakar.
Point of order. Point of order, Tuan Yang di-Pertua. Point of order untuk Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 35(7). Saya tengok, saya ucap tahniah Tuan Yang di-Pertua bagi peluang dia sampai dekat empat minit ya.
Saya bagi peluang yang lain juga.
Ya, akan tetapi bukan, yang ini bagus Tuan Yang di-Pertua ini, Timbalan Speaker seorang lagi itu tidak langsung tidak bagi lajak masa.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau. Terima kasih.
Padahal dia menuduh UMNO dan PAS ini sebagai Taliban. Dia kena tarik balik.
Tidak apa, terima kasih.
Dia tidak boleh lajak...
Yang Berhormat Arau, cukuplah Yang Berhormat Arau. Cukuplah.
Shut up Yang Berhormat Jelutong.
Baik, baik. Terima kasih Yang Berhormat Arau. [Pembesar suara dimatikan]
Nanti saya...
Jangan tuduh, jangan tuduh.
Baik.
Tidak, saya hendak bagi tahu bahawa Tuan Yang di-Pertua kena bagi tahu bahawa lajaknya berapa minit, berapa minit, tiga minit. Jangan kerana kita tidak suka seseorang itu, kita tidak bagi langsung peluang.
Tidak apa, terima kasih.
Macam Pendang tadi.
Tuan Yang di-Pertua kena maklum supaya Speaker bagi lajak tiga minit.
Macam Pendang tadi lah.
Yang Berhormat Pendang merapu saja.
Macam Pendang tadi, sampai saya hendak suruh sokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tetap diberi masa 15 minit. Cuma itu atas prerogatif saya.
Yang Berhormat yang merapu itu Yang Berhormat Kangar.
Ya, ya tetapi...
Orang cakap lain, dia pergi cakap lain.
Saya tahu ini hak berkuasa mutlak tetapi di akhirat esok tanggunglah seorang sikit ya.
Terima kasih, baik. [Pembesar suara dimatikan]
Kita, Tuan Yang di-Pertua...
PAS, UMNO semua samalah.
Walaupun kerajaan yang memerintah kerajaan yang lain tetapi kita kena adil kepada semua Yang Berhormat. Terima kasih.
Baik, terima kasih.
Saya minta supaya Tuan Yang di- Pertua bagi lajak tiga minit kepada semua, standard.
Yang Berhormat Arau, sudah bazir masa, Yang Berhormat Arau.
Jangan ada buat hukuman yang saya tidak dapat lajak.
Baik, terima kasih. baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bachok.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong ayat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-14 pada kali ini. Izinkan saya memulakan ucapan saya dengan membaca petikan al-Quran daripada surah Al-Maidah ayat 65 dan 66. [Membaca petikan al-Quran] Firman Allah Taala yang bermaksud; “Dan kalaulah Ahlul Kitab (iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani) beriman dan bertakwa kepada Allah yang Esa, sudah pasti, kata Allah, Kami akan hapuskan daripada mereka segala kejahatan mereka dan Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga An-Naim yang penuh dengan kenikmatan di hari akhirat kelak. Dan kalaulah mereka semua itu mendirikan atau menegakkan Kitab Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada mereka selepas itu daripada Tuhan mereka iaitu Al-Quran, sudah pasti mereka akan makan menikmati rezeki yang banyak yang melimpah ruah daripada atas iaitu dengan turunnya hujan yang membawa punca rezeki dan daripada bawah kaki mereka iaitu Bumi yang subur yang mengeluarkan buah-buahan dan makanan yang banyak tetapi ada di antara mereka yang beriman mencapai kesederhanaan dan banyak daripada kalangan mereka yang buruk sekali segala amalan mereka.” Tuan Yang di-Pertua, secara ringkasnya ayat yang saya baca tadi mengandungi arahan Allah Taala agar seluruh umat manusia dahulu, terutama sekali umat yang besar Yahudi dan Nasrani, seterusnya umat Nabi Muhammad SAW agar mereka beriman dan bertakwa kepada Nya. Allah Taala menjanjikan dengan iman dan takwa tersebut dengan dua janji yang besar iaitu kesejahteraan hidup di dunia ini dan juga kesejahteraan hidup di hari selepas mati iaitu dengan janji syurga Allah Taala.
Akan tetapi malang sekali bagi manusia dahulu dan kini, sebahagian sahaja yang benar-benar beriman kepada Allah dan kebanyakan mereka terutama sekali umat terdahulu telah menjadi kufur dan fasik terhadap Allah Taala, maka tinggallah peluang untuk beriman dan bertakwa ini kepada umat Nabi Muhammad SAW yang lahir, yang sama kelahiran Nabi Muhammad SAW sehinggalah hari akhirat. Dengan janji Allah Taala pada umat Nabi Muhammad bahawa Allah Taala menjamin bahawa umat Nabi Muhammad lah adalah sebaik- baik umat yang pernah dikeluarkan oleh Allah SWT di muka bumi. Justeru Tuan Yang di-Pertua, amatlah besar dan bernilai sekali hari ini segala seruan oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa kepadanya di dalam kehidupan kita, apatah lagi di Dewan yang mulia ini yang peranannya adalah memandu negara dan rakyat untuk menjalani kehidupan dengan penuh sejahtera. Marilah kita biarkan suara-suara kebaikan terus berkumandang di dalam negara kita agar kita sentiasa dalam sedar dan berwaspada dengan seruan-seruan kerosakan yang pastinya akan pertembungan dengan seruan-seruan yang benar. Itulah sebaik-baik hasil daripada hak kebebasan bersuara yang kita canangkan dalam politik baharu hari ini. Tuan Yang di-Pertua, negara kita sedang menikmati perubahan terbesar dalam sejarah politik negara sejak kemerdekaan. Perubahan adalah satu keperluan dalam kehidupan agar berlaku pergerakan daripada yang buruk kepada yang baik atau daripada yang baik kepada yang lebih baik. Perubahan itu jikalau diuruskan dengan baik sudah pasti akan memberikan kebaikan dan keuntungan kepada setiap rakyat. Saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang secara berani dan nekad bertindak melakukan perubahan politik dalam negara demi sebuah kehidupan yang lebih baik. Saya juga ingin sekali lagi mengucapkan tahniah kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan yang
telah diberi mandat untuk sebuah pemerintahan baharu yang amat diimpikan kebaikannya, sudah pasti harapan adalah terlalu tinggi dan tanggungjawab adalah besar dan berat. Dalam ucapan saya sebelum ini di Dewan yang mulia ini, saya ada memberikan peringatan yang baik bahawa kelangsungan Kerajaan Pakatan Harapan untuk kekal di Putrajaya adalah bergantung kepada dua perkara utama iaitu pertama, kejayaan melaksanakan janji-janji Manifesto PRU ke-14 yang lepas dan yang kedua adalah kesepaduan dan kesatuan di antara parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan. Walaupun kelihatannya Kerajaan Pakatan Harapan hari ini begitu bergelut untuk melaksanakan janji-janji manifesto dan mengekalkan kesatuannya tetapi masa masih ada untuk kerajaan baharu untuk terus memperbaiki persembahan mereka, seterusnya memikat hati rakyat untuk terus mengekalkan sokong buat mereka. Tuan Yang di-Pertua, begitulah demokrasi terbaik yang perlu kita amalkan hari ini. Kami di pihak pembangkang akan terus berperanan untuk memastikan kerukunan pemerintahan akan terus terjaga. Menegur sama ada secara lembut atau keras apa-apa sahaja yang pada pandangan kami perlukan teguran ke atas pihak kerajaan. Marilah kita saling mengingatkan bahawa rakyat mahu melihat beberapa perubahan besar berlaku dalam negara melalui perubahan besar yang telah mereka lakukan pada hampir setahun yang lepas. Di antaranya adalah pemulihan sistem demokrasi yang lebih segar dan adil dalam segala aspek, dasar dan teknikal pilihan raya. Kerajaan mestilah memberi jaminan bahawa setiap pilihan raya yang diadakan mestilah dihasilkan keputusan daripada rakyat yang sebenar dan tidak diganggu oleh rasa tidak puas hati akibat penipuan dan sebagainya. Begitu juga dengan nilai dan semangat federalisme yang mesti diperkukuhkan agar hubungan baik dan harmoni di antara Kerajaan Pusat dan negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia akan lebih membawa kepada keadilan, kemajuan dan keharmonian untuk rakyat. Justeru, saya berharap pihak kerajaan terus memberikan ruang kepada pandangan penambahbaikan oleh semua pihak agar semua dapat menikmati harapan baharu untuk politik Malaysia hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan isu Ombudsman Malaysia. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada bertitah mengenai isu integriti dan nilai-nilai murni yang mesti didukung sebaik oleh semua pihak. Antaranya baginda menitahkan supaya gejala rasuah terus diperangi kerana rasuah membebankan rakyat dan meruntuhkan asas sesebuah negara. Saya pernah menyentuh mengenai penubuhan jawatankuasa ombudsman dalam sidang Dewan Rakyat yang lepas. Adalah menjadi kewajipan pihak kerajaan untuk menyegerakkan penubuhan Ombudsman Malaysia bagi menggantikan fungsi Biro Pengaduan Awam (BPA) ketika ini, bagi mengangkat mesej integriti seperti yang dititahkan oleh Baginda. Kita sedia maklum bahawa banyak negara yang telah menubuhkan jawatankuasa ombudsman ini antaranya adalah New Zealand yang pernah mengeluarkan 700 remedy dan 149 cadangan untuk diteliti oleh pihak bertanggungjawab pada tahun 2017 baru-baru ini. Penubuhan Ombudsman New Zealand berfokus kepada melakukan siasatan kes yang menyalahi undang-undang sesuatu polisi kerajaan yang tidak sesuai untuk dilaksanakan serta bersifat tidak adil dan menindas rakyat manakala di negara Filipina pula berkait dengan kuasa menyiasat, mendakwa serta mengeluarkan arahan-arahan tertentu kepada penjawat awam. Pada 27 Julai 2018 yang lepas Presiden Filipina telah melantik Samuel Martires, Supreme Court Associate Justice sebagai pengerusi Ombudsman mereka. Asasnya kita mempunyai model untuk dijadikan rujukan di peringkat global apatah lagi pembentukan Biro Pengaduan Awam pada Julai 1971 lagi boleh dijadikan batu asas kepada langkah menubuhkan Ombudsman Malaysia. Justeru, saya ingin membahagikan kepada dua aspek utama dalam kerajaan mempertimbangkan penubuhan jawatankuasa ini. Pertama, berkaitan dengan struktur ombudsman dan kedua, berkaitan dengan konsep atau substance. Daripada sudut struktur ombudsman mestilah dilantik di bawah kuasa legislatif, dengan kuasa yang sesuai untuk dianugerahkan kepadanya supaya matlamat ombudsman ini dapat dicapai, ia perlu diposisikan di bawah Parlimen dan tidak lagi di bawah JPA yang boleh menimbulkan konflik- konflik kepada kepentingan kelak. Selain itu, lantikan ombudsman pula mestilah bersifat impartial atau non-partisan melalui lantikan yang perlu mendapatkan persetujuan Ahli Parlimen khususnya di kalangan pembangkang. Ini supaya sebarang keputusan oleh badan ini adalah di bawah kebebasan penuh, tambahan lagi mereka selayaknya diberi ruang “penetrasi” dari sebarang dokumen
kerajaan yang berkaitan dengan siasatan serta mengkritik mengeluarkan rekomendasi di samping mendedahkan butiran siasatan kepada awam. Manakala daripada aspek substance, adalah berkaitan dengan pelantikan ombudsman mestilah di kalangan mereka yang profesional serta mempunyai kreativiti dan integriti moral yang tinggi, sudah tentu ia di kalangan mereka yang mendapat kepercayaan awam untuk mengalas tugas yang penting ini. Pegawai ombudsman turut wajar diberi latihan secukupnya dalam melakukan siasatan sehingga ke akar permasalahan serta berkemahiran menyelesaikan masalah dengan cekap. Ini semua adalah isi penting bagi pelaksanaan Ombudsman Malaysia bagi mencapai tujuannya yang sebenar. Ini sebahagian daripada perkara penting yang mesti dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam mengerakkan usaha mewujudkan Ombudsman Malaysia. Saya mengharapkan agar kerajaan tidak berlengah lagi untuk cadangan ini sesuai dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong supaya Malaysia dapat memperbaiki integriti di samping mengukuhkan kedudukan yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah dunia. Kedua Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan isu hedonisme yang berlaku dalam negara kita. Saya ingin menyentuh sebahagian daripada inti pati Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkaitan isu moral di kalangan masyarakat. Baginda menitahkan, menyentuh berkaitan pengaruh media terutama penggunaan media sosial secara tidak bertanggungjawab boleh mengancam nilai-nilai murni yang berlandaskan agama dan prinsip moral masyarakat. Sungguhpun kerajaan meraikan keterbukaan dan kebebasan bersuara adalah penting kebebasan ini dipraktikkan dalam lingkungan undang-undang dan norma kehidupan masyarakat. Pada masa sama, agensi-agensi penguatkuasaan hendaklah bertindak tegas ke atas sebaran media sosial yang melanggar undang-undang, itu Titah Baginda.
Isu utama yang dibangkitkan oleh Baginda adalah berkaitan dengan kebebasan yang perlu diikat bersama rasa kebertanggungjawaban kerana kebebasan yang mutlak tanpa kawalan boleh mengakibatkan akibat yang lebih buruk. Saya terpanggil untuk menyentuh isu konsert Blackpink yang telah berlangsung pada 23 Februari yang lepas. Begitu juga dengan program-program seperti Love in Georgetown City yang akhirnya dibatalkan pada saat-saat akhir. Soal yang penting untuk diketengahkan adalah apakah kita mempunyai garis panduan yang jelas terhadap sebarang program hiburan di negara ini. Ini kerana saya melihat ibarat tiada penyelesaian terhadap isu-isu hiburan yang melanda anak muda negara kita saban tahun. Kedua, apakah garis panduan yang telah disediakan tersebut benar-benar menepati nilai ketimuran, berlandaskan kepada agama dan prinsip moral bermasyarakat seperti yang dititahkan oleh Tuan Yang di-Pertuan Agong. Ketiga, bagaimanakah penguatkuasaan yang bersungguh telah dilakukan bagi mengawal program-program berunsur hiburan supaya mengikuti segala garis panduan yang ada.
Satu minit lagi, Yang Berhormat.
Suka untuk saya tekankan bagaimana Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana sebelum ini Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan 11 garis panduan penganjuran program hiburan di negeri Terengganu. Garis panduan yang disediakan tidak bermakna kita menyekat anak muda untuk berhibur tetapi amat penting untuk kita mengawal supaya mereka tidak terjebak dengan hiburan yang tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran, apatah lagi agama. Apatah lagi kalau anak muda tadi terlibat dengan gejala dadah, seks bebas dan sebagainya, seterusnya mengakibatkan kerosakan pula kepada masyarakat pada masa akan datang. Isunya adalah bagaimana kita mengikat kebebasan yang kita beri kepada rakyat dengan nilai kebertanggungjawaban. Kita perlu tegas dengan garis panduan yang dikeluarkan dan sentiasa memastikan tiada program hiburan yang boleh merosakkan moral masyarakat. Kawalan ini perlu diteliti bukan sahaja melalui program hiburan dan konsert semata- mata, bahkan mesti turut melibatkan media elektronik dan media sosial yang lebih bebas dan sukar untuk dikawal. Saya ingin bertanya, apakah langkah kerajaan mengawal hiburan
melampau dan segala berkaitan dengannya melalui media elektronik dan media sosial. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Selayang kemudian diikuti oleh yang terakhir iaitu Yang Berhormat Jelebu.
Saya mengucapkan terima kasih telah diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja. Perkara pertama yang saya sentuh ialah janji Manifesto Pakatan Harapan. Saya sungguh tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 12 Mac 2019 kepada soalan sama ada kerajaan baharu akan menunaikan janji-janji dalam Manifesto Pakatan Harapan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menunaikan janji-janji dalam Manifesto Pakatan Harapan tetapi perbuatan kerajaan yang lama serta juga undang-undang tidak memudahkan usaha ini. Rakyat menukar kerajaan sebab ketidakseimbangan pengagihan pendapatan. Harga barang yang tinggi, kos sara hidup yang tinggi. Rakyat ingin mengadakan perubahan dan reformasi dilakukan. Oleh yang demikian, rakyat tidak menerima jawapan yang diberikan sebelum ini iaitu Pakatan Harapan tidak jangka menang PRU-14 dan janji-janji dalam Manifesto Pakatan Harapan tidak dapat dilaksanakan. Dengan jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 12 Mac 2019, perkara ini telah dijelaskan. Oleh yang demikian, saya meminta Kerajaan Pakatan Harapan dan juga Menteri-menteri untuk melaksanakan janji-janji Manifesto Pakatan Harapan dan agenda reformasi dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut: (i) Menteri-menteri harus memberikan galakan sepenuhnya kepada pelaksanaan agenda reformasi dan Manifesto Pakatan Harapan sebagai pemandu utama dengan kepimpinan yang cergas; (ii) Menteri-menteri harus mengadakan dengan izin, public engagement, seminar dan forum serta sesi konsultasi dengan pakar ekonomi, tokoh-tokoh perniagaan dan juga orang awam untuk membincangkan dan menyampaikan maklumat, kajian, keterangan dan bukti yang kukuh bahawa reform diperlukan dan akan memberikan manfaat kepada semua; (iii) Menteri hendaklah mengumumkan rancangan reform atau dengan izin, road map yang harus mengambil kira pandangan munasabah hasil daripada public engagement dan komen daripada stakeholders; (iv) Menteri harus maklum apakah janji-janji yang dapat dibuat dengan segera, apa yang akan mengambil lebih masa, apakah halangan dan cabaran dan juga usaha yang akan dibuat untuk menangani cabaran-cabaran tersebut; dan (v) Apakah janji-janji yang perlu diubah sebab maklumat dan pengetahuan bila manifesto dibuat tidak sempurna dan keadaan sebenarnya adalah lebih teruk daripada yang dijangka. Saya percaya dengan cara seperti ini, rakyat boleh menerima alasan bahawa Manifesto Pakatan Harapan akan mengambil lebih masa untuk ditunaikan dan kerajaan baharu tidak akan abaikan janji-janji atau tidak pandang serius kepada Manifesto Pakatan Harapan. Perkara kedua ialah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kemakmuran Bersama.
Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Selayang.
Rakyat Malaysia sedang membawa sebagai masyarakat berbilang kaum dan agama...
Boleh minta sikit Yang Berhormat Selayang?
Saya minta maaf, tidak ada cukup masa.
Boleh sikit tak? Sikit sahaja.
Kalau ada masa, nanti saya akan bagi. Kita perlu perpaduan untuk hidup dengan aman dan damai. Yang penting ialah keadilan dan keseimbangan, dengan izin, justice and equality. Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di Malaysia antara kaum-kaum dan antara wilayah-wilayah. Malangnya selepas 50 tahun, matlamat dan objektif DEB belum dapat dicapai. Kerajaan baharu telah mengumumkan semangat DEB akan dikekalkan dengan dasar yang bernama kemakmuran bersama iaitu dasar berteraskan pertumbuhan, menjamin kesaksamaan serta perkongsian kemakmuran atau dengan izin, shared prosperity. Saya juga meminta kerajaan memberikan tumpuan kepada social cohesion dan memberikan keutamaan kepada pertumbuhan inklusif atau inclusive growth. Kerajaan yang lama sebelum ini dengan mengadakan Majlis Penasihat Ekonomi Negara dalam satu terbitannya iaitu Model Ekonomi Baru Bahagian Satu di muka surat 11 dan 15 telah mengenal pasti tiga masalah dengan DEB. Pertama ialah naungan politik atau political patronage. Kedua ialah merentil, rent-seeking behavior dan ketiga ialah rasuah, corruption. Majlis Penasihat Ekonomi Negara juga di dalam terbitan MEB bahagian akhir di muka surat 87 menyatakan bahawa pemberian sumber-sumber modal kepada firma-firma bumiputera yang kurang berkelayakan telah menggalakkan penubuhan barisan hadapan yang palsu serta penggunaan kuota berdasarkan kaum yang berlebihan telah melahirkan ketidakcekapan. Majlis Penasihat Ekonomi Negara mencadangkan untuk mengadakan tindakan affirmative yang mesra pasaran iaitu memberikan bantuan kepada peniaga bumiputera berasaskan merit dan usaha. Malangnya pendekatan ini tidak dilaksanakan dengan baik dan telus. Oleh yang demikian, saya meminta penjelasan daripada kementerian, bagaimana Dasar Kemakmuran Bersama akan menangani masalah naungan politik, merentil, rasuah dan juga memberi bantuan kepada peniaga bumiputera yang ada keperluan sebenar dan mengikut kriteria merit dan usaha di antara golongan peniaga bumiputera. Perkara yang ketiga ialah tentang kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Saya meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyiasat dengan teliti punca kenaikan harga barangan seperti daging, sayuran dan makanan.
Kementerian perlu menyiasat sesiapa dalam rantaian bekalan yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan besar dalam situasi ini. Di dalam beberapa kajian yang telah dibuat, apa yang didapati ialah kelemahan struktur pasaran adalah punca kenaikan harga makanan. Monopoli dan kartel, merekalah yang mengambil ruang untuk mengambil kesempatan ke atas pengguna. Harga produk dinaikkan secara semberono sehingga ada yang mencecah tahap tidak masuk akal. Monopoli dan kartel membenarkan penguasaan pasaran menggunakan tekanan harga kepada perusahaan kecil dan sederhana. Kelemahan struktur pasaran ini lah pemangkin harga naik. Kerajaan perlu membuka pasaran bagi membenarkan lebih banyak perusahaan untuk mengimport barangan untuk menyelesaikan kemelut. Bila adanya pasaran terbuka dan kompetitif, maka pembekal-pembekal akan bersaing sesama sendiri dan harga barang akan turun mengikut persaingan tersebut. Saya juga meminta Yang Berhormat Menteri mengkaji semula Akta Persaingan 2010 dengan tujuan membatalkan pengecualian yang telah diberikan kepada industri seperti telekomunikasi, elektrik, industri penswastaan dan sebagainya. Pengecualian ini mewujudkan diskriminasi dalam pasaran dengan meneruskan kuasa monopoli dan kartel oleh syarikat-syarikat besar ini. Tindakan segara hendaklah diambil untuk membetulkan perkara ini. Perkara yang keempat ialah Approved Permit. Saya meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengkaji semula dasar mengeluarkan Approved Permit kepada 164 syarikat termasuk 36 syarikat baharu. Pemberian AP kepada syarikat tertentu untuk membenarkan mereka mengaut keuntungan adalah kegiatan …. [Tidak jelas] Dengan izin, this AP business is a rent-seeking activity dan juga bercanggah dengan Dasar Automotif 2014.
Perkara yang kelima ialah tentang penamatan 52 pegawai daripada program institut INTAN. 52 peserta daripada pascasiswazah Diploma Pengurusan Awam untuk tahun 2018 oleh INTAN dengan mengubah markah lulus daripada ‘B’ kepada ‘A-’ selepas program telah bermula dan hanya ada baki dua bulan sebelum program tersebut tamat. Semua 52 peserta ini hanya diberitahu penukaran gred kelulusan pada 23 November 2018. Mereka tiada maklumat tentang markah sahsiah, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mengadakan sesi perjumpaan dengan Timbalan Ketua Kluster untuk membincangkan sahsiah kadet yang terlibat. Mereka tidak ada sebarang dokumen rasmi tentang perubahan markah dan gred diberikan. Mereka tidak diberikan peluang untuk menambahbaikkan prestasi sebelum itu kerana surat tawaran pada mulanya menyatakan kelulusan gred hanya adalah Gred ‘B’. Lima kadet kelulusan PHD dan semua 52 berjaya mengadakan skor CGPA yang tertinggi iaitu antara 3.75 kepada 3.95. Mereka telah mempamerkan komitmen dan sikap dedikasi dalam komponen sahsiah. Oleh yang demikian, saya meminta Yang Berhormat Menteri mengkaji semula pemecatan 52 peserta ini demi keadilan kepada mereka dan juga pentadbiran awam supaya dilihat mengamalkan meritokrasi dan best practices. Akhirnya ialah isu tempatan. Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk meng- gazette-kan dengan segera balai polis di Bandar Country Homes yang selepas menunggu 10 tahun, dapat satu bangunan balai polis tetapi sebab belum digazetkan, statusnya ialah pondok polis. Hanya ada anggota sembilan orang yang tidak cukup untuk jumlah 50 ribu penduduk. Balai polis kalau digazetkan akan mengadakan 40 anggota. Kedua ialah sekali lagi saya meminta peruntukan untuk projek meluaskan FT.3209 yang setiap hari penduduk di Rawang menghadapi kesesakan trafik dan saya meminta sekali lagi kementerian dapat memberikan peruntukan untuk melepaskan mereka daripada kesengsaraan. Saya juga meminta Yang Berhormat Menteri memberikan tumpuan kepada pelantikan kontraktor dan juga kontraktor penyelamat untuk projek fasa dua FT.3209 dan juga B27 yang tidak dapat siap projek mengikut jadual sebab kekurangan kewangan dan kemahiran. Projek ini yang tidak sampai lima kilometer telah mengambil jumlah tujuh tahun, masih belum siap. Akhirnya ialah Hospital Selayang. Saya meminta Yang Berhormat Menteri meluluskan permohonan Hospital Selayang untuk peralatan perubatan kritikal yang diperlukan. Hospital Selayang pada mulanya adalah yang termoden dan canggih tapi itu adalah 20 tahun dan sampai hari ini tidak dapat mengadakan peralatan yang baru dan yang diperlu untuk digantikan. Hospital Selayang adalah hospital pakar, terutama yang boleh melakukan dengan izin, liver dan kidney transplant. Oleh yang demikian, hospital memang memerlukan penggantian peralatan yang lama. Masalah ini telah sampai satu tahap yang kritikal. Akhirnya saya menyokong sepenuhnya usul menjunjung kasih Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelebu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai permulaan saya ingin mengambil peluang ini untuk merafak sembah takzim di atas pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang Ke-VI dan bagi pihak rakyat di Jelebu khususnya, saya bagi pihak Jelebu menjunjung kasih serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah serta menghargai di atas titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 11 Mac yang lalu yang menekankan empat aspek penting yakni kesejahteraan, kebajikan, keharmonian dan perpaduan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ini adalah perbahasan yang terakhir, jadi saya harap supaya apa yang saya kemukakan, saya ubah sedikit, saya akan sentuh dua perkara sahaja Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama ialah saya akan membawa satu perkara ataupun perkara yang berkaitan dengan masalah rakyat di kawasan Parlimen saya. Saya minta dalam ucapan dan penyampaian pertama saya pada sesi yang lepas supaya beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah rakyat di kawasan saya dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan. Kalaupun tidak boleh kita selesaikan secara total seperti saya hendak sebut dengan pembahas sebelum tadi yakni kalau Pakatan Harapan tidak boleh hendak tunaikan janji-janji manifesto, kita tahu rakyat faham bahawa hendak tunaikan janji manifesto bukan satu
perkara yang mudah. Akan tetapi sekurang-kurangnya kerajaan mempunyai satu pendekatan, satu mekanisme bagaimana hendak selesaikan masalah manifesto. Kalau tidak selesai dalam jangka masa terdekat, selesaikan dalam jangka masa ataupun satu framework yang dibagi. Saya hendak minta kepada pihak kerajaan seperti contoh saya hendak bagi tahu, kalau masalah konsesi tol umpamanya. Kalau tidak boleh selesai, hendak bagi tol, hendak bagi tol percuma, sekurang-kurangnya di kalangan semua konsesi tol sudah dibuat usul oleh pihak kementerian, diadakan perundingan. Kalau tidak boleh selesai bagi tol percuma secara total, sekurang-kurangnya ada perbincangan untuk bagi diskaun ataupun dikurangkan pembayaran tol mengikut tempoh-tempoh tertentu yang diharapkan oleh rakyat, yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bawa satu perkara di kawasan, yakni semua yang saya hendak sebut ini adalah perkara yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini. Kerajaan Pakatan Harapan jangan jadikan ini adalah projek kerajaan Barisan Nasional yang secara total ditolak oleh kerajaan Pakatan Harapan. Yang saya hendak sebut ini adalah untuk rakyat, ini adalah untuk orang ramai. Siapa pun kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan Pakatan Harapan yang membawa satu aura baharu kononnya kepada rakyat untuk buat lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.
Saya hendak sebut satu perkara, yakni masjid saja Tuan Yang di-Pertua. Masjid di kawasan saya sudah diluluskan tapak sudah siap sudah ada sudah. Value masjid ini cumanya RM5.5 juta saja. Satu Masjid Jamek bagi kawasan daerah masjid daerah Tuan Yang di-Pertua, yang sudah siap tapak yang hendak tinggal take-off saja tetapi telah ditarik peruntukan. Ini saya hendak minta sangat-sangat kepada pihak kerajaan supaya masjid ini dapat dilepas dan dilaksanakan secara total. Kedua Tuan Yang di-Pertua, dua perkara lagi yakni saya hendak minta kepada Kementerian Belia dan Sukan, kelulusan kompleks sukan di kawasan saya. Tanah sudah siap kita sudah siapkan tapak, sudah siapkan tanah dan tanah itu telah pun diberikan hak milik daripada tanah Persekutuan kepada majlis untuk mendirikan dewan besar bagi masyarakat di Jelebu yang bernilai sekitar lebih kurang RM7 juta sahaja. Ini kerana kawasan Parlimen saya Tuan Yang di-Pertua, adalah merupakan kawasan Parlimen daripada pelbagai lapisan masyarakat dan golongan muda juga berhak untuk mendapat segala kemudahan sukan yang harus diperoleh oleh kawasan saya serupa dengan kawasan-kawasan Parlimen yang lain. Jadi, yang ini saya hendak minta supaya pihak kementerian bagi keutamaan kepada kompleks sukan yang telah diluluskan dan satu lagi dewan besar yang juga telah diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan masjid, dewan besar, kompleks sukan supaya diberi keutamaan dan prioriti dalam projek tahun 2019. Saya ucap terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah beri jaminan kepada saya projek jalan Gagu ke Broga akan dijalankan pada tahun 2019 dan saya minta supaya projek berkenaan tidak boleh tidak dapat kita laksanakan pada tahun 2019 seperti yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini hendak ucapkan terima kasih kepada kementerian kerana peneroka FELCRA yang ada kawasan peneroka FELCRA yang tidak dapat wang saraan selama lapan bulan. Alhamdulillah di Jelebu, kita dapat kita bayar. Walaupun dia delayed sampai tiga bulan, empat bulan tetapi setakat ini peneroka di kawasan saya empat bulan delayed tetapi kita tampung dengan tabungan yang ada dan kita harap supaya masalah ini tidak berlanjutan sampai ke kawasan Parlimen saya Tuan Yang di- Pertua. Cumanya satu yakni kawasan perumahan di dalam kawasan FELCRA yang telah diluluskan, yang telah ada tanah dan tapak dan telah diluluskan sebanyak 168 unit Tuan Yang di-Pertua. Saya minta supaya pihak FELCRA dan pihak kementerian dapat kita berikan keutamaan kepada projek ini kerana projek ini juga adalah merupakan satu harapan kepada generasi kedua FELDA untuk mengisi keperluan penduduk-penduduk dan masyarakat yang berada di kawasan yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali bagi masalah kawasan saya ialah sekali lagi saya timbulkan masalah SJK(T) Simpang Pertang. Sekolah ini Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri jawab bayaran sudah dibuat, sekolah sudah disiapkan 100 peratus. Saya hendak beritahu di Dewan yang mulia pada petang ini bahawa kawasan saya, saya tahu
tentang perkembangan pembangunan setiap projek yang berada di dalam kawasan saya. SJK(T) Simpang Ladang Pertang ini adalah merupakan satu-satunya sekolah untuk anak- anak masyarakat India. Satu-satunya tempat untuk mereka belajar berbanding dengan sekolah yang ada sekarang. Saya hendak beritahu projek ini sudah tertangguh dan hanya siap 80 peratus. Saya hendak minta pihak kementerian turun, pegawai kementerian tengok dan lihat kawasannya cantik, sekolahnya cantik, cukup dengan fasiliti cuma 20 peratus saja lagi yang harus diberikan keutamaan untuk disiapkan dan diserahkan kepada pihak kementerian ataupun diserahkan kepada pihak lembaga pengurusan sekolah supaya anak-anak yang telah menunggu lama ini dapat memulakan sesi pembelajaran mereka di sekolah yang berkenaan. Ini adalah merupakan perkara prioriti yang tidak melibatkan kos yang banyak tetapi memerlukan enforcement daripada pihak kementerian.
Minta penjelasan Yang Berhormat Jelebu.
Jangan lama sangat Yang Berhormat Jelutong.
No, I mean adakah Yang Berhormat telah berjumpa dengan Menteri untuk tanya perkembangan mungkin ia dalam proses untuk dilaksanakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Jelutong, kerana itu saya beritahu, Yang Berhormat Jelutong dengar saya cakap. Saya sudah beritahu Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat kata 80 peratus sudah selesai, mungkin yang 20 peratus itu dalam proses untuk diselesaikan.
Yang Berhormat Jelutong, saya sudah beritahu Yang Berhormat Menteri sudah jawab pertanyaan saya pada sesi yang lepas. Yang Berhormat Menteri jawab, bayaran sudah dibayar penuh, kerja-kerja sudah dijalankan 100 peratus kerana itu dan surat saya sudah hantar kepada pihak kementerian supaya pihak kementerian turun dan lihat semula. Mungkin pihak Menteri tidak tahu tetapi sebagai wakil rakyat, sebagai Ahli Parlimen, saya sudah maklum kepada pihak kementerian, sudah 10 bulan kita tengok. Kenapa perkara ini berlanjutan sedemikian rupa. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara saya hendak cadangkan kepada pihak KPKT tentang rumah PPR ini, rumah rakyat, rumah murah ataupun rumah kita panggil Rumah Bantuan Rakyat ini Tuan Yang di-Pertua.
Projek Perumahan Rakyat.
Projek Perumahan Rakyat. Saya hendak cadang supaya PPR yang menjadi keperluan kepada kebanyakan masyarakat di kawasan bandar dan kawasan luar bandar perlu Tuan Yang di-Pertua. Di kawasan luar bandar kawasan saya masih lagi perlu supaya populasi kawasan luar bandar seperti Jelebu tidak berkurangan berbanding untuk masa-masa yang akan datang. Kalau tidak, pengundi-pengundi bukan saja kawasan Parlimen saya, kawasan Parlimen semua yang ada di kawasan luar bandar kalau tidak diberi keutamaan tentang tempat tinggal mereka kita akan kehilangan generasi muda yang semuanya akan berhijrah ke kawasan bandar. Salah satu untuk meletakkan mereka untuk membolehkan mereka tidak berpindah ke kawasan bandar ialah untuk mengambil kira keutamaan tempat tinggal mereka dengan harga yang mampu milik. Kerajaan Negeri Sembilan dan juga Kerajaan Federal di bawah KPKT adalah merupakan kerajaan yang sama. Saya ada satu kawasan 33 ekar yang sangat cantik di Kampung Gelang, Simpang Pertang Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah propose tanah, saya sudah propose ini adalah tanah kerajaan yang mungkin seperti dulu kita putuskan oleh kerajaan supaya bayaran premium minimum untuk dikenakan oleh pihak kerajaan negeri dan KPKT boleh take over projek ini untuk bina projek perumahan rakyat bagi kepentingan masyarakat daripada pelbagai bilang kaum yang berada di dalam kawasan Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada satu kepada Kementerian Pendidikan yakni tentang latihan perguruan Tuan Yang di-Pertua. Saya dapat laporan ataupun dapat aduan daripada guru-guru pelatih kita sekarang. Kementerian sudah menjuruskan atau menyasarkan 6,000 ambilan guru-guru pelatih untuk tahun 2019. Kita shortage of guru-guru
Tuan Yang di-Pertua. Kita short guru, kita kekurangan bekalan guru, kita kekurangan bekalan guru pelatih dan tidak termasuk lagi bekalan ataupun guru-guru yang duka lara. Seramai 6,000 Tuan Yang di-Pertua tetapi dari segi soal fasiliti, tempat tinggal pelajar-pelajar kolej ini adalah daripada 27 kolej yang kita ada di seluruh negara adalah di luar keadaan dan suasana yang sewajarnya untuk melahirkan guru yang berkualiti pada waktu dan masa yang akan datang. Ada kolej daripada maktab, institusi pengajian perguruan kawasan bandar Kuala Lumpur saya nak beritahu, kawasan bandar Kuala Lumpur yang mempunyai facilities dan keadaan yang sangat daif. Saya sebut terus IPG Ilmu Khas Tuan Yang di-Pertua, yang mempunyai facilities yang third class yang tidak sewajarnya dihadapi oleh pelajar yang akan memberi didikan kepada anak-anak kita. Saya hendak minta supaya pihak kementerian lihat kolej kediaman mempunyai 13 tingkat tetapi lif rosak. Pelajar terpaksa naik tangga seperti di kawasan PPR yang rosak lif dan sebagainya. Bagaimana kita hendak lihat sesuatu kualiti guru yang bakal mendidik anak- anak kita tetapi dalam proses mereka mendapatkan didikan profesional ini, mereka tidak mendapat segala kemudahan yang kita harap untuk mereka berikan kepada anak-anak dan juga generasi yang bakal mereka didik. Kemudian WiFi yang tidak menjadi persoalan kita sekarang. Zaman dan abad ini Tuan Yang di-Pertua, WiFi ini menjadi keperluan. Kalau di kampung saya pun ada kemudahan WiFi yang mempunyai kemudahan WiFi yang baik dan sebagainya yang disediakan oleh beberapa pihak swasta dan sebagainya. Bagaimana mungkin pusat atau training college yang tidak mempunyai kemudahan yang sedemikian rupa dan seharusnya perkara ini menjadi satu prioriti dan keutamaan kepada pihak kementerian. Saya nak sebut juga tadi ada dari Yang Berhormat Putatan beritahu bahawa kerajaan sudah memperuntukkan RM3 juta untuk food bank atau bank makanan kepada institusi pengajian tinggi, universiti-universiti yang berada di dalam negara kita. Saya hendak minta supaya pelajar-pelajar IPG ini juga, pelatih-pelatih IPG di kalangan B40 ini juga memerlukan bantuan bank makanan di setiap kolej. Saya dapat laporan untuk makluman Ahli Dewan, saya dapat laporan bahawa pensyarah-pensyarah telah mengadakan satu tabungan untuk mereka menaja makanan untuk golongan-golongan pelajar yang kurang mampu ini.
Ini adalah merupakan, kita tidak boleh kata masalah ini kes terpinggir dan sebagainya tetapi ini adalah merupakan antara perkara yang harus diberi perhatian oleh pihak kementerian kerana kita hendak lahirkan guru yang berkualiti.
Di samping pensyarah, adakah Ahli- ahli Parlimen juga boleh mengumpulkan tenaga untuk membantu anak-anak...
Yang Berhormat Arau pandang Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau hadap Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Arau, minta dahulu, minta kebenaran dahulu.
Saya minta maaf, saya hendak buka puasa tadi tetapi saya tanya soalan.
Baiklah, silakan.
Jadi, apakah Ahli-ahli Parlimen Barisan lah sebab pembangkang tidak minat. Mereka hanya minat anti kita sahaja, puak- puak DAP.
Yang Berhormat Arau, saya setuju dengan Yang Berhormat Arau kerana kita memang sentiasa memberi perhatian kepada masalah rakyat. Kemungkinan kita boleh ambil pelajar-pelajar yang sedemikian rupa sebagai pelajar angkat atau pelatih angkat kepada beberapa Ahli Parlimen terutamanya Yang Berhormat Arau. Saya sokong.
Yang Berhormat Jelebu ada satu minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak cuba habiskan. Ada dua isu lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak cadang Tuan Yang di-Pertua, institusi pengajian pendidikan guru ini melatih guru dan dahulu dikeluarkan sijil perguruan. Sekarang ini dia sudah sampai ke peringkat ijazah pertama. Lulusan daripada kolej, daripada institusi pengajian tinggi sudah diangkat sampai ke taraf untuk memegang first class degree atau ijazah pertama, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak cadang, Jelebu hendak cadang supaya taraf pendidikan di kolej-kolej ini dinaikkan supaya kita dapat mendidik dan melahirkan golongan guru yang mempunyai kelulusan masters, ijazah kedua yang mempunyai golongan yang dilatih dan dididik untuk melahirkan golongan guru yang mempunyai ijazah kedoktoran, PhD supaya masalah sijil-sijil palsu yang berlaku di kalangan masyarakat, berlaku di kalangan pemimpin, berlaku di kalangan segelintir di kalangan kita, dapat kita atasi Tuan Yang di-Pertua, supaya dapat kita kurangkan masalah sijil palsu ini dan keminatan antara pemimpin kita.
Penjelasan. Penjelasan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Jelebu, masa telah tamat. Saya harap dapat rumuskan.
Sedikit sahaja, sedikit sahaja Yang Berhormat, seminit. Terlajak masa bagi tiga minit dekat dia. Saya hendak tanya, adakah kes sijil palsu ini hanya berlaku di kalangan PH sahaja, di kalangan Barisan tidak berlaku, itu sahaja.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Jelebu, sila rumuskan.
Itu “tepuk dada, tanya selera”. Saya – Yang Berhormat Arau mahu senaraikah? Yang Berhormat Jelutong boleh bagi di sebelah sana.
Yang Berhormat Jelutong, nanti dahulu saya hendak habiskan saya punya rumusan.
Ya, habiskan.
Silakan, silakan.
Saya tidak bagi laluan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rumuskan perbahasan ini walaupun ada dua topik yang tidak dapat saya hendak sebut tetapi saya hendak beritahu bahawa kualiti kesejahteraan rakyat ini sangat penting untuk diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Ini adalah antara inti pati, antara Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak boleh ambil ringan kerana kita hendak pandang kepada 20 tahun akan datang. Kita hendak pandang ke satu jangka masa yang sangat panjang dan kita perlukan sesuatu keadaan dan juga persiapan yang boleh kita lahirkan apa yang kita hendak. Jika tidak, kita akan berada di takuk yang sama, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak masyarakat dan rakyat Jelebu mohon menyokong. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Yang Berhormat Jelutong bagi senarai.
Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai nama ini ada empat lagi yang telah dijadualkan hari ini tetapi tidak cukup masa, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Limbang. Saya harap dapat disambung untuk esok. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, pada hari Khamis, 21 Mac 2019.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.34 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pakej Rancangan Khas Sekolah Tamil 2012Special Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tajuk ucapan ‘Pakej Rancangan Khas Sekolah Tamil 2012’. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik untuk memajukan sistem pendidikan negara demi kepentingan rakyat Malaysia dan menyumbang kepada pembangunan Malaysia.
Namun begitu, izinkan saya membawa kepada perhatian Tuan Yang di-Pertua mengenai masalah-masalah yang masih membelenggu sekolah-sekolah Tamil di negara ini.
Walaupun sudah lama diketengahkan, khususnya oleh masyarakat India dan pemimpin- pemimpin, tetapi tiada penyelesaian efektif sehingga kini. Lebih menyedihkan, isu-isu ini sering kali dijadikan mainan politik oleh sesetengah pihak dengan motif untuk merosakkan nama kerajaan dan juga menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap usaha kerajaan.
Merujuk kepada Pakej Rancangan Khas 2012 (Sekolah Tamil), daripada peruntukan sebanyak 37 sekolah baharu sejak tahun 2014, hanya 25 sekolah telah berjaya disiapkan sehingga kini. Terdapat laporan yang menunjukkan kontraktor yang dianugerahkan projek tersebut mengalami masalah kewangan yang agak serius. Saya ingin meminta pihak kementerian menjelaskan dengan terperinci punca kelewatan dalam masalah menyiapkan sekolah-sekolah yang diperuntukkan dan jika laporan mengenai masalah kewangan yang
dihadapi oleh kontraktor tersebut adalah benar, diharap pihak kementerian dapat juga memberikan maklumat mengenai status tiga sekolah Tamil di bawah rolling plan yang masih belum disiapkan. Terdapat 13 sekolah di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri atau PTST yang masih dalam proses pembinaan, tujuh sekolah di bawah projek Sekolah Tamil Baharu, dua sekolah di bawah projek development expenditure dan termasuk sekolah Tamil di bawah Pakej Rancangan Khas 2013 Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3.
Saya juga ingin memohon supaya pihak kementerian menjelaskan mengenai status certificate of completion and compliance (CCC) untuk 31 prasekolah Tamil yang telah diperuntukkan bersama-sama dengan status identifikasi, permohonan, gazet tanah dan jumlah peruntukan untuk memindahkan lokasi sekolah-sekolah terlibat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Segamat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Segamat terhadap keprihatinan beliau berkaitan Pakej Rancangan Khas (Sekolah Tamil) 2012.
Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang isu ini bagi mengelakkan perkara tersebut disalahtafsirkan dan seolah-olah kementerian mengabaikan isu pembangunan sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Tuan Yang di-Pertua, status bagi 37 projek sekolah baharu di bawah Pakej Rancangan Khas 2012-2014, sebanyak 17 projek telah berjaya siap sepenuhnya. Manakala 14 projek telah melebihi 95 peratus dalam proses pematuhan certificate of completion and compliance
(CCC) dengan izin, dokumen kontrak. Baki enam projek masih di peringkat pelaksanaan.
Sehubungan dengan itu, status projek di bawah Pakej Rancangan Khas 2017 yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat Segamat adalah termasuk dalam 37 projek di bawah Pakej Rancangan Khas 2012-2014.
Isu utama yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah untuk memenuhi syarat-syarat pihak berkuasa tempatan bagi mendapat kelulusan kebenaran merancang (KM). Syarat- syarat tersebut adalah tertakluk dalam syarat-syarat kontrak secara reka dan bina (design and build) dengan izin, iaitu CCC diperlukan sebelum pengeluaran certificate of practical completion (CPC), dengan izin. Hal yang demikian menyebabkan pihak kontraktor mengalami kelewatan dalam menyiapkan projek mengikut tempoh siap yang telah ditetapkan.
Kelewatan juga berlaku kerana terdapat kontraktor yang dilantik mengalami masalah pusingan modal untuk menyiapkan projek. Sehubungan itu, sebagai langkah untuk mengatasi
masalah ini, kementerian telah mengangkat permohonan pengecualian liquidated and ascertained damages (LAD) dengan izin, kepada Kementerian Kewangan bagi menyiapkan kerja-kerja berbaki sehingga memperoleh CCC pada 1 Mac 2019.
Tuan Yang di- Pertua, berhubung dengan status tiga projek SJK(T) di bawah rolling plan iaitu SJK(T) Ladang Jasin Lalang, Melaka; SJK(T) Ladang Kemuning Kru, Melaka; dan SJK(T) Ladang Dovenby, Perak. Projek-projek ini telah diputuskan oleh kementerian untuk diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya. Dimaklumkan juga bahawa SJK(T) Ladang Kemuning Kru, Melaka dan SJK(T) Ladang Dovenby, Perak juga berada di bawah development expenditure, dengan izin.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Segamat, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Jabatan Perdana Menteri pada 14 Mac 2019, terdapat 13 projek SJK(T) di bawah pengawasan unit tersebut.
Lapan projek telah siap dibina, manakala lima buah sekolah masih dalam proses pembinaan. Berkaitan dengan kelewatan projek pembinaan sekolah-sekolah ini, boleh dikatakan bahawa faktor kelewatannya adalah di luar kawalan KPM kerana pengurusan projek sekolah berkaitan adalah di bawah kelolaan Lembaga Pengelola Sekolah.
Tuan Yang di- Pertua, bagi projek 10 sekolah Tamil baharu, sebuah sekolah telah beroperasi pada 15 Mac 2018 yang lalu iaitu SJK(T) Taman Sentosa, Klang Selangor.
Manakala status sembilan projek lain adalah seperti berikut:
(i) empat buah sekolah - kemajuan fizikal projek adalah melebihi 90 peratus dan dijangka mula beroperasi pada pertengahan tahun 2019 iaitu SJK(T) Taman Keladi, SJK(T) Taman Kaya, SJK(T) Bandar Mahkota dan SJK(T) Bandar Sri Alam;
(ii) tiga sekolah - kemajuan fizikal projek antara 41 peratus hingga 45 peratus iaitu SJK(T) Jalan Tajul, SJK(T) Gunung Rapat serta SJK(T) Heawood dan dijangka mula beroperasi penghujung tahun 2019;
(iii) satu projek iaitu SJK(T) Kuala Pilah, Negeri Sembilan sedang dalam proses penilaian semula KPM memandangkan terdapat pertambahan kos projek dan akan dilaksanakan segera selepas isu kewangan projek diselesaikan. Buat masa ini, pihak KPM masih mengenal pasti sumber peruntukan bagi pertambahan kos projek tersebut; dan
(iv) satu projek iaitu SJK(T) PJS 1, Petaling Jaya, Selangor. Kontraktor bagi melaksanakan projek ini telah dilantik pada Mac 2018. Walau
bagaimanapun kerja-kerja di tapak tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat isu pencerobohan. Pihak KPM telah memohon kerjasama pihak berkuasa tempatan dan pihak berkaitan bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan. Projek dijangka dapat diteruskan setelah isu pencerobohan ini selesai iaitu pada April 2019.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap pendidikan prasekolah termasuklah di SJK(T). Untuk makluman, status terkini pembinaan kelas 33 prasekolah SJK(T) adalah seperti berikut. Sebanyak 31 kelas prasekolah telah siap dibina sepenuhnya. Walau bagaimanapun, semua kelas prasekolah ini masih belum menerima kelulusan CCC kerana bangunan sedia ada tidak mendapat kelulusan kebenaran merancang (KM) dan isu status tanah yang masih belum selesai. KPM sedang berusaha untuk menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat agar semua kelas prasekolah ini dapat beroperasi secepat mungkin. Dua lagi projek kelas prasekolah masih belum dibina iaitu:
(i) SJK(T) Ladang Tebrau iaitu sedang dalam proses mendapatkan kelulusan CCC untuk bangunan baharu sekolah yang telah siap dibina; dan
(ii) SJK(T) Ladang Highland yang tanahnya masih dalam tindakan pemaju.
Sebagai kesimpulannya, semua isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Segamat sememangnya dalam perhatian dan tindakan KPM. KPM akan terus berusaha meningkatkan fasiliti sekolah bagi memastikan kemenjadian murid memberi impak positif kepada keluarga, masyarakat dan negara. Pada masa yang sama, KPM menghargai pandangan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan agenda pendidikan negara melibatkan kepentingan murid pelbagai kaum di negara ini. Sekian jawapan saya, ribuan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Khamis, 21 Mac 2019.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.44 petang]