Dewan Rakyat · 10 April 2019
15th Parliament, session 2, meeting 1 · 1,313 turns · 63,585 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan bagaimana pemberian subsidi petrol bersasar bagi golongan berpendapatan rendah 40 peratus (B40) akan dilaksanakan – sama ada suatu kad petrol akan diberi dan adakah pihak pengusaha stesen minyak akan dibayar pampasan diskaun untuk mengganti pemotongan harga.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan satu dasar yang namanya Bantuan Subsidi Petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Ada tiga komponen penting. Pertama adalah pemilihan vendor yang akan membangunkan sistem bagi membantu pelaksanaan subsidi petrol subsidi bersasar ini. Proses ini dijalankan oleh Kementerian Kewangan. Saya difahamkan Kementerian Kewangan telah pun memuktamadkan dengan memilih satu vendor untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam melaksanakan sistem ini. Komponen yang kedua adalah komponen penerima. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bercadang untuk menggunakan data yang telah dibangunkan di bawah program Bantuan Sara Hidup yang membabitkan kumpulan B40 yang dibangunkan di bawah Kementerian Kewangan ini sebagai data asas rakyat yang layak menerima petrol subsidi bersasar ini. Komponen yang ketiga adalah komponen kementerian ini sendiri yang telah pun mengadakan engagement, dengan izin, dengan pelbagai pihak seperti syarikat-syarikat minyak, pengusaha-pengusaha stesen, persatuan-persatuan pengguna, ahli-ahli ekonomi untuk memperhalusi lagi idea ini supaya apabila pengumumannya kita muktamadkan hari di mana kita mulakan untuk pelaksanaannya, ia akan dapat berlangsung dengan lancar. Sahabat saya juga bertanya, apakah kerajaan bercadang untuk memberikan pampasan diskaun kepada pengusaha stesen minyak. Jawapannya tidak. Kementerian berpandangan bahawa beban tanggungan subsidi ini tidak boleh diberikan kepada pengusaha stesen minyak kerana subsidi bersasar maksudnya pergi terus kepada kumpulan penerima. Amalan sekarang pun kerajaan tidak memberi subsidi itu kepada pengusaha stesen minyak. Kita berikan kepada syarikat minyak ya. Jadi dengan itu, rakyat menikmati program subsidi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya. Jika sekiranya subsidi petrol bersasar ini berjaya dilaksanakan oleh kerajaan, adakah kerajaan berhasrat untuk memperluaskan subsidi yang sama kepada barangan yang lain? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sememangnya kerajaan berhasrat untuk memperluaskan lagi program subsidi bersasar ini. Jika kiranya pelaksanaan untuk petrol RON95 ini sukses, Tuan Yang di-Pertua, harapan kita untuk barangan pengguna yang lain yang sekarang ini juga di bawah tanggungan subsidi tapi berlaku kebocoran sama ada cross-border atau cross-industry, dengan izin hakikatnya merugikan. Jadi, menjadi hasrat kerajaan untuk barangan pengguna yang lain yang sekarang ini kerajaan tanggung dari segi subsidi, kita akan laksanakan secara bersasar dengan mengambil sedikit sebanyak pengalaman daripada pelaksanaan RON95 yang, insya-Allah, mudah-mudahan akan berlangsung dengan baik. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya dari segi penggunaannya ya, tentang penggunaannya. Adakah ia berdasarkan kepada cc kenderaan? Adakah ia berdasarkan penerima itu, adakah per person ataupun per kenderaan? Ketiga, berapa liter yang akan diberikan, sama ada individu ataupun kereta tersebut? Juga, dari segi pemberiannya, adakah berdasarkan kupon ataupun berdasarkan kad untuk kita swipe di petrol station? Kalau kad untuk diswipekan di petrol station, bagaimana dengan mini-mini petrol station yang berada di luar bandar, di kawasan FELDA dan sebagainya? Jadi, bagaimana hendak dilaksanakan?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Bera. Pertanyaan-pertanyaan itu adalah dalam kerangka perkara yang sedang kita muktamadkan sekarang. Penggunaan kad, mengambil kira soal kemudahan stesen minyak kecil dan sebagainya. Jadi prinsipnya adalah supaya tidak berlaku chaos, dengan izin, pada hari pelaksanaan. Jadi, apakah pada hari itu akan ada dua harga di pam ataupun kekal satu harga tapi yang layak menerima subsidi, kita masukkan dalam akaun mereka? Sekarang ini, bayaran BSH itu, 90 peratus penerima kita bayar secara online. Sebanyak 10 peratus sahaja yang kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman yang tidak ada bank account.
Itu pun kita telah meminta beberapa bank untuk bantu buka akaun untuk mereka supaya penerima BSH ini 100 peratus ada akaun bank. Dengan cara itu, kalau kita laksanakan subsidi bersasar ialah dengan cara kita masukkan terus ke dalam akaun penerima. Jadi pada hari pelaksanaan subsidi bersasar itu, harga di pam tetap sama, saya yang layak dapat subsidi bayar RM2.08, contohnya pada harga itu. Yang Berhormat Bera pun bayar RM2.08 tetapi Yang Berhormat Bera tidak layak terima subsidi misalnya. Jadi kerajaan akan bank in dalam akaun saya sebagai rakyat yang layak menerima subsidi, jadi itu satu alternatif. Card identification satu opsyen yang kita buat sebab kita hendak merekodkan semua transaction. Dengan itu membolehkan kita mengkaji tentang corak consumer spending dan kita hendak guna itu sebagai asas bagi melaksanakan subsidi bersasar bagi barangan pengguna yang lain. Terima kasih.
2. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan apakah status pembangunan Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP), program pembangunan vendor pada tahap pertama pelaksanaan dalam meningkatkan penyertaan vendor tempatan sebagai pemain utama dalam membekalkan komponen kenderaan bagi membangunkan projek NNCP berserta dengan perbelanjaan yang telah dilaburkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pasir Puteh, saya hendak menghadiahkan sebuah pantun. Dengan izin. Sebab untuk menarik sokongan, meneruskan sokongan atas projek nasional ini. Makan nasi buah bidara, Dimasak oleh kakanda di sana, NNCP aspirasi negara, Lambang kejayaan di mata dunia.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini MiGHT selaku agensi pelaksana Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP) telah pun mengenal pasti dan sedang berbincang dengan syarikat original equipment manufacture untuk bekerjasama dalam NNCP ini. MED juga telah mewujudkan portal kereta nasional baharu di laman web rasmi kementerian, bertujuan untuk mengenal pasti bilangan vendor-vendor automotif yang mempunyai kemudahan dan infrastruktur untuk menyokong pembangunan NNCP. Sehingga kini sebanyak 145 syarikat telah berdaftar mengikut senarai alat dan komponen kereta yang dibekalkan oleh vendor. Kementerian dan MiGHT sedang membuat analisis terhadap senarai vendor-vendor tempatan vendor yang telah berdaftar MED untuk mengadakan padanan di antara syarikat anchor dan vendor bagi mengenal pasti komponen-komponen yang boleh dibekalkan. Hasil dari padanan syarikat anchor dan vendor akan mewujudkan mekanisme pembekalan alat dan komponen kereta yang lebih sistematik serta meningkatkan kemahiran teknikal dan pembangunan kapasiti supaya pembekalan alat dan komponen memenuhi standard dan kualiti NNCP. NNCP juga diterajui dan dibiayai oleh pihak swasta di mana kerajaan hanya berperanan sebagai pemudah cara pelaksanaan ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan. Cuma di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian yang cuba mengorak langkah bagi membina tamadun teknologi di dalam negara kita. Cuma saya ingin bertanya, syarikat pembuatan kereta baharu kita memang di peringkat awal ini kita akan berhadapan dengan barangkali kemungkinan kerugian dan seumpamanya. Akan tetapi pihak kerajaan nampak kita konsisten untuk jadi sebuah negara pengeluar, bukan lagi pengguna. Soalan saya, sejauh mana pihak kerajaan berjaya dalam penglibatan pakar-pakar tempatan kita dengan pakar-pakar luar negara. Ini kerana realiti kereta yang kita buat sangat agak jauh dengan negara-negara maju seperti Mercedes, BMW dan seumpamanya. Saya rasa fokus kerajaan kita kena saingi mereka. Itu adalah minda yang perlu kena ada dalam kerajaan. Jadi sejauh mana kita menghantar pakar-pakar kita untuk mengambil kepakaran daripada luar negara. Terima kasih.
Ekosistem yang telah ada di dalam negara ini dan juga kepakaran yang sedia ada telah menarik perhatian banyak rakan kongsi yang telah pun maju ke hadapan dengan datang ke sini mengukur kepakaran kita untuk bersama-sama membawa contohnya kaji selidik di negara kita sendiri. In fact hari ini Tuan Yang di-Pertua, kita ada mengadakan perbincangan lanjut dengan strategic partner untuk menggunakan platform dan juga enjin-enjin yang tertentu untuk sama-sama digunakan untuk diteruskan kaji selidik untuk pembangunan kereta nasional kita. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan terdapat 50 kertas kerja yang telah diterima daripada vendor tempatan dalam projek kerjasama program pembangunan vendor NNCP ini. Apakah bentuk kerjasama yang terjalin antara Kementerian Pembangunan Usahawan dengan Kumpulan Industri Kerajaan bagi teknologi tinggi MiGHT. Kerjasama yang telah dilakukan untuk membantu vendor-vendor ini supaya mereka terus dapat meningkatkan diri mereka dalam penglibatan projek ini. Terima kasih.
Segala bentuk pembangunan vendor, kita lebih bersasar dengan kepakaran yang ada. Jadi MiGHT sebagai agensi yang menyenaraikan dan juga menyaring. Segala kelemahan yang ada di dalam vendor-vendor tempatan hari ini atas apa cadangan yang dikeluarkan akan diteliti oleh MiGHT sebagai agensi yang kita anggap mempunyai kepakaran mengenai teknologi. Hari ini kalau disebutkan tadi 50 cadangan, ada cadangan yang tidak sepenuhnya membina kereta. Ada juga cadangan daripada pihak swasta yang mencadangkan satu proposal yang complete, yang menyeluruh, yang kita boleh bawa juga hari ini tetapi kita memberi peluang atas dasar untuk membangunkan kepakaran vendor-vendor kita ini secara berskala dan juga mengikut kepakaran yang sedia ada. Kita boleh membina kereta menggunakan teknologi asing contohnya, menggunakan teknologi daripada negara Eropah, tidak menjadi masalah. Akan tetapi kita bersasar kepada untuk membangunkan industri kejuruteraan negara supaya banyak usahawan-usahawan boleh melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti ini dan terus menjurus kepada mereka melibatkan dalam industri automatif di luar negara. Terima kasih.
3. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Perdana Menteri menyatakan dengan penubuhan Majlis Tahfiz Negara, adakah kerjasama daripada kerajaan negeri diperlukan untuk melaksanakan dasar dan menjalankan penguatkuasaan terhadap maahad tahfiz di negeri-negeri terbabit dan bagaimanakah ini dapat dilaksanakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Petani. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Tahfiz Negara merupakan sebuah jawatankuasa yang akan berperanan sebagai Jawatankuasa Pengiktirafan dengan objektif mewujud dan menyelaras mekanisme pengiktirafan, memberi pengiktirafan kepada hufaz dan memantau pematuhan standard pengiktirafan yang diberikan. Lima fungsi utama Majlis Tahfiz Negara adalah: (i) membangunkan standard pengiktirafan; (ii) melantik panel pengiktirafan; (iii) memberi pengiktirafan kepada mana-mana hafiz; (iv) memberi pengiktirafan kepada institusi tahfiz; dan (v) memastikan pematuhan standard pengiktirafan. Cadangan penubuhan Majlis Tahfiz atau Badan Pengiktirafan Tahfiz di bawah Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan Pendidikan Agama iaitu LEPAI, merupakan antara inisiatif Dasar Pendidikan Tahfiz Negara melalui teras kelima. Dasar Pendidikan Tahfiz Negara itu ada lima teras ya Yang Berhormat Sungai Petani. Penubuhan Majlis Tahfiz Negara ialah melalui teras kelima iaitu lima teras itu buat makluman Yang Berhormat Sungai Petani teras yang pertama Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ialah: (i) teras pertama, memantapkan undang-undang penguatkuasaan; (ii) teras kedua, mewujudkan model institusi tahfiz; (iii) teras ketiga, mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz sesuai dengan pendidikan arus perdana; (iv) teras keempat, memperkasakan tadbir urus institusi tahfiz; dan (v) teras kelima, mewujudkan sistem pengiktirafan dan persijilan bagi institusi tahfiz. Jadi, Majlis Tahfiz Negara ini ialah untuk teras yang kelima. Maka ia bertujuan bukan untuk melaksanakan penguatkuasaan kerana penguatkuasaan institusi pendidikan Islam merupakan bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam, peraturan dan kaedah yang sedang berkuat kuasa di mana- mana negeri berkenaan.
Maka, amat penting diiktiraf bagi merealisasikan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dan pelaksanaan Majlis Tahfiz Negara, kerjasama pihak berkuasa agama negeri adalah sangat-sangat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan dasar, fungsi dan keberkesanannya dapat dicapai secara komprehensif. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita melihat akhir-akhir ini banyak penubuhan maahad tahfiz di seluruh negara. Saya ingat suatu yang baik untuk negara kita dan patut disokong. Cuma saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, di samping isu pengiktirafan tetapi isu perjalanan maahad tahfiz, bagaimana ia tidak ada penyelewengan, bagaimana masalah pembangunan fizikal itu sendiri. Walaupun ia berada di bawah kerajaan negeri tetapi saya kira ini juga isu-isu yang selalu menghantui kita. Masalah keselamatan, masalah lain-lain, isu fizikal dan sebagainya. Adakah kerajaan melihat bahawa harus ada satu mekanisme yang mana majlis di bawah Yang Berhormat Menteri boleh bekerjasama dengan begitu erat dengan pihak yang berwajib di peringkat negeri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani di atas pertanyaan itu. Memang kerajaan mengambil berat berkenaan dengan penyelarasan maktab tahfiz ini. Berkenaan segala aspek yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi termasuk keselamatan, kebajikan, kurikulum, kemahiran guru, pensijilan dan sebagainya. Setakat ini ia diselaraskan di bawah enakmen negeri, sekolah-sekolah agama negeri dan untuk mengukuhkan usaha ataupun penyelarasan di peringkat Persekutuan, kita akan pinda Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) yang kita masuk dalam peraturan mesyuarat pada hari ini Yang Berhormat
Sungai Petani ya. Ini kerana apabila kita ada pindaan yang menjurus di peringkat Wilayah Persekutuan, maka enakmen negeri-negeri boleh mengikut model yang ditunjukkan oleh Wilayah Persekutuan. Jadi, itulah tujuan kita membawa pindaan pada hari ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ada tahfiz sebenarnya Tuan Yang di-Pertua.
Ya, ikut peraturan mesyuarat, mana yang dipandang oleh mata Tuan Yang di-Pertua. Saya pandang Yang Berhormat Jelebu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Kawasan saya pun ada tahfiz. Saya ucap terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan tahfiz. Untuk makluman Tuan Yang di- Pertua dan juga kementerian. Kita masalah tahfiz ini selain daripada pengiktirafan, selain daripada masalah penyelarasan pengurusan tahfiz dan sebagainya, saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan tentang soal keselamatan tahfiz ini terutamanya private tahfiz ataupun tahfiz persendirian yang diwujudkan sekarang ini yang telah terlalu banyak. Apakah pengawalan pihak kerajaan terutamanya dalam soal penyelarasan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri untuk pastikan setiap tahfiz itu didaftarkan dan di bawah penyeliaan keselamatan yang sewajarnya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Seperti yang saya katakan tadi, semuanya di dalam Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama ya. Jadi, di peringkat negeri-negeri, kalau ada masalah maka negeri berkuasa. Jabatan Agama Islam Negeri berkuasa untuk menutup dan mengawal selia sekiranya perlu. Masalah kita hanya di Wilayah Persekutuan yang tidak ada peruntukan tersebut. Untuk negeri juga, ada negeri-negeri yang berkuat kuasa dan boleh memerintah untuk maktab tahfiz itu, sekolah tahfiz itu mendaftar, ada kuasa dan menutup juga ada kuasa demi keselamatan dan kebajikan murid. Cuma bila Wilayah ini tidak ada, maka tidak ada model. So, kita pinda undang-undang. Sebab itu kita bawa pindaan undang-undang dan insya-Allah sila Yang Berhormat Jelebu bahas hari ini. Insya-Allah sama-sama kita mantapkan. Terima kasih.
4. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan: (a) adakah kementerian berhasrat untuk menetapkan had harga siling air bagi setiap negeri; dan (b) apakah justifikasi kementerian terhadap cadangan untuk menaikkan tarif air di Malaysia.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini ialah isu yang kita bincang pada hari ini iaitu naik tarif air di dalam negara kita. Sepatutnya tarif ini kena dinaikkan 10 tahun sebelum ini ataupun lima tahun sebelum ini. Kenaikan tarif ini tidak dilangsungkan dari 10 sampai 20 tahun dan sekarang kita ada di dalam keadaan ini sebab ada masalah capex dan opex di dalam penyelenggaraan syarikat-syarikat air di dalam negeri. Tuan Yang di-Pertua, isu kenaikan tarif ini adalah satu isu yang sentiasa dibincang di luar tentang isu industri air di dalam negara kita. Hasrat kementerian ialah untuk pastikan bahawa tiap-tiap rumah akan dapat air 24 jam dan 365 hari setahun. Itu hasrat kita. Oleh sebab itu, kita hendak pastikan bahawa industri air ini di tiap-tiap negeri ini masing-masing mencukupi dan juga syarikat-syarikat berkenaan bersama-sama dengan kerajaan negeri- negeri mengadakan kewangan yang cukup untuk sentiasa jaga industri air di dalam negeri masing-masing. Sekarang, kenaikan kos operasi tahunan tidak diimbangi dengan kenaikan tarif yang setara sekali gus meletakkan beberapa operator air dalam kedudukan kewangan yang sukar untuk memberikan perkhidmatan air yang berkualiti. Oleh sebab itu, kita bincang macam mana kita hendak atasi masalah ini. Lepas kita telah luluskan Akta WSIA pada tahun 2000, Kerajaan Pusat telah pun mengambil satu langkah yang mana melalui Kerajaan Pusat, kita hendak bantu negeri-negeri masing-masing dengan kewangan dan juga teknologi-teknologi yang terkini dan kita minta juga syarikat-
syarikat swasta untuk bantu negeri dan Kerajaan Pusat untuk naik taraf sistem industri air di dalam negeri masing-masing. Oleh sebab itu sekarang kita pun telah sampai kepada taraf yang mana kerajaan bersama dengan SPAN dan kerajaan negeri telah berunding untuk menaikkan tarif air di seluruh negara dan ini ada perbezaan antara satu negeri kerajaan negeri yang mana keupayaan dan juga permintaan dari negeri masing-masing lain sekali dari satu sama lain. Oleh sebab itu saya sukacita mengumumkan di sini pada hari ini, bahawa enam negeri telah setuju untuk menaikkan tarif air. Sekarang konsultasi telah pun diteruskan dan tidak lama lagi dua negeri lagi akan bersetuju untuk kita adakan kenaikan tarif di dalam industri air. Akan tetapi pada masa yang sama, saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini, kita pun akan lihat keadaan syarikat-syarikat berkenaan di dalam tiap-tiap negeri. Kita minta syarikat-syarikat ini untuk jadi transparent, accountable dan juga pada masa yang sama gerak kerja mereka ini sentiasa bersama dengan kita dan juga taraf mereka tinggi untuk terima teknologi baharu dan juga untuk dapat keluarkan air yang bersih. Sebagai contoh, kalau kita tidak belanja, kita tidak akan menaikkan taraf air di negara kita. Contohnya ada satu loji air di Kedah dibina pada tahun 1948. Akan tetapi tidak dinaik taraf lama-lama ini sebab tidak cukup dana dari negeri ataupun dari syarikat air yang berkenaan. Oleh sebab itu, kita ada masalah dengan air dan juga syarikat ini dan kita kena bantu mereka. Kerajaan sekarang setuju untuk bantu mereka di negeri masing-masing dengan adakan peruntukan-peruntukan kepada tiap-tiap negeri untuk menaikkan taraf. Satu contoh yang kita mesti faham di sini ialah di negeri Selangor.
Bila dari tahun 2008, tahun 2013 sampailah tahun 2018, keadaan air, industri air di dalam negeri Selangor ini terjejas sebab tidak ada persefahaman antara Kerajaan Barisan Nasional dengan Kerajaan Negeri Selangor. Oleh sebab itu, ada gangguan air tiap-tiap bulan ataupun tiga bulan sekali ataupun tiap-tiap enam bulan sebab kita tidak ada satu persefahaman antara satu sama lain untuk kita selesaikan masalah ini. Oleh sebab itu, saya minta kerjasama dari semua negeri, tidak kiralah Semenanjung ataupun Sabah dan Sarawak untuk bagi kerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk kita bantu mereka membina dan juga menaik taraf loji-loji yang ada dan juga penduduk di dalam kawasan boleh mendapatkan air yang bersih untuk minum. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau manusia tidak makan satu minggu, masih boleh hidup lagi. Akan tetapi, kalau tidak minum air satu minggu, itu boleh mati. Jadi, soalan saya pada awal Januari yang lalu, Yang Berhormat Menteri telah berbincang dengan pemimpin-pemimpin kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia. Jadi, saya mahu minta satu business plan telah dibentangkan. Saya hendak tahu, apakah keputusan perbincangan tersebut? Apakah tarif air akan ditingkatkan? Seterusnya, apakah jaminan masyarakat di luar bandar juga menikmati bekalan air bersih di kampung-kampung sebab ini yang menjadi kebimbangan kita? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Industri air ini, ia ada tiga kementerian yang jaga industri air. Untuk urban areas dan juga untuk kawasan- kawasan kuasanya di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Untuk kawasan- kawasan luar bandar, itu ialah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Di FELDA dan juga skim-skim berkenaan ialah dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang kita ada sekarang. Akan tetapi, kita akan bekerjasama untuk tentukan masa depan ini, semua orang tidak kira dia di dalam bandar ataupun di luar bandar, akan sentiasa ada air minuman di dalam kawasan. Ini saya boleh katakan kerajaan sekarang sudah pun mulakan satu pelan dalam tempoh 10 tahun ataupun lima tahun untuk kita pastikan ini akan berlaku di dalam masa depan yang akan datang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dua soalan. Pertama, model yang ada hari ini, di mana tarikh itu mungkin tidak boleh menampung kos pengurusan. Ada dua kos, satu capex dan satu pengurusan. Jadi, bagaimanakah kerajaan hendak menangani perkara ini khususnya dengan adanya NRW ataupun paip-paip bocor yang banyak di seluruh negara? Adakah kerajaan bercadang untuk adakan satu program yang khusus bagi menangani NRW? Keduanya, setakat manakah model Kerajaan Pusat membiayai capex, ya? Pengeluaran air dibiayai sekarang oleh Kerajaan Pusat ataupun negeri. Setakat manakah lestarinya kerana saya difahamkan bahawa ini melibatkan berbilion-bilion ringgit. Bolehkah
Yang Berhormat Menteri maklumkan di Dewan ini dalam tempoh 10 tahun akan datang apakah tanggungan yang perlu dibuat oleh kerajaan dalam memastikan negara akan terus dapat mengeluarkan air yang mencukupi? Terima kasih.
Terima kasih. Dua soalan yang memang penting untuk dijawab. Satunya tentang NRW ini, kita telah pun satu cadangan di mana dalam tempoh 10 tahun sampai 15 tahun daripada sekarang, NRW sekarang national average ialah 35 peratus. Untuk kurangkan satu peratus, keseluruhan nasional ini, belanjaan sampai RM800 juta sampai RM1 bilion. Sememangnya ini ialah satu beban yang besar, untuk kerajaan lakukan. Oleh sebab itu, kementerian sekarang telah pun mencadangkan untuk adakan satu kertas kerja khas yang akan dibentangkan di Kabinet dan akan diserahkan kepada EPU untuk memberi satu priority kepada penurunan NRW di seluruh negara. Hal ini bukan sahaja akan dilakukan oleh kerajaan tetapi kita juga akan mendapatkan bantuan ataupun kawan-kawan kita di swasta, di syarikat-syarikat swasta dan juga bank-bank di dalam negara kita telah pun bersedia untuk bersama dengan Kerajaan Pusat untuk mengatasi NRW pada masa depan yang akan datang. Dengan business plan yang kita patut ikuti untuk opex dan juga untuk capex, kerajaan telah tubuhkan PAAB, di mana PAAB akan gunakan kuasanya sebagai satu syarikat yang akan raise the enough money dari private equity funding dengan mengeluarkan sukuk dan sebagainya untuk membantu negeri masing-masing di mana permintaan-permintaan dari negeri-negeri ini akan kita ambil alih. Proses ini dijalankan sekarang. Satu-satunya yang saya nampak terbaik, dengan menggunakan PAAB untuk berbelanja, untuk mengatasi dan untuk meningkat taraf perkhidmatan air di dalam negara kita, pembayaran balik kepada PAB ini, kita telah memutuskan bahawa kita akan bagi mereka 45 tahun untuk negeri masing-masing membayar balik kepada kerajaan. Ini satu-satunya yang terbaik yang saya akan teruskan dengan program ini di mana negeri-negeri akan diberikan kepentingan masing-masing. Terima kasih.
5. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sama ada kerajaan bersedia untuk “mensifarkan” bayaran tol untuk laluan di antara plaza-plaza tol Bandar Ainsdale, Seremban, Port Dickson (Rasah) dan Port Dickson yang sangat dekat jaraknya dan dianggap sebagai plaza tol dalam Bandar Seremban.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi janji-janji dalam Buku Pakatan Harapan dan ini termasuklah cadangan menghapuskan tol lebuh raya di negara ini. Namun begitu, kerajaan mengakui cadangan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan khususnya akibat dari tekanan kewangan semasa yang sedang dihadapi kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah meneliti dan mengambil kira secara mendalam pelbagai faktor serta implikasi yang mungkin akan timbul akibat dari cadangan penghapusan tol di negara ini. Sehubungan dengan itu, kerajaan bersetuju untuk menangguhkan dahulu cadangan penghapusan tol sehingga keadaan ekonomi negara benar-benar stabil dan mengizinkan. Dalam pada masa yang sama, Kementerian Kerja Raya telah melantik juru perunding audit bebas bertauliah pada 28 Januari 2019 bagi membantu kerajaan menganalisis data dan cadangan berkenaan. Hal ini termasuklah mengemukakan cadangan mengurangkan beban tol secara jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Hasil kajian dijangkakan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri pada bulan Jun 2019 nanti. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Cuma, soalan saya spesifik merujuk kepada empat plaza tol yang dianggap sebagai plaza tol di kawasan bandar Seremban sebab saya, kenapa ada cadangan untuk mensifarkan pembayaran tol untuk empat plaza? Ini disebabkan kalau di Ipoh, kita tengok, dia ada laluan khas. Jadi, untuk melaksanakan empat ini, saya rasa ia lebih mudah selain daripada kita menghapuskan tol untuk keseluruhan. Saya memahami keadaan kekangan ekonomi dan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan pada ketika ini. Akan tetapi untuk mensifarkan keempat-empat tol yang jaraknya tidak berapa jauh ini, saya rasa bebanannya tidaklah tinggi sangat. Saya juga mohon jawapan daripada Yang
Berhormat Menteri, berapakah kalau kita sifarkan? Satu tahun berapa kekurangan kutipan yang tidak dapat dikutip untuk tempoh satu tahun itu? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah mengenai soalan tambahan. Yang Berhormat, seperti mana yang telah dimaklumkan tadi, kita ingin mengambil pandangan-pandangan dari banyak sektor.
Kita telah melantik juru perunding audit bebas yang bertauliah dan kita ingin mendengar cadangan mereka dan semua ini akan diambil kira dalam kita membuat satu keputusan nanti, terima kasih.
Paya Besar.
Kubang Kerian.
Yang Berhormat Bera. Ketua Pembangkang.
Ah! Dua kali.
Terima kasih.
[Bangun] Dia pun terkejut.
Yang Berhormat Bera sudah dua kali. Bos, bagi Paya Besar bos.
Bagi Bagan Serai sahajalah.
Bos, Kubang Kerian.
Ya, Yang Berhormat Bera, sila.
Saya hendak bertanya, berapakah jumlah yang perlu dibayar kepada pemegang konsesi semua tol jika tol diberikan percuma. Berapa jumlah yang perlu dibayar kepada semua concessional jika tol diberikan percuma kepada seluruh rakyat? Soalan seterusnya, adakah perkara ini di dalam pengetahuan kerajaan, sebelum menjadi kerajaan dahulu apabila mengeluarkan janji bahawa tol akan dihapuskan?
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Bera. Seperti mana yang telah dikatakan tadi. Ada kajian yang telah dibuat dulu tetapi itu adalah kerajaan yang lama. Akan tetapi kita ingin mengambil kajian updated dengan izin dengan apa yang kita akan terima dari perunding yang telah dilantik. Selepas ini kalau kita telah complete dengan izin kajian ini baru kita tahu the real jumlah yang kita akan membayar geran ini, dengan izin. Terima kasih.
Maknanya waktu membuat janji belum buat kajianlah.
6. Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kemasukan warganegara Israel ke dalam negara menurut kategori tahun dan tujuan kemasukan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah menyenaraikan Israel sebagai sebuah negara terlarang berikutan kerajaan yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat. Sehubungan dengan itu, sebarang perjalanan ke atau dari Israel adalah dilarang dan hanya dibenarkan dengan kebenaran khas berdasarkan tujuan-tujuan tertentu. Berikutan dasar negara, pasport Malaysia tidak sah untuk perjalanan ke Israel dan kemasukan menggunakan pasport Israel ke negara kita juga adalah dilarang. Tujuan kemasukan yang dibenarkan sebelum ini adalah seperti berikut:
(i) penyertaan Israel di dalam persidangan anjuran badan-badan antarabangsa serta mengambil kira Israel adalah ahli kepada badan-badan tersebut; dan (ii) hubungan rakyat dengan rakyat di mana warga Israel dan Malaysia yang bekerja di syarikat multinasional dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat, latihan dan lawatan kerja di bawah urusan kerja syarikat multinasional tersebut. Asas pertimbangan adalah kemasukan yang memberikan manfaat kepada negara dari segi ekonomi, teknologi, pendidikan, sosial dan pembuatan. Selain itu kementerian juga menerima permohonan warga Malaysia untuk berkunjung ke Baitulmuqaddis yang perlu melalui kawalan keselamatan Israel sebelum tiba ke sana. Berdasarkan rekod, seramai 105 warga Israel telah dibenarkan untuk memasuki Malaysia dari tahun 2016 sehingga Mac tahun 2019. Pada tahun 2016, seramai 33 orang warga Israel telah diberikan kebenaran atas pertimbangan perdagangan sedia ada syarikat milik multinasional untuk menghadiri mesyuarat memberi latihan kepada pekerja Malaysia berkenaan kejuruteraan mikrocip. Pada tahun 2017, seramai 35 orang warga Israel telah diberi kebenaran di mana 18 orang memasuki Malaysia atas urusan hubungan perdagangan multinational company sedia ada. Manakala 17 orang diberikan kebenaran untuk menghadiri persidangan mesyuarat dan program antarabangsa. Pada tahun 2018, seramai 34 orang warga Israel diberi kebenaran di mana 32 orang atas urusan perdagangan sedia ada. Manakala dua orang diberikan untuk dibenarkan untuk menghadiri persidangan antarabangsa. Namun pada tahun ini, hanya tiga orang warga Israel telah diberi kebenaran atas urusan hubungan perdagangan sedia ada dan tidak ada lagi kebenaran diberikan untuk warga Israel untuk menghadiri persidangan mesyuarat dan program antarabangsa. Ini selaras dengan dasar baharu bahawa kerajaan tidak lagi membenarkan wakil Israel untuk memasuki Malaysia bagi menghadiri persidangan, mesyuarat, program anjuran badan-badan antarabangsa. Bagi permohonan lawatan keagamaan ke Baitulmuqaddis pula, Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan sebanyak 7,870 orang untuk berkunjung ke Baitulmuqaddis dari tahun 2016 sehingga tahun 2019. Jumlah perincian kelulusan yang diberikan pada tahun 2016 adalah sebanyak 2,000 orang. Tahun 2017, sebanyak 2,186 orang dan tahun 2018 sebanyak 3,183 orang dan tahun ini seramai 501 orang berdasarkan rekod sehingga Mac 2019.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan, saya ingin merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang sebelum daripada ini yang sekarang mewakili Port Dickson bahawa terdapat ejen perisik Israel di PDRM. Ejen Israel tersebut didakwa pernah berada di bilik server computer di Ibu Pejabat PDRM berkaitan projek menaik taraf sistem komunikasi PDRM dan juga APCO dan Asiasoft. Soalan saya apakah benar dakwaan ini? Kalau benar bagaimana ia boleh sampai kepada PDRM dan apakah status kewarganegaraan mereka ini?
Terima kasih, dengan soalan tambahan tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri telah melantik syarikat C4i tersebut yang mana syarikat ini berpangkalan di Singapura. Jurutera syarikat ini adalah warganegara Israel tapi ia adalah pakar dalam bidang sistem yang telah dimiliki oleh PDRM pada tahun 2012. Pakar teknikal ini diambil kerana untuk bukan sahaja untuk menyelenggara tetapi juga dari segi latihan-latihan yang telah diberikan oleh syarikat ini atas perjanjian bila mana peralatan ini dibeli oleh pihak PDRM. Jadi dia sebenarnya bukanlah ejen sebagaimana yang telah disebutkan. Dia adalah sebagai pakar jurutera yang telah diambil dan dihantar oleh syarikat tersebut untuk memasang sistem ini tetapi of course pada ketika pemasangan ini dibuat ada wakil kita di sana untuk melihat. Terima kasih.
[Bangun]
Yang Berhormat Jelutong. Sila soalan tambahan.
Terima kasih, saya meneliti jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Kita mengetahui bahawa dasar atau polisi kerajaan melarang kemasukan warganegara Israel juga adalah kerana kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka kepada penduduk-penduduk di Palestin. Pada masa yang sama, saya ingin bertanya juga apakah dasar kerajaan berkenaan dengan pemimpin-pemimpin daripada negara-negara seperti Myanmar, Aung San Suu Kyi, daripada Sri Lanka Rajapaksa yang melakukan keganasan-keganasan terhadap penduduk- penduduk mereka? Adakah kita ingin melarang pemimpin-pemimpin seperti Rajapaksa daripada Sri Lanka dan juga Aung San Suu Kyi daripada datang ke negara ini sehingga mereka dapat menunjukkan satu komitmen untuk mengatasi masalah-masalah penduduk di negara mereka masing-masing? Terima kasih.
Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Jelutong. Isu yang dibangkitkan ialah yang melibatkan isu hubungan di antara dua negara dan dasar kerajaan tentang isu Myanmar ini ia akan diputuskan dan dibincangkan oleh Kementerian Luar. Kita di peringkat Kementerian Dalam Negeri ini hanya akan melaksanakan apa juga dasar yang akan diputuskan oleh kerajaan. Dalam kes soalan yang diberikan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, ia perlu diputuskan oleh Kementerian Luar terlebih dahulu dan jika ada polisi yang telah dibuat dan kita selaku kementerian yang bertindak selaku penjaga kepada pintu masuk kita akan bertindak mengikut apa juga polisi yang diputuskan oleh kerajaan, terima kasih.
7. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk menggubal satu Akta Anti-Lompat Parti (anti-hopping) yang mengharamkan sebarang aktiviti atau tindakan lompat parti dalam kalangan ahli-ahli sesebuah parti politik.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Soalan berkaitan dengan cadangan untuk Akta Anti-Lompat Parti, anti-hopping law. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk menggubal mana-mana undang-undang berkaitan dengan anti lompat seperti mana Yang Berhormat cadangkan. Ini kerana Yang Berhormat, seperti mana Yang Berhormat mungkin sedar bahawa Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan, khususnya fasa 1C yang memberi hak kepada rakyat negara ini untuk berpersatuan. Termasuklah hak berpersatuan itu telah ditafsirkan oleh Mahkamah Agung dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin bin Salleh, [1992] 1 CLK 72, termasuk hak untuk menyertai persatuan dan termasuk juga hak untuk tidak menyertai persatuan. Maknanya, letak jawatan dan sebagainya. Jadi sebab itulah, oleh sebab ini, keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Agung, maka kerajaan berpendapat pada masa ini kita merasakan bahawa hak untuk berpersatuan, termasuk hak untuk boleh menyertai mana-mana parti. Perkara 48, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa tidak boleh dikenakan sebarang tindakan ke atas mana-mana Yang Berhormat iaitu dihukum kerana melompat parti. Oleh yang demikian, kalau sekiranya undang-undang ini dibuat, ia mungkin akan menyebabkan dicabar dan juga menyebabkan ia diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan. Oleh yang demikian, saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan tidak lagi bercadang untuk menggubal akta tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya faham dan saya sedar berkenaan dengan peruntukan Perlembagaan dan kes Nordin tersebut. Memang itu merupakan keadaan undang-undang pada masa ini. Itu sebabnya kita minta atau kita hendak tahu sama ada satu undang-undang akan digubal untuk overcome, dengan izin, masalah tersebut. Oleh sebab sekiranya terdapat freedom of association, memang kita ada freedom of association tetapi itu juga perlu ada sekatan dan hadnya. Masalah ini boleh dipulihkan dengan undang-undang yang proportionate dan tidak akan diisytiharkan sebagai unconstitutional. Jadi, ini perlu dilihat dari segi moral juga oleh Kerajaan Pakatan Harapan, sekiranya perkara ini akan diambil kira dan undang-undang baru
digubal untuk mengatasi masalah party hopping ini. Saya ingin tahu sekiranya ini akan dibincangkan ataupun dipertimbangkan pada masa depan? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih kepada sahabat saya. Saya boleh merasai mungkin frustration of Yang Berhormat dan juga mungkin ramai Yang Berhormat lain tentang isu lompat parti ini. Akan tetapi Yang Berhormat, ingin saya maklumkan di sini sebarang keputusan berkaitan ini adalah perkara yang melibatkan dasar kerajaan dan ia tidak boleh diputuskan oleh mana-mana Menteri kecuali ia dibawa ke Kabinet dahulu. Oleh yang demikian, saya mengharapkan bahawa kalau Yang Berhormat merasakan bahawa undang-undang itu perlu dilaksanakan, saya rasa tidak ada halangan untuk Yang Berhormat mungkin boleh saya quote daripada Yang Berhormat Menteri Pelancongan semalam, boleh menulis surat kepada Perdana Menteri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, jika Yang Berhormat Bukit Gelugor mengatakan soal integriti, soal moral. Saya hendak tanya ikhlas kepada Yang Berhormat, semasa Yang Berhormat keluar parti, adakah Yang Berhormat, keluar parti, adakah Yang Berhormat rasa bersalah atau ada terasa kurang bermoral apabila lompat parti? Saya sebenarnya tidak setuju ada undang-undang yang anti lompat parti ini sebab saya sokong Yang Amat Berhormat Langkawi mengambil ramai ahli-ahli parti UMNO, khususnya MP UMNO dan ADUN UMNO ini untuk menguatkan parti PPBM. Saya percaya Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan cukup seronok. Tambah lagi supaya isu semalam tidak terjadi, kita dapat, bukan kita ya, kerajaan terasa macam kita pula. [Ketawa] Kerajaan akan dapat 2/3 untuk meminda Perlembagaan. Jadi, saya rasa perkara ini janganlah ada undang-undang anti lompat parti. Manalah tahu Kuala Krau minat, terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Krau ini sokong kah obligation?
Yang Berhormat Kuala Krau bila hendak hantar borang?
Yang Berhormat Kuala Krau memang minat pun.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di- Pertua, saya tidak dapat borang lagi. Kalau dapat, boleh saya pertimbangkan. Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, kalau ada borang, sila hantar kepada saya di Kuala Krau.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Boleh buat online, boleh buat online.
Boleh benarkan satu lagi soalan tambahan?
Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Kuala Krau.
Yang Berhormat Timbalan Menteri belum jawab, apa soalan tambahan?
Untuk makluman Yang Berhormat, saya memang menanti-nantikan soalan ini. Terima kasihlah kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat, ada dua keadaan. Satu ialah di mana saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa seseorang itu melompat parti kerana dia dilihat sebagai betrayal in trust. Akan tetapi ada masa juga keadaan di mana parti politik itu sendiri yang telah melanggar amanah rakyat. Saya hendak beri contoh.
Tok guru ada depan itu, hati-hati jawab. Tok guru ada di depan itu.
Diamlah Yang Berhormat Baling.
Yang Berhormat Baling.
Baling keluar baru tahu.
Hendak jawab pun...
Yang Berhormat Baling. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Untuk makluman Yang Berhormat, saya hendak jawab berdasarkan keadaan saya ya. Kami daripada parti AMANAH ini, kami memang kena keluar sebab ketika kami menang– sekejap. Ketika kami menang dahulu, kami menang kerana undi rakyat daripada orang Melayu...
Atas tiket PAS, atas tiket PAS.
...orang Cina, orang India tetapi selepas...
Menang atas tiket PAS.
...kami menang, ada parti politik yang tidak langsung mengiktiraf undi rakyat ini. Oleh sebab itu kami terpaksa keluar, bukan kami hendak keluar, kami terpaksa keluar.
Undi rakyat atas tiket PAS, Yang Berhormat.
Ini ada beza antara...
Orang PAS korban banyak.
Mungkin UMNO...
Orang PAS korban, kejar...
...berbeza. Jadi, saya harap Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Ya.
Yang jawab pun katak!
Kita kena hormat kepada rakyat. Janganlah berkawan ini...
Lompat sudahlah.
Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi, Kapit.
8. Datuk Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan program-program baru yang bertujuan membantu dan membimbing golongan muda, yang dilaksanakan di seluruh Malaysia, khususnya di Sarawak.
Terima kasih. Saya ada banyak yang hendak saya katakan, izinkan saya rumus sebanyak mungkin, secepat mungkin. Berkenaan pembangunan belia dan program-program baru, ada banyak. Pertama sekali, saya hendak tekankan walaupun kita bincangkan tentang program-program baru, program-program lama yang dikendalikan oleh kerajaan lepas yang baik tetap akan diteruskan. Seperti contoh, Program Felo Perdana, FitMalaysia, Parlimen Belia, itu semua tetap akan diteruskan. Cuma kita ada membuat proses tambah baik. Sebagai contoh, pelaksanaan FitMalaysia sebelum ini kita sub kontrak keluar yakni untuk menganjurkan satu sahaja kosnya boleh mencecah RM1.3 juta. Akan tetapi kali ini kita berikan tanggungjawab in-house supaya penjawat awam diberikan tanggungjawab untuk melaksanakannya dan kosnya hanya RM300,000 dan kita dapat menjimatkan lebih RM1 juta. Program-program baru. Izinkan saya kongsi enam kalau saya sempat. Pertama sekali adalah program Reben Kuning. Ini adalah program untuk membantu belia berisiko, khususnya bekas banduan muda. Selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan, majikan yang mengambil mereka akan diberikan tax break. Pada masa yang sama, di bawah KBS kita ada 22 TVET institutes dan kita akan berikan tempat khas kepada mereka. Sebagai
contoh, Program Skill Training At Risk @ Youth untuk membantu orang di bawah pengawasan OKP dan juga anak muda yang tiada SPM, yang tercicir tetapi kali ini diberikan peluang kedua supaya mereka mendapat latihan khas di bawah institusi TVET. Saya juga di bawah pejabat Menteri telah pun menerima seorang belia berisiko, bekas banduan dan juga akan menambah lagi dua di bawah pejabat saya. Kedua, Malaysian Future Leader School. Ini merupakan ilham Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana kita akan melatih anak-anak muda supaya mereka akan menjadi pimpinan pada masa yang akan datang. Ada tiga fasa. Pertama, di peringkat sekolah di mana anak muda yang terbaik dan juga ada slot khas bagi B40 dan anak muda Sabah dan Sarawak juga di kawasan pedalaman yang terbaik daripada sekolah-sekolah pilihan akan diletakkan di fasa kedua, di mana mereka akan dilatih selama 12 hari menggunakan modul yang dirangka khas oleh Khazanah Nasional dan Ernst & Young. Daripada 30,000 pimpinan anak muda ini, hanya 200 terbaik, the best of the best, selepas dilatih selama 10 hari akan dimasukkan ke fasa ketiga, di mana mereka akan diletakkan di bawah pejabat-pejabat Parlimen, ADUN, Menteri, CEO dan chairman syarikat- syarikat terkemuka di Malaysia dan di dunia.
Ketiga, Program Fellow Corporate, di mana kita telah pun berkolaborasi dengan 20 syarikat gergasi di Malaysia seperti Shell, Petronas dan yang lain, supaya CEO dan chairman syarikat tersebut akan mengambil dua atau tiga pimpinan anak muda tokoh korporat supaya mereka diserapkan ke dalam pentadbiran mereka. Kenapa ini penting? Ini kerana selepas berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau telah pun bersetuju supaya kita, izinkan saya, ini penting. Dua minit sahaja kalau boleh Tuan Yang di-Pertua. Perdana Menteri telah pun bersetuju supaya lebih banyak anak muda dilantik sebagai board members di bawah GLCs supaya akhirnya pengiktirafan kuasa anak muda itu ada. Oleh sebab itu kita lihat CEO ISN merupakan seorang penjawat awam muda berumur 40 tahun, board member baru bagi Perbadanan Stadium Malaysia juga ramai anak muda. Jazeman Jaafar, seorang pelumba muda yang telah pun dilantik sebagai board member di bawah Sepang International Circuit. Akan ada banyak lagi kerana kita hendak beri pengiktirafan khas kepada anak muda. Terakhir, yang melibatkan negeri-negeri pembangkang juga dan juga kalau kita lihat negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga pembangunan sukan khas di kawasan luar bandar di Sarawak. Kalau kita lihat contohnya di Terengganu, kerajaan telah pun memperuntukkan dalam RM60 juta untuk pembangunan infra sukan di kawasan luar bandar untuk membantu golongan belia berisiko supaya mereka tidak perlu ambil dadah atau merempit pada waktu malam tetapi mereka boleh bersukan. Di Kelantan sebanyak RM42 juta, di Pahang sebanyak RM131 juta dan di Sarawak hanya di kawasan luar bandar dan juga program sukan sahaja berjumlah RM16 juta. Kenapa ini penting? Ini kerana Kementerian Belia dan Sukan Malaysia lihat sukan bukan sahaja untuk melahirkan atlet tetapi sebagai jalan supaya anak muda tidak perlu jatuh, melakukan program-program yang tidak bermanfaat seperti mengambil dadah atau ponteng sekolah. Akan tetapi, sukan dijadikan escapism atau jalan yang paling mudah supaya mereka dapat hidup dengan jauh lebih baik. Dengan ini kami hendak pastikan bahawa kita ada bantuan daripada semua pihak, tidak kira daripada kerajaan negeri, Persekutuan dan NGO-NGO kerana proses untuk membangunkan anak muda adalah tanggungjawab kita semua. Saya berharap bahawa Yang Berhormat tidak kira daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang akan bekerjasama kerana ada banyak lagi program-program yang akan kita perkenalkan seperti program TVET khas bagi anak-anak di tahfiz. TVET khas bagi anak-anak indigenous komuniti di Sabah dan Sarawak dan Orang Asli juga. Pada sesi Parlimen yang akan datang, undi 18 pindaan Perlembagaan untuk pastikan kita semua di sini mengambil tanggungjawab untuk memperkasakan anak muda, tidak kira agama, bangsa ataupun fahaman politik. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih lah atas jawapan yang saya terima dan menyambut baik. Baguslah ya, cuma Yang Berhormat Menteri memang ada yang masih belum lengkap. Saya nampak apa yang diceritakan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi belum sampai sebenarnya ke luar bandar. Saya mewakili Kapit iaitu jauh di pedalaman di Sarawak. Saya belum nampak lagi program, yang RM16 juta itu bagaimana?
Belum dapat. Kalau ada pun orang tidak tahu. Jadi budak-budak muda kita, belia kita tidak menikmati yang sebenarnya. Jadi yang satu lagi, selain daripada yang saya bagi tahu tadi selain itu adakah terdapat usaha dari kementerian untuk menggalakkan lebih ramai belia untuk membangunkan kawasan luar bandar melalui kegiatan keusahawanan, pertanian dan sebagainya? Walaupun ini kementerian lain tetapi ini belia juga bagi menghapuskan persepsi bahawa mereka perlu berhijrah ke bandar untuk mendapatkan kerja. Ini masalah di luar bandar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa berkenaan program-program khas berkenaan usahawan muda, lebih baik kita beri Kementerian Pembangunan Usahawan untuk menjawab soalan tersebut sebab ada banyak program-program khas seperti TUBE yang difokuskan kepada belia luar bandar. Akan tetapi, untuk menjawab tanggapan Yang Berhormat di mana program tersebut belum tercapai. Sebagai contoh, kita telah pun memulakan kos naik taraf dan baik pulih Kompleks Belia dan Sukan negeri yang kosnya, akhir boleh mencecah RM1.7 juta. Kompleks Sukan Batang Sadong ataupun Sadong Jaya, Batang Sadong Sarawak yang kementerian telah pun meluluskan peruntukan RM1.6 juta. Pada masa yang sama, Programme Malaysian Future Leader School yang baru bermula dua minggu yang lepas dan banyak anak-anak Sarawak juga yang telah diambil dimasukkan ke dalam Kem Outward Bound School dan juga BTN yang kali ini telah ditransformasikan sebagai pusat latihan anak muda. Insya-Allah, sedikit demi sedikit akan ada lebih banyak program ini akan dirasai dan kami juga telah pun menggerakkan Program Sukan Luar Bandar seperti yang saya tekankan. Pembangunan infrastruktur yang kosnya tidak begitu tinggi tetapi disasarkan di kawasan luar bandar. Kementerian Belia dan Sukan akan berusaha sebaik mungkin supaya program- program ini dapat dirasai oleh semua khususnya bagi mereka yang datang daripada keluarga B40 dan bottom M40 di kawasan luar bandar. Terima kasih Yang Berhormat.
Paya Besar.
Baling, Baling.
Beaufort.
Yang Berhormat Beaufort.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya mendengar tadi dengan teliti jawapan yang diberikan. Saya dengar begitu banyak peruntukan yang diberikan kepada Kelantan, kepada Pahang, kepada Negeri Sarawak. Jadi saya ingin bertanya di sini, berapa banyak peruntukan yang akan diberikan kepada negeri Sabah untuk kita membangunkan anak-anak muda kita di negeri Sabah termasuklah yang berada di luar bandar? Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat juga, bolehkah diteruskan projek Kompleks Sukan di Kuala Penyu dalam Parlimen Beaufort? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Menteri. Soalan khusus untuk Sabah.
Terima kasih Yang Berhormat. Sabah tidak akan saya lupakan. Berkenaan peruntukan khas yang diberikan kepada Sabah, nanti saya akan jawab secara bertulis sebab sekarang ini tiada dengan saya. Akan tetapi, selepas berbincang dengan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal atau Yang Berhormat Semporna pada tahun lepas, saya rasa lebih tinggi kerana ada banyak kawasan- kawasan luar bandar di Sabah. Saya juga akan ke Sabah lagi sekali pada dua minggu lagi untuk menggerakkan Program Sukan Luar Bandar di sana dan akan bergerak ke seluruh kawasan Parlimen di Sabah. Berkenaan projek khusus di kawasan Parlimen Yang Berhormat, kalau boleh Yang Berhormat boleh buat, kalau ada apa-apa permohonan saya akan nilai secepat mungkin kerana fokus kita pada masa ini adalah untuk pastikan bahawa kawasan-kawasan di luar bandar diberikan fokus khas dan pembangunan sukan diberikan fokus khas di kawasan luar bandar. Saya akan beri jawapan secepat mungkin kepada Yang Berhormat, terima kasih.
9. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian Kerja Raya dan pihak Jambatan Pulau Pinang pertama untuk meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan di Jambatan Pulau Pinang pertama untuk mengelakkan kejadian kenderaan-kenderaan terhumban ke dalam laut.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pihak Syarikat Konsesi PLUS Berhad sentiasa memastikan tahap keselamatan dan penyelenggaraan Jambatan Pulau Pinang pertama sentiasa dalam keadaan terbaik. Jambatan Pulau Pinang mempunyai ciri keselamatan seperti berikut: (i) membina parapet jambatan mengikut spesifikasi reka bentuk yang telah direka bentuk oleh juru perunding bertauliah dan diluluskan oleh LLM; (ii) menyediakan hentian kecemasan di kedua-dua arah; (iii) memasang lampu jalan di sepanjang jambatan; (iv) membina pengadang antiglare yang bertujuan untuk menghalang silau kepada pemandu; (v) memasang 24 unit CCTV di sepanjang jambatan untuk pemantauan; (vi) memasang empat unit variable message sign (VMS) untuk penyaluran maklumat; (vii) memasang papan tanda dan penguatkuasaan had laju 80 kilometer sejam bersama agensi penguat kuasa di atas jambatan; dan (viii) melaksanakan warta larangan kenderaan berat pada waktu puncak pagi dan petang, bermula 6.30 pagi sampai 8.30 pagi dan pukul 5.00 petang sampai 7.00 malam. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kemalangan yang menyebabkan kenderaan terhumban ke laut adalah berpunca daripada kelajuan dan pihak PLUS bercadang untuk memasang kamera AWAS di jambatan berkenaan dan akan merujuk kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung perkara ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan. Soalan saya juga berkisar kepada perkara yang sama iaitu kita lihat kelmarin atau kelmarin dulu berlaku satu kemalangan di Sepang melibatkan sebuah bas kilang. Di mana ia telah menyebabkan lebih kurang 11 orang pekerja terkorban dalam nahas itu.
Adakah kementerian bercadang untuk membina penghadang-penghadang ataupun meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan di tempat-tempat di mana terdapatnya longkang- longkang besar ataupun gaung untuk memastikan bahawa apa juga kelajuan kenderaan tersebut, kalaupun kenderaan tersebut terbabas, ia tidak akan terjunam ke dalam longkang ataupun gaung? Ini kerana kita lihat kejadian-kejadian melibatkan bas terjunam masuk ke dalam gaung ataupun ke dalam longkang-longkang besar sering kali berlaku. Baru-baru ini, dua tiga minggu yang lalu, satu lagi kemalangan berlaku di lebuh raya PLUS dekat dengan Ipoh, Perak yang juga menyebabkan kehilangan nyawa. Jadi saya mohon kementerian memberi perhatian kepada perkara ini. Juga, adakah kementerian bercadang untuk meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan di tempat-tempat seperti di mana terdapatnya gaung dan longkang-longkang besar? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong atas soalan tambahannya. Kerajaan berhasrat untuk memastikan di semua jalan persekutuan di negara ini supaya pengguna jalan raya dalam keadaan selamat dan ciri-ciri keselamatan tentu sekali dilaksanakan. Akan tetapi, kita juga jangan lupa bahawa dalam kemalangan begini, human factor, dengan izin, yang selalu juga menjadi punca-punca kemalangan begini. Walau bagaimanapun, kerajaan dan kementerian sedia menerima kalau ada cadangan-cadangan di tempat-tempat di seluruh jalan persekutuan di negara ini di mana kemalangan sering berlaku, kita sedia, ready, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk menambahkan ciri-ciri keselamatan di sepanjang jalan ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, dalam jawapan sebentar tadi ada menyatakan akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya dan salah satu ciri-cirinya ialah untuk mengurangkan kemalangan. Akan tetapi, semalam di Kamar Khas, saya amat kecewa jawapan daripada Kementerian Kerja Raya apabila saya minta penambahbaikan lampu jalan di jalan Tol Kuantan sehingga ke Bandar Sungai Lembing, jawapan daripada kementerian menyatakan, Yang Berhormat Menteri, kemalangan di sana memang berlaku tetapi kurang daripada jumlah yang telah ditetapkan oleh kementerian. Maknanya nak kena banyak sangat kemalangan, barulah tambah lampu. Bukannya satu dua kemalangan. Ini perbezaan di antara pandangan rakyat dengan pandangan kementerian. Bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat perkara ini? Kerana apa, saya yakin dan percaya kita janganlah tunggu sampai berpuluh-puluh kemalangan semata-mata untuk letak lampu jalan di sepanjang jalan ke Tol Sungai Lembing. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat ya. Kalau sekiranya ada laporan begini yang telah dikemukakan dengan kementerian dan tidak ada action, dengan izin, saya ingin kalau boleh get in touch with me personally.
Yang Berhormat Menteri, ini jawapan di Special Chamber. Semalam saya baru dapat soalan di Special Chamber, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua pun ada dalam Dewan semalam...
Ya, faham. Bukan semalam. Kelmarin.
Okey, tak apa, Yang Berhormat. Kita akan tengok perkara ini dan kita akan bertindak ya. Terima kasih.
10. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan perkembangan semasa berkaitan pendaftaran skim perlindungan insurans di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) dalam kalangan pemandu teksi dan e-panggilan serta tindakan yang bakal diambil sekiranya gagal untuk berbuat demikian.
Terima kasih. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017, sehingga 29 Februari 2019, sebanyak 11,355 orang pemandu teksi dan e-hailing yang aktif telah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO. Dalam tempoh sama, seramai 111 orang berinsurans PERKESO telah menerima faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Buat permulaannya, akta ini memberi perlindungan kepada semua pemandu teksi yang bekerja sendiri ataupun perkhidmatan seumpamanya sebelum diperluaskan kepada sektor informal yang lain. Pada 1 Februari 2019, skim ini telah diperluaskan dan dikuatkuasakan ke atas pemandu bas. Memandangkan skim ini baru diperkenalkan pada tahun 2017, PERKESO pada ketika ini mengambil pendekatan “soft approach” dengan mempergiatkan aktiviti dan program meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemandu teksi, Grab dan perkhidmatan seumpamanya. Kementerian Sumber Manusia menerusi PERKESO tetapkan penguatkuasaan akta dan peraturan bagi memastikan pemandu teksi dan e-hailing yang bekerja sendiri serta yang seumpamanya dengan mendaftar dan mencarum dengan PERKESO. Akhir sekali, tindakan pengkompaunan dan pendakwaan boleh diambil di bawah akta ini terhadap mereka yang tidak atau gagal mendaftar dan mencarum dengan PERKESO. Terima kasih.
Ya, terima kasih Menteri yang menjawab. Skim yang disebut e-hailing tadi, saya melihat bahawa daripada 300,000 pemandu teksi, hanya 11,000 lebih sahaja yang mendaftar dengan PERKESO. Jadi yang lain itu tidak mendaftar.
Jadi kenapa perkara ini berlaku? Ini kerana kita tahu skim yang dilaksanakan ini daripada tahun lepas lagi telah pun dikuatkuasakan tetapi sehingga kini pencapaiannya amat sedikit. Keduanya, saya hendak bertanya, kenapa dalam kita membantu pemandu teksi ini, kereta sewa, Grab, Uber dan sebagainya, tindakan oleh kementerian untuk menyelesaikan isu tersebut dengan mengenakan kompaun dengan kadar RM4,000? Jadi adakah kementerian merasai bahawa pemandu teksi, Grab dan sebagainya ini adalah orang yang susah? Jadi, adakah cara lain selain daripada kompaun yang disebutkan oleh kementerian? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tersebut. Pertama, sebenarnya betul lebih kurang 300,000 yang terlibat sebagai pemandu teksi atau e-hailing tetapi kerana akta ini baru dari tahun 2017, maka kita memberi mereka sedikit masa. Saya sendiri telah mengadakan town hall session dengan mereka tetapi nampaknya ramai di antara pemandu teksi dan lain-lain yang berkaitan, nampaknya tidak berasa keperluan mereka untuk mendaftar. Walaupun saya di sebelah sana pada empat lima tahun dulu kita yang menghujah bahawa keperluan akta ini, tetapi bila ia diimplementasikan, mereka tidak rela untuk menjadi ahli dan membayar sumbangan, contribution. Masalah kita adalah macam mana kita mendekatkan isu ini. Mengenai amaun yang dikatakan, itu bukanlah satu amaun yang benar kerana ia kurang dari itu dan kita sedang menggunakan soft approach untuk mendapatkan mereka menyumbang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah adakah kerajaan mengkaji ada dua kumpulan iaitu satu ialah kumpulan teksi konsortium, syarikat, dan satu lagi kumpulan pemandu persendirian dan kaedah kelayakan potongan wajib dengan tidak melanggar Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial sebab pendapatan mereka harian, tidak tetap? Bagaimana untuk kita mencapai matlamat maklumat kepada pemandu teksi diberi secara langsung supaya mereka faham dan tahu apa-apa kebaikan dan faedah yang mereka dapat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita telah mengadakan banyak town hall session dan telah mengadakan perbincangan dengan representative mereka. Akan tetapi, nampaknya bukan encouraging dalam hal ini. Saya rasa keperluan mereka untuk diliputi adalah sangat mustahak. Di antara persendirian dan syarikat, itu menjadi satu masalah yang sedang dikaji supaya mengatasi masalah tersebut. Akan tetapi, khususnya, kita ingin semua pemandu teksi di negara ini termasuk e-hailer menjadi penyumbang supaya dapat liputan. Kita dapat banyak kompelin di mana keluarga mereka datang berjumpa dengan kita bila suaminya meninggal dunia dalam kemalangan tetapi tidak ada apa-apa pampasan. Itu di antara sebab yang kita rasa perlu perlindungan yang merangkumi semua pemandu teksi dan e-hailer. Terima kasih.
11. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan syarat- syarat ‘Not To Land’ (NTL) dicop di dalam pasport orang asing. Bilangan kejadian NTL dicop sejak tahun 2015 hingga kini mengikut tahun dan nama negara asal mereka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Notis Penolakan Masuk ataupun NPM dikeluarkan untuk melarang kemasukan seseorang ke Malaysia berpandukan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Imigresen 1959/1963. Warganegara asing yang dilarang untuk memasuki Malaysia dan dikeluarkan NPM adalah seperti berikut: (i) pasport atau dokumen perjalanan yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; (ii) perjalanan dokumen yang telah tamat tempoh sah laku atau kurang daripada enam bulan; (iii) dokumen perjalanan yang disyaki tidak tulen atau palsu atau meragukan dan dokumen perjalanan yang didapati dalam keadaan fizikal yang telah rosak; (iv) warganegara asing yang memerlukan visa, namun gagal memohon visa untuk masuk dan berada di Malaysia;
(v) gagal membuktikan keperluan dan tujuan untuk berada di Malaysia serta tiada bukti tiket pulang ke negara asal; (vi) pemegang pasport sesebuah negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia dan tiada kelulusan khas dari KDN untuk memasuki Malaysia. Dalam hal ini contohnya adalah Israel; dan (vii) mana-mana orang yang tergolong sebagai golongan pelawat asing yang dilarang dari memasuki Malaysia oleh sesuatu pihak berkuasa kerajaan atau oleh sebab-sebab tertentu seperti ditetapkan oleh ketua pengarah melalui pemberitahuan semasa dan terakhir mana-mana warganegara asing yang disyaki tertakluk di bawah seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963 yang menjelaskan mengenai imigran larangan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, berikut merupakan pecahan statistik warganegara asing yang ditolak. Kemasukannya mengikut tahun dari tahun 2015 hingga 2019 iaitu sehingga bulan Februari 2019 seperti jadual di bawah. Kalau boleh saya beri secara bertulislah dia punya statistik ini. Cuma ingin saya sebutkan di sini warganegara Indonesia adalah warganegara yang paling ramai kita NPM kan. Terima kasih.
Ya terima kasih. Terlebih dahulu Majlis mengalu- alukan kedatangan pemimpin-pemimpin muda negara barisan pelajar-pelajar dan guru-guru dari SMK Sungai Choh di bawah Parlimen Hulu Selangor. [Tepuk]
Parlimen mengalu-alukan kehadiran semua sekali ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya terima aduan pegawai imigresen yang buat keputusan, ada, bukan semua yang tidak mempunyai pengalaman. Mereka resulting dengan izin, jenis pelancong asing dengan izin dihalau khususnya ramai daripada negara China. Saya minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dengan soalan tambahan. Ya, sebagaimana saya sebutkan tadi memang ada pelancong asing yang kita NPM kan ataupun kita tolak masuk di atas faktor-faktor yang telah saya sebutkan seperti dalam jawapan pertama saya tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalau dari segi statistik dia, jumlah tahun lepas sahaja ya, jumlah yang kita tolak hanyalah seramai 85,946 orang berbanding jumlah yang masuk 25.8 juta. Bermakna hanya 0.3 peratus yang kita tolak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat alasan yang menyebabkan kita tolak ini kerana banyak-banyak kes-kes di mana mereka-mereka ini mempunyai rekod, di mana mereka pernah masuk ke negara kita dan kemudian overstay di negara kita. Apa yang lebih teruk bila mana kita hantar mereka pulang, mereka akan cuba untuk masuk lagi. Jadi inilah di antara kategori-kategori yang banyak kita NPM kan kerana mereka mempunyai rekod di mana mereka cuba untuk tinggal lebih daripada tempoh masa yang dibenarkan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah keberkesanan NTL yang dicop pada pasport warga asing dapat membantu kerajaan mengatasi kemasukan warga asing yang bermasalah, yang dikhuatiri dapat memberi ancaman kepada keselamatan negara kita. Terima kasih.
Terima kasih dengan soalan tambahan tersebut. Sebagaimana kita, kita maklum akan masalah ini. Sebab itu semua mereka-mereka yang kita tangkap ini dan kita hantar pulang, kita sudah mempunyai rekod mereka. Bukan hanya muka mereka, cap jari mereka juga ada. Ada di kalangan mereka ini kadang waktu mereka masuk pertama kali nama dia Abu. Bila kita hantar dia keluar, dia cuba masuk balik, nama dia sudah jadi Ali. Tapi disebabkan sistem yang kita ada, cop jari ada, face recognition ada menyebabkan banyak kes-kes di mana kita detect orang-orang ini dan kita akan hantar mereka pulang. Tapi pun begitu kita menyedari hakikat negara kita ini banyak lorong-lorong tikus dan ada juga di antara-antara mereka ini yang cuba masuk dan menyelinap ke dalam negara kita melalui lorong-lorong tikus ini. Inilah di antara usaha Kementerian Dalam Negeri khususnya PDRM, imigresen untuk kita cuba sedaya yang mungkin untuk menutup lubang-
lubang tikus ini agar elemen-elemen yang membahayakan kedaulatan negara kita ini dapat kita minimumkan.
12. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan apakah standard operating procedure Pusat Analisis Sains Forensik Kimia Malaysia untuk bahan-bahan yang digunakan bagi pembuktian secara forensik untuk kes-kes narkotik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bahagian Narkotik, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia mengguna pakai prosedur antarabangsa yang telah disyorkan oleh United Nations Office on Drugs and Crime Vienna dalam menganalisis bahan-bahan yang digunakan bagi pembuktian secara forensik dalam kes-kes narkotik. Berpandukan prosedur antarabangsa ini, bahagian narkotik telah membangunkan dokumen Narcotic Division Procedures Manual untuk kegunaan dan rujukan makmal-makmal narkotik kimia Malaysia seluruh negara. Bahagian Narkotik, Pusat Analisis Sains Forensik Kimia Malaysia telah mendapat pengiktirafan dan pensijilan antarabangsa American National Standard Institute, National Accreditation Board (ISO/IEC 17025:2005) dalam bidang analisis dadah berbahaya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan di dalam kes-kes narkotik, atas kriteria apakah yang menyebabkan sesuatu kes itu dibawa ke Bahagian Narkotik, Pusat Analisis Sains Forensik Kimia Malaysia berbanding dengan kajian sampel narkotik yang disaring di bahagian patologi hospital-hospital. Sebagai contoh, Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini satu kes berprofil tinggi yang membabitkan orang kenamaan yang disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang ditahan positif ganja. Ujian lanjut saringan air kencing mengambil masa begitu lama dan timbul persepsi amalan berpilih mengikut kedudukan pihak yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar untuk soalan tambahan. Untuk kes-kes macam ini, saya ambil contoh-contoh sampel air kencing sama ada dia dihantar ke Jabatan Kimia ataupun hospital. So, kalau untuk melibatkan narkotik untuk air kencing, dia hanya melibatkan kes-kes yang kita terima daripada polis untuk kes kesalahan trafik dan juga kes kesalahan jenayah seperti rogol, bunuh dan mati mengejut. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya, sejauh manakah urine test untuk drug boleh digunakan sebagai test yang valid untuk mengatakan seseorang penagih atau sebagainya. Ini kerana mungkin urine test itu ada false positive, ataupun secondary smoke, dia duduk dekat tempat orang hisap ganja, dia jadi positif. Ataupun dia sudah quite tapi urine still positive ataupun finally ada berlaku unsur-unsur corruption atau abuse masa urine testing. Jadi bukan apa Tuan Yang di-Pertua, kalau urine test positive, tangkap masuk jel atau pusat serenti, duduk dalam itu, dia hilang dia punya job, famili dia hilang dia punya bread, selepas itu dia expose to tuberculosis, expose to penyakit dan akhirnya dia keluar dia mencuri, dia get back all the habit in the vicious cycle. Jadi, saya ingin tanya urine positive ini, cukupkah untuk diagnose orang itu addict. Thank you.
Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk di bawah MESSTEC melalui Jabatan Kimia kita menyediakan perkhidmatan analisis terhadap sampel yang diserahkan oleh pihak penguat kuasa undang-undang. Jadi, melalui keputusan hasil sampel itu baru kita boleh keluarkan laporan dan juga kita syorkan laporan itu mengikut akta sama ada Akta Dadah Berbahaya ataupun Akta Racun ataupun apa-apa akta mengikut keputusan yang keluar daripada sampel. Terima kasih.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Sebelum saya membaca usul ini, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan ketua- ketua komuniti peneroka FELDA dari seluruh negara ke Dewan Rakyat pada pagi ini. [Tepuk]
Parlimen mengalu-alukan kehadiran tuan, puan sekalian.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Usul Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)”, Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 dan Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018, nombor satu hingga tiga Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dibahas dan diputuskan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 4 April 2019”.
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
PENERANGAN DARIPADA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i) — Penjelasan Isu Tabung Haji
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin dan dengan hormatnya Tuan Yang di-Pertua, saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhasrat untuk menyampaikan penerangan Menteri berkaitan dengan isu Tabung Haji. Masalah yang melanda Lembaga Tabung Haji bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah lama berakar umbi sehinggakan mantan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pernah menulis surat kepada bekas Pengerusi Tabung Haji bertarikh 23 Disember 2015, yang memberi amaran bahawa Tabung Haji mengalami masalah kekurangan aset. Bagaimanapun, kerajaan ketika itu tidak mempedulikan amaran tersebut dan terus membenarkan Tabung Haji membayar hibah dividen yang tinggi walaupun keuntungannya tidak mencukupi dan bakal berdepan risiko kestabilan kewangan. Pihak pembangkang pada ketika itu tahun 2016 telah beberapa kali membangkitkan isu kerugian Tabung Haji. Namun, ia dinafikan oleh pihak pengurusan lama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu serta timbalannya yang menyatakan Tabung Haji adalah di dalam keadaan yang baik. Bukan itu sahaja, Menteri dan timbalannya ketika itu tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan mahupun menyelamatkan Tabung Haji pada ketika itu dan hanya membiarkan segala keputusan serta tindakan dibuat oleh pengurusan Tabung Haji, yang mana ahli lembaganya kebanyakannya terdiri daripada orang-orang politik. Kerugian yang berlaku menyebabkan aset Tabung Haji tidak mencukupi untuk menampung liabiliti.
Kerugian yang dialami Tabung Haji berjumlah sebanyak RM10.2 bilion. Ini kerana nilai pelaburan aset hartanah dan syarikat yang dibeli Tabung Haji dengan kos RM19.9 hanya bernilai RM9.7 bilion sahaja setakat 31 Disember 2018. Sehubungan dengan itu juga, manipulasi demi manipulasi dilakukan. Antaranya memanipulasi kedudukan akaun sebenar Tabung Haji dan membayar hibah sebelum ini dengan kadar yang tinggi. Akaun Tabung Haji dimanipulasi dengan kelulusan Menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu membenarkan supaya Tabung Haji memanipulasikan nilai saham yang harus jatuh dalam tahun yang sama sebanyak tiga kali. Mengikut amalan terbaik dan berhemah piawaian pelaporan kewangan Malaysia, sesebuah syarikat harus mengisytiharkan rosot nilai/kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus. Akan tetapi apa Tabung Haji sebelumnya lakukan dengan kebenaran Menteri menetapkan nilai saham harus jatuh Tabung Haji kepada 70 peratus dan kemudian diubah 85 peratus dan selepas itu 90 peratus. Pemalsuan ini bukan sahaja mendapat kebenaran Menteri ketika itu tetapi lembaga pengarah juga telah meluluskannya. Tabung Haji pada kepimpinan yang lalu dengan terang dan nyata memanipulasi akaun Tabung Haji untuk menyembunyikan kerugian yang dialami. Dengan keuntungan yang tidak sebenarnya wujud, Tabung Haji kemudian memberi hibah dengan kadar 6.25 peratus pada Februari 2018 dengan melibatkan pembayaran sebanyak RM2.7 bilion hasil daripada manipulasi akaun. Perkara ini dengan jelas Tuan Yang di-Pertua bertentangan dengan Akta Tabung Haji apabila kerajaan dahulu membuat pengumuman hibah walaupun keuntungan tidak mencukupi. Selepas kemenangan Pakatan Harapan, Tabung Haji kini dikendalikan oleh golongan profesional dan bukan lagi terdiri daripada ahli politik seperti sebelum ini bagi memulihkan institusi berkenaan. Hasil daripada pengurusan baharu ini mendapati beberapa penyelewengan telah berlaku. Tuan Yang di-Pertua, pengurusan lama juga menyembunyikan beberapa maklumat penting yang melibatkan penjualan saham Tabung Haji 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations. Malah, pihak pengurusan sebelum ini juga membuat pelaburan yang menyebabkan kerugian kepada Tabung Haji. Antaranya saham FGV yang mengalami kerugian sehingga RM1.1 bilion, cubaan Tabung Haji menyelamatkan Ramunia Holdings sehingga kerugian RM670 juta serta membeli 30 peratus pemilikan syarikat Putra Perdana yang melibatkan kerugian RM144 juta. Komited untuk memastikan institusi umat Islam ini terus terbela, Kerajaan Pakatan Harapan kemudian membuat pelan pemulihan terhadap Tabung Haji melalui syarikat tujuan khas atau SPV iaitu Urusharta Jamaah Sendirian Berhad, membeli aset Tabung Haji yang hanya bernilai RM9.7 bilion itu dengan harga RM19.9 bilion. Bagi memulihkan Tabung Haji juga, kerajaan akan memberikan suntikan dana bersih sejumlah RM17.8 bilion ke dalam Tabung Haji. Malah Tabung Haji juga akan dibiayai oleh kerajaan dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2020 sehingga tahun 2030. Ini bermakna kerajaan hari ini akan membuat peruntukan sebanyak RM500 juta pada tahun 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula. Bagi memastikan tiada lagi manipulasi akaun berlaku, kerajaan meletakkan Tabung Haji di bawah seliaan dan panduan piawaian Bank Negara Malaysia yang berperanan sebagai penguat kuasa peraturan ke atas Tabung Haji bagi memastikan segala piawaian dipatuhi dan supaya Tabung Haji berfungsi secara profesional tanpa campur tangan politik.
Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia juga diperlukan supaya perkara sama tidak berulang lagi di masa hadapan. Bank Negara Malaysia adalah badan berkanun yang berwibawa dan bebas daripada campur tangan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, dengan segala pelan pemulihan Tabung Haji yang dibuat ketika ini oleh pengurusan yang baharu bersama sokongan penuh Kerajaan Pakatan Harapan, ia kini telah menunjukkan kesan yang positif. [Tepuk] Akaun Tabung Haji juga sudah diimbangkan. Aset yang kurang berpotensi diserahkan kepada UJSB dan ia diganti dengan sukuk yang bernilai tinggi. Ekoran proses ini jugalah Tabung Haji mampu memberi hibah dengan jumlah RM913 juta iaitu 1.25 peratus. Setakat 31 Disember 2018, Tabung Haji merekodkan aset keseluruhan berjumlah RM76.5 bilion. Ia sekali gus mencatatkan lebihan sebanyak RM1 bilion bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2018. Ini menunjukkan kedudukan kewangannya kembali pulih jika
dibandingkan dengan keadaan Tabung Haji sebelum ini iaitu defisit aset RM4.1 bilion berdasarkan Laporan Kewangan yang diaudit bagi tahun 2017. Dengan kejayaan proses pemulihan Tabung Haji dalam tempoh yang singkat ini iaitu selama enam bulan, Kerajaan Pakatan Harapan dan Tabung Haji memberi jaminan sepenuhnya sekiranya penstrukturan ini berjalan lancar dan mendapat sokongan penuh terutamanya daripada rakyat dan pendeposit, bayaran hibah untuk Tahun Kewangan 2019 akan lebih baik dan institusi ini akan semakin maju berbanding sebelum ini. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Usul Menteri Hal Ehwal Ekonomi Di Bawah P.M. 27(3) — Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (Felda)Motion
Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan sukacitanya saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul seperti berikut: "Bahawa Dewan ini, menyedari akan perlunya diberi penjelasan mengenai isu yang dihadapi oleh FELDA serta pelan pemulihan bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan memastikan kebajikan peneroka terus dibela oleh kerajaan; Mengambil maklum cabaran dan permasalahan peneroka, hasil penemuan audit forensik ke atas lapan pelaburan yang dilaksanakan oleh FELDA dan anak syarikat FELDA serta prestasi kewangan FELDA, termasuk implikasi perjanjian pajakan tanah, pinjaman kepada peneroka dan pulangan pelaburan; Meluluskan dan merestui usaha kerajaan untuk melaksanakan pelan pemulihan jangka pendek, sederhana dan panjang ke arah kelestarian FELDA seperti yang dibentangkan dalam Kertas Perintah Bil.6 Tahun 2019; dan Bahawa dalam meluluskan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA)”, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama menyokong Kerajaan dalam menjayakan usaha ini. " Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya bentangkan Kertas Putih ‘Ke arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan atau FELDA untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, bermula dengan 616 peneroka perintis di Rancangan FELDA pertama pada tahun 1958 di Lurah Bilut, Pahang, FELDA kini telah membangunkan 112,635 peserta di 317 tanah rancangan dengan keluasan 490,000 hektar. FELDA bukan sahaja memenuhi objektif penubuhannya untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar bahkan kecekapan dan kebertanggungjawaban pengurusan tokoh-tokoh awal FELDA seperti Tan Sri Taib Haji Andak dan Yang Mulia Raja Tan Sri Muhammad Alias Raja Muhammad Ali telah membangunkan FELDA menjadi sebuah agensi yang mandiri. Malangnya, tunjang kekuatan FELDA mula merapuh sedekad yang lalu. Jika dahulu FELDA sentiasa duduk di atas Khazanah tunai berbilion ringgit, kini aliran tunai FELDA berada pada tahap kritikal. Baki tunai FELDA telah merosot daripada purata RM2.5 bilion dalam tempoh tahun 2007 sehingga tahun 2011 kepada hanya RM400 juta pada tahun 2017. Kedudukan baki tunai terus menjunam sehingga RM35 juta sahaja pada 9 Mei 2018. Kekangan aliran tunai ini telah menyebabkan FELDA tidak mampu
menampung perbelanjaan operasi, kos penanaman semula dan bantuan serta pinjaman untuk peneroka. Isu defisit aliran tunai ini turut dibangkitkan dalam Laporan Audit Jabatan Audit Negara sejak tahun 2016. Tuan Yang di-Pertua, sebelum penyenaraian FGV, FELDA menjana keuntungan operasi melalui pengurusan ladang komersial milik FELDA seluas lebih kurang 400,000 hektar. Dalam tempoh tahun 2007 sehingga tahun 2011, FELDA mencatatkan keuntungan bersih di antara RM200 juta hingga RM1.1 bilion setahun. Bagi tujuan penyenaraian FGV, FELDA telah menyerahkan pengurusan ladang komersial milik FELDA melalui Land Lease Agreement (LLA) untuk tempoh 99 tahun. Selepas penyenaraian FGV, khususnya mulai tahun 2013, prestasi kewangan FELDA mulai merosot. FELDA melaporkan kerugian secara berterusan sehingga mencatatkan kerugian tertinggi sebanyak RM4.9 bilion pada tahun 2017. Mengikut LLA, FELDA akan menerima bayaran pajakan tanah ladang berjumlah RM248 juta setahun serta perkongsian keuntungan ladang pada kadar 15 peratus setahun sebagai balasan pajakan tanah komersial milik FELDA. Namun, FELDA hanya menerima secara purata RM400 juta setahun daripada FGV berbanding keperluan sekurang-kurangnya RM800 juta setahun untuk mengurus ladang serta menjamin kebajikan peneroka. Penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion di mana FELDA telah memperoleh tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV. Perolehan FELDA sewajarnya dimanfaatkan untuk membangunkan kapasiti masa depan FELDA dan pembangunan ladang serta program modenisasi yang merangkumi teknologi dan R&D. Malangnya RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperoleh oleh FELDA melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap atau dengan izin, shady transactions. Manakala sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum. Kedudukan kewangan FELDA bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International yang dimiliki oleh Peter Sondakh pada kadar 96 peratus lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu. Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta. Yang Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Razak yang dikenali sebagai MO1 selepas ini yang merupakan Menteri Kewangan pada ketika itu terlibat dalam proses pelaburan ini dengan memberi arahan untuk menyegerakan transaksi tersebut dengan pembiayaan oleh Kementerian Kewangan. Tindakan ini bukan saja tidak bertanggungjawab bahkan bersifat jenayah. Kesan tindakan durjana ini... [Tepuk] menyebabkan FELDA menanggung liabiliti yang tinggi. Situasi FELDA menjadi semakin serius dan parah akibat corporate malfeasance atau kedurjanaan urus tadbir korporat. Jumlah hutang FELDA telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,000 seratus peratus daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107 peratus sahaja. Manakala keuntungan FELDA jatuh sebanyak 590 peratus dalam tempoh yang sama. Ini menunjukkan bahawa pinjaman hutang tidak menambah nilai kepada FELDA sebaliknya pinjaman yang dibuat oleh FELDA memberikan impak yang buruk kepada kedudukan kewangan FELDA. Menyedari hal ini, Kerajaan Pakatan Harapan mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan FELDA dari kemelut yang berterusan. Sebagai sebuah kerajaan yang peduli peneroka, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menjalankan kajian holistik tentang kedudukan keseluruhan FELDA dan merangka hala tuju masa depan FELDA. Usaha ini bermula dengan pembentukan satu pasukan khas. Di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama pengurusan baru FELDA dan firma profesional, pasukan ini memberi fokus kepada penilaian semula kedudukan kewangan, pelaksanaan kajian audit forensik dan pembentukan hala tuju baru FELDA. Dapatan audit forensik menunjukkan kerugian atau penjejasan nilai aset atau dengan izin, impairment berjumlah RM2.2 bilion bagi lapan transaksi urus niaga yang disiasat iaitu 50 peratus daripada nilai pelaburan asal. Audit forensik juga mendedahkan kepincangan tadbir urus dan kegagalan kawalan dalaman. Audit forensik mendapati konflik kepentingan dalam pengurusan amat ketara apabila Tan Sri Mohd Isa Dato’ Haji Abdul Samad yang selepas ini dikenali sebagai FELDA Officer One (FO1), memegang jawatan Pengerusi dalam FELDA, Pengerusi FELDA Investment
Corporation Sendirian Berhad dan Pengerusi FGV Holdings Berhad. Pada masa yang sama, FO1 juga memegang jawatan pengerusi untuk 39 anak syarikat di bawah FELDA dan FGV.
[Dewan riuh]
Konflik kepentingan bertambah buruk apabila FO1 juga mempunyai kuasa eksekutif sebagai Pengerusi FELDA. Sebagai contoh pembelian Park City Grand Plaza Kensington di London dibuat oleh FO1 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA dengan harga yang melebihi kadar pasaran dan gagal mengikut dasar pelaburan yang ditetapkan. FO1 membeli aset ini pada harga RM331 juta sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah RM128 juta.
[Dewan riuh]
Pengurusan FELDA telah membuat laporan polis terhadap mereka yang terlibat dalam salah laku berdasarkan dapatan audit forensik. Dalam usaha untuk meneliti kedudukan sebenar FELDA, kerajaan amat prihatin dengan kebajikan peneroka termasuk hutang peneroka kepada FELDA. Menurut rekod FELDA, baki hutang peneroka telah mencecah RM7.7 bilion pada tahun 2018 yang merangkumi antara lain kos penanaman semula, pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil. FELDA menghadapi kesukaran untuk mengutip semula hutang peneroka akibat kelemahan proses pengurusan peneroka, kelewatan dalam proses mengemas kini rekod peneroka dan akaun peneroka yang belum dikunci. Kerajaan juga memandang serius di atas tindakan lebih 20,000 peneroka yang merampas kebun dan menghantar hasil kepada peraih dan kilang-kilang persendirian bagi mengelak pemotongan hutang kepada FELDA. Tindakan ini menyebabkan FELDA gagal untuk mengutip semula hutang dari peneroka tersebut. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada peraih dan kilang-kilang persendirian yang membeli hasil daripada peneroka yang merampas kebun. Untuk menggalakkan peneroka menghantar hasil mereka ke kilang-kilang milik FGV, FELDA dengan kerjasama Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah pun memperkenalkan Skim Pembayaran Tunai dalam Projek Perintis di FELDA Wilayah Jengka dan akan dikembangkan kepada wilayah-wilayah di seluruh negara. Pada ketika yang sama, kerajaan mengambil serius di atas aduan peneroka- peneroka berhubung kelemahan pengurusan ladang oleh FELDA Technoplant Sendirian Berhad (FTP) yang menyebabkan penjanaan hasil yang tidak optimum. FELDA bersedia untuk melihat kaedah-kaedah penambahbaikan termasuk semakan operasi atau dengan izin, operational review. FELDA juga sedang dalam proses menggabungkan FTP dengan Jabatan Perladangan dan Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula, bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan, pengurangan kos, mengoptimumkan produktiviti dan memaksimumkan hasil kebun peneroka. FELDA turut mendengar rintihan peneroka-peneroka berhubung isu yang berkaitan penyata hutang peneroka. FELDA komited untuk memastikan integriti penyata hutang peneroka melalui proses penambahbaikan penyata tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kelestarian FELDA amat penting bagi menjamin masa depan peneroka. Langkah pemulihan FELDA harus berteraskan usaha-usaha yang lebih gigih dan progresif demi menjamin industri perladangan yang mampan dan melahirkan generasi baru FELDA yang mandiri, kreatif dan inovatif yang berupaya mencipta rangkaian nilai ekonomi negara. Pelan transformasi dan hala tuju FELDA akan memberikan tumpuan kepada penambahbaikan tadbir urus, penstrukturan dan pengukuhan kewangan dan operasi. Tadbir urus korporat yang berasaskan ketelusan dan akauntabiliti begitu penting untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan peneroka serta mengukuhkan kedudukan FELDA. Langkah-langkah yang telah dan sedang diambil adalah: (i) melantik kepimpinan baru FELDA yang terdiri daripada golongan profesional, berwibawa dan berintegriti; [Tepuk] dan (ii) menyusun semula struktur korporat dan pengurusan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dan yang ketiga memperkenalkan sistem semak dan imbang bagi mencegah dan menghalang penyalahgunaan kuasa dan salah laku rasuah. FELDA memerlukan sistem kewangan yang baharu dan lestari. Kedudukan kewangan semasa FELDA perlu distruktur semula dengan kadar segera melalui penstrukturan semula pinjaman dengan institusi kewangan dan rasionalisasi aset.
Kegagalan menstrukturkan semula pinjaman FELDA akan mendedahkan FELDA kepada pembayaran pinjaman dan kadar faedah berjumlah RM2.5 bilion untuk tahun 2019.
Pada tahun 2018, FELDA terpaksa melunaskan RM1.4 bilion bayaran pinjaman dan kadar faedah kepada institusi kewangan. Untuk mendukung usaha FELDA, kerajaan bersetuju memberi jaminan kerajaan atau pun government guarantee bagi membolehkan FELDA menstrukturkan semula pinjaman dengan institusi kewangan. FELDA kini di dalam proses mengenal pasti aset-aset tidak strategik yang berpotensi untuk dicairkan bagi menjana aliran tunai pada nilai yang terbaik. Tuan Yang di-Pertua, FELDA akan memperkenalkan model baru pengurusan tanah peneroka melalui sewaan tanah untuk satu tempoh jangka panjang yang munasabah. Model ini akan menyelesaikan isu demografi peneroka dan ketiadaan ekonomi bidangan atau economies of scale. Pengenalan model baru ini akan membolehkan tanah peneroka- peneroka digabungkan dan diusahakan secara cekap berskala besar dengan ekonomi bidangan yang boleh mengurangkan kos operasi dan meningkatkan produktiviti. FELDA juga bertekad untuk melahirkan peneroka baru yang mahir dan inovatif bagi meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian dan ternakan yang menggunakan teknologi baru seperti smart farming dan precision agriculture. Usaha ini akan membantu peneroka untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil sawit. Sebaliknya, peneroka mampu menjana pendapatan baru yang bernilai tinggi melalui hasil tuaian dalam tempoh yang singkat. Bagi melaksanakan gagasan baru ini, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sejumlah RM1 bilion untuk tempoh empat tahun. [Tepuk] Demi meringankan bebanan hutang peneroka, skim pengurusan aset canggih akan diperkenalkan bagi memberi bantuan yang lebih fleksibel menggantikan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil. Melalui skim baru ini, peneroka akan menerima pinjaman yang bersesuaian berdasarkan pendapatan mereka. Cadangan skim baru ini sedang di teliti secara mendalam, termasuk libat urus dengan peneroka-peneroka. Sementara proses ini sedang berjalan, FELDA akan meneruskan pembiayaan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil mengikut kadar sedia ada. [Tepuk] Bagi tahun 2019, kerajaan telah meluluskan sejumlah RM480 juta untuk tujuan pembiayaan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil. Tuan Yang di-Pertua, untuk membiayai pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil, FELDA terpaksa menanggung kos kewangan yang besar melalui pinjaman dari institusi kewangan yang mengenakan kadar faedah di antara 4 peratus hingga 6 peratus. Kerajaan lama memindahkan kos ini kepada peneroka dengan mengenakan kadar faedah efektif sebanyak 3.8 peratus di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil. Kerajaan baharu, Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji untuk menghapuskan hutang tidak wajar bagi meringankan bebanan peneroka. Merasai denyutan nadi peneroka, kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar faedah di atas pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang dibebankan kepada peneroka. Bantuan kerajaan ini dianggarkan berjumlah RM2 bilion. [Tepuk] Kerajaan juga amat prihatin terhadap masalah perumahan generasi kedua FELDA. Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang terbengkalai sekian lama tanpa pembelaan daripada kerajaan lama. Sebagai sebuah kerajaan yang peduli generasi baharu FELDA, Kerajaan Pakatan Harapan bertekad untuk menyiapkan 4,794 unit rumah yang tahap kemajuannya 70 peratus dan ke atas. Untuk tujuan ini, kerajaan meluluskan sebanyak RM250 juta bagi tahun 2019. [Tepuk] Sukacita saya mengumumkan bahawa secara keseluruhannya, Kerajaan Pakatan Harapan telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion berbentuk geran pinjaman dan jaminan kerajaan secara berperingkat mengikut keperluan bagi melaksanakan inisiatif-inisiatif di atas. [Tepuk] Sehubungan dengan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mengambil peduli tentang masalah peneroka FELDA dan masa depan FELDA. [Tepuk] Saya juga ingin menzahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), Kami Anak FELDA (KAF), Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Koperasi Permodalan FELDA (KPF), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Pertubuhan Suara Generasi Kedua FELDA (SGK2F) dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang secara aktif memberikan pandangan, teguran dan nasihat dalam program libat urus dengan kementerian dan juga pengurusan FELDA. Saya berharap usaha kerajaan ini akan mendapat sokongan dan dukungan daripada peneroka-peneroka FELDA untuk mengembalikan FELDA sebagai sebuah agensi yang
mampu mengangkat martabat peneroka FELDA dan menjamin kelestarian FELDA. Saya yakin FELDA mampu bangkit semula. Dengan model baru, FELDA akan menyuntik tenaga baru dan mengoptimumkan potensi untuk maju dan memodenkan industri pertanian. Wahai peneroka FELDA, Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai keyakinan kepada kalian. Sama- sama lah kita bangkit, bersatu [Tepuk] dan maju bersama demi kegemilangan FELDA, rakyat dan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, Kertas Putih ke arah kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ini amat ditunggu-tunggu oleh semua yang mempunyai perkaitan dengan industri FELDA. Kertas Putih ini adalah usaha murni Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan membolehkan FELDA bangkit semula menjadi agensi yang disegani kerjaannya. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah usul Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi terbuka untuk dibahas. Jadi, seperti biasa sebelum itu saya ingin memaklumkan. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat memulakan perbahasan, saya ingin memaklumkan bahawa perbahasan usul Kertas Putih ke atas kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dihadkan masa selama 10 minit bagi setiap pembahas. Seterusnya Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi akan menjawab pada jam 4 petang. Sekian, terima kasih. Pembahas pertama, saya ingin menjemput Yang Berhormat Port Dickson. Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk memberikan ucapan tahniah kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Pengurusan FELDA [Tepuk] kerana membentangkan secara terang. Memanfaatkan laporan akaun Ernst & Young, yang menjelaskan apa yang diungkapkan, dengan izin, unreserved fundamental failures pengurusan dan governance FELDA. Keduanya, berbeza daripada beberapa kajian terdahulu, ada tumpuan untuk mendengar keluhan dan interaksi dengan peneroka dan mempertahankan kepentingan mereka. Ketiga, forensic report yang disertakan itu sangat terperinci dan memberikan penjelasan berdasarkan data dan akaun. Saya ingin meminta perhatian Menteri dan pengurusan FELDA, bahawa sesungguhnya FELDA tidak diasaskan begitu dan perkembangan peringkat awal seperti yang disebut tidak menunjukkan tahap kerugian.
Tokoh-tokoh seperti Tan Sri Taib Andak, Tan Sri Raja Muhammad Alias bukan sahaja terkenal sebagai pakar-pakar dan pengurus kewangan yang handal tetapi kekuatan mereka adalah pada integriti dan pengurusan yang menyebabkan [Tepuk] FELDA mencatat keuntungan yang membanggakan. Dia bermula seperti mana disentuh dalam laporan ini daripada kepakaran baru 2009 setelah Perdana Menteri mengambil alih tanggungjawab pengurusan FELDA, Dato’ Sri Mohd Najib ketika itu, maka PEMANDU diminta memberikan saranan. PEMANDU cadang untuk memperkukuh Fitch setelah penyenaraian sebagai investment holding company dan ini yang menyebabkan kerugian seperti mana yang disebut dalam muka surat 50, RM837 juta. Ada beberapa pertimbangan yang saya mohon diberi perhatian oleh Yang Berhormat Menteri termasuk business plan yang akan sentuh sendiri tetapi ada beberapa pertanyaan saya ingin kemukakan. Apakah benar Pengerusi FELDA FGV dan 53 syarikat itu mendapat habuan, pendapatan dan elaun lebih RM2 juta satu tahun, Tan Sri Isa Samad? Kedua, apakah benar pada tahun 2014 Pengerusi FELDA FGV, di bawah Jabatan Pengerusi FELDA dan FGV membelanjakan RM140 juta untuk urusan kerja beliau yang tidak munasabah yang tidak masuk akal? Saya minta penjelasan itu. Saya ingin menyentuh tentang apa yang saya kira harus diberikan penekanan. Punca masalah yang dikemukakan oleh PEMANDU, penubuhan FIC dan FGV tetapi FGV dalam penyelesaian itu kurang diberi penekanan. FGV ini masih dikuasai oleh FELDA, sebanyak 33.4 peratus FELDA, KPF lima peratus. Mulanya satu ahli lembaga di bawah Tan Sri Isa semasa Tan Sri Shahrir ditambah
satu lagi ahli lembaga. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah kali yang pertama syarikat yang dikuasai oleh FELDA tetapi tidak punyai perwakilan yang cukup dari FELDA. Ini harus dibetulkan. [Tepuk] FELDA seperti mana disebut dalam laporan, dari perjanjian tanah itu diperolehi pulangannya tetapi janji pulangan yang RM800 juta itu tidak pernah tertunai setelah FGV ditubuhkan. Kalau tidak dibicara soal FGV yang sebenarnya cash cow, FELDA tanpa menguasai semula FGV dan berunding semula tentang beberapa terma yang rosak oleh FGV tidak mungkin akan berlaku. Malah FGV sekarang mahu berkembang sebagai satu independent unit dikuasai sebenarnya kita tahu mana-mana syarikat dikuasai, penguasaan saham itu oleh FELDA. Apa yang mengejutkan ialah pengurusan FGV ketika itu pindah dari Menara FELDA, kosongkan Menara FELDA dan pindah ke Menara Sime Darby sebab tidak peduli tentang kepentingan aset FELDA. Saya difahamkan orang-orang seperti ini yang telah bertanggungjawab dalam menyebabkan kerugian dan berunding dengan pimpinan negara, Perdana Menteri dan Pengerusi, Tan Sri Isa, itu masih lagi kekal dalam GLC utama negara kita dan ini saya fikir harus juga dibetulkan. Kedua ialah tentang ketidaktentuan harga pasaran. Pada 2011 memang betul CPO RM3,000 tetapi berbeza daripada cara pengurusan Raja Alias. Dia menggunakan model cross subsidy supaya kalau turun harga, ada bend FELDA menanggung, tidak ditanggung oleh peneroka dan kalau naik melebihi satu jangka harga yang agak tinggi FELDA akan mencatat keuntungan. Jadi mekanisme ini harus dilihat kerana dalam business plan itu soal unjuran harga tidak diberi penekanan dan saya fikir untuk FELDA ini sangat penting. Kita tahu bahawa harga pasaran sekarang ini, hari ini RM1.26, paling rendah satu ketika RM0.63. Maka harapan berdasarkan unjuran ini kita akan terus bergantung kepada suntikan kerajaan. Maka dalam business plan harus mengambil kira sejauh mana keperluan untuk mendapat suntikan kerana yang pasti pendapatan FELDA adalah RM248 juta LLA dan oleh yang demikian kontrak FELDA dengan FGV itu harus dilihat semula. Kerajaan punyai kekuatan kerana FELDA dan FGV juga ada kuat kepentingan di FELDA, rundingan perjanjian itu berat sebelah dan kalau dia buat apa-apa pun dalam keadaan sekarang, di swasta atau dijual, FGV tidak adil kerana perjanjian itu adalah fundamentally flawed dan seperti mana yang kita harus lakukan tanggungjawab kita adalah untuk melihat semula kerana kedudukan tanah milik FGV itu mesti dipastikan dipindah kepada FELDA. Kalau tidak, kekal dalam FGV maka pengurusan FGV itu tidak harus bebas dari FELDA kerana kepentingan FELDA itu masih di tahap majoriti. Ini ada kaitan kerana kos pengurusan kalau kita lihat di muka surat iaitu di dalam kos operasi, saya ingat Yang Berhormat Menteri lebih familiar paging nya. Kos operasinya daripada RM400,000 sebaik Tan Sri Isa jadi Pengerusi melonjak RM1.4 bilion dan ini kekal sampai sekarang. Kalau kos operasi begitu, tidak mungkin FELDA akan dapat pulangan yang munasabah dan ini saya fikir ada kelompongan dalam laporan kerana tidak diberikan penekanan yang begitu berat. Saya minta sedikit lagi izin daripada Tuan Yang di-Pertua untuk menyelesaikan ini.
Silakan.
Saya sebutkan tentang market pricing for volatility yang mesti dikendali dan yang keduanya ialah tentang business model FELDA yang juga harus mengambil kira tentang kedudukan dan kepentingan. Kita kena tahu sejarahnya sebab itu saya ingat rundingan dengan pengurusan sebelum 2009 itu penting. Kita tidak boleh hanya tertakluk kepada pengurusan sekarang ataupun kepakaran dan juruaudit kerana pengurusan yang lalu walaupun tidak mungkin dianggap perfect tetapi sekurang-kurangnya tidak membebankan sehingga kerugian, lompongan, kerosakan dan rompakan yang berlaku. Sebelum listing, KPF miliki 51 peratus dan FELDA 49 peratus dan ini telah didilute menjadi 33.4 peratus dan lima peratus koperasi.
Oleh sebab itu, saya rasa hal ini mesti dipulihkan kerana kalau kita lihat beberapa yang saya anggap fundamentally flaw decision. Pertama, menjual refineries FELDA yang terbaik kepada IFFCO dan IFFCO sekarang mencatat keuntungan sangat besar. Bagaimana FELDA boleh terus kepada downstream activity kalau refinery yang paling bernilai telah dijual? Dan kita tinggal yang mungkin tidak begitu economic strategic dan oleh yang
demikian, sekiranya business plan itu menekankan tentang downstream, downstream itu tidak mungkin berkesan kalau refinery utama itu dimiliki oleh syarikat asing. Syarikat India, kalau tidak salah saya, yang menguasai yang dijual ini dalam pelan muka surat 65. Kerana refinery yang terbaik itu dijual pada tahun 2009 oleh, pada ketika itu, keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Isa dan Bakke sebagai CEO. Yang lain itu, Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan beberapa unjuran dan pandangan tentang rasionalisasi pelaburan dan apa yang disebut model FELDA baharu. Akan tetapi, suntikan daripada kerajaan ini RM6 bilion. Selalunya kalau ikut pengalaman singkat saya, kita perincikan berapa jumlah bayar hutang, berapa jumlah untuk pelaburan. Kerana sekarang ini dalam keadaan FELDA itu bleeding, saya difahamkan ada 100 kenderaan baharu dibeli. Kalau pihak media melihat di Ibu Pejabat FELDA, penuh sesak dengan kereta-kereta baharu. Mungkin ordernya lama. Akan tetapi, itulah perangai pengurusan yang harus dibetulkan. Rakyat peneroka susah tetapi kereta baharu 100 lebih masih lagi dibeli. Kononnya ada keadaan terdesak. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya harap satu lagi tentang yang disentuh oleh Menteri dalam pembentangan, walaupun tidak dalam laporan, ialah soal peneroka ini bukan sahaja soal kepentingan mereka membayar semula dan dipotong faedahnya ya tetapi kalau keputusan pengurusan itu salah, belanja tidak munasabah, maka tidak wajar peneroka bayar. Peneroka harus bayar hutang. Kita setuju. Akan tetapi, kalau hutang itu melibatkan beberapa perbelanjaan yang tidak munasabah, untungnya dikaut oleh pengurusan, kerugian yang puncanya mereka, elaun mereka yang berlebih-lebih, pejabatnya itu tiga kali, empat kali daripada Perdana Menteri, Pejabat Pengerusi FGV. Saya anjurkan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melawat pejabat FGV. Mungkin hendak kena pindah ke situ pejabatnya. Jauh lebih hebat. Jadi, tidak ada concern tentang kos. Wang itu wang peneroka dan peneroka harus bayar. Kalau benar tadi RM140 juta perbelanjaan Pengerusi FELDA satu tahun, bawa keluarga ke sana ke sini semuanya atas tanggungan FELDA, mengapa harus peneroka bayar? Ini soal yang mesti dicerakinkan secara teliti. Peneroka harus bayar hutang kepada FELDA tetapi tidak wajar bayar hutang yang disebabkan oleh rompakan pengurusan atau pimpinan politik pada ketika itu. [Tepuk] Jadi saya, Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya menyokong usaha ini dan dengan peringatan yang sangat tegas, pengurusan tidak boleh berlagak terlalu confident kerana cadangan-cadangan yang disebut kebanyakannya disebut pun dalam cadangan Pemandu tahun 2009. Tahun 2009 kalau kita baca cadangan Jawatankuasa Pemandu, memang disebut tanaman kontan, tanaman alternatif semua itu disebut. Machinery dan sebagainya. Akan tetapi, pelaksanaannya kadang-kadang seperti mana yang dikirim oleh Bank Dunia, hantar anak muda yang expertisenya business studies, ada pengalaman di Washington, datang di sini menjadi expert pertanian diletakkan di Khazanah. Lingkuplah projek itu. Jadi hal ini yang sedemikian saya bimbang kalau pengurusan itu atas kertas tidak dikawal dan perbelanjaan pengurusan itu mesti dikurangkan. Ini kebiasaan kita dalam pengurusan. Dia tidak peduli kerugian yang ditampung. Ini bukan syarikat dia. Dia hanya pengurus. Jadi perbelanjaan itu berlipat kali ganda. Dia lupa bahawa dia pegang amanah. Yang harus bayar itu peneroka. Kita di sini mesti ingat peneroka itu 300,000 keluarganya dan aktiviti dan perniagaan sampingan yang kita bahaskan pada hari ini adalah kepentingan satu juta rakyat Malaysia. Saya menyokong. [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya teruja kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada mendengar sekali hujahan kita. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, setelah Kerajaan PH mengambil alih, apabila saham turun, kita kehilangan RM270 bilion. Bukan sedikit. RM270 bilion nilai saham hilang daripada ekonomi negara. Kesannya kepada FGV, Yang Amat Berhormat Langkawi. Saya ingin memaklumkan FGV atau Felda Global Ventures ini untung tahun 2012― RM1.11 bilion; tahun 2013― RM1.53 bilion; tahun 2014― RM0.81 bilion untung; tahun 2015― RM0.44 bilion untung; tahun 2016― RM0.25 bilion untung; tahun 2017― RM0.4 bilion
untung. Akan tetapi apabila Yang Amat Berhormat Langkawi mengambil alih kerajaan― Menteri Ekonomi lah. Saya tidak mahu salahkan...
[Dewan ketawa]
Saya kalau jumpa Yang Amat Berhormat Langkawi, saya salam cium tangan. Arwah ayah saya, saya cium tangan. Bekas-bekas Perdana Menteri. Yang Berhormat Pekan saya tidak cium tetapi...
[Dewan riuh]
Saya tidak pernah cium tangan. Saya tidak pernah cium tangan Yang Berhormat Pekan.
Suka cium tangan ni.
Saya cium tangan Tun Abdullah Badawi. Saya cium tangan Tun Mahathir. Okey. Tahun 2018 rugi RM1.04 bilion ini. Ini tidak disebut di dalam Kertas Putih. Saya mencari satu persatu. Saya baca, saya baca. Kenapa tidak disebut kehilangan RM270 bilion hilang daripada ekonomi menyebabkan FGV rugi pada tahun 2018 RM1.04 bilion? Penyenaraian jana hasil― RM10.5 bilion. Saya terlibat dengan FELDA ini. Tahun 2005 hingga tahun 2008 sebagai Pengarah Seranta (FELDA). Tahun 2009 sampai 2013 sebagai Timbalan Menteri yang menjawab di Dewan ini dan Timbalan Menteri yang bertanggungjawab tentang FELDA. Jadi, banyak kawasan FELDA yang telah saya pergi dan tidur di rumah peneroka. Merisaukan isteri jugalah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita kena akui kejayaan FELDA. Seramai 112,635 keluarga peneroka. Yang Berhormat Gombak tadi sebut peserta. Saya suka menyebut keluarga. Sebab, FELDA ini mempunyai bilangan anak yang ramai. Kenapa anak peneroka ramai? Sebab lampu tutup awal, Yang Amat Berhormat Langkawi. Pada ketika itu kawasan yang diteroka kawasan yang sukar. Malam, apabila mereka rasa hidup terjamin, anak mereka ramai. Satu yang kita kena akui bahawa 112,635 keluarga ini keluar daripada kemiskinan tegar. Jasa besar Allahyarham Tun Razak. Setuju Ahli-ahli Yang Berhormat?
Setuju!
Pendapatan tahun 1980 - RM591 sahaja. Akan tetapi pendapatan tahun 2016 - RM2,336 satu keluarga. Daripada RM500 kepada RM2,336. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, selepas ini model baharu, tanah hendak disewa ini, berapa sewaan?
Saya harap sewaan mesti lebih tinggi daripada RM2,336. Mungkin sewaan RM2,500 sebulan untuk peneroka yang mempunyai 10 ekar tanah. Kemudian apa lagi sebab segala perkara ini berlaku? Kerana harga sawit dan getah jatuh, Yang Amat Berhormat Langkawi. Itu sebab segala-galanya. Sekarang ini antara tugas utama kita ialah untuk meningkatkan harga sawit dan harga getah bukan dengan kaedah-kaedah cadangan- cadangan yang pelik-pelik hingga ditertawakan. Satu lagi sebab Yang Amat Berhormat Langkawi dan Yang Berhormat Pandan. Kos yang tinggi untuk tanam semula. Getah ini apabila sawit umur 20 tahun kena tebang dan kena tanam semula. Kos tanam semula ini RM254,000 baca dalam ini. Kenapa tanam semula sampai RM254,000? Mana peneroka ada duit untuk membayar RM254,000 ini. Jadi, kena turunkan kos tanam semula ini. Oleh kerana itu saya ingin mencadangkan 10 perkara. Pertama, Kita hendaklah memberikan semangat kembali kepada peneroka FELDA untuk menjadi masyarakat terbaik di luar bandar. Ramai di sini ialah anak-anak orang kampung. Mana kita ada dapat tanah 10 ekar? Mana kita ada dapat tapak tanah 0.25 ekar?
Yang Berhormat Pontian.
Tak payah. Mana kita ada dapat rumah sebiji? Tak dapat.
Jaga selepas ini.
Kita tak dapat segala-galanya itu. Mana ada pengurus yang di bayar gaji untuk mengurus kampung kita? Kita tidak dapat. Sebanyak 22,000 kampung yang lain tak dapat. Yang dapat hanya 317 kampung, yang dapat
itu semua. Oleh kerana itu, mesti mereka ini dijadikan masyarakat terbaik luar bandar. Itu saya tak nampak ada dalam ini. Yang kedua ialah pengurusan. Anak-anak peneroka sekarang sudah pandai-pandai, ada yang profesor, ada yang KSU Yang Amat Berhormat Langkawi. KSU anak peneroka, ketua setiausaha kementerian. Mereka ini patut diminta untuk jadi pengurusan utama FELDA. Saya difahamkan pengurusan utama sekarang ini tak ada seorang pun anak peneroka. Mana ada jiwa mereka untuk membangunkan kawasan rancangan mereka. Jadi, tambah anak peneroka dalam pengurusan. Ketiga usahawan. Mereka tidak boleh hanya bergantung kepada 10 ekar getah, 10 ekar sawit, mereka perlu jadi usahawan IKS, industri kecil sederhana banyakkan supaya mereka ini jadi usahawan. Generasi peneroka menjadi generasi bangsa usahawan. Keempat pendidikan dan kemahiran. Tentu Yang Amat Berhormat Langkawi bersetuju kepada saya. Satu-satu keluarga itu boleh berubah secara vertical mobility dengan pendidikan. Emak ayah saya penoreh getah yang miskin, yang hanya boleh membaca mim, sin, lam, nun nama ayah. Akan tetapi saya berada di sini, dahulu berada di sana kerana pendidikan. Oleh kerana itu, anak-anak peneroka ini mesti diberikan pendidikan. Buat MRSM seberapa banyak yang boleh untuk anak peneroka. Setuju Ahli-ahli Yang Berhormat?
Setuju.
Wujudkan pusat-pusat kemahiran khas untuk anak peneroka ini dan anak-anak orang kampung yang lain. Itu yang keempat yang kelima, kos tanam semula tadi tolong turunkan. Yang keenam, harga sawit dan getah tolong tingkatkan. Kalau tidak, selama itu usaha kita untuk membantu peneroka dan masyarakat luar bandar ini tidak akan tercapai.
Mohon pencelahan.
Yang ketujuh, ––jawab kemudian. Boleh berucap kemudian.
Mantan Pengarah Agama FELDA hendak cakap.
Tahu, saya mantan Timbalan Menteri FELDA.
Kita sama-sama mantan. [Ketawa]
Yang ketujuh, Koperasi Permodalan FELDA ini ialah koperasi yang terbaik dalam seluruh Malaysia. Ada berpuluh ribu koperasi, tanya Menteri Pembangunan Usahawan, dia menjaga koperasi. Berapa ramai dalam koperasi? 264,000 ahli koperasi ini. Jadi, KPF ini perlu diberikan perniagaan dan tingkatkan perniagaan dalam KPF. Yang Kelapan, bawa industri ke kawasan FELDA supaya orang-orang FELDA ini tak keluar. Sekarang ini sekolah-sekolah FELDA Yang Amat Berhormat Langkawi, jadi sekolah kurang murid. Siapa lagi hendak duduk FELDA? Semua keluar, Yang Berhormat Pengerang pun tahu kawasan dia ada banyak FELDA. Yang Berhormat Bera tahu kawasan dia banyak FELDA. Paya Besar dan Tenggara kawasan banyak FELDA. Mereka keluar kerana tidak ada kawasan industri untuk mereka menjadi pengurus kilang dan sebagainya. Itu yang kelapan. Kesembilan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mohon mencelah.
[Dewan riuh]
Wah! Hari ini dalam sejarah. [Ketawa] Saya bagi laluan sepenuhnya.
[Dewan ketawa]
Takkan tak beri laluan. [Ketawa]
Cium tangan.
Sebagai wakil rakyat Langkawi, saya kagum dengan cerita-cerita dongeng, sampaikan yang saya hairankan,
kenapa dia tidak bagi tahu kepada bossku lama dia?
[Dewan ketawa]
Supaya hari ini kita tidak ada masalah dan tak perlu ada Kertas Putih. Semua bersih belaka. Akan tetapi penyangak-penyangak ini
[Dewan riuh]
telah meninggalkan bekas- bekas mereka dan kitalah yang perlu bersihkan. Yang Berhormat-Yang Berhormat, begitu banyak untung FGV ini berbilion-bilion. Tolong tunjuk di mana duit itu ada? Terima kasih.
[Dewan riuh]
Dalam banyak-banyak manusia di dunia ini, manusia yang saya paling tidak mahu berkontroversi ialah dengan Yang Amat Berhormat Langkawi. [Ketawa] Akan tetapi saya sudah sebut tadi pada Yang Amat Berhormat Langkawi, daripada 2012 hingga 2017 untung FGV itu, boleh disemak segala-galanya. Saya bukan buat cerita dongeng dan ia rugi tahun 2018. Begitu juga Khazanah Yang Amat Berhormat Langkawi. Sepuluh tahun sudah, semua untung. Tiba-tiba 2018 rugi habis Khazanah ini.
Untung mana duitnya? Untung mana pi duit? Sudah untung mana pi duit?
[Dewan riuh]
Mana pergi duit? Yang Amat Berhormat Langkawi, yang hari itu Yang Amat Berhormat sebut hutang turun. Hutang tak turun. Hutang naik daripada 50.8 peratus daripada KDNK kepada 51.8 peratus daripada KDNK.
Siapa yang dongeng?
Daripada RM686 bilion naik kepada RM777.1 bilion. Sebanyak RM91 bilion hutang naik ketika kerajaan baru bawah Yang Amat Berhormat Langkawi. Okey, cukup sekadar itu. Saya hormat.
Mohon mencelah, mohon mencelah, jangan lupakan mantan.
Yang kesepuluh.
Tidak berani kah?
Yang Berhormat Hulu Langat minta laluan.
Yang ke-10 ya–– Saya minta tambahan masa sebab Yang Amat Berhormat tadi ambil masa saya.
Ya, bagi laluan kepada saya juga.
Tak payah.
Ha! Tak berani terima kasih.
Dia layan standard Perdana Menteri sahaja.
Saya hanya bagi laluan kepada Timbalan Perdana Menteri, pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sahaja. [Ketawa] Perkara 10, cadangan perkara 10 yang akhir ialah...
Cium tangan.
FELDA ini terbahagi dua. Satu FELDA peneroka, satu lagi FELDA perniagaan. Oleh kerana itu, cuba kita asingkan. Ada seorang pengerusi, timbalan pengerusi anak peneroka jaga peneroka. Timbalan pengerusi anak peneroka yang tahu business jaga perniagaan. Oleh kerana itu kita tidak campur adukkan sehingga pening kepala. Maka saya mengharapkan agar kejayaan peneroka yang dimulakan oleh Allahyarham Tun Razak ini diteruskan kejayaannya, ini niat baik. Kejayaan peneroka dan segala FELDA yang menjadi contoh penghapusan kemiskinan untuk seluruh dunia menjadi contoh FELDA ini dimulakan oleh Allahyarham Tun Razak. Moga diteruskan kegemilangannya oleh Yang Amat Berhormat Langkawi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Pembahas ketiga ialah Yang Berhormat Kubang kerian. Silakan.
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Berucap dalam bahasa Arab] Pertama sekali saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang membentangkan Kertas Putih ini yang memang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya di kalangan peneroka FELDA. Kita mengakui bahawa FELDA memerlukan suntikan dana bagi memulihkan semula sama ada maruahnya dan urus tadbir perjalanan FELDA. Semoga apa yang disebut oleh rakan- rakan tadi bahawa ia akan dapat meningkatkan lagi maruah FELDA di dunia. Ada beberapa aspek yang saya ingin beri perhatian yang saya kira dalam bentuk beberapa cadangan penambahbaikan kepada isu FELDA. Pertama sekali, FELDA perlu kembali semula pada asas tujuan FELDA ditubuhkan. Untuk makluman, Almarhum Tun Razak sewaktu mengemukakan cadangan ini dia melihat faktor ekonomi ini di kalangan rakyat yang tidak ada tanah dan kampung yang tidak tersusun.
Hasil daripada inisiatif itulah, memohon kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menyerahkan tanah yang menjadi hak negeri kepada FELDA. Akan tetapi sayangnya, ada 360 ribu hektar ladang sawit yang tidak dimasukkan peneroka FELDA Plantations dan ini lari daripada tujuan asal penubuhan FELDA. Kerajaan negeri sebenarnya menyerahkan tanah mereka kepada FELDA bahkan premium pun ada yang tidak bayar pun kepada kerajaan negeri dengan tujuan bahawa kembalikan semula matlamat FELDA. Saya menyeru supaya 360,000 FELDA Plantations dimasukkan peneroka FELDA supaya matlamat bagi meningkatkan hasil kepada peneroka FELDA dan rakyat yang tidak ada tanah dapat kita tingkatkan. Keduanya ialah soal— saya minta maaf kepada Yang Berhormat Menteri bila menggunakan istilah ada 20,000 peneroka yang rampas ladang atau rampas kebun dalam pembentangan tadi. Saya fikir istilah rampas kebun ini tidak begitu tepat kerana perjanjian asal peneroka masuk ke FELDA, setelah mereka tamat membuat pembayaran semua hutang, mereka mempunyai hak untuk mengurus sendiri ladang mereka. Apa yang berlaku ialah mereka mengurus sendiri ladang tersebut. Sebab itu kalau kita lihat persoalannya kenapa mereka hendak urus sendiri ladang? Kenapa tidak teruskan dengan FELDA? Pertama, kerajaan sepatutnya menggalakkan peneroka yang mampu berdikari untuk terus berdikari supaya bebanan itu tidak diletakkan kepada FELDA. Ramai peneroka yang mampu sebenarnya mengurus sendiri dan ternyatanya hasilnya jauh lebih besar daripada apa yang mereka dapat sewaktu pengurusan dengan pihak FELDA. Kalau kita punya ladang, kita urus ladang kita, pembajaannya, jagaannya dan lebih rapi daripada sebuah konsortium, sebuah badan yang mengurus semula ladang tersebut. Pengalaman saya secara peribadi, sebahagian besar ladang yang berada di tepi jalan sangat cantik. Akan tetapi ladang yang berada di luar yang jauh di pinggir-pinggir hutan dia akan gagal. Ini kerana pemantauan yang tidak cermat menyebabkan pembajaan tidak mengikut jadual yang sepatutnya. Kedua, ialah kerana kegagalan FELDA menguruskan ladang. Ketiga, hasil yang tidak munasabah. Sebagai contoh apabila mereka serahkan hasil kepada FELDA, mereka hanya dapat lingkungan dalam RM1,000 hingga RM1,800. Jikalau mereka urus sendiri, kadang-kadang sampai dapat sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 sebulan. Ini di antara faktor, mungkin faktor pembajaan dan sebagainya. Keempat ialah kerana hutang yang tidak jelas. Peneroka tidak dapat penyata hutang, berapa hutang sebenar. Bahkan apa yang disebut tadi, saya ingat saya setuju bahawa sangat tidak munasabah kalau hutang tanam semula FELDA sebanyak RM250,000. Bayangkan kalau waktu mereka tanam kali pertama, hutangnya sekitar antara RM60,000 ke RM80,000 sahaja. Takkan kalau tanam kali kedua, jalan ladang sudah ada, semua sudah ada, sampai RM200,000. Untuk makluman, inilah masalah yang sedang dihadapi oleh peneroka-peneroka hari ini. Apabila mereka mohon penyata hutang mereka dengan pihak pengurusan FELDA, mereka terkejut hutang mereka sampai RM100,000 hutang untuk tanam kali kedua.
Jadi saya fikir kita perlu menyemak kembali dan penyata hutang, dari segi kaedah syaraknya, tidak betul kalau seseorang penghutang tidak dapat tahu di mana hutang dia dan berapa hutangnya. Oleh sebab itu saya fikir penyata hutang ini mesti diberi kepada peneroka pada setiap bulan, sebab setelah ditolak hutangnya, berapa hutang yang dia perlu bayar. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan untuk memberi kebenaran kepada peneroka yang mampu membayar terus hutang yang baki tadi, secara sekali gus. Ini satu tindakan yang sangat baik, sebab ramai juga peneroka yang mampu membuat demikian. Kemudian di antara faktor besar ialah ada di antara peneroka FELDA ini yang tanam sendiri yang urus di ladang, mereka tidak dibenarkan menghantar hasil ladang ke kilang FELDA. Ini tidak sepatutnya berlaku. Akibat daripada itu mereka terpaksa jual di luar. Untuk makluman, harga kilang ladang FELDA jauh lebih tinggi berbanding kilang luar. Akan tetapi apabila peneroka yang tanam sendiri, dia tidak boleh jual hasil ke kilang FELDA melainkan dia kena gunakan rakan-rakan dia yang ada dalam FELDA. Saya fikir ini perlu diperbetulkan, supaya peneroka yang tanam sendiri diberi peluang untuk jual di kilang FELDA dan kalau sekiranya mereka ada hutang, saya mencadangkan supaya peneroka tidak dibenarkan urus sendiri ladang kecuali setelah dia selesai bayar semua hutang dia. Maknanya kalau selagi dia masih ada hutang dengan FELDA, dia tidak dibenarkan mengurus sendiri ladang dia, melainkan dia jelaskan semua hutang, supaya hutang tertunggak tidak berlaku kepada peneroka yang cuba lari daripada membayar hutang. Saya fikir ini— sehubungan dengan itu juga, kerajaan khususnya di Sabah dan Sarawak, saya mencadangkan supaya FELDA Sahabat yang punyai FELDA yang sangat luar perlu dipertimbangkan untuk dimasukkan peneroka FELDA. Ini supaya khususnya rakyat di Sabah yang berdepan dengan masalah ekonomi dapat diberi peluang untuk menjana pendapatan di FELDA. Sehubungan dengan itu, di antara aspek yang perlu juga diperbetulkan ialah perjanjian antara peneroka dengan FELDA. Untuk makluman, surat perjanjian ini dibuat dalam bahasa Inggeris, peneroka tidak faham, peneroka hanya tandatangan sahaja. Apabila anak-anak mereka pulang dan meneliti semula perjanjian, ternyata perjanjian ini sangat tidak bagi peneroka. Saya minta supaya perjanjian yang tidak menepati kehendak syarak ini diperbetulkan. Tidak mungkin perjanjian betul boleh dibuat dalam keadaan salah satu di antara dua pihak tidak memahami content perjanjian. Seterusnya saya juga ingin mengharapkan supaya kerajaan menyemak kembali hasil yang tidak diberi kepada peneroka. Sebenarnya hasil itu, hasil peneroka, hasil di luar daripada jualan sawit. Contohnya, minyak busuk. Istilah minyak busuk ini setelah kilang proses dan kilang akan menapis ada sebahagian besar minyak yang tidak dijual pada peringkat awal, dijual keluar tetapi hasilnya tidak dikembalikan kepada peneroka. Ini termasuk juga hasil minyak daripada isi ruas sawit dan sebagainya. Saya juga ingin menyentuh soal cadangan daripada seorang menteri yang mencadangkan supaya sistem sulam sawit, getah ini sebenarnya untuk makluman, pokok sawit perlu ditanam dengan jarak 30x30, cahaya matahari yang cukup. Sistem sulam dengan getah sangat menyusahkan dan sangat mengurangkan hasil. Untuk makluman, mana-mana pokok sawit yang ada di sebelahnya pokok lain, contoh pokok getah dan pokok dusun, sawit itu memang tidak keluarkan hasil dan terpaksa ditebang. Jadi, saya cadang FELDA mengembalikan semula, kalau sawit, sawit sepenuhnya. Kalau getah, getah sepenuhnya. Ini kerana sistem sulaman ini menyebabkan hasil sawit akan jatuh merosot, sawit akan cepat tinggi dan pencahayaan matahari sangat tidak mencukupi. Ada isu besar yang masih lagi belum selesai di peringkat FELDA ialah isu pewarisan ladang FELDA. Saya harapkan walaupun pihak pengurusan FELDA yang lama mencadangkan supaya apabila berlaku kematian di kalangan peneroka FELDA, maka nama anak yang pertama dimasukkan. Masalah besar ialah masalah bagaimana untuk mengagihkan ladang ini dalam kaedah pewaris harta pusaka. Saya mencadangkan supaya satu kaedah dapat dibuat. Sebagai contoh, apabila berlaku kematian, ayah peneroka atau isteri peneroka, maka ladang itu dioffer kepada anak- anak peneroka untuk membeli di kalangan anak-anak tersebut dan dibayar hasilnya dan diagihkan di kalangan pewaris-pewaris harta pusaka ataupun satu mekanisme yang lebih baik dapat difikirkan supaya hasil ini tidak terkeluar atau tidak lepas keluar. Akhir sekali Tuan Pengerusi, ialah soal masalah sosial di FELDA. Saya mencadangkan supaya kerajaan meneruskan mewujudkan semula SDA Agama di FELDA. SDA Agama sudah dihentikan sedang dalam masalah FELDA yang sangat serius hari ini dengan pelbagai isu, saya mencadangkan supaya jawatan SDA Agama diwujudkan semula
di tanah-tanah FELDA dan galakan kepada generasi kedua berdikari dan diberi kemudahan dapat ditingkatkan. Sebagai contoh, sepanjang laluan daripada pintu masuk Bandar Pusat Jengka daripada lebuh raya, daripada Pusat Jengka ke Bandar Pusat Jengka. Generasi kedua yang buat kedai mereka tidak dibekalkan dengan elektrik sampai ke hari ini. Mereka buat kedai terpaksa beli generator sendiri. Ini kerana kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan kedai dibina. Saya fikir ini langkah menghalang generasi kedua untuk berdikari. Saya fikir perlu kita tingkatkan usaha bagi menggalakkan mereka. Mereka ada motivasi untuk bina kedai- kedai dan perumahan-perumahan mereka sendiri.
Akhirnya saya ingin juga mencadangkan supaya sistem pemberian tapak rumah, bukan buat rumah, pemberian tapak rumah kepada generasi kedua dan ketiga FELDA dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan bagi menampung kekurangan rumah yang disediakan oleh pihak kerajaan yang tidak mampu dibeli oleh anak-anak generasi kedua FELDA. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Jeli― apa?
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Disampuk]
Sebelum itu Yang Berhormat, saya ingin mengalu-alukan kehadiran wakil-wakil MPKK Kampung Baru, Parlimen Rasah dan Parlimen Jelebu. Bukan resah ya, Rasah ya silakan. Ya, dipersilakan Yang Berhormat.
Saya turut mengalu-alukan tetamu-tetamu kita ya. MPKK ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun kerana mengikut laporan ini muka surat lima, perenggan 1.2. Projek pertama rancangan tanah ini dimulakan di Ayer Lanas. Ayer Lanas adalah dalam kawasan Parlimen Jeli. Kita biasa dengar tentang Lurah Bilut, tetapi yang sebenarnya rancangan tanah ini bermula di kawasan Parlimen Jeli tahun 1957. Lurah Bilut cuma 1958. Saya bangun juga kerana saya pernah mewakili satu kawasan FELDA Kemahang 1, Kemahang 2 dan Kemahang 3 sehingga tahun 1999 dan saya bangun juga atas hakikat bahawa saya seorang rakyat Malaysia yang mengikuti dengan cukup prihatin perkembangan dalam FELDA khususnya implikasi cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi kepada ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri atas keberanian, ketelusan dalam kemukakan langkah-langkah menjadikan FELDA sebuah organisasi yang lestari. Langkah-langkah ini jika dilaksanakan dengan baik sudah pasti akan memulihkan FELDA. Sikap kerajaan peduli peneroka-peneroka ini amatlah kita alu-alukan dan saya tahu bahawa ramai di luar saya ingin melihat FELDA menjadi sebuah organisasi yang hebat. Kalau kita lihat pada FELDA, banyak kejayaan. Rumah-rumah yang cantik, jalan- jalan raya yang elok, kawasan rumah yang bersih dan infrastruktur yang baik. Ini satu manifestasi bahawa FELDA telah berjaya untuk mengubah hidup masyarakat luar bandar yang dahulunya tidak bertanah. Kejayaan juga kalau lihat kepada generasi kedua dan ketiga. ramai tokoh profesional, ahli akademik, usahawan, pegawai tinggi kerajaan dan doktor datang daripada generasi kedua dan ketiga FELDA. Ini semua melambangkan betapa FELDA telah berjaya untuk mentransformasikan satu masyarakat yang daif, yang miskin menjadi masyarakat yang cukup hebat. Tuan Yang di-Pertua, kita harus belajar daripada pengalaman ini dan hujung-hujung nanti saya akan rumuskan apa yang perlu kita belajar daripada perkara ini. Satu perkara yang sebelum itu, satu pengajaran kepada kita ialah daripada sebuah organisasi yang teguh mencatatkan banyak kejayaan gemilang FELDA ini. Hari ini mengikut keterangan daripada Yang Berhormat Menteri Ekonomi satu organisasi yang goyang dan insya-Allah dengan langkah-langkah yang lestari akan menjadi sebuah organisasi yang gemilang. Saya doakan semoga langkah-langkah ini akan berjaya.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa pertanyaan. Pertama, RM6.2 bilion ini Yang Berhormat tadi sebut ada dalam bentuk geran, ada dalam bentuk pinjaman dan ada bentuk jaminan. Inilah tiga komponen utama ini. Pertama, saya rasa kerajaan perlu untuk menjelaskan komponen-komponen ini kerana model FELDA ini, dahulu pun ada komponen geran dengan infrastruktur ditanggung oleh kerajaan. Jadi, dalam model yang dikatakan lestari oleh Yang Berhormat Menteri ini saya ingin tahu RM6.2 bilion ini, komponen geran berapa, komponen pinjaman berapa dan komponen jaminan berapa. Saya ingin tahu, berapa lama tempoh yang ingin diambil untuk menjadikan FELDA sebuah organisasi yang lestari. Adakah lima tahun atau 10 tahun? Adakah dibuat satu risk analysis dengan izin, kerana ada downside dengan izin, harga dan perkembangan dalam harga komoditi dunia. Ini semua boleh menjadikan rancangan yang lestari ini mungkin tidak dapat menepati maksudnya. Kedua, saya ingin tahu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga dan Kementerian Kewangan, tadi Yang Berhormat Menteri agama memaklumkan kita melalui kenyataan Yang Berhormat Menteri bahawa kira-kira RM17 juta bilion akan diperlukan untuk tempoh 10 tahun, iaitu RM1.7 bilion setahun kalau pun 10 tahun diperlukan untuk memastikan Tabung Haji diletakan pada asas yang kukuh dan kini RM6.2 bilion dengan sebahagianya pinjaman dan sebahagianya geran. Kalau campur dua ini RM17 bilion dan RM6.2 bilion ini, satu tanggungjawab yang besar yang diambil oleh kerajaan untuk menutup lubang dan untuk memastikan organisasi ini diuruskan dengan baik. Kesilapan-kesilapan yang lalu saya tidak menafikan bahawa ada juga sebabnya. Boleh kita katakan sebabnya ada juga berkait dengan harga komoditi yang rendah. Akan tetapi, ini bukan sebab utamanya, ya.
Boleh?
Kita banyak lagi sebab-sebab lain. Kita harap kerajaan akan teruskan perkara ini dan kita harap kerajaan sudah pasti akan menghadapi isu yang mencabar...
Yang Berhormat Sungai Petani minta laluan.
Kita tahu bahawa defisit tahun ini mengikut anggaran kerajaan, RM3.4 bilion dan sekarang ini kita ada untuk tempoh lima tahun ke 10 tahun, RM6.2 campur RM17.5 bilion, maka RM24 bilion. Maka, saya hendak tahu kerajaan bagaimana ia akan memberi impak kepada peruntukan-peruntukan untuk Kementerian Pendidikan untuk Kementerian Kesihatan dan lain-lain. Ini satu isu yang besar dan sebagai sebuah kerajaan sudah pasti kita harus uruskan kewangan dengan baik. Adakah ada lagi lubang-lubang yang perlu ditutup selain daripada lubang yang kita dimaklumkan hari ini lubang FELDA dan juga lubang Tabung Haji adalah besar. Ada lagi tidak lubang-lubang lain? Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan bahawa kelemahan-kelemahan lalu dapat diatasi supaya kita dapat letakkan negara kita atas landasan yang kukuh. Sila.
Yang Berhormat Sungai Petani, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Jeli, adakah Yang Berhormat Jeli akan mengusulkan kepada Yang Berhormat Menteri supaya semua maklumat-maklumat ini di samping kita bercerita di dalam Dewan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga harus memainkan peranan menceritakan kepada rakyat. So, maklumat ini akan didengar oleh rakyat melalui radio dan TV. Contoh sekarang Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian selama ini dia untung semua, tiba-tiba bila kita take over, dalam masa lapan bulan kita rugi semua. Sudah tentu suatu yang luar biasa. Adakah Yang Berhormat Jeli bersetuju dengan saya bahawa semua maklumat ini kita kena hebahkan melalui radio dan kita buat forum, kita buat simposium dan biar rakyat dengar apa yang sebenarnya berlaku. Terima kasih Yang Berhormat Jeli.
Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Petani Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya sudah bincang dengan Yang Berhormat Sungai Petani semalam. Cadangan saya, bukan cadangan dia ini. Dia curi saya punya pandangan.
[Dewan ketawa]
Tidak mengapa, berkongsi.
Terakhir, saya kalau boleh Tuan Yang di- Pertua minta masa sedikit lepas rehat hendak habis sudah ini. Cadangan terakhir saya berkaitan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang kita bincang semalam Yang Berhormat Sungai Petani. Itu yang pertama. Implikasi kepada kewangan negara, hendak tutup lubang ini, lubang tabungnya. Adakah lubang-lubang yang lain? Keduanya, ada petikan dalam sosial media berkaitan dengan FGV. Ada kata tabung FELDA tidak dapat keluar daripada goods option. Ada berita mengenai arbitration. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua buat ruling kalau petik daripada sumber yang tidak sahih. Akan tetapi, ini laporan yang relevan. Ini telah disebut oleh Yang Berhormat Pekan yang perlu kerajaan memberi penjelasan tentang perkara ini karenah mengikut Yang Berhormat Menteri Ekonomi tadi, RM1.1 bilion kerugian hasil berikutan kepada pembelian saham FGV dan juga lebih RM900 ataupun lebih RM2 bilion ataupun RM1 bilion lebih kerugian hasil daripada pembelian syarikat Eagle High daripada Indonesia ini. Jadi, ini perkara yang memerlukan ketelusan yang mungkin dalam laporan ini tidak disebut dengan terperinci. Maka saya ingin tahu, apa sebenarnya cerita FGV? Apa sebenarnya cerita pembelian Eagle High ini? Ia perlu diberi penjelasan. Rakyat Malaysia hendak tahu pertikaian yang berlaku di luar sana, termasuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pekan dapat diselesaikan oleh kerajaan. Jadi, seterusnya Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa yang mungkin tidak mencukupi, saya hendak pergi kepada cadangan saya. Oleh sebab isu ini, isu yang penting yang mungkin akan diputarbelitkan pihak-pihak berkenaan. Kita tahu macam mana Tabung Haji, isu yang telah dimainkan. Jadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia saya rasa tidak memainkan peranan yang sepatutnya dalam memberikan penjelasan kepada rakyat. Beberapa kami Ahli-ahli Parlimen telah berjumpa dengan BERNAMA malam tadi untuk makluman Yang Berhormat telah diaturkan pertemuan antara BERNAMA dan Tabung Haji dengan tajuknya ialah, “Untuk menjelaskan isu Tabung Haji kepada orang kampung”. Jadi saya cadangkan supaya kita pastikan semua agensi kerajaan memainkan peranan untuk menjelaskan isu ini kepada orang kampung. Kita bukan hendak cakap kepada orang Kuala Lumpur. Mungkin ada sudah faham, orang Kuala Lumpur tidak faham. Kalau Kuala Lumpur tidak faham, kampung lagi tidak faham. Ini penting. Pada saya, antara kegagalan kita hari ini adalah kegagalan untuk menceritakan tindakan-tindakan kerajaan dalam bahasa yang mudah. Kalau ini tidak dilakukan, maka fakta-fakta akan diputar belitkan. Ini satu perkara yang penting sama ada tabung, hari itu Khazanah dan sekarang FELDA isu yang penting. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kita perlu belajar daripada pengalaman. Kos yang tinggi kepada negara. Sama ada FELDA atau Tabung Haji, himpunannya amat besar dan akhirnya rakyat akan tanggung. Peruntukan-peruntukan terpaksa dikurangkan. Jadi, saya mahu kerajaan menjelaskan apakah kesan ini semua. Satu lagi adalah berkaitan budaya berhutang ini. Kita perlu atasinya. Ya, bagus kita dapat lihat infrastruktur yang baik, rumah dan lain-lain. Akan tetapi, hutang yang tinggi termasuklah kos yang tinggi untuk tanam semula, RM258,000 ini kita mahukan penjelasan kerana sebahagian besar nampaknya ialah untuk PH, bukan Pakatan Harapan, Pendahuluan Hasil namanya. Jadi RM258,000 ini bagi mana-mana peneroka adalah amat sukar untuk mereka selesaikannya. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Itulah beberapa pertanyaan dan kita harus memastikan isu ini dapat dijelaskan kepada rakyat dengan bahasa yang mudah kerana segala tuduhan dan fitnah dapat kita jawab dengan telus, tegas dan berani. Terima kasih saya ucapkan. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan kepada kerajaan kerana telah mencadangkan satu tindakan, langkah yang lestari. Kita harap bukan sahaja memenuhi ataupun mengatasi masalah-masalah dihadapi oleh peneroka tetapi meletakkan FELDA ke atas landasan yang teguh dan dengan itu mengembalikan kegemilangan FELDA sebagai organisasi yang cemerlang. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Majlis berhenti sebentar sehingga pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat disambung semula. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gerik. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Suka saya juga hendak membahaskan kertas putih berkenaan FELDA kerana kawasan saya ada dua kawasan FELDA iaitu FELDA Bersia dan juga FELDA Lepar Nenering. Kalau kita tengok dari segi perjalanan sejarahnya satu ketika dahulu sebelum masa zaman Perdana Menteri sekarang menjadi Perdana Menteri Pak Lah, FELDA sebenarnya agak teruk pengurusan pentadbirannya. Bila mari Yang Berhormat Pekan, Yang Amat Berhormat Pekan, FELDA telah disusun semula di mana betullah zaman Tan Sri Mohd Isa, kita melihat FELDA telah membeli pelbagai aset yang baharu, banyak aset-aset yang ada di FELDA. Akan tetapi selepas 9 Mei, pertukaran kerajaan kita melihat pelantikan Perdana Menteri. Tiga hari Perdana Menteri beroperasi seorang-seorang diri tanpa melantik Kabinet, kita lihat agak panjang masanya menyebabkan pelabur tidak yakin kepada negara kita. Kita melihat semua syarikat-syarikat GLC mengalami kerugian kerana pelabur-pelabur tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan yang baharu. Hari ini Kementerian Ekonomi membentang satu Kertas Putih untuk memohon pinjaman daripada kerajaan, satu persoalan. Sama-sama kerajaan, apa perlunya kita bentang Kertas Putih untuk mendapatkan RM6 bilion? Dicerita keburukan cuma zaman Tan Sri Mohd Isa sedangkan Yang Berhormat Pekan telah merubah pengerusi iaitu Tan Sri Shahrir telah menjadi Pengerusi FELDA pada tahun berapakah tidak silap saya 27 Julai 2018. Saya masih ingat ketika itu saya menjadi Ahli Parlimen di sebelah kerajaan bagaimana FELDA menyusun semula setiap masa Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai kawasan FELDA dipanggil diberi taklimat untuk menyusun semula kerana FELDA mempunyai aset yang banyak RM25 bilion manakala liabilitinya cuma RM9 bilion. Ketika itu segala perancangan yang ada di dalam Kertas Putih ini telah dibentangkan oleh Tan Sri Shahrir kepada kami sebagai pihak wakil kerajaan. Pelbagai rancangan dari peneroka generasi kedua, perumahan dan pelbagai lagi telah dibuat sehingga sebelum pilihan raya, keyakinan bank sudah ada pada FELDA RM4 bilion, sudah ada jaminan institusi kewangan dalam negara untuk memberi pinjaman kepada FELDA. Masalah yang timbul ialah cash money tunai di FELDA tidak ada tetapi aset banyak dan bila berubah kerajaan bagaimana. Kita boleh lihatlah semuanya salah kerajaan dahulu tetapi pasaran saham bagaimana? Nilai mata wang dibandingkan dengan US Amerika bagaimana? Ini semua menyebabkan kesan-kesan yang terjadi. Akan tetapi hari ini...
Minta laluan.
Bila dibentangkan Kertas Putih, seolah-olah tidak ada kebaikan.
Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Johor Bahru minta laluan.
Dibentangkan oleh kerajaan yang dahulu. Bagilah saya bercakap sebab masa tidak panjang.
Pasal rumah.
Hendak ganggu apa?
Dia tidak beri laluan.
Nanti peluang bahagian Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Johor Bahru cakaplah, hentamlah apa benda pun. Saya tidak peduli. Tetapi ini realitinya, kalau kerajaan bijak, juallah aset-aset yang tidak penting RM25 bilion untuk menampung cash money tadi. Akan tetapi hari ini gambaran yang ditunjukkan
dalam Dewan ini ialah seolah-olah tidak ada kesepakatan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan, saya boleh gambarkan Yang Berhormat Menteri Kewangan tak nak bagi pinjam kepada Yang Berhormat Menteri Ekonomi kerana hendak membetulkan balik pinjaman tadi boleh menyelesaikan masalah peneroka di seluruh Malaysia. Maka terasa juga orang Melayu, bagaimana Yang Berhormat Menteri Kewangan cuba mensabotaj orang-orang Melayu di FELDA. Memang terasa.
Yang Berhormat Gerik. Minta laluan Yang Berhormat Gerik.
Salah, salah.
Tidak perlulah.
Orang Perak, Perak.
Saya ada empat minit. Yang Berhormat Tanjong Malim duduklah. Biarlah beri peluang saya berbahas, bukan saya takut. Tidak ada cerita.
Yang Berhormat.
Kalau Gerik ini takut dengan orang, dia tidak akan bercakap fakta-fakta yang ada.
Minta penjelasan sahaja.
Ini adalah fakta yang boleh kita dapatkan balik laporan sebelum pilihan raya... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Gerik. Sila ambil perhatian. Yang Berhormat bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan. Berhati-hati.
Saya bertanggungjawab setiap yang saya bercakap. Saya tidak pernah hendak menipu.
Yang Berhormat Gerik boleh minta penjelasan. Boleh Yang Berhormat Gerik?
Cara saya. Kan? Tidak perlulah Yang Berhormat Tanjong Malim. Bagilah saya, saya teruskan perbahasan saya. Sekadar hendak mengacau cuma menganggapkan sebab saya bukannya pakar ekonomi apa semua sekali pun tetapi apa yang saya sebut saya bertanggungjawab. Boleh panggil Tan Sri Shahrir untuk mendapatkan kebenaran. Dalam buku ini pun aset RM25 bilion dinyatakan kan? Sehubungan dengan itu, saya pun menyokong Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk dapatkan pinjaman daripada Kementerian Kewangan, duit rakyat demi kita hendak menyelesaikan masalah FELDA yang kita dapati pelbagai rungutan yang ada pada hari ini. Bayaran tidak dapat kerana tanam semula terutama di FELDA Gerik, FELDA Bersia sudah dua tahun tanam semula pokok getah, tanam kepada kelapa sawit maka pada hari ini Kementerian Ekonomi dalam hendak minta bajet tambahan RM6 bilion terpaksa memburuk- burukkan kerajaan dahulu. Ini satu yang tidak adil yang datang daripada Kerajaan Pakatan Harapan. Kalau tidak, bagaimana aset yang ada RM25 bilion ini boleh ada di dalam FELDA? Takkan dia boleh wujud begitu sahaja? Pasti pengurusan dahulu ada melabur buat urus niaga, dapatkan pinjaman, kita tidak buat macam Kerajaan Pakatan Harapan pinjam daripada luar negara.
Kita menggunakan sumber hasil dalam negara, institusi kewangan, KWAP, KWSP, Tabung Haji dan pelbagai lagi tetapi malangnya, apabila peralihan kerajaan, apa yang berlaku? Sendiri kita semua tahu dan kita tidak boleh menipu apabila saham jatuh seperti mana kata Yang Berhormat Pontian tadi, RM270 bilion hilang. Apabila hilang, apa maknanya itu? Ini cara saya yang tidak pandai sangat soal ekonomi, bermakna memberi kesan kepada ini. Cuma, terima kasih Pakatan Harapan, akhir-akhir ini sudah mula nampak menguruskan negara dengan cara yang betul tetapi persepsi orang Melayu di luar sana bagaimana? Rasa ditekan kan. Selepas Tabung Haji, FELDA, Khazanah dan pelbagai lagi, maknanya cubalah pihak kerajaan jalan dengan betul. Kalau saya tengok buku ini, seolah-
olah copy paste daripada apa yang telah dibentangkan oleh Tan Sri Shahrir pada kami sebelum Pilihan Raya Ke-14. Dalam masa yang sama, bila mana pinjaman diberikan oleh pihak Kementerian Kewangan, saya berharap pelbagai masalah yang ada tolong selesaikan. Rumah generasi kedua sudah disukat, ada lot, saya berharap selesaikanlah bayaran. Ini hari ini, kita tengok berita. Waktu Pilihan Raya Rantau, raya puasa belum lagi, puasa belum lagi tetapi sumbangan Hari Raya Aidilfitri telah diberikan kepada peneroka-peneroka di FELDA Sendayan. Apa cerita ini? Apa cerita ini? Maknanya, satu yang boleh diambil kesempatan, Kerajaan Pakatan Harapan guna sepenuhnya tetapi biarlah bertanggungjawab. Insya-Allah di dunia, saudara-saudari pentadbiran boleh menipu.
Masa sudah tamat.
Yang Amat Berhormat Langkawi bolehlah kata cerita mitos, sebenarnya bukan cerita mitos, Yang Berhormat Pekan telah melakukan segala-galanya.
Ya, sila.
Dengan ini, saya menyokong supaya RM6 bilion tadi diberikan kepada Kementerian Pembangunan Ekonomi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai, 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum Yang Berhormat Lembah Pantai mula, saya sarankan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat semua menepati masa kerana telah ditetapkan pukul empat, Yang Berhormat Menteri akan menjawab. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya prihatin tentang nasihat dan petua yang telah disampaikan. Saya berdiri di sini sebagai Ahli Parlimen yang bukan ada skim FELDA dalam kawasan Lembah Pantai tetapi saya dibesarkan dalam suasana FELDA. Ayah saya dahulu mula masuk FELDA tahun 1969. Ayah saya pada tahun 1989 diangkat menjadi Pengarah Besar FELDA dan bekerja di bawah Tan Sri Raja Alias. Seorang yang bukan peneroka tetapi merupakan pentadbir FELDA antara yang terbaik dalam sejarah FELDA. Tadi Yang Berhormat Gerik menyebut Yang Berhormat Pekan telah melakukan segala-galanya. Memang benar, apa yang kita lihat yang ada di hadapan kita pada hari ini membuktikan Yang Berhormat Pekan telah melakukan segala-galanya terhadap FELDA. Terima kasih di atas pengakuan itu. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita saksikan pada hari ini, setiap institusi yang mana dicerakinkan di dalam Dewan yang mulia ini amatlah jelas. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri di awal tadi tentang kedurjanaan tadbir urus korporat (corporate malfeasance) bukan sahaja kita saksikan dalam FELDA tetapi kita saksikan dalam Tabung Haji, kita saksikan dalam 1MDB dan ini merupakan satu realiti berhadapan yang kita hadapi sekarang. Bukannya dongeng seperti yang diceritakan oleh pihak di sebelah sana. Ini kerana rakyat sedia maklum keadaan kita pada hari ini berlaku dan keadaan yang begitu teruk yang kita saksikan dalam institusi-institusi yang sepatutnya menjaga orang Melayu, orang Malaysia, peneroka, dirosakkan oleh beberapa kerat yang ada di sebelah sana. Maka, saya ingin tekankan di sini beberapa perkara. Tadi Yang Berhormat Pontian ada menyatakan tentang kos program penanaman semula. Saya cuma hendak terangkan ataupun minta Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi memberi penjelasan, yang ada tertera di muka surat 17 dalam Kertas Putih ini menunjukkan bahawa angka yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian tadi, RM254,400 adalah jumlah maksimum. Manakala kos penanaman semula sawit bagi tempoh tiga tahun pertama adalah RM40,000, bukan keseluruhan jumlah itu. Jadi, itulah sebabnya saya rasa Yang Amat Berhormat Langkawi terpaksa melanggar precedent dan bangkit untuk menegaskan bahawa Yang Berhormat Pontian dan ramai di sebelah sana hidup dalam satu fantasi. Hidup dan bercerita bagai di alam yang tidak wujud, yang dongeng semata-mata. Bagi saya, ini adalah satu keadaan, satu simptom...
Muka surat 17, RM250,400...
Saya tidak berikan, duduk.
Ya, tadi suruh...
Tadi saya minta berdiri mencelah, tidak diberikan, duduk.
Ya, tidak payah suruh, saya duduk.
Yang Berhormat Pontian.
Sila duduk, terima kasih.
Minta kebenaran ya.
Tidak boleh cium tangan saya.
Teruskan.
Tidak payah.
Tidak ada cium-cium tangan ya.
Saya hendak tegaskan bahawa pentadbiran...
Cium tangan tidak salah.
...sebelum ini telah berjaya mengurangkan hutang. Kalau kita lihat pada muka surat 16, tertera antara 1960 hingga 1987, hutang berjumlah RM8.7 bilion yang telah dilangsaikan seawal tahun 2000, difahamkan hampir 10 tahun lebih awal. Ini berjaya di bawah pentadbiran Pengerusi FELDA pada waktu itu, Tan Sri Raja Alias. Maka, yang ingin saya tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, bila masa pentadbiran itu kalau kita lihat Tan Sri Raja Alias dilantik pada 1 Mei 1979 dan berhenti pada tahun 2001. Saya lihat ini adalah antara yang paling lama dan kejayaan yang beliau telah bawa kepada FELDA ini, bagaimana kita boleh pastikan pengurusan yang seterusnya mampu membawa FELDA kembali ke zaman kegemilangannya. Bagi saya, apa yang paling penting adalah untuk memastikan tidak lagi ada ahli politik yang menjadi Pengerusi Lembaga FELDA selepas ini. Adakah pihak kerajaan boleh menjamin seterusnya kita tidak akan lagi mengulangi amalan yang mana salah satu Pengerusi Lembaga FELDA iaitu Yang Berhormat sebelum ini, Tan Sri Isa yang telah dikenal pasti sebagai FO1, FELDA Officer 1 telah melakukan satu perkara yang cukup merosakkan kepada institusi FELDA itu sendiri. Sebelum saya kembali ke Dewan tadi, saya terserempak dengan seorang bekas ahli lembaga FELDA yang mana beliau telah memaklumkan sewaktu beliau memegang jawatan, sewaktu zaman Tan Sri Isa, FO1 ini, rata-rata mereka telah diarahkan untuk melepaskan jawatan mereka. Saya tidak pasti sama ada ini benar ataupun tidak tetapi beliau memaklumkan kepada saya. Saya merasakan bahawa dari segi tadbir urus, kita perlu pastikan tidak lagi berlaku satu kedurjanaan terhadap institusi ini. Saya ingin menegaskan beberapa perkara dalam minit-minit yang terakhir ini. Saya melihat selain daripada memastikan tiada lagi ahli politik yang menjadi Pengerusi FELDA, pihak kementerian perlu bertegas bahawa FELDA ini jangan sekali-kali kita ulangi amalan melihat ia sebagai satu tabung duit politik. Sewaktu ayah saya yang berada dalam Dewan di sini, Datuk Fadzil Yunus, sewaktu beliau dan Tan Sri Raja Alias mentadbir FELDA dahulu, hutang hampir kosong. Cash money, liquid cash dalam FELDA, dengan izin, saya difahamkan RM6 bilion. Akan tetapi apa yang berlaku sekarang kita lihat dalam buku ini, ini bukan fantasi, ini bukan dongeng, ini adalah realiti.
Saya lihat ada pihak yang enggan menerima realiti ini. Bagaimana boleh jadi? Bagaimana kita boleh rosakkan institusi Melayu ini? Siapa yang sepatutnya dihadapkan ke mahkamah? [Tepuk] Sewaktu Ahli-ahli Parlimen backbench, diberikan sedikit taklimat, saya buat pertama kali merasa hendak menangis. Melihat sendiri angka-angka pelaburan yang
buruk, yang telah dilakukan. Sama seperti Tabung Haji, sama seperti 1MDB, dengan izin, throwing good money after bad. Bagaimanakah boleh diluluskan pembelian Dataran Aras di Sarawak, syarikat yang memegang 11,000 hektar tanah di Limbang yang rupa-rupanya setelah dibeli syarikat ini didapati ia adalah tanah NCR, provisional lease. Tidak boleh dilakukan apa-apa. Bagaimana RM148 juta telah diluluskan untuk dilaburkan dalam syarikat ini dan beberapa tahun kemudian, impairment dengan izin, yang telah berlaku adalah sebanyak RM146 juta, menjadikan nilai syarikat ini, on paper, cuma RM2 juta. Please explain kepada orang Melayu, peneroka, bagaimana kita telah membenarkan FELDA menggunakan wang ringgit yang diusahakan oleh peneroka yang sebenarnya sepatutnya milik peneroka untuk membeli syarikat seperti ini? You explain! Ini bukan fantasi, ini adalah realiti, ini bukan dongeng. [Tepuk] Kasi panas sikit. Banyak lagi dalam ini daripada Ernst & Young, kita nampak baru lapan, lapan perkara yang diaudit. Cuba bayangkan, tadi Yang Berhormat Gerik sebut tentang dosa dan pahala. Siapa sebenarnya yang berdosa? Siapa?
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Balai FELDA, tempat saya dulu bermain, sekarang sudah tidak ada. Ibu pejabat FELDA dulu, bangunan sudah tidak ada, tanah sudah tidak ada. Apa dah berlaku? How can you look at yourself in the mirror? Bagaimana Yang Berhormat di sebelah sana boleh bangun untuk menatap wajah dalam cermin?
[Dewan riuh]
Adakah Yang Berhormat apabila melihat dalam cermin itu, tidak nampak apa-apa?
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya harap kita dapat melalui Kertas Putih ini memastikan kita tidak mahu, bukan kita hendak membalas dendam, bukan. Apa yang kita hendakkan adalah untuk menegakkan keadilan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.
Menara FELDA tersergam indah di depan KLCC. Itu pun jangan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pontian, sila minta kebenaran. Yang Berhormat Pontian tadi sudah diberikan peluang untuk berbahas kan?
[Dewan riuh]
Jika semua orang ikut perangai Yang Berhormat Pontian, kita tidak payah bersidanglah. Silakan, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pendang. Silakan.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Tidak ada.
Yang Berhormat Pendang tidak ada dalam Dewan, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Segamat. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Silakan.
Pada hari ini saya ucapkan terima kasih kerana turut memberikan saya peluang bersama-sama berbahas dalam Kertas Putih FELDA. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi kerana pertama kalinya, Dewan dan juga seluruh rakyat Malaysia khususnya warga FELDA, mereka dapat melihat kertas FELDA yang disediakan oleh para profesional yang menunjukkan pelbagai isu yang FELDA alami. Sehingga hari ini, kita mendengar pelbagai masalah, malah saya sebagai Ahli Parlimen di Segamat, saya mempunyai seramai 5,500 orang pengundi FELDA dan ia merupakan satu angka yang besar dan apabila saya melawat mereka, saya mendapati pelbagai rintihan dan sebagainya. Pada hari ini, dengan adanya Kertas Putih dibentangkan kerana rakyat perlu tahu, itu adalah hak mereka untuk dapat tahu dan tanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan untuk memberitahu kepada mereka apa yang sebenarnya yang telah berlaku agar ia tidak diulangi. Kita mendapati bahawa dengan istilah FO1 tadi dan juga pelbagai laporan yang terdapat dalam buku ini menunjukkan bahawa FELDA memang tidak diuruskan ataupun tidak
diurus tadbir dengan baik. Tiadanya corporate governance, dengan izin. Kita mendapati ia telah menyebabkan berlaku pelbagai salah guna kuasa dan juga kerugian yang begitu mendadak dan menyebabkan FELDA rugi. Ianya telah kehilangan keuntungan yang berbilion seperti yang disebut tadi oleh rakan-rakan lain. Pada masa yang sama, saya juga mendapati usaha Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan juga Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah iaitu moving forward, dengan izin, adalah lebih penting. Hal ini kerana kita hendak pastikan bahawa hak dan juga kesejahteraan warga FELDA itu harus dijaga. Contohnya, saya ada mendapati daripada generasi rumah kedua dan juga sebagainya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah menerangkan bagaimana ianya akan diselesaikan 4,794 unit rumah yang 70 peratus yang tidak siap ke atasnya akan disiapkan. Saya difahamkan duit peruntukan sebanyak RM250 juta pada tahun 2019. Ini bukti bahawa Kerajaan Pakatan Harapan mahu menyelesaikan masalah warga FELDA. Kita tidak mahu menggunakan auto politik tetapi yang pentingnya warga FELDA ini dapat apa yang mereka perlu. Kedua, Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah menerangkan tadi bahawa bunga yang telah dikenakan ke atas pinjaman sara hidup dan juga sebagainya, kita mendapati...
Yang Berhormat Segamat, minta pencelahan.
Saya akan bagi, saya akan bagi. Yang Berhormat Pendang kawan saya, orang Kedah. Saya akan bagi. Kita mendapati bunga yang diberikan itu akan dilangsaikan dan hampir RM2 bilion. Hal ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan, sebenarnya mengambil kira hak dan juga keperluan warga FELDA. Kita menjaga kebajikan dia. Sebenarnya kalau kita dapati Kertas Putih FELDA pada hari ini adalah untuk memerdekakan warga FELDA. Mengapa saya katakan memerdekakan? Walaupun mereka telah sekian lama bertungkus-lumus membangunkan kawasan-kawasan ini tetapi mereka dibelenggu dengan pinjaman yang begitu besar dan juga bunga atas bunga. Saya amat berterima kasih kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan yang telah meluluskan wang sebanyak RM2 bilion untuk membayar balik dan juga wang yang diluluskan, kalau kita luluskan sebanyak RM6 bilion ini akan menyelesaikan masalah FELDA yang lama. Akan tetapi, yang pentingnya untuk bergerak ke hadapan. Oleh sebab Yang Berhormat Pendang sudah bangun, saya bagi satu minit, boleh?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya hendak tanya, kerosakan dalam FELDA ini berlaku bila? Adakah ketika diwujudkan FGV dan diapungkan di pasaran saham? Di sini kah bermulanya kerosakan ataupun sebelum lagi ataupun acuan dalam sistem FGV ini, rosak sejak diwujudkan FGV? Ini soalan.
Soalan yang baik. Alangkah bagus kalau saya Menteri, saya dapat menjawabnya dengan lebih baik. [Ketawa] Akan tetapi, memandangkan saya hanya seorang Ahli Parlimen biasa, maklumat Yang Berhormat ada dengan saya sama...
Insya-Allah, jadi Menteri satu hari nanti.
Kita memang tahu, apabila FGV itu diadakan, tujuan utama FGV, biasanya kita hendak senaraikan sesuatu syarikat di Bursa Saham adalah dua perkara. Satu adalah untuk pemegang saham mendapatkan kewangan untuk keluarkan wang tersebut. Keduanya adalah untuk mengembangkan perniagaan. Dua sahaja sebab apabila kita hendak senaraikan dalam Bursa Saham. Dalam kes ini, kita mendapati, Kertas Putih ini telah menunjukkan bahawa wang yang dimodalkan itu telah disalahgunakan. Beli bangunan, tanah dan juga sebagainya dengan harga berkali ganda daripada pasaran. Maka, saya tidak mahu tuduh. Itu bukan cara saya, cara Segamat, Segamat bermaruah. Kita tidak mahu tuduh sembarangan tetapi kita mendapati simptom-simptom salah guna itu penuh dalam buku ataupun Kertas Putih FELDA ini. Keduanya, soalan daripada Yang Berhormat Pendang bahawa adakah sebelumnya? Kita mendapati dalam kes-kes ini sebelumnya pun telah berlaku juga banyak salah guna
kuasa. Kalau ianya merupakan satu syarikat swasta ataupun syarikat persendirian yang disenaraikan sebagai Berhad di Bursa Saham, maka saya rasa semuanya telah dipenjarakan pada masa ini. Saya sendiri pernah menjadi ketua eksekutif syarikat public listed ataupun senarai Bursa. Walaupun satu yang kita tidak laporkan, dia panggil kita berkali-kali. Contohnya, apabila saya pada masa itu, pergi untuk pembedahan kerana mengalami masalah maka saya dipanggil mengapa tidak diberitahu? Hanya kerana saya tidak diberitahu pada mereka bahawa saya hendak pergi menjalani pembedahan kerana mereka berkata ini akan menjejaskan harga saham. Dalam kes begitu, kalau begitu banyak, begitu teliti bursa dan juga agensi-agensi, ST dan juga kepada syarikat-syarikat persendirian, mengapakah FELDA ini diberikan untuk menyalahgunakan kuasa? Ini satu soalan yang harus kita tanya.
Maka saya yakin kedua-dua soalan, Yang Berhormat Pendang tanya pada saya, saya jawab. Kalau orang Kedah tanya, saya mesti jawab kerana K1 saya. Pada masa yang sama, saya ingin juga bertanya kepada Menteri Ekonomi bahawa saya faham beliau arif dan juga sebagainya merupakan salah satu Menteri yang paling berkaliber. Pada masa yang sama, untuk menjaga kesejahteraan warga FELDA, satu penyelesaian adalah kuantitatif adalah wang, yang kedua ialah kualitatif. Saya hendak bercakap mengenai kualitatif pada hari ini sedikit. Contohnya, kita mendapati kalau di FELDA, walaupun wang sebanyak RM6 bilion diberikan, maka dari segi pengurusannya kita dapat selesaikan, dari segi kewangannya dapat diselesaikan untuk bergerak ke hadapan, tetapi kebajikan warga FELDA kalau kita mahu tolong mereka, kita perlu juga pastikan bahawa Kabinet yang ada pada hari ini dapat bekerja sama-sama kerana ia tidak dapat diselesaikan hanya oleh Menteri Ekonomi. Contohnya, masalah-masalah lain perlu adakan satu komitmen di antara beberapa kementerian. Contohnya, kalau kita mendapati warga FELDA ini, selain daripada rumah dan juga sebagainya, banyak lagi yang tertinggal. Rumah itu telah dijawab. Begitu juga dengan hospital mahupun balai polis. Contohnya di Felda Palong Timur di Segamat, ia hanya ada pondok polis yang hanya ada seorang sahaja yang menjaga 15,000 orang dan kita mendapati pondoknya begitu daif. Maka kita perlukan daripada KDN, koordinasi KDN. Kepada Kementerian Belia dan Sukan pula, kita mendapati tidak ada kemudahan sukan untuk mereka. Tidak ada kompleks-kompleks sukan. Kerana itulah masalah dan gejala dadah dan juga sosial begitu tinggi di kawasan-kawasan FELDA. Maka saya mohon kepada Kementerian Belia dan Sukan, agar memberi keutamaan untuk membina pusat-pusat sukan ini di FELDA. Dengan berbuat demikian, maka kita yakin bahawa anak-anak FELDA dan juga warga belia di FELDA akan menjadi manusia yang lebih baik dan mereka mempunyai satu aktiviti selepas waktu kerja ataupun waktu belajar. Ketiganya, pendidikan. Saya faham dengan yang tadi dikatakan sebagai vertical integration ataupun vertical mobility education. Pendidikan amat penting. Saya sendiri adalah seorang anak penoreh getah. Saya berjaya kerana pendidikan. Hanya pendidikan sahaja yang membawa saya keluar daripada estet dan juga sebagainya. Walaupun saya tidak dibesarkan di FELDA tapi saya di sebelah ladang di Bandar Tenggara di ladang, pekan, memang bersama-sama orang FELDA. Maka, saya faham masalah mereka. Maka, kalau kita hendak selesaikan, ia memerlukan satu koordinasi antara kementerian. Begitu juga dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar Bandar, di mana jalan-jalan rayanya, ada FELDA juga yang menggunakan jalan-jalan kebun dan jalan-jalan estet sehingga hari ini dan ini harus diberi perhatian. Seterusnya juga untuk Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Usahawan. Maka kita perlu cari satu industri di FELDA. Contohnya, industri yang boleh memberikan mereka pendapatan yang lebih. Kita juga harus belajar daripada negeri Vietnam dan juga sebagainya bagaimana karya seni itu boleh digunakan untuk dipasarkan. Maka saya mencadangkan dan juga bertanya kepada Menteri Ekonomi, adakah kerajaan bersedia mengadakan satu committee yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan ini untuk menyelesaikan masalah warga FELDA? Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kita harus faham apa yang telah salah dilakukan sebelum ini. Akan tetapi, pada masa yang sama, saya mengucapkan tahniah kerana Menteri Ekonomi ini tidak sahaja menyalahkan mana- mana pihak tapi keputusan dalam Kertas Putih ini menunjukkan siapa yang bersalah. Akan
tetapi yang lebih penting, Menteri Ekonomi juga telah menerangkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini bergerak ke hadapan, bagaimana warga dan juga kebajikan warga FELDA ini akan dijaga. Maka saya ucapkan sekali lagi syabas kepada beliau dan saya berharap mereka yang duduk di sebelah sana mahupun di sebelah sini akan bersama-sama pastikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan ini bersama-sama dalam Parlimen ini menyelesaikan masalah warga FELDA. Dengan itu, saya mohon menyokong Kertas Putih FELDA yang telah dicadangkan oleh Menteri Ekonomi. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Tuan Yang di-Pertua, izin sekejap Tangga Batu.
Ya.
[Membaca pantun] Datang ke Parlimen berbaju baru, Dari Melaka menaiki bas, Mengalu-alukan MPKK dan staf daripada Tangga Batu, Tanpa mereka sukar menjalankan tugas. [Tepuk]
Selamat datang. Sila, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Tangga Batu kerana meraikan. Terima kasih juga kepada Tuan Yang di-Pertua kerana saya sudah late saya punya turn tadi kerana duduk dalam bilik air. Terima kasih saya ucapkan kepada...
Sekarang sudah sihat?
Sebab ia macam ajal maut juga. Bila sampai masa, ada pakar-pakar doktor pun, nyawa sampai masa, dia kena mati. Begitu juga dengan kita punya air besar dan air kecil. Sampai masa, tidak boleh tahan. Kalau kita tahan, ekosistem badan kita rosak. Jadi, itulah lewat satu minit itu.
[Dewan ketawa]
Jadi saya ucap terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Kertas Putih yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat— eh! Silap. Yang Amat Berhormat pula. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
[Dewan ketawa]
Eh! Tapi mungkinlah itu. [Disampuk] Silap, silap.
Betul itu, betul.
Hari ini kita berbincang berkenaan dengan masa hadapan FELDA yang melibatkan 112,635 peneroka dan keseluruhan 2.6 juta warga tanah rancangan ini. Kita perlu mengakui akan hakikat kesilapan dan kelemahan pengurusan FELDA yang terdahulu. Seterusnya, kita melihat keadaan hari ini dibentangkan Kertas Putih oleh Yang Berhormat Menteri kerana melihat satu tanggungjawab untuk membangunkan generasi FELDA yang diasaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Jadi ini, walau macam pun, bila berlaku kerosakan ini, ia mesti ada kewujudan. Kalau tidak ada kerosakan, mesti tidak ada benda yang diwujudkan peringkat mula dahulu. Macam keretalah. Mula-mula kita beli baru, lama-lama ia akan rosak. Jadi begitu juga dengan FELDA. Ia akan berlaku kerosakan bila sudah lama. Begitu juga tamadun-tamadun manusia. Tamadun manusia zaman Kerajaan Saba’ hebat. Banyak tamadun. Tamadun Firaun, tamadun India, tamadun China akhirnya rosak. Terutamanya tamadun yang melibatkan tamadun Islam yang apabila umarak meninggalkan ulama, akan rosaklah, akan jatuhlah sepertimana kerajaan Islam di Eropah yang 750 tahun
Islam memerintah Eropah pada ketika itu. Ini sebagai satu pengajaran dan pengalaman kepada kita. Namun demikian, untuk kita melangkah ke hadapan, kita boleh terus selamanya mengungkit dan membangkitkan kisah lama. Sudah tiba masanya kita bersama bersepakat dan berbincang berkenaan langkah penyelesaian masalah ini yang mana rakyat mahu dengar apa yang kerajaan terutamanya kerajaan baharu PH di era Malaysia baharu ini mampu membuat sesuatu untuk mereka. Sudah hampir satu tahun PH berkuasa. Apa yang kerajaan sudah buat untuk membantu dan membela nasib peneroka FELDA yang merupakan masyarakat Melayu Islam? Alhamdulillah, kita mendapat Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang baik. Hari ini Menteri ini telah membentangkan satu bentuk Kertas Putih yang bagi membina masyarakat FELDA dan seterusnya memberi satu impak ekonomi kepada negara 10, 15 tahun untuk generasi Malaysia akan datang. Seterusnya, PAS secara berprinsip menyokong usaha baik kerajaan dalam memulihkan FELDA ini. Hal ini kerana kita tidak mahu atas sebab perseteruan politik, jadi kita tidak menyokong benda yang baik. Jadi inilah BPMS, ‘budaya politik matang sejahtera’ yang diimani oleh PAS waktu ini iaitu benda yang baik kita menyokong walaupun kita pembangkang. Tambah-tambah pula apa yang dicadangkan oleh ‘Yang Amat Berhormat’, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi... [Ketawa] Saya selalu tersasullah. Saya tidak tahulah sebut selalu YAB ini. Saya minta maaflah. Tuan Yang di-Pertua, saya fokuskan ucapan perbahasan saya kepada dua perkara iaitu kedudukan kewangan FELDA dan perumahan generasi kedua FELDA. Setelah penyenaraian FGV IPO tahun 2012, pendapatan kasar tahunan FELDA hanyalah antara RM0.2 bilion hingga RM0.7 bilion sahaja, manakala cashflow kedudukan tunai hanya RM0.4 bilion yang dipunyai oleh FELDA pada ketika itu. Banyak lagi impak negatif yang berlaku terhadap FELDA selepas FGV iaitu IPO. Tidak dapat dinafikan lagi keputusan penyenaraian FGV IPO ini adalah langkah yang salah. Demi meraih keuntungan sekelip mata sahaja, ‘untung secupak, rugi segantang’. RM6 bilion hasil penyenaraian FGV ini hilang entah ke mana seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi tadi. Liabiliti yang ditanggung FELDA juga semakin bertambah sebanyak 1,100 peratus. Liabiliti. Maknanya peningkatan liabiliti ini 1,100 peratus iaitu daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 bertambah kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017.
Hutang yang ditanggung peneroka juga kian bertambah. Pengurusan kewangan yang lemah, kepincangan tadbir urus menyebabkan FELDA begitu terkesan termasuklah peneroka yang kian sengsara, terbelenggu hutang yang tidak jelas ini. Saya Pendang, mendesak FELDA agar segera menyelesaikan aduan peneroka mengenai masalah penyata hutang mereka yang tidak muktamad, tidak dibentangkan, tidak dihantar kepada peneroka-peneroka setipa bulan, penyata-penyata hutang. Jadi macam mana peneroka-peneroka hendak tahu mereka berhutang sebanyak mana dan ditambah sehingga tiga keturunan tidak habis lagi hutang. Apakah ini satu bentuk taikun baru yang menekan peneroka-peneroka demi kepentingan, keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Saya ingat perkara ini tidak akan berulang. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Ini baru kerjasama di antara PH dengan PAS, nampak begitu saling jawab.
PMS.
Cuma Yang Berhormat Pendang, saya hendak bertanya penyata ini tidak diberikan. Saya hendak tahu mengapa pengurusan sebelum ini ataupun di bawah kerajaan sebelum ini mereka tidak memberikan penyata. Apa tujuan dia, mengapa dia tidak berikan?
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Terima kasih dengan soalan yang ditanya. Saya tidak meletakkan kepada keseluruhan kepimpinan dahulu. Hanya kerana seorang yang dilantik merosakkan. Jadi, kita perbetuikan yang ini. Banyak yang di kalangan kerajaan dahulu yang tidak tahu apa yang berlaku seperti mana 1MDB yang diuar-uarkan.
Jadi, maknanya bila kita lantik seseorang ini, dialah yang mengurus tadbir, yang meletakkan segala keputusan-keputusan. Tentulah kalau mengikut pengurusan korporat dia ada legal advisor, dia ada technical advisor, dia ada financial advisor yang boleh memberi nasihat sebelum pihak lembaga pengarah membuat keputusan. Adakah ini berlaku? Itu persoalan dia saya jawab, mungkin Menteri boleh jawab ini. Okey, seterusnya saya hendak melihat kepada sebagai contohnya sekiranya kita membuat pinjaman kenderaan sebanyak RM100,000. Saya balik kepada ini, mereka tidak mengetahui sama ada pembayaran yang dibuat itu telah ditolak daripada jumlah hutang. Hal ini kerana terdapat dua slip pembayaran berbeza, masing-masing daripada Felda Technoplant Sdn. Bhd. iaitu agensi pengurusan ladang peneroka dan juga FELDA. Maknanya ada dapat dua penyata. Jadi peneroka confuse, tambahan pula mereka tidak dapat melihat sistem financial report. Mereka tidak tahu macam mana hendak tengok, hanya beri mereka dapat, mereka tidak tahu hutang mereka banyak mana, berapa pinjaman diberi oleh pihak FELDA. Ini perkara-perkara yang harus diatasi oleh pihak FELDA dan juga kertas putih yang dibentangkan hari ini. Saya mendesak, sebagai contohnya sekiranya sebuah pinjaman kenderaan sebanyak RM100,000 dan di campur dengan faedah yang berjumlah kira-kira RM150,000 dan selepas membuat bayaran bulanan, jumlah hutang semakin kurang dan penyata dihantar oleh pihak bank. Ini juga perlu dilakukan oleh pihak pengurusan FELDA yang baharu ini. Seterusnya dikatakan ada macam ada lampu Aladdin lah, boleh membaik pulih serta-merta. Kalau dulu Aladdin, lampu Aladdin. Kalau la, Nobita. Sebagai contoh sekiranya jadi peneroka berhadapan dengan hutang ragu. Mereka mendakwa dalam slip pengurusan ladang, ada dinyatakan rekod pembayaran pinjaman. Akan tetapi, tidak dinyatakan pula dalam slip FELDA. Ini dia redundantly, tetapi dia bagi confusekan peneroka-peneroka yang memang agak kurang pengetahuan dalam bidang reporting financial ini. Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan peneroka FELDA ini dapat dipandang serius oleh Kerajaan PH yang turut berjanji 100 hari Manifesto PRU14 mahu mengupas...
Sila menggulung.
Banyak. Saya hendak sentuh satu lagi berkenaan cadanganlah sebab banyak teks saya ini panjang. Cadangan pertama, saya hendak minta bila pengurusan Tabung Haji di baik pulih, perlu diwujudkan satu universiti FELDA. Kalau pasukan bola plantation boleh diadakan stadium dan sebagainya...
Yang Berhormat masa sudah tamat.
...Universiti FELDA perlu khusus untuk produk production mengeluarkan kelapa sawit, getah dan sebagainya.
Terima kasih, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sila Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Nilai tanah di luar bandar dan di dalam bandar FELDA sekarang ini sama tidak boleh lagi minta pihak FELDA. [Pembesar suara dimatikan]
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Hulu Terengganu sila. Senarai di depan saya masih panjang lagi, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat semua bekerjasama. Sila.
Bismillahir Rahmanir Rahim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang, ruang dan kesempatan kepada saya untuk membahaskan dan berbincang berkaitan dengan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Tanah Persekutuan Kerajaan. Terima kasih kerana memberi peluang dan ruang atas kesempatan ini dan saya mulakan perbahasan ini atau ucapan ini dengan Sabda Rasulullah SAW [Membaca sepotong hadis] “Berkata benarlah walaupun sebenarnya pahit”.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita meneliti tentang asas penubuhan FELDA ia adalah untuk meningkat dan mengangkat martabat orang Melayu. Alhamdulillah, semenjak FELDA ditubuhkan sosioekonomi dan kedudukan orang Melayu juga dapat dipertingkatkan. Akan tetapi malangnya apabila kita baca berkaitan dengan laporan Kertas Putih ini suatu yang menyedihkan berlaku terhadap FELDA. Ia suatu benda yang saya rasa tidak sewajarnya dilakukan kerana asas penubuhan FELDA adalah untuk mengangkat martabat dan kedudukan orang Melayu dengan pembangunan sosioekonomi peneroka dan transformasi sektor pertanian. Apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh forensik dalaman FELDA menunjukkan bahawa semua syarikat-syarikat yang dilaburkan oleh pengusaha terdahulu mengalami kerugian ataupun meningkat liabilitinya daripada semasa ke semasa sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pendang tadi. Contohnya, pada tahun 2007 hingga 2011, FELDA telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM3.1 bilion setahun dan dikatakan pada 2012 keuntungannya RM5.9 bilion. Akan tetapi, masuk pada tahun 2013 kerugiannya telah mencapai sehingga RM2 bilion dan meningkat pada 2017 kepada RM4.9 bilion. Ini menunjukkan bahawa suatu pengurusan yang tidak telus dilakukan ketika itu. Cuma apa yang saya ingin bangkitkan di sini ialah kenapa dan hal tersebut berlaku? Kerana di tempat saya ada empat FELDA yang masing-masing bertanyakan kenapa bayaran lambat, kenapa penyata hutang sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pendang tadi tidak dinyatakan secara telus. Mereka cuma diberi penyata hutang, malah mereka tidak diberi apakah jumlah perbelanjaan ataupun hutang yang telah mereka ataupun yang telah dikenakan kepada mereka. Cuma hutang sahaja dinyatakan, senarai perbelanjaan tidak diberikan. Kemudian satu lagi apa yang ingin saya perjelaskan, tanyakan kepada Menteri ialah berkaitan dengan FELDA United iaitu pasukan bola sepak. Apakah relevannya pasukan bola sepak ini ditubuhkan oleh FELDA dan berapa banyak FELDA membiayai pasukan ini setiap tahun dan sehingga sekarang daripada ia ditubuhkan sehingga sekarang telah berapa banyak duit FELDA telah digunakan untuk membiayai ataupun untuk menaja pasukan ini?
Yang Berhormat Hulu Terengganu, minta mencelah.
Sila.
Terima kasih. Setuju kah Yang Berhormat Hulu Terengganu kalau kita katakan universiti FELDA ditubuhkan khusus untuk pembangunan insan anak FELDA? Universiti ini juga nanti boleh dimanfaatkan untuk R&D, produk komoditi dan penghasilan produk industri hiliran seperti mana Yang Berhormat Seputeh sebut bagi kat kita kelmarin iaitu ayaq botoi semua itu, Menteri Industri Utama yang menggalakkan kita minum minyak sawit merah dan juga kumuhan mulut yang baik kita tengok untuk kekal awet muda dan juga kuat tenaga batin. Jadi, setuju kah Yang Berhormat Hulu Terengganu kalau kita cadangkan ini dijadikan sebagai satu asas dalam produktiviti FELDA yang baru, pengurusan yang baru ini? Sekian.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pendang. Saya setuju kerana kalau dilihat pelaburan untuk sukan, pelaburan untuk pendidikan adalah lebih baik untuk masa depan bangsa. Terima kasih dan mohon dimasukkan dalam tajuk ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu kita ingin mengetahui juga kerana dikatakan bola sepak ini jauh lari daripada tujuan asal penubuhan FELDA. Kalau sekadar untuk hendak bersuka-suka, saya rasa FELDA bukan tempatnya. Selain daripada itu, minta juga Menteri untuk melihat berkaitan dengan sekolah- sekolah dalam FELDA. Oleh sebab masyarakat FELDA hari ini rata-ratanya orang tua dan generasi muda kebanyakannya telah keluar daripada kawasan FELDA kerana tiada peluang pekerjaan dan sebagainya. Jadi menyebabkan banyak -sekolah yang berada di FELDA telah kosong.
Jadi apakah perancangan kerajaan untuk memenuhkan semula ataupun untuk mengguna pakai bangunan-bangunan sedia ada? Kalau tidak ianya akan menjadi rumah- rumah hantu dan usang.
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta?
Sila.
Yang Berhormat Terengganu, sebelum Yang Berhormat Terengganu pergi ke bab lain, saya hendak minta penjelasan.
Hulu Terengganu.
Hulu? Fasal Hulu Terengganu dulu sini, pergi sana saya tak berapa perasan, itu fasal saya panggil Terengganu. Saya hendak tanya penjelasan Yang Berhormat, pasukan bola sepak FELDA ini walaupun ia memakan kos yang banyak tetapi ini adalah merupakan satu suntikan atau cungkilan bakat daripada generasi kedua dan ketiga FELDA yang tidak dinafikan bahawa pemain-pemain bola sepak di peringkat antarabangsa dan nasional juga boleh kita ambil daripada peneroka FELDA walaupun kos itu banyak. Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat Hulu Terengganu, adakah Yang Berhormat bermaksud nak bubarkan pasukan bola sepak FELDA? Kalau nak bubar, apa akan jadi kepada stadium FELDA yang dah kita bina dengan kos hampir RM100 juta di bandar Jengka itu? Sama ada kita nak jual stadium ini dengan pasukan-pasukannya sekali ataupun bagaimana? Minta penjelasan Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jelebu. Berkaitan dengan pasukan bola sepak ini, saya hendak tahu setakat ini berapa ramai anak peneroka FELDA yang menyertai liga bola sepak ini? Setahu saya tidak ada. Satu lagi oleh kerana keadaan...
Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf. Yang Berhormat Hulu Terengganu, saya hendak beritahu kalau Yang Berhormat kata tidak ada tokoh-tokoh pemain bola sepak daripada FELDA, tidak betul. Pasukan FELDA mewakili pasukan bola sepak Negeri Sembilan, hampir suku daripada pasukan Negeri Sembilan datang daripada kawasan FELDA. Daripada FELDA kawasan saya pun sekarang ini kalau dicungkil tokoh ini, boleh diangkat sampai ke peringkat nasional. Terima kasih.
Terima kasih dengan maklumat tersebut. Kenapa mereka tidak bermain dengan pasukan FELDA kalau bermain dengan pasukan Negeri Sembilan? Keduanya berkaitan dengan apa yang dikatakan tadi bahawa dengan adanya pasukan FELDA ini, saya rasa tidak relevan dengan tujuan dan matlamat untuk mengangkat martabat warga FELDA kerana dengan keadaan-keadaan ketenatan ekonomi ataupun cashflow yang dialami oleh FELDA menyebabkan ia semakin tenat. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya ingin kepada isu yang terakhir iaitu berkaitan dengan Technoplant. Kawasan saya terutamanya di Felda Bukit Bading, Technoplant telah diadukan oleh peneroka-peneroka FELDA mengatakan bahawa Technoplant ini telah tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab secara yang terbaik sehingga hasil dapatan yang mereka dapat berkurangan berbanding dengan apa yang diusahakan oleh FELDA. Jadi pihak Menteri diharap dapat melihat perkara ini supaya ianya akan dapat meningkatkan hasil ataupun sekurang-kurangnya menyamai apa yang telah dilakukan oleh FELDA sendiri kerana Technoplant ini sebenarnya diserahkan oleh para peneroka untuk mengendalikan kebun-kebun mereka. Lantaran itu saya berharap dengan adanya Kertas Putih ini pihak kementerian akan dapat menjelaskan hala tuju ke arah mencemerlangkan lagi FELDA ini agar FELDA yang kita bangga-banggakan sejak ianya ditubuhkan akan menjadi suatu badan, suatu organisasi yang dapat memacu ekonomi dan memartabatkan masyarakat Melayu khususnya di luar bandar kerana rata-rata mengatakan bahawa FELDA banyak jasa dan baktinya kepada orang Melayu dan juga masyarakat. Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih. Oleh kerana Menteri akan jawab pada pukul 4.00 tepat dan senarai masih panjang, mulai sekarang masa had kepada lima minit seorang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai. Selepas Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Nibong Tebal, sila. Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada?
Tuan Yang di-Pertua, Dungun ganti.
Yang Berhormat Kuala Krau, ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana...
Bukan Paya Besar kah?
Tuan Yang di- Pertua, menggunakan peraturan mesyuarat, terpandang Kuala Krau terlebih dahulu daripada Yang Berhormat Paya Besar, itu peraturan mesyuarat itu. Tak percaya tanya Tuan Yang di- Pertua.
Ini tafsiran yang tepat.
Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat— eh! Sama dengan Yang Berhormat Pendang pula. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerana saya difahamkan selama sembilan bulan membuat kajian, meneliti, memanggil pegawai-pegawai sama ada di peringkat pengurusan FELDA di kawasan, pengurusan FELDA di wilayah, ketua-ketua peneroka, peserta FELDA dan NGO-NGO Yang Berhormat Menteri sebut tadi telah dipanggil untuk menyediakan satu kertas putih untuk menyelamatkan FELDA. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah.
[Dewan tepuk]
Saya juga hendak sebut Kertas Putih ini telah mendapat satu perhatian yang cukup baik daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Langkawi kerana permohonan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi RM6.23 bilion ini telah diluluskan, telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan istimewanya ketika pembentangan kertas putih ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan ucapan disokong oleh Yang Berhormat Port Dickson terhadap apa yang telah diberikan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Saya ucapkan tahniah dan saya menyokong supaya RM6.23 bilion ini diberikan dengan segera. Bukan angka sahaja tetapi duit ini diberikan dengan segera untuk membantu, menolong peneroka-peneroka FELDA.
Yang Berhormat.
Yang kebetulannya 14 rancangan FELDA di Kuala Krau yang 60 peratus pengundi saya adalah di kalangan warga FELDA. Jadi saya harap dapat diutamakan RM6.23 bilion ini. Masa tidak cukup, lima minit.
Tidak, saya nak sokong saja.
Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi 10 minit, saya bagi laluan.
Tiada, tiada.
Saya macam Yang Berhormat Kuala Krau juga, sokong yang RM6.23 bilion tadi. Itu saja, terima kasih.
Terima kasih sahabat saya.
Masa tinggal dua minit.
Cuma Yang Berhormat, Yang Berhormat Arau ini kacau saja. Yang Berhormat, cuma bagilah pengiktirafan dalam kertas putih ini apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu. 61 tahun umur FELDA ini. Yang Berhormat mana tadi yang sebut... [Disampuk] Yang Berhormat Lembah Pantai yang sebut dia anak peneroka FELDA, bapa beliau pengurus besar FELDA, yang 61 tahun ini telah membuktikan kejayaan membantu masyarakat Melayu, Cina, India yang tidak ada tanah, yang susah, yang miskin dikeluarkan menjadi penduduk rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan untuk mendirikan rumah tangga. Isu yang kedua tentang pendidikan. Saya haraplah RM6.23 bilion ini Yang Berhormat Menteri juga fokuskan kepada bidang pendidikan anak-anak peneroka FELDA sebab saya tengok bekas Pengarah Agama FELDA ada di sini. Saya tengok, minta maaf saya perhatikan anak-anak peneroka FELDA sekarang ini macam sama ada generasi ketiga khususnya, macam hilang arah. Mereka yang berada di kawasan rancangan-rancangan
terlibat dengan penyalahgunaan dadah, terlibat dengan masalah lepak sana sini, terlibat dengan masalah rempit. Ini yang perlu diberikan juga fokus untuk meningkatkan sahsiah jati diri anak peneroka atau generasi kedua, ketiga. Akhirnya di kawasan saya Jengka 11, ada perumahan yang terbengkalai. Saya harap Yang Berhormat Menteri tolong beri perhatian kerana tadi disebut RM250 juta telah disediakan untuk menyelamatkan perumahan terbengkalai. Saya harap perumahan generasi kedua di FELDA Jengka 11 ini dimasukkan dalam senarai utama Yang Berhormat Menteri. Dengan ini saya menyokong supaya RM6.23 bilion ini diberikan dengan kadar segera oleh Yang Amat Berhormat Langkawi, jangan disekat-sekat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau kerana dapat menepati masa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Nibong Tebal, selepas ini Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Bera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi kerana membentangkan Kertas Putih kepada Dewan ini. Satu langkah yang berani dan tepat pada masanya. Kertas putih mendedahkan dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Pertama, untuk mendedahkan kedudukan sebenar kemelut dan kepincangan kewangan FELDA dan adalah mustahak untuk dihadamkan oleh seluruh masyarakat dalam negara kita ini terutama sekali untuk masyarakat ataupun warga FELDA kerana mereka mesti faham yang Kerajaan PH ini ingin dan komited untuk membangun semula FELDA dan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.
Keduanya, mereka juga perlu faham yang kemelut, kepincangan FELDA ini adalah hasil warisan daripada kepincangan masa pemerintahan dahulu yang tidak bertanggungjawab memusnahkan FELDA. Keduanya, Kertas Putih ini juga fokus memberikan satu pelan alternatif ataupun business model baru untuk mengembalikan kembali zaman kegemilangan FELDA semasa dulu terutama sekali di peringkat awal penubuhannya sehingga mengundang tokoh-tokoh utama dunia seperti Lyndon B. Johnson, Presiden United States dan masa ada juga nama FELDA yang diberikan nama pada mantan presiden. Begitu juga dengan FELDA Soeharto, mantan Presiden Indonesia. Ini menunjukkan ini adalah satu model pembangunan tanah dan pembangunan dasar luar bandar yang menjadi ikonik dan menjadi contoh dan ikutan di beberapa negara membangun di seluruh dunia. Jadi itu yang dikemukakan dalam business model untuk kembalikan zaman kegemilangan itu. Isu yang saya hendak ingin bangkitkan di sini ialah berkenaan dengan business model itu Tuan Yang di-Pertua. Pertama kita fahamkan yang menjadi teras kepada business model ini ialah untuk menyewa tanah itu, menyewa tanah peneroka kepada penyewa. Dalam hal ini, saya menyambut baik dan ini cukup rasional dan tepat sebab kalau kita perhatikan dalam muka surat 21 Tuan Yang di-Pertua, taburan umur peneroka FELDA ini memang wajar sekali kita memberi perhatian kepada itu. Kita dapati umpamanya kalau dalam muka surat ini Tuan Yang di-Pertua, kategori umur peneroka dari umur 56 tahun kepada 79 tahun adalah besar iaitu sebanyak 80.8 peratus dan jumlah peneroka lebih daripada 90,000 orang dari 112,000 orang warga ataupun peneroka seluruhnya. Jadi kalau campur yang berumur lebih 80 tahun pula, peratusannya menjadi 89.2 peratus. dengan jumlah orang 100,000 lebih. Jadi ini merupakan angkanya yang besar manakala peneroka yang berumur dari 25 tahun ke bawah itu adalah hanya 56 peratus. Jadi, justeru saya rasa langkah ini ataupun strategi untuk menyewa tanah ini memang wajar sebab untuk tidak ada pekerja yang akan melaksanakan itu. Akan tetapi sehubungan dengan itu juga Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Nibong Tebal, minta celah. Sikit saja. Ada kaitan dengan isu ini.
Kalau boleh, minta maaf. Kawan baik. Sehubungan dengan itu Tuan Yang di-Pertua, kita ingin mendapatkan penjelasan di sini sama ada sewaan ini sama ada sewaan tanah-tanah daripada peneroka ini akan dimajukan sendiri oleh FELDA Proper ataupun diserahkan kepada koperasi. Oleh sebab saya kurang jelas sikit dalam bacaan ini sama ada ia akan diberikan kepada koperasi ataupun akan diwujudkan satu badan khusus oleh FELDA untuk menguruskan ladang-ladang ini. Keduanya, berkaitan dengan sewaan, isu sewaan ini juga, pekerja-pekerja ladang itu, oleh sebab umur, generasi umur atau tidak, kita tidak mahu FELDA, koperasinya ataupun siapa, badan mana yang menyelianya untuk membawa pekerja asing masuk sebagai pekerja- pekerja ini. Ini sepatutnya tidak berlaku dan kementerian patut memberi pertimbangan untuk memberi kalau sekiranya tidak adanya pekerja-pekerja yang cukup, local yang ada di situ, maka bawa pekerja-pekerja yang daripada kampung-kampung, belia-belia kampung yang lain dan melatih mereka untuk menjadi pekerja ladang yang profesional seperti mana yang diharapkan oleh pihak kementerian.
Terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal.
Adoi, tidak dan habis Tuan Yang di- Pertua. Baru satu isu saja.
Secepat mungkin.
Ya, kalau tidak sempat hendak hurai itu, saya perlukan yang kedua Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua. Isu yang kedua ialah oleh sebab penyelewengan tadi yang terlalu besar seperti yang didedahkan dalam Kertas Putih ini, saya harap pihak kerajaan mengambil langkah yang cukup wajar dan secepat mungkin untuk menghukum mereka yang tidak bersalah kerana sungguh tidak bertanggungjawab untuk memusnahkan kehidupan warga FELDA ini.
Terima kasih Yang Berhormat Nibong Tebal.
Adoi, tidak habis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Bera, sila. Yang Berhormat Ketua Pembangkang hendak bagi peluang kepada Yang Berhormat Paya Besar mewakili. Boleh, sila.
Terima kasih bos. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memandang tinggi usaha yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebentar tadi berkaitan Kertas Putih ke arah kelestarian bagi memastikan FELDA berada dalam trek yang sebenar. Yang Berhormat Paya Besar ada 18 kawasan tanah rancangan FELDA dan saya juga merupakan anak peneroka FELDA Pancing Selatan. Jadi, saya mahu mengambil kira sebagai anak peneroka, eloklah Ketua Pembangkang beri ruang dan peluang kepada saya. Ini kerana bagi saya apa yang saya nyatakan ini merupakan satu asas sebagai pembuat dasar dan sebagai orang yang mengalami sebagai anak peneroka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, perkara asas yang dilihat adalah berkaitan bagaimana kita hendak menstabilkan dan bagaimana kita hendak tingkatkan pendapatan peneroka. Itu isu yang lagi penting. Kedua, barulah kita pergi kepada aliran tunai, badan yang mengawal selia FELDA. Oleh sebab FELDA yang seperti mana Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, Yang Berhormat Menteri atau kemudiannya dikenali sebagai DPM mungkin, adalah perkara yang pentingnya mengambil kira sebagai asas 616 jumlah peneroka sehingga 112,000. Kita jangan nafikan. Akan tetapi walaupun Kertas Putih yang dibuat begitu putih niatnya dan saya nampak kekaburan, kesucian, keputihan itu kerana ia tidak menerangkan sepenuhnya. Ya, ini Kertas Putih. Akan tetapi bagi saya, bagi rakyat Paya Besar, incomplete dengan izin. Ini kerana juga diterangkan secara menyeluruh apakah tindakan-tindakan yang diambil selepas audit 2016. Kita lihat di Dewan yang mulia ini, kehadiran Yang Amat Berhormat Langkawi dan Yang Amat Berhormat Pandan kerana memandang tinggi isu peneroka ini begitu tinggi dan menjadi keutamaan. Akan tetapi bagaimana sokongan daripada Menteri Industri Utama,
Timbalan Menteri Industri Utama, kenapa tidak ada dalam Dewan. Ini kerana ini berkaitan dengan kementerian yang melibatkan industri komoditi. Bagaimana perkara ini dipisahkan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Ya betul, kalau kita hendak menganggap ini merupakan satu asas tetapi kita kena mengambil kira pandangan-pandangan yang dibawa oleh ahli-ahli Yang Berhormat merupakan pandangan-pandangan yang datang daripada akar umbi. CPOPC, bagaimana kita bekerjasama dengan Indonesia. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Langkawi bertemu Presiden Jokowi, amat hendak kembalikan semangat balik CPOPC. Akan tetapi bagaimana apabila Indonesia mengajak Malaysia untuk pergi jumpa EU, Malaysia seolah-olahnya didakwa untuk tidak serius dalam menyelesaikan masalah EU. Balik-balik kita hendak hilangkan kelapa sawit, hendak wujudkan benda lain. Wujudkan dalam White Paper, Kertas Putih ini apakah tindakan yang telah diambil. Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi kepincangan tadbir urus, kepincangan pentadbiran.
Yang Berhormat Parit Sulong. Sekejap okey. Terima kasih.
Sila.
Terima kasih kerana memberi saya laluan. Saya juga sepakat dengan Yang Berhormat tadi mengenai niat baik yang hendak dibuat oleh Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian. Akan tetapi saya hendak bertanya juga kepada Yang Berhormat Paya Besar mengenai apa yang telah – apa pandangan Yang Berhormat mengenai pengurusan FELDA yang terdahulu yang telah, dia telah melancarkan FELDA 2.0 di Lurah Bilut. Di situ, tidak akan adakah – minta Yang Berhormat juga untuk bertanya sama ada perkara yang telah dibuat semasa bawah Barisan Nasional itu akan diteruskan? Yang Berhormat juga ada menyatakan mengenai new crop yang akan menggantikan sawit dan juga getah Iran dan apa pandangan Yang Berhormat mengenai perkara ini? Oleh sebab ianya telah dilaksanakan dan ianya bagus dan apakah Yang Berhormat rasa kementerian di bawah kerajaan baru meneruskan usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Sila menggulung.
Saya bersetuju pandangan Yang Berhormat Parit Sulong eloklah dimasukkan dalam ucapan saya. Cumanya bagi hendak menggulung, saya harap begini Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri mempunyai masa depan yang cukup besar dalam arena politik. Saya sokong Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi kita mesti iktiraf apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Yang Berhormat Menteri tidak nyatakan kita letakkan pegawai SPRM berpangkat Gred 54 di Menara FELDA untuk melihat bagaimana urus tadbir ini. Perkara-perkara ini harus dinyatakan. Kita jangan hilangkan semangat kertas putih yang putih mempunyai niat yang bersih ini. Kerana apa? Berlapang dada, berterus teranglah apa yang dilakukan dahulu, kini dan selama-lamanya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tampin. Selepas ini Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Tampin tidak ada. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanah Merah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih dan tahniah juga Yang Berhormat Menteri yang membentangkan Kertas Putih bertajuk Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Sesungguhnya pembentangan ini amat dinantikan oleh rakyat khususnya peneroka FELDA dan seluruh ahli keluarga mereka. Saya percaya dan yakin, apa yang dibentangkan akan mampu memberi nafas baru dan mengubah wajah tanah rancangan FELDA dan paling penting membentuk satu pentadbiran FELDA yang berdaya maju dan penuh berintegriti. Ini kerana sebelum ini agensi itu berlumpuran dan terpalit dengan pelbagai isu serta skandal.
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa singkat saya akan fokus perbahasan saya tiga tajuk ataupun fasa iaitu pertama berkaitan pengurusan FELDA. Kedua mengubah wajah tanah rancangan dan ketiga membela nasib peneroka. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu pengurusan FELDA sesungguhnya kita merasa kecewa dan sedih kerana pelbagai isu melanda agensi tersebut. Semalam pun laporan polis telah dibuat oleh Pengurus Besar FELDA berhubung pelaburan RM2.07 bilion dan sebelum ini kita sudah didedahkan bagaimana begitu bayak tindakan pengurusan ataupun pentadbiran terdahulu yang menyebabkan FELDA kini berada dalam kedudukan sakit dan perlu dipulihkan segera. Sementara saya menyokong laporan polis dan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan termasuklah melibatkan SPRM dalam kes-kes yang sudah terdedah, saya juga menggesa supaya pihak kerajaan membuat siasatan terhadap semua kes pembelian atau penjualan melibatkan FELDA tidak kira di mana juga termasuklah kes-kes di Sarawak, pembelian tanah di Sarawak dan sebagainya. Ia kerana kita tidak mahu sesiapa pun terlepas dalam perbuatan penyelewengan dan salah guna kuasa hingga FELDA berada dalam kedudukan kewangan yang cukup tenat hingga memerlukan suntikan daripada kerajaan. Kelompok-kelompok itu harus diburu sehingga ke lubang cacing kerana bertanggungjawab memusnahkan FELDA yang dilahirkan demi mengubah nasib rakyat negara ini melalui penerokaan tanah. Kalau mengikut rekod prestasi kewangan FELDA mula terjejas pada tahun 2013 dengan kerugian mencecah RM2 bilion berbanding keuntungan sebanyak RM5.8 bilion pada tahun 2012. Kerugian pada tahun 2017 pula meningkat kepada RM4.8 bilion manakala liabiliti kumpulan FELDA meningkat RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding RM1.2 bilion pada tahun 2007. Kenapa semua ini berlaku? Segalanya kerana seperti mana kita tahu terdapat kepincangan tadbir urus dan kelemahan pengurusan khususnya dalam bidang pelaburan dalam dan luar negara khususnya FELDA Global Ventures Berhad. Kegagalan pentadbiran terdahulu meletakkan orang yang benar-benar layak bagi menguruskan agensi tersebut menyebabkan FELDA hanya menjadi lubuk untuk mendapatkan wang oleh sekelompok yang dianggap bersikap seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Oleh itu saya menggesa kerajaan untuk memastikan selepas ini FELDA tidak lagi tercampak dalam keadaan tersebut. Pengurusan FELDA harus terdiri daripada mereka yang benar-benar profesional dan bukan melalui lantikan politik. Pengerusi tidak seharusnya diberikan kuasa eksekutif sehingga ia boleh mengganggu pengurusan yang profesional untuk menjalankan tugas mereka. Ini seperti hasil pendapat perunding bebas yang dilantik kerajaan untuk menjalankan kajian forensik secara mendalam aktiviti perolehan dan pelaburan serta mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku oleh pihak terlibat. Ternyata, kajian mendapati ada kepincangan tadbir urus, kegagalan pengurusan pelaburan dan tahap integriti yang memungkinkan aliran tunai FELDA menjadi tenat. Oleh kerana masa yang begitu singkat, kesimpulannya saya hendak maklumlah. Contohnya pengerusi tidak boleh. Kita tidak boleh ada executive power. Biarlah non eksekutif, biarlah chairman itu bertaraf non eksekutif. Board perlu ada independent. Tidak boleh lantik semua orang kerajaan ataupun orang politik. Ini kerana jika lantik semua orang kerajaan, mereka terdorong untuk meluluskan. Apatah lagi kalau chairman kata ini arahan atas. Jadi orang kerajaan akan bila dengar sahaja orang atas, kita follow sahajalah. Pelaburan besar yang lebih daripada RM100 juta perlu dibawa ke Kabinet untuk dibentangkan ataupun dibawa Kabinet ataupun dibentangkan di Parlimen. Saya ambil contoh isu Sturgeon. Ikan Sturgeon yang kita tahu. Pelaburan yang kalau kita dengar pun hendak gelak. Bagaimana perjanjiannya dalam ikan Sturgeon dengan Korea ini yang sudah gagal di mana dalam ikan itu yang mahalnya kaviar itu, telur dia tetapi dalam perjanjian ini saya difahamkan telur itu milik Korea, badan ikan itu milik orang Malaysia. Jadi, apa hendak buat dengan badan ikan itu? Buat asam pedas bolehlah. Ini antara kelemahan- kelemahan apabila perbincangan diuruskan dan ditadbir, yang buat rundingan itu bukan orang yang pakar. Okey, masa nampak sangat mencemburui. Kedua, membela nasib peneroka. Saya mengharapkan sangatlah. Ini kerana peneroka ini mereka tidak ada sumber pendapatan lain selain daripada ladang tersebut. Oleh itu, saya mohonlah FELDA dapat memikirkan kerana
harga kelapa sawit sudah jatuh, kita perlu memikirkan mereka untuk pendapatan lain selain daripada bergantung kepada kelapa sawit. Okey yang terakhir, saya juga Ahli Parlimen yang ada mempunyai daerah FELDA. Saya mengharapkan jugalah Kertas Putih ini memberi harapan dan cahaya kepada FELDA kerana sekarang ini kita nampak FELDA. Tidak apa yang sudah lepas itu, kita lepaskan, kita kena move forward. Saya percaya dan yakin kesungguhan dan keprihatinan kerajaan melalui apa yang dibentangkan dalam matlamat dan objektif bagi memulihkan FELDA akan berjaya.
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah.
Okey, ini sudah final. Apa yang penting...
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiu. Sila Yang Berhormat Setiu.
Wah, Tuan Yang di-Pertua potong macam itu sahaja. Baiklah, terima kasih. Okey, akur-akur.
Potong sahaja, potong.
Saya terpaksa adil kepada kedua- dua belah pihak. Minta maaf. Sila Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menyentuh beberapa perkara berkait dengan FELDA dan saya ucap terima kasih kerana diberi ruang untuk membahaskan Kertas Putih FELDA ini. Pertama, berkait dengan ladang komersial ataupun dikenali sebagai FELDA Plantations. Dimaklumkan bahawa 360,000 hektar yang telah diserahkan kepada FGV yang saya pohon supaya tanah ini diserahkan balik kepada pihak FELDA dan dimasukkan peserta dalam tanah FELDA Plantations ini. Di Terengganu sahaja ada 13,000 hektar yang belum dimasukkan peneroka. Kedua, bantuan sara hidup. Dalam keadaan peneroka telah dikurangkan daripada RM1,500 kepada RM100 timbul lagi isu yang membebankan mereka. Sudahlah mereka terima jumlah yang sedikit tetapi dalam masa yang sama mereka juga tidak dibayar sepenuhnya dan mereka lambat menerima bayaran tersebut. Ketiga, berkait dengan ladang yang diserahkan oleh peneroka kepada FELDA untuk menguruskan. Terdapat aduan daripada peneroka yang mengatakan bahawa bayaran yang mereka terima sehingga tiga bulan. Tiga bulan baru dapat berbanding kalau sekiranya mereka serahkan kepada pihak lain, mereka dapat bayaran dalam masa yang cepat. Seterusnya berkait dengan di Setiu ada 3 FELDA. Antaranya FELDA Selasih, FELDA Chalok dan FELDA Chalok Barat. Ada dua isu yang saya hendak sentuh berkait dengan FELDA Chalok Barat iaitu berkait dengan Projek Perumahan Generasi Kedua. Sebelum ini pernah diluluskan sebanyak 60 unit dan hanya sempat dibina sebanyak tiga unit dan yang lain terbengkalai. Jadi saya hendak tahu tentang status perumahan ini. Kedua, berkait dengan isu pembinaan masjid baru di FELDA Chalok Barat.
Yang Berhormat Setiu.
Minta maaf Yang Berhormat Pendang. Masa sedikit.
Berkaitan dengan perumahan ini sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Setiu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sentuh berkenaan dengan masalah Perumahan Generasi Kedua. Kita tengok masalah sekarang ini generasi kedua menghadapi masalah untuk membuat pinjaman perumahan dalam pendapatannya kerana tidak ada pendapatan tetap dan tidak ada slip gaji. Di kawasan saya pun ada satu perumahan dibuat oleh FELDA tetapi tidak boleh hendak dijual kepada generasi kedua ini kerana mereka tidak ada pendapatan dan tidak ada slip gaji, meneruskan kerja-kerja harta emak bapa mereka sahaja dalam FELDA itu.
Sila.
Ini merupakan salah satu problem yang dihadapi oleh peneroka dan saya cadangkan kepada kerajaan supaya anak-anak ini boleh menggunakan slip gaji bapa mereka yang jadi peneroka. Jadi, masukkan dalam ucapan saya. Kedua, isu pembinaan masjid baru di FELDA Chalok Barat. Sebelum ini sudah ada persefahaman antara kerajaan negeri dengan FELDA untuk dibahagi dua kos tersebut. Kos RM4 juta, RM2 juta daripada kerajaan negeri dan RM2 juta daripada FELDA. Kerajaan negeri telah meluluskan, telah bersetuju untuk menampung kos RM2 juta ini. Dalam satu mesyuarat MAIDAM kali keenam tahun 2018, pihak MAIDAM telah bersetuju untuk menanggung RM2 juta. Akan tetapi kos RM2 juta lagi yang sepatutnya datang daripada FELDA, sehingga hari ini masih belum dapat hitam putih. Jadi yang akhirnya, saya menyokong hasrat kerajaan untuk menghapuskan hutang interest 6.25 percent. Saya mencadangkan supaya agar skim pinjaman kepada peneroka di masa yang akan datang dikenakan pinjaman tanpa riba kepada mereka. Wallahu’alam, Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Hulu Langat, lepas itu Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Kapar akan melabuh tirai perbahasan.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Saya rasa dalam masa lima minit untuk kita membicarakan tentang FELDA ini adalah satu yang sangat sukar tetapi sekurang-kurangnya saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Bukan senang untuk menyediakan Kertas Putih yang sangat tidak popular isi kandungannya ini tetapi tidak ada pilihan lain untuk kerajaan mendedahkan apa yang telah berlaku. Sekurang-kurangnya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pendang yang telah mengakui tentang keperitan dan kebobrokan yang berlaku dalam FELDA ini, berbeza dengan Yang Berhormat Pontian yang menafikannya. Entah macam mana mereka berdua boleh bersanding, saya pun tak tahu.
Ada saya nafikan? Ada saya sebut saya nafi?
Baik. Seterusnya, saya ingin...
Yang Berhormat Pontian.
Bila saya sebut saya nafi? [Pembesar suara dimatikan]
Ya, sila teruskan. Masa terhad.
Sangkaan jahat, sangkaan jahat.
Mana boleh bersanding. Adik-beradik tak boleh bersanding, sanding ini kahwin. Lelaki dengan lelaki tak boleh bersanding.
Sejak daripada tahun 1955...
Yang Berhormat Hulu Langat, bila saya nafi? Ada saya sebut saya nafi?
...tadi saya tak berpeluang untuk bercakap ketika Yang Berhormat Pontian berbicara. Saya ingin menyebutkan bahawa saya percaya seluruh rakyat Malaysia dan warga FELDA akan sentiasa mendoakan Almarhum Tun Dr. Ismail yang telah membentangkan kertas kerja FELDA ini sehingga ia dapat dilaksanakan pembentangan yang dilakukan kepada Almarhum Tun Razak sehingga FELDA berjaya melalui satu proses yang cukup dahsyat sehingga kalau kita katakan bahawa FELDA berjaya melahirkan angsa-angsa emas ataupun angsa yang boleh menelurkan telur-telur emas dan telur-telur emas itu boleh digunakan untuk menampung dan menanggung peneroka sepanjang sejarah yang ada.
Akan tetapi malangnya kita dapati dalam Kertas Putih ini ada pihak yang bukan hanya mencuri dan merompak telur emas itu, angsa itu sendiri disembelih dan dibuat kenduri dan akhirnya FELDA kehilangan harta yang sepatutnya. Baik, kegemilangan...
Cakap baik-baik sikitlah.
...itu berlaku pada zaman Raja...
Hari itu rasa Indopalm kata rugi.
Orang agama... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak. Ya, teruskan Yang Berhormat Hulu Langat.
...berterusan hingga zaman...
Tukar cara lain.
Ustaz, bawa bersabar ustaz. Mengucap.
...Raja Alias menjadi pengerusi. Kita juga dapati bahawa walaupun orang politik tetapi ketika itu politiknya saya sangat hargai. Pengerusi FELDA seperti Tan Sri Yusof Noor, walaupun dia orang UMNO tetapi dia mampu mengawal dirinya tidak masuk campur urusan FELDA. Akhirnya, FELDA masih boleh berjaya dan maju. Akan tetapi malangnya kita dapati pada zaman yang berlaku ini, kita dapati segala-galanya...
Indopalm itu rugi ke untung? [Pembesar suara dimatikan]
Saya ingin mengambil kesempatan untuk...
Yang Berhormat Pasir Salak, minta kebenaran dulu. Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.
Kalau kita lihat tentang FELDA ini, kita boleh melihat daripada tiga sudut. Pertama, tentang bagaimana penglibatan orang politik yang merosakkan FELDA itu, yang itu saya rasa kita boleh uruskan dan kita sedang hampir berjaya menguruskannya. Kedua ialah bagaimana kita ingin mengangkat warga staf FELDA yang pertamanya telah dirosakkan oleh orang UMNO sehingga mereka bekerja...
Ini balik-balik UMNO, balik-balik UMNO.
...berkhidmat kepada UMNO lebih daripada apa yang sepatutnya.
Buatlah elok-elok sikit.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Pakai songkok dulu.
Sebagai bukti, sebagai bukti...
Ini minta kebenaran.
Hormat rakan-rakan Yang Berhormat yang mahu berbahas.
Boleh minta kebenaran?
Sebagai bukti, saya selaku...
Dia tak bagi.
Indopalm rugi ke untung? [Pembesar suara dimatikan]
...mantan Pengarah Agama FELDA, saya masih menyimpan surat arahan daripada Pengarah Besar FELDA DG yang mengarahkan saya selaku Pengarah Agama FELDA untuk berkempen pilihan raya kecil di Rompin, yang Berhormat Rompin tidak ada pada hari ini. Kami diarahkan dan di tingkat 38 Menara FELDA, ada satu bilik...
Cameron Highlands macam mana? PRK Cameron Highlands. Jangan lupa, jangan lupa.
...khas yang digunakan untuk berkempen UMNO di tanah FELDA. Pegawai-pegawai dan juga staf ini perlu dipulihkan, dibantu supaya mereka tidak lagi menjadi ejen-ejen UMNO dalam FELDA. Keduanya, kita hendak warga FELDA yang sangat kita kasihi ini, staf-staf ini diangkat supaya minda bekerja mereka bukan hanya sekadar minda gomen tetapi bekerja ala korporat yang boleh membangunkan warga FELDA. Akhir sekali, kita sedang berusaha...
[Bangun]
[Bangun]
...untuk menjadikan warga FELDA ini...
Ini bukan- pegawai perhubungan FELDA ke ini?
Ubah perancangan.
[Bangun]
Sosial teruk di FELDA ini, pegawai agama buat apa?
...menjadi warga yang berdikari.
Ini jadi ejen UMNO, itu yang jadi Ahli Parlimen PH itu.
Kerajaan Pakatan Harapan akan mengangkat warga kerja menjadi warga yang berdikari selepas ini dan dengan bantuan-bantuan yang kita berikan...
Kerosakan politik pun berlaku.
...tunjuk ajar yang kita berikan akan menyebabkan warga...
Mesyuarat PIBG macam inilah berucapnya. Teruk, teruk.
...FELDA menjadi lebih mulia lagi dan mendapat keuntungan dalam mengurus diri mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat, terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jelebu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ikut masa sahaja. Pertama, saya hendak ucapkan tahniah kepada Kertas Putih FELDA ini atas inisiatif yang baik yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri, the PM in the making. Saya nak bagi tahu, saya nak bagi tahu yang betul, betul. Mana yang salah, salah Yang Amat Berhormat. Mana yang betul, betul, yang salah, salah. Bukan kita nak salah semua, yang salah, salah. Mana yang betul, betul. Cumanya masa yang begitu singkat ini Tuan Yang di-Pertua, saya tak tahu mana satu saya nak masuk dah, pasal saya dengar tadi apa Yang Berhormat ini cakap tadi, saya dah tak boleh nak terima dah.
Ya, padat dan ringkas.
Saya nak sebut Tuan Yang di-Pertua, bahawa cuma saya nak bagi pandangan kepada Yang Berhormat supaya kita ambil kira tentang kesusahan peneroka sekarang. Walaupun daripada segi dasarnya Kertas Putih ini untuk menyelesaikan once for all tentang masalah FELDA tetapi kita jangan lupa bahawa masalah yang dialami oleh peneroka ketika ini yang harus kita beri perhatian utama supaya masalah ini tidak menjadi satu barah besar kepada 112,000 peneroka. Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa daripada 112,000 peneroka ini, 83,000 peneroka adalah mereka yang mengusahakan sawit. Kalau kita banding Yang Berhormat Menteri, bahawa kalau saya bacakan ini, hasil daripada dapatan saya, peneroka sawit 83,000. Nilai harga Mei, RM580 satu tan dan sekarang RM340. Bezanya hampir RM240 satu tan. Peneroka dapat 80,000 tan untuk setahun, setiap peneroka dan setiap peneroka akan kehilangan pendapatan RM19,400 setahun yang mana jumlah kalau kita totalkan keseluruhan peneroka di seluruh negara akan melibatkan hampir RM1.6 bilion. Ini adalah merupakan satu jumlah yang sangat besar, Yang Berhormat. Apabila peneroka mengalami kekurangan ataupun defisit pendapatan yang begitu jelas, maka kehidupan peneroka ini akan semakin hari semakin bertambah teruk. Kalau saya nak cadang kepada Yang Berhormat Menteri supaya dapat mengeluarkan satu solusi, satu dapatan untuk kita menyelesaikan masalah harga komoditi seperti yang disebut oleh rakan-rakan yang lain tadi, ini akan menjadikan satu keistimewaan dan satu penghargaan yang sangat besar kepada golongan peneroka. Bab kedua Tuan Yang di-Pertua, saya nak sebut bab hal Rumah Generasi Kedua FELDA ini. Dalam Kertas Putih disebut FELDA perlu menanggung subsidi jumlah RM897 juta untuk melaksanakan Program PGBF. Saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, memperuntukkan RM250 juta untuk selesaikan program atau progress rumah generasi kedua yang telah mencapai tahap 70 peratus. Akan tetapi saya nak tanya, kos 198 unit berbanding dengan harga jualan yang ditentukan oleh FELDA setakat ini, setakat ini sebanyak RM90,000 seunit.
Adakah ini merupakan satu signal kepada generasi kedua FELDA dan generasi ketiga FELDA bahawa rumah generasi kedua FELDA ini tidak akan ada sebarang subsidi ataupun akan ada penolakan dan juga kekurangan subsidi kepada setiap rumah yang akan dibekalkan dan dijual kepada mereka. Kalau ini berlaku, saya hendak minta kepada pihak kerajaan supaya mempertimbangkan semula tentang penolakan subsidi kepada generasi kedua FELDA ini kerana mereka sangat-sangat memerlukan rumah generasi kedua FELDA termasuk di kawasan FELDA saya, FELDA Jempol dan FELDA-FELDA yang lain.
Sikit boleh? Sikit, sikit. Saya hendak mencelah sikit, Yang Berhormat Menteri pun ada sini, tentang projek perumahan yang terbengkalai yang disebut tadi itu 70 peratus yang hampir siap. Akan tapi apa yang berlaku di kawasan Jempol contohnya ada 28 FELDA tapi ia tidak bagi peluang saya bercakap hari ini. Banyak isu yang saya hendak bercakap tapi isu yang disebut tadi perumahan itu supaya Menteri lebih melihat. Kalau lewat kita buat, kerosakan ini akan bertambah, mungkin kosnya akan bertambah. Jadi kalau hendak buat pembaikan, buatlah pembaikan segera supaya barang yang ada pada rumah tersebut tidak halang, wiringnya, tangki airnya dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya masukkan dalam ucapan saya dan masalah yang sama berlaku Yang Berhormat, di kawasan Parlimen Jelebu dan juga kawasan Parlimen Paya Besar. Saya hendak sebut satu lagi Yang Berhormat, saya hendak gulung. Rumah generasi kedua ini Yang Berhormat. Kalau boleh, kita hendak kurangkan kos dari segi operasi. Saya tengok dalam Kertas Putih ini Yang Berhormat, hampir beza RM200 juta kos yang melibatkan kelulusan PBT. Kenapa PBT mengambil kos yang terlalu besar sedangkan Kerajaan Pusat melalui beberapa kementerian boleh runding dengan kementerian ataupun kerajaan negeri untuk kita berikan minimum, sama ada premium ataupun kos PBT atau sebagainya untuk kita serahkan kesemua itu kepada kebajikan dan juga kepentingan peneroka. Saya hendak minta supaya kementerian beri perhatian tentang perkara ini Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya gulung sikit lagi?
Masa sudah tamat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
“Terima kasih daun keladi”. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapar untuk menutup tirai perbahasan. Selepas itu, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Meneliti daripada laporan Kertas Putih ini, saya cuba menghadami dan cuba bermain dengan perkara yang sebenar yang berlaku dalam FELDA. Meneliti daripada laporan ini kenampakan begitu banyak kebobrokan berlaku. Lantaran daripada itu, saya ingin menyinggung dua perkara kerana telah membuktikan bahawa FELDA telah menyelesaikan bayaran balik kesemua hutang pada tahun 2000 dan termasuk bagi pinjaman matang untuk pada tahun 2020 dan menunjukkan bahawa FELDA mampu bangkit semula. Dua perkara saya ingin menyinggung, satu ialah pentadbiran FELDA itu sendiri dan yang kedua masa depan FELDA. Pentadbiran FELDA yang saya hendak rumuskan di sini ialah terlalu sarat dengan masalah kebobrokan dan penyelewengan berlaku. Kuasa eksekutif keterlaluan sehinggakan tidak merujuk kepada lembaga pengarah sesuatu keputusan untuk diambil. Ini menunjukkan bahawa kepincangan ini sudah mencukupi, bahawa kedurjanaan pentadbiran itu sebenarnya sudah bermula dalam episod penyelewengan. Saya melihat penambahbaikan ini suatu langkah yang cukup bijak untuk memastikan urus tadbir itu, tata kelola yang kita hendak perbetulkan ini amat penting. Oleh sebab itu saya melihat beberapa perkara yang sebelum ini sebagai contoh, macam di dalam satu laporan saya terima di Felda Properties Sendirian Berhad, Lembaga Pengarah dia Azman bin Ahmad, seorang lagi Abdul Rahman Ismail. Dalam Felda Engineering Service Sendirian Berhad sama juga, Azman bin Ahmad ada dalam board kemudian Abdul Rahman bin Ismail dalam board juga. Maknanya bila dua-dua dalam gabungan satu, macam-macam boleh berlaku. Hang kutuk kanan, aku kutuk kiri. Sebelah sana maju, sebelah sini racun tidak bermadu. Jadi, saya hendak bertanya dengan kementerian bahawa langkah awal pentadbiran itu harus kemas dan mereka itu mestilah mereka ahlinya dan ini memberikan kesan kepada pentadbiran yang menjurus kepada penyelewengan. Saya nampak dalam segi masa depan FELDA itu sendiri yang begitu kelompongan yang terlalu banyak hendak harus ditutup dan saya yakin dengan kerja keras yang dibuat oleh kementerian, Yang Berhormat Gombak yang saya nampak kenampakan masa depan itu ada kecemerlangannya. Oleh sebab keberanian mengambil peruntukan tambahan RM6 billion...
Bila U-turn ini? Boleh U-turn...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sebagai satu, tolong-tolong.
Masa depan siapa itu? [Ketawa]
Saya, Tuan Yang di-Pertua.
Sudah beli insurans.
Mengikut Peraturan 37, tanpa mendapat izin saya tidak mahu pencelahan. Saya ada lima minit saja untuk memperkasakan penambahan bajet Kertas Putih ini.
Masa depan siapa itu? [Ketawa]
Tidak pernah bagi mencelah.
Saya minta kementerian supaya lebih peka dan pastikan bahawa pentadbiran itu mesti kemas dan mesti bersih dari segi pentadbiran...
Gegar tangan... [Ketawa]
Tata kelola yang kita hendak majukan kerana pinjaman ini berbilion yang hendak kita segerakan untuk kita luluskan dan kedua, masa depan. Masa depan yang saya nampak untuk memperkasakan peneroka itu satu langkah yang bijak kerana sebelum ini banyak sangat berlaku penyelewengan dan juga kesengsaraan kepada mereka yang melakukan projek-projek untuk memberikan generasi kedua facilities dan privilege mereka setelah apa yang telah pun diberikan itu sebenarnya tidak sampai pada sasaran. Sebagai contoh, saya ingin mengulas satu laporan daripada seorang yang datang kepada saya tadi, dia kata dia buat satu projek fasa 1 iaitu 158 unit rumah teres mampu milik, 66 unit kos sederhana, 17 unit rumah kedai dan kemudahan infrastruktur berkaitan dengan lot 1684. Dia sudah buat, semua sudah 90 peratus sudah Menteri, sehingga 10 peratus lagi saja dan hutang tertunggak sebanyak RM3 juta tidak diberikan kepada syarikat ini. Sedangkan kalau kita jual semua lot ataupun unit itu, kita dapat pulangan RM30 juta Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kita kena berlaku jujur. Kalau orang itu sudah buat kerja kita bagi dekat dia, ini kita tidak mahu berlaku seperti sebelum ini yang lima, enam tahun sudah dibuat tapi benda wang itu tidak dapat dipungut kerana masalahnya ialah pentadbiran inilah, yang sini menjadi lembaga pengarah sama, yang ini pun menjadi lembaga pengarah sama dan benda itu tidak pergi mana-mana dan demand berlaku. Ini tidak boleh berlaku dalam proses untuk menyiapkan keperluan perumahan generasi kedua untuk kita angkat ia sebagai memberikan martabat kembali dan hak kepada peneroka kedua. Maka sesungguhnya saya bersetuju sangat-sangat cadangan Kertas Putih ini, diberikan kelulusan untuk kita angkat martabat, darjat, harakat peneroka yang telah dizalimi sebelum ini oleh kerajaan yang terdahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
U-turn, U-turn corner baring.
Setakat ini mengikut rekod saya, seramai 18 Ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri jawab, Yang Berhormat Menteri perlu masa berapa lama, 30 minit? Sama ada 45 minit, 30? Okey, 30 minit diperuntukkan. Sila kerana nanti ada lagi dua rang undang-undang perbahasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada 17 Ahli Parlimen yang terlibat secara langsung dalam perbahasan berhubung Kertas Putih Kelestarian FELDA yang telah kita bentangkan pada pagi ini. Khususnya kepada Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Nibong Tebal, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Setiu,Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Kapar dan pencelahan oleh Yang Berhormat Parit Sulong dan Yang Berhormat Jempol. Saya secara peribadi tekun mendengar perbahasan tersebut dan mengambil nota sendiri untuk meneliti perbahasan-perbahasan yang telah dinyatakan dalam Dewan ini. [Tepuk] Saya ingin memberikan respond awal kepada beberapa perkara pokok yang dibangkitkan. Pertama, Yang Berhormat Port Dickson telah mengingatkan saya dan kepimpinan FELDA supaya dalam mengendalikan cadangan-cadangan di dalam Kertas Putih ini, kita harus berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan kepedulian kita kepada peneroka-peneroka FELDA khususnya.
Saya ingin memberi jaminan bahawa peneroka-peneroka FELDA tidak akan dibebankan dengan hutang-hutang yang tidak wajar. [Tepuk] Saya ingin menyatakan juga
dalam Dewan ini, hutang-hutang yang dikenakan kepada peneroka mempunyai beberapa elemen yang khusus iaitu hutang tanam semula termasuk pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dan kedua, hutang sosioekonomi yang melibatkan pembesaran rumah, pendidikan, komputer dan keusahawanan.
Yang Berhormat.
Selain daripada itu, sekiranya berlaku sebarang bentuk salah laku ataupun penyelewengan oleh Pengurusan FELDA, ianya tidak akan dibebankan kepada peneroka-peneroka yang berkenaan.
Boleh saya tanya?
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai hutang. Jadi, pada tahun 2018, kita kerajaan lama menyediakan dana sebanyak RM300 juta di dalam skim pelupusan hutang berlebihan iaitu untuk hutang yang terlalu banyak yang ditanggung oleh peneroka. Jadi, kita sediakan RM300 juta untuk bantu mereka. Bagi tanam semula misalnya, untuk mengurangkan bebanan hutang, pada tahun 2018, kita juga meluluskan bantuan tanam semula sebanyak RM7,500 untuk setiap peneroka. Jadi, adakah ini akan diteruskan bagi membantu peneroka?
Terima kasih Yang Berhormat Bera. Saya akan respons dalam jawapan saya seterusnya. Sebelum saya meneruskan penggulungan pada petang ini, sekali lagi saya ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini betapa besarnya komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap masa depan FELDA dan peneroka FELDA. [Tepuk] Sebelum ini, dalam siri-siri perbincangan untuk menyediakan Kertas Putih ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah memanggil saya dan Pengurusan FELDA supaya menyemak, meneliti dan memperhalusi tentang cadangan- cadangan untuk mengangkat semula FELDA sebagai satu agensi yang wibawa. Pagi ini, dalam pembentangan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan tekun bersama-sama dengan kita dan sempat respons kepada Yang Berhormat Pontian yang tidak berupaya untuk berhujah semula dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada petang ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tampil sekali lagi untuk melihat bagaimana perbahasan yang telah berlangsung dan bagaimana kerajaan ingin memberikan komitmen terhadap masa depan FELDA. Saya ingin merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian pagi ini tentang...
Yang Berhormat Menteri. Boleh?
Ya.
Sila.
Kalau ada keprihatinan yang lebih daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jika ada Menteri yang kanan lagi daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, layak dah Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini untuk dilantik naik pangkat lagi.
[Dewan ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian ada bangkit dan cuba mengelirukan rakyat di luar sana dengan menyatakan bahawa kos penanaman semula kelapa sawit ini terlalu tinggi, RM254,400. Ini satu fakta yang tidak berasas. Ini kerana telah pun dinyatakan dalam Kertas Putih ini pada muka surat 17 dan 18, RM254,400 ini merangkumi pinjaman sara hidup dan juga pendahuluan hasil. Pinjaman sara hidup untuk tiga tahun pertama berjumlah RM42,000. Bagaimana pecahan RM42,000 ini?
[Bangun]
Nanti. Nanti Yang Berhormat Pontian. Bagi saya jelaskan.
Ya. Saya pun merujuk muka surat yang sama.
Bagi saya jawab dulu.
Tidak ada hasrat untuk mengelirukan ya.
Bagaimana kita dapat angka RM42,000 untuk tiga tahun pertama? Ini kerana sudah ada formula yang telah ditetapkan iaitu bagi setiap 10 ekar. Bagi tahun pertama, kadar bayaran diberikan adalah RM100. Maka, tahun pertama, setiap peneroka akan diberikan pinjaman sara hidup RM12,000. Untuk tahun yang kedua, kadar bayaran bagi setiap ekar ialah RM120. Bagi peneroka yang memiliki 10 ekar, mereka akan mendapat RM14,400. Bagi tahun yang ketiga, kadar bayaran setiap ekar ialah RM130. Maka, bagi setiap peneroka yang memiliki 10 ekar, mereka akan memperoleh RM15,600. Maka, jumlah keseluruhan adalah RM42,000 bagi pinjaman sara hidup. Kemudian, bagi tahun keempat sehinggalah tahun kelapan, mereka dibiayai dengan pendahuluan hasil yang berjumlah RM87,600. Jadi, tidak timbul usaha, Yang Berhormat Pontian, untuk menggambarkan seolah-olah kos tanam semula itu mencecah RM254,400.
Boleh saya mencelah?
Kos penanaman semula sawit...
Mohon pencelahan.
...Untuk tiga tahun pertama, hanyalah RM40,000 iaitu RM10,000 bagi setiap hektar. Jadi, kalau setiap peneroka memiliki empat hektar tanah mewakili 10 ekar, maka kos penanaman semula hanyalah RM40,000. Di mana timbulnya RM254,400? Kos operasi ladang dalam tempoh...
Boleh tidak?
...Pendahuluan hasil iaitu di antara tahun empat hingga tahun kelapan, apa yang dinyatakan di dalam Kertas Putih ini adalah kos operasi maksimum yang akan dibiayai oleh FELDA iaitu RM84,800. Namun, kita sedia maklum, hasil akan mula dijana daripada tahun keempat dan matang pada tahun yang kelapan. Akan tetapi, hasil bagi tahun yang keempat itu terlalu minimum. Maka, apa yang dilakukan oleh FELDA ialah kos operasi RM84,800 ini adalah kos maksimum tetapi akan ditolak dengan hasil yang diperoleh oleh setiap peneroka. Maka, kalau Yang Berhormat Pontian lebih adil dan saksama kepada Dewan ini, lihat muka surat 18 pada para 2.3, dinyatakan dengan jelas bahawa hasil ataupun kos tanaman semula ini hanyalah di antara RM120,000 hingga RM150,000 sahaja. Jadi saya mahu perkara ini harus ditamatkan dan jangan diselewengkan fakta untuk kepentingan Yang Berhormat Pontian dan juga rakan-rakan mereka.
Boleh tidak?
Lembah Pantai.
Ya. Saya kena membela diri. Saya membaca ya... [Membaca petikan] “Kos program penanaman semula kelapa sawit dan getah untuk setiap peneroka memerlukan perbelanjaan yang besar...” Itu disebut ya, “...iaitu maksimum RM254,400 bagi penanaman semula kelapa sawit dan RM88,000 bagi penanaman semula getah. Kos ini ditanggung dahulu oleh FELDA dan akan menjadi pinjaman yang perlu dibayar balik oleh peneroka dalam tempoh 15 tahun.” Ini ada. Saya membaca ini, Yang Amat Berhormat Langkawi. Saya bukan jenis orang yang suka mengelirukan.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Pontian, yang menjawab ini Yang Berhormat Gombak, mengapa menuju kepada Yang Berhormat Langkawi?
Ada tertulis ini. Ha! Boleh zoom, zoom.
Tersilap, tersilap.
Tersilap kah apa ini? Silap kah?
Okey.
Saya baca satu per satu.
Yang Berhormat Pontian, sila duduk. Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Pontian, rujuk penjelasan kepada Tuan Yang di-Pertua, bukan kepada Yang Berhormat Langkawi.
Ya. Peraturan mesyuarat.
Cium tangan. Cium tanganlah.
Kalau hendak bodek Yang Amat Berhormat Langkawi, lompatlah masuk Bersatu.
[Dewan ketawa]
Lompat sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjelaskan...
So, Yang Berhormat Pontian tak nak membela diri ya ini? Okey, teruskan Yang Berhormat Menteri.
Bagi borang.
Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih atas tawaran itu. Saya tetap setia dengan UMNO. Terima kasih.
Petang inilah. Esok belum tentu. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjelaskan satu tanggapan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya daripada Yang Berhormat Pekan. Akan tetapi malangnya, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pekan ini berbahas di luar Dewan. Dia berbahas menggunakan Facebook dan Instagram. Dia bukan ahli Facebook. Dia Ahli Parlimen.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Kalau dia berani, datanglah Parlimen untuk berbahas.
Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa sebenarnya Yang Berhormat Pekan telah mengambil sebahagian daripada dokumen embargo ini bukan sahaja beliau berbahas di luar Dewan, dalam Facebook tetapi telah melanggar arahan embargo yang telah jelas diletakkan di atas dokumen ini melanggar Peraturan 95A. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar tentang perkara ini beliau telah memasukkan sebahagian daripada dokumen embargo dalam Facebook pada jam 6.00 petang semalam lebih kurang. Satu penghinaan kepada Dewan ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya sedia maklum tentang perkara ini. Persoalannya bagaimana seorang bekas Perdana Menteri boleh melakukan satu kesalahan begitu. [Tepuk] Membocorkan dokumen yang diembargo sehingga pagi ini tetapi telah dibocorkan petang semalam. Oleh sebab itu awal pagi ini saya telah mengemukakan usul kepada Speaker supaya tindakan keras diambil terhadap Yang Berhormat Pekan. [Tepuk] Ini satu kesalahan besar malahan bagi dia ini satu kesalahan kecil. Berbilion telah dirompak.
[Dewan riuh]
Oleh sebab dia sudah biasa curi.
[Dewan ketawa]
Saya hendak jawab kerana dalam Facebook Yang Berhormat Pekan menyanggah dan menyerang saya dan FELDA tentang–– sabar, tentang Eagle High. Bagaimana FELDA tidak bersetuju dengan pembelian Eagle High sedangkan dalam agreement pembelian Eagle High itu ada put option yang harus digunakan oleh FELDA. Saya hendak jawab pada petang ini, walaupun dia tidak berani muncul dalam Dewan Parlimen ini. Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, FELDA melalui anak syarikatnya iaitu FIC Properties telah memasuki satu perjanjian untuk membeli 37 peratus kepentingan saham dalam Eagle High yang dimiliki oleh Rajawali Capital. Siapa pemilik utama Rajawali Capital ini ialah Peter Sondakh, 37 peratus dibeli daripada Rajawali Capital pada harga USD505.4 juta dengan mendapat put option. Maknanya sekiranya pembeli ini iaitu FIC Properties anak syarikat FELDA ingin menjual balik pemilikan saham ini, Peter Sondakh melalui Rajawali mesti mengambil semula pada harga yang sama plus interest enam peratus setahun. Jadi hujah Yang Berhormat Pekan ialah mengapa FELDA riuh tentang Eagle High, sedangkan mereka beli pada harga USD505.4 juta, mereka boleh jual balik kepada Peter Sondakh dengan harga yang sama plus enam peratus interest setahun. Kalau kita dengar dalam konteks itu kita seronok termasuk Yang Berhormat Pontian. Tidak tahu apa pun seronok sahaja.
[Dewan riuh]
Akan tetapi apakah...
Apa hal saya pula dikaitkan.
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Pontian, jadi seronok tidak salah, tidak apa.
Yang Amat Berhormat Langkawi, you tengok anak emas ini dia cuba buli saya.
[Dewan riuh]
Akan tetapi saya...
Tetapi dengar...
Yang Amat Berhormat Langkawi, kami pernah duduk satu office yang sama.
Ya, ya, ya.
Tidak apalah..
Dia Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar, saya Setiausaha Sulit Kanan Yang Berhormat Jeli.
Ini FELDA...
Ini cerita silam, tidak payah bangkit sekarang.
Satu office yang sama, kawan ini sebenarnya kawan.
[Dewan ketawa]
Akan tetapi buli dekat sini mana boleh, jangan sebut Pontian tu banyak sangat.
Akan tetapi Yang Berhormat Pontian lupa bahawa apakah kita tahu sama ada Rajawali Capital ini yang dimiliki oleh Peter Sondakh ini ada kemampuan untuk membayar dengan nilai yang sama. Sedangkan apabila Yang Berhormat Pekan mengarahkan FELDA untuk mengambil alih 37 peratus saham Eagle High, mereka tidak buat due diligence tentang Rajawali Capital.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Apabila kita menyiasat kedudukan Rajawali, ini sebuah private company pada tahun 2014, net tangible asset untuk Rajawali Capital hanya USD7.2 juta. Kalau net tangible asset Rajawali Capital ini pada tahun 2014 hanya USD7.2 juta, bagaimana Rajawali ini boleh membeli semula syarikat Eagle High daripada FELDA dengan harga USD505.4 juta. Jawab, Yang Berhormat Pontian!
[Dewan riuh]
Itu kerja Yang Berhormat Pekan untuk menjawab. Saya cadang 10 perkara.
[Dewan riuh]
Ikan bilis makan paus.
Yang Amat Berhormat Langkawi saya cadang 10 perkara, dia tidak komen pun yang 10 perkara cadangan saya itu.
[Dewan riuh]
Nanti dahulu.
Dia pergi pusing ke Pekan.
Yang Berhormat Pontian jangan terasa sangat. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Saya cadang 10 perkara, satu pun tidak disentuh 10 perkara itu.
Nanti dahulu, ada. Saya bawa perkara ini sebab...
Yang Berhormat Gombak, kita kawan lama Yang Berhormat Gombak.
[Dewan ketawa]
Dahulu kata lawan sekarang kata kawan.
[Dewan ketawa]
Oleh sebab Yang Berhormat Pekan ini bossmu bukan bossku.
[Dewan ketawa]
Itu yang pertama, yang kedua yang kita harus faham dalam Dewan ini. Saya tidak mahu berceramah di luar ataupun di Rantau, saya bicara dalam Dewan Parlimen. Saya bertanggungjawab terhadap fakta yang saya kemukakan. [Tepuk]
Baru anak jantan!
[Dewan riuh]
Mana pula?
Ini suara dari Yang Berhormat Puncak Borneo.
Kedua, yang kedua...
Ini bakal YAB ini.
Saya hendak bagi satu contoh kerana Yang Berhormat Pekan nyatakan di luar dalam Facebook, mengapa FELDA bising. Gunakan hak put option itu untuk menjual semula Eagle High. Pada awal tahun ini Tuan Yang di-Pertua, awal tahun 2019 FELDA telah mengemukakan notice kepada Eagle High untuk exercise option ini. Apa yang berlaku? Mereka menentang, mereka tidak mahu. Mereka bawa FELDA ke mahkamah. Sekarang ini bila mahkamah membenarkan permohonan FELDA, Rajawali mengambil tindakan untuk melakukan arbitration. Ini membuktikan bahawa andaian Yang Berhormat Pekan bahawa dengan put option itu FELDA boleh bila-bila mendapat USD505.4 juta ini satu pembohongan sekali lagi kepada rakyat dan peneroka FELDA. [Tepuk] [Dewan riuh] Ketiga, apabila Yang Berhormat Pekan mengarahkan FELDA untuk mengambil alih Eagle High dan memaksa Kementerian Kewangan untuk membiayai pembelian ini, apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua? [Disampuk] Jawab? Ini jawab, ini jawab.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kita hendak tahu hala tuju serta program-program baru yang dilaksanakan.
Jangan takut bila saya hendak mendedahkan fakta sebab tadi...
Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya. Kita ada 30 minit sahaja jawapan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, minta maaf Yang Amat Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi bukan Yang Amat Berhormat, minta maaf. Saya tarik balik. Cuma kita ada 30 minit, saya mintalah Yang Berhormat...
Fokuslah..
Fokuslah kepada perbahasan, yang di luar perbahasan itu kalau ikutkan tanya Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu response yang tiada perbahasan dalam Dewan. Jadi mohon response terhadap yang dibahaskan di dalam Dewan.
[Dewan riuh]
Okey, sila duduk. Yang Berhormat Kuala Krau tahu, ‘masa itu emas’. Inilah Yang Berhormat Menteri hendak jawab ini, ikut budi bicara beliau. Ini memang adalah dalam peraturan mesyuarat.
Yang Berhormat Kuala Krau, selain daripada Yang Berhormat Pekan membangkitkan perkara Eagle High, Yang Berhormat Jeli juga bangkitkan perkara yang sama.
Ya.
Saya bertanggungjawab untuk menjawab Yang Berhormat Jeli, saya juga berani menjawab Yang Berhormat Pekan di atas perkara yang dibangkitkan. Jadi...
Yang Berhormat Jeli jadi anggota Kabinet dahulu, jadi dia pun terlibat dalam kelulusan itu, Yang Berhormat Jeli itu.
Ya, dia memberikan satu perbahasan yang cukup berfakta.
Yang Berhormat Jeli itu tidak boleh pakai.
[Dewan riuh]
Hai! Dia boleh pakai sangat kah?
[Dewan riuh]
Macamlah Yang Berhormat Pasir Salak boleh pakai sangat.
Mana kamu kenal itu Yang Berhormat Jeli. Yang Berhormat Puncak Borneo mana kenal... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masa tinggal kurang dari 10 minit. Menteri kena teruskan.
Kenal kah Yang Berhormat Puncak Borneo, siapa Yang Berhormat Jeli?
Yang Berhormat Pasir Salak. Sila dengar jawapan dari Menteri.
Jika saya hendak jawab Yang Berhormat Jeli, secara tidak langsung menjawab Yang Berhormat Pekan. Saya hendak buat apa. Dia tidak berani datang Dewan. Tidak ada kejantanan untuk berdepan dengan Yang Berhormat Gombak dalam Parlimen. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, ketika FELDA diminta untuk membeli Eagle High, Eagle High berjanji akan mendapat certification of RSPO iaitu Roundtable on Sustainable Palm Oil dalam tempoh setahun. Sebab kalau syarikat itu tidak ada RSPO? Apa juga produk hasil keluaran syarikat ini tidak boleh diurusniagakan. Persoalan saya ialah setelah setahun kita ambil alih Eagle High, sampai hari ini Eagle High gagal mendapat certification of RSPO. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Pekan. Mengapa syarikat yang tidak ada RSPO dibebankan kepada FELDA untuk mengambil alih syarikat ini? Syarikat ini dibeli dengan kadar premium 96 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran. Yang Berhormat Pasir Salak, tinggalkanlah bosmu.
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Pasir Salak tidak akan tinggal. Dia dapat tanah itu daripada ini.
Yang Berhormat Puncak Borneo, jangan melampau-lampau. Cakap secara profesional di sini. Jangan cakap yang bukan-bukan. Saya hendak— boleh sedikit masa?
Suruh kita cakap profesional. Dia tidak profesional pun.
Saya hendak minta kebenaran Menteri Ekonomi.
Tidak apa lah Yang Berhormat Pasir Salak.
Berkenaan Eagle High ini. Saya sendiri bangkitkan. Berhati-hati kerana kita pada masa itu personally saya sudah merasakan. I smell rat. I smell rat. I was against it. Sebab I suspect banyak reporting berhubung dengan plantation Eagle High itu perlu disiasat. Banyak tanah-tanah dia yang kosong yang tidak bertanam.
Ya. Menteri sila teruskan.
Jadi berhubung dengan ini, jangan tuduh kita ini seolah-olah bisu. Kita bercakap. But you know, serupalah Yang Amat Berhormat Langkawi. Perdana Menteri. Semua boleh cakap. Akan tetapi keputusan Yang Amat Berhormat Langkawi buat. Betul tidak? Takkan tidak faham. Yang Amat Berhormat? [Ketawa]
Akan tetapi Yang Berhormat Pasir Salak jangan samakan Yang Amat Berhormat Langkawi dengan Yang Berhormat Pekan. [Dewan riuh] Nanti, nanti, nanti.
Kita tidak sama.
Nanti, bagi saya jawab dahulu. Bagi saya jawab. Tadi Yang Berhormat Pasir Salak minta saya dengar dengan tekun. Sekejap sahaja. Jangan samakan. Ini macam bumi dengan langit.
[Dewan ketawa]
Nanti, belum habis.
Saya tidak samakan. Saya kata sistem. Sistem dalam kita berpersatuan, ketua buat keputusan.
Betul.
Kita boleh bagi pandangan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Akan tetapi yang membezakan Yang Amat Berhormat Langkawi sebelum keputusan dibuat, dia dengar semua pandangan Ahli Jemaah Menteri. Dia mengambil sikap demokratik.
Baguslah. Akan tetapi banyak juga kesilapan yang dibuat.
Tidak. Dia membuat keputusan.
Kita tidak mahu bangkitlah. Saya kalau hendak bangkit, saya hormat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Cukup, cukup.
Kalau saya hendak bangkit, saya sudah lama dalam politik, 45 years I’ve been following. I know what happened in the past.
Okey, terima kasih.
What about PERWAJA? Do you know ‘Puncak Niaga’ what is PERWAJA? Mana you tahu. Budak kecik.
Bukan Puncak Niaga, Puncak Borneo. Cakap baik sikit. Saya kalau saya dapat tanah Kementerian Pertanian, saya duduk diam sahaja.
Apa ini tanah apa? [Pembesar suara dimatikan]
Bila Menteri hendak menjawab ini. Silakan Menteri. Yang Berhormat Pasir Salak, sila duduk. Sila duduk. Yang Berhormat Puncak Borneo, tarik baliklah. Apa yang hendak tarik balik?
[Dewan ketawa]
Duduklah, duduklah.
Tarik baliklah Yang Berhormat Puncak Borneo. Tarik baliklah.
Apa yang hendak tarik balik? Saya cakap kalau saya dapat tanah daripada Kementerian Pertanian, saya duduk diam.
What are you implying? Stupid! [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Itu tarik balik. Biarlah, seorang tarik balik. Seorang tarik balik. Yang Berhormat Pasir Salak sila duduk!
[Dewan riuh]
Sit down, sit down. Sila duduk Yang Berhormat Pasir Salak. Sila duduk. Ada peraturan mesyuarat. Kita mesti mendengar Menteri menjawab. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tenang sekejap. Tuan Yang di-Pertua, ada juga Ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang semasa pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional, FGV meraih keuntungan. Sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambil alih, FGV mengalami kerugian. Saya hendak nyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa aset-aset yang dibeli dan pelaburan yang dibuat oleh FGV di antara 2013 hingga 2016 merupakan investment ataupun pelaburan yang tidak memberi nilai yang baik. Namun, apa yang berlaku dalam tempoh di antara 2013 hingga 2016 ini, pengurusan pada ketika itu tidak mengambil tindakan untuk merosot nilai ataupun impairment. Apabila pelaburan yang dibuat itu tidak mendatangkan nilai yang terbaik, mereka kekalkan dalam keadaan begitu untuk tempoh beberapa lama sehinggalah tahun 2018, beberapa tindakan yang diambil untuk merosot nilai bagi pelaburan dan aset-aset yang diperoleh. Sudah tentulah apabila pengurusan tidak ambil inisiatif untuk melakukan impairment ataupun merosot nilai ini, keadaan kedudukan buku ataupun kewangan itu nampak baik. Akan tetapi kalau pengurusan itu jujur untuk melakukan rosot nilai terhadap pelaburan yang dibuat dalam tempoh 2013 hingga 2016, maka ketika itu kita merasakan bahawa kesemua ini tidak akan mendapat pendapatan dan hasil. Maka kita lakukan rosot nilai pada tahun 2018.
Yang Berhormat Gombak.
Saya hendak memberi contoh. Ini juga telah diterangkan secara jelas.
Yang saya sebut hilang 270 bilion itu daripada Securities Commission punya report.
Nanti dulu. Saya tidak beri laluan. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri sedang menjawab apa yang dibangkitkan awal tadi. Dengar Menteri dahulu. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini telah pun diperincikan dengan jelas pada muka surat 48 dalam Kertas Putih ini para 4.29 iaitu jumlah aset FGV telah melonjak dengan kadar 114 peratus daripada 9.8 bilion pada tahun 2011 kepada 21 bilion pada tahun 2017. Penambahan ini merangkumi aset yang berkaitan dengan perniagaan teras FGV iaitu tanah perladangan dan juga pengambilalihan aset antaranya APL, FGV Green Energy, Trurich Resources Sendirian Berhad dan FGV Cambridge Nanosystems Limited. Pelaburan dalam aset ini telah mendatangkan kerugian sebanyak RM1 bilion kepada FGV. Ini hanya dapat dikesan bila kita lakukan rosot nilai ataupun impairment. Akan tetapi kalau pengurusan sebelum itu mengambil sikap berdiam diri dan tidak melakukan semakan, sudah tentulah dapatannya berbeza dengan keadaan sebenar dalam syarikat yang berkenaan. Saya juga ingin respons kepada beberapa perbahasan Ahli Yang Berhormat tentang termasuk Yang Berhormat Kubang Kerian, mengapa tidak 360,000 hektar tanah milik FELDA
ini dapat diserahkan kepada peneroka dan dibuka kepada peneroka-peneroka baharu untuk mengusahakan tanah-tanah yang berkenaan.
Suka saya menyatakan di sini bahawa seperti yang saya nyatakan dalam ucapan pagi ini, tanah-tanah komersial milik FELDA telah pun dipajakkan kepada FGV selama 99 tahun dengan Land Lease Agreement. Ada agreement yg telah dimeterai di antara FELDA dan juga FGV. Sebagai pulangan terhadap perjanjian ini kita, sepatutnya FELDA memperoleh RM248 juta setahun termasuk kadar 15 peratus keuntungan bersama. Namun, seperti yang saya nyatakan juga dalam ucapan, perkara ini tidak berlaku. Secara purata FELDA hanya memperoleh RM400 juta sahaja setahun berbanding dengan RM800 juta yang diperlukan untuk menguruskan ladang-ladang milik peneroka-peneroka FELDA ini. Inilah antara punca mengapa FELDA pada hari ini mengalami kekangan kewangan. Sebaliknya kalau kita lihat sebelum IPO, saya telah nyatakan dalam ucapan saya tadi. Apabila tanah-tanah ini diuruskan sendiri oleh FELDA, hasil dan pendapatan yang diperoleh oleh FELDA hasil bersihnya di antara RM1 bilion hingga RM 1.2 bilion. Jadi, amat sukar untuk kita menyerahkan tanah-tanah ini kepada peneroka-peneroka baru kerana ada ikatan yang telah dimeterai selama 99 tahun. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Port Dickson telah menyatakan pandangan supaya terma-terma ini harus disemak semula. Memang benar FELDA sedang berbincang dengan pengurusan FGV untuk melihat supaya terma-terma yang telah dipersetujui sebelum ini dapat diteliti untuk memberikan manfaat kepada semua pihak khususnya peneroka- peneroka dan juga FELDA walaupun tanah-tanah ini adalah tanah-tanah milik FELDA.
Yang Berhormat.
Bukan milik peneroka tetapi ekoran kekurangan hasil dan pendapatan yang diperoleh oleh FELDA, ianya akan memberi kesan kepada tanggungjawab FELDA kepada peneroka-peneroka FELDA yang diuruskan oleh FTP dan juga FELDA. Jadi saya percaya..
Yang Berhormat Menteri.
Perbincangan ini akan kita teruskan dengan FGV seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Port Dickson, kita mahu perjanjian- perjanjian yang telah dimeterai ini memberikan keadilan kepada semua pihak. Akan tetapi pada masa yang sama saya juga telah menyatakan dalam kertas putih kelestarian FELDA ini kita mencadangkan model baru pengurusan ladang-ladang ini supaya tidak lagi dibuat secara kecil-kecilan kerana ianya tidak ada ekonomi bandingan atau pun ekonomi soft skill. Jadi kita telah mencadangkan supaya tanah-tanah peneroka-peneroka ini dapat digabungkan supaya kita boleh uruskan ladang-ladang ini secara sewaan dalam skala yang besar kerana kita yakin bila ada ekonomi soft skill menggunakan teknologi-teknologi yang berinovasi dan canggih, kita dapat meningkatkan produktiviti dan akhirnya ia dapat memberikan pulangan yang lebih besar kepada peneroka-peneroka FELDA.
Yang Berhormat Selayang minta laluan.
Yang Berhormat Selayang.
Silakan.
Terima kasih pada Yang Berhormat. Boleh kah Yang Berhormat dengan pakar undang-undang melihat kepada perjanjian tentang Land Lease Agreement kerana FELDA tidak ada kuasa untuk memansuhkan agreement kerana kuasa hanya di bawah Akta Pembangunan Tanah ialah untuk melaksanakan pembangunan di kawasan pedalaman untuk meningkatkan sosioekonomi peneroka bukan untuk commercialization and corporatization. Kedua, ialah tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), Land (Group Settlement Areas) Act 1960, tanah itu diberikan oleh kerajaan negeri untuk tujuan memberi kepada peneroka bukan kepada pemegang saham orang asing. So, pada saya ada fundamental floor di dalam perjanjian yang harus kita mengkaji dengan dalamnya.
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Ini juga pandangan yang telah dilontarkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat...
[Bangun]
...Supaya kembali semula kepada tujuan asal penubuhan FELDA itu sendiri yang telah ditegaskan oleh Yang Berhormat Selayang iaitu FELDA berperanan untuk mengangkat dan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar. Itulah sumbangan besar Almarhum Tun Abdul Razak di mana Almarhum Tun Abdul Razak telah mempunyai wawasan yang cukup jauh, mengangkat martabat orang Melayu dan Bumiputera supaya jurang ekonomi mereka itu dapat dirapatkan supaya dapat bersaing dengan rakyat Malaysia yang lain. Malangnya, anaknya tidak ada pendirian yang sama. Bapa melihat kepentingan Melayu dan Bumiputera, anak melihat kepentingan kroni dan tauke-tauke besar.
[Dewan riuh]
Ini masalah yang kita hadapi. Jadi saya berharap Yang Berhormat Pasir Salak yang telah memberontak dalam jiwanya kerana tidak setuju dengan bossku itu.
[Bangun]
Tinggalkan lah Yang Berhormat Pekan, marilah bersama Pakatan Harapan untuk mengangkat martabat peneroka FELDA. [Dewan riuh]
Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak.
Boleh sikit?
Yang Berhormat Gombak, Pendang minta laluan.
Boleh sikit tak, boleh minta laluan sikit.
Yang Berhormat. Yang Berhormat, ya?
Yang Berhormat Gombak, Pendang minta laluan.
Yang Berhormat Pendang minta laluan.
Terima kasih.
Apa jaminan Kerajaan Pakatan Harapan tidak..
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Yang Berhormat Pendang. Diberi laluan kepada Yang Berhormat Pendang, silakan Yang Berhormat Pendang.
Tuan Yang di-Pertua, bila saya hendak bercakap sahaja, tidak boleh.
Terima kasih.
Kena yang diberikan laluan dahulu lah. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Gombak.
Saya bersikap adil. Saya beri Yang Berhormat Pendang bukan ada... [Ketawa]
Saya hendak menyentuh daripada, saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Gombak tadi. Dua perkara yang tidak disentuh. Pertamanya, berkenaan dengan yang disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson pagi tadi saham FGV daripada RM4.50 sekarang sudah jatuh ke RM1.26. Jadi apakan aktiviti ataupun planning daripada Yang Berhormat Menteri untuk kita hendak sustainable, saham FGV ini supaya dia boleh memberi satu gambaran yang baik kepada FELDA ini supaya harga seunit ini akan meningkat kepada paling tidak paras breakeven yang pernah diisytiharkan RM4.50.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya mengambil perhatian yang serius di atas saranan Yang Berhormat Port Dickson pagi ini untuk melihat bagaimana perjanjian yang telah ditandatangani itu dapat disemak semula supaya kepentingan peneroka-peneroka FELDA dan juga Agensi FELDA itu dapat dipertahankan. Saya tidak boleh menyatakan lebih daripada itu daripada apa yang saya nyatakan tadi bahawa perbincangan sedang berjalan kerana FGV ini merupakan listed company Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak boleh mendedahkan lebih daripada itu kerana ia akan mempengaruhi kepentingan pemegang-pemegang saham dalam FGV. Jadi, walau bagaimanapun saya memberi jaminan FELDA akan meneruskan perbincangan ini yang akhirnya insya-Allah akan menjurus kepada memelihara kepentingan peneroka-peneroka FELDA dan juga FELDA itu sendiri. Walaupun tanah-tanah yang di pajak kepada FGV itu bukanlah tanah-tanah peneroka FELDA tetapi dengan kegagalan FELDA untuk mendapat pulangan yang sepatutnya, ianya akan menggugat peranan FELDA untuk membantu peneroka-peneroka FELDA yang sedang kita lakukan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada beberapa perbahasan Ahli Yang Berhormat yang menyentuh dan mengemukakan aduan bagi pihak peneroka-peneroka FELDA di atas kegagalan FTP untuk mengurus ladang-ladang ini dengan bertanggungjawab dan menjana hasil yang lebih optimum. Saya telah nyatakan dalam ucapan saya pada pagi ini pada para yang ke-23, saya mengambil serius di atas aduan peneroka-peneroka berhubung kelemahan pengurusan ladang oleh FTP dan saya telah pun meminta pihak FELDA untuk segera memanggil FTP dan menyemak semula operational procedure ataupun urusan pentadbiran yang dijalankan. Akan tetapi, saya juga telah menyatakan pagi ini bahawa FELDA sedang dalam proses untuk menggabungkan FTP dengan Jabatan Perladangan dan Jabatan Hal Ehwal Tanam Semula bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pengurusan pengurangan kos, mengoptimumkan produktiviti dan memaksimumkan hasil pekebun peneroka.
Beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang kemudahan-kemudahan asas seperti pendidikan, sekolah, kemudahan sukan, kemudahan riadah di rancangan- rancangan FELDA. Saya mengambil maklum tentang perkara-perkara yang dibangkitkan, saya akan berbincang dengan rakan-rakan saya Jemaah Menteri daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan yang memerlukan hospital ataupun kemudahan kesihatan dengan Kementerian Belia dan Sukan tentang kemudahan riadah dan bagaimana kementerian-kementerian ini boleh bertindak secara kolektif bagi menyediakan prasarana ini bagi rancangan-rancangan FELDA. Saya hendak tegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan, Ahli-ahli Jemaah Menteri Pakatan Harapan, kami bertindak secara kolektif, kami bertindak dengan satu suara, satu nada, satu tindakan demi peneroka FELDA. [Tepuk]
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Petaling Jaya minta laluan. Silakan.
Ya, terima kasih, saya ada satu penjelasan, muka surat lima yang mana ada satu sentence yang kata, FELDA juga menyediakan kepada lain-lain kaum termasuk daripada kaum Melayu 67 peratus dan kaum lain 33 peratus. Saya rasa pada masa FELDA ditubuhkan itu adalah semangat FELDA untuk merangkumi semua kaum. Saya harap kali ini Pakatan Harapan akan meneruskan semangat ini dan juga mengiktiraf bahawa kemiskinan affects oleh semua kaum, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya mengambil maklum pandangan ini. Sebenarnya semangat Malaysia itu tetap berkobar dalam Pakatan Harapan. Kita tidak pernah mengambil sosok kaum dalam melaksanakan dasar-dasar kita. Akan tetapi dalam konteks FELDA ini, seperti yang telah tegaskan, kerajaan pada tahun 1990 telah membuat keputusan tidak ada lagi pembukaan tanah-tanah baru bagi peneroka-peneroka baru. Sebab itulah angka peneroka FELDA ini kekal kepada 112,635 kerana tidak ada lagi penambahan semenjak tahun 1990. Mulai tahun 1990, tanah-tanah kerajaan negeri ini diserahkan kepada FELDA untuk dibangunkan bagi perladangan kelapa sawit. Ini juga saya kira matlamat asal penubuhan FELDA supaya ia dapat beroperasi dengan skala yang besar. Ini kerana kalau economy soft skill itu terlalu kecil, maka inilah yang kita hadapi pada hari ini, peneroka-peneroka FELDA terpaksa bergantung kepada bantuan dan pembiayaan kerajaan dan kerajaan dalam suasana
hari ini mewarisi legasi kleptocracy, kita tidak ada kedudukan kewangan yang besar untuk meneruskan. Walau bagaimanapun, seperti yang saya umumkan pada pagi ini, kita bersyukur kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bersetuju meluluskan RM6.23 bilion bagi masa hadapan FELDA di seluruh negara. [Tepuk]
Yang Berhormat Menteri Gombak, sedikit, boleh?
Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Langkawi atas lulusnya RM6.23 bilion. Cumanya saya harap sangat Yang Berhormat Menteri kena bagi jaminan, adakah dengan peruntukkan ini sudah tidak akan ada masalah kelewatan bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil. Itu yang pertama. Kedua saya minta jaminan supaya Projek Rumah Generasi Kedua ini dapat diselesaikan, bukan sahaja melibatkan 70 peratus yang di atas, tetapi juga yang bawah daripada 70 peratus yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya ingin respond kepada pertanyaan Yang Berhormat Paya Besar bersekali dengan beberapa perkara yang juga dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tentang perincian RM6.23 bilion itu dan adanya mendesak supaya kena turun sekarang juga RM6.23 bilion. Saya hendak tegaskan bahawa jumlah RM6.23 bilion ini bukanlah satu peruntukan untuk tahun ini sahaja. Ia ada tempoh yang telah kita kemukakan kepada Kementerian Kewangan supaya ianya disalurkan mengikut secara berperingkat. Sebagai contoh, untuk program meningkatkan hasil dan pendapatan baru bagi peneroka FELDA yang telah saya perincikan dan cerakinkan pada pagi ini. Ia memerlukan peruntukan RM1 bilion dan saya telah nyatakan ini dalam tempoh empat tahun. Ini bermakna bagi tahun ini hanya RM250 juta bagi meningkatkan kemahiran, menyediakan latihan dan juga meningkatkan bakat dan skil di kalangan peneroka-peneroka FELDA bagi menguasai teknologi baru supaya mereka juga dapat terlibat dalam industri ternakan dan pertanian yang berteknologi tinggi. Maka kita ada jadual-jadual yang telah ditetapkan mengikut kemampuan kita. Contoh yang kedua bagi menyiapkan rumah-rumah generasi kedua yang saya umumkan RM250 juta itu, itu mesti diselesaikan tahun ini juga. Ini akan melibatkan lebih kurang 4,700 buah unit rumah yang terbengkalai selama beberapa tahun akibat kegagalan UMNO dan Barisan Nasional dan kami terpaksa mengambil alih menyiapkan. Namun oleh sebab kekangan kewangan pada hari ini, kami hanya mampu menyiapkan untuk projek- projek terbengkalai 70 peratus ke atas sahaja kerana pada masa ini kita belum ada kemampuan untuk menyiapkan rumah-rumah yang baru bermula kerja-kerja tanah ataupun tapak kerana ia memerlukan kos yang besar. FELDA telah pun menjalankan audit di seluruh negara di setiap negeri tentang keperluan untuk menyiapkan projek-projek rumah generasi kedua terbengkalai ini, jadi hasil daripada audit tersebut, kita merasakan pada tahun ini kita hanya mampu untuk menyiapkan lebih kurang 5,000 unit rumah dalam kos RM250 juta. Ketiga sebagai yang saya nyatakan pagi tadi tentang pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil yang kita perlukan adalah RM480 juta itu juga akan dibiayai pada tahun ini kerana setiap bulan kita memerlukan lebih kurang RM40 juta untuk membiayai Skim Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil. Jadi, maknanya insya-Allah tahun ini tidak ada lagi kelewatan bagi Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil bagi peneroka-peneroka FELDA dan saya kan pastikan ini bakal mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat sikit sahaja.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang silakan.
Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya tentang pinjaman sara hidup ini. Adakah benar kalau dahulunya RM1,500 per month sebulan, akan diturunkan menjadi RM1,000 dan saya difahamkan hendak turun lagi kepada RM750. Kalau benar saya harap minta kepada Yang Berhormat tidak menurunkannya kerana kos sara hidup yang begitu tinggi.
Yang Berhormat Menteri, saya Kalabakan.
Yang Berhormat Kalabakan minta laluan.
Yang kedua Yang Berhormat Menteri, dari segi Perumahan Generasi Kedua FELDA, kita faham FELDA mempunyai masalah aliran tunai yang agak kritikal. Jadi pernah kita rancangkan dahulu supaya generasi kedua ini diberikan mereka atau dijual kepada mereka lot-lot kosong tapak rumah untuk mereka dirikan rumah. Jadi FELDA tidak perlu terlibat dari segi pembinaan rumah tersebut. Mereka boleh membina sendiri, FELDA cuma menyediakan basic infra sahaja. Jadi ini kita jangka generasi kedua mampu untuk memiliki tanah untuk membina rumah.
Yang Berhormat Menteri boleh sedikit Yang Berhormat mengenai projek perumahan tadi. Saya sebut dalam perbahasan saya tadi Yang Berhormat Menteri, tentang kos pembinaan rumah generasi kedua ini yang dicatatkan RM198,000, tetapi jualan rumah ini lebih kurang RM90,000 atau RM120,000 mengikut keluasan lot. Bagaimana pihak kementerian hendak mengatasi masalah subsidi ini? Adakah subsidi ini akan dipotong, harga rumah naik, ataupun dia buat dua, tiga kategori rumah untuk generasi kedua FELDA ini.
Satu lagi Yang Berhormat Menteri, saya hendak cadang kepada kementerian. Apa pandangan Yang Berhormat kalau rumah generasi kedua ini ada kerjasama dengan KPKT, SPNB, dan agensi perumahan yang lain untuk menurunkan kos pembinaan rumah ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Kalabakan sedikit, Yang Berhormat Menteri. Saya beberapa bulan yang lalu saya pernah bertanya dengan Yang Berhormat Menteri mengenai FELDA di Sabah, location untuk peneroka. Yang Berhormat Menteri berjanji akan menjawab dalam Kertas Putih. Mengikut perjanjian awal FELDA masuk Sabah, 40 ribu hektar akan diperuntukkan untuk peneroka. Sekarang kita hanya ada 9 ribu hektar. Jadi, dengan kajian semula perjanjian antara FELDA Global atas pajakan dan FELDA Global, kita mengharapkan penambahan tanah untuk peneroka di Sabah.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bera. Pertama, pertanyaan bahawa pinjaman sara hidup dan bantuan pendahuluan hasil akan dikurangkan daripada RM1,500 kepada RM1,000 dan akan terus dikurangkan, adalah tidak benar sama sekali. Ini adalah propaganda UMNO menjelang Rantau. Saya telah umumkan pagi tadi bahawa kadar sedia ada dikekalkan iaitu RM1,500. Jadi, Yang Berhormat Bera boleh turun balik Rantau pada malam ini, beritahu pengundi Rantau bahawa baiknya Yang Amat Berhormat Langkawi kekalkan kadar RM1,500.
Adakah Yang Berhormat juga bakal selepas ini?
Tidak apa. Terima kasih. Kedua, tentang lot- lot tapak tanah rumah. FELDA telah pun melakukan satu projek perintis di Johor. Alhamdulillah sambutannya positif. Namun, masalah yang kita hadapi ialah sekiranya dasar ini diteruskan, ia akan menguncupkan tanah-tanah rancangan FELDA. Sebagai contoh, di Johor 500 ekar telah digunakan bagi tujuan ini dan apakah FELDA bersedia untuk menyerahkan tanah-tanah tersebut? Akan tetapi ada pandangan tanah-tanah poket itu yang harus dipertimbangkan. Perkara ini sedang diteliti oleh FELDA bagi menyediakan tapak-tapak rumah bagi generasi yang kedua kerana beban kewangan untuk kerajaan menyediakan perumahan generasi kedua ini sudah tentulah besar. Ini antara pilihan yang boleh kita pertimbangkan.
Mohon sedikit laluan. Sedikit.
Saya habiskan yang mencelah tadi. Yang Berhormat Jelebu menyatakan tentang kos yang dinyatakan RM158 ribu. Saya setuju kerana sekarang ini kita ada teknologi-teknologi baharu yang boleh mengurangkan kos pembinaan. Kalau kita mempunyai satu jumlah yang besar, kita boleh guna teknologi IBS dan sebagainya supaya kos bagi pembinaan setiap rumah itu boleh dikurangkan. KPKT sedang dalam kerjasama untuk melihat bagaimana kita boleh mendapatkan pemaju-pemaju dengan menggunakan teknologi ini supaya satu perincian dapat dikemukakan bagi menyediakan lebih banyak rumah pada kos yang lebih munasabah. Ketiga, Yang Berhormat Kalabakan bangkitkan keperluan tanah rancangan baharu oleh sebab banyak tanah-tanah FELDA ini sudah dipajakkan kepada FGV. Saya telah terangkan tadi, kita tidak boleh berterusan dengan model yang sedia ada kerana model yang
sedia ada ini amat membebankan peneroka-peneroka dan juga kerajaan. Kita sedang menyediakan satu model baharu supaya tanah-tanah yang sedia ada ini dapat kita gabungkan supaya dapat diuruskan dengan skala yang besar. Oleh kerana itu sahaja yang boleh menjamin produktiviti dan hasil yang lebih baik kepada peneroka. Saya minta izin Tuan Yang di-Pertua, supaya ini celahan yang terakhir daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih.
Terima kasih. Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Soal apakah kerajaan akan menghapuskan terus interest yang dikenakan ke atas peneroka FELDA yang buat pinjaman tersebut?
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya telah tegaskan perkara ini pada pagi ini bahawa kerajaan telah mengambil keputusan. Oleh kerana kadar faedah yang dikenakan walaupun effective rate dengan kadar 13 peratus itu sebenarnya amat membebankan peneroka, apatah lagi harga komoditi itu rendah. Jadi, kita telah absorb ataupun serapkan RM2 bilion bagi menghapuskan kadar faedah di kalangan peneroka-peneroka. Ini merupakan satu dasar baharu FELDA untuk masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri. Sedikit.
Celahan yang terakhir tadi.
Tadi saya sudah bagi laluan tadi.
Sedikit sahaja. Anak peneroka.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Paya Besar, telah dinyatakan bahawa itu celahan yang terakhir. Silakan.
Yang Berhormat Menteri, saya sokong Menteri. Please. Minta sedikit. Sedikit. Yang Berhormat Menteri. Sedikit.
Saya sudah...
Yang Berhormat Paya Besar. Duduk. Duduk.
Saya hendak tanya mengenai interest tadi.
Saya minta maaf.
Sila duduk. Sila duduk.
Sedikit. sedikit.
Saya boleh ambil maklum, Tuan Yang di- Pertua. Saya pohon cadangkan supaya perkara-perkara lain dibangkitkan sepanjang perbahasan ini dapat saya sampaikan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Oleh kerana saya yakin pandangan-pandangan, teguran yang dikemukakan itu dapat membantu FELDA untuk sama-sama bangkit semula. Saya lihat penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat di sepanjang tempoh perbahasan sama ada di pihak Pakatan Harapan mahupun pihak pembangkang nampaknya cukup positif untuk bersama- sama bangkit dan majukan FELDA dan peneroka FELDA. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Langkawi telah beri perhatian serius, daripada pembentangan sampai jawapan. Apakah ini petanda Yang Berhormat adalah seorang pakal?
Adakah Yang Berhormat Arau menjawab? Sudah selesai.
Sebab saya tidak boleh bercakap, itulah saya buat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi di bawah Perkara 1 itu tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEVI PELEPASAN 2019 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [9 April
Saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur. Lima minit.
Dia tidak habis lagi.
Yang Berhormat Pasir Puteh tidak habis lagi hari itu. Ditangguh.
Siapa?
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Yang Berhormat Pasir Puteh. Belum habis lagi hari itu? Silakan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sambungan kepada perbahasan Rang Undang-undang Levi, suka saya menyebut bahawa levi yang diperkenalkan itu adalah satu tindakan yang tidak menepati masa. Dalam keadaan rakyat yang berhadapan dengan isu ekonomi dan harga barang yang sentiasa meningkat. Jadi, kalau levi pelepasan ini diperkenalkan kepada rakyat dalam negara kita, saya rasa ia sangat-sangat tidak menepati keperluan di dalam negara kita. Dengan saya tidak menafikan bahawa levi ini akan memberi pulangan yang agak baik kepada negara tetapi di sudut masa dan situasi yang dialami oleh rakyat, saya kira ia adalah tidak diperlukan. Kedua, yang ingin saya sebut ialah kepada Ahli-ahli Kabinet yang menguasai kerajaan, supaya apa juga tindakan yang kita kenakan di dalam negara kita ini biar kita ada sedikit minda korporat, bukan kita ada minda untuk memungut cukai daripada rakyat. Oleh sebab kalau kita set dalam kepala kita, bila tidak ada duit, maka kita fokus kepada rakyat, ini saya rasa tidak memberi satu gambaran sebuah kerajaan yang mampu membina masa depan negara dan untuk kita pacu negara kita menjadi sebuah negara yang maju.
Saya ingin sebut, semua kementerian-kementerian yang ada sekiranya diaktifkan sistem ekonomi daripada kementerian-kementerian tersebut seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, beberapa kementerian daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan dan sebagainya. Kalau kita mempunyai corporate minded, kita akan menguruskan negara ini mengikut minda yang ada di dalam kepala kita. Hal yang demikian ini barangkali kalau kita lihat kepada negara-negara yang maju yang ada dalam dunia pada hari ini dan tidak menjadi suatu yang hina bagi kita negara yang membangun untuk kita belajar beberapa keadaan dengan negara maju. Pagi tadi, saya sebut umpamanya kereta nasional, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab kerana meletakkan agenda ini, agenda untuk kita bersaing dengan negara-negara yang lain. Jadi sebab itu, suka saya ingin sebut di dalam ucapan tambahan pada petang yang mulia ini supaya levi yang akan dikenakan kepada rakyat yang akan meninggalkan negara kita kalaupun hendak dikenakan, biarlah kepada individu-individu yang berkenaan sahaja. Jangan membabitkan semua individu seperti umat Islam yang hendak menunaikan ibadat haji dan umrah, begitu juga dengan rakyat Malaysia yang berbilang agama yang
biasanya agama hindu ke India dan seumpamanya, tidak dikenakan levi kepada mereka. Begitu juga kepada penduduk-penduduk yang tinggal di sempadan negara yang berulang alik daripada Malaysia kepada negara jiran yang ada peniaga-peniaga kecil berulang alik lebih daripada 10 kali dalam masa satu hari. Jadi, semua benda ini saya minta supaya pihak kerajaan mengambil kira dan melihat dengan cara yang lebih profesional supaya yang paling penting negara kita Malaysia ini tidak dilihat oleh negara-negara lain sebagai sebuah negara yang apabila berhadapan dengan isu ekonomi yang kita nampak adalah cukai daripada rakyat. Saya kira dengan kita lupuskan GST, walaupun GST ini lebih baik daripada SST, levi ini jauh lebih buruk daripada kedua sistem ini yang menampakkan seolah-olah cukai melalui levi. Walaupun nama dia levi tetapi sebenarnya ini adalah cukai yang saya kira cukai ini satu benda yang tidak berpatutan yang dikenakan dalam negara kita. Saya dengan ini tidak menyokong ataupun membantah Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Ipoh Timur, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua di hadapan kita ada satu Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 dan perbahasan telah pun bermula pada hari semalam, yang mana kita telah perhatikan bahawa ada bantahan-bantahan terhadap rang undang-undang ini. Apabila saya memerhatikan media sosial sejak semalam, memang respons daripada media sosial memang tidak begitu dialu-alukan. Akan tetapi, sebagai sebuah kerajaan, saya berpendapat bahawa we have to stomach it, dengan izin dan sebagai sebuah kerajaan, segala cukai ataupun levi baharu yang akan diperkenalkan oleh kerajaan sememangnya tidak akan dialu-alukan oleh rakyat. Namun demikian, pada pandangan saya apa yang penting adalah bahawa kerajaan harus memberitahu kepada rakyat, menjelaskan kepada rakyat bagaimanakah kutipan ini pada akhirnya akan digunakan. Saya percaya bahawa rakyat pada akhirnya akan memahami kenapa kita perlu meluluskan Rang Undang-undang Levi Perlepasan ini
Yang Berhormat Ipoh Timur.
Maaf, tidak ada masa lah. Maaf.
Kawan baik tidak boleh?
Sorry. Sememangnya sekiranya kita meninjau keadaan kedudukan kewangan negara kita pada hari ini kita sememangnya, kerajaan sedia ada sedang cuba sedaya upaya untuk mengurangkan kos-kos perbelanjaan yang tidak diperlukan, untuk mengurangkan kos-kos perbelanjaan yang telah pun di commitkan oleh pentadbiran yang lepas. Kita nampak, kerajaan ini sekarang kita telah pun berjaya untuk mengurangkan, untuk menjalankan rundingan semula ke atas kontrak-kontrak besar, mengurangkan kos pembinaan seperti MRT2, daripada RM39 billion ke RM30 billion dan LRT3, dari RM31 billion ke RM15 billion. Ini adalah usaha daripada kerajaan dan kita berharap bahawa rakyat boleh faham kenapa keduduk kewangan kerajaan boleh mencapai satu situasi yang begitu serius pada hari ini. Apabila kita berbincang semual berkenaan levi perlepasan ini, saya berharap bahawa kerajaan boleh menggunakan semula levi yang akan dikutip ini, berapa levi dikutip sememangnya tidak ada satu angka yang jelas tetapi lebih kurang dalam lingkungan RM700 juta. Mungkin itu sebagai satu anggaran daripada expert di pasaran. Kerajaan sepatutnya memberitahu kepada rakyat bahawa berapakah, bagaimanakah levi yang akan dikutip ini akan disumbangkan semula kepada kemajuan pembangunan negara kita. Bagaimanakah levi ini boleh digunakan untuk tujuan dengan contoh untuk melaburkan semula dalam industri aviation dan untuk mengoptimumkan lagi aviation security dan sebagainya. Di sini, saya juga ingin membangkitkan dua cadangan kepada Kerajaan Persekutuan yang mana pada hari semalam, Yang Berhormat Menteri telah pun mengumumkan bahawa untuk mereka yang menunaikan pilgrim dengan izin, untuk kali pertama akan dikecualikan daripada levi. Saya hendak mendapat pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri pada hari ini, sama ada pengecualian ini akan diberikan kepada mereka yang menunaikan tanggungjawab agama
mereka tidak kiralah agama mana termasuk untuk rakan-rakan Hindu yatra, termasuk untuk rakan-rakan beragama Kristian yang lawatan mereka ke Holy Land dan sebagainya. Untuk mereka yang bekerja, khasnya yang bekerja di Singapura, kita ada ramai warganegara yang bekerja di Singapura biarpun dari Semenanjung Malaysia ataupun dari Sabah dan Sarawak, khasnya dari Sabah dan Sarawak apabila mereka terpaksa untuk mengambil kapal terbang untuk menaiki kapal terbang untuk sampai ke Singapura untuk bekerja. So, sama ada pengecualian ini boleh dipertimbangkan untuk dilanjutkan kepada mereka yang memegang work permit, permit kerja yang sah khasnya mereka yang bekerja di Singapura. Dengan itu, sekali lagi saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk berbahas berkenaan dengan rang undang-undang ini. Saya memohon untuk menyokong rang undang-undang ini. Sekian.
Yang Berhormat Setiawangsa.
Yang Berhormat Bagan Serai.
Setiausaha hendak...
Yang Berhormat Bagan Serai, lima minit sahaja.
Sebelah sini, Yang Berhormat Ayer Hitam belum berbahas lagi?
Belum, Ayer Hitam dahulu.
Ya.
Selepas itu, Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan teruskan...
Lima minit sahaja.
...Beberapa perkara yang penting. Pertama, saya menganggap Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 tidak dirangka dengan baik. Kenapa saya berkata begitu? Saya semak, tidak ada satu klausa yang menerangkan tentang levi pelepasan hanya untuk penerbangan. Oleh sebab itu, kita nampak secara umum dalam fasal 9(2) semua menulis pengendali. Kalau lah niat kita untuk mengenakan levi pelepasan, ia sepatutnya ditulis secara jelas, nama akta ini adalah rang undang-undang atau Akta Levi Pelepasan untuk penumpang penerbangan 2019. Saya rasa itu yang pertama. Oleh sebab itu, saya minta penjelasan kenapa ia terjadi begitu? Ini kerana, tafsiran daripada rang undang-undang ini untuk mereka yang menggunakan cruise juga boleh dikenakan dari semasa ke semasa. Mungkin, keadaan sekarang kita tidak buat. Akan tetapi, apakah jaminan daripada kerajaan, jaminan tidak guna sebab undang-undang ini mengizinkan mereka kutip levi.
Oleh sebab itulah saya minta kalau itulah hasrat kerajaan, sepatutnya dinyatakan hanya untuk tujuan penerbangan. Itu yang pertama. Kalau tidak, tafsirannya lebih teruk ialah kenderaan melalui pengendali operator. Apa maksudnya? Saya naik kereta sewa, saya pergi ke Singapura, itu juga barangkali satu hari nanti tafsirannya ia boleh dikenakan levi pelepasan. Pelepasan itu tidak semestinya menaiki kapal terbang. Jadi definisi itu, saya berharap ia dibuat dengan baik sebab walaupun Menteri semalam kata itu hanya untuk penumpang pesawat tetapi dari segi undang-undang, itu lebih penting, saya berharap ia dapat diberikan secara bertulis dan saya berharap apa yang diperihalkan oleh Yang Berhormat Menteri, saya tahu dia kata Menteri boleh perihalkan. Tidak. Apa yang penting ialah akta ibu itu kena nyatakan dengan jelas hanya untuk penerbangan.
Kedua, saya hendak beritahu, adakah kerajaan sedar tahun 2002, ASEAN Tourism Agreement yang ditandatangani oleh Tun Dr. Mahathir, Yang Amat Berhormat Langkawi, salah satunya, 10 negara ASEAN telah membuat satu persetujuan intra-ASEAN, sepatutnya kita basmikan levi pelepasan. Itu yang dilakukan oleh Indonesia pada tahun 2011. Kenapa satu perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh Malaysia, kita sendiri yang kenakan pada tahun 2019 sedangkan negara jiran telah mansuhkan? Itu pertanyaan yang saya hendak buat. Saya hendak bertanya lagi, kalau kita lihat dari segi jumlah, tengoklah apa yang saya dapat rumuskan. Kita kenakan tiga cukai. Pertama, airport tax, negara ASEAN― RM35. Kita kenakan lagi MAVCOM fi RM1 dan sekarang tambah RM20 kalau untuk ASEAN. Ini bermakna RM56 dikutip oleh kerajaan. Untuk negara luar ASEAN, RM73 adalah airport tax dan RM40 levi pelepasan dan RM1 untuk MAVCOM. Ini bermaksud, ketiga-tiga cukai ini dikutip oleh kerajaan. Kenapa perlu ada pertindihan? Sepatutnya kita melihat struktur itu cuma satu sahaja. Tidak membebankan rakyat untuk tiga jenis cukai yang dibayar. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat. Kalau kita lihat statistik yang kita peroleh melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia, ada 99 juta orang penumpang pada tahun 2018 dengan pertumbuhan sebanyak 2.5 peratus berbanding tahun 2017. Daripada jumlah ini, 51.6 juta adalah berlepas ke negara lain dan 25.4 juta menuju ke negara ASEAN dan 26.2 juta menuju ke negara selain daripada ASEAN. Kutipannya ratusan juta. Tetapi persoalannya, bagi mereka mungkin yang duduk di Johor Bahru, kalau mereka hendak menyeberang, satu hari nanti kalau ini tidak dipinda, tidak dinyatakan dengan terus, saya takut jangan kata kalau naik kapal terbang tapi kereta api atau cruise juga dikenakan. Jadi saya minta pada soal pokok itu, kita ubah balik definisi itu. Satu perkara lagi. Kalau kita lihat OAG Report, 30,537 penerbangan untuk setahun dari Kuala Lumpur ke Singapura. Ini merupakan the biggest route. Ini bermaksud apa? Dahulu Hong Kong–Taipei top of the list. Sekarang Kuala Lumpur–Singapura. Bermaksud ramai yang berulang alik menggunakan penerbangan ini. Saya berharap kalau inilah membebankan rakyat pada waktu ini, saya berharap kadar itu dapat kita kurangkan. Sekarang sudah ada tiga, kenapa tidak dicantumkan dua dan kurangkan itu? Supaya RM56 untuk negara ASEAN dan RM114 untuk negara luar ASEAN itu dapat kita kurangkan bagi membantu rakyat supaya tidak sengsara. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya melihat ini sebagai satu levi yang membebankan rakyat. Saya minta supaya kita melakukan ini kerana saya tidak mahu ia menjejaskan sektor pelancongan kita. Malaysia pada tahun 2017, pertumbuhan kita turun tiga peratus tetapi negara jiran Thailand bertambah sembilan peratus, Singapura bertambah enam peratus, Indonesia 22 peratus pertambahan, kemudian Filipina 11 peratus dan Vietnam 29 peratus peningkatan. Bermaksud, kita memerlukan pelancong. Apatah lagi waktu kita ini bersandarkan kepada sektor pelancongan. Saya berharap, Kementerian Kewangan, kita kenalah berlaku bijak. Kalau tidak, akhirnya akan memudaratkan masyarakat Malaysia. Sekian, terima kasih.
Setiawangsa.
Yang Berhormat Setiawangsa, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua...
Selepas itu Kinabatangan.
Setiawangsa cuma hendak bercakap pendek sahaja tentang perkara ini. Pertama, Setiawangsa ingin mendapatkan kepastian kerana setakat ini, maklumat yang diterima oleh Setiawangsa ialah levi ini akan terus masuk ke Perbendaharaan. Sedangkan kalau kita melihat International Civil Aviation Organization (ICAO), antara prinsip bagi sebarang cukai ataupun levi yang melibatkan departure, mereka meminta sepenuhnya dilaburkan semula di dalam sektor penerbangan ataupun aviation kerana sekiranya tidak, maka ia akan menjadi satu barrier kepada penerbangan dan juga industri di dalam dunia. Kedua, ini juga bersifat sebagai satu double taxation kerana kita sudah pun ada tourism tax. Sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam sebentar tadi,
Setiawangsa bersetuju bahawa sektor pelancongan kita adalah salah satu sektor yang penting yang sebelum ini merupakan antara sektor kekuatan kita dan kita mengalami penurunan dalam tahun yang terakhir. Jadi, kita khuatir bahawa sebarang pengenalan cukai baharu akan memberi impak yang negatif kepada sektor pelancongan. Setiawangsa juga ingin mendapat kepastian sama ada pihak MAVCOM diconsult dalam meluluskan draf rang undang-undang ini. Ini kerana mereka salah satu pihak yang berkepentingan. Jadi, pihak Setiawangsa ingin mendapatkan kepastian untuk memberi sokongan kepada rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Sekarang Yang Berhormat Kinabatangan. Selepas Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bagan Serai dan selepas Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Gerik sebagai pembahas terakhir.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Akta ini, Tuan Yang di-Pertua, tidak seharusnya dibawa dalam Dewan ini sebab akta ini memang menindas, primitif, menghisap darah. Mana ada macam ini? Mansuh GST bagi rakyat beban dengan hutang baharu...
Cukai baharu.
Cukai baharu dan ia berlanggar dengan― saya setuju dengan rakan saya, ia melanggar dengan perjanjian ASEAN Tourism. Bercanggah. Jadi, saya tidak tahulah macam mana akta sebegini tidak difikirkan. Banyak yang saya boleh cerita, Tuan Yang di-Pertua, tetapi kita cerita pun, kalau akta ini diluluskan, terserahlah dengan rakyat di luar sana menilai kehebatan kerajaan yang sedia ada ini. Bukan membantu meringankan beban rakyat, kos sara hidup meningkat, tetapi dibebankan pula. Kalau rakan saya Yang Berhormat Limbang semalam, di Limbang ini memang kalau hendak ke Sabah hendak melalui Brunei, tiga kali, empat kali. Kalau saya daripada Kota Kinabalu hendak ke Limbang, saya melalui lima pos imigresen. Masuk Brunei, keluar Brunei, masuk Brunei. Bermakna kalau pergi sana, saya tiga kali kena bayar sebab tiga kali keluar masuk Brunei, kalau dari Sabah. Jadi bayangkan...
Yang Berhormat Kinabatangan. Limbang boleh? Tambah sedikit sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Hari ini rakan-rakan dari negara jiran sudah mula menelefon saya, untuk pengetahuan Yang Berhormat Kinabatangan tentang hal ini. Terima kasih.
Yang ada masalah, yang rakan-rakan kita dari Kedah pun kena, daripada Kelantan pun kena. Macam-macam. Daripada Kalabakan, Tawau pun kena. Banyak keluarga di sebelah. Jadi tolonglah, jangan bebankan lagi rakyat sebab kos memang banyak, tinggi. Sudahlah airport tax sudah kena, MAVCOM kena. Lain-lain negara sudah membatalkan. Filipina sudah tidak ada levi, Indonesia tidak ada levi, kenapa kita hendak bagi levi? Bila kita hendak jadikan ini? Singapura tidak ada. Dahulu Filipina ada tetapi dia sudah mansuhkan lima tahun yang lalu. Indonesia pun begitu. Tiba-tiba pula Malaysia hendak mengenakan levi kepada penumpang. Cubalah jangan bawa akta yang boleh mengeruhkan keadaan. Kita baru lepas pilihan raya. Rakyat mengharapkan sesuatu yang baik tetapi tiba-tiba asal keluar seberang pun kena tambahan RM20. Macam-macam. Kita tidak tahulah kenapa jadi begini. Memang kerajaan memerlukan duit tetapi carilah mekanisme yang lain. Janganlah begini.
Ini undang-undang tidak boleh diterima oleh rakyat. Percayalah kalau Yang Berhormat semua ini lulus undang-undang ini, akibatnya berat, rakyat akan marah. Rakyat akan marah. Jadi Yang Berhormat di sana itu tolonglah cakap kepada kerajaan. Kami pun dulu duduk sana berapa kali saya berdiri supaya kerajaan tarik balik akta, bill. Bukan kita
menentang tetapi untuk kebaikan rakyat. Untuk kebaikan rakyat kita bersuara, bercakap. Jangan kita pun diamkan diri sebab mendiamkan diri, rakyat akan hukum kita. Rakyat sekarang terlalu menderita. Jangan tambah lagi beban sengsara mereka. Kenapa akta sebegini? Seharusnya kita bincang. Dulu kata apa-apa akta yang melibatkan berat, melibatkan rakyat harus bincang dalam satu Select Committee. Kalau committee sudah bersetuju, maka kata table di Dewan Rakyat, tidak banyak yang bahas tetapi tidak juga berubah. Dulu kata kita tidak buat tetapi yang ada pun tidak buat juga. Buatlah, kita ikut. Buat Select Committee, bincang akta. Select Committee lulus, dalam Dewan tidak perlu bahas. Kita semua sokong. Buat perubahan tetapi kalau tidak juga dibuat perubahan, maka inilah yang berlaku. Kita bahas membantah, sana menyokong. Main politik terus kita. Bila kita berhenti? Seharusnya Dewan Rakyat ini bukan untuk berpolitik, untuk kita mengurus masa depan negara, masa depan rakyat. Jadi saya harap ada perubahan dibawa oleh kerajaan baharu ini untuk kita dalam Dewan ini supaya kita tinggalkan legasi ini untuk anak bangsa kita pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya minta akta ini ditarik baliklah.
Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Sekarang Yang Berhormat Bagan Serai. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada dasarnya Yang Berhormat Bagan Serai setuju dengan Rang Undang-undang Levi Pelepasan ini kerana bila kita cakap fasal cukai, bukan kerajaan kutip cukai untuk seronok-seronok. Kerajaan kena jaga macam-macam tentang perkhidmatan awam sebab kita consume tetapi kita tidak bayar. Siapa hendak jaga jalan? Siapa hendak jaga sampah? Siapa hendak air bersih? Sungai yang bersih? Udara yang bersih? Siapa hendak jaga ini semua? Jadi ini semua memerlukan— ini adalah public goods. Public goods ini orang tidak mahu own tetapi orang hendak pakai sahaja. Orang hendak consume sahaja. Jadi pada dasarnya, cukai yang dikenakan oleh kerajaan bukan niat jahat sebab cukai ini, levi ini akan pergi kepada kerajaan. Kalau pergi kepada kerajaan, beratus juta ia akan guna untuk rakyat. Hendak buat sekolah, hendak buat hospital, hendak buat macam- macam. Jadi kita kena tengok ini dulu sebelum kita kata asyik cukai sini, cukai sana. Akan tetapi sudah tentulah Bagan Serai berpendapat ini timingnya agak tidak betul, sudah tentulah bersyarat. Ada banyak perkara-perkara yang kita kena tengok di sini. Pertamanya kita lihat, saya katakan tadi ubat ibarat, ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ umpamanya. Sebab apa ia menjadi beban kepada rakyat. Kita dapat lihat pada tiket kapal terbang kita sahaja. Tadi telah disebutkan ada airport tax, ada MAVCOM lagi dan sekarang hendak diletak levi lagi. Jadi, ini membebankan rakyat. Membebankan rakyat ini, rakyat tidak suka. Rakyat tidak suka kalau membebankan sebab banyak bertindih di situ. Perkara kedua ialah tentang kita adalah satu-satunya negara di ASEAN dengan negative growth tourist dengan izin datang ke Malaysia dua tahun berturut-turut— minus three. Negara-negara lain di ASEAN ini semua meningkat. Jadi apa hendak jadi dengan tourism kita? Jadi apa hendak jadi dengan industri penerbangan kita? Sebab orang macam tidak minat hendak datang. Apakah kita tidak menarik? Negara kita tidak menarik? Apa yang masalah kita? Apakah airport tax-nya tinggi? Ini yang menjadi masalah yang kita dapat lihat hari ini negara-negara dikelilingi kita makin maju, mereka memulakan penerbangan kemudian pada kita. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara lagi tentang yang dikatakan tadi perjanjian ASEAN Tourism Agreement pada 2002 hari itu, kita sudah ratify. Ini kita hendak memudahkan perjalanan antara intra-ASEAN bagi semua negara-negara ASEAN. Akan tetapi bila kita ini seolah-olah kita macam breach, kerana kita sudah mengingkari perjanjian ini. Jadi, sebab itu Bagan Serai berpendapat cukai bagus tetapi kalau kita hendak go on, kita dapat lihat tadi pembahas-pembahas lain juga kata. Bagaimana dengan orang yang pergi haji umpamanya? Ataupun mereka yang terpaksa ulang-alik kerja? Ataupun saya hendak katakan kalau mereka sakit, ada orang sakit hendak pergi, hendak ambil rawatan ke luar negara. Sudahlah sakit, kena disakitkan lagi. Jadi dua kali sakit sebab bayar benda ini lagi walaupun agak kecil kalau kita dapat lihat.
Walau bagaimanapun, tiket kapal terbang tadi ia boleh meningkat sehingga hampir 60 peratus. Daripada kajian yang menunjukkan hampir 60 peratus. Kalau jadilah ia kenakan RM20 kepada ASEAN dan RM40 pada keluar daripada negara ASEAN. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah sebab Bagan Serai mengatakan tadi Rang Undang- undang Levi Pelepasan ini pada dasarnya memang cukup bagus tetapi saya harap sangatlah supaya diadakan pengecualian-pengecualian ini. Akan tetapi tax tetap bagus sebab apa. Kita jangan silap faham. Kita jangan ingat tax ini hendak bagi susah rakyat sebab tax ini hendak bagi kerajaan bagi pada rakyat balik. Kalau kita buat umpamanya kalau kita persis dengan rang undang-undang ini saya cadangkan kita turunkan airport tax sebab airport tax ini biasanya pergi kepada MAHB. MAHB adalah hendak buat urusannya termasuk macam- macam lagi tetapi kalau levi pelepasan ini ia akan pergi kepada Perbendaharaan, pergi kepada kerajaan dan kerajaan akan guna untuk rakyat juga akhirnya. Jadi Bagan Serai setuju dengan rang undang-undang ini. Terima kasih, menyokong.
Pembahas yang akhir. Yang Berhormat Gerik.
[Bangun] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tidak masuk. Saya sudah putuskan tadi Yang Berhormat Gerik.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya tidak jadi...
Begitulah nasib saya. Okey.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak apa Yang Berhormat Arau, esok ada lagi.
[Dewan ketawa]
Esok ada lagi.
Esok masih ada. [Ketawa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya juga ingin berbahas berkenan levi pelepasan. Tambah bila lepas dengar Yang Berhormat Bagan Serai cakap. Mulut je kata setuju, hati tidak bersetuju. Pertama, kalau kita tengok pengendali tadi menggunakan kenderaan. Ini sebenarnya yang kita bimbang pengalaman yang saya melihat bila RUU diluluskan masa kami jadi kerajaan. Masa kita tegur, ia adalah jawapan yang baik kata naik kapal terbang tetapi bila sudah diwartakan, sudah diluluskan, akhirnya pelbagai tafsiran yang ditafsir oleh pegawai kastam itu sendiri yang berbeza. Itulah terjadinya macam GST. Pegawai kastam di antara negeri, daerah dan juga di peringkat kebangsaan tidak sama tafsiran bila membaca wording…
Boleh bagi?
Yang Berhormat Bintulu silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Gerik, saya ada tertarik kata tafsiran. Kenapa saya sebut ini, kita nampak dalam WhatsApp kata Menteri Kewangan kata ikut darat atau laut tidak kena levi tetapi tafsiran 3 perenggan 1, di sana ada soal di sini. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Kata kenderaan bawa orang keluar semua kena cukai. Itulah saya mahu tanya, Yang Berhormat Gerik setuju kah tidak ataupun pandangan kalau kita semua ini kena cukai, kita punya rakyat dari kawasan pedalaman daripada Johor pergi Singapura bekerja. Hari-hari pulang balik pakai motor, dia pun mahu kena cajkah tidak? Kalau satu hari RM20, satu bulan kira 20 hari, sudah RM400 sudah habis. Ini bukan kasi susah ini, rakyat cari kehidupan harian ke negara jiran ini. Itulah saya mahu tarik balik semalam. Saya kata orang bagi maklumat salah, kata domestik pun. Okey tidak apa. Saya tarik balik itu. Akan tetapi ini Singapore punya orang macam mana? Pun banyak Iban duduk di Johor, kerja di Singapore. Ini rakyat kata menambah ini kerajaan baharu tidak tahu macam mana mahu cari pelabur. Hari-hari ini
hendak hisap darah daripada rakyat. Macam-macam cukai kita kasi masuk. Habis-habisan rakyat kena caj. GST keluar berapa caj semua sudah masuk. Saya minta ini Yang Berhormat Gerik setuju kah tidak? Ini Yang Berhormat Kota Kinabalu semalam kata saya kongkalikung. Tanya dia, dia kongkalikung atau tidak, dia ada jaga rakyat daripada kawasan pedalaman kah tidak? Ya, minta.
Terima kasih, Yang Berhormat kongkalikung, apa nama? Bukan kongkalikung. Apa nama...
Yang Berhormat Bintulu.
Yang Berhormat Bintulu. Minta maaf. Masukkan dalam ucapan saya. Saya hendak sentuh lagi, kerajaan hari ini banyak individu yang atas daripada B40 yang kena bayar cukai.
Income tax kena bayar, ini levi kena bayar dan pelbagai lagi. Dilihat seolah-olah undang-undang ini menzalimi rakyat sehinggakan B40 pun kena. Bila mana mereka hendak pergi umrah, hendak pergi haji. Pada pandangan saya, rang undang-undang ini perlu ditarik, disusun semula supaya dibuat lebih baik dan kalau kita tengok dulu pihak pembangkang, kerajaan jadi pembangkang, kuasa Menteri terlampau hebat. Kalau kita tengok 4(1), bermakna kawan-kawan Menteri mungkin boleh lepas. Apabila tengok sini, atas arahan Menteri, Ketua Pengarah boleh rujuk dengan kuasa Menteri. Hal ini bermakna, pengecualian boleh diberi kalau Menteri hendak berikan. Apa berlaku kepada orang-orang pembangkang yang ke luar negara? Oleh sebab itu masa pun pendek sangat, Yang Berhormat Bintulu sudah ambil banyak. Saya mencadangkan kepada kerajaan, tarik dulu RUU ini supaya dikaji semula. Tidak sesuai masa sekarang kerana dulu kita tidak pun levi, tiba-tiba sekarang ada levi. Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua saya tidak menyokong RUU ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sekarang saya pohon Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey?
Tidak apa. 30 minit. 20 minit.
Okey, insya-Allah. Hendak suruh saya berhenti, beritahulah, saya berhenti.
20 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan-rakan yang turun membahaskan Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019. Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Gerik. Bukan gris, saya dengar ada orang sebut gris tadi. Yang Berhormat Gerik, yang telah berbahas tentang Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019. Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang yalah pernah menjadi hakim dan ramai yang ada di dalam Dewan yang mulia ini, adalah merupakan legislator yang saya ingat season, termasuk Yang Berhormat Ayer Hitam, sudah lama. Kita tahu bahawa dalam menggubal apa- apa undang-undang, ia akan digubal dengan suatu maksud yang ia perlu digubal untuk kemudiannya dikuatkuasakan. Ia akan digubal dengan izin, as broad as possible, supaya apabila ada keperluan untuk kita melakukan, enforcekan benda itu, ia sudah ada di dalam ini. Jadi, dalam levi ataupun rang undang-undang ini ialah Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 dan pengenaan levi pelepasan ini seperti mana di dalam klausa 9(1), “Mana- mana orang yang meninggalkan Malaysia hendaklah membayar levi pelepasan”. Itu general statementnya, Yang Berhormat Ayer Hitam. Sesiapa sahaja yang meninggalkan negara ini, perlu membayar levi pelepasan. Itu statement asal supaya— dan seperti mana yang telah
pun disebutkan dan ada yang telah membaca berita dan sebagainya, Menteri Kewangan sebelum berlepas ke luar negara menghadiri mesyuarat dengan World Bank, beliau telah menyebut sebenarnya ini. Levi pelepasan akan dikenakan kepada mereka yang menggunakan kapal terbang. Berlepas ke luar negara dengan menggunakan kapal terbang, pesawat. Hendak tanya kalau kereta terbang kah apa, kita tidak sampai ke tahap itu lagilah. Ini pesawat kapal terbang ke luar negara.
Ya, betul.
Jadi, kalau tanya naik daripada Kuala Lumpur pergi ke Kota Kinabalu kena ke dak, dak la, dalam negara Malaysia. Yang tadi bising, bukan saya tidak— memang Yang Berhormat baca benda ini as it is, verbatim. Memang akan merasakan bagaimana mereka yang tiap-tiap hari berulang daripada Johor Bahru ke Singapura. Yang Berhormat Bintulu bangkitkan dan Yang Berhormat Limbang bangkitkan, bagaimana yang tiap-tiap hari terpaksa berulang termasuklah jenazah yang terpaksa dibawa masuk dari Sarawak, masuk Brunei, keluar pula Brunei, masuk Sarawak bagaimana. Apakah ini akan kena?
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Ya, concern itu memang betul. Terima kasih kerana membangkitkan benda itu. Akan tetapi itu bukan hasrat kita sekarang kerana...
Minta penjelasan...
Ini adalah— sekejap, sekejap Yang Berhormat. Saya selesaikan dulu. Duduk dahulu, duduk dulu. Nanti saya bagi.
Okey.
Kita akan— ini adalah untuk mereka yang menggunakan kapal terbang untuk ke luar negara. Dalam negara tidak dikenakan. Oleh sebab itu, sebab itu, kita ada klausa 11(1) iaitu kadar levi pelepasan, “Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta”. Bukan kuasa dia Yang Berhormat Gerik, seronok- seronok saja, dak. Perintah yang disiarkan melalui warta, menetapkan kadar levi, mengubah atau meminda kadar levi. Tidak cukup dengan itu, kita ada lagi, di bawah klausa pengecualian, peremitan dan pembayaran balik iaitu Bahagian VI, 31. Kuasa Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik, 31(1), “Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta”. Maknanya bukan absolute power pada dia seorang. Menteri ini sebelum membuat apa-apa keputusan, perlulah membawa kertas masuk ke dalam Kabinet, dapat kelulusan Kabinet. Tidak cukup dengan itu, kena diwartakan, Warta ini pula tuan-tuan— tuan-tuan pula. Yang Berhormat sekalian— ingat ceramah di Rantau. [Ketawa] Ia perlu di bawah klausa 11(2), “Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah— (a) dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat pada mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya”. Maknanya Yang Berhormat sekalian, apa-apa juga Menteri yang menggunakan kuasa dia untuk mengecualikan atau meminda ataupun untuk mengecualikan langsung daripada ini, perlulah dibawa ke dalam Dewan, dimaklumkan ke dalam Dewan seperti mana yang termaktub di dalam rang undang-undang yang kita bahaskan sekarang dan insya-Allah saya yakin akan kita luluskan selepas ini setelah mendengar pendengaran— penjelasan daripada saya. Silakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat tadi, kata dari segi rang undang- undang ini kita kena merangka supaya as broad as possible, bermakna kita luaskan skop. Apabila kita melihat salah satu klausa di sini, membenarkan Menteri memberikan pengecualian atau menetapkan jadual. Kenapa tidak? Soalan saya, kenapa tidak? Kalau niatnya untuk penerbangan sahaja, untuk tujuan udara. Saya setuju dengan Yang Berhormat Setiawangsa tadi, alangkah elok, letak untuk penerbangan saja. Selepas ini, tidak ada pertikaian. Tuan Yang di-Pertua juga Yang Arif, hakim. Kalau perkara ini dibawa ke mahkamah, apa yang dikatakan oleh Menteri sebelum meluluskan undang-undang, tidak boleh ditafsirkan. Cuma berdasarkan ini saja, kalau sesiapa— kalau Yang Berhormat Bintulu tadi kata. Kalau orang duduk di Malaysia, hendak ke Singapura, kalau as broad as possible, mereka boleh dikenakan RM20 atau RM40 terpulang kepada Menteri, hendak atau tidak.
Kenapa, kalau niat itu bukan untuk kenakan orang yang berulang-alik, kenapa tidak dihadkan untuk penerbangan saja? Itu soalan, simple. Kedua, Yang Berhormat sebutkan klausa 31, saya sudah tengok dan 9(2), kesemuanya ada kaitan. Jadual itu, kita boleh maklumkan di Dewan Rakyat, itu biasa. Akan tetapi kalau niatnya dari asal seperti mana yang diumumkan untuk udara, sepatutnya AGC masukkan untuk penerbangan. Tidak boleh buat meluas kalau itulah niat Kabinet, ia patut akur kepada keputusan Kabinet. Apa yang saya khuatir, selepas ini tidak baik untuk kerajaan kerana ini terlalu luas. Saya bagi contoh AMLA dulu Yang Berhormat Bintulu, kita bincang macam hendak mati. Semua cakap tidak apa. Apabila diambil tindakan AMLA, dia kata Parlimen yang berikan kuasa.
Yang Berhormat, sudah ada pengalaman itu. Kita merayulah kepada kerajaan kalau hendak kenakan satu kadar genjangan tinggi kerana tiga dalam satu seperti mana yang dihuraikan. Kedua, dari segi undang-undang ini, saya minta hendak kita sokong tapi levi penerbangan itu hanya untuk penerbangan. Itu pun ramai yang mengatakan itu tidak sesuai. Akan tetapi terpulang kalau kerajaan betul-betul hendak buat untuk penerbangan, tolonglah hadkan kepada penerbangan udara sahaja. Bukan untuk cruise, kereta api, pejalan kaki atau naik motosikal ataupun kereta. Itu tidak termasuk, selesai masalah kita. Kita tidak payah argue selepas itu. Terima kasih.
Boleh kasi sedikit Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Tidak apa, satu-satu lah. Yang Berhormat duduk dulu, nanti kita kongkalikung. Saya hendak sebutkan di sini bahawa apabila rang undang-undang ini digubal, dia adalah merupakan levi pelepasan dan sebab itu definisinya ialah mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia hendaklah membayar levi pelepasan. Betul, sekarang niat kerajaan adalah untuk hanya mengenakan kepada mereka yang menggunakan pesawat kapal terbang untuk keluar negara.
Yang Berhormat Kubang Pasu.
Ya?
Adakah itu bermaksud selepas itu naik cruise, naik kereta api, pejalan kaki dan kereta pun kena?
Duduk, duduk.
Kalau tidak, sepatutnya letak macam itu.
Ya betul. Itu yang saya katakan dia digubal secara broad yang sedemikian. Hasrat kerajaan hanyalah untuk mengenakan kepada mereka yang menggunakan pesawat kapal terbang untuk keluar negara. Suatu hari nanti, suatu hari nanti kita tidak tahu for whatever reason dengan izin, Mantan Yang Arif Tuan Yang di-Pertua. Suatu hari nanti, for whatever reason yang diperlukan untuk kita mengenakan mereka yang keluar negara dengan cruise. Kita sudah punya rang undang-undang ini untuk kita gunakan dengan hanya Menteri membuat, sekarang ini selepas rang undang-undang ini diluluskan, Menteri melalui setelah mendapat kebenaran Kabinet akan mendapatkan kadarnya yang telah dipersetujui dan hanya dikenakan kepada mereka yang menggunakan pesawat kapal terbang.
Yang Berhormat Menteri bahaya. Kalau macam itu kita pergi blanket approval. Baik untuk penerbangan sahaja, pengumuman kita dalam Bajet 2019 itu sahaja yang dinyatakan.
Yang Berhormat Ayer Hitam, apa jawapan yang saya berikan ini adalah hasrat kerajaan. Ini saya bercakap dalam Dewan Parlimen yang mulia ini, direkodkan dalam Hansard akan ada. Ini intention kerajaan yang ada sekarang untuk...
Akan tetapi Yang Berhormat, intention apa yang dihuraikan oleh Menteri tidak boleh digunakan di mahkamah. Apa yang takrifan dalam mahkamah undang-undang fasa tertentu, itu sahaja.
Yang Berhormat, Yang Berhormat saya sebut dalam Dewan.
Kastam sudah jalankan tugas. Ikut mana? Ikut undang-undang ini atau ikut Menteri cakap?
Ini akan direkodkan, ini akan direkodkan.
Yang Berhormat Bintulu, satu persatu. Ya, silakan.
Akan direkodkan dalam Hansard mengatakan bahawa hasrat kerajaan adalah untuk mengenakan levi ini bagi mereka yang menggunakan pesawat kapal terbang untuk keluar negara.
Yang Berhormat, Yang Berhormat [Tidak jelas] tidak tengok Hansard. Interpretasi undang-undang berdasarkan kepada ini, akta.
Tanya Tuan Yang di-Pertua tengok.
Tanya Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua tahu.
Memang betul, dia akan mengikutkan akta yang telah diluluskan. Kemudian akan datang kepada Dewan ini mengatakan bahawa yang kena adalah mereka yang menggunakan kapal terbang, itu kuasa Menteri. Dia mengecualikan, yang akan datang nanti oleh sebab dia ada kuasa pengecualian yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Limbang, ini floor saya.
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu.
Sorry, sorry. Maaf, maaf Yang Berhormat Limbang. Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu. Saya dengar. Kuasa Menteri untuk mengecualikan, Yang Berhormat Ayer Hitam nanti kita akan keluarkan okey yang berjalan kaki akan dikecualikan, yang naik cruise akan dikecualikan, naik kereta akan dikecualikan. Maka apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Limbang, oleh Yang Berhormat Bintulu...
Esok kalau kastam cerita lain macam mana?
...Oleh Yang Berhormat Gerik dan sebagainya itu akan hilang.
Yang Berhormat, kenapa tidak dalam akta ibu itu tulis ini levi pelepasan untuk penumpang penerbangan? Selesai, definisi jelas.
Faham sudahlah.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat sekarang hujahnya sekarang berulang, berulang. Saya ingat memadai lah setakat ini Menteri memberi penjelasan.
Okey, saya terus kepada yang lain ya. Saya beritahu dia dibuat secara broad sebegini, hasrat kerajaan adalah hanya untuk mengenakan bagi mereka yang menaiki pesawat untuk keluar negara, yang lainnya akan semua diberikan pengecualian. Apakah akan ada lagi pengecualian yang lain? Ya, ada. Kita mendengar keluhan tadi. Bagaimana mereka yang keluar negara untuk membuat pilgrimage, sama ada orang Islam, orang yang beragama Hindu ataupun Kristian yang hendak pergi tempat Jesus Christ dilahirkan dan sebagainya, kita dengar. Kita akan bawa benda ini kepada Kabinet untuk dipersetujui dan diberikan pengecualian. Kita mendengar Yang Berhormat Ayer Hitam. Jadi pengecualian-pengecualian ini akan diberikan. Jadi ini adalah saya ulang dan tegaskan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, levi pelepasan ini adalah bagi mereka yang berlepas dengan pesawat kapal terbang keluar negara. Cuba kita bayangkan, kita bayangkan. Mereka yang naik kapal terbang untuk keluar negara...
Tumpat minta sedikit, sedikit sahaja.
...Sebahagian besar, sekejap Yang Berhormat Tumpat. Sebahagian besarnya dan boleh kata hampir kesemuanya kalau orang Malaysia adalah untuk melancong ataupun mungkin hendak melawat saudara-mara yang berada di luar negara dan kita tahu bahawa kalau mereka mampu untuk menggunakan pesawat kapal terbang untuk keluar negara melancong dan sebagainya, sudah tentu mereka mampu untuk dikenakan sedikit levi pelepasan yang gunanya nanti untuk apa?
Bukan untuk di joli oleh kerajaan yang ada sekarang, tetapi kita akan gunakan balik kepada rakyat termasuk RM6 bilion yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hendak diberikan kepada FELDA. Mungkin juga kita akan gunakan untuk membantu sebahagian kerajaan negeri yang datang kepada Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji di negeri masing-masing. Ini dia. Tuan-tuan, tuan-tuan pula sudah. Sat lagi hendak pi Rantau ni. Yang Berhormat sekalian, jadi...
Semangat Rantau.
...Dibangkitkan tadi, ya, ya saya bagi. Sila, sila.
Takut sudah hendak masuk tajuk lain. Yang Berhormat Menteri tadi sebut makna pengecualian kepada orang-orang Kristian yang hendak pergi ke tempat kelahiran Jesus Christ. Bagaimana pula orang Islam yang hendak pergi ke tempat kelahiran Nabi Isa?
Saya sebut secara umumnya ia adalah mereka yang hendak pergi membuat pilgrimage. Kalau dalam bahasa Melayu untuk Islamnya pergi menunaikan haji ataupun melakukan umrah. Kalau orang beragama Hindu mungkin dia hendak pergi ke mandi di Sungai Ganges. Kristian saya tidak tahu lah pilgrimage, saya sebut sahaja tadi ya untuk dia pergi ke tempat, kalau itu didefinisikan sebagai pilgrimage dia, pilgrimagenya. Jadi bagi orang Islam saya ingat pilgrimage kita ini adalah mengerjakan haji ataupun umrah, itu sahaja. Jadi, okey sabar. Saya pergi kepada yang dibangkitkan tadi. Dalam ASEAN punya ini katanya sudah ada satu perjanjian untuk tidak dikenakan levi pada mana-mana negara yang tidak ada pelancong yang pergi ke negara tersebut. Oleh sebab dia biasanya masuk tidak kena, yang kenanya bila dia keluar. Jadi saya hendak sebutkan, ini berdasarkan Yang Berhormat Ayer Hitam dan beberapa orang yang telah bangkitkan tadi. Kajian yang dibuat oleh Tourism Malaysia ASEAN Division bertarikh 10 April, bila itu? Hari ini ya. Thailand...
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit Menteri? Limbang.
Sila, sila, sila Yang Berhormat Limbang.
Yang Berhormat Limbang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini hendak minta penjelasan sahaja Menteri fasal kereta.
Alhamdulillah, terima kasih. Ini berita baiklah, balik ini esok saya bawa berita baik ini, kereta tak kena, hanya kapal terbang. Jadi yang satu lagi yang saya ingin nak tanya iaitu tentang Perkara 2(2) iaitu walau apa pun subseksyen akta ini hendak terpakai bagi mana- mana orang walau apa pun kerakyatannya sebab saya concern fasal ini sebab maklumlah kami di Limbang ini border town. Jadi bagaimana pula dengan yang apa pun kerakyatannya ini? Kita hendak minta kepastian sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Tidak payah tunggu esok Yang Berhormat, sekarang ini ada Facebook, Yang Berhormat Limbang terus upload kata, ‘Hei! Jangan risau orang Limbang, bisa saja masuk ke Brunei dan keluar, enggak kena apa-apa’. Okey yang disebut oleh Yang Berhormat Limbang tadi, 2(2) itu bermaksud pemakaiannya itu, akta ini terpakai juga kepada mana-mana orang sama ada dia Warganegara Malaysia atau tidak sebab bila kita kata departure levy ini Yang Berhormat Limbang, kita akan kenakan kepada semua mereka yang dinamakan orang, yang menggunakan pesawat daripada mana-mana lapangan terbang di Malaysia untuk keluar negara. Sama ada dia orang Brunei, sama ada dia orang Malaysia, orang Thailand, orang British, Australian, New Zealand dan namakan apa juga, dia akan tertakluk kepada akta ini. Departure levy itu akan dikenakan kepada beliau. Itu maksudnya di sini.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang ASEAN Tourism Agreement Yang Berhormat jawab tadi. Untuk tahun 2002 yang ditandatangani oleh Perdana Menteri pada masa itu iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang. Dalam dokumen yang dimeterai itu, saya ada satu dokumen, ia sebenarnya adalah satu ayat yang paling penting, “facing out travel levies and taxes of ASEAN national travelling to other ASEAN countries”. Oleh sebab itulah Indonesia pada tahun 2011 dia batalkan. Saya hendak bertanya, sekiranya kita memperkenalkan levi pelepasan ini, adakah ianya akan membawa satu kesan reciprocal daripada negara ASEAN. Itu sangat penting. Saya bagi contoh Singapura. Dulu kita kenakan tol sebelah sini, Singapura kenakan tol yang sama nilainya dengan Malaysia. Akhirnya rakyat sengsara dua-dua belah. Jadi saya rasa sebelum kita memutuskan untuk mengenakan levi itu, kita kena semak. Ini bukan satu kenyataan daripada ASEAN Tourism Association atau organization, ini daripada ASEAN divisyen yang dalam negeri ini. Tolong semak kerana adalah international treaty, 10 Perdana Menteri yang tandatangan ini termasuk Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong, Arroyo dan juga pada masa itu adalah Megawati yang tandatangan. Jadi saya rasa ini adalah satu dokumen yang penting supaya semak. Jangan satu hari nanti kita akan menerima padahnya kerana reciprocal effect itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya tak sempat habis lagi pun tadi, tak sempat hendak sebut mana-mana negara ASEAN yang mengenakan ini, dah ada interjection tadi. Okey, saya hendak sebutkan. Ini yang diberikan oleh Tourism Malaysia ASEAN Division pada hari ini, maklumat yang mereka berikan. Negara Thailand mengenakan levi untuk penerbangan international tak kiralah ke mana pun sebanyak 700 Bhat ataupun equivalent RM90.26. Domestik, maknanya domestik travel pun mereka kenakan walaupun tak banyak 100 Bhat iaitu RM12.89. Singapura juga ada departure tax iaitu sebanyak SD47.30 bersamaan RM143.18. Vietnam, departure tax untuk international USD14 ataupun RM57.37. Domestik mereka juga kenakan mana-mana penumpang yang terbang secara domestik, tak banyak USD2 bersamaan RM8.20.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah ini sama dengan airport tax? Apakah komponen airport tax dalam kutipan cukai itu? Saya khuatir ini sebahagian daripada airport tax incorporated. Jadi minta semak dengan pihak yang berkenaan supaya kita dapat satu jawapan bertulis, ini lebih elok.
Saya kalau ada jawapan bertulis daripada...
Okey.
Dinamakan di sini Yang Berhormat Ayer Hitam, departure tax. It is not airport tax, it is not whatever code equivalent MAVCOM dia ada, dia namakan departure tax. Indonesia, yang tadi Yang Berhormat kata telah face out, ini maklumat yang kita dapat. Untuk international flights, Rupee INR150,000 bersamaan RM43.42.
Itu airport tax. I have confirmed. Yang dibatalkan tahun 2011 itu ialah levi, boleh semak.
Okey tak apa. Domestik, domestik juga mereka kenakan antara Rupiah 40,000 hingga Rupiah 50,000 bersamaan RM11, Rupiah sorry, RM11.58. Filipina, untuk international departure PHP750 bersamaan RM68.60. Untuk local Philippino yang nak terbang ke luar, ini saya ingat sebagai menggalakkan Philippino untuk melancong dalam negara, tidak melancong di luar, mereka kenakan PHP1,620 bersamaan dengan RM141.20. Myanmar, untuk foreigner dia bezakan di antara orang luar dan orang tempatan. Untuk foreigner dia kenakan USD23 bersamaan RM93.80 dan untuk local sebanyak RM10.90. Ini kadar yang ada yang diberikan kepada kita oleh Tourism Malaysia ASEAN Division. Jadi betul, Yang Berhormat kata tadi memang ada dan dibangkitkan pertamanya oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Memang ada ini tetapi ini juga menjadi kelaziman yang dibuat oleh mana-mana negara ASEAN termasuk negara-negara luar seperti Australia yang mengenakan kadar sebanyak AUD60 bersamaan RM178 yang mereka namakan sebagai passenger movement charge. Apa-apa nama punlah, dinamakan passenger movement charge sebanyak RM178.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Di China, Renminbi90 berkuat kuasa tahun 1992 dan begitulah juga di...
Itu airport tax.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Begitulah juga di Hong Kong dan juga di Jepun.
Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.
Sekejap ya. Di Jepun dikuatkuasakan 7 Januari 2019 dan dikenali sebagai International Tourist Tax ataupun juga dinamakan Sayonara Tax, bermakna kita nak keluar daripada airport dinamakan Sayonara Tax iaitu sebanyak 1,000 Yen ataupun RM37. Ya, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Yang Berhormat.
Masa habis dah.
Ya masa telah tamat.
Sekejap, sedikit sahaja,
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sebab nak bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Bagi laluan? Ya, sila satu sahaja.
Airport di Malaysia ini menjadi transit negara-negara ASEAN yang mana mereka hendak ke international punya airport kerana ini destinasi. Inilah merupakan satu lagi inisiatif untuk pelancong ke Malaysia. Jadi kalau kita kena sebab negara-negara ASEAN dia boleh terbang, contohnya daripada Indonesia hendak pergi ke Europe, dia akan transit di Malaysia kerana dia bayar kapal terbang daripada Jakarta ke Malaysia ini sikit sahaja, datang ke Malaysia dia free. Jadi, ya faham. Jadi yang ini juga satu inisiatif, saya minta adakah ini regressive tax yang akan dikenakan oleh Malaysia kepada rakyat Malaysia dan juga untuk menyekat pelancongan masuk ke Malaysia walaupun melalui transit dan semua ini.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya hendak sebutkan, antara pengecualian yang dicadangkan untuk diberikan adalah juga termasuk kepada mana-mana penumpang yang transit di airport kita. Dia transit, dia turun ataupun dia tak turun, yalah kalau begini, kita kata dia turunlah. Dia turun, berapa lama pun dia transit kemudian dia meneruskan penerbangan, mereka ini dikecualikan. Bayi 24 bulan ke bawah juga kita cadangkan untuk dikecualikan daripada departure levy dan sebagainya ini. Jadi...
Cukup Yang Berhormat Ayer Hitam.
Kalau bayi kurang 24 bulan, maksudnya tidak payah tiket?
No, no, no. Dia perlu bayar tiket tapi dia tidak ada seat.
Dia tidak ada seat tapi sebab itulah...
Dia bayar tiket, dia bayar tiket Yang Berhormat.
Oleh sebab saya lihat dalam...
Yang Berhormat ada bayi kah bawah 24 bulan ini?
...operasi, dikatakan operasi ini dia boleh sebagai agen kita terima. Biasanya berlandaskan pada pertimbangan, jadi agen yang menjual tiket itu tolong kutipkan. Itu konsepnya. Akan tetapi untuk 24 bulan ke bawah, bayi, memang tidak ada tiket. Maka, tidak kena. Jadi, soal itu tidak wujud.
Saya ingat Yang Berhormat Ayer Hitam mungkin bukan cuba untuk mengelirukan Dewan, cuma mungkin sedikit keliru. Bayi 24 bulan ke bawah, mereka memang kena saya ingat 10 peratus. Cuma dia tidak ada seat, Yang Berhormat ya. Dia masih kena 10 peratus daripada full fare, cuma dia tidak ada seat, dia duduk atas lap ataupun ribaan.
Itu atas penumpang asal, bondanya.
Ya, ya, ya, betul. Okey, tidak apalah, Yang Berhormat Ayer Hitam sudah mengaku sudah.
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Sikit.
Bukan mengaku, sebab tiket atas nama seseorang. Dia mesti buat macam itu. Oleh sebab itu kita kutip levi ini berdasarkan pada tiket.
Tidak, tidak. Dia memang dikenakan dan dia ada tiket dia tersendiri tapi dia tidak ada seat ya. Itu saya ingat semua kita tahu.
Okey, Yang Berhormat Menteri, penjelasan sedikit fasal transit tadi, fasal transit itu. Jadi, selalunya transit ini Yang Berhormat Menteri, kalau dari Indonesia dia singgah tempat kita, another connecting flight lah kan. Jadi, kes kami di sanalah. Orang negara jiran ini, dia masuk Miri pakai jalan darat, lepas itu dia terbang dari Miri, pergi Singapore, pergi mana? Apakah itu juga dikira transit?
Secara dasarnya Tuan Yang di-Pertua, ini levi pelepasan kita gunakan kepada mereka yang naik pesawat kapal terbang dari mana-mana lapangan terbang dalam Malaysia keluar negara ya. Kalau dia asalnya orang Indonesia, masuk ke sempadan kita, pergi ke Kuching untuk naik pesawat pergi ke Indonesia, balik semula ke negara asal dia. Maka, dia juga subjek kepada departure levi yang kita cadangkan ini.
Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Transit yang saya maksudkan ini ialah penumpang itu dia naik- tidak boleh sebutlah dalam ini nanti ia jadi advertisement pula ya. Dia hendak pergi ke Australia tapi pesawat yang dia naik daripada mana-mana negeri itu, ia singgah di Kuala Lumpur kerana menurunkan sebahagian penumpang dan sebahagian penumpang yang lain yang naik untuk ke Christchurch, contohnya. So, mereka yang hendak meneruskan ke Christchurch itu, dia akan- kalau dia punya flight itu mengambil masa 4-5 jam, dia boleh turun sebagai transit dan dia meneruskan penerbangan, dia tidak dikenakan departure levi yang kita maksudkan dalam ini.
Yang Berhormat, penjelasan Yang Berhormat. Last sekali. Last.
Saya minta teruskan, masa telah tidak ada.
Boleh sikit, sebab saya boleh berucap tapi tidak dibenarkan berucap. Saya hendak tanya soalan lah.
Saya akur dengan...
Satu soalan lagi Yang Berhormat.
Saya akur dengan Tuan Yang di-Pertua ini.
Ini penting, Tuan Yang di-Pertua pun hendak tahu.
Saya akur dengan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau.
Berapakah jumlah cukai yang dijangka dikutip hasil daripada pengenalan akta baru ini? Itu soalannya. Dijangka, berapa yang dijangka? Kalau tidak kita ambil bincang teruk-teruk di sini, tengok-tengok kutipan tidak sampai ke tahap yang...
Okey, okey, faham sudah, faham sudah.
Lebih kurang berapa?
Faham sudah sekarang. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila, teruskan.
Kita menjangkakan departure levi yang dapat kita kutip berdasarkan kalau kita baca ucapan bajet hari itu, dicadangkan RM20 untuk mana- mana negara ASEAN dan RM40 untuk mana-mana selain ASEAN. Kita menjangkakan kita dapat mengutip antara RM900 juta ke RM1 bilion setahun yang akan dapat kita gunakan saya sebutkan tadi, kembali kepada rakyat untuk kita gunakan untuk pelbagai kegunaan. Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Cukup, cukup.
...Saya ingat itu yang secara umumnya...
Apakah ini salah satu usaha kita untuk menggantikan cukai yang sepatutnya dikutip daripada GST setelah kita ganti dengan SST?
...Saya sudah jawab semua.
Tuan Yang di-Pertua, saya untuk rekod apa yang Yang Berhormat Timbalan Menteri kata, saya sudah semak adalah airport tax. Dia bukan ada levi departure. Itu kena kita, sekurang-kurangnya saya minta minit, jangan kita memesongkan Dewan. Terima kasih.
Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat kebanyakan worries ataupun kerisauan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita bagi mereka yang hendak berjalan keluar, ke negara asing ataupun menggunakan kenderaan kereta ataupun motor ataupun menggunakan kapal air dan sebagainya, itu tidak termasuk di dalam hasrat kita untuk mengenakan departure levi yang kita maksudkan ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua...
Jawapan Yang Berhormat cukup bagus.
...Saya ingat itu saja. Sekian.
Yang Berhormat, jawapan Yang Berhormat terbaik.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Jawapan Yang Berhormat terbaik tapi saya ingin tanya...
Tidak ada pertanyaan, tidak ada pertanyaan lagi.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] .
Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Ada yang hendak membangkitkan butiran? Sila.
Tuan Pengerusi, saya bangun untuk, saya rasa terpanggil untuk rayu kepada kementerian supaya lihat balik tajuk akta ini.
Rujuk fasal.
Ya lah, fasal 1.
Rujuk pada fasal.
Fasal 1, okey. Tajuk ringkas, di mana saya berharap nama akta itu sendiri sepatutnya Perkara 1(1) akta ini bolehlah dinamakan “Akta Levi Pelepasan Bagi Penumpang Penerbangan 2019”.
Baik, terima kasih.
Itu yang pertama. Kedua, saya berharap dalam seksyen 9(1) dan (2), mana-mana orang yang meninggalkan Malaysia melalui lapangan kapal terbang hendaklah membayar levi pelepasan. Tujuan kenapa saya cadangkan pindaan 9(1) ialah kita buat secara spesifik supaya ianya tidak lagi disalahgunakan oleh mana-mana orang selepas ini. Ianya juga sekali gus menangkis persepsi, kononnya mungkin ada muslihat hendak kenakan pada pejalan kaki atau mereka yang membawa kenderaan motosikal, kereta, kereta api dan melalui kapal untuk ke negara jiran. Itu saya rasa kita jelaskan untuk 9(1) dan (2). Saya mohon supaya kementerian dapat mempertimbangkan perkara ini kerana dalam ke semua 60 lebih fasal ini, saya tidak nampak satu perkataan udara dan juga saya tidak nampak satu perkataan penerbangan. Walaupun suara kita tipis, harapan tipis untuk kita merayu kepada kementerian tapi saya rasa terpanggil kena cakap. Jangan satu hari nanti kita pula dipersoalkan oleh anak cucu cicit kita kenapa kita tidak memperihalkan perkara ini dengan jelas.
Yang Berhormat Ayer Hitam, cukup fasal, baik.
Oleh itu, saya berharap ia dapat diperhalusi supaya ianya...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Diamlah. Supaya ianya dapat mencapai objektif seperti mana yang diidam-idamkan. Itu juga...
Minta penjelasan, Yang Berhormat Ayer Hitam.
Boleh.
Yang Berhormat Ayer Hitam.
Kalau bertanggungjawab, betul-betul bertanggungjawab atas isu dipertanggungjawabkan hendak jawab kepada cucu cicit. Masa Yang Berhormat Pekan curi berbilion-bilion, mengapa tidak soal beliau?
Yang Berhormat.
Kalau betul-betul...
Tuan Yang di-Pertua, ini dalam peringkat Jawatankuasa.
Baik, Yang Berhormat Jelutong,...
Orang baru kali pertama masuk penggal Parlimen...
Saya hendak tanya...
Ini dalam peringkat Jawatankuasa...
Itu atas isu Yang Berhormat.
...yang membincangkan soal pindaan ini.
Yang Berhormat Jelutong, lari topik itu.
Tidak ada.
Kalau hendak tanya...
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini peringkat Jawatankuasa, rujuk butiran dan minta clarification atas butiran itu sahaja.
Tidak tahu dia sesat di mana. Apa yang saya hendak cakap ini...
Yang Berhormat Ayer Hitam yang sesat, jangan memesongkan isu.
Saya minta Tuan Pengerusi ambil tindakan. Kalau orang macam ini, macam mana boleh duduk Parlimen? Ini adalah Jawatankuasa. Kita bincang soal Jawatankuasa. Peringkat Jawatankuasa, apa yang kita bincang ialah soal yang penting...
Ya, Yang Berhormat Ayer Hitam merujuk kepada butiran.
Iaitu saya minta masukkan...
Yang Berhormat Ayer Hitam pun lari tajuk. Tidak ada kena-mengena dengan isu-isu ini.
[Bangun]
Yang Berhormat, Yang Berhormat mungkin tidak dengar.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Ayer Hitam...
Saya secara spesifik minta nama akta ini ditambah dengan perkataan untuk penumpang penerbangan.
Tuan Pengerusi...
Cukup dah.
Kalau Yang Berhormat tidak faham bahasa Malaysia balik ke sekolahlah.
Yang Berhormat Ayer Hitam, cukuplah.
Belum lagi, belum lagi.
Tuan Pengerusi, dia buang masa Tuan Pengerusi. Dia hendak pinda ini kena bawa usul. Bukan macam ini.
[Dewan riuh]
Oleh sebab itu saya minta, Yang Berhormat dalam perbahasan...
Yang Berhormat Ayer Hitam, you senior, you tahu bawa usul, bukan macam ini.
Yang Berhormat Ayer Hitam, penjelasan.
Perbahasan merujuk kepada butiran, fasal mana.
Yang Berhormat, saya tahu kalau kerajaan mempunyai hasrat mendengar pandangan di sebelah sini itu pernah berlaku. Yang Berhormat sendiri akan mempertimbangkan permintaan daripada sini untuk membetulkan. Tidak ada masalah. Kalau kerajaan hendak buat, berniat betul, itu boleh dibuat.
Baik Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Ayer Hitam...
Memang ada precedent. Okey, saya minta... [Disampuk] Ini floor saya diamlah. You balik Kamparlah. Okey...
You balik Ayer Hitamlah.
Yang Berhormat Ayer Hitam, ini Yang Berhormat Jelutong mengharu-birukan Dewan.
Ini bukan perbahasan. Saya minta rujuk kepada Tuan Pengerusi.
Saya tahu tetapi Yang Berhormat Jelutong tanya pasal kehilangan duit tadi. Apakah Yang Berhormat Ayer Hitam hendak bertanya kepada kerajaan, apakah kerugian pasaran saham sebanyak RM270 bilion sekarang ini, siapa nak ambil tanggungjawab? Semua orang terkena dengan pasaran saham yang lembap kerana tindakan pihak Pakatan Harapan yang sentiasa bercakap berbelit-belit.
Ini Yang Berhormat Arau...
Yang Berhormat Arau, itu di luar perbahasan. Sila.
Yang Berhormat Arau, tidak usah berceramahlah.
Okey, saya sembang luar...
Saya bersikap profesional. Saya tidak akan melayan soalan di luar tajuk perbincangan kita. Jadi begitu juga dengan kuasa Yang Berhormat Menteri untuk mengecualikan dan membayar balik. Menteri boleh melalui perintah disiarkan dalam warta dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk kepada apa syarat yang di fikir patut olehnya mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran keseluruhan mana-mana bahagian levi pelepasan melalui lapangan terbang. Saya rasa, ini sangat penting. Kalau tidak, ia memberi interpretasi yang lebih meluas. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Baik terima kasih. Baik terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Minta Yang Berhormat Menteri terus menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya sudah sebut daripada awal tadi, draf rang undang-undang ini adalah suatu yang broad dan kemudiannya menggunakan klausa-klausa proviso untuk kita berikan pengecualian, pengurangan dan sebagainya. Penggunaan kuasa Menteri ini bukan suatu benda yang baru. Kita boleh buka dalam mana-mana rang undang-undang kebanyakannya memberikan kuasa kepada Menteri. Saya ingat saya mula-mula tidak mahu sebut tetapi kena sebut. Jangan khuatirlah. Kuasa yang diberikan kepada Yang Berhormat Menteri Pakatan Harapan ini kita akan gunakan dengan sebaiknya. Kita akan pastikan sebelum sesuatu keputusan itu dibuat, kita akan mendapat mandat daripada Kabinet. Kita tidak akan menyalahgunakan kuasa. Tidak seperti... saya berhenti setakat itu sahaja. Jadi, itu respons yang saya hendak berikan. Jadi saya rasa itulah. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada lagi?
Saya hendak timbulkan sedikit soal sebab rang undang-undang ini perlu penjelasan, perlu clear. Kita tidak perlu letakkan dalam satu situasi yang kabur. Saya sebenarnya bersetuju supaya kita memasukkan terus akta ini, merujuk kepada perkara 1 yang sebagaimana dicadangkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam. Oleh sebab saya fikir kenapa kita perlu letak kepada satu situasi yang kabur. Rang undang-undang harus clear dan saya fikir kalau cadangan ini baik untuk dipertimbangkan, kita semua walaupun sebenarnya lebih baik tidak kena levi. Akan tetapi kita terima hakikat perlunya tetapi saya fikir perlu clear supaya tidak timbul persepsi yang salah kepada rang undang-undang ini. Mohon maaflah walaupun benda yang sama tetapi saya fikir ada kepentingan untuk rakyat semua.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Okey sila, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi, saya ingat saya ada sebut tadi dan mungkin saya hendak extend sedikit argument ini. Atas apa-apa juga keperluan yang mungkin timbul dalam masa terdekat ataupun masa yang akan datang, keperluan untuk kita semua sepakat bahawa mereka yang keluar negara menggunakan cruise, kapal layar mewah, tidak mewah tetapi kapal, kapal air perlu kita kenakan departure levy ini. Maka kita sudah punya rang undang-undang ini untuk kita terus kuatkuasakan dengan tadi kalau mula- mula pengecualian diberikan kepada mereka yang berjalan kaki, mereka yang naik kenderaan bermotor, mereka yang naik kapal air. Kita boleh hanya terus tanpa bawa satu rang undang-undang baru untuk terus menggunakan kuasa Menteri untuk memberi pengecualian itu. Pengecualian itu ditarik balik dan yang lain semua dikecualikan melainkan kapal air yang kita merasakan pada waktu itu perlu kita kenakan levi atas apa juga sebab. Mungkin terlalu ramai yang duduk naik kapal untuk melancong ke negara jiran yang menyebabkan ada masalah sosial dan sebagainya. Saya buat satu hipotesislah. Jadinya, dengan ada seumpama ini kita akan dapat terus melaksanakannya itu dengan segera tanpa perlu kita membuat satu rang undang-undang yang baru. Dengan itu, terima kasih.
Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan sebab Yang Berhormat Menteri cakap ini berlainan dengan apa yang telah dihujahkan tadi. Kata khusus untuk penerbangan. Tiba-tiba keluar dia kata ada keperluan untuk menerima, mengenakan caj ke atas cruise. Ini bermaksud tidak terbatas kepada penerbangan. Yang Berhormat sendiri telah buat kenyataan konflik.
Saya tidak konflik langsung. Okey, sudah.
Kalau kenyataan Yang Berhormat tadi tidak keluar, saya ingat gentleman. Berpegang kepada penerbangan. Tiba-tiba cakap ini. Apa jaminan untuk pejalan kaki dengan kenderaan, kereta api. Itulah masalah Yang Berhormat. Mula bercakap depan lain, belakang lain.
Yang Berhormat Ayer Hitam ,saya ingat Yang Berhormat Ayer Hitam seorang sahaja yang ingat saya ini contradict, yang lain tidak rasa contradict. Saya sebut tadi, kalau ada...
Tumpat rasa contradict.
Kalau ada sekiranya di masa hadapan, termasuk Yang Berhormat Tumpat seorang lagi. Di masa hadapan ada keperluan, for whatever reasons yang kita tidak tahu sekarang, kita perlu mengenakan departure levy ini. Tidak perlu untuk kita bawa satu rang undang-undang baru melainkan hanya menggunakan kuasa Menteri, yang pengecualian tadi diberikan kepada cruise, kita tarik balik pengecualian tersebut, cruise dikenakan.
Ini perangkap Yang Berhormat.
Tidak perangkap. Kepada kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak akan mengenakan sesuatu tanpa sebab yang munasabah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Fasal-fasal 1 hingga 64 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik) dan diluluskan]
Mohon sedikit pandangan. Kita dah pun lulus Rang Undang-undang Levi Pelepasan ini. Cuma, saya mohon untuk akan datang, sebarang rang undang-undang yang perlu dibentang perlu mengambil masa kepada Ahli-ahli Parlimen untuk membaca dan meneliti. Kalau boleh, tidak letak terus pada hari berkenaan dan hari berkenaan juga dibahas... [Tepuk] Menyebabkan kita tidak punya masa yang cukup untuk meneliti.
Baik, terima kasih.
Sokong. Kami sokong.
Minta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri teruskan.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018, suatu akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, negara kita pernah digemparkan dengan beberapa rentetan peristiwa yang amat memilukan yang melibatkan sekolah agama Islam yang termasuk juga sekolah tahfiz. Sebagai contoh, kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kes pencabulan seksual yang melibatkan tenaga pengajar pusat tahfiz dan lain-lain peristiwa yang tidak diingini yang melibatkan pusat-pusat tahfiz. Sehubungan itu, JAKIM telah membuat kajian terhadap peruntukan undang-undang semasa di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] berkaitan sekolah agama Islam. Daripada kajian yang dijalankan, pindaan terhadap Akta 505 adalah sangat diperlukan memandangkan kuasa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke atas sekolah agama Islam dan pusat tahfiz hanya terhad kepada kuasa untuk mendaftar sahaja. Pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan pelajar dan pihak-pihak yang berkenaan. Cadangan pindaan juga telah dibincangkan dengan agensi yang berkaitan seperti MAIWP, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Peguam Negara. Tuan Yang di-Pertua, asas-asas pertimbangan bagi pindaan adalah seperti yang berikut. Pertama. Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018 telah dibentangkan dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil. Draf rang undang- undang juga telah dikemukakan kepada MAIWP untuk persetujuan dan telah dipersetujui dalam Mesyuarat Khas MAIWP pada 1 Oktober 2018. Seterusnya, draf rang undang-undang
telah dikemukakan kepada Penggubal Undang-undang Parlimen Jabatan Peguam Negara dan telah diluluskan pada 5 Oktober 2018. Kedua. Penubuhan sekolah agama Islam termasuk sekolah tahfiz kini ibarat, “cendawan yang tumbuh selepas hujan”. Maka seiring dengan perkembangan mutakhir ini, adalah penting untuk meminda Akta 505 bagi memperluaskan kuasa MAIWP untuk mengawal selia perjalanan sekolah agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan selain daripada kuasa untuk mendaftar. Peluasan kuasa MAIWP tersebut adalah untuk memelihara dan menjamin kebajikan pelajar dan pihak-pihak yang berkenaan. Ketiga. Selain itu, pindaan kepada Akta 505 ini juga adalah untuk memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat MAIWP, untuk membuat undang-undang subsidiari dalam bentuk kaedah-kaedah. Kaedah-kaedah tersebut akan memperincikan dengan lebih luas peranan dan kuasa Majlis dalam mendaftar dan mengawal selia sekolah- sekolah agama Islam. Di samping itu, kaedah-kaedah itu juga akan memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar kaedah-kaedah tersebut merupakan satu kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman di bawah undang-undang. Penetapan kesalahan dan hukuman dalam kaedah-kaedah yang bakal digubal itu adalah perlu bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang bertujuan untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] mengandungi empat fasal seperti yang berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda perenggan 7(2)(f) Akta 505 untuk menggantikan perkataan “sekolah Islam” dengan perkataan “sekolah agama Islam” bagi maksud keselarasan. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 97 Akta 505 untuk meluaskan kuasa Majlis untuk juga termasuk kuasa untuk mengawal selia sekolah agama Islam, dan bagi maksud melindungi kepentingan orang awam dan pelajar sekolah agama Islam, untuk mengambil alih pentadbiran dan menamatkan operasi sekolah agama Islam. Majlis juga diberi kuasa untuk memasuki dan memeriksa sekolah agama Islam dan mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu oleh Majlis bagi maksud memastikan bahawa hal ehwal sekolah agama Islam itu mematuhi peruntukan Akta 505 dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta 505. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 99 Akta 505. Subfasal 4(b) bertujuan untuk memberikan Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mengenai pendaftaran dan pengawalseliaan sekolah agama Islam dan aktiviti yang berhubungan dengan pengajaran dan pembelajaran agama Islam. Subfasal 4(c) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 99(2) untuk memberikan Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, kuasa untuk menetapkan kesalahan dan penalti bagi kesalahan itu iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dalam mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Akta 505. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Ada sesiapa yang menyokong? Seorang Menteri.
Tak ada. Tak ada orang sokong.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Siapa ingin berbahas?
[Bangun]
Saya bagi peluang yang pertama. Sila Yang Berhormat Parit. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tampin, kemudian Yang Berhormat Arau.
Kuala Nerus.
Pasir Puteh.
Kita teruskan dahulu dengan Yang Berhormat Parit. Saya akan masukkan nama-nama yang lain. Silakan Yang Berhormat Parit.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang dalam membahaskan Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018 di Dewan Rakyat pada petang yang mulia ini. Kita semua maklum pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia merupakan salah satu perkara asas yang perlu dititikberatkan dalam memahami sistem perundangan Islam di Malaysia secara kolektif. Saya melihat pentadbiran kepada perundangan Islam di negara kita telah melalui beberapa fasa modifikasi sehingga menjadikan undang-undang Islam pada hari ini telah diguna pakai walaupun masih perlu kepada beberapa pindaan bagi mengukuhkan serta memantapkan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Di bawah rang undang-undang ini, saya melihat pindaan di bawah fasal 2. Fasal 2 bertujuan untuk meminda perenggan 7(2)(f) Akta 505 untuk menggantikan perkataan “sekolah Islam” dengan perkataan “sekolah agama Islam” bagi maksud keselarasan. Saya hendak bertanya, apa rasional letaknya “agama” dan tidak? Apakah perkataan “Islam” itu sudah menjelaskan maksud agama? Kalau kita sebut sekolah Islam, sudah tentu ia adalah sekolah yang menyediakan pembelajaran dan pendidikan yang berteraskan Islam itu sendiri. Saya faham ia bermaksud keselarasan tetapi apa justifikasinya? Tuan Yang di-Pertua, di bawah fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 97 Akta 505 untuk meluaskan kuasa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk juga termasuk kuasa bagi mengawal selia sekolah agama Islam, dan bagi maksud melindungi kepentingan orang awam dan pelajar sekolah agama Islam, untuk mengambil alih pentadbiran dan menamatkan operasi sekolah agama Islam.
Saya sebenarnya mengalu-alukan langkah itu, namun saya ingin tahu setakat mana pelaksanaan dan modus operandinya terutama dalam hal mengambil alih pentadbiran dan menamatkan operasi sekolah ini. Hal-hal sebegini terlalu sensitif kerana apa yang dimaksudkan dengan sekolah itu, adakah sekolah itu adalah yang dimaksudkan ianya sekolah tahfiz, sekolah persendirian tahfiz, pondok tahfiz atau sekolah agama Islam persendirian. Adakah sekolah-sekolah ini merangkumi tadika Islam, boleh jelaskan dalam bentuk apa yang dijustifikasikan sebagai mengambil alih pentadbiran dan menamatkan operasi sekolah itu. Saya maklum di bawah pindaan ini adalah untuk membendung sekolah ataupun pondok tahfiz yang tidak berdaftar atau wujudnya secara haram dan adanya kes-kes yang mengambil kesempatan mencari keuntungan. Kita juga tahu bahawa jumlah pusat tahfiz ini ada beribu dan sebahagian besar sudah pun mendaftar di bawah JAKIM. Malahan ada yang sudah berdaftar di bawah kerajaan negeri masing-masing, yang saya bimbang adalah adakah pegawai-pegawai dibekalkan dengan pengetahuan perundangan mengikut pindaan fasal terbabit. Itu satu persoalan yang penting dan saya perlukan satu penjelasan yang lebih jelas. Dalam hal ini kita memahami penubuhan sekolah-sekolah berteraskan Islam lazimnya mempunyai niat yang baik tetapi ada kalanya cara pelaksanaan itu tidak mengikut prosedur. Jadi seperti yang saya katakan tadi pegawai-pegawai JAKIM perlu memahami secara perundangan dalam memastikan untuk mengambil alih sesebuah pusat atau sekolah Islam ini tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah fasal 4 saya menyokong di mana bertujuan untuk membuat kaedah-kaedah mengenai pendaftaran dan pengawal seliaan sekolah agama Islam dan aktiviti yang berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran agama Islam. Pada era arus modenisasi yang melanda negara sekarang, ia telah menjadikan institusi sekolah Islam terutamanya tahfiz lebih kreatif dalam penawaran kursus bagi penggajian mereka. Sama ada di bawah pentadbiran kerajaan atau swasta, sebahagian besar institusi tahfiz sebagai contohnya berusaha menempatkan diri selari dengan arus pendidikan semasa. Penggajian tahfiz tidak terhad hanya kepada kegiatan menghafaz Al-Quran dan penggajian Al-Quran semata-mata dan saya melihat sekarang ini telah wujud nilai tambah bagi sebahagian besar institusi tahfiz di Malaysia yang menggabungkan hafazan Al-Quran dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Malah ada yang lebih berinovasi telah menggabungkan ilmu hafazan dengan ilmu-ilmu konvensional lain yang lebih bersifat teknikal dan ia berlaku dengan banyak sekali di peringkat menengah dan penggajian tinggi. Saya berharap di bawah fasal 4 ini akan memperbanyakkan lagi usaha mewujudkan program Ulul Albab yang menjadikan hafazan Al-Quran sebagai teras penggajian. Lihat saja sekolah seperti Sekolah Imtiaz di Terengganu, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Menengah Agama Kebangsaan (SMAK), Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SMABK) dan Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab telah menjadikan hafazan Al-Quran sebagai subjek penggajian. Ia bertujuan untuk melahirkan generasi quranik, ijtihadik dan ensiklopedik. Jadi saya hendak mengesyorkan semula kerana saya pernah membangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini juga, di mana kementerian perlu serius memastikan adanya satu standard sijil tahfiz sama ada penarafan sijil institusi diukur berasaskan tahap penggajian sama ada sijil, diploma ataupun ijazah. Dengan adanya penyelarasan kurikulum standard tahfiz akan lebih memudahkan pihak institusi tahfiz dan kerajaan untuk mewujudkan satu standard tahfiz yang diiktiraf oleh semua pihak mengikut tahap penggajian pelajar. Penyelarasan ini difikirkan berupaya merungkai permasalahan wujudnya pensijilan tahfiz yang tidak diiktiraf atau tidak di rekomendasi oleh kerajaan bagi tujuan melanjutkan penggajian ke tahap yang lebih tinggi atau memohon sesuatu perjawatan khususnya yang berkaitan dengan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi di bawah pemantapan fasal 4 ini adalah kerajaan perlu melihat berhubung penyelarasan kurikulum sekolah Islam ini bagi menjaga kualiti dan mutu penggajian Islam termasuk tahfiz. Kerajaan perlu menyediakan satu kurikulum penggajian secara standard yang boleh diguna pakai secara bersama. Malahan perlu ada satu penggubalan kurikulum yang...
Dua minit lagi saya bagi.
...Menampakkan sistem pendidikan Islam itu dominan, namun diselang seli dengan ilmu yang lain. Contohnya yang pernah saya utarakan sebelum pada ini di mana sekolah-sekolah tahfiz ada yang membuat gabungan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dengan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid Tahap Tiga. Jadi saya hendak syorkan supaya lebih banyak sijil kemahiran diadakan serta memperkasakan dan memperluaskan bidang pendidikan dan latihan vokasional (TVET) kepada pelajar tahfiz yang dikelola oleh kolej komuniti. Program kemahiran seperti ini perlu diperluaskan lagi bagi dimanfaatkan oleh mereka. Antara bidang lain yang boleh diperkenal dan ditawarkan ialah keusahawanan, pengurusan, pelancongan, pertanian komersial dan sebagainya dan sijil kemahiran tersebut akan menjadi tauliah kepada mereka untuk mengurus kelangsungan hidup. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tampin, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Arau, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Merbok, kemudian Kubang Kerian. Siapa lagi yang hendak berbahas?
Setiu.
Yang Berhormat Kuala Nerus,Yang Berhormat Pasir Puteh. Silakan Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya akan membicarakan perkara ini dalam beberapa isu sahaja. Pertama, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada JAKIM kerana mencadangkan satu rang undang-undang untuk mengurus tadbir sekolah agama Islam di Wilayah Persekutuan. Jadi perkara ini adalah penting dalam soal penyelarasan pengurusan sekolah- sekolah agama Islam yang sekarang ini kita lihat banyak tumbuhnya sekolah-sekolah agama yang tidak berdaftar ataupun yang tidak mendapat keizinan daripada pihak pengurusan. Dengan adanya enakmen ini ataupun rang undang-undang ini, membolehkan pihak yang bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan orang awam khususnya pelajar-pelajar daripada berlaku perkara-perkara yang kita tidak ingini yang telah banyak berlaku khususnya sekolah-sekolah agama yang merujuk kepada sekolah-sekolah tahfiz yang tidak didaftarkan ataupun tumbuh oleh pihak-pihak yang menubuhkan sekolah tahfiz ini yang tidak mendaftar pada pihak yang bertanggungjawab. Dengan adanya rang undang-undang ini, saya yakin dan percaya banyak institusi pendidikan Islam akan diurus tadbir dengan lebih sistematik dan dengan lebih teratur dan tersusun kerana kebanyakan sekolah-sekolah agama yang diwujudkan oleh pihak-pihak swasta yang tidak berdaftar dengan Majlis Agama Islam ataupun pihak berkuasa pendidikan. Kalau kita lihat daripada kemudahan-kemudahan yang dimilikinya tidak tersusun dan tidak teratur serta kekurangan-kekurangan yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari aspek kemudahan-kemudahan kebajikan seperti asrama, tempat belajar ataupun dari segi aspek kemudahan-kemudahan kebajikan yang lain.
Dengan adanya enakmen ini, dengan adanya kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa agama untuk memastikan sekolah agama ini disusun atur dengan baik pengurusannya. Maka, sudah pastilah peruntukan-peruntukan yang diberikan, dikhususkan ataupun diperuntukkan oleh kerajaan kepada sekolah-sekolah yang berdaftar kepada kerajaan ataupun pihak berkuasa agama boleh diberikan. Ini memberi suatu perkara yang cukup penting bagi anak-anak didik di sekolah agama. Walaupun sekolah agama berkembang dengan baik tetapi kalau pengurusan ataupun sistem yang diberikan kepada anak-anak kita itu tidak terurus dengan baik, maka sudah pastilah anak-anak yang dilahirkan itu mungkin tidak dapat menjadi perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Kedua, perkara yang saya hendak timbulkan ialah soal struktur bangunan sekolah- sekolah agama Islam yang tidak didaftarkan dan juga tidak ada kuasa bagi pihak berkuasa agama untuk melihat, memasuki ataupun untuk menilai sekolah-sekolah agama Islam itu. Maka, sudah pastilah struktur bangunannya akan menyebabkan anak-anak yang belajar di sekolah itu terancam dari segi aspek kebajikannya. Ketiga, dengan adanya kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa agama. Kalau kita lihat dari segi aspek latihan guru itu adalah penting kerana guru memainkan peranan yang penting di dalam mengurus ataupun untuk mentarbiahkan anak-anak kita yang memerlukan pendidikan yang sempurna. Kalau guru tidak dididik dengan baik, sudah pastilah anak-anak yang dilahirkan dalam sistem pendidikan agama itu sudah pasti ia akan melahirkan insan-insan yang tidak begitu sempurna daripada pendidikannya. Jadi oleh sebab itulah saya yakin dan percaya dengan adanya rang undang-undang ini dengan kuasa yang diberikan kepadanya, maka latihan guru yang akan ditumpukan sepenuhnya maka sudah pastilah guru-guru itu terlatih dan juga anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Selain daripada itu, kebajikan pelajar juga akan mendapat kemudahan-kemudahan yang diberikan kerana kuasa pihak berkuasa agama akan memberi suatu perkara yang terbaik kepada pelajar-pelajar. Kalau kita melihat perubahan ataupun seksyen yang dimasukkan di dalam rang undang-undang ini iaitu untuk mengambil alih pentadbiran sekolah Islam, saya fikir untuk mengambil alih sekolah pendidikan Islam ini bukan bermaksud untuk mengambil alih pentadbiran pendidikan Islam yang sedia ada, yang sudah didaftarkan. Akan tetapi yang dilahirkan, diwujudkan ataupun yang ditubuhkan oleh mereka yang tidak berhasrat untuk meletakkan sekolah agama Islam itu di bawah pentadbiran urusan agama. Demikian juga, kuasa yang diberikan untuk menamatkan operasi sekolah agama. Ini suatu perkara yang amat penting sekiranya sekolah agama itu tidak didaftarkan atau tidak mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada dari segi aspek syllabus-nya,
struktur bangunannya ataupun kurikulumnya. Maka, sudah pastilah kuasa ini harus diberi kepada pihak berkuasa agama untuk memastikan pendidikan agama Islam di negara kita ini diurus tadbir dengan baik. Selain daripada itu, kalau kita lihat untuk melakukan penyelarasan sekolah-sekolah agama sebab kita dapati sekarang ini misalnya sekolah tahfiz dari segi aspek metodologi pendidikan ataupun pengajaran yang berbeza di antara satu tahfiz dengan tahfiz yang lain. Walaupun kita mengiktiraf perbezaan dari segi aspek metodologi pengajaran sekolah tahfiz itu, tetapi sewajarnya kalau ada satu metodologi yang terselaras di negara kita ini, ini adalah suatu yang amat penting dan amat bermakna kepada negara ataupun kepada pendidikan tahfiz di negara kita ini. Selain daripada itu...
Satu minit 30 saat lagi.
Terima kasih. Saya hendak menyebut dari segi aspek kebajikan pelajar yang belajar di sekolah-sekolah agama yang tidak didaftarkan ataupun yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa agama. Maka, sudah pastilah sekiranya pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah agama Islam yang tidak diizinkan tumbuh oleh pihak berkuasa agama. Maka, sudah pastilah pengiktirafan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah tersebut menyebabkan pelajar-pelajar yang lahir daripada sekolah-sekolah tersebut tidak mendapat kedudukan ataupun tempat daripada sistem pentadbiran ataupun pengurusan kita pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau. Maksimum 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi. Saya tidak dapat peluang untuk berucap dengan levi tadi. Sekarang boleh berucap dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam. Yang Berhormat, kita tahu bahawa Islam itu agama mudah. Agama sederhana. Akan tetapi kita lihat yang menyusahkan ialah pentadbir agama. Menteri saya tengok dia baca pun pegawai tulis tetapi apa input Menteri? Menteri kena tanya benda ini. Sebab agama Islam ini agama mudah. Kita mestilah buat rang undang-undang yang berbentuk memudahkan. Kalau sekiranya sudah ada sekolah-sekolah tahfiz, tolong bagi bantuan. Ini kita tengok undang- undang ini sifat dictator. Ini nampak ini. Akan memasuki— tadi Yang Berhormat Tampin tidak cakap tadi. Untuk menamatkan operasi. Dictator. Perdana Menteri tidak dictator. Siapa kata Perdana Menteri dictator? Salah. Perdana Menteri adalah seorang yang tegas. Saya bertugas dengannya lebih lama daripada puak-puak Pakatan Harapan. Dia seorang yang tegas, dia bukan dictator. Kalau dia dictator dia tidak berhenti. Sebab dictator ini dijatuhkan, dibunuh atau sebagainya. Akan tetapi dia berhenti dengan elok-elok, maka dia bukan dictator. Siapa tuduh dia dictator, sebenarnya orang itu dictator. Termasuk Menteri ini juga dictator. Tengok dia bawa rang undang-undang. Menamatkan sekolah agama, memasuki— ini langsung tidak masuk aspek-aspek kewangan. Kena masuk. Bahawa kalau sekiranya didapati sekolah ini tidak mampu lagi untuk meneruskan operasinya kerana masalah kewangan, maka kita memudah dan menolong. Sebab mereka ini yang membuka sekolah-sekolah agama ini menggunakan pendekatan sendiri. Secara sukarela. Agama Islam menggalakkan benda-benda itu. Akan tetapi kita hadir untuk menyusahkan. Nombor satu. Nombor dua, agama Islam ini untuk wilayah sahaja ke Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua. Agama Islam ini untuk wilayah ke? Agama Islam untuk seluruh negara. Maka, kita tahu agama Islam ini hak mutlak raja-raja. Akan tetapi Menteri boleh masuk bawa intro tadi bahawa kita minta supaya negeri-negeri lain mematuhi dan membuat pindaan di negeri masing-masing. Ini kita boleh buat macam-macam operasi di wilayah. Negeri-negeri lain macam mana? Kami juga orang Islam. Ini Yang Berhormat Tanjong Karang pun orang Islam. Betul tidak? Jadi, bagaimana? Mari wilayah, Islam lain. Mari Perlis, Islam bagus. Jadi, kita menghadapi masalah bahawa bila Menteri membuat pengenalan tadi, sepatutnya kata saya minta supaya negeri-negeri lain juga membuat pindaan.
Itu baru betul, kita tahu bahawa kuasa mutlak agama adalah hak raja. Tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa raja di Malaysia
ialah Raja Berperlembagaan bukan Raja Mutlak itu betul tetapi Raja mempunyai kuasa mutlak di atas agama. Akan tetapi yang lain Raja Berperlembagaan. Melantik Menteri Besar mestilah seorang yang mendapat sokongan majoriti. Perdana Menteri juga dilantik seorang yang mendapat sokongan majoriti maka raja tidak ada kuasa mutlak. Apa yang ada ialah Raja Berperlembagaan. Jadi yang ini negeri-negeri agama ialah hak Raja-raja. Jadi dengan itu Yang Berhormat boleh masuk bahawa sebagai panduan Undang-undang Wilayah ini, negeri-negeri mengikuti panduan yang dibawa wilayah. Akan tetapi ada juga Undang-undang Wilayah yang saya tengok tidak dipinda dan saya rasa ianya menyalahi agama Islam sebab undang-undang ini dibawa semasa saya Ahli Parlimen dahulu kala.
Yang Berhormat Arau.
Saya dahulu jadi Ahli Parlimen..
Yang Berhormat Arau.
Undang-undang Wilayah Persekutuan ini dibawa dan masa itu kami menentang iaitu berhubung dengan poligami, tidak dipinda.
Yang Berhormat Arau, minta laluan.
Poligami ini tidak pernah dalam Islam kata poligami kena minta kebenaran. Akan tetapi meminta kebenaran mahkamah okey, tetapi panggil untuk mesyuarat dengan isteri-isteri tidak betul. Jadi saya bukan hendak menggalakkan poligami, saya tidak perlukan begitu tetapi saya hendak beritahu bahawa undang-undang ini menyalahi agama. Agama tidak sokong kita buat macam itu. Ya, siapa minta tadi, ya.
Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya pandangan daripada Yang Berhormat Arau orang yang bukan tahfiz ini memanglah ada satu, dua tahfiz yang ada masalah dari segi menyebabkan undang-undang dibuat tetapi orang yang initiate tahfiz ini dia ada satu perasaan peranan dia untuk hendak mengembangkan agama Islam, mendidik. Kedua, mereka ini menggunakan duit sendiri. Mereka juga menggunakan ilmu yang mereka ada untuk mengembangkan agama Islam melalui tahfiz dan sebagainya. Jadi bila macam ini saya hendak dapat pandangan daripada Yang Berhormat Arau, apa kelemahan- kelemahan yang ada itu tolong pihak kerajaan ini memperkemaskan. Bagi undang-undang kan lebih baik daripada kita hendak masuk buat macam penyamun, hendak pi sekat dan tutup ini apa cerita?
Ini adalah soalan yang cukup bagus. Sudah pasti masukkan sebahagian daripada ucapan saya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri diminta menjawab. Kita kena ingat orang yang mengeluarkan duit ringgit, saya isytiharkan kepentingan saya, saya pun ada juga. Tiba-tiba kita mari dengan mudah-mudah sahaja mai menutup tidak, kena sebut di situ menutup operasi sekolah sekiranya didapati – sebutlah jangan buat tajuk umum. Saya tahu tajuk umum ini dibuat untuk membolehkan kita berbincang dengan lebih meluas. Tajuk umum kepentingan awam. Kepentingan awam siapa? Kepentingan beberapa orang awam itu apa makna? Sekiranya 1,000 orang tidak puas hati baru awam. Ini kita sebut awam kadang-kadang empat, lima orang tidak setuju kita kata awam. Itu menyalahi agama, Yang Berhormat. Yang Berhormat ini kena ingat kita kena buat pindaan berhubung dengan agama, agama Allah. Saya tengok Yang Berhormat tidak sebut di situ komen daripada mufti-mufti. Sebutlah komen daripada mufti-mufti sedikit. Ini hanya kita dapat daripada Peguam Negara, sana-sini tetapi ini berhubung dengan agama kena dapat kebenaran mufti. Yang Berhormat Tanjong Karang, kalau mufti dia bagi pandangan, kena masuk. Jadi dalam intro tadi Yang Berhormat kena masukkan supaya negeri-negeri buat macam ini tetapi saya dok ada di Perlis saya pastikan saya tidak setuju. Oleh sebab apa, undang-undang ini nampak sangat macam diktator.
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Oleh sebab sebut Tanjong Karang dua kali.
Setengah minit.
Setengah minit okey, satu sahaja. Tadi Yang Berhormat cakap fasal bantuan. Kita tahu bahawa memang tiap-tiap tahun pun kerajaan bagi bantuan di bawah Artikel 12(2) ini memang peruntukan untuk sekolah- sekolah agama dan sekolah tahfiz. Akan tetapi apa komen Yang Berhormat, baru-baru ini saya tengok bila Menteri Agama menerima mock cheque daripada Menteri Kewangan. Sebelum ini tidak pernah berlakulah benda macam ini. Adakah Menteri Agama ini menjadi Menteri Pengiring kepada Menteri Kewangan sampai mock cheque sekolah tahfiz pun Menteri Kewangan kena bagi. Mengapa dia tidak bagi cek-cek yang lain? Hanya untuk sekolah agama, Menteri Kewangan hendak tunjuk dia ini bagi mock cheque kepada Menteri Agama.
Saya akan tanya Perdana Menteri berhubung dengan perkara ini apakah Menteri Kewangan mempunyai Menteri Pengiring ataupun tidak. Akan tetapi saya ingat wajar bagi perkara yang berhubung dengan agama ini, Menteri Agamalah buat terus. Tidak payah cari publisiti yang mudah untuk hendak tunjuk kita bagi mock cheque dan sebagainya. Ini sudah dalam peruntukan, teruskan kerja-kerja baik ini supaya ia nampak lebih mulia. Yang Berhormat tajuk ini balik dan masuklah sebahagian daripada ucapan saya. Tajuk ini balik bahawa kita mestilah nampak mempermudahkan. Yang Berhormat, hari ini, kelmarin kita telah berbahas dengan panjang berhubung dengan pindaan Perlembagaan. Kalau sekiranya pihak kerajaan, mana-mana pihak panggil berunding saya ingat kita akan dapat dua pertiga semalam, tidak ada masalah. Langsung tidak panggil berunding, berucap maki-maki kami. Awat ingat kami ini hairan sangat kah. Maki Kerajaan Barisan UMNO sekarang Kerajaan PH DAP mana boleh kita buat macam itu. Mari berunding elok-elok kita akan dapat dua pertiga. Kalau Yang Amat Berhormat Langkawi panggil kami cakap elok-elok, semua kami akan sokong. Kami tidak tahu ke mana akan pergi sebab tidak dapat panduan yang jelas berhubung apa yang hendak dibuat. Ini kemudian fasal levi, kerajaan hanya pergi hukum. Kelmarin pindaan, hari ini levi. Levi pun maki. Kami tidak sokong. Kerajaan nampaknya hanya menghukum rakyat. Rakyat sengsara di bawah Yang Berhormat, hukum levi pula. Kita diberitahu bahawa levi akan dikutip sebanyak RM1 bilion.
Satu minit 18 saat lagi.
Yang Berhormat, bagilah pandangan untuk sekolah tahfiz yang baik.
Sila, sila Yang Berhormat Arau teruskan.
Bekas askar ini aku susah hendak kata apa sudah, pening kepala.
[Dewan ketawa]
1 minit lagi sebenarnya.
Levi kita tahu kita akan kutip dekat RM1 bilion setahun. Kita kena beritahu kutipan ini akan dibuat untuk membantu rakyat dan sebagainya, rakyat tengah susah. Jadi sekarang ini sekolah agama kita lihat cara undang-undang yang diperkenalkan terlampau ketat, Yang Berhormat. Kita hendaklah nampak ada bertolak-ansur. Kita undang- undang ini hanya akan diluluskan juga sebab dia simple majority tetapi saya hendak beritahu bahawa kita kena ambil pendekatan yang lebih mempermudahkan, jangan menyusahkan. Yang Berhormat, ini fasal agama. Jadi kalau kita mempermudahkan nampaklah agama Islam itu adalah agama yang agama sederhana yang diterima. Akhir sekali saya setuju dengan kawan saya tadi bahawa pendekatan vokasional kemahiran itu mesti diperkenalkan di semua sekolah. Keduanya, dalam tajuk vokasional juga supaya sekolah diperuntukkan sesuatu waktu untuk membolehkan mereka yang tidak menyertai tahfiz sepenuhnya supaya mereka juga boleh menjadi tahfiz. Kita hendak ke depan ini supaya doktor tahfiz, engineer dan sebagainya yang akhirnya menjurus ke arah tersebut. Ini kalau undang-undang ini hanya untuk sekolah tahfiz, jadi saya ingat tidak menyeluruh dan tidak nampak kesederhanaan dan kesyumulan Islam itu sendiri. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua kerana bertolak ansur. Sekarang waktu Maghrib ya.
Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Merbok, kemudian diikuti oleh Yang
Berhormat Kubang Kerian kemudian Yang Berhormat Kuala Nerus dan kemudian Yang Berhormat Pasir Puteh. Sila Yang Berhormat Merbok.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya ingin berbahas ringkas sahaja. Insya-Allah Yang Berhormat Arau tidak try untuk memaki ataupun lari daripada tajuk. Jadi insya-Allah sebenarnya saya rasa...
Makcik, makcik jaga dirimu. [Dewan ketawa]
Makcik. [Ketawa]
Hoi, tarik balik.
Dia ganggu saya, saya cakap tajuk yang cukup penting untuk agama Islam.
Yalah betul, tidak saya kata...
Yang Berhormat Arau, hormatlah Yang Berhormat Arau.
Tadi itu isu levi, itu lari dari tajuk.
Yang Berhormat tidak faham bila kita membincang sesuatu rang undang-undang dia roh undang-undang itu.
Yang Berhormat Arau, rujuk kepada Yang Berhormat bukan makcik.
Okey sorry adik, jangan buat macam itu lain kali.
Okey pakcik, okey, okey.
[Dewan ketawa]
Sorry kalau Menteri Agama kena sebut adinda kakanda ya.
Atuk, atuk.
Okey, kita sebenarnya sering dihidangkan dengan kisah-kisah pilu yang mana sangat terkait dengan pusat Tahfiz antaranya macam isu kebakaran seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sebut, isu penderaan seksual dan juga salah guna di sekolah-sekolah tahfiz. Lazimnya, apabila kita berhadapan dengan isu-isu sebegini, tipikal alasan yang kita berikan selalunya kerap akhirnya kita menuding jari ataupun kita cuba mencari salah pihak yang lain. Maka, saya ingin merujuk kepada kertas kerja, “Perundangan Sejarah Perkembangan dan Status Terkini Pengajian Tahfiz di Malaysia” tahun 2018 November yang telah ditulis oleh seorang pensyarah, Salahudin Ismail daripada UUM yang banyak menyentuh berkenaan manhaj dan model pengajaran tahfiz. Di mana disebutkan juga daripada laporan Malaysia Inside 2018 dianggarkan lebih 1,000 buah institusi tahfiz hanya 612 yang mendaftar dengan Jabatan Agama Negeri masing- masing. Kemudian daripada statistik JAKIM juga terdapat 704 institusi tetapi yang berdaftar dengan Darul Quran JAKIM hanyalah 166.
Kemudian daripada sini kita lihat masih banyak lagi pusat-pusat tahfiz yang tidak berdaftar dengan pihak berwajib. Saya juga ingin merujuk kepada statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 2017 yang mana menyatakan 50 peratus daripada 956 pusat tahfiz seluruh negara didapati dalam keadaan tidak selamat. Kementerian saya juga merujuk kepada PINTA, Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran yang menyebut lebih 300 buah tahfiz yang masih tidak berdaftar. Maka di sinilah yang saya nampak isu tidak berdaftarnya pusat tahfiz kepada pihak-pihak berwajib adalah isu yang kita tidak boleh ambil ringan. Maka...
Minta penjelasan. Minta penjelasan Yang Berhormat.
Ya.
Saya setuju dengan adik daripada Merbok ini ya. Adakah Yang Berhormat hendak bercadang kepada Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat sebut seluruh negara. Kita hendak pinda undang-undang wilayah, Yang Berhormat. Wilayah sahaja. Jadi apakah Yang Berhormat hendak tanya menteri supaya semua negeri-negeri lain mengikut apa yang dibuat oleh Wilayah.
Itulah. Tidak habis cakap lagi. Jadi saya hanya melihat secara umum supaya kita tidak hendak sudah jadi meluas perkara itu baru lah kita hendak ubah di semua kawasan. Jadi ini adalah gambaran. Sebab itu saya merujuk kepada kajian tadi. Jadi sepanjang 2017 juga telah mencatatkan angka tertinggi kebakaran pusat tahfiz sejak satu dekad yang lalu. Ini sebenarnya satu perkara yang kita harus tidak ambil enteng kerana melibatkan keselamatan, melibatkan perlindungan anak-anak kita di pusat tahfiz. Maka saya sangat setuju dengan melakukan perubahan pindaan akta ini bermakna sekolah-sekolah tahfiz akan mula didaftarkan. Saya juga di kesempatan yang ringkas ini, saya ingin mencadangkan agar kita pihak kementerian melihat semula agar pusat-pusat tahfiz ini dilihat persijilannya. Maksudnya perlu ada badan berautoriti yang melihat kepada persijilan pusat tahfiz dan seterusnya juga saya mengharapkan supaya kita juga dengan berlakunya pendaftaran pusat-pusat tahfiz. Maka kita akan memastikan pusat-pusat tahfiz itu infrastrukturnya dalam keadaan kondusif. Ini kerana kita lihat lazimnya banyak pusat-pusat tahfiz ini pembinaan bangunannya adalah ala kadar. Kadang-kadang daripada struktur kayu yang tidak sesuai. Penyambungan bangunan yang kadang-kadang tidak sesuai. Main sambung-sambung dan pembinaan juga atas tanah yang tidak sesuai dan mengubah suai dalam keadaan yang saya rasa banyak tidak mengikut aspek tertentu. Jadi kita juga sebenarnya saya ingin menyentuh walaupun mungkin tidak berlaku di Wilayah. Akan tetapi saya ingat semua masih ingat lagi bencana yang menimpa Pondok Pak Ya di Padang Lumat pada 22 September tahun 1989. Maksudnya sudah lama dah kisah itu yang mana kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) dan mendapati pembinaan sekolah tidak mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan) 2007 di setiap negeri. Jadi di sini ingin saya menekankan supaya sekiranya kita pernah ada Suruhanjaya Diraja yang kita tahu punca-punca sebenar masalah yang menimpa berlakunya kebakaran sebegini. Jadi saya mengharapkan supaya ia tidak dilihat begitu sahaja. Maksudnya sebarang hasil laporan suruhanjaya itu mestilah kita ambil kira dan jadikan ia sebagai suatu usul ataupun cadangan polisi di peringkat kementerian yang akhirnya kita tidak melihat seperti sekarang setelah puluhan tahun kita menyaksikan masih lagi. Bila sebut pasal pusat tahfiz, kita akan memberikan imej yang tidak begitu baik kepada tahfiz. Saya mengharapkan pindaan ini akhirnya akan membawa kepada mengangkatnya martabat sekolah-sekolah tahfiz dan saya mengharapkan kementerian akan mengurus pusat tahfiz secara profesional. Sekian dengan itu saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Puteh. Dia minta dahulu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam isu rang undang- undang berkaitan dengan Sekolah Agama Islam ini, suka saya mulakan dengan perkembangan kefahaman Islam di dalam negara kita sangat membanggakan sehingga wujudnya individu-individu yang cuba menyuburkan lagi ilmu-ilmu yang ada di dalam Islam yang tentunya memberi manfaat yang sangat besar kepada rakyat di dalam negara kita secara umumnya. Realiti yang berlaku di dalam negara kita iaitu lah jumlah rakyat yang ada yang beragama Islam. Jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah agama rasmi yang telah dibina oleh kerajaan, ternyata dia tidak mencukupi. Jadi di sana pihak kerajaan mesti menerima hakikat bahawa keperluan rakyat kepada sekolah agama tahfiz terutama sekali sekolah-sekolah tahfiz yang ada akademik sangat tinggi dan di sana ada kekurangan di pihak kerajaan untuk mencukupkan jumlah sekolah ini yang menyebabkan pusat-pusat tahfiz ini tumbuh ibarat cendawan yang ada. Dalam kesempatan ini saya mengucapkan syabas kepada yang
menubuhkan sekolah-sekolah persendirian. Cuma dalam aspek ini saya bersetuju sekiranya sekolah-sekolah agama ini didaftarkan di bawah satu akta ataupun satu Enakmen di peringkat negeri supaya dia dapat pembelaan daripada pihak kerajaan. Yang menjadi persoalan besar yang perlu kita kena fikir bersama, mengapa sekolah- sekolah ini tidak mahu mendaftar dengan kerajaan. Sama ada di Wilayah ataupun di negeri- negeri yang perlu kita kena teliti dengan baik supaya kita bersikap adil. Bersikap adil dan apa yang kita buat ini bukan kita menyekat. Akan tetapi kita hendak menyelesaikan masalah yang ada di peringkat sekolah-sekolah tahfiz ini. Saya ingin memberi sokongan yang baik kepada Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Merbok yang telah sebut dan itu yang saya maksudkan. Yang Berhormat Tampin sebut latihan kepada guru. Metodologi yang ada di peringkat sekolah. Ini adalah satu cadangan yang baik. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, di dalam akta yang kita hendak pinda ini tidak ada unsur ini. Maknanya pihak kerajaan dia kena menyempurnakan tanggungjawab. Bukan kerajaan ini kerja dia tutup. Bila tengok yang lemah, tutup. Kemudian yang mendukacitakan kalau kita ambil satu, dua kes. Kes yang membabitkan seksual, kes yang membabitkan kebakaran. Saya hendak tanya dalam Dewan yang mulia ini. Adakah sekolah- sekolah menengah yang sedia ada pada hari ini tidak membabitkan seksual. Merata-rata sekolah menengah yang di bawah kerajaan ini hatta di peringkat universiti. Melahirkan anak haram, macam-macam. Akan tetapi bila mari sekolah tahfiz, kita sebut. Walhal sekolah tahfiz ini di antara rangking yang paling rendah dalam isu-isu yang begini. Isu kebakaran. Adakah sekolah-sekolah kerajaan tidak ada kebakaran. Universiti, UMT di Terengganu. UMT terbakar bilik Canselor. Bangunan Canselor besar terbakar. Jadi ini adalah satu orang panggil accident yang tidak ada siapa yang hendak kebakaran. Tidak ada siapa. Jadi isu-isu yang seumpama ini tidak boleh dibangkitkan untuk kita sebut menutup sekolah agama. Isu seksual dengan maaf saya sebut Ahli Parlimen pun dibawa masuk penjara beberapa tahun isu seksual. Jadi ini adalah suatu yang tidak adil kalau kita berhujah begitu. Sebab itu saya ingin sebut bahawa isu-isu yang seumpama ini yang nadir berlaku tidak akan kita hendak kata berlaku Ahli Parlimen, Parlimen kena tutup. Ini satu benda yang sangat tidak adil. Baik, yang ingin saya sebut mengapa sekolah-sekolah ini tidak mahu mendaftar. Kita kena tengok background sebelum daripada ini. Apabila sekolah ini mendaftar dengan pihak kerajaan, ada ke pihak kerajaan memberi peruntukkan, memberi bantuan, memberi kemudahan untuk mengkursuskan guru-guru yang ada di sekolah-sekolah agama. Saya sebut sebagai contoh saya ada pusat tahfiz saya sendiri. Tahfiz Al-Quran Nur Karim dan Dakwah Islamiah. Ini sekolah di bawah penyeliaan saya sendiri. Menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membina bantuan dan kita berdaftar. Saya berdaftar. Hatta saya tidak hendak sebut dalam Dewan yang mulia ini. Pihak kerajaan dahulu sekarang pun sama. Bila kita minta peruntukkan-peruntukkan sedikit, jawapan yang diberi peruntukkan itu ini lah. Pokoknya tidak hendak diberi.
Bila kita minta peruntukan-peruntukan sedikit, jawapan yang diberi peruntukan ini itulah, ini lah. Pokoknya, tidak hendak diberi. Jadi, kalau kita hendak suruh daftar, kena ada check and balance. Maknanya kalau daftar, apa benda kemudahan yang ada? Jadi, kalau pusat-pusat pendidikan ini, bila ia daftar, memudahkan pihak berkuasa untuk tutup, untuk bertindak. Ini satu benda yang sangat tidak profesional. Saya harap kerajaan baharu yang ada ini tidak bertindak terburu-buru dalam perkara ini. Saya ingin sebut bahawa walaupun kita bincang ini berkenaan dengan sekolah agama rakyat. Sekolah agama persendirian sama sebagaimana rakan-rakan di Sabah dan Sarawak. Sekolah-sekolah yang ada di Sabah dan Sarawak, dari segi prasarana. Sekolah ini di bawah kerajaan tetapi di kawasan pedalaman. Prasarana lebih teruk daripada pusat-pusat tahfiz yang ada di Semenanjung Malaysia. Jadi, sebab itu saya minta supaya peruntukan yang kita hendak ubah ini, kita masukkan. Bukan saya tidak setuju masalah pendaftaran tetapi kita masukkan supaya ada check and balance, bagi tanggungjawab kerajaan kepada pihak rakyat. Tanggungjawab kerajaan kepada masyarakat awam, ibu bapa, kepada anak- anak tahfiz. Apa keperluan yang diperoleh oleh pusat tahfiz ini apabila mendaftar, biar jelas. Kalau sekolah ini dari segi prasarana ia tidak lengkap, satu benda yang tidak bijak kalau kita bertindak tutup. Akan tetapi sepatutnya pihak kerajaan ada tanggungjawab sebab semua rakyat ini, mereka membayar cukai dan seumpamanya. Apa salahnya sekiranya kerajaan meletakkan di dalam peruntukan yang hendak dipinda ini, perkara-perkara yang membabitkan tanggungjawab kerajaan kepada pusat-pusat
tahfiz supaya dua-dua ini ada tanggungjawab. Pusat tahfiz diwajibkan mendaftar tetapi pihak kerajaan wajib sekian, sekian, sekian. Di sudut peruntukkan, macam mana? Apa yang berlaku sebelum daripada ini, kita tengok macam sekolah-sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Per kapita pun ditarik.
Dua minit lagi.
Ini adalah satu benda yang sangat kita rasa dukacita.
Satu minit, Yang Berhormat Pasir Puteh. Satu minit sahaja.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya tertarik dengan apa yang dibahasakan oleh Yang Berhormat. Kita melihat bagaimana tingginya pengorbanan, terutama pihak pengusaha tahfiz walaupun dalam keadaan berbagai-bagai kekangan tetapi berusaha untuk menghidupkan sekolah-sekolah tahfiz. Apa pandangan Yang Berhormat, selain daripada peruntukan yang diperlukan untuk prasarana, peruntukan pengurusan seperti gaji- gaji guru juga menjadikan satu beban, terutama sekolah tahfiz. Adakah perkara ini kalau boleh dipertimbangkan akan datang supaya kerajaan membantu meringankan beban. Apa pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Itu antara yang saya maksudkan, maknanya tanggungjawab kerajaan. Katakanlah pusat tahfiz ini level ia sekolah menengah. Sekurang-kurangnya guru yang mengajar ini adalah guru lepasan universiti. Jadi, pihak kerajaan kena follow benda ini, meletakkan syarat dan kerajaan sanggup membayar separuh daripada gaji, sebagai contoh, kepada ini dan separuh daripada gaji dibayar oleh pihak persendirian. Maknanya, ada sesuatu yang kerajaan boleh membantu, yang kalau sebut tutup, untuk ambil alih, untuk tutup. Ini adalah satu tindakan yang sangat tidak profesional kalau kita nilai dengan cara yang paling adil. Jadi, sekolah yang ada dalam negara kita, yang saya sebut sikit lagi, sekolah-sekolah private, yang bukan daripada maahad tahfiz dan seumpamanya. Sekolah private yang kita lihat banyak dalam negara kita yang tidak cukup syarat, tidak lengkap, tidak itu, tidak ini dan macam-macam. Jadi, kerajaan saya minta supaya ada peruntukan-peruntukan, bantuan- bantuan yang boleh disalurkan kepada pusat pendidikan ini supaya ada check and balance. Kita jangan jadi macam kerajaan tempatan sebelum ini, sebagai contoh saman kereta.
Masa sudah habis sudah Yang Berhormat, sila.
Parking tidak betul, saman. Jadi, tempat parking tidak disediakan di hospital dan seumpamanya. Parking tak ada tetapi kerja dia saman. Jadi, peruntukan tak ada tetapi kerja, tutup sekolah. Jadi, ini saya rasa perlu dinilai dengan teliti. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kubang Kerian.
Bismillaahi Rahmaani Rahiim, Assalamualaikum Warahmatulaahi Wabarakaatuh dan selamat malam pada semua. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya mengucap terima kasih di atas peluang yang diberi. Saya melihat bahawa rang undang-undang ini dibuat bagi menyelaraskan rang undang-undang yang sama yang ada di peringkat negeri-negeri. Saya melihat ada nilai-nilai yang positif atau hasrat yang rang undang-undang ini di bentang. Cuma ada beberapa aspek yang perlu kita beri perhatian. Pertama, kerajaan juga perlu melihat soal rang undang-undang ini tidak boleh digubal kerana kes-kes terpencil. Satu, dua kes kebakaran. Satu, dua kes salah laku dan sebagai nya. Akan tetapi saya lihat bahawa ia digubal bagi menyelaraskan. Cuma bila saya mengkaji beberapa rang undang-undang di peringkat negeri-negeri, terdapat beberapa rang undang-undang-undang yang memang meminta supaya pendaftaran dibuat. Contohnya di Terengganu, di Kelantan, di Pahang dan sebagai nya. Rang undang-undang ini ada di semua negeri. Cuma dalam beberapa seksyen yang ada di peringkat negeri, ada pengecualian
diberikan. Contohnya, di bawah seksyen 105, rang undang-undang di Terengganu, “Majlis boleh mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana peruntukan pada bahagian ini”, bererti ada pengecualian. Saya tengok juga di bawah rang undang-undang di enakmen di Kelantan. Juga ada peruntukan pengecualian diberi atas perkara-perkara tertentu. Saya bersetuju bahawa soal pendaftaran ini rang undang-undang tidak juga sepatutnya menghukum tetapi memberi galakan. Sebagai contoh, kita harus menghargai sumbangan sekolah-sekolah agama kepada rakyat. Inisiatif yang diberi bukan baru, sejak zaman penjajah. Bila penjajah menekan sekolah-sekolah agama, inisiatif diambil oleh tokoh-tokoh agama, ilmuwan kerana tanggungjawab ilmu. Oleh kerana setiap ilmu, orang yang ada ilmu dia mesti bertanggungjawab untuk menyebar dan mempertahankan ilmu yang dia ada. Atas inisiatif inilah kita tengok munculnya ratusan pondok-pondok pengajian. Sumbangan pondok pengajian inilah sebenarnya melahirkan satu generasi rakyat yang sangat berakhlak mulia, yang kita harus menghargai sumbangan-sumbangan sekolah-sekolah tersebut dan termasuklah maahad tahfiz. Saya juga bersetuju bahawa isu besar yang saya meneliti kenapa maahad tahfiz tidak berdaftar. Isunya ialah inisiatif untuk membina tahfiz ini satu inisiatif yang sangat positif, sangat baik. Cuma masalahnya, syarat-syarat pendaftaran yang diletakkan itu sangat membebankan mereka. Saya bersetuju bahawa kalau boleh, kerajaan juga memperuntukkan peruntukan bagi melengkapkan syarat tersebut. Sebagai contoh, bila sebuah maahad tahfiz hendak dibina dan syarat-syarat diletakkan oleh beberapa agensi yang menyebabkan kos yang sangat besar. Saya mencadangkan supaya peruntukan itu disediakan bukan sahaja waktu untuk melengkapkan syarat pendaftaran tetapi selepas mereka berdaftar. Saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Merbok, soal latihan perguruan dan sebagainya. Soal pengiktirafan sijil yang perlu dibuat. Saya ucap tahniah kepada kerajaan yang menubuhkan Majlis Tahfiz Negara yang mengambil inisiatif untuk mengangkat martabat para huffaz kita. Kalau boleh, sebab tahfiz kita ini sebahagian besar diiktiraf oleh negara luar tapi sayang dalam negara kita belum ada pengiktirafan untuk masuk ke mana-mana IPTA. Kalau boleh, ia dapat dipanjangkan supaya mereka yang tamat penggajian ataupun boleh hafal Al- Quran dan ini bukan satu kerja mudah. Kita boleh bayangkan 30 juzuk mereka hafal dan ini satu usaha yang sangat murni. Tiap-tiap hari mereka hidup dengan suasana Al-Quran, membina akhlak yang baik dan sebagainya. Jadi, oleh sebab itu pengiktirafan ini sangat penting. Apa yang berlaku hari ini, huffaz kita apabila tamat pengajian, mereka sendiri mencari peluang-peluang pekerjaan yang ada, yang tidak ada pengiktirafan yang dibuat oleh mana-mana institusi. Walaupun...
Yang Berhormat Kubang Kerian, minta laluan.
Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Kubang Kerian, Setiu. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sekarang ini kita dapati permintaan terhadap maahad tahfiz-mahaad tahfiz ini semakin meningkat. Antaranya bila ada maahad tahfiz yang diintegrasikan dengan aliran Sains.
Adakah Yang Berhormat Kubang Kerian setuju kalau kita beri keutamaan dalam sektor pekerjaan keutamaan kepada mereka-mereka yang profesional dan dalam masa yang sama mereka adalah Hafiz.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu, saya bersetuju bahawa mereka buat tahfiz dan disambung dengan beberapa pengajian-pengajian yang teknikal diberi pengiktirafan. Kalau boleh dipertimbangkan juga satu skim yang agak berbeza dengan skim yang biasa. Ini kerana mereka mempunyai dua sijil dalam waktu yang sama. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh soal keperluan bagi kerajaan memperbanyakkan sekolah-sekolah agama Islam dan tahfiz. Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan kita lihat setiap tahun permintaan untuk masuk ke sekolah-sekolah agama ini amat tinggi dan sebahagian mereka ini tidak dapat masuk belajar di sekolah-sekolah agama di Wilayah Persekutuan yang menyebabkan mereka terpaksa pergi ke Kelantan, Pahang, Terengganu dan sebagainya. Jadi perlu dipertingkatkan, seimbangkan dengan permohonan untuk masuk belajar yang sangat tinggi pada waktu ini.
Saya juga ingin merujuk di bawah seksyen 97, bawah seksyen ini saya lihat bahawa terlalu besar bidang kuasa diberi kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Sebagai contoh, untuk mengambil alih pentadbiran sekolah-sekolah agama, sebenarnya untuk soal mengambil alih ini dia satu benda yang besar sebab sekolah agama ini dibuat ini kadang- kadang dibuat atas tanah sendiri, duit sendiri, hasil sendiri dan tidak boleh kita beri terus kuasa kepada majlis agama untuk mengambil alih ataupun menamatkan operasi sekolah. Saya suka merujuk kepada enakmen yang berlaku yang ada di Kelantan sebagai contoh. Di Kelantan bidang kuasa untuk mengambil alih ini dengan perintah mahkamah, bukan direct kuasa kepada Majlis Agama Islam. Mahkamah boleh memerintah supaya sekolah agama diambil tindakan, bermakna melalui bidang kuasa Mahkamah Syariah dan sebagainya. Bermakna dia tidak terus bagi kuasa mandat kepada majlis agama untuk bertindak dan kita bimbang kalau-kalau tindakan ini dia – sebab kita dalam pengalaman sejarah. Sebagai contoh bila Amerika mengenakan tekanan kepada sekolah-sekolah agama sebagai ejen yang melahirkan terrorist satu masa dahulu. Sehingga ribuan sekolah-sekolah sekolah agama di seluruh dunia terpaksa ditutup, termasuk negara kita apabila kerajaan menarik balik bantuan per kapita tahunan yang diberi sebelum itu. Jadi, saya harapkan bahawa pindaan ini tidak memberi ruang yang terbuka luas kepada majlis tanpa ada pihak yang ketiga. Saya bersetuju bahawa tindakan perlu diambil, sebagai contoh yang berlaku di sebelah utara. Pengajaran yang salah ataupun salah guna tahfiz tetapi bidang kuasa itu mestilah dengan arahan mahkamah ataupun dengan persetujuan ahli lembaga pengelola sekolah-sekolah tersebut. Dengan kata lain bahawa, kita tidak boleh membukanya secara direct bidang kuasa kepada majlis kerana dia terdedah kepada salah guna dan sebagainya. Mungkin tidak waktu ini, tetapi mungkin pada masa-masa akan datang kerana kebencian ataupun ada kes-kes tertentu. Tuan Yang di-Pertua, saya juga pada akhirnya ingin menyentuh soal...
Satu minit 30 saat lagi.
Yang akhir sekali ialah soal sekolah-sekolah agama ini yang tidak berdaftar yang disebut tadi lebih kurang dalam 300 buah, saya jangka lebih daripada itu yang tidak berdaftar. Sekarang kita ada Majlis Sekolah- sekolah Tahfiz. Ada beberapa pihak yang telah pun mewujudkan rangkaian. Saya cadangkan supaya mereka ini dimasukkan sebagai jawatankuasa perunding kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, di bawah pihak kementerian supaya apa pandang yang kita hendak ambil kepada sekolah agama ataupun tahfiz, kita mendengar juga pandangan pihak daripada persatuan ataupun jawatankuasa sekolah-sekolah tahfiz swasta seluruh negara. Mungkin pandangan-pandangan mereka ini akan memantapkan lagi perancangan pada masa hadapan supaya yang kita hasratkan majlis huffaz negara ini menjadi satu payung yang menaungi, bukan payung yang menghukum. Itu sahaja.
Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih.
Yang Berhormat Kubang Kerian, minta laluan sedikit.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.
Saya hendak bertanya, apakah Yang Berhormat Kubang Kerian bersetuju sekiranya geran SAR dan sekolah tahfiz ini dikembalikan. Satu ketika dahulu memang sudah ada tetapi ditarik, mungkin di atas alasan- alasan tertentu. Jadi sekarang peluang untuk kita mohon kepada kementerian untuk bagi balik geran-geran untuk SAR dan juga sekolah-sekolah tahfiz ini yang mana kita tengok kita bergerak seimbang untuk membangunkan mata pelajaran akademik dan juga mata pelajaran agama Islam yang boleh membina akhlak. Ia juga untuk mengimbangkan gejala sosial yang ada dalam negara sekarang ini.
Okey, terima kasih. Saya bersetuju supaya geran, bukan sahaja geran per kapita, bahkan bantuan pengurusan gaji kakitangan yang berdaftar dapat diperuntukkan oleh pihak kerajaan dan saya harapkan cadangan tadi dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian.. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Nerus kemudian yang terakhir Yang Berhormat Tanjong Karang. Sila Yang Berhormat Kuala Nerus dahulu.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala Rasulillah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya apabila kita bincang tentang Rang Undang-undang Pentadbiran Undang-undang Islam ini, pertama kita rujuk kepada sejarah. Sejarah penubuhan sekolah- sekolah agama ialah sejarah yang panjang sebelum Malaysia ataupun sebelum Persekutuan Tanah Melayu lagi. Lahirnya sekolah-sekolah agama ia memberikan pendidikan formal. Di kala itu pusat pendidikannya adalah sekolah-sekolah agama yang mengajar penulisan, membaca dan menulis dan menjadi satu pusat ilmu yang rasmi bagi rakyat mendapatkan pendidikan rasmi mereka. Maka lahirlah orang-orang bijak pandai menerusi sekolah-sekolah ini. Sehinggalah apabila zaman merdeka, apabila zaman penjajahan, diwujudkan semula sekolah-sekolah oleh Inggeris yang memindahkan nilai pendidikan itu kepada sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh kerajaan dengan pelbagai sijil yang diberikan. Akan tetapi asasnya adalah sekolah-sekolah agama yang diwujudkan sebelum zaman penjajahan lagi. Kita lihat sekolah agama ini wujud sampai hari ini, tidak akan mati usaha dan keringat umat Islam untuk meneruskan usaha membina pusat-pusat pendidikan. Kenapa? Ini kerana mereka faham bagaimana Islam menggalakkan seorang umat Islam itu sendiri untuk menjadi seorang mualim. Seperti mana kata Nabi SAW... [Membaca sepotong Hadis] “Aku dibangkitkan oleh Allah sebagai seorang guru maka guru ini tempat mengajar ialah sekolah maka di situlah lahir para alim ulama”. Para Tuan Pengerusi guru kita membina pondok- pondok, membina sekolah agama sampai ke hari ini tidak akan berhenti para alim ulama bukan hanya di alam kita, alam Melayu bahkan seluruh dunia, para alim ulama bangkit membina sekolah agama dengan keringat mereka, dengan duit mereka dan juga bantuan daripada masyarakat. Oleh kerana itulah, kalau kita bincang tentang sejarah sekolah agama ini dan kesinambungannya maka dia akan terus wujud dan orang yang akan membinanya akan terus ada. Maka yang tinggal pada kita hari ini ialah bagaimana kita membantu agar usaha-usaha seumpama ini diperkasakan. Maka bila kita bincang akta pada hari ini, timbul persoalan saya, apakah tujuan akta ini dibuat. Saya mendengar ucapan awal daripada Yang Berhormat Menteri tadi seolah-olah menggambarkan ia hanya merujuk kepada situasi yang berlaku dalam tempoh setahun dua ini. Isu kebakaran yang berlaku di Kampung Datuk Keramat dan sebagainya. Akan tetapi bagi saya, seperti mana Nabi SAW mengajar kita “Innamal a'malu bin niyat” iaitu segala amalan itu berdasarkan dengan niat. Niat pertama kita mestilah tujuan akta ini ialah untuk memperkasakan sekolah-sekolah agama ini. Sepatutnya, bagi sayalah, akta ini sepatutnya bila kita bincang diberikan takrifan, ditulis sekolah agama Islam. Bagi saya akta ini lebih merujuk kepada sekolah agama Islam bukan milik kerajaan kerana itu isunya. Saya lihat satu enakmen di peringkat negeri lebih jelas menyatakan bahawa sekolah agama Islam bukan milik kerajaan. Kalau tidak silap saya negeri Pahang kerana fokusnya ialah tentang sekolah agama yang diuruskan secara individu bukan oleh kerajaan. Itu isu yang dibangkitkan menerusi akta ini. Jadi, saya lihat pertama sekali kita betulkan niat, apa harapan para pengendali sekolah agama persendirian ini? Harapan mereka ialah agar: (i) mereka dibantu dari sudut prasarananya; (ii) mereka dibantu dari sudut pengajian guru-gurunya; (iii) mereka diberikan geran per kapita; (iv) mereka diberikan latihan perguruan; dan (v) mereka diberikan kemudahan untuk peperiksaan. Ini kerana pada hari ini kalau kita lihat, kategori sekolah agama ini ada pelbagai kategori. Ada sekolah KAFA, sekolah petang, pagi mereka sekolah kerajaan kemudian petangnya mengambil sekolah agama petang. Ada pula sekolah agama yang disatukan
dengan akademiknya. Ada yang mendapat bantuan sebahagian daripada kerajaan, ada yang tidak dapat bantuan langsung.
Bererti kita ada banyak kategori-kategori. Ada yang diwujudkan khusus untuk melahirkan para alim ulama, lebih tafaquh seperti pondok-pondok. Ini kategori-kategori yang ada. Maka tentulah dengan keadaan itu, akan berlakulah kelemahan dari sudut prasarana, dari sudut pengurusan, kewangan dan sebagainya. Maka menjadi tanggungjawab kerajaan― saya sebut. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memperkasakan kehadiran sekolah-sekolah agama persendirian ini, sekolah agama rakyat ini dengan mengambil kira zakat-zakat yang diberikan menerusi kerajaan negeri, mengambil kira cukai-cukai yang dibayar yang memang diberikan hak untuk diberikan kepada sekolah-sekolah yang bersifat pendidikan seumpama ini kerana orang Islam adalah jumlah yang besar, 61 percent daripada rakyat Malaysia pada hari ini. Kemudian, kalau kita lihat juga― bagi saya, akta yang dibuat pada hari ini kurang lengkap. Kenapa kurang lengkap? Ini kerana kalau kita lihat, yang dipaparkan kepada kita hanyalah berupa memberi kuasa kepada Wilayah Persekutuan untuk memantau, mengambil alih dan juga menamatkan operasi. Akan tetapi, tidak ada suatu akta yang lebih lengkap untuk mengawal pengurusan persekolahan. Kalau kita lihat di negeri-negeri lain, sebagai contoh― sepatutnya Wilayah Persekutuan ini mendahului daripada negeri-negeri yang lain. Akan tetapi, kita lihat di negeri- negeri yang lain, ada enakmen pengawalan yang dipanggil Enakmen Pengawalan Sekolah- sekolah Agama Islam. Saya lihat ada di negeri Selangor, Johor, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu. Akan tetapi, yang tidak ada Pahang termasuk juga Wilayah. Maka sepatutnya, walaupun kita faham hasrat Yang Berhormat Menteri untuk menyegerakan kuasa diberikan untuk pemantauan sekolah agama ini, sepatutnya ia didatangkan secara bersekali. Dibentangkan kepada kita satu akta yang bersifat pindaan dan dibentangkan juga kepada kita satu akta baharu yang bertujuan untuk mengawal pengurusan, pentadbiran, pendaftaran dan sebagainya yang berkaitan dengan sekolah. Maka, barulah ia menjadi lengkap dan boleh kita rujuk dengan cara yang baik. Akan tetapi, bila datang akta yang ringkas seumpama ini, ia menimbulkan kekeliruan dan kekaburan. Kabur macam mana? Sebagai contoh, kalau kita lihat dalam muka surat 2― ini walaupun di peringkat dasar tapi saya sebut lebih awal sebelum masuk di peringkat jawatankuasa. Bila menggunakan perkataan “kepentingan orang awam”, orang awam ini siapa? Muslim dan non-muslim itu orang awam. Ini isu sekolah agama. Rujukannya mesti pada orang Islam. Orang Islam pula ada banyak kategori. Ada yang Islam pada namanya sahaja. Ada yang mendakwa sebagai orang Islam tapi tidak islamik seperti Sisters in Islam. Kalau dirujuk “kepentingan awam” merujuk kepada semua ini, maka kayu ukurnya pasti berbeza. Maka sepatutnya diberi satu takrifan yang jelas. Kepentingan siapa? Mestilah merujuk kepada kepentingan Islam itu sendiri. Dan siapa yang berhak untuk mentakrifkan kepentingan Islam? Mufti-mufti, jabatan agama, para alim ulama yang perlu dirujuk untuk mentakrifkan apa ia kepentingan Islam. Jika tidak, kita akan berbalah, kita akan bergaduh dan mungkin juga terdedah kepada pelbagai tafsiran yang nantinya tidak akan mencapai hasrat sebenar kenapa kita mengemukakan akta pada hari ini. Begitu juga kalau kita lihat dua tiga istilah yang diguna pakai, antaranya istilah “kawal selia”, istilah “ambil alih”, perkataan “menamatkan”. Ini semua saya bimbang satu ketika nanti jika menggunakan perkataan-perkataan yang longgar seumpama ini tanpa ada tafsiran yang lengkap, dia akan menimbulkan satu hari nanti...
Yang Berhormat, boleh saya...
Yang Berhormat Petaling Jaya minta laluan.
Satu hari nanti ia akan boleh jadi terdedah kepada ada pihak yang mengambil kepentingan politik. Dia menjadi kerajaan, dia tidak setuju dengan sekolah agama yang ada kerana kalau kami Parti Islam Se- Malaysia (PAS) membina sekolah ini menjadi agenda parti, menjadi ahli-ahli parti, menjadi agenda pimpinan-pimpinan parti, menyediakan sekolah-sekolah agama, maka barangkali di kala kita bina sekolah untuk kepentingan anak-anak yang menjadi ahli kepada PAS, mungkin
bertembung dengan kepentingan kerajaan, maka akta yang longgar seumpama ini boleh memberi ruang untuk digunakan untuk kepentingan politik. Oleh kerana itulah kita rasa perlu lebih awal kita bendung perkara yang seumpama ini, kerana kerajaan sentiasa bertukar. Hari ini Pakatan Harapan, barangkali akan datang PAS pula menjadi kerajaan. Ia boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Maka, kita ambil dahulu kaedah iaitu mestilah undang-undang yang kita bawa, akta yang kita bawah itu sifatnya jami’un mani’un, sifatnya lengkap lagi melengkapi agar tidak terdedah kepada pelbagai salah guna pada masa akan datang. Sila.
Terima kasih. Sedikit penjelasan ya. Adakah Yang Berhormat setuju ya kerana pada 27 Ogos 2018, Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Fuziah Salleh telah mengatakan bahawa kerajaan akan meneruskan dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang diperkenal kerajaan terdahulu dengan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, DPTN akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam di setiap negeri dan dasar ini merupakan usaha untuk menyelaraskan pengurusan pendidikan tahfiz iaitu penghafazan Al-Quran di Malaysia yang seragam dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peraturan sedia ada di seluruh negeri.
Baik. Saya sepatutnya memberi kredit kepada kerajaan yang lama Barisan Nasional kerana sudah banyak dasar yang diperkenalkan untuk memperkukuhkan pendidikan Islam termasuklah antaranya Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang hari ini cuba disambung oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Saya hendak merujuk kepada janji daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri pada penghujung tahun yang lalu untuk mengemukakan cadangan penubuhan Majlis Tahfiz Negara MAIN yang dijangka akan dimulakan pada awal tahun. Sekarang sudah masuk bulan empat. Saya mahu tahu, apa kesinambungannya? Ini kerana ia juga ada kaitan dengan isu yang kita bincang pada hari ini. Begitu juga disebut tentang memasukkan sekolah tahfiz dalam takrifan “sekolah agama”. Kerana apa yang ada adalah sekolah agama ditakrifkan tanpa merujuk kepada sekolah tahfiz. Namun, yang menariknya ialah bila kita bawa akta ini ke sini, akta kita juga sangat longgar, tidak diberikan takrifan apa dia makna “sekolah agama Islam”. Tidak silap saya di peringkat Pahang― mungkin boleh rujuk kepada Yang Berhormat Menteri, boleh betulkan saya― diberikan takrifan yang panjang apa itu sekolah agama Islam. Jadi, sebab itu saya kata tadi bahawa saya melihat― maaf, Yang Berhormat Menteri, saya melihat ini agak tergesa-gesa. Alangkah baik kalau perkara yang cantik dan indah ini kita susun dengan baik, kita bincang bersama, kita masukkan mungkin dalam bincang semalam, select committee, kita perkasakan, kita perkemaskan, insya-Allah, tidak ada orang yang menolak hasrat baik ini dan kita akan sama-sama membantu untuk memperkasakan pendidikan Islam ini. Saya rasa oleh sebab masa tidak mengizinkan, terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Waalaikumussalam. Pembahas terakhir Yang Berhormat Tanjong Karang. Silakan. 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua memberi kebenaran kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam membahaskan pindaan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993. Kita sudah dengar beberapa Ahli Dewan telah bercakap mengenai sekolah tahfiz. Pada hakikatnya, kita kena menerima realitinya iaitu bila sebut sekolah tahfiz ini, saya lihat ada dua perkara yang mungkin ada masalah kita. Pertama, kita sedia maklum bahawa sekolah tahfiz ini dia tidak tertakluk di bawah Akta Pendidikan. Bila tidak tertakluk di bawah Akta Pendidikan, maka sudah tentulah dasar- dasar baharu, syllabus dan sebagainya agak sukar untuk diselaraskan dengan Kementerian Pendidikan. Ini yang kita tengok dalam takrif Akta Pendidikan.
Kedua, sekolah-sekolah tahfiz ini, ia tergantung kepada kuasa kerajaan negeri. Kita tahu, lain negeri, lain undang-undang. Tadi dia sebut di Pahang lain, di Terengganu lain. Ini kerana kita sedia maklum bahawa sebut sahaja agama, bidang kuasanya ia tertakluk di bawah Majlis Agama Islam tiap-tiap negeri kecuali― Wilayah pun ada dia punya Majlis sendiri. Jadi, oleh sebab itu, hendak menyelaraskan― saya ada pengalaman menjaga JAKIM ini. Bukannya senang. Kita hendak selaraskan undang-undang jenayah syariah dahulu pun dekat 10 tahun sudah baru boleh selaras. Hendak selaras mahkamah pun bukannya mudah. Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini kita tidak boleh kecewa kerana hari ini sekolah tahfiz kita tengok macam cendawan tumbuh. Ramai ibu bapa cukup berminat menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz. Saya pun hantar juga. Kita hantar kerana kita hendak lihat generasi akan datang bukan sahaja berjaya di dunia tetapi juga berjaya di akhirat.
Jadi kerana itu, sebenarnya Yang Berhormat Kubang Kerian bercakap tadi bahawa kita ini kena selaraskan. Saya hendak minta JAKIM kena mengambil tindakan proaktif. Kita telah pun ada Majlis Sekolah Tahfiz. Kita pun pernah berbincang dengan Majlis Sekolah Tahfiz. Majlis Sekolah Tahfiz ini pun saya tengok lain negeri lain jugalah pandangannya, bukannya mudah, kita akui bukannya mudah hendak buat tetapi usaha kena dimulakan. Berjumpa dengan mereka di tiap-tiap negeri ini ada jawatankuasa dia untuk kita hendak selaraskan daripada segi berapa matlamat pendidikan tahfiz terutamanya. Begitu juga terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada dalam ini kerana berhasrat untuk meneruskan Dasar Tahfiz Negara. Kita tahu hasrat kita kalau tidak silap saya hendak 200,000. Kita hendak melahirkan huffaz profesional kerana kita mahu anak-anak kita bayangkan satu masa nanti dia seorang profesional, dia juga seorang ulama. Inilah hasrat kita yang amat baik. Akan tetapi ia mesti dirancang terlebih dahulu, sukatan daripada segi syllabus-nya dan kalau boleh diselaraskan di seluruh negara yang saya akui bukannya mudah kerana masing-masing negeri ada autonomi masing-masing. Akan tetapi saya percaya dengan kuasa JAKIM, mungkin secara selangkah demi selangkah kena berani untuk berjumpa dengan pihak-pihak kerajaan negeri supaya dapat kita selaraskan bukan sahaja dari segi syllabus, juga daripada segi undang-undang. Tadi kita lihat – tadi disebut juga ada negeri ada enakmen-enakmen mengawal sekolah-sekolah tahfiz dan juga di dalam enakmen tersebut juga ada berbeza. Tadi Yang Berhormat Kubang Kerian pun cakap apabila ada negeri-negeri tertentu, kalau hendak ambil alih kena ambil perintah mahkamah. Dekat sini tidak perlu, majlis boleh masuk. Jadi perkara-perkara seperti ini kalau boleh kita kena selaraskan. Kedua, saya hendak cadangkan iaitu mengenai kemahiran. Memang kita sudah mula pun. Saya masih ingat ada beberapa tahfiz ini kita tahu kadang-kadang mereka ini belajar di sebelah pagi, sebelah petang mungkin mereka agak free, maka galakan dalam bidang kemahiran – tadi Yang Berhormat Parit pun ada sebut mengenai kemahiran. Seingat saya, kita sudah mula pun dengan GIATMARA. Kalau boleh bekerjasama dengan GIATMARA ataupun beberapa agensi yang lain supaya kita hendak memberikan latihan kepada anak-anak kita yang mana mereka ini cemerlang mungkin mereka berpeluang melanjutkan pelajaran lebih tinggi lagi tetapi kalau mungkin kalau mereka kurang cemerlang, kita kena beri latihan-latihan kemahiran. Ini kerana kita tahu bahawa sekolah tahfiz ini tadi disebut dari segi perbelanjaan, dari segi pengurusan kewangan kalau diberikan latihan- latihan kemahiran sebagai contoh, kemungkinan sedikit sebanyak dapat menambah sumber- sumber pendapatan mereka dan juga memberikan kemahiran-kemahiran kepada mereka. Contoh kalau kita beri latihan kemahiran electrical sebagai contoh. Jadi kalau ada wayar-wayar yang sudah rosak dan sebagainya, dia boleh repair sendiri, tidak perlu dia hendak ambil wireman daripada luar sebagai contoh. Jadi, saya hendak cadangkan supaya usaha yang telah dibuat ini hendaklah kita teruskan daripada segi memberikan kemahiran. Ketiga ialah dari segi keselamatan. Dari segi keselamatan ini, saya tahu – ini mungkin juga berpunca daripada tahfiz yang terbakar di Kampung Datuk Keramat. Akan tetapi saya lihat di sini, hanya ditekan kepada majlis. Saya hendak mencadangkan mesti ada satu taskforce. Taskforce ini mesti terdiri daripada bomba, daripada pegawai DBKL seperti kita tahu punca terbakar di Datuk Keramat itu apabila pengusahanya membuat ubah suai, renovation yang dibuat tanpa mendapat kebenaran daripada DBKL. Kalau mengikut keselamatan bomba, mesti ada dua pintu. Pintu masuk dan mesti ada satu lagi pintu di
belakang. Akan tetapi apabila dibuat renovation, maka pintu belakang sudah tidak ada. Jadi apabila berlaku kebakaran, itu yang mereka tidak boleh keluar daripada tempat tinggal. Jadi jangan – saya harapkan taskforce ini mesti bersama dengan pihak – polis pun kena masuk juga kerana kita dapat maklum juga ada juga pencerobohan-pencerobohan daripada luar berlaku, kadang-kadang ada juga budak-budak yang bersekolah tahfiz ini pun ada yang nakal juga yang curi keluar malam pun ada. Jadi, oleh itu taskforce yang bersama supaya gerak kerja apabila kita pergi ini bukan sahaja MAIWP sahaja pergi tetapi mesti juga dia bawa bomba sebagai contoh. Bomba hendak kena masuk juga. Daripada segi keselamatan, kebakaran, kemudian daripada DBKL, daripada pengubahsuaian dan sebagainya supaya sekolah-sekolah tahfiz ini kena mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada. Ini kerana kita sedia maklum – tadi Yang Berhormat Merbok pun bercakap, saya pun tahu bahawa daripada kajian bomba kalau tidak silap saya dahulu, 50 peratus memang keselamatannya memang tidak terjamin, yang tidak berdaftar pun lebih banyak juga. Jadi kerana itu, kita hendak kena buat kempen keselamatan. Saya hendak cadangkan. Dahulu saya pun sudah mula dan kalau boleh kita tubuhkan pasukan bomba sukarela. Latihan-latihan bomba sukarela ini di tiap-tiap sekolah tahfiz supaya sekurang-kurangnya mereka tahu mengambil langkah-langkah pencegahan awal untuk mengelakkan kebakaran kerana kalau kita tengok perangkaan, memang banyak, tempat lain banyak juga terbakar tetapi kita tengok sekolah tahfiz ini yang boleh dikatakan kekerapannya berlaku. Jadi kerana itu, langkah- langkah keselamatan, kita hendak kena pertingkatkan. Akhirnya daripada segi bantuan kewangan. Bantuan kewangan ini kita sedia maklum kalau saya tidak silap memang diberikan setiap tahun. Hanya saya hendak minta lagi untuk tahun depan. Kalau hendak bagi bantuan ini tidak perlulah ambil mock cheque daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya hendak tegaskan lagi tidak ada logiknya seorang Menteri menerima mock cheque daripada Menteri. Apa bezanya Menteri Kewangan dengan Menteri Agama ini? Sedangkan peruntukan itu memang diluluskan di dalam Dewan ini. Sudah ada di dalam peruntukan. Sebab apa Menteri Kewangan hendak bagi mock cheque? Yang bagi mock cheque pula mengapa hanya bagi mock cheque untuk sekolah tahfiz? Mengapa tidak bagi mock cheque seluruh peruntukan kepada JAKIM? Jadi, kita tidak mahu ada mana-mana pihak yang hendak mengambil kesempatan, yang menunjukkan dia pula lebih hero daripada hendak membela sekolah-sekolah tahfiz. Hendak beritahu memang kita sudah buat sudah pun dan ini memang hak kita, dijamin di bawah Artikel 12(2), Perlembagaan kita bahawa peruntukan-peruntukan ini memang diberikan kepada sekolah agama dan biarlah Menteri agama yang menguruskan sekolah agama. Menteri Agama ini bukannya Menteri pengiring. Kalau Menteri agama hendak bagi mock cheque kepada sekolah tahfiz...
Yang Berhormat, minta laluan.
...Itu saya sokong.
Yang Berhormat, minta laluan. Saya hendak minta laluan. Minta penjelasan.
Ya, silakan.
Apakah salahnya Menteri Kewangan pergi ke sesebuah sekolah agama untuk menyerahkan? Banyak jasa Menteri Kewangan di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah tahfiz, sekolah agama. Kerajaan Pulau Pinang semasa dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan telah memberi sumbangan untuk memberi macam-macam kemudahan termasuk gaji. So, apa salahnya. Ini adalah dalam konsep Pakatan Harapan, tidak ada salahnya. Mengapakah Yang Berhormat begitu sakit hati, tidak mahu Menteri Kewangan pergi ke sekolah tahfiz untuk menyerahkan cek itu. Apakah masalahnya?
Saya faham. Sebab itu dalam Menteri ini, kita sudah ada kementerian masing-masing. Soal saya, mengapa tidak mahu bagi mock cheque kepada Menteri pertanian? Menteri pertanian pun ada bagi sumbangan kepada nelayan tetapi dia tidak bagi mock cheque kepada Menteri pertanian. Mengapa dia bagi kepada Menteri agama? Peruntukan itu sudah ada. Biarlah Menteri agama yang menguruskannya. Kalau duit itu daripada duit DAP, okey saya bersetuju. Ini mock cheque kepada DAP bagi sekolah tahfiz itu betul. Ini sekolah kerajaan, duit kerajaan yang dijamin di bawah Artikel 12(2), yang telah diluluskan di dalam Dewan ini. Sebab apa hendak tunjuk
mock cheque ini? Kalau hendak bagi, saya pun sudah tahu. Saya pernah bagi mock cheque tetapi saya bagi mock cheque ini hendak ambil peruntukan mileage, bukan Menteri dengan Menteri. Menteri boleh ambil peruntukan mileage biarlah Menteri agama itu bagi kepada pengerusi-pengerusi sekolah tahfiz yang macam saya pernah buat di Selangor dahulu, saya yang bagi untuk 126 buah sekolah tahfiz. Kita bagi mock cheque ini, itu untuk peruntukan mileage untuk hendak beritahu kepada rakyat bahawa kerajaan menolong sekolah-sekolah agama. Ini yang kita hendak kena pandai. Akan tetapi saya pelik pula...
Minta laluan.
...Apabila pergi hendak bagi bantuan sekolah kepada SJKC pula tidak panggil pula Menteri Pendidikan. Timbalan Menteri pula yang bagi, sebab apa?
Minta laluan.
Itu yang kena ingat. Saya bukannya rasis tetapi bagi saya...
Yang Berhormat minta laluan.
...Biarlah Menteri yang sudah ada ini jagalah kementerian masing-masing. Tidak payahlah–– kecuali Perdana Menteri, itu betul. Kalau Timbalan Perdana Menteri, betul. Ini Menteri dengan Menteri. Sebab apa hendak terima mock cheque Menteri dengan Menteri.
Yang Berhormat minta laluan.
Tidak pernah berlaku.
Masa sudah habis ya?
Minta laluan.
Ya, sila. Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Ya, ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa tadi Yang Berhormat berhujah itu, saya rasa yang baik itu untuk tahfiz itu saya terima.
Akan tetapi, memandangkan tujukan kepada satu bangsa itu tidak berapa eloklah. Saya tengok di dunia ini, di Arab dan Kuwait juga— saya tengok raja-raja di sana pergi ke kuil untuk rasmi dan sebagainya. Saya rasa adalah satu kebanggaan kepada agama lain yang datang ke situ. Kita hendak fikir cara yang terbuka. Kita tidak mahu cara kita, pandangan kita serong kepada satu sebelah. Kita mahu cara terbuka. Kita mahu hidup sebagai anak Malaysia. Itu yang diperlukan. Kita mahu tukarkan minda daripada luar anak-anak muda sana. Kalau di sini kita bertengkar macam ini, apa yang akan berlaku kepada anak-anak muda yang akan datang? Sila jawab Yang Berhormat.
Saya sudah cakap tadi, Menteri bagi kepada Menteri. Mana standard punya Menteri. Kalau Menteri itu bagi kepada pengurus sekolah agama kah it’s okay. Ini bagi...
Yang Berhormat, apa yang UMNO dengki sangat? Apa yang UMNO susah hati sangat dengan Menteri Kewangan memberi wang kepada sekolah agama rakyat? Apa yang UMNO cemburu sangat?
Dia fobia.
Kepada Menteri.
Pencelahan sudah berakhir tadi, cukuplah.
Tidak, saya bukan cemburu. Saya rasa terkilan. Saya pun pernah jadi Menteri— tidak payahlah Menteri. Saya nasihat
Menteri agama ini tidak payah hendak ambil cheque daripada Menteri Kewangan dah. Biarlah Menteri agama itu sendiri yang bagi. Itu maksud saya. Untuk apa hendak ambil cheque daripada mock cheque daripada Menteri Kewangan kerana peruntukan itu telah diluluskan dalam Dewan. Sudah ada dalam peruntukan JAKIM. Sebab apa? Itu pun Yang Berhormat tidak faham...
Yang Berhormat, saya tidak fahamlah. Kita dituduh rasis, kita dituduh rasis tetapi bila Yang Berhormat Menteri Kewangan pergi beri wang, UMNO ada masalah. Apa masalahnya?
Siapa yang tuduh rasis? Siapa yang tuduh rasis?
Tiap-tiap kali di sebelah sana menuduh kita...
Siapa yang tuduh rasis? [Pembesar suara dimatikan]
Saya ingat memadailah setakat ini. Masa pun sudah tamat. Silakan, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri menjawab. Silakan, Menteri 20 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti perbahasan daripada semua yang berbahas daripada Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kubang Kerian, dan Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya kira— yang pertama, yang perlu saya tegaskan di sini kerana ada agak confusion ataupun ketidakfahaman di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas berkenaan dengan akta ini— pindaan rang undang-undang. Pindaan rang undang-undang ini ialah pindaan kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) [Akta 505] yang mana Akta 505 ialah satu akta berkenaan dengan pentadbiran undang-undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan. Ia mengambil— kalau Ahli Yang Berhormat— minta maaflah ya saya tidak bermaksud untuk mengajar tetapi akta ibu itu perlu kita rujuk dalam kita membahas. Kita merujuk kepada akta ibu. Dalam Akta 505 ini, ia bercakap tentang semua pentadbiran undang-undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan termasuk macam mana hendak kendalikan masjid dan semua pentadbiran, mufti, pejabat mufti dan sebagainya.
[Bangun]
Tidak apa Yang Berhormat Kuala Nerus, saya teruskan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Tidak dibenarkan, sila duduk.
Boleh saya soal sikit Yang Berhormat Menteri, saya rasa Menteri keliru. Menteri, bagi saya ulas sedikit sahaja.
Saya teruskan...
Bagi saya peluang untuk menjelaskan kekeliruan Menteri.
...Di mana seksyen 97 dalam Akta 505 ini ialah— seksyen 97 bercakap tentang sekolah agama yang mana ada dua line sahaja Tuan Yang di- Pertua, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftar sekolah-sekolah Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan”. Ini sahaja yang berkenaan dengan sekolah agama dalam Akta 505. Jadi tujuan rang undang-undang ini yang meminda Akta 505 ini untuk mewujudkan satu kaedah. Satu kaedah is a provision in the law untuk kita wujudkan kaedah untuk mengurus dan mengawal selia sekolah-sekolah agama Islam di Wilayah Persekutuan. That is the purpose of the pindaan akta ini, rang undang-undang pindaan ini.
Boleh bagi peluang untuk saya minta penjelasan?
Itu perkara itu pertama. Saya baru hendak mula Yang Berhormat Kuala Nerus.
Bagi saya peluang sekejap lagi ya.
Kedua, berkenaan dengan kenapa kita bawa berkenaan wilayah sahaja. Ini kerana ini Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Kita hanya boleh bawa pindaan rang undang-undang yang berkaitan dengan wilayah kerana agama Islam ini diurus tadbir, kuasanya ialah di negeri. Jadi kita tidak boleh bawa undang-undang untuk mengawal selia sekolah di Pahang kah, di Kelantan kah, di Terengganu. Kita tidak ada kuasa. Perkara ketiga, saya hendak memaklumkan bahawa kita amat ketinggalan...
[Bangun]
...Berkaitan dengan pengawalseliaan sekolah agama Islam kerana di negeri-negeri lain— tadi Yang Berhormat Kubang Kerian faham. Yang Berhormat Kubang Kerian sebut sudah semua enakmen-enakmen sekolah agama negeri. Yang Berhormat Kubang Kerian sebut satu-satu tadi. Nanti Yang Berhormat Kuala Nerus boleh tanya Yang Berhormat Kubang Kerian.
Bagi saya peluang Menteri sebab Menteri mengelirukan Dewan.
Sekolah mana-mana...
Menteri mengelirukan Dewan. Saya jawab sikit sahaja.
Tidak apa Yang Berhormat Kuala Nerus.
Cuba tengok siapa yang betul.
Bila sampai Yang Berhormat Kuala Nerus nanti...
Menteri tidak beri laluan. Sila duduk Yang Berhormat Kuala Nerus.
Menteri begini Menteri, bagi saya peluang dulu.
Bila sampai Yang Berhormat Kuala Nerus karang, saya— boleh cakap.
Okey, bagi saya lepas ini.
Berkenaan dengan enakmen sekolah agama Islam di negeri-negeri memang sudah ada dan wilayah ini saya kata dua line sahaja tadi. Itu sebab kita perlu wujudkan satu kaedah untuk mengawal selia sekolah-sekolah agama Islam di Wilayah-wilayah Persekutuan. That is the purpose-lah dengan izin Tuan Yang di-Pertua pindaan rang undang-undang Akta 505 ini. Kenapa digunakan istilah agama? Kita tukar daripada istilah sekolah-sekolah Islam kepada sekolah agama Islam kerana ia selaras juga dengan enakmen di negeri-negeri yang menggunakan sekolah agama Islam negeri. Jadi ia selaras. Dalam Perlembagaan pun bila disebut Islam, disebut agama Islam. Jadi itu apa yang kita maksudkan dengan penyelarasan. Perkara yang kedua, saya juga dengar ada yang...
Menteri beri saya peluang dahulu mencelah yang tadi, baru adil. Menteri semua orang faham kita punya bincang ini akta melibatkan Wilayah Persekutuan dan kita hendak pinda akta itu. Apa yang saya maksudkan ialah pertama, dalam akta Wilayah Persekutuan hanya ringkas dan Menteri dan panjang sikit. Akan tetapi dalam Enakmen Negeri Selangor, bila bincang isu yang sama ia akan rujuk lebih detail lagi pada satu lagi enakmen lain khas yang membincangkan tentang pentadbiran pendidikan Islam.
Saya bacakan pada Menteri agar Menteri faham. Untuk negeri Selangor seksyen 120 Sekolah Agama Islam, “Tertakluk kepada Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 [Enakmen No.2/1988] Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk mendaftarkan sekolah-sekolah Agama Islam di Negeri Selangor.” Maknanya apa? Dalam Enakmen Negeri Selangor yang bincang topik sekolah agama Islam dirujuk lagi satu lagi enakmen lain. Kenapa di peringkat kita akta Wilayah Persekutuan ini, kenapa tidak boleh buat perkara yang sama? Benda sudah wujud di semua negeri-negeri kecuali negeri Pahang. Saya rasa Menteri yang tidak baca semua enakmen di peringkat negeri.
Saya faham, saya faham Yang Berhormat Kuala Nerus. Ini saya ambil balik floor saya. Yang Berhormat Kuala Nerus, sebab itu kita hendak wujudkan kaedah. Kaedah is a provision in the law outside the akta dan kaedah ini yang kita hendak gariskan refer mana apa dan sebagainya. Kaedah itu— kita minta kuasa untuk mewujudkan kaedah. Ini maksudnya.
Sebab itulah Selangor bila ada kaedah, ia buat satu enakmen khas membicarakan tentang kaedah sahaja. Kenapa wilayah tidak boleh buat macam itu? Kita bincang tentang kaedah, apa kaedah yang ada dalam pindaan ini? Tidak ada kaedah apa, kosong, zero, tidak ada kaedah langsung. [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Sepatutnya ia buat lagi satu akta tambahan untuk menghuraikan apa kaedah- kaedah seperti yang dibuat di negeri Selangor. Itu persoalannya Menteri. Saya rasa Menteri tidak baca kesemua enakmen-enakmen ini. Hanya mendengar jawapan daripada pegawai-pegawai sahaja. Kekeliruan itu oleh Menteri, bukan oleh kami.
Yang Berhormat Kuala Nerus, nanti di dalam kaedah ini boleh kita refer balik perkara yang dikatakan oleh Yang Berhormat.
Mana kaedahnya? Mana kaedahnya?
Kaedah…
Di mana kaedah Menteri? [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Kaedah hanya ringkas, mana detail-nya? Saya sebutkan tadi, Selangor detail, Selangor men-detail-kan. Baca Enakmen Negeri Selangor. Saya rasa Menteri kena tarik balik akta ini sebab Menteri tidak faham enakmen di peringkat negeri-negeri lain. Kalau Menteri baca semua enakmen yang ada, Menteri boleh faham maksud saya dan Menteri tidak akan mengelirukan Dewan pada hari ini.
Yang Berhormat Kuala Nerus, saya pegang kepada apa yang saya katakan tadi. Kita akan wujudkan kaedah dan kaedah ini kita boleh bincang apa benda kita hendak masuk dalam kaedah ini Yang Berhormat Kuala Nerus. Kita belum final lagi hari ini.
Oleh sebab itu, kita meletakkan...
Maksudnya Yang Berhormat Menteri setuju akan datang dibuat satu lagi akta yang lebih detail menjelaskan kaedah pengurusan sekolah agama, begitu?
Dari segi, dari segi, duduk Yang Berhormat Kuala Nerus.
Duduk,duduk. Tidak diberikan laluan.
Dari segi enakmen, itu diwujudkan di Selangor. Yang Berhormat Kuala Nerus me-refer kepada Selangor. Akan tetapi, kaedah yang akan diwujudkan oleh Wilayah Persekutuan, kita tidak mengatakan bahawa kita akan wujudkan lagi satu akta. Kita mengatakan kaedah itu mencukupi, mencukupi untuk mengawal selia sekolah-sekolah agama. Berkenaan dengan, saya hendak pergi terus kepada apa yang dibahaskan oleh yang lain-lain tadi, berkenaan dengan keseluruhan roh sekolah-sekolah tahfiz ini. Saya hendak merujuk kepada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, yang sebetulnya saya katakan dahulu,
bahawa memang dasar ini peninggalan kerajaan lepas tetapi perkara yang baik kita akan teruskan. Dasar ini perlu diperkasakan, memperkasakan dengan mewujudkan Majlis Tahfiz Negara. Majlis Tahfiz Negara perlu pula diwujudkan dengan melebarkan ataupun meluaskan fungsi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) di mana pada Mesyuarat LEPAI pada 27 Mac 2019, kita sudah pun memberikan, melebarkan kuasa LEPAI itu untuk mewujudkan Majlis Tahfiz Negara. Di mana Majlis Tahfiz Negara ini akan mengambil kira yang dikatakan oleh pembahas tadi, di mana Yang Berhormat Kuala Nerus juga bercakap berkenaan dengan rangkaian-rangkaian tadi, boleh kita masukkan sebagai keahlian Majlis Tahfiz Negara. Antaranya, pakar-pakar dalam bidang tahfiz, wakil- wakil Pertubuhan Tahfiz, wakil Maahad Tahfiz Al-Quran dan ahli-ahli akademik yang berpengalaman. Boleh kita masukkan dalam Majlis Tahfiz Negara ini.
Sikit, minta laluan sikit, ya. Boleh tidak kita masukkan juga disebabkan fokusnya banyak kepada tahfiz. Saya fikir tahfiz ini satu juzuk saja. Sekolah-sekolah agama ini ia masih banyak. Contohnya, saya ada statistik di tangan saya sekarang ialah tentang sekolah-sekolah yang masih ada 73 sekolah rendah agama, 115 sekolah KAFA, empat sekolah integrasi rendah, 81 [Tidak jelas], ini di Wilayah saja. Jadi, saya fikir, kalau boleh tidak hanya fokus kepada tahfiz tetapi juga difokuskan kepada sekolah-sekolah yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Betul, apa yang dikatakan Yang Berhormat Kubang Kerian itu kerana definisi sekolah agama merangkumi semua yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi, termasuk sekolah tahfiz. Kenapa kita menyebut sekolah tahfiz? Hal ini kerana definisi sekolah agama yang ada pada hari ini, tidak menyebut sekolah tahfiz. Dia tidak, dia silenced tentang sekolah tahfiz itu boleh kita interpretasikan sekolah tahfiz sebagai sebahagian daripada sekolah agama tetapi tidak disebut. Maka, apabila kita meletakkan sekolah tahfiz itu sebahagian...
Sikit saja Yang Berhormat Menteri, hendak mencelah sedikit saja.
Daripada sekolah agama, ia menambah kepada definisi sekolah agama yang sebelum ini. Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.
Yang Berhormat Menteri, oleh sebab itu, saya minta pencelahan sedikit. Saya rujuk pada enakmen negeri, menarik. Oleh sebab itu, saya katakan kalau akta kita ini boleh rujuk negeri kan cantik. Ini disebabkan contohnya, di negeri Pahang, enakmen dia apabila bincang tentang topik sekolah agama Islam iaitu memperkatakan sekolah agama Islam bukan milik kerajaan. Kemudian dalam Fasal 6, dia mentakrifkan apa itu makna sekolah agama Islam. Maka, tidak timbullah yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi. Dia takrifkan bahawa bagi maksud seksyen ini, sekolah agama Islam bermaksud mana-mana sekolah, madrasah, pusat pengajian atau mana-mana tempat di mana Pendidikan Agama Islam diajar termasuklah prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan prauniversiti. Maknanya takrifan yang panjang. Itu yang saya katakan tadi, akta ini perlu dipanjangkan, di-detail-kan agar dia bersifat jami’, mani’ dan menyeluruh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Point itu saya ambil tetapi seperti yang saya katakan kepada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi, sebelum ini memang sekolah agama ini meliputi, sudah ada definisi dia. Tadi ada tanya persoalan berkenaan sama ada tadika pun dimasukkan. Tadika juga dimasukkan sebagai sekolah agama dan kita menambah definisi sekolah agama itu sekolah tahfiz supaya kita dapat mengawal selia dengan lebih baik. Kita harus juga...
Saya minta maaf sikit. Saya, saya, bukan apa yang saya sebut itu disebabkan buat masa ini kita masukkan tahfiz. Sekarang ini untuk makluman sudah ada pusat pengajian hadis. Jadi apakah pusat pengajian hadis nanti kita kena tambah sekali lagi? Jadi, bermakna kalau boleh kita jami’ dan mani’ sebagaimana yang disebutkan itu, diberikan perhatian. Itu sahaja, terima kasih.
Buat makluman Yang Berhormat Kubang Kerian, apabila kita mewujudkan kaedah nanti, kita akan memperincikan ini dan mengambil kira apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian kerana apabila Wilayah Persekutuan membuat satu kaedah ini yang merupakan satu undang-undang subsidiari nanti, negeri- negeri juga boleh menjadikan model, boleh menjadikan undang-undang ini, kaedah ini sebagai model supaya di negeri boleh ditambah baik. Ini kerana, yang kita terasa sangat, di Wilayah Persekutuan kita ketinggalan. Kenapa kita bawa ini ialah kita ketinggalan di Wilayah
Persekutuan. Oleh sebab itu, kita bawa pindaan rang undang-undang ini. Negeri-negeri lain, lebih kemas lagi dia punya enakmen berkenaan kawalan sekolah-sekolah Islam.
Yang Berhormat Menteri, boleh tanya sedikit dak? Yang dikatakan kaedah tadi itu, akan dibuat oleh Wilayah Persekutuan. Jadi, adakah kaedah itu menjadi rujukan undang-undang seperti mana akta, kita perlu rujukan undang-undang ataupun kaedah itu boleh saja dipinda dari masa ke semasa tanpa dirujuk kepada mana-mana badan perundangan? Itulah isu saya tadi, isu status kaedah yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi. Kalau sudah jadikan akta, ia ada rujukan undang-undang. Kalau hanya kaedah yang boleh dibuat di peringkat pentadbiran Majlis Agama Islam sahaja, dia akan terdedah kepada tukar, tukar dan tukar tanpa rujukan yang khusus. Itu sahaja soalan saya Yang Berhormat Menteri.
Ianya ada kelebihanlah kaedah ini sebab saya bagi satu contoh ya, di dalam Akta 505 juga, di Wilayah Persekutuan, ianya bercakap berkenaan dengan dana emergency fund yang boleh digunakan untuk menolong asnaf, orang-orang yang putus makanan di tengah malam contohnya ataupun banduan yang keluar daripada penjara. Dalam Akta 505 disebut bahawa jumlah maksimumnya RM50 yang boleh diberikan. Jadi, apabila kita keluarkan daripada akta dan masuk ke dalam kaedah, dia ada kelebihan di situ, di mana kita boleh mengubah jumlah itu kepada jumlah yang lebih besar contohnya RM200 ataupun RM300 mengikut keadaan semasa yang memerlukan kita meminda atau menukar. Namun, saya rasa harus kita meletakkan yang pentingnya ialah hasrat kita untuk kita memperkemaskan ini. Sememangnya Wilayah Persekutuan ketinggalan. Saya sebenarnya secara terus terang saya katakan saya terperanjat bahawa Wilayah Persekutuan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain. Oleh sebab itu, antara perkara yang saya hendak sangat ialah untuk membawa pindaan ini sebab memang apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, apabila sesuatu berlaku di Wilayah Persekutuan, katakanlah ada kes di Kepong dulu, di mana berlaku satu aduan berkenaan dengan kes liwat, kemudian, kita tidak boleh hendak berbuat apa. Kes juga apabila berlaku dengan sekolah tahfiz yang terbakar. Kita rasa kesal dengan kehilangan anak-anak kita dan apabila kita lihat kepada akta, kita tidak ada kuasa, kita tidak ada undang-undang yang akan mengawal kita. Kita mesti lihat bahawa ini dalam konteks kita hendak penambahbaikan. Jadi, saya harap kita tidaklah terlalu mencari, mencari salah di atas niat ini. Niat ini memang untuk membawa satu pindaan kerana kita terlalu ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri. Saya bercakap secara terus-terang dan saya sendiri jumpa perkara ini apabila saya masuk ke jawatan saya di sini. Saya katakan tadi bahawa apabila kita sudah ada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, kita perlu buat Majlis Tahfiz Negara. Jadi, Majlis Tahfiz Negara ini seperti yang saya katakan tadi, perlu dilebarkan dan diluaskan fungsi LEPAI itu sendiri dan kita akan panggil semua yang saya katakan tadi pakar-pakar bidang tahfiz, wakil-wakil Pertubuhan Tahfiz ataupun yang ada rangkaian-rangkaian dan sebagainya. Kita juga akan panggil wakil Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri, ahli akademik yang berpengalaman. Jadi, insya-Allah apabila ada dasar, ada majlis, barulah kita boleh laksanakan hasrat, hasrat Dasar tahfiz Negara ini ada lima teras iaitu: (i) memantapkan undang-undang dan penguatkuasaan; (ii) mewujudkan model institusi tahfiz; (iii) mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz sesuai dengan pendidikan arus perdana; (iv) memperkasakan tadbir urus institusi tahfiz; dan (v) mewujudkan sistem pengiktirafan dan pensijilan bagi institusi tahfiz.
Kelima ini ialah tugas Majlis Tahfiz Negara, tugas Majlis Tahfiz Negara iaitu untuk mewujudkan sistem pengiktirafan. Tadi ramai pembahas-pembahas yang menyebut berkenaan sistem pengiktirafan dan pensijilan bagi institusi tahfiz. Juga disebut berkenaan dengan kurikulum, model. Kita memang mahu anak-anak kita ini, mahukan anak-anak kita ini menjadi apa sahaja lah yang mereka hendak, hendak jadi profesional kah, hendak jadi saintis kah. Akan tetapi, di masa yang sama ada tambah nilai apabila mereka merupakan
seorang Hafiz. Ini yang kita hendak, kerana apabila mereka melalui proses tarbiah dalam sekolah tahfiz ini mereka akan melatih diri mereka untuk menjadi disiplin dan sebagainya. Jadi ini is added value, sebab itu kita ada Tahfiz Sains, kita ada Tahfiz Kemahiran, kita ada Tahfiz Dini dan kita ada macam TVET yang dikatakan tadi. Itu memang antara yang kita sudah iktiraf dan kita sedang bentuk model-model tahfiz sebegini. Kita juga sedang tengok model-model ini, bagaimana kita boleh bantu model-model ini kerana kita tidak mahu anak kita ketinggalan. Kalau anak kita belajar jadi seorang Hafiz, tidak semestinya dia akan jadi seorang ulama di masa hadapan. Jadi kita hendak dia ada kemahiran yang lain, kita hendak dia ada kelayakan yang lain. Jadi kita perlu bantu di dalam seluruh sistem pendidikan ini kita perlu bantu untuk mendapatkan beberapa kategori, aliran-aliran tahfiz ini. Ini juga sedang kita tengok kepada model-model. Jadi dengan dasar dan dengan Majlis Tahfiz tadi dan juga dengan kaedah yang kita akan wujudkan nanti akan memberi lebih pengawalseliaan kepada kita. Saya juga mendengar tadi, sudah habis masa. Berkenaan dengan pendaftaran, kita amat-amat menggalakkan pendaftaran dan ada peruntukan RM11.2 juta untuk membantu tahfiz mendaftar kerana kita menggalakkan tahfiz mendaftar. Ini kerana apabila mereka mendaftar, mereka kena ikut peraturan keselamatan yang diletakkan oleh PBT, Bomba dan sebagainya. Ini kerana kalau mereka tidak ikut peraturan keselamatan, maka anak kita lah juga yang akan tidak terjamin keselamatan. Dalam satu kes tahfiz yang ada kita terima aduan dulu, kita tengok wayar berselirat. Wayar berselirat ya Yang Berhormat Kubang Kerian dan ini menunjukkan ada kemungkinan boleh berlaku lintar pintas. Jadi kita memberi peruntukan RM11.2 juta untuk membantu pendaftaran-pendaftaran. Kita juga memberi peruntukan RM50 juta, kerajaan memberikan peruntukan RM50 juta untuk membantu sekolah tahfiz dari segi prasarananya. Saya tidak mahu komen lah berkenaan siapa beri kepada siapa itu ya. Akan tetapi, ini kerajaan beri kepada sekolah-sekolah tahfiz untuk sekolah-sekolah tahfiz ini dibantu meningkatkan prasarananya. Namun saya perlu komen sedikit berkenaan dengan peruntukan sekolah tahfiz swasta ini kerana kita ada sekolah tahfiz kerajaan. Kita ada Darul Quran contohnya, kita ada Maahad Tahfiz di bawah kerajaan negeri. Ini semua adalah merupakan sekolah tahfiz yang dapat peruntukan. Akan tetapi, apabila wujud sekolah tahfiz swasta, kita bantu, kita beri peruntukan RM50 juta tetapi saya kira tidak layaklah sekolah tahfiz swasta ini menuntut bantuan bayar gaji guru dan sebagainya. Ini kerana, sekolah tahfiz swasta wujud macam juga sekolah agama swasta. Dia wujud atas inisiatif individu. Bolehlah saya mengambil kira tadi berkenaan dengan cadangan Geran Per Kapita. Mungkin boleh difikirkan di masa hadapan sebab kita tengok di sekolah swasta yang lain juga ada Geran Per Kapita. Akan tetapi, untuk masa ini, ini lah yang sedang kita lakukan kerana sekolah tahfiz ini dia di tahap yang di dalam perjalanan akademiknya dia di tahap awal dan pada pandangan kami ia perlu dibantu dari segi mengukuhkan banyak aspek tadi iaitu aspek kurikulumnya, aspek undang-undangnya, aspek penguatkuasaannya, aspek modelnya, aspek latihan gurunya. Jadi banyak aspek sangat perlu kita lihat yang kita perlu kalau kita hendak melahirkan para-para Hufaz, para-para profesional yang juga merupakan Hafiz tadi. Kita harus start somewhere. Jadi, saya ambil kira semua yang diberi pandangan tadi dan saya harap bahawa kita faham bahawa tanggungjawab sekolah tahfiz swasta ialah tanggungjawab di atas individu dan tanggungjawab sekolah tahfiz kerajaan ialah tanggungjawab kerajaan.
Minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan sedikit. Setiu, kalaulah sekolah swasta itu didaftarkan adakah pihak kementerian boleh bagi bantuan kewangan seperti guru tadi sebab Sekolah Swasta Persendirian Cina diberi bantuan oleh kerajaan. Mengapa tidak, tidak boleh diberi kepada sekolah tahfiz tadi?
Kita ada bantuan Yang Berhormat Setiu, itu yang RM50 juta itu kita ada bantuan. Sebenarnya kalau, saya tidak ada data numbers dia yang sebenarnya. Kalau kita tengok per kapita sekolah tahfiz ini kita lebih tinggi sekolah agama ini, lebih tinggi daripada sekolah swasta yang lain. Akan tetapi, saya kena refer balik kepada numbers dia dan boleh saya berikan dalam bentuk bertulis ya. Akan tetapi, kita RM50 juta per kapita itu tinggi dan kita seharusnya menghargai semua usaha yang dibuat oleh pihak swasta untuk membantu kerajaan dalam kita memperkukuhkan institusi sekolah-sekolah agama Islam ini. Ini harus kita iktiraf dan kita iktiraf ya, kita menghargai. Akan tetapi, saya tidak lihat sekolah swasta ini mengambil alih ataupun memainkan peranan yang sama dengan sekolah-sekolah kerajaan.
Jadi sebab kita pun sudah ada sekolah-sekolah tahfiz di bawah kerajaan negeri. Saya cuba tengok lagi dan lagi satu sekolah KAFA. Sekolah KAFA sebenarnya KAFA ini adalah satu perkara lagi yang dia tidak termasuk di bawah sekolah agama at the moment. Dia tidak masuk dalam definisi sekolah agama. Sekolah KAFA ini ialah di bawah JAKIM. Sekarang ini dia merupakan program, sebab itu dia tidak ada akta. Akan tetapi, untuk KAFA yang kita sedang task force baru berakhir pada hujung Mac baru ini. Kita telah rebrand KAFA dan kita akan meletakkan, kita sedang berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan KAFA itu dan menjadikan dia lima hari dan menggunakan premis-premis sekolah kebangsaan. Kita hendak single, apa orang kata kalau sekolah pagi, petang itu sekolah KAFA dan kita sedang berusaha untuk perjawatan guru-guru dan nanti kita akan lihat kepada pen-detail- lan bagaimana sekolah KAFA ini boleh kita laksanakan untuk complimentary kepada pendidikan arus perdana untuk sekolah rendah setakat ini. Akan tetapi, sudah ada permintaan untuk kanak-kanak kurang upaya dan juga ada permintaan untuk sekolah menengah. Kita baru habis task force yang untuk sekolah rendah dan kita harapkan insya- Allah, kalau semuanya berjalan lancar, bulan Oktober tahun ini kita akan boleh mula pengambilan kohort yang pertama, guru-guru kohort yang pertama untuk sekolah KAFA ini, insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja pecelahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang prasarana, penggajian, Geran Per Kapita tadi. Satu yang belum disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah kemudahan peperiksaan kerana sebahagian sekolah swasta tahfiz kah agama dia akan ambil pensijilan kementerian. Memang kalau di Selangor kita ada pengalaman bantuan yang sangat baiklah. Cuma ada sesetengah sekolah yang berhadapan dengan masalah bila mereka hendak mengambil peperiksaan. Jadi apa bantuan di peringkat JPM untuk sekolah-sekolah seumpama ini di peringkat Wilayah? Terima kasih.
Dalam teras Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, teras tiga ia berkenaan dengan kurikulum dan frasa untuk mengambil peperiksaan. Jadi di bawah itu, tugas kami untuk memastikan kita membantu sedaya upaya supaya mereka boleh mengambil peperiksaan yang lazim. Maksudnya hendak mengambil SPM dan sebagainya, itu memang tanggungjawab kami untuk memastikan.
Cuma saya ambil contoh sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang berlaku baru ini. Sekolah yang hendak ambil peperiksaan PT3, peringkat awal dibenarkan. Di saat-saat akhir pada bulan tiga di saat kritikal hendak tutup permohonan tidak boleh pula, kemudian boleh pula. Jadi flip flop di sini.
Jadi, saya rasa ini dilema yang ada pada sekolah, mereka hendak mendaftar dan berusaha mendaftar dan mereka nak ambil peperiksaan. Jadi, saya rasa perlu ada penyelarasan daripada pihak JPM dengan Kementerian Pendidikan dalam isu ini.
Kalau sekiranya ada masalah khusus seperti yang dikatakan tadi, saya sedia menerima laporan tersebut sebab kita harus membantu memastikan bahawa mereka boleh ambil peperiksaan. Selalunya oleh kerana sekolah tahfiz ini ia berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri, maka mungkin urusan itu di bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Jadi, kita perlu dapat maklumat lebih untuk kita dapat tahu masalah sebenar. Saya hendak kongsi lagi satu masalah berkenaan dengan KAFA.
Menteri, minta sikit Menteri.
Nanti sekejap, saya habiskan sekejap.
Biar Menteri habiskan.
Berkenaan dengan sekolah KAFA. Tahun lepas wujud satu keadaan di mana ibu bapa ramai marah kerana anak-anak mereka tidak boleh ambil UPKK sedangkan sekolah itu merupakan sekolah KAFA. Apabila kita selidik, rupa-rupanya sekolah itu bukan sekolah KAFA yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam. Ia hanya sekolah swasta yang guna label KAFA dan ibu bapa ingat itu adalah KAFA di bawah JAKIM. Apabila mereka tidak boleh ambil peperiksaan, ibu bapa marah-marah, minta kita- saya sendiri guna kuasa untuk memaksa mereka mengambil peperiksaan. Saya buat penyelidikan, siasatan dan saya dapati bahawa itu bukan sekolah KAFA yang berdaftar dengan JAKIM, ia private, nama sahaja KAFA. Jadi, yang ini kita kena tahu spesifiknya apa sebenarnya yang menyebabkan tidak boleh ambil peperiksaan dan tidak seharusnya berlaku begitu. Kalau
mereka berdaftar, tidak seharusnya berlaku begitu kerana memang kita nak pastikan bahawa mereka dapat mengambil peperiksaan. Okey, Yang Berhormat Setiu.
Saya nak tanya, sejauh manakah pengiktirafan sijil-sijil tahfiz ini oleh IPT tempatan? Bukan yang bawah swasta, bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri. Dikatakan ada yang tidak dapat pengiktirafan untuk kemasukan ke IPT.
Yang Berhormat Menteri, minta izin. Saya ingin mengajak Dewan supaya merujuk kepada- sebenarnya kita sedang bincangkan rang undang-undang yang berkaitan dengan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah-wilayah Persekutuan. Kita fokuskan kepada isu ini. Kenapa kita kena perlu bincang fasal urusan JAKIM di sini ketika kita hendak meluluskan rang undang-undang ini. Oleh kerana ia mengambil masa teman-teman yang lain kerana kalau kita bincang tajuk dan saya minta maaf Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tidak perlu untuk menjawab soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan pindaan ini supaya kita menjadi wakil rakyat yang fokus.
[Dewan tepuk]
Saya percaya pada masa akan datang, pindaan terhadap akta ini perlu sebab akta ini ada 103 seksyen yang melibatkan pendidikan 96, 97, 98 sahaja dan seksyen 97 ini terlalu kecil dan kita perlukan satu pindaan yang besar. Saya hormati beberapa Ahli Parlimen yang mengatakan bahawa kita kena merujuk kepada negeri-negeri lain supaya kita dapat membantu mempertingkatkan akta yang berkaitan dengan undang-undang Islam wilayah. Oleh kerana kerajaan yang lepas tidak pandang benda ini secara serius. Jadi Yang Berhormat Menteri, saya mencadangkan supaya fokus kepada pindaan ini dan kita menumpukan kepada pindaan-pindaan yang perlu dibuat sebagaimana disebutkan oleh Ahli- ahli Parlimen lain dalam pindaan akta yang lain. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir pandangan Yang Berhormat Hulu Langat tidak betul. Kita di peringkat dasar yang kita boleh sentuh. Kalau peringkat Jawatankuasa, saya fikir saya setuju. Terima kasih.
Akan tetapi Yang Berhormat di peringkat dasar pun mesti merujuk kepada akta yang berkaitan. Kalau tidak, tidak habis perbahasan. Satu negeri ke satu negeri yang lain. Akta ini sebenarnya merangkumi hanya berapa seksyen pindaan, dua ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.
Saya ingat Menteri, masa pun dah diberikan secara lebar.
Ya, saya habiskan satu saja lagi Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan sijil pengiktirafan tahfiz ini. Oleh kerana ianya di bawah teras yang kelima yang apabila kita tubuhkan Majlis Tahfiz Negara nanti inilah yang akan menjadi badan pengiktirafan untuk sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara nanti. Dengan itu saya ucap terima kasih kepada semua yang memberikan pandangan dan berbahas di peringkat dasar ini. Saya ambil ini secara positif bahawa ini adalah hasrat kita untuk sama-sama memperkasakan sekolah tahfiz di negara kita atas dasar kasih dan sayangnya kita di atas pendidikan agama Islam di negara kita ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PINDAAN) 2018 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 1 hingga 4 –Bill
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma nak menegaskan kembali pandangan awal saya tadi bahawa apa yang saya lihat dalam enakmen negeri lebih lengkap berbanding apa yang dibawa dalam pindaan kita pada hari ini. Pertamanya, dalam point sekolah agama Islam, ada enakmen negeri yang lebih detil, sekolah agama Islam bukan milik kerajaan agar lebih luas. Tadi pun Menteri ketika menggulung banyak menyebut tentang tahfiz sedangkan isunya adalah isu sekolah agama yang global. Jadi, saya mengharap agar perkara ini diambil pertimbangan untuk penambahbaikan agar pendetilannya lebih terperinci.
Akan tetapi Yang Berhormat sedang membincang perkara dasar.
Ya, ya, ini saya rujuk kepada...
Rujuk kepada fasal lah, Jawatankuasa.
Saya rujuk kepada nombor tiga, Tuan Pengerusi.
Akan tetapi jangan diulang perkara dasar, tidak boleh dibincangkan.
Saya hendak menegaskan tentang istilah yang tidak tepat tadi.
Jadi, cadangkan apa istilah yang tepat kalau hendak buat pindaan.
Ya.
Tidak ada teratur peraturan di sini. Jawatankuasa, jawatankuasalah, dibacakan fasal.
Ya, saya bacakan tadi fasal nombor tiga.
Apa fasal yang hendak dipinda?
Apa yang saya cadangkan ialah sekolah agama Islam bukan milik kerajaan kerana yang dibawa hanya sekolah agama Islam. Saya merujuk kepada enakmen negeri yang lebih lengkap. Maka, cadangan saya ialah ambil yang lebih lengkap itu.
Yang Berhormat mengulangi apa yang disebut pada peringkat dasar.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya menegaskan pandangan saya, terpulang kepada Tuan Pengerusi.
Ya, saya sekadar memberitahu sahaja apa sepatutnya dijadikan acara yang betul. Jawatankuasa, jawatankuasalah.
Tuan Pengerusi, saya minta laluan sedikit. Merujuk kepada seksyen 97, Perkara (b)(i) dan (ii). Saya mohon pertimbangan Majlis supaya mengambil model daripada beberapa buah negeri. Sebagai contoh, “...untuk mengambil alih pentadbiran sekolah agama dan menamatkan operasi sekolah agama dengan...”, saya cadang pindaan “...dengan kebenaran mahkamah” sebagaimana negeri- negeri lain. Terima kasih.
Jawapan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Kubang Kerian. ‘Dengan mahkamah’ tadi, ‘dengan keputusan mahkamah’ tadi boleh dimasukkan dalam kaedah dan saya terima cadangan itu seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Terima kasih.
[Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Dato' Haji Salahuddin bin Ayub) dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 11 April 2019.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.39 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pengenaan Caj Pembetungan Indah Water Konsortium Sendirian Berhad (IWK)Special Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah pada sebelum ini memberikan jawapan kepada Parlimen berkenaan dengan mekanisme pengiraan tarif pembetungan Indah Water Konsortium Sendirian Berhad (IWK), tunggakan bil-bil IWK serta cadangan untuk memasukkan bil pembetungan ke dalam bil air. Caj pembetungan merupakan satu caj hasil daripada pelaksanaan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Sewerages Services Act 1993), dengan izin, dan konsesi telah diberikan kepada Indah Water Konsortium Sendirian Berhad. Pelaksanaan ini menerima bantahan daripada rakyat yang mana perkhidmatan pembetungan sepatutnya dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan dan termasuk dalam cukai taksiran yang dikenakan.
Caj pembetungan IWK seolah-olah “cukai taksiran kedua” dan ini adalah sebab kenapa rakyat enggan untuk membayar caj yang dikenakan. Saya ingin menarik perhatian Menteri kepada suatu kes yang diputuskan oleh Mendiang Yang Arif Hakim VT Singham di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh, IWK melawan Yong Kon Fatt, yang mana Hakim Mahkamah Tinggi Malaya telah memutuskan bahawa IWK tidak berhak mengenakan caj terhadap pengguna-pengguna tanpa bukti perkhidmatan dikemukakan. Cadangan untuk memasukkan
bil pembetungan ke dalam bil air adalah tidak wajar dan ia akan diambil sebagai suatu pendekatan drastik untuk memaksa pengguna-pengguna membayar bil tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon supaya pihak kementerian dapat menyatakan kos yang terlibat dalam pemberian perkhidmatan pembetungan secara terperinci. Saya juga menyeru Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk meneliti semula sama ada caj-caj dan tarif pembetungan Indah Water Konsortium Sendirian Berhad (IWK) yang dilaksanakan sejak tahun 1993 wajar diteruskan atau tidak.
Pandangan-pandangan daripada kesemua pemegang pertaruhan termasuk pengguna- pengguna haruslah diambil dalam mencapai satu keputusan yang terbaik. Sekian daripada saya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Indah Water Konsortium Sendirian Berhad (IWK) bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pembetungan selaras dengan peruntukan undang-undang.
Sebelum Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) berkuat kuasa pada 1 Januari 2008, perkhidmatan pembetungan dikawal selia melalui Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508). Berdasarkan peruntukan seksyen 7 Akta 508, Kerajaan Persekutuan diberi kuasa untuk memeterai perjanjian dengan mana-mana kontraktor untuk memberikan perkhidmatan pembetungan.
Dalam hal ini, perjanjian konsesi telah ditandatangani antara kerajaan dengan IWK yang mana pihak IWK diberi kuasa antara lain, untuk mengambil alih pengurusan, pengoperasian dan penyelenggaraan sistem pembetungan awam sedia ada daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Di bawah seksyen 30 Akta 508, IWK diberi kuasa untuk mengutip caj terhadap perkhidmatan pembetungan berdasarkan kadar tarif yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Perkhidmatan Pembetungan (Caj) 1994.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan kes antara Yong Kon Fatt dengan IWK. Walau bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi Malaya, Ipoh berpihak kepada Yong Kon Fatt, pihak IWK telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Dalam hal ini, Mahkamah Rayuan telah memutuskan pada tahun 2007 bahawa IWK berhak mengenakan caj pembetungan berdasarkan perjanjian yang telah dimeterai bersama kerajaan selaras dengan seksyen 7 Akta 508.
Dengan berkuat kuasanya Akta 655, Akta 508 dimansuhkan. Namun begitu, perundangan subsidiari di bawah Akta 508 masih boleh terus dikuatkuasakan. Di bawah seksyen 191 Akta 655, IWK diberi kuasa untuk menjalankan obligasi di bawah perjanjian konsesi. Pada masa ini, IWK mengenakan dan mengutip caj perkhidmatan pembetungan selaras dengan seksyen 86 Akta 655 di mana peruntukan ini membenarkan pengebilan bersepadu, dengan izin, joint billing, melibatkan bil bekalan air dan pembetungan.
Dengan pelaksanaan bil bersepadu ini, akan memudahkan pengguna untuk membuat bayaran bil bekalan air dan pembetungan. Kadar perkhidmatan pembetungan semasa tidak mencerminkan perkhidmatan sebenar yang diberikan oleh IWK. Hal ini dapat dilihat berdasarkan kos operasi dalam memberikan perkhidmatan pembetungan jauh lebih tinggi daripada pendapatan yang diperolehi daripada perkhidmatan pembetungan ini. Kos utama dalam memberikan perkhidmatan pembetungan adalah termasuk kos perawatan dan kos pelupusan kumbahan serta kos pengendalian dan penyenggaraan sistem pembetungan awam.
Caj perkhidmatan pembetungan bagi pengguna domestik sejak 1997 iaitu antara RM2 hingga RM8 sebulan adalah lebih rendah berbanding dengan kos penyediaan perkhidmatan oleh IWK pada masa ini iaitu di dalam lingkungan RM18 sehingga RM20 sebulan untuk setiap rumah.
Berdasarkan penjelasan yang telah diberikan, caj pembetungan adalah sesuatu yang perlu dijelaskan oleh pengguna, selaras dengan peruntukan undang-undang dan juga perkhidmatan pembetungan yang telah diberikan. Caj pembetungan bukan sahaja perlu diteruskan malah caj ini perlu disemak semula demi memastikan kelangsungan perkhidmatan pembetungan pada tahap yang lebih baik kepada rakyat. Ini sekali gus dapat memastikan kumbahan terawat yang dilepaskan ke sungai mematuhi piawaian yang ditetapkan seterusnya dapat memulihara sumber air dan memelihara kelestarian alam sekitar. Berkenaan dengan permohonan kos sara secara terperinci, saya akan sertakan dalam bertulis. Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Membina Jambatan Pejalan Kaki Dan Motosikal Serta Menyediakan Laluan Pejalan Kaki Di Kawasan Berisiko Tinggi Kemalangan Dalam Parlimen Paya BesarSpecial Chamber
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan permasalahan yang dialami pengguna jalan raya masyarakat Paya Besar di dua tempat yang melibatkan kawasan berisiko kemalangan tinggi iaitu yang pertama kawasan menyeberang jalan raya dari Taman Seri Mahkota Aman ke Taman Mahkota Jaya dan yang kedua ialah kawasan yang menyeberang jalan raya di Taman Seriku.
Tuan Yang di-Pertua, permasalahan yang berlaku ialah pengguna jalan raya di kedua- dua kawasan ini khususnya pengguna motosikal dan pejalan kaki kerap menyeberangi jalan utama yang amat sibuk dengan menggunakan laluan kecil yang direka secara sendiri dan dianggap menjadi kebiasaan apabila setiap hari digunakan walaupun ia bukanlah laluan yang betul dan selamat. Perkara ini Tuan Yang di-Pertua, berlaku kerana pengguna motosikal dan pejalan kaki melihat laluan kecil tersebut sebagai jalan pintas berbanding memerlukan jarak perjalanan lebih yang jauh untuk membuat pusingan U-Turn bagi menyeberangi jalan tersebut.
Situasi ini secara tidak langsung mewujudkan keadaan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya kerana kedua-dua kawasan ini terletak di jalan utama yang berkepadatan tinggi sebagai laluan harian menghubungkan Gambang ke Bandar Kuantan. Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua kawasan ini juga meliputi 14 lokaliti perumahan yang berkapasiti seramai 14,000 penduduk yang pasti akan menggunakan jalan raya tersebut setiap hari. Lebih merisaukan Tuan Yang di-Pertua, adalah bagi kawasan menyeberang di Taman Seriku, Taman Mahkota Jaya dan Taman Mahkota Aman kerap kali penggunaan laluan kecil tersebut digunakan oleh masyarakat untuk ke kawasan ke Sekolah Menengah Seri Mahkota melibatkan ibu bapa dan pelajar.
Tuan Yang di-Pertua, tambahan situasi ini, semakin banyak kes kemalangan berlaku di kedua-dua kawasan tersebut melibatkan pengguna motosikal dengan kenderaan yang lain hingga menyebabkan kematian dan kecacatan. Keadaan ini dilihat akan berterusan mengancam keselamatan pengguna malah semakin serius apabila ia tidak dapat diselesaikan dengan perancangan yang baik oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, melihat perkembangan ini, keperluan mendesak untuk membina jambatan pejalan kaki dan motosikal yang baharu perlu disegerakan bagi mengatasi permasalahan yang kian membimbangkan masyarakat Paya Besar khususnya di kedua-dua
kawasan ini. Laluan pejalan kaki yang menghubungkan pengguna dengan jambatan tersebut juga perlu disediakan untuk kemudahan yang lebih baik melengkapkan ciri-ciri keselamatan yang ada. Dengan pembinaan kemudahan baharu ini, insya-Allah, risiko kemalangan maut akan dikurangkan dan keselamatan pengguna motosikal dan pejalan kaki lebih terjamin.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan dan pendirian kerajaan berkenaan situasi ini dan apakah jadual kerja untuk memulakan inisiatif penyelesaian masalah tersebut? Saya mohon jaminan pihak kerajaan, agar menimbangkan perkara ini dengan penuh komited demi keselesaan dan keselamatan rakyat seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Sekian sahaja ucapan saya. Ribuan terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya berasa sangat teruja dengan Yang Berhormat Paya Besar, yang telah mengemukakan saya rasa tiga hari berturut-turut di Kamar Khas ini tentang isu keselamatan pengguna- pengguna jalan raya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian kami sentiasa memberikan perhatian dan tumpuan kepada kawasan berisiko kemalangan terutamanya yang melibatkan pejalan kaki.
Saudara-saudara sekalian, kita tidak cuma slogan sebenarnya, memang ini dasar kementerian ini. Saya pernah main-main di negara-negara tetangga, kawan-kawan tunjuk, lihat di sana ada tulisan ‘hormatilah pejalan kaki’. Dia tanya saya, “Di negeri bapak ada tidak slogan seperti ini?” saya kata, “Tidak ada”. “Di negeri kami ini, pejalan kaki sangat dihormati” Ada di tulis hormatilah pejalan kaki. Akan tetapi yang banyak mati ialah pejalan kaki dilanggar orang. Saudara sekalian, pendirian kementerian jelas iaitu sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan jalan persekutuan sentiasa berada dalam keadaan selamat, baik dan selesa kepada semua pengguna jalan termasuklah pejalan kaki dan penunggang motosikal.
Namun demikian, pembinaan Jejantas Pejalan Kaki misalnya di Jalan Persekutuan adalah terhad di lokasi-lokasi strategik dan berisiko kemalangan seperti di kawasan tumpuan ramai contohnya di kawasan sekolah, masjid dan juga di kawasan perindustrian. Kalau Ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan perhatikan, disitulah selalunya Jabatan Kerja Raya akan memastikan adanya jejantas tidak pada semua tempat.
Oleh yang demikian, bagi penyelesaian kepada masalah ini, pengumpulan data kemalangan, lawatan tapak bagi mengenal pasti kesesuaian dan kekangan di tapak serta
disusuli dengan semakan teknikal yang akan dilaksanakan terlebih dahulu oleh pihak JKR sebelum sebarang kelulusan diberikan.
Dalam melaksanakan kerja-kerja meningkatkan kondisi keselamatan jalan raya ini, Kementerian Kerja Raya yang diwakili oleh Jabatan Kerja Raya. Tuan-tuan, Jabatan Kerja Raya adalah jabatan yang tertua dalam negara dan paling berjasa kepada negara. Untuk pengetahuan tuan-tuan, ia ditubuhkan pada tahun 1872 di negeri kita, sebelum Perjanjian Pangkor lagi sudah ada Jabatan Kerja Raya.
Oleh itu, dalam melaksanakan tugas-tugas mereka, mereka punya kriteria tersendiri, mereka punya SOP, mereka punya waran pemasangan. Mereka akan melihat kepada keutamaan, mereka akan memberikan perhatian mempertimbangkan antara kehendak dan keperluan. Dalam kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya menerusi agensi kami Jabatan Kerja Raya yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya di negara ini telah memperuntukkan sebanyak RM181 juta bagi Pembinaan Jejantas Pejalan Kaki di seluruh Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-11.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lokasi-lokasi yang disebut di hadapan Taman Seri Mahkota Jaya dan sebagainya yang berada di Jalan Persekutuan FT02, Jalan Kuantan ke Maran, adalah merupakan salah satu lokasi yang telah pun diberi perhatian, yang telah pun dicadangkan untuk RMKe-11. Jadi ketika Yang Berhormat bertanya ini, sebenarnya kerja- kerja untuk mengkaji keadaan di sini telah pun dilakukan.
Pada tahun ini, JKR akan membuat lawatan tapak di lokasi tersebut dan semakan teknikal untuk pelaksanaan kerja-kerjanya pada tahun hadapan, insya-Allah. Walau bagaimanapun, pembinaan jejantas pejalan kaki ini adalah tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan. Oleh kerana peruntukan sudah kita dijangka diperolehi, program naik taraf keselamatan ini di tempat-tempat yang ditanya oleh Yang Berhormat akan bermula dan insya- Allah, kita cuba siapkan pada tahun hadapan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Khamis, 11 April 2019.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.52 petang]