Dewan Rakyat · 16 October 2019
15th Parliament, session 2, meeting 3 · 723 turns · 53,450 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah langkah kerajaan untuk menggalakkan low cost carrier sama ada syarikat tempatan atau antarabangsa supaya rakyat Malaysia boleh menikmati tambang kapal terbang yang lebih ekonomik.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, selamat pagi. Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bendera, semenjak syarikat penerbangan tambang murah ataupun low cost carrier (LCC) AirAsia memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 2001, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk menyokong, memudah cara dan menggalakkan perkhidmatan penerbangan tersebut bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati tambang kapal terbang yang lebih ekonomik, di samping merancakkan ekonomi dan industri pelancongan dalam dan luar negara. Salah satu langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah dengan membina sebuah terminal tambang murah di KLIA sebelum ini, dan kini KLIA 2 yang antara lainnya adalah bagi tujuan untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan-pertumbuhan syarikat penerbangan LCC. Perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di KLIA 2 dan lain-lain lapangan terbang di Malaysia memberikan kemudahan kepada semua syarikat penerbangan tambang murah untuk beroperasi dengan lebih efisien. Menurut syarikat AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah di serata dunia memilih untuk menggunakan tangga daripada jambatan udara aerobridge. Tempoh masa antara pendaratan kapal terbang dan berlepas ataupun turn around time bagi syarikat LCC adalah dalam lingkungan 25 minit. Penggunaan tangga untuk menurunkan penumpang dan menaiki pesawat membolehkan kedua-dua pintu depan dan belakang digunakan secara serentak. Dalam hubungan ini, disiplin untuk terus mengekalkan tempoh di bawah paras 25 minit adalah sangat penting untuk semua syarikat penerbangan LCC. Dalam hubungan ini, kerajaan melalui MAHB dan Senai Airport Sdn. Berhad telah menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut selari dengan model perniagaan dan konsep penerbangan tambang murah yang dipraktikkan oleh AirAsia dan lain-lain syarikat penerbangan tambang murah. Selain itu, terdapat beberapa insentif yang ditawarkan di bawah strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad seperti Airline Incentive Programme dan Joint International Tourism Development Programme. Bagi tujuan menggalakkan syarikat penerbangan LCC, sama ada tempatan ataupun antarabangsa untuk menawarkan perkhidmatan mereka ke ataupun dari Malaysia supaya rakyat mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan yang membolehkan mereka mendapatkan harga tambang kapal terbang yang lebih ekonomik. Pihak Kementerian Pengangkutan dan MAHB sentiasa mengadakan promosi bagi menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan LCC beroperasi di Malaysia.
Sejajar dengan tindakan promosi tersebut selain AirAsia, beberapa syarikat tambang murah daripada pelbagai negara telah memulakan operasi di Malaysia seperti IndiGo dari India, Scoot dari Singapura, Batik Air dari Indonesia dan VietJet Air dari Vietnam. Berasaskan galakan dan fasilitasi yang diberikan oleh kerajaan dan MAHB kepada LCCT, kini syarikat LCC telah hampir menyaingi syarikat penerbangan tambang penuh dengan dominasi pasaran KLIA di mana nisbah dominasi antara LCC dengan full service carrier adalah masing-masing sebanyak 48 peratus LCC, dan 52 peratus full service carrier. Senario peratusan komposisi LCC di KLIA adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan hab utama dunia lain yang jelas mempunyai komposisi peratusan LCC yang jauh lebih rendah seperti Changi Airport hanya 27 peratus LCC, Dubai International Airport 18 peratus LCC dan Heathrow Airport dengan 34 peratus LCC. Itu sahaja, terima kasih.
Terima kasih kepada Menteri Pengangkutan kerana menjawab tentang penerbangan tambang murah ini. Kita dapati bahawa penerbangan tambang murah menawarkan tiket yang ekonomik yang berpatutan kepada penumpang-penumpang. Apakah terdapat sebarang perancangan untuk membina lagi stesen lapangan LCCT ini di negeri-negeri kerana terdapat keperluan terhadap LCCT ini. Di negara-negara lain seperti Singapura, Jepun, China dan Australia telah mempunyai LCCT yang dedikasi, yang berbeza dengan full service carrier. So, apakah perancangan- terdapat penambahan LCCT di negara kita.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini belum ada perancangan khusus untuk pembinaan LCCT khusus di mana-mana negeri. Cuma Kementerian Pengangkutan mengambil maklum, dan kita amat memahami bahawa untuk kita membangunkan LCC ini ataupun low cost carrier ini memang kita perlu memahami keperluan mereka. Saya pun telah pun pergi melawat beberapa lapangan terbang di United Kingdom dan saya juga melihat model bagaimana LCC beroperasi di negara mereka. Di United Kingdom dia tidak ada satu lapangan terbang yang khusus untuk LCC, mereka boleh ada kombinasi antara LCC dengan full service carrier tetapi keperluan-keperluan yang diperlukan oleh syarikat LCC ini difahami oleh pihak operator lapangan terbang. Umpamanya kalau mereka diberikan pilihan sama ada hendak menggunakan aerobridge ataupun tidak menggunakan aerobridge, dan juga diberikan pelbagai kemudahan dari segi digital, check-in mereka lebih mudah dan sebagainya. Jadi apa yang penting adalah keperluan kepada syarikat LCC ini difahami dan dilaksanakan oleh pihak operator lapangan terbang. Sama ada, ada lapangan terbang khusus untuk LCC atau tidak, saya rasa itu pertimbangan yang boleh kita bahas dan mungkin ia tidak ada keperluan untuk satu LCCT yang khusus. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya hendak mengalu-alukan ahli-ahli KRT Mukim Kampung Pek daripada Parlimen Machang.
Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan syarikat tambang murah terutamanya kadar tambang domestik, kadang-kadang daripada contoh daripada negeri Kelantan, daripada Subang ke Kota Baharu, tambang pada waktu hari-hari tertentu sehingga meningkat kepada RM500 lebih dan RM600. Ini memberikan gambaran bukan lagi syarikat tambang murah ataupun low cost carrier. Soalan saya, apakah pihak kerajaan bercadang untuk meletakkan suatu harga siling dan satu harga lantai bagi mengawal tambang-tambang yang melibatkan penerbangan domestik ini. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan status pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, LCC tidak beroperasi dari Subang. Kalau dari Subang, Yang Berhormat mungkin mengatakan bahawa adalah syarikat Malindo Air dan juga
Firefly. Malindo Air dan Firefly ini ia bukannya tergolong dalam LCC, ia sebenarnya ada full service juga. Cuma aircraft yang digunakan itu adalah lebih kecil. Untuk makluman, kita memang ada banyak perbahasan berkenaan sama ada hendak meletakkan harga siling, harga lantai dan sebagainya. Akan tetapi kalau kerajaan melaksanakan sebarang langkah tersebut, ia tidak memenuhi ekonomi pasaran. Ini kerana apa yang kita praktikkan dalam sistem ekonomi negara kita ialah sistem ekonomi terbuka bahawa ia terpulang kepada pasaran untuk memastikan ataupun menentukan harga tersebut, harga tambang tersebut. Memang kadangkala kita pun tahu bahawa ada harga tambang yang amat tinggi, kalau dalam musim-musim perayaan dan sebagainya. Kerajaan memang tahu bahawa ada masalah berkenaan dengan kenaikan harga tambang dan kita telah mengambil pelbagai langkah. Kita hendak menggalakkan syarikat penerbangan, kalau musim perayaan, musim cuti, tambah lebih banyak flights supaya harga purata itu dapat dikurangkan. Kerajaan melalui pelbagai agensi kita sama ada MAHB ataupun CAAM memberikan sokongan penuh dari segi kerjasama dan sebagainya untuk menambah flights terutamanya pada musim perayaan. Ketika musim perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri ataupun Tahun Baru Cina, saya juga berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan supaya pastikan mesti ada tambahan flights dan juga ada beberapa penerbangan di mana mereka tetapkan harga tetap. Umpamanya ada flight yang mereka tetapkan satu harga tetap pada kadar yang rendah. Jadi itu ada pelbagai cara ataupun pelbagai pendekatan yang telah digunakan oleh kerajaan tetapi pokoknya, kita belum bersedia lagi untuk menetapkan satu harga siling kerana itu tidak berlandaskan kepada sistem ekonomi pasaran yang dipraktikkan oleh Malaysia. Terima kasih.
2. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah pendapatan Tabung Haji sehingga Jun 2019. Berapa nilai saham dan harta yang telah dijual pada tahun 2019 dan berapa anggaran keuntungan Tabung Haji sehingga Jun 2019.
Bismilahri Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin yang memberikan soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini serentak dengan satu lagi pertanyaan lain kerana menyentuh perkara yang sama iaitu berkenaan dengan prestasi Lembaga Tabung Haji. Pertanyaan berkenaan oleh Yang Berhormat Jeli pada tarikh 7 November 2019, hari Khamis yang bertanyakan berkenaan prestasi Tabung Haji sejak penstrukturan semula dan Syarikat Tujuan Khas (SPV). Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab kedua-dua soalan bersekali. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rompin, Lembaga Tabung Haji mencatat prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik. Bagi separuh pertama tahun 2019, dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos yang berhemat. Bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2019, Tabung Haji telah berjaya memperoleh pendapatan berjumlah RM1.3 bilion dijana terutamanya daripada pelaburan aset pendapatan tetap berjumlah RM663 juta, pelaburan hartanah berjumlah RM292 juta dan instrumen pasaran wang Islam berjumlah RM199 juta. Keuntungan bersih juga telah meningkat kepada RM815 juta, hasil langkah berterusan penjimatan kos pengurusan dan pentadbiran. Pada 30 Jun 2019, kedudukan kewangan Tabung Haji kekal kukuh apabila jumlah aset telah melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.8 bilion dengan jumlah aset RM74 bilion. Manakala jumlah liabiliti RM72.2 bilion berbanding pada 31 Disember 2018, di mana kedudukan nilai aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.1 bilion. Sepanjang tahun 2019, nilai ekuiti domestik Tabung Haji telah meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada penghujung 2018, kepada RM7.8 bilion setakat 27 September 2019. Pelaburan Tabung Haji tertumpu kepada syarikat-syarikat utama Bursa Malaysia yang mempunyai prestasi kewangan serta rekod dividen yang baik, menjana pendapatan stabil dan patuh syariah seperti saham PNB dan Petronas. Selain daripada ekuiti, Tabung
Haji kini giat dalam mencari peluang pelaburan dalam semua kelas aset seperti hartanah dan instrumen kewangan berpendapatan tetap seperti sukuk. Perubahan strategi pelaburan Tabung Haji kepada aset pelaburan yang lebih stabil telah berjaya mengurangkan tekanan daripada keadaan pasaran saham yang tidak menentu akibat ketegangan perang dagang di peringkat global. Berkenaan syarikat-syarikat yang telah dipindahkan kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) milik penuh Kerajaan Malaysia, syarikat-syarikat tersebut tidak lagi diuruskan oleh Tabung Haji kerana hak milik telah dipindahkan sepenuhnya kepada SPV. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan nilai saham dan harta yang telah dijual, seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Rompin. Pada tahun 2019, aktiviti urus niaga saham dan penjualan harta merupakan sebahagian daripada aktiviti am yang dijalankan dalam pengurusan aset-aset Tabung Haji. Berikut adalah nilai saham dan harta yang dijual sehingga 30 Jun 2019: (i) aset yang dijual saham berjumlah RM803.9 juta. Hasil keuntungan daripada jualan tersebut ialah RM27.9 juta; (ii) aset yang dijual berbentuk instrumen kewangan bernilai RM405.3 juta, nilai buku dan keuntungan RM25.3 juta, hasil keuntungan; dan (iii) aset yang dijual dalam bentuk hartanah bernilai RM10.4 juta, nilai buku dan keuntungan RM7.9 juta. Maka jumlah keseluruhan aset yang dijual ialah RM1,219.6 juta yang menjana keuntungan RM61.1 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendapatan yang diperoleh dari RM1.32 bilion ini telah pun dilabur semula di dalam pelbagai instrumen kewangan yang menjana pendapatan yang lebih teguh dan stabil, terutamanya di dalam saham-saham yang berpotensi di Bursa Malaysia. Selain daripada itu, pendapatan Tabung Haji tidak hanya terhad kepada hasil keuntungan penjualan sahaja tetapi juga hasil pendapatan dividen dari saham-saham yang dipegang, pendapatan tetap dari pegangan sukuk patuh syariah, hasil sewaan dari hartanah dan juga margin keuntungan daripada pendeposit bank. Tabung Haji akan terus meneroka peluang pelaburan secara berhemah dengan mengambil kira kepentingan pendeposit. Tabung Haji akan terus mengekalkan tahap tadbir urus yang tinggi dalam mentadbir dana yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tugas dan tanggungjawab organisasi Tabung Haji yang mulia ini bukan sahaja setakat fardu ain tetapi fardu kifayah, mengembangkan harta milik orang Islam. Adakah benar saya difahamkan polisi Tabung Haji sekarang ini lebih kepada pengurusan tabung kewangan, bukan mengembangkan harta Tabung Haji.
Kedua, adakah benar saya difahamkan ada di kalangan Pengarah Tabung Haji yang pernah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Tabung Haji dan dilantik sebagai Pengarah. Ini mesti disiasat oleh pengurusan Tabung Haji kerana ia ingin melemahkan semangat para pekerja. Jadi menjaga harta Tabung Haji ini adalah wajib bukan sahaja tanggungjawab kerajaan tetapi tanggungjawab pembangkang supaya tujuan asal Tabung Haji itu tidak lari daripada fardu ain dan fardu kifayah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rompin. Tabung Haji merupakan institusi ummah yang perlu kita jaga bersama, kepentingan pendeposit-pendeposit orang-orang miskin, orang kampung, nelayan, petani, penoreh getah yang simpan duit sepanjang hayat semata-mata untuk pergi menunaikan fardu haji sekali seumur hidup. Perlu kita jaga sangat-sangat institusi ummah ini. Sebab itulah – tetapi di masa yang sama Yang Berhormat Rompin, kita juga perlu memastikan bahawa kita beri para jemaah khidmat yang sebaiknya. Ini kerana kadang-kadang mereka memerlukan khidmat kita supaya mereka dapat menunaikan haji dengan sebaik mungkin. Sebab itulah kita juga harus jaga pelaburan- pelaburan kita di dalam Tabung Haji. Jadi fardu ain dan fardu kifayah itu harus kita jaga dan
balance-kan keduanya. Saya difahamkan bahawa unjuran ke hadapan ialah mungkin Tabung Haji akan melihat kepada kategori pendeposit yang berbeza. Ini unjuran yang sedang dikaji oleh Tabung Haji kerana pendeposit yang menyimpan semata-mata untuk pergi haji mempunyai keperluan yang berbeza berbanding dengan pendeposit yang menyimpan untuk keuntungan. Jadi perlu kita balance-kan kedua-duanya dan memastikan bahawa kedua-duanya mencapai, mendapat matlamat mereka menyimpan di Tabung Haji. Jadi insya-Allah kita akan cuba balance-kan fardu ain, fardu kifayah dan kita tentu sekali kita tidak melihat, kita tidak akan mengambil bulat-bulat cara pentadbiran yang terdahulu. Kita akan melihat kepada best practice dan sebagainya untuk balance-kan kedua-dua tersebut. Berkenaan dengan ahli-ahli Lembaga Pengarah, saya yakin ahli-ahli lembaga pengarah yang dilantik pada hari ini sungguh-sungguh mengangkat matlamat aspirasi kerajaan pada hari ini untuk menjaga kepentingan institusi ummah yang saya katakan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan Tabung Haji adalah sebuah institusi yang amat penting bagi umat Islam malah dunia Islam, adakah kerajaan ingin menambah baik strategi komunikasi supaya salah faham dan tuduhan mengenai pengurusan dan penjualan aset Tabung Haji dapat diperbaiki. Seterusnya adakah kerajaan berhasrat untuk membentangkan laporan tentang prestasi aset dan pelaburan yang diuruskan oleh SPV yang di bawah kawalan Kementerian Kewangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jeli. Kita akui pada hari ini banyak usaha di luar sana untuk membawa mesej yang tidak tepat berkenaan dengan apa yang berlaku dalam Tabung Haji. Ada mesej- mesej yang diviralkan dalam WhatsApp contohnya yang sebenarnya sesuatu yang tidak benar tetapi sengaja diviralkan oleh pihak-pihak yang mungkin mempunyai kepentingan politik. Jadi kita akui bahawa amat penting bagi kita untuk menambah baik urusan komunikasi dan untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya dalam media-media supaya kita dapat memberikan kefahaman yang jelas berkenaan dengan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang salah diviralkan. Ya Yang Berhormat Jeli, kita ambil kepentingan dan berkenaan dengan perkara tersebut. Berkenaan dengan laporan prestasi aset yang dipindahkan ke dalam SPV saya ingin memaklumkan bahawa setakat ini kita baru lebih dalam 9 bulan yang mereka dipindahkan. Setakat ini belum ada jual beli, mereka tetap di situ dan mereka sedang dipulihkan, aset-aset ini sedang dipulihkan daripada pendapatannya rendah kepada pendapatan yang lebih tinggi dan sebagainya. Setakat ini tidak ada jual beli, tidak ada penjualan aset-aset tersebut oleh SPV ini saya dimaklumkan tetapi sebab Tabung Haji tidak lagi bertanggungjawab namun demi kepentingan awam kerana orang ramai ingin tahu juga sebab orang ramai takut bahawa nanti aset-aset Tabung Haji bila dipindahkan maka di jual terus. Sebenarnya tidak kerana Tabung Haji mempunyai first right of refusal sekiranya SPV ingin menjual Tabung Haji mempunyai first right refusal. Jadi ini untuk kepentingan orang ramai supaya orang ramai tahu bahawa Tabung Haji bukan dispossess macam itu sahaja tetapi juga memastikan bahawa dia dapat dipulihkan. Jadi insya-Allah setakat ini saya difahamkan ada keuntungan yang telah dibuat oleh Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. Terima kasih.
3. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan :- (a) usaha kementerian untuk memastikan pemohon kerja dilindungi daripada segala bentuk diskriminasi; dan (b) sama ada perlindungan untuk pemohon kerja akan dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, objektif Akta Kerja 1955 [Akta 265] adalah untuk mengawal selia terma dan syarat minimum pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta berdasarkan tafsiran pekerja iaitu merujuk kepada mana-mana orang yang tanpa mengira pekerjaannya telah menandatangani satu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan syarat-syarat dan terma yang dipersetujui. Liputan Akta 265 mengenai hak dan perlindungan berbangkit hanya setelah bermulanya hubungan pekerja dan juga majikan. Selaras dengan saranan daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa melalui Discrimination (Employment and Occupation) Convention, 1958 (No. 111) kementerian dalam tindakan menyemak peruntukan undang-undang pekerjaan iaitu khusus berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan dimasukkan di dalam cadangan pindaan Akta 265. Cadangan tersebut juga merangkumi definisi diskriminasi berasaskan jantina, agama, bangsa, ketidakupayaan, status perkahwinan, kehamilan dan bahasa. Selain daripada itu diskriminasi yang melibatkan terma dan syarat pekerjaan dalam suatu kontrak perkhidmatan turut dilarang. Namun begitu, kementerian tiada cadangan buat masa ini untuk memperuntukkan perlindungan kepada pemohon kerja untuk diliputi dalam pindaan Akta Kerja 1955. Namun begitu dalam usaha untuk memastikan keharmonian masyarakat industri, kementerian menggesa agar tiada amalan diskriminasi di tempat kerja dalam apa juga bentuk termasuk dari permulaan pemilihan calon pekerja, pemberian tugas, kenaikan gaji, pemberian bonus dan sebagainya. Kementerian tetap akan menerima aduan-aduan yang dilaporkan dan dijadikan sebagai asas untuk jabatan memulakan siasatan berhubung dengan sebarang isu yang berbangkit. Aduan juga boleh dirujuk untuk kes-kes pertikaian perusahaan di bawah seksyen 18, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 jika terdapat kes-kes yang melibatkan penamatan pekerja berbangkit daripada amalan diskriminasi. Pekerja juga boleh memfailkan representasi di bawah seksyen 20 akta yang sama bagi pemulihan pekerjaan sekiranya pekerja di berhenti. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan, sementara semakan tentang pindaan Akta 265 sedang dilakukan, persoalan saya apakah langkah-langkah lain yang dapat ditekankan oleh kementerian memandangkan baru-baru ini dalam belanjawan semasa di umum bagi wanita yang melahirkan anak mendapat cuti bersalin 90 hari dan ada disuarakan majikan wanita yang mengatakan mereka tidak bersetuju dengan pengenalan cuti 90 hari. Apakah langkah-langkah lain yang dapat ditekankan oleh kementerian untuk memastikan tidak ada wanita yang di diskriminasi sementara pengenalan cuti 90 hari ini diperkenalkan. Terima kasih.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, buat pada masa sekarang tiada sebarang undang-undang yang memperuntukkan bahawa mana-mana majikan yang tidak mengambil wanita hamil bekerja dan sebagainya tetapi semua itu boleh dibuat aduan untuk kami bertindak menghubungi pihak majikan dengan membuat perundingan dan memberikan nasihat supaya perkara-perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Inilah yang telah pun dimainkan, peranan ini dimainkan oleh pihak kementerian melalui jabatan JTK dan juga Jabatan Perhubungan Perusahaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi sebut diskriminasi di kalangan wanita dan ada juga diskriminasi di kalangan Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya(OKU). Jadi, adakah tindakan undang-undang telah diambil terhadap majikan dan adakah majikan sekarang ini disyaratkan untuk menyediakan kemudahan bagi Orang Kelainan Upaya ini supaya mereka juga mendapat hak yang sama rata dengan kita semua. Terima kasih.
Yang Berhormat sahabat saya. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana membangkitkan isu ini. Kami sentiasa terbuka untuk menerima apa-apa aduan. Jika ada aduan-aduan yang dikemukakan kepada kementerian macam mana saya sebutkan tadi, walaupun tiada dalam peruntukan-peruntukan
perundangan, kita akan membuat perundingan dan memberikan nasihat kepada pihak majikan supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya. Terima kasih.
4. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan kedudukan semasa kadar kemiskinan di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang Yang Berhormat ambil maklum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjawab mengenai kadar kemiskinan di Malaysia di Dewan yang mulia ini pada 7 Oktober 2019 yang lalu. Dalam mengukur kemiskinan mutlak di Malaysia, kerajaan mengguna pakai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK merupakan pendapatan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isi rumah bagi memenuhi keperluan asas makanan dan bukan makanan setiap ahlinya untuk membolehkan mereka hidup dalam keadaan sihat dan aktif. Kaedah ini mengambil kira ciri-ciri demografi isi rumah iaitu saiz ahli isi rumah, umur, jantina dan lokasi isi rumah termasuklah berdasarkan wilayah, negeri, bandar atau luar bandar. PGK pada keseluruhannya merangkumi PGK makanan dan PGK bukan makanan. Penentuan keperluan PGK makanan adalah berasaskan kepada keperluan minimum tenaga atau kalori bagi setiap ahli isi rumah yang mengambil kira piramid makanan dan amalan pemakanan yang seimbang. PGK bukan makanan pula ditentukan oleh perbelanjaan sebenar berasaskan pola perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah di Malaysia yang merangkumi perbelanjaan pakaian, perumahan, pengangkutan dan keperluan-keperluan bukan makanan yang lain. Sesebuah isi rumah dikategorikan sebagai miskin tegar sekiranya pendapatan bulanannya kurang daripada PGK makanan. Manakala, sesebuah isi rumah dikategorikan sebagai miskin sekiranya pendapatan bulan mereka kurang daripada PGK keseluruhan iaitu PGK makanan dan PGK bukan makanan. Semua data utama yang digunakan untuk menentukan nilai PGK Malaysia adalah Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas atau PPIRNKA. Kedua, penyiasatan perbelanjaan isi rumah atau HES dan ketiga, data harga daripada indeks harga pengguna oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). PPIRNKA, adalah berdasarkan The Canberra Group Handbook on Household Income Statistic, Second Edition 2011 yang diterbitkan oleh United Nations dan diterima pakai di peringkat antarabangsa. PPIRNKA melibatkan pensampelan lebih kurang 88,000 isi rumah daripada 6.97 juta isi rumah di Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan penyiasatan pada tahun 2016 PGK keseluruhan di peringkat nasional adalah RM980 dan berdasarkan PGK tersebut, insiden kemiskinan mutlak di Malaysia adalah 0.4 peratus melibatkan 24,700 isi rumah. Bagi menambah baik model PGK sedia ada, kerajaan sebenarnya telah pun memulakan kajian semula PGK sejak bulan Mac 2019. Pelaksanaan kajian ini sedang giat dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia serta jabatan dan agensi berkaitan. Sementara itu, bagi pengukuran garis kemiskinan yang lebih inklusif, selaras dengan amalan antarabangsa indeks kemiskinan pelbagai dimensi atau Multidimensional Poverty Index (MPI) yang juga telah diperkenalkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11. MPI mengukur dan memantau kemiskinan dalam perspektif pelbagai dimensi merangkumi kesihatan, pendidikan, taraf hidup dan pendapatan. Sehubungan ini, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan meneruskan libat urus dengan pemegang-pemegang taruh yang berkaitan dalam pelaksanaan MPI dalam perancangan dan penggubalan dasar, strategi dan inisiatif ke arah pembasmian kemiskinan yang lebih komprehensif dan berkesan bermula pada Rancangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya baru-baru ini kalau kita tengok laporan daripada Khazanah Research Institute dan pelapor khas PBB, Philip Alston. Dia menyebut bahawa kaedah pengiraan yang kita lakukan tidak menepati kaedah normal yang digunakan di beberapa buah negara. Di mana kaedah kemiskinan relatif ataupun relative poverty di mana satu keluarga dianggap miskin jika pendapatan kurang daripada jumlah 60 peratus daripada pendapatan median dalam negeri tersebut.
Berdasarkan kaedah yang digunakan, beliau mendapati had kadar kemiskinan di Malaysia bukan pada kadar RM980, sebaliknya RM3,136. Persoalan saya ialah apakah kerajaan bersetuju agar suatu sistem pengiraan kaedah kemiskinan di Malaysia mengikut standard yang dicadangkan oleh PBB ataupun yang dicadangkan oleh Khazanah Research Institute. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari dan seperti mana yang saya jelaskan sebentar tadi bahawa kita pun sedang melihat tentang PGK ini. Kita sedang melihat PGK ini. Kita sedari bahawa terdapat pandangan-pandangan bahawa PGK ini terlalu rendah dan kita mengambil kira pandangan ini. Akan tetapi, apa yang ingin ditekankan juga bahawa apa yang kita gunakan adalah berdasarkan satu sistem, kaedah atau metodologi yang diguna pakai di peringkat antarabangsa. Cuma, apa yang kita mungkin boleh lihat dengan lebih terperinci adalah berkaitan dengan keperluan itu sendiri di mana kalori itu, kalau makanan berbeza, harganya lebih mahal, maka PGK akan lebih tinggi. Jadi, itulah antara perkara-perkara yang kita sedang teliti dan ini termasuklah juga berkaitan dengan MPI, Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi. Jika kita lihat berkaitan dengan PGK ini, Pendapatan Garis Kemiskinan ini, ia hanya melihat kepada pendapatan. Jadi, kerajaan dalam Rancangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 telah menjelaskan tentang konsep Multidimensional Poverty Index ini untuk membolehkan kita melihat kemiskinan ini bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga akses kepada pendidikan, kesihatan dan sebagainya, secara lebih menyeluruh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Dimaklumkan tadi, insiden kemiskinan Malaysia 0.4 peratus. Dalam laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, Beluran dinyatakan sebagai 12.1 peratus. Tongod dalam kawasan Kinabatangan, 14.6 peratus insiden kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, jurang perbezaan pendapatan dan ekonomi dan kemiskinan yang menyebabkan kes sedemikian merupakan masalah dalam perancangan ekonomi pembangunan Malaysia ini. Jadi, saya ingin tahu, apa pendekatan yang terperinci yang akan dibuat oleh kerajaan melalui wawasan kemakmuran bersama dan dalam olahan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menyelesaikan ataupun mengurangkan masalah jurang perbezaan pendapatan dan ekonomi daripada terus berlaku di negara kita.
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Berkaitan dengan jurang ekonomi ini, inilah antara penekanan utama yang diletakkan oleh kerajaan dalam wawasan kemakmuran bersama. Jika kita lihat objektif kedua wawasan kemakmuran bersama adalah untuk merapatkan jurang ekonomi dalam empat aspek. Pertama, jurang antara yang berpendapatan rendah dan berpendapatan tinggi. Kedua, adalah jurang antara wilayah. Ketiga, adalah jurang antara kaum dan keempat, adalah jurang dalam rantaian bekalan. Kerajaan sedar bahawa isu jurang ekonomi yang semakin melebar ini jika tidak ditangani dengan baik akan memberi kesan kepada keharmonian dan pembangunan negara. OIeh yang demikian, dalam Rancangan Malaysia Ke-12, seperti mana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Rancangan Malaysia Ke-12 ini akan dijajarkan dengan objektif dan hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama iaitu matlamat akhirnya adalah untuk melihat semua rakyat Malaysia mendapat satu kehidupan yang wajar pada tahun 2030. Sekian, terima kasih.
5. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, rancangan pihak kementerian dalam menggalakkan pengangkutan kargo menggunakan kereta api demi mengurangkan kos pengangkutan darat yang sedia ada.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Taiping, pada masa ini hanya jajaran rel KTMB yang menawarkan dua jenis perkhidmatan kargo iaitu containerize cargo dan bulk cargo, dengan izin. Perkhidmatan kargo ini beroperasi di seluruh rangkaian KTMB dan terus ke pelabuhan-pelabuhan laut dan darat utama di Semenanjung Malaysia seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Terminal Kontena Padang Besar.
Bagi tahun 2019 iaitu sehingga bulan Ogos, purata perkhidmatan kargo adalah sebanyak 28 larian tren sehari dengan muatan kargo sebanyak 0.5 juta tan sebulan, yang mana antaranya terdiri daripada komoditi kontena, land bridge- simen, dan gula. Kementerian Pengangkutan sedia maklum bahawa kereta api ini merupakan medium pengangkutan darat yang paling economic berdasarkan keupayaannya untuk membawa barangan terutamanya barangan berat dan komoditi dalam kuantiti pukal. Sehubungan dengan itu, inisiatif-inisiatif berikut sedang dan akan dilaksanakan bagi memperkasakan perkhidmatan kereta api penumpang dan barangan KTMB agar ia lebih cekap, efisien dan boleh dipercayai atau reliable: (i) meneruskan pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bharu bagi melengkapkan sektor Pantai Barat Semenanjung dengan infrastruktur kereta api moden yang mampu menyediakan perkhidmatan tren penumpang dan kargo yang selamat, pantas dan efisien. Projek yang menelan belanja RM10.5 bilion ini dijangka siap pada bulan Oktober 2021: (ii) membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur landasan di Pantai Timur iaitu di antara jajaran Gemas ke Tumpat, Lembah Klang, Kempas Baru ke Pasir Gudang, dan landasan cawangan Pelabuhan Klang Utara dengan kos keseluruhan sebanyak RM8.3 bilion; (iii) meningkatkan keupayaan stok kereta ataupun rolling stock dengan melaksanakan program overhaul lokomotif sedia ada dengan kos sebanyak RM186.6 juta. Di samping itu, pihak KTMB turut melaksanakan langkah-langkah berikut bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berdaya saing dengan mode pengangkutan yang lain iaitu: (i) menyediakan kadar tambang yang kompetitif: (ii) meningkatkan kecekapan dengan melarikan tren kargo mengikut jadual tetap- fix schedule yang membawa muatan sehingga 40 gerabak sehingga 50 gerabak setiap larian bagi memastikan kapasiti tren dapat dioptimumkan dan pusingan balik stok kereta yang lebih cepat: (iii) mengadakan perkhidmatan baru seperti landfeeder service iaitu di antara Pelabuhan Klang ke Padang Besar, dan land bridge di antara Perai ke Surat Thani dan Tongson Thailand; dan (iv) memperkenalkan sistem freed online untuk memudahkan pelanggan kargo membuat dan menghantar Borang Penghantaran ataupun Consignment Note, memeriksa kedudukan lokasi tren dan wagon yang terkini, serta mengemaskinikan senarai invois yang perlu dibayar secara atas talian. Selain daripada pengukuhan perkhidmatan kargo KTMB, kerajaan juga akan memperluaskan perkhidmatan kargo melalui rel di jajaran East-Coast Rail Link (ECRL) yang dijangka siap pada tahun 2027. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu menyeluruh. Memandangkan jawapan Yang Berhormat Menteri, soalan saya seterusnya ialah kaedah-kaedah untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi pengangkutan kargo di jalan raya daripada segi kos, keselamatan, dan lebih penting lagi ketepatan masa penghantaran.
Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, esok Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melancarkan Dasar Pengangkutan Negara. Dalam kerangka Dasar Pengangkutan Negara kita, memang kita menggalakkan lebih banyak pengangkutan kargo ataupun barangan ini digunakan melalui sistem kereta api. Ini kerana sistem kereta api ini lebih selamat dan lebih boleh dikatakan lebih dipercayai. Apa yang penting ialah mengurangkan lori-lori kontena di atas jalan raya. Ini seterusnya menjadikan jalan raya kita lebih selamat. Akan tetapi kita juga memerlukan beberapa faktor yang penting untuk memastikan penggunaan kereta api ini dapat
dioptimumkan. Pertamanya dalam Ucapan Belanjawan pada hari Jumaat yang lalu, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah pun menyatakan bahawa, kerajaan akan membuat satu kajian kebolehlaksanaan ataupun feasibility study berkenaan dengan jajaran bypass line di antara Serendah ke Port Klang. Apabila adanya jajaran bypass line ini dari Serendah ke Port Klang, maka ia akan memudahcarakan lagi laluan kereta api di antara utara ke Pelabuhan Klang tanpa perlu melalui stesen sentral di Kuala Lumpur. Ini akan menyebabkan atau menjadikan perkhidmatan kereta api kargo kita lebih efisien, dan lebih menarik kepada syarikat-syarikat untuk mereka menggunakan kereta api untuk menghantar barangan ke pelabuhan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pembinaan ECRL turut memfokuskan kepada komoditi logistik yang bermatlamat mewujudkan keberkesanan mobiliti perniagaan antara satu negeri ke satu negeri yang lain tanpa menggunakan jalan darat. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah pilihan stesen yang dikhaskan untuk tren ECRL yang membawa kargo. Keduanya, stesen-stesen tersebut hendaklah dilengkapi. Apakah kelengkapan- fasilitet yang ada pada stesen yang berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat Jempol, memang di setiap negeri yang dilalui oleh ECRL kita ada merancang, ada stesen-stesen tertentu untuk kita memastikan bahawa stesen tersebut bukan sahaja ada stesen penumpang tetapi juga stesen kargo. Daripada segi jumlahnya, kita masih belum muktamadkan kerana ada jajaran yang masih belum dimuktamadkan dan akan dihantar kepada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk mendapatkan railway scheme. Akan tetapi apa pun kerajaan memang memastikan supaya setiap negeri apabila ada kawasan strategik itu mesti ada stesen di mana mereka boleh ada fasilitet ataupun kemudahan untuk mengangkat kargo. Malahan kita akan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri dan juga melihat kepada perancangan kerajaan negeri di mana mereka hendak membangunkan kawasan-kawasan perindustrian. Umpamanya, saya tahu bagi pihak Negeri Sembilan dan memang kita mengusahakan supaya di Negeri Sembilan- umpamanya di stesen berdekatan dengan Nilai kita perlu menaikkan kawasan itu sebagai satu stesen kargo umpamanya. Di kawasan Pahang umpamanya mungkin di Mentakab boleh dijadikan sebagai satu stesen di mana ada stesen yang mengangkat kargo dan sebagainya. Jadi di Kelantan dan Terengganu sama juga. Kita akan bekerjasama dengan pihak UPEN di peringkat negeri dan melihat apakah perancangan kerajaan negeri. Ini supaya perancangan itu dapat diselarikan dengan pihak Kementerian Pengangkutan. Kita akan membantu, dan kita melihat bahawa apabila kita hendak menyiapkan jajaran ECRL ini, ECRL ini dijadikan sebagai satu tools untuk kita membangunkan ekonomi di sepanjang jajaran yang dilalui oleh ECRL. Jadi, Yang Berhormat jangan bimbang. Kita akan pastikan di setiap negeri itu ada stesen-stesen yang akan dijadikan sebagai stesen kargo. Terima kasih.
6. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Industri Utama menyatakan, apakah perancangan kementerian bagi membantu pekebun kecil lada di Sarawak yang telah lama terjejas akibat harga komoditi lada yang sangat rendah, dan adakah kementerian akan memperkenalkan jaringan sosial bagi membantu mereka.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Industri Utama telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu para pekebun kecil yang terkesan oleh penurunan harga lada. Inisiatif tersebut antara lain adalah Skim Tanaman Baru Lada, Skim Peningkatan Kualiti Peringkat Ladang dan Skim Pembangunan Usahawan. Kerajaan komited untuk
membantu para pekebun kecil lada dengan menyalurkan peruntukan untuk pelbagai bantuan di bawah Program Pembangunan Kawasan Penanaman Lada 2019 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM10 juta. Bagi pelaksanaan jaringan sosial pula, inisiatif tersebut dalam pertimbangan dan masih diperhalusi oleh kementerian ini. Walau bagaimanapun, pihak kementerian telah melaksanakan beberapa strategi yang secara tidak langsung akan dapat membantu dalam pengawalan harga lada iaitu seperti berikut:
Pertama, mempertingkat dan memperkasakan industri hiliran lada. Kedua, memantapkan lagi program pengeluaran lada premium peringkat ladang. Ketiga, meningkatkan lagi penggunaan lada dalam dan juga di luar negara. Keempat, mengeksport lada ke pasaran istimewa (niche market) dengan izin dan yang terakhir mempergiatkan lagi program R&D lada untuk mempelbagaikan produk kita di pasaran antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Menteri. Soalan tambahan saya adalah, adakah kementerian merancang untuk menambahkan produk hiliran lada ataupun downstream product. Sekiranya ada, sila nyatakan produk yang telah berjaya ataupun berpotensi untuk meningkatkan penggunaan lada tempatan dan sekali gus dapat menaikkan harga lada.
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang baik. Seperti mana yang dinyatakan tadi, antara program- program dan inisiatif yang dilaksanakan antaranya ialah untuk mempertingkatkan dan memperkasakan lagi industri hiliran lada. Memang kita di peringkat kementerian dan juga lembaga memberikan fokus yang cukup penting kepada produk-produk hiliran ini. Sebab itulah dalam inisiatif ini ada juga program R&D untuk kita buat kajian dan kemudian memasarkan produk hiliran. Antara yang mungkin Yang Berhormat sedia maklum kerana saya tahu kawasan Betong ini merupakan kawasan premium lada iaitu lada putih yang harganya tinggi. Saya juga ingin berkongsi dengan Yang Berhormat dan Ahli Dewan antara produk-produk yang meletup sekarang ini ialah produk minyak urut daripada lada yang dipromosikan oleh syarikat tempatan kita dan ini saya fikir antara killer product yang boleh kita tembusi ke pasaran antarabangsa. Selain daripada produk-produk yang lain kita ada perfume, ada insect repellent, dengan izin dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Parit.
Jelebu.
Parit.
Jelebu.
Paya Besar.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya bangun dari tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya..
Dari semalam saya bangun.
Saya jemput daripada Sarawak juga.
Sarawak hendak tanya. Pontian pun ada lada hitam.
Jelebu baru hendak buat ladang lada hitam.
[Dewan riuh]
Parit Tuan Yang di-Pertua.
Pontian ada ladang lada hitam.
Minta press.
Jelebu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kapit.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak apalah...
Ha! Bagi laluan sebelah sini, saya jemput Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]
Parit mana ada lada hitam. [Ketawa]
Dia minta dulu tadi.
Lalu lintas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah usaha yang dilaksanakan oleh kementerian bagi memperluaskan tanaman lada di Semenanjung Malaysia memandangkan banyak tanah- tanah terbiar yang boleh dipelbagaikan dengan tanaman lain termasuk lada hitam. Adakah kajian tertentu yang telah pun dibuat tentang tanah-tanah yang ada di negeri-negeri di dalam negara kita. Jika ada, apakah tanah-tanah ini bersesuaian untuk tanaman lada ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat di atas soalan yang baik. Ada dua soalan yang saya percaya boleh kita rangkumkan iaitu berkaitan dengan usaha kementerian untuk mencari atau meneroka tempat kawasan tanaman baru di Semenanjung. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana yang saya nyatakan dalam jawapan tadi, kita mempunyai skim yang dipanggil sebagai Skim Tanaman Baru Lada yang mana ini kita sasarkan kepada pekebun-pekebun yang baru ingin mengusahakan tanaman lada, yang hendak memperluaskan kawasan tanaman tapi dalam konteks soalan Yang Berhormat, ia bertujuan untuk membantu mereka yang berminat untuk mengusahakan tanaman lada. Dari segi kajian Yang Berhormat, buat masa sekarang ini seperti mana yang kita maklum bahawa tumpuan kementerian adalah di kawasan Sarawak dan kita mempunyai nama yang cukup terkenal iaitu Sara Spice. Saya percaya kawasan-kawasan lain di Semenanjung, pihak kementerian akan melihat dan mengkaji di mana tempat yang bersesuaian untuk memastikan agar industri lada dapat disokong di peringkat upstream dengan baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
7. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan apakah model terbaik bagi mengangkat martabat golongan B40 di Wilayah Persekutuan; model Yayasan Wilayah Persekutuan ataupun mekanisme langsung menerusi Kerajaan Persekutuan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Untuk makluman Yang Berhormat Setiawangsa, pelaksanaan program mengangkat martabat B40 di Wilayah Persekutuan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) merupakan tonggak kedua di bawah RMKe-11 iaitu memperkukuhkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat. Salah satu strategi yang digariskan di bawah tonggak berkenaan adalah untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli isi rumah B40. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, program dan aktiviti untuk golongan B40 di Wilayah Persekutuan dilaksanakan sama ada secara langsung oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ataupun melalui kerjasama dengan pihak-pihak yang tidak
berada di bawah kawalan KWP seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), yayasan- yayasan kebajikan yang berdaftar yang termasuk juga Yayasan Wilayah Persekutuan. Semua pihak yang saya sebutkan tadi sentiasa bekerjasama dan saling melengkapi ke arah pencapaian objektif untuk mengangkat martabat golongan B40 di Wilayah Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, selari dengan slogan “Wilayah Prihatin Harapan Dipenuhi, Wilayah Peduli Harapan Dipenuhi” KWP telah memperkenalkan inisiatif wilayah peduli yang mengandungi elemen-elemen kesejahteraan dan kebajikan untuk golongan B40. Sebahagian besar daripada inisiatif wilayah peduli ini menyasarkan golongan berpendapatan rendah di projek perumahan rakyat (PPR) dan perumahan awam (PA) DBKL. Golongan remaja, ibu tunggal, belia dan juga gelandangan. Selain itu KWP dan DBKL juga turut melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera serta Program Keusahawanan Belia dan Wanita bagi memastikan penyertaan dan kepentingan semua golongan di Wilayah Persekutuan khususnya golongan B40 dalam bidang ekonomi adalah seimbang, berdaya saing dan mampan. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat secara direct model mana yang terbaik. Kesimpulannya model terbaik adalah model yang menggunakan semua saluran yang ada kerana ianya bukan merupakan satu yang mutually exclusive iaitu tidak perlu kita hendak pilihan pendekatan ini dan menolak pendekatan itu. Kita boleh gunakan kesemua pendekatan dan saluran yang wujud. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Setiawangsa ingin bertanya, adakah memandangkan banyak yayasan seperti contohnya Yayasan Wilayah dan ini bukan unik kerana ada negeri-negeri lain pun ada yayasan mereka tersendiri Akan tetapi tidakkah ia menimbulkan conflict of interest, dengan izin apabila ia melibatkan pihak yang sama iaitu pihak kerajaan terlibat, ada wakil mereka di dalam Yayasan Wilayah dan juga ada terlibat dalam regulasi ataupun perundangan melibatkan yayasan tersebut. Bukan kah lebih baik sekiranya pendapatan seperti billboard, dengan izin ataupun parking disalurkan secara terus kepada pihak kerajaan, kepada akaun, sama ada di peringkat PBT dan sebagainya berbanding kepada peringkat yayasan.
Baik terima kasih atas soalan tambahan itu dalam soal conflict of interest ini ianya merupakan satu perkara yang memang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya tetapi ia boleh diurus dan diminimumkan. Apa yang berlaku dalam Yayasan Wilayah Persekutuan, berlaku juga dalam Yayasan Selangor, berlaku juga dalam Yayasan Terengganu dan pelbagai yayasan-yayasan yang lain, yang di mana pengerusinya adalah Menteri Besar negeri-negeri berkenaan. Ini dapat ditangani dengan adanya ketelusan supaya menentukan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang menyalahgunakan kedudukan mereka. Dalam soal sama ada hendak serahkan parking itu direct kepada PBT, persoalan penswastaan parking memang merupakan satu amalan yang digunakan di PBT-PBT yang lain. Tidak semestinya di DBKL sahaja. Ia ada pro and cons nya, ada untung ada ruginya.
Akan tetapi, apabila ia diserahkan kepada yayasan, maka kita tahu bahawa keuntungan yang dimiliki 100 peratus daripadanya digunakan untuk kerja-kerja kebajikan. Maka, ia adalah cara penswastaan yang lebih telus dan lebih bertanggungjawab berbanding dengan dilakukan penswastaan kepada syarikat swasta yang 100 peratus swasta. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini soalan mengenai Wilayah, satu Johor, satu Pahang...
Anak muda, rumah...
Saya duduk di Wilayah...
Saya pun duduk di Wilayah [ketawa]
Saya jemput Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Salah satu untuk kita mengangkat martabat golongan B40 ini ialah menjadikan mereka sebagai usahawan. Apakah usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian untuk menambah bilangan premis perniagaan kepada golongan B40? Adakah kementerian bercadang untuk menurunkan kadar sewa terhadap premis perniagaan yang sedia ada? Adakah kementerian bercadang untuk menambahkan lagi lokasi-lokasi strategik untuk B40 berniaga di kawasan-kawasan baru yang strategik? Terima kasih.
Ya, baik. Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Memang usaha-usaha untuk memperkukuhkan usahawan di kalangan Bumiputera dan bukan Bumiputera sentiasa dijalankan oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur ataupun di Putrajaya, mahupun di Labuan. Penyediaan tapak-tapak perniagaan ini memang merupakan di antara apa yang dirancang tetapi masalah yang kita hadapi di Kuala Lumpur adalah persoalan tempat, tanah dan lokasi. Untuk mengatasi masalah ini, ada usaha untuk memberikan lesen-lesen terhad ataupun apa yang dikatakan sebagai lesen yang sementara di mana pada waktu-waktu tertentu, penjaja-penjaja dibenarkan untuk menjaja tetapi hanya untuk waktu-waktu tertentu. Katakan, pada time jamuan sarapan pagi, selepas itu daripada pukul 7.00 pagi sehingga 9.00 pagi, time makan tengah hari dari pukul 11.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang, time untuk malam dan sebagainya. Maka, mereka dibenarkan untuk mengadakan gerai-gerai untuk memberikan take away dan juga usaha melalui food truck. Terima kasih.
8. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan pecahan jumlah aset negara yang telah dijual termasuk IHH Healthcare Berhad, Sapura Upstream, CIMB Group Holdings Berhad, Acibadem Sigort, Boustead Plantation dan lain-lain lagi dan di manakah hasil penjualan aset negara tersebut sehingga menyebabkan hutang negara tidak pernah turun pada paras yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penjualan ekuiti atau pelupusan aset secara penuh atau secara separa adalah aktiviti perniagaan yang lazim dilakukan oleh syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan atau GLIC seperti Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia bukanlah sesuatu perkara yang baru. Sebagai contoh, bagi Khazanah, sebuah dana pelaburan atau investment fund, aktiviti penjualan ekuiti ini berlaku setiap tahun sama ada di bawah mandat terdahulu mahupun di bawah mandat baharu yang telah ditetapkan pada Disember tahun 2018. Penjualan ekuiti dipertimbangkan sebaik sahaja sesuatu pelaburan telah mencapai sasaran kewangan dan strategik yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, pelaburan tersebut telah mencapai keuntungan yang disasarkan. Pelupusan sesuatu aset juga bergantung kepada masa dan kekuatan pasaran serta ketersediaan kualiti dan kredibiliti pembeli. Bagi Khazanah, sepanjang tahun 2009 sehingga April 2018, syarikat tersebut telah melaksanakan pelupusan aset sebanyak 84 kali dengan nilai pelupusan berjumlah RM46.16 bilion. Manakala, di antara bulan Mei 2018 sehingga bulan Jun 2019, sebanyak 22 kali pelupusan telah dibuat dengan hasil pelupusan bernilai RM18.76 bilion. Hasil jualan ekuiti syarikat-syarikat awam terpilih di bawah Khazanah atau syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC bagi tempoh bulan Mei 2018 sehingga bulan Jun 2019 digunakan oleh GLIC- GLIC ini sendiri untuk tujuan membuat pelaburan baharu atau membayar balik hutang syarikat. Sebagai entiti yang berasingan, hasil daripada penjualan oleh mana-mana GLIC tidak disalurkan terus ke dalam akaun kerajaan. Bayaran yang diterima oleh kerajaan adalah dalam bentuk lain seperti dividen tahunan dan cukai. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tahun 2008 sehingga tahun 2019, sebanyak 84 transaksi telah dibuat oleh Khazanah yang berjumlah sebanyak RM46.16 bilion. Apabila Pakatan Harapan mengambil alih, dibuat sebanyak 22 kali dengan jumlah sebanyak RM18.8
bilion. Saya hendak tanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin tidak beritahu 84 kali pada zaman Barisan Nasional itu, peningkatan aset daripada sebanyak RM33 bilion kepada sebanyak RM116 bilion. Apa yang berlaku sekarang, kita hanya jual pelaburan strategik, tetapi kita tidak menggantikan balik. Sebagai contoh, IHH yang mempunyai banyak keuntungan, kita jual kepada Mitsui tanpa sebarang open tender dan kita jual dengan harga RM8.2 bilion dan kita tidak mendapat pulangan setiap tahun. Apakah tindakan kerajaan apabila sudah jual, bagaimana kita hendak membeli atau melabur secara strategik untuk kita dapatkan pulangan secara konsisten pada tahun akan datang? Ini sangat penting. Apa jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, seperti mana yang saya sebutkan tadi, penjualan sebanyak 84 kali sepanjang tahun 2009 sehingga tahun 2018. Yang Berhormat Ayer Hitam kata jumlah aset meningkat. Apa yang ingin saya tekankan, bahawa itulah model yang digunakan oleh Khazanah. Maknanya, Khazanah ini perlu melupuskan asetnya. Apabila Khazanah melupuskan aset, maka wang itu boleh digunakan untuk mencari pelaburan-pelaburan yang lebih berpotensi. Dari sudut itulah Khazanah dapat membentuk nilai, itu yang pertama. Maknanya, kita agree secara keseluruhan agree bahawa model Khazanah, pelupusan ini adalah sebahagian daripada model perniagaan Khazanah. Tanpa pelupusan, Khazanah akan hidup bergantung sepenuhnya kepada dividen. Maknanya, hanya portfolio stagnant bergantung kepada dividen dan nilainya tidak banyak. Oleh itu, untuk kembangkan potensi Khazanah, maka apabila sampai pada waktunya, tepat pada waktunya, maka aset-aset yang boleh optimum pada waktu itu perlu dilupuskan supaya Khazanah mendapat hasil daripada pelupusan untuk sebahagian membayar hutang seterusnya mengembangkan portfolio Khazanah itu sendiri. So, saya rasa secara umumnya we agree that is the model of Khazanah berniaga. Tentang apa aset yang perlu dilupuskan, itu adalah komersial decision yang dibuat oleh Khazanah. Saya bagi contoh, aset MNS. MNS ini telah dibuat keputusan untuk dilupuskan sewaktu kerajaan terdahulu. Jadi, apabila datang kerajaan baharu, kita teruskan pelupusan tersebut. Ini kerana ia sebahagian daripada komersial decision yang dibuat oleh Khazanah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya dimaklumkan sebuah hotel milik Kerajaan Malaysia di Singapura turut dijual oleh Khazanah. Jadi, apakah harta yang kita ada lagi di Singapura selepas tanah milik KTM juga telah terlepas, telah terjual? Saya anak Johor, merasa sentimental dan terkilan tindakan Kerajaan Pusat ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Itulah yang saya sebutkan tadi. Apa yang disebut di Singapura itu adalah pelupusan MNS. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, keputusan untuk melupuskan MNS ini dibuat oleh kerajaan terdahulu. Apabila kita melihat kita teruskan. Itu adalah fakta tentang berkaitan penjualan aset Yang Berhormat Pasir Gudang tanya tadi. Sekian, terima kasih.
9. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah jumlah bilangan penerima faedah Sistem Insurans Pekerja (SIP) sejak ia diperkenalkan serta jumlah wang yang telah dikumpulkan.
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Berasaskan kepada rekod statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, jumlah penerima bantuan interim pada tahun 2018 adalah seramai 18,579 orang dengan jumlah bayaran sebanyak RM19.4 juta. Manakala bilangan yang layak menerima faedah penuh SIP dari 1 Januari 2019 sehingga 31 Ogos 2019 adalah seramai 19,102 orang yang melibatkan jumlah bayaran sebanyak RM59.84 juta. Jumlah caruman terkumpul bagi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) pada tahun 2018 adalah sebanyak RM560.79 juta. Manakala bagi bulan Januari 2019 sehingga Ogos 2019
adalah sebanyak RM426.32 juta. Sehingga kini sebanyak 400,413 orang majikan telah mendaftar dengan PERKESO di bawah SIP yang melibatkan 6.5 juta orang pekerja.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya terus kepada soalan. Soalan saya ialah, menjadi satu kerisauan pekerja yang di berhenti kerja sementara contohnya Utusan Malaysia, selama dua bulan tidak dapat gaji kemudian dia bayar retrenchment punya benefit bulan by bulan selama 10 bulan. Jadi, ditingkatkan supaya ianya – faedah itu dapat ditingkatkan tempoh kelayakan yang memberikan ruang penyesuaian kepada mereka yang terlibat dapat dicapai, di dalam tempoh yang dilanjutkan itu, kemahiran itu dapat diperoleh. Terima kasih.
Baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat, orang yang sangat prihatin terhadap golongan pekerja. Ini contoh pemimpin yang sangat baik, dia bukan hendak buang pekerja. Saya ucap tahniah kepada beliau.
Bakal Menteri itu.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk pengetahuan Dewan bahawa SIP baru daripada tahun 2018, iaitu daripada 1 Januari 2018, baru dilaksanakan. Pelaksanaan sepenuhnya bermula pada 1 Januari 2019, namun begitu kami sentiasa mendapat input dan maklum balas daripada pelbagai pihak dan cadangan Yang Berhormat itu satu cadangan yang akan dilihat oleh kementerian, khususnya oleh PERKESO untuk melihat apabila pelaksanaan itu berjalan agak lama kerana kita juga sedang berhadapan dengan situasi dan keadaan-keadaan ekonomi yang tidak menentu, mungkin akan berlaku pengurangan pekerja yang lebih besar. Berkaitan dengan kes Utusan Malaysia ini, memang PERKESO sedia membantu pekerja-pekerja Utusan Malaysia, di antara tindakan awal yang telah kita buat ialah memberikan taklimat kepada pekerja-pekerja tentang hak-hak mereka. Selain daripada itu, PERKESO juga telah membuat kerjasama dengan Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia untuk mendapatkan tentang kekosongan jawatan daripada para-para majikan percetakan untuk ditempatkan semula mereka yang ada pengalaman dalam percetakan di Utusan Malaysia untuk ditempatkan mereka. Dianggarkan seramai 800 orang pekerja telah diberhentikan, walau bagaimanapun lost of employment hanya akan berlaku pada 11 November 2019 ini. Jadi, selepas itu mereka boleh membuat permohonan untuk mendapatkan – daripada PERKESO melalui skim SIP ini. Insya-Allah.
Maran, Maran
Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Maran sila duduk [Ketawa] . Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan SIP ini dan Yang Berhormat sebutkan tadi berkaitan dengan Utusan. Daripada seramai 800 orang pekerja yang diberhentikan oleh syarikat Utusan Malaysia dan apabila pelabur baru masuk, saya difahamkan tidak keseluruhan yang diambil seramai 800 orang itu. Bagaimana kementerian betul-betul memandang serius berkaitan kebajikan pekerja-pekerja Utusan Malaysia yang diberhentikan? Sepatutnya, ambillah seramai 800 orang ini, kenapa hanya ambil lebih kurang tidak lebih daripada 10 percent daripada 800 orang yang telah diberhentikan itu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Paya Besar. Sebelum saya jawab soalan Yang Berhormat, saya hendak maklumkan bahawa setakat ini yang telah pun mendapat manfaat daripada skim ini, daripada Utusan Malaysia iaitu pemberhentian yang sebelum ini, VSS yang sebelum ini, seramai 483 orang telah pun mendapat faedah daripada skim ini. Maknanya kita luluskan, walaupun permohonannya seramai 522 orang tetapi yang telah pun diluluskan seramai 483 orang. Begitu juga dengan Karangkraf Sdn. Bhd. Ini bermakna industri media ini memang berhadapan dengan masalah besar. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Permohonan daripada Karangkraf seramai 39 orang dan telah diluluskan seramai 26 orang dan saya sendiri yang menyampaikan. Berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya tidak boleh mencampuri soal business, itu soal orang yang baru hendak ambil alih, majikan baru yang
ambil alih, itu hak mereka, saya tidak boleh mengambil tanggungjawab, kamu kena ambil seramai 800 orang dan sebagainya, itu hak majikan. Akan tetapi persoalannya kenapa Utusan Malaysia yang sebelum ini menghadapi masalah tersebut yang sepatutnya diuruskan secara yang lebih baik untuk mengendalikan supaya tidak teraniaya kepada pekerja-pekerja Utusan Malaysia. Oleh sebab, bagi saya bahawa Utusan Malaysia ini dahulu adalah milik daripada UMNO, kepentingan UMNO. Jadi, sepatutnyalah UNMO menjaga kepentingan pekerja-pekerja...
Janganlah cakap politik Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab tadi sudah okey sudah, tidak payah cakap politik sudah.
Akaun kena beku ......
Oleh sebab Yang Berhormat tidak pandai meniaga. Yang Berhormat memang buta meniaga, you ...... about meniaga. Tidak payah cerita, just cakap, tidak perlu sebut UNMO...
Kes 1MDB masih dalam mahkamah, tetapi akaun sudah kena beku, zalim kerajaan ini.
Jikalau kita ambil kerajaan esok, kita settle, tidak ada masalah.
Apa kaitan saham kena beku? Apa semua itu? Tidak reti business lah macam itu.
Apa kaitan dengan UNMO? Apa semua, itu cerita lama...
Saya boleh cakap...
Move foward, move foward Yang Berhormat.
Akaun UMNO kena beku, macam mana hendak bantu Utusan Malaysia.
Tidak mengapa, boleh...
Jangan aniayai pekerja Utusan Malaysia.
Saya ingat Yang Berhormat Sepang sahaja, rupanya Yang Berhormat Pokok Sena sekali rupa macam itu juga.
Sudah ramai masuk air.
Dua-dua Mr. Blur.
Apa UNMO boleh belajar daripada PAS macam mana mengendalikan Harakah [Tepuk] .
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Satu lagi boleh Tuan Yang di-Pertua?
Teruklah Yang Berhormat Timbalan Menteri ini. Jawab elok-eloklah Yang Berhormat Timbalan Menteri.
10. Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tanjung Manis. Pada masa ini, hanya pesawat bersaiz kecil seperti Twin Otter sahaja yang dapat mendarat di lapangan terbang tersebut. Apabila pembinaan Jambatan Batang Lassa dan Jambatan Batang Paloh siap nanti, adalah dijangka semakin ramai warga yang akan menggunakan lapangan terbang tersebut untuk pergi ke bandar-bandar lain.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ini soalan ketiga untuk Kementerian Pengangkutan naik pada hari yang sama, rekod untuk kementerian, terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Manis, Padang Terbang ataupun Short Take Off dan Landing Port Tanjong Manis adalah sebuah padang terbang yang dimiliki oleh pihak swasta iaitu Sarawak Timber Industry Development Corporation. Mengikut statistik padang terbang tersebut telah mengendalikan sebanyak 3,318 orang penumpang pada tahun 2018 berbanding 4,764 orang penumpang pada tahun sebelumnya. MAS Wing telah menyediakan perkhidmatan berjadual bagi laluan Kuching-Tanjong Manis dan juga Mukah- Tanjong Manis dengan kekerapan penerbangan masing-masing sebanyak tujuh kali seminggu menggunakan pesawat Twin Otter. Selaras dengan kajian semula Perkhidmatan Udara Luar Bandar ataupun Rural Air Service yang dijalankan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada tahun 2017, MAS Wing hanya menyediakan perkhidmatan penumpang berjadual bagi Kuching-Tanjong Manis dengan kekerapan sebanyak tujuh kali seminggu menggunakan pesawat Twin Otter. Laluan bagi Mukah ke Tanjong Manis telah ditamatkan bermula tahun 2019 disebabkan faktor muatan yang terlalu rendah iaitu hanya purata tujuh peratus bagi tahun 2010 hingga tahun 2015. Menurut MAS Wing, secara keseluruhannya, faktor muatan bagi laluan Kuching- Tanjong Manis yang dicatatkan pada tahun 2018 adalah sebanyak 36 peratus berbanding 22 peratus yang dicatatkan pada tahun 2017. Faktor muatan bagi tempoh Januari 2019 hingga Jun 2019 adalah pada tahap 28.2 peratus dengan jumlah penumpang seramai 1,107 orang. Sehubungan dengan itu, penggunaan pesawat Twin Otter pada masa ini adalah mencukupi bagi menampung permintaan sedia ada dengan bilangan penumpang seramai 10 orang hingga 11 orang setiap hari sahaja. Memandangkan padang terbang Tanjong Manis ataupun stop port ini adalah sebuah padang terbang yang dimiliki oleh pihak swasta iaitu Sarawak Timber Industry Development Corporation, sehubungan dengan itu sebarang perancangan untuk menaik taraf padang terbang tersebut adalah diputuskan oleh syarikat tersebut. Pihak Kementerian Pengangkutan difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak pada 6 Julai 2019, telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak akan membuat satu kajian pada tahun 2020 bagi maksud mengkaji cadangan untuk menaik taraf landasan Lapangan terbang Tanjong Manis bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat di lapangan terbang itu. Kerajaan Persekutuan mengalu-alukan cadangan kajian tersebut dan akan memberikan input terhadap kajian tersebut sekiranya diperlukan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, jawapan yang cukup jelas. Soalan tambahan saya, ini ada kena-mengena dengan soalan pertama tadilah, saya tidak sempat nak tanya. Sarawak ini terletak di tengah-tengah, di sebelah barat ada Semenanjung, di sebelah timur ada Sabah. Kalau pelancong atau pelabur nak datang, mereka akan singgah di Kuala Lumpur dulu ataupun mereka akan singgah KK. Jadi lambatlah mereka nak sampai ke Sarawak. Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menambah satu lagi low cost carrier yang mungkin membolehkan syarikat tersebut beroperasi untuk memperbaiki rangkaian penerbangan untuk negeri Sarawak, supaya Sarawak juga menikmati rangkaian penerbangan yang baik untuk menggalakkan pelancong dan juga pelabur datang ke Sarawak. Soalan saya yang kedua berkaitan juga, apakah Kerajaan Pusat akan menyokong- tadi cadangan Kerajaan Negeri Sarawak untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan lain supaya rangkaian penerbangan di negeri Sarawak menjadi lebih baik daripada sekarang ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, mana- mana syarikat penerbangan yang baru yang ingin ditubuhkan, sama ada mereka full service carrier ataupun low cost, kita alu-alukan, tiada masalah. Permohonan itu boleh dibuat kepada pihak berkuasa penerbangan seperti MAVCOM dan juga CAAM. Selagi mereka memenuhi semua syarat yang ditetapkan itu, sama ada dari segi teknikal dan keupayaan kewangan,
maka lesen untuk syarikat penerbangan ini boleh diluluskan, mengikut syarat yang telah ditetapkan. Jadi untuk menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Tanjong Manis, kita tidak ada masalah kalau mana-mana syarikat daripada Sarawak ataupun Sarawak based nak meningkatkan connectivity kepada negeri Sarawak, kita alu-alukan. Ini adalah satu keputusan berdasarkan commercial decision. Kalau ada syarikat yang merasakan bahawa cukup pulangan mereka untuk mereka memulakan satu perniagaan baru- sebuah syarikat penerbangan baru, kita tidak ada masalah untuk memberikan sokongan sepenuhnya. Ini kerana bagi kita adalah connectivity- yang penting connectivity ke setiap tempat, dan kalau ada permintaan yang mencukupi atau dapat menyebabkan lebih banyak permintaan di satu- satu kawasan itu, maka kerajaan sudah tentunya memberikan sokongan kepada mana-mana usaha untuk menghidupkan ataupun mewujudkan syarikat penerbangan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan kehadiran ke Dewan kita ini iaitu tetamu daripada Jabatan Setiausaha PAS Negeri Kelantan, selamat datang... [Tepuk] Saya ingin bertanya, daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, menunjukkan bagaimana perancangan untuk menaik taraf lapangan terbang di Tanjong Manis. Kita sangat mengalu-alukan. Jadi saya ingin tahu, apakah status terkini naik taraf Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang sebelum ini telah diluluskan tetapi tidak disebut secara jelas di dalam bajet. Apakah status dan pelaksanaannya? Saya ingin penjelasan- detail daripada pihak kementerian. Terima kasih.
Ini luar Sarawak ini, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini tidak berkaitan dengan soalan asal, namun begitu saya hendak bagi jawapan bahawa memang perancangan untuk menaik taraf lapangan terbang di Kota Bharu telah pun diluluskan. Sekarang ini dalam proses tender dan akan dilaksanakan menjelang tahun hadapan, bajet itu pun sudah ada. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
11. Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Menteri Industri Utama menyatakan, sama ada terdapat syarikat-syarikat minyak sawit Malaysia yang terbabit dalam pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Jika ada, apakah tindakan kerajaan terhadap mereka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang penting dan mustahak ini. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran bertarikh 29 Oktober 2019, yang juga menyentuh mengenai isu yang sama termasuk usaha kerajaan dalam menangani masalah jerebu bersama Indonesia. Tuan Yang di-Pertua, antara faktor yang menyebabkan kebakaran hutan di Indonesia adalah musim kemarau yang berpanjangan, kejadian El Nino, dan juga iklim semula jadi yang lebih panas. Dalam hal ini, tiada bukti yang menunjukkan semua kawasan panas ini berada di dalam kawasan perladangan kelapa sawit. Dilaporkan bahawa beberapa kebakaran di Indonesia dimulakan oleh pekebun kecil dan ianya merebak ke sekitar kawasan perladangan kelapa sawit milik syarikat-syarikat perladangan Malaysia kerana cuaca yang panas dan juga pergerakan angin. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, syarikat-syarikat perladangan sawit Malaysia yang didakwa terbabit dalam pembakaran hutan adalah antara syarikat perladangan sawit yang telah mengamalkan amalan penanaman lestari yang menepati standard Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), dengan izin, Pensijilan Minyak Sawit Mampan Indonesia (ISPO) dan juga pensijilan Round Table Sustainable Palm Oil Certification ataupun gabungan sistem pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Jika terbukti syarikat-syarikat perladangan tersebut terlibat dalam pembakaran hutan, mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang dan juga peraturan tempatan.
Jika ianya berlaku di negara kita Tuan Yang di-Pertua, tindakan boleh diambil di bawah 60 peraturan dan undang-undang, termasuk Akta Pengambilan Tanah 1960; Kanun Tanah Negara 1965; Akta Kualiti 1974; Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1977; Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010; dan lain-lain. Selain itu, terdapat 25 kategori pelesenan di seluruh rantaian bekalan industri sawit bagi memastikan penggiat industri memenuhi keperluan yang sangat ketat seperti yang ditetapkan di bawah peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk menangani masalah ini, Malaysia yang pada waktu ini sedang mempengerusikan Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) dan juga Indonesia telah memberikan komitmen untuk memastikan pengeluaran minyak sawit dan juga produk-produk berasaskan sawit dilaksanakan secara mampan melalui amalan penanaman lestari yang menepati standard pensijilan MSPO dan ISPO termasuk menghalang pembakaran secara terbuka. Usaha berterusan ini juga akan kita perhalusi dalam Palm Oil Supply and Demand Outlook Conference yang dianjurkan oleh Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) pada 22 Oktober 2019, iaitu minggu depan di Bandar Baru Bangi. Persidangan yang akan dihadiri oleh penggiat industri sawit dari Malaysia dan Indonesia ini akan membincangkan tiga aspek utama berkaitan industri sawit iaitu pengeluaran, permintaan pasaran, dan unjuran harga, termasuk isu alam sekitar yang merentasi sempadan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi jawapan yang begitu padat dan begitu detail. Saya juga ingin bertanya, pada ketika ini minyak sawit kita, banyak negara yang mengadakan program untuk boikot minyak sawit kita. Baru-baru ini juga kita melihat negara India. Apakah cadangan kementerian untuk memperkasakan penjualan sawit ini, dan apakah setakat ini kita mendengar pihak kementerian ingin melakukan banyak produk hiliran untuk memperkasakan harga sawit. Setakat ini, apakah yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk mendayakuasakan harga sawit di pasaran dunia dan juga untuk mempromosikan sawit kita di negara-negara luar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini penting walaupun tidak mempunyai kaitan sangat dengan soalan asal. Akan tetapi saya ingin maklumkan kepada Dewan bahawa secara umumnya strategi kementerian itu ialah untuk memastikan, yang pertama, akan ada penerokaan terhadap pasaran-pasaran; dan yang kedua, pemerkasaan pasaran yang sedia ada.
Jadi saya percaya dua pendekatan ini akan kita tindak lanjuti dengan beberapa program misi perdagangan, dan dalam masa yang sama, saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi bahawa memang pada waktu sekarang ini kita sedang memberikan tumpuan semaksimum mungkin kepada usaha untuk mewujudkan atau pun membantu memberikan sokongan kepada produk-produk hiliran yang berkaitan dengan sawit. Ini kerana kita percaya bahawa produk-produk hiliran kita yang diproses dan dicipta melalui satu R&D yang begitu mendalam, tentunya akan dapat membantu meningkatkan lagi pasaran minyak sawit dalam usaha kita untuk memberikan harga yang terbaik terutamanya bagi membantu 650 ribu pekebun kecil dalam sektor sawit ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya nak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, apakah usaha kerajaan untuk merujuk kembali perjanjian pada tahun 2015, iaitu 2015-2016 dahulu dengan Indonesia, dalam menyelesaikan isu jerebu yang berpunca daripada pembakaran hutan oleh syarikat- syarikat ladang sawit ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong di atas soalan yang terkini, dan penting untuk kita tangani secara bersama. Seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong tadi, saya ingin nyatakan bahawa kita di dalam CPOPC tentunya memandang serius hal yang berkaitan dengan jerebu ini malah di dalam suatu taklimat yang diberikan oleh salah satu syarikat yang didakwa oleh kerajaan Indonesia, bagaimanakah perkara ini boleh berlaku ialah dalam konteks undang-undang di sana, walaupun syarikat-syarikat tempatan kita diberikan- ataupun
mendapat kawasan tanaman sawit yang luas tetapi di dalam itu ada pockets, dengan izin, pekebun-pekebun kecil dari Indonesia yang mereka ini tidak boleh dengan sewenang- wenangnya dibawa keluar dari kawasan sawit itu. Apabila mereka melakukan pembakaran - slash and burn, dengan izin, ianya menjadi cabaran kepada syarikat-syarikat milik Malaysia. Sebab itulah kalau kita lihat apabila wujudnya kenyataan terbuka daripada pihak Kerajaan Indonesia, syarikat tempatan kita dengan segera memberikan kenyataan media dengan tegas bahawa mereka tidak akan kompromi dengan open burning ini kerana prinsip kita ialah zero burning, Tuan Yang di- Pertua. Dalam masa yang sama, kita juga memberikan jaminan akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Kerajaan Indonesia, dan saya juga ingin cadangkan kepada Dewan ini supaya kedua-dua Ahli Dewan Parlimen Indonesia dan juga Malaysia, kalau boleh di masa yang akan datang, kita wujudkan satu kokus bersama untuk menangani masalah ini yang tentunya membabitkan inisiatif kedua-dua Ahli Dewan iaitu Ahli Dewan Rakyat dan juga Ahli Majlis Perwakilan Rakyat mereka baharu sahaja selesai dalam pilihan raya yang lalu. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cadangkan kita ambil satu lagi soalan sebab Yang Berhormat Menteri ada di sini untuk menjawab.
[Soalan No. 12 - tidak dikemukakan untuk dijawab]
13. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci, mengenai pengagihan dana MITRA bagi fasa ketiga dan keempat. Senaraikan semua pertubuhan atau agensi-agensi yang telah dan akan menerima dana tersebut berdasarkan jumlah peruntukan masing-masing.
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat komited dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang dirancang demi membangunkan lagi taraf hidup masyarakat India di Malaysia. Bagi tujuan tersebut, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diberi peruntukan di bawah Belanjawan 2019 sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang akan meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India. Daripada jumlah tersebut, MITRA telah meluluskan 99 permohonan di bawah fasa pertama dan kedua yang berjumlah sebanyak RM31,496,116. Permohonan ini adalah bagi melaksanakan program-program berimpak tinggi yang dijangka akan mempertingkatkan keupayaan masyarakat India secara holistik dengan merangkumi aspek pendidikan, teknologi, kerjaya, ekonomi, sosial dan insaniah. Program-program seumpama ini diadakan melalui kerjasama strategik dengan badan-badan bukan kerajaan, syarikat, pertubuhan, persatuan serta institusi pengajian tinggi swasta yang mempunyai kepakaran serta pengalaman khusus dalam aspek-aspek yang telah dinyatakan sebentar tadi. Program-program di bawah kedua-dua fasa ini kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan dipantau oleh pihak MITRA bagi memastikan objektif dan matlamat berkaitan pembangunan sosioekonomi masyarakat India tercapai. Sehubungan itu, bagi meneruskan pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini melalui fasa ketiga, MITRA telah meneliti dan meluluskan 62 program pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM28,901,96.20. Butiran program yang terperinci berdasarkan kepada bidang-bidang keutamaan MITRA adalah seperti berikut: (i) sebanyak 12 program berjumlah RM4,030,470 diluluskan di bawah bidang ekonomi dan kerjaya; (ii) sebanyak 22 program berjumlah RM16,368,816.60 diluluskan di bawah bidang pendidikan dan latihan;
(iii) sebanyak 17 program berjumlah RM5,612,668.60 diluluskan di bawah bidang identiti dan keterangkuman; dan (iv) sebanyak 11 program berjumlah RM2,889,141 diluluskan di bawah bidang kebajikan dan pembangunan sosial Untuk makluman Ahli Yang Berhormat selanjutnya, penelitian dan kelulusan bagi permohonan geran fasa ketiga telah selesai di peringkat MITRA dan kini sedang dalam tindakan Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri untuk proses penyaluran peruntukan kepada pemohon geran yang berkaitan, manakala bagi fasa yang seterusnya iaitu fasa keempat, MITRA telah memproses dan meluluskan 48 permohonan pada 27 September 2019 dengan nilai kelulusan sebanyak RM35,346,345. MITRA kini dalam proses melengkapkan dokumentasi berkaitan perjanjian dan sebagainya dengan pihak pemohon geran sebelum ia dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri untuk proses penyaluran peruntukan. Bagi fasa ini, penekanan telah diberikan kepada program-program pembangunan kerohanian dan sahsiah, program-program yang berorientasikan kesejahteraan dan pemerkasaan golongan wanita, serta menangani aspek kebajikan pelbagai peringkat masyarakat India di seluruh negara. Dimaklumkan bahawa senarai penerima dan jumlah geran bagi fasa ketiga dan keempat hanya dapat dimuktamadkan setelah kelulusan akhir dan proses penyaluran geran di peringkat Pegawai Pengawal Jabatan Perdana Menteri selesai. Justeru, senarai penerima dan jumlah geran akan dimaklumkan dalam masa terdekat setelah peruntukan disalurkan kepada penerima-penerima geran yang terlibat dalam fasa ketiga dan keempat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada pandangan saya, pengagihan dana di bawah MITRA, kaedahnya adalah lebih kurang sama seperti apa yang dibuat oleh SEDIC dahulu. Jadi, saya rasa kaedah itu tidak begitu berkesan. Adakah MITRA mempunyai strategi baharu untuk menggunakan kaedah baharu untuk mengagihkan dana pada tahun hadapan sebab saya rasa ini adalah penting. Kaedah-kaedah lama itu tidak membawa manfaat kepada masyarakat India. Saya rasa satu kaedah baru perlu diambil perhatian oleh pihak MITRA.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Saya ingin menyatakan bahawa Yang Berhormat sebenarnya telah tersilap kerana Yang Berhormat berpendirian bahawa kaedah sama dengan SEDIC yang sebelum ini telah digunakan. Sebelum ini, SEDIC tidak mempunyai satu sistem yang tepat atau satu sistem yang telus yang mana ianya tidak memberikan kewangan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada program-program yang berimpak tinggi. Semasa audit dijalankan pada tahun lalu, juga didapati bahawa terdapat banyak kesalahan dan salah laku oleh pegawai-pegawai yang terlibat dan juga mantan Yang Berhormat Menteri, mantan Timbalan Menteri, dan sebagainya.
Setelah kerajaan baharu mengambil alih, kita telah merangka satu strategi baharu dan telah memperkenalkan sistem geran management system bagi memberikan lebih banyak ketelusan. Setiap permohonan yang dibuat sama ada melalui NGO, NTT, syarikat dan sebagainya diperhalusi dan diteliti dengan sewajarnya. Mereka ini dipanggil untuk memberikan justifikasi tentang apa sebenarnya yang mereka merancang untuk membuat dan juga impak yang akan diberikan kepada kaum India di negara ini. Setelah penelitian dibuat maka ia akan melalui tiga proses penilaian lagi sebelum ia diangkat kepada bahagian pembangunan dan juga pegawai pengawal di JPM. Jadi, saya ingin menyatakan di sini bahawa strategi yang dilakukan supaya wang yang diperuntukkan oleh kerajaan itu sampai kepada masyarakat peringkat akar umbi ini amat diambil perhatian oleh kerajaan terkini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengamati jawapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Cuma, apabila merujuk bahawa agensi MITRA ini ialah daripada SEDIC telah ditubuhkan sekian lama. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri setuju bahawa kenyataan
yang menyebut bahawa selama ini masyarakat India ini ditindas, dipaksa keluar daripada agama dan sebagainya dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, itu tidak benar. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Soalan ini tidak berkaitan dengan soalan yang ditanya. Jadi, tidak perlulah dijawab.
Baik.
Ya. Satu soalan lagi mengenai MITRA. MITRA. MITRA. Kaum India punya. Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.
Masa sudah habis.
Satu. Satu lagi. Satu soalan sahaja minta ini mustahak.
Saya tidak membenarkan lebih masa sudah sekarang.
Satu sahaja soalan. Untuk MITRA. Tuan Yang di-Pertua, mustahak ini. Ini mustahak.
Bagi dekat saya.
Bagi peluang. Bagi peluang.
Tanya Yang Berhormat Menteri di luar lah. Masa sudah habis.
Sesama geng pun tidak boleh settle kah? Apalah.
Ini penting untuk rakyat.
Yang Berhormat, saya minta tolong jawab soalan tadi. Sebab, kenyataan yang Yang Berhormat di luar negara yang menunjukkan kononnya rumah-rumah ibadah dibakar dan sebaginya. Itu saya ingat elok jawab soalan itu.
Tidak payahlah. Tidak payahlah. Masa sudah tamat.
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan sahaja untuk MITRA. Ini untuk rakyat.
Masa sudah tamat. Mungkin lain kali ya. Sekarang kita teruskan dengan urusan lain. 12(1) Usul.
Usul — Waktu Mesyaurat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 7.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 17 Oktober 2019.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2020 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2020Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2020 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh lapan bilion ringgit (RM58,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2020, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2019, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [15 Oktober 2019]
Yang Berhormat Lipis dipanggil semalam tetapi belum berucapkan?
Belum, belum.
Silakan Yang Berhormat Lipis. 20 minit.
Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana dengan berkat hidayah inayahNya saya dapat turut serta dalam perbahasan belanjawan pada kali ini bagi tahun 2020. Saya dapati bahawa saya meneliti daripada Jumaat lepas apabila pembentangan belanjawan yang lalu saya melihat sehingga hari ini respons yang diberikan oleh rakyat di atas belanjawan ini amat malap sekali. Saya melihat poll-poll yang telah dibentangkan. Poll- poll yang dibuat sama ada beberapa pihak melakukannya tidak sampai 10 peratus yang menyokong tentang pembentangan bajet kali ini. Saya percaya kerana tidak lain tidak bukan bajet ini tidak menggambarkan bajet sebenar untuk rakyat. Sebab itu mereka tidak menyokong. Saya tengok tadi – Allah Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Industri Utama sudah lari pula, saya dengar jawapan dia pagi tadi, dia kata minyak hitam hendak memperkenalkan minyak urut minyak urut ini lada hitam. Lada hitam. Akan tetapi saya percaya minyak urut ini lagi terkenal lagi minyak lintah gunung Tuan Yang di-Pertua. Lintah gunung lagi banyak orang beli. Jadi, saya melihat perkara ini. Begitu juga dengan menterinya sendiri. Menteri Industri Utama yang meletakkan buluh tidak langsung membuatkan kajian bagaimanakah hendak jadikan sasaran utama bagi bajet kita kali ini. Rakyat di luar melihat sama ada rakyat luar bandar, rakyat dalam bandar, mereka hendakkan supaya mereka lebih selesa dalam keadaan pembentangan bajet kali ini. Akan tetapi, kita lihat hari ini bajet kali ini telah jauh amat ketara sekali dari segi pembentangannya memang sebelah sana kata baik. Semalam saya teliti ucapan Yang Berhormat Port Dickson. Yang Berhormat Port Dickson kata, kami tidak ada masalah.
Memang tidak ada masalah tetapi rakyat yang bermasalah. Rakyat hendak melihat bajet ini sebab ini saya katakan bajet yang sering dikatakan oleh Pakatan Harapan sebelum ini sewaktu pembangkang mereka boleh menjimatkan bajet. Di mana letaknya penjimatan bajet? Tidak ada. Kali ini ada pertambahan sedikit daripada bajet sebelum ini. Bajet yang sebelum ini kita meletakkan lebih kurang dalam RM10 bilion sahaja ditambahkan pada kali ini. Kalau melihat seperti itu seolah-olah bajet ini baik tetapi kalau diteliti kita melihat daripada kajian-kajian daripada pakar ekonomi meletakkan tidak ada kepentingan bajet kepada rakyat kali ini. Kita melihat bagaimana bajet ini yang telah dibentangkan kita tengok kesannya daripada bajet ini tidak dapat ada memberi kesan kepada rakyat sebenarnya. Rakyat hendak tengok apa peluang pekerjaan, rakyat hendak tengok apa peluang- peluang yang diberikan oleh kerajaan, kita tidak ada nampak apa-apa peluang. Sebab itu kerajaan mesti berani mengatakan bahawa sesetengah sistem yang dilakukan waktu pentadbiran Barisan Nasional mesti juga kita berani dan kita mesti telus untuk mengatakan benar. Saya dahulu waktu saya sebagai kerajaan duduk di sebelah sana, saya ada seorang pejuang GST yang terkenal adalah yang membentang bajet orang berkata “Mat GST” tetapi yang menyokong itu sudah lompat. Sudah lompat. Sehinggakan dahulu Pakatan Harapan hari-hari balon dia. Hari-hari balon dia. Sehinggakan dia kata GST ini baik, baik. Sebenarnya saya sokong memang dikatakan baik sistem GST itu. Akan tetapi rakyat tidak dapat menerima ketika itu kerana dihasut oleh sebahagian daripada mereka, sanggup berguling di jalan raya, pakai baju warna kuning, baring tetapi alhamdulillah yang berguling sudah jadi menteri. Silakan Tok Mat.
Ya Yang Berhormat Pontian.
Sebut sayalah tadi. Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya ingin memberi respons sedikit. Apa pandangan Yang Berhormat Lipis apabila 170 negara daripada 194 negara melaksanakan GST ini? contoh, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Jepun, Korea, UK, Perancis, Jerman, Australia, dan New Zealand dan 170 negara itu panjanglah senarainya - Arab Saudi. Apa pandangan Yang Berhormat Lipis, adakah mereka ini semua silap? 170 negara daripada 194 negara ini silap? Kenapa mereka tidak memilih sistem kuno SST? Kenapa mereka memilih satu cukai yang tidak boleh menipu cukai, satu cukai yang telus yang rakyat tahu berapa diambil dan kutip. Adakah 170 negara itu silap dan Malaysia betul? Apa pandangan Yang Berhormat Lipis?
Yang Berhormat Lipis boleh saya sambung berkaitan Yang Berhormat Lipis.
Silakan Yang Berhormat Jelebu.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipias panggil saya itu.
Yang Berhormat Bagan Serai, ini bagi saya dahulu Yang Berhormat Bagan Serai sebab Yang Berhormat Bagan Serai sudah pergi sana. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Lipis. Saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Lipis. Saya ingat Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Bagan ketika membentangkan ataupun ketika Kajian Separuh Penggal, bukan kerajaan separuh penggal – Kajian Separuh Penggal.
Masa itu dia sebut Yang Berhormat Lipis, kerajaan PH menghadiahkan RM23 bilion daripada kutipan cukai GST kepada rakyat. Sampai hari ini orang kawasan saya termasuk rakyat dan masyarakat luar tanya mana RM23 bilion yang dihadiahkan oleh kerajaan PH untuk kepentingan masyarakat di luar sana, Yang Berhormat Lipis. Yang pertama, sikit saja lagi Yang Berhormat Lipis. Saya hendak tanya Yang Berhormat Lipis, saya hendak tanya Yang Berhormat Lipis, apa pandangan Yang Berhormat Lipis. Sebenarnya Yang Berhormat Bagan ini dia tahu tidak apa yang dia buat. Dia tahu tidak apa perancangan bajet, apa makna bajet untuk rakyat, apa makna bajet untuk negara? Sehinggakan daripada tahun ke tahun, pembentangan kali kedua, bajet yang dibentangkan yang boleh saya katakan is a useless budget. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih kepada rakan- rakan yang turut serta. Masukkan dalam ucapan saya. Saya hendak bagi tahu, Yang Berhormat daripada Pontian sebenarnya, Yang Berhormat Pontian memang seorang pejuang, pejuang waktu itu. Akan tetapi saya katakan tadi, kerana disebabkan berguling- berguling jalan raya sehinggakan kita habis sistem yang baik ini, habis, tidak dapat digunakan lagi. Sebenarnya boleh dikaji. Mungkin kalau tinggi, boleh diturunkan. Tetapi kalau kekal enam peratus, kita mungkin boleh kajian lain sebenarnya, bagaimanakah sistem-sistem percukaian yang lain yang boleh membagikan hasil baru pada kerajaan. Ini tidak ada. Kita guling, guling tapi lepas itu kita tidak buat. Bodoh kah 172 buah negara membuat GST? Negara-negara hebat. Yang tinggal sekarang negara yang tidak hebat, termasuklah Malaysia, negara yang tidak hebat, tidak laksanakan sistem percukaian yang terbuka secara luas, black economy. Terbuka luas. Sistem ini sangat baik sebenarnya, tidak dapat lari sistem percukaian. Oleh sebab itu mereka berguling-guling di jalan raya kerana hendak mengelakkan daripada lari sistem percukaian ini. Maka mereka menggagalkan usaha GST ini sebenarnya. Oleh sebab itu Yang Berhormat Jelebu katakan sebentar tadi, ini bajet yang tidak langsung dapat memberi manfaat kepada masyarakat, kepada rakyat. Sekarang ini ramai pengangguran, ramai yang keluar daripada universiti tidak ada pekerjaan, yang di luar-luar bandar, harga komoditi rendah. Apa lagi yang kita hendak tolong. Mesti kita fikirkan. Saya bagi ruang kepada Yang Berhormat Kubang Kerian.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Saya hendak minta komen Yang Berhormat Lipis, selain daripada kegagalan menukar sistem daripada GST kepada SST, tindakan menghentikan cukai selama 3 bulan ataupun tax holiday adalah suatu tindakan yang sangat malang bagi negara kerana menanggung kos yang berganda selepas itu. Minta komen daripada Yang Berhormat Lipis.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sebenarnya inilah masalahnya, bila tidak ada melalukan kajian-kajian yang lebih mendalam, kajian-kajian yang lebih jauh. Kononnya seorang akauntan tetapi tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik. Tax sewaktu tax holiday, kita kerugian RM11 bilion, RM11 bilion bukannya sikit. Kalau bagi kawasan saya, sudah jadi macam Putrajaya dalam kawasan saya kalau diberikan RM11 bilion. Ramai rakyat menanti. Hari ini saya hendak mintalah Yang Berhormat Bagan Serai bercakap semula bagi pejuang GST. Saya tidak bagi ruang untuk menyebabkan Yang Berhormat Bagan Serai berucap tetapi saya hendak minta Yang Berhormat Bagan Serai bercakap sebenarnya sebagaimana lima tahun....
Tuan Yang di-Pertua, kalau dia berani, kalau dia setuju. Dia bagi ruang. Tapi kalau dia takut, saya maafkan dia.
Tidak apa, saya bagi.
Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.
[Ketawa] . Saya tahu Yang Berhormat Lipis dia sahabat saya, dia mesti bagi. Dia duduk sebelah saya dulu. Tuan Yang di-Pertua, saya Yang Berhormat Bagan Serai masih tetap dengan pendirian bahawa GST adalah lebih baik daripada SST. Sebanyak 70 negara lebih buat GST, negara itu tidak bodoh. Betul cakap Yang Berhormat Pontian, betul cakap Yang Berhormat Lipis dan sebagainya. Akan tetapi keadaan dan suasana di negara kita, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan Malaysia setelah empat kali membentangkan perkara GST ini. Seramai empat Menteri Kewangan telah menyatakan kebaikan dan mohon diluluskan GST ini, tidak dibuat. Kenapa tidak dibuat? Rakyat tidak bersedia. Akan tetapi pada pembentangan yang lepas.....
Okey, saya sudah faham.
.....GST memang bagus.
Yang Berhormat Bagan Serai, saya sudah faham.
Tetapi tidak dilaksanakan, tetapi rakyat pada ketika itu tidak setuju dan itulah antara sebabnya kerajaan dulu tumbang semasa Pilihan raya 14.
Oleh sebab itu, saya memperkatakan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta supaya Yang Berhormat Bagan Serai bercakap semula, jangan u-turn, jangan reverse. Setelah lompat jangan takut, kena berani berada dalam kerajaan, katakan perkara yang benar.
Yaaa [Tepuk]
Mesti berani kerana benar. Yang Berhormat Bagan Serai, anda dulu pejuang di dalam Barisan Nasional, sekarang berjuang di dalam rejim Pakatan Harapan. Jangan takut, jangan jadi lidah bercabang, kena berani kerana benar. Ini yang saya maksudkan bahawa kita kena berani duduk semeja, kita bentangkan kertas-kertas bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat sebenarnya.
Ya.
Kita yang penting rakyat. Kita hendak selesaikan 32 juta rakyat....
Yang Berhormat, sikit.
......sama ada profesional atau tidak profesional golongan ini tetapi ingin dapat manfaat daripada bajet yang dibentangkan oleh kerajaan.
. Sikit saja
Silakan.
Saya hendak tanya, lidah bercabang itu siapa. [Ketawa] . Apa binatang itu?
Bagi saya yang tidak berani. Yang melompat....
Apa binatangnya lidah bercabang?
.....yang melompat. Itu sebenar maksud saya. Kalau dia berjuang kembali untuk membetulkan keadaan, saya kira mereka seorang pejuang. Tetapi kalau tidak berani, hanya duduk diam, tidak berani betulkan dasar kerajaan yang ada pada hari ini, yang tidak ada manfaat kepada rakyat, itu yang saya anggap, saya katakan Yang Berhormat Pasir Salak sebenarnya. Ini yang saya katakan sebenarnya.
Lidah bercabang bukan biawak kah. [Ketawa]
Saya tidak sampai ke tahap itu, Tuan Yang di-Pertua untuk berkata.
Kuat menipu.
Tetapi itu peribahasa faham- faham sendiri sajalah. Saya hendak beritahu sekarang ini bahawa kita kena buat penyusunan semula atas dasar-dasar yang kita lakukan. Pelabur sudah lari, sejak SST, dulu GST, sekarang SST. Sebanyak 170 negara tidak percaya dengan sistem SST ini kerana ini merupakan black economy. Oleh sebab itu setengah-setengah peniaga suka pada keadaan ini. Sebab itu mengupah kepada supaya berguling di jalan raya. Yang berguling ini yang tidak faham. Sekarang ini daripada enam peratus GST kenakan, sudah jadi 16 peratus SST. Saya ada resit-resit yang saya simpan. Mana lebih telus. Black economy dapat kita selesaikan. Jangan hendak fikir beku akaun UMNO saja. Kena bekukan sekali semua perkara sebenarnya.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Tadi Yang Berhormat Pokok Sena beritahu kenapa Utusan, UMNO tidak tolong. Macam mana UMNO hendak tolong, akaun sudah beku.
Kena income tax lagi.
Kena income tax lagi.
Yang Berhormat Lipis sikit.
Oleh sebab itu kita sekarang ini, kita hendak tengok bagaimana penyelesaian yang dilakukan. Harga jatuh, harga komoditi jatuh. Macam mana hendak selesaikan harga sawit? Tidak akan kita hendak sebut soal sawit ini kita hanya sebut dalam soal tanam buluh sahaja. Tidak fikirkan soal lain. Mudah, saya hendak cakap sekali lagi, kalau buluh ini boleh dipasarkan, tidak payah tanam. Di Kuala Lipis banyak buluh, daripada Lipis sampai ke Cameron Highlands semua buluh, tidak payah tanam. Jelebu pun banyak buluh. Jempol banyak buluh, Baling banyak buluh. Saya ingat semua kawasan banyak buluh. Kecuali dalam - Sarawak lagi banyak.
Pasir Puteh.
Lagi banyak buluh. Yang tidak ada mungkin buluh dia adalah Seputeh, yang tidak ada Seputeh. Oleh sebab itu dia suruh tanam buluh.
Bagan pun tidak ada.
Bagan pun tidak ada.
Dia pun tidak ada dalam Dewan ini.
Oleh sebab itu dia pun tidak ada dalam Dewan ini.
[Ketawa]
Saya hendak ucap terima kasih lah pada Menteri JKR duduk dalam ini. Tapi Yang Berhormat Menteri, hati-hati Yang Berhormat Menteri, orang sudah viral Yang Berhormat Menteri.
Korek hidung.
Hati-hati sikit. Saya pun bimbang sebenarnya. Takut masuk dalam TV, saya tertidur dalam Parlimen. Oleh sebab itu kalau saya mengantuk, saya keluar. Saya basuh muka dulu ataupun saya mengeteh, ataupun saya buat kerja-kerja lain. Bahaya.
Dia korek bijih, dia korek bijih pula itu, korek bijih.
Bahaya. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak melihat pada ini, apakah bentuk, saya sebenar suka fokus kepada dua kementerian. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Industri Utama, dulu Perladangan dan Komoditi, sekarang sudah tukar. Sedap juga nama Perladangan dan Komoditi itu, tapi sekarang ini sudah tukar, Industri Utama. Macam hendak balik ke industri. Saya suka kepada Pertanian.
Saya suka Sumber Manusia dan lain-lain saya suka, JKR saya suka juga sebab jalan saya tidak siap-siap di kawasan saya. Ini jalan daripada Kelantan, Lipis-Raub-Bentong, Central Spine Road (CSR) tidak siap-siap lagi. Kalau Menteri melawat itu suruh dia cepat sedikit, kita teruk jammed sebenarnya. Akan tetapi, saya ingat hendak ulas dalam jawatankuasa kecil. Jadi saya hendak beritahu, pertanian ini sampai menangis dia merayu, kesian. Dapatlah tambahan RM10 bilion. Sampai menangis-nangis itu tambahan RM10 bilion. Akan tetapi, apa yang hendak dibuat? Bentangkan apakah kajian yang hendak dibuat. Ini sebab, pertanian ini penting untuk orang luar bandar. Saya 70 peratus dalam kawasan adalah pertanian. Oleh sebab itu saya kata saya suka bercakap pertanian, bagaimanakah saya hendak bangunkan orang pertanian ini. Saya hendak bangunkan. Saya ingat Sabah dan Sarawak tahu lah saya cerita fasal pertanian ini. Lada hitam tadi dia cakap, semua harga jatuh. Dulu kata masa Barisan Nasional barang naik, tetapi sekarang lebih daripada naik, lebih tinggi, yang jatuh sekarang mata wang sahaja, yang jatuh sekarang pasaran saham sahaja.
Tidak ada apa yang menarik, yang boleh diselesaikan oleh rejim Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Cakap semalam saya dengar soal rasis sahaja. Saya hendak beritahu, rasis ini- siapa yang rasis? Racism ini siapa sebenarnya, saya hendak tanya. Contohnya, beli barang Muslim First. Contoh, saya hendak beritahu. Contoh yang saya hendak katakan, kita sebenarnya kita tidak pun dari kedua-dua parti bawah Muafakat Nasional ini...
Yang Berhormat Lipis, mohon pencerahan.
Muafakat Nasional ataupun perpaduan ummah ini tidak pernah pun menjalankan kempen supaya kita jangan beli produk bukan non Muslim.
Yang Berhormat Lipis, mohon pencerahan sedikit.
Tidak pernah. Tidak pernah kita lakukan.
Yang Berhormat Ranau minta laluan, boleh?
Yang Berhormat Lipis.
Akan tetapi, rakyat bangkit atas dasar yang dilakukan oleh- mereka sudah begitu lama sekali siapakah rasis yang sebenar ini.
Yang Berhormat Lipis, minta pencerahan sedikit.
Siapakah rasis sebenar? Saya tinggal seminit lebih lagi. Yang Berhormat boleh bercakap waktu Yang Berhormat ada peluang nanti.
Penting Yang Berhormat Lipis.
Ini peluang saya, saya bercakap lah.
Yang Berhormat Lipis tidak benarkan, Yang Berhormat Ranau sila duduk.
Bercakap waktu peluang nanti. Oleh sebab itu saya ulang balik, saya tidak ganggu pun yang bercakap rasis semalam. saya diam sahaja, saya dengar dengan teliti sebab saya hendak jadikan bahan dalam ucapan saya pula. Saya hendak jadikan bahan dalam ucapan saya. Siapa yang rasis sebenarnya? Setelah merdeka 1957, siapa yang rasis? Siapa kalau Melayu buat perumahan, ada tak orang beli perumahan Melayu itu, saya hendak tanya? Ada tak saya hendak tanya, jawab. Ada tak? Tidak akan beli kerana mereka sudah letakkan kita beli produk kita dulu. Oleh sebab itu, kempen ini bukan dilakukan oleh parti. Bukan dilakukan oleh Muafakat Nasional, bukan dilakukan oleh perpaduan ummah, tetapi dilakukan atas kesedaran rakyat. Apakah keuntungan daripada bajet yang mereka lakukan ini. Apa dia? Oleh sebab itu, jangan ingat rakyat bodoh sekarang, rakyat cerdik. Toksah hendak gula-gulakan bajet seperti ini. Jangan gula-gulakan bajet. Sebenarnya rakyat dah cerdik, rakyat tengok apa sebenarnya yang dibentangkan oleh kerajaan. Harga komoditi tetap RM300 tentang sawit, satu negara pun tahu- RM300 harga sawit. Kalau lebih pun naik RM320, jangan kita cakap harga minyak mentah. Akan tetapi, kita katakan sekarang ini harga sawit waktu zaman Barisan Nasional cecah sehingga RM600. Kalau daripada 10 ekar boleh cecah RM5000 hingga RM6000 sebulan pendapatan. Akan tetapi, sekarang RM300 pun tak dapat. Sudah pula dibentangkan dengan subsidi-subsidi ini tiada lagi. Tanaman semua sudah tidak ada subsidi. Jadi, apa lagi yang rakyat hendak. Jadi, saya hendak beritahu kepada rejim Pakatan Harapan, sebelum anda menerima padah pada PRU Ke-15, anda perlu berubah. Anda perlu berubah kalau dalam keadaan sekarang, bila-bila masa sahaja Muafakat Nasional akan mengambil alih teraju pemerintah pada PRU Ke-15 nanti. Ubah, fikir dengan
baik kerana ini peluang dan ruang yang rakyat bagi. Kalau anda tidak gunakan ruang dan peluang ini, anda akan tersungkur di bumi Malaysia ini. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Sekarang giliran Yang Berhormat Papar, silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Alhamdulillah, Kerajaan Pakatan Harapan adalah kerajaan kasihkan dan pedulikan rakyat. Ini kerana peruntukan yang telah diluluskan sangat komprehensif, berimbang dalam pelbagai sektor untuk merangsang ekonomi negara. Kami berharap kerajaan dapat melaksanakan pembangunan mampan, menjadi keutamaan dalam setiap projek pembangunan untuk negara dan Negeri Sabah amnya. Bajet yang telah disampaikan adalah bajet kasihkan rakyat yang memacu pertumbuhan dan keberhasilan, kesaksamaan ke arah kemakmuran bersama, walaupun kita berada dalam kekangan kekurangan fiskal. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan, Menteri Kewangan atas pembentangan Bajet 2020, di mana, RM299 bilion telah diperuntukkan. Sebahagian RM52 bilion adalah untuk pembangunan. Walaupun dalam keadaan kewangan negara yang masih dibebani dengan hutang yang tinggi, Sabah diberikan peruntukan sebanyak RM5.2 bilion. Terima kasih sekali lagi. Bajet yang disampaikan sangat inklusif dan meliputi pelbagai segmen seperti ekonomi digital, subsidi minyak bersasar, pertanian- di mana FELDA diberi peruntukan sebanyak RM810 juta, RISDA dan FELCRA RM738 juta, infrastruktur luar bandar untuk bekalan air dibagikan RM580 juta, bekalan elektrik RM500 juta, jalan raya untuk penyelenggaraan sebanyak RM4.85 bilion. Sekolah-sekolah juga diberi peruntukan sebanyak RM783 juta untuk baik pulih sekolah daif di Sabah dan di Sarawak. MARA juga diberikan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion, pinjaman MARA- RM2 bilion, kebajikan sosial dan pembangunan ekonomi, perumahan, kesihatan dan lain-lain lagi. Kami berharap kerajaan dapat melaksanakan pembangunan mampan- menjadi keutamaan dalam setiap projek pembangunan terutamanya untuk negara dan negeri Sabah yang masih mundur daripada segi pembangunan fizikal yang diharap-harapkan oleh rakyat. Saya yakin kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan akan dapat memulihkan keadaan ekonomi dalam masa yang singkat. Saya percaya kerajaan akan terus komited memberi keutamaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi mampan agar mencapai wawasan kemakmuran bersama. Tuan Yang di-Pertua, Sabah adalah merupakan negeri yang tercorot daripada segi ekonomi. Walaupun pencapaian pendidikan dan pembangunan infostruktur, dan infrastruktur, walaupun pada zahirnya Sabah kaya dengan hasil semula jadi, tetapi kekayaan itu tidak dapat diterjemahkan kepada ekonomi yang mampan kerana sebahagian besar hasil diambil oleh Kerajaan Pusat. Disebabkan oleh kekangan ekonomi dan hasil tahunan yang tidak memberangsangkan telah menyebabkan Sabah mundur untuk membangun seperti negeri- negeri di Semenanjung. Sabah adalah negeri yang kedua terbesar di Malaysia dan keluasannya ‘56 keluasan’ Semenanjung Malaysia. Sabah adalah negeri yang ketiga pesat penduduknya di Malaysia. Akan tetapi hanya menerima 10 peratus pembangunan setiap tahun. Untuk pengetahuan, Sabah menghasilkan 30 peratus pengeluaran minyak negara dan pengeluaran terbesar minyak kelapa sawit di Malaysia iaitu sebanyak 28 peratus. Untuk melaksanakan pembangunan mampan dan seimbang, Sabah memerlukan peruntukan yang mencukupi untuk mengurus kesulitan nelayan pantai, dan petani, isu pengurusan sisa buangan, bekalan air untuk luar bandar dan juga di pinggir bandar, pelepasan karbon dan pelupusan sampah sarap, tebatan banjir untuk kampung-kampung dekat bandar dan luar bandar. Bekalan elektrik yang sempurna untuk kampung-kampung
dalam dan luar bandar, sistem penghubungan komunikasi dan multimedia yang sempurna dalam dan luar bandar.
Penempatan setinggan dan menyediakan rumah mampu milik perlu ditangani dengan baik dan strategik. Sistem perparitan yang sempurna...
Yang Berhormat Papar. Boleh sedikit?
Minta maaf. Terlalu banyak untuk dibaca.
Mula-mula Yang Berhormat Papar kata tadi okey, tetapi sekarang Yang Berhormat Papar kata tidak okey pula bajet?
Ini memang tidak okey. Pasal banyak perlu dibaca.
Saya keliru. Saya keliru.
Saya minta maaf dahulu.
Silakan Yang Berhormat Papar. Silakan.
Sistem perparitan yang sempurna, penyelenggaraan longkang dan cerun-cerun. Jalan raya penghubung desa dan pekan yang baik untuk keselesaan penduduk pedalaman dan di pinggir bandar. Tuan Yang di-Pertua, demi menjamin operasi setiap program atau aktiviti dapat memenuhi tanggungjawab dan mencapai sasaran mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Kerajaan telah memberi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dana pembangunan sebanyak RM1.36 bilion. Amaun ini sangat besar. Kami berharap Sabah akan mendapat agihan yang munasabah, memandangkan Sabah masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan, pertanian dan perikanan. Seperti yang kita tahu Ko-Nelayan adalah badan berkanun negeri yang mengutamakan keperluan nelayan pesisir pantai yang terangkum dalam kategori tidak mempunyai peralatan. Namun, menunjukkan keupayaan untuk berjaya dalam aktiviti untuk menyara kehidupan. Peranan dan sumbangan Ko-Nelayan adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan membasmi kemiskinan nelayan, menyediakan infrastruktur asas perikanan, menyediakan kemudahan kompleks perikanan, mengagihkan diesel bersubsidi, mempergiatkan dan memajukan industri akuakultur, memajukan perusahaan tempatan dalam pengeluaran makanan, membangun dan meningkatkan kemahiran. Akan tetapi, projek-projek ini menghadapi kekangan peruntukan kerana dana pembangunan kerajaan amat terhad. Ini menyebabkan Ko-Nelayan mengehadkan jumlah bantuan hanya kepada RM10 ribu kepada setiap seorang. Nilai ini tidak mencukupi untuk melengkapkan peralatan menangkap ikan bagi seorang nelayan. Seperti yang kita tahu, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diperuntukkan RM143 juta dalam butiran 02700. Manakala butiran 040700 - Insentif Hasil Tangkapan Nelayan diberi RM121 juta berbanding dengan RM98 juta sebelumnya. Dana ini membolehkan Ko-Nelayan ingin mengoptimumkan dan melaksanakan komuniti based- programme yang dikendalikannya dengan memohon agar Ko-Nelayan diangkat sebagai sebuah agensi pelaksana di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, agar penyelarasan penyaluran peruntukan pembangunan persekutuan khususnya yang melibatkan sektor perikanan masyarakat nelayan dapat dibuat mengikut keutamaan untuk mengelakkan pertindihan program antara agensi negeri dan agensi persekutuan, demi untuk rakyat mendapat limpahan manfaat yang diingini. Seperti yang kita tahu, nelayan-nelayan pantai di Sabah dan juga di tempat saya, P.175 Papar banyak menghadapi bermacam-macam ancaman kerana kemasukan dan pencerobohan nelayan-nelayan asing laut dalam terutamanya dari Vietnam ke kawasan kami, menyebabkan pendapatan tangkapan mereka merosot hari demi hari. Ini adalah disebabkan oleh pemberian lesen menangkap ikan laut dalam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat yang tidak terkawal. Kita mahu sebarang kelulusan lesen yang diberi oleh Kerajaan Pusat haruslah mendapat persetujuan di peringkat negeri dulu sebelum diluluskan kerana kita tahu mana nelayan yang ada keupayaan selain memudahkan kita membuat pengawalan dari segi
penangkapan ikan. Apa yang terbaik adalah lesen menangkap ikan laut dalam harus dikembalikan kepada Sabah demi memastikan sektor perikanan di Sabah dapat diuruskan dengan baik dan tersusun. Ini juga demi memelihara ekosistem kehidupan marin di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, demi menambah pendapatan negeri Sabah, adalah baik kelulusan lesen eksport makanan laut beku dikembalikan ke Sabah. Logiknya, tangkapan laut dari Sabah dan hasilnya patut dikembalikan kepada Sabah. Jika ini dapat dilaksanakan, maka Sabah boleh membuat polisi untuk membantu nelayan dan ini akan boleh meningkatkan eksport produk makanan laut beku, sekali gus meningkatkan penempatan nelayan tempatan. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah diperuntukkan pembangunan sebanyak RM1.36 bilion. Butiran 0400 - Subsidi Harga Padi diperuntukkan sebanyak RM620 juta berbanding dengan RM506 juta sebelumnya. Kenaikan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap penanaman padi di seluruh negara. Butiran 04500 - Subsidi Baja Padi diperuntukkan RM395 juta berbanding RM232 juta sebelumnya. Butiran 04600 - Insentif Pengeluaran Padi diberi RM460 juta berbanding RM281 juta sebelumnya. Butiran 04800 - Subsidi Benih Padi diperuntukkan RM75 juta. Peruntukan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran beras di negeri Sabah untuk yang ketika ini bergantung kepada beras import. Setakat ini Sabah hanya mengeluarkan beras sebanyak 28 peratus. Bagi mencapai objektif untuk meningkatkan pengeluaran beras, kerajaan negeri menyasarkan untuk membangunkan tanah terbiar di negeri Sabah dengan tanaman padi secara besar-besaran. Kerajaan Negeri Sabah telah mengenal pasti beberapa kawasan terbiar yang sesuai untuk tanaman padi yang melibatkan kira-kira 10 ribu ekar. Sebanyak 3,400 ekar adalah di kawasan di Daerah Papar dan Bongawan. Tumpuan juga diberi kepada beberapa kampung seperti Kampung Pengalat Besar, Kampung Limbahau, Kampung Sempadir, Kampung Gana, Kampong Takis, Kampung Benoni, Kampung Kelanahan, Kampung Tampasak, Kampung Mok, Kampung Limpotong, Kampung Timbangan, Kampung Damai dan banyak lagi kampung. Demi untuk menjayakan program penanaman padi secara besar-besaran, kerajaan mesti membina infrastruktur pengairan dan saliran yang diperlukan untuk menjadikan Daerah Papar sebagai pengeluaran beras yang terbesar di Sabah dengan menggunakan peruntukan yang diberi. Setakat ini, jentera-jentera untuk membajak dan menuai belum lagi disediakan oleh kerajaan secukupnya di mana petani-petani pernah mengalami kerugian kerana tidak ada jentera menuai yang cukup disediakan oleh kerajaan. Malah, maka dana pembangunan kementerian sebanyak RM1.36 bilion dapatlah Kerajaan Negeri Sabah diagihkan dana ini untuk pembangunan pertanian secara adil kerana Sabah adalah negeri mundur. Demi untuk membangun infrastruktur pendidikan yang lengkap dan berkualiti seperti yang dirancang dan menyelaras pelaksana projek fizikal pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.58 bilion. Butiran 0101 sehingga 3504 untuk pendidikan berjumlah RM2.1 bilion berbanding dengan RM1.1 bilion sebelumnya menunjukkan penambahan yang ketara. Manakala, peruntukan untuk pendidikan tinggi juga menunjukkan peningkatan daripada RM2.7 bilion kepada RM2.726 bilion untuk tahun 2020. Dengan bajet ini saya ingin mengemukakan permohonan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi kuasa ekonomi di bidang pendidikan dalam usaha memastikan pelaksanaan pembangunan bidang pelajaran itu diuruskan lebih cekap di negeri Sabah. Sabah perlu autonomi untuk membuat keputusan sendiri supaya hak-hak Sabah boleh diurus dan ditunaikan dengan baik oleh orang-orang Sabah sendiri. Tuan Yang di-Pertua, Sabah ada 1,074 buah sekolah rendah dan 222 buah sekolah menengah, sekolah integriti dua buah, sekolah dalam hospital dua buah, jumlah sekolah semuanya adalah 1,300. Jumlah sekolah daif 587 buah. Keadaan ini dikhuatiri akan membahayakan murid dan guru. Ini termasuk 91 buah sekolah daif yang tidak selamat diduduki dan 22 sekolah daif yang tidak selamat diduduki telah mendapat peruntukan sebanyak RM88 juta.
Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas keprihatinan ini. Kita memang tahu, semua 587 buah sekolah daif di Sabah ini diselesaikan segera tetapi ia memerlukan peruntukan yang besar iaitu sehingga RM3 bilion. Saya merayu
kepada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh Negeri Di Bawah Bayu ini. Untuk permulaan, kita boleh buat sekolah ini secara Private Financial Initiative iaitu PFI. Kita boleh runding dengan ramai kontraktor atau pemodal-pemodal di luar sana yang berminat untuk menyumbang dan berbakti kepada Sabah. Selain bangunan sekolah, sebanyak RM18 juta juga telah diluluskan untuk pelaksanaan projek pembaikan kemudahan sekolah seperti tandas dan pendawaian elektrik. Terima kasih lagi sekali saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran. Baru-baru ini juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta bagi membina bangunan baru Program Pendidikan Khas Integrasi Pendengaran di SMK Datuk Peter Mojuntin di Penampang. Dana sebanyak RM875 ribu untuk pembangunan anak-anak kelainan upaya OKU menerusi Program PPKI. Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan, sebanyak RM783 juta untuk membaik pulih sekolah-sekolah daif pada tahun 2020 terutamanya sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak. Di Sabah, ada sekolah terpaksa dibuat dua sesi, yang tidak ada lagi di Semenanjung Malaysia. Ada sekolah-sekolah yang tiada bekalan elektrik, ada sekolah- sekolah yang tiada bekalan air, ada sekolah-sekolah yang tiada liputan internet, ada sekolah yang tiada asrama. Ada asrama, tiada katil dan tilam. Maka dengan bajet ini dapatlah kiranya dana ini disalurkan untuk pembaikan dan membina baru sekolah-sekolah yang daif ini. Kita seharusnya tidak memandang ringan bahawa ada 14 buah sekolah rendah yang jauh dari Pekan Papar. Kebanyakan keluarga daripada pedalaman ini sangat susah untuk mereka menghantar anak-anak mereka ke Tingkatan 1 di Pekan Papar dan Pekan Kinarut. Ramai di antara murid ini akan berhenti sekolah disebabkan ketidakmampuan menampung tambang bas harian ke sekolah. Disebabkan oleh permasalahan ini, kerajaan harus membina sebuah sekolah menengah di Jalan Papar Lama antara Kampung Gana dan Kampung Marang atas tanah yang sudah dikenal pasti. Selain daripada sekolah-sekolah, banyak lagi pembangunan yang akan dimohon di atas tanah ini yang telah disediakan, seperti sekolah TVET, sekolah sukan, rumah-rumah kedai, balai bomba, hospital yang serba moden, dan banyak lagi untuk kesejahteraan rakyat. Parlimen- P175 merangkumi DUN Pantai Manis dan DUN Kawang serta DUN Limbahau. Kawasan ini mempunyai tidak kurang daripada 79 buah kampung di pedalaman. Ini tidak termasuk kampung-kampung yang belum berdaftar. Ketiadaan klinik-klinik desa juga menyebabkan orang-orang kampung di hulu-hulu dan pedalaman susah hendak mendapat rawatan kesihatan yang sepatutnya- menyebabkan ramai pesakit-pesakit lewat datang mendapatkan rawatan perubatan di peringkat awal. Daripada bajet yang ada, tidak mustahil kerajaan boleh membina hospital di tempat yang strategik di pedalaman supaya orang kampung ini dapat rawatan kesihatan di peringkat awal. Tuan Yang di-Pertua, memang pada realitinya banyak lagi penambahbaikan yang harus dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan, di samping menaik taraf banyak hospital yang ada di Sabah. Kita inginkan yang terbaik untuk pesakit-pesakit kita selain menempatkan doktor-doktor pakar di hospital di seluruh Sabah. Setiap hospital harus dilengkapi dengan alat-alat keperluan seperti MRI CT Scan dan hemodialisis. Apa yang menyedihkan ialah, semua alat mesin yang diberikan tidak mencukupi. Saya terkejut apabila diberitahu di seluruh Sabah hanya ada tiga MRI, lapan CT Scan, dan hanya sebanyak 138 buah hemodialisis. Bagi melaksanakan Dasar Strategi Pembangunan Luar Bandar, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.2 bilion berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jumlah bekalan elektrik luar bandar telah diperuntukkan sebanyak RM542 juta berbanding tahun sebelumnya. Bekalan air bandar juga mendapat peruntukan sebanyak RM350 juta berbanding RM203 juta sebelumnya. Sebagai contoh, pada waktu kemarau, penduduk-penduduk yang bergantung kepada graviti akan merasa kesusahan kerana takungan air graviti yang kering. Di waktu kemarau juga, akan berlaku kebakaran di mana banyak poly pipe yang digunakan untuk menyalurkan air ke rumah-rumah- banyak yang terbakar...
Masa habis.
...Kerana poly pipe ini hanya diletakkan di atas tanah.
Masa kecemasan.
...Ini menyebabkan penduduk kampung terputus bekalan. Bayangkan kalau kita tidak ada air. Jalan raya yang buruk dan berlubang-lubang menyebabkan orang-orang kampung akan menyedut debu di waktu kemarau dan bermain lumpur di waktu hujan...
Sila gulung Yang Berhormat.
Ini adalah berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Hanya kereta pacuan empat roda sahaja yang boleh melalui perjalanan ini. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kepada kementerian-kementerian berkenaan supaya tidak serik meluluskan permohonan Wakil Rakyat dari Sabah terutamanya daripada P175. Setiap permohonan yang diluluskan adalah untuk kemudahan rakyat setempat. Ini secara langsung akan menaikkan kepercayaan mereka ke atas Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih daun keladi; Kerana sudi menolong kami; Kalau ada kesulitan nanti; Diharap sudi membantu lagi. Sempena Kempen Tabung Pahlawan, saya merayu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menderma semampunya sebagai menghargai dan mengenang pengorbanan pahlawan veteran kita dengan – mun inda bakari indakan barisi mari, mun bukan kita ni siapa lagi, mun bukan sekarang pabila lagi. Jadi saya menyokong bajet ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sekarang saya menjemput mengikut senarai Yang Berhormat Kubang Kerian, ada tidak? Yang Berhormat Pasir Mas. Tidak ada juga. Baiklah Yang Berhormat Wangsa Maju... [Disampuk] Oh, Yang Berhormat Kubang Kerian ada. Okey, Yang Berhormat Wangsa Maju selepas Yang Berhormat Kubang Kerian. Silakan.
Boleh saya teruskan?
Tidak, tidak. Kita beri kesempatan kepada Yang Berhormat Kubang Kerian. Kalau tidak, lari saya punya senarai.
Tarik nafas dahulu Yang Berhormat Kubang Kerian. Tidak ada.
Insya-Allah, terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kerana beri ruang kepada saya untuk mengambil bahagian perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan pada kali ini. Saya mulakan dengan memetik suatu ayat daripada Surah Al-Maidah, ayat kelapan. Firman Allah Taala... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan jangan kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, ia lebih dekat dengan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. Keadilan menurut perspektif Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ibnu Ashur menghuraikan keadilan adalah suatu keadaan yang harmoni di mana setiap sesuatu itu terletak pada tempatnya yang betul serta sesuai, dan ia berfungsi mengikut aturan yang sepatutnya.
Segelintir pihak menyamakan konsep keadilan dengan kesamarataan. Kesamarataan yang diperjuangkan daripada perspektif hak asasi manusia hanya mementingkan kebebasan dan persamaan hak kepada semua. Sebagai contoh Sayidina Umar Al-Khatab r.a menetapkan kadar ‘usyur ataupun 1/10 percukaian ke atas peniaga yang menjalankan perniagaan dalam negara Islam berbeza keadaannya, di mana orang Islam diletakkan pada kadar 2.5 peratus. Manakala peniaga luar yang bukan Islam, yang tidak memusuhi Islam pada kadar 5 peratus kerana dia berniaga dalam negara Islam. Cukai jizyah dikenakan ke atas orang bukan Islam berbeza tahap pendapatan, kadar cukai kharaj juga berbeza mengikut jenis tanaman, keluasan tanahnya. Penetapan kadar diukur berdasarkan keadilan, bukan kesamarataan.
Tuan Yang di-Pertua, Dasar Ekonomi Baru 2.0. Dasar Ekonomi Baru 1971 digubal untuk perpaduan rakyat, merapatkan jurang kaya dan miskin khususnya di antara kaum dan menghapuskan identifikasi kaum berdasarkan ekonomi. Dampak peninggalan dasar ekonomi penjajah kadar kemiskinan orang Melayu Bumiputera ialah 60 peratus berbanding kaum Cina, 26 peratus dan kaum India 39 peratus. Pendapatan purata isi rumah sebulan bagi orang Melayu ialah RM172, manakala kaum Cina RM354 dan kaum India RM304. Hampir 50 tahun pelaksanaan DEB, pendapatan isi rumah bulanan menengah atau medium mengikut kumpulan etnik tahun 2016, merekodkan Bumiputera sebanyak 4,846, manakala kaum Cina 6,582 dan kaum India 5,428. Sementara itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berucap di pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama pada 5 Oktober lalu, mendakwa ekuiti korporat Bumiputera hanya pada paras 16 peratus pada tahun 2015. Sebaliknya ekuiti korporat warga asing melangkau sasaran asal 30 peratus yakni mencecah 45 peratus. Dasar Ekonomi Baru 2.0 perlu diperkenalkan dengan perubahan struktur dan pengubahsuaian matlamat dasar afirmatif, misi terus dilaksanakan. Bekas Pengurus Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Wahid Omar mencadangkan untuk kerajaan mempertimbangkan Akta Peluang Saksama bagi merealisasikan matlamat baharu ini. Paling penting aktiviti kronisme, rasuah dan penyelewengan perlu ditentang habis-habisan. Tuan Yang di-Pertua, pencabulan konsep federalisme fiskal. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan secara sistematik pembahagian bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Dalam konsep ini, Kerajaan Persekutuan mempunyai authority untuk memungut hasil cukai yang dibenarkan. Begitu juga bagi kerajaan negeri dan juga ia mempunyai hak untuk memungut cukai seperti tanah, cukai galian, faedah bayaran serta servis dan royalti petroleum. Bajet Terengganu tahun 2019 menjangkau hasil yang akan diperoleh oleh kerajaan negeri sebanyak RM2 bilion di mana 86 peratus daripadanya dianggarkan akan diperoleh daripada royalti minyak atau wang tunai petroleum. Namun Kementerian Kewangan telah memotong 25 peratus daripada royalti tersebut kerana hutang yang masih belum dijelaskan. Walhal hutang tersebut boleh dibayar pada kadar yang lebih rendah dan mesti mengambil kira hutang Kerajaan Persekutuan pada Kerajaan Terengganu sebanyak RM1.4 bilion yang masih lagi belum di bayar kepada kerajaan negeri. Di Kelantan pembayaran RM15.7 juta dalam bentuk wang ihsan bukanlah royalti sebagaimana yang didakwa. Kita menuntut supaya Kerajaan Pusat dalam reformasi sistem yang diperjuangkan untuk memastikan bahawa royalti minyak ini dibayar sebagaimana perjanjian yang dibuat. Tidak ada istilah wang ihsan dalam perjanjian dengan Petronas.
Yang Berhormat Kubang Kerian. Pontian.
Sila.
Saya difahamkan dalam bab royalti ini, mula-mula mereka berjanji hendak bagi 20 peratus daripada hasil pengeluaran. Selepas itu ditukar kepada 20 peratus kepada keuntungan. Itu sudah tidak menepati janji. Kedua, saya difahamkan bahawa Yang Amat Berhormat Langkawi telah meluluskan tetapi wang itu tidak diberi oleh Yang Berhormat Bagan. Apa yang saya hendak tanya Yang
Berhormat Bagan kah lebih berkuasa atau Yang Berhormat Langkawi kah yang lebih berkuasa?
Terima kasih. Pertama saya ingin jelaskan terima kasih dan saya harap masukkan sebahagian daripada ucapan saya. Perjanjian ialah dalam bentuk pengeluaran, bukan bersih, bukan net. Maka kerana itu sebarang usaha untuk menukar kaedah perjanjian itu bercanggah dengan apa yang sepatutnya. Saya difahamkan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian bahawa arahan kementerian dalam Mesyuarat Kabinet telah pun meluluskan tetapi ada halangan di peringkat Kementerian Kewangan. Perkara ini sepatut tidak berlaku sebab standard keputusan Kabinet mesti dilaksanakan oleh mana-mana pihak kementerian. Kita harapkan bahawa kerajaan dapat melunaskan janji sebagaimana yang telah pun disebut berulang-ulang kali dalam setiap kali isu ini dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu tiga isu utama berkaitan sistem percukaian di Malaysia:- (i) pelarian cukai; (ii) ketirisan cukai; dan (iii) ketidakcekapan dalam kutipan hasil. Pada akhir tahun 2017, hanya 7.8 peratus iaitu 61 ribu saja syarikat yang tertakluk kepada cukai. Walhal jumlah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak 776,000. Pada masa yang sama hanya 15.5 peratus atau 2.48 juta tenaga kerja sahaja tertakluk kepada cukai pendapatan individu. Perkara ini perlu difokuskan oleh kerajaan terutama dalam memerangi syarikat-syarikat yang lari daripada pelaksanaan SST yang tidak telus. Kerajaan Persekutuan menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Cukai (TRC) pada bulan September 2018. Berdasarkan cadangan TRC, beberapa percukaian telah diperkenalkan seperti levi pelepasan, duti eksais minuman bergula dan cukai perkhidmatan atau perkhidmatan digital untuk meluaskan asas hasil cukai. Pada tahun 2020 tiada penambahan cukai baru dibuat melainkan pengenalan banjaran pendapatan bercukai melebihi 2 juta pada kadar 30 peratus. Ini saya fikir perlu disemak balik sebab kalau kita lihat pada kedudukan T20 di negara kita, pencapaian tentulah lebih besar daripada apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan yang mulia ini. Pada tahun 2020 banyak insentif baru pakej galakan dan lanjutan pelepasan cukai diperkenalkan. Persoalannya, berapakah jangkaan hasil pendapatan daripada cukai baharu tersebut. Adakah insentif dan galakan cukai yang telah diumumkan akan memenuhi secara optimum objektif kewangan kerajaan atau sebaliknya yang akan menyebabkan ketirisan dan lebih banyak lagi kehilangan hasil yang akan berlaku. Sebagai contoh mengapa kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan cukai dosa atau sin tax. Hasil daripada cukai ini ialah pada tahun 2017, mencecah RM6 bilion, kira-kira 10 peratus daripada jumlah cukai yang tidak langsung iaitu sebanyak RM60.5 bilion. Sekiranya duti eksais ke atas minuman bergula boleh dikenakan untuk memulihkan tahap kesihatan rakyat, mengapa tidak cukai dosa ataupun sin tax ini boleh menutup pintu-pintu kefasadan dan kerosakan dalam negara kita. Tuan Yang di-Pertua, sistem sokongan kepada kemiskinan. Ada beberapa isu yang perlu diberi perhatian juga ialah soal kerajaan perlu menyediakan sistem sokongan kepada mereka berdepan dengan situasi kritikal contohnya kematian mengejut. Terdapat keluarga yang kehilangan sumber hasil secara mengejut, sebagai contoh kalau suami pemandu lori bekerja dengan syarikat swasta dan dia satu-satunya punca ekonomi bagi keluarga. Bila berlaku kemalangan dan dia tidak dapat perlindungan PERKESO dan sebagainya, di waktu itu kehidupan keluarga sangat terjejas kerana terus terhenti sumber pendapatan, sumber ekonomi dia. Saya fikir kerajaan perlu melihat perkara ini sebab setiap tahun kita dapati aduan kepada kes-kes begini makin hari makin banyak. Perlunya satu mekanisme di cari bagi mengatasi sama ada dalam bentuk tabungan kebajikan kepada insiden yang berlaku seperti yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu RM10 juta yang diperuntukkan kepada E-Sports. Saya melihat ini salah satu di antara usaha yang dibuat. Persoalannya ialah Al-Quran sering
kali menyebut, Allah SWT menyebut kepada kita soal kebimbangan terhadap golongan yang lara. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman jangan harta benda kamu dan anak-pinak kamu melekakan kamu daripada mengingati Allah ‘’ Isu E- Sports ini, walaupun ia suatu usaha baru untuk mendapatkan menjana hasil tetapi ke mana sebenarnya hala tuju yang kita hendak bawa pada belia kita. Apakah mereka akan duduk depan komputer berjam-jam masa menghabiskan waktu dalam keadaan tidak ada perkembangan fizikalnya bagi masa depan. Saya terus-terang menyatakan bahawa kebimbangan terhadap usaha ini boleh menjurus kepada elemen perjudian yang payah nanti dikawal oleh pihak kerajaan. Oleh kerana itu satu mekanisme yang teliti perlu dibuat supaya perkembangan teknologi E-Sports walaupun dana RM10 juta diperuntukkan bagi pembangunan tersebut perlu diteliti supaya generasi muda masa depan ini tidak habis masa kepada perkara- perkara yang lebih leka, lebih lara berbanding sesuatu benda yang bermanfaat bagi dirinya dan masa depan negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sudah dua syarikat utama iaitu Media Prima dan Astro Malaysia diberi fokus kepada segmen e-Sport yang menjana global audience sehingga mencecah 550 ribu menjelang tahun 2021. Jadi persoalannya, adakah ia benar-benar satu langkah bermanfaat di kalangan anak muda sebab mereka inilah pemimpin masa depan yang perlu diberi fokus kepada ketiga-tiga elemen- fizikalnya, spiritualnya dan mindanya. Bukan hanya kepada satu, dua elemen dan mengabaikan elemen-elemen yang lain. Di waktu yang sama semalam kita mendengar pembentangan yang telah pun dibuat berhubung dengan meningkatnya gejala mental- pesakit dan penyakit mental di kalangan rakyat Malaysia. Sehingga ada yang bunuh diri di tahap umur 12 tahun, dan kes buli yang berlaku yang semakin hari semakin meningkat. Saya fikir perlunya satu mekanisme dicari supaya pembinaan generasi ini tidak hanya fokus kepada sistem pendidikan yang berdasarkan exam oriented sahaja. Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan itu...
Yang Berhormat Kubang Kerian, sedikit.
Yang Berhormat Paya Besar minta laluan.
Sila.
Yang Berhormat Paya Besar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian berkaitan dasar Kerajaan Pakatan Harapan hari ini, seolah-olahnya ingin mengikut trend, maknanya kalau dahulu diperkenalkan digital ekonomi dan sekarang pun diperkasakan digital ekonomi sebagaimana tambahan lagi sebanyak RM10 juta atas Bajet 2019 iaitu menjadikan sebanyak RM20 juta untuk e-Sport. Akan tetapi persoalannya, adakah Kerajaan Pakatan Harapan betul-betul mengamalkan kehendak anak muda iaitu kebebasan bersuara. Ini kerana apa yang berlaku pada hari ini Yang Berhormat Kubang Kerian, banyak laman web-laman web, akaun-akaun Facebook yang agak kritikal terhadap kerajaan diusahakan oleh anak muda, telah ditutup, dan bagaimana pandangan Yang Berhormat Kubang Kerian. Adakah ini sebenarnya mereka memilih berkaitan apa yang mereka mahu, tetapi mereka menutup apa yang tidak memberi keuntungan kepada kerajaan, apa yang berlaku pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya ingat ini boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Saya menyokong penuh bahawa sepatutnya anak muda ini bukan sahaja kita meraikan dia punya keperluan, tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan ialah menentukan hala tuju. Tidak semua benda kita harus ikut kehendak, kerajaan bertanggungjawab untuk memandu belia kita ke arah mana masa depan yang kerajaan inginkan.
Oleh sebab itu, satu dasar belia yang lebih kompetitif perlu diadakan, bukan hanya menjurus kepada nilai-nilai yang bersifat fizikal semata-mata dan kita menyekat minda anak muda, kebebasan mereka, walaupun ini disebut berulang kali dalam Kerajaan Pakatan Harapan, untuk memberi keluasan kepada kebebasan bersuara, bercakap, bersuara dan sebagainya. Kita pernah cadangkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya kerajaan mewujudkan Speaker’s Corner bagi melatih anak muda kita, bukan hanya berani dalam media sosial, tetapi berani tampil ke hadapan dan kerajaan bersedia mendengar pandangan rakyat secara terbuka. Ini saya fikir salah satu mekanisme, supaya kita buat anjakan- anjakan terhadap perubahan yang kita inginkan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh juga soal tindakan kerajaan untuk menutup plaza tol. Kita melihat sebenarnya ada beberapa aspek yang perlu juga dilihat secara menyeluruh. Rungutan sering kali disuarakan dalam banyak media sosial dan media arus perdana yang ada berhubung dengan beberapa tol yang sepatutnya disemak oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, Tol Gombak, Tol Karak, Tol Bentong. Pertamanya tol-tol ini adalah tol yang paling lama di Malaysia. Jikalau yang paling lama kerajaan tidak boleh hapus, kenapa kerajaan dok hapus tol-tol baru. Walaupun kita menyokong tindakan menghapuskan tol sepenuhnya. Akan tetapi yang besarnya ialah ketiga-tiga tol ini menjadi penyumbang kepada kesesakan lalu lintas, terutamanya musim-musim perayaan. Satu mekanisme perlu dibuat supaya pembayar tol tidak perlu berhenti dua, tiga tol. Sebagai contoh, dia perlu mengambil kad pada waktu dia keluar dan bayar pada tol penghujung sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat bayangkan, mereka terpaksa berbaris di setiap tol, Tol Bentong, Tol Karak sampai Tol Gombak waktu pergi dan waktu balik. Satu mekanisme perlu dicari supaya, musim-musim perayaan ini - kegagalan konsesi tol memberi kebajikan kepada pengguna adalah satu tindakan yang tidak wajar diteruskan. Saya minta, supaya juga disemak tentang laluan daripada Bentong ke Karak yang saya fikir tidak mencapai tahap piawaian lebuh raya sebenar dengan corner-nya, dengan bengkang bengkok sebagainya...
Yang Berhormat Kubang Kerian, boleh sedikit. Bukankah tol sudah percuma, apabila kerajaan sudah bertukar, masih adakah?
[Dewan ketawa]
Oh! Saya minta maaf, mungkin saya silap. Saya ingat- pagi tadi saya lalu, kena bayar lagi, kena bayar lagi, masih belum. Terima kasih kerana mengingatkan kerajaan sebelah sana supaya tunaikan janji. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, soal pendidikan. Walaupun kami mengalu-alukan tindakan memberi makan kepada pelajar-pelajar, tetapi kerajaan juga perlu menyemak tentang waktu belajar. Sebenarnya kalau kita mengekalkan tempoh pembelajaran atau waktu masuk kelas pukul 7 pagi, ataupun 7.15 minit pagi, ini menyebabkan kelam kabut. Semua kita ada anak, kita tahu bagaimana kelam kabut nya pagi-pagi anak kita hendak diuruskan. Ini kerana mereka terpaksa bekerja ke sekolah dan kena berada ke sekolah pada pukul 7 pagi. Memang tidak sempat minum, setokin pun kadang-kadang ambil setokin ibu sahaja. Saya fikir kerajaan perlu menyemak kembali supaya waktu belajar dapat dianjakkan sedikit. Saya tengok beberapa buah negeri, dia mula pada pukul 8 pagi, ada negeri mula pada pukul 7.30 minit pagi atau 7.45 minit pagi. Saya fikir ini lebih reasonable bagi ibu bapa supaya anak-anak kita tidak kelam kabut. Bagi kita orang Islam, kadang-kadang tidak sempat hendak solat subuh, anak-anak terpaksa solat di sekolah. Kita tahu kalau anak sampai awal, itu pun satu masalah yang berlaku, aduan daripada pihak-pihak guru dan kita harap supaya dapat disemak kembali, kalau boleh dianjakkan waktu pembelajaran. Saya pergi ke Sabah dan Sarawak, saya rasa seronok di sana, sebab mereka setengah jam lebih lewat daripada kita. Ini menyebabkan mereka tidak kelam kabut sebagaimana di Semenanjung. Kalau boleh ini dapat disemak kembali supaya masa pembelajaran dan bebanan guru-guru dapat diberi perhatian. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya lihat bahawa belanjawan ini seolah-olahnya satu perbincangan di kalangan menteri-menteri...
Yang Berhormat Kubang Kerian, sedikit penjelasan daripada Sik.
Ya.
Sedikit sahaja. Hendak minta pandangan satu tulisan oleh Yang Berhormat Sepang, Timbalan Menteri dalam Facebook- nya. Saya baca ya “Tadi di dalam Dewan Rakyat, saya terasa juga seakan diri saya berada di dalam surau mendengar tazkirah Zohor, bila ada Yang Berhormat bangkang bajet. Maaflah hari ini rasa macam-macamlah. Ada rasa macam dengar tazkirah. Ada pula yang bila kita dengar, tekak rasa loya pula” Adakah kita menganggap Yang Berhormat Sepang ini tidak suka mendengar nasihat daripada pembangkang.
Saya ingat Yang Berhormat Sepang ini mengandung, loya-loya ini biasanya orang mengandung sahaja yang hendak muntah...
[Dewan ketawa]
Kita menghormati pandangan semua pihak. Kalau kita lihat bahawa setiap Ahli Parlimen ada hak untuk mengemukakan pandangan dia di peringkat Dasar. Jangan kerana kita tidak setuju, kita kompelin orang lain. Yang Berhormat Timbalan Menteri dia kena jawab betullah. Saya hendak quote-kan, kenapa waktu beliau membentang, Dewan menjadi riuh rendah? Tanpa tidak dapat dikawal. Sedangkan jawapan Timbalan Menteri yang lain atau Menteri lain, okey sahaja. Ini bermakna apa yang berlaku ini masalah dia, masalah dia. Jadi saya cadangkan dia semak kesihatannya lah. Berapa bulan sudah...
[Dewan ketawa]
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Akhir sekali Tuan Yang di- Pertua, saya...
Yang Berhormat PD, take note itu.
Akhir sekali saya melihat bahawa Belanjawan 2020 ini adalah belanjawan rutin biasa dan tidak ada suatu mekanisme ataupun galakan untuk menarik pelabur asing kepada negara kita dan memastikan tukaran wang asing kita dapat distabilkan. Terus terang saya sebut bahawa, kita bimbang terhadap pengaliran keluar mata wang negara kita terutamanya oleh pekerja asing kerana mereka ini tidak dikenakan sebarang taxs oleh pihak kerajaan. Mereka boleh dapat gaji dan mereka terus masuk akaun dia di luar negara. Berapa bilion keluar setahun? Saya cadangkan supaya satu semakan dibuat terhadap sistem percukaian pekerja asing di Malaysia. Sebagai contoh di Singapore, dia mengehadkan dan berapa jumlah yang boleh dikeluarkan supaya sekurang-kurangnya dana yang dalam negara dapat dimanfaatkan dalam tempoh tertentu. Sebagai contoh, memastikan bahawa warga asing, pekerja asing juga mesti membayar KWSP ataupun membayar skim percukaian kita yang hanya dapat diambil setelah mereka tamat kontrak pekerja. Ini akan dapat membantu majikan supaya pekerja tidak lari daripada majikan, sehingga tamat perjanjian mereka. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumusalam. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sekarang giliran Yang Berhormat Wangsa Maju.
Tuan Yang di-Pertua?
Ya, masa sudah habis ya Yang Berhormat?
Ambil perhatian, kita hendak bahas tentang belanjawan, tetapi tidak ada Menteri atau Timbalan Menteri Kewangan, bagaimana itu ya? Terima kasih.
Betul, betul, betul.
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, semalam sudah...
Ini yang mengecewakan kami juga...
Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2020 telah menunjukkan hasrat Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk mendorong ekonomi digital dan menarik pelaburan bertaraf dunia ke negara ini. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh ekonomi dunia yang tidak menentu, sebahagian besar daripada peruntukan pembangunan telah disalurkan kepada pelbagai program kebajikan dan subsidi untuk membantu golongan miskin. Walaupun peruntukan untuk skim kebajikan tradisional untuk mereka seperti warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal adalah hanya sebanyak RM973 juta, tetapi Bantuan Sara Hidup bagi kumpulan B40 ini mencecah sehingga RM5 bilion dan Skim "Rent-to-Own" (RTO) iaitu subsidi perumahan mencecah sebanyak RM1.3 bilion. Di samping itu, subsidi yang diberikan kepada petani padi, nelayan dan pekebun kecil FELDA, juga bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan mereka dan bukan untuk meningkatkan pengeluaran ladang atau hasil mereka. Kami memahami bahawa apabila pelaburan dari sektor swasta perlahan. Kerajaan perlu menyuntik dana atau modal ke pasaran untuk merangsang ekonomi. Ini supaya orang miskin yang menghadapi masalah kewangan tidak akan kehilangan pekerjaan dan dapat meneruskan hidup. Akan tetapi, kita perlu ingat bahawa bantuan kewangan seperti ini akan terus pergi untuk consumption dan tidak akan menjana pendapatan masa depan. Dalam erti kata lain, allowance sara hidup dan subsidi yang diberikan pada tahun ini akan ditanggung lagi pada tahun seterusnya. Oleh itu, dalam usaha untuk mengurangkan komitmen kewangan kerajaan yang semakin meningkat, jumlah peruntukan pembangunan yang seimbang mesti disalurkan kepada projek-projek dan program-program yang akan membawa kepada pembangunan ekonomi berterusan dan mampan. Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua strategi utama untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi seperti yang digariskan dalam Bajet 2020 iaitu pembangunan ekonomi digital dan teknologi pembuatan tinggi telah diberikan peruntukan yang munasabah iaitu kira-kira sebanyak RM23 bilion bagi pembangunan digital ekonomi dalam tempoh lima tahun dan kira-kira sebanyak RM6.5 bilion bagi sektor pembuatan pada tahun 2020 dalam pelbagai bentuk geran pembangunan infrastruktur dan pinjaman. Walau bagaimanapun, pelancongan yang juga dikenal pasti sebagai industri yang disediakan teras untuk pertumbuhan, kementerian hanya menerima peruntukan yang tidak ketara iaitu sebanyak RM187 juta sahaja. Tentunya peruntukan kecil ini tidak mencerminkan kepentingannya sebagai industri yang disasarkan untuk pertumbuhan. Saya telah menegaskan di dalam Dewan sebelum ini, industri pelancongan mempunyai kesan yang paling cepat kepada meningkatkan pendapatan mereka yang terlibat di dalam industri, terutama bagi pemain kecil seperti pemandu teksi, pemilik restoran, penjaja dan peniaga yang menjual cenderamata. Apa sahaja yang dibelanjakan oleh pelancong akan terus masuk ke poket mereka. Kita semua sedari hakikat ini. Kerajaan juga bersetuju untuk mempromosikan industri ini. Malangnya, kita masih belum melihat tindakan nyata. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu pindah kepada isu pertanian sekarang. Sektor pertanian dan industri pertanian telah menerima sebahagian besar daripada peruntukan pembangunan. Akan tetapi, saya kecewa bahawa penanam sayur-sayuran dan buah- buahan ini telah dikecualikan daripada bantuan kerajaan. Selain kekurangan alat bantuan kerajaan, kumpulan petani ini juga menghadapi masalah kekurangan tanah. Terdapat kira- kira 100,000 hektar tanah terbiar di negara ini. Selain daripada itu, terdapat juga tanah-tanah yang tidak digunakan dengan sepenuhnya dipegang oleh agensi-agensi kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Tanah-tanah ini sepatutnya diberikan untuk aktiviti penanaman. Mungkin ia sangat sukar...
Yang Berhormat Wangsa Maju?
Yes.
Tuan Yang di-Pertua, sedarkah Yang Berhormat Wangsa Maju bahawa ada tanah-tanah yang peruntukan oleh kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan bertahun-tahun tidak digunakan. Akan tetapi, bila petani mohon untuk menggunakan tanah tersebut untuk bertani, pemilik tanah yang sekarang agensi Kerajaan Persekutuan mengenakan bayaran yang cukup mahal kepada petani-petani, sedangkan bertahun lamanya tanah itu menjadi hutan belantara. Apakah Yang Berhormat Wangsa Maju bercadang untuk mengusulkan kepada kerajaan supaya kerajaan menidakkan kenaan bayaran balik kepada petani-petani asalkan tanah itu ditanam dengan tanaman yang tidak kekal, apa pendapat Yang Berhormat Wangsa Maju tentang ini?
Saya amat setuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani. Ini adalah perkara yang saya ingin bawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri Pertanian dan juga kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Tanah-tanah seperti ini sepatutnya diberikan untuk aktiviti penanaman. Saya setuju bahawa ia mungkin agak susah bagi kerajaan untuk mengambil alih milikan tanah terbiar, milik persendirian. Akan tetapi, ia tidak akan menjadi terlalu sukar bagi kerajaan untuk melepaskan tanah yang dimiliki oleh agensi-agensi kerajaan. Tanah-tanah kerajaan ini boleh dibahagikan kepada lot-lot seluasnya seperti dua hektar sehingga lima hektar, sama ada untuk dipajak dan dijual kepada petani-petani kecil untuk diusahakan dengan harga yang munasabah dan bukan terlalu tinggi. Saya rasa dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja akan menyelesaikan masalah kekurangan tanah untuk penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mengurangkan pengimportan makanan dan seterusnya kita juga akan dapat meningkatkan hasil kerajaan. Kita perlu belajar daripada pengalaman Taiwan dan negara China. Taiwan memulakan reformasi tanah atau land reform pada tahun 50-an. Selepas dua dekad, pertanian Taiwan berkembang. Ia bukan hanya menjadikan petani kaya, tetapi juga menjana modal yang diperlukan untuk pembangunan perindustrian awal pada tahun 80-an dan 90-an. Negara China juga adalah satu lagi contoh yang baik. Apabila negara China meliberalisasikan ekonominya, tanah tidak produktif yang dimiliki oleh commune telah dipajak kepada usahawan swasta untuk pertanian atau aktiviti ekonomi yang lain. Kesannya, ekonomi dan pendapatan berkembang pesat dan komuniti dapat menggunakan tanah untuk pembangunan infrastruktur kampung-kampung mereka. Tuan Yang di-Pertua, sudah jelas kerajaan amat komited untuk membina tenaga kerja industri yang terlatih dengan kemahiran teknikal. Oleh itu, sebanyak RM5.9 bilion telah diperuntukkan untuk latihan TVET. Walau bagaimanapun, jika kita melihat pecahan peruntukan ini, kita dapat melihat bahawa banyak tanah digunakan adalah untuk allowance dan bantuan kewangan lain untuk para pelajar. Jumlah untuk meningkatkan kualiti latihan agak terhad. Dalam usaha untuk menghasilkan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal, untuk membangunkan industri berteknologi tinggi, kita perlu memastikan bahawa kemudahan dan peralatan terkini dan memenuhi keperluan semasa industri digunakan untuk latihan TVET. Untuk tujuan ini, saya rasa kerajaan perlu memberikan keseimbangan yang lebih baik antara bantuan kewangan kepada pelajar TVET dan kemudahan serta peralatan untuk latihan. Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan telah merancang satu roadmap baharu untuk pembangunan ekonomi negara. Dalam pelan ini, hala tujunya jelas. Kini kita perlu bekerjasama untuk membina ekonomi kita. Kita hidup dalam sebuah dunia yang sangat kompetitif, negara-negara jiran kita seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia juga merupakan pesaing kita.
Yang Berhormat Wangsa Maju mungkin boleh teruskan pada 2.30 petang?
Tuan Yang di-Pertua?
Ya.
Saya hanya perlu satu minit sahaja untuk menggulung.
Baiklah, kalau begitu habiskan.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat mereka di negara jiran semua bekerja keras untuk persaingan ini. Akan tetapi, di negara kita, saya kecewa melihat terdapat kumpulan mereka yang enggan bekerja keras sebaliknya bergantung kepada permainan lama mereka iaitu menggunakan isu-isu perkauman dengan tujuan membenarkan mereka menikmati kekayaan negara ini tanpa perlu bekerja keras. Kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk membawa negara kita ke hadapan. Sebenarnya, mereka tidak layak menjadi pemimpin negara baharu ini. Negara kita akan maju ke masa hadapan tanpa mereka. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Sebelum saya menangguhkan Mesyuarat pada 2.30 petang, saya ingin bacakan senarai seterusnya. Selepas ini Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Kudat dan seterusnya. Majlis ditangguhkan sehingga 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan mesyuarat]
Ahli Yang Berhormat majlis Mesyuarat sambung semula. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Bagan Datuk untuk mengambil bahagian. Masa 20 minit, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan untuk melontarkan pandangan bagi memperbahasakan Belanjawan 2020 ini di mana belanjawan yang telah dibentangkan Jumaat lalu merupakan belanjawan yang kedua selepas PRU ke-14. Belanjawan ini merupakan belanjawan terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-11 bermakna ianya merupakan suatu belanjawan yang kritikal dan penting dalam menentukan hala tuju dan masa depan kejayaan negara ini. Rakyat sedang menilai dan melihat prestasi kerajaan dalam tempoh lebih kurang setahun lima bulan ini. Beban hutang negara yang semakin meningkat bermula daripada pengambilalihan kerajaan terdahulu sehingga sekarang cukup mengesankan negara dan rakyat. Hutang negara mengalami peningkatan paling besar sebanyak RM55 bilion antara Tahun 2017, 2018 dan 2019 di mana angka hutang rasmi negara telah meningkat sebanyak RM20.5 bilion yang menjadikan angka rasmi hutang negara kepada RM 761. 5 bilion pada tahun 2019 ini. Saya ingin memetik lontaran pandangan yang...
Yang Berhormat Bagan Datuk.
...diberikan oleh Richard Hanberg yang telah mengutarakan tiga punca utama mengapa peningkatan ekonomi boleh terhalang yang mana salah satunya adalah akibat faktor crushing level of debt dengan izin iaitu tahap penghapusan hutang yang lemah. Sebetulnya saya merasa hairan mengapa kerajaan sekarang sanggup tidak berbuat sebarang langkah yang konstruktif untuk memperbaiki kelemahan ini.
Yang Berhormat Bagan Datuk.
Sila
Belakang, belakang. Kepala Batas, boleh.
Yang Berhormat Kepala Batas.
Terima kasih sebab tadi sebut fasal hutang. Tadi saya rasa angka yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Datuk itu mungkin rendah daripada angka rasmi yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Bank Negara mengeluarkan angka pada waktu ini adalah RM791 bilion bukan RM761 bilion dan satu benda yang saya lihat bahawa kesungguhan yang disebut oleh kerajaan Pakatan Harapan dalam belanjawan yang lalu terutamanya ketika membentang Belanjawan 2019. Salah satu strategi tiga yang saya boleh baca apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Bagan sendiri ialah mengurangkan pegangan kerajaan dalam syarikat bukan strategik dan menggunakan hasil tersebut untuk mengurangkan hutang. Jadi, persoalannya ialah setujukah Yang Berhormat Bagan Datuk bahawa kalau benarlah disposal of assets yang begitu banyak digunakan untuk membayar hutang tentulah akan berlaku pengurangan hutang ataupun sekurang-kurangnya hutang berada pada paras yang sama kalau ia merupakan a debt role over, penggantian kepada hutang yang lama untuk mengurangkan debt servicing cost akan tetapi sebaliknya hutang meningkat dan setakat suku kedua ia sudah sampai ke tahap RM791 bilion. Jadi, setujukah Yang Berhormat Bagan Datuk dan setujukah juga Yang Berhormat Bagan Datuk untuk meminta kerajaan to list down jumlah aset yang telah dilupuskan dan hasil proceed of the disposal of assets itu berapa banyak yang untuk dibayarkan hutang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas saya ingin membetulkan perangkaan tadi dan saya gunakan angka RM791 bilion sebagai angka rasmi dan saya bersetuju untuk memasukkan apa yang beliau tanyakan itu dalam ucapan saya kerana debt role over ini adalah satu kenyataan di mana pengurusan dasar fiskal negara dan dasar ekonomi telah tidak dapat diterjemahkan. Ini memperlihatkan kelemahan dalam penyediaan belanjawan ini walaupun pegawai-pegawai perbendaharaan adalah merupakan pegawai profesional yang telah memberikan input namun pada hemat saya, pandangan-pandangan itu tidak diterima apatah lagi pandangan ahli-ahli profesional dan kumpulan tertentu di luar sana tidak diambil kira. Yang diambil kira ialah pandangan partinya mungkin ataupun pandangan oleh penasihat Ahli Yang Berhormat Bagan yang berkenaan. Saya juga ingin memetik apa yang disebut oleh Penasihat Kanan oleh Institut Penyelidikan Khazanah sahabat saya Dr. Jomo Kwame Sundaram yang pernah memberi gambaran bahawa kerajaan perlu bersedia berdepan zaman sukar akibat ekonomi dunia tidak menentu. Kerajaan juga ternyata telah gagal membaca dengan baik Laporan Unjuran International Monetary Fund (IMF) bagi tahun ini yang secara jelas menyatakan yang pertumbuhan ekonomi akan terus merosot akibat faktor dagangan Dunia yang terus lembap dan keyakinan dalam kalangan pelabur semakin merosot. IMF menganggarkan pertumbuhan ekonomi dunia merosot sebanyak 0.3 peratus. Justeru, bajet 2020 yang dibentangkan hanyalah suatu bajet yang cuma mencerminkan satu bajet intelektual melalui percubaan memainkan angka-angka yang mungkin direka sendiri tanpa rujukan pakar-pakar yang telah saya sebutkan tadi. Pada hemat saya, kerajaan sekali lagi dilihat cuba memperbodohkan rakyat akan tetapi sebenarnya mereka tidak berjaya kerana ia mudah dikesan oleh rakyat dengan cukup pantas. Justeru, dapat saya simpulkan, rata-rata penerimaan rakyat terhadap prestasi kerajaan ini adalah terlalu negatif. Majoriti rakyat di luar sana tidak berpuas hati, marah, kecewa dan merasa tertipu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pada hari ini. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berpuas hati itu pun mungkin yang telah termakan dedak basah dan menghampiri tahun kedua memegang tampuk pemerintahan negara sepatutnya, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah boleh untuk membiasakan dirinya sebagai Yang Berhormat Menteri yang tidak berfikiran pembangkang akan tetapi berfikiran sebagai Yang Berhormat Menteri Kerajaan. Namun begitu, apa yang saya lihat ramai di kalangan pemimpin kerajaan hari ini masih memegang watak sebagai pembangkang dengan sifat kepembangkangannya.
Yang Berhormat Bagan sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 ucapan beliau dimulakan dengan kenyataan bersifat provokasi menyalahkan pentadbiran terdahulu dan sangat sarcastic. Beliau terus mengamalkan blame game tetap menyalahkan pihak lain tanpa melakukan self criticism dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, pada setiap kali pembentangan belanjawan antara pengumuman yang dinanti-nantikan oleh rakyat terutamanya golongan M40 dan B40 adalah pengumuman berkaitan dengan inisiatif untuk meringankan kos sara hidup mereka. Dahulu perkara ini sering kali menjadi fokus utama kerajaan namun apa yang dibentangkan pada kali ini adalah amat mengecewakan sekali. Ini kerana, inisiatif kos sara hidup yang diutarakan dilihat seperti hanya melepaskan batuk di tangga. Hari ini saya ingin mengemukakan beberapa bukti bagi menunjukkan kerajaan sememangnya amat kurang mementingkan hal ehwal berkaitan dengan kos sara hidup. Pertamanya, kerajaan telah mengumumkan bahawa pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) yang diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Ini bermakna, kakitangan awam hanya akan dihargai apabila mereka telah meninggal dunia. Jika ini benar ia sungguh malang yang menimpa nasib penjawat-penjawat awam di era kerajaan hari ini. Kita lihat juga perkara yang kedua dalam bajet 2018, kerajaan terdahulu telah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.6 juta kakitangan awam yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion yang sepatutnya dilaksanakan pada Julai 2018. Akan tetapi, pada bajet kali ini kita dapati tidak ada langsung kenaikan gaji untuk penjawat awam tidakkah kerajaan sedar bahawa memberi kenaikan gaji ini adalah penting untuk mengurangkan kos sara hidup mereka pada tahun-tahun yang semakin getir ini. Di manakah tanggungjawab kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam? Perkara ketiga, jumlah keseluruhan peruntukkan Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2020 adalah sebenarnya jauh lebih rendah berbanding BR1M untuk tahun 2018. Saya dapati pentadbiran dahulu telah memperuntukkan sebanyak RM6.8 bilion untuk bantuan BR1M ini. Sebaliknya, kerajaan melalui bajet kali ini hanya memperuntukkan hanya RM5 bilion sahaja. Berlaku pengurangan Bantuan Sara Hidup sebanyak RM1.8 bilion. Ini adalah suatu jumlah yang cukup besar sebenarnya tetapi kalau dahulu kami ditempelak bahawa BR1Malaysi sebagai dedak kini ia masih dedak tetapi dedak basah BSH. Dalam keadaan ini penerima-penerima terus dihina oleh kerajaan walaupun ia merupakan satu usaha tetapi ia hanya melepas batuk di tangga kerana desak-desak dan asakan yang datang daripada bawah. Bilangan penerima juga turut berkurang daripada tujuh juta orang penerima kini berada di tahap lima juta penerima sahaja. Ini bermakna, kerajaan telah mengetepikan seramai kira-kira dua juta rakyat yang pernah menerima BR1Malaysia sebelum ini. Mengapakah hak dua juta rakyat berkenaan dinafikan?
Yang Berhormat Bagan Datuk, hendak tanya sedikit.
Perkara yang keempat.
Mengenai BR1M tadi. Terima kasih. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Bagan Datuk. Sebab yang penerima BR1M ini kebanyakannya dari luar bandar dan dia punya penerima itu tidak kira apa bangsa pun ia adalah across the board. Ada juga bukan bumiputera itu tinggal di luar bandar. Sebab saya sendiri memerhatikan keadaan di kawasan saya. Jadi, saya assume dan mendapat kesimpulan dengan izin bahawa penerima BR1M yang kita beri dahulu adalah orang-orang yang amat memerlukan tidak mengira apa pun bangsa. Jadi, dari segi penurunan bilangannya adakah Yang Berhormat Bagan Datuk bersetuju kalau saya mengatakan ini adalah salah satu cara untuk tidak memikirkan kepentingan orang di luar bandar. Terima kasih.
Sangat benarlah pendapat Yang Berhormat Batang Sadong itu dan boleh dimasukkan di dalam ucapan saya dan saya bersetuju supaya dua juta penerima BR1M terdahulu harus di ambil kita isolated case terpencil kononnya mempunyai lebih daripada tiga kereta telah menerima BR1M dan sebagainya saya fikir satu dengan izin escapism yang patut dielakkan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk program meningkatkan pendapat 11,600 peneroka Felda. Malangnya, jumlah peneroka yang ada di negara ini adalah seramai 112,635 orang peneroka yang berada di 321 tanah rancangan FELDA seluruh negara. Benar Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyebutkan sebanyak RM810 juta telah diperuntukkan untuk FELDA. Namun, kita lihat bahawa peruntukkan itu pecahannya adalah pecahan yang tidak mengambil kira tentang kebajikan kepada peneroka itu sendiri. Ini kerana, hanya 10 peratus sahaja peneroka yang telah dikenal pasti untuk mendapat manfaat daripada peruntukan itu dan tentunya kami di sini amat simpati dengan 90 peratus lagi peneroka-peneroka yang dinafikan haknya di dalam belanjawan berkenaan. Perkara kelima, dalam manifesto kerajaan hari ini mereka telah berjanji untuk menghapuskan hutang-hutang yang tidak wajar kepada semua peneroka Felda. Kita lihat bahawa daripada RM810 juta itu peruntukkan penghapusan faedah hutang adalah RM300 juta. Ertinya, principal atau hutang pokok tidak dikurangkan sebaliknya hanya penghapusan kepada faedah. Ertinya, itu hanya dengan izin accounting system di mana peruntukan sebenarnya tidak diambil kira di dalam perkara itu dan ini merupakan satu pengkelabuan fakta oleh Yang Berhormat Menteri Bagan. Dalam keadaan itulah saya merasakan bahawa penghapusan kira faedah pinjaman peneroka ini adalah merupakan satu pengingkaran janji kepada peneroka Felda yang kononnya dahulu mahu dihapuskan seluruh hutang peneroka Felda itu. Perkara keenam, kerajaan terdahulu telah memberikan RM300.
Yang Berhormat Bagan Datuk. Paya Besar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Datuk. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Bagan Datuk, semasa kempen Pakatan Harapan PRU Ke-14 mengatakan bahawasanya apabila mereka memerintah mereka akan menghapuskan hutang peneroka-peneroka FELDA. Akan tetapi, dalam penghujahan mereka juga mereka mengatakan bahawasanya mereka akan memberi penyata hutang yang terkini kepada peneroka Felda. Sekarang ini sudah hampir dua tahun. Apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Datuk berkaitan penyata hutang FELDA yang masih belum diberikan kepada peneroka-peneroka FELDA. Macam mana dia hendak ambil peratusan. Peratusan mana hendak berdasarkan hutang yang mana? Menimbulkan kecelaruan di peringkat bawah akar umbi bagi peneroka seluruh negara. Terima kasih.
Terima kasih. Saya tidak nampak keikhlasan mereka untuk membantu peneroka FELDA dan kita menuntut supaya kepedulian terhadap peneroka FELDA sebagaimana yang mereka telah lontarkan janjinya untuk dilaksanakan dan saya tidak fikir mereka mempunyai perangkaan atau statistik yang boleh dilandaskan sebagai tindakan yang dilakukan dan saya harap ucapan Yang Berhormat dapat dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Perkara keenam, ingin saya teruskan kerana kerajaan terdahulu telah memberikan RM300 bantuan kepada para nelayan. Pada tahun 2019, kerajaan hari ini telah menghapuskan bantuan ini tetapi setelah diasak bantuan ini dikembalikan semula dengan nilai RM200 apabila diasak lagi pada belanjawan tahun depan ia dinaikkan kepada RM250. Saya fikir mereka adalah kerajaan yang perlu diasak di luar dan daripada kita di dalam. Dalam keadaan itu bukan kerana mereka mahu membantu dengan sensitiviti untuk mengambil kepedulian kepada rakyat tetapi oleh sebab asakan oleh kumpulan-kumpulan sasaran yang mereka merasakan dapat membantu mereka kelak.
Perkara yang ketujuh. Seperti yang semua kita saksikan dalam seluruh teks ucapan Yang Berhormat Bagan, beliau tidak pernah sekali pun menyebut perkataan “PTPTN”. Apakah perkataan ini menjadi suatu yang tabo kepada kerajaan hari ini? Pada saya, ia juga jelas menunjukkan mahasiswa langsung tidak bernilai kepada mereka. Mungkin mereka ini hanya akan kembali bernilai tatkala menjelang PRU Ke-15 nanti? Sesungguhnya kerajaan perlu ingat bahawa dalam manifesto mereka sendiri yang bersetuju untuk melanjutkan tempoh bayaran balik kepada peminjam PTPTN sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4000 sebulan. Malah, mereka satu ketika dahulu pernah menjanjikan pendidikan percuma sekiranya berjaya menawan Putrajaya. Namun, sekarang ini ianya terus lenyap daripada kamus janji manis mu. Maka saya menyeru kepada pelajar-pelajar di IPTA yang di luar sana bahawa dalam PRU nanti, tibalah
masanya jangan terpedaya lagi dengan janji-janji palsu ini sebagaimana lirik sebuah lagu Janji Manis Mu yang ingin saya petik. Hati membeku mengingatkan, Kata janji manis mu, Rakyat dilambung angan-angan, Belaian kasih palsu dari mu, Oh kejamnya! Lidah tidak bertulang... Tuan Yang di-Pertua, ini lirik lagu. Perkara kelapan. Dalam Belanjawan 2020, kerajaan mengumumkan bantuan khas secara One Off sebanyak RM500 kepada setiap imam, bilal, penjaga masjid dan guru takmir. Jumlah ini sebenarnya adalah jauh lebih rendah daripada yang pernah kita berikan semasa Bajet 2018, di mana mereka diberikan sebanyak RM1500 seorang. Selalunya, mereka amat menghargai tetapi jumlah berkenaan adalah terlalu rendah dan seolah-olah seperti satu penghinaan untuk kumpulan ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai royalti minyak. Kerajaan hari ini dalam manifesto pilihan raya lalu berjanji untuk meningkatkan royalti bagi semua negeri termasuk Sarawak dan Sabah. Namun, perkara ini ternyata telah gagal untuk dikemukakan dalam Bajet 2020. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Bagan, kenapakah ia tidak dibawa dalam bajet kali ini? Jika kerajaan perlu meminda Akta Pembangunan Petroleum atau PDA 1974, maka mereka perlulah lakukan kerana ianya telah dijanjikan. Adalah sesuatu yang tidak adil kepada negeri-negeri yang menjadi pengeluar minyak di negara ini jika kerajaan hanya pandai mengambil hasil minyak tetapi gagal memberi pulangan semula kepada negeri yang terbabit. Saya amat simpati kepada Sarawak dan Sabah. Marilah bersama-sama dengan Muafakat Nasional dalam Pilihan raya Umum Ke-15 nanti, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, masa sudah tamat. Sila menggulung.
Saya difahamkan presiden parti diberikan 30 minit, jadi saya minta kelonggaran sedikit.
Saya bagi lima minit tambahan.
Okey, terima kasih. Ini jiran yang baik, selalu begitu. Saya bersetuju di dalam ucapan belanjawan itu untuk ditambah pegawai-pegawai SPRM, dan ditambahkan juga peruntukan SPRM. Biar pun saya di antara orang yang dimangsakan dengan tuduhan, tetapi untuk pembasmian rasuah, saya sokong 100 peratus kerana saya harap SPRM harus dijadikan sebuah agensi, bukan hanya dengan peruntukan yang bertambah, dan juga dengan pertambahan pegawai-pegawai dan kakitangan, saya juga mengharapkan peralatan dan perkakasan di Bahagian Siasatan SPRM harus dicanggihkan, dan ini adalah untuk menaikkan semangat kepada pegawai-pegawai itu. Saya merasakan bahawa kita harus bersama-sama daripada segi hati, daripada segi pemikiran untuk membasmi dan menghapuskan rasuah... [Tepuk] Biarpun saya dituduh melakukan rasuah wang sendiri, melakukan rasuah dengan bukan wang daripada kerajaan, bukan wang daripada derma, bukan wang daripada mana-mana, tetapi yayasan yang ada pada saya sendiri, yang saya bentuk daripada tahun 1997. Akan tetapi tempat ini bukanlah forum untuk saya mempertahankan diri. Lawan tetap lawan di mahkamah untuk saya membuktikan bahawa saya tidak pernah terlibat dalam rasuah. Oleh sebab itu saya amat menyokong, apa yang diberikan oleh Yang Berhormat Bagan untuk memperkukuhkan SPRM...
Yang Berhormat Arau pun nak bela diri kah?
Dalam perkara itu, saya sebutkan bukan untuk membela diri tetapi hanya sekadar untuk menyokong apa yang dilakukan oleh SPRM kecuali Ketua Pesuruhjayanya.
Yang Berhormat, saya tertarik hati dengan ucapan Yang Berhormat dan saya menyokong dengan hebatnya di belakang ini. Akan tetapi sekarang saya nak tanya, apakah Yang Berhormat bersetuju supaya kuasa mendakwa itu diberi kepada SPRM sebab sekarang ini yang mendakwanya ialah Peguam Negara. Jadi Peguam Negara boleh menarik kes itu pada bila-bila masa Peguam Negara berfikir untuk nak tarik balik. Akan tetapi kuasa itu tak dapat kepada SPRM. Apakah kita nak cadangkan supaya SPRM dibagi kuasa untuk mendakwa kerana ada satu kes, kes itu sedang dibicarakan, Peguam Negara tarik balik, padahal SPRM sendiri tak tahu, iaitu kes terowong.
Yang Berhormat Arau, itulah double standard yang sedang berlaku. Sepatutnya apabila SPRM diwujudkan sebagai sebuah suruhanjaya, ada separation of power, dengan izin. Maka, apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya di mana kita tahu tidak pernah seorang ketua paling atas berada di dalam mana-mana perbicaraan sebelum ini tetapi nampak gayanya, appetite dan seleranya cukup tinggi untuk melihat bahawa seseorang yang kena tuduh itu terus dikenakan, sebagai satu persepsi yang negatif, dan dalam perkara itu, tentu apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Arau itu harus diperkirakan juga. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengemukakan beberapa soalan.
Yang Berhormat Bagan Datok, sikit sahaja, sikit sahaja. Saya nak tanya Yang Berhormat Bagan Datok, Pakatan Harapan ini memang berusaha untuk menunaikan manifesto- janji mereka. Akan tetapi apakah pandangan Yang Berhormat Bagan Datok, dalam Janji 15 – Memisahkan Pejabat Pendakwaraya daripada Pejabat Peguam Negara. Mereka telah berjanji dalam manifesto Buku Harapan, ini jelas menyatakan dalam Janji 15. Sepatutnya kuasa pendakwa raya itu dipisahkan daripada Pejabat Peguam Negara bukan seperti apa yang mereka lakukan pada hari ini. Rule the law atau rule of law?
Saya fikir rule of law. Kadang-kadang ada orang sebut law of the jungle.
Yang Berhormat, sila cuba menggulung.
Dalam keadaan itu, ada 40 saat lagi, saya ingin menyebutkan tentang akhirnya kos sara hidup yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan mengatakan kadar inflasi terlalu rendah dan juga Indeks Harga Pengguna – kita adalah negara yang terendah. Saya ingin membandingkan. Di Malaysia, indeks ialah 121.5, Filipina - 120.2, Singapura - 100.2, Vietnam - 112.6. Thailand - 103.0. Dalam perkara ini di dalam Worldwide Cost of Living Survey 2017, ianya disokong oleh Bank Negara, menunjukkan bahawa tidak ada perimbangan di antara pendapatan dengan Indeks Harga Pengguna, dan saya harap dalam soal ini, terkait dengan Indeks Keyakinan Pengguna menunjukkan rakyat sekarang kurang yakin untuk berbelanja, dan mengikut kajian pada suku ketiga tahun 2018, mata Indeks Keyakinan Pengguna berada pada tahap 127 mata berbanding pada suku kedua tahun ini, di mana mata indeks telah menjunam kepada 110. Datuk Yang di-Pertua, dah datuk kah, belum? Saya harap DAP akan terima Datukship dan mana-mana yang telah menerima Datukship, saya harap tidak dipecat daripada parti atau dilakukan impeachment. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatauh.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datok.
Ini pasal Tuan Yang di-Pertua bukan penyokong Setiausaha Agung DAP. Oh, sorry. Minta maaf.
Yang Berhormat Arau jangan merayau, jangan merepek dalam Dewan yang mulia ini.
Ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Datuk atas kerjasama yang diberikan. Tahun lepas semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan, Dewan yang mulia ini berjaya memberi ruang dan peluang kepada seramai 134 orang ahli Parlimen untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Itu merupakan satu rekod baru. Tetapi tahun ini setakat saat ini hanya 25 orang sahaja ahli Parlimen. Oleh kerana itu saya minta kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi masa yang diperuntukkan. Masa masih lagi 20 minit, belum dipendekkan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengalu-alukan pemimpin-pemimpin masyarakat daripada Parlimen Jeli yang melawat Dewan Parlimen hari ini. [Tepuk] . Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan pembentangan Bajet 2020 dengan tema “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke arah Kemakmuran Bersama”. Ini mengorak langkah terhadap matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu menyediakan taraf hidup yang wajar atau dalam bahasa Inggeris decent standard of living kepada semua rakyat Malaysia menjelang tahun 2030. Angka-angka pertumbuhan ekonomi memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan suku kedua 2019 iaitu 4.9%, inflasi pada 0.2% dalam separuh pertama 2019 dan kadar inflasi dijangka pada 0.9% untuk tahun 2019. Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili dari kawasan Bukit Bendera dan ingin membicarakan tentang Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang mempunyai dua enjin pertumbuhan yang penting iaitu dari segi perindustrian ataupun pembuatan dan juga pelancongan. Saya mengalu-alukan pengumuman Bajet bahawa kerangka insentif pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan serta pakej galakan istimewa dan insentif di bawah Akta Cukai Pendapatan akan dirombak dan siap pada tahun 2021. Industri pembuatan di Pulau Pinang ataupun mendapat mana silicon valley of the east, mendapat suntikan baru untuk mengambil peluang yang ada pada Industri Revolution 4.0 serta peluang baru di bawah perang dagang antara US juga negara China. Insentif-insentif pelaburan serta usaha baru pelaburan perlu dilipatgandakan untuk memperkukuhkan ekosistem pelaburan di Pulau Pinang. Di samping itu dalam pengumuman bajet ini terdapat empat pengumuman bajet yang merangkumi pengecualian cukai pendapatan sehingga 10 tahun untuk syarikat E&E, Electrical and Electronic yang dan juga elaun cukai pelaburan khas, elaun modal dipercepatkan, elaun modal kelengkapan automasi akan merancak pertumbuhan industri elektronik dan juga electrical, E& E ke ekonomi digital berasaskan 5G dan juga industrial 4.0. Tuan Yang di-Pertua, ini akan meningkatkan daya saing Pulau Pinang dan menjamin pekerjaan kepada puluhan, ribuan pekerja bergaji tinggi dan ini juga akan menyara keluarga mereka supaya mereka dapat satu seperti yang sebut dalam wawasan kita, decent standard of living seperti dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Di samping itu, ini juga dilengkapkan dengan penambahbaikan melalui perundangan perburuhan yang telah diluluskan oleh Parlimen ini dan juga akan diusahakan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk menjaga hak-hak pekerja dan kuasa rundingan antara majikan dan pekerja. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di- Pertua, mohon.
Sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk bangkit untuk tanya dengan Yang Berhormat Bukti Bendera bila dia sebut tentang hak pekerja. Baru- baru ini kita ada terima lawatan daripada Wartawan Utusan Malaysia yang pada waktu ini terumbang ambing tidak tahu ke mana hendak dituju. Adakah kita perlu pada tanggapan Yang Berhormat Bukit Bendera, adakah kita perlu tunggu sebelum kita laksanakan satu perubahan kepada Akta Pekerja ataupun adakah, apa pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera tentang kes yang dihadapi oleh para pekerja di Utusan Malaysia ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya rasa sebarang penambahbaikan terhadap Akta Pekerja ini ialah secara dasar.
Tapi secara praktikalnya Kementerian Sumber Manusia boleh apabila terdapat isu-isu pemberhentian pekerja, mereka boleh menggunakan berbagai saluran untuk membantu pekerja-pekerja yang terlibat sama ada untuk berunding dengan majikan ataupun memperkenalkan jawatan-jawatan kosong yang ada dalam pasaran. Saya rasa ini perlu dilakukan melalui kementerian dan sementara sebarang penambahbaikan di peringkat akta ialah peringkat dasar sahaja. In practical kita perlu, saya setuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai perlu memberikan, hulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua saya turut mengalu-alukan pengumuman dalam bajet ini tentang pelan membina ekonomi digital dengan pelbagai dimensi, dengan juga berbagai pengumuman. Antara lain seperti Geran Pembangunan Ekosistem 5G, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), Geran Perdana Automasi Pintar dan juga Rangsangan Digital ke akaun E-Wallet kita. Ini akan melabur dari segi sumber manusia supaya boleh kita jump start dalam bahasa Inggeris untuk ekonomi digital. Saya juga mengalu-alukan peruntukan RM11 juta dalam bajet ini untuk menggalakkan lebih ramai belajar ke bidang sains teknologi engineering dan juga matematik dan ini akan menyediakan mereka ke alam pekerjaan dan juga kepada ekonomi digital yang bakal kita hadapi pada masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, selain itu, selain daripada sektor pembuatan, di Pulau Pinang ini juga terdapat satu sektor yang amat penting iaitu sektor pelancongan dan saya mengalu- alukan pengumuman bahawa 50% hasil cukai pelancongan yang dikutip oleh kerajaan persekutuan akan dikembalikan kepada setiap kerajaan negeri dan saya rasa ini satu perkongsian hasil yang baik apabila cukai ini dikutip oleh kerajaan persekutuan, kita berkongsi dengan negeri-negeri – 50% dan Pulau Pinang sebagai antara penyumbang tertinggi berkenaan dengan cukai pelancongan ini juga akan mendapat manfaat yang besar dalam pemulangan cukai pelancongan ini. Di samping itu juga saya mengalu-alukan pengumuman bajet ini bahawa sebahagian besar dari levi pelepasan yang dikenakan kepada penumpang ke luar negara melalui pengangkutan udara akan diperuntukkan kepada projek infrastruktur pelancongan. Ini sejajar apabila kita berbahas di Dewan ini bahawa Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 pada bulan Julai lalu, saya telah mencadangkan supaya apabila levi ini dikutip, perlu juga dilabur ke atas infrastruktur pelancongan dan produk pelancongan serta penambahbaikan. Oleh itu sukacita kita mendengar pengumuman bajet bahawa ini akan dilakukan. Saya juga turut sangat gembira apabila terdapat pengumuman di bawah bajet ini bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk sistem kereta kabel baru ke Bukit Bendera. Ini kawasan saya dan amat-amat memberangsangkan apabila saya balik kawasan semua disambut dengan baik dengan peruntukan RM100 juta. Tuan Yang di-Pertua, 20 tahun lalu penumpang funicular train ke Bukit Bendera setiap tahun hanya lebih kurang 500 ribu penumpang sahaja. Tetapi pada tahun lalu, 2018 telah mencatatkan 1.7 juta penumpang yang menaiki train funicular ke Bukit Bendera.
Kita menjangkakan pada tahun 2019 ini akan mencecah ke angka RM2 juta untuk tahun 2019 ini. Ini merupakan empat kali ganda berbanding 20 tahun lalu. Oleh itu, merupakan satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Ini adalah hasil daripada pentadbiran yang baik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Perbadanan Bukit Bendera dengan pelbagai infrastruktur dan stesen di naik taraf menjadikan Bukit Bendera satu destinasi pelancongan yang terunggul di Pulau Pinang sebagai satu hill resort yang menarik dan begitu ramai yang akan datang. Akan tetapi, walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, RM100 juta ini belum dapat menampung kos keseluruhan sistem cable car di Pulau Pinang. Kos tambahan akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Oleh itu, saya juga ingin menunggu pengumuman bajet oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan pada 1 November 2019 supaya Kerajaan Persekutuan mengeluarkan RM100 juta dan Kerajaan Negeri akan mengeluarkan yang selebihnya untuk melengkapkan satu sistem cable car yang baru ke kawasan Bukit Bendera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu Malaysia My Second Home (MM2H) yang masih tertunggak di Kementerian Dalam Negeri. Saya telah difahamkan oleh agen-agen MM2H ini bahawa one stop center oleh Kementerian Pelancongan telah
memproses permohonan-permohonan MM2H mengikut masa yang ditetapkan. Akan tetapi, belum mendapat kelulusan Jawatankuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri. Saya meminta supaya SOP ini dipatuhi supaya pemohon-pemohon MM2H ini mendapat maklum balas dan jawapan pada masa yang ditetapkan. Ini memandangkan bahawa program MM2H ini membawa pulangan ekonomi yang tinggi dan pelaburan yang tinggi kepada kita. Oleh itu, saya harap apabila kita memperelokkan industri pelancongan, program MM2H ini diberikan satu perhatian yang serius dan dipercepatkan proses permohonan supaya pemohon-pemohon boleh mendapat jawapan yang seawalnya. Saya juga ingin meminta langkah-langkah yang lebih gigih untuk merangsang industri pelancongan dan perlu kerjasama antara beberapa kementerian untuk memperancakkan industri pelancongan. Maklumat seperti yang saya dapati daripada Buku Tinjauan Ekonomi, Economy Outlook 2020 ini bahawa di Malaysia buat masa ini terdapat 68 syarikat penerbangan menggunakan laluan ke Malaysia, 68 sahaja. Ini lebih rendah berbanding dengan 79 syarikat penerbangan antarabangsa yang menggunakan laluan ke Singapura ataupun 129 syarikat antarabangsa yang penerbangan yang landing di Thailand. Oleh itu, kita masih terdapat ruang yang besar kalau kita berbanding dengan Singapura dan Thailand, kita masih terbelakang. Mengikut laporan Travel and Tourism Competitive Report 2019 menunjukkan Malaysia turun ke tangga 29 pada tahun 2018 berbanding di tangga 26 pada tahun 2017. Industri pelancongan masih belum mencapai potensi yang sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, di samping industri pembuatan perindustrian dan pelancongan, saya juga ingin membangkitkan tentang sektor kesihatan. Dalam bajet RUU Perbekalan 2020 ini, terdapat dua kementerian yang mendapat peruntukan yang amat tinggi iaitu Kementerian Pendidikan dari segi peruntukan yang tinggi untuk perkhidmatan. Di bawah Kementerian Pendidikan mendapat RM59 bilion dan juga Kementerian Kesihatan RM27 bilion iaitu Kementerian Pendidikan mendapat 34 peratus dan, Kementerian Kesihatan 16 peratus. Kedua-dua Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan sudah 50 peratus untuk dari segi mencecah angka 50 peratus dari segi yang perkhidmatan. Oleh itu kita sebenarnya melabur besar dalam Kementerian Pendidikan. Kita juga menjadikan Kementerian Kesihatan satu prioriti untuk menjaga kebajikan rakyat. Saya meminta supaya satu kajian menyeluruh dilakukan, kerana saya dapati bahawa dan juga maklum balas masyarakat awam bahawa hospital-hospital awam di seluruh negara mempunyai satu masalah yang sama iaitu mempunyai long queue. Barisan yang panjang untuk berjumpa doktor, barisan yang panjang untuk mengambil ubat dan ini perlu diperbaiki. Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2018 menunjukkan bahawa antara 58.7 peratus hingga 74.15 peratus, pesakit dirawat di Jabatan Trauma dan Kecemasan hospital awam dalam tempoh kurang daripada empat hingga enam jam. Mereka perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan. Saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana kita telah membuat pelaburan RM27 bilion di bawah Kementerian Kesihatan untuk pengurusan dan perkara-perkara berbaris panjang di hospital awam, sama ada berjumpa doktor ataupun di wad ataupun kecemasan ataupun ambil ubat dan sebagainya, perkara ini perlu kita gembleng tenaga untuk memperbaiki performance untuk di hospital awam. Perkhidmatan kesihatan kita bukan sahaja bergantung kepada hospital awam, tetapi juga klinik kesihatan dan juga hospital-hospital swasta. Di bawah pengumuman bajet ini turut mengumumkan Tahun 2020 sebagai Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia, Medical Tourism.
Yang Berhormat Bukit Bendera, minta sedikit penjelasan. Sik minta sedikit.
Ya, silakan.
Berkaitan disebut oleh Yang Berhormat Bukit Bendera soal peruntukan RM100 juta untuk pembangunan kereta kabel di Bukit Bendera. Adakah Yang Berhormat setuju, ketika kerajaan memperuntukkan begitu besar bajet untuk pembangunan kereta kabel, di satu sudut lain ia juga menyebabkan peningkatan pembangunan tanah tinggi khususnya di Bukit Bendera itu sendiri. Dalam laporan Water Watch Penang, sudah berlaku 50 kes tanah runtuh di Bukit Bendera itu sendiri termasuk
lingkaran di Paya Terubong. Jadi, apakah Yang Berhormat bersetuju bahawa kerajaan juga perlu melihat untuk menjaga alam sekitar, khususnya pembangunan tanah tinggi ini, di samping soal memajukan industri pelancongan di sana. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik yang membangkitkan isu ini. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa Paya Terubong bukan di Bukit Bendera. Tadi mention satu pekan nama dia Paya Terubong, itu bukan di kawasan Bukit Bendera. Di kawasan Bukit Bendera sebenarnya tidak ada pembangunan, tidak ada pembangunan yang tanah tinggi yang Yang Berhormat Sik sebut tadi. Ia berlaku sebagai satu runtuhan tanah yang semula jadi dan bukan berlaku kerana atas pembangunan. Seperti cable car yang dirancangkan oleh Perbadanan Bukit Bendera ini sebenarnya menggunakan teknologi yang baru dan bukan seperti membuat pembangunan besar-besaran seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sik tadi. Saya rasa kita selalu akan - apabila Perbadanan Bukit Bendera memperkenalkan pengangkutan alternatif ini, ialah satu sistem pengangkutan yang mampan. Perlu diambil kira kemapanan dan sebagainya dan di samping itu menjaga alam sekitar. Oleh itu, saya rasa fakta yang disebut tadi, kawasan itu silap, saya rasa tidak betul maklumat itu.
Akan tetapi, Yang Berhormat Bukit Bendera boleh tengok laporan daripada Water Watch Penang yang memberi kritikan kepada pembangunan di Bukit Bendera.
Kita boleh, ya saya tahu.
Bukan saya mengambil maklumat yang tidak tepat.
Ya, saya tahu. Akan tetapi...
Sila rujuk balik.
Ya, ya saya tahu. Akan tetapi, Paya Terubong bukan di Bukit Bendera. Okay, Paya Terubong bukan di Bukit Bendera. Tuan Yang di-Pertua, di samping kesihatan tadi saya ada sebut. Tahun 2020 Medical Tourism, Tahun Pelancongan Kesihatan. Oleh itu, saya meminta supaya kerajaan lihat balik bagaimana hospital-hospital swasta, Medical Tourism ini boleh mengadakan satu cara untuk cross subsidies supaya membawa kebaikan kepada rakyat jelata. Bagaimana untuk berkongsi peralatan dan sebagainya. Walaupun kita promoting Medical Tourism, kita boleh mencari ikhtiar dari segi pengurusan private hospital untuk mengurangkan masa menunggu yang panjang di hospital-hospital awam untuk operasi dan juga berubat.
Yang Berhormat Bukit Bendera, boleh sedikit?
Yang Berhormat Jelebu hendak mencelah.
Sila.
Tentang kesihatan. Sedikit Tuan Yang di- Pertua.
Masa singkat.
Tentang kesihatan sahaja.
Saya ada sedikit sahaja.
Boleh?
Saya turut alu-alukan perluasan mySalam program, dan PeKa B40 yang akan membawa kebaikan kepada individu-individu. Saya juga menyambut baik berita baik daripada segi pengangkutan apabila jambatan kedua Pulau Pinang diumumkan tambang tolnya diturunkan daripada RM8.50 kepada RM7. Ini pengumuman yang baik. Dan walaupun tiada pengumuman untuk Pelan Pengangkutan Pulau Pinang- Penang Transport Master Plan untuk bajet ini, saya berharap Penang Transport Master Plan ini yang dapat menyumbang kepada pembangunan yang rancak, dan juga pengurusan lalu
lintas yang mampan di Pulau Pinang ini dapat dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan bermula tahun 2021. Itu permohonan saya. Dan saya menghargai segala apa yang disebut dalam bajet ini, satu bajet yang mesra rakyat, yang selalu menjaga kebajikan rakyat, dan saya menyokong bajet ini.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batang Lupar, selepas itu Yang Berhormat Subang. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin mengalu-alukan dalam Dewan yang mulia ini Ahli Jawatankuasa Bahagian P171, dari Sepanggar... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya turut mengambil bahagian di dalam perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2020 yang bertemakan “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama.” Setelah meneliti Belanjawan 2020 ini, masih terasa bahawa Sarawak tidak mendapat agihan peruntukan yang adil memandangkan Sarawak adalah besar hampir sebesar Malaysia, kita tolak Melaka, selepas itu, pembangunan yang masih ke belakang iaitu jurang pembangunan yang sangat lebar, dan kita jangan lupa bahawa Sarawak ini adalah partner untuk kita menubuhkan Malaysia bersama. Jadi, harusnya kita menjadikan ia satu azimat MA63, dan diteruskan walau dalam apa jua keadaan. Perjanjian yang termeterai masa Penubuhan Malaysia- MA63, mesti sentiasa dirujuk dan dihormati. Banyak pembangunan yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Persekutuan dan yang telah dipersetujui tidak diteruskan apabila berlaku peralihan kuasa, walaupun secara prinsipnya harus diteruskan demi rakyat yang telah menaruh harapan yang tinggi. Satu daripada pembangunan mega yang dijanjikan adalah pembinaan Jambatan Batang Lupar yang akan memberi hubungan kepada seluruh Sarawak. Dari Belanjawan 2019 hingga ke tahun 2020, saya tidak nampak janji ini akan dikotakan. Bagi rakyat tempatan, ini adalah janji yang tidak ditunaikan, dan menidakkan pembangunan yang lebih sejahtera kepada rakyat di Sarawak. Di mana yang dikatakan “kemakmuran bersama”? Bahkan sebagai Wakil Rakyat, saya telah dituduh sebagai penipu sebab banyak kali sudah di umum mengenai jambatan ini, tetapi masih juga tidak dilaksanakan. Oleh yang demikian, demi untuk kesejahteraan rakyat Sarawak, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sarawak di dalam Bajet Sarawak tahun 2019 telah mengumumkan pembinaan jambatan ini sepanjang 5.1 kilometer melintasi Sungai Batang Lupar. Sepatutnya Kerajaan Persekutuan yang bersetuju dan meluluskan pembiayaan 50 peratus daripada kos pembinaan ini. Walau bagaimanapun saya masih menggesa agar Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan mesti mengotakan janji dan mesti membuat pembayaran balik atau reimbursement kepada Kerajaan Negeri Sarawak, kos pembinaan berjumlah 50 peratus. Pembangunan infrastruktur adalah sebahagian perkara yang termaktub dalam perjanjian bila mana menubuhkan Malaysia dalam tahun 1963 dahulu. Maka, saya menggesa agar peruntukan 50 peratus daripada kos pembinaan Jambatan Batang Lupar akan dibayar secepat mungkin agar Kerajaan Negeri Sarawak dapat menggunakan peruntukan itu untuk meneruskan pembangunan infrastruktur di Sarawak yang meliputi rangkaian jalan-jalan pesisir, dengan izin, the coastal road network, and the second trunk road yang memerlukan kos yang besar. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh tentang pembangunan pertanian secara besar-besaran dan komersial yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan mesti merebut peluang untuk menjadi pengeluar makanan untuk dunia dan bukan setakat untuk Malaysia sahaja. Selain daripada merancang untuk keselamatan makanan, atau dengan izin, food security, ini adalah masa yang terbaik untuk meningkatkan pengeluaran pertanian untuk dieksport kepada dunia. Cara ini bukan sahaja boleh
mengukuhkan Malaysia sebagai pengeluar makanan tetapi juga untuk meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan. Saya hendak bertanya mengenai halal hub, dengan izin, yang dilaksanakan di beberapa wilayah di Malaysia. Sepatutnya halal hub ini sudah mengeluarkan hasil untuk dipasarkan di seluruh dunia. Halal Hub ini adalah satu potensi yang besar dengan penyertaan banyak pelabur yang berpotensi untuk pembangunan pertanian secara besar-besaran dan moden serta komersial dan bertaraf halal. Malaysia sebenarnya telah mengorak langkah ke arah yang betul tetapi tidak diteruskan. Harapan saya dalam Belanjawan 2020, ada diteruskan pembangunan halal hub, dan untuk dijadikan agenda utama dalam RMK-12 nanti. Potensi sangat besar sebab permintaan untuk produk halal adalah dianggarkan berjumlah USD3 trilion. Saya berpendapat peruntukan berjumlah RM10 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan untuk pembangunan produk halal, pensijilan halal dan pembangunan halal hub adalah tidak mencukupi. Pembangunan pertanian untuk membantu petani, nelayan dan pekebun kecil mempelbagaikan sumber pendapatan dengan peruntukan RM150 juta adalah juga tidak mencukupi untuk galakan program integrasi makanan seperti cili, nanas, kelapa, tembikai dan produk-produk industri asas tani. Saya juga tidak mendapati dalam bajet ini, untuk menambah baik semua jelapang padi di Malaysia. Termasuk jelapang padi di Batang Lupar yang masih dalam pembangunan. Keadaan jelapang padi yang ada di Malaysia, adalah untuk menampung keperluan padi beras dalam negara. Saya harap Malaysia tidak akan melalui krisis makanan yang pernah berlaku di suatu masa dahulu dan kalau tidak ditangani dengan baik, akan menimbulkan keadaan huru-hara dalam negara. Ini sepatutnya menjadi pengajaran dan seharusnya semua jelapang padi dalam negara dijaga dan ditambah baik sentiasa, untuk memastikan SSL 70 peratus, atau lebih mesti sentiasa dikekalkan. Oleh kerana jelapang padi Batang Lupar hanya diwujudkan dalam tahun 2014, sebagai teraju utama jelapang padi yang baharu, yang pertama di Sarawak, dan untuk menampung SSL negara sebanyak 30 peratus. Kalau jelapang padi di Batang Lupar ini mula pengeluaran dengan sasaran 30 peratus, bermakna Malaysia tidak perlu mengimport beras dari luar negara dan berkemungkinan Malaysia boleh menjadi pengeksport beras kepada negara-negara lain.
Pada masa ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang giat membangunkan projek-projek infrastruktur pertanian seperti membina, menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur pengairan dan saliran sawah di kawasan seluas 5,100 hektar. Harapan saya agar projek jelapang padi ini diteruskan dan dipercepatkan pembangunan untuk memberi harapan serta kesejahteraan kepada pesawah-pesawah di kawasan tersebut iaitu di kawasan Stumbin, Bijat, Gran and Tulang Seduku dan Lingga Banting. Jangan hanya padi pulut di Langkawi yang dijadikan produk perdana. Seperti yang saya katakan awal-awal tadi, projek ini adalah jelapang padi negara untuk memastikan Malaysia tidak melalui sekali lagi krisis makanan dan ini adalah projek food security, dengan izin negara dan bukan projek Ahli Parlimen Batang Lupar sahaja. Tumpuan perhatian harus diberi penekanan oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak perlu dipolitikkan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ada bertanya dalam Dewan yang mulia ini tentang usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari segi kuantum peruntukan operasi dan penyelenggaraan khususnya bagi Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyelenggara kawasan-kawasan skim pertanian yang sedia ada di Sarawak yang berjumlah 84 skim atau 91,601 hektar kesemuanya. Tidak termasuk kawasan di luar jelapang. Saya telah mencadangkan untuk ditambahkan peruntukan O&M ini daripada RM130 sehektar kepada RM500 sehektar untuk memastikan skim-skim pertanian ini dapat diselenggarakan dengan cekap dan efisien agar skim-skim ini dapat mengeluarkan hasil-hasil pertanian dengan lumayan dan untuk meningkatkan pengeluaran bagi tujuan eksport ke negara-negara lain. Saya juga minta Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang telah diperuntukkan RM4.9 bilion untuk tahun 2020 akan mengagihkan peruntukan tersebut kepada Sarawak, sebab dengan keluasan tanah dan program yang teratur telah diolah oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan pengeluaran pertanian khususnya untuk pasaran eksport.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta dan berharap agar Kerajaan Persekutuan betul-betul melaksanakan tema memacu pertumbuhan dan keberhasilan saksama ke arah kemakmuran bersama, khususnya kepada Sarawak. Dari segi peruntukan pembangunan Sarawak, hanya diperuntukkan RM4.4 bilion. Jumlah peruntukan ini sangat jauh daripada apa yang dijanjikan di dalam manifesto kepada rakyat Sarawak. Begitu juga peruntukan bagi sekolah-sekolah daif di Sarawak. Kita hendak melihat agar pelaksanaan ini dipergiatkan lagi melalui Belanjawan 2020. Sarawak telah membayar RM350 juta sebagai pembayaran awal untuk jumlah RM1 bilion sebagai kontra. Malangnya Sarawak telah terpedaya dan tidak ada diperincikan dalam Belanjawan 2020. Ada sekolah daif dalam kawasan saya dibina dengan peruntukan kerajaan negeri seperti SK Maludam demi kesejahteraan murid-murid di situ. Sarawak ada 1,020 buah sekolah daif yang perlu ditangani. Belanjawan 2020 juga tidak memulangkan 50 peratus cukai yang dikutip di Sarawak. Ia juga tidak menyentuh mengenai semakan semula geran untuk Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian MA63. Sarawak masih dipinggirkan walaupun Sarawak adalah partner dalam penubuhan Malaysia, mempunyai kawasan yang lebih besar serta pembangunan infrastruktur yang masih ke belakang berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Keadaan yang saya utarakan ini juga dari rakan-rakan GPS yang lain adalah satu renungan yang harus ditangani dengan sebaiknya. Kami sering menyuarakan perasaan ini untuk diambil iktibar oleh Kerajaan Persekutuan dan juga yang telah disuarakan dengan lantang dalam Manifesto Pakatan Harapan. Saya juga hendak mengingatkan mengenai tindakan menangani kos sara hidup yang kian meningkat. Kadar pengangguran di kalangan graduan dan belia, wawasan baru Pakatan Harapan iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama yang telah diperkenalkan baru-baru ini perlu dikupas dengan teliti. Dikatakan kerajaan tidak lagi melihat pembangunan mengikut ukuran pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Negara Kasar (KDNK) semata-mata tetapi melihat pembangunan dari aspek peningkatan kuasa beli rakyat dan pembangunan perlu dinikmati oleh semua rakyat atau dengan izin, shared prosperity. Juga ditekankan bahawa tidak harus ada golongan yang merasakan mereka terpinggir dari arus perdana pembangunan. Saya berharap agar wawasan ini betul-betul diikuti dan diteliti dengan mendalam dan diharap Belanjawan 2020 tidak menjadi langkah pertama untuk menggagalkan Wawasan Kemakmuran Bersama kerana sekarang ini sudah terasa bahawa negeri Sarawak dipinggirkan. Ada komen daripada Menteri Kewangan yang mengatakan Sarawak tidak pernah puas hati dengan apa yang diberi atau dengan izin Sarawak is difficult to please. Memang kami difficult to please dan jangan lupa masa PH dahulu adalah pembangkang, pernah kah berpuas hati dengan belanjawan yang diutarakan? Tidak pernah. Jadi, kami juga mengambil peluang ini di dalam perbahasan untuk menyuarakan cadangan untuk kita menambahbaikkan keadaan. We are not confrontational, untuk menambah baik keadaan sebab rakyat yang sebenarnya menunggu kita sebagai wakil yang menyuarakan bagi pihak mereka. Jadi, saya ingin mengakhiri Tuan Yang di-Pertua dengan pantun. Pantun ini adalah pantun arwah Tok Nan. “Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti, Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat, belum berhenti. Sekian, terima kasih”. [Tepuk]
Semoga akan dapat tidak lama lagi. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Subang. Sila. Selepas itu Yang Berhormat Kota Marudu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2020. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bermula dengan merakamkan penghargaan kepada mantan Ahli Parlimen Pandan,
Rafizi Ramli yang sekarang tidak mempunyai apa-apa jawatan langsung dan masih menghadapi kes mahkamah daripada kerajaan terhadap beliau. Banyak perkara dasar belanjawan yang dibincangkan oleh Ahli Parlimen PH di dalam Dewan yang mulia ini pada musim belanjawan ini, bermula daripada beliau. Selepas tiga empat tahun dipikul beliau, saya pula mengambil alih kerja merangka dasar-dasar belanjawan alternatif selama empat tahun sehingga ke PRU-14. Dua minggu lalu, di dalam satu conference, saya mendengar seorang politician di atas pentas menyimpulkan bahawa beliaulah yang banyak menulis dasar-dasar dalam perkara manifesto. Saya sedia terima, sekiranya titik peluh Rafizi dan saya dilupakan tetapi tidak payahlah white wash then rewrite history. Rewriting history ini adalah kerja era zaman Stalin. Oleh demikian, saya mulakan ucapan saya dengan merakamkan jasa Rafizi Ramli di dalam Hansard supaya dengan izin, the real history is recorded today. Tuan Yang di-Pertua, apakah sebenarnya isu dasar setiap belanjawan. Setiap belanjawan mempunyai dua perkara. Pendapatan kerajaan ataupun revenue dan perbelanjaan kerajaan ataupun expenditure. Memandangkan saya ada 20 minit, saya akan memberi pandangan dan cadangan dasar secara makro mengenai dua perkara pendapatan dan tiga perkara perbelanjaan. Saya hendak minta Ahli-ahli Yang Berhormat, please hold your horses. Kalau boleh jangan celah sebab singkat masa ini dan banyak point yang saya hendak cover.
Kalau ada masa pada penghujung ucapan saya, saya akan jawab semua celahan Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya tidak mencelah, saya mahu keluar sekejap. [Ketawa]
Terima kasih.
Yang Berhormat Kinabatangan, jangan bazir masa.
Baik saya bermula dengan isu pendapatan – Yang Berhormat Kinabatangan kawan baik saya, saya agree boleh [Ketawa] . Iaitu perkara SST, saya cukup puas hati melihat ramalan SST bagi tahun 2019 iaitu sebanyak RM26.8 bilion dan ia akan berkembang ke RM28.3 bilion pada tahun hadapan. Ini menunjukkan bahawa PH telah berjaya meningkatkan target asal SST dari RM22 bilion. Ini penting kerana ia memberi sedikit kelonggaran fiskal kepada Kerajaan PH. Akan tetapi saya juga hairan terdengarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberitahu Dewan yang mulia ini pada minggu lalu bahawa tidak lama lagi pungutan SST akan melebihi GST. Pada hari lain pula, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga terbuka dengan idea mengkaji semula kaedah GST. Tuan Yang di-Pertua, di dalam dunia where history can be rewritten dan dasar boleh berubah-ubah saya ingin put on record bahawa dasar GST yang ditulis oleh pejabat saya, bukan PH, pada tahun 2016 adalah pengurangan GST dari enam peratus ke tiga peratus. Pada masa itu saya ditugaskan untuk menulis dasar belanjawan alternatif dan saya memang menulis tiga peratus. Saya hantar draf saya selepas dua minggu tidak terima sebarang feedback daripada pemimpin-pemimpin, pejabat saya terus mencetak 200 buku belanjawan alternatif tahun tersebut. Empat jam sebelum buku itu dilancarkan ada pemimpin yang arah saya tukar ke zero peratus. Saya masih ingat dengan jelas, semua pegawai saya, intern saya bergegas menampalkan angka kosong peratus ke atas angka tiga peratus di dalam 200 buku belanjawan tersebut. Selepas itu saya diberi amanahlah untuk defend dasar zero GST. Selepas kita menang PRU-14, saya sebenarnya berharap sebagai langkah terbaik kita mengurangkan GST ke tiga peratus serta-merta dan selepas itu membuat satu kajian enam bulan, satu tahun untuk melihat sama ada kita boleh melakukan transition GST ke SST dengan sempurna. Ini bukan satu criticism terhadap PH ataupun..
Boleh?
Ya saya tahu brother tidak apa, selepas inilah.
Selepas ini maksudnya bolehlah.
Ini bukan criticism terhadap PH ataupun terhadap sistem SST tetapi ..
Kalau kosong peratus dapat apa? Hasil kosong.
Memandangkan perutusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap SST dan GST dan kita sekarang di dunia di mana history can be rewritten baik saya merakamkan juga version of my history dalam Hansard’s today. Perkara kedua mengenai pendapatan, saya akan fokus pada isu cukai pendapatan. Kerajaan lama memang sayang kepada golongan korporat dan kaya-raya. Ini bukan andaian tetapi jelas sekali apabila kita melihat data pendapatan kerajaan sendiri. Saya merujuk kepada dua data set. Data set pertama adalah data yang confirm cuma 16 peratus pekerja Malaysia yang membayar personal income tax. Maknanya 84 peratus pekerja Malaysia tidak mencapai gaji bulanan RM3,300 ke atas. Ini sangat merunsingkan kerana sebahagian besar penduduk iaitu ada yang panggil B70 sebenarnya tidak ada apa-apa financial security langsung. Bukan sahaja itu, kebanyakan mereka tidak capai living wage pun, angka yang dikira oleh Bank Negara pada tahap RM2,700 sebulan. Data set kedua adalah nisbah cukai pendapatan individu berbanding dengan pendapatan korporat. Bagi tahun 2020, anggaran cukai pendapatan peribadi adalah RM37.4 bilion dan cukai pendapatan korporat adalah RM75.5 bilion. Nisbah ratio ini menunjukkan bahawa secara emperical bahawa 200 ribu non dormant corporations adalah dua kali ganda lebih kaya daripada semua 12 juta pekerja di Malaysia. Di negara maju, negara yang lebih demokratik nisbah ini terbalik. Rakyat adalah dua kali ganda atau dua ke tiga kali ganda lebih kaya daripada corporations. Tuan Yang di-Pertua, saya menimbulkan dua data set ini untuk memperingatkan kerajaan saya sendiri bahawa kita perlu memberi fokus lebih kepada isu socio-economic justice. Janganlah pula kita kata prinsip besar ini, socio-economic justice tidak ada dalam manifesto kita. Oleh demikian, saya ingin membuat dua teguran ikhlas kepada kerajaan saya. Teguran pertama, peningkatan RM100 gaji minimum ke RM1,200 sebulan mulai tahun depan pada pendapat saya adalah jauh terlalu sedikit. Ini isu prinsip dengan izin to eliminate economic desperation of our very poorest Malaysians. Kalaulah menteri-menteri kita boleh hidup RM1,200 sebulan then do it. If you cannot then you must increase it. Jadi saya minta Belanjawan 2021 hadapan, kerajaan semestinya menaikkan gaji minimum ke RM1,500 sebulan. Teguran kedua, walaupun kadar income tax pada golongan yang berpendapatan RM2 juta setahun dinaikkan daripada 28 peratus ke 30 peratus ia pada pendapat saya dengan izin, a taxation policy that is not substantive enough and appears to be just for show. Yang kena kenaikan cukai ini adalah hanya 2,000 orang sahaja dan purata kenaikan setiap individu yang gila kayalah [Ketawa] adalah cuma RM20,000 seorang. Jadi pada keseluruhannya penambahan dana pada kerajaan adalah hanya RM40 juta setahun. RM40 juta setahun adalah tersangat kecil daripada segi fiskal. Sebagai bandingan saya merujuk kepada muka surat 248 buku perbelanjaan kita. Di mana kerajaan bercadang untuk belanja RM300 juta untuk Persidangan APEC 2020 sahaja. You compare RM40 milion to the RM300 milion intended to spending. Oleh demikian saya minta Kerajaan PH cepat merangkakkan satu progresif taxation policy yang lebih serius untuk tahun 2021. Demi menegakkan prinsip socio-economic justice, collect a few extra billions and widen the tax base. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu expenditure ataupun perbelanjaan. On the surface perbelanjaan nampaknya telah menurun daripada RM316 bilion tahun 2019 ke RM299 bilion bagi tahun 2020. Akan tetapi apabila kita mengeluarkan faktor one off RM37 bilion iaitu bayaran rebat GST dan special income tax rebates tahun lalu kepada golongan kaya.
Yang Berhormat Subang.
Biar saya habis paragraph ini I akan minta. Kepada golongan korporat dan golongan orang-orang kaya. Pada keseluruhannya Belanjawan 2020 telah naik sebanyak tujuh peratus. Ini adalah belanjawan expansionary dan pada pendapat saya adalah tepat dan baik kerana kemungkinan besar ekonomi sedunia akan mengalami recession yang serius tahun depan. Silakan
Sila Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih. Yang Berhormat Subang tadi menyebut Yang Berhormat mencadangkan tiga peratus GST tetapi ditukar oleh pimpinan Pakatan Harapan ketika itu supaya jadi kosong peratus GST. Adakah mereka faham kosong peratus GST ini kosong peratus pendapatan, itu satu. Kedua, bolehkah pendapatan SST ini mengatasi GST. Pada pandangan saya SST boleh mengatasi GST jika kadar 10 peratus sekarang ini dinaikkan 20 peratuskah atau bilangan 6,415 barang ditambah menjadi 12,000 barang. Apa pandangan?
Bagi pandangan sayalah dan ini bukan pandangan PH. Pandangan saya memang SST itu tidak boleh melebihi GST lah. Sama ada kita faham ataupun tidak impak zero sifar itu memang boleh tetapi kita kena banteras rasuah dengan kuat barulah kita boleh save RM20 bilion untuk cover the hole lah. Akan tetapi sekarang kita lihat kita akan dapat RM28 bilion maknanya lubang besar itu sekarangnya sudah ‘shrunk’ about RM14 bilion so it’s not that bad. Saya juga gembira meneliti terdapat RM2 bilion contingency untuk tahun depan dan tidak ada special dividen Petronas bagi tahun 2020. Soalan saya kepada Menteri sekiranya global financial crisis melanda tahun hadapan, adakah kita mempunyai dana secukupnya untuk mempertahankan ekonomi kita. Soalan susulan yang lebih penting adakah dana secukupnya akan digunakan untuk perbelanjaan sosial iaitu kepada rakyat atau kepada perbelanjaan menolong korporat dan golongan orang kaya? Saya harap kerajaan akan menyediakan dana sosial dan bukannya dana korporat. Tuan Yang di-Pertua, saya berumur 50 tahun so I know dan masih ingat jelas sekali Asian Financial Crisis masa itu saya umur 20 tahun lebihlah, 26 tahun, 27 tahun. Melanda kita pada tahun 1997 ke 1998, habis duit semua orang [Ketawa] . Kerajaan pada masa itu sibuk hanya menolong yang korporat. Saya masih ingat beratus ribu hilang pekerjaan tapi golongan kaya sahaja yang ditolong. Walaupun harta mereka, harta berbilion-bilion mereka merosot 30 peratus semua yang kaya pergi ke London hidup dalam apartment mewah mereka untuk recuperate from financial stress. Saya sebagai peguam kena pergi jumpa mereka di London. Distressed asset mereka dibeli oleh Danaharta dan selepas itu berapa tahun, kebanyakan golongan kaya ini beli balik aset mereka dengan harga yang murah. Such is life Tuan Yang di-Pertua, the tycoons in Malaysia always win and the ordinary people continue to suffer low wages.
Dengan izin, Pakatan Harapan must do a lot better than Barisan Nasional on this matter. Oleh demikian saya berharap, kalau benar kita berhadapan dengan global financial crisis, Pakatan Harapan akan mementingkan rakyat dan bukannya korporat. Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua tentang perbelanjaan, sebagai ahli PAC saya ingin membuat satu teguran yang cukup serius tentang isu procurement of supplies and services. Mengenai procurement of supplies and services, saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan satu data anomaly yang cukup membimbangkan saya. Saya telah membuat bandingan di antara Yang Berhormat Pekan, pentadbiran YB Pekan pada tahun 2017 dengan Belanjawan 2020 Pakatan Harapan. Pada tahun 2017, Kerajaan BN mempunyai 1.6 juta orang penjawat awam dengan perbelanjaan supplies and services sebanyak RM34.7 bilion. Ini bermakna Kerajaan Yang Berhormat Pekan pada masa itu membelanjakan pada puratanya sebanyak RM21,700 of supplies and services bagi setiap penjawat awam. Kita semua tahulah kes 1MDB dan terdapat berpuluh-puluh laporan Auditor General tentang isu rasuah, ketirisan pada zaman pentadbiran yang lalu tetapi apabila saya melihat angka Pakatan Harapan bagi supplies and services saya rasa memang bimbang. Dengan seramai 1.4 juta penjawat awam sekarang, saya difahami banyak ditukar menjadi pekerja kontrak, supplies and services bagi tahun 2020 akan meningkat ke RM38.5 bilion. Ini adalah
lebih tinggi daripada zaman pentadbiran Yang Berhormat Pekan iaitu pada kadar RM27,500 of supplies and services per civil servant. Oleh itu, saya minta penjelasan terperinci mengenai perkara ini, kalau tidak saya takutlah, saya dalam PAC dengan rakan-rakan saya akan bersidang sampai 100 hari tahun hadapan untuk membuat prosiding rasuah dan ketirisan. Tuan Yang di-Pertua, saya balik ke isu development expenditure 2020...
Yang Berhormat Subang, minta sedikit.
Sebanyak RM54 bilion.
Boleh?
Memang tidak ada masa brother. Saya ada lagi 20 muka surat ini, sorry ya.
Okey.
Setiap belanjawan sama ada – bagi yang mendengar, kalau saya tidak sempat, saya akan post on Internet-lah. Boleh baca dalam Facebook, nanti. Okey. Saya beralih ke isu development expenditure, setiap belanjawan sama ada Barisan Nasional ataupun sekarang, Menteri-menteri akan memberi pandangan bahawa program mereka adalah terbaik untuk rakyat. Dahulu cakap tentang Blue Ocean Strategy, sekarang kita cakap tentang Digitization dan Industrial Revolution 4.0. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya dalam pendapat saya ini ialah semua ini adalah satu fallacy ataupun magic show. Dana sebanyak RM54 bilion untuk development expenditure adalah hanya 0.4 percent of the GDP. Can a spending of 0.4 percent have a tremendous impact to grow the economy? This is a fundamental question. Jikalau tidak, then let’s not pretend that this budget is a silver bullet to all our economic problems today. Dengan izin, the silver bullet is not found in the budget, the silver bullet is the political will needed to reform the broken system of government. Khususnya kita perlu satu komitmen yang penuh untuk menentang rasuah seperti apa yang kawan baik saya tadi sudah cakap itu. Rasuah mempunyai pelbagai bentuk, seperti nepotism, negotiated tender, variation orders, lopsided concession, suka tidak suka rasuah adalah sejenis human condition. Mana Ahli Parlimen di sini yang tidak sayang anaknya, mana yang tidak hendak beri anaknya satu peluang untuk berniaga, kita tahu ini semua salah, kita tahu ini merupakan satu abuse of power tetapi masih dilakukan, sebab ini adalah satu human condition. Jadi, untuk memastikan the containment of this terrible human condition, kita perlu memastikan Ahli Parlimen dan juga parti politik diberi resources yang cukup. Kita boleh memulakan proses dasar anti rasuah ini dengan menaikkan resources kepada Ahli Parlimen untuk mengendalikan pejabat mereka. Skop peruntukan ini juga perlu dibesarkan untuk merangkumi pembiayaan political officers juga supaya ahli politik boleh berpolitik di antara mereka tanpa rasuah. Jikalau tidak Ahli Parlimen akan cari duit melalui kontrak, melalui derma khas daripada Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri di Malaysia untuk menjaga anak buah mereka. Kedua, bayarlah political parties secara terus dari kerajaan supaya political parties tidak akan minta Ahli-ahli Parlimen, Menteri-menteri, Menteri Besar untuk cari projek dan cari dana untuk parti. Apakah kos untuk mengatasi masalah pokok ini, adakah ia akan menelan belanjawan sebanyak RM10 bilion atau RM5 bilion setahun, tidak.
Yang Berhormat Subang, boleh tidak? Kuala Krau.
Okeylah, boleh, boleh, cepat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Adakah Yang Berhormat Subang mengkaji, melihat semula bagaimanakah bilangan ramainya kakitangan di peringkat Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri. Adakah lebih ramai berbanding zaman Barisan Nasional?
Yang itu saya tidak tahulah. I’ll be very frank to you; I don’t have the data. Akan tetapi apa yang saya tahu ialah kalau Menteri ada political officers, Ahli-ahli Parlimen juga kena juga ada political officers, let me be very clear about that. Tuan Yang di-Pertua, saya telah membuat perkiraannya, bukan banyak sangat kosnya untuk menangani at least 90 percent of rasuah di Malaysia. Kita boleh mengatasi masalah rasuah ini dengan peningkatan peruntukan pejabat Ahli Parlimen ke RM800,000
setahun. Kawan-kawan kita di sebelah sana itu, UMNO, PAS, GPS sekarang ini dapat RM100,000 setahun sahaja. Kita seharusnya boleh meningkatkan dana mereka terus ke RM800,000, equal treatment for Pakatan Harapan dan juga opposition.
Tahniah! Yang Berhormat Subang, tahniah! Terima kasih.
No problem.
Terima kasih, terima kasih.
Dan jumlah besar peningkatan dana pejabat semua Ahli Parlimen akan menelan belanjawan tambahan sebanyak RM130 juta setahun sahaja
[Dewan tepuk]
. Kedua, perkara political financing, bagi setiap political parties saya cadangkan kerajaan bayar RM10.00 bagi setiap undi yang diterima oleh parti tersebut. Jadi pengundi PRU14 adalah seramai 12.3 juta orang, kali RM10.00 maka belanjawan penuh political parties finance adalah cuma RM123 juta setahun. Pendek kata, kalau kita campur semua ini, pelaburan tambahan adalah cuma sebanyak RM250 juta setahun. Dengan ini, kita boleh menghapuskan 90 peratus of the human condition of corruption. Dengan proses yang sama, kerajaan bakal menjimatkan RM10 hingga RM20 bilion rasuah dan ketirisan dana kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, we have established that the budget is not the big solution to our biggest problem. Selain juga membanteras rasuah, systemic reform untuk Parlimen adalah juga tersangat penting. Parlimen memerlukan its own financial resources and powers to hire its own officer. Dengan adanya kemerdekaan Parlimen, maka kemerdekaan rakyat dan demokrasi akan turut berkembang. Bukankah ini hasrat utama Pakatan Harapan? An independent Parliament memerlukan bajet yang lebih besar dan saya sudah membuat perkiraannya. Cuma RM50 juta setahun untuk menjadikan Parlimen Malaysia lebih aktif seperti yang diamalkan di United Kingdom sekarang. Oleh demikian, saya harap pada tahun 2021, belanjawan Parlimen mencecah sebanyak RM200 juta daripada allocation RM145 juta bagi tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, saya akan gulung sebab half a minute left. Saya harap kerajaan boleh menerima pandangan dan teguran saya seperti kerajaan dahululah. Mereka tahu saya criticize kuat, tetapi dia kata constructive. So, I hope you can accept, the minister boleh terima. Jikalau tidak happy itu, please have a coffee with me. Jangan complaint pada Yang Berhormat Port Dickson, tidak guna sebab Yang Berhormat Port Dickson selalu beritahu you continue to speak the truth. Saya harap bagi Belanjawan 2021 Kerajaan Pakatan Harapan akan incorporate cadangan- cadangan yang telah saya kemukakan. Ini bukannya cadangan-cadangan baru, memang termaktub dalam manifesto kita dan juga termaktub dalam bajet-bajet alternatif dahulu yang Rafizi Ramli dan saya pernah tulis. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua Terima kasih. Saya menyokong Belanjawan 2020 ini.
Yang Berhormat Subang patut jadi Menteri, kita doakan.
Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Marudu, selepas itu Yang Berhormat Bagan serai. Sila.
Tuan Yang di-Pertua atas isu Peraturan. Saya minta maaf, sebelum perbahasan. Kelmarin...
Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Saya minta maaf, saya merujuk kepada Peraturan 36(6) dan juga 36(12). Saya terbaca dan terlihat dalam siaran yang menunjukkan satu ucapan daripada Yang Berhormat Pasir Mas kelmarin yang telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak beradab terhadap Menteri Kewangan. Saya mohon penjelasan, beliau tidak hadir Dewan pada hari ini. Akan tetapi saya mohon kenyataan-kenyataan beliau disemak di mana beliau telah melemparkan tuduhan kononnya Menteri Kewangan telah menghalang Kerajaan Persekutuan daripada memberikan bayaran ihsan dan royalti kepada negeri Kelantan. Hari ini kita lihat satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, menjelaskan perkara sebenarnya bahawa pembayaran wang itu bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan tetapi Kerajaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, saya minta supaya kenyataan Yang Berhormat Pasir Mas itu diteliti dan saya minta...
P.M. 36(6). Pasir Mas belum berucap lagi.
No.
Yang Berhormat Pasir Puteh kot.
Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Pasir Puteh.
Yang Berhormat Jelutong ini hendak cari fasal dengan saya kah?
Minta maaf, minta maaf. Yang Berhormat Pasir Puteh. So, saya minta perkara ini diperhalusi dan saya minta kalau boleh beliau menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut kerana ia dikeluarkan dengan sengaja bagi mengelirukan Dewan dan juga memberikan persepsi yang negatif terhadap Yang Berhormat Bagan dan juga Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Di depan saya ada seorang Ahli Yang Berhormat membangkitkan Peraturan Mesyuarat di bawah Perkara 36(6) dan Perkara 36(12). Adalah adil kepada kedua-dua belah pihak supaya saya akan periksa Penyata Rasmi sebelum sebarang ruling dikeluarkan. Tunggu apabila saya telah meneliti Penyata Rasmi, Hansard, selepas itu kita akan buat ruling.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Marudu...
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu ambil bahagian sedikit tentang P.M. 36(6) ini, mengenai apa yang dibangkitkan.
Ya, sila Yang Berhormat Kubang Kerian.
Apa yang jelas bahawa keputusan di peringkat Kabinet tetapi yang membuat pembayaran ialah Kementerian Kewangan. Saya fikir tidak ada timbul kesalahan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh. Walau bagaimanapun, saya menghormati pandangan Tuan Yang di-Pertua untuk refer balik. Sebab, dari segi prosedur, memang keputusan Kabinet dibuat oleh Kabinet tetapi yang membuat pembayaran ialah Kementerian Kewangan. Saya fikir tidak ada kesilapan. Mohon maaf.
Terima kasih di atas pandangan. Sila, Yang Berhormat Kota Marudu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada kita untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan ataupun Bajet 2020 ini. Sememangnya bajet ini mempunyai ciri-ciri yang kita boleh katakan secara positif. Namun, apabila diteliti dengan lebih dalam, sepertimana yang disentuh oleh backbenchers yang lain di sebelah saya di sini dan juga backbenchers Pakatan Harapan yang lain, banyak kekurangan-kekurangan dan ada beberapa yang begitu ketara sekali. Jumlah belanjawan keseluruhan sebanyak RM299 bilion yang mana sebanyak RM241 bilion untuk pengurusan dan sebanyak RM58 bilion untuk pembangunan. Teras bajet ada empat perkara. Saya hanya hendak fokuskan kepada satu iaitu yang mewujudkan
masyarakat yang bersatu, inklusif dan saksama, dan untuk meneliti apakah yang berkaitan dengan, khususnya luar negeri di Sabah dan Sarawak, adakah ia konsisten dengan matlamat yang digariskan ini. Saya katakan tadi, dari jauh memang nampak seperti khabar yang bagus. Akan tetapi apabila diteliti rupa dan isi kandungannya, banyak kelemahan-kelemahan yang sebenarnya tidak konsisten dengan matlamat yang telah ditunjukkan. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini dibentangkan apabila selepas sahaja satu dokumen iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama dibentangkan pada 5 hari bulan yang lalu yang dikatakan adalah satu fokus ataupun satu dasar baharu yang akan menggantikan Wawasan 2020 yang dikatakan oleh Perdana Menteri sendiri telah gagal. Ini satu kenyataan yang amat mengecewakan sebenarnya kerana dulu penggubalan Wawasan 2020 itu adalah di bawah pemerintahan Yang Amat Berhormat Langkawi juga. Beliaulah penaung perjuangan tersebut. Saya pada waktu itu sebagai pegawai di ISIS, kami terlibat memberikan input dan memang banyak harapan kita yang begitu tinggi sekali bahawa pada tahun depan kita akan menjadi negara yang maju sepertimana petunjuk-petunjuk, ciri-ciri yang dimaksudkan. Akan tetapi, dalam setahun ataupun dalam empat bulan sebelum masuk ke tahun 2020, kerajaan yang memerintah pula mengatakan kita telah gagal. Saya tidak berapa setuju kerana memang banyak juga kemajuan-kemajuan yang telah pun kita capai bersama. Malaysia would have not been where we are today if not guided by the vision dan juga program-program pembangunan dan dasar-dasar di bawah Rancangan Malaysia berperingkat-peringkat itu kalaulah bukan kerana panduan dokumen Wawasan 2020 ini. Akan tetapi, memang banyak yang tersasar ataupun di luar daripada sasaran. Maka, itulah satu pengganti yang dikatakan adalah Shared Prosperity Vision ataupun Wawasan Kemakmuran Bersama...
Yang Berhormat Kota Marudu, minta laluan sikit. Sikit.
Yang Berhormat, sekejap lagi ya. Saya masuk dalam-dalam dulu. Atas itulah, kelmarin Yang Berhormat Port Dicksons berbahas dan mengatakan kita perlu kembali kepada asas khususnya menyelesaikan perkara-perkara seperti kemiskinan. Untuk menyelesaikan ini, misalnya, beliau dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain menyampuk menyentuh mengenai dengan satu kumpulan di bawah naungan Bank Dunia yang baru menerima satu anugerah Nobel mengenai dengan pendekatan bagaimana untuk menyelesaikan, sekali lagi, perkara-perkara ekuiti dan perkara-perkara kemiskinan. Ini bukannya perkara yang baharu sebenarnya. Pelbagai Nobel Prize winner, pemenang Nobel telah pun mengutarakan perkara-perkara ini. Siapa mereka? Seperti Gunnar Myrdal, seperti Amartya Sen, seperti Muhammad Yunus yang mencipta atau penggubal Grameen Bank. Seperti― well, even T. W. Schultz. Semua ini adalah Nobel winners, dengan izin, dan mereka semuanya memberi fokus bagaimana membasmi kemiskinan, bagaimana menyelesaikan perkara-perkara ketidakseimbangan. So, theory and the practice banyak. Soalnya adalah pelaksanaan. Dalam semuanya ini, bagi Malaysia, ikut sahaja sepertimana yang telah pun dikhutbahkan oleh semua Nobel ini. Mereka katakan, satu, pendidikan, pendidikan, pendidikan; kedua, infrastruktur dan akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan; ketiga, keusahawanan; keempat, governance yang bersih dan transparent. Kalau inilah teras sebenarnya yang digunakan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama, then ada harapan untuk melihat barangkali satu lampu di penghujung terowong bahawa ada sesuatu pencapaian yang akan lebih ketara. Jangan pula seperti yang dikatakan oleh orang yang saya cukup hormati iaitu mendiang Temenggong Jugah mengenai dengan Perjanjian Malaysia. Sebelum dia nak sebahagian daripada menandatangani Perjanjian Malaysia, dia katakan, “Anang Malaysia baka tebu, manis dipun tabar di hujung”. In English, dia kata, “Do not let the sugar cane sweet at the beginning but tasteless at the end”. Kita tidak mahu ini repeating, repeating and repeating. Dan saya berharap bahawa pihak kerajaan yang ada, Kerajaan Pakatan Harapan ini mengambil tindakan yang boleh mencapai matlamat yang telah pun digariskan. Malangnya, saya berfikir, Tuan Yang di-Pertua, bahawa harapan yang tinggi ini barangkali tidak akan tercapai. Kenapa? Pada 5 hari bulan, kerajaan lancar Wawasan
Kemakmuran Bersama. Esok hari 6 hari bulan, satu Kongres Maruah Melayu dan pengerusinya yang saya kenal juga, Prof. Zainal Kling, mengeluarkan satu kenyataan yang saya terkejut kerana― saya para akademik juga dulu dan kenal dengan dia― menggunakan perkataan Malaysia untuk Melayu, Melayu untuk Malaysia. Ini adalah satu kenyataan yang 60 tahun ketinggalan zaman. Kenapa, selepas 62 tahun Malaya merdeka, mungkin 57 tahun Malaysia merdeka bersama dengan Sabah dan Sarawak, masih ada kata-kata seperti ini?
Malaysia adalah untuk kita semua. Di dalam Dewan yang mulia ini, kita lihat begitu multiracial. Melayu, I think only about 55 percent kerana orang Islam Sabah dan Sarawak, they don’t consider themselves as orang Melayu. Islam, 70 percent I think di dalam Dewan. Akan tetapi, ada orang India, ada wakil rakyat dari Tionghua...
Yang Berhormat Kota Merudu.
Kami lagi orang asli Sabah dan Sarawak. Where you put us? Kami pun second class kah? Ini Malaysia hanya untuk satu kaum kah? Saya rasa, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu kenyataan yang sensitif, satu kenyataan yang tidak masuk akal. Kalau kita mahu bina kekayaan bersama dan begitu otak kita sebagai intelek ataupun pentadbir, my goodness, di mana Malaysia akan pergi? Okey, Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya ingin berkongsi perasaan yang sama dengan Yang Berhormat Kota Merudu bahawa terlalu – apabila kita menyebut tentang Wawasan 2020 yang gagal, apakah Yang Berhormat bersetuju supaya suatu pembentangan terhadap pencapaian Wawasan 2020 dibentangkan supaya kita dapat mengetahui sejauh mana pencapaian matlamat tersebut dan apakah sektor yang gagal dan apakah mekanisme bagi mengatasi kegagalan? Tidak hanya menyebut tetapi membentang suatu laporan terperinci berhubung dengan pencapaian Wawasan 2020 tadi. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota Merudu.
Yang Berhormat Kubang Kerian, saya kata― I mean, kepada itu, saya amat setuju. Sebelum kerajaan mengatakan Wawasan 2020 telah gagal, bagus keluarkan satu kertas putih, misalnya, dari segi pencapaiannya dan di mana itu yang kita boleh atasi melalui wawasan yang baharu yang disebut Wawasan Kemakmuran Bersama.
Yang Berhormat Kota Merudu, boleh?
Yang Berhormat.
Tunggu dahulu. Saya maju ke depan dahulu. Nanti saya kembali semula. Saya tahu apa yang akan dikatakan. Dia nak sokong dia punya kenyataan. [Ketawa] Tunggu dahulu, Yang Berhormat.
Jelutong hendak sokong. Boleh, Yang Berhormat Kota Merudu?
Masa tidak mengizinkan. Sekejap lagi. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan perkara yang kita katakan ini kemakmuran bersama sebagai asas suatu dasar baharu bagi kita. Itulah saya amat kecewa kalau kita katakan bahawa Wawasan 2020 gagal kerana antara matlamat yang asas itu ialah membentuk satu bangsa Malaysia. Satu bangsa Malaysia yang bersatu, confident, yang dikatakan prosperous dan seterusnya. Adakah kita katakan semua itu telah gagal? Saya rasa amat-amat kecewa. Dalam perkara ini, ada yang diucapkan juga kelmarin dan beberapa yang lain juga pagi ini yang mengatakan bahawa harus ada undang-undang kalau kita hendak mengawal kata-kata dan sentimen-sentimen yang berbaur perkauman. Saya pernah menjadi pengerusi satu jawatankuasa khas dalam Dewan yang mulia ini pada tahun 2007 dan ada ahli-ahli pembangkang waktu itu sudah menjadi Menteri, ada yang menjadi Timbalan Menteri dan kami pergi ke Kanada. Tuan Yang di-Pertua, saya cerita sedikit ini sebab ini penting. Di situ kami― sebab waktu itu Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri, Tun Pak Lah mengatakan, “Hei Maximus, you go to bring your group pergi ke Kanada kerana ia terkenal dengan multicultural policy”. Apabila saya ke sana bersama Ahli Yang Berhormat, kami didedahkan cerita-cerita dan pencapaian-pencapaian. Memang amat bagus. Misalnya, kalau di situ, bukan sahaja ada dasar, malah ada undang-undang yang disebut Equal Opportunity Law dan ada Equal Opportunity Board untuk mengawal begitu. Siapa yang cakap rasis, dia berjumpa di sana di mana diskriminasi mengenai color atau warna atau latar belakang atau budaya, ini Equal Opportunity Board ada power to charge sepertimana yang tidak ada dengan MACC. Misalnya, kalau CEO dalam government agency, agensi kerajaan, kerajaan punya institusi, hujung tahun, CEOnya diberi bonus kalau dia rekrut ahli-ahli pegawainya yang multiracial. Siapa yang bermain sentimen agama ataupun bangsa against yang lain, dia kena charge dan seterusnya. Selain daripada itu, jika dalam advertisement media kita katakan Bumiputera sahaja ataupun Malay speaking sahaja atau Kadazan Dusun speaking sahaja yang perlu apply ataupun Mandarin speaking yang perlu apply, semua ini haram. Semua ini akan dicaj oleh Equal Opportunity Board. Saya balik, pada waktu itu, beri taklimat kepada Tun Pak Lah. Saya bilang kalau ini kita mahu, banyak yang perlu kita belajar. Kalau kita mahu pakai undang-undang yang sama, banyak yang diharamkan. Bumiputera versus non-bumi dan seterusnya tidak boleh dijalankan. Dan Pak Lah secara peribadi bercakap sama saya “ Hai Maximus, go slow, go slow” kerana dalam sentimen begitu perlu kita occupied. Saya katakan mana yang untuk etnik yang tertentu sepertimana Perlembagaan, hormatlah. Akan tetapi untuk yang lain itu, kita harus mulai maju ke hadapan. Saya suka ucapan Yang Berhormat Subang tadi. Bilangnya, he make it to the front this because their pandangan-pandangan yang baik sekali tetapi bukan semestinya pro kepada kerajaanlah ataupun disukai oleh sebahagian. Tak apa. Apa yang penting, kita perlu maju ke hadapan. Saya cabar pihak kerajaan yang baharu. Why not you take this multicultural policy and move forward? Supaya tiada lagi hendak cakap-cakap yang mengatakan Malaysia ini untuk satu kaum sahaja. Mana boleh you speak like that. Itu membelakangkan kemajuan kita dalam usaha kita membentuk perpaduan nasional. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya menuju kepada perkara yang berkaitan dengan negeri Sabah. Memang dikatakan beberapa peruntukan tambahan...
Yang Berhormat Kota Merudu, boleh sekejap?
Tunggu dahulu, tunggu dahulu. Nanti. Sekejap sahaja. Kita alu-alukan peruntukan yang diberi. Nampak banyak. Misalnya seperti peruntukan untuk― daripada total development budget yang RM58 bilion itu, RM5.2 bilion untuk Sabah which is only nine percent, sembilan peratus dan juga Sarawak RM4.4 bilion which is tujuh peratus sahaja. Combine the two, 16 percent. Inilah yang saya tanya soalan pagi tadi tetapi tidak sempat dijawab. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada untuk perayaan Hari Malaysia di Kuching, dia katakan pada waktu itu dia telah katakan bahawa kita akan memperkasakan fokus kepada Sabah dan Sarawak dari segi pembangunan. Akan tetapi, ini sekadar 16 percent. Ada yang mengalu-alukan RM700 juta untuk pendidikan untuk infrastruktur di Sabah, misalnya. Pada tahun 2017, kerajaan waktu itu telah pun meluluskan RM1 bilion untuk Sabah dan Sarawak. RM2 bilion lah. Hanya untuk pendidikan sahaja untuk sekolah- sekolah dilapidated, sekolah-sekolah yang teruk keadaannya. Sebenarnya sebelum pilihan raya itu juga, hampir sudah pun diputuskan bahawa untuk satu tahun RM1 bilion untuk Sabah, RM1 bilion untuk Sarawak untuk jalan luar bandar. Malangnya, tidak kesampaian, saudara Yang Berhormat Kinabatangan. So, jangan terlampau teriak apabila kita katakan ini RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion. Ini sekadar 16 percent. Kalaulah kita ambil argument equal status, 30:30:30. Sarawak, katakan, 30 percent. One third is not for Sabah dan Sarawak. One third is satu Sarawak, satu Sabah dan baru Malaya. Beranikah Kerajaan Pakatan Harapan untuk membuat pendekatan yang baharu dalam perkara ini supaya equal status itu diterjemahkan kepada wang sebenar?
Waktu satu video yang di-viral-kan mengenai Menteri Kewangan sebelum menjadi Menteri, sebelum menang pilihan raya, dia katakan, “Kami akan pastikan 20 percent royalti, kita akan pastikan”.
Kami akan pastikan 50 peratus cukai daripada Sabah akan kita kembalikan. Aik, berapa sen sudah kena bayar? Rakyat di Sabah masih menunggu Tuan Yang di-Pertua dalam perkara ini. Jangan hanya macam tebu manis di pangkal tetapi masam di hujungnya. Jadi, inilah semuanya Tuan Yang di-Pertua yang perlu diambil perhatian dan saya merayu supaya apa yang telah pun walaupun begitu 17 percent sahaja, 16 percent sahaja tunaikanlah dengan cepat dari segi pembangunan di Sabah dan Sarawak termasuk kawasan saya di Kota Merudu dua tahun ini tidak ada sebenarnya projek-projek luar bandar seperti kawasan- kawasan lain.
Satu minit lagi. Minta rumuskanlah.
Seterusnya, satu perkara sahaja lagi. Mengenai dengan keselamatan di Sabah. Okey, saya sekali lagi tidak putus-putus untuk bersuara bahawa masih dalam keadaan yang meragukan. Baru satu dua bulan ini pun ada lagi serangan ataupun ada lagi percubaan penculikan dan rakyat asing untuk masuk. Walaupun, pihak kerajaan pusat dari dahulu membantu beberapa banyak dari segi peruntukan saya difahamkan peralatan-peralatan masih tidak mencukupi ataupun apa juga bajet yang diberi akhirnya tidak sampai juga ke negeri Sabah. Kesian juga pihak polis, pihak Marin ESSCOM walaupun disiplin anggota mereka perlu juga dipertingkatkan tetapi belum mencukupi untuk melindungi Sabah sebagai menjadi satu negeri yang selamat. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua – sekejap sahaja lagi – ialah mereka mencadangkan melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS), kami meragukan kerana dikatakan 600 ribu akan diberi pas sementara. Mereka yang memegang IMM-13 dan juga kad-kad bohong dan seterusnya akan diberi. Kami bertanya, siapa semua ini 600 ribu ini? Apa sistem penapisan sebenarnya? Apa Jawatankuasa atas pemohon-pemohon ini, kita tidak mahu ini adalah landasan untuk menjadi mereka tinggal tetap di Sabah ataupun pemberian citizenship ataupun kerakyatan. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, pegawai-pegawai JPN ditangkap di Penang juga di Sabah. Ini mencerminkan di dalam jabatan ini banyak masalah dan perlu dirombak balik atau dibentuk kembali kerana bagi saya di kawasan saya dan parti saya, Parti Bersatu Sabah kami tidak percaya ketelusan dan kebersihan dalam Jabatan Pendaftaran Negara. The story just to long decade after decade banyak juga ditangkap ISA dan masih lagi berterusan. How do we want to protect the country? Kalau soil kita negeri kita Sabah sendiri pun kita tidak boleh jaga. Saya rasa ini mengecewakan. Sebab kerajaan yang baharu you made commitment untuk memperbaiki keadaan keselamatan di Sabah, sila tolong buat yang seriusnya.
Terima kasih Yang Berhormat.
Jadi, dengan itu Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara saya telah katakan tadi. Mudah-mudahan apa yang dinyatakan dalam belanjawan ini dapat ditunaikan dan untuk khususnya Wawasan Kemakmuran Bersama. Please bukan sahaja macam tebu manis di pangkal tetapi di hujungnya masam kerana kita tidak handle implementasi dan juga supaya keikhlasan pemimpin untuk memastikan apa yang dijanjikan itu tercapai. Saya menyokong setakat ini nanti kita bahas balik dalam Jawatankuasa.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bagan Serai diikuti oleh Yang Berhormat Tanjong Karang, diikuti Yang Berhormat Lembah Pantai dan diikuti Yang Berhormat Pasir Mas. 15 minit seorang.
20 lah Tuan Yang di-Pertua.
15 minit.
15 minit sahaja?
Telah mula selepas ini 15 minit.
Allahuakhbar. Allahuakhbar.
Tuan Yang di-Pertua kami sudah buat persediaan dahulu.
[Membaca sepotong doa] . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagan Serai mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 dan tahniah kepada kerajaan atas pembentangan belanjawan kedua dan terakhir dalam RMKe-11 ini. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dan hendaklah kita banyak-banyak bersyukur pada nikmat yang Allah SWT beri kepada kita.” Saya melihat perbekalan ini adalah benda yang sangat penting dan ramai orang yang sudah dapat sehari selepas itu di dada akhbar hampir semua dapat. Sudah tentulah nama-nama mereka yang tidak disebut rasa macam kecewa. Akan tetapi, yang sebenarnya ramai yang dapat yang menunggu kerana orang yang mendapat mendengar apa yang dia hendak. Apa saya dapat sebenarnya? Pesawah, pekebun kecil, nelayan, ATM, PDRM, semua orang malahan orang-orang yang di tempat saya di Parlimen Bangan Serai. Orang Bagan Serai. Apa khabar bubuhan Bangan Serai. Melihat apakah yang kami dapat di Parlimen Bagan Serai satu tempat dia di luar bandar. Tahniah atas pelancaran WKB Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 baru-baru ini, minggu lepas dan kini Bajet 2020 dan saya percaya Kementerian Ekonomi sedang sibuk kerana hendak melancarkan dan mempersiapkan RMKe-12 yang akan dibentangkan 2020. Bermakna 2021 tiga dokumen kerajaan akan berserentak maka full force kerajaan ini. dengan WKB nya dengan bajetnya dengan RMKe-12 nya bagaimana untuk menaikkan taraf hidup rakyat, bagaimana untuk merapatkan jurang pendapatan, bagaimana untuk meningkatkan pendapatan hari ini. Ketiga-tiga dokumen ini. Tuan Yang di-Pertua, satu pengajaran daripada Wawasan 2020. Saya ambil salah satu Yang Amat Berhormat Tun telah menyatakan bahawa komponen-komponen utama yang dilanggar yang menyebabkan wawasan ini tidak menjadi. Diperkatakan di tengah-tengahnya ialah bagaimana untuk target ekonomi empat kali lebih kaya, lapan kali lebih besar. Akan tetapi, kita lihat sembilan komponen kualitatif yang agak tertinggal. Contohnya toleransi, perpaduan, inovasi dan sebaginya yang kita lihat hari ini ekonomi tidak teruk sangat tetapi kita derita hari ini. Sebab apa, hari ini kita tidak bersama. Ada yang gaduh dan sebagainya. Perbelanjaan ini menyatakan bahawa jurang yang besar pada hari ini. Saya hendak memperkatakan tentang jurang pendapatan ini telah sampai ke satu dangerous point 16 percent daripada kek itu telah dapat daripada B40 dan jurang di antara T20 dan B40 melebar dan kita hari ini sembilan negeri di belakang purata income national. Ini yang kerisauan. Akan tetapi, secara literasinya kalau kata jurang itu kita hendak kena buang. Sebagai seorang doktor, saya cakap pasal kolesterol kita tahu kolesterol ada kolesterol terbaik, ada kolesterol jahat. Yang jahat itu kita buang, yang baik kita simpan tetapi namanya kolesterol. Begitu juga dengan jurang ini saya melihat ada baik buruknya. Jika peluang diberikan secara saksama orang rajin dapat lebih, kalau peluang dibagi secara saksama orang malas tidak dapat apa-apa, orang malas kerugian. Jadi rajin dan malas ini satu perkara yang akan mewujudkan jurang yang baik. Ini jurang yang baik. Justeru itu, kita lihat si miskin di luar bandar, orang miskin di luar bandar. Micro- enterprise yang tidak dapat dilihat kerana buta sosial, buta status sosialnya. Wujudkah tidak kesaksamaan. Maka ini adalah jurang yang diciptakan dan jurangnya jurang yang jahat. Sebab apa orang ini tidak mendapat kesaksamaan. Cuba bayang seorang pelajar di bandar ada tuisyen, ada kenderaan yang baik, ada suasana yang baik berbanding dengan seorang pelajar di kampung tidak ada kenderaan, tidak ada suasana yang baik, tidak ada pembelajaran yang baik bagaimana keputusan yang akan keluar. Ini yang dikatakan kesaksamaan peluang-peluang yang diberikan. Jadi kita kena careful dengan jurang. Sebab kalau jurang dihapuskan semua nanti semua orang hendak sama rata. Jadi komunis kita. Sebab ada orang yang malas tetapi
hendak kemakmuran. Sebab ada orang yang minat hendak potong kek itu tetapi tidak minat untuk buat kek bersama-sama. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucap tahniahlah kepada kerajaan bajet 2020 ini lebih sistematik lebih teratur daripada dahulu. Akan tetapi, sudah pastilah sebagai insan biasa ada yang baik, ada yang kurang baik, ada kelemahan dan mungkin juga ada yang silap. Jadi, di sinilah kita berbahas sama ada pihak sini ataupun di pihak sana. Dengan melihat dengan kebaikan ada husnuzon bukan kita menyanggah, bukan kita kutuk, bukan kita hentam tetapi kita mengkritik secara positif bagaimana supaya kita dapat mewujudkan dokumen yang lebih baik untuk negara Malaysia ini. Jelas menunjukkan pertumbuhan dan keberhasilan sebagai pendahulu kepada kemakmuran bersama ini. Tuan Yang di-Pertua, empat daripada tujuh teras WKB dan dua dari empat teras.
Bajet ini menunjukkan pentingnya kita membesarkan kek ekonomi, ini yang penting. Ianya mesti ada untuk kejayaan WKB. Kalau kita tak ada, maka tak ada apa nak disharekan, dikongsikan hari ini. Kalau kita lihatlah, bagaimana kita nak wujudkan kek ekonomi ini? Bagaimana kita nak wujudkan syarat-syarat atau ciri-ciri yang menepati WKB ini supaya ia menjadi satu kejayaan. Kita lihat dunia hari ini di mana tempat pertumbuhan yang baik, mempunyai infrastruktur yang baik. Contohnya ada highway, connectivity, ada railway ataupun ada pelabuhan dan juga ada airport. Saya nak membawa konsep the last mile, Tuan Yang di-Pertua. Tiga orang pemenang Hadiah Nobel yang baharu ini, baru dua hari lepas. Hadiah Nobel Ekonomi iaitu Abhijit Banerjee, Esther Duflo daripada MIT dan juga Michael Kremer daripada Harvard. Mereka ini telah berjaya mencipta cara-cara untuk menangani jurang kemiskinan global. Ini dapat Hadiah Nobel hari ini. Malah, Esther Duflo adalah wanita yang kedua yang mendapat Hadiah Nobel Laureate dan juga merupakan yang termuda hari ini, profesor ini. Bagaimana hari ini yang dinyatakan apabila dua jambatan ada tetapi jambatan itu tak sampai, maka diperlukan untuk menyampaikan supaya ciri-cirinya dapat ataupun kita kata seseorang yang ada kereta Ferrari tetapi ada tiga tayar, satu tayar tak ada, maka tak boleh jalan. Jadi kita perlukan dapat ini. Jadi pertumbuhan ekonomi dunia hari ini mempunyai ciri- ciri yang disebut hari ini. Juga di mana parti, satu lagi Profesor Paul Robin Krugman yang telah mendapat Nobel Prize dalam Ekonomi dan Sains pada 2008 iaitu tentang connectivity dan World Bank telah menyimpulkannya kepada 3D iaitu Destiny, Distant dan Vision. Saya kira pemikiran Yang Amat Berhormat Tun sebenarnya menyamai, sebenarnya mencapai tahap yang dikatakan orang-orang yang mendapat Nobel Laureate hari ini. Tuan Yang di-Pertua, masa memang sangat mencemburui. Saya ingin bercakap sedikit tentang pendidikan di Parlimen Bagan Serai. Yang pertamanya, pelajar-pelajar telah mencapai kejayaan SPM tiga tahun berturut-turut yang terbaik di negeri Perak tetapi banyaklah permintaan-permintaan lama sebenarnya sejak tahun 2013 saya nyatakan iaitu kita tidak mempunyai SBP. Kita nak tahu kenapa Parlimen Bagan Serai tak boleh ada SBP? Apakah ciri-ciri yang perlu ada supaya tempat itu diwujudkan SBP kerana keluarga miskin di sana, keluarga-keluarga pesawah memerlukan tempat yang lebih dekat umpamanya supaya tak dapat pergi jauh dan sebagainya. Ada dua sekolah yang saya nak sebut di sini, Sekolah Menengah Mudzaffar Shah, daripada 1962 lagi. Bangunan-bangunan sangat uzur. Bangunan yang uzur, bangunan yang reput, yang dimakan anai-anai, tidak ada padang yang baik, tidak ada dewan yang baik. Sukan terpaksa tumpang di sekolah lain sedangkan sekolah ini telah melahirkan begitu ramai pemimpin dari Bagan Serai. Begitu juga dengan Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar. Pelajarnya menghampiri 400 orang tetapi tak ada dewan terbuka dan mereka telah dipilih sebagai pusat bencana alam. Di mana nak letak orang-orang yang kena bencana ini umpamanya? Juga pusat pendidikan khas kanak-kanak tetapi tempat tak ada. Jadi inilah, mereka telah hantar surat kepada saya. Saya ada surat dekat sini menyatakan permintaan-permintaan yang telah lama sebenarnya. Jadi dengan peruntukan yang hari ini melebihi RM64.1 bilion dan peruntukan RM300 juta untuk naik taraf sekolah, saya kira Yang Berhormat Menteri bagilah peluang. Datanglah lihat sekolah ini dan tolonglah Parlimen Bagan Serai ini kerana melihat pada sekolah-sekolah yang tidak ada kemampuan ini.
Bertolak kepada pertanian kerana di Parlimen Bagan Serai ini ramainya ada pesawah. Bersawah ini kalau pengairan tak elok, tak bagus. Satu ketika dahulu, Tasik Bukit Merah kering kontang. Satu ketika juga, tasiknya melimpah-limpah sampai terpaksa lepaskan air. Jadi, pengairannya tidak baik. Ada tempat-tempat yang tak dapat air. Cadangan untuk mewujudkan water transfer, pemindahan air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah, bilakah akan dilakukan? Sejauh mana kajian telah dilakukan? Begitu juga dengan baru-baru ini benih padi lambat datang. Kita lihat di negeri Perak ini adalah satu jelapang padi dan di Bagan Serai, ramai orang yang buat sawah kerana bila benih padi datang lambat, maka pertanian secara GAP tak dapat dilakukan. Jadi kita haraplah apakah negeri Perak boleh ada satu lagi kilang benih padi dan wujudkan di Parlimen Bagan Serai kerana kita di sana mempunyai keluasan sawah yang besar, 39,000 hektar. Perak memerlukan 6000 metrik tan benih yang sekarang ini hanya mampu mengeluarkan 1000 metrik tan benih. Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan estet padi. Saya nak lihat, saya nak tahu berapa banyak kah manfaat yang akan dicapai oleh pesawah-pesawah di kawasan Parlimen Bagan Serai. Ada kawasan-kawasan yang telah dipilih di DUN Semanggol dan juga di Selingsing untuk mengikuti program NCIA ini. Saya ucapkan terima kasih kerana kerajaan telah menaikkan elaun-elaun nelayan. Kita ada nelayan di Parlimen Bagan Serai dan kenaikan ini insya-Allah saya pasti akan dapat memberi bantuan kepada mereka. Beralih kepada kesihatan. Saya nak tahu apakah status Hospital Daerah Kerian? Saya dengar delay satu tahun. Adakah ini benar? Kenapa? Mengapa? Saya mohon penjelasan. Permohonan juga untuk mohon Klinik Matang Gerdu kerana klinik-klinik telah padat di Bagan Serai dan juga di Kuala Kurau dan pertumbuhan rumah-rumah di sekeliling. Sekolah-sekolah di sekeliling kawasan itu. Jadi, Matang Gerdu tanah dah ada begitu lama tetapi klinik tak wujud. Apa kata kalau diberikan kerana peruntukan untuk kesihatan juga naik. Bagilah peluang dan lihatlah isu ini. Tuan Yang di-Pertua, saya telah banyak kali bercakap tentang isu dadah kerana saya lihat konsep ataupun polisi yang kita amalkan hari ini, memenjarakan penagih dadah, menjadikan mereka yang membawa dadah walaupun sedikit dan apabila mereka keluar, mereka hilang kerja dan distigmatize dan juga banyak tak diberi kepercayaan dan sebagainya. Hilang kerja. Penjara-penjara kita penuh dan dikatakan lebih 50 peratus disebabkan oleh orang-orang yang terlibat dengan dadah. Sepatutnya kita beralih kepada MAT evidence base, medical treatment, assisted treatment supaya kita dapat mengikuti negara-negara maju yang telah berjaya. Saya telah bertanya semalam, bilakah sebenarnya decriminalization of drug akan dilakukan. Bilakah sebenarnya kerana kita dah lama bercakap dan katakan kajian telah dilakukan. Ini penting sekali. Beralih kepada isu rokok yang kita hadapi hari ini terutamanya rokok-rokok yang telah dibawa secara haram. Saya ingin bertanya kerana negara kita kehilangan banyak revenue, banyak pendapatan kerana ini, dikatakan lebih daripada RM1 bilion. Kita adalah anggota WHO FCTC. Kenapa dan bilakah sebenarnya, kenapakah kita melambat-lambatkan untuk rectify protocol untuk eliminate illicit trade tobacco ini? Saya ingin tahu bagaimana kerajaan untuk uruskan hal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya tentang masalah doktor-doktor yang pernah dibangkitkan dahulu iaitu nasib doktor-doktor, fi doktor-doktor yang tidak diharmonikan kerana perubahan pada jadual fi doktor yang bekerja di hospital swasta tidak sama dengan doktor-doktor yang bekerja di hospital persendirian. Ini yang kita nak kata diharmonikan kerana fi yang dikenakan ini telah wujud sejak 1992, 27 tahun yang dulu tanpa perubahan. Jadi kita nak tahu bila, kenapa sedangkan kos untuk melaksanakan operasi klinik ini sudah meningkat daripada berbagai-bagai aspek. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya juga bagaimanakah dengan nasib doktor- doktor kontrak. Saya difahamkan doktor-doktor kontrak ini masih terumbang-ambing, tak tahu di mana dan bagaimana nasib mereka selepas itu. Jadi, minta kementerian membantu untuk menjawab perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, sedikit masa lagi saya mohon kerana saya ingin menyatakan bahawa ada beberapa masjid di kawasan Parlimen Bagan Serai sangat-sangat uzur. Saya pergi baru-baru ini, saya lihat contohnya Masjid Tebuk Haji Dollah. Masjid yang sangat lama dan juga uzur. Ada kayu kayan yang telah dimakan anai-anai dan sebagainya dan juga Masjid
Sungai Protan. Adakah kerajaan bersedia untuk membantu memberikan masjid yang baharu ataupun buat major repair supaya mereka ini dapat sembahyang dan buat perkara yang baik. Tuan Yang di-Pertua, pada akhir perbahasan ini, saya ingin juga menyentuh sedikit permohonan tentang makhluk Allah SWT yang tak boleh bercakap. Bila kita tanya dia, bila kita tegur dia, dia kata meow. Bila kita tegur dia lagi, dia kata woof, woof. Dia bunyi macam itu. Tuan Yang di-Pertua faham apa maksud saya. Jadi, kita dengar banyak cerita tentang kucing yang didera, anjing yang didera. Anjing yang dibunuh dan sebagainya. Jadi inilah makhluk Allah SWT yang tak boleh bercakap. Jadi, saya hari ini duduk dekat Dewan ini nak bercakap supaya mereka yang ada membuat atau mengusahakan shelter untuk membantu ini dapat diberi bantuan.
Minta penjelasan, minta penjelasan sikit.
Masa habis.
Contohnya geran tahunan untuk NGO.
Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Bagan Serai.
Diberikan geran.
Maaf, Yang Berhormat Arau, sebab masa dah habis pun.
Ini manusia yang didera oleh PH ini, kami...
Saya cuma nak tutup perbahasan hari ini.
...Kami antara kucing dengan anjing ini. Kami didera.
Tuan Yang di-Pertua.
Masa habis, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya sedang bercakap tentang insan-insan yang tidak boleh bercakap.
Rakyat didera oleh PH. Apakah mereka umpama anjing dengan kucing?
Memohon kalau boleh diberikan geran tahunan untuk NGO yang buat shelter atau memberikan pelepasan cukai kepada individu atau korporat atau stesen TV dan radio yang memberi maklumat tentang jangan bertindak kasar berhadap insan-insan ini hari ini. Begitu juga memohon subsidi jika mendapat rawatan dan juga kes untuk buat pemandulan dan juga makanan ataupun pasir sanitasi untuk haiwan ini. Ini kerana ada manusia-manusia di luar sana yang begitu prihatin, yang begitu kasihan kepada insan ini, pada makhluk-makhluk Allah SWT ini yang tidak dapat bersuara. Jadi, saya mengambil kesempatan dalam masa yang begitu singkat ini― banyak isu-isu yang hendak dibentangkan, tak sempat saya bentangkan. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Bagan Serai melihat inilah satu pembentangan belanjawan yang baik daripada Pakatan Harapan dan, insya-Allah, dengan tiga dokumen yang akan wujud nanti pada tahun 2020 dan akan bermulanya pada tahun 2021, kita mengharapkan Malaysia berubah dan jurang pendapatan dapat dirapatkan, Malaysia dapat kehidupan yang lebih sejahtera hari ini. Bagan Serai menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Point of Order, Tuan Yang di-Pertua. P.M. 35(7). “Tuan Yang di-Pertua atau Pengerusi boleh mengehadkan masa bagi Ahli-ahli berucap, jika perlu”. Perkataan “jika perlu”, kita dah bersetuju 20 minit. Kalau sekiranya kita tidak cukup masa, kita sambung masa berbahas, bukan kita pi had macam ini. Kami wakil rakyat, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua pun wakil rakyat. Orang lain dapat 20 minit, fasal apa kami dapat 15 minit? Kalau turun lagi, saya nak beritahu, saya akan boikot perbahasan ini dan saya akan cakap di Parlimen, mempertikaikan Tuan Yang di-Pertua sebab di bawah ini dengan terang “jika perlu”.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Tak perlu untuk had 20 minit. Kalau tak cukup, kita tambah masa, tambah masa bersidang. Jangan buat macam itu. Tak payah tambah hari. Tambah masa. Sekarang pukul 7, pergi pukul 9. Kenapa dulu BN boleh buat? Semua puak sana seronok sebab kita bagi tempoh masa sampai 10.30, 11.30 dan kita dapat bercakap 20 minit. Dulu kita bagi seorang setengah jam. Tuan Yang di-Pertua buat macam ini, kami bukan budak sekolah, Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Kami Ahli Parlimen! Saya marah betul kepada tindakan bagi 15 minit. Kita kembali kepada 20 minit, Tuan Yang di-Pertua. Jangan buat macam itu.
Saya kekal 15 minit kerana ramai yang nak berbahas lagi. Senarai panjang.
Bukan soal ramai. Soalnya, sebab Parlimen tidak tetapkan jangka masa itu boleh dilanjutkan. Saya rela bercakap pukul 9, pukul 10, tiada masalah, asalkan masalah saya didengar, dicatat. Dalam 15 minit nak cakap apa, Tuan Yang di-Pertua? Yang orang lain boleh cakap 20 minit.
Saya bagi ruang. Kalau ada yang nak ditambah sedikit, saya boleh berikan.
Tuan Yang di-Pertua bagus. Kejap lagi Tuan Yang di-Pertua lain mari tak bagus, macam mana? [Ketawa]
Baik, tak apalah.
Jadi kita...
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Saya Point of Order ini dicatatkan dalam Parlimen ini bahawa Arau protes perbuatan Pengerusi untuk mengurangkan masa 20 minit, 15 minit, lepas ini esok-esok yang penghabisan 15 minit. Kalau buat macam itu, Tuan Yang di-Pertua telah melanggar etika yang kami ini Ahli Parlimen yang dapat gelaran Yang Berhormat. Jadi kena bagi hak untuk berucap.
Terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih. Sekarang saya jemput...
Bukan, bukan. Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Parlimen pertimbangkan untuk masa berbahas sampai pukul 9 malam. Dengan itu kita tak payah kurang 15 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Jadi esok mulakan sampai 9 malam. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sokong cadangan Yang Berhormat Arau. Mengapa tidak kita lanjut sampai pukul 11 malam? Kita pun pernah bersidang sampai 4 pagi pun pernah. Ini pukul 7 ini terlalu awal. Tuan Yang di-Pertua, untuk bahaskan bajet ini, saya mulakan dengan pantun. Lambang BN warna biru; Perpaduan ummah ada yang cemburu, PH Kerajaan Malaysia Baharu, Bentang Bajet 2020 pun haru-biru. [Tepuk] Saya hendak bagi contoh haru-biru ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil contoh yang paling mudah di mana kita ucapkan tahniah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana saya ingat ini satu-satu kementerian yang ada sedikit perubahan. Ia perkenalkan dasar baharu― Food Bank program. Yang lain tidak ada nampak apa-apa perubahan. Kita lihat cadangan yang dibuat oleh kementerian ini ialah memperkenalkan subsidi petrol bersasar. Ia dah perkenalkan ini tetapi kita pun agak hairan apabila Kementerian Pendidikan pula nak berikan sarapan pagi kepada semua pelajar. Yang ini nak bersasar. Yang dulu sarapan kita bersasar, nak buka kepada semua. Yang petrol dulu kita bagi semua, nak bersasar. Nampak tak huru-haranya itu? Kalau nak bersasar, bersasar semua. Dari segi pelaksanaan subsidi bersasar― pagi tadi saya dengar jawapan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kalau ikut jawapan yang diberi, dia mengatakan bahawa yang mana yang layak dapat BSH B40, akan dibayar dengan wang tunai. Akan tetapi, Menteri Kewangan pula kata, dia tambah lagi, kalau bukan penerima BSH, akan menerima kad 95. Jadi tadi Menteri kata dia nak bincang balik. Jadi menunjukkan bahawa adakah Menteri-menteri ini dia tidak berbincang dulu kah sebelum sesuatu perkara yang nak dilaksanakan? Ini dah umum, Menteri lain cakap lain, Menteri lain cakap lain pula. Ini yang saya kata haru-biru. Yang lebih pelik lagi ini ialah satu dasar baru. Dasar baru ini kita sedia maklum. Saya dulu Menteri KPKT, kita semua tahu bahawa dulu dasar kita nak jual rumah kepada foreigner, mesti harga RM1 juta. Tiba-tiba ada rumah RM600,000. Saya masa dengar itu, saya ingat okey. Tiba-tiba Menteri KPKT kata, dia pun tidak tahu. Jadi ini bajet siapa ini? Bajet Menteri Kewangan seorang kah yang sampai dua Menteri nampaknya tak tahu apa yang diumumkan oleh Menteri Kewangan? Jadi ini bajet DAP atau bajet Kerajaan PH ini? Ini yang saya nak tengok. Apabila projek rumah ini, saya kata, ini satu projek yang baru. Kita kena tengok― kita tahu niatnya baik untuk tolong masalah rumah yang banyak tak terjual, berapa bilion yang tidak terjual. RM8.3 bilion. Akan tetapi soalnya, kita mesti ada dasar yang betul. Janganlah kita buka flood gate macam itu sahaja. Saya percaya kalau dibincangkan dengan baik, pegawai-pegawai KPKT akan ada idea sebab kita pernah bincang perkara ini. Paling tidak, kalau nak buka pun, sekurang-kurangnya mesti ada levi. Okey, boleh beli RM600,000 harga tetapi mesti ada levi RM200,000 satu rumah, sebagai contoh. Levi ini nanti boleh dimasukkan dalam Tabung Perumahan Negara. Jadi bolehlah membantu perumahan-perumahan untuk rakyat yang miskin. Itu pertama. Kena ada levi. Kedua, mestilah kena ada kuota. Takkan tak ada kuota? Kalau dia beli RM600,000 dia beli satu blok, bagaimana? Jadi, beberapa perkara ini yang saya kata nampak yang dia buat ini tidak ada...
Yang Berhormat Tanjong Karang, boleh sikit?
Sekejap lagi saya bagi. Ini isu perumahan dulu.
Ya.
Tidak ada perancangan. Kerana apa? Sebabnya saya tengok bahawa yang jadi kerajaan ini, dulu dia ini pembangkang. Saya hendak bagi contoh. Masalah rumah tak laku ini, zaman saya dah memang kita hadapi dah, kita dah hadapi masalah ini. Apabila kita masa itu berfikir, berbincang ini, saya bincang dengan REDA, kita bincang dengan Persatuan Pembeli Rumah, bincang dengan Bank Negara, macam mana kita nak tolong supaya rumah-rumah ini mudah dijual. Akhirnya, salah satu yang kita dapat kesimpulan dulu ialah kita cadang untuk kita berikan peluang kepada pemaju perumahan untuk memberikan pinjaman kepada pembeli- pembeli. Saya pembangkang tetapi saya memberi cadangan dengan cadangan yang RM600,000 tadi. Saya bukannya pembangkang yang membabi-buta. Saya pembangkang yang ada cadangan-cadangan yang baik. Akan tetapi, kalau saya lihat bagaimana DAP waktu mereka jadi pembangkang― saya hendak ambil contoh ini. Waktu mereka jadi pembangkang, bila dulu saya cadangkan supaya pemaju perumahan diberikan peluang untuk memberikan pinjaman― apa? Ini komen daripada Menteri Kewangan, masa itu Ketua Menteri. “Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, “Tanggungjawab pemaju perumahan adalah untuk membina rumah dan bukan untuk memberi pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi kepada peminjam”.” Sekarang pandai pula dia untuk tolong pemaju. Dulu dia kata pemaju buat rumah saja. Ini statement dia. Banyak lagi kalau nak kata. Dia kata, “Pihak pemaju akan mengenakan kadar dan sebagainya”. Ini ada lagi. DAP ada lagi ini. Dia kata apa? Dia kata, “Kerajaan mestilah melupakan cadangan untuk membenarkan pemaju hartanah menyediakan pinjaman perumahan kepada pembeli dan memfokuskan kepada keperluan membina rumah mampu milik”.
DAP kata, rumah mampu milik. Itu tidak apa lagi. Ini lagi satu ini. Beri lesen pinjaman kepada pemaju, apa ganjaran yang Noh Omar dapat? Ini apa yang dituduh. Ini Ahli Parlimen Segambut, ini Ahli Parlimen Kepong, kalau tidak silap saya. Apa dia cakap? Datuk Seri Noh Omar disoal, sama ada beliau ada mendapat apa-apa faedah atau keuntungan daripada cadangannya untuk membenarkan pemaju memberi pinjaman perumahan kepada pembeli. Kalau itu soalan DAP kepada saya, saya pun boleh tanya. Apakah hari ini DAP mendapat juga dana, dapat rasuah daripada pemaju-pemaju kerana bila benarkan beli rumah RM600 ribu, pemaju boleh jual rumah, maka pemaju-pemaju...
Tuan Yang di-Pertua.
.....boleh akan bagi rasuah kepada pemimpin-pemimpin DAP. Ini sebab saya...
Tuan Yang di-Pertua.
...ungkit apa yang dulu dia bangkit waktu saya memberikan cadangan yang sama untuk kita...
Peraturan Tuan Yang di- Pertua, peraturan, peraturan...
Peraturan apa.
36. Tunggulah Yang Berhormat. Saya minta kalau hendak buat ucapan, teruskan, tapi jangan buat sindiran bahawa ada rasuah dibayar dan sebagainya Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak ada standard lah. Peraturan apa, saya tidak ada sebut nama-nama mana- mana Ahli-ahli Parlimen. Kalau sebut Ahli Parlimen, kalau saya kata Yang Berhormat Jelutong rasuah, bolehlah Yang Berhormat bangun. Saya umum.
Yang Berhormat cuba secara tersurat dan tersirat menyatakan bahawa ada rasuah dibayar dan dibayarnya.
Tidak ada tersurat. Memang itu saya cakap. Sudahlah Yang Berhormat, masa saya tidak ada lah. Buang masa sahaja.
Kalau saya kata Yang Berhormat bodoh, Yang Berhormat itu penyamun, perompak boleh Yang Berhormat kata
saya ini 36(6). Ini tidak ada. Saya kata umum. Baca betul-betul peraturan itu, tidak boleh menuduh ahli-ahli.
Saya pun tidak kata Yang Berhormat, saya pun tidak mengata Yang Berhormat bodoh dan rasuah. Saya cuma minta supaya jangan ulangi kenyataan itu.
Saya ulangi ini.
Jangan buat sindiran mengatakan bahawa ada rasuah dibayar dan sebagainya.
Tidak, tidak ada. Saya hendak bagi tahu, Yang Berhormat duduklah.
Baik.
Sindiran apa, saya ulang. Kalau dulu, ini DAP boleh sindir saya, mengapa saya tidak boleh sindir sekarang? Ini bukti. Bila saya hendak tolong pemaju dia kata, wah! Dia kata sekarang dapat rasuah kah daripada pemaju? Maklumat, tujuan yang Menteri Kewangan buat benda sama, hendak tolong kepada pemaju. Ini yang saya hendak ungkit. Jangan waktu kamu jadi pembangkang, kamu suka hati kamu boleh cakap. Bila sudah jadi kerajaan, semua betul. Kami pula tidak boleh hendak cakap apa-apa. Inilah, kena ubahlah perangai.
Kalau ada bukti, pergi buat laporan dengan MACC lah, saya cabar. Kalau ada bukti, berani ulangi kenyataan itu di luar Dewan.
Apa ini? Bodoh! Kalau, Yang Berhormat faham tidak? Saya ada sebut nama tidak? Kalau saya sebut nama bolehlah. Bodoh betul lah!. Buang masa saya.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, you are stupid Yang Berhormat. You are the stupid person, you’re making stupid comments.
Apa komen?
Saya minta supaya Yang Berhormat Tanjong Karang terus berbahas dengan bahasa yang baik. Terima kasih.
Kan saya cakap, dia tuduh saya dulu rasuah. Ini dia tuduh saya ini.
Baik, terima kasih.
Saya boleh baca. Saya ini saya baca Yang Berhormat hendak melompat ini fasal apa? Saya mahu ini, yang ini, baca ini. Saya boleh, saya sudah ulang ini bacaan dia. Tajuk pun besar. Jadi saya pun tanyalah. Adakah niat yang sama. Kalau tidak ada, tidak adalah. Yang Berhormat hendak melompat ini fasal apa. Okey.
Teruskan.
Itu yang pertama, itu fasal rumah. Kemudian pula rumah ini juga saya tengok kerajaan, dia tidak ada sebut ini apa jadi rumah PPR ini, kasihan rakyat. Saya tengok rumah PPR dulu saya bangkit di dalam Parlimen ini, kalau ikut jawapan pihak Menteri ada, PPR ada, PPR Kemaman, Terengganu, Kangar, Perlis, Program Rumah Transit Penjawat Awam, PPR Bakar Batu, Tanah Merah, Ladang Katera, Sembrong, Lancang, Besut, Batu Putih, Tambunan, Padang Besar, Matang, Baling hendak dilaksanakan. Sudah satu tahun setengah sudah. Satu rumah pun tidak buat. Satu rumah pun tidak buat ni. Saya hendak tanya ini, mana yang kata untuk membelakan rakyat, rumah. Janganlah dok sibuk hendak suruh foreigner beli rumah kita. Ini rakyat ini, yang peruntukan sudah ada. Mana rumah, satu rumah pun tidak buat. Betul Yang Berhormat Sungai Petani?
Kalau tidak boleh janji, jangan berjanji. Ini yang kita hendak ingat kepada pihak kerajaan yang sana hanya jangan cakap tapi tidak serupa bikin.
Yang Berhormat Tanjong Karang boleh?
Sila.
Okey. Penganalisa menyebut bahawa pemaju ini tamak Yang Berhormat Tanjong Karang. Mereka meletakkan harga rumah yang tinggi. Sepatutnya apa yang patut dibuat bukan menurunkan had harga RM1 juta kepada RM600 ribu tetapi minta pemaju turunkan harga rumah. Sekarang ini rumah mampu milik tidak dibuat. Yang kita dapat tengok ialah rumah mampu tengok saja. Rumah mampu milik tidak dibuat. Kemudian dia hendaklah juga ada penawaran dan permintaan. Biarkan sahaja, jangan dibantu pemaju-pemaju yang tamak ini. Akhirnya mereka terpaksa turunkan harga rumah itu kerana low supply and demand ini. Apa pandangan?
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Betul. Memang setuju apa yang Yang Berhormat kata.
Yang Berhormat Tanjong Karang. Sat lagi Yang Berhormat Tanjong Karang bagi seminit sat lagi ya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak tanya Yang Berhormat Tanjong Karang sementara kerajaan membenarkan, sekarang kerajaan baru membenarkan foreigners beli rumah-rumah. Adakah tidak selaras dengan program yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional dahulu iaitu MySecond Home, di mana kita membenarkan foreigners juga membeli supaya dapat menikmati keindahan negara kita, kita benarkan dan jumlah itu lebih kurang RM600 ribu juga. Akan tetapi adakah harus kita teruskan idea ini atau macam mana pandangan Yang Berhormat Tanjong Karang?
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Okey, memang betul. Dulu memang harga memang ada tapi minimum RM1 juta. Akan tetapi saya pernah hendak cadang supaya dinaikkan. Bila saya hendak cadang, saya kena bawa pada Kabinet. Kabinet tidak bersetuju. Dia kata tidak boleh. Dia kata RM1 juta ini sikit. Kalau boleh, biarlah RM1.5 juta ataupun kita pakai dalam USD. Tapi bila kita buat, kita bincang dalam Kabinet dulu, bukan macam sekarang, Yang Berhormat Menteri main umum saja. Macam Menteri KPKT pun tidak tahu. Ini yang saya kata. Adakah ini dasar buat seorang-seorang, ikut suka hati saja. Sudah masa tidak ada. Yang satu lagi, bila sebut KPKT ini, saya kena cakap fasal bomba. Saya ucap terima kasih lah kerana bomba telah pun diberikan elaun. Tapi saya tidak hendak ulang dalam Dewan ini bahawa saya telah umum di dalam Dewan ini pada 21 Mac 2018. Ini saya baca Hansard. Bahawa saya hendak bagi tahu, bahawa saya telah pun mengumumkan bahawa kenaikan elaun bomba ini telah pun bermula pada 1 April. Kita sudah umum secara umum inilah. Secara umum yang saya hendak baca. Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini, hasil daripada perbincangan dan juga keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, maka di Dewan yang mulia ini, saya kira ini satu hadiah kepada seluruh anggota bomba sempena menyambut Hari Bomba pada 28 April ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun meluluskan permohonan elaun khas skim perkhidmatan kepada anggota bomba dan penyelamat seluruh negara. Dengan itu semua anggota bomba dan penyelamat akan menikmati penambahan satu lagi elaun khas kepada kadar RM200 sebulan, berkuat kuasa 1 April 2018. Patutnya, tahun lepas patutnya sudah mula. Bukan itu saja, kita juga telah meluluskan juga iaitu kita juga saya telah umumkan juga Yang Berhormat Perdana Menteri telah pun bersetuju untuk menaikkan kadar elaun kepada anggota bomba bantuan daripada RM6 sejam kepada RM8 satu jam. Bagi anggota dan juga RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai. Ini ialah untuk bantuan pasukan bomba bantuan. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, dalam ucapan Menteri Kewangan, saya hendak baca ini. Dia ada sebut ini, dia kata apa. Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah mendapat perhatian Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, semua anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan juga Penyelamat Malaysia akan menerima elaun khas skim perkhidmatan bomba sebanyak RM200. Saya ulang.
Jadi, kalau Yang Berhormat Menteri sebut sebagai menghormati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka saya hendak minta kalau betul- betul hendak hormat, kena backdated. Bagi elaun bomba ini mulai 1 Ogos 2018, waktu saya umumkan dan juga saya hendak tanya adakah elaun bomba bantuan termasuk kah tidak di dalam yang diluluskan ini dan saya harap diberikan juga elaun kepada bantuan bomba seperti mana yang diumum, yang diberikan pada pasukan RELA. Sebab masa tidak mengizinkan, saya bila sebut saja bomba, saya kena sebut juga Tuan Yang di-Pertua iaitu mengenai kes Adib. Kes Adib ini saya pun sudah cakap dalam Dewan ini, saya sudah nampak memang itu sandiwara saja. Pengarahnya kita tahu, pelakonnya pun ada. Apabila pelakonnya tidak ikut arahan pengarah, maka pelakonnya dipecat, pengarah buat pula cerita lain. Ya kita tahu bahawa apabila kes Adib ini, apabila Adib, sebelum Adib meninggal, polis bawa paper kepada AG untuk dakwa di bawah seksyen 307. Bila Adib meninggal, dia buat cadangan untuk bawa seksyen 302. Akan tetapi akhirnya tidak ada apa-apa tindakan, AG suruh buat inkues dan hari ini kita sudah tahu apa keputusan inkues ini.
Kita hendak minta― kalau ikut kes Mohd Adib ini, hendaklah jangan dipandang ringan. Ini satu perwira kita. Perwira kita yang terkorban yang telah menjadi isu dan kita lihat bahawa kes Mohd Adib ini mesti diberikan pembelaan. Saya hendak tahu, sejauh mana kes ini akan berjalan? Kalau ikut laporan yang kita baca pada 3 Oktober dulu, polis masih menunggu arahan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung siasatan kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Adib Mohd Kassim. Bermakna apabila dikata kami belum menerima arahan rasmi, jadi apabila menerimanya, kita akan menampakkan dan melihat apa yang kita lakukan. Jadi, kita minta tolonglah disegerakan penyiasatan ini. Begitu juga dengan kes-kes yang lain. Kes terowong, jangan hanya tahu bawa saja, siasatnya kemudian tidak ada apa-apa tindakan. Kes video semburit pun sudah diam. Bagaimana― dan saya hendak ulang lagi, bahawa kes yang menghina Sultan saya melalui Facebook Nga Kor Ming Fan Club ini mestilah diambil tindakan dengan segera. Jangan hanya sekadar untuk siasat-siasat, akhirnya tergantung dan bila diam, maka kes itu ditutup. Jadi, dengan ini, saya harap kerajaan bukan hanya merancang tetapi mestilah melaksanakan Dan juga benih padi― sedikit saja. Benih padi tadi yang dibangkit oleh Yang Berhormat Bagan Serai. Ini pun very simple problem tetapi oleh sebab kementerian tidak reti hendak menyelesaikan masalah, maka menjadi mangsanya adalah rakyat. Apalah salahnya dalam keadaan sekarang― biji benih padi ini kita boleh bincang. Janganlah ikut sangat kualiti kerana kualiti yang diubah ini daripada bilangan 80 peratus padi angin yang dulu dalam satu beg boleh 80 biji, sekarang sudah tidak boleh, kata dia. Hanya 40 biji satu beg. Tetapi itu baru tiga bulan. Jadi, dalam masa rakyat tengah hendak benih ini, buat undang-undang macam itu, maka rakyat menderita. Akhirnya, rakyat terpaksa beli benih padi yang tidak ada kualiti dan kesannya nanti kerajaan akan mendapat hasil padi yang cukup merugikan rakyat nanti.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.
Jadi, dia hendak masuk dalam ucapannya supaya elaun RM2 ini juga diberi kepada APM, Wataniah dan juga pasukan sukarela yang lain. Sebab, Menteri terlupa hendak sebut perkara tersebut. Jadi, apakah kita boleh masuk dalam ucapan Yang Berhormat supaya ini dibagi juga kepada badan sukarela yang lain?
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Saya sokong sebab apa yang Yang Berhormat Arau cakap, itu sebenarnya semua kita sudah umum sudah. Masalahnya, bila kita kalah hari itu, mereka tidak boleh laksanakan. Kalau kami menang dulu, agaknya hari ini elaun sudah lebih kita akan tambah.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang, terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya berdiri untuk sama-sama membahaskan Belanjawan 2020 yang bagi saya adalah satu belanjawan yang forward facing, dengan izin, ataupun melihat kepada masa depan yang mengambil kira keadaan ekonomi di dunia dan juga mengenal pasti beberapa aspek ataupun kelemahan-kelemahan dalam ekosistem ekonomi negara untuk kita pertambahkan. Secara ringkas, kita lihat tiga perkara yang menjadi fokus dalam belanjawan ini. Pertama adalah ekonomi digital. Kedua adalah aspek perlunya rakyat Malaysia bekerja keras. Dan ketiga, keseimbangan yang diberikan kepada kaum wanita. Sebelum saya mulakan, saya ingin menyentuh dahulu tentang aspek cuti. Cuti bagi golongan bapa. Dalam belanjawan, kita dengar ibu-ibu akan mendapat cuti maternity ditingkatkan daripada 60 hari ke 90 hari. Ini adalah satu langkah yang baik dan ini bukan cuti biasa ya. Ada yang mengatakan dalam media sosial ataupun kepada media mengatakan ini adalah cuti kepada ibu. Saya rasa ini adalah satu pandangan yang tidak berapa tepat. Ini adalah satu hak yang kita perlu berikan kepada ibu-ibu agar mereka dapat bersama-sama dengan anak mereka pada satu waktu yang cukup kritikal dalam tumbesaran bagi anak kecil itu. Pada masa yang sama, saya ada bangkitkan dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan, apakah yang ada untuk bapa-bapa? Untuk makluman Dewan, saya baru sahaja menjadi seorang bapa anak kedua. [Tepuk] Terima kasih, terima kasih. Jadi, anak yang baru masuk dua setengah bulan dan saya pun terfikir, bukankah sebagai seorang bapa walaupun seorang Wakil Rakyat, bukankah bapa-bapa juga patut diberikan sedikit ruang untuk bersama-sama dengan anak dan keluarga? Saya lihat pada waktu ini ada cadangan untuk diberikan, diubah ataupun dipinda Akta Kerja 1955 untuk memasukkan tiga hari cuti paternity ataupun cuti untuk bapa. Bagi saya, Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu jumlah cuti yang tidak cukup. Tiga hari ini maksudnya apa? Isteri baru bersalin, hari pertama. Hari kedua mungkin anak jaundis, kena jaga. Hari ketiga baru hendak balik ke rumah, contohnya. Itu pun kalau anak tidak ada masalah jaundis. Anak saya jaundis tiga, empat hari. Jadi, kalau kita tengok, hari ketiga, lepas itu hendak kena start kerja balik. Malam pun tidak tidur. Jadi, saya rasa mungkin kalau diberikan cuti seminggu, setidak-tidaknya bapa akan dapat berikan lebih tumpuan kepada anak-anak dan juga kepada ibu-ibu. Itu pun penting dari segi support system itu. Itu yang pertama. Jadi, harapan saya ialah Menteri boleh pertimbangkan bukan tiga hari, tetapi tujuh hari. Ini yang saya rasa bapa-bapa mahu. Kedua, saya ingin menyentuh― semalam kita ada wakil daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Cawangan Utusan Melayu (M) Berhad, mereka datang merayu. Ada yang bangkit, “YB Fahmi, kenapa hendak pertahankan wartawan Utusan? Sebelum ini bukankah mereka yang menghentam kita?” Tidak. Ini bukan isu kepartian ataupun isu editorial slant, dengan izin, tetapi ini adalah isu hak pekerja. Mereka datang dan mereka memohon untuk tidak dizalimi 800 kakitangan Utusan, 800 orang yang mengambil skim VSS yang melibatkan lebih 6,400 ahli keluarga. Jadi, saya pohon, Tuan Yang di-Pertua, seeloknya Dewan ini mengambil maklum dan juga menggesa pihak kementerian, apakah yang kita boleh usahakan, apakah yang boleh kita lakukan untuk pastikan ketidakadilan kepada 1,600 staf Utusan ini terbela. Kalau kita lihat, saya difahamkan aset yang dimiliki oleh Utusan, syarikat sebelum ini, adalah sebanyak RM500 juta, hutangnya mencecah RM200 juta dan keperluan untuk membayar VSS adalah RM80 juta, manakala untuk gaji bagi retrenchment, dengan izin, adalah sebanyak RM80 juta. Ini bermaksud cukup. Tetapi kelihatan tidak diberikan satu fokus kepada para pekerja. Adakah mungkin, contohnya, sewaktu dilakukan, diusahakan Kongres Maruah Melayu, kenapa tidak diedarkan tabung untuk bantu para pekerja Utusan? Apakah maruah mereka juga tidak perlu kita bela? Itu adalah satu persoalan yang mungkin rakan-rakan, mungkin Yang Berhormat Sembrong boleh jawab. Selain daripada itu, saya ingin menyentuh isu perumahan khususnya dana RM100 juta yang disediakan untuk membaiki Projek Perumahan Rakyat (PPR). Saya amat berterima
kasih kepada pihak kerajaan kerana memberikan dana yang besar ini. Ini akan dapat membantu membaiki sama ada isu elektrik, isu wiring, isu lif. Akan tetapi, pada masa yang sama, mulai tahun depan, Kuala Lumpur contohnya, akan mulakan cukai strata ataupun cukai petak ataupun strata tax. Tuan Yang di-Pertua, saya lihat ada masalah besar yang melibatkan banyak daripada joint management body (JMB) dan juga management corporation (MC) di seluruh Kuala Lumpur malah juga mungkin di seluruh negara, di mana kita lihat― sebagai contoh, pada tahun 2018, daripada lebih kurang 6,000 JMB dan MC yang ada di Kuala Lumpur, hampir 95 peratus daripada JMB dan MC ini tidak melakukan mesyuarat agung tahunan. Hampir 99 peratus tidak menghantar akaun yang beraudit. Ini adalah satu bebanan yang besar kepada pihak kerajaan bila masa kita sebut kita perlu wujudkan tabung penyelenggaraan dan sebagainya. Masalah asas di sini ialah kita tidak tahu dan kita tidak faham ataupun kita kurang faham apakah hubung kait di antara pemilik petak, penyewa dan juga pihak management. Bagi saya, satu pendidikan perlu dilakukan agar tanggungjawab ini dapat ditanggung bersama terutama di kalangan mereka yang memiliki petak-petak strata ini. Saya juga ingin menyentuh seterusnya isu seni. Sebagai seorang anak seni, saya lihat beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam belanjawan ini bersifat progresif, bersifat baik. Contohnya adalah pengenalan ataupun peningkatan dana, potongan cukai kepada syarikat yang menaja aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan daripada RM700,000 ke RM1 juta setahun. Ini adalah satu perkara yang baik.
Akan tetapi, pada masa yang sama, saya lihat masih wujud satu keadaan di mana cabang-cabang seni yang berbeza di bawah penyeliaan ataupun di bawah kementerian yang berbeza. Contohnya, pernah saya bangkitkan, bagi pembikin filem adalah di bawah FINAS contohnya, di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Bagi penggiat sastera contohnya, adalah di bawah Kementerian Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Akan tetapi, bagi penggiat seni persembahan dan seni tampak, seni visual, di bawah Kementerian Kesenian Kebudayaan dan Warisan. Jadi, seharusnya wujud satu badan― mungkin pihak kerajaan perlu mempertimbangkan keperluan mewujudkan satu Majlis Seni Negara. Majlis Seni Negara yang boleh memberikan satu, dengan izin, roadmap ataupun hala tuju bagi pembentukan sahsiah juga perkembangan seni di negara Malaysia. Kita juga sedar bila kita lihat di banyak negara lain, sering kali mungkin kita akan ke negara-negara seperti Perancis, kita lawat ke Paris untuk pergi ke The Louvre dan di situ kita akan lihat Mona Lisa dan sebagainya. Akan tetapi, di Malaysia, bila kita sebut kita ingin Tahun Melawat Malaysia 2020, apakah yang boleh diharapkan? Apakah pelancong- pelancong ini yang datang berkunjung ke Malaysia, apakah isi kesenian yang boleh mereka saksikan? Ini perlu menjadi satu fokus kepada pihak kementerian. Saya harap selain daripada menyediakan beberapa dana ini termasuklah RM5 juta untuk CENDANA― walaupun saya ambil maklum dalam Laporan Ketua Audit Negara disebut bahawa prestasi keupayaan CENDANA ini tidak mencukupi, cuma mencecah lebih kurang 41 peratus, tetapi diberikan juga peluang kedua, dana RM5 juta untuk aktiviti menjana orang ramai untuk datang menyokong Galeri Seni Visual dan penganjur pameran seni. Kita kena pastikan RM5 juta ini digunakan, dibelanjakan oleh CENDANA dengan cara yang baik. Saya juga, insya-Allah, akan bantu untuk pantau. Seterusnya, saya ingin menyentuh― kita banyak tekankan tentang aspek digital dan banyak daripada usaha pihak kerajaan termasuklah dengan menyediakan dana RM30 untuk e-dompet ataupun e-wallet adalah satu langkah yang, insya-Allah, akan membantu meningkatkan jumlah penggunaan e-wallet di kalangan rakyat Malaysia. Akan tetapi, pada masa yang sama, isu pokok termasuklah isu keselamatan data kita, ini satu perkara yang harus kita berikan tumpuan. Tempoh hari, pihak Menteri Komunikasi dan Multimedia telah menjawab satu soalan yang telah saya bangkitkan mengenai syarikat Nuemera (M) Sdn Bhd yang telah dilantik pada tahun 2014― maaf, lebih awal dari itu― di mana mereka telah didapati berkemungkinan gagal menjamin keselamatan 46.2 juta data peribadi pengguna perkhidmatan telekomunikasi. Sebanyak 46.2 juta data peribadi. Sama ada benar mereka yang telah gagal ataupun pihak lain yang telah mengambil kesempatan, realitinya, data kita, data saya, data Tuan Yang di-Pertua berada di luar sana. Bila masa kita dihubungi oleh scammers, maka berkemungkinan besar mereka dapat nombor telefon kita, maklumat kita, data peribadi kita daripada maklumat itu.
Maka, persoalannya, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan dan menjamin tidak lagi berlaku kebocoran data yang cukup besar seperti ini? Terutama bila kita lihat fokus pihak kerajaan ke depan adalah ekonomi digital. Maka, aspek keselamatan, saya ingin tahu, apakah yang pihak kerajaan akan lakukan untuk memastikan pangkalan data kita tidak mengalami kebocoran seperti yang telah berlaku sebelum ini? Pada masa yang sama, saya rasa ramai di kalangan rakyat Malaysia ingin tahu, daripada kes tersebut sekitar tahun 2014 yang saya difahamkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menamatkan kontrak tersebut pada 21 Mei 2018, tetapi apakah akan ada sebarang pampasan kepada semua yang telah terkesan? Bagi saya, ini satu perkara yang ramai tanya. Kita telah terkesan. Data kami sekarang ini disalah guna, telah dibeli, telah dijual tetapi apakah pampasan yang boleh diberikan? Adakah pihak kementerian boleh memberikan sebarang jawapan? Saya nantikan. Seterusnya, saya ingin menyentuh― kita tahu dan kita sedar pada waktu ini sebanyak RM250 juta telah disediakan untuk membaik pulih berek, kuarters dan perumahan bagi Polis Diraja Malaysia. Saya cukup alu-alukan usaha ini. Sebagai Ahli Parlimen yang menjaga kawasan Bukit Aman, saya berharap dengan adanya dana ini dapat mengamankan sedikit keadaan di kalangan para anggota. Saya cukup prihatin, Tuan Yang di-Pertua. Harapan saya, kita kena pastikan dana ini digunakan dengan sebaiknya, tidak berlaku ketirisan dan ia pergi kepada semua yang memerlukan. Pemantauan― sebelum ini Yang Berhormat Jeli telah bangkitkan― perlu kita lihat kendalian Belanjawan 2020 ini setiap enam bulan. Saya rasa bagi dana RM250 juta ini juga, saya ingin cadangkan agar prestasi penggunaan dana ini juga dilaporkan kepada Dewan ini agar kita dapat pastikan kebajikan para anggota Polis Diraja Malaysia akan dapat kita pertahankan dan kita perjuangkan. Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan salah satu daripada usaha kita ialah inisiatif #MalaysiaKerja. Kita lihat daripada lebih kurang 14 ataupun 15 juta tenaga kerja yang ada di pasaran pada waktu ini, pada masa yang sama, di negara kita terdapat lebih kurang 170,000 warga― bukan warga asing― pekerja asing tetapi mereka adalah refugee ataupun mereka adalah rakyat di negara-negara lain yang telah mencari suaka di negara kita ataupun dalam proses untuk pergi ke negara lain. Saya rasa perlu diwujudkan satu dasar untuk memastikan bahawa hak mereka untuk mencari nafkah sementara mereka diproses ataupun dipindahkan ke negara-negara lain ini perlu diteliti. Saya rasa wujud beberapa, dengan izin, social enterprise seperti Picha Project yang mengetengahkan nasib para refugee ini, dengan izin, dengan menyediakan makanan dan dari situ, kita bukan sahaja dapat menikmati juadah daripada negara para refugee ini tetapi kita juga dapat bersimpati dengan keadaan mereka. Harapan saya, daripada mereka bekerja tanpa kelulusan ataupun tanpa kebenaran, kita buat satu pemutihan dan kita bincangkan agar ia tidak menjejaskan usaha #MalaysiaKerja tetapi dia boleh menjadi, dengan izin ya, complement usaha kita. Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Universiti Malaya. Kita difahamkan― alhamdulillah, jumlah peruntukan bagi Universiti Malaya telah meningkat sebanyak 14 peratus ataupun lebih kurang RM54 juta. Ini adalah satu penambahan yang baik. Akan tetapi, pada masa yang sama, bila kita lihat ada satu perubahan hala tuju ekonomi negara menuju digital economy, dengan izin, tetapi aspek paten, aspek inovasi ini perlu kita lihat dengan lebih teliti. Seperti yang umum sedia maklum, sejak tahun 2015, jumlah paten yang didaftarkan dalam negara kita berkurangan. Ini adalah satu trend yang agak membimbangkan kerana jumlah paten yang didaftarkan menjadi satu kayu ukur kepada tahap inovasi dan juga menjadi pemangkin kepada jumlah gaji yang dapat diberikan. Jadi, persoalannya, adakah dengan jumlah yang kita belanjakan, contohnya untuk R&D, RM524 juta yang disediakan untuk aktiviti R&D ini, apakah harapan kita dari segi peningkatan jumlah paten yang didaftarkan? Jadi, saya pohon pihak kementerian untuk memberikan sedikit pengkhususan dan fokus kepada perkara ini. Saya rasa setakat itu dahulu, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas. Diikuti oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Kudat dan Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya rakamkan terima kasih kepada pihak Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan 2020 ini. Saya mulakan dengan Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat al-Quran] Yang bermaksud, “Dan hendaklah takut mereka kepada Allah SWT daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim dan orang-orang yang menjadi penjaganya, dan jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yatim di belakang mereka, mereka bimbang terhadap masa hadapan dan keselamatan anak-anak mereka itu, oleh itu mereka hendaklah bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkara yang betul”. Tuan Yang di-Pertua, ayat yang telah saya bacakan tadi merupakan salah satu ayat di dalam al-Quran yang menggesa orang-orang yang beriman agar melakukan perancangan kewangan yang teliti yang merupakan sebahagian daripada ajaran yang termaktub di dalam Islam dan ia membuktikan bahawa Islam bukanlah agama yang memisahkan di antara kehidupan manusia di dunia dan kepentingan akhirat.
Tuan Yang di-Pertua, berbicara soal Belanjawan 2020, kita menyaksikan bagaimana belanjawan ini dihasilkan dalam kerajaan benar-benar berhempas pulas mendepani suasana ekonomi yang mencabar. Polisi populis yang dilaksanakan termasuklah menghapuskan GST secara terburu-buru tanpa mengambil kira pendapatan kerajaan yang boleh menampung kemasukan tersebut ialah satu permulaan kepada tragedi ekonomi yang dicipta oleh Pakatan Harapan. Barangkali kerana itulah masyarakat umumnya menyambut dingin Belanjawan 2020 ini dan jika boleh saya bacakan tinjauan pandangan di laman sosial Facebook oleh Astro Awani pada 11 Oktober lepas daripada 78,900 undi, 84 peratus mengundi tidak puas hati dengan belanjawan dan hanya 16 peratus mengundi sebaliknya. Begitu juga Buletin Utama TV3, 12 peratus memilih ya berpuas hati dengan belanjawan manakala selebihnya 88 peratus memilih tidak. Situasi ekonomi yang sangat mencabar hari ini boleh dilihat kepada data-data yang terpampang di hadapan kita, di mana Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2019 berada pada paras 4.9 peratus berbanding 4.5 peratus pada suku pertama 2019. Pada tahun 2014, negara mencatatkan pertumbuhan melebihi 6.3 peratus sebagai enam bulan pertama. Seterusnya 5.5 peratus pada penghujung tahun tersebut. Enam bulan pertama 2016, pada angka 4.1 peratus, enam bulan pertama tahun 2017, 5.7 peratus. Data suku pertama dan suku kedua tahun ini menjadikan pertumbuhan enam bulan pertama hanya sekitar 4.7 peratus. Jawapan ini mungkin dijadikan indicator penerimaan rakyat di kalangan B40 dan M40 terhadap Bajet 2020. Walau bagaimanapun, saya suka untuk mengambil positif yang boleh dipuji dalam Belanjawan 2020 ini termasuklah peruntukan terbesar terhadap sektor pendidikan. Sebagaimana kata pepatah English, education is the most powerful weapon which you can use to change the world, dengan izin. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan belanjawan RM64.12 bilion ini. Namun di sebalik pertambahan ini, saya suka untuk mengajukan beberapa persoalan. Di dalam buku besar ini jika kita rujuk bagaimana beberapa angka tidak mencerminkan hasrat daripada peningkatan peruntukan ini. Sebagai contoh pada muka surat 459, prestasi outcome program, peratusan kebolehpasaran pelajar program matrikulasi kementerian, universiti awam. Sasaran 2019 30.8 peratus. Angka sebenar tahun 2018, 31 peratus tetapi pada tahun 2020, sasarannya cuma 31 peratus. Tidak berbeza banyak. Begitu juga apabila kita melihat bagaimana pada muka surat 456, peratusan peningkatan pelajar layak sijil SPM. Angka sebenar tahun 2018, 86.4 peratus tetapi pada tahun 2019, 85 peratus, turun. Kemudian tahun 2020 disasarkan 85.15 peratus lebih rendah daripada angka sebenar 2018. Walaupun ini boleh disebut dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa tetapi saya memilih untuk menyebut di sini, yakni menunjukkan bagaimana peruntukan yang besar kepada Kementerian Pendidikan ini perlu dicerminkan dengan angka-angka yang ditunjukkan
daripada KPI-KPI ataupun garis panduan yang telah disebut di dalam buku yang dibekalkan kepada kita ini. Saya suka untuk menyentuh berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM23 juta yang disediakan oleh kerajaan untuk OKU di sekolah kebangsaan. Saya sambut baik dan sangat-sangat menghargainya. Ia selari dengan Dasar Penolakan Sifar atau Zero Reject Policy yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan di mana tiada kanak-kanak OKU dinafikan hak pendidikan disebabkan kelainan upaya mereka. Akan tetapi saya perlukan maklumat secara terperinci, apakah kemudahan yang dimaksudkan. Apakah hanya fasilitet? Apakah jenis-jenis OKU anggota berkerusi roda sahaja yang dimaksudkan dalam peruntukan ini? Saya mencadangkan peruntukan ini turut meliputi bantuan perkhidmatan saringan, penilaian, intervensi, latihan, konsultasi di sekolah daripada therapist pendidikan pertuturan bahasa, therapist cara kerja, therapist anggota, psikologi klinikal secara kontrak dan sampingan. Ini kerana perkhidmatan ini sangat kritikal untuk OKU di sekolah. Ia boleh menjadi pemangkin untuk pembentukan RPI yang sesuai dan tepat pada murid-murid berkeperluan khas. Bantuan untuk MBK ini mendapatkan perkhidmatan susulan terapi di luar sekolah sebagai satu kerjasama dalam membantu perkembangan MBK secara holistik. Saya ingin menyentuh peruntukan RM80 juta untuk menaik taraf menyelenggarakan 67 pelbagai institusi di bawah JKM, termasuk pusat jagaan kanak-kanak, OKU dan warga emas. Persoalan saya, kenapa hanya 67 institusi ini yang memang sudah mendapat perhatian kerajaan kerana berada di bawah JKM. Bagaimana dengan 578 PPDK yang hanya sekadar mendapat geran tahunan, diuruskan oleh penyelia dan petugas yang hanya mendapat sagu hati sukarelawan sebanyak RM800 sehingga RM1,200 sebulan sahaja.
[Bangun]
Saya pergi tinjau PPDK di bawah kawasan saya, melihat bagaimana jumlah OKU yang sangat berlebihan yang dijaga oleh mereka tidak sesuai dengan beban kerja yang terpaksa mereka hadapi. PDK inilah yang dicanang sebagai proksi kebajikan kerajaan tetapi di manakah peruntukan-peruntukan terhadap mereka dan bagaimanakah hasrat kerajaan untuk menaikkan elaun yang diterima oleh jurulatih-jurulatih di PPDK, di seluruh negara. Begitu juga RM20 juta diperuntukkan untuk lima pusat latihan berdikari. Program Latihan Bagi Sindrom Down dan taska OKU. Dalam masa yang sama perkhidmatan latihan dan tunjuk ajar disediakan oleh penyelia perkhidmatan latihan kepada golongan OKU ini dikecualikan cukai perkhidmatan, saya sifatkan ini cadangan yang bagus. Namun, bagaimana dengan pusat-pusat latihan pemulihan OKU seluruh negara yang sudah wujud sekian lama tanpa dana dan bantuan yang cukup oleh kerajaan.
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin balik kepada peruntukan ataupun perbelanjaan yang diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan yang telah disebutkan tadi. Alangkah baiknya, sekiranya perbelanjaan ini dapat diperuntukkan untuk menjadikan mahasiswa dan juga anak-anak kita ini menjadi manusia. Memanusiakan rakyat bukan sekadar memberikan mereka ilmu semata-mata. Ini kerana kalau sekiranya mereka diberikan ilmu semata-mata maka himar di padang pasir juga boleh memikul kitab-kitab. Kita melihat bagaimana kebiadaban...
Yang Berhormat Pasir Mas, sedikit.
Ada celahan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Pasir Mas dalam penghujahan Yang Berhormat sebentar tadi ada menunjukkan bahawasanya peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan tidak menunjukkan perkembangan yang sebenar dari segi fakta-fakta itu. The Star hari ini melaporkan maknanya pada tahun hadapan, Tingkatan 4 sudah tidak ada pengasingan mengikut aliran kerana mereka menggunakan big data dan artificial intelligent dalam sistem untuk memilih untuk pergi daripada PT3 kepada SPM tidak ada lagi
pengasingan aliran sama ada sains, sastera atau perdagangan. Adakah mereka sebenarnya akan menghancurkan sistem pendidikan, semata-mata untuk memenangkan big data dan artificial intelligence.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya mohon masukkan ucapan Yang Berhormat Paya Besar dalam ucapan saya. Kita mohon supaya Menteri Pendidikan dapat memberikan jawapan terhadap persoalan- persoalan yang dikemukakan ini. Saya sambung ucapan tadi. Bagaimana tugas Kementerian Pendidikan sangat mencabar. Hari ini ada mahasiswa yang boleh berlaku biadab di atas pentas konvokesyen, berteriak di atas pentas konvokesyen. Tidak pernah berlaku dalam sejarah, bagaimana dalam suatu upacara konvokesyen yang begitu dilakukan dengan penuh istiadat, mereka boleh melakukan protes di atas pentas tersebut. Kita bukan mengkritik kebebasan bersuara, freedom of speech, tidak. Akan tetapi hendaklah dilaksanakan pada tempat yang sesuai. Setiap perkara ada tempat yang sesuainya tetapi apabila ada mahasiswa yang memberontak di atas pentas, menunjukkan sikap protes di atas pentas, ia mengganggu emosi dan juga suasana di hadapan ibu bapa, di hadapan rakyat jelata yang mahukan inilah dia peristiwa atau majlis paling berprestij di dalam pengajian mereka. Lebih menyedihkan, ada anggota atau elemen di dalam parti yang berada di dalam kerajaan menyokong perbuatan-perbuatan seperti ini. Hari ini sebagai contoh, saya baca kenyataan daripada satu pertubuhan DapC. Saya minta maaf rakan-rakan daripada DAP mungkin tidak terlibat tetapi tidak sepatutnya kita memberikan sokongan terhadap elemen- elemen bantahan yang dilaksanakan di dalam majlis yang berprestij seperti ini. Kenapa perlu diberikan sokongan, kenapa perlu diberikan satu dukungan kepada perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab seperti ini. Sepatutnya sebagai sebuah parti yang berada di dalam kerajaan sebagai contoh, tunjuk ajar anak-anak muda untuk melakukan satu protes dengan cara yang beradab, mengikut cara dan kaedah masing-masing. Saya bimbang perbuatan membela pesalah- pesalah seperti ini adalah merupakan satu perkara yang sedang menular dalam masyarakat kita pada hari ini. Apabila anggota LTTE ditangkap, ada yang bela anggota LTTE. Apabila berlakunya protes-protes, perbuatan yang menyalahi undang-undang, ada yang berarak kononnya menyokong, memberikan sokongan moral terhadap perbuatan-perbuatan ini. Contohnya LTTE sebagai contoh, sudah jelas sebagai perbuatan pertubuhan yang pengganas. Apa lagi yang kita hendak bela? Apa lagi yang kita hendak bagi sokongan kepada pertubuhan seperti ini? Bahkan, maaf saya sebut ada anggota parti daripada kerajaan yang mengisytiharkan secara terbuka, bahawa beliau dilantik dalam beberapa komiti oleh pertubuhan LTTE. Saya mohon polis siasat kenyataan-kenyataan seperti ini, dilantik oleh pertubuhan LTTE untuk menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dan individu ini masih lagi bebas di dalam kerajaan memegang jawatan di peringkat kerajaan negeri, kerajaan-kerajaan tertentu.
Ini kalau Ahli-ahli Yang Berhormat hendak lebih bukti, saya boleh bacakan untuk lebih jelas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bagaimana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ataupun statement yang dikeluarkan, sebagai contoh satu temu bual yang telah dimuatkan di dalam laman web DAP Malaysia, dapmalaysia.com, pada 5 September 2005. Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, ‘’ I was appointed by the Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) to be one of the members of its Constitutional Affairs Committee in 2003 ‘’ . Dia mengaku dengan jelas dilantik oleh LTTE. Bagaimana seorang yang tidak ada hubungan dengan LTTE boleh dilantik sebagai ahli di dalam Affairs Committee, jawatankuasa pertubuhan di dalam LTTE sendiri, ini sebagai satu contoh sahaja. Jadi kita jangan memberikan sokongan kepada pertubuhan-pertubuhan pengganas seperti ini. Saya juga ingin menyentuh soal Belanjawan 2020 ini yang tidak memberikan perhatian khusus kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Kelantan khususnya dalam isu royalti sebagai contoh.
Yang Berhormat Pasir Mas, boleh?
Saya ingin mengulangi sekali lagi Menteri Kewangan telah pun berbohong di luar Dewan. Saya ulangi sekali lagi Menteri Kewangan telah pun tidak bercakap benar di luar Dewan, apabila menyebut bahawa Kelantan telah menerima wang royalti – Kelantan tidak pernah menerima wang royalti.
Sikit.
Sila Yang Berhormat Pontian, lima saat.
Lima saat [ketawa] . Kementerian Pendidikan mendapat RM64.1 bilion peruntukan, Kementerian Pembangunan Usahawan cuma RM539 juta, RM1 bilion pun tidak sampai. Kementerian Pendidikan RM64.1 bilion. Bukankah elok kalau peruntukan yang sebegitu besar dipecahkan kepada dua, Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi supaya tanggungjawab itu lebih tercapai. Satu lagi ialah 419,904 guru yang begitu ramai di bawah Kementerian Pendidikan itu menyukarkan pada saya diatur oleh seorang Menteri. Apa pandangan?
Boleh diberikan pertimbangan cadangan Yang Berhormat Pontian dan minta kementerian boleh memberikan jawapan balas. Saya ingin ulangi wang yang dibayar kepada kerajaan negeri bukannya wang royalti tetapi wang ihsan dan ini telah dijelaskan sekali lagi dalam siaran media Menteri Kewangan hari ini. Menteri Kewangan mengeluarkan siaran media bahawa Kementerian Kewangan merujuk kepada isu pembayaran wang ihsan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memutuskan untuk membuat bayaran wang ihsan kepada negeri-negeri Kelantan. Ini menunjukkan bahawa wang ini bukan wang royalti tapi wang ihsan. Akan tetapi tiga hari lepas di luar Dewan, Menteri Kewangan menyatakan wang royalti telah dibayar.
Seminit lagi.
Saya ulangi sekali lagi Menteri Kewangan telah pun berbohong di luar Dewan dengan menyatakan Kelantan telah dibayar royalti. Royalti lain, wang ihsan lain. Royalti lima peratus daripada jumlah keseluruhan. Hari ini tahun 2019, Kelantan hanya menerima RM29 juta daripada keseluruhan wang ihsan ini. RM29 juta kalau kita anggarkan lima peratus lebih kurang RM600 juta sahaja. RM600 juta untuk pengeluaran minyak di negeri Kelantan, ini bukan jual minyak gamat Ahli- ahli Yang Berhormat. Ini bukan jual minyak angin tapi ini jual gas, jual minyak. Kenapa boleh disebut bahawa ini sebagai wang royalti. Oleh sebab itu saya kesal dengan apa yang telah berlaku pada hari ini di mana kita telah menerima seorang Menteri Kewangan yang saya kira sudah tidak layak untuk menjadi seorang Menteri Kewangan. Pertembungan dengan pelbagai pihak, bila berlaku penahanan pada anggota LTTE, Menteri Kewangan sebut tidak ada lagi pemimpin ditahan. Polis kata A, dia kata B dan sebagainya. Saya harapkan supaya ..
Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Jelutong. Saya tunggu tadi lagi. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Terima kasih Yang Berhormat. Sedar kah Yang Berhormat bahawa salah seorang penyokong parti PAS yang bertanding di P089 Bentong, N. Bala Subramaniam juga telah ditahan cuma kerana disyaki sahaja terlibat dalam LTTE ini, belum lagi dituduh. Jadi saya rasakan beliau berhak untuk disiasat, jangan mempersalahkan dia lagi dia berhak untuk dibicarakan. Jadi jangan buat kenyataan secara sembarangan, sesuka hati. Terima kasih.
Ya, kita sokong untuk ditahan itu jawapan yang paling baik. Saya ingat Yang Berhormat Jelutong lebih layak jadi Menteri Kewangan. Bila berlaku penahanan kita bagi pihak polis hak dan kebebasan. Biar mereka siasat, siasatlah tidak ada masalah tapi jangan campur tangan kerja polis. Kononnya tidak ada lagi yang akan ditahan dan sekian-sekian.
Yang Berhormat, sila menggulung,
Bagus Yang Berhormat Jelutong, ini satu celahan yang bagus. Masukkan ucapan Yang Berhormat Jelutong dalam ucapan saya.
Jadi Yang Berhormat cuma..
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas kerana mematuhi masa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Kinabalu sila.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya untuk turut serta dalam perbahasan bagi belanjawan negara Malaysia untuk tahun 2020. Belanjawan 2020 ini adalah amat penting untuk semua rakyat Malaysia termasuk rakyat di Sabah atas dua sebab yang utama. Pertamanya, ini merupakan belanjawan peralihan daripada Rancangan Malaysia Kesebelas ke Rancangan Malaysia Kedua Belas dan sebab yang kedua ini merupakan belanjawan yang pertama mendukung prinsip wawasan yang baharu iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Walaupun sekarang kita sedang giat membincangkan tentang kemakmuran bersama atau shared prosperity di Parlimen ini, rakyat di Sabah masih tertanya- tanya apakah yang tersedia untuk rakyat di Sabah. Pada masa yang sama negara jiran kita iaitu Indonesia telah pun mengorak satu langkah ke hadapan apabila telah membuat keputusan yang jelas untuk memindahkan ibu negara mereka daripada Jakarta, di Pulau Jawa kepada Kalimantan Timur di Pulau Borneo di mana terdapat sempadan dengan negara Malaysia di mana Sabah dan Sarawak terletak. Anggaran kos untuk perpindahan tersebut memakan RM137 bilion oleh Kerajaan Indonesia. Dengan jumlah yang besar begitu kalau Sabah dan Sarawak tidak bersedia untuk menghadapinya, apa-apa peluang yang wujud akan menjadi cabaran kepada kita. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan seharusnya berwaspada dan peka terhadap setiap gerak- geri oleh negara jiran dalam pemindahan ibu negara mereka supaya negara Malaysia juga boleh mengambil kesempatan terutamanya dalam sektor pembinaan, perkhidmatan, pembuatan dan lain-lain. Dalam hal ini saya mengalu-alukan bahawa belanjawan atau bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan di mana RM600 juta ribu diperuntukkan untuk pembinaan 40 kilometer jalan yang menyambung daripada Serudung, Kalabakan ke Simpang Garis, Kalimantan bersamaan dengan pembinaan CIQS. Akan tetapi saya rasa cuma itu tidak cukup. Ada satu lagi Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana yang diwujudkan di Bukit Kayu Hitam yang bersempadan dengan Thailand. Saya mencadangkan bahawa di RMK-12 satu lagi Zon Ekonomi Sempadan Khas harus diwujudkan di Kalabakan yang berdekatan dengan Indonesia, dengan Kalimantan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan usaha baik yang dibuat oleh Menteri dalam meningkatkan perbelanjaan pembangunan Sabah dan seperti perbelanjaan untuk sekolah daif dan semuanya dan saya tidak akan berulang dengan ini. Saya hendak menyentuh beberapa inisiatif yang di bawah Malaysian@Work sudah dibentangkan di belanjawan untuk tahun depan. Adalah amat baik terutamanya untuk Sabah kerana Sabah merupakan negeri yang mencatat kadar pengangguran yang kedua tertinggi. Pada tahun yang lalu dilaporkan bahawa 112 ribu orang menganggur di Sabah iaitu 5.6 peratus dan ini adalah jauh lebih tinggi daripada average untuk negara ini iaitu 3.2 peratus. Juga dilaporkan kemungkinan kadar pengangguran belia untuk Sabah pun yang tertinggi untuk Malaysia ini.
Saya amat mengalu-alukan usaha yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan untuk Malaysian@Work untuk menggalakkan graduan-graduan atau pemuda-pemudi yang tidak dapat kerja selepas satu tahun mendapat insentif untuk bekerja balik dan untuk majikan untuk membekalkan pekerjaan mereka. Bukan itu sahaja saya ingin berterima kasih kepada kerajaan atas pengumuman peruntukan bagi menaik taraf Pusat Kardiologi, Hospital Queen Elizabeth II yang terletak di kawasan saya Kota Kinabalu. Di Kota Kinabalu bukan saja satu hospital, ada juga Hospital Queen Elizeaeth I, Hospital Likas Kanak-kanak dan Wanita, Hospital Mesra Bukit Padang. Hospital-hospital ini mengalami masalah car park iaitu tempat letak kenderaan yang serius dan saya harap Kementerian Kesihatan boleh mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Sabah juga merupakan negeri yang mencatat kadar tertinggi untuk pesakit mental untuk negara iaitu 42.9 peratus daripada pesakit-pesakit atau rakyat Malaysia yang ada sakit mental datang dari Sabah.
Ada satu hospital yang terletak di kawasan saya iaitu hospital yang khusus untuk masalah-masalah mental ini iaitu Hospital Mesra Bukit Padang. Saya pernah melawat hospital ini dan saya mendapati bahawa semenjak penubuhannya, ia kurang mendapat perhatian. Saya mohon Yang Berhormat Menteri Kesihatan membuat lawatan ke Hospital Mesra Bukit Padang. Juga, Anjung Singgah untuk memudahkan para gelandangan, untuk para keluarga untuk mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth I dan II, Likas dan sumbangan ini amatlah penting di bawah inisiatif Yayasan Kebajikan Negara. Akan tetapi, saya mendapati bahawa Anjung Singgah yang pernah dicadangkan untuk Hospital Queen Elizabeth II telah ditundakan dan ditukarkan kepada Hospital UMS yang akan dibina. Dengan ini, saya ingin meminta Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengambil lebih inisiatif atau langkah untuk membina Anjung Singgah bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sabah dikatakan sebuah negeri yang masih mundur dari segi perindustrian. Cuma 7.2 peratus GDP daripada Sabah adalah daripada manufacturing sector. Apakah prasyarat yang penting untuk memastikan perindustrian yang baik untuk negeri Sabah? Satu, bekalan elektrik tenaga yang konsisten dengan harga yang murah. Dengan ini, saya ingin membangkitkan isu macam manakah perkembangan pengambilalihan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) daripada Pusat kepada negeri Sabah. Saya minta MESTECC untuk memberikan jawapan untuk ini supaya kita semua tahu bagaimana mahu mengorak langkah ke hadapan. Setelah itu, untuk satu kes yang diwarisi oleh kerajaan atau rejim terdahulu, Trans- Sabah Gas Pipeline yang kita telah bayar sebanyak RM8.3 bilion untuk kedua-dua projek yang di bawah ini tetapi untuk Trans-Sabah Gas Pipeline cuma RM3.5 bilion telah dibayar. Saya minta apabila Tun Daim Zainuddin yang diamanahkan untuk menuntut balik bayaran ini, RM3.5 bilion yang sepatutnya digunakan untuk pembinaan Trans-Sabah Gas Pipeline ini harus dikembalikan dan dikhaskan untuk pembangunan elektrik di Sabah iaitu ia boleh menampung southern link dengan anggaran kos sebanyak RM1.25 bilion dan Upper Padas Hydroelectric Dam yang memakan anggaran kos sebanyak RM1.8 bilion. Saya rasa dengan selepas Kerajaan Pakatan Harapan bersetuju untuk mengembalikan SSP kepada Kerajaan Negeri Sabah, saya memang ada keyakinan bahawa kita boleh memastikan bekalan elektrik di Sabah adalah konsisten dan dengan harga yang berpatutan. Dalam hal ehwal dalam tenaga ini, saya juga ingin menyatakan bahawa saya meminta MESTECC untuk melihat kepada pembangunan untuk tenaga boleh baharu atau renewable energy di Sabah. Ini kerana kebelakangan ini, contoh seperti large scale solar atau net metering ataupun macam-macam inisiatif yang baharu, orang Sabah atau industries renewable energy di Sabah kurang mendapat kek tersebut untuk kita sama-sama dalam pembangunan. Bagi tenaga boleh baharu ini, di mana renewable energy telah diidentify sebagai key growth activities di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. So, saya minta MESTECC supaya meluluskan net metering untuk negeri Sabah juga. Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan sebanyak RM50 juta untuk menaik taraf landasan kereta api di antara stesen Halogilat dan Tenom di Sabah, walaupun menurut Perlembagaan Persekutuan, hal- hal untuk kereta api ini actually sebenarnya di bawah jagaan Kerajaan Negeri Sabah.
Dengan semangat yang sama, kalaulah Kerajaan Persekutuan boleh membiayai untuk menaik taraf atau untuk menambah connectivity untuk Port Klang, untuk Pelabuhan Klang, saya juga ingin meminta supaya belanjawan juga harus dibelanjakan untuk pembangunan Pelabuhan Sepanggar sebagai transshipment hub untuk kawasan BIMP- EAGA. Walaupun terdapat 54 barangan telah dikecualikan untuk transshipment yang boleh membantu meningkatkan transshipment ini, tetapi Sabah masih mendapat masalah untuk cross border trading iaitu barter trade di mana Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan apabila beliau menghadiri Sabah Port Forum, beliau pun juga menyatakan bahawa prelooked at the policy on cross border trade in Sabah. Sebagai contoh, ada ferry service yang telah diluluskan yang menyambungkan Zamboanga, Filipina ke Sabah sejak setahun yang lalu. Pada 27 Ogos 2019, ia telah dihentikan atas sebab tidak comply dengan International Maritime Organization requirements. Ada juga masalah untuk compliance untuk non-conventional iron ship dan juga untuk wooden ‘kumbik’. ‘ Kumbik’ dengan pakai itu papan itu. So, saya rasa untuk menggalakkan perdagangan sempadan ini, adalah amat penting bahawa Kementerian Pengangkutan boleh mengkaji semula dasar-dasar untuk membolehkan merangsang perdagangan rentas sempadan di Sabah, Filipina dan Indonesia. Ini adalah amat penting apabila Indonesia memindah ibu kota mereka dari Jakarta ke Kalimantan. Juga, isu Pelabuhan POIC Lahad Datu yang penting untuk memanfaatkan Selat Makassar yang jarang sekali Ahli Parlimen di sini dengar. Selalu kita dengar Selat Melaka tetapi Selat Makassar adalah satu jalan laut yang lain yang boleh menghubungkan Sabah kepada bahagian Timur Asia. Saya mendapati bahawa Pelabuhan POIC ini masih ada masalah land renting rights. So, saya harap ini sesuatu yang boleh diatasi dengan cepat. Di sini saya juga ingin membangkitkan isu mengenai lapangan terbang di Kota Kinabalu. Memang sekarang kita sedang menghadapi kesesakan untuk penumpang di Lapangan Terbang Kota Kinabalu di mana seramai 9 juta penumpang setahun yang kapasitinya sudah dicapai. Saya mendapat berita di bawah, Yang Berhormat Menteri Kementerian Pengangkutan ada rancangan untuk membahagikan kesemua 39 buah lapangan terbang di Malaysia ini kepada empat hub yang utama iaitu Sabah, Sarawak, KL dan KLIA dan satu lagi untuk selain daripada KL dan KLIA di Semenanjung. Saya harap apabila usaha untuk mendapatkan private investment ini, yang PFI ini untuk pembinaan lapangan terbang ini, supaya dapat dipercepatkan supaya KK dapat lapangan terbang yang baharu dalam masa yang terdekat. Walaupun saya tahu ia ambil masa 10 tahun untuk pembinaan satu lapangan terbang yang baharu untuk satu objektif untuk mendapat seramai 36 juta orang penumpang setahun kapasitinya. Dengan itu, saya mencadangkan bahawa sebarang proposal untuk mengembalikan Terminal 2 di Kota Kinabalu ini boleh dipertimbangkan semula bagi menyelesaikan masalah kesesakan penumpang di Lapangan Terbang Kota Kinabalu yang sekarang kita sedang alami ini. Tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia 2020. Adalah amat penting bagi Sabah untuk meningkatkan connectivity daripada udara untuk Sabah kerana Sabah mencatatkan kedatangan penumpang yang tertinggi dengan hasil tourism tax yang tertinggi didapati oleh negeri Sabah. Memandangkan saya masih ada masa, saya juga ingin membangkitkan isu pengangkutan awam di Kota Kinabalu. Saya ingin menyatakan bahawa sudah tiba masanya LRT ataupun BRT disediakan di Kota Kinabalu. Pada pendapat saya, pada dasarnya, Kerajaan Persekutuan harus meningkatkan subsidi pengangkutan awam dan bukan bahan bakar. So, ini kita boleh nampak usaha untuk rationalization untuk subsidi RON95 untuk Semenanjung yang akan bermula pada tahun hadapan. Bagi zaman peralihan ini, adalah amat penting untuk kerajaan menyediakan kemudahan awam yang begitu baik dan sistematik untuk bandar-bandar utama di negara ini. Bagi kawasan saya Kota Kinabalu, kita masih kekurangan dari segi ini. Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor sudah menyediakan skim bas percuma, so kerajaan di Sabah belum ada dana kewangan yang cukup boleh melabur dalam pengangkutan awam ini. Dengan ini, saya meminta Kerajaan Persekutuan untuk menimbang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 500 buah bas elektrik yang diumumkan di belanjawan ini disediakan untuk bandar utama di negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu, kawasan saya.
Dengan ini, saya ingin sekali lagi mengucapkan sokongan saya terhadap belanjawan ini. Sebelum saya mengakhiri– sebenarnya saya ingin mengambil masa untuk mempersoalkan tadi yang saya tidak sempat memberikan soalan kepada Yang Berhormat Kota Marudu. Soalannya iaitu, adakah Yang Berhormat Kota Marudu bersetuju tentang pembentukan Malaysia ini adalah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963? Ia tidak ada kaitan dengan sebarang social contract yang selalu dibangkitkan oleh mana-mana pihak. Ini kerana kalau ada sebarang social contract pun, itu pun untuk Tanah Melayu iaitu khas kepada Malaya pada tahun 1957. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Malaysia Agreement already superseded any other form of the social contract. Dengan itu, saya menyokong sekali lagi belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Bagan, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Dari Sabah kita berhijrah ke Sarawak. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Limbang.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terus kepada apa yang ingin saya sampaikan tentang Bajet 2020 ini iaitu spesifik khusus untuk keadaan di Sarawak. Ini di mana, apa pun juga yang telahpun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bagi saya, what is it for Sarawak dan kawasan saya secara khususnya? Saya ingin menyentuh tentang Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan. Telah berulang kali saya suarakan tentang fasa dua. Fasa pertama daripada Lundu hingga ke Miri dan fasa dua dari Limbang dan Lawas ini dikatakan ditangguhkan, mungkin dibatalkan? Saya tidak tahu. Akan tetapi, pokoknya, ia tidak tersenarai, tidak diteruskan. Apa yang diteruskan ialah Sarawak-Sabah link road yang melalui pedalaman sampailah ke Lawas sehingga masuk ke sempadan di Sabah dan Sarawak. Saya ingin hendak mengimbau kembali yang disuarakan oleh Yang Berhormat Batang Lupar tentang tiga buah jambatan iaitu Jambatan Igan, Jambatan Batang Lupar. Ini di mana apabila Yang Berhormat Menteri tempoh hari yang juga daripada Sarawak bahagian Limbang, kawasan kami iaitu DUN Ba'kelalan mengatakan ia dibatalkan sebab ia bukan jajaran persekutuan. Memang betul ianya bukan jajaran persekutuan. Kalau kita hendak mengungkit, apakah Sarawak-Sabah link road yang akan dibuat ini jajaran persekutuan kah? Kita guna duit Federal juga untuk buat. Jadi, for argument sake jangan beza-bezalah. Jalan daripada Sarawak-Sabah link road, is it a jajaran federal alignment? No, I know. There is no road there. It’s a logging road. Saya orang Utara, saya tahulah. Saya sudah lalu semua itu. Jadi saya minta...
Yang Berhormat Limbang cakap sebagai bekas pegawai JKR kan?
Saya sudah buat estimate Tuan Yang di-Pertua, laluan itu tahun 2000 telah saya buat, saya tahu punya. Malas hendak– Jadi, jangan cerita fasal alignment. Jadi, arguments yang batalkan tiga jambatan sebab bukan jajaran Persekutuan, yang link road ini persekutuan kah? Tidak. It’s a state land ataupun NCR kata pokoknya jalan negeri belum bagi lagi dengan FLC pun untuk diconvert kepada jalan persekutuan. Belum. Jadi, that argument please tengok-tengok sikit kiri kanan sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya difahamkan yang dibatalkan jambatan ini, peruntukan yang dibawa ke sana. Saya difahamkan, itu Yang Berhormat Menteri nanti clarifylah. Jadi, saya di sini, I have no problem with the Sarawak-Sabah link road. But, fasa dua Pan Borneo ini kenapa ditangguhkan? Tidak banyak, tidak sampai sebanyak RM1 bilion pun. Berapa ratus juta sahaja? Cuma 53 kilometer sahaja. This is only 53 kilometre in Limbang, 30 kilometer di Lawas dan jajarannya adalah jajaran persekutuan yang ada. Just widening, setengahnya
dan mungkin adalah sedikit jalan tanah negeri yang perlu dicompensate, diubah kepada jalan persekutuan, very short distance. Itu. Kita semua tahu, Indonesia hendak memindahkan capitalnya ke Borneo. [Disampuk]
Ibu kota.
Ibu kota Indonesia kepada di Borneo. Cerita ini dulu, kita pada zaman Perdana Menteri “Pak Lah” dahulu telah ada disebutkan transborneo ini. Masa itu ada lagi cerita fasal tentang konon mahu buat kereta api lagi untuk keliling Borneo ini. Kita hendak pergi ke mana lagi? Bukannya macam Semenanjung, you boleh drive dari Singapore sampai pergi Vietnam, you can even go to China, by land. Kita pulau. Jadi, kenapa pula yang kalau kita hendak panggil trans-borneo highway, Sabah, Sarawak, Indonesia dan Brunei, you have to go through Limbang and Lawas ini tadi. Kita tidak punya visi yang jauh kah? Kenapa harus dibatalkan ataupun ditangguhkan? Jadi, saya minta dan satu lagi yang merisaukan saya iaitu tentang PDP inilah, yang hari itu Yang Berhormat Santubong ada bawa. Bagi saya, kami rakyat Sarawak dan saya yakin orang Sabah pun sama. Kita sudah tunggu Pan Borneo ini berpuluh tahun. Saya risau dalam pemindahan penukaran PDP kepada yang akan directly to be under JKR Malaysia dan JKR Sarawak sebagai SOnya, apakah akan delay lagi kerja ini? Delay pembinaan jalan ini? Terlambat lagi? Dikatakan saving sebanyak RM1.2 bilion. Apa yang saya tahu, yang sekarang ini progress yang ada ini pun sudah ada saving sebanyak RM1.3 bilion oleh kontraktor LBU kah, whatever yang buat sekarang ini. Itu pun based on remeasurement, ertinya you can go back and check. Forecasted, after the work progress dengan izin, another RM600 million of saving again. So, it will be RM1.9 bilion banding dengan RM1.2 bilion just for changing the contract. Bagi saya tidak apalah, leave it to the government, but please jangan lah lagi delay disebabkan oleh semua ini. Saya pasti apabila diubah mode contract ini, PMC akan engage, apa lagi, banyak benda baru. Selalunya kalau apa-apa perubahan ini costing akan naik. Akan tetapi, kita tengoklah bagaimana, savingnya bagaimana. Bagi saya yang hanya merisaukan kami ialah cukuplah, jangan lagi delay. Lama sudah tunggu jalan ini. Jadi, selain daripada itu juga, saya pindah kepada iaitu bekalan elektrik luar bandar. Ada sebuah Rumah Jampung. Ini kepada KPLB lah ya, bekalan elektrik luar bandar. Sudah 83 peratus kontraktor problem lah, yang tinggal hanya just to energize hendak sambung kepada grid terus sahaja. Saya sudah pergi sana sendiri tengok street light everything ready. Just because of the contractors problem, sudah dua tahun orang kampung tengok tiang elektrik, tengok ini sahaja, bila hendak switch ini? Hendak petik suis sahaja lagi. Kalau kita boleh atur, ubah PDP ini kepada yang ini, berbilion-bilion takkan yang sikit ini sahaja? Tidak boleh selesaikan? Berapa sahaja? Entah-entah 1 juta, 2 juta, 3 juta, 4 juta sahaja. Aturkanlah demi untuk rakyat. Bukan untuk orang politik, bukan untuk kita. Kerajaan negeri telah berkorban. Ada satu lagi rumah panjang Lawai sebanyak 53 peratus tetapi tidak apa kerajaan negeri sudah sanggup ambil alih, less than 80 percent, yang Rumah Jampung ini sebanyak 83 percent. Sepatutnya Kerajaan Persekutuan di bawah KPLB meneruskan jangan delay. Masalah kontraktor satu hal, tetapi ini sambungkan. Saya bandingkanlah kalau yang berbilion boleh atur, takkan yang ini sahaja, 1 juta, 2 juta entah- entah tidak sampai. Jadi itu satu, kedua. Ketiganya ialah tentang Klinik Kesihatan Long Napir. Saya telah menjawab dalam lima jawapan daripada Menteri, mengatakan retender akan dibuat, tetapi sebab sudah harga berubah, pastilah, sudah berapa tahun delay ini? Harga pasti naik. Maka, sekarang ini kata Menteri hendak direfer kepada MOF untuk minta kelulusan. Saya harap diluluskan. Sudah sedia structure dia semua. Rakyat sudah menunggu, yang di pedalaman betul-betul kaum Penan, kaum Kelabit semua yang kita di sebelah pergunungan Limbang itu, tunggu semua ini.
Jadi saya mintalah. Saya puji usaha ada, akan tetapi janganlah lambat-lambat lagi. Tidak banyak belanja itu, tak adalah banding-banding yang bilion-bilion. Limbang tidak minta yang bilion-bilion ya, asalkan yang kita ini adalah namanya wakil rakyat untuk rakyat kita.
Saya juga ingin hendak congratulate, terima kasihlah kepada kerajaan dahulu sebab telah pun merancang untuk bekalan air di bawah KPLB juga untuk luar bandar Limbang iaitu ada dua projek dahulu saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan dahulu kerana merancang dan meluluskan dan saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan kerana menyambung, meneruskan. Alhamdulillah tidak ditangguh, tidak dibatalkan. Alhamdulillah, terima kasih. Itu saya kata terima kasih yang dahulu, yang ini pun terima kasih sebab diteruskan. Rakyat punya suka hati apabila saya cakap hari itu. Yang satu itu ialah jalan yang kedua ini still under nilaian tender untuk consultant, around RM 50 over million. Alhamdulillah terima kasih dan yang satu tadi ialah sudah mula kontrak 15 Oktober baharu kelmarin telah mula kontraknya untuk membina, ada RM3 juta lebih. Terima kasih kepada yang dahulu dan yang sekarang. Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Hospital Limbang. Di Hospital Limbang pada masa ini kita ada iaitu special care nursery unit yang ditubuhkan dalam wad pediatrik sejak Februari 2019. Penubuhan wad sementara adalah sebagai satu langkah untuk meningkatkan perkhidmatan pediatrik Hospital Limbang selepas kehadiran pakar pediatrik yang mula bertugas sejak Januari tahun ini. Jadi, ini ialah satu langkah sementara menunggu pembinaan baharu NICU ataupun SCN ini di Hospital Limbang. Diharapkan dapat dilaksanakan wad SCN ini dan diletakkan di dalam wad pediatrik dan boleh menampung empat orang bayi. Jadi, ada beberapa kekurangan yang telah saya berbincang dengan doktor di sana yang saya minta kalau boleh Kementerian Kesihatan bekalkan lah untuk NICU yang kecil ini iaitu satu ialah non invasive ventilator (AirVo 2 unit, CPAP 1 unit) yang diperlukan. Keduanya, arterial blood gas monitoring (1 unit) dan satu lagi air compressor (1 unit) supaya melengkapkan ACN special care unit yang kecil ini sahaja untuk empat orang bayi. Bagi kami di sana, apabila ibu bergerak, bawa anak ke Miri, ke KK Hospital, kacau bilau lah keluarga sedikit. Emak tidak ada di rumah hendak bawa anak. Kalau bapa yang sakit, nobody cares tapi kalau emak, susah hati serumah. Jadi, seterusnya saya ingin hendak menyentuh tentang sekolah daif. Pada masa ini, kalau di kawasan kami di Limbang, kerajaan negeri telah pun membelanjakan RM162 juta untuk membina beberapa buah sekolah di Limbang dan di Lawas dan juga menaik taraf sebab kami tidak boleh tunggu daripada kementerian. Sudah daif sangat. Sebanyak 62 buah sudah repair dan juga bina baharu beberapa buah sekolah. Jadi saya berharap bakinya untuk seluruh Sarawak yang ada 1,000 lebih ini, kita berharap dengan peruntukan yang dengan apa loan telah dibayar oleh Sarawak, didahulukan dan peruntukan yang khusus yang hanya RM700 juta yang untuk pendidikan ini, saya harap dapatlah kita mencepatkan. Mungkin kerajaan akan dapat kutip banyak cukai lagi, bertambah lagi coffer Kerajaan Persekutuan, tambah lagi untuk membaik pulih sekolah-sekolah daif di Sarawak, di Sabah dan juga di Semenanjung ini. Seterusnya saya ingin hendak menyentuh tentang komunikasi iaitu khusus kepada Kementerian Komunikasi iaitu sebelum ini di pedalaman dapat menerima signal 3G. Selepas dinaiktarafkan kepada 4G, saya menerima rungutan daripada rakyat coverage sudah tidak luas lagi sudah. Banyak dahulu yang dapat, sekarang tak boleh dapat lagi sudah. So, bayangkan lah dahulu ada, sekarang tak ada. I know you are upgrading 3G to 4G akan tetapi saya minta kementerian melihat perkara ini, belanja sedikit untuk menaik taraf, dirikan tower- tower, discuss with the service provider, how to help the rakyat in the pedalaman di Sabah dan Sarawak mungkin juga berada di Semenanjung ini. Saya seterusnya ingin menyentuh perkara berkaitan dengan PPRT. Untuk pengetahuan KPLB, tahun ini Limbang dapat dua buah sahaja untuk PPRT. Dua buah. Saya ada dua DUN. Sebuah di Batu Danau lah. Untuk adil, satu sahaja di DUN Bukit Kota. Boleh tambah tak? Kalau lima tadi, lima sana lima sini, sepuluh buah, bolehlah. Tak banyak sangat Yang Berhormat Menteri. Itu satu, saya mintalah. Saya ambil this opportunity minta supaya ditambah.
Ya, masa pun tak banyak ya Yang Berhormat.
The last one.
Sila menggulung.
Seterusnya saya minta juga seperti kawan-kawan lain suarakan mana kontraktor-kontraktor yang PPRT di tempat saya pun tak kurang, tak dibayar, belum dibayarlah, saya minta dipercepatkan lah pembayaran
kepada kontraktor-kontraktor kecil ini supaya mereka dapat meneruskan usaha mereka. Jadi Yang Berhormat Menteri, I think rasanya memang on the dot. Saya ucapkan terima kasih dan saya minta pada Kementerian Kewangan supaya please respond to our request, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Limbang kerana menepati masa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kudat, selepas itu Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Yang Berhormat di atas peluang yang diberikan kepada saya Bajet 2020 yang bertemakan “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama dan Kemakmuran Bersama”. Ini adakah merupakan satu bajet yang baik kerana ia bukan hanya menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, akan tetapi yang penting sekali ialah untuk mewujudkan kesaksamaan atau growth with equitability. Lebih penting lagi ialah kita juga mempunyai wawasan untuk mewujudkan shared- prosperity atau kemakmuran bersama yang sudah tentu rakyat di Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak mengalu-alukan bajet ini kerana ia adalah merupakan satu terjemahan daripada komitmen dan political will daripada kerajaan yang baharu untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang bukan sahaja maju, akan tetapi mempunyai dan memiliki balance development di dalam negara ini. Walaupun kita mengharapkan kita menjadi sebuah negara yang maju, akan tetapi apakah gunanya kita menjadi sebuah negara yang maju kalau kita tidak dapat berkongsi kekayaan dan kita tidak dapat memberikan kebahagiaan kepada semua rakyat, semua segmen rakyat, sama ada di bandar ataupun di luar bandar, sama ada golongan yang kaya ataupun golongan B40. Inilah menjadi hasrat kerajaan ini untuk memastikan bahawa perkara ini dapat dilaksanakan. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan ini kerana setelah menggantung sekurang-kurangnya tiga atau empat projek di kawasan saya iaitu Jalan Mengkubau Laut RM115 juta, Jalan Telaga RM60 juta, loji air RM60 juta dan projek retikulasi air RM100 juta, akhirnya telah dilaksanakan semula dan ditawarkan semula untuk dilaksanakan. Ini adalah merupakan satu berita yang baik kepada kerajaan ini dan juga rakyat di kawasan saya yang mengharapkan bahawa mereka juga mendapat agihan pembangunan walaupun kita sedar bahawa negeri Sabah ini adalah sebuah negeri yang besar saiznya, akan tetapi komitmen kita untuk memastikan bahawa setiap rakyat, setiap daerah dan setiap tempat mendapat agihan yang baik di dalam belanjawan ini adalah amat kita harapkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan satu perkara yang penting iaitu berkenaan dengan pelaksanaan Jalan Pan Borneo yang merupakan wacana dan harapan bagi rakyat negeri Sabah untuk memastikan bahawa kita juga dapat menikmati infrastruktur yang baik dan dapat menyediakan connectivity infrastruktur yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat, bukan sahaja untuk urusan-urusan berkaitan ekonomi tetapi juga dapat memastikan bahawa setiap rakyat mendapat keselesaan seperti mana yang telah dinikmati oleh negeri-negeri yang lain. Oleh sebab itu, saya menyeru kepada kerajaan ini supaya meneruskan Jalan Pan Borneo khususnya jalan coastal highway daripada Tuaran ke Kudat iaitu merupakan gold coast yang berpotensi untuk dimajukan di dalam sektor pelancongan yang sudah tentu dapat menjana pertumbuhan ekonomi memandangkan sektor pelancongan merupakan sektor yang amat penting bagi negeri Sabah. Pada ketika ini, kita menerima pelancong tidak kurang daripada 2 juta setahun dan lapangan terbang kita telah pun over capacity kepada hampir sembilan juta arrival. Kita berharap sebuah lapangan terbang yang baharu dapat diwujudkan untuk memastikan bahawa sektor ini dapat berkembang. Ini kerana sektor-sektor yang lain khususnya sektor komoditi telah mengalami penurunan yang begitu banyak disebabkan kejatuhan harga global. Kita juga berharap supaya kerajaan ini dapat mengambil langkah-langkah untuk memastikan supaya kumpulan peladang dan petani ini dapat dibela dan memastikan bahawa harga bagi komoditi ini dapat dipertingkatkan dengan usaha-usaha yang boleh diambil. Misalnya, untuk menggiatkan
industri biodiesel dan juga meningkatkan rubberizes pavement iaitu merupakan satu teknologi baharu bagi meningkatkan penggunaan getah di dalam pembinaan jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang penting yang saya ingin bawa di dalam perbahasan hari ini ialah berkaitan dengan isu kedaulatan dan keselamatan negeri Sabah. Seperti mana kita sedia maklum, apabila Sabah, Sarawak dan Persekutuan membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, di antara sebab yang penting ialah isu berkaitan dengan masalah kedaulatan iaitu Sabah merupakan sebuah negeri yang masih lagi mengalami masalah tuntutan daripada negara jiran kita. Saya berharap supaya pihak Kerajaan Malaysia baharu ini dapat mengambil langkah-langkah untuk memastikan supaya perkara ini dapat diselesaikan secara bilateral ataupun melalui arena multilateral dengan usaha-usaha untuk memastikan bahawa tuntutan ini dapat digugurkan. Ini kerana apa yang saya lihat, jika tidak ada langkah-langkah tersebut, mereka masih lagi agresif dan sentiasa menyuarakan hasrat mereka untuk menuntut negeri Sabah. Kedua, berkaitan dengan keselamatan. Kita harus memastikan bahawa negeri Sabah ini berhadapan dengan beberapa ancaman keselamatan. Beberapa tahun yang lalu, kedaulatan negeri Sabah telah diancam sehingga kita terpaksa menubuhkan ESSZONE ataupun ESSCOM dan ini telah pun sedikit sebanyak dapat menyelesaikan permasalahan ini. Akan tetapi, saya diberitahu ada usaha-usaha untuk tidak lagi melibatkan anggota tentera di dalam ESSCOM dan mereka menganggap bahawa isu ini hanyalah merupakan isu berkaitan dengan keselamatan atau cross border crime. Sedangkan, lebih penting daripada itu, kesediaan anggota tentera untuk bersama-sama di dalam ESSCOM adalah untuk memastikan bahawa kita menghantar signal yang betul kepada pihak-pihak yang cuba mengancam kedaulatan negeri Sabah iaitu dengan memastikan bahawa perairan kita khususnya di Lautan Sulu dan di Laut Sulawesi dapat dipertahankan. Begitu juga di Laut China Selatan. Kita sedar bahawa terdapat tuntutan bertindih bagi tempat-tempat tertentu di Laut China Selatan. Kita harus memastikan bahawa kedaulatan dan kepentingan kita di Laut China Selatan akan sentiasa terpelihara dan kita harus bersedia untuk menyediakan aset-aset yang sesuai dan memastikan kehadiran kita khususnya di tujuh terumbu di Laut China Selatan itu dapat dikekalkan. Kita harus memberikan ucapan terima kasih dan juga penghargaan kepada Perdana Menteri keempat pada ketika itu yang telah dengan beraninya mengarahkan anggota tentera kita untuk menyediakan kehadiran mereka di terumbu-terumbu ini. Ini kerana dengan itulah apabila mereka berada di Terumbu Layang-layang, Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan beberapa terumbu lagi, maka kedaulatan kita di kawasan EEZ atau exclusive economic zone itu dapat dipertahankan. Ia adalah merupakan satu keuntungan kepada negara kita Malaysia kerana kawasan itu adalah kaya dengan sumber asli khususnya oil and gas dan juga tangkapan ikan dan hasil-hasil lain yang memberikan keuntungan kepada negara kita. Oleh sebab itu, kita harus bersedia untuk menyediakan aset-aset bagi melindungi kepentingan kedaulatan negara kita dan keselamatan kita kerana kita tidak akan rugi. Apa yang kita perolehi daripada usaha-usaha ini adalah memberikan pulangan yang begitu besar. Ini kerana dengan adanya kehadiran kita di Laut China Selatan, dengan sendirinya akan menjamin bahawa generasi kita di masa akan datang akan mendapat perolehan hasil khususnya daripada minyak dan gas. Saya juga meminta supaya diperkasakan isu berkaitan kawasan ESSCOM ini. Ini kerana saya difahamkan banyak radar-radar yang ditempatkan di situ sudah tidak lagi begitu canggih dan berfungsi kerana ia sudah terlalu lama. Mungkin perbelanjaan yang baharu, peruntukan yang baharu haruslah disediakan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan kita. Kita ada dua sea-base yang telah pun disediakan di situ iaitu Tun Rodziah dan Tun Azizan. Akan tetapi, yang lebih penting ialah untuk menyediakan peralatan-peralatan yang mampu memberikan kekuatan kepada anggota keselamatan kita dan anggota tentera kita untuk memintas dengan menyediakan peralatan-peralatan seperti intercept boat dan juga helikopter attack yang boleh memintas apa juga usaha-usaha daripada pengganas- pengganas, terrorist ataupun mereka-mereka yang cuba untuk mengancam keselamatan khususnya di Pantai Timur. Saya berharap supaya peruntukan dapat disediakan lebih banyak dan ESSCOM haruslah diperkukuhkan. Di dalam rancangan sebelum ini, kita berhasrat untuk menyediakan
beberapa kem-kem tentera yang dapat melindungi kawasan Pantai Timur Sabah yang merupakan lebih daripada 1,000 kilometer panjangnya. Sudah tentulah ia memerlukan aset- aset dan ketumbukan yang kuat untuk memastikan bahawa kawasan ini dapat dilindungi.
Ini kerana seperti mana yang kita tahu, penyeludupan-penyeludupan manusia ataupun human trafficking begitu giat sehingga menyebabkan demografi negeri Sabah semakin banyak berubah dan ini amat menimbulkan kegelisahan kepada rakyat negeri Sabah kerana kemasukan ini, jika tidak dapat dikawal, sudah tentulah akan mengubah kedaulatan negeri Sabah dan juga mengancam keselamatan negeri Sabah. Apatah lagi jika sekiranya akhirnya akan berlaku reverse takeover yang amat ditakuti oleh generasi khususnya rakyat negeri Sabah. Seperkara lagi yang penting ialah berkaitan dengan pendidikan. Di negeri Sabah, isu sekolah-sekolah daif masih lagi menjadi satu isu yang perlu ditangani. Ini kerana kita dapat melihat dalam negara kita yang merdeka hampir 50 tahun ini, masih banyak lagi, ratusan sekolah-sekolah daif yang perlu diberikan perhatian. Oleh sebab itu, saya berharap supaya satu peruntukan yang lebih besar dapat disediakan untuk memastikan mereka juga mendapat kemudahan-kemudahan asas pendidikan yang baik. Demikian juga berkaitan dengan sektor kesihatan. Saya berharap supaya kerajaan ini dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik khususnya menyediakan doktor-doktor pakar atau khidmat-khidmat pakar di hospital-hospital daerah...
Yang Berhormat, sila menggulung.
...Supaya mereka dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang baik tetapi dalam keadaan yang percuma. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini mohon menyokong di atas Bajet 2020 dan saya berdoa supaya Rancangan Malaysia Ke-12 ini akan dapat memberikan kesejahteraan yang lebih besar kepada negara kita dan juga negeri Sabah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kudat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Salak dan selepas itu Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatauh. Menteri Kewangan dalam mukadimah ucapan Belanjawan telah menyatakan bahawa kegagalan mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020 adalah disebabkan oleh kelemahan Kerajaan Barisan Nasional terdahulu yang terlibat dengan pelbagai masalah seperti rasuah, skandal kewangan dan sebagainya. Ini satu tuduhan yang tak betul kerana sebagaimana yang kita tahu, iaitu sebelum PRU ke-14, kita sudah berada di ambang untuk mencapai negara maju. Pertumbuhan ekonomi daripada tahun 2010 mencatatkan 7.2 peratus berterusan sehingga tahun 2017 dengan kadar di antara lima peratus dengan enam peratus. Akan tetapi malangnya, setelah Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan dan pentadbiran negara, mereka telah melakukan banyak kerosakan kepada ekonomi negara kita dan membuat dasar-dasar, kenyataan-kenyataan yang flip flop yang dibuat oleh Perdana Menteri dan juga menteri-menteri menyebabkan pelabur-pelabur sudah hilang keyakinan. Dengan izin, there is a trust deficit di kalangan pelabur. Ini bukan kata-kata saya, Yang Berhormat Jelutong. Ini kata-kata daripada seorang bekas gabenor atau Timbalan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Lian something― saya lupa namanya― yang mengatakan bahawa pada hari ini Singapura tidak melabur, Hong Kong tidak melabur, China pun tidak melabur dan Amerika juga tidak melabur. Not even a penny. Itu perkataan yang digunakan oleh beliau. Saya rasa agak keterlaluan...
Boleh masuk sikit tak? Yang Berhormat Pasir Salak, baru-baru ini juga kita mendengar kenyataan daripada Kerajaan India
bahawa Kerajaan India mungkin akan mengurangkan belian eksport sawit dari Malaysia ke India. Jadi, bukankah ini merupakan satu berita malapetaka lagi tambahan kepada ekonomi negara kita?
Betul apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan. India telah menukar sumber kelapa sawitnya kepada Indonesia. Dan orang yang paling untung di situ ialah Robert Kuok yang dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang Council of Eminent Persons kononnya untuk menasihati Malaysia tetapi hanya hadir sekali dua mesyuarat, lepas itu hilang dan dia dapat keuntungan apabila industri kelapa sawit jatuh dalam negara kita ini disebabkan oleh China, India yang membeli daripada Indonesia. Jadi, saya ingin menyatakan bahawa...
Yang Berhormat Pasir Salak, sikit.
Tak ada masa. Sebentar. Tak ada masa lagi.
Kita dapati bahawa keadaan ekonomi kita begitu teruk sekarang dan ini bukan pasal general statement atau kata- kata yang kita boleh buat begitu sahaja. Dengan izin, dalam bahasa Inggeris, we can support this statistic dengan data di mana unemployment atau pengangguran sangat hebat pada hari ini. Bukan pewujudan peluang pekerjaan tetapi membuang pekerja-pekerja. Lebih 4,000 pekerja-pekerja sektor persekolahan, berapa ribu pekerja kontrak dengan kerajaan dibuang. Banyak GLC juga membuang pekerja-pekerja mereka. Jadi ini menunjukkan bahawa keadaan ekonomi kita teruk disebabkan oleh dasar- dasar flip flop yang tidak tentu...
Boleh minta sikit?
...Yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini.
Yang Berhormat Pasir Salak, boleh minta sikit?
Saya banyak poin nak nyatakan di sini iaitu tindakan kerajaan untuk mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai pembangunan dan juga pengurusan serta untuk membayar hutang kononnya, sumber kewangan yang banyak kita lihat ialah daripada penjualan aset. Itu satu. Keduanya, membuat pinjaman. Pinjaman bertambah. Sebagaimana yang kita tahu, telah disebutkan oleh Ahli Parlimen sebelum ini, Samurai bond lah, Samurai Bond 1 lah, Samurai Bond 2 lah. James Bond sahaja yang tak ada. Pinjaman. Kalau setakat meminjam, menjual aset, Yang Berhormat Jelutong pun boleh jadi Menteri Kewangan. Betul tak? Apa perlunya ini― daripada mana? Bagan ya? Tak perlu Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Jelutong pun boleh jadi Menteri Kewangan. Tapi kalau jadi, lagi hancurlah kot. [Ketawa] Ini aset-aset yang dijual. Aset-aset yang dijual, RM30 bilion. Ini, Yang Berhormat Jelutong. Jangan kata saya buat fitnah. This is statistic. Sumber daripada mana? Daripada Jabatan Statistik Negara. RM30 bilion aset negara telah dijual untuk bayar hutang. Perdana Menteri juga sebut bahawa kerajaan akan menjual aset-aset untuk membayar hutang. Jadi ini hutang pun tidak berkurangan dan kita dapati duit yang dikutip itu tidak tahu ke mana perginya.
Penjelasan. Yang Berhormat, penjelasan.
Ya, boleh.
Penjelasan. Yang Berhormat, Yang Berhormat ini pakar dan korporat besar. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat sebagai ahli korporat, kalau jual aset, adakah kita akan jual aset dan pelaburan yang memberikan keuntungan besar? Sebagai contoh, IHH. Dia memberi pulangan yang besar kepada Khazanah tetapi dijual. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat?
Itu orang yang tak cerdik yang menjual aset, nak kata bodoh nanti marah pula kan. It is a very wrong business decision dengan izin to sell good assets. Kita jual aset, kemudian kita nak beli pula aset yang baru yang belum tentu lagi boleh memberikan pulangan sebagaimana yang diharapkan. Disebutkan di sini bahawa kerajaan menjual aset, Khazanah umpamanya jual IHH kerana nak pakai duit itu untuk melabur pelaburan yang baru. Eh! Sudah elok pelaburan dalam IHH, buat apa pula nak cari-cari lagi yang belum tentu lagi pelaburan itu akan memberikan pulangan, sebagaimana yang terbukti. Ini aset yang dijual, IHH – RM8.1 bilion pada November 2018. CIMB – RM360 juta telah dijual oleh Khazanah pada Disember 2018. Yang Berhormat Jelutong dengar ini baik- baik. Axiata Group melalui anak syarikatnya Axiata Investment Ltd. telah menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam M1 Limited kepada Connectivity Private Ltd. Singapura dengan nilai RM1.6 bilion pada Februari 2019. Lagi satu saham Bank Filipina, BDO, UniBank telah dijual oleh Khazanah kepada Filipina dengan nilai RM415 juta pada Februari 2019. Ini semua yang Dr. Mahathir, eh! Sorry, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut jual nak bayar hutang negara. Penjualan-penjualan 50 peratus kepentingan dalam syarikat Sapura Upstream yang dimiliki 40 peratus oleh PNB kepada syarikat OMV dari Austria yang bernilai RM3.7 bilion pada Februari 2019. Kementerian Kewangan menjual tanah dan bangunan pejabat konsulat Malaysia di Hong Kong setinggi 20 tingkat kepada syarikat China, Kumpulan Everett China dengan harga RM1.6 bilion. Lagi, Boustead telah menjual Hotel Royal Chulan kepada Singapura dengan nilai RM197 juta. Saham Tenaga Nasional yang sangat baik itu dijual oleh Khazanah dengan nilai RM1.05 bilion pada April 2019. Tahun 2019 ini mereka menjual habis harta-harta kita. DRB-Hicom telah menjual sebanyak 40 peratus. Saya ingat DRB ini tak ada kepentingan kerajaan, ini seorang usahawan. Axiata pula telah menjual portfolio usaha niaga digitalnya dengan nilai USD140 juta iaitu RM579 juta kepada dana pelaburan berpangkalan di Singapura. Banyak ini saya hendak sebut, panjang ni, habis masa saya sekarang.
Penjelasan sikit.
Saya nak minta di sini, dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua, kita nak tahu siapa yang menjual aset-aset ini? Siapa yang buat keputusan? Bagaimana prosesnya? Adakah ketirisan berlaku di sini? Adakah penyelewengan? Penyalahgunaan kuasa? Adakah ini yang menjadi orang penasihatnya, ‘punahsihat’nya daripada Damansara? Yang Berhormat Damansara, penasihat kepada Yang Berhormat Bagan. Kita tahu dia duduk di pejabat MOF itu, dialah orang kanannya yang membuat - bajet ini bajet dia, kita tahu. Jangan main-main.
Penjelasan Yang Berhormat Pasir Salak, sikit.
Siapa itu?
Paya Besar.
Marah senyum pula.
Yang Berhormat Paya Besar, okey.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak dan Tuan Yang di-Pertua. Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat membentangkan banyak penjualan aset kerajaan di bawah pentadbiran Kerajaan PH. Adakah itu yang menyebabkan The Global Competitiveness Index 4.0 (GCI) ini turun dua mata daripada tahun 2018 tangga 25 ke tangga 27. Ini yang dilaporkan oleh World Economic Forum. Adakah ini sebenarnya menunjukkan bahawasanya Malaysia sudah tidak kompetitif dalam urusan grow ekonominya? Minta pandangan.
Masukkan sajalah dalam ucapan saya.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Yang di-Pertua, sekejap. Kita nak close the gap di antara luar bandar dengan bandar, di antara Melayu dan bukan Melayu, tak cukup dengan bagi handouts. Bajet ini bagi handouts kepada orang kampung, bagi RM100, bagi RM50. Okeylah, terima kasih banyaklah but RM50 is not enough, RM100 is not enough, tidak cukup kalau kita nak mengangkat status ekonomi dan sosial rakyat di kampung-kampung, tak cukup. Kita kena ada satu dasar baru, satu polisi baru yang lebih hebat, drastik. Saya ingin mencadangkan semua syarikat-syarikat besar yang ada di dalam kawasan-kawasan perindustrian itu, relocate, pindah ke luar bandar dan juga wujudkan vendor-vendor, cottage industry di kampung-kampung yang membekalkan barang-barang kepada syarikat-syarikat besar.
Syarikat Yang Berhormat sudah pindahkah?
Saya tidak ada syarikat.
Tadi kata tokoh korporat.
Kalau ada syarikat, saya pindah. Saya ada di kampung buat tanam pisang, tanam ubi sajalah, lain tidak ada. Jadi, rubber glove, saya dah cadangkan company sebagai rubber glove. It is one of the biggest companies menggunakan produk orang kampung. Why can’t the company factory relocated di luar bandar supaya orang-orang di kampung menjadi vendor-vendor, membekalkan barangan yang tertentu kepada syarikat tersebut. Begitu juga automatif, automotive company, kenapa kita tidak galakkan supaya pergi ke luar bandar, supaya mereka buka perusahaan di sana dan juga kita boleh mendapatkan vendor-vendor di kampung-kampung termasuk daripada estet. Yang Berhormat, estet-estet orang India...
Yang Berhormat, masa hampir tamat, jangan lupa menggulung ya.
Belum lagi, tunggulah sekejap.
Masa hampir tamat.
Ini ganggu ni Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau kita lihat di sini bahawa, saya hendak bagi angka-angka. Pulau Pinang, Kedah.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Sekejap, jangan kacau.
Nak minta penjelasan sahaja.
Sebanyak 80 peratus daripada investment domestic dan juga foreign investment tertumpu pada Pulau Pinang, tertumpu pada Selangor, tertumpu pada Johor. Tiga, empat negeri yang mendapat pelaburan ini.
Okey Yang Berhormat Pasir Salak, masa dah habis dah.
Itu memang tepat, memang masa amat cemburu.
Menggulung, nak menggulung ni. Apa yang saya hendak sebutkan di sini, pelaburan-pelaburan sama ada domestik ataupun daripada FDI tertumpu pada negeri-negeri yang sudah maju, negeri-negeri yang tidak maju seperti Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang tertinggal. You can see this from the statistic Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pasir Salak kena tanya pelabur.
Hari ini kita kawan tau. Tak mahu gaduh-gaduh lagi. So, saya hendak sebut ini.
Ya, sila menggulunglah.
Saya nak minta kerajaan.
Saya kena adil kepada semua anggota Dewan.
Yang Berhormat Pasir Salak, masa dah habis.
Membuat dasar-dasar yang menggalakkan pelaburan di luar bandar supaya kita dapat close the gap di antara bandar dan luar bandar, antara kaum India dengan kaum yang lain, kaum Melayu dengan kaum yang lain. Takkan itu pun tidak setuju, Yang Berhormat Jelutong? Kalau tak setuju, nanti saya hendak beritahu masyarakat India di Pasir Salak itu, Yang Berhormat Jelutong tak setuju, boleh?
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Yang Berhormat Pasir Salak bunyi macam nak lompat ke sini saja.
Jangan usik Yang Berhormat Damasara, minta Yang Berhormat Pekan cari Jho Low.
Petang-petang begini, sejuk sikitlah. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk menyertai dalam perbahasan pada petang ini. Tinggal 21 minit, sekiranya boleh beri semua kepada saya. Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober merupakan satu belanjawan yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat. Dari anak muda ke warga wanita, dari golongan B40 ke M40, dari penjawat awam ke pekerja-pekerja swasta dan dari ibu bapa ke anak-anak. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan yang dapat menyediakan satu belanjawan yang begitu padat dan mantap walaupun berhadapan dengan kekangan-kekangan kewangan yang diwarisi dari kerajaan yang lepas. Belanjawan ini telah mendapat pujian yang amat signifikan Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan beberapa. Pertama, daripada World Banks lead economist for Malaysia, Richard Record, dengan izin, “Budget 2020 shows a prudent balance between the need to preserve fiscal sustainability and responding to a slowing economic environment. And it is in favor of effort to close the gender gap in the local labor market.” Public Bank founder, Tan Sri Teh Hong Piaw telah menyatakan bahawa belanjawan ini merupakan satu belanjawan yang holistik dan comprehensive approach dan dia juga telah mengatakan, dengan izin, “Address the challenges being faced by Malaysia by setting the new growth direction and intensifying growth momentum”. Tidak lupa juga komen daripada Datuk Abdul Farid Alias, Maybank Group President dan CEO, yang juga merupakan Pengerusi Association of Bank in Malaysia, dengan izin. Beliau menyatakan bahawa belanjawan ini, dengan izin, “Strives a balance between the country immediate and medium term needs”.
Pada masa yang sama, Tuan Yang di-Pertua, saya juga perhatikan berkenaan dengan survey-survey yang telah pun dinyatakan oleh portal-portal yang mempunyai pembaca yang ramai yang mana saya juga mendapati bahawa belanjawan ini secara amnya mendapat sambutan yang baik daripada rakyat. Untuk Malaysiakini poll, selain daripada dua polisi penurunan harga minimum untuk warga asing memiliki hartanah dan cukai untuk perkhidmatan digital yang memperoleh sokongan kurang daripada 50 peratus, tetapi untuk item bajet yang lain seperti subsidi vaksin untuk kanak-kanak mendapat satu sokongan, persetujuan sebanyak 96 peratus. [Tepuk] Peningkatan kadar cukai untuk golongan mewah mendapat satu persetujuan sebanyak 90 peratus. Untuk dari eNanyang poll pula, dua perkara. Pertama, penurunan kadar tol sebanyak sekurang-kurangnya 18 peratus untuk lebuh raya milikan PLUS mendapat sokongan 90 peratus dan pada masa yang sama, hukuman yang lebih berat untuk aktiviti penjual haram juga mendapat satu sokongan sebanyak 77 peratus. Sememangnya bahawa tidak ada satu belanjawan yang perfect, yang tidak akan menerima kritikan tetapi daripada komen-komen yang kita boleh nampak, sememangnya ia merupakan satu belanjawan yang amat baik. Belanjawan 2020 ini juga sedang menghala ke satu arah hala tuju yang betul dengan peningkatan peratusan perbelanjaan pembangunan untuk dua tahun berturut-turut. Kita nampak bahawa untuk tahun 2018, perbelanjaan mengurus mencatat satu angka 83.6 peratus dan ia telah diturunkan ke tahun 2019 pada 82.6 peratus dan diturunkan sekali lagi pada tahun 2020 kepada 81.2 peratus. Hasil daripada itu, kita mempunyai satu perbelanjaan ataupun satu bajet yang lebih memihak kepada perbelanjaan pembangunan yang mana perbelanjaan pembangunan telah pun meningkat dari tahun 2018 yang mencatatkan satu angka 16.4 peratus ke satu tahap 17.4 peratus pada tahun 2019 dan berjaya mencecah satu angka 18.8 peratus pada tahun 2020. Ini menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan baharu ini dalam belanjawan yang kedua kita, belanjawan kedua yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan kita ini terhadap rakyat secara keseluruhan. Tuan Yang di-Pertua, Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2018, Ketua Audit Negara telah memberikan satu Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran tetapi dengan satu ulasan EOM, emphasize of matter iaitu pendapat tanpa teguran dengan emphasize of matter berkenaan dengan isu bahawa kerajaan telah mendahulukan sebahagian bayaran pinjaman yang dijamin dan matang berjumlah RM2.839 bilion bagi lima syarikat yang mana kerajaan terdahulu membayar RM1.753 bilion manakala kerajaan sekarang telah membayar RM1.086 bilion. Ketua Audit Negara juga menyatakan bahawa kerajaan sekarang terpaksa meneruskan komitmen ini bagi mengelakkan event of default, dengan izin, yang boleh mengakibatkan obligasi bayaran balik keseluruhan pinjaman oleh kerajaan. Saya berkesempatan untuk bertanya kepada Ketua Audit Negara, kenapa Sijil Audit Tanpa Teguran tetapi dengan EOM dikeluarkan dan bukannya satu Sijil Audit Bersih seperti tahun 2017. Sama ada ia bermaksud bahawa pentadbiran kerajaan sekarang adalah lebih teruk daripada kerajaan yang lepas. Jawapan yang saya dapati adalah satu jawapan yang negatif dan sebaliknya, Ketua Audit Negara telah mendapati bahawa pentadbiran sekarang adalah lebih telus daripada kerajaan terdahulu yang mana Akauntan Negara sendiri telah mengambil satu pendekatan yang lebih jujur dan telus dalam penyediaan maklumat perakaunan seperti dalam Nota 5B dalam Penyata Kewangan Persekutuan 2018 untuk perbelanjaan mengurus yang menyatakan dengan jelas dan jujur bahawa jumlah yang digunakan untuk pembayaran balik pinjaman jaminan SPV oleh Kerajaan Persekutuan. Dengan nota yang jelas tersebut, barulah pihak Audit sempat untuk pick up isu ini dan memberikan satu ulasan yang memaparkan situasi sebenar dan ini merupakan satu pembaharuan yang penting dalam urusan kewangan negara. Lanjutan daripada itu, Ketua Audit Negara telah menyatakan kebimbangan beliau terhadap amaun komitmen dan jaminan kerajaan yang tidak mempunyai had siling berbanding dengan pinjaman kerajaan yang mempunyai satu had siling sebanyak 55 peratus daripada KDNK. Saya memahami bahawa keadaan kerajaan sekarang sememangnya adalah tidak mudah untuk mengurus dan mengembalikan negara ke landasan yang betul. Akan tetapi, pada hari semalam, baru saya mendapat jawapan daripada kerajaan yang mana bagi tempoh April 2017 hingga Mei 2019 sahaja, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan kepada
1MDB sebanyak RM8.93 bilion bagi tujuan pelunasan bayaran faedah pinjaman dan bayaran penyelesaian kepada IPIC. Mujur dengan keputusan yang bijak daripada rakyat pada 9 Mei, kerajaan baharu telah ditubuhkan dan kita telah berjaya mengambil kembali lebih kurang RM1.45 bilion ini sehingga sekarang. Saya berharap bahawa kerajaan sekarang dapat teruskan usaha untuk kembalikan lebih banyak dana yang hilang akibat daripada pemerintahan yang lepas. Dari segi jaminan negara pula, ya, seperti yang dicadangkan oleh Ketua Audit Negara, haruslah ditetapkan satu siling yang difikirkan patut dan sesuai oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa kerajaan tidak akan over jamin, over guarantee, dengan izin, membuat jaminan yang lebih pada suatu hari nanti sampailah hari ini yang menyebabkan bahawa hutang negara mencecah RM1 trilion seperti yang dinyatakan ini. Tuan Yang di-Pertua, pada petang ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan pada hari ini kerana telah berjaya memegang kepada janji kita untuk memulangkan semula bayaran balik GST sebanyak RM15.9 bilion kepada lebih kurang 78,000 syarikat dan bayaran balik cukai pendapatan sebanyak RM13.6 bilion kepada 448,000 syarikat dan 184,000 individu pembayar cukai. Ini adalah satu tindakan yang amat penting untuk memulangkan dana kepada rakyat dan saya berharap bahawa kerajaan dapat menyelesaikan segala pulangan pada akhir tahun ini kepada mereka yang layak. Dalam pada itu, petang tadi saya ada mendengar perbahasan daripada seorang rakan saya yang menyatakan bahawa beliau sebelum ini telah mencadangkan supaya kadar GST diturunkan ke kadar tiga peratus dan satu gap yang besar untuk sekiranya kita melaksanakan SST pada hari ini dengan anggaran hasil sebanyak RM28 bilion, terdapat satu gap yang besar sebanyak RM14 bilion harus diisi sekiranya GST dibatalkan secara keseluruhan. Saya ingin menyatakan sedikit perbezaan pandangan saya berkenaan dengan isu ini yang mana, Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan GST ini membolehkan bahawa beban hidup rakyat dikurangkan dengan jumlah item yang dikecualikan daripada cukai lebih daripada 5,000 barangan berbanding dengan GST hanya 500 barangan sahaja.
Apabila kita berbincang berkenaan dengan pendapatan ataupun hasil kutipan GST daripada kerajaan yang lepas, walaupun ia telah pun ditetapkan pada kadar RM44 bilion, tetapi sekiranya kita mengambil pertimbangan terhadap kesemua permohonan pembayaran balik GST yang telah pun diserahkan kepada kerajaan, sememangnya nett hasil kutipan untuk GST oleh kerajaan lepas tidak akan lebih daripada RM34 bilion. Apabila kita boleh anggarkan satu hasil sebanyak RM28 bilion untuk SST untuk tahun yang akan datang, dengan satu pentadbiran yang telus dan bersih, saya percaya bahawa kerajaan ini mampu untuk membawa manfaat yang terbaik kepada rakyat dan tidak akan membebankan kehidupan rakyat dengan GST. Satu perkara lagi yang saya ingin bangkitkan pada petang ini Tuan Yang di-Pertua bahawa, berkenaan dengan peruntukan kepada KUTAR seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam pada hari semalam. Beliau juga mengatakan bahawa sebelum ini terdapat satu janji daripada Menteri Kewangan untuk membayar RM1,000 setiap orang kepada semua pelajar KUTAR. Dalam isu ini, saya hendak menegaskan bahawa kerajaan baharu ini kita adil kepada semua dan kita membela nasib dan juga kepentingan kesemua pelajar-pelajar termasuk pelajar-pelajar KUTAR yang mana ramai merupakan penyokong- penyokong tegar kita. Akan tetapi, kita tidak boleh membenarkan mana-mana pihak politik untuk menggunakan nama pelajar-pelajar atau menyalahgunakan kepentingan pelajar sebagai satu shield dan berselindung di belakang kepentingan pelajar-pelajar tersebut. Apabila saya menyemak latar belakang KUTAR dengan KTAR, saya mendapati bahawa saya mengambil kesempatan untuk membaca di sini. Universiti Council untuk UTAR Chairman, Tan Sri Dato’ Seri Dr Ting Chew Pei iaitu merupakan Mantan Setiausaha Agung MCA. Board of Trustee Chairman, Tan Sri Dato' Dr. Sak Cheng Lum, mantan MCA Penang Chairman. Untuk KTAR, TAR College Education Foundation Board of Trustee Chairman, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Presiden MCA. Board of Governors Chairman, Dato' Sri Liow Tiong Lai, mantan Presiden MCA. Menteri Kewangan telah menyatakan dengan begitu jelas bahawa education, pendidikan dan politik tidak harus dicampuradukkan. Sekiranya rakan-rakan MCA saya,
khasnya Yang Berhormat dari Ayer Hitam betul-betul mengambil berat terhadap kepentingan pelajar-pelajar KUTAR dan TAR College, haruslah mengambil satu tindakan yang lebih bertanggungjawab untuk meletak jawatan daripada sebagai Chairman TAR College Education Foundation dan melepaskan kesemua KUTAR ini kepada Alumni UTAR seperti yang telah pun dicadangkan oleh Alumni sebelum ini. Dengan itu, saya percaya bahawa kerajaan akan memegang kepada janji untuk memberikan satu peruntukan RM30 juta setahun kepada KUTAR seperti yang dijanjikan. Pada masa yang sama, pada hari semalam beliau juga menyatakan bahawa Menteri Kewangan benar untuk memberi janji setiap student, setiap pelajar diberikan RM1,000. Saya berpendapat bahawa beliau telah pun mislead, dengan izin, oleh berita-berita yang tidak benar kerana sekiranya kita membaca ataupun mendengar ucapan ceramah Menteri Kewangan pada ketika itu, beliau sedang berbincang berkenaan dengan RM1,000 bantuan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka yang layak, mereka yang berpendapatan kurang daripada RM8,000 dan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar- pelajar, bukan sahaja di KUTAR, tetapi juga kesemua pelajar di IPTA dan IPTS yang telah pun disenaraikan. Terdapat 20 IPTA yang disenaraikan, enam IPTS termasuk KUTAR dan UTAR dan mereka, ibu bapa mereka, haruslah salah seorang merupakan anak jati Pulau Pinang. Saya berharap bahawa Yang Berhormat Ayer Hitam boleh menarik balik dakwaan beliau pada hari semalam. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin rumuskan bahawa saya mengalu- alukan keputusan kerajaan untuk memberikan elaun khas sebanyak RM200 kepada ahli-ahli bomba dan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memahami keperluan ahli-ahli bomba dan mengenang jasa yang dicurahkan. Selain daripada itu, RM250 juta telah pun diperuntukkan untuk kuarters PDRM dan ini menepati keperluannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon pertimbangan yang sewajarnya diberikan kepada FRU Ipoh, yang mana kuartersnya perlu suatu peruntukan yang mencukupi untuk diselenggarakan. Sekali lagi, saya mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana dalam membentangkan satu Belanjawan 2020 yang begitu mantap dan prihatin kepada semua lapisan rakyat. Saya berharap belanjawan ini dapat memacu satu pertumbuhan ekonomi untuk kemakmuran bersama. Dengan ini, saya pohon menyokong. Sekian daripada saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala Rasulillah. Allah ta’ala berfirman, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya “Allah Ta’ala menceritakan kisah Nabi Allah Yusuf a.s. yang berkata, jadikanlah aku pemegang khazanah bumi, sesungguhnya aku sangat mampu menjaga dan juga sangat mengetahui”. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Kita berbincang tentang Bajet 2020 pada kali ini dalam situasi dan keadaan rakyat berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ekonomi yang semakin suram, mata wang yang semakin jatuh, pengangguran yang semakin meningkat. Tentulah harapan rakyat terhadap bajet ini sangat besar agar segala apa yang mereka sedang hadapi sekarang ini dapat diselesaikan dan dibaiki daripada semasa ke semasa. Akan tetapi, sangat malang bila kita melihat bajet dibentangkan kepada kita, kita tidak lihat strategi-strategi yang menarik untuk mengatasi semua perkara yang disebutkan tadi. Sebagai contoh, kita melihat tiada strategi untuk menarik pelaburan asing yang semakin menurun. Kalau kita melihat di Bursa Malaysia sebagai contoh, kita lihat pegangan modal selama 26 minggu berturut-turut semakin merosot. Ini kan kalau kita lihat minggu terakhir, sebanyak RM8.8 bilion pelaburan asing telah mengurang, sedangkan pelaburan asing merupakan 30 persen daripada Bursa Malaysia pada hari ini. Kita juga melihat bagaimana strategi untuk meningkatkan produktiviti. Dalam keadaan kalau kita lihat laporan daripada MPC menyatakan bahawa produktiviti bertumbuh sekitar 2.2 persen sahaja pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 sebanyak 3.7 persen. Juga kita melihat tentang strategi untuk menaikkan hasil. Kalau kita lihat hasil kita semakin menyusut. Apa sahaja kerajaan untuk meningkatkan cukai, nilai ataupun hasil
daripada cukai korporat dan juga cukai eksport dan sebagainya. Ini kerana, kita melihat ruang-ruang untuk kita bina kembali atau memperkasakan lagi cukai korporat itu sangat besar. Ini kerana kita melihat ada ketirisan ataupun kegagalan untuk kita mengambil sepenuhnya cukai-cukai yang ada ini menerusi usaha-usaha yang berterusan, kerana kerajaan kita lihat selama ini bergantung kepada cukai-cukai seumpama ini. Bahkan, kerajaan kita lihat gagal untuk mengemukakan suatu keadaan percukaian yang baru. Oleh sebab itulah kami daripada PAS mencadangkan agar dibuat satu reformasi terhadap sistem percukaian negara. Sebagai contoh, kalau kita bincang tentang cukai korporat, perlu kita lihat kaedah sistem zakat Islam. Bagaimana mengambil cukai daripada syarikat-syarikat yang tidak hanya bergantung kepada cukai berdasarkan keuntungan semata-mata. Keuntungan bersih yang memberi ruang kepada syarikat-syarikat untuk mengambil ataupun memasukkan kebanyakan hasil pendapatan mereka dalam perbelanjaan hingga akhirnya cukai yang dikenakan hanya sedikit sahaja. Sedangkan kalau kita kaedah Islam, cukai atau zakat Islam tidak ada orang yang boleh menipu ataupun memanipulasi keadaan hingga akhirnya mereka tidak membayar cukai yang besar. Oleh sebab itulah kita lihat, perlu kita kembali kepada konsep zakat. Bukan saya mengajar untuk kita mengambil zakat secara keseluruhannya, kerana zakat adalah sistem yang kita gunakan di peringkat negeri. Akan tetapi, kaedah dan sistem zakat itu boleh kita aplikasikan untuk digunakan di peringkat negara. Kita pernah juga mencadangkan kepada kerajaan untuk juga melihat ruang-ruang yang lain. Cukai kekayaan yang hari ini kalau kita lihat di England sebagai contoh, sedang bincang cukai kekayaan dua persen dan kita lihat dalam Islam mencadangkan untuk kita mengambil cukai terhadap kekayaan mereka yang melabur dalam saham dan cukai terhadap simpanan korporat. Saya baca satu kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan menyatakan bahawa pada tahun lepas, bukan masanya untuk kita melakukan perkara seumpama itu. Bila masanya, sedangkan kalau kita lihat dalam Islam sendiri, cukai berasaskan saham adalah cukai yang dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan saham, 2.5 persen. Kalau kita lihat angka yang saya sebut sebelum ini, nilai pegangan saham pada tahun 2018 sebanyak RM1.9 trilion, kalau dikenakan cukai sebanyak 2.5 persen, kita mendapat RM47.5 bilion. Hari ini walaupun semakin menurun, kalau semak data daripada Maybank menunjukkan bahawa semakin banyak RM1.65 trilion sahaja. Walaupun begitu, kita tetap boleh mendapat hasil dengan 2.5 persen, kita boleh mendapat sekitar RM40 bilion. Ertinya, ruang untuk kita meningkatkan pendapatan sangat adil kalau kita menggunakan kaedah Islam. Samalah juga dengan simpanan korporat. Simpanan korporat kita buat unjuran sekitar RM500 bilion. Jika dikenakan cukai terhadap simpanan korporat, dengan 2.5 persen kita boleh mendapat hasil sekitar RM12 bilion. Saya ingin menyatakan bahawa, sampai masa kerajaan untuk melihat kembali kaedah percukaian negara dibuat reformasi dan melihat kaedah Islam yang lebih baik, lebih adil dan memberi hak kepada rakyat. Itu berkaitan dengan hasil.
Yang Berhormat Kuala Nerus. Sejajar dengan usul 12(1).
Boleh sambung esok ya?
Majlis Mesyuarat hari ini ditangguhkan ke pukul 10.00 pagi, hari Khamis, 17 Oktober 2019 dan Yang Berhormat Kuala Nerus akan teruskan perbahasan esok. Sekian.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.01 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Deposit & Bon Jaminan untuk Pembaharuan dan Permohonan Baharu Lesen Jabatan Tenaga Kerja yang MembebankanSpecial Chamber
Tuan Yang-dipertua, di sini saya ingin menarik perhatian Menteri kepada suatu memorandum yang telah pun saya terima daripada Persatuan Agensi Pekerjaan Bumiputera Sabah (PAPBS). Inti pati memorandum tersebut adalah bahawa Deposit Bon Jaminan yang dikenakan untuk pembaharuan dan permohonan baharu lesen Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi lesen kategori ‘C’ adalah sangat membebankan.
Tuan Yang Di-pertua, pada tahun 2017 apabila Kerajaan Barisan Nasional terdahulu membentangkan Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem pada masa itu menyatakan bahawa antara tujuan utama pindaan tersebut adalah bagi menetapkan prosedur yang lebih komprehensif untuk permohonan lesen, jadual dan syarat-syarat lain yang perlu diperiksa serta perkara lain yang berkaitan.
Antara pindaan adalah menetapkan keperluan untuk penubuhan Agensi Pekerjaan Swasta
(PEA), seperti modal berbayar minimum dan jaminan wang mengikut tiga kategori lesen iaitu kategori ‘A’, ‘B’ dan ‘C’. Permohonan lesen kategori ‘A’ perlu memberi jaminan wang sebanyak RM50,000; RM100,000 untuk kategori ‘B’ dan RM250,000 untuk kategori ‘C’.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya niat pindaan tersebut adalah baik dengan adanya prosedur yang lebih komprehensif bagi memohon lesen agensi pekerjaan bagi menambah baik
sistem pengambilan pekerja terutamanya pekerja asing. Namun demikian, wang jaminan yang terlalu tinggi adalah bertentangan dengan niat yang baik tersebut. Menurut memorandum daripada PAPBS, bayaran ini meletakkan agensi-agensi pekerjaan buruh asing di negeri Sabah dalam keadaan amat sukar dan tertekan. Di dalam memorandum tersebut, PAPBS telah memohon agar bon wang jaminan bagi lesen ‘C’ JTK untuk agensi pekerjaan swasta negeri Sabah dikurangkan daripada RM250,000kepada RM50,000.
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, saya faham dan sememangnya dapat menghayati akan permintaan pihak agensi-agensi pekerjaan buruh asing di negeri Sabah agar wang jaminan diturunkan, bukan sahaja kategori ‘C’ tetapi juga kategori ‘A’ & ‘B’. Agensi-agensi ini memainkan peranan yang sangat penting dalam penyediaan buruh asing yang sangat diperlukan dalam pelbagai sektor termasuk sektor pembinaan, pertanian, perladangan, keselamatan, pembersihan, terutamanya pekerjaan yang melibatkan 3D (dangerous, dirty and difficult). Kerja-kerja ini sememangnya tidak diminati oleh warga tempatan walaupun upah yang lumayan ditawarkan. Memandangkan terdapatnya keperluan pekerja bagi sektor-sektor ini, maka tiada keperluan untuk menyusahkan agensi-agensi pekerjaan buruh asing yang hanya membantu dalam segi ini.
Oleh yang demikian, saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah justifikasi untuk meneruskan pengenaan bayaran setinggi RM250,000? Sekiranya tiada justifikasi yang baik, saya berharap agar bayaran jaminan ini bolehlah diturunkan. Terima kasih dan itu sahaja ucapan saya.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua dan kepada Ahli Yang Berhormat daripada Kota Kinabalu.
Kerajaan telah pun membuat pindaan ke atas Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981
(Pindaan) 2017, Akta 246 berkuat kuasa 1 Februari 2018. Rang undang-undang pindaan tersebut bertujuan untuk menambah baik peruntukan sedia ada berkaitan Agensi Pekerjaan Swasta agar ia selaras dengan keperluan semasa akta ini dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Ciri-ciri utama pindaan tersebut meliputi perkara-perkara antara lain bagi memperluaskan peranan Agensi Pekerjaan Swasta untuk meliputi urusan merekrut dan menempatkan para pekerja bukan warganegara termasuk pekhidmat domestik asing selain daripada urusan merekrut dan menempatkan para pencari kerja warganegara.
Pindaan tersebut juga melibatkan pengklasifikasian pengeluaran lesen sedia ada kepada tiga kategori lesen iaitu:
(i) lesen ‘A’ untuk merekrutkan pekerja warganegara bagi penempatan di dalam Malaysia;
(ii) lesen ‘B’ untuk merekrut pencari kerja warganegara bagi penempatan pekerjaan di dalam dan di luar Malaysia serta perkhidmatan domestik asing di dalam Malaysia; manakala
(iii) lesen ‘C’ dikhususkan untuk merekrut dan menempatkan para pencari kerja warganegara di dalam dan di luar Malaysia serta menempatkan pekerja bukan warganegara termasuk pekhidmat domestik asing di dalam pekerjaan dengan para majikan dalam negara.
Jumlah wang jaminan bagi setiap kategori lesen ini adalah sebanyak RM5,000 bagi lesen ‘A’, RM100,000 bagi lesen ‘B’ dan RM250,000 bagi lesen ‘C’. Kadar wang jaminan bagi setiap kategori adalah berbeza yang mana bagi aktiviti menempatkan pekerjaan di luar negara atau yang melibatkan pekerjaan bukan warganegara. Wang jaminannya adalah lebih tinggi kerana ia lebih berisiko kepada pelanggan Agensi Pekerjaan Swasta (APS). Ini kerana bagi APS yang boleh menempatkan pekerjaan di luar negara atau yang menempatkan pekerja bukan warganegara di dalam Malaysia adalah penyumbang kepada migrasi buruh pada skala yang lebih besar dan mencabar.
Wang jaminan yang dikenakan sebagai cagaran bertujuan meningkatkan komitmen dan liabiliti APS berkenaan pengajian yang terjejas akibat daripada kegagalan penempatan pekerjaan di samping membantu pihak kerajaan membendung kejadian sebarang aktiviti bersifat pemerdagangan orang dan buruh paksa. Hanya syarikat yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sahaja layak memohon dan diberikan lesen untuk menjalankan aktiviti pengrekrutan pekerja. Sekiranya APS gagal untuk menjalankan tanggungjawab, pihak kementerian boleh menggunakan wang jaminan untuk tujuan menampung kos penghantaran balik pekerja yang terkandas, penyediaan tempat tinggal dan makan minum pekerja bukan warganegara tersebut.
Isu jumlah wang jaminan yang dianggap terlalu membebankan APS tidak tepat.
Oleh kerana pada masa ini terdapat sebanyak 59 peratus pemegang lesen ‘B’ dan ‘C’ menjalankan aktiviti merekrutkan penglibatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar Malaysia. Pada masa yang sama, APS yang berlesen dibenarkan bagi pihak majikan untuk menguruskan proses kelulusan visa dan permit pekerja bukan warganegara. Setiap permohonan akan disiasat oleh pegawai-pegawai JTK bagi memastikan kesahihan majikan, keperluan sebenar mengikut kelayakan, usaha mendapatkan pekerja tempatan, pematuhan Undang-undang Perburuhan dan penyediaan perumahan pekerja.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan majikan untuk menggaji pekerja asing.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) juga sebagai penyelaras bersama di Pusat Kelulusan Setempat (OSC) yang bertanggungjawab memproses kelulusan permohonan majikan yang lengkap dan layak untuk menggaji pekerja bukan warganegara. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir majikan yang mendapatkan perkhidmatan orang tengah yang tidak berlesen yang berperanan sebagai ejen bebas. Individu ataupun pertubuhan untuk menguruskan aktiviti sebagai APS.
Pihak jabatan menggesa majikan yang memohon penggajian perlu berurusan melalui Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berlesen sahaja. Sekiranya terdapat maklumat mengenai aktiviti agen tanpa lesen menjalankan aktiviti berkenaan, aduan boleh dikemukakan kepada kementerian ini untuk diambil tindakan sewajarnya mengikut Akta 246 (Pindaan) 2017 iaitu boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Pihak jabatan pada masa sekarang sedang mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti APS tanpa lesen. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Insiden Gangguan Sistem Rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2)Special Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan berkenaan insiden gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang berlaku pada Ogos baru-baru ini yang telah menjejaskan beberapa sistem di lapangan terbang seperti rangkaian WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan, kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi. Perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan memandangkan ianya melibatkan salah satu infrastruktur kritikal utama negara iaitu lapangan terbang yang secara tidak langsung melibatkan aspek keselamatan negara kerana ianya merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.
Oleh itu saya ingin mengemukakan beberapa soalan iaitu:
(i) apakah faktor utama yang mengakibatkan berlakunya kegagalan operasi sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2. Mengapakah pihak kerajaan tidak menyediakan pelan kontingensi yang efektif setelah berlakunya masalah ini sehingga terpaksa melakukan sistem pengoperasian manual menggunakan papan putih;
(ii) berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan disebabkan kegagalan operasi sistem ini dan apakah reaksi para pelabur terhadap insiden ini kerana insiden ini telah mencemarkan imej negara di mata dunia;
(iii) adakah pihak kerajaan akan mengadakan penaiktarafan sistem secara berkala seperti dipraktikkan di negara-negara maju di dunia bagi memastikan kelancaran operasi sistem sedia ada di KLIA dan KLIA2; dan
(iv) berdasarkan siasatan pihak berkuasa apakah punca utama kepada masalah ini memandangkan berdasarkan kenyataan Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara memaklumkan bahawa tiada sebarang aktiviti serangan siber dikesan susulan insiden gangguan teknikal tersebut.
Sekian, terima kasih.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat sahabat saya, Parit Sulong di atas minat terhadap satu daripada agensi pengangkutan yang penting dalam negara kita.
Untuk makluman Yang Berhormat, gangguan terhadap sistem rangkaian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula pada 21 Ogos 2019 lalu telah berjaya distabilkan pada 24 Ogos 2019. Pelaksanaan sistem ini masih dipantau Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Adalah dimaklumkan bahawa sistem Total Airport Management System
(TMAS) di KLIA dan KLIA2 tidak gagal sepenuhnya.
Ia hanya gangguan terhadap sistem rangkaian sahaja yang mengakibatkan ketidakstabilan rangkaian WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem pengendalian bagasi di KLIA manakala di KLIA2, semua sistem berfungsi dengan baik kecuali gangguan terhadap sistem paparan maklumat penerbangan. Kerajaan juga telah mengarahkan MAHB untuk mempertingkatkan keselamatan sistem rangkaian di KLIA dan juga mengarahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menyelaras dan memantau usaha bagi mempertingkatkan lagi keselamatan sistem tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, satu jawatankuasa peringkat Kementerian Pengangkutan telah dibentuk untuk menyiasat kejadian yang telah berlaku. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), CAAM dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan ketika ini sedang memuktamadkan siasatannya. Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca sebenar kegagalan sistem rangkaian di KLIA dengan tujuan untuk mengelakkan insiden yang sama berlaku di masa hadapan.
Dalam hubungan ini, penyiasatan yang dilaksanakan tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti (not for the purpose to apportion blame or liability) dengan izin. Salah satu skop siasatan adalah termasuk untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang aktiviti serangan siber susulan insiden gangguan teknikal tersebut. Jawatankuasa ini dijangka akan membentangkan hasil siasatan kepada Jemaah Menteri pada akhir bulan Oktober 2019.
Pada masa yang sama, Polis Diraja Malaysia juga sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang unsur khianat atau sabotaj. Tertakluk kepada hasil siasatan tersebut, sebarang cadangan, tindakan, pendakwaan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan, Kementerian Pengangkutan tidak dapat mendedahkan hasil siasatan berkenaan. Selain itu, sebarang tindakan yang akan diambil terhadap MAHB juga akan hanya dipertimbangkan setelah siasatan tersebut dimuktamadkan.
Walau apa pun hasil siasatan tersebut kelak, ia tidak akan menjejaskan sebarang tindakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang boleh diambil oleh pihak MAVCOM dan CAAM melalui peruntukan undang-undang sedia ada di dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2016. Selain itu, MAHB juga sebagai langkah interim dan jangka panjang akan menaik taraf sistem sedia ada ke generasi kedua TAMS sebagai sebahagian inisiatif Airport 4.0 yang akan merangkumi aspek-aspek seperti berikut:
(i) Smart Airport Management System dengan penggunaan pengkomputeran autonomi untuk proses autonomous self-healing, dengan izin;
(ii) pelaksanaan internet of things menerusi algoritma machine learning (ML) dan artificial intelligent (AI) dengan izin Airport Management System untuk ramalan awal pengagihan pintu-pintu secara automatik, penentuan trafik, penumpang dan pengawalan secara terus semua infrastruktur yang akan memberi kesan kepada penjimatan kuasa elektrik;
(iii) permintaan berlandaskan harga dinamik dengan mekanisme failover dan fallback daripada sumber seperti servers dan applications;
(iv) penyesuaian khas pengurusan penumpang, pembelian barangan duti free dalam perjalanan secara automatik;
(v) peruntukan automatik dan konfigurasi, autonomi dengan keupayaan pembetulan dan self-healing iaitu sifar gangguan daripada kesilapan manusia; dan
(vi) enjin pencadangan, harga dinamik dan ramalan, bantuan intelligent travel dengan izin, pengurusan gangguan-gangguan secara optimum, bantuan khidmat pelanggan.
Menurut MAHB, sistem pengoperasian manual menggunakan papan putih merupakan sebahagian kecil daripada proses Business Continuity Plan di mana pihak MAHB juga telah menggunakan beberapa paparan digital billboard yang sedia ada di KLIA untuk mengemas kini maklumat penerbangan dari semasa ke semasa. Menurut MAHB, jumlah kerugian sebenar masih tidak dapat dinilai oleh pihak MAHB dan reaksi para pelabur terhadap MAHB adalah masih kekal positif di mana KLIA dan KLIA2 masih beroperasi semasa gangguan sistem rangkaian tersebut berbanding penutupan di sesetengah lapangan terbang lain di negara maju. Nilai pasaran saham MAHB juga tidak menunjukkan sebarang penurunan semasa tempoh gangguan tersebut.
Untuk rekod, MAHB telah pun mempunyai Pelan Jarak Jauh (LRP) bagi penarafan sistem secara berkala seperti yang dipraktikkan di negara maju. Penarafan berkala ini merangkumi proses System Refresh kepada rangkaian, penambahbaikan sistem TAMS serta pelancaran projek perintis Single Token Passenger Journey Initiative, dengan izin dengan kerjasama pihak SITA yang bakal bermula pada November 2019. Single Token Passenger Journey juga mengkhusus kepada penggunaan Facial Recognition, IoT, Big Data Analytics yang secara langsung dapat mengurangkan kerumitan di samping memberikan pengalaman digital dan keselesaan kepada penumpang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan hingga jam 2.30 petang, esok Khamis, 17 Oktober 2019.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.52 petang]