Dewan Rakyat · 31 October 2019
15th Parliament, session 2, meeting 3 · 2,134 turns · 64,212 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan pelajar-pelajar dan guru-guru Tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, Kuala Lumpur ke Dewan ini... [Tepuk]
1. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Kewangan menyatakan, mengenai laporan Bloomberg yang mengatakan mengenai Malaysia berkemungkinan akan dimasukkan semula dalam senarai negara yang memanipulasi mata wang Amerika Syarikat, apakah kesannya kepada ekonomi negara dan langkah yang diambil kerajaan bagi menanganinya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beluran yang mengemukakan soalan ini yang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap perkembangan dalam bidang fiskal dan kewangan. Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia hanya dimasukkan dalam currency manipulation watchlist dan tidak dilabel sebagai manipulator mata wang. Kemungkinan Malaysia dilabelkan sebagai manipulator mata wang adalah dianggap sebagai rendah. Ini kerana sesebuah negara perlu memenuhi tiga kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk dilabelkan sedemikian sebagai manipulator mata wang. Malaysia hanya dianggap “memenuhi” dua daripada tiga kriteria iaitu: (i) nisbah lebihan akaun semasa imbangan pembayaran daripada sekurang-kurangnya dua peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar untuk bulan Julai 2018 hingga bulan Jun 2019 iaitu pada tahap tiga peratus; dan (ii) lebihan dagangan dua hala dengan Amerika Syarikat melalui USD20 bilion pada tempoh masa bulan Julai 2018 hingga bulan Jun 2019 dicatatkan sebanyak USD25.7 bilion. Malaysia tidak memenuhi kriteria ketiga iaitu jumlah pembelian mata wang asing bersih sekurang-kurangnya dua peratus daripada KDNK oleh Bank Pusat. Ini kerana kita bukanlah net purchaser. Bila kita memenuhi dua daripada tiga kriteria, itu pun telah dianggap bahawa harus dimasukkan di dalam watchlist currency manipulation. Kemasukan Malaysia dalam currency manipulation watchlist pada bulan Mei tahun 2019 adalah hasil daripada pelarasan penyesuaian semula secara mekanikal terhadap kriteria akaun semasa daripada tiga peratus kepada dua peratus dari KDNK oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, Malaysia telah memenuhi dua daripada tiga kriteria iaitu nisbah lebihan akaun semasa imbangan pembayaran daripada sekurang-kurangnya dua peratus daripada KDNK, kita mencatatkan 2.1 peratus dan lebihan dagangan dua hala dengan Amerika Syarikat melebihi USD20 bilion dan kita mencatatkan USD26.5. Ini sebenarnya menunjukkan Tuan Yang di-Pertua, suatu pengiktirafan besar bahawa Malaysia dari segi prestasi ekonomi telah mencatatkan satu pencapaian yang
boleh dianggap baik, sehingga dari sudut nisbah lebihan akaun semasa imbangan dan juga lebihan dagangan dua hala iaitu kerana pencapaian positif ini, dimasukkan di dalam watchlist. Akan tetapi, saya ingin menjamin bahawa kita akan memastikan bahawa sekadar dalam watchlist. Kalau boleh, dikeluarkan dalam senarai ini tetapi bukan dengan memastikan prestasi kewangan kita jatuh menjunam. Akan tetapi, tidak akan dilabelkan sebagai manipulator mata wang kerana Malaysia memang akur dengan semua peraturan yang ditetapkan dan kita tidak melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh WTO ataupun mana-mana standard piawaian antarabangsa. Seperti yang saya sebutkan, pengiktirafan ke atas prestasi baik yang dicapai oleh Kerajaan Pakatan Harapan sekali lagi menunjukkan bahawa kita harus memastikan pembangunan yang mampan tanpa menjejaskan sistem global ekonomi multilateral yang telah pun diwujudkan selama ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pasti dan saya yakin Malaysia dalam keadaan ekonomi yang memuaskan, mempunyai surplus dengan US dan ada current account surplus more than two percent. Dari satu sudut kita lihat ini sebagai sesuatu yang menunjukkan keberangsangan ekonomi negara. Akan tetapi disebabkan ini, US melihat ini sebagai sesuatu yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengadakan pelbagai tindakan terhadap Malaysia umpamanya, tarif dan sebagainya akan dijadikan ini sebagai alasan untuk mengenakan tarif seperti yang dilakukan oleh Amerika dengan negara lain sekarang ini.
Ekonomi US di bawah Trump is unpredictable. Jadi, kemungkinan boleh berlaku. Di Vietnam dalam senarai list yang akan dikenakan tarif disebabkan oleh isu-isu keselamatan dan Trump akan menggunakan pelbagai isu untuk mengenakan sekatan kepada Malaysia. Adakah Malaysia sebenarnya menggunakan currency devaluation sebagai strategi ekonomi? Adakah Malaysia bersedia di dalam ketidaktentuan dasar ekonomi Amerika di bawah Trump ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Itu pun sesuatu yang memang diberikan keprihatinan dan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan. Ini kerana sekatan-sekatan ekonomi yang mungkin dilaksanakan oleh pihak Amerika Syarikat tentu membimbangkan negara Malaysia. Memandangkan Amerika Syarikat adalah rakan perdagangan nombor tiga terbesar, sebarang sekatan bukan sahaja ada impak dari segi perdagangan tetapi juga dalam aset pelaburan. Memang diakui bahawa pelaburan FDI luar negeri yang masuk ke Malaysia yang terbesar untuk tahun ini adalah dari Amerika Syarikat. Apabila saya pergi ke Amerika Syarikat baru-baru ini, sebanyak USD1.5 bilion pun telah mendapat komitmen daripada dua buah syarikat dari Amerika Syarikat. Ini menunjukkan betapa minat mereka untuk masuk ke Malaysia. Akan tetapi pada masa yang sama, sekiranya sekatan-sekatan dilaksanakan, maka ia tentu ada kesan. Dalam aspek ini, pihak kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa kita patuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah WTO. Masalah yang berlaku sekarang ialah apabila kita lihat dasar baharu ekonomi Amerika Syarikat seakan-akan tidak mahu mematuhi peraturan-peraturan yang mereka sendiri gubal ataupun kemukakan. Sekarang mereka hendak buat secara unilateral. Di sini, negara Malaysia sekali lagi meminta Amerika Syarikat kalau boleh balik ke pangkal jalan iaitu dengan menegakkan sistem multilateralism dalam perdagangan ataupun ekonomi. Ini supaya jangan ada konfrontasi menerusi sekatan-sekatan ekonomi dan tarif tetapi menerusi perbincangan agar kita jangan melawan, kita menjadi kawan supaya semua boleh mendapat manfaat dan untung. Berkaitan dengan cadangan untuk membuat currency devaluation. Malaysia tidak pernah membuat devaluation secara sengaja. Kita serahkan kepada kuasa-kuasa pasaran untuk menentukan nilai mata wang ringgit. Ini tentu- kalau kita lihat, trend dunia sekarang ialah lebih cenderung untuk mahu nilai mata wang masing-masing menjadi lebih rendah supaya mereka boleh memastikan eksport mereka lebih murah dan lebih mudah untuk menceburi pasaran dunia. Apabila ada mana-mana negara yang terlibat di dalam kegiatan sedemikian, maka mereka mungkin akan dilabelkan sebagai manipulator. Akan tetapi untuk negara Malaysia, kita tidak berbuat demikian. Kita serahkan kepada kuasa pasaran kerana kita
tahu kalau ringgit turun terlalu rendah, ada kesan. Kesannya ialah dari segi inflasi akan naik tetapi mujur untuk Malaysia, sungguhpun kita dalam keadaan sedemikian, kadar inflasi masih terkawal. Malah, ia dianggap sebagai di antara paling rendah dalam sejarah ekonomi tahun ini dan tidak akan mencecah satu peratus. So, di sini kita memang amat prihatin supaya tidak dengan sengaja menurunkan nilai mata wang ringgit. Pada masa yang sama, hendak memastikan imported inflation atau kadar inflasi tidak pun hilang kawalannya dengan naik secara mendadak. So dalam keadaan sedemikian, boleh dikatakan keadaan terkawal sekarang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Kuala Terengganu.
Minta, Kubang Kerian.
[Bangun]
Saya jemput untuk pertanyaan kedua, Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Mike tidak buka, mike? Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Ada 30 saat.
Pada bulan Mei yang lalu di Nikkei conference, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mencadangkan supaya negara-negara Asia Timur memulakan mata wang baharu bersandarkan kepada emas bagi aktiviti eksport dan import bagi mengelakkan spekulasi. Adakah Malaysia mempunyai satu road map yang jelas berhubung perkara ini? Adakah ia satu usaha bersama yang telah digarapkan bersama dengan negara-negara Asia Timur?
Syor yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri- ada banyak syor yang beliau cadangkan. Itu adalah berdasarkan keadaan ekonomi dan juga kewangan yang kurang stabil supaya kita mengukuhkan kedudukan supaya negara-negara kecil tidak menghadapi masalah yang kurang menentu ini. Ini kerana keadaan tidak menentu menimbulkan banyak keresahan. Ini tentu menjejaskan keyakinan pelaburan dan perniagaan. Kita kena faham bahawa yang paling penting di dalam ekonomi dan juga dari segi bidang perniagaan adalah keyakinan. Sekiranya tidak ada keyakinan, maka, mereka tidak minat untuk membuat pelaburan. Apa yang berlaku di dunia sekarang, terlibat di dalam kancah sekatan ataupun perang perdagangan serta dari segi dana modal juga ada kesan dan implikasinya. Itu sebabnya bila kita buat cadangan, sungguhpun itu cadangan yang baik tetapi kerana Malaysia bukanlah sebuah negara yang besar, maka itu juga terpulang kepada negara-negara besar untuk melihat macam mana kita boleh menstabilkan kedudukan. Perkara ini tentu akan diambil kira oleh pihak-pihak. Akan tetapi kita pun kena akui realiti bahawa pemimpin ekonomi sekarang adalah Amerika Syarikat dan juga negara-negara lain. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ini juga penting boleh saya tanya satu?
Bagan Serai minta satu..
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kepala Batas untuk pertanyaan kedua.
Baik terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya hendak mengalu-alukan kehadiran Kelab Kebajikan dan Sukan Lembaga Hasil Dalam Negeri Shah Alam...
[Dewan tepuk]
2. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah butir-butir perancangan Kerajaan untuk membuka sebuah Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan. Adakah terdapat sebarang garis masa yang menggariskan bila kedutaan ini akan dibuka dan mula beroperasi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kepala Batas di atas pertanyaan yang dikemukakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada 25 Oktober 2019 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk membuka Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia ke Palestin bermastautin di Amman, Jordan. Keputusan tersebut diumumkan semasa Sidang Kemuncak Pergerakan Negara- negara Berkecuali (NAM) di Baku, Azerbaijan. Keputusan ini adalah satu pendekatan yang munasabah dan bertepatan dengan pendirian Malaysia berhubung Palestin sejak dahulu lagi. Kementerian Luar Negeri telah memulakan usaha mengumpulkan maklumat penting bagi melaksanakan keputusan ini dan telah pun berhubung dengan Kementerian Luar Negeri di Jordan mengenai selok-belok pembukaan pejabat dan Palestin serta Jordan menyambut baik keputusan Malaysia ini. Kita sedang bekerjasama berbincang dengan pihak Jordan bagi mengenal pasti apakah proses yang perlu dilalui. Kita sedang mengenal pasti pejabat untuk dibuka kedutaan. Sebagaimana kita sedia maklum, memang kita ada Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan tetapi ini adalah kedutaan untuk Palestin walaupun bermastautin di Amman, Jordan.
Kita memilih Amman memandangkan kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Ada banyak negara yang membuka perwakilan mereka di Ramallah di Tebing Barat tetapi kalau kita membuka di Ramallah, kita harus berhubung dengan Israel secara rasmi bagi perkara-perkara logistik, pentadbiran dan urusan keluar masuk ke Ramallah. Jadi sudah tentu kita tidak akan berbuat demikian dan kerana itu kita memilih untuk mengadakannya di Amman. Bagi garis masa, ini bergantung pada sejauh mana dan secepat mana kita dapat menyelesaikan perkara-perkara yang saya sebutkan itu tadi, akan tetapi kita memang ingin membukanya secepat mungkin. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya secara peribadi, saya memang nak merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Wisma Putra di bawah kepimpinan Yang Berhormat Menteri dan juga pihak kerajaan kerana mengambil satu keputusan yang cukup bersejarah untuk membuka kedutaan bagi Palestin di Amman kerana ini adalah a long struggle, dah melepasi 70 tahun. Walaupun kita memang ada kedutaan di Amman yang dahulunya memang accredited untuk Palestin tetapi dengan pembukaan kedutaan ini memberi satu perlembagaan baru tentang komitmen kita. Cuma sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut tadi, memang ada lebih kurang 25 kedutaan yang dibuka di Ramallah. Saya pun melihat memang adalah satu benda yang agak sukar kerana Ramallah ini masih dianggap sebagai occupied territory. Akan tetapi ada satu cara lagi kalau saya boleh pohon untuk kemukakan cadangan. Kenapa kita tidak lantik honorary consul yang dipilih daripada kalangan rakyat Palestin yang mungkin mempunyai extensive network dengan Hamas, dengan Fatah dan juga mempunyai hubungan yang baik dengan Palestinian Authority (PA), dan mungkin juga dengan mempunyai status-status kedudukan yang baik. Ini benda dah berlaku sebab benda ini di Indonesia dah buat pelantikan pada 2016. Saya fikir kalau adalah honorary consul yang sedemikian, saya rasa ia akan menjadikan usaha kita untuk menyalurkan bantuan itu akan jadi lebih mudah. Terima kasih.
Terima kasih. Saya anggap ini satu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat Kepala Batas. Cuma ada dua perkara, satu ialah sekiranya kita ingin membuka honorary consul, ini tambahan kepada ada kedutaan yang bermastautin di Amman. Honorary consul kita juga harus mengambil kira pihak-pihak yang terdapat di kalangan rakyat Palestin itu. Ada sekurang-kurangnya dua pihak yang besar itu. Jadi kalau kita hendak buka, kita harus buka dua dan kita tidak boleh buka satu sahaja supaya menyantuni kedua-dua pihak itu. Keduanya, mungkin kalau yang itu kita harus juga menunggu keputusan pilihan raya yang akan datang untuk melihat sejauh mana pilihan raya itu berlaku. Kita mendengar dengan penuh minat apabila Presiden Abbas menyebutkan yang beliau ingin supaya pilihan raya kali ini menjadi lebih inklusif dan wakil tetap PA di New York menyebutkan semasa mesyuarat Contact Group OIC, dengan izin, semasa di mesyuarat
NAM yang mereka ada perbincangan yang melibatkan Fatah dan Hamas untuk memastikan pilihan raya kali ini berjalan dengan lebih tertib dan benar-benar inklusif. Akan tetapi saya terima baik cadangan Yang Berhormat Kepala Batas. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menteri, meneliti daripada keperluan dan juga demand daripada dunia luar, adakah kementerian berhasrat untuk menubuhkan konsulat di Gaza sekurang-kurangnya kita dapat menyalurkan secara pantas segala bantuan ataupun pandangan kita kepada dunia di Gaza. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Semangat itu. Ia ada kena-mengena dengan Yang Berhormat Kepala Batas tadi. Jadi peringkat yang pertama kita buka kedutaan yang bermastautin di Amman. Soal konsulat termasuklah soal konsol jeneral itu perkara yang saya fikir wajar tetapi itu biarlah di fasa yang kedua. Oleh sebab itu kalau nak buka, kita kena ialah Malaysia ini negara kecil tetapi kita terkenal juga dengan diplomasi kita. Kita memahami politik dalaman di kalangan masyarakat Palestin. Kita harus menyantuninya dengan baik dan kalau kita buka satu, kita kena buka dua-dua sama ada namanya konsulat ataupun konsol jeneral, ini perkara yang boleh kita fikirkan. Saya terima baik cadangan yang cukup bersemangat itu, hebat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon satu lagi soalan yang penting ini.
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Mohon satu lagi. Satu saja lagi.
Saya ingin teruskan kepada pertanyaan Menteri yang ketiga.
Tuan Yang di-Pertua, saya bukan apa, saya fikir Dewan ini perlu merakamkan tahniah kepada pendirian kerajaan berhubung dengan sikap mendirikan – kalau boleh kita semua berdiri sebagai tanda sokongan di atas pendirian kerajaan membina penempatan ataupun konsulat dalam isu ini... [Tepuk] Semua sekali saya harap sama ada kerajaan atau pembangkang bagi menyatakan sokongan atas pendirian kerajaan. Siapa yang tak bangun, tak menyokong ya... [Ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang bangun menyatakan sokongan]
Baik dengan izin Tuan Yang di-Pertua, baik sila, baik, sebentar. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Segamat untuk mengemukakan pertanyaan Menteri yang ketiga.
3. Dato' Sri Dr. Santhara [Segamat] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, selepas berjaya mendapat RM200 elaun khas untuk seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, apakah tindakan kementerian seterusnya bagi menjaga kebajikan anggota bomba dan sekali gus mengangkat martabat bomba separas dengan institusi lain di negara ini.
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Segamat di atas soalan dan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Segamat, alhamdulillah terima kasih kerana keprihatinan Yang Berhormat Segamat terhadap kebajikan anggota bomba. Alhamdulillah dengan kelulusan elaun sebanyak RM200 telah meningkatkan lagi semangat anggota bomba seluruh negara, 14,600 anggota bomba seluruh negara. Walaupun mereka faham dalam keadaan ekonomi negara yang tidak begitu baik tetapi Kerajaan Pakatan Harapan mengutamakan untuk melepaskan, meluluskan kritikal elaun untuk pasukan bomba. Kita juga mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong yang turut prihatin tentang kebajikan anggota bomba dan turut menyuarakan tentang keperluan untuk meluluskan kritikal elaun ini kepada seluruh anggota bomba.
Walaupun demikian, kita lihat bahawa tugas anggota bomba sekarang telah meluas kepada aspek-aspek kerja yang lain selain yang fokus yang mereka lakukan adalah kebakaran, banjir, kecemasan, accident, lemas dan sebagainya tetapi kerja anggota bomba sekarang telah diperkembangkan sebagai seolah-olah sebuah satu social rescue team. Di mana kita lihat isu-isu seperti ular masuk rumah panggil bomba, orang tersepit di lif panggil bomba, kucing panjat pokok tak boleh turun panggil bomba, cincin tak boleh keluar jari panggil bomba, monyet bergaduh panggil bomba [Ketawa] Jadi ini adalah, memang ini terjadi. Jadi bomba ini bila ada call saja, dia akan pergi, sentiasa sedia berkhidmat. Jadi oleh kerana itu maka kita kena melihat pasukan bomba ini harus dinaikkan tarafnya seperti institusi yang lain seperti tentera dan juga polis. Jadi KPKT di bawah Jabatan Penyelamat Bomba kita sedang mengkaji, merancang untuk meningkatkan satu badan iaitu Suruhanjaya Perjawatan Bomba yang mana mereka akan bebas untuk membuat pelantikan dan bebas untuk membuat reshuffling, bebas untuk gantikan perjawatan dan bebas juga untuk menyerap anggota bomba bantuan untuk dijadikan anggota yang fulltime. Jadi ini adalah perkara yang harus kita pertimbangkan kerana melihatkan bahawa kerja bomba ini meliputi sebagai-bagainyalah. Jadi ini di antara usaha KPKT yang ingin meningkatkan taraf kedudukan anggota bomba dalam negara. Terima kasih.
Terima kasih ucapan Menteri atau jawapan dan idea yang baik. Soalan tambahan saya, gred dan jawatan adalah garis pengukur kepada senioriti seseorang penjawat awam di dalam perkhidmatan.
Satu perkara nyata adalah gred-gred pegawai kanan Bomba dan Pengarah Negeri Bomba adalah rendah dibandingkan dengan institusi-institusi yang lain. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri bahawa sudah tiba masanya untuk Ketua Setiausaha Negara ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mengkaji semula gred-gred ini.
Yang Berhormat Segamat, terima kasih di atas soalan tambahan. Seperti saya sebut tadi, kemungkinan untuk penubuhan satu Suruhanjaya Perjawatan Bomba adalah wajar untuk melihatkan perkara-perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Segamat, seperti kerja-kerja khusus, kerja-kerja kepakaran, kerja-kerja kemahiran seperti bahagian forensik yang perlu diberikan elaun khas, kerja-kerja yang memberikan risiko yang tinggi. Jabatan Bomba ini juga mahir dari segi memberikan khidmat untuk mengesan bahan-bahan kimia, HAZMAT- Hazard Material Team. So jadi ini adalah pengkhususan, kerja-kerja khusus yang dilaksanakan oleh anggota bomba yang perlu diberikan elaun-elaun khas dan juga termasuk insentif-insentif syif yang mana mereka kena bertugas 24 jam. Saya juga dalam kajian untuk meningkatkan elaun bomba bantuan yang mereka selalu standby untuk berkhidmat dan bersedia untuk menjalankan tugas di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Jadi ini yang insyaa Allah kita akan usahakan agar mereka lebih bersemangat, bertepatan dengan kerja yang mereka laksanakan agar maruah ataupun mereka akan rasa untuk jadi anggota bomba sekiranya kita dapat menyelaraskan kedudukan institusi bomba ini sama seperti polis dan juga dengan tentera. Terima kasih.
[Bangun]
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan kedua.
[Bangun]
Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu Yang Berhormat Menteri bahawa bomba adalah penjawat awam yang menghadapi pelbagai cabaran setiap hari. Jadinya, soalan tambahan saya adalah mengenai apakah status terkini mengenai arwah Adib kerana ianya adalah satu kes berkepentingan umum dan rakyat masih tertanya- tanya mengenai status yang seolah-olah tiada penghujungnya. Jadinya pada kami keadilan mestilah diberikan kepada arwah Adib. Terima kasih.
Yang Berhormat Parit Sulong memang seluruh negara merasa keperitan dan kesedihan bila disebut tentang Adib. Saya sendiri masih rasa sebak bila saya mengingatkan peristiwa kematian Adib. Jadi ketika ini seperti yang dimaklumkan, alhamdulillah KPKT mampu ketika itu untuk mengangkat kes itu kepada tahap untuk mengadakan inkues. Jadi dengan adanya inkues tempoh hari, makanya dapat mengumpulkan maklumat-maklumat dan membuat satu keputusan yang baru. Jadi alhamdulillah, koroner telah membuat keputusan bahawa kes Adib itu adalah kes criminal dan tindakan seterusnya harus diambil oleh pihak polis. Jadi kes kematian arwah Adib ini di bawah pengelolaan PDRM untuk meneruskan untuk siasatan selanjutnya. Jadi dengan siasatan selanjutnya, kemungkinan kita akan dapat mengenal pasti siapakah mereka yang telah mengakibatkan kemalangan dan kematian arwah Adib. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah rancangan kementerian mengatasi masalah kekurangan peruntukan guru ganti yang serius di seluruh negara sekian lama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas berlangsung dengan baik, KPM sememangnya telah melaksanakan pengambilan guru ganti iaitu guru yang dibayar gaji hari yang ditempatkan di suatu sekolah atas dasar keperluan semasa bagi mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit yang panjang, cuti haji, berkursus atau hal-hal lain yang dibenarkan. Pengambilan guru ganti dibuat berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2011, Dasar dan Prosedur Pengambilan Pekerja Sambilan Harian. Bagi meningkatkan kecekapan KPM dalam pengurusan guru ganti, KPM telah mengadakan unjuran pengambilan guru ganti. Pada tahun 2019, unjuran pengambilan guru ganti adalah seramai 21,656 orang. Peruntukan guru ganti bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM48,083,180. Peruntukan ini meningkat sebanyak 17.6 peratus berbanding tahun 2018 iaitu sebanyak RM40,895,953. Namun jika terdapat sebarang keperluan tambahan terhadap peruntukan tersebut, ia akan diberi pertimbangan sewajarnya, tertakluk kepada kedudukan kewangan kementerian. Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tersebut dan saya ucapkan tahniah kerana ada peningkatan untuk peruntukan guru ganti kerana masalah ini adalah sangat serius. Sebelum ini misalnya di Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Kuala Lumpur di mana kawasan saya berada, 60 buah sekolah, hanya RM20 ribu setahun untuk peruntukan guru ganti. Jadi adakah kerajaan melihat bahawa selain daripada Skim Guru Ganti ini, tetapi skim-skim lain seperti guru sandaran dan juga guru interim dapat diperkasakan untuk memastikan masalah kekurangan guru dapat diatasi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih ahli Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Memang peruntukan untuk guru ganti memang semakin meningkat. Kalau kita banding dengan peruntukan yang disediakan untuk tahun 2017 iaitu hanya RM18 juta. Pada tahun ini kita dapat RM48 juta. Jadi ini memang merupakan satu peningkatan yang besar tetapi kita masih menghadapi masalah kekurangan guru iaitu kerana ada mismatch di antara kekosongan yang sedia ada berbanding dengan keluaran daripada IPGM setiap tahun. Kalau saya boleh memberi contoh, seperti sekarang kalau di sekolah kebangsaan, keperluan ataupun kekosongan yang kita sedia ada melebihi 6,000 tetapi keluaran daripada IPGM
hanya 1,676 yang akan ditempatkan di sekolah dalam bulan November yang akan datang ini. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita telah ambil satu inisiatif di mana kita berhasrat untuk melantik guru interim pada Februari yang akan datang dan jumlah yang kita sasarkan adalah lebih kurang 3,000 orang guru untuk kumpulan SK dan juga 800 orang untuk SJKC. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua saya ingin dapat penjelasan. Pada bulan Januari 2019, Yang Berhormat Menteri ada mencadangkan supaya suatu sistem perkeranian diwujudkan di sekolah supaya mengurangkan beban guru-guru terhadap tugas-tugas perkeranian. Saya hendak dapat penjelasan sejauh mana rancangan tersebut dapat dijalankan sebab saya masih lagi mendapat aduan daripada guru-guru yang mereka terpaksa masukkan data, tugas-tugas perkeranian yang terpaksa dibuat sampai sekarang. Mohon penjelasan.
Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Setakat ini kita tidak ada satu keputusan muktamad tentang pelantikan yang disebut tadi tetapi memang dalam proses untuk membuat kajian bagaimana kita boleh meringankan beban guru. Setakat ini measures ataupun pendekatan interim telah dilaksanakan dan kita harap bahawa tidak lama lagi kita boleh mewujudkan satu penyelesaian dalam tempoh masa panjang untuk mengatasi isu tersebut. Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih. Pertanyaan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Parit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Saya hendak tujukan khas kepada pesara dan juga kepada anggota kita yang bertugas. Oh! Tentera, jasamu dikenang, Budimu tidak terbilang, Semangat mu dijulang, Keperwiraan mu senantiasa gemilang, Jasa perajurit memang tidak dilupakan, Jasa mu mewangi hingga ke mati, Siap siaga demi agama dan negara dipertahankan, Kaulah perwira negara dan rakyat sejati... [Tepuk]
2. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta Menteri Pertahanan menyatakan: (a) apakah tindakan yang telah diambil oleh kementerian terhadap individu-individu yang didapati menghina dan mempertikaikan tugas anggota tentera; dan (b) apakah usaha yang dijalankan oleh kementerian bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai jasa dan pengorbanan anggota tentera di Malaysia.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ambil sajak itu sebahagian daripada ucapan saya juga...
[Dewan riuh]
[Tepuk] Saya akan jawab bersama dengan Yang Berhormat Mersing. Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia memandang serius tindakan pihak-pihak tertentu yang bersifat menghina dan mempertikai tugas Angkatan Tentera Malaysia. Sebagai reaksi terhadap penghinaan yang dilakukan, kepimpinan tertinggi kementerian dan ATM turut membuat penegasan sama ada secara rasmi atau peribadi melalui pelbagai medium komunikasi dengan mengutuk tindakan pihak-pihak tersebut di samping memberi amaran agar menghentikan tindakan tersebut. Penegasan rasmi ini telah dinyatakan oleh kementerian melalui ucapan saya pada perhimpunan Kementerian Pertahanan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 pada 16 Ogos 2019 yang lalu. Dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat, kementerian sentiasa menguar-uarkan serta menonjolkan peranan tugas dan kesiagaan Angkatan Tentera
dalam menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara dan kedaulatan negara. Di samping itu juga, Kementerian Pertahanan dan ATM turut memaksimumkan platform sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Hari Pahlawan. Misalnya kesedaran rakyat kita nampak telah mulai timbul kebelakangan ini bila kita lancar tabung kutipan Hari Pahlawan, kita mencapai kutipan rekod hampir RM10 juta yang tidak pernah dicapai sebelum ini dan itu belum masuk lagi bantuan kerajaan yang sedang kita pohon. Selama ini yang paling tinggi tahun lepas ialah berjumlah lebih RM7 juta tetapi RM5 juta daripada kerajaan. Kali ini hampir RM10 juta daripada orang ramai termasuklah penderma yang paling tinggi mereka yang tidak langsung berniaga dengan MinDef, ertinya kesedaran awam telah mulai timbul. Kementerian Pertahanan juga pada masa kini pada proses akhir penyediaan kertas putih di mana kita akan lihat bakal menggariskan peranan yang boleh dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat. Soal keselamatan bukan soal political party sebab itulah dalam penganugerahan Pingat Jasa Malaysia yang akan diadakan di Kelantan pada 3 November nanti. Kami juga turut menjemput semua Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk hadir bersama untuk dalam ucapan menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia kepada tentera kita yang berjuang di zaman komunis dan pada zaman darurat. Oleh itu kita akan terus menggunakan saluran yang ada untuk menaikkan semula imej Angkatan Tentera Malaysia ini. Saya sendiri telah pergi ke RTM, TV3 dan beberapa rancangan TV yang lain untuk mempromote dan meletakkan Angkatan Tentera ini perlu dihormati di atas jasa mereka mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara Malaysia.
Terima kasih untuk Yang Berhormat Menteri. Memang kerajaan perlu bertegas jika sekiranya ada bentuk-bentuk penghinaan yang dilakukan kepada anggota tentera kita baik pesara mahupun mereka yang sedang bertugas kerana mereka telah pun menjaga keamanan di dalam negara kita. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, PLKN telah pun dimansuhkan oleh kerajaan. Apakah inisiatif lain yang akan dilaksanakan dan apakah usaha kementerian bagi merakyatkan tentera dan merapatkan jurang antara masyarakat selain daripada program sambutan hari tentera ataupun hari terbuka? Adakah kerajaan bercadang lagi untuk mengkaji bagi pencen khususnya kepada pesara-pesara yang 90- an ataupun tahun 2000 kerana kos sara hidup yang semakin meningkat hari ini? Terima kasih.
Memang masalah pencen ini dihadapi oleh semua kementerian iaitu mereka yang berpencen selepas daripada, sebelum 2004. Memang kita juga Ahli-ahli Parlimen yang berpencen sebelum 2004 dengan selepas 2004 perbezaannya begitu ketara sekali. Begitu juga jabatan-jabatan yang lain. Pihak kementerian sedang berusaha bersama dengan JPA untuk melihat perkara ini secara serius kerana rungutan secara umumnya mereka yang menerima pencen sebelum 2004 kadangkala dia berpangkat tinggi dalam tentera tetapi yang berpencen kemudiannya hampir sama dengan mereka yang berpangkat tinggi. Usaha- usaha jurang itu sedang dibuat dan peng-adjust-an dibuat setahun lebih kurang 2 percent supaya tidaklah begitu ketara nilai yang mereka terima di akhirnya. Begitu juga kita sedang berusaha mereka yang dapat PJM ini, tahun ini dapat RM500 one-off kita cuba pada tahun hadapan kalau ada tambahan daripada pendapatan negara bertambah supaya mereka juga diberi ganjaran yang sewajarnya dalam bentuk pencen pada masa akan datang. Usaha diteruskan dari semasa ke semasa.
Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua. Saya, kami dan semua, saya rasa kerajaan amat prihatin tentang imej dan juga kebajikan kepada anggota tentera cuma dari segi soalan saya Yang Berhormat Menteri adalah apakah penyalahgunaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) itu tidak dianggap sebagai juga menghina dan mencemarkan imej tentera? Terima kasih... [Tepuk]
Kita sedang mengambil tindakan memperbetulkan keadaan dan saya anggap blame game ini hanya setakat tahun ini sebab kita sudah memperbaiki dan sebagainya dan tahun depan orang akan melihat bahawa kita yang menguruskan semuanya. Segala penyelewengan sekarang ini misalnya di Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tan Sri Ambrin Buang dan telah siap laporan dan membuat recommendation kepada Kementerian Pertahanan termasuk laporan-laporan kepada SPRM terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan wang.
Ini turut diusahakan supaya Angkatan Tentera kita dilihat sebab mereka yang melakukan penyelewengan itu mereka bukan yang bertugas sepanjang masa tetapi orang-orang yang bertanggungjawab terutamanya misalnya dalam land swap disebut oleh Tan Sri Ambrin Buang kehendak politik mengatasi kehendak keselamatan. Maka ini secara detail yang dibuat oleh jawatankuasa itu dan kita sedang bertindak dan membetulkan keadaan itu supaya kementerian ini menjadi hebat pada masa yang akan datang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu kita mengalu-alukan pelawat-pelawat kita pelajar-pelajar daripada Maktab Mahmud Bandar Baharu dan Kolej Vokasional Kangar... [Tepuk]
3. Tuan Lim Kit Siang [Iskandar Puteri] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, status terkini semakan Dasar Automotif Nasional.
Terima kasih atas soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Iskandar Puteri mengenai status terkini Dasar Automotif Nasional ataupun National Automotive Policy (NAP), dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan arus perubahan industri automotif global kajian semula NAP adalah perlu bagi memastikan industri automotif tempatan terus kekal berdaya saing selaras dengan perkembangan teknologi masa hadapan dalam sektor automotif dan juga mobiliti. Kajian semula Dasar Automotif Nasional ataupun National Automotive Policy 2014 yang dimulakan sejak Februari tahun 2018 bertujuan untuk menambah baik NAP sedia ada dengan memperkenalkan elemen-elemen teknologi baru selaras dengan perkembangan teknologi masa hadapan seperti next generation vehicle (NxGV), mobility as a service (MaaS) dan juga Industrial Revolution 4.0, dengan izin. Kajian semula ini turut memberi fokus kepada pembangunan industri automotif tempatan seperti pembangunan syarikat-syarikat tempatan ataupun local vendor development programme, aktiviti penyelidikan dan pembangunan dari segi R&D, peningkatan eksport termasuk mengambil kira cadangan projek kereta nasional baru. Secara kesimpulannya, kajian semula NAP digubal bagi meneruskan pembangunan sektor automotif tempatan dan keseluruhan ekosistemnya. Usaha-usaha yang khusus diberi penekanan bagi menggalakkan pembangunan teknologi NxGV, MaaS dan juga IR 4.0 dalam sektor automotif tempatan supaya Malaysia tidak ketinggalan dalam memasarkan produk-produk automotif ke peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, dalam melaksanakan kajian semula NAP, pandangan dan input daripada industri tempatan, kementerian, agensi kerajaan dan juga stakeholder yang lain berkaitan telah diambil kira bagi memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada industri automotif. Secara keseluruhan, kajian semula NAP menerima maklum balas yang positif daripada pihak berkepentingan.
Langkah-langkah yang diperkenalkan di bawah kajian semula NEP akan dibangunkan secara bersama melalui konsultasi berterusan ataupun ongoing consultation. Kajian semula NEP kini berada di peringkat akhir di mana sesi konsultasi dengan kesemua pihak berkepentingan termasuk pihak industri telah selesai dilaksanakan. Di mana kita telah melibatkan konsultasi dengan 15 syarikat pengeluar kenderaan vendor dan juga syarikat lepasan jualan ataupun after sales service dan juga 19 kementerian dan agensi telah dirujuk dalam semakan dasar ini. Pembentangan kepada Jemaah Menteri akan dilaksanakan dalam masa terdekat. NEP dijangka akan diumumkan pada akhir tahun ini juga. Terima kasih.
Adakah dasar baru ini akan meliputi polisi baru untuk kenderaan lama yang biasa dikategorikan sebagai ELV seperti yang dirancang dalam dasar-dasar sebelum ini?
Terima kasih atas soalan tambahan yang dikemukakan. Dalam NEP review 2019, tidak ada apa-apa polisi yang akan dibentangkan untuk end of life vehicle yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Iskandar Puteri. Oleh sebab suasana di Malaysia tidak begitu sesuai untuk memperkenalkan polisi end of life ini, oleh sebab
ada tempat yang saya rasa yang boleh dikatakan adalah luar bandar di Sabah, Sarawak dan juga di negeri-negeri lain di mana masih perlu kereta yang lama, yang misalnya lebih daripada 10 tahun. Apa yang kita hendak buat dalam pihak MITI ialah untuk perkenalkan polisi untuk menambah baik roadworthiness, dengan izin, supaya kereta lama juga boleh dipandu dengan selamat dan di jalan raya kita semua boleh selamat bersama. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Menteri, untuk NEP baru ini terutamanya next generation vehicle dan sebagainya. Soalan asas dia adalah fokus NEP. Adakah kita akan memberi fokus kepada pembinaan kereta nasional dalam next generation vehicle ataupun kita buka secara terbuka kepada syarikat-syarikat antarabangsa. Seperti mana Thailand buat dahulu, mereka tidak ada kereta nasional, tetapi mereka ada industri automotif kelas dunia. So, itu adalah soalan asas fundamental question. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita sebut tentang next generation vehicle, kita sebut tentang EEV, energy efficient vehicles. Sekarang ini pun tidak ada ekosistem yang cukup. Apakah NEP baru ini akan menangani masalah ekosistem tidak ada charging station, vendor yang tidak mencukupi untuk memberi komponen kepada EEV dan ini membantutkan perkembangan energy efficient vehicles di Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih. Saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Rembau atas kejayaan untuk menghabiskan Ironman di Langkawi, 70.5 kilometer... [Tepuk] Jadi, tahniah. Untuk menjawab soalan yang dikemukakan daripada Yang Berhormat Rembau tadi ada dua bahagian. Sebagai klasifikasi ataupun definition next generation vehicle saya berikan kepada Yang Berhormat Rembau. NGV diklasifikasikan sebagai kenderaan yang memenuhi klasifikasi takrifan EEV dan ditambah dengan aplikasi intelligent mobility yang membolehkan kenderaan menjadi lebih pintar dan cekap. Teknologi kenderaan NGV diklasifikasikan berdasarkan lima tahap autonomous ataupun automated and connected vehicle. Jadi apa yang Yang Berhormat perlu tahu ialah dari segi EEV, kita hendak mempertingkatkan lagi standard dan jikalau ada mana- mana syarikat termasuk syarikat yang sedang mengusahakan projek kereta nasional ketiga, kita memang membuka ruang ini kepada semua yang hendak melibatkan diri.
Minta satu.
Untuk isu ekosistem saya rasa itu adalah isu yang penting. Selepas NEP review ini kita telah diumumkan, kita akan membuat road map untuk isu- isu berkenaan dengan kementerian yang lain seperti MESTECC dan sebagainya supaya ekosistem untuk NGV ini boleh diperkembangkan dan juga dinaik taraf dan juga bertambah. Terima kasih.
Boleh minta satu tambahan?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di- Pertua, boleh minta?
Saya ingin teruskan kepada pertanyaan seterusnya Yang Berhormat Kinabatangan, uzur, tidak ada dalam Dewan. Saya melangkau kepada pertanyaan jawab lisan seterusnya Puan Noorita binti Sual, Yang Berhormat Tenom. [Soalan No. 4 – YB. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) tidak hadir]
5. Puan Noorita binti Sual [Tenom] minta Menteri Pendidikan menyatakan, mengapakah terdapatnya sekolah dan institusi pendidikan didapati mempunyai banyak masalah ketiadaan sijil siap dan pematuhan (CCC) atau sijil layak menduduki (CF). Apakah kriteria atau asas pertimbangan KPM dalam merancang pembinaan sekolah- sekolah baharu pada masa akan datang?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sedar akan kewujudan sebilangan sekolah yang tidak mempunyai sijil siap dan pematuhan CCC atau sijil layak menduduki CF.
Kebanyakan sekolah yang tiada CCC ataupun CF dibina pada tahun-tahun 50- an hingga 90-an. Perlu dijelaskan bahawa, isu ini wujud disebabkan oleh urusan pembinaan sekolah pada ketika itu adalah berdasarkan kepada keperluan masyarakat setempat tanpa mengambil kira hal-hal berkaitan seperti pemilikan tanah, sama ada tanah berkenaan adalah milikan kerajaan, milik persendirian, milik ladang atau sebagainya. Tambahan pula, pada masa tersebut sijil layak menduduki bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) belum diwajibkan lagi. Perlu dimaklumkan di sini bahawa ketiadaan CCC ataupun CF bukanlah bermaksud sesebuah institusi pendidikan itu tidak selamat. Terdapat sebahagiannya disebabkan oleh kriteria ataupun syarat yang dikenakan pihak berkuasa tempatan seperti pembinaan atau pelebaran jalan, pemasangan lampu jalan atau lampu isyarat, pembinaan jejantas atau flyover, dengan izin, isu penyerahan tanah atau pemilikan tanah, isu kompaun yang belum dijelaskan kepada PBT dan pelbagai lagi. Bagi memenuhi syarat-syarat ini, ada kalanya memerlukan kos tambahan yang tinggi. Sedangkan institusi pendidikan telah siap dan lama beroperasi dan syarat seperti pembinaan yang dikehendaki pula berada di luar kawasan institusi pendidikan. Syarat dan tuntutan yang dibuat oleh PBT pula berbeza antara satu sama lain dan berbeza mengikut negeri. Kementerian mengakui kerajaan tempatan adalah di bawah bidang kuasa negeri seperti senarai negeri yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai permulaan bagi menyelesaikan isu ini, KPM telah menghubungi sembilan orang Exco ataupun Menteri Pendidikan Negeri secara rasmi bagi membantu KPM mendapat pertimbangan khas untuk memansuhkan atau mengurangkan kompaun syarat tanah dan lain-lain yang boleh mengakibatkan kos yang tinggi kepada Kerajaan Persekutuan. Melalui pemansuhan atau pengurangan kompaun atau syarat ini, sebarang penjimatan akan dapat disalurkan kepada projek pembangunan pendidikan yang sedang dilaksanakan sekarang. Bagi tujuan ini, KPM telah menubuhkan satu task force untuk memutihkan projek-projek tersebut yang tidak mempunyai CCC ataupun CF dengan bantuan daripada PBT dan kerajaan negeri agar projek institusi pendidikan yang telah lama dibina dan beroperasi dapat diberikan pertimbangan khas supaya kesukaran mendapat CCC atau CF dapat diatasi. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bangkitkan soalan ini sebab saya tahu bukan di kawasan saya saja yang menghadapi masalah ketiadaan CF dan CCC ini, tetapi di seluruh negara. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah langkah-langkah ataupun kriteria yang diambil oleh kementerian ini akan cover sekolah-sekolah seperti sekolah swasta dan sekolah-sekolah agama?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pada awal tahun ini, bilangan bangunan sekolah yang tidak ada CCC ataupun CF adalah sebanyak 429 buah bangunan. Akan tetapi, setakat 30 Oktober 2019 kita mampu selesai 135 kes dan setakat ini baki semasa adalah sebanyak 294 kes. Akan tetapi, soalan tentang sekolah swasta, itu sebenarnya pihak kementerian hanya membagi lesen untuk mereka beroperasi. Lesen itu adalah secara sementara dan selepas itu pemegang lesen itu perlu pergi ke PBT supaya PBT akan menetapkan syarat bahawa mereka hanya boleh beroperasi di tempat, di bangunan yang mempunyai CCC dan CF. Sampailah masa itu, hanyalah KPM akan memberi pendaftaran sepenuhnya kepada sekolah swasta tersebut. Jadi, ini adalah cara kita untuk memastikan sekolah swasta juga akan beroperasi di tempat yang selamat dan juga mempunyai CCC ataupun CF. Terima kasih.
Terima kasih. Sebanyak 294 buah sekolah tanpa CF itu adakah berlaku insiden yang tidak diingini? Jika berlaku, berapa jumlah dan apa contoh-contoh? Tadi disebut bahawa sekolah tahun 50-an misalnya, saya kira ini kriteria sekolah daif. Bajet 2020 hanya memperuntukkan RM783 juta. Bajet 2018, era kami, RM1 bilion untuk Sabah, RM1 bilion untuk Sarawak dan RM500 juta untuk Semenanjung, jumlahnya RM2.5 bilion. Adakah bajet RM2.5 bilion ini sudah habis atau diguna untuk tujuan lain? Berapa sekolah yang selesai dibaiki termasuk sekolah tanpa CF? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebab-sebab bangunan itu tak ada CF ataupun CCC, saya rasa saya telah jawab dalam jawapan pokok saya. Jadi, saya di sini tak mahu ulang. Akan tetapi untuk memastikan bahawa projek- projek baharu mestilah bangunan itu akan dapat CCC dan CF, kita akan memastikan. Ini kerana kita telah tetapkan beberapa kriteria seperti tapak ataupun tanah cadangan perlu berstatus tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan sekiranya masih berstatus tanah kerajaan negeri, surat kebenaran masuk tapak dari Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) perlu dikemukakan kepada kementerian. Selain itu, tanah cadangan pembinaan perlu bebas daripada beban tapak. Ketiga, keluasan tapak mencukupi dan juga keempat, menyediakan justifikasi keperluan pembinaan yang kukuh. Tentang isu-isu sekolah daif, saya rasa itu di luar skop daripada jawapan ini dan banyak kali saya sudah jawab. Saya minta bolehlah bagi jawapan bertulis tentang butiran-butiran berapa sekolah yang telah siap dan berapa sekolah yang masih dalam proses pembinaan semula. Terima kasih.
6. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Kota Tinggi] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah kerajaan berhasrat untuk meminda sebarang akta atau peraturan sedia ada kepada hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang menghina, mempersenda atau memainkan isu-isu agama demi untuk kepentingan-kepentingan tertentu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Tinggi atas soalan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, izinkan saya untuk menjawab soalan ini secara bersekali dengan dua soalan lain yang turut membincangkan isu yang sama iaitu berkenaan dengan penghinaan isu-isu agama oleh Yang Berhormat Sembrong bertarikh 31 Oktober 2019 dan Yang Berhormat Dungun bertarikh 6 November 2019. Tuan Yang di-Pertua, ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan keamanan di dalam negara terpelihara. Sungguhpun begitu, masih wujud anasir-anasir dalam kalangan masyarakat yang mahu menggugat ketenteraman awam terutama membabitkan perkara-perkara berkaitan agama, bangsa dan institusi diraja atau 3R, dengan izin, religion, race and royal. Dalam hal ini, kerajaan tidak akan berkompromi. Saya ulang sekali lagi, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan isu sensitif khususnya menerusi penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini. Perbuatan tersebut jika tidak dibendung, boleh mengganggu ketenteraman dan juga keharmonian yang dinikmati oleh rakyat Malaysia selama ini. Kementerian ini melalui penguatkuasaan polis akan mengambil tindakan segera dengan membuat tangkapan dan pendakwaan terhadap sebarang perlakuan tersebut. Pada masa ini, kementerian masih menjalankan kajian lanjut berhubung pemansuhan Akta Hasutan 1948. Kementerian berpendirian bahawa kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan perlindungan institusi diraja, kaum dan agama perlu terus dikekalkan dengan memindahkannya ke dalam undang-undang lain sedia ada seperti Kanun Keseksaan ataupun diwujudkan undang-undang baharu sekiranya perlu. Ini bagi memastikan tiada kelompangan undang-undang berlaku sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. Pihak polis akan terus mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan menghina, mempersenda atau memainkan isu-isu agama. Sebarang pindaan terhadap jenis hukuman hanya boleh diputuskan setelah kajian selesai. Bagi mengekang kegiatan ini agar tidak terus berleluasa, Kementerian Dalam Negeri akan meningkatkan program kesedaran kepada masyarakat supaya lebih peka dan sensitif terhadap sentimen perkauman, keagamaan dan institusi diraja melalui kempen-kempen kesedaran bersama dengan orang awam. Selain itu, kementerian juga akan membuat kajian dan cadangan penambahbaikan ke atas akta-akta sedia ada supaya tindakan lebih berkesan dan menyeluruh dapat diambil oleh pihak polis terhadap mana-mana pihak yang terus membangkitkan isu-isu sensitif tersebut. Pihak polis juga telah menubuhkan Unit Pemantauan dan Siasatan terhadap penyalahgunaan media sosial di peringkat daerah dan kontinjen supaya tindakan segera dapat diambil sebelum isu-isu sensitif yang
dimainkan oleh pihak terbabit merebak menjadi permusuhan antara agama dan juga bangsa. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendakkan maklumat. Boleh Yang Berhormat Menteri beritahu dengan saya, berapa bilangan laporan yang melibatkan penghinaan agama-agama ini bagi tahun 2019? Berapa banyak kes yang telah dituduh dan dijatuhkan hukum? Daripada jawapan Yang Berhormat Menteri berikan kepada kita tadi mengatakan bahawa banyak yang telah dilakukan oleh kementerian, tetapi masih lagi berlaku dengan berleluasa. Jadi, apa sebenarnya usaha tegas yang diambil oleh pihak kerajaan melalui kementerian untuk benar-benar mengekang peningkatan kes-kes mempersendakan agama-agama di negara kita ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih dengan soalan tambahan yang bersemangat daripada Yang Berhormat Kota Tinggi tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pecahan kesalahan-kesalahan seperti yang diminta oleh Yang Berhormat bagi tahun 2019, PDRM telah menerima 34 kes yang mana pecahannya adalah seperti berikut iaitu tiga kes telah pun dijatuhkan hukuman, enam kes sedang dibicarakan, sembilan kes dalam tindakan Jabatan Peguam Negara, empat masih lagi dalam siasatan Polis Diraja Malaysia dan 12 di NFA- no further action. Berkenaan dengan garis panduan, pada ketika ini, Kementerian Dalam Negeri mempunyai SOP untuk menjalankan siasatan bagi kesalahan penghinaan agama berdasarkan peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia. Kementerian tidak akan berkompromi sebagaimana saya sebutkan tadi, sekiranya ada pihak-pihak yang cuba memainkan isu-isu yang telah saya sebutkan tadi dan kita akan ambil tindakan yang tegas khususnya mereka yang sering melakukan provokasi. Buktinya Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh jelaskan juga di sini daripada segi kaum, kalau boleh saya tambah. Kaum Melayu ada tujuh orang suspek, kaum Cina ada enam orang suspek, kaum India ada enam orang dan lain-lain ada tiga orang suspek. Bermakna ada 22 orang suspek. Maknanya kalau tengok daripada apa yang kita telah siasat ini, merentasi batasan kaum dan agama. Kalau mereka itu melakukan perkara- perkara yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum di negara ini, tindakan yang tegas akan kita ambil. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang kita bincang hari ini amat-amat penting kerana kalau tidak perangi dengan betul, bukan sahaja rakyat akan bercakaran tetapi negara akan hancur. Adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai apa-apa fikiran dan juga cadangan untuk menubuhkan mahkamah khas atau mencadangkan untuk ditubuhkan mahkamah khas untuk menyelesakan isu-isu ini kerana ia amat sensitif dan mengambil masa untuk buat investigation dan prosecution. Jadi kalau ada mahkamah khas, ia menunjukkan government serius dan ia juga hantar mesej kepada rakyat bahawa government juga serius. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih dengan soalan tambahan tadi. Untuk maklumat Yang Berhormat, setakat ini masih tiada lagi perancangan itu. Walau bagaimanapun, kita akan ambil maklum dan kita akan bincang cadangan ini mungkin dibawa kepada kementerian sama ada jika ada keperluan. Cuma untuk maklumat, setakat ini masih tiada kerana apa yang berlaku pada hari ini, kita masih lagi ada akta-akta yang kita rasa masih boleh mengekang apa yang berlaku pada hari ini dan SOP yang sedia ada pun kita rasakan hari ini masih memadai. Masih belum lagi sampai ke tahap untuk kita perlu mewujudkan mahkamah khas untuk membicarakan isu-isu yang berkenaan dengan yang telah disebut tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan bahawa JAKIM telah mewujudkan Unit Pemantauan tentang isu yang berkaitan dengan fitnah dan sebagainya terhadap agama Islam itu.
Saya difahamkan terdapat 5,000 aduan dibuat kepada JAKIM mengenai isu yang berkaitan dengan penghinaan kepada Rasulullah, penghinaan kepada agama Islam dan sebagainya. Jadi soalan saya, begitu banyak kes ini sedangkan di pihak kementerian hanya 34 kes seperti disebutkan tadi. Bagaimana kerjasama? Adakah pihak Kementerian
Dalam Negeri mengadakan kerjasama dengan pihak Unit Pemantauan JAKIM tadi supaya kes-kes yang dilaporkan kepada JAKIM boleh diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri? Keduanya, dahulu kita difahamkan dan dimaklumkan pihak kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu akta baru iaitu Akta Kebencian Agama dan Kaum. Jadi, setakat ini apakah statusnya?
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bera tadi. Sebagaimana kita maklum- ya tadi saya sebut 34 kes yang dilaporkan kepada PDRM. Jika ada sebagaimana Yang Berhormat sebut laporan ditujukan kepada JAKIM. JAKIM ini bukan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Walau bagaimanapun, kalau ada laporan-laporan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang secara concurrently mereka melaporkan juga kepada JAKIM, maknanya kita akan ambil tindakan. Kita hanya berpandukan kepada laporan yang dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri kerana ia berada di bawah kementerian kita. Akan tetapi jika JAKIM memerlukan bantuan daripada PDRM, pastinya kita akan ambil. Cuma setakat ini masih tiada lagi.
Proaktiflah Yang Berhormat Menteri, proaktif. Apa ini antara department.
Saya tanya dari segi kerjasama yang dilakukan, kerjasama. Apakah kerjasama yang dilakukan setakat ini, tidak ada? Tiada ada kerjasamakah- jawapannya?
Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, kerjasama itu ada, cuma kalau setakat ini- itu yang saya sebutkan tadi yang sampai kepada pihak kita, pihak PDRM adalah 34 kes.
Pergilah cari lagi. Apa susah sangat itu.
Terima kasih.
7. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah rancangan kementerian dalam membantu menggalakkan pelaburan dalam sektor pertanian di negeri Sabah untuk meningkatkan eksport hasil- hasil pertanian.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Sabah sebagaimana lain- lain negeri di Malaysia mempunyai peranan yang penting dalam sektor pertanian. Tanah yang subur, muka bumi dan cuaca yang bersesuaian serta lautan yang luas menawarkan kekayaan sumber yang boleh diteroka untuk penghasilan bahan makanan di Malaysia. Pada masa kini, pihak kerajaan memberi fokus untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sektor yang moden dan berdaya maju menerusi usaha meningkatkan pelaburan oleh pihak swasta sama ada pelaburan langsung domestik atau asing serta pelaburan timbal balik. Bagi negeri Sabah khususnya, pihak kerajaan sedang merangka kerjasama strategik bersama dengan kerajaan negeri dalam mengenal pasti bidang pertanian yang berdaya saing untuk melonjakkan produktiviti di negeri Sabah. Umpamanya seafood, rumpai laut, tenusu, bird nest dan sebagainya. Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menarik pelaburan swasta. Antaranya adalah pemberian insentif fiskal iaitu kemudahan galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Insentif ini dalam bentuk potongan dan pengecualian cukai yang diberikan untuk menarik penyertaan syarikat dan meningkatkan pelaburan pihak swasta di dalam industri agromakanan. Dalam hal ini, syarikat-syarikat yang berkelayakan di negeri Sabah adalah disarankan agar memohon insentif tersebut kepada kerajaan. Ramai di antara kita ini tidak tahu bahawa sebenarnya pelaburan dalam sektor agromakanan, dalam pertanian mempunyai banyak insentif. Saya hendak terangkan lagi tentang insentif-insentif. Tadi saya telah terangkan insentif pengecualian cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang boleh dimohon melalui MOA.
(i) taraf perintis boleh dimohon melalui MIDA; (ii) Elaun Cukai Pelaburan boleh melalui MIDA juga; (iii) Elaun Peningkatan Eksport boleh dimohon melalui LHDN; (iv) insentif khas peningkatan eksport boleh dimohon melalui LHDN; (v) Elaun Pelaburan Semula melalui LHDN; dan (vi) Elaun Modal Dipercepatkan juga melalui LHDN. Ini bermakna bahawa dalam sektor pertanian dan agromakanan, kerajaan menawarkan pelbagai insentif dan juga pengecualian cukai dan sebagainya kepada pelabur-pelabur baik dalam domestik dan juga antarabangsa. Saya rasa ini kurang difahami oleh syarikat-syarikat dan juga petani-petani tentang galakan-galakan tersebut. Saya ingin memaklumkan melalui Dewan ini bahawa pelbagai insentif ditawarkan kepada para petani dan juga pengusaha. Selain daripada itu, beberapa strategi khusus telah disediakan oleh pihak kerajaan dalam menggalakkan pelaburan di mana antaranya ialah memberi insentif bukan fiskal seperti penyediaan infrastruktur jalan raya, sistem pengaliran dan saliran, telekomunikasi bagi menarik pelabur untuk memasuki ke kawasan terutamanya di negeri Sabah. Tambahan lagi, prospek pelaburan sektor pertanian di Malaysia juga boleh termasuk di negeri Sabah juga diuar-uarkan melalui tujuh pejabat perwakilan pertanian di luar negara dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Usaha-usaha yang diambil dan dilaksanakan adalah bertujuan menjadikan Malaysia termasuk Sabah sebagai destinasi pilihan pelaburan dalam sektor pertanian. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Sabah mempunyai kawasan tanah subur yang luas untuk pertanian dan pada masa yang sama Sabah sangat perlu untuk mempertingkatkan eksport pertanian untuk mengimbangi import dan membolehkan kos logistik import dan eksport menurun di Sabah. Soalan saya, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju bahawa Sabah masih kurang enabling infrastructures yang membuatkan ia menarik kepada pelabur besar seperti di Semenanjung yang juga mempunyai tanah yang luas dan subur. Apakah langkah-langkah kementerian untuk mengurangkan pertindihan peranan antara agensi Persekutuan dan negeri? Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kementerian Pertanian Sabah akan melancarkan blueprint pertanian Sabah minggu depan. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Sebenarnya Sabah mempunyai banyak kuasa dalam sektor pertanian terutamanya di bawah kuasa Kementerian Pertanian di bawah negeri Sabah. Jadi Sabah mempunyai potensi yang sangat besar juga dan saya setuju bahawa Sabah banyak mempunyai potensi. Saya hendak beri contoh di sini. Sebenarnya saya pernah lawat beberapa tempat di Sabah dan saya nampak bahawa pelaburan sememangnya ada. Contohnya ternakan lembu di Sandakan, Sabah kita nampak bahawa ada pengecualian cukai juga insentif daripada Kerajaan Pusat dan juga tanaman buah-buahan di Keningau, Sabah. Saya pernah melawat satu stream farm di Kapit, Sabah juga yang mendapat banyak insentif dan juga eksport. Faktor infrastruktur contohnya di Kapit bukan senang. Jalan semua sudah lengkap walaupun ia jauh sedikit daripada- tetapi pertanian di sana maju. Saya nampak maju... [Disampuk] Kudat, Kudat. Sebenarnya ia mempunyai- infrastruktur ini bukan satu penghalang dan saya nampak bahawa ia boleh berdaya maju. Saya nampak dari segi Kerajaan Pusat kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mencari win-win formula. Kerajaan pusat mungkin memberi insentif dari segi pengecualian cukai dan kerajaan negeri mungkin mencari tanah yang sesuai untuk facilitate pelaburan. Carilah satu kluster untuk memajukan sektor pertanian. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan telah memperuntukkan RM43 million melalui Bajet 2020 ke arah pembangunan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka berkualiti dan produktiviti yang tinggi. Soalan saya, bagaimanakah pihak kementerian akan membelanjakan RM43 juta yang diperuntukkan di dalam Bajet 2020 untuk tujuan ke arah membangunkan Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka yang berkualiti dan produktiviti tinggi. Apakah
bentuk teknologi serta kepakaran yang akan digunakan bagi menjayakan usaha tersebut?
Terima kasih. Untuk Industri 4.0 kita ingin memodenkan sektor pertanian kepada modern farming dan juga berteknologi tinggi. Salah satu adalah dari segi input pertanian iaitu baka dan juga benih dan sebagainya. Ini memerlukan research yang bagus dan peruntukan yang diperuntukkan kepada kerajaan kebanyakannya akan melalui research dan juga dari segi penghasilan benih-benih yang berkualiti. Jadi itu adalah dua fokus utama research dan juga production dari segi baka benih yang berkualiti.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya hendak mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan Ahli Majlis dan Ahli DUN Keranji, Kampar ke Dewan ini... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun. PRK Tanjong Piai membuka harapan, Kepada rakyat semua lapisan, Tuan Yang di-Pertua keras bersopan, Soalan lapan perlukan penjelasan.
8. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pendidikan menyatakan, berapakah jumlah sebenar dana yang diperlukan PTPTN bagi membiayai pinjaman pendidikan pada setiap tahun dan jumlah pecahan dana yang disalurkan kepada pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat di atas soalan tersebut. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat secara purata PTPTN perlu menyediakan peruntukan sebanyak RM3.7 bilion hingga RM4.3 bilion setahun untuk membiayai pinjaman kepada 180 ribu orang peminjam baharu dan juga 420 ribu orang peminjam sedia ada. Sehingga September 2019, PTPTN telah meluluskan pinjaman berjumlah RM72.1 bilion kepada 3.14 juta peminjam sehingga mereka tamat pengajian. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM36.5 bilion adalah untuk peminjam di institut pendidikan tinggi awam (IPTA) dan sebanyak RM35.5 bilion untuk peminjam di institut pendidikan tinggi swasta (IPTS). Daripada jumlah keseluruhan tersebut sebanyak RM57.7 bilion telah dikeluarkan kepada peminjam. Sekian, jawapan saya terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah apakah mekanisme terbaru pembayaran balik pinjaman PTPTN ini yang telah dikenal pasti oleh kementerian hasil daripada sesi konsultasi bersama rakyat? Bilakah mekanisme baru tersebut akan diguna pakai? Serta bilakah model baru pinjaman bagi menggantikan PTPTN yang dikatakan tidak mampan ini akan dijalankan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan bahawa selepas konsultasi yang telah diadakan pada 16 Mei hingga 13 Jun 2019 kita juga telah membentangkan laporan tersebut kepada Jawatankuasa Pengurusan Hutang dan Liabiliti sebanyak dua kali iaitu pada 1 Ogos tahun ini dan juga pada 20 Ogos 2019. Akan tetapi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diminta untuk mewujudkan satu jawatankuasa untuk membuat kajian yang lebih terperinci bukan sahaja terhadap PTPTN tetapi juga tentang pendidikan percuma dan segala isu yang berkaitan tentang pengajian tinggi. Oleh sebab itu kita tidak ada satu tempoh masa baharu atau mekanisme baharu yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri jadi tidak ada satu tarikh baru untuk pelaksanaan dan mekanisme baharu itu juga belum ditentukan lagi. Sekian jawapan saya.
Saya jemput Yang Berhormat Alor Gajah. Maaf Yang Berhormat Masjid Tanah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya ingin bertanya. Tuan Yang di-Pertua macam mana boleh lupa Alor Gajah dan Masjid Tanah kita pergi ke Pakistan bersama-sama.
Yang Berhormat Masjid Tanah kena tekan mic baru saya nampak.
[Ketawa] Saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tahu antara mekanisme yang terbaik yang pernah diguna pakai oleh kerajaan yang terdahulu adalah dengan menghalang peminjam-peminjam yang gagal, ingkar dan cuai ini untuk dihalang ke luar negara. Walaupun ia bertentangan maksudnya, against dengan manifesto, tidakkah pihak kerajaan memikirkan itu adalah kaedah yang terbaik dan sebanyak 430 ribu orang peminjam yang telah dikeluarkan daripada senarai hitam untuk keluar negara ini. Bagaimana, adakah mekanisme yang sama juga perlu dipertimbangkan supaya kutipan yang sebentar tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah sebut yang begitu tinggi dapat membantu peminjam-peminjam yang lain agar mereka dapat pergi meneruskan pengajian mereka tanpa sebarang halangan dan dapat bantuan daripada kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Masjid Tanah. Terima kasih di atas cadangan tersebut tetapi seperti yang saya sebut tadi oleh sebab mekanisme baharu ini belum diputuskan oleh Jemaah Menteri, jadi mekanisme baharu mana satu sama ada kita hendak bawa balik travel banned itu ataupun mekanisme baharu akan dilaksanakan. Semua tidak ada keputusan muktamad lagi. Jadi saya tidak boleh bagi apa-apa jawapan sama ada kita akan bawa balik atau tidak tetapi itu memang salah satu cadangan yang kami ada terima. Akan tetapi setakat ini kita memang tidak berhasrat untuk membawa balik travel banned tersebut tetapi kita akan tunggulah jawatankuasa khas itu untuk membuat satu kajian yang lebih terperinci supaya kita boleh menentukan bagaimana ataupun apa mekanisme baharu yang akan diperkenalkan untuk menggantikan mekanisme sekarang. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah saya ingin tahu berapa ramai yang masih gagal membayar pinjaman ini di kalangan peminjam-peminjam PTPTN sehingga sekarang? Kalau kita melihat dalam manifesto PH yang meletakkan janji, apabila pendapatan mencapai angka RM4,000 baru bayar. Jadi sejauh mana pelaksanaan manifesto ini dalam Kerajaan Pakatan Harapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk jumlah peminjam yang setakat ini sepatutnya bayar tetapi tidak pernah bayar, setakat ini bilangan peminjam adalah sebanyak 375,925 orang yang tidak pernah bayar setakat ini. Tentang pelaksanaan manifesto untuk hanya meningkatkan gaji sampai RM4,000 baru perlu bayar seperti saya perjelaskan tadi. Kita belum buat satu keputusan muktamad tetapi memang Pakatan Harapan akan mencari kaedah yang terbaik untuk menunaikan segala janji dalam manifesto kita. Terima kasih.
9. Datuk Haji Shabudin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan adakah pihak kementerian bercadang untuk mewujudkan satu pusat kajian atau pusat koordinasi khusus bagi memantau, mengkaji punca, kaedah pencegahan dan juga kaedah mengatasi masalah pencemaran sungai dan udara di kawasan yang berisiko tinggi terutamanya di kawasan perumahan yang berhampiran dengan lingkaran perindustrian.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat keperluan untuk mengadakan pusat kajian dan pusat koordinasi khusus adalah satu cadangan yang baik. Cadangan ini akan diteliti dan akan mengambil kira dapatan kajian bagi isu pencemaran di Pasir Gudang dan Sungai Kim Kim. Buat masa ini pihak kementerian menyelaraskan hasil kajian melalui Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), manakala pemantauan dan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengenal pasti punca dan pemantauan kualiti alam sekitar. Pihak kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar- Environmental Quality
Monitoring Programme untuk memantau tahap kualiti alam sekitar yang merangkumi udara, air sungai dan air laut. Data-data pengawasan kualiti alam sekitar ini dipantau dan diselaraskan melalui pusat data alam sekitar. Manakala bagi mencegah pencemaran kerjasama antara pihak kementerian melalui JAS dengan agensi-agensi berkaitan sungai dan udara seperti kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan kawal selia air negeri dan agensi- agensi kerajaan lain untuk menangani dan mencegah pencemaran dari berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.
Dari segi perancangan jangka masa panjang untuk memantau tahap pencemaran udara JAS akan mensyaratkan pihak industri supaya mengisytiharkan beban pelepasan ke udara declared admission loading secara dalam talian dan dihubungkan terus dengan sistem pemantauan JAS. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita melihat isu pencemaran bagi semua keadaan udara, air, darat dan sebagainya masih lagi merupakan isu yang kronik yang sentiasa berlaku dan bukan sahaja di Johor yang berlaku baharu-baharu ini akan tetapi ianya berlaku di seluruh Malaysia. Jadi, apa yang saya ingin dapat satu kepastian daripada pihak kementerian, berapakah peruntukan yang telah disediakan untuk tujuan mengatasi dan mengendalikan isu pencemaran sungai dan juga pencemaran udara, darat sebagai mana yang telah dijelaskan dan apakah hasil siasatan terkini serta tindakan diambil kepada pihak-pihak yang terlibat bagi isu pencemaran di Pasir Gudang dan Sungai Kim Kim. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Saya hanya ada data untuk perolehan semua alat dan station untuk tahun 2019 iaitu RM12.8 juta manakala hasil siasatan dan sebagai yang diminta untuk soalan kedua itu tidak ada dengan saya sekarang. Saya akan bagi jawapan bertulis kepada Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Ada soalan tambahan kedua kalau tidak saya teruskan kepada pertanyaan jawab lisan yang seterusnya. Di jemput Yang Berhormat Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Kepala Batas.
10. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [Kepala Batas] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan kemajuan inisiatif Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) setakat hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas atas soalan tentang Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP). Perjanjian RCEP merupakan satu usaha negara-negara ASEAN untuk mengukuhkan integrasi ekonomi dan juga meningkatkan fasiliti perdagangan intra-ASEAN dan juga rakan-rakan dialog iaitu ASEAN + 6 dengan China, Jepun, Korea, Australia, New Zealand dan India. Sejak rundingan dimulakan pada bulan Mei 2013 sehingga September 2019 iaitu yang dikendalikan di Da Nang baharu-baharu ini sebanyak 28 pusingan telah diadakan dan sehingga kini rundingan RCEP telah berjaya memuktamadkan 11 bab ataupun working groups dengan izin iaitu kerjasama ekonomi dan teknikal ecotect, Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), prosedur kastam dan juga Fasilitasi Perdagangan (CPTF), Institutional Provision, Kumpulan Kerja Standard Teknikal, regulation dan juga Conformity Assessment Procedure (STRACAP) dengan izin, sanitary dan juga phytosanitary (SPS), dengan izin, perolehan kerajaan ataupun government procurement yang tidak melibatkan akses pasaran dan hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dan ketelusan, Perkhidmatan Telekomunikasi (TEL), Hak Harta Intelek (IPR), isu undang-undang dan institusi LII dan juga Perdagangan Barangan (TIG). RCEP dapat memberi banyak manfaat kepada Malaysia antaranya boleh saya nyatakan di sini adalah peraturan-peraturan dan juga prosedur yang berbeza di bawah setiap FT ASEAN dapat diselaraskan dengan lebih teratur di bawah RCEP. Sektor swasta berpandangan bahawa penyelarasan prosedur di bawah RCEP adalah penting kerana perbezaan prosedur akan menyebabkan kerumitan perdagangan memandangkan mereka perlu mengikut prosedur yang berlainan bagi setiap FT ASEAN dengan rakan dagangan. Perbezaan prosedur juga melibatkan kos tambahan dan masa yang lebih panjang dalam urusan perniagaan.
Selain itu, RCEP juga menyediakan peluang untuk memperoleh bahan mentah yang berkualiti pada harga yang lebih murah dari pelbagai sumber negara ahli RCEP yang boleh digunakan dalam perkiraan bagi pematuhan kepada peraturan tempat asal ataupun Rules of Origin (ROO). ROO merupakan kaedah yang digunakan bagi menentukan produk yang dihasilkan dan dapat menikmati takrif keutamaan di bawah RCEP. Akhir sekali Malaysia juga akan menikmati akses dan juga liberalisasi pasaran yang lebih baik berbanding dengan komitmen yang sedia ada di bawah kerangka FT ASEAN. Bagi Malaysia ini adalah amat penting kerana masih terdapat peluang pasaran eksport yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh peniaga-peniaga Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Kepala Batas soalan tambahan pertama, 30 saat.
Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang benar apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa RCEP ini the absence of TPPA dia adalah satu kerangka kerjasama ekonomi yang bagi saya amat signifikan kerana membabitkan combine GDP of RM200 trilion, 30 percent of the entire global trade dan juga 26 percent of FDI from all over the world. Cuma saya hendak bertanya baharu-baharu ini ada laporan yang dikeluarkan oleh STAR yang menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri ada menghantar surat to state a withdrawal of a position yang diberi komitmen daripada peringkat awal. Katanya, bahawa ini telah menyebabkan ada a feeling of dismay di kalangan ASEAN member states. Jadi, saya hendak tahu apakan charter rundingan yang dikatakan yang diambil keputusan oleh pihak kementerian untuk withdraw ataupun backtracking. Keduanya, adakah kementerian oleh sebab saya fikir ia tidak semacam TPPA kita dahulu kita ada some kind of libat urus dengan Parlimen. Kita ada bipartisan caucus. Adakah kementerian berhasrat hendak menggunakan road map yang sama agar semua Ahli-ahli Parlimen juga mengetahui isi kandungan rundingan yang dibuat dalam RCEP ini. Terima kasih.
Merujuk kepada soalan berkenaan dengan laporan STAR, isu koresponden Yang Berhormat Menteri dengan Yang Berhormat Menteri Perdagangan di negara lain adalah secara sulit jadi saya rasa tidak sesuai untuk buat spekulasi tentang niat dan juga kandungan surat-surat tersebut. Untuk soalan kedua, memang kementerian ada boleh mengambil kira cadangan untuk memulakan atau mewujudkan satu caucus untuk perbincangan implementasi RCEP jikalau ada demand ataupun ada permintaan daripada backbenchers. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Malaysia ini sebuah negara kecil yang amat bergantung kepada perdagangan antarabangsa dan dalam kemelut pertempuran perdagangan antara US dengan China ini, apakah perancangan Malaysia untuk pastikan RCEP ini akan menjadi lebih baik untuk Malaysia, yang pertama. Adakah kajian dilakukan untuk RCEP ini sama seperti apa yang Malaysia buat untuk TPP dahulu dan akhirnya adakah dikaji pro and cons ataupun manfaat dan mudaratnya jika kita terlibat dalam RCEP nanti.
Untuk menjawab soalan yang ketiga dari segi cost benefit memang ada institusi kerajaan termasuk Bank Negara yang telah membuat kajian dan juga membuat hitungan sama ada cost benefit ini adalah positif dan memang adalah ketara bahawa RCEP membawa kesan yang lebih banyak positif daripada negatif. Untuk menjawab soalan tentang isu US-China trade war ini saya rasa RCEP adalah penting oleh kerana ada kebimbangan di kalangan dunia di mana mungkin ada niat beberapa negara untuk mengurangkan kebergantungan kepada perdagangan antarabangsa. Jadi signal yang penting yang kita mesti berikan kepada pasaran global ialah bahawa Malaysia dan juga ASEAN dan juga rakan perdagangan yang penting termasuk negara seperti China dan India memang berkomited untuk terus dengan agenda untuk mengukuhkan sistem perdagangan antarabangsa. Terima kasih.
11. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, apakah usaha yang dilaksanakan oleh kementerian untuk meningkatkan peranan kawasan luar bandar terutama sekali di Sabah dan Sarawak sebagai hab keselamatan makanan negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Julau. Daripada 8 juta hektar tanah pertanian dalam negara, sektor agromakanan hanya meliputi 7.5 peratus daripada jumlah tersebut iaitu lebih kurang 600 ribu hektar sahaja adalah tanah untuk agromakanan. Kebanyakan tanah pertanian ini terletak di kawasan luar bandar berbanding dengan kawasan bandar. Sehubungan itu, kawasan luar bandar berperanan besar sebagai pembekal komoditi agromakanan utama negara. Berbekalkan kepada peratusan kawasan luar bandar yang tinggi, negeri Sabah dan Sarawak boleh memainkan peranan yang lebih aktif sebagai pengeluar utama komoditi agromakanan negara. Bagi tahun 2018, sumbangan negeri Sarawak kepada KDNK sektor pertanian negara adalah tertinggi iaitu pada kadar 16.5 peratus, manakala negeri Sabah pada kedudukan ketiga dengan kadar 13.8 peratus. Kedua-dua negeri ini juga merupakan di antara pengeluar utama komoditi agromakanan seperti tanaman industri seperti kopi, teh, cendawan, rumbia dan pokok sagu. Tanaman kontan, ternakan ayam, babi serta perikanan pantai dan laut dalam. Berdasarkan kepada statistik ini, kerajaan akan terus meningkatkan peranan negeri Sabah dan Sarawak dalam menjamin bekalan makanan negara di masa hadapan menerusi pelbagai inisiatif pembangunan seperti berikut: (i) membangunkan pusat pengumpulan dan pengedaran seperti pusat pengumpulan ladang (PPL) yang terletak sama ada di dalam atau berhampiran kawasan pengeluaran dengan menyediakan kemudahan infrastruktur bagi mengumpul dan menyediakan produk sebelum di pasarkan; (ii) menggalakkan petani menceburi pelbagai projek agromakanan yang bernilai tinggi seperti durian, madu kelulut, cendawan, herba, akuakultur, rumpai laut dan sarang burung walet; (iii) melantik golongan petani sebagai usahawan pemasar, di mana golongan petani atau anak-anak mereka digalakkan untuk memasarkan sendiri produk-produk keluaran mereka dengan menggunakan medium ICT serta menerokai industri hiliran seperti menjadi usahawan industri asas tani; (iv) menggalakkan penyertaan golongan belia luar bandar melalui Program Akuapreneur Muda supaya menceburi bidang pertanian moden dan menceburi sektor agro pelancongan, di mana kawasan luar bandar mempunyai daya tarikan tersendiri kepada masyarakat bandar dan pelancong asing; (v) melaksanakan pembangunan dua kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah sebagai jelapang padi negara yang baharu; (vi) meningkatkan pengeluaran dalam sektor perikanan menerusi pengukuhan dan pengurusan perikanan tangkapan, menaik taraf infrastruktur dan prasarana pendaratan ikan, menguatkuasakan pemantauan kawalan dan pengawasan, dan memperkasakan industri akuakultur; dan (vii) meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran menerusi pelbagai inisiatif tanaman seperti perluasan kawasan tanaman, penggunaan teknologi pertanian moden dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Menyentuh mengenai isu keselamatan makanan, di dalam round table discussions Khazanah Research Institute mengenai keselamatan makanan yang dianjurkan bulan Ogos lalu, Professor Dr Jomo Kwame Sundaram telah memberikan pandangan bahawa keutamaan harus diberikan kepada memastikan harga yang berpatutan buat makanan-makanan yang sihat dan
berkhasiat sebagai kayu ukur keselamatan makanan negara berbanding, dengan izin, rice self sufficiency. Apakah respons kementerian mengenai pandangan ini?
Terima kasih. Dari segi security makanan, kita mengukur security makanan dengan empat aspek. (i) ketersediaan (availability), (ii) accessibility dan affordability, (iii) keselamatan dan khasiat (safety and nutrition); dan (iv) kestabilan, stability of supply. Dari segi apa yang Professor Dr Jomo, dia telah memberi satu cadangan supaya kerajaan jangan terperangkap dengan a very old mantra bahawa kita selalunya mengejar tentang self sustainable level (SSL) dan harus memberikan fokus kepada kualiti dan juga move up the value chain dan sebagainya. Itu adalah cadangan yang baik dan kerajaan selalu perlu mengimbangi antara all these, cadangan-cadangan. Kita harus tahu bahawa at the end of the day, kita kena bertanggungjawab untuk membekalkan makanan yang berkhasiat dan juga stabil kepada warga Malaysia, 32 juta rakyat Malaysia. Kerajaan akan mengimbangi supaya walaupun kita boleh eksport tetapi kita pun perlu mempunyai stockpile yang mencukupi supaya tidak berlakunya sebarang huru-hara. Jadi, kita akan fokus kepada bagaimana kita memastikan supply yang mencukupi kepada rakyat Malaysia. Itu fokus kita. Walau bagaimanapun, kita pun akan fokus kepada kualiti dan pendapatan para petani dan sebagainya. Itu antara kita kena mengimbangi pelbagai aspek sebelum kita buat keputusan. Terima kasih.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Timbalan Menteri, saya ingin bertanya. Kalau kita pergi ke kawasan luar bandar, banyak tapak-tapak projek pertanian ini, tidak kira lah padi dan sebagainya, sebahagiannya tidak economic, tidak viable. Banyak subsidi ataupun bantuan-bantuan diberikan oleh kerajaan untuk membuat longkang, parit, fencing, pagar dan sebagainya. Apabila projek ini diusahakan oleh petani dan melibatkan kontraktor luar dan akhirnya, masa penuaian juga melibatkan kontraktor luar, yang untung ialah kontraktor itu. Akan tetapi petani tidak berapa yang dapat. Jadi, berapakah jumlah tanah-tanah yang dianggap projek ini tidak viable, tidak economic tetapi masih dilaksanakan? Apakah langkah kerajaan untuk mencari jalan supaya cara lain diberikan kepada petani? Mungkin kita boleh masukkan pada mereka RM100 ribu umpamanya dalam bank tetapi jangan keluarkan, bagi mereka faedah supaya mereka boleh buat kerja lain dan tanah ini tidaklah diusahakan dengan cara yang merugikan kerana adanya subsidi daripada kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Maran. Sebenarnya kerajaan kita sekarang tengah berusaha untuk melaksanakan land consolidation kerana kita tahu bahawa kalau mereka buat secara petak-petak kecil, ia memang tidak mempunyai economy of scale. Maka, petani-petani terutamanya petani sawah, mereka kekal sangat miskin. Akan tetapi kalau dengan cara land consolidation, petani-petani boleh pilih beberapa model, ada empat model yang kita cadangkan. Kalau mereka pilih contohnya, kalau mereka boleh buat melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), mereka buat sesama sendiri, then economy of scale ada, mereka boleh melabur daripada jentera yang lebih maju. Apabila mereka jual, mereka mempunyai bargaining power yang lebih baik. Kualiti dan juga hasil itu lebih baik, maka mereka boleh mendapatkan keuntungan yang lebih banyak. Jadi, ini adalah contoh bagaimana kita membantu petani meningkatkan pendapatan. Satu lagi yang kita tengah- ini adalah program baharu, di mana kita menggalakkan penanaman mixed farming. Oleh kerana kita tahu bahawa hanya tertumpu kepada satu pertanian, ia akan merugikan. Bukan merugikan, maksudnya ia terikat dengan harga pasaran. Harga pasaran itu naik dan turun. Apabila mereka turun, maka segala titik usaha mereka hilang begitu sahaja. Jadi, dengan adanya mixed farming, ia ada bergantung kepada beberapa jenis tanaman. Contohnya, kalau di kawasan padi, mereka selain daripada tanam padi, kalau sikit-sikit boleh tanam kelapa atau sayur-sayuran, ini akan meringankan dan juga memberi keuntungan yang lebih baik kepada para petani.
Ini adalah model yang kita tengah tengok, satu adalah land consolidation, kedua adalah mix farming. Terima kasih.
12. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, kadar peratusan teknologi hijau diterima pakai dalam keempat-empat sektor iaitu pengangkutan, pembangunan, tenaga serta air dan pengurusan sisa dan usaha yang dilakukan bagi mencapai Dasar Teknologi Hijau Negara.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Dasar Teknologi Hijau Negara, teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memelihara alam sekitar dan memberi perhatian kepada kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan, menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Bagi sektor pengangkutan, peratusan penggunaan teknologi hijau adalah seperti yang berikut. Jumlah keseluruhan untuk sektor pengangkutan kenderaan bateri electric vehicle dan hibrid adalah sebanyak 65,739 buah. Daripada jumlah itu, 97 peratus atau 63,936 unit merupakan kenderaan jenis hibrid dan lain-lain. Manakala tiga peratus atau 1,803 ialah jenis BEV. Di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 1.0, satu peratus atau lima projek daripada projek yang dibiayai adalah di bawah sektor pengangkutan. Jumlah pembiayaan untuk sektor pengangkutan ialah sebanyak RM25,230,000 . Program MyHIJAU mencatatkan sebanyak 27 produk dan perkhidmatan, menjadikan produk dan perkhidmatan pengangkutan hanya meliputi satu peratus dari jumlah 4,455 produk dan juga perkhidmatan. Bagi sektor pembangunan, pencapaiannya adalah seperti yang berikut. Di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) 1.0, sebanyak satu peratus atau tiga projek di bawah sektor bangunan diluluskan iaitu bersamaan dengan RM31,452,000 pembiayaan yang telah diluluskan. Di bawah program MyHIJAU, 16 peratus atau sejumlah 691 produk dan perkhidmatan telah didaftarkan di dalam direktori MyHIJAU dari tahun 2015 hingga 2019. Manakala dua peratus atau sejumlah 48 produk telah menerima pensijilan dari MyHIJAU pada tahun 2019. Sebanyak lima peratus iaitu tiga projek di bawah kategori Green Investment Tax Allowance (GITA) Projects. Manakala lapan projek di bawah kategori Green Income Tax Exemption (GITE) Services. Jumlah keseluruhan projek di bawah sektor pembangunan ini ialah sebanyak 11 projek pada tahun 2019. Bagi sektor tenaga- I have a long jawapan, saya teruskan ya, sebanyak 85 peratus atau 263 projek yang telah diluluskan pembiayaan di bawah sektor tenaga termasuk kecekapan tenaga dan tenaga diperbaharui, EE dan RE di bawah skim GTFS 1.0 dari tahun 2010 hingga 2017. Kesemua 29 projek atau 100 peratus yang telah mendapat kelulusan GTFS 2.0 pada tahun 2019 adalah di bawah sektor tenaga iaitu tenaga diperbaharui- renewable energy. Bagi program MyHIJAU sebanyak 59 peratus atau 2,646 produk dan perkhidmatan di bawah kategori tenaga disenaraikan di dalam direktori MyHIJAU pada 2015 hingga 2019. Manakala 80 peratus atau 2,186 produk di bawah kategori tenaga telah tersenarai dalam program pensijilan MyHIJAU Mark pada tahun 2019. Di bawah program GITA/GITE sebanyak 13 peratus atau 28 projek di bawah Energy Efficiency (EE), 36 peratus atau 75 projek di bawah renewable energy (RE), 51 peratus atau 106 projek lain-lain adalah di antara 210 projek yang telah menerima insentif di bawah GITA Project, Sebanyak 66 peratus atau empat projek telah menerima insentif di bawah GITA Asset, 25 peratus atau lima perkhidmatan EE dan 75 peratus atau 15 perkhidmatan RE yang telah menerima pengecualian tax di bawah GITE pada 2016 sehingga 2019. Bagi sektor air, sebanyak 14 peratus atau 45 projek di bawah sektor air telah diluluskan pembiayaan GTFS 1.0 pada 2010 hingga 2017. Satu peratus atau 62 produk dan perkhidmatan yang didaftarkan di bawah sektor air di dalam direktori MyHIJAU pada 2015 hingga 2019 sebanyak lima peratus atau 128 produk di bawah sektor air telah menerima pensijilan Produk Eko di bawah MyHIJAU Mark pada 2019. Bagi sektor pengurusan sisa, sebanyak 13 peratus atau 45 projek telah diluluskan pembiayaan GTFS 1.0 di bawah sektor pengurusan sisa dan air pada 2010 hingga 2017. Sebanyak 23 peratus atau 1,029 produk dan perkhidmatan didaftarkan di
dalam MyHIJAU direktori pada tahun 2015 hingga 2019 yang mana 13 peratus atau 365 produk telah menerima pensijilan Produk Eko di bawah MyHIJAU Mark pada tahun 2019. Kemajuan yang signifikan dan peningkatan aplikasi teknologi hijau di dalam keempat-empat sektor ini dinilai daripada pelaksanaan program dan inisiatif yang telah dijalankan oleh kementerian melalui Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) sebagai agensi pelaksanaan bagi inisiatif-inisiatif tersebut. Sekian terima kasih.
Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, saya mohon Dewan ini mengalu-alukan pelawat-pelawat dari SMA Ad- Diniah Al-Islamiah dan Parlimen Kapar... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, sejauh manakah penggunaan teknologi hijau ini dapat menyelesaikan masalah sisa pepejal dan masalah pembuangan sampah serta sejauh manakah langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan bagi meningkatkan kesedaran awam khususnya masyarakat luar bandar yang sering menjadikan sungai, alur sebagai tempat mereka membuang sampah. Sekian.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Terima kasih atas soalan tambahan. Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) telah pun dijenamakan semula kepada Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTCCC). Itu adalah langkah pertama di mana kementerian mengumpulkan semua data-data seperti yang saya sebut tadi, jawapan saya yang panjang semua itu adalah inisiatif dan projek-projek yang dilaksanakan di kementerian sahaja. Langkah kedua adalah kita akan menubuhkan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Kebangsaan yang akan menangani perkara-perkara berhubung isu perubahan iklim secara lebih meluas di mana anggota majlis tindakan ini akan dianggotai oleh beberapa kementerian. Tadi Yang Berhormat sebut juga tentang sisa pepejal dan pembuangan sampah yang melibatkan kementerian-kementerian lain seperti KPKT dan tentang perubahan iklim juga melibatkan pelbagai kementerian lain seperti MOT, MOA dan mungkin saya tidak dapat sebut satu persatu. Kita di kementerian juga menjalankan pelbagai program untuk menyedarkan para pelajar dan juga orang-orang kampung yang melibatkan semua pemimpin di peringkat akar umbi untuk kesedaran alam sekitar. Saya juga menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita bersama-sama sebab kepentingan alam sekitar ini adalah tanggungjawab semua. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tahu apakah perkembangan tentang program mengurangkan bayaran bil elektrik pengguna-pengguna melalui projek penggunaan tenaga cahaya matahari di rumah-rumah dengan pemasangan panel solar di kediaman di atas bumbung-bumbung rumah di negara kita. Apakah perkembangannya? Saya mendapat taklimat tentang perkara itu.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masa satu minit.
Terima kasih atas soalan tambahan tetapi malangnya saya tidak ada jawapan itu sekarang, saya bagi jawapan bertulis kepada Ahli Yang Berhormat.
Kalau begitu Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya sebab tidak ada jawapan untuk soalan tadi.
Saya, satu jam 30 minit ada lagi lima minit. Jadi saya hendak teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Sungai Petani.
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
13. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah kerajaan akan mengambil tindakan kepada pengguna sosial media yang menggunakan media ini untuk menyebarkan fitnah dan mengapi-apikan sentimen perkauman yang boleh mengakibatkan kehancuran keharmonian kaum dan membahayakan negara.
Terima kasih kedua-dua Tuan Yang di-Pertua, satu yang baru datang. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sebenarnya soalan ini dia ada berkait sedikit terdapat dengan soalan yang saya jawab pada soalan nombor enam sebentar tadi, cuma ada sedikit tambahan berkenaan dengan unsur fitnah. Kementerian Dalam Negeri melalui penguatkuasaan pihak polis akan mengambil tindakan tegas dengan melakukan tangkapan dan pendakwaan terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan fitnah dan mengapi-apikan sentimen perkauman. Tindakan penguatkuasaan sedemikian dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan ataupun Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pihak polis juga akan terus melakukan pemantauan ke atas penyebaran maklumat yang disiarkan di media-media sosial. Laporan dan tindakan segera akan diambil sekiranya terdapat kes-kes yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama. Ini kerana isu-isu tersebut jika tidak dibendung, boleh menjejaskan ketenteraman dan keharmonian yang dinikmati oleh rakyat Malaysia selama ini. Bagi menangani penyalahgunaan media sosial ini, pihak pilis telah menubuhkan taskforce yang akan menjalinkan kerjasama yang erat dengan pihak-pihak seperti bank, syarikat telekomunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan juga agensi- agensi berkaitan dari luar negara termasuk pengendali platform atas talian ataupun media sosial seperti Google dan Facebook. Kerjasama ini akan membolehkan pihak polis meningkatkan lagi keberkesanan pemantauan dan siasatan terhadap penyalahgunaan media sosial termasuk mengenal pasti pelaku-pelaku yang terbabit untuk didakwa di mahkamah. Sebagai tambahan kepada soalan Yang Berhormat Bera tadi sama ada JAKIM dan juga KDN mengadakan kerjasama, sebenarnya sebanyak 34 kes yang saya sebutkan itu adalah kes-kes yang kita telah pun kenal pasti adalah sumber kepada penyebaran kes berkenaan dengan isu agama tadi. Akan tetapi yang diterima oleh JAKIM sebanyak 5,000 kes itu merupakan kes-kes yang mana mesej-mesej di-forward. Maklumlah sekarang ini, terlalu banyak mesej yang di-forward yang bukan daripada source. Jadi, JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri bekerjasama dari segi faktor itu bilamana source yang kita peroleh hasil daripada 5,000 yang tadi, itulah yang kita ambil tindakan. Sebagai tambahan juga Tuan Yang di-Pertua, tadi sebut sebanyak 34 kes iaitu berkenaan sentimen isu agama tetapi jika ditambah dengan fitnah, total kes yang telah diambil adalah sebanyak 62 kes di mana melibatkan isu agama sebanyak 34 kes, melibatkan isu raja sebanyak 32 kes dan isu kaum sebanyak 30 kes. Ini yang disiasat bagi tahun ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, prevention is better than cure dan di setiap IPD, kita ada polis pelbagai unit termasuklah Special Branch dan juga Public Relation. Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang kementerian Yang Berhormat Menteri akan menggunakan pihak polis untuk memberikan talks ataupun ceramah, memberikan pengajaran kepada pelajar-pelajar sekolah khususnya dan juga di kolej-kolej serta maktab supaya apabila mereka membesar dalam suasana teknologi yang ada sekarang ini, mereka lebih bertanggungjawab. Jadi dengan adanya kehadiran polis untuk memberikan pendedahan dan juga syarahan-syarahan kepada mereka, kita mengharapkan pelajar-pelajar akan lebih terdidik untuk tidak menyebarkan berita-berita fitnah ini yang boleh akhirnya mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menghancurkan negara. Apakah kerajaan ataupun kementerian Yang Berhormat Menteri mempunyai cadangan untuk melaksanakan tugas ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman, sebenarnya pihak polis memang ada mengadakan program-program berkenaan dengan kempen-kempen kesedaran tentang isu-isu yang disebutkan berkenaan tiga perkara tadi iaitu isu hasutan, isu sensitiviti agama dan
sebagainya. Malah di kawasan saya untuk makluman Yang Berhormat, dua hari lepas, program PDRM Bersama Komuniti dianjurkan disalah satu kampung di kawasan Parlimen saya yang mana menyentuh juga tentang isu-isu berkenaan dengan tiga perkara ini. Jadi of course untuk makluman, memang ada program-program seumpama itu. Malah, di peringkat IPK juga sering dianjurkan program-program bersama dengan rakyat. Malah, kita display juga poster-poster ataupun perkara-perkara yang menyentuh tentang sensitiviti kaum termasuk juga kes-kes yang telah kita ambil tindakan. Jadi, apa yang disarankan oleh Yang Berhormat sebentar tadi memang kita laksanakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Seperti yang kita tahu bahawa undang-undang seperti Penal Code, Akta Hasutan dan sebagainya tidak boleh menuntut untuk yang menyebarkan berita palsu dan sebagainya, tidak boleh dipadamkan ataupun diturunkan daripada posting tersebut di dalam platform sosial media. Bermakna perkara itu akan terus kekal ada. Apa yang boleh meminta ataupun memaksa untuk memadamkan berita-berita palsu melalui platform sosial media ini adalah melalui Akta Berita Tidak Benar yang telah pun kita batalkan. Sekarang tidak ada, tidak ada mana-mana akta pun yang boleh memaksa untuk dipadamkan postings yang boleh dianggap sebagai menjejaskan isu perkauman dan sebagainya. Posting tersebut akan terus kekal. Mereka hanya boleh menghukum, akta-akta sekarang hanya boleh menghukum. Jadi, apa mekanisme pihak kementerian untuk memastikan selain untuk menghukum, untuk memastikan postings yang boleh memecahbelahkan perkauman ini dipadamkan dan sebagainya? Sekarang sudah tidak ada, jadi apa mekanisme sekarang?
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dengan soalan Yang Berhormat Bera tadi. Sebagaimana yang kita tahu, Akta SKMM itu terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. So maknanya, saya tidak boleh jawab. Itu berada di kementerian yang lain. Walau bagaimanapun, sebagaimana saya sebutkan, untuk kita di Kementerian Dalam Negeri ini, kita selaku agensi penguat kuasa, kita akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang keras terhadap perkara- perkara yang boleh menyentuh keharmonian pelbagai kaum dan agama yang ada di negara kita. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masa pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan telah pun tamat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran tujuh kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan seperti yang tertera ni No. 13 hingga No.19 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-Menteri menjawab ke atas Perbahasan Belanjawan 2020 di Peringkat Dasar dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 4 November 2019.”
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2020 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2020Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2020 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh lapan bilion ringgit (RM58,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2020, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2019, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [30 Oktober 2019]
Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab. Masa diperuntukkan selama 60 minit. Sila Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merakamkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020. Kerajaan baharu melalui Belanjawan 2020 ini telah berjaya memastikan setiap lapisan masyarakat menerima kebaikan terutama golongan wanita. Syabas saya ucapkan kepada Menteri Kewangan. Bagi tahun 2020, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diperuntukkan sebanyak RM2.473 bilion dan daripada jumlah itu, sebanyak RM2.259 bilion adalah di bawah butiran B48 - Peruntukan Mengurus. Manakala sebanyak RM213,000,703 di bawah butiran P48 - Peruntukan Pembangunan.
Peruntukan Belanjawan 2020 adalah untuk manfaat semua kumpulan sasar kementerian. Saya akan menjawab mengikut lapan kumpulan sasar dan bidang di bawah kementerian yang telah dibangkitkan seramai 19 Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan kali ini. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menjawab isu mengenai Orang Kurang Upaya (OKU) yang mana Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Tanjong Malim, dan Yang Berhormat Kapar telah membangkitkan
isu perhubungan perusahaan program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan program yang dilaksanakan oleh NGO pada golongan OKU. Peruntukan RM80 juta yang diberikan di bawah Belanjawan 2020 adalah untuk menaik taraf, membaiki dan menyelenggarakan 67 pelbagai institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang amat daif termasuk pusat jagaan kanak-kanak, OKU dan warga emas. Walaupun peruntukan ini tidak melibatkan PDK, setiap tahun kementerian telah memperuntukkan antara RM91 sehingga RM94 juta geran bagi tujuan pelaksanaan PDK. Geran ini adalah termasuk pembayaran bulanan sagu hati kepada sukarelawan yang berkhidmat iaitu penyelia PDK sebanyak RM1,200 sebulan dan petugas PDK sebanyak RM800 sebulan. Kerajaan juga memperuntukkan bayaran untuk caruman KWSP dan PERKESO sebanyak RM176.15 kepada penyelia dan RM117.15 kepada petugas PDK. Memandangkan PDK merupakan program berasaskan komuniti dan mulai tahun 2018 telah pun dikuatkuasakan mendaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai NGO maka Jawatankuasa PDK yang terdiri daripada pemimpin dan masyarakat tempatan juga perlu lebih kreatif dan proaktif dalam mencari dana untuk meneruskan kelangsungan PDK tersebut. Ini adalah bagi memenuhi objektif asal agar PDK tidak bergantung kepada agihan geran kerajaan semata-mata dalam usaha menggalakkan PDK berdikari sebagai sebuah pertubuhan yang melibatkan komuniti setempat. Kerajaan sentiasa memberi peruntukkan kepada semua PDK mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Namun, melalui penjanaan pendapatan sendiri sebagai salah sebuah NGO, PDK digalakkan untuk menambah jumlah sagu hati yang boleh diberikan kepada petugas dan penyelia PDK. JKM juga akan melaksanakan audit untuk tambah baik pengurusan kewangan PDK. Yang Berhormat Hulu Langat?
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Hulu Langat ada tidak?
Belum nampak ada dalam Dewan.
Kalau tiada saya skip-lah ya.
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, boleh saya mencelah sedikit?
Ini daripada mana?
Pasir Mas.
Pasir Mas yang telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tadi.
Yang Berhormat Pasir Mas? Okey.
Isu tadi Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebab RM800 ini terlampau sedikit bagi seorang sukarelawan sebab tugas yang sangat berat yang dipikul oleh sukarelawan. Jadi tidakkah kerajaan berhasrat untuk menaikkan sedikit sekurang-kurangnya untuk melepasi gaji minimum kerana beban yang ditanggung oleh sukarelawan ini terlampau besar dan tanpa mereka PDK ini tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.
Saya setuju namun akta yang ada kalau kita kurang mampu memberikan kepada mereka walaupun saya tahu dan kita juga turut memperjuangkan agar mereka dapat lebih lagi elaun terutamanya masa tempat- tempat- di tempat-tempat mereka menjaga OKU ini. Namun apa yang kita berikan juga adalah peruntukkan sebanyak RM20 juta telah diumumkan untuk penubuhan lima Pusat Kehidupan Berdikari, dia macam menambah baik.
Sebab dana ini bukan sahaja untuk penyelia tetapi juga untuk menambah baik service ataupun apa yang kita hendak berikan kepada OKU dan orang yang diperlukan. Walaupun bagaimanapun saya ambil point bahawa memang penyelia memerlukan penambahan. Saya sambung ya. Tadi saya pergi ke Yang Berhormat Hulu Langat. Dia tidak datang. Saya pergi ke Yang Berhormat Pasir Mas juga dan Yang Berhormat Kapar. Bagi tujuan pelaksanaan program serta aktiviti oleh NGO kepada golongan OKU, peruntukan boleh...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kepong.
Daripada mana?
Yang Berhormat Kepong.
Yang Berhormat Kepong tanya tidak? Yang Berhormat Kepong tidak tanya.
Ada, OKU.
Terpulang kepada budi bicara Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya ada, ada.
Yang Berhormat Kepong tidak tanya, jadi saya akan teruskanlah. Saya sudah tiada masa pendek minta maaf Yang Berhormat.
Ya, sila teruskan.
Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Kapar bagi tujuan pelaksanaan program serta aktiviti oleh NGO kepada OKU, peruntukan boleh dimohon melalui bantuan kewangan kerajaan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK). Ini adalah bagi menggalakkan penyertaan dan penglibatan NGO sebagai rakan strategik kerajaan. Justeru itu, bagi menampung keperluan latihan yang diperlukan oleh NGO, mereka boleh memohon bantuan geran berkaitan bagi tujuan tersebut. Independent Living Centre juga ditambah dalam Belanjawan 2020 untuk meningkatkan keupayaan dan kehidupan OKU. Kementerian melalui JKM memberi bantuan kewangan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang memberikan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar JKM iaitu warga emas, OKU dan kanak-kanak. Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk menampung sebahagian kos yang ditanggung oleh PSK dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar JKM. Bantuan berbentuk geran langsung, geran pentadbiran, geran berkapita, geran pembaikan dan elaun khas murid OKU. Yang Berhormat Setiu...
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sekali lagi, Pasir Mas sekali lagi.
Daripada mana?
Pasir Mas yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tadi.
Tentang apa?
Tentang NGO tadi. Saya ingin mencadangkan supaya sesi libat urus dibuat oleh kementerian Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat olek KPKT yang telah memanggil NGO-NGO yang terlibat dengan taman-taman perumahan untuk dipanggil sesi libat urus. Setakat hari ini Yang Amat Berhormat, NGO-NGO yang terlibat dalam OKU dan sebagainya ini masih belum dipanggil secara menyeluruh untuk diberikan taklimat tentang peruntukan-peruntukan dan hak-hak yang disebut oleh Yang Amat Berhormat. Terima kasih.
Ya ambil maklum. Kita ada juga sesi libat urus memang ada yang diperuntukkan ada untuk penubuhan lima Pusat Kehidupan Berdikari, pusat pemerkasaan kemahiran OKU, syndrome down, Taska OKU- semua program akan dijalankan bersama NGO. Kalau libat urus boleh diperbaikilah. Terima kasih. Yang Berhormat Setiu ada? Tidak hadir?
Tidak ada. Jika tidak hadir, boleh bagi jawapan bertulis.
Saya bagi jawapan bertulis. Yang Berhormat Kepong...
Ya Yang Berhormat Kepong ada.
Sekarang. Sekarang saya akan jawab ya Yang Berhormat. Terima kasih kerana sabar menunggu.
Ada dalam Dewan dialu- alukan.
Telah membangkitkan isu peluang pekerjaan bagi OKU serta insentif cukai yang menarik agar lebih banyak syarikat akan mengambil OKU untuk bekerja. Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Kerajaan amat menggalakkan majikan untuk menggajikan OKU dengan menyediakan skim insentif sebagai terhadap majikan yang memberi pekerjaan kepada OKU. Antara inisiatifnya adalah seperti: (i) potongan berganda iaitu potongan bagi mengaji OKU dan potongan bagi cukai latihan yang diluluskan; (ii) potongan tunggal atau khas iaitu pengubahsuai bangunan atau keperluan alat sokongan OKU. Iaitu amaun yang sama dengan jumlah perbelanjaan kepada penyediaan apa-apa kelengkapan yang perlu untuk membantu mana-mana OKU yang bekerja dengannya; dan (iii) program OKU Talent Enhancement Programme (OTEP) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) telah menawarkan bantuan dan insentif kewangan kepada majikan yang menyediakan program latihan yang bersesuaian kepada OKU untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka memasuki alam pekerjaan dan majikan berkenaan perlu berdaftar dengan HRDF. Kerajaan sejak tahun 1988 telah pun memperkenalkan dasar satu peratus peluang pekerjaan kepada OKU dalam perkhidmatan awam.
Dasar ini bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada OKU yang memiliki kelayakan akademik dan kemahiran yang sesuai dalam bidang tugas suatu jawatan dipertimbangkan dalam perkhidmatan awam bagi mempertingkatkan lagi keupayaan modal insan dalam kalangan rakyat Malaysia. Itu yang habis kah Yang Berhormat Kepong?
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada berkenaan dengan isu kekeluargaan.
Sebelum itu, minta Yang Berhormat Menteri, minta sedikit sahaja...
Yang Berhormat Rantau Panjang.
...Berkaitan dengan OKU.
Akan tetapi tidak ada soalan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang.
Ya.
Memang sebab masa tidak mencukupi tetapi saya memang sempat sentuh sedikit sahaja isu wanita.
Sebab saya pun pendek hendak jawab. Jadi apa yang kalau dibangkitkan semasa...
Ya, yang tidak dibangkitkan dalam perbahasan...
...Perbahasan, saya akan jawab.
Isu OKU. Bagaimana...
Akan tetapi saya akan jawab sekejap lagi.
Terpulang kepada budi bicara.
Ini tanya soalan sahaja.
Saya akan masuk sekarang ini dalam Yang Berhormat Rantau Panjang yang tanya tentang isu kekeluargaan.
Ya.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan isu kekeluargaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang, kementerian sememangnya memberi perhatian dan mengambil berat terhadap segala usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan keluarga di negara kita. Sehubungan itu, peruntukan bagi program kekeluargaan bertambah kepada 3.8 peratus iaitu RM72.5 juta berbanding RM69.9 juta pada tahun sudah. Peruntukan ini akan digunakan bagi melaksanakan program pengukuhan perkahwinan dan pendidikan keibubapaan, pembangunan remaja, khidmat sokongan keluarga dan juga kursus kekeluargaan secara atas talian- online. Kerajaan turut prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh institusi keluarga terutamanya pasangan muda yang dwi kerjaya untuk mengimbangi keluarga dan kerjaya. Sehubungan itu, program pendidikan kemahiran keibubapaan dan kekeluargaan akan diteruskan. Pada tahun 2020, kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia menawarkan pembiayaan kursus kemahiran keibubapaan dan perkahwinan kepada majikan swasta yang berdaftar dengan HRDF. Menerusi inisiatif baharu ini, akan menggalakkan lebih ramai pekerja swasta mendapat akses terhadap pengetahuan dan kemahiran keibubapaan melalui latihan dan kursus yang boleh diadakan di tempat kerja masing-masing. Antara topik kursus yang akan dilaksanakan termasuk Keluarga@Kerja, kebapaan– Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tekankan kebapaan sebab kita kata ibu bapa. Jadi bapa mestilah mengambil peranan yang lebih...
Ya, sama-sama penting.
Sama-sama penting, ya. Kebapaan, pemantapan perkahwinan, SMARTSTART. Menyedari bahawa banyak masalah pasangan berkahwin adalah berkaitan dengan masalah kewangan, kementerian melalui LPPKN telah bekerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dalam membangunkan modul pra perkahwinan dalam talian bernama, “I Do You Do Duit Together”. I Do - I.D.o. You - Y.o.u. Do, Duit - D.u.i.t Together. Ia campuran English dan bahasa Melayu, pada bulan September tahun ini. Modul ini bertujuan untuk membantu pasangan yang akan berkahwin dalam pengurusan kewangan berdasarkan pendapatan selepas kahwin kelak. Ini juga adalah langkah penambahbaikan ke atas kursus pra perkahwinan yang dilaksanakan oleh LPPKN. Bagi membantu pasangan mendapatkan rawatan kesuburan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti In Vitro Fertilization. Selain itu, pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 yang diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius akan diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan. Ini kalau kita tidak dapat anak, kita boleh memohon kepada KWSP juga. Usaha bagi memperkukuhkan institusi keluarga tidak hanya terletak kepada tanggungjawab kementerian sahaja dan ia memerlukan penglibatan pelbagai pihak. Justeru, kementerian pada tahun ini akan melancarkan Deklarasi Keluarga Malaysia. Deklarasi ini akan menggariskan komitmen keluarga Malaysia bagi membina sebuah negara Malaysia baharu yang bersatu-padu, bersih, dengan kerukunan hidup dan
mengamalkan nilai-nilai berperibadi mulia dan tinggi melalui keluarga yang sejahtera, sihat dan resilient.
Minta penjelasan sedikit.
Yang Berhormat Rantau Panjang.
Okey.
Ya, sila.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri. Terima kasih di atas inisiatif yang telah dibuat oleh kerajaan untuk mengukuhkan institusi keluarga sebab ia adalah satu dasar yang sangat penting dan seharusnya diambil perhatian oleh semua pihak. Saya ingin tahu ialah dalam Manifesto Pakatan Harapan meletakkan pelepasan cukai korporat kepada syarikat yang menyumbang kepada pengukuhan institusi keluarga. Saya ingin tahu, sejauh mana dasar ini diterapkan? Begitu juga menyebutkan dalam manifesto Suruhanjaya Pertubuhan Kebajikan yang bukan berteraskan kepada keuntungan. Maknanya mesti ada polisi mesra keluarga. Begitu juga dalam Manifesto Pakatan Harapan meletakkan untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Dasar Orang Kurang Upaya. Jadi, adakah elemen-elemen yang disebutkan dan dijanjikan dalam manifesto ini telah dilaksanakan sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri?
Sila Yang Amat Berhormat Menteri.
Celahan, Lembah Pantai.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Kita memanglah dalam sesi libat urus sebab swasta ini bukan dalam lingkungan kita. Jadi kita hendak buatkan supaya ia diperbuatkan- dalam CSR supaya merangkumi semua ini dan dasar-dasar ini masukkan dalam bagaimana mereka mengendalikan business mereka. Saya masuk sekarang kepada isu...
Yang Amat Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai hendak mencelah.
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai. You tidak tanya pun.
Tahu tetapi ada terbangkit sebab ia berkait dengan satu isu.
Ya.
Kalau you tidak tanya, saya tidak jawab.
Okey, okey [Ketawa]
Boleh yang Setiu minta jawab balik, yang Setiu.
Mana Yang Berhormat Setiu?
Yang Berhormat Setiu sudah terlepas.
Yang Berhormat Setiu sudah terlepas.
Ya.
You datang balik, masuk lambat.
Tadi saya keluar sekejap.
Tadi tidak ada dalam Dewan.
Jadi hendak patah balik, susah gostan, okey, terima kasih.
Boleh beri jawapan bertulis.
Terima kasih. Saya masuk kepada isu wanita Tuan Yang di-Pertua.
Maaf Timbalan Perdana Menteri. Kalau isu cuti paternity.
Cuti itu tidak termasuk...
Bawah.
...Dalam ini...
Ya, ya.
...Sebab itu adalah dalam rawatan. Jadi, kemungkinan kena bergantung kepada doktor yang berikan.
Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai sabar ya. Sila Yang Amat Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Izinkan saya menjawab isu mengenai kebajikan wanita yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Kuala Kangsar dan Yang Berhormat Tenom. Saya kena sebutkan ini betul, “Yang Berhormat Tenom”.
Tenom.
Bukan “Tenom”.
Tenom.
Tenom. Saya sudah tanya beberapa kali. Betul ya “Tenom” ya? Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Merbok, agenda mengarusperdanakan gender perlu menjadi keutamaan semua pihak bagi memastikan perspektif gender diambil kira dalam aspek penggubalan, perancangan dan juga pelaksanaan sesuatu dasar. Dalam hal ini, kementerian bekerjasama dengan pihak United Nations Development Programme (UNDP) untuk melihat dan meneliti keberkesanan pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara (PTPWN) serta mekanisme bagi mengarusperdana gender di semua agensi kerajaan. Pembangunan kapasiti dan kepakaran dalam bidang ini adalah amat penting di mana kementerian akan mengukuhkan peranan gender focal point melalui pembentukan gender focal team di setiap kementerian dan agensi. Antara tindakan awal yang telah diambil adalah dengan melaksanakan program pembangunan kapasiti gender focal team di KPWKM sendiri dan seterusnya akan diperluaskan ke agensi kerajaan yang lain. Kementerian juga akan mengadakan satu taklimat Gender Sensitization– Tuan Yang di-Pertua, Gender Sensitization atau Kepekaan Gender pada 13 November bertempat di Parlimen Malaysia sendiri, di sini ya. Tolong tulis dalam diari ya, 13 November. Semua Ahli Yang Berhormat adalah dijemput hadir di mana ia bertujuan untuk memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran mengenai kepekaan gender dalam konteks semasa dan kepentingannya untuk difahami dan dipraktikkan. Menyedari wujudnya keperluan untuk melaksanakan structural reform melalui undang-undang dan dasar dalam aspek perlindungan wanita, kerajaan sedang dalam proses meminda dan menambah baik perundangan sedia ada seperti Akta Kerja 1955 dan sedang menggubal Rang Undang-undang Gangguan Seksual.
Ya Yang Berhormat Rantau panjang, sebab itu kita nak buatkan pada aspek- aspek perundangan juga. Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Petaling Jaya, kementerian dalam tindakan menubuhkan satu jawatankuasa menangani keganasan rumah tangga atau tragedi sebagai satu platform pemantauan dan
penyelarasan usaha menangani kes keganasan rumah tangga antara agensi kerajaan dan NGO. Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengenal pasti isu dan masalah serta membincangkan kaedah penyelarasan yang terbaik dan sustainable, dengan izin, dalam menangani isu berkaitan keganasan rumah tangga yang dibangkitkan melalui libat urus dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Selain itu jawatankuasa ini merupakan pemudah cara dan perantara bagi memastikan perundangan berkaitan keganasan rumah tangga termasuk Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] prosedur operasi standard agensi kerajaan serta garis panduan berkaitan keganasan rumah tangga dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Kementerian juga bekerjasama dengan Women’s Aid Organization (WAO) dalam pelaksanaan bengkel komuniti selamat di mana ia memberi fokus kepada penyeragaman maklumat bagi pegawai barisan hadapan dengan berpandukan Garis Panduan Pengendalian Kes Keganasan Rumah Tangga. Badan penguat kuasa juga diberi pendedahan dan awareness, dengan izin, menghayati perspektif mangsa semasa mengendalikan keganasan rumah tangga melalui sistem keadilan serta peranan semua pihak dalam menyediakan komuniti yang selamat. Tuan Yang di-Pertua, kadangkala itu ada persepsi bahawa kalau ada sesiapa mangsa datang meminta tolong, dia kata “Ini masalah keluarga, balik lah balik, berbuat baiklah balik”. Kita rasa bahawa mangsa kadang-kadang sudah endure, dengan izin, keganasan rumah tangga dah lama. Mereka kadang-kadang mesti mengambil keberanian untuk mendapatkan pertolongan. Jadi apabila mereka datang itu, mestilah kita memberikan pertolongan yang sewajarnya. Inilah apa yang kita nak tangani bersama. Bagi memastikan pengendalian kes keganasan rumah tangga di laksana dengan berkesan dan berupaya melindungi wanita dan kanak-kanak yang terlibat. Selain JKM dan JPW, komitmen daripada PDRM, jabatan mahkamah, JAKIM, Kementerian Kesihatan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui Rukun Tetangga serta Jabatan Peguam Negara amat diperlukan dan kerjasama erat akan diteruskan oleh kementerian. Kementerian juga berusaha untuk menambah baik pelaksanaan, garis panduan, One-Stop Crisis Center (OSCC) yang ditempatkan di setiap Jabatan Kecemasan dan Trauma KKM bagi memastikan mangsa-mangsa jenayah seksual atau keganasan terutama terhadap wanita dan kanak-kanak mendapat bantuan yang komprehensif dan holistik. Pada masa yang sama, kementerian juga menyediakan perkhidmatan Talian Kasih 15999 bagi membantu mangsa atau pihak ketiga dalam kes- kes keganasan rumah tangga. Tuan Yang di-Pertua, JKM juga turut terlibat dalam pasukan Suspected Child Abuse and Neglect Team (SCAN) di semua daerah dan negeri yang juga merangkumi penglibatan daripada pihak PDRM, Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai kesihatan dan psikologi, Kementerian Kesihatan Malaysia serta NGO. Penambahbaikan utama daripada kementerian pada masa kini adalah dari segi penambahan bilangan pegawai pelindung dan pegawai akhlak di bawah JKM bagi memenuhi keperluan semasa. Penarafan profesional kepada pekerja sosial juga bakal menambah penglibatan pekerja sosial daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran dan ini akan memastikan kanak-kanak kami dilindungi dan dibantu dari semua aspek termasuk kesihatan fizikal dan mental dan juga emosional dan juga pembangunan diri untuk jangka masa yang panjang. Ini kerana anak-anak ini kadang-kadang dia rasa macam kesalahan dia yang menampakkan dia didera begitu sekali. Jadi ini ialah salah satu daripada cara-caranya kita nak memperbaiki ataupun memulihkan keadaan. Yang Berhormat Parit Sulong. Berdasarkan laporan The State of Households 2018 oleh Khazanah Research Institute, dari 4.4 juta orang wanita yang berada di luar sektor pekerjaan, 58 peratus atau 2.6 juta wanita menyatakan bahawa ia disebabkan oleh tanggungjawab untuk menjaga keluarga. Oleh sebab itu kementerian telah memberi fokus kepada penambahan bilangan taska khususnya di agensi kerajaan terlebih dahulu sebagai sistem sokongan keluarga sekiranya wanita ingin kembali bekerja. Bagi meningkatkan bilangan taska yang berdaftar di bawah JKM pula, kementerian dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar
dan Perubahan Iklim telah menawarkan diskaun 20 peratus bil elektrik taska yang berdaftar bagi tempoh 1 November tahun ini iaitu esok ya sehingga 31 Disember 2020. Selain peluang pekerjaan serta insentif khusus bagi wanita...
Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Parit Sulong. Sila.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga maklum mengenai cadangan daripada pihak kementerian mengenai peruntukan kepada RM30 juta dalam menyediakan lebih banyak taska. Akan tetapi pertanyaan yang saya nak ajukan sebagai susulan adalah adakah ia compulsory untuk diwujudkan taska ini kerana kalau tidak, saya juga nak bertanya kepada pihak kementerian bagaimana government akan monitor dan ensure yang taska ini akan dibina. Kalau tidak, nanti akhirnya dia akan menjadi perkara yang sama juga. Itu yang saya minta penjelasan daripada pihak Menteri mengenai perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Johor banyak parit ya, ini parit yang sulung.
Ada parit, ada sungai, ada kuala.
Tuan Yang di-Pertua, memang kita nak kan tiap-tiap agensi ataupun tempat-tempat bekerja untuk wanita yang produktif, ada anak itu untuk dapatkan tempat menjaga anak mereka semasa mereka bekerja. Jadi kita ada graf yang banyak – wanita kita, graduan kita, lulus, kahwin, selepas itu drop off daripada itu. Jadi kita mahukan dia nak masih dalam workforce kita. Namun apa yang kita nak buat supaya kita pastikan tiap-tiap tempat itu ada taska untuk mengendalikan anak-anak, pekerja-pekerja yang bekerja di situ. Kita ambil contoh Parlimen sahaja lah. Jadi kita nak kena tengok bagaimana tempat-tempat terutama pejabat-pejabat kerajaan ataupun kementerian-kementerian untuk menyediakan tempat. Memang betul, kita nak buat, kita adakan peruntukan namun apa yang kita mahu, kita nak teruskan dan nak pastikan mereka membuatkan taska. Saya kira bahawa kita ada pemantauan supaya mereka buat dan gunakan peruntukan ini sebaik mungkin. Walaupun kita tahu bahawa peruntukan yang diberikan tipa-tiap taska itu tidak memadai, namun ini adalah satu yang menjadikan satu insentif untuk mereka membuat taska-taska untuk membolehkan pekerja-pekerja wanita kita remain, duduk dalam- meneruskan pekerjaan dan karier mereka. Saya sambung ya.
Ya, sila.
Selain peluang pekerjaan serta insentif khusus bagi wanita untuk kembali kerja yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2020, kementerian melalui kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah melancarkan Program Kembali Berkerjaya dalam pengurusan risiko siber. Ini adalah usaha untuk menggalakkan wanita yang berminat untuk kembali bekerja ke dalam bidang industri keselamatan siber yang sedang mengalami jurang bakat dan mempunyai sasaran untuk melahirkan 10,500 profesional keselamatan siber menjelang 2020. Program ini memberi kelonggaran masa bekerja serta kemudahan penjagaan kanak-kanak. Kita ada juga tempat supaya mereka mengadakan on cyber security, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi kalau wanita-wanita ini boleh diberikan latihan kemahiran supaya mereka boleh diserapkan dalam kerjaya cyber security. Oleh sebab ini akan menjadi penting, cyber security ini adalah salah satu daripada apa yang kita mesti siap siaga kerana kalau apa-apa sekarang ini mungkin tidak diattack atau dicerobohi negara kita tetapi melalui security, kita punya institutions. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuala Kangsar, pelbagai insentif khusus bagi wanita telah diberikan melalui Belanjawan 2020. Walaupun kata first time dapat Timbalan Perdana Menteri wanita, apa dia buat, janganlah- kita sama-samalah kita bangunkan untuk wanita Malaysia. Itu kan niat kita kan tetapi saya jawab, ada jawapan.
Tidak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, ketika saya menyatakan perkara itu, saya sebenarnya merasa bangga kita mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri seorang wanita. Itu sebenarnya niat saya menyebut perkara itu.
Alhamdulillah, terima kasih. Belanjawan ya untuk wanita ini kan. Satunya, antaranya apa yang kita buat untuk wanita, RM30 juta untuk membangunkan taska-taska sebagai usaha wanita kembali bekerja. Dua, menyediakan platform bagi suami yang ingin mencarum dua peratus kepada isteri melalui i-Suri. Tiga, RM20 juta untuk manfaat i-Suri di bawah Perlindungan Keselamatan Sosial (PERKESO). Empat, meningkatkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari, masa saya itu 42 hari sahaja.
Yang Amat Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya- mengenai 90 hari itu, boleh saya sedikit memberi penjelasan? Saya telah bertanya dengan ramai wanita di dalam corporate sector dan juga di kampung bahawa 90 hari itu dianggap baik untuk sebahagian besar tetapi ada juga kumpulan wanita profesional yang merasakan ia akan melakukan satu will affect their career path ataupun kenaikan pangkat mereka dan sepertinya. Jadi, kalau boleh Yang Amat Berhormat, kalau ada satu opsyen ataupun kaedah opsyen pada mereka supaya mereka boleh memilih. Jadi, cuti yang selebihnya kalau mereka ambil yang 60 hari atau ambil 42 hari macam Yang Amat Berhormat dulu 42 hari, saya pun begitu juga, cuti yang selebihnya itu digantikan dengan insentif duit. Saya hendak bertanya kalau Yang Amat Berhormat setuju dengan pandangan saya ini. Majikan-majikan kalau- saya takut nanti majikan-majikan lelaki atau wanita akan merasa mereka not excited untuk mengambil pekerja-pekerja wanita sebab ini maternity leave 90 hari ini terlalu lama Yang Amat Berhormat. Itu sahaja. Saya setuju tetapi ramai juga yang tidak setuju.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Memanglah ini adalah ertinya pertimbangan ya. You hendak bagi kepada mereka yang bersalin dan mereka yang mengandung tidak- kita akan menuju kepada negara tua. Kita hendakkan wanita-wanita kita mengandung dan memberikan zuriat yang baik ya. Jadi, kita akan pertimbangkanlah, kalau boleh ada opsyen itu kita fikirkan. Namun, kita sudah berjuang untuk kita dapatkan masa untuk wanita itu menyusu, masa untuk ada bonding masa itu. Jadi, kita hendak imbangi. Jadi, memanglah- rasa kalau ada majikan, majikan kata “Tidak hendaklah ambil wanita ini, asyik mengandung saja, asyik- asyik maternity leave lah, sat lagi apa macam-macam.”
[Bangun]
Namun, apa yang kita fikirkan bahawa sumbangan kita lebih pada masyarakat, lebih pada kekeluargaan.
[Bangun]
Ya, sabar Yang Berhormat.
Yang Berhormat Arau tidak tanya apa, saya tidak akan jawab Yang Berhormat Arau.
Tidak, tidak.
Yang Berhormat Arau hendak tanya cuti bersalin...
Saya hendak tanya.
Jadi, inilah yang melihatkan bahawa kita mahu ...
...Dan juga masalah mengandung [Ketawa]
...Wanita kita berikan penumpuan dan juga berikan mereka insentif...
Yang Amat Berhormat.
Untuk kerja dan juga melihat bagaimana majikan boleh mengambil mereka sebagai pekerja yang produktif.
Yang Amat Berhormat, sikit Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Arau tidak payah, terima kasih banyak. Jadi, kalau meningkatkan cuti bersalin...
Yang Amat Berhormat, Baling, Yang Amat Berhormat, hendak beri cadangan sikit sahaja.
Yang Berhormat Arau tidak dapat cuti bersalin...
Tidak, saya hendak tanya adakah pengurusan bencana masuk di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat?
Lima, saya sambung ya, lima. Minta maaf ya.
Saya hendak tanya fasal dua peratus, dua peratus sumbangan kepada i-Suri itu.
Soalan yang itu boleh.
Ha, okey.
Yang Berhormat Arau, dia tidak tanya dan juga Yang Berhormat Baling tidak tanya, minta maaf.
Ini Yang Amat Berhormat, saya cakap bahawa...
Nantilah dahulu Yang Berhormat Arau.
Saya hendak tanya adakah pengurusan bencana termasuk bawah kementerian Yang Amat Berhormat sebab saya tanya. Itu yang saya hendak tanya, itu sahaja. Salahkah?
Oh.
Saya hendak berbangga seorang Timbalan Perdana Menteri wanita, cakap macam ini.
Ini wanita, saya jawab untuk wanita bukan NADMA.
Macam mana macam itu? Saya tanya elok-elok.
Yang Berhormat Arau.
Okey.
Pengurusan bencana bukan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Bukan, saya tanya elok-elok ini, saya hendak berbaik-baik... [Tepuk]
Sila, dijemput duduk.
[Ketawa] Okey, saya hendak bertanya mengenai dua peratus i-Suri itu. Sumbangan ini adalah sumbangan sukarela daripada suami kepada isteri. Dahulu pernah saya bangkitkan juga mengenai perkara ini apabila- tahun lepas, semasa tahun lepas. Saya hendak bertanya daripada segi sumbangan dua peratus itu, ini kerana kita tahu di Malaysia ini ada suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Jadinya, bagaimanakah mekanisme dia? Adakah dua peratus itu diagihkan mengikut berapa ramai jumlah isteri ataupun dua peratus setiap seorang isterikah bagaimana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri?
Sudah selesai, kahwin satu cukup. Sila Yang Amat Berhormat.
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulung. Itu boleh dibincangkanlah bagaimana dia hendak bagi. Akan tetapi sepatutnya kalau isteri pertama itu dapat preference-lah pada pendapat saya, itu saya
punya personal. Akan tetapi yang lain itu boleh dibincangkan sebab kalau sudah boleh kahwin empat, baiklah bagi dua, dua, dua peratus, apa salahnya. Okey, apa ini yang ...
Maksudnya jumlah itu boleh di-set- kan kemudian dan ia bergantung kepada individu tersebutlah?
Tidak, ini polisi, boleh dibincangkan. Kalau ke perincian ini mesti dibincangkan.
Dua, dua, dua, lapan peratuslah kalau empat isteri?
Ini belum lagi kita tukar, kita belum lagi bincang tentang tukar arah, tukar apa semua. Jadi, ini lebih...
Saya cuba menanya bagi pihak rakan-rakan yang mempunyai lebih pada seorang.
Yang Amat Berhormat.
[Rakaman kurang jelas]
Oleh sebab itu kena bantu tanya. Tuan Yang di-Pertua tidak termasuk dalam ini.
Ya, saya nasihatkan kahwin satu saja.
Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat. Saya hendak setengah minit sahaja, pandangan.
Tidak payah, Yang Berhormat Baling tidak faham. Minta maaf banyak.
Yang Berhormat Parit sulung, kena madu kah?
...Masalah keluarga.
Sikit sahaja. Ini berkaitan dengan 90 hari cuti.
Minta maaf Yang Berhormat Baling, saya ada tidak banyak masa.
Saya hendak setengah minit sahaja, sekejap sahaja.
Saya ada 45 minit sahaja.
Setengah minit saja.
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling tidak tanya dalam perbahasan.
Saya hendak bagi pandangan berkaitan dengan maternity leave 90 hari itu... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Baling tidak membangkitkan isu dalam perbahasan. Sekarang sesi menjawab. Sila Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insentif kewangan kepada wanita dan majikan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja tadi dan RM200 juta bagi usahawan wanita, RM500 juta jaminan untuk usahawan wanita di bawah Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP). Yang Berhormat Kuala Kangsar sekali lagi telah membangkitkan juga pencapaian 30 peratus golongan wanita dalam lembaga pengarah dan mengesyorkan...
Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya fasal insentif tadi? Saya ada sebut perkara itu ya. Mengenai RM500 insentif tambahan selama dua tahun tidak
perlu dikreditkan ke dalam akaun KWSP. Saya ingin mencadangkan Yang Amat Berhormat kalau Yang Amat Berhormat setuju, insentif RM500 ini seharusnya dibuat untuk hal-hal reskilling pada wanita untuk kembali bekerja. Kalau kita sudah tidak bekerja selama 10 tahun atau 15 tahun Yang Amat Berhormat, semestinya majikan akan musykil tahap skill kita yang- we will train for ataupun dalam bidang kita itu, mungkin telah ketinggalan. Jadi, reskilling itu- sebanyak RM500 itu kita boleh gunakan untuk insentif disimpan untuk digunakan untuk perkara- perkara seperti membeli barang tetapi lebih baik kalau ia digunakan untuk reskilling, kemahiran wanita yang mahu kembali bekerja. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Terima kasih, semua idea yang bernas. Kita masukkan supaya kita fikirkan macam mana hendak usahakannya. Ini kerana salah satu mula-mula kita hendak buatkan- hendak dapatkan dua peratus pun susah Yang Berhormat. Hendak tukar akta EPF, hendak tukar- sebab kalau tidak kita tidak boleh touch langsung, tidak boleh tersentuh pun sumbangan daripada suami. Jadi, ini adalah salah satunya yang boleh kita fikirkan detailing, pendetilan itu ya.
Yang Berhormat, bila Akta PERKESO itu akan dibuat amendment untuk membolehkan yang dua peratus suami itu pergi masuk ke dalam- sorry, KWSP punya akta akan dibuat amendment?
Ini memanglah kita tengah bincang dengan baik dengan AG’s Chambers, ya. Ia bukan bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kita ada idea sahaja tetapi untuk pelaksanaannya kita memerlukan kementerian-kementerian lain.
Sesegera yang bolehlah.
Memang kita hendak segerakan Yang Berhormat Kuala Kangsar, memang.
Bukan, bukan, ini Parit Sulong [Ketawa]
Yang Berhormat Parit Sulong.
Eh Yang Berhormat Kuala Kangsar pula, Yang Berhormat Parit Sulong.
Yang Berhormat Kuala Kangsar sana.
Yang Berhormat Kuala Kangsar, sudah Kuala Kangsar. Terima kasih. Okey, sebab tengok Yang Berhormat Kuala Kangsar, okey. Membangkitkan isu pencapaian 30 peratus golongan wanita dalam lembaga pengarah dan mengesyorkan ia dinaikkan kepada 50 peratus bagi lembaga pengarah di GLC. Sehingga 30 September 2019 tahun ini, baru sebulan sudah, kerusi ahli-ahli lembaga pengarah yang diisi oleh wanita dalam sektor swasta adalah sebanyak 16.6 peratus. Bagi 100 syarikat teratas tersenarai awam pula menunjukkan peningkatan pengisian wanita sebagai ahli lembaga pengarah sebanyak 24.4 peratus pada tahun 2018 berbanding 19.27 peratus pada tahun 2017. Bagi sektor awam pula, sehingga Mei 2019 telah mencatatkan 37.6 peratus wanita memegang jawatan membuat keputusan di peringkat JUSA C dan ke atas. Penetapan 30 peratus seperti mana pernah dijelaskan oleh kementerian merupakan satu sasaran bertujuan untuk mewujudkan, dengan izin, critical mass wanita-wanita yang berpotensi sebagai pembuat keputusan sama ada di peringkat awam mahupun di peringkat swasta. Sasaran ini bukan jadi penghalang bagi syarikat atau agensi yang ingin melantik lebih ramai wanita sebagai ahli lembaga pengarah atau di jawatan tertinggi agensi.
Tidak dinafikan pekerjaan merupakan salah satu faktor penyumbang kepada ekonomi sesebuah negara. Wanita sewajarnya diberikan peluang pekerjaan yang sama rata dengan lelaki tanpa mengira bidang, sektor atau industri tertentu. Soalan secara khusus berkaitan peluang pekerjaan, jurang pendapatan antara gender dan KWSP bukanlah di bawah bidang kuasa kementerian KPWKM tetapi di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan. Jadi, patutlah diajukan kepada mereka, dan insya-Allah mereka akan menjawab.
Yang Amat Berhormat, Tuan Yang di-Pertua? Saya ada memohon kepada Yang Amat Berhormat selain daripada angka 30 peratus itu, adakah Yang Amat Berhormat bersetuju untuk kita bersama-sama usahakan supaya kita tolak sampai ke 50 peratus? Apakah usaha-usaha Yang Amat Berhormat kalau kita boleh buat ke arah itu? Terima kasih.
Memang kita hendak kalau wanita itu 45 peratus, maknanya lelaki itu 5 peratus tetapi kita fikirkan juga keluarga ini jangan diabaikan. Apa pun peratus-peratus di dalam pekerjaan, kehidupan kekeluargaan itu mestilah kita hargai bersama. Bapa, ibu sama, untuk kita menghidupkan sebuah keluarga yang bahagia, insya-Allah. Okey, saya masuk ke isu taska. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Petaling Jaya?...
Ya.
Seperti mana yang saya sebutkan tadi, kementerian menyokong penuh usaha ke arah meningkatkan dan mengekalkan penglibatan wanita di dalam pasaran tenaga buruh. Ini dilakukan dengan menggalakkan penubuhan dan pendaftaran taska. Kemudahan ini akan memberikan peluang khususnya kepada wanita yang bekerja untuk mengimbangi peranan dalam institusi keluarga dan juga kerjaya. Antara inisiatif tersebut adalah tambahan peruntukan kewangan kepada kementerian sebanyak RM10 juta pada tahun 2019 bagi penubuhan taska di tempat kerja awam. Kesinambungan terhadap usaha ini di bawah Belanjawan 2020 juga, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk penyediaan lebih banyak taska terutamanya di hospital dan di sekolah. Penyediaan taska ini akan memberikan keutamaan kepada jabatan atau agensi kerajaan yang waktu bekerjanya shift iaitu seperti di hospital, badan penguat kuasa seperti polis, sekolah dan Parlimen. Yang Berhormat Batu- tidak ada pula ya, ada?
Ada.
Okey. Kerajaan sedar tentang keperluan perkhidmatan taska ini dan sentiasa bersedia untuk membantu golongan B40 dengan menyediakan beberapa inisiatif kepada rakyat sama ada pihak pengusaha taska atau ibu bapa, keluarga yang memerlukan perkhidmatan taska ini. Perkhidmatan taska kepada golongan B40 turut disediakan oleh kementerian- kementerian selain seperti 509 buah Taska KEMAS oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat, 41 buah Taska Perpaduan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 90 buah Pusat Anak Genius Negara (PAGN) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan 66 buah taska dari Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Yang Berhormat Tenom, sehingga bulan September 2019 sebanyak 355 buah taska telah didaftarkan di negeri Sabah iaitu ini adalah termasuk 15 buah taska di tempat kerja sektor awam, empat buah taska komuniti, 287 buah taska institusi dan 49 buah taska di rumah. Untuk makluman Yang Berhormat Tenom, semua kerajaan negeri telah dinasihatkan untuk mengemukakan keperluan kos penubuhan taska di semua agensi di bawah kerajaan negeri bagi memastikan kerajaan negeri dapat membuat perancangan dan penyediaan Belanjawan 2020 serta tahun-tahun berikutnya. Kementerian juga akan mengadakan perbincangan bersama Sabah Electricity Sdn. Berhad (SESB) untuk mendapatkan pengurangan bil elektrik taska sebagai galakan pendaftaran taska dan one-stop centre di peringkat negeri juga, diadakan untuk menyelesaikan isu-isu pendaftaran taska bagi mempercepatkan pendaftaran taska di negeri Sabah. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Amat Berhormat, boleh saya bertanya?
Ya, Yang Berhormat Petaling Jaya.
Ya, silakan.
Saya hendak bertanya, apabila kita ada taska-taska yang baru atau yang lama, bolehkah kita adakan Program
Latihan Gender Sensitif untuk penjaga-penjaga mereka? Selain itu juga, bolehkah latihan ini juga menyentuh isu tentang hak-hak kanak-kanak? Terima kasih.
Satu cadangan yang betul, bagus. Kita bermula dari segi kanak-kanak lagi. Zaman kanak-kanak kita mesti latih mereka untuk gender sensitif dan juga untuk memberikan mereka pendedahan bagaimana mereka mesti melayan antara satu sama lain. Ini adalah dengan hak-hak mereka supaya kita juga ada masalah Tuan Yang di-Pertua, sexual grooming, sexual exploitation. Jadi, bolehlah kita buatkan satu rancangan untuk membuatkan penjaga-penjaga taska ini sensitif terhadap masalah itu. Yang Berhormat Rantau Panjang?...
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan taska juga. Terima kasih. Yang Amat Berhormat Menteri sebutkan tadi berkaitan dengan pembinaan taska untuk golongan B40 Bagaimana kalau golongan M40 yang menghampiri B40? Sejauh mana manfaat kepada mereka? Apakah bentuk bantuan yang akan disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri yang akan membina tempat-tempat taska? Minta penjelasan.
Belum lagi kita adakan untuk buatkan ia satu yang menyeluruh. Sekarang ini kita akan cuba supaya kita dapatkan tempat- tempat di agensi-agensi kerajaan, kementerian kerajaan untuk mendapatkan taska. Ini barulah permulaan kita berikan untuk mereka meningkatkan lagi bilangan taska. Namun, kita akan fikirkan bagaimana hendak buatkan supaya sekurang- kurangnya M40 yang dekat-dekat B40 boleh kita tolong bersama. Memang kita ada masalah sebab banyak juga taska-taska tidak berdaftar. Kita cuba hendak menangani masalah ini supaya kita dapat mengimbangi. Akan tetapi, ini bukan semua di atas tanggungjawab kerajaan, ada juga taska swasta, ada juga tempat-tempat yang kita boleh melihat bahawa kita boleh berikan pertolongan yang kita mampu. Okey, kita masuk kepada isu kanak-kanak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu kawan? Tidak ada. Tetapi ada Yang Berhormat...
Yang Amat Berhormat, sebenarnya masa sudah hampir pukul 1, Yang Amat Berhormat hendak menggulung ataupun hendak sambung sebelah sesi petang terpulang kepada budi bicara Yang Amat Berhormat.
Kalau saya tidak sempat habis, saya akan pergi kepada secara bertulis.
Ya. Sila, teruskan.
Yang Berhormat Batu Kawan dan- ada tiga minit lagikan?
Ya. Sila.
Yang Berhormat Batu Kawan, tetapi Yang Berhormat Petaling Jaya isu berkenaan kanak-kanak? Child grant. Saya telah menjawab secara lisan, tengoklah Hansard berkenaan. Okey, terima kasih. Isu warga emas? Yang Berhormat Libaran? Yang Berhormat Libaran ada? Tidak ada kita berikan secara bertulis. Isu peruntukan bagi projek pembangunan? Yang Berhormat Kangar? Okey, Yang Berhormat Kangar. Kementerian tidak dapat memastikan kesahihan data yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, kemungkinan data yang diberikan bukanlah data terkini. Oleh sebab berdasarkan semakan kementerian, terdapat dua projek pembangunan kementerian yang sedang dilaksanakan di negeri Perlis iaitu penambahbaikan dan penyelenggaraan Rumah Kanak-kanak Arau serta pembaikan dan penyelenggaraan Rumah Seri Kenangan (RSK). Saya akan berikan terperinci lagi berkenaan ini.
Sekadar makluman, data ini saya dapat daripada dokumen Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri. Mungkin sehingga pertengahan tahunlah.
Akan tetapi apa yang saya ada, saya akan bagi kepada Yang Berhormat Kangar.
Penutup Tuan Yang di-Pertua, satu minit untuk tidak dinafikan Tuan Yang di- Pertua, Belanjawan 2020 adalah mesra wanita dan memberikan keutamaan kepada pembangunan wanita khususnya kanak-kanak dan menggalakkan golongan OKU untuk berdikari. Di atas usaha gigih ini, kementerian telah dipuji oleh NGO seperti WAO berhubung agihan belanjawan ini bukan angkat sendiri ya. Saya cakap sahaja ya. Ini akan terus memberikan kami semangat untuk terus memberikan tekanan agar kerajaan meningkatkan peruntukan bagi kumpulan sasar kami iaitu hampir semua rakyat Malaysia. Kini, saya serahkan kepada Ahli Yang Berhormat untuk memainkan peranan dan tanggungjawab untuk uar-uarkan program dan peruntukan yang ada di agensi di bawah kementerian kami di sekitar kawasan masing-masing bagi memastikan program- program ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Sebab ada program ini tidak guna juga ya- 30 saat. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama. Ini adalah amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kita semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, tepat jam 1. Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula pada pukul 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri KBS ya. Kementerian Belia dan Sukan. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 25 orang Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini yang telah memberikan pelbagai pandangan, pertanyaan dan cadangan berkaitan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2020 di peringkat dasar ini. Tuan Yang di-Pertua, kementerian terlebih dahulu menyambut baik keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan tentang isu kemudahan sukan di kawasan masing-masing. Dalam Belanjawan 2020 secara amnya, KBS telah memperuntukkan RM184 juta untuk pembinaan kemudahan sukan yang baru serta RM104 juta untuk menaik taraf kemudahan sukan yang sedia ada. Ini termasuklah RM3 juta untuk membaik pulih gelanggang futsal di seluruh negara. Kita akan melakukan proses membaik pulih kemudahan sukan, termasuk gelanggang futsal ini secara berperingkat mengikut keperluan dan juga kemampuan sumber yang ada pada pihak kementerian. Pada tahun 2020 juga, perhatian akan diberikan kepada kemudahan sukan luar bandar. Bagi perkara ini, belanjawan sebanyak RM4.4 juta akan diperuntukkan. Jadi secara umumnya, saya menyarankan agar sebarang permohonan Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan kemudahan sukan boleh dikemukakan pada bila-bila masa kepada Pejabat Belia dan Sukan di setiap negeri dan setiap daerah. Secara khususnya, saya ingin menyebut beberapa Ahli Parlimen yang telah membangkitkan...
Yang Berhormat Menteri, boleh?
...Isu- akan ada nanti.
Berkait dengan tadi itu.
Akan ada nanti tentang Yang Berhormat Ledang. Jadi, lepas jawab, kalau ada apa masalah, kita berikan peluang kepada Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih.
Yang Berhormat Jeli.
Tidak ada.
Kalau yang tidak ada, saya mohon untuk bagi...
Bertulis sahaja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi Yang Berhormat saudara saya daripada Kangar. Kementerian Belia dan Sukan sememangnya memberikan perhatikan dalam memastikan perbelanjaan setiap projek pembangunan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Merujuk kepada pertanyaan ataupun isu yang dibangkitkan oleh beliau atas tiga projek yang dikatakan mengalami kelewatan pembayaran, inilah status-statusnya. Pertama, projek naik taraf asrama pelajar di IKBN Kuala Perlis. Projek ini sebenarnya telah berjaya disiapkan pada 25 Februari tahun ini. Walau bagaimanapun, pembayaran penuh bagi projek ini akan hanya dimuktamadkan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan ataupun defect liability period yang akan berakhir pada 25 Februari tahun depan. Keduanya ialah projek naik taraf dan ubah suai Kementerian Belia dan Sukan negeri Perlis, di mana setakat ini projek ini telah siap pada tahap 41 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Februari tahun depan. Projek ketiga pula merupakan projek naik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di IKBN Kuala Perlis yang hanya akan dijangka bermula pada Februari 2020 nanti. Namun begitu, di dalam pelaksanaan projek, termasuk projek-projek yang saya sebut di atas, terdapat beberapa isu yang menyebabkan sedikit kelewatan pelaksanaan projek dan proses pembayaran tetapi telah diatasi melalui pemantauan yang lebih kerap dan terperinci. Justeru, kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan projek pembangunan dapat disiapkan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Pihak kementerian juga komited untuk memastikan peruntukan pembangunan akan dibelanjakan sepenuhnya pada tahun kewangan 2019.
Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Arau, saya akan bagi jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Libaran.
Yang Berhormat Libaran pun tiada. Bertulis.
Yang Berhormat Hulu Terengganu dan Yang Berhormat Ledang.
Yang Berhormat Ledang ada.
Ada menyebut tentang- kedua-dua mereka ada menyebut tentang gelanggang futsal di kawasan masing-masing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan Parlimen Hulu Terengganu mempunyai 15 buah gelanggang futsal yang telah dibina oleh KBS. Manakala di Ledang pula mempunyai 10 buah gelanggang futsal yang sama. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah mengemukakan permohonan sekiranya ada keperluan untuk menaik taraf gelanggang futsal tersebut pada tahun depan. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, ada satu peruntukan yang telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Silakan Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bangkitkan perkara ini pertamanya, berkenaan dengan peruntukan. Akan tetapi yang saya rasa lebih penting juga adalah kemudahan- kemudahan itu sendiri dari segi untuk belia. Gelanggang futsal ini pun saya lihat sebenarnya kita haraplah supaya perkara ini diberikan penekanan, di perbaiki, di selenggara supaya dalam kualitinya yang terbaik. Oleh sebab kebanyakan daripada gelanggang futsal ini untuk maklumat semua Yang Berhormat, bahawa ianya terletak di lokasi-lokasi kadang-kadang yang jauh daripada kawasan penduduk di luar bandar terutamanya. Jadi, akses itu satu perkara.
Kedua adalah penyelenggaraan itu juga tidak dilakukan dengan baik. Jadi, saya harap satu perkara berkenaan dengan peruntukan tetapi pada masa yang sama juga kita harus melihat dari segi kualiti dan kaedah penyelenggaraan dilakukan supaya gelanggang itu berada dalam keadaan yang baik. Terima kasih.
Terima kasih saudara Ahli Yang Berhormat Ledang dan kita mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh saudara tersebut. Seperti yang saya katakan, pada tahun depan kita akan mempunyai satu peruntukan RM3 juta untuk menyelenggarakan dan membaik pulih gelanggang-gelanggang futsal yang ada di bawah kelolaan KBS di seluruh negara. KBS juga dalam proses untuk menyiapkan satu garis panduan penyediaan kemudahan sukan negara. Di mana kita akan melihat kepada satu kaedah yang lebih objektif, lebih saintifik dan lebih lestari ataupun sustainable dalam penyediaan kemudahan sukan. Mengambil kira apa yang Yang Berhormat bangkitkan tadi, termasuklah jarak daripada penduduk dan sebagainya. Yang Berhormat Merbok, ada?
Ada.
Yang Berhormat Merbok telah meluahkan keprihatinan beliau terhadap pembangunan belia dan prasarana bagi tujuan tersebut di Daerah Kuala Muda. Untuk makluman Yang Berhormat, di Merbok terdapat tujuh buah kemudahan belia dan sukan. Satu berita baik untuk Yang Berhormat, bagi tahun 2020 kementerian bercadang untuk membina sebuah kompleks sukan di Daerah Kuala Muda dengan kos sebanyak RM8.3 juta pada tahun hadapan. Yang Berhormat dari Pontian. Ada?
Ada.
Sentiasa setia berada di dalam Dewan ini. Syabas kepada Yang Berhormat Pontian. Beliau ada membangkitkan tentang peruntukan yang diumumkan di Tanjung Piai.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan di peringkat KBS merupakan peruntukan untuk membaik pulih kemudahan sedia ada bagi memberi keselesaan kepada masyarakat setempat khususnya golongan belia untuk aktiviti sukan dan riadah khususnya di kawasan luar bandar. Peruntukan ini telah pun sebenarnya dipohon oleh Allahyarham Datuk Wira Dr. Md. Farid bin Md Rafik yang merupakan seorang Wakil Rakyat yang begitu prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat di situ. Yang Berhormat Labuan, ada?
Boleh saya tahu perincian sedikit tentang peruntukan di Tanjong Piai itu dan apa jawapan? Saya kira tidaklah sebut ia kebetulan ya. Yang Berhormat Menteri pada pandangan saya telah memberikan jawapan bahawa dia memenuhi apa yang dihasratkan oleh arwah. Tidak mengapalah. Cuma saya hendak tahu, apa dia peruntukan? Tidak silap RM3 juta atau RM4 juta. Detilnya.
Faham. Saya akan minta pegawai untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada pihak Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Labuan ada?
Yang Berhormat Labuan tidak ada.
Tidak ada. Okey.
Bertulis.
Jadi, saya akan bagi secara bertulis. Yang Berhormat Putatan?
Yang Berhormat Putatan ada.
Okey, ada. Okey. Yang Berhormat Putatan mencadangkan pembinaan sebuah velodrom di Putatan. KBS sudah tentu menyambut baik cadangan tersebut memandangkan negara kita sememangnya mempunyai potensi yang amat besar dalam sukan berbasikal dan telah melahirkan juara dunia termasuklah saudara Azizulhasni Awang. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sembilan buah kemudahan belia dan sukan di Parlimen Putatan dan kementerian sedia untuk melihat kepada cadangan Yang Berhormat sekiranya sesuai dan ada keperluan tersebut.
Yang Berhormat Sibuti?
Tidak ada.
Tidak ada.
Bertulis.
Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Kubang Kerian, ada?
Tidak ada.
Okey, tidak ada. Rakan saya Yang Berhormat Masjid Tanah telah membangkitkan tentang ruang dan peluang kepada Sukan Massa seperti dodgeball untuk pembangunan sukan tersebut. Saya juga hendak ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Masjid Tanah yang merupakan Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia dan telah memimpin persatuan itu dengan begitu cemerlang. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, sukan dodgeball di Malaysia ini sebenarnya mempunyai dua persatuan sukan kebangsaan iaitu Malaysia Association of Dodgeball (MAD) dan juga Malaysia Dodgeball Federation (MDF). Bagi tahun 2016 hingga 2019, peruntukan berjumlah RM200 ribu telah diberikan kepada sukan dodgeball ini melalui persatuan-persatuan yang saya sebutkan tadi. Pihak KBS akan sentiasa memberikan perhatian dan kerjasama kepada persatuan-persatuan sukan termasuk bagi kategori sukan-sukan baharu ataupun emerging sports seperti dodgeball, cup stacking dan sebagainya untuk melihat kepada perkembangan dan pembangunan sukan-sukan tersebut. Yang Berhormat Batu?
Yang Berhormat Batu, tidak ada.
Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, pasukan dodgeball Malaysia baru sahaja peroleh satu pingat emas pada hari minggu lepas dan tiga pingat perak untuk kejohanan Asian Dodgeball Championships di Hong Kong baru-baru ini. Bukan hanya dodgeball, tetapi saya juga untuk sukan-sukan lain yang berpotensi kerana saya difahamkan bahawa Sukan Massa ini di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan negeri-negeri. Sekiranya diberikan peruntukan lebihan kepada Jabatan Belia dan Sukan negeri-negeri dan juga dikongsikan bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan daerah- daerah, maka boleh digunakan untuk pembangunan Sukan Massa ini khusus untuk akar umbi. Jadi saya kira kalau diberi perhatian, maka ia dapat menaikkan lagi prestasi sukan- sukan ini. Terima kasih.
Terima kasih dan kita mengambil...
Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Arau sudah masuk Dewan?
Yang Berhormat Jeli pun masuk sudah.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Lewat-lewat, tidak perlu.
Saya dok tengok daripada luar tadi.
Okey, tidak apa.
Lif lambat, jadi saya lambat sampai. Tolong jawab saya kejap.
Lewatlah, lewat.
Walaupun Yang Berhormat Arau lewat, kita akur kepada arahan Tuan Yang di-Pertua.
Ya, arahan Speaker. Ini adalah Speaker yang terbaik.
Ya, ya. Kita akur kepada arahan Speaker.
Saya hanya memaklumkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Arau rajin, Yang Berhormat Arau rajin.
Jadi, saya ‘gostan’ sedikit kepada Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Jeli juga.
Ya, Yang Berhormat Jeli.
Yang Berhormat Jeli pun ada.
Menjawab Yang Berhormat Jeli dahulu. Untuk makluman Yang Berhormat Jeli, Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan sebanyak lapan buah gelanggang futsal di kawasan Jeli dan buat masa kini, KBS belum ada perancangan untuk menambahkan kemudahan sukan yang baharu di Jeli. Namun, jika timbul sebarang permohonan dan keperluan, KBS sudi untuk mempertimbangkannya. Yang Berhormat Arau...
Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adalah menjadi hasrat kami semua Wakil Rakyat untuk memastikan setiap kawasan ada pusat sukan kalau tidak besar, kecil pun tidak apa, mini tidak apa. Jadi dalam kes, dalam kes...
Yang Berhormat Jeli cakap Jeli, bukan kami semua.
Yang Berhormat Arau jangan kacau ya...
[Dewan ketawa]
Duduk, duduk.
Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Jeli, you tidak boleh cakap pihak kami, you-you punya fasal, awak sudah melompat. Jangan masuk campur...
[Dewan riuh]
Okey, terima kasih banyak.
Yang Berhormat Timbalan Menteri harus menjawab Yang Berhormat Jeli dahulu.
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, pandang sini. Yang Berhormat Arau pandang sini, biar bertentang mata...
[Dewan Ketawa]
Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Cakap bagi pihak awaklah.
Jadi, saya harap kementerian dapat menimbangkan pembinaan sebuah mini sports complex. Sebenarnya tiga tahun lepas disetujui secara prinsip, tetapi ini telah tidak diteruskan. Masa itu ada beberapa masalah teknikal. Tanah sudah pun ada, tanah milik sekolah, tanah milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Isunya adalah access road yang katanya memerlukan beberapa juta. Jadi, saya mohon supaya diberi pertimbangan semula. Access road itu kalau orang kampung dia tidak payah pakai kereta, mungkin jalan kaki, basikal atau motosikal. Jadi pada peringkat awal ini pada pandangan saya memadai access road itu ala kadar sahaja. Jadi saya amat bagi pihak pengundi saya, mohon kerana ini tidak ada satu pun kompleks sukan. Sekarang ini Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli, padangnya digunakan sebagai tempat untuk bersukan termasuk main bola dan ini adalah tidak adil bagi sekolah tersebut. Jadi, mohon pertimbangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat.
Masa jadi Menteri dahulu awat tidak buat?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jeli yang memang disegani dan dihormati kerana merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan sekarang telah memilih untuk bersama-sama dengan pihak ini atas dasar bersih dan urus tadbir baik.
Orang baik bersama kita.
Yang Berhormat Arau, setuju?
Petualang negara.
Kita sedia mengambil maklum tentang rancangan yang dikatakan tiga tahun dahulu dan pihak kementerian akan mengkaji semula rancangan tersebut ataupun pelan tersebut dan melihat kepada sama ada kita boleh meneruskan pelan tersebut dan kita akan hubungi terus pejabat Yang Berhormat Jeli. Yang Berhormat Arau, juga rakan saya berkata bahawa kementerian tidak memberikan perhatian kepada kemudahan sukan dan tidak sebut langsung dalam belanjawan tentang sukan. Ini sebenarnya tidak benar sama sekali...
[Dewan riuh]
Saya ingin rujukkan Yang Berhormat Arau kepada ucapan Belanjawan 2020 Yang Berhormat Menteri Kewangan, perenggan 170 di mana Menteri Kewangan jelas menyebut tentang peruntukan RM299 juta kepada pelaksanaan program sukan untuk semua termasuk memulihkan dan menaik taraf kemudahan sukan termasuk kompleks belia dan sukan dan kompleks sukan komuniti seluruh negara...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, apa yang saya maksudkan ialah perhatian kepada pembangunan sukan, atlet negara. Saya Presiden Renang Malaysia yang berjasa kepada negara, memberi pingat dalam Sukan Olimpik, saya hendak bertanya, di mana penekanan yang dibagi kepada para atlet? Pembangunan sukan itu sendiri. Kita boleh buat macam-macam kompleks sukan, tetapi pembangunan ahli sukan itu di mana disebut? Dahulu disebut, tetapi sekarang tidak sebut Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Labuan sudah sampai.
Okey, faham-faham...
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Labuan sudah sampai.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat daripada Arau, sebenarnya dalam ucapan Belanjawan 2020 juga ada disebut tentang bajet untuk pembangunan sukan terutamanya pembangunan sukan prestasi tinggi iaitu saya ambil contoh mungkin salah satu daripadanya ialah peruntukan RM170 juta bagi penyediaan atlet-atlet kita untuk bertanding di temasya sukan besar seperti Sukan Olimpik, Komanwel dan sebagainya... [Tepuk] Tadi Yang Berhormat Labuan...
Yang Berhormat Labuan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Labuan tidak payah campur. Semua geng-geng itu tidak boleh campur. Ini saya hendak tanya Yang Berhormat...
Yang Berhormat Labuan telah membangkitkan...
Yang Berhormat, yang di sini, Yang Berhormat, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak payah jawab, Yang Berhormat jawab bertulis. Bahawa...
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua...
Jangan kacaulah.
Tuan Yang di-Pertua.
Bahawa peruntukan yang diberi itu mencukupi untuk meletakkan atlet berprestasi tinggi untuk mendapat pingat di sukan- sukan utama terutamanya Sukan Olimpik. Yang Berhormat jawab sahaja kata akan dipertimbangkan, cukup. Saya tak perlukan jawapan yang detail.
Saya rasa saya tak perlu jawab di kertas. Saya jawab di sini.
Saya hairan kadang-kadang. Kalau tak hendak dijawab, mengapa dibangkitkan?...
[Dewan riuh]
Silakan Yang Berhormat Labuan.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan dia bagi RM170 juta. Jadi saya hendak...
Tak apalah. Sudah dijawab, sudah dijawab. Tak apa, tak apa.
Bukan, nak minta buat perbandingan.
Sila duduk, sila duduk...
[Dewan riuh]
Tak payah lagi. Yang Berhormat Timbalan Menteri nak jawab.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, dia buat perbandingan.
Yang Berhormat Arau, duduklah. Duduklah.
Yang Berhormat, minta buat perbandingan bahawa peruntukan ini mencukupi.
Duduklah Yang Berhormat Arau. Tak apa, saya jawab.
Sebab tahun 2018 dapat banyak. Tahun 2019? Itu maksud saya, macam itu.
Saya jawab, saya jawab.
Tahun 2020 mesti ada peningkatan sebab tahun 2020 ialah tahun Olimpik.
Saya jawab.
Teruskan dengan jawapan kepada Yang Berhormat Labuan. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, saya akan jawab soalan Yang Berhormat Labuan tetapi mungkin one liner, satu perenggan atau satu sentence atau ayat untuk menjawab Yang Berhormat Arau. Nanti dia tidak lena tidur pula. Sebenarnya, satu ialah peruntukan kepada penyediaan atlet berprestasi tinggi ini sebenarnya meningkat berbanding tahun 2018. Itu satu... [Tepuk] Keduanya, adakah mencukupi? Jawapannya mudah. Kalau tidak ada rasuah, memang cukup...
[Dewan riuh]
[Tepuk]
Daripada seorang yang saya hormati tetapi jawapan ini adalah tak cerdik! Yang makan rasuah ialah terowong! Yang makan rasuah ialah Kampung Baru!
Sudahlah, teruskan. Teruskan.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Labuan telah membangkitkan tentang Kompleks Sukan Labuan yang telah bertahun-tahun dalam keadaan terabai. Sukacita di sini saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa KBS melalui Jabatan Kerja Raya akan memulakan kerja-kerja menaik taraf Kompleks Sukan Labuan pada tahun 2020 nanti dengan jumlah kos sebanyak RM20 juta...
[Dewan riuh]
Tahniah kepada Yang Berhormat Labuan dan projek ini dijangka siap pada tahun 2021 nanti.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Libaran. Tadi cari Libaran, sekarang Libaran sampai. Kalau ada cerita baharu, kita nak dengarlah.
Banyak gostan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya redha.
Tak mengapalah, bagi dia chance.
Yang Berhormat Libaran telah memberikan cadangan yang baik untuk membina sebuah kompleks sukan di kawasan Parlimen Libaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2012, KBS telah pun membina sebuah Kompleks Sukan Komuniti di Parlimen Libaran yang dilengkapi dengan kemudahan seperti gelanggang badminton, bola jaring, bola tampar, sepak takraw dan sebagainya. Kita faham, selepas lapan tahun kompleks tersebut, mungkin perlu pembaikan dan dinaiktarafkan. Justeru, sukacitanya saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Libaran bahawa KBS telah meluluskan RM2.7 juta untuk menaik taraf Kompleks Sukan Libaran pada tahun 2020 nanti...
[Dewan riuh]
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau ada, tambah lagilah [Ketawa]
Yang Berhormat Batu tadi, tak ada ya?
Yang Berhormat Batu tak ada.
Okey. Yang Berhormat Dungun?
Yang Berhormat Dungun tak ada.
Yang Berhormat Batu Gajah?
Yang Berhormat Batu Gajah ada.
Yang Berhormat saudara daripada Batu Gajah telah membangkitkan isu pertikaian dalaman Persekutuan Karate Malaysia ataupun MAKAF. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pejabat Pesuruhjaya Sukan melalui suratnya pada 27 Mei 2019 telah pun menyarankan penyelesaian secara dalaman mengikut seksyen 23 Akta Pembangunan Sukan ataupun Akta 576 seperti yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Selain daripada itu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan turut mengadakan dua kali pertemuan bersama MAKAF bagi tujuan mencari jalan penyelesaian iaitu pada 14 Mei 2019, sehari selepas hari jadi saya tahun ini dan 20 Mei 2019. Namun, MAKAF akhirnya telah membuat keputusan untuk mengemukakan pertikaian tersebut ke mahkamah. Ini merupakan keputusan persatuan sukan tersebut. Oleh itu, Menteri tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan seperti yang telah disarankan oleh pihak Yang Berhormat memandangkan kes ini sudah pun berada di bawah bidang kuasa mahkamah. Yang Berhormat Sekijang?
Ada.
Ada ya? Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Hulu Selangor?
Tak ada.
Tiga-tiga pun tak ada?
Oh, ada seorang.
Yang Berhormat Setiu ada.
Ada? Ketiga-tiga Yang Berhormat tersebut telah membangkitkan isu pengangguran belia dan peluang pekerjaan untuk belia. KBS bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memandang serius masalah ini yang sebenarnya bukan perkara yang baharu. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran belia berumur 15 tahun sehingga 30 tahun pada tahun 2017 ialah lebih kurang 6.7 peratus. Dalam aspek ini, jelas Belanjawan 2020 merupakan belanjawan yang pro jobs, yang menghasilkan peluang pekerjaan yang mana program Malaysia@Kerja memberi insentif kepada kedua-dua pekerja dan majikan untuk menggaji penganggur, wanita yang ingin pulang kepada kerjaya mereka dan sebagainya. Di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kita juga mempunyai rangkaian 22 buah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di seluruh negara yang melahirkan graduan seramai 26,456 orang graduan daripada tahun 2015 sehingga tahun 2019. Kadar kebolehpasaran pelatih ILKBS meningkat daripada 80 peratus pada tahun 2013 kepada 93 peratus pada tahun 2018 dan gaji purata graduan ILKBS pula meningkat daripada RM1,200 sebulan pada tahun 2013 ke RM1,678 sebulan pada tahun 2018. Ini bermaksud graduan jurusan TVET sebenarnya mempunyai potensi yang amat besar dalam pasaran kerja tempatan. Tambahan pula dengan peralihan kepada Industri 4.0 yang berasaskan kemahiran dan pengetahuan teknikal, KBS melihat program TVET sebagai salah satu batu loncatan kepada peluang kerjaya yang lebih cerah kepada para belia Malaysia. Justeru, KBS melalui ILKBS tadi telah memperkenalkan program- program baharu seperti Pendigitalan IR 4.0 @ILKBS, Teaching Factory dan Bootcamp TVET bagi menyediakan anak muda Malaysia mendakapi dunia Industri 4.0 tersebut. Selain itu, KBS juga melancarkan Program Skill Training At Risk @ Youth atau Star@U pada tahun ini yang bertujuan untuk menawarkan latihan kemahiran secara modular melalui kursus jangka pendek kepada golongan belia berisiko supaya tidak ada belia yang ketinggalan. Di bawah program Star@U versi perintis tahun ini, kita telah
berjaya melatih 727 orang belia dalam 70 program meliputi 13 jenis bidang kemahiran. Melalui program Malaysia@Kerja juga, program Perantis@Kerja akan memberikan elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan kepada pelatih TVET. Bukan semua belia ingin bekerja makan gaji, kita faham. Ada yang menaruh harapan untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Justeru, KBS meneruskan program-program lama seperti Y-Career, Youth Business Expo (yBEX), Facing Up with Social Entrepreneurship (FUSE), Program Keusahawanan Belia Bestari (B-Best) dan juga memperkenalkan program-program baharu seperti Pembangunan Usahawan Digital Young Heroes untuk memberikan pendedahan ilmu keusahawanan serta pembangunan rangkaian perniagaan kepada golongan belia ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Youth Business Expo telah berjaya menarik penyertaan lebih kurang 30 ribu anak muda pada tahun ini. Akhir sekali bagi isu ini, KBS turut melihat industri sukan sebagai satu sektor yang mampu menjana peluang pekerjaan serta peluang perniagaan yang lumayan kepada anak muda. Melalui kepakaran yang ada di pihak kementerian, sepanjang tahun 2019 kementerian telah berjaya menganjurkan kursus-kursus instruktur kecergasan dan rekreasi contohnya Kursus Instruktur Kecergasan Senamrobik dan Kursus Instruktur Gimnasium serta Kursus Rekreasi Luar di seluruh negara dengan penyertaan setakat ini seramai 1,300 orang. Lepasan kursus-kursus ini bolehlah menjana pendapatan melalui pelaksanaan aktiviti sukan. Dalam masa terdekat, KBS akan...
Penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
...Terus membangunkan industri sukan sebagai salah satu industri yang berpotensi menjana ekonomi negara seterusnya membuka peluang kerjaya dan keusahawanan untuk rakyat Malaysia.
Yang Berhormat, penjelasan.
Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Lenggong, dan Yang Berhormat Merbok ada membangkitkan isu berkaitan Majlis Belia atau Youth Power Club (YPC) dan juga peruntukan belia.
Saya mohon untuk menjawab bersama memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan hampir sama. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan untuk Majlis Belia Malaysia tetap ada dan tetap disediakan dalam perancangan KBS setiap tahun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu ini, pada tahun 2019 sahaja, KBS telah menyalurkan RM2.2 juta kepada Majlis Belia Malaysia, RM736 ribu kepada majlis-majlis belia negeri dan RM80 ribu kepada majlis- majlis belia di peringkat daerah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2019, KBS telah menyalurkan sejumlah RM14 juta kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Pendaftar Belia ataupun Registrar of Youth (ROY) sebagai dana bantuan aktiviti mereka. Pertubuhan-pertubuhan ini termasuklah mereka yang menjadi ahli-ahli gabungan Majlis Belia Malaysia. Dalam pada itu, dana pentadbiran sebanyak RM1 juta turut disalurkan kepada pertubuhan belia peringkat kebangsaan dan ini termasuk ahli-ahli gabungan Majlis Belia Malaysia. Melihat kepada perkara ini, KBS telah menyelaraskan semula kaedah pemberian bantuan kepada pertubuhan-pertubuhan belia di mana selain pertubuhan peringkat kebangsaan, kementerian hanya akan memberikan dana aktiviti kepada pertubuhan belia. Tujuannya ialah untuk menggalakkan pertubuhan-pertubuhan belia tersebut bergerak aktif, merealisasikan misi mereka sebagai pencetus aktivisme belia di semua peringkat. Youth Power Club (YPC) merupakan pertubuhan belia yang telah ditubuhkan selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 ataupun Akta 668. Saya di sini sarankan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak memandang YPC sebagai pesaing kepada Majlis Belia Malaysia sebab masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Biarlah 100 jenis bunga berputik di taman belia yang indah ini. Sebaliknya, kita patut menyambut baik inisiatif Yang Berhormat Menteri untuk membangunkan sektor belia
secara agresif bagi menampakkan kehebatan belia Malaysia. Kesimpulannya, jangan bimbang, peruntukan tetap ada untuk Majlis Belia Malaysia, majlis belia negeri, majlis belia daerah dan juga pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di Malaysia ini.
Penjelasan, Yang Berhormat.
Masjid Tanah.
Arau minta penjelasan.
Saya juga.
Arau minta dahulu.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan yang konsisten daripada pihak kementerian untuk sama-sama memperkasa dan juga membantu belia-belia khusus untuk persatuan belia. Cuma, saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa RM80 ribu untuk majlis belia daerah bermakna tidak semua majlis belia daerah yang diberikan peruntukan itu. Saya benar-benar berharap sekiranya selepas ini ada hasrat daripada pihak kementerian untuk membantu majlis belia daerah ini dan juga di negeri-negeri supaya dapat diberikan sama rata supaya mereka ini tidak rasa dipinggirkan. Oleh kerana hari ini apabila kita bercakap tentang soal belia, ramai yang sudah jauh hati dengan kerajaan dan juga ramai yang jauh hati dengan pihak kementerian kerana perkara-perkara yang seumpama ini. Jadi saya benar-benar berharap sekiranya pihak kementerian benar- benar memberi perhatian dan juga membantu mereka ini, maka belia akan terus bersama dengan kita dan malah ianya dapat di perkasa khusus untuk persatuan-persatuan belia ini. Terima kasih.
Yang Berhormat, sambungan. Sambungan daripada Yang Berhormat Masjid Tanah.
Saya sikit sahaja.
Yang Berhormat Merbok dahulu.
Paya Besar lepas ini ya?
Saya? Okey. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam perbahasan saya yang lalu, yang saya sentuh adalah kita memang mengalu-alukan bajet yang tinggi kepada belia. Cuma persoalan saya adalah kalau tadi Yang Berhormat ada menyebut bahawa tahun 2019 banyak lebih kurang dalam RM14 juta tetapi YPC ini jumlahnya tidak sedikit ya, RM138 juta. Apa yang ingin saya memohon penjelasan adalah kita memang menerima makluman daripada kementerian sendiri bahawa kita mesti menghapuskan amalan political patronage. Maksud dia, yang kita ingin penjelasan adalah daripada sudut pelaksanaan. Siapakah kalau hendakkan YPC di setiap Parlimen, 222 Parlimen, minimum maksud saya itu setiap Ahli Parlimen sendiri tahu, maksudnya perjalanan YPC, penglibatan dia, daripada sudut pelaksanaannya lah maksud saya. Itu yang saya mohonkan penjelasan supaya tidak ada berlaku terasa hati dan sebagainya sebab saya rasa faktor-faktor komunikasi ini juga kadang-kadang membuatkan tidak jelas di bawah. Terima kasih.
Boleh Paya Besar?
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya menyokong Yang Berhormat Masjid Tanah dan juga Yang Berhormat Merbok, 100 percent.
Yang Berhormat Paya Besar, silakan.
Saya dulu kah?
Yang Berhormat Paya Besar dahulu. Ya, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya gembira mendengar penghujahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri agak tersusun dan agak lebih tenang berbanding Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya hendak sentuh.. [Dewan riuh] Eh, kalau Yang Berhormat Menteri berani, datanglah. Dia tak datang tetapi
baguslah. Saya puji Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab berani berhadapan dengan Ahli-ahli Parlimen. Inilah contoh pemimpin yang baik. Cumanya, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah YPC ini akan menjadi badan gabungan di bawah MBM? Itu yang pertama. Kerana apa, seolah-olahnya melihat MBM ini berada setara dengan YPC dan walaupun nak buat bunga banyak dalam ini pun saya tak kisahlah sebab saya tahu Yang Berhormat Menteri KBS ini banyak bunga. Akan tetapi yang penting bagi saya adalah kenapa YPC ini langsung tidak menunjukkan peruntukan yang terkandung dalam Bajet 2020? Kita dalam speech yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bagan, jelas. Kelab Pemuda Belia (YPC) dan saya harap di peringkat jawatankuasa nanti tolong Yang Berhormat Menteri datang, jawab di peringkat jawatankuasa kerana bagi saya, saya mencari kat mana peruntukan yang disalurkan kepada YPC. Oleh sebab kita tidak boleh melihat dengan peruntukan-peruntukan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi boleh menggembirakan hati-hati majlis-majlis belia di peringkat nasional, di peringkat negeri dan di peringkat daerah. Jumlahnya sangat kecil Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya nak tahu, RM14 juta Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi, pertubuhan yang didaftarkan di bawah ROY, berapa banyak diberikan kepada YPC untuk tahun 2019. Terakhirnya, saya mengharapkan sangat supaya Yang Berhormat Timbalan Menteri agar Majlis Belia ini diangkat begitu tinggi kerana YPC tidak ada dalam Akta Pertubuhan Belia. Perkara 49(1) jelas menunjukkan MBM termaktub sebagai badan yang tertinggi dan saya harap sangat Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong minta Yang Berhormat Menteri datang dalam peringkat jawatankuasa.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kalau saya tak bagi Yang Berhormat Arau, nanti lagi dia tak boleh duduk. Saya silakan Yang Berhormat Arau.
Ya.
Silakan Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat janganlah kata lebih-lebih ya wahai peminat bunga. Saya menyokong Yang Berhormat Masjid Tanah, bagus. Yang Berhormat Merbok, bagus. Yang Berhormat Paya Besar, bagus. Semua bagus. Soalan saya, sama seperti mereka tetapi...
[Dewan riuh]
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri iaitu kita bagi tahu secara khusus majlis belia negeri berapa. Majlis belia daerah berapa sebab sekarang kita tak jelas. Akan tetapi YPC disebut dengan jelas dan kita lihat YPC ini nampaknya berbau politik bila politik ARMADA dimasukkan dalam YPC. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah boleh diperjelaskan dengan khusus bahawa majlis belia negeri dan daerah ini peruntukannya berapa. Keduanya, boleh tak Yang Berhormat Menteri jangan ketepikan Majlis Belia Negara dalam membuat keputusan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Paya Besar bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri ini, mulanya saya tak setuju, saya tak puas hati, saya nak Yang Berhormat Menteri datang jawab tetapi nampaknya Yang Berhormat Timbalan Menteri sekarang bertaraf menteri sebab jawab dengan tenang. Akan tetapi kalau tak bagi tanya, tak benarkan soalan, tak layak baliklah tetapi sekarang, bagus.
Walaupun ada empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah bertanya soalan tetapi saya jawab sahaja soalan Yang Berhormat Arau sebab beliau kata soalannya sama dengan soalan-soalan Ahli Yang Berhormat yang lain. Tentang soalan bahawa majlis belia daerah tidak mendapat peruntukan Yang Berhormat besar, saya ingin sekali lagi menjelaskan bahawa peruntukan dana oleh KBS, kita dah selaraskan semula agar peruntukan hanya diberikan berasaskan aktiviti dan bukan dana pentadbiran seperti dahulukala. Ini adalah kerana kita ingin menggalakkan persatuan-persatuan belia termasuk majlis-majlis belia untuk bergerak aktif. Apabila mereka menganjurkan aktiviti, maka mereka boleh memohon untuk dana aktiviti tersebut. Jadi di sini saya percaya rata-rata majlis belia daerah ataupun pertubuhan belia di Malaysia ingin bergerak aktif. Justeru dalam keadaan ini, Kementerian Belia dan Sukan ingin menyatakan komitmen kita terhadap menyokong ataupun memberikan sokongan kepada pergerakan belia melalui aktiviti-aktiviti majlis belia ataupun pertubuhan belia.
[Bangun]
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tentang peruntukan yang disebut dalam Belanjawan 2020 tadi, saya rasa lebih RM100 juta itu sebenarnya bukan khusus kepada YPC. Disebut dalam ucapan kalau saya ingat, kalau tidak silap saya sebab dah satu minggu dah ucapan tersebut. Ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan menyebut YPC sebagai antara satu daripada beberapa perkara ataupun elemen dalam belanjawan tentang belia yang diperuntukkan lebih RM100 juta tersebut. Antara contoh yang lain...
Yang Berhormat Timbalan Menteri sedikit Yang Berhormat, ‘hat’ tadi.
Nanti saya habiskan ini dulu, saya habiskan ini dulu.
Okey, tidak apa, tidak apa.
Antara contoh yang lain, termasuklah peruntukan itu akan digunakan untuk Sekolah Pemimpin Masa Depan Malaysia atau Malaysia Future Leaders School. Itu adalah contoh. Jadi, mengapa disebut secara khusus YPC? Ini kerana merupakan satu pergerakan yang baru. Manakala Majlis Belia Malaysia sememangnya kita mengiktiraf Majlis Belia Malaysia sebagai antara rakan kongsi utama Kementerian Belia dan Sukan. Majlis Belia Malaysia dan juga majlis-majlis belia yang lain merupakan institusi yang sudah lama bertapak di negara ini. MBM telah menyambut lebih 70 tahun usianya.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Nanti, saya jawab dahulu.
Tidak, sedikit. Saya hendak mengambil kesempatan Tuan Yang di-Pertua, untuk mengucapkan kehadiran selamat datang kepada tetamu-tetamu kita daripada UiTM Kampus Machang yang bersama- sama dengan kita pada petang ini... [Tepuk] Tidak ganggu, jangan bimbang. Itu sahaja. Ganggu selepas ini.
Selamat datang kepada anak muda kita.
Ya, ini Yang Berhormat, pasal peruntukan tadi Yang Berhormat jawab, Yang Berhormat kata tidak ada peruntukan pentadbiran. Pentadbiran tadi, pasal pentadbiran Yang Berhormat kata, tidak ada peruntukan pentadbiran kepada Majlis Belia Malaysia.
Saya jawab dahulu anak muda, kemudian- saya jawab dahulu anak muda, kemudian Yang Berhormat Arau boleh. Saya jawab dahulu. Saya bagi...
Yang Berhormat, saya hendak beritahu kepada rakyat Malaysia, masukkan dalam Youtube bahawa Ahli-ahli Parlimen kerajaan mendapat peruntukan pusat khidmat. Ada peruntukan pusat khidmat yang diberi sampai RM100 ribu. Kenapa tidak boleh bagi pentadbiran kepada Majlis Belia Malaysia? Mereka juga wakil rakyat belia. Lihatlah belia, apa yang Kementerian Belia buat sekarang ini. Mereka tidak langsung memerhatikan kepada pentadbiran. Belia bukan semua ada pendapatan. Bagi wang pentadbiran supaya mereka boleh buat aktiviti. Yang Berhormat, yang dulu buat itu, belia menjadi hebat sampai orang-orang hebat sekarang ini kerana Majlis Belia Malaysia dahulu yang bagi peruntukan kepada pentadbiran. Kenapa wakil rakyat Parlimen, apa yang hebat? Parlimen diberi peruntukan pentadbiran setiap bulan RM10 ribu. Kenapa Majlis Belia Malaysia dan majlis daerah tidak bagi? Yang Berhormat Masjid Tanah dan Yang Berhormat Merbok akan menyokong saya.
Tuan Yang di-Pertua, keluar topik. Izinkan saya untuk...
Bukan keluar topik. Beliau sebut peruntukan pentadbiran negeri tidak diberi, tadi disebut.
Ya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, YPC disebut khusus kerana ini merupakan pergerakan yang baru tetapi kita tetap mengiktiraf peranan Majlis Belia Malaysia, termasuk Majlis Belia Malaysia sebagai rakan kongsi utama
Kementerian Belia dan Sukan. Saya akan memberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Paya Besar tentang peruntukan tahun 2019 dalam kalangan RM14 juta tersebut, berapa diperuntukkan kepada Youth Power Club. Kita akan memberikan secara bertulis.
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit? Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, masih- sebab point 172, ucapan Yang Berhormat Bagan bukan disebut antara, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak ingatkan balik. Kerajaan akan terus mempergiatkan program pembangunan belia dengan memperuntukkan sebanyak RM138 juta untuk Kelab Pemuda Belia (YPC), Malaysia Future Leaders School (MFLS) dan inisiatif sukarelawan. Maknanya, YPC ini dianggap begitu tinggi tetapi MBM seolah-olahnya dana pentadbiran yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi tidak diberikan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju supaya dana pentadbiran ini direinstate balik, dikemukakan balik? Ini kerana...
[Bangun]
Sekejap Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekejaplah. Dia salah seorang sahaja kena berdiri, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Soalan. Okey.
Saya tidak habis lagi.
Terima kasih. Saya sudah faham soalan Yang Berhormat.
Ya lah. Saya tidak rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri faham soalan saya. Tunggulah sekejap. Duduklah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri duduklah dahulu.
Ya, habis, habiskan.
Ini floor saya. Saya sudah bagi peluang.
Tak, bagilah saya sekejap.
Saya sudah bagi peluang yang mencukupi, Yang Berhormat.
Bila mencukupinya?
Minta menghormati sidang Dewan ini.
Yang Berhormat sepatutnya menghormati saya. Saya sedang bertanya kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua...
Habiskan, habiskan. Silakan.
Itu sebab, duduklah. Tuan Yang di-Pertua, suruh duduk.
Cepatlah cakap.
Dia berdiri, Tuan Yang di- Pertua.
Saya rasa mungkin Yang Berhormat tidak faham tentang peraturan mesyuarat.
Siapa yang tidak faham peraturan mesyuarat? Saya atau Yang Berhormat?
Baru masuk, tidak reti.
Hey, saya tidak cakap dengan you lah. Saya tidak cakap dengan you.
Beri kesempatan. Duduk, duduk. Baik Yang Berhormat Paya Besar. Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.
Saya rasa jelas. Sekarang saya sudah mempunyai salinan ucapan belanjawan tersebut. Saya rasa jelas bahawa RM138 juta tersebut bukannya semua kepada YPC tetapi juga ia merupakan antara contoh yang telah disebutkan untuk peruntukan yang telah dibajetkan. Jadi, saya rasa itu tidak ada masalah. Di sini, sebelum saya menyambung ucapan saya, saya juga ingin mengalu- alukan pelajar Tingkatan 3 daripada SMK Seksyen 5, Wangsa Maju... [Tepuk]
Selamat datang.
Selamat datang anak muda ke Dewan yang mulia ini. Saya tidak ingin berlegar di isu ini. Saya rasa seterusnya menjawab kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Kuala Krai ada? Yang Berhormat Kuala Krai?
Tuan Yang di-Pertua, YPC masuk badan gabungan MBM? Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, YPC badan gabungan MBM.
Kalau Yang Berhormat tahu tentang organisasi MBM dan juga pertubuhan belia, maka Yang Berhormat akan sedar bahawa keputusan untuk menyertai badan gabungan ini bukannya terletak di bawah kementerian. Ia perlu persetujuan daripada kedua-dua pihak. Jadi, saya rasa ini kita boleh sarankan kepada kedua-dua pihak dan terpulang kepada mereka, kepada ahli-ahli jawatankuasa mereka, kepada kepimpinan dalaman mereka untuk membuat keputusan tersebut. Yang Berhormat Kuala Krai ada?
Yang Berhormat Kuala Krai tidak ada.
Tidak ada. Maka dengan itu, saya rasa sekian setakat itu sahaja maklum balas dan jawapan ke atas cadangan, pandangan dan pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai KBS... [Tepuk] Saya ingin sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada keprihatinan, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Batu, Batu.
Yang Berhormat Batu, jawapan bertulislah Yang Berhormat Batu. Mengapa datang lambat sangat? Jawapan bertulis sahaja.
Alah, Yang Berhormat Menteri, banyak masa lagi. Sabar, relax, tenang. Ada masa lagi.
Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.
Memandangkan ada lagi sedikit masa tetapi kena...
Oleh kerana masa masih panjang lagi Yang Berhormat...
Kedengaran suara tersebut lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Arau sudah dijawab.
Batu sahajalah.
Tak, belum, belum dijawab. Saya kata Majlis Belia Malaysia sekarang ini, kenapa Menteri ketepikan Majlis Belia Malaysia? Masa buat keputusan mengundi 18 tahun pun ketepikan Majlis Belia Malaysia. Jadi, sekarang ini pentadbiran Majlis Belia Malaysia ditarik balik. Yang Berhormat beritahu akan pertimbangkan. Kalau Yang Berhormat tidak pertimbangkan, maka Yang Berhormat akan mendapat tentangan yang hebat daripada kami. Oleh sebab Majlis Belia Malaysia sekarang ini dianiaya, dianaktirikan Yang Berhormat. YPC yang tidak tahu mana-mana itu tiba-tiba diagung-agungkan. Apa jasa YPC kepada negara dibandingkan Majlis Belia Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua, ini masalahnya orang yang suka cakap tetapi tidak suka dengar. Tadi saya sudah kata, kita ada memberikan peruntukan kepada pentadbiran, termasuk kepada- terutamanya kepada persatuan belia di peringkat kebangsaan. Saya sudah katakan. Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu...
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Saya kata Majlis Belia Malaysia. Yang Berhormat, Majlis Belia Malaysia beritahu kepada saya, ini dia ada dengan saya di belakang sana. Dia tidak dapat peruntukan pentadbiran yang dibuat pada masa-masa yang lepas.
Yang Berhormat...
Sudah dijawab semua itu. Ya, jawab Yang Berhormat Batu.
Yang Berhormat Batu telah memohon agar sukan silambam dimasukkan ke dalam senarai wajib SUKMA ataupun Sukan Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, sukan silambam sebenarnya merupakan sukan dalam kategori pilihan tuan rumah di SUKMA 2010 di Melaka, SUKMA 2013 di Kuala Lumpur tetapi sukan tersebut telah dikeluarkan daripada SUKMA akibat masalah dalaman persatuan. Ini termasuk pernah berlaku pergaduhan sehingga ada kes polis semasa pertandingan. Namun, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia telah bersetuju untuk menyenaraikan silambam sebagai sukan demonstrasi di SUKMA 2020 di Johor nanti. Pihak jawatankuasa juga telah menyarankan kepada pihak persatuan untuk membuktikan program pembangunan silambam telah berjalan dengan berstruktur di peringkat akar umbi di semua negeri sebelum diberi pertimbangan selanjutnya seperti sukan-sukan yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan mulia ini, Peraturan Sukan Malaysia telah menetapkan negeri penganjur perlu mempertandingkan 19 sukan wajib serta sekurang-kurangnya lima sukan pilihan tuan rumah ataupun minimum 24 sukan pada setiap temasya. Pemilihan 19 sukan wajib ini sebenarnya telah pun diputuskan sejak tahun 2005 berdasarkan kepada 19 sukan teras yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada tahun 2004.
Ini adalah maklumat tambahan kepada Yang Berhormat Batu yang membangkitkan isu ini. Sekian terima kasih dan saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan keprihatinan terhadap isu belia dan sukan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pegawai-pegawai dan warga KBS yang telah berusaha bekerja keras untuk membangunkan sektor belia dan sukan negara termasuk menyediakan maklum balas kepada ucapan ini. Sekian terima kasih.
Kenapa tidak ucap terima kasih kepada Majlis Belia?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri dalam Kementerian Pembangunan Usahawan. Silakan Yang Berhormat.
Ini kementerian hat kereta terbang ya? Saya tidak pasti. Is it this one? Thank you.
Yang Berhormat bila sudah siap jemput Yang Berhormat Arau naik [Ketawa]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Dewan Rakyat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara yang menyentuh bidang tugas Kementerian Pembangunan Usahawan sepanjang sesi perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2020 bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas di Dewan Rakyat yang mulia ini. Secara umumnya, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan bagi tahun 2020 sebanyak RM539,810, 900. Sejumlah RM325.5 juta akan diperuntukkan untuk
perbelanjaan pembangunan, manakala RM214 juta untuk perbelanjaan mengurus. Dalam perbahasan Belanjawan 2020 seramai 12 Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Nibong Tebal, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Kapar telah mengambil bahagian dalam membahaskan isu-isu berkaitan dengan fungsi Kementerian Pembangunan Usahawan. Yang Berhormat Ayer Hitam tidak ada di sini?
Tidak ada tidak perlu, bertulis.
Yang Berhormat Kluang? Pun tidak ada di sini.
Tidak ada. Bertulislah.
Jadi senang saya hendak menggulung beberapa perkara yang dibangkitkan sebelum ini. Yang Berhormat Kluang? Yang Berhormat Kluang ada.
Yang Berhormat Kluang ada, Yang Berhormat Ayer Hitam tidak ada [Ketawa]
Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan PKS dalam pemakaian Adoption Industry 4.0 merupakan salah satu perkara yang ditekankan oleh Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Penggunaan dan pemakaian teknologi digital secara menyeluruh akan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti produk dan mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan tenaga kerja buruh. Perkara ini digariskan di bawah Teras Strategik Keempat DKN 2030, iaitu memacu pertumbuhan ekonomi melalui perusahaan berteraskan inovasi. Teras strategi ini disokong oleh dua strategi iaitu strategi pertama, menyokong perusahaan berteraskan inovasi dan pertumbuhan tinggi dan memudah cara proses penukaran ataupun pertukaran teknologi dan inovasi. Dalam strategi ini inisiatif yang akan dilaksanakan ialah mempercepatkan penubuhan perusahaan berteraskan inovasi dan memiliki pertumbuhan tinggi melalui bantuan bersasar dalam sembilan tonggak Industri 4.0 termasuk automation, pendigitalan dan kecerdasan buatan iaitu artificial intelligents, dengan izin. Memperkukuhkan ekosistem inovasi di peringkat nasional dalam menyokong potensi sebenar startup ke aras industri masa depan dengan mewujudkan kluster keusahawanan di samping membina keupayaan sektor kewangan bagi memenuhi keperluan khusus startup yang didorong oleh inovasi dan berteknologi tinggi dan menyediakan pinjaman berasaskan prestasi dan insentif inovasi termasuk penggunaan harta intelek ataupun intelectual property, dengan izin, sebagai cagaran. Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi menyokong perusahaan PKS yang berteraskan inovasi dan teknologi dengan menggalakkan penubuhan PKS yang berteraskan inovasi, inovation driven enterprise melalui penyediaan bantuan bersasar dalam sembilan tonggak Industri 4.0 termasuk automasi, pendigitalan dan kerja kecerdasan buatan- artificial intelligents dan juga akan memperkukuhkan ekosistem inovasi di peringkat nasional dalam menyokong potensi sebenar PKS ke arah industri masa depan dengan mewujudkan kluster keusahawanan di samping membina keupayaan sektor kewangan bagi memenuhi keperluan khusus PKS yang didorong oleh inovasi dan berteknologi tinggi ini. Bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan serta memastikan reputasi perniagaan yang kukuh, usahawan PKS seharusnya peka dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi terkini. MED juga telah memulakan inisiatif untuk membangunkan platform Digital PKS Kebangsaan bagi memastikan usahawan- usahawan PKS dibantu dengan memberi nilai tambah yang signifikan menggunakan pendekatan teknologi digital. Sistem maklumat berpusat ini akan mengintegrasikan data keusahawanan dan maklumat keusahawanan secara lebih komprehensif dan ekstensif. Selain itu, di bawah Teras Strategik Kelima DKN 2030 iaitu memantapkan keupayaan dan prestasi perusahaan mikro kecil dan sederhana kerajaan telah menawarkan program latihan dan pembangunan yang berkaitan dengan Industri 4.0 bagi mempertingkatkan lagi kemahiran dan keupayaan PKS dalam bidang ini.
Terdapat beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menyokong serta membantu PKS tempatan mempersiapkan perusahaan ke arah Industri 4.0 seperti berikut iaitu Program Business Accelerator (BAP) oleh SME Cooperation bagi memenuhi keperluan PKS untuk mengguna pakai teknologi Industri 4.0 antara elemen pembiayaan yang layak dipertimbangkan adalah pembelian lesen perisian, pembelian perisian dan peralatan serta automasi mesin dan robotik yang berkaitan. Insentif ini berbentuk geran padanan bersamaan 50 peratus hingga ke 400 ribu di bawah skim ini. PKS juga boleh mendapat bantuan pinjaman mudah sehingga RM1 juta pada kadar faedah empat peratus dengan margin pembiayaan sehingga 90 peratus dari tempoh pembayaran sehingga 10 tahun. SME Cooperation juga telah bekerjasama dengan Penang Skills Development Centre (PSDC) bagi memperkukuhkan local system integrators untuk mewujudkan ekosistem bagi menggalakkan penggunaan teknologi Industri 4.0 dalam kalangan PKS. Pada masa yang sama SME Corp telah bekerjasama dengan MITI untuk melaksanakan inisiatif Industry4WRD Readiness Assessment bagi mengkaji tahap kesediaan dan dalam kalangan PKS tempatan. Gerakan koperasi juga akan terus diperkasakan supaya lebih berdaya maju dan berdaya saing dalam persekitaran Teknologi Industri 4.0. Ini termasuk usaha bagi membantu meluaskan peluang perniagaan koperasi, memperkukuhkan lagi perhubungan industri dan penyelidikan yang berterusan. Memperkenalkan portal Malaysiabiz iaitu portal sehenti yang menawarkan kemudahan pendaftaran dan lesen perniagaan yang diusahakan secara bersama oleh SME Corp dengan MAMPU. Memperkenalkan skor akses yang akan dilancarkan tidak lama lagi yang dibangunkan oleh SME Bank bagi memudah cara kan, memudahkan proses permohonan pembiayaan penggunaan artificial intelligents dan skor kredit alternatif yang memberikan perspektif tambahan lebih baik kepada kelayakan kredit pemohon. Mengadaptasikan penggunaan teknologi dan perniagaan digital melalui media sosial serta transaksi perniagaan secara e-dagang melalui latihan di bawah Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBB), dengan izin, yang telah ditambah baik oleh SME Corp di bawah MED. Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) turut menyediakan School of Entrepreneurship yang menawarkan program pembangunan kapasiti dan inovasi untuk setaraf.
Yang Berhormat Menteri.
Usahawan yang mewujudkan peralihan minda, peningkatan teknologi selaras dengan perubahan Revolusi Industri 4.0 dan memperkasakan gerakan koperasi dengan menyediakan program-program menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan cooperator oleh Institusi Koperasi Malaysia, selain kursus latihan teknikal keusahawanan jangka pendek dan program berbentuk coaching dan mentoring menerusi Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN).
Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang program TUBE (Tunas Usahawan Belia Bumiputera) dan saya kira adalah satu contoh program yang amat baik kerana kita melatih mereka tidak silap saya, tiga minggu di dalam kem-kem yang dahulunya kem PLKN. Kemudian, kita berikan mereka geran tidak silap saya RM15 ribu begitu untuk mereka memulakan perniagaan. Setakat mana kejayaan TUBE ini? Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut ada penambahbaikan, apakah penambahbaikan jika di banding dengan program asal masa era kami? Terima kasih.
Program TUBE adalah satu program yang telah mendatangkan keberhasilan yang saya nampakkan begitu mampan dan telah melatih banyak usahawan-usahawan muda. Program ini, kita memberikan tumpuan yang lebih dari segi peruntukan untuk menarik lebih ramai lagi anak muda untuk menyertai program TUBE tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya bangga dengan Yang Berhormat Menteri. Banyak program- program keusahawanan telah dirancang untuk anak-anak muda dan rakyat Malaysia. Cumanya saya hendak merujuk kepada Global Competitiveness Report 2019 bila yang ke-11 dinamik business ini. Nampak ada penurunan pandangan masyarakat dunia
terhadap apa yang Yang Berhormat buat di kementerian kerana ada penurunan dari segi faktor budaya keusahawanan ini. Bagaimana Yang Berhormat Menteri akan gunakan INSKEN yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi supaya report GCR 2020 nanti business dynamic ini merujuk kepada budaya keusahawanan itu akan meningkat dan ia akan memberi satu pulangan yang baik kepada negara kita dalam konteks lebih besar iaitu antarabangsa.
Yang Berhormat, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kita untuk mempertingkatkan budaya usahawan itu sendiri yang kita terlihat admittedly ada penurunan, tetapi dengan adanya suntikan nilai-nilai baharu, dengan adanya dasar-dasar kerajaan terkini yang mementingkan latihan dan sebagainya, membuka minda kepada pasaran yang lebih kompetitif untuk menyuntik nilai-nilai yang lebih berintegriti dan berdisiplin. Ini kami harapkan akan dapat meningkatkan persaingan kita di persada antarabangsa kalau diukur dari sudut di mana kita letaknya di indeks dunia. Kita telah pun lihat keberhasilan tersebut dalam jangka masa kita memerintah Kerajaan Pakatan Harapan, di mana dasar-dasar yang kita sedang laksanakan menjadi contoh kepada negara-negara yang mahu membangunkan usahawan-usahawan terutamanya di kalangan anak-anak muda. Contoh, ada inisiatif-inisiatif untuk Commonweal country untuk menempatkan pusat latihan keusahawanan anak muda di negara kita sendiri. Ini adalah dalam peringkat perbincangan. Ini ada satu recognition kepada kita terhadap dasar apa yang kita telah rangkakan dan sedang dilaksanakan. Juga kita lihat hari ini, anak-anak muda dari negara kita telah diberi satu recognition yang lebih dari itu di mana mereka telah meningkatkan diri dalam keupayaan mereka untuk membantu menyelesaikan masalah dari segi penggunaan soft skill itu sendiri. Kalau kita lihat dari industri air mobility, kita tidak boleh sebutkan - Saya tidak mahu menerangkan secara terperinci, tetapi telah diletakkan usahawan kita dari negara kita di persada yang lebih tinggi di peringkat dunia dan di mata dunia yang menjadi satu contoh kepada usahawan-usahawan yang mahu datang. Contoh, menggunakan platform MaGIC untuk mereka mempertingkatkan lagi penggunaan inovasi dari anak-anak muda bukan sahaja dari negara kita, tetapi dari negara-negara di rantau Asia dan seterusnya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sedikit Yang Berhormat Menteri. Sedikit sahaja.
Banyak sangat itu.
Sedikit, sedikit sahaja. Ini sebab Yang Berhormat Menteri sebut tentang inovasi dan Yang Berhormat Menteri sebut fasal MaGIC. Saya suka dengan MaGIC ini. Akan tetapi kenapa hanya RM10 juta sahaja diperuntukkan di bawah MaGIC sebab dalam GCR ini Yang Berhormat Menteri, tengok betul-betul sebab skor inovasi negara kita jatuh berbanding dengan Singapore. Itu yang pertama. Kedua Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri sebut fasal anak muda dan selalunya mana-mana kerajaan- saya tidak salahkan kerajaan yang baharu, Kerajaan Barisan Nasional pun gunakan mantera yang sama, untuk keluarkan anak muda daripada pengangguran, entrepreneur-lah sebagai jalan keluarnya. Akan tetapi report Khazanah Research Institute menyatakan bahawasanya anak muda ini mempunyai masalah dari segi entrepreneur skills. Itu yang kedua. Ketiganya, mereka juga tidak aware incentives apa yang Yang Berhormat Menteri sebut pada kita di Dewan yang mulia ini. A few of them sahaja yang dapat bantuan daripada pihak kerajaan. Saya harap sangat supaya perkara ini diambil kira dan laporan Khazanah Research Institute ini mesti dihadamkan oleh pihak kementerian Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Saya suka hendak menerangkan sekali lagi, budaya itu sendiri. Kalau kita lihatkan, kebanyakan anak muda tertunggu-tunggu apakah maklumat yang kita boleh berikan. Hari ini kalau kita menggunakan kaedah dieselization, kita menggunakan kaedah big data analytic, inilah yang kita mahu beri kefahaman kepada mereka. Kita bila mahu memberi bantuan dari segi latihan, memang banyak yang kita telah adakan, tetapi maklumat itu mungkin belum sampai secara keseluruhan. Itulah fasa yang kita lalui sekarang untuk memberi awareness kepada mereka melalui MaGIC, melalui INSKEN, melalui IKM. Berbagai- bagai program untuk membudayakan kembali anak-anak muda in particular supaya mereka lebih mahu menjuruskan diri kepada aktiviti-aktiviti melibat keusahawanan.
Kalau kita lihat daripada statistik yang kita telah terima hari ini secara umum, industri masih lagi memerlukan anak-anak muda untuk mengisi peluang-peluang yang ada. Kita tidak mahu menyentuh apakah contoh perkara-perkara yang patut dilakukan di bangku sekolah, tetapi fungsi Kementerian Pembangunan Usahawan adalah untuk memastikan segala kelompangan ini boleh diisikan dengan segala program yang boleh membantu membangunkan budaya usahawan itu sendiri. Kita ada program-program, saya suka sebutkan di sini begitu successful yang telah diguna pakaikan oleh negara maju. Saya baru balik daripada New Zealand contohnya, melancarkan satu modul menggunakan kaedah virtual reality di bawah program MED dipanggil protege untuk memastikan anak-anak muda ataupun para-para usahawan ini dijuruskan ataupun di- stream-kan kepada satu aktiviti-aktiviti yang melibatkan usahawan dan professionalism dan sebagai. Terima kasih. Yang Berhormat Perit Sulong, saya sambung.
Tiada.
Tiada. Yang Berhormat Nibong Tebal?
Tiada.
Pun tiada. Yang Berhormat Batang Lupar pun tidak ada. Yang Berhormat Kapar pun tiada. Yang Berhormat Tampin? Ada. Yang Berhormat Tampin ada, terima kasih. Ada menyatakan ke atas peruntukan yang disediakan bagi pembangunan halal yang berjumlah RM10 juta bagi tahun 2020. Peruntukan ini adalah bagi pelaksanaan program pembangunan kapasiti capaian pasaran dan persijilan halal. Nampak daripada nilai RM10 juta itu kalau dibandingkan dengan peruntukan yang lain, adalah kecil. Akan tetapi kalau kita lihat sasaran pada Bajet 2020 dengan adanya peruntukan di kementerian-kementerian yang lain yang melibatkan perbelanjaan membangunkan industri halal, saya rasa dalam masa tempoh 12 bulan, memadai apa yang kita hendak melaksanakan mengikut inisiatif-inisiatif yang telah kita rancang dan kita akan laksanakan. Kita mempunyai majlis pembangunan industri halal. Dalam bulan yang lepas, Kabinet telah bersetuju sebagai contoh, untuk Kementerian Pembangunan Usahawan menerajui pembangunan industri halal itu sendiri yang meliputi penglibatan daripada JAKIM dari sudut pensijilan, MITI dari sudut standard dan kita menerajui sendiri pembangunan industri halal itu. Kita lihat pembangunan industri halal ini datangnya dari penglibatan-penglibatan dari sektor persendirian dan sektor swasta. Ini cuma melibatkan pembangunan yang kita akan bawa bersama mereka dari segi pameran, dari segi memudah cara, membuka ruang dan peluang untuk mereka membangunkan industri halal itu dan tidak memerlukan perbelanjaan yang khusus untuk membangunkan industri halal itu tersebut.
Namun begitu, MED percaya melalui kolaborasi strategik sebagai kementerian dan agensi di bawah Majlis Pembangunan Industri Halal, pelbagai dana dan inisiatif sedia ada dapat dimanfaatkan bersama bagi tujuan pembangunan industri halal melalui penyelarasan yang disediakan oleh kerajaan dapat dioptimumkan. Pasaran dapat dilebarkan ke kumpulan sasar secara berfokus dan insentif untuk usahawan dapat diselaraskan. Walaupun peruntukan yang saya sebutkan tadi agak terhad, masih terdapat beberapa peruntukan di pelbagai kementerian dan agensi yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan. Sebagai contoh insentif sedia ada di bawah SME Corporation seperti Galakan Eksport Bumiputera (GEB) berjumlah RM25 juta dapat dimanfaatkan usahawan dalam menyediakan produk mereka di pasaran eksport. Market Development Grant (MDG) di bawah MATRADE berjumlah RM50 juta untuk tujuan capaian pasaran luar negara dan lain-lain. Selain itu, dana subsidi di bawah SME Bank dengan faedah dua peratus berjumlah RM200 juta untuk usahawan wanita dan RM300 juta untuk PKS Bumiputera yang menjadi jaguh serantau juga boleh dimanfaatkan oleh usahawan. Jumlah yang disebutkan tadi, kita boleh orang kata beri priority kepada industri-industri yang kita anggap sebagai low-hanging fruit yang kita boleh harvest. Ini lah antara usaha kita untuk memperkasakan industri tersebut untuk meluaskan pasaran ke luar negara dan sebagainya. Kalau RM300 juta disediakan,
kebanyakannya insya-Allah akan digunakan berlandaskan industri halal yang kita hendak bangunkan dan tidak eksklusif kepada industri-industri yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat Tampin juga, strategi yang telah dirancang oleh MED di bawah Jawatankuasa Pembangunan Industri Halal adalah seperti membudaya halal sebagai satu jenama yang dihubung kait dengan kualiti dan keyakinan. Ini menggalakkan lebih banyak PKS mendapatkan pensijilan halal bagi mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan secara langsung dapat meningkatkan prestasi jualan. Menyedia sokongan pembiayaan kewangan kepada enabler industry bagi meningkatkan keupayaan dalam perniagaan PKS. Dalam hal ini, MED telah mengadakan kerjasama dengan Persatuan Institusi Perbankan dan Industri Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) yang menyediakan dana pinjaman sebanyak RM20 bilion untuk syarikat PKS yang layak. Memantapkan kapasiti keusahawanan dalam rantaian bekalan halal bagi memastikan setiap proses dalam rantaian tersebut mempunyai keupayaan untuk lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Antara langkah yang sedang diusahakan MED ialah menghasilkan industri pembuatan halal gelatin pada skala besar di Malaysia sebagai dan dengan penglibatan sektor swasta. Ini bakal menjadi game changer kepada landskap industri halal di Malaysia khususnya dalam sektor makanan, minuman, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal. Suka juga saya hendak maklumkan di sini, Yang Berhormat Tampin baru-baru ini kita telah pun menyaksikan pemeteraian perjanjian antara dua negara untuk membantu kita membangunkan pembuatan gelatin itu sendiri di negara Malaysia. Ini akan menjadi satu catalyst untuk pelabur-pelabur dalam negara dan juga luar negara untuk menerokai dengan menggunakan gelatin itu untuk membuat barangan halal bukan sahaja untuk kegunaan dalam negara tetapi juga kegunaan di seantero dunia. Kita menggalakkan penggunaan teknologi dalam inovasi dan pembangunan produk halal bagi meningkatkan keupayaan industri halal tempatan. Pelaksanaan inisiatif ini melalui kolaborasi dengan pihak swasta dan institusi penyelidikan seperti SIRIM dan universiti ayam- universiti awam, minta maaf [Ketawa] Tajwid dah lari sikit. Universiti awam mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan halal yang dapat bersaing secara kompetitif dengan negara pengeluar lain. Memantapkan keupayaan PKS menerusi synergy inter-agency melalui perkongsian kepakaran dan sokongan infrastruktur untuk pembangunan industri halal dengan mengoptimumkan sumber sedia ada. Ini akan dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri Halal dengan menyelaras sumber dan peranan agensi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan industri halal seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Latihan Keusahawanan ataupun MATRADE, eksport produk, Majlis Reka Bentuk Malaysia atau pembangunan produk. Meluaskan akses kepada pasaran secara berfokus melalui kolaborasi sektor awam dan swasta. Pada masa ini, fokus keutamaan kerajaan adalah menembusi pasaran halal di Jepun sempena penganjuran sukan Olimpik dan Paralimpik 2020, ia bakal menjadi pintu masuk produk halal Malaysia ke Jepun menerusi kedatangan anggaran lapan juta orang pelancong Muslim sepanjang penganjuran acara suka berlangsung. Yang Berhormat Kepala Batas. Yang Berhormat Kepala Batas.
Tidak ada.
Tidak ada.
Minta laluan. Saya ada juga bangkitkan soal standard syariah. Tampin. Tampin.
Ha okey.
Saya ada bangkitkan juga tentang standard syariah dari segi perkhidmatan, produk. Apakah kerajaan sudah ada menetapkan soal standard syariah dalam semua aspek itu?
Kita ada pelbagai Malaysia standard. Antaranya Malaysian Standard 1500 yang banyak memberi maklumat-maklumat dari segi pematuhan standard itu sendiri. Kalau kita lihat hari ini, fokus sebenarnya kalau kita lihat di negara kita adalah untuk menguji setakat mana dia boleh menepati standard itu sendiri. Akan tetapi kaedah baharu yang kita bawa ada lebih kepada sebelum pembuatan
itu sendiri dengan menggunakan piawaian yang telah disediakan oleh Jabatan Standard Malaysia. Jadi, kita lebih hendak memastikan sebelum barang itu dikeluarkan, kita ada membuat kaji selidik dari segi penggunaan standard itu sendiri supaya kita tidak lagi sampai ke satu fasa di mana kita mahu menguji sama ada barangan yang kita telah buat itu adalah syariah compliance atau tidak. Jadi, ini satu pendekatan yang berlainan. Hari ini 95 peratus daripada usaha-usaha kerajaan yang lalu dan kita terpaksa sambung dan tambah baik adalah lebih daripada menguji daripada menyelidik untuk memastikan hasil syariah compliance produk itu mengikuti standard yang kita sebutkan tadi seperti MS1500 dan sebagainya. Terima kasih.
[Bangun]
Boleh. Boleh. Jangan lama sangat.
Pendek sahaja. Saya hendak ucap tahniah lah kepada Menteri kerana tadi kata hendak bawa produk halal di sukan Olimpik di Tokyo. Tahniah. Akan tetapi boleh tidak jelaskan dalam Dewan ini berapakah peruntukan yang digunakan untuk menganjurkan produk halal ini dan berapa luas tapak yang telah pun diperoleh? Dah dapat ke belum tapak untuk produk halal ini dan berapa kos? Berapa banyak gerai yang dicadangkan yang dijangka boleh digunakan di situ?
Tugas Kementerian Pembangunan Usahawan, what we always said, dengan izin, we are not in business. We are not there to do a business tetapi kita facilitate segala bentuk inisiatif oleh private companies dan juga corporate sectors untuk melibatkan diri dalam industri itu. Cumanya, cara kita memudah cara contoh kos-kos pembangunan meliputi hubungan dua negara. Tahun lepas contoh saya berbincang dengan Menteri Ekonomi negeri Jepun dan persetujuan telah dapat kita tanda tangani di mana mereka mengadakan ruang untuk kita menjual ataupun mengadakan dapur halal yang dipanggil untuk The Olympic Village tersebut. Kita telah mengenal pasti empat syarikat untuk memastikan mereka ini menjadi anchor kepada dapur halal itu sendiri dan mereka malah menjadi agen, menjadi jentera untuk membawa masuk barangan halal dari negara kita. Kita memudahkan cara dengan adanya hubungan di antara bukan sahaja B2B tetapi B2G, untuk memastikan tempat yang telah ditetapkan diberikan kepada empat syarikat anchor yang kita telah lantik mengikut kapasiti mereka itu sendiri dan mengikut satu saringan yang dibuat oleh kerajaan Jepun sendiri kalau disebutkan Halal 2020 untuk Olimpik tahun depan. Jadi, kita tidak melibatkan belanja yang besar. Kita sekarang ini tiap-tiap dua bulan tidak silap saya, the last one was last month, pegawai-pegawai dari kementerian akan memastikan jadual yang diperlukan untuk membangunkan menepati jadual yang telah disediakan oleh Olympic Council of Japan untuk memastikan dia boleh memenuhi kehendak di masa Olimpik 2020 kelak. Terima kasih.
Kementerian tidak mengeluarkan peruntukan khas untuk projek tersebut?
Tidak. Kementerian tidak mengeluarkan peruntukkan cuma memudahcarakan syarikat-syarikat tempatan untuk mengisi ruang yang telah diadakan dari sudut hubungan antara kerajaan dan kerajaan ataupun hubungan dua negara. Contoh, di Olympic Village itu diadakan satu tempat yang strategik. Ukuran saiznya saya tidak pasti tetapi saya boleh berikan jawapan bertulis berapa besarnya untuk mengadakan dapur halal itu sendiri. Di sinilah yang kita boleh salurkan barangan-barangan daripada negara kita yang boleh diterima pakai sebagai barangan makanan halal diterima oleh Kerajaan Jepun. Yang Berhormat Kepala Batas tidak ada. Jadi, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat?
Ada.
Ada? Yang Berhormat Pontian telah bertanyakan berkenaan jumlah usahawan baharu yang telah dilahirkan oleh kementerian sejak bulan Mei tahun 2018 sehingga bulan Oktober tahun 2019 dan apakah bidang- bidang serta sasaran jumlah usahawan baharu yang akan diwujudkan pada tahun 2020?
Saya ingin menekankan bahawa MED amat komited untuk meningkatkan jumlah usahawan-usahawan di Malaysia dengan sasaran untuk melahirkan 50 ribu usahawan setahun. Dari bulan Mei tahun 2018 sehingga bulan Oktober tahun 2019, agensi-agensi MED giat menjalankan program-program untuk melahirkan usahawan baharu. MaGIC telah berjaya melahirkan sejumlah 301 usahawan yang terdiri daripada 61 usahawan sosial, 240 stage startup usahawan stage startup ini adalah program berasaskan teknologi merangkumi seluruh sektor ekonomi seperti automotif, pendidikan, kewangan, robotik, pengangkutan dan perubatan. Usahawan sosial pula terlibat dalam bidang makanan, pertanian, kraf tangan dan industri PKS. bagi tahun 2020 MaGIC menyasarkan untuk melahirkan seramai 850 usahawan startup dan 200 usahawan sosial. TEKUN Nasional sehingga kini telah menyalurkan pembiayaan perniagaan bernilai RM56 bilion kepada 435,995 orang usahawan dalam pelbagai sektor perniagaan. Dari jumlah tersebut TEKUN Nasional telah berjaya melahirkan seramai 27,917 usahawan baharu untuk aktiviti perniagaan seperti pembuatan makanan, fesyen, kosmetik dan produk rawatan kecantikan. TEKUN Nasional berazam untuk melahirkan seramai 18 ribu usahawan baharu bagi tahun 2020. MED juga sedang giat melahirkan usahawan secara eksklusif selaras dengan inspirasi terkandung dalam DKN 2030 dan iaitu merangsang pembangunan usahawan yang bersepadu dan holistik dengan memberi sokongan ke arah menyediakan pelbagai program keusahawanan dalam kalangan bumiputera, kumpulan fokus khas dan golongan terpinggir. Justeru itu, dengan mengambil kira perkara tersebut TUBE yang disebutkan tadi yang dilaksanakan oleh SME Corp telah berjaya melahirkan usahawan belia baharu. Program ini telah ditambah baik dengan memperluaskan penyertaan kepada golongan B40, Orang Asli, Orang Kelainan Upaya bagi mengukuhkan jaringan inclusivity melalui program keusahawanan. TUBE turut membantu meningkatkan daya saing PKS menerusi bantuan bersepadu yang meliputi pensijilan, pembungkusan, khidmat nasihat, bantuan teknikal, latihan dan sokongan kewangan untuk bidang seperti pelancongan, pembuatan serta makanan dan minuman. Sehingga bulan Ogos tahun 2019 sejumlah 4,422 belia bumiputera telah dilatih. Sehingga kini perniagaan yang dijalankan telah mencatatkan jualan terkumpul lebih daripada RM107 juta dan mewujudkan 8,000 peluang pekerjaan. TUBE 6.0 akan diteruskan daripada bulan November tahun 2019 manakala Program TUBE 7.0 dijangka akan berlangsung pada tahun 2020 menyasarkan seramai 1,000 peserta yang akan menerima latihan keusahawanan. Di samping itu, belanjawan negara 2020 telah mengumumkan bahawa MED melalui SME Bank diberi mandat untuk terus melaksanakan dua program sambungan sedia ada iaitu Skim Anjakan Usahawan (SAU). Seramai 19 usahawan telah berjaya mendapat pembiayaan di bawah program SAU sejak tahun 2018 sehingga terkini dan juga Best Exporters Programme (BEP), seramai 73 usahawan berjaya mendapat manfaat pembiayaan di bawah program BEP sejak tahun 2018 sehingga terkini. MED menyasarkan lebih ramai usahawan yang akan mendapat pembiayaan bagi kedua-dua program ini melalui dana pembangunan yang diperuntukkan kepada MED pada tahun 2020. MED kini sedang giat merangka pelbagai program yang akan memberikan impak tinggi kepada program usahawan di negara ini. Justeru itu, berdasarkan komitmen dan pencapaian dalam bidang keusahawanan, sehingga kini sokongan dan bantuan yang berterusan daripada pihak kerajaan khususnya dari segi peruntukan tahunan amatlah diperlukan bagi memastikan segala perancangan program dalam membangunkan usahawan dilaksanakan dengan jayanya. Kesinambungan usaha ini juga akan memastikan hasrat kerajaan ke arah menjadi Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan menjelang tahun 2030 dapat direalisasikan.
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Tebrau...
Boleh?
Saya ingin respons kepada jawapan itu. Antara soalan saya selain daripada bertanya jumlah tadi ialah mengenai peruntukan RM539.8 juta ini, RM0.5398 bilion ini terlalu kecil. Kalau kita banding MOE RM64.1 bilion iaitu 118 kali lebih banyak Kementerian Pendidikan, walhal Menterinya- saya kira Yang Berhormat Menteri lagi senior, kenapalah sedikit sangat. Saya merasa
kekecewaan itu, saya boleh merasakan kekecewaan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan yang amat kecil RM0.5 bilion bandingkan RM64.1 bilion. Bagaimana Kementerian Pembangunan Usahawan hendak mengatasi sedangkan hendak diwujudkan 50 ribu usahawan baharu. Kalau dapat satu bilion dapat 100 ribu usahawan baharu. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Dia...
Sekali boleh? Sekali mengenai usahawan?
Okey sekali, boleh.
Okey, sekali, jawablah.
Rangkum semualah.
Ya, mengenai dasar. Saya hendak dapatkan kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, saya dapat maklumat daripada beberapa usahawan yang baru hendak mohon. Apakah benar bahawa katakanlah seorang usahawan dia hendak buat pinjaman, dia hendak buat berniaga kedai, maka pemohon ini kena sewa kedai dahulu, sudah sewa kedai dahulu sudah ada kedai baru boleh buat pinjaman. Apakah ini benar ataupun tidak? Kedua, bilangan Yang Berhormat Menteri cakap tadi termasuk kah bilangan usahawan di bawah MARA? Sebab adakah MARA lain Kementerian Pembangunan Usahawan lain? Mengapa kerajaan tidak letak kerajaan MARA ini di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan? Jadi kerana MARA juga bawah Pembangunan Usahawan. Jadi, bilangan yang disebut tadi sekali dengan MARA kah atau tidak termasuk bawah MARA?
Ya.
Jadi kalau tidak masuk MARA ini patut letak di bawah Pembangunan Usahawan.
Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja. Saya hendak menyatakan hari ini kami bangunan ramai-ramai untuk menyokong Yang Berhormat Menteri meminta peruntukan tambahan serta-merta empat kali ganda hendak bangun usahawan macam mana? Yang Berhormat Menteri jangan takut tengok pada mereka ini, takut Allah SWT Yang Berhormat Menteri. Ini sudah diberi tanggungjawab menjadi Yang Berhormat Menteri Usahawan tetapi jadi macam Menteri JKKK kampung, mana boleh. Yang Berhormat Menteri kena minta peruntukan yang setara. Keduanya Yang Berhormat Menteri the most qualified minister bukan macam yang belakang itu [Ketawa]
Tunggu, tunggu yang belakang itu selepas ini.
Terima kasih kepada ketiga-tiga Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, fungsi Kementerian Pembangunan Usahawan sangat jelas. Kalau kita lihat secara kasarnya memang peruntukan dia tidak begitu besar tetapi diletakkan di berbagai-bagai kementerian yang lain. Fungsi kita jelas untuk melatih membudayakan usahawan kalau kita lihat dibandingkan dengan Kementerian Pendidikan yang beratus kali ganda yang disebutkan tadi itu melibatkan capital expenditure, perolehan kapital itu sendiri di mana Kementerian Pembangunan Usahawan tidak melibatkan diri dalam segala apa bentuk perolehan. Contoh kita tidak bangunkan sekolah kita menggunakan aset-aset ini untuk digunakan untuk institusi keusahawanan negara contohnya itu adalah melibatkan perbelanjaan pengurusan tidak melibatkan perbelanjaan pembangunan. Jadi kalau kita lihat memang secara idealnya kalau kita mengikut apa yang di uar-uarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, Shared Prosperity Vision 2030 (SPV 2030) yang primally didukung oleh DKN 2030 di mana kita hendak menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan menjelang tahun 2030.
Memang kita telah membincangkan perkara ini di peringkat Kementerian Kewangan dan juga dalam special jawatankuasa untuk memperhalus lagi hala tuju kita dalam kita mahu beralih dari tahun 2021 ke tahun 2030. Jadi kalau kita perlihatkan perbelanjaan masa depan, kalau tahun 2020 ini fasa terakhir dalam RMKe-11. Jadi tahun 2020 menjadi satu lead in proposition untuk kita pastikan Wawasan 2030 itu iaitu
Wawasan Kemakmuran Bersama yang di dokong oleh DKN 2030 akan lebih ada definisi dari sudut peruntukan untuk memastikan kita dapat merealisasikan wawasan itu sendiri. Walau bagaimanapun, kita sedang lagi memperhalusi atas inisiatif-inisiatif yang telah kita bentangkan akan dilaksanakan dalam tahun 2030. Ini sedang di peringkat perbincangan yang lebih rapi untuk memastikan kita ada sedikit sebanyak tambahan dalam peruntukan tahun 2020. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Pendang Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan. Yang Berhormat tukar nama kementerianlah, ‘Kementerian Latihan Keusahawanan’. Kalau tidak Yang Berhormat, tidak bermakna Yang Berhormat latih kemudian orang lain- kementerian lain pun tidak layak untuk memberi pinjaman, kementerian Yang Berhormat lebih layak.
Tidak. Kena ada sedikit fahaman...
Kami akan menyokong.
Kena ada sedikit fahaman yang lebih...
Kenapa mereka menyibukkan? Kita buat latihan, kitalah bagi pinjaman. Kalau tidak...
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Kalau tidak jadi kelam kabut. Teori-teori angkasa-angkasa ini tidak payah Yang Berhormat, jawab. Down to earth punya jawapan.
Saya minta...
Supaya rakyat bawah faham bahawa kementerian ini bagi latihan dan juga pinjaman sebagai contoh.
Pinjaman itu saya sebutkan tadi dalam jawapan seawalnya menyatakan contoh, kalau melibatkan industri pembangunan halal, PKS dan sebagainya. Kita baru-baru ini menandatangani satu perjanjian, menyaksikan tandatangan yang dimeterai oleh bank-bank yang memberi sebanyak RM20 bilion untuk usahawan-usahawan. There is no free lunch, there is no free money. Kalau kita hendak membangunkan sesuatu, dengan adanya keberkesanan-keberkesanan dari segi latihan maka institusi perbankan boleh memberi saluran pembiayaan kepada mereka yang telah kita nobatkan sebagai usahawan yang boleh kita bangunkan dengan lebih holistik.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Minta laluan Pendang.
Minta laluan.
Silakan.
Okey Yang Berhormat. Kalau kita lihat peranan membangunkan usahawan ini terletak di bawah banyak kementerian. KPDNHEP misalnya, Usahawan Koperasi, Usahawan Tani di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Usahawan Desa di bawah...
Koperasi di bawah MED.
Usahawan Desa di bawah KPLB dan sebagainya. Sedangkan Yang Berhormat Menteri adalah Kementerian Pembangunan Usahawan. Sepatutnya tidak ada duplicating dari segi membangunkan usahawan ini di bawah kementerian lain. Misalnya kalau adakan promosi di luar negara di bawah satu kementerian dan akhirnya, dari segi expenses kerajaan ini bertambah sedangkan fokusnya adalah untuk membangun usahawan yang sama. Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita katakan semua perkara-perkara yang membangunkan usahawan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
Ya, kami sokong... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Yang itu pun saya setuju.
Saya hendak...
Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Bera itu.
Ataupun sekurang-sekurangnya ada kabinet committee yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri selaku Menteri Pembangunan Usahawan untuk gemblengkan semua tenaga membangunkan usahawan ini di bawah Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Bera.
Soalan itu Yang Berhormat sendiri sudah menjawab. Dalam kita punya cara mengurus tadbir apa sahaja bentuk pembangunan, kita ada jawatankuasa tertentu. Contohnya the prime- untuk National Entrepreneur and SME Development Council (NESDC) yang di pengerusi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah dipacu oleh Kementerian Pembangunan Usahawan. Di situ kita melibatkan pelbagai kementerian yang bertanggungjawab sedikit sebanyak dalam aktiviti keusahawanan. Contohnya KPLB, Menteri Pertanian. Di situlah kita mengadakan satu jawatankuasa perbincangan untuk kalau boleh menurunkan kuasa perbelanjaan itu memastikan keberhasilan program-program yang melibatkan pembangunan usahawan. Kita ada juga Jawatankuasa Pembangunan Belia, kita ada juga Jawatankuasa Pembangunan TVET, kita ada juga jawatankuasa macam-macam jawatankuasa yang saya hari ini mahu memberitahu...
[Bangun]
[Bangun]
Sekejap. MED duduk di dalam kebanyakan jawatankuasa itu dari sudut untuk...
Yang Berhormat Menteri pencelahan.
Memacu pembangunan usahawan itu sendiri dan...
Pasir Salak.
Antara lainnya kita dipertanggungjawabkan menerusi agensi SME Corp. untuk mengukur keberhasilan itu. Kita ada SMEPA yang kita pamerkan di setiap kementerian, di manakah keberhasilan itu sendiri dari sudut penggunaan perbelanjaan untuk membangunkan usahawan di kementerian masing- masing. Terima kasih.
Boleh pencelahan sedikit Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, kita bagi pencelahan, ada dua. Saya lihat Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Pasir Salak, yang mana satu Yang Berhormat Menteri hendak bagi laluan.
Arau tidak nampak?
Pendang dahululah, lama bangkit ini.
Yang Berhormat.
Saya hendak sambung Yang Berhormat ketua Pembangkang...
Kalau Yang Berhormat Menteri hendak teruskan dahulu, boleh teruskan. Baik, Yang Berhormat Menteri tidak beri laluan, bagi Yang Berhormat Menteri...
Sekejap sahaja, satu.
Teruskan dahulu.
Teruskan sahaja.
Tidak, kenapa...
Saya minta Yang Berhormat Menteri Wilayah jangan campur tangan.
Kenapa Menteri Wilayah campur tangan pula?
Menteri Wilayah jangan campur tangan!
Kita berurusan dengan Menteri Pembangunan Usahawan... [Pembesar suara dimatikan]
Saya minta yang lain duduk dahulu, nanti saya pasti Menteri akan bagi peluang kepada yang hendak mencelah.
Saya ingin protes kerana Yang Berhormat Menteri Wilayah campur tangan.
Tidak mengapa, ini keputusan daripada Menteri Pembangunan Usahawan, sila teruskan jawapan.
Yang Berhormat Menteri Wilayah campur tangan...
Tuan Yang di-Pertua, nanti dia pindah ke tajuk lain. Sekarang ini tajuk yang agak sesuai...
Tebrau, Tebrau ada.
Tidak. Tajuk dia akan berbangkit semula sebab dia merangkumi.
Tidak mengapa, beri peluang sekejap.
Yang Berhormat Tebrau, Tebrau.
Saya hendak cadang, hendak tolong, kita hendak tolong Menteri ini... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pendang sila duduk dahulu. Yang Berhormat Menteri Keusahawanan teruskan.
Tebrau ada, ada.
Yang Berhormat Tebrau ada, ya sila.
Yang Berhormat Tebrau telah membangkitkan sama ada kerajaan telah bersedia untuk membantu dan menggalakkan lebih banyak social enterprises ditubuhkan untuk menjana pendapatan bagi masyarakat OKU berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan bahawa MaGIC telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi menyokong pertubuhan perusahaan sosial untuk membantu meningkatkan kerja sosial ekonomi dalam membina komuniti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perusahaan sosial di Malaysia mempunyai peluang yang besar bagi mewujudkan pelbagai jenis pekerjaan yang stabil dan membantu meningkatkan ekonomi masyarakat B40 dan komuniti terpinggir termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). MaGIC merupakan agensi kerajaan pertama di Malaysia yang dipertanggungjawabkan menerajui pembangunan perusahaan sosial negara. Dalam usaha memartabatkan pembangunan sektor ini, MaGIC telah menerbitkan Malaysian Social Enterprise Blueprint.
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Yang menggariskan hala tuju strategik usahawan sosial dan impaknya kepada pembangunan ekonomi Negara-negara dan matlamat pembangunan mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs) telah ditetapkan oleh PBB. Tunggu sat, bagi I habis dahulu Yang Berhormat.
Okey, okey. Tidak mengapa, Yang Berhormat baik.
Matlamat sosial yang...
Kalau Menteri Wilayah kena sudah dia.
Bagi perusahaan-perusahaan sosial ini bukan sahaja bagi membantu golongan B40 malahan melibatkan juga golongan terpinggir termasuk golongan OKU. Antara contoh-contoh serta kategori bagi OKU yang dibantu ialah social enterprise umum, Hard Treasure, Client dan Social Enterprises, buta, Dialog in the Dark, pekak atau bisu, silent toddler autism, the Coffee Zone, food bike, 71 Autisme Cafe dan juga kecacatan pembelajaran dalam satu program dipanggil Goals. Penggalakan penglibatan rakyat dalam usahawan termasuk golongan OKU dan pembangunan perusahaan sosial juga merupakan antara perkara yang ditekan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030, teras strategi tiga DKN ialah merangsang pembangunan keusahawanan bersepadu dan holistik. Antara strategi menyokong teras strategi ini ialah memberi sokongan ke arah usaha keusahawanan dalam kalangan bumiputera, kumpulan fokus khas dan golongan terpinggir dan memantapkan pelaksanaan keusahawanan sosial. Yang Berhormat Hulu Rajang, ada?
Yang Berhormat, soalan yang awal tadi.
Soalan apa itu?
Fasal kereta terbang, bila akan disiapkan dia punya program?
Kereta terbang bukannya inisiatif kerajaan, ia bermula dengan minat usahawan-usahawan dan kita sebagai kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan minat ini menjadi satu industri yang boleh digalakkan. Dikembangkan di antara orang-orang yang cerdik pandai yang mahu menggunakan kepakaran soft skill dan juga kepakaran kejuruteraan untuk bersaing di persada dunia yang hari ini kita telah lihat pun di Singapura mereka telah membual trial untuk kereta terbang.
Jadi, kita yang kurang pandai tidak payahlah hendak terbang. Saya suka hendak sebutkan di sini, kita masyarakat Malaysia kena lebih meningkatkan diri sebagai pemimpin ekonomi, sebagai pemimpin inovasi. Hari ini kita hendak menjadi pengikut pun susah, macam-macam...
Yang Berhormat, soalan saya bila hendak siap, saya sokong...
...Dengan industri seperti ini.
Saya sokong itu, Yang Berhormat ini tidak faham soalan. Jangan tengok muka itu, tengok sini.
Kalau disebutkan...
Bila hendak siap itu, tanya.
...Ini adalah inisiatif swasta dan saya sendiri telah...
Saya hendak jadi pembeli yang pertama.
Alhamdulillah kalau itu yang mahu dibelanjakan, kalau ada RM1.5 juta...
Tidak adalah.
...Untuk terbang bolehlah beli, kalau boleh pakai Ferrari... [Disampuk]
Ini sembang dekat kedai kopi kah apa ini?
Itulah dia.
Yang Berhormat, sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Yang Berhormat Pasir Salak, silakan.
Terima kasih.
Jangan marah.
Janganlah marah.
Sembang macam gaya pasar, ini Dewan Rakyat.
Dia yang sebut pasar, mana ada- kita hendak menjawab secara apa yang ditanya.
Sila Yang Berhormat Pasir Salak, settle-kan penjelasan. Sila.
Soalan apa itu?
Ini soal keusahawanan.
Yes.
...Terutamanya orang Melayu. Apakah keusahawanan yang ada? Buat makanan, keropok, buat jeruk buah-buahan, buat itu, buat ini. Sampai bila hendak buat macam ini? Apabila bercakap soal keusahawanan, apa satu cara kerajaan, polisi, program untuk mengangkat usahawan bumiputera ini sama dengan usahawan-usahawan bangsa lain ini? Electrical...
So, soalannya?
...Engineering.
Soalan?
No, apa dia perancangan kerajaan, itu bukan soalankah? Tidak, bukan itu soalankah?
Tidak, sila-sila. Soalannya?
Saya tanya apakah dasar kerajaan, polisi, program kerajaan untuk mengangkat usahawan bumiputera setaraf dengan usahawan-usahawan bangsa lain?
Yes.
Terima kasih.
...Dalam bidang...
Yang Berhormat Pasir Salak sila.
...Berbagai-bagai.
Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak, izinkan saya...
...Janganlah bercakap balik-balik soal keropok sahaja, soal jeruklah, soal itulah, soal ini pass...
Yang Berhormat Pasir Salak...
...We already passed that time.
Dalam penggulungan saya, sepatah perkataan jeruk pun saya tidak keluarkan.
What kind of a Minister? What kind of Minister, I’m giving you just an example?
Mana ada jeruk pun.
What...
Itulah sebut fasal kereta terbang tidak dengar.
I am just giving you an example, it is true.
Itu sebabnya tadi kita kena menjadi pemimpin.
Pemimpin apa kalau setakat itu sahaja?
Tidak membaca...
Orang Melayu tidak akan memimpin kalau setakat itu.
...Adakah Yang Berhormat Pasir Salak membaca...
Tidak payah cakaplah.
...Dasar Keusahawanan Nasional 2030?
...Tidak ada 2030 saya hendak dengar.
...Apakah enam teras strategik...
What is it?
Nombor satu adalah...
What is it?
...Membangunkan usahawan dalam memberi pembelajaran dalam e-digitalization in economy, faham?
Apa ekonomi?
...Digitalization tidak faham?
Dia tidak baca.
Pergi sekolah.
Dia tidak baca pun...
[Dewan riuh]
Digital ekonomi, dasar ekonomi, you talk big.
Dasar Keusahawanan Negara dia tidak baca...
[Dewan riuh]
...Untuk belajar pasal keropoklah. 60 tahun belajar fasal jeruk, keropok?
Baik. Saya hendak ucapkan ribuan terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sudah ditanyakan soalan, sila dengar Yang Berhormat Menteri menjawab.
I was just giving an example.
Ya.
Dah itu?
Saya pun membagi contoh...
Kita tidak mahu usahawan kita hanya bertaraf itu. IKS, you tahu IKS?
Kita memberi contoh juga dari sudut...
Apa buat kereta terbang?
...Membangunkan usahawan. Jadi, Yang Berhormat Pasir Salak digalakkan untuk pergi belajar lagi.
Eh Yang Berhormat Menteri...
Sebabnya...
...What is your qualification, I want to ask you?
Itu qualification...
No, no, I want to ask you.
Dia kata...
...You challenged me, I want to know.
No...
What is your qualification?
Belajar di DKN2030...
Saya belajar sejak daripada tahun 70-an...
...Pelajaran perlu...
Ini PH mana ada kelulusan...
Tidak...
Tipu banyak.
...Pelajaran...
What is your qualification?
...Merangkumi semua Yang Berhormat Pasir Salak.
No, I want to ask you. What is your experience? Cakap besar.
..Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan.
What is your experience?
My experience...
Apa dia?
...I have now 60 years old understanding the failure of kerajaan lepas.
Apa cakap you? Tidak ada modal kah?
Yang Berhormat Menteri...
Tidak ada modal?
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak membenarkan perbahasan seperti ini. Soalan telah ditanya, penjelasan telah dibuat. Sekarang saya- Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua...
Hidup pak wan!
Yang Berhormat Pasir Salak, our minister has got no experience in corruption.
Yang Berhormat Jelutong sila duduk. Yang Berhormat Jelutong sila duduk.
Yang Berhormat Bagan itu apa cerita Yang Berhormat Jelutong?
Point of order, point of order.
Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk.
Yang Berhormat Jelutong telah bercakap...
Menteri kita bukan macam Menteri you orang lah, Menteri kita bebas rasuah.
Menteri pergi belajar dahulu.
Point of order, Yang Berhormat Jelutong.
Insya-Allah...
36(12).
Insya-Allah...
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.
...Kita akan terus...
...Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.
...Belajar untuk memperbaiki segala kelemahan untuk membangunkan usahawan. Dalam kita punya ciri-ciri- dalam kita punya naratif untuk membangunkan usahawan, saya hendak beri sedikit pembelajaran kepada Yang Berhormat Pasir Salak. Ingat tiga perkataan ini, tiga alphabet, three Cs, courage, creative and candour. Candour itu faham apa benda? Kena faham yang kita ini ada sedikit tidak merangkumi semua ilmu.
Sekarang saya beritahu what is my experience...
...Jadi, kita kena belajar...
....And qualification, you kata I hendak mendabik dada. I can beat you anytime.
Silakan.
...I can beat you anytime.
Baik Ahli Yang Berhormat, saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Pendang. Bagi Yang Berhormat Pendang hendak bertanya. Sila Yang Berhormat Pendang bagi soalan, beri pertanyaan, mohon penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sila Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan. Saya nampak Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan ini dia ada pemikiran inovasi, inovatif. Saya hendak minta jugalah supaya Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan ini
meminta allocation lebih untuk bajet kerana saya rasa pembangunan usahawan ini perlu ada R&D khusus, paling tidak jawatankuasa R&D bagi membangunkan DDI. DDI ini maksudnya domestic direct investment. Ini kita tengok macam mana boleh membantu pembangunan usahawan kerana di bawah pembangunan usahawan ini terletak tanggungjawab yang besar untuk membangunkan terutamanya B40 yang mana banyak budak yang tidak ada pekerjaan. Jadi, saya hendak minta bagi allocation lebih untuk bajet. Sekurang-kurangnya jawatankuasa R&D ini dipindah masuk di bawah pembangunan usahawan. Adakah ini perancangan yang telah dibuat oleh pembangunan usahawan untuk hendak menubuhkan satu jawatankuasa R&D, paling tidak di Rancangan Malaysia atau bajet, setahun ada satu produk. Contohnya saya pergi ke Jepun, sebagai contoh jerami padi dibuat R&D akhirnya dijadikan pinggan untuk komersial, tukar daripada produk tradisional dijadikan pinggan, commercialize dan mahal harganya. Sekarang ini kita sudah ada jerami padi di utara, kebanyakannya- yang ini kita pindahkan untuk dibuat satu commercialize paling tidak kita mengadakan peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk luar bandar untuk mereka program inkubator yang pernah dibuat oleh kerajaan dahulu iaitu sarang kan mereka.
Yang Berhormat Pendang, ringkaskan pertanyaan...
Jadi, soalannya perlu...
...Masa terhad hanya tinggal dua minit sahaja lagi.
Soalan saya perlu ada sarang untuk kita jadikan R&D, sarang ini inkubator punya program yang pernah dilancarkan. Jadi, saya minta pembangunan usahawan tolong minta bajet lebih dan adakah perancangan telah dibuat, minta...
Terima kasih Yang Berhormat Pendang...
Terima kasih Yang Berhormat Pendang, sila.
Saya hendak jawab ringkas sahaja. MED adalah ahli tetap kepada what we call Agensi Inovasi Malaysia di mana di situ letaknya geran-geran tertentu dari sudut penggunaan untuk R&D, commercialization dan sebagainya. Malangnya, hari ini saya suka melaporkan di sini dan geran itu ada diadakan tetapi permohonan itu amat berkurangan dari segi kualitinya, jadi geran sebanyak RM5 hingga RM6 bilion masih lagi tidak diguna pakai oleh pemohon. Itu mustahaknya dalam IR4.0 saya sebutkan tadi. The importance of us to understand big data. Di sinilah kita ada hubung kait di antara pemegang taruh contohnya untuk memastikan sasaran kita tercapai. Hari ini kita mendekati universiti-universiti, menggalakkan mereka supaya lebih berani mengkomersialkan inovasi ataupun R&D mereka. Contoh, hari ini di universiti pertanian alone, there are lebih kurang 280 invention and innovation yang saya lihat hari ini cuma diletakkan di muzium sebab usahawan itu sendiri tidak mahu lebih courageous, lebih kreatif untuk datang ke depan memanfaatkan dana yang kita telah adakan. Insya-Allah dengan adanya hubungan antara stakeholders itu tadi dengan sokongan dan dukungan, dorongan dari MED, kita boleh manfaatkan geran R&D yang telah pun disediakan oleh kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih. Masa telah hampir tamat Yang Berhormat Menteri.
Saya cuma hendak tanya sedikit sahaja. Adakah industri buluh akan dibawa masuk di bawah kementerian Yang Berhormat?
Boleh mohon mencelah?
Industri buluh. Industri buluh yang sedang dibincangkan akan dimasukkan bawah kementerian...
Jawapan ringkas, segala bentuk keusahawanan, seboleh mungkin kita akan selaraskan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
Apakah kami boleh memohon untuk membina industri buluh daripada kementerian Yang Berhormat?
Cadangan-cadangan terutamanya dari negeri Kelantan, usahawan untuk membangunkan industri buluh daripada segi penggunaan penyelidikan, menggunakannya untuk perabot-perabot dan juga untuk penggunaan lantai dan sebagainya. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, ada pertanyaan daripada Yang Berhormat Segamat. Akan tetapi masa telah tamat, minta ringkaskan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Segamat, tidak tahu ada soalan tambahan ataupun soalan yang telah diajukan?
Soalan. Saya minta, memandangkan masa tidak mencukupi, minta bertulis. Akan tetapi saya ucapkan syabas atas penggulungan yang baik.
Terima kasih...
[Dewan riuh]
Jadi untuk menepati waktu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penggulungan perbahasan Belanjawan 2020. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan kementerian dan juga agensi-agensi dan juga Ahli-ahli di Dewan Rakyat ini atas kerjasama yang telah diberikan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan. Dengan itu, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan.
Terbaik. Yang Berhormat Jelutong, terbaik.
Untuk jawapan kepada kementerian seterusnya, saya ingin menjemput Kementerian Wilayah Persekutuan. Dipersilakan Menteri untuk menjawab.
Cemerlang, gemilang, terbilang.
Ditunggu-tunggu sudah tiba.
Hah, pula [Ketawa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera... [Membaca selawat]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, sebab kita hendak tenangkan perbahasan ini, minta dia gantikan dengan Timbalan Menteri menjawab boleh tidak? Sebab dia tidak layak sebab dia Menteri broker.
Yang Berhormat Arau, jangan diganggu.
Tidak. Minta Timbalan Menteri menjawab sebab dia kalau jawab, kami panas tengok Menteri broker ini.
[Ketawa] Kalau panas, keluarlah.
Saya hendak beritahu, Menteri ini anti Melayu. Jadi, kena keluar dan jual Kampung Baru.
[Ketawa] Hendak jual Kampung Baru. Bukan hendak jual Kampung Baru, hendak bangunkan Kampung Baru.
Jadi, saya minta Menteri broker ganti dengan Timbalan Menteri sebab Menteri broker tidak layak jawab soalan. Bagi Timbalan Menteri jawab.
Okey, okey... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau, saya beri teguran supaya beri Menteri untuk menjawab dahulu. Sila Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjawab. Saya tidak benarkan.
Menteri ini jual lagi mahal daripada Menteri dulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bukan hendak jual Kampung Baru, tetapi saya hendak bangunkan Kampung Baru... [Tepuk] Ada pemimpin-pemimpin parti Melayu yang 60 tahun dia pegang pemerintahan, dia bangga dia kekalkan Kampung Baru dalam keadaan yang mundur...
Memang kita bangga. Ini tempat Melayu.
Kita tidak paksa, kita tidak paksa...
[Dewan riuh]
You tidak ada banggakah? Ini Melayu punya. Melayu punya, you tidak bangga?!
Kita tidak paksa penduduk Kampung Baru keluar.
Melayu punya tidak boleh bangunkan? Bodoh!
Menteri bodoh! Bodoh!
Inilah masalahnya...
Tidak ada banggakah dengan Melayu punya tanah? Bodoh! Menteri Bodoh! Jadi broker... [Dewan riuh]
Bagi mereka, kampung Melayu tidak boleh dibangunkan... [Pembesar suara dimatikan]
Saya tidak benarkan celahan-celahan yang tidak mengikut peraturan. Saya minta supaya Menteri teruskan. Siapa yang hendak bertanya, hendak mencelah, minta kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ini mintalah ini. Minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, minta izin. Pontian.
Apa pasal jual tanah RM850, hendak beli... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pasir Salak, saya catat berapa kali tanpa dapat kebenaran daripada saya. Sila.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin.
Tidak apa, tidak apa.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin.
Tuan Yang di-Pertua, Menteri sudah mula buka kes Kampung Baru. Boleh terangkan sedikit atau tidak proses hendak jual, hendak beli Kampung Baru ini, boleh terangkan sedikit?
Bukan kita hendak juallah.
Ya, hendak beli.
Hendak beli.
Kenapa RM850? Kenapa tidak RM3,000?
Tolong terangkan sekejap.
Kenapa hanya RM850? Kenapa tidak RM3,000?
Broker jual.
Broker. Ini brokerlah.
Ketua Bahagian UMNO...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, peraturan Tuan Yang di-Pertua. [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Tarik balik perkataan “bodoh” itu.
Baliklah, tidak payah layan!
Tarik balik perkataan “bodoh” itu...
[Dewan riuh]
Kita hendak dengar pun malaslah. Tidak ada mood-lah hendak dengar.
Parti UMNO ini kata hendak membela Melayu, tetapi seronok tengok Melayu duduk dalam keadaan yang daif di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Malulah, jadi Menteri kena sorak macam ini. Orang-orang jadi Menteri tidak ada kena sorak macam ini. Malulah sedikit.
Mana buktinya dia ada jual... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau berterusan, saya akan minta keluar sebab sekarang ini adalah sesi untuk Menteri menggulung dan menjawab. Kalau hendak tanya, dapatkan kebenaran daripada kami...
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, ikut peraturan. Saya minta Menteri....
Minta...
Mulakan, sila.
Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dulu zaman Nong Chik...
Ini bukan lagi broker, penyamun.
Dia hendak jual 40 peratus, buka kepada bukan Melayu...
[Dewan riuh]
Apa dia? Dialah tarik.
Jumlah 60 peratus Melayu, 40 peratus bukan Melayu.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Suruh Menteri naiklah.
Ini broker UMNO. UMNO, broker.
Ini perompak hak orang Melayu. Perompak orang Melayu. Perompak untuk tanah Melayu. Biarlah Melayu duduk dalam bandar. Apalah.
40 peratus bukan Melayu, 60 peratus Melayu. Ini broker...
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta semua duduk dengan tenang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk. Yang Berhormat Arau, sila duduk. Sila duduk dahulu. Ini sesi penggulungan. Kita dengar dulu. Minta Menteri dengan sopan dan santunnya, sila. Yang Berhormat Arau, saya minta duduk. Saya hendak cool down...
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, masing-masing perlu bertenang. Yang Berhormat Pasir Salak, saya hendak minta Menteri mulakan.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh mendengar penjelasan Menteri kalau diganggu terus.
Tidak. Kita beli...
Kelakuan pemimpin UMNO tidak mahu dengar, kita mahu dengar.
Sebelum saya menjawab pertanyaan dan isu- isu yang telah dibangkitkan, ingin saya mengucapkan...
Halau mereka keluar. Kita tidak boleh dengar penjelasan Menteri, mereka sedang mengganggu.
Saya minta supaya Menteri ini menjawab dengan tenang, jangan berlawan-lawan. Dia seorang yang pro Komunis, kita kena... [Pembesar suara dimatikan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya beri amaran sekali lagi. Kalau sesiapa bangun tanpa kebenaran saya, saya akan minta Bentara untuk usir Yang Berhormat keluar. Sekali lagi ya. Siapa bangun sekali lagi, saya akan panggil. Baik. Sana pun minta duduk juga. Saya beri kebenaran kepada Menteri. Saya yang beri arahan. Duduk...
[Dewan riuh]
Saya hendak ucapkan...
Di belakang itu, usir, usir, sana. [Pembesar suara dimatikan]
Baik. Saya nampak Yang Berhormat Pasir Salak. Saya minta Bentara, sila jalankan tugas. Saya minta Yang Berhormat Pasir Salak keluar! Saya sudah cakap tadi.
[Dewan riuh]
Apa salah saya?
Tanpa kebenaran saya...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua cakap, “Siapa yang bangun”. Dia tidak bangunlah...
[Dewan riuh]
No, no. Apa salah? Tidak adil. Saya tak cakap apa pun.
Saya dah cakap. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]; Tuan Yang di-Pertua, tidak betul ini Tuan Yang di-Pertua.
Tidak. Apa ini. Apa yang dia buat? [Ketawa] Bertenang, bertenang [Ketawa]
[Pembesar suara dimatikan]
Saya minta Yang Berhormat Pasir Salak- Bentara, sila jalankan tugas. Minta Yang Berhormat Pasir Salak keluar...
[Dewan riuh]
Minta Yang Berhormat Pasir Salak kerana gangguan dimulakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Gangguan dimulakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak, saya minta keluar Yang Berhormat Pasir Salak... [Disampuk] Tidak...
[Dewan riuh]
Minta Yang Berhormat Pasir Salak keluar dua hari... [Disampuk] Tidak. Saya telah buat keputusan Yang Berhormat Pasir Salak untuk minta diusir keluar, dua hari...
[Dewan riuh]
Saya sudah bagi warning sudah banyak kali, saya minta. Tidak minta kebenaran daripada saya. Baik, baik. Gangguan telah hampir 20 minit. Saya minta Yang Berhormat Pasir Salak keluar. Minta Bentara- yang lain boleh duduk. Yang Berhormat yang lain sila minta. Ahli Yang Berhormat yang lain duduk, saya minta Yang Berhormat Pasir Salak untuk- usher them out. Terima kasih Bentara. Tidak minta kebenaran daripada saya...
[Dewan riuh]
Saya minta supaya seorang menjadi contoh kepada yang lain. Ya, sila. Ya, pun sama juga, sana sila duduk. Jangan- sini minta duduk. Boleh saya sebut seorang lagi hendak minta saya keluarkan? Ya, baik. Saya minta Yang Berhormat Pasir Salak keluar, seorang sahaja keluar. Minta hormat...
[Dewan riuh]
Saya dengan cara baik saya telah buat keputusan Yang Berhormat Pasir Salak... [Disampuk] Baik... [Dewan riuh]
Baik. Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta semua senyap. Baik. Saya tetap dengan keputusan saya tetapi Yang Berhormat Pasir Salak boleh duduk tanpa ada gangguan yang lain. Saya minta Yang Berhormat Menteri terus bercakap. Akan tetapi saya telah buat keputusan untuk Yang Berhormat Pasir Salak untuk dua hari. Baik, terima kasih. Saya kata... [Disampuk] Sila Yang Berhormat Menteri...
[Dewan riuh]
Tidak apa, itu saya yang halau. Baik. Yang Berhormat Menteri boleh? Baik, minta Yang Berhormat Baling sila duduk. Yang Berhormat Baling duduk, Yang Berhormat Pasir Salak duduk. Baik, sila.
Okey, bukan saya yang sebut Kampung Baru ya. Yang Berhormat yang sebut Kampung Baru yang provoke, bukan saya.
Jangan bangun Yang Berhormat.
Ini kah standard Menteri? Okey, kita bahas fasal Kampung Baru nak?
Ahli-ahli Yang Berhormat... [Ketawa]
Ini tidak ada standard punya jawapan.
Yang Berhormat Menteri tidak sebut fasal Kampung Baru tadi. Yang Berhormat Pasir Salak yang...
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri, sila jawab...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk. Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk, sila duduk. Yang Berhormat Baling, sila duduk. Baik. Baik, baik, baik. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri- baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Baik, baik, terima kasih. Minta Yang Berhormat Menteri jawab dengan sopan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mereka baru belajar hendak jadi pembangkang...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri bangang. Tuan Yang di-Pertua, kurang ajar punya Yang Berhormat Menteri.
Sudahlah. Bangunlah, bangun, bangun.
Woi, ini betul-betul kurang ajar punya Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
...Bodoh. Baru jadi Menteri, guna kemudahan kerajaan.
Bodoh punya Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tidak sekolah... [Pembesar suara dimatikan]
Baik. Yang Berhormat Menteri, buat cara yang baik. Teruskan kepada jawapan perbahasan ya. baik.
...Bodoh sombong.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua halau Yang Berhormat Menteri keluar.
Penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.
Kenapa cuma bagi 820? Kenapa tidak bagi 3,000 sekaki persegi? Kampung Baru, kenapa?
Tuan Yang di-Pertua, keluarkan Yang Berhormat Menteri, keluarkan Yang Berhormat Menteri ini. Mana boleh macam ini. Ini Dewan lah. Ini Parlimen lah Yang Berhormat Menteri. Apa tidak sekolah punya Yang Berhormat Menteri. Char kuey tiaw punya Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Selayang yang telah menyentuh beberapa isu melibatkan Kementerian Wilayah Persekutuan...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
...Semasa perbahasan tempoh hari.
Peraturan mesyuarat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk.
Peraturan mesyuarat.
Izinkan saya untuk memberikan penjelasan...
Tuan Yang di-Pertua.
...Ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai ada? Terima kasih. Semasa mencelah perbahasan Yang Berhormat Sungai Petani telah membangkitkan tentang kejadian lif jatuh di program perumahan rakyat PPR Kerinchi sama ada ia melibatkan spesifikasi dari segi design atau reka bentuk yang telah ditetapkan pentadbiran terdahulu. Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak terlepas...
Gelak, gelak. Apa ini Yang Berhormat Menteri jawab gelak-gelak? Halau dia keluar. Bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Gelak, gelak, gelak. Ini Yang Berhormat Menteri apa ini? Kartun punya Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, ini sudah keterlaluan Tuan Yang di-Pertua, minta mereka keluar Tuan Yang di-Pertua.
Hei Yang Berhormat Jelutong....
Gelak, gelak, gelak. Hei, you diamlah, you duduklah. You tidak...
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri, saya- Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk, senyap. Saya minta Yang Berhormat Menteri buat secara yang lebih serius, saya yang lebih...
[Dewan riuh]
Kurangkan provokasi Yang Berhormat Menteri. Silakan. Teruskan kepada apa yang ada di jawapan.
Tuan Yang di-Pertua, takkan Yang Berhormat Menteri hendak jawab sambil menangis.
Tuan Yang di-Pertua, tahniah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua berlaku adil. Tuan Yang di-Pertua, tahniah Tuan Yang di- Pertua. Ini Menteri pun tidak boleh pakai- Tuan Yang di-Pertua.
Hei Yang Berhormat Kangar. Ada Yang Berhormat Menteri menangislah. Ada Yang Berhormat Menteri pernah menangis, jangan tidak tahu.
Tuan Yang di-Pertua bijaksana. Ajar sikit Yang Berhormat Menteri ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak terlibat secara langsung semasa peringkat penyediaan spesifikasi dan reka bentuk...
Tuan Yang di- Pertua terbaik [Ketawa]
...Di mana ia adalah di bawah kawalan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Walau bagaimanapun, bagi penyelenggaraan lif di PPR, DBKL telah melantik kontraktor-kontraktor penyelenggaraan lif atau firma yang kompeten yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk tujuan tersebut. Dalam tempoh kontrak, kontraktor yang dilantik perlu membuat penyelenggaraan secara bulanan terhadap kesemua lif di kawasan terlibat yang mana ia dilaksanakan oleh juruteknik syarikat bersama wakil DBKL. Kontraktor juga perlu membuat pemeriksaan ulangan, schedule inspection setiap tiga bulan sekali yang dilaksanakan oleh orang yang kompeten bagi pihak syarikat di mana individu tersebut juga perlu berdaftar dengan JKKP. Seterusnya, pemeriksaan bersama orang yang kompeten dari pihak syarikat bersama wakil pegawai JKKP akan dilakukan setiap 15 bulan sekali bagi tujuan memperbaharui sijil permit mesin angkat iaitu PMA. Bagi memastikan semua lif di kawasan perumahan awam (PA) dan PPR berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan, DBKL akan terus memantau dan meneruskan kerja penyelenggaraan...
Tuan Yang di-Pertua.
...Seperti mana yang telah ditetapkan oleh JKKP mengikut Peraturan...
Yang Berhormat Menteri, minta pencelahan.
...Kilang dan Jentera (Lif Elektrik untuk Penumpang-penumpang...
Saya bukan angkat tangan. Saya minta pencerahan.
...Dan Barang-barang) 1970 di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139].
Tuan Yang di-Pertua.
Biar saya habis baca, sedikit sahaja lagi. Sabar, sabar.
Ya, biar dia habiskan dulu.
Saya akan beri, jangan risau.
Okey.
Dalam soal nilai dan spesifikasi...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
...Sekiranya ada aspek-aspek design dan spesifikasi yang tidak mengikut piawaian antarabangsa dan industri, maka semestinya ia akan disebut di dalam laporan setelah pihak JKKP membuat siasatan. Setakat ini, persoalan tersimpangnya daripada soal piawaian dan spesifikasi, tidak langsung disebut tetapi punca berlakunya kemalangan itu telah diletakkan kepada failure kepada satu solenoid yang sebenarnya lif itu melebihi 10 tahun. Maka apabila solenoid itu telah fail, maka itulah punca. Bukan atas sebab design ataupun spesifikasi. Ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Saya bagi Yang Berhormat lembah Pantai dulu kerana soalan ini merujuk kepada soalan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Yang di-Pertua, saya Jelebu bangun dulu tadi, Tuan Yang di-Pertua.
Tak apa Yang Berhormat Jelebu, saya buat keputusan, saya bagi Yang Berhormat Lembah Pantai.
Saya taat dengan Tuan Yang di-Pertua. Saya duduk dahulu...
[Dewan riuh]
Baik, terima kasih. Selepas ini bagi peluang pula.
Terima kasih...
Sila, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua...
...Tujukan soalan kepada Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di- Pertua terbaik lah.
Saya bangkitkan isu sewaktu pencelahan Yang Berhormat Sungai Petani kerana ia melibatkan satu jumlah untuk tahun 2020 sebanyak RM100 juta yang akan digunakan untuk menyelenggarakan antara lain lif di PPR, bukan sahaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara. Saya ingin dapatkan pandangan Yang Berhormat Menteri memandangkan beberapa insiden telah berlaku dan dalam masa yang sama lif-lif yang ada kelihatan kurang kesesuaiannya. Saya terima aduan contohnya penduduk yang merasakan kesukaran bila masa mereka ada contohnya jenazah ataupun- contohnya bagi keluarga India sekiranya mereka ingin mengadakan upacara di dalam rumah untuk membawa mayat itu turun ke bawah. Kadang-kadang lif yang telah direka bentuk dahulu sebelum ini tidak boleh sampaikan mereka terpaksa mengangkat mayat menegak. Jadi ini- apakah yang boleh kita lakukan secara proaktif untuk memastikan bukan sahaja lif-lif yang lama ditukar ganti, lif-lif yang masalah kontraktor yang kadangkala mereka berpangkalan jauh daripada kawasan perumahan PPR ini dan tidak dapat menyelenggarakan lif dalam masa yang singkat serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk termasuklah spesifikasi lif yang sebenarnya dari segi design tidak sesuai. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Sila Menteri.
Menteri. Menteri.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya jawab ini dahulu.
Baik, jawab ini dahulu. Sila.
dari segi design, sememangnya design yang asal dulu tidak mengambil kira keperluan untuk kes-kes jenazah dan sebagainya. Akan tetapi seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, maka ia mungkin merupakan suatu perkara yang boleh diambil kira di dalam design-design yang baru di mana adanya goods dan service lift yang diguna pakai untuk mengangkat barang- barang semasa pembinaan yang merupakan lif-lif yang lebih besar dan boleh dimasukkan di dalam spesifikasi pembinaan-pembinaan yang baru. Bagi pembinaan-pembinaan yang lama, apa yang ada itulah yang ada dan kita tentukan bahawa kita boleh cuba memanfaatkan dan menyelenggarakan dengan sebaik yang mungkin...
Yang Berhormat.
Menteri, tajuk lif lagi Menteri.
Yang Berhormat.
Dalam soal breakdown di DBKL memang kita telah menetapkan bahawa kontraktor penyelenggaraan kena tentukan adanya kakitangannya di kawasan PPR itu yang mana yang menjaga lif itu pada setiap ketika.
Yang Berhormat.
Setakat ini kontraktor-kontraktor memang...
Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
...Memenuhi syarat dan keperluan itu.
Yang Berhormat Menteri, yang pertama Yang Berhormat bercakap mesti menghadap Tuan Yang di-Pertua ya. Keduanya, kalau Yang Berhormat nak jawab minta...
Yang Berhormat Arau...
Minta Jelebu...
...Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jelebu dulu. Bagi Yang Berhormat Jelebu dulu. Baik, lepas itu Yang Berhormat Arau boleh. Sila.
Yang Berhormat Arau pun lain kali nak cakap kena tanya Tuan Yang di-Pertua dulu ya.
Baik, terima kasih.
Masa dia jadi pembangkang...
Baik Yang Berhormat Arau, terima kasih. Itu dulu. Sila Yang Berhormat Jelebu. Sila on kan balik.
Okey, Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya Menteri. Saya setuju dengan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi, ini namanya mayat berdiri. Bukannya yang ditegakkan, yang berdiri. Dah banyak berlaku di rumah PPR, Menteri. By right, tak perlu kita tukar PPR ini. Kita tukar spesifikasi lif yang berkenaan. Itu yang kita sebut PPR tadi, yang banyak rosak lif. Saya nak tanya Menteri, apakah tindakan Menteri ataupun pihak kerajaan kepada lif yang berlaku kerosakan berkali-kali kepada unit-unit private ini. Maknanya
apartmen, kondominium dan sebagainya. Ini kerana pengguna bayar service maintenance setiap bulan tetapi lif seminggu dua kali rosak. Jadi macam mana lesen ini diteruskan apabila adanya complaint yang terlalu banyak tetapi...
Kerajaan terus tukar.
...Kerajaan ataupun lesen ini terus di renew pada setiap tahun.
Soalannya Yang Berhormat Jelebu? Soalannya.
Itulah soalan saya. Menteri dengar tak Menteri? [Ketawa] Ha, itulah.
Yang Berhormat...
Soalan saya apakah tindakan kerajaan tentang pemantauan kepada syarikat-syarikat penyelenggaraan lif-lif yang ada di kondominium dan apartmen persendirian?
Terima kasih Jelebu, terima kasih.
Jelas Tuan Yang di-Pertua. Ya, terima kasih. Jelas Menteri?
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Jelebu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya setuju dengan dua orang tadi.
Ya, ya.
Saya tanya Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat nak cakap perancangan masa depan...
Tuan Yang di-Pertua dah beri kebenaran bercakap kah?
Dah bagi. Dia kata lepas Yang Berhormat Jempol, Arau.
Ya kah?
Lepas Yang Berhormat Jelebu, Arau.
Fasal kata Yang Berhormat Jelebu, saya nak jawab Yang Berhormat Jelebu dahulu.
Dia nak jawab Yang Berhormat Jelebu dulu.
Soalan sama.
Belum, tidak apa. Duduk dulu.
Tidak apa, kalau sama, tak payah tanya.
Baik, saya akan bagi.
Kalau soalan sama, tak payah tanya.
Nampak, nampak, nampak. Yang Berhormat, dia kena jangan macam itu. Dia provoke kami...
[Dewan riuh]
[Ketawa]
Tidak mengapa. Dia perlu soalan yang lain. Kalau soalan yang sama dia ada hak untuk...
Soalan sama...
...Baik, baik terima kasih.
...Fasal lif, fasal lif.
Okey, okey.
Baik, Terima kasih. Sila Menteri.
Baik.
Yang Berhormat Menteri.
Dia yang masalah lif di kawasan kondominium yang swasta, sebenarnya ia bukan di bawah jagaan DBKL. Ia di bawah jagaan Joint Management Body (JMB) yang dibentuk oleh penghuni ataupun pemilik-pemilik kondominium. Ini adalah merupakan satu keperluan perundangan, yang telah lama dilaksanakan. DBKL hanya menjaga lif-lif bagi flat-flat dan apartmen yang di bawah jagaannya milik DBKL, PPR dan juga perumahan awam. Namun demikian, sekiranya ada lif yang selalu rosak, pihak JMB boleh membuat aduan kepada pihak DOSH ataupun pada pihak KPKT supaya tindakan selanjutnya diambil. Saya rasa bahawa keadaan di mana adanya lif yang sentiasa rosak tiap-tiap dua minggu dan sebagainya, kalau di Kuala Lumpur lah, setakat mana yang saya mendapat maklumat, tidak seperti itu. Tak ada lah sebanyak itu. Mungkin ada di kawasan PPR dan PA yang mana lif-lif yang sudah lama di mana flat-flat itu melebihi 15 tahun. Dalam kes-kes yang sedemikian sememangnya DBKL ada peruntukan yang khas untuk melakukan pertukaran lif-lif itu. Ini sememangnya telah pun dilakukan dan DBKL telah membelanjakan berpuluh-puluh juta sepanjang zaman ia ditubuhkan termasuklah semasa zaman ia di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Ia bukan perkara yang pelik ataupun aneh ya.
Sila, Yang Berhormat Arau.
Jawapan itu cantik ya.
Tuan Yang di-Pertua...
Baik Yang Berhormat Jelebu, cukuplah Yang Berhormat Jelebu. Saya bagi Yang Berhormat Arau pula.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Jelebu, sila duduk.
Ini ekoran yang jawapan Menteri tadi.
Tak perlu.
Bagi Yang Berhormat Arau?
Bagi Arau.
Ya, Arau.
Silakan Yang Berhormat Arau.
Arau yang pertama, saya ulang kan soalan daripada Yang Berhormat Jelebu, soalan yang sama ya tetapi isu berlainan. Fasal lif tadi Yang Berhormat, lif orang mati duduk dan berdiri ini, apakah Yang Berhormat kata- perancangan masa depan, design akan dibuat untuk membolehkan mereka yang mati itu cara matinya. Akan tetapi yang sekarang ini, masalah yang dihadapi sekarang. Saya setuju Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang ini kami kena sengsara seumur hidup kerana lif itu tidak dapat dibaiki semula ataupun dibuat semula supaya ia sama seperti yang dirancang pada masa hadapan. Apakah ada usaha di pihak Yang Berhormat untuk bina lif, untuk membolehkan orang mati, dia mati seperti orang mati. Bukan kena duduk ataupun berdiri ya.
Ya, betul. Dulu...
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Dulu Yang Berhormat...
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, tambah sedikit. Dulu janji dulu ini. Kalau hari... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Baling, tidak boleh mencelah macam itu. Tak boleh.
Yang Berhormat, jadi Yang Berhormat kena ingat bahawa kena bagi perhatian kepada PPR, ini masalah rakyat. Saya tahu Yang Berhormat sekarang berada dalam keadaan yang cukup comfortable, ada outrider, Menteri lain tidak ada outrider, Yang Berhormat ada outrider, ada kereta pengiring lagi daripada DBKL. Saya tengok apakah peraturan yang Menteri boleh menggunakan outrider seperti Yang Berhormat.
Baik Yang Berhormat Arau, soalan jelas, saya minta Menteri jawab.
[Bangun]
[Bangun]
Yang Berhormat Jelebu, sila duduk, bagi Menteri jawab.
Menteri, boleh tak saya tadi? Boleh tak, sedikit?
Tak payahlah, saya ada banyak lagi nak baca. Biar saya proceed jawab yang lain.
Tak, tak, yang bagi selesai kes. Menteri, tadi Menteri dah jawab... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelebu, saya tidak benarkan. Sila duduk Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jelebu sila duduk. Baik, terima kasih. Saya minta Menteri untuk, ya Yang Berhormat Lembah Pantai, silakan.
Saya ringkas saja kerana sefaham saya...
Boleh? Selepas itu Baling. Terima kasih Menteri Carlsberg.
Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di antara semua PPR kita ada lebih kurang 500 lif. Memang seperti Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, persoalan yang dibangkitkan antara sahabat-sahabat seperti Yang Berhormat Arau, persoalannya mungkin sepatutnya diajukan kepada Menteri KPKT yang dulu sebab ini approved by previous administration. Akan tetapi persoalannya, adakah boleh kita gunakan teknologi seperti big data ataupun kita sekarang menyebut tentang IR 4.0. Adakah kita mempunyai satu sistem yang memungkinkan pengawalan dan penyelenggaraan semua lif-lif ini supaya pada satu-satu ketika kita tahu yang mana yang akan rosak, yang mana yang sudah rosak kerana selain daripada isu mayat dan jenazah yang nak turun, sering kali penduduk juga bertanya berapa lama akan siap. Jadi minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai, sila Menteri.
Selepas itu Baling, kejap lagi ya.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih ya, lepas ini Baling.
Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi nak jawab ini.
Tak, saya nak isu pasal lif, pasal lif. Saya duduk dekat Sri Sabah ini Tuan Yang di-Pertua.
Dia orang semua nak saya kekal dengan satu isu saja.
Saya hendak cerita pasal lif.
Yang lain saya boleh jawab...
Secara bertulis.
Tak, sekejap saja, saya punya sekejap saja Tuan Yang di-Pertua, sekejap saja. Saya tak kacau dia, saya nak cakap yang betul, bagi saya peluang. Saya nak tanya pasal kawasan...
Sila Yang Berhormat Baling.
Boleh ya.
Sekejap saja.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan yang terakhir.
Saya nak tanya pasal lif ini khususnya di kawasan Cheras. Saya ada pengalaman adik-beradik di Sri Sabah dan sebagainya. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi betul, saya setuju dengan beliau sebab kita kena ada kaedah baru. Saya minta pohon pada Yang Berhormat Menteri tolong jangan sebut lagi kerajaan terdahulu, kerajaan terdahulu. Come on lah, dah obsolete, dah setahun lebih dah. Hari ini kerajaan yang baharu, kita beri peluang hebat. Kita tak nak Menteri jawab dengan katakan kerajaan terdahulu, itu macam ‘melepaskan batok di tangga’. Saya tak nak juga Yang Berhormat Menteri cakap macam mana ‘kalau esok kami memerintah, Carlsberg kami hapuskan’. Sekarang Carlsberg, Menteri dah duduk dengan kawan-kawan Carlsberg. Terima kasih.
[Ketawa]
Terima kasih.
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Saya tidak pernah kata pun...
Saya tidak benarkan soalan lagi mengenai dengan baru satu tajuk saja.
Satu saja.
Terima kasih.
Tak faham apa itu Carlsberg?
Bab Carlsberg ni, saya tak pernah kata begitu.
Tak, tak, ini bab lain.
Rakyat Shah Alam kata, rakyat Shah Alam panggil Yang Berhormat Carlsberg, Yang Berhormat Ahli Parlimen Shah Alam Yang Berhormat Carlsberg. Kata nak hapuskan Carlsberg, ini rakyat pengundi Shah Alam yang sebut, bukan saya. Minta ampun.
Sila Yang Berhormat Baling duduk.
Itu sebab saya menang tiga kali ya.
Tuan Yang di-Pertua.
Itu menang, saya dah menang tiga kali dan majoriti yang terakhir daripada 10 ribu naik 12 ribu.
Jangan takbur, jangan takbur. Lepas ini kita tunggu dan lihat.
Yang terakhir majoriti saya 30 ribu.
Jawab sajalah soalan yang berkenaan.
Majoriti saya yang terakhir 30 ribu.
Alah, itu tak usah kiralah!
Maka bererti rakyat Shah Alam tahu...
Masa depan.
Itu perlunya portfolio.
Yang penting Yang Berhormat tipu rakyat kata nak hapuskan Carlsberg di Shah Alam...
[Dewan riuh]
Saya minta Yang Berhormat Menteri terus menjawab. Yang Berhormat Jelebu, sila duduk.
Bukan macam Ahli Parlimen Baling. Soalan yang ditanyakan tadi, memang kita boleh upgrade, dan insya-Allah kita akan upgrade yang mana yang lif yang dipasang pada zaman dahulu yang tak boleh saya sebut siapa punya spesifikasi tapi kita semua tahu. Bila lif-lif itu semua dah luput dan tidak boleh diguna pakai lagi, maka kita akan tukar dengan lif-lif yang baru.
Yang Berhormat Menteri, jangan kata akan-akan, tukar, dah dekat dua tahun dah Menteri memerintah.
La sekarang ini lif itu masih boleh pakai.
Pergi Sri Sabah itu, pergi tengok turun padang, check tengok kawasan Cheras itu. Every day they are having problem, orang meninggal, orang kenduri, orang sakit, they are having problem. Pergi turun padang tengok Menteri!
Must be because every day you are there, so orang mati everyday [Ketawa]
You know the area... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Baling, saya tak benarkan, sila duduk Yang Berhormat.
Point of order, point of order.
Everyday...
Peraturan 36(6) Menteri membuat sangkaan...
So, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta izin untuk menjawab soalan seterusnya.
Okey baik.
Yang Berhormat Menteri pun, Yang Berhormat Menteri ada... [Pembesar suara dimatikan]
Baik, saya tak benarkan, telah lama satu subjek telah dibincangkan begitu lama. Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.
Point of order. Saya rasa terhina sebab Yang Berhormat sebut kerajaan lama spesifikasi...
Turut menyentuh isu berkaitan masalah keberkesanan Joint Management Body...
Point of order, duduk, duduk.
JMB dan management corporation.
Point of order pun tak bolehkah?
Sekejap, sekejap.
Di seluruh Kuala Lumpur dan mencadangkan suatu pendidikan dijalankan agar tanggungjawab bersama oleh pemilik strata dipertingkatkan.
Point of order.
Saya terima baik cadangan daripada pihak Yang Berhormat Lembah Pantai dan sememangnya banyak kursus yang sedang dijalankan oleh pihak COB.
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Yang Berhormat Menteri, sekejap. Yang Berhormat Arau nak sebutkan point of order.
Ya tapi dia sakit hati pasal saya ada outrider, dia sakit hati. Itu yang dia tidak boleh duduk diam itu Tuan Yang di-Pertua.
Tak apa, kita dengar dulu. Sila.
Point of order. Yang Berhormat Menteri, Point of Order 36(6), Yang Berhormat sebut spesifikasi daripada kerajaan lama. Kerajaan lama itu adalah Yang Amat Berhormat Langkawi, saya rasa terhina dia menghina Yang Amat Berhormat Langkawi.
Baik terima kasih.
Dia tidak boleh sebut sebab yang lama itu semua PPR ialah pada zaman Perdana Menterinya Yang Berhormat Langkawi. Dia kena tarik balik perkataan lama itu sebab dia merujuk kepada...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Langkawi manusia biasa.
Ini point of order.
Dia tak sempurna.
Jangan argue point of order.
Dia bergantung pada bantuan daripada Menteri- menteri yang lain.
Tak! PPR zaman Yang Amat Berhormat Langkawi.
Kalau Menteri-menteri lain tak pandai, tak membantu maka kita tidak boleh salahkan dia.
Duduk, duduk. Saya punya point of order belum habis lagi.
Sekarang ini Yang Amat Berhormat Langkawi, dia ada Menteri-menteri yang mampu membantu yang akan memberikan tunjuk ajar dan panduan yang boleh diguna pakai dengan jauh lebih baik.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Baik, saya tunggu penjelasan. Minta Yang Berhormat Menteri.
Minta tarik balik perkataan yang menghina Yang Amat Berhormat Langkawi.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau. Baik, faham. Baik terima kasih Yang Berhormat Arau, terima kasih.
Yang Berhormat, kami dulu Menteri tidak ada outrider.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah memberikan iaitu...
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pasir Salak, sila duduk. Yang Berhormat Pasir Salak, saya takkan benarkan Yang Berhormat Pasir Salak untuk bercakap sebab saya tetap kekal dengan order saya. Baik, terima kasih...
[Dewan riuh]
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lembah Pantai dan saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Yang di-Pertua.
Dia tengah bagi penjelasan.
Tak, tak, boleh tak? Yang Berhormat.
Ya.
Apabila ada point of order, yang bercakap duduk dulu. Selepas dia explain oleh yang membawa point of order, Tuan Yang di-Pertua buat keputusan.
Dah faham dah.
Bukan dia buat keputusan.
Baik, baik.
Tuan Yang di-Pertua buat keputusan boleh terima atau tidak terima. Kalau tak terima, duduk dan teruskan.
Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau macam itu juga, kalau mengikut peraturan, Yang Berhormat Pasir Salak telah dihalau keluar! Dia patut keluar!
Baik terima kasih. Yang Berhormat Arau telah menyebutkan Peraturan 36(6), cuma saya pohon penjelasan daripada Menteri bagi penjelasan. Yang lain minta duduk.
DAP jangan cakap banyak ya... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pasir Salak! Okey, Yang Berhormat Pasir Salak duduk!...
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk!...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Jelutong sila duduk ya. Yang Berhormat Pasir Salak sila duduk....
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila semua. Hormati Dewan. Yang Berhormat Menteri sila beri penjelasan. Sila.
Semua fasal Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri ini cakap baik, tidak ada sampai macam ini.
Ya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tolong semua duduklah.
Ini Menteri cap ayam macam ini ada. Ya Allah.
Saya tidak menghina Yang Amat Berhormat Langkawi kerana Yang Amat Berhormat Langkawi manusia biasa. Mustahil dia hendak buat semua dengan kepakaran dirinya seorang diri.
Baik. Terima kasih atas penjelasan. Sila beri jawapan.
Maka Perdana Menteri bergantung pada Menteri-menteri Kabinetnya. Kalau Menteri-menteri Kabinetnya...
Sebab itulah Yang Amat berhormat Langkawi kata Menteri yang ada lima peratus.
...Sendiri kurang bijak...
Saya sambung saja ucapan dia.
...Maka saya tidak hina Yang Amat Berhormat Langkawi, saya hina Menteri-menteri yang menyokong...
Tak, tetapi Yang Amat Berhormat Langkawi bagi tahu dah. Ini kenyataan.
...Kerana tidak tahu buat kerja.
Ini kenyataan Yang Amat Berhormat Langkawi kata Menteri yang ada ini lima peratus saja standardnya.
Itu siapa katanyalah, saya pun tidak tahu.
Ini... [Pembesar suara dimatikan]
Baik, saya minta diteruskan. Hanya tinggal 25 minit saja lagi. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya....
Yang Berhormat, di antara bekas Menteri itu ialah Yang Berhormat Shahrir Samad, abangnya. Adakah dia hendak hina abang dia?
Ada jawapan Hulu Langat itu, tolong diam.
Untuk menjadikan Jalan Brickfields sebagai...
Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua.
...Bandar orang buta.
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya minta Yang Berhormat Menteri gulung.
Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Langat...
Sebab sakit jantung dibuatnya.
...Sebenarnya tiada cadangan untuk menjadikan Jalan Brickfields....
Sudahlah Menteri Carlsberg, gulunglah Menteri Carlsberg.
...Sebagai bandar orang buta.
Yang Berhormat Baling, jangan kurang ajar Yang Berhormat Baling.
Akan tetapi kerajaan...
Yang Berhormat Baling jangan kurang ajar.
...Ingin menjadikan...
Yang Berhormat Jelutong.
Tarik balik. Saya dengan Menteri tidak ada kena mengena dengan dia.
Tidak apa. Yang Berhormat Jelutong sila duduk. Yang Berhormat Baling sila duduk. Saya tidak mahu ada gangguan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Baling sila duduk. Yang Berhormat Jelutong sila duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Baling, duduk. Duduk Yang Berhormat Baling, duduk Yang Berhormat Jelutong.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sudahlah, sudahlah, behave yourself. You are all Members of Parliament. Behave yourself. Ini dalam Dewan yang mulia ya. Tuan-tuan Yang Berhormat ya.
Yang Berhormat Menteri yang start. Yang Berhormat Menteri yang provoke kami semua ini. Menteri Carlsberg.
Siapa yang cakap Carlsberg?
Yang Berhormat Baling jangan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Baling. Saya tidak benarkan Yang Berhormat Baling berdiri atau bercakap. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Rasah duduk.
Pergi jaga lembulah lu balik Perak.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Baling tarik balik kenyataan Menteri Carlsberg. Itu sudah kurang sopan.
Pergi jaga lembu.
Tidak apa.
Itu sudah kurang sopan.
Pergi jaga lembu.
We have to make a ruling, he has been repeating it from just now.
Pergi panggil jaga lembu.
Minta Yang Berhormat Baling tarik balik kenyataan Menteri Carlsberg.
Yang Berhormat tidak apa.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Point of order.
Dia tidak ada point. Itu sajalah yang boleh dia ulangi.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan Brickfields...
Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri teruskan.
...DBKL telah menaik taraf dan menyediakan...
Yang Berhormat Jelutong tidak tarik balik.
...Laluan penjalan kaki yang...
Okeylah, Yang Berhormat Menteri kurang ajar boleh jawablah.
....Lebih mesra bagi orang kelainan upaya (OKU), cacat penglihatan di sekitar Brickfields. Kelebaran laluan pejalan kaki telah ditambah dan aras jalan yang pelbagai telah disamaratakan. Halangan-halangan seperti tiang lampu dan papan tanda juga telah dialih ke kawasan hijau. Ini adalah bertujuan untuk kegunaan dan keselesaan pengguna terutamanya pengguna OKU cacat penglihatan. Maka apa yang kerajaan ingin lalukan ialah mengisytiharkan Brickfields itu sebagai bandar mesra OKU penglihatan. Akan tetapi bukan bandar orang buta ya seperti mana yang disebutkan. Saya harap bahawa perkara itu difahami. Hakikatnya bila DBKL melakukan segala pindaan dan penambahbaikan, rujukan dan perbincangan bersama...
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.
....Pihak Persatuan Orang Buta Malaysia- Malaysian Association for the Blind (MAB) juga diadakan bagi mendapatkan pandangan sebelum pemasangan tactiles yang telah dilaksanakan. Tactiles ini adalah tiles yang diletakkan atas jalan yang mempunyai ciri-ciri yang khas yang membantu mereka yang OKU cacat penglihatan untuk memandu perjalanan mereka....
Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
...Supaya tidak menimbulkan masalah.
Yang Berhormat yang disayangi. Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua.
...Ahli Yang Berhormat Batu, semasa perbahasan membangkitkan...
Yang Berhormat!
...Empat pintu melibatkan- ini.
Saya minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua.
Pertama, berkaitan tunggakan bil air bagi penduduk di perumahan awam...
Saya cakap baik.
Tuan Yang di-Pertua, masa tidak cukup.
Sikit saja Yang Berhormat.
...Dan mereka ini pun asyik buat timbul masalah saja. Provokasi.
Yang Berhormat... [Pembesar suara dimatikan]
Saya minta supaya Yang Berhormat Jelebu dengan Yang Berhormat Arau duduk dulu sementara Yang Berhormat Menteri bagi penjelasan. Baik, duduk dulu. Baik.
Saya hendak minta izin, hendak minta penjelasan.
Ini masuk dalam tajuk yang lain...
Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta penjelasan. Ini fasal OKU tadi yang cacat penglihatan tadi.
...Iaitu bagi Yang Berhormat Batu. Tidak masa ya, minta maaf.
Cacat penglihatan tadi.
Yang Berhormat Jelebu. Bagi point dia habis dulu. Dapat kebenaran daripada kami. Sila duduk dulu, ya.
Biar saya habis dulu. Kalau masih ada masa, saya boleh beri.
Fasal ini tajuk orang cacat.
Biar saya habis dulu, fasal saya nak kumpulkan...
Tuan Yang di-Pertua, ini tajuk orang cacat.
...Semua soalan yang ditimbulkan dapat saya jawab dengan baik dan sempurna.
Ini masalah orang kurang upaya Tuan Yang di-Pertua. Masalah orang kurang upaya, masalah orang sakit mental, semua saya hendak sebut.
Yang Berhormat Batu menyebutkan bahawa...
Sebelum dia masuk topik lain nanti boleh.
Lepas ini ya. Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Okey.
Ahli Yang Berhormat Batu semasa perbahasan membangkitkan empat isu melibatkan kementerian ini. Pertama berkaitan tunggakan bil air bagi penduduk di perumahan awam dan projek perumahan rakyat DBKL. Yang Berhormat Batu menyebut bahawa jumlah bil air tertunggak di seluruh Kuala Lumpur telah mencecah RM8.6 juta.
Yang Berhormat, penjelasan.
Sebenarnya jumlah tersebut hanya bagi Parlimen Batu ya. Itu hanya untuk Batu. Jumlah sebenar tunggakan bil air untuk keseluruhan EA, perumahan awam dan PPR DBKL di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga kini telah mencecah RM39 juta. Ini kita warisilah masalah ini ya. Kita terpaksa tangani. Cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Batu ialah supaya semua hutang ini dibatalkan, dimansuhkan. Tidak mungkin kita dapat melakukan itu kerana sebahagian banyak membayar bilnya. Maka kalau kita mansuhkan semua hutang- hutang itu, ianya tidak adil bagi pihak yang bayarnya.
Apa yang sedang dilakukan oleh DBKL ialah untuk bertemu dengan semua yang terlibat dan memberikan penjelasan. Sebenarnya walaupun ada breakdown pada sistem pada tahun 2011 hingga 2014 tetapi DBKL terus mengeluarkan bil dengan kadar RM25 sebulan secara purata ya. Apabila sistem itu kembali pulih, maka yang mana yang didapati bahawa bil mereka adalah kurang daripada RM25, maka ianya dimansuhkan. Bagi mereka yang didapati bahawa ianya lebih daripada RM25, kita kekalkan yang RM20 itu juga ya. Namun demikian yang masalahnya ialah mereka tidak bayar dan mereka tidak bayar ada sebahagian daripada mereka tidak bayar sejak hari pertama mereka duduk di dalam flat-flat ini ya. Maka adalah diharap bahawa kita boleh menggalakkan semua penduduk-penduduk yang terlibat untuk berusaha. Kita bukan minta mereka bayar semua sekali gus tetapi untuk mula berbayar dan membayar tunggakannya secara beransur-ansur supaya kita adil terhadap yang membayar. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu ialah berkaitan kolam takungan banjir yang menyerupai pusat pelupusan sampah berpunca dari sampah di pasar yang berhampiran. Untuk makluman Yang Berhormat Batu...
Mohon mencelah. Yang Berhormat Batu.
Ya, okey.
Sila Yang Berhormat Batu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Isu yang dibangkitkan oleh saya masa ucapan saya adalah bukan sahaja Parlimen Batu tetapi keseluruhan Kuala Lumpur di mana PPR dan PA telah membangkitkan isu ini bukan sahaja kepada saya seorang tetapi setiap Ahli Parlimen tahu mengenai isu ini. Saya rasa perkara ini tidak adil bagi masyarakat PPR ataupun PA sebab apabila mereka dapat slip ataupun resit bil air itu, memang dia katakan purata RM25 tetapi kebanyakannya orang bukan bijak, mereka hanya bayar amaun yang dalam resit itu. So, apabila mereka mengetahui masalah isu ini yang ada tunggakan beribu-ribu tetapi mereka anggap mereka sudah bayar. So, memang mereka merasa kecewa. Lagi satu. Ada special case. Contoh, ada segelintir orang yang membeli rumah tahun 2017 ke bawah. Apabila mereka beli rumah, dalam sistem menunjukkan tiada tunggakan. Tahun ini pula apabila DBKL datang melawat mereka, ada pula tunggakan sebanyak RM2,000 ke atas. So, mohon penjelasan.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Batu. Bagi yang ada masalah-masalah seperti itu, kiranya mereka turun dan bertemu dan menjelaskan bahawa mereka baru beli pada sekian-sekian tarikh maka segala tunggakan yang sebelum daripada itu memang bukan untuk mereka. Saya rasa apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah untuk mereka-mereka ini datang bertemu dan mendapatkan penjelasan daripada pihak DBKL itu sendiri. Sekiranya mereka membayar RM25 tiap-tiap bulan dan sebagainya, sudah pasti tidak akan ada tunggakan. Sekiranya didapati bahawa mereka beritahu bahawa mereka sudah bayar tetapi DBKL masih menafikannya, maka kalau tidak ada bukti sekalipun, kita boleh cuba cari satu cara penyelesaian untuk mendapatkan satu pendekatan supaya tidak akan menyebabkan orang yang telah membayar merasa dia tidak diadili kerana orang yang tidak bayar dimansuhkan hutang-hutang mereka dengan begitu sahaja. So, saya cadangkan supaya Yang Berhormat Batu membawa mereka-mereka yang ada aduan ini untuk turun dan bertemu dengan pihak DBKL untuk mengkaji yang case-by-case nya.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga...
Ini hendak umum. Hendak umumlah.
Yang Berhormat Menteri.
Isu yang kedua, kita akan pastikan...
Ini hendak umum ya. Kelmarin Menteri KPKT- bukanlah saya hendak kata saya hendak puji. Tidak tahulah kan.
Ya, ya.
Akan tetapi tentang jawapan perumahan kelmarin, hari ini market naik 17 poin.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Keduanya, mungkin mereka potong faedah. Sebab dia jawab Menteri Kewangan umum tanpa pengetahuan, market naik terus. Jadi, tahniah Menteri.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Akan tetapi kepada ini, saya hendak minta penjelasan.
[Ketawa]
Yang Berhormat, bawah peraturan mana Yang Berhormat pakai outrider termasuk Menteri-menteri yang lain?
Terima kasih, Yang Berhormat Arau.
[Ketawa] Jangan cemburu...
Teruskan, Yang Berhormat Menteri.
Jangan sakit hati, jangan cemburu. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu ialah berkaitan kolam takungan banjir yang menyerupai pusat pelupusan sampah berpunca daripada sampah di pasar yang berhampiran.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri yang hendak jawab ini dia menyalahgunakan kuasa.
Untuk makluman Yang Berhormat Batu, kolam tadahan yang...
Fasal DBKL...
...Terletak berhampiran dengan Flat Seri Murni...
Dahulu dia kata kami salah guna kuasa.
...Adalah di bawah penyelenggaraan...
Yang Berhormat menyalah guna kuasa... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, saya bagi amaran.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya bagi amaran supaya tidak ada gangguan apabila Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila duduk dahulu, Yang Berhormat Arau.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Itu subjek yang lain. Baik, terima kasih. Teruskan, Yang Berhormat Menteri.
Itu bawah JPS. Hasil pemerhatian dan semakan di lokasi, kita dapati bahawa sampah yang ada berada di tepi-tepi kolam tersebut dan....
Yang Berhormat, dia terus kena jawab kenapa dia pakai outrider DBKL.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
...Ini berlaku oleh kerana adanya keadaan di mana penduduk-penduduk...
Dia menyalahgunakan DBKL..
...Yang berhampiran membawa...
Yang Berhormat, bawah peraturan mana Menteri pakai outrider? Itu jawab itu.
Membawa... [Ketawa]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Membawa dan membuang sampah di tepi kolam. Ini berlaku oleh kerana pagar...
Yang Berhormat, tolong jawab yang itu. Dia tidak jawab.
...Keliling kolam itu telah dibuka dan tidak dikunci.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Pihak DBKL akan meminta JPS untuk mengukuhkan dan memperketatkan kawalan dan menutup akses kepada tasik berkenaan.
Tuan Yang di- Pertua, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Isu ketiga dari Yang Berhormat...
Kalaulah dia pakai begitu, esok Yang Berhormat Menteri KPKT... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling, sama seperti Yang Berhormat Arau, jangan ganggu apabila Yang Berhormat Menteri menjawab. Nanti kalau ada ruang masa, tanya. Sila duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Saya minta Yang Berhormat Jelebu, sila duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua, Batu, Batu.
Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak penjelasan.
Boleh hendak tanya satu soalan?
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Pasir Salak.
Boleh tanya satu soalan?
Yang Berhormat Pasir Salak, saya buat keputusan, kita tidak akan layan Yang Berhormat Pasir Salak sebab saya telah buat keputusan awal.
Batu, Batu.
Yang Berhormat Menteri KPKT, boleh saya mencelah?
Baik, terima kasih.
Menteri KPKT, boleh saya mencelah?
Tuan Yang di-Pertua, Batu, Batu.
Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga dari Yang Berhormat Batu ialah berkaitan...
Tuan Yang di-Pertua, ingin tanya soalan.
Yang Berhormat Menteri..
...Produk Aqua Resigen...
Yang Berhormat Menteri..
Yang Berhormat Menteri, Batu ingin tanya soalan.
...Yang digunakan oleh DBKL semasa operasi fogging.
Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman Yang Berhormat Batu, semua racun yang digunakan...
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Jelutong, you setuju tidak Yang Berhormat Menteri pakai outrider, setuju tidak?
...Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL...
Mental, mental.
...Adalah racun yang telah berdaftar...
Yang Berhormat, tolong jawab itu, Yang Berhormat.
...Dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak...
Yang Berhormat Speaker, minta penjelasan.
...Di bawah Jabatan Pertanian.
Kami tidak puas hati ini.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat.
Racun-racun tersebut ada disertakan Medical Safety Data Sheet (MSDS) yang berkaitan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Di mana hak dia untuk pakai outrider itu?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Setiap semburan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan...
Speaker, Tan Sri, Yang Berhormat Datuk, boleh minta penjelasan?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tan Sri Speaker.
...Di mana sepatutnya tiada penghuni berada di dalam rumah...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Jelutong, diam.
Tuan Yang di-Pertua, Batu ingin..
Duduk dahulu, duduk dahulu.
...Semasa semburan indoor dijalankan.
Saya hendak minta penjelasan.
Pendedahan orang ramai adalah amat minima.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Kakitangan yang menjalankan aktiviti semburan...
Menteri KPKT, boleh saya minta penjelasan?
...Juga diwajibkan menggunakan alat perlindungan keselamatan TPE semasa aktiviti dijalankan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, JKAS iaitu Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah lama tidak menggunakan Aqua Resigen dalam aktiviti fogging untuk tiga tahun ke belakang. JKAS telah mengguna Aqua K-Othrine...
Tan Sri Speaker, boleh saya celah?
...Iaitu sejenis pyrethroid yang bahan aktifnya terdiri..
Menteri yong yong yong.
...Daripada deltamethrine yang diguna untuk semburan di dalam rumah.
Tan Sri Menteri, boleh saya minta penjelasan?
Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan deltamethrine adalah penyebab mutasi atau karsinogenik kepada sel-sel haiwan...
Tuan Yang di-Pertua, ini penting Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sebut ini penting, ini masalah rakyat.
...Yang diuji di dalam dan di luar makmal. Saya hendak memohon...
Ini masalah rakyat, Tuan Yang di-Pertua.
...Daripada Yang Berhormat Batu, sekiranya ada maklumat-maklumat yang menunjukkan...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, ini masalah rakyat. Saya hendak cakap sedikit. Bukan banyak.
...Bahawa kimia-kimia itu tidak boleh diguna pakai...
Bagilah saya peluang. Speaker.
...Maka sila kemukakan maklumat itu kepada pihak DBKL. Saya hanya ada lapan minit sahaja lagi.
Saya Ahli Parlimen yang menang.
Batu mahu tanya sesuatu.
Saya bukan dilantik.
Sila Yang Berhormat Batu.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tidak, Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Menteri beri pada Yang Berhormat Batu untuk mengajukan pertanyaan. Sila. Duduk dahulu.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya akui bahawa chemical itu memang beracun. Akan tetapi tidak apa, nanti saya akan jumpa Yang Berhormat Menteri secara personal saya beritahu. Saya hendak pergi ke soalan sebelum ini di mana kolam yang dicemari oleh sampah-sampah. Antara punca sampah di kolam tersebut adalah berpunca daripada pasar yang berdekatan. Apakah inisiatif DBKL supaya tiada orang membuang sampah di dalam sungai tersebut? Sebab, walaupun ia di bawah penyelenggaraan JPS tetapi JPS hanya kutip sampah daripada kolam itu sahaja- yang menyelenggarakan pasar adalah DBKL. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua yang penuh adil dan juga...
Terima kasih, Yang Berhormat Batu... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri, saya bagi laluan kepada Yang Berhormat Jelebu seorang.
Jelebu.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang lain duduk dahulu. Yang lain duduk dahulu.
Tuan Yang di-Pertua yang adil. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sudah pergi jauh sudah. Tadi saya hendak celah, Yang Berhormat Menteri tidak bagi. Bukan saya gostan belakang.
Akan tetapi, ini masalah OKU, masalah cacat penglihatan, masalah orang sakit mental yang ramai di bandar raya di Kuala Lumpur. Saya hendak tanya Menteri, bagaimana kita hendak, pihak enforcement DBKL. Ini mental lah ni, ini lagi satu orang mental.
Yang Berhormat Jelebu, teruskan pertanyaan kepada Menteri.
Saya hendak minta Menteri, Menteri, Menteri, Menteri. Saya hendak minta penjelasan Menteri, bagaimana unit enforcement ini hendak identify yang benar-benar boleh menggunakan parking OKU, parking orang mental, parking orang yang tidak boleh parking, di parking orang biasa. Sticker, car
sticker siapa-siapa boleh buat. Dia pakai rider, sesiapa boleh pakai rider. Dia boleh pakai semua boleh buat. Jadi bagaimana pengasingan ini boleh dibuat oleh pihak DBKL? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu, sila.
Soalan sama, saya tambah sedikit saja.
Terima kasih.
Boleh Menteri saya tambah sedikit saja.
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jelebu dengan Yang Berhormat Arau tidak boleh pakai rider ya.
Tengok tu.
Berhubung dengan... [Disampuk]
Saya hendak cakap sedikit sahaja berkaitan dengan itu.
Berhubung dengan persoalan masalah orang OKU tadi.
Kita tahu tidak pakai rider.
Kita tahu benda ini.
Tuan Yang di- Pertua.
Sememangnya cara untuk mengenal pasti...
Tuan Yang di- Pertua, soalan saya pun sekarang yang sama. Lepas ini bagi tolong.
Pada mulanya adalah daripada sticker...
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat...
Akan tetapi, kalau kita rasa...
Ini fasal maintenance, maintenance.
...Sangsi, maka kita boleh tunggu sehingga pemilik kenderaan itu datang dan kita boleh check dengan dia kerana setiap orang OKU ada kad OKU nya. Akan tetapi, yang mental biasanya tidak akan memandu. Itu mungkin dia di bawa oleh orang lain, ya. Maka yang mental itu kalau dia ada kad OKU nya, kita boleh minta dia tunjukkan kad dia.
Yang mental itu lebih kurang sama.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Dia orang semua kalau saya jawab lama-lama takut ada yang mental.
Penguat kuasa. Yang Berhormat, penguat kuasa telah dipakai oleh Menteri.
Tuan Yang di- Pertua.
Penguat kuasa mana ada sempat... [Pembesar suara dimatikan]
Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan dulu. Hanya tinggal lima minit sahaja lagi.
Dia orang memang tak tahan.
Lima minit, Baling setengah minit sahaja.
Fasal maintenance.
Jangan ganggu. Yang Berhormat Arau, duduk Yang Berhormat Arau. Baling bagi Yang Berhormat Arau setengah minit, Yang Berhormat Arau duduk minta tolong. Minta tolong, tolong duduk. Saya hendak bagi, Yang Berhormat Jelebu duduk, duduk.
Tuan Yang di-Pertua.
Setengah minit sahaja, duduk, duduk.
Isu keempat.
Saya hendak minta tolong.
Dari Yang Berhormat Batu...
Saya hendak tanya. Okey, Tuan Yang di-Pertua kawan-kawan saya duduk.
...Ialah cadangan agar...
Saya hendak cakap dua minit sahaja, setengah minit.
Nanti, tunggu saya...
...Kementerian Wilayah Persekutuan mempertingkatkan kiosk di PPR...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya tunggu.
...Agar dapat memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia dan golongan B40.
Tuan Yang di- Pertua, dia sudah lari tajuk.
Untuk makluman Yang Berhormat Batu...
Saya hendak cakap sedikit sahaja fasal OKU tadi.
...DBKL sentiasa memberi perhatian...
Fasal kes orang buta.
...Kepada golongan B40 bagi menaik taraf hidup golongan berkenaan terutama yang mendiami kawasan PA dan PPR, DBKL.
Okey sudah, kami sudah faham.
DBKL...
Sudah faham, sudah faham.
...Telah menyediakan peluang-peluang perniagaan untuk golongan B40 melalui penyediaan ruang-ruang perniagaan seperti berikut. Pertama, kompleks penjaja yang disediakan di kawasan PPR seperti di PPR Muhibbah, PPR Sungai Bonus dan PPR Air Panas. Kedua, menyediakan kedai ruang perniagaan di tingkat bawah PPR seperti di Perumahan Awam Desa Rejang.
Ketiga, kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Yayasan Wilayah Persekutuan menyediakan tapak asas untuk perniagaan dan agensi berkenaan memberi kemudahan berbentuk gerai untuk membolehkan perniagaan di laksanakan. DBKL sedia maklum terdapat penghuni-penghuni yang menjalankan perniagaan...
Tuan Yang di- Pertua.
...Secara sementara...
Pohon penjelasan sedikit saja.
...Iaitu dengan...
Last, last.
...Membuka meja untuk tujuan menjual juadah dalam masa tertentu...
Kalau tidak, kita langgar masalah.
Yang Berhormat.
...Di kawasan PPR.
Takkan hendak langgar, kita minta cara baik.
Yang Berhormat.
Aktiviti ini akan dipantau oleh DBKL secara berterusan...
Penjelasan.
Tolonglah, Tuan Yang di-Pertua.
...Supaya tidak mengganggu persekitaran PPR sedia ada.
Adakah Yang Berhormat sedar semua ini dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional pada penggal yang lepas?
Menteri, tolong lah. Bagilah peluang.
Kelima, DBKL juga akan menyediakan program, latihan...
Yang Berhormat Menteri.
...Dan kursus untuk tujuan memberi peluang kepada golongan B40...
Kalau saya panggil Yang Berhormat Menteri Carlsberg, marah. Bagilah peluang.
...Untuk mempertingkatkan diri di dalam bidang keusahawanan dan keenam...
Yang Berhormat Menteri.
...Terkini, DBKL...
Menteri bagi laluan sedikit, habis sudah tu.
...Akan menyediakan ruang perniagaan di beberapa kompleks tempat letak kereta yang disediakan di PPR...
Yang Berhormat Menteri.
...Antaranya seperti di PPR Seri Pantai...
Yang Berhormat Menteri, tinggal dua minit bagi saya sekejap Yang Berhormat Menteri.
...PPR Ampang Hilir dan PPR Raya Permai.
Hendak habis sudah Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat nanti.
Malangnya bagi Yang Berhormat Batu, semua yang saya sebutkan tadi PPR dan PA tak ada dalam kawasan Batu.
Okey.
Tak ada dalam Batu.
Maka, saya cadangkan.
Buat baru.
Yang Berhormat Batu datang ke DBKL, kenal pasti di tempat-tempat PPR mana, mana boleh dibuka kiosk dan kita akan membantu.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih, cantik.
Yang Berhormat Menteri, saya... [Pembesar suara dimatikan]
Terima kasih. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Baling. Walaupun dia bukan dalam wilayah, tetapi sila.
Saya.
Menteri kiosk.
Tuan Yang di- Pertua, dengan izin, saya bercakap dengan baik-baik. Ini saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, bukan tuduhan yang boleh Menteri mempertikaikan. Saya melihat sendiri satu hari dalam kereta, saya dihalau ke tepi, saya ingat polis Indonesia halau saya. Saya tengok-tengok DBKL, ngoyong, ngoyong, ngoyong, lima biji halau ke tepi. Tengok-tengok Menteri turun dengan bini dia, isteri dia. Jadi, apa peruntukan undang- undang? Dulu zaman kami Menteri, BN tidak pernah pakai, ngoyong, ngoyong, ngoyong. Dia orang patut jaga OKU.
Bagi chance lah.
Jaga OKU yang buta itu untuk parking mereka.
Bagi chance lah dia hendak merasa.
Jadi jangan kata kita salah guna kuasa dulu, hari ini dia gila kuasa. Terima kasih.
Bagi chance lah.
Sila.
Masa dulu Menteri-menteri tidak buat kerja, lalu dia tidak perlu pakai outrider. Dia hendak pergi kejar, pergi... [Disampuk]
Pengundi marah, orang bayar cukai marah.
Menteri salah, menyalah gunakan kuasa.
Menteri salah guna, mereka itu patut bayar- saman... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling saya sudah bagi satu peluang untuk bertanya. Minta Yang Berhormat Baling untuk- Menteri silakan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Saya sudah sebutkan tadi. Sebenarnya kerajaan dewasa ini mematuhi undang-undang dengan sepenuhnya. Kalau tidak diguna dulu, mungkin tidak ada keperluan kerana jarang buat kerja. Duduk dekat rumah.
Takkan kalau Menteri hendak berjalan pakai ngoyong, ngoyong, ngoyong, isteri dan suami ngoyong, ngoyong, ngoyong, itulah nama Menteri Carlsberg...
[Dewan riuh]
Ini punya macam Menteri kah?
Menteri JKR hendak pakai apa sekarang? Menteri JKR tidak ada rider.
Apa punya Menteri da.
Itu Menteri Wilayah ada rider.
Menteri hebat.
Lepas ini Menteri Kesihatan pakai kereta... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Baling, bagi ada noktah sama.
Yang Berhormat Kepala Batas tidak ada.
Tidak ada, tidak ada.
Yang Berhormat Kepala Batas tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Selayang.
Sudah habis masa sudah.
Yang Berhormat Selayang ada?
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Yang Berhormat Selayang pun tidak ada. Saya ucapkan terima kasih...
Penjelasan.
...Atas soalan-soalan yang dikemukakan...
Masa habis.
...Dan saya rasa kasihan dengan pembangkang yang tak tahan menengok saya menjadi Menteri, kasihan mereka.
Hidup Menteri Carlsberg, hidup Menteri Carlsberg.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan.
Hidup Menteri Broker.
Tuan Yang di-Pertua.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.
Tuan Yang di-Pertua, untuk tujuan rekod. Menteri Wilayah menyalahgunakan kuasa. Itu saja saya hendak bagi tahu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk membuat penggulungan terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan Belanjawan 2020 berkait dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Johor Bahru, Keningau, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Kanowit dan Yang Berhormat Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, pelbagai perkara telah disentuh, tetapi berlegar di atas isu yang hampir sama. Pertama ialah mengenai pelaksanaan petrol...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
...Subsidi bersasar.
Boleh minta penjelasan sedikit?
Yang Berhormat Menteri baru hendak mula, hendak minta penjelasan. Duduk dululah.
Boleh, boleh Yang Berhormat Menteri?
Saya mula dulu.
Boleh Yang Berhormat Menteri?
Saya belum mula lagi.
Oh! Belum mula, okey.
Bagilah Yang Berhormat Menteri habis sedikit.
Itu saya minta dengan Tuan Yang di- Pertua, tidak boleh?
Tidak boleh lagi, duduk dulu.
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Ada 12 rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang menyentuh tentang pelaksanaan subsidi bersasar telah saya jawab dalam beberapa sesi soal jawab terdahulu. Dasar ini sebenarnya telah diputuskan oleh kerajaan untuk dilaksanakan. Kalau mengikut tarikh asal ialah pada suku kedua tahun ini dan itu melibatkan golongan B40 yang mempunyai kenderaan dan motosikal mengikut kriteria tertentu. Namun telah berlaku kelewatan daripada segi pelaksanaannya dan akhirnya pada 7 Oktober 2019, saya telah membuat pengumuman ia akan hanya bermula pada Januari 2020. Hal itu berlaku kerana kementerian ini yang diberi tanggungjawab terpaksa mengambil lebih masa untuk melakukan sesi libat urus perbincangan dengan pelbagai pihak. Akhirnya perkara itu telah dapat kita selesaikan dan sehingga kini Tuan Yang di- Pertua, kita telah berjaya mengenal pasti hampir 2.9 juta rakyat daripada kategori B40 yang mempunyai kenderaan 1,600cc dan ke bawah dan motosikal 150cc ke bawah untuk dimasukkan sebagai penerima manfaat dalam program ini. Pada masa yang sama, kementerian pada 15 Oktober 2019 telah memulakan satu portal semakan dan sehingga hari ini, 31 Oktober 2019, sudah dua minggu portal semakan ini kami aktifkan. Kami telah menerima 3,682,079 visitors yang memanfaatkan
portal ini untuk menyemak status mereka sama ada layak dimasukkan sebagai penerima subsidi bersasar. Daripada 3,682,079 itu kami telah dapat membantu dan mengemaskinikan hampir 736,114 semakan yang kemudiannya akan kami muktamadkan jumlah yang layak untuk dimasukkan sebagai tambahan kepada 2.9 juta. Untuk itu, saya suka mengambil peluang ini mengajak semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat kalau masih lagi mempunyai maklumat tentang rakyat di kawasan kita yang termasuk dalam kategori sebenarnya layak tetapi belum lagi mendaftar dan berbuat demikian untuk segera memasukkan nama bagi membolehkan mereka ini menikmati subsidi bersasar mulai Januari tahun hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga...
Yang Berhormat Menteri.
Beluran, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingat Yang Berhormat Jelebu mempunyai hak kerana dia bangun lebih awal lagi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, walaupun Yang Berhormat Menteri belum sampai ke tajuk ini tetapi saya tak boleh tangguhkan pertanyaan saya ini kerana ini adalah berhubung dengan nyawa manusia, Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini, kawasan saya dilanda banjir yang teruk. Sangat teruk sehinggakan ada lebih kurang 180 keluarga dipindahkan dan ada satu badan menyambut saranan Yang Berhormat Menteri tentang food bank ini. Ada satu badan, Pertubuhan Kebajikan Amal En Xin dan bersama-sama dengan Tein Xin Light and Heart, bersama-sama dengan Zen Jin Soup Kitchen. Saya ingat ini daripada syarikat yang dipilih oleh kementerian untuk menjalankan program food bank ini. Kemudian ada lagi bersama dengan Syarikat PCH, bersama dengan satu badan MYS Travel Sdn. Berhad, dan beberapa syarikat badan- badan NGO yang dikatakan membawa suara kementerian, menyambut saranan kementerian tentang food bank. Dah baik dah, Yang Berhormat Menteri. In fact, saya dahulu bahas, debate, saya puji langkah kementerian tentang Food Bank ini untuk membantu golongan B40 dan golongan kurang mampu apatah lagi bagi mereka mangsa banjir. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, persoalan saya ialah kesemua bahan makanan yang dihantar kepada mangsa-mangsa banjir- ini sebagai contoh roti dan juga sardin dan juga mi Maggi termasuk makanan barangan di dalam tin, hampir kesemua makanan ini adalah makanan barangan luput tempoh. Luput tempoh, Yang Berhormat Menteri. Saya ada bukti dan barang makanan pun kita dapatkan balik daripada penerima ini. Kalau kita tengok akta, Yang Berhormat Menteri, bila tamat tempoh luput barangan ini, dia adalah di bawah Akta Makanan Beracun. Jadi minta penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang kes ini dan ini berlaku di kawasan Parlimen saya. Baru minggu lepas, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut tertibnya, saya harus bertanggungjawab untuk menyelesaikan soalan-soalan yang telah dibangkitkan semasa sesi perbahasan supaya berlaku adil untuk saya memberikan respons. Namun, Yang Berhormat Jelebu membangkitkan satu perkara baharu tetapi saya perlu memberikan jawapannya. Semua pertubuhan atau badan-badan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi adalah tidak termasuk dalam senarai rakan strategik kementerian. Rakan strategik kementerian adalah Mutiara Food Bank, Kechara Soup Kitchen, Food Aid Foundation, Lost Food. Setakat ini baru empat dan ada 430 pasar raya, hypermarket, superstore yang sebagai pihak penyumbang. Perlu saya ingatkan, lama sebelum kami mulakan di Malaysia ini sudah pun berlaku ataupun sudah pun berlangsung inisiatif Food Bank yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak. Okey? Kami cuma menyusun supaya ada unsur kawal selia supaya hal yang berlaku itu tidak berlaku. Sebab itu sepanjang program Food Bank seliaan kementerian berlangsung, di universiti, 19 buah daripada 20 buah universiti telah kami datangkan program, 6,500 pelajar daripada golongan miskin mendapat manfaat. Sehingga sekarang, alhamdulillah tak ada satu kes yang seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelebu. Di luar sana di peringkat komuniti, lebih daripada 365 ribu buah keluarga isi rumah telah mendapat manfaat program ini. Sejak Ogos tahun lepas sehingga sekarang, dah setahun lebih, alhamdulillah melalui rejim dan disiplin tapisan yang ketat, tak ada satu kes yang dilaporkan di mana penerima mendapat bahan yang luput. Okey?
Sebab itu, apa yang berlaku sangat kita kesali. Kerana itulah pentingnya satu undang-undang, satu kawal selia. Namun, inisiatif tersendiri yang dilakukan oleh pelbagai pihak, itu tak mungkin kita boleh hentikan. Niat mereka baik tetapi kadang-kadang ada sedikit kurang cermatnya maka berlakulah hal seperti itu. Akan hal program food bank dilaksanakan oleh kementerian, rejim tapisan kami sangat ketat bagi mengelak hal itu berlaku. Itu untuk makluman Yang Berhormat Jelebu. Terima kasih kerana membangkitkan perkara tersebut.
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak...
...Lanjutan daripada jawapan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan kumpulan B40 yang disubsidikan untuk kereta dan motosikal. Saya ingin tahu sama ada luar bandar di Sabah dalam konteks untuk membantu daripada segi pengangkutan, mereka yang menggunakan enjin bot untuk pengangkutan yang tidak dapat menikmati community drumming, yang tidak cukup kuota community drumming, sama ada kementerian akan melihat keperluan pengangkutan luar bandar Sabah menggunakan enjin bot untuk juga disubsidikan bagi mereka yang dikategorikan dalam kategori B40 ini. Saya ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak atas soalan daripada sahabat saya, Yang Berhormat Beluran. Itu menyangkut tentang program penyeragaman harga dan soalannya apakah pengguna kenderaan di bawah kategori B40 ini akan ikut menikmati program subsidi. Saya jelaskan begini, mengenai program penyeragaman harga, ini adalah satu inisiatif kerajaan terdahulu yang kami putuskan untuk kita teruskan kerana melalui kajian yang pernah dibuat oleh INTAN, JPA dengan kerjasama penasihat pakar yang membabitkan 2,724 responden. Didapati bahawa kesan program penyeragaman harga ini, kajian dibuat pada tahun 2018 mempunyai impak positif. Ia benar-benar membantu meringankan beban kos sara hidup penduduk di kawasan pedalaman, membantu penduduk mendapatkan bekalan. Bekalan apa? Tepung, gula, minyak masak, gas, petrol, diesel, beras supaya harga di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Di Sarawak ada lebih 96 zon, di Sabah lebih 60 zon.
Ini supaya harga di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, di Sarawak ada lebih 96 zon, di Sabah lebih 60 zon. Ini supaya harga di kawasan pedalaman sama harga di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor. Untuk itu, kerajaan memberikan subsidi pengangkutan. Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beluran dalam perbahasan, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kanowit dan juga Yang Berhormat Bintulu Tuan Yang di-Pertua, saya guna kesempatan ini untuk menjawab dan pada akhirnya nanti saya akan beri penjelasan tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beluran. Tuan Yang di-Pertua, kerana kesannya bagus dan baik maka kerajaan melalui kementerian ini meneruskan. Untuk tahun depan, kita menerima peruntukan sebesar RM150 juta. Bagaimana kita mengenal pasti atau menentukan kawasan pedalaman yang mahu kita datangkan program ini. Pertama, kita guna pakai sistem Malaysia Geospatial Online Services. Dengan cara ini, kita boleh mengenal pasti satu-satu kawasan untuk kita kategorikan sebagai zon bagi kita laksanakan program penyeragaman harga. Ia menjadi lebih tepat kerana kita boleh mengesan jarak sesuatu kawasan itu dari punca bekalan dan jajaran kawasan pengedaran dan zon bagi memastikan tidak ada pertindihan. Sistem ini dibangunkan oleh Kementerian Air, Tenaga dan Sumber Asli. Melalui pemakaian sistem ini, hari ini kita mengenal pasti kawasan zon-zon pedalaman. Hal ini penting untuk saya tekankan kerana sahabat saya Yang Berhormat Kanowit ikut membangkitkan bahawa kawasan Kanowit yang begitu luas katanya tidak sampai barang-barang bekalan ini. Jadi, beliau cadangkan supaya dibuat satu sistem kupon. Walaupun Yang Berhormat Kanowit tidak ada di sini, ada?
Tidak ada.
Tidak ada tidak mengapa tetapi penting untuk masuk dalam Hansard. Saya boleh pilih untuk jawab secara bertulis tetapi tidak ada peluang untuk rakyat di Kanowit tahu. Jadi, saya terangkan supaya keluar dalam Hansard.
Tahniah Yang Berhormat Menteri, tahniah. Hebat Yang Berhormat Menteri, tahniah.
Jadi, saya hendak sebutkan bahawa Yang Berhormat Kanowit mencadangkan kupon kepada penduduk kawasan pedalaman. Kenapa kita tidak cenderung kaedah itu? Oleh sebab kalau kita agihkan kupon kepada penduduk untuk beli beras, gula, minyak masak, tepung, gas, petrol dan diesel maka penduduk kena keluar pergi tempat untuk dapatkan bekalan. Jadi, kalau keluar itu membabitkan kos kepada penduduk. Oleh sebab itu kita siapkan, kita lantik kontraktor pembekal dia buat point of sale, kemudian di kawasan pedalaman itu penduduk datang untuk beli. Jadi, itu rasional kenapa kita tidak laksanakan secara kupon. Rakan saya Yang Berhormat Bintulu membuat beberapa kenyataan bahawa di Bintulu ini katanya barangan tidak sampai seperti mana sepatutnya. Saya semak dalam Hansard, dia kata patut dapat 20 ribu liter diesel tetapi yang sampai cuma 600 liter. Jadi, sementara Yang Berhormat Bintulu memberikan kenyataan itu, saya telah meminta pegawai-pegawai saya di Sarawak, di Bintulu untuk terus pergi ke Bintulu, pergi pejabat Ahli Parlimen Bintulu. Ini supaya kita dapat maklumat di mana barang tidak sampai, dari mana maklumat itu diperoleh. Akan tetapi, kakitangan pejabat Ahli Parlimen Bintulu tidak dapat bekalkan kepada pegawai-pegawai saya maklumat itu. Kemudian, apabila kami semak pula sebenarnya kuota subsidi diesel untuk kawasan Bintulu jauh lebih besar. Bukan sebanyak 20 ribu liter. Kita ada rekod setiap bulan. Misalnya kuota diesel untuk program penyeragaman harga di Bintulu bagi bulan September sejumlah 246,400 liter, bukan sebanyak 20 ribu liter. Kecil sangat 20 ribu liter itu. Sebenarnya jumlahnya sangat besar. Jadi, saya suka mengajak rakan-rakan termasuk Yang Berhormat Bintulu kalau nanti membaca Hansard bantu kementerian untuk bantu rakyat Bintulu di kawasan pedalaman. Kalau betul ada barangan perlu yang tidak sampai, dia tahu zon mana, lokasi mana, beritahu kepada kita. Dengan cara itu, kita boleh memanggil pihak kontraktor yang terbabit. Setakat usaha yang kita buat Tuan Yang di-Pertua, kita buat naziran. Kita semak semua prestasi kontraktor itu ketika dia hantar barang sampai atau tidak. Kita ada mekanisme naziran itu untuk melakukan semakan. Oleh sebab daripada situ, barulah pembayaran dibuat. Setakat naziran terakhir yang dibuat, kita dapati bahawa kontraktor melaksanakannya. Akan tetapi kalau disebut kepada saya, ada kawasan yang sepatutnya sampai liputan kami tetapi tidak sampai. Itu mungkin betul. Oleh sebab itu, di mana kawasan pedalaman yang belum kita datangkan program ini, yang perlu kita masukkan untuk rakyat pedalaman ini mendapat manfaat. Kami juga terbuka untuk menerima cadangan dan syor itu. Paling penting, rakyat kawasan pedalaman mendapat manfaat daripada program ini yang merupakan kesinambungan daripada usaha terdahulu. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga Yang Berhormat Beluran rakan saya berpendapat bahawa perlu ada perluasan kawasan kerana Sabah juga negeri yang luas. Tadi dibangkitkan, apakah untuk golongan B40 di Sabah dan Sarawak. Dua isu di situ. Pertama, dia duduk di kawasan pedalaman, bekalan tidak cukup. Kalau dia perlukan minyak motor, petrol tidak cukup. Kalau dia perlukan diesel, diesel tidak cukup. Itu isu dia yang pertama. Isu kedua, apakah mereka juga akan menikmati subsidi? Subsidi dari sudut dasar yang kita buat adalah untuk semenanjung kerana Sabah dan Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan, mereka akan menikmati harga kekal RM2.08 dan itu juga ertinya menikmati subsidi. Kalau ikut harga hari ini Tuan Yang di-Pertua, hari ini RM2.08 itu adalah kerana kerajaan memberi subsidi 21 sen. Kalau ikut hari ini punya harga dan harga itu berubah-ubah mengikut hari dan minggu. Kalau sebelum ini, semasa saya menjawab dalam Dewan, subsidi kerajaan 30 sen. Sekarang 21 sen. Sepatutnya harga di pam adalah RM2.29 tetapi oleh sebab kerajaan beri subsidi 21 sen, maka harga di pam jadi RM2.08. Sabah Sarawak baik B40 atau M40 atau top 20, mereka akan menikmati RM2.08. Okey, silakan.
Yang Berhormat Menteri, RM2.08 itu seperti yang saya bahaskan itu akan dinikmati oleh pengguna di bandar yang mempunyai stesen minyak.
Okey, di luar bandar we have this community drumming dan mereka akan mendapat subsidi daripada community drumming tetapi soalnya community drumming terhad. Untuk makluman Yang Berhormat, di kawasan saya ada kampung yang selepas tidak ada community drumming, tidak cukup kuotanya itu akan membeli minyak satu liter RM3.50. Ada kawasan kampung RM2.80, ada kawasan RM2.50, ada kawasan RM3 dan RM2.70. Jadi, maknanya community drumming perlu diperluaskan tetapi saya tahu hadnya RM150 juta setahun dan terpaksa dibahagi Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Kemudian terhad, kemudian kalau dikatakan RM2.08 disubsidikan RM2.08 tanpa naik tetapi itu hanya dapat dinikmati bagi mereka yang duduk di kawasan bandar, pekan yang mempunyai stesen minyak. Sebahagian besar daripada kawasan kampung yang diduduki oleh B40 ini tidak menikmati RM2.08 yang dibeli dari stesen minyak itu. Oleh sebab itu, saya tengok perlu perincian atau special kajian yang khusus bagi kumpulan B40 yang berada di luar bandar yang jika community drumming itu habis kuotanya akan membeli minyak pada kadar RM2.70 hingga RM3.50. Ini yang perlu dilihat oleh kementerian. Akan tetapi, saya akui bahawa program-program community drumming, program penyelarasan harga RM2.08 itu memberi manfaat kepada rakyat Sabah.
Yang Berhormat Menteri, Pontian. Ini juga tentang PSP Yang Berhormat Menteri...
Boleh saya jawab Yang Berhormat Beluran dahulu. Saya akan rujuk Tuan Yang di-Pertua kalau Yang Berhormat Pontian nanti diberi jalan. Okey, saya jawab Yang Berhormat Beluran dahulu.
Selepas ini saya ya. Terima kasih. Okey.
Saya hargai maklumat daripada Yang Berhormat Beluran. Isunya adalah ada keperluan di kawasan pedalaman kerana kuota community drumming itu tidak cukup. Jadi, kalau rakan saya Yang Berhormat Beluran secara khusus boleh mengemukakan kawasan-kawasan tersebut, saya bersedia untuk melihat ada keperluan penambahan secara spesifik bagi kawasan-kawasan tertentu. Saya rasa ia agak fleksibel. Kita boleh sebenarnya sebab program penyeragaman harga ini Tuan Yang di-Pertua waktu dimulakan dahulu, pernah kita buat di Terengganu, di Pulau Perhentian. Pernah kita buat di Sik, pernah kita buat di beberapa buah kawasan juga di Kelantan tetapi itu 10 tahun dahulu.
Sekarang ini dari Sik hendak ke pekan paling dekat jalan sudah cantik, stesen minyak pun sudah dekat jadi kerana itu tidak ada keperluan lagi community drumming. Jadi kita hentikan di situ. Baling pun tidak ada lah. Baling stesen minyak banyak saya tahu saya dulu duduk di Baling lama juga jadi tidak ada keperluan sangat. Akan tetapi di Sabah ya, baru-baru ini kunjung hormat saya dengan Ketua Menteri Sabah, dia sebut saya beberapa laluan di mana perjalanan yang jauh tidak ada stesen minyak itu betul. Oleh kerana itu, kementerian ini telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan beberapa syarikat minyak dan antara ikhtiar terbaru kita Tuan Yang di-Pertua adalah kalau hendak bina satu stesen minyak bertaraf mini atau full flash biayanya tinggi. Jadi, ada syarikat minyak yang tampil dengan idea rovers. Instead of stesen minyak kekal di atas tanah ia datangkan dalam bentuk lori. Jadi dengan lori itu, dia boleh parking di mana kawasan yang kita berikan kelulusan. Dengan cara itu ianya lebih fleksibel dan keperluan minyak rakyat di kawasan pedalaman akan dapat kita penuhi. Saya telah memberi kelulusan kepada satu syarikat minyak untuk pilot projek mereka lima rovers dan walaupun syarikat itu cenderung untuk membuatnya di Semenanjung di kawasan bandar, saya beritahu dia bahawa dia mesti juga datangkan rovers ini di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Untuk itu permulaan telah saya berikan kebenaran dan mereka sedang melakukan pilot projek dan mereka akan balik semula kepada kementerian untuk mengenal pasti kawasan mana yang berpotensi di kawasan pedalaman. Itu mungkin boleh menjadi penyelesaian segera kepada perkara yang Yang Berhormat Beluran bangkitkan tadi.
Minta jalan.
Ya Pontian.
Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa penjimatan kepada kerajaan daripada Program Subsidi Pukal yang sekarang ini sedang berlangsung 21 sen subsidi ini anggaran berapa penjimatan subsidi pukal ini yang ditukar kepada Subsidi Bersasar (PSP), itu soalan pertama. Kedua, berapa Ringgit sebulan pada saat dan ketika ini untuk M40 diberi subsidi pukal. Kita tahu masa subsidi bersasar nanti RM30 sebulan. Soalan ketiga, sebanyak 11.6 juta kereta, 6.8 juta motor yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ketika menjawab. Berapa juta yang akan dapat subsidi ini dan berapa yang tidak dapat? Terima kasih.
Terima kasih banyak sahabat saya dari Pontian. Dulunya dia Timbalan Menteri Kewangan dia tahu lebih kurang anggaran kasar lagi tidak jauh jarak dia sebab Kementerian Kewangan ini ia kira-kira automatic price mechanism itu mereka yang kira. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, kita kawal selia di peringkat hiliran. Kita ada 3,500 stesen minyak pelbagai kategori, semua stesen minyak kecil dan besar sebanyak 3,500. Kiraan harga minyak di pam mengikut automatic price mechanism ia ada beberapa kriteria. Saya percaya sahabat saya dari Pontian arif tentangnya ia ada harga MOPS, ia ada Alpha, ia ada Beta, ia ada margin stesen minyak, ia ada margin syarikat minyak dan ia ada kos operasi yang kerajaan tanggung semua itu. Ini bermula sekitar tahun 80-an. Kenapa kita buat automatic price mechanism waktu itu? Sebab tidak banyak stesen minyak ia hendak buka di kawasan pedalaman di kampung-kampung, di Semenanjung sekalipun. Jadi bila kerajaan buat sistem automatic price mechanism, Petronas tidak apa kerajaan boleh arah dan minta ia buka. Akan tetapi syarikat lain ia agak liat sedikit tapi dengan adanya mekanisme itu maka tumbuhlah mudah stesen minyak di kampung-kampung ini dibuka dan memberi peluang kepada rakyat, baik. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, sistemnya sistem pukal. Maksudnya the super-rich pun bayar RM2.08 sen, yang hardcore post pun bayar RM2.08 sen, kenderaan di negara jiran kita di Selatan saban minggu, saban hari masuk dia pun bayar RM2.08. Warga asing yang tinggal di negara kita kalau dia memiliki apa cara sekalipun membawa kenderaan dia pun bayar RM2.08. Jadi kalau kita katakan kaedahnya adalah subsidi bersasar pertama kita akan eliminate warga asing, okey. Kedua, kenderaan Singapura kah, kenderaan daripada Utara kah yang kita akan asingkan dulu, baik. Daripada situ kita kata kita hendak bagi kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) baik sekarang ini kalau sistem pukal, sekarang ini pada hari saya membuat pengumuman 7 Oktober, pada masa itu subsidi sekitar 30 sen. Satu bulan rakyat Malaysia mengguna pakai 1.2 bilion liter petrol- 10 peratus sahaja RON97, 90 peratus lagi adalah RON95. Jadi katakanlah jumlahnya adalah satu bilion liter. Satu bilion liter di kalikan dengan 30 sen itu implikasinya RM300 juta sebulan. Kalau harga minyak dunia pada masa itu memberikan kira-kira APM subsidi 30 sen untuk RM2.08 sen tetapi kalau harga minyak dunia naik, pendapatan negara pun naik daripada hasil minyak betul, tapi kita juga terpaksa top up balik dari segi subsidi. Jadi harga itu fluctuate di antara RM300 juta, RM350 juta pernah naik sampai RM400 juta. Jadi kalau RM400 juta sebulan, setahun kita bercakap tentang RM4.8 bilion. Baik sudah tentu sedikit sebanyak kalau kita gunakan kaedah targeted subsidi, kalau di sana ada sedikit sebanyak penjimatan kita pulangkan balik kepada rakyat. Oleh sebab itu seorang pakar ekonomi di negara kita Tuan Yang di-Pertua, namanya Profesor Dr. Jomo. Ketika saya mengumumkan tentang targeted subsidi dengan cara pemberian tunai kepada rakyat, beliau mengangkat syor yang berbeza. Beliau kata lebih baik kerajaan beri subsidi pengangkutan awam. Kita pun terfikir pengangkutan awam hanya di bandar. Bagaimana rakyat mendapat manfaat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri melalui kaedah big data menganalisis 10 juta penerima BSH B40, bujang dan berkeluarga 10 juta kiraan hampir. Kita buat mapping berdasar pada alamat dia ada poskod dan bila kita buat mapping golongan B40 ini, BSH recipient ini majoriti mereka tinggal di kawasan bandar.
Kalau di Kedah itu bila saya buat mapping mereka tinggal di mana. Di Jitra, di Alor Setar, di Sungai Petani, di Kulim. Dia tidak duduk di Padang Sanai, di Lubuk Merbau. Alamat mereka tidak dikesan di sana. Jadi pattern ini seluruh negara melalui mapping analysis- big data ini. Apa maksudnya? Pertama, boleh jadi kemiskinan sekarang lebih serius kemiskinan bandar. Oleh sebab itu bila kita daftarkan B40 untuk menerima bantuan kerajaan, alamat yang didaftarkan itu alamat di pekan dan di bandar. Bukan di kampung pedalaman itu fact nombor satu. Boleh jadi kemiskinan bandar mereka sudah berpindah. Kedua, Tuan Yang di-Pertua, boleh jadi yang miskin B40 ini ada di kampung tapi dia tidak daftar. Boleh jadi dia tidak tahu kalau dia tahu dia tidak tahu dekat mana hendak daftar. Jadi akibatnya dalam senarai 10 juta ini kebanyakannya, majoriti adalah di kesan alamatnya di kawasan bandar dan pekan itu isu ia. Jadi apabila Profesor Jomo mengangkat cadangan itu saya terfikir boleh jadi kerana dia sudah pun mengetahui. Bila bercakap tentang kemiskinan atau B40 di negara kita ianya sedang tertumpu di bandar ini cerita tentang urban poverty barangkali.
Minta laluan.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar dengan agak terperinci jawapan daripada Menteri KPDNHEP ini dan kita nampak agak tersasar. Cuma saya hendak membangkitkan satu persoalan kepada Yang Berhormat Menteri, berapa peratus kah sasaran yang diletakkan kerana kita tahu setiap sistem, ia ada kelemahan tetapi mestilah kita ada sasaran. Katalah untuk hendak sampai ke 100 peratus itu agak mustahil tetapi mesti kementerian ataupun ada perancangan untuk meletakkan target untuk meletakkan sasaran kita supaya non-revenue akan kita dapat capai. Berapa peratus daripada 100 peratus hasil daripada objektif sasaran sistem subsidi pukal ini itu yang pertama. Keduanya kita tengok bila ada execution mesti ada enforcement. Adakah pihak kementerian telah membuat enforcement untuk melihat seperti mana yang dibangkitkan di peringkat Sabah dan Sarawak mungkin di Semenanjung kita sudah boleh atasi kot.
Akan tetapi kalau di Sabah dan Sarawak dia akan berlaku permainan harga kalau tidak ada enforcement. Yang ini juga kita minta adakah pihak kementerian sudah ada perancangan untuk mengatasi masalah-masalah ini dengan melakukan kekerapan enforcement, itu yang kedua. Ketiganya kita tengok, minyak Malaysia ini betul atau tidak, benar atau tidak minyak petrol Malaysia ini adalah dalam gred A yang biasanya digunakan oleh penerbangan yang berkualiti tinggi. Tentulah apabila gred A kita menjual dengan harga yang tinggi. Bila harga yang tinggi kita mengimport minyak yang gred C yang digunakan oleh domestik. Jadi, kita tengok fluctuate ini berlaku keuntungan yang lebih ini kita masukkan untuk subsidi bagi kepentingan rakyat. Adakah ini berlaku? Berapakah peratusan yang telah disuntik dalam subsidi bagi meringankan bebanan rakyat hasil daripada penjualan minyak kita ke luar yang agak tinggi ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, berapakah sasaran? Sasaran itu sudah masuk dalam ucapan bajet, RM8 juta dengan peruntukan RM2.2 bilion. Itu sudah ada dalam ucapan bajet. Itu terjawab okey. Itu yang pertama. Kedua, ialah penguatkuasaan. Minyak ini adalah barang kawalan ya. Kita jual di 3,500 stesen yang Yang Berhormat Beluran bangkitkan tadi nun kawasan pedalaman ada community drumming harga RM2.08 akan tetapi tidak cukup, volum tidak cukup. Apabila volum tidak cukup, volum yang terhad itu dijual melebihi harga yang kita kawal. Jadi timbul isu penguatkuasaan. Itu telah dibangkit oleh Yang Berhormat Beluran tadi. Akan tetapi bukan sekadar satu penyataan masalah. Yang Berhormat Beluran memberikan syor jalan keluar iaitu bolehkah kita pertimbangkan untuk tambah volume dan kuota? Itu munasabah. Saya ulas bahawa kita akan tengok ia bukan soal enforcement semata-mata, harus ada syor jalan keluarnya, baik. Benar, minyak mentah minyak yang disedut daripada lautan kita itu bermutu tinggi. Sebahagiannya diproses oleh refinery tempatan. Akan tetapi refinery tempatan juga membeli minyak dari luar negara, dari minyak mentah luar negara. Kita ada refinery
di Kemaman, kita ada di Melaka, kita ada di Negeri Sembilan, kita ada di Pengerang. PETRONAS sahaja ada tiga, Petron ada satu, Hengyuan Refinery ada satu. Jadi ini menjamin bekalan dalam negara. Jadi dalam soal kualiti minyak mereka ada standard spesifikasi antarabangsa, yang itu kementerian tidak akan encroach ataupun masuk dalam territory itu sebab fungsi KPDNHEP adalah kawal selia industri hiliran dari segi pelesenan dan penguatkuasaan. Oleh sebab itu, ditanya tadi oleh sahabat saya dari Pontian, saya sebut tadi kalau subsidi pukal saya sudah sebut kuantumnya. Kita ada pilihan tidak berbuat apa- apa atau lakukan sesuatu. Kita pilih untuk lakukan sesuatu. Apa dia? Subsidi bersasar. Berapa ramai? Lapan juta. Berapa ramai yang telah kita kesan dan daftarkan? Tiga juta, lima juta belum lagi kita daftarkan daripada kategori non BSH yang baharu di umumkan beberapa minggu lepas oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapannya. Apa yang sedang saya berkongsi sekarang ini adalah hasil daripada usaha yang hampir satu tahun dalam melakukan sesi libat urus. Itu soal penyeragaman dan reaksi saya terhadap soalan yang dibangkitkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berganjak kepada satu atau dua perkara lagi yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya daripada Ahli Yang Berhormat, sudah tentu topiknya tentang kos sara hidup. Mereka ingin tahu apakah langkah kerajaan dalam membantu meredakan atau melegakan beban kehidupan rakyat terhadap barangan ini. Saya sebutkan bahawa sudah tentu tindakan kementerian ada dalam skop bidang kuasa atau kawal selia kementerian. Pertama, kita masukkan beberapa barang keperluan asas sebagai barang kawalan. Dengan cara itu, kita boleh jamin bekalan dan kita boleh jamin harga kawalan itu dipatuhi supaya barangan asas ini seperti tepung, seperti minyak masak, seperti petrol bila kita letakkan sebagai barang kawalan, harganya tidak mendadak berlaku kenaikan. Macam sekarang semasa musim perayaan ini misalnya Tuan Yang di-Pertua, kita telah mengumumkan tentang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan ini iaitu musim Deepavali ini. Setakat ini, setakat hari ini, sedang saya menyampaikan penggulungan ini, Skim harga musim Deepavali 2019, pegawai-pegawai penguat kuasa kementerian telah memeriksa 22,854 premis borong, pengedar dan runcit- 22,854 premis. Ada tak pegawai penguat kuasa kementerian dapati peniaga melanggar harga maksimum? Jawapannya ada. Berapa banyak? Empat kes. Berapa banyak premis kita periksa? Sebanyak 22,854. Kes pelanggaran harga maksimum? Empat, berlaku di peringkat mana? Runcit. Ada tak kesalahan lain? Ada, apa dia? Gagal guna tanda harga khas yang berwarna merah jambu. Berapa kes? Sebanyak 50 kes. Berapa pemeriksaan premis? 22,854. Tiada tanda harga langsung? Sebanyak 10, jadi jumlah 64 daripada 22,854 premis. Ada tidak kita kenakan kompaun? Ada. Berapa jumlahnya? Jumlah kompaun adalah 7,850. Ada tidak yang kita rampas? Ada, kita rampas lebih kurang barangan bernilai RM5,215. Bermaksud, apabila kita laksanakan Skim Harga Maksimum, kepatuhan itu tinggi di kalangan peniaga dan pengguna akan lebih dilindungi, namun keadaan ini tidak boleh berlaku hanya pada Skim Kawalan Harga Musim Perayaan. Oleh sebab kita ada berapa sahaja musim perayaan.
Yang Berhormat Menteri, Setiu minta laluan.
Sila Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Menteri, sering kali pengguna ditipu dengan harga barang, list harga yang diletakkan itu merupakan harga lama sudah. Sedangkan harga yang dibeli semasa itu bukan berdasar kepada tanda harga yang diletakkan. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Saya akui kes-kes seperti itu ada berlaku oleh sebab itulah kementerian menyediakan sembilan saluran aduan. Kalau ada sahaja di kalangan rakyat kita menemui kes-kes seumpama itu, langkah yang paling baik adalah segera membuat aduan kerana bahagian penguat kuasa kementerian, piagam pelanggan kami adalah tindakan dalam tempoh 24 jam. Dia akan sampai. Dia sebut sahaja, bagi maklumat tepat di mana premis itu? Apa kesnya? Ambil gambar sedikit Whatsapp terus ke kementerian. Kita ada satu nombor Whatsapp. Oleh sebab itu setiap bulan, kita menerima purata 2,500 aduan pengguna setiap bulan. Top sekali aduan harga barang. Dalam aduan harga barang itu pula yang paling top sekali adalah harga makanan dan minuman. Itu paling tinggi.
Yang Berhormat.
Kedua paling tinggi ialah penipuan perniagaan atas talian. Itu nombor dua paling tinggi.
Yang Berhormat.
Ya, silakan
Dalam kajian MyCC yang telah dikeluarkan pada 6 Ogos terdapat bahawa ada salah kegunaan AP. Adanya unsur-unsur seperti cartel di dalam rantaian bekalan dan mereka yang mengaut keuntungan lebih besar daripada retailer. Apakah tindakan yang akan diambil untuk pecahkan monopoli dan cartel ini.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Selayang, seorang peguam korporat sebelum masuk politik. Tuan Yang di-Pertua, benar. Baru-baru ini lebih tepat pada bulan Ogos yang lepas kementerian ini melalui agensinya iaitu MyCC, Suruhanjaya Persaingan Malaysia yang ditubuhkan daripada Akta Suruhanjaya Persaingan 2010. Pada masa itu saya berada di kerusi sebelah sana, kita berbahas dan akhirnya melahirkan MyCC. Antara lain tugasnya ialah untuk menggalakkan persaingan dalam perniagaan sama ada barangan atau perkhidmatan. Dengan cara itu, pengguna akan mendapat yang terbaik.
Di antara tindakan yang mereka lakukan adalah kajian semula pasaran atau, dengan izin, market review. Hal ini telah mereka bentangkan setelah mereka membuat kajian selama sembilan bulan bermula November 2018. Bukan sahaja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, duduk sekali adalah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan melalui sesi libat urus bersama 176 pihak yang terdiri daripada sektor swasta dan awam melalui perbincangan kumpulan fokus dan rundingan awam. Hasilnya, mereka telah membuat pembentangan pada 6 Ogos. Antara lain, laporan kajian itu mendapati beberapa perkara yang perlu diatasi bagi memastikan keberdayasaingan pasaran-pasaran. Perkara-perkara itu termasuklah yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Selayang. MyCC dalam melakukan market review itu memberikan tumpuan kepada daging, ikan kembung, rumusan bayi, sawi dan kubis bulat. Kubis bulat AP, sebab bekalan kubis bulat di negara kita cuma mampu membekalkan 35 peratus keperluan. Baki 65 peratus lagi kena bawa dari luar. Untuk itu, Kementerian Pertanian mengeluarkan AP...
Menteri, Setiu sekali lagi.
Sekejap. Saya selesaikan. Mengeluarkan AP. Ada lima AP kesemuanya dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian. Jadi, disebut dalam laporan itu, seperti Yang Berhormat Selayang sebut, adalah ada elemen di mana pemberian AP itu ada dakwaan berlakunya penyalahgunaan. Okey, di peringkat saya, Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk memberi sokongan kepada usaha MyCC dalam melakukan kajian pasaran ini. Itu penting. Laporan dibuat didedahkan secara meluas. Pelbagai reaksi daripada luar sana. Pelbagai reaksi. Pada masa yang sama, sebagai kementerian yang mengawal selia bidang peruncitan, saya juga menerima maklum balas kerana pasaraya-pasaraya yang besar, kalau ikut menjual sayur-sayur seperti ini, mereka juga mengangkat cadangan alangkah baiknya kalau mereka sendiri yang diberikan approve permit itu. Kerana itu akan mendorong mereka menjual dengan harga rendah. Benar. Amalan sekarang adalah mereka terpaksa mendapatkan daripada pihak yang telah diluluskan approve permit itu. Itu faktanya. Lalu Yang Berhormat Selayang bertanya, apakah langkah untuk mengatasi perkara ini? Memang kerajaan telah pun menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Monopoli untuk mengkaji semula semua perniagaan dan perkhidmatan yang bersifat monopoli. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, ikut dianggotai oleh Menteri Kesihatan, Menteri Pertanian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan beberapa kementerian lain. Beberapa pertemuan telah dibuat untuk mengenal pasti.
Akhir sekali, jawatankuasa ini mesti mengangkat syor dan nasihat kepada kerajaan termasuklah dapatan daripada market review. Ikut disentuh adalah kebergantungan yang tinggi terhadap import makanan. Saya masih ingat tahun 2008, saya menjadi anggota Parlimen dan saya bertanya kepada Menteri waktu itu Yang Berhormat Tanjong Karang- Yang Berhormat Tanjong Karang ataupun Yang Berhormat Bera waktu itu Menteri Pertanian- iaitu berapakah nilai import makanan negara pada tahun 2008. Saya masih ingat- RM30 bilion. Hari ini sedang saya menggulung di sebelah sini, Tuan Yang di-Pertua, import makanan itu sudah menjadi RM51 bilion. Bermaksud kita tidak menghasilkan makanan dengan cukup. Akibatnya, bila kita bercakap tentang harga barangan keperluan, ini adalah isu yang saya anggap fundamental. Sudah tentu di sana ada tujuh syor yang telah diangkat oleh kajian pasaran ini. Kalau ianya berkaitan dengan dasar, maka kajian ini mengesyorkan kerajaan harus mengubah suai atau melakukan anjakan di mana perlu atau penambahbaikan. Jadi, kita pergi sampai ke situ dalam perkara yang berkaitan dengan kajian pasaran. Tadi sahabat saya dari Setiu. Silakan.
Sudah ketinggalan. Cuma saya hendak sebut berkait dengan isu ketika musim perayaan, biasa pasar raya, emporium menawarkan harga runtuh ataupun harga diskaun, harga yang sampai kadang-kadang kepada tahap 70 persen. Akan tetapi mengikut orang yang biasa pergi ke pasar raya, mereka mengatakan harga sebenarnya tidaklah sampai 70 persen. Cuma ini satu penipuan secara halus yang dilakukan oleh pihak-pihak pasar raya ini. Minta pandangan Menteri.
Sebagai kementerian yang kawal selia aktiviti peruncitan seperti itu, pasar raya ini kalau dia hendak buat musim jualan murah, pertama, dia kena notify, dia kena maklum kementerian itu. Sebab itu kita ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, apa maksud antipencatutan? Anti pengambilan untung yang berlebihan. Peniaga semua hendak untung. Yang salahnya kalau untung terlalu berlebihan. Jadi, di bawah kementerian ini, Bahagian Penguatkuasaan, kita ada team yang khusus mahir tentang kira-kira hendak menentukan sama ada berlaku pencatutan atau tidak. Jadi, penurunan diskaun 60, 70 peratus, apakah berasaskan pada harga asal yang sebenarnya sudah pun rendah tetapi ditinggikan, kesemua itu, dia tidak terlepas daripada aspek pemantauan. Oleh sebab itu, kalau ada aduan yang spesifik, pegawai-pegawai kita boleh turun ya, kerana itulah fungsi kawal selia kementerian. Apakah ianya benar berlaku ataupun ianya terlepas pandang? Ia akan hanya boleh kita jawab kalau ia sampai betul-betul kepada aduan kita. Dengan cara itu, barulah kita boleh ambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua, saya...
Yang Berhormat Menteri, ada sedikit pertanyaan daripada Sik. Yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan kekurangan barang keperluan pertanian yang menyebabkan harga barang meningkat dan kita mengeksport lebih daripada RM51 bilion ini. Jadi, di peringkat kementerian, adakah sudah dikoordinasi dengan beberapa kementerian lain termasuk Kementerian Pertanian khususnya untuk ada satu pelan yang lebih konkrit bagi kita mengubah kedudukan ini sehingga kita boleh mengurangkan import bahan makanan dalam negara kita? Jadi, mungkin di pihak Kabinet sendiri sudah ada ataupun belum soal-soal kita hendak mengurangkan import makanan ini? Terima kasih.
Jawapannya, untuk makluman rakan saya dari Sik, sudah ada. Inisiatif dan usaha kerajaan ada. Akan tetapi, ada satu tahap lagi iaitu inisiatif rakyat sendiri. Pun boleh. Saya bagi contoh cabai, cili. Cili ini kalau ada masalah daripada negara yang kita beli iaitu Vietnam, maka bekalan pun kurang, harga pun naik. Alangkah baiknya sambil kerajaan terus berusaha untuk memastikan bahawa bekalan makanan secara pengeluaran dalam negara itu cukup supaya tidak berlaku pengaliran keluar duit negara, masyarakat kita terutamanya yang tinggal di kampung-kampung barangkali tanam dua tiga pasu cabai Melaka, cabai besar. Kalau untuk masak seminggu dua tiga kali, dia tidak pergi ke pasar. Itu juga wajar untuk kita anjurkan.
Pada ketika kerajaan di peringkat Kabinet, arahan khusus oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada sahabat saya Menteri Pertanian untuk mencari jalan dan ikhtiar dan sebahagiannya telah berjalan, sebahagiannya mereka perlukan input dan idea baharu- memang ada. Secara spesifik saya ingat lebih molek kalau ianya disinggung nanti oleh Kementerian Pertanian dalam sesi-sesi berikutnya sebab Kementerian Pertanian dah gulung. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak akhiri dengan satu sahaja lagi. Termasuk dalam ikhtiar kerajaan bagi melindungi pengguna ialah baru-baru ini kita pinda Akta Perlindungan Pengguna kerana aduan yang 2,500 purata sebulan itu, kita menerima pelbagai aduan. Maka, kita pinda Akta Perlindungan Pengguna untuk award di bawah Tribunal Tuntutan Pengguna RM25 ribu, kita naikkan pada RM50 ribu. Mula berkuat kuasa 1 Oktober baru-baru ini.
Sehingga sekarang 31 Oktober, pemfailan oleh pengguna kepada tribunal tuntutan pengguna mengikut kadar baharu RM50 ribu maksimum tuntutan ini ialah berjumlah 13 kes. Itu termasuklah dakwaan penipuan kepada pakej haji, pakej haji ada juga dia usahakan pakej haji dekat situ pun ada lagi mainnya maka pengguna yang merasa tertipu datang failkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna. Ini kalau kena cara pembuktiannya maka award kalau dahulu RM25 ribu sekarang RM50 ribu. Kes pembelian perabot, kes baik pulih bengkel, renovation rumah, pakej pelancongan dan sebaginya. Jadi, kita percaya dengan menaikkan nilai award ini di satu sisi kita harap kes-kes penipuan kepada pengguna dapat digunakan di satu sisi lain kalau sudah pun berlaku kita harap pengguna akan lebih dilindungi. Tuan Yang di-Pertua, saya memilih untuk menamatkan penggulungan saya di sini sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian saya sangat hargai kepada yang membangkitkan persoalan-persoalan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau ada masa mungkin boleh sedikit sahaja lagi.
Boleh mencelah?
Balik daripada awal tadi soalan, Subsidi Petrol Bersasar (SPB), boleh? sedikit. Ada soalan di peringkat rakyat di bawah sana khususnya di pedalaman di mana syarat untuk SPB ini adalah kenderaan mesti berdaftar yang ada cukai jalan dan insurans. Namun, kalau saya- khususnya di Sik dan di pedalaman ramai juga di kalangan orang-orang kampung ini dia ada motosikal tetapi tidak ada cukai jalan, tidak ada insurans sebagainya. Ada kita mendapat kiraannya setiap yang hendak pembaharu cukai jalan dan insurans ini setahun dalam jumlah RM300. Jadi, adakah pihak kementerian melihat golongan yang sepatutnya layak mendapat tetapi dia tidak mencukupi syaratnya di sini? Adakah mekanisme untuk mereka juga memperoleh SPB ini? Ataupun adakah kaedah yang lain? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Segamat minta laluan.
Yang Berhormat Menteri, Segamat juga ada bahaskan beberapa isu mengenai subsidi yang akan diberikan kepada B40 dan juga daripada dua data berbeza antara untuk B40 dan M40 dan juga mengenai big data, kalau boleh Yang Berhormat Menteri berikan saya jawapan bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Segamat saya akan bekalkan jawapan bertulis. Yang Berhormat daripada Sik, dalam keadaan di mana milikan kenderaan orang kampung yang tidak cukup syarat antaranya road tax mati, tidak hidup cukai jalan ataupun kereta yang dia bawa itu nama orang lain dan sebagainya. Di peringkat kerajaan, waktu kita hendak membuat satu dasar sudah tentu dasar kita itu mesti comply dari segi undang-undang, mesti patuh undang-undang dahulu. Ini sebab, risiko terhadap penggunaan kenderaan tanpa lesen sah, cukai jalan sah sebagainya itu ada risiko, kita sedia maklum perkara itu. Akan tetapi, untuk tujuan kerajaan menjalankan satu program dan dasar kita mestilah bermula dengan syarat- syarat yang kita anggap sah dari sudut undang-undang di situ dahulu. Sebab itu, apabila kita meneliti aduan dan pertanyaan rakyat daripada portal kita iaitu 3.68 juta yang telah masuk kerana kes-kes seperti itu sangat-sangat sedikit, mengkali tuan punya kereta itu pun dia tahu kalau dia tanya pun dia tahu road tax dia tiada maka dia pun tidak terdorong untuk tanyalah. Apa yang banyak? yang banyaknya
dia tukar alamat, di betulkan balik alamat. Ada juga dia kemas kinikan kenderaan daftar JPJ dia itu. Misalnya, kalau dahulu kenderaan itu dimiliki nama lain dan dia tidak ada tanggungan bank dan sebagainya dan dia hendak tukar yang itu dia masukkanlah. So, kita ada dengan lengkap. Kemudian, dia semak balik kenderaan dia itu melebihi 1,600 cc tetapi umur kenderaan itu, so, semakan macam itu yang paling banyak. Adapun semakan di mana kenderaan itu yang tidak sah cukai jalan kebiasaannya pihak berkenaan itu dia malu mata begitu, dia tidak tanya kalau dia tanya kita akan tanya dahulu. Jadi, apakah ada ikhtiar lain? Buat masa ini belum, sebab kita akan meneliti berdasarkan pada kes kalau jumlahnya terlalu besar, apakah boleh? Satu ketika dahulu, JPJ dia mempermudah warga emas yang tiada lesen ini, dia pergi buka kaunter di kampung-kampung datang sahaja tiada lagi yang ambil lesen dan sebagainya. Pernah beberapa usaha untuk membantu masyarakat orang kampung ini supaya memiliki lesen tidak melalui duduk dalam kelas macam biasa dan ambil lesen L dan sebagainya, ada usaha sampai macam itu. Saya hendak sebut bahawa satu dasar yang kita buat harus bermula dengan dasar yang patuh undang-undang. Jadi, itulah juga semangat yang kita buat dalam pelaksanaan program ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Kerja Raya, silakan.
Salam sejahtera dan salam hormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 26 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ke atas Rang Undang-undang Bajet 2020 peringkat dasar yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya semasa minggu perbahasan yang lalu. Terima kasih, atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan jawapan bagi setiap persoalan dan cadangan-cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan tajuk Pan Borneo, Yang Berhormat Kudat yang telah menyentuh perancangan kerajaan bagi meneruskan mengenai projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah khususnya di Jalan Persisiran Pantai Sabah- Coastal Highway daripada Tuaran ke Kudat. Yang Berhormat ada? Saya minta Tuan Yang di- Pertua saya akan menjawab secara bertulis.
Ya.
Terima kasih. Seterusnya Lebuhraya Pan Borneo Sarawak daripada Ahli Yang Berhormat Santubong daripada Petrajaya?
Tidak ada, jawapan bertulis.
Saya ingin juga minta supaya akan menjawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Limbang dan Lawas?
Pun tidak ada.
Saya akan menjawab secara bertulis, terima kasih. Seterusnya daripada Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Limbang dan Yang Berhormat Petrajaya mengenai pembinaan jambatan di negeri Sarawak.
Tidak ada.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya akan menjawab secara bertulis.
Habis, tiada daripada Sarawak ini.
Seterusnya Ahli Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Lipis, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Kuala Krai?
Yang Berhormat Jeli ada di belakang.
Terima kasih, ini mengenai Lebuh Raya Pantai Timur. Telah dibangkitkan isu yang sama mengenai Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT 3). Laluan baharu Pasir Puteh, Machang, Jeli dan Jambatan Palekbang, Lebuhraya Central Spine Road, dan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua, mengenai Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3, pihak kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM35 juta untuk pelaksanaan kerja- kerja awalan bagi projek ini dan sedang dalam peringkat perancangan oleh kementerian ini. Kerja-kerja awalan yang terlibat adalah seperti kerja-kerja ukur, kerja-kerja penyiasatan tanah kajian impak alam sekitar dan lain-lain yang berkenaan. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan setelah jalan LPT 3 dipersetujui. Mengenai laluan baharu Pasir Puteh, Machang, Jeli dan Jambatan Palekbang. Cadangan membina jalan baharu dari Jalan Tok Bali ke jalan yang menghubungkan Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kelantan dan pembinaan jambatan baharu menyeberangi Sungai Kelantan dari Palekbang ke Kampung Cina di Kota Bharu telah dipohon di bawah senarai permohonan projek baharu RMKe-11 negeri Kelantan.
Pertimbangan dan kelulusan pelaksanaan projek adalah tertakluk kepada komitmen kewangan dan keutamaan pelaksanaan oleh agensi pusat. Mengenai Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai. Untuk makluman, Kerajaan Persekutuan telah memberikan komitmen untuk melaksanakan projek membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan dan telah diluluskan secara berfasa mulai Rancangan Malaysia Ke- 10. Pelaksanaan projek ini telah dipecahkan kepada tiga pakej utama iaitu pakej satu, Wakaf Che Yeh ke Kadok, 10.8 kilometer. Pakej dua, Kadok ke Machang, 28.9 kilometer dan pakej tiga, Machang ke Kuala Krai, 21.6 kilometer. Selaras dengan keperluan trafik semasa, pelaksanaan projek ini telah dimulakan dengan tiga kontrak pembinaan iaitu: (i) Pakej 1B iaitu jajaran jalan dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang tujuh kilometer telah siap pembinaan pada April 2019 dan laluan telah dibuka kepada pengguna; (ii) Pakej 2A iaitu jajaran jalan dari Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 kilometer telah siap pembinaan pada Julai 2019; dan (iii) Pakej 2B iaitu jajaran jalan dari Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 kilometer pula masih dalam pembinaan dan dijangka akan siap pada November 2020. Bagi pakej 2C dan 3C sepanjang 19.13 kilometer dari Kok Lanas ke Bukit Tiu pula telah diluluskan pelaksanaannya dalam RP4, Rancangan Malaysia Kesebelas, dan dijangka tender pada tahun 2020. Manakala baki jajaran Lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas ini daripada tahun 2016 kepada 2020 dan tertakluk kepada peruntukan yang diterima daripada agensi pusat. Projek membina Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, pakej 3B dari Kampung Berangan Mek Nab ke Keroh sepanjang 9.8 kilometer telah pun diluluskan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan makmal pengurusan nilai peringkat kajian nilai atau value assessment dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2020. Tuan Yang di-Pertua, mengenai Central-Spine Road juga dibangkitkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,...
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit.
Ya, okey.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan. Saya difahamkan pada 20 Oktober yang lalu, Yang Berhormat Menteri telah hadir ke Kelantan untuk merasmikan pakej 2B. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya membangkitkan dalam perbahasan saya ialah dan hari ini juga saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut pakej 3B sudah pun dalam cadangan untuk dilaksanakan pada awal tahun depan.
Saya amat mengharapkan baki iaitu daripada Keroh ke Dusun Damar iaitu baki pakej yang terakhir saya ingat. Jika boleh dipertimbangkan supaya dapat dilaksanakan secara serentak. Ini kerana untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Hari Raya Aidiladha yang terakhir baru-baru ini pengguna jalan raya balik daripada Kuala Lumpur ke Kuala Krai- ke Kelantan mengambil masa 24 jam perjalanan. Jadi, sudah pasti pembinaan ini amat mendesak dalam masa yang terdekat ini untuk diselesaikan khususnya daripada Kuala Krai ke Machang tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita akan cuba mengangkat ini kepada agensi pusat khususnya dari Menteri Kewangan. Kalau diluluskan, tidak menjadi masalah kepada saya kerana kementerian ini adalah kementerian yang melaksanakan apa-apa yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai Central Spine Road. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Central Spine Road (CSR) dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang sepanjang 346.3 kilometer telah pun dimulakan secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan dibahagikan kepada enam pakej utama iaitu: (i) Pakej 1- Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan sepanjang 47 kilometer; (ii) Pakej 2- Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan sepanjang 59 kilometer; (iii) Pakej 3- Gua Musang ke Kampung Relong, Kuala Lipis, Pahang sepanjang 93.8 kilometer; (iv) Pakej 4- Kampung Relong, Kuala Lipis ke Raub, Pahang sepanjang 45 kilometer; (v) Pakej 5- Raub ke Bentong, Pahang sepanjang 54 kilometer; dan (vi) Pakej 6- Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang sepanjang 47.5 kilometer. Tuan Yang di-Pertua, projek CSR dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesesakan lalu lintas. Sehingga tahun 2019, jajaran sepanjang 184.6 kilometer telah diluluskan untuk pelaksanaan iaitu 167.1 kilometer di negeri Pahang- Pakej 3, 4 dan 5, dan 17.5 kilometer di negeri Kelantan- Pakej 3. Sehingga kini jajaran di Pakej 3 iaitu dari Mentara, Kampung Seberang Jelai, Pahang sepanjang 55.5 kilometer...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jeli minta laluan.
Silakan Yang Berhormat Jeli.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sebut tentang Central- Spine Road yang sebahagian besarnya ialah melalui Kelantan dan Pahang. Secara umumnya, sebahagian besar daripada kerja-kerja untuk membina jalan CSR di Pahang sudah pun siap tetapi di Kelantan ini banyak lagi bahagian yang belum selesai. Kalau kita tengok di Kelantan, Yang Berhormat Menteri sedia maklum- terima kasih melawat Kelantan baru-baru ini dan memberi jaminan seperti mana Yang Berhormat Kuala Krai sebut tadi bahawa projek-projek yang telah diumumkan akan dilaksanakan. Kita cukup faham isu-isu kewangan yang dihadapi oleh negara. Akan tetapi saya hendak memaklumkan Yang Berhormat Menteri bahawa bagi rakyat Kelantan, pembinaan lebuh raya daripada Kota Bharu ke Gua Musang-Yang Berhormat Menteri sebut tadi yang pertama Kota Bharu ke Kuala Krai, fasa satu, dua dan tiga. Kuala Krai ke Gua Musang. Ini merupakan mungkin keutamaan tertinggi projek infrastruktur kerana sudah lama diperjuangkan oleh rakyat Kelantan. Jadi, mengikut perancangan sekarang ini agaknya saya hendak tahu kepastian daripada Kota Bharu ke Kuala Krai bila akan disiapkan sepenuhnya, 2025 kah? 2023 kah
mengikut perancangan sekarang dan bagaimana pula daripada Kuala Krai ke Gua Musang iaitu sebahagian lagi daripada projek CSR. Jadi, kita ingin tahu pertama, hendak tekankan bahawa bagi rakyat Kelantan pembinaan lebuh raya daripada Kota Bharu ke Gua Musang merupakan prioriti tertinggi dalam bidang infrastruktur dan keduanya ialah apabila agaknya sebahagian bahagian Kota Bharu ke Kuala Krai akan disiapkan sepenuhnya kerana dia punya level of traffic itu telah sudah pun mendesak dan keduanya, bila bahagian daripada Kuala Krai ke Gua Musang akan disiapkan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. .
Yang Berhormat Menteri, Lipis.
Yang Berhormat Lipis.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih kerana mengizinkan saya. Saya kesinambungan daripada Yang Berhormat Jeli. Sebenarnya jalan daripada Gua Musang ke Kampung Relong telah hampir siap dan siap kalau tinggal lagi Merapoh ke Gua Musang sahaja lagi yang masih dalam pembinaan. Lipis-Raub dalam pembinaan yang baru bermula sebenarnya. Kalau Yang Berhormat Jeli kata di Pahang sudah hampir siap itu, sebenarnya baru bermula daripada Lipis hingga ke Raub-Bentong. Saya hendak tanya pihak Kementerian Kerja Raya. Apakah kajian Kementerian Kerja Raya kepada- kita mengharapkan siap cepat Yang Berhormat Menteri tetapi saya hendak bertanya, apakah kajian Kementerian Kerja Raya apabila siap sepenuhnya mungkin 2021 ataupun 2022 siap sepenuhnya daripada Kelantan sehinggalah ke Bentong dan memasuki Highway Karak. Apa yang kita hadapi adalah jammed yang amat sangat. Apabila masuk sahaja ke Karak, ia akan melibatkan kenderaan yang begitu lebih banyak apabila jalan ini siap. Adakah perancangan pihak Kementerian Kerja Raya akan menambah baik Highway Karak-Bentong-Gombak, Highway Karak itu? Kalau daripada Karak sehingga ke Kuantan, LPT saya ingat tidak jadi masalah. Oleh sebab itu kalau sekarang ini musim biasa pun jammed yang amat ketara sebenarnya kalau hari Ahad ataupun hari perayaan, Jumaat, Ahad dan hari perayaan sangat ketara dia punya jammed. Jadi, adakah pihak kementerian membuat kajian di highway Karak pula untuk mengelakkan kesesakan dari Pantai Timur sehinggalah ke Kuala Lumpur.
Terima kasih Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Lipis atas soalan yang dibangkitkan dan bagi KKR Yang Berhormat, sekiranya ada kompelin atau keadaan yang begitu yang kita tahu, selalunya dari kementerian kita akan terima laporan dari negeri-negeri setempat. Kalau ada laporan berdasarkan atas laporan Level of Service (LOS) dari kawasan itu dan juga ada laporan P27 bermaksudnya kawasan itu adalah black spot, banyak kemalangan di sana. Kita tertakluk dengan laporan ini yang diangkat dari negeri ke Pusat. Kalau sekiranya ini ada bukti bahawa, kawasan itu jajaran itu adalah begitu mendesak dan kita akan bawa ini ke mesyuarat dan kita akan cari macam mana ini diangkat kepada Kementerian Kewangan. Ini tertakluk dengan kewangan kita dan bajet kita. Bagi kita di KKR, seperti mana yang telah saya katakan tadi, kita akan melaksanakan sekiranya ini diluluskan oleh Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab atas bajet kita. Kita akan angkatkan ini dan akan bawa ini kepada kementerian dan kita akan menolong macam mana kita boleh tolong kawasan kita.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jelutong.
Sedikit sahaja, saya ingin Yang Berhormat Menteri, Jelutong, Jelutong.
Ya Yang Berhormat Jelutong, ya.
Saya bangun untuk memuji inisiatif yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Kerja Raya. Baru-baru ini saya saksikan laporan dalam Berita TV3, pengumuman dan pembukaan jalan raya baru daripada Kelantan ke Kuala Lumpur. Ini sekurang-kurangnya akan meyakinkan rakyat di Pantai Timur bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan memangsakan mereka dan kita tidak akan menggunakan isu politik... [Disampuk]
Kuat bodek.
Apa yang perlu dibekalkan dan apa yang perlu dilaksanakan akan tetap dilaksanakan. Saya ingin memuji Yang Berhormat Menteri dan kementerian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Betul, bagi kita di kementerian kita akan tengok keperluan di setiap tempat dan di setiap negeri tanpa mengira politik dan sebagainya. Bagi soalan yang dibangkitkan tadi, bilakah projek ini akan disiapkan? Di sini saya ingin mengatakan ia tertakluk dengan bajet yang ada. Akan tetapi, kita akan bawa ini dan sekiranya perlu di teruskan, mungkin kerana keperluan, kita akan cuba minta bajet agihan kepada... [Disampuk]
Yang Berhormat Menteri, saya...
Tambah sedikit, tambah sedikit sahaja.
Terima kasih. Maafkan saya...
Tambah sedikit sahaja.
Saya bangun sekali lagi kerana kita...
Kuala Krai...
Saya rasa amat bingung dan juga tersinggung kerana tidak ada sebarang Yang Berhormat seorang pun daripada sebelah sana yang bangun untuk memuji...
Saya sudah sebutkan tadi.
Apabila kita...
Saya sudah sebut, saya ucap terima kasih Yang Berhormat Menteri pada 20 Oktober 2019 hadir ke Kelantan merasmikan...
Okey, bagus, bagus.
Pakej 2B, you tidak dengar.
Okey. Bagus, bagus, bagus. Tetapi kena banyak lagi.
Yang Berhormat Jelutong tidak dengar.
Yang Berhormat Jelutong dengar apa benda Yang Berhormat Jelutong?
Dengarlah. Pandai bodek Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja, saya hendak tambah sedikit isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lipis tadi, isu daripada Bentong ke Kuala Lumpur, ke Gombak. Apa yang saya perhatikan ialah sama ada jajaran baru yang perlu disediakan tetapi untuk waktu sekarang, apabila saya sendiri setiap minggu berulang alik ke Parlimen ini daripada Kuala Krai, saya perhatikan ada dua tol iaitu Tol Bentong dan Tol Gombak yang menyebabkan di sinilah berlakunya punca kesesakan yang amat melampau. Sampai yang terakhir, baru ini saya datang daripada Kuala Krai itu sampai di Bentong pukul 2 pagi, masih lagi jem selama dua jam barulah sampai ke Gombak. Jadi, apakah perancangan kerajaan untuk memastikan isu dua tol ini yang menyebabkan kesesakan yang amat, terlalu amat sangat kepada pengguna jalan raya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, tambahan sedikit Yang Berhormat Menteri, Lipis.
Okey, okey.
Saya hendak sambung pula. Sebenarnya ada beberapa orang pengguna jalan raya ke Kelantan yakni rakan-rakan saya, bermalam di rumah saya. Ini kerana mereka mengalami lebih kurang dalam 21 jam hendak sampai dari Kuala Lumpur sehingga Kota Bharu. Ini orang KKR sendiri yang tumpang tidur di rumah saya dan juga tumpang mandi setengahnya untuk merehatkan badan. Jadi, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, saya berpendapat bahawa Tol Gombak dan Tol Bentong itu eloklah dihapuskan sebenarnya. Untuk mengelakkan daripada kesesakan jalan raya di highway Karak itu. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri sekiranya perkara itu?
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih...
Boleh saya mencelah? Cameron Highlands.
[Ketawa] Okey, go ahead.
Yang Berhormat Menteri boleh menjawab sekali. Apakah tindakan kementerian untuk menyelesaikan isu jammed di Cameron Highlands terutama sekali di hujung minggu. Jammed!
Okey, terima kasih mengenai informasi terkini bagi semua tempat mengenai jammed trafik setiap tempat. Kita akan mengadakan satu kajian akan dibuat dan akan diangkat dan kita cuba tengok apakah sebab-sebab kesesakan jalan raya di tempat kita. Kita tengok macam mana kita mengatasi semua itu.
Isu Tol Bentong dan Tol Gombak tadi Yang Berhormat Menteri.
Itu kita akan kaji dan kita akan meneliti isu itu selepas itu kita akan membuat keputusan.
Yang Berhormat Menteri, hendak sambung sedikit isu Yang Berhormat Kuala Krai tadi. Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi sudah masuk dalam RMK-11, bergantung kepada kewangan. Perkara yang sama juga melibatkan kawasan saya jalan di Buluh Gading, jambatan dia. Dan juga jawapan Yang Berhormat Menteri bergantung- dia masuk RMK-11, maka adakah atau bagaimana Yang Berhormat Menteri akan menentukan status pelaksanaan berdasarkan kewangan tadi. Ini kerana, tentulah kita faham keadaan sekarang, Kerajaan Persekutuan berhutang begitu banyak, tentulah adakan masa duit dan sebagainya. Jadi, saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Menteri bagaimana cara untuk menentukan dahulu dan kemudian, supaya dapat melunaskan hasrat yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi menunaikan semua hak rakyat dalam bab jalan raya ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Seperti mana yang saya telah maklumkan tadi, semua projek- projek ini akan diangkat dan sebenarnya setiap negeri di seluruh negara ini akan membuat satu kajian dan setiap negeri akan angkat projek yang dikategorikan prioriti di setiap negeri. Selepas itu, kita akan berbincang di JKR Persekutuan. Selepas itu kita angkat kepada bajet kewangan dan sekiranya semua yang telah dicategorize-kan seperti prioriti ini dari setiap negeri akan diluluskan oleh kewangan atau bajet yang diberi oleh Kementerian Kewangan itu akan diluluskan, itu akan diangkat dan kita akan laksanakan semua itu. Itu caranya setakat ini.
Yang Berhormat Menteri.
Saya minta kalau- nasihat saya ialah supaya projek yang kita anggap begitu serius dan akan diprioritikan diajukan melalui Jabatan Kerja Raya negeri- negeri dan itu akan diangkat pada kita di Pusat.
Yang Berhormat Menteri, saya ada satu soalan. Sedikit sahaja. Satu soalan. Satu sahaja soalan.
Yang Berhormat Jelutong.
Saya lihat selepas projek- projek ini diselesaikan, disempurnakan, syabas saya ucapkan. Pada masa yang sama, saya ingin tanya adakah kerajaan bercadang untuk meletakkan papan tanda seperti yang selalu diletakkan kerajaan dahulu, “Satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional”. Supaya
kita beri peringatan kepada rakyat di Kelantan dan Terengganu bahawa ini adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan. Boleh dibuat demikian? Terima kasih.
Setuju, setuju tulis besar- besar. Cadangan Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Jelutong, itu tidak ada dalam rancangan kita tetapi kita boleh fikirkan itu. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini jajaran Pakej 3 iaitu dari Mentara ke Kampung Seberang Jelai, Pahang sepanjang 55.25 kilometer telah siap dan dibuka kepada pengguna. Jajaran sepanjang 5.78 kilometer di Pakej 5 iaitu dari Kampung Asap ke Kampung Sertik juga telah siap pembinaan pada Oktober 2018. Jajaran yang sedang dalam pembinaan pula adalah sepanjang 64.52 kilometer iaitu Pakej 3, Seksyen 3D dari Bulatan Gua Musang ke Mentara, Kelantan sepanjang 10.5 kilometer yang telah dimulakan pada April 2018 dan dijadualkan siap pada Oktober 2022.
Kemajuan semasa adalah sebanyak 10.7 peratus. Seksyen 3E(1) dari Mentara ke Merapoh, Pahang sepanjang 5.8 kilometer yang telah dimulakan pada September 2016 dan dijadualkan siap pada Februari 2020. Kemajuan semasa adalah sebanyak 90.7 peratus. Pakej 5. Seksyen 5A- Raub Bypass sepanjang 9.6 kilometer yang telah dimulakan pada Jun 2019 dan dijadualkan siap pada Jun 2022. Kemajuan semasa adalah sebanyak 1.4 peratus. Seksyen 5B dari Kampung Orang Asli, Sungai Candan ke Kampung Asap sepanjang 16 kilometer yang telah dimulakan pada Mac 2018 dan dijadualkan siap pada Mac 2021. Kemajuan semasa adalah sebanyak 31.7 peratus. Seksyen 5C(2) dari Kampung Asap ke Kampung Sertik dan seksyen 5D Bentong Bypass sepanjang 22.7 kilometer yang telah dimulakan pada April 2016 dan dijadualkan siap pada September 2020. Kemajuan semasa adalah sebanyak 90.8 peratus. Jajaran yang sedang dalam peringkat perolehan pula adalah sepanjang 33.4 kilometer iaitu pakej 3. Seksyen 3B dan 3C dari kilometer 180.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang sepanjang tujuh kilometer yang dijangka akan mula pembinaan pada suku keempat tahun 2019 dan seksyen 3J dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong sepanjang 6.95 kilometer yang juga dijangka akan mula pembinaan pada suku keempat tahun 2019. Pakej 4. Seksyen 4C dari Sega Lama ke Kuala Dong sepanjang 5.8 kilometer telah di tender pada 9 Oktober 2019. Seksyen 4D dari Kuala Dong ke Kampung Tanah Bercangkul sepanjang 13.6 kilometer telah di tender pada 13 September 2019. Seterusnya jajaran yang sedang dalam peringkat perancangan pula adalah sepanjang 25.25 kilometer iaitu pakej 4 seksyen 4A dari Kampung Relong ke Penjom sepanjang 15 kilometer yang kini dalam peringkat perancangan makmal, pengurusan nilai, peringkat kejuruteraan nilai. Seksyen 4B Benta Bypass sepanjang 10.25 kilometer kini dalam peringkat reka bentuk terperinci. Bagi tahun 2020, pakej 2 seksyen 2B iaitu dari Paloh 2 ke Bukit Sejuk sepanjang 19 kilometer dan seksyen 2C dari Bukit Sejuk ke Bandar Baru Gua Musang sepanjang 20 kilometer telah diluluskan untuk pelaksanaan. Baki pakej yang masih belum dilaksanakan untuk projek CSR dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh Rolling Plan dan Rancangan Malaysia yang seterusnya tertakluk kepada kelulusan peruntukan. Tuan Yang di-Pertua, Lebuhraya Timur-Barat. Yang Berhormat Jeli telah membangkitkan tentang isu Lebuhraya Timur-Barat. Lebuhraya Timur-Barat dari Gerik ke Pasir Puteh yang dimaksudkan ialah Jalan Persekutuan FT04. Berdasarkan semakan melalui dua stesen bancian dan isi padu trafik, lalu lintas terkini mendapati bahawa tahap perkhidmatan jalan Level of Service (LOS) di antara Gerik ke Jeli berada pada tahap LOS A iaitu aliran trafik bebas dan lancar. Sehubungan dengan itu, tiada keperluan untuk menaik taraf jalan tersebut pada masa kini memandangkan aliran trafik pada jalan sedia ada masih lancar serta masih lagi mampu menampung kapasiti jalan sedia ada. Manakala bagi laluan dari Jeli ke Jerteh pula, kementerian ini sedang menyelaras dengan pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berkenaan Cadangan Projek Menaik Taraf Jalan FT04 dari persimpangan Wakaf Dicong ke persimpangan Bukit Tiu yang akan menghubungkan jalan tersebut ke lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang masih di dalam pembinaan. Walau bagaimanapun, kelulusan pelaksanaan bagi cadangan projek tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi kelak.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu berkenaan penyelenggaraan Jalan Persekutuan iaitu Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Padang Serai...
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Jeli minta laluan.
Yang Berhormat Menteri, terima kasih mengenai Lebuhraya Timur-Barat tadi, Yang Berhormat sebut LOS tidak menunjukkan bahawa terdapat kesesakan lalu lintas yang ketara secara keseluruhannya lebuh raya tersebut. Ini agak berbeza daripada pemerhatian umum. Yang Berhormat sebut tadi adalah kajian. Akan tetapi saya yang menggunakan lebuh raya ini setiap minggu mendapati berlaku peningkatan yang ketara, volume of traffic. Satu lagi ialah kalau kita rancang hari ini dan pun hari ini mungkin tiga, empat tahun lagi baru diluluskan ataupun siap. Jadi pada pandangan saya, elok dibuat perancangan awal maknanya rancang hari ini, empat, lima tahun siap, masa itu sudah pasti LOS akan menjadi lebih meruncing. Jadi saya cadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan awal buat jalan kerana lebuh raya ini dah lebih 30 tahun. Satu lagi ialah saya sebut tentang keadaan lebuh raya. Kalau dulu apabila musim ada peruntukan diturap sepenuhnya beberapa kilometer. Sekarang ini penyelenggaraannya cuma menampung jalan-jalan yang berlubang dan ini adalah tidak baik untuk lebuh raya. Ketiga, adalah perlu dilihat kemungkinan untuk melebarkan beberapa kawasan tertentu. Kalau kerajaan kekurangan peruntukan untuk menurap seluruh lebuh raya, mungkin kawasan-kawasan tertentu yang ramai penduduk dan sesak lalu lintas, satu, dua kilometer ataupun 10-20 bergantung pada keadaan kedudukan kewangan. Saya ingin menyarankan minta pandangan Yang Berhormat adakah wajar dilebarkan beberapa kawasan tertentu di mana LOSnya telah meningkat dengan ketara. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jeli. Kita akan mengambil berat dan akan memberi perhatian kepada cadangan-cadangan yang telah dikemukakan dan dengan LOS yang ini mungkin kita akan mohon satu lagi kajian bagi tempat itu sekiranya itu diperlukan. Terima kasih. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, mengenai penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang dibangkitkan juga dari Ahli Yang Berhormat Jeli dan Padang Serai. Kementerian mengambil maklum terhadap isu-isu penyelenggaraan Jalan Persekutuan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk memastikan Jalan Persekutuan di negara ini berada dalam keadaan selamat dan selesa. Syarikat konsesi yang dilantik melalui perjanjian penswastaan di bawah skop kerja penyelenggaraan rutin perlu melakukan rondaan pemeriksaan rutin Jalan Persekutuan dengan kekerapan dua kali seminggu. Ini adalah untuk memastikan jika terdapat sebarang kerosakan jalan seperti jalan berlubang, kerja tampalan lubang hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selaras dengan dasar KKR yang melancarkan Dasar Sifar Lubang- Zero Pothole, di Jalan Persekutuan seluruh negara mulai bulan Februari 2016. Dasar ini menetapkan supaya lubang jalan perlu ditampal atau diambil tindakan oleh syarikat konsesi dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Penalti akan dikenakan terhadap syarikat konsesi sekiranya tindakan yang diambil melebihi dari tempoh tindakan yang ditetapkan. Kerja penampalan lubang ini adalah merupakan langkah awal pencegahan atau preventive bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya sebelum kerja-kerja turapan kekal dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat jangka hayat turapan jalan adalah antara lima hingga tujuh tahun. Faktor kenderaan berat yang melebihi had muatan dibenarkan juga akan mempengaruhi dan mengurangkan tempoh jangka hayat sesebuah jalan tersebut. Apabila sesebuah jalan telah mencapai tempoh jangka hayat tersebut, jalan tersebut perlu di selenggara di bawah program penyelenggaraan berkala pavement iaitu jalan tersebut perlu diturap semula. Kementerian Kerja Raya menyediakan program penyelenggaraan berkala pavement berdasarkan notis kerosakan- notice of defects, yang disediakan oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Melalui NOD ini, Kementerian Kerja Raya akan menyenaraikan program penyelenggaraan berkala pavement mengikut senarai
keutamaan negeri untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan kelulusan peruntukan. Justeru dengan itu kementerian sentiasa menyediakan program penyelenggaraan Jalan Persekutuan di bawah program penyelenggaraan berkala sama ada penyelenggaraan berkala pavement mahupun penyelenggaraan berkala bukan pavement mengikut keutamaan negeri. Namun begitu, pelaksanaan program penyelenggaraan berkala ini adalah tertakluk kepada senarai keutamaan negeri dan juga kelulusan peruntukan oleh Kementerian Kewangan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pemasangan lampu jalan di jalan Persekutuan adalah terhad di lokasi-lokasi strategik dan berisiko kemalangan seperti di persimpangan jalan, selekoh, kawasan tumpuan ramai seperti bandar atau pekan, mempunyai kapasiti trafik yang tinggi pada waktu malam serta jumlah kemalangan yang tinggi pada waktu malam. Sekiranya terdapat kekangan peruntukan atau sesuatu lokasi tidak memenuhi kriteria di atas, delineation di lokasi berkenaan akan ditingkatkan bagi menggantikan sistem lampu jalan seperti memasang delineator post, memasang pepaku jalan pantulan atau road stud, memasang papan tanda chevron pada kawasan selekoh, memasang papan tanda jalan dan amaran yang bersesuaian, memastikan garisan jalan jelas kelihatan pada waktu malam. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, faktor analisa kos faedah sesuatu projek perlu diambil kira secara keseluruhan semasa proses mereka bentuk sesebuah jalan itu bagi memastikan kerajaan memperoleh nilai terbaik untuk wang atau best value money daripada setiap peruntukan yang dibelanjakan. Pemasangan lampu jalan di sepanjang jalan Persekutuan akan melibatkan tanggungjawab kos yang tinggi kepada Kerajaan Persekutuan iaitu setiap tahun kerajaan perlu menyediakan peruntukan bagi pembayaran bil elektrik serta penyelenggaraan lampu jalan. Pendirian kementerian ini jelas dalam memastikan keadaan jalan Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan selamat, baik dan selesa kepada semua pengguna jalan Persekutuan termasuklah menyediakan situasi pemanduan yang baik pada waktu malam. Dengan ini, sekian sahaja ucapan penggulungan saya mengenai Belanjawan 2020.
Sebelum itu Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, Sungai Petani.
Ya.
Sementara Yang Berhormat Menteri menyebut tentang lampu jalan tetapi juga saya hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri tentang traffic light. Di kawasan saya ada juga baru-baru ini apabila traffic light mati yang blinking ialah warna kuning, yang blinking ialah warna kuning. Warna kuning ini kalau malam, ia terang. Akan tetapi kalau blinking waktu siang, ia tidak nampak. Jadi, apa yang berlaku bila blinking ia timbul saja kuning or sangka kuning itu dia hendak beat the light. Dia hendak beat the light, orang ini pun hendak beat the light bertembung. Jadi, saya mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh Yang Berhormat Menteri bawa supaya blinking itu seperti di US warna merah. Makna yang blinking itu warna merah. Jadi, both sides orang tahu yang lampu rosak. Sekarang ini ia blinking warna kuning. Jadi, ini membahayakan sebab di kawasan saya Gurun, setiap dua hari blinking, setiap dua hari pula accident dua kali. Jadi, banyak orang yang accident. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Kita akan mengambil cadangan itu. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Itu sahajalah Tuan Yang di-Pertua, gulungan dari Kementerian Kerja Raya dan segala teguran dan cadangan akan diambil perhatian yang sewajarnya oleh pihak kementerian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kementerian Kerja Raya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Kesihatan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semuanya. Pertama saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2020 yang menyinggung bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebanyak 15 isu yang telah dibangkitkan oleh 41 orang Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan isu-isu seperti berikut Tuan Yang di-Pertua, vaksin pneumococcal; rawatan penagihan dadah; hal isu aqua resigen dalam semburan kabus- fogging; kawalan tembakau dan isu vape; isu-isu pegawai perubatan siswazah- jawatan kontrak; dispensing separation, pengurangan harga ubat, dan ubat dolutegravir, oleh Yang Berhormat Sibu dan Yang Berhormat Klang; isu ketujuh isu kesihatan mental, beberapa Ahli Yang Berhormat yang berucap; kelapan pengecualian cukai kepada makanan sihat daripada Yang Berhormat Tenggara; kesembilan kerjasama kesihatan dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Yang Berhormat Kota Samarahan; kesepuluh kebajikan Orang Asli daripada Yang Berhormat Jelebu dan juga Yang Berhormat Cameron Highlands; kesebelas menambah baik perkhidmatan doktor-doktor pakar daripada Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Setiu...
Yang Berhormat, boleh cakap fasal dahulu tidak- sebab saya ada emergency? Itu sebab saya minta cakap fasal vape boleh?
...Laporan kebakaran Hospital Sultanah Aminah; dan fi perundangan pengamal perubatan am swasta; dan akhir sekali isu yang ini yang saya kira ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang menunggu jawapan mereka. Meskipun saya kira daripada jumlah yang telah berucap atas isu pembinaan dan naik taraf hospital dan klinik adalah seramai 27, dan menambah baik perkhidmatan hospital dan klinik seramai 10 orang Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan...
Boleh tidak cakap fasal vape dahulu?
Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.
Ya Yang Berhormat Menteri, boleh tidak Yang Berhormat Menteri? [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan
Yang Berhormat Arau.
Kami sayang pada you tahu, kami minta cakap fasal vape dahulu.
Kalau sayang kepada semua, sila sabar dan duduk.
Saya akan berdepan dengan masalah kalau- secara isu-isunya ini saya kira adalah dalam semangat dan dalam kepentingan semua untuk saya rakamkan jawapan saya dahulu atas isu-isu kesihatan dan perubatan ini. Meskipun dari sudut isu-isu spesifik tentang hal-hal fasiliti di sama ada klinik dan hospital di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya kira saya akan bertanya, kalau tidak ada saya move on, kalau ada saya jawab dan saya huraikan.
Ya, jawab bertulis.
Itu pendekatan saya. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya mulakan dengan menyebutkan tentang perkara yang ditanya oleh Yang Berhormat Bandar Kuching dan juga Yang Berhormat Klang yang bertanya tentang vaksinasi pneumococcal untuk tahun hadapan dan juga Yang Berhormat Klang ya.
Secara ringkas saya sebutkan di sini, peruntukkan sebanyak RM60 juta telah diberikan untuk pemberian vaksin pneumococcal conjugate ataupun, dengan izin pneumococcal conjugate vaccine (PCV) di dalam Belanjawan 2020. Ini adalah setelah sekian lama menanti lebih daripada 12 tahun ke 15 tahun kiranya untuk mendapatkan vaksinasi pneumococcal conjugate vaccine ini. Dianggarkan dalam cohort 500 ribu kanak-kanak setiap tahun yang akan menerima manfaat daripada pemberian vaksin ini. Vaksin ini adalah sangat penting untuk mengelakkan kematian pneumonia dan juga morbidity seumpama acute otitis media dan sebagainya yang menjadi satu cabaran kepada kanak-kanak. Justeru, bayi yang dilahirkan pada dan selepas 1 Januari 2020 adalah layak menerima imunisasi ini. Sejumlah tiga dos akan diberikan kepada setiap kanak-kanak ya. Juga kalau saya boleh sebutkan sedikit dari sudut harga vaksin, vaksin pneumococcal ini akan insya-Allah kita masukkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, our NIP, dengan izin, the National Immunisation Programme. Sebelum vaksin ini tersedia di semua fasiliti kesihatan kerajaan bermula tahun 2020, kita sedang merancang proses perolehan melalui tender terbuka dan kita tahu di sana ada dua pembekal yang tidak perlu saya sebutkan syarikat mereka. Di sini ada dua bentuk PCV, PCV13 dan PCV10. Adapun kalau kita punya keupayaan kewangan pastinya kita akan membeli PCV13 kerana ia akan dapat menangani serotypes 19A, 13 dan seumpamanya, lebih baik daripada PCV10 yang tentunya lebih murah ya. Rundingan harga telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan buat masa kini terdapat dua produk vaksin di mana saya telah sebutkan. Perolehan vaksin secara tender pusat dengan jumlah perolehan dos yang tinggi akan membolehkan harga vaksin ini dapat kita rendahkan dengan punya keupayaan economy of scale dan juga kuasa rundingan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit? Fasal pneumococcal. Kita ada vaksin...
Yang Berhormat tidak- boleh, tidak apalah.
No, no. Saya hendak bertanya BCG hari pertama, Hepatitis B bulan pertama, bulan kelima dan keenam.
Betul.
Pneumococcal ini bila diberinya itu?
Ya, kalau- di sini kita sedang- kalau tidak silap saya kita akan berikan tiga dos, dua dalam tahun pertama dan kemudiannya on the third year. Ini kalau as far as I could recall ya. Jadi, itu yang kita harapkan dapat kita tangani cabaran pneumonia dan penyakit-penyakit yang preventable by the PCV, pneumococcal conjugate vaccine ini ya. Kalau saya silap saya boleh perbetulkan off- hand.
Bandar Kuching.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Boleh tanya sedikit?
Kalau boleh...
Kalau boleh pegawai beritahu sekarang bila tarikh sebenar.
Ya, sila Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih saya ingin ucapkan atas usaha kerajaan untuk menyediakan vaksin ini. Memang, for me, it is life changing. Akan tetapi, saya hendak bertanya. Tadi Yang Berhormat Menteri ada bercakap sebab kosnya memang kita tahu tidak cukup. Kalau kita hendak menyediakan untuk semua kanak-kanak di seluruh Malaysia, memang tidak cukup. Jadi Yang Berhormat Menteri tadi bercakap kita menyediakan untuk first kohort 5,000 kanak-kanak- or 500?
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Jumlah 500 ribu.
Setiap tahun adalah 500 ribu.
Jumlah 500 ribu okey. Bagaimana kohort itu dipilih? Hospital mana yang akan dipilih? Bila- sebab sekarang kita dalam perancangan untuk membeli vaksin tersebut. Bila kita boleh bermula untuk menyediakan suntikan tersebut? Kerana bayi yang dilahirkan Januari, Februari...
Ya, saya tahu Yang Berhormat Bandar Kuching juga seorang...
Doktor tanya doktor.
Saya sangat memahami dan Yang Berhormat Bandar Kuching sedia maklum bahawa jumlah RM60 juta itu memang tidak mencukupi kerana kurang lebih, kita memerlukan RM120 juta. Lalu untuk tahun pertama ini, tahun 2020 ini, KKM sedang merancang bagaimana untuk melaksanakan program imunisasi ini secepat-cepatnya pun saya kira would be well into the first quarter or end of first quarter dalam bulan April begitu. Paling tidaknya dua doses itu boleh diberikan dan tergantung kepada bagaimana dengan fasiliti, kebolehan dan segala-galanya, fasiliti-fasiliti itu untuk menambah daripada NIP ataupun National Immunisation Programme yang sedia ada, co-chain nya dan segala-galanya itu perlu kita lengkapkan. Lalu saya kira amat munasabah untuk kita perhatikan mungkin seawal- paling lewat, pertengahan tahun 2020 kita akan mendapat procurement ataupun perolehan PCV itu dan juga daripada sudut to roll out atau kick in the programme. It will take from there. Saya kira with that RM60 million, kita perlu ingat peruntukan diberikan RM60 juta tetapi saya telah menyebutkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa kalaulah dapat kiranya kita akan dapat tambahan belanjawan andainya mampu kita lakukan vaksinasi khususnya kepada in the remote area. Ini dalam rangka apa yang selalu saya istilahkan sebagai universal health coverage. Maknanya leaving no one behind, tidak ada yang terpinggir dan khususnya di Sabah dan Sarawak ada remote areas.
Minta jalan, Yang Berhormat Menteri.
Ya Yang Berhormat Menteri.
Jangan panjang-panjang sangat sebab banyak lagi ini.
Sedikit sahaja sebab ini isu baru. Rival kepada vaksin ini. Saya hendak kena bangkitkan isu ini.
Isu baru tidak harus dibangkitkan. Yang Berhormat Pendang tahu peraturan, bukan?
Ya, minta kebenaran.
Tidak apa, tidak apa.
Sedikit sahaja sebab ini penting. Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya pun mewakili doktor-doktor menyuarakan kepada Pendang untuk saya bercakap. Ini ada isu baru, Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan isu Akta Peralatan Perubatan yang menyaingi, rival vaksin. Kita tengok Medical Device Acts ini kita tengok ada isu sebab banyak yang dikatakan boleh merawat penyakit melalui arus elektrik, magnet. Apa yang menjadi masalah adalah mereka ini kata tidak payah makan ubat. Tinggal ubat.
Okey, okey.
Dapat jual alat-alat, dapat juta-juta. Macam tilam yang sekarang ini tidak perlu hendak makan ubat tetapi mangsanya pesakit. Sekejap, saya tidak habis lagi. Tinggal ubat. Selepas itu contohnya sonotron. Dulu letak di lutut, hilang sakit lutut. Asma letak di dada. Ulser, kencing manis letak di tempat ulser.
Yang Berhormat Pendang, cukuplah itu.
Yang Berhormat.
Akhirnya, pesakit suffer. Tindakan tidak dapat diambil, penguatkuasaan tidak dibuat. Di tempat saya, ini berlaku sekarang. Saya minta tindakan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Pendang, ini soalan Yang Berhormat kah atau soalan WhatsApp?
[Ketawa]
Sila Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat tidak sempat berbahas, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, tidak sempat bahas atas isu ini dan kehendak rakyat mahu dibangkitkan. Jadi mahu dimasukkan dalam Hansard sahajalah dulu. Akan tetapi, saya mungkin tidak berkesempatan untuk memberikan apa-apa maklum balas. Cumanya, secara prinsipnya, apa-apa pun dakwaan terhadap apa yang dikatakan sebagai efficacy ataupun keberkesanan apa-apa pun model treatment itu sama ada dalam bentuk apa-apa pun medical device-nya yang digunakan, ia perlu akhirnya disahkan, validated by apa yang diistilahkan sebagai evidence based medicine ataupun pengamalan perubatan yang sifatnya mempunyai bukti atas research dan particularly kalau dalam bentuknya ubat-ubatan ataupun evidence equipment dan medical device ini, mestilah yang dikatakan sebagai mempunyai data, dapatan dan clinical trial akhirnya. Cukuplah itu.
Sedikit, Yang Berhormat Menteri. Ini tilam jual sampai RM3,500 sekarang ini...
Ya, tilam kah apa kah ...
Tidak payah makan ubat, tidur atas tilam boleh baik. Ini menipu pesakit. Kita minta- Tuan Yang di-Pertua pun benarkan saya cakap ini. Kita hendak menolong rakyat ditipu sekarang ini dengan tilam perubatan ini.
Yang Berhormat Pendang, sangat penting Yang Berhormat Pendang...
Jika ada kes tipu, saya nasihatkan Yang Berhormat Pendang buat laporan polis, bukan adu kepada Yang Berhormat Menteri [Ketawa] Sila Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Pendang, sangat penting untuk rakyat kita mendapat pencerahan supaya mereka celik tentang maklumat pelik dan jangan menjadi mudah-mudah terkesan dengan segala dakwaan. Saya ingin untuk memberikan sedikit koreksi tentang apa yang saya sebutkan tadi suntikan dalam bulan empat dan lapan, Yang Berhormat ya. Seterusnya itu adalah tahun ke depannya itu dalam bulan- 15 months. Dalam bulan Mac untuk tahun keduanya itu. Ini adalah satu yang telah pun saya sebutkan lebih awal tadi. Boleh saya teruskan?
Yang Berhormat Menteri, Rasah.
Yang Berhormat Rasah. Belakang Yang Berhormat Menteri.
Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke tajuk lain, saya sebenarnya pun sebutkan vaksin pneumococcal ini dalam perbahasan saya. Cuma tadi saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, RM60 juta itu tidak cukup untuk secara menyeluruh dilaksanakan di seluruh Malaysia. Jadi, macam mana cara pilihannya terutama kepada keluarga daripada B40? Sebab, saya nampak keadaannya macam ini. B40 banyak bergantung ataupun keseluruhannya bergantung kepada hospital dan klinik kerajaan. M40, selepas itu ada T20. Sebab itu kalau peruntukan RM60 juta tidak cukup, apakah kita beri pilihan fokus kepada B40, mungkin separuhnya M40, dan yang T20 itu untuk sementara untuk tahun depan, dia kena pandai-pandailah sebelum kita ada peruntukan yang cukup. Mohon jawapan.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Yang Berhormat Menteri, jawapan bajet kata, “Kepada semua kanak-kanak”. Dalam bajet. Semua kanak-kanak. Sudah janji itu.
Betul, betul. Saya sangat sedar dan insaf akan perkara itu. Jadi, Yang Berhormat Rasah, kalau saya jawab secara ringkasnya, inilah yang saya katakan tadi setelah kita mendapat peruntukan itu, kita sedang mengkaji bagaimana pelan tindakan kita. Pastinya kita akan mengambil perhitungan, pertimbangan- janjinya adalah kepada semua kanak-kanak. Akan tetapi, amat munasabah kalau kita daripada sudut keutamaan dan sebagainya- itulah perkara yang sedang kita pertimbangkan dan bagaimana dalam pelan pelaksanaan itu. Tentunya kumpulan bawah 40 ataupun bottom 40 itu akan kita berikan pertimbangan yang wajar. Akan tetapi akhirnya, apabila kita jadikan ia satu National Immunisation Programme pada dua dos pertama bulan empat dan bulan lapan dan bulan ke-15 tahun seterusnya itu, ia mestilah ke atas keseluruhan kanak-kanak untuk kita mencapai herd immunity itu. Jadi saya teruskan memberi balas jawab kepada dua orang lagi Ahli Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Bagan Serai dan juga Yang Berhormat Sik tentang rawatan penagihan dadah. Rawatan penagihan dadah yang dimaksudkan di sini adalah agar kerajaan beralih kepada apa yang diistilahkan sebagai the Medication-Assisted Treatment ataupun MAT daripada Yang Berhormat Bagan Serai sebagai satu yang bersifat evidence based dan supaya kita dapat mengikuti negara-negara maju, dakwa beliau. Juga, soalan kedua adalah bersabit dengan decriminalization of drug ataupun approach dan polisi untuk tidak criminalized, tidak menjenayahkan penagihan sebab kita sedang menimbang pendekatan baru. Begitu juga daripada Yang Berhormat Sik yang bertanya tentang penambahan makmal pathologist. Saya jawab kedua-duanya dahulu. Pertama, daripada Yang Berhormat Bagan Serai, saya...
Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada.
Ya, Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada tetapi kalau ...
Jawapan bertulis sahajalah.
Ya, kalau tidak ada...
Ya, terpulang kepada budi bicara Yang Berhormat Menteri.
Sekadar saya sebutkan tadi, kalau dari sudut fasiliti, mungkin saya akan bertanya siapa yang ada atau tidak.
Akan tetapi dari sudut- satu yang menyinggung kemaslahatan umum tentang kesihatan, mungkin saya hendak berikan sedikit penjelasan kerana ia akan dirakamkan dalam Hansard. Secara ringkasnya, apa yang diistilahkan sebagai Medication-Assisted Therapy (MAT) ini adalah satu pendekatan yang mana banyak kajian telah menunjukkan bahawa rawatan secara biopsychosocial dan spiritual memberikan kesan yang positif kepada pesakit penagihan dadah dan membolehkan mereka kembali berfungsi ke dalam masyarakat. Itu yang kita mahukan. Justeru itu semenjak 2005, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan program Medication-Assisted Therapy (MAT) ini di fasiliti-fasiliti kita di kesihatan KKM. Sekali gus, kita telah mengambil inisiatif melaksanakan projek rintis one-stop center for drug addiction, di mana enam buah klinik kesihatan kita di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian. Ia melibatkan hanya satu jenis dadah yakni opiate, bukan sahaja ini tetapi juga adalah jenis sintetik seperti amphetamine, methamphetamine dan lain-lain. Kalau boleh saya sebutkan ringkasnya begitu ya. Memang kita telah mulakan program yang dikatakan medical-assisted therapy itu. Adapun dari sudut decriminalization secara ringkasnya saya boleh sebutkan, Kementerian Kesihatan telah memulakan beberapa siri perbincangan bagi memperhalusi
cadangan, dengan izin, decriminalization of drug addiction and addicts serta mendapat input daripada semua pihak sama ada AADK, PDRM dan NGO-NGO yang lain. Kita memahami bahawa daripada apa yang disebutkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyebutkan, mentakrifkan bahawa drug addictions is a very complex multifactorial health disorder dan sebagainya- chronic relapsing nature of social, causes dan consequences. Maksudnya dengan kata lain, drug addiction ini merupakan satu yang sangat kompleks dan untuk kita menanganinya, kita sedang memerhatikan satu pendekatan baru di mana konsep decriminalization ini akan kita adakan satu polisi baru dan mungkin kerana Yang Berhormat Bagan Serai tidak ada di sini- lagi pun saya ingat dalam ingatan saya, saya telah menjawab soalan ini dalam satu pertanyaan lisan sedikit waktu dahulu. Jadi saya tidak mahu memanjangkan isu ini kerana ia telah pun berada dalam Hansard dalam waktu yang terdekat yang lalu. Beralih kepada cadangan penambahan makmal patologi untuk ujian air kencing daripada Yang Berhormat Sik, pun tidak ada? Tidak ada, saya tak nampak besar untuk- ringkasnya kalau boleh saya sebutkan. Pihak KKM sentiasa berusaha untuk menaik taraf makmal regional kita dengan kita memohon peruntukan tambahan daripada MOF pada setiap tahun untuk kita mampu memperoleh alat-alat penggantian tambahan untuk menampung beban kerja yang semakin meningkat ini. Jadi itu saya kira cukup sekadar memberikan komentar. Kita beralih kepada Yang Berhormat Batu, ada Yang Berhormat Batu? Terima kasih Yang Berhormat Batu. Mahukan KKM mengkaji semula penggunaan produk jenama Aqua Resigen untuk penyemburan fogging yang disebutkan tadi. Yang Berhormat Batu, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu ini dari segi penggunaan Aqua Resigen yang mengikut dakwaan Yang Berhormat Batu adalah semburan kabus atau fogging ini yang disebutkan sebagai satu yang mempunyai masalah dari segi kesihatan. Kalau boleh saya memberikan sedikit penerangan tentang perkara ini. Saman ke atas produk Aqua Resigen seperti mana yang didakwa, ya. Mengenai kes saman yang disebabkan penggunaan bahan penyebab kanser di California yang melibatkan berbilion dolar, KKM ingin menyatakan bahawa kes saman berkenaan bukan melibatkan Aqua Resigen, Yang Berhormat Batu please, perhatikan. Ia melibatkan penggunaan Roundup, satu jenama yang sebenarnya adalah satu jenis herbicide seperti paraquat dan sebagainya. Jadi KKM memandang serius ke atas setiap dakwaan yang kita kemukakan khususnya dalam Dewan yang mulia ini supaya aduan mengenai kesan sampingan kesihatan perlu disertakan dengan bukti kukuh secara saintifik bagi mengelakkan kekeliruan dan juga keresahan di kalangan warga ataupun ahli masyarakat khususnya pengguna. Mengenai racun serangga Aqua Resigen, KKM telah membuat semakan dan mendapati bahawa Aqua Resigen telah dinilai dan diiktiraf oleh WHO untuk diguna dalam aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor. Keduanya, Aqua Resigen juga telah mendapat kelulusan dari segi aspek kualiti dan keselamatan daripada Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) dan dikategorikan sebagai racun serangga kelas 3, terima kasih Yang Berhormat Batu. Jadi harap dapat kita perhatikan sebab produk-produk racun serangga yang mematuhi WHO prequalified testing for factor control product atau yang telah diiktiraf ini adalah sangat diteliti, KKM sangat teliti dalam pemilihan racun serangga yang digunakan berdasarkan antara lainnya tiga penilaian tadi termasuklah produk racun serangga mestilah telah diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan (Institute Medical of Research) dan juga Universiti Sains Malaysia iaitu institusi yang telah diiktiraf oleh WHO, WHO Certified Institution yang melalukan ujian keberkesanan, kesesuaian, implikasi dan safety of kesesuaian produk racun serangga untuk kegunaan orang awam di Malaysia. So back for you to- maaf dengan izin, saya mahukan perkara ini diperhatikan dengan rasa penuh tanggungjawab. Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya beralih kepada satu isu yang lebih diminati ramai. Kawalan tembakau dan isu vape. Kawalan tembakau dan isu vape ini jawapannya juga adalah ringkas-ringkas sahaja. Perkara ini kalau boleh saya, dengan izin, membacakannya. Sekali lagi daripada Yang Berhormat Bagan Serai dan juga Yang Berhormat daripada Kapar dan Yang Berhormat Tanjong Malim.
Yang Berhormat Kapar membangkitkan, mahukan KKM mengkaji semula kawalan ke atas vape kerana vape adalah medium untuk berhenti merokok. Ia sebagai satu harm reduction mungkin juga dan juga sebagai satu alternatif. Keduanya, memaklumkan kesan impak ekonomi sekiranya rokok elektronik diharamkan memandangkan ia juga adalah sumber pendapatan negara mengikut Yang Berhormat Kapar dan juga menyediakan sudut merokok di Parlimen. Saya sangat memahami isu-isu ini. Saya sekali lagi menegaskan saya bukan Menteri Agama yang mengharamkan apa pun yang tidak haram dari segi hukum asalnya tetapi saya adalah Menteri Kesihatan yang paling tidaknya adalah tanggungjawab saya untuk meregulasi penggunaan ini...
Menteri, pencelahan.
..Khususnya tobacco dan smoke ini supaya ia tidaklah menjadi terdedah kepada golongan sasaran yang tidak dimaksudkan- unintended exposure iaitu kanak-kanak, wanita hamil dan orang-orang tua.
Yang Berhormat Kapar mohon mencelah.
Ya. Sila.
Menteri0 meneliti jawapan daripada Menteri memahami kehendak Kementerian Kesihatan dan tubuh Menteri itu sendiri. Saya melihat daripada hari ini, berita hari ini saja pun kita belum lagi buat analisis ataupun mengkaji dengan lebih terperinci dalam laporan yang telah pun disediakan oleh The Sandwell General Hospital, West Bromwich di City Hospital, Birmingham yang membenarkan electronic cigarette ini dilakukan di England. Namun, dalam masa yang sama, KKM telah pun merampas dan bulldoze kilang-kilang besar yang mengeluarkan cecair ini. Saya menganggap bahawa kita kena ada satu kualitatif, satu kata sepakat bahawa ini melibatkan hampir 50 ribu pekerjaan akan hilang dan juga hampir 5,000 pekedai yang sedang beroperasi. Itu bab vape-lah. Saya hendak cakap fasal rokok pula sebab saya berhubung kait, dia kahwin. Sembilan juta perokok ini perlu juga diberikan hak kebebasan. Saya akui rokok itu berbahaya kepada yang lain tetapi dalam masa yang sama kita juga mesti menepati juga keperluan perokok-perokok ini. Apakah boleh kita lakukan begini Menteri? Saya tahu Menteri nak haramkan rokok di restoran-restoran, itu memang saya akui hak kementerian untuk membuat dasar tetapi dalam masa yang sama berilah ruang sudut merokok itu kepada perokok-perokok yang sembilan juta orang ini yang membolehkan mereka juga menikmati hak kebebasan sebagai rakyat Malaysia, yang menjana hampir RM42 bilion daripada tembakau ini.
Saya memohon supaya Yang Berhormat Menteri meluluskan atau membenarkan setiap restoran mempunyai sudut merokok Tuan Yang di-Pertua. Sekurang-kurangnya hak kebebasan itu tidak dipinggirkan dan diskriminasikan dan saya melihat bahawa keperluan itu amat mendesak. Tangisan sembilan juta perokok-perokok ini yang menzahirkan kegusaran mereka dan kegelisahan mereka dan menganggap diri mereka kelas ketiga rakyat Malaysia. Jadi saya melihat bahawa- saya bukan perokok tegar Yang Berhormat Menteri, saya hendak confirm kan itu.
Akhirnya mengaku juga.
Akan tetapi, saya menyelami keresahan perokok yang memerlukan mereka juga diberikan hak.
Sokong, sokong.
Saya kira ini adalah salah satu daripada kebebasan mengikut perlembagaan yang dibenarkan. Walaupun baru ini mahkamah telah pun memutuskan sedemikian rupa tetapi dalam masa yang sama kita juga kena memikir secara politik untuk kebebasan hak perokok-perokok ini. Akan tetapi saya hendak tegaskan, Yang Berhormat Tanjung Karang, saya bukan perokok tegar. Ini saya hendak confirm kan, jangan kata saya perokok tegar, saya cuma hendak menzahirkan Yang Berhormat Menteri, kegelisahan dan juga tangisan sembilan juta perokok ini...
Sokong, sokong.
Walaupun orang kata saya Presiden Perokok, itu tolak tepilah. Sepatutnya Yang Berhormat Tanjung Karang yang Presiden Perokok. Akan tetapi oleh kerana saya hendak mempertahankan hak itu, jangan disalah ertikan pada Yang Berhormat Kapar yang menzahirkan kegelisahan mereka ini. Yang Berhormat Menteri, mohon win-win situation. Sekurang-kurangnya hak sembilan juta orang ini dapat kita angkat untuk mereka dibela diskriminasinya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya harap jawapan yang budiman.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Setiu minta...
Terima kasih kepada sahabat saya.
Sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab, saya faham Yang Berhormat Kapar sentiasa mempertahankan hak perokok. Akan tetapi saya nasihatkan kuranglah mengambil rokok.
[Ketawa]
Yang Berhormat Menteri.
Itu Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua cakap itu, bukan saya.
Untuk demi kesihatan semua pihak supaya tidak ada pilihan raya kecil.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak melanggar Peraturan 37. Saya cuma betulkan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.
Saya bukan perokok tegar. Saya cuma hendak memperjuangkan nasib perokok yang sembilan juta orang ini.
Ya, ini hak kebebasan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Tanjung Karang dan Yang Berhormat Kapar boleh menentukan siapa yang boleh menjadi presidennya.
Ya, nanti mereka akan bincang di luar Dewan.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Setiu hendak celah sikit saja.
Nanti. Yang Berhormat Menteri mempunyai suara yang merdu tapi boleh tidak berucap dekat dengan mic supaya suara merdu dapat didengar.
Boleh Yang Berhormat Setiu minta celah sikit Yang Berhormat Menteri.
Siapa itu?
Sila Yang Berhormat Setiu.
Okey Yang Berhormat Menteri. Ada kajian yang mengatakan bahawa bukan sekadar nikotin yang berbahaya yang ada dalam vape ini tetapi juga perisa-perisa yang ada yang mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya. Jadi hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Yang kedua apakah kementerian cuba mendapatkan pandangan-pandangan ulama atau ustaz berkait dengan vape ini.
Ya, sila Yang Berhormat.
Terima kasih, terima kasih sebab saya, daripada...
Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Setiu dan juga Yang Berhormat Kapar dan yang lain ya. Saya mula menyebutkan dan merakamkan betapa saya sangat memahami isi hati dan rintihan dan keluhan dan tangisan tadi katanya Yang Berhormat Kapar dan sembilan juta perokok ya. Sementara perkara itu semua saya ambil kira, saya mahu merujuk kepada keputusan yang dibuat ya di mahkamah baru-baru ini oleh hakim yang memberikan judgement ke atas semakan kehakiman terhadap pewartaan kami, KKM tentang tempat makan awam sebagai kawasan larangan merokok yang telah ditolak oleh mahkamah dan saya minta kalau boleh ya Dewan yang mulia ini mendapat penghujahannya yang sangat tuntas, yang sangat bernas daripada hakim yang telah menghujahkan betapa persoalan hak asasi perokok sebenarnya tidak sama sekali dinafikan. Tetapi yang penting bagi kehakiman ataupun judgement itu adalah untuk memastikan sementara hak perokok, merokok itu tidak diragut seperti mana yang didakwa tadi tetapi yang lebih adalah kesan sebagai passive smoker kepada sasaran yang tidak dimaksudkan. Itu yang mahu dikawal, itu yang mahu diregulasikan. Jadi larangan ataupun objektif, matlamat ataupun maksud dan maksud-maksud maqasid kepada larangan-larangan itu adalah untuk menghindar dan mengelakkan daripada sasaran yang tidak dimaksudkan terkena akan kesan-kesan rokok. Hari ini bukan saja kesan nikotin tetapi apa pun ratusan bahan-bahan kimia sama ada bersifat carcinogenic yang boleh mencetuskan kanser dan sebagainya. Jadi itu saya kira adalah satu judgement yang perlu diambil faham oleh semua perokok mahupun tidak merokok kerana itu adalah sangat berguna dan sangat tuntas...
Boleh bagi laluan. Sebab sebut Yang Berhormat Tanjung Karang dua kali tadi tahu.
Yang Berhormat Tanjung Karang ada berbahas tidak dalam perkara ini.
Tidak, tadi sebut-sebut Yang Berhormat Tanjung Karang, jadi saya sebut...
Tidak apa. Itu Yang Berhormat Kapar yang sebut. Saya hanya mengundang.
Peraturan mesyuarat lah tapi tidak apa tidak mahu sentuh peraturan mesyuarat. Hujah Yang Berhormat tadi, keputusan mahkamah itu belum final sebab saya pun baca, pihak plaintif dia tengah merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi. Jadi saya ingat kes mahkamah itu tunggulah sampai mahkamah yang tinggi, itu yang pertama. Yang kedua saya sokong Yang Berhormat Kapar. Saya ingat apa yang Yang Berhormat Kapar maksud ialah adalah tempat merokok. Kita kadang kalau pergi luar negara kah mana, ada tempat merokok itu...
Betul.
...Itu yang maksud Yang Berhormat Kapar lah yang saya ingat, yang maksud tadi.
Saya sangat memahami saya kata tadi. Sebab itu kita sedang bekerjasama dengan Kementerian KPKT dan PBT untuk kita laksanakan. Dalam hal itu ia bukan dalam jurisdiksinya Kementerian Kesihatan Malaysia Yang Berhormat Kapar ya.
Yang Berhormat Menteri.
Jadi kebetulan KPKT...
Sedikit hendak berhujah, pencelahan. Izinkan saya berhujah.
Boleh.
Okey. Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi, kita punya waktu yang terhad ini.
Ya betul, tapi ini soal sembilan juta orang yang dalam keadaan yang cukup huru-hara fikiran mereka. Diganggu.
Fikiran pun huru-hara.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Tanjung Karang bahawa keputusan ini masih dalam peringkat rayuan dan kita tidak mengambil sebagai pendekatan sebagai jatuh hukum yang muktamad. Apa yang saya hendak maksudkan di sini hakim itu boleh buat keputusannya tetapi saya hendak bercakap tentang win-win situation. Apa salahnya kalau di situ memang kita buat larangan merokok tapi ada sudut merokok. Sampai janganlah sampai tiga meter. Macam diskriminasi sangat-sangat. Ada ruang merokok. Saya pergi ke Mekah di hotel di Madinah, dalam hotel itu dibenarkan merokok. Saya tidak merokok tapi saya tengok orang merokok. Allah, saya kata. Hebatlah.
Betul ke Yang Berhormat Kapar tidak merokok.
Saya pergi di Dubai, di Qatar. Di sepanjang perjalanan di antara pantai dan juga hotel, dalam hotel pun ada merokok. Jadi apa yang hendak maksudkan di sini ialah kita ketepikan dulu soal hukuman jatuh yang dibuat oleh mahkamah tinggi itu, sementara kita memikirkan bagaimana kita hendak mempertahankan tentang eCigarette dan juga tentang perokok boleh mereka juga diberikan hak. Sekurang-kurangnya ada sudut merokok. Jadi itu yang saya maksudkan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kapar. Sahabat tetap sahabat walaupun merokok ya. Apa yang saya juga maksudkan tadi ya Yang Berhormat Kapar adalah untuk saya terus berbincang dari sudut pelaksanaan bagaimana untuk kita observe ataupun laksanakan dari sudut tempat- tempat dan had supaya dapat kita limit-kan exposure ataupun pendedahan asap-asap rokok itu. Jadi itu yang saya katakan tadi, saya bekerjasama dengan KPKT dan juga pada akhirnya PBT untuk perkara itu dilaksanakan. Sedang dan telah pun kita ambil perhatian. Saya harap Yang Berhormat Kapar dapat memahami kehendak dan hasrat KKM. Bukan untuk berperang dengan perokok bahkan sebaliknya juga kita adakan program-program yang diistilahkan sebagai berhenti merokok- end-quit, dan kita berikan segala pendekatan untuk perokok. Akhirnya dapat berhenti mengurangkan...
Yang Berhormat Tanjung Karang, soalan rokok lagi.
...Akhirnya berhenti merokok. Yang Berhormat Tanjung Karang, cukuplah kot.
Tadi Yang Berhormat Kapar ada bangkit soal vape. Vape kena, vape tadi, saya dengar tadi. Adakah betul kah perkara itu berlaku dan kalau betul kena rampas, adakah vape ini juga telah diharamkan dekat Malaysia. Maka kementerian telah pun membuat rampasan ini.
Dalam hal perkara vape ya. Vape ini ada dua Tuan Yang di-Pertua ya. Tuan Yang di-Pertua, andainya kalau vape itu mengandungi nikotin, maka ia adalah dalam Poison Act. Jadi dengan kata lain ia adalah satu yang terlarang. Jadi untuk memastikan sama vape yang digunakan itu adalah dengan hanya cecair yang dimaksudkan tadi oleh Yang Berhormat Setiu dengan tidak nikotin, adakah ianya adalah satu yang juga mengandungi nikotin. Dari sudut itu, hanya untuk kita pastikan- sudah ada dengan memastikan rampasan dan penilaian itu dibuat, determination dan test itu dibuat. Lalu perkara itu sedang kita lakukan dan inilah juga saya boleh menyebutkan satu jawatankuasa yang dipimpin oleh Timbalan saya, Timbalan Menteri KKM dipertanggungjawabkan dan menggembleng pakar-pakar, researchers, clinician dan juga NGOs, other pemegang ataupun pemegang kepentingan ataupun stakeholders ya untuk kita gemblengkan seluruh tenaga untuk akhirnya dapat satu posisi dan polisi atas soalan vape.
Saya sangat restrain kalau Ahli-ahli Yang Berhormat perhatikan dari sudut pendekatan saya tentang vape ini sebab kita belum mengambil satu sikap dan boleh sahaja seperti negara-negara yang lain yang telah mengharamkan vape. Beberapa states in the US pun begitu justeru kerana kematian sebab seramai tidak kurang daripada 30 lebih, 38 to be exact tetapi ia bukanlah hanya kerana vape ia adalah juga ada
compounded ataupun, dengan izin, dicetuskan oleh pelbagai penggunaan termasuklah opiate dan masalah...
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Maka bolehlah dikatakan sekarang ini dalam proses untuk mengenal pasti dan memastikan bahawa strainted daripada eCigarette itu dan juga rokok itu memberikan...
Saya...
...Untuk satu keputusan maka waktu ini tolong jangan ambil tindakan mana-mana selagi research yang dibuat itu mendapati apa Yang Berhormat Menteri cakap tadi. Saya anggap itulah keputusan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Setiu sedikit lagi. Sejauh manakah langkah-langkah yang dibuat oleh kementerian bagi mengawal penggunaan vape yang sekarang ini menular bukan sekadar di peringkat pelajar sekolah menengah bahkan di peringkat sekolah rendah.
Ya. Itu adalah juga pertanyaan yang ditanya oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tadi. Akan tetapi yang saya boleh sebutkan di sini seperti mana Yang Berhormat Kapar tegaskan dalam Jawatankuasa Penilaian Vape ini, kita sedang ke tahap-tahap yang terakhir untuk merumuskan satu polisi yang sifatnya itu adalah suatu yang menyeluruh dan daripada situ nanti kita akan tentukan tindakan-tindakan. Ketika tindakan dibuat saya perlu sebutkan bahawa penguatkuasaan itu bukan hanya dibuat oleh KKM tetapi juga dengan kementerian yang lain seumpama KPKT kerana ia menyangkut tentang premis. Jadi...
Yang Berhormat Menteri, saya cadangkan supaya libatkan sama dalam jawatankuasa tadi pakar-pakar dalam agama.
Boleh, tidak menjadi masalah. Terima kasih, Yang Berhormat Setiu. Boleh kita pertimbangkannya. Saya beralih tentang isu rokok ataupun...
Tuan Yang di-Pertua, Batu.
Mana?
Batu, Batu.
Yang Berhormat Batu.
...Kawalan tembakau dan isu vape ini, ada lagi?
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Batu, sila ringkas ya.
Ya, ringkas sahaja. Berbalik kepada jawapan tadi Yang Berhormat Menteri fasal Aqua Resigen di mana yang kena saman itu adalah Roundup tetapi Roundup dengan Aqua Resigen adalah company berbeza if I’m not mistaken. So, baru-baru ini Roundup kena saman oleh beberapa masyarakat di mana chemical itu causing cancer. Sama juga kepada Aqua Resigen mempunyai chemical yang sama tetapi belum dapat di saman dan ada satu artikel menunjukkan akan di saman nanti. So, chemical ini namanya permethrin and piperonyl butoxide yang dinyatakan oleh American Cancer Society, it causes blood cancer. Mohon penjelasan.
Yang Berhormat Batu, saya sekali lagi menyebutkan apa pun dakwaan yang mahu dibuat khususnya dalam sebutan dalam Dewan yang mulia ini saya mahu dipastikan bahawa ia mesti you must validate and verify first, you cannot make display, dengan izin, Yang Berhormat tidak boleh menjadikan medan dan pentas ini sebagai saya akan meletakkan hukum dan menjatuhkan apa pandangan dan judgement saya. Jadi yang terbaiknya ketika saya mendengar apa Yang Berhormat sebutkan, saya akan pasti kembali untuk menyemak sebab sebutan methrin ataupun pada saya ada satu lagi class of herbicide yang berlain sebenarnya mungkin ia dalam bidang dalam kelas pyrethroid. Jadi, itu pun saya pun tidak dapat mengesahkan dakwaan Yang Berhormat buat ketika ini.
Jadi, oleh sebab itu saya minta untuk perkara ini diperhatikan di satu pentas forum yang lain. Ini kerana kita tidak boleh jadikan ini satu clinical decision untuk membuat pandangan-pandangan yang setajam ataupun yang tuntas seperti itu. Jadi, saya pohon untuk- perkara itu saya majukan kepada kumpulan penyelidik dan the expert atau subject matter expert yang boleh menangani perkara-perkara ataupun sebutan yang dibuat oleh Yang Berhormat Batu sebentar tadi. Saya beralih, saya harap perkara isu rokok atau tembakau, kalau tembakau dan isu vape akan dapat kita perhatikan seterusnya dan insya-Allah dalam waktu terdekat kita akan dapat memutuskan satu pandangan yang tuntas, muktamad tentang perkara vape dan sekali lagi saya sebutkan buat hari ini yang menjadi masalah adalah vape yang mengandungi nikotin kerana ia adalah satu yang dilarang. Akan tetapi adapun yang vape yang dikatakan cecair yang tidak mengandungi nikotin itu walaupun dikatakan jauh lebih kurang bahayanya daripada rokok- cigarette biasa itu tetapi ia tetap mempunyai banyak dapatan-dapatan yang juga menunjukkan bahawa ia bahaya. Jadi, kesemua ini akan kita rumuskan dalam kajian yang dipimpin oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri saya. Saya beralih kepada isu Pegawai Perubatan Siswazah (PPS), HO atau House Officer dan juga jawatan kontrak. Ini menjadi satu perkara yang dibangkitkan Yang Berhormat Tangga Batu dan juga Yang Berhormat Bagan Serai. Jadi saya ingin menjawabnya ringkas seperti ini. Yang Berhormat Tangga Batu membangkitkan mahukan KKM menjelaskan tentang dakwaan ada masalah penempatan doktor-doktor pelatih pada suku pertama 2019 dan juga Yang Berhormat Bagan Serai membangkitkan isu nasib doktor-doktor kontrak yang masih tidak tahu mana akhirnya selepas mereka tamat perkhidmatan wajib itu. Saya mulakan dengan menyebutkan penempatan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) ini bagi memastikan graduan mendapat kemudahan yang mencukupi, kerajaan mensyaratkan agar graduan melengkapkan khidmat wajib untuk tempoh selama dua tahun. Justeru, tempoh maksimum kontrak adalah selama lima tahun merangkumi khidmat wajib dan housemanship. Maksudnya, dua campur satu campur dua dan dengan kata lain setelah bekerja sebagai MO untuk selama dua tahun. Jadi jumlah perkhidmatan mereka adalah lima tahun dan mereka hari ini hanya di-engaged sebagai dalam pendekatan hanya kontrak bukan satu jawatan tetap. Mulai 21 Oktober 2019, Pegawai Perubatan Siswazah Gred UD41 yang telah tamat latihan siswazah dan mendapat pendaftaran penuh akan ditempatkan semula di penempatan baru untuk menjalani khidmat wajib tanpa menunggu urusan tawaran pelantikan tetap atau pelantikan semua kontrak selesai. Penempatan baru ini akan dilaksanakan mulai Jawatankuasa Penempatan dan Pertukaran berdasarkan kepada kepentingan perkhidmatan. Sekiranya pegawai dilantik tetap, penempatan pegawai akan diselaraskan semula berdasarkan kepada kekosongan jawatan. Jadi, ada beberapa pada setiap cohort itu ada jawatan-jawatan tetap yang kosong dan andainya berdasarkan beberapa kriteria, antara lain performance dan beberapa KPIs yang lain, PPS ataupun mereka yang telah tamat latihan itu akan diberikan jawatan tetap sebagai pegawai perubatan. Bagi yang tidak berjaya dilantik tetap, mereka akan terus diambil sebagai lantikan kontrak sehingga tamat khidmat wajib. Persoalannya selepas tamat khidmat wajib bagaimana? Jadi, itu yang menjadi pertikaian sehingga hari ini. Kalau saya boleh beralih sedikit kepada jawapan itu secara terus, Pegawai Perubatan Gred UD41 yang telah tamat latihan siswazah, mendapat pendaftaran penuh dan melengkapkan khidmat wajib tetapi tidak dilantik tetap ke sektor awam berpeluang untuk bekerja antara lainnya; satu, agensi lain sektor awam seperti hospital-hospital universiti. Kita ada bukan sahaja Hospital MOH atau KKM, kita ada juga hospital universiti dan juga Hospital Military Defense dan juga di sektor swasta dan juga syarikat-syarikat yang memerlukan pengetahuan kemahiran dalam bidang kesihatan seperti institusi perubatan swasta, makmal, syarikat farmaseutikal dan sebagainya.
Saya kembali untuk menyebutkan sehingga 31 Ogos 2019 ya yang seramai 15,246 orang Pegawai Perubatan UD41 telah dilantik secara kontrak. Ini soalan yang ditanya tadi, secara kontrak sejak 2016 seramai 4,202 orang Pegawai Perubatan UD41 telah dilantik secara kontrak bagi tahun 2019. Juga seramai 2,115 orang graduan perubatan yang menunggu slot latihan siswazah dan penempatan akan dibuat di antara bulan November sehingga Februari 2020.
Jadi ini yang saya telah jelaskan. Berikutan pertambahan dalam jumlah orang graduan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peluang pekerjaan sepenuhnya kepada graduan-graduan kerana terbatas dengan jumlah jawatan tetap yang sedia ada. Jadi itulah sebabnya setelah mereka tamat khidmat wajib, maka mereka diberikan ruang untuk bekerja di tiga bidang tadi sama ada di hospital-hospital universiti dan pertahanan, military hospital, sektor swasta dan juga syarikat-syarikat yang memerlukan kemahiran mereka. Itu yang jawapan yang saya boleh berikan kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Saya ada nampak sedikit perkara yang Yang Berhormat Menteri patut perjuangkan. Kita ratio sudah bagi tahu, 1 ke 580 orang populasi. Akan tetapi, kalau pihak kerajaan hendak jadikan 1 ke 400, tentu Yang Berhormat Menteri kena fight supaya lebih ramai doktor-doktor graduan ini yang boleh berkhidmat di sektor kerajaan. Jadi, ini yang mereka nantikan Yang Berhormat Menteri jawab.
Ya saya sangat memahami pandangan Yang Berhormat Tenggara. Itulah yang kalau dahulunya sememang semacam satu kemestian dan kewajipan kerajaan untuk mengambil langsung Pegawai- pegawai Perubatan Siswazah (PPS) setelah tamat housemanship mereka. Akan tetapi, hari ini dengan kemampuan dan keupayaan kerajaan, ia tidak lagi boleh begitu. Lebih mustahak adalah supaya kedepanan, moving forward, dengan izin, kita perlu lebih mampu menyediakan ruang pekerjaan. Bukan sahaja sebagai bekerja dengan pihak awam. Di sinilah yang sangat penting untuk pegawai-pegawai perubatan ataupun MO yang telah tamat housemanship supaya lebih robust, supaya lebih versatile memandang ke hadapan apakah sebenarnya fasiliti-fasiliti kesihatan yang akan wajar dibina dan dibangunkan. Dengan cabaran an ageing population coming, satu masyarakat penuaan, masyarakat kita ini kita will be 7 percent more than 65 years of age dalam tahun 2030, it will be by definition mengikut takrif WHO akan menjadi sebuah masyarakat tua with 7 percent. Itu takrifnya. Maka dengan kata lain, kalau kita perhatikan the continue of care from primary care in to curative care dalam hospital setting, sama ada secondary atau hospital than rehabilitative dan akhirnya palliative care dalam bentuknya Hospis dan sebagainya itu saya kira ini adalah sekali gus satu cabaran, tetapi boleh dijadikan satu peluang untuk MO’s yang sudah masuk ke dalam lapangan bekerja supaya mereka sentiasa dapat meningkatkan clinical skills dan medical skills mereka untuk mereka lebih versatil. Jangan memandang hanya kepada pihak kerajaan. Saya memandang satu suasana di mana institusi-institusi seperti Hospis seperti di the age fasiliti-fasiliti yang akan menangani the ageing population. Kesemua ini adalah peluang untuk the younger generation of doctors to go into geriatric medicine contohnya untuk palliative care contohnya. Ini merupakan saya kira jauh menyimpang ini, tetapi to make them lebih versatil dan tahu bahawa waktu seperti dahulu that you are semacam dijamin pekerjaan sudah lagi tidak mampu dibuat. Terutama ketika Yang Amat Berhormat Tun itu mahu kan dalam pendekatan civil servant, dalam erti kata down sizing atau right sizing itu sangat mustahak untuk setiap kementerian memandang peluang pekerjaan itu bukan hanya ada pada pihak awam.
Boleh tak Menteri beritahu kita ini semua merupakan sub speciality? Kalau MO, doktor perubatan.
Saya kira...
Sebenarnya rehabilitation.
Betul.
Then better you go that way direction...
Betul.
Because nagivate to the proper speciality.
Betul, kalau saya perhatikan, kalau dalam lebih kalau mahu dibahaskan perkara ini dalam bentuknya primary care dan primary health care kerana pendekatan kita seharusnya bersifat pencegahan ataupun preventif. Maka, persoalan menjaga pada apa yang di istilahkan sebagai di peringkat clinics, into our clinics-clinics, termasuklah awam mahupun the GP clinics. So I see, saya memandang kepada satu era di mana our younger doctors are train in family medicine dan mereka menjadi FMS, mereka menjadi family medicine specialist. Dengan kata lain, inilah ruang yang sekali gus akan membuka ruang pekerjaan untuk mereka. Not is sufficient untuk hanya ada ijazah MBBS semata-mata. As you correctly said Yang Berhormat Tenggara, perkara itu adalah menjadi satu kepakaran family medicine practice and clinic has become the gatekeeper, menangani NCDs. This is the way forward for this country untuk benar-benar dapat mengurangkan the heavy burden of disease terutama penyakit-penyakit tidak berjangkit yang menjadi sebab mengapa kita berdepan dengan heavy burden of disease terutama diabetes dan komplikasinya...
Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan?
Saya sudah menyimpang jauh sudah ini Tuan Yang di-Pertua.
Sedikit saja.
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih, memang saya bersetuju.
Akan tetapi, saya sangat suka Yang Berhormat Tenggara.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, memang saya sangat setuju dengan hala tuju yang kita tuju untuk fokus on primary health care. Saya hendak tanya, ini saya boleh dapatkan jawapan bertulis. Setiap negeri di mana bilangan permohonan untuk mendapatkan kontrak tetap, sorry, full employment setiap negeri untuk bukan sahaja HO, tetapi juga pharmacist, dentistry dan semua. Ini sebab saya merasa ada beberapa kawasan atau hospital memang kita tahu ada congestion. Akan tetapi, di kawasan seperti Sabah dan Sarawak, di kawasan pedalaman memang ada keperluan. Jika saya boleh merayu, kita berikan keutamaan kepada sesiapa yang sudi pergi ke kawasan pedalaman, pergi ke kawasan yang memang ada kekurangan berbanding dengan kawasan-kawasan bandar di Semenanjung atau mana-mana. Bolehkah kita ada satu mekanisme yang lebih telus dan juga peratus permohonan di Sabah Sarawak dan berapa yang mendapat kelulusan full contract tersebut. Terima kasih.
Sangat baik cadangan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching juga bersangkutan dengan apa yang Yang Berhormat Tenggara mula bincangkan sebentar tadi, bahaskan sebentar tadi. Saya kira Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu apa yang diistilahkan sebagai satu manpower planning yang lebih menyeluruh dalam skema perkhidmatan ini. Ini kerana Yang Berhormat Tenggara menyebutkan hari ini kita berada pada tahap nisbah satu doktor 532 lebih kurang population. Sebenarnya dari sudut sebagai sebuah negara upper middle income economy, kita wajarnya berada pada satu nisbah satu doktor, 430 population negara. Jadi dengan kata lain, kita mengambil kepada situasi di remote area ataupun tidak juga di remote area Sabah d Sarawak secara umumnya, nisbah itu adalah satu doktor, hampir seribu population. Jadi ini lah yang saya kerap menyebutkan dalam perbincangan di mesyuarat-mesyuarat PUSKEP saya ini. Kita bangkitkan bagaimana untuk kita apa yang diistilahkan sebagai a more equitable distribution. Pengagihan bukan sahaja doktor, tetapi juga pakar dan pakar bukan kata Sabah Sarawak, kalau saya pergi ke Kuala Lipis pun contohnya. Hospital Kuala Lipis, pakar-pakar will don’t to be serving there, lama-lama pun dua tahun dan bagaimana untuk kita, dengan izin, incentivize ataupun memberikan galakan dan motivasi serta insentif untuk mereka kekal di sana.
Itu satu cabaran juga. Saya sangat memahami apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Jadi, dengan kata lain cabaran untuk saya mencapai misi UHC ataupun Universal Health Coverage living no one behind, reaching the unrigid lebih mudah saya sebut dan diretorikkan. Akan tetapi, bila memandang kepada hakikatnya saya sangat insaf bagaimana perancangan ini perlu dibuat dengan lebih teliti, lebih bertanggungjawab, dengan dana yang diberikan, dengan pakar-pakar yang perlu dibekalkan. Kesemua ini adalah cabaran bagi Kementerian Kesihatan khususnya untuk diri saya. Terima kasih, Yang Berhormat Sandakan.
Ya, hi Yang Berhormat Menteri. Saya dari Sandakan ingin menyuarakan itu last pada masa Parlimen session yang lalu, saya juga pernah menanya masalah ini tidak cukup spesialis dalam area Sabah dan Sandakan. Jadi itu jawapan untuk saya adalah ada visiting doctors dari hospital lain. Akan tetapi, di Sandakan kami hanya ada satu hospital awam umum untuk seluruh Sandakan district including Telubi, Beluran which dia punya citizen hampir 500 ribu orang sudah.
So, ini method memang tidak worked lah di daerah Sandakan untuk visiting doctors and then some times when we need, semasa kami perlukan spesialis, kami perlu tunggu satu bulan ke dua bulan atau at least dua tiga minggu.
Yang Berhormat Sandakan, saya sangat insaf tentang keadaan itu. Saya pernah membuat lawatan dan saya tahu kedudukan yang sebenarnya. Itu adalah antara perkara yang kita perlu perhatikan terutama tentang tuntutan bekalan pakar-pakar dan sebagainya.
Terima kasih.
Ini yang saya maksudkan tadi tentang disparity ataupun jurang kesenjangan bekalan doktor dan pakar-pakar terutama di Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya dikekang dengan waktu ini, walaupun saya ingin menjawab banyak lagi isu. Ini baru isu ini, tak masuk lagi bekalan-bekalan daripada segi penaiktarafan di setiap Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanyakan tentang hal itu. Yang itu saya kira boleh saya bekalkan dalam bentuk jawapan bertulis tetapi kalau saya diizinkan untuk move forward...
Boleh. Jika ada isu penting, saya bagi masa tambahan.
Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dispensing separation, saya kira tidak ada- saya akan mengulangi isu yang sama. Dispensing separation, ini Yang Berhormat Klang juga membangkitkan dan juga Yang Berhormat Sibu. Saya tegaskan sekali lagi apa yang dimaksudkan adalah Kementerian Kesihatan dalam usaha untuk meminda undang-undang berkaitan untuk menjadikan pengeluaran preskripsi secara mandatori oleh doktor apabila diminta oleh pesakitnya selepas di konsultasi oleh doktor. Dengan kata lain, mandatory prescription upon request and after consultation. Itu adalah satu amalan yang kita- you must prescribe when requested. Before we get to the full fledge of dispensing separation yang saya kira akan memakan waktu untuk kita sampai ke situ. Akan tetapi paling tidaknya, for the time being adalah wajib bagi memberikan preskripsi ketika pesakit pohon and selepas konsultasi. Pesakit berhak untuk menentukan di mana ubat dan di mana medication yang sesuai dan wajar untuk pesakit dapatkan. Jadi itu yang saya sebutkan secara ringkas. Kesihatan mental merupakan satu isu besar. Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Rantau Panjang dan juga Yang Berhormat Jelebu. Saya seringkasnya menyebutkan Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan dengan isu mutakhir ini, dengan beberapa kematian suicide atau bunuh diri oleh seorang atlet 19 tahun. Lebih awal daripada itu, seorang remaja perempuan apabila beliau menangani Instagram-nya dan juga seorang pelajar sekolah 12 tahun meragut nyawanya sendiri sekembali daripada mengambil UPSR, kertas Bahasa Malaysia. Itu semua adalah satu cabaran yang sedang kita hadapi sebagai kesihatan mental, sebagai satu challenge dalam konteks negara kita ini. Bukan sahaja penyakit- penyakit tidak berjangkit, kembalinya penyakit-penyakit berjangkit seumpama denggi, malaria dan tuberkulosis tetapi juga akan perihal kesihatan mental kebangsaan.
Jadi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita punya beberapa pelan khususnya Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2020-2025 adalah satu pelan yang kita jadualkan kita bermula pelaksanaan tahun hadapan. Fokus pelan adalah kolaborasi antara agensi-agensi kerajaan dan NGO dan banyak NGO yang bersama dengan kita. Befrienders, MIASA dan sebagainya dan badan profesional dalam meningkatkan kesedaran, akses serta kualiti perkhidmatan kesihatan mental. Di sini Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan sekali lagi, Kementerian Kesihatan telah mengangkat cadangan pembangunan semula National Suicide Registry ke dalam RMKe-12. KKM juga telah membuat perbincangan dengan pihak berkepentingan dalam proses menyediakan kertas cadangan untuk dihantar ke pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk diberikan satu dana yang wajar untuk kita bangunkan semula The National Suicide Registry. Ini adalah sangat penting. We do not have the database, dengan izin. Berhubung itu juga, proses advocacy, decriminalization tingkah laku bunuh diri ini juga kita sedang angkat dan perkara ini telah kita angkat ke pengetahuan AG Chambers, Kamar Peguam Negara dan juga dengan itu, AG telah memanggil mesyuarat dengan pihak-pihak berkepentingan di stakeholders termasuk kita sendiri, KKM. KKM juga akan menyokong decriminalization ini kerana ianya adalah sangat satu strategi yang telah lama kita ambil sebagai satu strategi yang salah di dalam menangani tingkah laku bunuh diri ini kerana bunuh diri ini seperti mana juga drug addiction tadi perlu kita decriminalization bagi menggalakkan mereka yang merupakan individu yang punya kecenderungan bunuh diri, mereka sebenarnya adalah pesakit yang perlu kita rawat dan bukannya untuk kita hukum dan kita punish mereka. Jadi, inilah pendekatan decriminalization yang merupakan falsafah yang kita ambil sebagai satu pendekatan dalam kerajaan baharu ini.
Yang Berhormat Menteri.
Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Saya telah membangkitkan satu soalan semasa sesi Dewan Rakyat minggu lalu di mana telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma saya ingin membangkitkan satu lagi perkara yang saya minta diberi perhatian tentang perkara ini. Masih terdapat rungutan daripada orang ramai terutamanya kalangan B40 dan golongan yang tidak berkemampuan bahawa mereka tidak mempunyai akses untuk mendapat peluang berunding dengan pakar psikiatri di hospital-hospital awam. Saya telah menyatakan bahawa kerajaan mungkin perlu memikirkan tentang cara untuk mereka mendapat peluang untuk membuat rundingan. Ini kerana kalau kita lihat bila kita pergi ke hospital-hospital awam, semua pesakit di situ duduk di ruangan terbuka. Ada di antara mereka yang begitu risau dan juga mungkin rasa malu, tidak mahu ingin berjumpa secara terus dengan seorang pakar psikiatri. Jadi bolehkah akses peluang untuk berjumpa dan runding ini diberi peluang supaya dibuat secara sulit. Ini kerana kita lihat statistik menunjukkan bahawa golongan yang cenderung untuk melakukan bunuh diri atau cuba membunuh diri adalah daripada orang yang kurang berkemampuan. Ada juga yang mempunyai wang dan sebagainya yang membunuh diri tetapi kebanyakannya berlaku daripada golongan yang kurang berkemampuan. Kalau orang yang berada, beliau akan pergi ke hospital persendirian tetapi orang-orang yang kurang berkemampuan ini harus diberi perhatian. Itu adalah permintaan saya. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jelutong. Ya, itu satu cadangan yang sangat baik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Jelutong, bukan sahaja kita menangani masalah ini hanya di hospital, sebenarnya kita mulakan pendekatan ataupun kita mulakan menangani isu kesihatan mental ini di peringkat primary care lagi, di peringkat klinik-klinik lagi. Kita ada sebenarnya pakar psikiatri yang juga memberi lawatan dan rawatan di peringkat oleh pakar perubatan keluarga, family medicine specialist itu di peringkat klinik. So, our clinic is the gate keeping role, dia adalah the first line of rawatan, the first line of diagnosis bukan hanya di klinik- klinik pakar di hospital semata-mata. Jadi oleh kerana itu Yang Berhormat Jelutong, kita mahukan perkara ini adalah satu yang menjadi seperti mana Yang Berhormat Jelutong mahukan. Mereka rasa malu,
mereka- kesemua itulah. Dengan kata lain, sebagai one underscores, dengan izin, apa yang menggerakkan KKM memulakan kempen Let’s Talk. Let’s Talk inilah yang kita harap akan dapat benar-benar membanteras apa yang dikatakan sebagai stigma, pandangan serong, pandangan buruk terhadap pesakit-pesakit...
Yang Berhormat Menteri.
Pesakit-pesakit yang dikatakan having mental challenges. Jadi yang kita tidak tahu, ini bukan sahaja dalam bentuknya severe neurosis to psychosis. Dia adalah dalam bentuk depression, dalam bentuk anxiety, dalam bentuk stress. Semua kita adalah sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, terdedah kepada cabaran- cabaran itu. Any one of us, any one of us within our lowest act, pada ketika kita berdepan dengan cabaran kehidupan, kita juga boleh terdedah kepada mental challenges seperti ini.
Precisely.
Jadi dengan itu kita memulakan program Lets’ TALK. Dengan kata lain, T.A.L.K itu ialah “T” for “Tell” someone that you trust with your problem; “A” for “Ask” for help; “L” is “Listen” without judgement. Ini sangat penting, dan akhir sekali; “K” for “Know” where to seek help. T.A.L.K ini ialah program kami di KKM yang akan cuba untuk membanteras stigma bahawa penyakit mental ini perlu disembunyikan, orang malu berjumpa dengan doktor dan malu mendapat rawatan, Tuan Yang di-Pertua. Jadi ini yang kita mahu destigmatize dan banteras. Ini telah pun kita mulakan dan kita akan adakan kios untuk di peringkat komuniti, penambahan masa udara dalam media, kerjasama dengan KPM, KPKT dan kementerian-kementerian yang lain bagi kita untuk benar-benar dapat membudayakan keupayaan- it became a national conversation.
Ya Yang Berhormat Menteri.
Ia perbualan yang boleh sahaja kita buat tanpa stigma.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?
Sikit, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya nak sambung Yang Berhormat Jelutong.
Saya ada satu lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Okey, sekarang saya bagi Yang Berhormat Jelutong. Selepas itu Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat Tenggara. Semua singkat.
Saya akan ringkaskan. Saya cuma mohon supaya kementerian berkongsi, kalau boleh, hotlines seperti Befrienders. Ini kerana kita di pusat khidmat kita juga didatangi oleh orang-orang yang mengalami kemurungan. Tiap-tiap bulan, sekurang-kurangnya ada tiga atau empat kes yang kita perlu lihat dan beri rujukan dan rundingan. Kalau boleh, hotline ini dan laman- laman web diberikan maklumat supaya kita dapat menghubungi untuk mendapatkan bantuan. Terima kasih.
Ya, terima kasih. Selepas itu Yang Berhormat Bandar Kuching.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Kita ambil perhatian, Yang Berhormat Jelutong.
Okey, terima kasih.
Nanti, Yang Berhormat Menteri. Kita dengar dahulu, baru kita jawab.
Sebenarnya satu lagi kumpulan yang kita haruslah target dan fokus ialah care givers themselves sebab banyak doktor ataupun even psychiatrist clinical psychology yang memberi rawatan, mereka juga adalah satu risky community. Jadi, apakah peranan kementerian untuk kita for this group of people, the care givers? Jika kita menjaga care givers dengan baik, mereka akan menjaga pesakit kita dengan lebih baik. Terima kasih.
Yang Berhormat Merbok.
Saya ada sedikit pengalaman berkenaan isu-isu kemurungan. Kadang-kadang kita melihat bagaimana untuk merawat mereka yang mengalami permasalahan mental health ini tetapi- mental health ini banyak. Ia sangat luas. Saya rasa pihak kementerian juga harus melihat dan memberikan awareness ataupun kesedaran. Sebenarnya apabila orang sudah tidak sihat ini, yang paling penting adalah siapa yang menjaganya. Keluarga terutamanya. Saya melihat sebenarnya isu-isu ini, pesakit itu sendiri, mereka yang dilanda isu kemurungan itu memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga. Saya rasa sebenarnya yang penting juga bukan sahaja pesakit itu dirawat, yang merawat itu juga perlukan rawatan. Terima kasih.
Yang Berhormat Tenggara.
Terima kasih. Ya, satu lagi.
Yang Berhormat Tenggara, sila.
Yang Berhormat Menteri ada cakap tadi berkenaan dengan first line defense. Memang betul, saya setuju, Yang Berhormat Menteri sudah sediakan doktor-doktor prime care untuk kes psikiatri. Akan tetapi saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri perasan bahawa ubat-ubat psikiatri ini tidak sama dengan yang ada dekat farmasi? Ini kerana kalau Yang Berhormat Menteri tengok dekat Jabatan Trauma dan Pesakit Luar, kalau jadi prime, dia tidak ada ubat-ubat seperti bipolar kecuali you pergi ke hospital-hospital yang gazetted sebagai psikiatri ataupun Hospital Permai atau Hospital Tampoi. Jadi, Yang Berhormat Menteri boleh beri jaminan bahawa kalau ini jadi isu, you make sure that ubat-ubat untuk psychiatry case pun ada? Macam panic attack, you need SSRI.
Okey, Yang Berhormat Tenggara, saya ingat perkara ini memang perlu kita perhalusi tetapi therapeutic by way of drug, ia bukannya satu yang dimaksudkan dalam perbincangan tadi. We are talking about care givers. Kita bercakap tentang care gives, bukan care providers. Care providers, mereka adalah clinical psychologist ataupun the psychiatrist. Mereka adalah yang trained. And those drug anti-psychotic drug dan sebagainya itu, for the all various classes itu memang adalah drug description by specialist. Itu tidak dapat sebagai OTC. Yang Berhormat Tenggara juga perlu faham. Perkara yang dimaksudkan tadi adalah bagaimana kita menangani golongan care givers yang terkadang-kala akan tertekan dengan cabaran dan akhirnya menjadi pesakit dari segi kemurungan, dari segi anxiety dan stres itu. Ini yang dimaksudkan tadi dan saya sangat memahami perkara ini. Oleh sebab itu, kita perlu adakan networking antara semua NGO. Kalau boleh saya sebutkan tadi talian Befrienders yang mungkin saya tidak perlu sebut kepada Ahli Yang Berhormat yang kalau benar sudah mempunyai kepekaan tentang perkara ini, tentu tahu. Akan tetapi untuk pengetahuan semua, Befrienders punya talian mereka ialah 03- 79568145. Juga yang lain seperti MIASA dan sebagainya. National Mental Health Foundation dan sebagainya. Mereka juga menawarkan pelbagai rawatan, pelbagai- ya, satu environment group therapy dan sebagainya, dan juga bersedia untuk mendengar pelbagai keluhan mereka yang punyai permasalahan dalam mental health. Jadi saya ingat perkara itu juga adalah penting untuk semua mengambil faham dan Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya rakyat di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bukan sahaja ada- saya sebutkan tadi bukan hanya di hospital, kita juga ada pusat- pusat dan institusi-institusi yang lain.
Ya, soal sakit mental sudah dijawab. Saya jemput Yang Berhormat Menteri sila menggulung.
Saya punya lagi beberapa isu, Tuan Yang di-Pertua. Persoalan pengecualian cukai, kerjasama dengan negeri Sarawak, kebajikan Orang Asli. Akan tetapi, perkara ini bukan suatu yang baharu juga. Saya telah membangkitkan. Juga, bersabit dengan laporan kebakaran Hospital Sultanah Aminah. Ini merupakan satu yang saya- ini Yang Berhormat Ayer Hitam bangkitkan tetapi Yang Berhormat Ayer Hitam pun tidak ada...
Ya, Yang Berhormat Ayer Hitam tidak ada dalam Dewan.
Tetapi saya tahu bahawa minggu depan saya akan membuat satu sidang akhbar tentang laporan kebakaran HSA ataupun Hospital Sultanah Aminah yang saya akan bentangkan. Keputusan Kabinet adalah untuk transparent dalam perkara ini. Kita akan dedahkan. Kita dalam proses untuk deklasifikasikan laporan ini sebagai suatu yang akan dapat didedahkan kepada semua pihak awam bagi kita bertanggungjawab tentang apa juga kekurangan dan kelemahan pihak hospital dan pelbagai pihak yang lain. Ini adalah dalam rangka untuk saya membuat penerangan.
Soalan terakhir daripada Yang Berhormat Klang.
Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat Klang, sahabat saya Yang Berhormat Klang. Saya telah jawab. Tadi Yang Berhormat Klang tidak ada di sini. Jadi, boleh juga saya berikan dalam bentuk tulisan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, soalan saya berkait dengan ubat DGT yang digunakan oleh pesakit- pesakit AIDS. Saya telah bangkitkan isu ini oleh kerana kos DGT itu terlalu tinggi, lebih kurang RM500 hingga RM600. So, apakah pandangan kerajaan untuk membawa generic version of DGT supaya harga itu boleh dikurangkan dan juga demi kepentingan pesakit- pesakit AIDS? Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya tidak menjawab soalannya tadi. DGT itu adalah dalam rangka yang sama juga sepertimana kita pernah lakukan dalam menangani hepatitis C. Kita menggunakan satu peruntukan yang diistilahkan sebagai compulsory licensing (CL). Dengan itu juga, kita mampu mendapatkan perolehan dalam bentuk generik dan ia sangat membawa satu situasi yang sukar kepada kita kerana innovated drug, syarikat di Amerika itu sangat marah, tetapi kalau adanya this antiretroviral drug ini, DGT ini diperlukan dengan kita benar-benar dapat meng-establish-kan, menentukan kemaslahatan awamnya, maka kita akan ambil pertimbangan daripada Yang Berhormat Klang untuk kita buat perolehan secara compulsory licensing. Itu ada peruntukannya.
Congratulations.
Tuan Yang di-Pertua...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.
Libaran.
Ya, saya minta maaf kerana tidak dapat menghuraikan semua khususnya dari segi fasiliti-fasiliti. Perkara fasiliti itu sama ada hospital naik taraf dan klinik-klinik, Tuan Yang di-Pertua, saya akan berikan dalam jawapan bertulis. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh celah sekejap? Hendak tanya sekejap boleh?
Sebenarnya sudah tamat.
Okey, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan atas penggulungan. Ahli-ahli Yang Berhormat, good health is a great wealth. Oleh kerana itu, saya mengucapkan semoga setiap Ahli Yang Berhormat dan anggota Dewan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.
Oleh kerana itu, Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 4 November 2019.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.19 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Keputusan Muktamad Kerajaan Berhubung Operasi Pengeluar Nadir Bumi Australia, LynasSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada 3 Ogos 2019, pengeluar nadir bumi Australia, Lynas Malaysia Sdn Bhd telah mendepositkan wang tunai dan bon bersandarkan tunai sebanyak USD42.2 juta kepada Kerajaan Malaysia bagi membiayai pengurusan sisa jangka panjang di kilangnya di Pahang. Tidak lama kemudian, pada 8 Ogos 2019, ketika di Jepun, Perdana Menteri mengatakan bahawa Malaysia tidak boleh ‘menghalau’ Lynas kerana syarikat itu telah melabur lebih daripada RM1 bilion.
Pada 15 Ogos 2019, media melaporkan Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet bersetuju meneruskan operasi kilang Lynas. Sedangkan seramai 13 pemimpin yang kini bergelar Menteri pernah menandatangani Aku Janji Batal Lynas semasa mereka bergelar pembangkang.
Malah Yang Berhormat Menteri Kewangan sebelum ini pernah mendakwa Lynas membawa kesan radioaktif dan nuklear, apa sudah jadi? Adakah pemimpin kerajaan tidak takut dengan kesan radiasi nuklear ini? Atau apa yang pernah diperkatakan semasa bergelar pembangkang dahulu adalah tidak benar dan andaian yang tidak berasas Sekiranya tiada kesan radioaktif dan nuklear di Lynas, saya mendesak kementerian supaya membetulkan kenyataan yang pernah dibuat oleh pembangkang dahulu seperti apa yang pernah
(i) adakah maksud memperbaharui lesen itu bersandarkan kepada prasyarat yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 4 Disember 2018 iaitu mengenakan dua syarat untuk pembaharuan lesen LAMP antaranya menghantar sisa mengandungi bahan radioaktif keluar dari negara ini;
(ii) adakah keputusan Kabinet pada 15 Ogos 2019 yang membenarkan operasi Lynas adalah kerana syarikat itu telah mendepositkan wang tunai dan bon bersandarkan tunai sebanyak AS$42.2 juta kepada Kerajaan Malaysia;
(iii) apakah tindakan kementerian berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bentong yang mengatakan lebih satu juta tan sisa dilonggokkan secara terbuka di kawasan belakang Lynas. Beliau turut menyifatkan perbuatan itu terang- terangan melanggar undang-undang negara yang menyebut sisa berkenaan tidak boleh melebihi 20 tan dan perlu dilupuskan selepas 180 hari; dan
(iv) Kerajaan Australia bertegas tidak akan menerima balik sisa buangan kilang Lynas ke Australia. Apakah perkembangan terkini pertemuan dengan pihak Kerajaan Australia dan keputusan Kerajaan Malaysia?
Sebagai rumusan, saya turut mencadangkan agar pihak kementerian dapat melantik badan bebas bagi membuat penilaian semula tahap radiasi, kapasiti tempat sisa buangan dan impak daripada pengoperasian Lynas demi kepentingan rakyat sekitar kilang Lynas. Diharapkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sentiasa konsisten dengan pendirian mereka dalam isu Lynas baik pada kedudukan sebagai parti pemerintah atau pembangkang. Apa jua pandangan mestilah disokong dengan data yang saintifik bukannya kenyataan bersifat retorik. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) telah memperbaharui lesen operasi Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) selama hanya 6 bulan dengan syarat yang lebih ketat daripada kerajaan terdahulu bagi memastikan operasi Lynas terutamanya dari segi pengurusan sisa Lynas adalah selamat. Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah Lynas hendaklah mengemukakan perancangan bagi
pembinaan kemudahan fasiliti cracking and leaching di luar negara bagi tujuan memindahkan proses tersebut yang kini dijalankan di lojinya di Gebeng, Kuantan keluar dari Malaysia.
Kemudahan cracking and leaching di luar negara hendaklah dibina dan mula beroperasi dalam tempoh empat tahun dari tarikh sah lesen. Selepas kemudahan cracking and leaching mula beroperasi di luar negara, pemegang lesen tidak lagi dibenarkan menghasilkan residue radioaktif yang melebihi satu becquerel per gram di lojinya di Gebeng, Kuantan. Dengan syarat ini, kerajaan hendak memastikan bahawa penghasilan residue radioaktif oleh operasi Lynas dihentikan dalam masa depan.
Lynas hendaklah mengenal pasti tapak spesifik untuk pembinaan kemudahan pelupusan kekal (permanent disposal facility–PDF) dan hendaklah mengemukakan kebenaran secara bertulis daripada mana-mana kerajaan negeri bagi penggunaan tapak tersebut sebagai PDF atau mengemukakan kebenaran rasmi secara bertulis daripada pihak berkuasa mana-mana negara untuk membawa keluar residu WLP ke negara tersebut.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, syarat PDF akan memastikan bahawa pengurusan sisa radioaktif WLP adalah ketat dalam jangka panjang berbanding dengan penstoran sisa radioaktif WLP yang sebelum ini dibenarkan oleh kerajaan lama dalam tapak penstoran sementara
(residue storage facility). Lynas hendaklah menamatkan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan (research and development – R&D) berkaitan penggunaan semula residu radioaktif WLP sebagai condisoil dalam bidang pertanian dan hendaklah mengemukakan 0.5 peratus daripada jualan kasar setiap tahun yang ditetapkan untuk usaha R&D sebelum ini kepada Kerajaan Malaysia sebagai cagaran tambahan sehingga kemudahan cracking and leaching di luar negara mula beroperasi.
Syarat-syarat baru ini diputuskan susulan keputusan Jemaah Menteri berdasarkan saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Material Plan dalam laporannya pada November 2018.
Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa eksekutif ini yang terdiri daripada pakar-pakar saintifik dan bebas telah menyarankan pihak LAMP perlu segera mengenal pasti lokasi dan membina fasiliti pelupusan kekal (PDF) bagi residu WLP yang bersifat radioaktif. Saranan ini turut mengambil kira risiko peningkatan residu yang terkumpul di tapak operasi Lynas yang kini hanya di stor dalam tapak penstoran sementara (residue storage facility) dan terdedah kepada sebarang ancaman akibat perubahan cuaca dan bencana alam akibat perubahan iklim.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) secara tetap melakukan pemeriksaan berkala ke atas premis Lynas. Di samping itu, kerajaan turut
menjalankan pensampelan alam sekitar sebagai langkah verifikasi. Merujuk Seksyen 22(1) Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), sekiranya pemegang lesen telah melanggar mana- mana syarat lesen, kerajaan melalui Lembaga Pelesenan Tenaga Atom boleh membatalkan atau menggantung selama tempoh yang difikirkan patut terhadap mana-mana lesen yang dikeluarkan termasuk lesen kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Kuota PendidikanSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik untuk memajukan sistem pendidikan nasional demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan juga menyumbang kepada pembangunan Malaysia.
Namun begitu, sistem kuota yang diguna pakai sebagai suatu mekanisme untuk memilih pelajar ke universiti tempatan mulai tahun 1970 sampai sekarang. Apakah pelan tindakan dan hala tuju pihak KPM berhubung dengan status penggunaan sistem kuota? Adakah pihak KPM ingin selaraskan sistem kuota sebagai sama rata, ataupun sistem kuota dinamik, mahupun sistem kuota berdasarkan peratusan kaum? Berapakah jumlah pengambilan pelajar untuk universiti awam 2019/2020? Berapakah peratusan kaum bumiputera dan bukan bumiputera? Berikan perincian untuk aliran sains iaitu perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan dan sains perubatan dan juga aliran sastera iaitu undang-undang, perakaunan, pengurusan perniagaan, ekonomi dan kursus pentadbiran yang lain.
Meritokrasi sebenarnya telah diterima dan diamalkan oleh kebanyakan masyarakat secara sedar atau tidak sedar dalam kehidupan seharian mereka, contohnya pemberian hadiah kepada murid-murid yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan. Dasar Meritokrasi ini seharusnya mencabar para pentadbir dan juga guru-guru supaya berusaha dengan lebih cekap dan kreatif. Di samping itu, adakah pihak KPM mempunyai rancangan untuk memperkenalkan sistem meritokrasi dan apakah cara perlaksanaan ? Pihak kementerian juga diminta untuk menjelaskan apakah kriteria dan mekanisme yang efektif yang sedia ada dengan maklumat terperinci. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Segamat terhadap keprihatinan beliau membangkitkan isu berkaitan “kuota pendidikan” di bawah Peraturan Mesyuarat 17 pada kali ini. Sebelum saya menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Segamat, izinkan saya untuk membetulkan beberapa perkara iaitu KPM tidak menggunakan sistem kuota di dalam pemilihan kemasukan ke universiti awam. Sistem yang diguna pakai adalah sistem meritokrasi, yang mana ianya lebih adil kepada semua kaum selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.
Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk menyambung pengajian. Calon-calon yang layak dan memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang telah ditetapkan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada pilihan program pengajian yang dipohon.
Prinsip meritokrasi dalam pemprosesan pemilihan pelajar untuk mengikuti pengajian di universiti awam telah dilaksanakan mulai sesi ambilan 2002/2003 mengikut keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada tahun 2001. Mulai sesi akademik 2006/2007, prinsip meritokrasi terus dilaksanakan dengan mengambil kira 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum di dalam pengiraan markah merit bagi penentuan ranking pemilihan untuk dipertimbangkan kemasukan ke universiti awam.
Kejayaan mendapat tempat pengajian bergantung sepenuhnya kepada markah merit, tempat yang sediakan, serta kelayakan calon. Strategi dan juga kebijaksanaan calon dalam membuat pemilihan program pengajian dan institusi juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan walaupun pencapaian akademik di tahap sederhana berbanding pelajar cemerlang.
Kejayaan calon untuk memperoleh tempat juga bergantung kepada susunan merit selain kecemerlangan dalam proses temu duga yang dilaksanakan di universiti awam bagi sesetengah program pengajian yang memerlukan kompetensi.
Tuan Yang di-Pertua, merit calon dikira berdasarkan markah akademik 90 peratus dan juga markah kokurikulum 10 peratus bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau asasi dan matrikulasi. Nilai gred mata pelajaran yang diperoleh oleh calon akan diambil kira di dalam penentuan dan pengiraan markah merit. Merit calon akan disusun mengikut markah tertinggi 100 peratus hingga ke bawah untuk tujuan pemprosesan pemilihan kemasukan pelajar ke universiti awam.
Kriteria pemilihan kemasukan pelajar ke universiti awam bergantung kepada:
(i) pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM ataupun setaraf;
(ii) pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
(iii) kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dipohon;
(iv) gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
(v) memenuhi syarat am dan syarat khas seperti yang ditetapkan;
(vi) lulus temu duga ataupun ujian;
(vii) program pengajian pilihan pemohon ikut keutamaan; dan
(viii) bilangan tempat yang disediakan oleh institusi.
Tuan Yang di-Pertua, untuk sesi 2019/2020, seramai 47,570 lepasan STPM/Matrikulasi telah berjaya ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di universiti awam dengan pecahan 78 peratus iaitu 36,891 orang pelajar bumiputera dan 22 peratus iaitu 10,679 orang pelajar bukan bumiputera dengan pecahan tawaran mengikut program Perubatan - 692, Farmasi - 308, Pergigian - 188, Kejuruteraan - 6,313 dan lain-lain program aliran sains iaitu 10,519 orang. Bagi program aliran sastera pula, tawaran tempat pengajian di pecahkan seperti berikut iaitu Undang-undang - 739, Perakaunan ataupun Ekonomi - 6,368, Pengurusan Perniagaan atau Pengurusan - 7,633 dan kursus pentadbiran yang lain - 14,810 tempat.
KPM tidak menafikan pandangan Yang Berhormat Segamat bahawa sistem meritokrasi mencabar para pentadbir dan guru-guru supaya berusaha dengan lebih cekap dan kreatif.
Sehubungan dengan itu, KPM sentiasa berusaha memantapkan latihan guru dengan memberi penekanan terhadap kreativiti dan inovasi dalam menghadapi persaingan global yang menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan. Keperluan latihan meliputi bidang-bidang seperti pengetahuan, nilai, kemahiran kompetensi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta penerapan elemen KBAT dalam kalangan guru. Sekian jawapan saya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Isnin 4 November.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.50 petang]