Dewan Rakyat · 5 November 2019

15th Parliament, session 2, meeting 3 · 1,365 turns · 67,147 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada pagi yang penuh berkat ini marilah kita menghayati dua rangkap pantun sebagai pembuka tirai Majlis Mesyuarat hari ini. Hidup muafakat hati sekata; Barulah rezeki bertambah murah; Sikap terbuka amalan kita; Itulah Malaysia negara muhibah; Pergi ke kebun memetik pegaga; Simpan sahaja di atas para; Sayang-menyayangi sesama bangsa Malaysia; Barulah tercapai misi negara;

Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa · question

1. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Pengangkutan menyatakan bilakah projek perintis perkhidmatan “ride-hailing” motosikal seperti Dego Ride dan Gojek akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan sama ada kerangka perundangan berkenaan telah siap dirangka oleh kementerian.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera dan selamat pagi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 November 2019 telah bersetuju supaya syarikat perniagaan pengantaraan yang akan menyediakan kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan menggunakan motosikal ataupun bike-hailing, dengan izin, dikawal selia melalui kaedah ataupun peraturan pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Perkhidmatan bike-hailing ini akan dikenakan syarat-syarat yang setara seperti mana yang telah ditetapkan ke atas perkhidmatan e-hailing. Tujuan utama kerajaan membenarkan perkhidmatan bike-hailing ini adalah sebagai satu kaedah untuk meningkatkan tahap liputan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini. Perkhidmatan bike-hailing ini akan menjadi salah satu komponen penting dalam usaha kerajaan menyediakan satu sistem pengangkutan awam yang menyeluruh kerana ia akan menjadi satu perkhidmatan penghubung dalam fasa first and last mile connectivity, dengan izin. Sebagaimana umum sedia maklum, fasa ini adalah amat penting untuk menarik minat orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam bagi melengkapkan aktiviti harian mereka.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Jika kemudahan pengangkutan awam dalam fasa first and last mile connectivity adalah baik, maka ia akan mendorong orang ramai untuk beralih daripada mode pengangkutan persendirian kepada mode pengangkutan awam. Jika tiada perkhidmatan yang berkesan disediakan dalam fasa ini, maka orang ramai akan terus memilih menggunakan pengangkutan mode sendiri seperti kereta dan sebagainya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Bagi mengawal selia perkhidmatan ini, Kementerian Pengangkutan pada masa ini sedang dalam proses membangunkan rangka perundangan dan syarat-syarat perkhidmatan bike-hailing iaitu satu aktiviti yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam dan barangan menggunakan motosikal. Memandangkan proses pindaan undang-undang akan mengambil masa kerana termasuk memerlukan pembentangan dan kelulusan di Parlimen, kerajaan telah bersetuju supaya syarikat perniagaan pengantaraan yang berminat menyediakan perkhidmatan bike-hailing ini dibenarkan melaksanakan proses rintis ataupun proof of concept (POC). Di sepanjang tempoh POC ini, pihak syarikat perniagaan pengantaraan boleh membuat persiapan dan pengujian pelaksanaan perkhidmatan bike-hailing. POC ini juga akan turut membolehkan pihak kerajaan dan syarikat perniagaan pengantaraan untuk mengumpul data, menilai tahap permintaan, menilai tahap penerimaan dan lain-lain keperluan operasi berhubung perkhidmatan bike-hailing ini. Bagi tujuan keselamatan dan penyeragaman, Kementerian Pengangkutan akan menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat pengendali dalam melaksanakan proses POC ini. Antara syarat yang akan ditetapkan adalah: (i) lokasi yang dibenarkan ialah di Lembah Klang dan kawasan lain boleh dipertimbangkan sekiranya ada permohonan; (ii) pemandu hendaklah mempunyai lesen memandu penuh dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun; (iii) hanya satu penumpang dibenarkan dibawa pada satu-satu masa dan umur penumpang hendaklah tidak kurang daripada 18 tahun juga; (iv) hendaklah menggunakan tanda pakaian dan tanda di motosikal yang jelas; dan (v) hendaklah mematuhi semua peraturan jalan raya sepenuhnya. POC ini akan bermula pada bulan Januari 2020 dan tempoh POC akan ditetapkan selama enam bulan. Pada masa ini, kementerian bersama agensi seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat dan JPJ sedang memperincikan semua peraturan dan tatacara serta semua persiapan di peringkat pentadbiran berkaitan pelaksanaan POC ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setiawangsa ingin bertanya, apakah persiapan yang dibuat oleh pihak berkuasa memandangkan dalam keadaan hari ini pun, kita lihat banyak masalah penguatkuasaan undang-undang ini di kalangan pengguna motosikal seperti topi keledar mahupun bilangan penunggang yang agak ramai di atas satu-satu motosikal? Jadi, adakah kerajaan ataupun pihak berkuasa bersedia untuk meningkatkan penguatkuasaan agar memastikan bike-hailing ini sekiranya diluluskan kelak akan menjadi satu mod yang selamat?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiawangsa. Memang daripada segi penguatkuasaan kita meneruskan aktiviti ataupun tindakan penguatkuasaan oleh pihak penguatkuasaan sama ada oleh pihak JPJ ataupun pihak Polis Diraja Malaysia yang boleh menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan. Akan tetapi dalam juga memastikan keselamatan untuk pemandu-pemandu bike- hailing ini dan juga penumpang-penumpang mereka, kita juga akan bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat pengendali.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Salah satu syarat yang dikenakan kepada syarikat-syarikat pengendali bike-hailing ini ialah segala data yang mereka kumpul itu perlu dikongsi bersama dengan pihak kerajaan terutamanya dengan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat supaya kita boleh memantau dan memastikan bahawa syarat-syarat keselamatan itu dapat dipatuhi. Saya yakin bahawa kalau kita hendak menjayakan konsep ini, maka kerjasama daripada syarikat pengendali adalah sangat penting dan mereka juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan tahap keselamatan ini dapat dijamin. Ini adalah juga untuk kebaikan, bukan sahaja kepada syarikat mereka tetapi untuk industri. Ini kerana dengan adanya satu tahap keselamatan yang lebih baik, maka ini memberikan satu keyakinan kepada orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan ini. Terima kasih.

Terima kasih. Ini soalan berkenaan dengan last mile connectivity untuk Menteri. Dulu saya tanya- tahun lepas Menteri, fasal ride-hailing motosikal ini. Menteri kata tidak ada perancangan tiba-tiba sudah U-turn, tahniah ya. Soalan saya, pusat penyelidikan the centre ada disebutkan masalah last mile. Antara masalahnya adalah open data yang tidak ada dan tidak diberikan kepada orang awam. Saya beri contoh, RapidKL ada GPS, bas dia tetapi data tersebut tidak boleh diakses oleh orang awam. Jadi, antara masalah last mile connectivity ini untuk kita buat perancangan, planning our public transport. Saya minta supaya kerajaan memikirkan cara bagaimana data yang sedia ada, bas real time data boleh dikongsi dengan orang awam supaya mereka dapat buat perancangan transport mereka dengan lebih senang. Jadi dapat menyelesaikan sedikit masalah last mile connectivity ini. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang benar Yang Berhormat Rembau tanya tahun lepas berkenaan dengan konsep bike-hailing ini dan saya juga di sini ingin menjawab bahawa pandangan saya sendiri sebagai Menteri Pengangkutan, saya tidak bersetuju daripada segi tahap keselamatan. Akan tetapi Jemaah Menteri telah membuat keputusan dan Yang Berhormat Rembau pun faham ini adalah bagaimana Kabinet berfungsi apabila Jemaah Menteri berbuat keputusan secara dasar, pihak Kementerian Pengangkutan perlu melaksanakannya. Itu adalah bagaimana Kabinet berfungsi yang mana Yang Berhormat Rembau cukup sedar dan faham dalam perkara ini. Kita mengambil pendekatan yang positif apabila Kabinet telah membuat keputusan ini, kita juga mengambil peluang ini untuk mengumpul data-data dan juga memastikan tahap keselamatan itu dapat dipertingkatkan. Betul bahawa last mile connectivity itu amat crucial, amat penting dan kita faham bahawa salah satu masalah dalam negara kita dalam sistem pengangkutan awam negara kita ialah kekurangan data kepada orang ramai. Memang perkara ini saya telah pun pastikan dan mengarahkan supaya semua agensi terutamanya syarikat-syarikat pengendali pengangkutan awam terutamanya Prasarana, Rapid dan sebagainya untuk mereka mengambil langkah-langkah untuk membuka data-data mereka. Jadi ini memerlukan satu perubahan paradigma ataupun satu perubahan minda supaya data-data yang di kumpul itu patutlah kita berkongsi dengan orang ramai. Memang ada ramai anak muda kita di luar sana yang boleh menjadi developer kepada aplikasi-aplikasi yang mungkin boleh membantu kepada pihak orang ramai untuk merancang pengangkutan dan juga perjalanan mereka. Jadi itu perlu kita buat secara berperingkat dan memang saya telah memastikan dan kita harap ada transformasi dalam pihak Prasarana untuk memastikan data-data yang di kumpul itu dapat dikongsi dengan pihak orang ramai. Kita harap ini dapat merupakan satu platform untuk kita membuka data-data kita. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana KTMB pun telah membuat satu aplikasi di mana sekarang ada my real time, satu aplikasi di mana setiap kereta api komuter, mereka bergerak dari satu stesen ke satu stesen sekarang ini menggunakan real time information. Jadi saya harap, maklumat seperti ini bukan sahaja terhad kepada kereta api tetapi boleh juga kita berkongsi untuk LRT, MRT dan terlebih penting itu ialah untuk bas juga.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Jadi itu memang saya setuju dan kita harap, ini dapat kita bersama-sama memastikan supaya sistem pengangkutan awam di negara kita ini lebih kepada satu sistem yang lebih terbuka dan untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam. Terima kasih.

Ahmad bin HassanWARISANPapar · question

2. Tuan Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Kesihatan menyatakan, adakah kementerian sudah melaksanakan proses memberi "vaccination" kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen-dokumen dan sekiranya belum dilaksanakan, apakah rancangan kementerian untuk memastikan "vaccination" diberi dengan kadar segera memandangkan risiko jangkitan "communicable diseases" kepada masyarakat am adalah tinggi.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Papar. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan seluruh Ahli Dewan, demi mencapai daya tahan berkelompok ataupun imuniti kelompok, dengan izin, herd immunity, sekurang-kurangnya 95 peratus kanak-kanak perlu diimunisasi. Ini termasuk mereka yang bukan warganegara atau mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Sekiranya golongan ini disisihkan, imuniti kelompok di kalangan kanak-kanak Malaysia boleh roboh atau diterobos, diakibatkan oleh penurunan liputan imunisasi dan ini akan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Apabila ini berlaku, kos dalam merawat kes-kes yang terlibat adalah lebih tinggi daripada kos pemberian imunisasi kepada mereka. Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya meneliti segala peluang yang ada untuk memastikan mereka ini turut diberi imunisasi. KKM sememangnya memberikan perkhidmatan imunisasi kepada semua kanak-kanak yang datang ke fasiliti kesihatan kerajaan. Namun, bagi mereka yang berada jauh dari fasiliti seperti di kawasan pedalaman dan kawasan penempatan Orang Asli, KKM juga menyediakan perkhidmatan imunisasi melalui pasukan klinik bergerak. Perkhidmatan imunisasi turut diberi kepada kanak-kanak di depot tahanan imigresen, Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun bagi mereka yang bertaraf bukan warganegara atau tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, perkhidmatan imunisasi ini adalah tertakluk kepada fi atau bayaran yang ditetapkan di bawah kuasa seksyen 3, Akta Fi 1951, Perintah Fi (Perubatan) (Kos Perkhidmatan) Pindaan 2014 iaitu RM40 untuk fi pendaftaran termasuk perundingan dan ubat dan RM40 untuk setiap suntikan imunisasi yang diberikan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Suntikan imunisasi yang diberikan kepada mereka adalah sama seperti suntikan yang diberikan kepada kanak-kanak warganegara Malaysia. Bagi negeri Sabah, KKM sedang bekerjasama dengan Kerajaan Filipina untuk memberikan imunisasi kepada kanak-kanak warga Filipina yang berada di alternative learning centre (ALC), di mana kos vaksin dan operasi akan ditanggung oleh Kerajaan Filipina. Satu memorandum of understanding telah ditandatangani di antara Menteri Kesihatan, saya sendiri dan Menteri Kesihatan Filipina pada 30 Julai 2019. Bagi tujuan ini, KKM turut bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan seumpama Mercy Malaysia untuk menjayakan perolehan vaksin dari pihak United Nations Children Fund yakni UNICEF bagi program pemberian imunisasi kepada kanak-kanak tiada dokumen dan stateless di Sabah. Selain itu, kawasan-kawasan berisiko tinggi penularan wabak atau sedang dilanda wabak, KKM juga meminta pengecualian fi untuk menjalankan aktiviti imunisasi tambahan atau the supplementary immunization activities (SIA) dengan memberi imunisasi kepada kanak-kanak warga asing, termasuk mereka yang tiada dokumen pengenalan diri. KKM telah menerima kelulusan pengecualian fi bagi tiga buah daerah di Sabah; Kota Kinabalu, Tawau dan Daerah Semporna. Untuk menjalankan aktiviti SIA secara berperingkat susulan daripada penularan kes demam campak (measles) di beberapa kawasan di daerah tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berapakah anggaran kos yang akan terlibat dalam program ini. Saya difahamkan apabila di Sabah, Kerajaan Filipina akan membiayai kos ini. Jadi bagaimana pula dengan kerajaan di Semenanjung? Apakah langkah-langkah kerajaan dalam memastikan supaya tidak berlaku pertindihan dalam usaha memberi vaccination ini di antara kanak-kanak yang ada dokumen dan kanak-kanak yang memiliki dokumen. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Papar dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Persoalan penindihan pemberian imunisasi saya rasa tidak timbul kita punya database, akan kita berikan imunisasi ini dan mereka yang tidak, mereka yang warganegara dan juga yang bukan. Jadi tidak timbul persoalan penindihan atau dua kali imunisasi dan sebagainya. Namun dari sudut kos, yang mana dalam perjanjian tersebut, kos ini sebenarnya akan ditanggung seluruhnya oleh Kerajaan Filipina, Yang Berhormat ya. Ini merupakan satu komitmen Kerajaan Filipina daripada Menteri Kesihatannya yang pada bulan Julai yang lalu telah kita tandatangani dan ini adalah dalam proses untuk di- rollout. Apa pun kos ke atas kami, akan ditanggung seluruhnya oleh Kerajaan Filipina. Jadi tidak timbul isu kos ke atas Kerajaan Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang untuk soalan tambahan kedua.

Ya, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan rombongan daripada Sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan. Selamat datang ke Parlimen... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya iaitu apakah statistik dalam database Kementerian Kesihatan Malaysia kanak-kanak yang mendapat rawatan imunisasi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang melibatkan Orang Asli dan berapa di kalangan mereka yang sekarang ini yang memang tidak ada dokumen? Sejauh mana usaha kementerian untuk memastikan supaya semua kanak-kanak ini mendapat perlindungan imunisasi yang sewajarnya supaya jangkitan penyakit seperti demam campak dan sebagainya tidak berlaku. Minta penjelasan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ekoran daripada apa yang berlaku di Kuala Koh baru-baru ini, yang melibatkan suku kaum Batek akibat daripada berlakunya satu kedudukan di mana kanak-kanak kaum Batek tidak sebenarnya mendapat- apa yang saya sebutkan lebih awal tadi, daya tahan berkelompok ataupun imuniti berkelompok (herd immunity) itu, maka berlaku apa yang berlaku di kalangan kanak-kanak mereka dari sudut ‘vitroversi’ ataupun berlaku jangkitan measles itu ya. Maaf bukan measles, pneumonia ya. Yang pentingnya hari ini kita sudah punya database terhadap kelompok yang dalam pengetahuan kami dan secara spesifik saya boleh berikan kepada Yang Berhormat. Kita sebenarnya- kalau boleh saya bacakan sedikit. Kanak-kanak keseluruhan di Malaysia mendapat imunisasi measles ini 488,666. Saya rasa bukan ini yang ditanya. Akan tetapi apa pun saya katakan kalau dari sudut spesifik jawapan tadi yang boleh kita berikan kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Akan tetapi memang kita update dan kita pantau dan kadangkala kita do an active search untuk memastikan dan kita pergi ke pedalaman- di pos-pos Orang Asli ini untuk memastikan mereka paling tidaknya akan mendapat herd immunity ke paras 95 peratus, bergantung pada apa pun imunisasinya. Sama ada measles, sama ada yang lain. Jadi ini adalah satu- sentiasa dalam kawalan dan sentiasa dalam pemantauan kami. Secara lebih spesifik boleh saya berikan berapa jumlahnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Edmund Santhara Kumar a/l RamanaiduPKR · PHSegamat · question

3. Dato' Seri Dr. Santhara [Segamat] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah tindakan salah laku SEDIC dalam Kerajaan BN sebelum ini yang dikatakan terdapat isu-isu ketelusan dan penyalahgunaan kuasa kepada peruntukan yang diberikan oleh kerajaan bagi Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia.

Tuan Waytha Moorthy a/l PonnusamyMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Isu-isu ketelusan dan penyalahgunaan kuasa SEDIC dalam kerajaan sebelum ini adalah dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Siri 1. Untuk makluman Yang Berhormat, skop pengauditan tersebut tertumpu kepada Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) bagi tempoh tahun 2014 sehingga Mei 2018. Daripada 537 NGO di empat buah negeri, sejumlah 136 NGO yang telah diaudit dalam tempoh tersebut. Antara empat isu utama yang telah dikenal pasti daripada dapatan audit tersebut adalah seperti berikut: (i) pada tahun 2014, SEDIC telah diberi peruntukan sejumlah RM10.77 juta di bawah PPSMI. Peratus perbelanjaan pada tahun tersebut adalah sebanyak 100 peratus, yakni kesemua peruntukan telah disalurkan kepada 20 NGO bagi pelaksanaan 23 program. Untuk makluman Yang Berhormat, kesemua 20 fail tersebut yang berjumlah RM10.77 juta tidak dapat dikesan dan tiada dalam simpanan SEDIC. Justeru, hasil mesyuarat dan nasihat daripada Jabatan Audit Negara dan Jabatan Perdana Menteri, MITRA telah membuat laporan polis mengenai kehilangan fail-fail ini pada 24 Oktober 2019 dan siasatan terhadap kes ini masih sedang dijalankan. (ii) pada tahun 2017, SEDIC telah menerima peruntukan sebanyak RM57 juta di bawah PPSMI dan sebanyak RM55.26 juta iaitu 96.9 peratus telah disalurkan kepada 220 NGO dan 22 ILKS. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 NGO yang gagal di peringkat penilaian dan tiada markah penilaian, telah menerima peruntukan sebanyak RM18.91 juta. (iii) bagi tempoh 2014 sehingga 2017, sebanyak lima NGO dan satu ILKS telah menerima peruntukan sebanyak RM8.14 juta di bawah PPSMI dan didapati sebanyak RM2.86 juta daripada jumlah tersebut tidak dibelanjakan oleh NGO dan ILKS berkenaan. Sehingga kini, lebihan dana sebanyak RM2.86 juta tersebut masih tidak dipulangkan kepada kerajaan. (iv) bagi tempoh 2014 sehingga 2017, sebanyak 18 NGO tidak mengemukakan dokumen sokongan termasuk baucar bayaran bagi membuktikan perbelanjaan sejumlah RM8.13 juta yang dibelanjakan dalam pelaksanaan 21 program tersebut.

Tuan Waytha Moorthy a/l PonnusamyMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Di samping itu, menurut Laporan Ketua Audit tahun 2018 juga, terdapat isu percanggahan kepentingan yang melibatkan anggota-anggota pentadbiran terdahulu iaitu seorang mantan Menteri dan dua orang mantan Timbalan Menteri serta pihak pengurusan SEDIC itu sendiri. Didapati pada tahun 2016 sehingga Mei tahun 2018, sejumlah RM38.15 juta disalurkan kepada ICU, JPM atas permohonan oleh mantan Menteri Kesihatan dan mantan Timbalan Menteri di JPM serta pihak pengurusan SEDIC sendiri. Manakala, pada tahun 2017, sejumlah RM17 juta telah disalurkan sebagai peruntukan tambahan kepada SEDIC bagi tujuan menaja program-program khas cadangan mantan Timbalan Menteri EPU. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Audit Negara mendapati terdapat conflict of interest dan perkara ini masih dalam siasatan Jabatan Audit Negara. Terdapat banyak lagi, memandangkan kesuntukan masa, maka- cuma satu sahaja saya ingin nyatakan, pihak audit juga telah mendapati bahawa perbelanjaan dana kerajaan berjumlah RM38.2 juta sepanjang tahun 2014 sehingga Mei tahun 2019 tidak mencapai objektif program iaitu meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Segamat untuk soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kepada jawapan yang lengkap. Saya rasa rakyat Malaysia dapat lebih memahami apa yang telah berlaku. Seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, sebanyak RM38.15 juta telah pun dibelanjakan pada tahun 2014 sehingga tahun 2018 tidak memuaskan dan terdapat salah laku, tiada rekod pangkalan data yang lengkap untuk menilai dan juga sebagainya. Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita hendak elakkan perkara ini terus berlaku kerana ini adalah wang rakyat dan wang yang diperuntukkan kepada masyarakat India yang tidak sampai sebelum ini? Seterusnya, selain daripada membuat laporan polis, adakah laporan MACC juga telah dibuat dan apakah langkah yang akan diambil oleh Yang Berhormat Menteri sendiri untuk memastikan mereka yang terlibat ini akan diambil tindakan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Banyak soalan. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Pihak MITRA telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Jabatan Audit Negara dan juga pegawai-pegawai daripada JPM. MITRA telah dinasihati untuk membangunkan dan melengkapkan satu sistem yang telus. Jadi, MITRA telah membangunkan sistem geran MITRA secara atas talian dan merangka garis panduan bagi permohonan geran-geran. Setiap NGO atau entiti yang diluluskan untuk penerimaan geran tersebut akan dipantau untuk memastikan bahawa proses pemilihan dan kelulusan geran serta pemantauan program dilaksanakan. Seterusnya juga, diwujudkan lima kaedah penilaian five-tier rating, dengan izin, untuk setiap permohonan yang melibatkan juga pegawai pengawal daripada JPM. Berikutnya ialah membangunkan pangkalan data terperinci yang dikemas kini dari semasa ke semasa dan juga menambah baik MoU yang sebelum ini dibuat kepada perjanjian yang membolehkan tindakan undang-undang diambil sekiranya terdapat perlanggaran mana- mana terma perjanjian tersebut. MITRA juga melaksanakan pemantauan terhadap NGO dan juga entiti-entiti yang melaksanakan program-program. Selain itu juga, penyaluran peruntukan yang dibuat adalah secara berperingkat iaitu 50 peratus, 40 peratus dan 10 peratus. Ini bererti, apabila entiti tersebut melengkapkan 50 peratus, maaf- pembayaran awal yang dibuat adalah 50 peratus daripada jumlah yang dipersetujui. Selepas tamat perjalanan program-program tersebut pada tahap 50 peratus, baki 40 peratus akan dikemukakan dan akhirnya 10 peratus lagi akan diberikan kepada entiti tersebut setelah program tersebut dilaksanakan secara sepenuhnya. Sekian, terima kasih. Maaf, Yang Berhormat juga ada bertanya tentang laporan MACC?

Yang Berhormat Menteri, mengenai tindakan seterusnya?

Ya, tentang MACC. Saya ingin menyatakan di sini bahawa MACC masih dalam penyiasatan, masih sedang melakukan penyiasatan dan perkara ini belum dimuktamadkan lagi oleh MACC. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Batu Gajah untuk mengemukakan soalan tambahan kedua.

Sebelah sini patutnya Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya kurang jelas dengan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Saya ingin tahu berapakah jumlah keseluruhan yang telah disalahgunakan oleh SEDIC dari tahun 2014 sehingga tahun 2017? Minta penjelasan berapakah jumlah keseluruhannya.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat Batu Gajah, jumlah keseluruhan pada waktu ini belum lagi pasti. Akan tetapi, sebagai mana yang saya katakan tadi Jabatan Audit Negara telah menjalankan audit terhadap lebih kurang- sebagaimana saya nyatakan, sekejap ya. Saya tengok. Jabatan Audit Negara telah menjalankan audit ke atas lebih kurang daripada 537 buah NGO yang dipilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perak. Sejumlah 136 buah NGO yang telah diaudit, bukan kesemua NGO yang telah diaudit. Oleh itu, jumlah keseluruhan salah guna tidak dapat dikenal pasti buat masa ini. Ini adalah berdasarkan jumlah yang saya nyatakan tadi adalah berdasarkan kepada audit yang dibuat terhadap 136 buah NGO. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Saya ingin memberikan peluang kepada Yang Berhormat Pontian untuk bertanya.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. ini mengenai peruntukan pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Saya ingin bertanya, apakah perkembangan kepada RM1.5 bilion unit Amanah Saham 1Malaysia yang diberikan kepada 50 ribu masyarakat India? Kemudian, apakah perkembangan kepada peruntukan RM500 juta pinjaman tanpa faedah untuk membeli ASN di bawah PNB bagi masyarakat India B40? Semua ini diumumkan dalam Malaysian Indian Blueprint 2017 oleh Yang Berhormat Pekan. Selain daripada itu, saya ingin bertanya, apakah perkembangan kepada usaha untuk meletakkan tujuh peratus pelajar kaum India di IPTA dan tujuh peratus masyarakat India menjadi penjawat awam? Itu di antara beberapa perkara dalam Malaysian Indian Blueprint 10 tahun yang dilancarkan oleh Yang Berhormat Pekan. Apakah perkembangan empat perkara yang saya sebutkan itu?

Terima kasih Yang Berhormat Pontian atas keprihatinan masyarakat India di Malaysia. Tahniah.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Segamat, tunggu jadi Menteri dahulu baru jawab ya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri.

Untuk makluman Yang Berhormat Pontian, saya rasa persoalan yang dibangkitkan hari ini adalah mengenai ketelusan. Jadi, soalan- soalan Yang Berhormat Pontian saya akan beri jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tidak tahu ya? Tidak tahu jawab?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad- Eh! Bukan, yang tadi itu waktu pertanyaan Menteri. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali, Yang Berhormat Bagan Serai.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagan Serai mohon hendak pantun. Bersatu hati perkara pokok; GERAKAN senyap susah hendak hidup; Berjuta mati angkara rokok; Berbilion lenyap sebab seludup. Bagan Serai soal nombor satu.

Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNBagan Serai · question

1. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Kewangan menyatakan, mengapakah rokok seludup dan vape masih berleluasa sedangkan kementerian sedar kerugian berbilion-bilion setiap tahun kerana gagal dalam kutipan cukai ini.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHTimbalan Menteri Kewangan · Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa memandang serius berhubung isu penyeludupan rokok tidak sah yang semakin berleluasa di pasaran memandangkan kegiatan penyeludupan rokok ini telah menyebabkan ketirisan hasil duti dan cukai yang tinggi kepada kerajaan. Oleh yang demikian, usaha menangani aktiviti penyeludupan rokok sentiasa giat dilaksanakan kerajaan. Sebagai contoh, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sentiasa meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan melaksanakan operasi berterusan seperti Operasi Outlet Rokok yang telah diadakan sejak tahun 2010 bertujuan untuk menyekat penyeludupan dan penjualan rokok di outlet dan premis yang menjual rokok tidak sah. Selain itu, operasi Ops Pacak turut dilaksanakan bertujuan untuk membanteras pengedaran rokok tidak sah dan mengawal rantaian bekalan rokok seludup di tempat-tempat yang dikenal pasti sebagai hotspot.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHTimbalan Menteri Kewangan · Kubang Pasu

Selain itu, penubuhan pasukan task force khas dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Laut turut dilaksanakan bagi mengawal pintu keluar dan masuk utama sempadan Malaysia termasuklah pemantauan rapi melalui mesin pengimbas, melalui aktiviti rondaan darat, rondaan laut, pemeriksaan rapi kenderaan, premis dan outlet terutamanya yang disyaki menyimpan barangan belum lulus kastam. Dalam usaha membanteras penyeludupan rokok seludup ini juga, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah membuat pindaan ke atas Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976. Pindaan penalti yang lebih berat iaitu penalti minimum RM100 ribu atau minimum enam bulan penjara akan dikenakan ke atas kes penyeludupan rokok yang berkuat kuasa pada 2 Januari 2019. Semua kes berkaitan penyeludupan akan didakwa dan tiada lagi kompaun yang dibenarkan bagi sebarang kes yang melibatkan rokok. Di samping itu juga, bagi pesalah yang dijatuhi hukuman boleh diperintahkan oleh mahkamah untuk menjelaskan nilai duti cukai yang terlibat kepada Ketua Pengarah Kastam. Kerajaan juga sedang mengkaji langkah untuk menyertai Protocol to Eliminate Illicit Trade in Tobacco Products di bawah WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) di mana kajian secara menyeluruh meliputi tahap kesediaan, mekanisme dan garis panduan pelaksanaan sedang diperhalusi termasuklah mengenal pasti fungsi dan peranan semua agensi yang terlibat bagi melihat persediaan Malaysia untuk menyertai protokol berkenaan. Ini jelas menunjukkan komitmen dan keseriusan kerajaan dalam menangani penyeludupan produk tidak sah. Berhubung penggunaan vape yang dilihat semakin berleluasa di pasaran adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan garis panduan berhubung aktiviti pengeluaran, pengedaran dan peruncitan peranti serta cecair rokok elektronik tanpa nikotin.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHTimbalan Menteri Kewangan · Kubang Pasu

Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan difahamkan, bagi penjualan cecair yang mengandungi nikotin adalah dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 di mana penjualannya hanya dibenarkan oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang menggubal ‘Rang Undang- undang Kawalan Tembakau’ bagi mengawal semua produk rokok dan tembakau termasuk rokok elektronik, vape dan shisha. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagan Serai pernah mengutarakan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu penyeludupan besar-besaran oleh sindiket besar disebabkan oleh rasuah bukan sebab peningkatan harga yang tinggi dan harga yang tinggi, sebenarnya mewujudkan penyeludupan berskala kecil dalam istilah yang disebutkan bootlegging di sempadan negara. Kajian juga menunjukkan kenaikan percukaian rokok telah membuktikan kaedah jangka pendek paling berkesan untuk membendung penggunaan tembakau dan mengurangkan masalah kematian disebabkan oleh penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tembakau. Soalannya, mengapa cukai rokok kekal statik selama empat tahun yang lepas? Kenapakah kerajaan masih belum ratify ataupun mengesahkan ITP iaitu Protocol to Eliminate Illicit Trade in Tobacco Products, dengan izin, yang merupakan protokol pertama kepada FCTC yang mana kita adalah parti sejak 2005? Bagaimanakah kerajaan hendak menghadapi rasuah di setiap peringkat? Terima kasih.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHKubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya ingat saya jawab yang kedua dulu tentang ratification terhadap Protocol to Eliminate Illicit Trade in Tobacco Products ini. Pihak kerajaan sedang dalam peringkat terakhir untuk kita berbincang dengan WHO bersama dengan Kementerian Kesihatan untuk dilihat dia punya details tentang apa yang perlu kita patuhi selepas kita ratify itu dan saya ingat di hujung bulan ini, insya-Allah satu sesi akan diadakan dan kemudiannya berdasarkan kepada input tersebut, kita akan mengangkat kertas untuk mendapat persetujuan daripada Kabinet untuk kita ratify ataupun sebaliknya protokol ini. Keduanya tentang harga rokok yang tidak dinaikkan. Sebenarnya duti eksais untuk rokok dan produk tembakau ini seperti telah disebut itu, yang terakhirnya yang telah kita kaji dan naikkan ialah pada tahun 2015 dan mengambil juga cue daripada WHO FCTC ini di mana komponen cukai secara purata hendaklah mencapai 70 peratus daripada harga jualan pada sekotak rokok. Itu dah kita laksanakan sebab itu sekarang ini kalau kita lihat sekotak rokok itu memang kita rasa sepatutnya beyond reach lah, dengan izin, kebanyakan orang, tambahan lagi kalau yang menghisap dua kotak sehari dan sebagainya. Itu telah kita laksanakan. Terakhirnya ini ialah kita review cukai jualan ke atas produk rokok dan juga minuman keras mulai 1 September 2018 apabila kita kembali kepada rejim SST, kita kenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus berbanding cukai semasa GST hanya pada kadar 5 peratus. Jadi, ini telah kita naikkan dan kajian ini akan terus kita buat untuk memastikan bahawa ini akan dapat mencegah dan mengurangkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menghentikan tabiat yang boleh memudaratkan kesihatan dirinya dan juga orang yang berada di sekelilingnya ketika dia menghisap rokok itulah. Jadi saya ingat itu sahaja lah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tahu Yang Berhormat Jempol tidak sabar untuk bertanya. Akan tetapi ikut Convention Parliament, secara lazimnya saya beri peluang kepada Ketua Pembangkang.

Dua soalan lah, dua soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Sila Yang Berhormat Bera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun rokok tidak diharamkan, namun rokok seludup masih berleluasa dan kerajaan kerugian berbilion-bilion Ringgit. Ini kan pula vape yang masih diharamkan.

Malaysia mempunyai pengguna vape yang ramai, komunitinya besar dan mereka mengimport produk-produk untuk menghisap vape daripada negara luar. Malah Malaysia merupakan negara kedua terbesar di dunia yang mengeksport liquid vape dan menguasai 40 peratus pasaran dunia. Oleh kerana vape masih diharamkan, pastinya kerajaan ketika ini kehilangan mungkin berbilion-bilion ringgit kerana vape yang masih diharamkan ini tetapi popular di kalangan anak muda dan sebagainya. Jadi, soalan saya, berapa anggaran jumlah kerugian yang dialami oleh kerajaan akibat daripada vape yang masih diharamkan tetapi eksport liquid vape, import produk- produk port vape dan sebagainya berleluasa di negara kita? Adakah pihak kementerian bagi memastikan tiada kerugian yang besar ini akan berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan bagi kita menghalalkan penggunaan vape di Malaysia?

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHKubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Bera di atas soalan diberikan yang banyak bertumpu kepada vape ya. Seperti yang saya sebutkan tadi, tentang vape ini, Kementerian Kesihatan saya ingat sedang melihat bagaimana untuk kita hendak control ataupun sama ada membenarkan dengan sekatan-sekatan ataupun dengan menggunakan perundangan dan sebagainya. Ini saya ingat mungkin Kementerian Kesihatan lebih berada dalam position yang lebih baik untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bera. Cuma yang dari kita di Kementerian Kewangan ini ialah untuk memastikan bahawa kalau mana-mana aktiviti itu yang sepatutnya ia tidak baik untuk kesihatan dan sebagainya dan kita meletakkan deterrent dari segi cukai dan sebagainya untuk kita pastikan bahawa ianya adalah suatu yang dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama, kalau ia memberikan hasil kepada negara, ia akan dapat kita kutip dengan sebaiknya.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHKubang Pasu

Buat masa ini, produk vape ini, Yang Berhormat Bera, tidak dikenakan cukai melainkan cukai jualan sebanyak 10 peratus. Duti eksais tidak dikenakan. Dan anggaran Yang Berhormat Bera tanya tadi, saya mohon maaf, saya tidak dapat berikan pada ketika ini dan mungkin kalau ada nanti, kita jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Bera. Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum saya mengemukakan soalan nombor 2, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2019 kepada anak-anak muda di luar sana. Soalan saya, Tuan Yang di- Pertua, soalan Paya Besar nombor 2.

Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar · question

2. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan: (a) senarai bantuan kewangan dan jumlah yang telah diberikan oleh kementerian kepada usahawan dan syarikat bumiputera sejak Mei 2018 sehingga kini; dan (b) prestasi terkini dana RM1 bilion untuk usahawan muda yang disalurkan melalui Dana Pemerkasaan dan Keusahawanan Anak Muda.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan · Lumut

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Paya Besar, atas soalan. Hari ini Timbalan Menteri menjawab ya. Tidak apa ya. Antara pembiayaan yang telah disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan kepada syarikat-syarikat dan usahawan bumiputera sepanjang setahun yang lalu adalah daripada agensi-agensi kita terutamanya TEKUN Nasional melalui beberapa program seperti TEKUN Niaga, Teman TEKUN, TemanNita dan Kontrak-i. Sejumlah RM457.8 juta telah disalurkan kepada 36,034 usahawan bumiputera. Tahun ini juga peruntukan disediakan. Jadi, diharap lebih ramai pengusaha-pengusaha SME yang tampil untuk mendapatkan pembiayaan daripada TEKUN.

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan · Lumut

Suruhanjaya Koperasi juga menyediakan geran sepanjang setahun yang lalu sebanyak RM6 juta manakala Tabung Modal Pusingan sebanyak RM125 juta dalam bentuk pinjaman disediakan kepada 82 koperasi. SME Corp. juga menyediakan beberapa program yang membantu usahawan bumiputera dan salah satunya ialah Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) yang telah melatih pada setahun yang lalu seramai 1,963 belia bumiputera dan mereka antaranya telah memulakan perniagaan dengan menyediakan 3,870 peluang pekerjaan dan jualan untuk tempoh tersebut sebanyak RM10.6 juta. Ini usahawan kecil. Di samping itu, SME Corp. telah memulakan program bersama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk 98 orang asnaf dalam program seumpama TUBE. Program di bawah SME Corp, BEEP juga ataupun Program Peningkatan Perusahaan Bumiputera telah memberikan bantuan kepada 65 syarikat PKS bumiputera dengan geran sejumlah RM2.1 juta manakala Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) untuk bumiputera ini seramai 25 syarikat dengan perbelanjaan RM2.7 juta. Selain daripada itu, agensi kita SME Bank juga telah mengeluarkan pinjaman sebanyak RM2.28 bilion. Banyak itu ya, Yang Berhormat Paya Besar. RM2.28 bilion kepada 752 usahawan dan 62 peratus daripadanya adalah bumiputera. Mengenai bahagian kedua soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Paya Besar, kementerian menjadi antara kementerian yang terlibat dengan keseluruhan lapan kementerian untuk mengendalikan usahawan-usahawan belia dan kita telah sebut sebelum ini cadangan dalam manifesto kita untuk menyediakan dana keusahawanan belia. Kita telah mengemukakan cadangan tetapi buat sementara ini, atas kekangan kewangan, kelapan-lapan kementerian telah diarahkan untuk menyesuaikan belanjawan masing-masing yang sedia ada untuk pembangunan usahawan-usahawan belia ini termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan sendiri yang mengadakan beberapa program seperti PROTEGE dan juga Program Tunas Usahawan Belia (TUBE) tadi, kerjasama dengan Baitulmal dan juga penyediaan bahan-bahan pendidikan iaitu kit untuk usahawan-usahawan. Kita juga berbincang dengan kementerian yang lain supaya menggunakan program- program seperti Agropreneur Muda di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga pembangunan kemahiran belia di bawah KBS yang diperuntukkan sejumlah wang yang banyak juga untuk menjayakan program pembangunan belia. Insya-Allah, dengan keadaan ekonomi yang lebih baik, dana RM1 bilion ini akan dibuat secara khusus di bawah RMKe-12. Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama, saya hendak minta pandangan, apakah takrifan anak-anak muda dari segi had umur di bawah kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri? Adakah mengguna pakai 40 tahun atau menurunkan kepada 30 tahun? Itu yang pertama. Kedua, saya agak kecewa apabila iltizam yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi seolah-olahnya tidak ada kewangan yang cukup tetapi dalam iltizam, khusus iltizam pertama, RM1 bilion setahun, adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-12 nanti akan ada RM5 bilion untuk Dana Pemerkasaan dan Keusahawanan Anak Muda ini? Terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak merujuk kepada Khazanah Research Institute yang menyatakan 90 peratus, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak tahu tentang apa bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Hanya 30 peratus sahaja yang disebut dalam Khazanah Research Institute yang menyatakan bahawasanya mereka aware tentang assistance yang disediakan oleh kerajaan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah ini menunjukkan ketidakcekapan agensi-agensi Yang Berhormat sebutkan tadi seperti MaGIC, SME Corp, SME Bank? Ini kerana hanya 30 peratus sahaja dan 90 peratus anak muda di luar sana tidak tahu. Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar. Mengenai takrifan belia itu, kita masih lagi menggunakan takrifan lama iaitu di bawah 40 tahun tetapi kita akan menyesuaikan dengan keadaan semasa apabila kita mengambil had umur yang baharu 35 tahun pada masa akan datang. Selain daripada itu, saya rasa iltizam kita cukup tinggi ya, tetapi kita berpegang kepada realiti bahawa keupayaan kewangan kita belum sampai ke peringkat menyediakan dana yang kita hendak sebutkan tadi, tetapi buat masa ini, kita berupaya menyediakan program-program pembangunan belia ini walaupun tidak sampai RM1 bilion. Jadi kalau kita bermula dalam RMKe-12, maka kita akan mula pada tahun 2021. Jadi, setiap tahun dianggarkan peruntukan RM1 bilion ini dapat kita laksanakan. Selain daripada itu, saya juga mengakui bahawa memang maklumat tidak sampai kepada ramai ya. Data daripada Yang Berhormat Paya Besar tadi menyebut 90 peratus. Kegagalan menyampaikan maklumat ini adalah berbagai-bagai punca. Agensi memainkan peranan membuat sebaran-sebaran dan kementerian mempunyai sumber maklumat central atau berpusat yang boleh dicapai. Akan tetapi, kalau kita mengharapkan agensi-agensi dan pegawai-pegawai kita turun untuk membuat pendedahan, itu akan tentunya memberikan maklumat yang lebih luas kepada masyarakat. Di samping itu, kita juga telah mewujudkan one-stop centre kita di semua ibu-ibu negeri di mana pegawai-pegawai semua agensi dan juga kementerian berada di bawah one- stop centre itu. Jadi, kita mengharapkan bantuan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, misalnya, untuk turun sama membawa maklumat-maklumat ini kepada tempat masing- masing supaya dapat merujuk kepada pusat-pusat maklumat ini untuk disampaikan kepada mereka. Kita juga menyediakan- contohnya di MaGIC, kita ada resource tools untuk menyebarkan maklumat-maklumat berpusat kepada seluruh negara dan ianya akan menjadi foundation untuk pusat sehenti keusahawanan yang akan datang yang lebih lengkap. Ini adalah iltizam kita pada masa depan. Terima kasih.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya agak setuju dengan Yang Berhormat Paya Besar tadi bahawa kementerian ini juga coordinate dengan lapan kementerian yang lain atas apa juga tabung-tabungan yang mereka ada untuk membantu anak-anak muda. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju dengan supaya kelapan-lapan apa juga jenis bantuan ini diletakkan di bawah satu maklumat sahaja. Maknanya kalau student kah, siapa juga interested ini dia pergi di bawah kementerian ini, dia dapat semua maklumat. Jadi tidak payah lagi akses kementerian itu, kementerian ini, itu yang pertama. Yang keduanya ialah follow-up dan juga pemantauan. Kadang-kadang bila kita bagi bantuan kepada sesuatu kumpulan anak muda, atau sesiapa juga yang dapat pinjaman, selepas mereka dapat pinjaman, pemantauan untuk melihat, bagaimanakah mereka bergerak maju dalam perniagaan itu agak kurang. Dan inilah yang menyebabkan kebanyakan usahawan-usahawan bumiputera ini kadang-kadang dia derailed di peringkat pertengahan ataupun hujung. Apakah kementerian berhajat untuk memastikan kalau ada loose end di mana-mana ini, boleh diperkemas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani atas cadangan-cadangan yang seiring dengan cadangan Yang Berhormat Paya Besar tadi... [YB Port Dickson berjalan keluar Dewan]

Hai, Yang Berhormat Port Dickson dah keluar...

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau.

Dia ada urusan yang lebih besar, ya. Jadi koordinasi lapan kementerian ini memang sudah diwujudkan dan kita juga ada satu jawatankuasa peringkat nasional yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri berkenaan dengan pembangunan SME ini. Dan Kementerian Pembangunan Usahawan menjadi urus setia.

Dalam konteks ini memang Kementerian Pembangunan Usahawan diamanahkan untuk menjadi data bank ataupun bank berpusat kita untuk maklumat-maklumat keusahawanan, dan antaranya ialah untuk mengesan....

Tuan Yang di-Pertua, jawapan ini boring lah. Yang Berhormat bagi tahu lah, macam mana cara buat roadshow kah, dan sebagainya...

[Dewan ketawa]

Ya, ya, nanti. Sabarlah.

Untuk kita boleh dapat maklumat.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau, ini jawapan asli, bukan buat drama. Menteri tidak seperti Yang Berhormat Arau.

Saya hendak tanya, Yang Berhormat baca ucapan itu, Yang Berhormat pasti kah tidak?

Tidak baca pun.

Ini malu ini, malu ini.

Nanti dulu. Tidak habis lagi jawab ini.

Kita hendak tolong usahawan 359 orang.

Tuan Yang di-Pertua tambah, saya sambung.

Come on man.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau bangun di bawah Peraturan Mesyuarat mana?

Atas ehsan Tuan Yang di-Pertua ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Atas ehsan. Okey saya bagilah, tidak apa.

Saya tahu Tuan Yang di-Pertua sekarang lebih bagus daripada yang lain. Ini yang terbaik, tahu.

Terima kasih. Termasuk sekali Yang Berhormat Arau punya cadangan itu dimasukkan. Memang kita mempunyai penyelarasan. Kemudian kita telah turun ke negeri-negeri, sudah satu pusingan keseluruhan negara- Program SDSI iaitu Satu Daerah Satu Industri misalnya. Program Koperasi kita turun, pertandingan-pertandingan yang diadakan di bawah koperasi, di bawah universiti. Jadi maklumat memang itu memang kita sampaikan tetapi dengan adanya media- media baru ini saya pasti maklumat itu ada di hujung tangan. Cuma interest- minat di kalangan anak-anak muda kita yang belum kita dapat bangunkan. Sebab itulah kita masih terus berusaha untuk meyakinkan bahawa peluang pada masa akan datang- bukan bekerja dengan orang tetapi sebagai usahawan. Jadi insya-Allah Yang Berhormat Arau akan membantu, saya yakin, dalam program ini. Terima kasih.

Point of Order 36(12). Yang Berhormat mengelirukan Dewan. Yang Berhormat pakai agak-agak, ini media-media baharu. What is media-media baharu? Yang Berhormat tidak boleh buat macam itu. Yang Berhormat kena bertanggungjawab terus. Media-media baharu ini kita tidak boleh cakap, “media-media baharu” tentu orang tahu. Macam mana boleh cakap macam itu Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau. Jawapan Menteri...

Jadi 36(12)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Sebagai mantan- Yang Berhormat Arau faham tidak, ini budi bicara Yang Berhormat Menteri.

Dia mengelirukan Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Tidak semestinya mesti ikut acuan Yang Berhormat Arau. Dia ada- itu cara Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Lumut punya stail.

Tuan Yang di-Pertua yang budiman, dia mengelirukan Dewan. Dia main pakai “media-media sosial”...

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Dia tidak mengelirukan Dewan ya.

Mungkin saya mengelirukan Yang Berhormat Arau lah ya. Kefahaman Yang Berhormat Arau, tetapi inilah cara kita menyebarkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Bicara harumanis.

...Pusat sehenti kita ada ya, dan juga maklumat-maklumat di dalam talian kita boleh diakses oleh sesiapa saja ya, termasuk oleh Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau boleh dapatkan URL daripada saya nanti...

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua yang juga bakal Setiausaha Agung DAP, thank you very much.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Jangan jadi batu apa ya.

William Leong Jee KeenPKR · PHSelayang · question

3. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, beberapa EOT telah dikeluarkan oleh KPKT di bawah pentadbiran BN dan pentadbiran PH, rasional untuk mengeluarkan setiap EOT, nama pemaju dan nama projek perumahan yang mendapat kelonggaran ini.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin ShahTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, EOT atau Extension of Time di bawah kementerian atau KPKT adalah berlainan kalau dibandingkan dengan Extension of Time yang diberi di bawah projek swasta di bawah Lembaga Arkitek dan Pertubuhan Arkitek Malaysia, daripada segi pendekatannya. KPKT memberikan pemaju berdasarkan EOT tersebut pertimbangan perkara-perkara berikut: (i) terdapat kekangan atau arahan daripada pihak berkuasa tempatan berkenaan penetapan had waktu masa bekerja di tapak; (ii) terdapat arahan untuk mematuhi keperluan infrastruktur seperti integrated water supply scheme, sebagai contoh; (iii) situasi ketinggian bangunan yang melebihi 30 tingkat yang ada masalah-masalah yang berkaitan; (iv) mempunyai pembinaan atau podium atau basement; (v) keadaan muka bumi yang memerlukan kerja tambahan untuk memastikan kekukuhan struktur bangunan; (vi) terdapat pemajuan bersepadu dan berfasa di mana sesuatu pembangunan perlu disiapkan kerja-kerja infra terlebih dahulu sebelum pembangunan fasa-fasa lain boleh diteruskan; (vii) mengambil kira kedudukan lokasi dan projek sekitar yang dilaksanakan atau isu sentimen kawasan seperti sekolah yang mempunyai kekangan masa; dan (viii) jenis kerja dan juga kesesakan lalu lintas.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin ShahTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Berikut adalah statistik kelulusan EOT daripada tahun 2017 hingga 2019 seperti yang diminta oleh Yang Berhormat. Jumlah permohonan bagi tahun 2017 – 137; 2018 – 119; dan sehingga Oktober 2019 – 83. Dan permohonan yang diluluskan 2017 – 93; 2018 – 93; dan sehingga Oktober 2019 – 63 membuatkan jumlah pada tiga tahun berikutan adalah 249 yang telah diluluskan. Secara dasarnya, EOT hanya dipertimbangkan bagi projek yang belum mempunyai pembeli. Pembeli mempunyai hak untuk membuat keputusan membeli pemajuan yang mempunyai tempoh pembinaan yang panjang, lama ataupun bersesuaian dengan kehendak pembeli. Berdasarkan Peraturan 11(3), Akta Pemajuan Perumahan, Kawalan dan Pelesenan 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan menyatakan bahawa jika pengawal berpuas hati bahawa oleh kerana hal, keadaan yang khas atau kesusahan atau keperluan mana-mana peruntukan dalam kontrak jualan, tidak boleh atau tidak perlu dipatuhi, ia boleh dengan perakuan bertulis mengetepikan atau mengubahsuaikan peruntukan berkenaan, dan dengan syarat bahawa tiada pengecualian atau ubahsuaian sedemikian boleh diluluskan sekiranya permohonan baginya dibuat selepas tamat tempoh masa penyerahan pemilikan kosong atau vacant possession yang diberi di bawah kontrak jualan atau selepas tempoh sah apa-apa lanjutan masa jika ada yang diberikan oleh pegawai. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang lengkap. Soalan tambahan saya di dalam dua bahagian. Bahagian pertama ialah, memandangkan bahawa Akta Pemajuan Perumahan, Kawalan dan Pelesenan dan aturannya adalah untuk mengawal selia pemaju dan untuk menjaga kepentingan pembeli rumah, adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawa kementerian tidak harus untuk pinda perjanjian yang dibuat di antara pembeli dengan pemaju untuk memberikan lanjutan masa yang terjejas hak ganti rugi kepada pembeli; dan kedua, setuju atau tidak bahawa sekurang- kurangnya kementerian ada memberikan notis kepada pembeli untuk memberikan mereka satu peluang untuk menyatakan pendapat mereka, adakah mereka setuju atau tidak dengan pindaan yang dibuat atas lanjutan masa yang tidak ada di dalam Surat Perjanjian sebelum ini. Terima kasih.

Ya, terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebenarnya EOT ini diputuskan sebelum apa-apa perjanjian telah ditandatangani. Itulah ya sebagai asasnya. Dan pihak pembeli berhak untuk mengkaji, apakah jangka waktu tersebut bersesuaian dengan tarikh atau jangkaan mereka untuk menduduki kediaman tersebut. Sebagai contohnya ya, untuk strata selalunya tempoh yang diberi adalah 36 bulan atau untuk landed property adalah 24 bulan, dan ini untuk memberi satu jangkaan masa yang dianggap munasabah.

Apa-apa jua perubahan dalam waktu ini adalah di atas budi bicara, perbincangan di antara pihak KPKT dan pihak pemaju yang boleh diterima oleh pembeli dan ia perlu dibuat secara kolektif. Dari segi notis pembeli, saya rasa pembeli boleh mengkaji perjanjian yang terdahulu supaya mereka boleh membuat satu keputusan adakah tempoh ini menepati kehendak mereka. Inilah asasnya untuk memberi satu jangkaan yang lebih praktikal dan boleh diguna sebagai panduan pinjaman mereka yang akan ditanggung dalam tempoh pembayaran pinjaman tersebut. Sekian, terima kasih.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa jumlah kes pembeli menuntut hak mereka di mahkamah membabitkan isu EOT ini? Apakah keputusan kes-kes yang berkenaan? Apakah kerajaan bercadang untuk mencari kaedah-kaedah lain yang lebih praktikal dan juga lebih membantu pembeli bagi menangani amalan EOT ini dan keadilan yang mesti harus memihak kepada kedua-dua belah pihak. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Memang menjadi matlamat dan tujuan kerajaan untuk memberi satu protection, dengan izin, atas pembeli-pembeli yang telah menandatangani perjanjian dan tempoh yang dijangka untuk dapat masuk. Ini kerana mereka perlu membayar pinjaman walaupun tidak dapat masuk kalau projek-projek tersebut tergendala. Kita daripada pihak KPKT juga akan memberi segala bantuan guaman, nasihat dan kadangkalanya menjadi orang tengah untuk cuba menyelesaikan keadaan di mana extension of time ini berlanjutan terlalu lama. Inilah di antara langkah-langkah yang kita boleh buat untuk mengelakkan projek ini berterusan. Dari segi angkanya, saya rasa itu terlalu spesifik untuk saya memberi angka di sini. Insya-Allah saya akan beri secara bertulis. Akan tetapi dalam perkara isu ini, memanglah kita mencari segala penjuru masalah yang akan dihadapi supaya pembeli tidak akan tertekan dan dibelenggu oleh hutang yang dibayar tanpa siapnya bangunan dalam jangka waktu. Oleh kerana itulah kita ingin pre-empt tarikh yang ditetapkan supaya mereka dapat merancang dari awal, insya-Allah.

Tuan Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Selamat pagi, salam sejahtera. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu; Tinggi lagi sayang sama kamu. Mohon YB Menteri beri jawapan; Soalan nombor empat dari Pensiangan.

Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan · question

4. Tuan Arthur Joseph Kurup [Pensiangan] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah statistik warganegara Malaysia yang telah menjadi pelarian di negara asing.

Dato' Haji Marzuki bin YahyaTimbalan Menteri Luar Negeri

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pensiangan atas pertanyaan yang dikemukakan dan juga pantunnya yang begitu baik sekali. Kerajaan mengalu-alukan keprihatinan daripada pelbagai pihak berhubung isu warganegara Malaysia yang menjadi pelarian di negara asing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, isu pelarian atau permohonan suaka merupakan isu yang kompleks dan melibatkan undang-undang negara asing serta konvensyen antarabangsa. Ini termasuklah proses penentuan status pelarian yang berada di bawah tanggungjawab Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 serta Protokol Status Pelarian 1967. Atas sebab keselamatan dan privasi, kerajaan asing tidak akan mendedahkan identiti, latar belakang dan statistik permohonan suaka yang diterima. Kerajaan juga sedar bahawa terdapat rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan dengan memanipulasi undang-undang imigresen tempatan bagi membolehkan mereka menetap di negara asing dengan tempoh yang lebih lama. Keadaan ini telah mengakibatkan kesukaran kepada rakyat Malaysia lain yang berhasrat untuk melancong, belajar, bekerja atau menetap di negara-negara asing secara sah. Justeru, kerajaan sentiasa menasihatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang tempatan. Mereka juga diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kemudahan imigresen yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia dan negara asing bagi mengelakkan kesukaran yang boleh ditimbulkan kepada rakyat Malaysia yang lain. Ia juga penting demi menjaga nama baik negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu. Baru-baru ini terdapat fenomena di mana peluang bekerja di ladang menjadi tarikan kepada belia khususnya di Sabah di mana terdapat ejen recruitment yang kurang bertanggungjawab yang masuk ke kawasan luar bandar dengan tujuan menarik belia untuk bekerja sebagai peladang di negara asing.

Tuan Arthur Joseph KurupPBRS · BNPensiangan

Kebanyakan ejen ini didapati tidak menguruskan visa atau pas mereka dengan baik dan mengakibatkan mereka sampai di negara asing itu dan menjadi pendatang tanpa izin atau selepas itu menjadi sebagai pelarian. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apakah langkah daripada Kementerian Luar Negeri untuk bekerjasama bukan sahaja dengan Jabatan Imigresen atau dengan pihak berkuasa daripada negara asing tetapi juga dengan Kementerian Sumber Manusia, contohnya untuk mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dalam menangani masalah ini kerana sebahagian besar ini berpunca dari aspek pekerjaan. Jadi wajarlah kementerian ini juga meneliti masalah ini daripada aspek sumber manusia. Sekian dan terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya berkenaan dengan visa ataupun tawaran pekerjaan, ini adalah di luar bidang Kementerian Luar Negeri. Akan tetapi walau bagaimanapun, kita selalu menasihati sesiapa juga yang ingin menerima tawaran kerja di luar negara supaya dapat merujuk perkara ini kepada kementerian dulu ataupun di bahagian konsulat kita untuk mendapat maklumat yang lebih lengkap, adakah tawaran yang ditawarkan itu adalah benar-benar tawaran yang sebenarnya. Jadi perkara ini saya berharap sangat bahawa semua pihak dapat memainkan peranan. Kami di Kementerian Luar Negeri akan sentiasa memberi guideline ataupun bantuan kaunseling atau konsulat kepada mana-mana pihak yang ingin memohon pekerjaan di luar negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski, beliau mendedahkan seramai 33 ribu rakyat Malaysia yang telah menetap di Australia melebihi 90 hari, overstayed. Jadi mereka ini claim sebagai ataupun meletakkan status sebagai pelarian. Maka Kerajaan Australia melaporkan menerima 4,973 permohonan daripada rakyat Malaysia untuk mendapatkan visa perlindungan antara Julai 2018 hingga April 2019. Jadi soalan saya, apakah bentuk kerjasama yang dijalankan, dilaksanakan di antara Kerajaan Malaysia dan Australia bagi mengenal pasti individu yang didapati menipu permohonan status sebagai pelarian. Mohon Menteri untuk menjawab.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sebelum saya hendak menjawab kepada soalan itu, ingin saya sebutkan di sini berkenaan dengan Artikel 1A(2) berkenaan dengan status pelarian iaitu “pelarian ditakrifkan sebagai individu atau kumpulan yang tidak mampu melindungi diri sendiri; atau orang yang melarikan diri daripada perang; atau orang yang dianiaya disebabkan oleh bangsa, agama, kerakyatan, keahlian mereka dalam kumpulan sosial yang tertentu dan pegangan politik mereka; serta tidak mendapat sebarang perlindungan daripada negara asal mereka.”

Jadi, ini adalah satu daripada artikel yang berada dalam convention tetapi apa yang berlaku di Australia sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi bahawa permohonan statistik memanglah Malaysia yang tertinggi kalau hendak dibandingkan dengan negara-negara lain. Jadi, ini adalah disebabkan kerana peribadi ataupun kepentingan diri sendiri yang mana ingin mendapat kenikmatan ataupun kehidupan yang lebih baik di Australia ataupun di mana-mana negara. Akan tetapi, walau bagaimanapun Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia dalam memantau permohonan visa perlindungan dan status pelarian oleh rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga sekarang ini pihak kerajaan Australia juga telah menempatkan imigresennya di Malaysia untuk sebelum sesiapa yang hendak depart ke Australia juga di periksa visanya sebelum berangkat. Terima kasih Yang Berhormat.

Tambat @ Jugah anak MuyangBEBASLubok Antu · question

5. Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat [Lubok Antu] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, adakah kementerian akan menaik taraf dan menambah jaringan Internet melalui kabel fiber optik yang ada sekarang ini memandangkan jaringan yang ada sekarang agak lemah serta tidak menyeluruh bagi kegunaan masyarakat serta jabatan- jabatan kerajaan yang sedia ada.

Tuan Eddin Syazlee ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Kuala Pilah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penambahbaikan perkhidmatan jalur lebar boleh dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif teknologi dan tidak terhad kepada rangkaian gentian optik sahaja. Berkaitan dengan perkara ini, pihak kerajaan telah melancarkan pelan gentian optik dan kesalinghubungan negara atau National Ferberization and Connectivity Plan (NFCP) dengan izin, bagi menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik di seluruh negara. Sasaran-sasaran yang telah ditetapkan mengambil kira keperluan untuk mempertingkatkan kualiti dan liputan perkhidmatan jalur lebar. Tumpuan-tumpuan utama NFCP adalah kawasan-kawasan yang kurang liputan di seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak. Penyediaan perkhidmatan jalur lebar ini di bawah NFCP akan dimantapkan lagi dengan pembinaan infrastruktur komunikasi baharu yang lebih menyeluruh di seluruh negara. Di negeri Sarawak, sebanyak 1,237 kilometer fiber telah siap beroperasi dan digunakan untuk penyediaan perkhidmatan 4G. Pihak kerajaan juga melaksanakan projek sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang bertujuan untuk meningkatkan kelajuan Internet dengan pemasangan rangkaian kabel gentian optik dasar laut berkapasiti 4 terabyte sesaat dengan jumlah jarak keseluruhan melebihi dari 3,800 kilometer.

Terima kasih, Lubok Antu ingin bertanya kepada kementerian memandangkan banyak sekolah-sekolah di hulu sungai yang tiada kemudahan asas Internet masa kini. Apakah kerajaan ada pendekatan lain seperti menggunakan satelit dan lain-lain? Kedua, mohon kementerian menambah baik jaringan liputan telekomunikasi di kawasan lain seperti kawasan Batang Ai, Jelukong, Engkelili, Nanga Kumpang sebab masa sekarang masih terlalu lemah liputan di kawasan tersebut. Terima kasih.

Tuan Eddin Syazlee ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, pertama berkenaan pilihan lain, ini sebagaimana yang telah diumumkan Kementerian Kewangan dalam belanjawan baru-baru ini, sebanyak RM250 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan, memajukan dan melakukan penambahbaikan kualiti perkhidmatan komunikasi melalui satelit. Walau bagaimanapun, satelit ini bukanlah satu pilihan yang terbaik kerana ia akan melibatkan kos maintenance yang amat tinggi dengan izin. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa melakukan apa juga, menggunakan pilihan yang ada untuk membuat penambahbaikan dari segi mutu perkhidmatan komunikasi ataupun Internet ini. Hal ini sebagaimana yang telah dilancarkan di bawah NFCP yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini. Berkenaan kedudukan kemudahan Internet di sekolah-sekolah, perkara tersebut saya percaya suatu yang sedang dibincangkan dan diuruskan oleh Kementerian Pendidikan dan pihak KKMM akan sentiasa bersedia untuk membantu bagi memastikan matlamat itu akan dapat dicapai dalam tempoh yang secepat mungkin, insya-Allah.

Tuan Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Tanjong Manis.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Daripada Sarawak juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Mana Sarawak, nanti saya bagi Yang Berhormat Rembau. Soalan tambahan kedua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pembiayaan untuk NFCP ini sebahagiannya datang daripada kerajaan melalui tabung USP dan sebahagian datang daripada sektor swasta. Apakah cadangan kerajaan untuk menggalakkan syarikat-syarikat swasta buat pelaburan terutamanya service provider di kawasan-kawasan yang mungkin tidak membawa keuntungan yang besar, bandar-bandar kecil dan kawasan-kawasan luar bandar. Takkan itu semua akan dibiayai oleh USP? Apakah cara untuk kita menggalakkan pelaburan daripada syarikat swasta, service provider untuk meningkatkan connectivity di kawasan-kawasan berkenaan? Terima kasih.

Tuan Eddin Syazlee ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Rembau, berkenaan cadangan untuk menggalakkan service provider supaya melibatkan diri dan menumpukan kepada kawasan-kawasan yang tidak memberikan ataupun dengan izin tidak mempunyai high economic impact, impak ekonomi. Perkara tersebut kita tahu kalau kita bercakap tentang syarikat-syarikat telco ataupun service provider ini, yang menjadi keutamaan atau matlamat adalah untuk mendapat pulangan di atas pelaburan yang diberikan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini pihak MCMC melalui pengerusinya telah menggunakan satu pendekatan yang proaktif untuk melakukan engagement dengan kerajaan-kerajaan negeri dan juga pihak-pihak swasta bagi menggalakkan penglibatan dan syarikat-syarikat ini untuk sama-sama melibatkan diri dalam proses memajukan, usaha untuk memberikan penambahbaikan kepada kemudahan Internet dan juga inisiatif jalur lebar yang ada di negara kita.

Ahmad Amzad bin Mohamed @ HashimPAS · PNKuala Terengganu · question

6. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Kewangan menyatakan, tujuan penerbitan Bon Samurai kali kedua dilakukan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di Jepun pada bulan September 2019.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHTimbalan Menteri Kewangan · Kubang Pasu

Terima kasih Kuala Terengganu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Keperluan pembiayaan Kerajaan Persekutuan diperoleh melalui penerbitan bon dan sukuk kerajaan daripada sumber dalam negeri dan juga luar negeri. Sejajar dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan seperti yang termaktub di dalam Akta Pinjaman (Tempatan )1959, Akta Penandaan Kerajaan 1983, dan Akta Pinjaman Luar Negeri 1963, pinjaman hanya dibuat untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan membiayai semula hutang yang telah matang. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke Jepun dari 6 hingga 8 September 2019 dan antara perkara yang diumumkan semasa lawatan tersebut adalah cadangan menerbitkan bon samurai siri ke-2. Perkara ini turut diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 di mana kerajaan Jepun melalui Japan Bank For International Cooperation (JBIC), sekali lagi menawarkan untuk menjamin Bon Samurai siri kedua dengan kadar faedah lebih rendah yang kurang daripada 0.5 peratus.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHTimbalan Menteri Kewangan · Kubang Pasu

Terimaan daripada terbitan ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan merangkumi program dan projek pembangunan termasuk sekolah, hospital, jalan dan menyediakan akses kepada utiliti. Tuan Yang di-Pertua, Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 juga menetapkan bahawa siling pinjaman luar negeri tidak melebihi sebanyak RM35 bilion. Sehingga akhir tahun 2019, jumlah hutang luar negeri terkumpul adalah sebanyak RM29.9 bilion atau 3.7 peratus daripada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan. Di samping itu, penerbitan Bon Samurai siri kedua juga tertakluk kepada keadaan pasaran kewangan global semasa dengan mengambil kira kos pembiayaan serta kadar tukaran mata wang asing bagi memastikan kos pinjaman adalah kompetitif dan tidak membebankan kerajaan, terima kasih.

Saya sangat musykil dengan hasrat kerajaan meneruskan pinjaman menerusi Bon Samurai siri kedua ini kerana tiga perkara.

Pertama, hutang luar negara seperti mana yang disebutkan tadi telah pun mencecah sebanyak RM29.2 bilion sehingga akhir Jun 2019. Berdasarkan External Loans Act 1963 yang disebutkan tadi, had sehingga RM35 bilion, jadi baki tidak jauh. Ini menunjukkan jika Bon Samurai siri kedua diterbitkan maka Kerajaan Persekutuan akan mencapai paras siling. Had pembiayaan luar yang dibenarkan dan akan meningkatkan risiko kredit. Kedua, Bon Samurai kali pertama telah dilanggan kira-kira 46 buah firma pelaburan Jepun. Kadar kupon yang ditetapkan dilaporkan 0.53 peratus ini hanya menguntungkan pihak luar jika dibandingkan pelabur institusi dalaman, domestik. Jika bon diterbitkan dalam negara, keuntungan akan dikembalikan kepada rakyat dan mengukuhkan institusi kewangan negara. Setelah banyak pegangan kerajaan melalui GLC telah dijual, maka apa yang tinggal untuk rakyat? Ketiga, mata wang Yen adalah safe haven currency. Hal ini terbukti ketika dunia dilanda krisis mata wang pada tahun 1998 hingga tahun 1999. Dunia dilanda krisis, nilai Yen meningkat sebanyak 20 peratus berbanding Euro atau Pound Sterling. Ketika tahun 2010, krisis berlaku, Yen naik lagi sebanyak 10 peratus. Hatta ketika gempa bumi di Jepun pun Yen tetap stabil. Ringgit pula setiap kali ada masalah kita turun. Hal ini menunjukkan Ringgit akan terdedah risiko kehilangan nilai tukaran asing. Jadi sebagai contoh, pada 5 September 2018, Yen Jepun 3.68, setahun kemudian naik lagi sebanyak 3.83, kelmarin. Tiga perkara ini saya minta supaya kerajaan beri penjelasan apakah kita ada exit plan dengan mengambil kira berkait dengan Bon Samurai. Terima kasih.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHKubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Soalan Yang Berhormat Kuala Terengganu panjang sebab beliau cukup prihatin agar hutang yang kita buat ini kita dapat value yang terbaik. Ya, betul macam saya sebut dalam jawapan saya tadi bahawa sebelum kita memuktamadkan apa-apa perancangan untuk mengambil loan ini, kita akan lihat pada ketika itu tentang keadaan kadar tukaran mata wang dan sebagainya supaya ia akhirnya tidak akan memberi kesan kepada kita ataupun kos pinjaman kita itu akan menjadi terlalu tinggi. Seperti yang disebutkan tadi, kita juga sedar bahawa capping kita itu sudah hampir sampai ke maksimum dan semua ini akan kita ambil kira dan ambil cakna sebelum membuat keputusan terakhir untuk mengeluarkan bon ini. Terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ini berkaitan dengan satu laporan akhbar The Edge bertarikh 14 Oktober 2019 yang menyatakan jumlah government bonds- bon kerajaan, pada tahun 2019 yang telah diterbitkan oleh Putrajaya sebanyak RM81.3 bilion. Adakah statistik ini betul? Saya bimbang takut Malaysia ini jadi macam Greece. Saya minta- sudah sampai masanya semua orang tahu, kita tidak boleh hendak salahkan hutang negara ini kepada Kerajaan yang lepas, yang lepaslah. Kita berani jatuhkan BN maka Kerajaan Pakatan Harapan mesti berani tanggung liabiliti dan aset ini. Soalnya, bagaimana hendak menyelesaikan, selamatkan negara kita. Terima kasih.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHKubang Pasu

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang yang cukup bersemangat dalam menyampaikan hasrat dan soalan beliau tadi. Tuan Yang di-Pertua, kita kena akur bahawa apabila bajet mana-mana tahun diadakan, apabila dia merupakan satu bajet yang defisit dan defisit itu bukan dari Belanja Mengurus tetapi daripada Belanja Pembangunan, defisit ini dibiayai oleh hutang. Jadi, untuk tahun 2019, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang itu, ingin saya sebutkan di sini, ada pihak yang cuba hendak mewarnakan bahawa kita berhutang lebih besar daripada apa yang kita sebutkan defisit di dalam Bajet 2019. Suka saya sebutkan bahawa, hutang-hutang yang kita hendak buat dalam mana- mana tahun itu kita telah rancang daripada awal. Bila kita hendak terbitkan dan dalam masa yang sama kita tebus balik hutang-hutang yang lama sebelum itu. Jadi, apa yang disebutkan mungkin dalam The Edge dan sebagainya yang ingin saya sebutkan di sini Tuan Yang di- Pertua ialah, antara Januari dan Ogos, kita telah terbitkan hutang sebanyak RM102.2 bilion. Jadi, kalau ini sahaja diambil dan dikatakan bahawa kita telah berhutang lebih daripada apa yang kita isytiharkan dalam Dewan Parlimen, ini yang saya katakan bahawa ia cuba untuk mengelirukan orang ramai.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHKubang Pasu

Itu adalah penerbitan yang kita buat. Dalam masa yang sama, kita telah menebus di antara Januari hingga Ogos sebanyak RM38.8 bilion menjadikan bahawa penerbitan bersih pada ketika itu adalah sebanyak RM63.4 bilion. Orang kata eh, ini pun masih lebih besar daripada apa yang kamu nyatakan dalam bajet kamu. Bagi bulan September hingga bulan Disember, kita akan terbitkan lagi bon sebanyak RM33.5 bilion dan dalam masa yang sama akan menebus sebanyak RM44.5 bilion menjadikan net-nya ialah kita telah tebus lebih daripada kita keluarkan sebanyak RM11 bilion. Ini menjadikan untuk keseluruhan tahun 2019, penerbitan bersih adalah sebanyak RM52.4 bilion. Jikalau ini kita lihat di dalam apa yang telah kita nyatakan di dalam belanjawan bagi tahun 2019, inilah defisit yang perlu kita tanggung melalui penerbitan bon. Jadi, untuk menenteramkan Yang Berhormat Pasir Gudang, bahawa ini semua kita buat berdasarkan perancangan yang telah rapi kita buat sepanjang tahun. Ini adalah perkara yang telah sama-sama kita luluskan di akhir tahun 2018 dahulu bagi Bajet 2019. Jadi, tidak ada yang kita buat seolah-olah berhutang lebih daripada apa yang telah kita nyatakan dan kita dapat persetujuan di dalam Dewan Parlimen yang mulia ini. Terima kasih.

Sivakumar a/l Varatharaju NaiduDAP · PHBatu Gajah · question

7. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Kesihatan menyatakan, bilangan pesakit buah pinggang yang terpaksa menjalani rawatan dialisis di seluruh negara. Berapa ramai di antara mereka menerima rawatan dialisis di hospital-hospital kerajaan dan jumlah pesakit yang masih dalam senarai menunggu.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, peningkatan drastik prevalent pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik ataupun dengan izin, Chronic Kidney Disease (CKD) telah menyebabkan jumlah pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis semakin meningkat mutakhir ini. National Health and Morbidity Survey 2018 mendapati prevalent pesakit Chronic Kidney Disease (CKD) adalah sebanyak 15.5 peratus. Meningkat daripada 9.07 peratus yang direkodkan pada tahun 2011. Punca utama pesakit buah pinggang adalah penyakit diabetes mellitus iaitu kencing manis sebanyak 61 peratus, darah tinggi sebanyak 18 peratus, punca yang tidak diketahui sebanyak 15 peratus dan radang buah pinggang ataupun glomerulonephritis sebanyak tiga peratus obstructive nephropathy, dan yang lain-lain.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Menyedari bahawa 79 peratus daripada punca penyakit buah pinggang disebabkan oleh adalah penyakit non-communicable disease (NCD), Kementerian Kesihatan telah melaksanakan Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40 bagi meningkatkan pengesanan awal penyakit NCD terutamanya diabetes antara lainnya. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya tekankan juga atas, dalam data National Neurology Registry 2018 menunjukkan terdapat seramai 42,189 orang pesakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara. 42,000 lebih. Daripada jumlah itu seramai 11,416 orang pesakit yang menjalani rawatan dialisis di hospital-hospital kerajaan, manakala bakinya 30,773 orang di pusat dialisis swasta ataupun yang dijalankan oleh NGO. Jumlah pesakit buah pinggang yang masih dalam senarai menunggu bagi penempatan pusat rawatan adalah sama di pusat-pusat dialisis kerajaan mahupun swasta serta NGO adalah seramai 3,007 orang buat masa kini. Buat masa ini, pesakit-pesakit ini sedang menjalani rawatan sementara di pusat dialisis kerajaan, swasta atau NGO sehinggalah penempatan di pusat rawatan tetap dikenal pasti. Manakala di Batu Gajah pula Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat pada tahun 2019, Hospital Batu Gajah telah menerima peruntukan untuk menaik taraf bagi menambah dua reverse osmosis (RO) yang menempatkan dua buah mesin yang dapat menambah 12 slot tambahan kepada pesakit.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHMenteri Kesihatan · Kuala Selangor

Ketika ini, Hospital Batu Gajah menyediakan sebanyak 11 buah mesin dialisis bagi kemudahan rakyat setempat dan menerima seramai 40 orang jumlah pesakit menunggu adalah seramai 57 orang, 33 orang membayar sendiri dan 24 orang di bawah tajaan Baitulmal, SOCSO ataupun JPA. Di Batu Gajah juga terdapat dua buah pusat hemodialisis swasta ataupun dikendalikan oleh NGO. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan bahawa terdapat kaedah yang lebih baik dan kos efektif seperti CAPD yang boleh dijadikan pengganti kepada kaedah hemodialisis. Sebagai contoh, Hong Kong menggunakan 80 peratus kaedah CAPD. Apakah tindakan kerajaan untuk meluaskan lagi penggunaan kaedah CAPD? Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kementerian dalam usaha menggiatkan lagi penggunaan CAPD di kalangan pesakit-pesakit buah pinggang berbanding dengan hemodialisis. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah yang saya kira sangat peka memahami, menekuni subjek penyakit buah pinggang dan dialisis ini. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada hemodialisis, satu lagi kaedah iaitu kaedah peritoneal dialysis menggunakan rongga peritoneum ataupun rongga perut lah mudahnya, di mana rawatan adalah untuk pesakit buah pinggang ini menggunakan cecair peritoneum yang dimasukkan ke dalam rongga, lalu menggunakan rongga itu sebagai lapisan gantian berbanding menggunakan darah. Jelasnya, Kementerian Kesihatan kini menuju ke arah kaedah peritoneal dialysis ini sebagai satu preferred policy di mana ianya antara lain memberikan satu kaedah yang mudah, senang dan juga murah serta dapat mengelakkan beberapa jangkitan seperti hepatitis B dan C serta mengurangkan gejala anemia kerana faktor erythropoietin tidak terbabit dalam peritoneal dialysis ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, memanglah kami ke arah peritoneal dialysis (PD) ataupun kalau mengambil yang canggih lagi the continuous ambulatory peritoneal dialysis (CAPD) ataupun automated peritoneal dialysis (APD). Itu adalah ke arah polisi yang kementerian akan tuju dan terbaiknya adalah sebenarnya transplantation. Terima kasih.

Kuala Krai.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Soalan tambahan.

Kuala Krai.

Jelebu.

Kuala Krai.

Jelebu.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ramai yang hendak bertanya, saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Tengara, sila.

Terima kasih.

Jelebu ada kelab kah?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri terima kasih. Pertama sekali saya...

Saya keluar rumah setiap pagi fasal pakai... tetapi Tuan Yang di-Pertua pun tidak nampak lagi.

Yang Berhormat Menteri, setiap pesakit buah pinggang dikenakan RM13 di hospital kerajaan dan pusat dialisis NGO lebih kurang RM200 dan swasta lebih kurang RM250 hingga RM300 untuk satu sesi. Maknanya seminggu mungkin tiga kali. Ini adalah beban kewangan yang diakui kita kena tangani Yang Berhormat Menteri. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sama ada formula terbaik untuk mengurangkan beban terutama sekali B40 kepada pesakit-pesakit yang mengambil dialisis ini dapat diatasi dan adakah cadangan kerajaan menyediakan bangunan di-operate oleh NGO supaya dapat mengurangkan kos dialisis kepada ramai yang menunggu sekarang ini Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara yang selalunya dan kerapnya peka tentang persoalan kesihatan ini. Saya menambah sedikit daripada jawapan saya tadi. Itulah antara sebabnya mengapa kita mesti mengarah kepada penggunaan peritoneal dialysis ataupun automated peritoneal dialysis (APD) ataupun ambulatory peritoneal dialysis (CAPD) itu adalah kerana salah satunya ia murah, senang dan mudah dan mengizinkan pesakit untuk menjalankan kegiatan seharian kerana ini adalah satu kaedah yang berbeza dengan hemodialisis yang diperlukan tiga kali seminggu. Atas persoalan kos tadi, sememangnya kerajaan menanggung besar atas komplikasi kegagalan buah pinggang yang perlu dirawat kepada tahap end-stage renal failure pada tahap empat atau lima. Tahap lima itu you must go into dialysis. Cumanya, memang kerajaan juga ada memberikan sumbangan subsidi kepada NGO dan juga kita sebenarnya kurang lebih tanggungan setiap pesakit setahun itu adalah RM44 ribu seorang pesakit Yang Berhormat Tenggara. Kurang lebih kita membelanjakan tidak kurang daripada RM2.1 bilion setahun atas jumlah keseluruhan pesakit yang kita rawat di hemodialisis hospital-hospital kerajaan dan kini juga ada di klinik-klinik kita. Kalau tidak silap saya ada dua atau tiga klinik yang sudah memberikan rawatan ini. Jadi oleh sebab itu, moving forward ke depan nanti, kita akan melihat kepada persoalan kos dan juga boleh cuba untuk membantu mengurangkan kos yang ditanggung oleh NGO-NGO yang menjalankan kegiatan ini. Lebih baik adalah untuk kita beralih kepada APD atau CAPD, peritoneal dialysis dan polisi yang paling baik adalah untuk menganjurkan advokasi transplantation of kidney, itu yang terbaik tetapi kita memerlukan pelbagai sokongan dan dukungan di situ. Terima kasih.

Robert Lawson ChuatPBB · BNBetong · question

8. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan untuk Sarawak bagi Projek Lampu Jalan Kampung pada tahun 2019 dan butiran agihan projek tersebut mengikut Bahagian di Sarawak.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar · Sungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Betong atas soalan beliau yang bertanya berkaitan dengan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan untuk Sarawak bagi projek lampu jalan kampung untuk tahun 2019. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, bagi tahun 2019 pelaksanaan program pemasangan lampu jalan kampung (LJK) untuk negeri Sarawak telah memasuki fasa yang ketujuh. Sebanyak RM9.13 juta akan diperuntukkan oleh kementerian bagi pemasangan 4,500 unit LJK dengan pecahan 1,500 unit LJK jenis high pressure sodium vapor (HPSV) dan 300 unit LJK jenis light-emitting diode (LED) dengan izin, untuk diagihkan bagi pemasangan di 30 buah Parlimen luar dan pinggir bandar di seluruh Sarawak. Pecahan agihan LJK ini adalah mengikut Parlimen dengan agihan sebanyak 50 unit HPSV dan 100 unit LED bagi setiap Parlimen yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan menyediakan peruntukan bagi menyelenggarakan lampu jalan kampung untuk jangka masa panjang?

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat Betong atas soalan tambahan itu. Dari segi penyelenggaraan, memang ini ditanggung juga oleh kementerian. Selepas pemasangan LJK ini sama ada HPSV atau jenis LED, kos penyelenggaraan termasuk kos electricity ditanggung oleh kementerian. Ada bajet untuk itu. Sekian.

Tuan Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian ada mengkaji penggunaan lampu solar untuk lampu jalan terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi kesukaran untuk pergi ke kawasan tersebut? Sekian, terima kasih.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tadi. Memang ini adalah dalam kajian sekarang. Ada kajian yang masih berjalan tentang kegunaan solar. Dalam beberapa bulan ini, kita akan menilai hasil kajian ini dan membuat keputusan tentang kegunaan lampu solar untuk kawasan-kawasan di mana grid elektrik itu belum sampai lagi. Sekian, terima kasih.

Thomas Su Keong SiongDAP · PHKampar · question

9. Tuan Su Keong Siong [Kampar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, statistik tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap pendatang tanpa izin (PATI) yang berniaga tanpa kebenaran di negara kita dalam tempoh Januari 2017 sehingga hari ini. Apakah langkah-langkah pemantauan yang diambil untuk memastikan bahawa PATI ini tidak bermasyarakat menjadi peniaga haram yang mendatangkan keresahan terhadap warga tempatan.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja AhmadTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 43,612 operasi penguatkuasaan terhadap warga asing yang berniaga tanpa kebenaran di negara ini telah dijalankan bagi tempoh Januari 2017 hingga 31 Ogos 2019. Hasil operasi tersebut, tangkapan seramai 132,654 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 3,666 orang majikan telah dilakukan. Manakala bagi operasi penguatkuasaan di pasar-pasar borong pula, sebanyak 139 operasi telah dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi tempoh 1 Januari hingga 26 September 2019. Melalui operasi tersebut, sejumlah 375 orang pendatang asing tanpa izin dan 54 orang majikan telah ditangkap atas pelbagai kesalahan imigresen. Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan bersepadu bersama agensi-agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen terhadap warga asing. Sehingga kini, sebanyak 599 operasi penguatkuasaan PBT dan 492 operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan pelbagai agensi lain ke atas warga asing telah dijalankan. Bagi memantau kegiatan perniagaan warga asing, Jemaah Menteri pada 29 Mac 2019 telah bersetuju agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan dianggotai oleh Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan bersama dengan Kementerian Wilayah Persekutuan. Jawatankuasa ini berperanan dalam meningkatkan keselamatan dan menangani kebanjiran warga asing yang mendominasi beberapa pasar borong utama di Lembah Klang. Selain itu, KPKT juga telah mengeluarkan surat kepada semua PBT pada 7 Ogos tahun ini supaya meningkatkan operasi penguatkuasaan bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan mengekang aktiviti perniagaan di pasar borong yang dimonopoli oleh warga asing. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai langkah kawalan, warga asing tidak dibenarkan menjalankan perniagaan kecil seperti mengusahakan kedai runcit atau lain-lain perniagaan menggunakan lesen milik penduduk tempatan. KPKT telah mengeluarkan Pekeliling Pengeluaran Permit Perniagaan Kecil oleh pihak berkuasa tempatan pada 30 Jun 2008 lagi. Pekeliling ini menyatakan aspek kawalan dan penguatkuasaan yang perlu dipatuhi oleh perniagaan kecil adalah seperti berikut: (i) pengeluaran permit perniagaan kecil hanya dikeluarkan kepada warganegara Malaysia sahaja; (ii) pemilik permit hendaklah berada di tempat berniaga sepanjang masa; (iii) tindakan pembatalan permit boleh diambil ke atas pemilik yang memindah permit perniagaan mereka kepada warga asing; dan (iv) PBT boleh menyita serta merampas barang jualan serta-merta tanpa perlu mengenakan amaran terlebih dahulu bagi perniagaan tanpa lesen.

Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja AhmadTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Sekian, terima kasih.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas jawapan yang telah diberikan. Daripada statistik yang telah dinyatakan tadi, memang kami lihat ini adalah satu masalah yang amat serius. Dalam negara kami sekarang, terdapat banyak masalah sedemikian iaitu orang asing menjadi peniaga dan ada juga kes dari peniaga sekarang mereka jadi pekilang juga. Jadi, apa yang saya hendak tahu adalah adakah Jawatankuasa ini ditubuhkan dapat menangani masalah ini? Kenapa ia menjadi satu perkara yang begitu serius sekarang? Adakah Jawatankuasa ini akan dapat membantu dalam membanteras semua kegiatan haram ini?

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang baik itu. Sebenarnya atas kesedaran betapa seriusnya isu ini telah menular di negara kita, kerana itulah satu jawatankuasa yang melibatkan pelbagai kementerian seperti KDN, KPKT, MoA dan juga Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan sebagainya telah ditubuhkan. Bagaimanapun, the success, dengan izin, dan keberkesanan Jawatankuasa ini bergantung kepada maklumat yang kita dapati. Ada kalanya pegawai-pegawai yang dihantar dapat menangkap mereka di dalam situasi yang boleh dibuktikan kesalahan mereka. Akan tetapi, ada juga maklumat yang kurang lengkap atau lambat sampai tidak membolehkan kita sampai di tempat yang dihajatkan dalam waktu yang dihajatkan di mana mereka sudah dapat melarikan diri. Ini akan bergantung besar kepada keprihatinan dan juga kerjasama orang awam untuk memberi kerjasama kerana kita tidak berkompromi. Seperti apa yang disebutkan di dalam hukuman ini, orang tempatan yang menjual atau membenarkan lesennya digunakan oleh orang lain, ada hukuman jel dan juga denda. Akan tetapi, bagi warga asing yang ditangkap, tidak ada apa-apa hukuman lain selain daripada deportation ataupun dikeluarkan kepada negara kita. Itulah betapa seriusnya sebagai deterrent. Akan tetapi, sekali lagi saya ingin ulangi di sini, walau bagaimana ramai pun penguatkuasaan kita, maklumat yang cepat dan tepat perlu diberi kepada kita supaya lebih berkesan. Insya-Allah, kita akan beri segala tumpuan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita perhatikan salah satu gejala yang sering berlaku ialah di mana warganegara ataupun pekerja asing ini dia berkahwin dengan gadis Melayu dan mereka sama-sama orang Islam. Apabila berkahwin dengan gadis Melayu, orang ini yang asalnya mungkin memiliki pas pekerja di sini tetapi apabila berkahwin dengan gadis Malaysia, ia layak memohon pas resident. Dalam kes ini, saya hendak bertanya, apakah pendirian kementerian bersama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk kita membendung gejala ini? Ini kerana kita tidak boleh mengusir keluar. Kita kena juga melindungi wanita Malaysia yang telah berkahwin dengan warganegara asing. Jadi, apakah pendirian kita, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baik pihak berkuasa tempatan dan juga pihak-pihak berwajib dalam soal ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Memang tepat, isu ini berulang kali berlaku dan kita akui ini adalah di antara masalah utama. Akan tetapi dalam soal nikah kahwin ini, kita pun tidak dapat buat apa-apalah. Ini orang sudah jatuh cinta, mereka kahwin dan ini merupakan personnel matter mereka. Walau bagaimanapun, kita bekerjasama begitu rapat dengan Kementerian Dalam Negeri dan juga pihak Imigresen untuk memantau situasi ini. KPKT terhad dari segi- kuasa kita hanya untuk memantau dan memberi coordination information untuk operasi dilakukan.

Bagaimanapun, dari segi perundangan, saya rasa pihak KDN lah yang lebih mengetahui dan sedang meneliti bagaimana untuk mengatasi apa yang dikatakan loophole tersebut kerana dengan pernikahan ini, ia boleh membuka ruang-ruang lain untuk mereka melepasi undang-undang yang sedia ada. To circumvent the existing law enforcement yang telah wujud. Saya akan bawa perkara ini untuk terus dikaji dengan KDN kerana merekalah kementerian yang lebih mengetahui dari segi sudut undang-undang enforcement dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, boleh lagi satu soalan tambahan?

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat. Dengan itu, tamatlah sesi soal jawab lisan. [Masa Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Mohamed Hanipa bin MaidinAMANAH · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa, Jabatan Perdana Menteri bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2020 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2020 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 6 November 2019.”

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan · Lumut

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada sedikit pengumuman. Sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi daripada Kementerian Luar Negeri, Visitors Programme yang terdiri daripada wakil negara Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam... [Tepuk] Kepada semua delegasi, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran anda semua ke Dewan yang mulia ini. Saya akan ulang dalam bahasa Inggeris, it is with great pleasure I would like to inform the House, that together with us today in this House is a delegation from the Ministry of Foreign Affairs Visitors Programme, consisting of participants from Indonesia, Singapore, Thailand, Philippine and Vietnam. To all members of the delegation, we welcome your visit to the House, welcome. We hope that the visit by this delegation will further strengthen the ties and relations between the Parliament of Malaysia and the ASEAN countries. Thank you very much... [Tepuk]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2020 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2020 dan Anggaran Pembangunan 2020 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Minta Menteri Kewangan mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi semua kementerian.

Dato’ Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHTimbalan Menteri Kewangan · Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM173,136,214,600 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2020 bagi Maksud-maksud Bekalan B.1 hingga B.14, B.15, B.20 sehingga B.28, B.30 sehingga B.32, B.40, B.42 sehingga B.43, B.45 sehingga B.48, B.60, B.62 sehingga B.63 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih dari RM58 bilion yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2020 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.7, P.10, P.13, P.15, P.20 sehingga P.28, P.30 sehingga P.32, P.42 sehingga P.43, P.45 sehingga P.48, P.60, P.62 sehingga P.63 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Lampiran A dan Lampiran B, Kertas Perintah 23 Tahun 2019 dijadikan anggaran Perbelanjaan. Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2020 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2020 telah pun dibentangkan. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberi di dalam Kertas Perintah 23 Tahun 2019 dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2019. Oleh itu, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa selama 15 hari diperuntukkan untuk perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2020 bermula hari ini, Selasa, 5 November 2019 sehingga Khamis, 28 November 2019. Oleh yang demikian, saya juga ingin maklumkan bahawa pada hari ini, tempoh perbahasan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2020 dihadkan selama 10 minit sahaja bagi setiap Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Point of order.

Tuan Pengerusi

Ya.

Tuan Pengerusi, semua Menteri kita bagi satu jam untuk jawab. Jadi kalau Jabatan Perdana Menteri ada berapa Menteri? Berapa? Lima, enam Menteri. Kalau enam Menteri, bererti kalau kita cakap 10 minit, kita hanya boleh cakap kepada seorang Menteri.

Jadi saya memohon Tuan Pengerusi mempertimbangkan supaya kita benarkan satu Menteri 10 minit. Kalau tidak, penganiayaan kepada Menteri, daripada dulu pun sesetengah Menteri tak dapat jawab langsung. Oleh sebab orang tak sempat bercakap fasal Menteri yang berkenaan. Jadi saya cadangkan, kalau dia hendak cakap fasal Menteri itu, sebab Menteri ini bertaraf kementerian. Contohnya macam di bawah Jabatan Perdana Menteri, kita ada dua Menteri utama, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri tak dapat jawab, dia jawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi dia dapat gaji Timbalan Perdana Menteri. Jadi macam mana kita? Kita hendak cakap supaya dia juga dapat menjawab. Jadi contohnya macam NADMA dengan APM letak bawah Timbalan Perdana Menteri, kita hendak bercakap macam mana, 10 minit. Jadi saya cadangkan supaya satu Menteri dapat hak untuk kami berbahas 10 minit. Akan tetapi, kalau dia cakap dua Menteri, 20 minitlah...

Tuan Pengerusi

Tiga Menteri, 30 minit lah?

Masa 30 minit lah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau hendak cakap 30 minit?

Tuan Pengerusi

10 minit cukup lah. Ini peringkat jawatankuasa, mengikut butiran sahaja.

Tuan Pengerusi, kalau Tuan Pengerusi tengok bajet yang dibentangkan, tidak mungkin mana-mana kita boleh bercakap 10 minit. Oleh sebab apa, di bawah Jawatankuasa itu tak kan kita hendak tajuk contohnya macam APM. APM, kita hendak cakap apa fasal APM? Padahal saya hendak cadang APM supaya di bagi elaun, supaya dibeli aset. Hat yang itu pun sudah dua minit, saya cakap ada 12 ini termasuk yang penghabisan sekali ialah...

Tuan Pengerusi

Itu hanya anggaran 10 minit. Kalau Yang Berhormat Arau hendak bercakap lebih daripada 10 minit, mengikut keadaanlah. Seperti biasa, tahun lalu pun 10 minit tetapi longgar.

Tuan Pengerusi, lagi satu.

Tuan Pengerusi

Akan tetapi, janganlah mengambil masa 30 minit tiap Yang Berhormat. Kita tidak mempunyai masa.

Tuan Pengerusi, saya hendak cakap fasal Jadual Kelapan berhubung dengan kuasa Parlimen kepada negeri. Berhubung dengan kuasa Raja untuk melantik Menteri Besar. Saya tidak boleh cakap tergantung.

Tuan Pengerusi

Itu bukan butiran.

Saya kena cakap bagi- ini undang- undang.

Tuan Pengerusi

Dia tidak ada kena-mengena dengan butiran di peringkat Jawatankuasa.

Tuan Pengerusi dengar saya ulas nanti, Tuan Pengerusi tengok berkenaan ataupun tidak.

Tuan Pengerusi

Tak ada lah saya kata. Saya ingin Yang Berhormat semua merujuk kepada butiran berbahas sebab ini peringkat jawatankuasa.

Tuan Pengerusi, saya pun ada ilmu. Ini adalah berhubung urusan Parlimen. Kuasa-kuasa Parlimen.

Tuan Pengerusi

Ya, pada peringkat Jawatankuasa, kita ikut peraturan lah.

Ya, tak apa. No problem, kalau saya langgar peraturan, buang saya. Akan tetapi, kalau saya ikut peraturan dengar saya. Bagi saya peluang untuk berhujah.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Tuan Pengerusi, saya. Boleh saya mulakan?

Tuan Pengerusi

Saya selaku Tuan Pengerusi, mempunyai masa yang terhad untuk mengendalikan peringkat Jawatankuasa hari ini. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat Arau ingin masa yang lebih, dipersilakan. Akan tetapi, dalam lingkungan 10 minit seoranglah dengan kelonggaran yang akan diberikan mengikut keadaan. Akan tetapi, kalau saya kata 10 minit bagi tiap Menteri atau Timbalan Menteri itu 30 minit seorang, ini macam peringkat dasar.

Ya, saya harap Tuan Pengerusi dapat memanjangkan mesej ini kepada dua orang Timbalan Yang di-Pertua sebab kadang-kadang bila dia masuk, dia suruh kita berhenti terus. Jadi sebab Tuan Pengerusi pun saya hendak komen ini fasal Timbalan Yang di-Pertua punya peranan saya hendak komen sini. Ini sebab sekarang Tuan Yang di-Pertua sudah berubah, jadi saya hendak komen, panjang juga. Setelah hadir seminar politik, tiba-tiba balik berubah. Jadi hendak kena komen, okey.

Tuan Pengerusi

Tidak apalah, tidak apa saya faham maksud Yang Berhormat tapi saya tidak hendak menghabiskan masa.

Saya akan pantun untuk Tuan Yang di-Pertua sekejap lagi ya.

Tuan Pengerusi

Ini bukan masa dan tempatnya untuk memberi komen-komen sedemikian. Sosial media mungkin, silakan.

Saya hendak puji tidak bolehkah? Hendak puji.

Tuan Pengerusi

Tidak apa, kita teruskan. Baik, saya buka Jabatan Perdana Menteri.

Tuan Pengerusi

Sebentar.

Jangan tidak nampak Pontian pula.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2020 Jawatankuasa — Maksud B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 [Jadual] - Maksud P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2020] -Bill

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.1 hingga B.9, B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahaskan.

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Siapa hendak bahas dulu?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Kubang Kerian dulu.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pontian dulu silakan, 10 minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terus merujuk kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) Butiran 010600, RM594 juta ini adalah antaranya ialah peruntukan diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen. Saya difahamkan peruntukan ini diberi kepada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan.

Saya difahamkan RM300 ribu untuk pusat khidmat dan RM3 juta untuk belanja- belanja lain. Itu mungkin lebih. Saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Buku Harapan Manifesto muka surat 55, “Pembiayaan berdasarkan formula yang telus akan diberikan kepada semua Ahli Dewan Rakyat, untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dan mengurus pusat khidmat masing-masing” Namun, Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tidak diberikan peruntukan untuk mengurus pusat khidmat. Dahulu kami tidak ada memberi apa-apa janji tetapi ini tercatat dalam Buku Harapan Kerajaan. Sejumlah RM100 ribu yang diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tidak boleh digunakan untuk pusat khidmat. Oleh sebab itu, saya berharap agar kerajaan membuat keputusan yang lain. Sejumlah RM594 juta ini Tuan Pengerusi, bukan duit mak bapa mereka....

[Dewan riuh]

Ini duit rakyat daripada cukai-cukai yang dikutip, kami ada Ahli Parlimen, logo kami sama.

Tuan Pengerusi saya minta Yang Berhormat Pontian tarik balik kenyataan mak bapa. Jangan kurang ajar Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pontian boleh minta sikit.

Adakah perkataan itu unparliamentary?

Tuan Pengerusi

Jawapannya ya.

Perkataan itu... [Ketawa]

Yang Berhormat Pontian boleh minta sikit.

Tuan Pengerusi.

Kalau hendak berbahas, bahas secara berhemahlah Yang Berhormat Pontian.

Menteri Yang Berhormat Pontian kata dulu tidak janji.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Jelutong sebut kurang ajar tadi minta tarik balik.

Yang Berhormat Pontian.

Tadi Yang Berhormat Jelutong minta sebut kurang ajar minta tarik balik.

Tuan Pengerusi.

Bukan duit mak bapa kamu punya.

Logo kami daripada pembangkang sama itu.

Ini tarik balik. Tadi- sekejap Yang Berhormat Pontian.

Yang Berhormat Pontian minta sikit boleh?

You tidak kata mak bapa dia, dia kata mak bapa you sekarang tarik balik... [Pembesar suara dimatikan]

Saya minta Yang Berhormat Pontian tarik balik kenyataan itu.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jelutong duduk, Yang Berhormat Baling duduk. Semua duduk. Itu bukan perkataan yang unparliamentary tetapi terpulang kepada Yang Berhormat Pontian hendak tarik balik kah, tidak hendak tarik balik kah.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Akan tetapi, perkataan itu unparliamentary.

Yang Berhormat Pontian, minta sikit boleh.

Logo Ahli Parlimen Kerajaan dan logo Ahli Parlimen Pembangkang sama. Yakni Jata Negara yang di belakang Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Pontian dulu pakai logo lain kah.

Kenapa kami tidak diberikan RM3.3 juta serupa macam yang diberikan kepada Ahli Parlimen Kerajaan sedangkan sudah ada masuk dalam mereka punya janji. Buku ini boleh campak dalam tong sampah sahajalah kalau semuanya tidak ditepati.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat Pontian.

Bahagian Pengurusan Hartanah Butiran 010300, RM119 juta.

Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNPengkalan Chepa

Yang Berhormat Pontian minta pencelahan. Yang Berhormat Pontian.

Saya ingin tanya bahagian ini berapa jumlah ekar tanah yang mereka ada dan berapa nilai tanah itu. Saya pernah tanya semalam kepada Kementerian Kewangan dia tidak jawab mengenai berapa aset dalam negara Malaysia ini. Selalu disebut RM1.1 trilion hutang campur liabiliti, campur jaminan. Saya hendak tanya berapa aset negara Malaysia tidak pernah di jawab oleh Kementerian Kewangan sampai sekarang. Katalah asetnya RM10 trilion, katalah RM10 trilion jambatan, bangunan, jalan, ekuiti dan macam-macam. Jadi, saya hendak tanya Bahagian Pengurusan Hartanah ini berapa nilai tanah, berapa yang sudah dijual dan berapa yang dibeli dalam pengurusan hartanah. Bahagian Penyelidikan Butiran 020300, berapa banyak di luar negara bahagian penyelidikan ini? Apa yang diselidik? dan apa faedah kepada negara? Angkatan Pertahanan Awam (APM), adakah kenaikan elaun yang telah kami umumkan sebelum ini telah dibuat oleh kerajaan sekarang? Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), apakah persiapan-persiapan yang dibuat untuk banjir? Berapa jumlah untuk Sungai Kim Kim yang diberikan bantuan? dan berapa ramai yang dapat? Kemudian, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya tadi bertanya tetapi kali ini hendak bertanya dalam bentuk jawatankuasa, Malaysian Indian Blueprint 2017 yang dilancarkan, RM500 juta pinjaman tanpa faedah untuk beli ASN setakat mana perkembangan. Sejumlah 1.5 bilion unit Amanah Saham 1Malaysia kepada 50 ribu masyarakat India, apakah perkembangan? Seramai 700 pelajar masyarakat India untuk IPTA apakah perkembangan? dan sebanyak 70 peratus penjawat awam masyarakat India apakah perkembangan? Itu dalam Malaysian Indian Blueprint. Tadi Yang Berhormat Menteri tidak dapat jawab. Jadi lepas ini ketika menggulung ini tolong jawab dalam jawatankuasa. Kemudian, satu lagi dalam manifesto saya ingin patah balik... [Disampuk]

Yang Berhormat, penjelasan Yang Berhormat. Yang Berhormat yang India tadi.

Apakah Yang Berhormat sedar bahawa bajet ini nampaknya meminggirkan orang India? Apakah Yang Berhormat setuju? Kita kena perjuangkan hak-hak orang India.

Ya [Ketawa] Yang Berhormat Arau boleh sambung nanti. Saya ingin patah balik pada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU UPP). Dalam manifesto juga disebut Ketua Pembangkang bertaraf Menteri dan mendapat faedah seperti Menteri. Akan tetapi saya ingin maklumkan kepada Tuan Pengerusi, tidak dapat apa-apa pun Ketua Pembangkang yang dapat hanya pejabat dan seorang kerani. Mana taraf Menterinya? [Ketawa] Ini satu lagi pembohongan dalam buku Harapan yang patut dicampak dalam tong sampah sahaja. Kemudian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, saya ingin tahu pusat percetakan Al-Quran, Nasyrul Quran di Presint 14. Adakah geran tahunan yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu diluluskan dan diteruskan? Kalau tidak ada geran tahunan bagaimana pusat itu ingin mencetak Al-Quran dan menjadi pusat percetakan Al-Quran kedua terbesar dalam dunia selepas Arab Saudi. Saya mohon geran tahunan itu dan kalau geran tahunan itu tidak payahlah Yang Berhormat Menteri Kewangan sibuk hendak datang menghantar. Itu satu perkara yang menjadi ingatan. Kemudian, Butiran 060200 – Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional. Saya ingin tanya apa beza pusat ini dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Kita sudah ada SPRM untuk menjalankan tugas-tugas itu kenapa perlu ada pusat ini dengan RM37.4 juta peruntukan. Satu lagi program-program khusus yang ini amat-amat kabur tetapi jumlahnya cukup besar RM188 juta, Tuan Pengerusi. Saya hendak tahu apa ia program-program khusus yang menyebabkan sampai RM188 juta dan tidak disebut pun apakah program khusus itu. Satu lagi ialah Kompleks Latihan Islam Tahfiz, apa jadi kepada cadangan untuk mewujudkan Universiti Al-Quran yang dicadangkan oleh kerajaan terdahulu dan kalau boleh Darul Quran di Kuala Selangor, kalau tidak silap saya. Itu yang kita hendak jadikan sebagai Universiti Al-Quran dan adakah cadangan itu diteruskan? Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)...

Kuala Kubu Bahru?

Ya, Kuala Kubu Bahru. Urusan pencen dana Kumpulan Wang Persaraan RM140.8 bilion Tuan Pengerusi. Banyak ini RM140.8 bilion di bawah KWAP dan saya tidak faham, kenapa kerajaan sekarang di bawah JPA ini akan memansuhkan skim pencen. Saya kira kalau dana RM140.8 bilion ini diguna dengan baik, dilabur dengan baik saya kira ia boleh untuk membiayai pencen tahunan untuk kakitangan kerajaan pada masa akan datang dan dana ini akan terus berkembang. Kalau sekarang RM140 bilion mungkin selepas ini akan menjadi jumlah yang lebih besar.

Oleh kerana itu, apa yang mereka lakukan- kerajaan sekarang ingin menghapuskan skim pencen itu, amat tidak bertanggungjawab pada pandangan saya. Ini kerana pegawai- pegawai kontrak ini mereka tidak mendapat faedah-faedah yang didapati oleh pegawai- pegawai tetap. Sebagai contoh, mereka tidak dapat peruntukan untuk pinjaman perumahan...

Yang Berhormat Pontian, boleh mencelah?

...Dan mereka juga tidak dapat peruntukan untuk membeli kenderaan. Siapa dia itu?

Gerik, saya Gerik.

Sila Yang Berhormat Gerik.

Dalam peruntukan emolumen, bajetnya nampak lebih kurang sama akan tetapi kebanyakan pegawai-pegawai kontrak kerajaan telah diberhentikan. Mengapa keadaan begitu boleh berlaku?

Ya saya juga ingin supaya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Gerik itu- adalah betul, dan saya ingin bertanya, dikatakan bahawa dua peratus pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan awam ini dikurangkan, setiap tahun 2 peratus.

Saya ingin tahu, berapa banyak 2 peratus itu, dan apakah jabatan-jabatan yang terlibat dan berapa ramai jumlah dua peratus yang diberhentikan pada tahun ini, dan berapa ramai yang diberhentikan pada tahun hadapan. Ya pengurangan dua peratus jawatan di dalam perkhidmatan awam setiap tahun itu berapa jumlahnya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Di sebelah kanan dipersilakan Yang Berhormat Tampin.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi boleh bagi tahu tak macam mana giliran kita hendak bahas ini?

Tuan Pengerusi

Giliran seperti biasalah, selang seli.

Tuan Pengerusi, sebelum bercakap saya minta supaya Menteri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hadir, tetapi seorang pun tak hadir Tuan Pengerusi. Ini jawatankuasa- mereka kena hadir. Kalau tak hadir hari ini, baru Lynas pun mari seorang.... [Merunjuk kepada YB Kuantan] Jadi mana yang lain- lain lagi?

Tuan Pengerusi

Jabatan Perdana Menteri ya, Timbalan?... [Bertanya kepada YB Kuantan] Ya silakan, berselang seli. Kalau ada senarai pembahas lagi bagus, berikan kepada saya awal-awal.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Ya terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan perkara-perkara yang berhubung kait dengan Perkara 6, Jabatan Perdana Menteri. Ini berhubung kait dengan Butiran 030300, perkara yang berhubung kait dengan Jabatan Kehakiman Malaysia. Dengan peruntukan yang sebanyak RM63.1 juta, apakah peruntukan ini termasuk perkara-perkara yang berhubung kait untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada segi aspek pembangunan fizikal ataupun pembangunan sumber manusia. Bagaimana penyelarasan tentang Mahkamah Syariah di semua peringkat- sama ada di negeri ataupun sehingga peringkat Persekutuan. Perkara yang kedua, saya hendak sentuh ialah Jabatan Pendakwaan Syariah. Banyak kes-kes yang tertangguh, bagaimana ianya diselesaikan. Apakah peruntukan yang diberikan itu ada memberi perkara-perkara yang berhubung kait untuk melancarkan tentang kes-kes yang tertangguh dan juga perkara-perkara yang berhubung kait tentang pelanggaran hukum yang telah dijatuhkan oleh mahkamah oleh suami-suami yang menceraikan isterinya. Perkara yang ketiga saya hendak sentuh ialah pembangunan dan kesejahteraan sosial yang diperuntukkan sebanyak RM389.5 juta iaitu Butiran 050000, berhubung kait dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Saya ingin bertanya, apakah strategi dan gerak kerja yang dilakukan oleh kementerian dalam memastikan soal perpaduan kaum di negara ini dapat kita perkukuhkan, dan bagaimana kementerian untuk menyusun program-program supaya isu-isu kaum dan isu-isu ekstrem agama dapat diselesaikan. Perkara yang keempat yang saya hendak sentuh ialah soal JAKOA iaitu Jabatan Orang Asli di mana banyak kemudahan-kemudahan yang ada di perkampungan orang asal sudah tidak boleh digunakan ataupun ada di antara kampung Orang-orang Asli tidak mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti balai raya, surau, dan sebagainya. Bagaimana kementerian untuk menyelesaikan perkara i Perkara yang kelima saya hendak sentuh ialah soal pembangunan harta wakaf iaitu Butiran 50000. Banyak tanah wakaf yang tidak dibangunkan.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Kita berharap supaya jabatan atau peruntukkan yang diberikan di dalam pembangunan tanah wakaf ini dapat memastikan ataupun menyelaraskan soal pembangunan tanah-tanah wakaf dan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam di negeri- negeri supaya pembangunan tanah wakaf ini akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Islam di negeri-negeri di Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak. Keduanya soal wakaf ini ialah Yayasan Wakaf Malaysia. Saya juga menyentuh dalam soalan yang lepas tentang peruntukkan Yayasan Wakaf di Malaysia di mana pernah suatu ketika Yayasan Wakaf Malaysia telah diperuntukkan sebanyak RM200 juta, dan kita berharap supaya peruntukkan pembangunan ataupun Yayasan Wakaf Malaysia ini harus diberi tambahan supaya ia dapat berfungsi dengan baik yang lebih agresif untuk membangunkan tanah-tanah wakaf. Banyak instrumen wakaf yang perlu dimajukan supaya pembangunan tanah wakaf ini dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat, bukan hanya kepada masyarakat Islam tetapi kepada masyarakat-masyarakat yang ada di negara kita ini. Perkara yang seterusnya saya hendak sentuh ialah kemajuan tentang JAKIM di mana peruntukan yang diberikan kepadanya RM1.3 bilion. Saya hendak menyentuh soal pembangunan ataupun ubah suai surau dan masjid oleh kerana peruntukan yang diberikan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Ahli-ahli Parlimen tidak boleh diberikan kepada masjid, surau ataupun rumah-rumah ibadat. Jadi oleh sebab itulah, bagaimana ubah suai masjid ataupun surau dapat dilihat oleh JAKIM sebagai salah satu di antara perbelanjaan yang termasuk di dalam peruntukan yang telah diberikan. Justeru itu, saya memohon supaya satu masjid daerah yang telah lama didirikan di Tampin masih lagi menggunakan masjid yang lama yang tidak lagi sesuai dianggap sebagai masjid daerah. Justeru itu, kita melihat bahawa peruntukan kepada JAKIM ini juga termasuk di dalam soal-soal yang sedemikian rupa. Perkara yang saya hendak sentuh juga tentang perkembangan Islam di Malaysia. Di mana terdapat suatu jawatankuasa berhubung kait dengan soal pemakaian masyarakat atau pemakaian bekerja yang telah dibincangkan oleh JAKIM dan juga beberapa jabatan. So saya hendak tanya bagaimana pelaksanaan pemakaian yang telah dibincangkan di dalam jawatankuasa yang telah dibentuk oleh JAKIM. Jadi kalaulah ada satu formula, satu garis panduan tentang pemakaian pekerja Islam di jabatan-jabatan, maka bilakah ianya dapat dilaksanakan. Satu lagi aspek yang saya hendak sentuh ialah soal perkara yang berhubung kait dengan Kompleks Latihan Islam Tahfiz, Pusat Latihan Islam dan Komuniti Orang Asli. Banyak program-program yang dilakukan terhadap Orang-orang Asli yang beragama Islam di perkampungan Orang-orang Asli peruntukan yang diberikan atau pun peruntukan yang dikhususkan untuk perkembangan Islam di perkampungan Orang Asli ini tidak mencukupi ataupun tidak memadai. Banyak perkara-perkara yang perlu kita laksanakan, tetapi peruntukannya amat sedikit maka sudah pastilah ianya tidak dapat mengembangkan ataupun tidak dapat kita memfokuskan tentang program-program yang berhubung kait dengan soal-soal Orang Asli.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Demikian juga dalam soal surau-surau yang berada di perkampungan Orang Asli. Saya amat sedih apabila pergi ke perkampungan Orang Asli tetapi surau yang ada di situ digunakan tidak seperti yang sepatutnya. Justeru itu, apakah ada peruntukan ataupun tambahan kepada peruntukan yang diberikan kepada komuniti Orang Asli dari segi aspek perkembangan agama Islam di kalangan masyarakat Orang Asli ini dapat ditambah daripada RM1 juta itu kepada lebih daripada yang sepatutnya? Selain daripada itu, saya ingin menyentuh juga dari segi aspek perkara yang berhubung kait dengan perkembangan dakwah di Malaysia ini khususnya peruntukan yang diberikan kepada YADIM. Ini kerana YADIM mempunyai fungsi yang besar kepada perkembangan ataupun dakwah Islam tetapi kalau kita lihat peruntukan yang diberikan kepada YADIM itu, ia haruslah ditokok ataupun ditambah supaya mereka ataupun YADIM dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan melaksanakan fungsi yang sepatutnya.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Justeru itu, saya berharap supaya kemajuan Islam dengan peruntukan yang begitu dipertingkatkan pada tahun ini supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dan mengagihkan peruntukan-peruntukan itu mengikut apa yang telah digariskan atau apa yang telah ditentukan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberi ruang dan masa.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan terus pergi kepada Butiran 030300 – Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berjumlah- terdapat peruntukan baharu bernilai RM11,753,000. Adakah peruntukan ini adalah untuk persiapan bagi integrasi data-data ataupun pendaftaran undi 18 secara automatik? Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan perkara tersebut. Adakah pihak kerajaan akan menggunakan electoral roll automatik pada pilihan raya negeri yang akan datang? Juga, berikan timeline ataupun tempoh masa pelaksanaan pendaftaran secara automatik dapat dilaksanakan sepenuhnya sebelum menjelang PRU Ke-15. Juga, saya ingin seterusnya ke Butiran 050100 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) di mana saya melihat terdapat pertambahan peruntukan daripada tahun lepas iaitu RM241,426,300. Saya juga ingin mengetahui, apakah pertambahan ini berlaku atas sebab apa? Juga, dapat berikan butiran-butiran pertambahan belanjawan bagi PERPADUAN. Juga, saya ingin mencadangkan agar PERPADUAN dapat melaksanakan ataupun menjalankan lebih banyak program-program untuk menjaga keharmonian. Juga, sejak kebelakangan ini, saya sendiri di Sarawak terasa agak tegang suasana perhubungan antara wilayah-wilayah. Juga, saya sendiri melihat tiada inovasi di dalam program-program PERPADUAN. Juga, saya ingin mencadangkan agar dapat mencontohi program yang sedang dilaksanakan di negeri Sarawak di mana kita sedang menjalankan program ataupun dialog antara agama. Ini adalah elemen penting dan juga saya sangat mengalu-alukan sekiranya program ini dapat dilaksanakan di negeri Sarawak terutamanya di Semenanjung Malaysia. Juga, saya ingin bertanya tentang Butiran 09900 – Pembangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terdapat belanjawan baharu sebanyak RM10 juta. Saya ingin bertanyakan, apakah bentuk pembangunan SPR yang sedang dijalankan? Juga, adakah ini berkenaan tentang political funding yang diperkenalkan di Malaysia? Juga, bagaimanakah untuk mereformasi perjalanan pilihan raya pada PRU Ke-15 akan datang? Juga, saya ingin bertanyakan berkenaan Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Terdapat peruntukan RM42,425,000. Adakah peruntukan ini meliputi pembenihan awan? Kita dapat lihat setiap tahun berlakunya masalah jerebu dan juga saya tidak ingin berlakunya salah-menyalah antara Persekutuan dan juga pihak negeri, siapakah yang bertanggungjawab untuk mengadakan program pembenihan awan? Juga, saya ingin bertanya berkenaan Butiran 93500 – Projek Khas yang saya lihat diwujudkan lagi sebanyak RM100 juta. Apakah yang dimaksudkan berkenaan projek khas di bawah Jabatan Perdana Menteri? Adakah projek khas ini bertujuan untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak ataupun projek-projek khas yang diutamakan untuk memastikan politik Kerajaan Persekutuan kekal? Juga, berkenaan Butiran 040400 – Bantuan Mengurus Jenazah. Saya melihat ada pertambahan untuk pengurusan jenazah. Bagaimanakah peruntukan ini dikelolakan? Juga, Butiran 060200 – Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional. Saya merasakan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional ini sepatutnya diletakkan di bawah peruntukan SPR.

Juga, saya ingin bertanya, adakah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional ini akan mewujudkan ombudsmen yang telah diuar-uarkan baru-baru ini? Juga, Butiran 03600 – Membina dan Menaik Taraf Projek Keselamatan dan Lain- lain sebanyak RM3 juta. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah pihak kementerian akan menaiktarafkan ataupun membina pagar-pagar di sepanjang sempadan terutamanya di Sabah dan Sarawak lebih-lebih lagi dengan adanya jalan perbatasan dan juga jalan parallel yang menuju ke sempadan Sabah dan Sarawak? Saya menyarankan adalah wajar agar pihak kerajaan mengkaji terutamanya ini melibatkan keselamatan dan juga perpindahan ibu kota daripada Jakarta ke Kalimantan yang akan memberikan kesan dan impak yang besar kepada sempadan Malaysia. Juga, saya ingin bertanya tentang Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara. Terdapat peruntukan sebanyak RM101,854,400. Saya ingin bertanya tentang peranan Majlis Keselamatan Negara tentang kedudukan China Coast Guard di Beting Patinggi Ali di mana perairan tersebut berdekatan dengan Parlimen Sibuti yang saya juga banyak menerima aduan bahawa kapal-kapal nelayan berasa bimbang. Pada masa kini, terdapat sebuah lagi China Coast Guard yang sedang bergerak yang juga memberi kebimbangan kepada aset- aset kita di perairan terutamanya oil rigs ataupun platform PETRONAS dan juga syarikat oil and gas yang sedang drilling minyak di laut tersebut. Juga, Butiran 020300 – Bahagian Penyelidikan di bawah Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM22 juta. Jumlah ini tidak ada bezanya dengan peruntukan yang lepas. Saya ingin mengetahui, apakah bentuk penyelidikan yang sedang dikaji memandangkan jumlah tersebut hampir sama? Adakah penyelidikan ini meliputi untuk pengurangan penjawat awam di dalam kerajaan? Juga, yang akhir sekali, Butiran 070200 – Emolumen Kakitangan Kontrak dan juga Butiran 080000 – “One-Off”. Apakah yang dimaksudkan dengan one-off?

Saya ingin mengetahui, apakah pecahan kakitangan kontrak yang berjumlah ‘RM184,254,000’. Adakah kakitangan kontrak ini adalah sebahagian daripada lantikan politik ataupun kakitangan kontrak? Apakah status kakitangan kontrak sedia ada? Adakah ia akan diteruskan dan juga akan dikurangkan pada masa akan datang. Itu sahaja, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti, pembahas seterusnya di sebelah kanan. Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas Maksud B.6, Butiran 020000 – Pengurusan Keselamatan, Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Jadi baru-baru ini, banjir di kawasan Parlimen Bagan Serai yang dua PPS telah diwujudkan sejak 21 Oktober, yang mana di PPS SK Changkat Lobak, lebih kurang 149 orang ditempatkan di situ. PPS ini telah diwartakan, sekolah ini telah diwartakan sebagai PPS sudah lebih dekat 20 tahun dan saya lihat dalam lawatan saya dua kali, tiga kali ke sana, tidak ada dewan terbuka untuk memberikan keselesaan kepada mereka di situ. Malah tandas dan sebagainya, kalau untuk pelajar sekolah, cukuplah tapi bila ada hampir 200 orang memang tidak cukup. Jadi, saya melihat apabila berlaku bencana sebab APM ini yang terlibat, saya melihat usaha-usaha yang dilakukan di sana, saya lihat ini benda-benda yang sangat penting. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada APM dan 15 agensi-agensi yang berada di PPS di sekolah Changkat Lobak dan juga di PPS sekolah Parit Haji Aman yang hari ini masuk hari kesembilan, masih lagi dibuka sedangkan PPS Changkat Lobak telah ditutup pada semalam. Melihat kepada kerjasama dan usaha yang dilakukan oleh APM, saya terpanggil untuk menyatakan hari ini betapa pentingnya sukarelawan-sukarelawan APM ini. Baru-baru ini kita lihat elaun untuk RELA telah dinaikkan sebanyak RM2. Saya berpendapat elaun untuk sukarelawan-sukarelawan lain, contohnya APM juga perlu dinaikkan.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa sukarelawan APM adalah penanda aras sukarelawan negara. Jadi kenaikan ini kenaikan yang lama, saya difahamkan berlaku pada tahun 2012, tujuh tahun yang dulu. Jadi bila bercakap tentang sukarelawan atau kesukarelawan ini, bukan maknanya mereka ini buat kerja untuk minta gaji, bukan macam itu. Akan tetapi apabila diberikan sedikit imbuhan, kita dapat lihat banyak sukarelawan-sukarelawan lain lagi yang saya juga akan bercakap nanti. Mereka dapat semangatlah, maknanya diberi pengiktirafan walaupun kata tidak banyak, sikit pun dapat pengiktirafan, maknanya adalah rasa kata orang semangat untuk meneruskan kerja itu. Kita lihat APM ini, mereka ini 24 jam dan juga saya ingin menyentuh tentang elaun khas pegawai skim KP Pertahanan Awam sebanyak hampir 600 orang pegawai. Mereka- mereka ini juga kerja-kerja bertambah untuk menampung beban tugas yang telah diberikan hari ini, pada peringkat pusat dan peringkat negeri. Tuan Pengerusi, saya melihat pegawai- pegawai skim Pertahanan Awam yang kekal ini, contohnya tugas Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat negeri dan juga peringkat daerah dan mereka juga terlibat dalam pengurusan pusat pemindahan bencana, macam banjir yang kita sebut tadi dan pusat perkhidmatan bantuan kecemasan. Jika ada apa-apa masalah, bantuan kecemasan yang berlaku di satu daerah dan sebagainya, mereka inilah yang terlibat dan mereka-mereka inilah yang melatih sukarelawan. Sukarelawan ini memberi semangat, memberi ilmu supaya kerja dapat dilakukan dengan baik. Jadi kita lihat, antara sukarelawan ini, sukarelawan APM yang saya nyatakan di sini perlulah diberi perhatian lebih lagi. Ini kerana bila berlaku bencana, tengok siapa sampai dulu? Bila berlaku bencana, siapa yang ada sentiasa di situ? Di Bagan Serai banyak berlaku kebakaran. Kalau seingat saya, dalam bulan lepas ada satu lori tanker, macam mana boleh tersesat masuk dalam salah satu kampung, jatuh dalam parit tali air dan bahan-bahan kimia dikatakan tersebar di sungai itu. Antara agensi yang terlibat siang dan malam itu adalah APM sekali lagi. Jadi inilah, apabila kita memberikan sedikit imbuhan lagi kepada RELA, maka saya hendak nyatakan kepada kerajaan apalah kiranya, apalah salahnya kita memberikan sedikit pengiktirafan kepada semua sukarelawan umpamanya dan khususnya di sini dalam Butiran 020400 ini adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM). Jadi supaya mereka diberikan– ada lagi kekuatan dan semangat dan ramai lagi yang lain akan sanggup untuk menjadi sukarelawan. Tuan Pengerusi, saya ingin bercakap tentang Maksud B.6, Butiran 050000 – Pembangunan dan Kesejahteraan Sosial, Butiran 050100 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN). Jadi ini satu lagi sukarelawan juga, mana ada bayaran? Pengerusi Rukun Tetangga umpamanya. Sebelum ini saya pernah terlibat walaupun sebagai seorang doktor di Daerah Kerian di Parlimen Bagan Serai, saya terlibat direct dengan Rukun Tetangga ini. Pernah menjadi penyelaras Rukun Tetangga dan pernah menjadi pengerusi Rukun Tetangga, banyak tahun. Saya lihat ada di antara pengerusi-pengerusi Rukun Tetangga daripada rambut hitam sampai rambut putih, daripada ada gigi sampai tidak ada gigi. Jadi bukan apa, saya melihat pengiktirafan itu, saya sudah cakap dalam Dewan ini beberapa kali tentang pengiktirafan ini kerana pengiktirafan kalau diberikan orang rasa ada satu energy lah dalam badan kita, ada hormonlah yang keluar, semangat dia, kekuatan dia luar biasa, kesian saya tengok. Kalau kita lihat Rukun Tetangga ini, orang semua pakat tidak mahu. Banyak orang tidak mahu, orang tidak berebut hendak jadi pengerusi, orang tidak hendak terlibat jadi jawatankuasa. Di Parlimen Bagan Serai ini kita ada 23 Rukun Tetangga. Ini satu lagi sukarelawan yang saya fikirkan perlu diberi sedikit imbuhan, perlu diberi sedikit elaun. Kalau kita lihat SRS, banyak membantu SRS ini, membantu keamanan, sekurang-kurangnya merisaukan penjenayah. Mereka lebih takut sebab ada orang bergerak sini, sana, jaga waktu malam, ia tidak ada elaun dan sebagainya.

Seperti yang saya kata daripada awal perbahasan tadi, bukanlah mereka ini minta duit. Ada di antara mereka bagi duit lagi ada, sumbangan lagi ada sebab mereka ada duit tapi semangat kesukarelawan itu. Jadi pengiktirafan ini, malah saya cadangkan juga kalau ada pingat-pingat diberikan pengiktirafan supaya jelas kita dapat lihat orang-orang yang sanggup berjaga malam, sanggup bersusah payah meninggalkan keluarga juga, meninggalkan kerja juga untuk membantu orang ramai tanpa ada gaji, tanpa ada apa-apa imbuhan. Jadi kita, kerajaan memikirkan perkara ini. Saya melihat baru-baru ini, saya difahamkan geran untuk Rukun Tetangga diberikan dalam tiga fasa. Ini lebih menyusahkan, dulu saya satu fasa sahaja. Sekali bagi sahaja, yang terbaik dapat RM4,000, RM5,000, yang kurang aktifnya dapat RM3,000, RM2,000 macam itu. Saya tidak ingat angka-angkanya sekarang tapi kalau tiga fasa bagi bulan Mac, lepas itu bagi bulan Oktober, lepas itu tunggu sampai hujung bulan November. Sudah tentulah Rukun Tetangga hendak buat aktiviti jadi susah sebab hendak kena kira duit lagi, hendak kena minta tolong sini, tolong sana. Jadi, ini satu perkara lagi, kalau kita dapat lihat, kalau kita katakan bahawa perpaduan itu penting, perpaduan itu mustahak untuk penyatuan umat, untuk negara jadi bagus supaya tidak ada huru-hara dan sebagainya. Kenapa dana yang lebih, peruntukan yang lebih tidak diberikan contohnya kepada pusat Rukun Tetangga? Di Parlimen Bagan Serai ataupun di Daerah Kerian ini, daripada banyak-banyak RT ada lima Rukun Tetangga sahaja yang ada bangunannya sendiri, yang lain ini merempatlah, duduk lah mana-mana, pinjam mana-mana. Tumpang pejabat penghulu, tumpang pejabat ini, mungkin sewa rumah mana kah? Jadi ini saya lihat satu lagi, kita katakan penting tapi kita tidak bagi usaha atas kepentingan ini. Macam kita katakan penting solat umpamanya tapi kita tidak usahakan supaya orang mengajar solat, membimbing solat supaya solat itu dapat dilakukan dengan sempurna. Jadi kalau kita katakan penting saya cadangkan untuk perpaduan, untuk Maksud Butiran 050100, kerajaan bagi perhatian lebih sikit lagi. Sudah lama Rukun Tetangga ini, saya sudah tinggalkan pun sudah lama. Selama jadi pengerusi dulu, ada banyak Rukun Tetangga tidak ada pusat Rukun Tetangga, terpaksa kita letakkan. Ini juga tentang geran tadi. Saya kurang setuju dipecah-pecahkan, sudahlah sikit, kita tidak payah pecah-pecahkan. Bagi sekali supaya pengerusi dan AJK dapat buat perancangan yang baik dan memperkukuhkan lagi pusat Rukun Tetangga di sesuatu tempat. Terima kasih Tuan Pengerusi memberikan Bagan Serai peluang, ini perkara-perkara yang saya nampak yang bersangkutan terus dengan Parlimen Bagan Serai yang ingin saya ceritakan, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai kerana menepati waktu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Arau.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Yang Berhormat Arau tidak ada.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tanjong Karang, silakan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak menyentuh beberapa Butiran. Pertama, ialah Butiran 010400 – Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa. Saya bangkitkan perkara ini kerana ia terlibat dalam satu forum iaitu Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa (BRF) Kedua. Di dalam forum ini, kita sedia maklum bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun diberikan sebuah buku komik yang bertajuk Buku Komik, 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama'. Di dalam kenyataan akhbar yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri, jelas mengatakan bahawa buku komik ini yang dihadiahkan kepada Presiden Xi Jinping, Presiden China oleh Perdana Menteri sendiri semasa pertemuan dua hala ialah ia dibawa tanpa melalui prosedur dan juga saluran yang betul. Ini dia Tuan Pengerusi.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi, kami sebagai Ahli Dewan dan juga rakyat Malaysia yang ada maruah, kita hendak tahu siapakah yang bertanggungjawab? Sama ada pegawai, sama ada Menteri atau Ahli-ahli DAP yang mana yang boleh memberikan komik tersebut, di mana kita tahu komik tersebut akhirnya telah pun diharamkan penerbitannya di Malaysia. Kementerian Pendidikan juga telah mengharamkan ia diedarkan di sekolah-sekolah. Apakah kita tidak berasa malu, komik, buku yang diharamkan di negara kita sendiri tetapi...

Butiran mana ini?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Nanti, saya bagi chance. Bagi saya habis... [Disampuk] Saya sudah sebut butiran, tidak dengarkah Yang Berhormat Kangar?

Tuan Pengerusi

Butiran ada, Yang Berhormat Kangar.

Jauh sangat.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Lain kali dengarlah. Dengar saya sebut. Saya bukan baru, macam you.

Tuan Pengerusi

Berikan kesempatan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak payah kacau saya bab butiran, buat malu sahaja.

Tuan Pengerusi

Ya, teruskan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Jadi, sebagai rakyat Malaysia– Sayalah sebagai rakyat Malaysia merasa malu buku yang kita haramkan, tiba-tiba diberikan kepada Presiden China. Kemudian dinafikan pula oleh Jabatan Perdana Menteri. Jadi, saya minta bahagian istiadat di sana, tolong beritahu, bagaimana buku ini boleh sampai ke Presiden China? Siapakah yang memperdayakan Perdana Menteri? Ini istilah ‘kencing’ ini. Tadi Yang Berhormat Pontian sebut ‘kencing’...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Tanjong Karang? Yang Berhormat Tanjong Karang minta laluan?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bukan sahaja rakyat kena ‘kencing’, Ahli Parlimen pun, bak kata Yang Berhormat Pontian, kami pun kena ‘kencing’.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Minta laluan sedikit.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Menteri dengan Menteri pun ‘Kencing mengencing’ kah Tuan Pengerusi?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Tanjong Karang, minta laluan sikit. Yang Berhormat Tanjong Karang?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Hari ini Perdana Menteri pula kena kencing. Kita hendak tahu, siapakah yang ‘kencing’ kan Perdana Menteri ini? Itu yang kita hendak tahu.

Jho Low.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Tanjong Karang, minta sikit laluan?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, sila.

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Kubang Kerian.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Saya fikir untuk lebih adil supaya dilihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas, sebab penyebaran ke sekolah- sekolah juga tidak melalui prosedur yang sepatutnya. Saya fikir, mungkin Yang Berhormat Tanjong Karang boleh berikan perhatian soal setiap pemberian atau penyaluran bahan- bahan ke institusi kerajaan dapat diperhalusi supaya tidak ada pihak yang menceroboh tanpa pengetahuan pihak yang sepatutnya. Terima kasih.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih. Ini pun suara- saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kubang Kerian. Masukkan sebagai ucapan saya yang juga ramai Ahli Parlimen telah membangkitkan hal itu apabila kita mengemukakan isu komik ini.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kubang Kerian, Butiran yang berapa ini?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kedua...

Tuan Pengerusi

Butiran?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya?

Tuan Pengerusi

Butiran apa?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Butiran 010200...

Tuan Pengerusi

Tidak, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi. Butiran apa?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya? Itu pendidikan tetapi ada kaitanlah.

Tuan Pengerusi

Itu pendidikan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, saya tahu. Oleh sebab itu saya kata telah dibangkitkan di dalam Kementerian Pendidikan.

Tuan Pengerusi

Khusus dalam butiran pendidikanlah ya.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Baik. Ini mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya. Butiran 010200 – Operasi. Saya hendak minta supaya SPR mengkaji balik mengenai program yang telah pun diatur iaitu ada tiga program iaitu Program Pendidikan Pengundi, Program Pendidikan Sivik dan Program APR Associate Trainer. Targetnya ialah 72 ribu peserta yang melibatkan universiti, sekolah Tingkatan 6, MRSM dan sebagainya. Selain itu juga, di dalam program tersebut, sehinggakan membuat kerjasama dengan 2,438 buah sekolah sehingga hendak mengadakan pilihan raya di sekolah berasrama penuh dan kolej Tingkatan 6. Jadi, saya mahu bertanya, operasi ini adakah peranan, tanggungjawab yang diberikan kepada SPR di bawah Akta SPR yang masuk universiti, masuk ke sekolah? Saya lihat bahawa memang saya bersetuju mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan mengundi ini. Kesedaran mengundi. Apabila kita hendak berkempen, hendak menentukan kesedaran mengundi apakah perlu hendak masuk ke sekolah, masuk ke universiti? Kita bimbang nanti bahawa unsur-unsur politik akan masuk ke sekolah-sekolah ini melalui SPR ini. Ini yang kita tengok, kerana kita sedia maklum bahawa apabila umur 18 tahun sudah boleh mengundi, kita tidak mahu ada pihak termasuk pihak SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas, jangan pula menjadi ejen kepada Kerajaan Pakatan Harapan ini untuk berkempen dan masukkan unsur-unsur politik di sekolah-sekolah. Kalau saya lihat di sini, program ini katanya ia bermula pada 31 Ogos 2019. Saya hendak minta supaya program ini agar lebih adil, hendaklah diberhentikan. Ini kerana kita lihat kita sudah empat kali pilihan raya sudah, daripada datuk nenek kita lagi yang tidak reti membaca dan menulis pun mereka reti mengundi. Takkan lah budak-budak yang moden hari ini tidak tahu untuk mengundi? Hanya kita mahu berikan kesedaran, apakah perlu pergi ke sekolah-sekolah? Kita ada media sosial, kita ada TV dan sebagainya, kempenlah supaya memberikan kesedaran untuk hadir mengundi. Dahulu, zaman kita Tuan Pengerusi, kita ada yang menyanyi lagu, “Marilah Kita Mengundi”, hendak pilihan raya ada lagu itu. Jadi, benda-benda seperti itu yang perlu diperbanyakkan supaya ia tidak disalahgunakan. SPR mungkin betul, tetapi pegawai-pegawai, orang-orang yang dilantik masuk ke sekolah-sekolah ini nanti, takut ada mengambil kesempatan. Ini kerana Kerajaan Pakatan Harapan ini bukan boleh percaya janji mereka Tuan Pengerusi. Semua kaki pembohong, kaki temberang. Ini kenyataan. Kata tidak mahu lantik ahli-ahli politik duduk dalam badan-badan berkanun. Saya boleh senaraikan berapa banyak yang mereka lantik. Jadi boleh percaya tidak kerajaan ini? Kerajaan ‘hancing’ ini, Tuan Pengerusi? Jadi saya hendak minta supaya diberhentikan program-program SPR masuk ke sekolah.

Bukan sebab rasuah lah!

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Siapa yang rasuah? Malulah! Cuba jangan sebut rasuahlah. You malulah, Yang Berhormat Bagan punya kes di court– you tanya ini Menteri Sumber- yang ini pun lawyer, you lawyer.

Tuan Pengerusi

Teruskan, khusus kepada butiran Yang Berhormat Tanjong Karang, teruskan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tidak, tidak. Saya hendak beritahu dia. Rasuah, rasuah apa? Kalau Yang Berhormat ada maruah, cakap rasuah, malulah! Kes sedang berjalan boleh digugurkan. Saya marahlah dia ini. Rasuah, rasuah tidak habis-habis. Sudahlah Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Pengerusi

Tidak termasuk dalam Butiran Yang Berhormat Tanjong Karang.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi, saya rasa Yang Berhormat Tanjong Karang dia berceramah politik.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Apa pula berceramah politik?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kalau hendak berceramah politik, bukan di peringkat Jawatankuasa, pergi ke Tanjong Piai, jangan duduk sini. Ada kempen PRK di situ. Pergi situ.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bodoh!

Tuan Pengerusi

Sudah! Sila duduk. Sila duduk.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ada dua minggu dekat situ.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Siapa? Bawah peraturan berapa ini Yang Berhormat Rasah cakap ini?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Apa ini?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat tahu tidak saya ada butiran?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kata sudah lama duduk sini, takkanlah peringkat Jawatankuasa tidak faham.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ini butiranlah ini.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kami walaupun di sini baru, tetapi kami faham. Tidak malu kah Yang Berhormat Tanjong Karang?

Tuan Pengerusi

Baik, baik. Duduk, duduk. [Pembesar suara dimatikan]

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Pengerusi, saya bercakap Butiran di bawah SPR. Tidak faham kah? Saya ada sebut Butiran 010200...

Apa kena-mengena dengan Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Tanjong Karang? Apa kena-mengena dengan Yang Berhormat Bagan?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Siapa yang sebut fasal Yang Berhormat Bagan?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Tuan Pengerusi, saya tidak sentuh pun... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi

Itu betul tu, tidak ada kena mengena dengan Yang Berhormat Bagan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya ada sentuh soal Yang Berhormat Bagan? Tidak ada saya sentuh soal Yang Berhormat Bagan. Pekak! Dengar dulu.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tadi kamu ada sebut Yang Berhormat Bagan. Tarik balik!

Tuan Pengerusi

Teruskan, teruskan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tarik balik tu!

Tuan Pengerusi

Tidak apa, tidak apa. Teruskan, teruskan. Butiran, khusus kepada butiran.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya tidak sentuh soal Yang Berhormat Bagan. Akan tetapi saya hanya beritahu yang dua ekor ini. Kalau sebut fasal rasuah...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Apa dua ekor?

Apa dua ekor?...

[Dewan riuh]

[Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi

Dua ekor? Ya, itu pun perkataan yang tidak parliamentary Yang Berhormat Tanjong Karang.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

...Saya hendak beritahu Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi

Sebab sekarang ini prime time.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya, saya hendak beritahu jangan kacau saya.

Tuan Pengerusi

Jadi kalau tidak tarik balik, saya biarkanlah bagi rakyat melihat dan mendengar.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau standard kamu rendah, jangan kacau saya. Kamu jangan cakap fasal rasuah. Saya kata jangan bercakap soal rasuah... [Disampuk] Yang apa? Yang Berhormat Bagan rasuah itu, maksud saya... [Dewan riuh]

Tuan Pengerusi

Saya cadangkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berdiri sekarang pergi ke Tanjong Piai dan berceramah. Silakan. Habiskan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kalau kamu tidak ada standard dengan saya, jangan kacau. Saya hendak bagi lagi butiran iaitu Butiran 030000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Saya mahu dapatkan penjelasan, saya lihat semua perundangan ataupun undang- undang, Jabatan Perundangan Sivil dapat peruntukan tambahan yang agak tinggi. Akan tetapi, saya tengok, untuk peruntukan Mahkamah Syariah agak rendah. Sebagai contoh, kalau di sini saya tengok- saya ready lah semua, tengok, saya tanda semua apa yang mahu baca. Macam Jabatan Kehakiman Syariah, dulu pada tahun 2019 dapat sebanyak RM68.4 juta. Sekarang ini turun kepada sebanyak RM63.1 juta, begitu juga dengan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia. Dahulu dapat sebanyak RM4.14 juta sekarang separuh dipotong hanya tinggal sebanyak RM2.3 juta. Jadi, saya hendak tahu mengapakah peruntukan ini diturunkan? Sedangkan pada hari ini kita sedang berusaha untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah? Akhirnya, sebab masa sudah tidak mengizinkan saya, saya hendak sebut mengenai Peruntukan 040000 – Kemajuan Islam. Saya hendak tanya, bahawa di dalam haji tahun 2019, baru-baru ini, berapa ramaikah atau adakah Kerajaan Arab Saudi memberikan kuota tambahan untuk kita menghantar jemaah haji kita?

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Selalunya kita dapat, tahun ini berapa yang kita dapat. Adakah kita mampu ataupun telah hantar kuota yang telah pun diluluskan oleh pihak Kerajaan Arab Saudi? Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Masa sekarang menepati pukul 1.01 tengah hari, jadi kita tangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Pengerusi

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung semula, Mesyuarat dalam Jawatankuasa. [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon] mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingin menjemput seterusnya Yang Berhormat Lembah Pantai, 10 minit.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud Bekalan 1, Parlimen, Butiran 010200 – Pengurusan Dewan. Saya ingin mencadangkan salah satu perkara yang kita usahakan ialah satu pusat kitar semula di Parlimen memandangkan banyak kertas-kertas yang kita guna. Kedua, adalah saya ingin tanya bilakah kita akan dapat guna bangunan baru dan bagaimanakah kita akan agih-agihkan penggunaan ruang di situ? Untuk Maksud Bekalan 030100 – Pembaikan Bangunan. Saya ingin bertanya, adakah kita akan menambah plate nama-nama Ahli-ahli Parlimen memandangkan yang ada di depan kafeteria itu cuma setakat 2013. Adakah tambahan kepada itu akan diusahakan ataupun tidak? Saya juga ingin bertanya tentang perpustakaan kita, bilakah satu tempat yang lebih mungkin- sekarang ini di bangunan sementara, adakah kita akan letakkan di satu tempat permanent, dengan izin. Saya ingin pergi ke Maksud Bekalan 4, Suruhanjaya Pilihan Raya khusus Butiran 010400 – Pejabat Pilihan Raya Negeri. Saya ingin mohon pandangan sama ada boleh diselaraskan sempadan Parlimen dengan agensi-agensi yang lain. Sebagai contoh, sama ada Pejabat Pendidikan Daerah ataupun pihak Majlis Agama ataupun Jabatan Agama Negeri belum lagi mendapat, sebagai contoh kawasan Parlimen Lembah Pantai ada beberapa kawasan yang telah dikeluarkan tetapi masih dalam pentadbiran di bawah Lembah Pantai. Jadi, saya mohon sama ada pihak SPR boleh memberikan secara automatik kepada agensi- agensi terbabit. Saya juga ingin menyentuh Butiran 030200 – Program Outreach untuk SPR. Saya ingin bertanya program pendidikan demokrasi di sekolah dan komuniti, bilakah kita akan mulakan dan apakah modus operandi ataupun kokurikulum yang akan digunakan memandangkan kita dapat melihat mereka yang berusia 18 tahun sudah boleh mendaftar dan boleh menjadi pengundi dan juga boleh menjadi calon.

Jadi, ini adalah suatu perkara yang cukup penting tetapi bukan sahaja untuk tujuan ataupun maksud dalam pilihan raya tetapi juga dalam isu-isu seperti pemilihan Rukun Tetangga ataupun joint management body, dengan izin ataupun management corporation di pelbagai peringkat dalam komuniti. Proses demokrasi itu pemahaman tentang demokrasi itu perlu dimantapkan. Saya ingin masuk kepada Maksud Bekalan 6, Jabatan Perdana Menteri khusus di bawah Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah mengembalikan Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz yang ditempatkan di Masjid Negara. Sebelum ini mantan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam berniat untuk menutup Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz tetapi alhamdulillah di bawah Pakatan Harapan, kerajaan yang ada sekarang ini kita bukan sahaja mengeluarkan Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz daripada bangunan YADIM dan akan dikembalikan ke dalam Kompleks Masjid Negara, insya-Allah dan akan bermula pada tahun hadapan. Akan tetapi persoalan yang ingin saya bangkitkan apakah persediaan di dalam Kompleks Masjid Negara itu telah memadai? Bilakah Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz akan dapat mula beroperasi di dalam Kompleks Masjid Negara? Saya juga ingin menyentuh Butiran 040200 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Saya ingin mendapat pandangan, bilakah sebuah masjid ataupun surat Jumaat yang telah dijanjikan kepada penduduk di Taman Seri Sentosa khusus di kawasan Westcourt sekitar Jalan 2/133. Mereka telah dijanjikan selama 30 tahun, tanah sudah ada diperuntukkan tetapi bilakah kita akan mulakan pembinaan dan juga sebuah surau Jumaat bagi penduduk di PPR Seri Anggerik off Jalan Klang Lama. Saya ingin bertanya Butiran 040300 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Khusus di Lembah Pantai ada sebuah tahfiz yang menjalankan aktiviti yang saya difahamkan tanpa berdaftar dengan JAWI. Kenapa tindakan tidak diambil? Apakah yang telah diusahakan untuk mengenal pasti mereka yang mengusahakan di dalam sebuah surau yang tiada penghuni di sekitarnya dan banyak semak-samun. Saya risau keadaan tersebut sama ada selamat ataupun tidak. Saya mohon pihak JAWI untuk memberikan pandangan, Yang Berhormat Menteri untuk memberikan pandangan kenapa tiada tindakan terhadap tahfiz ini. Saya juga ingin menyentuh Butiran 050100 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) khusus berkenaan proses pemilihan bagi Rukun Tetangga. Saya telah melihat di kawasan Lembah Pantai beberapa proses pemilihan bagi Rukun Tetangga telah berjalan tetapi saya tidak pasti sama ada ia menepati piawaian daripada pihak Suruhanjaya Pilihan raya (SPR). Saya ingin bertanya, sama ada Menteri yang berkenaan boleh memberikan pandangan apakah proses pemilihan dan adakah ia menepati piawaian SPR. Saya ingin menyentuh Butiran 060100 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) berkenaan dengan penerapan IR 4.0 atau Industrial Revolution 4.0, apakah persediaan kita khusus dalam berhadapan ataupun menghadapi era digital ekonomi? Kita tahun hadapan akan menyaksikan RM450 juta disediakan untuk menambah jumlah eWallet tetapi adakah agensi-agensi kerajaan bersedia untuk menerima bayaran dalam bentuk eWallet? Pada waktu ini, saya tidak tahu berapa banyak agensi kerajaan yang menyediakan kemudahan tersebut dan memandangkan kita ada hampir 40 perkhidmatan eWallet, bagaimanakah kita akan memastikan ianya dapat digunakan oleh semua yang mempunyai, membuka eWallet masing-masing. Saya juga ingin bertanya, adakah pihak kementerian bersedia untuk menangani isu data khusus berkaitan dengan eGovernment, tentang Butiran 060200 – Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

Saya ingin bertanya berapa jumlah Ahli Parlimen yang sudah isytihar harta di kedua- dua belah pihak daripada 222 campur dengan Yang Berhormat Senator, berapakah jumlah ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang telah mengisytiharkan harta dan jika belum lagi apakah tindakan susulan yang akan diambil. Saya ingin pergi ke Maksud Bekalan 9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Maaf, ada satu lagi berkenaan dengan Jabatan Perdana Menteri khusus berkenaan dengan, Maksud Pembangunan 6, Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara.

Saya difahamkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) terletak di bawah MKN. Apakah yang sedang diusahakan untuk memastikan keselamatan data peribadi khusus bila berlaku baru-baru ini pencerobohan ke atas pangkalan data bukan sahaja akibat daripada PCBS, sistem telekomunikasi yang melibatkan syarikat Nuemera Malaysia Sdn. Berhad tetapi juga Malindo Airlines yang berlaku. Saya dihubungi dan orang yang menghubungi saya itu memaklumkan bahawa mereka mendapat alamat rumah saya dan mereka kata ini Yang Berhormat punya alamat adalah sekian, sekian. This is very serious, Tuan Pengerusi. Apakah yang kita akan usahakan untuk memastikan bahawa pangkalan data kita selamat. Juga baru-baru ini kita dikejutkan, Universiti Malaya, sistem E-Pay mereka lebih daripada 6,000 staf tidak silap saya, seramai 6,000 ataupun 9,000 staf termasuk Naib Canselor, maklumat peribadi termasuk gaji tahunan, beratus ribu ringgit jumlahnya, kini berada, sesiapa saja boleh dapat. So, anyone can see how much the VC makes. This is very serious. Jadi, apakah yang pihak NACSA akan usahakan dan mereka yang telah gagal untuk memastikan keselamatan pangkalan data, apakah yang akan dilakukan? Saya ingin menyentuh Butiran 15000 – Pengubahsuaian dan menaik taraf Parlimen Malaysia. Memandangkan ini adalah tahun ke-60 Parlimen Malaysia, apakah tanda-tanda sejarah yang akan kita paparkan dan juga dari estetika, saya ingin menegur bila masa kita melihat estetika asal bangunan Parlimen ini mempunyai cukup banyak makna tetapi dengan izin, over the years, so many layers have been placed on it. Jadi, sekarang ini macam-macam. Apakah yang boleh kita usahakan agar estetika asal itu juga dikekalkan. Saya ingin menyentuh yang terakhir tentang SPRM, Bekalan 9, Butiran 020600, apakah status kes terhadap seorang Timbalan Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah ditahan pada 9 Mei yang lalu. Timbalan Pengarah ini kita tidak mendengar apa- apa yang telah berlaku, adakah kes itu diteruskan ataupun tidak kerana warga Kuala Lumpur mengharapkan agar sekiranya ada kes, maka dibawa ke mahkamah. Kita tidak dapat apa- apa maklumat. Saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri dalam isu ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bachok, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat kalau ikut senarai saya ialah Yang Berhormat Rasah. Sila Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa] . Saya ingin menyentuh berkait dengan Bekalan 4, Suruhanjaya Pilihan Raya, Butiran 010000 – Pilihan Raya. Saya ingin bangkitkan tiga isu di bawah butiran yang sama. Saya ingin menyentuh isu pematuhan parti-parti politik terhadap peraturan pilihan raya khususnya berkaitan dengan isu penggunaan jentera pilihan raya. Kita merasa dukacita kerana masih ada parti politik yang menggunakan jentera kerajaan dalam siri-siri pilihan raya kecil sebelum ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi BERSIH 2.0 pada April yang lalu. Begitu juga kita melihat bagaimana beberapa pimpinan kerajaan telah mula menabur projek dan sebagainya dalam Pilihan Raya Kecil di Tanjung Piai yang akan berlangsung dalam minggu depan. Sedangkan kalau kita rujuk outcome satu pilihan raya iaitu tadbir urus pilihan raya yang lebih teratur, KPI yang diletakkan bagi peratusan kadar pematuhan pilihan raya adalah 100 peratus. Apa yang SPR telah lakukan bagi memastikan KPI ini benar-benar tercapai? Walhal dalam siri-siri pilihan raya kecil, ada parti-parti politik yang secara terang-terangan melanggar etika berkempen khususnya penggunaan jentera kerajaan dan sebagainya. Saya ingin mencadangkan supaya SPR menyediakan satu laporan lengkap setiap kali berakhirnya pilihan raya.

Laporan berkenaan pematuhan parti-parti politik dalam mana-mana siri pilihan raya dalam Parlimen kita ini supaya kita dapat mengetahui serta memantau dengan lebih dekat perkara ini. Kedua, sudah sampai masanya bagi saya, parti-parti politik yang melanggar mana- mana peraturan pilihan raya dikenakan tindakan supaya ia menjadi pengajaran pada masa akan datang. Soalnya, bagaimanakah SPR itu sendiri dibenarkan bebas untuk bertindak jika ia masih di bawah JPM sepenuhnya? Apakah kerajaan tidak berhasrat mengotakan janji untuk meletakkan SPR di bawah pemantauan terus daripada Parlimen? Perkara kedua adalah isu kekosongan kerusi Parlimen atau ADUN tanpa sebab yang munasabah. Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan mengenai kekosongan Ahli Dewan Negara dan kekosongan luar jangka Ahli Dewan Rakyat yang mesti diisi kekosongan tersebut. Kita perlu teliti semula aspek pengosongan kerusi DUN mahupun Parlimen semata-mata kerana ingin mengangkat seseorang ke jawatan tertinggi negara. Pilihan Raya Kecil Port Dickson misalnya telah menelan jumlah RM3.6 juta dan antara peruntukan PRK tertinggi setakat ini. Maka, sewajarnya perkara tersebut disekat. Soalan saya, apakah kerajaan berhasrat menyekat sebarang tindakan ahli Dewan Rakyat yang sengaja mengosongkan kerusi mereka tanpa sebab yang munasabah serta mengenakan denda yang tinggi terhadap wakil rakyat tersebut. Isu ketiga yang saya ingin bangkitkan Tuan Pengerusi adalah berkaitan pendaftaran pemilih baru secara automatik. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah mekanisme yang akan dilaksanakan bagi memastikan pendaftaran pemilih baharu secara automatik, bilakah jangkaan ia akan berkuat kuasa sepenuhnya. Apakah perancangan kerajaan bagi memastikan pembersihan data pemilih disebabkan berlakunya kes-kes sindiket MyKad. Ini supaya tidak ada pengundi hantu dalam sistem daftar pemilih kita kelak. Seterusnya Bekalan 8, Jabatan Peguam Negara, Butiran 030100 – Pendakwaan. Tindakan sambil lewa Peguam Negara bagi mendakwa pesalah dalam kes Almarhum Mohd. Adib menunjukkan kelemahan dan kecuaian yang ketara. Walhal pendirian untuk melaksanakan prosiding inkues itu sendiri adalah datangnya daripada Peguam Negara sendiri. Almarhum Mohd Adib seorang anggota bomba telah menjadi mangsa korban dalam rusuhan kuil Sri Maha Mariamman di USJ pada 27 November 2018 dan telah meninggal dunia pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa di IJN. Malangnya setelah pengumuman keputusan Mahkamah Koroner pada 27 Ogos yang lalu, Peguam Negara masih membisu serta tidak memulakan pendakwaan atau mengarahkan pihak berkuasa melengkapkan siasatan segera bagi mendakwa si pesalah ke medan keadilan. Tambahan lagi amat mendukacitakan dalam alasan penghakiman Mahkamah Koroner Shah Alam baru-baru ini turut menjelaskan kritikan terhadap tindakan Peguam Negara yang mengganggu perjalanan inkues. Saya petik di sini, justeru adalah amat tidak wajar dan menyalahi prinsip perundangan inkues serta subjudis bagi Peguam Negara untuk mengambil kedudukan mengenai punca kematian arwah Adib yang masih menjadi persoalan yang cuba dirungkaikan di dalam inkues yang sedang berlangsung. Dalam bahagian lain, saya quote, dalam kata lain, perlakuan Peguam Negara yang sedemikian itu telah scandalize prosiding inkues tersebut. Inkues berkenaan boleh saja dianggap sebagai hanya satu lakonan atau permainan wayang dan satu proses rubber stamping sahaja kepada kedudukan yang telah diambil oleh Peguam Negara. Atas imbangan kebarangkalian, saya memutuskan bahawa pemohon telah menunjukkan secara prima facie bahawa Peguam Negara telah melakukan penghinaan terhadap mahkamah ini. Ini adalah sebahagian daripada alasan penghakiman hakim Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 Ogos 2019 baru-baru ini. Saya tidak akan membincangkan mengenai perjalanan Mahkamah Pendakwaan terhadap Peguam Negara kerana ia boleh menyebabkan subrutin. Namun, apa yang saya ingin tekankan Tuan Pengerusi, adalah apakah beliau masih ada kredibiliti bagi menjawat jawatan Peguam Negara tersebut? Bukan sahaja beliau tidak layak menjawat jawatan Peguam Negara, malah beliau juga tidak layak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Adib disebabkan tindakan yang dilakukan oleh beliau seperti yang telah dijelaskan dalam alasan penghakiman tadi. Saya mohon pandangan pihak kerajaan.

Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Peranan JAKIM di dalam memperkenalkan Islam dan memperkasakan dakwah terhadap non-Muslim perlu diteruskan dengan giat. Di sana terdapat beberapa NGO yang boleh digabungjalinkan bersama pihak JAKIM bagi memperkemaskan lagi aspek dakwah terhadap non-Muslim antaranya Global Unity Network, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan banyak lagi. Justeru saya ingin mendapatkan perhatian pihak kerajaan mengenai perancangan jangka panjang pihak JAKIM dalam menggerakkan dakwah terhadap non-Muslim. Sejauh manakah kerjasama dilakukan bersama-sama NGO yang ada dalam menggerakkan agenda ini? Juga, adakah pihak JAKIM melakukan pemantauan terhadap NGO-NGO yang aktif di medan dakwah non-Muslim ini agar berlakunya penyelarasan terhadap usaha-usaha murni tersebut. Apatah lagi di dalam memastikan ianya selari dengan kandungan ajaran Islam yang sebenar. Kedua, apakah langkah pihak JAKIM sendiri bagi menarik penyertaan anak-anak muda untuk terlibat sebagai sukarelawan dakwah serta modul latihan dan pengetahuan berkaitan persoalan-persoalan interfaith yang disediakan kepada mereka. Ketiga, berapakah peruntukan khusus yang telah disalurkan bagi dakwah non- Muslim ini serta apakah KPI yang telah diletakkan oleh pihak JAKIM dengan peruntukan yang disalurkan tersebut. Keempat Tuan Pengerusi, apakah perancangan JAKIM dalam menggerakkan dakwah di Sabah dan Sarawak? Sejauh manakah masyarakat di sana diberi perhatian oleh pihak JAKIM untuk didekati? Akhir sekali, apakah pihak JAKIM menyedari wujud usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan usaha dakwah di Sabah dan Sarawak sebagai usaha memecahbelahkan keharmonian hidup di kalangan masyarakat berbilang etnik di sana. Apakah usaha-usaha daripada pihak JAKIM di dalam meyakinkan rakyat bahawa dakwah Islam adalah satu seruan yang mulia bertepatan dengan konsep Rahmatan lil'alamin yang dicanangkan oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bachok dalam tempoh masa 10 minit. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Rasah, diikuti oleh Yang Berhormat Parit Sulong. Kemudian Yang Berhormat Masjid Tanah, kemudian Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Gudang, kemudian Yang Berhormat Limbang. Sila Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Jabatan Perdana Menteri. Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya mengalu-alukan kedatangan pelajar Tingkatan 4 dan guru-guru Sekolah Menengah Sains Alam Shah... [Tepuk] Selamat datang ke Parlimen.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Selamat datang.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi, perkara pertama yang saya hendak sentuh adalah di bawah Butiran 050100 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Di bawah kod 40000 di bawah tajuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Kalau pada tahun 2019 sebanyak RM36 juta diperuntukkan dan dalam Belanjawan 2020 sebanyak RM69 juta diperuntukkan. Saya nampak ada kenaikan yang hampir sekali ganda. Saya hendak tanya, apakah peruntukan di bawah tajuk ini merujuk kepada geran yang diberikan oleh setiap KRT di bawah Jabatan Perpaduan. Oleh sebab apa yang terjadi pada tahun ini tahun 2019, pada awal tahun KRT hanya mendapat sebahagian sahaja daripada geran kalau berbanding dengan yang lepas-lepas. Kalau tidak silap saya, pada awal tahun, mana yang aktif dapat RM1,800. Selepas itu RM1,400 ada yang RM1,000 selepas itu selang beberapa bulan dapat fasa kedua.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya hendak tanya, apakah dengan adanya penambahan peruntukan pada Belanjawan 2020 ini, pada tahun hadapan KRT akan dapat menerima geran kepada setiap KRT ikut kategori sama ada aktif, kurang aktif sebagainya pada awal tahun. Saya sebenarnya lebih suka kalau mereka boleh dapat pada awal tahun supaya KRT-KRT yang terbabit boleh merancang aktiviti sepanjang tahun 2020 sebab kalau dah dapat dana, peruntukan dan sebagainya lebih mudah untuk pimpinan di peringkat setiap KRT untuk merancang aktiviti program sepanjang tahun. Saya juga hendak tanya, bagaimana dengan pelantikan jawatankuasa utama dalam setiap KRT? Oleh sebab, saya nampak ada beberapa pandangan yang berbeza. Ada yang kata daripada Jabatan Perpaduan sendiri yang buat pelantikan, ada yang kata daripada kerajaan negeri, ada yang kata kena buat pemilihan iaitu semua penduduk dalam taman- taman perumahan tertentu tersebut yang diberikan kuasa untuk memilih. Jadi, saya hendak mohon kepastian daripada pihak JPM, apakah mekanisme yang akan digunakan untuk pemilihan ataupun pelantikan jawatankuasa utama dalam setiap KRT? Perkara kedua yang saya hendak bangkitkan adalah di bawah peruntukan pembangunan di bawah Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara. Saya nampak peruntukannya naik mendadak kalau berbanding dengan tahun 2019 daripada RM13 juta naik kepada RM294 juta. Satu kenaikan dan lonjakan yang begitu banyak. Jadi, saya hendak tanya apakah tujuan dan mohon butiran kegunaan untuk menjustifikasikan kenapakah peruntukan yang sebegitu banyak diperlukan? Apakah kerana ada ancaman dan sebagainya, ada unsur-unsur tertentu yang membolehkan kita memberikan peruntukan yang sebegitu rupa? Perkara seterusnya adalah di bawah Butiran 17200 dan 17300. Saya nampak 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan. Saya nampak ia adalah yang baharu dan diperuntukkan RM2.5 juta. Di samping itu 17300 – Pusat Rukun Tetangga ada pengurangan peruntukan berbanding dengan tahun 2019 daripada RM3.4 juta kepada RM1.16 juta tetapi kalau digabungkan dengan RM2.5 juta tersebut, peruntukannya hampir sama. Jadi, saya hendak tanya, apakah kegunaan peruntukan ini dan kenapakah ia dipecahkan kepada dua butiran yang berbeza? Perkara ketiga yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan Butiran 93500, 93000, 93600. Saya gabungkan ketiga-tiga butiran ini sebab saya nampak ketiga- tiganya berhubung kait antara satu sama lain iaitu berkaitan dengan Projek-projek Kecil di bawah Butiran 93000, Projek Khas 93500 dan juga Projek Mesra Rakyat 93600. Jadi, saya hendak tanya berkenaan dengan peruntukan di bawah Projek Mesra Rakyat untuk tahun 2020, saya nampak ada peningkatan peruntukan daripada RM278 juta untuk tahun 2019 kepada RM313 juta pada tahun 2020. Penambahan lebih daripada 10 peratus. Saya hendak tanya, apakah untuk Projek Mesra Rakyat ini pada tahun hadapan - caranya, kaedahnya, mekanisme agihannya masih ikut mekanisme yang sedia pakai pada tahun ini dan saya nampak ada satu tajuk khas di bawah projek khas sebanyak RM100 juta di mana pada dua tahun sebelum ini, dia tidak ada. Tidak ada RM100 juta ini tetapi tahun 2020 ada. Jadi, apakah RM100 juta ini juga sebagai tambahan supplementary kepada Projek Mesra Rakyat dan bagaimanakah cara agihan dia? Apakah cara agihan juga sama seperti mana yang diguna pakai untuk Projek Mesra Rakyat pada ketika ini? Begitu juga, saya hendak tanya kenapakah peruntukan untuk projek-projek kecil pada tahun 2020 dikurangkan kepada RM75 juta sahaja? Walaupun keseluruhannya bila ada projek khas itu, RM100 juta nampak macam sama, tetapi kenapa ada pecahan kategori sebegini? Oleh sebab, kalau banyak sangat kategori ataupun pecahan sebegini apakah ia akan mengakibatkan pertindihan fungsi dan juga projek yang bakal dilaksanakan di setiap kawasan? Tuan Pengerusi, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan Butiran 06900 iaitu di bawah tajuk Membina Pejabat dan Perumahan untuk SPRM. Saya nampak peruntukan yang diperuntukkan berkurangan iaitu hanya RM3.44 juta sahaja untuk tahun 2020 berbanding dengan tahun ini RM8.47 juta. Saya secara peribadi berpandangan bahawa peruntukan ini patut dikekalkan, sama banyak ataupun dinaikkan sebab dalam kita hendak menangani, hendak membanteras gejala rasuah di negara kita, kita tahu kerajaan baharu Pakatan Harapan menghadapi banyak cabaran disebabkan oleh amalan rasuah sebelum ini yang mana SPRM patut diperkasakan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Apabila kita kata hendak memperkasakan institusi SPRM itu sendiri, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membekalkan lebih banyak peruntukan kepada SPRM khususnya untuk mereka menaiktarafkan prasarana, kemudahan, pejabat dan juga kemudahan perumahan untuk pegawai dan anggota SPRM yang terbabit supaya mereka dalam keadaan yang lebih bersedia, lebih sesuai dan lebih mudah untuk mereka melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka untuk membanteras amalan rasuah dalam masyarakat kita. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan kenapa ada pengurangan? Saya sebenarnya menjangkakan kalau tidak naik pun, paling kurang ia kekal supaya kemudahan dapat dinaikkan dari semasa ke semasa. Seterusnya Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Saya nampak ada penambahan yang sangat memberangsangkan dan menggalakkan. Pada tahun 2019, peruntukannya yang hanya RM55 juta dan untuk tahun 2020, ia naik sebanyak RM28 juta kepada RM83 juta, satu kenaikan yang melebihi 50 peratus. Saya menyambut baik penambahan peruntukan ini untuk masyarakat orang asal. Di kawasan saya sendiri walaupun rata-rata mungkin berpandangan bahawa kawasan Rasah ini kawasan bandar, saya mempunyai dua kawasan kampung Orang Asli iaitu Kampung Tekir dan Kampung Sibir. Saya juga memohon supaya daripada RM83 juta peruntukan ini, ada tidak apa-apa peruntukan untuk dua buah kampung ini khasnya Sekolah Kebangsaan Tekir yang bangunannya dalam keadaan usang dan memerlukan peruntukan. Jadi, boleh tidak gunakan peruntukan ini untuk Sekolah Kebangsaan Kampung Tekir. Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan adalah dibawa Maksud Bekalan 4 iaitu SPR. Saya nampak di bawah butiran yang digariskan di bawah B.4 untuk Suruhanjaya Pilihan Raya tidak ada satu tajuk khas ataupun apa-apa butiran yang berkaitan dengan pendaftaran pengundi secara automatik. Di mana dikatakan Dewan ini sebenarnya telah meluluskan pada bulan Julai yang lalu, jadi apakah untuk melaksanakan mekanismenya tidak memerlukan apa-apa perbelanjaan dan hanya secara online dengan JPN sahaja. Saya mohon penjelasan daripada Jabatan Perdana Menteri. Sekian terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit Sulong.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi Maksud B.6, Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sejak kebelakangan ini negara kita sering dilanda bencana seperti hujan lebat tanpa henti sehingga mengakibatkan banjir termasuklah di kawasan saya baru-baru ini dengan ribut taufan dan banjir. Ini menyebabkan kekalutan itu berlaku. Jadi, soalan yang saya hendak utarakan adalah apakah langkah yang diusahakan oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan keupayaan meramal dan mengenal pasti bencana baru yang mungkin dihadapi oleh negara sebagai persiapan berhadapan kemungkinan luar jangka di masa akan datang. Sejauh manakah kerajaan akan meneliti keberkesanan sistem amaran awal banjir untuk meminimumkan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa serta sejauh manakah pihak NADMA juga telah melaksanakan profil risiko bencana di setiap kawasan di negara kita.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat Parit Sulong, NADMA. Boleh?

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Okey.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Ya. Sekarang ini dasar kerajaan jika berlaku bencana alam, kebakaran, banjir dan sebagainya, semua peruntukan yang terakibat daripada bencana alam itu contohnya, kebakaran harus diminta daripada NADMA.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terdapat satu insiden kebakaran di kawasan saya di mana lebih daripada 20 buah rumah terbakar namun apabila NADMA turun ke bawah, diberi sedikit bantuan kewangan tetapi rumah yang kita pohon itu tidak nampak sebarang tindakan daripada NADMA. Apabila kita pohon daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dikatakan bahawa semua proses permohonan mengganti, baik pulih rumah dan sebagainya yang terakibat daripada bencana alam, kebakaran, banjir dan sebagainya harus dilakukan melalui NADMA. Jadi, it is neither here nor there. Adakah Yang Berhormat inginkan perkara ini diambil tindakan oleh NADMA? Terima kasih.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Masukkan sekali dalam ucapan saya. Saya terus kepada Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Ini mengenai isu pembatalan ataupun meneruskan semula pembinaan baru dan juga naik taraf kawasan masjid dan surau ini terutamanya di kawasan Parlimen saya, sudah banyak kali saya tegaskan dan saya bangkitkan perkara seperti ini. Jadi, beberapa soalan yang saya hendak tanya kepada pihak kerajaan adalah apakah kerajaan selepas ini akan mengehadkan sejumlah peruntukan tertentu atau mengehadkan jumlah masjid dengan surau yang dipohon dan juga dibina serta dinaik taraf bagi setiap Parlimen. Bagaimanakah pihak kerajaan akan mengagihkan jumlah peruntukan itu bagi pembinaan dan juga naik taraf surau dan juga masjid di seluruh negara. Saya juga hendak bertanya mengenai tajuk ini berkaitan status permohonan meneruskan projek meneruskan pembinaan masjid baharu yang kini saya mendapat makluman bahawa ia telah diluluskan tetapi sehingga kini tidak nampak lagi pelaksanaannya ataupun pembinaannya ataupun bermulanya pembinaan di kawasan Parlimen Parit Sulong. Untuk empat buah masjid yang akan saya sebutkan iaitu Masjid Jamek Air Putih bernilai RM2 juta belum bermula pun pembinaannya, Masjid Jamek Nurul Huda Kampung Parit Jayus 4, Mukim 18, Seri Medan bernilai RM1.6 juta, Masjid Jamek Kampung Parit Simis, Mukim 18, Seri Medan bernilai RM1.8 juta dan Masjid Jamek Kampung Parit Betong, Mukim 4, Simpang Kiri, Parit Sulong yang bernilai RM2 juta. Seterusnya, saya hendak bercakap mengenai Maksud P.6, Butiran 06100 – Development of Halal Industry. Malaysia merupakan antara pelopor awal dalam pembangunan industri halal ke arah yang lebih sistematik dan berdaya saing di peringkat global. Jadi, soalan saya kepada pihak kementerian adalah berapa banyak kah jumlah syarikat ataupun jumlah syarikat yang telah mendapat certification halal? Adakah terdapat cara yang dibuat oleh pihak jabatan untuk membantu syarikat-syarikat bumiputera untuk mendapat certification of halal ini? Boleh tidak dinyatakan mengenai Program Pembangunan Strategik Industri Halal, apakah rasionalnya pembangunan program ini? Saya juga maklum mengenai pembentangan belanjawan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang lepas. Yang Berhormat Menteri ada mengumumkan sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pembangun Usahawan sebagai usaha pembangunan produk halal dan penyiapan platform kepada industri tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Jadi, soalan saya adalah apakah Development of Halal Industry di bawah JPM ini ada menjalankan satu kerjasama dengan Kementerian Usahawan bagi tujuan ini dan adakah RM10 juta untuk tujuan pembangunan industri halal yang diumumkan ini sepenuhnya diberikan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan ataupun dana tersebut diagihkan mengikut pembangunan industri halal di bawah JPM tersebut. Seterusnya, apakah hasrat dan sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan melalui inisiatif ‘be-Halal’ bagi membolehkan peserta program ini bersaing secara produktif dan inovatif dalam mendepani pelbagai cabaran global baik dalam industri halal dan dunia perniagaan ataupun perdagangan yang mencabar. Apakah mekanisme yang diterapkan oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan penjenamaan negara sebagai industri halal terbaik dan seterusnya membawa nama Malaysia sebagai satu negara yang kekal mengetuai industri halal di dunia.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Terakhir yang saya hendak bangkitkan adalah bagi Maksud B.4, Butiran 010000 di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya. Berdasarkan daripada beberapa laporan akhbar sebelum ini, SPR ada mengumumkan bahawa kemungkinan sistem pilihan raya negara yang akan datang tidak akan lagi menggunakan sistem yang sedia ada. Saya maklum mengenai SPR kini sedang menjalankan satu kajian mengenai sistem proportional representation yang telah diguna pakai di negara-negara maju lain.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Jadinya, saya hendak minta Menteri untuk menjelaskan mengenai perkara ini. Sejauh manakah kesiapan SPR untuk melaksanakan sistem ini? Apakah antara kaedah proportionate yang mungkin akan diguna pakai di Malaysia? Ini kerana saya dapati sistem PR ini terdapat beberapa kaedah yang dilaksanakan. Antaranya, pertama, kaedah dual member proportional. Kedua, kaedah mixed member proportional dan kaedah yang ketiga, kaedah rural urban proportional.

Adakah apa yang dicadangkan untuk membuat kaedah proportional representation itu sesuai di negara kita dibandingkan dengan kaedah yang kita lakukan sekarang iaitu sebuah kawasan seperti Kinabatangan seluas negeri Pahang hanya seorang Ahli Parlimen tetapi pengundinya hanya puluhan ribu? Ini kerana ia memerlukan masa yang begitu luas untuk Ahli Parlimen itu menjaga kawasannya berbanding di kawasan bandar yang walaupun rakyatnya ramai tetapi kawasannya adalah sudah membangun, sudah maju dan senang dijaga. Bukankah sistem itu lebih baik jika dibandingkan dengan sistem yang dicadangkan oleh SPR?

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Saya setuju dengan apa Yang Berhormat Pontian nyatakan. Akan tetapi, ini adalah satu persoalan yang perlu kerajaan jawab mengenai proportional representation yang diura-urakan akan mengambil alih sistem first-past-the-post yang sedia ada. Soalan terakhir saya mengenai SPR ini adalah sistem pelaksanaan undi 18 tahun secara automatik. Bilakah jangka masa SPR akan melaksanakan sistem ini? Menurut beberapa kenyataan daripada SPR, sistem ini akan dijangka dikuatkuasakan dalam tempoh dua tahun iaitu pada tahun 2021. Betul, ia lambat. Jadinya, itu yang kita hendak bertanya kepada pihak kementerian ataupun jabatan mengenai bagaimana dan bila akan diguna pakai untuk pertama kalinya. Kalau soalan saya pula, kalau sekiranya sistem ini diguna pakai, adakah ia akan diguna pakai dalam PRU Ke-15 ataupun mana-mana PRK yang sedang berlangsung sekarang ini? Itu sahaja persoalan yang saya hendak bawa, Tuan Pengerusi. Terima kasih banyak-banyak.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya sudah baca tadi awal siapa dalam senarainya. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.

Selepas ini Baling ya?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tumpat...

Tuan Pengerusi, boleh masukkan nama saya sekali ya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta tolong tulis...

Kena tulis? Okey, okey.

Tuan Pengerusi, Baling ada kan?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Nanti saya check, saya beritahu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin menyentuh tentang beberapa perkara. Pertamanya, saya ingin menyentuh tentang Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara. Kita faham bahawa Majlis Keselamatan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1971 dan kedaulatan negara cukup penting sekali bagi menjamin keselamatan dan kestabilan negara. Jadi, saya melihat bahawa terdapat peruntukan yang berkurangan dan saya ingin bertanya, bagaimanakah kerajaan hendak menangani kebarangkalian yang boleh berlaku dalam suasana hari ini ketegangan di dalam dan juga ancaman daripada luar? Bagaimanakah kita hendak memperkukuhkan lagi jaringan perisikan? Adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi anggota? Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 020500 iaitu NADMA dengan pertambahan peruntukan lebih daripada RM5 juta. Saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan akan bercadang untuk melaksanakan skim insurans sebagaimana kita dengar tadi Yang Berhormat Beluran dan juga Yang Berhormat Parit Sulong pun bertanyakan tentang NADMA ini? Kita lihat kawasan banjir yang teruk yang berlaku di banyak negeri dan Melaka juga tidak terkecuali. Kadang-kadang mereka berhadapan dengan masalah emosi apabila rumah acap kali berlaku kebanjiran dan berlaku kerosakan barangan. Sekiranya ada skim insurans, sekurang-kurangnya akan meringankan beban kepada mereka. Adakah peruntukan ini juga...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Penjelasan, Yang Berhormat Masjid Tanah. Hulu Terengganu.

Ya, silakan.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Tuan Pengerusi, apakah NADMA ini cuma dapat dituntut oleh mereka yang terlibat ataupun mangsa rumah terbakar dan banjir? Bagi mereka atau peladang yang tanaman mereka rosak kerana banjir ini, apakah NADMA mempunyai kuasa ini untuk membantu golongan petani ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya rasa satu cadangan yang baik kalau dapat diluaskan lagi untuk tanaman dan juga ternakan. Mohon untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Saya juga ingin bertanya, adakah peruntukan ini juga meliputi pembinaan pangkalan data yang dicadangkan pada tahun lepas?

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Masjid Tanah.

Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Jelebu banyak masa. Saya rasa...

Selalu saya bagi Yang Berhormat Masjid Tanah masa.

Akan tetapi sebab Yang Berhormat Jelebu hari ini handsome sedikit, saya bagilah. Saya bagi tetapi jangan sebut mental, mental, Yang Berhormat Jelebu. Silakan.

No problem, Yang Berhormat Masjid Tanah. Yang Berhormat Masjid Tanah memang bagus. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Masjid Tanah. Setujukah mangsa banjir dan juga mangsa kebakaran ini dia mempunyai lost yang sangat besar, kerugian yang sangat besar? Ada sesetengah keluarga bawah B40, dia boleh jadi bankrupt, tahu, Yang Berhormat Masjid Tanah?

Saya hendak tanya, boleh atau tidak kita cadangan kepada pihak kerajaan, kalau kita perkenalkan insurans berkelompok untuk masyarakat B40, orang kampung ini? Jadi, insurans cover lost tersebut.

Okey. Yang Berhormat Jelebu tidak dengar tadi. Saya sudah sebut fasal insurans. Yang Berhormat Jelebu ketinggalan kereta api... [Ketawa] Masjid Tanah ke hadapan.

Balas dendam nampak.

Okey.

Balas dendam nampak, Yang Berhormat Masjid Tanah.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Butiran 030300 iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Hasrat kerajaan untuk Mahkamah Syariah terus diperkasakan terutama sekali dalam hal-hal kes penceraian, hadanah dan juga nafkah. Saya juga ingin bertanya, bagaimanakah pelaksanaan mahkamah khas yang telah pun ditubuhkan terutama sekali dalam bahagian hadanah dan juga nafkah ini? Dengan kurangnya peruntukan, bagaimanakah kerajaan melihat dan juga untuk memperkasakan itu dapat dinyatakan dalam bentuk holistik? Di antara perkhidmatan JKSM juga, saya melihat bahawa terdapatnya BSK Transit. Soalan saya, adakah ia akan diperluaskan lagi perkhidmatan BSK Transit ini yang mana hari ini hanya ada dua iaitu BSK Transit di Putrajaya dan juga di Kuala Lumpur? Adakah ia akan ditambahkan lagi supaya mangsa-mangsa ataupun mereka yang perlu pergi ke Mahkamah Syariah ini dapat dibantu bukan hanya dari segi penginapan, wang Ringgit, pengangkutan malah juga untuk proses makan dan minum? Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 040100 iaitu JAKIM yang kita lihat peruntukannya meningkat kepada RM904.4 juta. Saya ingin bertanyakan, bagaimanakah untuk terus memperkasakan lagi menangani masalah ajaran sesat dan juga memesongkan akidah ini? Apakah banyak yang diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti untuk memperkasakan ataupun untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku? Saya juga ingin menyentuh tentang Majlis Halal Malaysia sebagaimana juga telah disentuh oleh Yang Berhormat Parit Sulong sebentar tadi. Saya yakin dan percaya industri halal Malaysia ini cukup besar dan juga cukup baik sekali. Sayang sekali kalau kita tidak memperkasakannya. Kita kena tengok sebab negara-negara luar juga melihat Malaysia sebagai teraju utama dalam industri halal. Jadi saya ingin tahu, bagaimanakah JAKIM melihat industri ini supaya ia dapat membawa satu dinamika baharu dalam negara kita dan juga peringkat antarabangsa? Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 050100 iaitu Jabatan Perpaduan Negara. Akhir-akhir ini, isu sentimen agama dan kaum amat membimbangkan. Bagaimanakah hendak memperkukuhkan perpaduan hari ini melalui program-program di akar umbi sekiranya organisasi KRT dan sebagainya diterajui oleh orang-orang yang tidak menyokong kerajaan dan juga membakar sentimen-sentimen yang tidak baik untuk akar umbi? Malah, peruntukan yang dahulu yang diberikan sebanyak RM6,000, tahun lepas dicadangkan naik sebanyak RM10 ribu, tetapi tahun ini saya difahamkan hanya RM3,000 sahaja. Jadi, bagaimana akar umbi ini hendak membuat program-program menyemai perpaduan di kalangan akar umbi? Saya mohon kerajaan untuk memberi pencerahan tentang perkara ini. Seterusnya, saya ingin sentuh tentang JAKOA iaitu Butiran 050200. Di Masjid Tanah, ada Orang Asli iaitu di Bukit Payung. Saya harap pihak kementerian dapat melihat untuk bina semula rumah dan juga baik pulih rumah dan sistem perparitan yang tidak baik. Begitu juga dewan terbuka yang telah dijanjikan pada pilihan raya yang lepas, katanya sudah lulus tetapi sehingga hari ini masih lagi tergantung. Juga, program penggalakan anak-anak Orang Asli ini untuk pergi ke sekolah kerana kecil-kecil lagi mereka ada yang banyak ponteng sekolah dan tidak mahu bersekolah. Jadi, perlu ada suntikan dana untuk program-program untuk menyemai semangat untuk mereka ke sekolah.

Seterusnya, saya ingin menyentuh juga untuk Butiran 04801 iaitu dari segi pembangunan, mohon juga melihat masjid dalam Parlimen Masjid Tanah iaitu Masjid Solok Duku yang mana telah pun ada anai-anai di lantai yang begitu kritikal sekali. Begitu juga dengan Masjid Air Hitam Darat dan juga Kampung Baru, Kuala Sungai Baru. Saya kira banyak lagi perkara-perkara yang lain yang harus kerajaan memperlihatkan dan termasuklah SPR, saya tidak jumpa butirannya. Akan tetapi saya melihat dengan adanya pertambahan untuk one-off untuk SPR ini, adakah ia meliputi untuk pengundi-pengundi baharu? Adakah one-off itu berbentuk program ataupun berbentuk apa? Jadi, saya minta penjelasan dan juga keterangan daripada pihak kementerian supaya ia dapat diperhalusi dan supaya juga hasrat untuk kita mengadakan pendaftaran automatik untuk pengundi atas 18 ini dapat diharmonikan. Itu sahaja, saya ada lebihan dua minit. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat, kemudian Yang Berhormat Pasir Gudang, kemudian Yang Berhormat Limbang, Yang Berhormat Kota Kinabalu dan kemudian Yang Berhormat Paya Besar. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi, peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Bajet tahun 2020. Izinkan saya untuk menyentuh Butiran 10000 – Pilihan Raya, yang mana umum mengetahui bahawa seramai 4 juta lebih rakyat Malaysia yang layak mendaftar tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu. Soalan saya, apakah faktor sebenar mereka tidak mendaftar? Adakah generasi baharu ataupun mereka ini memang tidak berminat dengan politik. Saya mencadangkan pihak SPR seharusnya menggunakan peruntukan bagi menumpukan lebih banyak usaha untuk menjalankan pendidikan politik dan pilihan raya kepada rakyat bukan sahaja kepada golongan anak-anak muda bahkan juga kepada- kalau kita lihat kepada satu video yang viral bermula daripada semalam, yang mana Menteri yang berkempen di Pilihan Raya Kecil Tanjong Piai membuatkan satu kenyataan melahirkan kebencian, yang mana mengakui bahawasanya rakyat pada hari ini telah pun benci kepada Pakatan Harapan. Jadi, dia sebut walaupun kamu benci kepada Pakatan Harapan, jangan undi BN kerana BN ini berkawan dengan PAS dan kalau mereka menang. Kalau gabungan ini menang nanti, kamu tidak boleh berniaga, timbulnya huru-hara dan sebagainya. Jadi, ini adalah merupakan satu perkara yang cukup tidak sihat.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Menteri mana itu?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Tumpat, boleh rujuk butiran mana itu?

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Sebut Menteri mana?

Butiran 010200.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Menteri mana?

Menteri Malaysia.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Tumpat.

Jadi, seharusnya kesedaran kepada rakyat Malaysia ini termasuk menteri-menteri terutamanya, haruslah dimainkan peranan oleh SPR dalam usaha melahirkan satu budaya politik yang sihat, matang dan sejahtera dalam negara kita.

Yang Berhormat Tumpat, boleh?

Sedikit.

Sedikit tetapi jangan panjang.

Bagus, terima kasih. Yang Berhormat Tumpat, bersetuju tidak kalau saya kaitkan Butiran 050100 di bawah Jabatan Perpaduan yang Menteri ambil tindakan ini Yang Berhormat Tumpat sebagai salah satu sebab dan penyuntik perbalahan antara kaum. Ini kerana ucapan yang dibuat di dalam sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan Tanjong Piai, Yang Berhormat Tumpat setuju tidak?

Masuk dalam ucapan sayalah.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Adakah dia Menteri Pertanian?

Menteri berkenaan pernah menjadi Ahli Parlimen di negeri Kelantan, yang mana 30 tahun Kelantan ditadbir oleh PAS tidak berlaku sebarang huru-hara tetapi Menteri ini, maknanya cuba mempengaruhi rakyat dengan mengatakan akan berlaku huru-hara sekiranya PAS mentadbir negara. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara, berdasarkan butiran di bawah Bekalan aset saya melihat kenaikan sehingga RM900,000 berbanding tidak ada peruntukan disalurkan pada tahun 2019. Soalan saya, apakah pengurusan aset yang akan dibangunkan oleh MKN bagi tahun 2020? Kedua berkenaan dengan pembinaan pagar di sempadan Malaysia-Thailand. Baru- baru ini timbul isu kebocoran sempadan negara daripada aktiviti negara penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di sepanjang 656 kilometer garisan sempadan Malaysia-Thailand. Hanya 111 kilometer sahaja yang berpagar. Sejauh mana koordinasi dan libat urus dilakukan pihak MKN bagi memastikan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) digembleng sepenuhnya bagi mengawal sempadan negara. Saya difahamkan pembinaan pagar sempadan terhadap garisan sempadan Malaysia-Thailand telah pun dipersetujui oleh kedua-dua negara dalam Mesyuarat Land Boundary Committee pada tahun lalu. Justeru, apakah perkembangan pembinaan pagar sempadan ini? Apakah rancangan kerajaan bagi membiayai pembinaan pagar sempadan yang sudah pasti mencecah kos yang begitu tinggi. Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan Butiran 020300 – Bahagian Penyelidikan, pengurusan keselamatan. Berdasarkan fungsi bahagian penyelidikan seperti yang telah dinyatakan antaranya adalah untuk memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memartabatkan bangsa Melayu, agama Islam dan institusi diraja. Adakah fungsi ini sama seperti fungsi yang pernah digalas oleh Institut Kajian Strategik Islam Antarabangsa (IKSIM). Walau apa pun saya menyokong sejumlah peruntukan diperuntukkan untuk tujuan ini kerana ancaman ideologi dan akidah terlalu besar pada hari ini. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO). Saya mengharapkan pihak perisikan negara dapat menangani kebimbangan rakyat terhadap anasir-anasir luar yang mula meresap masuk ke dalam negara ini. Sebagai contohnya LTTE, komunisme, liberalisme. Akhbar Sinar Harian pada 4 November melaporkan mengenai kedudukan Malaysia sebagai negara transit pengganas. Hal ini sangat besar impaknya dan boleh menggugat keharmonian rakyat. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin membangkitkan mengenai kesediaan pihak NADMA bagi menghadapi musim tengkujuh di beberapa buah negeri khususnya di negeri di pantai timur dan lebih khusus lagi Kelantan. Apakah kesediaan dari sudut logistik, SOP pengurusan bencana banjir serta kebajikan mangsa banjir sentiasa terjaga? Adakah pihak NADMA hanya mengambil kira aspek pengurusan semasa dan selepas bencana atau turut juga berperanan dalam mengesan bencana pada fasa sebelum.

Sebagai contoh, ketika kejadian ribut yang melanda di sebahagian tempat di Johor dan Kedah, apakah tiada mekanisme bagi memantau bencana-bencana yang tidak diduga ini supaya pihak bertanggungjawab dapat bertindak dalam fasa sebelum dan semasa bencana tersebut. Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan. Saya ingin mengetahui apakah perancangan di bawah pusat aktiviti perpaduan yang akan menerima peruntukkan sebanyak RM2.5 juta pada tahun 2020. Sejauh manakah isu-isu sensitif yang menjadi tunjang kepada tatanegara dan jati diri kebangsaan seperti isu agama Islam sebagai agama persekutuan, adat Melayu, bahasa Melayu sebagai bangsa kebangsaan, termasuklah soal kedaulatan Raja-Raja Melayu yang sering dipertikaikan. Pasca Malaysia baharu ini dikawal dan dilakukan penerangan yang sewajarnya supaya ia tidak terus dijadikan polemik oleh sebahagian pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali mengenai Butiran 030000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di mana peruntukan pada tahun 2020 bagi Pengurusan Kehakiman dan Perundangan menurun sebanyak kira-kira 7.8 peratus. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan apakah sebenarnya usaha naik taraf yang akan dilakukan pada tahun 2020 bagi meningkatkan prestasi Mahkamah Syariah di seluruh negeri khususnya bagi meningkatkan kompetensi hakim dan pendakwa syarie. Begitu juga berapakah peruntukan yang akan disalurkan untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai syariah untuk menjalani latihan dan melanjutkan pengajian bagi meningkatkan kompetensi mereka. Selain itu, apakah response daripada kerajaan berhubung dengan cadangan daripada bekas Ketua Hakim Syarie Perak yang mahu supaya Mahkamah Syariah dinaik taraf daripada tiga peringkat kepada lima peringkat supaya sama taraf dengan Mahkamah Sivil. Seterusnya adakah pihak kerajaan memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk mengemas kini data statistik Mahkamah Syariah di Malaysia? Terdapat satu kajian yang dilakukan pada tahun 2016 oleh Jabatan Syariah dan Undang-undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya mendapati bahawa terdapat masalah data yang dihadapi, antaranya ketidaktepatan data, ketiadaan penyelarasan dan ketidakkemaskinian, saya berpandangan hal ini perlu diatasi dengan segera, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya bermula dengan Maksud Bekalan 9, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Butiran 010000 – Pengurusan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada SPRM, dari Ketua Pengarahnya sehinggalah kepada pegawai-pegawai biasa di pejabat SPRM kerana telah melakukan satu sejarah di negara kita dalam tempoh kita merdeka lebih 62 tahun ini iaitu agensi yang mustahak ini SPRM telah berjaya sekurang-kurangnya mendakwa di Mahkamah beberapa orang pemimpin kerajaan yang lalu iaitu: (i) bekas Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan; (ii) bekas Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat Bagan Datuk; (iii) bekas Setiausaha UMNO dan Barisan Nasional Yang Berhormat Putrajaya; dan (iv) bekas Pengerusi FELDA. Saya menyebut setakat beberapa nama. Saya berpendapat mereka yang dituduh ini, yang di bawa SPRM ke mahkamah ini masih belum bersalah. Selagi mahkamah belum putuskan mereka bersalah maka mereka tidak bersalah lagi.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Jadi saya berharap supaya maruah dan harga diri mereka ini sama-sama kita hormati terutama di Dewan Rakyat yang Mulia ini... [Tepuk] Bagi saya, ini adalah satu contoh yang Kerajaan Pakatan Harapan telah tunaikan janjinya iaitu ingin mengembalikan negara kita ke jalan yang betul berlunaskan kedaulatan undang-undang. Saya ingin reformasi SPRM ini tidak sekerat jalan. Mesti diteruskan supaya ia menjadi satu institusi yang dihormati, digeruni di dalam negeri dan di persada antarabangsa. Secara spesifik langkah-langkah reformasi yang perlu dilakukan ialah yang pertama, SPRM ini mesti diangkat kedudukannya sebagai sebuah suruhanjaya sama seperti SPR, kedudukannya dimartabatkan di dalam Perlembagaan Persekutuan kita iaitu kalau perlu ada pindaan, perlulah ada pindaan Perlembagaan kita. Apa yang saya maksudkan kita perlu tingkatkan kuasa dan autonomi SPRM ini iaitu saya berpendapat SPRM ini sudah sampai masanya bukan sahaja dia boleh melantik pegawai-pegawainya.

Minta laluan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Akan tetapi kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM ini. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Gudang, adakah perlu SPRM membuka semula kes terowong dan juga kes banglo? Maknanya hendak mentransformasikan dari segi SPRM itu perlulah ada hak yang sama dan tidak ada perbezaan dari segi politik.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Lipis. Sila.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Lipis. Sikap saya mudah sahaja, saya tidak suka double standard. Adil, mesti adil untuk semua.

Macam orang PAS ini.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Izinkan Tuan Pengerusi, saya teruskan iaitu dalam reformasi SPRM ini sudah sampai masanya Dewan ini memikirkan SPRM patut melaporkan terus kepada Parlimen, bukan lagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang ada sekarang. Kalau tidak apa yang kita kata reform itu sekerat jalan sahaja ya, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai autonomi, kalau kita lihat dari segi Perlembagaan, pelantikan Ketua ataupun Pengerusi SPRM atau dipanggil Ketua Pengarah SPRM adalah oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi bermakna Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga yang melantik. Adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita membuat pindaan Perlembagaan supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak lagi boleh melantik Ketua Pengarah SPRM akan tetapi kita serahkan kepada Parlimen untuk membuat pelantikan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bera iaitu saya memang menuntut supaya dilakukan pindaan Perlembagaan supaya kuasa untuk melantik ini mesti dirujuk kepada select committee di Parlimen dan kemudian baharulah oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bawa kepada Yang di- Pertuan Agong. Ertinya secara technicality nya, maknanya mesti Parlimen itu sebagai satu stakeholder dalam pelantikan jawatan-jawatan yang penting ini dan ini hanya boleh dilakukan dan kalau pindaan Perlembagaan dibuat. Saya bersetuju pindaan itu wajar dibuat kalau kita betul-betul hendak membebaskan negara kita ini daripada rasuah daripada semua oleh sebab power corrupt, absolute power corrupts absolutely, tidak kira siapa.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Seterusnya Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada butiran yang lain iaitu Jabatan Peguam Negara maksud Bekalan B.8 Butiran 030100 – Pendakwaan. Saya tidak selesa melihat pendakwaan dalam kes 1MDB ini terhadap Yang Berhormat Pekan. Pendakwaan itu dikendalikan oleh peguam swasta. Soalnya, pendakwaan itu baguslah, itu tugaslah akan tetapi kenapa mesti peguam swasta? Tidak adakah DPP atau Timbalan Pendakwa Raya Kanan di Pejabat Peguam Negara atau Pejabat Pendakwa Raya yang layak untuk mendakwa kes ini?

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Sila.

Datin Mastura binti Mohd YazidUMNO · BNKuala Kangsar

Tuan Pengerusi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Gudang. Itu adalah satu sebab sekarang kita tahu di antara peguam-peguam kita telah mula mempersoalkan perkara ini, sebenarnya DPP kita- kita tidak yakin dengan keupayaan DPP kita yang ada di dalam sistem kita.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ya, saya berkongsi sentimen iaitu saya rasa simpati kepada rakan-rakan Timbalan Pendakwa Raya yang bertungkus-lumus ini, macam mereka tidak dihargai. Tidak kompeten kah mereka? Kalau tidak kompeten cakap tidak kompeten, perlu diperbaiki lagi taraf dan status.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Saya rasa daripada pengalaman peribadi saya, mereka mempunyai kompetensi, kelayakan. Mengapa diperlekehkan mereka itu? Mesti pendedahan, selama ini kita ada pegawai-pegawai yang telah terlatih di Putrajaya untuk mendakwa kes kecil ataupun besar.

Yang Berhormat Pasir Gudang, boleh?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Boleh. Sila, sila.

Yang Berhormat Pasir Gudang, kalau kita lihat kes yang melibatkan kapal Equanimity. Mula-mula peguam yang dilantik mengatakan pro bono, free, percuma. Akan tetapi, akhirnya mereka mengecas kerajaan dan akhirnya kerajaan terpaksa membayar kos guaman tersebut. Tidak lagi pro bono dan sebagainya dan kita tahu berapa jumlah yang akan dibayar kepada peguam-peguam swasta yang dilantik seperti Gopal Sri Ram dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Pasir Gudang bersetuju kalau semua peguam yang dilantik, peguam swasta yang dilantik refuse themselves ataupun menarik diri dan menyerahkan kepada pegawai-pegawai ataupun peguam-peguam di Jabatan Peguam Negara untuk mengendalikan kes-kes penting seperti yang 1MDB dan sebagainya.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bera itu, iaitu saya percaya kepada separation of power. Kita di Parlimen ini dalam bidang kita, manakala judiciary bidang kehakiman mereka menguruskan mereka. Ini teladan yang telah berlaku supaya kita elakkan lah yang akan-akan datang ini iaitu ada yang saya takut ialah conflict of interest. Bayangkan hari ini peguam swasta menolong kerajaan mendakwa, esok lusa dia balik semula jadi peguam swasta, dia pula menentang kes, kes itu berlawan kerajaan pula. Jadi ini macam cerita P. Ramlee, ‘Keluarga 69’... [Tepuk] Tuan Pengerusi, akhir sekali izinkan saya bawa...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Isu kawasan.

Layak jadi Menteri ni.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Isu kawasan saya Butiran 09910, Maksud Pembangunan 6, Jabatan Perdana Menteri berkaitan NADMA. Pertama, saya ingin merekodkan dan merakamkan rasa terima kasih dan tahniah, kecekapan NADMA dalam membantu kes pencemaran di Pasir Gudang. Saya sangat puas hati dan penduduk sangat teruja dengan usaha pihak NADMA dan pasukan-pasukan yang lain.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Hanya satu yang saya ingin bertanya iaitu ingin penjelasan daripada Menteri yang berkenaan, berapa ramai mangsa-mangsa pencemaran Sungai Kim Kim telah bagi ex gratia ataupun wang ihsan? Berapa ramai? Ada 6,000 yang terlibat dulu, saya hendak tahu berapa ramai dan berapa jumlah yang telah diberikan kalau telah diberikan. Saya hendak tahu setiap seorang itu berapa dapat. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Limbang, diikuti oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu, diikuti oleh Yang Berhormat Paya Besar, kemudian Yang Berhormat Jeli, kemudian Yang Berhormat Pendang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin hendak membangkitkan Butiran 010000 - Urusan Pilihan Raya. Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri tentang yang telah kita luluskan di Parlimen ini iaitu tentang 18 tahun. Bilakah ia akan dilaksanakan, di mana pengundi kita berumur 18 tahun? Jadi, pagi ini saya mendengar juga apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang iaitu tentang di sekolah ini. Bagaimana SPR hendak mengendalikan untuk memperkenalkan urusan hal pilihan raya, pemilihan calon dan sebagainya di sekolah- sekolah? Jadi saya kalau boleh saya mencadangkan ia perkara ini kita wujudkan subject matter tentang Pilihan Raya Negara, tentang sistem pilihan raya negara kita. Bukannya kita masuk ke sekolah, kita bawa ini sudah macam betul-betul pilihan raya punya crew machinery masuk ke sekolah. Saya rasa ini akan tidak sedikit sebanyak akan mengganggu sistem pendidikan kita, mengganggu anak-anak muda kita. Ini sebab, di kalangan cikgu pun memang sudah ada bersuara macam mana Yang Berhormat, anak murid kita ini Yang Berhormat dia kata, yang Tingkatan 6 lah, 18 tahun. Mereka seolah-olah hendak melahirkan budaya politik yang cemerlang lah untuk negara kita, a way forward. Bukannya nanti takut pula, betul juga dipengaruhi oleh mana-mana parti politik tidak kira lah sebelah mana. Seterusnya saya ingin hendak menyuarakan iaitu urusan 020100 - Majlis Keselamatan Negara. Saya ingin bertanya kepada Menteri, sejauh manakah negara kita pada masa ini tahap ancaman baik dari segi terrorisme, ancaman pengganas ini, lepas itu juga sebelum ini kita dengar taiko-taiko dadah. Taiko-taiko dadah ini seolah-olah bermaharajalela di negara kita ini. Orang Taiko dadah celebrate hari jadi dekat penthouse. Duit ditabur, itu yang kita dengar ya. Jadi kita hendak tengok, tanya kepada Menteri sejauh mana keselamatan negara kita termasuklah yang disebut oleh rakan saya di Sarawak tadi iaitu tentang Beting Ali. Ancaman daripada luar dan juga pengaruh-pengaruh daripada luar yang ingin hendak melihat regime change sana, regime change sini. Macam mana pengaruhnya dalam negara kita. Kita minta kalau boleh apalah salahnya, tidak kira which divide, kita minta Ahli-ahli Parlimen ini supaya diberi peluang, diberi taklimat dua bulan, tiga bulan sekali kah untuk tahu perkembangan. Tidak ada cerita-cerita, sekarang ini kita cerita fasal semuanya sulit. Sulit, sulit, sulit, Ahli Parlimen tidak tahu, tetapi orang luar tahu. Jadi kadang-kadang kita persoalkan juga cerita sulit. Akan tetapi, why not kita sebagai penggubal undang-undang negara supaya juga diberi taklimat tentang keselamatan dalam negara kita. Seterusnya, saya terus kepada 020400 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Jadi saya ingin bertanya kepada Menteri, dapat tak bantu supaya diperlengkap lagi aset-aset untuk APAM di Parlimen Limbang. Setakat ini mereka hanyalah menumpang di jabatan kuarters lama negeri. Jadi saya harap aset-aset dan juga facilities mereka diperbaiki.

Seterusnya saya pergi kepada 020500 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Sebelum 9 Mei, kita daripada NADMA ini juga membantu kalau rumah panjang hangus, banjir dan sebagainya. Apakah perkara ini akan diteruskan? Sebagai contoh, saya pada masa itu telah pun diluluskan Rumah Panjang Sateng dan sekarang Rumah Panjang Suring yang terbakar telah pun diluluskan oleh NADMA untuk memberi bantuan untuk kick- off pembinaan rumah panjang baru. Akan tetapi, pada 9 Mei ada perubahan. Maka, perkara ini telah pun di- tak timbul lah. Saya tanya sini, tanya sana pun sudah hilang ya. Jadi apakah- saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Masjid Tanah iaitu tentang insurans diadakan kepada di bawah NADMA ini apabila ada bencana alam dan sebagainya. Seterusnya, saya ingin kepada iaitu 040100 - Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Saya ucapkan terima kasih kepada JAKIM kerana masih lagi meneruskan pembayaran elaun kepada imam-imam di negeri Sarawak- Imam 1 dan Imam 2. Jadi saya memohon di sini, mungkin ada permohonan daripada negeri. Apalah salahnya ia dipanjangkan kepada bilal dan juga marbut masjid. Jadi, satu lagi ialah tentang perkara 050100 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Semua kita tahu, semua ada gajet tentang sekarang ini sentimen- sentimen dalam negara kita. Jadi saya berharap peruntukan yang ada ini dibelanjakan untuk memastikan perpaduan rakyat kita ini akan sentiasa bersatu padu walaupun apa ceritanya, pengikut mana, politik mana, parti mana dan sebagainya. Dengan izin, I can assure you kalau dalam negara kini, kita uprising sana, uprising sini, rasanya kita dalam Parlimen ini pun especially the front bench, the front bench you cannot sit peacefully juga. Kalau uprising sana, uprising sini dalam negara kita. Jadi saya juga minta supaya kerajaan memberikan peruntukan di tempat saya, di bawah untuk Jabatan Perpaduan ini saya lihat sekarang ini di kawasan saya kurang program di bawah Jabatan Perpaduan ini.

Saya selalu tanya juga tanya mana yang sudah lain, “Fulus lah Yang Berhormat” Jadi saya harap bukan hanya di Limbang di sana sini. Sebab sekarang ini memang panas walaupun kita we like it or not memang kita baca dalam mana-mana isu media dan sebagainya, sosial media semuanya keadaan is tense. Walaupun kita mungkin setengah pihak anggap tidak ada apa tetapi it is tense, tegang right now dan kalau dibiarkan kita tidak ambil measures apatah lagi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat tadi, kalau betul dalam pilihan raya kecil pun kita sudah bangkitkan huru-hara sini sebagai bahan kempen kita amat berbahaya. Jadi, ia nanti kita orang politik pula jadi penjana kepada huru-hara tersebut disebabkan kita ingin merebut kuasa kita. Jadi, seterusnya saya bawa kepada Butiran 93500 – Projek Khas. Saya ingin bertanya di bawah Jabatan Perdana Menteri ini iaitu tentang apa skop projek khas ini, bagaimana hendak memohon, kepada siapa diminta dan apakah ia juga diminta boleh semua sebelah sana dan sebelah sini kita hendak tahu projek khas ini. Saya rasa itu sahaja Tuan Pengerusi terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Limbang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kota Kinabalu, kemudian Yang Berhormat Paya Besar, kemudian Yang Berhormat Jeli dan kemudian Yang Berhormat Pendang.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin merujuk kepada maksud-maksud Bekalan 1, Parlimen di bawah tajuk Program Khusus dalam Perkara 020100 – Bertugas ke Luar Negara. Saya mendapati anggaran tahun 2019 adalah sejumlah RM2.25 juta, manakala anggaran untuk tahun depan telah pun ditingkatkan kepada sejumlah RM3.75 juta.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Di sini saya memang berpuas hati dengan peningkatan tersebut kerana ini seolah- olah setiap Ahli Parlimen juga ada peluang untuk bertugas ke luar negara. Cuma saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah program-program tugasan di luar negara yang telah pun dicadangkan memandangkan ia melibatkan kenaikan kos. Dalam muka surat yang sama juga di bawah Perkara 020200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya ingin bertanya juga apakah perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan kontrak kepada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Bagaimanakah kakitangan kontrak ini diambil dan soalan yang paling penting adakah kos-kos bagi reformasi Parlimen yang termasuk juga di dalam Butiran 020200 ini. Adakah bayaran pegawai-pegawai seperti penambahan sekretariat untuk Parliamentary Select Committee yang ditubuhkan baru-baru ini termasuk juga dalam perkara ini. Selain ini, saya juga ingin bertanya sama ada pegawai penyelidik bagi membantu Ahli Parlimen boleh diubah melalui perkara ini. Ini kerana terdapat banyak aduan kekurangan sokongan penyelidikan dari Parlimen. Saya percaya Parliamentary Reforms yang diperlukan adalah untuk memperkuat sokongan penyelidikan untuk Ahli Parlimen. Di Indonesia sebagai contoh, setiap MP mempunyai dua kakitangan, pembantu peribadi dan pembantu penyelidik yang dibayar oleh Parlimen. Di Taiwan, setiap MP berhak mendapat lapan hingga 14 kakitangan kerajaan yang dibayar untuk membantu penyelidikan dan kerja kawasan. Pada masa yang sama, saya juga ingin merujuk kepada perkara One-Off dalam Butiran 030100 – Pembaikan Bangunan. Di mana anggaran tahun 2019 adalah kosong yakni sifar tetapi diperuntukkan sejumlah RM1 juta pada tahun depan. Saya ingin bertanya apakah pembaikan pembangunan yang dicadangkan dan sama ada jumlah ini mencukupi. Selain ini, saya juga ingin merujuk kepada maksud Pembangunan 6, Jabatan Perdana Menteri, perkara Butiran 15000 – Pengubahsuaian dan Menaik Taraf Parlimen Malaysia. Di sini soalan, saya sama ada peruntukan ini cukup untuk menyiapkan sedia bangunan yang baharu ini dan bilakah pengubahsuaian dan menaik taraf bangunan Parlimen yang baharu boleh disiapkan dan bilakah kita boleh bersama-sama kita menggunakan bangunan yang baharu ini. Masih lagi untuk isu Parlimen, maksud Bekalan 7, Jabatan Perkhidmatan Awam pada Butiran 030300 – Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Saya ingin bertanya sama ada terdapat apa-apa lagi kursus yang akan diadakan bagi Ahli-ahli Parlimen ini seperti Continuing Professional Development (CPD) di mana Ahli-ahli Parlimen kalau boleh seharusnya dilengkapi dengan pengetahuan yang terkini agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk-penduduk di kawasan. Sekarang saya hendak merujuk kepada maksud Perkara 4, Suruhanjaya Pilihan Raya. Pada Butiran 010200 – Operasi dan 010300 – Strategik dan juga maksud Pembangunan 6, Jabatan Perdana Menteri, perkara Butiran 09900 – Pembangunan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Saya mendapati bahawa Butiran 010200 – Operasi diperuntukkan daripada sejumlah RM4.6 juta pada tahun 2019 telah dikurangkan kepada sejumlah RM3.8 juta pada tahun depan ini kekurangan sebanyak RM1 juta. Saya difahamkan bahawa operasi meliputi persempadanan semula dan strategik melibatkan merancang dan menggubal dasar baharu dan di sini saya ingin merakamkan kerisauan saya kerana peruntukan yang disediakan sudah dikurangkan saya khuatir tidak cukup untuk melaksanakan pelbagai electoral reform yang telah pun diluluskan seperti Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik dan juga apa yang dicadangkan seperti melaksanakan mixed-member proportional representation ataupun melakukan persempadanan semula terutamanya apabila peruntukan operasi dipotong hampir sebanyak RM1 juta. Jadi soalan saya, adakah peruntukan ini mencukupi dan apa yang akan dilakukan sekiranya ini tidak cukup. Selain itu, saya juga ingin bertanya sama ada terdapat apa-apa peruntukan untuk melakukan pembersihan senarai pengundi terutamanya di Sabah. Ini isu yang amat penting supaya hanya warganegara Malaysia sahaja yang boleh membuang undi pada pilihan raya.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada maksud Perkara 6, Jabatan Perdana Menteri di bawah topik Pengurusan di bawah Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Anggaran pada tahun 2020 sudah dinaikkan daripada tahun 2019 dan Butiran 010600 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP). Anggaran tahun 2020 juga dinaikkan daripada tahun 2019. Saya mendapati kenaikan ini lebih kurang peruntukan sudah dinaikkan setinggi sebanyak RM150 juta. Sering kali kita kata kekurangan bajet pembangunan atau bajet yang disalurkan oleh Persekutuan ke Sabah dan Sarawak. Saya minta kalau boleh untuk menyediakan list atau senarai untuk di mana projek-projek Persekutuan yang telah dilaksanakan di Sabah dan di bawah pemantauan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) dan adakah semua projek atau bajet yang diluluskan untuk penggunaan Sabah dan Sarawak telah digunakan tidak.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat Kinabalu tumpang boleh.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya. Boleh.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Semalam kita dimaklumkan dalam Dewan bahawa antara beberapa alasan mengapa Perkara 112, Schedule 10, Perkara 2(1) tidak dapat ditunaikan. Antaranya adalah kerana kemampuan Kerajaan Persekutuan dan juga dikaitkan semalam dimaklumkan bahawa ia harus dikira bersama peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan berhubung dengan kesihatan dan penyelidikan. Dikira sama dalam perundingan antara kerajaan negeri Sabah, Sarawak dengan Wilayah Persekutuan tentang Perkara 112D. Yang Berhormat, Menteri Undang-undang adalah berasal dari Sabah. Adakah Yang Berhormat ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang untuk bertanya sama ada Perkara 112D itu melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan bukan mengikut Perkara 2, dalam Schedule 10(1) bahawa 40 peratus daripada revenue yang dikutip daripada Sabah harus dikembalikan kepada negeri Sabah. Mengapa ada elemen perkara kesihatan dan pendidikan dikaitkan dalam Perkara 112D.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, Yang Berhormat Beluran untuk soalan yang daripada Yang Berhormat saya rasa adalah bagus kalau Jabatan Perdana Menteri melalui Menteri untuk memberikan satu penerangan macam mana pengiraan Perkara 112D ini supaya semua tidak kira kerajaan kah atau pembangkang kah semua orang setuju dengan formula yang telah dipersetujui mengikut Perlembagaan Persekutuan dan juga kita menuntut balik The Malaysia Agreement 1963.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 03600 untuk satu jumlah RM3 juta diperuntukkan pada tahun 2020 untuk membina dan menaik taraf pagar keselamatan. Saya ingin bertanya, di manakah jumlah ini digunakan? Adakah jumlah ini digunakan juga untuk sempadan Sabah dan Indonesia di Kalabakan? Saya minta ini penjelasan. Tuan Pengerusi, sekarang saya juga ingin membangkitkan isu peruntukan untuk masyarakat di mana Maksud Pembangunan 6, Jabatan Perdana Menteri dalam Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga yang melibatkan pemotongan peruntukan dari tahun 2019 kepada tahun 2020. Dalam Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan pula, juga dikurangkan dari RM86 juta pada tahun 2019 kepada hanya RM36 juta untuk tahun 2020. Di sini saya ingin memohon untuk pencerahan, mengapakah peruntukan ini dikurangkan daripada dua program yang penting ini? Adakah sebab peruntukan ini telah di- divert kepada butiran yang lain? Dalam Butiran 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan, saya mendapati terdapat peruntukan baharu sebanyak RM2.5 juta pada tahun depan dan tahun ini adalah sifar. Apakah yang akan dilakukan oleh Pusat Aktiviti Perpaduan ini? Sila memberikan penjelasan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Di sini untuk Maksud Bekalan 7, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk Butiran 030400 – Transformasi Sektor Awam, saya mendapati bahawa jumlah peruntukan ini telah pun disifarkan pada tahun 2020. Adakah pihak kerajaan- apakah justifikasi untuk menutup Transformasi Sektor Awam ini? Saya minta Menteri untuk memberikan penjelasan. Akhir sekali, saya ingin merujuk kepada Butiran 06100 – Development of Halal Industry. Peruntukan pada tahun 2019 adalah RM800 ribu dan telah ditingkatkan kepada RM3.8 juta pada tahun depan. Saya tidak ada bantahan terhadap ini. Cuma, saya hendak bertanya, berapakah yang bajet ini disalurkan kepada Labuan Halal Hub pada tahun depan? Beginilah. Sekian, terima kasih. [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar. Sila.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta di bawah peringkat jawatankuasa. Saya ingin menyentuh Butiran 010000 yang melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun? Adakah akan dilaksanakan secara automatik? Saya mengharapkan sangat supaya had umur 18 tahun dan pendaftaran secara automatik ini dilaksanakan serentak. Jangan kita hanya mahu melaksanakan had umur 18 tahun tetapi automatic registration voters ini kita laksanakan selepas dua tahun. Kalau dua tahun, maknanya kita mahu had umur mengundi 18 tahun juga dapat dilaksanakan serentak dengan pendaftaran secara automatik. Itu yang pertama. Kedua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan bagaimana pendaftaran- menggunakan alamat mana? Adakah alamat yang berada dalam cip kad pengenalan ataupun alamat terkini pengundi? Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang cukup umur yang belum mendaftar sebagai pengundi? Saya juga ingin mengambil kesempatan ini ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perkembangan terhadap salah laku pemimpin Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands dan Pilihan Raya Kecil Semenyih? Apakah perkembangan kes-kes seperti rasuah duit minyak, ugutan pengundi Orang Asli, penyalahgunaan aset-aset kerajaan, kes jenayah menghalang calon BN dan kes Timbalan Menteri Pakatan Harapan mencerobohi kenderaan-kenderaan peribadi calon BN untuk merampas telefon bimbit? Saya perlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana inilah kali kedua saya bangkitkan di peringkat jawatankuasa untuk Bajet 2019 dan Bajet 2020. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh berkaitan Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah Butiran 030200, Butiran 020300 dan Butiran 030100 yang melibatkan penjawat awam. CUEPACS baru-baru ini, Tuan Pengerusi, telah menyatakan satu data yang amat mencemaskan dan saya ingin tahu di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, apakah tindakan dan strategi untuk menghalang perkara ini terus dan terus berlaku? Ini kerana kita ada 1.67 juta penjawat awam dan kira-kira 25 ke 30 peratus yang mempunyai masalah tekanan dan trend ini tidak menunjukkan sebarang pengurangan. Maknanya, hampir 400 penjawat awam yang tertekan dengan kerja sehingga menyebabkan tekanan jiwa dan juga ada di antara mereka ini sudah mempunyai kad psikiatri. Saya minta penjelasan daripada pihak kementerian, bagaimana mengatasi masalah ini?

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkaitan aging nation dan bagaimana JPA mengambil tindakan supaya melihat perkara-perkara ini supaya penjawat-penjawat awam mempunyai kemahiran celik pengurusan kewangan selepas mereka pencen dan bersara? Saya juga ingin merujuk kepada Laporan Bank Negara Malaysia, Tuan Pengerusi, pada tahun 2018 di mana 1.26 juta daripada jumlah keseluruhan 1.67 juta penjawat awam dilaporkan mempunyai hutang ataupun pinjaman yang perlu dibayarkan. Tunggakan mereka yang dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2018 adalah RM236 bilion dan golongan penjawat awam ini dikatakan dalam laporan tersebut mempunyai lebihan wang daripada gaji mereka hanya 15 peratus, kira-kira RM360 hingga RM586 digunakan hanya inilah baki gaji pada setiap bulan. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah pihak kerajaan akan membuat penyelidikan dan pembangunan untuk mengkaji mekanisme terbaik untuk membantu penjawat awam dari segi mengurus hutang dan kewangan? Saya juga ingin menyentuh berkaitan Butiran 030000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan yang melibatkan Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia dan juga yang melibatkan Peguam Negara. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana pelaksanaan Rang Undang-undang Guaman Syarie yang dahulu kita nyatakan dalam Dewan yang mulia ini semasa perbahasan agar ada perbincangan di peringkat negeri- negeri supaya di peringat negeri-negeri juga menubuhkan rang undang-undang yang sama? Saya ingin tahu, apakah status terkini? Saya juga ingin merujuk kepada janji manifesto Pakatan Harapan, Janji 15. Bilakah Kerajaan Pakatan Harapan akan memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara daripada Pejabat Peguam Negara? Saya juga ingin meminta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang sebentar tadi, saya hendak tahu berapakah kos yang kita bayar kepada peguam swasta dalam mengendalikan kes 1MDB dan berapa banyak bayaran-bayaran yang telah kita bayar kepada mereka sepanjang kes ini sedang berlangsung? Saya juga ingin sentuh perkara yang melibatkan NADMA. Butiran 020500 – Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Apakah langkah kementerian atau agensi ini supaya mengadakan program-program bersama NGO, pelajar sekolah dan IPT mengenai literasi pendidikan menghadapi bencana? Bagaimana ada program stress management, panic management dan juga disaster management- Kerana apa? Saya yakin dan percaya kita mesti memahami bahawa anak muda khususnya mesti diberi pengetahuan awal tentang langkah-langkah awal supaya mereka juga dapat bersiap sedia untuk menjadi sukarelawan yang mampu untuk membantu bencana-bencana di kawasan tempat mereka. Saya juga, Tuan Pengerusi, ingin menyentuh berkaitan Parlimen Malaysia. Butiran 010200 – Pengurusan Dewan. Saya juga ingin mengharapkan sangat supaya dalam reformasi Parlimen ini juga, kita mesti memberi satu imej yang baik kepada masyarakat Malaysia khususnya anak muda. Apalah salah kiranya pihak kerajaan hari ini mewujudkan atau mewajibkan semua Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara menyanyikan lagu Negaraku setiap kali Dewan dimulakan sebagai satu simbol patriotik. Ini kerana apa yang kita bincangkan di Dewan yang mulia ini dilihat secara langsung di seluruh negara. Apabila pagi dimulakan dengan bacaan doa dan kemudiannya lagu Negaraku, saya kira inilah simbol untuk menunjukkan bahawasanya negara kita dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai semangat patriotik. Saya juga mengharapkan sangat supaya Parlimen Malaysia menaik taraf Klinik Parlimen supaya tragedi yang berlaku kepada Yang Berhormat Nibong Tebal diusung keluar hanya menggunakan wheelchair tidak lagi berulang. Sepatutnya mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi supaya kebajikan Ahli Parlimen juga diambil kira. Tuan Pengerusi, saya yakin apa yang kita bincangkan pada hari ini merupakan penghujung kepada Rancangan Malaysia Kesebelas dan permulaan kepada Rancangan Malaysia Kedua Belas. Saya ingin menyentuh kepada Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan, Butiran 83000 – Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan Butiran 92000 – Agensi Inovasi Malaysia.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya mengharapkan sangat di Dewan yang mulia ini, semasa Yang Berhormat Menteri menjawab nanti, saya mahu tahu apakah perancangan tuntas untuk mereka ini menyiapkan satu pelan untuk Rancangan Malaysia Ke-12. Kerana apa? Terutamanya dari segi MIGHT. Saya hendak tahu bagaimana keberkesanan kita peruntukan RM291 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Adakah mereka betul-betul mencapai objektif yang telah dinyatakan? Saya harap sangat juga supaya satu program literasi institusi diraja dapat diperkenalkan secara cepat. Kerana apa? Kita tahu Mei 2018 hingga April 2019 terdapat 867 laporan polis berkaitan menghina Raja-raja Melayu dan saya harap sangat di bawah Butiran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional harus mengambil peranan untuk memahamkan rakyat Malaysia supaya rakyat Malaysia memahami bahawasanya Raja-raja Melayu bukan hanya tertumpu kepada orang Melayu tetapi ia raja kepada rakyat Malaysia. Saya juga ingin menyentuh kepada pemodenan, pengurusan dan integriti...

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Setiawangsa.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak tahu adakah ukuran isu tersebut berdasarkan bilangan laporan polis atau bilangan pendakwaan yang dilakukan? Ini sebab laporan polis terbuka untuk sesiapa saja buat.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya kira apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Setiawangsa itu harus kita mengambil secara in big picture. Walaupun saya menyebutkan Butiran 80097, kalau Yang Berhormat Setiawangsa merasakan laporan polis ini hanya perkara yang dianggap biasa, dianggap tidak berat dan saya rasa inilah sebenarnya isyarat yang agak tidak jelas.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Saya tidak anggap tidak berat. Saya tanya tadi beza antara...

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya...

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Laporan polis dan pendakwaan. Ini sebab dua perkara yang berbeza.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Itu sebabnya saya beritahu, kalau kita hendak berasaskan kepada hanya laporan polis- itu sebabnya saya beritahu, saya mahukan supaya Dewan yang mulia ini, kita mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya ada satu literasi institusi diraja supaya rakyat kita memahami bahawasanya sistem demokrasi kita, Raja Berperlembagaan dan susur galur raja harus difahami. Ini supaya bukan saja rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu mengakui bahawa itulah raja mereka. Akan tetapi, kita mahu rakyat Malaysia yang 32 juta ini juga mempunyai raja.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, sila menggulung.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya- Tuan Pengerusi, saya hendak minta sikit. Saya hendak menyentuh kepada pemodenan, pengurusan dan integriti yang melibatkan MAMPU dan melibatkan GIACC. Saya melihat apa yang disasarkan oleh pihak kementerian agak mengecewakan kerana E-Government Development Index (Online Service Index) disasarkan kepada kedudukan ke-30, walhal pada tahun 2018, kita sasarkan kedudukan ke-27. National Anti-Corruption Plan (NACP), kita hanya sasarkan kepada kedudukan ke-20. Akan tetapi, saya ingin merujuk kepada Global Talent Competitiveness Index bahawasanya pada tahun 2013, kita berada di ranking ke-29. Akan tetapi, pada tahun 2019, kita berada...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya minta seminit. Saya hendak jelaskan isu ini. Saya hendak minta pandangan pihak kementerian supaya kita dapat improve pada tahun 2020 supaya ranking kita, kedudukan kita tidak jatuh dan terus jatuh di mana dunia. Kerana apa? Kecekapan government, ranking pada tahun 2019 ialah 37. Walhal pada tahun 2018, kedudukan ke-29. Kita jatuh 12 anak tangga dan political stability jatuh ke tangga 59, 11 anak tangga- jatuh kepada 48. Saya harap sangat, kita peruntukan banyak wang ringgit tetapi saya harap sangat laporan-laporan global ini juga harus dilihat oleh pihak Jabatan Perdana Menteri supaya Tuan Pengerusi, kita dilihat oleh dunia bahawasanya kita negara yang dipimpin oleh kerajaan yang begitu baik. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, petang ini ada 42 orang Ahli Yang Berhormat berminat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Oleh kerana saya bercadang pukul 5.30 petang untuk Yang Berhormat Menteri mulai menjawab. Ini kerana ada tiga orang Yang Berhormat Menteri di Jabatan menteri. Oleh sebab itu, sekarang saya jemput Yang Berhormat Jeli. Masa masih lagi 10 minit selepas itu, minta maaf, lima minit sahaja.

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Masa saya beritahu kat Tuan Pengerusi tadi, 10 minit.

Salam sejahtera....

Tuan Pengerusi bagi kelonggaran dekat untuk saya lebih sikit.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau, saya akan adil kepada semua. Yang Berhormat Arau akan diberikan peluang. Ya.

Ya, saya tahu tetapi...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila, Yang Berhormat Jeli.

Jangan sebut lima minit Tuan Pengerusi. Ini Bajet, Tuan Pengerusi ya.

Terima kasih Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Peringkat Jawatankuasa.

Bukan, sebagai bakal setiausaha agung, jaga dan berhati-hati ya.

Pertama, terima kasih Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila, Yang Berhormat.

Seperti mana Ahli Yang Berhormat yang lain, saya alu-alukan peruntukan tambahan kepada Parlimen Butiran 20000, daripada RM37.4 juta kepada RM42.9 juta. Saya anggap ini satu permulaan untuk memberikan sokongan kepada termasuklah select committee dan juga untuk memantapkan lagi peranan Ahli Parlimen. Cumanya, saya berharap ia akan menjadi satu permulaan. Maknanya tahun depan naik RM5 juta dan saya harap going forward, dengan izin, tahun-tahun seterusnya, kerajaan akan menimbangkan peruntukan lebih untuk memastikan kami Ahli Parlimen dapat memainkan peranan yang lebih mantap. Kedua, Tuan Pengerusi, Butiran 10000 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada boleh ataupun tidak pihak SPA secara telus untuk mendedahkan kepada umum bilangan penjawat awam yang akan diambil pada tahun depan keseluruhannya.

Saya tahu bahawa SPA mengeluarkan laporan tahunan tetapi saya bercakap ini tentang forward planning dan juga untuk dimaklumkan lebih awal kepada Ahli-ahli Parlimen. Tahun 2020, berapa penjawat awam dijangka akan diambil? Tahun 2021 berapa termasuklah bilangan yang akan pencen? Ini adalah penting untuk anak muda yang berminat untuk bekerja dengan kerajaan. Ini juga penting untuk pelajar-pelajar universiti yang sedang belajar supaya mereka tahu peluang-peluang dalam kerajaan. Jadi, saya cadangkan adakah SPA bercadang untuk mengumumkan kepada orang awam tentang bilangan yang diperlukan tahun 2020, tahun 2021 dan seterusnya. Setakat manakah bilangan ini untuk menggantikan yang berpencen dan mana jawatan baru? Ketiga, Tuan Pengerusi, Butiran 010600 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Soalan khusus kepada Kelantan. JPP sebelum ini Pengarahnya memainkan peranan untuk menyelaraskan beberapa kegiatan agensi pusat di Kelantan. Sekarang ini JPP seperti di- downgrade-kan, dengan izin, diturun tarafnya. Sama ada kerajaan bercadang untuk mengembalikan kalaupun tidak kesemua, sebahagian peranan JPP untuk memastikan hal- hal Kerajaan Persekutuan dapat diselaraskan dengan lebih berkesan, dengan lebih mantap di peringkat negeri Kelantan. Kelima, Tuan Pengerusi, Butiran 040100 – JAKIM. Saya ada dua persoalan. Pertama, bulan Jun tahun lepas, lebih 3,000 guru-guru Al-Quran yang mengajar Al-Quran di peringkat kampung telah ditamatkan kontrak mereka. Mereka ini memainkan peranan penting untuk memastikan bahawa orang kampung dapat mendalami Al-Quran dengan lebih berkesan lagi. Adakah kerajaan bercadang untuk mengembalikan jawatan ini? Ini berbeza dengan guru KAFA, ya. Saya sedia maklum, beberapa kali Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, KAFA ini di sekolah. Ini di kampung ya. Guru Quran kampung dipanggil penggerak masyarakat. Seramai 3,000 orang dan elaunnya cuma RM400 sebulan. Mereka memainkan peranan penting untuk memantapkan lagi bacaan Al-Quran di peringkat kampung. Kedua juga Butiran 040100 – JAKIM. Berkaitan Rahmatan lil alamin, Tuan Pengerusi. Saya hendak tahu bilangan pendakwah-pendakwah, petugas-petugas JAKIM di Kelantan yang ada kemahiran, yang telah dikhususkan untuk berdakwah, untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan di peringkat akar umbi. Pada kefahaman saya, pada suatu masa, bilangannya ada, tetapi sekarang ini saya difahamkan bilangannya telah dikurangkan. Jadi, saya inginkan kepastian, berapakah pendakwah yang telah ditempatkan di JAKIM negeri Kelantan untuk menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Yang Berhormat Menteri. Keenam Tuan Pengerusi, Butiran 050100 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ini berkaitan dengan ketegangan yang sering kali berlaku dalam negara kita termasuklah hal-hal berkaitan dengan agama, perlembagaan, raja-raja, bahasa dan juga pendidikan. Saya hendak tanya sama ada jabatan ini bercadang untuk menubuhkan platform baharu supaya isu-isu ini dapat dibahaskan dalam suasana yang rasional dengan objektif supaya dialog dipromosikan di kalangan anak muda dan pelajar-pelajar universiti. Pada pandangan saya, kadang-kadang isu-isu ini kalau tidak ditangani dengan baik mungkin boleh meletup. Jadi, sebelum meletup, adakah kerajaan atau jabatan ini bercadang memainkan peranan yang lebih aktif. Setakat manakah jabatan ini memainkan peranan untuk meredakan ketegangan ini dan sama ada jabatan ingin mewujudkan platform-platform baharu untuk membolehkan anak muda di universiti atau di sekolah-sekolah memahami isu-isu yang dihadapi oleh negara. Ini supaya kita dapat redakan ini dan kita dapat pastikan kita dapat mewujudkan sebuah negara yang hebat, makmur, aman dan bersatu-perpaduan, bangsa Malaysia yang sebenar-benarnya berlandaskan kepada Perlembagaan Malaysia. Jadi, itu pertanyaan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Seterusnya ketujuh, berkaitan dengan Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini adalah butiran- kalau tadi pengurusan, sekarang ialah pembangunan. Saya hendak tahu tentang apa jadi kepada pelan blueprint untuk memajukan masyarakat Orang Asli? Blueprint sudah pun dilancarkan.

Jadi, saya nak tahu sama ada setiap tahun kerajaan akan mendedahkan kepada orang ramai termasuklah laporan kepada Dewan ini. Apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk memajukan Orang Asli berlandaskan kepada keputusan yang telah dibuat dalam blueprint yang telah pun dilancarkan pada awal tahun ini. Khusus kepada kawasan saya, saya hendak tahu sama ada JAKOA bercadang untuk membeli kawasan tanah baru untuk memastikan 215 keluarga Orang Asli mempunyai satu masa depan lebih terjamin. Bila kawasan rayau mereka terancam dan semakin sempit kawasan rayau mereka, maka sebanyak 215 keluarga ini, 800 orang penduduk semakin tertekan dari segi mata pencarian. Apa yang diperlukan ialah mungkin ladang kelapa sawit, getah, ataupun tanaman- tanaman yang lain. Akan tetapi oleh kerana tanah tidak mencukupi, adakah di bawah pelan ini kerajaan bercadang untuk membeli tanah sebagai contoh di kawasan saya dan juga mungkin di kawasan-kawasan lain untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk penduduk Orang Asli. Tuan Pengerusi, akhir sekali INTAN – Butiran 030300. Kita hendak mewujudkan sebuah pentadbiran yang bertaraf global, pemimpin-pemimpin yang bertaraf antarabangsa. Jadi, saya hendak tahu setakat mana kita telah mengadakan modul ataupun program latihan untuk membolehkan pentadbir awam kita khususnya yang berada di peringkat teratas dalam leadership position. Memastikan mereka mampu untuk berunding bagi pihak negara, hal-hal antarabangsa, hal-hal berkaitan teknologi terkini, hal-hal berkaitan ekonomi gig dan lain-lain. Jadi, saya hendak tahu sama ada apakah perancangan INTAN dan kerajaan untuk menyiapkan pentadbir awam ini supaya kita dapat mewujudkan pentadbir awam yang benar- benar bertaraf global. Seterusnya, saya ingin tahu sama ada INTAN akan dijadikan sebagai institusi bertaraf regional dan global. Kita tahu bahawa beberapa kursus yang dianjurkan di INTAN tetapi kita tahu bahawa mungkin sesetengahnya tidak berapa tinggi tarafnya dari sudut global. Jadi, apakah perancangan untuk menjadikan INTAN sebagai satu pusat latihan pentadbiran awam yang unggul di peringkat serantau, bahkan bukan sahaja untuk Malaysia untuk melahirkan pentadbir awam yang terbaik untuk negara kita tetapi untuk menjadi pusat serantau di mana negara-negara asing lebih ramai daripada pemimpin-pemimpin pentadbiran awam yang tertinggi dapat dilatih di dalam negara kita. Itulah Tuan Pengerusi, saya ucap terima kasih diberi sedikit ruang untuk menyampaikan bertanya soalan dan saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang akan memberi penjelasan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Jeli kerana menepati masa. Seperti yang dijanjikan saya sekarang jemput wakil harum manis Yang Berhormat Arau.

Okey, okey.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Janji ditepati.

Ya terima kasih kepada...

Tuan Pengerusi, tadi sebut selepas Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Pendang kot.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Itu bukan disebut oleh saya bagilah wakil harum manis tetapi selepas itu nanti Yang Berhormat Bukit Bendera, selepas itu Yang Berhormat Pendang.

Okey. Kalau Yang Berhormat Pendang hendak pergi dulu pun tak apa no problem ya. Okey, terima kasih Tuan Pengerusi, bakal Setiausaha Agong DAP di masa akan datang. Yang pertama sekali ialah Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara yang dibaca sekali dengan B.12 Butiran 180100 – Kumpulan Wang Amanah Projek Pelantar Benua Malaysia.

Hal ini walaupun di bawah Kementerian Kewangan tetapi dia sewajarnya dimasukkan di bawah Majlis Keselamatan Negara. Wang yang dibagi Tuan Pengerusi ialah RM1 juta. Tidak pernah berlaku logik dalam sejarah dunia ini menguruskan Pelantar Benua, dia sebut itu dana Projek Pelantar Benua. Jadi, bagaimana kita hendak uruskan Pelantar Benua ataupun continental shelf di mana semua telaga-telaga minyak berada di sana. Saya hendak bagi penekanan di sini iaitu kerajaan seharusnya memberi perhatian kepada Beting Patinggi Ali iaitu di kawasan Pelantar Benua. Beting Patinggi Ali diletak dalam kawasan Sarawak 82 batu nautika daripada Pantai Sarawak tetapi di sana ada Coast Guard China yang Menteri Pertahanan, dia kalau sekiranya nelayan kita pergi sana, nelayan kita disuruh balik. Dia tak halang, dia suruh balik. Jadi, kalau dia suruh balik apa makna, makna kata kawasan ini bukan kita punya. Padahal kita ada peruntukan untuk Pelantar Benua. Jadi, saya cadangkan Pelantar Benua ini sekarang diberikan RM1 juta, diberikan RM100 juta untuk membolehkan mereka bangunkan Beting Patinggi Ali sebagai kawasan pelancongan ataupun sama seperti yang dibuat kepada Terumbu Layang-layang. Jadi, Yang Berhormat Langkawi maklum bahawa dia adalah membina Terumbu Layang-Layang. Inilah masanya untuk tunjuk kehebatan bukan dengan terlibat soal remeh temeh yang berlaku dalam negara tetapi bagi perhatian kepada kedaulatan negara. Bina Terumbu Layang-Layang di bawah Pelantar Benua. Saya juga hendak menyentuh tentang pagar sempadan. Pagar sempadan ini walaupun ada kawan dari Sabah, Sarawak menyebut tetapi pagar sempadan ini hanyalah untuk daripada Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, itu ialah kawasannya. Kawasan pagar yang dibina sekarang ini hanya di Perlis tetapi masih beberapa tempat agak terbuka. Jadi, kalau Yang Berhormat, saya sebut sekali lagi di Parlimen ini, kalau kita tidak pernah pergi China melihat Tembok Besar negeri China, tuan-tuan boleh pergi ke Perlis dan melihat tembok sempadan iaitu tembok besar yang kedua dalam dunia ini. Jadi, boleh tengok dan kita minta supaya tembok besar ini dibina di sepanjang Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu. Ini telah diluluskan dalam kerajaan yang lepas tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku sekarang. Kemudian, yang keduanya ialah berhubung dengan Butiran 020300 – Bahagian Penyelidikan.

Yang Berhormat Arau, minta sikit Yang Berhormat Arau. Mencelah sikit, Baling.

Seminit sahaja, seminit.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Nanti masa tidak cukup jangan mengadu ya.

Adakah Yang Berhormat Arau setuju dengan Baling bahawa dalam pengurusan emolumen iaitu pengurusan Jabatan Perdana Menteri ada RM4.48 juta di bawah B.6. Ini adalah termasuk untuk bayar gaji Menteri, Timbalan Menteri dan sebagainya. Ini sudah jadi sejarah Parlimen kita ini. Satu sejarah yang luar biasa bila hari ini tadi Tuan Pengerusi sebut tiga Menteri sahaja akan bahas sekejap lagi. Akan tetapi tiga-tiga Menteri itu daripada pagi, petang tidak ada langsung dalam Dewan. Apakah kita hendak minta kepada Dewan yang mulia ini selepas ini mana-mana Menteri yang harus bahas tunggu hari ini satu hari sahaja, petang sudah habis hendak bahas. Bukan tiga, empat hari macam Kementerian Kewangan. Jadi, apakah Yang Berhormat setuju?

Setuju, setuju masuk sebagai ucapan saya.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Baling, nanti Yang Berhormat Arau. Wakil Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Kuantan ada, yang dua orang lagi sedang dalam kamar mengikuti siaran langsung.

Bila Tuan Pengerusi tegur jam berhenti.

Akan tetapi Timbalan Menteri tak jawab?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Oleh itu jangan kita buat tuduhan. Ada, mereka di kamar sendiri sedang mengikuti perbahasan Yang Berhormat. Yang Berhormat sebagai mantan Menteri faham. Dulu pun macam ini.

Tolong hentikan jam sebab Tuan Pengerusi tegur itu.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sila, enam minit lagi.

Okey, Butiran 020300 – Bahagian Penyelidikan, Yang Berhormat. Jadi, penyelidikan ini kononnya macam spy-lah, spy Kerajaan Malaysia. Akan tetapi dengan peruntukan yang begini Yang Berhormat kalau dalam cerita apa yang berlaku di Timur Tengah, hendak pergi perang dekat satu kampung pun tak boleh RM62 juta. Kita kena kuatkan bahagian penyelidikan ini dan bahagian penyelidikan ini mampu untuk menyelaraskan penyelidikan yang dibuat oleh polis, tentera dan juga pihak- pihak lain. Dia kena selaras, itu sebab ia diperkenalkan Akta MKN. Perkara ini disebut iaitu penyelarasan penyelidikan. Oleh sebab sekarang ini penyelidikan yang dibuat oleh polis, oleh tentera, berlainan dan penyelidikan yang dibuat oleh bahagian penyelidikan berlainan. Satukan mereka. Jadi, hendak masuk di bawah kementerian mana tidak ada masalah tetapi biarlah bahagian penyelidikan, spy kita ini ada sikit kehebatannya. Kalau tidak kita nampak macam selekeh, mereka hendak menyelidik, menyelidik apa? Sekarang ini kita hendak kena hantar lebih banyak penyelidik-penyelidik kita, spy kita ke luar negara untuk hendak pastikan supaya apa yang berlaku sekarang ini tidak boleh berlaku sehingga memalukan. Kita tidak hendaklah sampai selepas ini Ketua Polis kata muka Jho Low telah ditukar dengan panda dan sebagainya. Padahal, bahagian penyelidikan kita boleh mengetahui perkara ini. Kemudian, yang berikutnya ialah Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Tuan Pengerusi pun pernah dilantik menjadi Kolonel Kehormat APM. Saya hendak tanya bagaimana kedudukan Kolonel Kehormat sekarang? Baju itu sudah ada, semua orang dapat baju dan ada pangkat. Jadi bila berlaku bencana dan sebagainya apakah kehadiran mereka itu akan diambil kira. Dulu saya ada jawab di Parlimen bahawa semua sekali Kolonel Kehormat ini boleh hadir di mana-mana pusat pengurusan bencana untuk memberi bantuan dalam apa bentuk sekali pun. Kita hendak minta supaya oleh sebab sekretariat bencana ini ialah APM, tetapi APM ini menjadi pasukan paling lekeh di mana mereka sekarang ini oleh sebab kekurangan peruntukan dibenarkan bekerja empat jam sahaja satu hari. Saya hendak syorkan supaya mereka ini dibenarkan bertugas 20 jam sebulan untuk membolehkan mereka dapat seribu lebih pendapatan.

Saya ingat tidak wajar untuk kita melantik mereka menjadi sekretariat kepada pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah, tiba-tiba mereka berada di dalam keadaan selekeh. Jangan memperlekehkan orang sedemikian rupa. Menteri Pertahanan ada di sini, jadi saya minta tolong – Menteri Pertanian semalam berucap apa tentang Tanjong Piai, tidak tahu, nanti kita akan bincang di sini ya. Kemudian, berikutnya ialah Butiran 09910 – NADMA. Jadi, kita minta supaya NADMA lulus membina aset yang mencukupi untuk pengurusan bencana. Saya setuju dengan Yang Berhormat Paya Besar tadi, supaya aset bencana ini jangan kita hendak beli semasa bencana berlaku, banyak kali sudah- termasuk pada zaman saya, kita beli semasa bencana. Jadi, selepas bencana kita menghadapi masalah. Sekarang kita beli mengikut keperluan bencana yang akan dihadapi. Walaupun aset mereka sekarang ini mencukupi, tetapi saya ingat perancangan yang perlu diambil kira ialah supaya aset ini dibeli lebih awal. NADMA ini ia merupakan pengurusan bencana negara. Akan tetapi, di peringkat negeri ialah APM dan juga peringkat daerah. NADMA tidak ada pegawai peringkat negeri. Saya cadangkan supaya pegawai NADMA ada di peringkat negeri.

Kemudian, yang berikutnya, ini penting, Tuan Pengerusi kena berikan masa kepada saya dengan hebatnya sebab saya takut saya tersalah cakap. Pertama, sekali ialah Parlimen B.01000 – Urusan Parlimen. Saya minta dibacakan sekali dengan T.01000 – Mahkamah Persekutuan. Tuan Pengerusi, sekarang ini peguam-peguam beritahu- peguam-peguam di sebelah DAP tidak beritahu. Kenapa mereka tidak timbulkan hal ini? Bar Council tidak timbulkan iaitu berhubung dengan kes Mahkamah Rayuan, Tuan Pengerusi. Mungkin Mahkamah Rayuan sebelum dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk kes-kes sivil, dia kena dapatkan kebenaran. Jadi, lawyers ini beritahu bahawa kebenaran ataupun kelulusan ini menghalang keadilan. Kalau sekiranya hakim tidak luluskan, tidak benarkan, tiga hakim ini tidak benarkan, maka, tidak dapat dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Jadi kita minta supaya kes begini untuk Mahkamah Persekutuan tidak perlukan kebenaran sebaliknya kita boleh rujuk terus kepada Mahkamah Persekutuan.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Itu leave to appeal, memang dalam Kanun Tatacara Sivil.

Ya, tapi ini peguam beritahu saya. Bahawa dia...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya lah, ia bermaksud hanya kes yang berasas sahaja yang boleh diberikan kebenaran untuk merayu.

Perkataan ‘berasas’ itu ialah undang- undang lapuk Tuan Pengerusi. Jadi kita kena bagi secara automatik supaya kes-kes dalam Mahkamah Rayuan dibenarkan terus untuk dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau bukan peguam, kita tidak boleh salahkan dia.

Tentang kes-kes khas ini Tuan Pengerusi, kita minta supaya perkataan ‘khas’ jangan diwujudkan lagi bagi peluang kepada peguam-peguam yang baru mahu hendak muncul ini untuk merujukkan kes-kes ini ke Mahkamah Persekutuan, tidak dengan melalui kebenaran, tetapi sebenarnya dibuat secara automatik. Kedua Tuan Pengerusi, perkara urusan Parlimen juga iaitu B.010000 – dibacakan sekali dengan T1 dan T2. Ini dibacakan sekali ya sebab apa, Parlimen ini- Tuan Pengerusi tahu apa dia Misi Parlimen? Saya rasa Tuan Pengerusi tidak tahu, Misi Parlimen apa dia. Jadi, saya tolong baca.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masa sudah habis sudah. Sila menggulung.

Misi Parlimen ialah komited untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan amanah kepada pemegang taruh, memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan serta mengguna pakai amalan terbaik berdasarkan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau saya tahu Misi Parlimen itu penting tetapi. masa sudah tamat.

Okey, saya tahu. Jadi, Tuan Pengerusi, dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 71(4) yang menyebut dengan terang di sini bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh- Perlembagaan Negeri tidak boleh melebihi Perlembagaan Persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 43(2) iaitu Pelantikan Perdana Menteri hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat sokongan majoriti, lebih kurang macam itu ya, lebih kurang macam itu. Akan tetapi, yang di negeri, terdapat ada sedikit berlebihan daripada Perlembagaan Persekutuan. Maka, tugas Parlimen seperti yang disebutkan tadi ialah untuk membetulkan Perlembagaan Negeri. Tuan Pengerusi, kalau kita tidak buat sekarang, kita akan timbul masalah. Sebab apa? Orang akan menuduh Raja-Raja yang bermacam-macam. Tidak wajar kita berbuat demikian.

Kita hendak Raja bebas daripada sangkaan buruk, buruk sangka dan sebagainya. Akan tetapi, sebaliknya, Raja ditentukan bahawa hak negeri itu ialah sama seperti hak Persekutuan kecuali yang melibatkan bangsa dan juga agama. Ada negeri yang menetapkan bahawa bangsa Melayu, ada yang menetapkan agama Islam. Akan tetapi, untuk kes pelantikan, ia tidak boleh melebihi Perlembagaan Persekutuan. Jadi, saya cadangkan supaya perkara ini diperbetulkan oleh Parlimen. Saya sudah tanya banyak kali, tetapi Menteri nampaknya macam kurang berani sikit untuk menjawab. Dia jawab, biar kita buat secara terbuka. Zaman sekarang zaman telus, terbuka jadi jangan kita sembunyikan. Akhir sekali, Tuan Pengerusi. Kedua terakhir ya, iaitu Butiran 040100 – JAKIM.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau kena adil kepada anggota Dewan yang lain.

Tadi, Tuan Pengerusi bagi saya masa lebih sikit. ‘Rahmatan Lil Alamin’, sekali lagi saya hendak beritahu, saya tidak tahu mungkin Timbalan Menteri boleh jawablah tiada masalah sebab dia pandai. Akan tetapi, saya hendak beritahu Tuan Pengerusi, Menteri ini Menteri agama Islam. Bukan Menteri pelbagai agama. Menteri yang lain itu diuruskan oleh Menteri Perpaduan. Jadi dia kena perbetulkan ini perkataan ‘Rahmatan Lil Alamin’ ini. Jangan apabila orang sentuh tentang agama Islam, dia hendak mendiamkan diri. Dia mendiamkan diri. Banyak kes-kes yang melibatkan agama, dia mendiamkan diri. Akan tetapi, kalau kes-kes yang melibatkan orang lain, dia setapak pergi ke hadapan. Jadi, saya hendak beritahu pada Yang Berhormat Menteri, lihat apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW, Baginda menghadapi Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, Baginda ialah ‘Rahmatan Lil Alamin’. Mereka terpaksa menghadapi peperangan ini kerana dia diganggu, agama Islam diganggu. Jadi, saya minta supaya Menteri perhatikan. Kemudian, sebagai agama Islam sunnah wal jamaah...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Tidak ada- tidak ada ‘kemudian’ lagi Yang Berhormat Arau.

Saya minta supaya Pejabat Mufti diperkuatkan.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau sila berikan kerjasama.

Saya juga akhir sekali Tuan Pengerusi, seperti yang kawan-kawan lain...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Banyak kali ‘akhir sekali’?

Akhir sekali, confirm. Confirm, tidak berubah.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Okey, cepat.

Sebab Tuan Pengerusi bagi saya 20 minit tadi. Tidak apa, saya tiada...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masa 10 minit sahaja.

Ya, dia cakap...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Menggulung, menggulung. Sila, sila. Kita kena adil kepada seluruh anggota Dewan.

Ya, saya minta- saya tidak mahu Parlimen ini dijadikan tempat yang kononnya tempat haru biru dan sebagainya.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Akhir sekali? Sila menggulung.

Kita mahu jadikan Parlimen ini Parlimen yang mulia, yang terhormat- orang yang berucap, orang yang mulia.

Jadi saya minta supaya...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Orang yang mulia akan bekerjasama menepati masa.

Tuan Pengerusi hendak saya argue kes 10 minit?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Tidak, sila menggulung. Akhir, akhir.

Bukan, yang akhirnya Raja-raja mesti dihormati. Saya minta supaya kalau mana-mana pihak yang sudah terlanjur, kita perbetulkan. Akan tetapi, Menteri Perpaduan saya tidak tahu Menteri Perpaduan ini apa kerjanya. Dia hanya memberikan perhatian kepada peruntukan sebanyak RM100 juta untuk orang India. Bagaimana perpaduan untuk semua? Dia kena berikan perhatian benda itu. Tuan Pengerusi, saya mahu beritahu bahawa dalam sejarah Parlimen- saya pernah menjadi Menteri Parlimen Tuan Pengerusi, tidak pernah bajet kita bagi lima minit. Tidak pernah, never, nahi, never. Bajet...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau.

Kita kena bagi ruang yang luas untuk mereka berucap dan menyampaikan nasihat mereka. Kalau tidak cukup 5.30 petang, Tuan Pengerusi beritahu 8.30 malam, no problem. Sebab Ahli Parlimen ini didengar oleh rakyat. Rakyat mahu dengar apa Ahli Parlimen mereka mahu bercakap, tetapi kalau bagi lima minit...

Kalau lama sangat kami tak dapat langsung.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Cukuplah Yang Berhormat Arau.

Tahun lepas lima minit, tidak ada saingan.

Ini Tuan Pengerusi saya minta- kecuali Yang Berhormat Kangar...

Zaman kita sampai pukul tiga pagi pun boleh kita duduk tidak ada masalah.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ini untuk pengurusan masa.

Saya ucapkan terima kasih...

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Kesian dekat pegawai lah.

Jangan lupa di samping...

Masa itu di sebelah sana yang minta sampai pukul tiga pagi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling sila duduk.

Saya ucapkan terima kasih...

Itu Yang Berhormat Sepang itu dia minta sampai pukul tiga pagi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Baling...

Ya, saya ucapkan terima kasih Tuan Pengerusi, di samping kita berbincang tentang bajet dan sebagainya, jangan lupa untuk membantu Orang Asli.

Jadi Menteri ini muka baik.

Sebab Orang Asli mereka sebagai...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau saya rasa- jangan berulang lagi. Masa yang memadai telah pun diberikan.

Mereka sebagai rakyat dan mereka harus diberikan perhatian oleh kerajaan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Arau bakal Presiden UMNO.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bendera. Ya, Yang Berhormat Bukit Bendera, minta maaf masa lima minit sahaja.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Selepas itu Yang Berhormat Pendang.

Tuan Pengerusi, bagi tujuh minitlah. Tuan Pengerusi bagi tujuh minit.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat Arau jika tidak bazirkan masa Yang Berhormat Bukit Bendera boleh dapatkan lebih masa. Sila.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah menyalurkan tabung bencana sebanyak RM17 juta semasa taufan lekima yang berlaku pada beberapa bulan lalu di mana mangsa-mangsa taufan ini di Pulau Pinang mendapat sebanyak RM2 juta. Saya ingin mengetahui sama ada tabung ini ataupun Tabung Bencana Taufan Lekima ini sama ada pembayaran kepada mangsa-mangsa telah selesai dan lengkap dijalankan? Seperti yang kita tahu bahawa apabila berlaku bencana, kita lihat bahawa terdapat peningkatan dari segi jumlah peruntukan daripada RM15 juta untuk NADMA, meningkat kepada RM20 juta.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Saya ingin mengetahui sama ada pelaburan ini ke atas aset emolumen dan juga perkhidmatan bekalan, bagaimana kita dapat meningkatkan lagi tenaga ataupun keaktifan Agensi Pengurusan Bencana Negara. Seperti kita tahu, bencana berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi juga di peringkat ASEAN. Saya ingin mengetahui bagaimana NADMA apabila dijadikan satu nasional agensi untuk pengurusan bencana, bagaimana NADMA boleh bekerjasama di peringkat ASEAN di mana ada satu agensi dipanggil ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) kerana Malaysia telah menandatangani satu perjanjian bersama pada tahun 2011 di mana kerjasama peringkat rantau ASEAN ini diperlukan apabila berlakunya bencana di Filipina atau di Indonesia. Bagaimana NADMA akan digerakkan melalui AHA Centre sama ada peruntukan yang kita bakal luluskan hari ini sama ada mencukupi untuk NADMA bergerak bersama dengan AHA Centre untuk membantu bencana- bencana yang berlaku di peringkat ASEAN. Selain itu, Butiran 050100 di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN). Saya ingin membangkitkan isu rukun tetangga. Saya meminta supaya rukun tetangga ini dapat dirombak semula kerana banyak aduan diterima bahawa rukun-rukun tetangga tidak dapat memainkan peranan yang sepatutnya.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Selain rukun tetangga, saya ingin juga menanyakan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan status Jawatankuasa Promotion of Inter-Religious Understanding and Harmony sama ada jawatankuasa ini dapat memainkan peranan yang aktif untuk menjadi satu payung kepada persatuan-persatuan agama daripada Buddhist, Christianity, Hinduism, Sikhism dan juga Taoism kerana di bawah jawatankuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri ini, jawatankuasa di bawah Perpaduan ini sebenarnya perlu memainkan peranan yang aktif untuk berinteraksi dan juga menjadi satu payung kepada jawatankuasa-jawatankuasa keagamaan di negara ini. Saya juga sering kali mendengar aduan. Baru-baru ini daripada Little Sister of the Poor daripada Pulau Pinang bahawa mereka menghadapi masalah apabila biarawati (nuns) yang memohon masuk ke negara kita untuk menjadi penjaga di Little Sister of the Poor, satu rumah orang tua yang menjaga orang tua secara melalui kebajikan. Akan tetapi, permit-permit biarawati ini menghadapi masalah di kementerian- kementerian sama ada JPN ataupun Kementerian Dalam Negeri. Saya meminta perkara- perkara seperti ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, jawatankuasa yang menjaga terhadap agama-agama selain daripada agama Islam ini perlu memainkan peranan yang aktif, perlu memainkan peranan yang proaktif supaya hak-hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan ini dapat dijaga dengan baik. Selain itu saya juga ingin membangkitkan Butiran 060200 – Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). Saya ingin menanyakan sama ada rang undang- undang yang baru kita luluskan National Anti-Financial Crime Centre (NAFCC) ini sama ada NAFCC Bil ini yang diluluskan sama ada akan diperuntukkan di bawah Bajet 2020 ini. Itu sahaja pertanyaan saya, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera kerana menepati masa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pendang, selepas itu Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Segamat dan Yang Berhormat Bera. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Malangnya nasib kami daripada 10 turun ke lima minit. Akan tetapi, walau bagaimanapun tidak apa. Saya hendak terus kepada perancangan kita.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terus kepada butiran.

Butiran 010200 – Operasi di bawah SPR. Kita tengok pengurusan maklumat sekarang begitu penyalahgunaan oleh Menteri- menteri seperti menggunakan kenderaan-kenderaan, projek-projek yang diumumkan. Contohnya, di PRK Tanjong Piai. Diumumkan sejumlah RM14.7 juta dalam masa PRK ini sedangkan kita ada 222 kawasan Parlimen. Sepatutnya kena umum sejumlah RM14.7 juta ini di seluruh kawasan Parlimen. Apakah ini satu lagi reformasi yang hari itu dibisingkan, diungkit oleh bekas-bekas Ahli Parlimen dahulu yang menjadi kerajaan sekarang termasuk daripada Yang Berhormat Kota Raja dan juga daripada Yang Berhormat Pulai pernah membangkitkan isu-isu penyalahgunaan kuasa ketika PRK ini. Akan tetapi, hari ini dilaksanakan juga. Itu belum lagi ditambah dengan pengumuman oleh Menteri-Menteri, yang ini kita minta SPR supaya mengambil tindakan. Kita takut juga sekarang ini ramai rakyat mendoakan Ahli Parlimen mati cepat sebab boleh dapat peruntukan segera dapat terutamanya blok kerajaan. Jadi, kita tak mahulah rakyat mendoakan kematian wakil-wakil rakyat kerana peruntukan segera ini. Jadi minta SPR ambil tindakan segera supaya tidak berlaku. Umum 222 Parlimen ketika PRK Tanjong Piai ini pun tak ada masalah, kami setuju. Itu yang pertama.

Kedua, kita tengok berkenaan dengan, sebab masa terlalu pendek. Bajet untuk kod Butiran 020600 iaitu Perundangan dan Pendakwaan di bawah SPRM. Kita tengok Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan sudah membuka enam kertas siasatan berkaitan Projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang. Saya tidak menuduh, kita minta siasatan. Kalau tidak salah, tidak salahlah, kita pegang seperti mana prinsip Yang Berhormat Pasir Gudang tadi. Bila tidak dibuktikan bersalah, tidak bersalah tetapi kita bercakap sahaja, kita bangkitkan isu, dikatakan buat tuduhan seperti mana Yang Berhormat Jelutong selalu sebut, rasuahlah, apa dan sebagainya perompak tetapi tuduhan tidak dibuktikan lagi. Ini yang kita tak nak. Jadi, kita minta kertas siasatan oleh SPRM telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi dibuka pada Januari 2018. Sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya. Tiga kertas siasatan sudah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian timbalan pendakwa raya. Selebihnya masih dalam siasatan SPRM. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, sebelum ini pengendali box blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dalam siri artikel yang dikata berdasarkan kertas siasatan SPRM mendakwa Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya terpaksa sebut nama quote balik yang SPRM ini iaitu “Menteri Kewangan dan empat Exco Kerajaan Pulau Pinang terbabit rasuah berhubung projek bernilai RM6.3 bilion ini”.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat.

Ini kita tidak menuduh tetapi kita minta siasatan. Oleh sebab itu peruntukan kita minta tambah. Jadi, kita nak membersihkan nama Yang Berhormat Menteri Kewangan dan empat orang Exco ini yang dituduh. Di Malaysia ini dibina persepsi fitnah yang sangat cepat sehingga fitnah ini menjadi betul. Itu yang saya kata kita tarik baliklah fitnah yang benar ini. Jadi berkenaan dengan ini, seterusnya kita tengok Yang Berhormat Menteri Kewangan yang juga bekas Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang ini bagaimanapun menegaskan dakwaan itu adalah satu penipuan dan mengarut kerana Projek Terowong Dasar Laut berkenaan dibuat menerusi proses tender terbuka, sekali gus tidak memungkinkan wujud unsur rasuah dalam pelaksanaannya. Jadi, inilah yang kita minta supaya siasatan. SPRM, kita minta terus siasat membersihkan nama-nama mereka yang dituduh ini di atas fitnah. Last, satu lagi kita tengok akademi SPRM ini patut dipertingkatkan lagi dalam kod Butiran 01200 yang mana kita tengok hari ini bekas Ketua Pengerusi SPRM telah menyebut aset-aset 1MDB telah dikenal pasti sebanyak RM18.9 bilion jumlahnya yang belum dikenal pasti tetapi aset-aset tidak tahu. Sepatutnya kena pasti aset dulu, baru buat penilaian. Ini tidak, menyebut jumlah telah dikenal pasti sebanyak RM18.9 bilion, satu jumlah yang besar yang terdapat daripada lima negara. Jadi, tidak kenal pasti aset tiba-tiba sebut jumlah. Ini yang menimbulkan persepsi. Jadi kita minta akademi ini dipertingkatkan supaya mereka mahir bagaimana untuk membuat auditing dalam sesuatu penilaian harta dan telah dikenal pasti memang itu telah berlaku. Jadi, saya minta tindakan-tindakan diambil. Satu lagi, Parlimen pernah berjanji- last, sedikit saja. Berjanji untuk hari bersidang dinaikkan kepada 100 hari bersidang dalam kod “20000”. Akan tetapi, hari ini kita tengok daripada 10 minit, turun lima minit, turun tiga minit hingga dua minit tetapi Parlimen berjanji 100 hari. Sepatutnya kita beri kelonggaran, kebebasan untuk bercakap membina negara kita, undang-undang ini untuk 32 juta rakyat hanya ada 222 orang Ahli Parlimen sahaja.

Saya minta pihak Tuan Pengerusi tolong angkatkan perkara ini supaya kita dapat peruntukan lebih bagi mendapat persidangan bagi mendapat undang-undang yang lebih jelas bagi manfaat rakyat. Sekian.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Untuk makluman Yang Berhormat Pendang, takwim Parlimen sudah keluar. Tahun hadapan hari bersidang akan bertambah daripada 68 hari menjadi 77 hari. Jangan nanti mengadu lambat balik basuh baju waktu malam ya.

Ya, tidak apa.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ledang. Sila.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya rasa kalau semua orang hormati masa kita mempunyai banyak ruang untuk bercakap. Butiran projek 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan. Pusat Aktiviti Perpaduan ini tidak pernah diberikan peruntukan sebelum ini, saya ingin bertanya apakah bentuk program dan aktiviti yang akan dilaksanakan pusat ini kelak. Bagaimana ia beroperasi, siapa yang terlibat dalam Pusat Aktiviti Perpaduan ini dan yang paling penting adakah pusat ini akan berjaya melaksanakan dasar untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kedua, Tuan Pengerusi. Butiran projek 71000 – berkaitan dengan Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Maksud butiran ini menunjukkan bahawa anggaran peruntukan pembangunan meningkat bagi Belanjawan 2020 sebanyak RM50 juta. Akan tetapi program-program ini tidak dijelaskan dengan terperinci. Sehubungan itu, saya mohon kerajaan menyatakan apakah Program Pembasmian Kemiskinan yang telah dilaksanakan sebelum ini dan akan dilaksanakan serta keberkesanan program-program tersebut dalam usaha membasmi kemiskinan memandangkan peruntukan yang besar diberikan setiap tahun. Saya seharusnya menyentuh Butiran projek 09910 – berkaitan dengan NADMA tetapi telah banyak disentuh, saya skip. Keempat, Butiran projek 93500 – Projek Khas yang berjumlah RM100 juta yang diperuntukkan. Ini pun telah disentuh saya skip. Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semasa pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk inisiatif Rahmatan lil alamin. Saya percaya ini peruntukan yang penting, namun saya juga berminat untuk mengetahui apakah perincian bagi peruntukan tersebut. Apakah ada usaha-usaha untuk memastikan supaya gagasan Rahmatan lil alamin ini difahami dan dihayati dengan lebih mendalam di seluruh peringkat akar umbi rakyat bukan sahaja di peringkat perbandaran ataupun di masjid tetapi juga di kampung-kampung dan luar bandar dan bukan sahaja daripada kalangan orang Islam tetapi juga daripada kalangan orang bukan Islam. Bagaimanakah kerajaan memperuntukkan, membelanjakan peruntukan ini dan adakah ianya akan mempromosikan jenama Rahmatan lil alamin. Selain itu di bawah butiran yang sama saya juga ingin bertanya berkenaan dengan peruntukan elaun guru KAFA yang telah pun disebutkan sebanyak RM46 juta sebagai elaun tambahan tetapi saya juga ingin tahu apakah status guru-guru KAFA yang masih belum lagi diserap ke dalam perjawatan kerajaan sebagai perjawatan tetap. Saya percaya ini juga boleh membantu guru-guru KAFA dan penyelia untuk memastikan mereka juga menikmati keadaan hidup yang lebih baik. Akhir sekali Tuan Pengerusi, berkenaan dengan Butiran 050200 – JAKOA yang ini kerajaan telah pun memperuntukkan sebanyak RM83.5 juta naik daripada RM55 juta pada tahun 2019. Kita tahu bahawa JAKOA mempunyai satu tanggungjawab yang besar yang melibatkan khidmat sokongan, ada urus laksanakan program projek untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli, melaksanakan penyelidikan, penyelarasan dasar, beri bantuan pendidikan, latihan dan macam-macam lagi sehinggakan menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk anak-anak Orang Asli belajar di sekolah-sekolah, itu juga disediakan oleh JAKOA. Jadi saya lihat di situ ada sedikit kebimbangan berkenaan dengan kemampuan dan sumber tenaga JAKOA di peringkat-peringkat daerah. Kalau saya boleh fokus khususnya di daerah di Parlimen Ledang khususnya. Saya lihat bahawa di sana sumber tenaga yang ada di JAKOA adalah berada di peringkat gred perjawatan yang rendah dan mungkin mereka tidak mampu untuk sebenarnya melaksanakan tanggungjawab JAKOA yang besar tersebut.

Apakah - saya ingin bertanya, apakah pelan strategi JAKOA untuk membantu komuniti Orang Asli supaya mereka juga dapat menikmati kehidupan yang sama dan keluar daripada kepompong kemiskinan. Itu sahaja. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Keningau. Sila.

Datuk Dr. Jeffrey KitinganSTAR · GRSKeningau

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 050200 – Kod 10000, 20000 dan 30000. Ini mengenai isu Jabatan Kemajuan Orang Asli di mana peruntukan telah dikurangkan dan saya ingin tahu apakah sebab ianya dikurangkan. Adakah ini menggambarkan sikap Kerajaan PH terhadap kepedulian dan kebajikan Orang Asli. Kita perlu ingat bahawa Malaysia telah menandatangani Deklarasi PBB ke atas hak- hak Orang Asal atau- yang mana telah merestui hak-hak Orang Asal. Namun begitu, sejak 12 tahun yang lalu hak-hak ini masih lagi tidak dipenuhi dan direstui. Orang Asal dalam Persekutuan Malaysia dilihat sebagai penduduk terbesar yang hidup di dalam kemiskinan dan penambahbaikan mesti dilakukan oleh kerajaan dengan segera. Status laporan kemiskinan dari lawatan pelapor khas PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia Profesor Philip Alston dalam lawatannya ke Malaysia dalam bulan Ogos tahun ini iaitu 2019 sekali lagi mengisahkan bahawa Orang Asal adalah yang termiskin di negara ini. Pada tahun 2007, Malaysia telah menandatangani Deklarasi PBB mengenai hak Orang Asal yang mana negara kita merestui hak Orang Asal mengikut 42 Artikel deklarasi tersebut. Namun sehingga ke hari ini, Malaysia belum berjaya memastikan hak Orang Asal direstui secara sepenuhnya oleh kementerian, jabatan, agensi di peringkat desa atau di peringkat bandar. Orang Asal di Semenanjung dan Orang Asal di Sabah dan Sarawak sudah terbukti di dalam laporan Profesor Alston itu yang perlu dijadikan sebagai sandaran kepada Ahli-ahli Dewan ini untuk memikirkan cara terbaik untuk mengatasi permasalahan antara hak Orang Asal dan kewajipan kita sebagai signatory kepada piawai minima ini yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa. Setelah mencapai sasaran pembangunan MDG atau Millennium Development Goals tahun 2000 hingga 2015, Malaysia gagal mencapai sasaran utama iaitu menghapuskan kemiskinan kerana kalau kita berjaya pasti tidak ada laporan independent seperti yang dilaporkan oleh Profesor Alston. Sebagaimana kita berada di dalam era baru dalam sasaran pembangunan berlanjutan atau Sustainable Development Goals 2030, negara kita mesti segera mengiktiraf hak-hak Orang Asal khususnya Orang Asli di Semenanjung dan Orang Asal di Sabah.

Datuk Dr. Jeffrey KitinganSTAR · GRSKeningau

Pada tahun 2015, kerjasama di antara UNDP dan Kerajaan Malaysia telah menghasilkan Deklarasi Chisinau iaitu persetujuan di antara tujuh negara membangun di Kota Chisinau, Moldova yang menggariskan komitmen mereka membina masyarakat dan memperkukuhkan institusi awam. Perwakilan orang asal Malaysia menghadiri mesyuarat tertinggi itu bagi menyatakan komitmen masyarakat orang asal...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Masa sudah tamat Yang Berhormat.

Datuk Dr. Jeffrey KitinganSTAR · GRSKeningau

...Untuk kerjasama dengan kerajaan pada waktu itu Kerajaan BN pada waktu itu tetapi wakil kerajaan pula tidak hadir. Adakah Kerajaan PH akan ponteng. Juga kalau ada komitmen tinggi berkenaan dengan orang-orang Asal. Pada tahun 2017 yang lepas, wakil orang asal Malaysia melaporkan kepada forum politik peringkat tertinggi PBB bagi sasaran pembangunan berkelanjutan di New York pada orang asal, Orang Asli, Borneo dipinggirkan daripada hak mereka dan inilah penyebab utama kepada kemiskinan mereka.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat sila menggulung. Masa sudah tamat.

Datuk Dr. Jeffrey KitinganSTAR · GRSKeningau

Setelah tanah dan NCR mereka dirampas. Jadi Tuan Pengerusi saya mencadangkan peruntukan yang diberikan ini harus ditingkatkan dan satu jawatankuasa di peringkat Parlimen diwujudkan untuk menangani khusus masalah berkenaan orang asal dan Orang Asli Semenanjung. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Keningau, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Segamat. Sila.

Terima kasih. Izinkan saya menyertai. Butiran 060200 di bawah Pusat Governans Integriti, di mana saya ingin mengucapkan sebanyak RM37 juta diberikan. Saya harap ianya akan digunakan dan pada masa yang sama mereka membuat polisi yang baik. Khususnya saya mendapati apabila mendapat borang pengisytiharan harta ini, kita mendapati ia melibatkan banyak masalah. Bila saya tengok borang itu pun kadang-kadang saya tengok ada yang suami, ada, isteri ada tapi harta bersama tidak ada dan juga sebagainya. Apabila kita laporkan dan ianya diberikan kepada orang ramai dan saya mendapati kerana mereka gagal study perkara ini dengan serius menyebabkan banyak masalah. Kita mendapati bahawa orang suka mengugut dan juga sebagainya. Saya harap ianya akan diperbetulkan dan pegawai-pegawai ini akan dilatih. Seterusnya mengenai Butiran 93500 iaitu Projek Khas dan juga 93600 – Projek Mesra Rakyat sebanyak RM313 juta. Yang ini saya ingin membawa cadangan di mana untuk pusat khidmat itu kalau RM300 ribu itu kalau diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan dan agar ahli Parlimen pembangkang pun diberikan RM150 ribu. Kalau tiada penyelewengan dinaikkan kepada RM200 ribu. Jika tiada penyelewengan naik kan, naik kan dan juga sebagainya di mana dalam tempoh akhir ini mereka pun dapat yang sama dengan kita dan kita harus beri mereka peluang. Kepada projek ataupun Ahli Parlimen yang diberikan peruntukan contohnya Projek Mesra Rakyat sebanyak RM2 juta ini. Kita mendapati ada juga banyak Parlimen yang tidak menghabiskan duit dan seterusnya memulangkan duit. Kita mendapati seperti di Parlimen Segamat kita mendapati report card diberikan kepada saya ialah 99.89 peratus. Akan tetapi apakah report card itu bermakna seandainya tahun depan kita tidak dinaikkan peruntukan kerana ada Parlimen yang peruntukan diberi, dia tidak gunakan, dia pulang balik. Manakala di tempat saya pula tidak cukup kerana merupakan kawasan yang besar. Ini adalah kerana kawasan yang besar dan kawasan kecil diberi peruntukan yang sama. Itu cara kerajaan lama. Kerajaan baru harus belajar dan kita harus memperkenalkan bagaimana kita memperbaiki. Jika tidak, ianya tidak memberikan sebarang maksud ataupun makna. Manakala mengenai program untuk Jabatan Kemajuan Orang Asli Butiran 01100 di mana di Segamat ada Kampung Orang Asli Putting, Buluh Kasap. Saya minta Yang Berhormat Menteri agar menjawab apakah program-program ataupun bantuan yang akan diberikan kepada kawasan ini. Seterusnya Butiran 050100 – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kita mendapati perpaduan adalah amat penting di Malaysia. Kita ada Rukun Negara dan juga sebagainya, tapi ramai sudah tidak lagi ingat ataupun menghayati Rukun Negara. Malah kalau kita mendapati pelajar-pelajar daripada sekolah kebangsaan, apabila mereka masuk ke sekolah menengah, wujudnya isu-isu perpaduan. Saya hendak tahu apakah Jabatan Perdana Menteri dan juga KPM akan bersama- sama kerja untuk pastikan untuk merapatkan jurang perpaduan ini. Malah kalau di Parlimen ini sendiri kita mendapati, walau di MP’s Cafe pun sendiri, dengan izin, kita mendapati pembangkang duduk dengan pembangkang, kerajaan duduk dengan kerajaan, berparti-parti, tapi saya harap Yang Berhormat Menteri juga tengok bagaimana perpaduan ini diwujudkan di Parlimen dulu. Kalau kita tidak boleh berpadu di Parlimen, berbincang, duduk bersama dan juga sebagainya, maka susahlah untuk rakyat Malaysia bersatu padu.

Maka kita harus melihat secara komprehensif. Saya rasa itu saja. Walaupun lima minit, Tuan Pengerusi orang seperti saya ini Ahli Parlimen kelas ketiga kerana saya mendapati sering kali hanya diberikan lima minit dan saya sehingga hari ini tidak pernah bercuti daripada Parlimen dan saya harap cadangan untuk yang lain, mereka yang hendak bercakap pendek ini diawalkan, mereka hendak cakap panjang, lambatkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Tidak ada Ahli Parlimen kelas ketiga. Semuanya layanan adil dan saksama. Peringkat dasar semua Ahli Parlimen diberi masa 20 minit. Hanya ini peringkat jawatankuasa, perkara spesifik.

Akan tetapi saya sudah hampir dua tahun, kebiasaannya saya hanya akan dapat lima minit walaupun di peringkat dasar pun tidak pernah dapat 20 minit, kadang-kadang dapat 10 minit. Itu sudah baik, kalau tidak lima minit saja. Hanya untuk rekod. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Minta jasa baik whip senaraikan atas keutamaan. Sila Yang Berhormat Bera. Lepas itu Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Tebrau. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya terus kepada butiran di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu 020600 - Perundangan dan Pendakwaan. Kesalahan pilihan raya berlaku secara terbuka dan berleluasa untuk pihak kerajaan, dilakukan oleh pihak kerajaan yang jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya sama ada seksyen 8 mengenai mengadakan jamuan, seksyen 9(1) iaitu pengaruh tidak wajar dan juga perkara seksyen 10 penyogokan seperti mengumumkan projek, memberikan barangan dan sebagainya. Jadi saya ingin tahu, sehingga kini selepas beberapa pilihan raya dijalankan, berapakah jumlah aduan ataupun report yang telah pun dibuat terhadap kesalahan-kesalahan pilihan raya ini. Kedua, berapa jumlah tindakan yang telah diambil dan apakah jenis tindakan yang telah pun dilaksanakan. Kes terbaru di Tanjong Piai, PRK sekarang, ucapan seorang Yang Berhormat Menteri yang jelas menyalahi seksyen 4A(1) iaitu kesalahan mengembangkan perasaan jahat ataupun permusuhan. Ada video sedang di-viral-kan. Jadi saya ingin tanya apakah tindakan SPR terhadap perkara ini. Saya hendak tahu dari segi tindakan, bagaimana SPR bertindak. Adakah melalui laporan ataupun report sahaja ataupun apakah boleh bertindak bila nampak kesalahan dilakukan seperti video yang sedang diedarkan ini ataupun melalui laporan agen-agen SPR yang memantau pilihan raya. Saya juga ingin pergi kepada JAKOA iaitu 050200. Saya lihat Yang Berhormat Menteri Perpaduan seperti tidak memberi fokus kepada pembangunan Orang Asli. Saya difahamkan untuk Bajet 2018, RM20 juta telah dipulangkan kepada Kementerian Kewangan kerana gagal berbelanja. Jadi saya mahu penjelasan tentang perkara ini. Insentif untuk Orang Asli juga banyak yang telah ditiadakan dan jika adapun lambat untuk diagih-agihkan. Misalnya tiada lagi uniform sekolah, tiada lagi biasiswa untuk ke luar negara dan biasiswa untuk pelajar-pelajar yang hanya diberikan kepada yang berpendapatan RM3,000 saja dan kurang. Sewa bas sekolah lewat dibayar enam bulan yang menyebabkan pelajar-pelajar Orang Asli tidak bersekolah kerana bas tidak mengambil mereka untuk ke sekolah. Bantuan wang saku juga lewat dibayar. Peruntukan rumah PPRT semakin berkurangan, malah saya difahamkan peruntukan PPRT 2019 masih belum digunakan. Tiada rumah-rumah, belum lagi dibina. Projek tanaman semula, komersial untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan mereka, dividen tidak dibayar empat hingga lima bulan. Saya baru tahu juga program keusahawanan di kalangan masyarakat Orang Asli. Seterusnya adalah JAKIM, Butiran 040100. Sekarang ini masih lagi kedengaran bahawa usahawan-usahawan kecil dan sederhana terlalu sukar untuk mendapatkan sijil, logo halal daripada JAKIM malah terlalu lewat untuk mendapatkan.

Saya ingin tanya daripada Yang Berhormat Menteri, dari segi piagam JAKIM. Berapa lama? Berapa jangka masa yang diperlukan untuk kelulusan satu-satu permohonan sijil JAKIM? Saya lihat juga syaratnya adalah terlalu ketat. Kadang-kadang terlalu ketat bukan sahaja melibatkan dari segi proses untuk mengeluarkan makanan, bukan juga dari segi content makanan tetapi perkara lain seperti misalnya kilang yang bocor boleh menyebabkan tidak boleh mendapatkan sijil, tidak lulus kerana kilang bocor ataupun aircond bocor, tidak boleh. Air con yang bocor tidak boleh juga mendapatkan sijil. Jadi, perkara-perkara ini tidak berkaitan dengan pengeluaran produk tersebut. Proses mengeluarkan produk halal tersebut. Jadi, saya minta kalau kementerian boleh lihat perkara ini lebih-lebih lagi usahawan kecil. Nama pun usahawan kecil, mereka tidak berkemampuan. Perlu repair kilang dulu, terpaksa mengeluarkan modal sebelum permohonan mereka diproses dan sebagainya. Saya ingin juga mendapat komen daripada Yang Berhormat Menteri, kalaulah pengeluar produk itu adalah orang Islam dan mereka tahu tentang halal dan haram, tentang isu kehalalan ini, mereka faham benar. Kenapa tidak pihak kementerian memberikan laluan hijau kepada mereka untuk memudahkan fasal mereka adalah orang Islam yang mengeluarkan produk halal? Jadi, kenapa tidak dipermudahkan berbanding dengan yang lain-lain. Jadi, yang akhirnya Yang Berhormat, saya hendak tanya dari segi industri halal ini berapa jumlah pengusaha-pengusaha ataupun usahawan yang terlibat mengeluarkan produk halal ini. Berapa yang terlibat di dalam industri halal ini? Berapa semuanya dan pecahannya mengikut berapa jumlah usahawan Islam, bukan Islam dan juga dari segi kaum dan sebagainya, dari segi pecahan untuk produk-produk halal ini? Jadi, itu sahaja Tuan Pengerusi. Saya ikut masa. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Bera. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Beaufort. Lepas itu, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Jelebu. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Saya ingin bertanya kepada kementerian, bilakah Masjid Daerah Kecil Menumbok dalam kawasan Parlimen Beaufort akan dilaksanakan dan kalau belum lagi saya minta supaya dipercepatkan. Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya juga ingin bertanya tentang Sekolah Agama Kampung Limbawang yang telah diluluskan dahulu, bilakah akan dilaksanakan? Ini adalah keperluan rakyat. 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya meminta kepada NADMA, kementerian, supaya memastikan apabila berlaku bencana, rumah-rumah yang rosak akibat bencana dapat diperbaiki dengan peruntukan daripada NADMA. Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Saya ingin bertanya kepada kementerian, bagaimanakah mereka memantau program-program yang telah dilaksanakan di kawasan-kawasan di mana terdapatnya ramai mereka yang di dalam senarai e-Kasih. Sebagai contohnya di kawasan saya ada seramai 2,617 yang tersenarai dalam e-Kasih. Bilakah sasaran mereka ini dapat dikeluarkan daripada e-Kasih dan tidak lagi dalam kumpulan orang yang miskin? Bagaimanakah pemantauan dilakukan supaya program yang dilaksanakan itu benar-benar mencapai kejayaannya? Butiran 06100 – Development of Halal Industry. Saya juga minta kepada kementerian untuk membantu pengusaha-pengusaha IKS khususnya di luar bandar, bagaimana mereka boleh mendapat sijil halal khususnya apabila mereka diperlukan untuk memperbaiki kilang-kilang mereka yang di dalam rumah, yang perlukan bilik-bilik khas dan sebagainya? Bolehkah di bawah Development of Halal Industry ini mereka dibantu supaya mereka dapat mengeluarkan hasil ataupun produk yang diberikan sijil halal dan boleh dipasarkan sampai ke pasaran yang lebih baik lagi.

Ini dapat membantu para pengusaha industri kecil dan sederhana kita khususnya yang berada di luar bandar yang banyak yang saya kenali secara khusus, mereka ini memerlukan bantuan daripada kerajaan. Butiran 030300 dan 030900 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK). Adakah Mahkamah Syariah akan disama tarafkan dengan Mahkamah Sivil iaitu lima tier seperti sekarang ini, ada tiga tier, Mahkamah Sivil lima tier. Adakah ini akan dilaksanakan? Adakah hakim-hakim Mahkamah Syariah juga akan dinaiktarafkan seperti hakim-hakim di Mahkamah Sivil kerana sudah tiba masanya kerana agama Islam adalah agama dalam Persekutuan. Maka, adalah amat penting kita memartabatkan undang-undang syariah dan juga Mahkamah Syariah yang ada di dalam negara kita Malaysia yang tercinta ini. Seterusnya ialah berkaitan dengan Parlimen. Butiran 010200 – Pengurusan Dewan. Saya ingin melihat supaya dapat ditambah lagi car park untuk Ahli-ahli Parlimen kerana setakat ini kita terkejar-kejar dan berebut-rebut dengan pegawai-pegawai untuk mendapat tempat kita parking kereta kita. Jadi, sudah tiba masanya ditambah lah supaya ada cukup tempat parking untuk Ahli-ahli Parlimen, MPs kita semuanya. Begitu juga saya pernah bertanya ini tentang bilik untuk research untuk MPs kita dan para pegawai kita. Saya berharap juga ini dapat dilihat dan dilaksanakan supaya kerja-kerja research dapat dilakukan dalam keadaan yang tenang dan tidaklah kita melakukannya di cafe ataupun di kantin dan sebagainya dan dapat dilaksanakan kerja dengan baik dan dengan lebih berkesan lagi supaya apa yang kita lakukan dan kita sampaikan di dalam Dewan ini adalah menepati kehendak daripada rakyat kita yang ada, yang sentiasa memerhatikan apa yang kita lakukan di dalam Dewan Parlimen ini. Saya berharap supaya peruntukan akan ditambah lagi untuk memastikan apa yang keperluan Ahli Parlimen dalam Dewan Parlimen ini dapat bersidang dengan baik dan dapat ditambah lagi. Ini akan tentunya memastikan semua dapat melaksanakan kerjanya dengan baik lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin sertai perbahasan mengenai Maksud Bekalan 3, Butiran 020100 di bawah Jabatan Audit Negara. Ini ada tajuk Audit Kewangan. Tuan Pengerusi, saya mendapati masih banyak kementerian, jabatan atau agensi yang tidak menyediakan akaun selaras dengan piawaian akaun yang diterima umum. Justeru, saya tidak lihat bahawa Jabatan Audit negara (JAN) berkesan dalam fungsi mereka untuk melindungi aset-aset kerajaan dan juga mencegah ketirisan dan memaksimumkan pulangan pelaburan. Sistem penyediaan akaun secara konsep akruan, accrual concept, dengan izin, harus dipercepatkan jika kerajaan PH serius dalam pencegahan rasuah dan untuk membanteras kerja- mencantikkan akaun dengan window dressing dengan izin, dengan cara melambatkan pembayaran tuntutan atau bayaran invoice dan juga mencepatkan kutipan seperti cukai pendapatan, duti import dan eksais. Oleh sebab sistem penyediaan akaun masih secara perakaunan tunai, cash accounting, dengan izin, maka kebanyakan audit yang dilakukan oleh JAN merupakan audit prestasi sahaja, performance audit, dengan izin. Ini amat tidak memuaskan kerana pasukan audit daripada JAN akan menghadapi kekangan seperti tiada atau kurang dokumen sokongan seperti kajian kemungkinan dan kajian daya maju projek, feasibility study and project viability study dengan izin. Prinsip kebiasaan tidak lengkap dan kadangkala langsung tidak buat apa-apa kajian sekiranya projek itu diluluskan secara perundingan terus. Prasyarat tidak dipatuhi, pembayaran berdasarkan kepada jadual dan bukan kerja-kerja yang dilakukan.

Ini bermakna, walaupun SOP yang disediakan ada tetapi SOP itu tidak diguna pakai dan pasukan audit daripada JAN akan melaporkan pelanggaran sahaja. Saya juga mendapati JAN tidak akan ambil inisiatif untuk menyiasat lebih dalam untuk tujuan mencari bukti-bukti rasuah dan penyalahgunaan kuasa, maka JAN hanya melaporkan ketidakpatuhan kepada SOP dan membuat cadangan pembaikan kepada PAC. JAN harus diberi kuasa yang lebih besar untuk mencari bukti-bukti rasuah sekiranya satu projek yang diluluskan tanpa melalui Jawatankuasa teknikal tidak ada feasibility dan juga projek liability studies dengan izin. Sekiranya bukti-bukti telah diperoleh maka mesti diwajibkan untuk membuat laporan kepada PDRM dan juga SPRM. Butiran yang berikut yang saya hendak bahas adalah di bawah maksud Bekalan 4, Suruhanjaya Pilihan raya, Butiran 010200 bertajuk Operasi. Sejak PRU14 beberapa PRK telah diadakan malangnya Ketua Pengarah SPR dan juga badan pemantauan pilihan raya election watchdog dengan izin melaporkan banyak kesalahan pilihan raya telah dilakukan semua pihak yang bertanding dalam mana-mana PRK. Saya menyeru bahawa Ketua Pengarah berani menjalankan tugasnya tanpa rasa takut atau nikmat (without fear or favour) dengan izin kepada sesiapa yang jelas melakukan kesalahan pilihan raya kerana inilah yang Kerajaan Pakatan Harapan memperjuangkan ketika kita masih dalam kem pembangkang. Jadi, saya terima kasih kerana izinkan saya untuk bahas.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiu, selepas itu Yang Berhormat Jelutong. Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi saya merujuk kepada Butiran 020400 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Tuan Pengerusi, berdasarkan kepada peruntukan tahun 2020 berlaku peningkatan dari segi peruntukkan iaitu RM23.5 juta. Saya kira ia merupakan satu peningkatan yang cukup besar. Oleh sebab itu, saya mengharapkan agar pemantapan sistem aset serta peralatan logistik sewajarnya diperkemas lagi terutama di kawasan luar bandar khususnya kawasan Setiu sendiri. Suntikan dana yang mencukupi amat penting dan berharap dengan peningkatan peruntukan bagi tahun 2020 menambahkan lagi kualiti perkhidmatan anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM). Tuan Pengerusi, kepercayaan dan keyakinan yang tinggi diletakkan pada APM untuk perkhidmatan ialah pantas dan dapat memenuhi kehendak rakyat terutamanya kecekapan mencapai sasaran tindak balas lapan minit seperti yang dihasratkan oleh kerajaan sewajarnya diberi penghargaan dengan elaun tambahan sebagaimana yang diberikan untuk anggota penyelamat seperti Bomba dan RELA bagi menjaga kebajikan anggota dan pegawai mereka. Saya dimaklumkan pada bulan Mac tahun 2018, Mantan Menteri Dalam Negeri Yang Berhormat Bagan Datuk telah mengumumkan kenaikan elaun anggota sukarelawan APM daripada RM6.00 kepada RM8.00 dan kenaikan elaun pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.00. Sejauh manakah kenaikan ini dilaksanakan? Kedua Tuan Pengerusi, Butiran 030300 - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Didapati berlaku pengurangan untuk bajet tahun 2020 sebanyak RM5.4 juta di mana pada bajet tahun 2019 sebanyak RM68.5 juta dan peruntukkan atau bajet tahun 2020 sebanyak RM63.1 juta. Dengan pengurangan ini apakah jaminan kerajaan untuk mempertingkatkan prestasi mahkamah syariah di negeri? Apakah jaminan kerajaan dengan pengurangan ini dapat menyelesaikan kes-kes mahkamah syariah dalam tempoh enam bulan selepas didaftarkan di bawah jabatan ini.

Saya khuatir kes-kes seperti isteri di cerai tidak mendapat penyelesaian seperti kes mutaah iaitu sejumlah harta kepada bekas isteri jika punca penceriaan bukan daripada pihak lain seperti mana disebut oleh Allah SWT dalam Surah Baqarah ayat 241... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kepada wanita-wanita yang diceraikan hendaklah diberikan suaminya mutaah menurut yang makruf sebagai satu kewajipan bagi orang-orang bertakwa.” Begitu juga...

Yang Berhormat Setiu boleh minta laluan?

Okey, silakan.

Yang Berhormat Setiu saya minta maaf sebab saya tidak ada peluang berucap. Berkenaan dengan syariah ini saya hendak cadangkan kepada kerajaan supaya dapat mengikhtiarkan kes-kes yang melibatkan rumah tangga, penceraian dan sebagainya ini dibicarakan secara tertutup tanpa terbuka kepada orang ramai kerana bagi menjaga maruah pasangan-pasangan yang bercerai. Ini kerana, penceraian ini bukan satu jenayah sebenarnya tetapi bila dibicarakan secara terbuka ia boleh menyebabkan satu keaiban kepada mereka yang terlibat, terima kasih.

Saya setuju dengan apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Bagi kes idah yang memakan proses yang lama disebabkan tergendala di bahagian perkhidmatan. Justeru itu, apakah komitmen daripada pihak kerajaan bagi memastikan lambakan kes-kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat. Yang akhir sekali Butiran 040100 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Tuan Pengerusi, Dasar Rahmatan Lil Alamin mendapat peruntukan kira-kira RM10 juta bagi memahamkan apa yang di bawa oleh kerajaan. Apa yang saya teliti sehingga ini kebanyakan negeri telah diberi pendedahan terhadap dasar ini. Rasulullah SAW mengajar kita melalui Perjanjian Hudaibiyah akan tuntutan agama menghormati agama lain dan bangsa lain dan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa perlu saling menghormati antara satu sama lain. Namun, yang menjadi kebimbangan saya ialah sejak akhir-akhir ini, fahaman Islam liberal semakin berleluasa dan ada spekulasi mengatakan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan seakan-akan merestui LGBT ini. Oleh itu, sejauh manakah Dasar Rahmatan Lil A’lamin ini mampu menyekat daripada tersebarnya fahaman Islam liberal?

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Yang Berhormat masa sudah tamat.

Yang akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 95300 Projek Khas sebanyak RM10 juta. Saya hendak tahu apakah yang dimaksudkan dengan projek khas ini. Sekian Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelutong selepas itu Yang Berhormat Jelebu. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya mohon merujuk kepada muka surat 92 Butiran.010600 Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan dan bersama-sama Butiran 060200 Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional. Saya ingin bertanya, bagaimanakah kedua-dua jabatan atau agensi ini dapat memastikan, pertamanya semua program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan akan sampai ke sasaran. Pada masa yang sama satu isu yang berbangkit dua hari ini yang kita lihat begitu mustahak adalah pendedahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri berkenaan dengan jumlah yang telah disalurkan RM57 juta di bawah SEDIC kepada 220 NGO dan 22 ILKS. Saya ingin tahu apakah manfaat yang diperoleh oleh kumpulan sasaran. Adakah mereka benar-benar memperoleh manfaat?

Semua tertanya-tanya siapakah Menteri dan dua Timbalan Menteri yang terlibat dalam songlap duit ini yang sepatutnya diberikan bagi manfaat rakyat. Kenapa kita takut untuk mendedahkan di Dewan yang mulia ini? Walaupun ia disiasat, saya menuntut supaya Menteri mendedahkan perkara ini...

Yang Berhormat Jelutong.

Kedua, saya mohon merujuk kepada...

Yang Berhormat Jelutong, boleh bagi?

Saya mohon merujuk kepada...

Masa saya berbahas, Yang Berhormat Jelutong minta...

No, no, saya tidak ada masa. Minta maaf.

Hah, itu hari saya punya masa...

Butiran 030900 – Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Saya ingin tanya...

Sedikit, sedikit.

Apakah yang berlaku kepada pendedahan yang dibuat oleh seorang hakim berkenaan dengan salah guna kuasa dan unsur rasuah dalam Jabatan Kehakiman iaitu Hamid Sultan Abu Backer. Beliau telah memfailkan satu afidavit, satu laporan polis telah dibuat penyiasatan telah dimulakan, bolehkah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman ini memastikan bahawa hakim-hakim, nama-nama mereka yang ternyata terlibat dalam perkara ini kalau boleh dipecat...

Okey.

...Kerana kita tidak mahu mereka terus berkhidmat di Jabatan Kehakiman. Now, saya juga mohon merujuk kepada satu lagi perkara...

Setiu minta laluan.

...Iaitu Majlis Keselamatan Negara. Now, Majlis Keselamatan Negara. Saya ingin tanya Majlis Keselamatan Negara ini adalah...

Tuan Pengerusi...

...Sebuah institusi yang ditubuhkan oleh...

Tuan Pengerusi...

...Kerajaan dahulu. Sekarang kita lihat terdapat ramai daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telah ditangkap di bawah tuduhan SOSMA kononnya terlibat dalam LTTE. Kenapakah perkara ini tidak dibawa kepada perhatian Majlis Keselamatan Negara? Bukankah sekiranya mereka sebenarnya terlibat dalam perkara ini...

Bagi jalan sedikit.

...Sepatutnya mereka membawa perkara ini kepada Majlis Keselamatan Negara. Kalau mereka benar-benar merupakan pengganas, sepatutnya Majlis Keselamatan Negara mengetahui perkara ini.

Bukan begitu sahaja pihak polis melakukan tangkapan.

Tuan Pengerusi...

...Dan kita bercakap...

...Tolong sedikit.

...Tentang ADUN dan seorang EXCO di Melaka. So, saya ingin tanya apakah fungsi Majlis Keselamatan Negara? Sepatutnya perkara-perkara ini dibawa kepada mereka, diperhalusi sebelum tindakan diambil. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mohon perkara-perkara ini diberikan perhatian.

Setiu minta laluan.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Buktikan, masa banyak lagi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jelebu. Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi, saya sokong Yang Berhormat Jelutong. Tuan Pengerusi, saya hendak terus kepada...

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, terus kepada butiran.

Butiran yang pertama saya sudah hilang nombor, 020500 – Tabung Bencana. Tuan Pengerusi, saya hendak beritahu kepada pihak kerajaan, bantuan daripada Pakatan Harapan untuk kawasan Parlimen yang dimenangi oleh pembangkang terutamanya kawasan Parlimen saya. Ahli Parlimen seorang pembangkang, ADUN dua pembangkang, satu sahaja ADUN daripada Pakatan Harapan daripada kerajaan. Akan tetapi baru-baru ini apabila berlaku banjir yang melibatkan orang Melayu, Cina dan India, satu bantuan daripada kerajaan pun tidak turun Tuan Pengerusi. Jadi oleh sebab itu, dalam kepala ini saya memohon supaya pihak kerajaan memperuntukkan sejumlah peruntukan tabung bencana alam bagi kegunaan Ahli Parlimen dan ADUN daripada pihak pembangkang untuk membantu rakyat. Orang Melayu kadang-kadang kita dapat bantuan daripada pelbagai badan-badan NGO yang melibatkan badan-badan zakat dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya kasihan, orang Cina dan India yang juga terlibat dalam banjir dan sebagainya tidak dapat dibantu. Saya tidak boleh hendak bantu kerana fund ataupun sumber kewangan itu tidak ada. Jadi untuk berlaku adil, saya hendak meminta supaya kerajaan memperuntukkan sejumlah wang tabung bencana kepada Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN daripada pihak pembangkang. Kedua, saya hendak minta juga supaya ketua-ketua jabatan, apabila berlaku bencana kita panggil ketua jabatan tidak datang. Apa yang hendak ditakutkan? Ahli Parlimen mewakili rakyat, ketua jabatan buat kerja. Kita panggil dia tidak datang, bagaimana dia hendak tahu tentang kerosakan dan kemusnahan. TPM gelak sahaja, maknanya TPM bersetuju dengan Jelebu. Maknanya macam mana pihak kerajaan hendak tahu. Kata hendak reform, bila hendak reform kena ubah secara total. Tuan Pengerusi, saya pergi kepada 050100 – Jabatan Perpaduan Negara. Yang Berhormat Port Dickson membuat kenyataan baru-baru ini iaitu antara faktor besar- ini Yang Berhormat Port Dickson yang cakap, bukan Jelebu cakap. Antara faktor besar isu perkauman di dalam negara timbul daripada pemimpin.

Saya hendak bagi contoh di Tanjong Piai, baru-baru ini Timbalan Menteri membawa satu isu yang saya sebutkan tadi dalam SKJ(C) di Tanjong Piai tentang apabila UMNO dan PAS bergabung, UMNO dan PAS menjadi kerajaan bermakna negara jadi huru-hara.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Menyampuk] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Menteri. Tidak, saya ingat dia Timbalan Menteri rupanya Menteri. Tidak layak jadi Menteri. Fasal apa apabila Menteri sepatutnya dia hendak menjaga isu soal perkauman. Apabila dia membawa isu itu menyusahkan kerajaan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, pertambahan RM33.21 juta untuk isu menyelesaikan masalah perkauman sahaja. Akan tetapi saya hendak tanya, adakah kerajaan sedar dan peka bahawa keadaan suasana perpaduan antara kaum sekarang ini ia macam time bomb Tuan Pengerusi, tunggu hendak meletup sahaja. Kita tidak boleh hendak control sudah. Oleh sebab itu saya hendak minta supaya pihak kerajaan, kes-kes yang melibatkan perkauman dalam negara sebenarnya kes-kes yang biasa. Kes-kes yang tidak boleh dikatakan sebagai satu kes yang ekstremis kepada sesuatu kaum tetapi oleh sebab ia hilang kawalan kita...

Yang Berhormat Jelebu...

...Tentang perdebatan- nanti Yang Berhormat Jempol, saya tidak cukup masa. Hilang waktu kita, perdebatan kita di media sosial dan sebagainya, kita hilang control maka ia menjadi kepada sentimen perkauman. Saya hendak tegaskan dalam Dewan yang mulia ini sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional, saya menolak sama sekali ekstremis yang fanatik kepada sesuatu kaum. Saya minta juga pihak kerajaan berlaku sedemikian rupa Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya lima soalan sahaja dalam satu minit, 24 minit saya hendak tanya lima soalan sahaja...

Masa 24 saat.

Satu minit, 24 saat.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, percepat kan.

Tuan Pengerusi, lain kali jangan bagi stress lah. Tuan Pengerusi Ahli Parlimen, tambah waktu sedikitlah Tuan Pengerusi. Ini adalah perkara yang menzalimi Ahli-ahli Parlimen.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ramai yang hendak berucap, sila.

Tuan Pengerusi, saya hendak sebut lima soalan kepada Menteri Perpaduan. Pertama, bagaimanakah pandangan pihak kementerian berkenaan isu ketegangan kaum yang berlaku pada hari ini, adakah ia berada pada tahap yang serius, boleh terkawal ataupun yang sudah tidak boleh lagi dikawal? Kedua, apakah langkah luar jangka atau langkah baru yang boleh diambil oleh pihak kementerian bagi memulihkan masalah hubungan antara kaum di dalam negara kita terutamanya bagi mengawal tingkah laku Menteri dan Timbalan Menteri daripada kerajaan pada hari ini. Semenjak Mei 2018...

Yang Berhormat Jelebu, bagi nama Menteri sekali Yang Berhormat Jelebu.

Sudah sebut. Sejak Mei 2018, berapakah jumlah kes yang disiasat berkaitan isu perkauman, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, dengar tidak? Keempat, adakah pihak kementerian melihat hukuman yang sedia ada pada hari ini mencukupi untuk membendung masalah perkauman yang berlaku. This is not a small matter, this is a very serious matter, Tuan Pengerusi.

Saya cukup serius berkaitan dengan perkara ini dan setuju tidak Yang Berhormat Menteri, kalau saya katakan bahawa Manifesto Pakatan Harapan yang ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948 itu bakal menjadi titik tolak kepada masalah perkauman yang lebih serius pada masa akan datang. Saya hendak tanya adakah kerajaan mengekalkan pendirian untuk menghapuskan Akta Hasutan ini. Terakhir Tuan Pengerusi, soalan yang terakhir. Saya ikut masa, ikut kata Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Saya tekun mendengar.

Apakah bentuk kerjasama yang wujud antara pihak kementerian dengan Polis Diraja Malaysia dan juga Kementerian Multimedia (MCMC) dalam membendung cubaan untuk mengganggu-gugat isu perkauman di Malaysia terutamanya di media sosial yang semakin hari semakin tidak boleh dikawal. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ya, Yang Berhormat Jelebu.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Tuan Pengerusi, Labuan mahu dua minit setengah sahaja.

Tuan Pengerusi (Tuan Nga Kor Ming)

Ini Jabatan Perdana Menteri tetapi mengapa bertanya kepada Menteri Komunikasi? Salah tempat. Tidak apa. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bandar Kuching dan selepas itu Yang Berhormat Parit, sila.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Labuan pun hendak Tuan Pengerusi. Saving tadi itu Yang Berhormat Jelutong tidak habis masa.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma hendak menyentuh tentang Butiran 010300, 010200 dan 030300 berkenaan SPR dan secara khususnya pilihan raya negeri Sarawak. Saya ada tiga isu yang saya hendak bertanya. Isu pertama, apakah progress kerajaan untuk melaksanakan UNDI 18 dan juga isu kedua, pendaftaran secara automatik, adakah ia dapat dilaksanakan untuk pilihan raya negeri Sarawak? Bagi saya ini sangat penting untuk menentukan kebersediaan jentera SPR untuk mengendalikan pilihan raya negeri tersebut dan juga untuk kita memantau senarai pengundi untuk pilihan raya tersebut. Ketiga, saya juga ingin bertanya tentang progress dan juga hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu mekanisme bagi membolehkan rakyat Sarawak di Kuala Lumpur, Johor, Penang atau di mana-mana bandar besar untuk mengundi sebagai postal voters atau jika boleh dibenarkan untuk mengundi di bandar besar di mana-mana mereka berada. Bagi saya ini sangat penting kerana untuk beberapa orang terutamanya yang tinggal di kawasan pendalaman sangat susah secara logistik mahupun kos untuk terbang balik bukan sahaja ke Kuching, Sibu atau Miri tetapi mereka kena naik bot, kereta Hilux untuk pergi ke kampung atau rumah panjang masing-masing untuk mengundi. Ini memang menelan kos belanja yang tinggi dan ramai pekerja tidak mampu untuk terbang balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Oleh itu saya menyeru supaya sistem postal voters dilakukan secepat mungkin. Selain itu nombor dua, berkenaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran 020500 - Pengurusan Psikologi dan juga Butiran 10000. Saya memang menyambut baik peningkatan kepada sejumlah RM4.23 juta. Namun saya ingin bertanya, adakah ini merangkumi semua ahli-ahli psikologi di setiap jabatan kerajaan atau sesetengah jabatan sahaja ataupun hospital atau klinik kesihatan. Bagi saya, walaupun ini sedikit dasar tetapi untuk mempertingkatkan rawatan untuk mental health kita memerlukan lebih psychological klinikal terutamanya di hospital.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Akan tetapi, sistem JPA sekarang walaupun seorang clinical psychologist adalah seorang lepasan Master tetapi apabila diambil untuk bekerja di hospital, mereka cuma di Gred S41 iaitu support staff degree level. Jadi, saya berpendapat satu semak semula dan readjustment penting untuk gred pendapatan untuk menarik lebih banyak clinical psychologist bekerja di sektor kerajaan. Nombor tiga dan yang terakhir, ini berkenaan dengan SPRM Butiran 020000 – Operasi dan Butiran 010800 – SPRM Negeri yang memang dipertingkatkan lebih sebanyak RM5,000,000. Saya menyambut baik. Dalam ucapan belanjawan juga kerajaan berkata akan menambah sebanyak 100 orang lagi pegawai baru SPRM. Saya memang berharap sebahagian besar akan ditugaskan ke Sarawak untuk menangani masalah rasuah yang memang ada di Sarawak. Di Sarawak, banyak lagi buaya yang kena ditangkap. Bukan sahaja buaya, saudara mara, rakan-rakan buaya ini juga haruslah disiasat dan jika ada salah laku silalah tangkap mereka tidak kira kedudukan mahupun di sisi kuasa. Sekian itu, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyebut Butiran 040000 – Kemajuan Islam dan Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya ingin menyatakan rasa kerisauan apabila melihat trend penghinaan terhadap agama Islam yang semakin membimbangkan terutamanya di dalam media sosial. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah jumlah aduan terkini terhadap kes penghinaan agama Islam yang telah dilaporkan kepada Unit Pemantau Jabatan Kemajuan Islam dan apakah tindakan selanjutnya yang telah dilakukan terhadap laporan tersebut serta berapa jumlah individu yang telah didakwa. Sejauh manakah konsep Rahmatan Lil'Alamin yang dibawa oleh kerajaan yang telah pun membawa pengertian yang jelas kepada masyarakat supaya menghormati agama lain di dalam negara kita. Kedua, mengenai isu Syiah. Saya inginkan kepastian, berapakah jumlah individu yang telah ditahan dan didapati menyebarkan ajaran Syiah di Malaysia? Berapakah jumlah markas Syiah yang telah dikenal pasti oleh kerajaan dan apakah tindakan yang telah pun diambil terhadap markas tersebut? Apakah tindakan yang telah dikenakan terhadap tindakan individu tertentu yang cuba mempromosi dan menyebarkan fahaman Syiah di dalam negara kita. Seterusnya isu Tanah Wakaf, berdasarkan statistik Yayasan Waqaf Malaysia dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) didapati daripada 30 ribu hektar tanah wakaf di seluruh negara hanya 13 peratus sahaja yang dimajukannya. Selebihnya sebanyak 87 peratus iaitu 26,100 hektar masih belum diusahakan sepenuhnya. Oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah usaha serta perancangan yang sedang dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi membangunkan tanah wakaf yang terbiar? Apakah terdapat sebarang bentuk kajian yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ke atas tanah wakaf yang terbiar supaya ia boleh memberikan hasil dan apakah usaha yang juga dilaksanakan oleh kerajaan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat untuk berwakaf. Seterusnya, isu Imam. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian, apakah terdapat sebarang usaha untuk meningkatkan kualiti imam-imam di masjid dan di surau di dalam negara kita. Adakah terdapat sebarang usaha oleh kerajaan untuk memperbanyakkan imam pelapis yang berkualiti dan adakah terdapat sebarang usaha daripada kerajaan bagi menyediakan ruang serta peluang kepada pelajar tahfiz untuk menjadi imam pelapis di masjid dan surau? Apakah program-program ataupun aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan?

Tuan Pengerusi, seterusnya saya akan menyentuh Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara (MKN). Negara kita dikejutkan dengan berita penahanan beberapa individu termasuk ahli politik yang disyaki terlibat dengan kumpulan LTTE. Apa yang menjadi perhatian saya peruntukan kepada Majlis Keselamatan Negara ini telah menurun. Apakah perancangan masa hadapan kerajaan dalam menangani ancaman pengganas di dalam negara kita? Sejauh manakah persediaan kerajaan dalam menangani ancaman pengganas rentas sempadan? Seterusnya, Butiran 050100. Saya dapati Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) telah menerima peruntukan yang meningkat dalam Belanjawan 2020. Saya ingin mengetahui apakah bentuk program yang telah dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk perpaduan kaum di Malaysia sepanjang Kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah. Apakah respons serta tindakan yang telah dikenakan oleh kerajaan terhadap individu-individu yang didapati cuba untuk mencetuskan permusuhan serta ketegangan di antara kaum? Seterusnya, Butiran 050200 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Apakah perancangan khusus yang sedang dirangka dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi masyarakat Orang Asli di dalam negara kita? Apakah sasaran yang telah pun diletakkan oleh kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas infrastruktur pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli di dalam negara kita? Adakah terdapat sebarang perancangan yang telah dirangka oleh pihak kementerian untuk mewujudkan dasar baru bagi membela nasib masyarakat Orang Asli. Seterusnya, Butiran 010000 – Urusan Pilihan Raya. Adakah terdapat sebarang kekangan yang dihadapi oleh kerajaan bagi melaksanakan daftar pemilih baharu secara automatik dan apakah jaminan yang akan diberikan oleh pihak kerajaan tidak akan berlakunya penipuan pendaftar pengundi sekiranya pendaftaran undi secara automatik ini dilaksanakan. Apakah usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan tidak berlakunya kempen politik oleh parti politik tertentu di sekolah-sekolah sebagai usaha menarik sokongan. Jadi, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Ada lagi yang hendak berbahas? Sila Yang Berhormat Kapit, silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh maksud Bekalan 6, Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Saya mengalu-alukan tambahan kepada apa yang telah diberi untuk tahun 2020 ini peruntukan yang bertambah sebanyak RM2 juta untuk butiran ini. Jadi Tuan Pengerusi, telah disebut fungsi butiran ini adalah untuk mengukuhkan pengurusan perhubungan agensi Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak dan Sabah bagi meningkatkan waktu pencapaian perkhidmatan. Satu lagi dikatakan fungsinya memastikan tahap keberkesanan pengurusan penyelenggaraan kuarters mencapai sebanyak 80 peratus setiap tahun. Dalam satu lagi fungsi dikatakan memastikan bangunan guna sama Kerajaan Persekutuan selamat diduduki dan agensi yang menduduki telah mendapat pengiktirafan ekosistem kondusif sektor awam yang berorientasikan imej korporat. Persoalan yang perlu dijawab adalah, mengapa masih terlalu banyak lagi bangunan dan kuarters kakitangan Jabatan Persekutuan di Sarawak tidak diberi perhatian dan di selenggara dengan sepatutnya. Jadi, tolong ambil perhatianlah dalam perkara ini dan buatlah kerja-kerja naik taraf atau membaiki kepada bangunan atau kuarters untuk kakitangan dan anggota Jabatan Persekutuan di Sarawak. Banyak tempat-tempat di pekan di pedalaman Sarawak seperti di kawasan saya di Pekan Song. Yang Berhormat Jelutong, satu hari datanglah ke Song. Di mana pejabat ataupun pejabat Polis Diraja Malaysia di Song ini, balai polis daerah sana tidak ada kuarters yang mencukupi untuk mereka menduduki. Jadi itu, satu contohnya di mana kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak di mana anggota ataupun kakitangan Jabatan Persekutuan tidak ada kuarters untuk mereka.

Tuan Pengerusi, juga dalam butiran ini, dikatakan penyelarasan projek, bagi saya di Sarawak lah, dan fungsi untuk membantu projek pelaksanaan, ia disenaraikan mengikut jadual. Saya telah diyakinkan di dalam Dewan yang mulia ini dalam sesi terdahululah di mana Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi meyakinkan saya bahawa banyak projek-projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu akan diteruskan pelaksanaannya. Saya ada senarai itu oleh sebab jawapan secara bertulis diberi kepada saya. Hari ini sekarang, saya hendak pencerahan daripada siapa yang menjawab nantilah, Yang Berhormat Menteri yang menjawab, supaya senarai-senarai itu diberi secara terperinci supaya kita hendak tahu. Saya hendak tahu mana projek yang betul-betul dilaksanakan atau apa statusnya dan mana projek yang dijanjikan akan diteruskan pelaksanaannya tetapi tidak dilaksanakan. Satu lagi dalam fungsi yang dikatakan dalam butiran ini, dikatakan menjaga keharmonian di antara Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Sarawak. Kalau begitu, eloklah jika kesemua lawatan menteri-menteri Kerajaan Persekutuan yang melawat Sarawak memberitahu kepada kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama dengan Setiausaha Persekutuan yang duduk di Kuching. Ini kerana pernah berlaku yang kita tahu di mana menteri-menteri daripada Persekutuan ini sampai ke sana tetapi tidak secara rasmi memberitahu kepada kerajaan negeri. Bukan kita hendak tangkap. Tidak. Bukan kita hendak halau mereka. Tidak. Akan tetapi, kita eloknya bagi hormat-menghormati antara- sebab, peraturan begini telah lama kita, secara konvensyen dahululah, kita sudah dalam satu persamaan. Janganlah sesuka hati masuk ke Sarawak, walaupun menjalankan tugas rasmi atau tidak, tanpa menghormati negeri Sarawak. Saya beralih kepada Butiran 050100 – PERPADUAN. Saya menyambut baiklah kerana dicadangkan ada peningkatan banyak peruntukan untuk tahun 2020 ini bagi tujuan butiran inilah. Saya setuju dengan saranan tadi Yang Berhormat Bukit Bendera yang minta rukun tetangga dirombak semula supaya dapat menjadi lebih berkesan untuk menyatupadukan rakyat. Saya nampak rukun tetangga sekarang tidak berkesan lagi. Sudah lumpuhlah. Gagal untuk menepati objektif asalnya. Jadi, tolonglah buat satu rombakan untuk membuat penambahbaikan kepada fungsi atau objektif sebenarnya dapat ditepati untuk rukun tetangga ini. Last. Terima kasih Tuan Pengerusi bagi saya peluang. Maksud Pembangunan 6, Butiran 71000 – Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Ini diperuntukkan begitu besar sekali. Terima kasihlah. Saya mengalu-alukan ini. Cuma, saya seperti Yang Berhormat yang lain yang telah mungkin menyentuh perkara yang sama, membangkitkan isu yang sama, saya ingin tahu, apakah sebenarnya program-program yang telah disediakan yang bakal dilaksanakan bagi tujuan membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia kita ini? Tolong senaraikanlah program-program ini dan apa jenis bantuan yang bakal diberikan kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Maksud Pembangunan 6, Butiran 15000 – Pengubahsuaian dan Menaik Taraf Parlimen Malaysia, di mana saya ingin mencadangkan supaya adakan live streaming ataupun siaran langsung untuk Kamar Khas di mana kita lihat tajuk-tajuk yang dibangkitkan semasa Kamar Khas itu adalah penting dan juga penduduk di kawasan kami juga ingin tahu apa yang kita bahaskan dalam Kamar Khas. Begitu juga selanjutnya Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara, di mana kita lihat tahun ini peruntukan untuk pembangunan adalah sebanyak RM13 juta dan tahun depan sebenarnya meningkat kepada RM294 juta iaitu satu peningkatan yang begitu besar sekali.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Jadi, saya ingin meminta supaya Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan, kenapa peningkatan yang begitu besar? Selanjutnya, berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya di mana kita lihat pada masa sekarang, SPR adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri. Untuk memastikan satu pilihan raya yang bebas dan juga bersih, kita harus memberikan kuasa dan juga kebebasan kepada SPR. Kalau kita lihat buat masa sekarang, SPR terpaksa di bawah JPM. Maka, contohnya, apabila mereka hendak mengupah pegawai tambahan, mereka perlu merujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jadi, untuk memastikan SPR boleh bertindak dengan bebas, kita berharap supaya mereka keluar daripada JPM dan mereka berdiri dengan sendirinya. Contohnya seperti apa yang sedang diusahakan oleh Parlimen di mana Parlimen juga ingin adakan satu Akta Perkhidmatan Parlimen supaya Parlimen boleh berdiri dengan sendirinya. Maka, saya ingin cadangkan supaya SPR juga seharusnya diberikan peluang yang sama. Kita lihat pengurusan yang diberikan ya, peruntukan pengurusan untuk SPR ialah sebanyak RM71.3 juta dan peruntukan untuk pembangunan ialah RM10 juta. Memandangkan baru-baru ini kita baru sahaja meluluskan rang undang-undang supaya had umur mengundi telah diturunkan kepada 18 tahun dan juga pendaftaran secara automatik, sudah pasti reformasi yang besar ini barangkali peruntukan sebanyak RM10 juta dan RM71.3 juta ini tidak mencukupi. Saya merujuk kepada Butiran 030200, sebagai contohnya. di mana program outreach hanya sekadar RM245 ribu sahaja. Kalau kita bahagikan kepada 14 negeri masing- masing, setiap negeri hanya tidak dapat kurang daripada RM20 ribu satu negeri. Jadi, bagaimana mereka dapat melaksanakan program pendidikan pengundi secara berkesan? Di sini saya hendak tegaskan bahawa kita sokong program pendidikan pengundi ini. Ini penting terutamanya bagi golongan pemuda yang akan mengundi apabila mereka mencecah 18 tahun ini, mereka penting untuk mereka pergi mengundi. Tidak hanya seperti yang disebut oleh pembangkang di mana program pendidikan pengundi ialah satu program politik. Ini bukan satu program politik. Ini ialah satu program pendidikan pengundi dan program ini akan dilaksanakan oleh SPR sendiri, tiada melibatkan sebarang ahli politik dalam program sedemikian. Jadi, kita harus menyokong program pendidikan sedemikian. Begitu juga saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan memandangkan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem Pilihan Raya telah ditubuhkan di bawah JPM, maka kita ingin tahu, berapakah peruntukan yang telah diberikan untuk ERC ini untuk mereka menjalankan tugas mereka? Begitu juga saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah anggaran belanja yang akan diperuntukkan untuk pemodenan ataupun pendigitalan sistem pilihan raya yang ada? Ini penting, Tuan Pengerusi, kerana kita perlukan satu sistem pilihan raya yang lebih bersih. Contohnya, sistem pemetaan yang ada pada hari ini. Kalau kita pergi ke SPR kita hendak beli peta pilihan raya setiap kawasan yang ada pada hari ini, butirannya terlalu ringkas. Ini harus diperbaiki. Dan juga daftar pemilih. Itu juga penting. Kita perlukan satu sistem digital yang cekap untuk kita atasi masalah pengundi hantu. Dengan itu, sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 040400 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya ingin persoalkan kenapa pada tahun 2019, peruntukan sebanyak RM6.8 juta, tahun 2020 RM4.9 juta, penurunan kira-kira 20 peratus. Apa yang berlaku, sedangkan dalam buku bajet, perjawatannya sama. Jadi apakah yang berlaku sehingga penurunan belanjawan ataupun bajet sehingga kira-kira 20 peratus?

Kedua, Butiran 030700 – Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia (JPSM), tahun 2019 RM41.48 juta, tahun 2020 RM28.47 juta. Jadi kenapakah berlaku penurunan yang ketara? Apakah yang sedang berlaku di sana, adakah peruntukan dibawa ke Butiran-butiran yang lain? Butiran 030300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), tahun 2019 RM68.485 juta, tahun 2020 RM63.136 juta. Penurunan lebih daripada RM5 juta. Jadi dalam keadaan kita hendak martabatkan JKSM dan kerajaan sendiri menyatakan bahawa bagaimana hendak martabatkan enakmen ataupun Kanun Jenayah Syariah dan sebagainya. Kenapakah penurunan sehingga lebih daripada RM5 juta ini? Saya hendak ulangi balik cadangan saya semasa saya mencelah ucapan Yang Berhormat Setiu tadi bahawa saya cadangkan supaya kes-kes mahkamah yang melibatkan rumah tangga ini dibicarakan secara tertutup. Terutamanya yang melibatkan kes-kes penceraian. Ini kerana, kalau kita lihat di negara-negara lain, kadang-kadang kita tidak tahu pun bilakah kes-kes ini dibicarakan. Akan tetapi, kenapa kes-kes mahkamah yang membabitkan selebriti-selebriti, orang ternama, kadang-kadang Wakil Rakyat dapat diketahui secara umum dan ia menjadi berita. Saya sebut tadi bahawa isu-isu rumah tangga ini dia melibatkan, beyond, dia keluar daripada isu-isu politik. Jadi tak sepatutnya ia diperdebatkan secara terbuka dan kalau boleh dibicarakan secara tertutup. Butiran 034000 – Kompleks Latihan Islam Tahfiz, tahun 2019 RM9 juta, tetapi tahun 2020 RM1 juta sahaja. Kenapa berlaku penurunan begitu mendadak? Apa yang sedang berlaku dan apakah tujuannya telah dipenuhi tahun 2019? Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), tahun 2019 RM15 juta, tahun 2020 RM20 juta. Saya sokong peningkatan RM5 juta ini dan cuma saya mahu tahu apakah asas kenaikan ini dan apakah mereka yang merupakan pemegang taruh di kawasan-kawasan banjir dilibatkan dan perlu diingatkan bulan Disember ini kami di Pasir Mas, di Tumpat, di Rantau Panjang ialah merupakan kawasan-kawasan yang akan dilanda oleh banjir secara logiknya. Jadi saya harapkan supaya bantuan ini dapat diturun dan melibatkan kami. Saya berasa sedikit terharu dan saya rasa hendak rakamkan terima kasih kepada Almarhum MP Tanjung Piai. Dua minggu sebelum meninggal dunia, Allahyarham ke Pasir Mas mengadakan program kali pertama semasa saya menjadi Wakil Rakyat di Pasir Mas ini. Saya dijemput untuk hadir dalam Program Menteri Turun Ke Pasir Mas, berada sepentas dengan Allahyarham dua minggu sebelum beliau meninggal dunia.

Setiu, Yang Berhormat Pasir Mas.

Sebelum beliau meninggal dunia. Jadi itulah kali pertama dan saya harapkan supaya Menteri-menteri kalau turun di kawasan pembangkang, jangan lupa untuk libatkan kami untuk turut bersama-sama. Butiran 061000 – Development of Halal Industry, tahun 2019 RM800 ribu, tahun 2020 RM38 juta. Satu peningkatan cukup baik, tetapi apakah pelan untuk membangunkan industri ini? Apakah perancangan solidarity difikirkan oleh kerajaan? Butiran 050100 – Jabatan Perpaduan, tahun 2019 RM208 juta, tahun 2020 RM241 juta. Naik lebih RM30 juta. Akan tetapi, jika dilihat kepada prestasi outcome programme, pembangunan masyarakat dan harmoni yang seimbang, jika dilihat di sana petunjuk prestasi utama tahun 2018, indeksnya 0.57. Tahun 2019, tidak ada sasaran. Tahun 2020, sasarannya 0.60, yakni dalam erti kata lain prestasi utama ini hanya naik sekitar 0.3 mata sahaja. Kenapa kenaikan yang begitu kecil ini melibatkan peruntukan naiknya begitu besar? Adakah di sana, Jabatan Perpaduan sedang berdepan dengan pelbagai ancaman-ancaman, kenyataan-kenyataan yang berbahaya yang saya kira banyak berlaku sehari dua ini?

Saya ambil contoh dalam laman web DAP Malaysia.com, bagaimana kenyataan daripada MP Bagan pada 3 November 2019 masih ada di dalam laman web yang menyatakan kalau Tanjong Piai di menangi oleh MCA, PAS dan UMNO akan membawa beberapa ancaman antaranya, “Non-Muslim especially Christians cannot gather for their religious prayers”. Orang Kristian tidak boleh lagi berkumpul untuk...

Yang Berhormat Pasir Mas, bila rujuk kepada kenyataan bila?

Kenyataan this speech by DAP Secretary General and MP for Bagan Lim Guan Eng at the DAP Johor.

Surat khabar mana, surat khabar?

DAP Malaysia.com.

DAP Malaysia, betul ke tu?

Ya, ya betul.

Atau dapat daripada laman web PAS?

Dak, dak. Saya boleh bagi pada Yang Berhormat Jelutong kalau Yang Berhormat Jelutong hendak. Saya boleh bagi sekarang juga daripada laman web DAP sendiri.

Sebut DAP tu, kenapa pula PAS?

Bagaimana MP Bagan telah menyatakan bahawa kalau PAS dan UMNO mentadbir.

Yang Berhormat Pasir Mas, jangan buat tuduhan.

Lima perkara akan berlaku.

Tak pernah Yang Berhormat Bagan, tak pernah keluarkan kenyataan itu. Betul kah itu daripada laman web DAP?

Ya, esok saya akan buat report polis, jangan bimbang Yang Berhormat Jelutong. Tidak ada masalah. Saya boleh bagi ke Yang Berhormat Jelutong, kalau Yang Berhormat Jelutong hendak.

Buatlah, buat. Saya cabar buat, saya cabar buat.

Ada lima perkara.

Kalau berani, buat kenyataan di luar Dewan.

Non-Malays or Non-Malays do not deserve- saya boleh ucap dalam Dewan dan luar Dewan, tak ada masalah. Ini bukan.

Tuan Pengerusi, ini melanggar peraturan. Kita berbahas tentang jawatankuasa Non-Malays and Non-Muslim do not deserve to hold Minister position in Cabinet. .

Saya usul dulu.

Jangan buat tuduhan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Halau dia keluar lah.

Saya usul dulu.

Ikut peraturan lah Yang Berhormat Jelutong, ikut peraturan. Yang Berhormat Jelutong.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Halau keluarlah.

Ini adalah tuduhan yang.

Disiplin sedikit lah.

Tuduhan serius, jangan buat tuduhan terhadap seorang yang tidak ada di Dewan. Bukan berpolitik, bukan berceramah ini. Ceramah pi Tanjong Piai.

Yang Berhormat Jelutong, itu contoh.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tuan Pengerusi, kita di peringkat jawatankuasa.

Tugas daripada yang perlu untuk dihadapi.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Itu luar topik.

Oleh Jabatan Perpaduan. Itu maksud saya, bagaimana beban yang begitu besar yang terpaksa dihadapi oleh Jabatan Perpaduan selepas daripada ini menangani isu-isu kenyataan seperti ini. Itu sahaja, tidak ada masalah. Apa yang saya ucap.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Itu ialah fake news.

Saya boleh bagi.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Orang bodoh yang suka cakap fake news sahaja.

Saya check DAP Malaysia.com tak ada, tak wujud domain ni.

Yang Berhormat Pasir Mas, saya minta Yang Berhormat Pasir Mas tarik balik kenyataan itu Yang Berhormat Pasir Mas.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Orang bodoh yang cakap fake news sahaja.

Itu bukan daripada laman rasmi DAP Malaysia Yang Berhormat Pasir Mas. Itu adalah perkara yang cuba digunakan oleh PAS untuk mengelirukan isu itu Yang Berhormat.

Saya akan bagi, saya akan bagi.

Saya boleh taip terus dekat komputer, boleh taip terus.

Saya akan bagi kepada Yang Berhormat Jelutong kalau Yang Berhormat Jelutong mahu.

Boleh, boleh print itu siapa- siapa boleh print Yang Berhormat Pasir Mas.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Mas, sila make clarification outside Dewan kepada Yang Berhormat Jelutong. Silakan.

Okey, terima kasih. Okey, itu di antara perkara-perkara yang saya hendak ucapkan di dalam ucapan ini.

Yang Berhormat Pasir Mas, kita bukan macam PAS, dulu Cameron Highlands cakap undi lain, sekarang pergi Tanjong Piai undi lain.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong.

Come on lah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong.

Mesti ada prinsip lah.

Berikutnya di bawah Butiran 01000 – Urusan Parlimen, Pembiayaan di mana dalam Urusan Parlimen ini saya harap supaya dapat dilaksanakan manifesto di dalam pilihan raya lepas bahawa pembiayaan berdasarkan formula telus akan diberikan kepada semua Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dan mengurus pusat khidmat masing-masing. Ini termasuk di dalam janji yang telah disebut di dalam manifesto dan saya harap supaya dapat dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Mas, masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas dan yang terakhir saya jemput Yang Berhormat Kangar. Kemudian yang terakhir Yang Berhormat Labuan kemudian.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali Maksud Bekalan 1 Parlimen saya ingin mengucapkan tahniah kepada Parlimen kerana kenaikan sebanyak lebih kurang dalam RM8 juta. Saya berharap reformasi Parlimen akan dapat diteruskan dan semoga satu hari nanti peruntukan cukup kepada Parlimen bagi melaksanakan Akta Perkhidmatan Parlimen. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Parlimen kerana telah memperkenalkan aplikasi telefon dan kemas kini akaun media sosial yang agak baik serta tayangan secara langsung Mesyuarat Dewan melalui saluran media sosial. Saya berharap nanti jawapan-jawapan kepada soalan-soalan bertulis juga dapat kita letak di laman web mengikut kementerian dan juga mengikut soalan ataupun jawapan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk menggalakkan Ahli-ahli Parlimen aktif hadir ke Dewan ini dan juga aktif mengambil bahagian dalam perbahasan. Dalam maksud- saya juga hendak menyebut tentang tidak adanya butiran program-program pengembangan yang lebih pelbagai untuk masyarakat. Iaitu bagaimana Parlimen dapat menganjurkan program-program untuk mendekatkan orang kata untuk memahamkan masyarakat tentang fungsi Parlimen. Seterusnya maksud Bekalan 4 mengenai SPR, Butiran 010000 - Pilihan Raya. Apakah persediaan SPR untuk menerima jumlah besar pengundi baru berusia seawal 18 tahun yang didaftarkan secara automatik. Kalau kita tengok dari segi Butiran, seolah-olah tidak ada persediaan untuk itu. Kedua ialah, kalau saya merujuk kepada outcome warganegara berpengetahuan dan juga celik demokrasi. Akan tetapi, dari segi Butiran saya tidak nampak ada perincian khusus kecuali Program Outreach yang sebanyak RM 245 ribu yang saya fikir tidak cukup. Ini kerana Butiran-butiran lain tidak menjurus kepada persoalan untuk mencelikkan masyarakat tentang demokrasi hanya lebih kepada pengurusan dalaman SPR itu sendiri. Maksud Bekalan dan Pembangunan 6, Butiran 020000 – Pengurusan Keselamatan Majlis Keselamatan Negara. Kenapa meletakkan sasaran untuk berada di tangga 25 dalam Global Peace Index? Sedangkan kita telah melihat peningkatan paling tinggi dalam senarai 30 negara teratas dalam Global Peace Index dan yang terkini, kalau sebelum ini kita berada di tangga 29 pada tahun 2017, kini Malaysia telah berada di tangga ke-16. Jadi kenapa kita hanya meletakkan sasaran di tangga ke-25, sedangkan kita telah berada di kedudukan yang lebih baik sekarang ini.

Dalam Butiran 020100 dan juga 00101, saya fikir Majlis Keselamatan Negara ini mungkin kita perlu lihat semula dari segi persediaan kerana kebelakangan ini kita banyak dengar kritikan ataupun pandangan daripada pelbagai institusi global mengenai Malaysia sebagai transit pengganas, Malaysia dalam isu pemerdagangan manusia dan juga ancaman pergeseran kaum dan agama. Selaras dengan itu juga ada kaitan dengan Butiran 050100, di bawah perpaduan kita perlu membangunkan satu modul amalan baik- best practice yang mana misalnya saya ambil contoh dalam KRT, rukun tetangga di Perlis ini ada satu kumpulan Tai Chi yang terdiri daripada pelbagai kaum. Jadi ini di antara contoh kegiatan masyarakat yang kita sepatutnya tonjolkan, kita sepatutnya hebahkan.

Kalau perpaduan kita tidak mahu hanya dikenali oleh komuniti setempat tetapi mungkin dapat bekerjasama dengan kementerian lain, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan sebagainya untuk kita menghebahkan best practice yang mana kita menunjukkan bahawa perpaduan ini sebenarnya wujud di seluruh negara oleh pelbagai masyarakat di seluruh negara. Jadi kita tonjolkan, kita hebahkan supaya cerita-cerita yang tidak enak kita dengar terus menguasai pemikiran orang ramai. Jadi dengan adanya model ini masyarakat sejahtera yang ingin kita capai lebih mudah untuk kita usahakan. Selaras dengan itu juga 040000 – Kemajuan Islam, saya fikir agama Islam sebagai rasmi dan dianuti oleh majoriti rakyat berperanan besar dalam memastikan keamanan sesuai dengan nama Islam itu sendiri. Jadi fungsi jabatan-jabatan agama Islam ini saya berharap tidak bertindih dan dapatlah sedikit peruntukan digunakan untuk menyelesaikan isu-isu sebenar dalam masyarakat.

Yang Berhormat, betulkan sedikit. Agama Islam agama Persekutuan bukan agama rasmi. Agama Persekutuan.

Agama Persekutuan tetapi saya hendak beritahu inilah iaitu fungsi itulah orang kata agama Islam ini sepatutnya kita lebih menonjolkan keamanan sebagaimana sesuai dengan agama Islam itu sendiri. Seterusnya Butiran 020500 iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) naik daripada RM15.3 juta kepada RM20.3 juta dan juga 020400 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) naik daripada RM134 juta kepada lebih kurang RM157.6 juta yang mana ada perincian lain ialah 09910 dan juga 16000. Saya ucapkan tahniah kerana di Perlis ini banyak kali berlaku ribut saya dapat melihat sendiri bagaimana kakitangan daripada APM, daripada RELA, daripada pelbagai sukarelawan mereka ini menjadi frontliner, berada di barisan hadapan untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Jadi saya berharap sekiranya ada kenaikan elaun sukarelawan ini biarlah dapat kepada semua agensi yang mempunyai sukarelawan dan tidak terhad hanya kepada APM tetapi juga kepada sukarelawan-sukarelawan lain. Projek-projek di bawah maksud Pembangunan 6 Halal Industri, saya mendengar tentang Perlis sebagai salah satu hub halal ini sudah lama, daripada saya ingat lebih 10 tahunlah tetapi saya tidak nampak ada kemajuan yang ketara ataupun yang signifikan. Jadi saya berharap ada jawapan tentang ini. Penyelarasan Program Bantuan Kemiskinan di bawah 71000. Apa jenis program yang sesuai untuk diadakan untuk mencapai wawasan kemakmuran bersama kerana kalau kita tengok daripada segi jumlah dan juga kegiatan banyak tetapi kita tengok hari ini kita masih berdepan dengan persoalan yang sama. Adakah kita memerlukan satu pendekatan yang baharu untuk menyelesaikan masalah kemiskinan. Dalam Butiran 00201 tertulis di sana Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Jadi ini mungkin boleh menjawab Yang Berhormat Arau yang sebelum ini mengatakan seolah-olah kerajaan mengabaikan golongan India. Di sini tercatat RM100 juta untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Butiran 050300 – LADA dan juga Projek Pembangunan Langkawi – 00114, saya ingin menyebutlah memang Langkawi dapat banyak projek. Di sana juga adalah kawasan Perdana Menteri, Perdana Menteri dia mengorbankan masa dia untuk berkhidmat pada negara tapi sebagai negeri Perlis yang berjiran dengan Langkawi, saya berharap kita kena faham bahawa pelancong untuk dia pergi ke satu tempat dia mesti melalui satu fasa pengalaman. The travel to the site, jadi Kuala Perlis adalah salah satu laluan utama untuk pelancong pergi ke sana. Saya berharap adalah limpahan daripada pembangunan Langkawi juga disalurkan kepada Perlis sebagai salah satu pintu masuk ke Langkawi. Maksud Bekalan 7 ialah...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kangar masa sudah tamat.

Sikit. Hendak gulung sekejap lagi. Faedah persaraan kita tahu jumlah faedah persaraan ini sudah naik daripada sekitar RM4 bilion pada tahun 2000, sekarang sudah lebih kurang dalam RM26 bilion dan diunjurkan akan mencecah lebih daripada RM70 bilion pada tahun 2029. Jadi apakan rancangan kerajaan untuk menangani persoalan ini. Butiran 030300 – INTAN, saya berharap, saya pernah pergi ke INTAN saya melihat ada kursus masterclass berkaitan dengan dasar awam. Saya berharap kursus ini dapat diberikan terutamanya kepada Ahli-ahli Parlimen baru ataupun pegawai-pegawai penyelidik yang membuat kerja untuk Ahli Parlimen. Transformasi Sektor Awam, sekarang sudah tinggal kosong. Dulu RM3.54 juta. Saya berharap transformasi sektor awam ini dapat diteruskan di bawah MAMPU iaitu di bawah maksud bekalan yang lain, maksud Bekalan 6. Lain-lain saya cuma sebagai penutup saya cuma hendak sebut maksud Bekalan 8 – Jabatan Peguam Negara. Tadi mungkin menyentuh sikit apa yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, 010100. Meskipun saya bersetuju bahawa ramai pendakwa raya kita yang cukup mahir dan kompeten. Kita jangan lupa bahawa pada zaman pentadbiran dulu, walaupun tadi pembangkang nampak bersorak riang, zaman dulu pun mereka pernah membayar kepada seorang peguam swasta yang bernama Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta untuk mensabitkan Yang Berhormat Port Dickson dalam perbicaraan mengenai Yang Berhormat Port Dickson. Jadi saya berharap kita janganlah bermuka-muka dan kita berharaplah...

Yang Berhormat Kangar boleh minta laluan.

Boleh sikit.

Terima kasih. Saya di sini ingin tanya kenapakah Kerajaan Barisan Nasional dahulu membayar Shafee Abdullah RM9 juta untuk mendakwa Yang Berhormat Port Dickson. Siapakah yang membayar duit itu, wang itu adalah wang rakyat. Kenapakah kita perlu lantik seorang bernama Shafee Abdullah untuk melakukan pendakwaan. Kenapa perkara itu tidak disoal.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Kangar, right.

Tidak malu kah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya serahkan itu kepada Menteri yang berkaitan untuk jawab. Sekian sahaja Tuan Pengerusi saya selesai bahas.

Yang Berhormat hendak masuk ucapan Yang Berhormat Jelutong sebagai daripada ucapan Yang Berhormat?

Ya, tadi saya minta Yang Berhormat Menteri jawab.

Maka saya sebagai orang Perlis malu dengan Yang Berhormat [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kangar.

Tidak apa sekejap lagi Yang Berhormat Menteri jawab.

Saya mahu memperbetulkan sikit ucapan saya tadi Tuan Pengerusi saya maksudkan...

Tuan Pengerusi saya sama- sama malu dengan Yang Berhormat Arau, malu.

Saya maksudkan bukan ‘DAPmalaysia.com’ tetapi ‘DAPmalaysia.org’. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Engkau jawab, jawab dengan Yang Berhormat Jelutong.

Sedikit pembetulan terhadap fakta ucapan saya.

Mana boleh pembetulan Yang Berhormat. Yang Berhormat telah membuat tuduhan itu salah.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Itu salah, salah keseluruhan.

Tidak pernah kenyataan itu dibuat bukan macam PAS tidak berprinsip.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Baik sekarang saya jemput Yang Berhormat Labuan.

Point of order. Dia sebut PAS tidak berprinsip kena tarik balik. Tarik balik perkataan itu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Labuan minta tiga minit dengan akhir Yang Berhormat Hulu Terengganu. Sila Yang Berhormat Labuan.

Tuan Pengerusi, tarik balik perkataan ‘PAS tidak berprinsip’.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara yang diperuntukkan jauh lebih besar dibandingkan dua tahun yang lepas. Ada beberapa penempatan di bawah kawalan Majlis Keselamatan Negara di seluruh negara termasuk di Labuan dan Sabah, yang mana ia sudah berlarutan dan sekarang ini penduduk yang memegang IMM13 ini sudah sampai ke generasi yang keempat. Ramai yang berkahwin secara tradisional sahaja dengan sesama mereka dengan penduduk tempatan dan ia menyebabkan ramai stateless hasilnya. Jadi apakah peruntukan ini juga masuk untuk merangka satu jangka masa panjang punya perancangan untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau tidak negara kita akan menjadi negara yang paling champion mempunyai stateless yang teramai. Butiran 04801 – Pembinaan Masjid, Surau dan Pembaikan Naik Taraf. Saya ingin bertanya di Labuan ada beberapa masjid, surau yang sudah diluluskan di Kampung Sungai Lada, Kampung Ganggark, Kampung Patau-patau 2 dan Masjid Nurul Islam di bandar sudah diluluskan beberapa tahun yang lepas tetapi belum dilaksanakan. Bila ia akan dilaksanakan. Seterusnya 040300 – Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran. Di Labuan kita ada Labuan International School yang dibina oleh Kementerian Kewangan. Mempunyai kapasiti 500 orang tapi ia cuma diduduki oleh ataupun student-nya cuma 350 orang. Bolehkah kita berikan biasiswa kepada rakyat daripada keluarga miskin untuk bersekolah di sana. Memandangkan selama ini kebanyakan pelajar di sana cuma rakyat mempunyai yang mempunyai keupayaan kewangan yang tinggi dan anak-anak pegawai kerajaan sahaja. Sayang infrastruktur sudah dibuat dengan baik dan cantik oleh kerajaan tetapi ia kosong. Jadi kalau diberikan biasiswa kepada rakyat yang susah dan dihantar ke sana sudah tentu ia akan dapat membantu merubah keadaan kehidupan keluarga tersebut di masa hadapan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Penghabisan sekali Butiran 010300 – Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Di Labuan ada tanah yang luas diberikan kepada SPRM. Ianya tidak digunakan untuk apa yang sepatutnya ianya diberikan. Jadi, dikhabarkan dahulu ianya sepatutnya untuk diadakan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia. Adakah perancangan ini betul ada dan bilakah ianya akan dilaksanakan? Melihat kepada peruntukan ianya memang tidak mencukupi untuk itu tetapi saya ingin bertanya adakah ianya akan diadakan di masa hadapan? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Labuan dan akhir saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada apa yang saya bangkitkan dalam jawatankuasa ini ialah Kementerian Kesihatan. Maksud Pembangunan P.42 Butiran 00105 – Latihan Dalam Perkhidmatan, yang mana apa yang berlaku beberapa hari yang lalu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu di mana seorang penguat kuasa Kementerian Kesihatan menyaman seorang yang merokok di dalam kawasan dilarang. Isunya ialah cara saman tersebut dilakukan tanpa beradab, terus menyambar rokok yang sedang dihisap oleh orang yang disaman. Ini saya rasa latihan dalam perkhidmatan perlu diberi kepada penguat kuasa-penguat kuasa agar mereka lebih beradab dan perlu ada SOP sebelum menyaman. Ini kerana bagi kita menyaman itu satu tindakan tetapi yang penting ialah pendidikan sebelum disaman. Di samping itu, hal yang demikian berlaku kerana di lapangan tersebut tidak ada kawasan yang dibenarkan untuk merokok sehinggakan pelancong-pelancong yang datang untuk merokok, mereka disuruh merokok sejauh 100 meter daripada lapangan terbang tersebut. Jadi, ini perlu perhatian kepada Kementerian Kesihatan. Kemudian, di bawah Butiran 00600 – Ubahsuai, Naik Taraf dan Pembaikan Hospital. Di sini saya merayu kepada kementerian agar melihat Hospital Hulu Terengganu yang umurnya telah mencapai hampir 30 tahun yang semuanya telah berada dalam keadaan outdated dari segi bangunannya, peralatannya, facility dan sebagainya. Kemudian, saya berpindah kepada JPM di bawah perkara pembangunan iaitu Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Satu masjid yang uzur yang telah lama di Kampung Langau, Kuala Berang. Diharap pihak JPM memberi perhatian kepada masjid ini kerana tanah pun telah sedia dan pembinaan diharapkan agar dapat disegerakan untuk menampung jemaah-jemaah yang berada di kawasan tersebut. Seterusnya Tuan Pengerusi, Kementerian Pendidikan di bawah Butiran 00800 – Rumah Guru. Di sini dilihat di seluruh negeri Terengganu ataupun di mana-mana sahaja didapati bahawa banyak kuarters-kuarters guru yang dibina terbiar kerana keadaannya yang uzur dan juga sukar ataupun tidak sesuai untuk diduduki. Jadi, diharap pihak Kementerian Pendidikan mengambil perhatian berat agar ianya dapat digunakan di utilized sepenuhnya untuk guru-guru yang memerlukan tempat tinggal terutamanya di kawasan-kawasan di luar bandar. Kemudian, saya berpindah kepada Butiran 040300 – Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Isu yang berlaku di negeri Terengganu ialah guru pengajian Al-Quran, saya difahamkan bahawa guru ini gajinya dulu RM500 sebulan, hari ini telah dipotong menjadi RM400 sebulan. Persoalannya, mengapa hal tersebut berlaku dan diharap ianya dapat dikaji dan diberi perhatian sewajarnya agar ianya tidak memberi beban kepada petugas-petugas ataupun guru PQ di KEMAS di negeri Terengganu. Kemudian, seterusnya saya berpindah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Butiran 030400...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Hulu Terengganu, ini cuma untuk Jabatan Perdana Menteri, bukan kementerian yang lain. Harap fokus kepada hanya Jabatan Perdana Menteri.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Jabatan Perdana Menteri. Okey seterusnya, saya rasa itulah sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

Mersing.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi peluang terakhir untuk Yang Berhormat Mersing.

Okey terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak rujuk kepada perkara Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di bawah Maksud Pembangunan. Satu sahaja saya difahamkan untuk tahun ini, Bajet 2019 rumah-rumah untuk Orang Asli diperuntukkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, untuk Butiran 01100 bagi Bajet 2020 yang berjumlah RM83 juta adakah termasuk pembinaan rumah-rumah Orang Asli. Di Mersing ada lima perkampungan Orang Asli, ada 1,000 orang pengundi, tidak cukup Tuan Pengerusi kalau kita hendak gunakan peruntukan Parlimen untuk membina rumah. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ada tak rancangan- saya ada sembang dengan Timbalan Ketua Pengarah Orang Asli, Encik Razak. Dia menyatakan bahawa tidak ada program khusus untuk tambah rumah Orang Asli. Jadi, mungkin kalau tak ada dalam Bajet 2020, mungkin untuk kemakmuran bersama, tahun 2021 supaya ada satu pelan besar-besaran bagi memastikan Orang Asli yang duduk di perkampungan Orang Asli dapat penempatan dan rumah. Mereka sanggup juga buat Rumah Mampu Milik tetapi sekarang ini semuanya secara geran daripada JAKOA. Ini kerana program ini telah lama sudah saya ingat dekat 30 tahun dibuat. Dalam satu rumah kadang-kadang ada tiga keluarga. Jadi ada masalah sosial kadang-kadang, jadi kalau dapat Yang Berhormat Menteri dapat melihat ini secara menyeluruh, kalau tak dapat Bajet 2020 tetapi melihat juga Bajet 2021. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Ahli Yang Berhormat, tamat perbahasan daripada Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Senator Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy untuk menjawab- 30 minit plus. Terima kasih.

Tuan Waytha Moorthy a/l PonnusamyMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya bagi pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Perpaduan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan jabatan-jabatan ini dalam perbahasan Belanjawan 2020 peringkat Jawatankuasa. Tuan Pengerusi, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peruntukan yang telah diluluskan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi tahun kewangan 2020 sebanyak RM241,526,300 berbanding peruntukan yang diterima pada tahun 2019 sebanyak RM208,316,300 iaitu peningkatan sebanyak 15.9 peratus. Peruntukan bajet ini pasti akan melonjakkan lagi usaha-usaha Jabatan Perpaduan untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia. Pertama sekali, saya ingin menjawab secara bersekali persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Parit, dan juga Yang Berhormat Arau. Antara persoalan yang ditujukan apakah strategi dan gerak kerja untuk pastikan perpaduan dapat dikukuhkan dan apakah program-program bagi menangani masalah perkauman dan ekstremisme agama.

Tuan Waytha Moorthy a/l PonnusamyMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh saya sendiri sebagai Menteri dalam memperkukuhkan perpaduan negara dan juga apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap individu-individu yang mencetuskan ketegangan kaum? Tuan Pengerusi, pelbagai inisiatif untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui perancangan kerajaan telah dilaksanakan secara berterusan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan). Jabatan Perpaduan telah, sedang dan akan meneruskan pelbagai usaha untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan menggunakan pendekatan mendampingi dan mendidik atau, dengan izin, engage and educate melalui pelbagai program dan mekanisme seperti berikut: Pertama, memperkasakan kepimpinan 8,205 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara agar peka dan sensitif terhadap isu-isu atau gerakan-gerakan yang sengaja mengancam untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat;

Tuan Waytha Moorthy a/l PonnusamyMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Kedua, mencari penyelesaian terhadap isu-isu perkauman dan agama yang boleh menyebabkan perpecahan kaum dan memupuk perdamaian di peringkat akar umbi melalui khidmat 1,130 orang mediator komuniti di seluruh negara. Ketiga, meningkatkan penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip Rukun Negara kepada pelajar-pelajar sekolah di 6,622 Kelab Rukun Negara (KRN) di sekolah rendah dan menengah dan 169 Sekretariat Rukun Negara (SRN) di peringkat institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Keempat, menggalakkan silang kerjaya dan kefahaman budaya di syarikat-syarikat milik bumiputera dan bukan bumiputera melalui penyertaan mahasiswa bumiputera dan bukan bumiputera melalui Program Latihan Industri Perpaduan (PLIP) yang sehingga kini telah melibatkan seramai 5,728 orang pelajar dalam tempoh tahun 2015 hingga tahun 2019. Kelima, mengadakan program Perhimpunan Perpaduan Demi Negara yang melibatkan kepimpinan rukun tetangga, persatuan penduduk dan badan-badan bukan kerajaan di seluruh negara bagi memantapkan interaksi dan hubungan kerjasama di antara rukun tetangga, persatuan penduduk dan NGO. Ini agar dapat bersama-sama melaksanakan program dan aktiviti kejiranan secara sepadu dalam mengurus dan menangani isu setempat untuk meningkatkan semangat perpaduan dan kesejahteraan komuniti setempat. Keenam, menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) bagi memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional. Langkah penubuhan MPKR bertujuan mempromosikan Malaysia di peringkat global sebagai model negara moderat yang berjaya menjaga keharmonian antara kaum dan agama serta berfungsi sebagai platform untuk percambahan fikiran dan rekonsiliasi antara kaum dan agama. Ketujuh, melaksanakan perancangan strategi dan inisiatif yang dicadangkan di bawah Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang inklusif merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan dengan menetapkan program-program spesifik dan konkrit. Ini untuk menyemarakkan perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan rakyat Malaysia. Kelapan, mewujudkan pasukan pemantau isu-isu semasa perpaduan di media sosial peringkat jabatan termasuk Pejabat Perpaduan Negeri dan Daerah untuk menyebarkan berita-berita positif agar dapat menenangkan keadaan penyebaran berita- berita palsu, negatif dan berunsur fitnah. Ini supaya dapat meyakinkan masyarakat agar tidak mudah percaya dengan isu dan berita yang dimainkan dalam media sosial. Inisiatif ini akan diperluaskan ke peringkat akar umbi dengan penglibatan rukun tetangga. Kesembilan, mewujudkan jaringan kerjasama strategik di antara rukun tetangga (RT), persatuan penduduk (RA) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, pihak swasta dan agensi-agensi kerajaan di seluruh negara. Ini bagi tujuan melaksanakan program-program menyantuni rakyat termasuk dalam memperkasa dan menyejahterakan golongan minoriti serta melaksanakan inisiatif-inisiatif mempromosikan perpaduan secara bersepadu bagi mendepani cabaran-cabaran perpaduan dengan baik dan secara berkesan. Melalui jaringan kerjasama secara menyeluruh ini, pihak jabatan dapat menyebarluaskan lagi mesej-mesej perpaduan demi mewujudkan suasana keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan pelbagai kumpulan sasar yang terlibat.

Tuan Waytha Moorthy a/l PonnusamyMenteri di Jabatan Perdana Menteri

Selain itu, program-program bagi menangani masalah perkauman dan ekstremisme agama adalah seperti berikut; Pertama, Perpaduan telah mewujudkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) sebagai satu platform bagi mempromosikan keharmonian antara penganut agama di peringkat akar umbi. Usaha jawatankuasa ini tertumpu kepada meningkatkan kefahaman terhadap pelbagai agama, membincangkan isu-isu yang boleh menggugat keharmonian agama dan ketenteraman masyarakat, mencadangkan dasar-dasar kepada kerajaan yang berteraskan nilai agama serta melaksanakan program atau aktiviti kemasyarakatan bersama-sama pihak kerajaan. Ini bagi mendidik masyarakat agar tidak melakukan tindakan-tindakan berunsur pelampau agama. Kedua, melalui JKMPKA juga pelbagai program dan aktiviti berunsur kemasyarakatan dilaksanakan bertujuan untuk menangani pelbagai sentimen negatif yang bersangkut-paut dengan isu-isu keagamaan. Contoh program dan aktiviti yang dianjurkan oleh jawatankuasa ini adalah Dialog Antara Penganut Agama, Program Harmony Walk, Forum Keharmonian Antara Penganut Agama, lawatan ke rumah ibadat dan sebagainya yang membuka minda pelbagai penganut yang menyertai program-program sedemikian bagi memahami, menghormati dan menghargai kepelbagaian yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ketiga, Perpaduan juga bekerjasama dengan JKMPKA dan Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia dalam melaksanakan sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia- World Interfaith Harmony Week dalam bulan Februari setiap tahun dan sambutan Hari Toleransi Sedunia (International Tolerance Day) pada bulan November setiap tahun. Kedua-dua program ini diadakan bagi menggalakkan semua negara anggota PBB mempromosikan nilai-nilai sejagat- universal values, dengan izin, yang menjadi pegangan semua agama bagi menjalinkan hubungan rapat dan persefahaman antara penganut pelbagai agama serta menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh merosakkan institusi masyarakat. Keempat, melalui tindakan mahkamah di mana pihak-pihak yang sengaja menimbulkan sensitiviti kaum dan agama sehingga menimbulkan kebencian, kebimbangan dan kegusaran rakyat akan didakwa di mahkamah di bawah undang-undang yang sedang berkuat kuasa antaranya Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998...

[Menyampuk]

Digunakan untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang didapati telah membangkitkan isu-isu sensitif melibatkan agama, kaum dan institusi diraja.

Yang Berhormat, minta penjelasan sedikit?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Arau hendak mencelah Yang Berhormat.

Ya sedikit Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat.

Saya tanya balik Yang Berhormat, kalau sekiranya kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbaur perkauman ataupun agama tadi, kalau kita buat di luar negara, apakah boleh mereka didakwa di dalam negara ini?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Saya faham apa yang sebenarnya yang Yang Berhormat Arau cuba tanya [Ketawa] Akan tetapi, sebenarnya kena tengoklah macam mana hendak bentuk kan pertuduhan tersebut. Jadi, kena tanyalah Peguam Negara lah ya. Okey?

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sedikit saja.

Yang Berhormat telah menyatakan tadi bahawa kerajaan bercadang untuk menggunakan Akta Hasutan. Saya sedar bahawa sebagai seorang pengamal undang-undang, Akta Hasutan ini pernah disalahgunakan oleh kerajaan terdahulu di mana kebanyakan orang yang di tuduh di bawah Akta Hasutan ini kebanyakannya merupakan ahli-ahli yang duduk di sebelah sini. Ini maksudnya Kerajaan Barisan Nasional menggunakannya terhadap pembangkang. Saya berpendirian bahawa nombor satu, Akta Hasutan itu tidak sepatutnya digunakan kerana kita telah berjanji di dalam manifesto bahawa undang-undang yang zalim, yang disalahgunakan seperti Akta Hasutan tidak digunakan. Jadi, saya hendak tanya memang terdapat cadangan bahawa untuk satu undang-undang baharu digubal, di mana perkara-perkara itu telah pun dibincangkan oleh kerajaan dahulu. Adakah cadangan untuk kita memansuhkan Akta Hasutan tetapi sebelum itu, kita menggubal satu undang-undang baharu yang akan menjaga aspirasi Akta Hasutan itu. Akan tetapi, memastikan bahawa tidak berlakunya salah guna kuasa- abused, dengan izin, di mana kita lihat hanya individu-individu tertentu sahaja yang dituduh di bawah akta itu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Baik.

Ini Yang Berhormat Menteri jangan jawab. Ini undang-undang, ini jangan jawab. Kami sokong Yang Berhormat Menteri, kami tidak sokong Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih, Yang Berhormat, memang dalam Manifesto Pakatan Harapan menyatakan akan memansuhkan Akta Hasutan, buat masa kini saya rasa Yang Berhormat lebih eloklah kepada soalan tersebut ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri. Jadi walau bagaimanapun, memang saya bersetujulah terdapat unsur-unsur dalam Akta Hasutan tersebut yang perlu dikekalkan yang saya percaya akan di- mungkin- ini bukan keputusan sayalah, mungkin diterapkan dalam Kanun Keseksaan dan sebagainya. Jadi saya teruskan, Jabatan Perpaduan selaku agensi peneraju dalam memelihara keharmonian dan memperkukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini terus komited melaksanakan pelbagai program yang melibatkan anggota komuniti dari pelbagai peringkat umur di negara ini. Pelaksanaan program-program sedemikian akan membuka ruang yang lebih luas kepada rakyat untuk berinteraksi kerana interaksi adalah asas kepada pembentukan perhubungan manusia yang akhirnya akan melahirkan bibit-bibit perpaduan dan rasa kekitaan. Justeru adalah menjadi harapan kerajaan agar usaha-usaha di atas naratif baru perpaduan dapat disuntik sehingga semangat perpaduan dapat dipupuk merentasi segenap lapisan masyarakat dengan menerapkan sikap-sikap saling menghormati, saling terima- menerima dan menghargai kepelbagaian yang wujud di negara ini. Yang Berhormat Sibuti...

Penjelasan. Saya menyokong usaha- usaha Yang Berhormat. Ini adalah usaha yang cukup murni tetapi apakah Yang Berhormat sedar sejak kemunculan DAP secara agresif kita lihat ketegangan kaum semakin melanda negara ini? Apakah Yang Berhormat setuju bahawa kehadiran DAP yang mengambil pendekatan yang agresif, pendekatan perkauman, ekstrem menyebabkan masalah kaum sedang meningkat di negara ini?

Yang Berhormat, saya teruskan sahajalah. Itu saya tidak mahu polemik politiklah. Seterusnya, merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti tentang mengapakah Jabatan Perpaduan diberikan pertambahan Bajet pada tahun 2020 dan beliau juga meminta butiran pertambahan tersebut. Pertambahan bajet diberikan kerana berlakunya kenaikan emolumen, ganjaran, perolehan aset dan bagi melaksanakan program-program baru, itu yang pertama. Keduanya, Jabatan Perpaduan sememangnya sentiasa berusaha menambah baik dan melakukan inovasi terhadap program-program perpaduan yang dilaksanakan sejajar dengan keperluan dan tuntutan semasa serta memenuhi kumpulan sasaran yang terlibat. Selain itu, Jabatan Perpaduan juga telah membuat anjakan paradigma dengan mewujudkan jaringan kerjasama strategik dengan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), badan-badan korporat, syarikat-syarikat swasta dan Government-linked Companies (GLC) dalam melaksanakan program-program yang menyemarakkan semangat perpaduan dan cintakan negara seperti MyHero Award, Unity Fiesta, Say Something Nice, Unity Bicycle Ride, Festival Baba-Nyonya, Kafe Perpaduan, Mid-autumn Festival Unity dan pelbagai program di seluruh negara. Saya juga menjawab secara bersekali bagi isu-isu yang menyentuh Rukun Tetangga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Masjid Tanah. Jabatan Perpaduan menyambut baik cadangan Yang Berhormat Bagan Serai agar perhatian serius dan peruntukan lebihan diberikan kepada usaha-usaha perpaduan seperti memberikan pengiktirafan kepada RT, pemberian elaun kepada SRS dan pembinaan lebih banyak pusat Rukun Tetangga. Akta Rukun Tetangga 2012 telah memperuntukkan KRT dan SRS sebagai pertubuhan sukarela di bawah kerajaan yang melaksanakan perkhidmatan dan aktiviti berhubung pengukuhan semangat kejiranan, keamanan, keselamatan, kesejahteraan ekonomi, kualiti hidup, perpaduan dan keharmonian masyarakat. KRT menerima peruntukan geran tahunan yang bertujuan untuk membantu pembangunan komuniti melalui pelaksanaan program atau aktiviti secara menyeluruh dan bukan untuk pemberian elaun secara individu dan perkhidmatan adalah berlandaskan semangat sukarela.

Yang Berhormat sikit ya, Yang Berhormat fasal Rukun Tetangga tadi. Dulu ada cadangan di bawa supaya Rukun Tetangga dapat elaun sama seperti badan-badan sukarelawan yang lain. Peruntukan belanjawan ini adakah termasuk elaun kepada ahli-ahli Rukun Tetangga tadi?

Terima kasih Yang Berhormat. Belanjawan ini tidak termasuk elaun kepada KRT- maaf, bukan kepada individu di jawatankuasa KRT. Seterusnya, perpaduan menggalakkan penglibatan komuniti dalam pembangunan ekonomi dengan menganjurkan program Anugerah Perdana Rukun Tetangga sebagai platform mengiktiraf pencapaian komuniti KRT dalam pelbagai bidang seperti anugerah projek inovasi, projek ekonomi terbaik, SRS cemerlang, RT cemerlang, pengurusan jiran muda, jiran wanita cemerlang dan banyak lagi kategori yang dipertandingkan. Perpaduan juga membuka ruang untuk komuniti mencipta kreativiti dengan penghasilan projek-projek inovasi yang mampu menghasilkan pulangan yang memberangsangkan kepada ekonomi KRT. Antara kejayaan yang dicapai KRT dalam penghasilan projek inovasi adalah projek Unity Alarm yang mendapat tempat ketiga, projek Unity Drum Urban Farming mendapat tempat kedua, serta projek inovasi Walki to Phone yang memenangi anugerah produk peringkat anugerah inovasi Jabatan Perdana Menteri. Semenjak SRS ditubuhkan pada tahun 2004, badan ini tidak pernah menerima sebarang elaun dan terus setia melaksanakan khidmat komuniti dan fungsi mereka secara sukarela. Selaras dengan keadaan ekonomi semasa, saya merasakan telah sampai masanya anggota SRS turut dipertimbangkan untuk pemberian elaun sebagaimana dinikmati oleh pertubuhan lain seperti Jawatankuasa Perwakilan Penduduk dan juga anggota RELA yang menikmati elaun atas perkhidmatan yang diberikan. Cadangan Yang Berhormat semua adalah cadangan yang bagus dan akan dipertimbangkan.

Geran Rukun Tetangga 2019 diagihkan berdasarkan kepada penilaian keaktifan setiap kawasan Rukun Tetangga. Penilaian keaktifan Rukun Tetangga tahun 2019 adalah mengguna pakai kaedah yang menggabungkan penilaian melalui Sistem Maklumat Rukun Tetangga (e-RT) dan penilaian oleh Pegawai Perpaduan Daerah (PPD) terhadap keaktifan setiap KRT. Melalui sistem e-RT setiap KRT dinilai berdasarkan laporan pelaksanaan program dan aktiviti...

Yang Berhormat, tadi saya tanya tadi Yang Berhormat jawab akan dipertimbangkan? Apakah Yang Berhormat sedar bahawa...

Itu untuk SRS Yang Berhormat.

Ya, tapi untuk Rukun Tetangga tadi, ada permohonan supaya di bagi sama seperti RELA dan juga sebagainya. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa orang yang terlibat dengan kerja sukarela ini sekarang sudah berumur? Orang-orang muda tidak berapa minat dan kalaupun mereka berminat, mereka juga terpaksa bekerja. Jadi kita kena timbangkan juga elaun- kalau tidak boleh semua, separuh daripada yang dibagi kepada RELA, APM, Askar Wataniah dan sebagainya. Kalau tidak kita akan hadapi masalah sebab undang-undang ini- Jabatan Perpaduan telah dibuat dengan begitu lama, orang itu sudah pencen, banyak yang sudah mati. Kalau kita hendak orang-orang lama yang bertugas di malam hari, sudah pasti mereka akan menghadapi masalah kesihatan dan sebagainya. Kalau hendak libatkan orang muda, dia perlukan juga sumber pendapatan. Jadi apakah Yang Berhormat bercadang hendak mempertimbangkan separuh dulu? Jadi dengan itu kami pun semua berpuas hati dan saya percaya pengumuman ini akan clear-kan, dengan izin, imej Yang Berhormat selama ini.

Saya ingin menyatakan satu perkaralah, konsep KRT ini adalah konsep sukarela. Saya juga ingin menyatakan kepada Yang Berhormat, janganlah Yang Berhormat mengecilkan sikap golongan muda sekarang ini, golongan muda pun memang berhasrat untuk berbakti juga kepada negara dan ramai juga yang telah menyertai KRT-KRT, bukannya yang meninggal dunia, jadi KRT itu tidak aktif dan sebagainya. Ramai golongan muda yang telah meneruskan perjuangan daripada forefathers mereka, dengan izin. Jadi sememangnya setiap tahun...

Yang Berhormat, saya bukan mengecilkan tapi bila kita jadi orang muda Yang Berhormat, kita kena ingat mereka kadang- kadang kerja overtime, sebelah malam dan sebagainya. Kita bagi sedikit sumber kewangan, separuh, bukan banyak daripada yang dibagi kepada APM, RELA dan sebagainya. Mereka juga terpaksa bertugas dan risiko cukup tinggi. Dulu tidak ramai orang mencuri, sekarang ramai orang mencuri, rama penagih dadah. Jadi risiko cukup tinggi walaupun kerja sukarela.

Jadi saya ingat wajar dipertimbangkan separuh daripada yang diberi kepada APM dan juga kepada lain-lain badan sukarela. Jadi, saya mengesyorkan kami semua akan setuju di Parlimen ini, sebulat suara supaya kita beri separuh elaun kepada mereka.

Jadi sebagaimana saya katakan tadi Yang Berhormat, saya pun bersetujulah untuk SRS ini perlu mungkin telah sampai masanya untuk memberikan mereka elaun. Jadi, kita tengok dulu bagaimana keadaan kewangan ya. Sememangnya setiap tahun pengagihan Geran Rukun Tetangga 2019 dirancang oleh Perpaduan berdasarkan tahap keaktifan yang telah dinilai bagi setiap KRT mengikut kategori paling aktif, aktif, sederhana aktif dan kurang aktif. Namun begitu, di bawah kelulusan bajet yang diterima pada setiap tahun, Jabatan Perpaduan hanya menerima peruntukan yang begitu terhad dan tidak menepati perancangan awal jabatan serta peruntukan ini disalurkan kepada jabatan secara berfasa iaitu fasa satu dan fasa dua. Seterusnya, jabatan menyalurkan kepada KRT juga secara berfasa. Walau bagaimanapun, Perpaduan akan berusaha untuk memberikan geran sekali gus bagi membolehkan KRT membuat perancangan yang lebih tersusun bagi melaksanakan program dan aktiviti tahunan masing-masing.

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Segamat kalau hendak mencelah. Sila Yang Berhormat Menteri, boleh bagi laluan?

Ada lima minit sahaja lagi.

Ya, that’s why. I’m very quick. Saya juga cadangkan tadi mengenai isu perpaduan, contohnya perpaduan di peringkat sekolah apabila pelajar daripada SJKT dan SJKC bila mereka masuk di sekolah menengah. Saya juga kaitkan isu perpaduan di Parlimen ini sendiri. Kadang-kadang kita di Parlimen ini pun saling tak kenal, orang kata, ‘tak kenal, tak cintalah’. Saya pun nak jadi juga kawan kepada Yang Berhormat Parit Sulong, kawan kepada mereka semua. Saya hendak tengok. Jadi, bagaimana kementerian Yang Berhormat boleh juga mengenal pasti wujudnya juga masalah perpaduan di Dewan ini. Kita perlu saling mengenali agar kita sama-sama dapat membangunkan negara ini. Saya rasa apabila kita saling mengenali, lebih banyak wujud perpaduan, maka kita jarang bertelagah di Dewan yang mulia ini, maka kita dapat bekerjasama. Pandangan Yang Berhormat.

Pandangan saya, saya memang setujulah dengan Yang Berhormat. Memang di Dewan yang mulia ini juga, kita kadang-kadang menghadapi masalah di mana terdapat pertelingkahan dan sebagainya. Jadi, lebih eloklah kalau kita boleh duduk, bincang, minum kopi sekali dan sebagainya supaya lebih banyak lagi interaksi di kalangan.

Yang Berhormat, di antara yang kita nampak kurang di dalam bilik minum misalnya ialah Yang Berhormat sendiri. Jadi yang kami ini, walaupun kami bergaduh, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Jelutong tetapi di sana kami minum sekali. Yang Berhormat yang kurang ataupun Yang Berhormat tidak bersedia untuk belanja kami kah lagi? Jadi kalau Yang Berhormat sebagai perpaduan ini, Yang Berhormat duduk di sana, sudah pasti benda jadi elok. Kami pun boleh dengar cerita bagaimana Yang Berhormat pergi Belanda dahulu, seronok juga. We want to hear more about the past- syok.

Macam inilah Yang Berhormat, saya sebenarnya terpaksa berterus-teranglah. Saya sebenarnya waktu siang ini saya tidak makan. Jadi, kalau saya pergi kafe dan sebagainya, saya ada temptation untuk makan. Jadi, sebab itulah saya tidak pergi kafe tetapi memandangkan Yang Berhormat sudah perasan saya tidak ada di sana, saya akan cuba kerapkanlah tetapi janganlah beli apa-apa untuk saya. Akan tetapi, saya akan belanjalah untuk Yang Berhormat.

Yang Berhormat puasa kah?

Saya biasa tidak makan sebelah siang hari.

Oh, okey-okey [Ketawa]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau.

Sekarang sudah malam lah.

Malam boleh. Jadi memandangkan rukun tetangga adalah pertubuhan sosial, ia merupakan sebuah organisasi yang bersifat sukarela... [Disampuk]

Tuan Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, boleh saya mencelah? Cameron Highlands.

Tuan Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, Yang Berhormat belum lagi masuk ke cerita JAKOA tetapi masa ada tiga minit. Bolehkah saya ajukan soalan untuk isu JAKOA?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya beri kebenaran untuk Yang Berhormat sampai pukul 7.10 minit. Ada masa lagi.

Tuan Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Kalau lebih masa lagi ada okeylah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi lebih masa.

Tuan Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan.

Jadi, sebenarnya banyak isu perpaduan yang dibangkitkan Tuan Pengerusi. Sekiranya saya boleh...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Secara bertulis.

Beri secara bertulis dan saya beralih kepada...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

JAKOA.

Yang Berhormat, you cakap sikit perpaduan. Sebab- saya berminat sebab saya bimbang juga. Kalau nak berlaku pergaduhan, ia akan bermula daripada Parlimen, lepas itu orang di bawah akan tengok. Sebab ucapan kita banyak yang berbentuk perkauman sikit. Macam kami belah Barisan ini all right, belah PAS all right, belah sana kena perbetulkan sikit ya terutamanya Yang Berhormat Jelutong dan sebagainya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sedikit persoalan daripada pertanyaan. Teruskan, ya.

Tuan Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, sikit. Sebenarnya saya nak bangkitkan dalam perbahasan tadi tetapi daripada 10 minit jadi lima minit, terus tidak dapat. [Ketawa] Jadi terima kasih Tuan Pengerusi, saya berharap ya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, boleh pergi ke JAKOA.

Ataupun macam ini, memandangkan SEDIC ini yang singkat sahaja, saya terus pergi ke SEDIC.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

SEDIC dahulu, sila.

Jadi Yang Berhormat Pontian yang ada di sini ya. Okey, tadi pagi pun ada tanya dan semasa perbahasan tadi juga ada bertanya tentang status terkini seperti yang dinyatakan dalam Malaysian Indian Blueprint mengenai Amanah Saham 1Malaysia bernilai RM1.5 bilion. Jadi, Malaysian Indian Blueprint yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu merupakan dokumen yang digunakan oleh MITRA sebagai rujukan data dan bukannya sebagai pelan tindakan MITRA kini. MIB adalah pelan yang menggariskan langkah-langkah pelaksanaan pembangunan sosioekonomi masyarakat India bagi tempoh 10 tahun bermula tahun 2017. MITRA kini menggunakan Buku Harapan Iltizam Khusus untuk masyarakat India yang dibangunkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebagai dokumen sasarannya. Walau bagaimanapun, bagi menjawab soalan Yang Berhormat, kerajaan terdahulu telah memperkenalkan dua program kepada masyarakat India di negara ini iaitu Amanah Saham 1Malaysia yang kini dikenali sebagai Amanah Saham Malaysia 3 (ASM3) dan Skim Pelaburan Khas Masyarakat India (SPKMI) B40. Amanah Saham 1Malaysia yang mana sekarang dikenali sebagai Amanah Saham Malaysia 3 telah dibuka untuk langganan bermula 29 Januari 2018 dengan peruntukan RM1.5 bilion unit untuk meningkatkan ekuiti di kalangan masyarakat India. Unit-unit ini boleh dilanggan oleh individu berbangsa India yang belum mempunyai akaun ASM3 atau pemegang unit sedia ada yang mempunyai pegangan kurang daripada RM30 ribu unit dalam ASM3.

Yang Berhormat Menteri. Segamat hendak mencelah sedikit. Yang Berhormat Menteri, dalam Buku Harapan ada juga dinyatakan bahawa dalam masa 10 tahun itu dikata ada RM4 bilion kan? Akan tetapi, saya mendapati sebagai permulaan dijanjikan RM100 juta dahulu tetapi tahun lepas tidak dapat. Akan tetapi, tahun ini pun kita mendapati dalam bajet ini tiada. Soalan yang saya tanya ini ada kaitan juga dengan apa Yang Berhormat beritahu dan juga dalam rohnya sama dengan sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat Pontian. Terima kasih tetapi saya hendak minta pandangan mengapa duit itu, adakah Yang Berhormat tidak minta ataupun tidak diberikan ataupun ia akan diberikan kemudian?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya memang dalam Manifesto Pakatan Harapan ada dinyatakan bahawa pada bajet pertama Pakatan Harapan nanti akan diperuntukkan RM100 juta untuk menambahkan ekuiti masyarakat India. Memang benar tahun lalu pun tidak diberikan, tahun ini pun telah diminta oleh jabatan saya tetapi malangnya disebabkan kekangan kewangan masa kini, maka peruntukan tersebut tidak dapat diberikan.

Yang Berhormat, minta maaf. Penjelasan. Saya ingat jawapan Yang Berhormat tidak berapa tepat sebab Yang Berhormat kata kekangan kewangan. Kita tidak ada kekangan kewangan sebab kita sudah jual harta RM30 bilion lebih, kita ambil duit Petronas RM80 bilion, masyarakat India hanya minta RM100 juta, bukan RM1 bilion. Kita minta supaya kerajaan timbangkan semula kepada masyarakat India wang RM100 juta tersebut sebab kami akan menyokong sepenuhnya. Kalau kami memerintah, kami akan pastikan RM100 juta ini akan diberikan.

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Menteri memandangkan duit cukai haram (sin tax) ini daripada judi dan juga minuman keras ini akan mencecah hampir RM5 bilion ke RM6 bilion. Kalau 10 peratus pun dapat RM500 juta, so saya rasa saya yakin Yang Berhormat daripada Arau akan setuju. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

Saya sebenarnya bersetujulah... [Disampuk]

Kita, kami sokong.

Saya setujulah tetapi itu bukan keputusan saya, itu keputusan pada Yang Berhormat Menteri.

Tidak, tidak, saya minta Yang Berhormat jawab, kami akan menyokong bahawa peruntukan RM100 juta, bukan RM500 juta diberi serta-merta kepada masyarakat India.

Saya memang akan minta.

Orang India telah terpinggir. Dalam Kabinet pun banyak orang India tertinggal daripada jawatan-jawatan penting dalam Kabinet.

Yang Berhormat Menteri, sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya telah bangkitkan masalah masyarakat India, Yang Berhormat Menteri pun dah bawa, dah minta setiausaha Yang Berhormat Menteri pergi melawat. Itulah masalah masyarakat India, RM100 juta bagi sajalah, apa you fikir banyak. Kita ‘perabis’ ikut lain banyak. Bagi tengok balik. Banyak masalah tidak selesai di kawasan-kawasan termasuk kawasan Pendang ini. Bagi sahaja.

Bagi! Bagi! Bagi!

Kalau saya Menteri Kewangan, mungkin saya bagilah. Saya boleh bagi.

Saya bukan macam Yang Berhormat Jelutong.

Malangnya saya bukan Menteri Kewanganlah.

Tidak, tidak. Kena pergi fought, kena pergi table dekat Menteri Kewangan, ini peruntukan kena bayar. Kena bagi. Ini untuk perpaduan.

Yang Berhormat, kuasa mutlak bukan pada Menteri Kewangan. Kepada Kabinet. Kami menyokong ini. Bayangkan, Ahli Parlimen yang hadir hari ini sokong supaya masyarakat India dibagi RM100 juta tersebut. Yang Berhormat katakan pertimbangan, saya ingat Yang Berhormat Jelutong akan sokong.

Yang Berhormat Arau, baru jadi pembangkang baru sokong. Dahulu tidak buat. Apa pun tidak buat.

Yang Berhormat Lumut, Lumut tidak ada India, tak apalah.

Macam ini boleh merosakkan perpaduan. Nampak ini kaki cucuk, batu api. Saya hari ini hari perpaduan. Kami tunggu di sini untuk menyokong Yang Berhormat.

Yang Berhormat Arau.

Selama 60 tahun Barisan Nasional, apa pun tidak ada buat. Mana ada buat, Yang Berhormat Arau. Sekarang semua minta. Itu minta, ini minta. Jangan satu halalah.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Jelutong tidak setujukah? Yang Berhormat Jelutong tidak setuju?

Kalau, kalau... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi respons dan juga jawapan. Ini bukan tempat berbahas. Ini sesi jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sila, Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Jelutong jadi lawyer itu.

Saya minta supaya RM500 juta yang diberi oleh Barisan Nasional itu, pinjaman tanpa faedah BSN itu, harap komen- RM500 juta ya, bukan RM100 juta- RM500 juta. Kemudian, RM1.5 bilion unit saham itu bukan sedikit, RM1.5 bilion kita bantu masyarakat India. Yang Berhormat Jelutong tidak faham bab ini.

Yang Berhormat Jelutong, faham tidak?

Yang Berhormat Menteri, saya pun hendak tanya.

Lawyer pokok cerikah?

Blueprint ini saya difahamkan hasilnya sebenarnya dikaut semua oleh parti-parti politik tertentu dan individu-individu tertentu. Daripada kelmarin saya sudah tanya, siapakah individu-individu ini- satu Menteri dan dua Timbalan Menteri- yang sekarang disiasat kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak memberi manfaat?

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Baru siasat.

Dan ketirisan, dan rasuah.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Baru siasat.

So, kita minta- kerana blueprint ini...

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Baru siasat.

Blueprint ini diniatkan untuk memberi manfaat kepada orang India tetapi tidak memberi manfaat. Jadi, siapakah individu yang mengambil wang ini?

Ucapan Yang Berhormat Tebrau tadi, ucapan Yang Berhormat Tebrau tadi bagus.

Kita ingin tahu.

Yang Berhormat Menteri.

Kita menghukum orang sebelum mahkamah hukum.

SEDIC itu RM10 juta. Yang ini saya tanya ini RM500 juta ini.

Yang Berhormat Menteri.

Oh, Yang Berhormat Pasir Gudang. Maaf.

Tolong jawabkan. Yang kecoh pagi tadi itu SEDIC RM10 juta. Yang ini RM500 juta bantuan kerajaan terdahulu dan RM1.5 bilion unit ini tolong jawab. Yang lain jangan kacaulah. Ini penting. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Yang lain tidak boleh. Saya tidak mahu benda ini berulang-ulang.

Tuan Pengerusi, semalam ini- Yang Berhormat Menteri, sekejap. Semalam sudah dijawab oleh Menteri bahawa tidak ada peruntukan masuk dalam akaun parti-parti tetapi diulang oleh Yang Berhormat Jelutong lagi. Dia boleh jadi lawyer itu hasil 60 tahun Barisan Nasional memerintahlah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pendang, sudah Yang Berhormat Pendang. Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Sila Yang Berhormat Pendang duduk.

Jadi kita minta benda ini diperjelaskan. Jangan ulang lagi. Sudah dijawab oleh Menteri tidak ada masuk dalam parti-parti politik. Apa punya lawyer. Universiti mana keluarkan sijil ini?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pendang. Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan jawapan.

Macam inilah. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Jelutong tadi dan pagi tadi pun saya sudah jawab, menyatakan bahawa dana telah disalahgunakan dan siasatan sedang dijalankan yang melibatkan mantan Menteri Kesihatan dan juga dua lagi mantan Timbalan Menteri, seorang mantan Timbalan Menteri di EPU dahululah. Jadi, pihak Jabatan Audit Negara masih dalam penyiasatan. Jadi, itu sahajalah yang saya boleh...

Jadi, rumusannya rakyat kaum India khususnya telah ditipu oleh ketiga-tiga individu ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, sila duduk Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Menteri, perkara ini masih dalam siasatan. Belum tentu salah atau tidak.

Perpaduan negara hampir tercapai tetapi Yang Berhormat Jelutong termasuk DAP pencetus kepada perbalahan kaum di negara kita ini...

[Dewan riuh]

Mereka yang memulakan 13 Mei- 13 Mei 1969.

Yang Berhormat Arau, pergi tengok cerminlah. Pergi tengok cerminlah, tengok cermin. Pergi tengok cermin. Minta UMNO tengok cermin. Pemimpin UMNO siapa yang cetuskan perkauman. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bukan sesi perdebatan tetapi sesi jawapan oleh Yang Berhormat Menteri. Sila, saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan. Ada lagi subjek yang belum dijelaskan. Silakan... [Dewan riuh]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tanya Yang Berhormat Sembrong, tanya Yang Berhormat Sembrong.

Yang Berhormat Menteri, 30 saat.

Soalan saya tadi, RM500 juta dan RM1.5 bilion itu tidak dijawab. Ini yang kecoh ini fasal RM10 juta SEDIC. Itu yang tadi sudah. Ini RM500 juta dan RM1.5 bilion.

No. Bukankah wang itu telah dikembalikan? Wang itu telah dikembalikan.

Ini tidak ada kaitan dengan penyelewengan apa. Tidak ada kaitan.

Tidak ada. Wang itu tidak diterima. Wang itu telah dikembalikan.

Ini tidak ada kaitan. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta teruskan. Ada subjek yang belum dinyatakan.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Jelutong ini Menteri kah, Tuan Pengerusi?

Yang Berhormat, masa kerajaan terdahulu memang ada buat announcement, ada buat pengumuman tetapi wang itu tidak disediakan. Apabila kita ambil alih, tiada wang yang disediakan di bawah peruntukan apa-apa. Sahaja announce sahaja berbilion-bilion tetapi tidak ada wang di sana. Jadi, kita kenalah ikut peruntukan kewangan masa kini dan yang pentingnya, bajet yang diberikan kepada masyarakat India sebanyak RM100 juta tersebut digunakan untuk masyarakat India di peringkat akar umbi, bukan hilang di pertengahan jalan sahaja. Okey.

Yang Berhormat Pontian faham, Yang Berhormat Pontian?

Yang Berhormat Menteri, ini berkenaan dengan ada juga pagi tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa ada institut yang telah diberikan kewangan tetapi tidak dilaksanakan sudah hampir RM2.8 juta satu organisasi tidak dipulangkan. Maka, tidak adillah kalau kita mendapati dalam 1MDB kita minta dia orang pulang dan juga sebagainya tetapi dalam kes ini kita mendapati sampai RM38.2 juta telah diberitahu dan juga banyak lagi di mana siasatan masih dijalankan, mengapa kerajaan tidak mengambil jalan yang sama minta mereka pulangkan duit ini dahulu?

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Just a little bit. No. It is very important. Yang Berhormat Menteri, dengan izin, you were telling us that three people stole money meant for Indians in Malaysia. Barisan’s leaders stole the money. What action have you taken? I want to know, dengan izin.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana saya nyatakan, penyiasatan masih dijalankan. We can’t preempt anything. Penyiasatan sedang dijalankan terhadap mantan Menteri dan mantan Timbalan Menteri. Jadi, kita berilah peluang untuk penyiasatan tersebut dilaksanakan. Akan tetapi, jawapan yang saya berikan pagi tadi adalah berdasarkan kepada Laporan Audit yang telah dikemukakan kepada Dewan yang mulia inilah. Jadi, setakat itu sahaja saya boleh katakan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Yang Berhormat Menteri boleh masuk tajuk JAKOA.

Yang Berhormat Jelutong ini memalukan negara.

Yang lainnya saya bagi secara bertulis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, bertulis.

Dengan izin, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Tampin telah menyatakan kemudahan di kampung Orang-orang Asli banyak tidak boleh digunakan lagi dan sebahagian daripada kampung Orang Asli masih tiada kemudahan asas seperti surau, balai raya dan lain-lain. Saya ingin menyatakan bahawa JAKOA sentiasa berusaha memastikan kampung- kampung Orang Asli mempunyai kemudahan asas yang diperlukan. Bagi kemudahan asas yang tidak boleh digunakan lagi, JAKOA akan melaksanakan kerja-kerja baik pulih di bawah Program Pembangunan Infrastruktur dan Ameniti Sosial yang telah diperuntukkan pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, JAKOA hanya akan melaksanakan projek-projek di bawah bidang kuasa JAKOA. Justeru itu, bagi penyediaan kemudahan asas bagi kampung-kampung Orang Asli yang belum disediakan, JAKOA akan meneliti dan menilai untuk pelaksanaan mengikut keutamaan dan keperluan pada tahun 2020 menggunakan peruntukan di bawah Program Pembangunan Infrastruktur dan Ameniti Sosial. Yang Berhormat Rasah...

Tuan Ramli bin Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Boleh saya mencelah?

Boleh tidak saya habiskan dahulu, Yang Berhormat?

Tuan Ramli bin Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Okey.

Sebab banyak soalan ini. Nanti saya habiskan dahulu. Yang Berhormat Rasah juga memohon maklumat berkaitan peruntukan khas Belanjawan 2020 bagi Kampung Orang Asli Sibir dan Kampung Orang Asli Tekir dan juga rancangan baik pulih Sekolah Kebangsaan Tekir. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan melalui JAKOA telah menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang lengkap di Kampung Orang Asli Sibir dan Kampung Orang Asli Tekir meliputi kemudahan bekalan air, bekalan elektrik, bantuan rumah bina baru dan baik pulih di bawah KPLB, balai raya, padang permainan, tabika dan lain-lain kemudahan. Dari segi peruntukan khas, JAKOA bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan dan meneliti lain-lain keperluan di kedua-dua kampung mengikut keutamaan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada tahun 2019 ini, Sekolah Kebangsaan Tekir, Labu mempunyai seramai 91 orang murid Orang Asli dari Tahun 1 hingga 6. Pihak JAKOA telah memperuntukkan sebanyak RM1,120 bagi bayaran yuran pelbagai kepada 14 orang murid Orang Asli manakala baki 77 orang murid Orang Asli telah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi bantuan baik pulih bangunan sekolah pula adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia. Maka JAKOA akan memanjangkan perkara ini kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi perhatian dan tindakan selanjutnya. Yang Berhormat Masjid Tanah telah membangkitkan mengenai keperluan bina rumah baru dan baik pulih, sistem perparitan, dewan terbuka di Kampung Orang Asli Bukit Payong daerah Alor Gajah dan ingin mengetahui perancangan Program Galakan ke Sekolah Kebangsaan secara amnya. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kerajaan melalui JAKOA telah menyediakan kemudahan seperti bekalan air, bekalan elektrik, bantuan rumah, balai raya dan gelanggang futsal kepada penduduk di Kampung Orang Asli Bukit Payong. Bagi permohonan bantuan rumah bina baru dan baik pulih, JAKOA tertakluk kepada peruntukan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang disediakan di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Agihan jumlah PPRT untuk orang Asli ditetapkan oleh KPLB berdasarkan input dan keperluan yang dikemukakan oleh JAKOA. Namun masih tertakluk kepada kuota yang telah ditetapkan setiap tahun. JAKOA akan meneliti keperluan dan permohonan mengikut keutamaan.

[Bangun]

Mengenai isu perparitan, pihak JAKOA akan mempertimbangkan cadangan...

Yang Berhormat Menteri.

....Menaik taraf mengikut keperluan pada tahun 2020. Manakala bagi pembinaan dewan terbuka pula, JAKOA akan membuat susulan dengan pihak kerajaan negeri mengenai cadangan pembinaan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pelbagai usaha dilaksanakan secara berkala melalui kerjasama strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JAKOA dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pencapaian pendidikan orang Asli dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Untuk tujuan tersebut....

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Jelebu.

Boleh.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Berikan kepada Yang Berhormat Cameron Highlands dulu.

Ini sama saja isu ini. Yang Berhormat Menteri hendak bagi siapa.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Lain Yang Berhormat Jelebu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila. Beri Yang Berhormat Cameron Highlands dulu.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Okey.

Tuan Pengerusi bagi saya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak, Yang Berhormat Cameron Highlands dulu.

Oh, Yang Berhormat Cameron Highlands, okey.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, memandangkan tadi saya tidak dapat ruang untuk berbahas. Ada lebih kurang empat soalan. Pertama, adakah wang yang diperuntukkan kepada JAKOA bagi tahun 2019, dipulangkan balik kepada Kementerian dan Perbendaharaan. Jika ada, berapa jumlahnya dan sebab mengapa dipulangkan. Itu soalan kedua. Soalan ketiga, adakah pihak Yang Berhormat Menteri akan mengagihkan peruntukan bagi tahun 2020 dan menyatakan berapa jumlahnya kepada tiap-tiap negeri dan soalan terakhir, Pelan Nasional Orang Asli ini telah sebagaimana jawapan yang saya ada, akan di laksana kepada tahun 2021 sehingga 2030. Bermakna, dengan izin, it will come into force basically in 2020, if we are lucky. If not, 2021. Dalam- in that perspective, kita ada 2 years. Let’s say PRU 15 comes and PH is no more the government, what is going to happen to this plan? Is it something rhetoric dan itu saja. Bagi penjelasan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya buat masa sekaranglah ya saya tidak dapat berikan secara spesifik jumlah yang dipulangkan balik, tapi sebenarnya tidak banyaklah jumlah yang dipulangkan. Secara spesifik, pada waktu terkini ada...

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Saya menyangka ada dipulangkan ya.

Saya ada bangkitkan, RM20 juta, RM20 juta dipulangkan.

Saya sudah dapat maklumat. Peruntukan yang dipulangkan adalah sebanyak RM5.335 juta dan peruntukan ini dipulangkan adakah kerana peruntukan ini tidak dapat dibelanjakan berikutan masalah kekangan teknikal. Ada setengah projek-projek JKR dan sebagainya yang tidak dapat dipenuhi, maka wang di reserve untuk JKR tersebut dipulangkan ya sebanyak RM5.335 juta. Seterusnya saya juga ingin menjawab kepada Yang Berhormat Masjid Tanah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, masa telah pun tamat. Saya minta rumuskan.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi.

Sebenarnya banyak lagi. Boleh saya bagi secara bertulis.

Yang Berhormat, saya bangkitkan. Yang Berhormat saya bangkitkan tentang JAKOA.

Yang Berhormat tadi janji hendak bagi saya.

...Tidak dijawab langsung ini. JAKOA, saya banyak fasal JAKOA.

Tuan Pengerusi, tadi janji hendak bagi Yang Berhormat Jelebu. Saya menuntut janji saja.

Baca, baca.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Hendak bagi pada Yang Berhormat Jelebu?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri saya hendak timbulkan satu perkara Yang Berhormat Menteri fasal orang Asli ini. Hari itu saya sudah cakap banyak tentang orang Asli tapi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah bagi tahu, saya terima jawapan secara Yang Berhormat Menteri tentang bantuan orang Asli. Yang pertama pakaian, jawapan daripada JAKOA bahawa pakaian untuk hanya dua negeri saja, Pahang yakni Cameron Highlands, dan Kelantan, Gua Musang. Saya hendak tanya kenapa kawasan penempatan orang Asli lain tidak dapat, kenapa perbezaan ini dibuat sedangkan keperluan ini adalah untuk semua anak-anak orang Asli. Soalan pertama.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jelebu, pembetulan ya, Cameron Highlands tidak dapat.

Ini Yang Berhormat Cameron Highlands kata tidak dapat, tetapi jawapan rasmi daripada JAKOA, saya baca jawapan dia, nanti ya, saya fasal sudah malam ini, mata tidak berapa nampak, “Maka pembelian pakaian seragam sekolah pelajar orang Asli di Negeri Sembilan tidak dibekalkan kecuali pelajar orang Asli di kawasan pedalaman Pahang, Cameron Highlands dan Kelantan, Gua Musang.” Yang Berhormat Cameron Highlands dapat tidak.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tidak dapat.

Tidak dapat. Jadi macam mana jawapan kementerian macam ini? Satu, soalan pertama. Soalan kedua Yang Berhormat Menteri saya tanya dan jawapan daripada kerajaan juga jawab jawapan dekat saya ini. Apa dia jawab, saya tanya fasal duit belanja anak Orang Asli RM2 sehari itu tidak dapat, tetapi jawapan daripada pihak kementerian, untuk makluman Yang Berhormat, bantuan duit poket wang saku telah mula diberikan kepada Orang Asli sejak 2012 sejak jabatan JAKOA diletakkan di bawah KPLB, sekarang di bawah jabatan Yang Berhormat, tetapi tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar orang Asli di peringkat transisi iaitu mereka menyambung pelajaran Tingkatan 1 sampailah tamat Darjah 6 dan bantuan bla bla bla- RM2 sehari. Untuk makluman Yang Berhormat, saya baca ya. “Pemberian duit poket saku pelajar orang Asli Negeri Sembilan bagi tahun 2019, peruntukan sebanyak RM197,472 telah disalurkan yang melibatkan seramai 458 pelajar... “ Tapi saya pergi ke kawasan Orang Asli di kawasan Parlimen, saya tidak dapat Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelebu.

Saya tanya Yang Berhormat Cameron Highlands, dapat tidak duit RM2 ini. Pun tidak dapat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelebu, tidak berulang-ulang. Jangan diulang-ulang kan soalan itu, teruskan, teruskan.

Tidak, masalahnya tidak ulang Tuan Pengerusi. Masalahnya...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dia perlu menjawab...

Betul, masalahnya Yang Berhormat Menteri sudah jawab, tapi jawapan Menteri daripada JAKOA tidak sama dengan perkara yang berlaku di kawasan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih.

Saya perlu bawa suara rakyat dan masyarakat saya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Kalau JAKOA jawab, biarlah berlaku di kawasan. Sekarang saya kompelin dengan Yang Berhormat Cameron Highlands. Yang Berhormat Cameron Highlands pun kata tidak.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah empat kali berulang-ulang. Tidak perlu. Minta Yang Berhormat Menteri menjawab.

Jadi Yang Berhormat Menteri menjawab sekali, biar betul. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Jadi, macam ini, kalau wang tersebut daripada jawapan, wang tersebut telah disalurkan. Yang Berhormat kata tidak sampai.

Tidak sampai.

Okey, bagi saya masa untuk semak, saya akan revert back. Saya akan bagi jawapan, boleh.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bagi jawapan dia. Ya, bagi masa untuk semak.

Boleh, Yang Berhormat Cameron Highlands sekali dengan Yang Berhormat Jelebu sekali.

Thank you Sir.

Yang Berhormat, saya mohon jawab saya punya. Yang Berhormat Tuan Pengerusi tolong bagi dia jawab.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baca kalau tidak sempat. Boleh bagi jawapan secara bertulis.

Yang Berhormat baca pun tidak apa.

Saya banyak lagi. Jadi saya kurang pasti.

Sebab banyak yang saya bangkitkan tadi.

Termasuk tahun 2019 bajet untuk PPRT belum digunakan langsung, itu difahamkan. Sebab itu saya hendak tanya betul ke tidak betul.

Banyak lagi. Kena cari mana jawapan Yang Berhormat Bera. Ya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Yang Berhormat Bera telah membangkitkan isu pemulangan peruntukan. Tadi sudah jawab bukan, okey.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

RM5 juta.

Jadi mohon penjelasan berhubung dengan perkara-perkara mengenai pemberian uniform sekolah, biasiswa dan sebagainya ya. Yang Berhormat Bera telah meminta tentang bantuan perumahan PPRT ya. Jadi peruntukan bagi bantuan rumah PPRT pula tidak dikurangkan, malahan pada tahun 2019, peruntukan yang diterima adalah sebanyak RM6.7 juta berbanding dengan tahun 2018 iaitu RM5 juta sahaja. Manakala bagi pelaksanaan PPRT pada tahun 2019, sebanyak 50 unit rumah bina baru sedang dilaksanakan dengan kerjasama agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar iaitu Giat MARA. Mengenai isu pembayaran dividen melalui Projek Tanam Semula Komersial (DSK).

Perkara ini berhubung kait dengan penurunan harga komoditi getah dan sawit. Bagi program-program keusahawanan pula terdiri daripada pemberian bantuan bimbingan keusahawanan, pemberian geran koperasi, kursus atau latihan kepada usahawan serta usaha-usaha promosi produk Orang Asli melalui program pembangunan usahawan Orang Asli. Program ini akan diteruskan pelaksanaannya berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Program Ijazah Luar Negara (PILN) JAKOA telah dilaksanakan secara kolaborasi strategik dengan pihak MARA sejak 2011 sehingga kini. Seramai 90 orang yang telah mengikuti PILN ini dari tahun 2011 sehingga 2018. Untuk makluman Yang Berhormat juga, sehingga kini seramai 23 orang mahasiswa dan mahasiswi yang sedang belajar ini melalui PILN JAKOA, MARA pada tahun 2019. Juga untuk makluman Yang Berhormat, permohonan program ini bagi tahun 2019 adalah seramai 14 orang. Walau bagaimanapun hanya seramai tiga sahaja yang diluluskan dari permohonan tersebut berdasarkan syarat-syarat berikut. CGPA akademik melepasi 3.5, keputusan IELTS melepasi 6.5. Untuk makluman Yang Berhormat, JAKOA juga telah diperuntukkan sebanyak RM31,700,808 bagi tahun 2019 untuk tujuan pendidikan di bawah Skim Bantuan Galakan Pendidikan (SBGP) mewakili pelajar iaitu 26,240 pelajar sekolah rendah dan 13,540 orang pelajar sekolah menengah. Daripada peruntukan tersebut sebanyak RM24,529,250 untuk tujuan tambang pengangkutan, RM1,327,558 untuk wang saku dan RM7,039 ribu adalah digunakan bagi tuntutan yuran pelbagai iaitu yuran tuisyen, peralatan alat tulis, bayaran aktiviti kokurikulum sekolah dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat juga, sejak 2017 lagi, oleh kerana peruntukan bagi tujuan pendidikan pelajar Orang Asli amatlah terhad secara keseluruhannya, maka pembelian pakaian seragam sekolah pelajar Orang Asli tidak dibekalkan kecuali untuk 1,775 pelajar Orang Asli di kawasan pedalaman Pahang, Cameron Highlands dan 1,220 pelajar di Kelantan, Gua Musang dengan kos peruntukan sebanyak RM299,500. Juga peruntukan tahunan JAKOA bagi tujuan bantuan kewangan bagi pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi adalah sebanyak RM5 juta setahun dengan jumlah penerima bantuan tersebut seramai 830 orang. Namun begitu, bermula tahun 2017, penerima manfaat telah meningkat melebihi 1,100 orang dengan jumlah peruntukan yang masih sama. Untuk makluman Yang Berhormat juga, peruntukan tahunan JAKOA bagi tujuan bantuan kewangan bagi pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi pada tahun 2019 sahaja, berjumlah RM5,021,300. JAKOA juga telah diperuntukkan sebanyak RM1,327,558 bagi tujuan pembayaran wang saku kepada 13,540 orang pelajar sekolah menengah pada tahun 2019. Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi kawasan Bera juga sebanyak RM48,490 diperuntukkan untuk 179 orang murid sekolah menengah untuk sembilan buah sekolah. Antara masalah yang dihadapi bagi kelewatan pembayaran ialah penyelarasan dan semakan pembayaran kewangan di peringkat penerima yang separa mahir dalam sistem, akaun bank murid yang tidak aktif, maklumat penerima yang bertindih dan amaun yang diterima berubah setiap tahun. Untuk makluman Yang Berhormat juga, JAKOA telah diperuntukkan sebanyak RM24,529,250 untuk tujuan tambang pengangkutan bagi tahun 2019 untuk tujuan pendidikan di bawah Skim Bantuan Galakan Pendidikan (SBGP) meliputi 744 laluan dan pengusaha dari 37 daerah dengan penerima manfaat seramai 31,310 orang murid. Untuk makluman Yang Berhormat juga, di kawasan Bera pula ya, sejumlah RM495,121 bagi 10 laluan untuk 631 orang murid pada tahun ini. Antara faktor kelewatan bayaran adalah: (i) perubahan spesifikasi mengikut perubahan geografi jalan; (ii) perubahan bilangan murid hadir ke sekolah setiap bulan; (iii) sebut harga pengusaha tidak mengikut syarat-syarat spesifikasi kerajaan; dan (iv) tiada pengusaha yang berminat di sesetengah laluan. Jadi, itu adalah antara persoalan yang dibangkitkan.

Terima kasih Yang Berhormat dengan jawapan tersebut. Cuma sedikit sahaja.

Tuan Pengerusi.

Yang pelajar tadi ke luar negara dan sebagainya, adakah mereka diberikan biasiswa seperti dulu ataupun pinjaman? Itu sahaja soalannya.

Saya percaya mereka diberi biasiswa Yang Berhormat. Tuan Pengerusi, boleh saya memberikan jawapan secara bertulis?

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya. Sila.

Yang Berhormat Menteri, saya tadi juga bangkitkan tentang JAKOA berkenaan dengan jawatan rendah bagi peringkat daerah. Jadi, saya harap boleh bagi jawapan bertulis tidak apa. Akan tetapi saya mohon diberi jawapan bertulis. Terima kasih.

Boleh Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Selain itu saya beri jawapan bertulis ya Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih ya jawapan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuantan untuk menjawab bagi pihak Jabatan Perdana Menteri. 30 minit. Terima kasih.

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuantan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sayangi Malaysiaku. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menggulung di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melibatkan peruntukan RM1.3 bilion. Seramai 19 orang Ahli Yang Berhormat telah pun bangun membahaskan perkara- perkara di bawah butiran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) ini dan melibatkan 21 isu Tuan Pengerusi. Namun, ada juga ramai Ahli Yang Berhormat yang berbahas berkaitan perkara-perkara dasar. Jadi, sepatutnya dibangkitkan sewaktu perbahasan di peringkat dasar. Jadi, saya cuba sedaya upaya menjawab dulu yang jawatankuasa berkenaan dengan butiran-butiran perbelanjaan Belanjawan 2020. Bahagian dasar-dasar itu mungkin saya jawab kemudian ataupun secara bertulis. Ramai yang membangkitkan berkenaan dengan peruntukan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Beaufort, yang berbahas berkenaan dengan penurunan bajet, peruntukan 2020 sebanyak RM61,136,500 berbanding dengan RM68.5 juta pada tahun 2019. Di mana ada pengurangan sebanyak RM5,348,500. Saya ingin menarik perhatian bahawa, pengurangan ini disebabkan oleh sebanyak RM5,599,300 adalah disebabkan kontrak sewa beli perabot pejabat JKSM yang tamat pada 31 Januari 2020. Jadi, tidak diperlukan sebanyak RM5,599,300 juta di situ. Di sini, kita tengok ada lebihan lagi. Penurunan itu tidak ada kesan ke atas prestasi khidmat yang diberikan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Itu yang pertama. Berkenaan dengan kurangnya jumlah peruntukan. Perkara yang kedua berkenaan dengan pembangunan, RM36.1 juta yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah berkenaan dengan penggunaan untuk membangunkan Kompleks Mahkamah Syariah di Pahang. Kompleks mahkamah syariah di Sabah, kompleks mahkamah syariah daerah Papar.

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuantan

Bagi negeri Pahang tadi sebanyak RM12.7 juta, negeri Sabah RM13.1 juta, Mahkamah Syariah Daerah Papar sebanyak RM10 juta dan ada sedikit RM300 ribu digunakan untuk kerja-kerja permulaan untuk membangunkan Mahkamah Syariah Daerah Tawau berjumlah keseluruhannya RM36.1 juta. Seterusnya, berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan pembangunan sumber manusia. Saya ingin memaklumkan bahawa jumlah RM63.1 juta itu merangkumi latihan, kajian, penyeragaman, perundangan kehakiman syariah yang melibatkan semakan undang-undang sedia ada dan sebagainya. Jadi, latihan hakim-hakim dan sebagainya. Juga ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya berkenaan sama ada mahkamah syariah ini akan ditingkatkan daripada tiga lapis kepada empat atau lima lapis. Daripada three tiers kepada four or five tiers dengan izin, Tuan Pengerusi. Jadi, pada ketika ini JKSM sedang mengkaji untuk mempertingkatkan hierarchy mahkamah syariah bagi menambahkan peluang kepada pihak-pihak untuk menyemak dan merayu kes-kes yang telah diputuskan di peringkat mahkamah rayuan syariah negeri-negeri. Semakan undang-undang sedia ada seperti Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) iaitu Akta 505 akan dilakukan untuk membolehkan peringkat mahkamah syariah yang baharu diwujudkan. Peringkat mahkamah syariah tambahan akan dibuat secara berfasa untuk menjadikan penambahan peringkat mahkamah syariah secara progresif kepada empat dan lima. Dia tidak semestinya terus kepada lima. Kalau secara berperingkat kita boleh four tiers dahulu, kita tambah satu lagi lapis, mahkamah rayuan dan peringkat bila lima tiers itu kita tambah mahkamah tengah. Jadi ini akan boleh kita lakukan secara berperingkat dan memerlukan kita melihat kepada pindaan akta dan mungkin juga membuat akta yang berbeza untuk Wilayah Persekutuan. Itu berkenaan dengan JKSM. Berkenaan dengan JPSM pula, soalan yang sama dahulu pada tahun 2019 bajetnya ialah RM4.14 juta, sekarang menjadi RM2.847,100 juta. Jadi penurunan sebanyak RM1.301, 200 juta. Ini juga berkaitan dengan sewa pejabat di bangunan Kompleks Islam Putrajaya yang sebenarnya mengambil lebih kurang RM700 ribu setahun. Jadi, untuk menjimatkan kos ini JPSM Wilayah Persekutuan mengambil keputusan memindahkan operasinya daripada Bangunan Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri ke Menara Usahawan Presint 2 Putrajaya yang ditanggung sepenuhnya oleh Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Perdana Menteri. Jadi, pengurangan ini ialah kerana kita save cost untuk sewa bangunan. Jadi, itu berkenaan dengan JPSM. Berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Masjid Tanah berkenaan dengan bahagian sokongan keluarga. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Masjid Tanah bahawa perkhidmatan BSK Transit ini bukan sahaja terdapat di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya bahkan terdapat di negeri-negeri lain. Bagi negeri yang tidak mempunyai BSK Transit, pelanggan BSK yang menghadiri prosiding mahkamah boleh menginap di hotel dan menuntut semula kos penginapan hotel tersebut daripada BSK seksyen negeri. Tambang pengangkutan dan makan minum sejak tahun 2010- kos pengangkutan dan kos makan minum boleh dituntut oleh pelanggan BSK seksyen negeri yang menghadiri perbicaraan kes di mahkamah syariah. Sebanyak RM15 juta diperuntukkan pada tahun 2010 untuk bahagian sokongan keluarga ini dan ia masih lagi ada dalam tabung kita. Kita juga bantu untuk negeri-negeri untuk wujudkan BSK ini dengan mewujudkan matching grant. Jadi, kalau macam di Wilayah Persekutuan, MAIWP bagi RM100 ribu untuk BSK maka kita ada matching grant daripada JKSM untuk bantu negeri-negeri. Jadi, kalau negeri hendak letak tinggi, jadi JKSN akan buat matching grant untuk negeri tersebut. Seterusnya, saya ingin menjawab menggulung Tuan Pengerusi berkenaan dengan masjid dan surau yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin jelaskan di sini bahawa masjid dan surau sama ada masjid baharu ataupun penambahbaikan peruntukannya ialah di bawah ICU di bawah Jabatan Perdana Menteri bukan dalam peruntukan RM1.3 bilion di bawah Jabatan Kemajuan Islam.

Puan Hajah Fuziah binti SallehPKR · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Kuantan

Jadi, bagi masjid yang telah diluluskan sebelum PRU14 dan belum dibina maka keputusan kerajaan ialah review semula status kelulusan tersebut sebab ada juga yang diluluskan secara tergesa-gesa sebelum PRU Ke-14 jadi kita review semula. Jadi, yang belum dibina memang ada status di review semula. Saya menyarankan sekiranya ada kes-kes yang...

Yang Berhormat Timbalan Menteri penjelasan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Nanti ya Yang Berhormat Arau, saya belum habis. Boleh Yang Berhormat Arau duduk dahulu? Saya menyarankan, terima kasih Yang Berhormat Arau ya. Saya menyarankan kita bawa semula semua permohonan-permohonan kepada Jabatan Perdana Menteri dan pejabat saya sedia untuk melihat semula semua permohonan- permohonan yang belum dimulakan. Jadi, status update setiap masjid yang ditanya tadi ada banyak masjid-masjid saya akan berikan jawapan bertulis. Yang Berhormat Parit Sulong saya dengar tadi dan banyak lagi di wilayah dan sebagainya ada banyak pertanyaan-pertanyaan berkenaan dengan status masjid kita akan beri jawapan bertulis status masjid tersebut.

Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak review, hendak kaji semula berapa lama? Sekarang sudah setahun lebih jadi apakah- kita hendak tempoh masa sebab ini pembinaan masjid Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sewajarnya Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak perlu review-lah sebab ini masjid tidak boleh tipu punya. Sebab apa sudah pasti...

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Yang Berhormat Arau. Ya, ya saya jawab Yang Berhormat Arau.

...Bila kita mohon, kita berdasarkan keperluan...

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Saya tidak banyak masa Yang Berhormat Arau boleh saya jawab?

Jadi bila Yang Berhormat Timbalan Menteri kata dia review semula itu jadi kita tidak berapa sedap sedikit.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Ya, Yang Berhormat Arau, itu bukan keputusan saya. Itu adalah keputusan Kabinet untuk review semula semua permohonan-permohonan yang diluluskan sebelum PRU Ke-14. Akan tetapi saya mengatakan di sini sekiranya ada genuine permohonan boleh diutarakan semula dan kita akan tengok semula permohonan- permohonan tersebut.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNParit Sulong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Isu yang saya bawa itu adalah bagi masjid-masjid yang mana telah diluluskan semula dan sesetengahnya surat telah kita terima menyatakan bahawa telah di review, telah diluluskan semula. Akan tetapi, masalahnya sekarang tidak nampak pun apa-apa pergerakan terjadi di bawah. Itu yang saya tanyakan mengenai statusnya dan setengahnya masjid ini telah dirobohkan pun.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya tahu bahawa ini perkara yang amat dekat di hati kita dan memang isu pembinaan masjid ini sesuatu yang Ahli-ahli Yang Berhormat amat ambil berat. Saya ingin maklumkan bahawa sebenarnya ICU ini di bawah Jabatan Perdana Menteri dijaga oleh Allahyarham Yang Berhormat Tanjong Piai dahulu. Jadi, saya tidak dapat menjawab tetapi saya boleh tengok semula dan kita akan ambil collective responsibility itu dalam Jabatan Perdana Menteri untuk melihat. Sebab ICU bukan di bawah Hal Ehwal agama. Jadi, kelulusan, status dan sebagainya itu semua di bawah ICU. Namun kita, saya sedia membantu dan melihat kepada semua yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan status masjid-masjid dan surau tadi.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Seterusnya, berkenaan dengan halal. Industri Halal. Saya ingin membawa kepada perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, ramai yang berbahas berkenaan dengan halal tadi, Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Parit Sulung, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Kangar. Berkenaan dengan halal dia ada beberapa aspek berkenaan dengan halal.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Pertama ialah berkenaan dengan Pensijilan Halal, yang kedua ialah berkenaan dengan Majlis Halal Malaysia dan yang ketiga ialah berkenaan dengan Pembangunan Industri Halal. Jadi sebelum ini, ini yang dahulu. Sebelum ini, tidak jelas, ada HDC tetapi HDC mungkin pada satu ketika dahulu tidak dapat membangunkan sangat industri halal. Maka semuanya diserahkan kepada JAKIM, dilonggokkan kepada JAKIM untuk menjawab. Sedangkan saya ingin menjelaskan di sini sekarang ini kita ada restructuring semula Majlis Halal Malaysia. Majlis Halal Malaysia terdiri daripada 13 kementerian. Saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat pun tahu. Sebanyak 13 buah kementerian yang terlibat, pada hari ini kita sudah buat sekretariat bersama di mana kita lihat kepada pensijilan dan juga lihat kepada pembangunan industri. Jadi sekretariat bersama ini akan lihat dua aspek ini dan bukan sahaja diserahkan kepada JAKIM untuk melihat keseluruhannya pembangunan industri dan juga berkenaan dengan pensijilan. Jadi, sebanyak RM3.838,500 juta ini ialah untuk program kesedaran pensijilan, pembinaan gudang, exhibit halal, pembangunan pusat data halal dan integriti sistem maklumat halal, pembangunan dasar halal negara dan penubuhan pusat kecemerlangan halal Malaysia luar negara. Ini sebanyak RM3.8 juta tadi untuk ini, untuk membangunkan research, database dan sebagainya berkenaan dengan pensijilan halal. Jadi JAKIM bertanggungjawab untuk pensijilan, JAKIM bertanggungjawab untuk akreditasi, regulatory dan juga latihan dan yang lain-lain itu di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan. Jadi di sini saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak dapat jawab bagi pihak Kementerian Pembangunan Usahawan, saya tidak dapat jawab juga bagi pihak Hal Ehwal Ekonomi, saya pohon dibangkitkan semula di dalam kementerian yang berkaitan dengan pembangunan industri halal. Saya ingin menjawab kepada apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bera berkenaan dengan pensijilan halal. Pecahan syarikat yang mendapat sijil halal yang ditanya oleh Yang Berhormat Bera dan Yang Berhormat Parit Sulong, saya pohon jawapan bertulis. Berkenaan dengan pensijilan. Pensijilan ini kita tahu bahawa kita ada- ini kita iktiraf masalah ini. Ia macam ada gap apabila JAKIM tidak luluskan, tidak beri sijil, dia macam ada gap, kementerian lain yang patut masuk dan bagi coaching, bimbingan itu dia tidak berlaku sebelum ini. Di situ ada gap sehinggalah kadang-kadang bertahun-tahun. Oleh sebab mereka tidak tahu yang mikro industri ini dia tidak tahu, ibu tunggal yang dekat rumah ini apabila JAKIM kata tidak lulus, sebenarnya standard kita kena tinggi sebab kita beri akreditasi kepada seluruh dunia. Kita kena jaga standard halalan toyyiban itu. Akan tetapi apabila tidak lulus, seharusnya ada agensi-agensi lain yang datang membantu tetapi di situ ada gap dan kita acknowledge, kita iktiraf gap wujud pada hari ini dan intervensi yang seharusnya berlaku, tidak berlaku. Jadi kita recognize kita iktiraf masalah tersebut dan kita sedang cuba perbaiki. Bagaimana kita hendak lakukan intervensi supaya terutamanya mikro industri ini dapat dibantu untuk mendapat pensijilan halal. Oleh sebab JAKIM ataupun wakil JAKIM di Jabatan Agama Islam negeri-negeri, mereka membuat audit dan bukan tugas mereka untuk membimbing. Di situ ada gap seperti mana yang saya katakan tadi kita iktiraf perkara itu dan kita harus perbaiki. Inilah masalah yang berlaku bertahun-tahun. Jadi, kita tidak merasakan bahawa- kita faham apabila seseorang itu Melayu Muslim ia faham tentang halal, tetapi kita ada- sekejap...

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri, hendak minta penjelasan sedikit sahaja. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan kos yuran yang dikenakan kepada pemohon-pemohon bagi mendapatkan pensijilan halal dan adakah kos-kos berkenaan menjadi penyebab kepada pemohon-pemohon khususnya yang pengusaha kecil-kecilan daripada memohon mendapatkan pensijilan halal kerana ketidakmampuan mereka. Terima kasih.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Sebenarnya Yang Berhormat Tasek Gelugor tadi tidak bahas, Yang Berhormat Tasek Gelugor tidak bahas. Jadi tiba-tiba masuk dalam penggulungan. Sebenarnya kos dia tidak mahal, sebenarnya kos tidak mahal kalau mereka terus pergi kepada JAKIM. Kalau mereka cuba cari dekat orang yang panggil diri mereka konsultan itu mungkin mahal. Berkenaan dengan orang Islam yang memahami tentang halal, tidak semestinya memahami tentang toyyiban, oleh sebab standard kita ialah halalan toyyiban, halal dan suci. Oleh sebab kadang-kadang kita- standard kalau kita buat kerepek di dapur, dekat dapur kita tidak boleh, dapur masak kita dekat rumah tidak boleh, dia kena ada dapur yang berasingan untuk menjaga standard tersebut. Terutamanya minyak-minyak, itu kena pastikan bahawa kalau dia kata minyak masak pun tidak cukup. Kita hendak tahu brand apa dan minyak masak yang mereka gunakan itu mestilah dapat pensijilan halal contohnya. Jadi, sebab itulah standard halal ini kita perlu jaga sebab dia merupakan integriti halalan toyyiban yang diiktiraf seluruh dunia. Akan tetapi insya-Allah bantuan daripada MED dan MEA nanti dan untuk coaching kepada mikro-mikro industri, so, kita harap pembangunan industri itu dapat kita tekankan. Akan tetapi itu di luar bidang kuasa Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Berkenaan dengan yuran tadi, kalau yuran untuk industri mikro sebanyak RM100 setahun Yang Berhormat Tasek Gelugor, IKS ialah sebanyak RM400 setahun, sedikit sangat dia punya yuran, tidak mahal.

Yang Berhormat Menteri.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Akan tetapi oleh sebab mereka tidak dapat hendak bridge the gap, dari segi keperluan tadi, dia punya requirement tadi.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat sudah sebutkan tadi bahawa ramai yang terlibat itu adalah usahawan mikro jadi dia tidak tahu bagaimana hendak come back apabila permohonan ditolak dan sebagainya. Seperti kita tahu, usahawan-usahawan mikro ini berada di bawah banyak kementerian. Kementerian Pembangunan Usahawan, KPLB, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jadi, adakah Yang Berhormat bekerjasama dengan kementerian ini supaya kementerian ini yang menjaga usahawan-usahawan di bawah kementerian mereka boleh membantu usahawan-usahawan yang cuba mendapatkan sijil halal ini. Jikalau dia tidak tahu pun, merekalah yang akan guide mereka.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Yang Berhormat Bera. Inilah yang di bawah Majlis Halal Malaysia ini yang mana kita libatkan sebanyak 13 buah kementerian tadi dan kementerian-kementerian yang lain harus juga terlibat dalam pembangunan industri. Mereka harus sambung, apabila JAKIM kata tidak lulus, seharusnya mereka masuk dan sambung di situ untuk bantu, bimbing sehinggalah usahawan itu bersedia untuk diaudit sekali lagi. Jadi ini sedang kita rangka dan sebab itu kita sedang buat Dasar Halal Negara, kita sedang bangunkan satu Dasar Halal Negara. Jadi, Kementerian Pembangunan Usahawan yang diberi peruntukan untuk membangunkan usahawan boleh Ahli-ahli Yang Berhormat tanya nanti apabila perbahasan di peringkat jawatankuasa di Kementerian Pembangunan Usahawan. Saya kira itu berkenaan dengan Majlis Halal, Halal Akreditasi, Hab Halal. Jadi maksudnya, hab halal Perlis dan hab halal KK tidak termasuk dalam ini sebab ia di masuk di bawah HDC. Itu kena tanya MEA. Saya ingin menggulung berkenaan dengan Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian tidak ada di dalam ini.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Okey, saya jawab kemudian. Berkenaan dengan dakwah, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya berkenaan dengan peruntukan untuk dakwah di bawah YADIM. Saya ingin maklumkan bahawa di dalam kluster dakwah di bawah Jabatan Perdana Menteri dua agensi besar yang terlibat ialah YADIM dan JAKIM. Di mana emolumen JAKIM sebanyak ‘RM77,705,400’ ialah untuk antaranya ialah merangka pengurusan dakwah seluruh negara juga emolumen untuk YADIM kepada 240 orang pegawai. Nampak macam sedikit di sini tetapi ini adalah peruntukan daripada Belanjawan 2020. Akan tetapi ada peruntukan dakwah untuk YADIM dan JAKIM yang disalurkan bukan daripada peruntukan ini tetapi daripada Majlis Agama Islam. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam negeri-negeri yang membantu usaha-usaha dakwah di peringkat negeri-negeri.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Jadi, emolumen ini untuk pegawai-pegawai mereka dan ada yang lain-lain pula seperti felo-felo itu di bawah pembiayaan wang zakat dan sebagainya yang tidak termasuk di dalam yang ini, mungkin nampak sikit tetapi ada yang lain-lain dan saya tidak perlu jawablah di sini sebab ia tidak melibatkan Belanjawan 2020. Dakwah kepada Orang Asli. Sejumlah RM1,840,400 juta telah diperuntukkan untuk pengurusan program pemantapan dan kefahaman Islam kepada 613 perkampungan Orang Asli seluruh Malaysia. Saya juga ingin memaklumkan bahawa di bawah masjid tadi, kita ada membina masjid untuk Orang Asli. Surau sebanyak 352 buah di bawah peruntukan JAKIM dan 27 buah surau Jumaat untuk Orang Asli. Jadi, itu berkenaan dengan Orang Asli dan dakwah. Berkenaan dengan wakaf pula, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanyakan berkenaan dengan peruntukan untuk tanah wakaf yang tidak dibangunkan. Di dalam Belanjawan 2020, sebanyak RM6.274 juta diperuntukkan untuk pembangunan harta wakaf. Ini adalah untuk dua projek. Pertama ialah fasa dua Hotel Taiping di atas tanah wakaf dan satu lagi ialah pangsapuri kos sederhana rendah yang akan mula beroperasi pada Januari 2020 di Butterworth, Pulau Pinang yang akan menempatkan sebahagian daripadanya untuk para setinggan di Pulau Pinang yang kita ada dengar kes-kes yang tidak ada rumah yang akan ditempatkan di sini dan boleh mula pada Januari 2020. Jadi itu RM6.274 juta pembangunan harta wakaf di bawah Jabatan Perdana Menteri. Berkenaan dengan tanah-tanah wakaf yang...

Penjelasan...

Yang Berhormat Arau.

Penjelasan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau, silakan.

Yang Berhormat, saya tidak akan tanya fasal lain. Sekarang saya hendak tanya fasal Orang Asli. Yang Berhormat sebut pembinaan surau di kawasan Orang Asli. Saya ingin bertanya, apakah bentuk surau yang dibina itu? Saya tengok di semua tempat yang saya pergi, surau itu bukannya surau yang dibina dalam konsep dibuat daripada brick, dengan izin, dengan batu simen tetapi dibuat dengan menggunakan bahan tempatan. Apabila saya tanya siapa yang membina surau ini? Dia kata dibina oleh kerajaan. Surau itu lebih daif daripada rumah mereka. Jadi, apakah bentuk surau yang dibina di kawasan Orang Asli?

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sudah selesai solat.

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya solat sebelum saya menggulung tadi sebab itu saya minta tadi Yang Berhormat Menteri tadi menggulung sehingga pukul 7.10 supaya saya boleh solat dahulu. Terima kasih Yang Berhormat Pontian.

Yang Berhormat Arau ini terlepas kereta api lah Yang Berhormat Arau. Saya sudah habis bab-bab surau ini. Surau, kita bukan sahaja- memang kita akui peruntukan kita sedikit sangat untuk buat surau...

Yang Berhormat, Yang Berhormat sebut kereta api itu adakah Menteri Pelancongan?

Sudah Yang Berhormat Arau.

Adakah kereta api kah?

Yang Berhormat Arau, duduk ya Yang Berhormat Arau.

Berkenaan dengan surau, itu kita akui bahawa peruntukan itu begitu sedikit sebab itu JAKIM banyak bekerjasama dengan CSR sebab kita ada dakwah korporat yang memberikan bantuan CSR juga untuk membaik pulih surau dan sebagainya. Ia melibatkan- kita sedang audit melalui penggerak-penggerak masyarakat Orang Asli kita yang berada di seluruh negara. Berkenaan dengan wakaf tadi. Yang Berhormat Parit berbahas berkenaan hanya 13 peratus tanah wakaf yang dibangunkan. Ini betul kerana kita ada 38 ribu ekar tanah wakaf dan hanya 13 peratus yang dibangunkan. Kenapa? Pertama, kita sedia maklum bahawa pemegang amanah tanah wakaf ialah Majlis Agama Islam Negeri. Majlis Agama Islam Negeri kadang-kadang tidak ada dana untuk membangunkan tanah-tanah wakaf itu. Kedua, tanah wakaf ini pula ia ada apabila orang itu mewakafkan, dia mewakafkan secara khusus, dia kata ini kena buat masjid, ini kena buat kubur. Jadi, tidak boleh diusik untuk benda lain. Ini kena dibuat sekolah tahfiz, contohnya. Jadi, tanah-tanah itu apabila memang tanah wakaf khas memang tidak boleh kita usik untuk membuat benda lain. Jadi, kita tidak boleh bangunkan kalau untuk perkara-perkara lain. Jadi, kalau ia untuk masjid, kita tidak boleh buat rumah kos rendah contohnya. Jadi, itu satu lagi perkara. Perkara yang seterusnya yang susah hendak dibangunkan ialah pertama, dia kadang-kadang di lereng bukit, kadang-kadang di lembah dan sebagainya tanah wakaf ini. Jadi, ini adalah merupakan faktor-faktor yang menyebabkan tanah wakaf ini susah dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Jadi apa yang kita buat sekarang ialah kita bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri di bawah Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA), wakaf ya. Jadi kita ada satu MALPA iaitu majlis di mana di situ semua wakil daripada majlis agama Islam negeri ada wakilnya dan di situlah kita cuba membangunkan, berbincang berkenaan dengan wakaf ini. Antara perkara yang sedang kita bangkitkan ialah untuk menjadikan wakaf ini sektor yang tidak berharap kepada peruntukan daripada kerajaan. Oleh sebab itu, kita bawa tax exemption dalam bajet baru-baru ini supaya kita hendak berikan peluang kepada orang ramai, orang Islam di luar sana berwakaf dan menjadikan ia satu perkara yang setiap orang Islam, umat Islam mahu lakukan. Jadi, kita juga kena pastikan bahawa instrumen-instrumen yang terkini digunakan untuk memberikan governance yang baik, tadbir urus yang baik apabila kita buka kepada orang ramai untuk berwakaf, kita beri peluang mereka untuk membuat pahala yang berterusan hingga ke akhirat. Akan tetapi pada masa yang sama, kita juga membuka ruang untuk abuse. Jadi sebab itu governance itu amat penting, sustainability itu amat penting. Kita sedang Membangunkan Rang Undang-undang Wakaf Wilayah Persekutuan dan doakanlah supaya kita dapat membentangkan secepat mungkin di Parlimen. Jadi, kita juga melihat kepada teknologi terkini iaitu blockchain technology dibawa dalam pendekatan mengutip duit wakaf supaya kita boleh trace apakah kegunaan wang wakaf itu apabila didermakan oleh orang ramai. Jadi, rang undang-undang itu akan membantu kita untuk melaksanakan semua ini. Yang Berhormat Pontian. Ya, saya sampai kepada Yang Berhormat Pontian. Terima kasih Tuan Pengerusi, boleh saya teruskan?

Tuan Pengerusi

Ya, teruskan.

Ya, okey. Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Pontian, Nasyrul Quran. Adakah menerima geran seperti sebelum ini dan adakah ia akan diteruskan? Saya ingin memaklumkan bahawa pada tahun 2019, geran RM5 juta untuk mencetak dan operasi Nasyrul Quran itu diberikan daripada Kementerian Kewangan kepada Jabatan Perdana Menteri. Saya difahamkan akan diteruskan untuk memberikan geran tersebut. Akan tetapi, Nasyrul Quran juga menerima geran bukan sahaja daripada Jabatan Perdana Menteri, MoF tetapi juga daripada MAIWP. MAIWP juga memberikan geran kepada Nasyrul Quran untuk membeli kertas, mencetak dan sebagainya. So, bukan setakat daripada Kementerian Kewangan tetapi juga daripada MAIWP untuk memberikan dana untuk mencetak Al-Quran. Perkara yang kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian ialah berkenaan dengan Darul Quran di Kuala Kubu Bharu, sama ada adakah usaha untuk menjadikan ia universiti Al-Quran. Ya, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pontian, apabila kita hendak menjadikan ia sebagai universiti, ia melibatkan lesen IPTA daripada Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk menambah IPTA berdasarkan polisi yang telah ditetapkan berkuat kuasa mulai 30 Jun 2010. Jadi, saya rasa Ahli Yang Berhormat pun arif juga berkenaan dengan perkara ini. Akan tetapi dasar ini masih diteruskan. Akan tetapi Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama sekarang, hari ini sedang melihat, meneliti kepada mewujudkan universiti wakaf di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pada hari ini ada dua buah kolej universiti yang sudah pun bernaung di bawah universiti wakaf ini iaitu Kolej PICOMS Wilayah Persekutuan dan juga Kolej Profesional Baitulmal.

Jadi Darul Quran ini sedang dikaji sama ada boleh dimasukkan sebagai kolej di bawah universiti wakaf ini dan khas untuk universiti wakaf sudah ada rundingan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan dengan universiti wakaf ini. Konsep dia ialah satellite campus di mana setiap satu itu boleh wujud sebagai satellite campus dinaungi oleh Universiti Wakaf di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Terima kasih atas kedua jawapan.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya pergi terus kepada soalan Yang Berhormat Pasir Mas berkenaan dengan peruntukan Pejabat Mufti yang menurun ya. Pada tahun 2019 peruntukan dia ialah sejumlah RM6.864500 juta dan untuk tahun 2020 peruntukannya ialah sejumlah RM4.934.900 juta perbezaan ialah sebanyak RM1.929,600 juta maksudnya ada penurunan. Akan tetapi, kenapa ia berlaku ialah juga disebabkan oleh kontrak sewa beli perabot dan kelengkapan pejabat yang tamat pada hujung tahun 2019. Jadi, jumlah itu tidak diperlukan dan walaupun dengan penurunan sebanyak RM1.929600 juta tadi pejabat mufti masih ada lebihan. Ya, masih ada lebihan sebanyak RM247,527.72. Maksudnya ada lebihan. Walaupun dikurangkan tadi tetapi ada lebihan kerana sudah tidak perlu disewa perabot dan sudah habis kontrak untuk pejabat mufti di Kompleks Islam. Yang Berhormat Jeli bertanyakan berkenaan seramai 3,000 guru-guru Al-Quran yang ditamatkan perkhidmatan mereka. Saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Jeli bahawa ini merupakan lantikan politik kerajaan terdahulu di bawah ICU dan memang sudah ditamatkan. Jadi, itulah keadaan dia. Berkenaan dengan Yang Berhormat Ledang.

Yang Berhormat penjelasan. Kenapa yang sebab Yang Berhormat sebut lantikan politik? Ini lantik tok imam ini bukan lantikan politik berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan mereka. Saya ingat kata kerajaan dahulu telah dihentikan habis cerita. Jangan sebut lantikan politik. Kita tidak melantik tok imam kerana untuk mendapat sokongan dia akan tetapi kerana kebolehan dia beragama.

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ataupun kebolehan dia berjanji macam dia berjanji tidak akan sokong Lynas dia itu baru betul-betul berani.

Yang Berhormat Arau, kita ada guru-guru takmir. Kita ada guru-guru takmir yang memang buat kerja, antara kerjanya ialah mengajar Al-Quran. Jadi, di negeri-negeri lain tidak perlu diwujudkan guru-guru ini. Akan tetapi, di Kelantan memang pada satu ketika itu diwujudkan dan seperti saya katakan memang lantikan politik yang sudah ditamatkan- period. Saya ingin menggulung apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang berkenaan dengan elaun guru KAFA di mana sejumlah RM49 juta telah diperuntukkan untuk tambahan elaun guru KAFA. Sebelum ini ada seramai 33,200 guru KAFA yang elaunnya ialah sejumlah RM900. Dengan tambahan ini, maka elaunnya menjadi sebanyak RM1,000 dan ada tambahan tempat untuk guru KAFA daripada seramai 33,200 guru KAFA kepada seramai 35 ribu guru KAFA. Saya juga ingin maklumkan mulai 2019, SOCSO untuk guru-guru KAFA telah mula dibayar dan ini melibatkan sejumlah RM6.9 juta. Sebelum ini tiada bayaran SOCSO untuk guru-guru KAFA. Saya juga ingin memaklumkan Yang Berhormat Ledang bahawa kita sekarang terikat dengan Dasar Penjawat Awam Kerajaan. Maka dalam 2020, tidak ada peruntukan untuk menyerapkan mereka kepada jawatan tetap. Mungkin kita tidak give up kita sedang terus kaji dan mungkin kemudian hari nanti mungkin 2021 sekiranya telah tidak lagi dasar itu dilaksanakan boleh kita lihat semula. Akan tetapi, dia tidak tutup buku ya. Berkenaan dengan Rahmatan lil-alamin. Saya tidak jawab Yang Berhormat Arau tadi oleh sebab saya rasa itu bukan soalan berkenaan dengan Peringkat Jawatankuasa. Saya jawab Yang Berhormat Ledang oleh sebab Yang Berhormat Ledang minta pecahan sejumlah RM10 juta itu. Di mana pecahan sejumlah RM10 juta itu ialah sebanyak RM5.948 juta ialah untuk Program Advokasi melibatkan kerjasama negeri dan agensi di bawah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Selebihnya ialah untuk penyiaran, penerbitan... [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua, masa agak lambat, saya minta dia jawab bertulislah.

…Penjelasan dan latihan maqasid syariah promosi dan publisiti.

Oleh sebab dia sudah habis sudah. Kami sudah boring hendak mendengar ini.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri belum jawab lagi.

Jawab bertulislah.

Tuan Pengerusi

Kecuali Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri hendak...

Ada pula saya tanya dasar. Di mana boleh kita bincang dasar, di mana? Inilah peluang untuk kita bincang, jawablah.

Yang Berhormat Arau tadi kata berkenaan dengan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat pada peringkat dasar bincang dasarlah..

Rahmatan lil-alamin. Saya tanya ini di bawah dasar pun Yang Berhormat Menteri tidak jawab. Ini mai Jawatankuasa, jadi Jawatankuasa. Jadi, Parlimen ini.

Jawatankuasa ialah pecahan sebanyak RM10 juta Rahmatan lil-alamin yang saya sudah terangkan tadi.

Konsep Rahmatan lil-alamin itu sendiri.

Konsep itu dasar.

Tuan Pengerusi

Itu Peringkat Dasar Yang Berhormat Arau.

Ini pecahan kepada di peringkat Jawatankuasa, saya sudah pecahkan tadi ya. Berkenaan dengan Yang Berhormat Paya Besar.

Tuan Pengerusi, saya minta jawapan bertulis.

Berkenaan dengan rang undang-undang...

Yang Berhormat jawab bertulis lah. Ahli-ahli yang bersetuju kata bersetuju.

...yang sudah diluluskan yang sudah menjadi Akta Profesion Guaman Syarie Wilayah Persekutuan. Soalan Yang Berhormat Paya Besar, bila dia akan diselaraskan negeri-negeri. Saya ingin maklumkan bahawa akta ini dicadangkan untuk menjadi model kepada negeri-negeri untuk diselaraskan, dan sudah pun dibawa kepada Mesyuarat MKI pada 12 September. Mesyuarat MKI yang ke-67 dan sudah pun diluluskan dan insya-Allah ini sekarang terserahlah kepada negeri-negeri untuk ambil model tadi Akta Profesion Guaman Syarie Wilayah Persekutuan tadi untuk dilaksanakan di negeri- negeri pula. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Beaufort. Sekolah Agama saya ingin maklumkan sekolah agama ini ialah di bawah Kementerian Pendidikan. Jadi, harap Yang Berhormat Beaufort boleh ajukan semula soalan itu di bawah Kementerian Pendidikan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Beaufort ada dekat belakang itu.

Kemudian untuk soalan... [Disampuk]

Yang Berhormat Timbalan Menteri bukan Kementerian Pendidikan. Di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sekolah Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya untuk Wilayah Persekutuan. Yakni yang lain-lain itu, sebabnya ia sekolah agama di bawah Wilayah Persekutuan itu di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagi yang lain- lain itu yang ada di bawah negeri ada yang di bawah Kementerian Pendidikan. Kalau di Beaufort itu, saya fahamkan sama ada di bawah negeri ataupun di bawah Kementerian Pendidikan. Saya juga ingin membawa... [Disampuk]

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Timbalan Menteri, Tuan Pengerusi, minta sedikit. Sedikit saja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak buat patah sedikit Timbalan Menteri berkaitan MKI. Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi, berkaitan Rang Undang-undang Guaman Syarie. Apakah sebenar keputusan dalam MKI, adakah ada satu jangka masa untuk diimplementasikan berdasarkan model wilayah ini? Itu yang pertama. Kedua ialah, adakah penyelarasan sebagai mana civil lawyer. Maknanya, dia daftar di Kuala Lumpur, dia boleh berkhidmat di mana-mana. Juga diangkat taraf sebagai Peguam Syarie. Terima kasih.

Itu patut Yang Berhormat Paya Besar bahas masa Rang Undang-undang Guaman Syarie dulu. Tak apa, saya akan minta dia punya timeline dan dia punya road map. Kita ada road map, untuk pelaksanaan di peringkat negeri-negeri dan saya akan beri jawapan bertulis road map dan timeline ya. Berkenaan dengan sekolah tahfiz ya, soalan Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekolah tahfiz ini sebenarnya kita baru luluskan dekat Dewan yang mulia ini berkenaan dengan Pindaan Akta 505 berkenaan dengan sekolah-sekolah tahfiz. Sekarang ini barulah kita boleh mewajibkan pendaftaran itu ke atas sekolah-sekolah tahfiz ya. Jadi, kita kalau sekiranya ada, kita terima maklum balas daripada Ahli Yang Berhormat dan daripada orang ramai berkenaan dengan sekolah-sekolah tahfiz yang tidak sepatutnya wujud. Berkenaan dengan apa yang dibangkitkan perbicaraan tertutup Yang Berhormat Pasir Mas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prosiding perbicaraan di Mahkamah Syariah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pasir Mas, tidak ada dalam Dewan.

Tidak apa, saya beri bertulis ya. Kod etika pakaian yang dibawa oleh Yang Berhormat Tampin juga ini dasar. Saya sudah jawab semalam, saya akan beri juga jawapan bertulis.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tampin pun tak ada.

Berkenaan dengan Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Karang ada. Berkenaan dengan kuota Haji. Kuota Haji saya ini juga, saya maklumkan bahawa kuota Haji diberikan sebanyak 32,200 dan kuota tambahan juga telah diberikan dan telah digunakan pada tahun ini.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Berapa banyak, boleh tahu?

Yang Berhormat Tanjong Karang, saya menghormati apa yang ditulis oleh apa orang kata, Ambasador Kerajaan Saudi apabila dia menulis, dia memberi kuota tambahan itu supaya tidak diuar-uarkan. Akan tetapi, saya boleh katakan bahawa dia sama seperti sebelum ini ya.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Itu rahsia, tetapi adakah haji dihantar- katakan kuota itu sekian banyak. Adakah Tabung Haji hantar mengikut kuota yang ada ataupun kurang daripada kuota yang ditambah itu?

Yang Berhormat Tanjong Karang, kita sedia maklum bahawa subsidi haji ialah RM400 juta pada tahun ini. Jadi kalau sekiranya kita hendak gunakan kuota itu semua untuk subsidi, muassasah, maka dia akan meningkatkan kos. Ini sebab kita subsidi 55 peratus. Jadi apa yang kita buat, kita tawarkan kepada syarikat- syarikat di bawah Tabung Haji untuk mengendalikannya dan kuota itu memang digunakan ya, untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya sahkan bahawa kuota itu digunakan. Berkenaan dengan- saya rasa ini semua yang telah dibahaskan. Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bahas di peringkat Jawatankuasa.

Ada sedikit, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Ini yang 55 orang yang kena balik daripada Saudi itu, 55 orang, takkan tak boleh selesaikan? Kenapa biarkan dia orang balik dengan tangisan air mata setelah mereka tidak mendapat kuota kerana masalah komputer kah ataupun masalah di mana di sini ada...

Okey, Yang Berhormat Arau. Saya tak hendak ambil masa, tetapi ini adalah berkenaan dengan Furada. Furada tidak ada kena mengena dengan Tabung Haji. Ia direct daripada Kerajaan Arab Saudi kepada jemaah. Dia tidak ada kena mengena dengan kuota Tabung Haji. Saya ada jawab dalam soalan bertulis, soalan jawab lisan minggu lepas. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan jawapan- jawapan yang panjang lebar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Sepang. Setengah jam ya, Yang Berhormat Sepang, boleh?

Tuan Mohamed Hanipa bin MaidinAMANAH · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri · Sepang

Saya kena cover banyak ini.

Tuan Pengerusi

Okey, tak apa. Ambillah masa.

Akan tetapi, saya cuba ringkaskan, Tuan Pengerusi, kalau bolehlah.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi

Sanggup tunggu dua jam.

Ramai peminatlah, Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang berbahas. Saya ingin mulakan dengan Yang Berhormat Tanjong Karang dululah, kawan lama ini. Yang Berhormat Tanjong Karang membangkitkan tentang mengapakah Mahkamah Syariah memperoleh peruntukan yang lebih sedikit berbanding Mahkamah Persekutuan. Betul ya? Untuk makluman Yang Berhormat, saya hendak bagi tahu, antara sebab-sebab mengapakah Pejabat Ketua Pengarah Mahkamah Persekutuan ataupun PKPMP mendapat peruntukan tahun 2020 sebanyak RM477,210,000 adalah seperti berikut. Ini kerana Mahkamah Sivil ini dari segi untuk makluman Yang Berhormat, dia punya bidang kuasa lebih besar lagilah, lebih luas. Yang Berhormat tahu sebagai seorang peguam. Kalau kita hendak tengok bidang kuasa itu, Yang Berhormat Tanjong Karang boleh melihat kepada Perlembagaan dan juga akta-akta seperti Court of Judicature Act- macam-macam ya. Begitu juga bilangan kes, Yang Berhormat. Saya ada statistik di sini, Yang Berhormat. Untuk Mahkamah Tinggi Sivil, Yang Berhormat- saya bagi contoh ya. Statistik pelupusan kes tahun 2018, Mahkamah Tinggi Sivil sebanyak 126,363, September 2019 sebanyak 94,595. Mahkamah Tinggi Jenayah- ini Mahkamah Sivil ya, Yang Berhormat- sebanyak 8,090 tahun 2018, September 2019 sebanyak 5,705. Mahkamah Sesyen Sivil sebanyak 48,717 tahun 2018, sebanyak 41,324 tahun 2019. Mahkamah Sesyen Jenayah sebanyak 62,196 tahun 2018- itu kes jenayah- dan sebanyak 49,721 untuk kes sehingga September 2018. Mahkamah Majistret Sivil sebanyak 276,654 tahun 2018 dan untuk tahun 2019 sebanyak 188,311. Mahkamah Majistret untuk jenayah- tadi itu sivil- sebanyak 1,931,907. Kalau kes curi ayam, Yang Berhormat, kena pergi Mahkamah Majistret, tidak boleh pergi Mahkamah Syariah. Begitu juga kes pada tahun 2019, sebanyak 1,456,179. Ini contoh, Yang Berhormat ya... [Disampuk] Saya hendak bagi contoh. Yang Berhormat kena faham. Yang Berhormat Arau, lepas ini saya jawab Yang Berhormat Arau. Jangan kacau, Yang Berhormat Arau. Sabar dulu. Bilangan perjawatan. Berikut merupakan kedudukan kakitangan. Untuk Butiran 030200 – Mahkamah Persekutuan, bilangan perjawatan Bajet 2020 ialah 5,518. Untuk OS10000, sebanyak RM245,468,200. Dari segi bilangan court juga, Yang Berhormat, kita tahu bahawa PKPMP iaitu Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mempunyai bilangan court iaitu kamar sebanyak 509 dan kebanyakannya berusia 15 tahun ke atas. Ini memerlukan perbelanjaan selenggaraan yang tinggi bagi memastikan keadaan court berada dalam keadaan baik dan memuaskan bagi memenuhi kehendak kakitangan dan pelanggan supaya pengendalian kes berjalan dengan lancar. Secara umumnya, Yang Berhormat, Mahkamah Syariah ini bawah bidang kuasa negeri. Kalau kita kira peruntukan Mahkamah Syariah, kalau kita kira secara individu, dia lebih banyak daripada Mahkamah Sivil sebenarnya. Sebab, mahkamah ini diberikan untuk semua satu Malaysia. Sedangkan peruntukan yang Yang Berhormat lihat di dalam peruntukan bajet itu, walaupun nampak macam kecil, tetapi kalau Yang Berhormat betul-betul tengok betul-betul, kaji betul-betul, sebenarnya lebih tinggi. Jadi, saya rasa Yang Berhormat sebagai orang yang ada kelulusan undang-undang memahami benda itulah. Jadi, itu yang pertama, Yang Berhormat. Seterusnya, saya hendak jawab Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau membangkitkan...

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Menteri, tadi...

Silakan.

Tan Sri Haji Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bukan. Tadi saya ada bangkit isu- ikut isu by isu kah ini atau ikut macam mana jawapan?

Yang Berhormat akan bangkit lain? Saya bangkitkan mahkamah dulu. Nanti saya akan jawab lagi. Saya ikut dia punya apa ini, mungkin agensi lah. Jangan takut, Yang Berhormat, saya akan bagi peluang. Yang Berhormat yang tunggu lama-lama ini takkan tak bagi peluang kan, kasihan kan? Yang Berhormat Arau, menjawab tentang mahkamah. Yang Berhormat Arau kata Yang Berhormat telah dijumpai oleh peguam-peguam berkenaan rayuan daripada Mahkamah Rayuan hendak pergi Mahkamah Persekutuan kena dapatkan leave kebenaran. Betul, Yang Berhormat, itu betul. Cumanya, Yang Berhormat kata alasan peguam-peguam itu ini adalah menafikan keadilan, itu tidak betul. Itu fake news lah. Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, tak semua kes- leave ini bukan sahaja untuk keperluan daripada Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan, banyak lagi kes lain perlukan leave. Saya hendak bagi contoh, Yang Berhormat. Kalau kita hendak merayu daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan, kalau kes yang melibatkan RM250 ribu ke atas jumlah dia punya judgement itu, tak boleh kita pergi ini. Kita tidak boleh automatik appeal. Kena dapatkan leave dulu. Leave, maknanya kebenaran. Dia kena failkan satu usul di Mahkamah Persekutuan. Begitu juga kes-kes lain. Kalau kes judicial review, Yang Berhormat, tidak boleh kita fail semakan kehakiman terus. Kita dapatkan leave daripada mahkamah, kita kena serve dokumen itu kepada Peguam Negara. Itu ada dalam rule of court. Jadi, Yang Berhormat, tujuan leave itu, Yang Berhormat, saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, tujuannya ialah untuk memastikan rayuan di Mahkamah Persekutuan ini ialah kes-kes yang betul-betul sesuai dengan Mahkamah Persekutuan. Sebab, tak semua- Yang Berhormat, kes-kes Mahkamah Persekutuan ini dilambakkan dengan kes-kes yang mungkin tak perlu pun Mahkamah Persekutuan teruskan. Oleh sebab itu, Yang Berhormat baca dalam seksyen 96- okey, Yang Berhormat bukan seorang peguam, tidak begitu mahir.

Izin.

Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, dalam undang-undang ini... [Disampuk] Tak, saya hendak katakan, saya hendak terangkan. Yang Berhormat boleh bagi tahu kepada peguam-peguam lain nantilah.

Yang Berhormat Menteri.

Sabar dulu, Yang Berhormat. Nanti Yang Berhormat boleh tanya soalan.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bukit Gelugor ya.

Saya sudah melalui semua benda ini, saya tahu.

Bangunlah. Bangunlah kalau hendak tanya.

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bukit Gelugor ya.

Sekejap ya.

Boleh tanya?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Boleh tanya?

Sekejap, sekejap, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya akan jawab dulu. Tadi, Yang Berhormat, tujuannya supaya mahkamah ini dengar kes-kes yang memang sesuai dengar. Contohnya, Yang Berhormat, kes-kes yang mungkin novel issue, kes yang isunya mungkin novel issue, isu- novel dalam Bahasa Melayu apa? Yang agak asing yang mungkin tidak pernah lagi didengar. Jadi mahkamah akan buat itu sebagai satu kes yang istimewalah. Kes-kes yang- kecuali, Yang Berhormat, kita buat satu kes yang dipanggil permohonan untuk Perlembagaan dan sebagainya, itu tidak perlukan leave. Itu ada dia punya bidang kuasa yang tersendiri yang dipanggil court of first instance. Akan tetapi, dalam kes-kes rayuan, Yang Berhormat, ini bukan perkara pelik. Bagi seorang peguam, ini tidak ada perkara yang pelik. Saya pelik bila peguam yang jumpa Yang Berhormat kata pelik, saya rasa pelik. Hendak tanya? Silakan. Kalau tidak, saya serah bagi pada ini. Saya serah kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Tuan Pengerusi

Ya, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya berkenaan dengan seksyen 96(a) ini iaitu berkenaan dengan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan. Sekarang kita tahu bahawa untuk mendapat kebenaran, perlu memenuhi beberapa syarat dan sebagainya seperti di dalam kes Terengganu forest dan sebagainya. Akan tetapi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri di mana kita dapat banyak macam aduan bahawa in practice, the reality of it, dengan izin, adalah- I wouldn’t say next to impossible, tetapi amat susah untuk mendapat leave? Percentage ataupun peratusan untuk kebenaran yang dibenarkan adalah amat rendah.

Bagaimana pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri sekiranya satu prosedur dikenakan ataupun diadakan di mana sekiranya terdapat keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan, Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan atau sebaliknya di mana keputusannya adalah one all. Di mana terdapat dua keputusan yang berbeza dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Bukankah itu satu situasi di mana leave sepatutnya dibenarkan memandangkan terdapat dua pandangan yang berbeza from the High Court and the Court of Appeal. Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Ada perbezaan antara soalan Yang Berhormat Bukit Gelugor dengan Yang Berhormat Arau, terlalu jauh macam langit dengan bumi [Ketawa] Yang Berhormat bangkitkan tadi ialah isu patutnya hapuskan leave, Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak kata tidak hapuskan leave tetapi susah. Itu saya setuju, memang agar sukar. Kadang-kadang leave memang hendak buat susah. Itu saya bersetuju, yang saya rasa itu mungkin Mahkamah Persekutuan mungkin kena relaks sikitlah. Akan tetapi Yang Berhormat untuk hapuskan terus saya tidak setuju. Kalau kita hapuskan terus Yang Berhormat, kita akan melambatkan...

Bukan minta hapus. Saya minta satu prosedur yang dikenakan untuk membolehkan bila kita merayu, dia orang ini merayu tidak dapat langsung Yang Berhormat. Kes itu habis begitu sahaja dan kita tahu bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang mereka tidak berpuas hati, mereka hendak Mahkamah Persekutuan putuskan. Itu saya sama itu.

Yang Berhormat nampak sama sebenarnya tidak sama.

Yang Berhormat kena ingat itu, kita bukannya hapus kita minta dipertimbangkan apa-apa peraturan supaya leave ini pada pandangan Mahkamah Persekutuan dia kata kes ini tidak perlu. Akan tetapi bagi lawyer ini dia rasa dia perlu.

Itu sebab saya kata, kenapa kita tidak timbulkan benda ini sebelum ini sebab benda ini peguam-peguam dia merasakan kesusahan sangat sebab bila mereka merayu, mereka tidak akan dapat. Jadi akhirnya dekat Mahkamah Rayuan dia sebagai contoh.

Betul Yang Berhormat, saya setuju Yang Berhormat kata kalau sukar dapat leave saya boleh setuju tetapi kalau kata menghapuskan requirement leave, saya tidak setuju. Sukar dapat leave saya setuju. Sebenarnya memang sukar sebab Yang Berhormat kita pergi Mahkamah Persekutuan ini, tidak semua peguam boleh pergi mahkamah Yang Berhormat Arau. Peguam yang ada pengalaman macam contohnya Yang Berhormat Bukit Gelugor. Itu pun susah dapat. Yang Berhormat, pengalaman saya sebagai seorang peguam Yang Berhormat hendak dapat leave pun susah kecuali memang isu-isu yang tertentu. Akan tetapi Yang Berhormat saya beritahu Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh beritahu dengan peguam kalau tidak dapat leave Yang Berhormat boleh buat lagi permohonan satu usul lagi untuk review balik leave sama ada dapat. Ada Yang Berhormat, ada kes di mana mahkamah tidak benarkan leave, mereka buat satu permohonan lagi dapat leave akhirnya. Akan tetapi Yang Berhormat itu memang memakan masa sikitlah tetapi Yang Berhormat...

Soalan Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi, boleh tidak kita adakan satu peraturan, prosedur untuk membolehkan kalau ditolak pun kita tahu ditolak ada tempoh masa. Ini sekarang sampai bertahun, kita minta tempoh dalam masa enam bulan. Jadi peguam-peguam pun cari makan di situ, jadi mereka pun terpaksa ambil kes lain. Itu sebab memang agak sukar. Jadi bagaimana hendak bagi tidak sukar? Pertanyaan layman dengan izin, bagaimana supaya jadi tidak sukar. Ini peguam tanya tetapi orang yang mangsa juga bertanya.

Kata tidak sukar, sukar ini susah, sukar hendak jawab sebab Yang Berhormat yang tentukan bukan saya. Yang Berhormat arif hakim yang mereka lebih berpengalaman. Mereka tahu sebenarnya kalau sekiranya leave yang diberikan dengan secara sewenang-wenangnya Yang Berhormat...

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd AkinPKR · PHTimbalan Menteri Industri Utama · Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Arau, boleh tanya Tuan Pengerusi bekas hakim.

Sekejap Yang Berhormat. Saya hendak beritahu Yang Berhormat. Sebenarnya benda ini bukan perkara yang pelik Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat pergi mahkamah di Amerika pun begitu juga. Di mana negara-negara yang mengamalkan sistem macam kita ini Yang Berhormat. Memang leave ini Yang Berhormat memang sukar. Hatta Yang Berhormat saya hendak beritahu Yang Berhormat, kalau kita pergi permohonan untuk dapat leave untuk Malaysia review pun bukan senang. Walaupun ia punya requirement itu tidaklah begitu tinggi tetapi Yang Berhormat realitinya banyak sebab kenapa kebenaran tidak diberikan. Akan tetapi Yang Berhormat saya hendak beritahu Yang Berhormat ,saya boleh setuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor sebenarnya mungkin... [Rakaman kurang jelas] Boleh review balik sama ada jangan terlalu susah sangatlah. Saya boleh setuju yang itu. Akan tetapi kalau hendak menghapuskan itu Yang Berhormat, saya minta maaf. Tadi Yang Berhormat cakap dalam masa penggulungan tadi...

Tidak apalah. Kalau tidak boleh, cakap tidak boleh. Buat ini kita akan mempertimbangkan cadangan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya timbulkan benda ini...

Yang Berhormat saya jawab ini sebagai seorang Timbalan Menteri, bukan jawab fasal Ahli Parlimen Arau.

Jadi Yang Berhormat kata okey sekarang ini kita akan mempertimbangkan.

Yang Berhormat kena bezakanlah saya dengan Yang Berhormat. Yang Berhormat samakan, tidak adilah. Yang Berhormat bercakap sebagai seorang bukan pengamal undang-undang. Keduanya, Yang Berhormat ini banyak merapu...

[Dewan ketawa]

Tuan Pengerusi

Tajuk lain.

Tarik balik. Tarik balik perkataan merapu.

Minta maaf, banyak kali dia kacau. Saya sudah bagi ruang tetapi banyak soalan-soalan yang tidak...

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun merapu juga.

Tuan Pengerusi

Tarik balik merapu.

Saya tarik balik merapu. Tidak merapulah.

Di antara Timbalan Menteri yang paling merapu dalam dunia ini...

Tarik balik, minta maaf. Tidak merapulah. Saya tarik baliklah tidak apalah.

Tuan Pengerusi

Duduklah, tarik balik merapu.

Dia mengaku jadi Tuhan ini. Lagi merapu.

Nampak?

Kalau hendak jadi Tuhan...

Tuan Pengerusi

Ya Yang Berhormat Arau.

Saya sudah tarik baliklah.

Tuan Pengerusi

Tarik baliklah.

Saya sudah tarik balik. Tidak apa Yang Berhormat Arau. Jadi Yang Berhormat Arau...

Jadi kepada Menteri yang merapu dan bodoh ini, saya tarik baliklah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Arau kena tarik baliklah. Tidak bolehlah kata bodoh.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Arau tariklah balik perkataan bodoh.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau ini telah...

Tidak apalah. Tuan Pengerusi saya tidak marah.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Jelutong, siapa mula dulu? Siapa mula dulu?

Tidak apa, saya tidak minta ditarik balik.

Tuan Pengerusi

Duduklah.

Dia memang cari fasal. Kalau dia tidak cari fasal, kita okey.

Tuan Pengerusi

Dia sudah tarik balik.

Akan tetapi cara dia bercakap membuatkan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, menjawab balik pun tidak begitu...

Saya kata bodoh tidak mengaku.

Tidak apalah, saya sudah tarik balik. Saya minta maaf Yang Berhormat Arau, saya minta maaf.

Come on lah [Ketawa] Kalau saya tengah menjawab Yang Berhormat Arau, janganlah terlampau banyak sangat mengganggu. Banyak lagi saya hendak jawab.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Jawablah terus. Jawab sahaja.

Saya sudah jawab sudah. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Tenggara tidak ada bangkitkan isu mahkamah.

Kota Tinggi.

Yang Berhormat Kota Tinggi [Ketawa] Yang Berhormat Tenggara pula minta maaf.

Tuan Pengerusi

Teruskan dengan jawapan.

Yang Berhormat Kota Tinggi tidak ada bangkitkan. Saya teruskan kepada Yang Berhormat Pontian ada?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pontian sudah keluar.

Tidak best lah Yang Berhormat Pontian tidak ada.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Dia pergi Tanjong Piai.

Kita pergi pula kepada— Yang Berhormat Pontian ini banyak isu ini. Saya tunggu dia, tidak apalah.

Tuan Pengerusi

Tunggulah Yang Berhormat Pontian, sekejap lagi dia masuk.

Tidak apa, banyak. Jangan takut, relaks. Malang saya dapat yang last ini.

Pendang ada?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Pendang ada.

Yang Berhormat Jelutong, sekarang tengok siapa yang merapu. Tengok Yang Berhormat Jelutong, yang paling merapu di Parlimen ini Yang Berhormat Jelutong tapi tidak pernah terkeluar.

Saya hendak pergi kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti ada tak? Tidak ada?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sibuti itu ada di belakang.

Ada. Yang Berhormat Sibuti bangkitkan isu- isu yang berkaitan dengan SPR. Sekarang saya pergi ke tajuk SPR. Yang Berhormat membangkitkan mengenai peruntukan yang diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak RM11 juta. Adakah kerajaan akan menggunakan peruntukan tersebut untuk Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan kewangan sebanyak RM11,753,000 bagi yang diluluskan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tahun 2020 adalah untuk melaksanakan persiapan awal bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.

Apa yang ada dalam itu One-Off- ia meliputi persiapan awal berkaitan dengan perolehan peralatan; kemudahan logistik; taklimat dan latihan kepada petugas-petugas pilihan raya; libat urus bersama agensi kerajaan, parti politik dan pihak berkepentingan serta keperluan-keperluan lain yang berkaitan. Seterusnya Yang Berhormat juga membangkitkan adakah peruntukan tersebut berkaitan dengan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik 18 tahun dan adakah data pemilik yang digunakan bagi PRU DUN Sarawak mengambil kira pemilih yang didaftarkan secara automatik. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan yang diterima oleh SPR sebanyak RM11,753,000 itu adalah bukan tujuan untuk pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik. Berhubung dengan data pemilik yang akan digunakan bagi PRU DUN Sarawak Ke-12, SPR tidak dapat menentukannya secara tepat pada masa kini memandangkan tarikh PRU DUN Sarawak Ke-12 tidak dapat dipastikan pada masa ini dan pendaftaran pemilih secara automatik belum dapat dikuatkuasakan. Seterusnya, Yang Berhormat juga membangkitkan bilakah pelaksanaan pendaftaran automatik pelaksanaan dilaksanakan secara sepenuhnya dan timeline untuk pelaksanaan tersebut. Sebenarnya Tuan Pengerusi kalau kita lihat ini semua isu-isu dasar sebenarnya tetapi saya kena jawab sebagai menghormati apa yang dibangkitkan. Untuk makluman Yang Berhormat, SPR sedang dalam persiapan untuk melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik berdasarkan perkara pindaan Perkara 119(4), Perlembagaan Persekutuan yang telah diluluskan oleh Parlimen pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Keempat Belas.

Persiapan tersebut termasuklah penyediaan pindaan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya iaitu Pendaftaran Pemilih 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan. Penyediaan standard operating procedure (SOP) dan penyediaan sistem dan infrastruktur bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik. Justeru itu SPR dijangkakan semua perkara ini akan dapat disiapkan, insya-Allah dalam tempoh 18 hingga 24 bulan dari tarikh kelulusan pindaan oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019. Jangkaan tarikh pelaksanaan tersebut adalah selewat-lewatnya pada bulan Julai 2021. Seterusnya Yang Berhormat juga membangkitkan, apakah bentuk projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh SPR di bawah peruntukan RM10 juta yang diluluskan di bawah Bajet Pembangunan. Adakah ini berkaitan dengan pelaksanaan political funding. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan RM10 juta yang diluluskan di bawah bajet permohonan adalah bagi tujuan perolehan perkhidmatan pembangunan sistem ICT SPR dan membekalkan perkakasan serta perisian untuk pusat data. Sehubungan dengan itu peruntukan kewangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan urusan pelaksanaan political funding. Seterusnya Yang Berhormat juga membangkitkan bagaimanakah bentuk diplomasi pilihan raya yang akan dilaksanakan oleh SPR pada masa akan datang. Tuan Pengerusi ini betul-betul perkara dasar ya, saya tidak jawab lah, saya rasa saya akan bagi jawapan bertulis untuk ini.

Tuan Pengerusi

Dasar ya tak boleh jawab dasar.

Seterusnya, adakah SPR diluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM100 juta untuk melaksanakan PRU DUN Sarawak Ke- 12 atau bagi tujuan pelaksanaan projek khas berkaitan politik. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan kewangan bagi persediaan awal pelaksanaan PRU DUN Sarawak yang diluluskan adalah sebanyak RM11,753,000, bukan RM1 juta ya. Keperluan peruntukan sebenar untuk melaksanakan PRU DUN Sarawak Ke-12 akan dipohon secara berasingan kemudian. Itu yang daripada inilah...

Tuan Pengerusi

Sibuti.

Yang Berhormat Tanjong Karang tadi sudah tak ada dah, tadi ada, dia balik sudah. Saya jawab bertulis ya. Dia bangkitkan fasal SPR saya akan jawab bertulis. Yang Berhormat Bachok ada? Yang Berhormat Bachok memang tak adalah, balik. Jawapan bertulis.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Bachok tak ada, bertulis.

Yang Berhormat Tumpat?

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tumpat pun tak ada, bertulis.

Pun tak ada. Pergi Tanjong Piai kot. Saya kata kot. Yang Berhormat Kota Kinabalu ada? Ada. Okey terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kota Kinabalu ya ada.

Yang Berhormat Kota Kinabalu membangkitkan mengenai langkah pembersihan daftar pemilih yang dilaksanakan oleh SPR untuk memastikan daftar pemilih sentiasa di kemas kini. Untuk makluman Yang Berhormat SPR telah mewujudkan Jawatankuasa Dasar Penambahbaikan Daftar Pemilih di mana jawatankuasa ini bertanggungjawab membuat penelitian yang menyeluruh terhadap isu-isu yang berkaitan urusan pendaftaran pemilih. Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti mekanisme yang sesuai dan terbaik untuk dilaksanakan oleh SPR bagi maksud pengemaskinian dan pembersihan daftar pemilih selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Selain itu, Jawatankuasa Taskforce SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga telah ditubuhkan bagi tujuan penyelarasan maklumat warganegara berkaitan urusan pendaftaran pemilih khususnya pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik. Di samping itu, jawatankuasa tersebut juga melihat isu-isu berkaitan pengesahan maklumat sebagai warganegara bagi tujuan pembersihan daftar pemilih. Yang Berhormat juga membangkitkan mengenai sama ada bajet untuk diluluskan tahun 2020 merangkumi urusan persempadanan pilihan raya. Untuk makluman Yang Berhormat, bajet yang diluluskan untuk tahun 2020 tidak merangkumi urusan kajian semua pelaksanaan bagi pilihan raya. Ini adalah kerana perkara yang tidak berbangkit pada masa sekarang. Yang Berhormat Paya Besar, ada ya. Yang Berhormat Paya Besar saya kena puji memang rajinlah. Yang Berhormat membangkitkan mengenai status salah laku yang telah dilakukan oleh pihak PH semasa PRK Cameron Highlands dan Semenyih. Untuk makluman Yang Berhormat, SPR ingin menjelaskan bahawa bagi isu penggunaan aset kerajaan ataupun kenderaan oleh anggota pentadbiran semasa kempen pilihan raya di PRK Cameron Highlands, laporan polis telah dibuat mengenai tersebut dan masih di dalam tindakan pihak PDRM. Seterusnya Yang Berhormat juga mengatakan apakah alamat yang akan digunakan di dalam pendaftaran pemilih secara automatik sama ada alamat pada kad pengenalan atau alamat dalam cip. Berapakah jumlah warganegara yang tidak mendaftar sebagai pemilih? Untuk makluman Yang Berhormat, dalam melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik SPR mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan data warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun, termasuklah maklumat alamat yang akan digunakan untuk menentukan bahagian pilihan raya seseorang pemilih. Bagi maksud ini, penentuan bagi pilihan raya akan berdasarkan kepada alamat terkini warganegara yang tersimpan di dalam cip, yang disimpan di dalam pangkalan data di JPN. Sehingga 30 Jun 2019, seramai 4 juta warganegara yang telah mencapai 21 tahun, 4 juta belum mendaftar sebagai pemilih. Yang Berhormat Pendang ada? Ada, okey. Yang Berhormat Pendang membangkitkan tentang supaya SPR mengambil tindakan terhadap pengumuman peruntukan dan pengumuman projek kerajaan semasa PRK Parlimen Tanjong Piai.

Untuk makluman Yang Berhormat, SPR sentiasa memberi saranan kepada semua pihak agar membuat laporan kesalahan pilihan raya kepada mana-mana jabatan-jabatan, agensi yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, dan seterusnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sekiranya mempunyai maklumat mengenai kesalahan pilihan raya yang telah berlaku semasa pilihan raya. Untuk makluman Yang Berhormat Pendang, setiap kali pilihan raya kecil, pilihan raya umum khususnya pilihan raya kecil, selepas pilihan raya umum ini, setiap kali berlaku penamaan calon itu, SPR akan bagi satu macam guideline kepada semua calon dan parti politik termasuklah calon bebas. Dos and don’ts, apa yang mereka boleh buat, apa yang mereka tidak boleh buat. Yang itu memang ada Yang Berhormat boleh check dengan- oleh sebab Tanjong Piai mungkin PAS tak bertanding, tak dapatlah. Kalau ada bertanding dapatlah. Ini bagi membolehkan tindakan dan siasatan segera dapat diambil oleh jawatankuasa tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, SPR amat memerlukan kerjasama yang menyeluruh dari segenap parti politik, jabatan agensi, NGO dan pihak lain berkaitan dalam memastikan urusan kempen pilihan raya dilaksanakan secara lancar dan teratur. SPR tidak mempunyai kuasa penyiasatan mahupun kuasa pendakwaan untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh calon mahupun parti semasa pilihan raya. Ini kerana kalau ada kesalahan pilihan raya, saya hendak cadangkan Yang Berhormat, boleh buat laporan polis kah, SPRM kah yang sesuai. Kalau Yang Berhormat katakanlah contoh ya katakanlah dalam BN ini kalah buat pilihan raya. Itulah cara dialah kalau kalah lah, kalau menang tak payahlah. Kalau ada soalan silakan.

Sekejap terima kasih.

Tuan Pengerusi

Silakanlah.

Saya seronok kali ini Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab pun agak disiplin. Cuma saya hendak bangkit sebab pengumuman ini dibuat ketika tempoh berkempen itu sahaja. Katakanlah kalau macam RM14.7 juta baru ini diumumkan oleh Menteri sendiri di situ peruntukan di Tanjong Piai. Jadi saya rasa ini satu discriminate yang telah berlaku dengan izin yang dilakukan kepada 221 Parlimen lagi yang ada di dalam Malaysia. Itu sahaja. Jadi kalaulah hendak beri peruntukan, berilah masa lain. Jadi kita taklah boleh menimbulkan satu complicated di antara tugas SPR dan juga SPRM. Dan juga petisyen yang disebut tadi buat apa kita hendak lakukan sudah kita tahu benda itu menjadi satu kesalahan. Itu sahaja saya minta komen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Sebenarnya tentang pengumuman projek-projek semasa pilihan raya oleh Menteri-menteri kalau sekiranya berlaku Yang Berhormat saya cadangkan Yang Berhormat kalau katakan bersalah dari segi undang-undang, Yang Berhormat boleh ambil tindakan yang sewajarnyalah. Maknanya Yang Berhormat boleh - katalah kenapa ikut macam BN dulu. Akan tetapi kami pelik kenapa kalau BN buat dulu Yang Berhormat tidak marah, sekarang boleh kawan dengan BN. Itu kami pelik.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Terima kasih, last, last. Tak ada, saya tak bagi tegang balik. Terima kasihlah. Cuma peringat bila kita...

Tak, minta maaf Yang Berhormat. Itu sebab saya komen, komenlah. Saya minta komen, saya komen tetapi Yang Berhormat kalau salah, buat laporan. Okey.

Tak apa, tak apa okey. Cuma kita hendak bangkitkan bila- before sebelum PRU14 dulu bila satu coalition baru dalam PH berjanji tidak akan membuat perkara-perkara seperti ini, itu sahaja. Yang berlaku okey kita boleh accept dan sekarang ini satu reformasi daripada satu kerajaan baru yang tidak akan buat apa-apa yang telah berlaku pada suatu ketika dulu. Akan tetapi sekarang ini tidak ada perubahan masih lagi benda yang sama. Minta komen.

Okey Yang Berhormat betul minta komen ya. Okey saya komen Yang Berhormat, sabar dengarlah. Yang Berhormat saya hendak bagi tahu ini Yang Berhormat, memang yang itu ideal, memang kita hendak buat yang terbaik Yang Berhormat. Akan tetapi kita ini bukan kerajaan. We are not a government of angels, kadang- kadang ada kesilapan sana sini. Akan tetapi secara prinsipnya Yang Berhormat kami semua ini kerajaan akan insya-Allah lebih baik daripada kerajaan Yang Berhormat sokonglah. Itu yang saya boleh jamin. Akan tetapi Yang Berhormat kalau kelemahan-kelemahan itu Yang Berhormat boleh tegur kami, kami bersedia 24 jam, kami boleh terima teguran.

Yang Berhormat jangan takut, kami kerajaan bersedia mendengar apa-apa saja teguran. Itu yang saya boleh janjilah. Yang lain saya tidak boleh janjilah. Yang Berhormat Bera ada? Yang Berhormat Bera pun Ketua Pembangkang.

Tuan Pengerusi

Tidak ada.

Membangkitkan isu kesalahan pilihan raya yang dilakukan secara terbuka oleh kerajaan seperti jamuan. Yang Berhormat juga membangkitkan tentang video yang viral baru-baru ini kan? Yang Berhormat, sebenarnya saya telah tanya SPR. Memang SPR kata bahawa kalau sekiranya seperti mana yang saya katakan tadi, kalau sekiranya ada apa-apa kesalahan Yang Berhormat, kita tidak akan lindungi. Kalau betul Yang Berhormat ada kesalahan, Yang Berhormat boleh membuat laporan. Parti Yang Berhormat kah, sesiapa boleh buat laporan. Kita bersedia Yang Berhormat untuk memastikan pilihan raya ini dijalankan dengan bersih dan adil. Itu kita komited. Tidak kisah siapa yang buat kesalahan. Yang Berhormat boleh membuat laporan. Akan tetapi Yang Berhormat saya hendak beritahu bahawa apa Yang Berhormat katakan yang setakat yang viral itu, kita tidak dapat dan tidak boleh lagi mengatakan itu betul-betul bersalah sebab kita tidak tahu dan penyiasatan belum dilakukan. Tidak ada laporan polis dan sebagainya. Jadi, saya mencadangkan kalau Yang Berhormat rasalah benda itu salah, Yang Berhormat boleh membuat laporan yang sesuai. Biar pihak-pihak yang bertanggungjawab siasat dan kita tengok apa keputusannya. Jadi, itu yang saya boleh bagi jawapanlah. Jadi, Yang Berhormat saya rasa lebih tahulah. Yang Berhormat sebagai pengamal undang-undang juga pun tahu kan? Akan tetapi, Yang Berhormat, saya hendak tambah juga, SPR telah mengedarkan Surat Pematuhan Peraturan Kempen Pilihan Raya Semasa Tempoh Berkempen dan Hari Mengundi bagi memaklumkan peraturan syarat yang perlu dipatuhi dari setiap calon dan parti yang bertanding semasa pilihan raya. Di samping itu, SPR juga turut mengemukakan Surat Pemantauan SPR semasa hari mengundi kepada calon dan parti yang telah bertanding bagi memaklumkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan semasa pilihan raya. SPR juga turut menyediakan Surat Aku Janji calon semasa tempoh berkempen walaupun tidak or not legally binding tetapi demi penambahbaikan, kita buat satu surat akuan. Ini semua untuk makluman Yang Berhormat tidak berlaku semasa zaman Barisan Nasional. Berlaku zaman PH. Jadi, Yang Berhormat, setiap semua yang kita buat itu adalah untuk memastikan setiap calon yang bertanding adalah komited untuk melaksanakan aktiviti kempen pilihan raya mengikut arahan dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan. Ahli- ahli Yang Berhormat ada apa-apa pertanyaan, silakan.

Yang Berhormat, saya bertanya...

Masa sudah habis.

Berapa jumlah laporan tentang kesalahan pilihan raya yang telah pun dilaporkan semenjak PRK diadakan dahulu sampai sekarang? Apa tindakan yang telah pun dilakukan?

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Diamlah, kita hendak tanya elok-elok, ya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Bera. Yang Berhormat, saya minta maaf. Itu saya tidak ada angka sekarang. Akan tetapi, saya berjanji akan bagi secara bertulis. Boleh ya?

Satu lagi?

Okey, silakan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ini sebab saya sebut dalam ucapan ya. Selain daripada laporan, apa lagi perkara-perkara yang membolehkan SPR bertindak? Video tadi, apabila diedarkan, berdasarkan video adakah SPR boleh mengambil tindakan ataupun mesti ada laporan?

Saya pelik juga. Yang Berhormat seorang peguam, lebih tahu sepatutnya. SPR tidak ada kuasa Yang Berhormat. Ia mungkin boleh menasihatilah tetapi dari segi yang berkaitan ada unsur jenayah, Yang Berhormat, sudah tentu pihak polis. Oleh sebab itu, saya mencadangkan kalau ada kesalahan jenayah, Yang Berhormat boleh laporkan pada laporan polis. Akan tetapi, kalau laporan itu palsu, silap-silap orang yang buat laporan pula yang kena siasat. Itu contohlah. Jadi, saya rasa kalau betul ada kesalahan Yang Berhormat, sila buatkan. Kita kerajaan tidak akan melindungi sesiapa pun.

Yang Berhormat?

Ya, silakan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Jelutong, sila.

Saya pun ingin bertanya, apakah tindakan yang akan diambil terhadap Ahli-ahli Yang Berhormat dalam kerajaan yang dahulu seperti yang telah diumumkan tiap-tiap kali ada pilihan raya. Yang Berhormat Pekan pernah pergi membuat janji untuk membina rumah PPR di kawasan saya dan di kawasan Bukit Bendera. Apabila saja pilihan raya diumumkan, dua kali, Yang Berhormat pergi membuat pengumuman bahawa kalau menang pilihan raya, maka rumah PPR di Jelutong, akan dibina di Bukit Bendera. Sampai sekarang, apa pun tidak ada. Apakah tindakan yang akan diambil terhadap Yang Berhormat Pekan yang membuat janji ini hanya semasa pilihan raya? Selepas pilihan raya, Yang Berhormat pun hilang.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat, saya tidak bercadang untuk bangkit perkara-perkara yang lamalah. [Tepuk]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat, cuma saya minta apa yang lama itu, kita kerajaan baharu tidak mencontohi perangai-perangai lama. Itu saja saya minta. Akan tetapi, benda yang lama kita move on lah. Cumanya, kes-kes 1MDB tidak boleh move on lah, kena dakwa teruslah. Akan tetapi, kes-kes yang melibatkan pilihan raya yang lepas itu, saya rasa semua rakyat sudah tahu dah. Rakyat pun sudah hukum Barisan Nasional, sampai kalah pilihan raya dengan teruk dalam pilihan raya yang lepas. Kalaulah mereka ini benar ada wang dan segalanya, sepatutnya logiknya mereka menang. Akan tetapi, mereka sudah kalah, kerana rakyat sudah tahu dah. Jadi, saya harap selepas ini Yang Berhormat, kita semua Kerajaan PH ini tidak akan contohi perbuatan- perbuatan yang tidak betul itu. Insya-Allah Yang Berhormat, saya percaya apa yang mereka buat itu, mereka pun sekarang mungkin sudah bertaubat, mungkin mereka tidak buat lagi [Ketawa]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Relax Yang Berhormat Kota Tinggi.

Yang Berhormat, penjelasan. Yang Berhormat jawab tadi cantik dah hari ini kan. Tidak ada gangguan. Akan tetapi, boleh tak komen-komen sampingan itu jangan keluarkan. Perkataan “bertaubat” bermakna...

Yang Berhormat, sudah malam-malam ini takkan Yang Berhormat tidak mengantuk? Saya bagi laju sikit.

Dak, perkataan yang “bertaubat” itu tidak betul Yang Berhormat.

Okey, okey, tidak apa. Okey [Ketawa]

Kita bukan buat dosa ke apa...

Tuan Pengerusi

[Rakaman kurang jelas]

Yang Berhormat, saya sambunglah.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Paya Besar lagi. Yang Berhormat Paya Besar.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Eh! You baliklah.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Ketawa]

Tuan Pengerusi

Tenteram, tenteram.

Saya bangkitkan secara- Yang Berhormat Paya Besar membangkitkan bagaimana usaha kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan kedudukan negara dalam indeks peringkat antarabangsa seperti global talent competitiveness index (GTCI) ya. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan berpendapat bahawa NACP mampu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Global Talent Competitiveness Index dalam apa- apa ranking yang berkaitan governance, integriti dan antirasuah pada masa akan datang. Bagi kedudukan Malaysia dalam online service index (OSI), yang dinilai dua tahun sekali, Malaysia menyasarkan kedudukan ke-30 pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, Malaysia berjaya mencapai kedudukan ke-27 pada tahun 2018 meningkat daripada kedudukan ke-40 pada tahun 2016. Kejayaan ini adalah hasil daripada pelaksanaan pelan kerajaan yang komprehensif dan sesi libat urus bersama pihak United Nations. Kerajaan seterusnya menyasarkan kedudukan OSI negara di tangga ke-15 pada tahun 2020 dan usaha-usaha kerajaan akan terus dipergiatkan ke arah pencapaian tersebut. Namun, semua pihak sama ada swasta mahupun perkhidmatan awam perlulah memainkan peranan masing-masing dan bukannya bergantung pada usaha beberapa pihak saja untuk membantu meningkatkan kedudukan negara di peringkat antarabangsa.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Pengerusi sikit, boleh?

Ya, ya.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya cuma Tuan Pengerusi, hendak bagi cadangan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya laporan-laporan antarabangsa ini kita kena berhati-hati. Saya faham apa yang dibuat oleh kerajaan ada peningkatan daripada tahun 2016 kepada tahun 2018. Daripada kedudukan ke-40 kepada kedudukan ke-27. Bagus.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Akan tetapi, bagaimanakah maklumat yang kita buat ini, kena sampai ke peringkat antarabangsa. Ini supaya usaha yang dibuat oleh kerajaan ini dapat memberi imej yang baik kepada negara. Saya harap sangat supaya lagi dua tahun, kita dapat melihat penurunan seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab, saya hendak patah sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini sebab saya tunggu tadi, ingat hendak jawab soalan saya. Saya cuma hendak minta satu penjelasan dan pendirian pihak kerajaan berkaitan had umur ini. Betul, telah diwartakan pada September. Menurunkan jumlah had umur pengundi kepada 18 tahun. Cuma, masalah saya adalah dari segi AVR ini. Adakah pihak kerajaan bersedia untuk melaksanakan undi 18 tahun bersama-sama apabila kita sudah ready AVR ini? Janganlah kita laksanakan undi 18 dahulu tetapi AVR kita biarkan ke hadapan dua tahun lagi. Kalau boleh, hendak minta pandangan dan pendirian daripada pihak kementerian supaya AVR dan Undi 18 dilaksanakan serentak bagi kita rasa lebih adillah dari segi bipartisan kita buat keputusan hari itu. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat, oleh sebab kita sudah bersetuju untuk meminda undang-undang itu, dari segi yang saya difahamkan, apabila kita sudah luluskan pindaan itu, di dalam Dewan Negara semua. Sudah pun ini– Sekarang, proses pelaksanaan itu Yang Berhormat, proses pelaksanaan itu yang mungkin memakan masa sedikit. Ini sebab ia memerlukan banyak kajian, bukan kajianlah. Banyak perkara- perkara yang dilakukan, kerja-kerja sampingan. Akan tetapi Yang Berhormat, saya percaya, saya difahamkan oleh SPR, insya-Allah kalau semuanya beres Yang Berhormat, kita akan tetap laksanakan di peringkat- Mungkin dalam pilihan raya yang akan datang, berkemungkinan besar Yang Berhormat, yang umur 18 tahun ini dan juga automatic voter registration ini akan dapat dilaksanakan. Saya percaya insya-Allah. Jadi, Yang Berhormat kena sabar sikitlah.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tidak, Tuan Pengerusi sikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri...

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat inilah asyik mengganggu [Ketawa] Saya hendak bercakap Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya cuma hendak minta pandangan, andai katalah pilihan raya berlaku lagi, setahun lebih atau dua tahun. Ini maknanya kita laksanakan undi 18 dulu kah atau AVR dahulu? Kalau boleh pandangan saya supaya pihak kerajaan samakan undi 18 dengan AVR ini dikuatkuasakan pada tarikh yang sama.

Saya Yang Berhormat, saya tidak boleh bagi jawapan secara offhand begini. Akan tetapi, Yang Berhormat yang saya difahamkan memang kalau boleh memang hendak buat secara serentaklah. Akan tetapi Yang Berhormat, apa pun saya akan dapatkan satu penegasan daripada SPR. Insya-Allah saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat untuk tujuan itu. Akan tetapi, yang saya dapat, difahamkan begitulah. Akan dijalankan serentak, ya. Ini sebab kita pun tidak suka apabila kita janji, kita tidak deliver. Kita hendak cuba deliver yang sebaik-baiknya.

Yang Berhormat Pontian, tidak ada ya. Tidak apalah oleh kerana soalan Yang Berhormat Pontian- Tuan Pengerusi walaupun tidak berkaitan, dia tidak ada tapi saya rasa saya kena jawab sebab dia membangkitkan tentang Ketua Pembangkang. Saya rasa saya kena jawab. Boleh, saya minta izin?

Tuan Pengerusi

Silakan.

Yang Berhormat bertanyakan mengenai kelayakan dan faedah yang diberikan oleh Ketua Pembangkang. Sehingga kini tiada faedah yang diberikan dan yang diperoleh, ini kata Yang Berhormat Pontian. Hanya sebuah pejabat dan seorang kerani sahaja setakat ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, secara prinsipnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju supaya Yang Berhormat Ketua Pembangkang diberikan status dan peruntukan seperti seorang Yang Berhormat Menteri. Jadi Yang Berhormat kena bersabar, kalau boleh jangan lompatlah ya. Pada masa ini, agensi-agensi yang berkaitan telah ditugaskan untuk memperhalusi perkara-perkara yang mungkin berkaitan dengannya termasuk pindaan ke atas akta yang berkaitan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kami pohon Yang Berhormat dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang bersabar sedikit kerana kerajaan insya-Allah akan memenuhi janji berkenaan... [Tepuk]

Terima kasih.

Saya hendak jawab tadi Yang Berhormat Paya Besar, saya baru dapat jawapan daripada pihak SPR ini. Untuk makluman, memang kita akan lakukan yang tadi Yang Berhormat kata secara serentak, insya-Allah pada bulan Julai 2021. Okey, Yang Berhormat Bera tadi ada tanya soalan juga, maklumat kesalahan pilihan raya bagi lapan PRU selepas PRU14. Untuk makluman, sebanyak 298 laporan kesalahan pilihan raya telah direkodkan oleh SPR bagi lapan PRK selepas PRU14. Ada 298, banyak ya tetapi kalau perincian tidak ada tapi jumlahnya 298. Kalau Yang Berhormat hendak minta perincian, saya akan cuba dapatkan nanti.

Yang Berhormat. Terima kasih, yang sudah diambil tindakan berapa, daripada 298?

Minta maaf Yang Berhormat, saya tidak ada angka itu tapi saya akan jawab sekali nanti, no problem. Tuan Pengerusi, sebenarnya saya juga diminta untuk menjawab bagi pihak Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Jadi saya terpaksa juga minta izin untuk teruskanlah.

Tuan Pengerusi

Ya, berapa lama lagi?

Sebenarnya Yang Berhormat, saya hari ini kena jawab actually melibatkan empat portfolio termasuk Yang Berhormat Menteri saya sendiri, Yang Berhormat arwah Dr. Farid, Timbalan Perdana Menteri dan saya sendiri punya. Empat, Yang Berhormat. Jadi saya rasa kalau 30 minit memang tidak boleh, tetapi saya- untuk hendak menjimatkan masa mungkin saya akan cuba juga Yang Berhormat- kalau tidak ada, saya akan jawab bertulis.

Tuan Pengerusi

Kalau Yang Berhormat yang bertanya tidak ada di sini, teruskan dengan bertulislah untuk menjimatkan masa. Yang Berhormat Pontian pun nampaknya tidak masuk pun, bertulislah.

Kalau hendak bertulis pun boleh tidak ada masalah, semua bertulis boleh.

Tuan Pengerusi

Bertulis.

Boleh semua bertulis? Boleh ya? Bolehlah.

Tuan Pengerusi

Kecuali jika Yang Berhormat ada di sini.

Okey, siapa ya?

Tuan Pengerusi

Semua tidak ada.

Saya tengok dulu kalau ada yang inilah. Oh, minta maaf saya kena berlaku jujur memang ada Yang Berhormat Paya Besar ada.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Paya Besar, baik.

Yang Berhormat Paya Besar ada. Ini orang BN pun marah kah? Relax-lah.

NADMA telah menjalin kerjasama- ini soalan fasal NADMA sebab soalan NADMA ini banyak. NADMA telah menjalin kerjasama dengan pihak SUK negeri dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Adakah NADMA melatih komuniti pelajar dan NGO yang lain untuk menghadapi bencana? Itu soalannya, betul tidak Yang Berhormat Paya Besar? NADMA telah menjalin kerjasama dengan pihak SUK negeri dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi siri pendedahan dan latihan amal pengurusan bencana di kalangan MPKK. Melalui kerjasama tersebut, sebanyak lapan siri modul pengurusan bencana telah diadakan pada tahun 2019 melibatkan 1,426 MPKK dan semua negeri kecuali Sabah dan untuk makluman Wilayah Persekutuan tiada MPKK kecuali Labuan. Seterusnya, kursus pengurusan bencana selama tiga hari telah dihadiri oleh 215 orang MPKK dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor. Secara keseluruhan, seramai 8,760 orang merangkumi komuniti pelajar, NGO dan penjawat awam telah diberi kursus dan latihan pengurusan bencana. Taklimat persediaan monsun Timur Laut telah diadakan pada 30 Oktober 2019 yang dihadiri oleh wakil-wakil 43 NGO, Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Terengganu tidak ada?

Tuan Pengerusi

Tidak ada- bertulis.

Yang Berhormat Tumpat, tidak ada.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Tumpat tidak ada, bertulis.

Yang Berhormat Arau pun sudah tidak ada. Oh, ada, ada balik. Okey, Yang Berhormat Arau ini, Yang Berhormat Arau hendak bertulis kah hendak jawab lisan? Hendak bertulis kah, hendak jawab lisan?

Saya cadangkan semua dijawab bertulis.

Syukur, alhamdulillah. Baguslah Yang Berhormat Arau hari ini. Saya rasa saya bersetuju dengan Yang Berhormat Arau, cadangan diterima dan cadangan ditutup [Ketawa] Saya rasa jawab bertulis Tuan Pengerusi, banyak sangatlah.

Tuan Pengerusi

Yang lain itu semua bertulis.

Okeylah, kita pun sudah malam, kasihan lah saya tengok. Saya berjanji, jangan takut semua saya bagi.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Menteri? Timbalan Menteri? Sini Kota Melaka.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kota Melaka.

Oh! Yang Berhormat Kota Melaka, apa?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Kamar Khas saya cadang supaya kita adakan siaran langsung itu macam mana?

Mahkamah?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Kamar Khas.

Siaran langsung?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya.

Yang itu saya minta maaf tidak ada dalam saya punya jawapan ini tetapi kalau sekiranya mahkamah khas itu saya rasa bergantung pada mahkamah...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Kamar Khas, Kamar Khas.

Tuan Pengerusi

Kamar Khas.

Ya lah, bergantung pada mahkamahlah.

Tidak, tidak.

Oh! Kamar Khas, ingat mahkamah khas. Sorry.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Timbalan Menteri hendak balik sudah kah?

Saya mengantuk sudah.

Saya tidak akan kata...

Kamar Khas untuk siaran langsung? Yang itu mungkin kena tanya Tuan Pengerusi, insya-Allah saya akan- kita boleh bincang nanti ya.

Tuan Pengerusi

Kita bincang secara dalamanlah itu.

Saya rasa Tuan Pengerusi boleh pertimbangkan, tidak ada masalah. Sekian sahaja, segala jawapan saya akan jawab bertulis termasuk yang Yang Berhormat Arau punya... [Tepuk]

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baik, baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM145,190,900 untuk Maksud B.1, RM2,500,000 untuk Maksud B.2, RM156,233,800 untuk Maksud B.3, RM71,302,900 untuk Maksud B.4, RM39,575,800 untuk Maksud B.5, RM4,048,073,200 untuk Maksud B.6, RM1,623,931,100 untuk Maksud B.7, RM176,935,000 untuk Maksud B.8, RM299,053,300 untuk Maksud B.9 dan RM17,437,800 untuk Maksud B.40; di bawah Jabatan Perdana Menteri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM145,190,900 untuk Maksud B.1, RM2,500,000 untuk Maksud B.2, RM156,233,800 untuk Maksud B.3, RM71,302,900 untuk Maksud B.4, RM39,575,800 untuk Maksud B.5, RM4,048,073,200 untuk Maksud B.6, RM1,623,931,100 untuk Maksud B.7, RM176,935,000 untuk Maksud B.8, RM299,053,300 untuk Maksud B.9 dan; RM17,437,800 untuk Maksud B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM3,852,362,700 untuk Maksud P.6 dan RM32,080,000 untuk Maksud P.7 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2020 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Wang sebanyak RM3,852,362,700 untuk Maksud P.6 dan RM32,080,000 untuk Maksud P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2020] [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan ditangguhkan.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.00 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Perumahan NasionalSpecial Chamber

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setinggi penghargaan diberikan kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia yang sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik untuk memajukan perihal perumahan nasional demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan juga menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Berhubung dengan perkara ini, diminta kementerian memperjelaskan perihal pembinaan perumahan mampu milik yang kini berada dalam peruntukan dan cadangan kementerian yang dibina dan akan dibina di seluruh negara bagi keluarga rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana. Selain itu, diminta juga kementerian memberikan data yang lengkap mengenai projek-projek perumahan awam yang dicadangkan, diluluskan, yang sudah siap dibina dan juga jumlah yang sudah diduduki oleh pembeli.

Selain daripada itu, berikan jumlah ini berasaskan dua kategori ianya perumahan kos rendah dan juga kos sederhana. Pihak kementerian juga diminta untuk memberi penjelasan atau ulasan mengenai cadangan dan juga kelulusan perumahan awam di Parlimen Segamat jika ada.

Sila kemukakan jumlah peruntukan dan kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan untuk pembinaan perumahan ini dan mengapa kawasan-kawasan ini dipilih sebagai tumpuan utama pembinaan.

Jika tiada peruntukan yang disediakan untuk Parlimen Segamat, diminta kementerian menjelaskan mengapa peruntukan ini tidak diberikan bagi Parlimen Segamat dan bilakah kementerian bercadang untuk memulakan projek tersebut di kawasan Parlimen Segamat.

Berapakah rumah rakyat ataupun rumah mampu milik yang akan dibina oleh pihak kementerian melalui agensinya dalam tempoh tiga tahun yang akan datang iaitu sebelum tahun 2022. Terima kasih.

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin ShahTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, antara komitmen kerajaan dalam mengutamakan pembinaan rumah mampu milik (RMM) termasuklah Projek Perumahan Awam oleh pihak kerajaan negeri. Ia adalah melalui penyediaan sebanyak 1 juta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun iaitu di antara Julai 2018 hingga 2028. Sebanyak 386,340 unit rumah adalah dalam kategori perancangan. Sebanyak 181,211 unit rumah dalam pembinaan dan 39,864 unit rumah telah disiapkan dalam tempoh antara Julai 2018 hingga 30 Jun 2019, di mana jumlah tersebut di negeri Johor termasuklah di Segamat, secara keseluruhannya sebanyak 26,269 unit rumah adalah dalam kategori perancangan; 16,552 unit rumah dalam pembinaan dan 1,883 unit rumah yang telah disiapkan.

Selain daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), beberapa lagi agensi kerajaan lain seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) atau Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi-agensi lain termasuk kerajaan negeri turut terlibat di dalam penyediaan RMM tersebut. Program pelaksanaan 1 juta RMM ini adalah untuk membolehkan lebih ramai golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah bagi tempoh 10 tahun iaitu di antara 2018 sehingga 2028 yang akan datang dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan juga pemaju swasta.

Untuk makluman lagi, di negeri Johor termasuklah di Segamat, secara keseluruhannya sebanyak 26,269 unit rumah adalah dalam kategori perancangan dan 16,552 unit rumah seperti yang dikatakan tadi dalam pembinaan dan 1,883 unit rumah yang telah disiapkan. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Projek Pembinaan Baharu Dewan Orang Ramai di Kawasan Perumahan Taman Tunas Mahkota Permai dan Dewan Serga Guna di Kawasan Kampung Seri MahkotaSpecial Chamber

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ingin membangkitkan isu berkenaan dua projek pembinaan kemudahan awam di Parlimen Paya Besar khususnya di DUN Lepar iaitu:

(i) projek pembinaan baharu Dewan Orang Ramai di kawasan Perumahan Taman Tunas Mahkota Permai; dan

(ii) projek pembinaan baharu Dewan Serbaguna di kawasan Kampung Seri Mahkota.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pembinaan baharu dewan orang ramai di perumahan Taman Tunas Mahkota Permai, projek ini akan memberi manfaat buat penduduk sekitar di kawasan tersebut bagi penggunaan menjalankan majlis keraian dan juga aktiviti riadah bermasyarakat.

Pembinaan dewan ini juga dapat memberi manfaat besar kepada 15,000 penduduk merangkumi 15 kawasan perumahan utama, antaranya Taman Tunas Mahkota Permai dan Taman Seri Mahkota Permai yang terletak berhampiran dengan tapak cadangan pembinaan dewan ini.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, iklan sebut harga berkaitan Projek Membina Baharu Dewan Orang Ramai Perumahan Taman Tunas Mahkota Permai, Batu 11, Kuantan telah dipamerkan berdasarkan rujukan Kenyataan Tawaran Sebut Harga Rujukan Bil. (49) dalam PD.

Kuantan (S)006/992/2 bertarikh 22 Februari 2018. Nombor tawaran sebut harga: 03/2018

(bumiputera) yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan namun ditangguhkan selepas berlaku peralihan pentadbiran Kerajaan Pusat pada Mei 2018.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Seterusnya, bagi projek pembinaan baharu Dewan Serbaguna Kampung Seri Mahkota pula, berdasarkan surat daripada pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana

BK(S)/177/691/2/C17(C17T059)(3) bertarikh 21 Ogos 2017, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM900,000.00 bagi membina dan menyiapkan dewan ini tetapi tidak dilaksanakan walaupun telah mendapat kelulusan.

Pembinaan dewan ini akan memberi manfaat kepada seramai 23,000 orang penduduk kampung dan kawasan di bawah seliaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Seri Mahkota.

Keperluan untuk mempunyai dewan ini juga bertepatan dengan senario masyarakat kawasan ini

yang amat aktif mengadakan pelbagai program kemasyarakatan sehingga Kampung Seri Mahkota berjaya meraih Anugerah Kampung Terbaik peringkat negeri Pahang.

Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya apakah status pelaksanaan, jadual kerja memulakan dan menyiapkan projek-projek tersebut. Saya mohon jawapan dan penjelasan agar rakyat Paya Besar dapat menerima maklumat seterusnya merealisasikan keperluan tersebut.

Sekian sahaja ucapan saya. Ribuan terima kasih Tuan Yang di--Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin ShahTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.

Projek Dewan Orang Ramai Taman Tunas Mahkota Permai, di bawah projek ini pada asalnya telah dirancang di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan berjumlah RM500 ribu pada tahun 2018. Pejabat Tanah dan Daerah Kuantan telah dilantik sebagai pelaksana bagi projek ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini ditangguhkan selaras dengan arahan penangguhan oleh Kementerian Kewangan bagi projek-projek yang masih belum dikeluarkan surat setuju terima (SST) melalui surat pada 17 Mei 2018. Ini juga termasuklah projek-projek keseluruhannya yang di bawah 15 peratus kemajuan yang telah ditangguhkan terdahulu.

Berdasarkan maklum balas pihak ICU, JPM, pihak Yang Berhormat telah mengemukakan semula permohonan untuk melaksanakan projek ini untuk pertimbangan dan kelulusan ICU, JPM.

Bagi projek membina Dewan Serbaguna Kampung Seri Mahkota pula, projek ini juga pada asalnya telah dirancang di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) oleh ICU, JPM dengan peruntukan berjumlah RM900 ribu pada tahun 2017.

Majlis Perbandaran Kuantan telah dilantik sebagai pelaksana projek ini. Walau bagaimanapun, proses reka bentuk serta sesi libat urus atau engagement dengan izin dengan masyarakat setempat telah menyebabkan projek ini mengalami kelewatan pelaksanaan. Oleh itu, selaras dengan arahan penangguhan projek oleh Kementerian Kewangan pada 17 Mei 2018, projek ini turut tidak diteruskan dari segi pelaksanaannya.

Untuk cadangan, the way forward dengan izin, sekiranya pihak Yang Berhormat ingin meneruskan cadangan pelaksanaan projek ini, bolehlah pihak Yang Berhormat mencadangkan semula pelaksanaan projek ini melalui Majlis Perbandaran Kuantan untuk pertimbangan kementerian ini selanjutnya untuk pertimbangan seterusnya sebagai fresh application atau rayuan.

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin ShahTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Pihak Yang Berhormat juga boleh mengemukakan semula permohonan projek-projek ini kepada pihak ICU, JPM untuk pertimbangan selanjutnya. Sekian yang dicadangkan, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Rabu 6 November 2019.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.44 petang]