Dewan Rakyat · 4 December 2019
15th Parliament, session 2, meeting 3 · 546 turns · 40,724 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming)
(Pembukaan)
Salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebagai pembuka tirai, saya hadiahkan dua rangkap pantun. Pantun gurindam pusaka bangsa; Wajib diwarisi setiap generasi; Seloka dan madah hiasan kata; Tanda beradab ketinggian budi. Biarlah Arau bertanam buluh; Mari kita bertanam padi; Biarlah Pasir Salak bertanam musuh, Marilah kita bertanam budi... [Tepuk]
(Pembukaan)
Tak betul pantun itu. Pantun sepatutnya eloklah.
(Pembukaan)
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab Tuan Yang di-Pertua berpantun, izinkan saya berpantun juga.
(Pembukaan)
Sila, orang berbudi kita berbahasa.
(Pembukaan)
Selepas sakit pergi berjalan; Baik beriadah di pagi Sabtu; Kepada Menteri dipohon jawapan; Soalan Nibong Tebal nombor satu.
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Mansor Othman [Nibong Tebal] minta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan, sejauh manakah usaha kerajaan bagi menggabung bil bekalan air dengan bil pembetungan Indah Water Konsortium (IWK). Apakah kesannya kepada Kerajaan dan juga rakyat.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pelaksanaan Projek Perintis Bil Bersepadu telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa pada 1 Mac 2016 di mana bil bersepadu pertama telah dikeluarkan pada 1 April 2016.
Pelaksanaan projek ini telah menunjukkan kesan yang positif di mana terdapat peningkatan dalam kadar kutipan kumulatif Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. di Labuan iaitu dari 87 peratus pada tahun 2016 kepada 90.4 peratus pada tahun 2018. Pelaksanaan bil bersepadu ini juga turut memberikan kesan positif terhadap hasil kutipan bil Jabatan Bekalan Air Labuan iaitu peningkatan sebanyak dua peratus dari RM33.11 juta pada tahun 2016 kepada RM33.82 juta pada tahun 2018. Selepas pelaksanaan bil bersepadu di Labuan, IWK berusaha bersama dengan sokongan dari Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli memperluaskan lagi pelaksanaan pengebilan bersepadu kepada negeri-negeri lain dengan mengadakan perbincangan bersama operator-operator bekalan air negeri. Beberapa operator bekalan air negeri telah memberi maklum balas positif berkenaan pelaksanaan pengebilan bersepadu dengan IWK. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini adalah tertakluk kepada kelulusan dan persetujuan kerajaan negeri. Untuk makluman, pelaksanaan pengebilan bersepadu tidak melibatkan penaikan tarif perkhidmatan pembetungan yang sedia ada. Pelaksanaan pengebilan bersepadu dapat memudahkan proses pembayaran di mana pelanggan menerima dan membayar satu bil untuk kedua-dua perkhidmatan bekalan air dan pembetungan sekali gus. Selain itu, pelanggan hanya perlu menghubungi satu pusat hubungan sekiranya pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan bil kerana tidak dapat kakitangan IWK yang akan berada di pejabat bekalan air. Pelanggan tidak perlu lagi menghubungi talian yang berlainan untuk isu perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Selain itu, pelaksanaan pengebilan bersepadu juga boleh membantu rakyat untuk bersiap sedia menghadapi perubahan yang melibatkan integrasi antara perkhidmatan bekalan air dan perkhidmatan pembetungan yang memerlukan hala tuju industri perkhidmatan air negara. Terima kasih.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bangkitkan persoalan ini sehubungan dengan isu-isu yang berkaitan dengan cadangan kerajaan untuk menaikkan taraf bekalan air yang dijangka dilaksanakan tahun depan. Di antara rasional yang diberikan oleh kerajaan ialah untuk memastikan operator air ini memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan. Sekarang ini, kerajaan juga bercadang untuk mengintegrasikan bil pembetungan IWK dengan bil air. Persoalannya ialah bagaimana kerajaan boleh menjamin kepentingan pengguna supaya tidak terkesan dan juga tidak terbeban? Kita dilaporkan bahawa IWK– kerajaan terpaksa memberikan subsidi lebih kurang RM150 juta kepada IWK untuk tangani isu tunggakan bil ini. Adakah itu menjadi hasrat kerajaan untuk membantu pihak operator?
Bagaimana ia dapat dilaksanakan supaya kekangan kepada pengguna terutamanya seperti penduduk yang tinggal di landed property, dengan yang hak milik strata umpamanya. Terima kasih.
Terima kasih. Sekarang kita adakan satu program rasionalisasi untuk IWK keseluruhannya. Memang tiap-tiap tahun sekarang, mulai dari tahun yang lepas dan juga tahun hadapan, Kerajaan Persekutuan beri subsidi kepada IWK dekat RM150 juta setahun. Tanpa subsidi itu, kita akan ada masalah perkhidmatan di dalam syarikat IWK tetapi kita telah ambil tindakan-tindakan sewajarnya di dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Kita akan adakan beberapa program di mana subsidi ini akan menurun. Kita akan hentikan pemberian subsidi dari kementerian kepada IWK sebab projek dan program yang kita telah atur di dalam lima tahun ini akan lihat bahawa IWK akan jadi financially independent dan tidak payah tanggung kepada subsidi dari Kerajaan Persekutuan.
Di dalam proses ini, kita telah pun mula mengadakan rundingan dengan beberapa negeri dan ada juga negeri yang sudah bersetuju untuk kita ada bil bersepadu antara IWK dengan bil air. Akan tetapi bukan naik, harga sama juga. Hanya combine bil sahaja yang kita akan lakukan. Ini maksudnya ialah kutipan untuk IWK akan meningkat kalau kita ada bil bersepadu di seluruh negara. Sukacita saya maklumkan bahawa, pada 20 hari bulan yang akan datang, kita akan adakan satu program tandatangani antara negeri dengan IWK di mana negeri telah pun bersetuju untuk kita mulakan bil bersepadu di dalam negeri ini dan kita akan teruskan. Saya harap dan saya minta, negeri-negeri lain juga untuk bersama dengan kita di dalam proses ini. Pulau Pinang pun telah menunjukkan hasrat mereka untuk bersama dengan kita. Kita sekarang berunding dengan mereka untuk lakukan bil bersepadu ini di negeri itu dan juga di negeri-negeri lain yang kita wajib buat. Akan tetapi saya boleh syorkan bahawa kita tidak akan nampak peningkatan tarif pembetungan dalam proses ini. Itu belum lagi kita buat untuk kita rasionalisasi tarif pada seluruh negara pada masa depan yang akan datang.
Dengan semua pengumuman berkait dengan mekanisme penetapan tarif air ini, dan juga apa yang disebut sebagai kadar tarif yang ada sekarang ini, tidak melambangkan kos sebenar yang ditanggung oleh operator. Adakah kita akan menjangkakan pada tahun hadapan, berlaku kenaikan tarif air oleh operator. Terima kasih.
Tariff setting mechanism ini ialah satu perkara yang kita telah bincang lama di dalam Dewan ini, dan juga di Dewan Undangan Negeri, di negeri, dan juga dengan syarikat-syarikat air, yang berkenaan di dalam negeri masing-masing. Soalan daripada Yang Berhormat ialah, adakah tidak tarif air akan naik pada tahun hadapan? Saya tidak tahu maksud Yang Berhormat, adakah you setuju dengan tarif air kena dinaikkan untuk industri itu maju ke depan, ataupun you hendak bantah kenaikan tarif air di dalam negeri masing-masing.
Saya tidak kata saya setuju atau tidak tetapi saya tanya, sama ada dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri...
Tidak, fasal itu saya kena katakan...
Saya cuma mahu tahu.
Kita telah ada beberapa sesi perundingan dengan negeri, dengan syarikat air di dalam negeri, dan juga syarikat-syarikat pembetungan di dalam negeri masing-masing. Apa yang kita nampak sekarang ialah, kalau kita tidak rationalize the water industry di dalam masa depan yang akan datang, beban kepada negeri dan juga Kerajaan Pusat akan meningkat. Sekarang soalan yang telah ditanya oleh Yang Berhormat Nibong Tebal tentang isu subsidi dari Kerajaan Pusat kepada IWK ini, adakah kita setuju untuk meneruskan subsidi ini ataupun pada jangka depan, kita hendak hentikan subsidi, dan IWK jadi satu syarikat yang independent, untuk mereka jalankan tugas mereka masing-masing. Oleh sebab itu, saya ingat Ahli-ahli Yang Berhormat kena faham bahawa air ini satu keperluan yang besar, penting dan kita kena beri tumpuan yang teliti kepada isu industri air ini. Memang kalau tanya saya sebagai Menteri yang jaga air ini, kita mesti ada satu rationalization program untuk menaikkan tarif air untuk masa depan yang akan datang untuk industri ini selamat dan dijalankan dengan baik. You dapat air 24 jam sehari, 365 hari setahun, tanpa ada krisis dan sebagainya. Tahun depan kita akan ada sistem yang dikatakan dengan pertukaran iklim- climate change, kita akan ada musim kemarau yang lebih teruk, dan pada waktu itu kita akan ada masalah water stress situation, di mana air-air bukan terawat tapi raw water supply is going to be a problem. Kita mesti kena berani untuk berdepan, dan address masalah ini dalam satu situasi di mana kita jangka it’s a win-win situation untuk pelanggan dan juga industri pada masa yang sama.
Persoalan kepada saya, adakah kementerian bersetuju ataupun bercadang untuk menaikkan tarif air, itu sudah pun berjalan lama, tariff setting mechanism ini sudah wujud dan di dalam masa yang terdekat saya akan umum kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
2. Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan peranan JAKIM bagi menjaga kepentingan umat Islam dalam pensijilan halal produk makanan; dan (b) adakah kerajaan bersedia membantu mempromosi Kempen Buy Muslim First (BMF) yang telah disalah anggap sebagai gerakan memboikot produk kaum lain.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Pendang yang bertanyakan soalan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah pun mewujudkan inisiatif dan perancangan untuk meningkatkan peranan JAKIM bagi menjaga kepentingan umat Islam dalam pensijilan halal produk makanan dan perkhidmatan. Antara skop yang diberikan tumpuan oleh JAKIM dalam bidang kuasa JAKIM yang terkini ialah ada empat bidang iaitu: (i) pensijilan dan integriti pensijilan; (ii) akreditasi; (iii) regulatory; dan (iv) bidang latihan Kerajaan telah pun mewujudkan pelbagai inisiatif dalam untuk meningkatkan keberkesanan dalam aspek ini. Pertama dalam bidang akreditasi regulatory dan pensijilan penubuhan International Halal Authority Board (IHAB) yang dianggotai oleh pihak berkuasa dan badan pensijilan halal dari 45 buah negara mampu menggerakkan matlamat ke arah penyeragaman dan pengharmonian proses pelaksanaan pensijilan halal di kebanyakan negara di dunia. IHAB akan menjadi platform dalam mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju Halal Global melalui pelaksanaan pengiktirafan pihak berkuasa dan badan pensijilan halal luar negara. Sehingga 3 Disember 2019, JAKIM telah mengiktiraf 78 buah badan pensijilan halal dari 45 buah negara. Pengiktirafan diberikan berasaskan kepada pematuhan dan pelaksanaan piawaian halal yang menepati ciri-ciri dan modul Malaysia. Secara tidak langsung, pengiktirafan ini menjadi mekanisme penyelarasan di peringkat antarabangsa, di mana badan-badan pensijilan halal ini perlu menerima standard dan piawaian Halal Malaysia.
Mesyuarat Agung IHAB pada 1 April 2019 yang lalu telah melantik Malaysia sebagai pengerusi dan setiausaha agung IHAB bagi penggal 2019 sehingga 2021. Dalam bidang pensijilan dan integriti pensijilan pula, regulatory dan latihan penubuhan Institut Halal Malaysia (IHM) dibangunkan secara berperingkat-peringkat di atas tanah berkeluasan 45 ekar di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Pembangunan fizikal IHM adalah berdasarkan peruntukan di bawah RMK10, RMK11 dan RMK12. IHM akan mengandungi pusat-pusat seperti berikut. Satu, Pusat Analisis Halal Malaysia atau Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC) dibina di bawah peruntukan RMK10 dan mula beroperasi pada Oktober 2015.
MyHAC merupakan makmal analisis halal yang dikendalikan di bawah JAKIM dengan juruanalisis terdiri daripada pegawai teknologi makanan dan pegawai sains yang merupakan kader dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia Malaysia. Pusat ini akan meletakkan Malaysia terkedepan dengan keupayaan saintifik dalam mengukuhkan pensijilan halal dan meningkatkan keyakinan pengguna. Kemudian gudang exhibit halal akan dibina di bawah RMK11 dan mula dibina pada tahun 2020. Pusat Latihan Halal dan pusat penyelidikan dan pembangunan halal akan dipohon di bawah RMK12. Jadi ini semua perancangan-perancangan untuk memastikan kredibiliti institusi halal. Dalam bidang pensijilan dan integriti pensijilan, JAKIM telah mendapatkan akreditasi ISOIEC17065, dengan izin, Conformity Assessment Requirement For Bodies Clarify Certifying Products, Process and Services. Sebagai sebuah badan pensijilan halal, ia penting bagi mewujudkan sistem pengurusan kualiti dalam pensijilan halal yang sistematik dan berintegriti bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik serta memenuhi keperluan pelanggan. Melalui pengiktirafan ini juga, Sijil Halal Malaysia akan mendapat lebih banyak pengiktirafan dan membantu dalam aktiviti perdagangan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menjaga kepentingan pelbagai pihak dan kumpulan dalam negara ini. Maka dalam soalan Yang Berhormat Pendang berkenaan dengan Kempen Buy Muslim First yang telah disalah anggap sebagai gerakan memboikot produk kaum lain, kerajaan pada hari ini mengiktiraf bahawa penekanan ialah kepada konsep halalan toyiban yang diberi tumpuan kepada pensijilan halal meliputi semua aspek termasuk dari bahan ramuan, proses penyediaan, kesucian peralatan, kebersihan premis serta pengendalian yang mementingkan pematuhan syariah, keselamatan, kualiti dan jaminan integriti sesuatu produk atau perkhidmatan. Buy Muslim First ialah satu hasrat yang baik. Namun ia harus digabungkan dengan produk yang halalan toyiban. Kita juga harus ingat bahawa non-Muslim product yang patuh kepada konsep halalan toyiban juga ada ramai Muslim yang membangunkan syarikat- syarikat non Muslim ini. Ramai Muslim yang bergantung rezeki mereka di situ. Jadi amat penting kita memahami ia dalam konteks yang lebih besar. Juga saya ingin mengumumkan bahawa keputusan pos Kabinet agensi-agensi agama baru-baru ini telah bersetuju supaya agensi-agensi agama membantu mempromosikan produk-produk halal yang diusahakan oleh usahawan Muslim. Maksudnya mesti digabungkan dengan produk halal, konsep halalan toyiban dan agensi agama bersetuju untuk mempromosi melalui media sosial dan sebagainya. Saya ulang, produk-produk halal yang menepati halalan toyiban ini yang diusahakan oleh usahawan Muslim. Terima kasih
Terima kasih Yang Berhormat Menteri menjawab soalan berkenaan dengan halal ini sebab ia mengurangkan persepsi. Pertamanya, halal ini adalah mesti atas faktor suci. Semua orang kepada suci dan tidak ada kesan sampingan. Soalan saya seterusnya, tahap sara diri bagi daging lembu, kambing dan tenusu di negara ini sekitar 20 percent hingga 30 percent sahaja. Selebihnya kita terpaksa import untuk memenuhi permintaan pasaran. Isu yang berbangkit ialah produk makanan import seperti daging dan produk berasaskan tenusu seperti keju dan coklat diragui status halalnya. Sebahagiannya tertera logo halal tetapi tidak diiktiraf oleh JAKIM. Semalam, Yang Berhormat Menteri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan 89 pemilik business didapati bersalah kerana menipu status halal pada produknya. Maka lambakan produk di pasaran yang menyalahgunakan status halal. Bagaimana JAKIM boleh mengawal dan mengatasi masalah ini. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Soalan ini ada dalam soalan nombor 10 yang kalau soalan ini naik saya akan jawab sekali dalam soalan nombor 10 nanti. Boleh ya, Yang Berhormat Pendang. Terima kasih.
3. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan butiran-butiran pengecualian 54 barang kargo daripada perlunya Approved Permit (AP) bagi aktiviti transshipment di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Apakah tindakan yang akan diambil bagi mengawal dan membanteras aktiviti penyeludupan barangan transshipment seperti beras dan gula.
Selamat sejahtera, selamat pagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, pada 29 Ogos 2019 kerajaan telah bersetuju sebanyak 54 jenis barang dikecualikan syarat lesen permit atau lesen import barangan kargo dan komoditi sebagaimana dalam Jadual Ketiga, Bahagian Satu, Perintah Kastam Larangan Mengenai Import 2017 bagi aktiviti transshipment melalui kontena Full Container Load (FCL) di pelabuhan yang mempunyai status Zon Perdagangan Bebas atau Free Trade Zone. Manakala sebanyak 20 jenis barangan dikekalkan daripada penguatkuasaan syarat lesen permit atau lesen import memandangkan barangan kargo ataupun komoditi yang dimaksudkan tersebut melibatkan aspek keselamatan, Dasar Konvensyen Antarabangsa dan kawalan penyakit dalam Jadual Ketiga, Bahagian Satu, Perintah Kastam Larangan Mengenai Import 2017. Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju bahawa kesemua 54 jenis barang yang dikecualikan tersebut adalah merujuk kepada barangan kargo ataupun komoditi yang berkait rapat dengan aktiviti transshipment di pelabuhan-pelabuhan seluruh negara untuk destinasi pasaran antarabangsa dan bukannya untuk dijual atau digunakan dalam pasaran tempatan. Kementerian Pengangkutan telah menyusuri tindakan yang perlu dilaksanakan oleh jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi maksud menyelaras dan menguatkuasakan ketetapan berkenaan agar keputusan tersebut dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Untuk makluman Yang Berhormat juga, isu penguatkuasaan terhadap aktiviti penyeludupan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan bantuan jabatan dan agensi penguatkuasaan kerajaan yang lain yang berkaitan. JKDN dimaklumkan sedang mengambil tindakan sewajarnya dengan jabatan dan agensi berkaitan bagi mengelakkan aktiviti penyeludupan barangan transshipment termasuk komoditi seperti beras dan gula di pelabuhan-pelabuhan dan juga di pintu masuk sempadan negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri, berikutan dengan pengecualian AP untuk 54 barang kargo ini, adakah terdapat sebarang kesan positif yang seperti ada nampaknya peningkatan kargo transshipment dekat pelabuhan-pelabuhan di Malaysia?
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pada peringkat ini masih di peringkat awal sebab kita baru membuat keputusan di peringkat Kabinet dan ia akan mengambil sedikit masa untuk dikuatkuasakan oleh pihak Kastam selepas mendapat kelulusan daripada kementerian-kementerian yang terlibat. Namun begitu, apabila kita mengumumkan dasar tersebut, memberikan pengecualian kepada 54 jenis barangan kargo untuk transshipment ini, ia memang memberikan satu petanda yang positif kepada sektor maritim negara dan kita dapat menaikkan imej negara sebagai sebuah hab transshipment yang pro-business dan ia juga dapat menarik lebih banyak syarikat perkapalan untuk berlabuh di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, untuk kendalian kontena keseluruhan bagi suku tahun ketiga 2019 telah pun meningkat berbanding dengan tahun 2018 iaitu peningkatan sebanyak 4.1 peratus. Untuk jumlah keseluruhan suku ketiga tahun 2019, jumlah kendalian kargo ialah, jumlah kenderaan kontena ialah 6.58 juta TEUs berbanding dengan 6.32 juta TEUs. Jadi memang kita nampak bahawa ada trend peningkatan aktiviti transshipment di pelabuhan-pelabuhan utama negara. Terima kasih.
Adakah pengecualian permit import ini akan memberikan implikasi terhadap hasil kutipan kerajaan?
Kedua, ada peristiwa di Tawau dan juga Sandakan, nilai longgokan beras, gula, rokok RM157 juta berlaku pada bulan Disember tahun lepas. Apa sebenarnya punca perkara tersebut. Ingat untuk import dan eksport ke Selatan Filipina.
Kemudian ada juga arahan untuk pemberhentian pengangkutan beras satu ketika pada bulan Disember tahun sudah. Apa sebenarnya yang berlaku dan apakah perkara, kaedah untuk mengatasi perkara ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Pontian, yang pertamanya dari segi kesan kepada jumlah kutipan hasil, memang ia tidak memberikan apa- apa kesan sebab ini ialah untuk aktiviti transshipment, ia bukannya untuk pasaran tempatan. Aktiviti transshipment ialah kontena daripada satu kapal asing masuk ke pelabuhan kita, dia dikeluarkan untuk diletakkan sementara di pelabuhan kita dan diangkut semula oleh kapal yang lain ke destinasi lain. Jadi, ini merupakan satu aktiviti transshipment dan membolehkan pelabuhan kita mendapat lebih banyak pengendalian-pengendalian kargo, itu yang pertama. Yang kedua berkenaan dengan longgokan di Labuan tahun lepas. Ia bukannya berkaitan dengan dasar- dasar ini. Ia berkaitan kepada operasi pada ketika itu yang tidak dapat operasi pelabuhan tersebut yang tidak dapat mengendalikan kontena-kontena itu. Tetapi masalah itu telah pun diselesaikan. Ketiga berkenaan dengan aktiviti transshipment beras di Sabah. Memang kerajaan telah pun memberikan pengecualian dan kita teruskan untuk food container load. Jadi kita membenarkan aktiviti transshipment ini dalam bentuk food container load. Ia bukan untuk rebound, untuk secara pukal, tapi dia secara food container load. Jadi, perkara-perkara ini ialah untuk membantu meningkatkan persaingan pelabuhan-pelabuhan negara kita kerana ini adalah sangat penting untuk pelabuhan-pelabuhan kerana aktiviti pelabuhan mesti ada aktiviti transshipment yang berdaya saing, maju kerana tanpa aktiviti transshipment, pelabuhan-pelabuhan kita dapat meningkatkan capability ataupun kecekapan dan juga persaingan mereka. Terima kasih.
4. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, apakah bentuk kawalan institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) terutamanya milikan swasta agar jumlah dan kualiti lulusan adalah sepadan dengan permintaan serta perkembangan teknologi sesebuah industri yang seterusnya dapat mengatasi masalah lambakan sesuatu lulusan dalam pasaran pekerjaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Rembau atas soalan yang dikemukakan. Memang kerajaan, khususnya melalui Kementerian Sumber Manusia, JPK, Jabatan Pembangunan Kemahiran yang diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Program Pembangunan Kemahiran berasaskan kepada Akta Pembangunan Kemahiran, Akta 652, kita mengenakan syarat untuk memastikan dari segi kualitinya. Pertama sekali semua pusat-pusat bertauliah awam ataupun swasta dia kena mohon dan mendapat kelulusan daripada pihak JPK, Jabatan Pembangunan Kemahiran terlebih dahulu dan juga mereka harus memenuhi keperluan-keperluan seperti program bertauliah yang memenuhi kehendak dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah pun disediakan oleh JPK. Mana-mana mereka yang apabila beroperasi tiba-tiba didapati ada perlanggaran ataupun tidak memenuhi kehendak-kehendak tersebut, mereka akan ditamatkan dia punya kelulusan ataupun lesen permit mereka dan setakat ini sudah banyak, lebih daripada 200 pusat-pusat bertauliah swasta khususnya telah pun ditamatkan kerana tidak memenuhi kehendak-kehendak yang ditentukan melalui akta ini dan juga berkaitan dengan kualiti dari sudut untuk kesepadanan dengan permintaan. Kita juga telah membentuk melalui JPK iaitu 30 badan peneraju industri, industry lead body (ILB) yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kajian bagi mengenal pasti corak penawaran dan permintaan dan ini juga berkaitan dengan beberapa keperluan dari sudut jangkaan kerjaya ataupun jumlah pekerjaan yang diperlukan. Namun begitu dari segi actual nya, industri sendiri pun tidak mengetahui berapa sebenarnya yang diperlukan dalam satu-satu tempoh. Kita hanya boleh membuat unjuran dan jangkaan. Namun begitu mereka ini juga diberikan tanggungjawab untuk mewujudkan apa yang disebut sebagai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Dokumen-dokumen ini mereka yang sediakan, industri yang sediakan. Jadi mereka tahu apa yang diperlukan oleh mereka dan itulah yang dicadangkan kepada kementerian melalui MPKK, Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan. Lalu kita akan membuat kelulusan, akhirnya dan kemudian program-program tersebut dilaksanakan. Program- program ini, standard kemahiran ini sentiasa disemak daripada semasa ke semasa untuk memastikan dia memenuhi keperluan. Apatah lagi yang sudah lama-lama itu akan disemak semula untuk dipenuhi dengan keperluan IR 4.0, insya-Allah. Kita juga menyediakan penarafan bintang kepada pusat-pusat bertauliah ini, khususnya pusat-pusat bertauliah swasta ini. JPK mengenakan penarafan bintang dan Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) juga mengenakan syarat-syarat tertentu untuk mendapatkan kuota kelulusan pinjaman itu iaitu mereka ini, pusat bertauliah mesti membuat MoU dengan industri untuk hendak memastikan supaya bidang yang mereka laksanakan itu memenuhi kehendak industri dan ada jaminan untuk murid-murid mereka ini, pelajar-pelajar mereka ini mendapat peluang pekerjaan sepatutnya.
Terima kasih atas jawapan yang rancak. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rembau.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saya berkenaan dengan gaji permulaan. Kementerian telah menerbitkan panduan gaji permulaan bagi 160 pekerjaan terpilih berasaskan kemahiran khusus untuk lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia atau setaraf dengannya dan menerusi panduan ini, gaji bagi lulusan TVET yang dicadangkan adalah antara RM1,130 dan RM2,270. Sejauh manakah pemain industri yang disebutkan tadi yang dibawa masuk dalam perbincangan ini menjadikan panduan ini bagi menentukan gaji permulaan kepada pekerjaan mereka dan kedua adakah pihak kementerian akan mengeluarkan panduan gaji yang baru memandangkan panduan ini diterbitkan tiga tahun yang lepas selain pengenalan gaji minimum yang baru RM1,200. Terima kasih.
Terima kasih, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri .
Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan. Ya memang betul kita telah pun mengeluarkan garis panduan tapi bukan untuk satu paksaan kepada pihak majikan tetapi kita memandu majikan untuk supaya mereka harus berlaku adil atas kemahiran-kemahiran yang ada kepada anak-anak kita ini untuk diberikan gaji yang munasabah berasaskan kepada kemahiran dan kelayakan serta pengalaman dan sebahagian daripada mereka itu kita percaya telah pun melakukan perkara tersebut. Apatah lagi khususnya kepada institusi-institusi yang mempunyai MoU, kerjasama, PINTAR dan sebagainya. Mereka ini sangat-sangat menjadi rebutan kepada industri untuk pelajar-pelajar ini diberikan gaji yang lebih baik. Umpama contoh baru-baru ini ada dua MoU dan 11 kerjasama PINTAR yang kita buat antara Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia melalui ILP Kepala Batas dengan industri. Memang ILP Kepala Batas khususnya dalam bidang air-condition, dalam bidang penghawa dingin ini, mereka menjadi rebutan oleh syarikat-syarikat air-condition yang sangat besar dalam negara kita sehingga kadang-kadang tidak cukup untuk hendak di-supply kepada mereka dan gaji sangat baik untuk pelajar-pelajar ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. meneliti daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri, menjurus kepada pencapaian dan juga rangka yang bakal kita hidangkan kepada anak-anak muda. Ingin saya utarakan, apakah pandangan kementerian untuk memastikan pihak swasta menjadi rakan kongsi secara langsung untuk kita memastikan TVET atas permintaan serta perkembangan teknologi terkini yang sesuai untuk mereka hadapi dalam keadaan sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan yang penuh bersemangat. Sila.
Sebab itu saya jawab tadi Tuan Yang di-Pertua, khususnya untuk Yang Berhormat, kita sentiasa menjadikan pihak industri ini rakan kongsi kepada pusat-pusat bertauliah ataupun institusi-institusi pendidikan kemahiran. Kedua, melalui kita membentuk industry lead body ini tadi. Keduanya kita menggalakkan supaya pusat-pusat bertauliah ataupun institusi di peringkat awam ataupun swasta ini mengadakan hubungan kerjasama sama ada melalui MoU ataupun apa-apa kerjasama PINTAR yang boleh dibuat untuk memastikan supaya lepasan pelajar di peringkat- peringkat ini akan mendapat jaminan kebolehpekerjaan mereka secara yang lebih baik dengan gaji yang lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia.
5. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, bilangan pemandu e-hailing yang berjaya mendapat lesen PSV dan yang gagal, jumlah keseluruhan pemandu teksi berlesen masa kini dan bagaimana persaingannya dengan pengangkutan awam yang lain.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bukit Bintang, sehingga 2 Disember 2019, seramai 91,978 orang pemandu e-hailing telah berjaya dilesenkan. Manakala seramai 42,818 orang calon pula telah gagal.
Namun begitu, saya hendak memberikan konteks bahawa walaupun ada seramai 42,818 orang calon yang gagal tetapi angka ini adalah angka kumulatif dan daripada angka 42,000 lebih ini, kebanyakan mereka juga telah pun mengambil peperiksaan semula dan sebahagiannya juga telah pun lulus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, lesen PSV yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia adalah bagi semua pemandu kenderaan perkhidmatan awam yang turut merangkumi teksi dan bas. Jumlah terkumpul lesen PSV yang masih aktif adalah sebanyak 358,944. Untuk pemandu teksi, jumlah PSV untuk pemandu teksi ialah sebayak 28,860 orang. Kewujudan kenderaan e-hailing dapat memberikan peluang kepada penumpang untuk memilih perkhidmatan awam yang lebih cepat, murah dan efisien dalam menuju ke sesuatu destinasi. Dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing, ia dapat memberikan keselesaan kepada penumpang dan memudahkan penumpang untuk bergerak ke mana- mana terutamanya dalam kawasan bandar raya tanpa mengira masa dan tambang yang lebih berpatutan. Di samping itu, e-hailing juga dapat memberikan peluang pekerjaan kepada semua golongan termasuklah golongan Orang Kelainan Upaya dan pemandu wanita mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemandu juga boleh memilih untuk bekerja sebagai pemandu sepenuh masa ataupun menjadikan pemandu e-hailing sebagai pekerjaan sambilan untuk menambahkan pendapatan mereka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, daripada jumlah pemandu teksi berlesen PSV biasa- tadi ada kata sebanyak 1,978 e-hailing ini. Saya ingin tahu, adakah kerajaan akan memberi bantuan kepada mereka yang belum dapat itu e-hailing license? Juga, tidakkah ini menjejaskan peluang pemandu teksi mendapat penumpang berbanding dengan mereka yang menceburkan diri sepenuhnya sebagai pemandu e-hailing ini? Terima kasih.
Pertamanya, memang kerajaan memberikan bantuan kepada mereka untuk memberikan lebih banyak peluang. Jujur saya katakan, walaupun mereka gagal, mereka boleh menduduki semula peperiksaan untuk PSV ini dari semasa ke semasa. Memang hasrat kita ialah untuk melesenkan mereka dan kita harap pemandu- pemandu ini diberikan lesen PSV supaya mereka boleh terus memandu sebagai pemandu e- hailing secara sah. Untuk pemandu-pemandu yang telah gagal lebih daripada tiga kali, kita akan memberikan sistem peperiksaan khusus kepada mereka. Ada di kalangan mereka mungkin dari segi pemahaman dari segi bacaan mereka mungkin kurang sedikit, kita mungkin memberikan peperiksaan secara lisan.
Itu antara cadangan yang telah kita lihat kepada mereka-mereka yang selepas tiga kali pun gagal, kita cuba memberikan sedikit bantuan kepada mereka untuk mereka mendapatkan lesen PSV ini. Untuk pemandu teksi, pemadu teksi ini ada pilihan sebenarnya. Mereka selain daripada menjadi pemadu teksi secara tradisional, mereka juga boleh menggunakan aplikasi e-hailing. Jadi untuk pemandu teksi, kita mengharapkan bahawa mereka juga dapat mengadaptasi sistem e-hailing ini supaya mereka juga boleh menambah pendapatan mereka dan supaya dapat mengekalkan perkhidmatan mereka dan teksi mereka juga boleh digunakan secara dua sistem iaitu secara street hailing ataupun secara e-hailing. Terima kasih.
Paya besar.
Pendang.
Ramai yang bangun. Saya bagi wanita. Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, rang undang-undang yang bakal diwujudkan untuk Gojek, sekiranya diwujudkan, adakah peruntukan khas untuk keselamatan penumpang wanita? Keduanya, adakah kementerian akan wujudkan satu badan pemantau untuk memastikan penyelarasan mengenai tambang pengguna-pengguna Gojek? Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat, pertamanya, kita bukannya menggubal satu rang undang-undang yang khusus tetapi ia perlu ada sedikit pindaan terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat dan juga Akta JPJ untuk membolehkan sistem motorcycle e-hailing ini dapat dilaksanakan. Saya juga hendak cuba perbetulkan bahawa kita bukan hanya membenarkan Gojek sahaja. Gojek itu adalah salah satu syarikat. Kita membenarkan konsep motorcycle e-hailing. Gojek ini adalah sebuah syarikat daripada Indonesia dan kita alu-alukan kalau mereka hendak masuk dalam pasaran kita. Akan tetapi, kita juga ada syarikat-syarikat tempatan yang kita cuba hendak menggalakkan supaya mereka dapat berkembang dan juga dapat bersaing dengan syarikat-syarikat lain. Kita faham bahawa sentimen terutamanya keselamatan untuk wanita. Ini antara syarat yang telah pun diletakkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk pastikan bahawa isu keselamatan ini dapat dipertingkatkan. Seperti yang saya telah umumkan, kerajaan bersetuju untuk memberikan satu tempoh masa untuk diadakan satu trial period, satu pilot project di Lembah Klang supaya kita lihat bagaimana sistem ini dapat dilaksanakan. Daripada eksperimen ini atau daripada trial period ini, kita akan melihat apa-apa isu yang timbul dari segi keselamatan, dari segi isu penumpang wanita dan sebagainya. Akan tetapi, memang kita memberikan pilihan kepada wanita untuk memilih bahawa kalau mereka hendak menggunakan perkhidmatan ini, mereka akan memilih pemandu pun daripada kalangan wanita. Jadi, isu ini memang kita amat prihatin dan kita akan pastikan supaya isu keselamatan ini tidak diabaikan. Berkenaan dengan kadar tambang, itu kita akan lihat bagaimana selepas trial period ini, kita lihat apakah mekanisme yang paling baik untuk kita pastikan perkhidmatan ini ditawarkan dengan kadar tambang yang berpatutan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi boleh?
Semua soalan penting. Kita pergi ke soalan lain.
Bolehlah. Jangan marah, Tuan Yang di-Pertua.
6. Dato' Dr. Noraini Ahmad [Parit Sulong] minta Menteri Industri Utama menyatakan sejauh manakah keyakinan kerajaan dalam memfailkan kes diskriminasi sawit negara ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) akan memihak kepada Malaysia dan apakah pelan kontingensi yang di rencana oleh kementerian sekiranya langkah ini gagal.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh, salam sejahtera. Mohon izin Tuan Yang di-Pertua untuk mengalu-alukan guru- guru dan para pelajar Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Kedah. Selamat datang ke Dewan Rakyat... [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, delegated regulation, dengan izin, iaitu peraturan pelengkap di bawah European Renewable Energy Directive ll (EU RED II) telah pun diterima dan diperakui serta diterbitkan dalam jurnal rasmi oleh pihak EU pada 21 Mei tahun ini. Akta atau peraturan ini adalah suatu akta yang menerangkan antara lain mengenai kriteria ataupun metodologi bagi menentukan sama ada sumber dalam pengeluaran bio bahan api menyebabkan kadar indirect land used changes (ILUC), dengan izin, yang tinggi atau rendah dan kesannya kepada pelepasan gas rumah hijau. Dalam hal ini, berdasarkan kepada delegated regulation tersebut, minyak sawit telah dikategorikan sebagai mempunyai kadar ILUC yang tinggi. Oleh itu, bermula pada Julai 2021, jumlah eksport minyak sawit negara akan dihadkan pada tahap dan nilai penggunaan bagi tahun ini iaitu tahun 2019 dan seterusnya akan dikeluarkan sepenuhnya daripada sumber bio bahan api di EU bermula pada tahun 2030 sekiranya masih dikategorikan sebagai mempunyai kadar ILUC yang tinggi selepas semakan pada tahun 2021. Berdasarkan analisis, delegated regulation di bawah EU RED ll ini dilihat mempunyai kekurangan dari segi ketelusan, kredibiliti saintifik dan terdapat banyak andaian yang dibuat memberikan gambaran yang tidak tepat sama sekali terhadap amalan kemapanan lestari yang kita praktikkan dalam industri sawit negara. Selain itu, ia juga dilihat berat sebelah apabila hanya minyak sawit sahaja dikategorikan sebagai mempunyai kadar risiko ILUC yang tinggi dalam kalangan minyak yang lain bagi sumber kepada bio bahan api. Tindakan ini telah mewujudkan sekatan yang tidak sewajarnya ke atas usaha kemapanan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Malaysia serta seterusnya menyekat amalan perdagangan yang bebas. Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira kepentingan industri sawit kepada negara termasuk pembangunan sosioekonomi lebih tiga juta rakyat Malaysia yang terlibat dengan industri sawit, kerajaan berpendirian adalah wajar untuk Malaysia mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap EU yang dilihat mendiskriminasikan negara pengeluar minyak sawit.
Berdasarkan kepada semakan dan penilaian awal, polisi yang dinyatakan dalam delegated regulation di bawah EU RED II tersebut didapati telah pun melanggar prinsip- prinsip Pertubuhan Perdagangan Dunia di bawah General Agreement on Tariffs and Trade (GATT 1994) dengan izin, dan Agreement on Technical Barriers to Trade dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Dalam hal ini, Malaysia dilihat mempunyai asas yang kuat untuk mencabar EU melalui badan penyelesaian pertikaian di bawah WTO. Dalam hal ini, kementerian sedang bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Luar Negeri untuk meneliti perkara ini dan seterusnya menyediakan kertas perundangan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sememangnya sudah bersedia insya-Allah dan mempunyai beberapa strategi yang lain serta memastikan langkah di atas terlaksana dengan sewajarnya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Menurut laporan media baru-baru ini, negara-negara pengeluar minyak sawit telah bermesyuarat buat kali kedua di Kuala Lumpur. Jadinya soalan saya adalah apakah mekanisme Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit dalam menangani tanggapan negatif minyak sawit di Eropah? Apakah Malaysia akan bekerjasama dengan Indonesia untuk mencabar delegated regulation ke WTO ini? Apakah usaha yang sedang dijalankan oleh kementerian dalam mencari pasaran eksport alternatif kelapa sawit sekarang ini sekiranya Kesatuan Eropah masih tidak hendak membeli sawit Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat di atas tiga soalan yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat, memang benar baru-baru ini Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) telah pun bersidang untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Dewan. Kita telah pun berbincang dan bermuzakarah secara mendalam tentang aspek ini di mana mekanisme CPOPC ini akan kita manfaatkan sepenuhnya untuk memastikan agar satu muafakat dapat dibentuk dalam usaha kita untuk merangka strategi dan kemudiannya mengambil jalur perundangan untuk mencabar keputusan di WTO ini. Untuk makluman Dewan juga, kita dapat kehadiran yang cukup baik, saya ingat hampir sembilan ke sepuluh buah negara telah pun menghadiri mesyuarat tersebut dan menyatakan pendirian yang sama. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau kita ambil kira data tahun 2018 kerana tahun 2019 kita belum lagi mempunyai data yang lengkap. Akan tetapi kalau mengambil kira tahun 2018, kita menjangkakan kalau semuanya deadlock, maknanya tidak boleh kita selesaikan melalui saluran perundangan ataupun kita kalah. Kita menjangkakan akan kehilangan pasaran kurang lebih hampir satu juta tan. Ini merupakan cabaran kepada Malaysia, namun kita yakin dengan strategi agresif kementerian untuk mencari pasaran-pasaran yang baru. Kalaupun ini berlaku, kita yakin pasaran-pasaran yang baru ini mampu menyerap kesan daripada keputusan EU berkaitan dengan delegated regulation ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
7. Dato' Sri Dr. Santhara [Segamat] minta Perdana Menteri menyatakan, bagaimana Malaysia merancang untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dengan lebih erat. Apakah strategi dan langkah taktikal yang telah diambil.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dari semasa ke semasa sentiasa merancang strategi dan inisiatif tertentu melalui Pelan Strategik Jabatan bagi terus memelihara dan mengekalkan keharmonian dan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini. Antara strategi dan inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut: (i) menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) di mana ia akan menjadi satu platform ke arah penyatuan nasional (national reconciliation) dengan izin, bagi mengurangkan polarisasi kaum dan membina bangsa Malaysia yang bersatu-padu. Penubuhannya adalah untuk membincangkan isu-isu sukar dalam kalangan masyarakat Malaysia yang kompleks serta merintis jalan penyelesaian ke arah merapatkan jurang yang menghalang perpaduan; (ii) menjadikan kaedah mediasi komuniti sebagai usaha berterusan untuk menangani pertikaian, pertelingkahan dan persengketaan dalam komuniti setempat yang terdiri dari penghuni yang berbilang kaum dan agama dengan meningkatkan bilangan mediator komuniti dan melatih kembali atau, dengan izin, retraining mereka dengan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah mediasi terbaru mengikut peredaran zaman;
(iii) meremajakan ejen-ejen perpaduan di peringkat akar umbi agar mereka dapat berkhidmat kepada komuniti tanpa sebarang prejudis dan prasangka sesama mereka agar selari dengan usaha kerajaan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berdikari, inovatif dan progresif; (iv) jabatan juga komited dalam terus menerajui pendidikan perpaduan memandangkan inisiatif-inisiatif pemupukan perpaduan bermula di peringkat pra sekolah lagi. Jabatan bercadang meningkatkan kualiti guru-guru di tabika dan taska perpaduan melalui latihan yang lebih komprehensif agar mereka dapat mendidik anak-anak sejak kecil di bangku sekolah lagi untuk menghargai perpaduan yang merupakan hadiah yang tidak ternilai terutamanya di negara ini; (v) meneruskan pelaksanaan program-program sedia ada seperti Program Sayangi Komuniti yang telah disasarkan untuk dilaksanakan di 456 lokasi miskin bandar dan pinggir bandar bagi meningkatkan keharmonian masyarakat setempat agar mereka hidup dengan lebih selamat, aman dan sejahtera; dan (vi) pelaksanaan Program Latihan Industri Perpaduan (PLIP) juga diteruskan kerana ia merupakan salah satu platform untuk mengintegrasikan golongan mahasiswa melalui program internship di syarikat-syarikat swasta dan GLC sebagai usaha untuk menggalakkan perkongsian silang kerjaya dan budaya antara golongan mahasiswa universiti yang terdiri dari pelbagai kaum dan latar belakang keturunan. Bermula dari tahun 2015 hingga 2019, seramai 5,728 orang pelajar telah menyertai program ini. Antara langkah taktikal lain yang dirancang oleh kerajaan ke arah memelihara perpaduan negara dan kesejahteraan sosial adalah seperti berikut: (i) mewujudkan jaringan kerjasama strategik antara Rukun Tetangga, persatuan penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, pihak swasta dan agensi-agensi kerajaan di seluruh negara bagi tujuan melaksanakan program-program menyantuni rakyat termasuk dalam memperkasa dan menyejahterakan golongan minoriti serta melaksanakan inisiatif-inisiatif mempromosikan perpaduan secara bersepadu bagi mendepani cabaran-cabaran perpaduan dengan baik dan berkesan; (ii) mengubah strategi dan pendekatan lama serta menggantikan aktiviti-aktiviti sedia ada bagi memberikan wajah dan imej baru kepada Kelab Rukun Negara dan Sekretariat Rukun Negara di semua sekolah dan universiti supaya para pelajar dari pelbagai kaum lebih tertarik dalam menyertai KRN dan SRN ini; (iii) meningkatkan pengetahuan dan menyebar luaskan maklumat- maklumat dan usaha-usaha kerajaan untuk membantu kaum bumiputera di peringkat akar umbi bagi mencapai tahap ekonomi yang lebih tinggi melalui kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi-agensi kerajaan lain; dan (iv) menyebar luaskan maklumat-maklumat yang boleh membantu kaum minoriti melibatkan diri dalam arus pembangunan perdana sebagaimana yang dihasratkan melalui Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang jelas secara taktiknya tetapi mengenai strategi, bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 memenuhi sasaran untuk memberi manfaat kepada semua, kerajaan telah membina satu indikasi sosial mengukur perkembangannya.
Di antara indikasi sosial adalah indeks perpaduan, indeks integrasi dan anti rasuah, indeks keharmonian agama, indeks kesihatan rakyat, indeks perubahan iklim, indeks antidadah, indeks pencegahan jenayah, indeks keharmonian kejiranan dan dua indeks iaitu indeks perpaduan dan indeks keharmonian ini agak penting secara strateginya untuk memastikan kita mencapai satu negara yang maju dan juga aman dan makmur. Akan tetapi bagaimana pula dengan indeks ketegangan masyarakat. Saya hendak tanya apakah strategi kementerian, adakah kementerian ataupun Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mewujudkan satu Kertas Putih untuk mengkaji secara lebih menyeluruh kerana sebelum ini ada pelbagai slogan dan pelbagai strategi yang masih tidak mencapai matlamatnya.
Buat masa kini, kita mempunyai pelbagai mekanisme termasuk indeks ketegangan masyarakat untuk menganalisis dan mengenal pasti tahap ketegangan masyarakat Malaysia berdasarkan isu-isu yang melibatkan perpaduan kaum dan keharmonian antara masyarakat.
Pelbagai inisiatif sebagaimana yang saya katakan tadi telah dijalankan untuk memastikan perpaduan rakyat tetap kekal. Sekian terima kasih.
Saya tahu Yang Berhormat Arau senyum tapi saya bagi Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kejadian yang telah berlaku yang boleh menggugat ataupun terlerai ikatan perpaduan di negara ini. Beberapa peristiwa contohnya kes rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor, seorang anggota bomba terbunuh. Begitu juga kejadian-kejadian lain, penghinaan al-Quran, penghinaan kepada Rasullulah SAW dan juga penghinaan kepada Raja-Raja. Jadi, peristiwa yang berlaku ini telah membentuk suatu ikatan perpaduan yang mungkin terlerai, kalau tidak kena caranya untuk Yang Berhormat Menteri bertindak. Jadi, apakah Yang Berhormat Menteri melihat bahawa Akta Hasutan ini pada masa ini masih relevan ataupun perlu dihapuskan? Keduanya, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang cubaan sesetengah pihak membawa pihak dari luar Malaysia supaya campur tangan dalam urusan Malaysia, khususnya hal ehwal perpaduan kaum. Ketiga, Yang Amat Berhormat Langkawi juga pernah berkata bahawa sekolah wawasan ini boleh mengukuhkan perpaduan daripada zaman persekolahan lagi. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa sekolah wawasan ini mempunyai impak yang besar bagi penyelesaian kepada perpaduan negara kita. Terima kasih.
Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Soalan panjang betul.
Terima kasih Yang Berhormat. Memang soalan terlalu panjang tetapi tidak apa, saya akan cuba sedaya upaya. Insiden-insiden yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tentang penghinaan al-Quran, Raja-Raja dan sebagainya memang telah berlaku over period of time tetapi setiap kali insiden-insiden tersebut berlaku, tindakan tegas diambil oleh kerajaan melalui tindakan undang-undang. PDRM sentiasa menyiasat dan tidak akan teragak-agak, sebenarnya ini bukan jawapan yang saya boleh bagi tetapi itu adalah lebih kepada Kementerian Dalam Negeri tetapi daripada pemerhatian saya, PDRM telah mengambil tindakan tegas dan menyiasat semua insiden yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan juga perpaduan di antara rakyat.
Seterusnya Yang Berhormat bertanya, adakah Akta Hasutan ini relevan? Sesetengah daripada kandungan akta tersebut bagi saya tidak relevan tetapi sesetengahnya ada yang relevan tetapi juga Kementerian Dalam Negeri dalam proses untuk meneliti kembali Akta Hasutan ini. Seterusnya Yang Berhormat menyatakan bahawa Yang Amat Berhormat Langkawi menyatakan bahawa sekolah-sekolah wawasan mempunyai impak. Saya memang bersetuju bahawa sekolah-sekolah wawasan ini boleh memupuk perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Sekian, terima kasih.
8. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah rasional di sebalik langkah kementerian melarang penggunaan logo Kementerian Belia dan Sukan dan Logo Bulan Sukan Negara 2019 melainkan dimohon terlebih dahulu melalui Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan seperti notis yang ditularkan pada 19 September 2019.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Kementerian Belia dan Sukan telah mendaftarkan logo rasminya dan logo Bulan Sukan Negara dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dilindungi oleh Akta Cap Dagangan dan Peraturan Cap Dagangan 1997 daripada sebarang penyalahgunaan dan eksploitasi. Notis makluman mengenai larangan penggunaan logo-logo tersebut adalah bertujuan untuk menjelaskan prosedur dan memastikan pengguna logo-logo tersebut mematuhi garis panduan penjenamaan serta bagi mengelakkan ia diguna tanpa mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh kementerian. Tindakan ini juga dapat memastikan penggunaan logo KBS digunakan untuk penganjuran program serta perkara-perkara lain yang mendapat pengiktirafan, diyakini dan memberi impak positif kepada masyarakat. Selain pemohon bertanggungjawab untuk memelihara nama baik, imej, kredibiliti dan reputasi KBS melalui penggunaan logo secara wajar dan bersesuaian. Kementerian Belia dan Sukan telah mewujudkan mekanisme yang sistematik bagi memproses dan memberikan kelulusan kepada permohonan mengikut tempoh yang ditetapkan berdasarkan garis panduan permohonan penggunaan logo KBS yang telah disediakan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik dan Unit Komunikasi Korporat bertarikh 20 Ogos 2018. Jika pengguna logo tersebut didapati melanggar syarat-syarat penggunaan logo KBS, tindakan undang-undang boleh diambil berdasarkan nasihat daripada penasihat undang-undang (PUU) selaras dengan yang terkandung dalam Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002. Jika UKK mendapati penggunaan logo tersebut akan memberikan kesan kepada KBS, UKK boleh menulis bagi mendapatkan pandangan dan ulasan PUU sebelum diangkat ke KSU bagi tindakan selanjutnya. Bagi memastikan proses permohonan lancar, pemohon boleh memuat naik borang permohonan di laman portal rasmi KBS atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat KBS untuk bantuan proses permohonan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu saya ingin merakamkan tahniah kepada pelumba negara, saudara Azlan Shah Kamaruzaman yang telah memenangi perlumbaan sulung Asia Superbike 1000cc pada kejuaraan Motosikal Asia di Buranon, Thailand beberapa hari lepas. Yang Berhormat Menteri, saya boleh bersetuju apabila kita mempatenkan dengan izin logo Bulan Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan tetapi dalam masa yang sama, kita lihat di dalam internet pada hari ini telah tersebar logo tersebut telah pun dijadikan bahan sindiran di dalam internet kerana tidak dinafikan ia menyerupai secara cute dan comelnya menyerupai haiwan-haiwan yang tertentu. Jadi, saya ingin tahu Yang Berhormat Menteri, apakah proses yang dilaksanakan oleh kementerian di dalam membikin ataupun mengeluarkan satu-satu logo, adakah ada sesi libat urus contohnya pertandingan dan sebagainya dan apakah kementerian mempunyai satu mekanisme yang di mana ada satu kawal selia memastikan supaya logo-logo ini tidak disalahgunakan sebagaimana yang berlaku kepada Kementerian Pelancongan tempoh hari. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Pada masa yang sama, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang prihatin berkenaan kemenangan para atlet kita dalam Asia Road Racing peringkat Asia. Cuma saya agak kecewa kerana liputan tidak begitu luas. Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana membangkitkan isu ini dan saya berharap bahawa semua Ahli Parlimen, rakan-rakan media yang berada di sini juga memberikan liputan yang luas kepada kemenangan dunia pemotoran kita kerana tanpa liputan yang luas, agak sukar untuk kita mendapatkan sponsorship daripada pihak swasta. Berkenaan isu logo. Pertama sekali bagi logo Bulan Sukan Negara, ia dilakukan melalui in-house di Kementerian Belia dan Sukan melalui pegawai dan UKK yang sedia ada. Pada masa yang sama, untuk memastikan logo-logo ini tidak disalahgunakan sebab itu ada SOP yang telah pun ditetapkan untuk penggunaan logo tersebut. Oleh sebab itu, kita ingin memastikan syarikat-syarikat ataupun event organizer ataupun kementerian lain berkolaborasi dengan KBS mengikut SOP dan piawaian ini supaya akhirnya ia tidak disalahgunakan dan tidak ada salah tanggapan khususnya kepada masyarakat yang ingin bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian kerana kita lihat pada hari ketiga atau keempat, Malaysia sudah pun merangkul 18 emas, tujuh perak dan 14 gangsa di Sukan SEA. Satu prestasi yang begitu meningkat dan berada di tahap ketiga sekarang dalam pungutan pingat-pingat. Soalan saya adalah berkisar kepada penyediaan sebelum kontinjen kita sampai di lokasi Sukan SEA kali ini. Banyak rungutan yang dibangkitkan. Kelmarin Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan berkenaan dengan penyediaan makanan halal. Kedua juga berkenaan dengan tempat tinggal. Soalan saya, adakah kementerian bercadang untuk menghantar satu pasukan untuk melakukan recce pada masa yang akan datang supaya penyediaan-penyediaan ini diberikan perhatian kerana kalau penyediaan-penyediaan ini tidak dilakukan dengan rapi dan teliti, ia boleh juga menyebabkan merudum pungutan pingat emas. Adakah Yang Berhormat Menteri ada apa-apa cadangan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong kerana sentiasa prihatin tentang nasib dan kebajikan atlet kita di Manila, Filipina untuk Sukan SEA. Untuk makluman Yang Berhormat Jelutong, kumpulan recce ini kita sudah hantar berkali-kali diwakili oleh pimpinan KBS, MSN, chef de mission, deputy chef de mission yang telah pun ke sana beberapa kali sebelum penganjuran Sukan SEA itu sendiri dan kita memang terima laporan-laporan yang agak sukar untuk kita terima. Akan tetapi keputusan untuk Sukan SEA itu telah dibuat dan kami telah pun memastikan ada pelan ‘B’, pelan ‘C’ jika ada masalah khususnya dari segi pengangkutan dan pemakanan, sebagai contoh kita telah pun membawa makanan halal kita sendiri daripada Malaysia dengan bantuan Malaysia Airlines untuk memastikan mereka yang memakan makanan halal mendapat bantuan yang sewajarnya.
Pada masa yang sama daripada segi persediaan pengangkutan kita telah pun bukan sahaja buat recce awal, tapi pada masa yang sama memastikan bahawa, dengan izin, we plan it in advance, pergi lebih awal jika hendak dibandingkan dengan masa yang telah pun ditetapkan. Di sana juga Yang Berhormat Timbalan Menteri YB Bukit Mertajam berada, meninjau dengan agak baik untuk memastikan semua berjalan lancar. Habis sahaja sesi Parlimen, pada 6 hari bulan saya sendiri akan ke Manila untuk memastikan semua berjalan lancar kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Pada masa yang sama, untuk menyahut apa yang Yang Berhormat Jelutong tekankan, kami semua perlu mengucapkan terima kasih kepada atlet-atlet wira dan wirawati negara walaupun sasaran pada hari ini iaitu13 pingat emas tetapi sekarang telah pun dapat lima bonus di mana 18 pingat emas telah pun berjaya dicapai oleh atlet-atlet negara. Mereka merupakan wira dan wirawati bagi semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua... Adat Pepatih di Negeri Sembilan; Soalan saya nombor sembilan.
9. Tuan Jonathan Yasin [Ranau] minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan, sejak bermula operasi PETRONAS di negeri Sabah pada 1976, berapakah jumlah pendapatan kasar keseluruhan yang telah diperoleh oleh PETRONAS dari sumber-sumber hasil minyak/petroleum dan gas serta hasil-hasil yang berkaitan dengannya tanpa mengambil kira sama ada sumber minyak/petroleum dan gas yang diperoleh tersebut adalah di dalam 3 batu nautika atau di luar 3 batu nautika dari persisiran pantai Sabah.
Terima kasih, sampai sahaja giliran saya jawab soalan, mesti ada pantun. Terpijak lipan di Bukit Panau; Ini jawapan untuk Ranau. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod PETRONAS bayaran hasil tunai petroleum yang telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sabah sehingga 31 Disember 2018 adalah berjumlah RM15.6 bilion. Jumlah ini adalah berdasarkan bayaran lima peratus daripada hasil pengeluaran kasar petroleum di mana ia disalurkan terus oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri Sabah pada bulan Februari dan Ogos setiap tahun. Maklumat terperinci tentang jumlah hasil pengeluaran kasar petroleum turut disertakan bersama laporan pembayaran tunai tersebut kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua pengeluaran petroleum di Malaysia dilakukan melalui Production Sharing Contract (PSC) bersama pelabur-pelabur. Berdasarkan perjanjian PSC ini, pendapatan kasar keseluruhan untuk setiap PSC adalah tertakluk kepada klausa non-disclosure, dengan izin, dan tidak harus didedahkan kepada umum. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri inilah kita minat mahu tanya ini. Ini sebab anak-anak Sabah mengatakan, “Berapa bah sebenarnya yang kami dapat?” Sebab orang-orang Sabah bukan yang menguasai minyak ini, PETRONAS menguasai semuanya. Bolehkah kita cadangan, supaya PETRONAS diaudit oleh juruaudit bebas? Pertama, Kedua, membentangkan urus niaga dan penyata kewangannya di Parlimen ini? Sebab ini institusi yang sangat penting untuk rakyat Malaysia... [Tepuk]
Setuju.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat, PETRONAS cukup telus dalam menjelaskan atau dalam membuat laporan tentang operasi-operasinya. Akan tetapi seperti mana yang kita sebut tadi, memandangkan dalam konteks jumlah terperinci berkaitan dengan pengeluaran ini tertakluk kepada perjanjian dengan pengeluar- pengeluar lain, maka PETRONAS tidak dapat dedahkan. Akan tetapi untuk negeri Sabah, seperti mana yang saya telah sebut tadi PETRONAS hantar setiap bulan Februari dan Ogos satu rekod terperinci kepada Kerajaan Negeri Sabah, berapa jumlah keluaran, dan berapa hasilnya? Daripada situ, berapakah jumlah yang diterima oleh Kerajaan Negeri Sabah. Detil terperinci itu diberikan secara terus kepada Kerajaan Negeri Sabah. Cuma atas dasar PSC tadi- dalam konteks non-disclosure tadi, maka PETRONAS tidak dapat mendedahkan detil-detil tersebut kepada umum. Sekian, terima kasih.
[Bangun]
Soalan asalnya spesifik negeri Sabah. Oleh itu, saya bagi wakil dari Sabah, Yang Berhormat Keningau.
Pengkalan Chepa pun ada minyak juga.
Sila Yang Berhormat Keningau.
Terima kasih. Saya hendak tanya berapa banyak telaga minyak di Sabah, dan berapa jumlah pengeluaran tong sehari daripada telaga- telaga ini? Oleh sebab, Artikel 112C(4)(2) dalam Perlembagaan mengatakan, Parlimen tidak boleh melarang Sabah dan Sarawak untuk memungut royalti. Bersetuju kah Yang Berhormat bahawa, Sabah dan Sarawak menggunakan undang-undang tanah boleh memungut royalti sendiri dan juga Mining Act? Terima kasih.
Saya jawab soalan yang pertama, sebab soalan kedua melibatkan perundangan. Jadi memerlukan satu penelitian dari pihak PETRONAS tentang hal tersebut. Soalan pertama tadi tentang jumlah pengeluaran. Jika saya dapat memperincikan di sini, pada tahun 2018, jumlah pengeluaran minyak dan gas di negeri Sabah adalah sebanyak 358 ribu tong minyak setara sehari. Pada tahun 2017, sebanyak 424 ribu tong minyak setara sehari, dan pada tahun 2016 sebanyak 338 ribu tong minyak setara sehari. Saya ada detil maklumat tersebut. Jika Ahli Yang Berhormat ingin mendapatkan perincian. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua... Jadi bilal azan subuh; Soalan halal nombor sepuluh.
10. Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [Jelebu] minta Perdana Menteri menyatakan, perancangan kerajaan dalam mengawal selia produk-produk halal di pasaran sekali gus mengelakkan penyalahgunaan Logo Halal sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Terima kasih, kepada Yang Berhormat Jelebu, dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Pendang berkenaan dengan halal. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, JAKIM ataupun Jabatan Agama Islam Negeri-negeri selaku pihak berkuasa berwibawa dalam persijilan halal, sentiasa mengambil berat dalam mengawal selia produk-produk di pasaran dan di premis-premis. Pemantauan dilakukan secara berkala untuk memastikan tidak berlaku penyalahgunaan Logo Halal. Pengguna juga boleh memainkan peranan dalam memastikan penyalahgunaan Logo Halal tidak berlaku di pasaran dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa di atas. Pengguna boleh memeriksa dengan pantas status halal sesuatu produk di pasaran sama ada melalui direktori halal di portal www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar iaitu aplikasi Smart Halal dan Verify Halal yang boleh dimuat turun melalui sistem Android atau IOS. Pengguna boleh membuat aduan melalui media sosial- Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM atau email ke [email protected] dan juga boleh membuat panggilan telefon kepada Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, sekiranya didapati terdapat keraguan kepada sesuatu produk yang berada di pasaran. Berkenaan dengan pemantauan pula, undang-undang sedia ada juga telah memperuntukkan bahawa penggunaan logo halal tanpa Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah, adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Kesalahan di bawah akta ini boleh didenda sehingga RM100 ribu atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua bagi individu atau sehingga RM250 ribu bagi pertubuhan perbadanan, jika sabit kesalahan. Manakala bagi pengusaha yang memperdayakan pengguna dengan penggunaan ayat Al-Quran sebagai hiasan, atau mengguna pakai jenama dan nama produk bercirikan keluaran Muslim serta membuat apa-apa representasi atau perbuatan yang boleh memperdaya dan mengelirukan pengguna, juga merupakan satu kesalahan. Kesalahan di bawah perintah ini, jika orang itu ialah suatu pertubuhan atau perbadanan, di denda tidak melebihi RM5 juta, dan bagi kesalahan kedua, atau yang berikutnya, di denda tidak melebihi RM10 juta, atau jika orang itu bukan suatu pertubuhan atau perbadanan, didenda tidak melebihi RM1 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, didenda tidak melebihi RM5 juta, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Tindakan penguatkuasaan bersama KPDNHEP sentiasa dilaksanakan bagi kes-kes yang berlaku di bawah Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal, dan Perintah Perihal Dagangan, Takrif Halal iaitu Akta Pengguna 2011. Sekian, terima kasih.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jelebu. Soalan tambahan.
Hendak mengalu-alukan boleh tidak?
Nanti.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila. Sila.
Soalan. Jawapan Yang Berhormat Menteri ini sangat lengkap. Cuma, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri bahawa setakat Disember 2019 ini aplikasi verify halal ini kurang mendapat sambutan. Setakat ini baru 100 ribu. Cuma minta penjelasan kerajaan, kenapa aplikasi ini tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Kemudian, tadi Yang Berhormat Menteri ada bagi tahu bahawa penggunaan ayat al-Quran, penggunaan wanita bertudung adalah merupakan satu lagi kaedah digunakan oleh peniaga-peniaga untuk mengelirukan dalam soal taraf logo halal. Boleh kah tidak dijelaskan di Dewan ini berapakah setakat ini berdasarkan kepada aduan tindakan yang dikenakan kepada pekedai-pekedai ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri, baru-baru ini ada satu persatuan iaitu Persatuan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia yang telah mengemukakan cadangan ke Parlimen agar satu akta khas dibentangkan di Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk bukan Islam. Jadi, apakah keputusan kerajaan tentang cadangan Dewan Perniagaan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Ya, betul. Saya setuju sebenarnya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelebu bahawa aplikasi verify halal itu tidak diketahui dan tidak digunakan oleh orang awam. Mungkin masalahnya dari segi makluman. Saya juga pernah menegur berkenaan dengan perkara ini bahawa ia tidak diketahui oleh orang ramai. Satu produk yang bagus. Satu aplikasi yang bagus tetapi orang awam tidak memahami ataupun tidak mengetahui tentang kewujudan aplikasi tersebut. Berkenaan dengan berapa banyak tindakan tadi. Saya perlu jawapan bertulis ya berkenaan dengan perkara tersebut sebab ia melibatkan data ya. Berkenaan dengan penggunaan tulisan jawi itu, saya perlu serahkan kepada KPDNHEP ya, untuk menjawab. Sebab itu di bawah bidang kuasa KPDNHEP. Terima kasih.
Saya hendak mengalu-alukan.
Ya. Saya bagi Yang Berhormat Arau. Sila.
Saya ingin mengalu-alukan orang muda daripada Nibong Tebal dan juga semua tetamu Parlimen.
Okey, hidup Nibong Tebal.
Saya sudah berdiri lapan kali. Oleh sebab saya soalan saya tidak ada. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua tidak bagi...
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Sekarang bagi, mengapa tidak mahu tanya?
Eh, sekarang boleh tanya?
Boleh.
Boleh tanya sekarang?
Tidak, soalan tambahan.
Ini soalan tambahan.
Ini fasal halal. Terima kasih.
Jika tidak, mengapa saya panggil Yang Berhormat Arau?... [Tepuk]
Ya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua. Belah sini pula.
Terima kasih. Hidup Setiausaha Agung. Yang Berhormat. Kita berbincang tentang masalah perundangan dan macam-macam lagi. Akan tetapi, negara jiran dia negara jiran. Dia telah menguasai pasaran halal dan demikian juga Thailand. Dia bukan negara Islam, dia menguasai pasaran halal. Kita masih duk bincang tajuk ini. Saya tanya Yang Berhormat Menteri, apa yang kerajaan buat untuk membolehkan supaya pasaran halal ini kita kuasai. Kita yang memulakan halal tetapi tiba-tiba orang lain yang menguasai pasaran halal. Kita pergi luar negara, saya pergi ke Azerbaijan. Ini negara Islam tetapi barang halal daripada negara jiran. Bukan daripada Malaysia. Jadi, Yang Berhormat Menteri kita duk bincang fasal perundangan, tangkap sana, tangkap sini. Apa Yang Berhormat Menteri buat untuk memastikan supaya Malaysia menguasai pasaran halal? Jawab ya ataupun tidak, cukup. Tidak mahu terang-terang.
Ya, ini soalan daripada Presiden Renang Malaysia.
Ya.
Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Arau. Soalan Yang Berhormat Arau itu begitu tepat sekali. Ini juga persoalan yang kita jawab harus sama-sama jawab. Ini kerana Yang Berhormat Arau, apabila saya memulakan tugas ini. Saya bertanya, kenapa industri halal ini tidak dibangunkan? Kenapa susah sangat hendak dapat Sijil Halal sebelum ini? Kenapa mikro industri tidak dibantu? Kenapa susah sangat mikro industri mereka yang terlibat dalam mikro industri ini hendak dapat Sijil Halal? Apabila kita kaji Yang Berhormat Arau, kita dapati bahawa apabila JAKIM ataupun Pegawai Jabatan Agama Islam membuat audit dan kemudian didapati tidak memenuhi syarat untuk mendapat Sijil Halal kerana banyaklah sebab-sebabnya ya. Premis, ramuan dan sebagainya. Di situ, JAKIM bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil dan audit. Akan tetapi, intervensi oleh agensi-agensi lain itu tidak berlaku sebelum ini. Ya, Yang Berhormat Arau. Ini kena soal juga dahulu kenapa tidak buat? Intervensi itu tidak berlaku. Jadi, apabila...
Ini.
Nanti dahulu Yang Berhormat Arau.
Buatlah. Buatlah. Tidak payah dulu- dulu.
Yang Berhormat Arau. Saya belum habis.
Saya tidak tahan perkataan dahulu ini.
Yang Berhormat Arau. Saya belum habis.
Sebab hormat Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi itu dahulu. Yang Berhormat Langkawi tidak buat juga.
Yang Berhormat Arau, duduk.
Yang Berhormat Menteri sedang menjawab.
Yang Berhormat Arau, duduk. Saya belum habis. Ini floor saya.
Eh!
Yang Berhormat Arau. Jika tidak mahu dengar, lain kali jangan tanya.
Okey. Okey... [Ketawa]
Sila.
Ini floor saya. Jadi, memang ia satu persoalan kenapa tidak ada intervensi berkenaan dengan pembangunan industri halal. Sebab itu, Yang Berhormat Arau. Pada...
Yang Berhormat Timbalan Tuan Yang di-Pertua hebat lah. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Kita akui dan ini kita tanya, kenapa dia tidak ada intervensi? Sebab itu ada masalah untuk dapat sijil halal. Kenapa tidak ada coaching atau bimbingan oleh agensi-agensi yang lain dan JAKIM pula bukan tanggungjawab untuk coaching. Jadi, oleh sebab itu pada hari ini kerajaan pada hari ini telah menukar Majlis Halal Malaysia kepada Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia. Ia di mana jawatankuasa pembangunan industri itu akan memberi fokus kepada industri halal dan keusahawanan dan jawatankuasa teknikal pensijilan halal akan memberi fokus kepada penguatkuasaan dan pensijilan. Jadi, itu bawah JAKIM yang pembangunan industri itu di bawah MED dan juga pembangunan standard itu di bawah standard. Jadi, kita telah bahagikan kerja itu dan telah menjenamakan semula Majlis Halal Malaysia kepada Majlis Pembangunan Industri Halal. Kita akui, kita sedar, kita iktiraf dan kita sedang intervene buat intervensi yang sepatutnya untuk membetulkan keadaan yang silap. Yang Berhormat Arau suka atau tidak itu kesalahan dahulu yang tidak dibetulkan. Ia sedang dibetulkan pada hari ini. Terima kasih.
Membohong!
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebab tadi dua-dua belah sini. Kena bagi belah kerajaan pula.
Soalan tambahan ke berapa ini, ketiga?
Ya. Sebab tadi Yang Berhormat Arau bertanya.
Eh, itu baru kerajaan. Sebelum itu duduk sebelah sini.
Hari ini soalan sampai nombor 12.
Secara ringkas.
Pelompat negara.
Okey, terima kasih. Fasal isu halal ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya isu halal ini soalan saya ini mungkin hampir sama dengan soalan yang ditanya oleh sahabat saya Yang Berhormat Jelebu. Isu halal ini perkara yang sangat sensitif kepada umat Islam. Kepada Yang Berhormat Menteri, saya tahu banyak isu-isu macam di restoran yang banyak mengaburi ataupun mengelirukan umat Islam. Kadang-kadang mereka tulis “pork-free”. Jadi, orang ingat kalau pork-free ini halal. Jadi, saya antaranya seperti restoran- restoran yang India Muslim ataupun mamak. Kadang-kadang owner ada yang owner restoran yang kita ingat restoran itu India Muslim owner dia adalah mungkin bukan Islam ataupun Hindu. Akan tetapi, mereka pamerkan ayat al-Quran. Jadi, ataupun owner itu bukan Muslim tetapi pekerjanya Muslim. Jadi, banyak mengelirukan. Jadi, contohnya banyak kopitiam yang dikunjungi oleh umat Islam mereka tidak sedar bahawa restoran itu tidak mempunyai sijil halal. Jadi, Yang Berhormat Menteri ada bercakap tadi bahawasanya kita ada undang-undang, denda yang begitu berat. Jadi, soalan saya berapa banyak kah yang telah ditangkap? Berapa banyak kah yang telah didakwa? Dan berapa banyak yang telah didapati bersalah? Terima kasih.
Terima kasih soalan Yang Berhormat Tanah Merah. Tadi, berkenaan dengan data itu saya akan menjawab secara bertulis, berapa banyak dan sebagainya. Akan tetapi, saya juga ingin menegaskan di sini bahawa amat penting bagi pengguna untuk memahami konsep halalan toyyiban ini dan tanggungjawab selain daripada tanggungjawab kerajaan ialah tanggungjawab pengguna itu sendiri. Ini kerana makanan ini sesuatu yang jadi darah daging kita. Tanggungjawab kita untuk memastikan makanan yang kita makan dan juga makanan yang kita berikan kepada anak kita itu, anak-anak dan keluarga kita itu terbukti halal dan toyyiban. Jadi, “pork-free” tidak bermaksud halal ya. Ini kerana halal ini mengambil kira konsep dari segi ingredient yang lain, penggunaan utensil dan juga berkenaan dengan kebersihan toyyiban, kualiti dan sebagainya. Jadi, kita tidak boleh memaksa. Kita hanya boleh mengikut framework undang- undang tetapi bagi pihak pengguna amat penting untuk memahami konsep ini dan faham berkenaan dengan halalan toyyiban. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Belum sempat pukul 11.30. Jadi, lagi satu soalan. Silakan Yang Berhormat Merbok.
11. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah hala tuju yang dirancang oleh kementerian dengan penubuhan Youth Power Club (YPC) kepada golongan belia dalam memupuk belia ke arah menjadi pelapis kepimpinan di masa akan datang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Hala tuju dan objektif yang dirancang oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam pertubuhan YPC adalah selepas pindaan Akta Belia dan ingin memfokuskan kepada pembangunan akar umbi anak muda khususnya yang berumur 30 tahun ke bawah. Ini kerana pada hari ini kita lihat kebanyakan kepimpinan pertubuhan-pertubuhan belia telah pun melangkaui umur 30 tahun dan lazimnya di atas 35 tahun.
Pada masa yang sama, ada tiga perkara yang harus ditekankan. Pertama sekali adalah pimpinan anak muda bawah 30 tahun. Kedua, pengkaderan wanita-wanita muda khususnya yang juga bawah 25 tahun dan pada masa yang sama, untuk memastikan bahawa aktiviti kesukarelawanan dapat disematkan dalam hati anak muda khususnya bagi mereka yang betul-betul muda. Hala tuju itu tidak boleh ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Sama sahaja seperti pertubuhan-pertubuhan belia yang lain. Ia perlu ditentukan oleh pertubuhan belia tersebut yang akan berkolaborasi dan bernaung di bawah Majlis Belia Malaysia. Kita ingin memastikan bahawa akhirnya, mereka dapat melahirkan pimpinan anak muda di seluruh Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ringkas sahaja. Saya difahamkan bahawa sebanyak RM7.4 juta telah diperuntukkan untuk penubuhan pembangunan 222 YPC di setiap Parlimen. Jadi, bagaimana status penubuhan, dan juga, bagaimana Yang Berhormat Menteri mengatasi persepsi yang menyatakan bahawa seolah-olah penubuhan YPC ini untuk mengukuhkan kedudukan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Yang Berhormat, perancangan pendanaan YPC ini belum dimuktamadkan kerana ia hanya akan dilaksanakan secara muktamad pada tahun 2020. Pada masa yang sama, ia sama sahaja seperti dengan pertubuhan-pertubuhan belia yang lain, mereka perlu memohon dana pelaksanaan program hanya di Peringkat Pusat dan negeri. Itu pun negeri terhad, lebih kepada Peringkat Pusat akan ada dana pentadbiran. Lain, mereka perlu memohon dana pelaksanaan program yang tersendiri. Terima kasih Yang Berhormat.
[Bangun]
Parit, Parit.
Siapa yang bangun dahulu?
Paya Besar, Paya Besar.
Parit.
Yang Berhormat Paya Besar lah. Orang muda.
Paya Besar lah, orang muda. Yang Berhormat Arau muda juga Tuan Yang di-Pertua [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya ada beberapa persoalan yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, setakat tahun 2019, baru berapa banyak kah duit pelaksanaan program yang telah diturunkan kepada MBM kepada Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah? Saya nampak Yang Berhormat Menteri sudah agak bertoleransi untuk memberi duit pentadbiran kepada Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah. Adakah duit tersebut telah diturunkan? Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri sebut tadi YPC. Adakah YPC ini juga akan dimasukkan sebagai badan gabungan bersama-sama dengan 41 NGO yang telah sedia ada dalam badan gabungan Majlis Belia Malaysia? Adakah perbincangan terkini dengan MBM? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Kalau ingin perincian, saya akan menjawab secara bertulis. Akan tetapi seperti yang telah pun saya jawab dalam beberapa persoalan di Parlimen sebelum ini, jumlah total yang telah pun dibelanjakan dalam bab belia ataupun akar umbi sukan, total nya dalam RM20 juta, akan tetapi kita tidak lagi mengikut cara yang lama di mana kita hanya memperuntukkan kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang telah pun sekian lama bertapak di Malaysia tetapi kita telah pun membuka pintu kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang lain dan juga non- governmental individuals, dengan izin, NGI, yang selama ini perlu melalui pertubuhan belia untuk mendapatkan dananya tersendiri.
Sekarang kita telah pun memudahkan cara permohonan dana pelaksanaan program di mana pertama sekali kita ringkaskan daripada dua bulan kepada satu bulan untuk dana tersebut disalurkan. Kedua, pada masa yang sama, ia tidak perlu hanya datang daripada kumpulan belia yang telah pun lama bertapak. Ia boleh datang daripada NGO-NGO yang tidak konvensional, yang sebelum ini tidak diberikan tempat. Pada masa yang sama, fokusnya adalah kepada dana pelaksanaan program. Dana pentadbiran bagi MBM pusat, baru semalam saya berjumpa dengan saudara Julfitri, presidennya dan kita akan bincangkan. Saya telah pun letak timeline dalam tempoh sampai bulan Disember untuk ketahui berapa yang diperlukan oleh MBM pusat. MBM negeri, perbincangan dengan kerajaan negeri masing-masing dan pada masa yang sama untuk pastikan bahawa ada hubungan yang baik antara YPC khususnya di kawasan Parlimen dengan majlis-majlis daerah. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan jawapan Yang Berhormat Menteri, tamatlah sesi soal jawab lisan. [Masa Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Saya hendak masuk Point of Order.
Tidak payahlah. Duduklah.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, sedikit.
Tidak payah, tidak payah lah ya.
Bukan, kelmarin- ini bukan hendak bergaduh. Hendak happy, happy. Esok sudah last day dah. Tuan Yang di-Pertua telah mengeluarkan arahan di bawah Peraturan Mesyuarat 36(6), dan juga Peraturan Mesyuarat 36(12) supaya Yang Berhormat Jelutong menarik balik perkataan, “Barisan Nasional menghina orang India”. Tarik balik perkataan “Barisan Nasional”. Tuan Yang di-Pertua sudah arahkan sehingga berlaku penggantungan kepada dua orang Ahli Parlimen. Jadi saya tidak mahu- saya juga tidak hendak Tuan Yang di-Pertua gantung sebab esok sudah last day. Jadi saya minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik perkataan itu, perkataan “Barisan Nasional”. Ini disebabkan yang cakap ini Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak sudah tarik balik dan minta maaf. Habis cerita. Akan tetapi Yang Berhormat tidak tarik perkataan “Barisan Nasional” dan Tuan Yang di-Pertua, saya perhati Tuan Yang di-Pertua, mukanya, riak mukanya tidak berpuas hati sebab Yang Berhormat Jelutong tidak tarik balik perkataan “Barisan Nasional” [Ketawa] Ya, saya tengok muka. Saya balik semalam saya tidak boleh tidur. Saya hendak telefon Tuan Yang di-Pertua sebab saya tidak tahan dengan perkataan tidak elok, kurang manis [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Jelutong tarik baliklah cara elok ya.
Tidak apa. Yang Berhormat Jelutong sila duduk, sila duduk.
Sebelum itu saya hendak menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu perkara yang melibatkan rakyat, dengan izin. Berkenaan dengan kejadian bah dan banjir di Kelantan dan Terengganu. Terdapat laporan bahawa 12,468 individu yang telah dipindahkan. Kawasan-kawasan yang terlibat saya difahamkan adalah di Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok dan Jeli. Saya sebenarnya ingin bangkitkan untuk menyatakan keprihatinan saya dan rakan- rakan di sebelah sini...
[Dewan riuh]
Pada masa yang sama, saya pernah membawa, melakukan misi kemanusiaan di Kuala Krai ...
Banjir di Jelutong macam mana? Banjir di Jelutong.
Di Jelutong kali ini, saya berterima kasih, tidak ada sebarang banjir. Cuma saya ingin merakamkan di sini bahawa sekiranya diperlukan apa-apa bantuan, saya dan rakan-rakan backbenchers bersedia untuk menghulurkan bantuan dan berterima kasih kepada semua kakitangan yang sedang bertungkus-lumus memberikan bantuan di sana, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, yang ini saya sokong. Saya menyokong Yang Berhormat Jelutong. Sebagai Menteri yang menjaga bencana pada masa yang lepas, saya esok akan sampai ke tempat tersebut dengan misi- misi, dengan pasukan saya yang hebat, sukarelawan. Okey dan saya akan bantu dengan hebatnya. Tidak ada masalah. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat Jelutong tolong tarik perkataan “Barisan Nasional”.
Tidak perlulah. Perkara ini sudah pun diputuskan dengan muktamad semalam. Tidak perlu diungkit-ungkit lagi. Saya fikir pendapat yang diberikan oleh Yang Berhormat Kuala Krau semalam adalah amat waras. Saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Kuala Krau.
Saya pun setuju Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju tetapi yang tarik balik Yang Berhormat Kuala Krau, bukan Yang Berhormat Jelutong. Dalam Hansard dengan terang menyebut Yang Berhormat Jelutong tidak tarik.
Tidak perlulah. Kalau dibangkit isu ini akan timbul isu yang lain, dan yang lain, dan yang lain. The matter is settled.
Okeylah saya bertolak ansur dan saya mengatakan bahawa DAP ialah penyokong Komunis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ini keterlaluan.
Ini keterlaluan.
Kita tidak mengungkit perkara ini tetapi ...
Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Arau, jangan cuba mengapi-apikan...
[Dewan riuh]
Saya minta Yang Berhormat Arau tarik balik.
Mohon dia minta maaf dan tarik balik.
Siapa yang menjalinkan perhubungan dengan Komunis? UMNO. Mereka menghantar orang untuk pergi General Assembly Parti Komunis.
Saya terangkan ya. Yang Berhormat, Yang Berhormat Pasir Salak sebut dan... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau, tidak perlulah ya. Tidak perlu pada hari yang kedua terakhir untuk menimbulkan perkara-perkara begini. Saya sudah bertolak- ansur, saya sudah bersabar. Kalau sekali lagi menuduh parti DAP parti Komunis tanpa asas, ini merupakan perkara yang serius dan saya akan gunakan kuasa Speaker. Sila duduk. Sila duduk, sila duduk. Sila duduk Yang Berhormat Arau. Kalau tidak saya akan ambil tindakan yang tegas. Sila duduk.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dipersilakan. Dipersilakan. I have no problem with that, dengan izin...
[Dewan riuh]
Dipersilakan. Dipersilakan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dipersilakan. Baik, seterusnya- belum lagi, belum lagi Yang Berhormat Menteri. Belum lagi. Usul, usul.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan DR. 43/2019, Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019, DR. 36/2019, Rang Undang-undang Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran) 2019 dan DR. 39/2019, Rang Undang-undang Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 2019 di No. 1, No. 2 dan No. 3 seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 5 Disember 2019”.
Saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
PENERANGAN DARIPADA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DI BAWAH P.M. 14(1)(i) — Menarik Balik Dan Membetulkan Kenyataan Berhubung Penyataan Pemansuhan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baharu Oleh Dato’ Seri Anwar IbrahimStatement
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, ketika membuat penggulungan dalam sidang Dewan Rakyat pada 19 November 2019, saya telah ditanya oleh Yang Berhormat Tanjong Karang iaitu Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar, tentang satu laporan media pada tahun 2012 bahawa Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim akan memastikan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baharu dimansuhkan jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum berikutnya iaitu PRU 2013. Ketika menjawab dakwaan itu berdasarkan ingatan saya, saya menyatakan bahawa kenyataan Dato’ Seri Anwar dibuat ketika perbahasan akta itu sedang berjalan, bukan sesudah perbahasan itu selesai dan akta dipinda serta diluluskan.
Namun selepas saya menyemak semula fakta kes ini, saya dapati kenyataan Anwar dibuat selepas akta itu telah diluluskan dan bukan ketika dibahaskan sebagaimana ucapan saya dalam sesi penggulungan tersebut. Walau bagaimanapun, kenyataan Dato’ Seri Anwar tersebut dibuat atas sebab membantah unsur pengambilan tanah secara paksa yang telah diperuntukkan di dalam akta itu pada asalnya. Saya juga telah bertemu dengan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada pagi keesokannya dan turut membincangkan perkara ini. Beliau turut bersetuju dengan rancangan pembangunan Kampung Baru sebagaimana yang dirancang oleh Kementerian Wilayah Persekutuan pada sekarang ini bahkan beliau berharap dapat membantu melaksanakan cita-cita murni ini. Persetujuan ini adalah atas sebab usaha kementerian kini adalah berdasarkan konsep willing buyer dan willing seller tanpa adanya apa-apa unsur paksaan. Setelah menyemak fakta mengenai perkara tersebut, saya telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 20 November 2019 iaitu sehari selepas kejadian berkenaan. Melalui kenyataan media itu saya telah saya telah memaklumkan kekhilafan yang berlaku dan menarik balik kenyataan itu serta memperbetulkannya. Memandangkan telah berlaku kekhilafan fakta ketika ucapan saya di dalam Dewan yang mulia ini pada 19 November yang lalu maka saya dengan ini menarik balik kenyataan pada tarikh tersebut dan memperbetulkannya seperti kenyataan saya sebentar tadi. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang kerana mengingatkan kembali bahawa pada dasarnya ada unsur hendak ambil alih tanah secara paksa oleh Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2019 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019 yang dicadangkan tersebut adalah bertujuan untuk pertama, membenarkan pemindahan sebahagian caruman KWSP iaitu caruman pekerja oleh para suami iaitu pemberi pindahan yang memilih secara sukarela ke akaun KWSP isterinya iaitu penerima pindahan. Kedua mengemas kini peruntukan untuk menambah baik tadbir urus dan operasi KWSP seperti berikut: (i) mengemas kini peruntukan keahlian lembaga dengan penambah bilangan wakil-wakil profesional dari tiga kepada lima orang dan mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam ekonomi atau keselamatan sosial bagi mempelbagaikan komposisi ahli lembaga; (ii) memasukkan peruntukan baru mengenai had tempoh 12 tahun bagi perkhidmatan ahli lembaga; (iii) menambah bilangan kuorum sebanyak dua orang lagi lanjutan dari penambahan dua orang ahli lembaga; (iv) memotong wakil Bank Negara Malaysia di dalam keahlian panel pelaburan dan menambah keahlian wakil-wakil profesional panel pelaburan dari tiga kepada empat orang;
(v) membenarkan ahli yang telah mencapai umur 55 tahun untuk membuat pengeluaran hilang upaya atau pengeluaran meninggalkan negara; dan (vi) mengemas kini peruntukan bagi menghalang majikan yang tidak membayar caruman daripada meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah. Tuan Yang di-Pertua saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal di dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 11 fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa untuk setiap peruntukan akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 4, Akta 452 berhubung keanggotaan lembaga dengan menambah bilangan wakil-wakil profesional daripada tiga kepada lima orang bagi mempelbagaikan komposisi ahli lembaga yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi, keselamatan sosial atau pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan. Pertambahan ini akan meningkatkan jumlah keseluruhan bilangan ahli lembaga daripada tidak lebih daripada 18 orang kepada tidak lebih daripada 20 orang. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 6, Akta 452 untuk memasukkan peruntukan baharu mengenai had tempoh maksimum pelantikan ahli lembaga selain ketua pegawai eksekutif yang layak untuk dilantik semula tetapi tiada ahli boleh memegang jawatan bagi tempoh keseluruhan melebihi 12 tahun. Fasal 4 bertujuan untuk mengemas kini seksyen 9, Akta 452 bagi menambah bilangan kuorum mesyuarat lembaga sebanyak dua orang lagi tidak termasuk pengerusi atau timbalan pengerusi untuk membentuk kuorum pada semua mesyuarat lembaga, lanjutan dari penambahan dua orang ahli lembaga di bawah seksyen 4, Akta 452. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 18, Akta 452 dengan memotong keahlian Gabenor Bank Negara Malaysia atau wakilnya daripada panel pelaburan bagi maksud mengelakkan apa-apa percanggahan kepentingan dalam menunaikan tanggungjawabnya. Di samping itu pindaan seksyen 18, Akta 452 merangkumi penambahan keahlian wakil-wakil profesional panel pelaburan daripada tiga orang kepada empat orang yang berpengalaman dalam bidang kewangan, perniagaan, ekonomi dan pengetahuan atau pengalaman lain yang berkaitan. Fasal 6 bertujuan untuk mengemas kini seksyen 39, Akta 452 bagi membenarkan Ketua pegawai eksekutif untuk mengeluarkan perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen bagi menghalang seorang dari meninggalkan Malaysia tanpa perlu mendapatkan perintah mahkamah jika ketua pegawai eksekutif mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar mana- mana caruman yang tertunggak dan kena dibayar di bawah Akta 452. Fasal 7 bertujuan untuk meminda perenggan seksyen 43(8)(c), dan (d) Akta 452 bagi membenarkan mana-mana orang sama ada atau tidak orang tersebut seorang majikan atau pekerja mengikut pengertian Akta 452, memilih untuk membayar caruman bulanan. Pindaan ini antara lain bagi membolehkan suri rumah untuk membuat caruman bulanan kepada KWSP.
Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baharu VB ke dalam Akta 452 yang mengandungi empat peruntukan baharu iaitu seksyen 53C, 53D, 53E dan 53F berkaitan program Suri Rumah (SR) oleh Kerajaan Persekutuan. Ini bagi membolehkan pemindahan sebahagian caruman KWSP iaitu caruman pekerja kepada suami iaitu dinamakan sebagai pemberi pindahan yang memilih secara sukarela ke akaun KWSP isterinya iaitu penerima pindahan dapat dilaksanakan. Program SR atau Suri Rumah ini diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan jaringan keselamatan sosial dan memperkasa sumbangan wanita serta mengiktiraf kepentingan peranan kaum hawa termasuk suri rumah.
Ini adalah kerana suri rumah merupakan antara golongan berisiko tinggi yang akan berdepan dengan masalah kewangan apabila usia meningkat atau berlaku sebarang perubahan mengejut dalam rumah tangga. Pindaan di bawah fasal 8 diringkaskan seperti berikut: (i) seksyen 53C memperuntukkan bahawa caruman ahli Kumpulan Wang yang disentuh oleh pemindahan ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang lain di bawah Bahagian IVB adalah caruman pekerja ahli Kumpulan Wang yang pertama disebut; (ii) seksyen 53D memperuntukkan pilihan yang boleh dibuat oleh pemberi pindahan untuk memindahkan sebahagian caruman secara sukarela ke dalam akaun KWSP penerima pindahan. Pemindahan caruman ini adalah tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan dalam fasal 11 mengenai Jadual Kelapan yang menerangkan perkara seperti berikut. Pertama, kriteria ahli Kumpulan Wang yang memilih untuk memindahkan carumannya. Kedua, kriteria ahli Kumpulan Wang yang menerima caruman yang dipindahkan dan yang ketiga, kadar caruman yang akan dipindahkan; (iii) seksyen 53E membenarkan pemberi pindahan memohon untuk menghentikan pemindahan caruman kepada penerima pindahan jika berlaku pembubaran perkahwinan atau kematian isteri. Apa-apa amaun yang berada di dalam akaun penerima pindahan sebelum tarikh permohonan penghentian pemindahan caruman diterima oleh Lembaga hendaklah dikekalkan dalam akaun penerima pindahan tersebut; dan (iv) seksyen 53F bertujuan memberi Lembaga kuasa untuk memindahkan semula mana-mana caruman yang dipindahkan secara silap termasuk apa-apa dividen ke dalam akaun ahli Kumpulan Wang yang telah memilih untuk memindahkan caruman tersebut. Fasal 9 dan 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 55A(2) dan peruntukan baharu subseksyen 55B(3), Akta 452 bagi membenarkan ahli yang telah mencapai umur 55 tahun untuk membuat pengeluaran hilang upaya atau meninggalkan negara. Pindaan ini juga membenarkan ahli yang telah mencapai umur 55 tahun untuk mengeluarkan kesemua jumlah wang yang ada pada kreditnya, termasuklah caruman di dalam akaun emas iaitu caruman yang dikreditkan selepas ahli mencapai umur 55 tahun tanpa menunggu sehingga ahli tersebut mencapai umur 60 tahun bagi tujuan pengeluaran hilang upaya atau meninggalkan negara. Fasal 11 adalah mengenai Jadual Kelapan yang disebutkan di bawah fasal 8. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada yang menyokong?
Saya sokong.
Saya memohon untuk berbahas ya.
Paya Besar Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Paya Besar.
Yang Berhormat Paya Besar dengan Yang Berhormat Pontian. Baik. Sebelum itu Yang Berhormat Bukit Bendera dahulu, diikuti oleh Yang Berhormat Pontian dan ketiga, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Paya Besar.
Keempat, Yang Berhormat Paya Besar.
Tebrau.
Kemudian Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Gerik. Itu sahaja? Ada lagi?... Habis ya? Yang Berhormat Arau?... [Disampuk] Oh, tak ada [Ketawa] Saya hairan juga. Baik. Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Tebrau, dan Yang Berhormat Gerik. Silakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Merbok.
Ha, Yang Berhormat Merbok satu lagi.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terutama sekali saya ingin mengalu-alukan terhadap pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 ini dan antara pindaan tadi disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ialah tentang pemindahan secara sukarela dua peratus daripada caruman KWSP, share pekerja kepada akaun KWSP isterinya yang sah. Saya rasa ini adalah satu polisi pengumuman yang baik dan mengalu-alukannya kerana dapat mewujudkan jaringan keselamatan sosial kepada isteri. Saya juga perhatikan bahawa bil ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Sebenarnya dua peratus ini kalau kita zoom in, ia merupakan satu pemindahan daripada share suami kepada isteri. Selain daripada itu, saya dapati satu pindaan yang saya rasa baik juga, melindungi kepentingan ahli untuk mendapatkan tunggakan caruman daripada majikan. Di bawah pindaan yang dicadangkan seksyen 39, KWSP boleh mengeluarkan perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen tanpa perintah mahkamah jika KWSP mempunyai sebab untuk mempercayai orang itu akan atau berkemungkinan untuk meninggalkan Malaysia tanpa membayar caruman. Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada Timbalan Menteri bahawa kerana apabila ada satu kuasa kepada Ketua Pengarah Imigresen, sama ada, ada satu web-based system untuk membuat pemeriksaan bagi pihak pengguna? Kalau majikan dia berasa waswas sama ada dia membuat bayaran sepenuhnya, kalau boleh ada satu web-based system supaya mereka key in nama syarikat, nama IC, nombor syarikat, mereka boleh tahu bahawa mereka ada tunggakan atau tidak. Ini kerana kalau tidak, ini akan mendatangkan masalah apabila flight ticket sudah semua sudah booking selesai, sampai airport baru tahu bahawa tak boleh keluar. Saya rasa itu kita perlu menyeimbangkan, memberikan keadilan juga kepada majikan-majikan kerana mereka perlu given advance notice kerana apabila kalau majikan yang mempunyai organisasi yang besar – sama ada satu threshold kalau kurang daripada tunggakan kurang beberapa ribu ringgit, boleh diberi kelonggaran. Tujuan kita ialah untuk menggalakkan atau memaksa majikan untuk membuat pembayaran terhadap caruman pekerja, tetapi kita juga tidak ingin melihat bahawa ini menjejaskan pergerakan majikan-majikan. Saya rasa satu keseimbangan boleh dibuat untuk melindungi juga dan pada masa yang sama, ahli-ahli KWSP, pekerja-pekerja mendapat perlindungan yang sepenuhnya supaya share mereka perlu – tunggakan yang caruman daripada majikan dibayar sepenuhnya. Satu pindaan yang saya dapati adalah iaitu akaun emas caruman ahli antara umur 55 hingga 60 tahun. Pindaan terhadap seksyen 55A(2) dan 55B(3), pengeluaran kesemua simpanan dibenarkan bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun apabila hilang upaya ataupun meninggalkan negara. Saya dapati meninggalkan negara ini adalah sebenarnya bukan- seorang warganegara Malaysia tidak akan meninggalkan Malaysia. Kalau ini untuk akaun emas, saya rasa ini pindaan ini boleh membantu pekerja.
Lagi satu pindaan yang telah dicadangkan dalam rang undang-undang ini, tadbir urus sejajar perkembangan semasa dengan tambahan jawatan-jawatan baharu dalam penstrukturan semula dari segi Lembaga. Saya rujuk kepada fasal 2 apabila sub fasal 2(e) menyatakan bahawa hendaklah dilantik dalam kalangan orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kewangan, perniagaan, ekonomi, keselamatan sosial atau pengetahuan dan pengalaman lain yang berkaitan. Ini adalah berkaitan dengan ahli Lembaga.
Saya ingin tahu bahawa apabila terdapat penambahan bilangan ahli lembaga daripada enam hingga lapan orang dengan syarat satu lagi term limit tidak melebihi 12 tahun. Saya ingin tahu, berapakah implikasi kewangan kepada KWSP kerana sudah sebut tadi tiada implikasi kewangan kepada kerajaan. Oleh itu implikasi kewangan semestinya daripada KWSP dengan tambahan. Apakah implikasi kewangan untuk tambahan dua ahli lembaga ini dan berapakah remuneration seorang Ahli Lembaga KWSP supaya kita dapat tahu sama ada Ahli Lembaga KWSP mendapat satu upah ataupun satu elaun yang berpatutan. Kita ingin reward kepada orang-orang yang berkelayakan satu elaun yang berpatutan tetapi pada satu hal kita juga tidak ingin melihat supaya elaun yang diterima oleh ahli lembaga keterlaluan, satu keseimbangan. Minta maklumat tersebut. Saya juga ingin menanyakan kerana di bawah fasal 5, di bawah pindaan rang undang-undang ini telah dinyatakan bahawa wakil ataupun keahlian Gabenor Bank Negara Malaysia ataupun wakilnya dikeluarkan daripada panel pelaburan. Dinyatakan juga dalam huraian rang undang-undang ini mengelakkan apa-apa konflik kepentingan dalam menunaikan tanggungjawabnya. Saya pun hairan kerana Gabenor Bank Negara tak tahu wakilnya, sebenarnya menjalankan tugas mereka di bawah Akta Bank Negara seperti yang kita debate semalam. Apakah maksud konflik kepentingan yang dimaksudkan kerana keahlian mereka telah dikeluarkan daripada panel ini. Saya rasa ini perlu kita mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Satu lagi saya ingin membangkitkan secara dasar untuk KWSP kerana apabila Malaysia menuju ke tahap pembangunan yang lebih tinggi dan juga purata jangka hayat hidup orang Malaysia, rakyat Malaysia telah sampai ke umur 75 tahun. Apabila lelaki dijangkakan 73 tahun dan wanita jangka hayat lebih panjang 78 tahun, oleh itu apabila compulsory retirement bersara secara wajib pada 60 tahun dan mengikut statistik ahli KWSP, 65 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun mempunyai jumlah simpanan kurang daripada RM50 ribu. Hanya 31 peratus ahli aktif KWSP mencapai simpanan asas RM240 ribu. Oleh itu apabila 60 tahun sampai kepada jangka hayat purata 75 tahun, sepanjang 15 tahun mereka enjoying persaraan ataupun retirement tetapi wang KWSP simpanan mereka tidak cukup. Saya rasa itu kita banyak baca laporan bahawa ada yang habis menggunakan wang KWSP sebab sudah umur lima tahun selepas pengeluaran ataupun tujuh tahun, lapan tahun selepas pengeluaran. Mereka masih lagi ada begitu panjang dan sampai ada kita walaupun saya kata itu purata jangka hidup, bagaimana yang mereka sampai 80, 85 dan yang lebih lanjut lagi. Saya tidak nampak pindaan dalam kali ini ialah pindaan berkenaan bagaimana kita ada satu strategi untuk supaya ahli-ahli KWSP boleh menabung ataupun menggunakan tabungan KWSP mereka supaya boleh cover sampai jangka hayat yang dijangkakan. Saya rasa itu perlu diberi perhatian serius oleh ahli lembaga dan juga pihak kerajaan memandangkan KWSP memainkan peranan yang begitu penting sebagai payung, sebagai satu tabung yang begitu penting untuk persaraan. Saya rasa kita perlu memandang serius terhadap ketidakcukupan simpanan persaraan ini dan menggunakan strategi-strategi supaya kita dapat melindungi ahli-ahli KWSP supaya mereka dapat bersara dengan wang yang secukupnya. Itulah seperti yang saya sebut tadi dan saya mohon untuk menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Pontian, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada beberapa pertanyaan yang saya ingin tanya mengenai pindaan Rang Undang-undang Akta KWSP ini. Satu ialah mengenai pemberian kepada isteri yang disebut oleh suami kepada isteri, 2 peratus daripada 11 peratus yang suami itu ada tetapi bolehkah jika suami ingin memberi lebih daripada itu. Seperkara lagi ialah...
Boleh?
Silakan.
[Ketawa] Terima kasih, Yang Berhormat Pontian.
Baru start. Baru dua ayat sahaja.
Ini berhubung dengan pemberian suami kepada isteri iaitu 2 peratus daripada 11 peratus. Apakah Yang Berhormat Pontian ingin mencadangkan kepada kerajaan instead of bagi 2 peratus, kenapa tidak mungkin ditambah sebab kalau dia ada dua isteri, tiga atau empat, macam mana? Ini kena adil, Tuan Yang di-Pertua. Biasanya apabila ramai isteri ini, kadang-kadang dia tidak terurus. Ada anak tidak terjamin masa depannya...
...Macam saya...
Saya, insya-Allah terurus juga [Ketawa]
[Dewan ketawa]
Jadi apa yang perlu dibuat oleh kerajaan iaitu memastikan bahawa agihan itu harus adil dan seimbang. Jangan agihan itu macam orang kata, ‘melepas batok di tangga’ sahaja. Dekat mana kalau RM100 ribu bermakna baru RM4,000. Jadi apa juga yang boleh diguna pakai dengan RM4,000 ini, minta Yang Berhormat Pontian suarakan dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Ketawa] Betul apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi, nampak beliau ada pengalaman yang berkaitan...
[Dewan ketawa]
Ini hanya apa yang kita bincang ini ialah KWSP suami kepada isteri atau isteri-isteri dan kita hanya menyebut 2 peratus. Persoalannya ialah, kenapa perlu ditetapkan hanya 2 peratus, kenapa tidak boleh 3 ataupun 4 peratus dan kalau isteri lebih daripada satu, bagaimana peratusannya. Di kiri dan kanan saya, sebenarnya dua-dua Yang Berhormat ini ada pengalaman, Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Kinabatangan...
[Dewan ketawa]
Lenggong, Lenggong tidak terlibat.
Ya, Yang Berhormat Lenggong tidak terlibat, belum lagi. Kemudian, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kadang-kadang suami tiada KWSP tetapi isteri ada KWSP. Ini satu perkara yang tidak dimasukkan dalam pertimbangan di sini. Isteri bekerja tetap, bekerja dengan syarikat secara tetapi suami berniaga kecil-kecilan, kerja yang tidak tetap. Maka apa kata kalau isteri ingin memberi KWSP kepada suami dia. Tidak dinyatakan dalam akta ini. Alang-alang kita buat, apa kata kalau kita pinda terus bahawa isteri yang bekerja tetap dengan pihak swasta misalnya yang ada caruman, ingin memberi kepada suami yang bekerja tidak tetap, itu satu cadangan.
Cadangan kedua ialah kadang-kadang kalau kita hendak bagi, suami ingin bagi kepada anak, juga tidak dinyatakan di sini. Alang-alang kita ingin memberikan atas dasar kasih sayang, apa salahnya kita beri juga anak kita caruman KWSP itu. Ini tidak dinyatakan di sini. Jadi perkara yang seterusnya saya nyatakan di sini ialah kita mengakui bahawa KWSP ini antara tabungan tertua, 1951 dan terbesar. Antara yang terbesar di dunia. Dananya RM785.59 bilion cukup besar dana itu, RM785.59 bilion. Tidak ada satu organisasi di Malaysia yang memiliki wang yang begini banyak. Hanya KWSP sahaja yang sebegini banyak. Akan tetapi mereka kerja mudah sebenarnya kawan-kawan, pegawai-pegawai KWSP di belakang sana, kerjanya cukup mudah sebab dia hanya menerima caruman bukan berusaha mencari dana ini. Dana itu sentiasa datang, sentiasa dipotong, tidak ada usaha- usaha yang gigih untuk mencari dana, hanya untuk menguatkuasakan undang-undang. Ahli saya dapati 14,091,141 ahli tetapi ahli yang aktif cuma 7,192,502. Saya ingin tanya, mengapa daripada keseluruhan ahli KWSP itu, hanya separuh daripada 14 juta, hanya 7 juta sahaja yang aktif?
Ini satu perkara yang pelik. Kenapa tidak aktif lebih daripada tujuh juta orang? Kalau aktif, katalah 10 juta orang daripada 14 juta orang, bukankah itu satu perkara yang baik? Kemudian, majikan yang mencarum seramai 504,090 orang, itu sahaja. Setengah juta majikan. Saya hendak tahu, berapa banyak kes majikan yang dihadapkan ke mahkamah kerana sepatutnya mereka mencarum tetapi tidak mencarum. Ini adalah satu pelanggaran Akta KWSP yang asal. Kita ingin tahu, apa yang berlaku sebenarnya, kenapa mereka tidak mencarum untuk pekerja-pekerja mereka? Kemudian, saya ingin tahu kenapa dividen turun pada tahun 2017 dibandingkan dengan tahun 2018? Tahun 2017, dividen sebanyak 6.9 peratus untuk simpanan konvensional. Tahun 2018, turun 6.9 peratus kepada 6.15 peratus. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kira Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak sama dengan orang lain yang sentiasa hendak menyalahkan kerajaan terdahulu. Kadang-kadang, kita kena tanya diri kita sendiri, tanya KWSP sendiri, kenapa dividen turun? Adakah kerana pasaran saham kita yang merudum, yang turun sebanyak tiga ratus lebih mata yang menyebabkan ekuiti sebanyak 42.23 peratus daripada pelaburan KWSP dalam ekuiti ini, dan ia menjejaskan kerana pelaburan pasaran saham kita yang jatuh? Daripada segi simpanan syariah. Simpanan syariah tahun 2017 sebanyak 6.4 peratus turun kepada 5.9 peratus untuk tahun 2018. Satu lagi saya hendak tanya, kenapa simpanan syariah ini dividennya lebih rendah daripada simpanan konvensional? Bila kita boleh setarakan ataupun dividen simpanan syariah melebihi daripada simpanan konvensional? Tahun 2017 sebanyak 6.9 peratus, syariah cuma 6.4 peratus, manakala tahun 2018, konvensional sebanyak 6.15 peratus, syariah cuma 5.9 peratus. Kalau syariah ini tinggi, maka lebih ramai ahli-ahli akan memasuki simpanan syariah itu. Dan pelaburan-pelaburan KWSP ini Timbalan Menteri, walaupun di konvensional ataupun syariah- saya kira pelaburan konvensional itu mesti dipastikan sumber-sumbernya halal. Itu satu perkara yang penting walaupun kita kata kita telah pecahkan kepada dua. Kita berharap agar kita tidak terlibat dalam perkara-perkara yang jelas ternyata tidak halal seperti arak, judi, senjata nuklear kah, apa kah- saya rasa tidak adalah. Akan tetapi, itu di antara perkara-perkara yang saya kira tidak boleh disebut halal. Tunku Alizakri, ini CEO baharu KWSP, mengatakan bahawa 30 peratus daripada pelaburan KWSP ini daripada dana KWSP itu boleh dilabur di luar negara. Pelaburan- pelaburan di luar negara ini tentu ada risiko-risiko yang tertentu. Saya kira pelaburan- pelaburan hartanah di negara-negara- di ibu negara, London kah misalnya, ataupun di mana- mana tempat yang hartanahnya memiliki keupayaan dan pulangan yang tinggi, kita boleh melabur di situ. Kalau tidak, RM785.59 bilion ini agak berbahaya kalau kita laburkan tidak tentu fasal ya. Kemudian, pelupusan dan penjualan aset. Saya ingin tanya, berapa banyak sejak bulan Mei 2018, aset-aset KWSP yang dijual dan berapa jumlah jualannya serta kenapa dijual? Berapakah aset-aset baharu yang dibeli? Adakah di antara pelaburan-pelaburan di luar dan di dalam negara ini yang rugi- KWSP, pelaburan hartanah yang rugi?
Jadi, satu lagi perkara yang saya hendak sebut ialah ini Program Malaysia@Work, insentif yang ditawar akan dimasukkan ke dalam KWSP. Adakah kita perlu meminda sekali lagi untuk Program Malaysia@Work yang menawarkan insentif itu? Adakah ia sudah berada di dalam rang undang-undang yang sedia ada, ataupun kita kena pinda supaya insentif Program Malaysia@Work ini boleh diberikan? Kemudian, pengeluaran untuk pendidikan. Terima kasih kerana memberikan pengeluaran pendidikan untuk sendiri, dan kita pun sudah lama untuk pendidikan anak-anak. Saya kira, jumlah yang tertentu boleh diberikan untuk tabung pendidikan anak-anak. Ini satu lagi cadangan. Dan yang akhirnya saya ingin nyatakan di sini, pemotongan KWSP setiap bulan untuk tabungan pendidikan anak-anak. Sekarang ini hanya boleh dikeluarkan daripada Akaun 2 untuk masa-masa tempoh yang tertentu bukan secara bulanan, bukan secara berkala potongan itu. Terima kasih, itu sahaja yang ingin saya sampaikan.
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya turut berbahas. Pada pandangan saya, pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 adalah tepat. Langkah Kementerian Kewangan untuk melakukan pindaan ini satu tindakan yang bertanggungjawab. Mengapa saya katakan demikian, pertama, Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ini tabung pekerja. Jumlahnya besar. Ahli Yang Berhormat Pontian tadi sebut, sebanyak RM785.9 bilion. Saya minta Timbalan Menteri, mungkin ada angka yang terkini yang rasmi boleh berkongsi dengan kita di Parlimen. Mungkin daripada kefahaman saya, ia antara tabung wang simpanan pekerja ini yang dananya terbesar di dunia. Setakat ini, alhamdulillah tidak ada skandal yang melibatkan KWSP. Ini satu rekod yang baik dan kita semua Ahli Parlimen, rakyat perlu memberi salute kepada tenaga-tenaga pengurusan KWSP dari dahulu sehingga sekarang. Jadi, inilah sebab saya lihat tadi, Timbalan Menteri menyebut antara fasal-fasal yang hendak dipinda ialah hendak tambah ahli lembaga. Ini betul. Hendak uruskan panel pelaburan, hendak tentukan kuorum mesyuarat. Ini satu langkah yang baik sebab kita lihat dalam beberapa bulan ini di mahkamah, bukan perkara yang tohmahan, ini betul iaitu bagaimana nama-nama SRC International jadi kes di mahkamah, bagaimana nama seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) timbul dalam kes di mahkamah, Tabung Haji, FELDA- tetapi setakat ini, kita bersyukur, tabung untuk kumpulan pekerja ini masih lagi berintegriti. Ini perlu kita jaga. Tanggungjawab kerajaan yang ada sekarang, dulu dan sekarang, jaga amanah. Ini tabung, wang pekerja untuk duit mereka hari tua nanti. Satu lagi alasannya mengapa kita perlu pandang serius tentang pindaan ini, kerana KWSP ini merupakan tabung yang membantu negara. Banyak perbelanjaan negara ini, sedia keluarkan bon dan sebagainya, kita pinjam daripada wang pekerja ini. Oleh sebab itu, sebagai sebuah kerajaan mestilah berlaku adil kepada pekerja bukan sahaja, jaga wang mereka, wang tua mereka, tetapi kebajikan mereka. Jadi, ini perkara yang penting...
Yang Berhormat Pasir Gudang?
Ya?
Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Gudang supaya wang KWSP ini betul-betul kita jaga, dan daripada segi pelaburannya. Cuma, saya hendak menyentuh Yang Berhormat Pasir Gudang, tentang pinjaman-pinjaman yang dikeluarkan oleh EPF seperti PTPTN, berapakah jumlah pinjaman yang belum dibayar kembali oleh PTPTN? Adakah badan-badan yang lain yang telah mengambil pinjaman daripada KWSP ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Pertanyaan Yang Berhormat Kuala Krau itu saya harap dapat dimasukkan dalam ucapan saya ini iaitu kita berkongsi maklumat. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin daripada pihak kementerian, pada pihak Menteri untuk memaklumkan di Dewan kita ini, data-data rasmi yang boleh dikongsi iaitu, berapakah jumlah terkumpul sekarang- wang simpanan pekerja ini? Kedua, ada berapa ramai pencarum pada waktu sekarang ini, dan ketiga, ada berapa ramai majikan dalam daftar KWSP?
Keempat, kita ingin tahu juga bagaimana pelaburan KWSP ini dilakukan, bagaimana ia dilakukan di dalam negeri dan di luar negeri. Bagaimana strategi pelaburan itu dibuat supaya mendatangkan pulangan dividen kepada KWSP. Saya juga ingin mendapat pencerahan apakah pelaburan-pelaburan terbesar KWSP sekarang dalam GLC dalam negara kita, dalam syarikat private dalam negara kita dan pelaburan-pelaburan strategik yang besar di luar negara sebab ini duit pekerja, ini harta negara. Makna di Dewan yang mulia ini perlu dimaklumkan. Selanjutnya, saya ingin bertanya apakah kaedah untuk elakkan berlakunya salah urus dalam KWSP. Sementara kita sekarang sedang meminda rang undang-undang ini jadi kita pastikan segala urusan untuk jaga jangan berlaku salah urus- mismanagement, dengan izin. Ada dua soalan yang terakhir pertama, adakah KWSP ada kaitan dengan skandal 1MDB dan soalan saya yang terakhir yang menjadi isu sekarang saya dimaklumkan ada ekuiti KWSP di dalam Lebuhraya PLUS. Apakah statusnya sekarang? Adakah KWSP akan melepaskan ekuiti itu kepada pihak private? Itu saja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar. Yang Berhormat Paya Besar silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan dan KWSP. Saya ucapkan terima kasih kerana dapat turut serta untuk membahaskan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2019. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada beberapa persoalan yang saya fikir amat penting untuk saya kemukakan di peringkat dasar ini memandangkan KWSP ini merupakan satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang merupakan satu aset yang amat penting kepada pekerja-pekerja yang telah menyumbang tenaga dan keringat mereka apabila mereka sudah tamat berkhidmat di mana di sektor swasta ada juga sebahagian dari sektor awam. Pertamanya adalah bagaimana kita ingin melihat sesungguhnya adakah KWSP ini betul-betul akan berubah dengan pindaan-pindaan akta pindaan 2019. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan tadi ada pindaan melibatkan tadbir urus, ada penambahan keahlian dari segi Ahli Lembaga sehingga maksimum 18, ada juga dilihat dari sektor panel pelaburan. Saya juga berpuas hati apabila ada tindakan-tindakan yang dibuat untuk menghalang syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab tetapi persoalan saya adakah perkara-perkara yang dipinda ini akan mengubah struktur KWSP. Adakah ia tetap sama dengan keadaan yang lepas kerana apa Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat tahun 1980-1984 ketika itu KWSP mencatatkan dividen yang agak tinggi berbanding apa yang disebutkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sebentar tadi lapan ke 8.5 peratus.
Satu pencapaian yang agak tinggi dan saya mengharapkan sangat Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya pindaan ini juga akan mengubah struktur landskap pelaburan KWSP. Akan tetapi dalam peringkat dasar ini ada beberapa isu yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya berkaitan i-SURI Tuan Yang di-Pertua. Kita jelas bahawasanya dua peratus akan disumbangkan oleh pihak suami kepada isteri dan isteri-isteri yang sah. Cumanya saya ingin menyingkap kembali bagaimana manifesto yang dibuat oleh Pakatan Harapan dalam iltizam kedua yang menunjukkan bahawasanya i-SURI ini akan diberikan kepada semua suri rumah dengan jumlah RM50. Akan tetapi apabila yang diumumkan oleh Pakatan Harapan hanya RM40 dan hanya diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan e-kasih dan saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah ia akan selama-lamanya tertumpu kepada e- kasih ataupun Kerajaan Pakatan Harapan akan menyalahkan kerajaan terdahulu itu sebabnya mereka terpaksa hanya memberi tumpuan kepada e-kasih tidak diberikan kepada semua wanita-wanita yang berada di negara kita ini yang menjadi suri rumah itu perkara yang penting. Keduanya, saya juga Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri ingin melihat bagaimana peluasan pengeluaran akaun yang kedua Tuan Yang di-Pertua. Saya berpuas hati bahawasanya dahulu KWSP hanya ada satu akaun, tapi disebabkan faktor kesihatan, faktor pendidikan diwujudkan akaun kedua. Akan tetapi saya hendak menarik Dewan yang mulia ini bagaimana kajian yang dibuat oleh ASEAN Institute of Finance kepada satu Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) kerana apa Tuan Yang di-Pertua, 70 peratus yang dinyatakan dalam kajian ini melibatkan anak-anak muda. Anak muda yang terlibat dengan kredit kad, tidak dapat bayar akhirnya mereka muflis dan perkara-perkara ini bagaimana simpanan yang berada di dalam KWSP ini khususnya akaun kedua ini dapat di lebar luaskan supaya anak-anak muda ini juga dapat mengeluarkan akaun kedua ini untuk membantu mereka menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. Dengar hari ini ramai sangat anak-anak muda dan pekerja-pekerja dibuang kerja. Mereka terpaksa membina kehidupan baharu. Adakah peluasan akaun kedua ini juga akan memberi tumpuan kepada mereka yang ingin mewujudkan initial capital injection, dengan izin, supaya mereka dapat berniaga kecil-kecilan. Akan tetapi untuk memohon dengan bantuan agensi pemberi pinjaman saya anggap agak sukar tetapi mereka sudah ada simpanan dalam akaun yang kedua yang mungkin boleh digunakan bagi tujuan untuk membantu mereka yang sudah dibuang kerja. Perkara ketiga yang disebut oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tadi adalah berkaitan prestasi pelaburan. Saya juga ada sebut di permulaan penghujahan saya berkaitan pelaburan KWSP, saya harap sangat Tuan Yang di-Pertua, KWSP harus memberi tumpuan kerana apa seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pasir Gudang KWSP adalah satu agensi yang tidak perlu banyak berfikir untuk mendapat modal untuk membuat pelaburan. Akan tetapi dengan trend dilihat agak menurun dan menurun. Saya hendak menyingkap Yang Berhormat Timbalan Menteri, tahun 2009. Tahun 2009 simpanan konvensional dividen yang diberikan 5.65 peratus itu tahun 2009. Tahun 2017 naik 6.9 peratus untuk simpanan konvensional dan 6.4 peratus untuk Simpanan Shariah. Akan tetapi apa yang menggusarkan saya Tuan Yang di-Pertua, tahun 2018 ia turun kepada 6.15 peratus untuk simpanan konvensional dan Simpanan Shariah kepada hanya 5.9 peratus. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya minta pegawai-pegawai KWSP khususnya dapat memberikan gambaran dalam Dewan yang mulia ini apa prestasi tahun 2019. Adakah dividen kita yang kita akan umumkan pada tahun hadapan juga akan mengalami penurunan dan sekiranya berlaku penurunan apakah sebab. Saya membaca dan membuat kajian melihat bahawasanya pelbagai alasan dibuat oleh pihak KWSP untuk mengatakan kerana inilah faktor global. Saya hendak tegaskan di Dewan yang mulia ini apa yang berlaku di antara United States dengan China bukan satu kelemahan kepada proses pelaburan kita tetapi kita harus melihat faktor peluang dan keuntungan daripada pergaduhan di antara dua kuasa besar ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana portfolio pelaburan yang baharu dibuat selepas Kerajaan Pakatan Harapan mengambil dan saya juga hendak tahu senarai projek-projek pelaburan di luar negara dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat nyatakan bagaimana kita dapat melaksanakan pelan-pelan alternatif di atas pelaburan-pelaburan yang kita berikan tetapi tidak menguntungkan. Adakah kita membuat satu due diligence yang betul-betul independence bukan dibuat hanya berasaskan kajian yang agak singkat.
Saya juga hendak menyentuh kepada Malaysia@Work Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang telah disebut oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Apabila duit RM500 Tuan Yang di-Pertua dimasukkan ke dalam KWSP, anak-anak muda ini agak kecewa Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mereka ingatkan dimasukkan dalam salary mereka pada setiap bulan. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah akaun ini juga duit yang RM500 ini dimasukkan ke akaun mana? Akaun 1, atau Akaun 2? Saya hendak cadangkan di Dewan yang mulia ini supaya wujudkan akaun ketiga khusus untuk anak-anak muda supaya mereka dapat mengeluarkan duit ini lebih mudah daripada akaun kedua, masuk ke dalam akaun ketiga supaya RM12 ribu nanti mereka dapat gunakan. Walau bagaimanapun saya yakin KWSP perlu meletakkan syarat-syarat tertentu supaya penggunaan duit RM12 ribu yang telah diperuntukkan selama mereka berada dalam Skim Malaysia@Work ini harus digunakan sebaik mungkin. Saya juga hendak menyentuh kepada potongan KWSP dan Skim PERKESO. Saya memuji langkah kerajaan walaupun ada pengurangan RM10 daripada RM50 seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan, tidak mengapalah. Cukuplah RM40, walaupun janji RM50. Akan tetapi bagaimana pula insurans PERKESO kepada mereka ini? Adakah kementerian mempunyai pemikiran kerana apa suri rumah juga ada faktor-faktor keselamatan. Mereka juga harus dilindungi oleh insurans. Sekiranya betul-betul Pakatan Harapan ingin memperkasakan wanita, saya cadangkan di Dewan yang mulia ini supaya potongan KWSP 2 peratus itu juga harus diselitkan juga skim PERKESO agar wanita juga diperkasakan. Saya juga minta Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kita panjangkan kepada anak-anak muda yang berada dalam gig ekonomi. Anak-anak muda yang berada dalam industri kreatif dan seni persembahan kenapa kita dapat banyak kompelin Yang Berhormat Timbalan Menteri, mereka yang berlakon, mereka yang menjadi artis tidak ada pembelaan yang sewajarnya khususnya mencarum KWSP ini. Saya harap sangat supaya walaupun kita berasaskan kepada gig ekonomi tetapi faktor-faktor KWSP ini juga harus digunakan supaya mereka yang berkhidmat dan memberi sumbangan dalam gig ekonomi ini juga dapat dilindungi oleh kerajaan yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan pegawai kementerian, terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang untuk menyertai perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut dengan baik langkah-langkah yang sudah diambil untuk buat pindaan atas Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 ini. Saya amat tertarik kepada permintaan atas seksyen 4, subfasal (2)(e) yang meminda subperenggan 4(1) di empat akta ini dengan menaikkan bilangan ahli lembaga ke lima daripada tiga. Juga permintaan untuk mengeluarkan Gabenor Bank Malaysia daripada panel pelaburan atas alasan untuk menggelakkan apa-apa konflik kepentingan dalam menunaikan tanggungjawabnya untuk menaikkan bilangan ahli lembaga dari tiga ke lima itu dibuat untuk memasukkan sesiapa yang ada mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kewangan perniagaan ekonomi, keselamatan sosial, pengetahuan atau pengalaman lain yang berkenaan adalah sebab untuk menarik lebih ramai orang yang berwibawa ke dalam lembaga ini.
Jadi saya ingin ucapkan tahniah kerana pihak kerajaan sudah ambil satu langkah yang baik tetapi saya berharap dengan permintaan ini atas akta ini, KWSP akan betul-betul melaksanakan profesionalisme dalam segala-galanya, khususnya dalam pengurusan pelaburan. Ini untuk memastikan semua pelaburan akan dilakukan mengikut ketetapan return of investment yang sudah ditetapkan oleh KWSP dan pelaburan itu mesti memperoleh risk profile, dengan izin, yang boleh diterima selepas melakukan risk management assessment oleh KWSP. Ini kerana sebelum ini kita dapat maklumat atau laporan ada banyak pelaburan yang dilakukan tidak menghasilkan dividen yang dijangkakan. Jadi saya berharap dengan memasukkan pakar-pakar yang ada pengetahuan, khususnya dalam kewangan akan bertambah baik pengurusan pelaburan KWSP.
Boleh mencelah sedikit Yang Berhormat?
Ya, ya boleh.
Silakan Yang Berhormat Segamat.
Terima kasih. Apakah pandangan Yang Berhormat sebab kita mendapati dalam KWSP ini kebiasaannya pelaburan mereka ini dalam saham-saham tersenarai. Akan tetapi kita juga mendapati contohnya di Malaysia kita ada juga beberapa syarikat besar dan bertaraf dunia. Contohnya kita ada Weststar, syarikat penerbangan dan juga sebagainya. Kita mendapati... [Rakaman kurang jelas] .... Terbesar di dunia pun melabur kepada mereka tetapi kita tidak labur. Padahal pelaburannya akan membawa jauh lebih banyak pulangan. Apa pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Pandangan saya, saya berharap itu tidak berlaku lagi kerana saya berpendapat secara peribadi, terdapat kemungkinan panel pelaburan terlalu terikat kepada keperluan eksekutif negara kita untuk melabur dalam syarikat-syarikat atau GLC negara kita. Jadi, saya berharaplah dengan permintaan ini panel pelaburan akan berani meletakkan kepentingan semua ahli-ahli KWSP kerana mereka merupakan pekerja-pekerja di negara kita supaya caruman mereka dapat hasil yang tertinggi. Ini bukan sahaja untuk melabur dalam saham-saham tertentu sebagai satu national service, dengan izin. Saya berharap ini akan dipertimbangkan dengan baik. Kedua, adalah pindaan untuk menghalang seseorang daripada meninggalkan Malaysia jika ketua eksekutif mempunyai sebab untuk mempertahankan. Ini satu langkah yang baik tetapi saya masih hendak bagi pandangan saya kerana saya nampak ini adalah satu kegiatan yang reactive, dengan izin. Ini kerana kesalahan telah berlaku dan mangsa adalah pekerja-pekerja yang sudah ditolak dari gaji mereka caruman KWSP tetapi tidak dimasukkan dalam akaun KWSP. Ini bermakna mereka tidak akan menikmati dividen yang diumumkan oleh KWSP pada hujung tahun jika masih tidak dimasukkan sebelum itu dan juga akan jadi mangsa sekiranya majikan itu akhirnya dibubarkan dan memang akan hilang dan tidak membayar caruman itu.
Jadi, saya berharap KWSP, kalau sekiranya belum ada, akan mewujudkan satu sistem komputer yang akan mengenal pasti dalam 30 hari, mana-mana majikan yang sepatutnya setiap bulan ada membayar caruman tapi bulan itu dia sudah lambat, dalam 30 hari akan red flag supaya KWSP boleh ambil tindakan proaktif dengan cepat untuk memastikan caruman tidak akan hilang dan manfaat kepada pekerja-pekerja dapat dijamin. Saya berharaplah ini akan dilakukan. Jadi, saya berharap agar Yang Berhormat Menteri boleh memberi maklumat kepada Dewan yang mulia ini, sekiranya ada, berapa majikan yang gagal untuk membayar caruman dan berapa banyaknya atau jumlahnya yang tidak dibayar? Sekiranya ada maklumat ini, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh menjawab dan memberitahu kepada Dewan ini.
Saya balik kepada isu yang pertama mengenai pelaburan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi maklumat kepada Dewan yang mulia ini, berapa pelaburan yang sudah dibuat tetapi tidak membawa hasil atau menerima dividen yang dijangkakan? Ini bermakna laporan yang kita kata yang buruklah, bad investment, dengan izin. Itu sahaja daripada saya. Saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gerik dan selepas itu Yang Berhormat Merbok dan akhir sekali Yang Berhormat Arau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya juga turut sama membahaskan pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di mana sebelum ini kita memahami KWSP ini akan ada pemotongan kepada mereka yang bekerja bukan pekerja tetaplah, dia kerja kontrak, kerja yang kalau di jabatan kerajaan yang sudah disahkan jawatan. Cumanya, saya melihat perkara baharu yang agak menarik iaitu isteri dan isteri- isteri kalau hendak dipotong KWSP secara sukarela oleh suami mereka, minimum dua peratus. Saya jangkakan kalau suami hendak potong lebih, mungkin pihak KWSP tiada halangan. Persoalan yang akan berbangkit ialah bila sudah ada persetujuan untuk memotong dan dikenakan kepada akuan isteri ialah kalau terlambat bayaran, apakah tindakan KWSP? Apa yang saya tahu, biasanya mereka akan kenakan penalti ataupun lambat bayar. Ini juga kena dijelaskan sejelasnya kepada setiap yang hendak memotong dengan KWSP. Kalau boleh, bila mana suami hendak bayar balik, mesti ada satu perundingan supaya penalti dan denda tadi boleh didiskaunkan, kita bayar yang pokok sahaja. Mengenai ini, saya rasa saya ada pengalaman. Masa saya jadi Setiausaha Politik, bila saya lantik pemandu saya, kita jadi majikan untuk bayar KWSP. Memang pernah kita terlewat bayar potongan KWSP tiap-tiap bulan, pihak KWSP akan mengenakan denda ataupun penalti. Akan tetapi, sebenarnya KWSP adalah satu badan yang agak boleh berunding. Kita turun ke pejabat KWSP, berunding dan biasanya mereka akan bagi sedikit potongan. Akan tetapi saya mencadangkan, oleh kerana ini suami secara sukarela hendak memotong kepada isteri mereka, maka kalau lambat, kalau boleh, kalau dia bersetuju sambung balik pembayaran tadi, tidak dikenakan penalti ataupun denda yang sepatutnya dikenakan oleh pihak KWSP. Satu lagi, hari ini ada rungutan di kalangan majikan-majikan iaitu pihak KWSP sentiasa hendak mendapatkan kutipan. Itu adalah satu perkara yang baik daripada KWSP tetapi sehingga menyebabkan majikan-majikan kecil ini rasa tertekan. Sehinggakan kita ada fasal tadi, mereka mungkin tidak boleh pergi ke luar negara dan sebagainya, boleh dirunding dengan CEO KWSP. Saya berharap juga dalam menyelesaikan masalah tadi, pihak KWSP ada budi bicara untuk berunding supaya pembayaran yang dikenakan tadi ada diskaun, tidak dikenakan maksimum, jangan buat satu syarat bayar sekian jumlah, baru boleh dilepaskan. Bayar dulu, baru kita berunding. Minta KWSP tidak jadikan prosedur itu menyusahkan majikan-majikan ataupun juga yang membayar kepada KWSP supaya mereka sebenarnya menjalankan tanggungjawab mengikut kemampuan kewangan yang ada. Mungkin kita kadang-kadang orang yang berniaga- biasanya yang berlaku ini kepada mereka yang berniaga. Kalau yang mendapat pendapatan tetap ini dia tidak ada masalah. Yang berniaga ini ada masa perniagaan naik, ada masa perniagaan turun. Kadang- kadang kita yang menjadi pegawai yang menentukan kutipan tadi mengandaikan mereka peniaga, pendapatan sentiasa sama. Jadi akhirnya- mungkin satu bulan dia jatuh.
Maka di sinilah proses budi bicara, perbincangan dengan majikan dan juga mereka yang membayar KWSP ini mesti ada kerana kalau kita tidak ada proses budi bicara ini, akhirnya resahan dan rungutan rakyat akan memberi kesusahan kepada kerajaan keseluruhan. Mungkin kadang dua tiga peratus yang kena tindakan tapi rungutan seolah- olah semua rakyat yang kena. Maka di sinilah bijaksana pegawai-pegawai KWSP amat penting. Saya amat menghargai- pengalaman yang ada selama ini, saya melihat kebanyakan pegawai-pegawai KWSP ini sentiasa membantu, dengan syarat kita pergi berjumpa ke pejabat yang berkaitan. Oleh itu, teruskanlah kalau mana-mana yang boleh memberi kerjasama yang baik kepada majikan dan mereka yang membayar untuk caruman tadi supaya teruskan. Seperkara lagi, saya amat sokong iaitu membuangkan Bank Negara tadi yang di dalam Lembaga tadi kerana KWSP mesti memikirkan pelaburan yang menguntungkan wang pekerja tadi. Kalau tidak, nanti sewenang-wenangnya pelaburan tadi dilaburkan semata-mata hendak ambil syarat kerana kita sudah buka satu bidang panel pelaburan walaupun merugikan duit pekerja. Di sinilah kita minta, siapa dia yang kita lantik sebagai panel pelaburan? Cuma soalan saya hendak tanya, Lembaga yang melantik ataupun pihak Kementerian Kewangan yang akan melantik sebagai panel pelaburan? Itu persoalan saya. Seterusnya, pembayaran caruman tertunggak di mana saya sudah ulaskan tadi. Ini biasalah kepada majikan kecil-kecil. Biasanya macam kontrak makan, kebersihan sekolah, sekuriti.
Kadang-kadang kerajaan kena beri kesedaran kepada setiap majikan bahawa setiap pekerja mereka mesti ada pemotongan KWSP kerana inilah simpanan masa tua. Cumanya hari ini kita sudah pencen sampai umur 60 dan nasib baik kerajaan masih menetapkan pengeluaran pada umur 55 tahun. Saya sangkakan tadi kita boleh keluar pada umur 50 tahun kerana kalau dahulu umur 50 tahun walaupun pencen 60 tahun. Akan tetapi apa yang akan berlaku kepada mereka yang ini kerajaan yang akan bersara lebih awal mungkin umur 53 mungkin 51, apakah ada budi bicara pihak kerajaan kerana dalam ini kita tengok umur 55 baharu boleh keluar kemungkinan mereka sakit dan pelbagai lagi walaupun ada klausa- klausa tersebut. Cuma saya hendak tanya semula, apakah mereka boleh keluarkan wang simpanan pekerja tadi untuk membiayai macam pembedahan jantung dan pelbagai lagi yang kita tahu pada hari ini kos rawatan kesihatan amat tinggi dan kesedaran masyarakat hari ini pun cukup tinggi. Tidak ada sudah bergantung semata-mata pada hospital kerajaan. Kalau sakit, dia tahu ubat. Maka mereka akan pergi beli ubat di farmasi. Akan tetapi masalah kita hari ini harga ubat di farmasi gila-gila naiknya. Maka, bagaimana bolehkah pihak kerajaan ada budi bicara keluarkan wang tersebut kerana pada pertimbangan saya, kalau umur 55 tahun sekali gus dikeluarkan kalau berdasar pada sini, bagaimana kalau dia panjang umur sampai 80, 90 tahun? Apakah kita kena fikir juga- kerajaan kena fikir juga melalui KWSP ini supaya wang tidak dikeluarkan sewenang-wenangnya habis begitu. Mesti ada kaedah untuk membantu mereka menghadapi masa tua. Dalam pada itu juga kutipan ini kita macam yang saya katakan tadilah mana point yang sama didaftarkan di bawah KWSP untuk mereka yang sudah tua tadi kalau ada certain yang kita limit kan had keluar perabis tetapi kalau ini sesetengah daripada kita kalau boleh umur 55 dapat semua sekali. Akan tetapi saya memikirkan kita panjang umur, akhirnya dia akan merosak masa depan kita yang kita tidak ada kewangan, tambah dalam keadaan ekonomi yang ada. Oleh kerana masa sudah sampai. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Merbok. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ringkas sahaja ya berkenaan pindaan RUU ini. Persoalan saya adalah pertama berkenaan keanggotaan ahli lembaga pengarah dari sudut kelayakan dan juga bilangan. Apakah rasionalnya kenaikan bilangan ahli lembaga pengarah selain daripada membentuk kuorum dan bagaimanakah implikasi kewangan terhadap penambahan ini?
Kedua, berkenaan fasal 7 iaitu pemindahan caruman pekerja kepada isteri atau isteri-isterinya yang sah. Bagaimana isteri yang sah akan tetapi tidak didaftarkan maksudnya yang mungkin perkahwinan yang disembunyikan tetapi ia sah dari sudut hukum? Ketiga, bolehkah ahli untuk mencarum hanya untuk isteri-isteri secara terpilih? Ini pun saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri faham ya, maksud dia secara terpilihlah. Keempat, bagaimanakah jika berlaku pembubaran perkahwinan, ahli boleh memohon untuk menghentikan pemilihan tersebut? Apakah implikasi penghentian pemilihan ini atau sekiranya pembubaran perkahwinan atau kematian isteri, apakah boleh ia diteruskan tetapi dipindahkan kepada isteri baharu dalam tempoh-tempoh tertentu? Kemudian yang terakhir sekali berkenaan dengan jumlah dua peratus. Melalui perkiraan yang dicadangkan sekiranya gaji suami sebanyak RM2,000 maka jumlah potongan syer 2 peratus daripada caruman syer pekerja sekitar RM40 ya bunyi macam kecil ya RM40. Akan tetapi sekiranya gaji suami besar, maka makin besarlah pemindahan terhadap isteri. Persoalan saya, apakah ada mekanisme lain agar peratus ini tidak menjadi isu di masa akan datang yang mana kita boleh mungkin sediakan jadual pemindahan berdasarkan gaji suami supaya ia lebih rasional dan akhirnya tujuan jumlah pindahan caruman terhadap isteri itu dapat kita capai dan objektif besar dalam mengiktiraf peranan suri rumah itu dapat kita realisasi...
Yang Berhormat, mohon mencelah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Rasah.
Ini Rasah. Ini berkenaan dengan- terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan dua peratus itu saya hendak tanya pandangan daripada Yang Berhormat Merbok, apakah Yang Berhormat setuju dengan cadangan saya, kita tetapkan minimum dua peratus tetapi kalau ada suami yang bersetuju untuk bagi lebih, kita patut galakkan. Kita jangan letak dua peratus sahaja, sekurang-kurangnya dua peratus dan sekiranya Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju dengan cadangan saya, saya akan menjadi orang pertama yang akan bagi separuh kepada isteri saya...
[Dewan riuh]
Jadi, saya declare secara terbuka di sini sebab saya rasa kita kena lakukan sesuatu sebab isteri seorang sahaja, isteri yang sah. Jadi isteri seorang sahaja, yang tidak sah tidak ada, yang sah seorang sahaja, jadi saya- terima kasih Yang Berhormat Merbok.
Mungkin isteri yang sah sedang mendengar sekarang.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Masukkan dalam perbahasan saya. Itu sebagai soalan saya berkenaan mekanisme tadilah, terima kasih.
Ya, kita bermula dengan Yang Berhormat Arau.
Terima kasih.
Walaupun tinggal empat minit sahaja.
Okey terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang telah memberi peluang kepada saya untuk berucap sebagai pembahas yang penghabisan. Pertama, Tuan Yang di-Pertua seperti kawan-kawan saya yang lain sebab saya terkeluar sekejap tadi jadi saya masuk balik dengan hebatnya. Board ini kena angka ganjillah. Jadi, saya cadangkan supaya instead of lapan, kita letak sembilan supaya pengerusi asinglah, pengerusi saya tidak pasti daripada lapan termasuk pengerusi ataupun tidak. Jadi kalau boleh sembilan. Kemudian, yang kedua Yang Berhormat tadi ada sebut, ada yang ahli-ahli yang telah membincangkan tentang isteri. Dahulu KWSP ini bila dia perkenalkan KWSP ini, pemikiran kita ialah suami bekerja, jadi kita lupa sekarang ini sudah berubah, zaman dahulu berubah. Sekarang kita tahu bahawa uni- UiTM 70 peratus studennya wanita.
Jadi, kita akan bayangkan bahawa mereka ini akan bekerja ya dan saya rasa pekerja wanita dalam kerajaan melebihi lelaki. Jadi, sekiranya kita syaratkan suami sahaja, isteri yang bekerja, ada suami tidak bekerja, jadi isteri kena melalui gajinya dia kena bagi caruman dua peratus kepada suami. Jadi, perkataan isteri dan suami ini saya ingat patut diambil kira suami dan isteri sebab dunia sudah berubah sekarang bukan di Malaysia, di seluruh dunia wanita bekerja dan banyak juga suami yang tidak bekerja. Jadi, tidak boleh kita biarkan benda ini berlalu begitu sahaja dan saya minta Yang Berhormat pindahlah ke peringkat jawatankuasa supaya perkataan suami dan isteri itu ialah berdasarkan kepada mereka yang bekerja. Akan tetapi yang saya hendak cakapkan hari ini ialah pasal Ahli Parlimen. Ahli Parlimen tidak carum kepada KWSP. Kita hanya cakap pasal orang sahaja, kita sendiri kena mencarum. Yang Berhormat Rasah akan menyokong saya, kalau boleh kita kena mencarum lima peratus.
Lebih, lebih. Lima peratus tidak cukup.
Okey, tidak apa sepuluh persen. Ahli Parlimen kena carum, kedudukannya macam ini. Saya ini bekas pegawai PTD dan sebelum saya menjadi pegawai tetap, selama tiga tahun saya mencarum EPF, dahulu ini saya mencarum EPF dan sekarang ini wang terkumpul itu kira banyaklah dalam EPF. Saya mencarum selama tiga tahun selepas saya dilantik menjadi pegawai PTD tetap. Jadi saya tidak mencarum lagi kerana saya itu dianggap elaun. Jadi sekarang Ahli Parlimen dia terima elaun, kenapa dia tidak mencarum? Padahal dia ambil duit kerajaan, dia dapat elaun daripada kerajaan dan Ahli Parlimen kita tahu bahawa sekurang-kurangnya lima tahun dia mencarum mengikut apa yang telah ditetapkan supaya nampak kita buka, sahaja bercakap tetapi kita juga menyokong apa yang telah kita putuskan di sini. Jadi, saya syorkan kalau boleh Ahli Parlimen dimasukkan dalam senarai orang yang mencarum kepada EPF atau KWSP. Ini adalah yang...
Yang Berhormat Arau, minta sedikit penjelasan.
Boleh, boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang ini ambil maklum bahawa ketidakcukupan simpanan persaraan dan keberkesanan Skim Persaraan Swasta (PRS). Statistik KWSP menunjukkan bahawa dua per tiga ahli KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan sebagai RM50 ribu. Jumlah simpanan yang kecil ini 50 peratus ahli KWSP yang akan menghabiskan simpanan dalam tempoh masa lima tahun sahaja. Menurut KWSP, hanya tiga peratus pencarum KWSP mencapai sasaran simpanan RM228, ribu pada umur 55 tahun. Ini bermakna bagi seorang pesara yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM800 ribu sebulan dalam tempoh 20 tahun akan datang sehingga umur 75 mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM800 ribu, ataupun RM200 ribu untuk mereka menyara hidup mereka. Jadi, persoalan saya ialah setakat ini apakah yang telah dilakukan oleh KWSP bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan serta keperluan untuk membuat simpanan persaraan dan keberkesanan? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga syorkan supaya KWSP longgarkan syarat untuk pemohon KWSP di negeri Sarawak untuk mengeluarkan caruman mereka di negeri Sarawak untuk membina rumah di atas tanah milik mereka sendiri walaupun status tanah tersebut adalah tanah adat ataupun status tanah NCR. Ini sebab ketika ini, pengeluaran hanya diluluskan hanya kepada pencarum yang mempunyai status tanah bergeran. Ini amat tidak adil kepada pencarum di negeri Sarawak. Sekiranya KWSP dapat melonggarkan syarat ini sudah semestinya kerajaan secara tidak langsung dapat membantu menangani masalah perumahan rakyat. Jadi, adakah Yang Berhormat Arau bersetuju dengan persoalan dan juga syor saya? Terima kasih.
Ya, ini adalah masukkan sebahagian dalam ucapan saya. Yang Berhormat Menteri sila jawab sebab dia juga berucap sebab dia tidak pulang kepada Puncak Borneo.
Setuju dengan Yang Berhormat Puncak Borneo.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo ya dengan soalan tersebut.
Tinggal empat minit sahaja.
Ya, okey sekarang ini kita hendak habiskan sebelum dua setengah Tuan Yang di-Pertua sebab itu yang terbaik. Okey, jadi sekali lagi saya syorkan supaya Ahli Parlimen sebab ada di kalangan Ahli Parlimen ini Tuan Yang di-Pertua, kita ini ada ketidakadilan berlaku di kalangan Ahli Parlimen dan kesilapan itu berlaku, kesilapan saya. Akan tetapi saya sudah masukkan paper itu untuk saya table kan. Akan tetapi tiba-tiba kerajaan sudah tidak menang, jadi paper itu tergantung iaitu kita ini pencen Ahli Parlimen berbeza. Bagi yang masuk batch saya ini termasuk Yang Berhormat yang hadir ini beruntung kerana pencen dan juga elaun berlainan tetapi orang yang sebelum kita, mereka mendapat pencen separuh dan ada sebahagian daripada mereka Ahli Parlimen yang lama dahulu termasuk Wakil Rakyat yang lama itu adalah mereka yang mendapat BR1M, saya hendak beritahu. Ini ialah sesuatu yang tidak wajar yang berlaku dan kalau boleh- ini bukanlah tugas Tuan Yang di-Pertua tetapi ini tugas Jabatan Perdana Menteri supaya dilihat balik supaya diselaraskan pencen. Kalaulah anggota kerajaan dia selaras tetapi yang Ahli Parlimen Dewan Negeri tidak selaras. Cuma yang berada sekarang termasuk masa saya jadi Menteri dahulu, itu yang sama kecuali Tuan Yang di-Pertua dia dapat elaun Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua. Yang lain tidak, Yang Berhormat Menteri pun tidak ada. Jadi cuma Ahli Parlimen Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua sahaja tetapi tidak sama dengan Ahli Parlimen sebelum ini. Jadi ini ialah satu yang tidak wajar tetapi kalau ada caruman KWSP, saya rasa adalah sesuatu yang tidak membebankan mereka di akhir-akhirnya. Jadi saya cadangkan supaya Ahli Parlimen disyaratkan untuk membuat caruman KWSP. Tuan Yang di-Pertua hendak pinda di mana pun tidak apa tetapi kalau Yang Berhormat tidak boleh pinda sebab ini sudah agak terlambat tetapi Yang Berhormat menjawab bahawa ini akan diberi pertimbangan yang dahsyat dalam pindaan yang akan dibuat nanti. Jadi yang kedua terakhir ialah berhubung dengan suami orang asing ataupun isteri orang asing. Mereka tidak carum. Jadi saya cadangkan supaya suami seperti yang kawan- kawan saya sebutkan, saya hendak sebut ini supaya suami orang asing itu dia kena mencarum. Jadi isteri tempatan ini teraniaya, kalau dia tinggal, tinggal begitu sahaja tetapi mereka kena mencarum asalkan beristeri ataupun bersuami dengan orang tempatan, mereka hendaklah mencarum. Kalau sekiranya Ahli Parlimen disyaratkan bagi, maka Ahli Parlimen wanita pun ada di sini, jadi wanita kena carum pada suami. Jadi kalau kerana Ahli Parlimen kena mencarum kepada suami ataupun isteri, maka yang orang-orang lain juga, semua sekali rakyat Malaysia yang lain hendaklah mencarum, suami atau isteri juga dibenarkan mencarum. Jadi, KWSP saya minta kita terima hakikat bahawa ada benda-benda yang melibatkan pelaburan KWSP itu ada turun naik. Jadi, kita kena terima hakikat sebab bukan semua berniaga kita untung. Kita terima hakikat benda itu tetapi biarlah ia dibuat telus dan lembaga pengarah yang dilantik ini biarlah betul-betul mereka yang berkaliber, pakar untuk membuat pelaburan yang terbaik kepada KWSP. Akan tetapi pakar hebat macam mana pun kita kena ingat bahawa dalam alam perniagaan yang tidak menentu sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Kita boleh terima benda itu asalkan terang kepada kita dengan elok-elok dan jangan tiap-tiap kali bila saham jatuh ini semua kerajaan lamalah. Kalau main macam itu saya hendak beritahu mereka dengan Cina bergaduh, ekonomi Amerika dengan ekonomi China melambung, tiba-tiba semua negeri juga tumpang melambung, tiba-tiba Malaysia yang terkesan. Jadi, benda itu hendaklah dibuat yang terbaik. kami tidak ada masalah. Kami menerima hakikat dan kenyataan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Jadi, Majlis beristirahat sampai pukul 2.30 petang kita bersidang semula dengan perbahasan oleh Yang Berhormat Pendang ya pembahas terakhir. Selepas itu Yang Berhormat Menteri akan menjawab ya.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Mesyuarat disambung semula. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada malam ini Parlimen akan mengadakan Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Parlimen Ke-60 tahun dan seisi Dewan, semua dijemput hadir. Oleh sebab majlis makan malam ini hanya diadakan dalam tempoh 60 tahun hanya sekali, maka Dewan selewat-lewatnya jika boleh sila berakhir lebih awal. Oleh sebab itu perbahasan semua, saya minta padat dan ringkas. Saya jemput Yang Berhormat Pendang walaupun 10 minit tetapi jika boleh habis awal, lebih baik. Sila, selepas itu Yang Berhormat Menteri jawab. Okey, sila, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan peluang kepada saya. Insya-Allah saya akan patuh masa yang diberikan kepada saya sebaik mungkin, mungkin awal daripada masa yang diberikan. Saya hendak menyentuh berkenaan dengan program konsep caruman kepada pasangan ini. Pertamanya, konsep infak kepada ahli keluarga yang terdekat. Itu adalah ladang pahala kepada suami sebab dalam Islam sendiri, suami bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak dari segi- kepada isteri dari segi zahir dan batin dan juga tanggungjawab mencari rezeki kepada anak-anak. Walaupun ada empat orang isteri, itulah tanggungjawab. Kalau tidak mampu, jangan kahwin sampai empat. Tanya Yang Berhormat Tampin kalau tidak percaya...
[Dewan riuh]
Rujuk dekat Yang Berhormat Tampin. Kalau tidak mampu, jangan cari fasal. Kita ada tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak kita...
Hari ini Tampin nampak naik.
Sebab Yang Berhormat Tampin kawan saya sekarang ini, banyak kami meeting sekali. Jadi, insya-Allah yang ini saya tadi bertentang sedikit dengan Yang Berhormat Arau sebab...
[Bangun]
Sila.
Yang Berhormat Pendang, saya menghargai perbahasan Yang Berhormat Pendang. Ketika kita membincangkan hal ehwal kebajikan isteri-isteri kita Yang Berhormat Pendang. Saya lihat...
Isteri-isteri...
Maaf, isteri masing- masinglah, perbetulkan.
Berapa isteri Yang Berhormat Jelutong ada?
Seorang sahaja Yang Berhormat... [Disampuk] Kita lihat di sebelah sana hanya Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Bachok sahaja yang hadir.
Ini adalah perkara keprihatinan ini patut dipuji kalau dibandingkan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini sedikit, langsung semua tidak hadir maka menunjukkan mereka tidak mementingkan kebajikan isteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua...
Ya, sila.
...Saya setuju dengan Yang Berhormat Jelutong.
Setuju ada berapa isteri?
Saya satu sahaja [Ketawa] Saya pun macam Yang Berhormat Jelutong juga tetapi saya ingat Tuan Yang di-Pertua pun satu sahaja, tidak mampu ini.
Mesti.
Dia bukan takut tetapi...
Once and for all.
...Isteri tidak takut dekat Tuan Yang di- Pertua sebab itu tidak berani tambah [Ketawa]
Ya.
Okey baik. Ini perlu kita bincangkan dengan lebih jelas untuk membincangkan perkara-perkara yang sekarang ini menjadi satu fenomena tidak bertanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak dalam negara kita. Kita tengok laporan-laporan akhbar sekarang. Saya tidak tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri akan respons macam mana berkenaan dengan KWSP ini tetapi kami tetap akan bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Tidak kiralah berapa isteri pun, silakan kalau ada kemampuan tidak ada masalah, Islam membenarkan. Cuma, kita tidak boleh menzalimi isteri-isteri kita. Kalau tidak mampu jangan kahwin, kalau mampu silakan. Macam mana pandangan Yang Berhormat Lumut, setuju tidak?
Yang Berhormat Pendang, hendak minta sedikit boleh?
Ya boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Saya ada banyak point ini.
Saya sebelum ini juga pernah mengemukakan soalan kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pasal yang kes penceraian, nafkah tidak bagi ini. Kalau kita buat daripada awal, maksudnya ada persetujuan untuk memastikan boleh juga kita membuat pemotongan yang sama dalam kes-kes yang sedemikian. Setuju tidak Yang Berhormat Pendang?
Saya bab ini semua saya setujulah Yang Berhormat Kangar. Apa sahaja yang melibatkan kezaliman, sebab ibu kita wanita, isteri kita wanita. Kita juga ada anak-anak wanita dan kita dilahirkan oleh wanita. Jadi, kalau ini kita tidak boleh membincangkan, buat pengkhususan dari segi– Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan jangan gelak, saya tidak boleh bercakap. Jadi kita berbalik kepada sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah”. Ini penting. Kita hendak berjuang hendak apa-apa pun, kita mesti melihat kepada keluarga kita. Jangan kita tinggalkan mereka kelaparan. Oleh sebab itu dalam peperangan, Islam melarang membunuh wanita. Islam melarang membunuh orang-orang tua. Islam melarang membunuh kanak-kanak. Mereka ini adalah tanggungjawab kita. Kita hanya berdepan dengan mereka yang berperang dengan kita, itu sahaja.
Jadi, inilah kesederhanaan yang tidak pernah ditimbulkan tentang kaedah Islam yang sebenar dalam mempertahankan hak wanita dan juga hak orang tua dan hak anak-anak kita yang menjadi tanggungjawab kepada bapa untuk mendidik anak-anak mereka. Seterusnya nafkah merujuk kepada perbelanjaan yang dikeluarkan oleh seseorang kepada orang yang bertanggungjawab untuk membiayai keperluan kehidupan. Ia adalah kewajipan yang diletakkan di atas bahu ketua keluarga walaupun isteri mempunyai pendapatan sendiri. Ini kita kena ingat. Walaupun isteri bekerja tetapi tanggungjawab, rezeki adalah memberi makan, minum dan tempat tidur kepada suami. Jadi kita jangan ambil kesempatan ini sebab isteri bekerja untuk kita tidak memberi nafkah. Kita bersetuju dia bekerja untuk meringankan bebanan kita tetapi tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga yang memberi tanggungjawab pendapatan, makan dan minum kepada isteri dan anak-anak tidak boleh terlepas. Kalau tidak, kamu jawab esok apabila kamu berdepan dengan Allah Taala di hari akhirat esok. Hal ini bukan kecil, benda ini sampai ke akhirat selepas kita meninggal. Jadi kita tengok apa kayu ukur pemberian yang kita hendak bagi RM40 sebulan atau RM480 setahun, apa asas penentuan RM40 walaupun pada asalnya ialah RM50? Ini kementerian hendak kena tengok KWSP ini hendak potong macam mana. Jadi Kementerian Kewangan kena serius fasal kita semua membela Kementerian Pembangunan Wanita yang mana dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri ini. Kita memberi sokongan sepenuhnya kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mereka menjana beberapa perkara. Seterusnya kita tengok. Saya menganggap program i-Suri adalah satu kaedah dan peluang kepada suami untuk memberikan sumbangan dan penghargaan kepada isteri. Menurut pindaan ini, ia adalah satu pilihan kepada suami untuk mencarum dua percent daripada 11 percent ini kepada isteri.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dengar ini Yang Berhormat Jelutong. Dua percent daripada 11 percent kita carum kepada isteri.
Konsep pilihan menepati roh sebenar infak tanpa mengabaikan kewajipan memberi nafkah wajib yang lain. Jadi kalau ada empat orang isteri, kali dua peratus, kita potong lapan peratus sahaja sebab dibenarkan empat orang isteri. Kalau yang lebih, yang tidak register itu kita tidak kiralah. Akan tetapi, tidak ada agaknya. Semua baik-baik, insya-Allah. Jadi kalau ada empat orang isteri, dua peratus, baru lapan peratus. Semua dapat. Seterusnya kita tengok- walau bagaimanapun, saya berpendapat tidak wajar kita menetapkan peratusan tertentu. Kadar peratus ditentukan oleh suami atau kerajaan boleh menetapkan paras kadar minimum yang digalakkan untuk mencarum. Sumbangan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM480 setahun dan RM40 sebulan adalah kewajipan kerana telah dijanjikan dalam manifesto. Saya ingin bertanya, mengapa kadar sumbangan ini dikurangkan daripada RM50 kepada RM40? Apakah kayu ukur sumbangan tersebut ditetapkan? Seterusnya pangkalan data eKasih. Data eKasih ialah Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional. Ia adalah data berintegrasi untuk memudahkan pelbagai agensi dan kementerian menyalurkan data kepada golongan yang telah disasarkan. Pendaftaran eKasih ialah mereka yang berada pada paras RM1,500 di kawasan bandar dan RM1,000 di kawasan luar bandar. Saya berpendapat, paras bagi kedua-duanya dinaikkan memandangkan realiti kos sara hidup semakin membebankan. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan, sejauh manakah ia dikemas kini dan melalui proses pemutihan yang ada kaitan dengan KWSP ini? Seterusnya pelaburan KWSP, apakah rasional Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan jumlah bilangan ahli lembaga dan panel pelaburan? Berapakah anggaran peruntukan yang perlu ditambah untuk membiayai penambahan ahli lembaga dan panel pelaburan tersebut?
Yang Berhormat, saya ada satu soalan yang saya tanya.
Masa tidak banyak ini. Okey, okey, cepat, cepat.
Berkenaan dengan perkahwinan yang berlaku di Thailand dan di luar negara, apakah cadangan Yang Berhormat untuk kita menjamin kebajikan wanita yang berkahwin dengan pasangan di luar negara? Apakah cadangan?
Untuk lain dari Thailand, saya tidak boleh beri jawapan, kena rujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Akan tetapi kalau yang berkahwin di Thailand, yang isteri kedua atau ketiga atau keempat, sekarang ini negeri seperti Kedah, Kelantan, Perlis, boleh bawa balik semua dokumen, asalkan berkahwin secara sah untuk didaftarkan di negeri-negeri tersebut. Mereka yang berkahwin di luar negara, saya tidak tahu macam manalah yang itu, tetapi ada kaedahnya. Cuma dia takut hendak sebarkan, takut isteri pertama tahu. Balik mungkin ya lah, la ni macam-macam bukan. Cocok kah, apa? Tidak tahulah. Jadi, saya tidak hendak komen, nanti jadi perkara-perkara yang boleh diperbahaskan. Saya boleh dibawa usul untuk diambil tindakan oleh Parlimen. Jadi, saya tidak hendak sebutlah yang itu. Fikir sendirilah. Tahu sama tahulah apa tindakan yang berlaku daripada isteri tua ini, macam-macam. Seterusnya kita tengok pengeluaran dana asing...
Yang Berhormat Pendang, saya tidak tahu.
Ha! Habislah masa saya. Yang Berhormat Jelutong dok kacau ini. Saya ada RM12.31 bilion, susut sebanyak RM70 juta berbanding RM12.39 bilion pada tempoh sama tahun lalu. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan KWSP berkata penurunan pendapatan disebabkan oleh prestasi lemah pasaran saham tempatan. Masa sudah hendak habis. Saya ambil bagi lima minit balik kepada- terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Baiklah, sekarang saya menjemput minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit. Sila.
Terima kasih semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang- undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak berhajat untuk menjawab mengikut apa yang dibangkitkan oleh setiap Ahli Parlimen, melainkan untuk menjawabnya mengikut tajuk-tajuk yang telah dibangkitkan. Saya akan bermula dengan perkara yang directly related, dengan izin, pindaan yang kita buat di dalam rang undang-undang ini. Kalau masa mengizinkan, kita pergi kepada isu-isu lain yang berkenaan dengan KWSP. Ditanya tadi tentang adakah skim ini hanya untuk isteri yang tidak bekerja sahaja, yang suri rumah. Bagaimana pula kalau suami, isteri yang bekerja, hendak beri pula kepada suami? Tuan Yang di-Pertua, setakat ini, program ini kita buat adalah untuk memberi sedikit perlindungan kepada isteri yang tidak bekerja. Jadi, ia diambil daripada caruman suami dan diberikan kepada isteri. Itu pun ia bersifat yang kita sebutkan sebagai sukarela ya, bukan suatu yang mandatori. Jadi, bila ada mereka memohon untuk ini dibuat, maka kita akan buat. Ia akan terhenti sebab golongan isteri seperti yang kita sebut tadi, berdepan dengan masalah kewangan apabila usia meningkat, mungkin berlaku perceraian ataupun kematian suami dan sebagainya, maka pada ketika itu, adalah sedikit ini sebagai backup kepada kehidupan mereka. Kemudian, pindah dua peratus caruman yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Merbok, share suami ke akaun KWSP isteri. Ini saya sebut tadi adalah secara sukarela. Salah satu syarat itu ialah bila dia kata dia hendak berikan kepada isterinya dua peratus, maka kita sebenarnya tidak akan membuat check-up yang thorough-lah
Kalau dia kata ini nama, nombor kad pengenalan dan apa yang patut yang untuk memulakan satu akaun itu dibuka dan sebagainya, kita terima face value lah. Kita akan berikan sehinggalah ada apa-apa yang lain dokumen ataupun yang menyebabkan ini, baru kita akan stop dan sebagainya, termasuk kematian, perceraian. Selagi dia tidak beritahu kata isteri dia sudah meninggal atau dia sudah ceraikan, maka pindahan caruman itu akan berterusan sehingga diberitahu kepada KWSP...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan.
Ya, Yang Berhormat Arau.
Tadi saya tidak sempat cakap, tetapi saya hendak cakap sebab Yang Berhormat Puncak Borneo bagi ucapan tadi, saya tertinggal bahagian itu. Kalau perceraian berlaku Yang Berhormat, inilah kita- undang-undang, undang- undanglah kan, tetapi kemanusiaan itu. Bila bercerai, bererti beban kehidupan itu terletak kepada isteri. Kita beri syarat suami ini walaupun dia cerai, tetapi dia kena carum sehingga lima tahun. Kita bagi tempoh lima tahun supaya soal kehidupan ini kita dapat selesaikan dengan undang-undang ini. Jadi kita kalau ambil jalan mudah, kita kata bercerai kena potong, tidak adil lah. Dia sudah tuntut di mahkamah pun, tahulah perangai suami tidak akan bagi-baginya. Akan tetapi kalau ada yang dua peratus ini, lima tahun baru boleh dia potong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Jadi kalau perceraian berlaku, kita minta supaya dia diselesaikan mengikut prosedur yang telah ditetapkan apabila perceraian berlaku. Tuntutan sepencarian kah, apa benda kah, itu kita biar. Ini sebab dia sudah ada dah prosedur itu Yang Berhormat Arau. Jadi yang ini kita sebut, selagi mana tidak berlaku kematian ataupun perceraian, benda ini akan berlaku. Ia pun bermula dengan- maknanya skim ini adalah skim yang sukarela. Kemudian...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jadi apakah boleh...
Yang Berhormat Menteri.
Dimasukkan bahawa si suami yang bercerai, caruman itu akan hanya terhenti selepas tiga tahun. Ia tidak boleh bercerai hari ini, esok jadi. Ingat tidak berapa manis.
Buat masa ini Yang Berhormat, ia adalah macam itu kecuali nanti bila...
Sebab Yang Berhormat cadangkan- saya hendak cadangkan supaya Yang Berhormat boleh timbang.
Kita tidak boleh cadangkan ini. Kita kena masuk kalau hendak ada perubahan, kita kena buat usul dan sebagainya Yang Berhormat.
Ya, saya tahu. Saya kata ini, maksudnya masa hadapan.
Kita ambil pandangan Yang Berhormat.
Masa hadapan boleh dipertimbangkan.
Ya, ya. Okey, tidak apa. Ambil maklum.
Menteri, ada sedikit soalan yang berkaitan. Saya merujuk kenyataan daripada Menteri hal ehwal Islam iaitu telah diwujudkan jawatankuasa khas bincang kuat kuasa perintah lelaki untuk beri nafkah ini dengan pihak Bank Negara dan juga KWSP sendiri.
Jadi di pihak Bank Negara sendiri, adakah bersetuju dengan syor-syor yang telah diberikan oleh jawatankuasa ini iaitu suami yang tidak memberi nafkah, maknanya potongan mungkin boleh buat daripada tabungan KWSP suami itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya minta dijawab, saya tidak ada maklumat itu. Nanti kalau ada ini, saya jawab balik secara bertulislah ya. Kemudian, kalau lebih daripada seorang isteri, macam saya sebutkan tadi sama ada sah atau tidak sah, KWSP tidak akan go that further a mile hendak check sah atau tidak sah. Kalau suami kata ini dia dua ataupun tiga ataupun empat isteri dia dan dia minta secara sukarela untuk dipindahkan, maka kita akan pindahkan mengikut permintaan daripada suami tersebut.
Dia punya ini adalah samalah dua over 11, kali dengan berapa dia caruman yang dia dapat ataupun kalau percentage itu lebih kurang 0.18 ataupun 18 peratus bagi setiap isteri itu. Kemudian, ini Yang Berhormat Merbok lagi. Sekiranya suami ingin menghentikan pindahan caruman, adakah KWSP membenarkan penghentian ini? Penghentian ini macam saya sebutkan tadi, berlaku dalam dua kes tersebut dia lah. Kemudiannya kalau dia kata, “eh! Mati pun tidak, cerai pun tidak tiba-tiba hendak berhenti”. Kalau mengikut ini, kita akan teruskan ia. Kemudian tentang i-Suri. i-Suri ini sebenarnya dia satu skim yang berbeza dengan apa yang kita cadangkan di sini. i-Suri ini ialah bagi isteri yang didaftarkan atau mereka yang berada di bawah eKasih, yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pendang tadi. Kenapa RM40 dan kenapa tidak RM50? Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang. Amaun RM40 ini sebenarnya adalah bagi skim yang kita buat dengan KWSP ataupun yang lagi RM10 itu adalah skim yang masih lagi sedang dibincangkan dan akan nanti diperkenalkan mungkin sebagai perlindungan kepada isteri melalui PERKESO. Itu masih belum di inikan. Jadi, ini RM40 ini adalah dengan KWSP yang mana suami sumbang RM5 maka kerajaan, akan top up RM40 daripada situ. Kemudian, Yang Berhormat Gerik. Yang Berhormat Gerik tidak ada di sini tetapi untuk makluman semua. Yang Berhormat Gerik bangkitkan tentang macam mana kalau terlewat potong pada isteri ini yang dua percent ini. Jadi, pada dasarnya potongan hanya akan dibuat apabila pencarum ataupun penerima caruman itu ataupun si suami itu dapat dimasukkan duit dia daripada majikan dia masa itu kita akan potong. Kalau atas apa juga kes yang berlaku, majikan terlambat buat caruman dan sebagainya maka waktu itu kita tidak akan potong dan kita tidak akan pula caj suami dia kerana lambat potong that 2 percent itu. Jadi, ini bergantung pada what comes in, what goes out. Kalau tidak masuk, tidak keluarlah dekat isteri itu. Kita akan mengambil tindakan di bawah undang-undang lainlah. Ini kerana majikan lambat membuat pembayaran sebagainya.
Yang Berhormat Menteri. Sedikit. Sedikit.
Ya. Sila Yang Berhormat Padang Serai.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya bagaimana kalau suami enggan bagi caruman ini? Satu. Kedua, ada rumah dia orang salah faham dalam keluarga mereka tidak mahu- duduk satu rumah pun kadang- kadang tidak cakap suami isteri, tidak cakap. So, mungkin dia kata tidak mahu bayar dan sebagainya. Ketiga itu, kalau dia proses dalam penceraian. Apabila diproses divorce dan sebagainya, dengan izin. Bagaimana kita hendak bagi nasihat pada dia. Sila bagi penerangan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya beritahu daripada awal ini, skim ini ialah skim sukarela. Skim sukarela. Jadi, kalau dia tidak mahu bagi daripada awal lagi pun, kita tidak paksa. Akan tetapi, kita galakkan lah. Akan tetapi, ia skim sukarela. Kalau dia tidak mahu, kita tidak boleh paksa. Kemudian, bila sudah mula-mula dia bagi lepas itu dia hendak tarik balik.
Once you have given us the permission, dengan izin. Maka, kita akan teruskan walaupun dan dia hanya akan terhenti apabila berlaku kematian itu pun kalau dimaklumkan kepada KWSP ataupun berlaku perceraian. Baru duduk serumah tidak bercakap, tidak bercerai lagi, tidak jadi apa lagi Yang Berhormat ya dan berlaku perceraian pun kalau tidak dimaklumkan kepada KWSP, potongan akan terus dibuat untuk manfaat si isteri itu. Okey, saya ingat sudah habis itu. Kemudian, saya pergi kepada yang kedua tentang memperkemaskan tadbir urus dan operasi seperti mana yang telah kita letakkan dalam ini beberapa pindaan-pindaan yang telah pun dibuat. Kuasa untuk melantik Ahli Lembaga dan panel ini, dibangkitkan tadi. Kuasa ini seperti mana yang telah diletakkan di bawah seksyen 4 dan 18 Akta KWSP 1991. Yang Berhormat Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk melantik Ahli-ahli Lembaga dan panel pelaburan ini. Kuasa itu akhirnya ada di Yang Berhormat Menteri Kewangan tetapi secara prosedurnya apa yang berlaku ialah KWSP akan mengangkat dan mencadangkan nama- nama yang kemudiannya akan diangkat kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk diberi kelulusan. Jadi, kalau boleh saya sebut sementara teringat ini alhamdulillah KWSP kita tidak pernah dengar tadi ada saya ingat salah seorang pembahas tadi telah sebut. Tidak pernah dengar berlaku skandal dan sebagainya ialah kerana selama ini di dalam KWSP yang dilantik menganggotainya mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu dan tidak mempunyai kepentingan-kepentingan lain melainkan untuk memastikan bahawa pelaburan yang dibuat itu akan memberikan keuntungan dan dikembalikan kepada pekerja- pekerja untuk memastikan bahawa untuk masa depan, masa tua mereka itu yakni simpanan- simpanan itu akan dapat terus dinikmati oleh mereka sehinggalah mereka meninggal dunia. Kemudian tentang implikasi kewangan. Ditanya oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Tambah lagi dua ini. Banyak sangat kah? Jadi, ingin saya maklumkan di sini bahawa pertambahan itu hanyalah dua dan itu pun melihat kepada keperluan untuk kita meramaikan lagi daripada golongan profesional yang kita merasakan bahawa expertise dan input mereka ini diperlukan apatah lagi apabila kita melihat bahawa sekarang ini- kalau dahulu saya masih ingat ketika saya mula masuk dalam perkhidmatan awam dahulu. Suatu ketika. Pencen dah 55 tahun Yang Berhormat Arau. Kemudian, masa itu umur 50 tahun itu pergi office pun nampak macam heret kaki sudah. Macam nampak tua sangat sudah. Padahal umur 55 hendak pencen. Sekarang ini kita lihat oleh sebab mungkin penjagaan kesihatan, kesedaran dan sebagainya semakin baik. Sudah pun meningkat sampai average lelaki dan wanita Malaysia ini 75. Perempuan lebih panjang 78, lelaki kurang sedikit 73. Jadi, kita memerlukan sebab untuk lihat skim kita ini supaya kita dapat berfikir dan mencadangkan sesuatu yang dapat rest problem ataupun masalah yang kita hadapi sekarang, Tuan Yang di-Pertua. Di mana selepas dia bersara umur 60, dua tahun atau tiga tahun savings yang ada sudah habis. Mereka jatuh dalam kelompok B40 yang memerlukan penjagaan daripada kerajaan sumbangan dan sebagainya. Jadi, profesional ini yang kita perlukan. Itu pun kita letak maksimum. Kita boleh tidak isi penuh pun tetapi, saya rasa eloklah golongan profesional ini diramaikan untuk mendapat expertise mereka supaya kita dapat pastikan bahawa yang dirancang oleh KWSP sama ada dari segi pelaburan ataupun skim-skim yang kita hendak kenalkan ini dapat memberi jaminan masa tua bagi pencarum-pencarum yang ada. Sila Yang Berhormat Arau.
Sedikit sahaja Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan. Akan tetapi, sebelum itu kita hendak mengalu-alukan kehadiran tetamu daripada pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM Melaka. Selamat datang ke Parlimen. Jadi Yang Berhormat, tadi saya sebut tentang angka lapan tadi ya. Lapan. Apakah kita boleh ganjilkan jadi sembilan? Jadi, saya tidak pasti sama ada lapan termasuk Pengerusi ataupun tidak. Sebab kalau lapan dari segi Yang Berhormat tahulah dari segi kuorum nanti- kalau kuorum Parlimen lain. Akan tetapi, kuorum di sana mungkin dia angka ganjil. Jadi, saya cadangkan sembilan. Bukan lapan.
Saya masih ingat tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau. Tidak apa saya tunggu respons di belakang. Saya ingat mungkin dia tidak termasuk dengan Pengerusi yang mana kemudiannya dia akan menjadi suatu yang mudah untuk kita buat keputusan. Tidak jadi draw lah Yang Berhormat. Tidak apa. Apa-apa pun saya tunggu jawapan daripada belakang. Jadi, honorarium yang diberikan Yang Berhormat Bukit Bendera kepada Ahli Lembaga Pengarah dan saya difahamkan ini meagre dengan izin berbandingkan dengan tanggungjawab dan sumbangan yang mereka berikan adalah sebanyak RM5,000 sebulan untuk Ahli Lembaga ini. RM5,000 seorang sahaja sebulan. So, dengan pertambahan dua itu, saya ingat tidak memberikan kesan atau implikasi kewangan yang cukup besar...
Yang Berhormat, saya minta supaya hal ini dikaji semula tetapi dibawa ke masa akan datang. Jumlah RM5,000 untuk menjaga ratus bilion Yang Berhormat. Jadi kalau tanya negara-negara lain nampak tidak logik. Ahli Parlimen pun elaun berlipat kali ganda. Ini Ahli Lembaga Pengarah yang menjaga amanah yang begitu besar. Saya cadangkan RM10 ribu kepada tiap-tiap Ahli Lembaga Pengarah. Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Arau. Kita ambil pandangan itu, dan kita catatkan dan biar bagi mereka untuk discuss benda itu, insya- Allah. Ya, dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Kenapa Bank Negara Malaysia dikeluarkan? Seperti- patah balik, yang dijangkakan lapan orang ahli campur pengerusi jadi sembilan. Okey, terima kasih. Kemudian, kenapa Bank Negara dikeluarkan daripada panel pelaburan ini- Yang Berhormat Bukit Bendera. Jadi sebenarnya dalam banyak keputusan-keputusan untuk membuat pelaburan ini, termasuklah pelaburan dalam institusi perbankan, kewangan, yang mana Bank Negara sebagai regulator mempunyai say over those things, kan, dengan izin. Jadi, untuk tidak menimbulkan konflik kepentingan ini, sebenarnya Bank Negara yang memohon supaya mereka dikeluarkan daripada Jawatankuasa Pelaburan ini. Jadi mengambil rasa tanggungjawab, takut nanti dia bias, KWSP cadang hendak buat pelaburan sekian-sekian dibenarkan, tapi orang lain hendak buat- oh! Oleh kerana ini ia tidak- jadi atas dasar itu, mereka memohon untuk tidak berada dalam Jawatankuasa Pelaburan supaya untuk memastikan bahawa tidak berlaku percanggahan kepentingan dalam hal tersebut. Ya, Yang Berhormat Pendang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya setujulah expertise dilantik termasuk fund managers diambil menjadi Lembaga Pengarah. Mereka ini berpengalaman sebab kita tengok laporan daripada KWSP, bagi suku kedua 2009, berakhir 30 Jun 2019, telah mencatatkan pendapatan pelaburan RM12.31 bilion. Susut sebanyak RM70 juta berbanding RM12.39 bilion pada tempoh sama tahun lalu. Maknanya Timbalan Ketua Eksekutif Pelaburan KWSP berkata, penurunan pendapatan disebabkan oleh prestasi lemah pasaran saham tempatan. Ya lah, kita faham dalam berniaga ada untung, rugi dalam pelaburan ini. Akan tetapi, kita letakkan mereka yang profesional, expertise dalam bidang pelaburan semua ini yang berpengalaman termasuk fund managers yang berpengalaman diambil, dilantik menjadi Lembaga Pengarah. Seterusnya kita tengok pengeluaran dana asing. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita tengok daripada Bursa Malaysia mempengaruhi prestasi indeks saham tempatan. Ia tentu ada kesan terhadap KWSP sebab di sinilah kita punya fund yang paling besar sekali yang menjadi tunjang kepada pembangunan ekonomi negara, untuk negara membuat collateral, membuat pinjaman-pinjaman dalam negara bagi pembangunan. Jadi, kita tengok di sini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya. Menurut Bloomberg kira-kira RM2 bilion telah dikeluarkan oleh pelabur asing dari Bursa Malaysia tahun ini dan menjadikan bursa tempatan ditakrifkan sebagai bursa dengan prestasi paling lemah di Asia. Hal ini berlaku sejak pertukaran Kerajaan Persekutuan pada bulan Mei tahun lalu.
Jadi ini juga merupakan indicator kepada KWSP ini yang kita rasa pelaburan- pelaburan ini kalau memberi kesan yang sekarang ini, kelemahan ekonomi negara, kita tidak patut melabur. Inilah ada pengalaman kepada mereka yang pernah terlibat dalam fund manager pelaburan- investment ini. Minta pandangan daripada Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Saya ingat dia sebenarnya dalam banyak-banyak dia hendak baca itu, dia hendak baca satu statement itu sahajakan. Jadi, ya kita- macam saya sebutkan sebab itulah dalam pindaan rang undang-undang ini dimohon supaya kita tambah dalam kalangan profesional. Sebenarnya di bahagian pelaburan ini, rasanya mungkin kita sudah ada expertise yang ada, cuma kita sedang melihat bahawa apabila Malaysia sedang menuju menjadi sebuah negara menua- ini istilah baru, negara yang orang-orangnya semakin tua. Jadi sebenarnya dalam skim kita pun, kita kena berfikir bagaimana untuk- jangan selepas 60 tahun, sudahlah dibenarkan masa 55 tahun itu untuk mengeluarkan semua wang yang ada itu. Kebanyakan memilih untuk mengeluarkan semua dan kemudian tidak lama lepas itu sudah tidak cukup sebab- ya lah, bila duit ada di tangan ini macam-macam berfikir, mungkin kalau aku tidak belanja sekarang mungkin tidak tahulah- dua, tiga tahun mungkin tidak ada. Jadi dia belanja. Akhirnya bila ini sudah habis simpanannya itu menyebabkan kita terpaksa dan sebab itu kita tengok yang lebih kepakaran dalam bidang sosial ini, untuk kita mungkin ke depan melihat skim-skim baru yang, apakah harus kita teruskan, atau kita melihat pada negara-negara lain. Seperti Singapura- ia tidak membenarkan keseluruhan wang itu dikeluarkan melainkan certain percentage yang lain itu dijadikan sebagai anuiti, maknanya tahun pertama dapat katakanlah RM1,000. Tahun kedua dapat lagi RM1,000. Jadi, maknanya dijamin- kalau maknanya kalau kita kata average umur pekerja Malaysia ini sekarang ini ialah 75 tahun, supaya yang ada itu dapat dibahagikan supaya mereka ini tidak kehabisan wang sebelum sampai waktu dan masanya mereka kembali bertemu kepada Maha Pencipta. Saya pergi ketiganya Tuan Yang di-Pertua iaitu tentang penguatkuasaan. Banyak dibangkitkan di sini, Yang Berhormat Pasir Gudang misalnya... [Tiada di dalam Dewan] Tidak apa tiada, tapi untuk maklum semualah. Berapakah majikan yang telah didakwa di mahkamah? Tindakan pendakwaan kita telah ambil bagi tahun 2019 misalnya 3,769 kes yang membawa hasil kepada kita daripada itu sebanyak RM30.44 juta, dan juga tindakan sivil, yang diambil adalah sebanyak 4,546 kes bagi tahun 2019, yang membawa masuk... [Menyemak nota jawapan] I stand corrected tapi saya baca figure ini. Kalau ditulis sini RM30.044 juta- maknanya RM30 bilion? I don’t think so, RM30.044 juta... [Bertanya kepada pegawai kementerian di belakang] Okay, fine- RM30 juta dan tindakan sivil RM139.878 juta. Jadi memang kita ambil tindakan kerana yang mendapat ini ialah pekerja yang sepatutnya menerima caruman tapi mereka tidak dapat caruman mereka. Kadar majikan yang gagal mencarum- sebenarnya tidak banyak 1.33 peratus sahaja. Jadi, alhamdulillah majikan di Malaysia ini majikan yang kebanyakannya adalah bertanggungjawab, dan 1.33 peratus ini bersamaan dengan 7,686 majikan, daripada 520,478 jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP. Ada yang tanya tadi, “Eh! Banyak ini sahaja kah, jumlah majikan?” Sebenarnya ada yang berdaftar dengan SSM dan sebagainya, mereka menjalankan perniagaan yang jenis tidak hire pekerja. Yang ada pekerja, yang berdaftar 520,478. Apa pun, kita memang menjalankan- KWSP memang menjalankan going door-to-door untuk pastikan bahawa yang namanya majikan dan adanya pekerja, mereka ini kena berdaftar supaya tidak ada pekerja yang akan teraniaya kerana tidak diberikan caruman dan sebagainya.
Kemudian Yang Berhormat Gerik ada bertanya tentang KWSP ini boleh ada sikit tidak budi bicara. Kalau Yang Berhormat Gerik boleh nampak yang dok ada di belakang saya itu, muka manis-manis belaka kan, jadi boleh, kalau ada apa masalah semua boleh pergi berbincang. Jangan tunggu sampai sudah jadi teruk memang inilah.
Akan tetapi kalau ada masalah dan kita pun tahu perniagaan naik turun dan sebagainya, sebab itu kalau dari segi caruman contohnya, kalau setakat sebulan tidak sampai lagi, dua bulan tidak sampai lagi maknanya KWSP mereka agak ini. Akan tetapi bila ‘zap’, sentuh tiga bulan tidak sampai-sampai juga and then mereka kena lihat dan ambil tindakan yang perlu untuk memastikan bahawa mungkin tidak ada sebab yang valid pun tetapi caruman tidak dibuat kepada pekerja-pekerja ini. Jadi bagi yang hendak berlepas ke luar negara takut nanti tidak bolehkan, mengikut rekod tahun 2019 sebanyak 1,657 pengarah yang memohon untuk ke luar negara kerana ada masalah ditahan itu oleh sebab kita lihat reason yang mereka bagi itu adalah logik, munasabah, kita pun letak orang untuk hendak tengok benda ini. Kita tidak letak machine, letak machine dia senang sahaja, tidak bagi sahaja potong. Jadi budi bicara itu ada Yang Berhormat Gerik ya, budi bicara itu ada. Ditanya tadi oleh saya tidak ingat tetapi di sebelah sinilah, saya ingat mungkin juga Yang Berhormat Bukit Bendera. Tidak mahulah nanti sudah beli tiket sampai dekat airport, sua pasport tidak boleh keluar. Jadi, wujudkanlah satu web- based punya ini. Sekarang ini Yang Berhormat oleh sebab Yang Berhormat sudah cadang tetapi sebelum Yang Berhormat cadang pun KWSP sudah fikir sudah, mereka sedang dalam proses untuk mewujudkan, tetapi sekarang ini Yang Berhormat sekalian, bukan Yang Berhormatlah saya ingat Yang Berhormat semua okey, clear. Akan tetapi siapa-siapa juga yang hendak ke luar negara, hendak pastikan kita ini hendak kena tahan atau tidak oleh imigresen ini kita boleh pergi kepada website imigresen, kita boleh check, masukkan nombor IC kita, dia akan keluar. Kita ini kena tahan atau tidak. Cuma kalau kena tahan disebabkan ini berapa lagi yang kita tertunggak tidak bayar yang itu tidak ada. Akan tetapi yang itu bila KWSP wujudkan sistem mereka itu nanti kita boleh tahu, kita tidak boleh keluar sebab caruman tertunggak dan boleh tahu banyak mana caruman tertunggak yang perlu kita bayar. Jadi terima kasih bangkitkan perkara tersebut...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri...
...Dan budi bicara itu tetap ada.
...Takut Yang Berhormat Timbalan Menteri terlupa. Caruman isteri kepada suami. Isteri yang bekerja pada suami, tidak jawab lagi itu.
Okey. Macam- saya ingat saya sebut, mungkin tidak sebut lagi tadi ya. Sebenarnya untuk skim ini ialah skim untuk suami kepada isteri sahaja. Belum lagi kita buat untuk isteri kepada suami, belum lagi Yang Berhormat. Akan tetapi kalau dok nampak yang nampak gaya dunia ini wanita yang mengambil alih menjadi breadwinner kepada family, yang lelaki ini jadi sebaliknya ambil peranan wanita kah apa, mungkin bila sampai masa dan ketikanya kita akan lihat dan kaji apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau itu.
Yang Berhormat Arau boleh pertimbangkan.
Sikit, sikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Bukan, hat yang ini serius Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab semasa EPF ini diperkenalkan, ini suami yang bekerja, lelaki yang bekerja. Sekarang isteri yang bekerja.
Ya.
Itu sebab caruman kepada KWSP akan meningkat berlipat kali ganda kalau kita benarkan yang ini. Oleh sebab benda ini tidak boleh main-main Tuan Yang di-Pertua, sebab apa benda ini benda serius. Sebab sedang berlaku dalam masyarakat dengan hebatnya, jadi kita kena pertimbangkan dengan dahsyat sekali perkara ini.
Dipertimbangkan Yang Berhormat Arau tetapi logik kalau isteri yang bekerja bagi dekat isteri apa itu, saya ingat dari segi akan bertambah dia punya dana itu, the logic doesn’t come in lah sebab isteri bekerja...
Ya.
...Dia dapat 11 percent- 11 percent ada dekat dia. Kalau dia hendak bagi two percent dekat isteri dia, is not something new, daripada 11 percent. Dia dapat 11 percent, dua bagi dekat suami, dana itu tetap macam itu jugalah.
Ya.
Masa sudah habis saya ingat...
Yang Berhormat Timbalan Menteri sikit, sikit lagi. Tadi ada berbangkit soalan Sik. Soal simpanan syariah tadi.
Yang Berhormat Sik tidak bahas pun tadi [Ketawa]
Tadi mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri belum lagi jawab soal simpanan syariah tadi. Saya hendak tanya setakat sekarang sudah berapa ramai pencarum yang telah menukar simpanan daripada konvensional kepada syariah dan...
Ya, Yang Berhormat Sik tidak bahas pun.
...Tempoh yang tamatnya itu 24 Disember ini. Adakah keperluan untuk dilanjutkan untuk pencarum ini membuat keputusan menukar simpanan ini dan galakkan yang dibuat oleh KWSP sendiri kepada pencarum Muslim ini untuk menukar skim ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Rasanya ada diberi pada saya tadi cuma dok cari balik tidak jumpa dalam banyak-banyak ini. Kita akan beri balik secara bertulis. Akan tetapi memang sekarang ini banyak kalau kita tengok di TV dan radio dikeluarkan ada kita ini untuk menggalakkan pencarum kita ini untuk menukar daripada skim konvensional kepada skim patuh syariah. Apabila pada mulanya dibuat dengan hendak menukar itu kena pergi ke kaunter, rate dia itu slow sebab orang malas kot hendak pergi apa semua tetapi bila kita sudah boleh buat benda itu online peningkatan itu adalah baik. Jadi kempen ini akan kita teruskan dan saya ingat kalau sudah sampai masa dia itu masih belum mencapai saya ingat mungkin perlu kita lanjutkan lagi untuk menggalakkan seramai mungkin untuk menyertai skim patuh syariah ini. Tuan Yang di-Pertua oleh sebab masa sudah- skim patuh syariah sampai ini. Lebih kurang 840 ribu yang telah memilih skim ini. Peratusnya masih tidak berapa tinggi. Yang Berhormat, kita akan teruskan dengan kempen ini. Oleh sebab masa sudah ini saya mohon yang dibangkitkan yang lain tadi itu kita akan jawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 11 dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Tuan Pengerusi, ada orang hendak bercakap sini Tuan Pengerusi.
Yang Berhormat Arau?
Ya. Saya cuma ingin minta supaya ke depan dipinda perkataan “suami” itu ditulis “suami atau isteri”. Bukan bawa sekarang sebab sekarang sudah tidak sempat.
Ya.
Jadi, saya cadangkan dibawa ke depan ini supaya perkataan suami itu ditulis suami atau isteri. Thank you.
Ya, perbahasan Yang Berhormat Arau diambil maklum. Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab? Tidak payah. [Fasal-fasal 1 hingga 11 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Puan Hannah Yeoh) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PROMOSI KESIHATAN MALAYSIA(PEMBUBARAN) 2019 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu Akta untuk memansuhkan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 [Akta 651], untuk membubarkan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah akta itu, untuk mengadakan peruntukan bagi peletahakan hartanya pada kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditubuhkan bagi melaksanakan aktiviti promosi kesihatan dengan membina upaya dan menyokong badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan, sukan dan kebudayaan. Secara amnya, langkah pembubaran LPKM adalah di bawah inisiatif rasionalisasi perkhidmatan awam kerajaan yang akan memperkemaskan program promosi kesihatan di Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada masa sekarang, fungsi promosi kesihatan yang dilaksanakan oleh LPKM turut dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut mendidik masyarakat tentang kepentingan dalam aspek menjaga kesihatan. Dengan pembubaran ini, pertindihan fungsi ini akan dapat diselaraskan di bawah satu bahagian di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Justeru, langkah pembubaran ini akan dapat mengoptimumkan sumber supaya ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menggerakkan inisiatif amalan gaya hidup sihat secara lebih bersepadu. Dari segi aspek sumber kewangan pula, LPKM tidak dapat menjana pendapatan sendiri kerana tiada peruntukan di dalam akta yang membolehkan ianya menjana pendapatan. Oleh itu, ia tidak mempunyai kedudukan kewangan yang mampan dan bergantung sepenuhnya kepada peruntukan tahunan kerajaan. Dengan pembubaran ini nanti, kos pengurusan yang ditanggung kerajaan dalam lingkungan RM4.6 juta setahun akan dapat dijimatkan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan pembubaran LPKM ini berjalan lancar, KKM telah menubuhkan Jawatankuasa Pembubaran LPKM pada tahun 2018 untuk memantapkan pengagihan fungsi, aset dan kewangan serta sumber manusia di LPKM kepada bahagian lain yang ada di KKM. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (Pembubaran) 2019 ini mengandungi sembilan fasal. Sebelum rang undang-undang ini dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, izinkan saya menjelaskan fasal-fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 mengandungi takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam akta yang dicadangkan. Fasal 3 mengadakan peruntukan bagi pemansuhan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 dan pembubaran Lembaga. Fasal 4 mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga kepada kerajaan. Fasal 5 memperuntukkan bahawa semua wang yang ada pada atau kena dibayar kepada Kumpulan Wang Promosi Kesihatan Malaysia dipindahkan kepada kerajaan. Fasal 6 mengadakan peruntukan bagi pengambilalihan oleh kerajaan segala surat ikatan, perjanjian, dokumen dan surat cara lain yang sedia ada daripada Lembaga. Fasal 7 mengadakan peruntukan bagi penerusan prosiding undang-undang oleh atau terhadap kerajaan sebagai ganti Lembaga. Fasal 8 mengadakan peruntukan bagi penerusan kuat kuasa semua undang- undang bertulis termasuk perundangan subsidiari sehingga perundangan itu dipinda atau dibatalkan, dan memperuntukkan bahawa apa-apa sebutan mengenai Lembaga dalam mana-mana undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari atau dokumen hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai kerajaan. Fasal 9 mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan peletakhakan semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Lembaga yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah yang disiarkan dalam warta pada kerajaan tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan. Tuan Yang di-Pertua, KKM optimis langkah rasionalisasi pembubaran LPKM ini akan memberikan impak positif dalam memperkasakan bidang promosi kesihatan agar lebih berdaya saing, menyeluruh dan inklusif selari dengan usaha kerajaan dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari atau, dengan izin, Sustainable Development Goals sektor kesihatan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 [Akta 651], untuk membubarkan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah akta itu, untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan hartanya pada kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ada empat orang. Yang Berhormat Bagan Serai, selepas itu Yang Berhormat Arau, selepas itu Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Paya Besar serta Yang Berhormat Lembah Pantai terakhir. Memandangkan akta ini hanya pembubaran, lima minit diperuntukkan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sebab ini penting...
Sebagai mukadimah, saya ingin mengatakan bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Ini kerana mencegah itu murah, mencegah itu lebih mudah, mencegah tidak sakit dan mencegahnya akhirnya akan mendatangkan kesihatan. Manakala merawat itu mahal, merawat itu susah, merawat itu sakit dan merawat itu akhirnya kita tidak tahu kebanyakannya menghadapi kematian. Memansuhkan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia [Akta 651] ataupun MySihat ini adalah dikhuatiri satu lagi perkara yang regresif. Ini kerana kita lihat di sekeliling kita, negara-negara sekeliling kita seperti Thailand, Singapore, Korea dan juga di Australia, umpamanya, mereka ke arah ke hadapan, mereka lebih memperkasakan health promotion yang ada di negara mereka. Akan tetapi, pendekatan kita ialah untuk memberhentikan. Kita mengatakan ini salah satu rasionalisasi hendak selamatkan RM46 juta, sedangkan kesihatan adalah sangat penting. Hari ini kalau kita kata, contohnya kalau kita kata sembahyang itu penting, maka kita akan lakukan banyak usaha dan dana untuk jaga sembahyang. Hari ini kita kata kesihatan itu penting tetapi promosi kesihatan kita kurangkan, kurangkan dan kita bubarkan MySihat yang kita ada pada hari ini. Saya bukan tidak bersetuju tetapi saya ingin mengatakan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
...Bahawa pendekatan paling utama dalam mencegah NCD adalah promosi kesihatan dan salah satu daripada asas utama untuk mencapai sasaran UNSDG terutamanya SDG3 adalah promosi kesihatan.
Sembahyang itu wajib, Yang Berhormat bukan...
Jadi saya bukan apa, saya melihat pendidikan ini dikatakan adalah subset kepada promosi kesihatan. Dahulunya 1980- an apabila Unit Pendidikan Kesihatan mewujudkan Bahagian Pendidikan Kesihatan maka mereka telah menubuhkan pada tahun 2006 MySihat ini tetapi hari ini dia jadi terbalik yang dikatakan amalannya adalah bertindih. Saya hendak melihat perkara ini kerana kita lihat pendidikan kesihatan itu mendidik, itu mendidik. Promosi kesihatan itu motivate untuk bagi orang buat kerja. Saya ambil contoh solat sekali lagi. Hari ini kita hendak ajar solat itu mendidik tetapi kita bagi fadilat-fadilat solat itu adalah motivate, beza itu. Satu kita bagi ilmu tetapi tidak tentu lagi satu lagi kita bagi motivasi supaya dia buat.
Dalam urusan kesihatan ini, kita perlu ada perkara macam ini. Contohnya hendak berhenti merokok, kita beritahu merokok bahaya, orang tidak berhenti merokok tetapi kita kena bagi motivate dia. Kita kena bagi kegerunan dia supaya dia terus berhenti merokok. Silakan.
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai, Tuan Yang di-Pertua. Saya terima beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi dan saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Bagan Serai sebagai seorang pengamal kesihatan dan seorang doktor yang masyhur. Apa pandangan Yang Berhormat sebelum buat pembubaran ini, adakah seharusnya kita cadang kepada pihak kerajaan, adakah mereka telah membuat satu kajian menyeluruh yang mengatakan bahawa MySihat tidak buat kerja yang telah dimatlamatkan kepada mereka...
[Bangun]
No, no, hold on. Kedua ialah, adakah pembubaran ini bermaksud bahawa ia akan diganti dengan satu sistem yang lebih bagus daripada MySihat, minta pandangan Yang Berhormat.
Masukkan dalam perbahasan saya. Ini saya hendak cakap tentang dana. Kalau dana tidak sustainable, why not kita gunakan dedicated tax ataupun sin tax ataupun earmarked tax yang kita gunakan tax kepada bahan-bahan komoditi yang tidak baik rokok, vape, gula lebih, judi dan sebagainya, kita gunakan tax ini untuk membantu menstabilkan MySihat ini. Kita jadikan MySihat ini sebagai satu agensi yang berautonomi, autonomous strategy body sebagai bebas supaya dapat melakukan programnya tanpa kawalan. Maka dia adalah badan-badan dia sendiri dan juga menggunakan kepakaran yang ada ini pakar-pakar contohnya Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, yang kata tidak menyerlah tadi tetapi kita sudah banyak program yang dilakukan oleh MySihat. Justeru itu untuk dibubarkan kita perlu ada satu entiti yang lebih baik lagi ataupun kalau untuk diserapkan dalam Bahagian Pendidikan Kesihatan maka pendidikan kesihatan mestilah mempunyai setidak-tidaknya mencakup benchmark itu. Saya ingin bertanyalah beberapa soalan. Apakah fungsi utama Bahagian Pendidikan Kesihatan, adakah sama, adakah lebih? Apakah struktur Bahagian Pendidikan Kesihatan di KKM dan di seluruh Malaysia di daerah-daerah? Apakah program-program dan inisiatif yang akan dibuat oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan? Apakah yang akan berlaku kalau MySihat dibubarkan dan diserap dan dimasukkan dalam Bahagian Pendidikan Kesihatan? Apakah program-program dan inisiatif MySihat akan terus diperkasakan, diteruskan dan diperkasakan dalam Bahagian Pendidikan Kesihatan. Apakah pencapaian SDG, spesifiknya SDG 3 menjadi satu cabaran apabila MySihat dibubarkan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyalah kan, kenapakah board dalam MySihat dibubarkan pada tahun 2018 sedangkan MySihat belum dibubarkan. Saya mohonlah kalau Bahagian Pendidikan Kesihatan mengambil alih maka sumber-sumber kewangan yang ada ini perlu dimasukkan ke dalam Bahagian Pendidikan Kesihatan bukan bahagian yang lain kerana saya khuatir Bahagian Promosi dan Pendidikan Kesihatan akan jadi lemah sedangkan penyakit hari ini NCD berleluasa. Bila kita buat undang-undang, contoh kita bagi undang- undang tidak boleh merokok dalam kedah dan berapa meter daripada kedai, rakyat jadi marah, yang merokok jadi marah sebab apa, sebab promosi tidak kuat. Motivasi tidak kuat, fadilatnya tidak kuat. Jadi sebab itu kita hendak buat hari ini promosi kesihatan yang mana negara-negara lain maju ke hadapan tetapi Malaysia ini agak regresif dan buat keputusan untuk rationalize untuk selamatkan 4.6 juta, ini bukan bilion tahu, ini juta sedangkan kita bercakap tentang kesihatan hari ini. Tuan Yang di-Pertua, ada berita baik baru-baru ini saya dengar kenyataan daripada JPA. Pada 2 hari bulan Disember, kerajaan telah luluskan KKM wujudkan 10,675 perjawatan yang baru, berita baik dan berita buruk. Ini kerana apa? Oleh kerana Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Promosi, Jururawat, Pegawai Perubatan, alhamdulillah.
Hari ini doktor-doktor yang doktor-doktor muda yang kontrak happy sebab kerja tetapi Tuan Yang di-Pertua, tidak ada perjawatan untuk memperkasakan Program Promosi Kesihatan dan Pendidikan Kesihatan, ini saya cukup bimbang. I am very worried, dengan izin. Oleh sebab apa, ini adalah penting. Oleh sebab bila orang ada kesungguhan, semangat hendak amalkan suatu ilmu maka barulah pendidikan kesihatan itu bermanfaat. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta, saya mohonlah supaya kesemua 33 staf dalam MySihat itu andai kata dibubarkan dimasukkan ke dalam Bahagian Pendidikan Kesihatan untuk diperkasakan. Tuan Yang di-Pertua, penggulungan. Tuan Yang di-Pertua, kalau bubar perlu wujudkan satu entiti yang lebih baik lagi dan sesuai dengan ciri-ciri yang Bagan Serai pohon. Keduanya, kalau diserapkan dalam Bahagian Pendidikan Kesihatan, please get to the benchmark dan jagalah sasaran UNSDG kita kerana NCD menyedihkan, menghancurkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Sekarang saya jemput, Yang Berhormat Arau. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, tadi Tuan Yang di-Pertua buat pantun ada sebut nama Arau, apa dia?
Teruskan [Ketawa]
Boleh tidak ulang pantun itu? Oleh sebab pantun ini ada kait dengan ucapan ini, jadi kalau Tuan Yang di-Pertua boleh ulang sedikit.
Masa 5 minit sahaja sekarang tinggal 4 minit 30 saat [Ketawa]
Jadi Yang Berhormat tidak mahu ulanglah. Okey. Tuan Yang di-Pertua, esok hari penghabis ya. Kita...
Tumpukan kepada perbahasan.
Saya tahu tetapi pantun itu kena pada saya tadi, saya tidak ada. Saya sebut Arau tanam pisang kah buluh, saya lupa. Okey, Tuan Yang di-Pertua hat yang ini saya percaya pihak kerajaan dan pembangkang tidak bersetuju untuk Lembaga Promosi Kesihatan ini dimansuhkan. Untuk apa Yang Berhormat? Yang Berhormat kata ini bahagian, dia bertindih dengan bahagian di Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat. Seperti yang sahabat saya sebut tadi tetapi ini saya hendak beritahu slogan kita, slogan yang kita buat di Perlis pada masa dahulu iaitu, “Lebih murah jaga sihat daripada jaga sakit”. Jaga sihat satu botol mineral water, RM1 tetapi bila sakit sudah pasti harganya terlampau mahal. Kita harus buat promosi, promosi jangan henti bahawa jaga sihat lebih murah daripada jaga sakit. Lembaga ini patut wajar pergi ke hadapan untuk buat promosi. Saya hendak cakap tiga benda yang cukup berbahaya dari segi kesihatan malah Speaker sendiri pun saya rasa terlibat dalam kes ini dan hampir semua daripada kita juga terlibat iaitu kita tidak pernah siasat kita makan sayur itu tahap pembasuhan itu tahap berapa. Tuan Yang di-Pertua, saya tahu saya jaga Yang Berhormat Menteri yang jaga bencana dahulu. Saya tahu bila saya melawat tempat-tempat yang tanam sayur ini yang pekerja-pekerja daripada pekerja asing dia pakai sembur sahaja. Dia sembur racun ini tanpa kita tahu apa dia had dia yang harus dikenakan. Jadi kadang-kadang kita makan sayur yang sayurnya yang mungkin daun banyak dan ini betul tidak racun itu telah keluar daripada sayur. Dia tidak keluar. Jadi kita pun makan, Tuan Yang di-Pertua suka makan sayur. Saya tidak makan sayur sebab saya takut, saya makan Vitamin C. Ini sebab saya bimbang sayur itu dia tidak rendam cukup tempoh masa untuk mengeluarkan racun daripada daun-daun sayur. Jikalau sayur ini hendak dieksport ke Singapore, dia kena melalui, dia kena scan, dengan izin, untuk melihat tahap racun. Kalau tahap racun tinggi, dia tolak. Bila dia tolak dia akan masuk ke pasaran Malaysia, siapa check, siapa check sayur semburan racun itu di tahap mana.
Inilah Lembaga Promosi Kesihatan kena beritahu. Kalau hendak makan sayur, kalau sayur yang berlubang-lubang maka ulat makan, manusia pun makan selamat tetapi kalau kita tengok sayur itu bersih segar binatang pun tidak makan tetapi manusia makan. Yang Berhormat, ini promosi. Saya tahu orang kadang-kadang ketawakan saya tetapi ingat benda ini benda yang serius sebab cara penyampaian saya mungkin nampak berseloroh tetapi..
Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Arau tahu orang ketawakan dia.
...Benda ini serius. Speaker saya rasa kena melihat benda ini dengan hebatnya bahawa lembaga ini tidak wajar kita bubarkan, patutnya kita galakkan untuk diperbesarkan sebab promosi kesihatan di negara kita ini kurang dibandingkan dengan negara-negara maju di mana mereka mensyaratkan bahawa semua tempat-tempat tanaman sayur mesti racunnya yang terkawal 5 percent dan sebagainya. Ini kita pakai ikut seronok sembur racun yang berleluasa sehingga di antara sebab kematian yang besar di kawasan MADA disebabkan oleh paraquat. Semua doktor kata ini paraquat, paraquat, sebab-sebab, dan kerana semburan racun itu tidak dikawal dengan baik.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu Tuan Yang di-Pertua cari jalan untuk menghentikan saya tetapi saya tidak akan berhenti...
[Dewan ketawa]
Contohnya ialah bekas orang kuat Lynas ada di sini, Yang Berhormat Bentong pun ada di sini. Ini radioaktif yang telah ditaburkan di sana itu, sampai ke tahap dia beritahu sampai ke empat tinggi, empat tingkap bangunan. Empat atau lima tingkap Yang Berhormat? Empat tingkat atau lima tingkat? Kita hendaklah diberitahu bahawa jangan minum air yang mengalir melalui kawasan yang telah ditanam radioaktif kerana tidak dibuat sebagaimana yang telah diberikan spesifikasi. Jadi, Yang Berhormat, Lembaga Promosi Kesihatan wajar pergi ke hadapan. Dia barisan hadapan, di barisan hadapan Kementerian Kesihatan untuk membuat promosi- promosi supaya rakyat sihat, untuk membuat promosi-promosi supaya pemakanan kita pemakanan yang sihat, untuk buat promosi bahawa radioaktif ini bahaya, dia akan menyebabkan penyakit dan sebagainya. Jadi, kita sama-sama kempen supaya- dahulu, Tuan Yang di-Pertua pun di antara orang yang kempen hebat supaya Lynas ditutup, sekarang dibuka. Supaya kita kempen sekali lagi ramai-ramai, kami akan menyokong bersama-sama dengan pihak kerajaan supaya tutup Lynas. Ini kesihatan, sebab ia penting dari segi kesihatan. Kenapa kita hendak tutup? Yang Berhormat tanya di dalam Dewan ini kecuali mungkin Yang Berhormat Jelutong semua orang tidak setuju untuk ditutup. Kita teruskan supaya Lembaga Promosi Kesihatan ini diteruskan. Saya hendak beritahu, sekarang ini saya hendak jelaskan sikap saya, mengundi memang kalah. Akan tetapi, saya hendak beritahu saya tidak sokong Lembaga Promosi Kesihatan ini ditutup. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya turut sama berdebat. Saya mula dengan mengatakan bahawa I am all for preventive medicine. Saya menyokong perubatan pencegahan kerana ia sangat penting. Akan tetapi, dalam masa yang sama, saya terasa satu hakikat yang perlu kita terima ialah model yang kita gunakan sekarang, digunakan oleh Lembaga Promosi Kesihatan dan juga Kementerian Kesihatan sudah outdated, sudah ketinggalan zaman.
Apa yang perlu dan yang berjaya di seluruh dunia ialah bila kita memperkasakan rakyat. Kita mewujudkan suasana sihat, kemudian rakyat sama-sama terlibat. Mereka sendiri menggunakan segala resources mereka untuk memperbaiki kesihatan mereka sendiri. Itu peranan kerajaan. Apa yang dilakukan oleh Lembaga Promosi Kesihatan dan juga Kementerian Kesihatan ialah up down, daripada atas. Arahan dari atas berhenti merokok, arahan di atas kurangkan pengambilan ini, banyak berjalan, kesedaran itu tidak akan berkesan. Saya tengok di merata-rata tempat, Tuan Yang di-Pertua, di Unit Pendidikan Kesihatan dan juga mungkin Lembaga Promosi Kesihatan ada peranannya meletakkan papan tanda, pisang berapa kalori bersamaan dengan berapa meter berjalan. Satu kuih, misalnya, dia ada beritahu berapa kalori bersamaan dengan berapa meter. Apa maksud dia? Tidak ada maksud apa-apa. Maka, adakah maksudnya kalau makan kuih itu kena jalan 50 meter? Tidak begitu, sebab teori yang digunakan itu outdated, sama sekali teori lapuk yang tidak terpakai. The calories in, calories out theory, yang dahulu pun Menteri Kesihatan jawab, itulah. Itu tidak betul. Badan kita Tuan Yang di-Pertua, bukan simple machine, mesin yang mudah. Maksudnya, makan sekian kalori, maka kena bakar sekian kalori. Tidak betul. Dia ada hormon dan lain-lain lagi. Itu semua Tuan Yang di-Pertua, menyebabkan segala promosi kesihatan yang dilakukan sebelum ini tidak betul, tidak berjaya termasuklah Lembaga Promosi Kesihatan. Walaupun saya akur bahawa ada aspek tertentu yang telah mereka lakukan dengan agak baik tetapi kesannya tidak berjaya. Kenapa tidak berjaya? Ini kerana Malaysia mempunyai kadar non-communicable diseases atau penyakit tidak berjangkit antara tertinggi di dunia. Diabetes paling tinggi, obesiti antara yang tertinggi di Asia Pasifik, merokok juga tinggi. Apabila kita buat undang-undang ini, baru kurang sikit merokok di public sekurang- kurangnya dan pelbagai benda lain. Apa yang berjaya sekarang Tuan Yang di-Pertua, saya yang hendak sebut ialah segala gerakan yang disebut Civil Society Organisations (CSO). Antara yang saya mahu sebut di sini ialah sekumpulan rakyat Malaysia, doktor dan ahli nutrition serta bekas pesakit yang telah sembuh, mereka menubuhkan- saya sebut di sini sebagai contoh, untuk mengatasi diabetes dan obesiti mereka menubuhkan group yang dipanggil Reverse Diabetes Obesity (RDO), pulih daripada diabetes dan obesiti menggunakan WhatsApp dan Telegram. Mereka memberikan nasihat dan orang mengikut kerana contohnya, seorang pesakit yang dahulu beratnya 125 kilogram sekarang tinggal 90 kilogram, 80 kilogram. Maka, itu sebagai contoh yang baik. Pesakit yang dulu diabetes kena ambil insulin banyak, sekarang tidak perlu lagi ambil insulin. Maka, itu memberikan contoh yang baik dan mereka diberikan panduan punca makanan. Akan tetapi, masalahnya Tuan Yang di-Pertua, selain dari teori yang kita gunakan, sikap Kementerian Kesihatan dia sangat restrictive, draconian. Vitamin C misalnya, saya sebut di sini dan di dijawab oleh Menteri yang dahulu, digunakan luas untuk kesihatan tetapi kita ambil satu pandangan, banyak pandangan, 100 pandangan. Kita ambil satu yang paling regressive bahawa dia tidak baik untuk kesihatan. Saya banyak kajian sains dan Reverse Diabetes Obesity (RDO) ini Tuan Yang di- Pertua, misalannya mereka menggunakan benda-benda yang sentiasa ada dan dananya sangat- hampir tidak ada dana kerajaan. Mereka menggunakan method intermittent fasting, berpuasa dan mereka menggunakan method dan cara low carbohydrate, high fat diet. Rendah karbohidrat dan tinggi lemak yang sihat. Dengan itu, sahaja Tuan Yang di-Pertua pengalaman peribadi saya walaupun ada orang lain mendokumenkan tanpa- saya tidak ada datanya sekarang. Beribu-ribu orang telah pulih daripada diabetes dan obesiti misalnya. Tidak menggunakan dana kerajaan. Cuma, kerajaan perlu wujudkan suasana supaya rakyat yang diperkasakan tadi mereka bergerak memberitahu saudara, adik-beradik mereka yang sakit supaya pulih. Sekarang yang kita lakukan ialah kita beritahu, we tell them, satu per satu, kena buat itu ini, tidak berkesan. Oleh sebab itu pendidikan kesihatan tidak berkesan. Saya tidak mengatakan bahawa tidak berguna langsung tetapi tidak berkesan. Kalau berkesan kita tidak jadi the obesity tertinggi, diabetes tertinggi. Saya menjemput Ahli Parlimen yang berminat untuk bersama dalam group tadi.
Saya sendiri berpengalaman satu dekad yang lalu memulakan benda-benda ini dan tanpa takbur mengatakan bahawa ramai orang, beratus orang yang telah tertolong. Itu tidak dilakukan oleh Lembaga Promosi Kesihatan atau Unit Pendidikan Kesihatan tetapi dilakukan apabila rakyat diperkasakan. Dengan itu, saya rasa peranan penting ialah mewujudkan suasana sihat dan akhirnya peranan kita semua ialah memberikan sokongan kepada mereka. Sekali sekala kita perlu hadir dan memberikan sikit bantuan kewangan. Kebanyakannya dilakukan oleh rakyat yang rasa mereka perlu pulih dan masyarakat itu pulih dan jadi lebih sihat tanpa menggunakan banyak dana. Oleh sebab itu saya menyokong supaya dilihat kembali semua yang dilakukan dan promosi kesihatan termasuklah membubarkan Lembaga Promosi Kesihatan. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya menyokong usul ini.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Paya Besar. Selepas itu Yang Berhormat Lembah Pantai mengakhiri perbahasan. Sila.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertamanya, Paya Besar tidak bersetuju rang undang-undang ini dimansuhkan. Kenapa penghujahan saya mengambil premis sedemikian kerana kita kena bezakan di antara dua perkara Yang Berhormat Timbalan Menteri, antara promosi kesihatan dengan pendidikan kesihatan. Penghujahan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi menyebutkan ini adalah satu proses rasionalisasi. Ini adalah satu proses bagaimana untuk melihat duplikasi itu tidak berlaku dan juga kenapa tidak ada dalam akta untuk safe generate, pendapatan untuk melaksanakan program. Lembaga Promosi Kesihatan (MySihat) ini diwujudkan pada tahun 2006. Yang Berhormat Tenggara juga sebagai Setiausaha Parlimen ketika itu yang menyokong, dibentangkan oleh Setiausaha Parlimen ketika itu dan tujuh orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas ketika itu, saya baca Hansard Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak ada satu pun yang menolak Lembaga ini. Akan tetapi, selepas 13 tahun kita kena tahu adakah dengan memansuhkan ini 13 tahun ia tidak berjaya dan dia tidak membuat sesuatu pendidikan promosi yang lebih baik? Kenapa untuk kita berpindah daripada pengetahuan kepada behaviour ini satu perkara yang agak sukar. Saya setuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyebutkan bahawasanya pendidikan kesihatan bukan hanya boleh semata-mata menyelesaikan NCD. Akan tetapi, promosi kesihatan untuk kita translate kan knowledge kepada behaviour is not easy. Bukan semua NGOs tidak laksanakan dan tidak berjaya. Saya ambil contoh Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR). Jadi, dengan apa yang dilakukan oleh NGOs lepas, cuma mereka sudah berjaya tetapi jangan Yang Berhormat Timbalan Menteri kita marahkan nyamuk, kita bakar kelambu. Sepatutnya kita harus mengambil sin tax, kita mesti mengambil cukai-cukai tertentu sebagai contoh, Yang Berhormat Tenggara sekejap.
Kita lihat bagaimana cukai tembakau yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kastam pada tahun 2018 akan mencatat kutipan RM4.6 bilion. Kita pinda akta supaya ada akta yang dapat kita ambil sekurang-kurang satu atau dua percent. Satu percent daripada RM4.6 bilion mencukupi. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, adakah dengan memansuhkan Lembaga Promosi Kesihatan ini, HECC di bawah kesihatan awam, di bawah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, akan berfungsi sebagai mana MySihat buat?
Saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat, jangan mansuhkan. Bawa HECC ini diserapkan kepada MySihat. Ini kerana apa, MySihat ini diwujudkan di bawah Akta Badan Berkanun dan kenapa kita hendak HECC ini menyerap MySihat? Sepatutnya MySihat menyerap HECC. Seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi, ada 33 orang pegawai dalam MySihat, sudah pasti tidak akan berjaya. Sepatutnya beratus-ratus kakitangan dalam HECC ini sepatutnya dipindahkan, dimasukkan ke dalam MySihat. Minta pandangan.
Sila.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta Yang Berhormat Paya Besar, tahu tidak bahawa dengan langkah pembubaran lembaga ini, ia telah mendukacitakan sebilangan rakan kongsi dan juga usaha sama sektor lain seperti Pertubuhan Kesihatan. Kementerian Kesihatan juga ada kerjasama dengan beberapa unit dipanggil KOSPEN, COMBI. Mereka ini dukacita kerana sekurang-kurangnya dengan adanya Lembaga Promosi Kesihatan ini, mereka diletakkan di satu kedudukan yang lebih selamat seperti mana di Thailand, di mana ada badan promosi kesihatan life health. Di Australia, ada Healthware and Bighealth di Australia. Jadi dengan adanya pembubaran ini, mendukacitakan ialah satu perkara Yang Berhormat Paya Besar kena tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kedua, adakah dia akan diagihkan kepada dua jabatan yang berbeza iaitu satu Jabatan Promosi Kesihatan, satu lagi Jabatan Pendidikan Kesihatan? Mana satu yang patut kita uar-uarkan kepada masyarakat?
Itu sebabnya Yang Berhormat Tenggara, pandangan Yang Berhormat saya juga mohon pihak kementerian menjawab dalam ucapan saya. Akan tetapi itulah, saya hendak simpulkan begini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita sudah ada akta yang mewujudkan sebuah badan berkanun. Kita boleh mengurangkan birokrasi. Saya tidak faham kenapa kita hendak optimumkan sumber, walhal yang paling pentingnya adalah kita harus optimumkan produktiviti. Akan tetapi kalau kita hendak dibandingkan hanya MySihat dapat RM10 juta, HECC dapat RM30 juta, this is not apple orange punya cerita. Sepatutnya kita mesti menggunakan keupayaan yang ada, akta yang sedia ada, badan berkanun yang sedia ada, mengurangkan birokrasi. Sepatutnya kita memperkasakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukan kita memansuhkan. Saya Tuan Yang di-Pertua, menolak rang undang-undang ini dimansuhkan.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk bersama-sama membahaskan rang undang-undang yang ada di hadapan kita pada hari ini melibatkan satu entiti yang kita kenali sebagai MySihat. Saya difahamkan ia merupakan satu entiti yang tidak mempunyai pendapatan yang mampan ataupun no sustainable income, dengan izin, dan difahamkan seramai 30 orang staf dan keperluan untuk membiayai bagi MySihat ini adalah hampir RM5 juta setahun. Bermaksud kalau kita kumpulkan secara umum sejak 13 tahun ia wujud, mungkin telah menelan belanja lebih daripada RM50 juta, mungkin RM60 juta. Persoalan saya yang pertama, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menyatakan apakah yang menyebabkan MySihat ini tidak menyerlah? Kalau kita lihat sekarang ini kita berpandukan kepada zero-based budgeting setiap tahun, maka dana tidak diberikan secara automatik tetapi berpandukan kepada prestasi. Adakah masalah yang dihadapi berkait dengan pengurusan ataupun dengan izin, oversight terhadap aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah dilaksanakan oleh MySihat? Saya difahamkan bahawa fungsi mempromosikan ataupun promosi ini akan diserapkan ke dalam Bahagian Pendidikan. Akan tetapi persoalannya, adakah keupayaan itu walaupun kita serap juga stafnya, adakah keupayaan itu akan membantu menyerlahkan semula aktiviti promosi yang kita harapkan sewaktu penubuhan MySihat dahulu?
Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh pihak kementerian bahawa dengan penyerapan ini, maka aktiviti promosi dapat mencapai matlamat dengan penggunaan dana yang kurang? Apakah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tenggara tadi dan juga yang dipersoalkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Bagan Serai, adakah di masa hadapan, satu ketika nanti kita mungkin akan mempertimbangkan kewujudan sebuah dengan izin, Health Promotion Board yang baharu...
Boleh saya mencelah sikit?
Sila.
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Saya hendak sebut sikit di sini tentang tadi Fiji ada masalah macam kita juga, dia ada noncommunicable disease (NCD), penyakit tidak berjangkit yang sangat tinggi seperti diabetes dan obesiti. Salah satu yang paling berjaya di Fiji, saya pergi ke satu persidangan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ialah satu badan yang disebut bernama SMILE. SMILE maksudnya Sustainable Medicine - Improving Lives through Empowerment. Apa yang mereka buat adalah seperti yang kita buat groups RDO di sini. Mereka mengubah lifestyle, cara hidup kerana ini adalah penyakit gaya hidup- lifestyle disease. Kerajaan ataupun birokrasi atau kementerian tidak boleh merubah cara hidup orang, ia tidak akan berlaku. Manusia sendiri kena berubah. Jadi, mereka juga buat yang sama. Ia tidak menggantikan dengan satu badan lembaga promosi, tetapi dia menyemarakkan semangat berubah tadi. Mereka balik kepada makanan tradisional, mereka balik cara hidup tradisional, berkeluarga dan lain-lain lagi dan bersama dan mereka makan makanan asal dan akhirnya mereka kurang diabetes dan obesiti tadi. Saya dibawa melawat mereka, melihat tradisional dietnya dan lagi. Saya rasa itu adalah jawapannya, bukan satu lagi badan yang birokrasi. Terima kasih.
Terima kasih dan saya masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya ingin dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang cash flow untuk MySihat ini kerana saya difahamkan yang saya sebutkan tadi, itu mungkin cuma yang disediakan oleh pihak kerajaan, tetapi mungkin kosnya setiap tahun saya difahamkan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jika benar contohnya bagi tahun 2012, perbelanjaan ataupun pemberian berkenaan bayaran tetap bagi MySihat ini adalah sebanyak RM13.5 juta. Adakah ini benar? Boleh tidak sekurang-kurangnya untuk lima tahun yang ke belakang dimaklumkan apakah perbelanjaan berbanding dengan peruntukan yang diberikan oleh pihak kementerian. Jika kebanyakannya hanyalah berkenaan dengan isu kos tetapi persoalannya, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri juga nyatakan sejak ditubuhkan, apakah program-program dan aktiviti- aktiviti yang telah dilaksanakan? Ini kerana seperti yang disebut oleh ramai sahabat tadi, jelas masalah kita hadapi sekarang ini, NCD meningkat, noncommunicable diseases meningkat. Adakah ini tidak dapat diatasi dengan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan? Apa yang saya risau Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam saat-saat akhir ini ialah kita bubarkan, kita selamatkan sedikit wang rakyat tetapi akhirnya nanti, yang kita harapkan pengurangan jumlah masalah penyakit tidak berjangkit ini tidak juga menurun. Adakah pihak kementerian mempunyai langkah-langkah yang khusus untuk memastikan rakyat semakin faham tentang isu NCD ini dan sama-sama kita mengerakkan agar Malaysia menjadi lebih sihat di masa depan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada tujuh Ahli Yang Berhormat yang turut terlibat dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa rang undang-undang ini. Jadi, antara perkara-perkara yang dibangkitkan adalah kenapa Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia ini dibubarkan dan adakah fungsi lembaga tersebut boleh diserap oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Saya gembira kerana walaupun kita mungkin ada pandangan berlainan berkenaan dengan lembaga tersebut, tetapi kita bersama-sama bersetuju bahawa promosi itu lebih penting kalau dibandingkan dengan rawatan dan pendidikan dari segi jagaan kesihatan. Saya rasa ini satu peningkatan. Terima kasih kepada Yang Berhormat semua yang telah menyatakan bahawa promosi ini penting. Cuma saya hendak terangkan di sini bahawa memang pandangan yang bahawa Bahagian Pendidikan Kesihatan tidak memainkan peranan promosi ini agak tidak berpatutan kerana mereka memainkan peranan yang besar.
Jadi, biar saya terus kepada jawapan berkenaan dengan beberapa perkara yang telah dibangkitkan. Pembubaran MySihat ataupun Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia adalah selaras dengan keputusan dasar kerajaan berhubung dengan pelaksanaan rasionalisasi agensi dalam perkhidmatan awam. Berikutan pembubaran MySihat ataupun Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia, skop fungsi asal Lembaga tersebut akan dipinda dan dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi kalau kita lihat dari segi prestasi, memang kerajaan telah meneliti secara mendalam berkaitan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dari segi tadbir urus yang meliputi pencapaian perbelanjaan dan permasalahan. Hasil pengauditan Audit mendapati pencapaian LPKM kurang memuaskan berbanding dengan peruntukan yang diterima, kos pengurusan yang tinggi, tiada kepakaran teknikal dalam promosi kesihatan serta berlaku pertindihan fungsi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Di samping itu, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia tidak memenuhi ekspektasi dasar kerajaan terhadap badan berkanun persekutuan iaitu bukan merupakan sebuah agensi yang menjana pendapatan dan penguatkuasaan. LPKM tidak mempunyai kedudukan kewangan yang mapan dan bergantung sepenuhnya kepada peruntukan tahunan kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Pantai, kebetulan geran yang telah diberikan kepada Lembaga tersebut selama 12 tahun daripada tahun 2006 hingga tahun 2018 adalah sebanyak RM97,177,788 sedangkan geran yang diberikan kepada badan-badan bukan kerajaan adalah sekadar RM41,501,662. Ini bermakna lebih daripada 50 peratus daripada peruntukan geran yang diberikan kepada Lembaga tersebut telah digunakan sebagai pengurusan dan geran yang diterima oleh badan-badan bukan kerajaan kurang daripada 50 peratus. Selaras dengan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. Boleh, Tuan Yang di-Pertua?
Biar saya habiskan dahulu. Selaras dengan dasar kerajaan berhubung dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi agensi dalam perkhidmatan awam, Kabinet memutuskan LPKM dibubarkan. Berikutan pembubaran ini, skop, fungsi, sumber manusia, kewangan dan aset akan dipindahkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia. Ya, sila.
Silakan, Yang Berhormat Paya Besar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya teliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi masih berkisar berkaitan rasionalisasi. Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan RM97.1 juta berkaitan pengurusan dan 50 peratus diserahkan kepada NGO.
Ini melibatkan management, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita bukan bercakap tentang pemansuhan management. Kita bercakap pemansuhan sebuah organisasi badan berkanun. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak mengambil langkah untuk menukarkan pihak pengurusan? Daripada kita membakar kelambu itu, sepatutnya kita harus memberi tumpuan kepada nyamuk itu. Bukanlah kita harus bubarkan tetapi pengurusan kita tidak lakukan apa-apa. Kalau tidak ada duit, salahkan pengurusan, bukan salahkan badan organisasi tersebut.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar.
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Berkaitan dengan yang dibangkitkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya teliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Kalau kita lihat, 50 peratus yang telah dibelanjakan untuk pengurusan dan 50 peratus untuk NGO, badan-badan bukan kerajaan. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri- saya tidak pasti dalam jawapan nanti akan sebut. Apakah kejayaan ataupun aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan selain daripada pemberian geran ini? Memang kalau kita lihat penggunaan 50 peratus untuk pengurusan, dengan izin, that’s very high tetapi memang mungkin ada yang bertanya seperti Yang Berhormat Paya Besar, adakah boleh kita- contohnya dalam bahasa Inggeris sebut, don’t throw the baby out with the bathwater. Adakah masalah ini kerana ia telah berlaku selama 12 tahun? Adakah ini menunjukkan bahawa ada satu perkara yang lebih mendasar, lebih kronik sehingga memerlukan satu langkah yang cukup drastik untuk membubarkan LPKM ini? Terima kasih.
Terima kasih. Kalau kita mengkaji daripada segi model Lembaga tersebut, memang model Lembaga tersebut ia tidak diperuntukkan untuk ada kepakaran dari segi teknikal dari segi promosi kesihatan. Jadi, memang sukar untuk mereka berfungsi. Walaupun Lembaga ini sepatutnya berfungsi sebagai memperkasakan NGO-NGO melalui pemberian geran dan sebagainya tetapi oleh kerana mereka kurang dari segi teknikal expertise dan juga kurang dari segi rangkaian ataupun network, tidak seperti Kementerian Kesihatan, di mana kita ada jaringan kakitangan di seluruh Malaysia yang boleh memantau prestasi NGO-NGO dan boleh memastikan supaya geran yang diberikan itu tepat kepada sasaran, tepat kepada tujuan. Jadi, kita harus tinjau dari segi peranan yang boleh dimainkan dan telah dimainkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan. Kebetulan, Bahagian Pendidikan Kesihatan berupaya menjadi entiti dalam melaksanakan fungsi LPKM, setelah diserap masuk, memandangkan bahagian ini adalah lebih besar dengan fungsi yang lebih luas. Fungsi utama Bahagian Pendidikan Kesihatan ini adalah, pertama, meningkatkan literasi kesihatan rakyat menerusi promosi- ada promosi ya, jangan kata tidak ada- menerusi promosi dan pendidikan kesihatan melalui pelbagai saluran seperti media konvensional, media baharu, komunikasi bersemuka serta program outreach. Kedua, memperkasakan rakyat dengan kemahiran cara hidup sihat agar bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi berkenaan dengan memperkasakan komuniti dan rakyat sendiri. Ketiga, meningkatkan advokasi dengan pemegang taruh bagi mewujudkan persekitaran sihat yang menyokong kesihatan yang baik. Keempat, mengukuhkan perkongsian pintar dan jaringan kerjasama pelbagai sektor sama ada sektor awam ataupun swasta bagi meningkatkan kesihatan yang baik.
Kelima, melengkapkan pengamal promosi kesihatan dengan kompetensi promosi kesihatan. Keenam, membangunkan program promosi kesihatan berdasarkan evidence based. Jadi, di Kementerian Kesihatan Malaysia, jaringan dan rangkaian sedia ada dalam struktur penyampaian promosi dan pendidikan kesihatan kepada masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi adalah sistematik dan komprehensif. Dengan struktur ini, program pendidikan kesihatan telah digerakkan dan dilaksanakan mengikut setting termasuk di institusi pendidikan, tempat kerja dan komuniti. Jadi, penyerapan LPKM ke Bahagian Pendidikan Kesihatan akan memperkukuhkan lagi program dan aktiviti promosi kesihatan di peringkat komuniti yang lebih berstruktur dan komprehensif terutamanya melibatkan pemerkasaan NGO dan advokasi komuniti. Jadi, mungkin...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Bagan Serai sedikit, boleh?
Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada apa-apa against Bahagian Pendidikan Kesihatan seperti dalam perbahasan saya tadi. Cuma, saya teringin hendak tanya sekarang ini, kedua-duanya membawa konsep Ottawa Charter yang diwujudkan pada tahun 1986. Kenapa pada tahun 2006, Bahagian Pendidikan Kesihatanlah yang mewujudkan MySihat ini? Dan bila pula yang bahagian di KKM terasa yang kerjanya bertindih dan bila pula yang rasa dananya pula not sustainable? Maksud saya, bagaimana ia memilih untuk membubarkannya?
Yang Berhormat Menteri, boleh saya follow-up question? Klang.
Saya dululah. Jadi saya setuju dengan Yang Berhormat Bagan Serai bahawa apa yang diberitahu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mendukacitakan banyak persatuan sebenarnya. Hendak kata persatuan tidak aktif, aktif. Mereka menerima juga arahan daripada Kementerian Kesihatan selama 12 tahun. Tiba-tiba Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan mereka tidak berupaya. Ini satu statement yang tidak wajar Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Klang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya masih lagi kurang faham mengapa Mysihat dibubarkan. Tadi daripada perbincangan ataupun jawapan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa satu daripada sebab ialah wang yang telah diberikan kepada pihak NGO ini tidak digunakan secara memuaskan dan tidak ada impak. Am I right about that? Sebab, saya pagi ini dengar BFM punya interview dengan beberapa penerima wang daripada MySihat dan mereka telah mengatakan bahawa mereka sebenarnya telah bekerja dengan kuat dan juga telah mencapai matlamat yang sedia ada dan yang digariskan oleh kementerian. So, saya kurang faham macam mana ada dua pandangan dalam isu ini. Oleh kerana itu tadi saya tanya soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah satu kajian menyeluruh telah dijalankan untuk mendapat satu keputusan untuk tutup atau bubarkan MySihat. Minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih berkenaan dengan pendapat-pendapat yang dibangkitkan. Yang pertama memang tidak ada percanggahan dari segi peranan NGO. Bukan kita salahkan NGO yang tidak perform tetapi apa yang saya katakan tadi walaupun kita peruntukkan RM97 juta selama 12 tahun ini tetapi geran yang sepatutnya, yang kebetulan diterima oleh NGO ini cuma sekadar RM41.5 juta sahaja. Ini bermakna sebahagian besar telah digunakan untuk pengurusan. Sekiranya kalau kita boleh gunakan dana yang diperuntukkan itu lebih efisien. Ini bermakna NGO boleh mainkan peranan yang lebih besar.
Jadi dari segi sumber kewangan dan alasan di mana Lembaga tersebut ditubuhkan pada peringkat awal.
[Bangun]
Biar saya habiskan dulu. Saya rasa yang saya diberitahu adalah di peringkat asal memang ada cadangan untuk diadakan satu sin tax untuk menjana pendapatan untuk Lembaga tersebut supaya Lembaga tersebut boleh menjadi satu Lembaga yang mampan. Akan tetapi oleh kerana dasar kerajaan tidak ada cadangan untuk buat sin tax, jadi segala peruntukan untuk jagaan dan pendidikan, promosi kesihatan memang sebahagian tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Dana tersebut datang daripada general taxation. Jadi dasar ini kita kekalkan supaya- jadi tidak ada lagi sumber untuk Lembaga tersebut dan sebab itu saya katakan ini soal dasar di mana kita hendak tetapkan sumber kewangan untuk Lembaga tersebut. Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih, ringkas saja. Daripada jumlah RM41.5 juta yang disebutkan tadi yang telah diterima oleh NGO-NGO ini, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh nyatakan, berapakah jumlah NGO yang telah terima, antara yang paling banyak yang telah terima. Ini kerana saya rasa boleh memberikan kita sedikit pemahaman bahawa dengan jumlah yang besar ini sukar untuk kita lihat NGO menerima jumlah yang besar dan hampir lebih kurang RM3.5 juta setiap tahun, lebih kurang ya yang disediakan kepada NGO ini. Akan tetapi kalau boleh diperincikan sedikit. Mungkin in total, keseluruhan selama 12 tahun ini berapa jumlah NGO yang telah terima dan lebih kurang average yang diterima. Terima kasih.
Terima kasih. Saya tidak ada butiran berkenaan dengan NGO berkenaan. Cuma untuk Yang Berhormat Klang, keputusan untuk bubar bukan dibuat just last minute. Akan tetapi kita telah tubuhkan satu Jawatankuasa Pembubaran Lembaga Pendidikan Kesihatan Malaysia pada tahun lepas untuk mengkaji dari segi implikasi dan menilai prestasi dan juga bagaimana kita hendak aturkan dari segi kakitangan, aset dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit saja. Ini sebab bagi saya perkara ini perkara penting sebab kita sedang hendak membubarkan sebuah akta badan berkanun. Saya masih tidak dapat penjelasan yang jelas daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kereta itu yang tidak menang, janganlah kita bakar kereta itu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tukarlah pemandu. Itu yang pertama, sekejap. Yang kedua, Hansard 2016 saya teliti dua, tiga kali Yang Berhormat Timbalan Menteri, jelas menunjukkan bahawasanya penubuhan Lembaga Promosi ini berlarutan dengan peranan kerajaan ketika itu. Bukanlah saya mengatakan Barisan Nasional buat, lepas itu hari ini, bukan, that is not the issue. Isu sekarang ini adalah isu kita hendak salurkan duit itu, hendak salurkan kepada NGO bagaimana bahagian HECC ini di bawah kesihatan awam hendak pakai vote mana. Sepatutnya badan berkanun ini bukanlah sewenang-wenangnya dibagi peruntukan kepada NGO. Dia ada Lembaga dan dia ada CEO yang govern audit tersebut dan bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat ini? Tarik baliklah Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih. Apabila kereta itu sudah tersilap jalan, bukan setakat pemandu perlu tukar, kadangkala kereta yang lama itu perlu tukar kereta baharulah, lebih cepat. Jadi itu memang dasar tahun 2006. Sekarang kita masuk fasa yang baharu di mana walaupun kita tahu memang NGO-NGO yang selama ini telah bekerjasama dengan Lembaga, mereka mungkin bimbang bagaimana mereka boleh terus dapatkan dana tersebut untuk mereka teruskan aktiviti promosi. Cuma saya hendak terangkan di sini, tidak perlu bimbang kerana Kementerian Kesihatan akan melalui Bahagian Kewangan, kita akan adakan mekanisme untuk kita salurkan kepada NGO-NGO yang berkenaan untuk mereka teruskan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan.
Tadi ada dibangkitkan, ada beberapa perkara berkenaan dengan apakah aktiviti- aktiviti Lembaga tersebut dan sama ada Bahagian Pendidikan Kesihatan boleh mengambil alih fungsi tersebut. Jadi aktiviti yang dijalankan oleh Lembaga tersebut termasuklah pemberian geran kepada NGO dan bahagian bab ini saya telah terangkan, ini akan diambil alih oleh Bahagian Kewangan di bawah Kementerian Kesihatan dan kita akan terus memberi sokongan kepada NGO-NGO yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti promosi kesihatan. Aktiviti yang kedua oleh Lembaga adalah inisiatif bandar raya bebas asap rokok. Pelaksanaan program ini akan lebih menyeluruh dan efisien sekiranya diletak di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan kerana ia akan melibatkan anggota kesihatan di peringkat negeri. Buat masa ini peranan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia adalah terhad sebagai penyelaras sahaja kerana kekangan pegawai teknikal dan tidak mempunyai anggota di peringkat lapangan berbanding dengan kekuatan anggota kesihatan di peringkat negeri, daerah, hospital dan institusi. Usaha-usaha advokasi diambil bagi melibatkan lebih banyak negeri mengambil inisiatif mewujudkan bandar raya bebas asap rokok dengan mengadakan sesi engagement. Ketiga, Kempen Blue Ribbon oleh Lembaga itu. Kempen ini akan digerakkan secara menyeluruh di seluruh negara dengan mengoptimumkan anggota kesihatan di peringkat negeri bagi membolehkan lebih ramai penyertaan daripada individu, organisasi dan NGO yang mengambil inisiatif ke arah Malaysia bebas asap rokok. Di samping itu pengauditan, pensijilan anugerah Blue Ribbon seluruh negara boleh dimantapkan. Jadi, di bawah Kementerian Kesihatan dan Bahagian Pendidikan, kita juga lakukan kempen speak out, kempen I am free dan program pendidikan dan pencegahan merokok di sekolah rendah dan ini melengkapi kempen Blue Ribbon yang kita akan teruskan. Program yang keempat dilakukan oleh Lembaga tersebut adalah Program Fit and Cool dan pelaksanaan pengurusan berat badan Fit and Cool adalah mirip dan mempunyai matlamat yang sama dengan program pengurusan berat badan yang dilaksanakan di Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Kesihatan. Dengan pembubaran LPKM, program pengurusan berat badan dapat diselaraskan khususnya pertindihan kumpulan sasar di samping dapat mengurangkan kos.
Aktiviti keempat yang dilakukan oleh lembaga adalah membina upaya NGO di mana proses melatih dan membina upaya NGO akan terus dilaksanakan oleh anggota kesihatan yang terlatih di semua peringkat supaya pelaksanaan program dan aktiviti memenuhi pendekatan dan strategi promosi kesihatan sedia ada. Program yang keenam yang dilakukan oleh lembaga adalah Program Watch di mana Program Watch adalah satu program pembangunan promosi yang melibatkan murid di sekolah rendah dalam aspek kesihatan. Kebetulan Kementerian Kesihatan di bawah bahagian pendidikan kesihatan telah melakukan program promosi kesihatan di institusi pendidikan iaitu Happy Day sama ada Program Tunas di tadika dan prasekolah, Program Doktor Muda di sekolah rendah dan sekolah menengah dan Program Siswa Sihat (PROSIS) di institusi pengajian tinggi dan kita akan teruskan promosi-promosi tersebut yang melibatkan kesemua yang terlibat. Jadi terima kasih atas feedback daripada Yang Berhormat semua dan saya rumuskan. Dengan ini saya memohon supaya menyokong rang undang-undang yang telah dibahaskan tadi. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya adalah rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis Bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa]
[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan tidak ada pindaan, dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN BARANG MELALUI LAUT (PINDAAN) 2019 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut 1950, dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, pada 2 Disember 1930, Malaysia ataupun pada ketika itu Federated Malay States, Unfederated Malay States dan Straits Settlements melalui Association of Great Britain pada ketika itu telah menyertai dan menjadi contracting parties kepada International Convention for the Unification of Certain Rules of Law relating to the Bills of Lading made at Brussels, dengan izin, bertarikh 25 Ogos 1924 ataupun dikenali sebagai Hague Rules. Secara dasarnya Hague Rules memperuntukkan perkara-perkara berhubung pengangkutan barang melalui laut. Susulan itu, Carriage of Goods by Sea Act 1950, Act 527 telah digubal selaras dengan prinsip yang dinyatakan di dalam Hague Rules bagi mengawal selia pengangkutan barang melalui laut di Semenanjung Malaysia. Lanjutan daripada kelemahan-kelemahan yang berbangkit daripada prinsip-prinsip dan standard yang ditetapkan melalui Hague Rules, sektor maritim antarabangsa menambah baik undang-undang antarabangsa berhubung pengangkutan barangan melalui laut melalui instrumen antarabangsa termasuklah: (i) Protocol to amend the International Convention for the Unification of Certain Rules of Law relating to the Bills of Lading, 23 February 1968, Hague–Visby Rules; and (ii) Protocol amending the International Convention for the Unification of Certain Rules of Law relating to the Bills of Lading, 25 August1924 as amended by the protocol of February 23th, 1968 and December 21th, 1979 Special Drawing Right (SDR) or SDR Protocol. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Hague Rules yang diguna pakai dalam Akta 527 merupakan instrumen yang terlalu lama dan hampir mencecah satu abad. Maka ia telah mengakibatkan kesukaran kepada industri perkapalan untuk menjalankan transaksi pengangkutan barangan melalui laut mengikut kaedah transaksi semasa. Elemen Hague Rules dalam Akta 527 juga adalah lapuk dan tidak mencukupi untuk memenuhi syarat-syarat dalam pengangkutan moden.
Oleh itu, Malaysia memerlukan perundangan yang diharmonikan dengan asas-asas liabiliti, tanggungjawab dan pampasan. Mengambil kira kedudukan Akta 527 sebagai sumber undang-undang yang lama dan tidak pernah dipinda dan masih berpaksikan kepada Hague Rules maka Kementerian Pengangkutan Malaysia telah mengenal pasti keperluan Akta 527 untuk ditambah baik bagi memasukkan prinsip-prinsip dan standard yang diperuntukkan dalam Hague Rules dan SDR Protocol. Oleh yang demikian, rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan yang selaras dengan prinsip dan standard Hague-Visby Rules dan SDR Protocol dalam Akta 527. Justifikasi pindaan terhadap Akta 527 adalah seperti berikut secara prinsipnya keperluan dan justifikasi utama pindaan Akta 527 ialah: (i) menambah baik standard yang diamalkan dalam transaksi pengangkutan barangan melalui laut semasa berhubung had liabiliti, jenis liabiliti, dan pengiktirafan terhadap dokumen-dokumen berkaitan transaksi pengangkutan barangan melalui laut; (ii) mengekang kelewatan penyerahan barang melibatkan kos yang tinggi di dalam perniagaan serta mengurangkan risiko kehilangan pelanggan jika tuntutan melibatkan klausa pembatalan; (iii) menambah baik pengiktirafan borang elektronik bagi sea carriage documentation selaras memenuhi keperluan perdagangan moden melibatkan sektor maritim; (iv) mengharmonikan perundangan maritim dengan asas liabiliti, tanggungjawab dan pampasan; dan (v) mewujudkan keseragaman antarabangsa dalam merangka dan menaik taraf undang-undang maritim negara.
Empat pindaan utama yang dilakukan Akta 527 adalah seperti berikut, pertama- fasal 1 mengandung ‘tajuk ringkas’ dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 dan 3 masing-masing bertujuan untuk meminda seksyen 4, dan 6, Akta 527 untuk meluaskan ruang lingkup dokumen yang berhubungan dengan transaksi perkapalan yang buat masa ini terhad kepada bil muatan. Dalam mengikuti perkembangan amalan industri maritim antarabangsa, rujukan kini akan dibuat kepada dokumen pengangkutan yang termasuklah bil muatan. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 6A, ke dalam Akta 527. Seksyen baharu 6A yang dicadangkan bertujuan untuk memberikan kuasa kepada Menteri untuk meminda jadual melalui perintah yang disiarkan dalam warta. Jadual Pertama Akta 527 yang sedia ada adalah berdasarkan Hague Rules yang asal yang tidak dipinda oleh Hague- Visby Rules dan SDR Protocol. Buat masa ini, apa-apa pindaan kepada jadual mestilah dibuat melalui pindaan undang-undang yang dibentangkan di Parlimen. Seksyen baharu yang dicadangkan akan membolehkan pindaan dibuat melalui perintah dari semasa ke semasa. Ini akan memastikan Akta 527 adalah selari dengan apa-apa perkembangan global terkini dalam amalan perdagangan maritim dan mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi Malaysia sebagai hab perdagangan maritim. Pada masa ini, antara negara ASEAN yang telah meratifikasi Hague-Visby Rules adalah Singapura dan Thailand. Oleh itu, adalah wajar bagi Malaysia mengambil tindakan mewujudkan keseragaman dan mengguna pakai peruntukan yang serupa agar dapat meningkatkan persaingan negara dalam sektor perdagangan. Secara kesimpulannya, pindaan terhadap Akta 527 dilihat dapat menambah baik dan memperkasakan lagi trade facilitation negara dengan pelabur-pelabur dengan mengambil kira perundangan negara yang jelas dan mempunyai peruntukan komprehensif untuk melindungi consignee, shipper dan carrier di dalam transaksi pengangkutan barangan ataupun kargo.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan terhadap Rang Undang-undang Pengangkutan Barang Melalui Laut (Pindaan) 2019 ini adalah sangat penting dan telah pun ditunggu berpuluh tahun oleh pihak sektor maritim termasuklah pengawal undang-undang maritim. Jadi, pindaan ini adalah sangat penting untuk perkembangan sektor maritim negara. Oleh yang demikian, saya memohon bahawa Dewan menyokong pindaan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan pindaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut 1950 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kapit, Yang Berhormat Labuan, tidak nampak saya. Yang Berhormat KK? Terlampau jauh ya. Kelima, Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Arau?... [Disampuk] Ya [Ketawa] Yang Berhormat Arau boleh cakap semua, tidak apa. Oleh kerana pindaan ini adalah khusus, saya ingat lima minit untuk seorang memadai ya. Menteri pun boleh gulung dalam tempoh yang paling singkat. Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Yang di-Pertua, malam ini kita ada dinner, baik kami terus daripada sini saja senang. Kalau hendak balik-balik, susah. Jadi ingat bagi tujuh minitlah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Barang Melalui Laut ini. Tepat pada masanya kerana undang-undang yang terpakai sekarang sudah lama, jadi perlu diperbaiki. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara maritim dan Malaysia juga sebuah negara yang ekonomi terbuka melakukan import, eksport dengan negara di dunia. Satu perkara yang penting bahawa kita Malaysia anggota APEC, Asia Pasifik ya. Jadi, Asia Pasifik maknanya dua lautan, Lautan Pasifik dan Selat Melaka berhubung dengan Lautan Hindi. Jadi, perlulah diperkemas. Saya lihat apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi banyak pembaikan dapat dilakukan dengan ada pindaan ini. Pertama, pemilik kapal dan peniaga akan mempunyai daya keyakinan yang lebih tinggi kepada Malaysia. Ertinya kalau undang-undang kita berkenaan dengan pengangkutan barang secara laut ini teratur, integriti negara kita meningkat keyakinan. Kedua, Malaysia boleh menjadi pusat bagi penyelesaian pertikaian. Ini mustahak kerana saya difahamkan mungkin selalu Singapura menjadi tempat penyelesaian jika ada pertikaian. Jadi kalau undang-undang kita dikemas kini, jadi Malaysia boleh menjadi satu lagi pusat penyelesaian. Bila melibatkan pengangkutan melalui laut ini, tentulah ada risiko, ada liabiliti, tanggungjawab, ada compensation, dengan izin, pampasan. Jadi dengan rang undang-undang ini yang dipinda nanti, perkara-perkara ini dapat dikemaskinikan. Satu lagi yang kita lihat bahawa Malaysia terlibat dalam ekonomi peringkat dunia, global. Jadi, adalah keseragaman itu penting iaitu undang-undang kita ini mesti seragam dengan undang-undang antarabangsa. Faedah yang lain saya nampak dengan ada pindaan ini, menggalakkan institusi kewangan untuk memperluaskan kemudahan pinjaman mereka kepada peniaga tempatan. Ertinya peniaga-peniaga tempatan yang terlibat dalam industri pengangkutan laut ini, maknanya akan mendapat keadaan yang lebih baik industri tersebut. Tadi ada disebut oleh Menteri iaitu mengekang kelewatan penyerahan barang melibatkan kos yang tinggi. Jadi kalau kita lihat umpamanya di Selat Melaka, kalau siapa pergi dalam Pilihanraya Kecil Tanjong Piai dulu, berhampiran dengan Selat Melaka. Selat Melaka kita sesak dengan kapal-kapal perdagangan.
Daripada Port Klang turun ke Singapura itu, kita ada Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Singapura, kemudian Johore Port di Pasir Gudang, ertinya memang sibuk perairan maritim kita, menjadi laluan kapal-kapal perdagangan. Terakhir, saya melihat bahawa undang-undang laut ini sudah lama sangat. Jadi memang perlu dikemas kini dengan teknologi perkapalan, perniagaan eksport dan import ini tidak perlu lagilah guna kertas, borang dan sebagainya, semuanya sekarang pakai komputer, digital. Jadi, ini semua akan diambil kira dalam pindaan rang undang-undang tersebut. Dengan demikian, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Padang Serai. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri. Seterusnya, baru-baru ini terdapat berkenaan yang mendesak untuk menegaskan semula posisi serta menstatuskan Malaysia sebagai negara maritim ke atas kapal tindakan admiralty dan Mahkamah Admiral. Namun demikian, kita bukan negara pemilik kapal tetapi mengimport dan mengeksport. Sekitar 90 peratus daripada eksport dan import negara- kita kata Menteri Pengangkutan melibatkan kapal asing. Menurut data kerajaan pada tahun 2017, jumlah kapal yang berlabuh di pelabuhan seluruh Malaysia mencapai lebih 60 ribu buah kapal dan melebihi 760 ribu GRT menunjukkan saiz kapal yang berlabuh juga bukan kapal yang biasa-biasa. Jumlah GRT kapal yang berlabuh juga meningkat sebanyak lebih 300 ribu sejak tahun 2003. Oleh itu, penting bagi kita untuk meminda undang-undang untuk menampung perkembangan baru industri perkapalan- laut. Dengan meminda undang-undang untuk membuat pelabuhan ini, Malaysia menegaskan dirinya sebagai pemimpin dalam geopolitik maritim dan mengesahkan kedaulatan maritim negara. Ini kerana Malaysia dapat menyelesaikan dalam kes pertikaian tanpa melibatkan kuasa antarabangsa.
Dalam hal ini, memperkuat diplomasi maritim, dengan itu mengukuhkan hubungan antara pelbagai negara. Pada masa yang sama, mengembangkan undang-undang yang menyuntik dan meningkatkan pembangunan domestik. Ini akan membenarkan rakyat Malaysia melabur dan melibatkan diri dalam industri maritim. Dengan ini, Malaysia tidak akan bergantung semata-matanya kepada investor luar tetapi dengan mengemaskinikan undang- undang ini, Malaysia akan memandu dan menggalakkan usahawan tempatan untuk membentuk industri maritim negara kita. Di samping itu, membantu mengukuhkan kedudukan strategik Malaysia sebagai negara maritim yang kukuh di rantau Asia Tenggara. Pindaan kepada undang-undang ini juga membolehkan pertumbuhan ekonomi maritim kita. Perubahan kepada undang-undang ini membolehkan para peniaga yakin terhadap kemampuan Malaysia untuk melindungi kepentingan ekonominya. Dengan berbuat demikian, ia meningkatkan keyakinan para pelabur dan terus memupuk reputasi Malaysia sebagai hab ekonomi terutama sekali dalam wilayah Asia Tenggara. Lebih penting lagi, membangunkan kawasan ekonomi ini mementingkan keunggulan geografi kita dan meningkatkan kesesuaian kita untuk membentuk serta mempengaruhi kuasa geopolitik di Asia. Malaysia perlu terus menjadi kuasa negara yang penting di Selat Melaka. Selain itu, pindaan kepada undang-undang ini membolehkan Malaysia sentiasa mengikuti perkembangan industri terkini. Perkembangan ini penting untuk menggalakkan daya saing Malaysia dan mencapai matlamat sebagai negara maju. Pembangunan ini adalah lebih penting memandangkan Malaysia telah dipilih ke Majlis IMO atau Majlis Maritim Antarabangsa baru-baru ini. Nombor bilangan undi Malaysia tertinggi di IMO yang membolehkan Malaysia memenangi jawatan pada majlis adalah mandat bagi Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada negara-negara yang maju yang memandangnya sebagai model peranan.
Di peringkat antarabangsa pula, menyelaraskan undang-undang akan membolehkan Malaysia bersaing dengan perkembangan antarabangsa. Ia juga akan membuka jalan bagi Malaysia untuk memberi input penting dalam undang-undang maritim antarabangsa. Keseragaman ini akan meningkatkan perpaduan dan koordinasi pelbagai negara untuk bekerjasama. Keunggulan ini penting dalam arena antarabangsa di mana globalisasi kini penting daripada sebelumnya. Mempunyai rangka kerja undang-undang yang sama akan mengurangkan konfrontasi konflik dalam arena antarabangsa dan memastikan semua negara tidak kira status atau bermain dengan peraturan dan undang-undang yang sama. Ini juga membuka peluang kepada Malaysia untuk mempromosikan idea-idea yang boleh menguntungkan Malaysia dalam jangka masa panjang. Saya berharap kerajaan akan menggunakan peluang berada di dalam Majlis IMO untuk bergiat aktif dan bersuara lantang bagi meningkatkan tahap keupayaan negara dalam arena maritim antarabangsa. Rantau kita ini juga tidak lari daripada terlibat dengan pertikaian antara negara. Malaysia boleh menggunakan posisi di dalam IMO untuk meningkatkan pengaruh kita di luar. Dengan mendapatkan kepercayaan negara-negara besar lain, pada masa hadapan, Malaysia boleh menawarkan lokasi di negara kita sebagai pusat menyelesaikan pertikaian. Pertikaian antarabangsa sering mendapat liputan meluas sekiranya Malaysia menjadi tuan rumah untuk perjumpaan dan perbincangan. Kerajaan akan dapat mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa. Pindaan akta ini juga penting untuk mendapatkan kepercayaan antarabangsa bahawa Malaysia bersedia untuk mengikut standard antarabangsa dalam undang-undang maritim. Seperti yang saya sebutkan tadi, lebih 90 peratus kapal yang berlabuh di pelabuhan kita adalah kapal asing. Maka, pandangan imej antarabangsa untuk kita juga penting untuk mengekalkan daya tarikan yang ada pada negara kita. Saya ingin menamatkan ucapan saya dengan serangkap pantun. Berjalan-jalan di tepi pantai; Nyaman udara anginnya syahdu; Malaysia gagah di ombak badai; Peringkat antarabangsa kita bersatu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Itu pantun maritim. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kapit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di peringkat awal ini bahawa saya menyokong rang undang-undang ini, Yang Berhormat Menteri ya, kerana saya melihat sesungguhnya ia boleh membantu dalam perkembangan industri perkapalan di negara kita. Tepat masanya. Langkah sebeginilah yang boleh mengemas kini environment industri perkapalan laut negara kita yang amat diperlukan sekarang. Pada suatu ketika dahulu, Yang Berhormat Menteri, Malaysia dirancang akan membangun sebagai transportation hub berkisar kepada kepentingan industri maritim kerana kita memikirkan potensi Malaysia dengan strategik position-nya dengan Straits of Malacca dan menjadi lokaliti pelabuhan transshipment yang penting antara barat dan timur.
Maka saya ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, apa jadi dengan hasrat ini yang hendak membangunkan Malaysia berjaya menjadi transportation hub? Sebab, saya ingat idea ini juga semasa Yang Amat Berhormat Langkawi semasa dahulu, lebih 20 tahun dahulu. Jadi, setelah sekian lama, jadi kita buat masa sekarang, bagi saya, kita belum berjaya lagi membangunkan konsep transportation hub ini di Malaysia. Sekarang Yang Amat Berhormat Langkawi balik menerajui Kerajaan Malaysia kita. Jadi, selama setahun lebih ini, saya belum mendengar lagi disebut ataupun ditekankan kepada kita hendak menjayakan Malaysia sebagai transportation hub di rantau ini. Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, mengenai polisi kabotaj. Apakah status polisi kabotaj ini sekarang? Adakah polisi ini masih berkuat kuasa sepenuhnya atau separuh? Sebab, saya ingat pindaan telah dibuat di Dewan ini juga sejak beberapa tahun sudah tetapi di Sarawak, baru-baru ini, ada seorang Menteri di Sarawak membuat kenyataan supaya polisi kabotaj ini dibawa balik kerana pada pandangan beliau, dengan ketiadaan penguatkuasaan polisi kabotaj ini sudah menggugat syarikat-syarikat perkapalan yang membawa barang dari timur, dari Sabah, Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan sebaliknya. Jadi, ini mungkin Yang Berhormat Menteri Sarawak itu mendengar keluhan daripada pemain-pemain industri, stakeholders, kerana mungkin mereka merasakan polisi kabotaj ini menjejaskan industri ataupun perniagaan mereka. Memang ini bukan perkara mudah kita atasi ataupun tangani kerana ada pihak juga di Sabah dan Sarawak, lebih-lebih lagi yang saya tahu di Sabah, ada yang begitu kuat dalam melobi mereka ini kerana polisi kabotajlah dahulu dikatakan menyebabkan barangan dijual di Sabah dan Sarawak mahal kerana tiada kapal yang boleh datang secara direct dari pelabuhan negara asing ke Sabah dan Sarawak. Oleh sebab transshipment perlu di Port Klang, maka kos dikatakan bertambah. Jadi, saya ingin pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kapit. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan atas kejayaan kita Malaysia dilantik semula sebagai Council Member di IMO semasa delegasi yang dipimpin oleh Menteri di London baru-baru ini.
Dua hari yang lalu apabila kita bincang tentang Kertas Putih Pertahanan, sering kali kita kaitkan Malaysia merupakan sebuah negara maritim. So, penekanan dan penegasan semula bahawa Malaysia semua negara maritim adalah amat penting. Selaku negara maritim sememangnya banyak aktiviti-aktiviti yang berlaku atas laut dan ini termasuk aktiviti perniagaan menggunakan kapal yang termasuk pengangkutan barang melalui laut. Aktiviti pengangkutan ini penuh dengan risiko. Seperti contoh, baru-baru ini 879 tan barangan daripada Taobao, daripada China ini selepas karnival sales 11 November telah tenggelam di laut. So, sama ada sesiapa yang harus mempertanggungkan atas risiko ini adalah merupakan fundamental dalam penggubalan akta yang dicadangkan pada hari ini. Saya rasa Akta Pengangkutan Laut ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia. Sebenarnya ia tidak terpakai di Sabah, Sarawak dan Labuan. Oleh hal demikian, rang undang-undang actually tidak akan membawa apa-apa kesan ataupun apa-apa perubahan terhadap pengundi-pengundi saya di kawasan Kota Kinabalu. Namun demikian, saya amat tertarik dengan usaha yang telah pun diambil oleh Kementerian Pengangkutan bagi menambah baik dan melakukan reformasi atas undang- undang yang mengawal selia kontrak-kontrak pengangkutan barang. Di sini saya ingin menyatakan bahawa saya amat tertarik dengan pindaan yang akan dibuat di mana seksyen 4 dan seksyen 6 di mana perkataan “Bills of Lading” akan dipinda kepada sea carriage documents.
Ini merupakan perluasan yang sangat banyak sebab meluaskan ruang lingkup dokumen yang berhubungan dengan transaksi perkapalan di mana sekarang ia terhad hanya kepada Bill muatan kapal ataupun dalam bahasa Inggeris “Bills of Lading.” Beratus-ratus kontena yang penuh dengan kargo mendarat atau dihantar melalui pelabuhan di seluruh Malaysia menerusi kapal-kapal menjalankan perkhidmatan penghantaran laut, kesemuanya dilakukan menggunakan Bills of Lading. Satu Bills of Lading akan dikeluarkan oleh pengendali kapal atau pengangkutan setelah barang dimuat di atas kapal. Masalah dengan kontrak secara Bills of Lading ini adalah ia adalah sememangnya ketinggalan zaman sebab ia tidak akan memberikan perlindungan yang secukupnya kepada pengeksport dan pengimport. Ini terlalu ketat dan gagal mengakui keperluan perdagangan moden. Sebelum ini, Bills of Lading ini mewakili satu-satu kontrak pengangkutan. Dengan pindaan kepada perkara perkataan sea carriage documents ini maka pihak-pihak tidak lagi akan terikat dengan Bills of Lading sahaja dan boleh merujuk kepada dokumen yang lain termasuk consignment notes, sea waybill, ships delivery notes dan ia boleh menampung dokumen pengangkutan laut elektronik yang sudah berlaku. Seterusnya saya mendapati bahawa pindaan juga bercadang untuk memasukkan seksyen baharu 6A yang bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk meminda Jadual Pertama melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Jadual Pertama di dalam akta tersedia ada adalah berdasarkan Hague Rules dan tujuan adalah untuk menukar kepada peraturan yang lain. Di sini saya tidak ada bantahan berkenaan dengan pemberian kuasa tersebut kepada Menteri kerana di Sabah dan di Sarawak pula Menteri di kedua-dua negeri tersebut mempunyai kuasa tersebut yang diberikan kepada mereka melalui Merchant Shipping Ordinance masing-masing. Akhir sekali, di sini memandang Menteri akan diberikan kuasa untuk menentukan peraturan yang mana akan diguna pakai di Malaysia sama ada yang dikatakan yang Hague Rules tadi atau Hamburg Rules. Saya memohon agar Menteri dapat melakukan upgrade ataupun menaik taraf dari menggunakan Hague Rules- terpulanglah kepada Menteri untuk menggunakan Hague Visby Rules ataupun Hamburg Rules. Akan tetapi saya percaya keputusan yang dibuat adalah untuk menggunakan mana-mana yang sesuai untuk Malaysia. Pada masa yang sama, saya ingin meminta agar Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk mengikut keputusan Kerajaan Persekutuan dan membuat perintah yang berkenaan di bawah Merchant Shipping Ordinance negeri masing-masing supaya undang-undang adalah dapat diselaraskan. Jangan nanti Semenanjung Malaysia menggunakan Hague Visby Rules dan Labuan, Sabah dan Sarawak masih menggunakan Hague Rules. Akhir sekali saya ingin respons sikit kepada Yang Berhormat Kapit yang tadi itu untuk Dasar Kabotaj. Saya minta Menteri Pengangkutan supaya ambil tindakan untuk mengkaji semula sama ada impak yang dikatakan akan menurunkan kos barang di Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan selepas liberasi kabotaj polisi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kepong.
Saya bersetuju dengan rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini adalah satu pindaan yang amat dinanti-nantikan. Untuk makluman Dewan ini, akta asal, Akta Pengangkutan Barang Melalui Laut 1950 mengikut akta asal di United Kingdom. United Kingdom pun pada tahun 1992 telah mansuhkan akta yang berkaitan tetapi Kerajaan Malaysia masih pakai akta yang kurang baik ini berdekad-dekad tahun sehingga saat ini. Jadi saat akta pinda ini adalah amat dialu-alukan.
Khususnya pindaan seksyen 2 dan 3 rang undang-undang ini yang menggantikan Bills of Lading dengan perkataan sea carriage documents. Ini pasti akan membantu para pembeli barang melalui laut sebab perkataan “Bills of Lading” tidak menjamin kepentingan mereka semasa tindakan sivil di mahkamah. Saya hanya ada satu soalan kepada kementerian iaitu rang undang-undang tidak sebut status tentang apa-apa prosiding sivil atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum tarikh permulaan kuat kuasa rang undang-undang. Saya minta penjelasan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Arau? Tidak ada. Oleh itu saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, saya hendak rakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada lima Ahli Parlimen yang telah pun membahaskan rang undang-undang pindaan. Pertama, Yang Berhormat Pasir Gudang, kedua Yang Berhormat Padang Serai, ketiga Yang Berhormat Kapit, keempat Yang Berhormat Kota Kinabalu dan kelima Yang Berhormat Kepong. Rata-rata semua yang membahaskan pindaan ini telah pun menyokong pindaan yang dicadangkan dan memang saya kira pindaan ini adalah sesuatu yang amat positif untuk negara kita. Saya hendak memberi respons kepada perbahasan tadi yang pertamanya Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya bersetuju dengan semua poin-poin yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Memang tepat apa yang dikatakan iaitu kelebihan dan kebaikan kepada pindaan ini kepada sektor maritim negara dan apakah faedah yang akan diberikan ataupun akan dijana kepada sektor maritim negara. Jadi saya tidak perlu ulas panjang dan jawab kerana semua cadangan ataupun perkara yang disentuh tadi memang bersangkutan dan juga memang bertepatan dengan apa yang kita hendak capai. Kedua, Yang Berhormat Padang Serai pun memberikan pandangan yang sama memberikan sokongan dan juga berbagai faedah yang dapat dicapai melalui pindaan ini. Memang saya bagi pihak Kementerian Pengangkutan bersetuju dengan ucapan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Padang Serai. Berkenaan dengan kedudukan kita di IMO, memang benar Malaysia sekali lagi terpilih sebagai Ahli Majlis International Maritime Organization (IMO) untuk Kategori C buat penggal yang kelapan yang berturut-turut. Akan tetapi, kita telah mencipta sejarah pada minggu lepas di London kerana Malaysia telah mendapat undi yang paling tinggi dalam sejarah- kita terlibat dalam pemilihan di IMO dengan mendapat 142 undi Tuan Yang di- Pertua. Kita menduduki tangga yang ketiga iaitu hanya selepas Singapura dan Malta. Buat pertama kali kita mengatasi negara-negara lain di ASEAN dan juga di negara-negara yang lebih penting dalam industri maritim. Jadi ini memang sesuatu penghargaan dan juga satu manifestasi bahawa Malaysia disanjung dan dihormati di seluruh dunia di atas peranan yang kita mainkan dalam sektor maritim terutamanya bantuan-bantuan dan juga latihan-latihan teknikal yang kita berikan kepada negara-negara membangun, negara-negara kepulauan kecil dan sebagainya. Jadi memang itu adalah sesuatu yang merupakan tanggungjawab dan mandat kepada kita untuk terus memainkan peranan terhadap pembangunan sektor maritim antarabangsa. Ketiga, Yang Berhormat Kapit. Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kapit kerana menyokong pindaan ini. Cuma Yang Berhormat Kapit saya juga harap bahawa Yang Berhormat Kapit boleh memainkan peranan untuk meyakinkan Kerajaan Sarawak untuk sama-sama memberikan sokongan dan membuat pindaan terhadap undang-undang di Sarawak supaya ia selari dengan apa yang kita hendak buat pindaan ini iaitu menggunakan instrumen ataupun konvensyen Hague Visby Rules.
Ini kerana di Sarawak dan Sabah, undang-undang yang terpakai di Sabah dan Sarawak adalah bergantung ataupun menggunakan undang-undang sedia ada iaitu Merchant Shipping (Applied Subsidiary Legislation) Regulations 1961 yang berkuat kuasa di negeri Sabah, dan Merchant Shipping (Implementation of conventions relating to Carriage of Goods by Sea and to Liability of Shipowners and Others) Regulations 1960 yang berkuat kuasa di negeri Sarawak. Kedua-dua regulations yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak ini masih menggunakan konvensyen yang lama iaitu Hague Rules yang memang kita hendak buat pindaan kepada Hague-Visby Rules dan SDR Protocol. Jadi kedua-dua perundangan ini masih terpakai dan kita berharap selepas kita membuat pindaan pada hari ini, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak juga masing-masing akan membuat pendekatan yang sama, mengambil pendekatan yang sama, mengambil pendirian yang sama supaya kita harap kita dapat selarikan perundangan kita di seluruh negara. Ia supaya protokol dan konvensyen yang kita guna pakai itu diguna pakai untuk seluruh negara kita. Jadi saya berharap ini adalah untuk kebaikan dan juga kepentingan Sabah dan Sarawak juga. Saya harap sama-sama Sabah dan Sarawak dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada pindaan ini. Berkenaan dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kapit tadi, berkenaan dengan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai transshipment hub. Untuk makluman Yang Berhormat, memang itu adalah cita-cita. Kita tidak pernah berputus asa, tidak pernah give up terhadap sasaran itu dan sasaran itu memang masih diusahakan dan sedang direalisasikan. Bukannya kita tidak ada pencapaian. Memang saya rasa ada banyak pencapaian. Seperti Yang Berhormat tahu bahawa kita mempunyai beberapa pelabuhan yang amat strategik di Selat Melaka. Apa yang paling penting sudah tentunya di Port Klang di mana kita ada dua terminal, Northport dan juga Westport yang memang mempunyai prestasi yang sangat baik daripada segi eksport import dan juga transshipment. Di Port Klang itu memang aktiviti transshipment berjalan dengan begitu lancar sekali. Malah, Westport akan mencipta rekod pada minggu depan di mana di Westport, satu terminal sahaja akan mengendalikan lebih daripada 10 juta TEUs dalam tempoh satu tahun dan rekod akan dicipta buat kali pertamanya dalam minggu yang akan datang ini. Jadi, memang saya rasa, cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai transshipment hub itu memang akan diteruskan dan akan direalisasikan. Memang kita berharap kita akan terus berkembang maju, dapat berdaya saing dan terutamanya kita dapat bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan utama, bukan sahaja di rantau Asia Tenggara tetapi malah di dunia. Port Klang sekarang ini adalah pelabuhan yang kedua belas paling sibuk di seluruh dunia. Kita harap kita boleh naik balik kepada top 10. Sebab sekarang ini kebanyakan top 10 busiest port ialah di negara China. Jadi kita harap Port Klang dapat kembali. Selain daripada Port Klang satu lagi pelabuhan yang sangat strategik di Selat Melaka yang dipunyai oleh Malaysia ialah Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Memang benar cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maritim dimulakan oleh Yang Amat Berhormat Langkawi, kira 25 tahun yang lepas. Di mana pada awal 90-an, cita-cita beliau untuk menjadikan PTP itu sebagai sebuah pelabuhan yang strategik di Selat Melaka diusahakan bermula daripada awal tahun 90-an. PTP, saya pernah melawat beberapa kali sebagai selepas saya menjadi Menteri Pengangkutan, saya tengok gambar 20 tahun lepas ia hanya sebuah kampung nelayan. Akan tetapi pada hari ini PTP telah dibangunkan menjadi sebuah pelabuhan yang cukup strategik, yang cukup berdaya saing. Hanya lima kilometer, lima nautical mile sahaja dari Singapura. Ini memberikan saingan yang cukup hebat kepada pelabuhan di Singapura. Ini telah membuktikan bahawa Malaysia mempunyai faktor-faktor strategik yang begitu baik supaya kita dapat menjadi sebuah transshipment hub dan memang untuk PTP pun mempunyai prestasi yang cukup baik. Sekarang kita sedang mengendalikan hampir sembilan juta TEUs dalam masa setahun dan kebanyakannya ialah untuk transshipment.
Untuk makluman Yang Berhormat, PTP merupakan hub untuk Maersk Line. Salah satu syarikat perkapalan yang paling besar di dunia. Jadi ini membuktikan bahawa kita mempunyai daya saing dengan kerangka undang-undang yang lebih dinamik, yang lebih up to date dan dengan sokongan dan juga insentif daripada kerajaan supaya kerangka undang- undang dan dasar-dasar kita yang mesra kepada perniagaan dan dengan sektor pentadbiran yang lebih cekap, lebih bersih, kita yakin bahawa Malaysia akan terus dapat menarik minat daripada syarikat-syarikat perkapalan antarabangsa untuk berlabuh di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai transshipment hub. Jadi usaha ini akan berterusan dan Kementerian Pengangkutan memang amat mengambil berat dan juga memberikan perhatian yang cukup besar kepada pembangunan sektor maritim terutamanya pelabuhan-pelabuhan di negara kita. Tidak lupa juga pelabuhan- pelabuhan di Sabah dan Sarawak. Kita bukan sahaja fokus di Semenanjung, malah umpamanya di Sarawak, Pelabuhan Bintulu memang cukup hebat dibangunkan juga. Kita akan menjadikan Pelabuhan Bintulu itu sebagai sebuah LNG hub, sebuah pelabuhan LNG yang cukup penting di Bintulu. Jadi semua ini adalah usaha-usaha untuk menjadikan negara kita sebagai sebuah negara maritim yang berdaya saing dan supaya sektor maritim ini dapat menyokong pertumbuhan ekonomi. Ini kerana sektor maritim ini memainkan peranan yang cukup penting dalam pembangunan ekonomi, bukan sahaja daripada segi sektor perkapalan, sektor pelabuhan tetapi yang lebih penting ialah industri logistik kita. Ini kerana kalau kita dapat membangunkan sektor maritim ini, maka industri logistik akan mendapat tempias yang cukup baik daripada pertumbuhan ini. Berkenaan dengan pandangan ataupun persoalan Cabotage Policy. Untuk makluman, Dasar Kabotaj memang ada tetapi untuk Sabah dan Sarawak, ada pengecualian atau exemption. Seperti Yang Berhormat Kapit pun tahu bahawa beberapa tahun lepas diputuskan oleh kerajaan terdahulu atas desakan daripada Ahli-ahli Parlimen khususnya dari Sabah dan Sarawak pada ketika itu yang merasakan bahawa Dasar Kabotaj perkapalan itu menjadikan kos barangan di Sabah dan Sarawak lebih mahal daripada Semenanjung. Itu sebabnya pada ketika itu, pengecualian diberikan ke atas Dasar Kabotaj tetapi ia tidak menampakkan hasil yang begitu ketara pada ketika ini, saya difahamkan. Pertama, daripada segi kos ataupun barangan, ia tidak ada penurunan yang ketara kerana ada pelbagai faktor-faktor lain, kerana tidak banyak juga syarikat-syarikat perkapalan asing yang terus melabur ataupun terus pergi ke Sabah dan Sarawak secara direct line. Namun begitu, kita sedang membuat satu review ataupun kajian semula terhadap Cabotage Policy ini. Satu kajian telah dilaksanakan dan kita harap dapat kita mulakan pada suku tahun pertama tahun 2020 dan selepas itu kita akan membuat perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk melihat apakah hala tuju Dasar Kabotaj ini. Saya tahu bahawa di Sabah dan Sarawak ada pendirian yang berbeza dalam perkara ini. Sarawak memang mempunyai satu sentimen ataupun satu pandangan yang mana diharapkan Dasar Kabotaj ini dapat dikembalikan kerana yang paling penting di Sarawak ada sektor perkapalan terutamanya di kawasan Sibu, berdekatan dengan kawasan Yang Berhormat. Sibu ada satu sektor perkapalan yang besar, di mana ada sektor pembuatan kapal, yang mana kita harap dapat membangunkan kapal-kapal dengan Malaysian flag. Sudah tentunya di Sarawak mengharapkan Dasar Kabotaj ini dapat dihidupkan semula ataupun diadakan semula. Akan tetapi di Sabah, sentimen itu berlainan, cukup berbeza dan bertentangan kerana di Sabah rata-rata saya dengar daripada Ahli-ahli Parlimen Sabah dan juga pemimpin- pemimpin dari Sabah yang memang mempunyai satu pendirian yang cukup tegas hendak pastikan supaya pengecualian ataupun exemption of Cabotage Policy ini dikekalkan. Jadi Sabah dan Sarawak ada satu pandangan yang berbeza dalam perkara ini. Jadi apa-apa pun kita belum membuat apa-apa keputusan muktamad. Saya akan membuat keputusan dengan lebih teliti dan satu kajian perlu dibuat terlebih dahulu. Saya akan berikan kepastian bahawa apa sahaja keputusan yang akan kita ambil, sudah tentunya rundingan ataupun consultation dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak akan dijalankan terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan baharu dibuat dalam perkara ini. Seterusnya Yang Berhormat Kota Kinabalu ada membangkitkan ataupun membahaskan berkenaan dengan beberapa seksyen baharu terutamanya seksyen 4 berkenaan dengan pindaan Bills of Lading kepada sea carriage documents.
Memang ini adalah sesuatu yang sangat penting, pindaan ini kerana kita melihat bahawa sektor maritim ini memang berkembang maju dan dia dinamik. Apa yang kita laksanakan pada ketika ini ataupun mengguna pakai Bill of Lading, ini adalah dokumen yang ditetapkan pada abad yang lepas, pada era 1924. Jadi pada ketika itu, sudah tentunya sektor perkapalan itu amat berbeza dengan sektor perkapalan pada hari ini. Pada 1924 itu tidak ada lagi kontena, tidak ada lagi container ships. Jadi memang konteks ataupun persekitaran itu amat berbeza dan sudah tentunya dengan pindaan terhadap sea carriage documents ini, ruang lingkupnya lebih besar, lebih luas. Kita juga akan mengambil kira bahawa pada hari ini kebanyakan transaksi sudah ke arah digitalization.
Digital format amat dipentingkan dan memang kita harap, Malaysia amat mengharapkan bahawa dalam semua sektor ekonomi kita, kita dapat ke arah digitalization. Menyokong usaha kementerian daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia iaitu rakan saya Yang Berhormat Puchong, yang amat arif dalam perkara ini. Memang Kementerian Pengangkutan, dalam semua sektor pengangkutan kita menyokong usaha digitalization. Ini kerana ini akan dapat meningkatkan bukan sahaja kredibiliti kita, tetapi dari segi daya saing kita, dari segi efficiency transaksi dan juga sektor pengangkutan kita, saya yakin ia dapat dipertingkatkan. Ini sangat penting untuk meningkatkan daya saing pelabuhan- pelabuhan di negara kita untuk menarik lebih banyak syarikat-syarikat perkapalan berlabuh di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai transshipment hub. Jadi, memang seksyen 4 ini pindaan daripada perkataan “Bill of Lading” kepada “sea-carriage documents” ini sangat-sangat penting supaya ruang lingkup itu dapat diperluaskan, mengambil kira perkara-perkara ataupun perkembangan-perkembangan semasa. Berkenaan dengan seksyen 6A Jadual, itu adalah memberikan. Ia bukannya kita hendak memberikan kuasa mutlak kepada Yang Berhormat Menteri. Cuma, memang kita harapkan ada kedinamikan. Ini kerana banyak peraturan, banyak prosedur dan sebagainya perlu dikaji semula, perlu dipinda dari semasa ke semasa. Dengan memberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk meminda Jadual, maka sebarang keputusan untuk meminda apa-apa prosedur ataupun peraturan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, dengan lebih cepat berdasarkan kepada keperluan- keperluan semasa. Ia tidak perlulah setiap kali kita hendak buat pindaan kepada satu perkataan pun kena datang ke Parlimen. Umpamanya, bil ini ataupun rang undang-undang ini kita hendak tukar satu perkataan daripada “Bill of Lading” kepada “sea-carriage documents” ini, perlu datang ke Parlimen kerana hendak tukar perkataan itu. Akan tetapi dengan adanya seksyen 6A ini, memberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk meminda Jadual, maka peraturan ataupun pindaan terhadap procedural amendment ini Tuan Yang di-Pertua, dapat dilaksanakan dengan lebih cepat oleh pihak kementerian. Jadi, ini adalah sesuatu yang untuk memastikan kita dapat mencapai perubahan yang lebih dinamik, yang lebih cepat dan kita dapat respons kepada perubahan-perubahan semasa. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, memang telah saya nyatakan secara jelas bahawa pindaan ini kita akan mengambil kira dan kita akan mengguna pakai protokol Hague-Visby Rules, bukannya protokol-protokol lain. Kita akan menggunakan Hague-Visby Rules dan juga SDR Protocol. Ini dua protokol ataupun instrumen yang telah pun dikenal pasti yang kita akan guna pakai. Ini adalah perkara yang selari dengan undang- undang sedia ada dan ia lebih bertepatan ataupun bersesuaian dengan keadaan negara kita. Ini kerana kebanyakan negara-negara dagangan dengan Malaysia juga mengguna pakai protokol ataupun peraturan dan juga undang-undang yang sama. Jadi, kita akan mengguna pakai Hague-Visby Rules dan juga SDR Protocol. Berkenaan dengan Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Kepong juga memberikan sokongan terhadap pindaan-pindaan itu. Yang Berhormat Kepong sudah keluarkah?
Sudah keluar.
Dia hendak register, lepas itu keluar. Cuma, saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Kepong bahawa pindaan melalui rang undang-undang ini dihasrat untuk berkuat kuasa secara perspektif. Oleh itu, apa-apa tindakan sivil yang dimulakan sebelum tarikh kuat kuasa hendaklah mengikut peruntukan undang-undang sebelum pindaan ini di berkuat kuasa. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kepong, apa-apa kes yang masih berjalan di mahkamah, ia masih berdasarkan kepada provision undang-undang sedia ada. Jadi, kita berharap dengan rang undang-undang pindaan ini dapat diluluskan di Dewan Rakyat pada hari ini dan diharap juga dapat diluluskan di Dewan Negara dalam masa dua minggu ini. Maka, kita akan membuat semua proses pindaan itu dalam kadar yang terdekat. Kita harap dapat menguatkuasakan undang-undang dan pindaan-pindaan yang baharu ini bermula pada awal tahun depan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan rang undang-undang ini tadi. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua rakan kerana menyokong pindaan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tiada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Dato’ Kamarudin Jaffar) dan diluluskan]
Dengan itu, dengan sukacitanya saya mengumumkan Ahli- ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 5 Disember 2019.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.17 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Fasiliti Sukan Daerah Hulu SelangorSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174 ribu hektar iaitu hampir sama keluasannya dengan negeri Melaka. Daerah ini merupakan daerah terbesar daripada sembilan buah daerah di negeri Selangor. Ia meliputi satu kawasan Parlimen Hulu Selangor dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Hulu Bernam.
Kepadatan penduduk di Hulu Selangor kini telah mencecah 300 ribu penduduk. Ini disebabkan faktor kedudukan strategik daerah yang berdekatan dengan pusat bandar serta kos sara hidup yang rendah menjadikan Hulu Selangor pilihan ramai untuk mendiami di daerah ini.
Namun begitu, Hulu Selangor tidak mempunyai facility sukan bagi penganjuran program peringkat daerah. Oleh itu, Hulu Selangor mencadangkan agar pihak kementerian dapat membantu bagi mendirikan satu kompleks sukan daerah.
Untuk makluman pihak kementerian juga, Daerah Hulu Selangor mempunyai 68 buah sekolah tetapi tiada kemudahan sukan yang bersesuaian bagi menjalankan latihan. Ini amat mendukacitakan kerana Hulu Selangor mempunyai ramai atlet cilik terutamanya dalam bidang balapan. Atlet cilik ini sering kali menghadapi cabaran menjalani latihan kerana tiada kemudahan.
Malahan, penganjuran sukan peringkat daerah seperti Kejohanan Balapan Daerah Hulu Selangor anjuran Pejabat Pendidikan Daerah juga terpaksa menyewa kemudahan di UPSI memandangkan hanya facility ini yang lengkap dan berdekatan. Selain itu, sambutan Bulan Sukan Negara peringkat daerah Hulu Selangor pula hanya dapat dianjurkan di sekolah dengan kerjasama agensi daerah dan pihak sekolah. Ini merupakan satu kerugian kerana ketiadaan facility yang bersesuaian bagi penganjuran program belia mahupun kejohanan sukan.
Seterusnya, untuk makluman, atlet motor cross yang mengharumkan nama negara merupakan anak jati Hulu Selangor. Sekali lagi Hulu Selangor mohon pertimbangan kementerian mengenai permohonan satu facility sukan lasak khususnya motor cross. Dengan kewujudan facility ini, ia dapat menjadi pemangkin untuk mencungkil bakat baru belia dalam sukan lasak.
Selain itu, ia juga dapat dijadikan satu tarikan pelancongan sukan lasak di samping membuka peluang pekerjaan. Pembinaan hub sukan lasak bukan sahaja dapat mengurangkan gejala lumba haram, malahan dapat dijadikan platform untuk para belia, mempelajari teknik perlumbaan motor cross secara berhemah di dalam satu facility yang terjamin tahap keselamatannya.
Besarlah harapan Hulu Selangor jika pihak kementerian dapat turun padang dan melihat sendiri kekangan yang dihadapi. Permintaan sering diajukan dari pihak sekolah serta masyarakat setempat. Namun sehingga kini belum membuahkan hasil. Diharapkan pihak kementerian dapat memberi pertimbangan sewajarnya di atas permohonan ini demi memastikan perkembangan sukan akan terus meningkat serta membuka pelbagai peluang penganjuran aktiviti buat belia tempatan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas usul yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor. Keprihatinan Yang Berhormat terhadap realiti yang dihadapi oleh rakyat Hulu Selangor khususnya berkaitan kemudahan sukan amat saya hargai.
Sememangnya menjadi keutamaan Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan proses naik taraf kemudahan sukan di seluruh negara bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat. Buat masa ini, KBS sedang mengkaji dan meneliti semua projek naik taraf dan pembinaan baru kemudahan sukan di setiap negeri. KBS turut mencuba sebaik mungkin untuk mewujudkan atau menaik taraf kemudahan sukan di setiap kawasan Parlimen. Ini penting dalam memastikan semua kemudahan atau facility yang akan dibina dapat memberi manfaat dan digunakan oleh semua golongan rakyat.
Selain itu, tanggungjawab untuk membina kemudahan sukan ini bukanlah terletak di bahu KBS semata-mata. Malah ia perlu melibatkan usaha kolektif daripada pihak lain termasuklah kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Justeru itu, KBS akan memainkan peranan yang lebih signifikan dalam mewujudkan jaringan kerjasama bersama pihak-pihak bertanggungjawab untuk merancang dan membina kemudahan sukan peringkat negeri dan daerah agar dapat memastikan keseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar termasuklah di kawasan Hulu Selangor.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini terdapat 100 kemudahan sukan di kawasan Hulu Selangor yang mana lapan kemudahan diuruskan oleh KBS, 54 buah kemudahan diuruskan oleh kerajaan negeri, empat buah kemudahan diuruskan oleh pihak swasta dan 34 buah kemudahan diuruskan oleh lain-lain pihak. Sehubungan dengan itu, kementerian ini akan meneliti dan memperhalusi permohonan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan menerima baik cadangan membina kompleks sukan daerah memandangkan di Daerah Hulu Selangor tiada sebarang kompleks sukan untuk kemudahan orang ramai. Oleh itu, usul ini perlu diteliti terlebih dahulu dengan mengambil kira dari aspek kemudahan sukan sedia ada, bilangan penduduk, kos pembinaan, status tanah dan tempat yang sesuai untuk membina sebuah kompleks sukan daerah.
Berkenaan cadangan mewujudkan litar motor cross, Jabatan Belia Sukan Selangor (JBS) mencadangkan agar litar motor cross sedia ada dinaiktaraf iaitu di Sungai Dusun, FELDA Soeharto. Ini kerana kawasan ini berpotensi untuk dimajukan memandangkan litar tersebut sentiasa digunakan oleh peminat-peminat sukan motor cross. Ini juga dapat menarik lebih ramai lagi pelumba-pelumba dan penggiat sukan motor cross untuk beraksi di litar yang terletak di kawasan luar bandar.
JBSN juga baru-baru ini telah mengadakan KBS Motor Cross Championship peringkat negeri Selangor bertempat di Litar Motor Cross, Sungai Dusun FELDA Soeharto yang dimiliki oleh pihak kerajaan negeri dan persatuan. Antara kemudahan sukan sedia ada yang terdapat di Daerah Hulu Selangor adalah seperti berikut:
| JENIS KEMUDAHAN |JUMLAH| |----------------------|-----:| |Mini stadium | 1| |Gelanggang rakyat | 10| |Gelanggang bola tampar| 6||Gelanggang boling | 1|
| Gelanggang tenis | 7 | |----------------------------|--:| |Gelanggang badminton | 15| |Gelanggang bola keranjang | 7| |Gelanggang bola jaring | 5| |Gelanggang takraw | 8| |Padang bola | 18| |Litar motor cross | 3| |Padang golf | 4| |Dewan serba guna | 12| |Padang menembak lapang sasar| 1| |JUMLAH 98 | |
Kami akan letakkan prioriti untuk menaik taraf infra sukan yang sedia ada khususnya yang terletak di kawasan luar bandar supaya ia dapat dimanfaatkan oleh semua rakyat di Parlimen.
Walau bagaimanapun, turut terdapat banyak kemudahan sukan di kawasan Proton City Sport Centre dan UPSI Sport City yang berhampiran dengan Hulu Selangor dalam radius 20 kilometer.
Terima kasih Yang Berhormat.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di Bandar Sungai Lembing dan Gambang, Kuantan, PahangSpecial Chamber
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya ingin membangkitkan isu permohonan pembinaan balai bomba dan penyelamat di kawasan Sungai Lembing dan Gambang, Kuantan Pahang. Isu setempat yang saya bangkitkan ini berhubung kait dengan kemudahan keselamatan dan kecemasan rakyat Paya Besar khususnya masyarakat di DUN Sungai Lembing dan Lepar.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, balai bomba dan penyelamat yang terdekat bagi kawasan Sungai Lembing iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Indera Mahkota yang jaraknya lebih kurang 50 kilometer. Manakala balai bomba dan penyelamat yang terdekat bagi kawasan DUN Lepar iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas yang jaraknya lebih kurang 50 kilometer. Lebih menggusarkan, balai-balai bomba ini tidak mampu untuk menampung kapasiti penduduk dan lokaliti di kedua-dua kawasan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kapasiti penduduk di kawasan DUN Sungai Lembing lebih kurang sebanyak 60,000 orang meliputi 50 lokaliti yang terdiri daripada kampung
tradisi, perkampungan Orang Asli, taman perumahan dan kawasan FELDA. Di Sungai Lembing juga terdapat banyak kawasan tarikan pelancong daripada luar dan dalam negara. Manakala bagi kawasan DUN Lepar, kapasiti pendudukan lebih kurang 40,000 orang penduduk meliputi 46 lokaliti yang terdiri daripada kawasan tradisi, perkampungan Orang Asli, taman perumahan dan kawasan FELDA. Dalam kawasan DUN Lepar juga terdapat banyak institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang, Universiti Islam Antarabangsa Kampus Gambang, Kolej Matrikulasi Gambang dan Kolej Komuniti Paya Besar.
Menyedari situasi ini Tuan Yang di-Pertua, keperluan yang mendesak perlu saya bangkitkan untuk mendirikan balai bomba dan penyelamat di Bandar Sungai Lembing dan Gambang atas beberapa faktor iaitu:
(i) faktor jarak balai bomba yang sedia ada amat jauh dengan kawasan tersebut;
(ii) balai bomba sedia ada tidak mampu untuk menampung kapasiti penduduk serta lokaliti kedua-dua kawasan yang terlalu besar juga dilihat sebagai faktor yang kuat untuk membolehkan balai bomba dibina di kawasan tersebut; dan
(iii) faktor keselamatan penduduk juga menjadi asas penting untuk dipertimbangkan memandangkan banyak kes kebakaran pernah berlaku di kawasan tersebut menerima kelewatan bantuan penyelamat daripada pihak bomba dan penyelamat.
Tuan Yang di-Pertua, justeru, saya ingin memohon pihak kerajaan menyatakan pendirian terhadap usaha membina kemudahan keselamatan rakyat ini dan jika kerajaan bersetuju, bilakah tarikh dan apakah perincian jadual kerja khususnya tempoh pembinaan dan spesifikasi kerja bagi menjayakan pembinaan balai bomba dan penyelamat ini. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat atas keprihatinan keselamatan rakyat yang berkaitan dengan kemudahan penyelamatan daripada bomba.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas apa Yang Berhormat telah kemukakan kepada kita
di kawasan Parlimen Paya Besar terutamanya di kawasan Sungai Lembing dan Gambang. Adalah menjadi hasrat kementerian agar response time bagi setiap kawasan Parlimen di seluruh negara dapat dipendekkan untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kemusnahan harta benda serta kemusnahan alam sekitar.
Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, pada masa ini kedua-dua kawasan mendapat perlindungan kebombaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dan Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota. Selain daripada itu, ia juga mendapat sokongan dari Pasukan Bomba Sukarela Gambang dan Pasukan Bomba Sukarela Sungai Lembing yang dilengkapi dengan kereta bomba sukarela berserta peralatan pemadaman.
Justeru, bagi tujuan meningkatkan prestasi response time ke kawasan-kawasan tersebut, KPKT telah mengambil langkah proaktif dengan memohon projek balai bomba di kawasan Sungai Lembing dan Gambang untuk dimasukkan ke dalam RMKe-11, Rolling Plan Ke-4 Tahun 2020.
Bagi permohonan pembinaan balai bomba baru Sungai Lembing, cadangan tapak yang telah dikenal pasti ialah di Mukim Hulu Kuantan, Sungai Lembing, Paya Besar. Untuk makluman Yang Berhormat, yang terkini adalah pada minggu lepas premium tanah untuk projek tersebut telah dibayar sebanyak RM258,615 di mana ia akan dimiliki untuk pembinaan projek tersebut.
Manakala bagi pembinaan balai bomba di kawasan Gambang, permohonan melibatkan pembelian bangunan sedia ada yang terletak di Bandar MEC, Gambang. Dengan membeli bangunan yang sedia ada, ini akan mempercepatkan pelaksanaan projek dan juga harganya sedikit murah kepada conventional construction. Walau bagaimanapun, permohonan bagi kedua- dua projek tersebut tidak dipertimbangkan oleh agensi pusat.
Justeru, KPKT akan membuat rayuan semula kepada agensi pusat agar projek Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Lembing dan Balai Bomba dan Penyelamat Gambang dapat diluluskan bagi membolehkan masyarakat di kawasan Paya Besar menerima perkhidmatan kebombaan yang lebih efisien. Dari segi perancangan, kita telah membuat apa yang upaya kami dan juga membeli sebahagian daripada aset yang diperlukan. Kementerian juga akan memaklumkan kepada Yang Berhormat, status perkembangan permohonan kedua-dua projek tersebut dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, esok Khamis 5 Disember 2019.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.48 petang]