Dewan Rakyat · 3 August 2020

15th Parliament, session 3, meeting 2 · 933 turns · 50,568 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Pemasyhuran Tuan Yang Di-Pertua — PEMASANGAN PENGADANG LUT SINAR ANTARA TEMPAT DUDUK AHLI Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Azalina Othman Said]: Bismillahi

Rahmani Rahim. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, pengadang lut sinar telah dipasang pada Blok D, antara tempat duduk Ahli-ahli Yang Berhormat bagi membolehkan sebahagian Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk di tempat duduk pegawai sebelah kiri Dewan dapat duduk di Blok Utama Dewan Rakyat. Pemasangan ini bertujuan bagi mewujudkan jarak pemisah untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebahagian lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang perlu duduk di tempat duduk pegawai di sebelah kiri dan kanan Dewan serta hanya sebahagian pengadang lut sinar sahaja dapat dipasang dalam tempoh terdekat ini. Oleh yang demikian, saya memohon kesabaran Ahli-ahli Yang Berhormat sehingga perkara ini dapat diselesaikan. Dijangkakan semua Ahli Yang Berhormat akan dapat duduk di dalam Blok Utama Dewan Rakyat pada minggu hadapan selepas kesemua pengadang lut sinar dipasang. Ini diharapkan dapat memberikan keselesaan dan kemudahan seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat menikmati sebelum ini. Saya memohon perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa pemakaian pelitup muka- face mask, diwajibkan pada setiap masa di dalam Dewan dan hanya dibuka sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat hendak berucap. Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah menarik pengadang yang dipasang semasa duduk di dalam Dewan untuk memastikan jarak pemisah antara Ahli-ahli Yang Berhormat dan tiada kontak rapat antara Ahli-ahli Yang Berhormat. Pengadang lut sinar ini perlu ditarik atau ditolak dengan berhati-hati dan perlahan serta tidak diberi tekanan berlebihan kerana ia dipasang untuk sementara waktu sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat, Bentara akan membuat demonstrasi mengenai cara menarik dan menolak pengadang tersebut. Silakan Bentara... [Bentara membuat demonstrasi] Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang terlibat dalam pemasangan pengadang ini, iaitu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana telah membawa perhatian Jemaah Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan mengenai cadangan pemasangan pengadang ini. Jemaah Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan yang telah memberi sokongan untuk pemasangan pengadang ini. Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan yang berbincang dengan Tuan Yang di- Pertua mengenai cadangan pemasangan pengadang ini, Kementerian Kewangan yang mempermudahkan urusan kelulusan untuk perolehan pengadang ini, Yang Berhormat Teluk Intan yang telah memberikan cadangan kepada saya mengenai pemasangan pengadang ini, Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Rakyat dan warga Parlimen yang menyelaraskan pemasangan pengadang ini di dalam Dewan dan akhir sekali kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah bersabar dalam menghadapi senario perubahan tempat duduk di dalam Dewan ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menasihatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard Fasa Pemulihan Parlimen Malaysia sepanjang berada di dalam Parlimen Malaysia agar kita dapat mengekang penularan wabak COVID-19 ini. Sekian, terima kasih.

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Sabri bin AzitPAS · PNJerai · question

1. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, langkah-langkah untuk mengatasi masalah status liputan internet di kawasan luar bandar yang masih lemah sedangkan talian komunikasi tersebut amat diperlukan ketika negara berhadapan dengan wabak COVID-19.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah dan sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang komprehensif melalui penyediaan liputan jalur lebar dengan menggunakan pelbagai teknologi termasuk talian tetap dan mudah alih yang dapat memberi perkhidmatan telekomunikasi yang lebih menyeluruh, stabil dan berkualiti di kawasan luar bandar dan pedalaman serta kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan dalam masyarakat menerusi pembiayaan Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) atau, dengan izin, USP Fund. Untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar mudah alih, pembinaan menara telekomunikasi dan menaik taraf alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada kepada perkhidmatan 3G dan 4G, sedang giat dilaksanakan di seluruh negara. Sehingga bulan Jun 2020, sebanyak 2,360 buah menara komunikasi telah siap dibina dan 280 buah menara masih dalam peringkat pelaksanaan. Manakala sebanyak 5,348 alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 3G dan 4G dan sebanyak 11 alat pemancar komunikasi masih dalam peringkat pelaksanaan. Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, pihak kerajaan telah melaksanakan Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB) yang menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan pinggir bandar dan luar bandar di seluruh negara.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Sehingga bulan Jun 2020, sebanyak 639,676 sambungan telah tersedia. Manakala sebanyak 34,781 sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap secara berperingkat pada tahun 2020. Selain itu, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, inisiatif penaiktarafan rangkaian berasaskan tembaga kepada rangkaian gentian optik yang melibatkan sebanyak 933,724 orang pelanggan sedia ada di seluruh negara sedang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini. Jumlah ini dijangka akan diselaraskan dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor peralihan langganan pelanggan. Pada masa yang sama, kementerian dan SKMM juga sedang mengadakan sesi perancangan bersama pihak industri dan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti lokasi berpenduduk di kawasan pedalaman untuk memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan menggunakan pelbagai teknologi.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan seterusnya. Dalam Belanjawan 2020, ada disebutkan berkenaan Digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bagi menyediakan liputan berkelajuan tinggi dan berkualiti di seluruh negara termasuk luar bandar. Saya mohon penjelasan lanjut berkenaan pelan yang dikatakan bernilai RM21.6 bilion. Apakah status terkini projek NFCP dan sejauh mana rakyat di luar bandar boleh mendapat manfaat daripada projek tersebut? Mohon penjelasan.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Okey, terima kasih. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, projek NFCP ini ia ada satu projek NFCP2 dan projek NFCP3 yang melibatkan peruntukan yang agak besar dan sekarang ini di peringkat sedang dilaksanakan dan tendernya sedang dikeluarkan.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, untuk liputan luar bandar, kita sekarang ini sedang mengadakan Makmal Infrastruktur Digital Negara iaitu bermula 13 Julai hingga 14 Ogos 2020 untuk menetapkan semula sasaran berkaitan pembangunan infrastruktur digital negara. Jadi, kalau benar kawasan-kawasan yang kita lihat dapat mengadakan perkhidmatan jalur lebar yang lebih baik dan teknologi yang kita cadangkan itu adalah bersesuaian dengan kawasan tersebut, maka kita akan laksanakan melalui projek NFCP 2 dan NFCP 3. Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya, berapakah jumlah kawasan yang masih dalam kategori merah capaian yang amat lemah dalam capaian internet di Malaysia? Mohon beri jawapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Okey, terima kasih. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita lihat tidak sampai 20 peratus kawasan yang berstatus merah untuk kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita lihat di sini terdapat kawasan-kawasan di mana terdapat vandalisme dan sebagainya. Contohnya, gentian optik atau copper yang dikorek. Kawasan itu dulunya ada liputan tetapi tiba-tiba liputan hilang. Maka ini terdapat pihak-pihak tertentu yang telah korek gentian optik tersebut ataupun tembaga, maka mereka mencuri. Ataupun genset. Sesetengah menara kita gunakan genset. Apabila genset ini untuk bekalan tenaga elektrik dan sebagainya dicuri, tiba-tiba tidak ada line. Ini perkara-perkara yang masih kita atasi selain daripada kita mengatasi kawasan-kawasan yang liputan merah tadi. Terima kasih.

Ahmad Fahmi bin Mohamed FadzilPKR · PHLembah Pantai · question

2. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [Lembah Pantai] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan. perancangan dari sudut sumber manusia, sumber teknologi dan automasi- automation, bagi Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998- 2010), dan Dasar Agromakanan Negara (2011-2020), memandangkan pengeluaran makanan harus dipertingkatkan bagi memastikan jaminan keselamatan makanan menjelang tahun 2050 tercapai.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Antara perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dari sudut sumber manusia serta sumber teknologi dan automasi bagi memodenkan sektor agromakanan adalah seperti berikut: (i) penambahbaikan modul dan model pembelajaran pertanian pintar yang dirangka dan disediakan bagi melahirkan dan menyediakan golongan belia tani masa depan melalui latihan flagship Program Agropreneur Muda; (ii) menyediakan program latihan jangka pendek dan jangka panjang untuk melahirkan pekerja mahir dan usahawan pertanian melalui penggunaan teknologi terkini melibatkan belia berumur 18 hingga 40 tahun yang meliputi program-program seperti berikut: (a) Sijil Pertanian dan Sijil Kemahiran Malaysia; (b) Inkubator Usahawan Belia Tani; (c) Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan; dan (d) Kelab Usahawan Siswazah Tani- MyAgrosis. (iii) pengintegrasian teknologi pertanian muda seperti penggunaan robot- agrorobotic; penderiaan- sensor; pertanian tepat- precision farming; penggunaan dron; pembangunan data pertanian- peak analytical data; aplikasi berasaskan internet of things- IOT; model kilang tanaman; dan lain-lain; dan (iv) pemberian bantuan berbentuk insentif yang bersesuaian kepada para petani seperti Skim Pembiayaan Mekanisasi dan Automasi di bawah Agrobank bagi perolehan peralatan dan sistem mekanisasi dan automasi seperti jentera, traktor dan lain-lain. Sekian.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita sedar dalam keadaan pandemik yang melanda sekarang ini, kesan terhadap perancangan terutama dalam isu keselamatan makanan pasti terjejas atau terkesan. Pada 31 Mac yang lalu, Yang Amat Berhormat Pagoh telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk tujuan mengatasi masalah keselamatan makanan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan bagaimana peruntukan tersebut digunakan memandangkan ia berkait dengan isu keselamatan makanan? Serta kalau boleh, Yang Berhormat Menteri jelaskan kenapa harga telur di Perlis naik tiga sen setiap minggu seperti yang dilaporkan di dalam Buletin Utama malam tadi? Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Harga telur akan dipantau oleh KPDNHEP. Dalam pengumuman PENJANA, tiga pendekatan utama yang telah dilakarkan oleh kerajaan iaitu: (i) peruntukan sebanyak RM350 juta di bawah Agrobank untuk Skim Mikro Kredit; (ii) peruntukan di bawah mobiliti pekerja; dan (iii) peruntukan di bawah Kebuniti iaitu pertanian secara berkebun dan secara berkomuniti sebanyak RM10 juta dan sedang rancak dijalankan pada ketika ini. Sebanyak RM350 juta diperuntukkan untuk Skim Mikro Kredit Pinjaman di bawah Agrobank. Mobiliti itu sebanyak RM40 juta diperuntukkan. Jadi diharapkan agar peruntukan-peruntukan ini akan dapat membantu untuk pengeluaran makanan untuk memastikan bahawa sekuriti makanan negara terjamin walaupun dalam keadaan COVID ini.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti yang kita ketahui bahawa isu berkenaan tentang kebergantungan kepada petani yang berumur dan juga pekerja asing merupakan perkara yang tidak asing dalam sektor pertanian. Juga, menurut maklumat yang saya peroleh bahawa purata umur 50 tahun ke atas merupakan kumpulan yang paling banyak terlibat dalam sektor pertanian. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri, apakah usaha kementerian bagi menarik golongan belia dan juga golongan muda dalam sektor pertanian dan juga industri makanan selepas pasca COVID-19 ini?

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Kerajaan menyedari isu tenaga kerja sektor pertanian yang banyak bergantung pada petani yang berumur dan pekerja asing. Seperti mana yang saya katakan tadi, kementerian telah memperkenalkan Program Agropreneur Muda sejak tahun 2016 dengan sasaran 5,000 orang agropreneur muda berumur antara 18 hingga 40 tahun menjelang tahun 2020.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Secara ringkasnya Program Agropreneur Muda ini menawarkan tiga perkhidmatan iaitu geran sebanyak RM20 ribu, pinjaman sehingga RM200 ribu, dan bimbingan teknikal kepada semua belia. Kementerian juga melaksanakan program- program lain termasuk Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan. Program ini dilaksanakan di bawah pendidikan latihan teknikal dan juga vokasional dan menyasarkan petani antara umur 18 sehingga 25 tahun. Program lain termasuk Program Mobiliti Tenaga Kerja dalam sektor agromakanan dan juga Program Geran Pemadanan Pembiayaan Modal. Diharapkan agar program-program dilaksanakan kerajaan ini akan dapat menarik minat di kalangan anak-anak muda di negara ini...

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Minta satu lagi.

Satu lagi.

Dato’ Ir Haji Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHKubang Pasu

Minta satu lagi boleh Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jempol.

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Menurut MARDI produktiviti padi di Malaysia masih jauh ketinggalan pada sasaran 90 peratus pengeluaran. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan beras telah meningkat 30 peratus pada bulan Mac, berbanding bulan sebelumnya. Malaysia masih bergantung pada Vietnam, Thailand dan menumpukan juga kepada kawasan pengeluaran seperti negara India, Myanmar, Combodia dan Pakistan. Soalan saya sejauh manakah penggunaan teknologi di kalangan petani yang berusaha tanaman padi di Malaysia dan adakah terdapat sebarang teknologi baharu yang berjaya dihasilkan bagi mencapai 90 peratus sasaran pengeluaran padi negara. Mohon untuk Yang Berhormat Menteri untuk menjawab terima kasih.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Pada ketika ini SSL negara untuk padi sebanyak 70 peratus. Maknanya kita hanya mampu mengeluarkan permintaan kegunaan sebanyak 70 peratus dan 30 peratus adalah diimport bagi beras. Memang banyak tumpuan yang diberi oleh kerajaan untuk meningkatkan SSL padi kepada lebih daripada 70 peratus sama ada 75 peratus, atau atas daripada 75 peratus. Memang banyak faktor yang menjadikan tahap pengeluaran kita rendah antaranya daripada segi variety, daripada segi kesesuaian tanah, daripada segi kesesuaian pembajaan, daripada segi penyelarasan pembajaan dan juga perkara- perkara yang dikatakan dapat mampu untuk meningkatkan pengeluaran padi. Untuk maklumat Yang Berhormat Jempol dan Ahli-ahli Dewan, kerajaan akan menumpukan usaha untuk meningkatkan pengeluaran beras padi negara untuk ditingkatkan daripada 70 peratus kepada satu tahap yang lebih tinggi dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini. Segala usaha dan tumpuan akan diberikan oleh kerajaan bagi memastikan usaha ini akan dapat dicapai.

Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan · question

3. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, situasi semasa serta tindakan konklusif kementerian dalam menangani kes kematian kanak-kanak akibat tertinggal di dalam kereta oleh ibu bapa mahupun penjaga.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Wanita dan Keluarga · Rantau Panjang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Kes kematian kanak-kanak akibat tertinggal dalam kereta pada tahun ini sahaja mencatatkan sebanyak dua kes. Manakala pada tahun 2019 juga dua kes dan dua kes juga pada tahun 2018. Walaupun bilangan kes tidak menunjukkan jumlah yang besar namun ia melibatkan nyawa anak kepada ibu bapa dan penjaganya. Daripada rekod kebanyakan mangsa adalah ditinggalkan dalam keadaan ibu bapa pergi bekerja dan menghadiri mesyuarat di luar dan terlupa anak di dalam kereta. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kes ini satu isu yang juga besar kementerian sedar betapa seriusnya insiden begini, kementerian telah mengambil langkah-langkah pencegahan, advokasi dan intervensi seperti berikut. Pertama, melalui seksyen 31, Akta Kanak-kanak 2001 mengenai penganiayaan, pengabaian dan pembuangan dan pendedahan kanak-kanak telah dipinda pada tahun 2016 dengan memasukkan perkataan ‘atau bertindak secara cuai’ dan juga meningkatkan tempoh maksimum hukum penjara daripada 10 tahun kepada 20 tahun atau denda daripada RM20 ribu kepada RM50 ribu, atau kedua-duanya dan perintah khidmat masyarakat sebagai hukum mandatori. Begitu juga berkaitan dengan intervensi selain daripada hukuman perundangan, kita juga menyediakan, menghulurkan perkhidmatan kaunseling kepada ibu bapa. Selain daripada itu juga, ibu bapa dan penjaga serta kanak-kanak hendaklah bertanggungjawab dan sentiasa peka dengan risiko keselamatan anak-anak. Contohnya yang tersedak susu, pemakaian car seat, risiko tertinggal dalam kereta dan sebagai.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Wanita dan Keluarga · Rantau Panjang

Oleh yang demikian, kementerian mengambil langkah advokasi dengan melaksanakan kerjasama bersama agensi-agensi yang lain berkaitan untuk menjalankan program-program kesedaran awam mengenai isu ini. Di antaranya melalui program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA), Kursus Pra Perkahwinan (SMARTSTART), Program Kekeluargaan- Parenting, dan juga Kursus Ilmu Kekeluargaan. Kementerian juga menerima banyak maklum balas dan cadangan daripada ibu bapa dan masyarakat yang kemudian telah dibincangkan bersama agensi yang berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya. Di antaranya ialah bayi tidak boleh diletakkan di tempat duduk belakang kerusi pemandu kerana ia merupakan titik buta, meletakkan barang penting seperti beg tangan di bahagian belakang sama ada di atas kerusi atau di ruang kaki penumpang, meletakkan beg keperluan anak di tempat duduk di hadapan bagi mengingatkan anak ada di bahagian hadapan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius mengenai isu kecuaian ibu bapa dan penjaga sehingga menyebabkan kecederaan atau lebih menyedihkan lagi ada yang membawa kepada kehilangan nyawa. Masyarakat juga perlu memainkan peranan dan melaporkan segera sekiranya terlihat anak-anak tertinggal di dalam kereta tanpa pengawasan demi mengelakkan kejadian kematian di dalam kereta tidak berlaku. Terima kasih.

Puan Rubiah binti Haji WangPBB · GPSKota Samarahan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu baik sekali. Seperti yang kita maklumkan kebanyakan kes kematian kanak-kanak dalam kereta ini berpunca daripada kelalaian dan kecuaian ibu bapa ataupun penjaga yang pada dasarnya bukan disengajakan ataupun diniatkan. Namun, masyarakat sering menghukum serta meletakkan pandangan yang negatif kepada ibu bapa ataupun penjaga yang berkenaan yang menyebabkan tekanan hebat kepada ibu bapa yang terlibat. Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian mempunyai kaedah ataupun mempunyai pendekatan untuk membantu ibu bapa ataupun penjaga-penjaga yang terlibat yang terkesan disebabkan oleh kejadian berkenaan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada peruntukan perundangan untuk menghukum dan mencegah kejadian pengabaian kanak-kanak, kita sangat memahami perasaan ibu bapa apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini. Sebagai tindakan awal sebegini kementerian berperanan untuk menghulurkan perkhidmatan kaunseling kepada ibu bapa dan juga kementerian menghargai inisiatif daripada beberapa buah syarikat pengeluar kenderaan juga yang turut cakna tentang insiden sebegini yang menyediakan kenderaan keluaran mereka dengan sistem child reminder. Di mana dalam pada itu terdapat juga aplikasi navigasi yang juga menyediakan child reminder ini sebagai peringatan kepada pengguna aplikasi untuk tidak meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan contohnya aplikasi navigasi Waze. Jadi kempen yang berterusan dengan pelbagai medium adalah amat penting. Kementerian akan terus berusaha untuk mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi, kementerian termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Jalan Raya dan agensi yang lain untuk memastikan aplikasi ini dapat memberi kesan yang lebih terutama dalam memberi kesedaran kepada ibu bapa. Terima kasih.

Merbok.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua. Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada sebut. Mostly case itu adalah kes terlupa. Terlupa dengan lalai ini berbeza kadang-kadang memang terlupa pun kalau dalam ini pun dimaafkan. Jadi kita lihat kes-kes yang terlupa ini ia mendatangkan satu kesan traumatik yang sangat mendalam terhadap ibu bapa dan bagaimana hendak membantu para ibu bapa yang juga mengalami traumatik yang sangat dahsyat yang saya rasa kalau dia dihukum bagaimana pula dia hendak menjaga anak-anak yang sedia ada. Itu sahaja soalan.

Ini yang mana ini tidak ada tengok muka. Tidak nampak. Invisible.

Terima kasih Yang Berhormat Merbok, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian sangat memahami dengan situasi yang dialami oleh ibu bapa, bukan mereka sengaja.

Oleh sebab itulah, pelbagai program yang kita buat di bawah kementerian, termasuk Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak-anak (PEKA), di mana dalam program ini tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan anak-anak untuk memberi kemahiran asas mengenai pencegahan kemalangan dan situasi berisiko yang berbahaya. Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas menyelamat dan rawatan kecemasan dan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keselamatan terutama melibatkan keluarga di alam siber juga. Jadi, sebab itulah pelbagai program yang disasarkan termasuk kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, penjaga, pengasuh termasuk juga kepada PIBG, pemimpin, komuniti dan termasuk juga sukarelawan. Jadi insya-Allah, dengan pelbagai inisiatif yang dibuat termasuk dengan program kaunseling, kita harap insya-Allah perkara ini akan memberi kesedaran dan menambahkan lagi kesedaran masyarakat untuk sama- sama kita bertanggungjawab dalam menghadapi risiko sebegini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Kapar satu soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Datuk Dr. Hasan bin Bahrom.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Budak kecil main lompat-lompat; Soalan Tampin nombor empat.

Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin · question

4. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, bila kementerian hendak membentangkan rang undang-undang berhubung kait dengan kes pemandu memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian, adakah kerajaan akan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah-pesalah tersebut dan bagaimana kerajaan hendak memastikan pemandu tidak memandu dalam keadaan mabuk.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Tuan Yang di- Pertua, saya memohon izin untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Kuala Krai pada hari ini, Yang Berhormat Parit Buntar dan Yang Berhormat Marang pada 6 Ogos 2020. Yang Berhormat Batu pada 12 Ogos, Yang Berhormat Cameron Highlands pada 18 Ogos. Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Rompin pada 26 Ogos serta Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Batu Kawan pada 27 Ogos 2020 secara bersekali kerana isu yang dibangkitkan adalah berkisar topik yang sama iaitu berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol ataupun pemandu mabuk. Untuk makluman Yang Berhormat, isu kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan satu perkara yang amat dipandang serius oleh kerajaan, khususnya Kementerian Pengangkutan. Perkara ini jika tidak dibendung dengan serius akan membawa kesan yang amat negatif kepada orang ramai dan pengguna jalan raya yang tidak bersalah. Dalam konteks menangani isu ini serta aspek keselamatan jalan raya secara amnya, pendekatan dan strategi yang holistik adalah diperlukan bagi memastikan usaha ini berjaya dan mencapai objektifnya. Dalam hal ini, skop tanggungjawab Kementerian Pengangkutan adalah tertumpu kepada aktiviti advokasi, program pendidikan, penetapan peraturan dan penguatkuasaan. Justeru itu, sebagai salah satu strategi utama dalam usaha mencegah dan menjadi deterrence kepada orang ramai daripada memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Akta 333 akan dipinda bagi meningkatkan hukuman-hukuman berkaitan dengan kesalahan memandu dengan tidak mematuhi peraturan jalan raya termasuk memandu dalam keadaan mabuk.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Bacaan pertama rang undang-undang ini telah pun dilaksanakan pada sesi Parlimen pada 27 Julai 2020 yang lalu. Bacaan kali kedua dan ketiga turut dijadualkan dalam sesi Parlimen kali ini. Secara spesifik, pindaan seksyen 41 hingga seksyen 45 merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan tindakan tegas bagi kesalahan pemanduan di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara melulu termasuk merempit. Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan soal selidik atas talian mengenai perkara ini mulai 21 Mei 2020 hingga 4 Jun 2020 yang lepas. Berdasarkan kepada responden seramai 345 ribu orang, hampir 97 peratus responden memberi maklum balas yang positif dan bersetuju bahawa kuantum hukuman sedia ada tidak memadai. Sebagai contoh, seramai 324,489 orang iaitu 94 peratus responden bersetuju agar kadar hukuman penjara, denda dan tempoh hilang kelayakan lesen memandu ditingkatkan ke atas pemandu yang disabitkan atas kesalahan dalam keadaan pemanduan mabuk. Jadi, selain daripada pindaan ke atas hukuman yang sedia ada saya juga telah mengarahkan MOT dan agensi utama seperti JPJ dan MIROS untuk menggiatkan lagi aktiviti advokasi dan program pendidikan keselamatan jalan raya. Dalam pelaksanaan program-program sebegini, saya menyeru semua pihak berkepentingan termasuk NGO, pengusaha premis minuman, makanan, pengendali perkhidmatan pengangkutan awam dan lain-lain untuk bekerjasama dengan kementerian bagi menjayakan usaha ini ke arah menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia. Saya percaya pelbagai program, kemudahan dan inisiatif boleh diadakan dengan jayanya dengan sokongan dan penglibatan daripada semua pihak. Kementerian Pengangkutan berharap agar rang undang-undang pindaan yang akan dibentangkan dalam Dewan ini akan mendapat sokongan daripada semua Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan pertama.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri kerana menjawab dan tahniah untuk mengadakan meminda rang undang- undang. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya pemanduan mabuk ini jualan secara terbuka dan juga masa penjualan di Malaysia ini tidak ada had. Makna dalam masa 24 jam orang boleh mendapatkan bahan terlarang itu. Persoalan saya, apakah ada usaha ataupun tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian untuk menyekat tentang perkara ini? Keduanya, apakah ada kajian yang menyeluruh oleh kementerian terhadap berlaku ketika masa ataupun hari kejadian itu berlaku? Kalau ada kajian yang menyeluruh apakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan pemeriksaan berkala kepada pemandu-pemandu pada hari- sebagaimana yang di Jepun berlaku setiap hari Jumaat, petang Jumaat dilakukan pemeriksaan terhadap pemandu yang dikategorikan memandu dalam keadaan mabuk. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih, Yang Berhormat Tampin atas soalan yang dikemukakan. Pertama, seperti dalam jawapan saya, bidang kuasa kementerian adalah daripada segi advokasi, mengenakan penguatkuasaan undang- undang dan juga memberi pendidikan kepada rakyat jelata supaya mereka ini patuh kepada peraturan sedia ada. Mengenai cadangan Yang Berhormat sama ada kita mempelajari daripada contoh negara lain dan sebagainya, itu Yang Berhormat boleh kemukakan tetapi yang penting kita asingkan dua. Bagi sesiapa kalau menyimpan alkohol di dalam rumah, tidak semestinya minum di luar tetapi apabila mereka sudah mengambil alkohol mereka memandu, itu masalah yang besar. Jadi kita kena ambil tindakan terhadap mereka tidak kira mereka ambil di mana, yang soal pentingnya mereka mestilah bertanggungjawab, apabila sudah minum tidak boleh memandu. Itu isyarat yang patut kita berikan pada rakyat, itu pertama. Mengenai bidang kuasa kementerian, saya rasa saya menghormati pandangan Yang Berhormat, boleh kemukakan kepada kementerian masing-masing. Akan tetapi bagi kita sebagai sebuah agensi yang menguatkuasakan undang-undang inilah peluang terbaik bagi sesiapa yang melanggar peraturan ini yang menanti anda adalah hukuman berat yang kali ini kita lakukan dengan serius dan kita berharap mendapat sokongan daripada semua pihak.

Bukan sahaja Ahli Parlimen, di luar sana pendidikan awal dan juga kita kena mendidik anak-anak sekolah juga supaya kalau mereka menyentuh, mengambil sedikit sahaja alkohol mereka tidak akan memandu. Inilah cara yang bertimbang rasa dan bertanggungjawab supaya tidak menjejaskan nyawa orang lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua.

Soalan tambahan, Ledang. Speaker, saya ada tanya soalan tentang perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Parit.

Terima kasih.

Selepas ini Yang Berhormat Kuala Krai ya.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Speaker dan tahniah kepada kerajaan yang akan membawa rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen. Saya ingin bertanya, adakah kerajaan juga turut mengambil kira faktor pembayaran pampasan yang perlu dibayar oleh pesalah yang memandu secara mabuk kepada mangsa dan keluarga terutamanya sekiranya melibatkan kematian? Adakah pihak kementerian bercadang untuk mewajibkan para pengusaha kelab malam untuk melakukan ujian pemanduan di bawah pengarah alkohol terhadap pelanggan mereka dan memeriksa had alkohol dalam darah sebelum membenarkan mereka memandu pulang, sekiranya kadar kandungan alkohol di dalam badan pelanggan mereka tinggi maka pengusaha kelab wajib untuk mendapatkan perkhidmatan e-hailing bagi menghantar pelanggan mereka pulang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Terima kasih, Yang Berhormat. Di sini ada dua soalan utama. Pertama tentang pampasan yang dibayar kepada mangsa. Kalau kita menyemak undang-undang kita, selain daripada dikenakan tindakan di bawah Akta 333, di bawah undang-undang Kanun Keseksaan pun mereka akan tertakluk kepada sekiranya mengikut peruntukan undang-undang, mereka boleh dikenakan pampasan ke atas mereka yang menjadi mangsa dan saya akan huraikan perkara ini dalam penggulungan saya nanti seksyen apa yang boleh digunakan.

Soalan kedua tentang sama ada kita akan meminta supaya pengusaha pusat hiburan membuat, menyediakan breathalyzer untuk menilai tahap nafas ataupun melihat kandungan alkohol dalam badannya. Ada dua perkara. Yang pertama, kita kena memaklumkan bahawa BAC sekarang kita telah turunkan, lebih ketat. Hadnya tidak seperti dahulu. Kedua, memang sudah ada kesedaran, mereka sudah beli breathalyzer dan apa yang penting ialah kita tidak mewajibkan mereka. Akan tetapi, apa yang penting ialah mereka yang telah minum tidak boleh memandu. Kita mensyaratkan bagi sesiapa sahaja terlibat dalam kempen ini, mereka kena menasihati kepada, tidak kiralah yang pelanggan kah, siapa yang menemani mereka supaya mereka patuh kepada Akta 333. Itu akan kita lakukan secara pendidikan. Satu perkara lagi. Kalau di Australia, “Blow before you go”. Itu yang biasa dibuat. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang, kita galak dia buat macam itu, sudah ada pengusaha pusat hiburan telah membeli breathalyzer nak mencuba. Mereka tidak tahu sama ada kandungan sekarang berapa yang diminum itu akan menyebabkan mereka akan mencapai hadnya, iaitu BAC, yang tidak dibenarkan. Jadi, kesemua ini telah dilakukan, tetapi bagi kita, kita menggalakkan Grab, lagi merancakkan kempen mereka gunakan perkhidmatan Grab dan itu akan secara menyeluruh kita buat satu kempen secara besar-besaran. Terima kasih. [Soalan No. 6 – YB. Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) tidak hadir]

Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar · question

6. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apa usaha untuk memperbanyakkan Jurubahasa Isyarat yang boleh berkhidmat untuk golongan OKU pekak.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Alor Setar, antara usaha-usaha kerajaan untuk memperbanyakkan Jurubahasa Isyarat yang boleh berkhidmat untuk golongan OKU pendengaran adalah seperti berikut. Pertama, menyediakan bantuan kewangan kepada NGO melalui Geran Pentadbiran. Sebagai contoh, sehingga kini, MFD telah berjaya melatih 29 orang Jurubahasa Isyarat Pakar yang berjumlah 10 orang dan JBI terlatih dengan jumlah 19 orang dan memberi manfaat kepada seramai 39,009 orang. Geran Pentadbiran ini bantuan kewangan yang diberi berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada kerajaan. Jadi, di antara yang mendapat manfaat Geran Pentadbiran daripada Persekutuan Orang-orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kedua ialah Bantuan Khas Perbendaharaan. Kerajaan turut menyediakan peruntukan melalui Bantuan Khas Perbendaharaan untuk pelaksanaan program pembangunan sosial yang boleh dipohon oleh NGO untuk menjalankan kursus berbentuk kejurulatihan ke arah pendayaan keupayaan OKU seperti Kursus Jurubahasa Isyarat. Ketiga, menjalankan Kursus Bahasa Isyarat Malaysia kepada agensi kerajaan dan orang awam di bawah Institut Sosial Malaysia selaras dengan konsep penyesuaian munasabah dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 iaitu keperluan untuk memastikan OKU menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas kesetaraan dengan orang upaya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama MFD telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Bahasa Isyarat Malaysia mulai tahun 2019 bagi menggalakkan orang ramai mendalami dan berminat dengan bahasa isyarat seterusnya menceburkan diri sebagai Jurubahasa Isyarat. Sehingga bulan Februari 2020, seramai 68 orang peserta telah mengikuti kursus bahasa isyarat di ISM. Mana-mana peserta yang berminat menjadi Jurubahasa Isyarat boleh mengikuti kursus bahasa isyarat anjuran MFD. Tuan Yang di-Pertua, usaha ini adalah selaras dengan seksyen 30(1), 30(2), 30(3) Akta Orang Kurang Upaya 2008 di mana kerajaan mengiktiraf hak OKU termasuk OKU kategori pendengaran untuk akses kepada maklumat, komunikasi dan teknologi atas asas kesetaraan dengan orang kurang upaya. Jadi, oleh yang demikian, kita mengharapkan dengan hasrat ini, Jurubahasa Perkhidmatan Sokongan yang penting kepada OKU pendengaran untuk kehidupan seharian yang akses dan berdikari. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memaklumkan bahawa pihak pentadbiran Parlimen bersama pihak MFD sedang mengambil tindakan untuk menempatkan jurubahasa semasa sidang Parlimen. Ini merupakan satu usaha yang sangat baik dan perlu disegerakan agar sidang Parlimen juga dapat diikuti oleh OKU pendengaran. Terima kasih.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, di seluruh Kedah hanya ada seorang sahaja juru isyarat. Setiap kali dipanggil untuk tugasan rasmi, dia kena bayar untuk subsidi transport dan kalau luar dari waktu tugasan kena tambah lagi RM50 hingga RM100. Akan tetapi, hanya dapat seorang. Maka, soalan saya, adakah pihak kementerian, seperti yang katakan tadi ada geran untuk MFD ini, adakah dicadangkan untuk ditambah kepada MFD? Dan statusnya, dekat mana ini? Berapa bayaran untuk geran tahunan ini kepada MFD ini dan juga NGO- NGO lain? Kedua, adakah kerajaan sedia atau bersetuju untuk mewujudkan perkhidmatan juru isyarat ini di beberapa buah tempat untuk urusan rasmi, contohnya di balai, di hospital dan di mahkamah? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Kita mengalu-alukan kerjasama yang dibuat oleh pihak NGO untuk kita memberi perkhidmatan yang terbaik, terutama untuk meningkatkan lagi bilangan jurubahasa isyarat.

Setakat ini, Geran Pentadbiran kepada MFD sejak tahun 2014 hingga tahun 2019 berjumlah RM2,158,000 telah diberikan, iaitu dari tahun 2014 hingga tahun 2019, di mana geran ini termasuk jugalah Geran Pentadbiran dan sagu hati sukarelawan kepada jurubahasa. Jadi, setakat ini kita sedang berusaha. Bukan setakat untuk kepentingan program-program sahaja, malah kerajaan sekarang ini melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang berusaha untuk mengemukakan cadangan untuk menempatkan jurubahasa sebagai salah satu jawatan dalam sektor kerajaan bagi memenuhi keperluan golongan OKU pendengaran. Sebagai permulaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berharap pihak kerajaan akan mempertimbangkan sekurang-kurangnya satu jawatan jurubahasa isyarat diwajibkan diwujudkan di semua agensi kerajaan. Usaha ini akan menjadi dorongan untuk kerajaan meningkatkan lagi pencapaian dasar 100 peratus OKU dalam sektor awam kerana lebih ramai OKU pendengaran boleh ditempatkan di agensi-agensi kerajaan sekiranya ada jurubahasa isyarat yang boleh mengurangkan masalah komunikasi. Terima kasih.

Anyi NgauPDP · GPSBaram · question

7. Tuan Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, tentang status permohonan perkhidmatan talian telefon untuk kampung/rumah panjang seperti Kampong Long Apu, Long Spigen, Long Palai dan lain- lain di kawasan Parlimen Baram.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Untuk makluman Yang Berhormat, sudah menjadi keutamaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam usaha kita memberi perkhidmatan jalur lebar terutamanya di kawasan luar bandar termasuklah rumah panjang dan kampung- kampung. Ini usaha untuk kita merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar, antara Mak Cik Kiah di kampung dan juga Puan Mary di bandar. Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, sehingga bulan Jun 2020, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambah baik perkhidmatan jalur lebar di kawasan Parlimen Baram. Antaranya pembinaan 43 buah menara komunikasi dan menaik taraf 46 alat pemancar komunikasi di menara komunikasi sedia ada. Selain itu, sebanyak enam buah menara komunikasi baharu sedang dibina di Parlimen Baram. Pada masa ini, kementerian dan SKMM sedang mengadakan sesi perancangan bersama pihak industri dan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti lokasi berpenduduk di kawasan pedalaman termasuk kawasan Long Ampu, Long Sepinggan, Long Palai dan lain-lain kawasan Parlimen Baram untuk memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan menggunakan pelbagai teknologi yang sesuai yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di kawasan Baram ada sejumlah 400 lebih penempatan. Jadi, saya ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana menjawab soalan itu tadi. Namun, saya rasa pada masa ini masih terdapat kawasan-kawasan yang perlu disegerakan dengan kemudahan ini. Saya cadangkan supaya kalau menara-menara ini tidak dapat dibina, saya cadangkan supaya kemudahan WiFi CONNECTme ini disediakan untuk tempat-tempat di kawasan pedalaman. Khususnya saya rasa di kawasan... [Rakaman kurang jelas] Marudi, sebab kawasan Rumah Asam Paya, Rumah Joshua, dan Rumah Nglingkung ini, liputan mereka adalah daripada negara jiran. Terima kasih.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya apabila mendapat soalan ini, saya memaklumkan kepada SKMM supaya diberi keutamaan di kawasan Parlimen Baram ini termasuk kita minta tambahan bajet daripada SKMM supaya diberi keutamaan kawasan Baram. Akan tetapi kita lihat bahawa, apabila dijawab oleh SKMM peruntukkannya agak tinggi sedikit di kawasan Parlimen Baram sebab kemudahan elektrik dan sebagainya- banyak masalah untuk kita masuk kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kita minta bahawa keutamaan diberikan kepada Parlimen Baram sebab ini adalah peruntukkan daripada fund yang disediakan oleh kerajaan untuk kawasan luar bandar. Terima kasih.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih. Hulu Rajang dengan Baram keadaan yang sama, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi saya mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri semasa jawapan yang pertama, iaitu mengenai solar, menggunakan genset, betul. Kadang-kadang genset kena curi. Kadang-kadang genset kehabisan minyak. Jadi, masa kehabisan minyak, menara ada tapi tidak berfungsi. Jadi, kita ada teknologi baharu menggunakan solar hybrid. Saya mohon supaya kerajaan pada hari ini gantikan diesel itu dengan menggunakan secara solar hybrid. Kedua, apa jaminan kementerian untuk memastikan rangkaian 4G ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kawasan-kawasan pedalaman menggunakan secara menyeluruh di kawasan Parlimen Baram, Kapit, Betong dan sebagainya dan Hulu Rajang? Terima kasih.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali, seperti mana yang saya terangkan tadi bahawa kecurian ini berlaku di kawasan- kawasan ini termasuk- walaupun solar hybrid ataupun genset yang menggunakan solar pun- maknanya ia pun dicuri juga termasuk fiber-optic. Ini berlaku dan ini sukar dikawal sebab ia masuk kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, kita tengah mencari teknologi yang baharu, antaranya penggunaan satelit dan sebagainya. Ini tengah kita usahakan terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, bahawa apa sahaja teknologi baharu yang di cadangkan kita sentiasa usahakan. Oleh sebab itu saya kata tadi, kita melalui program yang kita buat iaitu Program Makmal Infrastruktur Digital Negara. Iaitu makmal yang baru kita buat pada 13 hari bulan hingga 14 hari bulan Ogos ini, kita akan mengkaji secara terperinci bagaimana kawasan luar bandar ini perlu kita selesaikan dan perlu kita memberi liputan. Ini kerana, kita hendak kalau boleh jurang digital di antara bandar dengan luar bandar ini kita rapatkan. Ini kerana, kita lihat bahawa usahawan- usahawan luar bandar ini perlu kita jaga dan perlu kita ketengahkan pengetahuan mereka daripada segi kemudahan digital dan sebagainya. Terima kasih.

Teo Nie ChingDAP · PHKulai · question

8. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah Murid Berkeperluan Khas, jumlah Guru Pendidikan Khas dan rancangan untuk menambah bilangan Guru Pendidikan Khas.

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 hari bulan Jun 2020, jumlah Murid Berkeperluan Khas (MPK) adalah seramai 92,755 orang, iaitu seramai 2,644 orang murid di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), seramai 73,656 orang murid di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan seramai 16,455 orang murid di Program Pendidikan Inklusif (PPI). Manakala jumlah keseluruhan Guru Pendidikan Khas pula adalah seramai 16,492 orang. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dan prihatin dalam memastikan MPK diberi peluang untuk mendapat aset kepada pendidikan yang sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing. Keprihatinan KPM terhadap MPK termasuklah juga dalam menyediakan Guru Pendidikan Khas berkualiti dengan jumlah guru yang mencukupi. Bagi memenuhi keperluan Guru Pendidikan Khas, KPM meneruskan pengambilan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) opsyen Pendidikan Khas di institusi pendidikan guru. Pada tahun 2020, seramai 180 orang pelajar PISMP opsyen Pendidikan Khas telah ditawarkan tempat. Dengan ini jumlah bekalan guru baharu untuk tahun 2022 hingga 2025 adalah seramai 516 orang. Di samping itu, pada tahun 2020, KPM melaksanakan Program Intervensi Tanpa Opsyen (PITO) Pendidikan Khas pada seramai 360 orang guru arus perdana. KPM juga telah merancang untuk melaksanakan pengambilan Guru Pendidikan Khas secara kontrak pada tahun 2021 mengikut keperluan. Sekian, terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa boleh lah kita nampak bahawa peningkatan jumlah MBK memang bertambah sejak pelancaran Zero Reject Policy oleh Pakatan Harapan. Pada Jun 2019, jumlah MBK hanya seramai 83 ribu orang. Akan tetapi sekarang, tahun ini kita ada seramai 92 ribu orang. Jadi, ini satu pencapaian, dan saya harap bahawa kerajaan baharu ini akan tetap memberi komitmen kepada Zero Reject Policy ini.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Soalan saya, memandangkan bahawa kelas untuk PPI dan juga PPKI ini meningkat secara begitu dahsyat pada tahun 2019 dengan kelas pendidikan khas meningkat sebanyak 513 buah kelas dan untuk kelas integrasi juga bertambah sejumlah 75 buah kelas. Jadi, ini satu peningkatan yang begitu dahsyat dan kita perlu ada pendekatan yang baharu untuk menangani isu kekurangan guru pendidikan khas. Jadi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan dengan jelas, jumlah kekurangan Guru Pendidikan Khas setakat ini dan sama ada kita akan mengambil guru interim kerana sepatutnya guru interim akan buka untuk penawaran untuk kali kedua pada tahun ini pada bulan April tetapi telah ditangguhkan. Jadi, adakah sama ada ini juga dalam rancangan KPM. Selain itu, memandangkan bahawa guru pendidikan khas untuk SJK(C) dan SJK(T) sangat tidak mencukupi, untuk tahun ini keluaran daripada IPGM untuk SJK(C) hanya seramai enam orang dan untuk SJK(T) hanya seramai 12 orang. Jadi, apa rancangan KPM untuk pastikan bahawa bagi SJK(C) dan SJK(T), budak-budak MBK juga dapat menerima pendidikan khas ini dalam bahasa ibunda mereka. Terima kasih.

Terima kasih. Memang tidak dinafikan bahawa pelaksanaan Dasar Sifar Penolakan satu usaha yang sangat baik dan akan dibuat secara berperingkat-peringkat berdasarkan kepada kesediaan sekolah dalam menyediakan kemudahan yang bersesuaian untuk MPK. Seperti mana yang telah Ahli Yang Berhormat sudah sedia maklum bahawa sejak pelaksanaan dasar ini mulai pada tahun 2019, KPM berdepan dengan pelbagai cabaran, antaranya aspek penyediaan infrastruktur sekolah, sumber manusia daripada segi keperluan dan kepakaran guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dan khidmat sokongan serta intervensi yang sesuai kepada MPK. Dengan penambahan yang begitu mendadak sebenarnya seperti telah diterangkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi banyak usaha yang telah kita laksanakan seperti mana yang telah kita terangkan tadi, termasuklah pelaksanaan pengambilan guru pendidikan khas secara kontrak pada tahun 2021 mengikut keperluan dan seperti mana yang saya terangkan tadi, latihan guru melalui PISMP opsyen Pendidikan Khas di institusi pendidikan guru dan sebagainya yang telah dilaksanakan juga akan disediakan.

Kalau boleh, saya berikan sedikit maklumat di sini iaitu mulai dari tahun 2017 sehinggalah ke tahun 2020, akan ada penambahan jumlah bekalan guru seramai 516 orang. Jadi, saya ingin maklumkan di sini bahawa memang ada banyak kesuntukan daripada segi untuk menyediakan keperluan termasuklah daripada untuk sekolah SJK(C), SJK(T) dan sebagainya. Akan tetapi namun ke arah itulah kita tengah berusaha untuk menyelesaikan dan menyediakan keperluan untuk murid-murid keperluan khas ini. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab kekurangan Guru Pendidikan Khas ini setakat ini berapa banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Boleh tidak jelaskan itu? Berapakah kekurangan Guru Pendidikan Khas setakat ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kulai, tunggu saya jemput. Tunggu saya jemput. Dia tidak jawab saja. Sekarang ini, jawab tidak jawab itu terpulang kepada Yang Berhormat Menteri, apa dia hendak jawab. Kalau suruh saya paksa Yang Berhormat Menteri jawab, nanti orang kata saya berbelah pihak pada tertentu. Soalan tambahan kedua. Soalan tambahan kedua...

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Segambut.

Yang Berhormat Beaufort.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Segambut.

Yang Berhormat Sibuti.

Yang Berhormat Beaufort.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Terima kasih. Soalan tambahan saya adalah, apa langkah penyelarasan yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk berbincang dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam memastikan pihak sekolah tidak mengambil langkah shortcut menghantar kanak- kanak OKU balik ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Jadi banyak usaha yang telah dan sedang dilaksanakan daripada segi penyelarasan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jadi, antaranya langkah- langkah untuk kita adakan dan memastikan kad OKU dengan sub kategori dan sebagainya. Itu salah satu daripada langkah yang telah pada waktu itu saya rasa telah diusahakan pada kerajaan sebelumnya dan akan kita teruskan, yang pertama. Keduanya, daripada segi pemberian bantuan dan sebagainya akan kita teruskan. Ingin saya tegaskan di sini bahawa daripada segi penyelarasan untuk KPM bersama-sama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, banyak yang perlu kita laksanakan ke depan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, tidak jawab soalanlah.

Satu lagi soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau Yang Berhormat tidak sedia jawapan, boleh bagi bertulis.

Satu lagi soalan.

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

Boleh, kita akan sediakan...

Satu soalan lagi.

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

...Jawapan secara bertulis.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul AzizPAS · GSBachok · question

9. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, sejauh mana usaha yang telah diambil bagi mengekang sebarang aktiviti laman sosial yang mempromosikan kelakuan songsang LGBT dan budaya pornografi.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain daripada tindakan undang- undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kandungan lucah, pihak yang terlibat turut tertakluk kepada peruntukan undang-undang sedia ada seperti Kanun Keseksaan dan Enakmen-enakmen Undang-undang Syariah di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya pihak terbabit beragama Islam. Kita sedar Yang Berhormat, ada dalam Facebook dan sebagainya pihak LGBT yang menayang gambar separuh bogel dan sebagainya dengan berani. Termasuk kita lihat baru-baru ini isu ke Makkah dan sebagainya. Kita sedar benda itu dan kita lihat bahawa kita dengar Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam telah panggil individu tersebut. Kandungan berunsur lucah sememangnya menjadi kesalahan di bawah platform media sosial seperti Facebook dan Instagram atau di platform penstriman video seperti YouTube. Pihak kementerian melalui SKMM berserta dengan pihak penyedia platform yang terlibat akan menilai kandungan-kandungan yang dilaporkan berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak mereka dan kandungan tersebut akan dipadamkan sekiranya didapati melanggar terma dan syarat seperti piawaian komuniti atau komuniti standard yang ditetapkan oleh pihak mereka. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, lucah dan juga termasuk judi dan sebagainya, kalau kita padam, mereka akan terus siarkan. Ini porno dan lucah sebagainya dan agak sukar dipadamkan.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Ini kerana, ia juga melibatkan pihak-pihak luar negara. Seterusnya dalam usaha mendidik masyarakat pula, SKMM juga turut melaksanakan pelbagai program kesedaran sebagai usaha membendung penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia. Aplikasi saringan kendiri, kandungan oleh ibu bapa yang dikenali sebagai parental control tools juga telah diperkenalkan bertujuan mengupayakan penggunaan internet khususnya golongan ibu bapa dengan kemudahan untuk memantau dan menyaring kandungan yang diakses oleh keluarga serta anak-anak. Bagi mengelakkan penularan kandungan yang tidak diingini, terdapat pelbagai perisian yang disediakan secara percuma atau berbayar. Pihak SKMM menggalakkan penggunaan perisian seperti ini kerana merupakan satu mekanisme penapisan yang dibuat memanfaatkan ibu bapa, penjaga dan individu untuk memastikan penggunaan internet secara lebih positif dan selamat. Perlu diingatkan juga bahawa ketika ini terdapat jutaan aplikasi dalam talian yang dibangunkan oleh pelbagai pihak di seluruh dunia mengikut pelbagai konteks sosiobudaya. Dalam kepelbagaian ini kuasa memilih terletak di tangan pengguna. Sebarang bentuk aplikasi atau kemudahan sekiranya tidak digunakan dengan baik boleh membawa kepada keburukan atau masalah kepada masyarakat. Mesej utama yang disampaikan adalah penggunaan internet yang positif serta kawal selia kendiri, self-regulation. Justeru itu dalam membuat pilihan adalah penting untuk masyarakat memilih apa yang baik dan menghindari apa yang dirasakan tidak baik bagi mereka. Bagi tahun 2018 hingga 30 Jun 2020 sejumlah 125 Kertas Siasatan telah dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung kandungan lucah dan sebanyak lima kes berjaya didakwa. Ini hat dalam negara saja. Di luar negara, maka kita tidak boleh buat apa-apa. Selain pendakwaan, tindakan undang-undang penyekatan akses kepada laman web terlibat juga diambil. Dari tahun 2018 hingga 2020, pihak SKMM telah melaksanakan tindakan sekatan ke atas sejumlah 2,484 buah laman pornografi. Usaha ini telah diteruskan oleh SKMM berasaskan aduan yang diterima serta pematuhan proaktif yang dijalankan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Pertama saya ucapkan tahniah di atas dasar konsisten pihak kerajaan yang menolak budaya songsang LGBT dan juga budaya lucah yang cuba dipaksakan oleh dunia Barat ke atas kita. Walau bagaimanapun di sebalik usaha kita yang berterusan bagi menangani dan memulihkan golongan ini, kita dapati usaha mempromosi budaya LGBT dan lucah amat giat dilaksanakan oleh golongan pro LGBT ini khususnya memaksimumkan kempen melalui media sosial. Ini termasuklah mempertikai, memperlekehkan usaha pihak kerajaan seperti JAKIM yang menganjurkan program pemulihan seperti Mukhayyam untuk golongan Mak Nyah dalam usaha memulihkan mereka. Soalan saya, apa tindakan kerajaan terhadap pihak yang memperlekehkan usaha kerajaan melalui media sosial ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Okey, untuk pengetahuan Yang Berhormat, terima kasih. Sebab apa kita lihat golongan LGBT ataupun Mak Nyah dia berselindung dalam pelbagai cara. Di samping mereka mempromosikan LGBT nya, tetapi mereka berselindung di balik perniagaan-perniagaan tertentu, lepas itu dengan aktiviti-aktiviti tertentu yang mereka buat. Jadi kita lihat di sini bahawa daripada segi SKMM kita hanya boleh menyekat jika mereka terdapat di bawah akta tersebut mereka mengadakan contohnya aktiviti- aktiviti lucah yang boleh kita ambil tindakan. Selain daripada itu, maka kita serahkan ke Jabatan Agama Islam Negeri untuk mengambil tindakan apabila mereka contohnya lelaki pakaiannya macam perempuan dan sebagainya adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam. Kita tegaskan di sini bahawa tindakan perlu diambil. Kalau tidak maka kita lihat bahawa penularan pihak LGBT ini semakin berani dari hari ke hari dan mereka makin mempengaruhi masyarakat supaya menggalakkan aktiviti-aktiviti ini kepada masyarakat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Batu Kawan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Batu Kawan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Sila Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kita sedia maklum bahawa dalam kes seorang child pornographer Richard Huckle yang telah ditahan di Gatwick Airport pada tahun 2014, maklumat telah diberikan oleh negara Australia kepada pihak polis dan juga Kerajaan Malaysia mengenai aktiviti- aktiviti pornografi, sumbang dan juga rogol kanak-kanak di Malaysia pada masa itu. Akan tetapi, Kerajaan Malaysia tidak bertindak pada masa tersebut dan sehinggalah Richard Huckle keluar dari Malaysia sampai di Gatwick baru beliau ditangkap. Saya ingin tanya, memandangkan teknologi untuk menjejaki ataupun menangkap mana-mana pihak yang membawa pornografi kanak-kanak dalam telefon bimbit mereka ataupun laptop mereka yang masuk ke negara Australia ataupun task force di Australia dapat tangkap mereka, adakah Kerajaan Malaysia akan melabur dalam teknologi yang sama agar kita tidak perlu lagi menunggu negara lain memberi maklumat kepada kita bahawa ada penjenayah seksual di Malaysia and then tunggu mereka keluar daripada negara baru ditangkap di negara lain? Setakat mana negara Malaysia mengambil serius isu ini, melabur dalam teknologi dan memberikan latihan yang secukupnya kepada kakitangan kerajaan untuk menjejaki penjenayah seksual seperti ini? Terima kasih.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Okey, terima kasih atas soalan Yang Berhormat tersebut. Kita lihat di sini daripada segi teknologi yang kita hendak gunakan, ia memerlukan peruntukan kewangan dan bajet daripada Kementerian Kewangan. Kita lihat di kebanyakan negara, mereka menggunakan teknologi di mana kalau kita scan, kita masuk ke airport kita scan, masuk handphone scan itu kita sudah tahu sudah. Scan itu sudah tunjukkan bahawa mereka ini ada pornografi atau pedofilia ataupun bahan lucah kanak-kanak dalam handphone. Sudah boleh tangkap sudah. Akan tetapi di Malaysia ini, kita belum ada lagi kerana kita tidak ada bajet lagi untuk memohon kebenaran tersebut. Akan tetapi, jika kerajaan membenarkan, maka kita ada fund USP Fund yang kita peruntukkan untuk internet luar bandar sahaja tetapi kalau kita boleh gunakan duit itu diberikan kebenaran, maka kita boleh gunakan wang tersebut untuk kita gunakan untuk kita beli alat-alat teknologi yang canggih dan sebagainya. Ini adalah bergantung pada kerajaan dan Kementerian Kewangan lah untuk kita gunakan peruntukan tersebutlah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Dato’...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua. Sedikit lagi. Adakah Yang Berhormat Menteri akan membawa isu ini ke Kabinet...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Batu Kawan. Saya hendak masuk ke soalan nombor sepuluh.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

...Untuk menggesa Yang Berhormat Menteri Kewangan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

...Untuk mengagihkan sedikit peruntukan untuk projek ini? Ini adalah penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Batu Kawan. Saya tidak jemput Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Minta penjelasan sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya tidak benarkan. Saya hendak pergi kepada soalan lisan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Adakah Kementerian membawa isu ini ke kabinet? Sangat penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Bolehlah. Yang Berhormat Timbalan Menteri nampak macam hendak jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat boleh bawa dalam perbahasan Yang Berhormat bila hendak tanya kepada soalan Yang Berhormat Menteri nanti perbahasan. Sekarang ini ada dalam soalan lisan. Yang Berhormat bercakap luar peraturan. Silakan Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah.

Amiruddin bin HamzahBERSATU · PHKubang Pasu · question

10. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah [Kubang Pasu] minta Menteri Kewangan menyatakan, sama ada pembayaran balik GST- refund yang tertangguh telah selesai. Sekiranya tidak, apa kekangan yang wujud melambatkan proses ini.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Untuk makluman Yang Berhormat, tuntutan bayaran balik GST memerlukan tindakan penentusahan verifikasi auditan atau siasatan sebelum pembayaran balik dapat dibuat kepada registrant- orang kena cukai. Berdasarkan Seksyen 8 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018, tempoh bayaran balik GST yang dibenarkan enam tahun mulai September 2018. Sebagai langkah untuk memastikan pembayaran balik GST dapat dibuat dalam masa terdekat, kerajaan dalam satu pengumuman pada 15 Jun 2020 telah bersetuju supaya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengambil pendekatan bayar dahulu dan audit kemudian bagi syarikat terpilih berdasarkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 dan juga kriteria-kriteria tertentu. Kerajaan berharap, Yang Berhormat, keputusan ini dapat membantu aliran tunai pelbagai sektor perniagaan di dalam tempoh pemulihan ekonomi yang amat mencabar ini. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan pengumuman tersebut, sejumlah RM1.479 bilion telah diluluskan untuk pembayaran bagi tempoh 22 Jun 2020 sehingga 8 Julai 2020. Baki tuntutan bayaran balik GST yang belum dibayar adalah sebanyak RM4.763 bilion. Antara kekangan yang menyebabkan tuntutan bayaran balik GST belum dapat dibayar kepada registrant GST adalah seperti berikut: (i) maklumat bank registrant tidak sah; dan (ii) registrant gagal memberi maklum balas dan mengemukakan dokumen yang dikehendaki untuk verifikasi. Kesemua tunggakan bayaran balik GST ini, Yang Berhormat, dijangka akan dibuat selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya. Tadi dibuat pengumuman oleh JKDN bahawa rebat ini boleh dibayar dahulu dan audit kemudian bagi syarikat-syarikat yang terpilih. Jadi, mohon jawapan, apakah kriteria pemilihan syarikat-syarikat ini yang boleh dibayar dahulu kemudian diaudit? Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, ialah refund yang disebutkan ini mengambil masa. Pohon supaya ia dapat disegerakan supaya ia memberi satu aliran tunai yang baik kepada syarikat-syarikat terutama dalam keadaan pandemik COVID-19 ini. Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu atas soalan tambahan. Sebagaimana Yang Berhormat Kubang Pasu sedia maklum bahawasanya memang Kementerian Kewangan tidak akan menangguhkan dan mempercepatkan proses pembayaran balik GST seperti mana hasrat Yang Berhormat tadi untuk melihat aliran tunai syarikat-syarikat dalam keadaan pemulihan ini.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Kita akui memang kita sedang mempertingkatkan proses menggerakkan semua kakitangan kita untuk membuat proses auditan. Berbalik kepada soalan yang pertama Yang Berhormat berkaitan apakah jenis- jenis syarikat yang terpilih. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, semasa pentadbiran Yang Berhormat di Kementerian Kewangan dahulu, kita pecahkan kepada tiga kategori iaitu syarikat yang claim-nya atau tuntutan di bawah RM50 ribu, syarikat di antara RM50 ribu ke RM100 ribu, dan RM100 ribu ke atas. Akan tetapi, selepas pengumuman 15 Jun 2020, kita membuat sedikit penambahbaikan dan hanya terbahagi kepada dua kategori sahaja, Yang Berhormat, iaitu RM100 ribu ke bawah, dan RM100 ribu ke atas. Insya-Allah, Yang Berhormat, kita akan mempercepatkan proses ini dan kita tidak akan menganiayai mana-mana syarikat yang sepatutnya layak untuk menerima bayaran balik GST. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih. Adakah kementerian ingin membuat Kenyataan Menteri- Ministerial Statement, di Dewan Rakyat ini untuk menafikan tuduhan Yang Berhormat Bagan yang sedang bercakap dengan Yang Berhormat Port Dickson sekarang mengenai tuduhan bahawa RM19.4 bilion, wang GST refund ini telah dirompak oleh kerajaan dahulu? Pada 20 Julai 2019, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Ahmad Badri menyatakan GST refund tidak dirompak. Pada 15 Julai 2019, PAC menyatakan bahawa GST refund tidak dirompak, duit tidak hilang. Yang Berhormat Menteri Kewangan dahulu juga menyebut bahawa semua RM19.4 bilion ini telah diaudit, sudah bersih. Kenapakah lagi tidak dipulangkan? Walhal, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut maklumat tidak sah, verifikasi diperlukan. Saya ingin bertanya, adakah Yang Berhormat Menteri Kewangan baharu akan membuat Kenyataan Menteri untuk menafikan kenyataan Yang Berhormat Menteri Kewangan terdahulu? Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Kita Kementerian Kewangan semestinya kementerian yang sentiasa merujuk kepada laporan-laporan yang dibuat oleh agensi-agensi yang boleh ditentu sahkan kewibawaan mereka. Kita merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 15 Julai 2019, tiada wang GST dirompak... [Tepuk] Kedua, wang tersebut digunakan untuk perbelanjaan pembangunan negara. Hasil syor daripada laporan PAC, Kementerian Kewangan dan JKDM sedang menambah baik proses kutipan dan pembayaran balik GST seperti mana yang dikehendaki dalam laporan PAC bertarikh 15 Julai 2019.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Perkara yang penting yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi RM19.4 bilion. Betul, RM19.4 bilion merupakan wang yang sepatutnya dibayar balik GLC pada ketika itu. Akan tetapi untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini dan Ahli Yang Berhormat Pontian, berlaku penambahan tuntutan GST sebanyak lebih kurang RM9 bilion. Ini bermakna proses kutipan balik dan bayaran GST adalah bukan proses yang begitu tidak dinamik. Ia satu proses yang tidak dinamik memerlukan proses makluman yang sangat dalam supaya tidak berlaku ketirisan wang. Saya yakin, kalau kita dapat menyelesaikan bayaran balik GST sudah pasti revenue negara akan dapat dipertingkatkan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Takziah Yang Berhormat Pontian, takziah Yang Berhormat Pontian.

Penting, penting.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Soalan tambahan. Tuan Yang di- Pertua, boleh minta satu lagi soalan tambahan?

Penting, penting.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Kota Melaka.

Penting.

Tuan Yang di-Pertua, satu. Adakah kenyataan Yang Berhormat Menteri akan dibuat untuk memperbetulkan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Dia sudah.

Adakah Yang Berhormat Bagan akan diambil tindakan kerana pembohongan di Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pontian...

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sabar Yang Berhormat Pontian.

Penting, penting ini.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Itu jawapan Menteri Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan, duduk Yang Berhormat.

Soalan tambahan. Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Ya lah tetapi jangan beritahu orang lain duduk. Saya yang boleh beritahu orang lain duduk, bukan Yang Berhormat Bagan.

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jempol, silakan.

Ya terima kasih. Akan tetapi yang penting tahniah kepada MOF kerana wang RM19.9 bilion tidak dicuri– Berapakah kutipan SST? Adakah penurunan kos barangan keperluan harian bila SST ini dilaksanakan seperti mana dalam Manifesto Pakatan Harapan tempoh hari. Mohon Yang Berhormat Menteri menjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jempol. Kutipan SST bagi tahun 2019 merupakan kutipan yang berkurangan daripada kutipan GST seperti mana tahun 2016 dan tahun 2017. Kutipan SST pada tahun 2019 hanya RM27.56 bilion berbanding kutipan GST pada tahun 2016 RM41.21 bilion, tahun 2017 RM44.29 bilion. Soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol sebentar tadi soalan yang hampir sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong pada 27 Julai 2019. Saya kira Tuan Yang di-Pertua soalan ini dan jawapan ini boleh dirujuk dalam lawan web Dewan Rakyat. Terima kasih.

Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin · question

11. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Pendidikan menyatakan satu kajian telah dibuat secara terperinci bahawa tidak sesuai dan efektif untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Adakah pihak kementerian akan sekali lagi membuat kajian yang sama bila ura-ura untuk melaksanakan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

Tuan Yang di- Pertua untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ataupun PPSMI. Di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBI) Dual Language Program (DLP) telah diperkenalkan mulai pada tahun 2016 dengan memberi pilihan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bidang Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Program rintis DLP telah dilaksanakan pada tahun 2016 yang melibatkan 377 buah sekolah iaitu 132 buah sekolah rendah dan 245 buah sekolah menengah. Setelah empat tahun pelaksanaan program DLP ini, jumlah sekolah yang terlibat telah meningkat kepada 2,291 buah sekolah pada tahun 2020 iaitu 739 buah sekolah rendah dan 1,552 buah sekolah menengah.

Dato’ Dr. Mah Hang SoonTimbalan Menteri Pendidikan I

KPM juga dalam usaha menambah baik pendidikan bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru dan murid untuk keperluan pada masa yang akan datang. KPM telah melaksanakan dan merancang pelbagai program pengukuhan bahasa Inggeris. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada kajian yang dibuat, seorang murid itu mudah untuk menerima ilmu dalam bahasa ibundanya. Umpamanya orang Taiwan belajar dalam Mandarin, orang Inggeris belajar bahasa Inggeris, orang Perancis dalam bahasa Perancis, orang Jerman dalam bahasa Jerman. Itu kajian yang telah dibuat di seluruh dunia. Kekeliruan timbul di Malaysia ini bertukar-tukar dasar apabila Menteri berubah, dasar berubah. Jadi saya berharap ketika ini masih ada lagi sekolah-sekolah di bandar yang mengajar dalam bahasa Inggeris mata pelajaran Sains dan Matematik. Adakah kerajaan sedar ia berlaku dan apakah tindakan yang kerajaan akan lakukan? Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, buat waktu ini kita menekankan program DLP dan DLP ini memang kita teruskan. Jadi kalau ada sekolah yang memilih untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam DLP itu akan kita benarkan dan teruskan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua. Silakan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, pertamanya saya hendak tahu bilangan sekolah yang memulakan program DLP pada tahun ini, sekolah baharu di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Juga, sama ada apabila sesebuah sekolah memulakan program DLP ini, sama ada persetujuan daripada LPS sekiranya ada diwajibkan? Untuk sekolah-sekolah baharu yang melaksanakan DLP ini, apa latihan yang akan diberi kepada guru-guru untuk pastikan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mereka adalah cukup bagus untuk melaksanakan DLP. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Memang daripada segi itu kita hendak memastikan bahawa guru-guru diberikan training yang secukupnya dan untuk yang lain-lain akan kita sediakan maklumat secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya seterusnya ingin mempersilakan Yang Berhormat Jelebu. [Soalan No. 12 – YB. Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) tidak hadir]

Jalaluddin bin AliasUMNO · BNJelebu · question

13. Dato' Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah terdapat sebarang perubahan yang akan berlaku terhadap jajaran baru ECRL seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran projek ECRL ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu seksyen A, jajaran dari Kota Bharu ke Dungun, seksyen B, jajaran dari Dungun ke Mentakab, dan seksyen C, jajaran dari Mentakab ke Pelabuhan Klang. Bagi seksyen C pula iaitu jajaran Mentakab sehingga ke Pelabuhan Klang, kerajaan sedang dalam proses untuk memuktamadkan laluan dan stesen di sepanjang jajaran ini.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Proses ini perlu dijalankan untuk kerajaan mengambil kira beberapa faktor seperti viability of project, kesalinghubungan rel dan juga implikasi kewangan sebelum kelulusan diberikan bagi jajaran ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama silakan.

Yang Berhormat, saya hendak kepastian daripada kerajaan. Jajaran asal sudah diubah ketika Kerajaan Pakatan Harapan yakni melalui Bentong, Jelebu, Seremban dan terus ke Kelang. Saya hendak tanya pandangan pihak kerajaan, adakah kerajaan mengambil langkah-langkah yang lebih spesifik untuk mendapatkan pandangan daripada awam? Daripada golongan profesional termasuk golongan peringkat-peringkat kawasan yang terlibat sebelum membuat satu keputusan rasmi berkaitan pengubahan jajaran ini. Kemudiannya Yang Berhormat, adakah apabila jajaran ini sudah diubah oleh Kerajaan Pakatan Harapan dahulu melalui kawasan-kawasan yang telah saya sebutkan, tentunya ia melibatkan kos pengambilan tanah dan sebagainya. Adakah proses ini sudah dilaksanakan oleh pihak kerajaan? Saya minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba memberi sedikit penerangan.

Pertama, apa Yang Berhormat maksudkan tadi jajaran semasa zaman PH ataupun kita memilih balik kepada jajaran asal. Saya rasa apa yang saya telah jawab tadi ialah kita dalam peringkat memuktamadkan. Kenapakah kita buat begitu? Kita kena buat secara perbandingan antara dua jajaran ini. Ada kekangan dan ada juga perkara-perkara teknikal yang patut kita atasi. Oleh yang demikian, pada 11 Jun, apabila diadakan Majlis Perancang Fizikal Negara, dalam mesyuarat itu yang dihadiri oleh kebanyakan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Menteri Besar, telah membincangkan tentang jajaran itu. Apabila dibincangkan tentang jajaran ini, keputusan yang dibuat oleh Majlis Perancang Fizikal rujuk semula kepada MoT dan juga kepada Ketua Setiausaha Negara untuk membuat penyelarasan. Sudah dua kali Kementerian Pengangkutan berbincang dengan kerajaan negeri termasuk yang minggu ini, kita akan berjumpa dengan pihak kerajaan negeri sekali lagi, Negeri Selangor untuk melihat apakah daripada segi perbandingan opsyennya yang menguntungkan rakyat di negeri Selangor juga. Apakah kekhuatiran rakyat di Selangor? Termasuklah yang dikatakan Permatang Kuartza atau Quartz Ridge di Gombak. Ini akan diambil kira termasuk juga Batu Dam, Empangan Batu. Perkara ini juga satu isu yang perlu diselesaikan dengan secara teknikal dengan penyelesaian yang terbaik. Jadi antara perkara-perkara yang kita lihat ialah- ya, Yang Berhormat tanya fasal pengambilan balik tanah. Ia mestilah dimuktamadkan barulah kita boleh mengambil tanah apa. Saya beri contoh, kalau kita melalui jajaran selatan, kita terpaksa melalui empat buah kampung Orang Asli di Selangor. Kalau banding dengan asal, satu. Banyak perkara yang kita kena buat secara perbandingan dan sudah tentunya social impact assessment akan dilakukan, environmental impact assessment akan dilakukan dan ada ruang untuk orang tempatan dan juga kerajaan negeri, wakil rakyat memberi pandangan. Jadi dalam soal ini, kita kena tentukan jajaran mana. Apakah kesan daripada segi mitigasi? Bagaimanakah kita melakukan? Jadi saya akan maklumkan kepada Dewan, tidak kira di sebelah sini atau di sebelah sana, cari penyelesaian yang menguntungkan rakyat jelata. Kita juga melihat implikasi kos supaya kita sedar dalam keadaan ini kita kena buat yang terbaik untuk rakyat kita. The viability project ini perlu kita lihat kerana 30 peratus bergantung kepada penumpang dan 70 peratus bergantung kepada kargo. Kalau tidak ada kargo, tidak ada penumpang, maka viability projek ini tidak akan jadi. Jadi itulah jawapan saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. [Masa Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga giliran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Alam Sekitar dan Air seperti yang tertera di Nombor 1 sehingga 6 dalam Susunan Giliran Yang Berhormat Menteri-menteri Menjawab Ke Atas Perbahasan Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 Ogos 2020”.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Santubong

Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas.” [29 Julai 2020]

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingin persilakan pembahas yang terakhir sebelum penggulungan Menteri, Yang Berhormat Bandar Kuching. Masa 15 minit.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih, terima kasih. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang khas untuk turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong. Untuk memulakan ucapan saya, saya ingin membawa beberapa isu di kawasan saya. Nombor satu, saya hendak bertanya ‘Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli’ progress Projek Tebatan Banjir (PLSB) yang bernilai RM150 juta yang sepatutnya dimulakan pada tahun ini. Adakah tender telah diberikan? Syarikat apa yang menerima tender tersebut? Bilakah projek akan bermula dan jangka masa projek tersebut siap?

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Nombor dua, saya ingin bertanya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai rebat ataupun bantuan diskaun kepada pembeli awal projek PR1MA. Menteri tahu isu ini. Bahkan sepatutnya mengadakan satu dialog bersama pembeli awal di Kuching tahun lalu, tetapi kesal telah ditangguhkan. Oleh itu, saya minta satu tarikh yang baharu diberikan secepat mungkin, isu diterangkan dan selesaikan secepat mungkin untuk berlaku adil untuk pembeli awal ini. Ketiga, beberapa buah sekolah SJK(C) di kawasan saya telah bertanya, apakah status peruntukan untuk kerja pembaikan dan maintenance untuk tahun ini? Keempat, ini rintihan daripada rakyat di kawasan saya dan juga mungkin di seluruh negara tentang kekeliruan yang ditimbulkan oleh polisi topeng muka mandatori yang baru diperkenalkan. Saya memang menyokong polisi ini. Akan tetapi sampai sekarang, komunikasi tentang definisi tempat sesak masih belum dihalusi, malah setahu saya belum digazet atau disenaraikan di mana-mana laman rasmi kerajaan. Kalau kita meneliti pengumuman Menteri, cuma beberapa buah tempat disenaraikan seperti shopping mall, pasar, pengangkutan awam dan juga tempat sesak. Definisi tempat sesak ini menimbulkan banyak kekeliruan. Kalau kita lihat model di Australia, mereka sebenarnya telah menyenaraikan semua tempat yang perlu pakai mask, malah juga pengecualian yang ada. Jadi, saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk melihat semula akta tersebut dan mengkaji semula denda yang dikenakan khas untuk polisi topeng muka, bukan polisi ingkar keluar kuarantin ataupun tidak mengikut SOP. Bagi saya, denda RM1,000 itu dikekalkan. Akan tetapi RM1,000 untuk polisi mask muka, mungkin tinggi untuk orang miskin, mungkin ada yang terlupa pakai, yang ada yang tidak tahu polisi ini atau alasan-alasan yang lain yang munasabah. Saya berikan contoh. Semalam sebenarnya ada satu kes di mana warga tua, dia hendak pergi ke pasar untuk beli barang, dia keluar dari kereta, halfway, dia realized dia terlupa pakai mask, dia patah balik tetapi polis saman RM1,000. Kalau kita lihat di Victoria, Australia, denda adalah AUD200. Ini bermaksud, ia hanya 6.7 peratus daripada gaji minimum di Australia. Di Malaysia, denda RM1,000 ini bersamaan dengan 83 peratus daripada gaji minima RM1,200. Jadi, adakah ini saksama terutamanya jika niat kita adalah untuk mendidik mereka dan bukan untuk menghukum. Mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan denda secara berperingkat atau tier system. Mungkin untuk first time offender, kita boleh mengenakan denda RM200, RM300 dan jika repeat offender, baru denda yang lebih tinggi dikenakan. Jika denda terlalu tinggi, ini juga membuka risiko berlakunya rasuah di mana ada segelintir pihak penguasa yang minta duit kopi daripada mereka yang tidak mahu membayar denda tersebut. Jadi, kerajaan juga haruslah melihat cara untuk mengedarkan topeng muka untuk golongan miskin dan mungkin menggunakan invisible mask seperti yang diamalkan di Singapore, di Australia. Malah di Australia mereka juga di halaman rasmi mereka menunjukkan video macam mana mereka membuat mask kain dengan sendiri. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian. Tuan Yang di-Pertua, walaupun isu ini telah dibawa ke Dewan yang mulia ini banyak kali, tetapi izinkan saya membawa isu ini sekali lagi kerana isu yang sangat dekat pada hati saya iaitu isu kontrak pegawai perubatan yakni termasuk pharmacist, pergigian dan lain-lain. Kita tahu sistem pelantikan kontrak bermula tahun 2016 tetapi ada beberapa isu berkenaan tawaran tersebut seperti HLP, gaji, peluang melanjutkan pelajaran, cuti hazard dan lain-lain. Saya tahu ini satu isu yang sangat rumit dan pendapatan tetap sesuatu yang sangat terhad. Akan tetapi bagi saya, isu pokok yang menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pegawai kontrak ini proses pemilihan dan kriteria yang digunakan. Persepsi telah ditimbulkan bahawa kriteria pemilihan tersebut, SKT yang digunakan tidak telus dan terbuka untuk favouritism dan biasness, dengan izin. Jadi, izinkan saya mencadangkan beberapa kriteria yang mungkin kita dapat gunakan untuk pertimbangan untuk penempatan tetap. Nombor satu, kita haruslah mengubah polisi yang ada untuk membolehkan mereka yang ada kontrak boleh mendapatkan HLP dan melanjutkan masters mereka di universiti tempatan. Jika mereka memohon dan mendapatkan tempat di universiti tempatan, kita boleh lanjutkan kontrak mereka sampai mereka habis bidang kepakaran mereka. Apabila habis, itu digunakan sebagai pertimbangan untuk penempatan tetap kerana kita perlukan lebih specialist atau pakar di negara kita.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Ini sebenarnya satu keputusan polisi yang boleh dibuat di peringkat kementerian dan jika ia tidak dibuat, saya minta kementerian menjelaskan kenapa? Kedua, mungkin kita boleh menggunakan perkhidmatan di district hospital di kawasan pedalaman sebagai satu kriteria untuk pertimbangan penempatan tetap ini. Baru-baru ini saya mendapat jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyatakan bahawa pengalaman bekerja dan kesanggupan bekerja di kawasan pedalaman tidak digunakan sebagai pertimbangan khas untuk melanjutkan kontrak atau penempatan tetap. Bagi saya, ini memang akan mengurangkan tenaga kerja kita di kawasan pedalaman kerana doktor muda kita tidak berminat untuk pergi kawasan kerana tidak ada insentif di kawasan pedalaman. Saya bagi contoh di Sarawak, 45.6 peratus klinik pedalaman tidak ada seorang doktor, cuma dikendalikan oleh Jururawat atau Medical Assistant. Banyak kawasan pedalaman juga tidak dihubungkan dengan jalan raya. Maka perkhidmatan seperti mobile clinic boat atau flying doctors services (FDS) terpaksa digunakan tetapi frekuensi FDS ini kadangkala sekali dalam sebulan, kadangkala sekali dalam tiga bulan. Walaupun sekali sebulan, cuba bayangkan doktor pergi sana tiga jam jadi kalau satu bulan, 30 hari cuma 29 hari mereka tidak ada doktor. Oleh itu, saya menyeru kementerian untuk mempertimbangkan perkhidmatan di kawasan pedalaman sebagai satu kriteria untuk lanjutan kontrak atau penempatan tetap. Berkenaan flying doctors services (FDS), saya menerima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri baru-baru ini bahawa FDS dan medical evacuation atau medevac yang banyak digunakan di Sabah, Sarawak, Perak, Kelantan dan di penempatan Orang Asli akan diswastakan atas alasan yang lebih cost effective, dengan izin. Jadi, saya bertanya kepada kementerian, syarikat apa yang mendapat tender tersebut, adakah ia tender terbuka? Berapakah yang telah dijimatkan kerajaan? Apakah unjuran jangka masa panjang dan adakah ia benar-benar menguntungkan pihak kerajaan? Ini sangat penting. Jangan kita pula menggunakan kesihatan rakyat di pedalaman sebagai satu sumber hanya untuk memperkayakan kroni-kroni yang ada. Tuan Yang di-Pertua, pada awal tahun ini kementerian telah mengumumkan 102 buah penempatan tetap doktor di negeri Sarawak. Saya memang mengalu-alukan keputusan ini tetapi saya hendak tanya antara 102 ini, berapakah tempat telah ditawarkan kepada orang Sarawak? Sebenarnya semenjak bertahun-tahun, ramai pekerja kesihatan daripada Semenanjung telah datang bertempat di Sarawak. Ramai di antara mereka telah berkhidmat di Sarawak untuk bertahun-tahun menabur budi dan mengubati komuniti kami di sana. Saya sangat berterima kasih atas sumbangan dan pengorbanan mereka. Namun begitu, kebanyakan masa it is only a temporary arrangement dengan izin kerana kebanyakan masa mereka akan meminta untuk ditugaskan balik di Semenanjung dekat dengan kampung halaman mereka selepas compulsory service tersebut. Ini memang perkara yang saya faham kerana kita hendak dekat dengan keluarga. Ada yang perlu menjaga orang tua yang sakit atau yang semakin tua. Jadi, isunya kekurangan doktor di Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman tidak dapat diselesaikan secara holistik terutamanya dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, saya berharap pihak kementerian akan memberikan prioriti atau pertimbangan khas untuk orang Sarawak bagi penempatan di Sarawak. Ini juga sejajar dengan hak kita dalam MA63 yang menyentuh tentang Borneonisation of the workforce, dengan izin, dan untuk memperbanyakkan tenaga kerja daripada pekerja tempatan. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan bahawa ujian RT-PCR biasanya mereka akan melihat sama ada tiga gene, Gene E, Gene N atau RdRP gene. Saya hendak bertanya kepada kementerian, apakah pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengklasifikasikan satu kes sebagai satu kes positif yang sah? Adakah seseorang itu memerlukan kehadiran satu gene sahaja atau sekurang-kurangnya dua gene? Ini penting kerana saya difahamkan ada beberapa pihak atau negara yang mengambil pendekatan untuk tidak merekodkan satu kes positif secara rasmi jika hanya satu gene ditemui walaupun pesakit tersebut masih perlu diasingkan di pusat kuarantin, contact tracing dibuat atau sebagainya. Jadi, apa pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia, saya harap kerajaan akan telus dengan data ini supaya rakyat tahu sebenarnya statistik kes yang ada dan tidak ada persepsi bahawa sesuatu cuba disembunyikan.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya tentang pelan kerajaan untuk menangani peningkatan kes-kes mental health yang bagi saya adalah the next silent pandemic, dengan izin. Masalah kewangan, depresi, kegelisahan atau anxiety, comes hand in hand with all these economic issues and mental health dengan izin. Ini akan bertambah terutamanya apabila impak kegawatan ekonomi melanda negara kita akibat COVID-19. Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, apa progress kerajaan untuk meminda seksyen 309, Kanun Keseksaan, dengan izin the criminalized attempted suicide untuk menangani kemungkinan peningkatan jumlah cubaan membunuh diri disebabkan tekanan yang saya sebutkan tadi. Kita hendak memastikan mereka ini mendapat perhatian, terapi dan bantuan sokongan yang sepatutnya bukan dibuang ke penjara yang akan memudaratkan pesakit tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai bekas pesakit COVID-19 dan juga rintihan daripada ramai pesakit COVID- 19 dan bagaimana kerajaan sebenarnya dapat membantu untuk mengurangkan tekanan emosi yang diharungi melalui cara atau format laporan yang dipaparkan di media. Stress dan beban psikologi yang diharungi bukan sahaja untuk diri sendiri, bukan untuk kesihatan fizikal sahaja tetapi perlu juga mengharungi stigma yang dilalui bukan oleh mereka sahaja tetapi ahli-ahli keluarga yang terdekat juga melaluinya. Saya bagi contoh, ini laporan KKM yang dipaparkan setiap hari, ini Kluster Sentosa di kawasan Kuching. Pertama, kita lihat kes indeks yang ada pokok-pokok semua, kes, kes, kes. Kalau kita lihat carta ini, persepsi yang ditimbulkan adalah kes indeks 8773 ini adalah sumber atau punca jangkitan tersebut. Akan tetapi kalau kita faham, maksud kes indeks- kes indeks bermaksud kes pertama yang dijumpai bukan sumber atau punca jangkitan tersebut. Akan tetapi komen-komen media sosial kerana ramai orang tidak faham maksud kes indeks, mereka membuat komen seperti wah, ini superspreader, pembunuh, dosa besar orang ini. Jadi bayangkan kalau kita baca ini, kalau kita lihat komen-komen yang ada, tekanan, stress dan anxiety yang dialami oleh pesakit-pesakit tersebut. Tiada sesiapa yang hendak dijangkiti penyakit ini dan tiada sesiapa yang hendak menjangkiti orang lain. Adakah komen-komen ini membina? Adakah kita memberi sokongan kepada pesakit ini untuk bukan sahaja sembuh daripada segi fizikal tetapi sembuh dari segi kesejahteraan mental mereka. Jadi saya berharap- saya faham semua maklumat ini sangat penting untuk kajian epidemiologi, untuk contact tracing tetapi mungkin kementerian boleh mempertimbangkan cara mereka memaparkan informasi ini. Mungkin letakkan kes bersama-sama supaya tidak nampak macam dia punca ataupun cara yang terbaik kerana kita mahu lihat mereka mendapat sokongan, pulih daripada segi fizikal dan juga kesejahteraan mental. Tuan Yang di-Pertua, masa tidak cukup. Jadi saya mungkin hendak mengakhiri dengan isu ini. Timbalan Menteri untuk hal ehwal Sabah dan Sarawak baru-baru ini telah mengatakan bahawa tiada keperluan untuk mendedahkan laporan terakhir Jawatankuasa Khas Kabinet MA63 yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Dalam jawatankuasa tersebut, 17 daripada 21 perkara telah dipersetujui dan itu telah menunjukkan satu progress yang baik setelah hampir 60 tahun hak kami telah terhiris dan dihakis. Jadi saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana ini melibatkan hak rakyat Sabah, Sarawak dan juga seluruh Malaysia. Kesan akan dirasai oleh kami. Jangan kita pula mengulangi kesilapan pada tahun 1974 dan tahun 1976 di mana hak kita diserahkan tanpa rundingan dan konsultasi dengan rakyat dan cuma melalui rundingan golongan elit sahaja. Oleh itu, saya berharap laporan itu bukan sahaja didedahkan kepada orang umum tetapi dibentangkan di Dewan yang mulia ini supaya kita dapat membahaskannya, dapat menilai dan melihat jarak ke depan atau perjalanan ke hadapan kita sebagai satu gagasan Persekutuan Malaysia. Kita harus ingat Sabah, Sarawak tidak menyertai Malaysia tetapi kita bersama- sama membentuk Malaysia. Jadi tiada lagi persoalan yang ini Tanah Melayu kah atau tidak tetapi ini tanah Malaysia di mana orang Melayu, India, Cina, Iban, Bidayuh, Penan, Orang Ulu, Bajau, Kadazan- ini semua tanah Malaysia, ini semua tanah kami dan kita dapat bersama-sama berkongsi hasil kekayaan bumi secara adil dan saksama. Oleh sebab masa tidak cukup, saya tidak dapat membawa semua isu pada masa ini. Saya mohon menyokong dan menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Kini tibalah masanya untuk jawapan-jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjawab. Diperuntukkan masa 45 minit Yang Berhormat. Silakan.

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja dan menyentuh isu-isu di bawah tanggungjawab MITI. Antara perkara-perkara yang telah dibangkitkan adalah mengenai isu-isu perdagangan dan pelaburan, Perjanjian-perjanjian Perdagangan Bebas serta Kerjasama Ekonomi Asia- Pasifik, status terkini Dasar Industry4WRD dan pembangunan sektor aeroangkasa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Subang membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan prestasi perdagangan negara. Dalam tempoh lima tahun terkini tahun 2015 hingga tahun 2019, jumlah perdagangan mencatatkan peningkatan sebanyak 4.6 peratus kepada RM1.835 trilion pada tahun 2019 berbanding RM1.463 trilion pada tahun 2015. Jumlah eksport bagi tempoh yang sama melonjak lebih pantas dengan mencatat peningkatan sebanyak 4.9 peratus kepada RM986.38 bilion pada tahun 2019 berbanding RM777.36 bilion pada tahun 2015. Sektor utama yang menyumbang kepada kenaikan ini barangan elektrik dan elektronik, kimia dan bahan kimia, keluaran petroleum, barangan optik dan saintifik dan barangan besi dan keluli. Manakala import mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan iaitu 4.4 peratus bagi tempoh yang dirujuk dengan nilai RM849.07 bilion pada tahun 2019 berbanding RM685.78 bilion pada tahun 2015. Import barangan perantara atau, dengan izin, intermediate goods merekodkan peningkatan tertinggi diikuti barangan penggunaan dan barangan modal. Lebihan dagangan pada tahun 2019 mencatat nilai RM137.31 bilion iaitu 1.5 kali lebih tinggi berbanding yang dicatat pada tahun 2015 dengan nilai RM91.58 bilion. Tuan Yang di-Pertua, penularan pandemik COVID-19 telah menjejaskan rantaian bekalan global. Ekoran daripada itu, jumlah perdagangan Malaysia turut terjejas bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 dengan mencatatkan pengurangan sebanyak tujuh peratus kepada RM833.36 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Eksport menyusut 6.8 peratus kepada RM448.99 bilion dan import berkurang 7.2 peratus kepada RM384.38 bilion. Lebihan dagangan pula bernilai RM64.61 bilion ringgit iaitu menurun 4.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2019. Prestasi perdagangan yang sama turut dialami oleh negara-negara di rantau ini seperti Singapura yang telah mencatatkan pengurangan perdagangan sebanyak 10 peratus, Indonesia sebanyak 9.9 peratus dan Thailand sebanyak 9.8 peratus. Penurunan eksport berlaku dalam hampir semua sektor utama khususnya barangan elektrik dan elektronik, petroleum mentah, gas asli cecair, barangan perkilangan logam dan kimia dan bahan kimia. Punca utama penurunan eksport adalah disebabkan oleh sekatan operasi yang dikenakan semasa penguatkuasaan PKP di mana hanya sektor pembuatan essential dan kritikal yang dibenarkan untuk beroperasi. Walau bagaimanapun terdapat peluang-peluang perniagaan bagi sektor-sektor tertentu contohnya sektor keluaran getah. Eksport sarung tangan getah melonjak sebanyak 40.3 peratus bagi tempoh tersebut disokong oleh permintaan tinggi di pasaran global berikutan pandemik COVID-19. Selain itu, peningkatan eksport turut dilihat bagi produk peralatan perubatan seperti kit pemeriksaan, pembasmi kuman ataupun disinfectants dan barangan persediaan pembasuh kulit atau, dengan izin, preparation for washing skin. Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuh dan meningkatkan jumlah eksport negara, MITI melalui MATRADE telah mengambil langkah-langkah berikut. Pertama, membantu syarikat mengurangkan beban kewangan dalam menjalankan promosi eksport dengan memperkukuhkan Market Development Grant ataupun MDG. Seiring dengan peningkatan penggunaan platform digital ekoran pandemik COVID-19, MATRADE telah memperluaskan skop MDG untuk menampung kos penyertaan syarikat Malaysia dalam pameran perdagangan antarabangsa secara maya di dalam dan di luar negara.

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Di samping itu, MDG juga menampung sehingga 30 peratus kos logistik termasuk pengangkutan dan pergudangan bagi penghantaran produk ke luar negara. Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Julai 2020, sebanyak 1,427 permohonan daripada 962 buah syarikat telah diproses dengan geran sebanyak RM14.56 juta telah disalurkan. Kedua, memperkasa pengeksport dengan menyediakan pelbagai risikan pasaran yang boleh diakses secara atas talian menerusi aplikasi MyExport. Dari 1 Januari sehingga 31 Julai 2020, MATRADE telah menyebarkan 541 laporan pasaran dan 105 laporan kajian produk yang disediakan oleh 46 buah Pejabat MATRADE di seluruh dunia. Maklumat ini merangkumi perkembangan ekonomi dan pasaran semasa, peluang eksport, piawaian serta dasar dan peraturan perdagangan luar negara. Ketiga, melalui aplikasi MyExport juga, MATRADE telah menyebarkan 1,827 trade leads iaitu pertanyaan perdagangan yang diterima daripada syarikat asing yang berminat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan dari Malaysia. Antara produk yang sering mendapat pertanyaan termasuklah produk pharmaceutical, makanan dan minuman, bahan kimia, automotif, perabot serta elektrik dan elektronik. Keempat, melalui program e-BizMatch yang dijalankan menerusi platform digital, MATRADE turut melaksanakan padanan perniagaan antara pengimport luar negara dan pengeksport Malaysia. Dari 1 Januari sehingga 31 Julai 2020, sebanyak 576 padanan perniagaan telah diadakan di mana 395 orang pembeli asing telah dipadankan dengan 538 syarikat Malaysia, menghasilkan potensi jualan berjumlah RM461.35 juta.

Yang Berhormat Menteri, Pontian.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Saya ingin bertanya mengenai eksport dan import ini dan telah disebut bahawa 6.8 peratus eksport menurun, 7.3 peratus import menurun antara Januari dan Jun 2020. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang kenaikan eksport sarung tangan yang dibuat daripada getah. Apakah yang ingin saya tanyakan, adakah getah itu getah asli atau getah tiruan? Kalau getah tiruan, ia tidak membantu pekebun-pekebun kecil getah di negara Malaysia kerana getah tiruan dibuat daripada bahan petroleum. Akan tetapi kalau ia boleh meningkatkan eksport getah asli akibat daripada kenaikan eksport sarung tangan getah, ia akan menguntungkan pekebun-pekebun kecil getah kita. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut mengenai pertanyaan-pertanyaan oleh MATRADE, saya tidak nampak senarai pertanyaan mengenai minyak sawit ya. Adakah di luar sana kurang pertanyaan mengenai minyak sawit? Jadi, dua perkara itu.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon izin menjawab persoalan ini di akhir jawapan ini supaya kita dapat fokus kepada jawapan yang dibangkitkan ketika perbahasan. Kelima, selaras dengan peningkatan aktiviti e-Dagang, MATRADE menggalakkan syarikat menggunakan platform digital bagi tujuan eksport melalui program eTRADE. Program ini bertujuan untuk membantu syarikat pengeksport mempromosi produk dan perkhidmatan ke pasaran global menerusi penyenaraian di 20 buah platform e-Dagang antarabangsa terpilih. Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Julai 2020, sebanyak 774 permohonan dari syarikat tempatan untuk menyertai program eTRADE telah diluluskan oleh MATRADE. Antara sektor yang diluluskan adalah makanan dan minuman yang diproses, pharmaceutical dan kelengkapan dandanan diri serta barangan gaya hidup. Keenam, pemerkasaan pengeksport juga turut dipergiatkan menerusi aktiviti latihan pengeksport dengan menggunakan kaedah webinar. Dari 1 Januari sehingga 31 Julai 2020 sebanyak 110 webinar telah dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk ADB, Islamic Centre for Development of Trade ataupun ICDT, The Star, eBay dan McKinsey & Company, dengan topik yang dibincangkan termasuk perkembangan market updates, strategi promosi perdagangan, rantaian bekalan dan juga impak COVID- 19 terhadap kelangsungan perniagaan.

Dalam menyokong agenda penggantian import, MATRADE melalui Global Sourcing Programme giat mendorong syarikat perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk membekalkan komponen kepada syarikat pengeluar di Malaysia termasuk syarikat multinasional yang mengeluarkan produk untuk pasaran antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memperkasakan agenda ekonomi bumiputera, MATRADE terus memberikan tumpuan kepada program-program promosi dan pembangunan pengeksport yang bertujuan memberi pendedahan, bantuan dan khidmat nasihat kepada syarikat bumiputera. Program khusus yang dibangunkan adalah Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP). Fokus program BEDP adalah untuk membantu pengeksport bumiputera menerokai pasaran luar negara termasuk mengeluarkan produk-produk halal yang berkualiti melalui penyertaan dalam aktiviti promosi eksport sepanjang tempoh program. Sejak BEDP diperkenalkan pada tahun 2004, sebanyak 192 buah syarikat bumiputera telah menerima manfaat daripada program ini dengan hasil jualan sebanyak RM1.1 bilion. Syarikat bumiputera yang berjaya menyertai program ini akan diberi bimbingan dan khidmat nasihat merangkumi perkara-perkara berkaitan peningkatan eksport. Penyertaan mereka dalam aktiviti promosi eksport turut dibiayai meliputi kos yuran penyertaan, tiket kapal terbang dan penginapan sepanjang aktiviti berlangsung. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian juga telah bertanya berapakah jumlah pekerjaan baharu dalam bidang pembuatan dan perdagangan untuk tempoh tahun 2017 hingga tahun 2020 dan usaha pihak kementerian untuk memastikan jumlah itu bertambah. Berdasarkan projek-projek yang telah diluluskan dari tahun 2015 sehingga tahun 2019, sebanyak 2,794 projek telah dilaksanakan melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM208.5 bilion. Projek-projek ini telah menjana sebanyak 214,969 jumlah pekerjaan yang terdiri daripada seramai 160,478 orang mewakili sejumlah 75 peratus pekerja tempatan dan seramai 54,491 orang atau sejumlah 25 peratus pekerja asing. Daripada jumlah keseluruhan ini, sebanyak 22,022 atau sejumlah 10.2 peratus pekerjaan dikategorikan sebagai berpendapatan tinggi iaitu gaji bulanan sekurang-kurangnya RM5,000. Seiring dengan komitmen kerajaan dalam memastikan projek-projek pelaburan terus menjana peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi terutamanya kepada rakyat tempatan, MITI melalui MIDA telah melaksanakan beberapa inisiatif, antaranya mengenakan syarat jumlah guna tenaga sepenuh masa sekurang-kurangnya sejumlah 80 peratus rakyat Malaysia untuk kelulusan lesen pengilang dan pemberian insentif. Syarat guna tenaga ini turut meliputi nisbah kakitangan pengurusan, teknikal dan penyeliaan sebanyak 25 peratus. Sementara bagi projek-projek berimpak tinggi, syarikat turut dikenakan syarat untuk melaksanakan latihan industri- internship, dengan universiti tempatan serta keperluan untuk menyediakan latihan atau menetapkan jumlah pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan. Seterusnya, beberapa inisiatif bagi menggalakkan pembangunan bakat tempatan turut dilaksanakan oleh MIDA seperti MIDA’s Apprenticeship Program, kolaborasi bersama Persatuan Pengilang Malaysia dan Kementerian Pendidikan serta kolaborasi atau perkongsian pintar dengan pihak-pihak berkepentingan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju telah bertanya tentang manfaat yang diperoleh oleh Malaysia akibat penempatan semula kilang-kilang dari China ke negara lain serta usaha yang diambil untuk menarik FDI baharu. Di sebalik risiko dan ketidakpastian ekonomi global yang kian meningkat ekoran pelanjutan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, Malaysia sememangnya mempunyai kelebihan bagi menempatkan semula kilang-kilang dari China ke Malaysia. Sehingga 31 Mei 2020, MIDA telah memberikan khidmat fasilitasi kepada sejumlah 86 buah syarikat asing dan tempatan yang beroperasi di China dan berminat untuk menempatkan semula aktiviti syarikat di Malaysia. Daripada jumlah ini, MIDA telah berjaya menarik sejumlah 32 projek dengan pelaburan bernilai RM17.5 bilion di mana sebanyak 28 projek yang bernilai RM8.36 bilion telah diluluskan dan sebanyak empat projek yang bernilai RM9.14 bilion, sedang dalam proses penilaian.

Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA yang telah diumumkan pada 5 Jun 2020 bagi merangsang ekonomi negara pasca penularan wabak COVID-19, insentif cukai baharu telah diperkenalkan bagi menarik pelaburan asing baharu ke Malaysia dan juga syarikat sedia ada untuk menempatkan semula perniagaan dan aktiviti pengilangan dari negara luar seperti berikut: (i) pengecualian cukai sebanyak 100 peratus selama 10 tahun untuk pelaburan baharu dalam sektor pengilangan dengan pelaburan harta tetap antara RM300 hingga RM500 juta; (ii) pengecualian cukai sebanyak 100 peratus selama 15 tahun untuk pelaburan baharu dalam sektor pengilangan dengan pelaburan harta tetap melebihi RM500 juta; dan (iii) elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus selama lima tahun bagi syarikat wujud di Malaysia yang memindahkan fasiliti pengilangan luar negara ke Malaysia dengan pelaburan harta tetap melebihi RM300 juta. Tuan Yang di-Pertua, di sebalik cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu, Malaysia masih berada di kedudukan yang baik mengatasi negara-negara jiran daripada segi prestasi daya saing. Berdasarkan laporan Doing Business 2020 yang diterbitkan oleh Bank Dunia, Malaysia berada di tangga ke-12 di antara sejumlah 190 ekonomi. Kedudukan ini adalah lebih baik berbanding laporan tahun 2019, di mana Malaysia berada pada kedudukan ke-15. Prestasi Malaysia pada tahun 2020 mendahului negara-negara maju seperti Jerman, Kanada, Jepun, Perancis dan Switzerland. Manakala berdasarkan Global Competitiveness Report 2019 yang dikeluarkan oleh World Economic Forum, Malaysia berada di kedudukan ke-27 di antara sejumlah 141 ekonomi. Kedudukan Malaysia mengatasi kebanyakan negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Pada kala dunia mendepani impak COVID-19, Malaysia kekal mengamalkan dasar ekonomi yang terbuka dan mesra perniagaan bagi terus menarik minat syarikat- syarikat untuk melabur di dalam negara. Sehingga Jun 2020, MIDA sedang menilai sejumlah 725 projek perkilangan dan perkhidmatan dengan anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM36.7 bilion. Daripada jumlah keseluruhan ini, sebanyak RM19.2 bilion atau sebanyak 52.3 peratus merupakan pelaburan langsung domestik dan sejumlah RM17.5 bilion pelaburan langsung asing. Selain daripada itu, sebanyak 141 projek ataupun investment leads dengan nilai pelaburan RM72.6 bilion yang berpotensi untuk melabur di Malaysia telah dikenal pasti. Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan tahap keyakinan pelabur asing dan domestik kekal tinggi untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pasca COVID-19, kerajaan sentiasa mengkaji hala tuju dan strategi pelaburan serta mengenal pasti usaha-usaha untuk meningkatkan daya saing negara. Seiring dengan komitmen ini, MITI melaksanakan beberapa inisiatif yang digariskan di bawah PENJANA termasuk: (i) meluluskan lesen pengilang dalam tempoh dua hari bekerja bagi industri yang tidak sensitif; (ii) menambah baik dana strategik pelaburan tempatan atau dengan izin DISF bagi terus memacu peralihan syarikat tempatan ke rantaian nilai yang lebih tinggi termasuk menggalakkan syarikat- syarikat dalam menjalankan R&D dan menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja tempatan; (iii) menubuhkan Project Acceleration and Coordination Unit atau PACU bagi membantu dan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pelaburan yang telah diluluskan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sama ada ingin memberi laluan kepada Yang Berhormat Jerlun? Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kajian-kajian yang telah disebut tadi ada juga beberapa daripada kajian itu yang membuat penilaian competitiveness pada tahun 2019. Jadi, saya kira dengan berlakunya pandemik COVID- 19 ini mungkin ada faktor-faktor baharu yang perlu dipertimbangkan supaya tahap daya saing Malaysia itu boleh dibandingkan dengan lebih tepat lagi. Jadi, saya ingin bertanya, adakah Yang Berhormat Menteri membuat perbandingan dengan insentif-insentif yang ditawarkan oleh negara-negara lain khususnya di rantau ini? Keduanya, saya mendengar tadi Yang Berhormat Menteri nyatakan bahawa pihak MIDA telah ataupun sedang mempertimbangkan kelulusan beberapa pelaburan besar khususnya pelaburan asing. Biasanya permohonan ini mengambil masa. Mungkin permohonan itu telah dibuat tahun lepas. Jadi, adakah pelabur-pelabur ini masih lagi berminat untuk terus melabur di negara kita ini memandangkan masalah daripada pandemik COVID-19? Ketiganya, dengan ketidaktentuan politik yang sedang berlaku dalam negara kita ini, apakah bentuk pemasaran ataupun promosi yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk meyakinkan pelabur-pelabur tempatan dan juga asing bahawa negara kita ini masih mempunyai dasar mesra pelabur yang boleh menjamin keuntungan bagi mereka?

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Secara ringkas saya ingin respond sedikit. Saya bersetuju cabaran semasa menuntut kita untuk melihat semula dan recalibrate dasar-dasar yang sedia ada bagi memenuhi permintaan pasaran di peringkat global. Oleh sebab itu, komitmen dan tekad MITI adalah untuk memastikan perkara ini dapat ditangani dengan bijaksana dan saya akan kemukakan penjelasan di akhir jawapan saya sebentar lagi. Kedua, syarikat-syarikat yang telah pun dikenal pasti pada tahun lalu masih lagi menunjukkan minat untuk terus mengekalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka. Walaupun Yang Berhormat Jerlun berpandangan mungkin wujud ketidakstabilan politik di negara ini, tetapi saya memberi jaminan semenjak bulan Februari yang lalu, keadaan politik lebih stabil. Ini dapat dilihat apabila World Bank dan juga IMF serta Standard & Poor's (S&P) baru-baru ini, lebih kurang dua minggu yang lepas, telah mengemukakan laporan yang terkini bahawa hasil daripada komitmen kerajaan hari ini mengemukakan beberapa buah pakej rangsangan ekonomi sama ada PRIHATIN dan PENJANA dan juga usaha-usaha yang sedang dijalankan untuk memulihkan ekonomi, Malaysia akan muncul antara negara yang terawal bagi mencatatkan prestasi pertumbuhan yang agak positif di antara 6.3 peratus hingga 7.5 peratus.

Yang Berhormat Gombak.

Ini bagi saya walaupun satu unjuran tetapi menzahirkan keyakinan pelabur-pelabur asing dan domestik untuk mengekalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

Pohon mencelah. Yang Berhormat Gombak, boleh saya tanya? Berkenaan dengan usaha-usaha yang telah pun Yang Berhormat merujuk tadi dan beberapa laporan yang telah pun dikemukakan di mana Yang Berhormat berkata bahawa we’re on the right track, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan usaha-usaha untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan negeri seperti mana kita lihat di Sabah juga ada khabar angin ia akan berlaku di negeri-negeri lain... [Disampuk] Pulau Pinang juga. Adakah usaha-usaha tersebut akan menjejaskan keadaan ekonomi negara dan juga mempunyai effect yang buruk terhadap pelaburan-pelaburan asing dalam masa in the long term, dengan izin Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seperti yang saya nyatakan tadi, walau apa pun berlaku, statistik dan data ekonomi masih lagi menunjukkan bahawa pelabur-pelabur asing yakin bahawa destinasi pelaburan yang terbaik adalah Malaysia dan ini telah pun diunjurkan oleh badan-badan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan tentang komitmen kerajaan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

...Dalam meningkatkan daya saing.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan ingin mencelah.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya. Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada syarikat penarafan kredit antarabangsa Standard & Poor's, juga daripada Fitch dan juga daripada agensi-agensi tersebut. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa outlook Malaysia telah pun diturunkan iaitu daripada status stabil kepada negatif? Sungguhpun dinyatakan bahawa ada pengiktirafan, tetapi buat kali pertama outlook ratings ataupun penarafan kredit antarabangsa Malaysia telah pun diturunkan daripada kukuh, stabil kepada negatif. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya yakin Yang Berhormat juga sedia maklum bahawa senario ini berlaku di seluruh dunia, bukan sahaja berlaku di Malaysia. Namun, rating agency juga yakin bahawa usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan dan kerajaan pada hari ini dapat menjamin satu suasana yang lebih stabil untuk masa hadapan. Oleh sebab itulah S&P sendiri dan juga beberapa badan agensi yang lain telah mengeluarkan unjuran yang lebih optimistik dan lebih positif bagi tahun 2021. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan unjuran yang agak soft ataupun agak perlahan bagi tahun 2020 dan ini dapat kita fahami memandangkan pandemik COVID-19 bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, tetapi juga memberikan kesan yang parah kepada ekonomi negara. Oleh sebab itu, saya sering menegaskan bahawa naratif pada hari ini is not about fear. Kita harus meletakkan keyakinan pelabur-pelabur domestik dan juga antarabangsa supaya dapat segera mencerdaskan ekonomi dan aktiviti ekonomi dalam negara ini. Inilah yang sedang diusahakan termasuk memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dan PENJANA, sekurang-kurangnya dapat membantu aktiviti ekonomi dicerdaskan dalam masa yang terdekat. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara, kerajaan pada 21 Julai 2020 telah mewujudkan inisiatif Malaysia Mudah (MyMudah) yang bermatlamat membantu syarikat daripada dibebani peraturan tidak wajar dan karenah birokrasi, sekali gus mengurangkan kos perniagaan. Selain daripada itu, pada 25 Jun 2020, kerajaan juga telah bersetuju dengan syor Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) supaya semua kementerian dan agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan permit dan lesen, menerbitkan garis panduan permohonan lesen yang akan dipaparkan secara dalam talian untuk makluman umum. Ini bertujuan mewujudkan mekanisme yang lebih telus dalam proses pengurusan permit dan lesen, meningkatkan integriti dan mengelak berlakunya amalan rasuah. Kerajaan juga telah mengaktifkan semula Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) untuk memudahkan proses menjalankan perniagaan dengan mempromosi kecekapan, pengawalseliaan, produktiviti dan tadbir urus yang baik di Malaysia sekali gus mengekalkan daya saing negara. Tuan Yang di-Pertua, dalam merangka hala tuju jangka masa panjang, MITI juga sedang giat membangunkan Pelan Induk Perindustrian Baharu ataupun New Industrial Master Plan yang melibatkan perancangan strategi dan pelan tindakan yang khusus, termasuk dalam meningkatkan pelaburan dan daya saing negara bagi tempoh 2021-2030. Selain ini, semenjak April 2020, MITI bersama Kementerian Kewangan dan EPU merangka Pelan Pemulihan Ekonomi bagi jangka pendek, sederhana dan panjang untuk memperkukuhkan pertumbuhan KDNK melalui pewujudan peluang pekerjaan untuk rakyat serta meningkat produktiviti dan daya saing sektor ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara kecil yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) telah berjaya memperkukuh eksport Malaysia, dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan. Pada tahun 2019, sejumlah 66.7 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia adalah dengan rakan-rakan dagang FTA melalui tujuh perjanjian perdagangan bebas dua hala- bilateral, dan tujuh perjanjian di peringkat serantau.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bangi dan Yang Berhormat Subang telah membangkitkan tentang status Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang telah ditandatangani oleh Malaysia dan sepuluh buah negara lain pada 8 Mac 2018. Sehingga kini, CPTPP telah berkuat kuasa mulai 30 Disember 2018 bagi Australia, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand dan Singapore. Vietnam pula telah menguatkuasakan perjanjian ini mulai 14 Januari 2019. Manakala Malaysia dan tiga lagi negara anggota lain iaitu Brunei, Chile dan Peru masih belum meratifikasi perjanjian ini. Keputusan untuk meratifikasi perjanjian ini telah pun dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 5 September 2018 tanpa menetapkan sebarang tempoh untuk memuktamadkan proses domestik bagi meratifikasi perjanjian ini. Justeru pada masa ini, Jabatan Peguam Negara serta kementerian-kementerian berkaitan masih giat menjalankan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk kerajaan-kerajaan negeri. Kita sedia maklum bahawa CPTPP suatu perjanjian komprehensif yang merangkumi bidang-bidang seperti Investor-State Dispute Settlement (ISDS) dengan izin, syarikat milikan kerajaan- state-owned enterprise, dan perolehan kerajaan. Namun, pada masa yang sama, CPTPP menawarkan pasaran untuk 495 juta orang penduduk dan tiga pasaran baharu bagi Malaysia untuk mendapat layanan berkeutamaan- preferred treatment iaitu Kanada, Mexico dan Peru. CPTPP juga menawarkan platform kerjasama dan pembangunan kapasiti serantau, khususnya bagi menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat daripada negara-negara membangun dalam rantaian bekalan serantau atau, dengan izin, regional supply chain. Justeru, kerajaan perlu memastikan sebarang keputusan berkaitan CPTPP perlulah mengimbangi keperluan dan kepentingan negara, industri tempatan dengan pelabur-pelabur asing.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya dua soalan berkaitan dengan CPTPP. Soalan yang pertama berapa lama Malaysia boleh menangguhkan keputusan kami untuk meratifikasikan CPTPP. Oleh sebab kalau kita menangguhkan indefinitely, dengan izin, ada kemungkinan yang besar bahawa rules of the game yang akan ditulis dan dimuktamadkan dalam CPTPP, negara yang telah meratifikasinya akan mengecualikan pendapat negara Malaysia. Jadi, saya rasa ini sesuatu soalan yang penting dan perlu dijawab. Soalan yang kedua semasa Yang Berhormat Gombak menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, kalau tak silap, memang Yang Berhormat menunjukkan mungkin boleh dikatakan perasan yang tidak menyokong CPTPP. Jadi sekarang sudah tukar kementerian, ada sedikit macam perubahan daripada segi pandangan. Mungkin Yang Berhormat Jeli pun ada di sini, Yang Berhormat Jeli sebelum ini Menteri di MITI, pada masa itu memang memperjuangkan CPTPP. Akan tetapi sekarang, saya pun tak tahu sama ada beliau ada pendirian yang sama. Jadi, apabila kita ada Menteri yang apabila mereka tukar kementerian, ada pendapat-pendapat yang lain. Ini berkemungkinan menyebabkan dasar kerajaan pun tukar apabila Menteri bertukar ke kementerian berlainan. Jadi saya harap Yang Berhormat Gombak boleh memberi penjelasan.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh, poin yang samalah, lebih kurang, ya, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih. Tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bangi tadi itu. Setahu saya kita ada dua tahun untuk meratifikasi. Apakah status selepas dua tahun? Adakah limit-nya lima tahun, tujuh tahun? Berapa? Kalau boleh bagi satu jawapan yang technocratic-lah ya. Nombor dua, saya juga faham daripada apa yang dikatakan Yang Berhormat Bangi. Cara Yang Berhormat Menteri jawab tadi itu katanya, ini baguslah, kena sign-lah, kena buat semua ini. Jadi I want to hear kalau boleh, pendirian kerajaan baharu ini. Apakah hendak sign ke tak hendak sign? Hendak ratify or not ratify? Beri jawapan yang jelas sebab kita bolehlah buat projection ekonomi kita. Adakah trade akan increase atau tidak? Kalau bagi jawapan middle-middle, tepi-tepi, tidak ada clear indication, susah kita hendak buat kerja. Okey, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Bangi...

Yang Berhormat boleh saya, tokok tambah sikit, sekali harung jawab nanti, pasal isu sama, lebih kurang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bagi saya, semua pembangkang Menteri jawab, kenapakah soalan saya Yang Berhormat Menteri tidak menjawab? Tolong jawab secara bertulislah.

Apa ini, saya ingin bertanya tadi mengenai CPTPP. Jadi, apa seperti mana yang kita sedia maklum dengan berlakunya pandemik COVID-19 ini, adakah apa-apa perubahan memandangkan ada norma-norma baharu yang tentunya memberi kesan yang besar kepada cara kita berdagang di antara negara-negara asing. Jadi dalam rundingan yang telah berjalan sekian lama, adakah ada perkara-perkara ataupun faktor-faktor baharu yang telah dibawa ke meja rundingan yang akan mengubah CPTPP tersebut? Itu yang pertama. Keduanya, seingat saya ada 17 undang-undang di peringkat negeri yang perlu dipinda sekiranya negara bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut. Setakat mana negeri-negeri ini telah memberi persetujuan untuk meminda rang undang-undang di peringkat negeri? Ketiganya, mungkin Yang Berhormat Menteri akan menyentuh perkara ini tetapi saya cuma hendak tanya, apa perkembangan mengenai Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP), berkait dengan CPTPP ini juga. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Subang dan juga Yang Berhormat Jerlun. Saya ingin rujuk semula kepada Yang Berhormat Pontian. Bukanlah hasrat saya untuk tidak menjawab Yang Berhormat Pontian tetapi saya pohon daripada pegawai-pegawai untuk mendapatkan statistik yang tepat. Untuk berlaku adil kepada Yang Berhormat Pontian, saya perlu kemukakan statistik dan fakta yang tepat dalam jawapan saya. Pertama, soal sarung tangan yang dieksport menggunakan getah asli dan ini dapat membantu pekebun-pekebun kecil kita. Berhubung soal minyak sawit yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, pada Januari sehingga Jun 2020, jumlah eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit adalah bernilai RM22.57 bilion, meningkat enam peratus berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2019. Isu-isu lain yang berkaitan minyak sawit, saya difahamkan akan dijawab oleh Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam sesi penggulungan nanti.

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Berbalik kepada Yang Berhormat Bangi dan juga Yang Berhormat Subang dan juga Yang Berhormat Jerlun, saya dimaklumkan bahawa dalam proses perundingan CPTPP ini tidak ada tempoh yang ditetapkan oleh mana-mana negara dalam memuktamadkan proses domestik untuk meratifikasikan CPTPP ini. Berbeza dengan TPPA sebelum ini, di mana semua ahli perlu meratifikasikannya dalam tempoh 24 bulan. Oleh sebab itu saya nyatakan tadi, mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet, Yang Berhormat Bangi juga adalah sebahagian daripada kerajaan sebelum ini telah memutuskan untuk meratifikasikan perjanjian ini tanpa menetapkan sebarang tempoh tersebut.

Keduanya tentang pendirian saya. Saya ingin menyatakan ini bukan soal pendirian saya ataupun pandangan saya. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita membuat keputusan secara kolektif di dalam Jemaah Menteri Kabinet tentang apakah hala tuju dan pendirian kerajaan dalam meratifikasikan CPTPP ini. Saya telah menjelaskan tadi, oleh sebab Jemaah Menteri Kabinet pada 5 September 2018 bersetuju untuk meratifikasikan perjanjian ini tanpa menetapkan sebarang tempoh, maka saya dan kementerian sedang berusaha untuk meneruskan engagement dan libat urus dengan pemegang-pemegang taruh yang melibatkan juga kementerian-kementerian dan Jabatan Peguam Negara sebelum kita kemukakan kepada kerajaan untuk mendapatkan mandat baharu sama ada kita akan terus meratifikasi perjanjian ini atau sebaliknya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan tentang pertanyaan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sama ada Yang Berhormat ingin memberikan laluan?

Yang Berhormat Bagan, dia tidak berbahas tentang MITI dalam perbahasan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, saya kena rujuk jawapan tadi seperti yang saya buat sebelum ini.

Yang Berhormat Bagan sudah wakilkan kepada kawan-kawan daripada...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya- bukan. Saya hendak mempertikaikan kerana Kabinet dulu tidak setuju ratifikasi kerana tidak mahu campur tangan daripada negara luar ke dalam urusan perdagangan dan perniagaan di Malaysia. So, tidak betul Yang Berhormat nyatakan bahawa kerajaan dulu setuju untuk ratifikasi. Itu tidak betul malah Yang Amat Berhormat daripada Langkawi menyatakan bahawa beliau tidak setuju dan direstui oleh Kabinet bahawa ia tidak diratifikasi. Saya harap boleh betulkan fakta ini kerana ini memang tidak benar.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya ingin menegaskan sekali lagi, Yang Berhormat Bagan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kabinet pada ketika itu, minit mesyuarat Kabinet mengesahkan bahawa Jemaah Menteri pada 5 September 2018 bersetuju untuk meratifikasi perjanjian tersebut... [Tepuk]

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Semak yang terkini. Bukan tahun 2018. Semak tahun 2019 dan tahun 2020. Kalau tidak benar, tolong rujuk kepada bekas menteri MITI...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Di mana beliau telah membawa perkara ini dan ia tidak disetujui. So, janganlah putar belit dan nyatakan yang tidak benar... [Tepuk]

Yang Berhormat Bagan, saya...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

So, saya harap- Kita tidak mahu berpolitik di sini.

Saya tidak pernah putar belit ya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita tidak mahu berpolitik di sini.

Ya, jangan berpolitik.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kita hanya hendak cakap yang benar saja. Ia tidak dipersetujui.

Kalau, kalau benar...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kalau tidak, boleh tanya Yang Amat Berhormat daripada Langkawi juga.

Kalau benar Yang Berhormat Bagan berminat untuk menyertai perbincangan CPTPP, Yang Berhormat harus menimbulkan dalam perbahasan. Yang Berhormat tidak terlibat dalam perkara ini. Jadi, bila saya...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya cakap yang benar atau tidak benar, bukan yang tidak timbul...

Ya, sebab itu saya...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Akan tetapi, bila Yang Berhormat jawab tidak benar saya kena betulkan.

Saya beri- Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Itu saja.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bagan...

Saya memberi respons kepada kawan baik Yang Berhormat dari Bangi yang membangkitkan soal CPTPP dan saya telah merujuk kepada semua fakta dan dokumen yang sedia ada...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

You were in Cabinet. You’re not telling the truth. Come on, speak the truth. Yes, or right lah, speak the truth.

Yang Berhormat Bagan, why are you suggesting you are the only person who can speak the truth?

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan, saya rasa Yang Berhormat Menteri telah memberi jawapan.

Saya berada di sini berdasarkan fakta yang saya ada. Ya, kalau...

Tuan Yang di-Pertua

Sila teruskan Yang Berhormat. Sila teruskan jawapan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Bagan boleh bangkitkan atau boleh bantah dalam perbahasan ataupun dalam notis yang sepatutnya.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Gombak telah menyebut nama saya. Saya hendak jelaskan. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri saya, bekas Yang Berhormat Menteri, saya hendak memberi pendapat di sini...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak memberi laluan lagi.

Saya tidak bagi laluan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya pun boleh menjawab.

Tuan Yang di-Pertua

Tolong teruskan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya teruskan dengan jawapan bagi Yang Berhormat Bangi dan juga Yang Berhormat Subang...

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri belum jawab soalan kita tentang...

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh, ya. Nampaknya Yang Berhormat Bagan sudah cerita different version tentang isu ini. Bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi undertaking kepada Dewan yang mulia ini untuk memberi historical fact, apakah position negara kita dalam isu perkara ini? Boleh tidak?

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa perkara itu telah pun dijawab.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang cukup arif, mendengar dengan tekun jawapan saya berbanding dengan yang lain-lain ini. Yang Berhormat Bangi dan Yang Berhormat Subang juga telah membangkitkan mengenai perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Saya juga akan menyentuh beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bangi iaitu status perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Antara Malaysia Dengan Kesatuan Perdagangan Bebas Eropah dan dasar negara mengenai Industri 4.0. Perjanjian Perdagangan Bebas Antara ASEAN dan enam orang rakan dialognya dikenali sebagai RCEP yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun sebentar tadi, telah dilancarkan pada bulan November 2012 sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Kemboja dan rundingan telah bermula secara rasmi pada tahun 2013. Berdasarkan kenyataan bersama Menteri-menteri Perdagangan dan Industri negara-negara peserta RCEP semasa mesyuarat maya inter-sesi RCEP Ke-10 Peringkat Menteri pada 23 Jun lalu, para Menteri telah sepakat dan bertekad untuk menandatangani perjanjian ini pada bulan November 2020. Hal ini selaras dengan kenyataan bersama para pemimpin negara-negara peserta RCEP yang telah dikeluarkan sewaktu sidang kemuncak RCEP ketiga pada bulan November 2019. RCEP bakal menjadi suatu perjanjian perdagangan bebas serantau yang terbesar meliputi hampir separuh penduduk dunia dan menyumbang kepada satu pertiga jumlah KDNK global. Malaysia mengakui bahawa penyertaan India akan menyumbang kepada kemakmuran perdagangan serantau. Justeru itu, Malaysia berpendirian terbuka sekiranya India mengambil keputusan untuk kembali ke meja rundingan.

Tuan Yang di-Pertua, rundingan perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia– Kesatuan Eropah (MEUFTA) telah dimulakan pada tahun 2010 dan tertangguh sejak tahun 2012 berikutan kegagalan kedua-dua pihak untuk mencapai kesepakatan berkaitan beberapa isu sensitif seperti: (i) perolehan kerajaan; (ii) hak harta intelek; dan (iii) penghapusan cukai eksport. Pada tahun lalu, kerajaan telah memutuskan agar rundingan MEUFTA hanya disambung semula jika kedua-dua pihak bersedia untuk merundingkan isu-isu sensitif tersebut, termasuk layanan lebih adil bagi eksport sawit Malaysia ke pasaran Eropah. Namun demikian, EU tetap merupakan salah satu- rakan dagang utama bagi Malaysia dengan nilai dagangan berjumlah RM174.65 bilion pada tahun 2019. Dalam beberapa interaksi saya dengan pemimpin-pemimpin dari Kesatuan Eropah, Malaysia telah disarankan untuk kembali merundingkan MEUFTA. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, negara-negara pesaing serantau seperti Singapura dan Vietnam, seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Bangi, telah pun menguatkuasakan perjanjian FTA dua hala dengan Kesatuan Eropah. Manakala, rundingan dua hala di antara Indonesia dengan EU juga sedang berjalan. Pada masa ini, kerajaan sedang meneruskan libat urus dengan pemegang taruh sebelum membuat keputusan untuk meneruskan rundingan MEUFTA. Kerajaan telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa bersama bagi kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom. Jawatankuasa bersama ini merupakan platform yang strategik, formal dan berstruktur dalam mempelopori dan mengukuhkan kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala antara kedua-dua buah negara dalam era pasca Brexit. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memaklumkan perkembangan terkini mengenai rundingan perjanjian Perkongsian Ekonomi Antara Malaysia Dengan Kesatuan Perdagangan Bebas Eropah atau Malaysia- EFTA, Economic Partnership Agreement (MEEPA). Rundingan yang bermula pada tahun 2014 dengan EFTA yang terdiri dari Switzerland, Norway, Liechtenstein dan Iceland, telah terhenti pada Mac 2017 berikutan tawaran akses pasaran minyak sawit yang dikemukakan oleh Switzerland tidak memuaskan. Setakat tempoh tersebut, lapan pusingan rundingan telah diadakan. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyambung kembali rundingan di mana pusingan kesembilan telah diadakan di Kuala Lumpur dari 25 hingga 28 Februari 2020. Malaysia dan EFTA bersetuju untuk menyambung semula rundingan memandangkan terdapat minat yang tinggi daripada komuniti perdagangan EFTA, khususnya Norway dan Switzerland.

Selain itu, kepentingan kolaborasi dalam bidang-bidang berkepentingan bersama serta kerjasama teknikal dan bina upaya dengan negara-negara EFTA akan memberi manfaat kepada komuniti perdagangan Malaysia. Pusingan rundingan seterusnya yang telah dijadualkan untuk diadakan pada bulan Jun 2020 tidak dapat diadakan ekoran pandemik COVID-19. Pada masa ini, kedua-dua pihak sedang memuktamadkan penetapan tarikh baharu. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia telah berjaya mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri APEC yang bertanggungjawab mengenai perdagangan atau MRT untuk pertama kalinya secara maya pada 25 Julai 2020. Walaupun mesyuarat ini berlangsung ketika ketegangan perdagangan dua hala di antara Amerika Syarikat dan China, APEC dengan diterajui oleh Malaysia telah berjaya mencapai konsensus dan mengeluarkan kenyataan bersama MRT buat kali kedua pada tahun ini. Kali pertama konsensus dicapai adalah pada 5 Mei 2020 di mana kenyataan MRT berkaitan COVID-19 berjaya dihasilkan. Strategi yang diambil oleh Malaysia dalam memastikan anggota ekonomi APEC mencapai kesepakatan termasuklah memulakan konsultasi awal dengan semua anggota ekonomi APEC terutamanya Amerika Syarikat dan China. Kaedah ini dilihat sangat efektif bagi menangani ekspektasi dan mengecilkan jurang perbezaan pandangan. Tuan Yang di-Pertua, MRT juga telah mengarahkan pegawai-pegawai kanan ekonomi APEC untuk meneruskan usaha merangka Visi Pasca 2020 APEC bagi menggantikan Matlamat Bogor yang akan berakhir pada hujung tahun ini.

Usaha-usaha bagi merangka visi jangka panjang APEC ini telah bermula sejak tahun 2017 dan mendapat sokongan padu anggota ekonomi APEC. Malah, status kemajuan pencapaian keberhasilan penting ini adalah yang paling memberangsangkan berbanding dengan keberhasilan-keberhasilan lain yang telah ditetapkan bagi Persidangan APEC 2020.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya ingin menambahkan masa Yang Berhormat sehingga 12.45 tengah hari kerana banyak intervention tadi. Selepas itu kalau belum tamat, saya rasa Yang Berhormat boleh memberi jawapan bertulis. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan usaha gigih dan komitmen tinggi yang diberikan oleh semua anggota ekonomi APEC dalam memastikan draf Visi Pasca 2020 APEC dapat disiapkan mengikut jadual, Malaysia yakin bahawa para pemimpin ekonomi APEC dapat mencapai kesepakatan untuk melancarkan visi ini semasa Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC pada akhir tahun 2020. Akibat daripada penularan COVID-19, negara kita berhadapan dengan cabaran untuk menganjurkan Persidangan APEC 2020 secara fizikal. Namun, Malaysia tetap komited dan beriltizam untuk menjayakan APEC 2020 demi merealisasikan tema ‘Optimizing Human Potential Towards a Resilience Future of Shared Prosperity’. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Julai 2020 telah bersetuju supaya Malaysia meneruskan APEC 2020 secara maya sepenuhnya sehingga akhir tahun 2020. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi penganjuran APEC 2020 setakat ini, sebanyak RM20 juta telah dibelanjakan pada tahun 2019, manakala sebanyak RM23 juta lagi telah dibelanjakan bagi tempoh Januari sehingga Julai 2020. Memandangkan APEC 2020 akan diteruskan secara maya sepenuhnya, jumlah peruntukan dianggarkan sebanyak RM50 juta. Pengurangan ini berikutan tiada lagi keperluan untuk perbelanjaan penginapan, pengangkutan, keselamatan fizikal dan kemudahan taraf tetamu negara. Kerajaan juga tidak pernah bercadang membeli kenderaan mewah untuk kegunaan pemimpin-pemimpin ekonomi APEC dan hanya bekerjasama dengan rakan strategik dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan. Walau bagaimanapun, memandangkan APEC 2020 akan diadakan secara maya, perkara ini tidak lagi berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, ada satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang mengenai status terkini konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Begitu juga dengan Yang Berhormat Bangi berhubung dengan Readiness Assessment IR4.0, Yang Berhormat dari Hulu Selangor berhubung industri aeroangkasa. Saya pohon keizinan Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan jawapan secara bertulis memandangkan kesuntukan masa pada pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa MITI tekad untuk terus menerajui usaha meningkatkan daya saing negara di peringkat serantau dan global. MITI juga akan memainkan peranan yang aktif dalam platform pelbagai hala antarabangsa untuk memacu ekonomi yang lestari. Justeru, saya serta warga MITI dan agensi komited untuk terus berganding bahu dengan semua pihak untuk memulihkan, memperkukuh dan menjamin kemampanan prestasi ekonomi negara ke arah pencapaian kemakmuran bersama. Marilah kita bersatu demi negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Saya kini ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk memberi penggulungan beliau. Dipersilakan.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillah Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya ingin menyatakan penghargaan kepada lapan Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Sungai Petani yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja yang telah menyentuh isu-isu di bawah bidang tanggungjawab Kementerian Pertahanan.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bera

Izinkan saya untuk menjawab kesemua pertanyaan yang telah dibangkitkan semasa perbahasan Titah Diraja secara berdasarkan isu. Isu yang pertama dibangkitkan adalah isu pemupukan semangat jihad dalam pembangunan modal insan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, yang bertanyakan sejauh manakah aspek pemupukan semangat jihad di kalangan anggota ATM disemai dalam pembangunan modal insan ATM bagi melahirkan anggota tentera yang berkualiti dan mempunyai daya juang yang tinggi dalam mencapai visi ATM. Sebagai makluman Yang Berhormat, bagi memastikan perkhidmatan ATM mempunyai anggota yang dihasratkan ini, ATM melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera 1991 iaitu PMAT Bil. 9, Tahun 1991 telah mewujudkan Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam dalam ATM yang dilaksanakan melalui program-program seperti berikut. Pertama, Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI) 561 yang berkonsepkan motivasi untuk melatih dan melahirkan anggota ATM yang mampan menerusi pendidikan dan latihan empat unsur fitrah kejadian manusia iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek secara seimbang bagi merealisasikan aspirasi ATM dalam membina kekuatan rohani tempur ataupun spiritual combat power dan ketahanan jati diri. Pada tahun 2019, sebanyak tujuh siri program JERI telah diangkat oleh KAGAT dan melibatkan penyertaan seramai 2,476 orang anggota ATM. Keduanya, Program Operasi Perisai Akidah bagi mengekang dan mencegah ajaran ataupun fahaman yang menyeleweng seperti fahaman Syiah, Daish, evangelism, liberalism, pluralism dan fahaman-fahaman radikal, ajaran sesat dan seumpamanya daripada menular dan mempengaruhi anggota ATM. Program ini juga akan memberi kefahaman Islam yang sebenar tentang erti syahid dan jihad dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian dalam membina jati diri Muslim yang sebenar sebagai benteng pertahanan dan keselamatan negara. Pada tahun 2019, sebanyak tujuh siri Program Operasi Perisai Akidah telah dilaksanakan oleh KAGAT dan melibatkan penyertaan seramai 1,045 orang anggota ATM. Ketiganya, Program Nadwah Ilmiah (NAIM). Program ini merupakan program tahunan ATM yang telah didaftarkan di bawah Teras Kebajikan Kementerian Pertahanan iaitu Inisiatif Kerohanian dan program ini dapat mengukuhkan akidah yang benar, bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, serta menyuburkan nilai ukhuwah di kalangan para peserta, seterusnya menyumbang kepada semangat juang dan semangat jihad.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bera

Program ini menyasarkan penyertaan kepada pegawai-pegawai kanan tentera dan awam serta melibatkan jemputan penyertaan daripada agensi-agensi beruniform yang lain. Seterusnya program Kursus Pendidikan Islam dan Fardu Ain, Program Sifar Buta Al-Quran dan program-program lain seperti pengukuhan profesionalisme anggota, pemerkasaan jati diri, pengukuhan kesepaduan angkatan, pembudayaan integriti serta nilai etika dan moral serta pemantapan tadbir urus. Secara keseluruhannya langkah- langkah berterusan diambil oleh ATM adalah bertujuan menyediakan...

Tuan Yang di-Pertua, boleh? Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, nak tanya sikit.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang.

Dari segi- saya bersetuju dengan apa...

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Menteri belum beri laluan.

Saya belum habis lagi.

Sekejap ya. Lepas ini boleh ya?

Boleh, boleh.

Terima kasih.

Secara keseluruhannya langkah-langkah berterusan yang diambil oleh ATM adalah bertujuan menyediakan warganya yang mempunyai tahap profesionalisme dan kompetensi serta daya juang yang tinggi bagi menentukan keutamaan ciri-ciri pembangunan modal insan tercapai.

Terima kasih kepada— Tuan Yang di-Pertua, boleh ya?

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri telah menerangkan tentang kursus-kursus yang diberikan kepada angkatan tentera yang saya rasa memang saya bersetujulah, memang baik. Cumanya saya hendak tanya dan saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bersedia untuk mempertimbangkan dan juga memberikan kursus tentang jangan mengkhianati. Adakah Yang Berhormat Menteri rasa ini perlu diterangkan kepada angkatan tentera. Oleh sebab khianat ini bila dia khianat bahaya kepada negara. Jadi apa pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman RazaliPAS · GSMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi · Kuala Nerus

Siapa yang masuk dan keluar PAS pun sama, khianat itu sebut. AMANAH keluar PAS itu khianat juga... [Rakaman kurang jelas]

Khianat- Yang Berhormat pun main politik ini ya. Saya dah sebut tadi pembudayaan integriti serta nilai etika dan moral. Jadi tentulah...

Yang Berhormat Sepang keluar PAS dulu.

Keluar PAS pun khianat juga.

Okey, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, Pasir Mas ya. Pasir Mas.

Ya, Pasir Mas.

Oleh sebab itu- terima kasih Yang Berhormat Menteri. Itu persoalan yang saya sebutkan dalam perbahasan saya. Cuma kursus-kursus yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi lebih bersifat kepada penilaian internal ataupun dalaman. Adakah di sana adanya agensi-agensi penarafan yang mengambil tindakan untuk membuat penarafan terhadap kursus-kursus tersebut supaya mencapai piawai-piawai tertentu? Terima kasih.

Ya, memang daripada segi program kita sejak kali pertama program kita ada daripada segi impaknya, daripada segi kajian impak itu memang dilakukan oleh pihak kementerian. Kita bukan sahaja mengadakan kursus tetapi kesan daripada kursus tersebut kita membuat kajian, kajian secara dalaman. Seterusnya isu kedua yang dibangkitkan adalah kesan ke atas senggaraan aset-aset ATM akibat daripada pandemik COVID-19. Isu ini juga telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas. Sebagaimana yang diketahui umum pandemik ini telah memberikan impak terhadap infrastruktur ekonomi khasnya kepada rantaian bekalan ataupun supply chain. Ia telah pun memberikan kesan terhadap kestabilan jaringan bekalan supply dan demand dan permintaan. Ini disebabkan berlakunya sekatan perjalanan dan kemasukan dari luar negara yang menyalurkan alat ganti tertentu daripada diperoleh oleh Angkatan Tentera Malaysia. Justeru itu, ia sedikit sebanyak memberikan kesan langsung kepada rancangan perolehan alat ganti dan senggaraan aset-aset yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara kerana terdapatnya sesetengah peralatan berkenaan memerlukan kepada khidmat sokongan pakar dan pembekalan alat-alat ganti daripada pihak original equipment manufacturer (OEM) luar negara. Namun demikian, suka saya tegaskan dan memberi jaminan secara keseluruhannya keadaan ini sama sekali tidak menjejaskan tahap kesiapsiagaan ATM dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan kedaulatan negara. Ketiga, isu yang dibangkit isu perolehan aset ATM iaitu helikopter McDonnell Douglas MD530G tentera darat dan littoral combat ship (LCS) TLDM. Yang Berhormat Padang Serai ada di sini?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

...Sini Yang Berhormat Menteri. Hujung sini Yang Berhormat Menteri. Ada, ada.

Oh, okey. Ini kita kena jawab ini. Dia bekas tentera ini. Yang Berhormat Padang Serai telah membangkitkan isu pencerobohan perolehan aset helikopter jenis McDonnell Douglas dan memohon penjelasan berkaitan justifikasi serta kesesuaiannya dalam memenuhi operasi ATM serta status terkini perolehan pesawat berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, perolehan pesawat ini adalah untuk kegunaan tentera darat yang mana pada masa kini tentera darat amat memerlukan aset air mobility bagi melaksanakan penugasannya untuk menjamin keselamatan dan kedaulatan negara terutamanya di kawasan operasi ketenteraan di Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Dengan adanya sistem pesawat dan persenjataan yang canggih serta terkini, maka tentera darat lebih berkeyakinan dalam memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin daripada bentuk pencerobohan yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa. Bersesuaian dengan tugas helikopter MD530G sebagai helikopter peninjau bersenjata, sebarang penugasan intelligence, surveillance dan reconnaissance dapat dilaksanakan lebih pantas dengan kekuatan tersendiri. Bagi pertanyaan Yang Berhormat tentang status perolehan...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Sebelum pergi ke subjek lain, berkenaan dengan pembelian peralatan MD530G. Helikopter ini telah di-order pada tahun 2017 dan sekarang tahun 2020. Sejumlah RM150 juta telah pun dibayar wang pendahuluan. Begitu juga pada masa ini tidak dilihat apa-apa helikopter di negara ini. Tolong Yang Berhormat Menteri menjawab.

Saya akan sampai kepada pertanyaan tersebut daripada segi statusnya- saya hendak baca dulu. Daripada segi kontrak, sememangnya kontrak asal selama dua tahun berakhir pada 24 November 2017 tetapi telah di-extended, disambung selama empat tahun lagi sehingga 23 November 2021. Ya, itu daripada segi kontrak. Bagi pertanyaan tentang status ya. Suka saya jelaskan bahawa keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 18 Disember 2019 telah memutuskan kontrak perolehan pesawat ini wajar diteruskan setelah mengambil kira implikasi kewangan yang terlibat. Pada masa kini, kesemua enam buah helikopter MD530G belum dapat dibuat penghantarannya. Statusnya ada dua. Pertama, tiga buah helikopter tersebut telah pun siap sepenuhnya, cuma menunggu daripada segi proses pensijilan dan juga inspection ataupun pemeriksaan daripada ATM. Kita sepatutnya menghantar pegawai kita daripada kementerian untuk membuat inspection dan untuk mendapatkan persijilan tersebut tetapi kerana COVID-19, jadi tidak dapat kita hantar dan kita tangguhkan. Kita plan lagi, kita merancang lagi untuk menghantar pada akhir Ogos ini. Akan tetapi memandangkan- saya percaya memandangkan keadaan di Amerika tidak— tentu sahaja tidak mengizinkan dan mungkin mereka tidak membenarkan kemasukan daripada rakyat warga daripada negara luar ataupun negara asing, saya yakin kita tentu sahaja tidak dapat menghantar pegawai kita untuk membuat inspection dan membawa pulang tiga buah helikopter yang telah pun siap.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Tiga lagi, tiga lagi. Sekejap, saya habiskan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Menteri. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

Sekejap saya habiskan.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Oh, okey.

Tiga lagi masih belum siap sepenuhnya. Jadi, daripada enam, tiga sudah siap, tiga belum siap.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, oleh sebab masa telah pukul 1, saya berhentikan dulu mesyuarat pada sesi ini. Kita akan sambung pada pukul 2.30 petang. Saya rasa Yang Berhormat Menteri akan menyambung perbahasan beliau sehinggalah bakinya 30 minit selepas itu. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, menyambung semula perbahasan ke atas usul-usul. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menyambung.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin YaakobUMNO · BNMenteri Pertahanan · Bera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Sebelum kita break tadi, saya ada minta untuk bertanya dengan Yang Berhormat Menteri. Ini berhubung dengan pesanan helikopter yang telah pun Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Berlaku kelewatan dan ia hampir empat tahun. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri memaklumkan pada Dewan yang mulia ini, adakah kelewatan ini disebabkan oleh special spec yang kita minta. Kadang-kadang kita maklum bahawa helikopter ini agak standard lah around the world tetapi kerana apa lewat. Adakah kerana masalah ejen kah, masalah pembuat kah, manufacture kah ataupun masalah apa yang menyebabkan kita lewat terima helikopter yang amat-amat kita perlukan dalam angkatan tentera. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Helikopter ini ditempah khas, spec ia adalah khusus untuk Angkatan Tentera Malaysia. Itu merupakan salah satu kelewatan, satu lagi masalah seperti yang disebut tadi, masalah syarikat yang membekalkan itu, ejen itu dan perkara itu telah pun diselesaikan apabila syarikat itu diambil alih oleh group yang lain. Itu sahaja dan perkara ini telah dimaklumkan kepada Kabinet sebab itu Kabinet setuju untuk menyambung kembali, meneruskan pembelian tersebut.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Maknanya Yang Berhormat Menteri, delivery kali ini ialah on time.

Sepatutnya mengikut jadual, yang tiga itu kerana sudah siap, tetapi kerana COVID-19 ini kita tunggu selepas COVID-19. Pegawai kita akan pergi untuk membuat pemeriksaan (inspection) dan selepas itu kita bawa baliklah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri. On kan mike, switch on.

Tuan Yang di-Pertua, bagi isu perolehan littoral combat ship (LCS), seramai dua Ahli Yang Berhormat telah membangkitkannya iaitu Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Setiawangsa. Untuk makluman kedua-dua Yang Berhormat, pihak Kementerian Pertahanan mengakui sehingga kini telah membayar sebanyak RM6 bilion dari harga kos keseluruhan pembinaan kapal berkenaan. Mengikut perancangan asal kementerian, dua daripada jumlah enam LCS, sepatutnya telah pun diterima sehingga kini. Walau bagaimanapun, sehingga 31 Julai, masih belum ada kapal yang disiapkan dan status kemajuan kerja keseluruhan semasa bagi pembinaan LCS sebanyak 56.67 peratus berbanding dengan perancangan asal iaitu 85.73 peratus iaitu kelewatan sebanyak 29.06 peratus atau selama 31.1 bulan.

Status kemajuan semasa bagi setiap LCS adalah seperti berikut, LCS-1 status siap semasa 59.79 peratus, LCS-2, status siap sebanyak 48.09 peratus, LCS-3 status siap sebanyak 43.75 peratus, LCS-4 status siap semasa 36.49 peratus, LCS-5 status siap 20 peratus. Manakala LCS-6 belum dimulakan iaitu status siap masih lagi kosong peratus. Bagi isu kelewatan ini, pihak kementerian akan menyediakan surat tuntutan denda kelewatan kepada syarikat terbabit selaras dengan klausa kontrak yang berkuat kuasa. Daripada segi tindakan seperti yang dibangkitkan, setakat ini selain daripada LAD yang dikeluarkan, juga perkara ini telah pun dibentangkan kepada Jawatankuasa Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan telah pun dibentangkan. Keduanya, daripada segi soalan tentang tindakan yang dilakukan oleh Presiden Veteran TLDM iaitu melaporkan kepada SPRM. Perkara ini telah pun saya percaya telah pun dilakukan dan kita menunggu tindakan seterusnya daripada SPRM kerana di luar kawalan kementerian untuk tindakan oleh SPRM. Bagi pertanyaan Yang Berhormat Setiawangsa berkaitan pemberian suntikan dana tambahan bagi menyiapkan LCS. Ingin saya jelaskan bahawa pihak Kementerian Pertahanan tiada sebarang perancangan bagi memberikan suntikan dana buat masa ini. Segala pembayaran bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan telah pun dibayar selaras dengan klausa kontrak. Maka dengan itu, Boustead Naval Shipyard Sendirian Berhad (BNSSB) telah diminta untuk menggunakan baki peruntukan sedia ada bagi meneruskan projek ini. Sekiranya syarikat memerlukan dana tambahan, maka syarikat haruslah mengambil inisiatif berkaitannya di peringkat dalaman dan bukannya melalui kontrak ini. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi hala tuju projek ini, Memorandum Jemaah Menteri akan dibentangkan ke Jemaah Menteri setelah pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian membuat semakan akhir atas dokumen berkenaan dalam masa terdekat ini. Antara cadangan hala tuju yang sedang dipertimbangkan adalah option pertama, projek diteruskan dengan melantik Naval Group France sebagai kontraktor penyelamat melalui deeds of assignment dengan BNSSB menggunakan baki syiling kontrak bagi menyiapkan sekurang-kurangnya dua buah LCS.

Opsyen kedua, projek diteruskan oleh BNSSB dengan baki siling kontrak bagi menyiapkan sekurang-kurangnya dua LCS. Kontrak opsyen ketiga, kontrak dengan BNSSB ditamatkan oleh kementerian dan akan memulakan usaha menyelamatkan kontrak. Jadi, ada tiga opsyen hala tuju kontrak ini dan ia akan dibentangkan di dalam Kabinet untuk keputusan kerajaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga...

Yang Berhormat Menteri, tajuk LCS.

Boleh saya habiskan dahulu?

Okey.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan tidak akan membayar hutang-hutang BNSSB seperti yang dimohon oleh syarikat. Namun, kerajaan akan melaksanakan pembayaran untuk mendapatkan hak dan menyiapkan detail design di samping membuat tuntutan hak ke atas semua blok dan hall kapal dan peralatan LCS yang dibeli oleh BNSSB memandangkan kerajaan telah pun membayar sebanyak hampir RM3 bilion bagi tujuan ini. Sila, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya menyambut baik kesediaan pihak kementerian yang menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk membuat siasatan hasil laporan daripada Persatuan Veteran. Akan tetapi, di pihak kementerian sendiri, adakah di sana adanya siasatan dalaman bagi menyiasat isu ini? Ini kerana saya dimaklumkan bahawa kontraktor berkenaan sudah pun bermasalah dalam kontrak-kontrak sebelum daripada ini.

Jadi, adakah pihak kementerian sendiri mempunyai jawatankuasa siasatan dalaman untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku khususnya kepada penganugerahan kontrak itu? Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tambah sedikit, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, seperti mana yang diberitahu oleh kedua-dua Yang Berhormat itu, kita ada siasatan dan sebagainya. Ini hal pertahanan. So, kita haruslah segerakan sebab kita asyik hendak buat siasatan dan sebagainya, bilakah kita hendak kukuhkan pertahanan di perairan Laut China Selatan? Banyak masalah kita hadapi, selalu bocor. Baru-baru ini China buat latihan di kawasan kita. So, kita tidak ada kapal-kapal yang besar yang meronda di situ mengatakan kita sudah siap sedia mengawal kawasan- kawasan kita. Kalau kita tunggu siasatan-siasatan dan sebagainya, akhirnya kita akan rugi. Saya harap disegerakan untuk membeli peralatan-peralatan tersebut, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai.

Terima kasih, Yang Berhormat. Pihak kementerian, kita menubuhkan satu Jawatankuasa khas untuk meneliti secara keseluruhan projek ini. Bukan sahaja melibatkan daripada segi integriti tetapi daripada segi hala tuju tadi. Perkara ini telah pun dibincangkan dan telah pun dibentangkan di pihak kementerian sendiri. Jadi, secara menyeluruh. Kita bukan piecemeal sahaja, kita siasat secara menyeluruh, okey. Seterusnya saya ingin- Yang Berhormat Setiawangsa ada kah? Tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baru masuk.

Ada, baru masuk. Okey, terima kasih. Yang Berhormat Setiawangsa bertanya tentang akibat daripada kegagalan menyiapkan LCS ini, Yang Berhormat bertanya sama ada LTAT terjejas terutamanya di dalam menguruskan dana wang persaraan bagi anggota ATM akibat daripada kegagalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, suka saya menjelaskan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak menguruskan wang persaraan anggota ATM yang telah menamatkan perkhidmatan. LTAT hanya menguruskan caruman anggota ATM yang sedang berkhidmat di mana bayaran sekali gus akan dibuat apabila mereka menamatkan kontrak perkhidmatan dengan ATM dan bayaran tersebut merangkumi caruman kerajaan dan dividen terkumpul yang diisytiharkan. Manakala bagi anggota ATM yang berpencen, dana wang persaraan mereka melalui agensi pusat ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam yang disalurkan ke Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi agihan kepada pesara tentera. Jadi kesimpulannya, Yang Berhormat, bayaran wang persaraan tidak ada kaitan dengan isu ini kerana tidak dibayar oleh LTAT. Seterusnya saya juga ingin menjawab pertanyaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Ada Yang Berhormat Hulu Langat?

Ada, setia mendengar.

Terima kasih. Yang Berhormat Hulu Langat bertanyakan tentang pengoperasian pesawat Beechcraft serta perancangan jangka panjang bagi pesawat ini dan langkah-langkah mengelakkan kejadian nahas supaya tidak berlaku di atas pesawat ini. Untuk makluman Yang Berhormat, pesawat Beechcraft milik TUDM ini telah pun digunakan sejak tahun 1994 bagi melaksanakan misi dan tanggungjawab pengawasan maritim yang terhad di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). Sebagai maritime surveillance aircraft, pesawat Beechcraft hanya mampu melakukan peranan rondaan maritim secara terhad kerana limitasi daripada aspek endurance, jarak jangkauan, saiz kabin, kuantiti platform yang terhad dan keupayaan sistem pengawasan yang terbatas. TUDM telah merancang hala tuju pengoperasian pesawat ini melalui Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan Jangka Panjang TUDM iaitu RMAF Capability Development Plan 2055 (CAP 55).

Berdasarkan pelan CAP 55, pesawat Beechcraft ini akan digantikan dengan Maritime Patrol Aircraft (MPA) yang lebih berkemampuan untuk melaksanakan rondaan maritim dengan lebih menyeluruh dan lebih berkesan. Perolehan MPA telah diluluskan oleh kerajaan dan pesawat Beechcraft dirancang untuk ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2024 kerana telah melangkaui usia perkhidmatan selama 30 tahun selari dengan dasar casting Perintah Am Angkatan Tentera. Berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat berkenaan langkah-langkah mengelakkan kejadian nahas ke atas pesawat ini supaya tidak lagi berlaku, suka saya jelaskan merujuk kepada kejadian nahas pesawat ini yang telah pun berlaku pada 21 Disember 2016 yang lalu, hasil laporan siasatan TUDM ke atas nahas berkenaan telah diklasifikasikan sebagai training hazard, dan tiada kaitan dengan isu-isu teknikal. Pihak TUDM telah membuat kajian dan seterusnya telah melaksanakan penambahbaikan terhadap teknik serta prosedur penerbangan sedia ada dengan menitikberatkan aspek keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang sama tidak berulang pada masa-masa akan datang. Penambahbaikan ini telah dikemas kini di dalam SOP ataupun standard operating procedure pesawat Beechcraft dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Isu perkembangan industri pertahanan negara telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas yang meminta kerajaan mengambil perhatian yang serius agar industri pertahanan negara tidak jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana yang sering ditegaskan sebelum ini, Kementerian Pertahanan sentiasa melihat isu pembangunan keupayaan industri pertahanan tempatan sebagai antara perkara teras dalam mencapai pertahanan berdikari atau self-reliance Angkatan Tentera Malaysia. Kementerian juga sedar bahawa industri pertahanan yang berkeupayaan merupakan insurans yang amat bernilai seandainya negara menghadapi krisis. Pelbagai usaha telah dilaksanakan sebenarnya sejak penghujung tahun 1960-an bagi mengurangkan kebergantungan kepada syarikat pertahanan antarabangsa dan bertitik-tolak dari situ, beberapa buah syarikat pertahanan utama mula ditubuhkan termasuk AIROD, SMEO, Boustead dan Deftech.

Kementerian Pertahanan berusaha bagi memangkin peningkatan keupayaan syarikat-syarikat ini melalui pelbagai inisiatif, antaranya pelaksanaan program kontrak jangka panjang kementerian pertahanan atau dasar kontrak otorisasi serta beberapa kontrak pembinaan aset pertahanan yang dilaksanakan secara runding terus dengan syarikat tempatan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Ini bagi menyokong kelangsungan syarikat serta usaha pembangunan keupayaan fasiliti, kepakaran tenaga dan syarikat pertahanan tempatan yang terlibat. Penekanan juga diberikan bagi pelaksanaan program offset dan Industrial Collaboration Programme (ICP) untuk semua kontrak yang memenuhi syarat pelaksanaan. Ini bagi memastikan aspek pemindahan teknologi dan kepakaran daripada syarikat antarabangsa berlaku sebagai timbal balik kepada kontrak-kontrak bernilai tinggi di Kementerian Pertahanan. Sehingga kini, lebih sebanyak 500 buah syarikat telah menjadi penerima manfaat program ICP dengan anggaran nilai kredit ICP sebanyak RM32 bilion.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Pertanyaan tambahan, Setiawangsa.

Industri pertahanan?

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Ya.

Boleh tidak saya habiskan dulu? Takut hendak ditanya itu ada dalam jawapan saya. Boleh? Saya habiskan dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Bahagian industri pertahanan, Kementerian Pertahanan juga secara berterusan memantau dan menangani isu-isu yang membelenggu pemain industri melalui pelbagai platform. Antaranya ialah penggubalan dasar, hubungan bilateral, penganjuran pameran pertahanan bertaraf antarabangsa, kewujudan jawatankuasa kerjasama antara agensi dan kementerian serta mengurusetiakan Malaysian Industry Council for Defence Enforcement and Security (MIDES).

Kementerian Pertahanan juga dalam proses bagi memperkasakan bahagian industri pertahanan agar dapat melaksanakan peranan dengan lebih berimpak dan menyeluruh bagi meningkatkan keupayaan industri pertahanan tempatan. Hasil daripada inisiatif yang dilaksanakan pelbagai pencapaian telah pun dicapai oleh pemain industri pertahanan tempatan termasuklah keupayaan tinggi bagi melaksanakan sendiri, dengan izin Maintenance Repair and Overhaul (MRO) aset-aset utama ATM baik di sektor maritim, darat mahupun aeroangkasa. Keupayaan tinggi pemain tempatan turut dapat dilihat dalam aspek pemasangan dan integrasi aset serta sistem, pembangunan sistem ICT serta keperluan guna sama ATM. Kesemua ini merupakan antara ciri terpenting industri pertahanan yang mampu menyokong prinsip pertahanan berdikari ATM. Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa pencapaian industri pertahanan negara tidak setara jika diperbandingkan dengan negara-negara yang mempunyai titik permulaan industri pertahanan yang hampir sama dengan kita seperti Korea Selatan, Turki, Indonesia dan Singapura, khususnya di bidang persenjataan dan penghasilan rekaan pertahanan yang bersifat asli atau, dengan izin, indigenous product. Ini disebabkan- saya hendak jelaskan supaya dapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Ini disebabkan pelbagai faktor yang telah dikenal pasti dan yang paling utama ialah kekurangan ketara peruntukkan dana R&D bagi pembangunan prototaip dan produk pertahanan. Jadi, kalau Yang Berhormat boleh bersetuju dengan saya, supaya Kementerian Pertahanan diperuntukkan peruntukkan R&D yang besar bagi kita memperkasakan industri pertahanan di negara kita. Kepentingan pembangunan sains, teknologi dan industri pertahanan turut digariskan melalui Kertas Putih Pertahanan sebagai manifestasi kesungguhan berterusan kementerian dalam mengkaji isu-isu yang mengekang pembangunan industri serta memformulasikan teras-teras bagi menyokong keupayaan industri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sungai Petani.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Yang Berhormat Menteri, hendak menyokong Yang Berhormat Menteri tentang statement Yang Berhormat Menteri tadi. Kalau Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa antara masalah yang kita ada ialah tentang dana ataupun peruntukkan untuk R&D, sudah tentu Yang Berhormat Menteri sedar yang kita mempunyai Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Bukan sahaja universiti itu sepatutnya mengeluarkan pegawai-pegawai kita yang hebat, tetapi bolehkan Yang Berhormat Menteri memberikan penekanan agar universiti ini juga memperuntukkan masa yang lebih untuk R&D. Akhirnya, mereka mempunyai pensyarah-pensyarah dan juga kelengkapan yang sepatutnya cukup untuk menjadi sebuah universiti unggul, dan akhirnya memberikan manfaat kepada angkatan tentera kita. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang ini?

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sebenarnya itulah yang kita perlukan. Bukan sahaja R&D direct kepada kementerian, tetapi juga melalui Universiti Pertahanan Nasional Malaysia supaya R&D dapat diberikan lebih banyak lagi ke Universiti Pertahanan kerana kita mempunyai students yang mempunyai pelajarannya berkaitan dengan industri pertahanan ini. Cuma saya hendak sebutkan tentang industri pertahanan ini, kerajaan tidak terlibat secara langsung sebagai pengeluar aset-aset pertahanan ini. Ia adalah daripada industry players. Tugas kerajaan adalah untuk menyelaras- kita sudah ada jawatankuasa yang telah dibentuk untuk menyelaras dan membantu. Ini kerana kita lihat hari ini- sedih juga saya nyatakan bahawa kebanyakan industry players kita hanya mengharapkan projek daripada Kementerian Pertahanan semata-mata ataupun mungkin daripada PDRM ataupun agensi-agensi penguat kuasa beruniform yang lain. Ini yang akan kita lakukan untuk bantu mereka untuk memperluaskan pasaran mereka. Mungkin kalau ada program yang melibatkan Yang Berhormat Menteri ke luar negara berjumpa dengan rakan-rakan Yang Berhormat Menteri di luar negara, kita boleh membawa industry players kita untuk bersama-sama untuk mempromosikan produk kita dan sebagainya. Jadi, kita harap supaya pasaran mereka lebih luas. Dengan luasnya pasaran, mereka boleh menambahkan daripada segi kualiti dan produk-produk yang dikeluarkan. Akan tetapi sekarang ini very limited. Limited daripada segi pasaran mereka. Hanya tertumpu kepada senjata-senjata yang perlu diperoleh oleh Kementerian Pertahanan sahaja, okey?

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan, tadi sikit.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setiawangsa setuju bahawa kita perlu peruntukkan lebih banyak dana R&D untuk kelangsungan industri pertahanan. Setiawangsa hendak dapatkan pandangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri, tentang- walaupun secara umum kita tengok industri pertahanan kita dalam keadaan yang baik, tetapi yang menjadi masalah dan ditegur misalnya Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan, Tan Sri Ambrin Buang ialah di dalam beberapa projek ia lebih kepada vendor- driven. Client seperti TLDM ataupun Angkatan Tentera Malaysia ada permintaan yang lain, tetapi vendor yang dapat, dengan izin, dictate beberapa perolehan ketika itu yang menimbulkan masalah sehingga ke hari ini.

Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Pertama, saya hendak ucap tahniah kerana kehebatan Yang Berhormat Menteri untuk mempengerusikan COVID-19. Jadi, saya harap, kehebatan Yang Berhormat Menteri itu dijuruskan dalam Kementerian Pertahanan. Soalan saya, Yang Berhormat Menteri menjawab tadi tentang industri tempatan hanya bergantung harap kepada kerajaan. Sedarkan Yang Berhormat Menteri bahawa negara yang mempunyai industri pertahanan yang hebat adalah kerana promosi dibuat oleh kerajaan sendiri. Contohnya macam negara Turki, kita hendak beli barangan daripada negara Turki, Kerajaan Turki sendiri yang membuat promosi. Di Amerika Syarikat, kerajaan Amerika Syarikat sendiri yang buat promosi. Jadi, termasuk juga dengan negara-negara lain kerajaan dia yang buat promosi tentang kehebatan industri tempatan. Jadi adakah Yang Berhormat bercadang- kerajaan sendiri bukan sahaja memberi sokongan daripada segi R&D tadi, tetapi sama-sama mempromosi industri tempatan supaya dapat masuk ke pasaran antarabangsa. Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk membuat demikian, ataupun telah merancang untuk membuat demikian? Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, belum jawab- adakah Yang Berhormat akan menjawab soalan- sini Yang Berhormat Menteri, depan, depan, depan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong sana.

Oh, Yang Berhormat Jelutong.

Yang Berhormat Jelutong, ya.

Okeylah saya secara ringkas sahaja, kepada vendor-driven tadi.

Memang banyak projek ini yang di propose oleh vendor. Kerana seperti yang saya kata tadi lah market dia too small. Jadi mereka hanya mengharapkan kepada Kementerian Pertahanan sahaja. Jadi inilah yang berlaku dan sebab itulah sekarang ini kita membuat polisi bahawa projek-projek yang besar dan sebagainya, kita akan buka secara internasional tender supaya kita dapat bawa masuk walaupun produk dari luar yang kita tidak mampu keluarkan sendiri. Akan tetapi mungkin daripada segi penglibatan industri kita untuk bersama dengan mereka mungkin boleh ada transfer of technology dan sebagainya. Kalau boleh berlaku seperti ini akhirnya kita boleh berdiri sendiri dan sebagainya, kita tidak perlukan dari luar lagi. Namun seperti saya kata tadi apa pun R&D lah yang paling penting. Yang Berhormat Arau bangkitkan tadi seperti saya sebutkan tadi bahawa kerajaan yang akan membuat promosi selepas ini untuk meluaskan pasaran kepada industry players kita. Jadi selepas ini mereka tidak perlu untuk propose apa-apa lagi. Tidak perlu ada penglibatan secara langsung daripada vendor kerana mereka tidak ada pasaran. Jadi mereka mungkin tidak perlu lagi memasarkan kepada ATM sendiri. Akan tetapi boleh menghantar kepada negara luar dan sebagainya.

Kalau kita lihat negara-negara jiran kita walaupun mereka hanya memasang produk tersebut. Akan tetapi ada negara jiran yang memasang pesawat kapal terbang dan sebagainya. Perkara inilah yang sedang akan kita usahakan dan kerajaan akan membantu industri-industri players ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Menteri, satu minit setengah sahaja lagi.

Menteri, jawapan Yang Berhormat Jelutong belum dijawab lagi.

Okey. Hulu Rajang dengan Sebuti ada ke? Saya terpaksa jawab. Yang Berhormat Jelutong betul-betul selepas itu. Kalau sempat dijawab, saya jawab. Isu yang dibangkitkan oleh dua Ahli kita iaitu Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Sebuti membangkitkan usaha yang dilakukan dalam menangani penularan wabak COVID-19 di kawasan Ulu Baleh. Di kawasan sempadan Sarawak- Kalimantan. Yang Berhormat Hulu Rajang turut mencadangkan diwujudkan Sarawak- Kalimantan borders security alignment. Bagi kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan seperti yang dibangkitkan oleh kedua-dua Ahli Yang Berhormat, suka saya maklumkan bahawa pihak kementerian sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan negeri Sarawak. Ketika ini kementerian melalui tentera darat telah pun menempatkan formasi-formasi di kedudukan strategik bagi mempertahankan kedaulatan negeri tersebut. Pasukan- pasukan yang di bawah pemerintahan formasi-formasi ini sentiasa bersedia melaksanakan tugas bagi menjaga keselamatan terutamanya sempadan Sarawak- Kalimantan. Penubuhan National Task Force melalui Operasi Benteng yang menggabungkan semua agensi penguatkuasaan sempadan merupakan langkah terbaharu yang telah diambil oleh kerajaan bagi memperkukuhkan kawalan sempadan daratan khususnya negeri Sarawak. Ini termasuklah kawasan Yang Berhormat Hulu Rajang sendiri iaitu kawasan Ulu Baleh. Cuma saya hendak maklumkan kawasan Ulu Baleh walaupun di bawah Operasi Benteng tetapi bukan di dalam kawasan tanggungjawab operasi Angkatan Tentera Malaysia. Akan tetapi ia di bawah tanggungjawab operasi Pasukan Gerak Khas Polis Diraja Malaysia. Markas Pemerintahan Medan Timur, selaku land komponen Komander Timur, adalah bertanggungjawab bagi menyelaraskan usaha bersepadu di bawah NTF. Saya hendak maklumkan sehingga kini, Ops Benteng telah berjaya menangkap 460 PATI dan mengusir 17 PATI serta menangkap 173 Tekong. Justeru itu, dengan wujudnya pelaksanaan operasi secara bersepadu ini, cadangan Yang Berhormat Hulu Rajang untuk mewujudkan Sarawak-Kalimantan borders security alignment dilihat tiada keperluan lagi setakat ini kerana kita sudah ada operasi-operasi ini. Walau bagaimanapun untuk makluman Yang Berhormat, Tentera Darat Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia ataupun TNI turut melakukan rondaan keselamatan secara bersama di kawasan sempadan seperti di Limbang, Bario dan Bakalalan.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Yang Berhormat Menteri.

Saya sudah sampai masa ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tambah sedikit masa.

Yang Berhormat Sibuti tanya fasal Beting Patinggi Ali

Saya hendak isu fasal ada yang Yang Berhormat Jelutong membangkitkan.

Satu sahaja, Yang Berhormat.

Tidak, tidak ini. Yang Berhormat Sibuti fasal Beting Patinggi Ali.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Jadi Menteri jawab Yang Berhormat Hulu Rajang. Yang Berhormat Menteri, saya dengar jawapan Menteri tadi tidak senang hati lah Yang Berhormat Menteri. Kerana saya minta untuk bina CIQ di kawasan tersebut di Tapak Megah dan Long Singut. Minggu yang lepas, telah polis Kapit menangkap 11 paket Ketamine, 265.33 gram. Semasa dalam COVID-19, saya terjumpa dengan dua kumpulan, Menteri. Bermakna mereka melintasi sempadan dengan suka hati. Jadi saya mohon supaya untuk kita mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ini. Kita perlu CIQ di dua buah tempat itu. Yang ketiga paling penting aset negara. Kita ada tiga buah dam di sana, Menteri. Mohonlah. Yang Berhormat Hulu Rajang dari dahulu sampai sekarang satu CIQ pun belum ada lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menyokong cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Hulu Rajang. Akan tetapi saya hanya boleh menyokong kerana CIQ ini di bawah Jabatan Imigresen, bawah KDN. Insya- Allah saya akan bawa ucapan cadangan tersebut kepada rakan saya KDN.

Yang Berhormat, Sibuti telah timbulkan mengenai Beting Patinggi Ali, nombor satu. Nombor dua, Yang Berhormat jawab bertulis. Tidak perlu jawab sekarang. Keduanya kalau jawab sekarang di Parlimen nanti menimbulkan masalah dunia sebab jawapannya tidak akan tepat. Okey, keduanya fasal tentera Malaysia dan juga tentera Indonesia. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa Kerajaan Indonesia telah membina jalan dari Sabah sampai ke Sarawak betul-betul dekat dengan batu sempadan. Jadi, kalau berlaku rondaan, adakah rondaan itu dibuat di kawasan Indonesia bukan di kawasan kita. Itu tidak payah jawab ya. Soalan saya ialah, apakah kerajaan bercadang untuk membina juga jalan yang sama di sebelah sempadan Malaysia sebab jarak daripada batu dengan jalan itu lebih kurang beberapa kaki sahaja? Akan tetapi kalau kita buat rondaan bersama bererti dalam kawasan Indonesia. Apakah Malaysia bercadang untuk membina jalan daripada Sabah ke Sarawak? Okey, Yang Berhormat tidak payah jawab. Saya minta bertulis.

Yang Berhormat Menteri. Saya minta maaf. Kalau boleh jawab soalan saya kerana saya sedang tunggu dari sebelum makan tengah hari tadi.

Okey, soalan Yang Berhormat Arau saya jawab secara bertulis. Soalan Yang Berhormat Jelutong saya jawab. Isu keselamatan maritim negara. Isu ini telah dibangkitkan oleh dua Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Setiawangsa yang bertanyakan langkah- langkah yang diambil dalam memastikan kedaulatan maritim negara terpelihara terutamanya yang melibatkan di Laut China Selatan. Saya faham ada disebutkan tentang China Coast Guard yang berada di kawasan tersebut. Begitu juga dengan kehadiran daripada negara-negara lain selain daripada China. US pun ada menghantar aircraft carrier dia. Australia pun menghantar. Vietnam pun menghantar di tempat yang sama. Kita meletakkan aset kita di situ. Aset ketenteraan kita di Laut China Selatan di kawasan kita 24 jam, tujuh hari seminggu sentiasa ada di situ. Akan tetapi isu Laut China Selatan ini bukan diselesaikan oleh Kementerian Pertahanan kerana kita sebagai sebuah negara yang aman, bebas berkecuali yang berdasarkan ZOPFAN. ASEAN ini kita tidak mahu berlaku provokasi mana-mana negara pun di kawasan tersebut. Apa yang kita mampu buat adalah, meletakkan aset kita untuk menjaga kepentingan kita. Daripada segi bilateral, perbincangan bilateral adalah dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri dan saya percaya dalam isu ini, Kementerian Luar Negeri yang akan menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan.

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Saya berterima kasih di atas. Di sini Yang Berhormat Menteri. Tidak nampak saya.

Oh belah sana. Biasa duduk belakang sana.

Saya berterima kasih atas jawapan yang diberikan dan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan saya kepada Yang Berhormat Menteri terutamanya berkenaan dengan pengawalan dan juga penyeliaan petugas-petugas keselamatan ketika COVID-19.

Saya mengikuti tiap-tiap hari ulasan dan juga berita dan juga siaran langsung, nasihat-nasihat yang diberikan Yang Berhormat Menteri yang saya rasa telah pun diamalkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada bukan sahaja Yang Berhormat Menteri dan kementerian tetapi kepada semua petugas yang terlibat. Pada masa yang sama, saya ingin melontarkan satu soalan yang bermain di minda rakyat jelata di luar sana, terutamanya berkenaan dengan penguatkuasaan PKP di mana kita lihat rakyat di luar sana sengsara ketika ditangkap apabila kadangkala tidak memakai pelitup muka, kadangkala diheret ke mahkamah, kadangkala berdiri di luar bangunan ditangkap, ditahan, ada yang dipenjarakan sebulan. Saya di sini menyarankan supaya semua mengikuti saranan Yang Berhormat Menteri, yang baik belaka, yang adalah bertujuan untuk keselamatan rakyat Malaysia. Ini perkara yang penting dan saya sebagai backbencher menyokong penuh perkara-perkara yang dinasihatkan. Akan tetapi, saya amat dukacita bila kita lihat ada segolongan yang tidak mematuhi nasihat-nasihat, terutamanya Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan... [Dewan ketawa] Yang kita lihat...

Ini ucapan kah penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong, ini sesi jawab Menteri.

Saya tahu. Biarkan saya habiskan dahulu.

Ini jawapan kah penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tujukan soalan.

Saya tujukan soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Kenapakah Yang Berhormat Arau sibuk?

Yang Berhormat Menteri Pertahanan, ini siapa...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta ini sesi jawapan daripada Menteri .

Soalan saya, adakah Ahli-ahli Yang Berhormat yang di sebelah sana yang tidak ikut akan ditahan dan dibawa ke mahkamah dan dituduh di mahkamah? Umpamanya Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Bagan Datok dan Yang Berhormat Pekan sendiri yang mengadakan perarakan di luar mahkamah. Ini soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Sila Yang Berhormat Menteri. Masa tambahan 10 minit saya berikan.

Yang Berhormat Jelutong jadi backbencher.

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Boleh saya sambung?

Terima kasih. Daripada segi Peraturan Mesyuarat- Standing Order, perkara yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan isu yang dibangkitkan semasa perbahasan. Jadi, ini tidak berbangkit. Itu yang pertama.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Yang kedua, saya berdiri di sini sebagai Menteri Pertahanan. Hal tangkap menangkap itu di bawah KDN, di bawah kementerian lain. Jadi, saya tidak boleh menjawab soalan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan double standard.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, masa diberi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak benarkan kecuali Yang Berhormat Menteri untuk merumuskan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Pencen, pencen.

Yang Berhormat Menteri, ini menunjukkan...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, penjelasan pencen.

Rakyat di luar sana tanya adakah ini double standard Kerajaan Perikatan Nasional oleh Ahli Yang Berhormat itu? Rakyat biasa dituduh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong, saya tidak benarkan sesiapa untuk bercakap dan masa pun telah tamat. Minta Yang Berhormat Menteri habiskan.

Saya gulung ya, saya gulung.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila habiskan Yang Berhormat Menteri.

Saya gulung.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, penjelasan pencen.

Sikit saja. Saya minta jawapan bertulis saja. Sikit saja.

Okey, okey.

Yang Berhormat, fasal jawapan Yang Berhormat tadi menyebutkan ada negara-negara yang terbabit dalam South China Sea. Soalan saya, dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia iaitu 200 batu nautika, kenapakah kapal-kapal Coast Guard China berada 80 kilometer dari Pantai Sarawak? Itu saja, tetapi Yang Berhormat bagi jawapan bertulis sebab itu yang terbaik, iaitu kenapakah mereka berada dalam kawasan 200 batu nautika Malaysia? Terima kasih.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Kalau boleh jawapan bertulis berkenaan dengan buku National Service yang saya bawa.

Ada, ada.

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

Ada ya? Okey, terima kasih.

Okey, terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, tambah sikit. Itu pencen sekali. Yang Berhormat Menteri, pencen sekali. Rakyat dekat luar menanti-nanti mendengar suara daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan pencen.

Berkenaan?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Pencen, pencen.

Pencen, okey. Okey, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan mencelah sewaktu saya menggulung tadi. Banyak perkara yang tidak sempat jawab iaitu tentang National Service, tentang pencen, kebajikan kepada tentera berpencen dan tidak berpencen yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Mana-mana yang saya tidak sempat jawab termasuk celahan- celahan tadi, saya akan jawab secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk memberikan jawapan kepada perbahasan. Masa 45 minit.

Dato' Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 33 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Diraja yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya semasa minggu perbahasan yang lalu. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan jawapan bagi setiap soalan dan cadangan-cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut. Saya akan menjawab berdasarkan tajuk-tajuk berikut: (i) Lebuhraya Pan Borneo; (ii) Trans Borneo dan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR); (iii) Central Spine Road (CSR); (iv) Projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3); Seterusnya ialah berhubung kait lebuh raya bertol dan penyelenggaraan jalan persekutuan dan akhirnya, ada juga yang memohon dan menyentuh projek-projek yang spesifik. Tuan Yang di-Pertua, untuk Lebuhraya Pan Borneo. Pertama sekali, saya akan menjawab isu berkaitan Lebuhraya Pan Borneo dibangkitkan Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Kimanis, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Lanang dan juga Yang Berhormat Kalabakan. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan hari ini akan tetap menghormati keputusan kerajaan terdahulu untuk mengubah kaedah pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo. Pada awalnya penamatan Rakan Pelaksana Projek (PDP) dijangka akan memberi penjimatan pada kerajaan, khususnya tiada keperluan pembayaran yuran PDP. Walau bagaimanapun, perubahan model pelaksanaan tersebut tidak mengambil kira perkara-perkara berikut yang sedang ditangani oleh kerajaan. Antara lain kesan ke atas pentadbiran projek, perubahan kontrak, kebajikan kakitangan- kakitangan yang terlibat dan keperluan penambahbaikan kapasiti dan kepakaran teknikal sedia ada. Berikutan itu, dengan izin, mitigation plan dan tindakan susulan berterusan sedang dilaksanakan bagi menambah baik kaedah pelaksanaan yang telah diputuskan sebelum ini bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan projek Lebuhraya Pan Borneo sebagai pemangkin pembangunan sektor sosioekonomi, perindustrian serta pelaburan di sepanjang jajaran projek tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status kemajuan Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sehingga Jun 2020- 32 peratus bagi 11 buah pakej kerja yang sedang dilaksanakan. Manakala tiga buah pakej kerja baharu dan sebuah pakej kerja melibatkan laluan dari Tawau ke Semporna yang telah ditamatkan kontrak kini sedang ditender dan dijangka akan dimuktamadkan pada tahun ini.

Dato' Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Ini menjadikan keseluruhan 15 buah pakej kerja komited akan diteruskan pelaksanaannya pada Rancangan Malaysia Kesebelas dengan kos dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan baki 20 buah pakej kerja Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah pula adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas. Bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Fasa 1 pula, sehingga 31 Julai 2020, dua daripada 11 buah pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sarawak iaitu Pakej 1 dari Teluk Melanau ke Semantan yang dibuka pada Januari 2019 dan pakej kick-off project (KOP) di persimpangan Nyabau ke Bakun sepanjang 43 kilometer yang disiapkan pada Disember 2019. Manakala status kemajuan pembinaan sehingga Jun 2020 bagi pakej kerja yang lain kini sedang giat dilaksanakan dengan kemajuan keseluruhan sebanyak 52 peratus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lanang dan Ahli Yang Berhormat Bintulu, Kementerian Kerja Raya mengambil maklum dan amat prihatin terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan.

Dato' Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Bagi mengelakkan insiden kemalangan berlaku lagi, pihak KKR melalui Pegawai Pengawasan Jabatan Kerja Raya Sarawak dan juga Sabah sentiasa meneliti dan berbincang dari semasa ke semasa bagi melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan untuk meningkatkan aspek keselamatan di sepanjang jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak yang sedang dibina. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bintulu, KKR telah mengadakan sesi pemeriksaan baru-baru ini dan mengenal langkah-langkah penambahbaikan khususnya daripada aspek Pelan Pengurusan Trafik atau, dengan izin, Traffic Management Plan (TMP) dan Audit Keselamatan Jalan ataupun Road Safety Audit (RSA). Berikutan itu, JKR Sarawak selaku pegawai penguasa akan menggiatkan lagi pemantauan berterusan bagi memastikan pelaksanaan projek mengikut spesifikasi, kuliti dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya di sepanjang jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Bagi cadangan Ahli Yang Berhormat Bintulu untuk menaik taraf keseluruhan jalan di Persimpangan Bintulu ke Samalaju kepada dua buah lorong dua hala ataupun dua carriageways, kementerian akan berbincang dan memanjangkan cadangan tersebut ke Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kelulusan bagi Rancangan Malaysia Kedua Belas. Berhubung kait dengan Trans Borneo dan Sarawak Sabah Link Road. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Selangau dan Yang Berhormat Kalabakan kerajaan akan tetap teruskan Projek Sarawak Sabah Link Road (SSLR) yang dilaksanakan secara berfasa iaitu fasa 1 dari Lawas ke Kampung Pa’Berunut dan fasa 2 dari Kampung Pa’Berunut ke Long Lama. Setakat kini, surat niat telah dikeluarkan kepada kontraktor pada 7 Julai 2020 manakala surat setuju terima dijangka akan dikeluarkan apabila kontraktor memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam dokumen tender. Bagi Projek Lebuhraya Trans Borneo pula, projek tersebut akan tetap diteruskan. Namun, keutamaan akan diberikan kepada penyiapan Projek Lebuhraya Pan Borneo dan juga Projek SSLR terlebih dahulu. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada Central Spine Road. Seterusnya...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Tuan Yang di-Pertua. Boleh Yang Berhormat Menteri, Kimanis boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dalam ucapan itu ada menyentuh soal tahap keselamatan yang disediakan oleh pihak kontraktor dan juga JKR di negeri Sabah di sepanjang jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dibina di Sabah. Cuma apa yang saya ingin minta penjelasan adakah usaha telah dilaksanakan dibuat oleh KKR untuk melantik syarikat- syarikat maintenance penyelenggaraan jalan? Oleh sebab di negeri Sabah ini JKR negeri sudah melantik beberapa konsesi penyelenggaraan jalan raya di Sabah. Adakah ia juga termasuk juga Pan Borneo ini? Jika tidak, adakah Kerajaan Pusat ingin bercadang untuk melantik konsesi baharu bagi penyelenggaraan Pan Borneo di Sabah? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih. Yang Berhormat Kimanis. Projek Pan Borneo satu projek yang sedang dalam pembinaan dan cabarannya ialah pembinaan ini dijalankan dalam keadaan- orang kata live traffic, dengan izin, maknanya orang dan kenderaan masih lalu lalang di jalan tersebut dan sudah pasti kita tidak akan melantik kontraktor untuk membuat penyelenggaraan jalan disebabkan tanggungjawab itu adalah di bawah tanggungjawab kontraktor yang sedia ada sebab pembinaan itu masih berjalan. Sehinggalah projek itu siap, barulah penyelenggaraan itu nanti setelah habis tempoh apa dikatakan defect liability period- biasanya dalam tempoh 24 bulan sudah diserahkan pada JKR baharulah ia akan diselenggarakan oleh JKR dan ini akan ditentukan sama ada akan diserahkan pada syarikat konsesi ataupun akan dilantik apa- apa kaedah yang diputuskan oleh kerajaan pada waktu bila projek ini sudah siap Itu yang pertama. Keduanya ialah, timbul permasalahan daripada segi aduan lebih banyak sekarang ini, daripada segi kualiti jalan yang sedang dalam pembinaan. Bila jalan sedang dalam pembinaan, banyak jalan yang berlubang tetapi lambat di maintained. Itu salah satu cabaran. Ini timbul pada saya berikutan bila berlaku penamatan Project Delivery Partner (PDP) oleh kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan maka diserahkan kepada JKR Sabah dan juga JKR Sarawak untuk mengendali ataupun memantau serta melaksanakan projek tersebut. Jadi, sudah pasti timbul apa yang dikatakan transisi- transition period, yang menyebabkan pemantauan projek ini mungkin akan timbul sedikit permasalahan. Sebab PDP dahulu ada team yang khusus memantau dan memastikan pelaksanaan, penyelenggaraan dan sudut keselamatan akan dapat dilihat contohnya untuk PDP Sarawak. Mereka wujudkan Facebook khusus untuk orang boleh mengadu, memberi feedback dan sebagainya. Akan tetapi JKR Sarawak dan Sabah mungkin belum mampu membuat perkara tersebut sebabkan kurangnya kakitangan yang boleh dikhususkan pada perkara-perkara sedemikian. Ini yang menyebabkan berlaku sedikit apa dikatakan kekurangan sekarang ini yang akan kita tangani di mana saya sudah pun mengarahkan JKR Sabah dan Sarawak untuk membuat audit dan hasil laporan audit itu kita akan membuat pemantauan dan penambahbaikan. Bagaimana kaedah untuk kita tambah baik perkara ini.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Ya Yang Berhormat Menteri saya ingat untuk membuat penyelenggaraan ini bukan kerja yang mudah. Saya ingat saya mungkin boleh mencadangkan kepada kementerian kalau boleh kita buat persiapan awal daripada sekarang ini sementara menunggu jalan-jalan itu siap. Oleh sebab kerisauan kami di Sabah ialah soal kualiti penyelenggaraan itu Yang Berhormat Menteri. Lantikan konsesi yang dilantik oleh kerajaan negeri pada hari in tidak mencapai satu tahap yang memuaskan hati. Jadi, maknanya Lebuhraya Pan Borneo ini cukup besar impaknya kepada rakyat. Jadi saya minta mungkin Kementerian Kerja Raya dapat memastikan setiap konsesi yang dilantik itu mesti yang berkualiti, yang ber- competent itu sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis.

Terima kasih. Saya akan ambil maklum pandangan Yang Berhormat Kimanis dan akan memastikan bahawa perkara ini akan bukan sahaja dibawa di peringkat kementerian tetapi juga di peringkat EPU dan juga akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, untuk Central Spine Road. Seterusnya saya beralih kepada Projek Central Spine Road seperti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pekan dan juga Yang Berhormat Kuala Krai. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Projek Central Spine Road (CSR) yang dimaksudkan adalah bermula dari Kota Baharu di Kelantan ke Simpang Pelangai di Pahang. Projek Lebuhraya Kota Baharu ke Kuala Krai sepanjang 71.4 kilometer telah dimulakan secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Projek ini dibahagikan kepada tiga pakej utama iaitu: (i) Wakaf Che Yeh ke Kadok sepanjang 10.8 kilometer; (ii) Kadok ke Machang sepanjang 28.95 kilometer; (iii) Machang ke Kuala Krai sepanjang 31.61 kilometer.

Selaras dengan keperluan trafik semasa, projek ini telah diluluskan dengan enam kontrak pembinaan iaitu: (i) Pakej 1B – Pasir Hor Ke Kadok sepanjang 7 kilometer telah siap pada Julai 2018; (ii) Pakej 2A – Kadok ke Ketereh sepanjang 6.85 kilometer telah siap pada Julai 2019; (iii) Pakej 2B – Ketereh ke Kok Lanas sepanjang 6.2 kilometer telah dimulakan pada November 2017 dan dijadualkan siap pada November 2021; (iv) Pakej 2C dan 3A – Kok Lanas ke Bukit Tiu sepanjang 19.1 kilometer telah diluluskan untuk pelaksanaan dalam Rolling Plan Keempat 2019 dan telah di tender pada Julai 2020; (v) Pakej 3B – Kampung Berangan Mek Nab ke Keroh sepanjang 9.8 kilometer telah diluluskan dalam Rolling Plan Keempat 2020 dan dijangka tender pada Disember 2020; (vi) Pakej 3C – Keroh ke Kuala Krai sepanjang 8.6 kilometer juga telah diluluskan dalam Rolling Plan Keempat 2020 dan dijangka tender pada Januari 2021. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Projek CSR dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang sepanjang 346.9 kilometer telah pun dimulakan secara berperingkat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan dan dibahagikan kepada enam pakej utama:

(i) Pakej 1 – Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan sepanjang 47 kilometer; (ii) Pakej 2 – Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan sepanjang 59.6 kilometer; (iii) Pakej 3 – Gua Musang ke Kampung Relung, Kuala Lipis Pahang sepanjang 93.8 kilometer; (iv) Pakej 4 – Kampung Relung Kuala Lipis ke Raub, Pahang sepanjang 45 kilometer; (v) Pakej 5 – Raub ke Bentong Pahang sepanjang 54 kilometer; dan (vi) Pakej 6 – Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang sepanjang 47.5 kilometer. Projek CSR dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keutamaan pada aspek keselamatan, kesesakan lalu lintas dan kesinambungan jajaran. Sehingga kini, jajaran sepanjang 224 kilometer telah diluluskan untuk pelaksanaan iaitu 165.1 kilometer di negeri Pahang yakni Pakej 3, Pakej 4, dan Pakej 5, dan 58.9 kilometer di negeri Kelantan iaitu Pakej 2, dan Pakej 3. Status projek CSR di negeri Kelantan yang telah diluluskan untuk pelaksanaan iaitu melibatkan pakej dua dan pakej tiga adalah seperti berikut yang dalam pembinaan Seksyen 3B dan 3C dari kilometer 180.5 ke Bulatan Gua Musang sepanjang tujuh kilometer. Baru sahaja dimulakan pembinaan pada Jun 2020 dan dijadualkan siap pada Jun 2023. Seksyen 3D daripada Bulatan Gua Musang ke Mentara sepanjang 10.5 kilometer sedang dalam peringkat pembinaan dan dijadualkan siap pada Januari 2023.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Menteri, tadi saya dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri tentang pakej CSR dari Bentong ke Simpang Pelangai. Ia terhenti di situ Yang Berhormat Menteri. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri ataupun apakah perancangan kementerian berkaitan dengan hendak mengatasi kesesakan yang semakin hari semakin bertambah Yang Berhormat Menteri. Kalau pakej itu sampai ke Simpang Pelangai, ia tidak menyelesaikan masalah. Ia akan ada missing link lagi Yang Berhormat Menteri dari Simpang Pelangai masuk ke Simpang Durian, Simpang Bertang sampai ke Muadzam. Pakej-pakej CSR itu ia terhenti di kawasan itu Yang Berhormat Menteri. Kenapa tertinggal kawasan Jelebu dan juga Jempol, bahagian Negeri Sembilan ini Yang Berhormat. Boleh minta penjelasan kementerian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu yang sentiasa memperjuangkan kawasan dia dan juga untuk Negeri Sembilan. Sebab mengapa Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan tertinggal. Beliau sudah jumpa saya juga itu. Memang kuat berjuang. Untuk makluman, insya-Allah kita akan bawa kepada EPU supaya Rancangan Malaysia Ke-12 nanti Negeri Sembilan pun tidak akan tertinggal. Jadi dari Simpang Pelangai itu bolehlah terus masuk ke Negeri Sembilan. Akhirnya adalah central spines sampai Negeri Sembilan dan juga Melaka then that will be the third road insya-Allah, untuk di tanah Semenanjung ini. Ini akan berterusan dalam perancangan kita, Tuan Yang di-Pertua. Dalam CSR juga yang dalam perancangan perolehan iaitu seksyen 2B dari Paloh 2 ke Bukit Sejuk sepanjang 20 kilometer telah diluluskan dalam Rancangan Rolling Plan Keempat, tahun 2020 dan dijangka tender pada September 2020. Seksyen 2C dari Bukit Sejuk ke Gua Musang sepanjang 19.6 kilometer yang juga telah diluluskan dalam Rolling Plan Keempat tahun 2020 dan dijangka tender pada September 2020. Baki pakej yang masih belum dilaksanakan untuk projek CSR dirancang untuk dilaksanakan dalam Rolling Plan, Rancangan Malaysia ke seterusnya. Ini tertakluk kepada kelulusan peruntukan dari agensi pusat. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiu telah membangkitkan isu berkaitan Projek Lebuhraya Pantai Timur 3 ataupun singkatannya LPT3. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Unit Perancang Ekonomi melalui surat bertarikh 3 Julai 2019 telah meluluskan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 ataupun LPT3 dengan kos kerja-kerja awalan keseluruhan berjumlah RM35 juta. Kerja awalan telah pun bermula pada Ogos 2020 dan dijangka siap pada April 2022. Oleh yang demikian, hala tuju skop dan tarikh pelaksanaan bagi Projek LPT3 ini hanya dapat dimuktamadkan setelah laporan kerja awalan bagi projek ini diperoleh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Krai kerajaan telah meneliti dan mengambil kira secara mendalam pelbagai faktor serta implikasi yang mungkin akan timbul akibat daripada cadangan penghapusan tol lebuh raya di negara ini khususnya akibat daripada faktor kewangan semasa yang dihadapi kerajaan. Sehubungan itu, hala tuju bagi lebuh raya bertol di Malaysia sedang disemak semula dan memorandum Jemaah Menteri akan dibentangkan untuk mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Berkaitan isu kesesakan...

Yang Berhormat, boleh saya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Kuala Krai.

Tol Gombak.

Berhubung kait dengan?

Isu tadi berkaitan dengan...

LPT3?

Ya kesesakan. Berkaitan dengan kesinambungan kepada isu Simpang Pelangai tadi yang berakhir di situ dan akan masuk melalui tol Bentong, Karak Highway. Jadi, isunya ialah apabila daripada LPT3, kemudian dari Simpang Pelangai daripada sebelah Kelantan, dan sebagainya akan masuk ke satu lorong, ataupun satu hala menuju ke Kuala Lumpur. Maka, apakah perancangan pihak kerajaan untuk memastikan kesesakan di Bentong, di Tol Gombak dan sebagainya. Ini yang memang amat menyusahkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Memang saya sudah hendak sampai ke situ jawapan itu tadi. Mungkin Yang Berhormat terlebih awal daripada saya ataupun dapat membaca apa yang berada dalam fikiran saya.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Soalan bocor, soalan bocor.

Berkaitan isu kesesakan di Plaza Tol Gombak. Berdasarkan reka bentuk, kapasiti plaza tol tersebut pada masa ini masih lagi boleh menampung kapasiti trafik sedia ada pada waktu puncak. Sebagai contoh, kapasiti puncak harian bagi Plaza Tol Gombak hala barat ke Kuala Lumpur 126 ribu berbanding kapasiti penuh 158 ribu. Ini sepatutnya masih boleh menampung kapasiti trafik puncak tersebut. Untuk makluman, waktu festival ini sahaja jumlah trafik yang lalu di situ ialah 180 ribu ke-200 ribu. Maknanya hampir sekali ganda daripada jumlah trafik harian dan kemampuan kita hanya setakat 158 ribu. Oleh sebab itulah berlakunya kesesakan hanya pada waktu festival ataupun waktu perayaan. Hari-hari biasa sebenarnya masih mampu menampung dan tiada berlaku kesesakan sangat di situ. Berdasarkan pemerhatian, disebabkan kesesakan utama di Tol Gombak arah barat ke Kuala Lumpur disebabkan limpahan trafik ataupun kita panggil backflow yang padat di Lingkaran Tengah 2 atau MRR2 menghala ke Gombak, Batu Caves menyebabkan keadaan bottleneck, dengan izin, di Plaza Tol Gombak. Manakala trafik ke arah Ampang selepas Plaza Tol Gombak tidak lagi sesak berbanding dahulu setelah pelebaran jalan dilaksanakan oleh pihak JKR. Sehubungan itu pelbagai tindakan segera sebagai penyelesaian jangka pendek telah dilakukan oleh pihak konsesi lebuh raya bagi mengurangkan isu kesesakan yang berlaku di plaza tol. Selain itu, kementerian sedang melaksanakan Kajian Keperluan Jalan Alternatif Lebuhraya Gombak-Bentong bagi mendapatkan penyelesaian untuk mengurangkan masalah kesesakan di laluan Kuala Lumpur-Karak. Penilaian akan dilaksanakan untuk menentukan sama ada jajaran jalan baru atau menaik taraf jalan sedia ada diperlukan. Ini mengambil kira return of investment dengan izin, kepada pelaksanaan cadangan projek termasuk isu berkaitan impak alam sekitar dan juga impak sosial yang seterusnya mendatangkan manfaat kepada kerajaan dan juga rakyat. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu penyelenggaraan jalan persekutuan iaitu Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Serian dan juga Yang Berhormat Batu Gajah. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, penyenggaraan jalan persekutuan dilakukan oleh KKR melalui syarikat konsesi yang telah dilantik. Pihak syarikat konsesi yang bertanggungjawab melaksanakan kerja penyenggaraan rutin iaitu skop kerja penyenggaraan pavement, penyenggaraan bahu jalan, potong rumput, perabot jalan, mencuci jambatan dan pembetung, mencuci longkang serta pemeriksaan rutin. Syarikat konsesi juga bertanggungjawab melaksanakan kerja penyenggaraan berkala pavement dan bukan pavement yang dilaksanakan secara arahan kerja atau AK, berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Pihak syarikat turut dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kerja kecemasan dengan membuat tindakan segera...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

...Jika berlaku kejadian di luar jangka. Sebagai contoh, kerja membersihkan jalan setelah kejadian tanah runtuh, menyediakan pelan pengurusan trafik atau traffic management plan dan menyediakan laluan sementara bagi membolehkan jalan dilalui oleh kenderaan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

KKR melalui JKR sentiasa komited dan memastikan tahap keadaan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Menteri.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Batu Kawan, sila.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Maaf, Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut nama Ahli-ahli Parlimen dari kawasan-kawasan mereka yang membangkitkan isu penyelenggaraan jalan tetapi saya tidak mendengar kawasan Batu Kawan dipanggil walaupun saya ada bangkitkan. So, just hendak sekadar pastikan jawapan untuk Batu Kawan ada dalam senarai Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Menteri tengah check.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, Hulu Selangor. Dalam perbahasan, saya juga ada bangkitkan isu jalan persekutuan iaitu Jambatan Batang Kali yang terbengkalai. Jadi, saya tidak pasti sama ada jawapan akan diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor.

Saya akan sampai ke situ. Apa yang saya katakan tadi, saya sudah pecahkan kepada beberapa topik dan mungkin topik permintaan khusus projek dan aduan ada juga saya akan beri secara bertulis nanti. Sebab kalau hendak ambil spesifik, banyak yang- sebab dengan masa 45 minit, saya tidak akan dapat huraikan satu persatu permintaan yang begitu banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, tinggal 18 minit lagi.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri, maaf. Bukan isu yang khusus tetapi saya pernah bangkitkan isu-isu ini masa Yang Berhormat Menteri dahulu mantan Menteri Kerja Raya sehingga balik menjadi Menteri Kerja Raya semula. Jadi sebenarnya ini bukanlah isu khusus tetapi isu daripada Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu Jalan FT.148, FT.149, FT.150 di kawasan Jalan Bukit Tambun, Parlimen Batu Kawan.

Spesifik isunya, Yang Berhormat?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Penambahbaikan dan pelebaran jalan FT.148, FT.149, FT.150.

Itu yang saya katakan tadi, itu permintaan kepada projek, bukan? Ini saya sekarang ini sedang berbincang berhubung kait dengan penyelenggaraan jalan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Ia penyelenggaraan daripada RMKe-9 yang saya follow-up, bukan permohonan baharu, Yang Berhormat Menteri. Follow-up daripada RMKe-9, RMKe-10, RMKe-11 dan kali ini surat rasmi ditulis oleh JKR Pulau Pinang ke Putrajaya HQ pada bulan Januari tetapi sampai sekarang, bulan Ogos, belum lagi mendapat jawapan sama ada diluluskan atau tidak. Ia isu lama.

Okey, nanti saya semak lagi. Kalau surat itu bulan Januari tahun ini, saya kena semak dengan Yang Berhormat Selangau juga.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Akan tetapi ia bukan sekadar dari Januari, Yang Berhormat Menteri.

Ya, insya-Allah. Nanti saya check.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Ia sebelum itu pun saya sudah bangkitkan banyak kali dalam Dewan ini. Dari zaman Yang Berhormat Menteri dahulu Menteri juga.

Nanti saya semak. Okey, nanti saya semak ya.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Daripada RMKe-9 lagi sampai RMKe-12.

Nanti saya semak.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sebab, Yang Berhormat Menteri, ini dua projek daripada RMKe-9 yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Hanya dua projek dari Pulau Pinang.

Tidak apa. Nanti saya akan semak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Batu Kawan, Menteri akan semak.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Krai yang telah membangkitkan isu berkaitan penyelenggaraan jalan persekutuan yang menghubungkan Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang melibatkan beberapa buah laluan FT.008 di sepanjang 205.11 kilometer, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM4.21 juta setahun bagi penyelenggaraan rutin di laluan FT.008. Kementerian in juga telah memperuntukkan sebanyak RM31.4 juta bagi tahun 2018 sehingga 2020 bagi kerja penyelenggaraan berkala. Ahli Yang Berhormat Kemaman, untuk makluman, laluan yang dimaksudkan FT.2686 Jalan Mak Lagam, FT.237 Jalan Chukai-Air Putih, FT.124 Jalan Sri Bandi, FT.003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dan FT.14 Jalan Jerangau-Jabor yang merupakan laluan bagi jalan persekutuan di kawasan Parlimen Kemaman. Jumlah panjang laluan tersebut 333.226 kilometer. Kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM6.85 juta setahun bagi penyelenggaraan rutin dan peruntukan sebanyak RM11.5 juta bagi tahun 2018 hingga 2020 bagi kerja penyelenggaraan berkala. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Pasir Mas, jumlah panjang jalan persekutuan di kawasan Parlimen Pasir Mas yang diselenggarakan oleh syarikat konsesi adalah sepanjang 124.94 kilometer. Berdasarkan pertanyaan Ahli Yang Berhormat berkenaan kerosakan jalan dari Pasir Pekan, jalan dari Kutan, Tendong sehingga bandar Pasir Mas, laluan tersebut adalah di laluan FT.003 Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan sepanjang 33.25 kilometer. Kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta setahun bagi penyelenggaraan rutin di jalan persekutuan kawasan Pasir Mas. Kementerian ini juga telah memperuntukkan sebanyak RM13.8 juta bagi tahun 2018 sehingga 2020 bagi kerja- kerja penyelenggaraan berkala manakala peruntukan bagi laluan FT.003, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM683,000 setahun bagi penyelenggaraan rutin dan sebanyak RM8.5 juta bagi tahun 2018 sehingga 2020 bagi kerja-kerja penyelenggaraan berkala. Berdasarkan laporan polis PDRM Malaysia ataupun Pol 27, sebanyak 233 kemalangan maut dan parah telah direkodkan di Pasir Mas dari tahun 2017 sehingga 2019. Kementerian ini melalui program memperelok lokasi kerap berlaku kemalangan ataupun black spot, dengan izin, yang dilaksanakan oleh JKR akan mengenal pasti dan merawat lokasi kemalangan di jalan-jalan tersebut. Berdasarkan rekod, sebanyak enam buah lokasi telah dilaksanakan pembaikan di Pasir Mas pada tahun 2017 hingga 2019. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Rajang telah membangkitkan tentang isu menaik taraf jalan dari Simpang Bakun ke Empangan Bakun yang berlubang- lubang dan cadangan mewujudkan jalan pintas ke Pekan Sebauh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah panjang jalan persekutuan di bahagian Bintulu yang diselenggarakan oleh syarikat konsesi adalah sepanjang 194.46 kilometer manakala jalan Simpang Bakun ke Empangan Bakun sahaja adalah sepanjang 128.46 kilometer. Kementerian ini telah melaksanakan penyelenggaraan rutin bagi jalan Simpang Bakun ke Empangan Bakun dengan anggaran peruntukan sebanyak RM345.5 ribu sebulan manakala sebanyak RM6.15 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja berkala pavement dan berkala bukan pavement dari tahun 2017 sehingga 2019 yang lalu. Sehubungan dengan itu, kementerian ini mengambil maklum berkenaan keperluan pelaksanaan kerja penyelenggaraan di lokasi tersebut. Kementerian ini juga akan memberi pertimbangan yang sewajarnya bagi senarai penyelenggaraan di lokasi tersebut dalam kelulusan peruntukan di bawah program penyelenggaraan berkala yang akan datang. Walau bagaimanapun, kelulusan bagi kerja penyelenggaraan untuk lokasi seperti yang dicadangkan tertakluk kepada senarai keutamaan yang disediakan oleh pihak JKR Sarawak. Berdasarkan semakan kementerian ini, cadangan menaik taraf jalan di Simpang Bakun ke Empangan Bakun tidak tersenarai dalam senarai keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak di bawah cadangan projek baharu untuk Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Begitu juga dengan cadangan jalan pintas ke Pekan Sebauh. Walau bagaimanapun, kementerian ini bersedia menerima cadangan ini daripada pihak Kerajaan Negeri Sarawak untuk dipertimbangkan dalam permohonan Rolling Plan yang akan datang sekiranya ia memenuhi keperluan teknikal untuk dinaiktarafkan kelak. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tangga Batu, jalan yang dimaksudkan adalah di laluan FT.005 dari Seksyen 232.50 hingga Seksyen 240 iaitu bermula daripada Bulatan Klebang ke Simpang Tangga Batu. Jumlah peruntukan kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan Daerah Melaka Tengah bagi kerja-kerja di bawah program berkala pavement tahun 2020 adalah sebanyak RM1.540 juta. Daripada jumlah ini, peruntukan yang diluluskan bagi pihak BP di laluan FT.005, Melaka Tengah adalah sebanyak RM340 ribu bagi perihal kerja mill and pave dan lain-lain kerja berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kelulusan pelaksanaan kerja adalah berdasarkan kepada laporan kerosakan yang dikemukakan oleh JKR negeri dan daerah serta mengikut senarai keutamaan dengan mendahulukan kerja-kerja di kawasan yang lebih kritikal. Manakala kelulusan peruntukan adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Kementerian Kewangan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Serian, jumlah panjang jalan persekutuan di Bahagian Serian yang diselenggara oleh syarikat konsesi adalah sepanjang 109.2 kilometer. Manakala bagi Jalan Serian-Tebedu-Indonesian Border ataupun road code Jalan 21 adalah sepanjang 41.9 kilometer menghubungkan ke Serian ke Tebedu dan seterusnya ke Entikong, sempadan Indonesia.

Kementerian ini telah melaksanakan penyelenggaraan rutin di bahagian Serian dengan peruntukan bernilai RM35 juta setahun dan peruntukan bagi selenggaraan berkala pavement dari tahun 2017 hingga 2020 adalah bernilai RM11.25 juta. Pada tahun 2020, sejumlah lima projek bernilai RM3.9 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja menurap...

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri...

...Semula jalan yang melibatkan Jalan Serian...

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Cameron Highlands.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Cameron Highlands, sila.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hanya ada empat perkara. Pertama agak penting apabila Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang penyelenggaraan. Untuk makluman Dewan, pada minggu lepas telah berlaku satu bencana kepala air di kawasan perkampungan Orang Asli dan jalan yang menghubungi telah rosak. Jadi ia perlu diselenggarakan disebabkan bencana. Dalam kejadian tersebut, dua buah jambatan telah putus, musnah terus. Jadi saya mohon pihak kementerian di bawah JKR memberi perhatian kepada itu. Sambil itu juga Yang Berhormat Menteri, ada dua lagi soalan, pohon diberikan jawapan. Pertama, soalan ini telah saya nyatakan dalam hujah saya semasa menjunjung Titah Tuanku. Cameron Highlands menghadapi masalah jammed pada musim hujung minggu. Pohon benda ini, projek ini untuk menyelesaikan masalah ini dipercepatkan. Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Kebetulan sewaktu kami merasmikan salah sebuah pakej jalan di CSR, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan beberapa orang Exco termasuklah Ahli Parlimen Lipis sekali berada di sana. Salah satu yang dibangkitkan ialah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Cameron Highlands tadi dua buah jambatan terputus di kawasan Orang Asli disebabkan banjir dan sebagainya, kita sudah pun memberikan komitmen. JKR akan membantu dan kalau terlalu urgent yang tidak dapat ditangani, kita akan membawa angkatan tentera bersama untuk memastikan jambatan terputus akan dapat dilaksanakan secara Bailey bridge secepat yang mungkin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Begitu juga isu berhubung kait di Cameron Highlands, kesesakan di Tanah Rata dan juga di jalan pintas, ini sudah juga dibincangkan bersama dengan Kerajaan Negeri Pahang dan kita akan kemukakan pada EPU.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Kementerian ini juga telah meluluskan kerja- kerja pembaikan cerun di lokasi tanah runtuh di Bukit Binong sepanjang kilometer 16, 18 dengan peruntukan bernilai RM15 juta. Kerja-kerja tersebut dijangka bermula pada bulan Ogos 2020 bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya di lokasi tersebut. Kementerian telah memperuntukkan RM350 ribu bagi meningkatkan aspek keselamatan jalan melalui program black spot treatment, dengan izin, yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Program ini akan melibatkan skop penggantian perabot jalan, guard rail dengan izin, pemasangan papan tanda keselamatan dan lampu jalan jenis solar street lighting di kawasan terpilih yang kritikal. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu Gajah, masalah jalan gelap di sepanjang jalan besar Ipoh-Lumut yang dimaksudkan adalah merujuk kepada laluan Persekutuan di FT005 daripada seksyen 673.630 hingga seksyen 708.893. Bagi tujuan penyelenggaraan jalan lampu jalan di kawasan tersebut, peruntukan sebanyak RM137,407.07 telah disalurkan ke Jabatan Kerja Raya Kinta. Disebabkan peruntukan yang amat terhad, keutamaan diberikan kepada kerja pembaikan kerosakan kecil lampu jalan dan lampu isyarat yang kritikal sahaja. Semakan kementerian ini mendapati kawasan tersebut gelap disebabkan tiada lampu jalan di sepanjang jalan tersebut. Bagi permohonan pemasangan lampu jalan baharu, bancian laluan lintas perlu dibuat bagi penyediaan laporan waran analisa ataupun analisis dan kementerian ini akan mengarahkan pihak Bahagian Keselamatan Jalan, Cawangan Jalan JKR meneliti perkara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi kejadian banjir kilat di Kampung Piandang, Batu Gajah iaitu di laluan FT073, seksyen 45.20, Jalan Parit hingga Seputeh, daerah Kinta, Perak kementerian ini akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Negeri Perak untuk mengenal pasti punca berlakunya kejadian banjir kilat tersebut serta menyemak kesesuaian saiz kelubung ataupun culvert sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, terakhir ialah projek-projek spesifik. Ramai Ahli Yang Berhormat yang memohon sama ada untuk projek baharu, permohonan naik taraf jalan dan juga menanyakan berhubung kait dengan status projek. Mereka ialah Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Kapar dan juga Yang Berhormat Sabak Bernam. Mungkin kalau ada tadi yang katakan terlepas nama mereka, kita akan ambil maklum dan kita akan respons termasuk Yang Berhormat Batu Kawan tadi. Sebenarnya dia juga sudah ada membuat soalan bertulis berhubung kait apa yang dikatakan tadi, terimalah jawapan bertulis kita juga nanti. Jadi untuk itu Yang Berhormat, semuanya saya akan jawab secara bertulis sebab ia isu spesifik. Dengan itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian yang menyentuh berhubung kait dengan bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Segala teguran, cadangan kita akan ambil perhatian yang serius dan apa yang tidak terjawab...

Ada masa sedikit lagi Yang Berhormat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri di sebelah utara langsung tidak sentuh Yang Berhormat Menteri. Jangan lupa utara.

Sebut tadi Padang Serai.

Sudah sebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah sebut.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih.

Bagan Serai mana? Yang Berhormat boleh- sudah habis ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah habis sebenarnya. Sudah habis Yang Berhormat Jelebu.

Ada masa sedikit lagi Yang Berhormat? Ada tiga minit lagi. Itu ada tiga minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Jelebu. Secara ringkas tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri.

Kita menggunakan masa yang ada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak mengucapkan terima kasih Yang Berhormat fasal beri perhatian setiap isu spesifik yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen. Saya hendak kemukakan kawasan saya ini Yang Berhormat Menteri. Dahulu ketika Barisan Nasional, kita sudah meluluskan jalan dual carriageway Klawang ke Hulu Langat. Kemudian Yang Berhormat Menteri ada memberitahu saya ini jalan negeri. Dahulu saya tidak tahu kenapa pula dahulu boleh diluluskan, sekarang sudah tidak boleh diluluskan. Itu technically, saya tidak faham Yang Berhormat Menteri. Cumanya Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta benar-benar pertimbangan dan pertolongan Yang Berhormat Menteri, jalan ini sangat perlu. Ini raya haji baru-baru ini Yang Berhormat Menteri, dari kawasan saya biasanya local, orang tempatan Yang Berhormat Menteri dari kawasan saya pergi ke sebuah kawasan yang lain sekitar 20 kilometer biasanya 10 ke-15 minit tetapi baru-baru ini memakan masa 45 minit. Bukan kesalahan orang lain, kesalahannya daripada Bentong datang, dari Kedah datang- bukan dari Kedah. Dari Pantai Timur datang, dari selatan datang menggunakan laluan kawasan saya Yang Berhormat Menteri. Semua itu boleh diselesaikan, masalah Gombak boleh selesai, masalah Pantai Timur boleh selesai, masalah selatan boleh selesai kalau Yang Berhormat Menteri spend sedikit duit, 32 kilometer buat dual carriageway Klawang-Hulu Langat, Yang Berhormat Menteri cakap dalam Parlimen okey, by all means done Jelebu. Saya minta tolong Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Ada seminit lagi.

Tinggi harapan Yang Berhormat Jelebu ini. Bukan sahaja cakap dalam Parlimen, jumpa saya sudah banyak kali. Minta sangat projek ini. Insya-Allah saya akan bawa kepada meeting EPU dan Yang Berhormat Jelebu kena merayulah dekat EPU supaya dapat diluluskan dan insya-Allah kalau diluluskan, KKR sebagai agensi pelaksana, kita akan laksanakan. Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

You are the man, Sir!

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, Hulu Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Hulu Selangor ada...

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Ambil masa satu minit. Saya hendak membangkitkan isu iaitu permohonan untuk jalan daripada Sungai Choh hingga ke Hulu Bernam iaitu di kawasan Parlimen Hulu Selangor untuk dinaiktarafkan ataupun dilebarkan. Ini ditolak oleh EPU berpuluh-puluh tahun sudah. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, perangkaan kemalangan jalan raya dari tahun 2017 hingga pertengahan tahun, Jun 2020 kemalangan berlaku sehingga angka 15 ribu daripada kemalangan maut, kemalangan parah dan kemalangan ringan. Jadi, saya mohon sangat Yang Berhormat Menteri supaya melebarkan ataupun menaiktarafkan jalan daripada FT01 iaitu daripada Sungai Choh hingga ke Hulu Bernam untuk sama-sama rakyat di luar bandar menikmati keselesaan, kesejahteraan bersama- sama. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat, saya akan mengambil maklum dan saya akan mengemukakan sekali lagi permohonan ini untuk dipertimbangkan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri.

...Saya kira masa, waktu saya sudah habis.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri sedikit lagi maklumat tambahan.

Yang lain-lain nanti kalau ada boleh tulis surat kepada saya.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sudah tulis banyak kali Yang Berhormat Menteri.

Apa-apa permohonan yang spesifik, insya- Allah kita akan respons.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sudah bangkitkan banyak kali juga.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Mungkin saya bagi satu last untuk Yang Berhormat Kluang sebab dari negeri yang sama dengan saya. Silakan Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana isu yang saya hendak bangkitkan ini berkaitan dengan kawasan Tuan Yang di-Pertua juga iaitu Jalan Raya FT50. Saya ingin ambil perhatian Dewan yang mulia ini bahawa Jalan Raya FT50 ini perlu dinaik taraf segera kerana sebenarnya pada hari Rabu minggu lepas apabila saya berbahas baru berlaku satu kemalangan. Saya dimaklumkan pada pagi ini bahawa mangsa kemalangan di dalam itu sebenarnya anak saudara Yang Berhormat Tebrau, baru berumur 20 tahun, seorang gadis sudah kehilangan nyawa. Saya dimaklumkan bahawa juga sebenarnya fasa 3A untuk jalan raya ini akan dilaksanakan pada tahun ini. Saya berharap projek ini tidak akan delay dan yang paling penting dari Tol Ayer Hitam hingga kawasan saya iaitu fasa 3B, saya pun minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri approve dan laksanakan segera supaya nyawa rakyat dapat diselamatkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kluang.

Saya akan ambil maklum, sepertimana saya katakan tadi ia akan dilaksanakan tertakluk kepada peruntukan daripada agensi pusat.

Satu lagi boleh Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Cukuplah, cukuplah.

Parit. Jalan Parit-Seputih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Jumpa Yang Berhormat Menteri secara langsung. Terima kasih Yang Berhormat, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Sekarang saya jemput seterusnya Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab semua soalan perbahasan selama 45 minit.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNMenteri Pendidikan

terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab KPM. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar dan kita tidak pernah lalui situasi sebegini. Seluruh dunia terkesan dengan pandemik COVID-19 yang memberi kesan yang cukup mendalam.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNMenteri Pendidikan

Khusus bagi sektor pendidikan, sekolah juga terpaksa ditutup selama hampir empat bulan di mana seramai lebih 5 juta orang murid tidak dapat hadir ke sekolah. Dalam tempoh perbahasan Titah Diraja mulai 13 Julai 2020 hingga 28 Julai 2020, terdapat lebih 130 pertanyaan berkaitan KPM yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mulakan dengan penjelasan mengenai pengajaran dan pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ahli Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Padang Terap dan Yang Berhormat Sibuti menyentuh perkara berkaitan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), khususnya di kawasan luar bandar dan pendalaman. Kementerian Pendidikan Malaysia terus komited untuk memastikan semua murid di seluruh negara tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat sepanjang tempoh PKP. KPM berusaha menyediakan akses pembelajaran kepada murid melalui kaedah home-based learning mengikut kesesuaian murid dan guru. Kaedah home-based learning ini dilaksanakan melalui pelantar pembelajaran digital iaitu MOE-DL yang kemudiannya dikenali sebagai Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Melalui pelantar ini, murid dan guru boleh akses kepada aplikasi seperti Google Classroom dan Google Meet. Microsoft 365, Apple Teacher Learning Center, buku teks digital, video PDP, Quizizz dan video permainan pembelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh akses EduwebTV dan cikgooTUBE untuk membantu dalam pembelajaran anak mereka di rumah. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat] Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPM telah menjalankan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian atau Online Learning pada 28 Mac 2020 hingga 2 April 2020. Kajian ini melibatkan 670,118 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 orang murid. Dapatan kajian menunjukkan enam peratus murid memiliki komputer peribadi, 9.3 peratus murid memiliki komputer riba, 5.8 peratus murid memiliki tablet dan 46.5 peratus murid memiliki telefon pintar. Di samping itu, terdapat juga murid yang memiliki lebih daripada satu buah peranti bagi kegunaan pembelajaran secara dalam talian. Namun dalam masa yang sama, masih terdapat 36.9 peratus murid yang tidak mempunyai sebarang peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar murid tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian dengan berkesan kerana tidak memiliki peranti yang bersesuaian. Di samping itu, terdapat juga kekangan dalam akses kepada internet. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran tidak dapat berlaku secara menyeluruh dan seragam kepada semua murid. Selain itu, PDP secara dalam talian merupakan sesuatu yang baharu untuk kebanyakan guru, murid dan ibu bapa. Mereka masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kaedah baharu ini. KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran secara seragam termasuk juga murid di kawasan luar bandar dan pendalaman. Bagi membantu kumpulan murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian, home-based learning turut dilaksanakan melalui siaran TV Pendidikan. Siaran dilaksanakan melalui saluran TV Okey dan saluran Tutor TV Astro 601 dan 603. Rancangan Radio Pendidikan juga dilaksanakan menerusi siaran Kedah FM, Terengganu FM dan Johor FM. Di samping itu, terdapat juga guru yang melaksanakan PDP melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid. Serahan bahan ini dibuat melalui pelbagai kaedah seperti perkhidmatan pos, bantuan penghantaran oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kaunter pandu lalu di sekolah... [Menunjukkan isyarat tangan] Dua perenggan. Segala usaha yang dilaksanakan ini jelas menunjukkan pihak sekolah serta guru begitu komited dan telah berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan murid tidak ketinggalan dalam mengikuti pembelajaran.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNMenteri Pendidikan

KPM ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru di atas segala usaha yang telah dilaksanakan bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran diteruskan walaupun dalam keadaan yang mencabar. Selain itu, KPM juga turut menghargai peranan ibu bapa dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran di rumah berjalan dengan baik. KPM akan sentiasa berusaha untuk meningkat lagi keberkesanan kaedah home-based learning ini dari semasa ke semasa. Buat masa ini, KPM sedang merangka strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam memperkasa pendidikan digital termasuklah pelaksanaan home-based learning. Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, silakan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Di sini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai KPM dan juga guru-guru yang menjayakan home-based learning dalam tempoh PKP ini. Ini memang merupakan satu cabaran yang sungguh besar untuk kita. Di sini saya hendak bertanya dua soalan. Pertama, sepanjang tempoh PKP ini dan juga seperti Yang Berhormat Menteri Pendidikan sebut tadi, hampir empat bulan kita tidak ada– budak-budak kita tidak bersekolah. Jadi, sama ada kajian telah dibuat supaya kita mengkaji apa impak terhadap pendidikan kepada murid-murid kita, terutamanya untuk mereka yang duduk di bandar, kawasan bandar dan juga kawasan pendalaman. Sama ada terdapat satu gap antara kualiti pendidikan dan juga perkembangan PdP mereka dalam tempoh empat bulan ini. Jadi, ini yang pertama.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kedua, saya hendak tanya tentang TV Pendidikan. Saya rasa ini satu usaha yang sangat bagus. Tahniah dan syabas kepada KPM dan saya juga rasa gembira kerana TV Pendidikan ini masih diteruskan walaupun sekarang sekolah telah dibuka semula. Saya rasa ini adalah penting kerana untuk kawasan red zone, sekolah ditutup. Jadi, TV Pendidikan ini masih merupakan sebuah platform yang penting. Akan tetapi, saya rasa dahulunya KPM telah sebut bahawa ingin bincang dengan KKMM supaya kita boleh tambah masa siaran TV Pendidikan dan kalau boleh tambahlah saluran TV baharu untuk TV Pendidikan. Ini kerana, saya rasa ini adalah sungguh penting kerana sekarang satu hari hanya dua jam. Satu jam untuk sekolah rendah dan satu jam untuk sekolah menengah. Ini memang tidak mencukupi. Ini kerana, untuk sekolah rendah, kita ada Darjah Satu sampai Darjah 6 dan kita ada 10 buah mata pelajaran. Lebih kurang 10 buah mata pelajaran. Sama juga untuk sekolah menengah. Jadi, kalau hanya dua jam sehari, saya rasa itu tidak mencukupi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat. Yang Berhormat, bukan ceramah ya, Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ia soalan sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya tahu. Panjang sangat.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Pertama sekali adalah berkaitan dengan impak penutupan sekolah kepada pelajar-pelajar. Ini adalah antara perkara pertama yang kita tekankan pada guru-guru iaitu supaya apabila pelajar masuk ke sekolah, antara tumpuan utama guru-guru adalah untuk melihat tahap penguasaan minimum pelajar-pelajar. Sama ada pelajar dapat mencapai tahap penguasaan minimum apabila mereka mula bersekolah balik beberapa minggu ini. Insya-Allah, kita akan adakan satu kajian secara lebih holistik dan lebih mendalam mengenai perkara ini. Ini kerana, kita sedar apabila sekolah ditutup, maka pelajar-pelajar- walaupun ada pengajaran secara online melalui TV Pendidikan dan sebagainya, ramai yang ketinggalan termasuk bukan sahaja di luar bandar tetapi termasuk juga mereka yang tinggal di bandar. Kedua, berkaitan dengan TV Pendidikan. Ini antara perkara yang telah dan sedang kita bincangkan dengan KKMM untuk melihat bagaimanakah kita boleh menambah baik TV Pendidikan khususnya dalam menyediakan bahan-bahan untuk disiarkan di TV Pendidikan. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, boleh?

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ringkas sahaja berkenaan dengan home-based learning. Sekarang ini, bila sekolah sudah dibuka semula, saya difahamkan home-based learning ini tidak lagi dilakukan. Pada masa yang sama, saya dapat maklumat yang mengatakan sejumlah pelajar yang tidak hadir, ibu bapa tidak hantar anak-anak mereka ke sekolah kerana risau COVID-19 dan sebagainya tetapi bukan di kawasan red zone. Adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai data peratusan pelajar secara umum, on average, yang tidak dihantar ke sekolah sebab ibu bapa rasa risau dan sebagainya? Apakah perancangan bagi mereka yang tidak pergi ke sekolah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali, berkaitan dengan kedatangan pelajar. Berdasarkan data yang kita ada setakat ini secara umum di seluruh negara, kedatangan adalah sekitar 92 hingga 94 peratus iaitu hampir sama dengan kedatangan sewaktu sebelum COVID-19. Ada dalam kes-kes terpencil yang mana ibu bapa mengambil pendirian untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah pada peringkat awal. Akan tetapi, apabila dihubungi dengan pihak sekolah dan mereka sendiri melihat SOP yang dilaksanakan di sekolah, ramai ibu bapa mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Berkaitan dengan home-based learning ini. Sekiranya saya diberi ruang, saya jelaskan sedikit dalam konteks sekolah yang memilih atau menggunakan kaedah penggiliran. Ada sekolah yang asalnya satu sesi kekal satu sesi. Ada sekolah yang asalnya satu sesi mungkin kerana penjarakan fizikal, jadi dua sesi. Ada sekolah yang dua sesi kekal dua sesi. Namun, ada sekolah yang dua sesi diambil kira penjarakan sosial tidak dapat dilaksanakan dua sesi tetapi terpaksa melakukan penggiliran mengikut hari- hari tertentu, maka untuk sekolah-sekolah ini, home-based learning masih dilaksanakan untuk hari-hari pelajar tidak hadir ke sekolah. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat Menteri. Sedikit.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

...Inginkan saya menyentuh...

Yang Berhormat Menteri, sedikit sebelum...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Ada? Okey, silakan.

Tadi saya mendengar Yang Berhormat Menteri punya jawapan. Sejumlah 36 peratus tidak mempunyai sebarang peranti untuk pembelajaran dalam talian. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, mereka yang susah dan miskin ini dia langsung tidak ada- maksud, dia akan ketinggalan. Jadi, kita tahu bahawa kawasan yang luar bandar amat terjejas teruk dalam sistem pembelajaran yang ada. Jadi, apakah langkah kementerian kalau ia berlaku dalam keadaan yang begini? Sudah pasti mereka ini yang akan menghadapi peperiksaan dan sebagainya terus ketinggalan. Adakah mereka ini dipanggil untuk buat kelas tambahan dan sebagainya bagi merapatkan jurang yang berada di luar bandar sana?

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jempol. Pertama sekali, dalam konteks ini, kita lihat bahawa memang ramai pelajar bukan sahaja di luar bandar ya, ada kawasan di bandar yang tidak mempunyai sebarang peranti untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian ini. Oleh yang demikian, sebab itu di peringkat awal apabila dilaksanakan PKP, kita umumkan bahawa kita serahkan kepada guru apakah kaedah yang terbaik yang mereka boleh gunakan untuk berhubung dengan pelajar dan menyalurkan maklumat-maklumat pembelajaran kepada pelajar. Oleh sebab itu, saya sebut tadi bahawa ada ramai guru yang menggunakan pelbagai kaedah serahan bahan pembelajaran melalui pos, melalui PIBG dan sebagainya. Ini merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang digunakan pada waktu itu untuk mengurangkan kesan kepada pelajar-pelajar yang tidak mempunyai peranti.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Ini kerana, ia juga merupakan antara asas utama kementerian ambil dalam mengambil kira keputusan untuk membuka semula sekolah. Kita dapati ramai pelajar yang ketinggalan dan setelah berbincang dengan pihak KKMM dan pihak MKN, kita mengambil keputusan apabila keadaan selamat, maka kita buka semula sekolah bagi membolehkan pelajar-pelajar belajar secara bersemuka.

Yang Berhormat Menteri, boleh? Pasir Mas.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya hendak ucapkan terima kasih dan tahniah Yang Berhormat Menteri turun ke Tanah Merah baru-baru ini apabila berlaku kes kematian guru dan terus turun menyempurnakan pengebumian. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma, saya hendak tanya berkenaan dengan SOP pembukaan kembali sekolah. Tidakkah Yang Berhormat Menteri membuat tinjauan di bawah yang mana guru-guru amat sukar untuk mengawal pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya Darjah 1, 2, dan 3? Kalau ikutkan, memang SOP itu memang hampir tidak berjaya untuk diterapkan pada pelajar-pelajar sekolah rendah, contohnya social distancing dan sebagainya. Jadi, tidakkah di sana adanya satu kajian di peringkat kementerian, berapa peratus kah kejayaan SOP di peringkat sekolah rendah? Terima kasih.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali, berkaitan dengan SOP di sekolah. Kami di pihak KPM banyak melaksanakan tinjauan-tinjauan di sekolah. Saya sendiri banyak turun ke sekolah. Akan tetapi, secara umumnya kami dapati bahawa pelajar-pelajar khususnya di sekolah rendah dapat mengikuti SOP yang telah ditetapkan terutamanya dalam konteks penjarakan fizikal. Apabila meja-meja itu diletakkan dengan sedikit penjarakan antara satu sama lain, maka saya dapat lihat bahawa pelajar-pelajar ini kebiasaannya akan duduk di meja. Juga, penyusunan SOP sewaktu rehat sebagai contoh. Kita laksanakan dengan terperinci di mana waktu rehat dilaksanakan secara berperingkat dan pelajar-pelajar membeli makanan di kantin atau ada pihak kantin yang menghantar makanan ke dalam bilik darjah dan pelajar-pelajar makan dalam bilik darjah bagi memastikan penjarakan fizikal itu sentiasa dipatuhi. Sekiranya Yang Berhormat mempunyai maklumat tertentu, boleh sampaikan pada saya. Namun, berdasarkan penilaian yang kita buat, alhamdulillah, setakat ini pematuhannya agak baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri. Cameron Highlands.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Yang Berhormat Cameron Highlands, silakan.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, soalan saya ada dua tetapi senang sahaja. Short and sharp, direct to the point. Pertama, sebagaimana Yang Berhormat Jelebu telah nyatakan- bagi Yang Berhormat Jelebu, isu peranti. Bagi masyarakat Orang-orang Asli, bukan sahaja isu peranti, isu internet, pencapaian pun tiada. Bagaimanakah kementerian hendak menyelesaikan pendidikan anak-anak masyarakat Orang-orang Asli di pedalaman yang tidak ada akses internet langsung? Beratus dan beribu. Kedua, isu kemasukan juga. Kemasukan kepada IPTA. Zaman Barisan Nasional dahulu kemasukan bagi anak-anak Orang Asli dasar minimum requirement. Macam seumpamanya di UiTM, cukup lima kredit, masuk automatik. Adakah dasar ini masih diguna pakai? Ini kerana, kalau dalam pembangunan sesuatu masyarakat, pendidikan adalah salah buah jalan untuk mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Pohon penjelasan.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya jawab yang pertama sahaja berkaitan dengan konsep ini. Kedua itu, saya rasa ada jawapan di belakang kemudian berkaitan apa yang dibangkitkan.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Pertama sekali berkaitan dengan akses ber-internet. Sebab itu saya sebut tadi bahawa antara cabaran utama yang kami hadapi di KPM adalah apabila melihat akses internet kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar di luar bandar termasuklah pelajar Orang Asli di mana mereka tidak mempunyai akses dan terus berjauhan dengan sekolah dalam tempoh PKP tersebut.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Inilah antara pendekatan yang kita ambil dalam tempoh tersebut melihat kepada kaedah penghantaran bahan pembelajaran dan juga menggunakan TV pendidikan, menggunakan radio pendidikan dan sebagainya. Namun, untuk perancangan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang, pihak KPM sedang melihat secara menyeluruh kaedah yang terbaik bagi membolehkan sekiranya keadaan ini berlaku lagi, kita telah bersedia dengan pendekatan yang holistik bagi memastikan tidak ada pelajar ketinggalan jika berlaku lagi kes seperti ini pada masa-masa yang akan datang. Jadi, kami seperti mana yang saya jawab tadi bahawa kita sedang membuat semua kerangka khusus bagaimanakah dalam konteks pendigitalan dan juga akses internet bersama KKMM untuk melihat supaya akses ini dapat ditambah baik dan kita dapat pastikan semua pelajar mendapat satu akses yang equitable ataupun saksama. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Ahli-ahli Yang Berhormat Tenom, Rasah dan Lanang menyentuh tentang bekalan peralatan atau bahan keselamatan dan kebersihan di sekolah. Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, sekolah telah dibuka semula secara berperingkat bermula pada 24 Jun 2020. Pihak sekolah dan guru telah membuat persiapan rapi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid, guru serta kakitangan sekolah sepanjang mereka berada di sekolah. KPM menyediakan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah serta garis panduan tambahan sebagai rujukan. Setiap garis panduan yang disediakan telah mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Selain menyusun atur bilik darjah dengan mengambil kira penjarakan fizikal, persiapan penting lain menyediakan peralatan dan bahan seperti alat pengimbas suhu badan, pensanitasi tangan dan sabun pencuci tangan yang mencukupi untuk warga sekolah. Bagi tujuan tersebut, KPM telah menyalurkan peruntukan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah untuk melaksanakan proses perolehan dab perbekalan peralatan atau bahan yang diperlukan. Sehingga Julai 2020, KPM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM57.88 juta kepada JPN dan PPD. Di samping itu, pihak sekolah ada menerima sumbangan peralatan yang diperlukan daripada pelbagai pihak. KPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tenom, KPM telah menyalurkan...

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

...Peruntukan sebanyak RM6.35 juta kepada JPN Sabah bagi tujuan bekalan peralatan, bahan keselamatan dan kebersihan. Daripada jumlah tersebut, RM2.43 juta adalah untuk perbekalan alat pengimbas suhu bagi setiap sekolah di negeri Sabah. Dua paragraphs. Merujuk kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat Rasah pula, semua sekolah KPM termasuk juga sekolah di Seremban wajib mempunyai alat pengimbas suhu. Perkara ini jelas seperti mana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. Sehingga Julai 2020, KPM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.28 juta kepada JPN Negeri Sembilan bagi tujuan bekalan peralatan, bahan keselamatan dan kebersihan. Daripada jumlah tersebut, RM0.98 juta adalah untuk perbekalan alat pengimbas suhu bagi setiap sekolah di Negeri Sembilan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Lanang, berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah, pihak sekolah ada menyediakan pelitup muka di bilik isolasi. Pelitup muka akan dibekalkan pada murid bergejala semasa berada di sekolah sementara menunggu ibu bapa atau penjaga membawa mereka pulang.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang Berhormat Menteri Pendidikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, yang manakah Yang Berhormat?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Rasah minta.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Lembah Pantai.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tadi Yang Berhormat Menteri jawab Rasah punya soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat mana Yang Berhormat?

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Ringkas, ringkas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Siapakah dia?

Lembah Pantai.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Lembah Pantai, silakan.

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ringkas sahaja. Memandangkan kita tidak tentu bila masalah COVID-19 ini akan selesai, maka keperluan bagi sekolah-sekolah ini mungkin berterusan dan mungkin jumlah yang telah disampaikan RM57.88 juta mungkin belum memadai. Pertama, adakah boleh dipertimbang di pihak kerajaan untuk sama ada menyediakan sebuah tabung khas yang mana boleh ada pelepasan cukai bagi ibu bapa dan alumni menyampaikan sumbangan seperti ini untuk membantu sekolah-sekolah. Kedua, saya juga difahamkan ada beberapa Ahli Parlimen yang menyatakan mungkin instead of memakai surgical mask yang pakai buang, boleh tidak dipertimbang, dengan izin, reusable face mask? Terima kasih.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Lembah Pantai. Seperti mana yang saya sebut tadi, ramai pihak yang banyak menyumbang kepada sekolah dan KPM mengalu-alukan sumbangan tersebut. Tentang cadangan berkaitan tabung khas itu, saya ambil maklum tentang cadangan tersebut. Seterusnya berkaitan dengan reusable face mask ataupun pelitup muka yang boleh dibasuh dan diguna semula, ini antara perkara-perkara yang kita sedang berbincang dengan pelbagai pihak. Buat masa ini seperti mana yang saya sebut dalam garis panduan yang kita ada bahawa pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan, namun digalakkan untuk anak-anak kita di sekolah ya. Terima kasih atas keprihatinan tersebut. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Rasah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat...

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Yang Berhormat Rasah, silakan Yang Berhormat Rasah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

...Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan yang menyatakan bahawa sebanyak RM2.28 juta sudah disalurkan kepada JPN Negeri Sembilan dan RM0.98 juta daripadanya digunakan khas untuk menyediakan pengimbas suhu kepada sekolah-sekolah. Cuma persoalan di sini, saya tidak mempertikaikan perkara ini dan saya yakin peruntukan ini telah disalurkan kepada sekolah-sekolah di Negeri Sembilan. Cuma isunya, masih nampak banyak sekolah yang tidak cukup dan tidak kira SMK, SK, SJK(C) ataupun SJK(T), semua aliran sekolah. Dalam kebanyakan kes, sekolah dapat kurang daripada nisbah yang sepatutnya iaitu 50 orang murid sepatutnya dapat satu unit yang mana menyebabkan- saya bagi contoh beberapa buah sekolah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Katakan ia ada 500 orang murid, ia cuma dapat tiga unit sahaja yang menyebabkan murid-murid sekolah terpaksa beratur panjang pada awal pagi, pada pukul 7.00 pagi. Kalau hari itu cerah tidak apa tetapi kalau hari itu hujan, kita bayangkan macam mana keadaannya. Jadi, saya mohon kalau boleh minta Yang Berhormat Menteri Kanan supaya memantau keadaan ini dan kalau boleh disegerakan atau ditambah peruntukan khas untuk pengimbas suhu ini. Ini kerana saya rasa ini perkara asas untuk kita mematuhi semua SOP yang digariskan oleh KKM dan selaras dengan garis panduan daripada KKM sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Rasah. Ya, kami memang sentiasa memantau berkaitan dengan pengimbas suhu ini kerana ia merupakan saringan penting sebelum pelajar-pelajar masuk ke sekolah. Saya ambil maklum apa yang berlaku yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah di Parlimen Seremban dan insya- Allah saya akan beri perhatian kepada perkara ini. Namun, secara umumnya berdasarkan maklumat yang ada, sekolah-sekolah mendapat jumlah pengimbas suhu yang mencukupi bagi membolehkan pelaksanaan saringan dibuat secara efisien dan efektif. Ahli-ahli Yang Berhormat Simpang Renggam, Kangar, Pasir Mas, Machang, Jerai, Sungai Petani, Lubok Antu, Setiawangsa dan Labuan ada menyentuh beberapa perkara berkaitan guru. Yang Berhormat Simpang Renggam menyentuh mengenai cuti persekolahan untuk tahun 2020. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti mana yang saya telah maklumkan pada awal tadi, tahun ini merupakan tahun yang cukup mencabar bagi KPM. Pandemik COVID-19 merupakan satu situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi, penyelesaian untuk cabaran yang timbul sepanjang tempoh ini tentunya memerlukan pendekatan dan kaedah yang luar daripada kebiasaan. Begitu juga dalam konteks pindaan takwim persekolahan dan takwim peperiksaan. Jika kita perhatikan takwim persekolahan dan takwim peperiksaan bagi tahun-tahun sebelum ini hampir sama coraknya. Namun pendekatan untuk tahun ini amat berbeza. Di sepanjang tempoh PKP, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Namun, kami sedar terdapat kelemahan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran melalui home-based learning. Seperti mana yang saya nyatakan tadi, kaedah home-based learning sesuatu yang baharu dalam kalangan guru, murid dan ibu bapa.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Selain itu, ramai dalam kalangan murid tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian kerana akses kepada teknologi komunikasi yang terhad. Ini menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan home-based learning agak terhad berbanding kaedah secara bersemuka. Jika situasi ini berterusan, murid akan menghadapi kesukaran untuk mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti. Ini akan memberi kesan kepada minat dan motivasi murid untuk terus mengikuti pembelajaran. Hubungan murid dengan sekolah juga akan terkesan sekiranya mereka terasing daripada suasana persekolahan untuk suatu tempoh yang panjang. KPM telah meneliti secara menyeluruh untuk jangka masa sederhana dan jangka panjang bagi memastikan murid sekurang-kurangnya mencapai tahap penguasaan minimum dalam setiap mata pelajaran yang diikuti. Sehubungan dengan itu, takwim persekolahan tahun 2020 telah dipinda dengan memaksimumkan tempoh hari persekolahan dan mengurangkan cuti akhir tahun. Ini bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran secara bersemuka yang mencukupi sebagai persediaan untuk tahun berikutnya. Perancangan yang dibuat tidak boleh hanya tertumpu untuk tahun ini sahaja. Ini kerana kesan pandemik COVID-19 kepada sektor pendidikan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

Yang Berhormat Menteri, satu persoalan.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Adakah kerajaan dan kementerian bercadang memandangkan tempoh cuti telah pun dikurangkan, ia sememangnya akan meningkatkan beban guru-guru yang akan juga menerima tekanan untuk menghabiskan mata pelajaran dalam masa yang singkat. Maklumlah kementerian juga telah memberi macam-macam arahan kepada guru-guru yang akan selain daripada dibebankan dengan subjek mata pelajaran yang sedia ada, mungkin juga ada cabaran-cabaran tersendiri yang akan dihadapi di lokasi- lokasi dan tempat-tempat kawasan pedalaman. Adakah kementerian bercadang untuk meningkatkan atau memberi insentif- insentif tertentu kepada guru-guru ini disebabkan oleh beban dan juga kemungkinan komitmen yang ditambah disebabkan oleh masa-masa yang dihadkan dan mereka terpaksa menghabiskan subjek-subjek tertentu dalam kelas-kelas mereka. Terima kasih.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Jelutong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, itulah antara asas mengapa kita awalkan, kita mencari kaedah untuk mempercepatkan pembukaan semula sekolah dan juga kita pendekkan tempoh cuti bagi membolehkan sekurang-kurangnya setiap pelajar itu dapat menghabiskan syllabus yang telah ditetapkan. Jadi, tempohnya lebih panjang berbanding dengan biasa. Insya-Allah, saya dah berbincang- apabila saya turun ke sekolah berbincang dengan guru-guru, guru-guru cukup optimistik bahawa mereka akan mampu menghabiskan syllabus yang telah ditetapkan berdasarkan jadual persekolahan yang baharu. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri sikit sahaja. Saya nak...

Yang Berhormat Menteri, jadi- maafkan saya. Yang Berhormat Jempol maafkan saya. Persoalan saya adalah adakah kerajaan bercadang untuk memberikan apa-apa insentif disebabkan oleh tanggungjawab yang meningkat kepada guru-guru pada tahun ini. Terima kasih.

Saya tambah sikit sahaja, sekali jawab. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tadi saya ada bertanya soalan juga, tetapi tidak ada. Ini berkenaan dengan memendekkan cuti untuk bulan 12 akhir tahun, takwim baharu. Jadi, sebenarnya adakah pihak kementerian mengkaji daripada segi impak ekonomi negara? Kita tahu bahawa bila hujung-hujung tahun ini di mana terjejasnya pelancongan Malaysia, banyak hotel kita dan lain-lain yang membuat industri pelancongan terjejas oleh sebab COVID-19 dalam tempoh empat bulan ini tidak adapun business. Mereka mengharapkan bila bulan 12 ini cuti yang agak macam biasa, jadi mungkin ia ini boleh mendapatkan kerana ia tidak perlukan bajet apa-apa. Tidak ada bajet daripada kerajaan. Cuma cuti sekolah tersebut dibuat sebulan. Dulunya 45 hari sekarang ini sebulan. Jadi tempoh yang sebulan inilah industri pelancongan dalam negara dapat dibangunkan. Keduanya, adakah pihak kementerian memikirkan bahawa di mana yang terlibat dalam peperiksaan sahaja mungkin persekolahan ini diteruskan. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk penjelasan.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih. Pertama, saya jawab Yang Berhormat Jelutong tadi. Seperti mana yang saya sebut tadi memandangkan keadaan sekarang apabila kita panjangkan sedikit tempoh persekolahan itu, tidak ada isu berkaitan dengan penamatan syllabuses untuk tahun ini. Setakat ini, buat masa ini tidak ada sebarang cadangan berkaitan dengan sebarang insentif baharu. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Jempol tadi, berkaitan dengan cuti itu. Apabila kita keluarkan takwim berkaitan dengan cuti sekolah, takwim tersebut adalah takwim untuk tahun 2020. Kita belum keluarkan pada waktu itu takwim untuk tahun 2021 memandangkan sebelum kita keluarkan takwim untuk tahun 2021 perlu ada proses engagement dan sebagainya dilaksanakan. Izinkan saya teruskan dulu Yang Berhormat Jempol. Insya-Allah jawapannya ada dalam perenggan-perenggan berikutnya. Sepertimana yang telah saya maklumkan semasa sidang media pada 1 Julai 2020 KPM akan menyediakan takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021 dengan mengambil kira pelbagai aspek yang terkesan akibat pelaksanaan PKP. Sukacita ingin saya umumkan di Dewan yang mulia ini bahawa berdasarkan takwim tahun 2021 yang telah dimuktamadkan pembukaan penggal pertama persekolahan untuk tahun 2021 bagi semua sekolah di seluruh negara ditetapkan pada hari Rabu, 20 Januari 2021. Jadi, berdasarkan tarikh baru ini kita buka jauh lebih lewat daripada biasa.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Maknanya cuti tahun 2020 akan terus sehingga 20 Januari 2021 Yang Berhormat. Terima kasih. Silakan Simpang Renggam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, silakan.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Yang Berhormat Menteri dan juga KPM, pegawai-pegawai KPM yang telah sudi mendengar suara hati para guru, ibu bapa yang telah saya bawa beberapa minggu yang lalu. Itu juga merupakan suara hati daripada NUTP. Walaupun cuti dipendekkan tahun ini tetapi dilanjutkan pada tahun hadapan dengan pembukaannya yang agak lewat sekali lagi ingin saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih KPM.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam.

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Ini yang saya ingin mengambil ruang untuk jelaskan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa...

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Sedikit, sedikit. Bahawa apabila kami di KPM membuat perancangan, kita perlu melihat perancangan dalam konteks COVID-19 ini lebih daripada setahun. Kita memerlukan lebih daripada setahun untuk normalize, dengan izin, keadaan yang berlaku. Oleh sebab itu apabila saya umumkan cuti dipendekkan memang kita merancang bahawa persekolahan pada tahun 2021 perlu dilewatkan kerana peperiksaan kita lewatkan- dan peperiksaan SPM kita lewatkan. Akan tetapi penyusunan itu telah ada namun tidak boleh diumumkan lebih awal kerana terdapat proses-proses tatacara yang perlu dilalui dan dilaksanakan. Oleh sebab itu apabila banyak keluhan yang mengatakan bahawa kami tidak mengambil kira keadaan guru, pelajar dan sebagainya kami mengambil pendirian bahawa biarlah kita siapkan proses tatacara itu bagi memastikan semua proses ini berjalan dengan baik dan lancar dan sesi persekolahan tahun ini dapat ditamatkan dengan baik. Antara cabaran yang kita hadapi kita risau kalau tahun ini pelajar-pelajar tidak dapat menguasai tahap minimum, masuk tahun hadapan ke sekolah mula bulan satu, bulan dua dan pelajar ini jika tidak dapat memahami apa yang dipelajari pada tahun sebelumnya, masuk bulan ketiga- sebagai pensyarah saya faham bahawa pelajar-pelajar ini mungkin akan hilang motivasi untuk terus belajar kerana mereka merasakan bahawa mereka telah banyak ketinggalan. Oleh sebab itu saya mohon jasa baik semua pihak berilah kepercayaan kepada KPM. Insya-Allah kita akan laksanakan yang terbaik bagi memastikan pelajar-pelajar, anak-anak kita dapat yang terbaik.

Yang Berhormat Menteri, saya teliti jawapan yang diberikan. Memang cukup rapi dan cukup meyakinkan pengulasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri terutama yang berkaitan dengan cara untuk menangani pembelajaran semasa COVID-19. Cuma saya risau di sini kita lihat kerajaan disebabkan oleh COVID-19 telah mengemukakan dan mengumumkan beberapa insentif kepada semua lapisan masyarakat. Cuma, saya memerlukan kementerian membela nasib guru-guru yang menghadapi kekangan tertentu, kekangan sendiri ketika masalah ini dihadapi terutamanya bila kita mengurangkan tempoh cuti sekolah.

Jadi, saya cuma ingin meminta kepada Yang Berhormat Menteri membawa kepada Jemaah Kabinet supaya masalah guru ini juga diberi perhatian dan kalau boleh sedikit sebanyak insentif diberikan kepada para guru supaya bakti dan sumbangan mereka juga dapat kita rasakan dan kita berikan penghargaan sedikit sebanyak. Ini permintaan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Pertama sekali, saya ingin betulkan ya. Cuti sekolah jika kita lihat, seperti mana yang saya sebut, mengambil kira keseluruhan Takwim 2021, insya-Allah, cuti sekolah akan di-normalize- kan. Yang mana kita hilang, kita akan cuba rekrut balik sedikit sebanyak pada tahun yang akan datang. Itu yang saya sebutkan tadi.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Berkaitan kebajikan guru, seperti mana juga Ahli Yang Berhormat Jelutong, kami di kementerian lebih-lebih lagi cukup memberi keutamaan kepada kebajikan guru- guru. Insya-Allah, saya selalu sebut bahawa kita akan sentiasa memberikan yang terbaik dalam konteks bukan saja COVID-19 tetapi sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab kepada lebih ‘500’ orang guru, kita memahami keperluan kebajikan guru-guru. Seterusnya Yang Berhormat Kangar menyentuh tentang tempoh cuti belajar...

Yang Berhormat Menteri, maafkan saya. Jumlah yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri ialah seramai 500 orang guru. Seluruh negara? You said seramai 500 orang just now? Kementerian...

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Seramai 500 ribu. Sorry, sorry.

Terima kasih, terima kasih.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Okey, saya sebut seramai 500 orang guru. Seramai 500 ribu orang guru di seluruh negara. Betulkan ya. Seramai 500 ribu orang guru. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Kangar menyentuh tentang tempoh cuti belajar yang tamat semasa PKP bagi guru yang sedang menyambung pengajian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menerima sebanyak 256 permohonan perlanjutan penajaan pengajian bagi peringkat Sarjana dan Kedoktoran akibat daripada pelaksanaan PKP. Dalam menimbang permohonan tersebut, KPM membuat penelitian ke atas laporan kemajuan, carta gantt pengajian dan ulasan penyelia universiti masing-masing. Sehingga 28 Julai 2020, sebanyak 170 permohonan telah diluluskan iaitu sebanyak 93 permohonan untuk peringkat Sarjana dan sebanyak 77 permohonan untuk peringkat Kedoktoran. Mengambil kira implikasi pelaksanaan PKP, KPM telah meluluskan perlanjutan penajaan ini untuk tempoh antara satu bulan hingga enam bulan tertakluk kepada situasi pengajian pemohon. Baki sebanyak 86 permohonan tidak dapat dipertimbangkan kerana pihak KPM tidak menerima ulasan lanjut daripada penyelia kepada pemohon. Yang Berhormat Pasir Mas pula menyentuh berkaitan pertukaran guru melalui Modul eGTukar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan pertukaran guru dibuka sekali setiap tahun melalui aplikasi atas talian eGTukar. Permohonan ini adalah bagi dua sesi pertukaran iaitu bulan Jun tahun semasa dan bulan Januari tahun berikutnya. Bermula pada tahun 2017, beberapa penambahbaikan terhadap aplikasi eGTukar telah dilaksanakan bagi memastikan permohonan dan kelulusan pertukaran guru berjalan dengan lebih lancar. Antara penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk, satu, sistem traffic light, dengan izin, untuk memaklumkan kepada pemohon mengenai kekosongan perjawatan dan opsyen berdasarkan keperluan guru di peringkat negeri dan daerah yang dimohon. Kedua, kaedah pertukaran guru secara padanan keperluan opsyen melalui modul eGTukar. Dengan kaedah ini, permohonan akan dipadankan secara automatik bagi membolehkan pihak KPM membuat penilaian selanjutnya. Ketiga, tawaran pertukaran pasangan guru ke negeri yang mempunyai kekosongan. Sebagai contoh, seorang guru, Cikgu Jamil yang berkhidmat di negeri Johor mempunyai pasangan yang juga seorang guru di negeri Kelantan dan memohon pertukaran ke negeri Kelantan. Kedua-dua orang guru, Cikgu Jamil dan pasangannya ini boleh ditawarkan untuk berkhidmat, sebagai contoh, di negeri Pahang. Ini adalah kerana ada kekosongan di negeri Pahang tetapi tiada kekosongan di negeri Kelantan. Seterusnya Yang Berhormat Machang membangkitkan tentang kekurangan guru di kawasan luar bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengisian guru di KPM adalah seramai 418,140 orang bersamaan sebanyak 97 peratus daripada jumlah perjawatan keseluruhan guru seramai 430,771 orang. Daripada jumlah ini, pengisian guru di kawasan bandar adalah seramai 208,230 orang mewakili sebanyak 49.8 peratus dan di kawasan luar bandar pengisian guru adalah seramai 209,910 orang mewakili sebanyak 50.2 peratus. KPM sentiasa memberi perhatian kepada setiap sekolah di bawah kelolaan KPM bagi memastikan mereka mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan sentiasa mengambil tindakan yang bersesuaian sekiranya wujud kekosongan yang kritikal. Urusan pengisian sentiasa dilaksanakan oleh KPM dari semasa ke semasa.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Yang Berhormat Jerai pula...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Minta penjelasan tentang kekurangan guru. Boleh?

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Silakan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Saya rasa kekurangan guru ini satu isu yang serius. Saya percaya bahawa kita mengalami kekurangan guru di SMK, SK dan juga SJK(C). Jumlahnya untuk SMK adalah melebihi beberapa ribu orang, saya percaya mungkin melebihi seramai 4,000 orang. Mintalah penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. SK sama. Dan SJK(C) lebih kurang 1,000 orang. Jadi, pada zaman PH, kita sebenarnya merancang supaya pada tahun ini ada pengambilan guru interim untuk kali kedua untuk tahun ini. Akan tetapi, pagi tadi, menurut jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan II, menyebutkan bahawa guru kontrak hanya akan ditawarkan mungkin pada tahun hadapan. Jadi, saya minta satu penjelasan, sama ada memang untuk tahun ini tiada pengambilan untuk guru interim lagi untuk mengatasi isu kekurangan guru ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri...

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Izinkan saya menjawab secara bertulis soalan yang lebih spesifik ya. So, jawapannya lebih tepat.

Yang Berhormat Menteri...

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Silakan.

Machang, Machang.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat Machang.

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut kenyataan Yang Berhormat Menteri sekejap tadi mengatakan bahawasanya 50 peratus lebih kurang guru- guru yang ditempatkan di luar bandar dan 50 peratus lagi di kawasan bandar. Jumlah sekolah dan jumlah murid di kawasan bandar dengan jumlah sekolah dan jumlah murid di kawasan luar bandar. Sebab apa yang kita terima aduan daripada ibu bapa di kawasan luar bandar iaitu masih banyak terdapat masalah kekurangan guru di luar bandar. Contoh, Yang Berhormat Menteri, seorang guru yang terpaksa mengajar banyak subjek sedangkan dia- contohnya, khusus dalam Bahasa Malaysia tetapi guru Bahasa Malaysia terpaksa mengajar dalam Bahasa Inggeris kerana kekurangan guru Bahasa Inggeris. Di situ, kalau boleh Yang Berhormat Menteri, boleh bagi sedikit penjelasan.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Berkaitan dengan kekurangan guru Bahasa Inggeris, ini merupakan satu perkara yang agak diberi penekanan oleh KPM khususnya di negeri Kelantan yang kita sedar bahawa di negeri- negeri tertentu, memang terdapat kekurangan guru bagi opsyen-opsyen tertentu. Di negeri Kelantan memang jelas terdapat kekurangan guru bagi opsyen Bahasa Inggeris dan inilah pihak kementerian sedang meneliti apakah kaedah yang terbaik untuk kita pastikan bahawa sekolah mendapat guru-guru yang diperlukan. Terima kasih. Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi kah? Sebab panjang lagi rasa.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Panjang lagi. Ada 40 muka surat lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya minta Yang Berhormat beri jawapan bertulislah sebab arahan daripada Tuan Yang di-Pertua hanya 45 minit bagi setiap kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, soalan spesifik ini tentang sekolah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Last ya, Yang Berhormat, last.

Tentang Sekolah St. Teresa Serian. Sekolah St. Teresa Serian, sedih. Minggu lepas saya telah mengadakan perbincangan dengan PPD kerana Sekolah St. Teresa Serian, sekolah kebangsaan iaitu sekolah yang tertua di negeri Sarawak iaitu berusia 87 tahun umurnya. Sejak pertengahan tahun ini, pentadbiran- ertinya operasi sekolah- Sekolah St. Teresa Serian telah pun tutup. Sekolah belum tutup tadi tetapi operasinya tutup. Kita tahu Jabatan Kerja Raya telah certified sekolah ini iaitu bangunan- bangunannya tidak selamat untuk diduduki. Kita faham. Akan tetapi, sejak pertengahan tahun ini, daripada guru besarnya, guru-gurunya, staf sokongan dan pelajar-pelajar atau murid-murid di sekolah itu telah dipindahkan ke beberapa buah sekolah rendah di sekitar bandar Serian.

Jadi, soalan saya, apa yang kita perlu buat supaya satu, nama sekolah SK St. Teresa Serian ini dapat dikekalkan? Kedua, supaya murid-murid atau pelajar-pelajar dari sekolah ini yang ditempatkan di sekolah-sekolah di sekitar bandar Serian yang sudah pun sesak dengan murid-muridnya sendiri boleh diselamatkan. Sebenarnya kita telah mengenal pasti sebuah bangunan di pekan Serian yang boleh digunakan, disewa sementara kita mendirikan bangunan baharu. Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan sebenarnya- terima kasih kepada kerajaan, telah pun bersetuju untuk mendirikan sebuah sekolah rendah baharu di bandar Serian dan nama yang telah disebutkan untuk sekolah ini dinamakan adalah SK Sri Sadong. Yang Berhormat Menteri, saya minta kerana nama SK St. Teresa Serian ini begitu bermakna bagi kita. Saya sendiri, product of SK St. Teresa Serian, saya tidak mahu nama sekolah SK St. Teresa Serian ini dipupuskan, dipupuskan begitu sahaja. Saya mahu SK St. Teresa Serian ini dikekalkan dan mengapa tidak sekolah yang bakal dinamakan SK Sri Sadong ini namakan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, soalan, bukan ceramah Yang Berhormat.

Ya, tak apa because this is very important.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya tahu. Semua penting Yang Berhormat.

Ya, okey. So, saya minta supaya nama...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat.

SK Sri Sadong ini namakannya sebagai SK St. Teresa Serian. Itu sahaja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Menteri, yang terakhir.

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Ada, ada, ada. Sedikit sahaja. Penting, sedikit. Sedikit, sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Perkara yang sama?

Tak, tak. Perkara sama juga, tetapi ini sekolah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Pendek sahaja ya.

Pendek, pendek. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua perkara yang saya telah pun bangkit dalam ucapan saya. Satu ialah kurikulum di dalam sekolah untuk kita ada satu kaedah baharu untuk cara macam mana kita hendak tukar kurikulum yang ada. Satu yang saya minta ialah subjek Moral itu tukar kepada subjek Alam Sekitar dalam ucapan saya. Jawapan itu saya nak ada. Nombor dua, di dalam semua kementerian, kementerian yang ada tanah yang lebih di bawah FLC ialah Kementerian Pendidikan. Akan tetapi ada beberapa buah kawasan tertentu di dalam negara kita tak cukup sekolah.

Guru is another matter, tetapi sekolahnya, tak cukup sekolah. Sekarang ada sekolah-sekolah di dalam kawasan muridnya lebih dari 2,400 di dalam sebuah sekolah. Sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah, tetapi tiada pembinaan sekolah baharu di dalam kawasan. So, saya minta Kementerian Pendidikan untuk melihat dan kaji kawasan- kawasan tertentu ini mesti dibangunkan sekolah-sekolah baharu untuk kita mudahkan isu administratif di dalam sekolah itu. Ini salah satu perkara yang penting untuk Menteri lihat di dalam. Thank you. Thank you Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Soalan terakhir Menteri, boleh? Soalan spesifik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Soalan spesifik, boleh ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tak boleh Yang Berhormat. Saya nak selesaikan...

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Menteri bagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ada lagi dua kementerian Yang Berhormat.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Last, last, boleh? Tolonglah...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Saya dah last dah dua kali dah. Tak apa Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh bincang dengan Menteri kemudian. Silakan Yang Berhormat Menteri. Last.

[Ketawa] Tulis, tulis, tulis, tulis, tulis.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih. Seperti mana saya dimaklumkan pada poin Tuan Yang di-Pertua tadi, saya masih ada sekitar 40 muka surat untuk menjelaskan. Perkara-perkara yang dibangkitkan ini ada dalam jawapan saya dan saya akan berikan secara bertulis. Cuma saya sentuh sedikit apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Serian tadi kerana perkara ini saya telah jawab secara bertulis pada 3 Ogos 2020. Apa yang sebenarnya berlaku pihak pengurusan sekolah, LPS sekolah telah menghantar surat kepada Pengarah Pendidikan Sarawak pada 13 Julai 2009 untuk mengambil alih tapak Sekolah Kebangsaan St. Teresa Serian. Cadangan ini dikemukakan setelah pihak jurutera bahagian Serian mengesahkan bahawa bangunan sekolah tersebut tidak selamat untuk digunakan. Jabatan Pendidikan Sarawak telah melaksanakan tindakan penyuraian murid ke sekolah berhampiran setelah mengambil kira persetujuan ibu bapa. Perkara ini saya dah jawab dan saya ingin sentuh berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Sri Sadong itu. Sekolah ini bukannya untuk menggantikan SK St. Teresa Serian, ia merupakan sekolah berdasarkan kajian keperluan yang dibuat oleh pihak KPM untuk kawasan-kawasan yang sekitarnya. Jadi, seterusnya untuk menjawab ringkas Ahli Yang Berhormat Kuala Langat, berkaitan dengan alam sekitar dan sebagainya, ini merupakan satu pendekatan yang diberi penekanan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam memastikan anak-anak kita, generasi akan datang akan memberi perhatian kepada kelestarian alam sekitar. Seterusnya, berkaitan dengan pembangunan semula sekolah. Saya juga sedar bahawa ada sekolah yang pelajarnya terlalu ramai dan sekolah-sekolah ini dalam konteks COVID-19 ini merupakan sekolah-sekolah yang perlu melaksanakan Model Penggiliran, dah tak muat sangat. Perlu dilaksanakan Model Penggiliran berbanding dengan sekolah-sekolah lain. Oleh yang demikian, pihak kementerian sentiasa memberi perhatian dan akan melihat apakah kaedah yang terbaik untuk mengambil kira dan menyelesaikan isu ini dalam keadaan yang lebih baik dan lebih cepat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih.

Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PN

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa setakat ini sahaja penggulungan saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekarang ini saya ingin menjemput Kementerian Pengangkutan. Silakan Yang Berhormat, 45 minit Yang Berhormat.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan 17 Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini yang membahaskan isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Berikutnya akan saya cerakinkan mengikut sektor, didahului dengan sektor pengangkutan darat, pengangkutan udara, maritim dan juga pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Kuala Krai telah membangkitkan mengenai insiden kemalangan jalan raya disebabkan oleh pemandu mabuk. Seperti mana yang kita sedia maklum, Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 telah dibentangkan pada mesyuarat kali ini. Fokus utama pindaan adalah untuk meningkatkan hukuman kepada pesalah yang memandu kenderaan dengan cuai, melulu serta di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Selain itu, pindaan kali ini juga akan meminda kadar kandungan alkohol dalam darah yang dibenarkan mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berkenaan dengan pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan, perkara ini adalah di luar bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Namun, undang-undang sedia ada telah pun memperuntukkan bagi membolehkan perkara ini dilakukan. Keluarga mangsa boleh memulakan tuntutan sivil terhadap pemandu mengikut Akta Undang-undang Sivil 1956. Selain itu, berhubung dengan bayaran khas atau pampasan kepada mangsa, seksyen 426 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] memperuntukkan bahawa mahkamah yang membicarakan seseorang tertuduh boleh atas permohonan pendakwa raya memerintah agar orang tertuduh yang telah disabitkan itu membayar pampasan kepada mangsa yang terjejas akibat daripada kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Pasir Salak telah membangkitkan mengenai perkembangan projek infrastruktur pengangkutan awam untuk rakyat seperti projek MRT2, ECRL, RTS Link, LRT3 dan HSR. Kementerian Pengangkutan sentiasa memantau dengan rapi pelaksanaan projek-projek infrastruktur pengangkutan sedia ada seperti MRT2, LRT3 supaya ia dapat disiapkan dalam masa yang dirancang. Untuk makluman, projek MRT2 iaitu MRT laluan Putrajaya telah dimulakan pada 7 Oktober 2015 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2023. Setakat Julai 2020, status kemajuan projek MRT2 ini adalah sekitar 75.4 peratus. Manakala bagi projek LRT3 pula, projek ini telah dimulakan pada 7 November 2015 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2024. Status kemajuan projek LRT3 sehingga Julai 2020 sebanyak 33.1 peratus. Berkenaan dengan RTS Link, dimaklumkan bahawa majlis pemeteraian perjanjian telah diadakan di Tambak Johor pada 30 Julai yang lalu. Pembinaan RTS Link ini dijangka akan bermula sejurus selepas kelulusan yang sewajarnya diperoleh iaitu pada Januari 2021 dan dijangka akan mula beroperasi pada penghujung tahun 2026. Pembinaan RTS Link ini akan berjalan dalam dua fasa iaitu dari tahun 2021 hingga hujung tahun 2024 untuk fasa pembangunan struktur dan sivil, manakala dari tahun 2025 hingga hujung tahun 2026 merupakan fasa pentauliahan dan juga pengujian sistem.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Berkenaan dengan projek high-speed rail (HSR), pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek ini. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melantik Yang Berhormat Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mengetuai rundingan dengan kerajaan Singapura. Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Rompin juga membangkitkan mengenai jajaran projek ECRL yang telah diputuskan oleh kerajaan. Projek ECRL telah dikenal pasti sebagai salah satu projek mega yang harus disegerakan pelaksanaannya melalui pakej stimulus yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Mac 2020. Kegiatan ekonomi yang dijana oleh projek ECRL diharapkan dapat merangsang kegiatan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan baru untuk penduduk di Pantai Timur yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Jajaran projek ECRL yang telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: (i) seksyen A, Kota Bharu hingga Dungun; (ii) seksyen B, Dungun ke Mentakab; dan

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

(iii) seksyen C, Mentakab ke Pelabuhan Klang. Pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL), sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan sebagai pemilik projek ECRL telah mendapat kelulusan muktamad skim kereta api bagi seksyen A dan seksyen B. Selain itu kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) ataupun dan Kajian Impak Warisan (HIA) telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan. Laporan Kajian Impak Sosial (SIA) juga telah siap dan diserahkan untuk kelulusan bagi kedua-dua seksyen ini. Bagi seksyen C iaitu jajaran Mentakab ke Pelabuhan Klang, kerajaan sedang dalam proses memuktamadkan jajaran ini. Proses ini perlu dijalankan dengan kerajaan, mengambil kira beberapa faktor penting seperti viability projek, kesalinghubungan rail dan juga kewangan sebelum kelulusan diberikan bagi jajaran ini. Berhubung dengan persoalan adakah projek ECRL ini akan dapat memberi faedah kepada penduduk FELDA. Kementerian Pengangkutan amat prihatin terhadap pembangunan ekonomi luar bandar dan akan memastikan kelestarian sesuatu projek agar manfaatnya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan sedang meneliti jajaran projek ECRL bukan sahaja daripada aspek perkhidmatan penumpang malah lebih penting ialah aspek logistik agar ketersambungannya bakal memberi impak besar kepada jaringan logistik kebangsaan. Selaras dengan visi asalnya untuk menjadikan jajaran pengangkutan kargo dan jajaran ECRL ini bakal menjadi pemangkin pembangunan negara secara umum. Seterusnya status projek Klang Valley Double Track (KVDT 1 & 2)...

Tuan Yang di-Pertua, adakah bermakna kerajaan belum memuktamadkan lagi jajaran sama ada jajaran asal atau jajaran yang dicadangkan oleh PH sebelum ini? Kita berpandangan bahawa jajaran asal seperti yang dikatakan oleh Menteri soal kargo, soal port to port, soal pertumbuhan kawasan Mentakab, Temerloh dan Karak supaya pelabuhan darat akan terbina di kawasan ini. Menjadi satu perkiraan yang sangat penting yang harus mendapat perhatian daripada kementerian. Saya berharap kementerian akan memutuskan secara profesional demi pertumbuhan ekonomi negara, bukan satu keputusan politik yang tidak menguntungkan negara. Jadi jajaran lama satu keputusan yang tepat yang harus diberi pertimbangan oleh Kementerian Pengangkutan. Bagaimanakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tuan Yang di- Pertua...

Yang Berhormat Menteri, perkara yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kejap. Yang Berhormat Menteri hendak jawab kah, hendak kumpulkan soalan?

Ya, saya pun ada soalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Kumpulkan soalan. Silakan.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Cameron Highlands ada soalan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan ECRL juga. Soalan saya berkenaan dengan jajaran juga, sama ada akan digunakan jajaran lama atau jajaran baru seperti yang dicadangkan oleh PH. Ini kerana jajaran yang lama itu melibatkan impak kepada alam sekitar. Jadi seperti Yang Berhormat Rompin tadi kata hendak kekalkan tetapi pada pandangan saya ia akan ada impak kepada alam sekitar. Kita mahukan connectivity itu tetapi not at the expense dengan izin Tuan Yang di-Pertua, alam sekitar. Terima kasih.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, berkaitan Ledang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Menteri, sekejap.

Saya ingat saya jawab dari Pahang dululah, okey. Yang Berhormat Cameron Highlands sama.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Saya ada satu soalan, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jawab.

Saya jawab ini dulu ya. Untuk makluman Dewan yang mulia. Pagi tadi saya telah menjawab, jajaran C ini kita tidak akan melengah- lengahkan. Malahan dalam proses perbincangan dengan Kerajaan Negeri Selangor juga dan kita telah membuat pembentangan kepada EPU, kepada UPEN negeri dan akan masuk dalam SPC dalam minggu ini juga. Kita berbincang, kita bermusyawarah, kita akan tentukan apa yang terbaik untuk negeri dan kita melihat ini secara profesional. Saya boleh beri jaminan kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat, kita kena melihat isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan tadi, memang betul. Sebelum itu ramai yang ada keraguan apakah projek ini akan menyebabkan warisan kita ataupun pemelihara warisan ini akan terjejas. Jawapannya ialah dengan adanya formula atau penyelesaian yang dapat kita mengelak kawasan daripada kita hendak merosakkan Permatang Kuarza itu, apatah lagi kalau kita ada satu opsyen yang lebih baik tidak menyentuh pun warisan itu saya rasa sesuatu yang boleh kita cadangkan kepada kerajaan negeri dan itu pun telah kita lakukan untuk makluman Yang Berhormat. Kedua, Empangan Batu. Ini satu isu di mana jaraknya dan kita telah membuat pembentangan kepada pihak penguasa negeri juga, kita bincang. Kalau ikut jajaran itu mungkin kita kena elak sebab apa, kita mahu menjaga alam sekitar. Sebab itulah kita ada engineering solution dalam soal ini dan kita tidak merosakkan alam sekitar. Dua perkara yang menjadi keraguan ataupun sesuatu yang tidak menyenangkan kerajaan negeri kita ambil maklum. Kita sediakan maklumat dan juga solution yang ada kepada kerajaan negeri. Kita sama-sama berunding supaya satu perkara yang boleh kita capai kata sepakat dan akhirnya atas kepentingan rakyat kita lakukan yang terbaik untuk menyambungkan mereka dari Pantai Timur ke Pantai Barat. Kesinambungan dengan pelabuhan-pelabuhan ini, saya beri jaminan apa yang penting ialah pelabuhan Klang di mana ada North Port, West Port. Pelabuhan Kuantan kita ada Kemaman Port, kesemua ini akan kita gabungkan sekali melalui ECRL. Itu yang kita hendak lakukan. Jadi jajaran itu kita kena lihat, dua perkara Yang Berhormat Kuantan sebut daripada segi alam sekitar. Kita juga membincangkan soal perkampungan Orang Asli. Kalau ikut jajaran masa PH, ada empat buah kampung Orang Asli. Untuk asalnya ada satu dan ini juga kita perlu selesaikan dengan baik dan begitu juga Social Impact Assessment. Pengambilan balik tanah, kesemua ini kita bincang dan dalam tempoh terdekat akan ada satu mesyuarat lagi yang dihadiri oleh Menteri-menteri Besar dan juga ahli-ahlinya di bawah Majlis Perancang Fizikal Negara dan kita akan muktamadkan dalam tempoh terdekat. Kita akan buat satu keputusan secara profesional, MOT akan memberi pandangan, berbincang dengan semua pihak dan ini yang terbaik untuk kita hendak memajukan Pantai Timur bersama-sama dengan apa yang perlu kita lakukan ialah pastikan projek ini satu projek yang viable. Jadi ini jawapan saya tentang ECRL dan saya boleh memaklumkan kepada Yang Berhormat dari semasa ke semasa tentang perkembangan terbaru. Berikut saya akan teruskan kepada...

Yang Berhormat Menteri, boleh saya soal Ledang? Ledang di sini.

Yang Berhormat Cameron Highlands.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Cameron, Tuan Yang di-Pertua. Saya amat setuju dengan apa yang telah dikatakan Yang Berhormat Menteri tadi untuk pindaan undang-undang, dengan izin, it will be deterrent. One perspective yang kita kena lihat adalah compliance, sama ada rakyat kita mampu dan kemudahan yang kita beri kepada mereka untuk compliance ini dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Cameron Highlands tempat yang terdekat untuk JPJ mengadakan test untuk mendapatkan lesen yang terdekat Ipoh lebih kurang hampir 100 kilometer, lagi satu di Kuala Lipis lebih kurang 100 kilometer. Jadi saya sarankan moga diadakan pusat untuk mengambil lesen ini kerana lesen dengan insurans ada kaitan.

Yang Berhormat Cameron Highlands kebetulan sebentar tadi saya berjumpa dengan Pengarah JPJ Perak. Kita membincangkan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Susah sangat untuk Orang Asli hendak keluar. Jadi kita akan memudahkan, kalau JPJ Pahang boleh membantu kalau tidak pun kita akan menggunakan perkhidmatan daripada sebelah Perak.

Jadi itu yang tadi baru kita berbincang, lebih kurang tiga jam yang lalu dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat dan saya sudah arahkan Ketua Pengarah untuk lakukan yang terbaik untuk masyarakat Orang Asli di sana. Saya terusnya dengan projek KVDT 1 dan KVDT 2.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya sebut tentang ECRL tadi? Ada kaitan dengan ECRL. Terima kasih.

Yes, ya.

Ya saya sambut baik tadi saranan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kepentingan yang dilihat supaya ECRL ini mendapat manfaat kebaikan dan keseluruhannya untuk rakyat terutamanya daripada segi manfaat ekonomi.

Cuma, saya hendak dengar juga penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kos. Ini kerana, yang saya difahamkan kos asal bagi ECRL ini RM44 bilion ataupun RM64 juta per kilometer. Itu yang telah pun dibuat di bawah Pakatan Harapan. Sedangkan pada original dulu, yang asalnya kos ini adalah sebanyak RM65.5 bilion ataupun sejumlah RM95 juta per kilometer. Pada masa yang sama, kita juga dimaklumkan pada masa dahulu bahawa kos ini sebenarnya RM81 juta jika kita ambil kira perbelanjaan daripada segi faedah dan juga pinjaman-pinjaman yang terpaksa diambil untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan. Justeru, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah pertimbangan yang diambil oleh pihak kerajaan daripada segi kos yang terlibat? Ini kerana, dibimbangi kos ini akan meningkat kembali, pada masa keadaan di mana kita menghadapi ekonomi yang meleset, di samping kita juga menghadapi COVID dan kita memerlukan jumlah wang yang besar untuk memulihkan ekonomi. Adakah pertimbangan kos ini diambil kira juga- walaupun saya faham ada return on investment, ada economic benefits, dengan izin, dan lain-lain tetapi saya harap ia jadi pertimbangan di bawah pihak kerajaan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tanggung. Pertanyaan yang saya tunggu-tunggukan kerana saya berhajat untuk terangkan selepas itu. Akan tetapi, Yang Berhormat, tanya. Tidak ada masalah. Saya tidak mahu ada orang membuat salah tafsiran bahawa kononnya apabila kita balik perjanjian asal, maka kosnya akan meningkat sehingga RM21 bilion sebagai tambahan. Ini tidak benar. Saya ingin berikan sedikit penerangan apa yang berlaku. Dalam Pakej A dan Pakej B- saya bagi contoh. Kalau dari Kota Bharu ke Dungun, apa yang kita lakukan jajaran dahulu iaitu zaman BN, yang mana kita buat di sebelah persisiran pantai. Akan tetapi, apabila PH mengambil alih, dianjak ke depan ke kawasan yang lebih dalam iaitu di kawasan yang tanah dimiliki oleh kerajaan. Bermaksud, kita tidak perlu melakukan pengukuran tanah. Soil consolidation tidak payah, enforcement tidak payah. Jadi, dengan cara ini, skop itu telah dikurangkan dengan dianjak ke depan. Ya, betul, daripada segi kesalinghubungan itu mungkin ada orang kata jauh sikit tidak apa. Akan tetapi, sudah kita boleh buat reduction in terms of scope of works sebanyak RM4 bilion kerana kita tidak masuk skop itu, kita tidak payah buat skop-skop itu, kita buang. Bermaksud tidak payah belanja duit itu. Pada waktu yang sama juga, kalau kita lihat elemen asal yang mana ada double track formation, ini jumlahnya RM10.5 bilion. Saya boleh hafal. Akan tetapi, apabila Tun Daim Zainuddin ke China, apa yang dibuat ialah RM10.5 bilion itu dikurangkan dan secara provisional yang RM44 bilion yang Tun Daim Zainuddin umum itu, belum lagi mengambil kira RM2.379 bilion sebagai provisional sum. Ini untuk apa? Wang RM2.789 bilion itu adalah untuk sebahagian daripada double track formation. Ini bermaksud apa? Kalau dahulu dua buah laluan, sekarang jadi satu. Bila sampai 20 buah stesen itu, dia akan buat loop system. Maka, pengurangan skop itu menyebabkan kita boleh tidak belanjakan RM8 bilion itu. Akan tetapi, untuk jangka panjang kalau dibuat, kita kena gunakan kos itu. Akan tetapi, kita gunakan pendekatan ini. Apabila sudah bincang macam itu, tidak apa, kita buat satu, kita buat loop system. Dengan cara ini, kalau jajaran asal kita hendak balik ke jajaran asal, kita gunakan pengurangan skop ini, pendekatan yang sama.

Akhirnya kita akan menggunakan sebuah pakej mengikut kemampuan kita dan ia jauh daripada apa yang ditetapkan kerana pengurangan scope of works. Itu yang saya hendak terangkan kerajaan buat. Satu lagi kalau kita sebut- tadi saya dengar Yang Berhormat kata RM44 bilion. Itu belum tambah lagi RM2.389 bilion itu untuk provisional sum untuk double track. Satu lagi, iaitu RM1 bilion untuk dibelanjakan- untuk apa? Dia kena buat apa? Dia kena abandonment cost kerana kita tidak ikut jajaran asal. Itu kena juga. Kalau kita masukkan double track formation mengikut formula PH dan ada lagi jajaran selatan itu mengambil kos RM2.379 bilion kerana lebih panjang, jadi itu juga provisional cost yang dimasukkan. Jadi, apabila kita sebut tentang perkara ini, kita kena tengok setiap satu berapa. Akhirnya kita akan lakukan mengikut kemampuan kita, beberapa buah pakej yang ada dan gunakan itu sebaiknya untuk selesaikan masalah. Apa yang menjadi masalah utama sekarang- saya terangkan pada Dewan yang mulia ini, kita tidak selesai masalah Serendah. Serendah-Port Klang Rail Bypass ini telah disebut lima kali oleh mantan-mantan Menteri Pengangkutan dan memang ada keperluan mendesak untuk buat, kenapakah? Semua kargo dari utara bila sampai Serendah kena masuk ke Kuala Lumpur melalui KL Sentral. Semua barang-barang kimia melalui KL Sentral baru sampai Pelabuhan Klang. Itu membazir masa selama satu jam 40 minit. Maka formula asal apabila sampai Mentakab ke Bentong, Bentong ke ITT Gombak, dari Gombak terus ke Serendah, kita akan buat dua track. Meter gauge turun satu, satu lagi standard gauge kedua-dua selari sampai ke pelabuhan. Itu kita dapat sekali gus menyelesaikan masalah di situ. Juga ini demi kebaikan. Jadi, selepas itu Klang Valley Double Track kita boleh tambah frekuensi kita kerana pengangkutan kargo ini yang menyebabkan banyak lagi passengers kita tidak boleh bawa. Oleh sebab itulah saya kata, kita daripada segi kos itu, ia adalah sebahagian daripada pakej lama. Jadi, apabila kita melalui selatan, apa yang menjadi masalah sekarang ialah kita electrify dari Kota Bharu sampai Dungun, Dungun sampai Mentakab bila sampai jajaran selatan, sampai Jenjarum kita kena berhenti electrifying. Selepas itu kena gunakan diesel unit dan tukar locomotive, potong Pulau Carey sampailah Pelabuhan Barat. Itu yang juga masalah. Kita tengok balik secara teknikal. Sebagai perancang pengangkutan, saya tahu apa yang terbaik untuk negara. Saya bagi jaminan kita akan cuba sedaya upaya mendengar pandangan semua dan kita melakukan yang terbaik dengan kos yang menjimatkan kita. Dengan cara itu, kita mengoptimumkan nikmatnya kepada rakyat dan juga negara. Itu yang akan kita lakukan. Jadi, saya balik kepada isu lain iaitu KVDT1 dan KVDT2. Yang Berhormat Lembah Pantai ada sebut tentang ini. Bagi KVDT1, projek ini telah mengalami kelewatan di mana dua extension of time (EOT) telah diberikan sehingga November 2021 iaitu lewat lebih dua tahun daripada jadual asal. Sehingga 19 Julai 2020, peratusan kemajuan sebenar projek secara keseluruhan ialah sebanyak 86.46 peratus. Bagi KVDT2 pula, Surat Setuju Terima (SST) telah diberikan oleh Kerajaan PH pada 19 Ogos 2019 sebelum independent checking consultant (ICC) dilantik. Kementerian Pengangkutan berpendapat bahawa ICC yang bertauliah dan berpengalaman wajib dilantik terlebih dahulu sebelum sebarang kontrak ditandatangani supaya wujudnya semak dan imbang untuk menjaga hak dan kepentingan kerajaan. Sehingga hari ini, perjanjian bagi projek KVDT2 belum dimeterai oleh saya, yang masih diperincikan oleh kerajaan sekarang.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai telah mencadangkan untuk Kementerian Pengangkutan membangunkan semula kuarters pekerja KTMB.

Sebelum ke kuarters. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan KVDT fasa 1 tadi disebut- terima kasih atas jawapan- setakat ini sebanyak 86.46 peratus sehingga Julai. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh memberikan kesan daripada segi operasi terhadap operasi KTM dan juga anggaran kehilangan pendapatan terhadap KTM, all the services, dengan izin, akibat daripada kelewatan ini? What is the cost? Terima kasih.

Okey, Yang Berhormat, seperti mana yang kita sedia maklum, projek KVDT ini dibina atas brown field, bermaksud ia bukan green field. Ia projek lifeline di mana operasi kereta api masih berjalan dan kita hanya ada masa enam jam. Kalau kita tolak mob/demob, tinggal empat jam.

Apa yang berlaku ialah apabila berlakunya kelewatan kereta api ataupun di rel maka kita terpaksa berhentikan kerja-kerja pembinaan KVDT fasa 1 sebab itu ini satu punca kelewatan. Kita dapat menganggarkan sekiranya lambat lagi bermaksud KTMB masih perlu menunggulah kerana treknya tidak bersiap sedia untuk kita hendak mulakan projek KVDT fasa 1. Akan tetapi secara fizikalnya, dia akan menjejaskan pengoperasian kita selama dua tahun. Itu yang boleh saya beritahu Yang Berhormat dan bagaimana kita dapat quantify kan dia mungkin saya boleh bagi secara bertulis dan itu yang saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat...

Satu lagi berkenaan dengan sebab Yang Berhormat Menteri kata yang perjanjian dengan berkenaan KVDT fasa 2 belum lagi dimeterai, saya ingin mendapat pandangan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sebutkan KVDT fasa 1 pun dia dibangunkan atas brown field. Saya difahamkan ada beberapa orang pakar yang telah membangkitkan kewajaran pengurangan kos untuk KVDT fasa 2 memandangkan ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai. Saya juga difahamkan syarikat yang terbabit adakah tidak boleh daripada segi ada penjimatan dengan penyewaan beberapa peralatan yang diperlukan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab itulah kementerian mengambil sedikit masa untuk meninjau kerana kita melihat kos ini yang pertama, oleh sebab ia dibina di atas brown field seperti mana yang saya katakan. Kalau ia boleh dibuat dalam keadaan green field jauh lebih murah, itu pertama. Kedua, kita tengah mengurus membuat pemantauan daripada segi statement of need (SON), daripada segi milestone projek ini. Kalau dilanjutkan sehingga tujuh tahun, ia akan membawa kesan kepada KTMB juga. Jadi ini juga dikaji oleh kementerian. Jadi bersabar Yang Berhormat, perkara ini patut kita lihat dan saya telah mendengar, saya sudah jumpa tujuh, lapan kumpulan perunding, saya dapatkan input yang berlainan juga bagaimana kita dapat menjimatkan kos dengan cara yang terbaik yang paling efisien. Mungkin ada caranya iaitu mengaturkan bas daripada kita terus membenarkan provasi untuk beberapa segmen ataupun daripada perkhidmatan kereta api yang berjadual ini. Jadi antara perkara itu kita boleh lakukan mungkin ia lebih menjimatkan. Banyak lagi teknik yang boleh kita gunakan untuk menjayakan projek ini. Jadi kita sama- sama menanti, kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat nanti. Tentang kuarters kakitangan KTMB di Lengkok Abdullah terletak di atas empat lot tanah hak milik Perbadanan Aset Keretapi iaitu Lot. 310, 311, 353 dan 355. Pada masa ini keempat-empat lot tanah diduduki oleh staf KTMB melalui kuarters dan adalah tanpa sebarang ikatan perjanjian dengan RAC. Hal ehwal berkaitan dengan bayaran sewa, penyenggaraan dan juga pengurusan kuarters diuruskan sepenuhnya oleh KTMB. Kedudukan kuarters ini terletak di kawasan yang berpotensi dan strategik untuk dibangunkan kerana dikelilingi kawasan yang telah sedia membangun dengan kemudahan akses jalan dan stesen LRT sedia ada. Atas faktor ini, Kementerian Pengangkutan melalui RAC telah menerima sebanyak enam permohonan pembangunan semula lot-lot tersebut dari syarikat swasta melalui kaedah penswastaan. Seterusnya Lembaga Pengarah RAC memutuskan untuk mengangkat kesemua cadangan pembangunan berkenaan ke peringkat UKAS, Jabatan Perdana Menteri untuk rundingan dan pertimbangan selanjutnya. Lembaga Pengarah RAC telah bersetuju secara prinsip bahawa alasan projek penswastaan ini akan mengambil kira keperluan penempatan semula 756 unit bagi tujuan kediaman staf KTMB.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini lanjutan daripada satu laporan berita pada awal tahun lalu yang menyatakan ada kebarangkalian dibangunkan semula kawasan ini. Cuma ada dua perkara yang ingin saya lontarkan untuk mungkin pertimbangan Yang Berhormat Menteri.

Pertama adalah untuk pihak KTMB dan juga pihak PAK mempertimbangkan apa yang telah berlaku dahulu untuk memastikan sekiranya ada apa-apa pulangan kepada pihak PAK ataupun RAC, ia tidak mendatangkan keadaan yang sama seperti dahulu. Beberapa projek yang telah dibangunkan contohnya di kawasan Sentul, saya difahamkan pihak KTMB mengalami sama ada masalah kerugian ataupun tidak boleh memanfaatkan sepenuhnya nilai hartanah tersebut memandangkan pengurangan daripada segi, dengan izin, valuation semasa. Kedua, tanah yang saya maksudkan di kawasan Lengkok Abdullah ada dua perkara yang saya pohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri. Pertama, di kiri dan kanan tapak tersebut ada pembangunan-pembangunan besar yang sedang berlaku. Satu pembangunan semula Sri Pahang, dan kedua, pembangunan semula Institut Kesihatan Umum (IKU) oleh SP Setia. Dua projek ini akan mendatangkan kesan kawasan tersebut masih ada rumah- rumah yang lama, orang telah tinggal di situ sejak tahun 60-an ada kesan kepada mereka sekiranya semua kawasan dibangunkan sekali. Akan tetapi pada masa yang sama di tanah tersebut juga terdapat sebuah sekolah SJK(T) Jalan Bangsar dan beberapa buah kuil. Jadi pertimbangan yang khusus dan saya sedia sebagai Ahli Parlimen membantu Yang Berhormat Menteri melihat perkara ini. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya menyambut baik saranan Yang Berhormat tadi dan kita mengambil maklum dan mengambil iktibar apa yang berlaku sebelum ini. Saya bagi jaminan RAC sekarang mereka lebih berpengalaman dan pastikan kepentingan RAC itu dapat kita jaga di samping menempatkan semula kakitangan KTMB dan juga kita kena melihat keadaan sekeliling kita, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Kita hendak memastikan pembangunan itu tidak akan menyebabkan mana- mana pihak yang duduk di situ mereka akan sengsara. Ini yang boleh saya beritahu Yang Berhormat. Seterusnya perkembangan CRS, Yang Berhormat Rasah kalau ada. Kalau tidak- ada. Okey, Yang Berhormat Rasah telah membangkitkan isu mengenai CRS. Pelaksanaan Dasar Penggunaan Kerusi Keselamatan telah bermula sejak 1 Januari 2020 untuk enam bulan iaitu sehingga 30 Jun. Penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di atas jalan dijalankan secara advokasi dan nasihat. Susulan penularan COVID-19 dan bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat persediaan, maka aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan menurut kaedah dan pendekatan berdasarkan mendidik, mengadvokasi dan memberi khidmat nasihat. Pendekatan ini bertujuan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat terutamanya ibu bapa dalam aspek keselamatan. Namun bagi membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa, saya telah meminta pihak kementerian dan MIROS khususnya untuk berbincang dengan persatuan pengeluar dan penjual kenderaan dan juga pihak pembuat atau pengimport CRS ke arah mengurangkan kos jualan CRS bagi memperluaskan penggunanya. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Selangor kalau ada. Yang Berhormat Selayang?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Tidak apa, tidak apa.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit?

Sekejap Yang Berhormat, saya tinggal 14 minit, saya ada 20 muka surat biar saya habis dahulu. Kalau ada masa saya bagi.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Boleh tidak sedikit sahaja, masalahnya.

Tidak apa, saya akan berunding dengan Yang Berhormat. Saya boleh buat secara bertulis tidak ada masalah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Okey.

Okey, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Selayang kalau tidak ada saya skip dan saya boleh buat secara bertulis. Yang Berhormat Batu Kawan telah membangkitkan isu bantuan kepada pemandu teksi, Grab dan bas sekolah jika moratorium tidak dilanjutkan oleh kerajaan. Setakat ini, bantuan kepada pemandu teksi, Grab, bas sekolah adalah secara one-off tertakluk kepada ruang fiskal negara dan juga bantuan tambahan akan terus dipertimbangkan oleh kerajaan. Cadangan lapangan terbang ini di bawah sektor pengangkutan udara. Yang Berhormat Betong...

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Ya.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Hulu Selangor ada di sini.

Sorry.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Terima kasih.

Yang Berhormat Hulu Selangor tadi ada bangkitkan tentang pengangkutan awam. Buat masa ini terdapat dua buah pengendali bas yang beroperasi di Hulu Selangor iaitu Setara Jaya Sdn. Bhd. dan MARA Liner Sdn. Berhad. manakala pengendali bas di Rawang MARA Liner dan kedua-dua pengendali bas ini menjalankan operasi di tujuh buah laluan di kawasan Bukit Beruntung, Rawang dan Tanjong Malim. Kementerian Pengangkutan melalui APAD berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan bas berhenti-henti di Hulu Selangor dengan mengkaji semula dan melihat keperluan perkhidmatan bas henti bagi setiap daerah. Dengan itu perkhidmatan bas berhenti-henti akan ditambah baik daripada segi operasi dan laluan. Buat masa ini APAD sedang dalam perbincangan dengan MARA Liner Sdn. Bhd. bagi menambah operasi di laluan kawasan Hulu Selangor dan Rawang dan dijangka dimuktamadkan pada bulan Oktober 2020. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kebanyakan perkhidmatan bas berhenti- henti ini merupakan perkhidmatan sosial di mana pengendalinya sebenarnya menjalankan perkhidmatan yang tidak menguntungkan mereka. Ini adalah kerana bilangan penumpang di kawasan tersebut tidak ramai dan hasil kutipan tambang semata- mata tidak dapat menampung kos operasi mereka. Oleh yang demikian, sejak tahun 2012 semasa di bawah seliaan SPAD, kerajaan telah memperkenalkan program ISBSF yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada pengendali dengan menampung kerugian yang dialami oleh pengendali bas berhenti-henti supaya perkhidmatan mereka dapat diteruskan untuk kepentingan rakyat. Pada tahun 2016 pula, penyusunan semula laluan-laluan bas atau lebih dikenali sebagai Bus Network Revamp (BNR) telah dilaksanakan.

Ini bertujuan supaya pengendali dapat memberi fokus untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui dan tidak bersaing di antara satu sama lain untuk mengutip tambang daripada penumpang yang tidak ramai tadi dan seterusnya merugikan semua pihak. Jadi, mulai tahun 2019 pemantauan perkhidmatan bas berhenti-henti telah terletak di bawah seliaan APAD dan sebagai usaha penambahbaikan APAD akan mewajibkan pengendalinya untuk memasang mesin tiket elektronik berserta sistem GPS yang diintegrasikan dengan sistem pemantauan APAD sebagai syarat lesen. Dengan sistem ini, APAD dapat memantau prestasi pengendali mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sekiranya mereka gagal untuk beri perkhidmatan seperti yang ditetapkan, APAD akan boleh mengambil tindakan. Seterusnya Yang Berhormat Betong dalam perbahasan telah membangkitkan cadangan lapangan terbang Betong.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Hulu Selangor. Terima kasih maklumat yang dibagikan. Cuma saya hendak berkongsi dengan Yang Berhormat Menteri, tadi yang dimaklumkan Setara Jaya dan MARA Liner. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sejak dua tahun yang lepas, MARA Liner telah berhentikan perkhidmatan di kawasan Hulu Selangor, yang setakat ada ialah Setara Jaya.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, schedule yang ditetapkan ataupun jadual yang ditetapkan oleh Setara Jaya itu tidak memenuhi dan dia selalu tidak ikut jadual dan kebergantungan penduduk di kawasan khususnya di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa untuk pergi ke Kuala Lumpur bekerja, terlalu bergantung kepada bas ini dan beberapa kali dah kami menulis surat kepada APAD supaya adanya satu perbincangan, tetapi setakat ini tidak ada tindakan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri ambil siasatan dan tindakan. Terima kasih.

Terima kasih. Yang Berhormat Hulu Selangor, dua perkara. Pertama saya sebutkan MARA Liner ini kita akan muktamadkan bulan Oktober 2020, perbincangan sedang dijalankan. Kedua, saya faham ada 14 buah laluan diberikan kepada Setara Jaya, tetapi apa yang syarikat ini beroperasi cuma tiga buah laluan yang menguntungkan sahaja. Jadi, kita sudah bagi amaran dan kita juga akan mengambil tindakan sekiranya mereka tidak lagi mengikut apa yang mereka cadangkan kepada kita. Jadi, sebab itu saya kata daripada 14 buah laluan, cuma jalan tiga kerana menguntungkan, yang lain tidak menguntungkan. Jadi kita sedang dalam tindakan APAD dan kita boleh panggil Yang Berhormat Hulu Selangor dari semasa ke semasa untuk memberi penerangan dan juga memberi cadangan. Terima kasih.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Baik, terima kasih.

Yang Berhormat Betong telah menyebut tentang lapangan terbang Betong, cadangan kerajaan negeri untuk membinanya. Saya cuma hendak beritahu dalam hubungan ini, kementerian sedang melaksanakan kajian National Airport Strategy Plan (NASP) yang meliputi kajian semua pembangunan lapangan terbang, short take off landing airport dalam negara. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hala tuju pembangunan lapangan- lapangan terbang di Malaysia daripada segi peranannya, keperluan ruang udara dan kajian ekonomik dan juga strategik. Yang Berhormat Rompin juga membangkitkan untuk pembinaan lapangan terbang Pulau Tioman. Perkara yang sama juga saya ingin maklumkan, kita tunggu NASP ini kita dapat muktamadkan kajian ini- kalau kita boleh buat dalam tempoh dua tahun kita akan dapat muktamadkan dalam tahun 2023 dan kita akan bincang pada masa itu. Seterusnya...

Yang Berhormat, maaf.

Okey.

Saya difahamkan pihak swasta ingin membina lapangan terbang baharu di Pulau Tioman, tetapi mengikut landasan design yang baharu. Saya ingin mengingatkan kementerian bahawa cadangan Lapangan Terbang Pulau Tioman yang asal dahulu telah mengambil kira berbagai-bagai aspek daripada segi alam sekitar dan sebagainya. Saya harap cadangan lapangan terbang yang asal itu yang dipersetujui oleh semua pihak dapat dilaksanakan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rompin ini kerana perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara akan datang dan ia akan diperhalusi. Saya tahu kerajaan negeri memang memberi sokongan penuh. Akan tetapi bagi kita Kementerian Pengangkutan selepas pandemik COVID-19 ini, kita kena melihat, kita mesti ada satu strategic plan untuk melihat semua lapangan terbang kita. Saya beri contoh, kalau lah Pulau Pinang keupayaannya boleh sampai 20 juta orang penumpang. Kalau campur dengan Kulim Airport, 26 juta, bermaksud hampir 50 juta orang penumpang di situ. Jadi mereka akan berebut-rebut. Jadi, sebab itu logiknya kita lakukan satu National Airport Strategic Plan (NASP). Perancangan kita kalau empat buah lapangan terbang di utara ini masing-masing bersaing di antara satu sama lain, ia akan memberi satu kesan yang tidak baik kepada kita. Jadi, biar kita tunggu NASP ini disiapkan. Nanti kita akan maklumkan kepada Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, sini-sini Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong.

Berkenaan bercakap tentang lapangan terbang. Saya berterima kasih kerana Yang Berhormat Menteri telah menyentuh tentang lapangan terbang Pulau Pinang.

Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih tentang pembinaan tempat letak kereta yang sedang berjalan sekarang. Ini saya difahamkan hasil usaha Yang Berhormat Menteri dan kementerian pada masa yang lalu di bawah Pakatan Harapan. Akan tetapi, persoalan saya adalah adakah Yang Berhormat dan kementerian bercadang untuk meneruskan dengan rancangan yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan juga bajet yang telah dibentangkan oleh mantan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan untuk memperbesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang supaya dapat mencapai kapasiti optimumnya? Terima kasih.

Ini jawapan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Disebabkan pandemik COVID-19, kementerian telah bercadang untuk mengadakan satu kajian secara menyeluruh yang dinamakan National Airport Strategic Plan (NASP) dan kita perlu dua tahun untuk mengkaji keperluannya. Ini kerana, pandemik COVID-19 akan menyebabkan sektor aviation akan terkesan lebih kurang dua hingga tiga tahun. Maka kita melihat secara realistik keperluan pengunjung datang ke sini dan sebagainya dan keperluan untuk kita menampung passenger untuk lapangan terbang. Jadi, saya akan teruskan, Yang Berhormat Lanang telah membangkitkan isu tambang penerbangan, Yang Berhormat Muar pun bangkitkan. Saya cuma hendak beritahu Yang Berhormat Lanang, sepertimana yang telah saya jawab dalam Dewan ini, saya tidak berhajat untuk mengulanginya tetapi MAVCOM sebagai sebuah badan yang berkecuali sedang memantau. Saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat Lanang berbanding dengan bulan Mei, Jun dan Julai ia telah menurun dan satu trend yang baik. Akan tetapi, kita juga menggalakkan syarikat penerbangan ini bagi lebih banyak diskaun. Kita telah memanggil syarikat penerbangan termasuk MAS, AirAsia, Malindo. Kita benarkan mereka buat seberapa kerap yang boleh terbang ke sana. Dengan adanya lebih banyak permintaan, maka syarikat penerbangan ini sedia ke sana. Akan tetapi, apabila tidak ada permintaan, kalau kita hendak mengenakan tambang yang murah ialah sesuatu yang tidak mudah kerana load factor nya Yang Berhormat Lanang.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya tentang flight yang sekarang di Sarawak kerana banyak flight yang telah di-cancel, dibatalkan kerana COVID-19 semakin serius di Sarawak. Jadi, tambang tiket ini telah menjunjung tinggi dan banyak flight di-cancel seperti flight dari Sibu ke Kuala Lumpur semalam telah di-reschedule ke 6 Ogos 2020 dan bagaimana dengan AirAsia yang telah dibatalkan. Ini kerana sekarang pun banyak flight di-cancel, itu tambang dia tinggi setakat dari Sibu ke Kuching berharga RM800 lebih, juga dari Sibu ke Kuala Lumpur paling murah pun berharga RM859. Jadi saya hendak tanya, bagaimana Yang Berhormat Menteri dan kementerian juga kerajaan dapat menolong, terutama kepada pelajar-pelajar. Ini kerana, sekarang mereka perlu ke Semenanjung untuk melaporkan diri di matrikulasi. Terima kasih.

Okey, Yang Berhormat Lanang. Dua perkara, pertama Yang Berhormat Lanang sebut, tentang pelajar matrikulasi pada 3, 5 dan 7 Ogos 2020 ini. Kita telah jadualkan penerbangan bagi pelajar program matrikulasi kerana mereka akan dapat satu layanan atau tambang yang istimewa, itu telah dilakukan oleh MAS. Begitu juga pengumuman yang baru dibuat oleh AirAsia, mereka kena tempah sebelum 9 Ogos 2020. Mereka dapat memastikan dapat tambang 20 peratus lebih murah daripada apa yang dijadualkan. Yang Berhormat Lanang sebut satu perkara yang cukup relevan. Sebagai Menteri Pengangkutan, saya pun kadang-kadang pening kepala. Fasal apa? Kerajaan negeri tiba-tiba suruh jangan terbang masuk. Kita sudah siap sedia semua penerbangan dan apabila kita batalkan penerbangan, kita dimaki hamun. Sebab itulah syarikat penerbangan pun dalam keadaan serba salah, semua persiapan telah dibuat. Jadi, dalam keadaan ini, kita terpaksa akur dengan keputusan kerajaan kerana COVID-19. Jadi apa yang kita lakukan, pastikan refund itu melalui credit shell, itu perlu kita lakukan. Kedua, penjadualan semula, walaupun dalam keadaan normal, kita tidak benarkan macam itu. Kita tidak akan izinkan syarikat itu membatalkan penerbangan sebegitu rupa. Akan tetapi atas permintaan kerajaan negeri kita terpaksa lakukan. Jadi itu dalam keadaan di mana COVID-19 ini semakin menular dan saya akan memantau lagi. Kita akan cuba membantu semua pihak.

Jadi ini jaminan saya. Yang Berhormat Muar, tiada di sini, saya dah jawab. Memang kita akan beri keistimewaan student fare kepada pelajar-pelajar dan last beberapa perkara yang saya ingin maklumkan tentang Yang Berhormat bawa rural air services.

Kita tidak pernah menaikkan tambang ini walaupun dalam keadaan kos pengoperasian meningkat. Akan tetapi, kita tidak dapat anggarkan untuk tahun 2020 berapa peruntukan yang patut ditambah. Akan tetapi, yang pastinya ialah kita tidak pernah naikkan tambang untuk rural air services di Sabah dan Sarawak. Jadi sebagai yang terakhir iaitu perkapalan dan pelabuhan, Yang Berhormat Klang telah bangkitkan isu ini. Saya telah jawab di Kamar Khas pada 27 Julai. Saya tidak berhajat untuk mengulanginya. Kalau perlu, saya boleh bagi secara bertulis.

Yang Berhormat Menteri, Klang hadapan sini. Terima kasih atas jawapan yang tidak diberikan tadi. Soal di sini ialah beberapa cadangan telah dibuat untuk kawal selia masalah di Pelabuhan Klang dan juga pelabuhan-pelabuhan lain. Akan tetapi, saya telah bangkitkan dengan kementerian Yang Berhormat bahawa ada banyak caj yang dikenakan oleh shipping agencies yang out of control. So, macam manakah kerajaan akan memberikan satu keputusan untuk mengatasi masalah ini? Kedua, apakah cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Maritim Malaysia yang telah dikemukakan? Ketiga, apakah status sekarang berkait dengan cadangan kementerian beberapa tahun lalu berkait dengan national port strategy dan juga pihak berkuasa pelabuhan nasional? Terima kasih.

Yang Berhormat, saya ingin memberitahu bahawa struktur pentadbiran pelabuhan yang ada sekarang memadai dan cukup untuk mengawal selia. Akan tetapi, cadangan Yang Berhormat tentang national port commission itu perlu diteliti kerana kita kena lihat daripada segi bidang kuasa dan aspek penguasaan kerana masing-masing ada lembaga dan suruhanjaya yang sedang menjaga sekarang. Akan tetapi, apa yang Yang Berhormat membangkitkan tentang surcaj ini atau caj yang dikenakan terhadap forwarding company ini memang kita ambil maklum. Kita ada caranya. Untuk makluman Yang Berhormat, isu berkaitan dengan depot gate charge (DGC) adalah merujuk kepada caj yang dikenakan terhadap perkhidmatan penyimpanan kontena pada syarikat logistik. Dalam hal ini, APAD sedang dalam proses meneliti dan memperhalus cadangan untuk mengawal selia dan melesenkan operator depot di luar pelabuhan, off-dock. Ini yang kita tengah buat dan kita akan maklumkan dengan Yang Berhormat tentang perkara ini supaya kita dapat mengawal selia. Yang Berhormat, last tentang lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.

Yang Berhormat Menteri, Pelabuhan Pulau Pinang.

Oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya cuma kata pada masa ini projek ini dalam proses pra ‘bida’ dan dijangka selesai pada September 2020. Projek dijadualkan dimulakan pada akhir tahun 2020 dan dijangka siap pada Disember... [Rakaman kurang jelas] Mengenai Yang Berhormat Tenom yang membangkitkan tentang Stesen Halogilat ke Stesen Tenom, perkara ini dalam tindakan kita. Sudah 98 peratus kita siapkan dan cadangan Jabatan Keretapi Negeri Sabah telah mengemukakan projek baharu Rolling Plan tahun 2021, Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu projek naik taraf landasan Tenom lama ke Stesen Tenom dengan jarak 1.8 kilometer dan projek penggantian wooden slippers kepada concrete slippers dari Beaufort ke Halogilat dengan jarak 22 kilometer. Ini sudah kita hantar pada EPU.

Yang Berhormat Menteri.

Jadi, sebagai penghabisan, sekali lagi saya ucapkan kepada Yang Berhormat yang telah sudi berbahas dan saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Saya ingin mempersilakan sekarang Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air untuk menggulung perbahasan ini.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah... [Membaca selawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan sesi saya ini dengan memetik sepotong ayat Al-Quran surah Ar-Rum ayat 41 sebagai peringatan kepada kita. Firman Allah Taala... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Telah timbul pelbagai kerosakan sama ada di daratan dan di lautan disebabkan tangan-tangan manusia. Demikian Allah Taala timpakan supaya mereka menyedari akibat perbuatan mereka, mudah-mudahan mereka semua insaf.” Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 45 Ahli Yang Berhormat telah pun berbahas pelbagai isu yang berkaitan dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) terutama isu alam sekitar dan air yang dapat dikategorikan kepada empat isu utama. Seramai 35 orang pembahas yang telah pun mengambil bahagian dalam sektor air manakala 10 orang mengambil bahagian dalam perbahasan alam sekitar. Secara keseluruhannya, saya ingin mengemukakan jawapan dalam bentuk empat kategori. Pertama, bekalan air dan sumber air. Kedua, pengurusan banjir. Ketiga, pengurusan alam sekitar dan yang keempat, perubahan iklim. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya berikan sedikit ulasan atas isu-isu yang dibangkitkan kepada empat perkara ini. Pertama, isu bekalan air. Sebelum saya menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu perkhidmatan bekalan air, izinkan saya menjelaskan pendekatan polisi dan prinsip- prinsip utama yang didukung oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam pengurusan air di Malaysia. Penstrukturan industri bekalan air negara dilaksanakan pada tahun 2006 berpaksi kepada prinsip perkongsian tanggungjawab atau, dengan izin, share responsibility di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Dalam konteks ini, perkara-perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air telah dipindahkan daripada senarai negeri kepada senarai bersama melalui pindaan kepada Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2005. Manakala kuasa ke atas hal-hal berkaitan dengan sumber air termasuk memastikan sungai-sungai kita kekal bersih, bebas daripada pencemaran, kekal di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang ditadbir melalui badan kawal selia sumber air negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak terpakai yakni tidak dilaksanakan dalam konteks Sabah dan Sarawak kerana punyai akta sendiri. Berpandu kepada prinsip ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah ditubuhkan bagi melaksanakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Tanggungjawab utama Suruhanjaya Perkhidmatan Air ialah untuk mengawal selia operasi syarikat-syarikat air yang hampir kesemuanya dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar Diperbadankan. Manakala PAAB pula diamanahkan untuk menyediakan peruntukan bagi membangunkan infrastruktur air berdasarkan pendekatan bina dan pajak. Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang akan saya terus kepada jawapan kepada soalan yang dibangkitkan. Pertama, Yang Berhormat dari Pontian. Yang Berhormat Pontian tidak ada. Saya ingat saya terus kepada- Yang Berhormat Pontian menimbulkan dua soalan peringkat awal. Yang Berhormat Kuala Langat? Tidak ada juga.

Kuala Langat ada.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Okey, Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan isu Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan Loji Rawatan Air Langat 2 fasa 1. Untuk fasa 1 dengan kapasiti 1,130 juta liter sehari mampu menampung permintaan air di Lembah Klang sehingga tahun 2025. Pada masa sekarang, sistem B atau stream B loji ini telah beroperasi dengan pengeluaran 325 juta liter sehari seperti yang telah saya jelaskan, di mana fasa 2 LRA Langat 2 perlu dilaksanakan dalam kerangka penstrukturan industri bekalan air negara di mana ia perlu dimasukkan dalam rancangan pelan perniagaan Pengurusan Air Selangor Berhad ataupun Air Selangor. Untuk makluman, pada ketika ini, pihak SPAN belum menerima permohonan daripada pihak Air Selangor mengenai rancangan cadangan fasa 2 LRA 2.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Pengurusan kadar air tidak berhasil (NRW) yang lebih efektif terus menjadi fokus utama KASA. Untuk itu, RM1.91 bilion telah diperuntukkan bagi melaksanakan program pengurangan NRW di bawah Program NRW Nasional di mana RM535.5 juta dalam bentuk peruntukan secara langsung dan RM1.37 bilion dalam bentuk geran sepadan atau, dengan izin, nation grant. KASA berharap melalui pendekatan ini, kadar NRW negara dapat diturunkan kepada 31 peratus menjelang tahun 2025.

Menteri, boleh?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ya, sila.

Terima kasih. Bila saya tanya soalan tentang Langat 2 fasa 2 itu, ia adalah untuk masa hadapan. Satu- satunya saya ingat sebagai Menteri menjaga air di bawah kementerian, kita tidak payah tunggu sampai negeri hendak buat permintaan untuk lanjutkan. Di dalam pelan kita untuk 10 tahun ataupun 15 tahun ataupun sampai tahun 2024, tahun 2028 yang akan datang, yang kita tahu bahawa kita akan ada masalah kekurangan air di dalam Klang Valley dan sebagainya.

So saya ingat inisiatif ini untuk kita bangunkan fasa 2, Langat 2 itu ialah di tangan kementerian untuk minta negeri datang dengan SPAN untuk kita mulakan prosesnya untuk kita satu-satu ialah water security di dalam kawasan. Jangan tunggu sampai hujungnya tetapi kita kena mula sekarang. Pandangan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar · Kubang Kerian

Terima kasih, saya bersetuju bahawa satu perancangan tentang bekalan air negara perlu kita perkemaskan daripada semasa ke semasa. Cuma untuk makluman bahawa kita ada beberapa cadangan selain daripada guna Sungai Selangor yang ada dengan pembinaan taps ataupun takungan air pinggiran sungai bagi menampung. Walau bagaimanapun, oleh sebab dia melibatkan soal migrasi di antara kerajaan Selangor dengan kerajaan persekutuan, maka perundingan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri perlu diadakan. Terima kasih. Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bahawa kerajaan persekutuan terus membuat pelaburan besar bagi meningkatkan kualiti dan perkhidmatan sektor air negara. Untuk tujuan ini, kerajaan dijangka melabur sebanyak RM1.37 bilion di bawah RMKe-12 dalam usaha memastikan liputan bekalan air lebih menyeluruh kepada penduduk Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Yang Berhormat dari Kapar...

Yang Berhormat Menteri sorry.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar · Kubang Kerian

Sila.

Kalau tidak silap saya, saya bagi cadangan untuk minta RM10 bilion untuk RMKe-12 untuk isu industri air untuk lima tahun yang ke depan. Sebab bukan sahaja di Klang, tetapi di negeri Johor dan negeri Kedah, dua-dua negeri ini yang akan kita nampak kalau kita terbuat sesuatu dalam masa yang tersingkat ini, kita akan ada masalah dalam dua tahun. Akan tetapi Kedah kalau cuacanya buruk macam apa yang kita telah alami, kita akan ada masalah tertentu. Saya minta untuk kementerian buat kajian RM1.3 bilion untuk RMKe-12 ini untuk sektor air tidak cukup, memang tidak cukup. Sebab kita ada beberapa program di mana dari Perak kita kena hantar air ke Pulau Pinang. Dari Utara Johor kita kena bawa air kepada Selatan negeri Johor. Kita ada masalah di negeri Melaka dan juga ada sistem air yang tidak sempurna di dalam negeri Pahang. Ini sedikit yang kita akan atasi, akan ada masalah yang kita akan atasi di dalam tempoh terdekat. So, saya minta kementerian melalui Yang Berhormat Menteri minta lebih, kalau minta RM1.3 bilion, you dapat RM500 juta saja. So, kalau you minta untuk RM10 bilion, you boleh dapat RM2 bilion ke RM3 bilion. Itu yang saya maksudkan. Terima kasih.

Minta sikit Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kangar.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar · Kubang Kerian

Sila, sila.

Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Menteri menyentuh tentang NRW yang juga luar bandar. Akan tetapi dalam perbahasan saya ini saya menyebut isu yang berkaitan juga dengan air tetapi dia merentas kementerianlah. Misalnya macam di Perlis ini kita tahu NRW yang paling tinggi di Malaysia dan sudah banyak tahun orang kata saya tengok peruntukan mungkin tidak memadai untuk menyelesaikan masalah sebenar dan kesan dia, dia ada kepada hal-hal yang lain misalnya sudah beberapa kali berlaku kes kebakaran di Perlis. Jadi bomba hendak bertindak, air tidak ada. Jadi dia bagi kesan kepada jabatan yang mungkin tidak direct di bawah kementerian ini tetapi kepada kementerian lain. Begitu juga bila berlaku kes kemarau di Perlis. Jadi Jabatan Air dan Saliran dia terpaksa tutup blood. Jadi air itu tidak boleh digunakan pula oleh petani, pesawah. Golongan luar bandar yang paling jejas daripada segi ekonomi. Jadi saya harap daripada segi perbincangan di peringkat Kabinet mesti mengambil kira keperluan merentas kementerian. Itu saja.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar · Kubang Kerian

Terima kasih. Soalan yang pertama saya hendak timbulkan daripada Yang Berhormat Kuala Langat ialah peruntukan yang kita mohon untuk RP1 untuk tahun 2012 sebanyak RM1.37 bilion untuk RP1. Bukan untuk keseluruhan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Jadi saya hendak betulkan sikit.

Rolling Plan Pertama, lah.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar · Kubang Kerian

Manakala keseluruhan sebagaimana yang disebut sebanyak RM10 bilion dipohon. Untuk Perlis sebenarnya ada jawapan di bahagian belakang. Cuma saya hendak, oleh sebab dibangkitkan awal, suka maklumkan bahawa NRW Perlis ialah 64.4 peratus, sangat tinggi yang- dan Kerajaan Pusat memberi perhatian serius untuk menurunkan kadar NRW di Perlis dan ada beberapa langkah yang telah kita ambil supaya isu masalah bekalan air pada musim kemarau di Perlis dapat kita atasi. Sebagaimana juga yang dibangkitkan tadi isu di Pulau Pinang yang masih dalam perundingan dengan Perak, di Melaka waktu- waktu kemarau masih lagi ada masalah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua saya hendak sambung pada jawapan seterusnya kepada beberapa soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Kuala Langat. Isunya ialah isu berhubung dengan bekalan air Kelantan. Ada empat orang Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan isu ini. Kerajaan persekutuan komited dalam penyelesaian masalah bekalan air di negeri Kelantan. Dalam hal ini Kerajaan Persekutuan telah pun memperuntukkan secara keseluruhan sebanyak RM1.37 bilion untuk memastikan penduduk Kelantan menikmati bekalan air yang berkualiti dan terjamin seperti berikut: (i) peruntukan sejumlah RM196.6 juta bagi pelaksanaan enam projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, RM4 sekarang; (ii) peruntukan sebanyak RM451.68 juta untuk Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi kerja-kerja perbelanjaan modal ataupun CAPAC bagi tempoh operasi ketiga OP3 2018-2020; (iii) peruntukan berjumlah RM631.6 juta oleh Pengurusan Aset Air Berhad bagi kerja-kerja perbelanjaan CAPAC bagi Syarikat Air Kelantan (AKSB) di bawah OP4; dan (iv) peruntukan sejumlah RM87.2 juta di bawah East Coast, Economic Regional Development Council (ECRDC). Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, FELDA dan pihak KESEDAR, masing-masing agensi turut sama membantu menyelesaikan masalah bekalan air bagi negeri Kelantan. Yang Berhormat Kangar menimbulkan persoalan berhubung dengan penyelesaian bekalan air di Perlis. Saya, untuk cadangan penyelesaian secara menyeluruh isu bekalan air di Perlis yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar telah dibincangkan semasa lawatan kerja saya ke Perlis pada 1 Jun 2020- baru-baru ini.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar · Kubang Kerian

Dalam lawatan tersebut saya telah memberi komitmen untuk membantu menangani isu Bekalan Air Perlis di mana dizahirkan melalui peruntukan sejumlah RM200 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas yang sedang beroperasi sekarang yang memberi fokus kepada pengurusan air tidak berhasil khususnya isu yang NRW yang sangat tinggi yang telah saya bangkitkan tadi. Dengan kerja-kerja peningkatan bekalan air seperti baik pulih dan naik taraf loji rawatan air bagi negeri Perlis.

Terima kasih, terima kasih.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar · Kubang Kerian

Terima kasih. Sama-sama.

Yang Berhormat Kuala Kedah.

Sedikit tentang Kelantan, Air Kelantan. Saya setuju sangat dengan Yang Berhormat bawa di negeri Kelantan, kita kena bantu negeri Kelantan dan buat sesuatu dalam tempoh yang terdekat. Satu-satunya saya hendak minta juga untuk kementerian kaji bawah penggunaan air di bawah tanah yang sedang dilakukan di dalam negeri Kelantan kena kita berhentikan dan selama kita buat kajian untuk gunakan air-air sungai sebab Kelantan ini ada banyak sungai. Oleh sebab itu saya ingat satu kajian dan satu gerak kerja di dalam tempoh lima tahun yang akan datang, mesti dibuat untuk bantu negeri Kelantan untuk atasi masalah yang dihadapi dengan air di bawah tanah yang dikatakan saltwater intrusion telah pun dimulakan. Kalau begitu, kalau kita tidak buat sesuatu di dalam jangka masa yang terdekat, kita akan ada masalah besar di Kelantan. So, saya harap bahawa Menteri untuk Kelantan, Yang Berhormat Menteri pun dari Kelantan membuat sesuatu dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Pelan ini mesti ada untuk negeri Kelantan untuk dibuat secepat mungkin ya.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar · Kubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya hendak maklumkan bahawa pendekatan telaga bawah tanah untuk Kelantan kita hentikan. Sebenarnya Kelantan terlalu banyak mengambil air bawah tanah 51 peratus dan kita mula beralih kepada bekalan air, surface water, air aliran dan kita dapati ada empat projek besar yang bagi mengatasi jangka panjang air di Kelantan. Di samping isu memulakan beberapa pembinaan taps, takungan air pinggiran sungai ataupun ORS dalam istilah lama, kita juga menaik taraf beberapa buah loji utama, yang buat masa ini tidak cukup bagi menampung keperluan di Kelantan. Pada waktu yang sama kita juga menyedari Pantai Timur khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang, waktu musim banjir di negeri-negeri ini sangat kritikal, banjirnya sangat teruk. Akan tetapi waktu kemarau dia tidak ada air.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar · Kubang Kerian

Jadi kita lihat ada satu mekanisme perlu kita buat untuk menyelesaikan dua masalah serentak. Pertama, isu menyelesaikan masalah banjir di Kelantan, mengurangkan banjir di Kelantan. Kedua, kita perlu ambil kesempatan dengan waktu air yang banyak ini bagi memastikan Kelantan mendapat bekalan air. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Langat yang telah pun mengambil inisiatif sebelumnya yang saya fikir satu tindakan yang proaktif, yang telah pun dibuat. Bagi pihak kementerian, saya menyambung mana-mana nilai baik yang telah dibuat oleh mana-mana pihak sebelum ini. Terima kasih... [Tepuk]

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan banjir di Pulau Pinang di kawasan Jelutong, adakah Yang Berhormat Menteri akan menyentuhnya?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Jelutong akan sampai. Tunggu.

Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Bagi soalan daripada Yang Berhormat Kuala Kedah? Tiada? Tiada, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Merbok?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Ada, ada, Yang Berhormat Merbok ada.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Okey, Yang Berhormat Merbok.

Ada, ada.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Merbok memohon kerajaan menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Merbok. Untuk makluman, masalah bekalan air yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Merbok dijangka dapat diatasi apabila kerja-kerja naik taraf LRA Bukit Selambau yang dalam proses pembinaan dijangka siap pada Mei 2022. Untuk makluman Yang Berhormat juga bahawa Kerajaan Negeri Kedah telah pun melantik pihak JKR untuk melaksanakan projek ini dan kita harapkan dengan tempoh yang telah kita beri isu masalah air di kawasan Merbok dapat kita atasi. Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Tanjong Manis, dan Yang Berhormat Libaran membangkitkan isu bekalan air di luar bandar. Persoalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik merujuk kepada projek air luar bandar yang terletak di bawah KPLB, untuk makluman. Soalan berkaitan dengan bekalan air luar bandar juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Libaran. Namun begitu, ingin saya jelaskan bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar dan Bahagian Bekalan Air bekerjasama rapat dengan KPLB agar projek air luar bandar dapat dilaksanakan secara berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Untuk itu, satu jawatankuasa bersama antara KASA dan KPLB telah ditubuhkan dan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut: (i) kerjasama teknikal bagi memperkukuhkan kerjasama antara agensi KASA dan KPLB; (ii) pematuhan kepada keperluan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau Akta 655; (iii) menggalakkan idea baharu dan inovasi dalam pelaksanaan bekalan air luar bandar; dan (iv) memastikan kemudahan bekalan air bersih terawat sentiasa diutamakan supaya taraf kesihatan dan kualiti hidup masyarakat luar bandar dapat dipertingkatkan. Saya juga ingin mengajak Yang Berhormat Gerik dan Yang Berhormat semua...

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ya.

Saya setuju sangat dengan apa yang dikatakan, jawatankuasa yang bersama dengan KPLB dan juga Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, saya ingat masa sudah sampai di mana isu air ini di seluruh Malaysia di bawah satu kementerian ya. Adakah Kementerian Alam Sekitar dan Air ini ambil alih semua kuasanya? Adakah ia dari luar bandar ataupun FELDA, FELCRA dan sebagainya? Semua ini perlu diletak di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air, di mana kementerian ini boleh buat kajian, boleh kerja dan buat sesuatu yang sesuai untuk seluruh negara. This is something important, it has to come under one ministry.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ya.

Selepas itu kita boleh bekerjasama.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Sebenarnya saya sangat bersetuju dengan cadangan tersebut bahawa seluruh isu air ini sepatutnya diletakkan di bawah satu kementerian. Mungkin pengalaman Yang Berhormat Kuala Langat sebelum ini di mana bila ada masalah air berlaku, kementerian akan didatangi oleh pelbagai pihak.

Yang Berhormat Beaufort tiada di sini, masalah Yang Berhormat Beaufort macam itu. Bina loji air di bawah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar tetapi minta Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air untuk buat. Sampai sekarang tak selesailah Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ya, Yang Berhormat Beaufort ada soalan nanti, saya akan bangkitkan. Akan tetapi saya setuju bahawa kadang-kadang bila isu ini dapat ditangani secara holistik bersama, buat masa ini kami bekerja mengadakan kerjasama dengan KPLB tetapi untuk jangka panjang perlu pengurusan air diletakkan di bawah satu kementerian walaupun di kawasan luar bandar. Cuma penyelesaian jangka pendek untuk makluman Dewan yang mulia ini, di pihak kementerian kita telah pun mewujudkan sebuah agensi yang kita namakan sebagai Wakaf Air bagi menampung sumbangan dana untuk selesaikan masalah bersama KPLB, masalah air di kawasan luar bandar. Kita harapkan untuk jangka panjang satu perbincangan akan diadakan ke arah meletakkan pengurusan sumber air ini di bawah satu kementerian. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri. Boleh Gerik?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Gerik tidak jawab lagi, ini baharu hendak jawab.

Tidak, dalam...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Sila, sila.

Saya melihat daripada segi air luar bandar, kita tidak boleh fokus sudah kepada air bersih daripada punca anak sungai atau anak bukit. Lebih baik pihak kementerian duduk berbincang, KPLB dan kerajaan- kerajaan negeri supaya air bersih ini sebenar- bergantung kepada macam negeri Perak LAP, terus masukkan paip-paip LAP di dalam kawasan kampung-kampung. Kalau tidak ia akan jadi masalah, musim kemarau kawasan tadahan air tadi akan kering. Jadi ini yang saya maksudkan air luar bandar itu tadi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Secara umumnya air luar bandar masih lagi bergantung kepada sama ada air tadahan ataupun air bawah tanah ya. Akan tetapi isu yang kita hadapi sekarang ialah isu jumlah kawasan tadahan air ini makin hari makin berkurangan kerana faktor pembinaan ladang-ladang khususnya saya ingin tarik perhatian semua ialah pembinaan ladang yang besar contohnya Musang King yang puluh ribu hektar, 10 ribu ekar dan ia telah pun mengancam sumber ataupun kawasan tadahan air. Kita di pihak kementerian sangat mengharapkan supaya kerajaan-kerajaan negeri dapat memastikan bahawa kawasan tadahan air ini tidak diberi lesen untuk penanaman ataupun pertanian sebab implikasinya sangat besar. Khususnya kepada kawasan tadahan air bagi kawasan luar bandar. Bagi pihak kementerian, kita berusaha untuk meningkatkan bekalan air luar bandar yang terawat supaya semua rakyat kita dapat bekalan air yang terawat, sebagaimana yang sepatutnya. Isu yang juga mungkin boleh saya ketengahkan di sini ialah tentang perlunya suatu kesedaran dapat kita bina bersama di kalangan rakyat kita kerana purata rakyat Malaysia ini penggunaan airnya melebihi apa yang sepatutnya. Untuk makluman Dewan yang mulia, purata rakyat Malaysia menggunakan air sebanyak 219 liter seorang sehari ya, sedangkan kalau kita lihat berbanding dengan cadangan daripada WHO sebanyak 160 liter seorang sehari. Akan tetapi kita guna sebanyak 219 liter seorang sehari. Jadi kita perlu menurunkan dan pihak kementerian meletakkan sasaran tahun 2025 untuk kita mengurangkan kepada sebanyak 180 liter sehari.

Yang Berhormat Menteri, sebanyak 216 liter...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Sebanyak 219 liter.

Ya, Pulau Pinang yang tertinggi.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ini purata.

Betul kah itu? Tidak saya cuma hendak mengesahkan.

Ya, betul.

Saya cuma hendak mengesahkan.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ini data betul.

Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh. Saya setuju 100 peratus untuk kita mengurangkan dari sebanyak 219 kepada sebanyak 180. Akan tetapi masalahnya ialah harga air. Masalahnya ialah rakyat Malaysia ini tak hargai air sebab harga air itu sangat kurang. Sangat-sangat kurang dan sebab itu mereka gunakan air macam itu juga. Oleh sebab harga air itu. I think, saya fahamlah, baru-baru ini Kabinet...

Kurang kah murah?

Ya lah murah, kurang ini tidak cukup.

Murah. Terima kasih, pandai. Baru-baru ini saya dengar Kabinet telah tolak pun untuk tarif air ini dikurangkan, saya faham. Akan tetapi kalau tarif air ini tidak diselenggarakan, kalau kita tidak buat sesuatu masalah air ini akan terus kita hadapi di dalam negara ini. So, Ahli- ahli Yang Berhormat kena faham bahawa kalau kita tidak buat ini tidak akan diselesaikan dan capex untuk kita katakan akan buat untuk masa depan sangat tinggi untuk kita- tanpa kita understand isu tarif air ini.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat.

[Bangun]

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Soal tarif air, sebagaimana yang telah kita sebut dalam Dewan yang mulia ini sebagai jawapan saya bahawa kerajaan buat masa ini tidak bersedia menambah bebanan rakyat yang tengah susah dengan COVID-19, dengan pembuangan kerja dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya bersetuju bahawa sebenarnya sesetengah negeri tarif air ini sangat rendah ya. Ada negeri sampai 38 tahun tidak pernah buat semakan terhadap tarif air. Jadi lantaran itu sama ada tarif air ini perlu diberi perhatian tetapi yang besar bagi saya ialah kesedaran supaya rakyat tidak membazir air. Terkadang ada paip yang rosak dibiarkan begitu sahaja. Untuk makluman, kadang-kadang penggunaan air yang sangat tinggi ini menyebabkan sikap ini perlu kita gerak ke arah perubahan kesedaran bersama. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya tentang bagaimana langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mengurangkan penggunaan air yang sebanyak 218 liter per person sehari tadi? Sedangkan kalau di negara-negara maju, mereka melarang air yang terawat itu digunakan untuk macam gardening, untuk basuh kereta dan sebagainya. Adakah ada langkah-langkah yang diambil untuk insentif untuk rainwater harvesting di kementerian Yang Berhormat Menteri?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Untuk makluman, kita di pihak kementerian khususnya di bawah NAHRIM, kita juga membuat penyelidikan terhadap sumber daripada air hujan yang dapat dimanfaatkan. NAHRIM telah membuat penyelidikan bagi menyalurkan dan memanfaatkan air tersebut. Saya lihat bahawa isu besar kita di sini, selain daripada isu kos, ialah isu kesedaran iaitu rasa mewah dengan air. Ini kerana, Malaysia saya fikir masih merasakan bahawa kita punya air yang banyak. Antara mekanisme yang kita gunakan sekarang bagi mengurangkan penggunaan, selain daripada kempen kesedaran, ialah penggunaan gadget jimat air. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah pun mengeluarkan sistem penggunaan paip yang sangat minimum yang mana- khususnya pada waktu kita ambil wuduk sebagai contoh, kadang-kadang air itu keluar. Jadi, kaedah gadget jimat air ini diperkenalkan di samping kita menggunakan air hujan untuk kita manfaatkan bagi siraman, bersih kereta dan sebagainya, seperti dibangkitkan tadi, dapat dimanfaatkan kepada benda yang bukan penggunaan minuman sebagai contoh. Ini perlu dimanfaatkan. Kadang-kadang waktu hujan, kita punya sumber air yang cukup banyak. Jadi, kempen-kempen kesedaran bagi penjimatan air ini kita tingkatkan daripada semasa ke semasa.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Untuk sedikit makluman ya. Untuk Pulau Pinang sahaja, penggunaan sebanyak 281 liter sehari bagi seorang. Jadi, ini antara tertinggilah, untuk makluman kepada Yang Berhormat Jelutong yang hendak tahu, jumlah di Pulau Pinang. Jumlahnya 281 liter sehari.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

Minta sedikit penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masih tunggu jawapan untuk penyelesaian banjir.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Okey.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Menteri, bolehkah diberi jalan kepada Yang Berhormat di sini yang telah lama berdiri sebenarnya?

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai.

Okey, bagi Yang Berhormat Padang Serai dahulu tidak mengapa.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Merbok. Minta maaf, terlindung sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya tadi hendak cakap tetapi Yang Berhormat Balik Pulau sudah sebut. Saya cuma hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju- sebab saya selalu terbaca dalam Surah Al-Mukminun, ayat 19 yang disebut, “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi. Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya”. Jadi, daripada surah ini, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa sebenarnya air ini perlu diurus dengan baik? Maka, tidak berlakulah banjir dan juga termasuk rainwater harvesting. Kalau tadi kita bercakap soal pembaziran, tetapi sebenarnya secara tidak langsung kalau cara kita hendak jimatkan kalau kita boleh buat rainwater harvesting, kita boleh gunakan air yang daripada rainwater harvesting system itu untuk gardening, dengan izin, guna juga untuk flush sedangkan flush tandas kita sedia ada menggunakan air paip yang kualitinya sama dengan air minum. Saya rasa itu juga suatu pembaziran. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri mungkin boleh melihat perkara ini dengan seriuslah. Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, sambung sedikit. Padang Serai.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Sila.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya pun tahu Yang Berhormat Menteri memang amat susah untuk tangani masalah air. Apa yang sedang saya cadangkan kalau boleh pendidikan atau kesedaran ini bermula daripada sekolah dan juga tempat-tempat ibadah. Beritahu mereka ini, kalau kita bazir air, ia satu dosa terbesar. Kena didik. Air ini kalau sesiapa bazirkan air dosa terbesar. Mesti faham, sebab kalau tidak ada air, kita tidak boleh hidup. Tuhan sudah kurnia air kepada kita, tetapi kita tidak hargai. So, kita mesti beri kesedaran kepada rakyat Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, dua perkara.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ada lagi? Sila. Masa saya tinggal 14 minit. Saya banyak lagi ini.

Okey, ya. Dua perkara. Pertama, saya hendak dapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi tentang purata penggunaan air. Misalnya di Pulau Pinang itu, adakah ia purata yang digunakan itu dinilai campur yang domestik dan juga komersial ataupun ia memang hanya untuk domestik sahaja? Kedua ialah, apakah langkah kerajaan dalam menguatkuasakan penjimatan atau mengelakkan pembaziran air ini terutama di agensi-agensi kerajaan? Ini kerana, misalnya di Perlis sebelum ini, sahabat saya Yang Berhormat Alor Setar dahulu pernah jadi ADUN di Perlis dan dia pernah bangkitkan di Dewan Undangan Negeri Perlis tentang bagaimana agensi-agensi kerajaan yang liat membayar bil air ini. Jadi, tindakan itu kita mesti menunjukkan satu contoh. Maksudnya, agensi kerajaan mesti terlebih dahulu- ini kerana kalau kita belajar dalam bidang alam sekitar pun, ini apabila menjadi hak awam inilah yang selalu orang cuai dan culas untuk berjimat serta juga mengambil tindakan yang sepatutnya. Jadi, itu sahaja.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Okey, terima kasih. Untuk makluman, data penggunaan ialah untuk domestik sahaja, bukan untuk industri. Kedua, soal pembaziran air ini, sebenarnya bagi pihak kementerian selain daripada kempen kesedaran dan sebagainya, kita menyedari NRW kita sebenarnya sangat tinggi. Ini menyebabkan kos kita meningkat bagi operator-operator air. Ini kerana, kos yang berlaku ialah berkaitan air yang telah dirawat dan menyebabkan kosnya sangat meningkat. Jadi, kita pergi strategi kempen kita kepada dua. Satu, pengguna; dan kedua, memperbaiki ataupun mengurangkan NRW di peringkat negeri-negeri. Terima kasih.

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ada lagi? Last.

Last. Kita ambil misalnya dalam isu alam sekitar juga. Kalau plastik, kita bercakap tentang kurangkan penggunaan single use, sekali guna. Bagaimana kita dapat adakan teknologi yang mengelakkan di tempat- tempat tertentu- misalnya masjid, kita sekali guna. Ambil wuduk, masuk longkang, kemudian habis. Sedangkan air itu kita boleh gunakan. Misalnya PBT boleh gunakan untuk siram pokok-pokok hiasan yang dibuat. Saya ingat itu pun boleh difikirkan oleh pihak kementerian.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Okey, sebenarnya banyak cadangan yang dalam perancangan pihak kementerian bagi menambahkan kesedaran atau meningkatkan kesedaran pada penggunaan air ini. Bahkan sistem penggunaan kita sebenarnya masih lagi perlu kita kawal selia dari sudut, pertama sekali, manfaat air yang ada. Pertama, air daripada industri yang kita kitar semula perlu dimanfaatkan balik. Sekarang ini kita lepaskan banyak ke sungai semula sedangkan itu sepatutnya kita boleh hantar ke industri untuk kegunaan industri. Pada waktu yang sama juga, kita berusaha untuk kesedaran agensi-agensi termasuklah agensi kerajaan yang liat bayar bil dan sebagainya. Oleh sebab itu, kita harapkan supaya keutamaan diberi kepada agensi kerajaan untuk menjelaskan tunggakan-tunggakan bil supaya operator air dapat operasi dengan baik dan pada waktu yang sama ia boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan air di peringkat negeri. Sebagai contoh, kos yang tinggi untuk baik pulih dan tanpa kewangan yang kukuh, agensi atau operator air juga berdepan dengan masalah yang sangat serius. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus kepada soalan Yang Berhormat Kinabatangan. Tidak ada. Yang Berhormat Beaufort? Tidak ada. Yang Berhormat Labuan pun tidak ada. Yang Berhormat Bukit Bendera...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Ada.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bendera, untuk cadangan Skim Bekalan Air Mentah daripada Sungai Perak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera melibatkan dua buah komponen. Pertama, pembinaan terowong air mentah bagi penyaluran air mentah dari negeri Perak ke Pulau Pinang secara geran oleh Kerajaan Persekutuan. Kedua ialah pembinaan loji rawatan air melalui pembiayaan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Kajian bagi komponen terowong air mentah dijangka dapat dimulakan pada September 2020 dan siap pada September 2021. Manakala komponen LRA, ia akan dipohon oleh operator air melalui rancangan perniagaan yang akan dikemukakan untuk kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Pelaksanaan projek ini dapat dimulakan setelah kedua-dua negeri memuktamadkan pendekatan pelaksanaan projek yang menyentuh isu dasar berkaitan bidang kuasa ke atas sumber air. Oleh itu, kementerian ingin mencadangkan agar kedua- dua negeri segera mencapai persetujuan memandangkan projek ini penting untuk menangani masalah ketidakcukupan air di kawasan utara Perak dan di negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Raub membangkitkan isu- Yang Berhormat Raub tidak ada. Saya skip. Masalah pengurusan banjir- Yang Berhormat Bakri?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ada. Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Untuk kejadian banjir yang berlaku di beberapa buah kawasan di Daerah Muar pada 20 Jun 2020 dan 13 Julai 2020, ia dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri adalah disebabkan oleh hujan lebat yang berterusan melebihi empat jam dengan bacaan hujan kumulatif sebanyak 87 milimeter dan juga berlakunya pertembungan air pasang semasa tempoh hujan turun. Bagi menangani masalah banjir di kawasan tersebut, kementerian telah pun menyalurkan peruntukan ke Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor berjumlah RM278,888.50 untuk pelaksanaan projek-projek kecil di bawah Parlimen Bakri. Untuk makluman, di antaranya kerja mengurangkan risiko banjir di Parit Wahid, kawasan saliran Muar sebanyak RM91,639.50; menggali dan mendalam Parit Keliling Sungai Abong dan Parit Sungai Jeram di kawasan saliran Muar sebanyak RM87,216; projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir, menggali dan membersihkan Parit Tengah, skim saliran sungai Sarang Buaya, Muar sebanyak RM100 ribu. Baik, Yang Berhormat Pasir Mas, ada? Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Machang menimbulkan soalan tentang masalah banjir di Sungai Golok. Bagi mengatasi masalah banjir Sungai Golok yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Machang, kerajaan telah pun meluluskan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok ataupun KESBAN fasa 1 dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, dengan kos peruntukan sebanyak RM656 juta. Projek ini telah pun bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada 20 April 2022. Untuk makluman, kemajuan kerja fizikal di tapak ialah sebanyak 90 peratus setakat 19 Julai 2020. Saya telah pun turun untuk melihat sendiri projek ini dan pencapaian yang telah pun dicapai hingga setakat ini. Bagi kawasan Rantau Panjang, khususnya kawasan bandar Rantau Panjang dan seterusnya, pelaksanaan projek dijangka akan dilaksanakan dalam Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok fasa 2. Untuk makluman, sebelum ini kita ada tiga fasa iaitu fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Akan tetapi perancangan yang telah kita restructure balik di mana fasa 2 dan fasa 3 kita satukan menjadi fasa 2. Fasa 2 ini diperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan dalam RMKe-12 bagi mengatasi masalah banjir khususnya daripada air Sungai Golok masuk kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas dan sebagainya. Yang Berhormat Machang...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ada. Yang Berhormat Machang membangkitkan status tebatan banjir di sepanjang Sungai Kelantan. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas bagi mengatasi masalah banjir di negeri Kelantan dibangkitkan, kerajaan telah pun meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1 untuk dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Jabatan Pengairan dan Saliran. Kos yang diperuntukkan bagi fasa 1 ialah sebanyak RM572.25 juta bagi mengatasi masalah banjir. Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1 dilaksanakan secara reka dan bina- design and build, dan projek telah pun bermula pada 29 Januari 2018, dan tarikh siap pada 28 Mei 2021. Untuk makluman, hingga setakat ini, kemajuan di tapak ialah sebanyak 39 peratus setakat 18 Jun 2020. Ahli Parlimen Papar? ... Tidak ada.

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Machang, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas, berapakah peruntukan yang dipohon oleh pihak kementerian bagi tujuan tebatan Sungai Kelantan untuk mengelak daripada banjir? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Baik, untuk makluman bahawa kita ada dua fasa dalam pembangunan lembangan Sungai Kelantan ini. Saya telah sebut tadi fasa 1 diperuntukkan sebanyak RM572 juta manakala baki untuk Fasa 2, lebih daripada RM500 juta diperuntukkan. Detail saya akan maklumkan tentang jumlah yang telah kita pohon bagi RMKe-12 dalam RMP 1 ini. Terima kasih.

Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, daripada Yang Berhormat Papar, kerajaan- Yang Berhormat Papar ada? Yang Berhormat Papar tidak ada. Saya akan jawab bertulis. Yang Berhormat Bangi? Yang Berhormat Bangi pun tidak ada. Yang Berhormat Jelutong? Ya, ada. Yang Berhormat Jelutong ada...

[Dewan riuh]

Saya tunggu dari tadi.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Jelutong- terima kasih, terima kasih. Terima kasih kerana menunggu. Untuk makluman sedikit ya, untuk makluman tentang peruntukan di Kelantan tadi Fasa 2, sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan, untuk makluman jawapan.

Yang Berhormat Menteri, tidak ada Jelutong di Kelantan...

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Sekejap, sekejap.

...Jelutong di Pulau Pinang.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Yang Berhormat Jelutong, duduk. Saya jawab. Yang Berhormat Jelutong membangkitkan soal Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang. Betul ya? Baik, untuk makluman Yang Berhormat, Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang yang dibangkitkan telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dengan kos projek sebanyak RM150 juta dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Bermakna projek ini akan projek sambungan dalam RMKe-12 nanti. Untuk makluman, kawasan tadahan lembangan Sungai Pinang meliputi kawasan seluas 52.04 kilometer persegi di mana Sungai Pinang merupakan sungai utama dengan tujuh aliran anak sungai iaitu Sungai Jelutong, Sungai Air Hitam, Sungai Air Terjun, Sungai Dondang, Sungai Air Putih, Sungai Kecil dan Sungai Mati. Walaupun nama ‘mati’ tetapi sungai ini hidup. Pada 1 Mac 2019, Kementerian Alam Sekitar dan Air telah pun melantik jurutera perunding bagi kerja-kerja reka bentuk terperinci bagi menentukan reka bentuk dan opsyen kerja fizikal yang terbaik bagi menangani masalah banjir di lembangan Sungai Pinang. Projek Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang ini masih dalam peringkat reka bentuk terperinci dan dijangka akan di tender pada tahun 2021 dan projek ini dijangka siap pada tahun 2025 dalam perancangan pihak kementerian.

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ya, sila.

Terima kasih. Saya berterima kasih atas jawapan tersebut. Cuma masalahnya saya membangkitkan masalah banjir di kawasan Jelutong kerana dari zaman P. Ramlee lagi, masalah banjir ini belum selesai. Akan tetapi mujurlah dengan mantan Menteri iaitu Yang Berhormat Hulu Langat yang telah membuat lawatan dan juga telah mengumumkan beberapa kerja yang bakal dilaksanakan, projek ini telah mula lihat, dengan izin, the light of day.

Akan tetapi cuma soalan saya adalah ini, kita berulang kali mendengar jawapan, ini kali pertama Yang Berhormat Menteri memberi jawapan tentang jumlah agihan dan sebagainya. Cuma saya ingin tanya kalau ada apa-apa langkah yang akan diambil dengan segera kerana tiap-tiap kali datangnya musim hujan, Yang Berhormat Menteri akan dapat makluman daripada kakitangan dan pegawai-pegawai di kementerian bahawa rakyat di kawasan Jelutong khususnya Jalan P. Ramlee, di Kampung Dato Keramat sentiasa mengalami masalah. So, bolehkah saya menjemput Yang Berhormat untuk datang membuat lawatan supaya langkah-langkah segera boleh diambil dalam masa kita menunggu...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih.

...Projek itu dilaksanakan?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Baik, terima kasih. Saya ingatkan 22 bulan PH memerintah boleh selesai. Pun tidak selesai juga ya.

Yang Berhormat...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasihlah. Akan tetapi saya bagi...

Akan tetapi dalam masa 22 bulan itu, Menteri telah membuat lawatan dan...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ya, terima kasih.

...Telah memulakan beberapa langkah projek itu dilaksanakan.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Tidak apalah, tidak apalah, terima kasih. Saya jemputan itu terima kasih. Saya bersedia di mana-mana sahaja untuk turun...

Saya cuma...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

...Tanpa mengira kawasan pembangkang ataupun...

Saya cuma tidak mahu Pulau Pinang dipinggirkan sekarang.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

No, tidak.

Itu komitmen yang saya perlukan daripada Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Kita tidak pernah ambil- Itu alam sekitar dan isu air ini bukan isu merentasi parti politik, merentasi agama dan merentasi sempadan geografi. Kita akan bantu sesiapa sahaja. Terima kasih. Saya ini masih panjang lagi, masa saya sudah habis.

Masalahnya Yang Berhormat Menteri, daripada dahulu masa zaman Barisan Nasional janji yang sama dibuat tetapi rakyat di Jelutong masih lagi susah.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasihlah... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, tolong.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya belum dijawab lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah petang ini.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Isu penting juga.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Saya banyak lagi yang hendak perlu dijawab. Saya sebenarnya masih...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri...

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri. Soalan...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

...Ada 25 muka surat lagi yang untuk jawapan. Jadi saya ingat kalau banyak sangat gangguan...

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Last, last.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

...Saya tidak sempat hendak jawab semua.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, saya tambah masa Yang Berhormat Menteri 10 minit.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih, terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh kita terus kepada polisi-polisi sektor alam sekitar dan perubahan iklim sebab ada banyak juga yang kita telah bangkitkan yang berkenaan dengan polisi kebangsaan, yang untuk isu tempatan, jika boleh Menteri boleh bagi jawapan bertulis.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Ya.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Kalau boleh kita bincang...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih, terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Polisi kebangsaan dahulu, jika bolehlah kita utamakan 10 minit ini untuk bincangkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya serahkan...

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Biar masing-masing yang bertanya ini dia sedang menanti jawapan masing-masing. Jadi saya perlu beri perhatian sebab saya yakin Yang Berhormat masing-masing menanti adalah untuk mendengar jawapan di kawasan yang dibangkitkan.

Tidak, tidak ini ialah satu program keseluruhan kena ada sedikit satu minit sahaja. Ada tiga perkara yang saya hendak dibangkitkan di sini. Satu ialah macam mana pendirian kementerian sekarang dengan menggunakan sumber air di bawah tanah untuk kita memajukan sistem air di dalam negara kita, nombor satu, underground water usage. Kedua ialah macam mana kementerian menghadapi isu public-private partnership untuk kita ada kemajuan di dalam industri air untuk masa depan akan datang. Ketiga ialah Akta Wasiat. Akta Wasiat ini sudah dekat 20 tahun. Saya ingat kita kena kembali balik kepada Akta Wasiat untuk kita membuat kajian dan juga untuk mengubahsuai Akta Wasiat ini untuk masa depan yang akan datang. The next 20, 25 years untuk kita pastikan bahawa akta itu memang relevan untuk masa depan yang akan datang. Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Cuma saya ingat ini soalan- soalan baharu yang saya perlu beri jawapan secara bertulis. Saya masih banyak lagi soalan yang dibangkitkan dalam perbahasan yang saya perlu pergi keutamaan. Walau bagaimanapun, saya mengambil perhatian kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih. Saya hendak pergi kepada beberapa persoalan yang dibangkitkan- masih lagi dalam isu banjir melibatkan banyak kawasan termasuk kawasan Hulu Langat, Yang Berhormat Hulu Langat ada di sini.

Yang Berhormat Menteri, terus kepada alam sekitar saya ingat lebih baik.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Okey. Hakisan pantai, saya ingat saya skip lah, saya akan jawab. Soal berhubungan dengan isu pengurusan alam sekitar. Yang Berhormat Bakri mengemukakan persoalan apakah pihak kerajaan bercadang untuk meneruskan atau meluluskan untuk rangka Akta Jerebu Merentas Sempadan, Transboundary Haze Act yang telah pun dicadangkan di peringkat Kerajaan Pakatan Harapan. Untuk makluman Yang Berhormat Bakri, kerajaan sekarang, Kerajaan Perikatan Nasional semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Julai 2020 telah pun memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan penggubalan rang undang-undang jerebu merentas sempadan. Perkara ini mengambil kira pengalaman negara jiran kita Singapura dan maklum balas daripada pakar undang-undang termasuk Jabatan Peguam Negara di mana rang undang-undang ini dicadangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Tindakan hanya dapat diambil terhadap syarikat milik ataupun berkaitan Malaysia yang beroperasi di luar negara sekiranya bukti jelas daripada negara yang menjadi punca jerebu merentas sempadan diperoleh. Bukti seperti maklumat pemilik tanah, peta, koordinat, lokasi, aktiviti pembakaran hutan dan tanah tidak akan dikongsi oleh negara punca jerebu dengan negara lain memandangkan ia mempunyai implikasi kepada keselamatan dan kedaulatan negara terbabit. Kerajaan juga tidak mahu rang undang-undang ini berupa hanya kosmetik tanpa mempunyai sebarang upaya untuk menangani jerebu. Kerajaan percaya jalan yang baik meningkatkan kerjasama dengan negara jiran kita dan semua ahli anggota ASEAN bagi menangani masalah ini secara bersama. Ahli Yang Berhormat Kemaman memohon kerajaan menjelaskan tentang tindakan diambil bagi menangani isu pencemaran udara, juga dibangkitkan. Kementerian memandang serius masalah isu berkaitan pencemaran alam sekitar yang meliputi udara. Untuk makluman, kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar secara berterusan memperkukuhkan undang-undang mengikut keperluan dasar alam sekitar semasa. Untuk makluman, tahap kualiti bahan api petrol telah pun dipertingkatkan daripada standard Euro 2M kepada standard Euro 4M mulai 1 Januari 2020. Manakala diesel akan dipertingkatkan daripada standard Euro 2M kepada standard Euro 5 pada 1 April 2021 di mana standard pelepasan model baharu bagi kenderaan enjin petrol dan motosikal mula diperketat daripada Euro 2 kepada Euro 4 pada 1 Januari 2020. Bagi kenderaan diesel enjin pula akan diperketat daripada Euro 2 kepada Euro 5, April 2021. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2020 telah pun mengambil inisiatif berimpak tinggi dengan gerak gempur operasi gempur iaitu operasi ke atas premis secara besar-besaran dengan kerjasama daripada pelbagai agensi bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Julai 2020. Jabatan Alam Sekitar telah pun menjalankan 31 operasi di seluruh negara melibatkan pemeriksaan ke atas 1,672 buah premis. Sebanyak 1,172 tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Alam Sekitar 1974 telah pun diambil. Untuk makluman juga bahawa bagi tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Julai 2020, Jabatan Alam Sekitar telah pun melaksanakan 1,250 operasi melibatkan pemeriksaan sebanyak 147,928 buah kenderaan bermotor dan sebanyak 545 tindakan penguatkuasaan merangkumi 437 tindakan kompaun, 107 perintah larangan, dan satu Kertas Siasatan sedang dilengkapkan di bawah undang-undang berkaitan. Saya akan- yang mana yang utama yang penting untuk saya jawab, yang lain- lain akan- saya akan susul dengan jawapan bertulis. Yang Berhormat Bakri juga menimbulkan persoalan mencadangkan supaya kerajaan meneruskan usaha Pemerkasaan Jabatan Alam Sekitar. Untuk makluman dalam isu pemerkasaan Jabatan Alam Sekitar, kerajaan akan terus memperkasakan Jabatan Alam Sekitar melalui penambahbaikan peralatan teknikal bagi tujuan penyiasatan dan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Bagi pihak kementerian, tindakan yang telah pun dilakukan sebelumnya oleh pihak kerajaan sebelum Perikatan Nasional, bagi kami, kami akan meneruskan mana- mana sahaja peraturan-peraturan yang baik dan mana-mana yang perlu penambahbaikan, kita akan lakukan penambahbaikan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan. Yang Berhormat, adakah Akta 1974 akan dipinda dan apakah timeline? Sebab sebelum ini inisiatif kita memang kita hendak table di Parlimen pada tahun ini juga. So, apakah timeline sekarang untuk pindaan Akta 1974?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Untuk makluman Yang Berhormat Bakri, KASA sebenarnya meneruskan kajian terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, AKAS 1974 ini. Untuk memantapkan tadbir urus alam sekitar, pada masa ini semakan dan pengemaskinian AKAS 1974 mengambil kira tentang perkembangan semasa dan penggunaan teknologi, ini kita akan teruskan. Untuk makluman juga...

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Saya tanya penjelasan sahaja, adakah kita ada satu timeline di mana kita set ada satu goal, bila kita akan bentangkan ke Parlimen untuk kelulusan pindaan AKAS 1974 sebab sebelum ini kita telah pun membuat banyak kajian di mana kita hendak membuat pindaan ataupun akta yang baharu. Apa yang kita perlukan adalah untuk stick to the timeline supaya tahun ini juga kita bentangkan di Parlimen supaya undang-undang yang lebih keras boleh dikenakan kepada sesiapa yang destroy the environment, dengan izin.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Untuk makluman, kita akan membawa dalam sesi ini juga di mana AKAS ini akan dipinda selaras dengan perancangan pada sesi ataupun pada tahun 2021 di mana semua pindaan-pindaan yang dicadangkan dan penambahbaikan yang telah pun dibuat akan dilaksanakan. Bermaksud kita akan bawa dalam sesi ini.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Sesi bila? Untuk sesi Parlimen ini? Bukan kan. So, kita tidak dapat pindaan apa-apa pun. So, saya hendak tanya timeline, bilakah sahaja?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Untuk makluman...

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Sesi ini?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Kita merangka pada sesi ini untuk itu tetapi oleh sebab terlalu banyak akta yang akan dibawa, kita jangka pada sesi Parlimen akan datang, kita akan bawa dalam perbahasan. Terima kasih.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab banyak lagi soalan-soalan yang dibangkitkan dan saya fikir kita pun sudah kelewatan, kesuntukan masa. Saya cuma ingin membuat satu komitmen bahawa semua persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan dijawab secara bertulis dan perbincangan boleh kita adakan walaupun di luar daripada sidang Parlimen bagi menambah baik di peringkat kementerian dan negara kita seluruhnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 Ogos 2020. Terima kasih, assalamualaikum.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.40 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Penempatan Perumahan Sementara di Atas Tanah Rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)Special Chamber

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian terhadap satu kawasan projek perumahan sementara bernama Taman Sinaran Kempas, terletak di atas tanah rizab KTMB berhampiran dengan Taman Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tebrau terima banyak pertanyaan daripada penduduk-penduduk di taman tersebut, khususnya bila kerajaan akan menunaikan janji memindahkan mereka ke kawasan perumahan yang kekal dan lebih selesa.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, penduduk-penduduk Taman Sinaran Kempas memang berasal dari rumah-rumah setinggan di sebelah tepi landasan kereta api. Mereka dipindah ke taman sementara ini

(Taman Sinaran Kempas) sementara menunggu kerajaan menyediakan kawasan perumahan yang kekal sejak 22 tahun yang lepas. Banyak masalah dihadapi selepas 22 tahun iaitu:

(i) tiada perkhidmatan kutip sampah dari rumah ke rumah;

(ii) tiada perkhidmatan potong rumput dan membersihkan longkang yang sumbat;

(iii) tiada kerja penyelenggaraan atas loji rawatan kumbahan yang lama tidak berfungsi;

(iv) tiada geran diberi kepada penduduk-penduduk kerana tiada geran berasingan; dan

(v) rumah-rumah di tapak perumahan masih belum dapat “CCC” kerana status sementara.

Isu ini saya telah bawa ke Kamar Khas pada tahun 2019. Pada ketika itu, pihak Kerajaan Persekutuan berjanji akan ambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan isu ini. Saya minta pihak kementerian menyatakan:

(i) status perbincangan di antara Kerajaan Persekutuan dengan pihak KTMB serta Kerajaan Negeri Johor bagi tujuan menyelesaikan isu ini supaya penduduk-penduduk dapat perumahan yang kekal dengan semua kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya; dan

(ii) sama ada pihak KTMB atau pun Kerajaan Pusat atau negeri boleh memberi perkhidmatan terhadap perkara 4(a), 4(b) dan 4(c) tersebut di atas dari sekarang sehingga pemindahan ke perumahan yang baru.

Sekian, terima kasih dari Tebrau.

Tuan Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Taman Sinaran Kempas terletak di atas Lot PTD 40050, HS(D) 153402 Mukim Tebrau, Daerah Johor Bahru dengan keluasan tanah lebih kurang 20 ekar bersamaan dengan 8.3851 hektar. Tanah tersebut kini merupakan tanah hak milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) setelah berkuat kuasanya Akta Keretapi 1991.

Maklumat yang diperolehi daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad selaku pihak yang turut terlibat dalam Projek Landasan Berkembar Kulai, Johor Bahru, kawasan perumahan tersebut dibina atas pembiayaan Kerajaan Persekutuan bagi maksud penempatan semula penduduk yang terlibat dalam projek pembinaan landasan tersebut. Penempatan penduduk di kawasan tersebut adalah secara sementara bagi tempoh dua tahun bermula bulan Mac 2000 dan berakhir pada bulan Mac 2002.

Taman Sinaran Kempas telah siap sepenuhnya pada 30 Jun 1998 dengan tempoh tanggungan kecacatan (defect liabilities period) di bawah Pretech Sdn. Bhd., kontraktor yang bertanggungjawab membina penempatan

Tuan Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

tersebut selama setahun dan tempoh ini telah pun berakhir pada 31 Disember 1999.

Pada awal perancangannya, pentadbiran Taman Sinaran Kempas akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor dengan dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut telah diubah dengan penubuhan Jawatankuasa Penduduk bagi mengurus selia perkara-perkara yang melibatkan pengurusan pentadbiran dan penyelenggaraan Taman Sinaran Kempas.

Mulai tahun 2012 iaitu bermulanya RAC (Railway Assets Corporation) mengambil alih penyewaan tanah-tanah kereta api daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dianggarkan lebih daripada RM1 juta bayaran cukai tanah bagi Lot PTD 40050 telah dilunaskan oleh RAC selaku pemilik aset kepada Kerajaan Negeri Johor.

Untuk makluman Yang Berhormat Tebrau juga, pada akhir tahun 2014, RAC telah melaksanakan bancian di penempatan tersebut dengan jumlah bancian sebanyak 530 unit terdiri daripada 500 kediaman, dua rumah ibadat iaitu sebuah surau dan sebuah kuil, sebuah tadika dan selebihnya adalah stor dan komersial.

Perkembangan terkini pada sesi Kamar Khas yang diadakan pada 29 November 2019, pihak Kementerian Pengangkutan telah menyatakan komitmen untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Johor dalam usaha untuk mendapatkan jalan penyelesaian terbaik bagi isu-isu yang telah pun dibangkitkan sebelum ini.

Namun begitu, kesan daripada penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan secara berfasa, perbincangan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau dengan Kerajaan Negeri Johor telah ditangguhkan sehingga Ogos 2020.

Bagi perkara-perkara 4(a) hingga 4(c), Kementerian Pengangkutan berpandangan pertimbangan sewajarnya oleh pihak berkuasa tempatan adalah dipohon bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan kutipan sampah untuk penduduk Taman Sinaran Kempas. Pandangan ini adalah selaras dengan tindakan RAC selaku pemilik aset yang telah melunaskan bayaran cukai tanah lebih daripada RM1 juta kepada Kerajaan Negeri Johor ke atas lot tersebut di atas Lot PTD 40050 iaitu Taman Sinaran Kempas ini.

Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan berpandangan faktor utama yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Johor adalah kebajikan dan keselesaan rakyat memandangkan penyakit bawaan air atau serangga kini

Tuan Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

mudah merebak dan akan menjejaskan kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang Selasa, 4 Ogos 2020. Terima kasih.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.42 petang]