Dewan Rakyat · 5 August 2020
15th Parliament, session 3, meeting 2 · 1,154 turns · 52,774 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Bismillahi Rahmani Rahim. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang menganggur rakyat tempatan; Yang dominan rakyat asing Harap Menteri beri jawapan Nombor satu soalan penting.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
1. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) apakah inisiatif kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar guna tenaga asing yang mendominasi sektor pembuatan dan pembinaan negara; dan (b) sejauh mana usaha kerajaan berjaya mengurangkan kadar pengangguran warga tempatan yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan Yang Berhormat Baling ini telah menyembunyikan dua soalan dalam soalan pertama. Memandangkan Yang Berhormat Baling bermula dengan serangkap pantun; Hati teringin pergi memancing; Bawa umpan ulat sebakul; Baling tanya isu ulat pekerja asing; Sila dengar jawapan betul-betul.... [Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan memandang serius kepada kesan pandemik COVID-19 yang telah memberi implikasi yang besar kepada fasal pekerjaan negara. Kerajaan sekarang memberi keutamaan pekerjaan kepada pencari kerja tempatan. Ini terbukti apabila kerajaan mengumumkan untuk membekukan pengambilan pekerja asing dalam semua sektor yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing sehingga hujung tahun ini. Usaha mengurangkan kebergantungan pekerja asing di semua sektor termasuk sektor pembinaan dan pembuatan adalah seperti berikut: (i) mewajibkan pengiklanan kekosongan jawatan untuk tempoh tidak kurang daripada 30 hari di portal Jobs Malaysia bagi tujuan pengambilan pekerja asing dan pegawai dagang; dan
(ii) jawatan petugas barisan hadapan tidak dibenarkan kepada pekerja bukan warganegara. Semua agensi kawal selia dimestikan untuk melaksanakan Pelan Penggantian- exit strategy, bagi membolehkan sektor-sektor berintensifkan buruh beralih kepada penggunaan mekanisasi dan automasi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan wujudkan pekerjaan yang memerlukan kemahiran. Antaranya: (i) menekankan pelaksanaan mekanisme industrialized building system, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua dalam sektor pembinaan dan restoran berkonsepkan self-service dan sebagainya; dan (ii) bantuan kepada industri pembuatan termasuk syarikat industri kecil dan sederhana untuk bergerak ke arah IR 4.0 melalui pemberian dana-dana seperti automation allowances, soft loan dan sebagainya. Selain itu, penubuhan Malaysia Automotive Robotic dan Internet of Things Institute (MARii) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk melatih warga tempatan menjadi pekerja berkemahiran dan membekalkan semula ke pasaran pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan. Kerajaan juga melalui Pelan Pakej Rangsangan Ekonomi akan terus memastikan hak pekerja tempatan sedia ada dan pencari kerja tempatan akan terus terjamin. Antara program-program yang dilaksanakan adalah: (i) Employment Litigation Programme; (ii) Program Subsidi Upah; (iii) Hiring incentive yang dilaksanakan oleh PERKESO; dan (iv) Program Place and Train oleh PSMB. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita tengok statistik dari Jabatan Imigresen Malaysia berkaitan dengan pas lawatan PLKS ini, pada Januari 2020, seramai 1.98 juta orang pekerja asing dan sehingga Mei, seramai 1.54 juta. Ini bermakna seramai 440 ribu telah berkurangan. Jadi saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Memandangkan soalan saya dua, jadi soalan saya juga dua. Pertama sekali, apakah kerajaan akan mempertimbangkan pembukaan semula kemasukan pekerja asing yang baharu selepas berakhirnya pandemik COVID-19? Keduanya, adakah wujud inisiatif tambahan khususnya untuk kementerian untuk fikirkan bagi rakyat tempatan khususnya generasi muda bagi menggantikan pekerja-pekerja asing dalam negara seperti Yang Berhormat Menteri sebut tadi, dalam pembuatan, pembinaan, perladangan dan pertanian ini? Apakah insentif? Saya hendak cadangkan seperti insurans tambahan kepada keluarga mereka, bantuan persekolahan kepada anak-anak mereka. Saya yakin dan percaya kalau diberikan ruang dan peluang kepada rakyat tempatan banding dengan pekerja asing, kita lebihkan kepada anak kita sendiri, rakyat tempatan kita, insya-Allah ramai pekerja dalam negara ini kita dapat isi tempat-tempat Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, ada 440,000 kekosongan buat masa hari ini. Apakah tindakan agresif kementerian Yang Berhormat Menteri untuk lakukan sesuatu perkara? Ini Kerajaan Perikatan Nasional, kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu prihatin. Jadi Yang Berhormat Menteri, di bawah Perikatan Nasional tunjukkan, buktikan you are much better than the Pakatan Harapan dulu. Terima kasih...
[Dewan riuh]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana kita sedia maklum, kerajaan memang memberi keutamaan kepada warga tempatan. Kerajaan telah membuktikan dalam masa terdekat, dalam masa enam bulan kita sempat mengurangkan penglibatan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu.
Kedua, tidak lama lagi kerajaan akan melaksanakan ataupun menguatkuasakan Akta 446 di mana semua pekerja asing di negara kita akan diberi perlindungan daripada segi perumahan dan well-being, Tuan Yang di-Pertua.
Kedua, hari ini kita lihat dalam keadaan krisis kesihatan, satu perkara yang kita sedar yang penting adalah hampir sebahagian besar daripada B40 tidak mempunyai safety net. They were not covered by the insurance. Maka kerajaan, sebagai insentif, akan memastikan melalui PERKESO membekalkan safety net atau jaringan keselamatan untuk semua pekerja. Itu salah satu cara kita menggalakkan warga tempatan melibatkan diri dalam sektor-sektor seperti ini. Kedua, setelah mengambil kira sektor-sektor tertentu, kerajaan hendak memastikan kita tidak akan membuka sektor-sektor untuk frontliner. Seperti mana kita sedia maklum, walaupun di stesen minyak kita benarkan pekerja asing sebagai pam atendan, pada masa yang sama, kita tidak membenarkan warga pekerja asing bekerja di kaunter sebagai frontliner. Begitu juga kedai-kedai makan. Kita membenarkan pekerja asing sebagai tukang masak tetapi daripada segi frontliner, kita masih perlukan warga tempatan. Ini rancangan-rancangan tertentu yang kita jalankan untuk memastikan warga tempatan khususnya golongan belia- golongan belia akan menentukan hala tuju negara yang merupakan hampir 50 peratus golongan belia. Mereka akan menentukan hala tuju negara ini ke arah Malaysia Baharu. Maka, kita pastikan nasib warga Malaysia khususnya golongan belia terbela di bawah Kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk itu, dasar yang tepat dirangka oleh kementerian, ia mesti bermula dengan maklumat yang tepat. Dalam hal ini sebuah pangkalan data yang tepat dan credible berkenaan angka sebenar pekerja asing di negara kita di semua sektor. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa buat masa sekarang, agensi yang berbeza memberikan angka yang berbeza berkenaan dengan keberadaan pekerja asing di negara kita? Ini menyukarkan kementerian untuk merangka polisi yang betul dan tepat.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Pada masa yang sama, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana melantik satu Jawatankuasa Khas dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan. Jawatankuasa khas ini telah sedar kecacatan kita dan dengan persetujuan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, sudah bersetuju untuk melahirkan sebuah platform supaya kita dapat angka yang tidak berbeza. Sebelum ini memang kita ada kekangan mendapatkan angka yang tepat memandangkan Kementerian Sumber Manusia menjawab segala soalan di Parlimen tetapi keputusan membenarkan pekerja asing di bawah kementerian lain. Akan tetapi, pada hari ini, kerajaan prihatin yang begitu peka dan sensitif untuk mengatasi masalah ini telah membenarkan satu Jawatankuasa Khas untuk mengatasi masalah ini di mana kerjasama di antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri akan beri ruangan untuk kita memberi angka yang benar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Merujuk kepada isu pengangguran, semalam Yang Berhormat Menteri menjawab di mana pengangguran rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura sudah cecah ataupun lebih kurang 400 ribu telah pun menjadi di bawah kategori pengangguran. Jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri kepada rakyat 400 ribu itu, untuk merujuk kepada Kementerian Tenaga Manusia Republik. Saya rasa jawapan ini tidak- kena lebih spesifik. Yang Berhormat Menteri kena ambil tindakan untuk cari penyelesaian untuk pastikan masyarakat ini tidak dipinggirkan. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri...
Soalan, soalan Yang Berhormat.
Ya. Mohon penjelasan, apakah tindakan selain daripada kategori ini merujuk kepada Kementerian Tenaga Manusia Republik? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya kurang jelas dengan soalan Yang Berhormat Batu. Walau bagaimanapun, saya tidak boleh menjawab mengikut cita rasa Yang Berhormat Batu. Kebetulannya saya setuju. 400 ribu orang pekerja asing...
Mana ada soalan tidak jelas.
Yang Berhormat Batu, duduk.
Apakah tindakan Yang Berhormat terhadap isu pengangguran pekerja Malaysia di Singapura?
Seramai 400 ribu orang pekerja asing di Singapura telah kehilangan peluang pekerjaan, ini bukan soal hanya di Singapura sahaja. Warga Malaysia kerja di seluruh dunia. Ini kita ada dalam satu keadaan krisis...
Betul, Yang Berhormat. Akan tetapi semalam, jawapan Yang Berhormat bagi untuk merujuk kepada Kementerian Tenaga Manusia Republik... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Batu. Inilah masalah ini pagi-pagi tidak faham apabila orang bagi arahan.
Kerajaan mengambil langkah-langkah yang positif untuk memastikan nasib semua warga Malaysia di seluruh dunia terbela. Khususnya di Singapura, saya telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri manpower di Singapura untuk memastikan nasib warga Malaysia dibela. Isu hari ini apabila mereka kembali ke Malaysia, mereka dikehendaki bayar untuk saringan COVID-19. Itu sahaja masalah. Kita cari peluang-peluang yang terbaik untuk membantu mereka.
2. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Lumut] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, perkembangan terkini pembangunan industri kereta terbang dan adakah ia masih diteruskan di bawah MEDAC.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada masa ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memberi perhatian khusus kepada pembangunan usahawan PKS mikro dan koperasi terutamanya dalam menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh usahawan semasa dan pasca COVID- 19 bagi mencapai hasrat dan matlamat yang digariskan dalam garis Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030. Kita hanya mempunyai tempoh 10 tahun untuk melaksanakan ini dan mencapai matlamatnya. Hal ini amat penting kerana kesan penularan wabak COVID-19 terhadap usahawan tempatan perlu ditangani dengan lebih agresif, spesifik dengan menggunakan sumber kewangan dan kepakaran yang ada pada kerajaan. Dengan itu, maka soalan berhubung dengan istilah kereta terbang sebenarnya merupakan super dron mengikut konteks sebenar dalam industri air mobility. Industri ini mempunyai potensi yang tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa, di samping boleh diaplikasikan pelbagai sektor yang lain. Air mobility ini juga turut dilengkapi dengan teknologi terkini seperti artificial intelligence, big data, mobility internet of things yang kini sedang berkembang pesat terutamanya di peringkat antarabangsa. Projek air mobility yang ada pada masa ini diterajui dan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Projek ini tidak melibat sebarang peruntukan daripada kerajaan ataupun kementerian MEDAC. Hanya MEDAC berperanan sebagai pemudah cara kepada pembangunan usahawan PKS tempatan dalam industri yang memfokuskan kepada perkhidmatan dron dan super dron. Industri air mobility ataupun urban mobility merupakan industri yang berpotensi dan berupaya membuka peluang kepada satu bidang keusahawanan yang baharu yang boleh dikomersialkan. Namun begitu, keutamaan MEDAC pada masa ini adalah untuk melaksanakan program inisiatif yang telah ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi memastikan usahawan PKS mikro koperasi yang terjejas akibat wabak COVID-19 dapat terus dibantu dalam meneruskan perniagaan mereka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan dan juga semacam mengiakan bahawa industri super dron alias kereta terbang ini punya masa depan yang baik dan terbuka luas untuk dimanfaatkan. Segala bunyi bising pada sesi yang lalu di bawah kerajaan yang lalu daripada sebelah pembangkang ketika itu suara-suara yang agak sumbang. Hari ini ternyata ia dipersetujui.
Cuma, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, kalau kita lambat dalam industri ini, kita akan ketinggalan.
Industri ini di negara kita diterajui oleh anak-anak bumiputera, syarikat nombor tiga terbaik dan terbesar di dunia dalam industri dron dan super dron ini. Jadi, kalau kita mengabaikannya, kita sudah menolak peluang-peluang yang terbuka kepada anak-anak kita dan juga usaha untuk mencapai pembangunan di bawah Industry Revolution 4.0 ini. Jadi, apakah ataupun bilakah mungkin kerajaan akan mengambil daya usaha yang lebih aktif untuk mengetengahkan industri ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, kita banyak yang mencemuh ataupun mencaci apabila kita katakan kereta terbang dahulu ya, oleh Yang Berhormat Menteri yang dahulu. Akan tetapi sebenarnya istilah kereta terbang itu diguna pakai sebagai generic name untuk urban mobility khususnya di Amerika. Contohnya, masa sekarang di New Hampshire telah menubuhkan undang- undang untuk mengadakan air taxi berlandaskan vertical take-off and landing (VTOL). Jadi, dalam keadaan sedemikian istilah yang diguna juga kereta terbang tetapi kereta terbang bermakna dron dan super dron yang boleh diguna pakai menjadi kereta di urban center mengatasi masalah trafik. Jadi dalam keadaan sedemikian Tuan Yang di-Pertua, bahawa Kementerian MITI, kementerian saya telah memberi facilities kepada pembangunan khususnya perkara-perkara yang mempunyai high technology. Akan tetapi apa yang kita belum ada ialah kepakaran yang khusus untuk membangunkan teknologi-teknologi ada hubung kait dengan urban mobility ini, satu. Kedua, kita belum lagi mempunyai dasar dan garis panduan yang khusus. Ketiga, kita belum lagi mempunyai undang-undang yang khusus. Jadi, dalam keadaan constraint yang sedemikian itulah, maka kita melihat private sector masih membangun perkara ini hingga pada satu tahap nanti, apabila tiga kementerian iaitu Kementerian Usahawan dan Koperasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga Kementerian Pengangkutan membuat satu dasar yang disarankan kepada kerajaan untuk diterima oleh kerajaan sebagai satu dasar perundangan dan sebagainya- menggariskan untuk membangunkan industri ini secara sendirinya kita akan buat juga. Akan tetapi Yang Berhormat, kita tidak lupa bahawa technology drone, technology internet of things, technology artificial intelligence masih diberi perhatian yang khusus oleh pihak kerajaan. Jangan bimbang Yang Berhormat, kita tidak lupa.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan takziah kepada mangsa-mangsa letupan bom di Beirut yang mengorbankan lebih 100 nyawa setakat ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Parit Sulong pada masa itu Pengerusi PAC, 28 November 2019. Jika saya dapat bacakan kenyataannya, “PAC Parlimen mendapati Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) pada masa itu sebuah syarikat di bawah JPM telah meluluskan pelaburan kepada projek ini sebanyak RM20 juta.” Yang Berhormat Menteri sebut tadi bahawa projek ini dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Ini telah pun disahkan, dana ini disalurkan VTSB kepada AVSB pada 1 November 2019. Kalau ia ditanggung oleh swasta, maka apa jadi pada dana RM20 juta ini? Terima kasih.
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat beritahu saya ini. Oleh sebab di Parlimen ini Yang Berhormat, kalau saya berbohong saya boleh dikatakan mengelirukan Dewan. Saya hanya jelas apa yang saya tahu. Jadi, kalau Yang Berhormat ada tahu itu terima kasihlah dan saya galakkan banyak lagi duit-duit kerajaan untuk- memberi untuk pembangunan industri ini kerana industri ini pada masa sekarang pun sudah mencapai tahap 115 bilion di seluruh dunia hanya untuk dron sahaja, belum lagi sampai ke super dron dan dron-dron yang besar yang diguna pakai oleh Amerika sebagai surveillance vehicle dan sebagainya. Jadi Yang Berhormat, saya tidak boleh memberitahu apa terjadi kepada kewangan itu juga oleh kerana kalau sudah di sumbang- saya cukup yakin kementerian yang menyumbang sumber kewangan ini mengguna pakai dan memantau pembangunannya, progress-nya, dengan izin. Jadi dalam keadaan sedemikian, saya tidak boleh menjawab apa yang saya juga tidak tahu ini.
Boleh sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua?
Soalan tambahan lagi.
Boleh Yang Berhormat Menteri, satu soalan?
Satu sebelah sini.
Sila Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih daripada industri kereta terbang mungkin lebih elok industri kereta elektrik. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Kemudian, satu lagi Dasar Keusahawanan Nasional 2030, saya ingin tahu berapa banyak usahawan baharu daripada segi industri seumpama ini dilahirkan. Mengikut Global Entrepreneurship Development Index, negara US nombor satu, UK nombor empat, Kanada nombor tiga tetapi Malaysia nombor 58. Jadi banyak lagi kerja-kerja untuk Dasar Keusahawanan Nasional dan dalam industri permotoran. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kalau Yang Berhormat fokus kepada industri permotoran (vehicle industry), kita melihat bahawa Proton dahulu dan dasar kerajaan pada ketika itu adalah stumbling block pada pembangunan industri atau automatif di negara ini. Oleh sebab kita lihat bahawa satu lagi ialah tax yang kita kena- kerajaan kena kepada imported car dan sebagainya. Proton itu mendapat special treatment oleh pihak kerajaan. Jadi ini telah membantut banyak kereta industri ataupun syarikat-syarikat besar kereta hendak melabur di Malaysia berpindah ke Thailand. Contohnya BMW dan sebagainya. Jadi dasar itu perlu dilihat semula. Saya cukup yakin memang perlu untuk membangunkan industri automatif di negara ini. Akan tetapi Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat sebut- electric vehicle ini, sebabnya VTOL ini sebenarnya berhubung dengan electric car Yang Berhormat, sebenarnya. Itu lagi menunjukkan satu kelemahan dari sudut kita membuat dasar dan perundangan. Saya menerima hakikat bahawa dasar kita berhubung dengan electric car ini juga memerlukan masa yang begitu panjang untuk meluluskan undang-undang, menggunakan electric car dan electric motorcycle. Kalau dibandingkan dengan negara-negara lain contohnya di China, kalau Yang Berhormat pergi ke Shanghai, pergi ke Suzhou sebuah bandar yang 4.5 million penduduk, mempunyai 90 peratus, empat million lebih motorcycle di sana ialah electric motorcycle, tetapi tidak ada halangan dari sudut perundangan dan dasar yang ada kepada mereka. Di sini kita mempunyai dasar-dasar yang mungkin masih tidak mencukupi untuk kita adopting kepada elektrik ataupun teknologi-teknologi baharu ini dalam automotive industry. Terima kasih.
Saya mula dengan pantun, Jajaran mengkudu berbias kesuma; Dicelah angsana Kampung Bahagia; Assalamualaikum pembuka bicara; Soalan saya nombor tiga.
3. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan, apakah rasionalnya diwujudkan kementerian khusus yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar dan air dan apakah objektif dan fokus utama kementerian ini?
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh. Saya tidak berhasrat untuk jawab pantun, cuma jawab salam sahaja. Untuk sekalian, soalan yang dibangkitkan ialah berhubung dengan rasional kewujudan kementerian. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman kita semua, pertama saya merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri yang telah pun mewujudkan sebuah kementerian khusus untuk menjaga alam sekitar. Sejak tahun 1975, Jabatan Alam Sekitar ini berada dalam pelbagai kementerian. Sehinggalah pada Mac 2020, diwujudkan sebuah kementerian khas.
Apa yang menariknya ialah Kementerian Alam Sekitar ini digabungkan dengan sektor air yang merupakan salah satu di antara sektor yang utama dan komponen yang paling utama dalam menjaga alam sekitar. Untuk makluman kita semua, isu-isu berkaitan alam sekitar dan air ini tidak pernah sebelum ini berada di bawah satu kementerian dan kemudian diurus oleh kementerian-kementerian berbeza. Sebagaimana yang kita sedia maklum, sistem bumi berpaksi kepada empat buah komponen utama iaitu udara- atmosfera; air- hidrosfera; daratan- litosfera; dan ekosistem flora dan fauna- biosfera, yang kesemuanya komponen- komponen utama ini saling kait atau pun berinteraksi antara satu sama lain.
Kalau kita rujuk pada Surah Al-Baqarah ayat 22, Allah SWT menjelaskan komponen-komponen ini... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai hamparan, dan langit sebagai bangunan yang teguh dan diturunkan dari langit itu air hujan dan dikeluarkan daripada air hujan itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Maka janganlah kamu mengadakan selain daripada Allah sebagai sekutu”. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fungsi utama di antara tiga peranan besar ialah pengurusan sumber alam sekitar yang merangkumi empat aspek iaitu yang telah saya nyatakan tadi. Kedua, perkhidmatan alam sekitar yang merangkumi aktiviti kawalan dan bahan cemar dan yang ketiga, pelestarian alam sekitar sebagaimana konsep planetary health supaya keseluruhan ekosistem kita berada dalam keadaan yang seimbang. Untuk objektif ataupun fokus utama. Pertama, memastikan kelestarian alam sekitar dan air yang mampan berteraskan penggubalan dasar yang komprehensif, mematuhi perundangan yang teratur dan penggunaan sumber yang efisien. Kedua, menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada semua pelanggan dan memantapkan hubungan kerjasama di antara agensi swasta dan kerajaan. Ketiga, meningkatkan keterlibatan dalam kesedaran rakyat mengenai pelestarian alam sekitar dan air yang mampan. Itu antara objektif utama kementerian ditubuhkan. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Merujuk kepada komponen kedua, perkhidmatan alam sekitar yang merangkumi aktiviti dan juga kawalan bahan tercemar. Bagaimana pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air ataupun KASA mencegah Malaysia daripada menjadi tong sampah dunia selaras dengan Konvensyen Basil. Terima kasih, pohon penjelasan.
Silakan.
Terima kasih. Bagi pihak kementerian, kita mengambil serius isu Malaysia, kita tegaskan Malaysia tidak akan jadi tong sampah dunia. Dengan kata lain bahawa kita bertindak tegas terhadap sebarang unsur-unsur yang cuba bawa masuk kontena-kontena yang mengandungi sisa toksik ataupun yang tidak mematuhi peraturan-peraturan seperti sisa plastik dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ditubuhkan pada Mac, waktu COVID ya dan betul-betul dalam waktu PKP ini kita telah pun mengesan dan menghantar pulang 13 buah kontena yang mengandungi sisa toksik dan 42 buah kontena yang mengandungi bahan plastik ke negara asal. Untuk makluman, baru-baru ini juga saya sendiri turun ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) setelah kita mendapat maklumat ada 110 buah kontena yang transit di Pelabuhan Tanjung Pelepas yang dalam pengurusan untuk kita hantar balik ke negara asal iaitu di Romania. Sebagai maklumat tambahan, saya suka hendak maklumkan bahawa di antara negara-negara yang kita hantar bahan-bahan yang telah pun kita kenal pasti ini termasuklah beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat. Untuk makluman, 21 buah kontena yang kita hantar kepada Amerika Syarikat yang melalui Pelabuhan Kuching dan 15 buah kontena di Pelabuhan Pulau Pinang, di UK satu buah kontena, Poland sebuah kontena, Korea Selatan dua buah kontena, Vietnam dua buah kontena dan keseluruhannya 42 buah kontena dan berat keseluruhan kontena tersebut ialah 796,553 kilogram. Jadi ini yang telah kita ambil tindakan dan kita bertegas bahawa Malaysia mesti bebas daripada elemen-elemen yang bercanggah dengan Konvensyen Basil yang telah kita tandatangani. Terima kasih.
Yang Berhormat Libaran.
Tuan Yang di-Pertua, Libaran mohon untuk soalan tambahan.
Soalan tambahan dua, Yang Berhormat Libaran. Silakan.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua saya terus kepada soalan. Minta kementerian jelaskan sejauh manakah dasar berkaitan seperti Dasar Alam Sekitar Negara 2002, Dasar Perubahan Iklim Negara 2009 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, menjaga kelestarian alam. Bagaimanakah kementerian memastikan kecekapan usaha sama diselenggarakan di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri serta agensi-agensi yang terlibat supaya tindakan dan penguatkuasaan berjalan lancar terhadap penjenayah alam sekitar? Mohon juga kementerian nyatakan bagaimana memperkasakan penyertaan komuniti seperti NGO atau individu dalam menyokong agenda pemeliharaan alam sekitar ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Untuk makluman bahawa di peringkat kementerian kita meneliti beberapa akta yang ada dan penambahbaikan kepada akta- akta yang sedia ada ini untuk kita tingkatkan lagi penguatkuasaan. Sebagai contoh ya, kita berdepan dengan pelbagai masalah berhubung dengan kadar kompaun yang kita menilai kembali yang bagi kita tidak perlu ditingkatkan sebagai elemen pencegahan. Untuk makluman Dewan yang mulia, sesuatu pencemaran alam sekitar melibatkan kos yang sangat tinggi untuk dibaik pulih. Terkadang kita belanja sampai ratus-ratus ribu untuk membaik pulih kepada isu pencemaran alam sekitar. Oleh sebab itu, penelitian kepada semua akta yang ada sedang dirangka di pihak kementerian untuk kita tingkatkan keupayaan. Persoalan kedua, berhubung dengan kerjasama. Untuk makluman bahawa kementerian juga telah pun menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk libatkan semua agensi dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk kita turut sama bekerjasama dalam penjagaan alam sekitar. Sehubungan dengan itu kita juga mengadakan hubungan yang rapat dengan universiti-universiti tempatan khususnya fakulti-fakulti yang melibatkan alam sekitar untuk kita gerakkan bersama. Sebanyak 10 ribu kilometer river trail yang telah kita setuju di peringkat kementerian untuk kita bina supaya punca air dapat kita jaga dan sebarang pencemaran kita ambil tindakan yang tegas. Untuk makluman, dalam tempoh PKP kita juga telah mengambil tindakan kepada kilang-kilang industri. Ada yang kita gantung sampai tiga bulan operasi dan kita denda dan kita bawa ke mahkamah. Sehubungan dengan itu, penguatkuasaan salah satu antara elemen penting yang kita akan teruskan di samping kerjasama dengan agensi-agensi sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Soalan tambahan lagi.
Soalan tambahan seterusnya.
Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin.
Kecemasan ini. Soalan kecemasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlepas Yang Berhormat.
Boleh?
Tidak boleh.
4. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan, berapa jumlah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kampung Baru Cina di seluruh negara dan apakah mekanisme kategori pengagihan peruntukan ini.
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah kerana memberi soalan kepada KPKT mengenai Kampung Baru Cina ya. Saya rasa Yang Berhormat Rasah amat maklum tentang maklumat Kampung Baru Cina. Namun demikian, untuk manfaatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya memberikan penerangan mengenai peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada pembangunan Kampung Baru Cina. Jumlah sepenuhnya yang telah diperuntukkan kepada kawasan-kawasan Kampung Baru Cina seluruh negara adalah sebanyak RM60 juta yang mana RM42 juta diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur, RM5 juta untuk Program Bantuan Baik Pulih Rumah dan RM13 juta untuk skim pinjaman khas. Untuk mendapatkan peruntukan- peruntukan ini, ketua-ketua kampung dalam kawasan harus membuat permohonan kepada pejabat KPKT dan kali ini KPKT memberi panduan tentang projek-projek yang akan diluluskan agar ia akan dapat memberi impak dan nampak produktif. So, program-program yang kita fokus dan kita akan luluskan dan kita tekankan program-program yang membangunkan wanita, pemberdayaan wanita, pemberdayaan orang muda dan juga pendidikan, pemberdayaan penjagaan alam sekitar dan meningkatkan keusahawanan ekonomi, meningkatkan kawasan-kawasan pelancongan dalam kampung-kampung dan juga program-program kebersihan, recycling programme dan sebagainya dan juga program-program komuniti seperti gotong-royong dan sebagainya. Jadi inilah kelas-kelas sebanyak lapan kriteria panduan yang mana kelulusan akan diberi berdasarkan daripada kertas-kertas kerja yang menepati panduan yang diberikan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan di KPKT. Untuk Yang Berhormat Rasah sendiri, pada tahun 2019, telah membuat projek- diluluskan pada tahun 2019 sebanyak RM118,594.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang lain, setiap kampung, Kampung Baru Cina diperuntukkan sebanyak RM100 ribu untuk program-program dalam kawasan mereka dalam kategori tiga tadi yang saya sebut. Akan tetapi malangnya pada tahun 2020 banyak lagi negeri yang masih belum melantik ketua-ketua kampung. Hampir ke semua negeri masih belum melantik ketua-ketua kampung Cina dalam negeri masing- masing cuma ada di Perlis, Kuala Lumpur dan juga Kelantan yang meneruskan pelantikan sampai 30 Disember 2020. Yang lain lagi masih kosong lagi tidak ada terima. Jadi, kalau sekiranya ketua-ketua kampung ini atau Majlis Pembangunan Komuniti Kampung ini tidak dibentuk maka wang ini tidak akan dapat kelulusan tidak ada program dan tidak ada kelulusan jadi ini akan melambatkan kegunaan peruntukan yang telah kita sediakan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Ada beberapa perkara yang selepas saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, Yang Berhormat Menteri mengatakan jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM60 juta tetapi saya merujuk kepada Hansard Parlimen pada 11 Oktober 2019 ketika Yang Berhormat Menteri Kewangan ketika itu membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan yang mulia ini. Muka surat 18 jelas menyatakan bahawa jumlah peruntukan untuk Kampung Baru RM85 juta. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini? Saya tidak ada masalah dengan cara agihan tersebut yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri cuma saya hendak maklumkan pada Yang Berhormat, saya tidak mahu kata Yang Berhormat sebagai Yang Berhormat Menteri silap dan sebagainya. Negeri Sembilan sebenarnya telah melantik ketua-ketua kampung untuk Kampung Baru pada 1 April yang lepas sehingga 31 Mac tahun depan jadi saya rasa Negeri Sembilan tidak ada masalah sekiranya penyaluran peruntukan-peruntukan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tersebut diteruskan.
Cuma persoalan saya, apakah pihak KPKT akan di bawah kerajaan baharu akan memberikan peruntukan ataupun menyalurkan peruntukan seperti mana pada tahun lepas 2019 kepada ketua-ketua Kampung Baru di Negeri Sembilan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan pada ketika ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Rasah seperti saya sebut dalam ucapan penggulungan saya, semenjak saya dari Kerajaan PH dan Perikatan Nasional saya tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri. Jadi as long you mengikut peraturan insya-Allah kita akan meluluskan peruntukan ini. Namun demikian, pertanyaan tadi mengatakan bahawa mantan Menteri Kementerian Kewangan mengumumkan RM85 juta. Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, RM25 juta itu diperuntukkan untuk pinjaman peribadi dari Bank Simpanan Nasional (BSN) yang di bawah pengendalian Kementerian Kewangan bukan di bawah KPKT ya. So, untuk soalan mengenai peruntukan itu saya sudah sebut. Cuma saya hendak maklumkan sedikit pada tahun 2020 ini banyak program yang tidak dapat kita laksanakan ya, kerana kalau sebelum itu kalau sudah buat pelantikan boleh teruskan permohonan dan boleh teruskan sampaikan ke Pejabat KPKT. Jadi untuk sedikit makluman ini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 551 permohonan telah dimasukkan pada tahun 2020. Ketika ini hanya sebanyak 56 projek kita luluskan. Sebanyak 494 ini belum lagi diluluskan kerana beberapa perkara: (i) pertukaran kerajaan; (ii) COVID-19; dan (iii) belum ada pelantikan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kita akan review kita akan semak program-program permohonan yang telah dibuat seperti awal. Sekiranya hendak ada pertukaran dan perubahan projek boleh silakan. Terima kasih.
Ipoh Timur.
Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya cuma dengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi tentang pelantikan MPKK di beberapa buah negeri tetapi kita sedia maklum Yang Berhormat ya. Pada tahun ketika PH memerintah dahulu, seramai 62 Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) telah dilantik secara kontrak oleh kerajaan pada ketika itu bagi membantu tugas-tugas MPKK. Soalan saya Yang Berhormat, apabila pelantikan PKP ini dilantik secara kontrak dan dibayar gaji secara bulanan, ada tak pertindanan tugas antara PKP dengan MPKK? Soalan ataupun penjelasan Yang Berhormat Menteri, saya perlukan di Dewan yang mulia ini tentang status Pegawai Kemajuan Perkampungan yang dilantik itu oleh kementerian pada Julai 2019 bagaimanakah status PKP buat ketika ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelebu ya?
Ya Jelebu.
Yang Berhormat Jelebu ya?
Jelebu Negeri Sembilan Yang Berhormat.
All right okay.
Jolobu Yang Berhormat Jolobu.
Jolobu okay, all right okay. Jadi, untuk itu Yang Berhormat Jelebu, Pegawai Kemajuan Perkampungan kita telah lantik seramai 30 sudah yang seramai 40 lagi masih dalam proses okey. Untuk Negeri Sembilan, tiga telah kita lantik. Keseluruhan jumlah Pegawai Kemajuan Perkampungan ada seramai 70 dan sekarang sedang dilantik seramai 30, seramai 40 dalam proses. Untuk Negeri Sembilan ada seramai tujuh patut PKP tetapi tiga baharu dilantik okey jadi daripada segi tugasan, Ketua-ketua Kampung Majlis Pembangunan Komuniti Kampung yang diketuai oleh Ketua Kampung Baru dipanggil Ketua Kampung Baru menjaga kawasan kampung. Yang manakala Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) akan menjaga sekelompok kampung.
Satu orang Pegawai PKP average pada puratanya menjaga dalam sebanyak 20 ke-30 buah kampung. Program-program yang akan dikemukakan datang daripada ketua-ketua kampung dan dia akan teliti oleh PKP dan dibawa kepada KPKT. Itu cara proses permohonannya. Terima kasih.
Yang Berhormat Baling berpantun, Yang Berhormat Kuala Krai berpantun, Hulu Rajang pun ada pantun pagi ini Tuan Yang di-Pertua. Berdiri bukan sebarang berdiri; Menyampai hasrat di dalam hati; Kemudahan ATM di Hulu Rajang sangat diingini; Soalan nombor lima mohon jawapan YB Menteri.
5. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, sekiranya kementerian bercadang untuk menetapkan kemudahan bank seperti BSN dan Bank Rakyat di Sg. Asap dan Belaga.
Bila ada pantun ini kepala saya terus jam lah. [Dewan ketawa] Minta maaf Tuan Yang di-Pertua tidak boleh pantunlah. Kalau pantun nanti semua orang keluar. Yang Berhormat, saya memahami keperluan di Sungai Asap untuk bermohon ataupun bertanya untuk membuka cawangan Bank Rakyat di Sungai Asap. Kita juga memahami bahawa keperluan keusahawanan dan usahawan dan masyarakat setempat perlukan kemudahan perbankan di tempat-tempat yang strategik seluruh negara. Jadi dengan itu, antara cadangan pelaksanaan kemudahan perbankan yang sedang dirangka oleh kementerian melalui Agensi Bank Rakyat di Sarawak termasuk kawasan Sungai Asap dan Belaga perkhidmatan bank bergerak dan pelantikan agen bank. Perkhidmatan yang disediakan oleh bank bergerak ini meliputi pembukaan akaun transaksi untuk akaun simpanan Tabung Haji, pendaftaran perbankan internet, bayaran bil setempat, perkhidmatan kirim wang Ar-Rahnu on wheels dan bayaran balik pembiayaan. Dengan adanya saluran ini, penduduk setempat memperoleh akses perkhidmatan kewangan dengan lebih mudah. Dalam masa yang sama untuk makluman Tuan Yang di-Pertua bahawa Bank Rakyat akan melaksanakan digitalization hingga akhir 2021, nanti untuk memberi perkhidmatan yang lebih ke hadapan, yang lebih efisien, lebih baik lagi kepada rakyat keseluruhannya. Walau bagaimanapun, Bank Rakyat tengah mengkaji dan masih mengkaji termasuk melihat input daripada pelantikan ejen bank entiti dan juga bank bergerak yang bakal dilancarkan pada awal suku pertama tahun 2021. Bank Rakyat tengah mengkaji dengan teliti segi keselamatan, penambahan perkhidmatan dan rangkaian capaian untuk membuka cawangan yang tetap di Sungai Asap. Terima kasih.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Inilah jawapan yang kita mahu kerana rakyat di Sungai Asap pada pagi ini melihat TV di kaca TV Yang Berhormat Menteri. Satu cadangan yang baik untuk menubuhkan mobile bank. Jadi kalau boleh bukan di Sungai Asap sahaja supaya mobile bank ini kepada penduduk di Long Busang, di Long Murum dan juga di Long Tanyit, Data Kakus, Punan Ba, Sungai Gak Merip dan Hilir Belaga Yang Berhormat Menteri kerana mereka ini jauh dari pedalaman dan tidak ada mempunyai akses dalam perbankan. Jadi, saya mohon supaya mobile bank ini diteruskan. Kalau boleh, bilakah? Teruskan supaya mereka di pedalaman dapat manfaat daripadanya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini, mobile bank yang kita rancang untuk Bintulu sebenarnya yang kita akan lancarkan pada the first quarter 2021, dengan izin, ialah Sungai Asap, Belaga, Sebauk dan Tatau. Oleh sebab Yang Berhormat mempunyai cadangan tambahan, CEO Bank Rakyat ada di belakang. Minta dia kajikan permohonan daripada Yang Berhormat Hulu Rajang kerana keperluan di Hulu Rajang memang mendesak dan ada khususnya kemudahan perbankan. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada Februari yang lepas, Bank Simpanan Nasional telah meterai kolaborasi strategik bersama Kumpulan SME Bank dan Malaysia Digital Economy Corporation. BSN telah dilantik sebagai peneraju utama dalam kerjasama strategik bersama Kumpulan SME Bank dan MDEC untuk menyalurkan geran padanan kepada usahawan PKS. Persoalan saya, adakah kementerian dan BSN ada merangka pelan strategik bagi meningkatkan penyertaan PKS luar bandar dan pedalaman dalam setiap penawaran geran sektor utama dalam aspek pendigitalan perniagaan dan apakah sasaran penyertaan PKS luar bandar yang diletakkan oleh kementerian? Mohon Yang Berhormat Menteri memberi jawapan. Terima kasih.
Yang Berhormat, kerajaan mempunyai beberapa buah agensi perbankan yang mengurus kemudahan kewangan untuk disalurkan kepada rakyat. Yang Berhormat menyebut BSN. Ia bukan di bawah kementerian ini. SME Bank di bawah kementerian ini dan Bank Rakyat di bawah kementerian ini. Kita juga membantu masyarakat di luar bandar berlandaskan program-program yang ada ke Bank Rakyat. Itulah makanya kita melebar luaskan lagi jaringan perbankan rakyat khususnya di luar bandar supaya kita boleh menyampaikan perkhidmatan itu dengan baik. Barang siapa yang berkehendakkan bantuan daripada yang lebih kecil lagi khususnya yang tidak melebihi RM100 ribu, kita mempunyai TEKUN Nasional yang boleh membantu juga yang mempunyai program-program yang khusus. Yang Berhormat, saya menjawab ini oleh sebab soalan ini di luar jawapan soalan yang asal nombor 5 itu tadi. Jawapan yang terperinci- saya akan boleh beri secara bertulis, Yang Berhormat. Terima kasih.
6. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, situasi pekerjaan belia ketika penularan wabak COVID19. Apa inisiatif Kerajaan bagi membantu belia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 terutamanya isu pekerjaan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa hiba dan terkejut dengan tragedi di Beirut, Lubnan. Belia tonggak negara. Kerajaan sentiasa memberikan tumpuan utama untuk menyiapkan anak muda sebagai pewaris negara ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Mei 2020, unjuran kadar pengangguran akan meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860 ribu orang penganggur untuk keseluruhan tahun ini. Ekonomi Malaysia dijangka menguncup pada suku kedua, tahun 2020 berikutan usaha semasa pembendungan wabak COVID-19 di peringkat global dalam negara. Kajian Bank Negara Malaysia pada tahun 2016 mengenai pengangguran belia di Malaysia menunjukkan kadar pengangguran belia kira-kira tiga kali kadar pengangguran orang dewasa dan dua kali kadar global. Justeru, untuk menangani situasi semasa ekonomi dan meringankan bebanan rakyat, kerajaan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperkenalkan pakej-pakej rangsangan ekonomi seperti PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan berjumlah RM620 bilion serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berjumlah RM35 bilion. Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan telah memulakan inisiatif kolaborasi rentas kementerian bagi menjalinkan sinergi dan koordinasi berkaitan belia yang boleh dilaksanakan secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana. KBS dengan kerjasama pelbagai kementerian seperti Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah membangunkan inisiatif-inisiatif yang dapat menangani isu pengangguran belia khususnya akibat pandemik COVID-19. Antara inisiatif yang telah dirangka untuk mengatasi pengangguran di kalangan belia adalah seperti berikut. KBS sedang menerajui pembangunan single landing page, dengan izin, ataupun one-stop center yang dinamakan Sistem MyBelia.
Sistem ini menyediakan maklumat bersepadu, integrated system tentang inisiatif-inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan dan bukan kerajaan merangkumi peluang pekerjaan, penciptaan pekerjaan, latihan dan kemahiran serta dana dan kemudahan yang ditawarkan dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan atau bukan kerajaan. Ada 17 kementerian yang membantu belia. Tawaran terbaru di bawah inisiatif kolaborasi rentas kementerian ialah Skim Perintisan Nasional. Ini adalah flagship programme KBS, dengan izin, yang bakal memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat dan organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia pasca COVID-19. Tempoh penempatan perantis tiga bulan hingga enam bulan. Sehingga 3 Ogos 2020, seramai 903 orang belia telah berdaftar untuk SPN yang dilancarkan pada 23 Julai tempoh hari. Pelaksanaan Program myGIG bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk meningkatkan keterlibatan belia dalam ekonomi gig atau ekonomi perkongsian untuk menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau kekal. Program myGIG terdiri daripada myGIG Service menggunakan platform eRezeki dengan sokongan Majlis Belia Malaysia sebagai rakan strategik, myGIG Digital Freelance menerusi Program Global Online Workforce (GLOW). Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada 1,000 orang. Program ini memperkenalkan peluang pekerjaan baharu seperti digital dengan kemahiran tertentu seperti programming, pereka grafik dan lain-lain perkhidmatan. Selain daripada itu, KBS akan turut melaksanakan kolaborasi bersama Kementerian Sumber Manusia yang mencipta sehingga 5,000 peluang pekerjaan kepada belia. Inisiatif Place and Train yang diperkenalkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) akan turut menawarkan reskilling dan upskilling kepada belia yang terlibat melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah KBS. KBS juga turut memperkasakan belia melalui kursus-kursus instruktur kecergasan dan rekreasi di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah bagi yang berminat dalam kerjaya bidang sukan. KBS juga menjalankan program TVETPreneur di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan dengan pemerkasaan kurikulum bidang keusahawanan. Antaranya ialah inkubator dan makerspace, membuka peluang untuk graduan TVET menceburi bidang keusahawanan terutamanya bidang teknologi. KBS melalui IKBS bekerjasama dengan Kementerian Pertanian...
Panjang sangat jawapan. Menggulung ini.
Sedikit lagi. Untuk melahirkan agropreneur dan juga pembangunan kecemerlangan career cube melalui web-based seminar atau webinar dan IMPACT Malaysia di bawah KBS TalentCorp untuk MyMega Fair. Jadi, KBS melalui inisiatif kolaborasi rentas kementerian bersama dengan kementerian lain akan terus meneroka ruang baru untuk dimanfaatkan. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Okey, terima kasih kepada jawapan kepada soalan saya. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut tentang gig economy. Pada saya, remaja yang terlibat dalam gig economy ini mereka adalah yang sangat dalam keadaan yang dieksploitasi oleh majikan. Ini kerana ini bukan satu pekerjaan yang kekal. Jadi, majikan kemungkinan besar tidak bagi caruman kepada PERKESO dan juga KWSP. Jadi, tidak ada jaminan bagi mereka kalau berlaku apa-apa khususnya kalau berlaku kemalangan jika dalam pekerjaan mereka. Jadi, apakah jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang isu ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Berdasarkan Pakej PRIHATIN dan PENJANA yang telah dilancarkan baru-baru ini, kita menyedari anak muda kita banyak terlibat dengan sektor ekonomi perkongsian atau ekonomi gig kerana perubahan sifat dan tabiat pekerjaan pada hari ini. Jadi, sudah tentu latihan demi latihan yang dibuat dan sistem sokongan yang kami jalankan bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Komunikasi melalui inisiatif myGIG dapat membantu meringankan risiko melibatkan pekerjaan yang tidak kekal ini. Jadi, ini perkara yang akan dikupas lanjut oleh Yang Berhormat Menteri dalam sesi penggulungan petang nanti. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Parit.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Diam Yang Berhormat Jelebu. Tahniah kepada kerajaan yang telah pun meluluskan satu Skim Perantisan Nasional Negara yang berkonsepkan penempatan dan juga latihan dengan jaminan pekerjaan.
Saya ingin tanya, berapakah jumlah syarikat dalam dan juga luar negara yang telah pun bekerjasama dengan kementerian bagi melaksanakan skim ini dan adakah kerajaan bercadang untuk menerokai sektor ekonomi baharu yang boleh diusahakan oleh belia masa kini dan tidak mengharapkan semata-mata makan gaji tetapi sebaliknya mereka juga boleh untuk menjana pendapatan sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Berkenaan dengan data ataupun angka tentang keterlibatan syarikat- syarikat luar dan tempatan dalam Skim Perantisan Belia Nasional kami akan jawab secara bertulis. Sudah tentu dalam program keusahawanan kita akan menambah baik kerjasama dengan pelbagai kementerian khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk kita memastikan anak muda sentiasa ada peluang menjana pendapatan sendiri seperti mana yang telah kita gagaskan dalam myGIG ini. Jadi, itulah peluang yang kita bantu dan insya-Allah ada pertambahan- pertambahan lain nanti dalam inisiatif mendatang. Terima kasih.
7. Tuan Yamani Hafez bin Musa [Sipitang] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, apa langkah dan usaha telah diambil untuk membaik pulih bangunan KEMAS daerah Sipitang yang berkeadaan amat daif pada masa ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Sipitang kerana baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi FELCRA dan selamat datang ke keluarga besar KPLB. Untuk makluman, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sangat prihatin mengenai keadaan bangunan- bangunan di bawah kawalan KEMAS supaya berada dalam keadaan kondusif dan selamat untuk penggunaan awam. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, KEMAS telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf sebanyak 17 buah premis KEMAS di bawah Parlimen Sipitang yang melibatkan kos berjumlah RM366 ribu. Untuk tahun 2020 sebanyak RM240 ribu diperuntukkan untuk Parlimen Sipitang melibatkan lapan buah bangunan untuk dinaik taraf dan dibaiki. Untuk makluman Yang Berhormat seterusnya, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, KEMAS telah memohon peruntukan sebanyak RM64 juta bagi tujuan baik pulih dan naik taraf sebanyak 160 buah premis KEMAS di seluruh negara. Walau bagaimanapun, pelaksanaan tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPN dan kedudukan semasa kewangan kerajaan. Dalam soal ini, KEMAS sentiasa berusaha untuk menyediakan tempat-tempat pembelajaran kondusif ataupun pendidikan awal kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan bagi jabatan ini untuk membaik pulih bangunan-bangunan yang bukan milik kerajaan, seperti berstatus milikan persendirian. Jadi, untuk mengatasi masalah ini kita berharap supaya pihak-pihak Yang Berhormat sendiri di dalam Dewan ini supaya dapat membantu kementerian supaya kita dapat menambah baik daripada segi bangunan ini melalui permohonan-permohonan tanah baharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Kementerian KPLB. Saya mewakili warga Parlimen Sipitang ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih lah dan penghargaan atas jawapan yang diberikan. Sesungguhnya ini khabar yang sungguh baik terutama kepada penduduk di tempat saya yang dalam taraf B40 yang banyak menghantar anak mereka di bangunan KEMAS yang dalam keadaan daif.
Jadi, saya cuma ingatkan jangan lupa untuk Sipitang lah- untuk tambahan yang seterusnya untuk mempertingkatkan lagi bangunan KEMAS. Saya cuma ingin membuat satu soalan tambahan iaitu apakah perancangan KEMAS untuk memastikan kualiti pendidikan di peringkat tadika ini setaraf dengan tadika-tadika lain di negara kita ini? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sipitang atas keprihatinan bagi memperjuangkan pendidikan awal kanak-kanak di negara kita ini. Seperti yang kita tahu Tabika KEMAS sangat sinonim dalam kalangan ibu bapa di negara ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Sejak tahun 1970 lagi, kita telah memulakan Tabika KEMAS ini. Saya hendak nyatakan dalam Dewan yang mulia ini Tabika KEMAS sekali lagi mengulangi kegemilangan pada tahun 2017 yang lalu setelah dianugerahkan jenama paling dipercayai oleh rakyat Malaysia pada tahun 2020 bagi bidang pendidikan awal kanak-kanak. Tabika KEMAS jenama paling dipercayai bagi kategori pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia setanding dengan tadika-tadika swasta yang lain. Kenyataan ini berdasarkan pada Anugerah Trusted Brand of The Year 2020 bagi Kategori Pusat Pembelajaran Persekolahan Pilihan Penggunaan di Malaysia oleh Readers Digest. Jadi, untuk menjawab soalan- bagaimana untuk menambah baik untuk Parlimen Sipitang, saya minta supaya Ahli Yang Berhormat bolehlah mengenal pasti tapak-tapak yang bersesuaian ataupun tapak hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang diwartakan untuk KEMAS bagi pihak kementerian meneliti dan mempertimbangkan permohonan Yang Berhormat. Berkaitan dengan program itu, kita akan laksanakan sehabis baik secara menyeluruh di kawasan Sipitang sebagaimana kita lakukan juga di kawasan-kawasan Yang Berhormat yang lain ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih rakan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma, saya hendak dapat satu penjelasan, berapa jumlah bangunan KEMAS yang daif seperti mana yang berlaku di Sipitang di seluruh Malaysia? Sama ada yang tanah persendirian ataupun yang milik kerajaan. Keduanya, ialah berkaitan dengan Tabika KEMAS. Kenyataan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini akan mewujudkan satu Tabika KEMAS untuk M40 khususnya macam di Putrajaya kerana di situ ramai pasangan yang bekerja dan mereka hilang kelayakan. Katanya mereka hilang kelayakan untuk pergi ke tabika yang biasa yang hanya dikenakan RM20 sebulan. Akan tetapi, itu berasaskan kepada garis kemiskinan yang lama tetapi kalau ikut garis kemiskinan yang baharu ini mungkin sudah tentu masih ramai lagi mereka yang walaupun duduk di Putrajaya dan yang berpendapatan yang agak tinggi, tetapi masih layak untuk ke tabika yang RM20. Jadi, adakah kementerian Yang Berhormat akan menggunakan kadar garis kemiskinan yang baharu ini untuk memastikan semua golongan termasuk yang duduk di Putrajaya juga layak untuk hantar ke tabika yang RM20 itu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Persoalan yang pertama tadi, itu soalan cepu emas yang mungkin saya boleh jawab secara bertulis kerana angkanya amat besar sebenarnya di seluruh negara yang berjumlah lebih kurang 11 ribu Tabika KEMAS di seluruh negara. Jadi, angka ini nanti saya dapatkan semula daripada KEMAS supaya saya dapat menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Bagi persoalan yang kedua, Yang Berhormat nyatakan- memang kami telah mengadakan perbincangan ataupun bermesyuarat di kementerian bersama dengan seluruh agensi KEMAS daripada seluruh negara termasuklah pegawai-pegawai KEMAS daerah tentang bagaimanakah kita hendak mewujudkan dan menambah baik daripada segi KEMAS ini sendiri yang dikatakan oleh Yang Berhormat seperti M40 sebentar tadi. Sememangnya M40 ini golongan yang tidak dapat berdaftar dengan KEMAS, khususnya kawasan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat di kawasan-kawasan yang agak besar. Jadi, kita berharap supaya dalam hal ini, kita hendak menambak baik KEMAS kita juga ada mengambil contoh-contoh tabika yang lebih baik dan ini akan kita aturkan bagi memastikan pendidikan awal ini dapat kita aturkan lebih baik. Kalau dipersetujui mungkin satu akta kita akan laksanakan bagi menggubal di dalam Parlimen ini di mana KEMAS ini tidak dikenakan bayaran tetapi kita akan adakan- untuk menambah baik daripada segi ini kita akan kenakan sedikit bayaran tidak seperti yang Tabika KEMAS swasta yang mencecah sehingga RM600.
Mungkin kita akan minta token bagi melayakkan M40 ini mendaftar di Tabika KEMAS akan datang. Insya-Allah kita akan laksanakan dan kita masih dalam proses perbincangan untuk menambah baik yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena sebentar tadi khususnya dalam kawasan-kawasan bandar besar sebenarnya, yang terpaksa kita juga- mungkin satu masa yang kita hendak laksanakan dan minta supaya Yang Berhormat dapat menyokong dalam hal ini bagi kita mendapati proses awalan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, status terkini dan jangkaan tarikh siap Lebuhraya Pinggiran Pantai Barat yang sedang berjalan lancar untuk pakej di antara Teluk Intan dan Taiping.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Taiping-Banting bagi jajaran Perak bermula dari persimpangan bertingkat Hutan Melintang hingga ke persimpangan bertingkat Taiping Selatan di kawasan Changkat Jering telah dibuka secara berperingkat kepada pengguna. Pembukaan pertama adalah pada 31 Mei 2019 bagi jajaran dari persimpangan bertingkat Hutan Melintang ke persimpangan bertingkat Teluk Intan. Pembukaan kedua adalah pada 23 September 2019 yang melibatkan dua seksyen lebuh raya, iaitu jajaran dari persimpangan bertingkat Kampung Lekir ke persimpangan bertingkat Changkat Cermin dan jajaran dari persimpangan bertingkat Changkat Cermin ke persimpangan bertingkat Beruas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat selanjutnya, pembukaan seterusnya Lebuh raya WCE bagi jajaran Perak adalah bagi jajaran dari persimpangan bertingkat Beruas ke persimpangan bertingkat Taiping Selatan dijangka akan siap pada pertengahan bulan Ogos 2021. Status kemajuan Lebuh raya WCE jajaran Perak berakhir pada 25 Jun 2020 adalah pada setakat 66.51 peratus. Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seperti yang sedia maklum, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat bertujuan memberikan sebuah laluan alternatif atau lebih tepat lagi sebuah laluan tambahan dalam menghubungkan Banting di Selangor dan Taiping di Perak, sekali gus dapat menjimatkan masa, kos perjalanan, memendekkan perjalanan serta melancarkan aliran trafik yang semakin ketat di lebuh raya PLUS dan kawasan sekitar. Akan tetapi malangnya, projek tersebut telah mengalami masalah kelewatan yang agak mengecewakan. Soalan tambahan saya ialah apakah langkah-langkah yang telah diambil dan akan diambil oleh kementerian demi memastikan projek akan siap pada tempoh yang telah dilanjutkan itu dan lebih penting lagi kelewatan tidak akan diulangi pada projek- projek kerajaan yang akan datang. Minta penjelasan. Terima kasih.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Taiping atas soalan tambahan yang diberikan. Untuk makluman Yang Berhormat, saya mengakui apa yang disebutkan sebagai kelewatan untuk menyempurnakan projek WCE tersebut khususnya di kawasan Yang Berhormat, dari Beruas ke Taiping Selatan yang mana jangkaan sepatutnya jalan tersebut kalau mengikut jadual, seharusnya telah siap pada tahap 54 peratus kalau mengikut jadual. Akan tetapi kalau dilihat peratusan sebenar, jalan tersebut hanya siap pada setakat 33 peratus. Ini dengan mengambil kira bahawa jangkaan bahagian tersebut, pakej tersebut akan siap pada bulan Ogos 2021. LLM dan JKR sendiri sentiasa memantau untuk memastikan kontraktor- kontraktor yang terlibat akan mematuhi jadual yang telah ditetapkan mengikut syarat- syarat dalam kontrak. Ini termasuklah memberikan notis amaran supaya perbuatan yang sama tidak berulang. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira keadaan-keadaan faktor semasa seperti tempoh PKP juga perlu dipertimbangkan termasuk memberikan extension of time, dengan izin, ataupun tambahan masa sama ada sekurang-kurangnya minimum 84 hari ataupun maksimum sebanyak 114 hari.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Senyum Yang Berhormat Menteri JKR. Jalan yang terlibat ini melalui kawasan saya Pasir Salak di seberang Perak, sebelah Pasir Salak. Bilakah agaknya hendak siap ini? Berapa lama lagi orang kampung hendak dapat debu-debu jalan raya? Terima kasih.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Pasir Salak. Ini untuk Yang Berhormat Pasir Salak ini, saya tidak mempunyai butiran lengkap. Walau bagaimanapun, memang pihak JKR dan juga LLM sentiasa komited hendak memastikan jalan-jalan terutamanya jalan Pasir Salak ini mesti siap mengikut jadual yang ditetapkan. Akan tetapi untuk perincian, saya akan jawab secara bertulis.
9. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sejauh manakah tahap keberkesanan mekanisma Ops Benteng yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pemerdagangan manusia dan adakah terdapat tangkapan yang telah dibuat terhadap pegawai dan anggota penguat kuasa yang terlibat dengan aktiviti ini.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada bos saya Yang Berhormat Padang Terap. Untuk makluman Yang Berhormat dan sidang Dewan yang mulia ini bahawa Ops Benteng ini telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 1 Mei 2020 menerusi National Task Force yang diketuai oleh angkatan tentera, polis, APMM dan agensi-agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jumlah tangkapan yang telah kita buat sejumlah 3,597, terdiri daripada PATI berjumlah 2,625 dan juga jumlah tekong 602, dan yang memberi maklumat atau subahat kepada kemasukan PATI seramai 370. Pihak kementerian dan kerajaan mengambil berat terhadap tindakan-tindakan yang dilakukan oleh penguat kuasa yang melibatkan Ops Benteng ini di mana mereka telah menyalahi atau melanggar undang-undang negara, bertindak menjadi pemberi maklumat atau bersubahat untuk membawa PATI di dalam negara kita yang kita telah buat tangkapan untuk penguat kuasa kita adalah seramai 25 orang yang melibatkan pegawai dan anggota polis seramai 18 orang, yang melibatkan tentera adalah lima orang dan juga yang melibatkan pegawai imigresen kita adalah dua orang iaitu sejumlah 25 orang. Dari semasa ke semasa, operasi Ops Benteng ini akan kita lakukan untuk memastikan kawasan persempadanan negara kita tidak dicerobohi dan negara kita daripada segi keselamatan dan kedaulatan negara kita terjamin. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim, Agensi Kawalan Sempadan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab tadi. Soalan tambahan saya berkaitan dengan PATI ini, kita dapati dalam waktu Ops Benteng diperkenalkan dan sempadan dikawal, tetapi masih ada lagi yang dapat melintasi ataupun menceroboh sempadan. Hari ini soalan saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, depot tahanan yang ada di depot tahanan imigresen, saya kira jumlah PATI yang masuk ini sudah tentulah akan menjadi bebanan kepada depot tahanan imigresen ini. Jadi sekarang ini, bagaimana kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberi jawapan penangkapan PATI, kemudian dibawa ke depot tahanan dan bagaimana kedudukan jumlah PATI di depot-depot tahanan. Oleh sebab saya difahamkan di depoh tahanan ini pun kita berbelanja lebih kurang berpuluh-puluh Ringgit sehari untuk makan dan minum PATI. Terima kasih.
Silakan.
Ya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Padang Terap bahawa memang kos untuk kita membelanjakan PATI terlalu besar dan memberikan bebanan yang tinggi kepada kewangan negara. Perbelanjaan seorang PATI termasuk makan, minum, persiapan tempat dan juga proses untuk kita menghantar pulang ke negara asal atau negara sumber adalah sejumlah RM90 sekepala seorang PATI. Jadi kalau kita hendak lihat kepada data-data kita, kalau kita tengok pada tahun 2017, kita telah tangkap 48,464 orang dan pada tahun 2018 kita tangkap 48,372 orang. Bagi tahun 2019 kita tangkap 51,300 orang. Kalau kita tengok tiga tahun berturut-turut 2017, 2018, 2019 kita tangkap itu panjangnya 50 ribu setiap tahun dan oleh sebab COVID-19 tahun 2020 ini kadar tangkapan kita kurang iaitu 18,092 orang.
Oleh sebab itulah kita sentiasa berbincang menerusi Jabatan Imigresen Malaysia bahawa kita hendak supaya PATI ini yang ada di depoh-depoh kita hantar pulang kepada negara asal dan alhamdulillah kita telah mendapat kerjasama daripada negara asal. Sejumlah 20,297 orang telah kita hantar pulang. Kalau kita tengok dari Indonesia kita telah hantar pulang 5,613, dari Myanmar kita sudah pulang 3,990 dan daripada negara Bangladesh kita telah hantar pulang 2,664 orang. Dari semasa ke semasa kita hendak pastikan PATI-PATI yang kita telah tangkap dan kita letakkan di depoh ini dengan kadar segera kita berbincang dengan negara sumber, negara asal mereka untuk kita hantar pulang bagi mengurangkan bebanan kewangan negara kita. Saya ucap terima kasih dan tahniah ke Jabatan Imigresen dan juga agensi-agensi yang berada di bawah KDN yang selalu prihatin dan bertindak tangkas untuk memastikan tidak ada PATI memasuki negara kita. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Johor Bahru.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya mengharapkan daripada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi supaya Ops Benteng ini diteruskan. Jadi sampai bilakah kerajaan hendak buat? Dalam isu depoh tadi bila Yang Berhormat terangkan, ia nampak seolah-olah tangkapan itu sekata. Tiap-tiap tahun itu sama sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu lain yang menghalang tangkapan itu dibuat. Pandangan ataupun maklum balas yang kita terima mengenai depoh itu sudah sesak, tidak cukup ruang untuk kita melakukan tangkapan sebab bila sudah tangkap itu hendak hantar ke mana. Persoalan saya, pemahaman saya ada 14 buah depoh sepatutnya daripada segi jumlah yang kita mampu tampung sekitar 13 ribu orang tahanan. Jadi untuk sekarang ini boleh kalau Yang Berhormat menjawab dengan seberapa tepat iaitu sekarang ini ada berapa ramai pendatang asing tanpa izin yang di depoh sekarang ini? Adakah kerajaan ataupun kita semua dalam mengatasi isu pendatang asing tanpa izin ini untuk memikirkan kaedah yang lebih jelas ataupun yang lebih bermakna sebab nampak kuat di luar kita lawan pendatang tanpa izin untuk dihantar pulang dan sebagainya tetapi hakikatnya tangkapan itu sama sahaja sebab isunya saya rasa di depoh itu terdapat backlog, dengan izin, yang tidak membolehkan tangkapan itu dibuat dengan lebih meluas. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Johor Bahru. Memang dari semasa ke semasa Ops Benteng ini kita akan teruskan sebab ini dia berjaya daripada segi operasi bersepadu di antara tentera, polis dan juga APMM serta agensi yang lain kerana ketiga-ketiga atau agensi yang terlibat berkongsi maklumat dan risikan termasuk juga maklumat daripada orang ramai. Oleh sebab itu saya jelaskan pada jawapan yang pertama tadi saya katakan bahawa kita tidak peduli dan akan mengambil tindakan yang amat tegas kepada rakyat Malaysia warganegara kita yang menjadi petualang kepada negara kita yang berurusan, bersubahat menjadi pemberi maklumat atau menguruskan tekong atau menjadi tekong di dalam negara kita untuk membenarkan negara kita dicerobohi oleh PATI. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tentang angka dan jumlah daripada segi statistik mengikut depoh-depoh saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat supaya angka ini tidak lari daripada fakta yang sebenar. Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Speaker, Tuan Speaker.
Soalan tambahan satu lagi, Hulu Langat.
[Bangun]
Soalan tambahan sudah dua, kan.
Satu lagi, satu lagi.
Satu sahaja lagi.
Satu last ya. Yang Berhormat Simpang Renggam.
Simpang Renggam. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Ringkas ya, ringkas.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, antara pihak yang terbabit di dalam menjaga sempadan kita daripada dimasuki oleh PATI, kalau di Johor itu ialah PGA dan kebetulan Kem Batalion Kelima PGA berada dalam Simpang Renggam dan sering apabila kita berkunjung ke kem tersebut yang diadukan ialah tentang pos-pos kawalan yang mengawal pintu-pintu kemasukan PATI hotspot ini. Keadaan yang begitu uzur dan daif. Saya sendiri telah melihat beberapa pos tersebut memang kita dapati begitu uzurlah. Jadi kita memikirkan keselamatan, kebajikan para anggota yang bertanggungjawab dan juga berkorban untuk mempertahankan sempadan kita, kita meminta agar pihak kementerian dapat membaik pulih, naik taraf pos-pos kawalan yang ada 10 buah di sekitar Johor ini dapat disegerakan. Kita minta komitmen kalau boleh dalam tahun ini juga. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Silakan, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya berterima kasih kepada pandangan dan maklumat yang dibekalkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam terhadap keadaan pos-pos di kawasan PGA Simpang Renggam. Memang menjadi hasrat Menteri dan KDN untuk memastikan bukan sahaja PGA kita berikan perhatian daripada segi keadaan tempat untuk mereka beroperasi termasuk juga kediaman dan sebagainya. Dalam masa ini, pihak Menteri dan KDN sedang memperhalusi supaya tidak ada lagi pertindihan di antara AKSEM iaitu yang menjaga sempadan dengan PGA dan kita hendak selaraskan supaya PGA ini kita perkasakan lagi di bawah PDRM ini dan insya-Allah dalam masa terdekat Yang Berhormat Menteri akan mengumumkan sesuatu yang begitu berharga untuk PGA dalam kita memastikan sempadan kita dapat dijaga dengan sempurna. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
10. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, landskap terkini perniagaan dalam talian ketika situasi pandemik COVID-19 dan apakah langkah kementerian bagi membantu peniaga beralih daripada model perniagaan fizikal ke platform digital untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.
Ya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat yang bertanya. Tuan Yang di-Pertua, situasi pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 telah menyumbang kepada peningkatan dalam pembelian secara atas talian. Para peniaga yang selama ini menjalankan perniagaan hanya dalam premis perniagaan turut beralih kepada perniagaan atas talian dan mula menyediakan kemudahan tempahan secara maya. Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 39.3 peratus peningkatan telah direkodkan bagi transaksi atas talian pada Mei 2020 dan ini dengan year on year jadi berbanding dengan Mei 2019. Ini merupakan satu titik permulaan yang baik dalam usaha membangunkan perniagaan berkonsepkan digital khususnya dalam sektor runcitan. Kementerian menggalakkan perkembangan ini iaitu peralihan daripada modul perniagaan fizikal ke platform digital bagi membolehkan perniagaan meneruskan kelangsungan operasi. Sehubungan itu, kementerian telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam meningkatkan peluang perniagaan atas talian khususnya daripada kalangan peruncit.
Sebagai contoh, kementerian telah mengambil inisiatif mengadakan sesi libat urus bersama-sama wakil pengendali pasar dalam talian atau marketplace bagi membincangkan kaedah dan penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan e-dagang. Antara hasil awal kejayaan dalam memberi peluang kepada peniaga meluaskan pasaran produk mereka seperti hasil segar dan makanan laut menerusi marketplace yang terpilih semasa tempoh PKP tersebut. Kementerian juga telah melaksanakan advokasi secara digital melalui penghasilan infografik digital yang dimuat naik melalui media sosial kementerian iaitu berkaitan garis panduan yang perlu diketahui oleh peniaga dalam menjalankan transaksi dalam talian. Ini secara tidak langsung akan memberi panduan kepada peniaga secara khususnya berkaitan tatacara perniagaan atas talian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab masa telah tamat, kalau boleh kita tulis... [Disampuk] Kalau ringkas, satu sahaja, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Dalam keadaan ini, selalunya yang paling terkesan ialah the micro industries. Bukan industri kecil tetapi mikro kerana mereka tidak ada kemampuan untuk memasarkan produk mereka melalui digital platform. Saya ingin bertanya berkenaan dengan Pelan Jana Semula Ekonomi iaitu PENJANA yang menyebut bahawa ada geran padanan RM140 juta untuk latihan subsidi penjual dan sebagainya. Boleh Yang Berhormat Menteri terangkan sedikit berkenaan dengan geran padanan ini? Terima kasih.
Objektifnya sememangnya adalah untuk membantu mana-mana sektor sehinggakan sektor mikro juga terlibat dalam recovery ekonomi negara kita post MCO ataupun PKP COVID-19 ini. Itu secara keseluruhannya. Jadi, untuk penjelasan yang lebih teliti, lebih detailed, Tuan Yang di-Pertua, boleh kah saya menyampaikan jawapan atau pun penjelasan lebih sempurna kepada Yang Berhormat secara bertulis?
Ya, boleh. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih kepada semua. [Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Perpaduan Negara seperti yang tertera seperti yang tertera di nombor 14 sehingga 20 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 6 Ogos 2020”.
Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya: “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas.” [4 Ogos 2020]
Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Tuan Yang di-Pertua, Jelutong.
Ya.
Isu peraturan. Sebelum itu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah menyediakan tempat duduk dengan ciri-ciri keselamatan. Saya merujuk kepada aturan 36(12) yang berbunyi seperti berikut, “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan disifatkan menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan tersebut”. Dalam perbahasan saya, salah satu isu yang telah saya bangkitkan untuk memperoleh jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri adalah berkenaan dengan isu kematian Adib. Arwah Adib, anggota bomba. Sama ada sesiapa akan dituduh untuk kesalahan bunuh. Kelmarin, bila Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri membuat penggulungan, walaupun pada asalnya beliau enggan menjawab soalan saya tetapi apabila saya desak, beliau telah memberi jawapan bahawa kes itu akan disiasat semula dan suspek akan dituduh untuk kesalahan 143 di bawah Kanun Keseksaan. Tuan Yang di-Pertua sebagai seorang pengamal undang-undang sedia maklum bahawa kesalahan membunuh kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kesalahan 143 kesalahan merusuh. So, ia tidak menjawab soalan saya. Akan tetapi, Ahli- ahli Yang Berhormat di sebelah sana mungkin tidak faham, mereka pakat bertepuk sahaja. Soalan saya adalah siapakah yang akan dituduh untuk kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 dan Yang Berhormat Menteri juga telah menjawab. Mungkin Yang Berhormat Kota Baharu ada di sini boleh, sebagai seorang pengamal undang-undang, boleh memberi penjelasan. Adakah kes inquest itu akan dibuka semula? Itu tidak menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh saya. Saya memang keliru dengan jawapan yang diberikan. Hari ini surat khabar menguar-uarkan 12 orang suspek akan dituduh dan sebagainya tetapi ia bukanlah untuk kesalahan di bawah seksyen 302.
Jadi, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri itu adalah tidak betul dan tidak menjawab soalan saya. Ini perkara serius yang melibatkan nyawa seseorang. So, saya mohon Yang Berhormat memberi petua, Tuan Yang di-Pertua memberi petua atas perkara ini.
Yang Berhormat, pertama sekali, saya ingat masa itu saya yang preside di kerusi ini. Seingat saya, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa 12 orang itu akan dipanggil semula untuk memberi statement dan bukan dituduh. Seingat sayalah. Saya kena check Hansard tetapi seingat saya, dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri ialah mereka ini akan dipanggil semula untuk diambil statement, diambil kenyataan semula. Meaning, fail itu akan dibuka semula dan akan disiasat semula dan mereka akan dipanggil untuk diambil kenyataan semula dan bukan untuk dituduh itu ini. Sebagaimana yang saya ingat, yang saya fahamlah. Walau bagaimanapun, mengikut peraturan 36(12), kalau hendak dibangkitkan soal pengeliruan Dewan, maka Yang Berhormat perlulah merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Maka perlu satu usul mengenai perkara itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya Cuma- merujuk itu perkara kedua. Cuma, sebelum ini bila kita menjadi kerajaan, bila sesuatu jawapan diberikan oleh seorang Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana akan datang balik ke Dewan dan akan membuat bantahan kononnya bahawa jawapan itu tidak menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan.
Itu boleh ditulis kepada saya sebagai Speaker dan tunjuk bagaimana benda itu mengelirukan dan usul boleh dikemukakan untuk diambil tindakan melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Saya ambil maklum, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma merayu supaya bila memberi jawapan itu, kementerian dan menteri lebih bertanggungjawab supaya perkara yang diminta itu dijelaskan dan dijawab dengan lebih tepat lagi.
Mesti. Akan tetapi, kita pun tidak boleh paksa Menteri menjawab soalan. Itu hak dia. Kalau dia tidak hendak menjawab soalan kerana sebab- sebab kepentingan awam dan sebagainya, boleh di dalam standing order untuk tidak menjawab. Akan tetapi, seingat saya, semalam Yang Berhormat Menteri menjawab dan jawapannya ialah fail itu akan dibuka semula dan mereka yang telah dipanggil dahulu 12 orang itu akan dipanggil semula untuk diambil kenyataan semula. Itu yang saya ingat.
Akan tetapi, itu juga adalah tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri. Yang Berhormat Jelutong, izinkan saya. Pertama, saya berada di dalam Dewan dengan penuh teliti mendengar penggulungan Yang Berhormat Menteri saya.
Ya.
Tidak ada perkataan yang mengatakan bahawa beliau enggan atau melarikan diri untuk menjawab. Memang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri jawapan telah disediakan. Akan tetapi oleh sebab masa dan keadaan ketika itu, Dewan begitu agak kecoh, masa kita tidak cukup. Yang Berhormat Menteri minta kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua sekiranya diberikan masa tambahan dan alhamdulillah masa tambahan sebanyak 15 minit telah diberikan kepada Yang Berhormat Menteri, saya di bawah Kementerian Dalam Negeri. Yang Berhormat Menteri sebut, memang ada jawapan dan ditunjukkan jawapan ada di tangan dia. Jadi, tidak timbul perkataan atau unsur-unsur Yang Berhormat Menteri saya enggan atau mengelak untuk memberikan jawapan, pertama. Kedua, memang jelas apa yang telah disebut oleh Tuan Yang di-Pertua tentang siasatan semula, status siasatan semula ini. Ada dua perkara yang penting yang saya hendak ulang sekali lagi bahawa kertas siasatan telah dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara. Biarlah Jabatan Peguam Negara meneliti terhadap dua isu. Pertama, sama ada ingin terus menuduh seramai 12 orang suspek di bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan iaitu merusuh. Ini tepat disebut oleh Yang Berhormat Menteri.
Kedua, tentang mengadakan inkues semula. Kalau ini dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara, kita akan teruskan. Oleh sebab itu, kementerian mencadangkan sahaja terhadap dua isu yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya ingat ini cukuplah Tuan Yang di-Pertua untuk saya jelaskan.
Ya, terima kasih. Saya hendak jelaskan sedikit. Sebenarnya saya kata tadi saya yang preside bukan saya. Saya tengok live stream sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya rasa Yang Berhormat Kuala Krau mempunyai ingatan yang lebih baik daripada saya.
Ya.
Memang benar itu yang saya tengok live stream memang itu yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Betul.
Akan tetapi, Yang Berhormat Jelutong kita ada banyak untuk dibahaskan...
Baik saya ambil maklum Tuan Yang di-Pertua.
Kalau Yang Berhormat berpendapat ia mengelirukan, tulis kepada saya dan Yang Berhormat memang ada hak untuk buat usul.
No, saya cuma risau- very well, I said kami maklum dan...
Yang Berhormat Jelutong hendak jadi hero lah itu.
Ya. Tidak apa. Tidak apa.
Bukan, bukan. Ini bukan jadi isu hendak jadi hero Yang Berhormat. Bukan jadi hendak isu hero.
Publisiti... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong, Tuan Yang di-Pertua, kita telah diminta oleh orang ramai dan Yang Berhormat Jelutong pun bercakap dalam perbahasan apa status kedudukan kes Adib.
Ya, betul.
Yang Berhormat Menteri melalui KDN telah jelas menyatakan dua perkara besar yang kita rujuk ke Jabatan Peguam Negara. Sabarlah Yang Berhormat. Selaku peguam yang berpengalaman, Yang Berhormat memang tahu proses bagaimana untuk kita lakukan perkara ini.
Saya sedar. Saya tahu. Saya sedar. Cuma, ia tidak menjawab soalan saya.
Terima kasih. Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua... [Pembesar suara dimatikan]
Okey. Kita ada banyak hendak dibahaskan. Saya ambil perhatian apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Memang benar lah kalau ditanya soalan seboleh-bolehnya dijawab dengan tepat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semasa perbahasan Titah Diraja Dewan Rakyat yang berlangsung selama 11 hari daripada 13 hingga 29 Julai yang lepas.
Seramai 32 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang majoritinya daripada Ahli Yang Berhormat luar bandar telah sudi berbahas dan mengajukan pertanyaan, isu, cadangan, pandangan kepada kementerian. Terima kasih, kami di KPLB mengucapkan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat seperti kata pantun orang tua-tua dahulu. Tenang-tenang air di laut; Sampan kolek mudik ke Tanjong; Hati terdetik mulut menyebut; Budi YB yang bertanya rasa nak junjung. Tuan Yang di-Pertua, kami di KPLB mengelaskan pertanyaan seramai 32 orang Ahli-ahli Yang Berhormat ini kepada beberapa perkara pokok iaitu program prasarana KPLB yang melibatkan bekalan air luar bandar, jalan luar bandar, jalan perhubungan desa, bekalan elektrik luar bandar, ameniti sosial dan juga lampu jalan kampung. Kedua, ramai juga yang bertanya mengenai program keusahawanan dan peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar. Isu yang ketiga, program perumahan rakyat termiskin dan juga menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan pelbagai agensi di bawah KPLB seperti MARA, KEMAS, RISDA dan FELCRA. Jadi, ucapan terima kasih saya mulakan dengan Yang Berhormat dari Gerik, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Kinabatangan yakni sahabat saya, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Batu Sapi dan Yang Berhormat Tenom yang membangkitkan isu-isu yang berkait rapat dengan bekalan air luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk meningkatkan liputan bekalan air kepada penduduk luar bandar. Sistem bekalan air alternatif masih digunakan bagi kawasan-kawasan yang tidak praktikal menggunakan sistem paip retikulasi yang kita bangunkan. Oleh yang demikian, cara dan penyelesaian sementara kepada penduduk kampung untuk bekalan air bersih kita tekankan. Dalam hal ini, permohonan-permohonan bagi menyediakan bekalan air sistem retikulasi boleh dikemukakan kepada unit perancang ekonomi negeri untuk disenaraikan dalam senarai keutamaan negeri dan seterusnya dipanjangkan kepada kementerian untuk tindakan. Kementerian pula, akan menyusul kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk dimurnikan sehingga kelulusan dan kedudukan kewangannya tersusun, maka projek tersebut akan dimulakan. Mulai tahun 2017, kementerian telah di peruntukan sejumlah RM285.78 juta untuk melaksanakan bekalan air luar bandar melibatkan lebih daripada 4,000 buah kampung. Bagi tahun 2018, sebanyak RM283 juta peruntukan telah diterima melibatkan melebih daripada 3,000 buat rumah di kawasan luar bandar yang menerima bekalan air bersih dan terawat. Bagi tahun 2019, kementerian menerima peruntukan sebanyak RM334 juta dan lebih daripada 14 ribu buah rumah di kawasan luar bandar telah menerima bekalan air bersih dan terawat. Untuk tahun ini, peruntukannya terus dipertingkatkan kepada sejumlah RM565 juta bagi pembiayaan projek-projek bekalan air luar bandar dengan menyasarkan lebih daripada 4,500 buah rumah di seluruh negara. Yang Berhormat Papar dan Yang Berhormat Tanjong Manis, secara dasarnya penyediaan air bersih dan terawat ini adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa air negeri yang melibatkan menyediakan sumber air, pembinaan air, paip utama, pembinaan loji rawatan air serta pengoperasian dan penyelenggaraan. Kementerian akan membuat sambungan paip retikulasi daripada paip utama ke rumah- rumah penduduk di luar bandar. Walau bagaimanapun, kementerian juga ada melaksanakan projek naik taraf, membina loji rawatan air secara case-by-case di kawasan luar bandar bagi memastikan sistem retikulasi yang dipasang dapat berfungsi dengan baik.
Walau bagaimanapun, KPLB akan sedia membantu bagi mempercepatkan liputan dan merapatkan jurang bekalan air bersih dan terawat di kawasan luar bandar melalui penyambungan paip retikulasi dari paip utama ke rumah-rumah yang belum mendapat bekalan air bersih dan terawat. Sepanjang tempoh RMKe-11, sebanyak 9,000 lebih rumah telah menerima bekalan air bersih. Yang Berhormat Kinabatangan, tidak ada. Saya minta izin jawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua.
Bagi Yang Berhormat Setiu, beliau ingin menyatakan bahawa ada isu di kawasan beliau di mana kita telah memberi tumpuan sebanyak 172 buah rumah di Parlimen Setiu akan menerima bekalan air bersih dan terawat setelah projek ini siap. Kita memperuntukkan RM5.3 juta bagi memastikan bekalan air bersih ini dapat dilaksanakan di Parlimen Setiu. Yang Berhormat Tanjong Manis? Izinkan saya menjawab secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua.
Saya.
Yang Berhormat Libaran?
Ada.
Ada, okey. Yang Berhormat Libaran, dia tanya fasal penyambungan bekalan air bersih bagi Kampung Banting, Kampung Dandulit dan Kampung Sungai Beruang sedang dalam peringkat pembinaan di bawah kementerian melalui projek- kita sudah peruntukkan sebanyak RM17 juta. Kita yakin bekalan air bersih ini akan siap pada 30 September 2021.
Yang Berhormat Menteri, terima kasihlah atas pengumuman. Mungkin rakyat di kawasan saya senang hati tetapi sejauh mana yang saya tahu, baru-baru ini saya pun ada melawat. Saya tidak nampak kontraktor yang masuk untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan paip ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan sekali lagi sama ada sudah bermula ataupun belum bermula ataupun akan datang. Terima kasih.
Elok kita pergi melawat ini Yang Berhormat waktu kempen pilihan raya negeri. Dia dalam proses tender, okey. Manakala Kampung Pulau Nunuyan dan Kampung Pulau Pamuguan, kita minta Yang Berhormat network dengan UPEN Sabah supaya ia menjadi prioriti di peringkat negeri ini. Kemudian Yang Berhormat boleh panjangkan kepada kementerian untuk kita pertimbangkan dan kita akan murnikan EPU dan kita akan network dengan MOF supaya dana yang cukup dapat disediakan, perhaps dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Yang Berhormat Batu Sapi? Boleh saya jawab secara bertulis. Yang Berhormat Tenom? Boleh saya jawab secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada topik jalan luar bandar. Ada 15 MPs yang menyatakan concern mereka tentang jalan-jalan luar bandar iaitu Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kimanis, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Batu Sapi, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Sri Aman. Untuk...
Yang Berhormat Menteri, Julau tidak masuk. Maaf ya. Saya pun ada buat bercakap dalam bahas fasal Julau.
Boleh Yang Berhormat nyatakan sekarang? Jalan apa Yang Berhormat? Hantar bertulis Yang Berhormat. Confirm Yang Berhormat, manusia memang lupa bila bertanya. Ada sudah?
Ya ada, ada Yang Berhormat Menteri. Jadi, soalan saya dalam tajuk kemiskinan, saya ada tanya, sejauh mana keberkesanan 94 program yang telah digariskan dalam Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar kerajaan untuk kawasan saya di Julau. Terima kasih. Ini kerana pekan di dalam kawasan Julau sebuah daerah yang termiskin di seluruh Malaysia. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya belum masuk gear lagi Yang Berhormat. Ini jalan luar bandar. Fasal kemiskinan dan juga aktiviti penambahan ekonomi akan saya sampai nanti kemudian. Boleh Yang Berhormat? All right, terima kasih. Ini, menaik taraf jalan balak ke penempatan semula Tegulang (Fasa 5), Kapit dan projek menaik taraf jalan balak ke penempatan semula Metalun (Fasa 6), Kapit yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Rajang. Ada?
Betul, betul.
Ada.
Jawab dengan baik Yang Berhormat.
Ia telah diluluskan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Pelaksanaan di bawah Rolling Plan Ketiga tahun 2018 Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos keseluruhan berjumlah RM61 juta dan RM112 juta. Status terkini dalam peringkat pelantikan perunding. Jadi, akan di tender pada bulan Mac tahun depan.
Terima kasih Yang Berhormat, excellent. Inilah ditunggu-tunggu oleh suku kaum Penan kita di kawasan pedalaman di kawasan saya, Penan di Belaga. Terima kasih Yang Berhormat, teruskan.
Saya sudah sampai ke kawasan Yang Berhormat tetapi waktu itu bukan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, jalan dari Rumah Nyamok... [Ketawa] ...Ke SMK Baleh terus ke Rumah Layang, Nanga Kain di Baleh telah dipohon di bawah tajuk projek jalan dari Nanga Gaat ke Rumah Tungku, Nanga Sebiro, Sungai Gaat, bahagian Kapit dan di bawah tajuk membina jalan Rumah Gare, Rumah Layang, Sungai Kain, SK Nanga Kain, SMK Baleh, Kapit, Sarawak untuk dilaksanakan di bawah Rolling Pelan, dengan izin, RMKe-12 tahun 2021.
Terima kasih Yang Berhormat. Di kawasan saya Hulu Rajang iaitu kawasan rumah saya sendiri Yang Berhormat. Dari tahun 2013 sampai sekarang, saya mohon jalan itu kerana saya kalau hendak pergi ke kawasan, ke rumah panjang, masih menggunakan jalan pengangkutan air. Tidak kah Yang Berhormat tidak tengok saya susah-susah di Dewan ini? Jadi, saya mintalah Menteri dengan budi bicara supaya angkatkan jalan tersebut supaya penduduk-penduduk saya yang menunggu sekian lama- kita sudah merdeka berapa lama, saya mohon kepada kementerian angkatkan dan beri peruntukan supaya pembangunan jalan luar bandar itu diteruskan dan diberi kepada kawasan Parlimen Hulu Rajang, Yang Berhormat. Terima kasih.
Oleh sebab itu saya hendak ajak Yang Berhormat Kapit, selepas ini kita jumpa dengan...
Bukan Kapit Yang Berhormat, Hulu Rajang.
Eh! Minta maaf. Yang Berhormat Hulu Rajang...
Yang Berhormat Menteri, saya dan Yang Berhormat Kapit untuk membawa Yang Berhormat Menteri ke kawasan saya pakai perahu Yang Berhormat.
Saya pernah sampai Song Yang Berhormat.
Boleh masuk sedikit? Terima kasih sebab Kapit. Saya rasa terpanggil. Memang kawasan besarnya Kapit tetapi bahagian Parlimen Kapit dengan Hulu Rajang ini sama. Jalan-jalan yang disebut itu, saya sekali lagi mengucapkan banyak terima kasih kepada Parlimen Hulu Rajang kerana akan melalui kampung saya juga. Terima kasih.
Berdekatan. We are neighbour, Yang Berhormat Menteri. Jadi Kapit dengan itu pun neighbour juga. Jadi teruskan Yang Berhormat. Terima kasih. Kalau boleh beri peluang, selepas ini kita pergi ke kawasan pakai perahu. Saya sediakan ikan empurau.
Terima kasih. Yang Berhormat Kapit dia sudah jadi Menteri. Sebelum itu dia Timbalan Menteri di kementerian ini. Jadi banyaklah program dan projek yang memang sudah disusun atur. Cuma saya minta Yang Berhormat Hulu Rajang dengan saya, kita kena jumpa Yang Berhormat Jeli...
Boleh, boleh.
Oleh sebab dia yang duduk di EPU itu.
Boleh. Bila-bila masa sahaja Yang Berhormat. Malam, siang, saya terpaksa tunggu Yang Berhormat panggil.
[Ketawa] Lapan tahun Yang Berhormat boleh tunggu bukan? Jadi, dua atau tiga bulan ini takkan tidak boleh tunggu? Seterusnya Yang Berhormat Papar. Manakah kawan saya? Tidak ada, boleh saya jawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Baram, ada? Pelaksanaan projek jalan luar bandar di Parlimen Baram, tiga projek telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, dengan kos RM79.39 juta seperti berikut. Jalan balak fasa 4, Bahagian Miri dengan kos berjumlah RM66 juta. Skop projek ini adalah menaik taraf bekas jalan balak sepanjang 190 kilometer yang terdapat dalam kawasan Parlimen Baram. Status projek ini adalah dalam pelbagai peringkat lantikan perunding dan kita akan tender tahun depan bulan Februari.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas kelulusan itu tadi. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih bagi pihak warga Baram kerana telah meluluskan peruntukan untuk naik taraf jalan ini. Namun saya hendak katakan di sini Yang Berhormat Menteri bahawa ada sebilangan dari simpang- simpang jalan naik taraf itu, telah pun diusahakan oleh pihak Highland Development Agency (HDA). Jadi saya mohon supaya perkara ini diteliti lagi. Terima kasih.
Dalam pertemuan kami KPLB dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bersama dengan pegawai, kita faham kerana kerajaan negeri dia ada riverine development, highland. Kemudian satu lagi di northern territory. Kita faham dan kita hendak selaraskan ada mesyuarat yang akan saya hadiri dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Ketua Menteri di peringkat Menteri bersama dengan Menteri, Yang Berhormat- jadi apa-apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Baram itu kita ambil maklum. Kita hendak supaya apa yang Federal buat dengan apa yang dirancang oleh kerajaan negeri itu sejajar. Lagipun kita sudah satu tim Yang Berhormat. GPS, bukan? Kemudian, Yang Berhormat kata Sungai Long Sobeng, Hulu Tinjar, Baram. Ini fasal jambatan, RM4 juta. Sekarang ini dalam reka bentuk, kita akan tender bulan Disember 2020, okey. Menaik taraf jalan Long Jegan, Marudi, Sarawak. Kos keseluruhan RM9 juta. Kita hendak naik taraf jalan 3.7 kilometer dengan spesifikasi JKR R1. Projek ini telah siap sepenuhnya pada 20 Ogos tahun lepas. Yang Berhormat sudah lalu dah bukan? Yang Berhormat Machang?
Ada.
Ada. Okey. Yang Berhormat Machang tanya fasal projek jalan dari Kampung Joh ke Kampung Kuala Sat, Machang. Dia sekarang ini dalam reka bentuk awalan di mana kerja ukur telah pun siap. Agensi pelaksana, JKR. Duit daripada kementerian.
[Bangun]
Masa Yang Berhormat jadi Timbalan lah ini. Jadi, kalau tidak ada apa rintangan, bulan Disember 2020, kita akan tender.
Yang Berhormat Menteri, mungkin ada permintaan untuk laluan.
Minta laluan Yang Berhormat Menteri, dari Tenom sebenarnya. Oleh sebab tadi saya lambat masuk, saya hendak tahu jawapan bagi apakah status projek jalan Ulu Tomani itu sebenarnya.
Ulu Tomani sedang dalam proses perolehan di Kementerian Kewangan, JPMK.
Ia tidak ditender terhad, tidak ada ya?
Dari manakah Yang Berhormat tahu itu?
[Ketawa] Ditularkan sebenarnya. Jadi ...
Saya tidak tahu.
Tidak tahu, okey. Jadi keputusannya memang tengah perolehan di kementerian...
Di peringkat perolehan Kementerian Kewangan, di Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).
Oh, boleh saya tahu bila dia akan ditender Yang Berhormat Menteri?
Dia tidak ditender Yang Berhormat.
Oh! Ya, ya. Okey, okey, sorry. Okey, itu sahaja.
Terima kasih. Kita hendak masuk Tuan Yang di-Pertua ke jalan perhubungan desa. Yang Berhormat Kangar...
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas kelulusan jalan dari Kampung Joh ke Kuala Sat, Kampung Sat. Satu lagi soalan saya yang saya bangkitkan hari itu ialah berkenaan dengan jambatan dari Kampung Joh ke Kampung Belimbing. Saya rasa mungkin ada Yang Berhormat Menteri terlepas pandang agaknya jawapan. Terima kasih.
Sebab Yang Berhormat Tenom kacau [Ketawa] Kampung Sat ke Kampung Maka, bukan? Perkara ini perlu dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan.
Jambatan ya?
Saya rasalah.
Jambatan Kampung Joh ke Kampung Belimbing, sebenarnya sudah diluluskan.
Tidak apa Yang Berhormat. Kalau saya terlepas pandang, saya minta maaf.
Minta bertulis kalau boleh.
Boleh.
Okey, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kimanis? Tidak ada. Mohon secara bertulis. Saya sudah dapat jawapan Yang Berhormat fasal kampung Joh ke Belimbing. Betul kah?
Ya, Yang Berhormat Menteri, betul.
Ya, ia akan tender Disember 2020.
Dua ribu?
Tahun 2020, empat bulan lagi.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kota Belud? Saya mohon jawab secara bertulis. Yang Berhormat Tuaran? Jawab secara bertulis. Yang Berhormat Lubok Antu saya nampak. Projek naik taraf jalan-jalan balak fasa empat telah lulus RM12 juta. Status dalam peringkat reka bentuk. Kita akan tender bulan Disember. Kemudian projek jalan masuk pelbagai kampung di sepanjang Ulu Batang Ai, Lubok Antu, Sri Aman telah diluluskan pelaksanaannya dengan kos RM187 juta. Skop projek ini telah kita naikkan taraf sejauh 25 kilometer di peringkat perunding dan akan tender bulan Mac 2020. Manakala projek jalan Ulu Skrang Fasa 2 Lubok Antu kos keseluruhan yang telah diluluskan RM28.5 juta. Status semasa projek ini dalam reka bentuk dan kita akan tender dua bulan lagi, bulan 10, RM28 million Yang Berhormat.
Jalan Basi iaitu Berayun Sungai Basi ke Kuching dan Sibu Trans-road bahagian Sri Aman dengan skop projek naik taraf jalan 25 kilometer telah dipohon dan dilaksanakan di bawah Rolling Plan Pertama RMK-12 dengan kos anggaran RM157 juta. Walau bagaimanapun, bila kita cakap fasal Rolling Plan ia tertakluk kepada kelulusan EPU Jabatan Perdana Menteri dan kedudukan semasa kewangan kerajaan. Jalan daripada Aiman Batang Ai Resort ke rumah panjang Menyang Delo tidak tersenarai dalam keutamaan negeri. Jadi Yang Berhormat kena lobi UPEN Sarawak supaya masukkan dalam keutamaan dan bawa kepada saya kita boleh merundingkan dengan EPU dan juga MoF.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri kerana telah meluluskan beberapa projek di kawasan Lubok Antu. Saya mewakili rakyat mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan sebab itulah saya mengalihkan sokongan saya kepada PN untuk mendapatkan peruntukan yang lebih banyak di kawasan saya yang masih ketinggalan daripada segi pembangunan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, atas isu peraturan. Kita ada di Dewan Rakyat dan Menteri sedang menggulung. Secara terbuka Menteri mengatakan gunakan perkataan lobbying dan sebagainya. Ini pula ada seorang backbencher disebabkan oleh projek-projek kawasan beliau mengalihkan sokongan. This is Dewan Rakyat and they openly talking about- ini adalah salah guna kuasa, rasuah. What is all this Tuan Yang di-Pertua? Secara terbuka. Adakah kita mengamalkan perkara ini secara terbuka? Rakyat sedang melihat.
Maaf, peraturan mana itu?
Tuan Yang di-Pertua, boleh Tuan Yang di-Pertua kalau hendak merujuk kepada Peraturan...
Kepentingan rakyat.
Peraturan Mesyuarat 36(4), bahasa-bahasa yang kurang sopan. Ini mencadangkan rasuah secara terbuka.
Tidak ada, okey Yang Berhormat. Saya rasa bukan itu cadangan terbuka. Setakat yang saya faham Yang Berhormat Menteri kata melobi maksud berbincang untuk membolehkan projek itu berjalanlah.
Bagaimana pula dengan kenyataan Yang Berhormat di sebelah sana yang mengatakan disebabkan...
Bela rakyat untuk dapat projek pun rasuah kah? [Pembesar suara dimatikan]
Saya rasa Yang Berhormat...
Menteri teruskan, teruskan Menteri.
Saya rasa Yang Berhormat Lubok Antu tadi cuma memberi ucapan terima kasih kerana peruntukannya telah dinaikkan untuk kawasan beliau. Saya rasa itu sahaja.
No, Speaker sebagai seorang pengamal undang-undang kita hormat tapi tidak boleh benarkan perkara ini. Sungguh memalukan. Adakah ini cara Perikatan Nasional jalankan kerajaan.
Boleh saya cakap?
Ambil masa sahaja Yang Berhormat Jelutong.
Sepanjang yang saya difahamkan tadi Yang Berhormat Lubok Antu...
Masa Pakatan Harapan Yang Berhormat Jelutong minta projek banjir dekat Kerajaan Pakatan Harapan pun rasuah kah? Untuk rakyat.
Yang Berhormat sudahlah. [Pembesar suara dimatikan]
Tolong, tolong kita- Yang Berhormat Jelutong! Yang Berhormat Jelutong. Sejuk-sejuk sikit. Tidak ada, sepanjang yang saya faham Yang Berhormat Lubok Antu tadi mengatakan rasa terima kasih kerana telah diberikan peruntukan untuk kawasan beliau. Beliau tidak kata sokong Perikatan Nasional setelah disetujui untuk dibayar atau diberikan peruntukan yang lebih. Dia tidak kata begitu. Jadi daripada segi semantiknya boleh jadi Yang Berhormat Jelutong faham secara lainlah. Saya persilakan Yang Berhormat kerana Yang Berhormat masa pun tinggal 11 minit Yang Berhormat.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong saya akur dengan arahan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tanjong Manis? Saya jawab secara bertulis.
Ada Yang Berhormat, Tanjong Manis.
Minta maaf. Cadangan bagi membina jalan perhubungan darat Kampung Paloh, Kampung Kedang, Kampung Berangan. Cadangan jalan di Bukit Kinyau, Parit Bugis- parit saya ini, Samaring, Telok Gelam. Malangnya Yang Berhormat ia tidak disenarai dalam senarai keutamaan negeri. Yang telah dikemukakan kepada kementerian.
Saya rasa dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas kita ada sebut Yang Berhormat Menteri. Itu saya bangkitkan dalam perbahasan saya. Mohon Yang Berhormat Menteri pertimbangkanlah terutama Jalan Paloh, Kedang, Berangan menuju ke kawasan-kawasan Tanjong Manis. Sebab kampung saya sendiri Kampung Paloh sampai sekarang tidak ada lagi jalan. Kawasan-kawasan berhampiran sudah ada jalan penghubung. Jadi inilah saya harapkan supaya Yang Berhormat Menteri dapat mengambil perhatian mengenai perkara ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Tanjong Manis kalau ia sudah ada masuk dalam Rolling Plan tidak ada masalah. Kita sama-sama pastikan sebab saya kali terakhir pergi ke kawasan Yang Berhormat saya ingat 15 tahun yang lalu.
Sudah lama sangat itu. Sekarang ini kena perlu jalanlah itu Yang Berhormat Menteri.
Okey, faham-faham. Yang Berhormat Batu Sapi? Minta bertulis. Yang Berhormat Tenom ada balik?
Ada, ada Yang Berhormat di sana.
Projek naik taraf jalan Kemabong, Rundum Tenom Sabah diluluskan RMK-11 pada tahun 2019 dengan kos RM201 juta. Skop naik tarafnya 28.5 kilometer. Spesifikasi JKR R2 jalan akses ke SK Kapulu dan membina baru lima buah jambatan. Status di peringat terakhir reka bentuk dan dijangka tender November 2020.
Manakala naik taraf Jalan Tuman Talik, Tenom yang telah diluluskan di bawah RMKe-11 dengan kos RM42 juta, dengan skop naik taraf sepanjang lapan kilometer dengan spesifikasi JKR 1. Dijangka di tender pada Jun 2021, Ulu Tomani sudah saya jawab. Yang Berhormat Sri Aman? Saya mohon menjawab dengan jawapan bertulis. Tuan Yang di-Pertua, jalan perhubungan desa. Yang Berhormat Kangar? Mohon jawapan bertulis. Bekalan Elektrik Luar Bandar. Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Batu Sapi dan Yang Berhormat Tanjong Manis menanyakan hal-hal berkaitan dengan BELB. Yang Berhormat Kinabatangan secara bertulis. Yang Berhormat Tanjong Manis, kita menggunakan dua kaedah iaitu penyambungan bekalan elektrik secara talian grid dan sistem alternatif seperti solar dan juga mikro hidro. Kaedah alternatif ini digunakan apabila lokasi projek jauh. Jadi, Yang Berhormat kena pastikan list Yang Berhormat itu sudah pun diterima oleh UPEN Sarawak, jikalau sudah terima, kita akan masukkan ke dalam Rolling Plan RMKe-12.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya akan pastikan rumah-rumah ataupun kawasan yang tidak ada bekalan elektrik, saya akan masukkan ke dalam list dan akan kemukakan untuk Rolling Plan RMKe-12. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Program Ameniti Sosial, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Batu Sapi? Masuk dalam jawab secara bertulis Tuan Yang di- Pertua. Kemudian lampu jalan kampung, lampu jalan kampung ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Setiu, boleh saya jawab secara bertulis? Saya sentuh tentang program keusahawanan dan peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar.
Setiu ada Yang Berhormat Menteri.
Oh! Okey, minta maaf.
Berkaitan lampu jalan tadi.
Ini fasal Program Ameniti Sosial kan? Jadi, Yang Berhormat Setiu fasal lampu ini, maknanya kita sekarang sudah tingkatkan bagi memastikan kampung itu lebih terang, kita sudah naikkan kepada 40 unit. Jadi kuantiti lampu jalan kampung ini akan dipasang di setiap kampung dengan mengambil kira saiz kampung dan juga bilangan rumah yang ada di kampung terlibat dan kita akan bagi prioriti lampu-lampu ini dipasang. Sekarang kita pakai lampung LED Tuan Yang di- Pertua, di kawasan-kawasan umum seperti balai raya, rumah ibadat dan juga di persimpangan jalan. Kita hendak meriahkan kampung. Walau bagaimanapun kementerian apabila kita naikkan jumlah lampu-lampu ini, walaupun dia pakai LED tetapi elektrik kena bayar Tuan Yang di-Pertua. Kos sebuah tiang itu RM17 satu bulan, KPLB kena bayar. Jadi kita cuba cari jalan supaya pakai solar LED. Supaya sambil kita tingkatkan keceriaan di kampung, kita juga tidak dibebankan dengan membayar bil kepada TNB. Saya harap, Yang Berhormat Setiu boleh terima jawapan saya.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Jadi kalau tidak cukup itu boleh minta juga lah dengan saya secara bertulis.
Insya-Allah [Ketawa]
Program keusahawanan dan peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar. Ini mungkin termasuk rakan saya dari Sarawak tadi yang menanyakan tentang program-program bagi meningkatkan pendapatan isi rumah di luar bandar. Kita ada program yang kita panggil Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) ia merupakan satu projek yang memberi fokus kepada komponen ekonomi, prasarana asas dan perumahan. Komponen ekonomi ini tidak melibatkan pembukaan ladang baharu sama ada ladang getah ataupun kelapa sawit tetapi lebih menumpukan kepada niche produk kampung tersebut. Sebagai contoh, di Terengganu kita ada projek PROSPEK di mana kampung itu sudah ada kolam-kolam ternakan ikan yang terbiar, kita hidupkan balik dan nampaknya program ini berjaya.
Cameron Highlands Yang Berhormat Menteri. Apabila melibatkan ekonomi dalam isu masyarakat Orang Asli, saya ada bangkitkan satu persoalan agar kerajaan menubuhkan satu perbadanan iaitu Lembaga Kemajuan Ekonomi bagi Orang Asli bagi menjangkau ketinggalan lebih kurang 30 tahun hingga 40 tahun masyarakat Orang Asli. Selain daripada itu, saya ada juga bangkitkan keseluruhannya tujuh point. Pohon dapat dijawab.
Sebenarnya sudah ada jawapan, Yang Berhormat cepat sangat. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat supaya diadakan satu perbadanan dan dibentangkan di Parlimen itu satu cadangan yang amat bagus. Maknanya ada satu undang-undang khusus untuk menjaga, mengawal selia, membantu masyarakat Orang Asli secara tersusun, itu perbadanan. Akan tetapi, kita sudah ada juga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang sudah wujud sekian lama. Cadangan ini amat bagus, kita akan kaji, kita akan mengadakan libat urus dengan semua stakeholders dan kalau benda ini berlaku, sudah pasti Yang Berhormat Cameron Highlands akan duduk dalam jawatankuasa tersebut bagi membentuk rangka kerja perbadanan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa sudah sampai, saya mohon supaya saya menulis...
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Yang Berhormat Menteri – saat akhir ya, sudah tidak ada masa. Cuma orang kampung saya menanti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Peserta FELCRA Rompin B, Jempol Negeri Sembilan yang tidak dapat sara hidup selama tujuh bulan. Tujuh bulan darab RM500 ialah sebanyak RM3,500. Jadi mereka cukup sengsara dan merana, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri ataupun cara macam mana untuk membayar peserta FELCRA ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, maaf ya. Boleh saya mencelah sedikit? Minta Yang Berhormat Menteri boleh bagi satu jawapan bertulis untuk soalan saya dari Julau kerana Julau sebuah kawasan yang ada sebuah daerah iaitu Pakan yang termiskin di seluruh Malaysia. Terima kasih.
Yang Berhormat Julau, tidak ada masalah. Saya akan beri jawapan bertulis, kita boleh minum kopi selepas ini. Cerita panjang sedikit fasal Julau.
Mengenai- sikit lagi Tuan Yang di-Pertua fasal FELCRA.
Silakan.
Bayaran pinjaman sara hidup B40 serta FELCRA termasuk peserta bagi Rompin B menggunakan sumber pinjaman daripada kerajaan. Bagi bayaran tahun-tahun sebelum ini, ia telah dilunaskan sepenuhnya mengikut tempoh yang diberikan. Walau bagaimanapun, bayaran tahun 2020 hanya akan dibuat setelah FELCRA memperoleh kelulusan penyaluran pinjaman sara hidup yang akan dibuat oleh kerajaan dalam masa yang terdekat. Jadi, sebenarnya- peserta dia pinjam dengan kerajaan, dia bukan pinjam dengan FELCRA. FELCRA ini hanya institusi tengah yang menguruskan semua sekali. Apabila pinjaman ini lulus mereka akan dapat balik segala apa yang patut mereka dapat sewaktu tanaman mereka belum lagi berhasil. Jadi, harap sabar- saya tahu Yang Berhormat Jempol bagi beras tiap-tiap bulan. Saya pun dapat tahu daripada peserta-peserta itu Yang Berhormat bagi bantuan berbentuk wang sejumlah RM200 ke RM300. Mereka amat berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Jempol. Belum jumpa lagi seorang wakil rakyat yang keluarkan duit dia sendiri untuk menampung seramai 90 orang peserta. Jadi, teruskanlah Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh dapat pahala banyak.
Yang Berhormat Menteri, ini bukan rasuah Yang Berhormat Menteri seperti mana Yang Berhormat Jelutong sebut tadi. Ini bantuan sara hidup. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri cukup prihatin untuk membantu rakyat yang susah. Terima kasih.
Dia dalam Al-Quran ini, rasuah dia tak sebut rasuah. Dia kata ‘risuah’ sebanyak dua kali sahaja Yang Berhormat. Akan tetapi hibah, sedekah, zakat banyak kali disebut. Jadi, Yang Berhormat tergolong dalam orang yang memberi hibah atau hadiah. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon semua jawapan secara bertulis. Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pelanggan-pelanggan KPLB supaya cadangan-cadangan ini akan menjadi kekuatan kepada kami untuk membawa masyarakat kampung kepada lebih sejahtera. Terima kasih.
Saya sekarang ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, seramai sembilan orang daripada Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam perbahasan menyokong Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Pontian, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Kepong. Untuk memberikan respons kepada perkara-perkara yang telah berbangkit; Pertamanya, Ahli Yang Berhormat dari Pontian telah membangkitkan soal cadangan dan penubuhan, Perkampungan Al-Quran atau Quranic Village di Presint 14 Putrajaya. Sukalah saya menjelaskan bahawa pada masa ini, di Putrajaya telah terdapat apa yang disebut sebagai Kompleks Nasyrul Quran iaitu pusat menyalin dan mencetak Al-Quran dan ia merupakan pusat yang kedua terbesar di luar daripada Arab Saudi. Menjadi rancangan atau cadangan bagi Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memperluaskan peranan Putrajaya dalam hal yang berkaitan dengan Al-Quran. Putrajaya sebagai sebuah pusat pentadbiran negara, yang mana negara kita mengikut Perkara 3 Perlembagaan telah meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, manakala agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Maka, menjadi cadangan untuk kementerian untuk memperluaskan peranan yang dimainkan oleh Kompleks Nasyrul Quran untuk membentuk sebuah kompleks yang dipanggil sebagai Quranic Village bagi memperluaskan lagi penyebaran dan juga mengambil peluang daripada peranan Al- Quran dalam kehidupan manusia. Antara komponen yang dicadangkan bagi Quranic Village ini termasuklah pembinaan sebuah masjid dengan kapasiti seramai 3,000 orang jemaah yang didedikasikan khusus dengan penulisan Al-Quran termasuk galeri Al-Quran 30 juzuk dan ruang pameran sirah-sirah Islam yang dibina di aras dua buah masjid yang berkenaan. Ini dijangka menelan perbelanjaan sebanyak RM45 juta. Kedua, pusat Tijarah atau pusat e-perniagaan kiosk dan bazar untuk keperluan pelawat-pelawat dan juga pengunjung perkampungan Al-Quran. Ketiga, pusat sains Al-Quran dan sirah yang dijangka menelan perbelanjaan sebanyak RM25 juta bagi pusat pameran dan teknologi moden yang terkini seperti panel skrin sentuh interaktif, projection mapping, augmented reality, paparan hologram, smart census dan sebagainya untuk membolehkan para pengunjung mengenali inti pati dan isi Al-Quran secara yang lebih menarik lagi. Sementara itu, pada fasa yang kedua yang dijangkakan akan dilaksanakan antara tahun 2022 ke tahun 2025, bagi melengkapkan konsep perkampungan Al-Quran ini adalah termasuk pembentukan Institut Al-Jaf dan Al-Quran yang menelan belanja kira- kira sebanyak RM39.5 juta untuk membina pusat latihan dan tarbiah, bilik penginapan, kafeteria, dewan utama, bilik VIP dan dewan seminar dan sebagainya. Seterusnya pembinaan Pusat Seni Mushaf ataupun Restu Arts dengan menelan belanja kira-kira RM20 juta lagi untuk menghasilkan produk-produk kraf dan pusat latihan keusahawanan yang turut mempunyai bilik pameran kraf dan sebagainya. Selain daripada itu, pembinaan infrastruktur lengkap bagi menjadikan ini satu lagi pusat untuk dilawati dan berperanan bukan sahaja untuk keperluan rakyat dalam negara kita, tetapi menjadi salah satu daripada satu-satunya pusat yang bersifat global, yang dapat dikunjungi, dilawati dan dimanfaatkan oleh bukan sahaja umat Islam tetapi juga umat bukan Islam. Dengan cara yang demikian, kita berharap roh dan semangat Al- Quran yang merupakan mukjizat, isi kandungan yang sesuai sepanjang zaman serta untuk semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa akan dapat dimanfaatkan dan diwujudkan di pusat pentadbiran Putrajaya. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Pontian. Seterusnya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Labuan yang telah menyentuh tentang keperluan, kepentingan dan keprihatinan pembangunan di Labuan. Kementerian berpendapat, sampailah masanya Labuan dikaji semula tentang peranannya memandangkan banyak perubahan geopolitik yang telah berlaku dan juga kepentingan Labuan dalam konteks kemajuan dan pembangunan rantau berkenaan termasuk di Sabah dan di Sarawak, pelaksanaan roh dan semangat MA63 yang sedang diberikan perhatian oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Kepentingan Labuan menjadi lebih bermakna lagi untuk masa-masa yang akan datang apabila peranan negara-negara Timur menjadi semakin penting dalam perdagangan dan ekonomi. Begitu juga dengan kedudukannya yang strategik dan mempunyai peranan serta kaitan yang sangat relevan dengan hal-hal yang berkaitan pertahanan dan keamanan.
Tujuan awal Labuan menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan, walaupun masih relevan tetapi perlu diberikan roh dan nafas yang baharu. Bukan lagi soal hanya integrasi nasional atau keselamatan negara atau hanya mempercepatkan tempoh pembangunan tetapi Labuan mempunyai kedudukan yang strategik dan boleh diangkat kepada satu kedudukan yang lebih tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai sebahagian dari Wilayah Persekutuan. Justeru untuk makluman Yang Berhormat Labuan, beberapa langkah sedang diambil untuk memberikan perhatian kepada beberapa program yang bersifat game changer untuk memberikan nafas baharu ke Labuan. Antaranya kementerian berada di fasa terakhir dalam membuat kajian feasibility ataupun kedayahidupan ataupun viability project bagi membolehkan jambatan yang menyambung Labuan dengan Tanah Besar Kepulauan Borneo khususnya Sabah, dapat dilaksanakan dan dijadikan satu realiti. Kertas Jemaah Menteri sedang disiapkan secara bersama oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerja Raya bagi membolehkan kelulusan Jemaah Menteri untuk kedua-dua kementerian membuat request for proposal (RFP) untuk membina jambatan yang tersebut. Selain daripada itu sebenarnya untuk menjawab keresahan Yang Berhormat Ahli Parlimen Labuan, tidak dapat dinafikan sejak Labuan menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan amat banyak sekali rancangan-rancangan pembangunan yang telah dilakukan. Banyak sekali institusi kerajaan telah diwujudkan dan banyak pembangunan fizikal yang telah dilaksanakan tanpa henti-henti. Antara projek-projek pembangunan fizikal seperti mana Yang Berhormat semua maklum, yang rancak dilaksanakan sejak Labuan diberikan status sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa pada tahun 1990 ialah pembinaan dan meningkatkan prasarana asas seperti jalan raya persekutuan, pembinaan hospital baharu, bekalan air, bekalan elektrik, menaikkan taraf kemudahan asas seperti kompleks sukan, taman rekreasi seperti Taman Burung Labuan, taman botanikal, projek pembangunan landskap, Kompleks Ujana Kewangan dengan kos RM360 juta, Terminal Lapangan Terbang Labuan dengan peruntukan RM120 juta dan juga pembinaan kampus Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan pada tahun 1999 dan pembinaan kolej matrikulasi dan sebagainya. Akan tetapi apa yang saya ingin sebutkan di sini komitmen itu bukan sahaja akan diteruskan malah akan dipertingkatkan. Beberapa kementerian lain dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan termasuk Jabatan Perdana Menteri bercadang untuk membina pusat pencerapan atau pusat ilmu falak di Labuan. Hatta Menteri Belia dan Sukan pun tadi membisikkan saya untuk menyediakan peruntukan, sedang mempertimbangkan untuk memberikan peruntukan, menaikkan taraf kompleks sukan di Labuan sementara kementerian yang menjaga hal ehwal bekalan air menyediakan satu peruntukan yang agak besar untuk meningkatkan mutu dan fasiliti bekalan air di Labuan. Ya, silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, Labuan memang alhamdulillah banyak dibangunkan dari segi infrastruktur walaupun kita rasakan masih separuh jalan tetapi apa yang kita ingin lihat adalah untuk kita mencapai objektifnya untuk ekonominya membangun. Enjin ekonominya mula hidup dan ia boleh berkembang mengikut pasaran apabila perbelanjaan menggunakan fund daripada kerajaan itu sudah mula dikurangkan. Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri setuju untuk ini berlaku, Labuan punya pembangunan mestilah di-integrate ataupun diselarikan dengan pembangunan negeri Sabah. Jadi apa yang kita lihat di seberang dari Labuan iaitu kawasan Menumbok Kuala Penyu itu sama macam kawasan rural yang terlalu di belakang. Padahal Labuan dijadikan wilayah, diharapkan ia akan dapat merangsang pembangunan yang menyeluruh di rantau dan kawasan berhampiran. Jadi, adakah Yang Berhormat Menteri setuju Pan Borneo Highway ini sepatutnya juga akan menghubungkan Labuan dan seterusnya melalui jambatan dan membangunkan kawasan di seberang seperti Pulau Pinang dan Seberang Prai. Satu lagi yang saya ingin Yang Berhormat Menteri, tolong lihat agensi-agensi kerajaan yang sudah diadakan di Labuan, yang mana ia adalah di antara penyumbang kepada employment dan ekonomi Labuan secara minimumnya pun tetapi disebabkan oleh kerajaan mula ingin berjimat cermat, maka lately the last few years mulalah jabatan- jabatan ini ada yang ditutup dan yang di-downsize. Jadi, kita melihat benefit Labuan sebagai wilayah itu mula berkurangan dan mula dilihat tidak penting.
Saya berharap di bawah kementerian dengan Menteri baharu dan apa yang dikatakan tadi mahu dilihat semula dan di-realign semula saya berharap semua ini akan dapat diperbetulkan dan akan dilonjakkan kembali kemajuan Labuan seperti yang kita objektif kan ataupun tujuan sebenar Labuan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.
Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan penuh minat apa yang disampaikan berhubung dengan perancangan untuk pembangunan Labuan yang agak menarik. Banyak yang telah disebut mengenai apa yang telah dilakukan termasuklah Labuan itu pada awalnya dilihat sebagai Pusat Kewangan Pesisir Pantai dan sebagainya tetapi tidak disebut tentang halal hub yang dulu merupakan antara penekanan dan ketegasan ataupun penegasan yang telah diberikan dalam blueprint pembangunan Pulau Labuan. Saya semasa dalam tempoh Kerajaan Pakatan Harapan, kita telah melihat bahawa ia merupakan satu ‘gajah putih’ yang kita warisi dan kita telah membuat satu keputusan untuk membawa pendekatan yang baharu. Persoalan menjadikan Labuan sebagai pusat industri pembinaan kapal dan pembaikan kapal dan industri maritim telah diberikan keutamaan. Maka ia boleh menghasilkan pekerjaan yang banyak dan apa yang telah dimulakan saya pun dan lupa dah dia punya detil dia tetapi saya hendak tahulah sama ada kementerian sekarang ini sedang atau masih lagi hendak bawa pendekatan yang baharu ini dan penegasan yang baharu ini ataupun masih hendak menghidupkan kembali usaha halal hub yang telah dijalankan sekian lama tanpa mendatangkan hasil yang boleh dibanggakan. Terima kasih.
Terima kasih kedua- dua Yang Berhormat. Kepada pertanyaan Yang Berhormat Labuan tadi, saya bersetuju. Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh kita lakukan dan boleh kita lakukan bersama bagi memastikan Labuan dapat dibangunkan. Antara lain termasuklah peranan Yang Berhormat sendiri yang dulunya berada di satu pihak sekarang tersalah pindah ke-satu pihak yang lain. Saya menjemput Yang Berhormat kembali semula ke pangkal jalan dan dapat memainkan peranan yang lebih hebat lagi pada saat kita ingin membangunkan Labuan. Saya percaya Yang Berhormat tentunya yakin itu tidak berupa satu rasuah melainkan merupakan satu tanggungjawab Yang Berhormat yang besar dan saya tahu Yang Berhormat berkemampuan untuk berbuat demikian.
Sebenarnya, untuk makluman Yang Berhormat, macam saya kata tadi, saya bersetuju. Oleh sebab itu kita perlu melihat Labuan sekarang ini dalam konteks regional development yang lebih besar. Kita perlu revisit. Itulah pendekatan yang saya ambil. Ini ada kaitannya dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Shah Alam waktu suatu ketika dulu dicadangkan Labuan menjadi satu dari pusat pengeluaran produk halal ataupun halal hub yang mana sebuah kawasan yang agak besar- bukan sahaja kawasan, malah kompleks halal hub telah pun siap dibina. Kemudian kita dapati kompleks itu tidak mendapat sambutan seperti mana yang diharapkan kerana ada masalah-masalah rantaian yang lain yang menyebabkan perkara itu tidak berlaku. Saya sedar malah saya telah pun diberikan satu taklimat tentang usaha yang dilakukan sewaktu Yang Berhormat berada di tempat saya sekarang untuk menggunakan tempat itu dan diberi sewa kepada syarikat tertentu yang terlibat dalam industri yang berkaitan dengan oil and gas dan juga perkapalan dan sebagainya. Sebagai seorang Menteri yang menyambung perkhidmatan Yang Berhormat, tidaklah pula bermakna bila bertukar Menteri, maka segala-galanya perlu ditukarkan seperti Yang Berhormat cuba lakukan di awal Yang Berhormat menjadi Menteri. Banyak sangat Yang Berhormat hendak tukar, jadi akhirnya jadi tikus membaiki labu. Saya tidak akan mengambil pendekatan yang sama. Apa yang baik Yang Berhormat, lakukan dulu boleh sahaja diteruskan termasuklah soal halal hub ini yang telah pun di peringkat akhir untuk diberi sewa kepada syarikat berkaitan dengan perkapalan dan tidak ada kena mengenanya dengan halal hub. Saya fikir itu keputusan yang boleh dipertimbangkan untuk disambung.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu kerana sudi untuk meneruskan sesuatu keputusan yang kita telah lakukan selepas menilai sekian lama ya, iaitu selepas setahun lebih, bagaimana halal hub itu telah menelan belanja RM80 juta tetapi akhirnya menjadi gajah putih.
Itulah sebabnya antara sebab mengapa bila saya dengar tadi apa yang dirancang untuk Putrajaya pun, saya pun risau. Ini kerana Kerajaan Barisan Nasional dan sekarang ini orang nama sebagai ‘Perikatak’ Nasional tetapi saya tahu dia Perikatan Nasional, tetapi oleh sebab tidak berdaftar, maka orang boleh nama ikut suka. Saya naik risau juga fasal tadi bila cerita tentang Putrajaya itu ini berpuluh juta, itu berpuluh juta, ini berpuluh juta, saya dok kira-kira dah dekat RM200 juta. Itu tidak ambil kira lagi stadium yang saya dengar hendak dibina di Putrajaya dan sebagainya. So, bagi saya, antara pengalaman bila saya mengambil alih kerajaan ataupun menjadi- bukan saya mengambil alih kerajaan, ambi alih kementerian. Saya melihat bahawa ada projek-projek yang dilakukan macam seolah-olah suka hendak belanja duit tetapi daripada segi hasil dan pulangan tidak begitu diutamakan sehingga projek halal hub itu telah dijalankan berpuluh-puluh tahun tanpa pulangan dan tidak ada keputusan untuk mengubah dan menilai kembali. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu yang sanggup membuat penilaian yang baharu tentang peranan Labuan. Saya rasa soal tourism, fishing and maritime industry ini merupakan areas, dengan izin, yang lebih berpotensi dan boleh menjamin pulangan yang baik. Saya harap pendekatan belanja supaya hendak belanja tanpa mengambil kira pulangan tidak akan diteruskan oleh kerajaan yang baharu. Minta maaf, saya tidak cuba baiki sebagai tikus membaiki labu. Kita buat atas kajian bersama dengan pegawai- pegawai kementerian yang telah memberikan sokongan dan sumbangan yang cukup bermakna. Terima kasih.
Terima kasih. Okey, terima kasih Yang Berhormat. Barangkali saya mencadangkan Yang Berhormat supaya banyak beristighfar dan dengar bait-bait ayat yang saya terangkan tadi. Saya memberitahu bahawasanya kita dalam perancangan, segala-galanya bermula dengan perancangan. Tidakkanlah rancang hendak bina masjid dengan al-Quran pun Yang Berhormat hendak bangkang. Jadi, pilih-pilih sahajalah perkara-perkara yang hendak ada bangkangan.
[Bangun]
Yang Berhormat duduk dulu. Bagi saya selesai dahulu ya.
Ya, okey, baik, baik, okey.
Yang Berhormat, kalau Tuan Yang di-Pertua bagi sampai petang pun, tidak ada masalah. No problem ya. Kita dah sebutkan tadi itu perancangannya. Memanglah jumlah kesemua sekali dalam perancangan untuk Quranic Village itu melebihi RM100 juta. Kita telah pun membuat submission untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas kepada central agency dan biarlah central agency membuat penilaiannya dengan rasional-rasional tertentu yang telah kita kemukakan. Menjadi tanggungjawab kepada sesebuah kerajaan itu untuk merancang sesuatu itu dengan teliti dan setiap perancangan itu harus memandang ke hadapan. Putrajaya itu sendiri dulunya dirancang untuk dibuat di Pahang, kemudian dipindahkan ke estet Perang Besar, kemudian bertukar nama menjadi Putrajaya. Daripada sebuah ladang getah yang biasa, hari ini Yang Berhormat telah melihat bagaimana Putrajaya telah dibangunkan oleh kerajaan bertanggungjawab wujud seperti mana yang ada pada hari ini. Sekarang sampailah masanya untuk Putrajaya bukan sahaja indah daripada segi perancangan fizikalnya, landskapnya dan juga seni binanya tetapi untuk dilengkapkan dengan roh al-Quran, roh Islam, roh dakwah yang boleh dimanfaatkan bukan untuk rakyat Malaysia sahaja tetapi untuk rakyat di seluruh dunia khususnya kerana Putrajaya dikunjungi oleh mereka yang datang dari seantero dunia. Ada lagi Yang Berhormat?
Sikit sahaja.
Okey, okey. Silakan.
Memanglah niatnya dan bunyinya cukup baik. Samalah macam halal hub. Tidakkanlah Yang Berhormat bantah halal hub? Halal hub, industri untuk makanan yang halal bagi umat Islam, jadi sebagai satu simbol syiar Islam bagi seluruh Nusantara dan sebagainya. Tidak ada lagi tempat yang ada halal hub.
Lalu, janganlah kita menggunakan agama- minta maaf ya. Saya minta maaf, bukan saya menuduh tetapi hanya sebagai peringatan. Macam Yang Berhormat Menteri yang kata kelapa sawit itu anugerah Allah macam seolah-olah minyak lain bukan. Janganlah. Ini menggunakan agama...
Apalah hujah? Koman spanar-lah.
Janganlah kita menggunakan agama untuk melakukan sesuatu yang pada dasarnya sepatutnya ada kajian. Saya harap apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan tadi ada perancangan, ada kajian- sebab kita hendak belanja duit rakyat. Jangan kita rasa atas sebab kita hendak buat masjid, atas sebab kita hendak buat Quranic Village, maka atas sebab Islam, maka kita tidak payah teliti, tidak payah bertanggungjawab, tidak ada pertanggungjawaban. Inilah apa yang berlaku dengan halal hub. Belanja RM80 juta, akhirnya yang dapat kontrak itu bahagialah. Akan tetapi, itu sahajalah. Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat belum berubah lagi nampaknya walaupun telah melakukan hijrah. Patutnya hijrah ke arah yang lebih baik tetapi nampaknya ke alam yang lebih gelita nampaknya [Ketawa] Kadang-kadang apa yang saya tidak kata, Yang Berhormat kata. Apa yang saya tidak sebut di sini, Yang Berhormat, sebut. Malangnya, saya cuma diberi masa 45 minit. Kalau boleh ada masa panjang, memang sedap hendak duduk dengan Yang Berhormat ini sebab Yang Berhormat ini memang antara Ahli Parlimen yang perlu disekolahkan [Ketawa] Oleh sebab Yang Berhormat ini saya nampak- boleh saya teruskan kepada perkara yang lebih substantif?
Saya setuju, saya perlu disekolahkan tetapi bukan daripada Yang Berhormat Menteri ya. Minta maaf [Ketawa]
Tuan Yang di- Pertua...
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di- Pertua― Yang Berhormat hendak balik dah?
Ya, saya pukul 1 ada appointment. Saya tunggu sampai pukul 1 sahaja.
Wah, itulah satu contoh bagaimana dia provoke, kemudian dia ada appointment.
Itulah tadi Menteri Kanan.
Bukan saya provoke. Saya beri peringatan. Yang Berhormat Menteri patut berterima kasih saya beri peringatan.
Tidak apa, saya beri peluang [Ketawa] Okey, Yang Berhormat. Semoga Yang Berhormat selamat di jalanan. Tidak ada masalah.
Baik, terima kasih.
Hai, Yang Berhormat Menteri, orang yang kalah jadi Menteri kanan. Ini Menteri apa? Malulah.
Tuan Yang di- Pertua...
Silakan.
Lupa makan ubat kah yang belakang itu? Dalam Peraturan Dewan, waktu floor saya, kalau hendak bercakap, bangun minta izin. Bila saya duduk, Yang Berhormat Bercakap. Kalau saya bercakap, Yang Berhormat jangan bangun. Dah jadi Menteri dua tahun pun tidak cukup lagi disekolahkan. Inilah jadi masalah.
Hei- tidak apa, tidak apa.
Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya menyambung.
Cadangan Yang Berhormat Labuan tadi saya katakan satu cadangan yang baik untuk dijadikan Labuan dari segi perancangan supaya terangkum dengan pembangunan di Sabah dan Sarawak dalam...
Yang Berhormat Menteri.
...Bentuk connectivity di bawah Pan Borneo.
Malangnya dah pukul 1.
Dah pukul 1 dah?
Dah pukul 1. Saya minta maaf. Kita sambung- saya hentikan persidangan pagi ini dan disambung pada pukul 2.30 petang nanti. Yang Berhormat Menteri ada lagi masa dalam 18 minit. Okey, terima kasih semua. Assalamualaikum.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Assalamualaikum semua, selamat petang. Kita sambung dengan penggulungan Menteri. Saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan untuk menyambung jawapan beliau. Masa tinggal hampir 18 minit.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh...
Yang Berhormat Menteri, Pontian.
Tuan Yang di- Pertua- Yang Berhormat Pontian.
Ya [Ketawa]
Belum start lagi sudah bangun. Duduk dahulu sekejap [Ketawa]
Maaf Yang Berhormat Pontian.
Sekejap, sebentar. Izinkan saya untuk menyambung jawapan-jawapan saya kepada perkara-perkara berbangkit. Pada sesi pagi tadi saya telah menjelaskan komitmen kerajaan ini terhadap kemajuan dan pembangunan Wilayah Persekutuan, khususnya Putrajaya dan juga Labuan. Setiap satunya unik dengan matlamat pembangunan yang tertentu. Sementara Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara harus memberikan sebuah cerminan kepada roh, semangat dan dasar-dasar pengurusan dan pentadbiran negara. Manakala, Labuan pula sebagai satu yang dahulunya sebahagian dari Wilayah Sabah telah dijadikan Wilayah Persekutuan dengan tujuan dan matlamat yang tertentu. Perubahan-perubahan geopolitik saya katakan pagi tadi, perubahan-perubahan ekonomi dan juga faktor-faktor yang lain menuntut kita untuk revisit ataupun melihat semula kesesuaian dasar dan kaedah-kaedah yang dilaksanakan. Pagi tadi Yang Berhormat Shah Alam membangkitkan soal halal hub. Barangkali relevan pada ketika itu tetapi sudah berubah keperluan dan juga keutamaannya pada masa ini. Maka, tidak adalah– tidak menjadi satu kesalahan untuk kita mengubahsuai setiap perancangan itu kerana setiap satunya adalah berbeza pada satu-satu masa. Begitu juga dengan Putrajaya. Ya, silakan Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih dan tahniah saya ucapkan atas komitmen kerajaan untuk membina Quranic Village yang telah disebut pagi tadi oleh Yang Berhormat Menteri. Apakah Yang Berhormat Menteri boleh meramalkan Quranic Village itu akan menjadi mercu tarikan yang akan menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan Islam di peringkat antarabangsa yang tentunya akan menambah pendapatan bagi negara? Adakah elemen antarabangsa dalam pembangunan Quranic Village itu yang kemungkinan akan melibatkan negara-negara Islam lain dalam pembangunannya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Nasyrul Quran yang sebenarnya Yang Berhormat salah seorang daripada pemegang amanah Yayasan Restu, telah pun memainkan peranan yang besar dalam arena global atau arena antarabangsa. Sehingga kini, seperti mana yang kita tahu, sudah lebih daripada dua juta naskhah Al-Quran dan kitab-kitab yang telah disalin dan dicetak semula dan telah diedarkan ke banyak negara, termasuk negara-negara di rantau ASEAN, Kemboja, Indonesia dan sebagainya. Ertinya, pada masa ini pun Nasyrul Quran itu sudah merupakan pusat yang mempunyai peranan di peringkat antarabangsa. Quranic Village akan mengangkat kedudukan ataupun melengkapkan lagi Nasyrul Quran dengan cabang-cabang yang akan meletakkan peranan ataupun sumbangan ataupun pengertian penghayatan Al- Quran kepada tahap yang lebih tinggi lagi. Mungkin Yang Berhormat seorang yang suka berpantun, jadi saya jawab dalam bentuk pantun. Oleh sebab Yang Berhormat Pontian ini ‘raja pantun’ satu ketika dahulu. Al-Quran itu satu mukjizat; Ia sesuai sepanjang zaman; Al-Quran untuk manusia sejagat; Tak mengira bangsa, mahupun keturunan. Komponen-komponen dalam pembangunan Quranic Village, saya telah sebutkan pagi tadi, kebetulan Yang Berhormat tak berkesempatan untuk hadir, termasuklah antara lainnya Pusat Tijarah, Pusat Sains Quran dan Sirah dan juga Institut Al-Jauf, adalah antara institusi-institusi yang terbuka kepada masyarakat antarabangsa dengan mendukung penghayatan, roh dan penyebaran ilmu Al-Quran itu sendiri. Nasyrul Quran membawa maksud penyebaran dan penyampaian mesej-mesej Al-Quran. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk berpindah kepada tajuk seterusnya yang telah dikemukakan ataupun persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai yang telah menyentuh tentang cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk meletakkan lebih 5,000 kamera di segenap penjuru Kuala Lumpur bagi menjayakan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai apa yang diistilahkan sebagai safe city. Kita telah terdengar bahawa baru-baru ini satu laporan yang telah dikemukakan bahawasanya kadar jenayah di Kuala Lumpur adalah tinggi. Seperti mana yang kita tahu kaedah pembanterasan jenayah itu ada berbagai cara yang dilakukan oleh pelbagai agensi. Satu daripada kaedah yang diguna pakai oleh bandar-bandar di seluruh dunia ialah untuk memastikan apa juga yang berlaku dalam sesebuah bandar itu dapat dirakamkan supaya tindakan-tindakan yang cepat dapat diambil apabila berlaku sesuatu kes jenayah, kemalangan, bencana ataupun hal-hal lain yang berkaitan urban management, termasuk trafik, flash floods, dengan izin, dan sebagainya. Kuala Lumpur masih berada jauh di belakang kalau kita bandingkan dengan ibu kota-ibu kota lain dari sudut ratio pemasangan surveillance cameras (CCTV) berdasarkan kepada 1,000 orang penduduk. Misalnya, di bandar raya Beijing, 56 buah kamera bagi setiap 1,000 orang penduduk. Bandaraya London, 67 buah kamera bagi setiap 1,000 orang penduduk. Hatta, jiran kita Singapura, 15 buah kamera bagi setiap 1,000 orang penduduk. Kota Bangkok, lima buah kamera bagi setiap 1,000 orang penduduk. Kuala Lumpur masih berada di tahap kira-kira bawah daripada tiga buah kamera bagi 1,000 orang penduduk. Kementerian berpendapat sampailah masanya untuk kita menaikkan taraf kamera-kamera yang dipasang sebelum daripada ini adalah untuk tujuan-tujuan spesifik dan berbeza-beza. Ada kamera yang dipasang untuk pengawalan trafik. Ada kamera hanya beberapa ratus unit sahaja yang dipasang bagi tujuan kawalan oleh pihak polis ataupun PDRM. Ada kamera yang dipasang khusus kerana adanya peristiwa-peristiwa besar, termasuk persidangan antarabangsa seperti APEC yang hendak dijalankan.
Setiap kamera mempunyai features yang berbeza-beza. Teknologi sekarang memungkinkan semua kamera ini boleh dilengkapkan untuk fungsi yang berbagai-bagai. Oleh sebab itu, pemasangan 5,000 buah kamera ini termasuklah juga usaha untuk kita upgrade-kan kamera-kamera sedia ada dengan beberapa features yang boleh digunakan bagi maksud yang saya sebutkan tadi dinaik taraf dengan keupayaan misalnya, keupayaan artificial intelligence, pengecaman wajah atau face recognition dan melaksanakan pelbagai fungsi yang lain yang boleh digunakan secara berpadu.
Menjelang tahun hadapan, insya-Allah lebih daripada 5,000 buah kamera akan mula berfungsi setelah ia di-upgrade-kan ataupun sebahagian daripadanya diubahsuaikan serta penambahan beberapa unit kamera yang baharu. Pada masa ini, ada 1,900 buah kamera misalnya khusus untuk pemantauan lalu lintas. Ada 100 buah kamera untuk kawasan hotspot banjir. Ada 270 buah kamera bagi taman-taman awam untuk keselamatan awam dan juga pengawalan vandalisme. Ada 130 buah kamera bagi kawasan River of Life dan juga beberapa buah kamera di pasar- pasar termasuk juga untuk pemantauan kes-kes yang berkaitan dengan kesihatan dan sebagainya. Ada 309 buah kamera yang digunakan untuk pemantauan jenayah dan sebagainya. Menjadi hasrat kementerian agar semua kamera ini dapat diuruskan secara berpadu, multifunctional, supaya ia menjadi lebih ekonomik. Akan tetapi apa yang penting kesemua kamera ini diharap dapat menyumbangkan ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang lebih selamat ataupun safe city. Pada masa yang sama, kita berharap ia dapat terus dipertingkatkan. Saya telah meminta bandar raya mempertimbangkan untuk memasukkan dalam Development Order iaitu apabila pemaju-pemaju diluluskan pembangunan mereka, mereka juga dikehendaki memasang kamera dengan spesifikasi tertentu agar jumlah kamera bukan hanya dibekalkan oleh kerajaan, tetapi turut dipasang oleh pihak swasta agar ratio yang agak rendah pada masa ini berbanding bandar raya lain dapat kita pertingkatkan untuk Bandaraya Kuala Lumpur. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat menghargai usaha untuk menambahkan tahap keselamatan bagi Kuala Lumpur dan saya rasa ini usaha yang baik. Persoalan saya, berkenaan dengan jumlah yang diperincikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, sememangnya perbezaan kos. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh menyatakan anggaran kos bagi pemasangan 5,000 buah kamera ini, lebih kurang pecahan mengikut kawasan Parlimen sebagai contoh dan adakah lokasi itu berpandukan kepada where they are currently, dengan izin, ataupun kepada statistik daripada pihak polis di mana kawasan hotspot berlaku jenayah lebih tinggi. Salah satu perkara dan masalah yang ada dibangkitkan kepada saya sebelum ini, contohnya daripada rakan-rakan di ITIS mengatakan masalah legacy hardware, dengan izin yang mana dalam tempoh beberapa tahun peralatan yang dipasang sudah outdated. Jadi, adakah kontrak yang diberikan itu nanti turut melibatkan upgrading pada masa depan sebagai contoh. Soalan terakhir saya, adakah kontrak ini akan diberikan kepada sebuah syarikat, kepada beberapa buah syarikat secara terbuka ataupun rundingan terus ataupun rundingan terhad. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat agak spesifik. Jadi saya harap saya dapat bekalkan kepada Yang Berhormat perkara-perkara tertentu secara bertulis. Walaupun secara umumnya kita tahu setiap teknologi itu obsoletion-nya agak cepat dan pantas. Memang benar telah berlaku keadaan di mana hardware yang dahulu sudah tidak begitu sesuai pada masa ini dan juga perancangan waktu itu kamera lebih kepada soal pengawalan trafik. Jadi, dengan matlamat yang baharu dan kaedah yang baharu ini sememangnya bandar raya perlu melihatnya secara menyeluruh dan diintegrasikan. Tentang bagaimana perolehan yang sesuai kerana ini keperluan yang agak spesifik dengan perkara-perkara asas yang tertentu, maka itu kita serahkan kepada peraturan dan prosedur perolehan yang sedia ada yang semestinya wajib diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Saya ingin berpindah kerana masa nampaknya tidak banyak...
Maaf, jadi- Yang Berhormat Menteri...
...Mungkin Tuan Yang di-Pertua dapat memberikan saya sedikit masa yang lebih. Saya hendak berpindah kepada satu tajuk yang agak penting iaitu mengenai dasar perumahan awam.
Ini Lembah Pantai, Lembah Pantai. Jadi tidak jelas. Adakah sebagai tender terhad, rundingan terus ataupun tender terbuka?
Sekarang yang dipakai berdasarkan kepada tender terbuka yang telah dikeluarkan. Mungkin ada VO dan sebagainya tetapi untuk tender-tender yang baharu belum diputuskan. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Langat dan juga beberapa orang Ahli Yang Berhormat dari Wilayah Persekutuan yang lain telah membangkitkan perkara-perkara yang berkait dengan soal rumah mampu milik, perumahan awam dan sebagainya. Ini merupakan satu perkara yang sangat penting yang turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat sahabat saya dari Batu. Saya ingin membuat beberapa pernyataan umum di sini untuk menegaskan bahawanya dasar perumahan yang khusus untuk DBKL telah saya minta untuk digubal semula supaya kita ada satu perancangan yang lebih rapi, lebih tersusun memandangkan perumahan satu aspek yang sangat penting. Kita sangat menyedari bahawasanya keperluan perumahan di Kuala Lumpur amat mendesak terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah. Oleh sebab itu, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyasarkan pembinaan asalnya sebanyak 80 ribu unit rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan. Itu diharapkan dapat disiapkan sebelum menjelang 2028. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Jun 2020 sebanyak 57,799 unit bagi 93 projek telah dikeluarkan Development Order atau Perintah Pembangunan bagi membina rumah kepada warga Wilayah Persekutuan. Di Kuala Lumpur sebanyak 54,111 unit, Wilayah Persekutuan Putrajaya 2,908 unit dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 780 unit. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15,431 unit rumah di 26 projek telah pun siap dibina dengan jumlah lebih kurang 24 peratus, sementara 27,332 unit rumah di 37 projek masih dalam pembinaan. Beberapa projek telah tergendala akibat keputusan yang diambil oleh pentadbiran terdahulu menamatkan beberapa projek secara premature dan sebagainya, maka jumlah peratusan yang belum disiapkan itu agak tinggi. Jadi sekarang kita sedang menyemak semula tepat seperti mana soalan Yang Berhormat Batu. Berapakah permohonan on the demand side dan berapakah unit yang mencukupi yang perlu kita sediakan. Akan tetapi soal perumahan bukan hanya terbatas kepada rumah-rumah yang hendak dibeli, tetapi ramai warga kota yang memerlukan rumah-rumah sewa pada harga yang berpatutan. Untuk itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diminta untuk menyediakan sebuah dasar menyediakan rumah-rumah yang disewa yang mencukupi. Apa yang disebut sebagai council homes dan ini adalah satu perancangan terbaharu untuk mengenal pasti kawasan dan tapak yang boleh dibina rumah-rumah yang mana boleh disewa pada harga ataupun kadar yang dimampui bagi tempoh-tempoh terhad misalnya sekadar untuk lima tahun sebelum mereka mendapat ataupun mencapai tahap keupayaan membeli rumah-rumah mampu milik yang disediakan.
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah.
Dicadangkan sebanyak lebih kurang 1,251 unit yang sedang dibina dan hampir siap tidak berapa lama lagi dan jumlah ini akan ditambah mengikut keperluan kajian yang dijalankan sekarang. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Balik kepada isu perumahan. Mohon baik hati Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan ataupun memberitahu angka yang sebenarnya berkaitan dengan permohonan rumah dan juga unit rumah yang tinggal. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat hendak tahu angka yang tepat. Saya berikan kepada Yang Berhormat di sini. Sehingga 30 Jun, ini terbaru ya. Sehingga 30 Jun 2020, jumlah permohonan yang berdaftar dan masih aktif di bawah sistem e-Perumahan DBKL sebanyak 35,141 permohonan. Daripada jumlah tersebut, yang telah diluluskan tetapi tawaran belum dibuat tetapi telah diluluskan oleh jawatankuasa ialah sebanyak 1,080 buah pemohon. Mereka ini sedang disemak taraf pendapatan mereka dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Itu jumlah permohonan sekarang. Jadi, kita perlu menyesuaikan perancangan kita dengan jumlah unit yang mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua dengan izin, saya ada beberapa tajuk yang sangat penting terutamanya dikemukakan oleh Yang Berhormat Segambut yang mempunyai kepentingan awam yang sangat tinggi perkara ini. Jadi, dengan izin saya hendak berpindah kepada beberapa soalan dikemukakan oleh Yang Berhormat Segambut.
[Bangun]
Dalam 10 minit boleh habis Yang Berhormat?
Dalam 15 minit sahaja.
Dan juga Seputeh.
Ya?
Seputeh, Seputeh.
Yang Berhormat Seputeh juga, insya-Allah.
Kepong, Kepong.
Yang Berhormat , saya harap...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya harap Yang Berhormat jangan lupa tajuk-tajuk utama yang Menteri disinonimkan, kehebatan Yang Berhormat iaitu gelandangan, dana khas lesen perniagaan yang dipermudahkan, pembangunan usahawan anak muda. Ini kena sebut sekali lagi, apa kedudukannya sekarang ataupun ada pertambahan ataupun perkara ini akan diteruskan dengan hebatnya. Terima kasih.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih Yang Berhormat. Saya cuma boleh sentuh sepintas lalu. Pertama, menjadi keazaman Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menjunjung dasar Kerajaan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, sebuah kerajaan yang no one is left behind. Oleh sebab itu, perkara-perkara seperti gelandangan walaupun kecil pada bilangannya, diberikan keutamaan untuk membuat penyelesaian-penyelesaian yang lebih komprehensif. Oleh sebab itu penyelesaian urus masalah gelandangan sedang berjalan di mana bukan hanya sekadar membekalkan makanan dan tempat tinggal kepada mereka, tetapi melatih mereka untuk keluar daripada alam kepada gelandangan dan memindah atau membawa mereka ke alam pekerjaan. Soal peniaga-peniaga usahawan muda adalah didapati sukar untuk mendapat tempat perniagaan kerana kawalan-kawalan yang ketat. Saya telah meminta supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi-agensi mengubah pendekatan untuk mengenal pasti tempat-tempat strategik. Kemudian menawarkan bukan sahaja menunggu mereka memohon, sebaliknya menawarkan tempat-tempat yang strategik dan berpotensi kepada anak-anak muda yang ingin berniaga dan mencari rezeki di bandar Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan harus menjadi Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur. Tempat di mana manusia boleh mencari rezeki yang halal. Kalau kita menyekat menyebabkan kemiskinan, mereka mungkin terdedah kepada gejala- gejala yang buruk. Kalau mereka bergelandangan atau homeless, mereka mungkin terjebak kepada pelbagai perkara. Jadi biarlah konsep Baldatun Thayyibah itu dapat kita laksanakan dengan kita mengubah cara. Kita mesti mendekati mereka, mempermudah prosedur, memotong segala red tape dan membantu kumpulan-kumpulan yang ingin menyertai dalam ekonomi di Wilayah Persekutuan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Segambut yang telah dengan gigihnya memperjuangkan beberapa isu dan telah membangkitkan beberapa perkara yang saya fikir saya bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan supaya sekurang-kurangnya kekeliruan yang berlaku dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya dapat diselesaikan. Pada masa yang sama, saya berharap penjelasan-penjelasan saya ini dapat diteliti dengan baik supaya kita dapat bekerjasama bagi menyelesaikan masalah-masalah khusus yang dihadapi oleh warga kota Wilayah Persekutuan.
Yang Berhormat, pertamanya ada membangkitkan tentang soal kawasan- kawasan termasuk di Segambut. Sebenarnya tidak terhad kepada Segambut termasuk juga di Batu dan sebagainya, yang terjebak dengan masalah flash flood ataupun banjir kilat. Kita sangat menyedari perkara ini. Di bandar raya telah adapun satu task force. Saya telah minta supaya task force ini diperkukuhkan dan disemak semula. Kita telah mengenal pasti lebih daripada 50 hotspots yang mudah berlaku banjir dan kita telah minta setiap satunya diteliti. Sebenarnya usaha-usaha yang berterusan telah dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur daripada segi kawalan perancangan dan termasuklah juga pada perkara-perkara yang bersifat tindakan- tindakan perundangan.
Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.
Yang Berhormat, saya dapat habiskan dahulu. Saya akan bagi peluang kepada Yang Berhormat bertanya supaya flow ini tidak terganggu. Jadi, dalam soal ini kita tahu masalah flash flood ini agak unik. Ia mempunyai sumber yang pelbagai. Antaranya yang disebutkan oleh Yang Berhormat Segambut, berpunca daripada pembangunan yang sedang berlaku, kawalan di tapak-tapak bina, masalah kapasiti kita punya sistem saliran yang sudah menjadi tidak lagi sesuai dengan perancangan sebelumnya dan banyak lagi perkara yang berkaitan dan ia juga sangat dinamik. Hari ini banjir, masa akan datang ia tidak lagi banjir, tempat tidak banjir akan berlaku banjir. Oleh sebab itu, tindakan yang berterusan hendaklah dijalankan. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, cadangan untuk melakukan stop work order misalnya dijalankan secara berterusan. Terbaru pada bulan lepas, misalnya pada 20 Julai Tetuan Kiana Development Sendirian Berhad yang menjalankan pembangunan di kawasan Yang Berhormat telah diberikan stop work order. Sebelum pada itu, ada dua atau tiga lagi pemaju dalam kawasan Segambut yang telah dikenakan stop work order dan order itu masih berkuat kuasa sehingga sekarang sekiranya mereka tidak memperbaiki keadaan-keadaan tertentu. Apa yang hendak saya sebutkan di sini ialah soal banjir kilat ini walaupun peruntukan sebenarnya sudah ada, pada masa ini sedang dibuat. Untuk makluman Yang Berhormat, masalah banjir di kawasan Penchala ada peruntukan lebih kurang RM28.5 juta untuk dilaksanakan dengan segera di beberapa buah tempat tetapi saya percaya itu tidak mencukupi. Maka kajian-kajian seterusnya perlu dilakukan. Di kawasan Segambut berhampiran dengan kawasan masjid di Segambut, itu juga merupakan satu hotspot yang rumit untuk diatasi kerana tadahan hujan yang luas semuanya turun ke situ. Kapasiti parit ataupun Sungai Toba sudah tidak dapat menampung run-off yang berlaku. Ini kita masih menghadapi beberapa masalah teknikal daripada segi untuk menyediakan retention pond yang mencukupi untuk menampung lebih daripada 200 ribu kubik meter air apabila berlaku hujan dalam kadar yang biasa. Jadi, apa yang saya hendak beri penegasan di sini, apa yang dibawa oleh Yang Berhormat juga adalah yang telah dibawa oleh persatuan-persatuan penduduk, yang telah dibawa oleh MPP, yang telah dibawa oleh UMNO, oleh PAS dan sebagainya, ertinya ia merupakan satu public outcry. Jadi, saya telah meminta supaya aspek ini diberikan perhatian yang serius, dikaji secara menyeluruh untuk ia diatasi. Perkara yang lebih penting, lebih besar yang hendak saya maklumkan di sini ialah Yang Berhormat ada mengemukakan beberapa soalan...
Yang Berhormat Menteri, berkaitan banjir. Tuan Yang di-Pertua, pohon mencelah berkaitan banjir.
Ya, sila.
Sepertimana Yang Berhormat Menteri kata berkaitan dengan kolam tadahan air. Di Parlimen Batu ada dua kolam tadahan air di mana Kolam Nanyang dengan Kolam Wahyu yang kini didapati pencemaran yang sangat teruk. Punca pencemaran kolam tadahan air hujan tersebut adalah dari Pasar Selayang di mana it is on, dengan izin, upper side dan tiada apa-apa sistem, dengan izin, filtration ataupun tiada sistem tapisan supaya sampah itu tidak masuk ke kolam. Kalau ikuti berita daripada FMT, memang dengan clear mereka ambil gambar tahap prestasi pencemaran di kolam tersebut.
Saya ingin juga bertanya berkaitan dengan task force. Macam mana Ahli Parlimen Kuala Lumpur ingin berkomunikasi ataupun memanggil task force untuk bermesyuarat dengan Ahli-ahli Parlimen ataupun task force itu hanya untuk sekelompok orang-orang politik seperti mana bantuan makanan JKM? Terima kasih.
Boleh saya juga sambung ini? Yang Berhormat Menteri, dahulu apabila Putrajaya jadi Menteri Wilayah Persekutuan, waktu itu dia setiap tiga bulan jemput semua Ahli Parlimen di Kuala Lumpur untuk ada perjumpaan dan perbincangan. Akan tetapi sekarang kami- Yang Berhormat Menteri sudah jadi Menteri lebih kurang setengah tahun.
Kami belum dipanggil lagi dan Yang Berhormat Menteri buat keputusan seperti haramkan, hentikan lesen penjualan minuman keras. Semua itu berlaku tanpa ada apa- apa rundingan dengan pihak industri dan juga pihak wakil rakyat. Jadi, saya hendak mintalah- Yang Berhormat, saya tahu sudah hanya ada enam minit lagi dan pergi layan Yang Berhormat Arau pula. Apa yang dia cakap itu tidak kena- mengena dengan apa yang kita bangkitkan di ucapan kami.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun terpaksa juga layan Yang Berhormat, walaupun soalan itu tidak berapa relevan. Saya belum masuk lagi soal arak, tidak arak ini. Baru duduk soal banjir baru. Yang Berhormat, saya akan berikan pada Yang Berhormat beberapa butiran yang lebih terperinci. Sebab, ada memang terlibat dengan beberapa buah tempat dalam kawasan Parlimen Batu dan sebahagiannya ada kaitannya dengan soal pembinaan MRT sekarang dan sebagainya. Saya fikir kita tidak perlu berbincang di sini atas perkara- perkara yang terlalu spesifik supaya kita boleh tumpukan masa kepada perkara yang lebih mendesak. Memang di Taman Kaya, Taman Batu Permai, Batu Tiga Jalan Ipoh dan sebagainya, ini kawasan hotspots banjir yang berpunca daripada pembinaan, khususnya di kawasan pembinaan MRT. Kita ada satu perkara...
Kolam tadahan itu, Yang Berhormat Menteri kalau boleh turun dengan saya, saya boleh belanja nasi kandar. Memang kolam itu sudah tercemar teruk, sampai sampah beralih ke Kuala Lumpur. Kalau Kuala Lumpur banjir, maksudnya memang punca daripada kolam tadahan air itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Tidak ada masalah. Kalau Yang Berhormat sanggup ikut saya, saya daripada Subuh sampai ke malam, saya ada di merata-rata tempat. Kalau Yang Berhormat hendak belanja nasi kandar, terima kasih banyak. Jazakallahukairan. Saya hendak menyentuh satu perkara yang sangat sensitif di sini. Saya hendak menjelaskan perkara ini kerana ia telah banyak juga dipolitikkan iaitu berhubung dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut berhubung dengan beberapa isu tanah di sekitar Segambut. Pertama sekali, Yang Berhormat ada mencadangkan tentang perkara secara spesifik Yang Berhormat menyebut tentang Lot 252998, di Lot nombor 81242 dan 81243 Mukim Batu yang Yang Berhormat cadangkan supaya tempat itu apa salahnya dijadikan kawasan jogging dan sebagainya. Saya telah menyemak title tanah-tanah berkenaan. Tanah-tanah berkenaan mempunyai syarat-syarat nyata yang jelas, ia tanah-tanah untuk perumahan dan juga tanah untuk pembangunan bercampur, bukan tanah kawasan lapang. Maka, sebagai negeri yang menghormati rule of law, tidaklah boleh kita sewenang-wenangnya menukarkan tanah demikian untuk menjadi kawasan-kawasan lapang. Walaupun saya sebenarnya sangat memahami Yang Berhormat inginkan penduduk di sekitar Mont Kiara dapat mempunyai kawasan-kawasan untuk beriadah, kita akan tengok mungkin ada cara-cara lain yang boleh kita lakukan bagi mencapai matlamat yang sama. Satu perkara...
Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri, mengenai dua tanah lot tersebut. Adakah pemberi milikan tanah telah berlaku dan kepada siapa tanah ini telah diberikan?
Terima kasih Yang Berhormat. Tanah itu tidak diberi ke sesiapa. Ia masih milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).
Maka, saya rasa boleh kerajaan pertimbangkan cadangan untuk menjadikan dua tanah lot itu padang ataupun taman rekreasi di Mont Kiara kerana populasi penduduk semasa town planning berlaku untuk kawasan situ memang tidak ada sebuah padang pun. Saya pun tidak tahu macam mana Menteri dulu, dulu, dulu boleh luluskan pembangunan kawasan yang begitu padat, tidak ada tempat rekreasi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana yang saya telah maklumkan, sesuatu pembangunan harus ikut peraturan, undang-undang dan juga pelan-pelan struktur yang sedia ada. Di bawah Pelan Struktur 2020 dan juga Pelan Struktur 2040 yang bakal digazetkan, kedua-dua tanah ini tidak termasuk dalam golongan ataupun dalam kategori tanah kawasan lapang. Itu satu fakta yang pasti. Jadi, Yang Berhormat, yang kedua, suka saya menjelaskan...
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sekali lagi mengenai local plan untuk dua buah tapak ini.
Sebentar.
Sebenarnya ia highway reserve. Jadi, kalau ikut local plan, ia highway reserve. Tidak sepatutnya jadi kawasan perumahan juga.
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya jelaskan tadi, tanah ini tanah rizab kerajaan milik PTP dengan syarat nyata yang tertentu. Itu fakta yang ada pada masa ini. Kedua, instrumen perancangan iaitu pelan struktur dan juga local plan setakat yang ada, termasuk yang belum digazet, ia juga bukan kawasan lapang. Ia mungkin asalnya merupakan jalan akses rizab yang disediakan untuk highway. Ia lebih merupakan tanah reja ataupun tanah yang berbaki daripada rizab tersebut. Walau bagaimanapun, kita boleh meneliti perkara ini berasaskan pada syor yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Lagipun soal riadah di bandar-bandar besar bukan lagi hanya riadah di kawasan lapang dan terbuka kerana banyak pemaju menyediakan kawasan riadah dalam kawasan masing-masing menggunakan kaedah- kaedah moden, indoor facilities dan juga elevated facilities, untuk makluman. Yang Berhormat juga ada menyebut tentang Taman Tugu yang mana Yang Berhormat, minta supaya ia dipastikan dipindahkan kepada Amanah Warisan Negara (AWAN). Untuk makluman ya, tanah ini seluas 66 ekar, saya telah menyemak status tanah ini, Yang Berhormat. Tanah ini kategorinya kategori bangunan. Setakat ini keputusan kerajaan ialah untuk menyerahkan tanah ini untuk diuruskan oleh badan amanah yang disebut sebagai Amanah Warisan Negara sebagai sebuah taman rekreasi yang digunakan oleh orang awam. Kita telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan syarat nyata tadi iaitu tanah pada kategori bangunan diubah selari dengan apa yang telah diputuskan oleh kerajaan iaitu ia harus menjadi taman awam. Bukan itu sahaja, kita akan mengambil tindakan untuk mewartakan agar tanah ini selama-lamanya kekal hanya sebagai taman awam yang dinamakan Taman Tugu. Jadi, itu saya boleh beri jaminan kepada Yang Berhormat, itu akan dilakukan. Yang Berhormat juga membangkitkan tentang Taman Persekutuan Bukit Kiara yang meliputi beberapa lot, khususnya 54265 dan lot 480 dan sebagainya. Saya akan beri butir-butir secara terperinci pada Yang Berhormat kerana banyak menimbulkan kekeliruan. Tanah yang dimaksudkan dengan Taman Persekutuan itu ada beberapa lot dan lot-lot yang kecil. Untuk makluman Yang Berhormat, tanah yang lot yang besar itu sudah pun digazetkan beberapa bulan yang lalu sebagai Taman Persekutuan yang kekal. Ada dua lot kecil di situ yang tidak digazetkan kerana tanah itu telah dipajakkan sebelum daripada ini kepada syarikat MEASAT. Oleh sebab pajakan itu masih ada lagi beberapa tahun, maka ia tidak boleh digazetkan tetapi kita akan harap dapat digazetkan setelah tempoh pajakan itu tamat. Jadi, keseluruhan kawasan yang telah pun digazetkan itu melebihi 200 ekar tetapi belum termasuk tanah-tanah yang saya maksudkan tadi. Ya, Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Saya rasa masa sudah cukup.
Boleh saya- masa pun sudah habis. Saya hendak habiskan point ini saja. Yang lain saya akan bagi secara bertulis.
Terima kasih, terima kasih.
Malangnya masa tidak begitu cukup. We have to be fair to other Ministers yang akan menggulung. Perkara yang paling penting ialah soal apa yang diistilahkan sebagai Taman Rimba Kiara yang telah menjadi pertikaian sehingga dibawa ke mahkamah. Saya ingin menyebutkan pada Yang Berhormat, sewaktu Yang Berhormat membuat press conference yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Lembah Pantai dan saya mengalu- alukannya, walaupun dalam press conference Yang Berhormat macam mencabar saya untuk hadir dan kalau tidak berani hadir, Yang Berhormat hendak bawa orang datang ke Parlimen. Saya okey. Yang Berhormat pun tahu, Yang Berhormat pun kenal. Itu tidak jadi masalah kalau hal orang ramai. Pada petang yang sama, saya pergi ke tempat Yang Berhormat cabar untuk saya pergi dan saya telah pergi dan saya dapat mengesahkan kenyataan Yang Berhormat itu tidak begitu tepat iaitu pembinaan hendak dilakukan, holding hendak dipasang dan sebagainya. Kekeliruan ini haruslah ditamatkan iaitu di situ terdapat dua lot tanah. Satu lot telah diberi milik dan satu lot diputuskan oleh Jemaah Menteri sebagai kawasan taman awam. Setakat ini, kementerian berpegang kepada apa yang telah diputuskan oleh Menteri yang terdahulu iaitu rakan Yang Berhormat daripada Parti Amanah yang telah memutuskan melalui satu mesyuarat agar pembangunan itu diteruskan, density diturunkan, tanah di atas lot yang dipanggil sebagai taman awam ataupun taman rimba tidak diusik dan sebagainya. Kita tidak mengubah apa-apa. Kita kekal dengan apa yang diputuskan oleh Yang Berhormat Shah Alam pada ketika itu.
Cuma arahan saya sekarang ini tidak boleh dilakukan apa-apa kerja pembangunan sehingga kes di mahkamah selesai sebagai menghormati proses mahkamah, di mana mereka yang mendakwa kerajaan dan Dewan Bandaraya telah kalah di peringkat Mahkamah Tinggi. Walaupun Mahkamah Tinggi tidak memberikan stay atas keputusan itu, kita masih memilih untuk menunggu keputusan mahkamah. Jadi, tidak akan ada sebarang kerja pembinaan walaupun atas tanah persendirian. Namun begitu Yang Berhormat, Yang Berhormat berpeluang untuk membangunkan, memajukan, menaikkan taraf taman awam, yang itu juga tidak dilakukan. Maka, arahan saya pada Bandaraya ialah jangan membuang masa, taman itu kalau boleh di upgrade-kan, upgrade-kan demi kepentingan awam. Langkah-langkah penambahbaikan dan sebagainya atas tapak yang tidak ada kontroversi, hendaklah dinaikkan taraf agar penduduk di kawasan Taman Tun dapat menggunakan sepenuhnya. Itu dilakukan dengan satu peruntukan yang tertentu. Saya juga hendak menyebut kepada Yang Berhormat berdua kerana ada beberapa sebutan Yang Berhormat telah menjadi sebutan awam, telah viral, yang tidak manis. Yang Berhormat secara tidak langsung membuat sindiran bahawasanya saya ini orang luar hendak campur tangan hal orang Kuala Lumpur. Disebutkan juga saya ini sebagai orang Ketereh, hendak campur tangan soal Kuala Lumpur. Saya rasa itu tidak manis, sebagai kita Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, kita tahu Yang Berhormat Langkawi jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia bukan orang Kuala Lumpur ya. Yang Berhormat sendiri Yang Berhormat bukan orang Kuala Lumpur, Yang Berhormat dilahirkan dan Yang Berhormat masih bermastautin di Selangor, menjadi wakil rakyat di Selangor. Sekarang baharu...
Saya dilahirkan di Kuala Lumpur Yang Berhormat.
Ya?
Saya dilahirkan di Hospital Sentosa Kuala Lumpur.
Hospitalnya sahaja tetapi Yang Berhormat duduk di Selangor. Lahir mungkin di Hospital di Kuala Lumpur.
Saya membesar dekat dengan rumah Yang Berhormat Menteri.
Saya tahu Yang Berhormat punya alamat di Jalan Setia Bakti, di Kuala Lumpur, juga saya tahu.
Ya, betul tetapi Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat kahwin dengan orang di situ.
Ya.
Akan tetapi Yang Berhormat lahir di hospital lain, bukan di situ. Saya sudah study.
Ya, membesar di Bukit Damansara.
Terima kasih. Jadi Tuan Yang di-Pertua, yang saya sebutkan di sini, kita sebagai Ahli Parlimen, kita tidak boleh mengungkit Menteri itu datang dari mana ya. Oleh sebab kalau ditanyakan kerajaan terdahulu daripada manakah datangnya Yang Berhormat Shah Alam yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan? Yang Berhormat Shah Alam dilahirkan di Kota Baharu, sebahagian keluarganya di Johor. Kenapakah Pakatan Harapan lantik dia sebagai Menteri Wilayah? Untuk makluman Yang Berhormat ini soalan saya. Untuk makluman Yang Berhormat, sewaktu Yang Berhormat dilahirkan tahun 1979, empat tahun sebelum Yang Berhormat dilahirkan, saya sudah menjadi pemastautin di Kuala Lumpur. Yang Berhormat lahir tahun 1981. Pada tahun 1981, saya sudah memiliki rumah pertama saya. Saya sudah menjadi Pegawai Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan telah memiliki, menduduki dan mendiami di Kuala Lumpur. Yang Berhormat baru lahir tahun 1979... [Tepuk] Tahun 1981 itu Yang Berhormat Lembah Pantai dilahirkan. Tahun 1981, Yang Berhormat berumur empat tahun, lima tahun, saya sudah menjadi pemastautin dalam Parlimen Segambut. Ahli Parlimen Segambut bukan tinggal di Segambut. Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan tinggal di Parlimen Segambut. Besan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan tinggal di Segambut.
Saya di mana pula?...
[Dewan ketawa]
[Ketawa] Dua anak saya tinggal di Parlimen Segambut. Rumah saya sendiri dalam Parlimen Segambut. Selama mana? Sudah hampir 30 tahun. Jadi perkara itu personal sedikit Yang Berhormat. Minta maaf dengan Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya hendak sebutkan, kita semua –bukankah kita semua faham, janganlah kita hasut orang yang ada di hadapan kita, membangkitkan sentimen orang Kuala Lumpur, tidak orang Kuala Lumpur. Itu tidak berapa manis.
Cuma...
Tuan Yang di- Pertua oleh sebab masa sudah banyak habis dan saya tidak mahu...
Cuma saya tidak setuju.
Memberikan jawapan-jawapan yang...
Saya tidak setuju doxing ya, doxing apa yang diusahakan yang dilakukan- menyatakan rumah keluarga saya. No this is, tahu..
Maaf, Yang Berhormat Ketereh tidak bagi laluan. Maaf.
Cuma tidak berapa manislah.
Sila.
Boleh betulkan.
Rumah keluarga saya di mana ya...
Okey, terima kasih ya?
Silakan.
Tuan Yang di- Pertua saya tahu saya telah mencuri masa lebih daripada waktunya. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang agak lama, saya tiada masalah. Yang Berhormat Batu minta hendak jumpa ataupun saya terima kasih kerana Yang Berhormat Segambut turun bersama- sama dengan saya di Taman Rimba. Kita boleh turun lagi berkali-kali, tiada masalah ataupun... [Disampuk] ...Sebagainya.
Yang Berhormat Menteri, saya minta jawapan bertulis ya. Jawapan bertulis.
Soalan banyak sebenarnya, ada lima enam tajuk utama yang telah dibangkitkan, termasuk Yang Berhormat Kepong. Minta maaf ya.
Ya, terima kasih.
Masa tidak sempat, saya akan sampaikan semua secara bertulis.
Terima kasih banyak-banyak.
Untuk rumusannya, sememangnya saya bercadang untuk duduk bersama-sama dengan Ahli-ahli Parlimen semua parti politik dalam Wilayah Persekutuan. Cuma, berikan saya sedikit masa kerana maklumlah sebagai orang Ketereh, ada perkara yang perlu saya pelajari terlebih dahulu. Kemudian ada COVID-19 nya dan ada masalah-masalah yang lain. Berikan saya sedikit masa. Bila saya ready, saya akan jemput Yang Berhormat bersama dengan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan untuk duduk bersama-sama saya untuk membincangkan soal-soal yang berkaitan dengan Wilayah Persekutuan. Sekali lagi terima kasih pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh hal ehwal yang berkaitan dengan portfolio Kementerian Wilayah Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumusalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Kita teruskan dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seramai 13 Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Bukit Mertajam, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kota Belut, Yang Berhormat Kota Samarahan,Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Tenom yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Titah Diraja yang telah memberikan pandangan, pertanyaan dan cadangan berkaitan dengan perkara-perkara yang berada di bawah kawal seliaan Kementerian Belia dan Sukan. Secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, hanya ada tujuh isu utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan insya-Allah saya akan cuba untuk memperincikan setiap perkara yang telah dibangkitkan. Daripada tujuh isu utama tersebut, tiga isu yang melingkari bidang sukan. Manakala empat isu lain berkaitan dengan belia.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bangi telah bertanyakan berkaitan dengan persiapan atlet-atlet kita yang terlibat dalam program Road To Tokyo yang masih belum mencapai tahap kelayakan untuk menyertai Sukan Olimpik. Dengan rujukan juga kepada salah seorang daripada atlet kebangsaan kita iaitu Jakie Wong, atlet baling tukul besi yang merupakan juga anak kepada Yang Berhormat Sarikei. Ia juga tentang bantuan dan juga apa usaha yang dilakukan bagi membolehkan beliau untuk melayakkan ke Sukan Olimpik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan kejohanan-kejohanan kelayakan ditangguh atau dibatalkan sejak awal tahun ini lagi. Sehingga kini kebanyakan badan-badan sukan antarabangsa masih tidak dapat menetapkan tarikh kejohanan masing-masing yang akan dijadikan kejohanan kelayakan ke Tokyo 2020, nanti. Namun begitu, kita menjangkakan banyak kejohanan kelayakan akan bermula akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan. Persiapan kontinjen negara ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo telah pun bermula menerusi program Road To Tokyo, setelah tamatnya Temasya Olimpik dan Paralimpik 2016. Program RTT yang kini melalui fasa akhir persediaan atlet telah mengenal pasti sejumlah 35 orang atlet Olimpik dan seramai 27 orang atlet paralimpik untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo nanti. Sehingga kini seramai 12 orang atlet Sukan Olimpik dan seramai 14 orang atlet Sukan Paralimpik telah pun berjaya melayakkan diri. Antaranya adalah bekas pemenang pingat di Rio 2016 iaitu Pandalela Rinong- akuatik terjun; Mohd Azizulhasni Awang- acara berbasikal; dan trio emas paralimpik negara iaitu Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; dan juga Abdul Latif Romly- acara olahraga. Turut layak ialah juara dunia memanah, S. Suresh dan naib juara memanah 2019, Khairul Anuar Mohamad. Manakala seramai 23 orang atlet Olimpik dan seramai 13 orang atlet Paralimpik masih berusaha untuk melayakkan diri ke temasya berprestij ini. Di antara atlet yang mempunyai peluang cerah untuk melayakkan diri adalah seperti pemenang perak, badminton beregu campuran Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon dengan Goh Liu Ying dan juga Cheong Jun Hoong yang merupakan pemenang pingat perak Rio 2016 dalam acara 10 meter platform seirama wanita dan juga juara terjun 10 meter individu 2017.
Kementerian juga telah merancang beberapa program khusus untuk memastikan beberapa orang atlet lagi dapat menempah tiket kelayakan bagi membuka peluang penyertaan pertandingan yang lebih banyak bagi memperkukuhkan ranking seperti Gavin Kyle Green sukan golf yang menduduki ranking 50. Serta juga mengembalikan prestasi penerjun negara seperti Cheong Jun Hoong dan meningkatkan prestasi Ooi Tze Liang untuk kembali kepada prestasi sebenar beliau.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, penangguhan temasya Olimpik dari tahun 2020 ke tahun 2021 telah memberi ruang kepada MSN, MOM dan MPM untuk merancang semula program latihan atlet bagi memastikan pencapaian yang cemerlang nanti.
Minta pencelahan.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memperakui beberapa orang atlet negara yang mempunyai potensi dalam Sukan Olimpik kelak. Dua nama yang saya hendak bangkitkan di sini iaitu beregu campuran badminton Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying. Sebelum ini mereka tidak diterima untuk berlatih di ABM kerana sudah keluar daripada BAM tetapi saya baca dalam berita bahawa mereka sekarang dapat kembali. Jadi, saya ucapkan syabas. Saya berharap Yang Berhormat Menteri akan memberikan komitmen agar atlet-atlet seperti ini akan terus diberikan kemudahan, fasiliti dan sumber yang terbaik supaya mereka boleh betul-betul berjuang, berlatih demi negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Memang benar, kedua-dua acara beregu campuran telah pun memulakan latihan secara bersama di bawah naungan BAM.
Saya hendak teruskan tadi bahawa pihak kementerian melalui MSN dengan kerjasama Institut Sukan Negara dan Persatuan Sukan Kebangsaan telah mengadakan Bengkel Perancangan Program Latihan 2020-2022 bertujuan untuk merancang dan menyusun semula kitaran program latihan setiap atlet yang terlibat daripada aspek kecergasan fizikal, ketahanan mental, keperluan nutrisi dan juga pengurusan kecederaan. Khususnya bagi atlet-atlet yang tersebut untuk mencapai kemuncak prestasi ataupun peak performance di Tokyo nanti. Program Periodisasi Latihan terbahagi kepada kitaran mikro dan kitaran meso. Mikro bermula dengan general preparation period, specific preparation period dan competition period bagi membolehkan atlet mencapai peak performance ke waktu yang diperlukan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan sememangnya bersedia untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa yang boleh menyumbang mata kelayakan jika situasi mengizinkan bagi membuka peluang kepada atlet-atlet negara. Namun, ia bergantung sepenuhnya kepada kebenaran daripada pihak MKN dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana pada waktu ini keselamatan rakyat Malaysia terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19 ini tetap menjadi komitmen kita. Bagi penganjuran kejohanan tempatan pula, kementerian telah pun mendapatkan kelulusan daripada MKN untuk penganjuran kejohanan tempatan tanpa kehadiran penonton untuk sukan bersentuhan fizikal mulai 15 Julai yang lalu dan kejohanan sukan-sukan yang lain bermula 15 Ogos ini bagi membantu atlet-atlet untuk meningkatkan prestasi semasa mereka. Namun begitu, kejohanan tempatan ini tidak akan dikategorikan dalam kejohanan kelayakan untuk Sukan Olimpik. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bangi berkaitan dengan pencapaian Jackie Wong. Saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini Jackie Wong adalah salah seorang daripada atlet tukul besi yang saya sifatkan mempunyai semangat dan ketabahan yang cukup tinggi. Ini kerana beliau adalah satu-satunya atlet yang berdepan dengan jangkitan penularan COVID-19 bersama dengan keluarga beliau. Namun begitu, atas semangat beliau, beliau telah berjaya mengharungi dan alhamdulillah hari ini beliau telah disahkan sebagai negatif. Namun, saya hendak maklumkan di sini bahawa pada waktu ini ranking Jackie Wong adalah yang ke-100 dengan jumlah 1,047. Prestasi terbaik beliau 68.22 meter. Masih agak jauh daripada jarak kelayakan pemula ataupun the entry qualification mark iaitu 77.5 meter. Untuk makluman juga seramai 94 orang atlet di seluruh dunia yang telah pun melakukan lontaran melepasi 68 meter. Ini membayangkan bahawa keupayaan dan kemungkinan untuk Jackie Wong mendapatkan kelayakan untuk menyertai Sukan Olimpik di Tokyo ini agak tipis. Namun Jackie Wong mempunyai peluang untuk terus bergiat dan juga untuk menyertai, pertamanya Sukan Komanwel dan juga Sukan Asia pada tahun 2022 dan juga berkemungkinan untuk mendapatkan kelayakan ke Sukan Olimpik di 2024 memandangkan usia Jackie Wong hanyalah 28 tahun. Melihat kepada usia matang seseorang ahli sukan terutamanya dalam acara baling tukul besi ini yang berada di ranking satu, ranking dua dan ranking tiga, kebanyakan mereka berada pada usia 32 tahun. Ini bererti Jackie Wong masih lagi mempunyai keupayaan dan juga peluang untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik pada tahun 2024 di Paris nanti. Seterusnya, saya hendak beralih ke perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan kemudahan sukan. Soalan ini agak spesifik. Yang Berhormat Labuan ada membangkitkan berkaitan dengan Kompleks Sukan Labuan yang telah lama dibangkitkan berulang kali. Saya hendak maklumkan bahawa memang secara peribadi saya meneliti dan melihat bahawa kompleks itu memerlukan proses naik taraf. Suka saya maklumkan di sini bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas memang telah pun diperuntukkan RM20 juta untuk kos projek ini. Saya suka memaklumkan di sini bahawa projek naik taraf Kompleks Sukan Labuan akan bermula pada November tahun ini dan dijangka siap pada November tahun 2022. Yang Berhormat Kota Samarahan membangkitkan berkaitan dengan kelengkapan dengan fasiliti arena eSports. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan telah mempunyai sebuah fasiliti sukan elektronik iaitu SESA Mini Esports Hub yang terletak di Virtual Park, Kota Samarahan. Arena eSports ini merupakan inisiatif Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) bersama pihak swasta.
Fasiliti SESA Mini Esports Hub yang berkeluasan 7,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan 60 buah gaming computer, enam buah bilik streaming, dua sudut gaming console, satu ruang bilik perbincangan dan satu ruang pengurusan acara terbuka. Selain daripada itu, selain daripada pembangunan fasiliti, KBS juga giat melaksanakan aktiviti dan program seperti MyEsports PUBG pada 18 Julai hingga 26 Julai 2020 dan MyEsports PES20 peringkat negeri Sarawak pada 1 Ogos hingga 9 Ogos 2020 dengan menggunakan kelengkapan studio produksi di SESA Mini Esports Hub. Yang Berhormat Padang Serai membangkitkan berkaitan dengan permohonan untuk dinaiktarafkan kemudahan stadium di Padang Serai. Terima kasih atas jemputan Yang Berhormat. Untuk makluman, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kemudahan sukan di seluruh negara berada pada tahap terbaik. Pada masa ini, pelbagai kemudahan sukan sedang dan akan dinaikkan taraf berdasarkan kepada keperluan dan permohonan yang diterima. Berhubung dengan naik taraf Stadium Mini Keladi Kulim ini ataupun dalam kawasan Parlimen Padang Serai, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah pun bersetuju agar permohonan ini daripada pihak Majlis Perbandaran Kulim Kedah dimasukkan dalam pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas nanti.
Yang Berhormat Tenom juga membangkitkan berkaitan dengan Kompleks Sukan Daerah Tenom. Di mana pada waktu ini berada di peringkat penilaian dan akan dimuktamadkan. Suka saya maklumkan bahawa projek ini telah diperuntukkan sejumlah RM8 juta dan akan ditender pada bulan September dan projek dijangka bermula pada Januari 2021 dan dijangka siap pada Julai 2022.
Mohon mencelah Yang Berhormat. Tenom, belakang sini [Ketawa]
Ya silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana but the fact that kementerian Yang Berhormat meneruskan projek ini saya rasa bagi pihak wakil Tenom, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana kita tahu isu ini memang isu dari dahulu hingga sekarang. Namun saya dimaklumkan bahawa kos sebenarnya untuk projek ini tidak mencukupi kerana ia melibatkan kos timbun tapak astaka itu nanti. Jadi, mohon pertimbangan daripada kementerian, daripada Yang Berhormat untuk melihat isu ini nanti.
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Yang Berhormat Tenom, sebenarnya sebagaimana juga Labuan, memang ada permohonan untuk mendapatkan peruntukan lebih. Namun, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum kita sedang berada di penghujung RMKe-11. Makna apa yang berbaki di bawah kendalian saya di Kementerian Belia dan Sukan saya cuba usahakan ia dilakukan di bawah RMKe-11 pada tahun ini. Untuk tambahan ataupun sebarang bentuk expansionary program dalam program pembangunan itu boleh dilakukan dalam permohonan untuk di bawah RMKe-12 nanti. Seterusnya bantuan kepada penggiat industri sukan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih atas pandangan dan cadangan Yang Berhormat Bukit Mertajam yang prihatin terhadap penggiat sukan yang terkesan akibat COVID-19. Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau bahawa sektor sukan sangat terkesan daripada pelaksanaan PKP. Untuk makluman Yang Berhormat, fasa 3 pembukaan sektor sukan bermula 15 Julai membenarkan semua aktiviti sukan dan juga kejohanan sukan dalam keadaan terkawal tanpa penonton dimulakan. Pembukaan sektor sukan secara berperingkat ini juga telah membolehkan operator-operator fasiliti sukan, penganjur-penganjur acara sukan dan mereka yang terlibat dalam industri sukan memulakan dan menggiatkan semula perniagaan mereka. Bagi berhadapan suasana semasa ini, di peringkat badan- badan sukan dan rekreasi, KBS telah menyediakan dana sejumlah RM10 juta yang dikenali sebagai Inisiatif Prihatin Sukan 2020 sejak 17 Jun 2020 bagi memberi suntikan kepada badan-badan sukan untuk kembali aktif selepas hampir tiga bulan terjejas akibat COVID-19.
Antara kategori bantuan yang dimaksudkan ialah bantuan pentadbiran, bantuan pelaksanaan program dan bantuan untuk persatuan-persatuan melakukan usaha pendigitalan. Inisiatif ini boleh diakses bukan sahaja oleh Persatuan Sukan Kebangsaan malahan dibuka kepada hampir semua badan sukan dan rekreasi di seluruh Malaysia yang layak dan berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan. Selain daripada itu saya juga ingin menyatakan di Dewan yang mulia ini, bagi membantu mereka yang berada dalam sektor industri sukan KBS pada 27 Mei 2020 telah membentangkan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan pasukan beliau daripada Kementerian Kewangan satu Kertas Cadangan khas untuk inisiatif merangsang pembangunan industri sukan secara lebih menyeluruh. Antara perkara yang disentuh untuk mendapat cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan antaranya untuk Belanjawan 2021 ini ialah Skim Kemudahan Pinjaman Kewangan yang lebih fleksibel, low interest kepada pengusaha industri sukan seperti akademik, jurulatih sukan, perniagaan barangan sukan, perkhidmatan sukan, operator fasiliti, syarikat pengurus acara sukan dan pemberi perkhidmatan teknikal sukan dan juga sokongan. Selain daripada itu juga, KBS mencadangkan kepada Kementerian Kewangan agar dipertimbangkan pengecualian cukai pendapatan untuk pengusaha dan syarikat perniagaan dalam industri sukan bagi tahun 2020. Hal ini kerana industri sukan terjejas akibat daripada penularan COVID-19 ini dan memerlukan tempoh yang agak lama sebelum mendapat melalui proses pemulihan. Selain daripada itu juga, KBS mencadangkan pelepasan cukai individu untuk perbelanjaan isi rumah ke atas pembelian barangan sukan, belanja aktiviti sukan dan perkhidmatan latihan sukan. Pada waktu ini yang ada hanyalah pelepasan cukai yang dinamakan sebagai Cukai Gaya Hidup, Yang Berhormat Lifestyle Tax yang mana ia adalah sekitar RM2,500 yang merangkumi banyak perkara. Bukan hanya soal peralatan sukan tetapi merangkumi aset-aset pendidikan seperti laptop, buku-buku yang dirangkumkan sekali di bawah Cukai Gaya Hidup. Keempat, KBS juga mencadangkan pewujudan dana khas untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mempelopori lebih lagi inisiatif dalam bidang teknologi dan inovasi sukan, dan juga perubatan dan sains sukan. Selain daripada itu juga, KBS juga memohon untuk meneruskan inisiatif yang dibuat oleh kepimpinan yang lalu oleh Yang Berhormat Muar dengan BM di bawah duit eksais minuman bergula ataupun sugar tax untuk program-program sukan seperti pembangunan sukan bola sepak negara FNDP. Terakhir adalah untuk melihat sebuah dasar cukai yang disebut sebagai tax hypothecation yang pernah saya sebutkan dalam jawapan ketika soalan bertulis sebelum ini. Ini adalah antara inti pati yang diusahakan bersama Kementerian Kewangan yang pastinya KBS sentiasa giat usaha untuk memastikan kerajaan mengiktiraf industri sukan bukan sahaja sebagai penyumbang tetapi sebagai new pillar kepada ekonomi negara. Untuk itu KBS akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk membentuk rangka inisiatif pembangunan industri sukan yang lebih menyeluruh dalam Belanjawan 2021, nanti.
Terima kasih dan juga syabas kepada pihak Yang Berhormat Menteri dan juga warga KBS atas inisiatif terutamanya yang telah disenaraikan tadi bersama dengan Kementerian Kewangan. Saya tertarik dengan semua inisiatif ini terutamanya Skim Kemudahan Pinjaman Fleksibel. Akan tetapi apa yang saya hendak mohon dengan pihak kementerian ialah semua ini nampaknya akan berjalan tahun depan jika ia diluluskan dalam Belanjawan 2021. Jadi, akan ambil masa lagi, I think sekurang-kurangnya setengah tahun kalau bukan lebih panjang tetapi masalahnya ialah industri sukan sekarang berada dalam keadaan yang amat mendesak. Yes, walaupun sektor sukan telah dibuka semula tetapi oleh sebab kekangan- kekangan norma baharu maka business as usual masih belum dapat dipulihkan. Jadi saya mohon sebab Pakej Rangsangan Ekonomi pun hampir mencecah RM300 bilion, saya mohon agar pihak Yang Berhormat Menteri boleh minta sedikit daripada wang itu untuk dijadikan dana untuk sekarang bukan untuk tahun hadapan. Terima kasih.
Sebenarnya memang antara bila kita hantar cadangan kepada Kementerian Kewangan cadangan untuk dipertimbangkan bukan hanya untuk Belanjawan 2021 tetapi untuk pelan pemulihan seandainya kalau ada pakej yang akan datang yang akan diumumkan ataupun yang akan dipertimbangkan oleh pihak Kementerian Kewangan. Saya benar-benar merasai bahawa mereka yang terkesan dalam industri sukan terutamanya mereka yang tidak mendapat sebarang penjanaan daripada pendapatan amat terkesan dan sebab itulah saya secara peribadi telah mohon daripada Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan sebelum ia dimasukkan dalam Belanjawan 2021. Cuma pada peringkat awal ketika pengumuman PENJANA waktu itu sektor sukan belum lagi dibuka. Maka saya dimaklumkan bahawa oleh sebab Kementerian Kewangan tidak ataupun pihak kerajaan tidak mahu menghantar ruang signal, then mereka hendak biarkan dahulu sektor sukan dibuka dan kemudian mereka akan memikirkan untuk to come with some pelan pemulihan yang merangkumi sektor industri sukan. Seterusnya saya hendak pindah ke isu-isu yang berkaitan dengan belia. Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyambut baik akan keprihatinan di kalangan Ahli-ahli Parlimen yang telah membangkitkan berkaitan dengan isu ekonomi dan pengangguran belia akibat penularan COVID-19.
Untuk makluman Yang Berhormat, mengikut unjuran Jabatan Perangkaan, pada bulan Mei 2020, sebagaimana yang telah disebut berulang kali dalam Dewan ini, kadar pengangguran dijangka akan meningkat kepada 5.5 peratus ataupun lebih 860 ribu orang penganggur untuk keseluruhan tahun 2020. Tambahan lagi, ekonomi Malaysia dijangka menguncup pada suku ke-dua tahun ini dan usaha pembendungan penularan wabak COVID-19 yang masih dijalankan. Isu ekonomi dan pengangguran belia yang sedang kita hadapi memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan lebih penting, kerjasama di antara kita dan bukan sahaja di sebuah kementerian. Kerajaan telah mengambil langkah pantas memperkenalkan pakej-pakej rangsangan ekonomi termasuk Pakej PRIHATIN dan Pakej PRIHATIN PKS Tambahan yang berjumlah RM260 bilion seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dewan ini wajar juga mengakui bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menangani isu ini dengan bersungguh dan menyeluruh. Apa sahaja yang diusahakan baik melalui Pakej PRIHATIN, Pakej PRIHATIN PKS Tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kesemuanya menjurus kepada ikhtiar membendung kesan negatif suasana ekonomi yang terjejas akibat penularan COVID-19. Inisiatif Bantuan Prihatin Nasional (BPN) misalnya, telah mengambil langkah lebih jauh berani daripada apa yang ditawarkan melalui Bantuan Sara Hidup iaitu dengan memperluaskan lantai penerima BPN yang meliputi kelompok belia berumur 21 tahun ke atas. Ini sekali gus telah membantu hampir empat juta orang penerima di kalangan warga belia yang tidak hanya tertumpu kepada golongan B40, malah juga menyentuh sama keperluan belia yang berada di kalangan M40. Bantuan pelajar sebanyak RM200 secara one-off pula mencapai lebih 1.3 juta orang penerima yang kesemuanya merupakan golongan belia. Kerajaan membelanjakan sejumlah RM270 juta untuk tujuan ini. Sekadar menyebut beberapa contoh tambahan seperti Subsidi Upah dan Program Pengekalan Pekerja, kerajaan telah membelanjakan hampir RM7.6 bilion yang berjaya menyelamatkan hampir 2.75 juta pekerjaan yang majoritinya adalah di kalangan belia. Dana pinjaman mudah PKS sejumlah RM9.3 bilion diterima hampir 20,800 PKS. Demikian juga RM1.64 bilion yang dibelanjakan untuk Geran Khas Prihatin yang memanfaatkan hampir 540,000 PKS mikro yang turut memanfaatkan pengusaha di kalangan warga belia. Program Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan kendalian Kementerian Sumber Manusia yang juga sebahagian daripada inisiatif Penjana Kerjaya, setakat 24 Julai 2020, seramai 5,930 orang pekerja telah mendapat pekerjaan. Lebih daripada 3,500 daripada jumlah itu adalah daripada kalangan kelompok belia. Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan usaha menjaga kepentingan belia lebih menyeluruh dan bersepadu, KBS telah menggerakkan inisiatif kolaborasi rentas kementerian secara agresif. KBS komited untuk menjadi fasilitator dan pemudah cara kepada pelbagai inisiatif yang memenuhi harapan dan aspirasi belia dan generasi muda di seluruh peringkat yang merentasi kementerian-kementerian yang lain.
Ini kerana, untuk makluman Yang Berhormat, program dan hal kepentingan yang berkaitan dengan belia mencakupi hampir 17 buah kementerian. Inisiatif kolaborasi rentas kementerian ini menjalinkan sinergi dan koordinasi berkaitan belia yang boleh dilaksanakan secara bersama berdasarkan fungsi dan keupayaan setiap pelaksana.
Yang Berhormat Menteri? Terima kasih. Saya setuju bahawa usaha rentas kementerian ini teramat penting untuk membantu golongan anak muda. Ada dua persoalan atau dua penjelasan yang saya ingin bangkitkan. Pertama sekali ialah usaha untuk mengeluarkan anak muda, dengan izin, daripada poverty trap. Iaitu banyak bantuan yang telah dikeluarkan memang begitu baik tetapi tidak dapat membantu anak muda yang sekarang ini sudah berbulan-bulan tidak bekerja. Pada belanjawan yang lepas, kerajaan telah pun meluluskan dana khas berjumlah RM6.5 bilion iaitu melalui Program Malaysia@Work ataupun Program Malaysia Kerja. Yang Berhormat Menteri Gombak, Yang Berhormat Ampang pun turut berada dalam Kabinet untuk meluluskan dana khas ini. Ini kerana ia bukan sekadar memberi bantuan one-off kepada anak muda tetapi akan membantu anak muda yang tidak bekerja lebih 12 bulan untuk mendapat dana khas RM500 sebulan bagi tempoh masa 24 bulan dan untuk membantu syarikat-syarikat kecil khususnya, dengan suntikan RM300 sebulan bagi tempoh masa 24 bulan bagi setiap pekerja yang diambil daripada golongan graduan muda yang tidak bekerja lebih 12 bulan ataupun tempoh masa setahun. Persoalan saya. Ini merupakan salah satu usaha rentas kementerian iaitu kolaborasi di antara KBS, Kementerian Sumber Manusia dan MOF. Adakah dana RM6.5 bilion ini masih diperuntukkan kepada anak muda seperti dibentangkan dalam belanjawan lepas? Apakah status dana ini? Ini kerana sampai sekarang kita belum dengar statusnya. Usaha rentas kementerian yang kedua yang sangat penting usaha menyahjenayahkan penagihan dana, bukan penagihan dadah. Kita tahu wabak dadah itu merupakan musuh utama negara. Akan tetapi, apabila kita lihat jumlah anak muda yang terperangkap dengan wabak dadah ini teramat tinggi dan mereka pernah melakukan kesilapan- kesilapan ini selalunya berlaku pada usia muda mereka. Akan tetapi, kerana kesilapan sekali itu, mereka ada rekod jenayah yang teramat membebankan, stigma masyarakat yang begitu tinggi, akhirnya mereka diketepikan, dikecualikan dan didiskriminasikan seumur hidup. Persoalan saya, adakah pihak kementerian akan bekerjasama dengan KDN dan juga Kementerian Kesihatan untuk meneruskan usaha menyahjenayahkan penagihan dadah? Iaitu kita tidak lagi menggunakan criminal ataupun punitive approach tetapi kita menggunakan health-based approach, di mana kita merawat, bukan sahaja menghukum. Saya berharap Yang Berhormat Menteri akan menyokong dua usul ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sambungan daripada apa yang telah dikatakan oleh saudara saya, Yang Berhormat Muar iaitu tentang dana bagi Malaysia Kerja. Saya harap Yang Berhormat Menteri bukan sahaja boleh mengekalkan program ini, malah ditambahkan lagi dananya. Sebab, Program Malaysia Kerja diperkenalkan sebelum berlakunya wabak COVID-19 yang serius yang kita lihat sekarang keadaan telah menjadi amat serius, terutamanya daripada segi pengangguran belia dan sebagainya. Jadi, saya harap apa yang kita lakukan sebelum ini, bukan sahaja diteruskan tetapi dinaikkan kuantum itu. Contohnya, daripada apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Muar tadi, mungkin boleh dikatakan subsidi RM800 kepada setiap pekerja yang diambil, graduan yang diambil, kita naikkan sehingga RM1,500. Terima kasih.
Ya, terima kasih. Ada dua soalan utama tadi. Pertamanya, memang saya bersetuju bahawa berkaitan dengan belia ini, sebenarnya saya mengambil pendekatan untuk mengklasifikasikan masalah belia ini kepada lima kelompok, Yang Berhormat. Lima kelompok ini yang saya sebut sebagai ‘belia resah’ terutamanya yang terkesan dengan penularan COVID-19 ini. Pertamanya, belia yang berada dalam sektor pekerjaan tetapi berkemungkinan kehilangan pekerjaan akibat daripada penutupan syarikat-syarikat yang mana mereka bekerja. Jumlah ini, sebagaimana yang tercatat oleh DOSM tadi, yang telah berlaku peningkatan sehingga 850 ribu. Itu kumpulan belia yang pertama.
Kumpulan ‘belia resah; yang kedua- kumpulan belia yang disebut tadi kumpulan belia yang berada di universiti. Mereka yang akan masuk ke sektor pekerjaan. Mereka ini kerap kalinya pada setiap tahun jumlahnya lebih kurang dalam sekitar 250 ribu ke-300 ribu. Ini kumpulan ‘belia resah’ yang kedua. ‘Belia resah’ yang ketiga, belia di kalangan yang berada dalam sektor keusahawanan. Akan tetapi, memandangkan mereka berada at the very infancy stage, jadi bila berlakunya penularan COVID-19, bila berlakunya PKP, antara yang terkesan mereka yang berada di peringkat awal keusahawanan dan ada di antara mereka yang berlaku terpaksa menutup syarikat. Belia yang keempat belia yang berada dalam sektor gig ataupun informal economy, gig economy dalam freelance, e-hailing. Kumpulan-kumpulan ini juga adalah antara mereka yang terkesan kerana mereka tidak ada social safety net. Belia yang kelima, ini belia yang sentiasa saya bangkitkan ketika saya jadi Ahli Parlimen biasa dulu dan baru-baru ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar, kumpulan yang disebut sebagai NEET iaitu not in employment, not in education, not in training.
Untuk makluman, Malaysia tidak ada langsung angka jumlah NEET ini daripada dahulu. Maka, sebab itulah saya membawa perkara ini ke dalam Mesyuarat Jemaah Kabinet. Ketika mana dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan dengan National Census yang dilakukan tahun ini, untuk mengambil kesempatan untuk kita ambilkan daripada 108 soalan yang ditanyakan, it couldn’t be anymore extensive survey other than, dengan izin, National Census, untuk pastikan sekurang-kurangnya kita dapat extract fakta dan juga data tentang berkaitan dengan NEET ini. Kalau kita lihat di negara OECD semua ada NEET. Di Australia, dia Austria, di Sweden, di UK tetapi di Malaysia sehingga sekarang tidak ada dan inilah di antara― Oleh sebab itulah antara yang diperkenalkan dan yang saya hendak jawab sebentar tadi atau inisiatif-inisiatif yang dilakukan melalui kolaborasi ini. Akan tetapi, apa yang disebut tadi tentang #MyKerja ataupun inisiatif MyKerja yang diumumkan- saya secara peribadi bila saya dengar inisiatif tersebut, ia satu inisiatif yang cukup baik. Ada empat iaitu graduan kerja, wanita kerja, watan kerja dan perantis kerja. Walaupun ia tidak pernah take off- oleh sebab apa? Oleh sebab, mengikut perancangan apa yang disebutkan oleh mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa program ini sepatutnya bermula Jun 2020, tetapi overtaken by event kerana berlakunya penularan COVID-19 dan berlakunya PKP. Tentulah modul daripada segi bantuan kepada anak-anak muda dan belia, mereka yang berada dan yang terkesan daripada ini perlu melalui proses yang sedikit berbeza. Pada waktu itu saya fikir- mungkin Kementerian Kewangan boleh menjawab secara lebih tuntas. Bahawa yang paling penting adalah untuk pastikan kelestarian hidup rakyat. Maknanya, untuk pastikan the liquidity position of isi rumah itu sentiasa mempunyai keupayaan untuk berbelanja dan juga keupayaan untuk to bring the food on table. Maka sebab itulah diperkenalkan bantuan geran secara langsung, diperkenalkan moratorium iaitu mengurangkan the fixed expenditures of household dan menangguhkan bayaran PTPTN. Ini semua telah menyebabkan kantung rakyat mempunyai keupayaan untuk berbelanja, kerana itu adalah penting dalam tempoh PKP. Jadi, saya fikir modul MyKerja dahulu ataupun modul Malaysia Kerja dahulu mungkin menekankan tentang inisiatif RM500, tetapi semua dicarumkan dalam EPF demikian juga RM300. Akan tetapi, pada waktu ini, pada waktu ketika PKP dikenakan, yang paling penting adalah untuk pastikan keupayaan untuk dibelanjakan untuk rakyat mampu untuk melalui kehidupan secara lebih serasi.
[Bangun] Yang Berhormat Menteri, kalau boleh mencelah sedikit?
Ya.
Saya faham mungkin kerana PKP, kita ada masalah kewangan ataupun fokus bantuan itu berubah. Akan tetapi, saya rasa keperluan program Malaysia Kerja ini- post-PKP lebih penting daripada masa biasa, kenapakah?
Ini kerana, kalau kita lihat bantuan PRIHATIN ini, ya memang baik, ia lebih tersasar untuk mengekalkan jumlah pekerja di Malaysia yang telah pun saya rasa berjaya daripada suatu segi. Akan tetapi, persoalannya apabila jumlah pengangguran telah pun meningkat kepada lebih seramai 800 ribu orang dan majoritinya datang daripada golongan anak muda. Malah kita ada ratusan ribu setiap tahun yang akan masuk ke jobs market dengan izin, tetapi kerana tidak ada pekerjaan yang mencukupi dan syarikat-syarikat tidak ada insentif untuk mencipta pekerjaan yang baharu, sebab itulah Program Malaysia Kerja ini jauh lebih penting daripada masa biasa. Kalau kita lihat jumlah kosnya tidaklah begitu tinggi walaupun sejumlah RM6.5 bilion. Akan tetapi, ia dibahagikan kepada tiga ke-lima tahun. Pada masa yang sama, saya rasa perkara ini amat terdesak sekarang kerana kalau kita baca berita pagi ini, ada salah seorang bekas juruterbang bernama Sanjiv Deavin yang telah pun didapati membunuh diri kerana tekanan hidup dan stres selepas menganggur lebih dua bulan. Saya agak yakin ada banyak lagi cerita-cerita ini yang akan berulang jika kita hanya fokus untuk mengekalkan pekerja-pekerja yang sedia ada, tetapi tidak ada usaha yang collective daripada kementerian. Saya faham, hendak harapkan KBS sahaja memang tidak mencukupi. MoF dan Kementerian Sumber Manusia untuk turut adakan bantuan khas bagi anak-anak muda dan graduan muda yang tidak bekerja kerana masa tidak bekerja itu teramat panjang. If they don’t get the job, their skills become weaker. Oleh sebab itu, saya berharap akan ada usaha kolektif untuk membantu anak-anak muda yang menganggur setelah sekian lama dan mohon sekiranya ada suntikan dana khas kepada syarikat-syarikat kecil dan kepada mereka, sebab akhirnya pekerjaan itu dapat dicipta. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Sebagaimana yang saya sebut tadi, penjelasan itu mereka yang terlibat daripada fasa ketika PKP. Tentu sekali strategi bila mana pasca COVID-19 memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh. Oleh sebab itu, kalau kita lihat Penjana Kerjaya pun, berlaku perubahan daripada segi pendekatan. Saya rasa ini akan lebih jelas bila mana dijelaskan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia. Cuma saya mengambil apa yang semangat daripada Penjana Kerjaya iaitu subsidi upah yang dipertingkatkan daripada sebanyak RM600 ke RM800 kemudian kepada RM1,200 dan dengan capaian yang lebih luas. Ini sebenarnya adalah is a hybrid Program MyKerja dan ia memerlukan lagi tambahan dan ini yang saya hendak maklumkan. Antara yang diperkenalkan dalam KBS sebagaimana yang tadi Yang Berhormat Muar sebut, Program Skim Perantisan Nasional yang telah dilakukan pada peringkat permulaan ini, bersama dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya yang telah menyediakan sebanyak 10 ribu peluang pekerjaan. Usaha ini melibatkan seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Perbadanan Sumber Manusia Berhad, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), InvestKL Corporation, Federation of Malaysia Skill Corporation. Saya hendak maklumkan bahawa antara yang kita nilai adalah melalui dapatan yang telah disebut di dalam Khazanah Research and Institute. Khazanah Research and Institute menyatakan dalam suatu Kertas Kerja di bawah tajuk, “Cabaran dan Strategi Pasca Pandemik untuk Belia” bagi melihat strategi apprenticeship sebagaimana yang telah dilaksanakan di Singapura dan Australia iaitu peluang yang mana instead of you create employment opportunity, yang mana pada waktu ini tentulah orang kata mencabar. Jarang ada syarikat-syarikat yang mampu untuk menawarkan full skill jobs- tetapi instead untuk kita create-kan orang kata employment experiences opportunity dalam bentuk apprenticeship. Inilah yang dilakukan melalui kerjasama antara tiga kementerian dan insya- Allah SWT di pihak Kementerian Belia dan Sukan kita akan meluaskan lagi usaha ini dengan kementerian-kementerian yang lain, dengan melihat bahawa ini adalah salah satu daripada cushion ataupun proses penampan sebelum the actual recovery will come about. Ini kerana, dalam proses recovery ada yang mengatakan setahun, ada yang mengatakan setahun setengah dan tentulah ia memerlukan proses-proses yang boleh menjadi sebagai penampan. Kedua, kita melaksanakan Program myGIG bersama dengan Malaysia Digital Economy dan Majlis Belia Malaysia untuk menyokong penglibatan belia dalam gig economy ataupun ekonomi yang tidak formal untuk menjana pendapatan, sama ada secara sambilan ataupun kekal.
Ketiga, KBS juga melaksanakan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menjalankan Program Biz Kaunselor bawah INSKEN dan TVETPreneur di IKLBS dengan pemerkasaan kurikulum bidang keusahawanan. Keempat, KBS juga telah mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan komitmen untuk memperkasakan Program Agropreneur Muda dengan penyertaan lebih banyak belia di dalam industri pertanian dan pengeluaran makanan. Berdasarkan apa yang disebut oleh MAFI dalam jawapan di Dewan yang mulia ini pada 27 Julai yang lalu, program ini menyasarkan seramai 5,000 orang peserta berumur dari 18 tahun hingga 40 tahun. Yang paling penting usaha ini dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah untuk menyediakan membangunkan a single landing page yang akan menjadi integrating point kepada semua inisiatif-inisiatif yang ada di kementerian yang lain. Bererti kalau you sign on Kementerian Belia dan Sukan you sign on dengan kementerian-kementerian yang lain yang menawarkan inisiatif-inisiatif dalam soal peluang pekerjaan, penciptaan pekerjaan, latihan kemahiran dan juga akses kepada dana dan kemudahan yang ditawarkan yang dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan. Lebih utama lagi KBS melalui inisiatif kolaborasi rentas kementerian ini akan terus meneroka peluang dan ruang untuk dimanfaatkan oleh golongan belia terutamanya untuk mengatasi isu pengangguran belia secara efektif dan secara holistik demi kebajikan anak muda di Malaysia. Seterusnya saya hendak...
Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh saya Hang Tuah Jaya depan ini.
Ya.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak fokus sedikit tentang belia resah tadi. Yang Berhormat Menteri sebut, agak mendalam.
Antara artikel yang agak recent, dengan izin, terkini adalah makalah yang diterbitkan oleh World Economic Forum yang membahaskan tentang the toxic trio pasca pandemik ini iaitu addiction, satu lagi mental health issues dan juga domestic abuse, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Jadi ketiga-tiga faktor ini saya ingat Yang Berhormat Menteri, saya cadangkan supaya berikan sedikit tumpuan dan boleh saja bekerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain, kesihatan dan sebagainya. Ini kerana kita tidak mahu gangguan mental, gangguan kesihatan menyebabkan berlakunya tragedi-tragedi yang lebih parah pada golongan muda dalam mereka berhadapan dengan masalah beban kewangan dan sebagainya. Saya ingat ini perkara yang penting kerana kita sudah mula dengar bunuh diri dan sebagainya. If you do not take perhatian perkara ini Yang Berhormat Menteri, saya bimbang ia akan melarat. Terima kasih.
Terima kasih banyak. Saya pun tengah duk cari tadi. Saya dah baca dah berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Antara yang disebut juga itulah berkaitan dengan angka need seluruh dunia sudah menyaksikan peningkatan yang agak ketara. Demikian juga antara yang diberi penekanan tentang social entrepreneurship yang menjadi. Ini juga yang diusahakan oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama dengan MDEC. Akan tetapi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tadi, memang saya ambil perhatian dan tentu sekali perkara ini juga akan menjadi perkara yang sedang diambil. Melalui tinjauan yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) antara survey yang dilakukan dalam setiap bulan melalui domain-domain, tajuk-tajuk yang berbeza. Antara salah satunya soal mental health yang dibangkitkan.
Yang Berhormat, boleh lagi lima minit Yang Berhormat Menteri?
Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya mencelah? Tuan Yang di-Pertua, Tebrau sini. Boleh saya mencelah?
Okey.
Terima kasih kerana memberi jawapan khususnya langkah-langkah atau inisiatif-inisiatif yang telah diambil atau sedang diambil oleh kerajaan untuk memastikan belia kita dapat pekerjaan atau boleh memasuki perusahaan. Akan tetapi, saya nampak selepas usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan, bilangan penganggur khususnya di kalangan belia masih besar. Jadi, saya hendak dapatkan jawapan dari kerajaan, apa sebabnya walaupun banyak langkah sudah diambil, tetapi bilangan penganggur masih tinggi? Adakah kerana tidak cukup promosi program- program yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sememangnya perkara ini fenomena yang bersifat global merentas seluruh dunia. Malahan ada angka-angka pengangguran yang berlaku di negara luar jauh lebih tinggi dari Malaysia. Oleh sebab itulah apa yang dilakukan sebut tadi, pendekatan perantisan yang sebenarnya tidak jauh daripada apa yang dilakukan oleh usaha yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu adalah bagi untuk pastikan bahawa ia wujudnya apa yang disebut sebagai kusyen tadi, penampal. Kalau kita hendak lihat soal pengangguran ini Yang Berhormat, ia tentulah terkait dengan paling-paling tentang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi. Dalam suasana pasca COVID-19, dalam keadaan iklim perniagaan yang cukup merosot, dalam keadaan iklim ekonomi yang merudum, pastinya ia akan memberi kesan kepada kehilangan pekerjaan. Oleh sebab itulah yang saya sebut lima-lima tadi. Antara lain yang saya sebut tadi fasal gig. Gig adalah salah satu daripada bidang yang telah menjadi tumpuan di kalangan anak-anak muda. Mereka mendapat peluang untuk melakukan benda ini bilamana berlakunya proses ataupun fasa PKP. Saya fikir bahawa yang paling penting dalam mereka terlibat dalam gig economy ini, saya tidak mahu lihat bahawa berlakunya apa yang disebut sebagai skill trap. Maknanya if you are involved in one skill, you akan jadi gig worker forever. Akan tetapi kita hendak perlukan proses reskilling, upskilling dan cross-skilling. IKBN umpamanya. Mungkin Yang Berhormat Menteri yang lalu pun boleh sahkan bahawa employability adalah amat tinggi. Siapa yang masuk IKBN, peratusan yang sudah dapat pekerjaan mencecah 97 peratus. Akan tetapi, pasca COVID ini tentulah ia akan meninggalkan kesan. Maka, kesan itu tidak dapat mencukupi kalau mereka hanya dapat skills yang mereka perlu lakukan sekarang sebab itu perlunya proses cross-skilling, proses digital, platform punya learning dan sebagainya. Maka sebab itulah saya fikir bahawa apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi benar, tetapi ia juga isu-isu yang bersifat rentas. Jadi...
Masa telah tamat Yang Berhormat.
Jadi, terima kasih banyaklah. Saya ada lagi dua, tiga sebenarnya.
Yang lain boleh buat jawapan bertulis.
Okey. Jadi, terima kasih banyak kepada semua yang telah membabitkan ataupun telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kementerian Belia dan Sukan. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kementerian Kewangan. Komitmen Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah menzahirkan daripada awal untuk menjadikan Belanjawan 2021 sebagai inisiatif memperkukuhkan belia. Mudah-mudahan usaha ini akan dapat memastikan perjuangan untuk mengangkat suara belia, untuk memberi pembelaan yang sewajarnya pada belia dengan sokongan semua Ahli-ahli Parlimen, akhirnya dapat kita laksanakan usaha murni ini. Jadi, saya ucapkan terima kasih. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Sumber Asli menjawab perbahasan, 45 minit Yang Berhormat.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Sepanjang tempoh Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Diraja dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat kali ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 11 Ahli Yang Berhormat telah berbahas bagi isu yang berkaitan kementerian ini dan saya ingin mengucapkan banyak terima kasih. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli komited dalam menyokong usaha kerajaan memastikan industri bekalan elektrik negara diurus secara strategik bagi menjamin perkhidmatan bekalan elektrik yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari serta tadbir urus sumber asli yang bersepadu, berteras, penggunaan sumber secara cekap dan optimum. Sebanyak 44 inisiatif telah dirangka untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun bagi mencapai usaha-usaha ini. Walau bagaimanapun, hasil semakan dan jajaran semula, sebanyak lima inisiatif akan diberi keutamaan dalam tawaran baharu kementerian untuk dilaksanakan bermula pada tahun ini. Antaranya adalah sebagaimana mana berikut. Pertamanya, meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu dalam perbekalan elektrik negara melalui pelaksanaan program LSS@MenTARI bagi merancakkan industri solar negara dengan penawaran 2,000 megawatt kuota solar bermula tahun 2020 hingga 2022. Kedua, meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu dalam campuran bekalan elektrik negara dengan sasaran sehingga 30 peratus iaitu 8,000 megawatt menjelang 2025. Ketiga, meningkatkan sumbangan industri mineral dan...
Boleh minta penjelasan?
Produk berasaskan mineral kepada pendapatan negara dengan melaksanakan transformasi pembangunan industri mineral strategik bernilai tinggi serampang empat. Transformasi ini akan dilaksanakan melalui penubuhan Lembaga Pembangunan Mineral Malaysia (LPMM) serta memperbaharui hala tuju Dasar Mineral Negara 2 dengan berfokuskan kepada pembangunan industri hiliran dan tumpuan terhadap mineral strategik yang bernilai tinggi. Seterusnya, pengekalan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan hutan di Malaysia dengan melaksanakan inisiatif menghijaukan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 dan mewujudkan kerangka kewangan- RED plus finance framework - RFF yang bertindak sebagai mekanisme kewangan kepada kerajaan negeri untuk mengurus secara mampan sumber hutan dan konservasi biodiversiti negeri masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi ulasan dan pandangan terhadap isu-isu utama yang dibangkitkan pada sesi perbahasan pada kali ini.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
[Bangun]
Ada yang hendak mencelah. Saya ingat...
Sekejap. Saya jawab dahulu sekejap. Nanti saya beri ruang, okey. Don’t worry, don’t worry.
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak check dia punya figure tadi.
Okey. Nanti, nanti akan- Yang Berhormat...
Jumlah 100 ribu batang pokok itu bukan 1 juta.
Sorry.
Jumlah 100 ribu batang pokok itu sampai tahun 2025 itu, is it 100 thousand or one million?
Saya sebut tadi bahawa kita hendak kekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan di Malaysia dengan melaksanakan inisiatif kehijauan Malaysia melalui kempen penanaman pokok, 100 juta batang pokok.
Jumlah 100 juta.
Sorry, saya silap tadi. Mulai tahun 2021 hingga 2025. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian mohon supaya kerajaan menyatakan berapakah banyak tanah rizab Melayu yang masih ada daripada segi peratusan pemilikan dan berapa banyak pemilikan tanah rizab Melayu yang masih tidak diganti apabila dilaksanakan pembangunan ke atas tanah itu. Tuan Yang di-Pertua, makluman mengenai pemilikan tanah rizab Melayu adalah di bawah pihak berkuasa negeri-negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Tanah Rizab Melayu. Tindakan pembatalan kawasan tanah rizab Melayu dan penggantian kawasan tanah rizab Melayu bagi sesebuah negeri sebenarnya selaras dengan Perkara 89(3), Perlembagaan Persekutuan iaitu adalah di bawah kuasa-kuasa pihak berkuasa negeri masing-masing. Yang Berhormat Pontian juga mohon supaya kerajaan menyatakan berapa banyak kah di dalam kawasan bandar tanah milik bumiputera dan berapa banyak tanah milik kaum-kaum lain? Juga saya ingin sebut bahawa berkenaan maklumat bagi urusan penggantian tanah-tanah rizab Melayu yang dibatalkan oleh pihak berkuasa negeri serta jumlah milikan tanah bagi Bumiputera dan kaum lain di kawasan bandar, perkara tersebut juga adalah di bawah pihak berkuasa negeri masing-masing. Seterusnya Yang Berhormat Pontian juga memohon kerajaan meneliti kajian- kajian yang mengatakan bahawa peratusan keluasan tanah rizab Melayu adalah berkurangan. Kementerian ini ingin menegaskan bahawa maklumat mengenai kajian- kajian yang mengatakan bahawa peratusan keluasan tanah rizab Melayu adalah berkurangan adalah tidak tepat. Ini berdasarkan pada data daripada pihak berkuasa negeri. Mengikut maklumat data yang kita ada, menghampiri 4.88 juta hektar. Walau bagaimanapun, sebagaimana saya sebutkan tadi, maklumat terperinci dan terkini berhubung dengan pemilikan tanah, keluasan tanah rizab Melayu bagi negeri-negeri sesuai Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membangkitkannya di Dewan Undangan Negeri atau di negeri masing-masing. Yang Berhormat Pontian juga mohon supaya tanah rizab Melayu diwujudkan untuk FELDA 2.0 tanpa mengira kaum dengan diberikan kepada 405,421 isi rumah yang baharu menjadi miskin dengan setiap orang- peserta diberi tanah seluas lima ekar. Ini akan dapat menaikkan kembali jumlah pemilikan tanah rizab Melayu. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan dasar mengenai kewujudan kawasan tanah rizab Melayu untuk FELDA 2.0 adalah lebih sesuai untuk Yang Berhormat Pontian untuk membangkitkannya ke Jabatan Perdana Menteri selaku jabatan yang bertanggungjawab terhadap FELDA selaras dengan Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan (No.3) 2020 PUA 201, bertarikh 9 Julai 2020. Saya ingin menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sabak Bernam yang memohon kerajaan supaya mempercepatkan proses kelulusan status tanah tapak daripada Malay Reserve kepada pentadbiran tanah persekutuan bagi pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam yang baharu. Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan permohonan pemilikan tanah untuk tujuan pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, kementerian ini melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan telah mengemukakan permohonan tersebut melalui Jadual Satu berdasarkan Seksyen 76, Kanun Tanah Negara 1965 ke Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam pada 30 Januari 2018. Seperti Yang Berhormat Sabak Bernam sedia maklum, tanah tersebut merupakan tanah Malay reserve yang telah diwartakan pada 14 April 1939 dan proses pembatalan status rizab tersebut juga perlu disara terlebih dahulu. Berdasarkan semakan kementerian, perkara ini masih lagi dalam tindakan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam untuk dibatalkan reserve berdasarkan Seksyen 64, Kanun Tanah Negara 1965.
Yang Berhormat Raub, ada di dalam Dewan ini, mohon kerajaan untuk menambah baik Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang melibatkan keperluan untuk mendapatkan ulasan daripada Jabatan PERHILITAN sebelum kawasan- kawasan hutan dibangunkan. Peningkatan denda dan memberikan kuasa kepada pegawai penguat kuasa untuk melakukan pendakwaan di mahkamah agar isu pemerdagangan hidupan liar dapat ditangani dengan lebih berkesan. Terima kasih Yang Berhormat kerana begitu prihatin dalam soal ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah mengenal pasti beberapa perkara yang perlu dibuat penambahbaikan ke atas Akta 716 khususnya yang melibatkan tindakan penguatkuasaan. Pindaan Akta 716 dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun ini. Pindaan yang dilaksanakan ke atas Akta 716 merangkumi perkara-perkara berikut. Antaranya: (i) menambahkan peruntukan kawalan terhadap aktiviti perdagangan dan promosi atas talian- online, bagi hidupan liar seiring dengan perkembangan teknologi masa kini; (ii) mewujudkan peruntukan khusus bagi aktiviti pengendalian dan perkhidmatan hidupan liar; dan (iii) meningkatkan penalti bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 716 dengan meningkatkan hukuman penjara daripada minimum tiga tahun hingga maksimum 15 tahun dan meningkatkan denda daripada RM500 ribu kepada RM1 juta. Jabatan PERHILITAN juga telah mengambil langkah proaktif bagi mengukuhkan pelaksanaan Wildlife Management Plan (WMP) di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 [Akta 127]. Melalui pendekatan ini, WMP akan dijadikan sebagai syarat bagi mendapatkan kelulusan laporan penilaian kesan alam sekitar. Daripada segi pendakwaan, seramai 25 orang pegawai hidupan liar telah diberikan kuasa oleh Timbalan Pendakwa Raya di bawah Akta 716. Kementerian ini komited dalam menangani perdagangan haram hidupan liar melalui aktiviti penguatkuasaan, antaranya seperti berikut: (i) menjalankan kerjasama melalui aktiviti penguatkuasaan dan perkongsian maklumat dengan Interpol sejak tahun 2016 lagi melalui Operasi Dragon, Operasi Chameleon dan pelbagai lagi program-program di bawah Interpol; (ii) mengukuhkan penguatkuasaan menerusi perisikan- Intelligence Led Enforcement, dengan kerjasama United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) dan trafficking; (iii) menubuhkan Intelligence and Tactical Command Centre for Wildlife Crime (INTAC) bagi mengumpul dan menganalisis maklumat risikan; (iv) menubuhkan Wildlife Crime Unit yang bertindak sebagai responsif terhadap maklumat jenayah hidupan liar yang telah dianalisis; (v) mengukuhkan jaringan kerjasama bagi mengekang sindiket penyeludupan di sempadan pintu masuk negara dengan agensi- agensi penguatkuasaan melalui Op Benteng di bawah National Task Force (NTF) yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM); (vi) menjalankan operasi penguatkuasaan bersama Angkatan Tentera Malaysia, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; (vii) menempatkan 30 orang anggota penguat kuasa Jabatan PERHILITAN di 14 pintu masuk negara di Semenanjung Malaysia bagi memantapkan penguatkuasaan; dan
(viii) mewujudkan Unit Anjing Pengesan, Unit K9, Jabatan PERHILITAN bagi mengesan penyeludupan-penyeludupan hidupan liar di lapangan terbang dan juga di pelabuhan. Yang Berhormat Tebrau mencadangkan supaya kerajaan merangka satu Pelan Tindakan secara menyeluruh dengan menyenaraikan data set bagi hutan dan hidupan liar untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang serta mengenal pasti kaedah- kaedah pendekatan yang berkesan untuk memelihara hutan dan hidupan liar. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mempunyai dasar- dasar dan pelan-pelan tindakan bagi memulihara hutan dan hidupan liar. Antara dasar dan pelan tindakan tersebut Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 (DKBK), Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992), National Tiger Conservation Action Plan 2008-2020 dan National Elephant Conservation Action Plan (NECAP).
Selain daripada itu, kementerian juga melaksanakan inisiatif nasional seperti Central Forest Spine di Semenanjung Malaysia dan Heart of Borneo di Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan pemeliharaan hutan dan hidupan liar. Berkaitan dengan data set, data hutan negara dikumpulkan dan diselaraskan daripada ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Data-data ini perlu melalui proses pengesahan sebelum ia diguna sebagai data rasmi negara di peringkat nasional dan antarabangsa.
Pencelahan, Yang Berhormat Menteri.
Sekejap. Saya jawab sekejap, nanti saya bagi. Data hutan ini mengambil masa yang panjang dan melibatkan pengesahan dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perhutanan Sabah dan Sarawak selaku pemilik kepada data tersebut. Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia juga melaksanakan Inventori Hutan Nasional melalui pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif yang dilaksanakan setiap 10 tahun bagi memantapkan lagi sistem pengurusan hutan sedia ada. Maklumat berkaitan data hutan di Malaysia telah diterbitkan melalui penerbitan berkala seperti Perangkaan Perhutanan yang dihasilkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sarawak dan Kompendium Perangkaan Alam Sekitar (KPAS) yang diterbitkan secara tahunan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Apa yang penting, pengurusan hutan di Malaysia adalah berteraskan pada prinsip pengurusan hutan secara berkala berpandukan pada Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992), Dasar Hutan Sabah dan Sabah Forest Policy. Perkara-perkara ini adalah selaras dengan komitmen negara terhadap ketetapan di bawah Forum Hutan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini kerana antara elemen-elemen utama yang diamalkan ialah catuan tebangan tahunan, konsep pembalakan berimpak rendah, Pensijilan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dan sebagainya. Bagi data hidupan liar pula, kementerian melalui Jabatan PERHILITAN telah... [Disampuk] Telah digunakan untuk pengurusan konservasi spesies hidupan liar dan perancangan pembangunan sesuatu kawasan. Kawasan inventori meliputi kawasan perlindungan seperti Taman Negara, Taman Negeri, hutan simpan dan rizab hutan liar yang merupakan habitat utama hidupan liar. Pada masa ini, kementerian mempunyai senarai data inventori kehidupan liar di Semenanjung, lebih daripada satu juta data, daripada perangkap kamera dalam kawasan inventori. Data-data taburan spesies, status-status konservasi spesies diterbitkan dalam buku Red List Mammals for Peninsular Malaysia...
Minister, Yang Berhormat Menteri.
...Bagi menentukan status spesies hidupan liar di bawah Akta Hidupan Liar 2010.
Sikit, sikit saja. Dua soalan saja saya ada. Satu ialah adakah kita akan teruskan dengan National Wildlife Survey yang kita buat tiap-tiap lima tahun untuk RMKe-12? Adakah kita akan adakan lagi satu? Apa yang sudah pun ada sekarang, dia punya survey results ini belum lagi diterbitkan. Saya harap ia akan diterbitkan dalam masa terdekat.
Nombor dua ialah kalau tidak silap saya, Yang Berhormat Menteri, Kabinet telah pun bersetuju untuk Malaysia menganggotai ASEAN ROK Forest Corporation. Agreement ini sudah pun ditentukan tetapi saya dengar belum lagi kita lanjutkan agreement itu. Kalau tidak silap saya, Kabinet telah pun bersetuju untuk Malaysia menganggotai ASEAN ROK Forest Corporation ini. Ini penting sebab kita hendak bersama-sama dengan negeri-negeri lain di rantau kita untuk memahami, mendapat bantuan dan juga mengadakan working relationship di atas management of forest di dalam negara kita
Terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab perkara berkenaan penting pada kita, kita akan teruskannya dan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Boleh mencelah? Tebrau. Soalan dari Tebrau.
Okey.
Terima kasih atas jawapan dan langkah-langkah yang sudah diambil oleh kerajaan. Akan tetapi, apakah masalah kepupusan spesies-spesies haiwan di negara kita memang agak tinggi risikonya? Saya nampak ini masalah penguatkuasaan. Banyak haiwan sudah hilang habitatnya. Mereka sudah tidak mendapat makanan yang mencukupi dan sudah keluar ke kawasan penduduk dan mengganggu kehidupan penduduk. Jadi, satu langkah yang berkesan harus diambil oleh kerajaan serta-merta untuk mengatasi masalah bukan haiwan sahaja tetapi kehidupan penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Memang di bawah kementerian, Jabatan PERHILITAN sentiasa mengambil berat isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Langkah-langkah sama ada penguatkuasaan ataupun program-program untuk memastikan hidupan liar ini dapat kekal dalam negara ini sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, Yang Berhormat. Saya ingin teruskan jawapan saya. Soalan daripada Yang Berhormat Kuala Langat yang memohon supaya kerajaan mengeluarkan laporan Survei Harimau Kebangsaan untuk mengetahui bilangan Harimau Malaya yang masih ada dan menyatakan status pembukaan National Tiger Conservation Center di Lanchang, Pahang dan pembinaan Malaysian Biodiversity Center di Selangor. Tuan Yang di-Pertua, Survei Harimau Kebangsaan pertama yang bermula pada tahun 2016 dijangka selesai pada Oktober tahun ini. Bilangan populasi Harimau Malaya dijangka akan diumumkan secara rasmi pada penghujung tahun 2020. Ini selepas semua data yang kita peroleh dianalisis. Bagi projek National Tiger Conservation Center (NTCC) yang dibina di Lanchang, Pahang, ia dijangka akan beroperasi pada tahun 2021. Selain daripada itu, kementerian bercadang untuk mewujudkan galeri bagi konservasi biodiversiti berskala kecil di Paya Indah Wetland. Penubuhan Malaysian Biodiversity Center (MBC) pula masih di peringkat cadangan dan tapak pembinaannya akan dikenal pasti. Keperluan peruntukan bagi pembangunan MBC telah dimohon di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Yang Berhormat Raub memohon kerajaan menyediakan mekanisme ataupun kaedah jangka masa pendek untuk negeri mahupun pusat untuk bekerjasama bagi mengurangkan masalah-masalah kemusnahan kebun, tanah runtuh dan gangguan habitat hidupan liar, flora dan fauna sebelum penambahbaikan Rang Undang-undang Perhutanan [Akta 313] dan Rang Undang-undang PERHILITAN [Akta 716] dibawa ke Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara komited untuk terus meningkatkan usaha bagi menguruskan hutan secara mapan serta meminimumkan isu konflik manusia dengan hidupan liar. Antara mekanisme bagi meningkatkan pemeliharaan hutan dan hidupan liar mengukuhkan strategi dengan kerajaan negeri, antaranya melalui program-program berikut: (i) membincangkan dasar-dasar dan perundangan mengenai perhutanan melalui Majlis Tanah Negara; (ii) melaksanakan program penanaman pokok bakau dan spesies- spesies yang sesuai di persisiran pantai negara; (iii) mewujudkan rangkaian kawasan sensitif alam sekitar melalui pelan CFS;
(iv) melaksanakan inisiatif Heart of Borneo di Sabah dan Sarawak; (v) melaksanakan penguatkuasaan bersepadu menerusi program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) (vi) kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia; dan (vii) menjalankan program Communication, Education and Public Awareness (CEPA) secara berterusan.
Kementerian akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta kementerian yang berkaitan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk pastikan kebenaran merancang memberi penekanan pada aspek pemuliharaan biodiversiti. Yang Berhormat Raub juga memohon kerajaan mengadakan satu pasukan atau task force yang baharu bersama beberapa kementerian bagi menyelesaikan permasalahan berkenaan dengan habitat hidupan liar, flora dan fauna serta Orang Asli seperti gangguan serangan gajah. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) sentiasa komited dalam menangani konflik manusia dan haiwan termasuk serangan gajah. Antara langkah dan tindakan yang sedang dan telah diambil bagi mengatasi masalah ini melakukan rondaan berkala di kawasan-kawasan konflik. Memasang kolar satelit pada gajah bagi sistem amaran awal untuk memantau pergerakan kumpulan gajah di lokasi konflik. Menyediakan lintasan hidupan liar di Sungai Yu, Pahang, Sungai Deka, Terengganu dan Gerik, Perak. Mencadangkan pembinaan pagar elektrik di kawasan gangguan gajah. Kita juga memindahkan gajah-gajah yang masalah ke kawasan yang lebih selamat. Memasang perangkap di kawasan konflik hidupan liar. Menjalankan operasi bersepadu membasmi musuh tanaman dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia dan NGO serta orang awam. Memberikan khidmat nasihat kepada pengadu bagi memasang pagar yang baik serta efisien di kebun. Pada masa ini, pasukan khas atau task force di peringkat kerajaan negeri telah diwujudkan bagi menangani isu konflik manusia dan hidupan liar. Bagi tujuan penambahbaikan, kementerian akan menubuhkan pasukan khas peringkat kebangsaan yang dianggotai oleh kerajaan-kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kementerian atau agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kerja Raya (JKR), syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat perladangan yang besar bagi menangani isu konflik manusia dan hidupan liar. Saya hendak beralih kepada sektor tenaga. Menjawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen Bakri mengenai tenaga. Sukacita saya menekankan sekali lagi seperti mana yang pernah saya maklumkan di Dewan yang mulia ini pada 15 Julai 2020 lalu bahawa kementerian saya akan meneruskan pelaksanaan dasar-dasar sedia ada sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat. Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira keutamaan kerajaan ketika ini dan cabaran-cabaran baharu yang sedang kita hadapi dan untuk merancakkan semula ekonomi negara, kementerian saya juga bersedia untuk mengkaji semula dasar-dasar tersebut sekiranya mendapat keperluan. Yang Berhormat Bakri mohon supaya kerajaan memastikan penganugerahan jana kuasa bebas (IPP) adalah telus dan melalui tender terbuka. Mengenai saranan Yang Berhormat ini, saya pasti Yang Berhormat sebagai mantan Menteri juga tahu bahawa loji jana kuasa baharu di Semenanjung hanya diperlukan pada tahun 2029. Sudah tentu masih terlalu awal untuk kita tentukan mekanismenya. Apa yang penting, saya hendak sebut di sini bahawa apa juga yang kita akan lakukan nanti mekanismenya nanti ialah yang terbaik, kepentingan rakyat dan negara dan kita akan tentukan keupayaan memberi kos yang paling minimum pada sistem bekalan elektrik negara.
Minta penjelasan. Adakah kerajaan komited untuk tender terbuka untuk IPP ini?
Saya sebut tadi bahawa terlalu awal dan apa yang penting ialah kita akan pastikan bahawa mekanisme yang kita akan tentukan ialah yang terbaik dan menjaga rakyat dan negara.
Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa cara dan mekanisme terbaik adalah tender terbuka?
Saya sebut secara umum tadi dan saya rasa Yang Berhormat faham apa saya maksudkan dan saya sebut tadi bahawa masih terlalu awal lagi untuk kita tentukan mekanismenya. Saya ada banyak soalan yang berkaitan dengan Yang Berhormat. Satu-satu...
Yang Berhormat Menteri, mencelah sedikit.
Kalau tidak kita debat isu ini sahaja, 16 minit lagi satu soalan sahaja saya jawab. Sekejap ya.
Sikit tambah sahaja.
Boleh, boleh.
Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, saya masih lagi tidak dapat jawapan yang tepat. Saya bertanya dalam pertanyaan saya fasal LSS3 ini. Kita tahu bahawa LSS3 ini sebanyak lima buah syarikat telah ditawarkan. Ditawarkan melalui tender, kompetitif tender. Sebut harga perolehan, yang mana saya difahamkan hari ini daripada lima buah syarikat yang ditawarkan itu, empat itu adalah daripada syarikat asing yang tidak mempunyai pemilikan daripada segi pegangan sahamnya milik Malaysia. Ia dijual pada negara asing. Ini berlaku semasa kerajaan dahulu. Mohon Yang Berhormat Menteri menjawab secara jelas bahawa ini menjadikan sesesuatu perkara yang tidak tepat sepertimana mereka uar-uarkan tender terbukalah, apa lah tetapi sebaliknya bila mereka menjadi kerajaan, empat tender dari luar telah diperoleh pada negara luar. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Yang Berhormat...
Saya hendak- ya, saya boleh tambah sedikit sahaja sebelum Yang Berhormat Menteri jawab.
...Sekejap-sekejap. Yang Berhormat tanya saya. Dia tanya saya, saya jawablah.
Saya boleh tambah sedikit sebelum Yang Berhormat Menteri boleh jawab. Satu...
Yang Berhormat, this is my floor. Nanti dahulu... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Bakri, ini bukan sesi perbahasan. Ini bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri jawab.
...Sebab fakta yang- bukan.
Yang Berhormat, bagi peluang saya jawab.
Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol adalah salah.
Nanti. Yang Berhormat, this is my floor. Biar saya jawab.
Ya, okey.
Nanti saya bagi peluang Yang Berhormat.
Dia akan bagi peluang.
Yang Berhormat Menteri perlu berani untuk saya...
Sekejap, sekejap.
Bagi Yang Berhormat Menteri jawablah. Tidak apa. Ini Menteri lama tidak boleh pakai. Yang Berhormat Menteri baharu kita pakai.
Tunggu, tunggu, tunggu.
So, saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri jawab. Selepas itu, boleh bagi saya untuk pencelahan supaya kita berbahas.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Ini bukan waktu berbahas Tuan Yang di-Pertua. Ini sesi saya jawab.
Ya, Yang Berhormat Menteri menjawab.
Akan tetapi, ini masa di mana Yang Berhormat Menteri jawab.
Saya rasa masa Yang Berhormat Menteri jadi Menteri dahulu, saya tidak tanya macam itu pun... [Menunjuk kepada Yang Berhormat Bakri]
Yang Berhormat Menteri kena jawab. Sila Yang Berhormat Menteri.
You bagi saya jawab dahulu apa yang sahabat saya tanya. Walaupun dia tidak berkaitan dengan ini. Oleh sebab itu saya sebut tadi bahawa keutamaan kerajaan hari ini ialah rakyat dan negara. Beri peluang pada rakyat untuk pembangunan negara. Itu adalah contoh yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi bahawa- sekejap, sekejap.
Saya bagi pencelahan sedikit.
Nanti dahulu.
Yakni yang contoh itu.
Nanti dahulu...
[Dewan riuh]
Saya tidak nafikan dan saya telah pun jawab dalam jawapan lisan saya sebelum ini. Memang benar bahawa dalam LSS3 kerajaan dahulu memberi peluang kepada lima buah syarikat. Empat buah syarikat ialah syarikat luar negara, dari Jerman, Perancis dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa kerajaan dahulu tidak utamakan rakyat dari negara ini. Itu sahaja jawapan saya... [Tepuk] Yang Berhormat, saya hendak teruskan. Jawapan ada banyak lagi. Nanti, nanti. Nanti, ada lagi.
Saya hendak bagi pencelahan sedikit. Ini bukan fakta.
Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, bagi saya peluang teruskan.
Saya hendak bagi pencelahan sedikit, Tuan Yang di-Pertua.
Baik.
Ini, Tuan Yang di-Pertua, ini bermaksud bahawa Yang Berhormat Menteri tidak berani untuk berbahas dengan mantan Menteri.
Saya terus. Yang Berhormat Bakri memohon...
Kita pakai Yang Berhormat Menteri baharu.
Ini, saya hendak jawab fasal nuklear. Fasal nuklear. You tanya fasal nuklear ini. Saya hendak jawab nuklear.
No, no.
Itu cukup. Itu sudah jawab dahulu.
No. Tentang LSS. Tuan Yang di-Pertua...
Cukup, cukup.
Sekejap. Sekejap. Yang Berhormat Bakri.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab. Saya tidak bagi peluang.
Yang Berhormat Bakri. Ini sesi Yang Berhormat Menteri.
Bukan tidak bagi...
Kalau dia tidak berani untuk saya menjawab balik, itu bermaksud bahawa niat dia tidak betul. Kalau saya diberi peluang... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Bakri, ini sesi floor Yang Berhormat Menteri. You must get kebenaran daripada Yang Berhormat Menteri yang menjawab. Harap Yang Berhormat Menteri bagi ruang lagi. Baik.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri sekarang tidak berani untuk bagi masa saya membuat... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Sekarang ini floor Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri teruskan balik.
Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor tenaga ini hampir semuanya soalan daripada Yang Berhormat Bakri. Saya hendak jawab satu-satu.
No, bukan. Tuan Yang di-Pertua, jika Yang Berhormat Menteri... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Saya tidak benarkan. Saya benarkan kepada Yang Berhormat Menteri. This is Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Ini bermaksud bahawa Yang Berhormat Menteri boleh jawab dengan baca teks sahaja. Boleh tidak saya bagi pencelahan untuk LSS ini?
Yang Berhormat Bakri mohon supaya... Tuan Yang di-Pertua, saya...
Tuan Yang di-Pertua, saya keliru dengan jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya hendak dengar penjelasan... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Baik. Kita dengar Yang Berhormat Menteri bagi ulasan. Sila.
Akan tetapi, apabila jawapan tidak betul. Saya hendak buat penjelasan dan pencelahan.
Banyak-banyak soalan. Pohon supaya... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Bakri, sekarang sesi-sesi Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri harap boleh bagi peluang kemudian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.
Adakah Tuan Yang di-Pertua berat sebelah?...
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, sila beri peluang kepada Yang Berhormat Bakri.
Di mana Yang Berhormat Menteri tidak berani untuk menjawab.
Tuan, Kita hendak dengar. Dewan ini ingin mendengar...
Yang Berhormat Menteri sepatutnya berbahas.
Yang Berhormat...
Sepatutnya memberi sebab-sebab...
Yang Berhormat... [Rakaman kurang jelas] projek pembangunan...
Dan fakta yang betul supaya kita boleh bahas.
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya di sini.
Ada dua soalan sahaja.
Saya hendak jawab nuklear, nuklear. Itu sudah. Cukup, cukup.
Tentang dengan alasan- saya ada dua soalan sahaja. Satu...
Yang Berhormat saya hendak jawab nuklear pula. Yang Berhormat tanya nuklear...
Ya, you tengok. Tuan Yang di-Pertua, adakah ini adil?
Cukup, cukup. Saya ada 10 minit.
...yang mana apabila mereka hendak menuduh kita. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Saya seadilnya, ini floor Yang Berhormat Menteri. Saya sebut nanti Yang Berhormat Menteri beri peluang juga kepada Yang Berhormat yang lain untuk bercakap.
Ya itu, kita tidak ada floor dan ruang untuk bahas balik...
Tuan Yang di-Pertua, saya ada lebih 10 minit lagi.
...Untuk membuat pencelahan dan membetulkan atau membahaskan tentang apakah yang paling penting untuk rakyat. Apa yang lebih penting untuk rakyat adalah levelized cost of electricity…
Tunggu dahulu, tunggu dahulu. Saya akan bagi. Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu peraturan kah ini? Yang Berhormat tahu peraturan tak?
...Di mana persaingan yang paling tinggi...
Tuan Yang di-Pertua. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Bakri, bukan cara begini cara kita berbahas. Ikut peraturan, saya kata Yang Berhormat Menteri bagi jawapan kemudian Yang Berhormat Menteri bagi ruang kepada Ahli Yang Berhormat untuk juga mengemukakan soalan. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah tidak adil.
Tuan Yang di-Pertua, mohon saya hendak jawab banyak soalan Yang Berhormat Bakri ini Tuan Yang di-Pertua. Bagi peluang saya jawab.
Sila.
Saya ada lebih separuh lagi, waktu ada 10 minit sahaja.
Ada 10 minit.
Kalau tidak nanti saya akan bagi secara bertulis... [Disampuk]
[Bangun] Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat...
Tuan Yang di-Pertua...
...Peraturan mesyuarat, Puncak Borneo.
Teruskan, teruskan.
Saya hendak bangkitkan P.M. 36(6), di mana saya minta Yang Berhormat Bakri untuk tarik balik perkataan, ‘Tuan Yang di-Pertua berat sebelah’ sebab ini tuduhan jahat dan berniat untuk memandang rendah kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Baik.
Setuju, setuju.
Saya hendak kata ini, saya akan tarik balik jika saya diberi peluang ataupun ruang untuk membahaskan ataupun membalas apa yang kenyataan oleh Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Menteri...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Bakri, saya seadilnya di sini. Saya kata, ini adalah floor Yang Berhormat Menteri. Saya kata nanti you akan ada diberi peluang kepada Yang Berhormat Bakri juga untuk bercakap. Seadilnya...
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tidak tarik balik pun Tuan Yang di-Pertua?
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan ini.
Sila, teruskan.
Yang Berhormat Bakri juga mohon supaya kerajaan tidak mengembalikan projek pembangunan tenaga nuklear yang telah dibatalkan sebelum ini. Saya hendak maklumkan bahawa, kerajaan tidak bercadang untuk membangunkan sebarang loji jana kuasa dan nuklear di Malaysia buat masa ini kerana sumber tenaga sedia ada mampu menyediakan bekalan elektrik yang berdaya maju dengan kos yang berpatutan kepada rakyat. Maknanya, apa juga Yang Berhormat buat yang baik kita teruskan. Itu bukti kerajaan ini sangat telus. Yang Berhormat Bakri juga mohon supaya kerajaan meneruskan usaha untuk menuntut kembali tunggakan IPP untuk membayar sebahagian peratusan pendapatan syarikat ke Akaun Industri Bekalan Elektrik (AAIBE). Untuk makluman Yang Berhormat, Akaun Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) ini diwujudkan oleh kerajaan terdahulu iaitu pada 1 Januari 1997. Berikutan pertukaran kerajaan dan penyusunan semula fungsi-fungsi kementerian pada Mac 2020 lalu, urusan kutipan sumbangan daripada penjana bebas kepada Akuan Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) telah mengalami sedikit gangguan, termasuk kutipan semula tunggakan bayaran oleh penjana bebas. Walau bagaimanapun, mulai Julai 2020, penjana-penjana bebas telah mula melaksanakan pembayaran tunggakan kepada akaun ini dan kementerian akan membuat pemantauan berterusan untuk memastikan pembayaran sumbangan tertunggak dikutip sepenuhnya. Yang Berhormat Bakri juga mohon supaya kerajaan meneruskan pembekalan elektrik kepada sejumlah 13 buah perkampungan Orang Asli di kampung yang mana peruntukan daripada akaun ini telah pun diluluskan. Yang Berhormat saya cukup baik hati, saya teruskan projek ini. Jadi, nanti dulu sekejap...
Terima kasih, saya hanya hendak kata terima kasih sahaja.
Kementerian...
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sekali saya hendak mengulang Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa Ahli lain”.
[Menyampuk]
Dia menuduh terus kepada Tuan Yang di- Pertua sangkaan ‘berat sebelah’ tadi perkataannya. Saya minta tarik balik kalau tidak kita nampak ini satu penghinaan kepada institusi Parlimen kita.
Dia tidak kata.
Sangkaan jahat tadi, Peraturan Mesyuarat 36(6). Perkataan ‘berat sebelah’.
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Bakri telah ada dua peraturan mesyuarat. Tadi Yang Berhormat Bakri menyebut ‘berat sebelah’. Boleh Yang Berhormat Bakri mengaku dan sekiranya benar minta tarik balik.
Saya hanya akan tarik balik apabila saya ada peluang untuk pencelahan.
Saya minta tarik balik...
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua perlu adil apabila... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Sudah. Saya sudah kira sudah 10 kali- Yang Berhormat Bakri, ikut peraturan sesiapa yang hendak bangkit kena dapat permission daripada Tuan Yang di-Pertua. You have not done so. Saya minta tarik balik Yang Berhormat Bakri.
Tarik balik, ‘berat sebelah’ atau tarik balik tidak boleh cakap apa-apa?
Tarik balik tuduhan mengatakan Tuan Yang di-Pertua tadi berat sebelah.
Saya akan tarik balik apabila saya rasa Tuan Yang di-Pertua adalah adil. Sudah tidak ada masa, saya cadangkan untuk teruskan... [Dewan riuh]
Kita tidak benarkan... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Bakri saya minta perkataan, “Saya tarik balik ayat tersebut”. Sila. Yang Berhormat Bakri, you kata tadi saya berat sebelah.
Tuan Yang di-Pertua, ini sifat... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tidak, saya tidak bercakap kepada you. Saya bercakap- urusan ini belum selesai lagi.
Tuan Yang di-Pertua, I can only say respect is earned...
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Bakri, saya minta tarik balik ayat itu. Sudah ada dua tadi cadangan untuk tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya hendak kata, dan bukan secara...
[Dewan riuh]
Respect should be earned by yourself [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Bakri...
Apabila perkataan...
Tarik balik perkataan berat sebelah- “Tuan Yang di-Pertua berat sebelah”, tarik balik.
Duduklah.
Saya bagi warning sekali.
...Dan berasa tidak adil. Semua orang... [Pembesar suara dimatikan]
Minta tarik balik ayat tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, jika Tuan Yang di-Pertua adalah adil biarkan dihabiskan dan biarkan saya pencelahan. Lepas itu saya akan tarik balik.
Tarik balik Speaker.
Saya telah cakap tadi. Saya minta tadi ini sesi Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri akan minta untuk beri peluang. Itu ayat yang adil Yang Berhormat Bakri. Saya minta Yang Berhormat Bakri tarik balik kalau tidak saya akan minta Bentara untuk jalankan tugas.
Jalankan tugas Bentara.
Tarik balik.
Keluarlah keluar. Buang masa.
Dengan izin, you have been standing there without my permission untuk you bercakap. Minta tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua, kalau hendak orang hormat anda- Tuan Yang di-Pertua, kalau nak orang hormat, kalau nak orang rasa anda adalah adil, Tuan Yang di-Pertua adalah adil. Maka, kenalah...
Tuan Yang di-Pertua, point of order. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Saya bagi warning kedua untuk tarik balik ayat Tuan Yang di-Pertua berat sebelah.
Ini buli wanita.
Tuan Yang di-Pertua, ini cabar Tuan Yang di-Pertua ini.
Tidak, tidak. Saya tidak buli.
Duduklah, duduklah.
Tuan Yang di-Pertua saya kata, kalau Tuan Yang di-Pertua bagi ruang untuk Bakri...
Tuan Yang di-Pertua bagi Yang Berhormat Menteri jawab dulu. Lepas itu bagi- kita tengoklah macam mana. Tidak payah hendak panaskan keadaan.
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 36(6). Kalau boleh saya tambah memandangkan tadi Ahli Parlimen Jempol ada bawakan sedikit tanggapan negatif kepada mantan Yang Berhormat Menteri. Maka, sekarang kita berhadapan dengan dua dakwaan iaitu, satu apa yang disebut terhadap Tuan Yang di-Pertua. Ya saya hormati pandangan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, pada masa yang sama sudah tentulah mantan Yang Berhormat Menteri merasakan kalau boleh diberi ruang untuk menjawab apakah dakwaan yang dibawa oleh Yang Berhormat Jempol tadi. Saya faham Tuan Yang di-Pertua, floor nya Yang Berhormat Lenggong.
Betul.
...Hanya pandangan saya kalau boleh kedua-duanya di bawah juga rangkuman Point of Order 36 (6)…
Tidak setuju, Tuan Yang di-Pertua,
Saya tengah bercakap dengan Tuan Yang di-Pertua, harap hormat.
Yang lain minta duduk dulu.
Yang Berhormat Menteri duduk.
Jadi, kalau dirangkumkan di bawah P.M.36(6), mungkin terbaik satu permohonan maaf dan keduanya ruang supaya Yang Berhormat Bakri boleh menjawab atas dakwaan P.M.36(6) itu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bercakap sedikit.
Tidak saya tidak benarkan. Yang Berhormat Bakri, ayat tersebut kata saya berat sebelah. Lagipun, tadi pun telah dua Ahli Yang Berhormat telah bangun. Ini kali ketiga saya minta ‘minta maaf’ dan saya hendak minta nanti Yang Berhormat Menteri untuk respons untuk bagi peluang kepada Yang Berhormat Bakri untuk menjawab persoalan Yang Berhormat Bakri.
Tuan Yang di-Pertua, jika boleh mohon memanjangkan masa sebab kita hendak tengok balik- panjangkan masa...
Betul, you are running away from the subject matter.
...dan bagi peluang untuk dia jawab saya, selepas itu saya jawab balik. Saya akan tarik balik.
Yang Berhormat Bakri saya minta ditarik balik. Ini warning kali ketiga. Saya minta you tarik balik tanpa ada syarat.
Tanpa syarat? Saya tarik balik Tuan Yang di-Pertua tapi mohon Tuan Yang di-Pertua kalau adil bagi masa lebih panjang daripada- supaya saya boleh...
Syarat itu saya tidak boleh bagi. Saya tetap selama 45 minit, mungkin akan lebih masa sedikit. Akan tetapi...
Saya kena ada ruang untuk jawab Tuan Yang di- Pertua.
You sudah tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua, itu... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Baik, sekarang saya minta terus. You sudah tarik balik, saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan memberi jawapan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa saya banyak lagi jawapan-jawapan yang saya mungkin tidak sempat jawab. Jikalau saya tidak sempat jawab, saya akan bagi jawapan secara bertulis. Cuma saya hendak sambung tadi, sebanyak 13 buah perkampungan Orang Asli di kampung di mana peruntukan telah... [Disampuk] ...Pun diluluskan melalui akaun AAIBE. Kementerian juga seperti saya sebutkan tadi, meneruskan pelaksanaan tiga projek rintis mini hidro untuk pembekalan elektrik kepada 13 buah kampung di Pos Lenjang, Pos Lemoi dan Pos Titom...
[Dewan tepuk]
Apa yang diluluskan oleh AAIBE untuk mengkaji model terbaik dalam menyediakan bekalan elektrik kepada perkampungan Orang Asli. Hasil daripada pelaksanaan projek-projek rintis ini, kita akan kongsikan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang sebenarnya bertanggungjawab dalam menyediakan bekalan elektrik di perkampungan Orang Asli supaya kaedah yang sama diguna pakai dan memberi kebaikan kepada masyarakat Orang Asli. Berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Bakri yang memohon supaya kerajaan meneruskan pelaksanaan– boleh saya sambung sedikit lagi Tuan Yang di- Pertua?
Saya beri selama lima minit.
Lima minit. Berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Batu Sapi, yang memohon supaya kerajaan menjelaskan status– Yang Berhormat Batu Sapi ada di dalam Dewan kah? Jikalau tidak ada, saya beri jawapan bertulis. Yang Berhormat Bagan pun saya bagi jawapan bertulis. Berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat Bakri, banyak sungguh Yang Berhormat Bakri tanya ini. Jangan bimbang, yang baik kita teruskan, yang tidak baik kita batal. Memohon supaya kerajaan meningkatkan tenaga boleh baharu (TBB) dalam campuran elektrik ke-20 peratus menjelang tahun 2025 tidak termasuk penjanaan hidro besar yang melebihi 100 megawatt. Kerajaan kini memberi tumpuan Tuan Yang di-Pertua, kepada pembangunan tenaga boleh baharu yang bukan sahaja dapat memastikan kelestarian pembekalan tenaga elektrik, malah dapat membuka peluang pelaburan dalam bidang solar kepada syarikat-syarikat tempatan, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu serta membantu merancakkan ekonomi baharu. Untuk itu, kerajaan akan menetapkan sasaran baharu bagi tenaga boleh baharu menjelang tahun 2025 yang turut mengambil kira hidro berskala besar. Sasaran yang ditetapkan ini adalah lebih realistik, bersifat inklusif serta meletakkan Malaysia seiring dengan negara-negara lain dengan mengklasifikasikan semua tenaga hidro sebagai sumber tenaga boleh baharu. Langkah ini juga selari dengan tarif TBB yang diguna pakai di peringkat antarabangsa serta tidak lagi meminggirkan sumbangan TBB di Sarawak yang sebahagian besarnya adalah daripada sumber hidro berskala besar. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bakri juga bertanya berkaitan dengan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga supaya boleh dibentangkan pada akhir tahun ini. Saya ingin sebut bahawa proses memuktamadkan rang undang- undang (RUU) berkaitan kecekapan dan konservasi tenaga ini iaitu peruntukan kerajaan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2020- oleh sebab kita berhadapan dengan isu COVID-19 baru-baru ini, maka usaha-usaha mempercepatkan rang undang- undang ini sedikit tergendala. Maka, kementerian sedang juga untuk menambah baik rang undang-undang EECA ini sebelum kita muktamadkan untuk semakan Jabatan Peguam Negara...
Apakah timeline?
...Sebelum kita bawa ke pertimbangan Jemaah Menteri dan insya-Allah kita akan bentang pada suku tahun ketiga tahun hadapan.
Sila Yang Berhormat Bakri. You hendak mencelah? Okey, teruskan.
Seterusnya, saya ingin menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sibuti. Ada ya?
Ada.
Yang memohon supaya kerajaan...
Tuan Yang di-Pertua.
...Mengiktiraf Hidrogen Hijau- Green Hydrogen sebagai salah satu polisi dan juga dasar kepada kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengalu-alukan cadangan daripada mana-mana pihak yang berminat untuk meneroka potensi sumber tenaga boleh baharu atau sumber tenaga baharu termasuk Hidrogen Hijau selagi ia dapat memberi jaminan bekalan tenaga yang boleh harap dengan kos yang berpatutan supaya tidak membebankan pengguna elektrik di negara ini. Saya percaya Yang Berhormat boleh cadangkan dalam SEDA. Yang Berhormat Pengerusikan?
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh minta ruang...
Yang Berhormat Menteri, saya ingin hendak mencelah sedikit tentang pengiktirafan hidro mega, bilakah kerajaan bercadang untuk mengiktiraf bigger hydro ini sebagai a part of renewable energy definition di bawah Kerajaan Persekutuan?
Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Saya sebutkan tadi ini cadangan yang cukup baik. Yang Berhormat boleh kemukakan cadangan, bawa dalam SEDA, bincang dan kita lihat jika ia baik untuk negara, kita boleh pertimbangkan untuk dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bakri hendak mencelah.
Boleh atau tidak Tuan Yang di-Pertua saya mencelah?
Saya...
Semangat keadilan Tuan Yang di-Pertua.
Last, okey. Saya hendak gulung sudah.
Sila Yang Berhormat Bakri. Boleh.
Saya hendak katakan di sini bahawa LSS1, 2 dan 3. LSS3 dibuka, tender terbuka pada zaman pentadbiran Pakatan Harapan. Saya dengar ada Yang Berhormat Menteri dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat di sana yang katakan banyak di antaranya yang menang syarikat asing. Akan tetapi syarat-syarat untuk LSS3 adalah engineering and commissioning must be 100 peratus orang tempatan dan juga 51 peratus mesti syarikat tempatan. Apakah tujuan dan objektif di mana kita membuat tender antarabangsa? Ada banyak procurement process di kerajaan. Memang procurement adalah tender terbuka antarabangsa iaitu kerana kita hendak menurunkan harga, levelized cost of electricity (LCOE). Jika Yang Berhormat Menteri faham, LCOE akan menjejaskan tarif pengguna. Kalau kita ada persaingan yang tinggi, maka tarif pengguna akan rendah. Itu adalah kerana objektif kita bukan sahaja untuk meningkatkan tenaga boleh baharu, tetapi juga untuk meminimumkan tarif pengguna elektrik.
Sila beri soalan sahaja.
Saya memang faham bahawa LSS4 adalah untuk syarikat-syarikat tempatan. Ini memang rancangan kita untuk Pakej Rangsangan Ekonomi kerana ia ada dua objektif. Satu objektif adalah untuk meningkatkan tenaga boleh baharu. Objektif kedua adalah untuk syarikat tempatan. Akan tetapi, apa yang saya akan katakan ialah polisi ini mungkin akan meningkat LCOE tender tersebut.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Bakri.
Oleh itu, saya hendak katakan di sini, orang– Yang Berhormat Jempol bukan satu kali dia kata, ini adalah buka Yang Berhormat Menteri- Sebab LCOE itu penting untuk pengguna-pengguna elektrik. Jika kita ada tender terbuka antarabangsa, pengguna elektrik dapat yang terbaik. Ini niat kita. Niat kita...
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Bakri.
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Bakri, sudah cukup. Baik.
Tuan Yang di-Pertua...
Cukup Yang Berhormat Bakri, cukup. Saya serahkan balik kepada Yang Berhormat Menteri.
LSS4 memang Pakej Rangsangan objektif...
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat, cukup, cukup, cukup, cukup...
Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri...
Siapakah yang bagi ucapan ini?
Yang Berhormat, sudahlah itu.
Yang Berhormat Bakri, ini bukan sesi cadangan daripada you, tetapi...
Tuan Yang di-Pertua, satu minit sahaja. Satu minit.
Tidak ada, tidak ada. Saya hendak menggulung. Saya hendak gulung. Saya nak gulung. Yang Berhormat, cukup, cukup...
Satu minit. Saya berharap... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Saya terpaksa off kan mike sebab masa sudah terlalu berlebihan.
Saya berharap bahawa...
Tuan Yang di-Pertua- Cukup itu. Sudah, sudah...
Yang Berhormat Menteri jangan sekali-sekala. Keep on talking about tender terbuka. Tender terbuka antarabangsa...
Yang Berhormat, bagi peluang saya bercakap...
Dia adalah untuk pengguna elektrik...
Banyak lagi saya hendak jawab ini.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Bakri.
Oleh itu, saya... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Bakri, enough. Baik, terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sekejap sahaja.
Tidak, tidak. Saya membenarkan untuk Yang Berhormat Menteri untuk merumuskan.
Kementerian yang saya pimpin hari ini cukup yakin tentang keupayaan syarikat tempatan... [Tepuk]
Kita pun yakin juga.
Beza dengan Yang Berhormat Bakri yang tidak yakin dengan syarikat tempatan.
Kita yakin. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya...
Jika kita beri peluang syarikat tempatan berlari di padang yang sama...
Tuan Yang di-Pertua, yang manakah satu Menteri ini?
Yang Berhormat, saya cukup yakin kita juga boleh mencapai...
Yang Berhormat Menteri, manakah satu Menteri?
...Mencapai apa juga yang ditawarkan oleh syarikat antarabangsa. Apa yang penting, apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Jempol tadi betul, memang syarikat luar diberi peluang dan kita harap LSS4 ini syarikat tempatan diberi peluang, mereka hebat, mereka boleh terbang ke luar negara untuk bekerja di peringkat antarabangsa...
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak satu...
Tuan Yang di-Pertua...
Tinggal 10 saat sahaja. Memang rancangan kita, LSS4 untuk pakej rangsangan...
Cukup, cukup. Tuan Yang di-Pertua... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Baik, baik. Saya tidak benarkan untuk bercakap kecuali...
Tuan Yang di-Pertua, ini memang niat, kalau itu bukan niat jahat, daripada sebelah sana. Cuma 10 saat sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak gulung, Tuan Yang di-Pertua. Sikit sahaja. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Saya tidak benarkan kerana ini floor Yang Berhormat Menteri. I have given much of the time to you. Sila.
Saya bagi pihak kementerian mengucapkan banyak terima kasih atas penglibatan pelbagai Ahli Dewan Rakyat yang bercakap tentang kementerian ini. Saya percaya itu bukti bahawa kementerian ini penting untuk negara. Saya rasa itulah sahaja penjelasan yang saya dapat berikan kepada mana- mana soalan yang ditanya. Manakala yang tidak dapat saya jawab, saya akan berikan secara bertulis.
Secara bertulis.
Saya harap jawapan ini sudah menjawab semua persoalan yang dibangkitkan. Terima kasih banyak-banyak. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat... [Tepuk] Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab perbahasan selama 45 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Titah Diraja 2020 ini. Terlebih dahulu, bagi pihak seluruh warga Kementerian Luar Negeri, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Batu kerana mengambil berat isu-isu yang berkait rapat dengan Kementerian Luar Negeri sewaktu membahaskan Titah Diraja.
Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Jerantut membangkitkan persoalan mengenai usaha yang telah dan akan dilaksanakan Kementerian Luar Negeri bagi mendepani landskap baru dunia pasca pandemik COVID-19. Untuk makluman Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Jerantut, antara prioriti pertama saya sebaik dilantik Menteri Luar Negeri mengenal pasti negara-negara yang mencatatkan bilangan kes yang tinggi bagi COVID-19. Pada ketika itu, Daerah Wuhan di China, negara Itali dan Iran mencatatkan bilangan kes yang amat tinggi. Maka, perkara yang paling penting ketika itu adalah bagaimana untuk memastikan rakyat Malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin. Justeru, kerajaan memutuskan untuk membawa mereka pulang serta-merta menerusi Misi Repatriasi yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Namun, ada petugas-petugas Kementerian Luar Negeri yang memilih untuk kekal di negara-negara berkenaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Saya mengambil kesempatan hari ini untuk mengiktiraf dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang sanggup kekal di kawasan-kawasan yang memerlukan tanggungjawab dan juga peranan mereka. Petugas Kementerian Luar Negeri yang bertugas di seluruh dunia ini merupakan, dengan izin, frontliners Kementerian Luar Negeri yang mana mereka berperanan penting dalam usaha memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara dapat dijaga dengan sebaiknya. Atas dasar inilah kementerian Luar Negeri melaksanakan inisiatif baharu, dengan izin, Malaysia Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) bertujuan membekalkan petugas barisan hadapan Kementerian Luar Negeri di dalam dan di luar negara dengan peralatan perubatan yang mencukupi termasuk, dengan izin, face masks, gloves dan hand sanitizers. Ia penting bagi mengelakkan mereka dijangkiti COVID-19 semasa bertugas di negara dan di kawasan-kawasan berisiko tinggi. Alhamdulillah, sejak MDES dilancarkan, ratusan ribu peralatan perubatan telah diterima Kementerian Luar Negeri hasil sumbangan individu, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan juga daripada kerajaan-kerajaan luar negara. Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang ke inisiatif MDES ini. Saya beri jaminan kepada semua penyumbang bahawa peralatan dan kelengkapan perubatan COVID-19 tersebut telah sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukannya. Tuan Yang di-Pertua, seperti saya sebut pada awal tadi, pertimbangan saya dan kementerian adalah bagaimana untuk membawa lebih ramai rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara pulang ke tanah air pada ketika kita berhadapan dengan situasi yang cukup getir dan cukup mencabar akibat sekatan perjalanan dan penutupan sempadan oleh kebanyakan negara. Biarpun kita berhadapan situasi getir dan keadaan yang serba terhad, memandangkan ketika itu kerajaan juga bertungkus-lumus mengurus krisis COVID-19 di dalam negara termasuk menambah baik perkhidmatan kesihatan, membeli peralatan perubatan serta melaksanakan pakej rangsangan ekonomi, Kementerian Luar Negeri telah mengutamakan rakyat Malaysia di luar negara dan memastikan mereka diberi bantuan yang sebaiknya. Antara usaha terawal yang telah kita mengarahkan ialah satu pasukan khas, dengan izin, Task force COVID-19 Kementerian Luar Negeri ditubuhkan bagi meneliti secara terperinci perkembangan rakyat Malaysia di luar negara semasa krisis ini. Saya juga memutuskan agar Timbalan Menteri saya sendiri Yang Berhormat Bandar Tun Razak dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Task force COVID-19. Task force ini berfungsi melalui kerjasama perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara. Pelbagai agensi utama seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Imigresen Malaysia- sila, Yang Berhormat Jelebu.
Sila, Yang Berhormat Jelebu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Saya ingin penjelasan daripada kementerian tentang apa yang saya sebutkan dalam perbahasan saya. Pertamanya, apabila kementerian berusaha membawa semua rakyat Malaysia dari luar negara ke dalam negara hampir 24 ribu orang, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan yang lebih ke hadapan untuk membawa ramai lagi yang terkandas di luar negara yang mana mereka tidak boleh masuk ke dalam negara dalam tempoh COVID-19 ini? Itu yang pertama.
Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, kementerian seperti- saya teliti jawapan penggulungan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Selain daripada pembekalan mask, sanitizer ataupun peranti kesihatan kepada petugas-petugas frontliners kita, Yang Berhormat Menteri sudah mengiktiraf bahawa petugas luar negara kita adalah merupakan frontliners. Ada atau tidak imbalan ataupun pemberian khas daripada kerajaan kepada frontliners kita di luar negara berbanding dengan frontliners kita di dalam negara? Contohnya, kita ada special allowance kepada semua frontliners kita dalam negara tetapi bagaimana dengan frontliners kita di luar negara? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Perkara kedua yang dibangkitkan tidak ada Yang Berhormat Jelebu imbuhan atau allowance yang diberikan kepada frontliners Wisma Putra. Sebenarnya saya sebagai Menteri mereka cukup bangga dan kagum, tidak ada seorang pun minta tambahan kepada allowance masing-masing... [Tepuk] Bila Yang Berhormat Jelebu dan saya percaya mewakili ramai wakil-wakil rakyat di Dewan yang mulia ini, mengiktiraf peranan dan apa yang dilakukan oleh mereka, itulah pulangan imbuhan yang terbaik yang boleh diberikan kepada frontliners kita di Wisma Putra. Jadi dalam hal ini saya ucapkan terima kasih saya yang tidak terhingga bagi pihak warga Wisma Putra dan frontliners yang masih lagi berada di ground zero di negara-negara tertentu yang ada kaitan dengan soalan pertama tadi. Perancangan kita ke hadapan, seramai 25 ribu daripada 90 buah negara, kita sudah kembalikan ke tanah air. Akan tetapi ramai lagi rakyat kita yang kita tengah pantau di mana kita mengikut kategori-kategori tertentu. Seramai 194 mereka merupakan dalam kategori kritikal Yang Berhormat Jelebu. Daripada 194 ini, 191 datangnya daripada kluster jemaah tabligh yang berada di India. Nanti saya akan jawab isu yang berhubung kait dengan tabligh. Kategori kedua dan ketiga merupakan mereka...
[Bangun]
...Yang tidak kritikal tetapi terkandas...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Sekejap, jawab Yang Berhormat Jelebu dulu.
Okey.
...Yang terkandas dan ini banyak bergantung kepada negara-negara yang sekarang kita pantau daripada segi jumlah mereka yang terlibat di negara-negara yang agak kritikal. Ini saya sedang bekerjasama rapat dengan Menteri Pengajian Tinggi yang berada di dalam Dewan pada hari ini, memikirkan kedudukan pelajar-pelajar kita yang berada di negara-negara yang kita perlu memberi tumpuan. Sebagai contohnya, di Amerika Syarikat dan Rusia. Ini merupakan tindakan proaktif kita sekiranya keadaan bertambah buruk di negara-negara berkenaan, keputusan kementerian yang bertanggungjawab bekerjasama dengan Wisma Putra, kita akan gunakan SOP yang sama di peringkat awal tadi untuk membawa mereka kembali ke tanah air, insya-Allah.
Sila Yang Berhormat Gerik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut dapat membawa balik jemaah tabligh yang kita tahu di Malaysia ini COVID-19 jadi terlampau sukar kerana soal jemaah tabligh. Akan tetapi yang disebut di sini ialah Kementerian Luar Negeri melalui Yang Berhormat Menteri telah membantu membawa balik 115 orang jemaah tabligh dari negara India. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana membuat tindakan segera dan melegakan keluarga di sini.
Soalan saya, sehingga hari ini masih adakah lagi kumpulan jemaah tabligh di India? Ini kerana kita tahu kapal terbang tidak boleh terbang la ni. Kalau masih ada, apakah tindakan Kementerian Luar Negeri bagi membantu jemaah tabligh tadi? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat...
Gerik.
...Gerik. Saya tidak nafikan cabaran terbesar Kementerian Luar Negeri dalam usaha mengenal pasti dan membawa pulang rakyat Malaysia sepanjang krisis COVID-19 adalah untuk mengurus kepulangan jemaah tabligh rakyat Malaysia yang berada di India. Pada peringkat awal, jumlah yang terkandas sejak bulan Mac 2020 seramai 189 orang. Walau bagaimanapun, hasil usaha keras semua pihak, sehingga hari ini Kementerian Luar Negeri, sukacita saya maklumkan ke Dewan yang mulia telah berjaya membawa pulang 115 orang jemaah tabligh dari India. Perwakilan Malaysia di India akan terus menyelaras usaha bagi membawa pulang baki JT yang masih berada di India secara berperingkat-peringkat. Kembali kepada soalan Yang Berhormat, sehingga hari ini masih terdapat seramai 74 orang jemaah tabligh rakyat Malaysia yang masih berada di India. Daripada jumlah ini, seramai 13 orang berada di New Delhi dan masih menunggu pelepasan dan kebenaran pulang daripada Kerajaan India. Seramai 52 orang berada di beberapa buah wilayah di India dan sedang menjalani proses perundangan dan seramai sembilan yang lain masih berada di Calcutta dan menanti prosedur perundangan seterusnya. Atas usaha pelbagai pihak seramai 115JT yang telah pulang, saya memanjatkan rasa syukur, because- kerana bukan mudah untuk kita hendak menguruskan kepulangan mereka kerana mereka telah melanggar undang-undang dan peraturan negara India itu sendiri dan menyalahgunakan visa lawatan sosial mereka untuk membuat aktiviti keagamaan. Akan tetapi alhamdulillah kita mempunyai tekad, azam, komitmen, kesungguhan di mana khidmat guaman, kita telah membiayai penginapan mereka sepanjang mereka berada di India. Semua ini saya percaya merupakan tanggungjawab kerajaan dan kementerian untuk memastikan mereka yang berada dalam kategori yang kritikal tadi, dikembalikan ke tanah air secepat mungkin. Ini merupakan satu perkara yang saya cukup...
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya yakin keluarga-keluarga yang ada di sini amat berterima kasih kepada Menteri Luar Negeri kerana telah membantu perkara tersebut.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Mic, mic.
Mic.
Bukan saya sahaja Yang Berhormat tetapi ramai di Wisma Putra yang telah bertungkus-lumus memikirkan nasib mereka yang berada di India pada ketika itu. Kembali kepada soalan, apa yang telah kita lakukan semasa COVID-19. Saya sudah menyatakan bahawa frontliners kita tadi, tidak ada mendapat imbuhan dan mereka telah memilih secara sukarela berada di negara-negara yang berkenaan. Saya harap bahawa keadaan tidak bertambah rumit di negara-negara yang kita sedang pantau pada hari ini. Isu COVID-19 ini jauh daripada reda dan saya harap bahawa usaha kita di bawah task force yang dipimpin oleh Timbalan Menteri saya sendiri akan terus pantau keadaan dan kalau sekiranya perlu bersama-sama dengan agensi-agensi yang saya sebutkan tadi, saya harap dapat kita menggunakan SOP yang sedia untuk membawa mereka kembali. Akan tetapi untuk makluman Dewan dan untuk dibukukan dalam Hansard, setakat 5 Ogos 2020, kerajaan telah berjaya memudah urusan pulang lebih 25,849 orang rakyat Malaysia yang terkandas di 90 buah negara. Justeru, saya mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat mereka atas pengorbanan, bantuan dan sumbangan yang diberikan. Saya sudah sentuh berhubung kait dengan jemaah tabligh, sekarang ingin menyentuh mengenai pendekatan norma baharu Wisma Putra kerana COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang saya hormati, hubungan baik sesama negara luar tidak hanya terhad kepada soal pengurusan pandemik COVID-19. Sebaliknya, ia juga telah membuka ruang dan peluang kepada kepimpinan Kementerian Luar Negeri meneroka norma baharu. Misalnya, walaupun saya merupakan Menteri Luar Negeri yang sepatutnya ke luar negara untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan membina hubungan yang baharu, pandemik COVID-19 tidak mengizinkan. Menteri Luar Negeri yang tidak boleh keluar. Misalnya, walaupun kita terhad dalam berjumpa dan bermesyuarat secara langsung dengan rakan-rakan sejawatan dan mesyuarat-mesyuarat yang telah pun dijadualkan, tetapi kita terpaksa memilih pilihan- pilihan lain untuk melaksanakan tanggungjawab kita di Wisma Putra.
Kita perlu pada peringkat awal segera menyesuaikan diri dengan norma baru ini terutama manfaatkan teknologi seperti dengan izin video conferencing dan mesyuarat atas talian. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, sehingga hari ini kami telah berjaya mengadakan perbincangan atau mesyuarat dua hala dengan hampir 30 orang Menteri Luar dan menyertai mesyuarat secara atas talian. Seperti, dengan izin High-Level Video Conference on Belt and Road Forum for International Cooperation: Combating COVID-19 with Solidarity dengan China, Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN mengenai COVID-19, Mesyuarat Menteri Luar ASEAN dengan Rusia, Mesyuarat Menteri Luar ASEAN dengan Amerika Syarikat, Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-Australia yang dipengerusi bersama oleh Menteri Luar Australia, Marise Payne dan saya. Menerusi mesyuarat-mesyuarat ini Wisma Putra telah menyuarakan bagi pihak Malaysia agar semua negara khususnya di ASEAN mengutamakan pendekatan, dengan izin, speed, skill dan solidarity atau kebersamaan dalam usaha memerangi COVID-19 habis-habisan. Ini penting lebih-lebih ketika banyak negara sedang berlumba-lumba membangunkan vaksin bagi membolehkan masyarakat dunia kembali menjalani kehidupan seharian seperti sediakala. Selain itu, Malaysia turut menggesa semua ASEAN berganding bahu demi memastikan penyaluran rantaian bekalan tidak terjejas. Selain kepentingan kerjasama antara negara-negara ASEAN dan rakan-rakan dialog ASEAN dalam usaha penyelidikan COVID-19. Dalam pada itu, delegasi Malaysia yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menyertai beberapa sidang kemuncak. Ini termasuklah sidang kemuncak secara dalam talian bagi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) berhubung dengan COVID-19. Semasa sidang kemuncak tersebut, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyuarakan cadangan Malaysia yang mengetengahkan strategi 6R dalam menangani krisis COVID-19 iaitu dengan izin resolve, resilience, restart, recovery, revitalize and reform. Sidang kemuncak khas ASEAN mengenai COVID-19, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mencadangkan agar Menteri-menteri Ekonomi ASEAN merangka Pelan Pemulihan Ekonomi ASEAN, dengan izin, ASEAN Economic Recovery Plan bagi memulihkan ekonomi serantau. Pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri juga menjalinkan kerjasama dengan MOSTI atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan vaksin dan perubatan menerusi pendekatan diplomasi sains. Usaha ini penting bagi memastikan Malaysia diberi keutamaan atau dengan izin, first-mover advantage bagi mendapatkan vaksin dan ubat-ubatan berkenaan. Jaminan rantaian bekalan makanan dan pasaran minyak sawit, dalam mendepani landskap baru krisis COVID-19 ini kepentingan negara khususnya bekalan berkaitan dasar luar negara tidak hanya terhad kepada menangani krisis ini. Sebaliknya Kementerian Luar Negeri tetap bersifat proaktif dan sentiasa berusaha melaksanakan pendekatan yang memberikan manfaat kepada negara dan kepada rakyat kita. Ini termasuklah pertama, merancakkan semua ekonomi negara. Dalam hal ini Kementerian Luar Negeri memberi penekanan terhadap usaha memposisikan Malaysia dengan cara memanfaatkan hubungan yang kembali akrab dengan India dan China. Ini dalam konteks peningkatan jumlah eksport minyak sawit kita ke-dua-dua negara ini, sekali gus menguntungkan ekonomi negara dan seterusnya membawa manfaat kepada rakyat khususnya kepada peneroka-peneroka kita. Kedua, memandangkan krisis COVID-19 telah memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan, Kementerian Luar Negeri juga telah membantu mengenal pasti pasaran-pasaran baru untuk Malaysia dalam aspek bekalan makanan atau food security dengan izin.
Usaha ini sekali gus membuka peluang kepada ahli-ahli perniagaan di Malaysia, petani dan juga pedagang untuk meluaskan perniagaan mereka ke negara yang tidak pernah diterokai sebelum ini. Ketiga, berhubung pergerakan rakyat ke luar negara. Kementerian Luar Negeri mengetuai rundingan dalam usaha membuka semula sempadan dengan beberapa buah negara yang dikategorikan sebagai hijau COVID-19. Dengan objektif hendak merancakkan ekonomi kita, menggalakkan perkembangan industri pelancongan yang memperoleh manfaat dari sudut...
Yang Berhormat Menteri, Cameron Highlands mencelah.
Dengan izin, people-to-people consideration. Ingin saya jelaskan sekali lagi hari ini pembukaan sempadan yang dimaksudkan ini bukanlah pembukaan yang sepenuhnya. Sila Yang Berhormat Cameron Highlands.
Sila Yang Berhormat Cameron Highlands.
Yang Berhormat Menteri, dalam perbincangan dengan negara-negara, dalam perspektif dengan izin COVID-19 in terms of international relationship, are we only focused on one perspective, hanya satu perkara sahaja? Adakah kita lebih kepada berhubungan ini melibatkan pembangunan ekonomi kita untuk mapan lagi, only concerned on tourism for example? Sama ada kita lebih kepada admitting these people dalam at this country, other country in other selective manner? Pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Kita melihat kelebihan yang ada kepada beberapa buah negara ini banyak bergantung pada situasi Yang Berhormat. Bermakna bahawa apa yang kita bincangkan dengan Singapura berkisar kepada pekerja-pekerja kita dengan Singapura dan kita baru-baru ini telah mengumumkan dua kategori yang mungkin kita longgarkan mengikut SOP yang sedia ada. Dengan Australia kita sedang membincangkan kaedah di mana pelajar-pelajar kita dapat berada dalam green bubble ini. Dalam the green travel bubble ini supaya mereka boleh kembali ke universiti masing-masing dan pada yang sama University Australia yang ada cawangannya di Malaysia dapat memberi jaminan kepada kita bahawa daripada segi keselamatan dan SOP saringan yang ada dapat memastikan keselamatan anak-anak kita. Dengan Thailand pula, ia berkisar kepada keselamatan makanan tadi, food security. Di mana perjalanan lebihan makanan yang ada di Thailand dan di Malaysia seperti saya sebut melihat kepada pasaran-pasaran baru dan ini mungkin menjadi satu peluang keemasan, bukan sahaja untuk Malaysia tetapi 10 buah negara di ASEAN ini untuk mengambil kesempatan dan peluang daripada COVID-19. Daripada segi hubungan kita dengan Indonesia saya dapat kongsi dengan Dewan pada hari ini, ia berkisar kepada satu sektor yang khusus itu pun daripada segi geografinya, daripada segi destinasinya agak spesifik. Tidak ada sebab kalau kita dapat melancong di Langkawi, tidak ada sebab kita tidak boleh wujudkan a green bubble di antara Langkawi dengan Bali sebagai contoh. Akan tetapi ini peringkat awal lagi, masih lagi dalam perancangan tetapi secara proaktif kita kena memikirkan dari hari ini Yang Berhormat Cameron Highlands supaya apabila keadaan mengizinkan nanti, perjalanan di antara negara-negara jiran ini bersandarkan kepada sektor-sektor tertentu akan dapat kita laksanakan secepat mungkin.
Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Sila Yang Berhormat Jelebu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berhasrat hendak penjelasan Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri explain dalam soal sekuriti makanan tetapi Yang Berhormat Menteri kalau tak silap saya, saya masukkan dalam perbahasan saya bahawa Kementerian Luar mendapat sumbangan daripada UAE umpamanya RM7 juta barangan tentang peranti kesihatan, dapat daripada China, mask dan dapat daripada negara-negara lain.
Jadi, apa pandangan atau pendirian Kementerian Luar tentang komitmen kita, tanggungjawab kita untuk memastikan peranti kesihatan ini mask nya, glove nya, apa- apa yang berkaitan dengan peranti kesihatan untuk kita bersiap sedia bagi menghadapi suasana COVID-19 seperti COVID-19 ini. Minta penjelasan dan pendirian kerajaan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Saya lihat, selama 190 hari menerajui Wisma Putra, negara Malaysia masih lagi mendapat penghormatan dan juga pengiktirafan daripada negara-negara, yang hari ini terpaksa berhadapan dengan cabaran COVID-19, sama sahaja seperti kita. Itu satu. Kedua, landskap global kita pada hari ini, dengan izin, has a levelling effect, levelling of the playing field. Bermakna negara-negara kecil seperti UAE dan Malaysia mempunyai peluang untuk bersaing dengan negara yang jauh lebih besar daripada kita dan sekarang ini belenggu dengan masalah COVID-19, seperti Amerika Syarikat, Brazil, India dan Rusia. Ini kalau kita proaktif dan berfokus kepada sektor-sektor tertentu- soalan Yang Berhormat tadi cukup tepat sekali dan saya hanya memberi satu contoh yang mana makanan di Dubai, Abu Dhabi semuanya diimport. Sebanyak 95 peratus makanan diimport. Kalau sekiranya bekalan ayam ke Dubai- hari ini datangnya dari Brazil, supply chain itu sekarang ini tidak mampu dibekalkan oleh Brazil. Ini memberi peluang kepada kita di Malaysia untuk membekalkan ayam sahaja kepada UAE. Oleh sebab itu, apabila kita sudah wujudkan satu suasana kerjasama dan kepercayaan sesama kita kerana berhadapan dengan COVID-19 ini, saya tengok ia membuka peluang untuk kita menerokai bidang-bidang baharu dengan negara-negara yang sebelum ini mungkin kita tak pandang pun atau mereka tidak pandang kita pun. Ini kerana, ayam dari Brazil mungkin lebih murah daripada apa yang boleh dibekalkan oleh Malaysia. Akan tetapi, sekarang mereka tidak ada pilihan dan ini memberikan kita ruang untuk juga mempromosikan minyak masak sawit kita contohnya. Kalau dulu ada anti- sawit campaign dan sebagainya. Sekarang negara-negara berkenaan tidak ada masa lagi hendak buat kempen anti kepada sawit kerana hubungan kita yang telah kita perbaiki dalam masa terdekat ini dan juga negara-negara tertentu yang telah pun kita wujudkan hubungan yang lebih erat. Ia perlu diperluaskan kepada sektor-sektor lain termasuk juga pembekalan alat-alat yang diperlukan. Saya tidak mahu balik kepada awal-awal dahulu- nak cari ventilator, nak cari pembekal topeng muka- mask kita. Pada masa ketika itu, memang tidak ada pilihan. Kita terpaksa menagih ihsan. Akan tetapi, sekarang ini kita jauh ke hadapan memikirkan landskap baharu iaitu post-COVID-19 ini.
Yang Berhormat Menteri. Di sini Yang Berhormat Menteri. Saya ada satu soalan.
Sila, sila.
Ya terima kasih. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniahlah dalam masa 190 hari ini dengan pendekatan yang diambil oleh kementerian Yang Berhormat Menteri sendiri untuk membawa balik rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara itu adalah sesuatu yang sungguh memberangsangkan. Tahniah atas tugasan yang dilaksanakan. Pada masa yang sama, saya cuma ada dua persoalan. Saya lihat Yang Berhormat Menteri telah bekerja secara bertungkus-lumus untuk membina imej negara dengan negara-negara luar seperti Thailand, Singapura, India, China dan sebagainya. Saya ada dua persoalan. Satu, adakah Yang Berhormat Menteri- saya juga ingin merakamkan rasa hiba dan simpati tentang apa yang berlaku di Beirut, Lubnan. Soalan pertama saya adalah, adakah kementerian bercadang untuk menghantar apa-apa bantuan untuk mereka yang memerlukan bantuan di sana? Kedua, soalan yang penting juga, adakah tindakan pihak polis menyerbu Al-Jazeera akan sedikit sebanyak mencemarkan imej Malaysia dan merosakkan kerja baik yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat dan kementerian? Terima kasih.
Yang merupakan di bawah pemantauan kita dalam beberapa jam insiden berlaku. Yang saya amat syukur alhamdulillah dan kita telah pun membuat kenyataan tidak ada setakat ini yang kita tahu lah mana-mana rakyat Malaysia yang berada dalam keadaan yang cemas.
Daripada segi sumbangan, saya sudah minta Dewan ini berikan saya satu dua hari dan kita akan bawa balik ke Dewan ini bersandarkan kepada nasihat daripada warga kita dan juga daripada kerajaan di sana mengenai keperluan-keperluan yang boleh kita salurkan. Bukan sahaja daripada konteks kerajaan, tetapi saya tahu daripada rakyat Malaysia itu sendiri. Berikan saya satu dua hari ini untuk mendapatkan laporan yang sebenarnya on ground zero apa yang berlaku dan insya-Allah kita akan laporkan balik kepada Dewan ini apa agaknya sumbangan-sumbangan dan bantuan yang boleh kita salurkan ke Lubnan, insya-Allah.
Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian Yang Berhormat Menteri akan mengeluarkan apa-apa nasihat kepada rakyat Malaysia yang bercadang untuk pergi ke situ. Sama ada apa-apa nasihat atau larangan yang akan dikenakan bagi keselamatan mereka sendiri.
Insya-Allah malam ini kita akan dapat laporan terkini daripada wakil-wakil kita di sana dan apa nasihat yang kita berikan kita akan keluarkan dalam masa yang terdekat, insya-Allah.
Soalan kedua Yang Berhormat Menteri belum jawab lagi iaitu serbuan ke atas Al-Jazeera. Adakah ia akan sedikit sebanyak mencemarkan dan juga merosakkan kerja-kerja baik yang dilakukan Yang Berhormat Menteri dan kementerian? Saya lihat daripada dahulu lagi sejak bermula tugas, Yang Berhormat Menteri bekerja begitu kuat dan keras untuk membina imej negara. Tiba-tiba berlaku benda macam ini. Ia seolah-olah merosakkan semua kerja baik yang dilakukan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri dan kementerian. Boleh beri ulasan tentang perkara ini, pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Setakat hari ini, Wisma Putra belum menerima apa-apa laporan yang menunjukkan tindakan yang dilakukan terhadap Al- Jazeera menjejaskan hubungan kita dengan mana-mana negara. Tuan Yang di-Pertua...
[Ketawa]
Pembukaan sempadan Malaysia- Singapura- perkara yang saya sebutkan ini mempunyai kaitan dengan soalan Yang Berhormat Batu mengenai rundingan rentas sempadan Malaysia-Singapura. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, terdapat empat cadangan untuk pergerakan sempadan Malaysia-Singapura ini. Pertama, rentas sempadan atas urusan kerja rasmi. Kedua, ulang-alik secara berkala atas tujuan kerja. SOP untuk melaksanakan dua cadangan ini telah pun dimuktamadkan semasa pertemuan secara bersemuka saya dengan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan di Tambak Johor baru-baru ini. Ia menerusi dua inisiatif, dengan izin, Reciprocal Green Lane atau Laluan Hijau Timbal Balik dan Periodic Commuting Arrangement atau Peraturan Ulang Alik Berkala. Bagi cadangan ketiga iaitu rentas sempadan secara harian atas urusan kerja dan cadangan keempat iaitu buka sempadan sepenuhnya- seperti telah dimaklumkan, banyak yang masih diperhalusi oleh kedua-dua negara sebelum ia dapat dilaksanakan. Ini kerana, jumlah rakyat daripada kedua-dua buah negara ini yang melibatkan kategori ketiga dan keempat, jumlahnya besar. Selain Singapura, Malaysia juga merancang untuk membenarkan perjalanan di negara-negara hijau yang saya sebutkan tadi. Akan tetapi, rundingan dengan negara- negara ini masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan. Apa-apa keputusan bergantung pada SOP kesihatan yang akan dipersetujui kedua-dua negara seperti saringan perlu dibuat, tempoh kuarantin dan kaedah pelaksanaannya. Tuan Yang di-Pertua, King Salman Center for International Peace- izinkan saya jawab pertanyaan Yang Berhormat Pontian berkenaan kesan pembatalan penubuhan King Salman Center for International Peace di Malaysia terhadap hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi.
King Salman Center for International Peace (KSCIP) di Malaysia merupakan satu inisiatif ke arah pengukuhan hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi terutama dalam bidang keselamatan, dengan izin, counter-terrorism.
Malaysia adalah negara pertama yang dilawat oleh Raja Salman ketika baginda mengadakan lawatan ke Asia Tenggara dan telah diberi tawaran untuk pembinaan inisiatif sedemikian berbanding negara-negara lain yang dilawat. Ia suatu penghormatan dan pengiktirafan ke Malaysia. Namun, pembatalan KSCIP telah sedikit sebanyak memberi kesan terhadap hubungan dua buah negara ini. Bagaimanapun, hasil usaha dalam empat bulan terakhir ini, hubungan Malaysia dan Arab Saudi telah kembali erat. Untuk makluman Dewan yang mulia, keputusan sama ada mahu membuka dan meneruskan semula KSCIP atau tidak terletak pada pertimbangan Kementerian Pertahanan. Insya-Allah saya akan terus berbincang dengan Menteri Pertahanan yang juga Yang Berhormat Bera mengenai tindakan dan hala tuju ke hadapan berhubung kait dengan King Salman Center yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian. Sila, Yang Berhormat Gerik.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu, sejauh mana setakat ini bila berubahnya kerajaan, hubungan Malaysia dengan Yaman? Kalau ikut Menteri Pertahanan dahulu, sudah menarik keluar askar. Ini memberi kesan di peringkat antarabangsa. Minta komen daripada Yang Berhormat Menteri.
Kita tak hantar askar-askar kita ke Yaman. Apa yang telah kita posisikan, tentera kita ialah untuk repatriation, extradition mereka yang mungkin memerlukannya khususnya pelajar-pelajar yang berada di bumi Yaman. Apa yang dilakukan oleh pentadbiran terdahulu bukan sahaja silap daripada segi faktanya, tetapi membawa kesan kepada hubungan dua hala dengan Arab Saudi. Letak ke tepi King Salman Center, tetapi hendak menarik balik askar yang tidak berada di bumi Yaman ini pun tidak kena pada ketika itu. Ini terpaksa kita betulkan dalam masa 150 hari kita diberikan amanah untuk menerajui kerajaan pada hari ini.
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Sila, sila.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan pembinaan King Salman Center for International Peace, bukankah sedikit ironis memandangkan keadaan negara Yaman ini dengan missile, dengan pelancaran attacks daripada Saudi Arabia ke atas Yaman dan hajat mereka untuk membina peace centre memandangkan apa yang berlaku di Yaman sebelah negara mereka, the biggest casualty in the world, the biggest malnourishment of children in the world, berlaku di Yaman. Dalam pada itu, hasrat untuk membina peace centre ini saya rasa sedikit ironis. Sebuah negara yang masih bergelut dengan isu peperangan ataupun ancaman terhadap Yaman, tetapi mahu berunding ataupun bercakap mengenai isu keamanan. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?
Bukan isu keamanan. Isunya counter-terrorism. Kalau sekiranya ada pihak-pihak ketiga yang ingin bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk memerangi terrorism dan kita tidak terkecuali daripada terrorism di rantau kita. Yang Berhormat sudah lupa kah apa yang berlaku di Mindanao? ISIS yang bertapak di Selatan Filipina dan apa yang berlaku di negara-negara jiran. Tak perlu saya bincangkan rasional yang kita tengah bincang- telah pun persetujui dahulu kerana ia telah pun dibatalkan. Akan tetapi secara ringkasnya, dengan izin, it’s about the winnings of hearts and minds. Ini tidak boleh diperangi dengan secara hard way sahaja. Centre yang kita hendak wujudkan ini ialah bagaimana- bukan sahaja dengan negara Arab Saudi, tetapi dengan negara-negara Islam yang lain di mana Islamic terrorist telah pun hijack Islam itu sendiri dan imej Islam perlu dibetulkan. Ini tidak ada kaitan hubungan kita dengan Saudi sahaja, ini ada kaitan dengan kedudukan ummah dan imej Islam di kaca mata dunia. Itu harapan kita, tetapi ia sudah menjadi sejarah kerana keputusan telah dibuat bahawa centre ini tidak wujud lagi...
Yang Berhormat Menteri, maaf. Tuan Yang di-Pertua, sedikit pembetulan. Perhaps just untuk rekod dan makluman Dewan, maybe we should not say Islamic terrorist. There is no terrorism taught by any religion. So, these are terrorists instead of saying they are Islamic terrorists. Just to put on record. Terima kasih.
Okay, we can record it. Akan tetapi, bukan saya kata dia orang Islamic terrorists. Itu yang perkara yang dilabelkan...
Akan tetapi, Yang Berhormat cakap tadi. Yang Berhormat mungkin terlupa. Tadi Yang Berhormat gunakan istilah Islamic terrorists.
What I meant is that this is the image that some people has got about Islam.
Yes. You should never be put in the same sentences. Not Islam, not Christian, not Hindu, not Buddhist with the word terrorist.
I agree.
Terima kasih.
Tak jadi hal kerana terrorist itu terrorist juga, tak kira warna kulit, tak kira agama. Ini yang sedang kita laksanakan melalui King Salman Center. Jadi, kalau Yang Berhormat setuju bahawa ia merentasi warna kulit dan agama, kalau cadangan untuk menghidupkan semula King Salman Center ini, saya harap Yang Berhormat akan sokong dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada apa yang kita hendak laksanakan ini, insya-Allah.
Terima kasih. Masa sebenarnya saya tunggu, tetapi mungkin tak sempat. Namun, saya hendak mengulangi. Sebenarnya dalam senarai perbahasan Menteri yang disebut tadi, Jempol tertinggal. Mungkin confused Jempol dengan Jelebu. Saya ada bahas empat item dalam ini, sebut nama Jelebu. Jadi tidak mengapa, saya tidak kecil hati. Ini pegawai mungkin silaplah, jadi boleh tegur pegawai selepas ini Menteri. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana hasil rundingan diplomatik dengan Menteri Luar dalam mengusir kapal China daripada mengganggu Petronas di Arapaima dan juga Lala pada Mac yang lepas. Tahniah Yang Berhormat Menteri kerana jelas menunjukkan kuasa Malaysia sebagai pengantara untuk meredakan situasi yang sama pada masa ini iaitu ia berada pertikai antara kuasa-kuasa besar. Soalan saya, saya ingin tahu kepada Yang Berhormat Menteri, banyak di pihak sebelah sana selalu mempertikaikan tentang isu Laut China Selatan. Akan tetapi, mereka telah diberi peluang memerintah selama 22 bulan. Berdasarkan hemat Yang Berhormat Menteri, adakah situasi ini dan juga pendirian Kerajaan Malaysia dalam isu Laut China Selatan diselesaikan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dalam tempoh 22 bulan? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan. Terima kasih.
Menambah sedikit.
Selepas itu Beaufort ya.
Sibuti juga.
Yang Berhormat, macam soalan bocor nampak ya. Saya juga ingin menyebut, Yang Berhormat Menteri terlupa menyebut Arau, Arau. Ini sebab Arau timbulkan satu tajuk sahaja, Beting Patinggi Ali. Saya hendak tanya, apa kedudukannya sekarang setelah Kerajaan PH- saya setuju dengan Yang Berhormat Jempol tadi, Kerajaan PH gagal sama sekali untuk mengetahui ataupun menangani Beting Patinggi Ali. Jadi, Yang Berhormat telah berjaya menaikkan imej negara dengan hebatnya. Saya ingin bertanya, bagaimanakah kedudukan kita dengan China untuk mengatasi persoalan Beting Patinggi Ali? Bilakah Yang Berhormat bercadang untuk Kerajaan China mengeluarkan kapal mereka daripada Beting Patinggi Ali? Terima kasih.
Sedikit Menteri.
Yang Berhormat Menteri, saya pun nak minta pencelahan ya, bolehkah?
Menteri, saya dulu Menteri.
Sik pun nak mohon juga.
Tuan Yang di-Pertua.
Silakan. Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri. Dia nak tambah lagi lima minit. Silakan.
Ini sebab perkara ini penting dari Beting Patinggi Ali. Akan tetapi, negeri Sabah juga penting di dalam negara Malaysia. Kedudukannya mesti tidak boleh dipertikaikan. Jadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana baru-baru ini telah membidas rakan sejawat dari Filipina yang mengatakan seolah-olah Sabah ini bukan di dalam Malaysia.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Kementerian Luar Negeri memandang isu ini sebagai isu yang penting dan sudah kah dipanggil Duta Filipina di Malaysia ini menghadap kepada Kementerian Luar Negeri? Ini penting, kami tidak mahu dipermainkan. Sabah ini dalam Malaysia sejak tahun 1963 lagi. Kita tidak mahulah mana-mana kuasa lain hendak mengambil kami, menakluki Sabah ini. Sabah confirm dalam Malaysia. Ini penting.
Sedikit Yang Berhormat Menteri, dari Sibuti. Saya senada dengan Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Arau berkenaan tentang keselamatan Laut China Selatan. Adakah pihak kementerian dapat membantu serba sedikit menggerakkan Chinese Coast Guard itu beralih daripada Beting Patinggi Ali. Kedua, saya ingin menyatakan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah mengutus dua pucuk surat kepada Kerajaan Brunei, pada 23 dan 27 hari bulan. Kami daripada Sibuti, Miri dan juga Limbang serta Lawas mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas usaha Yang Berhormat Menteri yang membolehkan kami tidak membayar exit and enter fee itu... [Tepuk] Terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat Menteri. Juga, satu kalau dapat kita dirikanlah satu tiang bendera Malaysia di Beting Patinggi Ali... [Tepuk]
Yang Berhormat Menteri, Ledang.
Keputusan Kerajaan Brunei hanya ditangguhkan sampai bulan Oktober sahaja. Jadi kita masih lagi dalam rundingan tetapi saya tengok hubungan kita dengan negara Brunei cukup erat. Saya tahu bahawa mereka yang merentasi negara Brunei dari Limbang ke Miri tidak seharusnya membayar levi. Ini sedang dipantau secara dekat. Akan tetapi hendak menyatakan isunya selesai, kita di Wisma Putra hanya berjaya untuk menangguhkan keputusan yang sepatutnya dilaksanakan minggu lepas ke bulan Oktober dengan persetujuan untuk kita membincangkan secara terperinci. Tuan Yang di-Pertua, hanya dua minit lebih yang ada. Ada beberapa isu yang saya rasa tidak perlu kita jawab tetapi secara bertulis. Saya hendak membangkitkan isu pendirian kita mengenai Israel dan the two-state solution akan secara bertulis. Isu pelarian Rohingya akan saya jawab secara bertulis. Penghujungnya, izinkan saya dalam dua minit yang ada ini.
Yang Berhormat Menteri.
Tidak ada masa Yang Berhormat.
Sedikit sahaja tentang Palestin tadi itu.
Palestin tidak boleh, saya akan jawab secara bertulis kerana saya hendak jawab dalam dua minit ini isu Laut China Selatan dan isu Sabah.
Saya hendak beri sokongan.
Hendak beri sokongan, okeylah.
...Kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan isu Palestin sedikit, boleh ya?
Tidak apa Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Menteri ada dua minit, dia hendak habiskan, diganti dengan kementerian lain. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih atas sokongan Yang Berhormat. Mengenai Laut China Selatan, ingin saya menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, bukan sahaja Yang Berhormat Arau tetapi juga Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Setiawangsa berkaitan status tuntutan Kerajaan China ke atas Laut China Selatan dan kesannya terhadap keselamatan serta kedaulatan negara terutama Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, sejak dahulu Malaysia komited untuk menyelesaikan isu Laut China Selatan secara konstruktif menggunakan forum dan saluran diplomatik yang bersesuaian. Memang mudah apabila kita berada dalam barisan pembangkang untuk menuding jari dan menuntut penyelesaian sesuatu isu yang begitu kompleks diselesaikan dalam masa terdekat. Apa yang dibangkitkan oleh- mesti betul ini, Yang Berhormat Jempol kah atau Yang Berhormat Jelebu tadi? Oleh Yang Berhormat Jempol bahawa dalam isu ini wujud semasa Pakatan Harapan memerintah dan tidak selesai juga isunya. Malah Yang Berhormat Menteri Pertahanan ketika itu kata China Coast Guard lebih hebat daripada Tentera Laut Diraja Malaysia...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri Pertahanan ketika itu mengatakan bahawa pesawat- pesawat Sukhoi kita tidak boleh terbang. Oleh sebab itu kita tidak boleh berdepan dengan China. Akan tetapi sekarang ini, sebelum kita pergi kepada hala tuju di Beting Patinggi Ali, saya hendak menyatakan bahawa semasa saya diamanahkan untuk memimpin Wisma Putra, ada satu perkara yang saya cukup bangga iaitu usaha kita menyelesaikan perkara yang ada kaitan rapat dengan rigs Petronas di mana pada ketika itu kapal-kapal China berdepan dengan kapal-kapal perang Australia dan US. Melalui saluran diplomasi kita, hari ini kapal-kapal China tidak lagi berada di perairan berkenaan. Kami melihat ke hadapan, saya hendak beri jaminan kepada Yang Berhormat Arau, ini bukan satu perkara yang baru dibangkitkan. Semasa saya Menteri Pertahanan pun difikirkan bersama dengan APMM. Malam ini saya, kebetulan ada panggilan yang saya akan buat dengan Menteri Luar China dan kebetulan esok pula panggilan dengan sekretari Pompeo daripada Amerika Syarikat. Percayalah saya akan membangkitkan isu ini kepada mereka berdua... [Tepuk]
Yang Berhormat.
Akan tetapi untuk Dewan yang mulia ini, ada dua perkara yang saya cukup bimbang. Pertama saya tidak mahu Malaysia diheret dan terperangkap dalam geopolitik pertimbangan kuasa besar. Kita harus mengelakkan insiden yang tidak diingini di perairan ini. Kita juga harus mengelakkan pertembungan ketenteraan perairan oleh mana-mana pihak berkenaan. Kedua, isu Laut China Selatan tidak boleh disalahgunakan sebagai punca memecahbelahkan ASEAN. Jika kita terikut-ikut naratif dan tekanan kuasa besar, potensi untuk negara-negara ASEAN cenderung dan memihak kepada negara-negara tertentu tinggi. Dalam menghadapi kuasa besar, kita harus bersatu-padu sebagai sebuah blok supaya segala kekuatan bersama dapat diterjemahkan secara efektif. Kita kena ingat bahawa isunya di Laut China Selatan bukan sahaja dengan negara China tetapi ada tuntutan bertindih dengan negara-negara jiran kita, Filipina, Vietnam dan Brunei. Kalau sekiranya ASEAN berpecah, jangan haraplah kalau kita Malaysia sendiri tidak mampu berdepan dengan China dan Amerika Syarikat. Our best chance dengan izin ialah supaya ASEAN solid. Oleh sebab itu dalam kita hendak menyelesaikan isu Laut China Selatan dengan China, kita juga memastikan bahawa solidariti ASEAN itu kukuh dan berada dalam sebuah blok yang untuk berhadapan dengan kuasa besar... [Tepuk] Akhir kata...
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, fasal Sabah ini. Saya telah membidas Setiausaha Luar Negeri Filipina, Teodoro Locsin. Apa yang saya nyatakan amat jelas bahawa Malaysia mengutuk dan menolak kandungan, dengan izin, tweet beliau yang tidak bertanggungjawab dengan mendakwa Sabah bukan sebahagian dari Malaysia. Saya hendak menyatakan di Dewan ini, untuk Yang Berhormat Beaufort juga, kita tidak akan mengiktiraf apatah lagi memenuhi tuntutan mana-mana pihak asing di Sabah... [Tepuk] Pada masa yang sama, saya hendak nyatakan di sini bahawa Sabah milik Malaysia dan akan tetap menjadi sebahagian dari Malaysia sampai bila-bila... [Tepuk] Sekian, terima kasih. Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kita ucap tahniah kepada jawapan yang diberikan. Tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan selamat hari jadi Yang Berhormat Sembrong... [Tepuk] Sekarang saya menjemput Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam usul perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat bagi Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas yang telah membangkitkan isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pertamanya, saya merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Libaran dan juga Yang Berhormat Ledang yang telah membangkitkan isu-isu berkaitan pembangunan vaksin COVID-19 serta perancangan pembangunan ekonomi dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Sepertimana yang ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, dunia sekarang ini sedang mencari vaksin bagi COVID-19 sebagai penawar untuk kita kembali kepada kebiasaan yang dahulu. Sekiranya tidak dapat vaksin, maka kita akan kekal dalam keadaan norma baharu ini. Kita melihat bahawa di dunia sedang berlangsung diplomasi vaksin di mana banyak negara maju telah mula membeli vaksin-vaksin yang sedang dibangunkan oleh syarikat farmasi terutamanya syarikat-syarikat farmasi Barat. Ini menyebabkan negara-negara membangun berada dalam satu keadaan yang agak tidak selesa, apabila negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, negara-negara Eropah dan sebagainya sudah menjalankan advance purchase, dengan izin, vaksin-vaksin yang sedang dibangunkan oleh syarikat-syarikat farma ini. Maka implikasinya negara-negara kecil, negara-negara membangun, negara- negara yang miskin akan berada di at the end of the queue, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Oleh yang demikian, Malaysia sebagai negara yang tidak mahu melihat keadaan ini berterusan, Malaysia negara yang percaya bahawa vaksin ini perlu dikategorikan sebagai a global public good yang dapat diakses untuk semua pada kadar dan harga yang munasabah dan tidak hanya diutamakan kepada negara-negara kaya sahaja yang mampu beli. Maka satu pasukan kolaborasi antara MOSTI, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri telah dibentuk untuk mencari peluang bagi mewujudkan kerjasama yang strategik bersama dengan negara-negara pengeluar vaksin supaya Malaysia dapat memperoleh kemudahan untuk dapatkan vaksin dan juga perubatan-perubatan terapeutik dalam kita menangani pandemik COVID-19 ini. Kolaborasi ini telah menggerakkan hubungan diplomatik kita dan diplomasi sains ini telah mewujudkan satu jaringan antarabangsa yang saya harap akan dapat secure, dengan izin, kedudukan Malaysia untuk kita dapat akses kepada vaksin COVID- 19. MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam pertubuhan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI). Penyertaan Malaysia sebagai ahli CEPI membolehkan Malaysia mendapat akses kepada pembangunan vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baru kepada penyelidik tempatan untuk akan datang, bukan saja untuk COVID-19. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sembrong tadi, kita juga telah menggerakkan satu kerjasama, CEPI adalah satu coalition yang melihat kepada pembangunan vaksin-vaksin di dunia barat. Satu lagi negara yang agak ke depan dalam pembangunan vaksinnya negara China.
Saya telah mengadakan sidang video bersama dengan rakan sejawatan saya di China, Wang Zhi Yang berkenaan cadangan untuk mengadakan memorandum persefahaman untuk Malaysia mendapat akses kepada vaksin daripada China sekiranya vaksin itu didapati selamat dan berkesan- safe and effective oleh KKM di bawah- NPRA di bawah KKM. Saya rasa malam ini Yang Berhormat Menteri Luar akan berhubung dengan rakan sejawatannya dari negeri China untuk membincangkan antara lain isu ini juga. Selain itu, MOSTI telah melihat kepada kapasiti yang ada di Malaysia untuk kita memudahkan vaksin ini dapat disampaikan kepada rakyat. Proses fill and finish akan kita bangunkan melalui pendekatan perkongsian awam swasta (PPP) yang merangkumi jaminan keselamatan dan kemandirian vaksin untuk COVID-19 dan seterusnya untuk kita membangunkan industri vaksin untuk masa yang akan datang. Ini satu road map yang sedang dibangunkan oleh pihak MOSTI dan juga KKM supaya kita mempunyai keselamatan dan kemandirian apabila kita bercakap berkenaan dengan vaksin manusia di mana pada waktu ini kita tidak ada keselamatan dan kemandirian vaksin manusia di Malaysia. Yang Berhormat Ledang telah membangkitkan isu untuk kita menyelesaikan kemelut ekonomi dan pengangguran berdasarkan kepada teknologi dan pembangunan teknologi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MOSTI menyokong perancangan dan pelaksanaan mengatasi masalah ekonomi negara terutamanya dalam masalah kegawatan yang datang dengan COVID-19 ini melalui sains, teknologi dan inovasi, pengkomersialan, pembangunan, penyelidikan dan juga memberangsangkan pertubuhan syarikat-syarikat pemula teknologi- start-up, yang dapat menghasilkan perniagaan-perniagaan yang baharu. Berdasarkan kepada tinjauan yang telah dibuat oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) pada April 2020, setelah hampir sebulan ataupun setelah dua minggu kita berada di bawah PKP, hampir 50 peratus daripada syarikat pemula teknologi, terjejas disebabkan COVID-19 memerlukan antara RM500,000 hingga RM1 juta untuk memastikan kelestarian perniagaan sepanjang tahun 2020. Oleh sebab itulah di bawah MOSTI dan juga Kementerian Kewangan, kita telah memperuntukkan sebuah tabung berjumlah RM100 juta teknologi Start-ups Funding Relief Facility untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat teknologi ini dapat yang pertamanya survive, yang kedua menjadi peneraju untuk recovery ataupun untuk kita menyelesaikan kemelut ekonomi disebabkan COVID-19. Sebanyak RM26.5 juta juga telah diperuntukkan kepada agensi cradle bagi pembiayaan geran pemula bagi syarikat-syarikat start-up ini juga untuk kita merancakkan lagi pelaburan dan juga perniagaan-perniagaan berdasarkan kepada teknologi. MOSTI juga melalui agensi VentureTECH telah pun menyediakan pembiayaan bagi syarikat Duopharma dan juga sebuah syarikat bio teknologi daripada Korea Selatan untuk membangunkan industri biosimilar. Adalah sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk membangunkan industri bio teknologi sebagai pemangkin ke arah Malaysia menjadi negara yang berpendapatan tinggi. Jadi ini semua contoh bagaimana dalam tempoh yang terdekat, beberapa inisiatif telah pun dilaksanakan untuk kita pastikan bahawa pemulihan ekonomi itu berdasarkan kepada pembangunan syarikat-syarikat pemula teknologi, bio teknologi dan sebagainya. Selain daripada itu, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kita telah memperuntukkan RM100 juta untuk National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) yang akan diselaraskan oleh MaGIC dan dilaksanakan menerusi kerjasama merentas kementerian dan agensi akan memberi peluang kepada penyelidik, penggerak inovasi, start-ups dan usahawan teknologi tinggi tempatan untuk menguji produk perkhidmatan model perniagaan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara. Sandbox ini akan mula pada bulan ini dan kita telah menerima pelbagai permohonan yang merangkumi aplikasi teknologi seperti robotik dan internet of things untuk menyelesaikan masalah dalam sektor-sektor seperti pembuatan dan pertanian. Saya percaya ini satu usaha yang sangat-sangat penting untuk kita kick-start, dengan izin, pelaburan dalam bidang atau dalam sektor teknologi tempatan dalam menyelesaikan masalah besar yang dihadapi oleh negara. Selain itu...
Yang Berhormat boleh celah? Ledang.
Ya.
Terima kasih. Saya dengar tadi berkenaan dengan tindakan ataupun langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani kemelut ekonomi dan juga pengangguran berorientasikan teknologi dan disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa kita mempunyai tabung teknologi start-up sebanyak RM100 juta.
Mungkin persoalan saya di sini adalah pertamanya apakah status tabung ini daripada segi penggunaan tabung berkenaan? Berapakah peratus jumlah yang telah pun dapat dimanfaatkan melalui tabung tersebut? Keduanya, apa pertimbangan kerajaan terutamanya dalam keadaan di mana masih lagi ada jurang digital di antara wilayah bandar dan luar bandar, Sabah dan Sarawak? Jadi, dalam pertimbangan kita untuk membantu mereka yang menganggur daripada kalangan anak muda terutamanya apakah pertimbangan itu diambil supaya ada sesuatu pengkhususan dibuat untuk memberikan penekanan juga kepada mereka yang di luar bandar? Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Bagi soalan ataupun soalan kedua tadi. Salah satu juga inisiatif yang telah dimulakan adalah daripada segi aspek pendigitalan. Satu pasukan petugas ekonomi digital telah pun ditubuhkan Digital Economy Task Force (DETF). Pengerusinya saya dan Yang Berhormat Menteri Komunikasi Dan Multimedia. Tujuan jawatankuasa ataupun Digital Economy Task Force (DETF) ini adalah untuk memastikan bahawa pelan pemulihan ekonomi negara kita adalah berdasarkan kepada satu usaha untuk kita memacu pendigitalan negara kita dan salah satu daripada work stream yang telah pun kita kenal pasti adalah jurang yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi. Beberapa work stream sebenarnya telah pun dikenal pasti untuk melihat kepada jurang digital yang sekarang ini wujud. Salah satu daripada work stream penting dalam task force ini yang telah bermesyuarat dua minggu yang lepas akses infrastruktur connectivity. Kita telah minta supaya semua agensi terutamanya SKMM dan juga agensi- agensi yang lain memberi laporan yang terkini dan terperinci berkenaan dengan masalah jurang digital yang wujud di negara ini. Ini akan dijadikan sebagai basis kepada bagaimana kita hendak utamakan pelaburan kerajaan untuk tahun-tahun yang akan datang. Saya pasti Yang Berhormat sudah melihat beberapa laporan berita yang mengatakan ada pelajar yang panjat pokok dan sebagainya untuk dapat capaian Internet ya. Itu semua dalam perhatian Digital Economy Task Force ini. Kita akan pastikan bahawa usaha pemulihan ekonomi pendigitalan negara kita bukan hanya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan bandar ya tetapi juga kawasan-kawasan luar bandar sebab kita hendak pastikan bahawa digital ekonomi dengan izin, benefits all Malaysians and not just Malaysians in the urban area. Jadi ini sudah pun menjadi salah satu daripada kerangka kerja di bawah Digital Economy Task Force. Untuk Technology Start-ups Funding Relief Facility (TSFRF) ada dua window yang kita buka untuk permohonan. Saya difahamkan kedua-dua window itu pun sudah tamat dan ada beberapa buah syarikat yang telah buat permohonan dan sedang dibuat penilaian. Saya akan sampaikan kepada Yang Berhormat secara bertulis dengan detail nya. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk mengulas harapan Yang Berhormat Mantan Menteri MESTECC iaitu Yang Berhormat Bakri agar kerajaan boleh memastikan bahawa sekurang-kurangnya 50 peratus dana R&D boleh disalurkan untuk experimental development ataupun industrial research dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Saya rasa Yang Berhormat Bakri pun sangat arif dengan masalah ini di mana sebahagian besar daripada perbelanjaan kita dalam R&D ada di peringkat fundamental research and applied dan sebahagian kecil sahaja 14,15 peratus daripada GERD disalurkan untuk experimental development. Kalau kita ambil benchmark negara lain seperti Singapura, Korea Selatan dan sebagainya, mereka membelanjakan sebanyak 50 peratus daripada gross expenditure on R&D kepada peringkat experimental development ya. Satu peringkat sebelum commercialization dan ini menjadi masalah kenapa negara Malaysia masih lagi tidak menjadi negara berteknologi tinggi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian telah membentangkan permohonan untuk RMKe-12 kepada EPU dan juga Jawatankuasa Pelaburan Dana Awam pada 28 Mei dan juga 1 Julai. Kita telah memohon supaya sebanyak 50 peratus daripada jumlah peruntukan R&D dimohon bawah Bahagian Dana MOSTI diperuntukkan line items sebagai experimental development. Saya juga telah memaklumkan kepada EPU apabila Research Management Agency (RMA) ditubuhkan di EPU sebagai central agency untuk menyelaraskan segala perbelanjaan R&D maka RMA juga akan memberi sokongan supaya jumlah ini di earmarked, dengan izin, sebagai experimental development. Yang Berhormat Bakri juga telah bangkitkan empat perkara yang spesifik berkenaan dengan inisiatif-inisiatif STI yang sedia ada. Izinkan saya jawab satu persatu. Pertamanya adalah di bawah inisiatif I-CONNECT penubuhan dan pelaksanaan perintis rangkaian kerjasama untuk meningkatkan inovasi disruptive. Sepertimana yang Yang Berhormat sedia maklum, kita telah memilih empat sektor, Industri 4.0. Fintech in Islamic finance, health and wellness dan halal supply chain ke arah memanfaatkan peluang ekonomi baharu bagi industri Malaysia memasuki pasaran baharu muncul. Kita telah berjaya, just to update Yang Berhormat, kita pada bulan Ogos 2020, kita telah memilih empat neutral entity untuk menjadi coordinating body. Sepertimana yang Yang Berhormat tahu I-CONNECT ini berasaskan kepada pengalaman CREST, industri E&E dan industri ini telah tubuhkan CREST. Jadi kita telah melihat bahawa kalau menggunakan model yang sama we have to find dengan izin, a neutral entity to coordinate the industry and the research. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat bagi neutral entity yang telah dipilih bagi Industri 4.0 CREST itu sendiri. Neutral entity untuk health and wellness, NanoMalaysia. Untuk halal supply chain Halal Development Cooperation dan untuk Fintech in Islamic finance INCEIF di bawah Bank Negara Malaysia. Jawatankuasa ini akan membangunkan pelan strategik bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh industri dan akan melihat how to create the industry demand driven research sepertimana yang Yang Berhormat telah memulakan di bawah I- CONNECT. Sasaran I-CONNECT bagi tahun 2020 hingga 2021 adalah seven research projects, tiga pada tahun 2020 dan empat pada tahun 2021 dengan jumlah geran keseluruhan bernilai RM16 juta. Daripada pihak kerajaan dan sasaran pihak industri untuk menyumbang menerusi kaedah geran padanan. Kedua Yang Berhormat bertanya, Malaysian Open Science Platform (MOSP). Perwujudan Malaysian Open Science Platform merupakan langkah proaktif sebagai pemangkin ke arah perkongsian data penyelidik yang sistematik, dipercayai dan selamat untuk manfaat semua pihak. Untuk makluman Yang Berhormat, latest update to that is that, dengan izin, pada bulan ini saya akan kemukakan memorandum Jemaah Menteri untuk dapat persetujuan daripada Kabinet untuk kita teruskan pembangunan sistem Malaysian Open Science Platform ini. Kajian landskap telah pun dijalankan di bawah Akademi Sains Malaysia, inisiatif untuk melatih data steward and data saintis yang akan create semua raw research data ini sedang dilaksanakan. Kita sudah– sehingga kini seramai 12 data steward dan data saintis telah pun dilatih, seramai 30 lagi akan dilatih dan dijangka akan menghabiskan latihan pada hujung tahun ini. Menjadikan jumlah 50 data steward dan saintis pada tahun 2020, dan next year another 150 dan infrastruktur bagi MOSP ini sedang dibangunkan oleh pihak MOSTI.
Ketiga, inisiatif Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE). Ia pun kita teruskan juga kerana ia program yang baik. RISE ini telah diperluaskan kepada kementerian yang lain. Dahulu hanya melibatkan penyelidik-penyelidik daripada agensi MOSTI. So, sekarang ini sukacita saya maklumkan bahawa kita tambah lagi dengan bukan hanya penyelidik daripada MOSTI tetapi penyelidik dari Universiti Malaya, UPM, USM, IMR, STRIDE-Kementerian Pertahanan, MPOB, Lembaga Perindustrian Kayu, Lembaga Getah Malaysia, FRIM, SIRIM dan MNS juga terlibat untuk kita tempatkan di industri. Setakat ini, kita telah menerima sebanyak 12 penyertaan baharu selain daripada tambahan empat buah agensi di bawah MOSTI dan penyertaan syarikat pun bertambah. Dahulu sebanyak 28, sekarang ini sejumlah 32 buah syarikat yang akan terlibat dalam RISE.
Keempat, pelaksanaan National Scientific Facility and Equipment (NSFE) sharing. Jumlahnya pun sudah meningkat. Sehingga Julai 2020, NSFE mengandungi sebanyak 381 kemudahan dan 1,218 peralatan saintifik. Mungkin Yang Berhormat hendak tahu peratusan penggunaan, the outcomes. So, when it was started in 2017, ia sebanyak 77 peratus. Tahun 2018 sebanyak 85 peratus dan tahun 2019 sebanyak 84 peratus. Jadi, tahap penggunaannya sangat tinggi dan kita akan cuba tingkatkan lagi. Saya balik kepada Yang Berhormat Ledang tadi. Kita telah memproses tabung untuk start-up itu di mana 42 telah siap free screening serta tujuh masih lagi menunggu kelulusan. Secara puratanya, setiap permohonan adalah sebanyak RM1.5 juta dan sebanyak 22 lagi permohonan sedang ongoing. Seterusnya, saya mengulas isu keusahawanan daripada Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian telah membangkitkan mengenai cadangan diwujudkan Briged Niaga oleh kerajaan melalui kerjasama pelbagai kementerian untuk melonjak- gandakan bilangan usahawan terutamanya di kalangan bumiputera. Antara cadangan ialah menubuhkan Briged Niaga Inovatif. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, yang tidak ada dalam Dewan, MOSTI menyokong usaha pembangunan usahawan terutamanya berasaskan teknologi. Kementerian ini melalui Yayasan Inovasi Malaysia- memang pun ada tetapi namanya bukanlah Briged Niaga. Akan tetapi, ia memainkan peranan dalam menyokong pembangunan inovasi akar umbi dengan rangkaian lebih 4,000 orang inovator di seluruh negara bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya kualiti kehidupan golongan B40. Inovasi akar umbi turut memberi kepentingan dalam memelihara alam sekitar, mengurangkan kos dan kebergantungan kepada produk luar. Di bawah PENJANA pun kita ada geran sebanyak RM10 juta untuk social enterprise. Sebahagian daripadanya akan diperuntukkan kepada YIM untuk pembangunan inovasi akar umbi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengulas mengenai isu kajian- kajian dan penerokaan dalam pertanian dan penghasilan makanan dengan mengadaptasi revolusi industri 4.0 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai serta isu menginovasi sistem proses prosedur penyampaian melalui penerapan teknologi digital yang lebih luas dalam bidang pertanian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Betong. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tiga bidang keutamaan permohonan dana MOSTI R&D iaitu, dengan izin, Water-Food-Energy & Nexus, Green Growth for Sustainable Development dan Medical and Healthcare. Di bawah bidang keutamaan pertama iaitu WFE, antara thematic areas yang difokuskan adalah seperti food supply, security and traceability, dengan izin. Permohonan di bawah bidang WFE hendaklah meliputi perkara yang berikut: (i) membangun dan meningkatkan pengeluaran makanan tempatan, makanan alternatif yang berkhasiat, kebolehkesan makanan melalui teknologi pintar baharu dan merentasi teknologi, robotic sensor system dan real-time data; (ii) mencipta dan memajukan pengetahuan teknologi bagi penggunaan sumber yang lebih cekap, selamat dan terjamin dalam Food-Energy-Water Nexus; dan (iii) membangunkan dan mencipta alat untuk mencapai sasaran matlamat pembangunan lestari dalam mengurus sumber tempatan. Sehingga 5 Ogos 2020, ada dua projek yang telah pun kita luluskan dalam tajuk tersebut iaitu, satu, projek Production of Seaweed-based High Protein Animal Feed Additive dan, kedua, pembangunan loji perintis pengeluaran benih padi asas dan pembangunan SOP penghasilan benih padi nuklear Malaysia (NMR152)- beras nuklear. Selain itu, kajian-kajian terhadap baka benih baja kawalan penyakit tanaman menggunakan teknologi nuklear yang dijalankan bagi menyokong industri pertanian dan pengeluaran bahan makanan adalah seperti: (i) pembangunan variety baharu menggunakan teknik mutasi aruhan dalam penghasilan padi NMR152, NMR153, pisang, nanas, kenaf dan stevia,
(ii) pembangunan produk biobaja dengan menggunakan teknik mutasi aruhan serta aplikasi isotop penyurih stabil; (iii) pengawalan serangga perosak melalui teknik desinfektasi ke atas produk makanan yang dieksport dengan menggunakan teknologi irradiation; (iv) kaedah pengurusan pertanian cekap- precision agriculture, dalam bidang pertanian melalui penggunaan teknologi nuklear di pelbagai peringkat; (v) pembangunan sistem pengesahan ketulenan dan jejak produk melalui pembangunan pangkalan data isotop stabil untuk kajian keselamatan makanan bagi madu, sarang burung walet dan mangga harum manis; dan (vi) pemprosesan sinar dan pensterilan produk makanan herba, rempah dan buah-buahan menggunakan teknik irradiation. Selain itu, dalam industri pertanian, syarikat-syarikat dalam ekosistem agensi MOSTI iaitu Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) melalui pembiayaan dan pelaburan program Inkubator dan Accelerator Programme serta khidmat runding dan nasihat kepada syarikat-syarikat teknologi di Malaysia telah berjaya mengaplikasikan teknologi robotik dan internet of things untuk meningkatkan produktiviti dan hasil pertanian, antara contohnya ialah: (i) robot serbaguna bagi memudahkan proses penyemburan baja dan racun perosak dalam penanam cili; (ii) sistem internet benda dalam projek akuakultur yang boleh mengawal perimeter seperti kandungan oksigen terlarut, pH, suhu serta bacaan lain-lain; (iii) sistem pemetaan dan pengiraan pokok dalam pertanian; (iv) pemetaan topografi dan perancangan pertanian serta kajian pengairan dan saliran menggunakan teknologi dron; (v) sistem robot linear bagi penyemburan baja dalam rumah hijau; dan (vi) sistem internet benda dalam penanaman tertutup. Jadi, banyak perkembangan terkini yang sedang berlangsung yang saya percaya akan membantu usaha kita untuk dapat jaminan keselamatan makanan untuk tahun-tahun yang akan datang dengan menggunakan teknologi dan segala bentuk teknologi untuk meningkatkan nilai sektor pertanian kita. Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir isu berkaitan dengan Lynas. Semuanya, mengikut penelitian saya, telah pun saya jawab semalam sewaktu sesi soal jawab Menteri dan saya minta dirujuk kepada Hansard. Sebab, segala isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Merbok telah pun dijawab semalam. Sekiranya ada isu-isu lain, saya boleh jawab secara bertulis melainkan Yang Berhormat Kuantan ada apa-apa hendak dibangkitkan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berbangkit dari semalam iaitu kenyataan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan sebuah kawasan di Bukit Ketam yang akan digazet oleh Kerajaan Negeri Pahang sebagai tapak pelupusan kekal, water leach verification solid waste, saya ingin bertanya, adakah itu satu sahaja kawasan yang telah digazet? Ini kerana memandangkan ia merupakan watershed dan air dari situ mungkin masuk ke Sungai Kuantan di mana terletaknya muka sauk, water intake point untuk loji rawatan air yang membekalkan air untuk seramai 700 ribu orang warga Kuantan.
Jadi, adakah itu satu sahaja tapak yang digazet? Adakah satu pasukan yang boleh ditubuhkan di bawah kementerian untuk yang multidiscipline yang boleh melihat kepada tapak-tapak lain yang boleh digunakan sebagai tapak pelupusan kekal. Saya juga bertanya dalam ucapan saya, perbahasan saya berkenaan dengan cracking and leaching facility process yang seharusnya dilakukan di Australia. Harap Yang Berhormat Menteri boleh jelaskan tentang perkara tersebut. Terima kasih.
Terima kasih. Seperti mana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, syarat untuk pembaharuan lesen Lynas adalah untuk memindahkan cracking and leaching facility ke Australia. Perkara ini sudah menjadi syarat dan kita sentiasa memantau agar kemudahan tersebut betul-betul dibangunkan di Australia supaya dapat dipindahkan proses tersebut ke Australia nanti. Kedua, berkenaan dengan tapak tersebut, buat masa ini untuk makluman Yang Berhormat, tapak pelupusan sisa industri berjadual pelbagai kategori seluas 202.35 hektar di Bukit Ketam, mukim Kuala Kuantan adalah satu-satunya kawasan yang sedang digazet, diwartakan secara rasmi oleh kerajaan negeri. Setahu saya ya. Namun demikian, seperti mana yang saya sebut semalam, tapak PDF Lynas boleh dibangunkan di mana-mana sahaja dalam 202.35 hektar tersebut. Mereka telah kenal pasti sebuah tempat yang mana akan hanya melibatkan 12 hektar, enam peratus daripada saiz tapak ataupun saiz tapak pelupusan tersebut. Saya pun telah hantar koordinat kepada Yang Berhormat semalam. Tidak pasti sama ada sudah terima atau tidak. Saya pun sudah masukkan dalam jawapan bertulis semalam. Jadi, Yang Berhormat pun ada koordinat for the exact location of the PDF. Namun setelah perbincangan saya dengan Ahli Yang Berhormat semalam, saya telah putuskan bahawa sebaik sahaja kita selesai sidang Parlimen ini, saya sendiri akan turun ke negeri Pahang buat lawatan ke tapak tersebut dan juga mengadakan perbincangan berkenaan dengan mungkin ada tapak-tapak lain yang sesuai. Kita akan ambil cadangan-cadangan seperti mana Yang Berhormat telah mencadangkan kepada saya semalam. Kita akan tubuhkan satu Jawatankuasa untuk menilai kesesuaian tapak- tapak lain sambil kita meneruskan dengan EIA and RIA for the tapak yang dicadangkan oleh Lynas. Jadi, sekian sahaja Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang dibangkitkan di bawah MOSTI, yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih kepada semua dan saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi perhatian kepada bidang sains, teknologi dan inovasi yang saya percaya bakal menjadi pemacu kepada pembangunan pemulihan ekonomi negara. Terima kasih, assalamualaikum. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab semua perbahasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini- assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam perpaduan. Untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada tujuh orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyertai kepada kementerian iaitu Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Sungai Siput dan Yang Berhormat Batu Kawan yang telah pun mengambil bahagian menyentuh kepada beberapa isu yang berkaitan dengan kementerian. Antaranya penghayatan pendidikan Rukun Negara, Pelan Tindakan Perpaduan Negara, Tabika Perpaduan, Rukun Tetangga. Izinkan saya untuk mendapatkan kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua, kepada mana-mana yang telah pun membangkitkan persoalan ini sekiranya mereka tidak ada dalam Dewan ini, saya akan jawab secara bertulis. Oleh sebab jawapan sudah ada.
Silakan.
Yang Berhormat, kami yang ada bagaimana? Ketika saya berbahas...
Saya tengok kepada apa persoalan Yang Berhormat Jelutong hendak bangkitkan.
Ya.
Hal ini kerana saya bagi keutamaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian membahaskan perkara yang ada kaitan dengan kementerian saya.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat membuat penggulungan, ketika saya membahaskan perkara itu, Timbalan Yang di-Pertua iaitu Dato’ Sri Azalina Othman Said telah mengajukan soalan itu kepada Yang Berhormat yang hadir di Dewan dan...
Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk. Ya, you sit down, you sit down.
Minta beliau untuk jawab...
Nanti Yang Berhormat, saya belum jawab lagi, duduklah.
Ketika itu Yang Berhormat ada tidak?
Ya, ya, duduk. You duduk dulu then only I answer.
No, don’t ask me to sit down.
I asked you to sit down because this is my floor.
Yang Berhormat Jelutong.
This is my floor.
You are not answering my question.
You duduk dulu then only I answer you.
Ini berkenaan isu perobohan kuil.
You sit down, saya jawab you.
Adakah Yang Berhormat akan jawab?
You duduk. You duduk, I jawab.
Tunggulah dulu, sabar dulu. Yang Berhormat Menteri baru mula. Yang Berhormat Menteri baru mula. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Saya minta Yang Berhormat Jelutong duduk dulu. This is the floor daripada Yang Berhormat Menteri. Baik, dia akan jawab.
Yang Berhormat Menteri belum jawab lagilah Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Menteri baru mula, Yang Berhormat Jelutong ini kacaulah. Baru mula Yang Berhormat Menteri itu.
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat kata akan jawab... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk dulu. Saya minta ini floor Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Menteri.
Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau ada isu-isu yang berbangkit, saya bersedia menjawab.
Ya.
Akan tetapi jangan bersikap seperti ini, please Yang Berhormat.
No, Yang Berhormat...
Nanti, duduk, saya belum habis cakap. You sit down.
Kenapakah tidak jawab soalan saya?
Saya sedang hendak menjawab.
Bagus, saya akan tunggu. Bagus, bagus, bagus.
Kalau Yang Berhormat asyik...
Bagus, saya akan tunggu.
You duduk. Kalau you asyik bercakap sahaja, macam mana saya hendak jawab? Ala, please lah. You are a learned MPlah, please lah.
No, you are a learned Minister, you must answer my question.
I’m going to answer, then you sit down.
Very good. I will wait, I will wait.
You duduk. You duduk, baru saya jawab. Apakah ini?
Yang Berhormat, jangan bersikap bengis macam ini.
Please lah. Ala, please lah. Bengis, tetapi you tidak bengis?
Tuan Yang di-Pertua, rugi masa. Ahli Parlimen akan rugi masa.
Cara you bangkitkan persoalan pun you buat orang rasa seperti hati yang tidak sedap, you tahu tidak?
Apakah Yang Berhormat? Ini isu perpaduan... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Baik. Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, tolonglah. Hendak bangkitkan apa, bangkit, tetapi saya baru mula. Jadi, duduklah dulu. Saya cuma beritahu tadi, saya bagi keutamaan menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh kementerian saya. Kalau ada yang berbangkit kepada perkara lain, silakan. Yang Berhormat hendak naik marah ini apa hal? Tuan Yang di-Pertua...
Silakan.
Please lah, okey? We are friends outside and make sure we are friends inside please lah. Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong yang pada waktu itu Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengerang yang mempengerusikan Mesyuarat. Waktu Yang Berhormat Jelutong bangkitkan, beliau berada di sana dan kebetulan saya berada di dalam. Timbalan Yang di-Pertua mengatakan bahawa tidak apa, Menteri Perpaduan Negara akan jawab kerana Yang Berhormat Jelutong sebut Menteri Perpaduan Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya turun ke Kedah. Selepas dibangkitkan itu, saya terus turun ke Kedah. Saya berjumpa dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk mendapatkan penjelasan, adakah perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelutong ini benar- benar ada kaitan dengan kementerian saya daripada segi soal isu sensitif yang melibatkan kaum antara kaum atau agama antara agama. Itu peranan kementerian saya. Jadi bila saya turun berjumpa dengan kerajaan negeri Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri maklumkan kepada saya tentang beberapa keputusan yang telah dibuat. Saya tidak perlu jawab kerana selepas saya berbincang dengan kerajaan negeri dan berbincang dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar dan saya diberikan kefahaman oleh kerajaan negeri bahawa ia isu tentang kuil yang berada berhampiran dengan stesen kereta api yang tindakannya telah diambil oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Bila saya balik, saya maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana persoalan-persoalan yang berbangkit tentang kuil yang tersebut ada kaitan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Alor Setar. Ia bukan antara isu perkauman antara agama dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah pun menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong... [Tepuk] You weren’t here at that time, maybe you had some programmes or what, I don’t know.
No Yang Berhormat Menteri, can I respond on that Yang Berhormat? Sedikit sahaja. Terima kasih. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat yang telah mengambil langkah untuk turun. Saya berterima kasih. Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat telah mengambil langkah untuk pergi dan melihat. Now, saya cuma ingin respons. Walaupun ia melibatkan kuil, tetapi perobohan itu masih menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Oleh sebab itulah saya minta Yang Berhormat Menteri supaya campur tangan bagi memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku. Bolehkah saya sekurang-kurangnya merayu, meminta pertolongan Yang Berhormat Menteri supaya kementerian Yang Berhormat Menteri sendiri campur tangan memastikan perkara ini tidak akan berlaku. Kita mengambil pendekatan seperti Tok Guru Nik Aziz semasa pemerintahannya.
Okey, cukup Yang Berhormat Jelutong. Saya tidak ada masa.
Boleh kah tidak?
Masa saya tinggal sedikit. You just sit down, saya jawab. Tolonglah duduk.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila.
Kalau macam ini kan bagus. Saya pun tidak geram.
Okey.
Kita kawanlah Yang Berhormat, please-lah.
Jangan geram, jangan geram.
Saya geram tengok muka Yang Berhormat. Saya bukan geram kerana isu yang dibangkitkan.
Kenapa, kenapakah? Janganlah, kenapakah?
Yang Berhormat Jelutong, sudah.
Come on lah. Sudah, don’t try to provoke me okay, please.
I’m not provoking you.
Then you sit down.
I just want answer.
You sit down. I’m going to answer that, you sit down.
Why are you angry?
You sit down.
Kenapakah emosi?
Sebab Yang Berhormat Jelutong mengganggu jawapan saya. Yang Berhormat Jelutong mengganggu perjalanan urusan jawapan saya. [Sistem pembesar suara dimatikan]
Baik, saya minta supaya Yang Berhormat Jelutong duduk dan Yang Berhormat Menteri teruskan jawapan.
Tuan Yang di-Pertua, setelah berbincang dengan kerajaan negeri dan akhirnya kerajaan negeri telah pun membuat keputusan bahawa selepas perkara tersebut berlaku, saya turun dengan Dato’ Saravanan. Saya dengan Yang Berhormat Dato’ Saravanan, Menteri Sumber Manusia, kami turun bersama. Selepas lawatan kami, perjumpaan kami dengan kerajaan negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun memberi arahan kepada semua, sama ada pihak berkuasa tempatan dan sebagainya supaya tidak dilakukan tindakan-tindakan seperti itu lagi. Sekiranya perlu kepada sebarang tindakan yang berkaitan dengan soal agama dan sebagainya, harus diadakan konsultasi, pencerahan terhadap tindakan yang akan diambil dan apakah isu dan masalah yang perlu dibantu oleh kerajaan negeri untuk diselesaikan. Sekarang Tuan Yang di-Pertua saya turun ke negeri-negeri dan saya berjumpa dengan semua kerajaan negeri dan saya akan selesaikan. Saya sudah turun kepada Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Sarawak- ini tiga buah negeri ini saya sudah turun. Apabila saya turun, kita mengambil iktibar insiden yang telah berlaku di Kedah, iktibar daripada insiden itu. Apabila saya turun berjumpa dengan semua ketua kerajaan negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, kita akan bangkitkan. Ini kerana, saya telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara yang dianggotai oleh semua Exco kerajaan negeri. Di peringkat kementerian Tuan Yang di-Pertua, kita panggil Kerajaan PN sahaja dan kita tidak panggil kerajaan pembangkang, tidak ada. Pada jawatankuasa tersebut yang saya pengerusikan sendiri, kita menjemput semua Exco Perpaduan kerajaan negeri. Dalam perbincangan tersebut, saya telah sebutkan bahawa perlu diwujudkan satu Jawatankuasa yang mungkin kalau bukan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atau kerajaan negeri, dipengerusikan oleh Exco Perpaduan tersebut. Apa-apa isu yang berkaitan dengan soal yang boleh membangkitkan sensitiviti agama ataupun kaum yang ada di peringkat negeri. Rata-rata hampir semua negeri telah pun menubuhkan jawatankuasa yang tersebut termasuklah negeri Kedah. Dalam jawatankuasa itu, kita sudah minta supaya kerajaan negeri tolong letakkan wakil-wakil daripada masyarakat India yang lebih faham tentang isu soal agama Hindu dan sebagainya termasuk kepada agama yang lain.
Minta laluan.
Jadi, saya harap ia telah menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan...
Alor Setar, minta laluan.
...Oleh Yang Berhormat Jelutong. Ya, Yang Berhormat Alor Setar, I like your style, please.
Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Alor Setar.
Pertama sekali, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memang faham. Sebenarnya, isu ini di setiap negeri memang ada Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) tetapi ia di bawah KPKT, maksudnya kerajaan negeri. Akan tetapi saya nampak ada satu kelemahan. Ini siapa jadi kerajaan pun ada satu kelemahan di mana penguat kuasa kerana dia mengikut undang-undang peraturan. Akan tetapi undang-undang dan peraturan tersebut tidak menggambarkan persefahaman antara kaum kerana kita tidak tahu agama lain, cara mereka lain. Kita asyik menggunakan cara kita sendiri untuk hendak ukur nilai agama lain. So, apa yang saya hendak cadangkan supaya Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara lebih kerap berbincang dengan beberapa buah agensi, contohnya KPKT dan beberapa buah agensi yang terlibat dalam penguat kuasa yang barangkali ada menyentuh su-isu ini supaya ada pemahaman yang lebih, bagi pendedahan yang lebih. Semua ini dia faham, maka kita boleh letak polisi yang merangkumi semua, maka tidak adalah...
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Tuan Yang di-Pertua, di peringkat kementerian- kementerian saya ini baru Tuan Yang di-Pertua. Sejarah 47 tahun dahulu, tahun 1972 atau 1974, Kementerian Perpaduan Negara pertama kali diwujudkan dan selepas tempoh 40 tahun itu, ini kali pertama. Ia duduk atas nama kementerian sendiri. Baru tempoh beberapa bulan. Akan tetapi dalam tempoh beberapa bulan ini, kita sedang pantas bergerak. Contoh, yang berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Setar tadi. Kita telah pun menubuhkan jawatankuasa keharmonian kepelbagaian agama yang dinamakan HARMONI. Jawatankuasa Harmoni ini saya pengerusikan, selaku Menteri Perpaduan Negara dan oleh Yang Berhormat Menteri Agama (JAKIM). Dalam jawatankuasa Tuan Yang di-Pertua, saya ini hendak menceritakan tentang kementerian saya. Yang Berhormat JAKIM, Yang Berhormat Menteri Agama telah pun membuat lantikan. Di bawah kementerian saya, kita letakkan ketua badan- badan agama dalam jawatankuasa tersebut dan juga kepada pengerusi persatuan agama kita masukkan dalam. Jadi, jawatankuasa ini Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk membicarakan, membincangkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan soal agama yang lain. Oleh sebab kebetulan saya menjaga keharmonian agama-agama lain. Itu tidak masuk dalam peringkat menjaga wakaf kepada agama-agama lain. Saya cuma jaga— kementerian saya bertanggungjawab ke atas keharmonian agama-agama lain. Kita gunakan platform jawatankuasa HARMONI ini. Dalam pada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga mempengerusikan jawatankuasa ini di peringkat kementerian dengan semua ketua badan agama ini, kita pengerusi kan. Saya ada sebut tadi, apa-apa persoalan yang berbangkit tentang Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), kita akan bincangkan secara bersama. Mungkin pada peringkat awal ini ketua badan agama dengan pengerusi persatuan agama ini ada yang tidak selesa kerana buat masa ini kita jumpa secara persendirian, satu-satu dahulu. Sebab saya hendak kena faham apa yang ada pada setiap agama itu. Saya panggil Hindu Sanggam. Saya hendak kena faham apa tanggungjawab Hindu Sanggam menjaga 2,300 buah kuil yang ada. Saya perlu bertanggungjawab untuk memahami struktur agama-agama ini. Kemudian kita akan kumpulkan untuk diletakkan dalam satu Jawatankuasa bagi kita membincangkan apa-apa juga perkara yang telah pun dibangkitkan. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apa-apa juga keputusan ia bukan keputusan kementerian. Apa-apa juga keputusan berkaitan dengan mana-mana Rumah Ibadat Bukan Islam, ia adalah juga dengan persetujuan daripada kerajaan negeri.
Kementerian tidak boleh buat apa-apa keputusan Tuan Yang di-Pertua. Kalau ada masalah yang berbangkit tentang contoh, rumah ibadat kuil di Kedah, kementerian saya tidak ada punca kuasa yang boleh menyatakan bahawa kita akan selesaikan apa juga masalah yang berbangkit seperti yang telah pun berlaku kerana segala-galanya akan berbalik semula kepada kerajaan negeri. Oleh sebab itu, Kementerian Perpaduan Negara bekerja rapat dengan semua kerajaan negeri, tidak kiralah kerajaan negeri kerajaan ataupun kerajaan negeri pembangkang kerana budi bicara yang berkaitan dengan agama Islam kerajaan negeri, budi bicara yang berkaitan dengan agama-agama lain juga adalah atas persetujuan dan budi bicara kepada kerajaan negeri. Jadi saya harap itu sudah menjawablah. Yang Berhormat Jelutong?
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
I’ll treat you a cup of coffee after this...
[Dewan ketawa]
I’ll buy you some coffee as well, no problem.
I’ll send you my Kluang Coffee...
[Dewan ketawa]
To make sure you’ll be a good man, not only today but forever... [Dewan ketawa] [Tepuk] We are friends- Yang Berhormat Jelutong we are friends dalam Dewan.
Saya berterima kasih di atas...
Kalau you cakap macam ini dari tadi Yang Berhormat Jelutong, I would go there and sit next to you...
[Dewan ketawa]
Saya ucapkan terima kasih atas penjelasan tadi dan saya merakamkan penghargaan atas penjelasan yang telah diberikan. Semoga isu-isu melibatkan kuil dan tokong Cina saya berharap tidak akan berlaku lagilah. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Menteri, Batu Kawan di sini.
Nantilah dahulu, belum you. I baru hendak settle dengan Yang Berhormat Jelutonglah. Okey, Yang Berhormat Jelutong, we are friends back and next time you ikut style Yang Berhormat Alor Setar okey... [Dewan ketawa] Okey, Tuan Yang di-Pertua..
Yang Berhormat Menteri.
No, no. You punya belum lagi sampai masa.
Yang Berhormat Menteri, saya menyentuh isu kuil juga sedikit.
Ya.
Terima kasih, Timbalan Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi berdasarkan jawapan Yang Berhormat Menteri maklumkan tadi bahawa Yang Berhormat Menteri melawat negeri Kedah, berjumpa dengan kerajaan, Exco dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat Menteri juga berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa pihak kuil untuk mendapatkan pandangan mereka ataupun isu ataupun mungkin dengan orang-orang yang lebih tua yang ada di sana ataupun tahu sejarah tempat itu.
Okey, okey. Saya faham, saya faham.
Terima kasih.
Saya sudah sebut tadi Yang Berhormat Batu Kawan, you tidak dengar kah saya sebut tadi. Saya sebut fasal Jawatankuasa HARMONI, saya sebut jawatankuasa yang saya wujudkan di kementerian. Saya sebut dekat you saya jumpa dengan pengerusi-pengerusi badan agama, pengerusi-pengerusi persatuan agama, it’s all for that lah.
Yes, Yang Berhormat Menteri but on this trip, when you went to see the government, did you also drop by to meet the Committee?
Haiyo!...
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Menteri, kata sudah jumpa sudah.
Dalam lawatan Yang Berhormat Menteri ini?
Sudah, sudah, sudah. Saya sudah sebut tadi menjawab kepada persoalan dibangkitkan Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Alor Setar. Saya sudah sebut tadi, Tuan Yang di-Pertua. Saya kata, bersabit, berbangkit mengambil pengajaran dan pengalaman apa yang berlaku di Kedah, kan saya sudah sebut tadi, kita berjumpa dengan semua kerajaan negeri. Saya sudah sebut tadi kita maklumkan...
Akan tetapi dengan semua ahli jawatankuasa kuil...
...Supaya akan datang, akan datang kerajaan negeri buat pertimbangan sewajarnya bila berkaitan dengan...
Betul, Yang Berhormat saya setuju dan saya sokong.
...Berkaitan dengan keharmonian agama dan kaum.
Saya setuju dan saya tidak ada bantahan.
Apakah yang Yang Berhormat hendak cadangkan ini?
Saya tidak ada isu apa-apa saya just hendak bertanya dalam lawatan Yang Berhormat tempoh hari, ada tidak Yang Berhormat mendapat juga feedback daripada AJK Kuil yang terlibat, kuil yang dirobohkan. Bukan untuk masa hadapan, itu saya setuju dan saya tidak bantah. Saya rasa that is on the right path...
Okey, okey, duduk, duduk.
But I just want to check if you met the committee or not?
Ya, ya sit down. Okey, okey.
Now, thank you.
Okey, okey saya tinggal 25 minit sahaja, please lah.
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kawan.
Okey, Tuan Yang di-Pertua. Saya sebut tadi, kerajaan negeri sudah buat keputusan 2014 pindahkan kuil yang berkenaan ke sebuah tapak yang baru. Sudah diberi tanah sudah, sudah dibina pun kuil itu. Akan tetapi mungkin kerana ada masalah-masalah sedikit, biasalah kita manusia biasa, mungkin ada masalah sedikit, ada pecahan sedikit, splinter. Ada yang keluar mungkin daripada kumpulan asal itu yang sudah dapat tapak, sudah dapat kuil baru ini, buka balik kuil yang lama ini. Jadi saya turun pada hari itu ke Kedah is not meant, bukannya bermaksud untuk berjumpa dengan mereka ini.
Maksud saya, bersabit kepada apa yang Yang Berhormat Jelutong membangkitkan, saya turun berjumpa dengan kerajaan negeri untuk dapat pengesahan, adakah apa yang dinyatakan Yang Berhormat Jelutong itu perkara yang sebenarnya berlaku. Itu sahaja. So, I have not met them di Kedah kerana itu bukan intention dia. Ya, Yang Berhormat.
Saya hendak puji Yang Berhormat, betul-betul dengan ikhlas kerana pendekatan yang diambil oleh Yang Berhormat betul-betul seperti pemerintahan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz... [Tepuk]
[Dewan riuh]
...And I’m saying it honestly because semasa pemerintahan beliau di Kelantan tidak ada pernah kejadian kuil-kuil dirobohkan. Terima kasih.
Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak boleh samakan saya...
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun] Sekarang tidak ada juga Yang Berhormat Jelutong. Mana ada di Kelantan robohkan kuil.
Penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Okey, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang lain-yang lain...
Sudah lama sangat, Yang Berhormat Menteri, 15 minit cerita kuil banyak lagi itu, ada soalan.
Itulah.
Teruskan Yang Berhormat Menteri. Ini sudah pukul berapa sudah.
Yang Berhormat, saya hendak betulkan Yang Berhormat. Yang Berhormat, jangan samakan saya dengan Allahyarham Tok Guru. Saya tidak sampai ke tahap itu lagi...
[Dewan ketawa]
Jadi, jangan samakan saya. Okey.
Yang Berhormat Menteri, Sik mohon sedikit pencelahan.
Yang Berhormat Menteri, masa hanya tinggal 23 minit.
Okey, okey sudah.
Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sik.
Yang Berhormat Menteri, masa hanya tinggal 23 minit lagi. Sila...
[Dewan riuh]
Sik, sedikit.
Hendak tanya tentang perkara yang tadi kah. Alah tidak payahlah sudah jawab sudah tadi...
[Dewan ketawa]
Sik, mohon sedikit ini negeri saya ini, negeri Kedah.
Okey lah, okey lah.
Orang yang luar dari Kedah yang nampak terlebih sibuk. Yang Berhormat Menteri, adakah bersetuju pihak yang menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan isu perobohan kuil ini adalah pihak luar yang tidak mengetahui dengan jelas apa yang berlaku sebenarnya iaitu pelanggaran undang-undang ataupun peraturan PBT itu sendiri. Pembinaan sebuah bangunan di kawasan awam. Itu sahaja cerita sebenarnya, bukan isu antara agama.
Okey, okey, okey.
Terima kasih, Yang Berhormat Sik.
Biar apa pun Tuan Yang di-Pertua, pihak yang itu, pihak kerajaan kah dua-dua pun ada peranan. Jadi pihak kerajaan negeri pun kena ambil tindakan. Kalau ada perkara-perkara seperti ini berlaku, cepatlah bertindak. Gerakkan penguat kuasa jangan sampai orang sudah naikkan tokong, sudah naikkan kuil baru time itu hendak bertindak, baru pentadbir tanah hendak turun. Jadi saya harap kerajaan negeri ambillah apa yang berlaku di Kedah ini supaya tidak berlaku di negeri-negeri yang lain. Kita tak nak dia jadi isu sensitiviti yang melibatkan akhirnya satu kaum dia berjangkit kepada kaum-kaum yang lain. Jadi, saya harap kerajaan negeri akan mengambil maklum tentang perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, okey saya hendak tanya, Yang Berhormat Hulu Langat ada? Okey kalau Yang Berhormat Hulu Langat tidak ada, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya jawab secara bertulis.
Secara bertulis, sila.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tampin?
Yang Berhormat Tampin, tidak ada.
Okey, saya jawab secara bertulis. Ini semua sudah ada sudah. Jangan pula dia kata jawab secara bertulis nanti tidak hantar, sudah ada sudah ini tinggal pos sahaja. Yang Berhormat Batu Gajah? Yang Berhormat Batu Gajah tidak ada.
Yang Berhormat Batu Gajah ada, ada.
Itu dia. Yang Berhormat Batu Gajah, itu hari sudah tanya soalan, hendak tanya benda yang sama. Saya sudah jawab ini macam... [Menunjukkan isyarat tangan] Hantar secara bertulis tetapi yang ini saya tambah sedikit ya Yang Berhormat Batu Gajah because I’ll send you all the information that yang diperlukan. Saya sudah hantar. Okey, ini kawan kita. Dia pun baik. Sebenarnya Yang Berhormat Jelutong ini baik tetapi hari ini entah apa agaknya jadi dekat dia...
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Batu Gajah bangkitkan beberapa perkara Tuan Yang di-Pertua. Satu, tentang strategi selesaikan masalah kemiskinan. Kedua, tentang statistik terkini tahap kemiskinan dan miskin tegar kaum India mengikut negeri. Tuan Yang di-Pertua, masalah kemiskinan yang dihadapi oleh kaum India di Malaysia ini, ia tidak boleh diselesaikan, Yang Berhormat dengan berdasarkan kepada peruntukan RM100 juta yang diberikan kepada MITRA. Tidak boleh selesai. Akan tetapi walaupun macam itu, saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, selain daripada MITRA oleh hundred millions only, nothing more. Selain daripada MITRA, ada dana lain yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi masyarakat India melalui pelbagai kementerian. Contoh, Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN Nasional di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan kedua ialah Amanah Saham Malaysia oleh Perbadanan Nasional Berhad. So, ada disediakan juga peruntukan yang lain. Akan tetapi peruntukan MITRA ini ia adalah untuk program, projek sosioekonomi. Itu sahaja. Kementerian, Tuan Yang di-Pertua telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan sebagainya kerana kita ada Malaysian India Blueprint itu. We have MIB tetapi Malaysian India Blueprint ini dia merangkumi semua tanggungjawab yang bukannya semua itu tanggungjawab MITRA. Jadi, saya telah pun mengarahkan kepada Yang Berbahagia Datuk KSU saya untuk kita duduk dan kita trash out the Malaysian Indian Blueprint (MIB) ini untuk kita thrash out dan kemudian wujudkan pelan tindakan. Sekarang tidak ada lagi, Yang Berhormat. So, apa yang dibuat semua ad hoc. That’s it. Jadi bila kita wujudkan itu dan dalam blueprint itu, ia melibatkan kepelbagaian kementerian termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bila kita membicarakan isu soal perumahan. Kemudian kita akan duduk dengan semua stakeholders yang ada, yang melibatkan kementerian dan sebagainya dan kita akan thrash out tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh kementerian-kementerian yang lain.
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak perlu menjawab kepada Yang Berhormat tentang MITRA kerana saya sudah jawab dalam soalan lisan yang saya sudah beri secara bertulis, panjang lebar. Statistik terkini Yang Berhormat, ia sangat tebal. Saya ada statistik keseluruhan miskin tegar, miskin, yang sudah keluar daripada miskin tegar dan miskin. Saya ini- kerana Yang Berhormat minta peringkat semua negeri, saya akan bagi secara bertulis kerana ada di sini. Ya, Yang Berhormat kalau Yang Berhormat setuju.
Okey, Yang Berhormat.
Okey, terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, ini soalan yang terakhir daripada Yang Berhormat Batu Kawan. Okey, ada. Ingat sudah balik. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Kawan membangkitkan isu yang menyentuh kepada status RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, kerajaan kita tidak akan teruskan dengan rang undang-undang tersebut. Kita tidak akan teruskan dan mungkin Yang Berhormat akan tanya kenapa tidak teruskan. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, kita sudah ada undang- undang sedia ada yang disifatkan memadai, cukup. Tidak perlu lagi banyak sangat undang-undang. Bila kita lihat balik kepada keputusan-keputusan untuk mewujudkan suruhanjaya ini, kebanyakan peranan, fungsi suruhanjaya ini bertindih dengan akta-akta yang lain. Oleh sebab berlaku banyak sangat pertindihan dan akhirnya kita buat keputusan, kita telah pun membuat keputusan, kita tidak akan teruskan. Saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, undang-undang sedia ada memadai dan kerajaan tidak berhasrat untuk gubal satu lagi perkara yang baharu yang kononnya bersifat adil dan lengkap kerana yang ada ini sudah cukup. Saya mungkin boleh sebut kepada Yang Berhormat. Kepada mana-mana pihak yang sengaja mencetuskan, mengeluarkan kenyataan menggugat perpaduan, keharmonian rakyat boleh disiasat dan boleh didakwa di bawah: (i) subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] iaitu kesalahan menghasut; (ii) seksyen 504 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan; (iii) seksyen 505 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam; (iv) seksyen 506 Kanun Keseksaan [Akta 574] iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah; dan (v) seksyen 233 di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Jadi, sebaliknya, Yang Berhormat Batu Kawan, semangat yang ada kepada suruhanjaya itu kita letakkan- semangat inti pati, semangat asal kepada penubuhan suruhanjaya itu kita akan masukkan dan kita kukuhkan, Yang Berhormat, pada satu Pelan Tindakan Perpaduan. Sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, kita sedang dalam tindakan. Kita akan buat roadshow untuk kita bukakan kepada pendengaran awam. Kita bawa turun ke semua negeri supaya rakyat dapat mengambil bahagian, berikan pandangan, nasihat, kalau ada bantahan ke atas lima strategi yang telah pun kita letakkan, kalau ada penambahan-penambahan yang rakyat fikirkan patut kerana zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir. Sekarang zaman aspirasi harapan rakyat. Jadi, kita hendak dengar apa yang rakyat hendak dan mahukan, apa yang rakyat hendak cadangkan dalam pelan ini supaya pelan ini besok bukan dilaksanakan oleh kementerian atau kerajaan tetapi akan bersama-sama dipikul tanggungjawab itu oleh rakyat kita bila mereka faham.
Pelan Tindakan Perpaduan itu berhubung dengan the spirit of the suruhanjaya, pematuhan kepada Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan dan sebagainya. Kita wujudkan juga- kementerian sedang berbincang, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri KPT ada. Berbincang dengan Menteri KPT, KKMM, KPM, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi bersama dengan Kementerian Perpaduan Negara. Sekarang ini di peringkat jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh KSU, saya dah berbincang dengan semua KSU daripada kementerian ini untuk kita mulakan masukkan balik pendidikan Rukun Negara ini ke dalam sistem pendidikan negara. Bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak iaitu di tadika, kemudian kepada pelajar- pelajar di sekolah rendah, pelajar-pelajar di sekolah menengah. Di samping itu, kita perkukuhkan Kelab Rukun Negara yang telah pun kita wujudkan. Sebanyak 6,602 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah termasuk sekolah rendah jenis kebangsaan, sekolah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan termasuk sekolah menengah. Di peringkat IPTA, IPTS, kita sudah wujudkan Sekretariat Rukun Negara dan kita akan perkukuhkan. Saya akan mempengerusikan satu Majlis Sekretariat Rukun Negara dengan semua universiti yang ada bersama dengan pihak KPT. Seterusnya, Yang Berhormat Batu kawan.
[Bangun]
Nanti, nanti, belum habis lagi. Duduk dahulu. Seterusnya, Yang Berhormat Batu Kawan, the same spirit kita masukkan dalam penubuhan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN). Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bersetuju, telah pun melantik Yang Berhormat Menteri Kanan Kluster Sosial iaitu Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pengerusi kepada Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Keahlian di dalamnya daripada kepelbagaian bidang kepakaran. Bukan cerita ini mesti parti politik, no. Dia datang daripada kepelbagaian bidang kepakaran, ahli akademik dan sebagainya. Selepas itu, kita wujudkan, kita turunkan lagi di peringkat Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan, yang saya sebutkan tadi dengan Yang Berhormat Jelutong, dan di negeri, kita wujudkan Jawatankuasa Tindakan Perpaduan. The same mechanism tetapi dia turun dari atas hingga ke peringkat daerah. Tuan Yang di-Pertua, saya haraplah mudah-mudahan bila kita wujudkan mekanisme yang telah pun saya nyatakan tadi, ia akan dapat membantu kerajaan untuk membuat keputusan, menimbangkan cadangan-cadangan, mewujudkan pemikiran baharu yang ada kaitan dengan Dasar Perpaduan Negara. At the moment, we don’t have, untuk mewujudkan satu Dasar Perpaduan Negara. Selain daripada itu, ada beberapa agenda lain yang akan dimasukkan sebagai tanggungjawab kepada MPPN ini. Sila, Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Sebelum saya bermula tanya soalan, saya mengalu-alukan, menjemput Yang Berhormat Menteri datang ke Pulau Pinang untuk turut bersama dialog dengan Exco di negeri Pulau Pinang Yang Berhormat Chong Eng kerana negeri Pulau Pinang, kami ada Pusat Harmoni hari ini, Yang Berhormat, yang menitikberatkan isu-isu interfaith dialog, interfaith religious issues and all that. Jadi, saya menjemput Yang Berhormat datang ke Pulau Pinang secepat mungkin. Mungkin selepas sidang ini. Akan tetapi, saya berterima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri berikan walaupun saya sedikit hampa bahawa RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional ataupun National Harmony and Reconciliation Bill dan juga National Harmony and Reconciliation Commission Bill, saya difahamkan semua yang kedua-dua itu tidak akan diteruskan. Akan tetapi, saya juga bangkitkan dalam ucapan saya sama ada Racial and Religious Hate Crime Bill ataupun seperti yang digunakan di UK, Race Relations Act ada pertimbangan atau tidak daripada pihak kementerian untuk satu akta seperti ini? Yang Berhormat, sedikit lagi. Saya rasa keperluan ini telah banyak kali dibangkitkan dan juga bukan zaman Pakatan Harapan tapi di sebelum itu zaman Barisan Nasional juga akta harmoni telah banyak dibincangkan. Ini adalah brainchild daripada kerajaan sebelum itu, yang bila masuk ke Kerajaan Pakatan Harapan...
Yang Berhormat, saya faham. Sembilan minit lagi. Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah sebut tadi, tidak ada cadangan kerana undang-undang sedia ada sudah memadai dan saya pun sudah sebut semua undang-undang tadi. Dua RUU yang terawal itu bukan ditolak oleh Kerajaan Perikatan Nasional tetapi telah pun sedia ada ditolak oleh Kerajaan Pakatan Harapan sendiri. Dua RUU itu telah ditolak sendiri. Jadi, cuma RUU suruhanjaya itu sahaja. Saya sudah beritahu keputusan kita. Tuan Yang di-Pertua, kita ambil maklum, nanti saya akan turun ke Pulau Pinang kerana Exco Pulau Pinang pun duduk dalam jawatankuasa kita. Saya harap, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari kawasan Batu Kawan akan yakin dengan jawapan yang saya berikan tadi. Bila saya sebut tidak ada, maknanya kita tidak akan wujudkan RUU Suruhanjaya. Akan tetapi, saya sudah letakkan peranan, fungsi, aspirasi suruhanjaya itu ke dalam bentuk mekanisme yang saya sebutkan tadi. Kita harap mudah-mudahan dengan MPPN ini, Yang Berhormat- Pengerusi MPPN pun telah memberikan tarikh. Insya-Allah, kita akan bermesyuarat pada awal September ini, akan dapat melihat kepada hal ehwal perpaduan, membincangkan isu perpaduan dan juga usaha-usaha penyatupaduan nasional.
Yang Berhormat, saya juga ucapkan terima kasih atas cadangan untuk buat roadshow, untuk turun padang untuk mendengar pandangan daripada masyarakat. Saya jarang dengar ada kementerian yang buat roadshow seperti ini. Saya harap kami di sini akan diberikan tempoh masa schedule Yang Berhormat ataupun team Yang Berhormat yang akan turun supaya kami pun boleh bersama-sama menyambut sekiranya turun ke daerah ataupun negeri, maka, kami juga akan menyambut dan memberikan pandangan kami supaya dapat memperhalus dan menguatkan lagi usaha Yang Berhormat. All the best, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Boleh sedikit Yang Berhormat Menteri.
Ada satu lagi Yang Berhormat Padang Serai.
Padang Serai.
Manakah? Alamak. Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Jangan tanya fasal isu kuil ya. Sudah jawab tadi.
Silakan Yang Berhormat Padang Serai.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya berkenaan isu pasang bendera di setiap bangunan. Saya rasa amat sedih sekali. Sebab saya pandang mereka pasang bendera suka hati. Tidak ikut peraturan. Kedua, bendera itu sudah koyak dan masih lagi digunakan. So, itu imej negara kita. Saya harap kita perlu betulkan. Juga, di masjid pun dia orang pasang bendera tidak betul.
Okey. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih lah Yang Berhormat Padang Serai ini dari tahun yang sudah pun dia bangkit fasal isu bendera ini. Dekat bangunan ya. Dia punya patriotisme dalam diri dia, ya lah bekas tentera kan. Begitulah dia.
Itu Yang Berhormat, manakah Yang Berhormat Padang Serai ini? Itu Yang Berhormat Padang Serai, kita akan bekerjasama dengan KKMM. Ini kerana, kita baru sahaja buat sambutan 50 tahun Rukun Negara dan sempena dengan bulan kemerdekaan ini. Jadi, usaha itu sedang dijalankan dan kempen kibarkan bendera telah pun dimulakan dan saya harap Yang Berhormat boleh mulakan dengan lebih rancak lagi dalam kawasan Parlimen Yang Berhormat. Terima kasih. Yang Berhormat Batu Kawan tadi, Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah saya akan turun ke Pulau Pinang.
Baik.
Dalam Pelan Tindakan Perpaduan Negara ini, kita akan libatkan semua. Bukan sahaja kepada Ahli-ahli Parlimen yang Perikatan Nasional, ini termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah sana... [Merujuk kepada blok pembangkang] Jadi, saya harap kita akan memberikan input yang sihat dan memberangsangkan demi perpaduan rakyat dan negara kita. Ia tidak ada bermotifkan politik. Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya telah habis dengan penggulungan saya. Saya minta maaf- ya?
[Bangun] Yang Berhormat, ini tidak payah jawab di sini. Yang Berhormat boleh jawab bertulis ya. Ini saya hendak baca sedikit tentang statement- sebab ada masa sedikit sahaja. Statement yang dikeluarkan oleh beberapa orang utama berhubung dengan semangat patriotisme dan berhubung dengan semangat kebangsaan yang wujud di negara-negara, terutama negara jiran. Negara jiran kita tengok, di Indonesia kesatuannya melalui satu bahasa. Jadi, kita lihat ada orang-orang Cina di sana, tetapi namanya sudah menjadi Salim, sudah menjadi Rudi Hartono dan sebagainya. Mereka dah faham. Jadi, itu lah satu kesepaduan yang luar biasa yang berlaku. Di Thailand, orang-orang Cina ada yang bernama Taksin dan sebagainya. Di Philippines, ada yang bernama Equiano dan sebagainya. Ini kita lihat sepaduan itu melalui bahasa. Ada sesuatu yang dipegang. Bukan kita setakat buat program turun ke bawah untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Batu Kawan atau Yang Berhormat Jelutong. Tidak selesai masalah. Datang Parlimen dia bising lagi sebagai contoh. Akan tetapi, kalau sudah ada satu bentuk kesepaduan yang kita pegang. Rukun Negara sahaja tidak cukup, tetapi pelaksanaannya biar khusus sama ada ia melalui bahasa ataupun melalui ikatan yang lain. Menurut felo utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Teo Kok Seong; “Gabungan sekolah kebangsaan jenis kebangsaan dan agama cara terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa”. Pendapat ini disokong oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Profesor Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar yang berpendapat bahawa masalah perpaduan adalah berpunca daripada sistem persekolahan yang tidak selaras. Jadi, saya minta supaya kerajaan melihat perkara ini. Yang Berhormat tidak perlu jawab secara terbuka begini. Jawab secara bertulis tentang bagaimanakah kita akan menggunakan sesuatu yang berbentuk, kita pegang sebagai asas perpaduan, terutamanya melalui bahasa.
Okey, cukup lah.
Jadi, kita bukan hendak cakap bahawa yang dibuat di negara jiran itu terbaik, tetapi daripada segi semangat patriotisme, semangat Indonesia, semangat Thailand, semangat Filipina yang luar biasa. Sampai tang Malaysia ada di kalangan kita pergi ke luar negara memburukkan negara. Jadi, benda itu tidak berlaku di negara lain. Akan tetapi, tetapi di negara kita berlaku sehingga dituduh seolah-olahnya kita mengabaikan agama lain dan sebagainya. Jadi, itu saya minta.
Terima kasih Yang Berhormat Arau.
Sikit. Yang Berhormat Menteri sedikit. Jadi, saya melihat Yang Berhormat Menteri ini cukup bersemangat dan semangat patriotik yang cukup menebal. Jadi, saya juga mencadangkan dahulu tapi Yang Berhormat Menteri lama tidak pakai. Kalau Yang Berhormat Menteri baharu ini seorang yang hebat.
Sebelum kita mengadakan mesyuarat pagi persidangan adalah lebih baik untuk semangat patriotik cinta-kan negara, lagu Negaraku dimulakan sebelum doa. Itu adalah lebih baik.
Saya setuju.
Saya harap Yang Berhormat Menteri yang pertama mengumumkan untuk kita buat pelaksanaan ini. Saya yakin dan percaya semangat-semangat yang ada sebelah sana... [Merujuk kepada blok pembangkang] akan luntur dan perjuangan akan timbul. Terima kasih.
Saya sokong.
Okey, saudaraku sekampung
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol.
Yang Berhormat Menteri yang baharu, boleh kah?
Ya, okey.
Saya hendak bertanya tentang Majlis Perpaduan di peringkat negeri dan daerah itu? Bila agaknya Yang Berhormat boleh ditubuhkan supaya kerja-kerja kita yang baik ini dapat kita laksanakan dengan segera. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri saya ingin untuk kita lihat kepada asas negara, yang mana kita Ahli Persatuan Komanwel. Kemudian kemerdekaan yang dicapai daripada jajahan British menjadikan kita ada dalam sejumlah 54 buah negara maju dan negara membangun dari enam buah benua yang membentuk Ahli Persatuan Komanwel ini. Ia terbahagi kepada dua. Satu adalah diasaskan kepada sistem republik dan kedua...
Yang Berhormat cepat sikit, saya ada satu minit saja lagi.
Satu minit setengah saja lagi.
Jadi, saya pohon supaya asas ini tidak dicerca oleh mana-mana pihak tentang isu Raja-raja kita ini. Terima kasih.
Okey. Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Dungun, tadi saya ada sebut tentang undang-undang yang ada. Boleh disiasat dan boleh didakwa ya. Saya sudah sebut tadi undang-undang yang ada. Okey, itu menjawab kepada persoalan daripada Yang Berhormat Dungun. Daripada Yang Berhormat Beaufort, kita sudah mulakan sudah Yang Berhormat. Kita sudah mulakan. Jawatankuasa pelaksana saya sudah mempengerusikan sudah. Saya pun sudah maklumkan dan saya sudah bentangkan banyak kertas sudah kepada jawatankuasa pelaksana yang kita buat di Kuantan, Pahang yang jadi tuan rumah hari itu. Semua sudah ada, semua Exco sudah ada dan saya rasa lah harus Sabah ini akan buat dalam masa terdekat bila settle urusan di negeri Sabah. Okey. Yang Berhormat Arau tadi, semua pandangan Yang Berhormat Arau itu pandangan yang sangat baik Tuan Yang di-Pertua. Orang lama.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri boleh?
Eh! Kan sudah tadi.
Belum, belum.
Nanti saya jawab yang, saya jawab yang...
Saya terpanggil dengan hujahan yang dibuat oleh Yang Berhormat Arau tadi.
Okey.
Saya tidak tahu apa niat sebenar Yang Berhormat Arau sama ada untuk memperkukuhkan dan memperkasakan bahasa Melayu di SJK(C) dan SJK(T) atau Yang Berhormat Arau mencadangkan untuk terus menutup sekolah-sekolah SJK(T) dan SJK(C). Itu yang saya tidak faham.
Yang Berhormat, sudah, sudah. Yang Berhormat Batu Gajah. Ini kang jadi isu yang baru pula.
Bukan, bukan itu. Saya hanya hendak mendapatkan penjelasan.
Saya faham apa Yang Berhormat Arau cakap tadi.
Akan tetapi, saya tidak faham lah Yang Berhormat Menteri.
Tidak apa lah, saya terangkanlah.
Okey Yang Berhormat Menteri, faham Yang Berhormat Menteri.
Saya terangkan ya. Maksud Yang Berhormat Arau itu tadi Tuan Yang di-Pertua kata kuncinya ialah ‘perpaduan’, itu saja. Kata kuncinya ialah ‘perpaduan’. Jadi, kita ada Perlembagaan dan kita ada Rukun Negara...
Baik.
Kita ada lima prinsip Rukun Negara. Kita seharusnyalah menghayati- dukung sahaja tidak cukup, kena hayati dan disertai dengan amalan... [Tepuk] Bila disertai dengan amalan dari tingkah laku kita, daripada cara percakapan kita dan sebagainya termasuk apa-apa perkara yang dibicarakan. Jadi, kita jadikan itu sebagai amalan. Saya tidak hendak elaborate banyak kerana saya tidak hendak bangkit isu baharu pula, masa saya pun sudah habis.
Masa sudah tamat sudah Yang Berhormat.
Satu minit lagi. Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jempol tadi bangkitkan tentang nyanyi lagu Negaraku, itu kita akan bincang. Pihak yang jaga Negaraku ini semua KKMM. Saya menyatupadukan. Jadi, saya telah pun dimaklumkan ada persoalan yang dibangkitkan dalam penggulungan Yang Berhormat Menteri KKMM tentang lagu patriotik dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri KKMM pun sudah sebut akan bekerjasama dengan kementerian saya, mana yang sesuai terutama daripada segi menyemarakkan lagi semangat perpaduan. Kita harus kembalilah kepada kehidupan yang bahagia yang tidak ada prasangka, tidak ada persepsi dan sebagainya. Insya-Allah mudah-mudahan Malaysia akan berjaya menterjemahkannya. Tuan Yang di-Pertua, yang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan yang telah mengambil bahagian dalam mencelah-celah tadi. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Segala pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat ia adalah bersifat baik dan positif kepada kementerian ya, sudah tentu. Mungkin peletakan ayat dia lah macam Yang Berhormat Jelutong tadi itu tidak berapa cantik. Akan tetapi, the spirit itu kita ambil, kita akan ambil the spirit. Kita ucapkan terima kasih dan insya-Allah kalau ada mana-mana perkara yang saya tidak sempat hendak sebutkan, saya minta maaf. Kita akan ambil maklum semua untuk dijadikan input bagi penambahbaikan kepada pemantapan Kementerian Perpaduan Negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara. Ahli Yang Berhormat, dengan ucapan itu maka tamat tujuh kementerian pada hari ini menjawab semua perbahasan. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok, Khamis 6 Ogos 2020. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.21 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Penutupan Pusat Peranginan Bukit Larut, Taiping Atas Arahan JKR untuk Penyelenggaraan Akibat Tanah RuntuhSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, topik yang Taiping bangkitkan ialah mengenai penutupan Pusat Peranginan Bukit Larut, Taiping atas arahan JKR untuk penyelenggaraan akibat tanah runtuh.
Bukit Larut merupakan lokasi pelancongan yang menarik kerana peninggalan sejarah sejak penjajahan British. Alam semula jadi yang kaya dengan khazanah alam, suhu yang sejuk dan pemandangan yang menarik yang boleh dilihat dari puncak bukit.
Tuan Yang di-Pertua, pada 11 Mac 2020 dilaporkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping berkata, Pusat Peranginan Bukit Larut, Taiping ditutup untuk kunjungan awam sehingga akhir tahun ini untuk penyelenggaraan dan naik taraf atas perintah Jabatan Kerja Raya demi keselamatan semua pihak.
Penutupan kawasan tersebut dijadualkan untuk membaiki jalan berturap susulan beberapa kejadian tanah runtuh sejak November tahun lalu di mana lapan buah lokasi dikenal pasti berlaku runtuhan dan penutupan bagi mengelak kejadian tidak diingini. Minta Yang Berhormat Menteri Kerja Raya jelaskan:
(i) kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilangsungkan di kawasan tersebut;
(ii) jumlah kos yang terlibat;
(iii) tarikh siap untuk kerja tersebut; dan
(iv) syarikat yang menguruskan kerja tersebut.
Sekian, terima kasih.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lokasi runtuhan cerun tersebut berada di jalan negeri di bawah kuasa kerajaan negeri. Kerja penyenggaraan di jalan negeri tidak termasuk di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya.
Namun dalam hal ini, syarikat kontraktor penyenggaraan cerun tersebut yang telah dilantik oleh kerajaan ialah Pintas Utama Sdn. Bhd. Syarikat kontraktor ini bertanggungjawab dalam menyenggara cerun di jalan persekutuan dan jalan negeri. Daripada aspek pemantauan, pihak JKR Negeri akan membuat pelaporan penyenggaraan cerun di kawasan jalan negeri serta terus kepada Kementerian Kewangan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat selanjutnya juga, berdasarkan kepada peruntukan yang terhad dan terdapat lokasi-lokasi lain yang lebih kritikal keadaannya dan memerlukan pembaikan yang segera, hanya empat buah lokasi dilaksanakan pembaikan cerun di kawasan tersebut pada tahun ini iaitu kerja pembaikan cerun menggunakan kaedah tieback wall di laluan A275, Seksyen 2.10, Seksyen 2.50, Seksyen 4.60 dan Seksyen 8.80, Jalan Bukit Larut, Daerah Larut Matang dan Selama, Perak.
Kos arahan kerja yang dikeluarkan adalah sebanyak RM2.3 juta. Tarikh milik tapak mula kerja ialah pada 30 Mac 2020, manakala tarikh asal projek dijangka siap ialah pada 29 September 2020. Namun demikian, berdasarkan kemajuan semasa projek, tarikh siap semasa ialah 10 Disember 2020.
Kemajuan semasa projek pada masa ini ialah sebanyak 18 peratus pada setakat hari ini. Sekian, terima kasih.
Sila Setiausaha, tidak ada wakil Yang Berhormat Permatang Pauh, tidak ada? Ahli- ahli Yang Berhormat, kita terpaksa habiskan sesi ini kerana wakil Yang Berhormat Permatang Pauh tidak hadir di dalam Mesyuarat ini.
Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang hari Khamis, 6 Ogos 2020. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.39 petang]