Dewan Rakyat · 25 August 2020

15th Parliament, session 3, meeting 2 · 955 turns · 66,489 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ahmad Jazlan bin YaakubUMNO · BNMachang · question

1. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk memberi pegawai perubatan kontrak kemudahan yang setara dengan pegawai perubatan tetap memandangkan mereka juga memberikan perkhidmatan yang sama kepada masyarakat di Malaysia.

Datuk Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Kesihatan · Tenggara

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Machang. Secara prinsipnya, pegawai perubatan lantikan kontrak mendapat emolumen yang setara sebenarnya dengan pegawai lantikan tetap. Namun, faedah lain seperti kemudahan cuti diberikan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 iaitu Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak serta Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016. Antara faedah cuti yang diberikan adalah: (i) cuti rehat selama 25 hari; (ii) cuti sakit sehingga 90 hari bergaji penuh; dan (iii) cuti bersalin. Selain itu, pegawai perubatan lantikan kontrak juga dipanjangkan— ini tidak pernah berlaku. Kemudahan rawatan perubatan kepada ibu bapa yang sebelum ini tidak pernah diberikan kepada pegawai lantikan kontrak lain. Namun begitu, cuti rehat semasa latihan siswazah (housemanship) tidak diberikan seperti mana pegawai dalam skim perkhidmatan lain kerana cuti tersebut perlu diselaraskan mengikut penempatan latihan siswazah. Berhubung dengan kelayakan cuti-cuti lain yang dinikmati oleh pegawai perubatan tetap, ia tertakluk kepada pemanjangan cuti berkenaan kepada pegawai lantikan kontrak yang hanya boleh dipertimbangkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Bagi kemudahan penajaan kepada pegawai lantikan kontrak, pengajian kepakaran dasar semasa yang dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) hanya diberikan kepada pegawai-pegawai tetap bagi memberi peluang kepada mereka melanjutkan pengajian. Namun begitu, bagi mereka yang tidak mendapat Hadiah Latihan Persekutuan tetapi masih ingin melanjutkan pengajian kepakaran, Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan mereka untuk berbuat demikian dan salah satu cara adalah melalui Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway. Pada masa kini, KKM sedang meneliti cadangan untuk menawarkan tempoh kontrak yang lebih panjang bagi membolehkan pegawai melanjutkan pengajian kepakaran. Namun, perkara ini akan tertakluk kepada keputusan kerajaan dan cadangan ini akan dicadangkan mengambil kesetaraan gred jawatan dan pegawai lantikan tetap. Terima kasih.

Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya, adakah perancangan pihak kerajaan untuk melaksanakan penambahbaikan laluan kerjaya (career path) dengan izin, kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi KKM. Namun, setelah tamat sesuatu pengajian lanjutan, pegawai perubatan sepatutnya ditawarkan tangga gaji UD44 atau sesuatu yang setara dengan UD43 kerana bidang tugas dan kerja mereka adalah sama dan tidak kurang walau sedikit pun. Saya membangkitkan perkara ini kerana kerajaan pernah bersetuju untuk melaksanakannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Permohonan pelarasan gred bagi pegawai perubatan kontrak gred UD41 ke gred sebenarnya kita cadangkan ke gred UD43 dan ia berdasarkan seperti mana Yang Berhormat sebut tadi iaitu prinsipnya ialah rate for job iaitu prinsip upah untuk kerja selaras dengan status pegawai yang tamat latihan siswazah. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat, memikul beban tugas yang setara sebenarnya dengan pegawai lantikan tetap yang dinaikkan pangkat ke gred UD44, begitu juga dengan farmasi dan pergigian. Ini sebenarnya kita laksanakan supaya perancangan untuk tambah baik laluan kerjaya (career pathway) dapat memelihara keharmonian di tempat kerja di kalangan pegawai lantikan tetap dan kontrak bagi meningkatkan motivasi pegawai semasa melaksanakan tugas. Kita sentiasa memberikan peluang kepada pegawai-pegawai lantikan kontrak ini untuk melanjutkan pelajaran melalui latihan atau parallel pathway. Latihan ini sebenarnya memerlukan mereka untuk melepasi peperiksaan tertentu dalam kementerian dan juga dalam karier sebelum mereka sama ada melaksanakan secara peribadi ataupun kita taja melalui Hadiah Latihan Persekutuan.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Bandar Kuching.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak pakai 35(1) ya, siapa yang saya jemput, tanyalah soalan. Jadi mana-mana Yang Berhormat berdiri, tidak semestinya saya akan jemput ya. Jadi tunggu bila saya jemput, baru berdiri. Kalau tidak, tidak ada maknanya saya duduk di sini. Silakan Yang Berhormat Bandar Kuching.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya sebenarnya meneliti jawapan tadi.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Tadi Yang Berhormat Menteri berkata bahawa secara prinsip emolumen mereka adalah sama, bagi saya ini tidak betul kerana pekerja kontrak medical officer mereka cuma pada sekarang UD41 sahaja berbanding kepada permanent post, UD44. Sebenarnya Kabinet Pakatan Harapan pada tahun lalu November, telah bersetuju untuk menaikkan kepada UD43 kenapa sampai sekarang belum lagi diimplementasikan dan apakah sebab penangguhan tersebut. Satu lagi soalan berkenaan dengan parallel pathway. Seperti Yang Berhormat Menteri cakap tadi, kontrak yang sedia ada tidak cukup untuk mereka menghabiskan latihan dan digazetkan ke dalam Kerajaan Malaysia. Jadi, berapa tahun yang disyorkan untuk penambahan kontraktor tersebut dan apakah timeline ia akan diimplementasikan? Minta penjelasan, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan. Kalau panjang sangat jawapan Yang Berhormat boleh bagi jawapan bertulis.

Dia ada dua soalan Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya maklumkan tadi sebenarnya memang sudah ada kertas cadangan untuk saya bawa ke Kabinet iaitu penyelarasan gred UD41 ke UD43. Sekurang- kurangnya apa yang berlaku sekarang iaitu kerja yang sama tetapi waktu yang sama mereka berlainan gaji kita cuba bawa ke UD43 iaitu kontrak yang hampir bersamaan dengan mereka yang lantikan tetap. Pada masa ini cadangan tempoh kontrak pun kita cadangkan supaya lebih panjang dan ini waktu yang baik untuk mereka boleh mengambil laluan kepakaran, parallel pathway. Selain daripada mereka yang dilantik tetap, ia ada Hadiah Latihan Persekutuan dan untuk catatan Yang Berhormat, pada tahun ini sahaja mereka yang mengambil slot untuk Hadiah Latihan Persekutuan ialah sebanyak 1,266 orang iaitu pada tahun 2021. Tahun lepas sahaja yang ambil Latihan Persekutuan ialah seramai 1,102 orang dan keseluruhan yang mohon ramai tetapi mana yang melepasi untuk diberi peluang

menambahkan kepakaran mengikut tahun yang ada slot dalam universiti kita yang menawarkan kepakaran. Untuk mereka yang kita naikkan gaji ke UD43 mereka ialah pegawai-pegawai yang sentiasa patuh dan juga mereka yang bersedia untuk terus kekal dalam KKM.

Teo Nie ChingDAP · PHKulai · question

2. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan inisiatif-inisiatif dan rancangan-rancangan kementerian baharu ini untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Datuk Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNMenteri Perpaduan Negara · Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada kawasan Kulai. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan merangka Dasar Perpaduan Negara yang akan memayungi semua inisiatif dan juga perancangan strategik oleh kementerian seperti yang pertama, penubuhan Majlis Penasihat Perpaduan Negara yang telah pun bersidang pada 18 Ogos yang lalu dan dianggotai oleh kepelbagaian kepakaran yang ada. Fungsi majlis ini Tuan Yang di-Pertua ialah untuk menjadi forum untuk kita membincangkan isu-isu dan masalah-masalah yang berkaitan dengan perpaduan, menjana pemikiran, idea ke arah penggubalan satu dasar perpaduan negara yang lebih komprehensif dan holistik, mengemukakan syor-syor dan langkah-langkah yang wajar diambil oleh kerajaan dan juga untuk mempertimbangkan cadangan dan nasihat berkaitan dengan perpaduan negara dan juga integrasi nasional. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga telah pun menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara yang dipengerusikan oleh saya yang dianggotai oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat Exco Perpaduan di peringkat negeri- negeri dan kita telah pun mengadakan persidangan mesyuarat sebanyak dua kali. Mesyuarat yang akan datang ialah pada 26 September. Tujuan penubuhan Jawatankuasa Pelaksana ini juga adalah menyediakan satu forum untuk membincangkan masalah yang berkaitan dengan perpaduan termasuk suasana perpaduan, integrasi nasional melalui perkongsian daripada kepakaran- kepakaran selain daripada exco kerajaan negeri. Seterusnya ialah penubuhan Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri yang dipengerusikan semua Exco Kerajaan Negeri. Dia follow through daripada Majlis Penasihat Perpaduan Negara turun kepada Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara dan turun kepada Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negara. Akhirnya di peringkat daerah ialah Jawatankuasa Permuafakatan Perpaduan Daerah. Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, rancangan baharu yang akan dilaksanakan dan yang sedang pun dilaksanakan ialah Pelan Tindakan Perpaduan Negara bagi tahun 2021 hingga tahun 2025. Sekarang ini sedang dalam peringkat untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat teramai dan daripada kepelbagaian rakyat yang ada dan pelancaran sedang dibuat oleh exco kerajaan-kerajaan negeri. Contoh Perak telah pun kita laksanakan bersama Melaka pada 22 Ogos, Terengganu pada 23 Ogos, Perlis dan Kelantan pada 24 Ogos dan akhirnya ia akan merangkumi kepada semua negeri. Pelan Tindakan Perpaduan ini Tuan Yang di-Pertua akan merangka kerja-kerja berteraskan kepada Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia berdasarkan kepada lima strategi yang ada. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri kerana minggu yang lalu semasa perbahasan Yang Berhormat Kinabatangan menyatakan bahawa perpecahan sudah mula berlaku di peringkat sekolah rendah. Jadi saya hendak tanya dalam pandangan kementerian sama ada sekolah pelbagai adalah halangan capaian perpaduan kaum dan sama ada pendirian Kerajaan PN bahawa sekolah pelbagai aliran ini adalah satu penghalang kepada perpaduan kaum. Sekiranya bukan dan saya percaya ini adalah pendirian kerajaan ini, saya hendak tanya sama ada kementerian ini bolehlah menyediakan kursus untuk sekolahkan Yang Berhormat Kinabatangan supaya beliau tidaklah menyatakan kenyataan yang akan memecah belah rakyat Malaysia, terima kasih. [Tepuk]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya ingin menyatakan dalam usaha untuk kita memperkukuhkan

perpaduan ia perlu bermula daripada asas. Saya telah pun menjawab kepada persoalan ini iaitu untuk kita gerakkan permulaan daripada asas, maka penghayatan pendidikan Rukun Negara itu perlu kita laksanakan. Bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak dan kemudian kepada sekolah rendah, sekolah menengah dan juga sampai ke peringkat universiti. Saya juga telah pun memaklumkan dalam jawapan saya yang lepas, bahawa kita telah tubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ KSU saya bersama-sama dengan tiga lagi KSU iaitu KSU daripada KKMM, KSU daripada KPT dan KSU daripada KPM untuk kita melihat kepada cadangan pelaksanaan meletakkan pendidikan Rukun Negara itu dalam sistem pendidikan. Bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak sampai sekolah rendah dan sekolah menengah. Dalam pada kita sedang menguruskan struktur untuk meletakkan penghayatan pendidikan Rukun Negara itu yang akhirnya akan berteraskan kepada perpaduan. Dalam pada kita sedang memperkukuhkan perbincangan itu dalam pada itu kita juga telah pun menggerakkan kelab-kelab Rukun Negara. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian telah pun menubuhkan sebanyak 6,621 kelab-kelab Rukun Negara di semua sekolah rendah dan di semua sekolah menengah. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kelab-kelab Rukun Negara ini juga diwujudkan di semua sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah jenis kebangsaan Cina. Dalam pada itu di peringkat universiti ialah Sekretariat Rukun Negara. Jadi saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, apa juga cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Parlimen ini adalah cadangan dan sekiranya cadangan itu patut untuk kita ambil terima berdasarkan kepada cadangan yang dikemukakan, maka boleh dijadikan sebagai garis panduan dan sebagai perancangan kepada kementerian. Jadi saya hendak menyatakan kepada Yang Berhormat sekiranya persoalan Yang Berhormat ini ia lebih bersifat kepada politik sama ada Kerajaan Perikatan Nasional ada cadangan untuk mengubah sistem pendidikan yang ada di negara kita hanya kerana untuk meletakkan agenda perpaduan nasional itu supaya ia dapat berlaku, maka sudah tentulah apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu tidak akan berlaku kerana saya sudah sebutkan tadi. Agenda Perpaduan Nasional Negara itu akan dimulakan daripada asas sehinggalah kepada pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Hulu Rajang

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih. Selamat pagi Yang Berhormat. Soalan saya adalah, menjelang sambutan hari kemerdekaan beberapa hari lagi, dalam tema ‘Malaysia Prihatin’ yang membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia. Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum. Soalan saya, apakah bentuk kerjasama yang dirancang oleh kementerian untuk bersama kementerian-kementerian yang lain terutamanya Kementerian Pendidikan bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNMenteri Perpaduan Negara · Kota Tinggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat dari Hulu Rajang. Saya sudah jawab kepada soalan, kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada kawasan Kulai tadi. Kita mengadakan kerjasama strategik dalam mewujudkan penghayatan Rukun Negara itu ke arah pencapaian agenda perpaduan nasional di peringkat pendidikan awal kanak-kanak, di sekolah rendah, sekolah menengah. Itu adalah antara kerjasama strategik yang dilakukan oleh kementerian, bersama-sama dengan tiga kementerian yang lain. Tuan Yang di-Pertua, soal, bila kita bicarakan soal perpaduan ini dia melangkaui, melangkaui segala batasan yang ada. Maka, kerana itu pihak Kementerian Perpaduan Negara juga sedang mengadakan kerjasama-kerjasama strategik dengan kementerian-kementerian yang lain seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Hulu Rajang.

Datuk Halimah binti Mohamed SadiqueUMNO · BNMenteri Perpaduan Negara · Kota Tinggi

Saya izinkan supaya kita selesaikan dengan Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang sedang berjalan on roadshow sekarang dan bila terhasilnya Pelan Tindakan Perpaduan Negara ini berdasarkan kepada blueprint ataupun rangka Tindakan Perpaduan Negara dan akhirnya kita akan hasilkan juga satu Dasar Perpaduan Negara dan dalam itu akan diletakkan terangkum yang berkaitan dengan soal perpaduan negara tanpa mengira kepada batasan termasuklah bagi negeri Sabah dan Sarawak. Jadi, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Cantik Yang Berhormat.

Satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rasah. Silakan.

Cha Kee ChinDAP · PHRasah · question

3. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah harga siling pelitup muka tiga lapis pada RM1 yang berkuat kuasa pada ketika ini akan diturunkan lagi secara berperingkat pada masa akan datang memandangkan bekalan pelitup muka adalah mencukupi dan harga pasaran semasa adalah jauh lebih murah daripada harga siling ini.

Datuk Alexander Nanti LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi dan salam sejahtera. Jawapannya, pada 1 April 2020 yang lalu, kementerian telah mewartakan harga maksimum pelitup muka jenis 3-ply ya, tiga lapis yang untuk pembedahan dan perubatan pada harga borong RM1.45 satu unit dan harga runcit RM1.50 seunit setelah mengambil kira keperluan negara yang mengalami kekurangan bekalan dan penawaran topeng muka untuk memenuhi permintaan masyarakat semasa tempoh awal penularan wabak COVID-19 pada ketika itu. Kementerian telah mengambil maklum bahawa penetapan harga maksimum bagi pelitup muka pada masa tersebut masih tinggi. Justeru itu kementerian sering membuat penilaian berterusan ke atas kedudukan bekalan dan harga pelitup muka dalam pasaran dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat. Apabila kerajaan mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat tumpuan sesak bermula 1 Ogos 2020 ini, kerajaan mencadangkan agar harga pelitup muka ini dapat disemak dan diturunkan lagi harga bagi mengurangkan beban semua pihak disebabkan kewajipan pemakaiannya terutama bagi golongan kanak-kanak yang turut berisiko yang sudah memulakan sesi persekolahan. Semakan semula terhadap harga maksimum ini dibuat berasaskan perincian dan maklumat terkini daripada pengilang dan pengimport bagi memastikan penetapan harga yang dibuat ini adalah munasabah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengilang dan pengimport yang telah memberikan sokongan dan kerjasama yang baik kepada pihak kerajaan dalam usaha kerajaan memastikan kebajikan rakyat terus terbela dalam tempoh pandemik ini. Sehubungan dengan itu kementerian telah memutuskan penurunan harga maksimum pelitup muka tiga lapis ataupun 3-ply yang boleh diguna untuk pembedahan dan perubatan adalah daripada RM1.45 seunit ke RM0.90 seunit bagi harga borong dan RM1.50 seunit ke RM1.00 seunit bagi harga runcit. Ia telah dikuatkuasakan pada 15 Ogos 2020 ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan tidak dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang cuba mengambil keuntungan berlebihan, kementerian terus menjalankan pemantauan ke atas premis perniagaan farmasi, pasar raya, kedai serbaneka dan kedai runcit bagi melihat trend harga dan bekalan pelitup muka. Tinjauan harga juga dibuat ke atas penjualan pelitup muka di pasar atas talian ataupun online marketplace utama di Malaysia. Pemantauan juga dijalankan di peringkat pengeluaran, pengimportan dan pengedaran pelitup muka dalam negara. Hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan, didapati bekalan pelitup muka semakin pulih dan harga telah kembali stabil. Penurunan harga maksimum pelitup muka adalah langkah yang bersifat soft landing approach bagi membolehkan stok-stok yang dibawa masuk terdahulu dengan kos yang lebih tinggi, dengan menggunakan pengangkutan udara dapat dijual bagi mengurangkan kerugian pengimport akibat daripada penurunan harga ini. Kementerian senantiasa bersedia mengkaji kewajaran untuk menurunkan harga siling tersebut ke paras yang lebih rendah di masa hadapan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Rasah. Soalan tambahan yang pertama.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Saya telah meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang mana bekalan untuk pelitup muka pada ketika ini di pasaran kita adalah mencukupi dengan kerjasama yang baik daripada pihak pengimport ataupun pengilang tempatan. Jadi, saya mohon mencadangkan kepada pihak kerajaan― apakah ada kemungkinan perkara ini dilaksanakan. Pertamanya, mungkin kementerian boleh menetapkan satu harga siling yang jauh lebih rendah. Mungkin bukan sekarang, tetapi mungkin untuk bulan September dan bulan Oktober sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, soft landing approach iaitu pendekatan secara berperingkat supaya tidak ada pihak yang menanggung kerugian. Mungkin, saya hendak cadangkan kita kena ada sasaran supaya harga siling pada RM0.50 ataupun RM0.60 sekeping, mungkin pada bulan Oktober akan datang. Soalan yang kedua singkat, bagaimana dengan harga siling untuk pelitup muka kanak- kanak yang saiznya jauh lebih kecil, luas muka dia berbanding dengan pelitup muka untuk dewasa? Ini kerana, saya rasa ada keperluan yang sangat tinggi untuk pelitup muka kanak-kanak ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat soft landing ya, jawapan pendek. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Ya, saya hendak meyakinkan Yang Berhormat Rasah lah. Memang kita secara soft landing, kita ambil terima baiklah saranan ataupun pandangan yang begitu positif untuk membantu kementerian. Dalam hal ini daripada Yang Berhormat Rasah yang saya nampak memang begitu prihatin kepada perkara ini. Jadi, memang kita akan melihat sudah kepada satu tahap had siling yang baharu yang akan kita laksanakan dalam sebulan dua ini nanti ya. Dalam masa yang kami― selepas kajian mendalam, kami akan menentukan dalam hujung bulan September ataupun Oktober untuk diturunkan lagi daripada RM1.00 dan saya mohonlah pihak industri players di luar sana ambil maklumlah. Jangan nanti kata kita tidak bagi notis ataupun buat kenyataan terlebih dahulu untuk memberitahu kepada mereka. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, mengapa kita boleh menurunkan? Ini kerana, memang betul keberadaan topeng muka ini di pasaran kita sudah sangat mencukupi sebab sekarang sudah bertambah pengilang. Dahulu kita hanya ada enam pengilang di seluruh negara. Sekarang sudah bertambah ke 10 buah dan saya difahamkan bulan Oktober ini akan ada empat lagi yang beroperasi iaitu kilang mengeluarkan topeng muka ini. Dengan ke semua itu nanti, sudah tentulah banyak pengeluaran topeng muka di peringkat negara kita. Sekarang pun sebanyak 1.5 juta daripada 10 buah yang sudah beroperasi mengeluarkan keluarannya dalam satu hari― secara harian.

Ini memastikan kecukupan pelitup muka. Untuk kanak-kanak, Yang Berhormat Rasah, ia harga yang sama. Oleh sebab walaupun ukuran ia kecil daripada yang digunakan oleh dewasa tetapi di peringkat pengilang, ia tidak dapat kira sebegitu kerana the wastage pun ada. Jadi, saiz untuk kanak-kanak tidak juga jauh kecil untuk yang dewasa. Jadi, kami dapati selepas buat kajian, tidak dapat dikurangkan mengikut saiz sebegitu sahaja. Jadi, perlu harga yang sama untuk kanak-kanak, Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, kami masih berunding lagi. Buat perbincangan secara berterusan dengan industry players untuk kita bagaimana sampai ke satu tahap rundingan dan persetujuan untuk melihat kepada harga untuk kanak-kanak dan juga yang lain itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Igan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, ini soalan berkenaan dengan penguatkuasaan. Mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh kementerian bagi penjualan pelitup muka. Berapakah bilangan kes penipuan penjualan pelitup muka yang telah dikesan di pasaran, sama ada secara atas talian yang tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, kalau dikatakan buat transaksi atau pembelian di atas talian, memang ada kes-kes kita dapati dan kita kesan dan pernah juga kita kompaun kepada mereka yang bersalah. Jadi, memang ada berlaku tetapi tidak sebegitu banyak. Jadi, kami dalam kementerian dengan unit enforcement atau penguatkuasaan ini sentiasa memantau dan memastikan tiada kes-kes ini berlaku. Kalau ada berlaku, dengan secepatnya, dengan kaedah kami, memang kami dapat kesan. Jadi, kami juga mohon kerjasama daripada semua pihak di luar sana untuk membuat aduan kepada kami. Oleh sebab itu, kita ada beberapa kaedah untuk aduan disampaikan kepada kementerian dan disalurkan kepada penguat kuasa di kementerian ini. Jadi, bermula Januari 2020 ini sehingga 17 Ogos 2020, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan ke atas pelitup muka. Sebanyak 50,778 jumlah pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh negara yang merangkumi pemeriksaan di peringkat pemborong dan peruncit. Daripada hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 57 tindakan kes telah dihasilkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan jumlah sitaan bernilai RM537,235.40. Jadi, daripada jumlah tersebut, sebanyak 42 tindakan kes telah diambil di bawah seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu kesalahan menjual melebihi harga maksimum. Manakala, sebanyak 3 kes yang telah dikesan atas kesalahan penipuan penjualan pelitup muka secara atas talian di seluruh negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih.

Boleh satu lagi, Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya ingin tanya mengenai pelitup muka percuma. [Sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis · question

1. Datuk Mohamad bin Alamin [Kimanis] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan lebih banyak program perumahan rakyat di Sabah dan apakah status permohonan rumah mesra rakyat dan rumah mampu milik di Sabah.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Hari Kebangsaan Malaysia prihatin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, sehingga 30 Jun 2020, sebanyak 142 Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 92,310 unit telah siap dibina di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, Sabah merupakan negeri yang paling banyak PPR dibangunkan iaitu 31 Projek PPR dengan jumlah 21,699 unit telah siap dibina. Sehingga kini, sebanyak 2,102 permohonan telah diterima melalui sistem bagi projek-projek PPR di negeri Sabah. PPR Batu Putih 1,258 permohonan, PPR Sapargaya 597, PPR Hulu Perasan 297. Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak yang berminat untuk memohon, boleh lah melayari laman sesawang ini ataupun laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan www.kpkt.com.my atau boleh mengetahui status permohonan yang telah dibuat sebelum ini. Pada masa ini, sebanyak 7 Projek PPR sedang dalam pembinaan iaitu seperti berikut. PPR Hulu Perasan, Kota Belud - 900 unit. PPR Sapargaya, Lahad Datu - 410 unit. PPR Pitas - 440 unit. PPR Kampung Kiangsun Besar, Inam - 1,000 unit. PPR Targasan, Semporna - 500 unit. PPR Gayang 2, Tuaran - 500 unit dan PPR Jalan Tungku, Lahad Datu - 650 unit. Jumlah semuanya ialah 4,400 unit. Selain daripada itu, terdapat satu lagi

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Projek PPR yang masih dalam perancangan kementerian iaitu PPR Batu Putih fasa 2, Sandakan, Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat dua program perumahan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dilaksanakan di negeri Sabah iaitu Program Rumah Mampu Milik (RMM) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR). Status pelaksanaan perumahan di bawah SPNB di negeri Sabah sehingga 31 Mei 2020 adalah seperti berikut. Program Perumahan Rumah Mampu Milik siap - 9,988 unit, dalam pelaksanaan - 275 unit, dalam perancangan - 2,619 unit. Rumah Mesra Rakyat - 1,107 unit, siap - 176 unit, dalam pelaksanaan - 197 unit. Perancangan semua sekali yang siap ialah 11,095 unit dan jumlah keseluruhan ialah 14,355 unit. Selain daripada itu, terdapat juga sembilan projek Perbadanan PR1MA Malaysia di Sabah dengan jumlah keseluruhan 8,993 unit sehingga 28 Julai 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat baik sebentar tadi. Cuma Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, pada era Kerajaan Barisan Nasional dahulu, satu projek perumahan di bawah PR1MA telah pun diluluskan untuk kawasan Kimanis. Akan tetapi apabila Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, projek tersebut telah pun dibatalkan begitu sahaja. Saya ingin tahu Yang Berhormat Menteri, apakah sebab-sebab dibatalkan ataupun ditangguhkan projek itu dan bila pula ia akan dilaksanakan? Keduanya, kita tahu bahawa rakyat negeri Sabah, khususnya di Kimanis sangat memerlukan pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) demi kelangsungan hidup mereka. Jadi, apakah kerajaan berhasrat untuk membina lebih banyak Program Perumahan Rakyat (PPR) ini di kawasan Kimanis, khususnya dan juga di Sabah ini am nya? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis atas keprihatinan terhadap penduduk tempatan, terutama dari segi keperluan perumahan. Saya ingin memaklumkan bahawa Projek PR1MA di Sabah ini ada beberapa projek yang sekarang saya hendak sebutkan, Tuan Yang di-Pertua. Projek Kota Marudu, Borneo Cove, Sandakan City, Residensi Rangau, Kinarut South, Woodford Estate, Menggatal, Marudu 2 dan juga Sepanggar. Daripada sembilan projek ini, dua yang dijangka akan ditangguhkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kembali kepada persoalan Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa satu projek di kawasan Kimanis telah dirancang tetapi terpaksa ditangguhkan kerana apabila kita buat penilaian, kos bagi membina rumah-rumah tersebut terlalu tinggi dan mungkin kita bimbang takut rumah-rumah ini nanti tidak boleh mampu di beli oleh pembeli-pembeli. Namun demikian, untuk makluman Yang Berhormat kita sedang mengkaji semula keadaan ini kerana dahulunya dibatalkan oleh kerajaan dahulu. Kita harap demi kepentingan rakyat dan penduduk di kawasan Kimanis kita akan kaji semula dan saya juga ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat kalau ada cadangan baharu bagi projek PPR di kawasan Kimanis sila Yang Berhormat kemukakan kepada kita cadangan tapak-tapaknya. Mungkin kita akan lihat semula, mungkin kita akan bantu bagi memastikan supaya penduduk di kawasan Kimanis yang masih lagi tidak berumah akan dapat kita bantu dari segi pemilikan rumah terutamanya rumah mampu milik ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Insya-Allah, saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Kalabakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memaklumkanlah kepada Yang Berhormat Menteri di kawasan saya pun banyak permintaan untuk PPR di Tawau dan Kalabakan. Mengikut statistik dari Majlis Perbandaran Tawau terdapat seramai 10,000 orang pemohon menunggu. Jadi saya ingin

tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah ada cadangan untuk menambah PPR di kawasan saya? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di samping rumah PPR yang kita buat dan bina di banyak kawasan di Sabah ini, kalau kita lihat kita juga membina rumah mesra rakyat yang sesuai untuk golongan B40. Sebagai contoh di Sabah sahaja keseluruhannya lebih kurang jumlah permohonan ialah sebanyak 3,346 termasuklah di kawasan Tawau. Yang Berhormat Tawau, insya-Allah saya akan melihat perkara ini dan mungkin kita kana bincangkan dengan Yang Berhormat sendiri, apakah keperluan-keperluan yang boleh kita bantu bagi memastikan supaya penduduk Tawau juga tidak ketinggalan dari segi pemilikan rumah. Terutamanya rumah-rumah mampu milik yang perlu dimiliki oleh penduduk di kawasan berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri.

Boleh sedikit sahaja untuk Libaran?

Xavier Jayakumar a/l ArulanandamPKR · PHKuala Langat · question

2. Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam [Kuala Langat] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan tindakan-tindakan yang diambil oleh kementerian untuk menjamin bekalan air yang secukup untuk negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi pada musim kemarau serta dalam jangka masa yang panjang.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan bekalan air terawat negeri Kedah diperoleh daripada sebanyak 37 buah loji rawatan air dengan kapasiti sebanyak 1,445 juta liter sehari dengan purata kapasiti pengeluaran sebanyak 1,474 juta liter sehari. Ini bermakna reserve margin bagi negeri Kedah ialah sifar. Gangguan bekalan air sebagai mana yang ditanya dalam masalah tekanan air rendah terutama pada waktu puncak menjadi isu utama yang perlu dihadapi oleh pihak SADA. Keadaan ini berpunca daripada kapasiti reserve yang kosong dan perkara ini diburukkan lagi semasa musim kemarau di mana cuaca panas yang berpanjangan dan kering akan meningkatkan lagi gangguan bekalan air apabila terdapat loji rawatan air yang terjejas dan tidak dapat beroperasi seperti biasa terutamanya LRA Gurun, LRA Merbok dan LRA Tupah. Kerajaan Persekutuan komited dalam membantu menyelesaikan masalah bekalan air negeri Kedah termasuk Langkawi. Untuk itu, Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan sebanyak 13 projek bekalan air di negeri Kedah termasuk Langkawi melibatkan peruntukan pembangunan keseluruhannya berjumlah lebih kurang sebanyak RM1.80 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia, di antara projek yang telah pun diluluskan itu ialah yang pertama sebanyak RM1.082 bilion bagi membiayai kerja-kerja pembinaan dan naik taraf sebanyak tujuh loji rawatan air yang melibatkan LRA Kulim Hi-Tech, LRA Pokok Sena, LRA Sungai Limau, Baling, Bukit Selambau, Lubuk Buntar Lama, Jenun Baru dan Pelubang. Dua loji tersebut telah pun siap iaitu LRA Kulim Hi-Tech dan LRA Pokok Sena. Manakala baki lima LRA lagi dijangka siap secara berperingkat menjelang tahun 2023, sekali gus akan menaikkan kadar reserve margin air di kedah sebanyak 10.6 peratus. Bagi mengurangkan kadar NRW di Kedah termasuk Langkawi sebanyak RM104.7 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan kerja-kerja berkaitan NRW di bawah Program NRW Nasional Pendekatan 1, di mana sebanyak RM60 juta untuk Langkawi dan bakinya adalah untuk seluruh kawasan di negeri Kedah. Kerja-kerja ini dijangka siap pada tahun 2022 dan ia dijangka akan menurunkan kadar NRW Kedah daripada sebanyak 48 peratus kepada sebanyak 43 peratus. Sementara kerja-kerja NRW di Langkawi dijangka dapat menjimatkan air sebanyak 10 juta liter sehari. Sementara itu sebanyak RM561 juta diperuntukkan bagi membiayai kerja berkaitan sumber bekalan air di Langkawi seperti:- (i) Kajian Pembangunan Skim Bekalan Air Langkawi; (ii) pembinaan Takungan Air di Pinggir Sungai (TAPS) Padang Maksirat; (iii) projek meningkatkan sistem pengempangan di Padang Matsirat; dan

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

(iv) sebanyak 50 juta pula diperuntukkan bagi tujuan membaiki paip sub marin yang sedia ada ke Langkawi. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah dengan cuaca kemarau yang kita tahu akan jadi satu isu besar di dalam Langkawi dan juga di Kedah. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk pastikan bahawa sumber air itu mencukupi? Walaupun kita ada banyak projek yang kita lakukan sekarang semuanya ialah kita ambil sumber air dari sungai. Adakah cadangan kementerian di Kedah khususnya untuk kaji dan juga untuk ambil air dari bawah tanah termasuk di Langkawi juga? Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman bagi melihat kesediaan ataupun sumber bekalan air bawah tanah sebagai mana yang ditanya khususnya bagi Langkawi, beberapa projek telah pun di dalam rangka kajian termasuklah Projek Takungan Air Pinggir Sungai (TAPS) di Padang Matsirat, Langkawi yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Untuk makluman, projek ini ditangguhkan sementara waktu bagi menyiapkan satu kajian terperinci dibuat melalui BBA, NAHRIM dan JMG di mana kajian penerokaan air bawah tanah bagi melihat kemungkinan pembinaan empangan bawah tanah dilaksanakan di Langkawi dengan melaksanakan kajian kemungkinan projek pembinaan atau naik taraf bunded storage di Padang Saga, Langkawi Kedah. Untuk kajian ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta yang akan dilaksanakan selama 15 bulan mulai 20 Mac 2020 dan kajian ini dijangka siap pada 19 Mac 2021 berserta reka bentuk konsep. Objektif kajian ini ialah bagi melihat kemungkinan untuk membina atau naik taraf bunded storage di Padang Saga dengan kapasiti sedia ada iaitu 0.3 million cubic meter serta mengkaji potensi bagi membina 50 million cubic meter di simpanan air bawah tanah di hiliran Sungai Melaka. Saya fikir Yang Berhormat telah pun maklum tentang projek ini sebab idea di peringkat awal dibuat pada zaman beliau dan pihak kerajaan meneruskan agenda tersebut cuma kita perlu meneruskan kajian terperinci sebagaimana telah dibuat sebelum ini oleh pihak NAHRIM. Untuk makluman juga, di antara langkah segera yang kita buat ialah untuk membaiki paip yang bocor di antara tanah besar ke Langkawi. Untuk itu kita peruntukkan sebanyak RM50 juta bagi mengatasi masalah tersebut. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Pontian.

Terima kasih. Musim kemarau dan masalah bekalan air ini bukan hanya di Langkawi tentunya. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri mengenai usaha-usaha off-river storage (ORS) atau kolam takungan hiliran yang boleh dibuat di kawasan-kawasan yang menghadapi pencemaran. Sebagai contoh baru-baru ini kita lancar di Chini dan satu lagi ialah mengenai pencemaran loji air ketika musim kemarau. Saya harap kalau tidak dapat jawapan sekarang mengenai Simpang Renggam dan Benut, di dua kawasan berlakunya penyimpanan air, musim kemarau air tidak boleh diguna maka berlaku masalah air di dua Parlimen. Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Langkah kerajaan untuk membanyakkan pembinaan TAPS ataupun Takungan Air Pinggiran Sungai dilaksanakan untuk makluman Dewan yang mulia hingga setakat ini kita ada pelaksanaan di empat buah negeri iaitu di Melaka, Langkawi, Johor dan Negeri Sembilan. Untuk di Melaka kita telah bina dua TAPS, yang pertama takung air di pinggir sungai yang kita adakan di Melaka sebanyak RM350 juta diperuntukkan dan yang kedua ialah di TAPS Jernih sebanyak RM200 juta.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Manakala di Langkawi ialah di Padang Mat Sirat sebanyak RM550 juta diperuntukkan. Di Johor ialah Sungai Johor yang kita sediakan peruntukan sebanyak RM407 juta yang dijangka siap pada tahun 2025. Untuk makluman, di Johor, perunding telah pun dilantik pada 15 Januari 2020 baru-baru ini.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Keduanya, selain daripada itu, ialah di Negeri Sembilan, TAPS Linggi sedang dalam pembinaan di mana kita jangka siap pada tahun 2025 dan sebanyak RM400 juta diperuntukkan. Di samping itu, beberapa negeri lain termasuklah Melaka, Langkawi dan Labuan yang sering kali berlaku krisis pada musim kemarau, kerajaan telah pun mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan pembinaan TAPS bagi menampung khususnya di kawasan yang sering kali dilanda kemarau. Untuk makluman juga, suatu perancangan kajian telah pun diadakan di antara Kerajaan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan bagi membina sebuah loji bagi membekalkan air daripada Negeri Sembilan ke Melaka. Demikian juga di negeri-negeri atau kawasan-kawasan yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ringkas sahaja berkenaan terkait off-river storage yang sebenarnya telah dapat pun projek itu tetapi dibatalkan. Saya difahamkan itu merupakan jangka masa pendek untuk menyelesaikan masalah air di Merbok khususnya yang meliputi kawasan yang sangat luas dan masalah air di Merbok juga sudah lebih sedekad. Jadi, saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa projek itu yang asalnya diumumkan oleh kementerian pada Disember 2018 tetapi tiada? Terima kasih.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Saya mohon untuk saya jawab secara bertulis soalan ini sebab ia di luar daripada soalan asal, insya-Allah.

Shaharizukirnain bin Abdul KadirPAS · PNSetiu · question

3. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan mekanisme yang digunakan oleh Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional untuk memastikan inisiatif-inisiatif dalam PENJANA akan memberi manfaat kepada pihak yang layak secara menyeluruh.

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian ini sangat berbesar hati kerana diberikan tanggungjawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjayakan Pelan Jana Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan pada 5 Jun 2020 yang lalu untuk menangani situasi semasa ekonomi dan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan mesyuarat Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional (JKPN) yang dipengerusikan secara bersama oleh Kementerian Sumber Manusia dan juga Kementerian Kewangan. Pada 15 Julai 2020 yang lalu, mesyuarat ini telah bersidang buat kali pertama dengan kehadiran ketua-ketua agensi yang terlibat secara langsung dalam inisiatif PENJANA seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebagai permulaan, mesyuarat ini membincangkan terma rujukan JKPN, pembentangan kedudukan terkini pasaran buruh dan kadar pengangguran oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan membentangkan Laporan Inisiatif Pelan Jana Ekonomi Negara. Jawatankuasa ini akan menyelaraskan dan memantau pelaksanaan inisiatif PENJANA dan jawatankuasa ini akan bersidang sekurang-kurangnya empat kali setahun. Terima kasih.

Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Berapa kes majikan yang tidak menyalurkan subsidi upah yang diberikan kepada mereka dan terus membuang pekerja? Saya juga ingin penjelasan tentang Program Peningkatan Kemahiran yang diperuntukkan sebanyak RM2 bilion. Sejauh manakah keberkesanan program ini dalam menangani isu pengangguran? Sekian.

Tuan Yang di-Pertua, Program Subsidi Upah ini telah disalurkan kepada majikan supaya mereka kekalkan pekerja dalam sektor tertentu. Walau bagaimanapun, ada juga kes-kes di mana majikan telah menerima sumbangan subsidi upah tetapi pada masa yang sama tidak disalurkan kepada pekerja. Dari segi jumlah statistik, saya akan bagi secara bertulis. Kedua, mengenai RM2 bilion yang disalurkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui PENJANA, bukan semuanya disalurkan kepada Kementerian

Sumber Manusia. Sebanyak RM2 bilion ini telah disalurkan kepada beberapa kementerian termasuk Kementerian Sumber Manusia. Terima kasih.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanyakan peranan yang dimainkan oleh komiti ini. Adakah stakeholders yang berkaitan seperti majikan dan pekerja juga terlibat dalam ini? Ini kerana pandangan mereka sangat mustahak dalam hal ini. Berkaitan dengan ini adalah mengenai gig economy di mana RM50 juta telah diagihkan. Apakah perkembangan terkini mengenai perkara ini supaya mereka dapat proper protection pekerja-pekerja dalam gig economy. Terima kasih.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, jawatankuasa ini akan mengawasi lima inisiatif PENJANA berkaitan sumber manusia seperti berikut:- (i) Program Subsidi Upah; (ii) menaik taraf Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara; (iii) Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan; (iv) program kemahiran dan peningkatan kemahiran; dan (v) perlindungan sosial dan latihan bagi pekerja gig economy. Kelima-lima program ini tidak akan berjaya tanpa bantuan dan kerjasama daripada pihak majikan ataupun stakeholders. Maka, Kementerian Sumber Manusia dan jawatankuasa ini sentiasa mengambil kira segala pandangan dan cadangan daripada stakeholders. Sekiranya tidak, mungkin usaha ini tidak akan berjaya ataupun ia akan mencacatkan usaha kerajaan untuk mengatasi kelembapan ekonomi. Kedua, mengenai isu yang berkaitan dengan gig economy. Kita telah menyalurkan lebih kurang RM50 juta di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. RM50 juta ini adalah one-off bagi tahun ini mengambil kira keadaan ekonomi dan penularan COVID-19. Pada masa yang sama, kita harap golongan yang terlibat ini akan mencarum pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Demi mangsa anak-anak yang tidak berdosa, saya kemukakan soalan keempat. [Tepuk]

Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas · question

4. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah mereka yang tidak ada kewarganegaraan (stateless) di Malaysia. Nyatakan kriteria atau syarat-syarat lain yang telah ditentukan oleh kerajaan untuk mereka ini mendapat kewarganegaraan selepas mereka telah memenuhi syarat-syarat mandatori yang telah ditentukan di bawah Perlembagaan Malaysia.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Beruas. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kelahiran yang berlaku di negara kita tidak menyebabkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraan Malaysia secara automatik. Kewarganegaraan seseorang individu ditentukan berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku selaras dengan peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta perundangan berkaitan yang berkuat kuasa dalam isu pendaftaran perkahwinan, pengangkatan, kesahtarafan anak dan Peraturan Imigresen. Kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara mengambil langkah proaktif dalam memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang berkelayakan dapat dilaksanakan dengan mudah di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman melalui inisiatif berterusan iaitu Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang merangkumi Program Pendaftaran Bergerak (Unit Mobile) dan bas Mobile. Program MEKAR menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk khidmat nasihat berkaitan pendaftaran kad pengenalan, kelahiran dan kematian. Selain daripada itu, JPN turut mengadakan taklimat mengenai kepentingan dokumen pengenalan diri dan kerjasama strategik secara berkala bersama jabatan pendidikan negeri, kerajaan negeri melalui ketua kaum, ketua masyarakat bagi mengenal

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

pasti serta mendaftarkan murid-murid sekolah serta penduduk yang masih belum memiliki dokumen pengenalan diri. Jadual Kedua Bahagian III Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan tiga kaedah pemerolehan kewarganegaraan Malaysia iaitu secara kuat kuasa undang- undang, pendaftaran atau penaturalisasian.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Bagi individu warga asing, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia sama ada melalui pendaftaran atau penaturalisasian jika telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Selain daripada itu, pelbagai aspek turut diambil kira dalam pertimbangan sesuatu permohonan kewarganegaraan Malaysia termasuklah kebajikan pemohon tanpa mengabaikan keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada. Sukacita diingatkan bahawa ibu bapa dan penjaga kepada individu bertaraf belum ditentukan atau bukan warganegara bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan kewarganegaraan, dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal bagi mengelakkan ketiadaan dokumen pengenalan diri, keberadaan tidak sah di Malaysia dan seterusnya disalah anggap sebagai tidak memiliki kewarganegaraan daripada mana-mana negara atau stateless. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan pertama.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin dapat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapakah jumlah anak angkat yang tidak mengikut undang-undang ataupun melalui perintah mahkamah yang telah ditarik balik kerakyatan mereka mengikut kaum ibu bapa mereka? Saya mendapati ramai anak India yang menjadi mangsa kerana kulit mereka hitam sedikit. Semasa mereka hendak buat kad pengenalan dikatakan disyaki bukan anak kandung ibu bapa. Katakan orang Cina kulit mereka lebih cerah, ceria. Cerah. Sorry. Jadi nampaknya ada diskriminasi warga kulit ini yang tidak sepatutnya berlaku dan black lives matter to Malaysia. Jadi, saya hendak tahu berapakah jumlah mereka yang telah ditarik balik kelayakan warganegara mereka semasa mereka membuat kad pengenalan. Berapakah orang Cina yang diangkat anak angkat oleh orang Melayu yang tidak mengikut undang-undang dan begitu juga orang India yang di anak angkat oleh orang Cina atau lain-lain kaum? Ini supaya kalau boleh bagi saya mereka kalau sudah diberi kerakyatan semasa mereka kecil, janganlah ditarik balik kerakyatan mereka hingga menjadi satu masalah sosial yang tidak perlu ditimbulkan dan diwujudkan oleh kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Beruas, kerajaan tidak pernah melakukan diskriminasi kaum berdasarkan kulit. Oleh sebab itulah saya nyatakan dalam jawapan saya sebelum ini dan juga jawapan Yang Berhormat Menteri dalam MQT yang lepas mengatakan bahawa jika ada proses- proses seperti pendaftaran perkahwinan yang sah, dokumen yang sah dan juga pengangkatan, mengambil anak angkat tadi melalui proses sama ada di mahkamah telah dipersetujui dan kita ada syarat-syarat tertentu yang telah kita syaratkan di bawah SOP yang telah kita laksanakan bahawa jika permohonan iaitu sah dan kita boleh lakukan. Dari segi statistik yang diperlukan, ini agak panjang dan saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Beruas. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Hulu Rajang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Hulu Rajang.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Hulu Rajang. Terima kasih. Banyak masalah di kawasan pedalaman seperti di Hulu Rajang Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dulu, ketika dulu kita ada Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan tetapi telah diberhentikan semasa pemerintahan Pakatan Harapan. Bagi saya iaitu adalah satu fast track dengan izin dalam untuk menyelesaikan MyKad dalam masa yang singkat.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Di Parlimen Hulu Rajang Yang Berhormat Timbalan Menteri, masih ramai masyarakat seperti di Long Singut, Batu 20, Batu 19, Batu 18 di Jalan Bakun mempunyai masalah kad pengenalan iaitu merah dan hijau. Keadaan ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, menyukarkan anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan di Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 mengambil peperiksaan awam kerajaan. Jadi saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah mekanisme untuk membantu masyarakat ini untuk mendapat layanan yang adil tanpa mempolitikkan proses pemilikan MyKad. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Hulu Rajang. Memang menjadi hasrat kerajaan memastikan semua yang berada di dalam negara kita mempunyai identiti yang sah. Oleh sebab itu, jawapan awal saya di kawasan-kawasan pedalaman kita ada Program MEKAR dan kita akan turun padang bersama unit mobil kita dan bas mobil kita untuk membantu mana-mana masyarakat yang berada di pedalaman. Kita akan berbincang dengan jabatan-jabatan pendidikan dan juga kerajaan negeri serta ketua-ketua masyarakat untuk memastikan tidak ada mana-mana yang perlu atau berhak mendapat kewarganegaraan ini kita abaikan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kinabatangan.

Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan · question

5. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah bantuan-bantuan yang telah disalurkan kepada golongan penjaja dan peniaga industri kecil dan sederhana. Berapakah jumlah peniaga yang telah mendapat manfaat dari bantuan-bantuan ini.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Definisi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah merangkumi usahawan mikro kecil dan sederhana dalam sektor pembuatan serta sektor perkhidmatan dan sektor-sektor lain. Manakala definisi bagi golongan peniaga dan penjaja kecil adalah terangkum dalam kategori mikro di bawah definisi PKS. Manakala kluster informal adalah peniaga-peniaga yang tidak berdaftar dengan mana-mana badan awal sedia ada. Antara bantuan yang telah dan sedang akan disalurkan kepada golongan penjaja sudah peniaga industri kecil dan sederhana oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi khususnya daripada agensi TEKUN Tuan Yang di-Pertua adalah contohnya TEKUN Niaga yang telah memberi pembiayaan sebanyak 460,626 pembiayaan bernilai RM4.39 bilion. Kedua, Skim Pembiayaan Teman TEKUN, pembiayaan secara berkumpul telah di salur pembiayaan berjumlah 95,907 pembiayaan bernilai RM668.4 juta. Skim Pembiayaan Kontrak-i iaitu pembiayaan untuk membiayakan kontrak dan pembekalan telah di salur 9,864 pembiayaan bernilai RM537.1 juta. Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) iaitu pembiayaan kepada usahawan India telah disalurkan melibatkan 22,135 pembiayaan bernilai RM313.7 juta. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu membantu usahawan yang terkesan dengan COVID-19, TEKUN menyediakan kemudahan pembiayaan dan sehingga sini pelaporan adalah seperti berikut, COVID-19 Business Recovery Financing Scheme (CBRM) yang dianggap popular sekali di kalangan peniaga, peruntukan berjumlah RM200 juta di bawah PRIHATIN yang telah membantu 26,123 orang usahawan. Program TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS) yang telah membiayai 8,436 usahawan dengan jumlah kelulusan sebanyak RM56.73 juta sehingga kini sebanyak 623,78 pembiayaan bernilai RM6.16 bilion telah disalurkan kepada usahawan termasuk penjaja dan peniaga industri kecil dan sederhana. Tuan Yang di-Pertua, saya mempunyai jawapan mengikut agensi. Jadi, saya mohon jawapan-jawapan tu secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat kerana menghormati masa Dewan. Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan dan kementerian mempunyai pendekatan anjakan paradigma yang baru kepada usahawan-usahawan kita di negara

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

ini untuk mengeluarkan mereka daripada usahawan kecil sederhana menjadi usahawan yang berjaya dan besar? Kalau ada, agak-agak satu tahun berapa sasaran untuk kementerian melihat usahawan yang berjaya diangkat menjadi usahawan yang boleh berjaya lagi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang amat menarik pada saya. Ini sebab saya baru pun membuat satu perbincangan kementerian dengan pihak PUNB iaitu Yang Berhormat daripada minta maaflah sebut nama sahaja, Tan Sri Noh bin Haji Omar. Ini bahawa apabila usahawan- usahawan mikro ini yang hanya dibiayai oleh TEKUN dengan RM100,000 telah grow into something big dengan izin. Saya hendak mereka dipromoted kepada usahawan kecil yang mempunyai pinjaman yang dibolehkan oleh pihak PUNB sehingga RM10 juta.

Jadi, dalam jangka masa setahun, perancangan saya ialah untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 50 perniagaan yang boleh dipromoted kepada perniagaan kecil, mungkin to create 50 million aces di antara microbusinesses ini yang dalam perancangan kita. Bukan itu saja Tuan Yang di-Pertua, termasuk perbincangan-perbincangan kita dengan agensi Bank Rakyat dalam kementerian saya dengan program-program yang sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Port Dickson.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana penjelasan yang agak menyeluruh. Saya tidak akan bertumpu tentang jutawan tetapi hendak tumpu tentang penjaja. Saya percaya pihak kementerian bersama KPKT dan majlis perbandaran harus diselaraskan walaupun bidang tugas yang berbeza. Penjaja di negara kita ini jumlahnya ialah ratusan ribu dan dalam kategori yang paling miskin dengan tumpuan, pemerhatian dan bantuan yang sangat kecil. Jadi, saya usulkan supaya ada penyelarasan yang menyeluruh kerana golongan penjaja ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya walaupun ada langkah-langkah diambil oleh kementerian termasuk memulihkan masalah semasa COVID-19.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini juga soalan berhubung dengan perkara baru yang diwujudkan oleh kementerian ini. Sebenarnya apabila saya berbincang dengan pihak kementerian, saya dimaklumkan bahawa kita mempunyai hampir 1 juta mikro atau informal businesses. Penjaja-penjaja yang di tepi jalan itu. ‘Mak Kiah’ yang tidak ada berdaftar, tidak ada dengan SSM, tidak ada dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, tidak ada dengan mana- mana pihak dan mereka ini tidak dibela. Ini kerana mereka mendapat sumbangan secara peribadi to make the food on the table semasa COVID-19 tetapi business mereka tidak ada pembiayaan oleh pihak kerajaan. Jadi, saya telah mengarahkan kementerian saya untuk membuat kajian, berapakah jumlah ini seluruh negara? Saya juga berbincang dengan pihak Bank Negara berhubung dengan ini dan mendapat data daripada Bank Negara. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah, apabila census yang berlaku sekarang ini telah terlaksana dalam masa tiga bulan yang akan datang, saya akan mendapat maklumat yang terperinci mengikut negeri iaitu berapakah jumlah penjaja dan peniaga kecil-kecilan yang informal ini yang belum berdaftar di seluruh negara. Saya membuat proses pendaftaran dan macam mana untuk membantu mereka ini, oleh sebab keseluruhannya hampir 80 peratus ialah bumiputera dan 20 peratus ialah India dan Cina, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Bekas Timbalan Yang di-Pertua, silakan Yang Berhormat Teluk Intan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Teknologi dan inovasi merupakan mangkin pertumbuhan ekonomi masa depan negara. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha kementerian untuk

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

membantu teknologi start-up di negara ini dan apakah rancangan kerajaan untuk mewujudkan unicorn pertama di negara kita? Ini memandangkan negara-negara lain semua bersaing dalam sektor khususnya teknologi dan inovasi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya banyak berbincang dengan pegawai saya berhubung dengan soalan penggunaan teknologi, bermacam-macam teknologi. Saya pun banyak membaca buku soal teknologi ini khususnya macam artificial intelligence, cloud computerization, digitalization dan sebagainya. Akan tetapi Yang Berhormat, kementerian saya hanya mampu implementkan apa yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Soalan ini sepatutnya dibangkitkan kepada MOSTI dan bukan kepada saya. Kami tidak membangunkan sangat soal teknologi tinggi ini. Kita hanya mengguna pakai. Akan tetapi, walau bagaimanapun, khusus untuk usahawan, Yang Berhormat, kita belum lagi mempunyai marketplace online khususnya macam Lazada, Shopee dan macam Jak Ma punya itu, Alibaba.com. Kita belum mempunyai tetapi saya telah memberi arahan kepada agensi di bawah kementerian khususnya SME Corp. Untuk- to establish one marketplace untuk usahawan-usahawan kecil termasuk formal dan informal di seluruh negara. Bayangkan koperasi mempunyai seramai 609 juta ahli dan sebanyak 14,000 koperasi dapat mempunyai marketplace, common market place untuk peniagaan. Kita dapat menjana dan akan menggerakkan usahawan-usahawan kecil termasuk koperasi di seluruh negara Tuan Yang di-Pertua.

[Soalan 6 – Yang Berhormat Puan Noorita binti Sual (Tenom) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Yang Berhormat, saya dimaklumkan Yang Berhormat Tenom tidak ada di dalam Dewan. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi. Dipersilakan.

Terima kasih Tuan Yang di-

Buat isteriku, kan ku bina sebuah istana, Di langit ketujuh akan ku dirikan, Buat Yang Berhormat Menteri yang bijaksana, Soalan nombor tujuh mohon dijelaskan.

Ahmad Johnie bin ZawawiPBB · GPSIgan · question

7. Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah amaun penjimatan oleh kerajaan dengan penamatan Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) Pan Borneo Sarawak dan bilakah jangkaan Projek Pan Borneo Sarawak akan siap sepenuhnya?

Dato’ Sri Haji Fadillah bin YusofPBB · GPSMenteri Kerja Raya · Petra Jaya

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Igan.

Daripada Igan dengan pantun yang begitu hebat sekalilah pagi ini. Saya hendak jawab pantun...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Orang Sarawak ya?

Orang Sarawak itu. Jadi, saya jawab soalan sayalah. Tidak payah jawab pantun, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Dalam bahasa Sarawak bolehlah.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Projek Lebuhraya Pan Borneo

Sarawak kini sedang dilaksanakan secara konvensional dengan kerjasama JKR Sarawak, susulan daripada penamatan Perjanjian Rakan Pelaksana Projek atau dengan izin, project delivery partner (PDP). Sehingga bulan Julai 2020, status kemajuan terkini adalah sebanyak 52 peratus bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dengan jangkaan siap sepenuhnya pada tahun 2020 iaitu setahun lanjutan apabila PDP ditamatkan. Kerajaan hari ini iaitu Perikatan Nasional akan tetap menghormati keputusan kerajaan terdahulu iaitu Pakatan Harapan untuk mengubah kaedah pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di mana pada awalnya dijangka penamatan PDP akan memberi penjimatan kepada kerajaan seperti yang diumumkan oleh mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan iaitu Yang Berhormat Bagan. Jumlah penjimatan ialah RM3.1 bilion manakala yang diumumkan oleh mantan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya ialah RM1.2 bilion. Jadi, saya tidak pasti figure yang lebih sesuai digunakan dan saya tidak pasti juga Yang Berhormat Menteri Kewangan terdahulu menggunakan fakta yang mana. Walau bagaimanapun, perubahan model pelaksanaan tersebut tidak mengambil kira perkara yang berikut yang sedang ditangani oleh kerajaan iaitu: (i) kesan ke atas pentadbiran projek dan perubahan kontrak; (ii) keperluan penambahbaikan kapasiti dan kepakaran teknikal sedia ada; dan (iii) tuntutan susulan daripada penamatan PDP. Dengan erti kata lain, penjimatan hanya dapat kita muktamadkan bila projek ini siap nanti, barulah kita tahu kos sebenar untuk kita menyiapkan. Walaupun secara dasar ada penjimatan, tetapi jumlah sebenar saya kira tidak dapat dinyatakan dengan jelas. Akan tetapi, sudah pasti banyak perkara yang kita lihat dan penjimatan sebenar tidaklah apa yang diumumkan oleh mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan mahupun oleh mantan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan pertama. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan di atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Menteri, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini adalah sebuah projek mega yang juga dikenali sebagai projek lebuh raya terhebat di negeri Sarawak. Soalan tambahan saya ialah, mohon Yang Berhormat Menteri Kanan menyatakan sejauh manakah kesan penularan wabak COVID-19 terhadap pembinaan lebuh raya ini? Apakah kesan atau implikasi dari segi kos kerana sudah pasti projek ini akan mengalami kelewatan? Jika ada, tolong nyatakan jangkaan kos tambahan dan jangkaan kelewatan tambahan Projek Pan Borneo Sarawak akibat wabak berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Igan di atas soalan tambahan. Seperti mana kita sedia maklum, apabila kita isytiharkan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama, apa yang dibenarkan hanyalah kerja-kerja kritikal sahaja. Untuk tempoh dua minggu pertama. Manakala tempoh minggu yang kedua, kita hanya membenarkan kerja-kerja untuk aspek keselamatan dan kesihatan di tapak binaan.

Hanya setelah itulah baru dibenarkan keseluruhan aktiviti di tapak binaan dibenarkan. Sudah pasti ini akan menjejaskan keseluruhan projek kerajaan bukan sahaja Pan Borneo tetapi keseluruhan projek kerajaan disebabkan masalah dari segi PKP tersebut ataupun disebabkan COVID-19 di mana pekerja tidak boleh bekerja dan sebagainya. Malahan ada tapak projek juga ditutup disebabkan ada kejadian pekerja binaan yang positif. Akan tetapi keseluruhannya kita akan sudah pun memberi secara automatik extension untuk tiga bulan kepada semua projek-projek kerajaan. Yang lain mereka terpaksa mohon dari segi mengapa projek tersebut terjejas. Akan tetapi insya-Allah untuk projek Pan Borneo ini kita akan mengadakan pendekatan khusus dan juga projek-projek

kerajaan lain bagaimana kita hendak mencari kaedah supaya ia dapat dipercepatkan dan dapat disiapkan ikut tempoh tanpa kos tambahan. Insya-Allah terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan kedua. Saya nak maklumkan kepada semua Yang Berhormat bahawa soalan 8 Yang Berhormat Sepanggar tiada dalam Dewan.

[Soalan No.8 - Y.B. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) tidak hadir]

Zakaria bin Mohd EdrisUMNO · BNLibaran · question

9. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan:- (a) usaha-usaha kementerian dalam membantu usahawan luar bandar yang terkesan akibat pandemik COVID-19; dan (b) langkah proaktif yang diambil oleh kementerian bagi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh usahawan luar bandar secara atas talian.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNMenteri Pembangunan Luar Bandar · Mersing

Tuan Yang di-Pertua, impak pandemik COVID-19 memberi kesan kepada syor ekonomi seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Kesan langsung kepada usahawan luar bandar adalah kerana perniagaan secara fizikal perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang bermula pada 18 Mac 2020 di seluruh negara. KPLB memberi perhatian serius tentang kesan oleh usahawan luar bandar dan menggunakan platform dalam talian online bagi membantu mereka melalui dua pendekatan. Pertama memberi sokongan dan penyampaian maklumat bagi meneruskan perniagaan dalam kaedah baharu yang dapat dilaksanakan dalam menghadapi wabak COVID-19. Pendekatan kedua adalah membantu usahawan untuk meningkatkan pemasaran produk secara dalam talian. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Cabaran besar di luar bandar ialah brain drain atau migrasi orang luar bandar ke bandar. Hal yang sedemikian hanya meninggalkan ibu bapa juga warga emas di kampung. Saya telah difahamkan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar oleh anak syarikat milik agensi KPLB telah diamanahkan untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi luar bandar. Soalan saya, dalam usaha membangunkan pertumbuhan ekonomi luar bandar ini minta Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah inisiatif ataupun usaha yang diambil oleh kerajaan dalam menangani brain drain di luar bandar. Umpamanya usaha sama dalam segi teori dan akademik serta teknikal kemahiran. Bagaimana pula anak syarikat milik agensi KPLB dapat membantu dalam menangani masalah brain drain di luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih soalan Libaran. Yang Berhormat Libaran bertanyakan beberapa fakta mengenai brain drain. Saya ingat Tuan Yang di-Pertua setuju bahawa brain drain ini adalah fitrah. Dia bukan hanya berlaku di negara kita tetapi berlaku di mana-mana sama ada COVID-19 atau tidak ada COVID-19. Ekoran daripada itu, betullah anak-anak muda akan keluar dari kampung untuk sama ada sambung belajar dan yang tinggal hanya orang-orang tua. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa kita biarkan sahaja proses itu berlaku. Justeru itu pelbagai inisiatif yang dibuat kerana di kampung ada 7.6 juta penduduk berbanding lebih daripada 26 juta di bandar dan pinggir bandar. Maka pelbagai usaha yang kita buat khususnya kita melalui agensi-agensi di bawah KPLB yang kita buat program-program artikulasi mengenai TVET supaya mereka duduk terus di kampung dan menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi sambil mereka memasarkan segala produk-produk mereka di bandar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua saya menjemput Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tentang peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua ikut rekod kita ada 1,500 usahawan luar bandar yang terlibat dalam program dan dilatih di bawah kementerian dalam Program DesaMall. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah tindakan dan perancangan kerajaan kerana usahawan ini tidak boleh berniaga di premis-premis yang disediakan oleh KPLB atau kerajaan tetapi mereka – ada tak peranan kerajaan diuruskan mereka ini untuk berniaga daripada rumah dan apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti mereka dalam soal packaging, dalam soal kualiti barangan mereka dan dalam soal pemasaran, peningkatan pemasaran mereka untuk memastikan ekonomi mereka terus berkembang walaupun di dalam keadaan pandemik sekarang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Yang Berhormat Jelebu amat arif tentang segala pergerakan-pergerakan yang dibuat oleh KPLB kerana Yang Berhormat Jelebu adalah wakil rakyat kampung. Justeru itu, betullah Tuan Yang di-Pertua saya bagi contoh di MARA...

Yang Berhormat, Jelebu sudah semakin bandar Yang Berhormat.

Akan tetapi masih minta lagi jalan kampung. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua saya bagi contoh bahawa MARA ada DDEC ada group of designers yang membuat packaging. Ekoran daripada itu kita sudah buat branding kepada produk-produk yang bertaraf dunia dan kita boleh pasarkan bukan sahaja di Malaysia di merata tempat. Salah satu venue Yang Berhormat perlu faham bahawa semua produk di bawah KPLB ini kita sedang susun supaya mereka boleh masuk Mesra. Ada 750 Mesra outlet yang dipunyai oleh PETRONAS masuk di pasar dengan cara yang seamless lebih murah tidak ada listing fee. Ini antara perkara-perkara yang kita lakukan bagi memastikan produk-produk kampung dapat sampai ke bandar dan ke seluruh negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Malim. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanam sawit tanam buloh, Soalan saya nombor sepuluh.

Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim · question

10. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha kementerian untuk memastikan pasaran sewa rumah kediaman berada dalam kemampuan kebanyakan rakyat.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Tanjong Malim. Untuk makluman Yang Berhormat pasaran sewa rumah kediaman di Malaysia pada masa ini tidak dikawal oleh mana-mana perundangan yang khusus. Oleh itu tiada panduan khas yang ditetapkan bagi menentukan kadar sewa rumah kediaman. Walau bagaimanapun, secara praktisnya kadar sewa rumah kediaman dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti cukai tanah, cukai pintu, lokasi kediaman tersebut sama ada di bandar atau luar bandar, accessibility terhadap kemudahan yang disediakan, jarak dengan pengangkutan awam berhampiran dan kemudahan awam yang disediakan. Kerajaan amat prihatin dengan pasaran sewa rumah kediaman, maka kerajaan melalui KPKT sedang melaksanakan beberapa pendekatan dalam menangani beban sewaan rumah yang ditanggung oleh pemilik-pemilik rumah sewa.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Satu kajian dan penggubalan Akta Sewaan Kediaman atau Residential Tenancy Act, dengan izin RTA yang bertujuan untuk mengawal atur sewaan rumah kediaman. Akta ini dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan. Objektif akta ini adalah seperti berikut, antaranya:- (i) memberi perlindungan kepada penyewa sekiranya berlaku kenaikan sewa yang tidak sah serta pengusiran yang tidak munasabah; (ii) mewujudkan satu kerangka perundangan untuk mengawal atur sistem kawalan sewaan kediaman;

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

(iii) mengimbangkan kepentingan kewajipan pemilik kediaman dan penyewa serta menyelesaikan pertikaian antara pihak- pihak berkenaan; dan (iv) mewujudkan institusi penyelesaian pertikaian seperti mediator dengan izin dan tribunal antara pihak-pihak yang terlibat dalam urus niaga atau transaksi tersebut. Dengan berkuat kuasanya akta ini nanti, insya-Allah diharapkan pasaran sewa rumah kediaman berada dalam kemampuan kebanyakan rakyat dan hak pihak-pihak yang terlibat iaitu tuan rumah dan penyewa akan dilindungi di bawah peruntukan undang- undang yang diadakan khusus oleh pihak kerajaan bagi menjamin penyewa-penyewa menghadapi kadar bayaran sewa yang mungkin tidak seimbang dengan kemampuan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyambut baik usaha kerajaan untuk membawa balik satu akta untuk memastikan supaya kepentingan penyewa- penyewa dapat dijaga. Soalan saya, kenapa bukan sekarang? Oleh sebab sekarang yang paling kritikal sebab ini adalah pasca COVID-19. Akan tetapi, kalau kita tunggu sampai tahun 2021, tahun depan, saya rasa mungkin ramai penyewa yang sudah pun telah diusir pada masa itu. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim di atas keprihatinan. Walaupun kita menjangkakan akta ini akan dibincangkan pada tahun hadapan, namun ia perlu dibuat penelitian yang jitu. Namun demikian, jangan Yang Berhormat lupa bahawa kerajaan kita pada hari ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cukup prihatin dalam suasana COVID-19 ini. Baru-baru ini Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang bernilai keseluruhannya RM250 bilion telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 yang mana penyewa-penyewa diberikan kelonggaran termasuklah terutama rumah-rumah PPR. Pengecualian bayaran sewa dan bayaran bulanan bermula Mac hingga September diberikan kepada pemilik- pemilik rumah sewa. Kedua ialah pengecualian sewa rumah PPR daripada April hingga September 2020, pengecualian diberikan untuk pembayaran sewa bagi PPR disewa dan di rumah transit KPKT. Ini menandakan bahawa beban yang dihadapi oleh rakyat tidak dibiarkan begitu sahaja walaupun akta ini belum lagi kita bina. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Soalan tambahan kedua Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada kementerian yang telah menggubal akta baharu, khas untuk penyewaan rumah kediaman bagi merangsang pasaran penyewaan rumah kediaman. Tadi, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa untuk menjaga kepentingan penyewa dan jua pemilik. Akan tetapi, adakah kementerian tahu bahawa pengawalan daripada segi ejen hartanah berlesen tidak memeras pemilik ataupun penyewa. Ini kerana, hari ini kebanyakan ejen-ejen menampal semua nombor-nombor telefon dan kadang-kadang mereka ini mengenakan caj yang tinggi. Adakah perkara ini diambil dalam penggubalan undang-undang daripada segi akta khas penyewaan rumah ini? Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Akta Sewaan Kediaman ini turut meneliti mekanisme berkaitan sewa adil ataupun fair rent, dengan izin berdasarkan lokaliti. Sewa adil ini didefinisikan sebagai satu mekanisme yang menggunakan perbandingan nilai semasa hartanah yang memiliki ciri-ciri serta keadaan yang menyerupai hartanah yang sedang dinilai dengan mengambil kira keadaan semasa kediaman. Oleh sebab itu lah Tuan Yang di-Pertua, kita minta supaya pengguna-pengguna, pembeli-pembeli rumah, penyewa-penyewa rumah jangan terlalu terpengaruh dengan iklan-iklan yang dibuat oleh penawar-penawar harta- harta ini. Jadi, kita harap boleh rujuk kepada kementerian dan kita sedia membantu bagi memastikan supaya mereka tidak tertipu dengan iklan-iklan yang boleh mempengaruhi dan menindas mereka. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga merancang untuk mengadakan Skim Baucar Sewa Rumah kepada penyewa-penyewa. Ia adalah antara salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu meringankan beban sara hidup rakyat termasuk golongan muda yang menanggung kos sewa rumah yang tinggi dalam pasaran sewa rumah kediaman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tiong King SingPDP · GPSBintulu · question

11. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:- (a) apakah kementerian mempunyai rancangan untuk melebarkan jalan raya Persekutuan di Bintulu dalam masa terdekat ini memandangkan Bintulu pesat membangun dan jalan sudah tidak dapat menampung keperluan penduduk Bintulu; dan (b) berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak untuk tahun 2020 bagi tujuan penyelenggaraan jalan kampung di luar bandar terutamanya di Bintulu.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri Kerja Raya · Kuala Pilah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini mengambil maklum masalah kesesakan lalu lintas di Bintulu yang semakin serius. Bagi maksud tersebut, kementerian ini telah mengangkat beberapa projek untuk dilaksanakan di kawasan Bintulu semasa Rancangan Malaysia Ke-11 yang lalu kepada agensi pusat. Walau bagaimanapun, berdasarkan keutamaan projek dan keupayaan peruntukan Kerajaan Persekutuan, hanya projek untuk membina flyover di Jalan Medan Jaya, Jalan Tun Hussein Onn diluluskan oleh agensi pusat dalam tempoh berkenaan. Manakala bagi cadangan permohonan projek baru di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 pula, kementerian ini telah pun mengangkat cadangan projek mengantikan Jambatan Batang Kemena B, Jalan Sibu-Bintulu, Bahagian Bintulu di bawah kategori Program Penggantian Jambatan untuk kelulusan agensi pusat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak bertanggungjawab untuk menyelenggara jalan luar bandar yang menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARIS), yang mana peruntukan tersebut disalurkan oleh Kementerian Kewangan secara terus kepada kerajaan negeri. Sebarang agihan adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi jawapan tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai jalan di Bintulu, banyak tempat kita sepatutnya melebar – mahu melebarkan jalan raya macam di Jalan Kidurong, Jalan Bintulu ke Samalaju, coastal road semua, kita – kementerian adakah cadangan untuk menaik taraf? Contoh tadi saya sebut dua jalan, Jalan Kidurong sama coastal road daripada Bintulu ke Samalaju. Sekian, terima kasih.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bintulu di atas soalan tambahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua projek-projek yang akan dilaksanakan di Bintulu ini akan dibuat secara berperingkat tertakluk kepada peruntukan yang diberikan oleh agensi pusat. Pihak kerajaan sentiasa mempertimbangkan dan mengambil berat keadaan-keadaan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Walau bagaimanapun, saya percaya keperluan untuk membina ataupun melaksanakan projek-projek itu adalah tertakluk kepada keutamaan dan keperluan setiap projek yang akan dibuat di kawasan tersebut secara berperingkat. Sekian, terima kasih.

Tuan Anyi NgauPDP · GPSBaram

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini soalan berkenaan dengan MARRIS. Sekarang ini pihak HDA dan UDA sedang melaksanakan beberapa projek di bawah Rancangan Maju Desa. Jadi, dalam specs yang ditentukan, kita cadangkan supaya jalan ini esok lusa– apabila terbina bina esok, ia akan diselenggarakan oleh pihak MARRIS. Jadi, saya hendak bertanyakan dengan Yang Berhormat Menteri, apakah syarat-syarat ataupun kriteria yang menentukan sama ada jalan kampung ini layak diselenggarakan di bawah peruntukan MARRIS? Minta penjelasan daripada pihak kementerian. Terima kasih.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHKuala Pilah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini terkeluar daripada skop soalan asal yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Bintulu sebentar tadi. Sekiranya perlu untuk menjawab soalan ini, saya akan jawab secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ada kelas, Mohon jawapan nombor 12. Terima kasih. 12. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin [Hang Tuah Jaya] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan persediaan Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk beroperasi semula. Bagaimana kementerian memastikan pembelajaran pelajar di Tabika KEMAS tidak terjejas sepanjang tempoh tidak bersekolah kerana COVID-19.

Dato’ Henry Sum AgongPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II · Lawas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya di atas soalan yang diajukan. Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira perkembangan bersepadu kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS bagi semua aspek perkembangan iaitu sosial, emosi, fizikal, intelek dan rohani (SEFIR), sangat penting kepada kanak-kanak seawal usia. KEMAS telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan PDPC serta pentaksiran semasa PKP disebabkan penularan jangkitan COVID-19 di Tabika/Taska KEMAS bertarikh 17 April 2020 bertemakan pendidikan di rumah dengan tanda pagar pendidikan di rumah (#pendidikandirumah). Objektif utama garis panduan ini adalah bagi memastikan pendidikan dapat diteruskan di rumah melalui aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna. Kedua, simbiosis ibu bapa, penjaga dan Tabika/Taska dapat dieratkan melalui kerjasama serta melibatkan ibu bapa, penjaga dalam memastikan kelangsungan pembelajaran anak- anak sepanjang tempoh PKP. Ketiga, pentaksiran bagi kanak-kanak Tabika KEMAS dapat dipantau bagi tujuan mengukuhkan pada masa akan datang. Sepanjang tempoh PKP ini, PM Tabika/Taska digalakkan untuk mengaplikasikan pembelajaran secara atas talian yang bersesuaian. Belajar melalui bermain atau aktiviti hands-on dengan menggunakan peralatan, bahan sedia ada di rumah merupakan pendekatan strategi, teknik, kaedah yang menarik turut ditekankan. Antara aktiviti utama yang dilaksanakan di Tabika/Taska KEMAS adalah seperti berikut: (i) menghasilkan kad lukisan penghargaan kepada pekerja barisan hadapan semasa tempoh PKP dan memuat naik menerusi media sosial; (ii) Kempen Seronoknya Membaca 2020 - Kanak-kanak membaca bahan bacaan menggunakan bahasa ibunda masing-masing selama 10 minit secara serentak di rumah masing-masing pada 23 April 2020; dan (iii) Selawat Perdana - Kanak-kanak bersama ibu bapa dan penjaga atau dengan bimbingan guru berselawat dan berzikir secara serentak pada 1 Mei 2020 (Jumaat), bermula jam 10 pagi sehingga selesai mengikut video yang dibekalkan iaitu Selawat Nabi, Selawat Badriah, Selawat Sifat, Zikir Asma ul- Husna. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada tahun lepas KEMAS telah pun memperluaskan modul pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) di Tabika-tabika KEMAS melalui pendekatan seperti Yang Berhormat sebut tadi, belajar sambil bermain. Dimaklumkan kepada kita semua, 500 Tabika disasarkan untuk mengikut 13 tema yang berbeza menjelang akhir tahun ini, yang meliputi kawasan di desa, pedalaman dan juga kawasan Orang-orang Asli. Justeru, dalam konteks kawalan pandemik COVID-19 ini, soalan saya apakah sasaran ini masih lagi relevan? Apakah yang dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan? Bagaimana pula perancangan kementerian untuk pastikan peralatan dan sanitasi yang cukup agar pembelajaran atau pelaksanaan modul STREAM ini dapat dilaksanakan? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang pun pihak kementerian dan KEMAS prihatin tentang persekolahan anak-anak di merata-rata tempat di luar bandar. Kini, seperti mana yang saya nyatakan tadi, persekolahan ataupun

pembelajaran menerusi online digalakkan, sementara sekolah-sekolah di luar bandar yang banyak ini– untuk makluman, jumlah kelas kita di luar bandar iaitu 10,900 buah kelas dan jumlah kanak-kanak yang di dalam kelas ini iaitu sebanyak 218,395 orang. Pembelajaran anak-anak ini diteruskan. Untuk program yang lain iaitu modul e-STREAM, sasaran untuk menggunakan bahan sistem online. Jadi, ini yang kita lakukan sekarang disebabkan COVID-19 ini. Selesai sahaja COVID-19 mungkin kita akan kembali ke sistem asal kita. Sekian, terima kasih.

Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang · question

13. Datuk Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan di bahagian manakah jumlah tangkapan penyalahgunaan dadah yang tertinggi di negeri Sarawak.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Hulu Rajang. Berdasarkan maklumat terkumpul Polis Diraja Malaysia, AADK, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pusat pemulihan dadah persendirian, pada suku tahun pertama 2020, Sarawak mencatatkan kes penyalahgunaan dadah dan juga penagih dadah ialah seramai 3,998 orang. Bahagian Kuching merupakan bahagian yang mencatatkan kesalahan dan tangkapan yang paling tinggi iaitu sejumlah 1,499 orang, ia bersamaan 37.5 peratus.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Bahagian Miri, seramai 484 orang bersamaan dengan 12.1 peratus. Bahagian Samarahan seramai 457 orang bersamaan dengan 11.4 peratus. Bahagian Kapit seramai 59 orang bersamaan dengan 1.5 peratus. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai Ahli Parlimen di kawasan pedalaman seperti di Hulu Rajang ini, pada 28 Julai yang lalu, tangkapan amat besar di bahagian Kapit. Jadi, ini kemungkinan Yang Berhormat, kemasukan dadah ke pedalaman ini kerana kita tiada pos-pos kawalan di seluruh sempadan yang luas seperti di Sarawak. Saya beri contoh di Sarawak, kita ada sembilan pos kawalan sempadan sahaja kalau dibandingkan dengan rakan-rakan kita di Kalimantan, ada 59 pos. Maka dengan itu, itulah penularan dadah saya ingat. So, dadah itu senang-senang masuk ke kawasan pedalaman. Jadi, saya mintalah apakah cadangan dan tindakan kementerian untuk membendung penularan dadah ini ke kawasan pedalaman seperti di kawasan Kapit, Baram, Kanowit dan juga di kawasan-kawasan Parlimen di Sarawak Yang Berhormat. Kesian bangsa-bangsa ataupun kaum-kaum kita telah menjadi mangsa pengedar dadah ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang menyedari kawasan sempadan-sempadan kita dengan negara jiran memang terlalu banyak lorong-lorong tikus. Kita bekerjasama rapat dengan Angkatan Tentera Malaysia bagi mengawasi sempadan-sempadan kita dan pastinya kita mempertingkatkan penguatkuasaan dari segi operasi dan juga tangkapan. Kita juga memerlukan kerjasama di antara agensi-agensi di bawah KDN termasuk juga RELA dan juga Jabatan Imigresen yang lain, termasuk AADK dan juga ketua-ketua kampung atau ketua-ketua pusat komuniti bagi menjadi mata dan telinga kepada kerajaan, menyalurkan maklumat supaya masalah penyalahgunaan dadah ini dapat kita banteras di dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya ada merujuk statistik yang dikeluarkan oleh PDRM Sarawak tahun lepas, dikatakan ada 11,075 penagih dadah di seluruh negeri Sarawak. Ada kerjasama yang seperti disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, agensi yang utama di bawah PDRM adalah agensi AADK menempatkan 1,640 penagih di bawah Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) tahun ini. Persoalan saya, memandangkan jumlah ini merangkumi 0.4 peratus daripada semua warga Sarawak, apakah perancangan KDN bila dah ada ketagihan sebegini, mereka diserapkan dalam semua pusat CCRC yang lebih efektif berbanding dengan pemenjaraan. Mohon jawapan. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga selalu prihatin kepada pihak dan

kementerian, kerajaan negeri. Memang menjadi matlamat dan tujuan utama pihak KDN untuk memastikan penjara-penjara kita tidak menjadi overcrowded. Kalau nak disebut statistik mengikut tahun yang telah kita tangkap di Sarawak pada tahun 2018, sejumlah 4,762 orang dan juga pada tahun 2019 adalah 6,774 orang. Oleh sebab itulah di dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri bahawa kita akan meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, kita gantikan sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan. Bagi penyalahgunaan dadah, kita letakkan di pusat-pusat pemulihan di bawah AADK dan kita tidak letakkan di bawah penjara kerana untuk kita mengurangkan overcrowded di dalam penjara. Insya-Allah dalam masa yang terdekat, pihak KDN akan membentangkan rang undang-undang ini. Sekarang ini ia dalam peringkat kajian dan untuk kita perincikan. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti mana juga di negeri Sarawak, di Sabah juga jalan-jalan tikus ini banyak. Daripada situlah banyaknya masuk dadah dari negara jiran kita yang sebenarnya banyak merosakkan anak bangsa di negeri Sabah termasuk yang berada di luar bandar. Jadi, sejauh manakah keberkesanan kerjasama di antara pihak KDN, Polis Diraja Malaysia, tentera, RELA dan sebagainya dapat membanteras kemasukan dadah ke dalam negara kita khususnya di negeri Sabah supaya kita dapat selamatkan anak-anak kita? Terima kasih.

Seperti mana jawapan awal saya, memang agensi-agensi di bawah KDN ini akan bekerjasama rapat bersama dengan Kementerian Pertahanan Malaysia bagi memastikan lorong-lorong tikus ini kita kenal pasti dan kita mengambil tindakan untuk menangkap mana-mana pihak luar yang datang ke negara kita. Masalah penyeludupan dadah yang agak tinggi di Sabah dan Sarawak, akan kita teruskan operasinya bersama dengan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Saya percaya dan yakinlah bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri melalui agensinya PDRM dan juga agensi seperti RELA dan lain-lain akan meneruskan tindakan untuk mempertingkatkan operasi tangkapan dan juga operasi untuk membawa mereka ini ke pengadilan. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Alice Lau Kiong YiengDAP · PHLanang · question

14. Puan Alice Lau Kiong Yieng [Lanang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan: (a) jumlah pekerja yang dilindungi oleh Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan telah dilatih pada masa sekarang jika dibandingkan dengan tahun 2019; dan (a) berapa anggaran pekerja yang akan dilatih oleh HRDF dari tahun 2020 hingga 2023 dan nyatakan anggaran tersebut mengikut tahunan.

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 [Akta 612] adalah bertujuan untuk menggalakkan majikan meningkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan. Majikan di bawah sektor perkhidmatan, perkilangan, perlombongan dan pengkuarian yang mempunyai 10 orang pekerja warganegara Malaysia atau lebih, wajib berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001. Bagi tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Julai 2020, sebanyak 31,712 majikan telah berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 yang meliputi seramai 2,516,721 pekerja. Bagi tempoh 1 Januari 2020 sehingga 17 Mac 2020, bilangan pekerja yang telah dilatih adalah seramai 153,387 pekerja berbanding 132,807 pekerja dalam tempoh yang sama pada tahun 2019. Bagi tempoh ini, sektor perkhidmatan melatih seramai 70,712 pekerja, sektor pembuatan seramai 81,157 pekerja dan sektor perlombongan dan kuari seramai 1,518 pekerja. Walau bagaimanapun, hanya sejumlah 61,620 pekerja sahaja yang dilatih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020

Datuk Seri M. SaravananMIC · BNMenteri Sumber Manusia · Tapah

sehingga 31 Julai 2020. Ini merekodkan penurunan sebanyak 77.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 iaitu sebanyak 273,527 pekerja. Tuan Yang di-Pertua, penurunan jumlah ini adalah disebabkan oleh pelaksanaan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 akibat daripada pandemik COVID- 19. Sepanjang tempoh ini, sektor perkhidmatan melatih seramai 29,571 orang pekerja, sektor pembuatan seramai 31,870 pekerja dan sektor perlombongan dan kuari seramai 182 pekerja. Majoriti latihan ini dijalankan secara dalam talian dan dalaman (in-house). Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang kedua, PSMB menjangkakan akan melatih seramai ‘33...........’ pekerja sehingga akhir tahun 2020. Bagi tahun berikutnya, PSMB menganjurkan unjuran peningkatan sebanyak 30 peratus bagi setiap tahun sehingga 2023. Terima kasih.

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tahu daripada jumlah yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, berapakah bilangan pekerja yang dari Sarawak yang dilindungi oleh akta HRDF dan juga bagi anggaran pekerja yang akan dilatih oleh HRDF bagi tahun 2020 hingga tahun 2023. Berapakah peratus atau bilangan pekerja yang akan ditetapkan untuk pekerja dari Sarawak sahaja memandangkan Sarawak juga mempunyai banyak pekerja yang hilang kerja?

Begitu juga, adakah satu peruntukan khas atau program-program khas untuk anak-anak Sarawak, untuk penduduk di Sarawak terutama untuk B40 dan juga penduduk di kawasan luar bandar seperti di rumah-rumah panjang? Saya minta penjelasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dari segi jumlah statistik yang melibatkan negeri Sarawak, saya akan bagi secara bertulis memandangkan ini adalah soalan spesifik. Kedua, dari segi rancangan-rancangan untuk negeri Sarawak, sebagai kerajaan prihatin, kita akan pastikan kita adakan program-program bukan sahaja hanya untuk Sarawak tetapi seluruh negara mengikut keperluan semasa. Ini adalah diwajibkan melalui program PENJANA supaya kita sempat memerangi krisis ekonomi dan mengatasi kelembapan ekonomi. Lain-lain soalan spesifik dari segi jumlah dan angka khususnya di negeri Sarawak, saya akan minta PSMB memberi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih semua. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua semasa sesi penggulungan Rang Undang- undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 dan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 pada 24 Ogos semalam, saya ingin merujuk kepada celahan daripada Ahli Parlimen Kota Melaka dan juga Ahli Parlimen Jelutong yang menggunakan kata-kata kurang sopan, biadab dan berniat jahat iaitu ‘pengkhianat’, ‘petualang’ dan juga ‘political prostitute’ yang dilemparkan kepada Ahli-ahli Parlimen tertentu. Perkara ini adalah bertentangan dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat spesifiknya Perkara 36(4) dan Perkara 36(6) yang jelas menyatakan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa yang kurang sopan atau biadab atau membuat penyataan yang seksis dan seorang ahli juga tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa ahli yang lain. Justeru, demi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat ini, saya menuntut kedua-dua Ahli Parlimen tersebut memohon maaf dan menarik balik perkataan unparliamentary dan

berniat jahat. Kalau mereka enggan berbuat demikian, saya akan merujuk mereka kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin meminta sedikit masa untuk melihat Hansard, Yang Berhormat, sebelum membuat apa-apa keputusan. Akan tetapi, ya lah, sebagai nasihat secara am, secara umum, saya ingin menasihatkan semualah agar tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kurang enak, kurang manis didengar seperti pelacur dan sebagainya. Saya rasa untuk menjaga kemuliaan dan ketertiban Dewan ini, lebih baik kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menggunakan bahasa yang lebih baik, yang lebih enak didengar kerana rakyat semua memerhatikan kita. So, tidak baik kita menggunakan istilah-istilah sebegini rupa. Akan tetapi, untuk permintaan Yang Berhormat Arau khususnya, saya akan melihat Hansard dan akan memberi perhatian yang sewajarnya, Yang Berhormat. Terima kasih ya.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dan Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020 di nombor 1 dan nombor 2 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 26 Ogos 2020”.

Puan Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Ampang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KOPERASI (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali PertamaBill

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Koperasi 1993; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNKoperasi · Masjid Tanah

; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI MENGURANGKAN KESAN PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengurangkan kesan penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) termasuklah mengubahsuai peruntukan berkaitan dalam Akta Had Masa 1953, Ordinan Had Masa Sabah, Ordinan Had Masa Sarawak, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, Akta Insolvensi 1967, Akta Sewa Beli 1967, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Distres 1951, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1955 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia seperti lain-lain negara di dunia sedang berdepan dengan krisis penularan pandemik COVID-19 yang bukan sahaja memberi impak negatif kepada kesihatan awam malah turut memberi kesan kepada keadaan ekonomi dan sosial penduduk dunia termasuklah rakyat negara ini. Penularan jangkitan COVID-19 ini telah melangkau angka lebih 20 juta di seluruh dunia dengan lebih 736,000 kematian. Manakala di Malaysia sahaja, sehingga 24 Ogos 2020 iaitu semalam, sebanyak 9,274 kes jangkitan dilaporkan dengan angka kematian sebanyak 125. Pada peringkat awal penularan COVID-19, kerajaan telah memfokuskan kepada aspek melindungi tahap kesihatan dan keselamatan rakyat dengan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] termasuklah mewartakan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dari semasa ke semasa. Selain itu, kerajaan juga turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bawah Akta 342 dan Akta Polis 1967 [Akta 344] mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Selain krisis kesihatan, ekonomi juga berdepan situasi yang mencabar kesan penularan COVID-19 ini. Ekonomi dunia menghadapi kesan terburuk sejak zaman kemelesetan ekonomi ataupun Great Depression pada tahun 1930-an.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Cabaran getir dihadapi Malaysia di mana kadar pengangguran berada pada paras 5.3 peratus atau sekitar 773,200 orang pada bulan Mei 2020. Berdasarkan survey yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 31 Mac 2020, sejumlah 46.6 peratus pekerja yang bekerja sendiri hilang pekerjaan selain sejumlah 94.8 peratus mengalami pengurangan pendapatan bulanan. Sektor perniagaan menghadapi kekurangan pelanggan serta masalah membayar gaji, membayar sewa premis dan masalah aliran tunai untuk meneruskan perniagaan. Keadaan ini turut membawa kepada tindakan memotong gaji atau memberhentikan pekerja. Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional telah mengambil sikap berterus terang dengan rakyat dengan memaklumkan kedudukan ekonomi negara sejak daripada mula penularan wabak COVID-19 ini berlaku. Tindakan bagi menangani kesan COVID-19 terhadap ekonomi dan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat diambil dengan memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion pada 27 Mac 2020. Pakej-pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin PKS pula

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

berjumlah RM10 bilion pada 6 April 2020 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Masa Pendek PENJANA berjumlah RM35 bilion pada 5 Jun 2020. Rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah sementara untuk mengurangkan kesan penyakit Koronavirus 2019 atau COVID-19 ini. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang- undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) ) 2020 ini yang digubal ini adalah bersifat menyokong inisiatif pemulihan ekonomi oleh kerajaan. Saya ulangi bersifat menyokong inisiatif pemulihan ekonomi oleh kerajaan melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi iaitu PRIHATIN dan PENJANA seperti yang saya sebutkan tadi. Rang undang-undang ini memberikan suatu pelepasan sementara ataupun temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian contractual obligation, dengan izin atau pematuhan kepada perundangan tertentu bagi satu tempoh yang ditetapkan demi kelangsungan hidup rakyat. Persoalan sama ada rang undang-undang ini dengan izin too little too late ataupun better late than never adalah tidak berbangkit kerana isu yang dihadapi kesan daripada wabak COVID-19 bukan sahaja diambil tindakan oleh kerajaan melalui pakej rangsangan ekonomi malah telah diselesaikan dengan menggunakan perundangan sedia ada termasuk melalui pindaan kepada perundangan subsidiari seperti perintah dan peraturan ataupun diselesaikan secara pentadbiran oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Sehingga kini, saya ingin menjelaskan bahawa sebanyak 58 peraturan dan perintah telah disediakan atau dipinda bagi menangani kesan akibat COVID-19 ini. Daripada jumlah 58 peraturan ini sebanyak 24 peraturan dan perintah adalah yang berkaitan dengan kegiatan dan aktiviti ekonomi sahaja. Rang undang-undang ini tidak mempunyai peruntukan berkaitan hukuman atau penalti sekiranya terdapat ketidakpatuhan ataupun non-compliance terhadap peruntukan dalam rang undang-undang. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan supaya rang undang-undang ini tidak bersifat menghukum ataupun punitif yang membebankan mana- mana pihak. Ini adalah kerana COVID-19 tidak mendiskriminasi. COVID-19 ini tidak mengenal antara yang kaya atau yang miskin, majikan atau pekerja, peniaga atau pembeli yang berada di bandar mahupun yang berada di desa. Kesan COVID-19 dirasai oleh semua pihak apabila satu pihak terkesan bermakna seluruh rantaian ekonomi ataupun economic chain akan turut terkesan. Sehubungan dengan itu, rang undang-undang ini memperuntukkan platform pengantaraan ataupun mediation kepada pihak-pihak yang bertikai ataupun disputants untuk menyelesaikan pertikaian secara baik tanpa melibatkan proses perbicaraan undang-undang di mahkamah ataupun litigation. Pengantara atau mediators dengan izin akan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator bagi membantu pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk memastikan kedua-dua pihak diberi peluang sama rata bagi menyelesaikan pertikaian secara baik. Perjanjian penyelesaian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pula hendaklah ditandatangani dan perkara ini dianggap sebagai muktamad ataupun final serta ia mengikat ataupun binding ke atas kedua-dua pihak. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mengandungi 19 bahagian ataupun parts dan mempunyai 59 Fasal ataupun clause dalam rang undang-undang yang akan dibentangkan ini. Secara keseluruhannya, rang undang-undang ini memperuntukkan kelonggaran akibat ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontrak. Inability to perform contractual obligation seperti di Bahagian 2 dan melibatkan pengubahsuaian, modifications, peruntukan berkaitan dengan 14 akta-akta dan dua ordinan-ordinan seperti berikut. Iaitu Akta Had Masa 1953, Ordinan Had Masa Sabah, Ordinan Had Masa Sarawak, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, Akta Insolvensi 1967, Akta Sewa Beli 1967, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Distres 1951, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Akta Mahkamah Rendah 1948 dan ke-16 Akta Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1955 yang mana ianya dijelaskan dalam Bahagian 3 sehinggalah Bahagian 18 di dalam rang undang-undang ini. Fasal 1(2) Bahagian 1 memperuntukkan rang undang-undang ini berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran rang undang-undang. Fasal 1(3) dan Fasal 1( 4) pula memberi kuasa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa rang undang-undang melalui

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

perintah yang disiarkan dalam warta dan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat. Berlanjutan tersebut boleh dibuat lebih daripada satu kali. Fasal 3 Bahagian I memperuntukkan bahawa rang undang-undang ini mengatasi ataupun prevail mana-mana peruntukan undang-undang bertulis selain yang bertentangan atau tidak konsisten, conflict or inconsistency. Dengan rang undang- undang ini, dalam tempoh kuat kuasa yang ditetapkan. Selain itu, beberapa bahagian dalam rang undang-undang ini dikuatkuasakan ke belakang ataupun retrospective bermula dari 18 Mac 2020 mengikut isu atau keperluan yang hendak ditangani. Beberapa bahagian dalam rang undang-undang ini mempunyai peruntukan yang membolehkan Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan akta yang berkenaan untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa bahagian berkaitan sekiranya isu yang ditangani memerlukan perlanjutan masa dan perlu ditangani dengan segera.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Secara khusus, Bahagian II memperuntukkan mengenai ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi contractual. Ini dinyatakan dalam fasal-fasal berikut: Fasal 7 Bahagian II bertujuan untuk memperuntukkan bahawa ketidakupayaan mana-mana pihak untuk melaksanakan obligasi contractual berbangkit daripada mana- mana kategori kontrak yang dinyatakan di dalam Jadual. Tidak membolehkan pihak lain menjalankan haknya di bawah kontrak itu. Kategori kontrak yang disenaraikan dalam Jadual dikenal pasti sebagai kategori yang paling terkesan akibat COVID-19. Dalam hubungan ini, jika diperhatikan kontrak yang berkaitan perkhidmatan perlu (essential services) tidak dimasukkan di dalam Jadual seperti kontrak bekalan makanan, perkhidmatan perbankan dan kewangan, elektrik dan tenaga serta penjagaan kesihatan dan perubatan. Ini memandangkan kerajaan telah memastikan perkhidmatan tersebut perlu berjalan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung. Walau bagaimanapun, Menteri diperuntukkan kuasa untuk meminda Jadual kepada bahagian ini sekiranya terdapat keperluan untuk menambah kategori kontrak yang mempunyai kaitan ataupun yang mempunyai isu berkaitan COVID-19 yang perlu ditangani. Fasal 9 Bahagian II memperuntukkan bahawa apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada apa-apa ketidakupayaan mana-mana pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi contractual yang berbangkit daripada mana-mana kategori kontrak yang dinyatakan dalam Jadual boleh diselesaikan melalui pengantaraan atau mediation. Selain daripada peruntukan di bawah fasal ini, saluran yang lain boleh digunakan untuk menyelesaikan pertikaian seperti tribunal, mahkamah dan proses timbang tara. Bagi tujuan ini, saya ingin memaklumkan kepada Dewan ini, kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan tidak kurang daripada RM29 juta bagi menyediakan perkhidmatan mediasi melalui Pusat Mediasi COVID-19 (PMC-19) kepada orang awam dan syarikat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Proses mediasi yang akan dijalankan melalui PMC-19 akan ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 12 bulan mulai 1 Oktober 2020 sehingga 30 September 2021 berdasarkan kelayakan pihak-pihak yang ditetapkan iaitu seperti berikut: (i) individu mestilah di dalam lingkungan B40 yang mana pendapatan isi rumah adalah RM4,360 ke bawah; (ii) individu dalam lingkungan M40 yang berpendapatan isi rumah daripada RM4,361 sehingga RM9,619; (iii) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berskala mikro iaitu jumlah jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau bilangan pekerja sepenuh masa seramai lima orang atau kurang; dan, (iv) Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berskala kecil iaitu sektor pembuatan yang mana jumlah tahunan daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM15 juta ataupun bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 kepada kurang daripada 75 orang. Manakala sektor perkhidmatan dan sektor lain mestilah jumlah tahunan daripada RM300,000 kepada kurang daripada RM3 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 orang sehingga kurang daripada 30 orang. Bagi tujuan melaksanakan proses mediasi melalui PMC-19, pakar-pakar pengantara yang dikenal pasti akan dilantik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), selaras dengan Fasal 9(2) Bahagian II rang undang- undang ini.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Bahagian III, IV, V, VI pula memperuntukkan pelanjutan tempoh had masa untuk membuat tuntutan termasuk tuntutan kontrak dan tort atau tuntutan terhadap kerajaan. Ini dapat memberi pelanjutan masa kepada mana-mana tempoh tuntutan yang telah luput dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Bahagian VII mengadakan peruntukan bagi menaikkan had ambang (threshold) keberhutangan daripada RM50,000 kepada RM100,000. Bahagian VIII memperuntukkan bahawa pemunya ataupun owner, dengan izin barangan yang terkandung dalam suatu perjanjian sewa beli (hire purchase) tidak boleh menjalankan haknya untuk mengambil semula milikan barangan (taking possession of goods) bagi apa-apa kemungkiran pembayaran ansuran atau any defaults of payment of installment semasa tempoh bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020. Bahagian IX memperuntukkan bahawa pembeli tidak akan dikenakan caj bayaran lewat (late payment chargers) atas kegagalan membayar bayaran lewat dalam tempoh 18 Mac sehingga 30 Disember 2020 dan tiada tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pembeli. Bahagian X memperuntukkan bahawa harta penyewa tidak boleh ditahan sekiranya penyewa gagal membayar sewa dalam tempoh 18 Mac sehingga 31 Ogos 2020. Bahagian XI memberikan pengecualian bagi tempoh 18 Mac 2020 sehingga 31 Ogos 2020 dalam pengiraan caj pembayaran lewat penyerahan milikan kosong (vacant possession) dan tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period). Bahagian ini juga memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk melanjutkan tempoh pengecualian sehingga 31 Disember 2020. Bahagian XII memberikan pengecualian bagi tempoh 18 Mac 2020 sehingga 9 Jun 2020 daripada pengiraan tempoh bagi pemberian pengiktirafan (according recognition) membuat laporan (report in writing) dan pemfailan representasi pekerja (filling a representation). Bahagian XIII memberikan pengecualian bagi tempoh 18 Mac 2020 sehingga 9 Jun 2020 dalam tempoh pengiraan bagi pembaharuan lesen di bawah Akta Agensi Pekerja Swasta 1981. Bahagian XIV dan Bahagian XV memberi kebenaran kepada pemegang lesen kenderaan awam, kenderaan pelancongan dan kenderaan barangan untuk menukar penggunaan kenderaan mulai 1 Ogos 2020. Permohonan penukaran penggunaan hendaklah disertai dengan maklumat perubahan spesifikasi teknikal dan perlindungan insurans tambahan. Bahagian XVI, XVII dan XVIII memperuntukkan kuasa kepada Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara untuk mengeluarkan arahan berhubung dengan urusan mahkamah dan mengubahsuai atau menggantung peruntukan dalam kaedah-kaedah mahkamah untuk memastikan pentadbiran keadilan dilaksanakan. Bahagian XIX memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk melanjutkan tempoh masa untuk pihak berkuasa melaksanakan kewajipan statutori yang tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh 18 Mac sehingga 9 Jun 2020. Menteri juga boleh membuat perkiraan alternatif untuk mesyuarat yang tidak boleh dijalankan mengikut cara yang diperuntukkan di bawah akta. Bahagian II, Bahagian VII, Bahagian VIII, Bahagian IX, Bahagian X dan Bahagian XI mempunyai fasal berkaitan peruntukan kecualian (saving clause) untuk prosiding atau tindakan yang telah diambil sebelum akta ini berkuat kuasa.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, penggubalan rang undang-undang ini telah melalui proses yang kompleks yang melibatkan semua pihak. Isu-isu yang dimasukkan dalam rang undang-undang ini diperoleh melalui sesi libat urus atau engagement yang komprehensif dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti kementerian, jabatan, agensi persekutuan termasuk negeri Sabah dan Sarawak. Agensi pelaksana (implementing agency), pihak industri (industry players), organisasi masyarakat (civil society organization) dan organisasi bukan kerajaan (non-governmental organization). Malahan maklum balas orang awam juga turut telah diperoleh melalui pautan (link) yang telah disediakan di portal Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan platform Unified Public Consultation (UPC), Perbadanan Produktiviti Malaysia daripada 29 Mei 2020 sehingga 5 Jun 2020.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Rang Undang-undang ini turut melibatkan kajian dan rujukan terhadap model undang-undang beberapa buah negara seperti United Kingdom, New Zealand, Australia dan Singapura dan hasilnya, rang undang-undang ini digubal sebagai suatu undang- undang unik berdasarkan acuan Malaysia dengan mengambil kira situasi semasa dalam negara dan demi menjaga kepentingan pelbagai pihak. Tua Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

Puan Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Ampang

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah sementara untuk mengurangkan kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) termasuklah mengubah suai peruntukan yang berkaitan dengan Akta Had Masa 1953, Ordinan Had Masa Sabah, Ordinan Had Masa Sarawak, Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, Akta Insolvensi 1967, Akta Sewa Beli 1967, Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Distres 1951, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1955 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat hari ini akan membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi mengurangkan kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) dan Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020. Kita mempunyai baki dua hari lagi untuk persidangan dan banyak lagi rang undang-undang dan usul-usul yang perlu diselesaikan. Oleh itu bagi D.R.6/2020 ini saya menetapkan masa perbahasan bagi pembahas utama bagi kedua-dua pihak di sini dan di sebelah sini selama 15 minit. Manakala ahli-ahli yang lain saya akan berikan selama lima minit sahaja. Seterusnya Yang Berhormat Menteri-menteri akan mula menjawab mulai jam 4.30 petang. Oleh itu saya ingin hendak...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, minta pencelahan sedikit. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang nombor enam ini adalah sangat penting.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Dia sentuh kepada banyak lagi undang-undang, dia buat pindaan dan rang undang-undang ini akan overwrite dengan izin, overwrite impact kepada akta-kata lain yang disebut. It would nullify in fact provisions in the other laws dengan izin. Jadi, bagi saya, walaupun saya faham, saya faham kita ada beberapa lagi RUU untuk diselesaikan dalam sesi ini, ini bukan cara dia untuk rush the bill macam ini, this is a very important bill. [Tepuk] Jadi bagi saya, lebih sesuai dan saya rasa semua di sini sedia kita lanjutkan sesi mesyuarat ini. Dua hari pun boleh tidak ada masalah, satu minggu tidak ada masalah we have to give due justice to the provisions of this bill. Tujuan bill kita sokong, tiada isu, niat dia baik tetapi ada kelemahan yang kita akan berbahas, kelemahan yang serius sebab Yang Berhormat Menteri tadi sebut saving clauses. Apabila kita teliti saving clauses itu dia memang – dia batalkan bantuan yang kita hendak sampaikan kepada sasaran kita, ada banyak poin lagi, itu poin saya. We cannot do this in five minutes, tidak boleh.

Tuan Yang di-Pertua

Kita akan cuba.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Khususnya Tuan Yang di-Pertua, khususnya dalam sesi perbahasan dasar, every clause– you see how complicated the bill is, each date has been studied, each clause has been studied, because of the impact on many other pieces of legislation. This is not the bill to be rushed. So, I think we are ready to give the time but The House must do its part. Tuan Yang di-Pertua, you are the one leading this House. I wish– melalui Tuan Yang di-Pertua saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri jangan tergesa-gesa, rush this bill, kita ambil masa. Kerajaan ada kuasa untuk lanjutkan sesi ini, are we all ready to come back next week? Boleh. Lebih suara bersetuju. [Ketawa] Jadi saya merayulah, saya merayu melalui speaker kepada pihak kerajaan bagi

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

dua hari for this bill at least. Kita hendak bincang secara teliti. Kita ada senarai seramai 20 orang pembahas daripada pembangkang. Saya yakin di sana pun ada ramai yang hendak berbahas. Kita hendak sokong bill ini. Jangan salah faham Yang Berhormat Menteri, we support the bill, it is a necessary bill, what we want to contribute ialah pandangan kita berkaitan dengan kelemahan- kelemahan serius yang kita sudah perhatikan dan kita mahu bincang macam mana kita boleh selesaikan atau memperbetulkan kelemahan yang kita saksikan itu. Jadi, itulah hasrat kita. Jadi, saya minta kalau boleh Yang Berhormat Menteri mempertimbangkan ini dalam...

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

...apabila kita tangguh...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, boleh saya cakap?

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

...dan kita bincang balik.

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya terdapat 20 orang pembahas di sebelah sini dan sebelah sini saya mendapat senarai sekarang ini ada empat. So, seramai 24 orang semuanya. Saya ingin semua dapat membahaskan perkara ini. Urusan mesyuarat ditetapkan oleh pihak kerajaan, nombor satu. Kemudiannya, untuk memanjangkan tempoh persidangan kali ini itu adalah di bawah kuasa Ketua Majlis. Maka kalau hendak dipanjangkan maka Ketua Majlis iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlu membuat keputusan. Buat setakat sekarang ini, sesi ini sehingga pukul satu ini biar saya beri selama 15 minit kepada pembahas utama dahulu. Selepas pukul satu ini...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Boleh kita bagi 15 minit pada setiap pembahas dahulu?

Tuan Yang di-Pertua

Saya?

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Boleh kita memberi 15 minit sekurang- kurangnya untuk setiap pembahas dahulu. Then at least kita ada…

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, untuk sehingga pukul 1 ini kita bagi 15 minit kepada pembahas utama.

Tuan Yang di-Pertua teruskan, kalau kita berbincang ini kita rugi ya.

Tuan Yang di-Pertua

Kemudian saya akan putuskan selepas ini.

Saya ingat kita teruskan, semasa PH dahulu pun saya lawan habis-habisan minta diberi seorang 10 minit, dia bagi lima minit. Akan tetapi akhirnya kita berjaya. Kali ini kita mendapat masa lebih 15 minit...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Mana ada, mana ada. Bagi tahu, senaraikan bila.

Tuan Yang di-Pertua

So, saya ingin jemput...

Zaman PH sidang lagi panjang.

Zaman PH, lima minit.

Zaman PH sidang lagi panjang, banyak hari lagi.

Tetapi sekurang-kurangnya pembahas utama kita bagi 15 minit di sini. Sepatutnya saya pembahas utama, tetapi saya beri peluang kepada kawan-kawanlah. Jadi, di sana tidak ada kawan. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingin – saya tidak mahu – Yang Berhormat , saya tidak mahu buang masa kerana kita tidak ada masa. Saya ingin menjemput pembahas pertama dari sebelah sini.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, sorry, minta maaf just sedikit sahaja lagi dan selepas itu saya akan duduk. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, what is the need to rush, kita akan selesai rang undang- undang ini dalam mesyuarat ini, itu tentu. Hanya kita perlu lanjutkan sahaja dan kita buat

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

satu bill yang cukup berkesan. So, why not add one or two more days, kita buat ini betul- betul. I’m asking, what is the need to rush lah, itu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri akan– saya akan berbincang dengan Yang Berhormat Menteri pada pukul 1 nanti.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Baik, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Buat masa ini saya hendak menjemput Yang Berhormat Jelebu sebagai pembahas pertama selama 15 minit kemudian dituruti oleh Yang Berhormat Bangi selama 15 minit pembahas di sebelah sini. Silakan Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat sama dalam perbahasan RUU ini. RUU yang diwujudkan ini adalah amat penting sekali memandangkan tempoh PKP yang kita lalui bermula daripada 18 Mac 2020 yang lalu, serta tempoh moratorium yang akan tamat pada bulan September ini yang telah menyebabkan berlakunya percanggahan dalam beberapa akta yang sedia ada. Saya amat berharap agar dengan terwartanya RUU ini kelak, ia akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kalangan rakyat dan akan lebih membuatkan kita semua bersedia jika ditakdirkan pandemik COVID-19 ini akan berpanjangan. Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Saya ingin menyentuh fasal 30 dalam RUU ini yang menyebutkan bahawa harta penyewa tidak boleh ditahan sekiranya penyewa gagal membayar sewa dalam tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020. Mengikut cadangan peruntukan di fasal ini, seorang tuan punya harta tidak boleh memohon untuk writ of distress dengan izin, untuk tunggakan bayaran sewa yang berlaku daripada 18 Mac hingga 31 Ogos 2020, sehinggalah tamat tarikh kuat kuasa bahagian ini yakni pada 31 Disember 2020. Saya melihat, langkah ini dapat memberi sedikit kemudahan kepada pihak penyewa yang kehilangan pendapatan sewaktu tempoh PKP dijalankan. Akan tetapi, persoalan yang harus kita ambil kira ialah bagaimana pula dengan nasib tuan punya harta. Bagaimana mereka ini dibantu oleh pihak kerajaan? Harus kita ingat bukan semua pemilik harta yang menyewakan harta kepunyaan mereka adalah daripada kalangan mereka yang senang. Saya mengambil contoh masyarakat atau penduduk daripada seorang ketua keluarga di kawasan kampung saya yang rata-rata mempunyai hanya sebuah rumah sewa dan penyewanya pula mengalami masalah kehilangan pendapatan. Dengan adanya fasal ini, tuan rumah berkenaan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada penyewanya jika culas dalam membayar sewa. Akan tetapi bagi tuan rumah berkenaan, hasil daripada rumah sewa itu, itulah satu-satunya kebergantungan ekonomi bagi individu berkenaan dan itulah pendapatan yang beliau ada untuk menyara kehidupan. Dalam situasi seperti ini, kedua-dua pihak mengalami kesusahan, baik tuan punya harta ataupun si penyewa. Saya mengakui memang ada di luar sana tuan punya harta yang mempunyai banyak aset yang hendak disewakan, tetapi jika ada satu atau dua penyewa yang gagal membayar sewaan, ia tidak akan memberikan apa-apa kesan yang besar kepada pendapatan apatah lagi ekonomi bagi tuan punya harta berkenaan. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dan kerajaan, apakah kaedah yang diguna pakai oleh pihak kementerian bagi memastikan dengan adanya akta ini tidak akan ada mana-mana pihak yang tertindas tidak kira dia adalah pemilik harta ataupun penyewa? Ini bermakna, kedua-dua pihak mendapat pembelaan hasil daripada RUU yang dibentangkan ini. Keduanya, saya ingin menyentuh berkenaan definisi “hilang pekerjaan sehingga tidak mampu membayar sewa”. Adakah hanya individu yang kehilangan pekerjaan sahaja yang mendapat keistimewaan yang tidak boleh dipohon writ of distress, dengan izin daripada pemilik harta. Bagaimana pula individu yang bekerja sendiri seperti penjaja atau usahawan-usahawan yang banyak dalam jumlah dan bilangan mereka? Terutamanya daripada kawasan-kawasan Parlimen seperti kawasan Parlimen Jelebu ini. Mereka ini tidak akan...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Jelebu, boleh saya minta pencelahan? Minta penjelasan sedikit. Seminit sahaja. Saya pasti seminit.

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelebu hendak bagi laluan?

Boleh saya habiskan dahulu?

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Sungai Buloh minta penjelasan daripada Yang Berhormat Jelebu tentang point yang pertama itu yang sangat penting.

Yang Berhormat Sungai Buloh, boleh saya habiskan dahulu tidak?

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Okey.

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap.

Thank you Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua. Bagaimana pula individu yang bekerja sendiri seperti penjaja dan usahawan kecil yang saya sebut tadi? Mereka ini tidak hilang pekerjaan, tetapi mereka ini kehilangan pendapatan sewaktu pelaksanaan PKP dan selagi mana pandemik COVID-19 ini masih dikuatkuasakan ataupun masih ada. Adakah individu-individu ini juga termasuk dalam klasifikasi tidak boleh difailkan oleh writ of distress, dengan izin? Jika mereka juga termasuk dalam golongan ini, bagaimana pula penilaian yang dilakukan, memandangkan kehilangan pendapatan ini adalah suatu keadaan yang agak general? Tidak ada satu garis panduan yang khusus berkaitan dengan kehilangan pendapatan. Adakah kehilangan pendapatan sepenuhnya? Ataupun adakah kehilangan pendapatan separuh? Ataupun adakah kehilangan pendapatan hanya beberapa peratus daripada pendapatan asal yang juga melayakkan mereka termasuk atau tergolong di dalam kelompok ini? Selain itu, adakah pihak pemunya harta dibolehkan untuk memohon sebarang surat pengesahan daripada majikan atau penyewa bagi membuktikan bahawa penyewa tersebut benar-benar kehilangan pendapatan dan pekerjaan? Saya membangkitkan isu ini kerana saya risau akan ada penyewa yang tidak bertanggungjawab, yang mempunyai pendapatan dan yang tidak hilang pendapatan, tetapi mengambil kesempatan daripada kewujudan RUU ini untuk culas daripada membayar sewa setiap bulan...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Jelebu.

Seharusnya kaedah ini, bagi menentukan sama ada pemilik harta boleh atau tidak boleh untuk memfailkan writ of distress ini diperhalusi dan dipertimbangkan segala kemungkinan bagi memastikan tidak ada mana- mana pihak yang teraniaya dan tidak dibantu. Yang Berhormat Sungai Buloh, please short. Very short ya.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Jelebu ini amat tepat yang mana kita ada dua mangsa iaitu; penyewa yang kehilangan pekerjaan dia, dia tidak ada wang untuk membayar sewa dan landlord atau pemilik harta itu memerlukan sewa itu untuk pendapatan beliau. Dia tidak ada sumber lain. Dalam hal ini, kedua-duanya menjadi mangsa. Dalam keadaan ini, tentu ada— ramai yang telah diusir daripada rumah sebab tidak bayar sewa. Adakah rang undang-undang ini menyelesaikan masalah itu? Tidak. Itu point saya. Kalau kita baca saving clause, nombor 31— itu memberi pengecualian aplikasi rang undang-undang ini kepada tempoh daripada permulaan PKP ini iaitu dari 18 Mac sehingga akta ini diterbitkan. Jadi, maksudnya semua mangsa dalam tempoh enam bulan ini...

Okey.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

...Tidak boleh mendapat pembelaan.

Baik, perfect.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Inilah maksud saya— satu contoh sahaja kita boleh bincang balik lagi.

Perfect Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Jadi, ramai mangsa di kedua-dua pihak tidak akan mendapat apa-apa bantuan...

Perfect.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

...Daripada ini dan kita perlu cara yang lain.

Okey sir.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Cara mediasi dan sebagainya.

All right, perfect. I totally agree with Yang Berhormat Sungai Buloh dengan izin, Tuan Yang di-Pertua supaya kita mengambil kira tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kedua-dua belah pihak. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh fasal 44 dan 45. Dalam fasal ini Tuan Yang di-Pertua, disebutkan bahawa kebenaran diberikan kepada pengendali berlesen kenderaan perkhidmatan awam, pelancongan dan barangan untuk menukar penggunaan kenderaan bermula daripada 1 Ogos 2020. Sebagai contoh Tuan Yang di- Pertua, ada seorang pengendali berlesen kenderaan perkhidmatan awam yakni van sekolah atau kenderaan sekolah boleh memohon kebenaran untuk memberi kebenaran kepadanya menggunakan secara sementara van sekolahnya di bawah kelas kenderaan perkhidmatan awam sebagai van barangan di bawah kelas kenderaan barangan bagi tempoh tidak melebihi 12 bulan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat. Langkah ini saya lihat boleh membantu pemilik kenderaan awam ini bagi mendapatkan pendapatan tambahan bagi menampung jika pendapatan mereka terjejas. Namun begitu, apa yang menjadi kerisauan― sebahagian daripada kerisauan saya dan juga mungkin Ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain adalah berkenaan dengan penyelenggaraan kenderaan yang terlibat. Seperti contoh yang saya sebutkan berkaitan dengan kenderaan atau van sekolah tadi. Adakah pemilik van tersebut akan memperoleh dua status kenderaan di dalam masa yang sama, status kenderaan perkhidmatan awam dan satu lagi status kenderaan perdagangan? Ataupun jika pemilik kenderaan berkenaan atau van sekolah berkenaan menukar status kepada kenderaan perdagangan, status kenderaan perkhidmatan awam itu akan tergugur secara automatik. Apa yang merisaukan saya ialah akan ada pengendali van sekolah ini yang cuba mendapatkan pendapatan semaksimum mungkin. Murid sekolah dia bawa dan barangan pun dia kendalikan. Risiko membawa pelajar-pelajar sekolah tidak sama dengan risiko membawa barangan ataupun keperluan harian. Membawa pelajar sekolah itu melibatkan nyawa yang lebih ramai dan pastinya kenderaan yang digunakan itu juga haruslah berada dalam keadaan yang baik. Saya tidak mahu dalam pada masa kita hendak membantu satu kelompok masyarakat, tetapi dalam masa yang sama kita juga meletakkan nyawa manusia terutamanya pelajar sekolah di dalam keadaan risiko yang sangat tinggi. Pihak agensi perkhidmatan pengangkutan awam darat perlu memperhalusi dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan pertukaran status kenderaan ini dengan sebaiknya. Bukanlah maksud saya hendak memperbanyakkan kerenah atau menyusahkan dengan kerenah birokrasi, tetapi perkara ini harus dilakukan dengan teliti bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.

Selain itu, jika kita lihat pada ketika ini Tuan Yang di-Pertua, banyak penyedia perkhidmatan penghantar barang yang membuka peluang kepada mana-mana individu untuk menjadi runner, dengan izin, secara part-time atau separuh masa. Contohnya, seperti Pos Laju, Ninja Van, J&T Ekspres dan pelbagai lagi yang berada di dalam market ketika ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian. Individu yang menjadi runner bagi perkhidmatan penghantaran ini, adakah mereka juga perlu memohon status kenderaan mereka? Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh dalam masa tiga minit akhir ini. Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020. Pindaan terhadap nilai ambang kemerdekaan ini telah dilakukan sebanyak empat kali sebelum ini. Pertama, pada tahun 1967 nilai ambang adalah RM2,000. Kedua, tahun 1992 - RM10,000. Ketiga, tahun 2003 - RM30,000. Keempat, tahun 2017 - RM50,000. Kali ini pada tahun 2020, menjelang ambang kemerdekaan, ia dinaikkan kepada RM100,000. Jika melihat kepada pindaan yang dilakukan Tuan Yang di-Pertua, ia adalah bersifat sementara sehingga warta ini tamat pada tempoh 31 Disember 2020. Dalam tempoh masa baru yang ingin dilaksanakan ini, saya difahamkan bahawa selepas 31

Disember 2020, nilai ambang ini akan kembali kepada asal, yakni RM50,000. Apa yang menjadi kerisauan masyarakat, terutamanya bagi pemimpin-pemimpin masyarakat yang mewakili rakyat berada di luar sana, adakah pihak yang mempunyai tunggakan hutang ini akan berjaya untuk mengurangkan nilai hutang tertangguh mereka pada kadar minimum selepas tempoh lapan bulan atau tempoh warta ini tamat? Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dan kerajaan, dari tahun 2017 sehingga suku tahun 2020, berapakah jumlah individu yang diisytiharkan bankrap setiap tahun? Adakah berlaku peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun? Adakah ini ataupun adakah pihak kementerian menjangkakan selepas 1 Januari 2021 kelak akan ada peningkatan yang mendadak terhadap jumlah individu yang diisytiharkan bankrap ini? Apakah persiapan rapi yang dirangka oleh pihak kementerian, terutamanya agensi kaunseling, pengurusan kredit dalam menghadapi sebarang kemungkinan ini? Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian, bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021, ditetapkan sebagai cooling-period, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kepada mana-mana individu bagi mengurangkan hutang tertunggak mereka daripada minimum RM100,000 kepada RM50,000. Maksud saya, dalam tempoh enam bulan tersebut, individu berkenaan ataupun peminjam ataupun rakyat berkenaan tidak boleh diisytiharkan bankrap dan diberi masa selama enam bulan untuk menguruskan hutang tertunggak mereka. Saya amat peka dan saya amat risau jika had minimum tersebut dikurangkan secara serta-merta dengan perbezaan jumlah yang besar ini. Ia akan menyukarkan mereka menguruskan kewangan mereka, apatah lagi dalam keadaan dan suasana menghadapi pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara dan negeri kita. Jika selepas enam bulan cooling period ini mereka masih gagal menjelaskan hutang tertunggak mereka sekurang-kurangnya kepada kadar minimum, selepas itu barulah mereka boleh diisytiharkan bankrap, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan pengurusan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang berperanan membantu individu menguruskan kewangan dan hutang. Jika saya lihat kepada senarai dan lokasi Tuan Yang di-Pertua, pejabat AKPK ini ia tidak meluas di seluruh negara, terutamanya di luar bandar. Saya mengambil contoh di Negeri Sembilan, negeri yang saya sebut semalam, hanya ada satu sahaja pejabat kaunseling AKPK iaitu di Seremban, yakni tidak ada pejabat cawangan di dalam mana-mana daerah Negeri Sembilan. Kekurangan pejabat ini saya lihat menjadi faktor mengapa rakyat tidak mengetahui tentang kewujudan ataupun fungsi AKPK ataupun mempunyai kesulitan untuk mendapatkan khidmat bantuan AKPK atas faktor kekangan jarak. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya masalah pengurusan kewangan ini tidak hanya berlaku di kawasan bandar. Ia merupakan masalah dan berlaku kepada penduduk di luar bandar. Jadi, saya ingin dan minta kerajaan melihat sedikit keadaan ini, bagaimana penduduk di luar bandar ini boleh dibantu dengan lebih meluas oleh AKPK. Adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan lagi pejabat AKPK di kawasan-kawasan luar bandar? Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Jelebu mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Saya persilakan Yang Berhormat Bangi, 15 minit.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, atas peluang ini untuk membangkitkan beberapa perkara mengenai Rang Undang-undang Langkah- langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Saya rasa pada pokoknya, matlamat akta ini adalah baik kerana ia bertujuan untuk membantu golongan mereka yang terjejas akibat daripada PKP ataupun MCO yang bermula pada 18 Mac 2020, terutamanya mereka yang tidak dapat melaksanakan obligasi kontraktual mereka. Akan tetapi malangnya seperti apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh tadi, fasal kecualian, saving clause yang dinyatakan di beberapa tempat dalam akta ini, terutamanya dalam fasal 10. Bermakna bahawa golongan yang sebahagian besarnya akan terjejas ataupun telah terjejas, bukan sahaja tidak akan dibantu oleh akta ini. Akan tetapi ada juga kemungkinan besar bahawa akta ini akan menjadikan keadaan ekonomi golongan mereka yang terjejas, lebih teruk daripada keadaan di mana akta ini tidak diperkenalkan. Saya rasa tadi Yang Berhormat Menteri telah kata, adakah akta ini too little, too late ataupun better late than never? Saya berpendapat bahawa akta ini adalah too little, too late, terlewat dan juga terlambat. Saya beri contoh, lima individu yang tidak akan

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

dibantu oleh akta ini. Pertama, penyewa kedai di kompleks membeli belah yang terpaksa ditutup semasa PKP dan tidak mampu membayar sewa bulanan untuk dua bulan. Kontrak sewa ini telah dibatalkan oleh pemilik kedai dan deposit penyewa kedai juga telah dilucutkan dan digunakan untuk membayar sewa tunggakan. Tindakan ini telah diambil oleh pemilik kedai dan sekarang kedai itu telah disewa kepada penyewa lain. Penyewa sebelum ini tidak mampu membuka kedai di tempat yang lain kerana kehilangan pendapatan semasa PKP dan juga kehilangan deposit sewa yang telah dilucutkan. Akan tetapi mengikut fasal 10 akta ini yang saya rasa adalah fasal pokok dalam saving clause ataupun fasal kecualian. Walaupun seksyen 7, mana-mana kontrak yang ditamatkan, mana-mana deposit atau bon pelaksanaan yang dilucutkan hak, mana-mana ganti rugi yang diterima, mana-mana prosiding undang-undang, timbang-tara atau pengantaraan yang dimulakan, mana-mana penghakiman atau award yang diberikan dan mana-mana pelaksanaan yang dijalankan bagi tempoh dari 18 Mac 2020 hingga tarikh penyiaran akta ini ataupun akta ini digazetkan, dengan izin, hendaklah disifatkan telah ditamatkan, dilucutkan hak, diterima, dimulakan, diberikan atau dijalankan dengan sah, dengan izin. Untuk contoh yang pertama ini, there is no recourse for the renter who has already been evicted. Pemilik kedai juga tidak ada sebarang kewajipan untuk memberi diskaun 30 peratus untuk mendapatkan manfaat potongan cukai seperti apa yang dicadangkan oleh kerajaan. Oleh kerana itu adalah satu penawaran oleh kerajaan sahaja, bukan sesuatu yang diwajibkan oleh kerajaan. Untuk contoh yang kedua Tuan Yang di-Pertua, ada syarikat penganjur acara yang telah menandatangani kontrak untuk menyewa ribuan khemah dan juga tandas mudah alih ataupun mobile toilets untuk acara larian yang terpaksa dibatalkan. Selagi syarikat yang menyediakan khemah dan juga tandas mudah alih ini memulakan tuntutan undang-undang terhadap syarikat penganjur acara ini sebelum pewartaan akta ini, perlindungan yang sepatutnya diberikan oleh akta ini juga tidak boleh dipakai oleh syarikat penganjur. Bukan sahaja...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sambung pukul 2.30?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Boleh. Saya habiskan ayat ini dulu.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Bukan sahaja deposit yang dibayar oleh syarikat penganjur itu akan dilucutkan tetapi ada juga kemungkinan bahawa syarikat khemah ini akan menuntut bayaran ganti rugi daripada syarikat penganjur acara. Jadi, akta ini juga tidak terpakai ataupun tidak melindungi hak syarikat penganjur acara ini. Saya akan menyambung selepas ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab masa telah pukul 1.00 tengah hari, saya berhenti persidangan ini dan akan dimulakan pada pukul 2.30 petang kelak. Terima kasih. Assalamualaikum.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Tuan Yang di-Pertua, tidak cukup kuorum. Tolong kira.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, saya minta Bentara jalankan tugas untuk bilang berapa ramai Ahli Yang Berhormat. [Ahli-ahli dikira]

Cukup kah? Tidak cukup kuorum, 12 orang sahaja, 13 orang.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tidak cukup, bawah 20.

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Memang tidak ada, pembangkang tidak datang Tuan Yang di-Pertua. Mereka tidak memainkan peranan.

Bukan isu pembangkang.

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mereka sibuk di luar.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Pembangkang lebih ramai daripada kerajaan.

Sepatutnya kerajaan yang ada.

[Dewan riuh]

[Sistem pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Bentara membilang berapa ramai Ahli yang ada dalam Dewan.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua, pembangkang lebih ramai dari kerajaan.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sekarang ada 19 orang, jadi kita tunggu, perlu ada minimum kuorum. Sila bunyikan loceng sekali lagi, dua minit.

Yang Berhormat Jelutong lah ni. [Loceng dibunyikan] [26 orang Ahli hadir]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, kita telah mencukupi minimum kuorum, 26 orang. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Bangi, masa tinggal 10 minit 43 saat. Kemudian, diikuti oleh pembahas-pembahas yang lain dan saya benarkan untuk memanjangkan tempoh perbahasan 10 minit seorang. Menteri menggulung pada pukul 6 petang. Silakan, Yang Berhormat Bangi.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada pagi ini saya telah bentangkan, berikan dua contoh di mana individu-individu tertentu tidak akan dibantu oleh akta ini dan menunjukkan bagaimana fasa kecualian atau saving clause akan digunakan untuk memastikan bahawa orang yang sepatutnya dilindungi tidak akan dilindungi di bawah akta ini. Saya hendak teruskan kepada contoh yang ketiga iaitu seorang pemilik syarikat PKS yang mengalami kenaikan hutang dari RM30,000 ke RM70,000 akibat daripada penurunan business semasa PKP dan tidak mampu bayar balik hutang ini kerana aliran tunai ataupun cash flow terjejas akibat daripada PKP. Walaupun seksyen 20 rang undang-undang ini meningkatkan ambang minimum hutang daripada RM50,000 ke RM100,000 tetapi jikalau pihak pemiutang memulakan prosiding kebankrapan terhadap pemilik syarikat PKS ini sebelum akta berkuat kuasa, akta ini juga tidak terpakai seperti mana Yang Berhormat Sungai Buloh telah bentangkan tadi dan tanyakan soalan ini kepada Yang Berhormat Jelebu. Bahkan saya rasa fasa kecualian di akta ini berkemungkinan besar akan memberi insentif kepada pihak pemiutang untuk memulakan prosiding kebankrapan secara ramai-ramai kerana ada kemungkinan pemiutang ini ada ramai orang yang mungkin hutang kepadanya naik akibat daripada PKP dan dia hendak memulakan prosiding ini sebelum akta berkuat kuasa supaya akta ini tidak terpakai dan tidak melindungi mangsa PKP. Contoh yang keempat ialah seorang penjaja di pasar malam yang telah membeli barangan dapur dengan cara pembayaran ansuran. Tadi Yang Berhormat Jelebu pun ada kata tentang penjaja-penjaja bukan sahaja di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar. Oleh kerana penutupan pasar malam semasa PKP, penjaja ini tidak dapat berniaga dan tiada sebarang pendapatan. Pada masa yang sama, tidak mampu membayar ansuran barangan dapur. Walaupun fasal 23 rang undang-undang ini melindungi penjaja ini daripada penjual untuk mengambil balik milikan barangan yang terkandung dalam suatu perjanjian sewa beli di bawah seksyen 16, Akta Sewa Beli 1967. Akan tetapi oleh kerana adanya satu lagi fasal kecualian iaitu fasal 24, jikalau penjual mengambil tindakan untuk mengambil balik milikan sebelum akta ini berkuat kuasa, maka penjaja ini juga akan terjejas dan terlepas daripada perlindungan yang sepatutnya diberi oleh akta ini. Jadi penjaja seperti ini juga tidak akan dilindungi di bawah akta ini.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Kelima, seorang penyewa rumah yang juga pemandu e-hailing tidak dapat membayar sewa semasa PKP kerana kehilangan pendapatan, tidak boleh keluar dari rumah pergi sini pergi sana. Oleh itu, pemilik rumah telah menghalau penyewa rumah ini dan menyewakan rumah ini kepada orang lain. Akta ini tidak memberi sebarang perlindungan kepada penyewa rumah. Misalnya, akta ini tidak menyebut bahawa penyewa boleh menangguhkan bayaran sewa semasa PKP ataupun deposit penyewa tidak boleh diambil oleh pemilik untuk pembayaran sewa. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, pengubahan Akta Distres 1951 di bawah rang undang-undang ini untuk menyekat pemilik rumah daripada merampas barang kepunyaan penyewa untuk membayar tunggakan sewa tidak terpakai jikalau tindakan perampasan itu berlaku sebelum akta ini berkuat kuasa. Saya rasa ini adalah sesuatu yang penting Tuan Yang di-Pertua kerana akta ini akan berkuat kuasa seawal- awalnya di akhir bulan September, selepas Dewan Negara habis bersidang. Ada juga kemungkinan besar ia akan digazet pada awal bulan Oktober kerana proses menggazet ini mengambil sedikit masa. Pada masa ini, dari hari di mana akta ini diletakkan di meja, dibentangkan untuk bacaan pertama sampai ke hari di mana akta ini akan dikuatkuasakan, digazetkan, saya rasa golongan yang mendapat manfaat yang terbanyak sekali adalah golongan peguam yang memberi nasihat kepada client mereka untuk memfailkan tuntutan sebelum akta ini berkuat kuasa, bukan orang yang sepatutnya dilindungi, bukan mangsa akibat daripada PKP. Ini bukan salah mereka, ini adalah satu sacrifice yang telah dibuat ke atas mereka kerana kerajaan hendak kata flattened the curve tetapi malangnya akta ini adalah too little too late.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Apa yang lebih mengecewakan pada saya dan saya rasa kepada ramai kawan- kawan di sini dan juga di luar sana adalah berbulan-bulan yang telah digunakan untuk mengkaji apa yang telah dilakukan oleh negara lain termasuk Singapura, Australia dan sebagainya. Tadi Yang Berhormat Menteri pun ada sebut tentang rang undang-undang yang diperkenalkan di negara-negara yang lain. Saya beri satu contoh. Singapura telah memulakan lockdown mereka ataupun circuit breaker mereka pada 7 April 2020. Pada hari yang sama, versi RUU COVID mereka diluluskan di Parlimen. Tujuan utama rang undang-undang tersebut adalah untuk memberikan bantuan sementara kepada pihak peniaga dan juga individu yang tidak dapat melaksanakan obligasi contractual mereka akibat daripada COVID-19. Saya pun telah baca RUU di Singapura dengan secara terperinci. Saya juga hendak maklumkan kepada Dewan ini, di Singapura bukan sahaja satu RUU COVID telah dibentangkan tetapi mereka juga telah membuat pindaan pada 5 Jun 2020 untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada mereka yang terjejas akibat daripada circuit breaker mereka. Di Malaysia, kita tunggu sampai bulan Ogos, digazet mungkin bulan Oktober. Saya beri satu contoh yang lebih terperinci lagi. Tahap perincian untuk RUU di Singapura berkenaan dengan langkah-langkah perlindungan dalam versi Singapura jauh lebih mendalam berbanding dengan RUU COVID Malaysia. Sebagai satu contoh, RUU di Singapura menyatakan bahawa tuan tanah tidak boleh mengeluarkan wang jaminan penyewa ataupun deposit untuk membayar tunggakan sewa semasa tempoh lockdown. Saya tidak tahu sama ada kementerian ada mendapatkan angka-angka ataupun maklumat yang terkini tentang isu seperti ini. Akan tetapi, saya rasa ada banyak perkara ataupun peristiwa di mana ada pemilik rumah yang telah rampas ataupun confiscate ataupun melucutkan deposit penyewa akibat daripada PKP di mana penyewa tidak boleh membayar sewa kerana tidak ada pendapatan. Singapura juga memberi lebih banyak bantuan termasuk wang tunai dan geran yang lain untuk meringankan keperitan ekonomi yang timbul daripada lockdown mereka. Saya beri satu contoh. Untuk Malaysia, wage subsidy program ataupun bantuan subsidi upah (BSU) memberi RM1,200 sahaja kepada syarikat yang kurang daripada 76 orang. Akan tetapi di Singapura, untuk syarikat di Singapura, Kerajaan Singapura membayar 75 peratus daripada gaji dan subsidi upah ini telah dilanjutkan ke Mac tahun depan dengan kadar di antara 10 hingga ke 75 peratus daripada gaji pekerja. Pada saya, Malaysia ada peluang untuk membentangkan RUU COVID yang lebih komprehensif semasa persidangan Parlimen pada 18 Mei 2020. Masa itu hanya dua bulan setelah bermulanya MCO dan saya rasa pihak peniaga masih mempunyai masa untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan yang sewajarnya. Ada banyak

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

kontrak yang belum dimuktamadkan lagi, ada banyak sewa yang belum cancel dan sebagainya. Akan tetapi malangnya, apa yang terjadi, sebaliknya pemerintah Perikatan Nasional yang tidak dipilih oleh pengundi menolak peluang ini untuk mengadakan sidang Parlimen yang biasa dan enam bulan kemudian, apa yang kita ada sekarang adalah RUU COVID yang penuh dengan kelemahan, terlambat dan juga terlewat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Satu minit lagi, Yang Berhormat.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri, sebagai penggulungan, untuk fasal-fasal yang ada pengecualian ataupun saving clause termasuk fasal 10, fasal 21, fasal 24, fasal 31 dan juga fasal 37, saya cadangkan supaya semua fasal ini dikeluarkan daripada akta ini dan jikalau ada apa-apa ketidaksetujuan di antara mana-mana pihak, misalnya pihak pemilik dan juga pihak penyewa, mereka boleh bawa kes mereka termasuk kes yang telah dimuktamadkan yang telah diselesaikan untuk dibawa kepada pengantaraan ataupun mediator yang juga termasuk di fasal 9 dalam akta ini. Ini akan menjadikan situasi lebih adil kepada semua yang terjejas akibat daripada PKP ini dari bulan Mac sampai ke sekarang. Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Kinabatangan, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Gerik dan kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Sepang. Silakan Yang Berhormat Kinabatangan. Masa 10 minit.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Sudah pasti rakyat di luar sana memang mengharapkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan PN pada hari ini. Walaupun kerajaan ini didirikan bukan atas dasar pilihan rakyat tetapi kerajaan ini amat bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa negara dan rakyat perlu dilindungi dengan apa cara sekalipun. Justeru itu, terdapat beberapa akta, beberapa undang-undang yang perlu diperbaharui dan perlu diubahsuai untuk memastikan bahawa mereka sama ada peniaga-peniaga, syarikat-syarikat, individu yang terlibat dengan serangan COVID-19 ini mendapat perlindungan dan mendapat keadilan yang sewajarnya. Walaupun kita dengar bahawa akta ini bagi pihak pembangkang memang tidak dialu-alukan tetapi rakyat di luar sana memang mengharapkan sesuatu iaitu perubahan dilaksanakan oleh kerajaan. Antara lain, semua negara pun di seluruh dunia memang telah diserang oleh virus COVID-19 ini iaitu terdahulu di China, negara Eropah, Amerika. Serangan ganas COVID ini banyak negara tidak mempercayainya, contohnya di Itali, di mana serangan ini berjalan, rakyat Itali masih berpesta, masih berparti, masih membuat acara tari-menari dan sebagainya. Akhirnya, negara Itali lah yang telah banyak mengalami kehilangan nyawa dan sebagainya. Di Amerika pun begitu. Termasuk Presiden Amerika yang menyatakan virus ini China virus dan akhirnya Amerika juga telah mengalami gelombang yang amat dahsyat iaitu beratus-ratus ribu serangan setiap hari berlaku kepada rakyatnya. Di Malaysia tidak ketinggalan dan sudah tentu negara Malaysia tidak akan dapat mengikuti langkah negara jiran seperti Singapura sebab, pertama, dari segi geografinya, Singapura ini negara kecil, rakyat pun berapa juta sahaja. Tambahan pula, politik di Singapore ini stabil. Kerajaannya tidak runtuh sebelum sampai dua tahun, tidak bertukar- tukar. Di negara kita ini, kerajaan kita tidak stabil. Dipilih oleh rakyat tetapi tidak amanah dalam...

Yang Berhormat Kinabatangan, boleh sikit?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh. Biasalah.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Setuju tidak dengan saya, di Singapura ia stabil sebab tidak ada

rampasan kuasa? Setuju tidak? Di sini ada panjat atap, ada yang pintu belakang. So, apa komen?

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Itu sahaja? [Ketawa] Yang Berhormat Sepang, di Singapura dia stabil sebab kerajaan dia tidak tipu rakyat. Kerajaan dia memberi janji, dia tunai. Cuba PH hari itu dia tunai manifesto, mungkin masih lagi di sini. Tetapi oleh kerana PH gagal menunaikan manifesto dia, maka berlakulah ‘ketabrakan’ di dalam parti tersebut dan sehingga berpecahlah perahu yang layar di tengah-tengah lautan samudera itu.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi beginilah jadinya, rakyat yang jadi mangsa. Selepas itu...

Yang Berhormat Sepang pun lemas.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Sepang pun hampir lemas, tapi masih okey saya nampak.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Ketawa]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Lepas itu COVID-19 menyerang. Nasib baik ada kerajaan yang dituduh, kerajaan khianat lah, apa lah. Kalau tidak negara kita akan menjadi padang jarak, padang tekukur sebab siapa yang mengurus rakyat kalau bukan kerajaan. Dalam keadaan yang lemah sekalipun kerajaan yang ada pada hari ini telah mengurus virus COVID-19 ini dengan begitu baik, dengan pengalaman yang ada, dengan kecekapan yang ada, dengan kekurangan yang adapun kita boleh diiktiraf oleh luar negara oleh kerajaan, oleh WHO antara negara nombor empat, nombor lima yang berjaya mengurus urusan Koronavirus di seluruh dunia. Bayangkan negara kita ini boleh diiktiraf oleh negara-negara luar disebabkan kesungguhan dan komitmen yang berlaku. Jadi itu jawapannya Yang Berhormat Sepang. Dalam pada itu Tuan Yang di-Pertua, saya juga, tinggal sedikit masa. Mengambil beberapa point. Saya sempat ke KLIA2 dan bertanya dengan pengusaha- pengusaha di KLIA2. Mereka merayu, meminta saya menyuarakan kepada kerajaan sebab selama PKP, mereka walaupun tidak ada perniagaan, sewa kedai kena dibayar, tidak ada potongan diskaun, tidak ada boleh dirunding, kena bayar full price. Jadi ini pada saya merupakan satu tindakan oleh pihak yang mempunyai KLIA2 ini yang tidak berperikemanusiaan sebab mereka tidak ada income, mereka tidak ada pendapatan, kedai tutup dan sebagainya. Kedua, saya juga ingin kerajaan— saya setuju agar threshold kebankrapan itu dinaikkan kepada RM100,000. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan iaitu pemuda-pemuda dan belia-belia yang berumur 20 tahun ke bawah yang telah didapati bankrap, tolong lepaskan. Kalau kebankrapan itu bukan juga atas urusan perniagaan berbilion-bilion ringgit, mungkin disebabkan mereka meminjam dan waktu PKP tidak ada perniagaan ataupun kredit kad kena digunakan. Ini dan saya mahu tanya dengan kementerian dan dengan kerajaan berapa sebenarnya jumlah kebankrapan yang berlaku semasa PKP ini sama ada dari segi umur, dari segi perniagaan, syarikat individu dan sebagainya. Ini penting. Biar rakyat mengetahui kedudukan sebenarnya. Oleh sebab apa tidaknya di mana kita melihat kebanyakan yang bankrap ini iaitu guarantor, peminjam dan juga pengguna kredit kad. Jadi umur semuda 20 tahun, 18 tahun dan 19 tahun sudah bankrap di mahkamah. Pada saya ini bukanlah satu pendekatan yang baik untuk kita lakukan sebab ia akan melibatkan masa depan anak-anak muda itu sendiri. Mereka sudah apabila bankrap, mereka sudah hilang hala tuju dan di situlah mereka boleh mencetuskan idea mereka untuk menjadi— mewujudkan beberapa kumpulan samseng dan sebagainya sebab hendak kerja tidak boleh, berniaga tidak boleh. Jadi apa yang boleh dibuat, buat kerja kotor, buat kerja yang tidak senonoh. Jadi pada saya kerajaan harus juga melihat beberapa pindaan yang saya lihat tidak begitu ada impaknya kepada akta yang kita akan luluskan ini sebab antara lain seolah-olah tidak ada ikatan di antara tuan punya tanah, tuan punya rumah dengan penyewa, dengan sebagainya. Jadi ini perlu harus diperhalusi sebab kita tidak mampu ada akta yang baru kita gubal, baru kita lulus tetapi nampaknya tidak ada kesan yang begitu positif ke arah untuk cetuskan satu perkara baru dalam menangani isu-isu yang hendak kita laksanakan. Oleh sebab matlamat kerajaan adalah untuk membantu mereka membangun semula, ekonomi dan perniagaan mereka tetapi kalau matlamat kita itu hanya tinggal matlamat, orang kata baik di dalam kertas sahaja tetapi pelaksanaannya tidak

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

menampakkan apa-apa impak ataupun kesan pada saya ini kerja sia-sia. Jadi untuk memastikan apa hasrat kerajaan untuk membina, membantu masyarakat di bandar, di luar bandar, syarikat-syarikat besar, syarikat-syarikat kecil, peniaga-peniaga gerai, peniaga-peniaga kaki lima, penjual sayur dan sebagainya sebab mereka juga meminjam dengan kerajaan, TEKUN, Bank Pertanian dan sebagainya. Jadi mereka ini perlu dilindungi sebab kehadiran mereka juga akan membantu untuk membangun ekonomi negara kita balik semula ke landasan yang sebenar. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai. Selama 10 minit.

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut serta untuk membahaskan Rang Undang- undang Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Saya tertarik dengan beberapa hujah yang disebut sebelum ini, Yang Berhormat Bangi dan Yang Berhormat Kinabatangan juga yang saya rasa secara amnya kita boleh yang rang undang-undang yang ada di hadapan kita pada hari ini bukan sahaja dari segi sifat, mungkin dengan izin too little too late. Malah, kalau kita sebut dan kita lihat dibandingkan dengan negara-negara lain, rang undang-undang contohnya di Singapura telah diluluskan pada 7 April 2020. Malah di Australia rang undang-undang yang sama, lebih kurang, saya difahamkan melalui carian dalam internet di website Parlimen Australia pada 25 Mac 2020. Kita hari ini sudah masuk hujung bulan Ogos. Kalau kita lihat jangka masa rang undang-undang ini diguna pakai ada sampai September, ada sampai bulan Disember tahun ini. Maka, kegusaran semestinya ramai di luar sana adalah mereka yang mengetahui cara-cara untuk memiliki teks rang undang-undang ini, apakah mereka akan mengambil kesempatan di atas kecualian-kecualian yang disenaraikan di sini untuk mengambil tindakan sekarang. Ini kerana realitinya Tuan Yang di-Pertua, hari-hari rakyat disajikan dengan keadaan di mana pengangguran itu satu kebiasaan baharu, satu norma baharu. Kita sebagai Ahli Parlimen semestinya sering mendapat aduan, rungutan dan kisah daripada rakyat. Saya sendiri mendapat satu email semalam seorang ibu dengan tujuh orang anak. Suaminya tidak boleh bekerja sebab motosikal beliau hilang. Tinggal di kawasan Taman Sri Sentosa dan beliau bakal dihalau sebab tidak boleh dan tidak ada duit hendak bayar sewa. Bantuan ada tetapi tidak cukup. Jadi, keadaan macam ini kalau kita lihat sepatutnya di sesetengah dengan izin, jurisdiction yang berbeza mereka menetapkan bahawa tidak boleh dihalau mereka yang menyewa hanya kerana pada waktu COVID- 19 ini mereka tidak mampu membayar. Sepatutnya perkara seperti itu termaktub, tersimpan, terpahat dalam rang undang-undang seperti ini. Kita perlu lihat sebenarnya rang undang-undang in menyelamatkan siapa. Adakah wujud juga satu sifat ataupun satu sisi di mana ada keadaan antara dua darjat di dalam rang undang-undang ini. Adakah mereka yang merupakan peguam dan juga mereka yang mempunyai kuasa mengambil tindakan sekarang, merekalah yang akan mendapat manfaat daripada rang undang-undang ini. Manakala mereka yang merupakan penyewa dan sebagainya, sekiranya tindakan diambil sekarang, tidak boleh dibuat apa- apa. Sehingga seperti Yang Berhormat Bangi sebutkan tadi, rang undang-undang ini diluluskan di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan proses itu semestinya memakan masa yang lama. Oleh sebab itulah kami di pihak pembangkang tidak menolak secara total rang undang-undang ini.

Akan tetapi kami berpendirian ia sepatutnya dibentangkan pada bulan April yang lalu. At the height dengan izin, at the height of the whole issue of COVID-19 mendatangkan kesan yang begitu besar kepada ekonomi kita. Apakan daya, hari ini rang undang-undang ini berada di hadapan kita dan kita perlu berhadapan dengan keadaan ini. Jadi, ini satu keadaan yang agak malang kerana kita lihat dan sedar jumlah syarikat yang telah terkesan dan terpaksa ditutup serta jumlah penghuni atau penyewa

yang terpaksa meninggalkan rumah mereka. Ada satu lagi kes seorang ibu yang tinggal di kawasan Batu, akan tetapi terpaksa tinggal dengan anaknya di dalam kampus di Universiti Malaya sewaktu PKP oleh sebab dihalau keluar. Dalam keadaan seperti itu, sepatutnya rang undang-undang seperti ini menjaga mereka yang merupakan B40 daripada dihalau. Apakan daya, tidak ada. I don’t see that here. Maaf, saya tidak nampak perkara ini. Ini bagi saya cukup menyayat hati kerana kita tidak mahu sifat antara dua darjat itu diteruskan. Cukuplah dengan seorang Menteri yang ingkar, yang saya harap akan dikenakan tindakan secukupnya. Janganlah rakyat pula terkesan bila masa rang undang- undang ini diluluskan nanti. Maka banyaklah pengecualian yang mereka akhirnya akan kata, apa gunanya ada rang undang-undang ini. Apa gunanya ada, ia diluluskan? Kami tidak diselamatkan, yang selamat adalah kumpulan-kumpulan tertentu. Saya cukup terkesan juga dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Bukan sahaja oleh MAHB di KLIA akan tetapi juga di tempat-tempat seperti KLCC yang menjaganya ialah syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC. Sepatutnya kita perlu ada satu mindset dengan izin ataupun cara melihat kepada keadaan di mana kita bukan sahaja hendak selamatkan rakyat dari golongan B40. Akan tetapi dengan menyelamatkan syarikat dengan memberikan beberapa kemudahan dan memastikan mereka dapat meneruskan operasi. Maka pekerjaan-pekerjaan itu juga dapat diselamatkan. Memang bagus rakyat dapat bantuan RM1,000 ataupun sejumlah sedemikian. Akan tetapi realitinya. Semalam saya terserempak dengan seorang hotelier. Pengusaha hotel kecil di Kuala Lumpur. Dia kata sehingga bulan ini mungkin bulan terakhir beliau dapat memastikan 60 pekerja beliau selamat. Bulan September, sudah tidak dapat dah subsidi upah. Itu lah sebabnya semasa kita membahaskan Rang Undang-undang COVID-19 sebelum ini kami menekankan kita perlu lebih daripada RM45 bilion. Akan tetapi perkara itu dipandang remeh. Malah diungkit perkara-perkara yang lain hendak dibandingkan epal dan oren lah sebagainya. Menteri Kewangan pada waktu itu has missed the point. Beliau juga memberikan maklumat yang bagi saya tidak tepat. Contohnya isu 101 kontrak direct nego itu. Akan tetapi tidak apalah. Itu kisah lain. Apa yang penting sekarang ini di hadapan kita, kita kena pastikan rang undang-undang ini

Yang Berhormat, penjelasan boleh?

Cukup untuk memastikan rakyat Malaysia amnya terselamat. Jadi, saya ingat apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh.

Yang Berhormat Arau, tinggal dua minit sahaja lagi. Tidak. Yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Buloh yang mana kita tinggal - termasuk hari ini tiga hari sahaja. Di hadapan kita, dalam aturan urusan mesyuarat, ada sembilan lagi rang undang-undang. Ada sembilan lagi rang undang-undang. Adakah ini sikap Kerajaan Perikatan Nasional sekarang di mana kita hendak bulldoze sahaja semua rang undang-undang ini tanpa perbahasan yang mencukupi. Tidak patut. Tidak sepatutnya seperti itu. Jadi, itulah sebabnya kita harap pihak Tuan Yang di-Pertua boleh berbincang dengan Ketua Majlis. Pertimbangkan untuk lanjutkan sidang kali ini. Tidak apa, biarlah Dewan Rakyat dan Dewan Negara ada overlap sedikit untuk minggu hadapan. Beri kita lebih masa, bukan masa yang singkat. Saya bukan seorang peguam. Akan tetapi saya mendengar rintihan sama ada pekerja, penyewa, pengusaha hotel, pengusaha kedai- kedai yang ada di KLIA, KLCC, Mid Valley dan macam-macam tempat yang lain. Kita hendak dengar lebih banyak kisah-kisah seperti ini. Masalah-masalah yang mungkin secara sistemik ataupun secara struktur ada pada rang undang-undang ini. Kita pohon Yang Berhormat Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dan undang-undang untuk pertimbangkan sedikit pindaan untuk memastikan mereka yang sepatutnya diselamatkan adalah rakyat yang terbanyak. Bukan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Akhir sekali, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sila senaraikan daripada 18 Mac sehinggalah ke hari ini, jumlah rakyat Malaysia yang tinggal di rumah sewa yang telah diusir keluar, jumlah syarikat yang terpaksa tutup kedai mereka kerana masalah sewa yang tidak dapat dibayar dan jumlah– sekurang-kurangnya dua perkara ini. Saya pohon Yang Berhormat Menteri untuk nyatakan dalam Dewan yang mulia ini supaya kita dapat lihat secara jelas kesan kelewatan rang undang-undang ini

dibentang, di bahas dan diluluskan di Dewan yang mulia ini kepada rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Gerik. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Sepang. Kemudian Yang Berhormat Arau. Kemudian Yang Berhormat Seputeh. Silakan Yang Berhormat Gerik. 10 minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya juga turut sama hendak membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Corona 2019. Pertama, bila diisytiharkan kena COVID-19 ini, langkah pertama yang kita tengok, kita semua rakyat mendengar pengumuman di televisyen. Ketika itu macam- macam pandangan rakyat di bawah. Adakah ini perintah berkurung dan pelbagai lagi. Sampaikan ada sesetengah di kalangan kita di kampung hendak jenguk kepala di tingkap pun agak takut ketika itu. Maka saya melihat, kadang-kadang arahan tidak begitu tepat. Bila PKP diisytiharkan, roadblock dibuat di banyak tempat. First liner ini memanglah kita amat-amat menghargai. Akan tetapi saya percaya pada ketika itu, mereka yang bertanggungjawab tidak memberi satu garis panduan SOP yang tepat kepada mereka yang jaga di roadblock. Kita boleh tengok televisyen, di Kuala Lumpur, tahan kereta tidak ada pakai tudung boleh rapat ke pemandu. Cuba kita lihat, kalau betul ada kuman masa itu, siapa yang akan kena dahulu. Oleh sebab tidak ada taklimat. Saya percaya tidak ada taklimat diberikan kepada petugas-petugas di hadapan. Ada RELA dan JPAM. Tambah RELA, sekali skala boleh tahan orang ini, dia punya act- lah hendak minta IC dan lesen kereta. Ini waktu penyakit. Tidak payah tanya fasal lesen kereta, road tax mati ke hidup. Fasal masa ini kita tengah ada masalah yang mana kerajaan mengehendaki kita kurang pergerakan. Duduk di rumah. Akan tetapi kadang-kadang penguat kuasa masa inilah cuba mengambil kesempatan untuk mengenakan denda dan saman yang bukan-bukan. Sesetengah itu pada masa mula- mula dahulu PKP, sampai satu bulan tidak keluar ke bandar untuk beli barang. Maka, akhirnya pihak yang duduk berkurung di rumah ini mengharapkan bantuan daripada kita. Kita pula bila hantar barang, lepas itu ada pula puak-puak yang sakit hati kepada yang menghantar barang tadi. Sudah tidak boleh kita pemimpin- pemimpin tempatan ini untuk menghantar bantuan di rumah-rumah di kampung kerana tidak mengikut SOP. Akan tetapi bila kita bagi kepada mereka yang lain secara penghantaran dan pelbagainya, tidak sampai ke sasaran. Maka inilah kita berharap dengan adanya rang undang-undang ini masa hadapan kita lebih tersusun dari segi arahan.

Ini kita tengok hospital yang bertugas di hadapan, penutup mulut tidak ada, pakai baju plastik tidak ada cukup barang tetapi mereka berhadapan dengan setiap hari ketika itu tetapi bila kita tengok kes tadi diberitahu oleh Yang Berhormat Menteri kalau tidak silap saya jumlah kes di seluruh negara sebanyak 9,000 kes, mati sebanyak 125 orang. Kalau kita tengok pengumuman dalam televisyen yang mati ini semua umur 70 tahun ke atas, tiba masa semua itu sudah sampai masa. Kalau kita buat isu orang kena batuk dan selesema kalau buat macam COVID-19 ini saya percaya lebih tinggi lagi kematian orang yang kena selesema. Oleh sebab itu, inilah kita kena tengok bagaimana supaya tidak menyusahkan rakyat di bawah. Perkara kedua, arahan. Arahan daripada agensi ini tidak sama pagi lain, petang lain, malam lain dan akhirnya rakyat rasa arahan-arahan yang diberi tadi menyusahkan kita di luar bandar. Sat boleh keluar dalam kereta seorang naik. Jadi, oleh sebab itu berilah satu arahan yang tepat maka dengan adanya rang undang-undang ini kita percaya boleh membantu melicinkan pentadbiran di waktu PKP ataupun di waktu kita hendak mencegah penyakit yang ada. Kita tidak boleh menafikan penyakit ini melanda seluruh dunia yang menyebabkan segala-galanya runtuh. Tidak pernah difikirkan oleh kita dengan adanya penyakit COVID-19 ini menyebabkan ekonomi merudum segala-galanya jatuh, kahwin pun tidak boleh masa itu. Ada kenduri kahwin ditangguhkan. Selepas itu buat pula SOP

boleh kahwin dalam televisyen, secara online kan? Jadi, oleh sebab itu kita tengok ini semua ialah boleh langkah-langkah pencegahan yang kita boleh perbaiki bagi memastikan supaya tiada rakyat yang terpinggir. Kita melihat bantuan-bantuan datang daripada pelbagai agensi, pelbagai sumbangan daripada orang yang ada ini tetapi penyelarasan agak tidak memuaskan. Satu keadaan yang kita kena terima hakikat. Waktu PKP sebenarnya kita tidak boleh membezakan di antara orang kaya dan orang miskin. Orang kaya juga keputusan beras, orang kaya juga kadang tidak dapat minyak dan pelbagai lagi begitu juga orang miskin. Oleh sebab itu, bila berlaku PKP ini, mengajar kepada kita sebagai manusia yang perlu bersyukur. Ketika ini, kalaulah sebenarnya kita tidak boleh pilih, orang ini tidak boleh dapat bantuan kerana dia B40, orang ini tidak boleh dapat bantuan kerana dia kaya.

Yang Berhormat.

Ya, Sila.

Hendak minta penjelasan. Adakah Yang Berhormat bersetuju bila kita melihat kepada penguatkuasaan undang-undang, mahkamah juga perlu memberi peluang terutamanya golongan yang kurang berpendapatan. Kalaulah seorang petani atau pesawah ditangkap kerana melanggar PKP. Daripada beliau dikenakan hukuman penjara sepatutnya mahkamah kalau boleh ataupun pihak polis kalau boleh memberi amaran daripada mengheret beliau ke mahkamah, sekurang-kurangnya kalaupun dibawa ke mahkamah beliau hanya diberikan amaran dan dilepaskan. Bolehkah saya tanya pendapat Yang Berhormat kerana saya di sini lihat banyak yang diheret ke mahkamah petani, pesawah dan peniaga pasar malam tidak diberi peluang. Ada kadangkala saya bercakap tentang kejadian di kari kepala kambing. Kejadian pertama yang diuar-uarkan yang beliau dihadapkan ke Mahkamah. Dalam kesimpulan-kesimpulan begini, kes-kes begini, apakah pendapat Yang Berhormat di mana cara penguatkuasaan itu adalah sepatutnya lebih berhemah di mana kita perlu bertimbang rasa.

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Dalam keadaan kes-kes begini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong.

Kita serahlah pada mahkamah tetapi saya bersimpati kalau boleh ketika ini mahkamah mesti ada toleransi jangan mengenakan penalti yang terlampau tinggi. Itu pada sayalah. [Tepuk] . Seterusnya, saya melihat juga waktu ini pekerjaan. Masa inilah pihak kerajaan boleh memikirkan bagaimana rakyat kompelin pekerja asing terlampau banyak. Kita tutup semua jalan, maka sudah tiba masanya pekerja asing yang ada pada hari ini kita tamatkan. Kita bagi peluang kepada rakyat tempatan. Mungkin katalah rakyat tempatan tidak mahu bekerja di sektor yang tidak berapa bagus. Akan tetapi, kalau kita bayar levi, lagi tinggi beli robotik, latih kita punya kemahiran dan kilang-kilang yang ada tadi dapat mengeluarkan hasil yang baik. Bagi pada Orang Asli untuk cubaan mengeluarkan sawit tetapi bagilah latihan kepada mereka. Selepas bagi latihan, cari tempat sawit untuk mereka dapat dibayar gaji bila bekerja untuk mendapatkan kemahiran tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Satu minit lagi Yang Berhormat.

Rang undang-undang ini amat baik langkah pencegahan ini. Cumanya kita berharap supaya tidak menjadi isu seperti pihak pembangkang selalu bagi tahu. Saya percaya bila PN menjadi kerajaan peringkat awal, terus Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin bin Md. Yassin mengumumkan PKP. Sidang

Dewan pun kita terpaksa ikut SOP. Sampai hari ini pun kita ini bersidang dalam Dewan pun ada cermin di kiri kanan. Saya rasa kadang rimas dan lemas. Sudah lah pakai topeng ini pun satu yang lemas kan? Oleh sebab itu, bila kita boleh luluskan dengan cepat perkara ini, insya-Allah ia akan membantu mengatasi banyak masalah yang kita lihat semasa perjalanan PKP yang akan terhenti dijangkakan pada 31 Disember 2020. Diharapkan sudah berjumpa vaksinlah pada masa itu untuk memastikan COVID-19 tidak memberi masalah kepada negara kita dan pada dunia dan kita doakan supaya kita boleh pulih semula, boleh ekonomi berjalan dengan baik, PN dapat mentadbir dengan baik, kalau ada pembubaran Parlimen pun PN menang dengan baik, boleh memerintah negara dengan baik, kan? Baharu sekarang pihak pembangkang boleh cakap oh sidang pendek. Masa kami jadi pembangkang dahulu lagi teruk kita cakap apa satu sen tidak mahu dengar di pihak kerajaan tetapi hari ini bila mika jadi pembangkang, baru tahu langit tinggi ataupun rendah. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat.

Baharu tahu kita kata jangan lulus lagi RUU ini kita bincang elok-elok. Hari ini bila saya dengar dua tiga hujah daripada pihak pembangkang saya rasa depa tahulah peritnya macam mana bila kita jadi pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Gerik.

Akan tetapi, secara peribadi, jadi pembangkang sebenarnya tidak ada banyak sangat masalah kan fasal kita pembangkang. Kita kritik sahaja kerajaan. [Ketawa] Akan tetapi kita hendak jadi kerajaan yang bertanggungjawab. Kritikan kita perlu dan kalau...

Yang Berhormat Gerik macam suka jadi pembangkang sahaja.

Tidak boleh tidak sokong, mustahil tersusun pagi ini balik.

Yang Berhormat Gerik suka jadi pembangkang kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Jadi dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang Langkah Pencegahan COVID-19 ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sepang. 10 minit.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, 10 minit ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya bangun menyokong rang undang-undang ini. Tun, jangan terperanjat ya pihak di sana. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun meneliti banyak negara memang mempunyai akta seperti ini. Seperti mana yang dinamakan akta ini adalah akta yang sementara ya. Tuan Yang di-Pertua, tadi ramai di antara kawan kita yang telah bercakap tentang akta yang sama di Singapura. Seperti mana Yang Berhormat Bangi, saya juga telah membaca undang-undang di Singapura ya. Betul tadi ada dikatakan bahawa Singapura telah meluluskan akta itu menggubal pada 7 April 2020 dan mula dilaksanakan pada 20 April 2020. Pada bulan Jun, kerajaan Singapura telah pun meminda rang undang-undang yang pertama itu. Kita bulan lapan baharu hendak buat yang pertama. Singapura bulan Jun sudah pinda sudah rang undang-undang yang sama. Itu perbezaanlah.

Saya Tuan Yang di-Pertua, ingin membacakan apa yang dikatakan oleh Menteri Undang-undang Singapura. Izinkan saya membaca, “You’re looking at economic devastation. Businesses destroyed, people’s lives ruined, and in such a situation, you don’t talk contract. You talk equity, you talk justice, you talk about what is the right thing to do”. Ini adalah ucapan daripada Menteri Undang-undang, namanya K. Shanmugam ketika dia diwawancara. Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin agak berbeza sedikit dengan sesetengah daripada sahabat. Bagi saya rang undang-undang ini adalah satu kompromi antara dua pihak, iaitu kedua-dua pihak yang terlibat dalam kontrak. Biasa dalam kontrak ini ada dua pihak. Two contract devotees dengan izin. Jadi, undang-undang ini bagi saya adalah undang-undang yang cuba hendak balance ataupun mengimbangi kedua-dua keadaan itu. Tuan Yang di-Pertua, pandemik ini adalah satu dari segi undang-undang kita panggil force majeure, apa yang dikatakan Act of God yang boleh membatalkan sesuatu kontrak yang dimasuki oleh dua pihak. Dalam negara kita Tuan Yang di-Pertua, ada satu peruntukan iaitu seksyen 57, Akta Kontrak yang dipanggil frustration. Sebab apa saya kata tadi undang-undang ini mengimbangi kedua pihak. Kalau sebenarnya daripada segi undang-undang, sekiranya berlaku pandemik ini― kalau kita ikut kontrak― sebagai contoh pihak bank membuat kontrak dengan peminjam. Apabila berlakunya suatu pandemik yang mengakibatkan kontrak itu tidak boleh dilaksanakan, yang untung sebenarnya adalah pihak yang berhutang. Ini kerana, kontrak itu dianggap kontrak yang telah void ataupun tidak sah. Ini bermakna kalau katakan ada baki lagi hutang itu tidak payah bayar. Akan tetapi, sekarang ini nampaknya kerajaan cuba mengimbangi. Maknanya pihak bank boleh dapat― win- win orang kata. Oleh sebab itu, bagi saya undang-undang seperti ini adalah satu undang- undang yang bersifat kompromi. Ini kerana, ia adalah satu undang-undang yang dengan izin, modified the principle yang dipanggil, ‘freedom of contract’ atau ‘sanctity of contract’, kesucian kontrak yang mana kerajaan juga― dalam sistem ekonomi banyak negara, lebih kepada sistem yang dipanggil ‘Laissez-faire’ iaitu satu sistem yang memberikan satu kebebasan kepada pasaran market. Maknanya market ini tidak boleh dikacau. Kalau kita baca ini panjang. Ada Washington consensus dan sebagainya. Akan tetapi, saya hendak katakan bahawa undang-undang ini compromise. Jadi, saya merasakan undang-undang ini memang patut diadakan. Jadi saya tidak ada masalah untuk menyokong. Cumanya, seperti mana kawan- kawan lain, saya ingin mengatakan bahawa kepada Yang Berhormat Menteri Undang- undang sepatutnya kita boleh memperbaiki lagi. Bagi saya― minta maaf saya terpaksa berkata begini bahawa undang-undang ini banyak loopholes yang kita mungkin terlepas pandang. Sebagai contoh, bagaimanakah kita hendak mengelakkan supaya ada pihak-pihak yang menyalahgunakan peruntukan dalam rang undang-undang ini? Di Singapura, ada satu peruntukan iaitu dipanggil notification. Kalau pihak-pihak yang ingin mendapatkan faedah daripada undang-undang ini, dia mesti menghantar notis kepada pihak yang tertentu untuk membolehkan dia mendapat manfaat daripada undang-undang ini. Jadi, tidak semua orang boleh gunakan suka-suka dia. Kemungkinan orang itu, mereka tidak terjejas dengan COVID-19, tetapi mereka terjejas kerana lain. Akan tetapi, oleh kerana tidak ada notis, kadang-kadang kita borong semua. Ini masalah yang undang-undang ini tidak ada satu provision tentang notification. Jadi, saya harap kalau bolehkah kemungkinan sebab ini untuk hendak pinda dan sebagainya cuba ambil perhatian ini.

Yang Berhormat Sepang, boleh sedikit?

Boleh, boleh.

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya hendak balik perhatian Yang Berhormat Sepang kepada isu force majeure ataupun dengan Act of God tadi. Seperti

mana Yang Berhormat Sepang sedia maklum bahawa kerajaan dilihat seolah-olah bertindak dengan baik kerana mengemukakan moratorium dan sebagainya. Sebenarnya, kalau kita mengikut undang-undang kontrak, misalnya yang berkait dengan pembayaran rumah, loan kereta dan sebagai, apakah perlu kepada moratorium kalau di sana ada clause force majeure ini yang boleh diaktifkan, kalau berlaku perkara seperti pandemik ini? Mohon pandangan Yang Berhormat Sepang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Oleh sebab itu― Saya sebenarnya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, di sinilah saya rasa kerajaan mungkin― kalau sekiranya tidak ada undang-undang ini, berkemungkinan saya kata tadi, pihak yang paling suffer sebenarnya bukan penghutang, sebenarnya pihak bank yang memberi hutang. Oleh sebab itu bagi saya, ini adalah undang-undang kompromi. Oleh sebab itu, bagi saya, saya rasa dengan adanya rang undang-undang ini, kita hendak mewujudkan kalau boleh hendak kembali semula keadaan seperti orang kata keadaan sebelum adanya kontrak. Kedua-dua pihak sama rata. Ini kerana, apabila― saya tadi, kalau ramai yang menyalahkan peguamlah. Sebenarnya, saya rasa undang-undang ini pun sebenarnya tidak menguntungkan peguam. Peguam pun juga sebenarnya merana daripada berlaku pandemik ini. So, saya sebagai orang yang dikira interestlah bekas peguam, saya hendak katakan tidak eloklah hendak serang peguam. Peguam pun merana. Yang tidak merana dalam negara kita ini Menteri. Langgar undang-undang pun boleh selamat. Denda RM1,000 sahaja. [Tepuk] Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan beginilah. Sebenarnya, saya ingin mencadangkan pertama tadi― Lagi satu dalam undang-undang di Singapura mereka juga ada satu peruntukan sebelum akta ini boleh― bagi saya dalam undang- undang kita dipanggil seksyen 7 itu boleh dikatakan oksigen kepada undang-undang ini. Saya ulang ya. Seksyen 7 iaitu “inability to perform contractual obligation”. Maknanya, sebelum― untuk membolehkan mana-mana pihak bersandar kepada undang-undang ini, ia mesti boleh membuktikan dia terjejas akibat daripada pandemik. Akan tetapi di Singapura, dia menggunakan perkataan materially affected. Maknanya, tidak semestinya affected secara langsung, secara material. Secara apa ini― Contoh dia mungkin tidak terjejas dengan kerana pandemik tetapi terjejas kerana undang-undang yang dibuat atas pandemik. Ada undang-undang dibuat di bawah pandemik tiba-tiba dengan rang undang-undang itu dia terjejas dengan perniagaan dia. Itu pun dia boleh bersandarkan kepada akta seperti ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya lihat dalam undang-undang ini juga― itu tadi ada satu threshold daripada segi bankrap. Kita naikkan kepada RM100,000. Di Singapura, untuk makluman Yang Berhormat Menteri saya rasa Yang Berhormat Menteri mungkin tahu bahawa di Singapura mereka menaikkan juga untuk personal bankrupt mereka naikkan sehingga SGD60, duit Singapura. Kita RM100,000. Bagi sayalah, elok kalau kita naikkan lebih tinggi lagi sedikit sebab RM100,000 ini― saya sebagai mantan peguam yang biasa mewakili orang-orang susah ini, saya tahu macam mana susahnya kalau bankrap ini. Jadi, saya merasakan bahawa kalau kita hutang RM80,000 sebagai contoh, bank tunggu interest naik, bank tunggu. Ini kerana, biasanya satu judgement itu ada interest. Sejumlah 8 percent dan sebagainya. Mereka akan tunggu sampai RM100,000 mereka akan buat bankrap. Jadi bagi saya, untuk membolehkan kita mengelakkan pihak institusi kewangan ini memfailkan bankruptcy proceeding ke atas mana-mana pihak yang terlibat dan terjejas akibat pandemik ini, apa salahnya kita naikkan lagi daripada RM100,000 kepada mungkin RM150,000? Kemudiannya, saya melihat juga rang undang-undang ini― Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapa tidak dinyatakan tentang apa yang dipanggil commercial insolvency. Kita dalam undang-undang ada dua. Satu dipanggil personal bankruptcy iaitu yang melibatkan individu. Bagaimana pula dengan company atau syarikat yang biasanya undang-undang ini boleh juga membenarkan untuk mereka ini disahkan bankrap ataupun dipanggil winding up, digulung. Jadi, bagi saya....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta Yang Berhormat winding up.

Okey terima kasih. I’m winding up. No problem. Saya ingin mengatakan bahawa, kalau bolehlah dalam undang-undang yang seperti ini, kita juga mengambil kira tentang syarikat ini. Jadi, kalau boleh saya tidak tahu kenapa tidak dimasukkan. Jadi, saya harap mungkin poin-poin ini mungkin waktu ini tidak boleh, kita mungkin boleh buat dalam bentuk apa ini, what do you call it― Semasa kita mungkin hendak pinda nanti dan sebagainya ataupun kita hendak buat satu rang undang-undang pindaan. Jadi, saya sahaja melontarkan ini. Sebab itu saya bersetuju dengan kata-kata Yang Berhormat Subang tadi sepatutnya kita jangan rush. Kita dalam hal ini jangan takutlah pihak sana. [Merujuk kepada blok kerajaan]

Takut? Jangan takut. Kita dalam ini sokong. Walaupun kami tahu kamu kerajaan pintu belakang, kerajaan tebuk atap tetapi kami dalam hal yang sama, yang baik, kita akan sokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Seputeh, kemudian Yang Berhormat Beaufort, kemudian selepas Yang Berhormat Beaufort Yang Berhormat Permatang Pauh. Selepas Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Jerai. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Batu Kawan. Silakan Yang Berhormat Arau selama 10 minit.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pertama sekali saya terima kasih sebab kerajaan prihatin di atas permintaan Ahli Parlimen. Walaupun yang minta tu kebanyakannya Ahli Parlimen pembangkang tetapi kerajaan prihatin. Sifat prihatin ini lah kerajaan telah naikkan tempoh bahas daripada lima minit ke 10 minit. Kami masa jadi pembangkang sana, orang Perlis kata ‘tahi tak bau’, tidak dapat. Lima minit, lima minitlah. Selepas itu, suruh duduk. Tuan Yang di-Pertua ini pernah jadi Tuan Yang di-Pertua masa zaman Pakatan Harapan, dia tahu. Dia tetapkan lima minit, habis. Akan tetapi kerajaan sekarang prihatin, minta dilanjutkan, di bagi 10 minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Pembahas utama dapat setengah jam tau.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Kita boleh bahas dengan baik ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Jadi, pertama sekali kita ucap terima kasih kerana rang undang-undang ini memperuntukkan platform perantaraan kepada pihak-pihak yang bertikai untuk menyelesaikan pertikaian secara baik tanpa melibatkan proses pembicaraan undang-undang di mahkamah. Pengantara bertindak sebagai pemudah cara bagi membantu pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian ini. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk memastikan kedua-dua pihak diberi peluang sama rata bagi menyelesaikan pertikaian secara baik. Ini saya quote daripada ucapan Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi, kita tahu bahawa kerajaan telah memperuntukkan rang undang-undang untuk memberi kelegaan. Walaupun kelegaan ini kelegaan sementara tetapi sekurang-kurangnya kesan daripada pandemik COVID-19 ini, kerajaan bagi perhatian yang cukup wajar. Sebelum saya pergi kepada tajuk ini, pertama sekali saya hendak ucapkan terima kasih. Kerajaan semalam telah meluluskan, yang disokong sebulat suara, 222 orang lah harapnya, walaupun ada yang tidak mari. Iaitu berhubung dengan rang undang-undang COVID-19 sebanyak RM45 bilion. Semua sokong, bukan sahaja sokong, mereka minta dinaikkan kepada RM90 bilion dan sebagainya. Akan tetapi ada beberapa cadangan tu merupakan retorik politik kerana orang sedang memerhatikan, kononnya mereka menjadi juara untuk membuat lebih baik daripada kami. Padahal mereka gagal sepanjang Disember, Januari, Februari, semasa Pakatan Harapan memerintah, mereka gagal membuat apa-apa. Semasa iaitu COVID-19 sudah menular. Apabila kita bagi pandangan bahawa kita patut bertindak, membuat sesuatu, bermacam-macam kita

jawab. Menteri-menteri bertikai antara satu sama lain, terutamanya dalam menerima pelancong daripada luar.

Yang Berhormat Arau? Minta penjelasan.

Terutama pelancong daripada negara China. Akan tetapi kawan-kawan kita dari Sarawak terutamanya,...

Minta penjelasan.

...telah mengeluarkan undang- undang bahawa tidak dibenarkan pelancong luar. Padahal Kerajaan Persekutuan...

Kalau berani buat tuduhan, boleh beri penjelasan?

Kerajaan Pakatan Harapan belum buat apa-apa lagi, Kerajaan Sarawak dan Sabah juga.

Yang Berhormat Arau?

Telah mengambil peranan untuk...

Tanya Yang Berhormat Gombak dengan Yang Berhormat Ampang.

...untuk melarang pelancong masuk ke sana. Sekejap lagi saya bagi, lepas habis masa, saya akan bagi. No problem, boleh ambil 10 minit tanya soalan.

Semasa itu kerajaan tidak boleh buat apa-apa sebab ada orang-orang yang sabotaj. Ada orang-orang yang sabotaj tindakan ikhlas kerajaan untuk membantu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong?

Pakatan Harapan disabotaj oleh orang-orang di dalamnya.

Bagaimana saya hendak berucap kalau dia tanpa saya beri kebenaran dia berucap?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Jadi, kalau sekiranya dia kata samseng, samseng tu dia. Kalau kata hendak kata pengkhianat, pengkhianat tu dia.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Yang Berhormat Arau, macam semalamlah, bila Yang Berhormat Bagan cakap, Yang Berhormat Baling pun cakap.

Kalau kata petualang, petualang dia. Dia kata pada orang, terlambung pada diri sendiri.

Yang Berhormat Jelutong bukan pengkhianat. Tanya di sebelah sana, tanyakan soalan di sebelah... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang floor Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, sila.

Yang Berhormat Arau masa jadi pembangkang...

Yang Berhormat Arau pun bukan pengkhianat, Yang Berhormat Arau pun bukan pengkhianat. Pengkhianat di sebelah sana. Tanya mereka. Yang Berhormat Arau, you’re a man of honour, you... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong, saya tidak benarkan untuk gangguan, ini floor Yang Berhormat Arau. Sila Yang Berhormat Arau.

Tanya Tuan Yang di- Pertua, siapa dia pengkhianat.

Jadi, pengkhianatnya saya akan perjelaskan...

Yang Berhormat Arau masa jadi pembangkang bukan dapat duit banyak ka?

...iaitu pengkhianatnya ialah mereka yang khianat kepada Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi patut jadi Perdana Menteri, mereka khianat dan tak sokong Perdana Menteri.

Tanya Tuan Yang di- Pertua... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya tak benarkan gangguan-gangguan kepada Yang Berhormat Arau, sila.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Siapa khianat pada Yang Berhormat Langkawi? Yang Berhormat Gombak ke, Yang Berhormat Ampang?

Yang Berhormat Arau dapat banyak peruntukan masa jadi pembangkang.

Macam mana saya hendak berucap dengan baik sebab saya diganggu oleh samseng-samseng.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Indera Mahkota pun ada.

Keduanya, kita dapati rang undang-undang di samping pelengkap. Kelmarin kita lulus rang undang-undang untuk menolong, membantu ke rakyat secara bentuk kebajikan kesan daripada pandemik COVID-19. Hari ini kita rang undang-undang. Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah di bawah rang undang-undang ini, page sembilan, perkara 5, ia sebut ini, “permulaan kuat kuasa bahagian ini” iaitu berhubung dengan kontraktual. Bahagian ini disifatkan sudah bermula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020. Kita tahu bahawa untuk rang undang-undang ini berkuat kuasa, ia kena pergi Dewan Negara. Selepas iaitu kena pergi kepada Yang di-Pertuan Agong, selepas iaitu Yang di-Pertuan Agong sain, lepas itu kuat kuasa. Jadi, saya setuju- bukan setuju, saya berpendapat sama. Setuju, tidak kan setujunya dengan pembangkang sampai bila-bila. Berpendapat sama bahawa kita tengok bahagian ini, apa yang dimaksudkan dengan ”berkuat kuasa 18 Mac 2020”, dibandingkan bahawa rang undang-undang ini akan berkuat kuasa secara normanya ialah pada selepas Yang di-Pertuan Agong tandatangan. Jadi, kita minta supaya kerajaan melihat tempoh masa tersebut daripada sekarang sehingga ke tempoh kuat kuasa supaya tidak ada tindakan boleh diambil ataupun mungkin hendak gunakan bahagian ini. Perkara seksyen 5 ini untuk menjadikan tarikh untuk kuat kuasa undang-undang ini. Ini sebab, undang-undang ini memberi kelegaan kepada kedua-dua pihak yang menghadapi masalah. Dua-dua pihak menghadapi masalah dan kita bersyukur kerajaan telah laksanakan rang undang-undang ini. Akan tetapi kita kena tengok, perkenalkan rang undang-undang ini. Akan tetapi kita kena tengok bahawa apa yang mereka bandingkan dengan apa yang berlaku di negara luar, apa yang berlaku di sini, kita tengok bahawa kerajaan telah memperkenalkan perbelanjaan COVID-19 ini lebih awal sebelum mari Parlimen. Jadi, benda ini perlu diambil kira, ini bukan proses biasa. Walaupun Parlimen untuk buat undang-undang, ikut proses biasa tetapi benda yang berlaku ini luar biasa. Jadi, kita ambil satu pendekatan luar biasa yang boleh dimasukkan seperti seksyen 5 tadi bahawa rang undang-undang boleh berkuat kuasa tempohnya daripada sekarang ataupun sebelum ini, hingga bulan Mac dan seterusnya berkuat kuasa setelah rang undang-undang ini diluluskan. Jadi, dengan iaitu kita bukan sahaja memberi kelegaan, bukan kita bagi kelegaan setelah mereka bankrap. Kalau kita bagi kelegaan selepas mereka bankrap, lega apa lagi dah? Memang sudah bankrap. Sekarang ini sebelum, kita sedang bincang ini, biar benda ini terus menjadi kuat kuasa sebab perkara ini luar biasa. Kalau peruntukan, ia boleh belanja dengan cara luar biasa, hat yang ini sudah pasti ada seksyen yang membolehkan kita laksanakan secara luar biasa. Kemudian kita minta supaya apa yang kerajaan buat ini secara telus, bukan kerajaan cakap lain, selepas iaitu

buat lain. Akan tetapi sekarang ini, kerajaan sekarang ini kita lihat cukup telus. Bercakap buat RM45 bilion dan diberi inisiatif, 31 inisiatif yang telah dibentangkan.

Yang Berhormat Arau? Minta penjelasan.

Akan tetapi kerajaan dahulu kita lihat, “Kita tidak akan melaksanakan direct nego!”. 101 direct nego dengan RM6.6 bilion.

Siapa Menteri Ekonomi masa iaitu Yang Berhormat Arau?

Kerajaan juga telah saya dapat maklumat, maklumat ini...

Majlis Tindakan Ekonomi, siapa dia?

...saya akan beritahu pada esok hari. Telah membelanjakan sebanyak RM17 bilion tender terhad yang diberi. Kalau ada Ahli Parlimen...

Itu Yang Berhormat Subang, Tony Pua. Itu ke Yang Berhormat Arau?

...yang menjadi Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Bagan, saya akan tanya soalan ini kepadanya. RM17 bilion telah dibelanjakan untuk buat tender terhad.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Yang Berhormat Subang tidak terlibatlah.

RM6.6 bilion direct nego.

Bukan Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang orang baik. Sorry-sorry.

Terperanjat kita, sebuah kerajaan yang bersih dan sebagainya.

Yang Berhormat Damansara.

Menteri-menteri tidak tahu, Kabinet tak pernah dirujukkan. Bekas Menteri Kewangan yang buat perkara ini. Ahli-ahli Parlimen tidak ada, mungkin Yang Berhormat Jelutong dapat direct nego, kita tidak tahu. Ya, jadi saya ingat Yang Berhormat Jelutong di antara orang yang dapat direct nego itu sebab dia tidak puas hati.

Pembohongan.

Bangun dan nyatakan di sini, Yang Berhormat Jelutong tidak dapat direct nego. Bersumpah di Parlimen. Yang Berhormat juga di antara orang yang mendapat manfaat daripada direct nego, tender terhad dan sebagainya. Padahal menteri-menteri sesama menteri pun tidak tahu. Itulah kehebatan kerajaan dulu, kerajaan yang tidak telus dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Saya boleh buktikan nama- nama...

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau...

...101 projek, saya akan bentangkan.

Yang Berhormat Arau satu saat. Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau...

Nama-nama mereka yang dapat saya... [Perkataan kurang jelas] RM17 bilion, saya akan buktikan...

Yang Berhormat Arau, berapa peruntukan Yang Berhormat Arau dapat dari Menteri Ekonomi pada waktu itu?

Yang Berhormat Arau!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat Yang Berhormat Baling.

Kamu tidak boleh – anda semua tidak boleh lari...

[Dewan riuh]

Peruntukan tak apa, ini direct nego.

Yang Berhormat Arau, hendak tambah sikit.

[Perkataan kurang jelas] ...Retorik pada masa yang lepas.

Yang Berhormat Arau dapat berapa peruntukan daripada Menteri Ekonomi pada waktu itu?

Peruntukan tak apa, ini direct nego.

Saya berani menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rang undang-undang ini.

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau, Baling ini. Sat sahaja Baling. Yang Berhormat Arau, rakyat dekat luar sana dok cakap DAP – direct nego action party? Betul kah Yang Berhormat Arau?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling. Okey masa sudah tamat, Yang Berhormat Arau baik. Ahli Yang Berhormat, seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Seputeh 10 minit.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan ikut cara perbahasan Yang Berhormat Arau ini, dia apa-apa rang undang-undang pun bercakap tapi tak ada isi punya.

[Dewan riuh]

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Dia hanya main politik di dalam ucapannya kerana dia memang tak buat research-lah atas ucapannya. [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020...

Minum kelapa sawit satu sudu.

Yang Berhormat Menteri yang mencipta buluh, boleh saya tanya soalan?

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

...Yang telah ditangguhkan pelaksanaannya begitu lama telah menjadikan ia sebagai undang-undang yang tidak berguna. Kalau kita lihat Singapura, Parlimen Singapura meluluskan akta yang bertajuk COVID-19 (Temporary Measures) Act 2020 di Parlimen dalam April. Ia kemudiannya seterusnya dipersetujui oleh Presiden dan diwartakan pada 9 April. Malangnya di Malaysia, pembentangan rang undang-undang ini ditangguhkan sehingga Ogos kerana kedudukan politik Kerajaan Perikatan Nasional yang kurang stabil pada beberapa bulan yang lepas dan enggan mengadakan sidang Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, apakah kerajaan tidak sedar tentang implikasi undang- undang yang disebabkan oleh kelewatan pembentangan rang undang-undang tersebut? Ramai orang yang menghadapi masalah kontrak yang telah dimeterai yang perlu bantuan undang-undang ataupun legal shield tidak terima bantuan kerana masa merupakan hakikat bagi semua kontrak. Oleh itu, semua akan ketinggalan walaupun rang undang- undang ini dilaksanakan secara retrospektif dari tarikh bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rang undang-undang COVID-19 ini mengandungi fasal yang memberi perlindungan bagi semua pihak dalam suatu kontrak daripada tempoh pelepasan dalam kontrak. Penghindaran daripada hukuman iaitu penamatan dimeterai ataupun pampasan ataupun pungutan penalti dan lain-lain kerana pelanggaran syarat dalam kontrak. Soalan saya ialah bagaimana jika kontrak yang terikat secara sah dimeterai kemudian

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

ditamatkan sebelum undang-undang retrospektif rang undang-undang COVID-19 ini diluluskan dan dilaksanakan. Apakah penamatan kontrak itu tidak sah dari segi undang- undang? Sekarang Yang Berhormat Menteri mencadangkan adakan klausa selamat dalam seksyen 10 dalam rang undang-undang COVID-19 ini. Jadi di bawah – apa yang saya baca ialah “Walau apa pun seksyen 7, mana-mana kontrak yang ditamatkan, mana- mana deposit atau bon pelaksanaan yang dilucut hak, mana-mana ganti rugi yang diterima, mana-mana prosiding undang-undang, timbang tara atau pengantaraan yang dimulakan, mana-mana penghakiman atau award yang diberikan dan mana-mana pelaksanaan yang dijalankan bagi tempoh dari 18 Mac 2020 hingga tarikh penyiaran akta ini hendaklah disifatkan telah ditamatkan, dilucut hak, diterima, dimulakan, diberikan atau dijalankan dengan sah.” Kini, pihak yang mempunyai kelebihan dapat mengenakan pampasan yang dibenarkan dalam undang-undang kepada parti lain yang lebih lemah dalam kontrak. Sekiranya mana-mana pihak yang tertindas dalam kontrak yang dimeterai ingin mengambil tindakan undang-undang, maka mahkamah kita akan dibebankan dengan banyak kes yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan cepat sekiranya rang undang- undang ini diluluskan oleh Parlimen jauh lebih awal. Segala usaha daripada organisasi perdagangan, organisasi bukan kerajaan dan pihak berkepentingan menjadi tidak relevan dan tidak terpakai lagi. Jadi saya hendak juga sebutkan apakah Kerajaan Perikatan Nasional adalah untuk rakyat ataupun untuk politik? Kita tengah menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi di peringkat tempatan dan global. Adalah penting bagi negara kita untuk fokus kepada ekonomi dan wujudkan undang-undang yang memberi perlindungan sementara dalam bentuk rang undang-undang COVID-19 ini demi membenarkan perniagaan dan pelabur untuk meneruskan aktiviti perniagaan mereka. Sumber kewangan kita menjadi semakin kurang selepas COVID-19 oleh itu adalah perlu bagi sumber kewangan orang ramai disalurkan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan bukan kepada litigasi ataupun tindakan undang-undang. Kami percaya Malaysia mempunyai ketahanan untuk menghadapi PKP dan seterusnya mengembalikan dinamik ekonomi negara kita. Adalah lebih baik bagi orang ramai untuk menyelesaikan konflik di mahkamah bagi segala kes berkaitan COVID-19 melalui proses timbang tara dengan pelantikan orang tengah oleh Menteri. Pelantikan orang tengah dalam proses timbang tara di Malaysia mungkin akan didorong oleh pengaruh politik ataupun industri. Jadi ini akan mengakibatkan ketidakadilan bagi pihak yang tertindas. Yuran bagi orang tengah ataupun kita kata mediator dalam proses timbang tara adalah sangat tinggi dan ia akan makan masa yang sama juga. Jadi kita memang tidak perlu proses timbang tara kerana proses undang- undang sudah pun wujud di mahkamah. Mahkamah juga mempunyai proses timbang tara dengan kehadiran pendaftar yang akan mempengerusikan kes yang boleh diselesaikan di luar mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, mahkamah dapat menentukan sama ada sesuatu kes berada di dalam lingkungan kejadian COVID-19 atau ia hanya menghadapi kesan material akibat pandemik COVID-19. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan mahkamah tinggi sementara ataupun temporary designated high court dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Mahkamah sementara ini diwujudkan dengan fungsi khusus untuk menyelesaikan kes-kes berkaitan COVID-19. Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan pengecualian bidang kuasa mahkamah. Jadi prosedur COVID-19 di Mahkamah Tinggi boleh dipermudahkan dengan menyediakan borang dan senarai semak dokumen yang perlu dilengkapkan untuk keputusan hakim. Peguam yang dilantik untuk mewakili anak guaman haruslah dihadkan dengan yuran profesional mereka agar tidak melebihi RM5,000 satu kes supaya ia mencapai tujuannya. Ini hanyalah penyelesaian sementara yang segera untuk menangani pelaksanaan perselisihan kontrak yang terjejas demi pandemik COVID-19. Supaya ia tidak membebankan pihak yang berada di dalam kesukaran, dalam masa masalah kewangan dan tekanan emosi. Kalau kita lihat seksyen 34, “Caj pembayaran lewat”. Ia menyebut pembelian itu boleh – pembeli boleh memohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk perlanjutan tempoh. Kalau kita lihat seksyen 36(2), “Tempoh liabiliti kecacatan”. Ia juga sebut pembelian itu – pembeli juga boleh memohon kepada Menteri untuk perlanjutan tempoh. Jadi kalau kita lihat yang seksyen 34 dan 36 yang tersebut, ia diwujudkan untuk menangani caj pembayaran lewat dan tempoh tanggungan kecacatan. Kedua-dua fasal

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

ini minta pembeli untuk pohon kepada Menteri untuk perlanjutan tempoh yang melebihi waktu yang terjejas iaitu daripada 18 Mac 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Ini bermakna pembeli yang tertindas boleh pohon kepada Menteri untuk memberikan alasan mengapa dia harus diberikan tempoh perlanjutan. Sekiranya semua pembeli di Malaysia yang menghadapi masalah tulis surat kepada Menteri, jadi pihak kementerian akan dibanjiri dengan surat. Kementerian perlu melakukan pengasingan fail- fail dan surat-surat dan juga perlu mewujudkan satu jawatankuasa rayuan dan menjawab semua surat daripada semua pemohon. Kesemua ini mengambil masa yang panjang. Jadi saya tidak faham mengapakah Menteri atau kementerian perlu buat lebih kerja? Perlanjutan seterusnya dilakukan secara automatik sehingga 31 Disember 2020 tanpa mewajibkan pembeli untuk membuat permohonan. Lagi pun rang undang-undang COVID-19 ini dilaksanakan bila semua dilakukan sudah pun sampai akhir tahun. Tuan Yang di-Pertua, jadi saya hendak minta pihak Menteri tolong jawab. Saya juga hendak bangkitkan pengubahsuaian terhadap Akta Pengurusan Strata.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Kenapakah ini langsung tidak disebut dalam Rang Undang-undang COVID- 19 ini untuk mengatasi masalah kelewatan mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk melantik ahli jawatankuasa JMB, MC ataupun SMC, kelewatan untuk pemfailan dokumen berkanun, pengauditan akaun dan resolusi untuk denda, untuk pemfailan lewat dan sebagainya? Ini semua satu isu tetapi tidak disebut di dalam rang undang-undang ini. Jika Yang Berhormat Menteri telah dinasihatkan oleh Peguam Negara untuk menggunakan kuasa dalam seksyen 150 (Peraturan) dan seksyen 151 (Kuasa Pengecualian) untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan isu keadaan khas termasuk pandemik COVID-19, kami pohon Yang Berhormat Menteri agar mengeluarkan arahan dan bertindak dengan segera. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Lima saat lagi, Yang Berhormat. Masa, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Bagi saya masa 30 saat. Saya terima banyak surat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Dengan isi kandungan yang sama dan saya terpanggil untuk baca sedikit rayuan dan bagi mereka pasangan. Pasangan ini, yang surat ini, berkata dalam usaha mengawal wabak COVID-19 yang berterusan, kini Malaysia masih mengkategorikan lawatan keluarga dan pasangan adalah sebagai bukan satu keperluan. Jadi, terdapat pasangan dan keluarga dwi-nasional yang telah berjauhan hampir setengah tahun, malah lebih daripada tempoh itu, sejak penutupan pintu sempadan Malaysia. Kini, ribuan keluarga di Malaysia dan juga pasangan masih berasa gusar dan musykil memikirkan bilakah mereka dapat bertemu kembali dengan keluarga tersayang. Saya hendak rumuskan. Jadi, mereka hanya merayu. Jadi, ini satu petisyen di dalam internet yang mencatatkan lebih 2,500 tandatangan dan juga ini mereka dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 100 pasangan dwi-nasional di Malaysia. Mereka menyeru kepada Kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan, satu, kebenaran kepada rakyat Malaysia atau warganegara asing di Malaysia untuk meninggalkan negara ini bagi tujuan menziarahi ahli keluarga, pasangan dan anak-anak mereka di luar negara selagi mereka janji untuk mematuhi semua langkah keselamatan kuarantin ketika kembali. Kedua, kebenaran kepada pasangan ataupun anak-anak rakyat Malaysia memasuki Malaysia, walaupun mereka tidak mempunyai sebarang visa lawatan sosial jangka panjang, sekiranya mereka berjanji untuk mematuhi semua langkah keselamatan kuarantin semasa kembali. Ketiga, kebenaran kepada pasangan yang belum berkahwin untuk bertemu dengan membenarkan rakyat Malaysia atau warga asing di Malaysia meninggalkan negara untuk pasangan mereka memasuki Malaysia dengan tujuan untuk melawat atau berkahwin sekiranya mereka boleh membuktikan hubungan mereka dan mematuhi semua langkah keselamatan yang ditetapkan semasa masuk kembali ke Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat. Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Jadi, ini adalah satu rayuan dan petisyen. Saya berharap pihak kerajaan ambil kira kesemua petisyen ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Beaufort, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Permatang Pauh dan diikuti oleh Yang Berhormat Jerai. Sila Yang Berhormat Beaufort. Masa 10 minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 pada petang ini. Sesungguhnya COVID-19 ini adalah sesuatu unprecedented situation yang melanda seluruh dunia termasuklah negara kita Malaysia ini. Dengan itu, ia memerlukan unprecedented action, dengan izin, untuk menanganinya dengan sebaik mungkin. Pertamanya untuk menyelamatkan dan menjaga kesejahteraan rakyat dalam negara kita Malaysia. Itu yang paling utama dan ini telah dilakukan oleh kerajaan kita dengan memperkenalkan perintah yang tidak boleh membenarkan rakyat Malaysia keluar daripada rumah iaitu duduk di rumah. Kita jaga kita. Pandemik COVID-19 ini telah melanda, seperti saya sebutkan tadi, di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Ini telah menyebabkan banyak kesan yang semua kita telah lalui dan kita lihat sendiri dan kita sendiri merasainya. Semua rakyat dalam negara kita telah terkesan disebabkan oleh koronavirus COVID-19 ini termasuklah kehidupan seharian dan termasuklah perniagaan. Bermacam-macam jenis perniagaan daripada yang kecil dan di luar bandar sampailah ke perniagaan yang besar sampai ke peringkat global. Semuanya terpaksa terkesan disebabkan oleh COVID-19 ini. Satu perkara yang bukan kita minta tetapi perkara dan situasi yang tidak kita duga-duga. Ia telah menimpa kita dan terpaksa kita terima dan kita hadapi dengan tabah serta kita cari jalan yang terbaik untuk menanganinya bagi kebaikan negara kita. Sehingga semalam, kes COVID-19 di Malaysia ialah sebanyak 9,274 kes dan yang meninggal dunia ialah seramai 125 orang. Kes yang baharu semalam ialah sebanyak tujuh kes. Nampaknya, dengan izin Allah SWT, negara kita dapat menangani COVID-19 ini dengan sebaik-baiknya. Saya rasa ini tentulah disebabkan oleh tindakan yang proaktif dan segera yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Pagoh dan disokong oleh barisan Kabinet dan juga para pegawai kerajaan barisan hadapan kita. Kita ucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih. Berbagai-bagai bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui bantuan PRIHATIN dan juga PENJANA. Baru semalam di dalam Dewan yang mulia ini, kita telah meluluskan sebanyak RM45 bilion untuk membantu rakyat Malaysia termasuklah syarikat-syarikat yang besar, rakyat biasa, orang bujang, orang yang sudah berkahwin. Semua telah pun cuba dibantu oleh kerajaan kita. Berjuta-juta rakyat menerima impak daripada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan. Maka pada hari ini, kita juga akan meluluskan, insya-Allah, satu lagi rang undang-undang yang bertujuan untuk membantu rakyat kita yang dilanda oleh kesan koronavirus COVID-19 ini. Walaupun ada yang mengatakan bahawa ini sudah terlewat, too late, tetapi saya berpandangan bahawa it’s never too late. Kita melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas dan baik untuk rakyat kita, maka ia tidak terlewat. Kita mesti mengatakan syukur kerana kita melakukan ini untuk kebaikan rakyat kita. Mereka di luar sana menunggu-nunggu untuk kita sentiasa melakukan sesuatu apa sahaja yang perlu untuk membantu mereka. Mereka yang terkesan disebabkan oleh COVID-19 ini ada kenderaan yang tidak dapat dibayar disebabkan mereka kehilangan pekerjaan disebabkan oleh PKP yang terpaksa tidak dapat berniaga disebabkan oleh PKP dan disebabkan oleh COVID-19 ini. Mereka tidak mempunyai pendapatan. Maka mereka tidak dapat membayar sewa kereta setiap bulan, mereka tidak dapat membayar sewa tempat mereka berniaga dan mereka tidak dapat membayar sewa rumah tempat mereka duduk.

Semua ini telah diambil perhatian oleh kerajaan kita dengan penuh empati kepada rakyat di seluruh negara ini. Tiada seorang pun yang dilupakan dan ditinggalkan. Ini telah menampakkan kesan yang baik. Syarikat-syarikat sekarang telah dapat mula melaksanakan aktiviti ekonomi mereka semula. Para pekerja dapat kita selamatkan daripada mereka tidak ada pekerjaan atau daripada hilang pekerjaan. Dengan usaha yang dilakukan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan kita kepada rakyat di seluruh negara termasuklah kami di Sabah dan juga di Sarawak. Alhamdulillah. Kita juga dapat memastikan mereka yang mempunyai kenderaan, kenderaan mereka tidak ditarik balik oleh empunya kenderaan itu. Mereka masih dapat melaksanakan tugas mereka. Mereka dapat, apabila mula dibuka secara perlahan- lahan, maka mereka boleh memulakan perniagaan mereka. Mereka yang mempunyai kenderaan untuk maksud pelancongan yang terlibat dengan syarikat-syarikat pelancongan yang tidak dapat melaksanakan kerja-kerja pelancongan disebabkan borders kita ditutup, dengan izin, tetapi di bawah rang undang- undang ini, mereka boleh memohon untuk menggunakan kenderaan mereka untuk tujuan yang lain. Ini dibenarkan di bawah rang undang-undang ini.

Maka dengan itu tidaklah mereka ertinya biarkan sahaja kenderaan mereka berada di tempat parking, tidak melaksanakan apa-apa kerja dan tidak mendapat apa- apa pendapatan. Dengan adanya rang undang-undang ini, mereka boleh mendapat pendapatan dan meneruskan kehidupan. Mungkin ada kurang, tidak seperti dahulu tetapi inilah disebabkan oleh COVID-19, bukan disebabkan oleh sesiapa pun. Ini Koronavirus (COVID-19) yang menyebabkan. Kita kena sedar ini. Kita kena sedar. Oleh sebab itu, adalah sebaik-baiknya kita semua di dalam Dewan ini menyokongnya dengan hati yang terbuka supaya kita dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat kita dalam negara kita Malaysia yang tercinta ini. Saya cuma ingin bertanya, ada kes yang tentang sewa rumah dan ada contoh. Bagaimana dengan seorang suri rumah yang mana suaminya hilang pendapatan sejak PKP berkuat kuasa 18 Mac yang lalu menyebabkan keluarga mereka berharap kepada wang yang diterima daripada bantuan PRIHATIN. Ada pula tuan rumah ini dia tidak simpati kepada penyewa ini. Maka, dia memaksa juga penyewa ini untuk membayar sewa walaupun telah dipohon meminta tolong supaya jangan diambil dahulu sewa daripada mereka. Mereka terpaksa menggunakan wang yang diberikan oleh kerajaan melalui bantuan PRIHATIN untuk membayar. Bagaimanakah caranya kita dapat bantu mereka dalam keadaan sedemikian ini? Ini pun adalah di antara perkara yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan oleh kerajaan yang prihatin ini sesuai dengan kemerdekaan kita pada tahun ini dengan tema ‘Malaysia Prihatin’. Keprihatinan kita ini mestilah kita tunjukkan secara berterusan kepada semua mereka yang memerlukan termasuklah mereka yang tidak ada pendapatan, masih lagi dalam keadaan yang mahu memulakan kembali kehidupan mereka, tidak dapat membayar sewa khususnya mereka yang berada duduk di bandar-bandar kerana di situlah banyaknya mereka yang masih lagi memerlukan bantuan kita kerana mereka terpaksa tinggal di rumah-rumah sewa. Kita juga telah banyak membantu– kerajaan ini telah banyak membantu daripada mereka yang menyewa rumah-rumah kedai yang dipunyai oleh badan-badan GLC kerajaan untuk penyewa-penyewa kita yang berniaga. Mereka memohon dan kita tidak menunggu pun rang undang-undang ini untuk memberikan moratorium kepada mereka dan juga membenarkan mereka tidak membayar sewa untuk tempoh-tempoh tertentu. Ini semua adalah di atas keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional ini. Oleh sebab itulah, usaha yang di bawah rang undang-undang ini mestilah kita sokong semuanya kerana ia memberikan satu kelegaan kepada rakyat Malaysia tidak kira di mana mereka berada sama ada mereka yang kaya ataupun yang miskin, yang bekerja, mahupun yang berniaga, semua ini sudah pun lengkap di sini termasuk juga para rakan- rakan peguam saya yang ada di luar sana yang telah meminta supaya beberapa perkara diambil kira termasuklah terma-terma dalam perundangan dan juga keprihatinan pihak mahkamah untuk mengambil kira keadaan PKP itu supaya kes-kes mereka dapat ditangguhkan ke masa-masa yang tertentu dan tidak mereka dipenalized disebabkan tidak dapat menepati masa disebabkan oleh PKP. Jadi, saya amat menyokong penuh rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Saya mempersilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi laluan kepada Permatang Pauh. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam hormat. Akhirnya kita tiba di saat kenapa kita mahu bersidang pada awal April untuk meluluskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Tuan Yang di-Pertua, kita bahas memang lewat beberapa bulan berbanding dengan banyak negara di rantau Asia Tenggara termasuklah New Zealand, ramai Ahli Parlimen sebelum ini telah mengutarakan isu ini sehingga memaksa Menteri ya. Menteri sebut rang undang-undang diibaratkan too little too late atau dengan izin, better late than never. Walau apa pun termanya, tidak dapat kita nafikan 24 juta rakyat dijangkiti COVID- 19 dengan 817,000 kematian direkodkan. Syukur Alhamdulillah, Malaysia kita menangani dengan baik. Kalaupun ramai ahli politik dan parti politik hendak mendabik dada saya fikir, bila kita kata kita hendak puji pihak yang bertanggungjawab, kita patut puji our frontliners. Para doktor, Kementerian Kesihatan kita yang memang bertugas dan menyabung nyawa untuk menyelamatkan dan berkhidmat buat rakyat sehinggalah statistik Malaysia amat membanggakan mencatat lebih kurang hanya 9,274 yang Yang Berhormat Beaufort sebut tadi. Isunya di sini, bukan soal sesiapa sahaja daripada pembangkang yang mengkritik bahawa ia lewat. Ia lewat maka ada kesan sangat negatif kepada peniaga, penyewa yang diusir dan ia tidak bersifat retrospektif Tuan Yang di-Pertua. Maksudnya mereka yang sudah hilang segala-galanya tidak mungkin dapat diselamatkan. That is the problem kecuali dengan kemungkinan cash injection ataupun suntikan daripada kerajaan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan. Setiawangsa.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Saya habiskan sedikit, kemudian saya bagi. Saya hendak rujuk kepada apa yang ditulis dalam Utusan Malaysia. Hari ini rencana. Kesimpulan dalam rencana tersebut. Perlindungan bawah seksyen 7 rang undang-undang ini tidak boleh dinikmati dan dimanfaatkan oleh komuniti perniagaan yang terkesan kerana bagi mereka langit sudah pun runtuh sebelum rang undang- undang ini dapat dikuatkuasakan. Mereka alami nasib malang dua kali berturut-turut. Kalau dahulu mangsa COVID-19, kini mangsa Rang Undang-undang COVID-19 dikuatkuasakan. Jadi saya fikir ini– it’s an important point, Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua untuk kita bawakan kerana kita bersedia hendak bahas sidang atas talian pun tidak mengapa. Atas dasar itu kalau kita rujuk New Zealand, lapan hari mereka bersidang. Bukan soal kita hendak grand stand dalam Dewan Rakyat. Kita hendak rakyat faham apa implikasi undang-undang. Force majeure pun Tuan Yang di-Pertua, saya belajar daripada peguam yang bagi nasihat bila berlaku kontrak berat sebelah. Jadi dekat luar sana, penjajanya semua yang terkesan, mereka kena tahu, how do I claim my money? Bagaimana saya boleh diselamatkan daripada kontrak yang memang menekan. Ini penting. Silakan Yang Berhormat Setiawangsa. Sekejap sahaja.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa sebagaimana yang disebut tadi, sidang Parlimen pada peringkat awal itu sangat penting. Kita tengok di Kanada misalnya mereka bersetuju antara kerajaan dan pembangkang, bilangan yang boleh hadir kerana penjarakan misalnya. Kedua, ada komitmen daripada kita bahawa sekiranya sidang khas tentang COVID-19 diadakan, isu usul undi tidak percaya kepada kerajaan tidak timbul, kita akan fokus. Akan tetapi malangnya pihak kerajaan tidak mengambil tawaran tersebut.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya fikir memang penting dari segi menjamin kestabilan. Oleh sebab itu dari segi mekanismenya, kalau dahulu kita ada Jawatankuasa Parlimen untuk meneliti belanjawan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Jeli. Di saat ini, sementara kita mendengar banyak laporan daripada laporan PENJANA, impak PENJANA PKS, kita juga kena nilai berapa syarikat di luar sana yang memang tidak memecat atau membuang pekerjanya dengan janji kerajaan untuk beri setiap pekerja RM600 sebulan, had kepada 200 orang pekerja semuanya.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Laporan kerajaan kata, 2.4 juta pekerja diselamatkan. Akan tetapi ini tidak mungkin menggambarkan keadaan di luar sana. Banyak contoh yang Yang Berhormat Lembah Pantai sebutkan dan Yang Berhormat Seputeh. Maka kalau ada mekanisme timbang tara, mudah untuk kita teliti dan mengawas untuk memberikan maklum balas dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin rujuk dalam tempoh yang sangat sedikit ini kepada cadangan Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang untuk menambah RM45 bilion lagi sebagai dana tambahan supaya kerajaan dan Kementerian Kewangan boleh mengambil kira keperluannya pada bila-bila masa.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Pentingnya Tuan Yang di-Pertua, kerana apa? Kalau kita lihat kebajikan pekerja sektor kesihatan, kebajikan daripada pakar perubatan kita, Hospital Sungai Buloh sekarang dihujani dengan aduan bahawa ada medical officers Yang Berhormat Menteri, tidak diberi atau dibayar elaun sejak Mac. Pada saya, perkara-perkara ini tentunya menuntut kerajaan untuk mempunyai dana yang mencukupi di kala krisis. Atas dasar itu, apa pun laporan akhirnya, it is about how it is being implemented and felt on the ground. Bagi COVID-19, saya bimbang— kita kena meneliti anggaran dan apa yang berlaku di negara luar. Hong Kong contohnya telah merekodkan kes pertama repeat infection. Sudah dijangkiti, sudah selamat, sudah sihat tapi dia dapat sekali lagi. Maksudnya untuk para doktor yang ada di Dewan ini, sudah tentunya implications of vaccination. Tak cukup di vaksin sekali, kena mungkin berkali-kali. Itu pun kalau vaksin itu sampai ke Malaysia tepat pada masanya. Kedua, adalah keperluan untuk merekodkan mereka yang sihat menerusi mekanisme pasport imuniti dan sebagainya. Kalau di Malaysia dalam sebulan yang lepas, kita lihat sebanyak 30 peratus jangkitan dalam negara, semuanya merupakan unlinked cases. Kes-kes yang tidak ada kaitannya, sebanyak 72 daripada 241. Saya rujuk banyak apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gopeng. Maksudnya, ini ada kemungkinan besar daripada jangkitan komuniti ataupun community transmission. Maka kita kena ambil kira, kerajaan mungkin terpaksa memanjangkan tempoh MCO ataupun di kawasan-kawasan yang khusus. Ada juga keperluan norma baharu ini, norma sedia kala lah. Hendak atau tak hendak, kita kena berhadapan dengan keadaan yang jauh lebih berlainan berbanding dahulu. Tentu kerajaan ada rang undang-undang yang sewajibnya untuk melaksanakan semua ini. Akan tetapi saya desak Yang Berhormat Menteri harus ambil kira cadangan pembangkang bahawa RM45 bilion itu diambil kira dengan serius. Ini kerana kita tidak boleh jangka— bukan kita kata kita mahukan kerajaan belanja kerana itu mekanisme timbang tara itu wajib diwujudkan. Akan tetapi untuk memudahkan dari segi how much cash that has to be injected further. Bila tidak retrospektif rang undang-undang ini, maka kerajaan terpaksa bergantung hanya kepada suntikan dana untuk langkah retrospektif mereka yang hilang peluang dan sebagainya. Saya hendak rujuk di sini laporan terkini oleh UNICEF dan UNFPA. Ini agak penting Tuan Yang di-Pertua kerana ia menunjukkan golongan ini— yang kita cakap B40. Kita sebut, cerita-cerita mereka, mereka yang sangat terkesan. Tajuknya “Families On the Edge”. Sebanyak 21 peratus tidak terlibat dalam pembelajaran talian daripada rumah, 57 peratus tidak mempunyai perlindungan sosial pekerjaan dan 30 peratus sukar dapat perkhidmatan kesihatan semasa PKP dan 25 peratus ketua isi rumah menganggur berbanding dengan 5.3 peratus pada Mei 2020. Jadi, saya mahu tekankan atas dasar itu, bila kita cuba untuk melengkapi keperluan, bila ada ruang daripada kerajaan menerusi mekanisme yang ada. Pertama you have to improve the flaws of the law dan saya rasa tiga hari— Tuan Yang di-Pertua, you are an expert. Kadangkala kita perlukan masa hendak memperlihatkan, memperincikan bab-bab yang mungkin tidak kita lihat daripada satu belah pihak. Jadi kerana itu pada saya dalam situasi ini— the first global pandemic ya. Malaysia ini betul-betul terkesan sebegini. Orang cakap since The Great Depression. Kita kena ambil peluang ini laksanakan anjakan paradigma dan perbaiki kerapuhan sistem. Dia bukan macam dahulu dah ya. Saya fikir tak pernahlah dalam my lifetime kita boleh bincangkan sampai bank ini pun ada yang menjangkakan mungkin bulan yang mendatang kosong peratus sahaja dividen. This is the reality. Jadi dari segi penyelesaian, saya tak nampak kenapa kerajaan tak boleh memberi ruang untuk mengambil kira dana RM45 bilion tambahan mengikut keperluan masing-masing, sekiranya perlu dipergunakan. Harapnya bila diwujudkan Jawatankuasa Pilihan Bajet, ini penting supaya kita kurangkan kadar, mungkin perselisihan faham dalam Dewan Rakyat ini ya.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Jerai selanjutnya.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM45 bilion yang telah diluluskan dalam Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020. Justeru itu saya melihat Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 merupakan pelengkap kepada pelaksanaan rang undang-undang yang telah diluluskan sebelum ini yang bertujuan menjamin kepentingan rakyat agar terus terbela dalam tempoh krisis pandemik COVID-19. Terdapat 16 akta dalam ordinan yang diubahsuai dalam rang undang-undang ini mencakupi pelbagai kementerian yang disatukan di bawah satu punca kuasa yang akan bertindak secara sementara sebagai satu alat untuk menangani permasalahan yang timbul berkaitan pelbagai aspek, termasuklah perjanjian sewa beli, pinjaman kredit, industri pembinaan dan pelbagai lagi. Cuma saya akan fokuskan dalam perbahasan ini tentang tajuk penuh pengubahsuaian kepada Akta Insolvensi 1967. Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020 merupakan sebuah Akta Insolvensi 1967 yang akan dipinda dengan pindaan semula tahun 2020 melalui Dewan Rakyat. Oleh sebab pindaannya jelas iaitu akibat penyakit Koronavirus. Koronavirus yang berjangkit di seluruh dunia kesannya sangat mendalam kepada seluruh dunia terutamanya dalam sektor ekonomi. Malaysia salah sebuah yang terkesan dengan penyakit COVID-19 ini. Penutupan pelbagai sektor ekonomi di Malaysia— perindustrian, perkilangan, pelancongan dan lain-lain sektor memberi kesan kepada ekonomi negara. Anthony Dass, Ketua Ekonomi Kumpulan AmBank berkata kesan langsung yang berpunca daripada COVID-19 ini menyebabkan sektor pelancongan, perindustrian, pembinaan, pertanian dan lain-lain menyebabkan pekerja dibuang atau diberhentikan dan gaji tidak dibayar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin menyebut sektor pelancongan lumpuh dengan anggaran kerugian RM3.37 bilion pada awal bulan kedua tahun ini. Kesannya ialah kepada peniaga kecil, pengusaha kecil dan sederhana dan juga servis perkhidmatan. Kesannya juga terhadap ekonomi rakyat, kesan buruk terhadap pendapatan per kapita rakyat. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Oleh yang demikian, Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020 amat relevan untuk dilakukan dengan menaik nilai hutang minimum daripada RM50,000 kepada RM100,000. Hal ini kerana ramai rakyat Malaysia yang terkesan daripada aspek ekonomi akibat COVID-19. Mereka terpaksa menutup perniagaan mahupun memberhentikan pekerja untuk menanggung kos kerugian. Statistik Jabatan Insolvensi pada awal Mei 2020, jumlah individu yang diisytihar bankrap seramai 2,591 kes. Namun angka tersebut mungkin meningkat berkali-kali ganda memandangkan bank-bank belum mengemas kini data terbaharu sehingga berakhirnya moratorium. Seterusnya, Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyatakan bahawa pandemik COVID-19 menyebabkan kehilangan pekerjaan negara ini meningkat sebanyak 42 peratus untuk suku pertama tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh melihat kepada tiga kesan positif

(i) peluang individu mengukuhkan ekonomi tanpa kekangan kebankrapan; (ii) mereka dapat menguruskan kewangan berhemah dengan situasi ekonomi COVID-19; dan (iii) pertambahan kes kebankrapan mendadak dapat dielakkan.

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh melihat kepada tiga kesan positif

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Jerai, Sungai Buloh minta penjelasan sedikit tentang insolvensi ini. Modifikasi kepada insolvensi yang ditekankan tadi oleh Yang Berhormat. Penjelasan sedikit. Boleh?

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Sila.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Baik, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Jerai, saya setuju bila Yang Berhormat tekankan keperluan untuk kita naik jumlah yang sekarang telah dinaikkan kepada RM100,000 supaya prosiding insolvensi tidak boleh dimulakan kalau hutang itu kurang daripada RM100,000. Akan tetapi sedar kah Yang Berhormat Jerai, di seksyen 19 bab ini, berkaitan dengan insolvensi ini akan berkuat kuasa hanya daripada tarikh penerbitan akta ini dan bukan daripada 18 Mac tahun ini. Hanya daripada penerbitan yang tadi Yang Berhormat Bangi telah jelaskan, hanya akan berlaku mungkin di bulan Oktober sahaja. Bermaksud, semua orang yang telah dikenakan prosiding insolvensi sebelum ini, sebelum Oktober, dari Mac tahun ini sampai sekarang, tidak ada perlindungan. Tidak boleh memohon, meminta dan mendapat perlindungan yang dikatakan akan diberi dalam akta ini. Jadi, semua yang diminta tadi oleh Yang Berhormat Jerai, tidak boleh disampaikan oleh akta ini dalam bentuk yang sedia ada. Saya minta sama ada Yang Berhormat faham itu dan apakah cadangan Yang Berhormat Jerai untuk selesaikan masalah ini. Patutkah kita pinda seksyen bab itu supaya perlindungan yang kita mahu untuk orang-orang yang terhutang itu dibuat secara retrospektif dari Mac? Kalau bukan dari Mac, bab ini adalah tidak ada makna langsung. Minta penjelasan.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Semua yang diminta untuk disemak itu perlu dikembalikan kepada pihak Yang Berhormat Menteri untuk menjawablah. Untuk akhirnya, saya menyokong rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya persilakan Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang untuk Batu Kawan membahas Rang Undang-undang Langkah- langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Tuan Yang di-Pertua, situasi semasa pandemik COVID-19 di Malaysia berdiri pada 9,274 kes positif dan 8,965 kes yang sembuh. Setinggi-tinggi penghargaan kami semua rakamkan kepada pasukan bersama dengan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, frontliners di hospital, staf-staf yang bekerja, staf-staf sokongan, staf JKM, andalah hero kami. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Menteri di JPM tadi dan ingin membawa perhatian Dewan yang mulia kepada beberapa isu yang telah diketengahkan oleh Galen Centre for Health and Social Policy. Tuan Yang di-Pertua, selepas Paras Garis Kemiskinan disemak semula dan ditetapkan pada kadar RM2,208, lebih ramai yang jatuh di bawah paras tersebut. Ini hanyalah langkah pertama iaitu dengan izin, to review the poverty line. Seperti jatuh ditimpa tangga, lebih ramai lagi tercenderung ditolak ke kancah kemiskinan dalam pandemik COVID-19 ini. Dari aspek kesihatan pula, golongan B40 yang fakir miskin dan yang asnaf akan lebih tertekan untuk menampung kos perubatan mereka dan keluarga mereka. Bagaimana kerajaan berhasrat untuk menambah baik perlindungan skim PeKa B40 dan mySalam yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk membantu golongan yang memerlukan dalam tempoh COVID-19 ini? Saya juga ingin bertanya, apakah pelan tindakan oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu MO (Medical Officer) yang berkhidmat di hospital kerajaan secara kontrak supaya kesemua mereka diserap sebagai kakitangan tetap. Semasa PKP, kita banyak melihat video-video yang telah dirakam sendiri oleh MO kontrak yang berkhidmat sebagai frontliner. Mereka ini terus tanpa berfikir mengenai keselamatan diri mereka, seolah-olah terjun right in the eye of the storm untuk membantu doktor-doktor, pakar- pakar di hospital, tetapi mereka telah diberikan surat penamatan kontrak mereka oleh kerajaan. Ramai yang menangis dalam video tersebut, “Mengapa pada masa kami

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

berkhidmat sebagai frontliner untuk menyelamatkan nyawa di hospital, kami dianugerahkan surat penamatan kontrak ini?” Saya ingin tahu, apakah alasan kerajaan untuk tidak menyerap mereka ini untuk menjadi staf tetap memandangkan selepas ini, anggaran daripada IMF dan World Bank mengatakan ekonomi bukan sahaja Malaysia, tetapi seluruh dunia barangkali akan hanya pulih pada tahun 2022. Pada masa tersebut, apabila kita nak mencari frontliner pada masa itu kerana kita tidak tahu bagaimana virus ini akan merebak lagi ataupun ia akan mutate lagi. Mungkinkah ada isu-isu kesihatan yang bersangkut paut dengan apa yang dibawa oleh virus ini, maka pada pandangan saya, we need all the hands and the help that we can get.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan. Setiawangsa.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sila.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa sepatutnya kerajaan memasukkan belanjawan untuk MO-MO dan kakitangan kesihatan yang bersifat kontrak sebelum ini di dalam belanjawan COVID-19 yang baru dibentangkan supaya mereka boleh diteruskan perkhidmatan mereka sama ada paling kurang disambungkan kontrak kalau tidak diserap dalam perkhidmatan tetap?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Saya bersetuju dan saya mohon ucapan tersebut dimasukkan dalam ucapan saya untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama— Maaf. Saya juga ingin menggesa kerajaan untuk memberikan perhatian dan suntikan sumbangan dana bagi perlindungan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan juga jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Iktiraflah pekerja-pekerja sosial (social workers) yang bekerja dengan masyarakat terutama sekali yang benar-benar memerlukan bantuan. Ini sebab, selagi kerajaan hanya fikir dengan izin, ‘government knows best’, then we are in deep trouble Tuan Yang di-Pertua. Kita harus faham bahawa tanggungjawab memerangi wabak COVID-19 ini bukan sahaja terletak di atas bahu kerajaan semata- mata, tetapi adalah tanggungjawab kita bersama terutama sekali juga NGO-NGO, CSO- CSO dan juga pekerja sosial yang ada di sana yang sehingga hari ini belum mendapat pengiktirafan yang mereka— that they have earned. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama juga saya ingin mencadangkan agar semua kementerian meng-update maklumat dalam laman web mereka... [Disampuk] Kemas kini dalam laman web mereka untuk tatapan umum, tatapan rakyat belanjawan mereka akan bahagian-bahagian yang diberikan daripada RM90 bilion ini. Saya cadangkan ini supaya ada lebih ketelusan, akauntabiliti dan ia boleh dipantau sendiri oleh rakyat. Mungkin every fortnight, dua minggu sekali, kementerian memaparkan dalam kementerian-kementerian yang menggunakan peruntukan RM90 bilion tersebut, bagaimana mereka menggunakan peruntukan itu. Sebaiknya, peruntukan tersebut atau cara penggunaan atau perbelanjaan itu haruslah dibentangkan di Parlimen ataupun dirujuk ke Parlimen untuk Parlimen melihat adakah benar golongan yang memerlukannya mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Jumlah RM90 bilion ini bukan amaun yang kecil. Saya hairan juga, ada Ahli Parlimen sebelah sana yang kata, kalau tidak cukup minta lagi. Mungkin mereka tidak faham betapa keseriusan isu wabak COVID-19 ini sekiranya Parlimen tidak boleh bersidang dalam sidang akhir tahun ini. Mana tahu kita ada second wave, third wave yang lebih teruk. Mutasi, super spreader, 10 kali ganda lebih teruk daripada COVID-19 ini. God forbid, bagaimana kita nak memantau RM90 bilion ini perbelanjaannya? Memang kami mahu membantu rakyat dan memang kami rasa RM90 bilion ini boleh dibelanjakan sekiranya ikhlas, sekiranya dengan cara yang halal, betul-betul sampai ke tujuan ataupun kepada matlamatnya.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan, sedikit.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Maka, saya cadangkan...

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Setiawangsa, sekejap sahaja.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Baik.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Setiawangsa cuma nak bertanya sebab tadi Yang Berhormat Batu Kawan

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

bercakap kita mungkin— kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang untuk Parlimen bersidang.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Akan tetapi, kita lihat negara-negara lain dapat bersidang ketika awal COVID- 19 dan ambil langkah-langkah yang lebih awal. Negara kita ada pelbagai alasan kerajaan gunakan untuk tidak memanggil Parlimen dan ditangguhkan beberapa kali, bukan sekali. Akan tetapi, boleh pula mereka melantik ramai Ahli Parlimen menjadi pengerusi- pengerusi GLC. Jadi, bukankah itu satu dengan izin, contradiction yang berlaku?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Betul, Yang Berhormat Setiawangsa saya setuju dengan pandangan. Saya rasa that was time-lost dan saya rasa ia amat mendukacitakan. Ini kerana, dalam ramai Ahli Parlimen sebelah sana [Merujuk kepada blok kerajaan] yang kata Yang Berhormat Pagoh ini dengan kepimpinan melalui teladan dan pelbagai, saya tidak nampak kepimpinan beliau untuk berdegil mengadakan satu sidang Parlimen untuk Ahli-ahli Parlimen bersidang isu yang sangat penting ini. Bukan untuk kami, tetapi untuk rakyat. Jadi, saya rasa saya tidak boleh percaya apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata ataupun Menteri Kanan, Yang Berhormat Gombak kata, “Oh, jawatan tidak penting, kedudukan dalam parti tidak penting, kerajaan kami tidak penting, rakyat yang penting”. Kalau betul rakyat yang penting, maka akan diadakan sidang Dewan sebelum ini and we don’t have to drag this for so long. Saya tidak hendak repeat apa yang dikatakan oleh sahabat saya semua di sebelah sini [Merujuk kepada blok pembangkang] yang mengatakan this budget is too little too late. Akan tetapi, saya harap sejumlah RM90 bilion ini boleh diterima dengan hati terbuka oleh semua yang ada di sana [Merujuk kepada blok kerajaan] tanpa kami berjumpa sekali lagi untuk minta lagi tambahan dana. Now― unless you all have a crystal ball and you know there is not going to be a COVID- 19, I think it is a right thing to do is to support the RM90 billion peruntukan that we are proposing on our side. Tuan Yang di-Pertua, adalah fakta bahawa wanita adalah antara golongan yang betul-betul terkesan dan tertindas dalam pandemik ini. Lebih 40 peratus daripada kanak- kanak menghadapi kekurangan kemudahan untuk pembelajaran online. Mereka makan― dilihat statistiknya the purchase, pembelian telur, maggi dan barang-barang makanan seperti ini melonjak dengan tinggi berbanding dengan sayur-sayuran dan buah- buahan. Jadi, kita lihat di sini ada isu malnutrition untuk kanak-kanak dan juga wanita seperti wanita tunggal, wanita ibu tunggal dan wanita ibu tinggal. Kedua-dua mereka perlulah membawa ataupun bertanggungjawab di atas keluarga mereka untuk memastikan keluarga mereka ini ada makanan untuk makan at the end of the day. Saya ingin menggulung Tuan Yang di-Pertua. Akhir kata, dengan RM9 bilion ini saya harapkan kita boleh monitor ataupun kita boleh melihat perbelanjaan tersebut dengan meletakkan kepentingan dan keperluan rakyat tanpa keperluan surat-surat sokongan daripada mana-mana pihak ataupun ‘cable’ yang kuat...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

...untuk mendapat bantuan yang layak mereka terima. Tuan Yang di-Pertua saya menyokong rang undang-undang ini tetapi hanyalah dengan syarat ada prinsip ketelusan, akauntabiliti dan juga good governance untuk membelanjakan wang rakyat. Jangan ingat ini wang anda semua. This is our money too. This is the people’s monies. The poor people who put all of us in power that you all have robbed from us. You are accountable to the people; you are accountable to the monies spent of the people. Dengan ini saya menyokong, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya sekarang ingin menjemput Yang Berhormat Kimanis. Silakan.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk turut serta membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019. Saya mengikuti Yang Berhormat Menteri Undang-undang ketika membentangkan RUU ini dengan tekun dan saya memerhatikan ada beberapa perkara yang menyentuh soal bidang kuasa. Soal bidang kuasa kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Dalam Perlembagaan Persekutuan Tuan Yang di-Pertua, kita faham kita ada apa yang dinamakan sebagai State List, Federal List dan Concurrent List. Dalam beberapa perkara yang disebutkan, bahagian-bahagian dalam rang undang-undang ini, memang ada saling kait mengait. Walaupun tidak dimasukkan dalam bahagian-bahagian yang dimaksudkan yang untuk diubahsuai, ditambah baik undang-undangnya, tetapi ia berkait rapat dengan kuasa kerajaan negeri dan juga berkait rapat dengan kuasa Kerajaan Pusat. Saya ingin memberi contoh beberapa perkara yang kena dengan negeri Sabah. Umpamanya soal undang-undang tanah umpamanya. Ia berkait rapat dengan undang-undang perlindungan pengguna. Yang mana di dalam undang-undang tanah ini kalau di Sabah ia memanglah kuasa sepenuhnya Kerajaan Negeri Sabah. Akan tetapi, ada beberapa urusan-urusan itu juga berkait rapat dengan urusan-urusan yang berkenaan juga dengan kuasa-kuasa Kerajaan Pusat. Sebagai contoh apa yang dikenakan di dalam Land Ordinance. Ordinan Tanah Sabah itu ada beberapa perkara yang melibatkan pembayaran. Pembayaran premium umpamanya, pembayaran cukai tanah dan seumpamanya. Ini semua melibatkan pembayaran- pembayaran. Kebanyakan urusan-urusan di Kerajaan Negeri Sabah yang berkait rapat dengan Kerajaan Pusat tentang bagaimana kita ingin memastikan bahawa ada perlindungan kepada pengguna kita yang berkait rapat soal pembayaran mesti dibuat dalam masa-masa tertentu. Akan tetapi, dalam undang-undang Sabah Land Ordinance, Ordinan Tanah Sabah itu ia undang-undang tersendiri. Apa yang saya cuba sampaikan di sini Tuan Yang di-Pertua sejauh mana kolaborasi dan juga kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri-negeri yang ada di seluruh Malaysia untuk memastikan bahawa pelaksanaan rang undang-undang ini nanti akan dapat diselaraskan dengan kerajaan negeri masing-masing? Salah satu contoh lagi Tuan Yang di-Pertua soal perkara yang disebut dalam Perkara 16 Bahagian XVI, Bahagian XVII dan Bahagian XVIII. Ini melibatkan soal pengubahsuaian kepada Akta Mahkamah Kehakiman. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adakah pelaksanaan rang undang-undang melibatkan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 ini nanti― bagaimana kita ingin memastikan di negara kita ini Tuan Yang di-Pertua, kita ada Mahkamah Syariah di seluruh negara. Kita tahu undang-undang Mahkamah Syariah banyak ditadbir oleh kerajaan negeri masing- masing. Akan tetapi, ini soal kepentingan public, public interest. Bagaimana kita ingin memastikan bahawa mereka juga akan mendapat perlindungan melalui Mahkamah Syariah yang semua juga beroperasi pada hari seperti biasa. Jadi, kita mahu mendapat penjelasan daripada kerajaan tentang Mahkamah Syariah di seluruh negeri-negeri di seluruh Malaysia. Di Sabah kita ada juga Mahkamah Anak Negeri. Saya tahu itu adalah kuasa sepenuhnya di bawah kerajaan negeri cuma public interest itu ada di sana. Jadi, saya minta kerajaan dapat memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya bagaimana kita ingin melaksanakan nanti akan dapat difahami oleh seluruh rakyat di negeri Sabah dan juga mana-mana negeri pun yang ada di Malaysia ini. Saya setuju dengan beberapa Ahli Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Sungai Buloh tadi membangkitkan soal Akta Insolvensi dan had tempoh. Katanya hanya akan di warta ataupun dikuatkuasakan selepas Oktober. Saya setuju. Sedangkan COVID-19 ini berlaku pada 18 Mac 2020. Kalau boleh kita minta satu keputusan, satu kajian yang benar-benar berhati-hati agar effect, kesan dari segi legal, legal effect itu dibuat secara retrospektif. Saya sangat setuju apabila kita ingin melaksanakan soal undang-undang berkaitan dengan Akta Insolvensi itu. Sama juga berkenaan dengan Bahagian IV Tuan Yang di-Pertua, pengubahsuaian kepada Ordinan Had Masa Sabah (Sabah Limitation Ordinance) ini. Sama juga, sama ada ia akan dikira daripada 18 Mac ataupun pada tarikh rang undang-undang ini nanti akan di warta. Ini juga akan melibatkan soal masa. Jadi, saya minta penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada kerajaan tentang isu-isu berkaitan dengan perkara-perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mengharapkan apabila nanti sudah diluluskan dan diwartakan rang undang-undang ini pelaksanaannya biarlah dapat difahami sejelas-jelasnya oleh rakyat di seluruh negara kita.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Kita tidak mahu nanti apabila ia diluluskan tetapi tidak difahami, tidak sampai mesej kepada rakyat. Jadi, perlu ada satu tindakan proaktif daripada kerajaan untuk mensosialisasikan rang undang-undang ini nanti. Biar semua rakyat tahu hak mereka, apa yang dapat mereka tuntut, soal perlindungan dan sebagainya. Ini harus kita rakyat kan rang undang-undang ini.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Tuan Yang di-Pertua, saya faham dan kita semua tahu bahawa mesej yang cuba disampaikan oleh kerajaan kita pada hari ini, apabila kita menyediakan rang undang-undang adalah untuk relief, untuk melegakan rakyat. Akan tetapi saya cukup sedih, di negeri Sabah bagaimana rakyat negeri Sabah itu terlalu kecewa. Kerajaan Negeri Sabah tidak dapat membuat satu perkara yang sama seperti ini. Sedangkan banyak undang-undang di Sabah itu hanya berkuasa di Sabah. Jadi, saya minta kalau ada kolaborasi di antara Kerajaan Pusat, panggil semua ketua-ketua kerajaan negeri, bincang baik-baik, yang mana melibatkan undang-undang apa semua. Bincang dengan peguam negeri masing-masing. Supaya pelaksanaannya difahami oleh rakyat di negeri masing-masing. Macam di Sabah, banyak perkara itu memang di bawah State List tetapi efek kepada rakyat. Public interest ada di sana, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta tindakan yang proaktif daripada Kerajaan Pusat supaya memanggil, mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri masing-masing supaya nanti pelaksanaannya akan dapat menyasarkan objektif yang benar-benar kita harapkan. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perbahasan saya dan saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis. Selepas ini, terdapat lagi seramai 10 pembahas. Jadi, saya terpaksa mengehadkan waktu perbahasan kepada hanya lima minit seorang. Saya juga ingin berpesan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat agar tidak menimbulkan apa-apa perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat seperti perkara RM45 bilion dan RM90 bilion itu, semalam telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat. Rang undang-undang itu telah diluluskan. Maka, mengikut Peraturan Mesyuarat 36(3) adalah menyalahi peraturan sekiranya perkara itu dibangkitkan sekali lagi tanpa usul. Jadi, saya harap kita tidak membuang masa dengan membangkitkan isu-isu yang telah diputuskan dan isu-isu yang tidak berkenaan. Ini kerana ia akan memakan masa perbahasan. Saya akan sekarang menjemput Yang Berhormat Lumut untuk berbahas. Selama lima minit Yang Berhormat.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin turut sama-sama membahaskan rang undang-undang ini yang saya rasa walaupun Yang Berhormat Menteri kata little too late, too little, but better late than never. Selalunya kalau Yang Berhormat Kuala Selangor kata, better never late. [Ketawa] Akan tetapi daripada tidak ada, namun kita kena ingat isu mengenai COVID-19 pandemik ini dianggap sebagai satu force majeure telah pun dibincangkan seawal bulan Mac. Satu artikel yang saya baca bertarikh 12 Mac, membincangkan mengenai COVID- 19 as a force majeure. Ertinya, orang sudah bercakap dan kita pun telah menuntut supaya Dewan ini dibawa bersidang untuk membincangkan beberapa perkara. Mungkin termasuk ini kalau kita serius ketika itu membincangkan kesan terhadap rakyat. Hari ini kita tengok, saya ada mengaku kepentingan diri saya. Anak saya buka kedai gunting. Kedai gunting antara yang awal ditutup dan antara yang lambat dibenarkan beroperasi. Renovation habis. Terpaksa keluar setelah dua tiga bulan tidak dapat beroperasi. Kos di sana. Macam mana kita hendak membantu peniaga-peniaga seperti ini. Jadi, kalaulah kita telah mengambil langkah yang lebih awal mungkin kita boleh membantu peniaga-peniaga kita yang banyak disebut oleh rakan-rakan kita tadi. Akan tetapi kita rasa better late than never itu okeylah sebagai window dressing, that we have done something complete lah dalam negara kita ini. Walaupun kesannya agak berkurangan. Kita lihat ada sebahagian daripada undang-undang yang hendak dikaitkan dengan rang undang-undang ini, disebut bahawa tarikh kuat kuasanya tidak pada tarikh kita memulakan MCO iaitu pada 18 Mac. Saya mencadangkan supaya kerajaan mengambil sikap yang sama untuk semua rang undang-undang, termasuk insolvensi tadi yang langsung tidak diberi tarikh tetapi dikatakan bermula apabila undang-undang ini digazet nanti. Kita pun tidak tahu. Mungkin cepat, mungkin lambat. Jadi, kalau semua bermula pada tarikh yang sama 18 Mac, ertinya kita dapat mengambil tindakan-tindakan, walaupun retrospektif. Akan tetapi

dapat menjadi remedi kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan isu-isu yang berlaku ini. Kemudian, Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa rang undang- undang ini tidak menetapkan sebarang hukuman. Ertinya, walaupun Yang Berhormat Menteri berhak untuk melantik pengantara, kemudian memastikan bahawa kedua-dua pihak menandatangani dan kertas tandatangan itu diserahkan kepada kedua-dua pihak, bagaimana kita hendak memastikan kedua-dua pihak itu patuh kepada apa yang mereka janjikan? Ini kerana tidak disebut kalau mereka gagal di situ, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pihak yang teraniaya untuk mencari satu penyelesaian terhadap masalah mereka. Jadi, kalau boleh mungkin saya tidak faham keseluruhannya tetapi saya merasakan perlu ada satu perkara ini disebut di dalam rang undang-undang ini. Kemudian, kita pun tahu kes COVID-19 ini berlaku di seluruh negara. Seluruh negara ditutup pada satu ketika. Total MCO. Jadi, mungkin kes-kes ini akan dibangkitkan di seluruh negara. Ramai orang yang terlibat berada di seluruh negara. Adakah kerajaan akan membuka pusat-pusat perantaraan ini di semua daerah-daerah, contohnya. Ini kerana kalau kita mengharapkan orang-orang nun di Mersing contohnya, untuk ke Johor Bahru ataupun untuk ke Kuala Lumpur. Ia akan melibatkan kos yang besar kepada mereka. Jadi, kalau itu yang hendak dibuat iaitu membuka pusat-pusat perantara ini di semua daerah-daerah, apakah kerajaan sudah melihat implikasi kosnya dan bersedia untuk mewujudkan senarai yang besar yakni pengantara-pengantara ini supaya proses pengantaraan itu dapat berjalan dengan baik, selesa dan tidak ada pihak yang teraniaya? Jadi, itu Tuan Yang di-Pertua, dengan masa yang ada ini saya menyokong usaha ini walaupun ia lambat. Akan tetapi kalau kita dapat selesaikan tarikh itu, disamakan mungkin ini sedikit melegakan pihak yang terlibat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya mempersilakan sekarang Yang Berhormat Rompin.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ikut sama menyokong rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan. Satu langkah yang tepat dan kena pada masanya. Di mana walaupun kerajaan ini baharu mengambil alih pemerintahan, hampir sama dengan berlakunya COVID-19 tetapi kerajaan telah banyak melakukan perkara-perkara yang melibatkan melindungi kepentingan negara dan juga kepentingan rakyat dalam negara kita. Kalau kita melihat bahawa salah satu industri yang penting dalam negara kita ini ialah industri perumahan iaitu melibatkan sektor pembinaan, sektor peruncitan, banking. Salah satu indikator dalam kemajuan ekonomi negara ataupun mana-mana negara pun ialah sektor perumahan. Jadi, kalau kita berjaya menguruskan sektor perumahan ini dengan baik, harga rumah akan lebih stabil dan tidak membebankan rakyat. Ia akan melindungi serta menyebabkan ekonomi kita boleh tumbuh dengan baik.

Jadi langkah kerajaan untuk meminda, mengubahsuai Akta Pemajuan Perumahan adalah satu perkara yang sangat kita alu-alukan. Saya selalu terfikir kalaulah bukan Kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah sekarang ini, saya tidak boleh gambarkan apakah yang akan berlaku kepada negara kita ini. Ini kerana track record yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan tidaklah begitu memberangsangkan dalam mengurus ekonomi negara.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Di samping hampir semua manifesto yang dijanjikan tidak dilaksanakan dan yang terbaharu ialah dia menguar-uarkan tender terbuka dalam manifesto dia. Akan tetapi terkejut juga kita semalam bahawa mereka melaksanakan satu tender yang di luar perundingan. Terkejut kita kerana diuar-uarkan sebagai kerajaan yang bersih, memegang manifesto...

Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Rompin, boleh? Boleh beri celah sedikit Yang Berhormat Rompin?

Ya.

You cakap banyak Yang Berhormat Rompin. Hendak celah boleh?

Sebab tidak ada masa.

Tidak, tidak, sebab you yang katakan tentang COVID-19, you tidak katakan tentang COVID-19, you katakan tentang tender dan sebagainya.

Ya, kalau...

Okey, saya hendak minta, kalau tadi— kelmarin Menteri Kewangan telah sentuh. Suruh dia jadi seorang yang bertanggungjawab, datang ke Parlimen dan beritahulah semua kes yang mana ada.

Ya, dia akan beritahu.

List-kan dia, list-kan dia...

Ya, kita minta...

List-kan dia...

Yang Berhormat Rompin, terus Yang Berhormat Rompin.

Jangan— Beritahulah mana yang ada kata you buat, Barisan Nasional buat pun beritahu juga.

Ya, kita minta Menteri Kewangan menyenaraikan tender, bukan negotiated tender tetapi selected tender yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan. Ini kerana mereka yang menguar-uarkan ini. Seolah-olah menggambarkan kerajaan yang sangat bersih, manifesto mereka. [Tepuk] Agaknya sebab itulah kerajaan ini jatuh kerana mereka gagal melaksanakan banyak manifesto mereka.

Kerajaan jatuh pun sebab pengkhianatan, bukan sebab kita yang buat.

Bukan, ini doa rakyat, doa rakyat...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Ini doa UMNO, ini doa UMNO yang keluar BN.

Bukan, bukan.

Bukan doa rakyat. Jangan bawa rakyat di sini.

Ini adalah doa rakyat kerana...

Jangan panaslah, tengok...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Masuk pintu belakang!

Yang Berhormat Rompin tidak ada modallah. Buang lima minit.

Hampir semua manifesto tidak dilaksanakan.

[Perkataan kurang jelas] ...Cakap sahajalah.

Jadi mufaraqah lah. Setengah-setengah parti dalam Pakatan Harapan mufaraqahlah dengan cepat oleh kerana ia boleh merosakkan lagi negara ini sebenarnya. Mufaraqahlah cepat.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Siapa nak mufaraqah, parti pun sudah pecah sekarang.

Tidak ada sebab untuk menyokong Pakatan Harapan lagi sebenarnya. Jadi kita...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Masa sudah cukup, masa sudah cukup.

Berharap kerajaan— Yang Berhormat Lumut umpamanya, mufaraqah lah cepat. [Ketawa]

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tidak payah ulang, masa sudah sampai dah.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

[Perkataan kurang jelas] ...59 bilion, tender runding, minta...

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

COVID kah itu? COVID kah? Itu bukan COVID. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rompin, masa sudah tamat sebenarnya.

Yang Berhormat Rompin, jangan ubah lagi laporan PAC akan datang.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya...

Kita tidak ubah. Kita suruh bawa kepada select committee.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kamu hebat ubah.

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingin sekarang menjemput Yang Berhormat Bukit Bintang. Silakan.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Izinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus (COVID-19) 2020 iaitu satu langkah terkebelakang kuat kuasa pelbagai undang-undang yang sedang berjalan berikutan kesan buruk pandemik COVID-19 ke atas kehidupan dan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang sedia ada. Bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia yang menanggung kesan buruk pandemik ini. Walaupun satu langkah terkebelakang, rang undang-undang ini memang perlu tetapi mengapa tidak diawalkan? Parlimen Singapura telah meluluskan dengan segera Akta COVID-19 (Langkah Sementara) yang telah diwartakan pada 9 April 2020 dan beroperasi 7 April 2020. Akan tetapi negara Malaysia waktu itu sibuk berpolitik, terpaksa menangguhkan rang undang-undang dan Bacaan Pertama pada 12 Ogos 2020. Persoalannya, adakah kerajaan tidak menyedari implikasi undang-undang dan kesan yang rumit akibat melengahkan-lengahkan rang undang-undang ini. Semua perjanjian yang termeterai akan bergantung bila berlaku luput masa. Masa adalah inti pati penting dalam semua perjanjian tidak kira rang undang-undang dilaksanakan terkebelakang daripada tarikh berkuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan. Di bawah fasal 7 rang undang-undang memperuntukkan ketidakupayaan mana-mana pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual berbangkit tidak membolehkan pihak lain menjalankan haknya atau hak mereka di bawah kontrak ini. Bagaimanakah jika perjanjian terbatal atau ditamatkan sebelum undang-undang bagi tempoh COVID-19 berkuat kuasa terkebelakang diluluskan dan dikuatkuasakan? Adakah penamatan itu tidak berikat dan sah mengikut fasal 10, kecualian menyebut bahawa mana-mana kontrak yang ditamatkan dan sebagainya bagi tempoh dari 18 Mac 2020 hingga tarikh penyiaran akta hendaklah disifatkan telah ditamatkan, dilucut hak seperti tersenarai dalam Jadual Senarai Kategori Kontrak. Ini jelas membuktikan bahawa kontrak itu tidak bermakna lagi walaupun dibawa ke mahkamah. Mahkamah kita sibuk dengan kes-kes tertunggak yang menghalang ia mendapat ketidakcepatan, semua tindakan pertubuhan NGO sudah tidak ada maknanya. Memandangkan keadaan kemelesetan dunia dan tempatan semakin bertambah adalah penting bagi kerajaan untuk mengumpulkan perhatian dan tindakan untuk membolehkan ekonomi negara dan langkah sementara untuk mengurangkan kesan pandemik COVID-19 bagi melindungi sektor ekonomi bagi meneruskan aktiviti mereka.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Segala sumber hendaklah disalurkan ke arah membolehkan ekonomi dan bukan sibuk dengan tuntutan mahkamah. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa yang tidak mengizinkan, saya ingin menyebut di sini saya bersetuju dengan Yang Berhormat Seputeh bahawa di bawah Akta Pengurusan Strata 2013. Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) ada bertanya, mengapa tidak ada pindaan ke atas Akta Pengurusan Strata di bawah rang undang- undang COVID-19 untuk menyelesaikan masalah kelewatan mengadakan mesyuarat agung atau mesyuarat agung tahunan luar biasa bagi memilih jawatankuasa bagi JPM, perbadanan pengurusan dan lain-lain. Dengan ini, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Seterusnya saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberi untuk sama- sama membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus (COVID-19) 2020 pada hari ini. Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh pihak PH di sebelah sana yang mengatakan kita lewat untuk membahaskan rang undang-undang ini. Sebenarnya ini sangat tidak tepat, tidak betul.

Kerajaan telah menyusun langkah dengan penuh komitmen membantu rakyat sejak bermulanya MCO 18 Mac dulu. Jangan lupa...

Menteri yang kata too late too little.

Kalau lewat, kenapa Kerajaan Selangor di bawah PH juga tidak usahakan untuk membuat satu persidangan khas di Dewan Undangan Negeri?

Tengok bidang kuasa apa yang kita bincang hari ini.

Bidang kuasa negeri juga boleh dibuat. Jadi maknanya, kerajaan sentiasa komitmen membantu rakyat ketika mana kerajaan mengumumkan lebih RM295 bilion untuk suntikan fiskal PRIHATIN dan PENJANA. Ini jangan dilupakan oleh pihak di sebelah sana. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan dua persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut kepada pihak kementerian iaitu, pertama, mengenai Bahagian VII – Pengubahsuaian kepada Akta Insolvensi 1967 iaitu peningkatan nilai ambang kebankrapan daripada RM50,000 kepada RM100,000 seperti yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini. Saya mengambil maklum beberapa inisiatif yang telah diambil oleh Jabatan Insolvensi Malaysia pada April yang lalu. Antaranya kebenaran pengeluaran wang caruman KWSP RM500 sebulan selama 12 bulan melalui i-Lestari, penangguhan bayaran ansuran bulan selama enam bulan bermula April sehingga 30 September 2020 berdasarkan Akta Insolvensi 1967 serta penangguhan sehingga enam bulan di bawah perjanjian jual beli dengan Ketua Pengarah Insolvensi atau pegawai penerima dan penyelesai. Tiga langkah yang diambil Jabatan Insolvensi itu sangat baik buat masa ini. Cuma, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada kementerian mengenai jumlah rakyat Malaysia yang telah mengalami kebankrapan berdasarkan nilai ambang RM50,000 sejak PKP dilaksanakan tempoh hari. Daripada jumlah tersebut, berapa peratus belia yang terkesan daripada segi kewangan mereka sehingga diisytiharkan muflis oleh bank? Saya juga ingin tahu, berapa peratus yang masih dalam status bankrap meskipun selepas peningkatan nilai ambang kepada RM100,000? Oleh kerana implikasi kewangan individu adalah terlalu besar disebabkan oleh pelaksanaan PKP dan sebagainya, saya mencadangkan kerajaan dengan kerjasama Jabatan Insolvensi merangka satu pelan strategik bagi menghadapi peningkatan golongan yang muflis khususnya dalam tempoh-tempoh yang kritikal ini.

Pelan ini mestilah memenuhi dua kriteria utama iaitu, pertama, rangka jalan keluar terhadap mereka yang diisytiharkan muflis serta, kedua, rangka bagi memastikan pengurangan jumlah mereka yang muflis. Perkara ini perlu digerakkan secara bersepadu bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin dapat penjelasan daripada kerajaan adalah berkenaan dengan Bahagian VIII – Pengubahsuaian kepada Akta Sewa Beli 1967. Berdasarkan fasal 23, seseorang pemunya tidak boleh mengambil milikan barangan yang terkandung dalam perjanjian sewa beli berkenaan dengan pemungkiran pembayaran ansuran semasa tempoh bermula 1 April 2020 sehingga 31 September 2020. Perkara ini secara tidak langsung berkait dengan langkah moratorium oleh kerajaan. Saya berpandangan langkah pemanjangan tempoh moratorium dan bantuan bank secara bersasar sehingga Disember 2020 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan lalu merupakan satu langkah signifikan bagi menyerap impak semasa terhadap kewangan individu. Dari satu sudut, kita perlu memastikan mereka yang benar- benar terkesan disebabkan faktor pembuangan kerja dan sebagainya menerima manfaat daripada lanjutan moratorium dan bantuan bank yang dimaksudkan. Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan di atas pelanjutan ini sehingga crop out, dengan izin, mereka yang benar-benar terbeban. Perkara ini juga melibatkan kepentingan rakyat yang berada di bahagian pedalaman khususnya di daerah saya di Daerah Sik. Saya mengharap agar bantuan bersasar yang diumumkan oleh kerajaan turut memberi perhatian yang serius kepada mereka yang tinggal di pedalaman atau di luar bandar. Saya mendapat aduan ada yang bekerja sebagai deejay-deejay kenduri juga mereka terjejas ketika PKP yang lalu. Begitu juga di kalangan pekebun, petani dan sebagainya Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja ucapan saya. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Sik. Saya persilakan seterusnya Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan saya ini, saya melihat kebanyakan bahagian dalam Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 hanya berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2020, walaupun Menteri mempunyai kuasa untuk melanjutkan tempoh itu. Sekiranya akta ini dikuatkuasakan pada bulan September depan, maka ia hanya tinggal lebih kurang tiga bulan sahaja. Jadi, saya berpendapat bahawa kerajaan mungkin perlu membuat pengubahsuaian yang lebih sesuai terhadap rang undang-undang ini bagi mengurangkan impak penularan COVID-19 memandangkan rang undang-undang ini mungkin telah terlepas tempoh penting untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat menyebabkan pengenalan Akta COVID-19 ini menjadi tidak bermakna. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah adakah rang undang-undang ini berkesan menyelesaikan pertikaian dalam soal kontrak antara pihak-pihak? Kita boleh melihat Menteri boleh menentukan proses pengantaraan (mediation) ataupun mediasi yang termasuklah pelantikan pengantara, peranan pengantara, perjalanan proses pengantaraan itu dan pengakhiran perantaraan. Satu perkara yang penting terutama dalam Bahagian II rang undang-undang ini ialah terdapat kecualian dalam rang undang-undang ini di mana seksyen 10 menyatakan kontrak yang ditamatkan, deposit atau bon pelaksanaan yang dilucutkan hak, ganti rugi yang diterima, prosiding undang-undang timbang tara ataupun pengantaraan yang dimulakan, penghakiman ataupun award yang diberikan dan pelaksanaan yang dijalankan bagi tempoh dari 18 Mac 2020 hingga tarikh penyiaran akta ini hendaklah disifatkan telah ditamatkan, dilucut hak, diterima, dimulakan, diberikan atau dijalankan dengan sah. Saya membaca kandungannya. Pada pandangan saya, kecualian itu sebenarnya telah melemahkan― saya ulang semula. Kecualian itu, seksyen 10, telah melemahkan keberkesanan pelaksanaan

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

rang undang-undang ini. Contohnya ialah dalam kes antara pembeli dan pemaju hartanah atau rumah. Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat tempoh pelaksanaan PKP adalah tempoh yang paling kritikal bagi rakyat. Akan tetapi, pengecualian di bawah rang undang- undang ini iaitu seksyen 10 tadi sebenarnya tidak banyak membantu mereka yang terkesan memandangkan rang undang-undang ini tidak dapat dipakai kepada mereka yang menamatkan kontrak, membuat ganti rugi ataupun memulakan prosiding undang- undang sebelum rang undang-undang ini berkuat kuasa. Kecualian ini, yang saya sebut tadi, juga memaksa mereka yang tidak ingin menjalankan pengantaraan atau mediation menyegerakan proses tuntutan terhadap pihak yang gagal memenuhi kewajipan kontrak sebelum rang undang-undang ini berkuat kuasa. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat rang undang-undang ini tidak menyatakan dengan jelas bagaimana proses pengantaraan atau mediation itu dijalankan. Adakah kerajaan mempunyai suatu garis panduan untuk menguruskan kes-kes yang terlibat? Bagaimana jika persetujuan tidak dicapai oleh pihak-pihak berkaitan dalam pengantaraan tersebut? Adakah sesuatu pihak masih boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang lain selepas proses pengantaraan?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ketidakjelasan itu berkemungkinan mendorong lebih ramai orang menjalankan tuntutan undang-undang kepada – akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya menggulung iaitu RUU ini memang lewat, lebih kurang lima bulan lewatnya. Daripada segi kontrak, time is the essence, masa adalah inti pati perjanjian. Oleh sebab itu ditegur terlewat itu. Saya terus terang menyatakan kelewatan ini adalah satu kecuaian negligence. Adakah saya tidak menyokong undang-undang ini? Jawapannya tidak, saya menyokong biarpun terlambat tidak mengapalah. Hanya teguran telah disuarakan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya selanjutnya mempersilakan Yang Berhormat Baling, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Baling bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 mempunyai akta dan ordinan dan ubahsuai secara bijaksana oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat semua pembahas pada hari ini menyatakan pelbagai sudut yang mereka telah pilih. Untuk saya, saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baiknya seawal 18 Mac sampailah ke hari ini walaupun rang undang-undang ini dinyatakan kononnya late, left, lambat dan sebagainya tetapi apa pun yang penting adalah kesan kepada rakyat. Kalau kita tengok peringkat awal lagi apabila penularan COVID-19, kerajaan telah memfokuskan kepada aspek melindungi tahap kesihatan dan keselamatan serta kebajikan dengan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta 342 termasuk mewartakan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Peraturan-peraturan Pencegahannya. Saya ingin melihat dari sudut saya khususnya di kawasan Baling di mana kalau kita tengok waktu itu bermulanya bulan April, kita tengok bagaimana JKM turun ke bawah untuk membantu rakyat. Jabatan Perdana Menteri contohnya, bagaimana mereka telah mengerakkan NADMA, RELA, KDN termasuk APMM, semua datang memberikan bantuan dari sudut makanan, penjagaan kesihatan apatah lagi dengan pihak kesihatan barisan hadapan sudah semestinya merekalah yang paling hebat dan dibantu oleh all these agencies dengan izin. Agensi-agensi ini datang ke hadapan, selepas itu ditambah pula Yang Amat Berhormat Pagoh yang bijaksana mengambil satu inisiatif yang cepat, lantas dan pantas memberikan BSH, bagi bantuan. Selepas itu datang bulan Ramadhan, diberikan pula zakat. Di kampung saya, kawasan saya, kawasan kedua termiskin. Pertama Sik, keduanya Baling. Di kawasan kami itu ada rumah yang ada enam paket beras, lima kilo pun ada dalam masa satu bulan. Inilah kelebihan yang telah Allah SWT anugerahkan dalam jangka masa COVID-19 ini. Jadi bagi saya apa yang dilakukan oleh kerajaan, saya rasa

cukup memadai. Alhamdulillah dengan adanya hari ini pengubahsuaian dan kita mengadakan rang undang-undang ini untuk memantapkan lagi. Kalau kita tengok Kerajaan Perikatan Nasional telah mengambil sikap dan sifat berterus terang dengan rakyat dengan memaklumkan kedudukan ekonomi negara sejak daripada bermula penularan wabak COVID-19 ini berlaku. Jadi this is a very responsible government dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya juga ingin menambah dalam hal yang kita hendak bahaskan ini, saya juga ingin memberi sedikit pandangan kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab untuk melihat terus berkaitan dengan hire purchase ini tadi. Sememangnya benar kita telah ada moratorium, kita telah memberi segala bantuan kepada rakyat, kita begitu prihatin tetapi semuanya kemungkinan akan berakhir pada bulan ini. Kepada mereka yang memerlukan tambahan moratorium yang harus mereka laporkan kepada pihak bank bahawa mereka tidak lagi bekerja, mereka telah diberhentikan kerja ataupun gaji dapat separuh ataupun gaji dapat hari bekerja, seminggu dan sebulan hanya datang kerja 10 hari dan sebagainya. Ini harus mereka melaporkannya kepada pihak bank untuk meneruskan moratorium tersebut. Akan tetapi saya ingin berharap sangat agar Yang Berhormat Menteri akan berbincang dengan kementerian-kementerian yang berkaitan pendedahan dan penghebahan kepada rakyat melalui semua saluran, televisyen harus dikerapkan, harus diperbanyakkan dan diperluaskan. Ini penting. Kalau kita tengok zaman tahun 60-an, zaman 70-an, TV inilah yang memainkan peranan untuk menghebahkan. Pada masa yang sama, saya juga merayu kepada pihak KDN, Bank Negara dan sebagainya meneliti perkara ini masa zaman ini pula wujud scammers yang akan tampil ke hadapan membuat panggilan palsu menyatakan tidak bayar tiga bulan tetapi tidak apa, bagi kami separuh bulan dahulu pun cukup dan kita akan membatalkan dan sebagainya.

Yang Berhormat minta penjelasan.

Ini pun kita harus mengambil tindakan yang segera. Jadi, saya harap apa moratorium yang sedang berlaku ini kalau ada ruang dan pelung, saya yakin dan percaya kerajaan dan Kabinet yang ada amat bijaksana. Mereka sudah memikirkan RM45 bilion ini memadai buat waktu dan ketika ini. Saya harap mereka juga melihat bagaimana boleh memberikan tambahan kepada rakyat kalau sekiranya moratorium ini perlu dipanjangkan lagi sedikit masa. Saya yakin dan percaya dengan izin Allah SWT...

Yang Berhormat Baling boleh minta penjelasan.

...Kita akan dapat menjauhi daripada bala yang sedang turun kepada kita di seluruh dunia. Kita berdoa agar COVID-19 ini akan mendapat vaksin dalam masa yang segera ini, Insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya...

Yang Berhormat Baling boleh minta penjelasan.

Satu minit, 10 saat.

Tidak, bukan. Tadi fasal kerajaan ini telus, saya menyokong dan kita jangan ikut cara PH dahulu. Dia sebut telus tetapi sebenarnya dia tidak telus. Dia memperkenalkan CAT, competence, accountability and trustworthy di Penang tetapi kita lihat bermacam-macam berlaku termasuk dalam pengerusi-pengerusi GLC. Kalau kamera boleh nampak ini pengerusi-pengerusi GLC...

...Yang mereka pegang lebih daripada 40 GLC.

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Arau.

...Sekarang ini saya...

Masukkan dalam ucapan saya.

Apakah, ya...

...Dan saya juga...

Yang Berhormat Arau, terima kasih Yang Berhormat Arau.

... Tuan Yang di-Pertua, saya akur dengan masa, terima kasih. Akhir sekali, saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Batu Kawan tadi yang telah menyatakan bahawa bajet RM45 bilion ini kena jaga dengan baik, ini adalah duit rakyat. ini harus dilaksanakan dengan telus. Syabas dan tahniah. Pada masa yang sama, saya juga hendak mengucapkan – hendak beritahu kepada Yang Berhormat Batu Kawan dan rakan-rakan di sebelah sana, hari ini bermula di luar sana rakyat mula mempertikaikan apa yang telah jadi dengan 101 kontrak direct negotiation, rundingan terus dengan RM6.62 bilion. Sekarang ini...

Cakap sahaja, mana dia senarai itu.

Untuk makluman DAP ada nama baru, direct nego action party, tunggulah SPRM siasat. Terima kasih, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

...Mana siasat? Tuan Yang di-Pertua, tadi telah membuat satu ruling di bawah peraturan iaitu Peraturan Mesyuarat 36(3). Perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan diputuskan tidak seharusnya diulang-ulang, ia hanya akan membazirkan mahkamah. So, hingga berapa lama kita hendak mendengar kenyataan-kenyataan yang bodoh daripada Yang Berhormat Baling ini?

Tarik balik bodoh itu. Tuan Yang di-Pertua... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Tolong duduk. Kita tidak ada masa. Itu saya hendak nasihat, jangan membangkitkan apa yang telah diputuskan dan kemudiannya kita jangan menggunakan bahasa-bahasa kesat sebab apabila kita buat begitu, kita habis masa membincangkan perkara itu. Kita teruskan...

Tuan Yang di- Pertua, sedikit sahaja. Selama 22 bulan, Yang Berhormat Jelutong panggil kami pencuri, penyamun, perompak selama 22 bulan. Tuan Yang di-Pertua, tidak berani tegur sebab Tuan Yang di-Pertua orang dia. You are a gentleman sir; you call a spade, a spade. Kalau dia perlu minta maaf, dia kena minta maaf. Kalau perlu, saya minta maaf, saya minta maaf. Saya pernah lakukan depan Tuan Yang di-Pertua dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Faham.

Tuan Yang di-Pertua

Faham.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong pun, boleh minta maaf tidak?

Tuan Yang di-Pertua, hendak minta saya tarik balik kah?

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta.

Okey, memandangkan Tuan Yang di-Pertua tidak minta, tidak ada masalah. Saya tarik balik perkataan bodoh, saya menggunakan perkataan kurang pandai.

Tuan Yang di-Pertua

Hah, tidak apa. Itu...

Yang Berhormat Baling kurang pandai.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa.

Yang Berhormat Jelutong kurang cerdik.

... direct negotiation lah.

Layan Yang Berhormat Jelutong yang gila, baik saya keluar minum. Terima kasih.

Pandai pergi minumlah.

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, seperti tadi para pembahas telah membangkitkan isu kelewatan itu adalah kelewatan yang teramat sangat kerana di negara-negara lain, legislation sebegini telah diluluskan pada bulan Mac, April dan Mei. Kita mengalami kelewatan yang amat lewat. Rang undang-undang sedemikian, kalau di negara-negara lain, ia merupakan satu social legislation untuk membantu ataupun menangguhkan kesan jangka waktu tertentu pelaksanaan kewajipan kontrak terhadap pihak yang lebih lemah, mereka yang tidak memiliki kuasa tawar-menawar yang sama kekuatan dengan pihak kontrak yang lain. Dengan ini is a social legislation untuk memberikan relief undang-undang kepada individu dan perniagaan terutamanya industri kecil dan sederhana (SME) selepas pandemik COVID-19. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa Menteri menyebut terdapat 58 peraturan ataupun perintah yang telah dipinda selepas COVID-19 ini. Saya hendak mentafsirkan ia sebagai subsidiary legislation. Saya ingin meminta satu senarai penuh 58 peraturan perintah yang telah dipinda subsidiary legislation ini supaya kita untuk kajian selanjutnya. Seperti isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pembahas-pembahas sebelum ini, saya ingin membangkitkan satu isu yang tidak terkandung dalam pindaan ini iaitu untuk kes lelong di mahkamah. Untuk kes lelong di mahkamah ditadbir di bawah seksyen 257 (1)(g) Kanun Tanah Negara untuk lelong di mahkamah yang antara lain menyebut bahawa masa untuk membayar (purchase prices) hendaklah dilengkapkan dalam masa 120 hari. Di dalam seksyen 257(1)(h) itu dan kalau tidak dipenuhi dalam tempoh 120 hari, deposit akan shall be forfeited dan mahkamah telah mentafsirkan dalam satu kes di mahkamah saman di Pulau Pinang baru-baru ini bahawa berdasarkan seksyen 257(1)(g) dan seksyen 257(1)(h) Kanun Tanah Negara, bahawa tiada lanjutan masa diberi. Walaupun terdapat lockdown (MCO) berlaku pada 18 Mac 2020 dan pengadu tersebut meminjam pinjaman bank dan gagal menyempurnakan proses tersebut kerana perlu complete loan document, facility document presentation, caveat dan sebagainya. Apakah relief? Apakah undang-undang ini memberikan relief kepada kes-kes lelong di mahkamah. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berpandukan kepada National Land Code sedia ada rayuan lanjutan masa ditolak dan pihak Maybank telah forfeited sejumlah wang sebanyak RM30,000. Ini merupakan lelong deposit untuk 10 peratus untuk hartanah yang bernilai lebih kurang RM300,000. What is the relief- undang-undang ini tidak memberikan relief spesifik kepada kes lelong yang depositnya dilucutkan? Saya membaca satu seksyen 58(1) di bawah Pelanjutan Masa Untuk Melaksanakan Kewajipan dan Aplikasi Statutori dan seksyen 58(2) bahawa berkuat kuasa secara... [Tidak jelas] dan itu perlu Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi mana-mana akta untuk mengeluarkan satu notis statutori untuk menurut perintah disiarkan di dalam Warta untuk melakukan apa yang saya sebut tadi.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah Menteri sama ada JPM (Undang-undang) ataupun Menteri yang bertanggungjawab Kanun Tanah Negara, Menteri Tanah bersedia mempertimbangkan dan mengeluarkan perintah disiarkan di dalam Warta untuk memberikan lanjutan masa kepada kes-kes lelong di mahkamah yang deposit mereka telah dilucutkan oleh bank dan tiada remedi diberikan oleh mahkamah. Saya ingin mendapat penjelasan dan juga spesifik berkenaan isu ini oleh Yang Berhormat Menteri. Itu sahaja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekarang, saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya ruang untuk masuk perbahasan berkenaan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Tuan Yang di-Pertua, dalam apa-apa undang-undang baharu yang kita gubal di sini, yang kita bentang dan lulus, kita sebagai pembuat undang-undang dan akhirnya ini adalah soalan yang akan dijawab di mahkamah oleh peguam dan hakim ialah apakah masalah yang kita ingin selesaikan atau tangani dengan undang-undang baharu ini. Di dalam Inggeris kita sebut what is the mischief we are trying to deal with in this new act. Itulah persoalan yang utama. Saya rasa daripada perbahasan yang saya telah dengar daripada ramai di sini dan di sebelah sana, kita semua faham apa sasaran kita. Orang yang melanggar kontrak sebab impak langkah-langkah untuk mencegah COVID-19, orang yang menjadi muflis, kes-kes sewa beli, pelindungan untuk pengguna, pelindungan untuk penyewa yang tidak dapat bayar sewa dan pembeli rumah yang tidak dapat membayar ansuran mereka, ini semua adalah sasaran. Kita faham itu. Jadi, point yang saya hendak sampaikan dalam lima minit yang saya diberikan ialah ini. Yang Berhormat Menteri kata better late than never. Bagi saya kelambatan itu terang dan nyata, tidak boleh dinafikan. Sepatutnya ini berlaku pada bulan April 2020 tetapi kerajaan di sana tidak mahu mengadakan sidang dan sekarang kita terpaksa buat pada hari ini. Akan tetapi, isunya ialah akhirnya walaupun lewat, sekurang-kurangnya mesti berkesan. Perlindungan yang kita hendak sampaikan kepada golongan-golongan yang telah disasarkan perlu berkesan. It must be effective. Apa yang saya nampak sekarang semua perlindungan yang kita, kononnya kita memberi di dalam undang-undang ini, tetapi dibatalkan, dihancurkan boleh saya sebut hancurkan sebab ada beberapa peruntukan pengecualian. Ini sudah disebut oleh rakan-rakan lain. Saya hendak senaraikan secara spesifik supaya Yang Berhormat Menteri faham ini dan buat sesuatu untuk menyelesaikan ini. Peruntukan seksyen 10 berkaitan dengan kontrak, seksyen 21 berkaitan dengan Insolvensi, seksyen 24 berkaitan dengan sewa beli, seksyen 27 berkaitan dengan pelindungan untuk pengguna, seksyen 31 untuk memberi perlindungan kepada orang yang tidak dapat bayar sewa rumah dan sewa kedai, seksyen 37 untuk pembeli rumah yang tidak dapat bayar. Semua seksyen ini memberi pengecualian supaya effectnya ini terang-terang boleh kita jelaskan, perlindungan ditarik balik. Kononnya kita bagi perlindungan dengan tangan kanan dan kita tarik balik dengan tangan kiri. Tidak ada makna kita buat undang- undang macam ini, jadi inilah yang kita perlu pinda. Macam Yang Berhormat Bangi sebut dalam ucapan beliau dan saya sokong. Satu ialah kita tarik balik semua peruntukan keenam-enam ini, tarik balik dia ataupun Yang Berhormat Menteri dan kerajaan perlu mempertimbangkan, memperhalusi drafting dia. Supaya masalah yang kita hendak tangani, ditangani dan tidak dijadikan tidak bermakna sebagaimana yang sekarang berlaku. Sebagai contoh sebagai kontrak kita boleh perlu halusi. Sekarang semua perlanggaran yang berlaku daripada Mac sehingga mungkin bulan Oktober tidak dapat perlindungan. So, ini yang mesti kita tengok secara halus, we have to either withdraw the exception clause, the saving clause dengan izin Tuan Yang di-Pertua ataupun kita buat pindaan. Jikalau tidak, saya minta maaf, it is a meaningless bill.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Kita uar-uarkan di sini sebagai kita hendak beri perlindungan tetapi sebenarnya perlindungan itu tidak ada, sudah dihapuskan dengan enam klausa-klausa pengecualian ini yang sudah hapuskan semua perlindungan itu. Jadi, perlindungan sekarang hanya berlaku kepada golongan-golongan itu yang kita sasarkan, hanya berlaku selepas penerbitan akta yang mungkin berlaku pada pertengahan bulan Oktober. Jadi, untuk tujuh bulan dari bulan Mac, selepas 18 Mac bila PKP bermula hingga Oktober, semua yang berlaku pada masa itu, semua mangsa tidak boleh merujuk kepada akta ini untuk perlindungan. Jadi, inilah masalah yang bagi saya terang-terang nyata. Kelambatan itu satu isu, yang perlindungan itu tidak ada lagi. Inilah isu yang jauh lebih besar. Ada dua perkara yang saya hendak bangkitkan. Satu lagi ialah berkaitan tentang proses mediasi. Proses mediasi itu penting tetapi kita kena pastikan itu berkesan sebab kita tidak boleh buat mediasi dengan satu panel mediasi di Kuala Lumpur sahaja. Kita perlu menguruskan dan buat satu sistem mediasi di mana mungkin di setiap bandar di mana ada Mahkamah Sesyen, sekurang-sekurangnya ada panel atau beberapa panel mediasi. Kalau tidak, kita boleh sebut mediasi adalah proses untuk mendapat remedi di sini tetapi di peringkat realiti di bawah, di akar umbi akan jadi tidak ada makna lagi. So, inilah saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan kepada Dewan ini, apakah langkah-langkah yang kerajaan sudah merancang, belanja kita untuk memastikan sistem mediasi ini akan ditubuhkan dengan cara yang berkesan dan bukan satu atau dua panel ditubuhkan yang akan dibanjiri oleh ratusan atau ribuan, puluhan ribuan tuntutan dan pertikaian. Di akhirnya tidak akan diselesaikan oleh proses mediasi ini. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat] Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, boleh saya juga minta daripada Yang Berhormat Menteri data penting seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi. Kita perlu, Dewan ini perlu mendapat data yang terperinci tentang masalah juga yang kita dah lihat. Kita tahu masalah itu tetapi harus ia diperincikan dengan data. Maksudnya ialah berapa ribu atau berapa puluhan ribu mangsa kemuflisan yang diakibatkan oleh langkah- langkah mencegah COVID-19 dari Mac hingga sekarang. Tolong bagi angka itu. Begitu juga dengan semua golongan mangsa yang kita sasarkan dalam kategori lain, dalam sewa beli, pembeli rumah yang tidak dapat bayar dan sebagainya. Data itu penting sebab itu akan memberi gambaran yang jelas kepada kerajaan dan membantu kita memahami skala masalah yang kita hendak selesaikan dengan undang-undang ini. Akan tetapi saya tegaskan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua sebelum saya duduk ialah saya kembali balik kepada ungkapan Yang Berhormat Menteri, “better late than never”. The lateness is not the issue lagi. The issue now is the bill does not work in the current form. Kita harus timbang semula peruntukan-peruntukan yang saving clauses ini, yang enam klausa itu perlu dipertimbangkan semula. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Ipoh Timur belum ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya akan masuk terus ke dalam perbahasan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan rang undang-undang yang kita bincang pada petang ini, saya percaya bahawa rang undang-undang ini sepatutnya bertujuan untuk memberikan relief kepada para peniaga daripada pelaksanaan kontraktual dan juga membantu mereka untuk memastikan aliran tunai segera adalah terjamin dan tanpa sebarang ugutan daripada apa-apa indication case, dengan izin.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Seperti yang dibangkitkan oleh ramai rakan saya, pada hari ini 25 Ogos barulah kita berkesempatan untuk membahaskan rang undang-undang ini yang sepatutnya rang undang-undang ini dikemukakan kepada Parlimen sejurus selepas MCO diisytiharkan oleh pihak kerajaan. Sememangnya saya hendak put on record, dengan izin bahawa Ahli-ahli dari sebelah sini telah pun banyak kali pada bulan Mac khasnya Ahli Parlimen dari Iskandar Puteri menyatakan supaya, memohon supaya, mendesak supaya suatu emergency seating diadakan, 4 Mac, 24 Mac dan 28 Mac. Kita bandingkan Kerajaan Singapura, Parlimen telah pun meluluskan rang undang-undang yang sama pada hari yang mana lockdown dengan izin diisytiharkan pada 7 April dan kita adalah terlambat. Saya tidak pasti kenapa apabila pemuda-pemudi kita, anak-anak muda kita mampu untuk mengadakan satu Parlimen digital dengan inisiatif mereka sendiri tetapi di Parlimen ini kita tidak sanggup untuk bersidang pada bulan Mac atau April demi kebaikan rakyat. Isu pokoknya adalah bagaimana kita boleh membantu mereka yang terjejas daripada pandemik COVID-19 ini. Saya memerhati dan saya berpendapat bahawa seksyen 10 perlindungan akta ini tidak sampai kepada perjanjian-perjanjian yang telah pun ditamatkan sebelum ini ataupun deposit-deposit yang telah pun dilucutkan sebelum ini. Dari segi undang-undang, ini merupakan satu ketinggalan ataupun kelemahan yang amat ketara dalam rang undang-undang ini yang mana adalah jelas sekiranya untuk mereka yang telah pun menyelesaikan dispute ataupun masalah mereka pada bulan Mac hingga 31 Ogos. Sekiranya dispute ataupun masalah mereka mendapat perlindungan daripada rang undang-undang ini, adalah lebih baik kerana ini adalah sesuatu yang ingin membawa satu keadilan untuk kedua-dua pihak kontraktual tersebut. Dalam perkara ini sememangnya saya ingin menyatakan bahawa kelalaian, kecuaian, ketidakprihatinan daripada Kerajaan Perikatan Nasional sekarang telah pun menyebabkan kesemua ini daripada berlaku. Ada mereka yang telah pun menyelesaikan masalah mereka dari bulan Mac hingga Ogos, sekarang datangnya rang undang-undang ini, apakah perasaan mereka? Mereka akan berasa telah tertipu oleh kerajaan ini. Mereka akan terasa kenapa pada masa itu saya kena selesaikan masalah ini dengan terma-terma yang tidak memihak kepada saya. Saya memohon supaya pihak kerajaan mempertimbangkan supaya seksyen 10 ini dikeluarkan daripada rang undang-undang ini. Saya perhatikan juga bahawa Bahagian II iaitu pelaksanaan obligasi kontraktual. Obligasi kontraktual yang dimaksudkan di Bahagian II di dalam Jadual itu adalah terlalu terhad yang mana ia tidak termasuk perjanjian-perjanjian seperti perjanjian jual beli, perjanjian usaha sama dan sebagainya. Persoalan di sini adalah di manakah recourse dengan izin untuk mereka yang menghadapi masalah dalam perjanjian jual beli ataupun perjanjian usaha sama? Saya memberikan satu cadangan supaya untuk mereka yang terjejas akibat daripada contractual obligation mereka semasa tempoh pandemik ini, adalah patut dan betul untuk pihak kerajaan memperkenalkan ataupun menubuhkan jawatankuasa ataupun satu badan untuk menyelesaikan masalah, untuk menerima aduan-aduan mereka dan menyelesaikan masalah-masalah kontraktual yang dihadapi yang tidak disentuh dalam rang undang-undang ini. Akhirnya, saya memohon untuk menyentuh poin yang terakhir saya adalah berkenaan dengan dalam rang undang-undang ini, sekiranya kita perhatikan kita tidak ada mana-mana penimbang tara (accessor) yang telah pun diiktiraf ataupun telah pun dinamakan dalam rang undang-undang ini. Sekiranya seorang accessor boleh ataupun satu jawatan accessor boleh diperkenalkan dalam rang undang-undang ini, maka ia akan membolehkan mereka yang menghadapi masalah dalam kontrak mereka, boleh membawa kes mereka kepada accessor dan supaya accessor boleh membuat satu keputusan bagi kedua-dua pihak. Satu keputusan adil dan saksama bagi kedua-dua pihak. Dengan itu, saya ingin mengakhiri perbahasan saya pada petang ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menyertai dalam perbahasan peringkat dasar untuk Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus (COVID-19) 2020.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu berkenaan dengan peruntukan mediasi atau perantaraan dalam rang undang-undang ini. Saya berpendapat bahawa ia mungkin tidak akan begitu efektif pada akhirnya sebab ia secara sukarela dan atas budi bicara pihak-pihak yang terlibat. Di sini, saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk mempertimbangkan untuk tambahkan satu peruntukan dalam rang undang-undang ini untuk memasukkan satu klausa force majeure secara automatik ke dalam semua kontrak-kontrak melalui pindaan Akta Kontrak 1950. Force majeure adalah klausa umum dalam kontrak yang pada dasarnya membebaskan kedua-dua pihak dari tanggungjawab atau kewajipan apabila berlakunya keadaan luar biasa di luar kawalan pihak. Kerajaan juga seharusnya mengisytiharkan pandemik COVID-19 sebagai peristiwa force majeure seperti yang dilakukan di Perancis dan Sepanyol. Di China pula kerajaan telah mengeluarkan sijil force majeure kepada 4,811 syarikat dengan jumlah nilai kontrak sebanyak CNY373 bilion pada Mac tahun ini. Ini akan membantu secara terus dalam kontrak-kontrak dan mengelakkan syarikat-syarikat daripada terikat oleh tugas-tugas yang tidak dapat dilaksanakan akibat COVID-19. Saya juga ingin teruskan kepada isu had masa (limitation period) bagi permulaan ataupun penguatkuasaan hak melalui tindakan mahkamah di bawah kontrak atau tort. Saya mendapati bagi tujuan ini, Sabah Limitations Ordinance juga dipinda oleh rang undang-undang ini. Secara dasar saya selaku Ahli Parlimen daripada Sabah tiada bantahan terhadap cadangan pindaan ini. Namun demikian persoalan saya, adakah sama ada pandangan Kerajaan Negeri Sabah telah pun diperoleh sebelum pindaan terhadap Sabah Limitation Ordinance dilakukan? Sila Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan. Saya juga ingin membangkitkan isu pindaan terhadap Distress Act 1951, yang mana tujuannya adalah untuk mengelakkan tuan punya rumah daripada melelong barang-barang dalam rumah bagi tunggakan sewa antara 18 Mac 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Persoalan saya― bukankah pengecualian sewa secara terus lagi baik memandangkan moratorium enam bulan untuk pinjaman rumah dan bank sudah ada. Bukankah ia lebih baik? Kalau kerajaan boleh mempertimbangkan untuk terus memberikan tuntutan sewa kepada yang tuan punya rumah ini. Saya mohon Yang Berhormat Menteri memberikan pendapat Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, ini saya ingin membangkitkan satu isu yang berlaku semasa penularan wabak COVID-19 iaitu urusan lawatan ahli keluarga bukan warganegara. Saya telah pun menerima satu petisyen secara online daripada pelbagai pihak berkenaan isu ini. Sejak awal Jun dahulu dan dengan bermulanya fasa PKPP banyak sekatan pergerakan telah dilonggarkan. Walau bagaimanapun prosedur bagi lawatan untuk pasangan dan ahli keluarga bukan warganegara masih ketat. Ini menjadi satu beban dan kebimbangan terutamanya setelah mengambil kira kesan sosial dan psikologi yang dialami golongan ini. Sokongan keluarga dan pasangan adalah amat penting dalam mengharungi wabak pandemik ini. Masih ramai yang menagih rindu kerana perpisahan yang berlanjutan ini. Tambahan pula, pada masa yang amat sukar seperti sekarang. Saya ingin menyatakan bahawa undang-undang dan kawalan ketat melibatkan pasangan dan ahli keluarga bukan warganegara ini adalah kurang wajar dan boleh diperhalusi lagi tanpa berkompromi dengan situasi kesihatan awam. Saya percaya bahawa dengan langkah keselamatan yang tepat kami boleh berjumpa dan bersatu kembali dengan pasangan dan keluarga kami tanpa membahayakan masyarakat Malaysia secara amnya. Dengan ini saya ingin memohon untuk kerajaan mempertimbangkan: (i) kebenaran kepada rakyat Malaysia atau warganegara asing di Malaysia untuk meninggalkan negara ini bagi tujuan menziarahi ahli keluarga, pasangan dan anak-anak mereka di luar negara selagi mereka berjanji untuk mematuhi semua

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

langkah keselamatan kuarantin dan sebagainya apabila kembali; (ii) kebenaran kepada pasangan atau anak-anak rakyat Malaysia dan atau warganegara asing di Malaysia memasuki Malaysia walaupun mereka tidak mempunyai sebarang visa lawatan sosial jangka panjang, sekiranya mereka berjanji untuk mematuhi semua langkah keselamatan kuarantin dan sebagainya semasa kembali; dan (iii) kebenaran kepada pasangan yang belum berkahwin untuk bertemu dengan membenarkan rakyat Malaysia atau warganegara asing di Malaysia meninggalkan negara dan atau untuk pasangan mereka memasuki Malaysia dengan tujuan untuk melawat atau berkahwin sekiranya mereka boleh membuktikan hubungan mereka dan mematuhi langkah- langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Itu sahaja ucapan saya sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Hulu Selangor.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hulu Selangor bangkit untuk membahaskan Rang Undang-undang Langkah- langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Tuan Yang di-Pertua, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan ekonomi yang besar kepada negara dan rakyat. Perniagaan terbeban oleh situasi semasa sehingga ada yang terpaksa ‘gulung tikar’. Kita sebenarnya amat memerlukan satu akta untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat COVID-19. Kehidupan rakyat juga amat terkesan hasil daripada pandemik ini. Tidak kurang juga isu pengangguran yang perlu ditangani dengan kadar segera. Namun, mengapa kerajaan tidak mempertimbangkan untuk memasukkan seksyen yang berkaitan bagi membantu mengurangkan kesan pandemik ini terhadap hak pekerja. Bahagian yang perlu diutamakan seperti rakyat yang menanggung kehilangan pekerjaan dan tidak diperincikan di bawah rang undang-undang ini. Kita tidak boleh menafikan PKP telah menyebabkan sesetengah majikan tidak lagi mampu menampung kos operasi dan tidak mampu mengaji pekerja. Mengapa tidak diberikan satu seksyen spesifik bagi membela hak pekerja yang diberhentikan hanya kerana mereka menjadi mangsa kejatuhan ekonomi disebabkan pandemik. Kita juga tidak boleh menyalahkan keseluruhannya kepada majikan kerana kita faham bebanan yang dihadapi mereka. Justeru itu, hal ini amat penting untuk dipertimbangkan juga dalam rang undang- undang ini bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela dan hak pekerja dipelihara. Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung untuk menangani pandemik COVID-19 selama dua bulan memberikan kesan negatif kepada pelbagai sektor perniagaan. Banyak syarikat dan perniagaan terjejas, ada yang terpaksa ‘gulung tikar’. Setakat ini statistik Jabatan Insolvensi Malaysia mendapati jumlah individu diisytiharkan bankrap sehingga Mei tahun ini adalah sekitar 2,591 kes. Kita sedia maklum kerajaan telah menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam-peminjam individu dan juga perusahaan kecil dan sederhana bermula 1 April hingga 30 September serta mengumumkan lanjutan tempoh moratorium ini secara bersasar bagi mengelakkan peminjam dikenakan tindakan undang-undang berkaitan kebankrapan. Walau begitu, jumlah orang bankrap di Malaysia dijangka akan bertambah walaupun moratorium itu ditawarkan. Sehubungan itu, berapakah jumlah kes kebankrapan dan petisyen kebankrapan yang telah dikemukakan bagi tahun ini? Berapakah jumlah PKS yang menutup operasi mereka sejak pelaksanaan PKP? dan berapakah daripada mereka muflis?

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Minta dinyatakan juga jumlah peminjam yang memohon melanjutkan tempoh moratorium bayaran balik pinjaman bank setakat ini. Selain usaha yang dilakukan sekarang, apakah lagi langkah kerajaan bagi membantu individu dan syarikat daripada bankrap? Adakah kerajaan bersedia mempertimbangkan pelepasan automatik kepada mereka yang terjejas akibat COVID-19? Kita perlu meneliti statistik ini bagi memastikan rang undang-undang yang dibentangkan memenuhi keperluan semasa yang dihadapi oleh rakyat. Kita juga perlu melihat daripada segenap aspek agar ia mencapai matlamat dan tujuan rang undang- undang ini digubal. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan PKP telah menyebabkan semua projek pembangunan di Malaysia dihentikan kerana industri pembangunan perumahan tidak dianggap sebagai industri perkhidmatan penting. Pemaju tidak dapat menjalankan sebarang kerja pembinaan dalam tempoh PKP dan menjejaskan perjanjian antara pemaju dan dengan pembeli. Mengikut undang-undang yang sedia ada, pihak pembeli atau pihak bank boleh menyaman pihak pemaju yang bertanggungjawab menyiapkan sesuatu projek sekiranya projek lewat siap dari tarikh yang ditetapkan. Pemaju juga tidak dapat menyiapkan pembinaan mengikut masa yang ditetapkan bakal akan dikenakan saman dan didenda kerana melanggar perjanjian dengan pembeli.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Oleh itu, rang undang-undang ini adalah untuk menawarkan perlindungan sementara kepada pemaju dan pembeli yang terjejas akibat COVID-19. Walau bagaimanapun, dalam rang undang-undang ini mempunyai pengecualian. Di mana pengubahsuaian di bawah rang undang-undang ini tidak terpakai terhadap prosiding undang-undang yang dimulakan ataupun penghakiman atau award yang diperoleh untuk mendapatkan caj pembayaran lewat yang perlu dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang perlu dibayar oleh pemaju serta caj pembayaran lewat yang telah dibayar oleh pembeli atau ganti rugi jumlah tertentu yang telah dibayar oleh pemaju semasa tempoh PKP dari 18 Mac 2020 hingga tarikh penyiaran akta ini. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu beberapa kes tindakan undang-undang telah diambil terhadap pemaju oleh pembeli dan bank ketika ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, sudah lebih 5 minit sudah.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Okey. Last ya. Serta caj pembayaran lewat dan ganti rugi yang telah dibayar setakat. Pengecualian ini pula kelihatan tidak adil kepada mereka yang dikenakan saman ataupun denda sebelum ini. Adakah mereka juga diberi peluang untuk mendapat perlindungan di bawah akta ini? Selain itu, adakah kerajaan dapat mempertimbangkan caj pemaju untuk memanjangkan tempoh masa menyiapkan projek? Untuk ini, Yang Berhormat Hulu Selangor berharap pihak kerajaan melihat semula perkara yang telah dibangkitkan. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian pada perbahasan pada petang ini. Dalam masa lima minit yang dihadkan, saya akan hanya sentuh beberapa point sahaja secara singkat. Pertama, satu saya hendak menyatakan kekesalan bahawa kelewatan pihak kerajaan membentangkan rang undang-undang ini. Oleh sebab hari ini sudah masuk 25 Ogos, baru kita buat bacaan kedua untuk diluluskan dalam Dewan ini. Pada hal, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dimulakan pada 18 Mac yang dulu. Maknanya, lebih lima bulan dulu. Kalaupun kerajaan sebenarnya mempunyai banyak peluang untuk membentangkan rang undang-undang ini lebih awal, satunya memang seperti mana yang kita sedia maklum, pada 18 Mei selepas perasmian Dewan tapi tidak dilakukan. Akan tetapi sebenarnya jauh sebelum itu, sebelum 18 Mei sebenarnya kerajaan boleh, mengikut peraturan 11, sub 3 di bawah peraturan Standing Order Dewan Rakyat, Perdana Menteri boleh memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan supaya

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

sidang Dewan diadakan untuk faedah orang ramai. Bagi saya perkara ini berkaitan faedah orang ramai dan wajar disegerakan. Oleh sebab sepatutnya perkara yang begitu penting, begitu mustahak, dengan apa yang berlaku, pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali. Bukan sebab kita hendak ikut negara lain buat cepat, kita buat cepat. Oleh sebab ada keperluan untuk menjaga kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Oleh sebab itulah ada keperluan untuk disegerakan. Oleh sebab berlaku kelewatan, hari ini lepas lima bulan, ada perkara tertentu. Saya rujuk contoh, di bawah seksyen 37, sub 2 misalnya, berkenaan dengan bayaran yang telah dibayar oleh mana-mana pihak sama ada oleh pembeli atau pemaju, bayaran yang telah dibayar dianggap sebagai dibayar dengan sah dan tidak perlu dikembalikan. Maknanya, apa yang kita hendak luluskan pada hari ini sebenarnya tidak membawa makna yang keseluruhan. Ada perkara yang telah berlaku dan tidak boleh dikembalikan. Jadi, rang undang-undang ini ada cacatnya. Cacat bukan sebab drafting ia tidak bagus, disebabkan kelewatan kita. Saya harap kerajaan supaya ambil maklum perkara ini. Soal kerajaan baharu Perikatan Nasional hanya ambil alih pada awal bulan Mac itu tidak sepatutnya berlaku sebab banyak lantikan GLC boleh dilakukan. Jadi, kenapa perkara ini tidak boleh dilakukan lebih awal? Ini bagi saya hanya sebagai dalih sahaja untuk menjadi alasan sahaja. Saya mohon merujuk kepada Bahagian VIII iaitu berkenaan dengan Akta Sewa Beli 1967. Bagi saya memang kalau pemunya yang dinyatakan di bawah Akta Sewa Beli, banyak merujuk kepada bank-bank ataupun institusi kewangan. Akan tetapi saya menyambut baik bahagian tersebut. Cuma saya rasa seksyen 24, kecualian yang dinyatakan, tidak membawa makna. Oleh sebab apa, saya hendak katakan, perkara ini akan membolehkan bank ada masa sekurang-kurangnya satu bulan daripada tarikh hari ini. Kita akan luluskan petang ini dan lepas itu Dewan Negara dijangka akan meluluskan dalam hari-hari yang terakhir persidangan selama 11 hari bulan depan. Ia sudah masuk minggu keempat bulan September. Lepas itu untuk perkenan Tuanku. Jadi, prosesnya akan ambil masa lebih kurang satu bulan ataupun lebih sebelum ia menjadi, digazetkan, disiarkan. Jadi, bank masih mempunyai peluang untuk mengambil tindakan. Jadi, kecualian ini sepatutnya dibuang, tidak dimasukkan. Begitu juga keadaannya dengan Bahagian 11, Akta Pemajuan Perumahan 1966. Saya menyambut baik seksyen 34, seksyen 35 dan seksyen 36. Akan tetapi saya mohon supaya seksyen 37 kalau boleh dikeluarkan. Oleh sebab ia akan menyebabkan apa yang kita niatkan, yang kita harapkan daripada akta ini, daripada rang undang-undang ini, tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Oleh sebab pihak yang terlibat masih boleh ambil tindakan undang-undang. Jadi, bukan setakat dua seksyen yang saya sebutkan, seksyen 24 dan seksyen 37 tetapi seksyen 10, seksyen 21, seksyen 24, seksyen 27, seksyen 31 dan seksyen 37. Saya nampak ada enam seksyen berkenaan dengan kecualian yang wajar dipertimbangkan semula sama ada wajar atau tidak dimasukkan ke dalam rang undang- undang ini. Oleh sebab kemasukan enam kecualian dalam seksyen ini akan defeat the purpose, akan menidakkan keseluruhan niat yang hendak dilakukan. Jadi, saya mohon supaya akta ini benar-benar membawa makna dan ia boleh berkuat kuasa secara retrospektif, terkebelakang bermula pada 18 Mac 2020. Maknanya, pada permulaan PKP dan tiada pengecualian, supaya semua pihak yang terjejas, yang terkesan kerana pandemik COVID-19 dan juga PKP ini akan mendapat peluang yang sewajarnya dan terbela sewajarnya di bawah rang undang-undang yang akan kita luluskan pada petang ini. Jadi, perkara terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap supaya kerajaan dapat menjaga, membela rakyat dalam hal ini supaya semua rakyat yang terjejas, tertakluk kepada undang-undang yang sama. Jangan ada sesiapa dengan kedudukan istimewa seperti Menteri yang boleh terlepas daripada pematuhan kuarantin wajib 14 hari berlaku kepada sesiapa. Jadi, sekian saja ucapan ringkas saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Johor Bahru.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Yang Berhormat Johor Bahru untuk membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Cuma seperti yang telah disebut oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain, kita merasakan bahawa rang undang-undang ini lambat dibentangkan. Menunjukkan ada kealpaan dan kecuaian di sebelah sana. Keduanya, ianya tidak sebenarnya melindungi rakyat kebanyakan, terutamanya golongan yang mungkin yang tidak mampu untuk mempertahankan diri mereka dalam sudut ekonomi. Ketiga adalah bagaimana rang undang-undang ini, bolehkah ia mampu untuk melindungi daripada kesilapan kerajaan itu sendiri? Jadi, dalam isu ini saya hendak ambil sebagai satu contoh adalah golongan mahasiswa. Kita tahu bagaimana PKP ini bermula sejak 18 Mac dan kemudian disambung sehingga 28 April, sebelum disambung lagi kepada 12 Mei. Akan tetapi apa yang berlaku kepada mahasiswa, pada 27 Mei telah diumumkan Kementerian Pendidikan Tinggi bahawa kampus ini akan ditutup sehingga 30 Disember, sampai hujung tahun dan hanya akan dibuka 1 Januari. Jadi, ramai sebenarnya mahasiswa terpaksa berdepan dengan dilema membuat keputusan sama ada hendak meneruskan kontrak rumah-rumah sewa mereka. Jadi, yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, hasil kelewatan rang undang-undang ini, berapa ramai mahasiswa yang terpaksa berdepan dengan masalah rumah sewa ini? Kebanyakan mungkin membatalkan sewaan mereka dan mereka terpaksa didenda dengan deposit satu bulan dan dua bulan. Kemudiannya pada 8 Julai, Kementerian Pendidikan Tinggi telah membuat pengumuman sekali lagi yang memaklumkan bahawa kampus-kampus akan dibuka lebih awal iaitu pada bulan Oktober. Apa yang berlaku kepada mahasiswa? Sudah pasti kalaulah Yang Berhormat Menteri sendiri menjadi tuan rumah kepada mereka tidak akan memberi mereka sekali lagi menyewa sebab telah melanggar kontrak tersebut. Jadi, bagaimana untuk kita membantu mahasiswa ini dalam keadaan, dalam sebulan lebih yang seperti yang disebut bahawa rang undang-undang ini mungkin mengambil kesan lebih daripada sebulan sebelum dapat dikuatkuasakan. Jadi bagi saya, kena teliti dalam soal nasib golongan mahasiswa. Satu lagi kumpulan yang saya kalau boleh hendak ketengahkan kepada Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Kita tahu bahawa sebelum PKP itu bermula, lebih daripada 300 ribu rakyat Malaysia berulang alik setiap hari. Dari segi kesan ekonominya macam mana, kalau lah setiap daripada mereka ini hanya mendapat gaji minimum? Di Singapura gaji minimumnya SD1,300. Kalau di Malaysia ini RM4,000. RM4,000 darab dengan 300 ribu orang yang bekerja di sana, sebanyak RM1.2 bilion yang dibawa pulang tiap-tiap bulan. Inilah komitmen mereka kepada keluarga. Inilah juga duit yang digunakan untuk membayar aset-aset mereka, sewaan dan sebagainya. Jadi, apa yang berlaku kalau sekarang ini mereka dimaklumkan moratorium terpaksa dipendekkan. Kita sudah bahas suruh sambung enam bulan lagi. Apabila dipendekkan, mereka terpaksa pulang untuk berurusan dengan pihak bank. Kerajaan kata kamu pandai-pandai lah berunding dengan bank. Mereka adu, kalau mereka balik, terpaksa masuk pusat kuarantin 14 hari, bayar RM2,100. Kita mohon supaya kerajaan tampung kos kuarantin ini, tetapi ditolak. Bila berlaku Menteri langgar arahan kuarantin, Menteri bayar RM1,000 terlepas. Rakyat kita balik kena bayar RM2,100 sangkut dua minggu. Mereka bila mahu kembali ke Singapura untuk sambung bekerja, Tuan Yang di-Pertua, mereka terpaksa pula bayar kuarantin di Singapura SD2,500 convert kepada Ringgit Malaysia lebih kurang RM8,000. RM8,000 campur RM2,100, sebanyak RM10,000 yang terpaksa ditampung kerana moratorium hendak ditamatkan. Mereka terpaksa berunding dengan bank sebab mereka di sana pun terputus dari segi pendapatan dan sebagainya. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan dalam situasi sekarang ini, walaupun RUU ini terlambat kita juga kena tengok bagaimana pertembungan ataupun percanggahan antara pengumuman kerajaan yang bertukar dan sebagainya ini menyebabkan rakyat terpaksa membuat keputusan dan juga memilih jalan

yang rasanya lebih menyelamatkan ekonomi mereka. Akan tetapi yang merisaukan sekiranya RUU ini tidak dapat menampung dalam soal kontrak melindungi rakyat kebanyakan itu, mereka akan terus ditekan. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana hari ini dapat diberikan masa untuk berbahas dan saya harap lah kerajaan tengok nasib rakyat- rakyat kita. Walaupun mereka bekerja di Singapura, mereka itu masih rakyat kita, mereka bawa balik duit tersebut ke negara kita dan inilah yang saya harap pihak kerajaan dapat meneliti semula. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, sering kali kita kata slow and steady ya, dengan izin. Akan tetapi kalau kita lihat tindakan kerajaan membentangkan rang undang-undang ini adalah too slow dengan izin. Terlalu lambat seperti too late. Too late and too slow, lambat seperti kura-kura. Ini adalah kerana Sheraton Move. Ada segelintir orang gilakan kuasa, pentingkan diri sendiri dan telah menyebabkan rang undang-undang COVID-19 ini sehingga hari ini baru bentang di Parlimen. Akibat daripada tindakan mereka yang khianat ini, telah menyebabkan rakyat sengsara. Di mana kalau kita ikut soal selidik yang telah diumumkan oleh FMM mengatakan 70 peratus pengusaha perlu dua tahun untuk kembali kepada perniagaan biasa. Sebanyak 50 peratus pengusaha akan terpaksa mengurangkan jumlah tenaga kerja sebanyak 30 peratus pada hujung tahun ini. Jelas ini semua berlaku kerana rang undang-undang COVID-19 ini tidak dibentangkan pada bulan Mac. Inilah hakikatnya. Salah satu daripada hakikatnya. Jadi, saya hendak minta supaya Menteri– memandangkan semua pengusaha termasuk kita jangka ada 1 juta orang akan hilang kerja. Kita harap supaya seksyen 10, kecualian dapat dipertimbangkan kerana kalau mengikut seksyen 10 mengatakan akta ini tidak terpakai kepada apa yang berlaku sebelum akta ini berkuat kuasa. Sedangkan kita tahu kesan yang paling teruk yang paling terkesan ialah pada bulan Mac sehingga Jun. Ramai yang menghadapi masalah pada ketika itu. Jadi, kita harap supaya pihak kerajaan boleh pertimbangkan semula. Begitu juga saya hendak tekankan kepada seksyen 9 iaitu pengantaraan. Saya hendak minta supaya Menteri boleh perjelaskan bagaimanakah proses pengantaraan ini berfungsi sebab pengalaman memberitahu kita. Contohnya, kita lihat kepada Tribunal Tuntutan Pengguna, di mana jika satu pihak tidak hadir ke tribunal tersebut, maka dia tidak dapat mengendalikan aduan yang dikemukakan. Jadi, saya hendak minta supaya Menteri boleh perjelaskan supaya kita hendak memastikan pengantaraan ini dapat berfungsi dengan berkesan. Saya beri satu contoh. Kalau hari ini seorang pemaju mengambil keputusan oleh sebab COVID-19, dia hendak batalkan projek perumahan dia dan dia tidak hendak kembalikan deposit yang telah dibayar oleh pembeli. Pembeli membuat aduan. Bagaimana kerajaan hendak memastikan pemaju akan hadir di mesyuarat pengantaraan tersebut supaya satu pendengaran yang adil dapat dilangsungkan. Itu merupakan poin saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ya, paling terakhir Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Tidak ada? [Disampuk] Tidak ada tidak apa lah. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Menteri-menteri untuk menjawab. Dimulai dengan Yang Berhormat Ayer Hitam.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan bertanggungjawab ke atas fasal 43 hingga fasal 45 yang berhubungan dengan pengubahsuaian kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 serta fasal 46 hingga fasal 48 yang berhubungan dengan pengubahsuaian kepada Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dalam Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Pengubahsuaian Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 melibatkan dua seksyen berikut iaitu seksyen 21 dan seksyen 56. Seksyen 21 akan melibatkan perubahan sementara penggunaan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan. Seksyen 56 pula memperuntukkan perubahan sementara penggunaan kenderaan barangan. Pengubahsuaian Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 pula akan melibatkan pengubahsuaian kepada seksyen 23 dan 24. Seksyen 24 memperuntukkan pertukaran sementara penggunaan kenderaan perkhidmatan awam. Manakala seksyen 24 akan melibatkan pertukaran sementara penggunaan kenderaan ‘C’ atau ‘A’. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Jelebu yang turut membahaskan perkara yang melibatkan bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah kebenaran khas ini, pengendali berlesen yang membuat permohonan ini akan hanya dibenarkan menyediakan satu jenis perkhidmatan dalam satu masa sahaja. Dalam erti kata yang lain, mereka tidak dibenarkan untuk membawa penumpang dan barangan dalam satu masa atas dasar keselamatan dan kebajikan pengguna dan pembeli. Mengenai persoalan berhubung status pendaftaran kenderaan. Kod jenis kegunaan di dalam rekod daftar JPJ tidak akan diubah. Ini adalah selari dengan prinsip RUU ini yang bersifat sementara. Hanya permit kenderaan yang dikeluarkan oleh APAD atau LPKP yang akan berubah secara sementara bagi membolehkan pengendali sedia ada menyediakan perkhidmatan berbeza dari permit asal.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka SiongMCA · BNMenteri Pengangkutan · Ayer Hitam

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jelebu juga, pada masa ini, kerajaan masih belum mengawal selia industri perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal yang disebut oleh Yang Berhormat sebagai runner atau perkhidmatan p-hailing. Oleh yang demikian, mereka tidak tertakluk kepada rang undang- undang ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Tapah. Tidak ada? Setiap Menteri selama 15 minit. Tak ada? Diganti dengan?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri tidak ada? Yang Berhormat Menteri tidak ada kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Ampang. Silakan.

Puan Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Ampang

Terima kasih. Saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa yang membangkitkan isu mengenai Akta Pemajuan Perumahan. Yang Berhormat Seputeh tadi ada bangkitkan isu tetapi dia tidak ada. Yang Berhormat Hulu Selangor? Tak ada. Yang Berhormat Kota Melaka? You there? All right.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ada, ada.

Fasal tribunal ya, Yang Berhormat Kota Melaka?

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya.

So, mengenai isu tribunal ini, waktu COVID-19, dia boleh melaksanakannya melalui delivery untuk hantar melalui pos. You tidak payah menghadirkan diri. Juga, tempoh berkuat kuasa adalah― let me check first. So, tempoh yang dia terlibat hanya dihadkan dari 18 Mac sampai 9 Jun kerana at that time masih lagi tidak ada pergerakan rentas antara negeri. Then, dalam tempoh masa berapa bulan? Bermula daripada 4 Mei. So, dia ada masa daripada 4 Mei sampai ke 31 Ogos 2020. Sekejap ya. Klausa 38 ini memanjangkan tempoh had masa untuk pemfailan suatu tuntutan dari 4 Mei 2020 sampai 31 Disember 2020.

Jadi, tidak ada isu yang dia tidak dapat cover masa yang period daripada― as long as the period is within the PKP, that means 18th March to 4th May, if it’s being filed within that period, they’d get an extension of time up to 31st December 2020.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya hendak tekankan ialah bagaimana kita hendak pastikan apabila tribunal dijalankan, kedua-dua pihak akan hadir di tribunal tersebut?

Kalau masuk tribunal, memang kedua-dua pihak kena hadir. Sebab itu kita beri extension of time because they cannot travel at that time and during the PKP, Tuan Yang di-Pertua. So, we give them time which is enough, ample time for them to come together. This should be no issue.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Maksud saya, Yang Berhormat Menteri, kalau dia― tadi saya ada bagi satu contoh ya. Kalau pihak pemaju dengan pembeli ya, di mana pemaju batalkan projek dia, dia enggan kembalikan deposit kepada pembeli, pembeli membuat aduan kepada tribunal dan tribunal akan minta dua pihak untuk hadir pendengaran. Bagaimana kerajaan hendak pastikan supaya pihak yang lebih menguntungkan itu, iaitu dalam kes ini ialah pemaju, dia enggan hadir ke tribunal tersebut?

Pihak pemaju dimestikan untuk hadir. Dia tidak boleh escape. When they go to tribunal, they have to come and be present and sit with the case, with the pembeli. Cannot― they have to come. So, there is no such thing that they can escape or hide or whatever.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, dalam kes sebenar yang pernah berlaku di mana apabila tribunal, mereka hendak minta kedua-dua pihak, ada pihak tidak hadir ke tribunal. Itu yang berlaku pada hakikatnya.

So, the case will be default. I think from the legal aspect of it, it will be default. But in this situation where the COVID-19 period terjadi, we give them time for both sides to come and meet at the tribunal. But if tak present during unCOVID-19 time pun, if they are not present, so the case cannot proceed.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Itulah yang saya hendak bawa, yang saya hendak bangkitkan. Kita adakan Rang Undang-undang COVID-19 ini untuk hendak bantu melindungi semua yang terjejas. Jadi, kalau ada satu pihak cuba mengambil kesempatan, bagaimana pengantaraan ini kita hendak dilaksanakan dengan berkesan untuk memastikan kepentingan semua pihak terjaga?

Okay. Even in normal times, tribunal boleh membuat keputusan tanpa kehadiran pemaju. In normal times. So, this is not applicable for this time because it will be done the way that it used to be done. All right? Thank you.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Pendang.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Sorry, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf mencelah. Boleh saya bangkit satu poin sebelum Yang Berhormat Menteri duduk? Ini adalah berkaitan dengan poin yang saya bangkitkan dalam perbahasan iaitu saya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap, Yang Berhormat.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Seksyen 37.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sebentar. Saya kena...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Seksyen 37 sangat penting sebab dia bagi pengecualian kepada...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekejap. Saya hendak tanya dahulu Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, boleh?

Saya jawab bertulislah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Okey, dia hendak jawab bertulis, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Pendang.

Tuan Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita hendak menyentuh berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor tadi yang bertajuk mengapa tiada satu seksyen undang-undang menjaga hak pekerja yang diberhentikan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sudah terdapat undang-undang sedia ada bagi menjaga hak-hak pekerja apabila diberhentikan kerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Undang-undang berkenaan adalah Akta Kerja 1955 [Akta 265]. Majikan diwajibkan melapor kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengikut seksyen 63A dalam tempoh 30 hari sebelum pelaksanaan pemberhentian. Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2018 [Akta 800] memberi bantuan kewangan dengan kadar segera bagi menampung perbelanjaan semasa dan bantuan pencarian pekerjaan baharu. Mana-mana pekerja yang diberhentikan kerja boleh membuat aduan dan memfailkan tuntutan sekiranya dinafikan hak penggajian di bawah Akta Kerja 1955. Manakala dalam peruntukan di bawah seksyen 20(1A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] melindungi pekerja-pekerja daripada sebarang bentuk pembuangan kerja tanpa sebab atau alasan yang munasabah. Saya minta beri perhatian sebab ini meliputi PKP ataupun COVID-19 yang mana kesemua kita terlibat turun ke bawah kepada kawasan-kawasan masing-masing yang mana semua terlibat dalam pekerjaan. Manakala pekerja-pekerja yang menganggap perkhidmatannya ditamatkan tanpa sebab atau alasan yang munasabah boleh memfailkan kesnya di pejabat Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) yang berhampiran dengan tempat kerjanya dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembuangan kerja. Dalam Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, tahun unexpected crisis COVID-19, dengan izin, Bahagian VII fasal 40 telah mengecualikan tempoh daripada 18 Mac hingga 9 Jun 2020 bagi tujuan pengiraan tempoh masa 60 hari untuk memfailkan kes sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 20(1A) Akta 177.

Tuan Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Sehubungan dengan itu, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor telah diambil kira dan tiada keperluan untuk mewujudkan satu seksyen khusus untuk menangani isu pemberhentian pekerja dalam rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kapit. Silakan.

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dengan membangkitkan isu-isu berkaitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam perbahasan Rang Undang-undang Langkah- langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 ini. Sesungguhnya penglibatan semua Ahli Yang Berhormat menunjukkan keprihatinan dalam membela nasib rakyat yang telah terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Sebagaimana semua Ahli Dewan yang mulia sedia maklum, dua akta di bawah KPDNHEP yang terlibat dalam penggubalan rang undang-undang ini ialah Akta Sewa Beli 1967, Akta 212 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta 599. Suka saya ingin tegaskan di sini bahawa dua akta yang terlibat ini berkait rapat dengan kepentingan pengguna yang menyentuh kepada isu larangan penggunaan hak untuk mengambil semula milikan barangan bagi sebarang kemungkiran bayaran ansuran bulanan. Selain itu, ia juga menyentuh larangan kepada pemberi kemudahan kredit untuk

Datuk Alexander Nanta LinggiPBB · GPSMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna · Kapit

memulakan prosiding undang-undang bagi mendapatkan balik amaun yang belum dijelaskan oleh pengguna di bawah perjanjian jualan kredit itu. Akhir sekali, rang undang-undang ini juga akan melibatkan perlanjutan tempoh had masa pengguna untuk memfailkan tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Semoga rang undang-undang ini dapat membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penguatkuasaan PKP. Ia merupakan langkah sementara bagi membolehkan rakyat mengambil tindakan sewajarnya bagi memulihkan keadaan ekonomi mereka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sepang telah bertanya mengapakah tiada peruntukan untuk menaikkan nilai ambang keberhutangan bagi kes penggulungan syarikat. Jadi, penjelasannya berbunyi begini. Nilai ambangan keterhutangan syarikat telah dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM50,000 yang berkuat kuasa dari tarikh 23 April 2020 ini berkuat kuasa hingga 31 Disember 2020 ini melalui kuasa Menteri di bawah perenggan 466(1)(a) Akta Syarikat 2016, Akta 777, melalui satu arahan Menteri di bawah perenggan 466(1)(a) Warta Kerajaan Nombor 8032 bertarikh 21 April 2020. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri? Ini berkaitan dengan tiga seksyen berkaitan dengan kementerian tadi iaitu Bab IX, seksyen 26 sampai seksyen 27. Seksyen 26 itu memberi perlindungan. Itu jelas dan perlindungan yang amat tepatlah iaitu apabila pengguna tidak boleh selesai bayaran-bayaran, ada perlindungan daripada tindakan undang-undang yang mungkin akan dimulakan oleh yang patut terima bayaran itu. Akan tetapi apabila kita lihat – jadi itulah perlindungan yang diberi di bawah seksyen 26. Akan tetapi apabila kita lihat seksyen 27 iaitu the saving clause dengan izin. Izinkan saya baca. “The modification relating to subsection 24v(4) of The Consumer Protection Act 1999 in subsection 26(1) shall not affect…”, yang ini penting “…any legal proceeding commenced to recover or any judgement or award obtained for the outstanding amount payable by the purchaser under the credit sale agreement during the period…”, ini pun penting, “…from 18 Mac 2020 until the date of publication of this act.” Seperti kita sudah sebut tadi, ada kemungkinan besar akta ini hanya akan berkuat kuasa mungkin bulan 10. Jadi, tempoh tujuh bulan itu apabila pengguna dihadapkan ke mahkamah ataupun prosiding dimulakan, mereka tiada perlindungan ini. Jadi, inilah apabila kita sebut sepatutnya perlindungan ini kekal daripada waktu PKP bermula. Saya faham ada kerisauan tentang judgement, penghakiman yang telah diberi pada tempoh PKP ini. Kalau pelanggaran oleh pengguna, berlaku sebelum COVID-19, maksudnya tidak ada kena-mengena dengan langkah-langkah COVID-19 itu, itu okey dan boleh diterima sebab pelanggaran, keengganan bayar ataupun kecuaian dia bayar tidak ada kena mengena dengan langkah kerajaan untuk tangani COVID-19. Akan tetapi kalau selepas COVID-19 bermula langkah-langkah ini pada bulan Mac dan sebab kesan COVID-19 ini tidak boleh bayar, dia perlukan perlindungan. Akan tetapi kalau kita baca ini seksyen 27 menghancurkan perlindungan itu yang diberi oleh seksyen 26. Jadi, inilah saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bolehkah kita tarik balik seksyen 27. Kalau tidak, perlindungan yang kita mahu beri kepada pengguna ini kita sendiri hancurkan. Tidak ada makna lagi. Perlindungan hanya boleh bermula daripada waktu ataupun tarikh akta ini diwartakan selepas diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya. Jadi, inilah satu– saya tidak faham apa logiknya kita masukkan seksyen 27 itu. Akan tetapi kalau tidak begini, rakyat yang di seluruh negara ini yang merupakan pengguna dalam kategori ini yang dimaksudkan di seksyen 26 itu yang patut diberi perlindungan dan diberi perlindungan melalui seksyen 26 itu tetapi perlindungan itu ditarik balik di seksyen 27. Saya minta ini dipertimbangkan dan pindaan atau yang sesuai dibuat. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Tentang pengecualian ini, KPDNHEP ambil maklum dan kementerian dan Menteri di Menteri PUU di Jabatan Perdana Menteri akan menjelaskan tentang pengecualian ini nanti.

Yang Berhormat Menteri, minta satu penjelasan lagi tentang peraturan di bawah seksyen 466 yang telah dibuat pada bulan April oleh sebab tidak ada Dewan yang bersidang. Tadi Yang Berhormat Menteri telah memberikan penjelasan. Akan tetapi peraturan ini sedang dicabar di mahkamah bahawa peraturan tidak boleh meminda satu akta.

Adakah Yang Berhormat Menteri akan mengadakan satu pindaan ke dalam Akta Syarikat kerana peraturan itu untuk memanjangkan masa enam bulan, tidak boleh meminda satu Akta 466 bahawa bayaran hendaklah dibuat di dalam 21 hari. Adakah kerajaan akan pinda akta?

Secara ringkas Yang Berhormat, saya akan beri penjelasan secara bertulis nanti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Kota Bharu.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Saya juga terlebih dahulu mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, rakan-rakan di kedua- dua pihak yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Daripada rekod saya, terdapat 27 orang ahli telah membahaskan rang undang-undang ini dan seramai hampir 10 orang yang mencelah. Perkara ini menunjukkan bahawa bagi saya menunjukkan sikap Ahli-ahli Dewan yang mulia ini amat prihatin mengenai isu yang ada di hadapan kita sekarang ini. Bukan sahaja isu mengenai pandemik COVID-19 tetapi juga isu berkaitan dengan kesan daripada pandemik COVID- 19 yang kita hadapi ini.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh rakan saya, rakan saya selamanya iaitu Yang Berhormat Sepang. Walaupun berbeza, tetapi kami sama. Bahawa rang undang-undang ini adalah satu rang undang-undang yang berbentuk kompromi, satu undang-undang yang melibatkan aspek compromise di antara banyak pihak iaitu pihak penyewa, pihak tuan rumah, pihak penjual, pihak pembeli, pihak pembiaya, pihak peminjam dan sebagainya. Oleh kerana itulah kita terpaksa mengambil masa yang sedikit lama untuk kita mengderafkan rang undang-undang ini. Keduanya, Yang Berhormat Beaufort mengatakan bahawa kita mengalami unprecedented pandemic iaitu COVID-19. Oleh sebab itu undang-undang yang digubal berkaitan dengan COVID-19 juga adalah unprecedented law ataupun unprecedented bill pada peringkat ini. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya sebut di dalam ucapan pembukaan atau pembentangan rang undang-undang ini tadi, saya jelaskan sekali lagi bahawa tujuan rang undang-undang ini adalah sebagai satu langkah yang bersifat menyokong inisiatif pemulihan ekonomi oleh kerajaan. Maknanya rang undang- undang ini bukanlah satu-satunya langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat kita. Bukan sahaja dalam aspek kesihatan atau keselamatan tetapi juga dalam aspek ekonomi. Ini kerana, kerajaan telah melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN dan PENJANA. Keduanya, saya juga telah menyebutkan pada awal tadi sebelum rang undang-undang ini dibawa pada hari ini di Dewan ini untuk diluluskan insya-Allah, ianya telah banyak diselesaikan melalui saluran undang-undang berkaitan dengan pindaan kepada perundangan subsidiari. Pelbagai perintah dan peraturan telah dibuat dan ianya juga diselesaikan secara pentadbiran. Saya mungkin mengambil masa yang lama untuk menyebutkan pelbagai peraturan ataupun perintah yang dibuat, tetapi sekadar untuk menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, Kerajaan telah membuat pindaan dan juga peraturan terhadap 58 perkara yang melibatkan semuanya kepentingan rakyat. Antara yang saya boleh sebut ialah kecualian setem, cukai berkaitan dengan cukai pendapatan, berhubung dengan remitan fi sebanyak 25 peratus dan pelbagainya. Daripada 58 perintah dan peraturan yang telah dibuat dan diambil tindakan oleh kerajaan, sebanyak 24 daripadanya ataupun hampir sebahagian daripadanya adalah berkaitan dengan ekonomi. Satu perkara lagi, ramai Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan kenapa lambat? Saya tidak hendak menyatakan lagi, better late than never. Akan tetapi saya hendak menekankan bahawa kerajaan telah mengambil langkah untuk mewujudkan bill ini sejak daripada awal kita menghadapi pandemik iaitu seawal bulan April dan juga Mei.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Namun demikian untuk menjadikan rang undang-undang atau akta ini nanti sebagai undang-undang yang efektif, maka kerajaan perlu mengadakan segala perancangan, perbincangan dan juga sesi libat urus ataupun engagement dengan semua pihak yang berkepentingan dan pihak yang terkesan. Oleh kerana rang undang-undang ini adalah berkaitan dengan langkah sementara mengurangkan kesan. Oleh sebab iaitu kita mengadakan libat urus dengan semua agensi, semua pihak kerajaan, semua badan-badan NGO, civil society, juga tidak lupa juga dengan badan-badan swasta, Bank Negara, pihak-pihak yang saya boleh sebutkan tetapi terlalu panjang senarainya Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab iaitu sekali lagi saya nyatakan bahawa kelambatan ini adalah disebabkan kita mengadakan perancangan. If we fail to plan, we plan to fail. Tuan Yang di-Pertua, ada yang membandingkan keadaan negara kita ini dengan apa yang dibuat oleh negara jiran kita di Singapura yang mana mereka membuat Akta Langkah Sementara, Temporary Measures Act 2020 Singapore. Saya hendak sebutkan walaupun akta ini dikuatkuasakan selama satu tahun bermula 20 April 2020 di Singapura sehingga ke hari ini, pihak Singapura terpaksa membuat pelbagai pindaan baru. Saya boleh sebutkan pindaan yang dilaksanakan ini telah dibuat pindaan pada 12 Mei 2020 dan 19 Jun 2020. Saya difahamkan, saya tertakluk kepada pengesahan semula, saya difahamkan hampir 10 pindaan telah dibuat terhadap akta di Singapura, kalau Sungai Buloh mungkin lebih dari iaitu. Dia tidak menggunakan mediators atau mediation dia mengadakan accessors. Akan tetapi akhirnya kita mempunyai maklumat bahawa Singapura juga akan tukar daripada accessors kepada mediators. Jadi kesan yang baik itu ada, walaupun kita mengakui lewat tu mungkin ada kelemahannya. Saya terus kepada perbahasan daripada Ahli-ahli Dewan yang pertamanya Yang Berhormat Jelebu membangkitkan...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Nanti Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di- Pertua, kat sini Yang Berhormat Bangi.

Ya.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Tentang isu Singapura, saya juga ada bangkitkan dalam ucapan.

Mengenai?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Isu bill di Singapura, saya hendak buat perbandingan. Tadi Yang Berhormat Menteri ada cakap tentang Singapura. Saya hendak buat satu rujukan.

Saya kira saya bandingkan lambat dengan cepat sahaja. Aspek itu sahaja.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Ya, ya.

Bukan aspek lain ya Yang Berhormat Bangi?

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya hendak buat satu klarifikasi sahaja. Ini kerana salah satu amendment yang telah dibuat ataupun pindaan yang telah dibuat di Singapura pada 5 Jun 2020 di mana mereka ada rental relief ataupun rental waiver. Rental waiver tu pada asalnya adalah dua bulan, dua bulan ini adalah rental waiver yang dibagi oleh kerajaan kepada semua syarikat-syarikat yang ada sewa. Di Malaysia tidak ada rental waiver ini diberikan. Untuk amendment ataupun pindaan pada 5 Jun 2020 di Singapura telah ditambah lagi, dua lagi bulan additional rental relief dengan izin of two months for SMEs which have suffered greatly under the lockdown, also provide relief for landlords experiencing financial hardship. Jadi penambahan itu adalah kerana mereka hendak tambah lagi bantuan yang diberikan kepada syarikat-syarikat. Akan tetapi di Malaysia, tidak ada dibuat macam ini kepada yang terkesan.

Ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Bangi. I appreciate that.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya hendak buat klarifikasi sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya,terima kasih Yang Berhormat Bangi. Sila.

Ya, terima kasih. Saya menyebutkan tadi bahawa memang oleh kerana saya- with due respect, mungkin perancangan yang tidak terperinci oleh pihak Singapura, menyebabkan mereka terpaksa apa-apa amendment yang diperlukan. Kita tidak menafikan, mungkin Malaysia apabila kita meluluskan akta ini pada hari ini, kita juga akan membuat penambahbaikan, perubahan-perubahan yang mana kita berikan kuasa kepada Menteri ataupun pihak-pihak tertentu untuk membuat pindaan kepada perkara yang bertujuan untuk memberikan satu penambahbaikan. Terima kasih. Yang Berhormat Jelebu telah bertanya, adakah pihak yang mempunyai hutang melebihi RM50,000 selepas 31 Ogos 2021 mendapat penangguhan ataupun cooling-off period untuk menyelesaikan tunggakan hutang memandangkan amaun keberhutangan yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini bernilai RM100,000 sahaja. Saya hendak nyatakan bahawa rujukan perlu dibuat kepada fasal 19(2) di mana Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam warta melanjutkan kuat kuasa akta ini sehingga tempoh maksimum rang undang-undang ini berkuat kuasa. Oleh yang demikian sekiranya terdapat keperluan kelak, Menteri boleh mewartakan pelanjutan kuat kuasa tempoh tersebut, sebagaimana fasal 1 dalam Rang Undang-undang COVID-19 ini menjelaskan bahawa akta ini hendaklah berkuat kuasa pada tarikh penyiaran akta ini dan hendaklah terus kekal berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun daripada tarikh penyiaran. Ini ada dalam rang undang-undang. Yang Berhormat Jelebu juga menyatakan berhubung dengan definisi kehilangan pekerjaan dan isu ini tidak berbangkit sama sekali. Saya rasa- kerana dalam rang undang-undang ada fasal 30 yang mana ini terpakai kepada semua kategori tuan punya harta dan penyewa dan tidak mempunyai kaitan sama ada tuan punya harta atau penyewa iaitu kehilangan pekerjaan, ia covers dalam semua keadaan. Yang Berhormat Jelebu juga bertanya mengenai perlindungan kepada tuan punya harta.

Meskipun– Saya ingin menjawab bahawa meskipun fasal 30 tidak menyentuh mengenai perlindungan kepada tuan punya harta, namun kerajaan telah mengambil pelbagai langkah pelan pemulihan ekonomi sebagaimana yang disebutkan tadi PRIHATIN dan PENJANA yang menyasarkan individu yang telah dikenal pasti oleh kerajaan ini tanpa diskriminasi. Fasal 30 telah digubal berdasarkan dapatan sesi libat urus, findings daripada engagement yang telah diadakan yang telah mendapati penyewa adalah golongan yang lebih terkesan akibat COVID-19. Selanjutnya tuan punya harta boleh memperoleh manfaat melalui pelbagai inisiatif kerajaan khususnya moratorium institusi kewangan berkaitan pembayaran pinjaman perumahan selama enam bulan mulai 1 April sehingga 30 September 2020. Fasal 30 yang memperuntukkan halangan untuk mendapatkan warrant of distress iaitu menahan harta bagi tunggakan sewa ini hanya satu pelepasan sementara, temporary relief semata-mata bagi tempoh 18 Mac sehingga 31 Ogos sahaja. Tuan punya harta masih boleh mengambil tindakan untuk memfailkan writ of distress mulai 1 September 2020. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelebu...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tajuk yang sama itu di bawah Distress Act dengan izin.

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Ini adalah berkaitan dengan Bab X seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Kita setuju perlindungan yang di bawah seksyen 29 itu tepat. This part has come to operation on 18th Mac 2020, shall remain in operation dengan izin until 31 December 2020. Then tetapi bila kita sebut, bila kita lihat seksyen 31 dikecualikan perlindungan itu daripada tempoh 18 Mac itu sampai tarikh penerbitan akta. So, maksudnya ramai penyewa yang gagal tidak mampu bayar sewa yang mungkin prosiding distress telah dimulakan ataupun waran telah dikeluarkan...

Saya faham Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya ada satu jawapan mengenai saving clause. Nanti saya cover semua fasal 10, fasal...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Sebab saving clause itu berbeza.

Ya, ya.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Bukan semua sama. Ia berbeza daripada tajuk...

Walaupun berbeza tetapi konsepnya sama nanti saya akan jawab ya.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Okey.

Terima kasih. Yang Berhormat Jelebu juga meminta statistik mengenai kebankrapan mulai 2017 sehingga suku tahun pertama 2020. Saya ingin jelaskan bahawa statistik menunjukkan bahawa tahun 2016 jumlah kes bankrap 19,588 kes. Pada tahun 2017 menurun 18,227 kes, tahun 2018 menurun lagi 16,482 kes. Manakala pada tahun 2019 menurun lagi sehingga menjadi 12,051 kes sahaja kes muflis atau kebankrapan. Manakala untuk separuh pertama tahun 2020 ialah sebanyak 4,151 kes. Jadi kalau separuh tahun adalah 4,000 mungkin dijangka kurang daripada 10,000 untuk tahun 2020 ini. Itu statistik untuk ketiga-tiga tahun dan penurunan sebanyak 34 peratus pada tahun 2019 berbanding dengan tahun 2017. Dalam masa dua tahun more than 30 percent reduction. Yang Berhormat Jelebu juga bertanya mengenai agensi AKPK, saya rasa ini mungkin tidak ada kaitan dengan ini saya akan buat jawapan secara bertulis ya Yang Berhormat. Kemudian Yang Berhormat Bangi bertanya apakah yang akan berlaku jika kontrak sewaan kedai atau kontrak acara ataupun event ditamatkan dalam tempoh PKP. Saya ingin menyatakan bahawa sekiranya kontrak sewaan kedai atau kontrak acara ditamatkan dalam tempoh PKP sebelum berkuat kuasa rang undang-undang ini, maka fasal 10 rang undang-undang ini terpakai di mana kontrak yang telah ditamatkan tersebut hendaklah disifatkan telah ditamatkan dengan sah dan undang-undang sedia ada yang berkuat kuasa adalah terpakai. Jadi ini pun saya akan jelaskan berhubung dengan saving clause. Yang Berhormat Kinabatangan, bertanyakan mengenai statistik kebankrapan sepanjang tempoh PKP berdasarkan umur, gender dan sebagainya. Jumlahnya sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi berkaitan dengan umur dan gender saya akan buat secara bertulis Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Sepang bertanya mengapa rang undang-undang ini tidak mempunyai peruntukan mengenai notification for relief sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta COVID-19 di Singapura. Saya ingin menyatakan bahawa prosedur berkenaan permohonan oleh pihak yang ingin mendapatkan relief di bawah rang undang- undang ini akan diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah pentadbiran ataupun guideline, garis panduan yang diperuntukkan di bawah subseksyen 9(2) iaitu akan dibuat kaedahnya oleh Menteri apabila akta ini diluluskan. Yang Berhormat Sepang juga bertanya kenapa amaun keterhutangan ataupun threshold tidak dinaikkan bagi threshold kebankrapan daripada cadangan RM100,000 kepada RM150,000. Saya ingin menyatakan bahawa amaun keterhutangan sebanyak RM100,000 sebenarnya telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat dalam sesi libat urus yang diadakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) bersama pemegang taruh berkaitan dengan Akta Insolvensi 1967. Sebenarnya kita akan bawa rang undang-undang pembentangan selepas ini yang mana pemegang taruh yang terlibat ialah Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Unit Perancangan Ekonomi, JPM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, KWSP, Bank Negara, Persatuan Bank- bank dalam Malaysia, Majlis Peguam Negara, Insolvency Practitioners Association of Malaysia (IPAM). Itulah antara pihak-pihak yang dirundingi oleh pihak Jabatan Insolvensi. Yang Berhormat Seputeh membangkitkan adakah kerajaan akan mengehadkan fi peguam bagi maksud pengendalian kes-kes COVID-19.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Seputeh tidak ada dalam Dewan.

Yang Berhormat Seputeh tidak ada ya. Yang Berhormat Seputeh tidak ada, kita bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bertulis.

Begitu juga satu lagi mengenai penamatan. Yang Berhormat Lumut dan Yang Berhormat Sungai Buloh membangkitkan dan juga Yang Berhormat Bangi saya kira membangkitkan isu berkaitan dengan fasal kecualian. Ya, saya ingin menyatakan bahawa dan sebelum itu dibangkitkan adakah pengantaraan atau mediation boleh dilakukan apabila hanya satu pihak sahaja bersetuju adakah boleh diteruskan mediation. Proses pengantaraan atau mediasi perlu persetujuan kedua-dua pihak di mana mereka bersetuju untuk berunding bagi mencapai satu penyelesaian yang mengikat mereka. Tanpa persetujuan dan usaha pihak-pihak perundingan sukar dilaksanakan. Kalau mediator ada hanya satu pihak yang datang mediation tidak akan berlaku Yang Berhormat. Oleh yang demikian sekiranya hanya satu pihak ingin merujuk pertikaian kepada pengantara, kebarangkalian pengantaraan itu berjaya mencapai satu penyelesaian yang dipersetujui oleh satu pihak sahaja dan tidak mungkin kedua-dua pihak akan boleh bersetuju. Berhubung dengan fasal 10 dan juga beberapa fasal yang berkaitan dengan kecualian, saving clause...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Menteri, sebelum kita masuk kepada itu, boleh saya bangkitkan isu mediasi ini. Tadi saya baru dengar Yang Berhormat Menteri sebut mediasi ini takkan berlangsung sehingga dua-dua parti bersetuju, dua-dua pihak bersetuju. Akan tetapi kalau kita ambil pendekatan itu, perlindungan yang kita mahu untuk pihak-pihak yang terkesan oleh langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan. Okey sebagai contoh to make it clear, dengan izin. Deposit yang dibayar untuk oleh pembekal barang-barang ada safety deposit. Deposit itu dirampas apabila dia tidak dapat membekalkan barang-barang itu dan dia tak ada remedi. So, itu yang kita maksudkan dengan mediation. Kita tarik dua-dua pihak. Apabila satu pihak mengadu, dua-dua pihak diminta datang di hadapan pengantara dan kita cuba satu penyelesaian. Kalau, kalau...

Saya, saya berpandangan...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Kalau kita ambil satu pihak sahaja mungkin proses itu tidak boleh berjalan dan tidak bermakna untuk mangsa itu yang tertekan itu.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

So, how do we solve? I mean we must have a process where kedua-dua pihak wajib hantar–

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sungai Buloh, sebagaimana Yang Berhormat sendiri pun faham bahawa mediation process ini bukan hanya ada di luar. Di mahkamah pun ada. Apabila ada pihak-pihak bertikai di mahkamah, kadang-kadang pihak-pihak itu meminta untuk dihadapkan kepada mediation. Akan tetapi, mesti dua-dua pihak dan kalau satu pihak meminta mediasi, satu pihak tidak mahu, mediation tidak akan dapat dijalankan. Itu maksud saya. Oleh sebab itulah, dalam rang undang-undang ini, kedua-dua pihak perlu hadir untuk mediation barulah...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya Yang Berhormat Menteri...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Akan tetapi, di lain-lain negara...

...ia menjadi satu final decision dibuat.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Ya, negara-negara lain, contoh kita adalah Singapura, New Zealand dan sebagainya. Undang-undang begini dan serupa macam ini, dibuat untuk memberhentikan pihak pergi ke mahkamah. Itulah tujuan mereka. Sepatutnya ia menjadi tujuan kita dan kita bagi satu saluran lain untuk selesaikan.

Saya setuju Yang Berhormat. Saya setuju Yang Berhormat bahawa mediation sebenarnya satu opsyen daripada pelbagai opsyen untuk diambil oleh pihak-pihak yang bertikai. One of the options by the disputing parties. Kalau

dia tak nak pergi ke mahkamah kerana mahkamah memakan belanja yang banyak dan kena pakai peguam, kemudian, masa yang lama dan sebagainya, inilah mediation. Akan tetapi, subject to both parties must agree to go for mediation. Kalau tidak, saya kira tidak akan berlaku begitu.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tadi– Yang Berhormat Menteri, Kota Melaka.

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri KPKT ada mengatakan kalau tribunal, kalau satu pihak tidak datang, mereka masih boleh jalankan pendengaran tersebut dan membuat keputusan. Jadi, adakah kalau dikatakan pengantaraan ini, Yang Berhormat Menteri kata perlu dua-dua datang? Boleh kita tukar formula tersebut?

Ia berbeza Yang Berhormat Kota Melaka. Tribunal mahkamah dengan mediation berbeza.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Itulah sebabnya kita kata bolehkah mediation itu...

Saya guna ini ibarat –Tribunal ini adalah ibarat...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

...juga berfungsi seperti tribunal supaya kedua-dua pihak mesti hadir? Kalau tidak ada, kita masih boleh.

Ia tribunal ini macam mahkamah. Kalau sekiranya satu pihak itu tidak hadir, katakanlah pihak plaintif itu tidak hadir dalam mahkamah, pihak defendan boleh membatalkan saman. Kalau pihak defendan tidak datang, pihak plaintif boleh mendapat judgment in default. Begitulah juga dalam tribunal tetapi tidak dalam mediasi. Mediasi mesti kedua-dua pihak hadir, barulah boleh buat mediation. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan. Terima kasih.

Berhubung dengan fasal 10. Saya ingin menyatakan bahawa peruntukan kecualian ini diperlukan untuk melindungi mana-mana pihak yang telah mengambil tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa pada masa berkenaan sebelum kuat kuasa RUU ini demi keadilan kepada pihak-pihak tersebut. Peruntukan kecualian (saving clause) ini juga diperlukan untuk memberi kepastian (certainty) kepada kejelasan (clarity) berhubung dengan tindakan-tindakan yang telah diambil berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa. Sekiranya fasal kecualian ini dikeluarkan, ia akan menyebabkan ketidakpastian dan kekeliruan terhadap tindakan-tindakan yang diambil berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa yang berkenaan. Akan tetapi, sebelum kuat kuasa RUU ini. Dalam hal ini, sebagai contoh sekiranya– Nanti, bagi saya habis ya Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Ya.

Sekiranya, suatu tindakan kontrak di bawa ke mahkamah untuk didengar dan diputuskan, antara perkara yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah adalah doctrine of frustration yang akan memberi pelindungan kepada pihak yang tidak dapat melaksanakan kontrak berkenaan atas alasan kontrak itu telah frustrated oleh suatu kejadian atau keadaan di luar kawalan yang menjejaskan pelaksanaan kontrak tersebut. Selain itu, sekiranya terdapat force majeure clause dalam kontrak berkenaan, mahkamah akan mengambil kira klausa tersebut untuk melindungi pihak yang tidak dapat

melaksanakan obligasi kontrak tersebut atas alasan force majeure. Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Menteri – Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan seksyen 10, saving clause ini adalah jelas tadi, Yang Berhormat Menteri kata, we need– Kita telah mengambil satu masa yang panjang untuk menyediakan rang undang-undang ini dan kita berharap bahawa rang undang-undang ini memang dapat untuk membantu rakyat di luar itu. Akan tetapi, dengan saving clause ini– sekiranya saving clause ini masih ada, saya bagi satu contoh. Sekiranya terdapat satu perjanjian untuk supply of construction materials seperti dalam Jadual di subseksyen (1) dan depositnya telah dilucutkan pada bulan Jun dan sekarang kita bincang dan kita luluskan rang undang-undang ini. Untuk mereka deposit dia tidak dilucutkan, maka, mereka mendapat perlindungan daripada rang undang-undang ini. Akan tetapi, untuk mereka yang tidak ada jalan lain tetapi telah mengalami satu situasi yang mana deposit mereka dilucutkan di bawah perjanjian tersebut, di manakah keadilan ataupun perlindungan yang boleh kerajaan bagi kepada golongan tersebut sekiranya seksyen 10 ini tidak dipinda atau seksyen 10 ini tidak dikeluarkan daripada rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur.

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Oleh kerana itu adalah satu andaian, saya minta kalau ada kes yang betul-betul, sila bawa ke pihak kerajaan dan kita akan putuskan. Itu adalah satu andaian yang saya tidak berhasrat untuk menjawab apa-apa andaian.

[Bangun] Yang Berhormat Menteri boleh, sikit saja...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

[Bangun] Tuan Yang di-Pertua...

Yang Berhormat, Sepang...

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

I didn’t think this andaian, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tajuk yang sama. Ini sebab ini sangat penting dan inilah inti pati perlindungan yang kita mahu bagi kepada golongan ataupun sasaran yang untuk RUU ini. Saya balik pada contoh itu, inilah yang kita timbulkan percanggahan. Orang yang pembekal yang ada deposit yang dirampas di dalam tempoh PKP ini. Contohnya, di bulan Jun. Kalau tidak dirampas– kalau dirampas di bulan Oktober, ia ada remedy. Ini kerana, perlindungan ini ada, tetapi sebab ia dirampas pada bulan Jun, ia tidak ada remedy. So, ini yang kita hendak elak. Itulah tujuan undang-undang macam ini diluluskan di lain-lain negara supaya memberi perlindungan itu. So, kenapa kita hendak mengecualikan di sini perlindungan itu. Okey, saya faham kelambatan itu ada dan itu kita terima. Kita tidak boleh turn back the clock, dengan izin. Ini sepatutnya dibuat di April atau Mac dan kita tidak buat. Tidak apa dan kita buat sekarang but dengan drafting – inilah Parlimen. Parlimen boleh memberi perlindungan. It depends how we word it. So, tujuan kita adalah untuk memberi perlindungan itu. Akan tetapi, dengan wording macam ini, dengan peruntukan seksyen 10 dan dengan yang lain, kita hancurkan perlindungan. Ini yang saya kurang faham. Kenapa kita tidak boleh tarik balik atau buat pindaan...

Ya, ya. Saya sudah faham masalah. Saya sudah faham Yang Berhormat...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

...supaya kita bagi perlindungan itu kepada golongan sasaran kita.

Saya hendak menjawabnya bahawa rang undang-undang ini belum diluluskan akta ini belum diluluskan. Saya percaya setelah kami mengadakan libat urus dan juga pelbagai pihak telah mengambil bahagian dalam perbincangan menyiapkan rang undang-undang ini– saya percaya apabila kes yang

disebutkan Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Sungai Buloh itu benar- benar berlaku, ia akan dapat diselesaikan melalui banyak opsyen-opsyen perundangan. Ia sama ada melalui litigation ataupun melalui mediation yang disediakan oleh RUU ini. Terima kasih.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Cuma Yang Berhormat Menteri, saya hendak just put on the record saja...

Saya bagi kepada Yang Berhormat Sepang lah, Yang Berhormat Sepang pula.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Sekiranya kita tunggu sampai masalah itu selepas...

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri...

Saya ingat perkara yang sama saja Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang pula. Yang Berhormat Sepang pula.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

...rang undang-undang diluluskan, maka at the end, the government’s hands are tied, dengan izin.

Yang Berhormat Sepang pula.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebenarnya, tadi saya dalam ucapan pun saya sebenarnya menyokong Yang Berhormat dan saya rasa memang sepertimana saya kata dalam punya ucapan, undang-undang ini, pada dasarnya cuba hendak dapatkan keadaan win- win. Akan tetapi, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Subang dan juga Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat...

Yang Berhormat Sungai Buloh.

Yang Berhormat Sungai Buloh, minta maaf. Kalau boleh, tetapi betul lah, this, yours– I really seriously demand from kerajaan sekarang supaya reconsider betul-betul lah seksyen 10 ini. Betullah memang hujah kata, kita bagi kanan, tangan kiri kita ambil balik, itu betul. Seksyen 10 ini bagi saya, ia akan mengakibatkan segala perlindungan dalam akta ini yang baik, ia menjadi cacat kerana seksyen 10. Jadi, saya harap seksyen 10 ini walaupun belum berlaku satu kes tetapi kita harapkan Yang Berhormat sendirilah reconsider balik. Tidak ada masalah Yang Berhormat dan pernah berlaku di dalam Parlimen ini, rang undang-undang ditarik balik.

Tidak apa, tidak apa. Saya– ya, terima kasih atas sebutan itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

Bagi pihak kerajaan, kami tidak berhasrat untuk menarik balik ini kerana kita merasakan kita mempunyai asas dan juga justification yang kuat. Kalau sekiranya betuk-betul berlaku sebagaimana yang disebut kedua-dua Ahli Yang Berhormat tadi, mungkin kerajaan boleh pinda. Singapore pun pinda banyak kali. Kita boleh pinda balik. Ini juga berdasarkan apa yang ditengok dan dilihat di dalam negara-negara lain juga. Saving clause ini ada dalam Akta Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 ini. Terima kasih. Seterusnya...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, berapa minit lagi Yang Berhormat Menteri?

Saya– Sudah tidak banyak. Yang hadir ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, baik. Mana yang hadir? Yang lain secara bertulis.

Siapa yang tidak hadir. Yang Berhormat Lembah Pantai tidak ada. Yang Berhormat Lumut tidak ada.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak ada, okey.

Saya akan ini... kemudian Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Lumut juga. Yang Berhormat Pasir Gudang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Gudang ada.

Yang Berhormat Pasir Gudang bertanya mengenai bagaimana proses mediasi dijalankan? Adakah kerajaan ada proses tertentu? Macam mana jika pihak-pihak tidak bersetuju dengan proses tersebut? Kerajaan telah menyediakan satu platform yang dapat memudahkan rakyat, yang mana permohonan perantaraan atau mediasi melalui pusat mediasi dibuat atas talian (online). Pejabat ataupun Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah kendalian saya akan menentukan pengantara (mediators) dan juga tempat mediation itu hendak diadakan melalui kaedah-kaedah secara pentadbiran. Sudah ada. Setelah pengantaraan berakhir dan pihak-pihak mencapai persetujuan, pihak-pihak hendaklah menandatangani satu perjanjian penyelesaian (settlement agreement) secara bertulis dan yang disahkan oleh pengantara. Salinan perjanjian tersebut akan diserahkan kepada kedua-dua pihak. Perjanjian penyelesaian tersebut mengikat, it’s binding on both parties. Sekiranya salah satu pihak mungkir perjanjian, pihak yang lain boleh lah memfailkan tuntutan di mahkamah for breach of settlement agreement. Itu method ataupun mode yang telah disediakan untuk proses mediation ini. Yang Berhormat Lumut lagi mengenai retrospektif. Yang Berhormat Sungai Buloh juga bertanya, insolvensi. Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 hanya melindungi kemungkiran kontrak ataupun default payment oleh penghutang yang berpunca daripada COVID-19 sahaja dan dijangka berkuat kuasa Oktober 2020 bertepatan dengan masanya untuk melindungi penghutang dan dalam masa yang sama tidak memprejudiskan hak pemiutang. Itu yang Yang Berhormat Sepang sebut lah. It balances between creditors and debtors. Ini adalah memandangkan bagi melihat kesan sebenar COVID ke atas penghutang, ia mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun memandangkan moratorium diberikan enam bulan. Sebagaimana Yang Berhormat Sungai Buloh amat arif, tindakan kebankrapan bukan satu tindakan yang boleh dibuat secepat mungkin. Ia memerlukan kepada summon, service of summon, masuk dalam mahkamah, kalau ada failkan defense, kena perbicaraan, kemudian dapat judgement. Kemudian ada bankruptcy notice, ada creditor’s petition, barulah– banyak prosesnya. Jadi oleh sebab itu, saya kira walaupun tidak bersifat retrospektif ataupun berkuat kuasa ke belakang, ia tidak akan menjejaskan debtors dan juga tidak memprejudiskan creditors. Itu tujuannya. Yang Berhormat Seputeh tidak ada. Kemudian Yang Berhormat Sepang saya sudah jawab tadi. Yang Berhormat Sepang juga, syarikat telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri KPDNHEP tadi. Yang Berhormat Sepang juga bertanya, ini dalam bahasa Inggeris ya. Cakap Inggeris saya. Why RUU does not state whether a person must be affected materially in order to be protected under this RUU like Singapore? Patut lah bahasa orang putih, Singapore ya. Saya jawab Melayu lah. [Ketawa]

[Bangun] Sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tak payah jawab Yang Berhormat Sepang. Tak payah jawab.

Secara umumnya, rang undang-undang ini lebih komprehensif kerana melibatkan semua pihak yang tidak berkeupayaan dan semua pihak yang terkesan (affected) secara langsung atau tidak langsung berikutan penularan wabak COVID-19 ini. Jadi, kita mengambil kira semua pihak yang terkesan dan terjejas.

Menteri, boleh sedikit Menteri? Menteri, sedikit ya.

Hendak habis sudah itu. Habis sudah lah, Tidak mengapa, cukup lah.

Tidak, saya hendak tanya. Menteri, fasal notis tadi.

Yang Berhormat Seputeh saya jawab secara ini.

Fasal notis Menteri.

Tidak mengapa, cukup lah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat lah Yang Berhormat Sepang.

Oleh sebab itu saya rushing tadi. But he mentioned my name.

Saya hendak landing dah, nak landing dah. Yang Berhormat Gerik dan Yang Berhormat Bangi serta Yang Berhormat Sepang bertanya mengapa pihak kerajaan mengambil masa lama. Ini saya sudah jawab tadi ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Kemudian, Yang Berhormat Ipoh Timur bertanya mengapa perjanjian jual beli, ada lagi Yang Berhormat Ipoh Timur? Ada ya. Mengapa perjanjian jual beli tidak dimasukkan dalam jadual kontrak rang undang- undang ini? Isu sewa beli tidak dimasukkan dalam Jadual kepada Bahagian II Senarai Kategori Kontrak kerana modifikasi telah dibuat kepada Akta Sewa Beli 1967 di Bahagian VIII rang undang-undang ini yang menghalang pemunya (owner) daripada menjalankan apa-apa kuasa untuk mengambil milikan barangan yang terkandung dalam satu perjanjian sewa beli iaitu take possession.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Maaf. Yang Berhormat Menteri, perjanjian yang saya maksudkan adalah perjanjian jual beli hartanah dan juga perjanjian usaha sama (joint venture agreement). Bukan hire purchase.

Boleh saya jawab bertulis? Saya jawab bertulis ya. Terima kasih. Yang Berhormat Kota Kinabalu. Yang Berhormat Kita Kinabalu ada ya? Ada, ya. Adakah libat urus dan maklum balas dari kerajaan diperoleh daripada Kerajaan Sabah, berkaitan dengan Ordinan Had Masa Sabah dimasukkan dalam rang undang- undang ini. Untuk makluman Yang Berhormat Kota Kinabalu, rang undang-undang ini merupakan satu rang undang-undang untuk undang-undang Persekutuan. Namun demikian, Kerajaan Persekutuan telah mengadakan konsultasi dengan Peguam Besar Sabah (Sabah AG) yang telah bersetuju untuk memasukkan peruntukan untuk pengubahsuaian kepada Ordinan Had Masa Sabah dalam rang undang-undang ini. Malahan, saya boleh katakan bukan bersetuju, meminta supaya dimasukkan. Yang Berhormat Bukit Bendera ada ya? Yang Berhormat Bukit Bendera ya. Cadangan peruntukan dalam Kanun Tanah Negara berkaitan tempoh masa bagi membayar baki harga jualan selepas Perintah Jualan dikeluarkan menurut seksyen 257 dilanjutkan. Berhubung perkara ini, ia menyentuh urusan tanah yang merupakan bidang kuasa kerajaan negeri. Namun begitu, rang undang-undang ini melalui fasal 58 memperuntukkan kuasa kepada Menteri yang bertanggungjawab mengenai undang- undang tersebut untuk membuat, undang-undang tersebut ya, bukan undang-undang. Undang-undang tersebut, undang-undang tanah ya. Untuk membuat perintah bagi melanjutkan tempoh masa yang ditetapkan dalam undang-undang berkenaan. Dalam hal ini, perbincangan lanjut perlu diadakan dengan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan kerjasama dan ketetapan dasar berkaitan perkara-perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, itulah yang saya...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Penjelasan kerana Kanun Tanah Negara adalah Persekutuan. Menteri Tanah boleh mengeluarkan statutory notice di bawah fasal 58 dalam rang undang-undang ini. Saya rasa Menteri ada kuasa.

Ya, itu yang saya sebutkan, Menteri yang berkenaan, Menteri yang berhubung dengan tanah boleh mengeluarkan dokumen tersebut.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Menteri Persekutuan.

Saya rasa itu sahaja isu yang saya hendak jawab secara lisan. Soalan yang tak jawab lagi saya tahu ada tetapi saya akan jawab secara bertulis, satu demi satu selepas daripada ini. Akhirnya, saya ucapkan sekali lagi

terima kasih. Saya mohon bill ini diberikan sokongan kerana ia penting kepada kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua. Soalan bertulis, jawapan bertulis Tuan Yang di-Pertua, saya harap memang dikotakan lah. Saya ada tanya soalan jawapan bertulis pada hari Menteri JPM Tugas-tugas Khas menggulung, sampai sekarang tak dapat. Sudah dekat dua minggu. So, saya harap jangan cakap-cakap bertulis pun tak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Terima kasih. Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Dato’ Mohd Rashid HasnonPKR · PHFasal-fasal 1 hingga 59 – Tuan Pengerusi · Batu Pahat

Ada yang hendak berbahas? Sekiranya tidak ada yang berbahas, fasal- fasal 1 hingga 59 jadi sebahagian...

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Nanti. Ada, ada. Saya hendak tanya satu sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya sila. Satu daripada Yang Berhormat Bangi.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Saya hendak merujuk kepada fasal 9 iaitu pengantaraan. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan kenapa pengantaraan ini tidak merujuk kepada Mediation Act 2012. Ini kerana saya rasa ada juga butiran dan juga fasal-fasal dalam Mediation Act 2012 yang mungkin boleh dipakai dalam menangani masalah seperti yang telah dibangkitkan. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Sila Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Pengerusi.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Terima kasih, satu sahaja mungkin? Saya jawab dahulu ya.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Ya, terima kasih.

Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Bangi, Mediation Act 2012 memang menjadi panduan kepada mediation process yang dibuat di sini. Mediators yang akan dipilih oleh pihak kerajaan juga adalah mediators berlesen dan mempunyai certification untuk menjadi mediators dalam proses ini.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah berkaitan dengan jadual kepada

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

seksyen 7 di mana kategori-kategori kontrak-kontrak disenaraikan di sana ada dalam tujuh kategori. Akan tetapi saya perhatikan satu kategori yang agak besar dan merupakan banyak kontrak di negara Malaysia dan negara-negara lain ialah kontrak- kontrak untuk pembekalan barang-barang atau supply of goods contracts ataupun perkhidmatan iaitu supply of services contract. Memang kita ada event contracts itu disebut secara spesifik. Akan tetapi kontrak-kontrak untuk pembekalan barang-barang yang juga akan melibatkan performance bond dan sebagainya tidak disenaraikan. Apakah alasan kerajaan untuk tidak senaraikan ini di dalam senarai ini? Apa masalah yang mungkin akan dialami oleh pembekal dalam keadaan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 ini dilaksanakan selepas Mac. Kenapa ini tidak diambil kira bila kita membuat senarai ini?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya ingin menyatakan bahawa dalam jadual yang telah dibuat di bawah seksyen 7 itu, memang dimasukkan kategori-kategori kontrak yang tidak termasuk, yang tergolong dalam essential services yang dibenarkan untuk dilaksanakan lebih awal daripada tempoh PKP-PKP dilaksanakan. Sebagai contohnya supply of goods, contract of service dan sebagainya. Oleh sebab itu tidak dimasukkan dalam jadual ini.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Itu saya faham sebab itu terhad kepada essential services. Memang kategori itu dibenarkan berjalan dengan syarat- syarat tertentu. Akan tetapi maksud saya adalah kategori yang lebih luas itu. The general category of supply and goods and services. Mereka pun memerlukan perlindungan seperti kontrak pembinaan atau construction contracts dan sebagainya. Bagi saya ini adalah satu omission dengan izin yang agak penting yang sepatutnya dipertimbangkan dan diperbetulkan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin menyatakan bahawa construction adalah satu essential services yang telah dibenarkan oleh pihak kerajaan dilaksanakan walaupun dalam tempoh PKP. Oleh sebab itulah ia tidak dimasukkan dalam jadual ini.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih. Perkara yang sama Tuan Pengerusi, berkenaan dengan jadual. Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh tadi. Sememangnya jadual ini too restrictive dengan izin yang mana sekiranya boleh saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk merangkumi kesemua kontrak yang terjejas akibat daripada pandemik. Selain daripada kontrak-kontrak yang saya nyatakan tadi, kontrak usaha sama ataupun perjanjian jual beli, kita mungkin ada deed of settlement dan sebagainya. Kesemua ini merupakan perjanjian yang akan terjejas akibat daripada pandemik. Itu nombor satu. Kedua, berkenaan dengan fasal 19 sehingga fasal 21. Ini berkenaan dengan Insolvency Act ataupun Akta Insolvensi. Saya faham berkenaan dengan perlunya untuk melindungi golongan yang terjejas dan meningkatkan threshold kepada RM100,000. Pada masa yang sama, apabila threshold ditingkatkan saya hendak tanya pada pihak kerajaan apakah usaha ataupun tindakan yang akan dibuat kerana kita – selain daripada insolvensi ataupun bankruptcy, kita boleh nampak secara praktikalnya kita ada listing atau senarai seperti CCRIS dan CTOS yang akan menyebabkan financial recording dengan izin, laporan financial seseorang itu menjadi tidak baik walaupun ia bukan satu proceeding bankruptcy. Apakah perlindungan kepada golongan yang terjejas ini?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, saya memerlukan data yang terperinci. Saya akan buat secara bertulis.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Pengerusi, boleh saya alih kepada seksyen yang lain? Seksyen 50.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, silakan.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Seksyen 50 itu adalah berkaitan dengan pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman atau Courts of Judicature Act dan melalui seksyen 50 kita masukkan satu seksyen baharu, 16A dalam Akta Mahkamah Kehakiman itu yang berbunyi begini. Dengan izin saya baca, “General power of the Chief Justice to issue directions – The Chief Justice may, if the Chief Justice is of the opinion that the circumstances warrant and it is necessary in the interest of the dispensation of justice, public safety, public security, public health or proprietary or for other sufficient reason to do so, issue any direction relating to the business of the court as may be necessary.” Ini adalah suatu kuasa am atau general power seperti yang disebut dalam peruntukan itu dan bagi saya– saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, peruntukan ini membangkitkan beberapa soalan. Pertama, ini bukan langkah sementara. Klausa sebegini akan kekal dalam Courts of Judicature Act sebab bentuknya macam itu. It’s a long-term clause, a permanent clause dengan izin, dalam akta ibu itu. Boleh ke kita buat pindaan macam ini?

Boleh saya terus untuk menjimatkan masa. Perkara ini dimasukkan di dalam rang undang-undang ini walaupun temporary measures tetapi ia akan dibawa dalam pembentangan esok, rang undang-undang esok berkaitan dengan Court of Judicature Act. It will be permanent, this is temporary. It will be permanent in the act…

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

I know. That is why I am saying. Saya sudah rujuk kepada...

Insolvensi juga. Walaupun dalam rang undang- undang ini dimasukkan threshold RM50,000 to RM100,000. After this I will table the rang undang-undang regard to Insolvency Act, will be permanent one. Same...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

But for Akta Mahkamah Kehakiman itu.

Ya, saya akan bawa esok.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Itulah D.R 8/2020. Saya sudah teliti D.R 8/2020. Peruntukan ini tidak ada di sana. Itu poin saya, kita masukkan di dalam Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 ini. Akan tetapi bila saya rujuk kepada D.R 8/2020, pindaan yang kita akan buat kepada Akta Mahkamah Kehakiman, seksyen itu tidak ada. Seksyen 16A yang kita masuk di sini yang berbunyi sebagai satu peruntukan am, saya setuju dengan pindaan. Saya tidak ada masalah dengan pindaan itu tetapi bunyi dia memang permanent clause, bukan temporary. Akan tetapi apa yang saya perhatikan dalam D.R 8/2020 peruntukan ini tertinggal. Ia tidak ada. So, ini yang saya katakan...

Saya akan teliti perkara itu. Akan tetapi ini arahan daripada pihak mahkamah untuk memasukkan dalam bill ini. Saya akan teliti pihak...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Baik, itu kita tidak pertikaikan.

Kalau diperlukan kita boleh masukkan. Tidak ada masalah.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Saya minta itu diteliti.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Pengerusi, saya ingin membetulkan sedikit jawapan saya tadi. Kalau berdasarkan kepada Jadual 7 dalam seksyen yang disebut tadi, dalam Jadual seksyen 7. Sebenarnya di dalam butiran 1, senarai kategori kontrak sudah terdapat pembekalan bahan kelengkapan atau pekerja pembinaan, yang berkaitan satu-satu kontrak pembinaan. Sudah ada di sini sebenarnya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. [Fasal-fasal 1 hingga 59 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

Tuan Pengerusi

[Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG INSOLVENSI (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Insolvensi 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Jabatan Insolvensi Malaysia merupakan jabatan yang bertanggungjawab sebagai penerima, pengurus, pentadbir dan pemegang amanah bagi harta yang dimiliki oleh bankrap dalam kes kebankrapan individu di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360]. Semenjak Akta 360 diluluskan dan disiarkan dalam Warta Persekutuan pada 30 September 1967, seksyen 5 Akta 360 telah dipinda sebanyak empat kali dan pindaan yang terakhir ialah pada tahun 2017. Seksyen 5 adalah berkaitan had minimum kebankrapan atau nilai ambang hutang minimum untuk kebankrapan. Pindaan meningkatkan nilai minimum kebankrapan tersebut adalah seperti berikut:- (i) daripada RM1,000 kepada RM2,000 pada tahun 1976 melalui Akta Kebankrapan (Pindaan) 1976; (ii) daripada RM2,000 kepada RM10,000 pada tahun 1992 melalui Akta Kebankrapan (Pindaan) 1992; (iii) daripada RM10,000 kepada RM30,000 melalui Akta Kebankrapan (Pindaan) 2003 berikutan kuasa membeli yang sentiasa menurun dan kos sara hidup yang semakin meningkat; dan (iv) daripada RM30,000 kepada RM50,000 melalui Akta Kebankrapan (Pindaan) 2017 memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak memberangsangkan. Peningkatan nilai minimum kebankrapan ini telah dapat mengelakkan penghutang yang mempunyai hutang sebanyak RM50,000 daripada menjadi bankrap sekiranya gagal membayar kepada pemiutang. Ini dapat dilihat berdasarkan statistik yang telah didaftarkan di Jabatan Insolvensi Malaysia. Bagi tahun 2017, kes kebankrapan yang didaftarkan adalah sebanyak 18,227 kes. Selepas pindaan berkuat kuasa 6 Oktober 2017, kes kebankrapan yang didaftarkan pada tahun 2018 adalah sebanyak 16,482 kes dan kes kebankrapan yang didaftarkan pada tahun 2019 ialah 12,051 kes sahaja. Adalah jelas bahawa dengan peningkatan nilai minimum kebankrapan, terdapat penurunan kes-kes kebankrapan sebanyak 34 peratus pada tahun 2019 berbanding tahun 2017. Kini, kerajaan sekali lagi membentangkan cadangan pindaan kepada seksyen 5 Akta 360 adalah untuk menaikkan nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan iaitu daripada RM50,000 kepada RM100,000. Ia menjadikan akta ini akan bersifat lebih responsif dan komprehensif terhadap keperluan dan isu-isu semasa berkaitan dengan insolvensi. Sesungguhnya, cadangan pindaan ini adalah berdasarkan keperluan seperti berikut:- (i) mentransformasikan kerangka perundangan sedia ada kepada perundangan yang lebih relevan dengan keperluan semasa; (ii) mengemas kini Akta 360 agar selaras dengan perkembangan dan kemajuan perundangan antarabangsa

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

berkenaan insolvensi, tadbir urus korporat dan amalan terbaik dalam insolvensi; dan (iii) mempersiapsiaga negara bagi menghadapi sebarang wabak pada masa akan datang atau sebarang bencana yang boleh menyebabkan gelombang krisis ekonomi melanda. Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020 ini akan memberikan kesan positif seperti berikut:- (i) memberi peluang kepada individu untuk mengukuhkan ekonomi semasa tanpa kekangan yang timbul daripada tindakan kebankrapan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan pembangunan negara; (ii) memberi peluang kepada individu dari segi pengurusan kewangan, lebih-lebih lagi setelah berdepan dengan situasi yang tidak dijangka seperti wabak COVID-19 pada tahun 2020; (iii) mengelak pertambahan mendadak kes kebankrapan dalam masa yang singkat; dan (iv) akta yang bersifat lebih responsif dan komprehensif terhadap keperluan dan isu-isu semasa berkaitan insolvensi. Mekanisme penetapan jumlah keberhutangan bagi Akta 360 ini akan dilaksanakan melalui tiga kaedah seperti berikut― Pertama, Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang akan berunding dengan Menteri Kewangan untuk meminda nilai ambang minimum yang diperuntukkan dalam perenggan 5(1)(a) Akta 360 bagi suatu tempoh masa yang ditetapkan sekiranya Menteri berpuas hati terdapat hal keadaan khas dan ia tidak berlawanan dengan kepentingan awam untuk berbuat demikian. Kedua, Menteri dalam melaksanakan kuasanya untuk menetapkan nilai hutang minimum bagi maksud pemfailan petisyen kebankrapan terhadap seseorang hendaklah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri terlebih dahulu. Hal ini adalah selaras dengan Fasal 3 Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, “The Cabinet shall be collectively responsible to Parliament” yang dibaca bersama Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan dan Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun 2008 iaitu Panduan Penyediaan Kertas Jemaah Menteri dan Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri memandangkan penetapan tersebut akan memberi implikasi kepada dasar kewangan dan juga ekonomi negara. Ketiga, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta dan hendaklah diletak di atas meja Dewan Rakyat pada mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya ataupun dalam bahasa Inggeris, laid on the table of the Dewan Rakyat at the next meeting of the Dewan Rakyat.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Sebagai contoh sekiranya terdapat wabak baharu pada tahun 2023 yang memerlukan jumlah keberhutangan ini dikurangkan atau ditingkatkan bagi satu tempoh masa, bersifat sementara Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal undang-undang akan berunding dengan Menteri Kewangan terlebih dahulu sebelum mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri. Selepas jumlah tersebut dimuktamadkan, jumlah keberhutangan akan disiarkan dalam Warta dan akan diletak di atas meja Dewan Rakyat pada mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya. Tindakan ini adalah pantas serta sangat diperlukan atas dasar perikemanusiaan kerana ia mampu menjimatkan masa dalam memberikan perlindungan kepada mereka yang terjejas akibat krisis atau apa-apa situasi yang memerlukan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Peruntukan ini adalah bukan merupakan peruntukan yang asing di dalam kerangka perundangan di Malaysia memandangkan subseksyen 466(1)(a) Akta Syarikat, Akta 777, Akta Syarikat 2016 juga memperuntukkan Menteri diberi kuasa untuk menentukan amaun ketidakmampuan bagi membayar hutang, inability to pay debt untuk tujuan petisyen penggulungan atau winding up. Selaras dengan peruntukan tersebut

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

bagi membantu mengurangkan bebanan komuniti korporat akibat pandemik COVID-19, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menetapkan bahawa amaun keberhutangan bagi syarikat adalah amaun yang melebihi RM50,000 melalui Warta. Kerajaan telah membuat kajian perbandingan mengenai Rang Undang-undang Insolvensi di beberapa negara seperti Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Kebanyakan negara telah meminda Rang Undang-undang Insolvensi negara masing-masing bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa untuk mengelakkan pertambahan mendadak kes kebankrapan dalam masa yang singkat serta bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan sedikit fasal dalam Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020. Secara keseluruhannya cadangan pindaan dikemukakan ini melibatkan fasal-fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 5 Akta 360. Fasal 2(a) meminda seksyen 5(1)(a) Akta 360 untuk menaikkan nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan dari RM50,000 kepada RM100,000. Subseksyen (1A) bertujuan untuk memberi Menteri kuasa, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, untuk meminda nilai ambang hutang minimum yang ditetapkan dalam perenggan 5(1)(a) Akta 360 bagi suatu tempoh masa yang ditetapkan. Sekiranya Menteri berpuas hati terdapat hal keadaan khas dan ia tidak berlawanan dengan kepentingan awam, untuk berbuat demikian. Subseksyen (1B) bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi status petisyen kebankrapan yang dikemukakan oleh pempetisyen pemiutang terhadap penghutang selepas perintah dibuat di bawah subseksyen (1A) yang dicadangkan terhenti atau tamat tempoh. Subseksyen (1C) bertujuan untuk memperuntukkan bahawa perintah yang dibuat di bawah subseksyen 5(1A) yang dicadangkan hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas penyiarannya dalam Warta. Fasal 3 mengandungi peruntukan kecualian. Antara lainnya petisyen kebankrapan dengan jumlah hutang yang memenuhi kehendak dalam perenggan 5(1)(a) Akta 360 yang belum selesai hendaklah diteruskan dan diselesaikan walaupun setelah akta ini berkuat kuasa. Tuan Yang di-Pertua saya mohon dengan ini mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin AliPKR · PHMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri · Gombak

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Insovensi 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Saya ingin menjemput pembahas pertama Yang Berhormat Baling, 10 minit.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Baling bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020. Saya hendak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional di atas inisiatif serta tindakan yang begitu pantas telah diambil untuk menyelamatkan keadaan khususnya zaman COVID-19 ini. Saya melihat seksyen 5 ataupun Akta 360 yang digunakan daripada tahun 1967 bermulanya minimum kebankrapan RM2,000 sampailah ke tahun 2017 RM50,000. Alhamdulillah hari ini kita

akan gubal menjadi RM100,000. Kalau kita tengok apa yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, tahun 2019 kita ada 12,051 kes yang telah dibankrapkan. Tuan Yang di-Pertua, isu bankrap ini amat dekat dengan hati saya kerana saya pernah menjadi Pengerusi Biro Pengaduan Awam, sebuah NGO untuk lebih 20 tahun. Isu yang selalu saya jumpa adalah berkaitan dengan kebankrapan ini. Apabila mereka datang, bankrap lazimnya saya tidak akan jumpa bankrap itu dulu. Saya tidak jumpa punca kebankrapan itu dulu, saya akan jumpa kes Ah Long dulu. Bila berjumpa dengan kes Ah Long, anak-anak muda malah ibu tunggal, malah ayah tunggal ataupun orang umur pertengahan yang hadapi masalah pinjaman Ah Long ini berpuncanya daripada bila mereka menjadi muflis. Jadi sehinggalah ugutan, cat merah dan pelbagailah, kurung di rumah, ditahan dan sebagainya yang lazimnya berlaku dalam negara kita. Jadi saya melihat pada hari ini usaha yang dibawa oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini amat baik kerana RM100,000 itu tidak akan mudah khususnya anak-anak muda akan dimufliskan. Ini kerana kalau saya lihat statistik yang ada kepada saya selama ini, anak-anak muda khususnya umurnya lingkungan 23 tahun hingga 25 tahun yang kali pertama mendapat kredit kad, mereka begitu ghairah untuk mengguna pakai kredit kad ini. Di antara punca utama anak-anak muda yang menjadi muflis sewaktu umur 26 tahun dan 27 tahun adalah angkara kredit kad yang mereka tidak berdisiplin. Memang salah anak muda itu sendiri tetapi mereka saya nyatakan tadi mereka begitu ghairah. Apatah lagi mereka ini zaman COVID-19 ini bukan sekadar anak-anak muda, pemilik-pemilik teksi, pemandu-pemandu kereta sewa malah juga ada pegawai- pegawai ataupun kakitangan-kakitangan awam yang hadapi masalah kewangan. Alhamdulillah, kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Pagoh telah memberikan moratorium, itu satu lagi langkah untuk membantu rakyat agar tidak terjebak menjadi muflis. Jadi saya melihat apa yang harus, yang ditambahbaikkan dalam rang undang- undang ini adalah beberapa perkara. Pertama sekali saya hendak syorkan kepada kerajaan, zaman kita saya hendak minta zaman kitalah melakukan perkara yang tidak pernah sama sekali difikirkan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu. Tidak kisahlah zaman Barisan Nasional atau zaman Pakatan Harapan, apatah lagi zaman Pakatan Harapan ini terlalu banyak sangat lawyer. Patut mereka membawa waktu mereka menjadi kerajaan ke dalam Dewan yang mulia ini syor-syor yang saya hendak cadangkan ini. Saya hendak tanya adakah kerajaan sudah memikirkan? Saya dengar tadi apa yang telah dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan stakeholders. Yang Berhormat Menteri telah berjumpa dengan semua lapisan stakeholders termasuk bank, kewangan, Bank Negara, semua pihak. Jadi ada tidak langkah-langkah agar kita adakan satu Jawatankuasa Pengampunan ataupun saya hendak cadangkan kalaulah orang muda berumur 25 tahun, dia sudah kena bankrap, dia sudah jadi muflis sampailah umur 35 tahun dia tidak boleh hendak selesaikan lagi, dia masih lagi susah tidak dapat pekerjaan. Bila sudah bankrap Tuan Yang di-Pertua, kerja dah tidak dapat, bank akaun pun tidak ada, hendak pergi kerja dekat Singapore pun tidak boleh.

Semua tidak boleh because you are bankrupt. Particularly you are paralyzed. Itulah lebih kurang. Jadi saya hendak tanya, ada atau tidak kerajaan mencadangkan? Saya ingin mengesyorkan untuk dibuat satu jawatankuasa pengampunan untuk mereka. Saya pohon agar – ini anak-anak muda telah mengesyorkan apabila Yang Berhormat Ampang, kakanda saya Kak Zuraida, dia hendak jual rumah pun, kalau anak-anak muda yang hendak jual, macam mana dia hendak jual rumah. Mereka itu semua bankrap. Hendak beli rumah walaupun rumah itu ada, boleh beri 90 peratus, malah ada yang boleh dapat 100 peratus tetapi dia bankrap. Maka kita pun tidak boleh jual rumah. Mereka hendak memiliki rumah pun tidak ada. Jadi ini saya rasa satu perkara yang harus difikirkan oleh kerajaan, macam mana hendak bantu. Satu perkara lagi, bila mana sebelum ini RM50,000, sebelum itu RM30,000, sebelum itu RM10,000. Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua adakah kerajaan sedar isu yang dibawa oleh sahabat-sahabat di sebelah sana tadi, isu CCRIS, CTOS, UCIS. Ini tiga perkara yang pokok, yang mana mereka pernah beli televisyen zaman Singer dulu, tidak bayar RM2,000, sekarang ini dengan bunga ada RM4,000 lebih. Dia hendak buat pinjaman apa pun tidak dapat. Pinjam motosikal punya loan pun tidak boleh sebab nama masih tertera dalam CRIS tadi itu. Jadi, ini pun saya hendak

Yang Berhormat Menteri fikirkan, kementerian fikirkan bagaimana kita hendak merangkumi isu-isu seperti ini. Lagi dalam SSM. Kerajaan Perikatan Nasional telah memberi BSH kepada semua orang pada masa zaman COVID-19 ini, sebelum COVID-19 lagi sudah diberi. Sememangnya lama sudah bermula zaman Pakatan Harapan, itu betullah. Akan tetapi isu yang saya hendak bawakan ini, kepada mereka yang ada syarikat, pernah mendaftar syarikat dalam SSM, syarikat sendirian berhad malah sole proprietorships. Kadang- kadang mereka ini sudah berhenti, company sudah tutup tetapi shareholders masih tertera lagi. Ini juga satu masalah yang akan ada dalam CCRIS, CTOS, malah BSH pun mereka tidak dapat. Jadi saya rasa apa yang dibuat oleh kerajaan untuk menambah baik 100,000 itu cukup bagus. Akan tetapi saya cuba hendak minta Yang Berhormat Menteri memikirkan bagaimanakah kaedah. Adakah sampai mati mereka bankrap? Kita mesti ada satu moratorium pun jugalah lebih kurang. Kita kena beri tempoh sepuluh tahun, kalau orang itu dan sebelum ini – sebab itu jawatankuasa ini boleh buat kaji teliti, dia boleh buat forensic investigation terhadap pemohon tersebut yang sudah dibankrapkan itu. Adakah dia layak? Umur 30 tahun sampai bila pun dia takkan dapat kerja. Macam mana you hendak beri dia kemajuan. Negara kita negara yang bertamadun, Perlembagaan, kedaulatan kita begitu bagus, kes-kes jenayah, kes-kes ragut, kes-kes rompak, kes-kes dot dot dot, macam- macam kes pun kita boleh beri pengampunan. Takkanlah yang ini pinjam dengan bank, tidak boleh diberikan pengampunan. Inilah saya rasa satu perkara yang kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat ‘abah’ iaitu Yang Berhormat Pagoh dikenali sebagai ‘abah’. ‘Abah’ mesti melakukan lebih baik daripada ‘atuk’ dulu sebab masa kempen pilihan raya dulu, ‘atuk’ pernah keluarkan video. “Atuk sudah tua, cucu. Atuk sudah tidak larat tetapi atuk hendak membangunkan negara ini daripada musibah yang sedang melanda. Jadi atuk hendak membantu”. Jadi ‘atuk’ tidak buat, kita harap sangat Yang Berhormat Pagoh dapat dalam zaman, era ‘abah’ jadi Perdana Menteri yang disayangi oleh anak-anak muda, kita tolong wujudkan satu jawatankuasa pengampunan dan fikirkan, berapakah tempoh masa yang hendak diberikan untuk pengampunan. Jadi, saya hendak menyatakan di sini kalaulah kita tengok kepada isu-isu muflis ini, memang begitu ketara sekali. Orang tidak pernah jadi muflis, dia tidak tahu Tuan Yang di-Pertua. Kalau orang pernah jadi muflis ini, dia tahulah macam mana rasanya. Hendak pergi bank tidak boleh, buka akaun tidak boleh, hendak pergi luar negara tidak boleh. Luar negara tidak payah ceritalah. Dalam negara ini pun mereka akan menghadapi masalah. Jadi saya harap apa yang saya hendak nyatakan– Satu lagi perkara yang saya hendak minta kepada Menteri, tolong teliti tengok faktor umur juga. Kalau sudah umur 68 tahun, dari zaman dulu lagi, dari zaman mula- mula kita pinda 67 sampailah 2017, orang itu sudah umur 68 tahun, kita berilah pengampunan kepada mereka. Tidak guna lagi hendak jadi bankruptcy, dia hendak ke mana pun tidak boleh. Inilah di antara perkara pokok yang saya hendak nyatakan. Satu, tengok tempoh masa berapa lama. Sepuluh tahun, lima tahun, tujuh tahun, beri pengampunan kepada mereka, wujudkan jawatankuasa pengampunan untuk kaji dan teliti. Jadi saya hendak ucapkan terima kasih. Saya akur kepada masa yang ditetapkan. Cuma saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, menurut the Organisation for Economics Co-operation and Development (OECD), pandemik COVID- 19 telah membawa satu social distress atau kesusahan sosial kepada seluruh dunia termasuk gangguan ekonomi besar (OECD, 2020). Oleh hal yang demikian, Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan 2020) adalah relevan untuk dilakukan dengan menaikkan nilai hutang minimum daripada RM50,000 kepada RM100,000. Hal ini adalah dikatakan demikian kerana ramai rakyat Malaysia yang terkesan daripada aspek ekonomi disebabkan oleh COVID-19, kesan yang diterima telah menyebabkan mereka terpaksa menutup perniagaan, walaupun menghentikan kerja untuk menanggung kos kerugian. Jadi, Yang Berhormat Baling menyokong penuh. Harap-harap jawatankuasa pengampunan ini dapat diteliti dan dapat dilaksanakan. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam Yang Berhormat Baling. Saya persilakan Yang Berhormat Selayang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan akta untuk meminda Akta Insolvensi 1967. Saya memang setuju dengan pindaan untuk menaikkan nilai daripada RM50,000 sehingga RM100,000 untuk mengadakan petisyen kebankrapan. Saya juga bersetuju dengan alasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa pindaan ini adalah satu cara untuk mentransformasikan ekonomi kita dan juga mengikut amalan antarabangsa dengan konsep baharu tentang insolvensi. Oleh yang demikian, saya meminta kerajaan untuk memberikan penjelasan mengapa kita juga tidak mengikut negara-negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, Singapore, tentang isu-isu yang lain. Antaranya ialah untuk tidak membenarkan apa yang dipanggil ipso facto clauses untuk dipakai. Ini adalah syarat-syarat di dalam perjanjian bahawa bila satu pihak mengadakan masalah, ada petisyen bankruptcy difailkan, walaupun mereka tidak mungkir perjanjian, mereka menggunakan syarat-syarat ini untuk menamatkan kontrak. Mengikut Amerika Syarikat, seksyen 365, Bankruptcy Code dan juga Kanada, United Kingdom dan Singapura baru- baru ini, syarat-syarat seperti ini tidak dibenarkan. Alasan ialah bahawa bukan sahaja kita tidak mahu pihak menjadi bankrap tetapi bila perjanjian itu ditamatkan, ini mengadakan satu ripple effect bahawa pembekal dan juga subkontraktor dan pekerja akan menghadapi masalah ekonomi bila kontrak ditamatkan. So ini yang saya minta kerajaan meneliti semula, kalau bukan dalam masa ini, tetapi masa yang singkat untuk mengadakan syarat seperti yang diadakan supaya ipso facto clauses ini tidak dibenarkan. Kedua ialah tentang peraturan fraudulent trading, bahawa bila seseorang mengetahui ada masalah untuk membayar, tidak boleh mengambil pinjaman lagi. Kalau mereka meminjam, ini menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang bankruptcy. Hari ini kita menghadapi masalah COVID-19, kerajaan telah memberikan ruang untuk meminjam. Akan tetapi bila mereka mengetahui ada masalah, kalau mereka meminjam wang ini dan tidak dapat membayar, mereka akan melakukan kesalahan fraudulent trading. So, dalam rejim negara-negara yang lain, fraudulent trading pada waktu COVID- 19, telah digantung supaya mereka boleh meminjam wang. Kalau kita tidak melakukan ini, masalah masih ada bahawa mereka meminjam wang akan melakukan satu kesalahan.

Perkara yang ketiga ialah tentang automatik discharge yang telah diberikan pada pemindaan 2017. Selain daripada kita tidak mahu lebih orang menjadi muflis, kita juga hendak mereka yang sudah menjadi muflis dilepaskan. Sebab itu, kita mengadakan automatik discharge tetapi nampaknya syarat-syarat di dalam seksyen 33(c) itu sangat ketat dan tidak dapat mencapai matlamat kita untuk melepaskan mereka. Apa yang mereka ada telah diserahkan kepada official receiver, Director General Insolvency dan tidak lagi boleh membayar tetapi tidak dapat dilepaskan. Ada lagi ramai orang yang masih berbakat dan boleh contribute lagi kepada ekonomi. So, saya meminta berapa orang telah dilepaskan di bawah seksyen 33C dan apa masalah dan kalau kita boleh untuk memberikan pemindaan supaya syarat-syarat yang ketat itu tidak boleh dipakai dan kita dapat mencapai matlamat bahawa mereka dapat dilepaskan. Ini sahaja hujah saya. Saya ucapkan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Setiu tidak ada. Yang Berhormat Rompin. Pun tiada. Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Kimanis. Silakan. Lima minit.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ini saya pun tidak sangka giliran tiba-tiba sampai pula. Kawan-kawan pun tidak ramai. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri juga ingin untuk menyokong membahaskan Rang Undang-undang Akta Insolvensi 1967 yang kini akan dinamakan sebagai Akta Insolvensi Pindaan 2020.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Alhamdulillah, tindakan seumpama ini saya gambarkan sebagai suatu tindakan yang sangat mulia yang telah pun diambil oleh Kerajaan Perikatan Nasional di saat rakyat menderita akibat COVID-19 dan juga sebab-sebab lain dan terutamanya pada hari ini akibat COVID-19. Ramai yang menjadi bankrap ataupun hampir-hampir bankrap akibat COVID-19 melanda ini. Jadi, dengan sebab itulah government pada hari ini kita panggil sebagai listening government. Government yang mendengar denyut nadi rakyat yang ada pada hari ini. Saya setuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) sebentar tadi bahawa antara tujuan kenapa rang undang-undang ini dibentangkan dan dibuat adalah untuk ke arah mengukuhkan ekonomi seseorang itu. Juga, ke arah pengurusan kewangan yang lebih cekap terutama sekali apabila selepas COVID-19 ini melanda untuk memberi peluang kepada mereka yang berniaga terutamanya supaya boleh menyusun semula strategi mengukuhkan ekonomi syarikat dan juga ekonomi keluarga. Bagi mereka yang bekerja dan tidak berniaga juga memberi mereka peluang untuk muhasabah diri. Setiap orang mempunyai hutang Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita sampai ke satu tahap hampir bankrap, kita kena muhasabah cepat. Bahawa kita perlu sedar, kita perlu susun semula strategi bagaimana kita mengurus kewangan diri dan kewangan keluarga kita sendiri. Saya pernah mempunyai sedikit pengalaman sebagai seorang pengamal undang-undang dan seorang pemilik firma guaman. Saya sering juga mendapat arahan-arahan kerja daripada anak guam saya untuk memulakan tindakan undang-undang untuk menyaman mereka yang berhutang dan akhirnya, mereka akan dijadikan seorang yang bankrap. Kita akan failkan bankruptcy petition. Kemudian, kita akan hantar bankruptcy notis kepada mereka. Apa yang saya cuba sampaikan ialah bahawa saya kadang-kadang tidak sampai hati. Tidak sampai hati untuk mempercepatkan satu-satu kes itu Tuan Yang di- Pertua. Lebih-lebih lagi untuk menjadikan seseorang itu bankrap. Ini kerana kita tahu kesan daripada bankrap itu cukup berat. Cukup berat. Kadang-kadang kalau saya ingin memfailkan bankruptcy notis, kadang-kadang saya sengaja, melambat-lambatkan. Saya berterus-terang apabila sampai peringkat selepas itu, dia sudah didengar di mahkamah kita akan dapat AO ataupun Adjudication Order. Selain itu, kita akan dapat Receiving Order. Suatu perkara yang cukup berat untuk kita telah memutuskan seseorang itu menjadi bankrap. Ini kerana imej di mata masyarakat seorang bankrap itu cukup berat. Cukup berat. Jadi, makanya apabila amaun daripada RM50,000 diangkat, ditambahkan kepada RM100,000 itu merupakan satu relief atau kelegaan kepada masyarakat kita supaya mereka dapat berpeluang untuk menyusun semula gerak kewangan mereka, menyusun semula ekonomi mereka supaya jangan sampai mereka menjadi seorang yang bankrap. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana cukup prihatin dengan tuntutan masyarakat semasa apatah lagi sebelum ini kita juga mendengar banyak rungutan daripada anak-anak muda terutamanya. Muda-muda sudah menjadi seorang yang bankrap tetapi ini satu peluang. This is a wake-up call untuk masyarakat kita keseluruhannya. Selepas daripada rang undang-undang ini nanti diluluskan supaya kita sama-sama mengambil iktibar bahawa bankruptcy untuk menjadi bankrap itu bukanlah pilihan kita yang utama. Jadi, saya dengan itu ingin menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kita pergi dahulu kepada Yang Berhormat Bukit Bendera. Selepas ini, Yang Berhormat Setiu. Maaf ya, sebab satu di sini dan satu di sini. Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan Akta Insolvensi 1967. Saya ingin membangkitkan beberapa persoalan. Rang undang-undang ini antara lain meningkatkan ambang minimum untuk mengemukakan petisyen kebankrapan daripada angka RM50,000 kepada RM100,000. Seperti kita sedia maklum, tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan empat kali pindaan telah dibuat. Persoalan yang saya ingin membangkitkan bahawa ialah Yang Berhormat Menteri tadi sudah sebut bahawa di bawah Companies Act 2016 bahawa Yang Berhormat Menteri telah melaksanakan kuasa dia untuk menaikkan statutory debts demand for the unnoticed daripada RM10,000 kepada RM50,000 dan juga daripada

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

within 21 days atau 21 hari kepada enam bulan. Saya meneliti bahawa tiada pindaan terhadap seksyen 3(1)(i). Tiada pindaan seksyen 3(1)(i) Akta Insolvensi yang antara lain dalam Akta Insolvensi ini menyatakan bahawa seksyen 3(1)(i) yang provided ialah “a party must within seven days after service of bankruptcy notice make the necessary payment or satisfy the court, he has a counterclaim definitely which [Tidak jelas] can then proceed to file a bankruptcy petition”. Tujuh hari. Tiada pindaan terhadap seksyen 3(1)(i). Ia sepatutnya dipinda kepada enam bulan untuk membolehkan penghutang menyelesaikan masalah dia. Ini kerana walaupun ada peningkatan dari segi statutori dia punya ambang minimum kepada RM100,000. Sepatutnya ditingkatkan seksyen 3(1)(i) daripada tujuh hari kepada enam bulan. Sejajar dengan companies... [Tidak jelas] law. Kenapa ini tidak dinaikkan? Apakah sebabnya dan saya rasa Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa ada consultation. Akan tetapi, nama-nama yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri ialah consultation dengan financial institutions atau business sector sahaja. Bagaimana dengan orang-orang yang penghutang atau debtors yang tidak terlibat dalam consultation sedemikian. Apakah hak mereka? Oleh itu, saya rasa walaupun Akta Insolvensi ini menaikkan ambang minimum itu masih tidak mencukupi. Pada pandangan saya masih tidak mencukupi dari segi itu.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Perkara kedua yang saya ingin bangkit di sini ialah berkenaan dengan satu seksyen iaitu seksyen 60(1) iaitu satu seksyen yang – bahawa tidak terpakai kerana di bawah pindaan 2017, seksyen 60(1), apabila ditingkatkan ambang minimum, tidak terpakai untuk mereka yang tiada kuasa retrospektif untuk mereka yang telah menerima adjudication order, …order atau adjudication order. Dengan ini maka apakah relief kepada seramai 300,000 orang rakyat Malaysia yang telah dideclare sebagai bankrupt sebelum ini. Apakah– dan di bawah juga pindaan Akta Insovensi ini tiada reform terhadap discharge of the bankrupt. Kita perlu – tadi Yang Berhormat Selayang telah sebut bahawa perlu ada pembaharuan pembebasan terhadap bankrap kerana, walaupun pindaan Akta 2017 ini telah pun dibuat tetapi tiada kesannya. Saya masih menerima aduan daripada penghutang ataupun si bankrap yang menghadapi masalah daripada segi pelepasan dan saya risau ini tidak ada reform, tiada klausa retroperspektif terhadap mereka yang telah menghadapi masalah – a big number 300,000 orang dalam angka bankrap. Saya juga ingin menyebut satu perkara yang penting dalam – saya meneliti fasal 2(e) subseksyen 1(e) berkenaan dengan kuasa Menteri untuk meminda nilai ambang hutang. Sepanjang legislative history 1967 sehingga hari ini sudah 53 tahun undang-undang kebankrapan kita. Sebanyak empat kali datang ke Parlimen untuk ubah various the amount meningkatkan ambang minimum – empat kali setelah dibuat. Akan tetapi, pindaan kali ini akan secara permanently akan memberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri, kepada eksekutif untuk menukar ataupun meminda angka ambang minimum itu. Saya rasa undang-undang ini pindaan ini telah memberikan kuasa yang amat besar kepada eksekutif dan untuk bypass Parlimen tidak perlu datang ke Parlimen untuk pindaan terhadap ambang minimum dan saya rasa ini akan merunsingkan kerana kuasa- kuasa Parlimen terhakis. Eksekutif boleh meminda nilai ambang minimum tanpa datang ke Parlimen. Itulah– bukan sahaja saya rasa satu trend. Baru-baru ini beberapa rang undang-undang yang ditimbulkan kuasa eksekutif telah dibesarkan seperti tadi kita bahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, juga memberikan kuasa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melanjutkan masa kuat kuasa akta ini dan kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh pinda beberapa kali dalam tadi seksyen– kuasa Perdana Menteri untuk melanjutkan kuatkuasakan Akta COVID-19 itu dan boleh dibuat daripada sekali. Saya rasa kuasa eksekutif itu semakin besar, apa telah terjadi? Kenapa kuasa Parlimen, saya rasa trend eksekutif ini untuk memberikan kuasa kepada eksekutif bypassing Parlimen sebenarnya memberikan satu blank cheque kepada eksekutif untuk meletakkan angka-angka ambang minimum. Saya rasa itu satu kerunsingan saya sebagai Ahli Parlimen kerana kita perlu apabila setiap ambang minimum ditingkatkan, kita perlu datang ke Parlimen untuk debate. Untuk kita approve kerana itu adalah peluang untuk Ahli-ahli Parlimen juga menanyakan soalan-soalan berkenaan dengan discharge, berkenaan dengan prosedur- prosedur discharge dan juga isu-isu yang berkaitan. Itulah persoalan yang saya ingin timbulkan pada hari ini. Itulah perbahasan saya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiu. Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca Selawat] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Setiu untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020. Pertamanya secara asasnya Islam mengajar kita akan kewajipan membayar hutang dan tanggungjawab membayar hutang ini yang tetap dituntut walaupun telah meninggal dunia. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya; “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang dan diberi tempoh sehingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis hutang dan masa bayarannya itu dan hendaklah ada di kalangan kamu seorang penulis yang menulis dengan adil”. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong tindakan kerajaan untuk meminda akta ini. Bagi mengurangkan kes muflis terutama dalam situasi pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia hari ini. Saat ini ramai yang masih terbelenggu dengan isu kehilangan pekerjaan dan peluang pekerjaan yang semakin sukar menyebabkan ketidakupayaan dalam membayar hutang. Justeru, tahniah diucapkan kepada kerajaan yang telah bersungguh-sungguh dalam membantu rakyat. Saya yakin dengan menaikkan nilai ambang sehingga sejumlah RM100,000 ini akan mengurangkan bilangan kes muflis. Namun begitu, saya ingin mencadangkan beberapa perkara agar langkah ini boleh dimanfaatkan sebaik mungkin. Pertamanya berkenaan dengan isu pelepasan automatik yang bakal dilaksanakan. Saya mencadangkan agar sepanjang tempoh pindaan sehingga akta ini benar-benar digazetkan, diwartakan, individu yang terkesan dengan perubahan nilai ambang diletakkan dalam tempoh bertenang dan tidak diisytiharkan muflis sehingga akta ini diwartakan. Sebagai contoh jika si ‘A’ mempunyai hutang yang disatukan mencecah RM70,000 maka sebelum akta ini dipinda si ‘A’ automatik diisytiharkan muflis. Namun setelah akta ini dipinda, si ‘A’ tidak lagi muflis. Oleh itu, mana-mana individu yang mempunyai hutang yang dibekukan mencecah sebanyak RM50,000 hingga RM70,000 diletakkan dalam fasal ini agar permasalahan pertukaran status tidak akan timbul setelah akta ini selesai diwartakan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan beberapa isu yang berlaku berkaitan pembekuan akaun. Terdapat kes di mana si ‘A’ membayar hutangnya kepada Jabatan Insolvensi, namun akaun si ‘A’ masih lagi disekat. Isunya, apabila kes ini dibawa ke pihak bank, pihak bank memintanya untuk mendapatkan surat kelulusan daripada Jabatan Insolvensi namun, Jabatan Insolvensi menolak permohonan tersebut kerana pihaknya tidak meminta bank untuk menyekat akaun tersebut. Isunya, siapa sebenarnya main superior, dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam isu ini? Pihak bank lepas tangan, pihak Jabatan Insolvensi turut lepas tangan dan mangsanya rakyat di luar sana. Saya memohon agar permasalahan ini diselesaikan segera. Selain itu, isu pembekuan akaun ini juga sedikit sebanyak merumitkan proses penerimaan sebarang jenis bantuan kerajaan. Saya memohon agar sebarang birokrasi yang menyusahkan proses penerimaan bantuan diketepikan buat masa ini bagi memudahkan individu mahupun syarikat yang diisytiharkan muflis untuk turut mendapat pelbagai bantuan daripada kerajaan terutamanya sepanjang tempoh penularan COVID- 19 ini. Saya juga ingin mengetengahkan berkenaan perkhidmatan atas talian yang telah dilaksanakan. Satu pujian wajar diberikan di atas inisiatif tersebut yang memudahkan pemiutang membuat bayaran ansuran bulanan, carian status kebankrapan dan deposit penitisan secara atas talian sahaja. Namun begitu, terdapat banyak laporan yang diterima berkenaan penyediaan sistem yang agak lemah. Pengguna tidak dapat melayari website tersebut disebabkan server down, connection problem dan sebagainya. Perkara terakhir yang ingin saya cadangkan adalah berkenaan meningkatkan program celik kewangan secara aktif. Terutama bagi pelajar universiti bagi mengurangkan isu kebankrapan dalam kalangan golongan muda di negara ini. Umum

mengetahui, golongan belia yang berumur antara 25 tahun hingga 34 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap dalam tempoh tahun 2013 hingga 2017 iaitu seramai 24,650 orang.

Oleh itu, saya mencadangkan agar program ini dijadikan sebahagian daripada mata pelajaran melalui kewujudan jam kredit kepada para penuntut di peringkat tinggi bagi memastikan mereka benar-benar faham berkenaan dengan pengurusan kewangan. Sekali gus, membolehkan mereka mempraktikkan apa yang dipelajari agar mereka lebih berhemah dalam menguruskan kewangan pada masa hadapan. Dengan itu, saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian Tuan Yang di- Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, sekarang saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Kalabakan untuk membahaskan Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020. Bagi Kalabakan, ia merupakan satu rang undang-undang penting untuk diberikan perhatian, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi rakyat yang menekan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan satu dapatan yang dirumuskan dalam Malaysia Economic Monitor 2019 oleh Bank Dunia, ada dirumuskan berkenaan dengan senario kewangan rakyat negara kita pada tahun 2018. Pertama, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia merasakan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan. Kedua, kira-kira 23 peratus daripada rakyat Malaysia merasakan mereka tidak mempunyai duit yang cukup untuk membiayai kos tempat tinggal. Berdasarkan Gallup World Poll, kadar peratusan urban Malaysians yang berpuas hati dengan taraf hidup mereka menurun daripada 76.5 peratus pada tahun 2012 kepada 69.5 peratus pada tahun 2018. Hal tersebut telah menjadi antara pendorong utama kebanyakan daripada urban Malaysians untuk berhutang. Mengikut satu kajian daripada Bank Negara Malaysia, majoriti rakyat Malaysia yang mempunyai tanggungan hutang berat atau heavy debt load adalah mereka yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan. Kajian tersebut juga mendapati lebih daripada 50 peratus pinjaman atau hutang yang dibuat adalah untuk tujuan pemilikan kenderaan persendirian dan perbelanjaan peribadi. Lebih mengejutkan, dapatan kajian tersebut juga mendedahkan sebanyak 45 peratus hutang yang dibuat oleh kebanyakan penjawat awam adalah untuk tujuan yang sama. Tuan Yang di-Pertua, ramai yang tidak sedar dan tahu bahawa debt service ratio (DSR) atau keupayaan membayar semula hutang adalah tinggi bagi individu yang berpendapatan kurang daripada RM3,000. Realitinya, kira-kira 40 peratus daripada penghutang yang berpendapatan rendah mempunyai DSR lebih daripada 40 peratus. Dengan kata lain, lebihan pendapatan boleh guna bulanan mereka berkurang dan ia menjejaskan keupayaan mereka untuk menyimpan dalam situasi di mana hutang menjadi beban terbesar dalam survival economy seseorang individu. Pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’ tidak lagi menjadi pedoman yang berguna buat mereka yang gagal untuk melakukan simpanan kewangan. Ternyata seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara Malaysia, hampir 49 peratus daripada kes muflis yang direkodkan pada tahun 2018 adalah berpunca daripada hutang pinjaman peribadi (personal loan) dan pinjaman sewa beli (hire purchase loan). Tidak boleh kita nafikan kira-kira 60 peratus daripada peminjam yang muflis atau bankrupt borrowers datang dari kumpulan anak muda yang berumur antara 25 tahun hingga 44 tahun. Sumber daripada Bank Negara turut mengesahkan bahawa berdasarkan dapatan daripada Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit (AKPK), sebanyak 40 peratus daripada pelanggan AKPK yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 mengambil pinjaman peribadi untuk tujuan discretionary spending atau perbelanjaan mengikut selera sendiri. Jadi, tidak hairanlah jumlah kes bankrap yang diuruskan oleh Jabatan Insolvensi Negara di antara 2015 hingga 2019 menjangkau 84,805 kes.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Pakatan Harapan telah memperkenalkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 yang mempunyai visi untuk mempersiapkan negara untuk menjadi sebuah negara yang peka kepada pengurusan kewangan yang terurus, terutamanya kewangan peribadi rakyat. Strategi literasi kewangan yang mempunyai lima strategi utama iaitu antaranya menggariskan peri pentingnya pendidikan yang berorientasikan kewangan di peringkat sekolah dalam mewujudkan persekitaran budaya smart financing. Saya amat berharap kerajaan sekarang dapat mengaktifkan semula strategi literasi kewangan tersebut sebagai salah satu dasar utama kerajaan bagi mengurangkan masalah kebankrapan dalam kalangan rakyat, khususnya anak muda. Sebagai cadangan, untuk memberi nilai tambah kepada strategi literasi kewangan tersebut, saya fikir tiba masanya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kewangan untuk bersama-sama merangka satu modul khusus untuk universiti-universiti awam. Baik dalam bentuk akademik mahupun kokurikulum sebagai platform terbaik buat mahasiswa untuk diberi pendedahan secara dekat dan profesional dalam hal ehwal financing literacy. Pada tahun 2019, Global Financial Literacy Excellence melaporkan— pertama, 36 peratus daripada rakyat Malaysia yang berumur antara 15 tahun hingga 34 tahun adalah financial literate berbanding 66 peratus di Singapura. Kedua, 20 peratus daripada millennial tidak melakukan financial savings dengan alasan mereka terbeban dengan komitmen bayaran semula hutang, kos sara hidup yang tinggi dan perbelanjaan untuk gaya hidup. Jadi berdasarkan laporan tersebut, saya boleh simpulkan bahawa masalah kebankrapan dalam kalangan anak muda di negara ini berpunca daripada kurangnya ilmu pengurusan kewangan yang menjadikan mereka tidak cerdik untuk mengendalikan perbelanjaan serta pendapatan mereka. Oleh yang demikian, kenaikan nilai ambang hutang minimum untuk seseorang itu diisytiharkan bankrap kepada RM100,000 jelas memberi kesan domino bukan sahaja kepada bank, malah kepada persekitaran ekonomi yang sudah pasti melibatkan sebahagian rakyat. Sekian sahaja ucapan saya untuk Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Dungun.

Bismillahir Rahmanir Rahim, [Berselawat] [Berucap dalam bahasa Arab] , amanah menarik rezeki. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2020. Pertamanya, saya melihat pindaan terhadap Akta Insolvensi ini adalah suatu inisiatif bagi meringankan beban rakyat ketika pandemik COVID-19 dan mungkin selepas pandemik COVID-19 iaitu pasca COVID-19. Sebagai suatu perlindungan apabila tamatnya tempoh moratorium terhadap beban kewangan rakyat, maka tentulah akan melibatkan beban yang sangat besar, melibatkan kepentingan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Namun begitu, soalan yang saya ingin timbulkan. Adakah selepas negara bebas dari pandemik COVID-19, kerajaan bersedia untuk meminda balik nilai ambang kebankrapan kepada nilai yang lebih rendah? Oleh kerana ada juga pandangan supaya nilai ambang RM100,000 yang dicadangkan ini hanyalah bersifat sementara sahaja, tidak tetap. Hal ini kerana melihat kepada nilai RM50,000 sekarang nilai ambangnya, boleh dikatakan memadai jika dibandingkan dengan negara-negara yang setaraf dengan Malaysia. Jika nilai ini dikekalkan, yakni nilai RM100,000 nilai ambang selepas negara kita kembali stabil, mengikut setengah pandangan, bimbang akan wujud beberapa kesan negatif. Oleh itu, apabila kita meminda sesuatu undang-undang tentulah ada justifikasinya. Jadi, apakah justifikasi kerajaan dari menaikkan nilai ambang RM50,000 kepada RM100,000? Mohon penjelasan. Juga yang perlu dilihat ialah bagaimana berkaitan dengan perkara yang sangat utama dalam kita melihat kesan-kesan kepada pengurusan kewangan makro rakyat dan kewangan mikro rakyat.

Ada yang di luar daripada kawalan rakyat iaitu melibatkan pendapatan- pendapatan perlu untuk mereka belanjakan. Akan tetapi ada yang melibatkan pengurusan kewangan mikro, perbelanjaan-perbelanjaan rakyat yang boleh rakyat uruskan. Di sinilah perlunya kita melihat kepada faktor-faktor berlakunya kebankrapan di kalangan rakyat. Di antaranya ialah sebab sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan hutang kad kredit. Oleh itu, saya ingin untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan statistik kebankrapan setakat 2020 mengikut nilai ambang RM50,000 sebelum cadangan pindaan RM100,000 ini mengikut bangsa-bangsa, kemudian mengikut jantina. Kita melihat bagaimana kerajaan mengambil jalan untuk memberikan maklumat-maklumat lengkap kepada rakyat supaya dapat menguruskan kewangan secara mikro bagi kepentingan mereka supaya tidak terjebak dalam kebankrapan yang akhirnya menyulitkan kehidupan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, saya akan memberi hujahan-hujahan yang berbeza dengan Ahli-ahli Parlimen yang lain. Selama ini, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan tertumpu kepada peminjam atau pengguna individu dan melupakan usahawan. Bagi saya, setiap langkah-langkah yang diambil, kita harus mengambil perhatian atau mengambil berat bukan sahaja kepada individu tetapi juga memberi fokus kepada usahawan juga. Kalau tidak, tidak akan ada keadilan dalam sesuatu langkah- langkah yang diambil oleh kerajaan. Jadi saya berharap hujahan saya dapat dipertimbangkan sebelum rang undang-undang ini diluluskan. Tuan Yang di-Pertua, kebankrapan bukan sahaja satu hukuman. Sebenarnya ia merupakan satu peluang kedua atau second chance dengan izin, kepada mereka yang kurang bernasib baik. Ia sepatutnya berfungsi sebagai satu amalan supaya mereka lebih berhati-hati dalam urusan kewangan mereka pada masa hadapan. Seksyen-seksyen 33A dan 33C telah pun membuat peruntukan-peruntukan untuk seorang yang bankrap dilepaskan dengan memenuhi syarat-syarat tertentu. Ia adalah lebih mudah diuruskan dengan jumlah hutang yang tidak begitu besar. Apabila jumlah hutang terlalu besar, seorang bankrap mungkin tidak dapat peluang kedua. Oleh sebab pelepasan akan menjadi lebih sukar sekiranya seorang yang bankrap tidak mampu untuk memenuhi syarat bayaran balik hutang kecuali pindaan juga dibuat ke atas seksyen 33A dan 33C pada masa yang sama atau pada masa yang akan datang. Dengan menaikkan nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan daripada RM50,000 kepada RM100,000, pihak kerajaan seolah- olah menggalakkan mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk mengambil risiko yang mereka tidak mampu menanganinya kelak. Ia juga adalah tidak adil kepada pemiutang yang berniat baik. Saya tidak ada masalah dengan pindaan untuk menaikkan ambang hutang minimum kepada RM100,000 sekiranya ini adalah langkah sementara bagi tujuan mengurangkan kesan pandemik COVID-19. Kenaikan tersebut juga mungkin menaikkan jumlah hutang lapuk dalam ekonomi negara. Jumlah hutang lapuk yang tinggi akan menjejaskan keuntungan perniagaan dan hasil kerajaan dari segi cukai pendapatan. Akhirnya, pengguna juga mungkin terpaksa menganggung kos hutang lapuk daripada perniagaan oleh sebab ia akan diambil kira sebagai satu kos operasi atau pengeluaran oleh usahawan. Akhir sekali, peruntukan yang baru 1A untuk memberi Menteri kuasa untuk meminda nilai ambang hutang minimum yang akan ditetapkan oleh RUU ini kalau diluluskan, bagi saya adalah bertentangan dengan prinsip pembahagian kuasa di antara perundangan dan pentadbiran. Itulah sahaja perbahasan daripada saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Batang Lupar juga turut hendak mengambil bahagian di dalam rang undang-undang untuk meminda Akta Insolvensi 1967. Pindaan akta ini ketika ekonomi negara merudum akibat penularan wabak COVID-19 adalah satu tindakan yang begitu baik, murni dan tepat pada masanya. Penutupan perniagaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan sederhana mengalami masalah kewangan yang teruk. Tanpa kenaikan kadar kebankrapan ini, maka akan menjadi tinggilah jumlah mereka yang mengalami kebankrapan akibat perniagaan yang tidak mendapat untung sedangkan kos operasi dan gaji pekerja juga masih perlu dibayar. Dengan kenaikan kadar daripada RM50,000 kepada RM100,000 ini akan memberikan peluang kepada peniaga-peniaga ini untuk masih layak memohon bantuan kewangan daripada bank-bank. Kita tidak mahu peniaga-peniaga ini beralih kepada peminjam-peminjam wang yang haram atau along, hanya kerana mereka tidak layak memohon bantuan kewangan daripada bank. Kita patut membantu peniaga-peniaga kecil dan sederhana ini untuk memulakan perniagaan mereka sekali lagi atau memulakan kehidupan mereka. Apabila mereka mampu untuk menjalankan perniagaan-perniagaan mereka, mereka dapat membantu mengukuhkan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, dengan pindaan ini kita akan dinampakkan sebagai sebuah kerajaan yang membantu mereka yang bankrap menguruskan semula kewangan, mengurangkan kes bankrap dan nampak lebih responsif dengan masalah yang mereka hadapi. Saya juga sangat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Baling yang mencadangkan supaya kita mewujudkan sebuah jawatankuasa– Tidak tahulah apa nama jawatankuasa ini, pengampunan kah atau penilaian semula, untuk kita memberi ruang kepada mereka ini untuk menjadi lebih ringan bebanan mereka khususnya yang berumur 60 tahun ke atas. Jadi dengan itu, Batang Lupar mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Yang Berhormat Subang. Tidak ada? Yang Berhormat Pasir Gudang, silakan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pasir Gudang menyambut baik rang undang-undang meminda Akta Insolvensi 1967. Langkah pindaan ini bukan sahaja baik malah tepat. Semasa Menteri Hal Ehwal Undang-undang menggulung berkenaan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus (COVID-19) 2020, beliau ada menyebut dalam menentukan jumlah ambang daripada RM50,000 naik kepada RM100,000, pihak kerajaan telah mengadakan libat urus dengan pemegang taruh (stakeholders). Dari senarai yang disebut tadi, pihak kerajaan hanya bertemu dengan pihak- pihak seperti bank dan juga dari segi AG Chambers, Majlis Peguam dan sebagainya tetapi tidak dilibatkan dengan civil societies, NGO yang mewakili rakyat. Hasil daripada libat urus yang tak seimbang itu hanya dipersetujui supaya dinaikkan nilai ambang itu kepada RM100,000 barulah petisyen kebankrapan itu boleh difailkan di mahkamah. Saya membawa perkara ini ialah kerana semua orang tahu kesan kebankrapan ini sangat parah kepada seseorang individu. Bukan sahaja akaun banknya boleh dibekukan, dia tidak boleh jadi calon pilihan raya, hendak pergi umrah pun akan disekat, tidak boleh membawa kes ke mahkamah. Ertinya, dari segi perundangan, tidak ada legal status. Jadi, saya mencadangkan biasanya rang undang-undang di Parlimen ini diluluskan tanpa pindaan tetapi untuk pindaan Akta Insolvensi ini, kalau boleh diadakan pindaan supaya jumlah ambang itu dinaikkan sampai RM150,000. Saya perlu menyatakan di sini, disclose, iaitu penzahiran ada kepentingan di sini sebagai seorang peguam yang pernah mengendalikan kes-kes seperti ini. Ertinya, kasihan kepada golongan yang telah dibankrapkan ini. Sangat sukar kehidupan mereka untuk lepas daripada status muflis ini.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Dalam hal ini, saya ingin menyebut bahawa sangat tidak adil badan-badan seperti CTOS, CCRIS ini. Mereka ini bukan agensi kerajaan. Kadang-kadang pihak penghutang penghakiman ini, dipanggil judgement debtor (JD) ini, belum lagi jadi bankrap tetapi kerana prosiding ini diiklankan dalam surat khabar kerana penyampaian ganti, mereka ini telah di-blacklisted. Jadi, mereka susah. Hendak beli kereta susah, hendak beli rumah susah. Belum bankrap lagi. Sedangkan Jabatan Insolvensi masih belum― proses kebankrapan itu tidak berlaku lagi. Kadang-kadang kes ini di mahkamah mencapai penyelesaian. Notis kebankrapan itu ditarik balik apabila pihak penghutang penghakiman ini bersetuju hendak selesaikan. Akan tetapi, badan-badan seperti CTOS, CCRIS ini telah menghukum mereka. Jadi, saya rasa dari segi undang-undang, tidak boleh dibenarkan pihak yang bukan kerajaan ini menyusahkan rakyat. Perkara yang lain yang ingin saya sebutkan, Tuan Yang di-Pertua. Memang boleh mereka yang telah bankrap ini berusaha melepaskan status kebankrapan ini tetapi ada pihak yang tidak berupaya, tidak boleh bayar langsung. Jadi, saya mintalah supaya tempoh pelepasan ini selepas lima hingga 10 tahun ini diambil kira yang munasabah. Kalau boleh dikaji atas rayuan sebab-sebab tertentu mereka ini boleh dilepaskan daripada status kebankrapan. Itu sahaja hujahan saya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Subang boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Selepas ini. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Rompin, kalau ada. Tidak ada? Kita kah Yang Berhormat Kuala Krai. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah. [Membaca selawat] Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Perikatan Nasional kerana meminda Undang-undang Insolvensi ini. Nilai pinjaman kebankrapan daripada RM50,000 kepada RM100,000 ternyata menunjukkan Kerajaan Perikatan Nasional sangat mempunyai keprihatinan yang sangat tinggi untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini. Undang-undang ini juga sebagai mensiapsiagakan negara bagi menghadapi sebarang wabak pada masa hadapan atau sebarang bencana yang boleh menyebabkan gelombang krisis ekonomi yang bakal melanda. Penggubalan undang-undang ini juga menunjukkan kerajaan hari ini tidak mengambil masa yang lama malah telah menyiapkan penggubalan undang-undang terkehadapan menyanggah apa yang pembangkang laungkan. Sebanyak 95,105 jumlah kes bankrap yang direkodkan sejak tahun 2014. Statistik Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan mereka yang berusia 35 hingga 44 tahun paling banyak bankrap iaitu seramai 32,948 orang, diikuti seramai 24,584 orang berusia 45 hingga 54 tahun. Manakala 25 hingga 34 tahun pula adalah seramai 23,577 orang. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan golongan yang paling terkesan dalam kes bankrap ini adalah golongan yang berusia 35 hingga 44 tahun. Saya berharap golongan ini dipandu dengan lebih baik dan diberi kesedaran tentang bahaya kebankrapan ini. Apakah usaha pihak kerajaan dalam membantu mereka yang telah diisytiharkan muflis? Apakah boleh diselaraskan dengan pihak-pihak bertanggungjawab seperti pusat zakat, baitulmal dan sebagainya? Ini kerana mereka termasuk dalam kumpulan al- gharimin, salah satu asnaf zakat. Khususnya mereka yang berhutang untuk keperluan seperti pendidikan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya, bukan untuk bermewah- mewah. Saya juga memohon kerajaan memikirkan nasib penjamin. Banyak kes muflis di luar sana yang membabitkan penjamin terutama ibu bapa yang telah tua dan tidak mengetahui apa pun tentang pinjaman tersebut. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, rescue mechanism yang diperkenalkan dalam pindaan Akta Kebankrapan 1967. Sejauh mana mekanisme ini digunakan? Adakah ianya efektif? Jika ia tidak efektif, soalannya kenapa? Adakah pihak-pihak

berkenaan seperti mahkamah, Jabatan Insolvensi, peguam dan juga institusi-institusi kewangan memperkenalkan mekanisme ini kepada penghutang penghakiman sebagai jalan penyelesaian? Statistik dari Jabatan Insolvensi Malaysia adalah perlu untuk menunjukkan setakat mana berkesannya mekanisme ini. Tumpuan haruslah diberikan untuk menjayakan mekanisme ini kerana ia memberikan peluang kepada penghutang untuk berbincang dan penangguhan automatik selama tiga bulan diberikan oleh mahkamah apabila penghutang memohon untuk mekanisme ini. Adakah tempoh tiga bulan tersebut mencukupi untuk penghutang berbincang dengan pemiutang untuk penyelesaian? Mungkin tempoh tersebut boleh dilanjutkan kepada enam bulan atau mana-mana tempoh yang lebih panjang. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu ialah kadar faedah. Bank Negara Malaysia boleh mengawal kadar faedah yang dikenakan untuk produk-produk institusi kewangan. Contohnya, kadar faedah untuk kad kredit yang tinggi serta jenis-jenis faedah yang dikenakan seperti penalti atas melampaui had kredit dikenakan pada masa yang sama dengan penalti lewat bayar menjadikan hutang kad kredit bertambah berganda-ganda dan membebankan pelanggan. Amalan institusi kewangan mengenakan compounding interest turut menjadi penyebab kenapa pelanggan atau penghutang tersungkur dan gagal membayar hutangnya. Dalam masa dua tahun, COVID-19 dijangka membelenggu dunia selama dua tahun sebelum vaksin ditemui. Bank Negara boleh menghentikan amalan mengenakan compounding interest, sebaliknya hanya interest ke atas jumlah pokok sahaja boleh dikenakan.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di bawah Bank Negara juga boleh memainkan peranan yang lebih aktif dan efektif di dalam memberikan nasihat kewangan untuk penghutang serta dalam berbincang dengan institusi kewangan bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih efektif dan faedah yang lebih rendah bagi pihak pelanggan AKPK. Luaskan jenis-jenis hutang termasuk hutang-hutang yang melibatkan pinjaman yang tercabar. Tuan Yang di-Pertua, soalan saya sebelum saya mengakhiri ini adalah pertama, adakah limit pertambahan nilai kebankrapan dari RM50,000 kepada RM100,000 atau mana-mana jumlah yang difikirkan perlu oleh Menteri ataupun Menteri Kewangan mempunyai retrospektif atau kesan ke belakang. Kedua, bagaimana pula dengan syarikat-syarikat kecil PKS ataupun SME yang mana dalam keadaan yang mencabar ini jumlah bagi penggulungan syarikat juga harus dinaikkan bagi mengelakkan daripada syarikat PKS daripada digulung. Adakah Menteri bercadang untuk mengubah jumlah-jumlah kadar penggulungan bagi sesebuah syarikat khususnya PKS. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua saya menyokong pindaan akta ini. Terima kasih. Assalamualaikum.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Yang Berhormat Subang silakan.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan sudah sampai 8.40 malam sudah saya akan meringkaskan ucapan saya dan memberi fokus kepada satu isu sahaja iaitu pindaan seksyen 5(1)(a) untuk menaikkan nilai hutang minimum daripada RM50,000 ke RM100,00. Saya ingin tanya dan ingin tahu sama ada kerajaan telah membuat kajian secara teliti apakah impak kenaikan nilai hutang minimum ini. Khasnya saya minta data daripada Menteri berapakah yang bankrap pada tahun 2018 dan tahun 2019 iaitu data terbaru iaitu di mana tahap minimum RM50,000 itu dipakai. Soalan saya, sekiranya tahap nilai hutang minimum ini dinaikkan ke RM100,00 dan ini diguna pakai untuk data yang sama, data tahun 2018 dan tahun 2019, berapakah peminjam yang tidak akan diisytiharkan bankrap. Dengan izin, if we had increased the threshold in 2018 and 2019 to a RM100,000 and applied this 2018 and 2019 data, how many borrowers or guarantors would have avoided bankruptcy? Ini adalah data yang tersangat penting pada pendapat saya sebab Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini perlu mendapat satu gambaran jelas apakah

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

impak positif daripada rang undang-undang ini. Berapakah orang yang bakal diisytiharkan bankrap dapat diselamatkan dengan pindaan RM100,00 ini. Adakah kita dapat selamatkan 1,000 orang, 2,000 peminjam setahun. Data seperti ini memang penting dan boleh memberi satu konteks yang baik untuk kita semua. Selain itu, saya hendak tanya tentang demografi peminjam yang menjadi bankrap. Saya difahamkan banyak adalah yang muda, baru bekerja dan dapat credit card. Mereka perlu diberi sedikit kelonggaran. Sekiranya diisytiharkan menjadi bankrap pada umur muda, maka masa hadapan mereka menjadi tersangat susah. Menjadi bankrap ini ada sosial stigmanya, menjadi bankrap ini stigmanya teruk sekali dan akan menjejaskan self-esteem dan juga produktiviti mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu perbankan. Saya ingin tahu apakah pandangan pihak bank terhadap peningkatan hak minimum ini. Adakah bank-bank menyokong rang undang-undang ini atau tidak. Walaupun saya menyokong pindaan ini, saya risau kadangkala kita meluluskan satu rang undang-undang dan selepas itu kita menghadapi satu situasi yang lain dengan izin, unintended consequences. Saya risau pihak bank sebagai satu reaksi negatif kepada kelulusan rang undang-undang ini akan mula mengurangkan pinjaman kepada golongan yang termiskin dan yang sederhana. Oleh kerana bank tidak dapat mengambil tindakan bankruptcy terhadap pinjaman di bawah RM100,00, maka kemungkinan bank akan mengurangkan pinjaman kecil dan hanya memberi pinjaman RM100,00 ke atas sahaja. Ini bermakna facility pinjaman kepada golongan sederhana mungkin dikurangkan. Dengan izin sekali lagi an unintended consequence to this amendment. Oleh demikian, saya ingin mencadangkan dan memberikan sedikit nasihat dan pesanan kepada Menteri dan juga Menteri Kewangan untuk memberi fokus lebihan, untuk memantau aktiviti-aktiviti bank ini supaya bank tidak menghentikan pinjaman kepada golongan sederhana. Pastikan pinjaman seperti mikro kredit diteruskan itu penting. Jangan kita pass undang-undang ini kita dapat pula unintended consequences yang buruk kepada orang-orang yang miskin dan sederhana. Itu sahaja ucapan saya terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ketika undang-undang bankruptcy ini dibentangkan pada tahun 1967, terdapat perbahasan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat pada waktu itu, daripada Yang Berhormat Bachok iaitu Allahyarham Tuan Haji Abu Bakar Hamzah. Beliau membangkitkan tentang beberapa kebimbangan pada ketika undang-undang ini mula dibentangkan iaitu yang pertamanya adalah soal apakah bankruptcy ini dapat menyelamatkan seseorang itu daripada lari membayar hutang. Saya percaya dalam perbahasan kita pada malam ini kebimbangannya adalah sama ada undang-undang ini mampu mengimbangi antara penghutang dan juga pemiutang. Hal ini kerana kita tahu dari satu sudut undang-undang ini mampu untuk menyelesaikan permasalahan mereka yang digugat dengan kebankrapan ini kerana jumlah ataupun garis yang ditetapkan ataupun dicadangkan telah meningkat daripada RM50,000 kepada RM100,00. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah mekanisme ini ataupun apakah pindaan ini mampu mengimbangi kebimbangan mereka yang akan memberikan hutang. Hal ini kerana kita semua sedia maklum dari segi angka-angka sebelum ini, saya percaya ramai rakan-rakan telah pun meminta angka-angka yang terkini tentang masalah bankrap ini kerana ia amat membimbangkan dan apatah lagi dalam kita berhadapan dengan norma baharu dalam kita menangani pandemik COVID- 19 ini tentunya menjadi satu cabaran kepada negara. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya secara khusus tentang Tabung Bantuan Insolvensi. Hal ini saya percaya Yang Berhormat Menteri pun mungkin sudah dengar perbahasan sebelum ini. Akan tetapi kalau kita rujuk balik beberapa pindaan teras pada tahun 2017 yang lalu ada di sebut ataupun ada diletakkan di dalam pindaan itu tentang Tabung Bantuan Insolvensi ini.

Apakah ia mampu dijadikan sebagai penampan kepada permasalahan kebankrapan di dalam negara kita. Hal ini kerana kita semua sedia maklum, pindaan 2017 itu banyak perkara-perkara fundamental telah pun dizahirkan dalam pindaan tersebut. Ketiga yang saya ingin tanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, kita sedia maklum bahawa agensi khusus yang mengendalikan masalah hutang ini ataupun memberikan pendidikan kepada rakyat sebagainya adalah Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah terdapat satu perancangan yang khusus bersungguh-sungguh efektif dalam memastikan bahawa terdapat jajaran yang lebih luas, yang dilakukan oleh AKPK ini terhadap pengurusan kewangan golongan belia. Hal ini kerana saya percaya kalau boleh saya tanyakan datanya. berapa ramai belia yang terikat dengan masalah kebankrapan ini daripada had umur berapa sampailah mungkin 30 tahun. Dari umur 18 tahun hingga 30 tahun, berapa ramai yang terlibat dengan kebankrapan. Kita baca melalui laporan media ramai dan membimbangkan. Jadi sudah pasti AKPK ini mampu dijadikan sebagai satu wahana, platform untuk memberikan program pendidikan kepada mereka ini. Saya ingin juga tanya kepada Yang Berhormat Menteri yang terakhirnya adalah bagaimana pula kebankrapan di kalangan penjawat awam. Apakah dengan menaikkan garis kebankrapan kepada RM100,000 ini mampu menyelesaikan secara signifikan permasalahan kebankrapan sekiranya ada di kalangan penjawat awam. Hal ini kerana kita tahu rata-rata majoriti penjawat awam ini ianya berhadapan dengan cabaran kewangan apatah lagi dalam keadaan sekarang ini dan dengan beban hutang dengan beban tanggungan dan sebagainya ianya tentu menuntut kepada satu government intervention dengan izin. Intervention government, campur tangan kerajaan dalam usaha untuk meminda peraturan ataupun undang-undang ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, terakhir ini betul-betul akhir iaitu berkaitan dengan kuasa Menteri ini. Hal ini kerana kita menginginkan penjelasan yang sebenarnya apakah kuasa Menteri ini bersifat sementara ataupun permanently dengan izin berada di dalam pindaan ini.

Adakah ia bertujuan supaya pada masa-masa yang akan datang tidak perlu lagi bawa ke dalam Dewan ini ataupun ia hanya bersifat sementara sesuai dengan pendekatan temporary dengan izin yang kita ambil untuk berhadapan dengan masalah pandemik COVID-19. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan dua perkara dalam rang undang-undang untuk meminda Akta Insolvensi 1967. Pertama, berkenaan dengan pindaan kepada seksyen 5 iaitu seksyen 2 dalam rang undang-undang ini yang mana jumlah threshold telah pun ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM100,000 dan saya menyambut baik usaha untuk meningkatkan threshold ini khasnya semasa kita menghadapi pandemik ini. Pada masa yang sama memandangkan pindaan ini adalah satu pindaan yang permanent dan bukan temporary dengan izin, maka ada satu— saya hendak tahu apakah usaha daripada kerajaan untuk memastikan pihak institusi kewangan tidak akan menggunakan alasan ini iaitu peningkatan threshold kepada RM100,000 untuk mengetatkan lagi syarat-syarat memberikan pinjaman. Kita tahu bahawa untuk mereka yang ingin mendapatkan pinjaman sederhana dan kecil iaitu kurang daripada RM100,000, sememangnya tidak mudah untuk pihak bank memberikan pinjaman. Sekiranya bank nampak sekarang threshold telah pun ditingkatkan dari RM50,000 ke RM100,000, apakah usaha yang akan diambil oleh pihak kerajaan dan juga pihak Bank Negara untuk memastikan bahawa ini tidak akan menjadi satu alasan daripada pihak institusi kewangan untuk tidak memberikan pinjaman kepada golongan yang memerlukan pinjaman tersebut?

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Perkara kedua yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan kemasukan subseksyen (1A) yang baharu. Saya amat bersetuju dengan rakan saya Yang Berhormat Bukit Bendera bahawa pemberian kuasa ini kepada eksekutif merupakan satu blank cheque dan saya tidak ada masalah sekiranya kuasa sebegini diberikan kepada eksekutif hanya untuk tujuan kecekapan pentadbiran. Akan tetapi untuk perkara di hadapan kita ini, kuasa yang diberikan adalah berkenaan dengan amaun minimum untuk pemfailan satu petisyen kebankrapan. Ini merupakan satu substantive part of the Bankruptcy Act, dengan izin. Ini merupakan satu bahagian yang amat substantial sebab sekiranya dia tidak lepas RM50,000 atau RM100,000, memang tidak ada klausa tindakan untuk memfailkan petisyen kebankrapan. Akan tetapi dengan kuasa sebegini diberikan kepada pihak eksekutif, soalan yang saya hendak bangkitkan adalah apakah check and balance yang akan diberikan jaminan daripada kerajaan. Apakah check and balance yang boleh diberikan daripada kerajaan? Saya juga faham kuasa ini mungkin akan dapat dilaksanakan di bawah satu special circumstances, dengan izin. Apakah definisi special circumstances dalam konteks Akta Insolvensi ini? Sama ada ia merupakan satu kuasa yang begitu luas untuk memberikan hak dan kuasa kepada pihak eksekutif berkenaan dengan satu perkara yang begitu substantial dan yang begitu penting dalam akta ibu ini. Mungkin saya boleh mencadangkan kepada pihak kerajaan, sekiranya pihak kerajaan masih mahu kuasa ini diberikan, saya mencadangkan bahawa kuasa untuk meminda amaun yang dinyatakan itu mungkin boleh dihadkan. Kuasa meminda amaun untuk memfailkan petisyen kebankrapan oleh Yang Berhormat Menteri selepas consultation dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh dihadkan mungkin dalam lingkungan tidak lebih daripada 30 peratus atau tidak lebih daripada 50 peratus yang dinyatakan secara asalnya dalam Akta Insolvensi. Ini kerana I think untuk pasaran dan rakyat jelata di luar sana juga, mereka tidak mahu nampak satu situasi yang mana the situation is very uncertain. The uncertainty is there, dengan izin. So, dengan itu sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya mengakhiri perbahasan saya di sini. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Pembahas terakhir daripada sebelah sini, Yang Berhormat Sepang.

Okey, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Walaupun nama tidak ada dalam ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya pun tidak sedar ada nama ini. Saya ingat Tuan Yang di-Pertua lebih kepada melihat— anyway terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya berucap. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Subang tadi. Memang bankrap ini adalah is a social stigma, dengan izin. Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk menyokong rang undang-undang ini, Yang Berhormat Menteri. Tapi ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan di sini yang saya minta Yang Berhormat Menteri mungkin memberikan perhatian. Pertamanya saya rasa kerajaan mesti berusaha ke arah untuk mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan jumlah mereka yang bankrap. Oleh sebab bagi saya, semakin banyak rakyat yang bankrap, it’s not a good sign, dengan izin kepada sesebuah negara. Sekarang ini kita tahu bukan saja individu yang bankrap tetapi syarikat juga boleh bankrap, hatta negara pun boleh bankrap. Jadi bankrap ini bukan saja individu ya, it’s a— satu perkara yang besar. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa tadi kata dalam penggulungan rang undang- undang langkah-langkah pencegahan sementara koronavirus, Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa untuk seseorang itu menjadi bankrap, ada banyak proses. They must be a judgement and default, judgement ya. Sama ada judgement and default kah, judgment after trial kah, barulah seseorang— ada proses dialah, kita pun tahulah. Akan tetapi saya hendak tanya, kenapakah untuk syarikat— mungkin tidak di dalam ini. Kenapa— kita tahu bahawa tidak perlukan satu judgement pun. Kalau dahululah, sebelum pindaan saya ingat lagi dulu akta syarikat, kita biasa memfailkan

winding up petition based on section 218 ya. Seksyen 181(d) tidak salah saya, unable to pay debt ya. Masa itu zaman saya, saya masih ingat RM500 saja, kita sudah boleh fail. Mesti ada notis within 31 days, dia gagal untuk compile dengan notice, dia dianggap telah melakukan— insolvent-lah ataupun dia boleh diambil tindakan digulunglah. Sedangkan untuk individu, kita tahu perlukan satu judgement. Jadi, saya rasa mungkin perkara ini boleh diambil kira juga supaya dalam syarikat juga kita mungkin perlukan satu judgement dulu sebelum kita boleh mengambil tindakan. Seterusnya Yang Berhormat, tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tanjung Karang yang saya rasa— eh! Bukan Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Pasir Gudang berkaitan dengan CTOS dan sebagainya. Saya rasa ini satu juga masalah besar dalam negara kita kerana apa Tuan Yang di-Pertua, kita lihat CTOS ini biasanya dia mengambil sesuatu tindakan berdasarkan iklan dalam surat khabar. Kita tahu biasanya seseorang itu diserahkan dengan BN ya— bukan Barisan Nasional, iaitu bankruptcy notice akan diiklankan dalam akhbar. Based pada maklumat itu, biasanya CTOS akan memberikan pandangan kepada pihak bank. Masalahnya kita tahu bahawa peringkat bankruptcy notice itu peringkat permulaan sebelum bankrap lagi tetapi ketika itu lagi mereka telah disenaraihitamkan. Jadi ini banyak kompelin yang kita terima. Jadi saya harap perkara ini boleh diambil beratlah oleh pihak kerajaan. Okey, yang terakhir sebelum saya tutup. Saya hendak kata untuk membolehkan kita menyelesaikan masalah kebankrapan ini dengan lebih efektif, saya bercakap ini sebagai atas kapasiti dulu sebagai Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang dan banyak berhadapan dengan masalah bankruptcy ini, banyak aduan ya. Saya juga banyak membuat lawatan di pejabat insolvensi di negeri-negeri.

Saya dapati banyak di negeri-negeri ini— khususnya di negeri-negeri ya, di mana pegawai-pegawai yang bertugas ini, keselamatan mereka mungkin agak terdedah dengan perkara-perkara yang boleh membahayakan. Sebagai contoh, ada bilik untuk consultation tetapi tidak ada keselamatan, tidak ada guard dan sebagainya. Jadi, saya harap perkara ini juga difikirkan sebab kalau kita hendak memastikan rakyat negara kita ini mendapat panduan selepas jatuh bankrap. Sebab selepas proses bankrap itu, selepas seseorang itu diisytiharkan bankrap, itu lagi penting. Proses itu lagi penting di mana pada ketika itu, orang yang bankrap ini akan berhadapan dengan pegawai-pegawai. Jadi, pegawai-pegawai ini saya rasa memang setakat yang saya pernah jadi kerajaan dahulu, saya rasa memang mereka memainkan peranan yang paling berkesan untuk memberikan consultation dan sebagainya. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya rasa kita mungkin kurang mengambil berat tentang keselamatan mereka dan banyak kes di mana ada klien yang datang mengamuk dan sebagainya. Saya rasa ini perkara yang saya harap pihak kementerian mengambil berat. Ini kerana kalau kita hendak memastikan orang yang bankrap ini mendapat perlindungan dan juga mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Insolvensi, seharusnya mereka itu juga petugas-petugas ini seharusnya diambil berat keselamatan mereka. Jadi, saya amat mengharapkan pihak kerajaan mengambil berat. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri teruskan lawatan-lawatan itu. Dahulu zaman masa saya dengan Yang Berhormat daripada mana? Insolvensi Menteri daripada mana ya? Lupa.

Tuan Yang di-Pertua

Batu Sapi.

Ya Yang Berhormat Batu Sapi. Minta maaf. Memang kita ada mengenakan lawatan. Kita dapati memang banyak aduan-aduan yang kita terima tentang pegawai keselamatan, mengamuk dan sebagainya. Jadi, saya harap Yang Berhormat ambil berat soal ini. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Akhir sekali saya persilakan Yang Berhormat Arau.

Bismillahir Rahmanir Rahim. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa COVID-19 ini kesannya cukup besar. Kita sering menyebut bahawa COVID-19 ini mendatangkan masalah kepada kesihatan, kehidupan

dan juga ekonomi. Jadinya, kita lihat kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyebutkan bahawa kesan besar sebagai contoh salah satu kesan besarnya ialah lumpuhnya sektor pelancongan yang melibatkan kerugian sebanyak RM3.7 bilion pada bulan kedua tahun ini. Jadi, ini kita lihat pelbagai sektor menghadapi masalah. Bila mereka menghadapi masalah, maka ia akan melibatkan orang-orang berniaga dan sebagainya. Jadi, pada hari ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana memberi perhatian khusus kepada pegawai ini. Tadi dalam rang undang-undang tadi kita membincangkan 16 rang undang-undang yang disekalikan. Sekarang ini kita beri perhatian khusus kepada insolvensi. Jadinya kerajaan prihatin tentang perkara ini. Walaupun ditegur macam-macam, kerajaan terus membuat kebaikan. Pertama sekali, RUU COVID-19 RM45 bilion telah lulus. Katalah apa hendak kata. Akhirnya mereka menyokong. Hari ini kita memperkenalkan satu rang undang-undang untuk menyelamatkan rakyat Malaysia daripada kebankrapan dan sebagainya. Cuma saya hendak tanya Yang Berhormat ialah sekarang ini kita bagi had RM100,000, kita naikkan kepada RM100,000. Jadi bagaimana mereka ini kita hendak selamatkan orang yang belum bankrap. Jadi saya ingin bertanya apakah yang kita boleh buat untuk selamatkan mereka yang sudah bankrap yang bankrap di tahap RM50,000 tadi. Jadi itu sebab kawan-kawan saya tadi mencadangkan sebagai pembahas terakhir, apakah kuasa menteri yang dibagi di bawah seksyen 5(1)(a) Akta 360 ini boleh digunakan untuk membuat pengampunan kepada mereka yang bankrap. Kita hendak selamatkan yang belum bankrap. Akan tetapi yang telah bankrap terutamanya anak-anak muda. Kita kena ingat bila di peringkat muda mereka sudah menghadapi masalah yang cukup serius dalam kehidupan. Sudah pasti ia akan mendatangkan kesan kepada mereka. Negara ini harus diterajui masa depannya oleh orang muda. Akan tetapi kalau orang muda tiba-tiba menghadapi masalah begini— bukanlah semua orang muda. Akan tetapi yang terkesan pada mereka yang berusaha membina kehidupan tiba-tiba bankrap. Jadi, ambillah satu pendekatan kuasa Menteri ini untuk memberi pengampunan kepada mereka yang bankrap. Kita kena ingat mereka yang bankrap ini RM250,000. Bukan dalam keadaan mereka menghadapi masalah bankrap, masa itu pihak kerajaan membuat runding terus 101 projek dengan nilai RM66 bilion. Selepas itu dengar cerita ada RM16 bilion diberi tender terhad dan sebagainya. Benda itu berlaku dan saya akan menuntut pihak kerajaan menyiasat perkara ini. Sebab apa? Dalam keadaan orang menghadapi masalah kebankrapan RM50,000 sekarang dinaikkan kepada RM100,000 tetapi kita mengendalikan projek berbilion-bilion kerana dibuat dengan cara tidak diketahui, anggota kabinet pun tidak tahu. Ada pihak kata saya mengulang-ulang cakap. Saya hendak beritahu. Saya berulang cakap tiga hari. Akan tetapi mereka mengulang cakap menuduh bahawa Kerajaan BN telah mencuri duit GST RM18 bilion. Dia nyanyi dua tahun. Selama 22 bulan dia nyanyi. Kita menyanyi walaupun PAC kata tidak betul duit tidak pernah diambil. Mereka terus menyanyi. Akan tetapi hari ini kita bukan menyanyi. Cerita benar apa yang berlaku di mana mereka menceritakan...

Yang Berhormat Arau, bagi Baling sedikit boleh? Berkaitan dengan direct nego yang di gembar-gembur semalam kita semua terkejut. Semua terkejut hendak pengsan. Jadi, apa yang patut kita buat, kita minta dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan kita harap Yang Berhormat Menteri Kewangan dapat secara bertulis kepada kita semua tatapan. Yang Berhormat Bagan pun sudah cabar hari ini.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Sediakan senarai sahajalah.

Jadi, kita keluarkan senarai, baru kita tahu siapa yang sebenarnya cakap dalam manifesto, kami jadi kerajaan tidak akan buat apa-apa untuk direct nego. Itu Yang Berhormat Bagan cakap.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Cukuplah. Cukup, cukup.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Cukuplah, duduklah. Sudah habis masa sudah.

Yang Berhormat Bagan cakap saya ulang balik. Itu Yang Berhormat bagan cakap.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Duduk lah. Sudah habis masa.

Yang Berhormat Bagan cakap saya ulang. Kita tidak akan, kita akan terus...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Cukuplah Yang Berhormat Baling. Cukup, cukup.

Hari ini dia orang panas sebab pisau makan tuan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Masa sudah habis Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Keluar topik, keluar topik.

Kita hendak tahu berapa orang belah sana dapat manfaat daripada rundingan terus ini. Itu yang kita hendak tahu.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Yang Berhormat Baling yang dapat manfaat.

Kita hendak tahu. Eh, tahun 2018 Yang Berhormat Baling tidak ada kena mengena.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, kena order. Tuan Yang di-Pertua, order. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Yang Berhormat Baling, kita dapat point itu. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

Akhir sekali. Kita bukan over. Kita cuma minta keadilan sebab kita dituduh dengan teruk. Keadilan. Menteri Kewangan kena ceritakan termasuk tender terhad yang telah dibuat. Jadi, itu mungkin Yang Berhormat Menteri tidak payah jawab, serah pada Menteri Kewangan. Akan tetapi saya minta sebab ada dalam akta ini yang menyebut Menteri berunding dengan Menteri Kewangan. Itu sebab Menteri Kewangan sebut di sini. Saya tidak pernah lari. Teks ucapan saya ucapan yang berlandaskan fakta.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Masa sudah lari. Sudah habis dah.

Jadi, pengecut-pengecut di sana tekan microphone bercakap. Ini tidak betul. Kita kena ikut peraturan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Yang Berhormat Arau pengecut. Bukan kita.

Saya orang yang ikut peraturan. Akan tetapi saya minta Menteri...

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Arau tidak apa lah, duduklah. Sudah habis, tidak apa lah.

Terbaharu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan cakap dia pun tidak tahu langsung, baru saja dia cakap.

Jadi saya minta Menteri supaya menggunakan kuasa Menteri untuk membuat pengampunan ramai-ramai mereka yang sudah terbankrap di peringkat RM50,000 tadi. Sudah pasti Menteri kata ini akan menghadapi masalah. Saya tidak mahu mempertikaikan kuasa Menteri. Saya akan menyokong kuasa Menteri walaupun mereka pertikai. Saya tidak pertikai. Akan tetapi gunakan kuasa itu untuk buat pengampunan semasa COVID-19. Kerajaan yang hebat yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Pagoh sekarang sudah pasti akan mendapat sokongan yang padu daripada rakyat. Jadi pihak pembangkang janganlah panas kerana benda-benda yang telah ditimbulkan. Kami panas 22 bulan. Kami tidak buat apa pun. Jadi kamu baru panas tiga hari. Tunggulah bahawa kebenaran akan muncul juga di akhirnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dikasihi. Terima kasih kepada semua pihak. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hidup direct nego.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Kalau boleh 20 minit, Yang Berhormat.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli yang telah membuat perbahasan mengenai rang undang- undang ini iaitu seramai 16 orang. Bermula dengan Yang Berhormat Baling ditutup oleh Yang Berhormat Arau. Terima kasih.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Isu yang pertama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling iaitu mengenai seseorang yang bankrap dikatakan tidak boleh bekerja, tidak ada akaun bank, tidak boleh keluar negara untuk bekerja. Mengikut seksyen 38 [Akta 360] ini, seseorang yang bankrap dibenarkan untuk bekerja, dibenarkan keluar negara dan dibenarkan membuka akaun dengan kebenaran daripada Ketua Pengarah Insolvensi. Semasa PKP dilaksanakan, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah memberi kebenaran kepada orang yang bankrap untuk membuka akaun bagi menerima bantuan i-Lestari dan juga bantuan Prihatin Nasional. Itu buktinya. Kedua, Yang Berhormat Baling juga membangkitkan adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan Jawatankuasa Pengampunan yang juga disentuh oleh Yang Berhormat Arau tadi. Saya ingin memaklumkan Jabatan Insolvensi akan mengadakan kajian lanjut mengenai perkara ini. Ini satu idea yang bagus. Terima kasih Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Arau dan kita akan mempertimbangkan cadangan ini selepas melihat keberkesanan pindaan 2017 dan 2020. Namun pada masa ini, orang yang bankrap boleh memohon pelepasan melalui Sijil KPI di bawah seksyen 33(A) yang mana bankrap boleh memohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dilepaskan, dengan syarat kes telah ditadbir sekurang- kurangnya lima tahun dari tarikh kebankrapan dibuat. Hanya bankrap yang baik― baik ini maksudnya bukan kata dia tidak baik. Baik ini daripada segi memberi kerjasama yang baik dan menyerahkan penyataan ehwal dan membuat pembayaran ansuran secara teratur dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak MdI lah. Mengenai isu pengampunan ini juga, Yang Berhormat Arau membangkitkan. Saya hendak maklumkan setakat ini Yang Berhormat Arau bermula tahun 2016 sehingga Julai 2020 sebanyak 75,575 kes yang telah dilepaskan di bawah Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi― lebih daripada 75,575 ya. Mekanisme ini boleh dilihat di bawah seksyen 33(A) [Akta 360]. Yang Berhormat Selayang membangkitkan satu konsep baharu yang berdasarkan kepada perundangan luar negara. Yang Berhormat Selayang saya mohon izin untuk menjawab secara bertulis ya. Ini kerana, agak panjang dan agak akademik. Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan keperluan seksyen 31 [Akta 360] dipinda. Akta 360 berbeza dengan Akta Syarikat 777. Ini adalah memandangkan selepas pemiutang memfailkan notis kebankrapan dan sekiranya tiada maklum balas dalam masa tujuh hari selepas penyerahan notis kebankrapan, maka penghutang telah melakukan satu tindakan kebankrapan bankruptcy action. Pemiutang kemudiannya berhak mengemukakan petisyen terhadap penghutang enam bulan selepas tindakan kebankrapan. Oleh yang demikian, tempoh enam bulan tersebut kita rasa adalah agak memadai. Yang Berhormat Bukit Bendera juga mempersoalkan kenapa Akta 360 tidak berkuat kuasa retrospektif. Saya hendak maklumkan buat masa ini RUU Langkah- langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 yang telah diluluskan sekejap tadi akan berkuat kuasa mengatasi mana-mana undang-undang bertulis yang lain sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan. Oleh demikian, tidak perlu akta ini bersifat retrospektif untuk rang undang- undang ini. Yang Berhormat Bukit Bendera juga membangkitkan mengenai ulasan berhubung dengan kuasa eksekutif begitu juga Yang Berhormat Ipoh Timur. Saya hendak sebutkan bahawa kuasa eksekutif yang diberikan adalah sebagaimana yang telah diterangkan sekejap tadi ia bertujuan untuk menjamin bahawa jumlah tersebut adalah satu jumlah yang munasabah dan mengimbangi keperluan bankrap dan pemiutang. Tambahan kuasa ini adalah sangat menjimatkan masa dan memberi perlindungan kepada mereka yang terjejas akibat apa-apa krisis.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Sekiranya pindaan kuasa Yang Berhormat Menteri tidak diberikan, tindakan akan menjadi lambat jika melalui proses biasa. Saya hendak maklumkan bahawa, pada asalnya memang cadangan pindaan ini memberi kuasa terus kepada Yang Berhormat Menteri tetapi Jemaah Menteri dalam Kabinet tidak bersetuju sehingga mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri Undang-undang perlu mengadakan konsultasi dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan kemudian perkara itu perlu dibawa ke Kabinet yang mengandungi semua Yang Berhormat Menteri-menteri. Jadi dengan kata lain, kuasa yang diberi kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang ini adalah bukan kuasa mutlak. Akan tetapi, ada kuasa subject to consultation and approval from the Cabinet dengan izin. Perkara yang diberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri juga adalah kuasa yang terhad iaitu mestilah terdapat hal-hal khas dan tidak berlawanan dengan kepentingan awam. Yang Berhormat Ipoh Timur meminta apakah yang dikatakan ‘keadaan khas’ ataupun ‘special circumstances’ yang dinyatakan dalam pindaan ini. Saya hendak menyatakan bahawa akta ini tidak mendefinisikan apa itu special circumstances tetapi special circumstances boleh diambil takrifnya melalui beberapa court cases yang telah diputuskan yang saya boleh beri untuk secara citation untuk Yang Berhormat Ipoh Timur check balik kes Ming Ann Holdings Sdn. Bhd. melawan Danaharta Urus Sdn. Bhd. Citation 2002 3 MLJ 49. Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan memberikan takrif special circumstances. Saya tidak akan baca. Keduanya kes RIH Management Sdn. Bhd. melawan National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers of Peninsular Malaysia juga 2002 Citation 2 I LR 549. Dalam ini juga ada takrif apa itu special circumstances. Seterusnya Yang Berhormat Dungun bertanya adakah kerajaan bersedia untuk mengurangkan jumlah keber hutangan? Jabatan Insolvensi akan berunding semula dengan pihak-pihak berkepentingan dan bergantung kepada keperluan serta selepas berunding dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang telah disebutkan tadi maka jumlah ini akan boleh jadi akan dipinda sama ada dinaikkan ataupun dikurangkan. Bergantung kepada keperluan dan kehendak semasa. Yang Berhormat Dungun juga meminta maklumat berkaitan dengan bankrap berdasarkan jantina dan bangsa. Mengikut rekod yang ada pada Jabatan Insolvensi Malaysia, pada tahun 2019 jumlah kebankrapan adalah sebanyak 12,051 orang. Lelaki seramai 8,923 perempuan sebanyak 3,128 orang, iaitu hampir satu per tiga perempuan dua per tiga lelaki. Begitu juga tahun 2020 setakat bulan Julai jumlah kebankrapan sebanyak 4,151 orang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 3,043 orang lelaki, sebanyak 1,103 orang perempuan, sebanyak 5 orang tidak pasti. Saya pun tak tahu apa tak pasti ini. [Ketawa] Tak pasti lima orang, ini rekod saya ya. Jadi, begitu juga satu pertiga juga. Mengikut bangsa saya ambil dua tahun sahaja. Tahun 2019 jumlah kebankrapan sebanyak seramai 12,051; Melayu; sebanyak 7,081 orang; Cina sebanyak 2,829 orang; India sebanyak 1,039 orang dan lain-lain bangsa sebanyak 1,002 orang. Pada tahun 2020 sehingga Julai 2020, jumlah sebanyak 4,151; daripada kaum Melayu sebanyak 2,312 orang; kaum Cina sebanyak 1,028 orang; India sebanyak 307 orang dan lain-lain bangsa sebanyak 490 orang. Jadi, jumlah bangsa Melayu daripada tahun 2016 sehingga tahun 2020 adalah sebanyak 40,010 orang. Bangsa Cina untuk tahun tersebut sebanyak 17,626 orang, bangsa India kaum India sebanyak 7,453 orang, lain-lain bangsa sebanyak 5,396 orang. Bukan warganegara juga ada yang bankrap sebanyak 14 orang iaitu pada tahun 2020. Jadi, itu adalah statistiknya. Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Kalabakan bertanya mengenai perkhidmatan atas talian. Bagaimana untuk mengatasi masalah pengguna? Kedua mencadangkan program celik kewangan umur 25-34 paling ramai bankrap dan sebagainya.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Saya ingin menyatakan bahawa bankrap yang mempunyai masalah tersebut masih boleh mendapatkan perkhidmatan di kaunter-kaunter cawangan Jabatan Insolvensi di negeri-negeri dan boleh membuat temu janji melalui panggilan telefon, kalau masalah online. Cadangan yang baik yang boleh dipertimbangkan untuk perbincangan dengan pihak berkenaan iaitu untuk mengadakan satu mata pelajaran dan credit hour untuk subjek berkaitan kewangan dan sebagainya dan modul khusus untuk mendidik anak-anak muda.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Yang Berhormat Tebrau bertanya, adakah pindaan ini akan menjejaskan pelepasan bankrap? Berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah minimum hutang individu bagi seorang individu adalah RM111,000 dan bagi hutang individu maksud personal loan adalah RM111,000 itu jumlah minimum hutang dan bagi kenderaan adalah RM75,000 pada masa ini. Itu average untuk personal loan dan juga sewa beli kenderaan. Oleh yang demikian, tiga kaedah pelepasan sedia ada iaitu pembatalan melalui seksyen 105, Akta 360, Pelepasan Melalui Mahkamah di bawah seksyen 33 dan Pelepasan Melalui Sijil KPI di bawah seksyen 33A adalah tidak terjejas. Yang Berhormat Pasir Gudang juga bertanya mengenai pihak-pihak yang telah diadakan libat urus oleh pihak Mdl ataupun Jabatan Insolvensi sebelum memuktamadkan rang undang-undang ini. Sebagaimana disebutkan tadi, termasuklah antaranya selain daripada badan peguam dan juga persatuan bank, juga satu badan yang bernama Insolvency Practitioners Association of Malaysia. Saya juga difahamkan mengambil berat mengenai program-program untuk mengelakkan daripada seseorang yang bankrap, selain daripada ia berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan dengan bankruptcy itu sendiri. Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau bertanya, adakah akan berlaku hutang lapuk dengan pindaan ini? Saya ingin nyatakan, pindaan ini adalah berdasarkan keadaan ekonomi pada masa kini. Berhubung dengan hutang lapuk yang dibangkitkan, sewajarnya institusi kewangan yang perlu mengambil langkah precaution ataupun berwaspada sebelum memberikan pinjaman hutang. Contohnya, dengan membuat semakan yang lebih ketat kepada latar belakang serta tidak menawarkan kad kredit secara percuma sebagaimana yang sedang dilaksanakan kini. Yang Berhormat Pasir Gudang juga bertanya, kenapa tidak ada penglibatan? Saya sudah jawab tadi. Perlu pindaan kepada RM150,000, instead of RM100,000. Saya telah menjawab bahawa ini adalah kadar yang kita dapat hasil daripada libat urus. Setakat ini, RM100,000. Sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa daripada kajian yang telah dibuat, pinjaman peribadi dan juga sewa beli kenderaan yang meliputi lebih daripada 50 peratus bankrap, terdiri daripada mereka yang mempunyai hutang kurang daripada RM100,000. Jadi, dengan mengadakan threshold RM100,000 kita merasakan ia boleh membantu mengurangkan bilangan orang-orang yang mungkin boleh diisytiharkan bankrap. Yang Berhormat Subang bertanya mengenai adakah jumlah ambang keberhutangan ini akan mengurangkan kes bankruptcy pada masa hadapan? Saya sudah sebutkan tadi bahawa berdasarkan pindaan tahun 2017, pengurangan telah berlaku sebanyak 34 peratus direkodkan antara tahun 2018 dan tahun 2019. Oleh yang demikian, apabila nilai dinaikkan, Jabatan Insolvensi menganggarkan akan berlaku penurunan kepada kes kebankrapan walaupun sebenarnya itu bukanlah matlamat asal. Menaikkan itu hanya untuk mengurangkan kes kebankrapan tetapi kita menganggarkan ini boleh membantu mengurangkan mereka yang boleh di adjudged bankrap. Terakhir, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya bertanya, adakah duit Akaun Amanah Estet Kebankrapan akan dapat membantu? Saya hendak nyatakan bahawa menurut seksyen 76, Akta 360, Ketua Pengarah Insolvensi boleh mewujudkan suatu Akaun Amanah Estet Kebankrapan bagi semua kes kebankrapan. Selepas pindaan tersebut dibuat, faedah daripada pelaburan akaun amanah tersebut hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Tabung Bantuan Insolvensi. Bagi menguruskan tabung ini, satu jawatankuasa telah ditubuhkan. Terdiri daripada ahli-ahli dalam bilangan tertentu dan semua permohonan untuk menggunakan peruntukan tersebut perlu mendapat kelulusan jawatankuasa tersebut. Saya tidak pasti bilangan ahlinya. Wang tersebut akan digunakan untuk pembayaran atau perbelanjaan yang melibatkan hal-hal pentadbiran kebankrapan sahaja yang akan memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran estet kebankrapan. Terakhirnya, saya hendak sebut, Yang Berhormat Sepang ada? Tidak ada. Yang Berhormat Sepang menyebutkan, mungkin memberikan beberapa pandangan yang baik kepada saya, termasuk lawatan- lawatan. Saya hendak nyatakan, segala perkara yang baik yang dibuat oleh mana-mana pihak, termasuk kerajaan dahulu akan kita teruskan demi untuk kepentingan rakyat dan negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin) dan diluluskan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 26 Ogos 2020. Assalamualaikum dan selamat malam semua. Terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 9.30 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Desakan untuk Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)Special Chamber

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi, saya ingin menarik perhatian kepada ikhtiar untuk memberikan autonomi kepada universiti awam dan juga kebebasan mahasiswa yang tentunya menyentuh secara langsung desakan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Semasa Kerajaan Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan beberapa inisiatif dan langkah-langkah awal bagi memansuhkan AUKU melalui pindaan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bulan Disember 2018.

Pindaan tersebut secara umumnya telah memberikan kebenaran kepada mahasiswa untuk berpolitik dengan syarat ianya diluluskan oleh pihak pentadbiran. Susulan daripada itu, beberapa universiti awam telah menyaksikan penubuhan kesatuan mahasiswa secara khususnya di tiga buah universiti iaitu Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hang Tuah Jaya berpendapat Kementerian Pengajian Tinggi sewajarnya mengambil peluang ini untuk merancakkan lagi penubuhan kesatuan mahasiswa di semua universiti awam dan swasta. Bukan itu sahaja, malah sekumpulan aktiviti mahasiswa di dalam suatu memorandum bertarikh 12 Ogos 2020 yang telah diserahkan kepada Yang Berhormat Menteri sendiri

telah meminta supaya daripada segi pelaksanaan pindaan seharusnya diterjemahkan mengikut hasrat dan aspirasi mahasiswa secara keseluruhan.

Misalnya kegiatan politik masih lagi terikat dengan pentadbiran universiti yang secara jelas bercanggah dengan maksud dan hasrat pindaan AUKU ini.

Justeru, terdapat tiga persoalan yang perlu dijelaskan ataupun yang Hang Tuah Jaya mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan kepada seluruh warga universiti:

(i) apakah tindakan susulan pihak Kementerian Pengajian Tinggi selepas pindaan AUKU ini di dalam ikhtiar untuk memastikan usaha reformasi universiti diteruskan agar jaminan kebebasan dan autonomi mahasiswa dapat dipertahankan;

(ii) adakah Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat untuk mengekalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

(AUKU) atau sekadar hanya penambahbaikan semata- mata;

(iii) apakah Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan sesi libat urus yang melibatkan semua kepimpinan mahasiswa di universiti awam berkaitan pemansuhan AUKU dan apakah dapatan daripada sesi libat urus tersebut.

Hang Tuah Jaya tentunya senada dengan hasrat dan aspirasi mahasiswa yang mahukan Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi mengambil kesempatan ini untuk kembali ke meja rundingan bersama-sama dengan semua pemegang taruh khususnya mahasiswa di pelbagai peringkat bagi mencapai kata putus dan jalan penyelesaian yang lebih tuntas dan menyeluruh terkait dengan AUKU ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pengajian Tinggi mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Hang Tuah Jaya terhadap keprihatinan beliau membangkitkan isu berkaitan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta 30 AUKU dalam Kamar Khas pada kali ini.

AUKU telah dikuatkuasakan pada 30 April 1971 dan merupakan akta induk bagi maksud menubuh, menyelenggara dan mentadbir universiti

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

dan kolej universiti awam di Malaysia. Selain daripada perkara berkaitan pelajar, kandungan utama AUKU turut merangkumi hal berkaitan kawal selia dan tadbir urus universiti seperti punca kuasa penubuhan, pelantikan lembaga pengarah universiti, kuasa universiti dan perlembagaan universiti.

AUKU mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan sistem governance, struktur organisasi, disiplin dan tatatertib pelajar serta beberapa peruntukan lain yang penting dalam memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan universiti serta kolej universiti awam berjalan lancar sejajar dengan matlamat penubuhannya.

Bagi membentuk graduan yang holistik dan matang dalam membuat keputusan, AUKU telah dipinda antaranya pada tahun 2012 untuk membolehkan mahasiswa menyertai kegiatan parti politik di luar kampus.

Manakala pindaan pada tahun 2019 pula telah memberikan kebebasan kepada pelajar menyertai aktiviti parti politik di dalam kampus.

Kedua-dua pindaan ini telah memberikan impak yang significant dalam memberikan kebebasan serta menyediakan ruang untuk pelajar menyertai aktiviti parti politik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelajar telah mula dilibatkan dalam pengurusan dan pelaksanaan pilihan raya kampus pada tahun 2019.

Pendekatan ini merupakan satu inisiatif dalam memperkasakan peranan dan memberi pendedahan kepada mahasiswa secara hands on mengenai sistem demokrasi negara.

Usaha pemerkasaan peranan mahasiswa ini adalah seiring dengan hasrat kementerian untuk menjadikan universiti sebuah medan intelektual terbuka dan bagi melahirkan generasi pemimpin yang berfikiran matang dan kritis.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Apa jua tindakan yang diambil oleh kementerian, ianya berlandaskan hasrat untuk melahirkan mahasiswa yang dinamik, peka dan prihatin ke atas isu kenegaraan dalam usaha mempersiapkan mereka menjadi pemimpin masa hadapan. Kementerian yakin bahawa kebebasan bersuara dan semangat autonomi yang diberikan kepada pelajar mampu membentuk generasi pelapis pemimpin negara yang bersikap lebih terbuka, matang dan bertanggungjawab ke atas setiap keputusan yang diambil.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh persoalan kedua yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Kementerian berpandangan akta sedia ada masih lagi relevan dalam menguatkuasakan fungsinya.

Kementerian sentiasa terbuka terhadap sebarang cadangan dan

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

pandangan untuk menambah baik akta sedia ada. Untuk itu, Jawatankuasa Teknikal AUKU yang telah ditubuhkan pada tahun 2018 akan diperkasakan.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh pakar undang-undang, ahli akademik dan bukan akademik dari universiti awam dan swasta serta pelajar dan alumni. Jawatankuasa ini diberi tanggungjawab untuk menyelaras, untuk mengkaji dan menyemak peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam AUKU secara menyeluruh.

Selain itu, jawatankuasa ini turut berperanan untuk mendapatkan input dan pandangan daripada semua pemegang taruh pendidikan tinggi dan mengkaji kesesuaian peruntukan-peruntukan tertentu dipinda dalam masa yang terdekat.

Kementerian sentiasa prihatin dan responsif ke atas aspirasi pelbagai pihak yang inginkan AUKU ditambah baik daripada semasa ke semasa. Atas dasar itulah, AUKU telah mengalami proses pindaan sebanyak tujuh kali sejak ia diwartakan pada tahun 1971 hinggalah pindaan terakhir pada tahun 2019.

Usaha berterusan masih lagi dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi menambahbaik AUKU mengikut keperluan semasa. Proses libat urus dengan pihak berkepentingan seperti pelajar, kakitangan akademik dan pengurusan universiti akan terus dipergiatkan bagi mendapat input terkini agar penambahbaikan AUKU dapat memenuhi aspirasi pemegang taruh mengikut peredaran zaman.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan ketiga yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat mengenai sesi libat urus berkaitan pemansuhan AUKU dan dapatannya, saya ingin memaklumkan bahawa gerak kerja bagi kajian AUKU telah bermula pada tahun 2018.

Antara aktiviti utama gerak kerja kajian ini adalah mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh pendidikan tinggi termasuklah wakil mahasiswa universiti, pengurusan tertinggi, staf akademik dan pihak pentadbiran universiti. Sesi ini dilaksanakan menerusi perbincangan secara kumpulan fokus ataupun focus group. Antara dapatan semasa perjumpaan bersama wakil pelajar dalam mendapatkan input awal berhubung kekangan AUKU adalah keperluan untuk melihat semula peruntukan di bawah seksyen 15 dan seksyen 16 AUKU berkaitan pertubuhan pelajar serta memasukkan peruntukan penubuhan kesatuan pelajar di dalam AUKU.

Pelajar amnya memohon supaya diberi kuasa untuk mengendalikan hal berkaitan kewangan persatuan ataupun pertubuhan memandangkan

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

prosedur sedia ada mengambil masa yang lama untuk diproses. Input-input ini sedang dihalusi oleh kementerian bagi tujuan penambahbaikan AUKU.

Bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak, kementerian pada tahun ini juga telah melaksanakan sesi libat urus townhall pada 22 Januari 2020 melibatkan pendaftar dan penasihat undang-undang universiti awam dan persatuan-persatuan akademik seperti Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dan Persatuan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK).

Seterusnya pada 21 Februari 2020, sesi libat urus bersama wakil mahasiswa universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta juga telah diadakan. Namun demikian, sesi bersama pengurusan tertinggi universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta yang dicadangkan pada 20 Mac 2020 telah ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19.

Namun begitu, satu perjumpaan dengan sebahagian ahli jawatankuasa teknikal AUKU telah diadakan pada 4 Jun 2020 bagi membincangkan Kertas Konsep Transformasi Pendidikan Tinggi yang melibatkan AUKU.

Setelah jawatankuasa teknikal ini diperkasakan, beberapa siri libat urus dengan semua pemegang taruh akan diteruskan bagi meneliti cadangan penambahbaikan AUKU dan hala tuju AUKU selepas ini.

Pada masa yang sama, saya juga turut bersama dengan pengurusan kanan kementerian telah mengadakan perjumpaan khas bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 18 Ogos 2020 yang lalu yang mana antara kandungan utama perbincangan tersebut adalah berkaitan dengan hala tuju AUKU.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian komited untuk terus melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan semua pemegang taruh AUKU termasuklah pada mahasiswa bagi memastikan akta ini terus relevan dan selari dengan keperluan semasa pengajian tinggi.

Usaha untuk menambahbaik AUKU merupakan satu usaha yang berterusan dan kementerian komited untuk mendengar cadangan dan pandangan semua pihak dalam usaha untuk menambah baik akta sedia ada agar dapat membantu melonjakkan kecemerlangan pendidikan tinggi negara. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pemansuhan Petak-petak Tempat Letak Kereta di Jalan Dunlop, Bandar TawauSpecial Chamber

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam Kamar Khas ini. Saya ingin membangkitkan isu berkenaan pemansuhan 62 lot-lot tempat kereta di atas Jalan Dunlop di Bandar Tawau. Berdasarkan makluman daripada Jabatan Kerja Raya, Jalan Dunlop tersebut telah pun diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1983.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Jalan Dunlop tersebut adalah dalam proses untuk diwartakan dan dinaiktarafkan sebagai Jalan Persekutuan, (dual carriageway). Bagi tujuan tersebut, 62 petak tempat letak kereta di sepanjang Jalan Dunlop di Bandar Tawau telah dimansuhkan.

Persoalan saya, adakah pemansuhan parkir ini adalah satu-satunya pilihan yang boleh diambil untuk projek jalan persekutuan (dual carriageway) ataupun ada alternatif lain yang boleh dilaksanakan? Masalah yang berlaku setelah lot-lot tempat letak kereta dimansuhkan adalah ianya amat menjejaskan barisan peniaga-peniaga dan menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada sekurang-kurangnya 100 peniaga di kawasan tersebut.

Dengan lot tempat kereta yang berkurangan, maka kuranglah warga Tawau yang akan datang ke kawasan tersebut untuk menjalankan aktiviti ekonomi.

Pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) adalah sedar berkenaan masalah tersebut dan telah pun mengambil inisiatif dengan menghantar surat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memohon penangguhan pelaksanaan projek jalan persekutuan (dual carriageway) sehingga kawasan tempat letak kereta baru diwujudkan berdekatan Jalan Dunlop.

Saya difahamkan bahawa surat permohonan daripada MPT tersebut tidak dipedulikan oleh JKR dan kini projek jalan persekutuan (dual carriageway) tersebut telah dibulldoze dan diteruskan walaupun mendapat bantahan keras daripada barisan peniaga-peniaga di kawasan tersebut.

Keadaan itu juga meningkatkan risiko kemalangan yang disebabkan jarak antara kedai dengan jalan raya berkembar hanya dipisahkan dengan kaki lima sahaja. Situasi ini adalah amat membahayakan kepada pejalan kaki dan orang awam di sekitar kawasan tersebut.

Saya ingin bertanya, adakah pelaksanaan projek jalan persekutuan

(dual carriageway) lebih memberi kesenangan kepada rakyat atau sebenarnya

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

menyusahkan rakyat? Adakah kerajaan boleh mempertimbangkan surat penangguhan pelaksanaan projek yang dihantar oleh Majlis Perbandaran Tawau? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri Kerja Raya · Kuala Pilah

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Kinabalu di atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Dunlop di Bandar Tawau ini telah pun diwartakan sebagai Jalan Persekutuan pada tahun 1996 melalui Warta bernombor P.U.(A) 366/1996. Jalan raya tersebut merupakan sebahagian dari jalan persekutuan dengan nama laluan diwartakan sebagai Jalan Sandakan-Tawau dengan nombor laluan 13.

Oleh itu, Jalan Dunlop ini bukan dalam proses pewartaan tetapi telah diwartakan sebagai Jalan Persekutuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tiada kerja Projek Naik taraf Jalan Persekutuan dual carriageway yang dilaksanakan di kawasan tersebut. Kerja-kerja yang dilaksanakan di kawasan tersebut adalah seperti berikut iaitu pertama, untuk menurap semula permukaan jalan raya di jalan raya berkembar (dual carriageway) yang telah sedia ada.

Kerja menurap tersebut yang telah dilaksana dan disiapkan pada penghujung tahun 2019 dan pemasangan besi penghadang yang dipasang di antara tepi jalan raya berturap dengan kaki lima bangunan. Kerja pemasangan telah dimulakan pada awal bulan Julai 2020 dan disiapkan pada awal bulan Ogos 2020 bagi tujuan keselamatan.

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri Kerja Raya · Kuala Pilah

Apabila kerja menurap semula permukaan jalan raya di lokasi berkenaan disiapkan, 62 lot parkir yang sebelum ini ada di lokasi tersebut tidak lagi dicat semula. Ini bagi membolehkan jalan raya di lorong kanan jalan berkenaan digunakan sebagai jalan dua hala (dual carriageway) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan pada waktu puncak.

Kewujudan 62 lot parkir ini telah menyebabkan lorong kanan jalan raya berkenaan hanya dapat digunakan sebagai jalan satu hala sahaja. Walaupun 62 lot parkir tersebut telah wujud sejak 1983, namun jalan tersebut diwartakan sebagai Jalan Persekutuan pada tahun 1996, pihak Majlis Perbandaran Tawau

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri Kerja Raya · Kuala Pilah

(MPT) tidak pernah memohon kebenaran daripada pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) untuk mengadakan lot parkir tersebut.

Jalan yang telah diwartakan menjadi Jalan Persekutuan merupakan aset Persekutuan dan Kementerian Kerja Raya merupakan custodian of the road. Oleh itu sebarang cadangan yang melibatkan jalan persekutuan perlu dirujuk dan mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak kementerian.

Tuan Yang Di-Pertua, Dakwaan Yang Ahli Berhormat Kota Kinabalu tersebut bahawa ‘surat permohonan MPT tidak dipedulikan oleh JKR Sabah’ adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya, setelah menerima surat rayuan daripada MPT bertarikh 15 November 2019, pihak JKR Sabah telah mengambil beberapa tindakan.

Antaranya, yang pertama ialah JKR Sabah telah memberi maklum balas kepada pihak MPT melalui surat rujukan JKR.PJN:600-32/0 Klt.5(86) bertarikh 19 Disember 2019 memaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan bersama pihak MPT bagi membincangkan perkara ini.

Susulan itu, satu mesyuarat telah diadakan pada 23 Januari 2020 yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Kerja Raya Malaysia, JKR Sabah, MPT, PDRM, JPJ serta Lembaga Pelesenan Perdagangan Sabah dan dalam mesyuarat tersebut telah diputuskan bahawa penyediaan semula lot-lot parkir di lokasi tersebut adalah tidak bersesuaian disebabkan faktor keselamatan dan akan mengganggu kelancaran pergerakan kenderaan serta menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan raya berkenaan yang dikategorikan sebagai jalan raya utama.

Tuan Yang di-Pertua, dakwaan Yang Berhormat Kota Kinabalu bahawa pihak JKR Sabah telah ‘bulldoze’ dan meneruskan kerja pemasangan besi penghadang tersebut juga adalah tidak benar sama sekali. Semasa mesyuarat yang telah diadakan pada 23 Januari 2020 yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada pihak MPT, ahli mesyuarat telah dimaklumkan bahawa pemasangan besi penghadang di sepanjang lokasi berkenaan diperlukan untuk keselamatan pejalan kaki dan orang awam di kaki lima bangunan berkenaan.

Pemasangan tersebut dilaksanakan selaras dengan keputusan mesyuarat untuk tujuan keselamatan pejalan kaki dan orang awam di kawasan tersebut disebabkan jalan raya terletak bersebelahan dengan kaki lima bangunan.

Penghadang besi tersebut juga berfungsi untuk menghalang pejalan kaki daripada melintas jalan raya di kawasan yang tidak sepatutnya dan kemudahan laluan melintas di kawasan yang lebih selamat telah pun disediakan. Oleh itu bagi menjawab persoalan Yang Berhormat berkenaan

Dato’ Eddin Syazlee bin ShithBERSATU · PHTimbalan Menteri Kerja Raya · Kuala Pilah

jalan persekutuan (dual carriageway) ini lebih memberikan kesenangan atau menyusahkan ini terjawab.

Sehubungan dengan itu, pemansuhan 62 lot parkir di atas Jalan Persekutuan yang juga merupakan laluan utama dua hala tersebut memberi kebaikan dan faedah kepada pengguna jalan raya apabila kesesakan lalu lintas di jalan raya berkenaan dapat dikurangkan pada waktu puncak.

Di samping itu, faktor keselamatan juga dapat diutamakan dan mengurangkan risiko kemalangan yang tidak diingini berlaku kepada orang awam yang menggunakan jalan persekutuan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan Peraturan Mesyuarat 17 pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Rabu, 26 Ogos 2020.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.55 petang]