Dewan Rakyat · 11 November 2020
15th Parliament, session 3, meeting 3 · 541 turns · 29,897 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan usaha kementerian dalam mengatasi masalah pendapatan golongan penoreh getah yang berhadapan dengan isu harga komoditi itu yang tidak stabil kebelakangan ini.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Berselawat] Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin terhadap nasib lebih seramai 450,000 orang para pekebun kecil getah, kepada penoreh yang hari ini sangat terkesan dengan harga getah yang sangat rendah. Untuk makluman, seperti mana yang kita tahu bahawa Malaysia adalah negara yang ketujuh yang mengeluarkan getah di peringkat dunia. Maka, kemampuan kita untuk menentukan harga dunia itu bukan di tangan kita dan ia diapungkan di pasaran antarabangsa. Akhirnya harga getah yang rendah disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kelembapan ekonomi dunia, permintaan yang rendah di negara pengguna untuk getah asli dan juga penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada hari ini. Untuk itu, kerajaan mempunyai tiga strategi untuk menangani isu ini. Pertama sekali, menerusi konsep Insentif Pengeluaran Getah (IPG) yang telah kita perkenalkan sebelum ini yang mana untuk makluman kepada para pekebun kecil getah. Kalau dahulu kita hanya membuka ruang untuk IPG ini pada waktu tuntutan berdasarkan kaedah manual, tetapi hari ini kita mula berkempen kepada para pelesen getah untuk mereka menggunakan aplikasi yang dipanggil RRIMniaga. Aplikasi itu akan memudahkan semua data transaksi jual beli getah berada dalam makluman LGM dan secara automatik selepas cukup tempoh berakhirnya satu bulan, kita akan mula membayar tuntutan IPG kepada para pekebun kecil getah direct ke akaun mereka. Bermula pada 1 Januari 2021, para pelesen getah ini diwajibkan (compulsory) untuk menggunakan aplikasi ini. Cuma, sekarang kita dalam proses untuk berkempen agar mereka menggunakan aplikasi ini. IPG ini kita aktifkan pada kala mana harga getah sekerap sebagai contoh di bawah harga RM2.50. Itu yang pertama. Kedua, kita juga menggalakkan para pekebun kecil getah ini untuk mereka mengamalkan satu konsep kita panggil integrasi tanaman dengan tanaman yang lain. Antaranya tanaman pisang, betik, nanas dan juga durian dan kita ada satu kajian yang kita buat yang dipanggil model integrasi yang kita perkenalkan. Kita laksanakan di stesen mini LGM di Lakai, Negeri Sembilan yang mana di situ kita dapat buktikan bahawa para pekebun kecil ini yang menggunakan konsep integrasi dengan nanas, mereka mendapat pendapatan sehingga sejumlah RM4,000 sebulan. Ketiga, kita juga menggunakan koperasi sebagai satu langkah jangka masa panjang untuk menggalakkan para pekebun kecil getah ini terlibat dalam koperasi yang mana koperasi ini akan menjadi sebagai pembeli getah dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Untuk yang terkini, kita ada projek untuk membekalkan satu
mesin kepada koperasi ini yang dipanggil Mesin Getah Krep yang mana dengan menghasilkan getah krep ini, para koperasi ini akan mendapat pendapatan yang lebih tinggi dan membolehkan mereka membeli cup lump daripada orang kampung dengan harga yang lebih tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sila Yang Berhormat
Dalam pengumuman belanjawan baru-baru ini, kita lihat penambahan dana Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada sejumlah RM150 juta tahun ini kepada sebanyak RM300 juta pada tahun hadapan. Apakah sebenarnya strategi kementerian untuk memastikan harga lantai getah itu dapat ditingkatkan?
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, kita kekal kepada kaedah yang kita pakai sebelum ini iaitu aktifkan IPG pada kadar RM2.50 di kala mana harga cup lump sebagai contoh bawah daripada RM2.50. Akan tetapi, apa yang kita keutamaan kerajaan yang dahulu sekarang disebut dalam bajet dua, tiga hari lepas, sebanyak RM300 juta kerana kita mengandaikan untuk tahun depan disebabkan oleh pandemik COVID-19 berpanjangan, maka tentulah harga getah dijangka juga lagi masih rendah dan kita memerlukan tambahan IPG untuk kita berikan tuntutan kepada para penoreh. Oleh sebab, bermula pada Januari 2021, kita mula mewajibkan para pelesen menggunakan aplikasi RRIMniaga, maka automatik permintaan kepada tuntutan akan bertambah dan akan meningkat. Oleh sebab itu, itulah kita letakkan kadar sejumlah RM300 juta untuk tahun hadapan bagi IPG. Kita sebenarnya, seperti saya sebutkan di awal tadi bahawa strategi jangka masa panjang kita ialah bukan hanya bergantung kepada IPG. tetapi juga bergantung kepada kaedah baharu ataupun saya sebut sebagai transformasi perusahaan getah iaitu bukan hanya menggunakan cup lump semata-mata tetapi menerusi koperasi memperkenalkan getah krep yang boleh meningkatkan pendapatan para penoreh getah. Terima kasih Yang Berhormat.
2. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Perdana Menteri menyatakan apakah ulasan daripada pihak Peguam Negara terhadap keputusan kerajaan membatalkan kontrak projek KVDT2 kepada Syarikat Dhaya Maju LTAT dan implikasi perundangan yang bakal dihadapi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Seremban yang bertanyakan soalan. Soalan Yang Berhormat Seremban berkaitan dengan satu projek yang dinamakan KVDT2 ataupun dengan nama penuhnya, Klang Valley Double Tracking Phase 2 ataupun yang disebut Landasan Keretapi Berkembar Lembah Klang Fasa 2.
Untuk makluman Yang Berhormat Seremban dan Dewan yang mulia ini, projek KVDT2 adalah satu projek yang telah dimulakan sejak tahun 2017 lagi iaitu bulan Disember yang mana projek ini telah dianugerahkan oleh kerajaan kepada syarikat Dhaya Maju LTAT Sdn. Bhd. dengan kos-kos yang tertentu. Kemudiannya pada tahun 2018 iaitu pada bulan Oktober, kerajaan pada masa itu telah memutuskan untuk menamatkan kontrak, tetapi telah diadakan rundingan semula dengan syarikat ini. Pada bulan Julai 2019, Jemaah Menteri pada masa itu telah bersetuju syarikat ini meneruskan projek KVDT2 ini. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seremban berkaitan dengan ulasan Peguam Negara terhadap cadangan pihak kerajaan untuk menamatkan atau membatalkan kontrak projek KVDT2 ini kepada syarikat Dhaya Maju LTAT Sdn. Bhd., suka saya menarik perhatian bahawa secara umumnya ulasan yang diberikan oleh Peguam Negara sebagai penasihat kepada kerajaan adalah supaya kerajaan benar-benar memastikan sesuatu penamatan kontrak itu mestilah dibuat berdasarkan kepada undang-undang ataupun perjanjian yang ada di antara kerajaan dengan pihak yang berkontrak. Keduanya, kerajaan juga mestilah memastikan bahawa fakta-fakta yang mencukupi untuk membolehkan kerajaan mengambil tindakan membatalkan sesuatu kontrak itu. Ini adalah untuk mengelakkan
daripada tindakan-tindakan sivil undang-undang diambil oleh pihak yang berkenaan terhadap pihak kerajaan. Itu ulasan yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada kerajaan yang mana pada 25 Oktober 2020, satu memorandum Jemaah Menteri yang telah dibawa oleh Kementerian Pengangkutan mencadangkan supaya kontrak ini ditamatkan dengan alasan-alasan tertentu yang tidak perlu saya sebutkan di sini. Dengan ulasan yang telah diberikan oleh pihak Peguam Negara, Jemaah Menteri terus membuat keputusan sebagai mana yang dipohon oleh Kementerian Pengangkutan untuk membatalkan kontrak ini. Akibat daripada penamatan ini, suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pihak kerajaan telah mengalami tuntutan sivil di mahkamah iaitu terdapat tiga tuntutan sivil. Pertama, satu semakan kehakiman ataupun judicial review. Keduanya, writ saman atas breach of contract ataupun damages claim daripada pihak syarikat. Ketiganya, ada permohonan injunksi yang diambil oleh pihak kerajaan. Setakat itu ,jawapan saya setakat ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Terlebih dahulu tadi Yang Berhormat Kota Bharu mengatakan bahawa memorandum Jemaah Menteri oleh Menteri Pengangkutan dibawa pada bulan Oktober. Akan tetapi mengikut makluman saya...
Ogos.
Ogos, 28 Ogos. Kalau 28 Ogos...
28 Ogos.
28 Ogos. Pertamanya saya hendak tahu, adakah ulasan terperinci oleh Jabatan Peguam Negara dimasukkan dalam memorandum Jemaah Menteri tersebut? Ini sebab saya ada mendengar bahawa ulasan Jabatan Perdana Menteri tidak diambil kira atau tidak diletakkan dalam MJM tersebut kerana implikasi yang sangat besar akan dihadapi oleh kerajaan. Kita tahu bahawa apabila Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan, itu seolah- olah ada satu kontrak. Ada obligation contract antara pihak kerajaan dengan pihak kontraktor ini. Projek ini telah pun dilaksanakan. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, memang faktanya projek ini telah berlanjutan beberapa tahun dan latar belakangnya pernah dianugerahkan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu, lepas itu dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, kita rundingkan semula, pengurangan kos dan dilanjutkan. Maka apa yang saya hendak tahu ialah, adakah kerajaan bersedia untuk merundingkan semula untuk mengelakkan implikasi perundangan yang besar. Kalau perkara ini diambil ke mahkamah, yang pertama kerajaan berdepan dengan satu pampasan yang mungkin mengambil kira kos yang sangat besar, berbilion ringgit dan juga kelewatan projek itu. Ini kerana apabila ia dibawa ke mahkamah, projek itu tidak berjalan dan ada landasan yang telah pun dikeluarkan di antara Kuala Lumpur dengan Seremban. Ini akan membahayakan pengguna-pengguna kereta api. Saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa adakah kerajaan bersedia untuk merundingkan semula dengan pihak kontraktor. Terima kasih.
Terima kasih Yang berhormat Seremban. Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Dalam hal ini, suka saya maklumkan dengan tegasnya bahawa bukan sahaja dalam kes sivil ini, dalam mana-mana kes sivil yang dihadapi oleh kerajaan, sikap kerajaan adalah terbuka untuk sentiasa merundingkan apa-apa penyelesaian dengan izin, for amicable settlement out-of-court. Samalah dengan kes ini. Pada hari Jumaat yang lepas dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Jemaah Menteri telah membuat keputusan supaya suatu persepakatan dirundingi antara pihak syarikat ini dengan pihak MOT supaya satu penyelesaian terbaik, win-win situation dicapai antara syarikat. Memang saya akui bahawa kelewatan akan dihadapi oleh kerajaan untuk melaksanakan projek ini kerana ia melibatkan beberapa tindakan termasuk injunction oleh pihak syarikat walaupun terhadap kerajaan. Buat masa ini, pihak syarikat telah mendapat interim injunction terhadap kerajaan. Namun demikian, ada beberapa permohonan lain yang sedang ditetapkan tarikhnya oleh pihak mahkamah dalam bulan
ini juga. Namun demikian, saya yakin bahawa pihak kerajaan bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan kes ini secara win-win situation. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya mulai dengan serangkap pantun. Bertanam serai di pinggir telaga, Kalau bertanam mana rumpunnya, Yang Berhormat Menteri soalan saya nombor tiga, Kalau menjawab, jawab sejelas-jelasnya.
3. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan jumlah terkini tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi kerana patuh SOP COVID-19 di seluruh negara dan berapa banyak yang tidak patuh SOP serta tidak dibenarkan beroperasi. Dari jumlah ini berapa banyak terletak di Sarawak.
Bismillahir Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Igan atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 18 Oktober 2020, Kementerian Kerja Raya melalui agensi di bawahnya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah melaksanakan pemeriksaan pematuhan SOP COVID-19 di 7,704 tapak bina di seluruh negara. Laporan pemeriksaan menunjukkan sebanyak 6,923 tapak pembinaan telah mematuhi SOP COVID-19 dan dibenarkan beroperasi. Manakala sebanyak 781 tapak pembinaan tidak dibenarkan beroperasi kerana telah gagal untuk mematuhi SOP COVID-19. Bagi negeri Sarawak sebanyak 739 tapak dibenarkan beroperasi. Dengan jumlah itu, didapati empat tapak pembinaan yang terletak di Sarawak telah melanggar SOP COVID-19 dan tidak dibenarkan untuk beroperasi. Sekian, terima kasih.
Sila soalan tambahan pertama Yang Berhormat Igan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Menteri, saya bangkitkan soalan ini kerana saya sangat risau tentang perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 yang sehingga kini lengkuknya belum dapat dilandaikan sepenuhnya dan sektor pembinaan pula adalah sektor yang besar dan penting dalam konteks ekonomi negara. Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, apakah sebab-sebab utama yang dikenal pasti menjadi punca syarikat-syarikat berkenaan gagal mematuhi SOP yang ditetapkan? Apakah tindakan kementerian atau CIDB jika syarikat didapati tidak mematuhi SOP? Sejauh mana kekerapan pemantauan ataupun penguatkuasaan pihak kementerian ataupun CIDB ini terhadap syarikat pembinaan dalam pematuhan SOP? Terima kasih.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Salah satu daripada punca yang dikenal pasti menyebabkan kegagalan kepada syarikat-syarikat ini untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan disebabkan oleh faktor kegagalan mereka untuk memahami kehendak SOP itu sendiri adalah menjadi punca utama ketidakpatuhan sehingga menyebabkan berlakunya kekeliruan. Dengan itu, CIDB telah mengambil beberapa pendekatan yang bersesuaian, antaranya telah memberikan perincian untuk mengambil pendekatan untuk memberikan perincian butiran supaya SOP itu difahami oleh syarikat-syarikat yang berkenaan.
Bagi syarikat-syarikat yang sengaja enggan untuk mematuhi SOP ini, sudah tentulah tindakan keras akan diambil oleh CIDB, antaranya dengan memberi amaran dan notis pemberhentian.
4. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan usaha dan rancangan pihak kementerian untuk mempromosikan Bandar Warisan Bersejarah Taiping khasnya setelah Taiping dinobatkan dengan anugerah Top 3 Bandar Lestari Terbaik Dunia 2018 dan 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2018.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Tuan Yang di-Pertua, dalam soalan ini, Yang Berhormat Taiping menyebut Bandar Warisan Bersejarah Taiping. Dalam hal ini, suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat Taiping bahawa tiada istilah bandar warisan, kampung warisan mahupun kota warisan atau bandar bersejarah di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] yang diselia oleh Jabatan Warisan Negara (JWN). Istilah atau gelaran-gelaran sebegitu kebiasaannya adalah diberikan atau dinamakan oleh pihak berkuasa tempatan ataupun pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam perancangan bandar dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengiktirafan rasmi di bawah Akta 645 tersebut. Oleh itu, saya rasa kini Yang Berhormat Taiping jelas berhubung perkara ini. Namun begitu, Tuan Yang di-Pertua, Malaysia sememangnya bertuah mempunyai pelbagai jenis daya tarikan yang menarik kepada pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Khusus untuk Taiping, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia terus menerus bekerjasama dan mengadakan kolaborasi dengan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam mempromosikan Bandar Taiping sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja indah, malah kaya dengan warisan. Antara kerjasama yang dijalankan termasuk dengan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dalam melaksanakan program pemasaran dan promosi bagi Greater Kamunting Conurbation (GKC) yang melibatkan kawasan di bawah seliaan MPT. Aktiviti di bawah program pemasaran dan promosi bagi Greater Kamunting Conurbation (GKC) ini termasuklah: (i) pakej Zoo Taiping untuk mempromosikan Taiping sebagai lokasi eko pelancongan yang menawarkan kepelbagaian flora dan fauna, pakej pendidikan diperkenalkan iaitu Edu Fun and Learn, Explorace Zoo dan Special Zoo Rangers Tour yang ditawarkan dengan harga bermula serendah RM25; (ii) lawatan produk bersama pihak media ke Taiping meliputi pelbagai tempat menarik seperti Zoo Taiping, Kampung Dew Bukit Larut, Kuala Sepetang dan Bukit Merah Lake Town Resort; (iii) mengadakan sesi-sesi libat urus bersama Persatuan Pelancongan Taiping dan Majlis Perbandaran Taiping untuk merangka dan merancang aktiviti promosi pelancongan; dan (iv) membawa pihak-pihak yang berkenaan dalam program Familiarization Trip (FAM Trip) Northern Perak Eco Expedition ke lokasi-lokasi terpilih di Taiping. Sementara itu, selaras dengan aspirasi meletakkan aspek kelestarian warisan budaya sebagai teras penting yang menitikberatkan usaha-usaha perlindungan, pemeliharaan dan pemuliharaan, MOTAC melalui sebuah lagi agensinya iaitu Jabatan Warisan Negara kini meneruskan usaha pewartaan mana-mana tapak di Taiping yang berkepentingan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005. Sehingga kini, bangunan yang berkepentingan warisan yang telah diwartakan termasuklah Gereja All Saints, Muzium Perak, Penjara Taiping, Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, Perpustakaan Awam Taiping, Kota Ngah Ibrahim, Sekolah King Edward VII dan Taman Tasik Taiping.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kini proses pewartaan sedang dilaksanakan terhadap beberapa tapak lain di Bandar Taiping. Banyak lagi sebenarnya kalau saya― kalau tidak, saya mengambil masa. Namun begitu, Jabatan Warisan Negara juga telah memasukkan bangunan berpotensi dan berkepentingan dari segi warisan ke dalam senarai inventori untuk dilengkapkan maklumat kajian sebelum dicadangkan sebagai warisan. Jadi, dalam meneruskan agenda kelestarian warisan di Bandar Taiping, usaha penyelidikan dan cadangan pewartaan tapak-tapak warisan akan terus dilaksanakan. Secara tidak langsung, usaha sebegini akan memberi nilai tambah kepada Taiping untuk terus dipromosikan oleh semua pihak. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Taiping soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Dalam Dewan yang mulia ini, izinkan saya merakamkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Majlis Perbandaran Taiping serta komuniti Taiping atas usaha sama mereka mengharumi nama Malaysia khususnya Taiping di pentas dunia dengan anugerah peringkat antarabangsa tersebut. Soalan saya seterusnya ialah apakah strategi pihak kementerian untuk memantau dan memastikan ke semua rancangan yang disebut akan mencapai matlamatnya demi membantu Taiping terus kekal ke senarai antara 100 destinasi lestari terbaik dunia pada tahun-tahun yang akan datang? Minta komitmen Yang Berhormat Menteri.
Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Taiping. Saya juga turut mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Taiping. Sebenarnya banyak yang kita hendak lakukan, bukanlah sahaja untuk Taiping. Tetapi saya hendak ucap tahniah kerana di Taiping ini adalah kebanyakan adalah― the many firsts are in Taiping. Jadi, tahniah kepada Taiping. Memang kita tidak dapat nafikan banyak yang kita hendak cadangkan untuk mengangkat pencalonan Bandar Taiping mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat UNESCO World Heritage Site. Namun, terdapat pelbagai kriteria yang ketat perlu dipenuhi daripada peringkat awal lagi iaitu tapak yang hendak dicalonkan itu perlu banyak mempunyai justifikasinya yang tinggi serta kepentingannya kepada warisan dunia dan bukan hanya terhad kepada Malaysia sahaja. Namun begitu, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Taiping, saya hendak nyatakan di sini bahawa kita akan berterusan bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran Taiping dan juga majlis-majlis ataupun agensi-agensi yang ada di Taiping untuk membantu mencapai apa yang dihasratkan oleh bukan sahaja Taiping tetapi juga negara kita Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.
Pertanyaan jawab lisan yang seterusnya. Saya jemput Yang Berhormat...
Saya hendak...
Ia hanya satu soalan tambahan sahaja. Minta maaf Yang Berhormat.
5. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perkembangan dan prospek kejayaan penswastaan liga dan pasukan bola sepak tempatan yang sedang berjalan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penswastaan liga bola sepak Malaysia telah pun bermula sejak tahun 2015 melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL). Penswastaan liga membawa maksud bahawa saingan liga profesional dan elit dianjurkan oleh sebuah entiti di luar jawatankuasa pertandingan FAM selaku badan induk iaitulah MFL.
Selaku badan penganjur, MFL diberi hak komersial termasuk hak siaran untuk semua perlawanan liga tempatan yang bernaung di bawah MFL. Penswastaan kelab pula membawa maksud pembentukan kelab bola sepak (FC) yang terpisah daripada persatuan bola sepak dan ditadbir urus untuk bersaing dalam saingan profesional iaitulah Liga Super, Liga Premier dan Piala Malaysia serta Piala FA. Bagi membawa maksud transformasi ke dalam liga tempatan, satu proses penswastaan bersyarikat dilaksanakan oleh FAM.
Ini termasuk pemisahan Persatuan Bola Sepak (FA) ke (FC) yang perlu dilakukan oleh semua persatuan bola sepak yang menyertai Liga Super 2021, Liga Premier 2021 supaya mereka dibenarkan beraksi pada saingan peringkat AFC, sama ada Liga Juara AFC 2021 mahupun Piala AFC 2021 sekiranya layak. Sehingga kini untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebanyak 21 pasukan telah pun berjaya memenuhi syarat pembentukan kelab bola sepak bagi menggantikan pasukan yang dibentuk oleh persatuan bola sepak negeri sebelum ini. Proses penswastaan kelab ini dilihat sebagai satu usaha pemisahan dari sudut tanggungjawab, skop dan peranan yang ketara di antara persatuan dan kelab bola sepak. Persatuan bola sepak (FA) memainkan peranan sebagai badan pengawal bola sepak yang menjurus ke arah pembangunan bakat di peringkat akar umbi, tadbir urus dan pengurusan pertandingan tempatan. Manakala kelab bola sepak pula menjurus kepada pengurusan pasukan bagi menyertai pertandingan profesional dan elit. Berhubung penswastaan liga, tindakan ini dilihat sebagai satu kejayaan melalui nilai komersial yang meningkat secara mendadak untuk pertandingan seperti Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia. Proses pembidaan turut dilakukan untuk menentukan syarikat yang akan menjadi penaja utama, rakan komersial, rakan penyiaran dan sebagainya. Antara syarikat yang pernah menjadi penaja utama adalah Telekom Malaysia, Astro, CIMB, Watsons dan Shopee. Malahan pengurusan pertandingan juga telah berjaya dijalankan secara lebih sistematik, telus dan kompetitif. Proses penswastaan ini baru sahaja bermula dan ia dijangka melalui suatu tempoh peralihan dan fasa pertumbuhan. Dalam perbincangan saya dengan FAM, saya dapat lihat bahawa mereka mempunyai satu perancangan realistik sambil mentransformasikan dan memodenkan bola sepak profesional di bawah FC, di samping memfokuskan semula tanggungjawab persatuan bola sepak negeri terhadap pembangunan bola sepak di peringkat negeri masing-masing. Langkah ini adalah amat wajar dan dilihat akan memperkukuhkan lagi ekosistem bola sepak negara. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang jelas yang telah diberikan. Sememangnya kita menyokong penuh langkah penswastaan liga dengan hampir semua pasukan sebagaimana disebutkan tadi telah diswastakan untuk menyertai dua liga utama. Ini membuktikan sokongan semua pihak untuk turut mengangkat nilai dan martabat bola sepak negara kita Malaysia. Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai kekuatan untuk menarik dana daripada syarikat-syarikat besar, telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Cuma satu soalan-soalan kedua oleh sebab soalan pertama sudah dijawab. Saya ingin dapat penjelasan mengenai tahap keupayaan semasa pasukan-pasukan dalam mendepani pandemik COVID-19 hari ini. Terima kasih.
Baik. Soalan pertama tadi saya hendak jelaskan semula bahawa dengan berlakunya penswastaan ini, maka pertama sebagaimana yang disebut tadi berlaku pemisahan pentadbiran. Ini akan menjadikan tadbir urus, tata kelola, the governance dan juga the aspect of accountability akan menjadi lebih meningkat kerana ia adalah sebuah syarikat yang mempunyai board of directors-nya sendiri, mempunyai CEO sendiri, mempunyai CFO, pengurusan kewangan. Ia tidak akan lagi terhenti kepada apa jua yang berlaku di peringkat persatuan-persatuan bola sepak negeri. Umpamanya kalau berlakulah pertukaran waima Presiden PFA sekalipun, ia tidak akan menjejas pengurusan profesionalisme bola sepak. Keduanya, ia akan meningkatkan nilai komersial. Sekadar hendak berkongsi Tuan Yang di-Pertua bahawa bola sepak di Malaysia adalah di antara the most watched sport ataupun sukan yang paling ramai ditonton. Malahan setiap kali disiarkan hanya di
peringkat televisyen, ia ditonton di antara enam hingga lapan juta penonton. Bayangkanlah ia adalah satu pertiga daripada penduduk Malaysia. Itu tidak termasuk post live, tidak termasuk streaming dan ini memberi nilai komersial. Sebab itulah kalau kita lihat di kalangan kelab-kelab yang mempunyai pengikut yang tinggi – Selangor mempunyai 260,000 kalau dikira dari segi melalui sosial media, Kelantan sendiri 400,000, Kedah 640,000. Tentu sekali lah JDT antara yang paling tinggi, dua juta lebih. Ini menjadikan mereka ada fanbase ataupun captive market. Market yang tersedia ada. Bayangkan kalau ia melalui proses tadbir urus yang tersusun dan teratur, ia akan memberi nilai komersial yang jauh lebih tinggi, ditambah pula akan memberi keyakinan kepada penaja-penaja kerana melihat kepada ketelusan dan the accountability dalam pengurusan profesionalisme.
Yang Berhormat Menteri, minta ringkaskan jawapan.
Baik. Keduanya saya hendak jawab soalan yang kedua – agak penting juga mengenai COVID-19. COVID-19 ini meninggalkan kesan dan salah satu yang ditanya-tanya oleh peminat bola sepak di luar sana adalah berkaitan dengan Piala Malaysia yang terpaksa ditangguhkan walaupun berbaki tujuh perlawanan. Secara peribadi, selaku Menteri Belia dan Sukan memang saya amat berharap supaya tujuh matches atau perlawanan ini dapat diteruskan di negeri-negeri yang dianggap sebagai hijau. Namun kita akur kepada MKN dan melihat kepada kesihatan dan keselamatan rakyat jauh lebih penting di samping juga kesediaan dua negeri tersebut untuk memberi kebenaran. Akan tetapi apa pun, insya-Allah KBS akan mengemukakan rayuan demi rayuan setiap kali menyaksikan bila mana ada penurunan kes COVID-19 bagi memastikan sukan bola sepak yang diminati oleh rakyat ini tetap mendapat tempat di negara kita. Terima kasih.
6. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan mempertimbangkan penempatan Jururawat Gred U29 dan Penolong Pegawai Perubatan U29 di institusi- institusi seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat disebabkan kini berlakunya pertambahan penghuni yang berisiko membawa wabak merbahaya contohnya di rumah kanak-kanak.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat di atas soalan yang dikemukakan. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diperuntukkan sebanyak 24 jawatan kader Jururawat Gred U29 dan enam jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29. Sehingga 28 Oktober 2020, terdapat hanya satu kekosongan jawatan Jururawat Gred U29 di institusi di JKM. Di antaranya ialah penempatan kader Jururawat Gred U29 di institusi JKM ialah di antaranya empat jawatan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi Selangor, empat jawatan di Rumah Ehsan di Dungun Terengganu, tiga jawatan di Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu Selangor, dua jawatan di Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu Selangor, dua jawatan di Taman Sinar Harapan di Tampoi Johor, dua jawatan di Taman Sinar Harapan Jubli Johor, dan masing-masing satu perjawatan gred U29 di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban Negeri Sembilan, di Taman Sinar Harapan Bukit Besar Terengganu, di Taman Sinar Harapan Jitra Kedah, di Taman Sinar Harapan Cheras, di Desa Bina Diri Mersing Johor, di Desa Bina Diri Jerantut Pahang dan di Rumah Seri Kenangan Kangar Perlis. Manakala daripada keseluruhan enam jawatan kader Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 di institusi JKM, penempatannya masing-masing satu perjawatan di Rumah Seri Kenangan Bedong Kedah, di Rumah Seri Kenangan Taiping Perak, di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Perak, di Rumah Seri Kenangan Seremban, di Rumah Seri Kenangan Johor Bahru Johor, di Rumah Seri Kenangan Kemumin Kelantan. Tuan Yang di-Pertua, pengisian jawatan-jawatan kader bagi skim perkhidmatan perubatan JKM ini adalah sebenarnya di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga kini KKM telah menempatkan seramai 23 orang Jururawat Gred U29 dengan peratusan pengisian sebanyak 96 peratus.
Selain daripada itu, untuk makluman Yang Berhormat terdapat juga jawatan kader Jururawat Masyarakat Gred U19 dan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 di institusi kebajikan JKM iaitu 19 jawatan Jururawat Masyarakat dan 192 jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan di institusi kebajikan kanak-kanak. 48 jawatan Jururawat Masyarakat dan 524 jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan di institusi kebajikan warga emas serta 12 jawatan Jururawat Masyarakat dan 289 jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan di institusi kebajikan OKU. Cadangan pewujudan dan pertambahan jawatan kader Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan di institusi JKM telah diambil kira dalam cadangan penstrukturan semula JKM yang sedang dilaksanakan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya difahamkan tadi U29 iaitu Penolong Pegawai Perubatan, enam orang MA sebab pegawai ini dia boleh membuat saringan awal kepada penghuni-penghuni di institusi di bawah JKM ini. Akan tetapi kalau enam orang ini bagi saya terlalu sedikit. Saya harap kementerian Yang Berhormat dapat berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk menambahkan lagi supaya mereka boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengingatkan bahawa mereka yang ditempatkan daripada kementerian lain ke kementerian-kementerian seperti kementerian Yang Berhormat, proses pembangunan peningkatan perjawatan kenaikan pangkat juga perlu dilakukan supaya mereka yang dipindahkan ke kementerian Yang Berhormat tidak hanya terperuk di situ dan penilaiannya tidak berlaku adil sebagaimana ketika mereka berada di kementerian masing-masing. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat atas cadangan Yang Berhormat. Sebagaimana yang kita semua maklum bahawa pengisian jawatan-jawatan di JKM ini adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Jadi kita sentiasa berbincang daripada semasa ke semasa dan setakat ini alhamdulillah tidak ada sebarang jangkitan COVID-19 yang dikesan di institusi-institusi JKM. Walau bagaimanapun kita sentiasa mematuhi arahan sebagaimana yang dikeluarkan oleh MKN. Untuk makluman Yang Berhormat juga sehingga sekarang jururawat yang kita 27 orang di institusi kita, penolong pegawai perubatan kita ada enam orang, jurupulih perubatan kita ada 41 orang, jururawat masyarakat kita ada 79 orang dan pembantu perawatan kesihatan kita ada 1,005 orang di institusi di bawah JKM setakat ini. Jadi, terima kasih atas cadangan Yang Berhormat. [Soalan No. 7 – YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) tidak hadir]
8. Tuan Su Keong Siong [Kampar] minta Perdana Menteri menyatakan kesan atau impak ekonomi negara akibat pandemik wabak COVID-19. Nyatakan program atau inisiatif yang telah diambil untuk menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi tempatan atau domestik dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini.
Selamat pagi, salam sejahtera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun ini. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah menguncup pada kadar 8.3 peratus dalam tempoh separuh pertama untuk tahun ini. Semua sektor utama ekonomi telah terjejas terutamanya dalam sektor perkhidmatan, sektor pembuatan dan juga pembinaan. Penyusutan pertumbuhan ini antaranya disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP. Walau bagaimanapun kesan negatif ke atas pertumbuhan ekonomi tahun ini adalah bersifat sementara dan dijangka akan pulih pada tahun hadapan. Beberapa indikator pada bulan Ogos dan September tahun ini menunjukkan prestasi ekonomi telah bertambah baik berbanding dengan prestasi separuh pertama tahun ini. Eksport Malaysia pada September mencatatkan pertumbuhan sebanyak 13.6 peratus kepada RM88.9 bilion, nilai jualan perdagangan
borong dan runcit telah meningkat sebanyak 2.5 peratus kepada RM111.4 bilion pada bulan Ogos. Jualan kereta penumpang pula telah meningkat kepada lapan peratus kepada 51,422 unit pada bulan September dan kadar pengangguran mencatatkan penurunan 4.6 peratus bagi bulan September. Walaupun pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini dianggar akan menguncup sebanyak 4.5 peratus tetapi akan dijangka untuk pulih dan berkembang pada kadar antara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus untuk tahun hadapan. Antara inisiatif yang telah diambil untuk menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi ialah pertama kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada 11 Mac tahun ini bagi menangani isu dan cabaran semasa ekonomi. EAC yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memantau impak penularan wabak COVID-19 ke atas ekonomi serta merangka langkah- langkah untuk memulihkan dan juga merancakkan semula ekonomi negara. Kedua, kerajaan juga telah melaksanakan beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac, Pakej Prihatin Tambahan pada 6 April dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun dan Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA PRIHATIN) pada 23 September. Semua Pakej Rangsangan Ekonomi ini berjumlah sebanyak RM305 bilion atau kira-kira 20 peratus daripada KDNK adalah antara pakej rangsangan yang terbesar di kalangan negara yang membangun. Langkah-langkah yang diambil telah berjaya meringankan beban rakyat, mengekalkan pekerjaan dan menggerakkan semula aktiviti ekonomi. Belanjawan 2021 pula yang telah dibentangkan mempunyai pelbagai langkah bagi memacu pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Belanjawan ini berjumlah RM322.5 bilion iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara. Ini merupakan Belanjawan yang inklusif dan komprehensif, memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. Kesemua matlamat ini merupakan kesinambungan kepada Pakej PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA, KITA PRIHATIN yang telah diumumkan sebelum ini. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti umum, memang pandemik COVID-19 ini mengakibatkan banyak masalah kepada sektor ekonomi tempatan dan langkah-langkah yang telah pun diumumkan oleh kerajaan. Cuma saya hendak tahu untuk SME, semua immediate enterprises mereka salah satu masalah adalah untuk mengekalkan pekerjaan sebab mereka mengalami masalah kekangan kewangan. Jadi, salah satu program yang dijalankan oleh kerajaan adalah melalui Program Subsidi Upah. Adakah kerajaan sudi mengkaji semula untuk menaikkan Program Subsidi Upah ini daripada RM600 hingga mungkin RM1,000 seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Bangi. Adakah kerajaan juga sudi untuk melanjutkan lagi Program Subsidi Upah ini? Ini kerana enam bulan yang dibenarkan ataupun diumumkan oleh kerajaan memang adalah tidak mencukupi seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri telah mengatakan pemulihan ekonomi dijangka akan berlaku pada tahun depan. Jadi buat masa sekarang pun ada masalah. Jadi untuk enam bulan memang tidak mencukupi dan RM600 juga tidak mencukupi untuk SME ini. Adakah kerajaan sudi untuk memberi wang sebanyak RM1,000 sebulan kepada setiap pekerja yang didaftarkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Untuk makluman Yang Berhormat Kampar dalam pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan, sebagai contoh KITA PRIHATIN yang mempunyai bantuan seperti bantuan PRIHATIN, Program Subsidi Upah dan juga pembukaan semula Geran Khas PRIHATIN. Ini merupakan pakej yang boleh dikatakan agak menyeluruh dan kita juga memberi perhatian kepada B40 dan M40. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kampar, Program Subsidi Upah sehingga 16 Oktober 2020 kita telah menyalurkan sebanyak RM11.998 bilion daripada Program Subsidi Upah yang diluluskan untuk memanfaatkan lebih daripada 322,150 majikan serta 2.639 juta pekerja. Jadi untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kampar sebenarnya baru-baru ini juga kita telah mengkaji semula PGK pendapatan bagi isi rumah di negara ini.
Jadi, selepas itu memang terdapat beberapa soalan sekiranya kita boleh menaikkan beberapa pembayaran seperti gaji minimum dan sebagainya. Ini sentiasa akan dikaji oleh kerajaan. Sekarang kita sudah menaikkan PGK dan saya yakin setiap pembaharuan ini ia akan dikaji semula dan akan dilaksanakan khususnya apabila kita akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun hadapan. Sekian dan terima kasih.
9. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah langkah ke hadapan berkenaan polisi mempromosikan penglibatan sukan di kalangan belia luar bandar dan apakah dasar kementerian mengenai penyediaan kemudahan sukan kepada pendudukan luar bandar pada Rancangan Malaysia Ke-12.
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa proaktif untuk memperkasa pembangunan sukan untuk semua termasuklah di kalangan komuniti luar bandar. Antaranya ialah melalui Program MyFit@Luar Bandar yang melibatkan penganjuran acara sukan untuk komuniti setempat di kawasan luar bandar menggunakan kemudahan sukan sedia ada.
Berdasarkan statistik penganjuran 2019, sebanyak 24,571 penyertaan telah direkodkan di seluruh negara. Pecahan penyertaan seperti yang disediakan sebagai maklumat tambahan. Berikutan sambutan yang baik daripada komuniti setempat, kementerian telah merancang kesinambungan MYFIT@Luar Bandar pada tahun 2020 melibatkan 21 buah program di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM336,000. Namun, penganjuran program ini terpaksa dibatalkan berikutan penularan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020. Seterusnya, bagi persoalan dasar kementerian mengenai penyediaan kemudahan sukan kepada penduduk luar bandar pada Rancangan Malaysia Ke-12. Dengan fokus sukan untuk semua, salah satu inisiatif yang telah dikenal pasti ialah meningkatkan kebolehcapaian ke kemudahan sukan. Inisiatif ini pula terbahagi kepada enam pelan tindakan iaitu: (i) memperkenalkan rancangan fizikal nasional sukan untuk semua sebagai garis panduan menyeluruh dalam merancang, menyelenggara dan memantau kemudahan sukan; (ii) membangunkan sistem pangkalan data berpusat untuk kemudahan sukan; (iii) meningkatkan kemudahan sukan sedia ada untuk mengoptimumkan kebolehgunaan; (iv) menyediakan kemudahan sukan dan kawasan rekreasi baharu; (v) memperkenalkan inisiatif dan insentif untuk mendorong sektor swasta dan badan sukan untuk menubuhkan lebih banyak kemudahan sukan; dan (vi) meningkatkan kolaborasi dengan pihak berkuasa tempatan dan hal ehwal penyelenggaraan kemudahan sukan. Pihak kementerian juga akan meneruskan kerjasama erat dengan badan-badan sukan di peringkat daerah. Sebagai contoh, dengan pejabat residen dan pejabat daerah di bawah Kerajaan Negeri Sarawak untuk melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Program-program pembangunan sukan seperti bola sepak, badminton, renang, silat, eSports dan lain-lain sukan teras yang antara lainnya turut bertujuan mencungkil bakat sukan akan diteruskan sesuai dengan aspirasi dan hala tuju sukan negara. Antara program yang telah dijalankan sebelum ini adalah Kem Bakat Badminton, eSports, Clinic Pocket Bike, Motocross Championship dan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS). KBS akan memastikan bahawa penyediaan kemudahan sukan sama
ada di bandar ataupun luar bandar dapat dilaksanakan mengikut keperluan semasa penduduk setempat dan mengikut piawaian terkini. Sebarang perancangan berkenaan perkara ini akan dimuktamadkan di bawah RMKe-12. Sebarang maklum balas daripada Yang Berhormat nanti amatlah dialu-alukan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan sukan negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Sibuti soalan tambahan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang menyeluruh berkenaan tentang dasar RMKe-12 bagi pembangunan sukan, terutama sekali di kawasan luar bandar. Pandemik COVID- 19 ini memberi kesan yang besar terhadap aktiviti sukan di luar bandar. Pada pembentangan Belanjawan 2021 yang lepas, kerajaan telah mengumumkan satu peruntukan khas bagi pembangunan eSports. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah ke depan kerajaan untuk dapat membantu golongan belia di luar bandar untuk terlibat sama di dalam aktiviti eSports ini? Adakah pihak kerajaan akan melaksanakan pembangunan eSports arena ataupun gamer village ataupun gaming village di kawasan luar bandar dalam perancangan pembangunan infrastruktur sukan untuk kawasan di luar bandar? Mohon jawapan.
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dalam tahun ini kita telah menganjurkan beberapa siri seminar dalaman dan juga baru-baru ini Impact Malaysia, satu agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan telah pun menubuhkan satu usaha sama bersama-sama dengan badan-badan sukan eSports di seluruh negara untuk kita centralize ataupun pusatkan penganjuran pembangunan sukan eSports di seluruh negara melalui Impact Malaysia. Jadi, banyak perkara melibatkan pembangunan, bukan sahaja dari segi atlet tetapi juga penganjuran pertandingan, bengkel-bengkel untuk bukan sahaja yang terlibat bermain dalam permainan eSports ini tetapi juga golongan yang mencipta dan terlibat dalam industri rantaian eSports ini juga kita akan bantu melalui Impak Malaysia. Jadi dari segi itu, belia-belia di luar bandar sentiasa terbuka untuk menyertai melalui badan-badan sukan negeri masing-masing dan juga langsung dengan Impact Malaysia yang kita buat masa ini akan lakukan banyak penganjuran melalui atas talian atau video conferencing yang saya rasa boleh membantu ramai belia di luar bandar untuk dapat akses kepada pembangunan sukan eSports.
10. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan adakah kerajaan merancang untuk menggubal satu Akta Perhubungan Kaum atau Race Relations Act untuk mengawal semua perkara melibatkan perhubungan kaum yang semakin tenat dan meruncing di tanah air kita.
Tuan Yang di- Pertua, kerajaan tidak akan melaksanakan penggubalan Akta Perhubungan Kaum (Race Relations Act) dengan izin, kerana undang-undang yang sedia ada sudah pun merangkumi dan mencukupi untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama. Mereka yang sengaja memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian boleh disiasat dan didakwa di bawah akta-akta berikut: (i) subseksyen 41 Akta Hasutan 1948 iaitu kesalahan menghasut; (ii) seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci- membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan; (iii) seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan;
(iv) seksyen 505 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam; (v) seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah; dan (vi) seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu kesalahan menggunakan secara tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Sekian, terima kasih.
Sila soalan tambahan pertama Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah yang diambil. Saya maklum tentang perkara-perkara yang telah diberitahu. Akan tetapi persoalannya adalah apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk membina perpaduan di Malaysia di antara rakyat yang berbilang kaum. Kita lihat kalau dahulu bila saya di sekolah, kita lihat Rukun Tetangga diberi satu watak yang begitu penting. Kita lihat rondaan-rondaan pada waktu malam dijalankan oleh pihak-pihak semua, rakyat berbilang kaum. Akan tetapi sekarang Rukun Tetangga hanya tinggal dengan nama sahaja, bangunan-bangunan yang usang sahaja. Walaupun kita ambil maklum tentang perkara-perkara yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian Perpaduan Negara? Kita lihat juga dengan pembentangan bajet di Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga, hanya diberikan RM950,000 sahaja, berbanding dengan Penggerak Komuniti Negara yang diberikan RM8 juta, berbanding dengan JASA yang diberikan RM86 juta. Jadi, bolehkah tidak wang ini disalurkan kepada Rukun Tetangga untuk digunakan oleh Rukun Tetangga untuk membina perpaduan dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan memberi manfaat kepada masyarakat?
Baik, terima kasih.
Selain daripada itu juga, membina perpaduan. Pada masa sekarang terutamanya, bolehkah kita juga memohon Rukun Tetangga menjalankan tugas-tugas seperti memberi bantuan-bantuan makanan kepada masyarakat, memberi pelitup muka dan sebagainya, mereka tidak wujud. Jadi, saya ingin tanya sama ada Kementerian Perpaduan Negara akan minta supaya peruntukan kewangan ditambah kepada Rukun Tetangga supaya Rukun Tetangga kembali. Rukun Tetangga merupakan pemangkin perpaduan pada suatu masa. Sekarang kita lihat ada NGO-NGO ditubuhkan, penggerak komuniti dan sebagainya. Jadi, bolehkah kita kurangkan dana kepada penggerak komuniti, kurangkan dana kepada JASA dan salurkan dana itu kepada Rukun Tetangga supaya mereka dapat memainkan peranan yang lebih penting.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Jelas dah, pertanyaan jelas dah. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kenyataan Yang Berhormat mengenai Rukun Tetangga dan peranan-peranan yang telah dimainkan adalah tidak tepat dan meremehkan pengorbanan jawatankuasa-jawatankuasa dan rangkaian-rangkaian Rukun Tetangga yang kita ada. Yang Berhormat kalau betul-betul prihatin dan ingin tahu, mungkin Yang Berhormat boleh datang ke pejabat dan kita boleh tunjukkan setakat mana aktiviti-aktiviti yang diadakan.
Akan tetapi, peruntukkannya hanya RM950,000 sahaja. Kenapa begitu kurang berbanding dengan JASA dan Penggerak Komuniti? Itu soalan saya.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini terkeluar daripada soalan asas. Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih.
KRT bawah you lah.
Ahli Yang Berhormat, setelah satu jam, maka sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul Menteri Di Bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) — Penyata Jawatankuasa DewanMotion
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), maka Penyata Jawatankuasa Dewan yang dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas DR. 3 Tahun 2020 hendaklah diterima dan dipersetujui.” Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin menyatakan bahawa Penyata Jawatankuasa Dewan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas yang telah dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas DR. 3/2020 adalah susulan daripada lima siri Mesyuarat Jawatankuasa Dewan yang telah diadakan pada 6 Ogos 2020, 14 Ogos 2020, 24 Ogos 2020, 10 September 2020 dan 1 Oktober 2020 yang mengandungi beberapa syor jawatankuasa dikemukakan untuk diterima oleh Majlis. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa Jawatankuasa Dewan bagi Parlimen Keempat Belas adalah seperti berikut:- (i) Yang Berhormat Datuk Azhar bin Azizan @ Harun (Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat) selaku pengerusi Jawatankuasa Dewan; (ii) Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi; (iii) Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Ahli Parlimen Arau; (iv) Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai; (v) Yang Berhormat Dato’ Seri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu; (vi) Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng, Ahli Parlimen Lanang; dan (vii) Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli, Ahli Parlimen Lumut. Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Dewan bersetuju bahawa sepuluh Jawatankuasa Pilihan Khas sedia ada tidak akan diteruskan dan diganti dengan sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas yang baharu iaitu:- (i) Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak-hak di bawah Perlembagaan; (ii) Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi;
(iii) Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan; (iv) Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri; (v) Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian dan Perdagangan dalam Negeri; (vi) Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur; (vii) Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan; (viii) Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi; dan (ix) Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak- kanak dan Pembangunan Sosial. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat] Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kementerian-kementerian. Jawatankuasa bersetuju agar terma rujukan bagi Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas ini hendaklah mengandungi perkara- perkara yang seperti berikut:- (i) tujuan penubuhan; (ii) keanggotaan tujuh orang ahli termasuk pengerusi; dan (iii) tempoh pelantikan selama dua tahun atau dua penggal. Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas tersebut juga berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya untuk mengambil keterangan, fikiran dan pandangan tentang apa-apa yang berkaitan dengan bidang tugas yang dinyatakan dalam terma rujukan jawatankuasa tersebut serta tertakluk kepada peruntukan yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Seterusnya, laporan atau penyata yang dikeluarkan hasil daripada siasatan ataupun inquiry, dengan izin, oleh sesuatu Jawatankuasa Pilihan Khas hendaklah dibentangkan di dalam Dewan. Penyata yang telah dibentangkan boleh dicadangkan untuk dibahaskan, diterima dan dipersetujui oleh Majlis melalui usul di bawah Peraturan Mesyuarat 86(5) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Jawatankuasa Dewan juga bersetuju mewujudkan Seksyen Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat di Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat Parlimen Malaysia sebagai sekretariat kepada jawatankuasa-jawatankuasa untuk membolehkan ia berfungsi dengan lancar dan berkesan. Akhir sekali, Jawatankuasa Dewan juga bersetuju bahawa Penubuhan Kumpulan Ahli Parlimen Rentas Parti ataupun All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM), dengan izin, diteruskan dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas.
Tuan Yang di-Pertua, bahas sekarang atau bahas kemudian?
Sekaranglah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau boleh...
Hendak bahas kan ini? Yang Berhormat Kuantan hendak bahas.
Ya. Berkenaan dengan apa yang dibentangkan tadi.
Lima minit boleh?
Ya, cukup, insya-Allah.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ada bangkitkan dua hari lepas dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan tidak wujudnya satu Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan dengan alam sekitar. Sedangkan alam sekitar dan isu sustainability merupakan satu isu yang amat penting untuk kita juga berikan tumpuan dalam masa hadapan negara kita ini dan tak seharusnya kita tinggalkan. Jadi saya pohon penjelasan, sama ada jawatankuasa ini akan ditambah kemudian ataupun kita boleh buat pindaan? Perkara yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial. Saya dapati bahawa dalam terma rujukan itu tidak ada satu perkataan berkenaan dengan kesaksamaan gender. Pada pandangan saya, perkataan kesaksamaan gender ini amat penting di dalam kita membicarakan berkenaan dengan hal ehwal wanita, kanak-kanak dan pembangunan sosial. Ini kerana, kesaksamaan gender ini ialah satu istilah antarabangsa. Kalau kita tertinggal di dalam isu ini dan hanya bercakap berkenaan dengan hal ehwal wanita, saya kira kita ketinggalan. Saya pohon kalau boleh dimasukkan juga di dalam terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas yang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ada lain?
Parit Buntar.
Yang Berhormat Parit Buntar. Yang Berhormat Menteri, biar dia bawa point dahulu, kemudian Yang Berhormat Menteri jawablah. Boleh ya? Silakan, lima minit ya, Yang Berhormat Parit Buntar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengalu-alukan untuk jawatankuasa khas yang merentasi semua parti. Hanya saya punya kebimbangan ataupun saya punya point adalah untuk saya minta supaya rentas parti ini berlaku di atas satu premis yang benar-benar menjadikan jawatankuasa khas ini bebas dan dapat memberi pandangan serta kesan kepada mana- mana dasar yang jawatankuasa khas ini merasakan sama ada bercanggah dengan keseluruhan Perlembagaan mahupun kepentingan-kepentingan rakyat di bawah. Jadi, pada masa yang sama, saya mengalu-alukan jawatankuasa khas rentas parti ini kerana saya meyakini, Tuan Yang di-Pertua, bahawa proses ini perlu bermula daripada semua pihak. Contohnya, apabila kita meletakkan terma-terma kepada kebebasan jawatankuasa khas ini, ia perlu dirujuk dan dirunding dahulu sebelum ianya telah ditetapkan. Bagi saya, proses untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi besar dan penting demokrasi dalam negara ini memerlukan proses itu bermula dari awal hingga kepada akhirnya.
Ini kerana, apabila proses itu bermula dengan satu bentuk kebebasan, maka akhirnya hasilnya juga akan jadi insya-Allah satu jawatankuasa yang bebas dan tidak tertakluk kepada apa-apa keputusan daripada pihak yang lain. Kedua, saya ingin juga memberi pandangan jawatankuasa khas ini juga perlu melibatkan satu proses melihat semula undang-undang yang tersedia ada dalam negara kita yang perlu dibaiki. Kita pernah mencadangkan satu suruhanjaya pemulihan atau reformasi undang-undang. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri Undang-undang juga untuk melihat adakah usaha rentas parti ini melibatkan juga
untuk kita menilai semula undang-undang yang ada. Seperti hari ini kita kata Akta Hasutan digunakan untuk menjaga perpaduan. Akan tetapi, Akta Hasutan itu sendiri dengan definisinya yang begitu meluas boleh menjadi satu sebab ataupun digunakan untuk kepentingan politik. Jadi, saya harap antara lain jawatankuasa khas ini juga melihat aspek perundangan yang ada terhadap akta-akta yang terdedah kepada manipulasi dan salah guna. Jikalau benar kita hendak ambil kesempatan dengan apa yang berlaku dalam negara kita pada hari ini, inilah masanya, inilah peluangnya, inilah langkah awalnya dan insya-Allah natijah di akhirnya juga kita akan dapat hasil yang baik. [Membaca kata-kata pepatah Arab] “Barang apa yang di awalnya tidak betul, maka di akhirnya juga akan mendapat natijah yang tidak betul”. Sekian, mohon dicadangkan untuk perhatian Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ringkas sahaja. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang daripada apa yang dinyatakan tadi kelihatannya bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan tidak diwujudkan lagi seperti dalam Kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Saya ingin – Apakah rasionalnya jawatankuasa yang saya anggap ini penting – saya ingin menyatakan saya bekas atau mantan pengerusi jawatankuasa berkenaan. Pertama, negara kita sebuah negara federalism, menggunakan sistem Persekutuan (federalism). Ada kerajaan negeri, ada Kerajaan Persekutuan. Banyak masalah hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan yang bertindih. Misalnya dalam isu air, kuasa-kuasa kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat perlu diselesaikan. Isu-isu berkenaan hutan. Begitu juga isu-isu berkenaan tanah, pembangunan dan juga masih lagi belum selesai tentang Perjanjian Malaysia 1963 yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dengan negeri Sabah dan Sarawak. Jadi, saya rasa mungkin kena difikirkan. Janganlah dilupuskan jawatankuasa yang penting ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ada lagi? Yang Berhormat, lagi dua. Tiga, empat. Boleh ya Yang Berhormat Menteri? Sebelah sini tidak ada siapa hendak cakap apa-apa, belah kerajaan? Tidak payah. Saya kalau saya dekat bawah saya cakap, tetapi saya dekat atas, saya tidak boleh cakap. Okey, silakan siapa yang tadi dahulu.
Segambut dulu.
Yang Berhormat Segambut dahulu. Selama lima minit.
Satu minit cukup. Saya hanya nak bangkitkan untuk dapatkan penjelasan, selalunya komposisi Jawatankuasa Pilihan Khas harus mencerminkan komposisi di dalam Dewan Rakyat. Jadi, kalau majoriti di sana sangat nipis, sepatutnya kalau boleh jawatankuasa pilihan ada empat orang ahli Perikatan Nasional dan tiga daripada blok pembangkang. Sekarang ini, walaupun majoriti mereka sangat tipis, tetapi mereka ada majoriti lima orang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas. Ramai lagi parti-parti lain pembangkang di sini tidak dapat mengambil bahagian dalam Jawatankuasa Pilihan Khas. Saya minta Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua pertimbangkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Segambut. Lagi? Kata ada lagi tiga. Yang Berhormat Merboklah. Ladies first. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ringkas sahaja. Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah atas penubuhan jawatankuasa ini walaupun asalnya Jawatankuasa Pilihan Khas terkait wanita ini tidak ada dalam senarai. Namun, saya ingin mencadangkan sekiranya sebelum ini kita ada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender dan Pembangunan Keluarga yang saya bersetuju seperti Yang Berhormat Kuantan sebutkan tadi, term yang digunakan itu lebih antarabangsa. Saya juga ingin lihat dalam terms of reference itu. Ini kerana, adalah penting kesaksamaan gender ini bukan sahaja melihat kepada polisi-polisi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi mengarusperdanakan gender harus melibatkan keseluruhan kementerian. Saya kalau boleh ditukar namanya sedikit atau pun perubahanlah. Terima kasih.
Silakan. Lagi dua. Yang Berhormat Kota Melaka dan last sekali.
Bayan Baru
Beruas
Yang Berhormat Kota Melaka dan kemudian Yang Berhormat Beruas.
Yang Berhormat Putatan juga.
Ya, Yang Berhormat Putatan.
Bayan Baru juga.
Last empat. Silakan Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada – kita tahu bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas ini memainkan peranan yang penting dalam kita hendak reform institution. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri kenapa jawatankuasa sebelum ini iaitu pilihan raya telah ditarik balik? Barangkali Yang Berhormat Menteri akan kata ia boleh di bawah hak asasi ataupun di bawah Jabatan Perdana Menteri. Akan tetapi, kami merasakan bahawa sistem pilihan raya ini merupakan satu yang penting. Sepatutnya, ia adalah sesuatu yang bebas daripada yang lain. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan supaya kita boleh wujudkan semula Jawatankuasa Khas Pilihan Raya ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Beruas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyokong Yang Berhormat Segambut tadi bahawa komposisi jawatankuasa itu mestilah mengikut parti. Sebenarnya, jumlah wakil parti sebenarnya ini termaktub dalam Perintah Tetap 82(1). “Seberapa bolehnya tiap-tiap Jawatankuasa Pilihan hendaklah ditubuhkan supaya terbayang di dalamnya kadar parti masing-masing dalam Majlis”. Jadi, kalau apa yang dicadangkan itu melanggar Perintah Tetap ini haruslah kita tolak dan kita mestilah menjaga semangat Perintah Tetap ini yang mana jawatankuasa ditubuhkan mengikut dengan izin proportionate representation according to party. Terima kasih.
Last. Saya sudah sebut.
Ya. Terima kasih...
Yang Berhormat Bayan Baru dengan Yang Berhormat Putatan.
Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana membawa satu usul yang begitu bermakna. Ini kerana, ini adalah satu institutional reform yang dimulakan kerajaan terdahulu dan sekarang diteruskan oleh kerajaan sekarang. Saya nampak bahawa perlunya usaha yang lebih gigih untuk menjadikan Parlimen ini lebih independent dan juga memainkan peranan check and balance serta membantu kerajaan. Saya nampak bahawa kalau ada satu jawatankuasa, select committee yang ada daripada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang ia boleh sama-sama untuk memainkan peranan yang lebih konstruktif untuk membantu kerajaan. Jadi, saya nampak bahawa banyak jawatankuasa ditubuhkan dan banyak laporan telah dibuat. Contohnya PAC dan dahulu kita pun ada Special Select Committee contohnya berkenaan dengan pilihan raya, berkenaan dengan IPCMC dan sebagainya. Dengan banyak laporan telah dibuat. Saya nampak bahawa ini usaha berjam-jam, berpuluh-puluh jam Ahli Parlimen daripada sebelah kerajaan dan juga pihak pembangkang bersama-sama merencanakan idea yang bagus.
Akan tetapi, selalunya dia tidak diangkat ke peringkat kerajaan. Walaupun kita memainkan peranan check and balance, tetapi at the same time kita memberikan constructive ideas untuk kerajaan. Jadi, saya harap bahawa ada mekanisme. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, apakah mekanisme untuk mengangkat untuk laporan-laporan ini untuk diguna pakai oleh pihak kerajaan? Apakah mekanismenya? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Putatan dan last Yang Berhormat Kulai ya. Silakan. Yang Berhormat Putatan.
Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri tentang perwujudan jawatankuasa-jawatankuasa yang dilampirkan. Akan tetapi saya senada dengan Yang Berhormat Pasir Gudang tadi tentang tidak ada lagi kewujudan Jawatankuasa Perhubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Ini kerana saya pun percaya di semua negeri di Malaysia ini banyak pertindihan. Banyak isu pertindihan yang perlu diselenggarakan. Ini terutama sekali tentang Sabah misalnya. Di Sabah secara kebetulan, satu kementerian telah diwujudkan iaitu Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Jadi, kewujudan Jawatankuasa Perhubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan ini adalah amat tepat kerana jawatankuasa ini boleh memberi input kepada kementerian yang baru ditubuhkan yang mana kementerian yang baru ditubuhkan ini adalah khas untuk melihat pertindihan yang belum selesai di antara perhubungan kerajaan negeri dan persekutuan. Apatah lagi apabila di Sabah kita bercakap tentang Perjanjian 1963, tentunya dia menyentuh tentang perhubungan negeri dan Persekutuan yang mana sering dilaungkan di Dewan yang mulia ini. Oleh yang demikian, saya berharap agar Yang Berhormat Menteri dapat mempertimbangkan agar diwujudkan semula Jawatankuasa Perhubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk kebaikan bukan saja negeri Sabah dan Sarawak, tetapi seluruh negeri yang berada di Malaysia ini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Kulai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Segambut bahawa pertamanya, komposisi jawatankuasa ini sepatutnya lebih seimbang. Maksudnya kerajaan ada empat orang wakil dan pembangkang sekurang- kurangnya tiga. Saya ada satu cadangan lagi. Saya rasa sebenarnya tujuh orang untuk satu jawatankuasa itu adalah terlalu kurang. Saya harap bahawa kita boleh ambil tindakan untuk terus pinda standing order kita, peraturan mesyuarat kita kalau itu perlu dilaksanakan supaya kita boleh tambah lagi ahli dalam jawatankuasa ini. Saya rasa dalam Dewan ini kita ada 222 orang Ahli Parlimen dan selain daripada mereka yang duduk dalam kerajaan, memang kita ada banyak backbencher lagi. Sembilan jawatankuasa, tujuh orang satu, maksudnya hanya 63 orang yang boleh terlibat. Saya rasa jawatankuasa ini memang ada tujuan tersendiri. Banyak isu penting yang ramai Ahli Parlimen dalam Dewan ini amat berminat. Oleh sebab itu saya rasa sebagai contohnya, untuk pendidikan, saya percaya sekurang-kurangnya DAP sudah ada beberapa orang Ahli Dewan Rakyat yang berminat untuk menduduki dalam jawatankuasa tersebut. Akan tetapi kalau pihak pembangkang hanya diberi dua orang, saya rasa itu competition sangat tight. Jadi, saya mintalah jasa baik Yang Berhormat Menteri bahawa dan juga Tuan Yang di-Pertua, marilah kita ambil tindakan untuk pinda standing order ini secepat mungkin supaya kita boleh membesarkan, memperluaskan lagi jawatankuasa ini supaya kita boleh membenarkan lebih banyak Ahli Parlimen yang berminat untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa ini supaya mereka juga boleh menyumbang usaha mereka. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas segala saranan dan juga cadangan-cadangan yang saya kira semuanya amat baik, respons daripada pembentukan jawatankuasa khas yang telah saya bentangkan tadi. Untuk memudahkan pemahaman kita, saya ingin memaklumkan bahawa terdapat dua dokumen di atas meja. Dokumen putih ini adalah minit-minit mesyuarat jawatankuasa ini sebanyak lima kali dan yang berkulit biru ini adalah penyata jawatankuasa yang membekalkan kesemua catatan berhubung dengan terma-terma rujukan setiap Jawatankuasa Pilihan yang saya bentangkan tadi. Pertamanya saya ingin menyentuh perkara yang disebut oleh Yang Berhormat Kuantan tadi berhubung dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar dan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender. Saya ingin memberi respons bahawa Yang Berhormat boleh mengemukakan cadangan penubuhan jawatankuasa khas tersebut kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan dengan menulis kepada beliau dan cadangan tersebut akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Dewan dalam persidangan mereka selepas daripada ini. Kedua, Yang Berhormat Parit Buntar telah membangkitkan mengenai jawatankuasa yang disebutkan sebagai Jawatankuasa Kumpulan Ahli Parlimen Rentas Parti (All-Party Parliamentary Group Malaysia). Saya ingin menarik perhatian bahawa dalam buku biru ini ada satu garis panduan, peraturan penubuhan jawatankuasa ini. Semuanya ada di sini, agak detil. Namun demikian, kita boleh menerima apa-apa cadangan-cadangan yang baik, yang akan dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan untuk dipertimbangkan lagi. Dia sudah ada di sini, kalau hendak tambah itu boleh kemukakan untuk diambil tindakan oleh pihak Jawatankuasa Dewan ini. Ketiga, rakan saya Yang Berhormat Pasir Gudang bersama dengan Yang Berhormat Putatan tadi, perkara yang sama yang membangkitkan tiadanya wujud Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Negeri dan Persekutuan. Saya kebetulan yang hadir sama dalam beberapa mesyuarat Jawatankuasa Dewan ini telah mendengar bahawa Jawatankuasa Dewan telah mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas yang
luas bidang atau skopnya iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Asasi dan Hak- hak di Bawah Perlembagaan. Ini saya dimaklumkan termasuklah juga isu-isu yang berkaitan dengan hubungan Persekutuan dan negeri yang ada di bawah Perlembagaan (Federal Constitution), Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Concurrent List atau Senarai Bersama juga dimasukkan di situ. Namun demikian, sekali lagi saya ingin menyebut bahawa sekiranya ada pandangan yang lain, boleh dikemukakan juga kepada Tuan Yang di-Pertua untuk diangkat ke jawatankuasa. Saya tidak ada mandate di sini untuk saya meluluskan atau tidak. Pandangan perlu dibawa kepada Jawatankuasa Dewan untuk mereka memutuskan, bukan di dalam Dewan ini. Yang Berhormat Segambut senada Yang Berhormat Beruas mengenai komposisi keahlian dalam Jawatankuasa Dewan ataupun Jawatankuasa Pilihan Khas - Jawatankuasa Dewan, saya faham dimaksudkan 5:2 sahaja. Ini adalah suatu perkara yang biasa, amalan dalam Kerajaan Pakatan Harapan dulu pun sama. Sebagai contohnya PAC, daripada12- Ini PAC, daripada 12 ahli yang sebagaimana diperuntukkan, 8 kepada kerajaan. Dia tidak sebut berapa banyak kerajaan, 4 sahaja kepada pembangkang, tidak kira sebut berapa pembangkang. Jadi, amalan inilah yang diteruskan. Pada zaman kerajaan sebelum ini pun perbezaan pun tidak banyak, tetapi itulah amalan yang diterima oleh pihak pembangkang pada masa itu.
[Bangun]
Yang Berhormat Beruas, saya tidak bagi laluan.
Saya hendak buat pembetulan.
Ini amalan sekarang ini. Kalau hendak diubah...
Yang Berhormat Beruas.
Tidak bolehlah bagi gambaran yang boleh memesongkan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Peraturan tetap, peraturan tetap.
Yang Berhormat Beruas, mintalah kebenaran daripada Yang Berhormat Menteri.
Sebab itu saya bangun minta kebenaran.
Okey, okey.
Ini hendak klarifikasi ataupun hendak...
Ini kerana Yang Berhormat Menteri tidak boleh memberikan fakta yang memesongkan. Jadi, tadi bagi satu contoh. Setahu saya di negeri Perak, masa Pakatan Harapan mentadbir, semua 4:3. Itu hakikat dia. Jadi, kita jangan beri satu contoh dan yang bukan satu yang lumrah. Jadi, Pakatan Harapan...
Tengok PH dalam Kerajaan Persekutuan macam mana. Jangan ceritalah Perak.
Yang Berhormat Beruas, saya rasa...
Saya harap saya...
Tidak, sekejap, sekejap.
Kita ikut peraturan tetap, tidak ikut parti.
Sekejap. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut adalah komposisi di dalam Jawatankuasa Dewan, iaitu yang disebut nombor dua. Adapun dalam Jawatankuasa Pilihan Khas, saya dimaklumkan, difahamkan bahawa komposisinya akan ditentukan. Malahan saya difahamkan ya, beberapa Jawatankuasa Pilihan Khas akan diberikan kepada pembangkang untuk menjadi pengerusi pun.
Tuan pengerusi pun bagi kepada pihak pembangkang. For certain special select committees itu. Ini tidak belum diputuskan lagi dan tidak perlu dibincangkan di sini. Ada lagi Yang Berhormat Beruas? Ini perbahasan yang memakan masa. Ya?
Harapan saya ialah kita ikut peraturan tetap ya. Tuan Yang di-Pertua, harapan saya sama ada PH kah atau mana-mana parti, marilah kita ikut peraturan tetap kerana peraturan tetap...
Ya, ya.
Ini kerana peraturan tetap ini menetapkan bagaimanakah kita hendak buat keputusan tentang komposisi. Sebenarnya dalam peraturan tetap ini ia tidak katakan kerajaan dan bukan kerajaan. Sebenarnya ikut peraturan tetap ia mestilah mengikut wakil, berapa orang wakil kah dari setiap parti itu? Kalau jumlah Ahli Parlimen daripada sesuatu parti itu lebih, hendaklah mereka diwakilkan dengan jumlah yang lebih.
Ya.
Jadi, kita ikut peraturan tetap. Itulah yang saya hendak tekankan saja.
Okey. Saya akan sampaikan perkara ini dan yang membuat keputusannya ialah Jawatankuasa Dewan, bukan kita di sini. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Merbok juga membangkitkan perkara yang sama...
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Penjelasan saja.
...Sebagaimana Yang Berhormat Kuantan iaitu Jawatankuasa Kebersamaan Gender yang telah saya sebutkan...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Kemudian...
Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat.
Saya minta penjelasan.
Ya.
Kalau kita hendak ikut komposisi seperti yang Yang Berhormat Menteri telah sebutkan, saya minta kita tolak semua yang mempunyai jawatan GLC kerana kebanyakan backbenchers di sebelah sana semua menjadi pengerusi agensi kerajaan dan ini merupakan satu conflict of interest dalam peranan mereka di dalam Jawatankuasa Pilihan.
PH punya time pun sama jugalah. Semua PH jadi pengerusi. Kongkalikung.
[Dewan riuh]
Tidak ada suatu undang-undang yang membolehkan kita buat begitu ya.
You punya ini bohong dari dulu lagi.
Tidak ada suatu undang-undang yang membolehkan kita buat begitu ya. Tidak ada suatu undang-undang yang memerlukan kita berbuat demikian walaupun ahli-ahli itu memegang jawatan tertentu Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat Kota Melaka membangkitkan tidak adanya Jawatankuasa Pilihan Raya yang sebelum ini sudah diadakan. Jawapan saya sama saja. Disebutkan di dalam Jawatankuasa Dewan, hal ehwal mengenai pilihan raya terdapat di dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan. Hak-hak di bawah Perlembagaan. Apatah lagi— Sekejap. Apatah lagi pilihan raya ini terletak di bawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri iaitu SPR itu sendiri. Jadi, di bawah jawatankuasa
itu, mungkin Yang Berhormat salah seorang boleh masuk di dalam jawatankuasa itu, kalau bersedialah. Ada lagi?
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, hendak minta penjelasan sikit Yang Berhormat Menteri. Seperti yang kita maklum ya, kita perlukan satu badan yang bebas, lebih spesifik dan permanent untuk lihat kepada sistem pilihan raya di negara kita. Kalau semua dimasukkan dan dikategorikan di dalam jawatankuasa perlembagaan, saya khuatir jawatankuasa tersebut tidak dapat cover begitu banyak perihal yang mereka perlu bincang. Oleh sebab itu, pilihan raya ini sepatutnya adakan satu jawatankuasa yang berasingan. Contohnya Yang Berhormat Menteri, sekarang Laporan ERC telah dihantar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi kita semua tidak tahu apakah isi kandungan laporan tersebut. Sudah pasti kalau ada satu jawatankuasa khas ditubuhkan, maka mereka boleh mengkaji laporan daripada ERC tersebut. Kalau kita lihat hari ini, pandemik COVID-19 ini, kita perlu melihat apabila pilihan raya akan datang ini, bagaimanakah kita hendak selesaikan isu rakyat, pengundi di Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung ini. Contohnya, bagaimanakah mereka hendak undi. Semua ini kita harus menghalusinya. Saya meminta supaya Yang Berhormat Menteri dapat mengambil berat tentang permintaan ini supaya kita wujudkan semula Jawatankuasa Khas Pilihan Raya ini. Tidak perlu kerana pertukaran kerajaan, maka jawatankuasa khas yang kita tubuhkan pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan, kita harus hapuskan semua. Kita tidak sepatutnya ada pemikiran sebegitu. Bukannya kerajaan baharu, kita ikut perlu ada jawatankuasa baharu.
Ya, terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, ya.
Ya, terima kasih.
Terima kasih. Saya minta dan saya mohon izin untuk menjemput Ahli-ahli Dewan melihat satu per satu Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah diwujudkan ini. Sebenarnya ia adalah kombinasi beberapa jawatankuasa pilihan khas yang ada sebelum ini. Saya kira tidak ada perkara-perkara besar yang ditolak. Sebaliknya dimasukkan, di-integrate di dalam satu jawatankuasa khas. Itu yang dibuat. Sebagaimana Yang Berhormat Kota Melaka sebutkan tadi bahawa kerajaan kita— sejak daripada Kerajaan Pakatan Harapan dulu telah mewujudkan Electoral Reform Committee (ERC) dan saya hendak maklumkan bahawa ERC baru mengemukakan hasil kajian mereka kepada Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri dalam proses. Kebetulan di bawah pengawasan saya. Ia dalam proses untuk meneliti segala dapatan dan juga pengesyoran yang dibuat dan sudah tentulah akan dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Kesembilan, Yang Berhormat Bayan Baru telah menyentuh mengenai mekanisme. Bagaimana saranan yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas ini akan dapat disalurkan dengan berkesan? Saya telah sebut semasa pembentangan usul tadi bahawa Jawatankuasa Dewan telah mewujudkan satu seksyen khas iaitu Seksyen Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat di bawah Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat. Di bawah pentadbiran Dewan Rakyat ini, satu seksyen khas yang akan menjadi sekretariat jawatankuasa pilihan khas ini supaya peranan yang dimainkan berjalan dengan lancar dan berkesan. Sudah ada. Mekanisme sudah ada. Dari segi sekretariatnya. Ya.
Akan tetapi mechanism itu adalah di bawah Dewan Rakyat. Selepas itu, bagaimana saranan-saranan itu boleh menjadi satu adoption atau boleh diambil oleh pihak kerajaan iaitu kementerian-kementerian tertentu. Kalau ada sedikit, contohnya dalam pendidikan, ada cadangan pendidikan bipartisan, akan tetapi lepas itu bagaimanakah ia boleh diguna-pakai oleh kementerian. Itulah yang saya tanya.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa mekanisme yang wujud ini adalah memenuhi. Mereka akan membuat suatu laporan yang terperinci dan sudah tentulah ditujukan kepada kementerian-kementerian berkenaan. Inilah mekanisme. Saya rasa kita beri peluang dahulu kepada mekanisme yang ada ini. Jika sekiranya berkesan, kita harap ia berkesan dan ia akan berjalan dengan baik. Jika
sekiranya tidak berkesan, pandangan-pandangan daripada Ahli-ahli Dewan sudah tentulah akan diambil kira dan dipertimbangkan. Yang Berhormat Kulai juga...
Yang Berhormat Menteri, sedikit...
Membangkitkan soal komposisi dan tambahan jawatankuasa. Saya hendak menyebutkan bahawa pemilihan komposisi dan Ahli-ahli jawatankuasa pilihan khas ini mengikut Peraturan Mesyuarat 81(1) akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilih. Itu mengikut standing order.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta penjelasan. Sungai Buloh sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya hendak lihat semula isu komposisi tadi yang disebutkan beberapa kali oleh Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri menggunakan contoh PAC untuk menunjukkan pada masa Pakatan Harapan, nisbah inilah, di dalam jawatankuasa itu ialah 8:4. Betul kan 8:4? Maksudnya dua per tiga daripada pihak kerajaan dan satu per tiga pada yang ada di luar daripada kerajaan. Nisbah itu memang betul mencerminkan jumlah pada masa itu. Pada masa itu, Kerajaan Pakatan Harapan sudah mencecah seramai 130 lebih orang dan opposite atau di luar kerajaan hanya seramai 78 orang. Jadi, nisbah itu memang betul-betul seperti yang diperlukan oleh Peraturan Mesyuarat 82. Ia terbayang—Supaya terbayang di dalamnya kadar parti masing-masing di dalam Majlis. Kalau kita baca Peraturan Mesyuarat 82(2), nisbah ini sangat penting sebab kalau ada vacancy semua, peraturan itu dengan jelas menyatakan “Pelantikan baharu mesti dan hendaklah menurut syarat-syarat di Perenggan 1”. Jadi, itu yang penting iaitu diwajibkan. Jadi, nisbah yang digunakan sekarang tidak selaras dengan jumlah pihak kerajaan dan jumlah pihak bukan kerajaan pada masa sekarang . Itu yang isunya. Jadi kalau katakan Jawatankuasa [Tidak jelas] ...
Okey, okey. Okey Yang Berhormat Sungai Buloh.
...Patutnya kita gunakan nisbah 4:3 untuk mencerminkan seperti kedudukan sekarang.
Terima kasih, terima kasih. Saya rasa jelas Peraturan Mesyuarat 81(1) ya. Yang Berhormat Sungai Buloh tolong rujuk. Peraturan Mesyuarat 81(1) menyatakan bahawa...
Bukan, Peraturan Mesyuarat 82.
“Keanggotaan dan komposisi Jawatankuasa Pilihan Khas ini ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilih”. So we leave it to them to determine the komposisi.
No, no. Ia mesti ikut Peraturan Mesyuarat 82. Itu wajib. Peraturan Mesyuarat 81 dan Peraturan Mesyuarat 82, itu meliputi ini...
Yalah. Kita serahkan kepada Jawatankuasa Pemilihlah untuk menentukan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Gunalah guideline. Guideline ada.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Sedikit, sedikit. Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Pembentangan Bajet pukul berapa ini?
Yang Berhormat Menteri sedikit saja.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri buatlah keputusan kalau hendak gulung, gulung. Kalau hendak jawab, jawab. Masa ini hendak bahas sampai pukul 2.00 petang.
Saya, saya ingat, saya beritahu daripada awal tadi bahawa Dewan ini ataupun saya sendiri tidak mempunyai bidang kuasa untuk meletakkan apa-apa perubahan.
Secara umumnya, saya menyatakan, bahawa apa-apa pandangan boleh dikemukakan kepada Tuan Yang di-Pertua untuk beliau bawa ke dalam Jawatankuasa Dewan yang dipengerusikan keahlian daripada pihak kerajaan dan keahlian daripada pihak pembangkang pun ada. Sebagai kesimpulannya, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua.
Saya rasa cukuplah. Sebagai kesimpulan, saya ingin menyatakan bahawa cadangan dan saranan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan dibawa kepada pertimbangan dan penelitian Jawatankuasa Dewan dan juga ahli-ahli baharu yang bakal dilantik yang menganggotai sembilan jawatankuasa ini akan dimaklumkan apabila ia dibuat pelantikan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh...
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Nombor 1 seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2021Bill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2021 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari enam puluh sembilan bilion ringgit (RM69,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2021, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26 Tahun 2020, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [10 November 2020]
Saya menjemput Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, 15 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Berselawat] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas izin memberi ruang kepada saya untuk ikut berbahas di peringkat dasar bajet bagi tahun 2021. Ketika berbahas ini, fikiran saya jauh melayang, berbalik kepada tahun 2004 hingga tahun 2007 ketika saya bertugas di negeri Kelantan Darul Naim. Suatu ketika, kita sempat menganjurkan satu seminar bertajuk Pemikiran Politik dan Tata Kelola Pemerintahan Dua Umar iaitu Khalifah Umar al-Khattab dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Seminar itu dirasmikan oleh Almarhum Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kertas utamanya dibentangkan oleh Dr. Abdul Aziz Hanafi. Ada empat cerita daripada kelebihan pada pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz dan Khalifah Umar al- Khattab yang banyak mempengaruhi pemikiran politik saya. Pertama, pernah berlaku di waktu zaman Khalifah Umar al-Khattab, Madinah mengalami cuaca kering yang panjang, rakyat hidup susah dan ketidakcukupan makanan. Khalifah Umar al-Khattab memerintahkan wilayah Islam yang lain, yang tidak terkesan dengan masalah itu, untuk membawa makanan ke Madinah. Kemudian didirikan central kitchen, dimasak makanan, kemudian Khalifah sendiri yang pergi mengagihkan makanan kepada rakyat. Dalam menguruskan bajet negara, Khalifah Umar berpendapat bahawa menguruskan kewangan negara tidak ubah macam mengawal peredaran darah atau perjalanan darah yang mengalir dalam sebatang tubuh. Jikalau sekiranya tubuh terpotong, darah keluar membuak-buak, nescaya lemahlah tubuh itu. Itu gambaran bagaimana menguruskan kewangan negara tidak boleh ada unsur pembaziran, unsur ketirisan, unsur salah urus apalagi rasuah. Ketiga, dalam seminar itu juga, dikupas tentang bagaimana Khalifah Umar memberi peringatan negeri yang makmur sekalipun, katanya, boleh binasa. Para sahabat bertanya, “Bagaimanakah negeri yang makmur boleh binasa?” Umar menjawab, “Kalau negeri itu ketuanya pengkhianat dan harta beredar di kalangan orang-orang fasik.” [Tepuk] Khalifah Umar Abdul Aziz juga seorang pemimpin Islam yang ulung. Pemerintahannya tidak lama. Suatu ketika, dikisahkan ketika dia balik dalam perjalanan kebumikan khalifah terdahulu, maka pembantunya membawa kereta kuda baru dan meminta dia untuk naik. Dia kata, “Untuk apa?” “Ini memang kereta rasmi untuk Khalifah.” Dia kata, “Saya tidak perlukan sebab saya sudah ada kereta.” Mengambil pengajaran daripada peristiwa ini, kita dapati ketika negara dilanda masalah, pemimpin sehebat Umar ini dia tidak naikkan gaji. Itu yang pertama. Kedua, dia tidak tukar kereta baharu, sebab dia hendak ikut sama merasai derita rakyat. Saya ungkap ini mengenang kembali seminar yang pernah saya ikut kendalikan dengan mengambil kupasan daripada dua agamawan dan ilmuwan yang hebat yang sangat mempengaruhi cara berfikir dan cara bertindak saya dalam perjalanan sebagai orang politik yang tidak lama, Tuan Yang di-Pertua, lebih kurang 30 tahun sahaja. Tuan Yang di-Pertua, hari ini ketika berbahas tentang Bajet 2021. Saya mengangkat tema bahawa bajet ini digubal dan dibentangkan sebagai sebuah bajet yang saya istilahkan sebagai creative imaginary numbers. Saya buktikan hujah saya ini melalui dua kupasan. Pertama, apabila saya melihat tentang unjuran KDNK mengikut harga malar tahun 2015. Sebab, apabila kita bahas bajet, kita bukan sahaja meneliti teks bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, kita juga kena membaca Laporan Tinjauan Ekonomi 2021, Laporan Tinjauan Fiskal 2021, Laporan Bank Negara, Laporan DOSM, World Bank, IMF. Dalam Keadilan, kami beruntung sebab bab baca ini semua adalah Ahli Parlimen kami dari Subang. Dia head of policy, dia baca habis, dia bersyarah kepada Ahli Parlimen Keadilan. Jadi, kami petik daripada situ. GDP, misalnya. Kita diberikan anggaran bahawa tahun hadapan GDP itu tumbuh segar sebanyak 6.5 peratus hingga 7.5 peratus. Akan tetapi, laporan ekonomi setakat suku kedua tahun ini― suku ketiga belum keluar― kita mengalami negatif 17 peratus. Paling teruk di kalangan negara ASEAN. Jadi untuk muncul begitu bagus pertumbuhannya pada tahun hadapan, ini sudah tentu ekonomi negara mesti bersifat istilahnya V-shaped pertumbuhannya itu, pertumbuhan V-shaped.
Akan tetapi, semua data ekonomi, apakah menuju ke arah itu? Oleh sebab itu pada hari ini― saya ucap terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan ada, sahabat saya dari Paya Besar. Ketika menggulung nanti, Kementerian Kewangan mesti menjelaskan perkara ini. Zaman yang kita anggap the government can do no wrong sudah berakhir. Zaman di mana kerajaan menganggap atau mempunyai attitude the know-it-all attitude sudah berakhir. Ketika kita mengambil bahagian perbahasan ini, kita berikan angka, data, rujukan yang dibekalkan kepada kita, embargo setakat Jumaat lepas, dan hari ini kita boleh semak dan angka itu tidak mungkin berlaku seperti mana yang diunjurkan. Kedua, revenue atau hasil. Kita ada revenue, kita ada income, kemudian kita juga ada borrowing. Revenue, corporate income tax ketika ekonomi lesu dan malap, bagaimana boleh diunjurkan corporate income tax meningkat pada tahun hadapan sedangkan sektor pertumbuhan ekonomi yang menyumbang kepada kenaikan kepada GDP itu sendiri kita tengok terkial-kial, malap dan lesu. Personal income tax juga begitu. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mesti tampil dengan begitu terang, sektor mana yang menyumbang kepada KDNK yang dianggap sebagai tumbuh positif pada angka yang sangat membanggakan? Sektor mana?
Dia kena sebut satu-satu. Semalam saya sempat dengan Ahli Parlimen Jeli di luar. Saya suka berbincang dengan beliau. Dia membayangkan pada saya jangkaan quarter tiga tahun ini, sektor pertanian itu dijangka bagus. Sektor pembuatan itu dijangka bagus. Sektor lain, perlombongan, pembinaan, utiliti, borong runcit, services yang lain, penginapan, pengangkutan, komunikasi, kewangan untuk Kementerian Kewangan membentangkan bajet dan meletakkan sasaran 6.5 hingga 7.5 itu sektor mana? Itu ketika penggulungan harus diberikan jawapan yang terang. Eksport misalnya, kecuali satu rubber glove. Yakni yang lain semua melalui drop yang sangat signifikan. Bagaimana boleh dijangkakan bahawa revenue negara boleh meningkat. Bila saya tengok dalam pembentangan bajet ini, saya dapati bahawa key drivers, dengan izin, ada tiga. Pertama consumer spending. Itu saya setuju. Ketika dialog dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan, pada hari Ahad, sehari sebelum Parlimen bermula kami dari Pakatan Harapan menyokong bajet mengembang. Oleh sebab, ketika krisis kerajaan mesti berbelanja lebih supaya duit beredar dalam pasaran dan duit ini Tuan Yang di-Pertua, kalau kita bagi kepada orang miskin dia berbelanja. Dia pergi pasar. Orang pasar itu berniaga di kantin. Duit mengalir. Kalau duit kita bagi pada orang kaya dia guna untuk leisure. Dia invest. Jadi, untuk merancakkan ekonomi duit kita mesti masuk dalam kocek rakyat. Bahagian ini kita sokong. Kedua, government spending. Ini adalah key drivers yang kedua. Selain daripada bajet operasi yang tinggi, kita tahu dalam bentuk subsidi, dalam bentuk bantuan, latihan, reskilling, mikro kredit, mikro entrepreneurship. Itu besar. Ini wajar. Saya juga dapati construction ini mendapat sehingga RM25 bilion. Ini saya beza pendapat. Pada saya, kalau fokusnya hanya kepada construction pada saya dengan izin. Construction is considered a non-productive sector because of its short-term impact. Saya bagi hujah. Pertanian, peruntukan pertanian untuk bajet kita tahun depan cuma RM190 juta, investment in agriculture maksud saya dan pinjaman RM220 dan ini cuma 0.12 peratus daripada keseluruhan peruntukan. Kenapa saya kurang bersetuju? Hujah saya. Pertama, import makanan negara kita hari ini sedang kita bercakap nilainya RM54 bilion, RM54 bilion. India dan China adalah dua negara sumber yang terbesar dan daging sahaja misalnya kita import 70 peratus dari India. Baik. Kalau sudah makanan bergantung kepada import, dia terdedah kepada kebergantungan dan juga vulnerability, dengan izin. Climate change, supply reliability, geopolitical uncertainty and source reliability. Alangkah baiknya kalau bajet kita tahun hadapan itu mengambil kira. Misalnya, sasaran kecukupan beras tempatan. Hari ini, rakyat Malaysia makan tiga juta tan beras. Dua juta kita tanam sendiri. Kota Belud, Seberang Perak, Kelantan KADA, Kedah MADA, Tanjung Karang. Ini semua jelapang padi. Sebanyak 70 peratus. Sebanyak dua juta tan. Sebanyak satu juta tan lagi bersamaan 30 peratus kita beli dari luar. Kalau bajet kita tahun depan, kita peruntukan lebih untuk pertanian. Misalnya, kita invest kepada rebuilding irrigation density. KADA dan MADA sudah tentu boleh menghasilkan lebih empat tan per hektar seperti mana di Sekinchan iaitu sebanyak 10 tan per hektar. Bumi yang sama, negara yang sama. Satu wilayah, sebanyak 10 tan per hektar kawasan MADA dan KADA empat tan sehektar. Kalau kita tinjau di sana apa
masalahnya? Pengairan itu dibina nun masa Almarhum Tun Razak jadi Perdana Menteri. Pinjam World Bank, buka FELDA dan buka pengairan dan pengairan di Kelantan itu projek pertama mega yang di kendali oleh Lim Goh Tong dan dengan duit itulah yang dia buka Genting. Kalau kita baca My Story. Akan tetapi, itu bukan ceritanya. Maintenance kepada irrigation itu menimbulkan masalah. Kenapa tidak kita labur peruntukan untuk rebuilding irrigation density? Kedua, kita patut bergerak, berubah ke arah precision farming dengan target mencukupkan sebanyak 30 peratus. Itu baru satu segmen beras. Akan tetapi, kalau kita agihkan sejumlah RM25 bilion untuk construction, 190 dan loan 220 juta investment in agriculture, mismatch, Tuan Yang di-Pertua. Itu maksud saya. Oleh sebab itu, pada saya ketika kita memberikan pandangan, saat yang terakhir ini. Saya hendak patuh begitu. Saya menganjurkan penyelesaian kepada masalah negara sekarang mestilah melibatkan penggubalan polisi yang bersifat database, database solution. Mesti begitu. Kalau tidak, kita peruntukan sejumlah RM28 bilion untuk social aid atau bantuan sosial pada rakyat tetapi net tangible impact dia itu tidak terasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya menganjurkan supaya dalam meneliti semula dan berbahas soal bajet ini, saya mengambil beberapa fakta yang sangat terkesan. Bank Negara misalnya, Tuan Yang di-Pertua mengeluarkan satu hasil kajian dia kata, 75 peratus daripada rakyat Malaysia hari ini 75 peratus. Kalau berlaku kecemasan tidak mampu datangkan RM1,000 tunai serta-merta. Tidak mampu. Sebanyak 75 peratus daripada sejumlah 30 juta rakyat. Kalau berlaku kecemasan, keluarga sakit, anak masuk hospital atau berlaku kematian tidak mampu datangkan RM1,000 untuk penyelesaian masalah. Ini sangat fundamental. Sangat besar kesan dia. Oleh sebab itu – Itu baru satu segmen juga. Saya juga terkejut Tuan Yang di-Pertua. Ini ayat saya yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua. Saya baca fenomena stunting growth. Stunting—
Terencat. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terencat. Terbantut. Saya terkejut. Ini kerana Putrajaya ini rupanya tinggi. Stunting growth, terencat. Di seluruh Malaysia, stunting ini the prevalence of stunting ini yang paling tinggi Kelantan sebanyak 34 peratus. Ia berkait dengan makanan yang tidak berkhasiat, kadar itu— banyaklah. Kita tidak mahu syarah tajuk itu. Akan tetapi, bila saya tengok di Putrajaya juga mengalami masalah yang sama. Putrajaya ini kan satu kota pentadbiran ke arah Malaysia ini menjadi sebuah negara yang gah dan disegani. Rupanya penghuninya itu kadar stunting growth dia antara yang tertinggi iaitu sebanyak 24 peratus. Kalau Johor sebanyak 12. Kalau Melaka sebanyak 14. Kalau Kedah sebanyak 18. Akan tetapi, Putrajaya sebanyak 24. Jadi, saya berpendapat bahawa kalau polisi belanjawan yang kita rangka ialah melihat kepada satu segmen masalah, polisi digubal berasaskan kepada data, saya percaya ia akan menjadi lebih kemas, lebih tepat dan lebih mampu membuahkan hasil. Dengan ayat itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan perbahasan di peringkat dasar pada kali ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pasir Mas memohon untuk menjunjung kasih merafakkan sembah di atas ulang tahun keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan pada hari ini. Allahuakbar, daulat tuanku. [Tepuk] Teguh Kita, Menang Bersama, demikian tema belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 6 November yang lepas.
Rakaman terima kasih saya kepada Tuan Yang di-Pertua di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan 2021 pada kali ini. Ekonomi global telah pun mencatat pertumbuhan negatif pada paras 4.4 peratus pada tahun ini. Perdagangan dunia juga merosot pada kadar 10.4 peratus. Krisis yang berlaku adalah krisis ekonomi terburuk sejak era The Great Depression 1930-an, dengan perdagangan dunia yang merosot pada kadar 10.4 peratus. Memahami perkara ini, kita perlu sedar, banyak rakyat terkesan. Akan tetapi belanjawan ini perlu diberikan keutamaan, khususnya yang kehilangan sumber pencarian, dibuang pekerjaan dan juga yang menganggur. Apabila saya meneliti belanjawan yang telah dibentangkan pada kali ini satu per satu, sejak ia diletakkan di atas meja Ahli Parlimen, di samping mendengar dengan teliti patah demi patah ucapan belanjawan yang saya sifatkan cukup profesional dan tidak digunakan sebagai kesempatan untuk bermain politik. Saya percaya ia dirangka dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak setelah pelbagai sesi libat urus dibuat. Contohnya, pada 4 September 2020, kami rombongan Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Putrajaya yang mana di antara cadangan kami pada masa itu ialah penubuhan Jawatankuasa Youth Workforce Malaysia yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi memberikan fokus kepada masalah pengangguran anak-anak muda. Justeru, saya sangat menyambut baik cadangan pihak kerajaan untuk menubuhkan Majlis Pekerjaan Malaysia yang tepat pada masanya dalam merungkai masalah ini. Mewakili PAS, melalui sayap pemudanya merakamkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pihak kerajaan tentang masalah pengangguran belia ini. Kami cukup yakin dengan usaha dan berkat doa semua pihak, kita akan berjaya melepasi rintangan ini, Teguh Kita, Menang Bersama. Saya susuli berikutnya dengan kebimbangan saya terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan iaitu sekitar 6.5 peratus sehingga 7.5 peratus pada tahun depan. Kebimbangan saya ialah sekiranya unjuran ini tidak menjadi kenyataan, adakah Belanjawan 2021 ini akan dipinda semula? Soalan saya, sejauh mana keyakinan kerajaan bahawa unjuran ini boleh menjadi kenyataan? Pengalaman singkat saya di Dewan ini pernah menyaksikan Yang Berhormat Menteri Kewangan pada tahun 2018, pada masa itu Yang Berhormat Bagan membuat unjuran harga minyak USD72 untuk Bajet 2019. Pada waktu itu, kami dipihak pembangkang berulang kali mengatakan, mengunjurkan harga minyak pada harga USD72 merupakan satu langkah yang agak bahaya dan tidak munasabah. Akan tetapi kerajaan berkeras pada masa itu bahawa unjuran tetap kekal pada harga USD72 dan akhirnya tidak menjadi kenyataan pada tahun 2019. Sudah pasti di dalam rangka belanjawan, kita perlu bersedia untuk senario yang terburuk, hoping for the best, prepare for the worst, dengan izin, and unsurprised by anything in between. Tuan Yang di-Pertua, Hamka pernah menyebut “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja”. Ia bermaksud di sini di samping tuntutan ekonomi, pembangunan kemanusiaan juga jangan ditinggal. Dalam hal ini, saya ingin menyentuh berhubung pelaburan masa depan negara iaitu pembangunan anak muda. Isu penting anak muda ialah capaian internet. Kerajaan telah pun memperuntukkan RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin bertujuan mengurangkan beban B40 untuk mendapatkan kemudahan internet. Bantuan ini dijangka akan dinikmati oleh 8 juta orang penerima golongan B40 dengan bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi. Kerajaan juga dalam belanjawan ini telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk menaik taraf talian akses universiti daripada 500 megabyte per second sehingga 10 gigabyte per second. Di samping peruntukan keseluruhan KPT sebanyak RM14.4 bilion. Terima kasih. Cuma, soalan saya sejauh mana peruntukan ini benar-benar dipastikan sampai pada mahasiswa? Walaupun mungkin tidak disebut secara jelas peruntukan bagi manfaat mahasiswa, keutamaan seharusnya diberikan sepenuhnya kepada data internet peribadi mahasiswa. Di samping, kita faham keperluan menambah baik infrastruktur
talian akses universiti. Ini kerana sepatutnya dengan COVID-19 yang kita tidak lihat di mana ia akan berakhir, selagi itu mahasiswa akan lebih ramai duduk di rumah masing- masing berbanding di kampus. Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah kerajaan bagi menaik taraf capaian internet di luar bandar? Menara-menara pemancar saya dengar ada halangan di pihak PBT, rundingkan dengan semangat rundingan G2G. Jika tidak, proses pengajaran dan pembelajaran ke arah membentuk kemenjadian seorang pelajar hanya akan tinggal angan-angan kerana capaian internet yang sangat menyedihkan. Rakyat saya ada yang terpaksa berkhemah di atas bukit untuk memastikan anak-anak mereka mendapat capaian internet untuk menyelesaikan kerja rumah (homework) mereka yang ditugaskan oleh guru-guru mereka. Ini sangat menyedihkan, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan juga harus cakna bahawa sebenarnya dari satu sudut norma baharu ini memberi kesan besar kepada mahasiswa yang tinggal di rumah masing-masing. Pembelajaran dalam talian yang mengambil masa dua jam sehingga tiga jam sudah cukup untuk menghabiskan satu gigabyte data yang dilanggan oleh mahasiswa. Apatah lagi mahasiswa mempunyai tiga subjek hingga lima subjek satu semester, dengan bilangan jam pembelajaran online selama mungkin anggaran 15 jam pembelajaran dalam seminggu. Sebanyak RM50 ini tidak mencukupi untuk semua pembelajaran dalam talian dan kerja assignment ataupun tugasan pelajar. Tuan Yang di-Pertua, e-wallet credit, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 secara one-off kepada seluruh belia di peringkat 18 tahun hingga 20 tahun dengan anggaran peruntukan sebanyak RM75 juta. Namun begitu, adalah lebih baik seandainya had umur e-wallet kredit itu dinaikkan kepada umur yang lebih tinggi supaya lebih ramai golongan belia dapat mengambil manfaat. Seandainya kita lihat di peringkat universiti, mahasiswa di peringkat sarjana muda iaitu mereka yang majoritinya tidak bekerja juga adalah berumur 18 tahun sehingga 23 tahun. Ini boleh menjadi suatu tambahan kepada bantuan kepada orang bujang yang telah pun diperuntukkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapannya. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu pengeluaran KWSP dan moratorium. Suka saya menarik perhatian kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang berdepan dengan situasi kemarau, tujuh tahun kemarau dan tujuh tahun waktu di mana Mesir pada masa itu mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. Ketika berlakunya tujuh tahun kemarau, kaedah Nabi Yusuf sebagai Menteri Kewangan Mesir pada masa itu ialah meminta supaya makan apa jua yang telah pun diperuntukkan pada tujuh tahun sebelumnya, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] ini dalam Al-Quran sebut, ‘kecuali sedikit hendaklah disimpan untuk simpanan pada masa depan’. Ya, kita menghadapi suasana krisis begitu teruk pada masa ini tetapi ini bukan masa untuk kita menghabiskan semua simpanan yang kita ada. Saya setuju dengan auto moratorium pada semua seperti sebelum ini untuk meningkatkan pendapatan boleh guna tetapi kerajaan perlu pertimbangkan bantuan kepada bank bagi mengimbangi perniagaan melalui geran-geran pembiayaan yang lebih banyak dan besar. Institusi bank di Malaysia sedikit berbeza strukturnya. Kita bukan seperti Amerika dan negara kapitalis mutlak yang menswastakan bank kepada individu kaya. Kebanyakan pemilik bank di Malaysia adalah institusi rakyat. Kerugian akan menjejaskan dividen kepada rakyat dalam bentuk pelaburan dan menjejaskan GDP. Soalnya, jika kerajaan ingin berikan geran, dari mana pula kerajaan mendapatkan sumbernya? Oleh itu, saya menyokong penuh bantuan pembayaran bersasar yang dilaksanakan mulai 1 Oktober yang lepas di mana program ini adalah lanjutan daripada moratorium pinjaman secara automatik yang telah dilaksanakan sejak bulan April sehingga bulan September. Bantuan bersasar ini adalah lebih menepati keadaan dan keperluan rakyat di samping mengekalkan kestabilan sektor kewangan di Malaysia. Sungguhpun ramai mengharap moratorium automatik dilaksanakan semula, kita harus mengambil kira apa berlaku dalam industri kewangan itu, kerugian modifikasi bersih (net modification loss) yang diumumkan berkadaran dari RM1 juta sehingga RM498 juta untuk lapan buah bank iaitu Maybank, Public Bank, CIMB, RHB, Hong Leong, Alliance Bank dan Affin Bank Berhad. Sekiranya kita memberikan moratorium secara automatik, kita tidak akan dapat melihat keberkesanan bantuan kepada golongan sasar yang sepatutnya, lalu menyebabkan ketirisan bantuan dan pembaziran sumber yang ada. Saya menyokong
supaya bantuan moratorium ini ialah secara bersasar tetapi mudahkan dari sudut penentu kesahan terhadap golongan yang memerlukan. Jangan dipayahkan birokrasinya, jangan dipayahkan soal penentu kesahan walaupun kita yakin ramai perlukan moratorium tetapi saya yakin bahawa ada lagi yang tidak memerlukan moratorium. Oleh kerana data yang ada pada kerajaan, ada juga yang menolak moratorium ini, kerana hujah mereka, mereka tetap perlu membayar pinjaman kepada bank. Jadi, luaskan bantuan ini dan permudahkan penentu kesahan, jangan dipayahkan dengan diminta dokumen itu dan ini, perlu dibuat pengesahan yang melalui banyak birokrasi. Ini pendirian kami, ini pendirian saya yang berdiri di sini untuk menyatakan tentang isu moratorium. Begitu juga dalam KWSP. Saya menonton wawancara bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam sesi temu bual dalam program televisyen Astro Awani, beberapa malam yang lepas. Kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apa yang saya faham, bahawa kalau dilaksanakan moratorium ini, ini ialah beban yang akan terbeban kepada pihak bank, bukan kepada pihak kerajaan. Ertinya, moratorium ini boleh dilaksanakan. Cuma, saya cadangkan ia bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan berdasarkan spesifikasi-spesifikasi ataupun ciri-ciri yang tertentu.
Yang Berhormat...
Begitu juga dalam isu KWSP, seorang yang terkesan boleh memohon pengeluaran sebanyak RM500 selama 12 bulan.
Perkara ini bagi saya justify kerana kita juga perlu mempertimbangkan survival bukan sahaja hari ini dan esok bahkan masa depan rakyat dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu.
Minta laluan.
Kementerian Kewangan sendiri menjelaskan bahawa 32 peratus daripada jumlah pencarum dalam KWSP yang mempunyai baki purata sebanyak RM1,000 sahaja dalam Akaun 1, manakala 10 peratus hanya mempunyai purata baki dalam Akaun 1 sebanyak RM5,000. Jadi di sini, kerajaan masih ada ruang saya kira untuk mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen. Cuma apa saya sebut balik kepada prinsip tadi, ini bukan masa untuk kita menghabiskan semua simpanan. Cuma apa yang saya faham bahawa, isu KWSP dan moratorium ini tidak berkaitan dengan belanjawan. Ia dua perkara yang tidak ada kaitan secara langsung.
Minta laluan.
Maksud saya dalam belanjawan kerana belanjawan hanyalah membincangkan pendapatan yang kita ada dan juga bagaimana kita membelanjakan pendapatan tersebut. Jadi KWSP dan moratorium ini isu polisi yang kerajaan boleh umumkan pada bila-bila masa sahaja. Mungkin saya sedikit berbeza dengan Ahli-ahli Parlimen lain yang lebih senior tetapi pada saya meletakkan syarat sokongan untuk belanjawan ini supaya kerajaan mengumumkan polisi segera dalam isu KWSP dan moratorium ini, saya kira adalah merupakan satu syarat yang agak janggal kerana syarat ini tidak ada kaitan dengan belanjawan pun. Akan tetapi saya minta kerajaan membuat pertimbangan kerana saya bimbang takut nanti syarat ini menjadi seperti mana syarat Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka ketika Sultan Melaka meminangnya. Diminta dibuat jambatan daripada istana ke Gunung Ledang, tujuh mangkuk darah nyamuk, sekian, sekian tetapi syarat itu bukan dengan tujuan untuk pinangan itu diterima tetapi signal bahawa pinangan itu ditolak. Jadi pada saya bahawa kita menyokong tanpa syarat tetapi dalam masa yang sama kita berikan suatu cadangan kepada kerajaan supaya kerajaan mengumumkan polisi ini dengan seberapa segera. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Mertajam ingin mencelah. Hendak benarkan?
Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sedikit boleh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Tentang moratorium itu, saya rasa Yang Berhormat Pasir Mas mungkin ada niat yang baik untuk mempertahankan bank-bank. Akan tetapi tahu kah Yang Berhormat Pasir Mas bahawa keuntungan selepas cukai bank-bank di Malaysia pada tahun 2019 adalah RM32 bilion sedangkan moratorium enam bulan bermula 1 April tahun ini hanya melibatkan RM6.4 bilion. Jadi untuk saya sebenarnya saya rasa janggal hendak mengatakan ini tetapi saya menyokong apa Yang Berhormat Pekan katakan iaitu melanjutkan moratorium secara automatik kepada semua mungkin kecuali T20. Itu sahaja.
Ya, saya sebenarnya sependapat dengan Yang Berhormat Bukit Mertajam tadi. Bagi saya ialah institusi perbankan masih lagi mampu sebagaimana wawancara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Cuma point saya ialah hendaklah bersasar dan Yang Berhormat Bukit Mertajam sendiri pun menyatakan kecuali T20, itu maksud bersasar iaitu ada pengecualian bukan secara automatik. Jadi apabila kita membuat secara automatik akan ada golongan yang tidak memerlukan moratorium pun tetapi mereka diberikan moratorium secara automatik, di sinilah berlakunya sedikit ketidakadilan. Baik, saya juga ingin bertanya tentang Program Subsidi Upah. Saya merakamkan tahniah, Kementerian Sumber Manusia telah menjelaskan program yang cukup baik tetapi persoalannya berapa banyak kah majikan yang terlibat dan berapa lama kah kadar pemprosesan yang diletakkan sasaran oleh pihak kementerian kerana saya mendapat aduan ada majikan yang masih belum mendapat bayaran sejak bulan Julai 2020. Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya ingin bertanya berhubung SOP solat jemaah di masjid yang mana pada saya masjid dan surau ini merupakan tempat di mana SOP nya terjaga. Kenapa kita terburu-buru untuk menutup masjid dan madrasah yang SOP nya telah difahami sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa? Berhubung Kementerian Pertahanan, saya lihat peruntukan mengurusnya semakin turun daripada RM12.4 bilion kepada RM11.35 bilion pada tahun 2021 dan peruntukan pembangunan semakin naik. Isunya isu littoral combat ship. Apakah perkembangan kapal-kapal yang belum disiapkan seperti kontrak yang telah ditawarkan yang masih belum disiapkan dan mendapat teguran daripada Laporan Ketua Audit Negara? Kementerian Kesihatan, saya ingin tahu berapakah kenaikan peruntukan untuk pegawai on call yang bertugas sebagai frontliners? Kementerian Kesihatan juga, saya ingin bertanya kenapakah syarikat seperti ACO, MyEG dan HWGB yang tidak ada pengalaman dalam bidang kesihatan diberikan kontrak untuk pembelian kit saringan, bahan guna habis dan sebagainya. Kementerian Pendidikan, saya ingin bertanya apakah langkah terhadap isu duka lara yang dibekukan EGTukar semenjak bulan Mac yang lepas, bagaimana perkembangannya? Terima kasih juga kepada kerajaan menaikkan elaun PDK yang mana dua tahun lepas Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada masa itu Yang Berhormat Pandan menyebut perkara ini telah diangkat oleh Kementerian Kewangan tetapi masih dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan menjadi kenyataan pada tahun ini. Pakej MySalam, bilakah akan dilanjutkan pada M40? Kementerian Belia dan Sukan, saya ingin bertanya apakah rasionalnya di sebalik langkah mengecilkan pentadbiran pejabat belia dan sukan di daerah-daerah. Di kawasan saya di Parlimen Pasir Mas, pejabat belia dan sukan mengawal dua Parlimen sekali gus, sepatutnya pejabat belia dan sukan ini diperluaskan dan diperbesarkan, kenapakah dikecilkan? Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri dengan dua rangkap pantun. Ombak kencang membawa tanda, Berat di mata menikam sukma, Biar digoncang taufan melanda, Teguh kita menang bersama. Biar digoncang taufan melanda, Teguh kita menang bersama, Terus merancang usaha berganda,
Rakyat kita tetap diutamakan. Pasir Mas mohon menyokong tanpa syarat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya mempersilakan Yang Berhormat Lanang seterusnya, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Sabah dan Sarawak telah lama ketinggalan dari segi pembangunan asas terutamanya di kawasan pedalaman walaupun kami adalah antara penyumbang terbesar kepada KDNK dan rizab negara. Dalam Belanjawan 2021 ini, peruntukan untuk pembangunan yang diberikan kepada Sarawak berjumlah RM4.5 bilion iaitu hanya 6.5 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan untuk seluruh negara berbanding 7.8 peratus pada tahun 2020 di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Peningkatan untuk 2021 hanya 2.27 peratus sahaja berbanding tahun 2020. Di bawah Kerajaan PH untuk Belanjawan 2020 terdapat peningkatan sebanyak 40 peratus daripada belanjawan tahun sebelumnya. Saya amat kagum dengan reaksi Ahli-ahli Yang Berhormat daripada GPS yang memuji belanjawan tahun ini walaupun peningkatannya begitu rendah berbanding di bawah Kerajaan PH. Laungan layanan saksama telah diberikan padahal ia hanya 2.27 peratus peningkatan. Kemungkinan besar mereka telah dikaburi oleh jawatan Menteri dan GLC diberikan. Jika kita meneliti belanjawan ini secara mendalam, kita akan mendapati bahawa kerajaan PN telah mengurangkan geran khas atau special grant di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan padahal Kerajaan PH pula telah menambah sebanyak dua kali ganda iaitu RM32 juta dan bercadang untuk menggandakannya lagi dalam masa lima tahun. Jumlah geran khas tersebut tidak pernah disemak sejak tahun 1969. Kerajaan PH yang mengambil langkah pertama untuk menggandakannya. Pendek kata Kerajaan PH telah membuat satu langkah ke depan tetapi sekarang Kerajaan PN mengambil dua langkah ke belakang. Tuan Yang di-Pertua, saya nampak bajet untuk farmasi dan bekalan di bawah Kementerian Kesihatan telah dipotong sebanyak 73.58 peratus. Dalam era pandemik COVID-19 ini, bajet ini sangat mendukacitakan. Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa kita bukan sahaja terpaksa menghadapi pandemik COVID-19 tetapi juga terpaksa mendepani penyakit-penyakit non COVID-19 seperti kanser, diabetes, hipertensi dan sebagainya. Walaupun Menteri Kewangan menjelaskan bahawa peruntukan itu tidak dipotong tetapi diletakkan di bawah satu butiran khas iaitu program khusus, apakah alasan dan rasional untuk perubahan ini? Sebagai ahli farmasi, saya berpendapat perubahan ini akan meningkatkan birokrasi dalam paperwork kepada pemohon yang ingin memohon peruntukan tambahan daripada program khusus ini. Persoalan saya, siapakah yang akan membuat keputusan dalam pengagihan peruntukan ini kepada jabatan-jabatan yang terlibat. Isu ini akan mendatangkan kesan kepada pelan rawatan doktor kerana dengan kekurangan bekalan ubatan ia akan melambatkan proses rawatan terhadap seseorang pesakit malah mungkin menjejaskan kesihatan mereka. Bayangkan, sekiranya doktor perlu memberitahu pesakit bahawa dia tidak pasti sama ada pesakit tersebut akan mendapat bekalan ubat kerana perlu menunggu kelulusan untuk peruntukan atau pesakit akan disuruh membeli ubat di luar hospital. Dalam keadaan sebegini, siapakah yang akan dipersalahkan? Mereka yang daripada jabatan farmasi walaupun ia adalah di luar kawalan mereka. Jadi saya menyeru Kementerian Kewangan untuk memulihkan sistem yang sedia ada dengan memberikan peruntukan terus kepada setiap jabatan supaya ada ketelusan sambil memudahkan proses rawatan untuk kebaikan pesakit. Selain itu, saya ingin mendapat jawapan daripada Kementerian Kesihatan tentang satu laman web iaitu www.doctoroncall.com.my di mana rakyat dapat membeli ubat atas talian tanpa berjumpa dengan doktor secara fizikal tetapi melalui panggilan telefon atau video call atau WhatsApp sahaja. Saya juga melayari laman web tersebut dan mendapati ubat-ubat di bawah poisons list, Group B dan C juga dapat dibeli atas talian.
Saya ingin tahu sama ada akta-akta atau undang-undang di Malaysia membenarkan perkhidmatan atas talian seperti DoctorOnCall ini beroperasi. Jika ada, saya ingin minta rujukannya supaya kepentingan dan keselamatan rakyat terjamin. Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak aduan terhadap MAS tentang perkhidmatan yang amat menyedihkan terutamanya semasa PKP. Antara aduan yang diterima adalah mengenai harga tiket penerbangan yang tinggi kerana pelanggan tidak mempunyai pilihan lain dan MAS mengambil kesempatan daripada situasi ini. Pada masa yang sama, kami juga sedar bahawa MAS sering kali membatalkan atau menjadualkan semula penerbangan yang telah ditempah. Ini adalah mungkin kerana kekurangan penumpang tetapi ia menimbulkan banyak masalah terutamanya kepada penumpang yang perlu melakukan perjalanan kecemasan. Walaupun MAS menjadualkan semula penerbangan yang ditangguhkan, namun tarikh atau waktu penerbangan mungkin tidak sesuai untuk pelanggan kerana penerbangan boleh dijadualkan kepada masa beberapa jam atau kadang-kadang beberapa hari dan ini tidak masuk akal. Sebagai contoh. Saya perlu berada di Parlimen pada hari Isnin. Saya telah membeli tiket untuk datang ke KL pada hari Ahad. Akan tetapi, penerbangan tersebut dijadualkan semula pada hari Khamis. Adakah penjadualan ini dapat diterima? Bukan hanya itu, kami juga mendapati bahawa penerbangan yang sepatutnya direct flight tetapi dimaklumkan pada last minute ia mempunyai transit. Ini bermaksud bahawa mereka telah menggabungkan penerbangan tetapi pelanggan tidak dimaklumkan semasa tempahan dibuat. Biasanya, penukaran ini hanya dimaklumkan selepas penerbangan ditempah dan bayaran dibuat. Sebilangan besar orang mengesyaki bahawa MAS sudah pun tahu perkara ini tetapi masih paparkan maklumat yang tidak update atas laman web mereka. Saya faham syarikat penerbangan juga mengalami kerugian dan kesulitan, tetapi hak rakyat juga perlu dijaga. Kalau sesuatu penerbangan dibatalkan, MAS kena memberi bayaran balik penuh. Akan tetapi, pada masa sekarang, MAS memberi bayaran balik secara baucar dengan tempoh enam bulan sahaja atau open ticket yang ada tempoh tertentu. Dengan keadaan pandemik yang kita tidak tahu bila akan tamat, pengguna akan berasa susah untuk menggunakan baucar atau open ticket tersebut. Masalah ini juga berlaku kepada AirAsia tetapi saya rasa AirAsia dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih holistik jika berbanding dengan MAS. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan selalu memilih Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai bank rasmi untuk mengurus pembayaran wang bantuan kerajaan termasuk bantuan BPN. Di Sarawak, cawangan BSN terdapat di kawasan-kawasan tertentu sahaja dan kapasitinya adalah juga terhad. Oleh itu, kami menghadapi masalah kesesakan terutamanya di kawasan-kawasan seperti Sibu, Kanowit, Sarikei, Kapit dan sebagainya. Ini juga menyebabkan penerima bantuan terpaksa berbaris panjang menunggu giliran hingga keluar dari bangunan bank, terdedah kepada cuaca panas terik dan hujan. Ada juga yang terpaksa beratur dari tengah malam supaya boleh berada dalam barisan untuk pengeluaran wang. Terdapat juga penerima yang gagal mengeluarkan wang walaupun beratur berjam-jam kerana waktu operasi bank telah tamat pada hari tersebut. Ini selalu berlaku di Sibu. Tiap-tiap hari boleh nampak BSN penuh dengan orang. Kesesakan ini adalah tidak baik terutama ketika kita sedang mendorong penjarakan sosial semasa pandemik ini. Kita seharusnya tidak menggalakkan orang berkumpul seperti apa yang berlaku di bank-bank ini. Saya mencadangkan agar lebih banyak bank komersial dibenarkan mengambil bahagian dalam penyerahan bantuan kewangan oleh kerajaan. Kita berharap mungkin tidak ada kluster baharu iaitu kluster BSN di mana-mana negeri. Pada masa yang sama, kita juga harus mendorong BSN bergerak atau bank bergerak untuk memasuki kawasan luar bandar dan membuat temu janji dengan penerima bantuan untuk penyerahan bantuan tersebut. Selain itu, saya ingin menarik perhatian tentang golongan ibu yang tidak berkahwin tetapi mempunyai tanggungan anak. Dalam borang permohonan BPN, hanya
empat pilihan untuk status perkahwinan iaitu kahwin, cerai, kematian pasangan dan bujang. Sebagai contoh, seorang ibu tunggal yang berpendapatan RM2,500 yang tidak berkahwin perlu memilih status bujang. Bantuan yang akan diterima olehnya adalah sejumlah RM300. Akan tetapi, bagi kategori keluarga, dia boleh menerima sebanyak RM1,000. Jadi, ada RM700 bezanya. Saya berharap kerajaan memberi bantuan dengan adil kepada golongan ibu tunggal ini dan terus mempertahankan semua hak ibu tunggal tanpa sebarang diskriminasi. Tuan Yang di-Pertua, saya menerima beberapa aduan daripada OKU mengenai pembatalan bantuan kewangan JKM kerana tidak melaporkan diri mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh JKM terutamanya tarikh yang ditetapkan pada akhir bulan Mac hingga Mei tahun ini. PKP dilaksanakan mulai 18 Mac. Justeru, pergerakan rakyat pada tempoh masa itu telah disekat dan kebanyakan premis kerajaan dan swasta juga ditutup. Ramai orang awam yang hendak memasuki premis kerajaan untuk lapor diri di JKM pada ketika itu dilarang oleh pengawal keselamatan dan menyebabkan mereka tidak dapat melaporkan diri. Saya faham PKP adalah untuk menangani penularan wabak COVID-19. Oleh sebab itu, jadual lapor diri JKM pada masa itu perlu dikecualikan atau ditangguhkan ke suatu masa yang sesuatu terutamanya kepada golongan OKU. Pada saat pandemik ini, banyak rakyat bakal hilang pekerjaan tanpa jaminan pulih. Sekiranya mereka hilang pekerjaan dan gagal mendapat bantuan daripada kerajaan iaitu JKM, mereka seumpama sudah jatuh ditimpa tangga. Walaupun mereka dibenarkan membuat permohonan semula atau permohonan baharu tetapi proses permohonan tersebut mengambil masa yang agak lama dan mereka kehilangan bantuan JKM sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan atau lebih lama lagi sehingga kelulusan untuk permohonan baharu itu. Oleh itu, saya mencadangkan agar JKM mengkaji semula SOP untuk OKU terutama OKU di kawasan luar bandar dan juga di kawasan pedalaman seperti kawasan saya. Saya juga menyeru supaya kerajaan memikirkan semula dan merombak keseluruhan polisi berkaitan kebajikan negara. Sudah tiba masanya rakyat diberikan bantuan kewangan, sokongan dan dasar yang tepat serta mampu menyampaikan keperluan sebenar masyarakat dan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, selain itu, saya ingin mencadangkan agar bantuan kebajikan juga disalurkan kepada golongan warga emas terutamanya warga emas di rumah-rumah panjang yang berstatus miskin dan miskin tegar. Saya dimaklumkan bahawa golongan warga emas di rumah panjang di kawasan saya iaitu kawasan Lanang sering kali gagal memohon bantuan JKM dengan alasan mereka ada anak-anak yang sudah bekerja. Walaupun anak-anak sudah bekerja, mereka tidak memberi duit perbelanjaan kepada ibu bapa mereka. Ini menyebabkan kebanyakan warga emas terabai terutamanya yang tinggal bersendirian. Lebih teruk lagi, ada juga yang terpaksa menjaga cucu-cucu mereka akibat daripada penceraian ibu bapa anak-anak tersebut yang tidak mengendahkan lagi anak- anak mereka. Sebahagian besar daripada golongan warga emas ini juga menghadapi penyakit kronik tetapi masih perlu menjaga cucu yang bersekolah. Saya berharap agar Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi perhatian kepada golongan yang terjejas ini supaya mereka juga boleh mendapat bantuan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, banyak rakyat kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 ini. Oleh itu, ramai yang merantau nasib di bandar terpaksa pulang ke kampung halaman mereka untuk mencari peluang pendapatan alternatif. Begitu juga berlaku pada rakyat dari rumah-rumah panjang kawasan Lanang dan juga di Sarawak. Oleh sebab kebanyakan daripada mereka mempunyai tanah di kampung, mereka memilih untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian walaupun mereka tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi. Mereka berhasrat tinggi untuk memulakan pekerjaan baharu dan saya amat berharap pihak kerajaan akan membantu memberikan mereka kemahiran yang diperlukan untuk pertanian supaya mereka dapat berdaya saing dan memperoleh manfaat dalam bidang ini. Saya mencadangkan agar pihak kerajaan boleh memberi bantuan seperti pemberian benih, baja dan racun perosak secara percuma. Saya juga ingin tahu, apakah
rancangan kerajaan untuk menolong rakyat terutamanya dari rumah panjang yang kehilangan pekerjaan susulan pandemik COVID-19 ini? Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak sokong bajet sebanyak RM85.5 juta untuk JASA. Saya rasa bajet ini lebih bermakna jika kita gunakan untuk membeli peralatan PPE atau bekalan di hospital-hospital Sarawak yang serba kekurangan terutama di Hospital Sibu. Bajet ini boleh digunakan untuk meningkatkan kapasiti pelaksanaan ujian saringan COVID-19 kepada seramai 5,000 orang sehari memandangkan kemudahan yang sedia ada di Sarawak hanya sebanyak 2,400 ujian dalam sehari. Sekali lagi, saya memohon bajet JASA ini ditukar menjadi bajet tambahan COVID-19 untuk memerangi penularan jangkitan COVID-19. Bagi COVID-19, kita belum menang dan kita mesti menang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lanang. Saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Machang. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang di-Pertua atas ruangan yang telah diberikan kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan yang dibentangkan pada tanggal 6 November 2020 yang lepas oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan sememangnya dinanti- nantikan oleh seluruh rakyat di dalam negara ini sebagaimana lazimnya setiap tahun belanjawan dibentangkan. Belanjawan 2021 yang saya sifatkan sebagai satu langkah yang cukup berani oleh pihak kerajaan tatkala negara dunia dilanda pandemik COVID- 19 serta terkesan dengan kelembapan pertumbuhan ekonomi. Pembentangan Yang Berhormat Menteri Kewangan sangat berbeza pada kali ini berbanding dengan pembentangan belanjawan-belanjawan negara pada tahun-tahun yang lepas. Perbezaan yang saya maksudkan adalah kerana belanjawan negara bagi tahun-tahun yang lepas dibentangkan tatkala negara tidak menghadapi krisis yang sebegini besar. Akan tetapi sebaliknya buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, kita berhadapan dengan krisis yang disifatkan sebagai krisis berkembar. Sebenarnya pandemik COVID- 19 ini dilahirkan bersama-sama dengan musibah ekonomi. Maka untuk menghadapinya, seterusnya berusaha untuk mencari jalan bagi menyelesaikan perkara ini mestilah dilakukan secara bersekali kerana sekiranya kita tertinggal salah satu daripada dua perkara ini, proses pemulihan tidak akan dapat dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata lain, tidak mungkin kita dapat menyelesaikan krisis COVID-19 tanpa menyelesaikan krisis ekonomi pada masa yang sebentar. Juga, bermakna tidak mungkin kita dapat menyelesaikan masalah ekonomi, dalam masa yang sama kita meminggirkan krisis pandemik COVID-19 ini. Dalam hala tuju belanjawan ini, saya melihat terdapat beberapa loopholes yang saya kira kita semua boleh buat penambahbaikan. Sesungguhnya usaha yang telah ditunjukkan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat melalui peruntukan-peruntukan yang telah dibentangkan bagi tujuan memerangi COVID-19 sewajarnya mendapat pujian. Akan tetapi saya melihat dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, terdapat ketidakseimbangan dalam belanjawan pada kali ini. Belanjawan 2021 sewajarnya menjadi pelan untuk mencari jalan keluar daripada krisis berkembar ini. Sebuah rumah yang besar tidak akan cantik tanpa susunan perabot yang tersusun. Sebuah halaman yang besar tidak akan indah tanpa landskap yang tertatar. Izinkan saya untuk membangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua, pelan pemulihan ekonomi tidak dapat kelihatan dan dijuruskan oleh pihak kementerian dalam usaha untuk memulihkan suasana ekonomi semasa dalam tempoh COVID-19 dan perancangan pasca COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin mengutarakan empat pandangan saya memandangkan hambatan masa yang amat singkat. Saya melihat penumpuan kepada golongan M40 kurang diberi perhatian dalam belanjawan kita pada kali ini. Harus diingat sudah ramai di kalangan golongan M40 ini sudah termasuk dalam golongan B40. Di saat krisis yang kita hadapi sebesar ini, bila-bila masa sahaja mereka akan termasuk di dalam B40. Mereka mempunyai tanggungan yang besar, kos sara hidup yang juga tinggi. Ini bukanlah salah mereka kerana ia bersesuaian dengan kadar pendapatan mereka yang mereka rancang perbelanjaannya pada waktu itu. Bak kata pepatah, semakin besar periuk, semakin besarlah keraknya. Kehidupan mereka mesti berjalan seperti biasa. Walaupun corak kehidupan sudah berubah, tetapi komitmen asas yang ditanggung oleh mereka tidak boleh berubah dalam sekelip mata. Mereka memerlukan masa. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong sekiranya tempoh moratorium ini dilanjutkan sehingga suatu tempoh keadaan kembali terkawal seperti biasa. Menyentuh soal moratorium ini, ia mesti dilaksanakan secara menyeluruh yang mana bukan sahaja ia melibatkan pihak bank ataupun institusi-institusi kewangan, tetapi juga banyak pihak lain yang perlu diberikan ataupun dilibatkan sama dalam soal penyelesaian masalah ini seperti TEKUN dan juga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang melibatkan peminjam-peminjam daripada golongan B40. Kebertanggungjawaban ini mesti dipikul secara bersama. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Janganlah sewaktu ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik, institusi kewangan menikmati keuntungan. Akan tetapi di waktu mengharungi zaman kesusahan, mereka menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang dahulunya tergolong dalam golongan M40, tetapi tiba-tiba pada hari ini, sepasang suami-isteri ini telah digantung pekerjaan mereka buat sementara ataupun diistilahkan sebagai cuti tanpa gaji. Dengan sendirinya, mereka telah hilang punca pendapatan. Kalau mengikut rujukan daripada LHDN pada tahun sebelumnya, mereka mempunyai pendapatan yang mana mereka ini tergolong dalam golongan M40. Akan tetapi pada pandangan saya, rujukan yang lebih tepat ialah kerajaan mesti melihat daripada caruman KWSP yang mana sudah tentunya mereka hilang pendapatan, mereka tidak akan mencarum lagi dengan KWSP. Saya menyokong pihak kerajaan untuk membolehkan mana-mana pencarum mengeluarkan caruman mereka sehingga RM6,000 atau bersamaan dengan RM500 sebulan. Akan tetapi di sini, saya seperti rakan-rakan saya yang lain meminta agar kerajaan menaikkan kadar pengeluaran caruman ini sehingga tahap RM10,000 sekurang-kurangnya. Kita di dalam Dewan ini melalui kehidupan yang berbeza dengan mereka Tuan Yang di-Pertua, tetapi sedarlah, rakyat sedang menderita. Usahlah berbicara mengenai puluhan ribu ringgit, barangkali puluhan ringgit pun mereka sukar untuk memperoleh dalam suasana sekarang ini. Tidak mustahil jika mereka dihimpit kesempitan, rakyat akan mula mendekati peminjam wang yang tidak berlesen ataupun along yang akhirnya menjerat kehidupan mereka sendiri dan akhirnya membawa kepada kemusnahan hidup. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan negara yang terbesar dalam sejarah yang dibentangkan yang berjumlah sebanyak RM322 bilion yang diumumkan semasa pembentangan pada hari Jumaat yang lepas mestilah berpaksikan dan berasaskan kepada sumber yang kukuh. Dalam masa yang sama, saya juga sempat mendengar pengakuan daripada pihak Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawasanya pihak MOF mengunjurkan hasil pendapatan berjumlah sebanyak RM237 bilion untuk tahun hadapan. Ini bererti loophole, kelompangan, kekurangan telah menunjukkan satu angka yang cukup besar dalam sejarah pembentangan belanjawan. Kita faham tentang kebertanggungjawaban kerajaan diibaratkan sebagai seorang keluarga, seorang bapa di dalam sebuah keluarga, ketua keluarga di dalam sebuah rumah tangga, sudah tentu kita sanggup melakukan apa sahaja daripada melihat ahli keluarga merana dan berada dalam keadaan kesusahan. Kita sanggup berhutang demi memastikan ahli keluarga kita dapat meneruskan kehidupan.
Maka dalam suasana begini, seharusnya kita mesti memberi tanggungjawab bersama dan tidak terlalu mudah untuk menyalahkan pihak kerajaan kerana apa sahaja yang dilakukan adalah untuk melihat rakyat terus mendapat pembelaan mengikut acuan kepimpinan yang ada pada hari ini. Maka pada hemat saya Tuan Yang di-Pertua, berasaskan kepada perkara ini, belanjawan ini harus dirangka demi kelestarian dan juga kesejahteraan rakyat.
Perkataan sayangkan negara, cintakan negara, demi masa depan negara merupakan satu perkataan yang terlalu biasa diungkapkan oleh mana-mana pemimpin sama ada di pihak kerajaan ataupun juga di pihak pembangkang. Tujuan ungkapan ini dilafazkan sama ada bertujuan untuk membeli jiwa anak muda atau meraih sokongan bagi tujuan kelangsungan politik masing-masing ataupun sebaliknya ia terserah kepada nawaitu mana-mana pihak yang bercakap soal ini. Akan tetapi yang jelasnya dalam belanjawan ini, penumpuan kepada golongan pelajar-pelajar IPT jelas perlu dibuat penambahbaikan. Bantuan kepada mereka perlu ditambah walaupun pihak kerajaan mempunyai kekangan kewangan, ia perlu dilaksanakan secara bersasar. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar yuran pengajian hendaklah diturunkan seminimum mungkin kerana pihak IPT telah dapat melakukan banyak penjimatan di dalam tempoh pembelajaran secara online. Sekiranya tanggungan ini dapat dikurangkan bererti penjimatan kewangan kepada para pelajar ini boleh digunakan dalam kaedah lain seperti pembelian komputer riba, pembelian data internat dan juga bahan-bahan rujukan yang lain. Mereka ini sewajarnya dibela dan dibantu dalam apa cara sekalipun kerana mereka inilah Permata Negara. Mereka inilah bakal menggantikan tempat kita semua yang berada di sini, termasuklah barangkali tempat yang diduduki oleh Tuan Yang di- Pertua. Maka mereka inilah yang akan mengisi kekosongan di masa akan datang, termasuklah juga barangkali di tempat kerusi saya yang akan diisi oleh anak-anak muda daripada Machang. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik dan mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana meneruskan projek ECRL yang mana pengkalan terakhirnya di Kelantan. Begitu juga dengan pengumuman projek Central Spine Road yang akan diteruskan. Ia bakal memberi limpahan manfaat kepada rakyat di negeri Kelantan. Menyentuh soal kepentingan negeri Kelantan, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Sejauh manakah rundingan dan apakah status terkini tentang tuntutan royalti oleh kerajaan negeri Kelantan? Saya amat berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dalam kadar yang segera kerana ia akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri Kelantan dalam usaha pihak kerajaan negeri merangka dan menyusun strategi pembangunan secara lebih terencana dalam usaha untuk merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi rakyat di antara negeri Kelantan dan juga negeri-negeri lain. Tuan Yang di-Pertua, pada saat negara menghadapi cabaran ekonomi, kebanyakan sektor yang menyumbang kepada KDNK menyusut. Berlainan pula dengan komuniti sawit yang menunjukkan peningkatan positif daripada hari ke hari yang mana ia adalah merupakan penyumbang utama sektor komoditi perladangan negara. Saya mengucapkan kesempatan ini tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Yang Berhormat Kuala Nerus atas usaha gigih mempromosikan sawit di pasaran dunia. Walaupun terdapat kekangan dalam sebarang urusan bersemuka tetapi beliau telah mengambil langkah proaktif dalam membantu industri sawit yang juga memberi manfaat lebih 500,000 pekebun kecil sawit negara yang telah terkesan. Kita berharap usaha ini dapat diteruskan yang mana ia sekurang-kurangnya akan memberi kelegaan kepada seluruh pekebun kecil dan juga pemain industri sawit di dalam negara. Tuan Yang di-Pertua, saya pasti akan menyokong belanjawan ini kerana ia memberi manfaat kepada rakyat di kala mereka sedang bergelut dengan kesusahan dan juga kegetiran hidup. Namun, saya mohon pindaan sewajarnya daripada pihak kerajaan kerana sebagai manusia kita tidak pernah terlepas daripada khilaf kehidupan.
Saya tidak mahu belanjawan ini diibaratkan seperti nasinya sedap tetapi gulainya mentah. Gulainya sedap tetapi nasinya mentah. Saya amat yakin Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil peduli akan suara-suara yang dibangkitkan di dalam Dewan ini untuk sama-sama kita meminda belanjawan demi membantu rakyat Malaysia yang dihimpit kesengsaraan. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya akhiri ucapan saya yang tidak sepertinya ini dengan dua rangkap pantun. “Belanjawan dibentang Menteri Kewangan... –
Yang Berhormat Machang, minta penjelasan boleh? Penjelasan. Selepas itu Yang Berhormat boleh berpantun. Sedikit penjelasan. Adakah Yang Berhormat ingin masuk dalam ucapan Yang Berhormat supaya JASA yang disembang-sembangkan seluruh negara dan juga PR1MA ditukar dan dimasukkan ke Jabatan Perdana Menteri daripada Kementerian Komunikasi. Apakah Yang Berhormat bersetuju? Kalau setuju, adakah Yang Berhormat ingin memasukkan sebahagian daripada ucapan Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Masukkan sebahagian ke dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, dua rangkap pantun daripada saya sebagai mengakhiri ucapan yang tidak sepertinya ini. Belanjawan dibentang Menteri Kewangan, Untuk melihat negara maju, Kalau ia tiada persamaan, Bukan bererti kami tidak setuju. Bukan ingin menjadi juara, Di dalam ucapan hari ini, Saya berucap sekadar bersuara, Suara rakyat dibawa ke sini”. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dengan syarat beberapa pindaan perlu dilakukan. Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya kini mempersilakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan Yang di-Pertua.
Saya.
Sebelum itu, saya cuma ingin mendapat penjelasan. Sekarang kita sedang membincangkan perbahasan tentang belanjawan. Menteri Kewangan tidak ada. Saya cuma ingin tanya adakah Timbalan Menteri Kewangan I dan II hadir di Dewan yang mulia ini untuk mendengar perbahasan, untuk memberi ulasan. Ini adalah masa yang begitu penting dan Tuan Yang di-Pertua telah beritahu bahawa masa sekarang telah pun tidak ada ahli-ahli yang hadir. Sekurang- kurangnya kita ada Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri yang perlu hadir. Kenapakah mereka tidak hadir? Ini adalah persoalan saya.
Saya boleh jawab.
Sebentar, sebentar Yang Berhormat Arau. Saya lihat hari itu Tuan Yang di-Pertua telah memberi petua. Singkatkan ke 80 orang. Kadangkala tidak cukup bilangan. Akan tetapi sekurang- kurangnya Menteri Kewangan, Timbalan-timbalan Menteri perlu hadir. Kita sedang membincangkan belanjawan masa COVID-19. Bukankah mereka perlu hadir untuk mendengar pandangan kita untuk memberi ulasan? Apakah pendapat Tuan Yang di- Pertua tentang perkara ini? Terima kasih.
Yang Berhormat, dia ada di sini. Kita tahu bahawa COVID-19 ini kita tidak boleh exposed, lebih daripada 15 minit, 20 minit. Dia keluar sekejap, dia masuk balik. Tidak ada masalah.
Kenapa? Saya tanya Tuan Yang di-Pertua. Kenapa Yang Berhormat Arau sibuk menjawab. Beliau bukan Timbalan Menteri Kewangan.
Sebab saya Pengerusi Backbencher. Dia ada sekarang.
Tuan Yang di-Pertua,
Saya.
Yang Berhormat Menteri Kewangan, Timbalan Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak semestinya berada di sini. Dahulu waktu kami jadi pembangkang, Yang Berhormat Bagan pun bukannya ada di sini.
Yang Berhormat Machang, saya tanya kepada Tuan Yang di-Pertua. Berilah Tuan Yang di-Pertua peluang. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua lebih berwibawa.
Okey, boleh saya bercakap? Terima kasih. Saya pun tidak tahu kenapa Yang Berhormat Menteri ataupun Timbalan Menteri tidak ada di sini.
Tuan Yang di-Pertua lebih berwibawa.
Boleh jadi mereka berada di pejabat dan melihat melalui telecast live streaming.
Tuan Yang di-Pertua berwibawa tetapi Yang Berhormat Jelutong tidak berwibawa.
Akan tetapi sebenarnya tidak adapun peruntukan peraturan mengatakan wajib Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri berada semasa pembentangan bajet. Namun, saya rasa perkara ini akan dipantau melalui video ke apa. Saya pun tidak tahu lah.
Tuan Yang di-Pertua, saya terima sepenuhnya petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi sekurang- kurangnya pegawai-pegawai daripada Kementerian Kewangan hadir. Kita telah dihadkan orang-orang untuk hadir. Saya hadir di sini untuk mendengar semua perbahasan, walaupun saya tidak diberi peluang. Akan tetapi kenapa Menteri Kewangan dan Timbalan-timbalan mereka tidak hadir.
Yang Berhormat, tidak ada dalam peraturan bahawa mereka mesti hadir di sini. Sekiranya mereka memantau telecast live streaming itu pun, maka mereka dapat menjawab nanti semasa penggulungan. Saya rasakan. So, marilah kita teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberi tuisyen percuma kepada Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Bukan tuisyen, Yang Berhormat Machang. Rakyat di luar sedang memerhati live. Where are the Finance Minister and his Deputy? They must be here.
Kenapa Yang Berhormat Jelutong selalu ambil masa mengganggu orang.
Mana Yang Berhormat Jelutong tahu Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak mengikuti perbahasan.
Saya telah menjawab. Sebenarnya tidak ada dalam peraturan pun. Point of order itu, tidak ada order pun sebenarnya. Tidak ada order yang memerlukan semua hadir tetapi saya menjawab juga. Silakan Yang Berhormat Kuala Selangor yang telah lama berdiri dan menunggu.
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera semuanya. Yang Berhormat Kuala Selangor bangun untuk sama-sama membahaskan Belanjawan 2021 dan dalam kekangan waktu ini, saya akan menumpu
kepada hanya dua topik besar. Pertama adalah perihal bersabitan gelombang ketiga dan cara pengurusannya. Kedua adalah menyinggung perihal Belanjawan 2021 yang khususnya memberikan fokus dalam sektor kesihatan dan juga akan saya cuba huraikan dalam waktu yang diperuntukkan. Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 yang disiarkan sebagai satu pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 telah memasuki genap lapan bulan pada hari ini, 11 November Tuan Yang di-Pertua. Dunia telah menyaksikan 51 juta kes di seluruh dunia, serata dunia dan dengan kematian 1.2 juta yang terkorban. Sehingga kini kalaulah boleh kita sebutkan dan istilahkan negara terbelah kepada negara-negara yang agak berjaya membendung penularan ini dan negara yang kurang berjaya ataupun gagal. Tuan Yang di-Pertua, daripada satu segi melihat kepada ukuran kes dan juga kematian morbidity dan mortality, dengan izin, kejayaan ataupun kegagalan itu adalah satu cerminan kepada keupayaan dan kesiapsiagaan negara sebagai satu dengan izin, proxy indicator, kesiapsiagaan negara dalam ertinya membuat persiapan daripada sudut apa yang dikatakan sebagai fasiliti ataupun keupayaan public health, kesihatan awam mereka dan juga fasiliti-fasiliti kesihatan hospital-based dan sebagainya, termasuklah keupayaan kakitangan frontliners, pakar, doctors dan seluruh tim perubatan dan kesihatan dan semua frontliners yang lain. Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh sebutkan bahawa dalam pembahagian itu tidak semestinya negara-negara yang maju, antaranya OECDs’ yang termasuk dalam golongan yang berjaya. Bahkan sebaliknya kita menyaksikan dalam kumpulan yang tidak berjaya, tertinggi adalah Amerika Syarikat, antara lainnya France, negara-negara OECDs’ seperti Spain, Itali dan sebagainya dan dengan kematian yang telah pun kita maklumi, berbanding dengan negara-negara yang bukan sahaja negara-negara maju seperti Taiwan dengan hanya ada tujuh kematian, New Zealand dengan kematian hanya 25. Akan tetapi juga termasuk antara negara third world seumpama Vietnam, dengan kematian hanya 35 dan juga Thailand 70 kematian. Tuan Yang di-Pertua, justeru, sangat mustahak untuk kita mengambil pengajaran dan the best practice daripada negara-negara yang berjaya yang mampu seperti mana New Zealand yang hanya terkorban 25 orang dan juga Taiwan yang mana di sinilah hendak saya sebutkan bahawa dalam 11 bulan sejak Disember 2019, dunia perubatan telah lebih mengenali akan makhluk virus yang dinamakan satu ketika dahulu sebagai Novel Coronavirus, hari ini dipanggil SARS-CoV 2 oleh WHO dan dengan kata lain kita telah banyak kemajuan pesat daripada segi sains perubatan, virologi, patologi, testing dan hari ini vaksinnya – Lalu cabaran kita seterusnya Tuan Yang di-Pertua adalah sedikit berubah bukan sahaja dengan pengenalan lockdown yang dilakukan 11 bulan yang lalu oleh China di Wuhan, total lockdown. Akan tetapi cabaran hari ini adalah untuk kita, selagi tidak ada penampilan dan kedatangannya vaksin masih tetap dengan menjaga, menggunakan measures, public health measures ataupun pendekatan kesihatan awam. Lalu dengan itu saya mahu menyebutkan sains perubatan telah lebih mengenali virus ini dan cara untuk menanganinya, pengurusan management klinikalnya, testing-nya dan segala- galanya. Lalu, noktah pertama saya adalah untuk menyebutkan betapa dalam era ini, dalam era kemajuan kesihatan awam ini tidak lagi isunya bukan lagi perlu memilih antara nyawa dan kehidupan tetapi sebaliknya era kecanggihan kesihatan awam ini meletakkan kita berdepan dengan pilihan antara kawalan pergerakan atau PKP yang drastik dan keterlaluan berbanding pendekatan yang bersifat ia bersasar dan targeted. Justeru dengan itu saya terus menyebutkan betapa pendekatan yang diambil oleh kerajaan hari ini, yang hari ini sudah pun ditegur oleh pelbagai pihak termasuk di Academy of Medicine of Malaysia yang merupakan satu platform 11 disiplin perubatan, juga begitu Malaysian Health Coalition, dua badan besar kesihatan dan perubatan yang mengkritik pendekatan yang bolehlah kita sifatkan dengan akronimnya ‘PKPKPKP’ yang belum pernah kita dengar sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang, Tuan Yang di-Pertua. Lalu saya menyebutkan di sini betapa mustahaknya untuk kerajaan seterusnya mengambil perhitungan ini di mana kritikan-kritikan AMM dan juga the Malaysian Health Coalition termasuk peribadi-peribadi tokoh-tokoh Public Health Physician. Saya boleh sebutkan nama-nama mereka yang telah menyoal dan kritik yang akan where is the
science, di mana science-nya dengan izin, di mana datanya dan di mana hujahnya untuk mengenakan CMO ataupun PKP Bersyarat ini yang dengan kata lain, kita sedia maklum betapa PKPB, tambah lagi kalau PKP sahaja menatijahkan kesan yang paling buruk, bukan sahaja kepada ekonomi, bukan sahaja kepada pekerjaan ...
[Bangun]
Akan tetapi juga kepada rakyat yang menanggung tekanan kesihatan mental, kerukunan rumah tangga, domestic violence dan sebagainya, 32,000 SMEs gulung tikar dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya telah menghabiskan waktu ini dengan menyebutkan...
Mohon mencelah, mohon mencelah.
Betapa sangat mustahak ...
Gopeng, Gopeng.
Sila. Very short the ...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Setuju atau tidak PKPB ingin dilaksanakan di negeri-negeri di mana insiden COVID-19 ini agak rendah merupakan satu cara keluar yang mudah selain daripada kalau Kementerian Kesihatan telah membangunkan kapasiti untuk contact tracing untuk testing, untuk isolation yang cekap. Ini boleh dielakkan daripada PKPB di tempat di negeri-negeri seperti Perak, di Kedah dan sebagainya. Ini merupakan satu cara mudah keluar, exit plan yang mudah untuk selindungi kelemahan daripada segi keupayaan public health kesihatan awam. Setuju atau tidak?
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng sahabat saya dan saya rumuskan pandangan Yang Berhormat Gopeng itu dan dimasukkan sekali dalam ucapan saya bahawa sebenarnya saya juga mewakili Selangor Task Force COVID-19 (STFC) yang telah pun beberapa kali menyebutkan bahawa pendekatan kita yang melihat kepada pendekatan yang selain daripada lockdown adalah untuk menggunakan apa yang diistilahkan sebagai targeted. Kalau perlulah, targeted enhanced MCO atau PKPBD. Dengan kata lain, kita menggunakan segala pendekatan-pendekatan seumpama menggunakan statistical metrics, epidemiologi dan menggunakan apa yang disebutkan dengan mudahnya sebagai TTIS, (trace, testing, isolation dan juga support system) seperti mana yang tidak ada baru-baru ini contohnya di Lahad Datu yang mana mereka tidak diberikan bekalan- bekalan yang support yang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya merumuskan adalah sangat malang andainya kita tidak mengizinkan pihak-pihak lain untuk bersama dalam memberikan pandangan. Saya kira tidak ada monopoli dalam hal ini. Sebagai kerajaan, perlu diberikan ruang untuk yang lain. Seumpama, saya sebutkan juga, data sharing yang semuanya telah kami kecapi satu masa dulu. Hari ini dilihat bahawa pendekatan mengawal COVID-19 ini seumpama ada unsur-unsur politik. Jangan sampai rakyat melihat dalam hal kesihatan dan perubatan pun masih lagi ada kita politikkan. Saya minta supaya Menteri Kesihatan yang mesti bertegas menangani kementeriannya dan juga semua Kerajaan PN ini supaya tidak langsung terus-terusan mengenakan cara, apa yang diistilahkan sebagai cara blunt dan crude lockdown ini atau KPKB ini. Jadi itu satu noktah yang saya rasa penting dan disuarakan oleh the Academy of Medicine of Malaysia, Malaysian Health Coalition dan pakar-pakar perubatan termasuklah seorang peribadi yang dulu pernah mengemudi KKM, Profesor Lokman yang sangat jelas menunjukkan bahawa beliau menegaskan bahawa ukurannya bukan sahaja ukuran jumlah tetapi ukuran per 100,000 population yang dikatakan rendah, umpama di negeri-negeri seperti Johor dan Melaka dan lain-lain yang disebut itu tidak sampai untuk dikenakan lockdown. Hari ini Johor telah menyatakan ketidaksanggupan untuk mematuhi perkara yang diperintahkan oleh Kerajaan PN. Mereka mahu keluar daripada CMCO, mereka mahu keluar dari PKP bersyarat itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalih sikit pandangan saya. Saya kira sudah cukup untuk science evidence, pendekatan yang lebih bijak, yang lebih smart menggunakan teknologi, menggunakan penilaian matriks, statistik epidemiologi, menggunakan data yang sepatutnya dikongsi bersama di peringkat negeri supaya semua negeri di bawah Persekutuan ini diberikan peluang untuk mengadakan dan bersama untuk membendung penularan COVID-19 ini terutamanya Selangor yang pernah kita kecapi perkongsian data sharing ini. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih sikit kepada persoalan kedua. Ini telah pun disebutkan juga oleh the Academy of Medicine of Malaysia dan juga Malaysian Health Coalition, antara dua badan yang besar yang menyebutkan bahawa mereka kecewa sebenarnya dengan peruntukan yang meskipun dikatakan meningkat pada 4.23 peratus tetapi kalau kita ambil atas peruntukan contract workers sahaja, itu telah memakan hampir RM2 bilion. Dengan kata lain, peluang untuk memperkasakan, memperteguh, to enhance our healthcare delivery, dengan izin, tidak digunakan sebaiknya. Bahkan sebaliknya, saya memerhatikan apabila kita memberikan kritikan baru-baru ini, diberikan penjelasan oleh Menteri dengan mengatakan bahawa kami silap, peruntukan-peruntukan yang dulunya dalam OPEX sudah dipindah kepada development expenditure, perbelanjaan pembangunan. Akan tetapi ketika saya meneliti seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati bahawa at best, dengan izin, kalaulah kita hendak berikan baik sangka, ia adalah paling tidak half-truth ataupun tidak sebenarnya sepenuhnya benar. Apa yang dilakukan oleh Menteri Kewangan menyatakan bahawa peruntukan-peruntukan yang hilang itu adalah diletakkan di dalam program khusus di bawah 080700 sebenarnya tidak sebut. Begitu juga apabila kita perhatikan bahawa setelah kita jumlahkan dalam bidang perubatan kesihatan awam, kesihatan pergigian, perkhidmatan farmasi dan pendidikan dan sokongan teknikal, kita dapati bahawa masih lagi defisitnya iaitu adalah RM4.269 bilion. Nah, kalau kita tolaklah yang dikatakan program khusus di bawah bekalan yang disebutkan bekalan fasiliti dan kesihatan itu, ia masih lagi defisit dan lompang sebanyak RM1.379 bilion, Tuan Yang di-Pertua. Lalu, di manakah dakwaan bahawa sebenarnya bajet ini adalah untuk memperkukuhkan dan memperteguh bukan sahaja the primary care which is public health system dan juga hospital-based curative system itu? Jelasnya, Tuan Yang di-Pertua, kali ini sangat mengecewakan kerana ia tidak benar-benar mengambil peluang untuk to turn around health spending yang sudah sekian lama adalah agak tidak pada tahap sebagai salah sebuah negara yang dikatakan sebagai upper-middle income economy. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon...
Minta mencelah sedikit. Sedikit.
Sila.
Terima kasih. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa bukan sahaja kita lihat ada pemotongan peruntukan, tetapi dengan mengklasifikasikan ke dalam program khusus, sebenarnya ia menambahkan birokrasi. Bayangkan setiap clinical department, bagaimana mereka hendak membuat perancangan atau anggaran satu tahun? Mereka kena apply kepada program khusus tersebut. Siapa yang membuat keputusan? Ini tambah birokrasi, paperwork dan siapa ada kabel atau suara yang nyaring baru dapat. Adakah ini sebenarnya tidak baik untuk sistem kesihatan kita?
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya rangkumkan jawapan itu begini. Saya memerhatikan pakar-pakar, health system specialists in policies, mereka sangat keras kritikannya terhadap perkara ini kerana ia membuka antara lain apa yang dikatakan sebagai salah guna, wastage dan salah guna kuasa, corruption dan sebagainya. Saya masukkan ucapan Yang Berhormat Bandar Kuching dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya lalu menyimpulkan pembentangan perbahasan saya ini dengan menyebutkan betapa― tidak termasuklah hal JASA dan sebagainya. Tolak tepi semua itu. Dilihat daripada perspektif peruntukan kesihatan, saya masih gagal untuk mencari di mana RM3 bilion peruntukan untuk vaksin yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Menteri MOSTI sedikit waktu dahulu. Mungkin saya silap, saya perlu diperbetulkan tetapi saya tidak melihatnya dalam Kementerian Kesihatan. Mungkin di tempat-tempat lain atau mungkin di dalam peruntukan dana COVID-19. Akan tetapi, jelasnya, selain daripada itu, peluang untuk memperbaiki, memperteguh, to enhance, memperkasa health delivery system gagal dirangkumkan dan dicerakinkan. Point saya yang terakhir. Kita mahukan persoalan menentukan apa pun sifat lockdown itu, sama ada PKPB dan juga kalau dengan pendekatan-pendekatan lain, mestilah dikongsi perbahasannya itu. Adakan kokus, be humble, untuk kita mendengar diskusi, wacana di kalangan pakar-pakar. Infectious diseases, we have as well infectious diseases experts. Public health experts, epidemiologists dan bukan hanya semua berada di KKM Putrajaya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi dengan itu, saya mengharapkan supaya kita bersama, kalau benar-benar mahu kita bersama untuk benar-benar teguh kita menang bersama, kita pastikan jangan hanya cakap tidak ada serupa bikin, bikin pun tidak ada serupa cakap. Walk your talk. Terima kasih. [Tepuk]
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam. Selepas Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Jelebu, insya-Allah. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2021 ataupun Belanjawan 2021. Izinkan saya memulakan perbahasan Belanjawan 2021 ini dengan mengambil berkat memetik firman Allah SWT dari al-Quran al-Karim. Mafhum-Nya, “Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia (Allah); dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya dari hamba-hamba Nya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah Yunus, ayat 107. Ayat ini memberikan peringatan kepada saya dan semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bahawa pandemik Koronavirus 19 yang sedang menyerang negara ini dan seluruh dunia masa ini adalah bahaya yang didatangkan oleh Allah SWT sebagai peringatan supaya insan mengikut syariat Islam yang telah ditentukan oleh Allah dan menjauhi segala larangannya serta mengingatkan bahawa hanya Allah yang dapat menghapuskannya.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia yang kelapan dan khususnya kepada Yang Berhormat Senator YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia yang telah membentangkan Belanjawan 2021 pada hari Jumaat pada 6 November 2020 di Dewan yang mulia ini baru-baru ini. Belanjawan 2021 yang dibentangkan adalah merupakan belanjawan yang terbaik yang pernah dibentangkan kerajaan. Tidak dinafikan ada kelemahan tetapi ianya inklusif merangkumi semua golongan rakyat daripada petani, pesawah, nelayan, OKU, warga emas, usahawan, usahawan bumiputera dan usahawan wanita, pelajar dan penjawat awam. Sesungguhnya Belanjawan 2021 ini membuktikan kepakaran dan kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri Kewangan mengadun sumber kewangan yang ada dan membelanjakan dengan penuh berhemah. Mengimbangi kelangsungan ekonomi yang terhimpit oleh pandemik COVID-19 dan kewajipan melindungi rakyat dengan menyediakan jaringan sosial yang komprehensif dan mantap kepada rakyat golongan B40 dan M40.
Belanjawan 2021 yang bertemakan Teguh Kita, Menang Bersama dengan jangkaan hasil kerajaan pada tahun 2021 ini sebanyak RM236.9 bilion ini iaitu pengurangan sebanyak RM18 bilion daripada unjuran asal dalam Belanjawan 2020. Namun begitu, Belanjawan 2021 mencatatkan perbelanjaan yang tertinggi dalam sejarah negara iaitu berjumlah RM322.5 bilion iaitu RM236.5 bilion ataupun 73.3 peratus untuk perbelanjaan mengurus, RM69 bilion atau 21.4 peratus untuk perbelanjaan pembangunan serta RM17 bilion atau 5.3 peratus untuk Kumpulan Wang COVID-19 dengan pendekatan belanjawan pembangunan. Belanjawan 2021 dijangkakan mengalami defisit fiskal diunjurkan sebanyak 5.4 peratus berbanding KDNK. Belanjawan 2021 dirangka dengan kemas dan teratur mengetengahkan tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. Keseluruhan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ini adalah realistik contextnya, mengharungi ekonomi global yang mencabar. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pendidikan iaitu yang mendapat peruntukan sebanyak RM50.4 bilion yang merupakan peruntukan yang terbesar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Belanjawan 2021 yang menerima sebanyak RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan iaitu RM47.3 bilion. Perbelanjaan mengurus dan RM3.1 bilion perbelanjaan pembangunan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin kepada murid- murid dan keluarga yang berpendapatan rendah dengan menambahbaikkan rancangan pemakanan tambahan dengan menyediakan bekalan susu setiap hari dengan peruntukan sebanyak RM420 juta. Saya yang menyambut baik langkah kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM800 juta dalam Belanjawan 2021 ini untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan RM725 juta bagi menaik taraf pembangunan serta infrastruktur di sekolah-sekolah daif. Sehubungan dengan ini, saya ingin membangkitkan beberapa isu tentang Kementerian Pendidikan, terutama di Kementerian Pendidikan di Parlimen Sabak Bernam. Isu yang pertama yang saya hendak bangkitkan ialah isu tentang pendawaian elektrik di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Di Sabak Bernam terdapat lebih kurang 40 buah sekolah di Parlimen Sabak Bernam dengan pecahan 22 buah sekolah di DUN Sungai Tawar dan 18 di DUN Sabak yang merangkumi 9 buah sekolah menengah dan 31 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan termasuk di Sabak Bernam juga merupakan sekolah yang telah berusia lebih daripada 50 tahun ataupun 30 tahun. Sekolah ini telah menggunakan pendawaian elektrik berusia lebih daripada 15 tahun. Pendawaian ini bukan sahaja lama, malah tidak sempurna dan tidak terurus serta tidak diselenggarakan secara berkala menyebabkan ia berisiko dan terdedah kepada bahaya punca berlakunya kebakaran dan renjatan elektrik. Parlimen Sabak Bernam telah sering kali membuat aduan berkaitan pendawaian elektrik ini kerana bimbang akan berlakunya kecelakaan dan gangguan bekalan elektrik yang akan menjejaskan pengurusan sekolah dalam proses PDPC. Saya ingin mendapat penjelasan, apakah langkah kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan bagi memastikan pendawaian elektrik yang telah berusia lebih daripada 20 tahun ini dapat digantikan bagi memastikan keselamatan sekolah dan tidak mengganggu proses pembelajaran? Isu yang kedua yang sering dibangkitkan oleh Ahli Dewan ialah tentang pencapaian internet yang tidak memuaskan di seluruh Malaysia, terutama di kawasan Sabak Bernam. KPM telah menyediakan talian internet kepada semua sekolah mulai Julai 2019. Kesemua 40 sekolah di kawasan Parlimen Sabak Bernam terlibat dengan program ini, dengan dua syarikat telco iaitu Celcom dan Maxis telah dilantik untuk membekalkan talian internet di sekolah-sekolah berkenaan. Status terkini perkhidmatan telco berkenaan adalah capaian internet interim yang dibekalkan tidak dapat memenuhi keperluan penggunaan internet di sekolah-sekolah terbabit. Perkara ini berlaku disebabkan peranti yang dibekalkan adalah mengikut enrolment murid semasa tanpa mengambil kira lokasi dan keluasan sekolah menyebabkan guru-guru tidak dapat menggunakan capaian internet ini secara
maksimum. Tambahan pula semua sekolah di seluruh Malaysia, terutama di kawasan luar bandar, selain itu kuota internet yang dibekalkan juga tidak menampung keperluan penggunaan dalam PDPC, khususnya bagi mata pelajaran Sains Komputer dan Asas Sains Komputer. Kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang memastikan kesinambungan 430 buah sekolah di seluruh negara. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, khususnya KPM dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, apakah langkah bagi memastikan guru dan pelajar mendapat capaian internet dan jalur lebar yang lebih baik, memuaskan dan mencukupi serta berkesan untuk pembelajaran? Isu yang ketiga yang saya ingin membangkitkan ialah berkaitan sekolah Tingkatan 6 iaitu berhubung dengan perjawatan guru Kolej Tingkatan 6. Saya ingin mencadangkan agar perjawatan hakiki guru kanan ataupun ketua jabatan. Kalau di sekolah aliran perdana, dipanggil guru kanan dan sekolah Tingkatan 6 dipanggil ketua jabatan, disamakan seperti perjawatan hakiki guru kanan mata pelajaran (GKMP) di sekolah menengah harian, diwujudkan bagi melancarkan pengurusan Kolej Tingkatan 6. Saya ingin mendapat penjelasan, adakah Kementerian Pelajaran mempunyai cadangan untuk mengadakan perjawatan ketua jabatan di Kolej Tingkatan 6?
Saya beralih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang mendapat peruntukan sebanyak RM31.9 bilion meliputi RM27.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM4.7 bilion perbelanjaan pembangunan. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk membendung gelombang ketiga COVID-19. Saya ingin mendapat penjelasan khususnya KKM dan MKN. Apakah langkah dan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia yang lebih tegas dan berkesan bagi mengawal penyebaran COVID-19 ini? Apakah kemajuan dan perkembangannya usaha dan inisiatif kerajaan untuk mendapatkan vaksin COVAX untuk COVID-19 ini yang dianggarkan RM3 bilion? Seterusnya saya ingin kaitkan, membincangkan tentang Kementerian Pertahanan khususnya dengan COVID-19 ini. Perkembangan COVID-19 akhir-akhir ini amat membimbangkan dan mungkin memerlukan penilaian semula. Setakat ini pada 6 November 2020 mencatatkan 1,755 kes baharu yang merupakan jumlah kes COVID-19 tertinggi bagi kes baharu harian, menjadikan terdapat sebanyak 38,189 kes kumulatif yang telah disahkan di Malaysia dengan sebanyak 26,380 kes sudah pulih sepenuhnya dengan 279 kes kematian serta 11,809 kes masih aktif pada 6 November 2020. Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seluruh negara kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan mulai 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020 selama empat minggu. Saya mengalu-alukan langkah dan tindakan ini memandangkan kes positif COVID-19 harian yang terus meningkat dan penyebarannya begitu meluas. Sehubungan dengan ini, saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, apakah langkah dan tindakan yang lebih tegas dan berkesan...
Yang Berhormat, lagi satu minit.
Bagi mengawal penyebaran COVID-19 ini termasuklah mengkaji semula penetapan zon kuning, hijau dan merah yang lebih praktikal. Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula SOP KKM dan MKN sedia ada, termasuk menetapkan SOP yang dikenakan di atas Pasar Tani, pasar borong, pasar awam dan sebagainya? Untuk akhirnya Tuan Yang di-Pertua, selepas PRU yang ke-14, landskap dan demokratik politik negara telah membuka lembaran baharu. Tempoh 22 bulan yang mencabar dan mencemaskan berakhir apabila pada 1 Mac 2020 terpahat sejarah dalam politik tanah air apabila Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri gabungan Perikatan Nasional. Saya dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perikatan Nasional beriltizam dan bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Muhyiddin bin Mohd Yassin untuk menggenggam bara api sehingga menjadi arang dalam memberi khidmat bakti terbaik kepada rakyat dan menjadikan negara ini sebagai model negara maju di
rantau ini seperti mana yang dinyatakan dalam al-Quran. “Baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” iaitu negara yang baik serta mendapat keampunan Allah. Akhir kalam, tiga wilayah Selangor dan Sabah sudah diarahkan kerja dari rumah, orang politik sedar-sedarlah ini bukan masanya untuk berbalah. Sekian, saya menyokong penuh Belanjawan 2021 tanpa syarat. Sekian, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Kota Belud.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan belanjawan negara yang terbesar dalam sejarah iaitu RM322.5 bilion. Pada saya belanjawan kali ini dalam keadaan seluruh dunia menghadapi norma baharu akibat pandemik, sebaiknya kerajaan memperhalus dan menumpukan kepada agenda-agenda dan perkara-perkara yang lebih serius yang boleh memulihkan semula keadaan terutamanya ekonomi. Secara peribadi, pandemik ini tidak akan berakhir dengan mudah. Ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih kepada keadaan asal atau mungkin mustahil. Akan tetapi yang paling penting adalah bagaimana kita mengurus dan mengawal keadaan persekitaran kita. Untuk bahas Belanjawan 2021, dua perkara pokok yang ingin saya tumpukan adalah masalah kesihatan dan peluang pekerjaan. We need to tackle health and economic crisis first dan perlahan-lahan isu-isu lain dapat kita tangani bersama insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, secara kasarnya ekonomi negeri Sabah bergantung pada pertanian, perlombongan dan juga sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik ini. Di Kota Belud misalnya kami ada empat DUN, Usukan, Tampasuk, Kadamaian dan DUN baharu Pintasan. Kami punyai Pulau Mantanani yang terkenal, ada pantai yang cantik, gunung, bukit-bukau, semuanya dalam sebuah kawasan Parlimen. Saya mohon infra dan accessibility kepada tempat-tempat pelancongan ini. Kita semua maklum antara mereka yang hilang punca pendapatan dan pekerjaan adalah sektor pelancongan. Mungkin apakah perancangan kerajaan bagi membangunkan sektor ini? Menurut kajian yang dibuat ke atas Sabah melalui Institute of Strategic and International Studies bertajuk the Sabah Crisis, peluang pekerjaan semakin hilang. Job listings in Sabah fell 70 percent compared to last year, dengan izin. Job openings for low- skilled work dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan jatuh melebihi 35,000 tahun ini dan sektor ini sebenarnya mewakili satu perempat daripada pekerjaan di Sabah. Satu daripada tiga Sabahan ataupun 33 peratus dalam isi rumah atau mewakili 743,000 orang di Sabah adalah rentan (vulnerable) atas faktor kemiskinan. Manakala lapan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah iaitu di Kota Belud, Kuala Penyu, Tongod, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Kudat dengan Pitas dan Tongod melebihi 70 peratus kadar kemiskinan. Saya mohon agar daftar eKasih ini dikemas kini dan diteliti kerana ramai sebenarnya yang benar-benar susah tetapi tidak termasuk dalam senarai ini. Negeri Sabah juga memerlukan pembaharuan dari sektor pertanian. Mungkin kita boleh mengambil contoh seperti negara Thailand, One Town One Product. Akan tetapi harus juga disertai dengan kemudahan fasiliti untuk menjual di pasar. Kastam dan penghantaran juga harus dipermudahkan kepada pekebun dan peniaga kecil. Kita banyak belajar dari bulan Mac lepas saat awal menghadapi pandemik ini bahawa food security adalah antara menjadi isu utama. Sekarang kita perlu invest dalam transformasi pertanian moden, sekali gus boleh memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar. Kita perlu memodenkan pertanian di seluruh negara, atasi pemberian baja yang tidak efisien dan galakan pertanian organik untuk higher-value-added. Kota Belud terutamanya DUN Tampasuk, kami masih perlukan kemudahan pengaliran untuk petani.
Negeri Sabah juga memerlukan kepelbagaian peluang pekerjaan. Kita seharusnya mengambil peluang terhadap kedudukan kita yang berada dekat dengan Indonesia capital dan juga negara Filipina. Kita perlu mengoptimumkan kemudahan dan kelebihan kita dari segi pelabuhan, refueling, mengeksport construction material or even industrial building system. Ini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk melibatkan lebih ramai penglibatan bumiputera dalam sektor ekonomi. Kerajaan harus invest atau create peluang pekerjaan dalam konteks Malaysia supaya dapat menghidupkan semula ekonomi tanpa melupakan belia luar bandar yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19 ini. Saya mohon untuk Kota Belud, antara yang boleh diterokai adalah industri minyak dan gas di Teluk Usukan. Dengan kedudukan yang strategik sekiranya dibangunkan dengan begitu baik, sudah tentu akan dapat memberi peluang pekerjaan terutamanya untuk anak-anak Kota Belud. Tuan Yang di-Pertua, negeri Sabah begitu terkesan dengan pandemik ini bukan hanya kerana kedaifan pusat kuarantinnya tetapi juga akibat faktor kemiskinan dan pembangunan yang tidak sama taraf dengan negeri-negeri lain di Semenanjung sejak dari dahulu lagi. Sabah memerlukan basic infrastructure dan utiliti. Kita memerlukan reliable electricity supply supaya industri boleh dimulakan segera. Begitu juga dengan jalan raya dan bekalan air.
Saya pernah menyebut kampung-kampung di Kota Belud yang masih belum mempunyai jalan raya bertar sehingga ke hari ini iaitu Jalan Talongan, Terintidon, Sayap, Jalan Gandukut, Tengkurung, Lahanas, Jalan Mangkulat, Pinolobuh, Podos, Jalan Taboron, jalan menyeberangi Sungai Kedamaian, Kaung, Lobong-Lobong yang juga baru-baru ini terputus akibat banjir. Kita juga memerlukan kemudahan capaian Internet dengan lebih baik untuk e- commerce dan juga e-learning. Bagaimanakah penduduk luar bandar berkecimpung dengan perniagaan dan menduduki kelas atas talian sekiranya capaian internet juga masih jauh ketinggalan? Nationally, we can expect inequality to rise due to COVID-19 affecting our life. Akan ada jurang yang besar antara penduduk berpendapatan rendah dan juga kanak-kanak dalam accessing education. Cadangan saya, kerajaan perlu menyediakan bantuan back to school kepada keluarga yang memerlukan untuk merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi tumpuan kepada kesihatan haruslah diberi keutamaan. Bagi melawan pandemik ini bukan sahaja untuk kesejahteraan masyarakat tetapi juga barisan hadapan yang menjaga keselamatan kita semua. Saya mohon mencadangkan yang pertama, membina sebuah hospital baharu di Kota Belud. Kedua, tukar katil-katil di hospital yang masih menggunakan katil kayu atau katil besi yang cukup lama. Ketika waktu pandemik ini amat sukar membawa atau mengubah kedudukan katil-katil ini kerana tidak beroda. Ini Tuan Yang di-Pertua, masih ada lagi di Hospital Kota Belud. Ketiga, membina sebuah molecular lab di Tawau bagi menampung beban kerja Hospital Queen Elizabeth dan juga Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Negeri Sabah. Hal ini dapat menjimatkan kos pengangkutan membawa sampel di samping boleh mengeluarkan keputusan dengan lebih segera. Saya difahamkan bahawa perkara ini sudah pun dalam perancangan KKM tetapi harus disegerakan kerana Pantai Timur adalah kawasan yang paling terkesan dalam pandemik COVID-19 ini. Keempat, bila bercakap soal kemudahan, perubatan dan kesihatan, antara maklum balas yang saya terima daripada petugas barisan hadapan adalah kekurangan peralatan untuk merawat pesakit seperti mesin pulse oximetry bagi tujuan menyerap paras oksigen dalam darah khususnya di Kota Belud kerana ramai pesakit yang datang mengadu kesukaran bernafas. Kelima, sistem database untuk keperluan rekod pesakit juga masih manual dan banyak membuang masa. Apa kata kita digitalkan sistem ini untuk kemudahan bersama. Keenam, sejak bulan Mac tahun ini ketika pandemik berlangsung, logistik pengambilan pesakit dari rumah-rumah terutamanya pedalaman mendatangkan cabaran besar. Mengambil contoh di Kota Belud sendiri hampir dua ke tiga bulan sekali akan ada
banjir kilat dan kemudian barisan hadapan terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda sendiri untuk dijadikan ambulans supaya dapat merentasi banjir. Sudah tiba masanya kita melihat keperluan mengikut keadaan kerana pandemik kali ini benar-benar membuka mata kita untuk menjadi lebih kreatif berikutan banyak kekurangan yang kita hadapi. Ketujuh, invest projek-projek bangunan tambahan terutamanya bilik bedah di hospital-hospital daerah yang mana kebanyakan bilik bedah tersebut adalah menggunakan bilik yang telah diubahsuai. Namun, apabila ada penilaian bertaraf antarabangsa iaitu Malaysian Society for Quality in Health, jawapan yang sering diberikan adalah tidak menepati piawaian kerana masih menggunakan split aircond dan bukannya centralized aircond. Kita maklum bahawa terdapat doktor pakar yang datang melakukan pembedahan di hospital-hospital daerah, namun sering kali sahaja ditegur kerana kekangan bilik pembedahan ini. Kelapan, kerajaan mencadangkan untuk mengambil perjawatan baharu, namun pecahan kakitangan tidak diketahui. Tidak munasabah bagi pegawai kontrak yang sedang bekerja sekarang tamat kontrak Disember ini tetapi tidak diserap. Kemudian pengambilan pegawai baharu dibuat pada tahun 2021 pula. Ini menunjukkan keperluan kakitangan baharu dalam KKM sangat diperlukan. Malahan ada pegawai kontrak di Sabah diberi pilihan untuk menjadi pegawai tetap tetapi perlu pergi bekerja di negeri yang berlainan pada Disember ini. Isu perjawatan ini bukan hanya melibatkan medical officer semata-mata, begitu juga dengan jururawat, penolong pegawai perubatan, lab technician malahan staf sokongan. Perkara begini perlu diambil perhatian kerana kakitangan kontrak yang sudah berpengalaman boleh diserap menjadi tetap. Kesembilan, menubuhkan Tabung Bantuan Perubatan Khas untuk negeri Sabah kerana ramai pesakit yang datang daripada pendalaman. Mereka ini datang jauh dan kebanyakannya susah. Mereka terpaksa membayar tambang, membayar penginapan sekiranya menerima rawatan day-care procedure. Mungkin tidak juga keterlaluan untuk saya cadangkan agar kerajaan bina asrama pesakit di hospital-hospital besar untuk pesakit yang datang dari jauh dan dalam kategori B40. Kesepuluh, menambahkan peruntukan untuk primary care, prevention dan public health. Kesebelas, pakar-pakar subspecialty perlu lebih dihargai dengan tangga gaji yang lebih menarik kerana mereka adalah talent yang akan membantu dalam perkembangan perubatan negara. Saya difahamkan kebanyakan mereka beralih ke sektor swasta kerana under-recognized dan juga underpaid. Saya bukanlah doktor tetapi inilah yang berlaku di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, tidak keterlaluan untuk saya katakan pandemik ini sebenarnya menampakkan jurang yang sangat ketara daripada segi kemudahan kesihatan di antara kita. Kami juga adalah rakyat Malaysia yang sama-sama membina negara ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek tebatan banjir di Kota Belud pada Rancangan Malaysia Kesebelas dengan peruntukan yang diluluskan sebanyak RM50 juta pada tahun 2017. Bagi fasa pertama, pelaksanaan projek tebatan banjir ini skop yang telah diluluskan adalah melaksanakan Kajian Bersepadu Sumber Air dan Tebatan Banjir di lembangan sungai-sungai di Kota Belud. Jawapan yang saya terima untuk soalan banjir ini pada 21 Julai 2020, Jabatan Pengaliran dan Saliran telah menyediakan dokumen bagi perolehan kerja ukur kejuruteraan dan akan ditenderkan pada pertengahan Ogos 2020. Manakala bagi perkhidmatan perunding Kajian Kemungkinan Bersepadu Sumber Air dan Tebatan Banjir di Kota Belud akan ditenderkan pada awal September 2020. Soalan saya, apakah status tender kerja-kerja pengukuran yang sepatutnya pada pertengahan Ogos 2020 yang lalu serta status tender Kajian Kemungkinan Bersepadu Sumber Air dan Tebatan Banjir yang sepatutnya di tender awal September ini? Menurut jawapan kementerian, kajian ini memakan masa selama 15 bulan untuk disiapkan, iaitu dijangka hanya akan selesai pada pertengahan tahun 2022. Selepas itu barulah tender pelaksanaan tebatan banjir akan dapat dilakukan. Kalau begitu, pelaksanaan kerja-kerja tebatan banjir hanya akan dimulakan pada tahun
2023 dan hanya akan siap pada tahun 2025. Kalaulah begitu panjang masa yang dilakukan untuk melaksanakan projek tebatan banjir ini yang telah diumumkan sejak tahun 2017 lagi, saya ingin bertanya kepada kementerian apakah pelan jangka masa pendek. Ini kerana, kajian ini terlalu lama dan memakan masa sedangkan banjir tidak menunggu kita. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini juga, pattern banjir juga berubah dan kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini di Kota Belud dilanda dan ini termasuklah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, daerah Kota Belud baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, bila menyebut mengenai belanjawan, bukan semata-mata bagaimana dan di mana wang kerajaan dibelanjakan. Namun, perbincangan secara holistik seharusnya mengambil kira dari sudut income dan expenses nya. Saya melihat bahawa Belanjawan 2021 ini adalah belanjawan yang boleh dikatakan terlalu optimistik...
Yang Berhormat.
...Dalam menganggarkan...
50 saat.
Sekejap, saya habiskan. Menganggarkan sumber kewangan pada tahun hadapan sedangkan kita belum pasti adakah krisis COVID-19 ini akan pulih sepenuhnya tahun 2021. Sebelum saya mengakhirkan bahas saya, saya ingin bertanya mengenai satu petikan akhbar Sabah, Daily Express bertarikh 8 November 2020 yang bertulis, “Sabah also requesting RM500 million in dues owed to the State” kemudian, “PM ‘yes’ to RM1.2 bilion sales tax”. Bolehkah saya dapatkan confirmation daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun mungkin daripada Menteri Kewangan tentang perkara ini? Ini kerana sebagai anak Sabah perkara ini sangat baik apatah lagi di kala waktu pandemik ini. Kalau boleh mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga Yang Berhormat Menteri Kewangan confirm-kan dalam Dewan yang mulia ini. Sabah mesti dibangunkan dan jangan hanya dianggap sebagai ladang untuk memberi hasil dan juga kuasa politik untuk kebaikan Semenanjung tetapi kami terus tinggal daripada arus pembangunan. Rakyat sangat mengharapkan bantuan oleh kerajaan ketika ini dan mudah-mudahan apa yang dinyatakan dalam belanjawan ini dapat ditunaikan. Jangan ibarat tebu, Manis dipangkal, Tawar di hujung, Untuk Sabah, Untuk Kota Belud yang lebih baik. Sekian, terima kasih. [Tepuk]
Yang Berhormat Bintulu.
Tuan Yang di-Pertua.
Hei, apa kacau ini?
Bukan kacau. Cuma hendak tanya. Saya telah diberi penjelasan, saya telah membangkitkan...
Ini bawah peraturan mana, Yang Berhormat?
Bukan. Tentang kehadiran Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Kita hanya bersidang sehingga pukul 2.00 petang, disingkatkan. Jadi saya hendak tanya kepada Tuan Yang di-Pertua, sekurang-kurangnya mereka perlu hadir untuk dengar perbahasan. Kenapa mereka tidak hadir? Tadi Tuan Yang di-Pertua telah mengatakan bahawa perkara ini tidak terletak dalam peraturan, itu bukannya persoalan.
Persoalannya adalah di mana persidangan disingkatkan sehingga pukul 2.00 petang, sekurang-kurangnya seorang Menteri atau kedua-dua Timbalan Menteri perlu hadir. Sekarang kita ada dua orang Timbalan Menteri, kenapa mereka tidak hadir?
Tidak apalah, dia boleh dengar.
Yang Berhormat Jelutong, pertama Yang Berhormat Jelutong, kalau Yang Berhormat Jelutong tidak puas hati Menteri tidak hadir, Yang Berhormat maklumlah kepada Yang di-Pertua sebab kita ini hendak habis pukul 2.00 petang. Kedua, Yang Berhormat, kemungkinan pergi bilik air ataupun mereka sembahyang. Saya pun tidak tahu Yang Berhormat.
[Bangun]
Okey, kejap- kejap. Ketiga, Yang Berhormat, saya tidak tahulah, sebab kita ada sistem teknologi, mungkin pegawai di luar, mereka di luar. Akan tetapi syarat saya sekarang dalam Dewan, saya diarahkan untuk selesaikan perbahasan by two o’clock the latest. Jadi saya faham, saya faham isu yang hendak dibawa oleh Yang Berhormat Jelutong. Jadi saya rasa Yang Berhormat, Yang Berhormat bawalah kepada Yang di- Pertua sebab kemungkinan Yang di-Pertua yang telah beri arahan. Saya faham, saya faham. Akan tetapi, saya rasa kita selesaikan dengan Yang di-Pertua. Silakan Yang Berhormat Bintulu, 15 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya hendak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua frontliners dalam usaha kita perangi pandemik COVID-19. Dalam COVID-19 ini, kita nampak sekarang memang grafnya bukan alang-alang. Kita sekarang sudah sampai empat digit. Saya sendiri berpandangan, saya nampak kali ini bukan kata rakyat tidak bekerjasama, saya rasa KKM ada kelemahan, human error. Kita hari-hari umum dalam berita kata kluster sini sana, berapa kluster ada. Kenapa kita tidak lockdown tempat kluster itu? Kita test semua terlibat ataupun sama-sama ataupun satu kampung ataupun satu taman. Kita kasi test, jangan bagi mereka pusing satu dunia. Sekarang semua negeri lockdown. Ini DG hari-hari buat berita saja, bikin apa? Kalau kita itu berita, bagi itu office boy dia pun boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang? Macam sekarang di KK, Sabah, begitu teruk, begitu hebat pandemik COVID-19. Kenapa dia tidak turun melawat tiap-tiap hospital? Temporary hospital, kita pergi tengok. Berbincang bagi moral support frontliners juga. Doktor, jururawat, mereka semua bekerja sana. Jangan hantar sahaja doktor pergi, jururawat pergi. Oh, itu orang tidak takut mati, tetapi DG takut mati. Timbalan DG pun tidak pergi. Apa sudah jadi? Tak usahlah hari-hari hendak buat publisiti...
Yang Berhormat Bintulu, boleh minta...
I dengar dia sekarang mahu projek dia sendiri, jadi WHO punya setiausaha agung.
Yang Berhormat Bintulu.
Itu memang tidak layak, untuk saya. Fasal ini kawasan, contoh...
Yang Berhormat Bintulu, boleh minta laluan? Tanjong Malim.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Jelutong dengan Yang Berhormat Tanjong Malim.
Bukan kacau, bukan kacau. Tanya sahaja.
Tuan Yang di-Pertua.
Hendak bagi masa atau tak nak bagi masa?
Jangan kacau DG lah, jangan kacau DG.
Hormat DG lah, hormat DG.
Let him do his professional job.
Boleh minta laluan? Saya nak setuju dengan kenyataan Yang Berhormat Bintulu...
Jangan hentam DG lah, tolong hormat dia.
Peraturan Mesyuarat 36, 37, hak pembahas.
Apa ini Yang Berhormat Bintulu? Yang Berhormat Bintulu tidak faham.
Saya nak bersetuju dengan kenyataan...
Saya mahu bagi tahu, Sabah mula...
Yang Berhormat Tanjong Malim, tak bagi masa.
Tuan Yang di-Pertua, jangan benarkan dia untuk hentam DG, Tuan Yang di-Pertua. Jangan benarkan dia hentam. DG is a frontliner.
Kalau mereka kacau, Tuan Yang di- Pertua, saya minta masa tambah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi atau tak bagi?
Akan tetapi jangan kongkalikung lah. Yang Berhormat Bintulu kongkalikung...
Saya mahu kata kita tengok macam Sabah mula dari Penjara Lahad Datu, kenapa kita tidak lockdown Penjara Lahad Datu? Kita bagi test semua. Kedah pun sama, mula dari penjara. Kenapa tidak lockdown?
Tuan Yang di-Pertua, saya minta dia tarik balik kenyataan “DG takut mati”.
Kita kaji semua.
Saya minta Yang Berhormat Bintulu tarik balik kenyataan “DG takut mati”.
Memang itu DG takut mati. Apa fasal doktor semua turun sampai sekarang dia bikin apa?...
Saya minta Yang Berhormat Bintulu tarik balik kenyataan “DG takut mati”.
Yang Berhormat Jelutong.
Kenapa dia tak turun? Sekarang Sabah...
Saya minta Yang Berhormat Bintulu tarik balik kenyataan “DG takut mati”.
Tuan Yang di-Pertua, DG ini...
Saya tidak akan benarkan dia hentam DG.
For the side of the frontliners... [Dewan riuh] [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua, DG dan frontliners put themselves as sacrifice. Dia bantu rakyat. Janganlah kongkalikung.
Saya minta Yang Berhormat Bintulu tarik balik, minta maaf.
Yang Berhormat Jelutong.
DG is a frontliner. Jangan kurang ajar, Yang Berhormat Bintulu.
Ya, mereka berkorban... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Jelutong, duduk Yang Berhormat Jelutong.
Ini dia belum habis ucapan, dengar dulu... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Jelutong.
Kenapa backbenchers... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Jelutong duduklah. Duduk, duduk.
Yang Berhormat Jelutong duduk dululah. Dengar orang punya ucapan dululah.
Yang Berhormat Jelutong.
Dengar dulu, dengar dulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Bintulu tarik balik kenyataan “DG takut mati”.
Tak ada tarik balik.
Dengar dulu ucapan Yang Berhormat Bintulu... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua, are you going to send me out for asking him to apologize to the DG? [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua.
Saya hanya pertahankan... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Bintulu hina pegawai kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, I am asking Yang Berhormat Bintulu... [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat semua, duduk dulu. Duduk-duduk.
Masa COVID-19 melanda negara, DAP bagi Menteri Pelancongan cakap COVID-19 tidak ada masalah.
Tidak boleh kata DG takut mati. Tidak boleh kata macam itu. Hormati dia.
DAP kena minta maaf kepada DG.
Jangan hina pegawai kerajaan.
Jangan hina pegawai kerajaan. Saya minta Yang Berhormat Bintulu tarik balik kenyataan.
MP kerajaan hentam pegawai kerajaan... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat.
Saya minta DAP minta maaf kepada rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya...
MP kerajaan hina pegawai kerajaan. Tak malukah?
[Dewan riuh]
Yang Berhormat, duduk! Semua duduk! Saya hendak buat keputusan macam mana? Setiap kali saya hendak bercakap, Yang Berhormat semua hendak bercakap. Tidak payahlah saya jadi Tuan Yang di-Pertua kalau semua hendak bercakap.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Then you sit down. Sit down, Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong, macam mana saya hendak buat ruling if you are standing up? Sit down! Yang Berhormat Jelutong, sit down! Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong, how am I going to make a ruling kalau Yang Berhormat berdiri? Duduk! Duduk! Yang Berhormat Jelutong, duduk!
[Dewan riuh]
I will sit down... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Jelutong!
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Jelutong!
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Jelutong.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat Jelutong, I’m warning you, if you don’t sit down, you leave. Yang Berhormat Jelutong sit down before...Yang Berhormat Jelutong, you refused to sit down? Bentara, keluarkan Yang Berhormat Jelutong. Keluar Yang Berhormat Jelutong, keluar, keluar, keluar. Is that...keluar. Keluar, no, no. Keluar Yang Berhormat Jelutong.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Get out.
[Dewan riuh]
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengar saya hendak bercakap ini. Yang Berhormat Arau duduk Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat, apa pun dalam perbahasan, apa pun habiskan perbahasan. Kalau hendak minta maaf ke, hendak terangkan ke, kalau boleh buat masa perbahasan, buat dalam masa perbahasan sebab kita tidak ada masa. Jadi, Yang Berhormat Bintulu, sekarang ini Yang Berhormat Bintulu, saya dengar apa yang Yang Berhormat Bintulu cakap. Jadi Yang Berhormat Bintulu nak terangkan atau Yang Berhormat Bintulu hendak tarik balik? Terpulang pada Yang Berhormat Bintulu. Akan tetapi tinggal 5 minit 35 saat, saya tidak akan tambah.
Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Mana boleh. Dia sudah kacau saya punya masa sampai habis.
Saya tidak hendak tambah. Silakan Yang Berhormat Bintulu, hendak minta maaf ke hendak terangkan ke?
Tak ada tarik balik. Ini pun daripada frontliners kita.
Sambung perbahasan Yang Berhormat Bintulu, sambung perbahasan.
Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua. Ringkas sahaja.
Dia ada lagi lima minit, saya tidak akan bagi dia tambahan masa.
Tidak boleh, tak boleh. Saya terus kata...
Point of order.
Yang apa Yang Berhormat Pasir Gudang? Kejap.
Masa sudah tiada. Saya mahu terangkan.
Tuan Yang di-Pertua, Aturan 36(9). Saya baca ringkas.
Ya saya tahu. Tidak payah baca, apa dia.
“Dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebutkan kelakuan atau sifat siapa-siapa Ahli-ahli Parlimen atau siapa-siapa pegawai kerajaan selain daripada kelakuan pada menjalankan urusan sebagai Ahli Parlimen atau pegawai kerajaan.” Yang Berhormat Bintulu telah menyebut tadi tentang
Ketua Pengarah (DG). Ini tertakluk di bawah Peraturan Mesyuarat 36(9). Saya minta Yang Berhormat Bintulu tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Apa ini cerita, itu bukan...Nak tarik balik apa? Frontliners pun kata, kenapa DG dia tidak datang?
Yang Berhormat Pasir Gudang, duduk. Yang Berhormat Bintulu sudah, saya tambah masa Yang Berhormat Bintulu.
...... dia takut mati. Apa salah?
Yang Berhormat, saya dah jawab. Yang Berhormat Pasir Gudang, saya sudah jawab, saya sudah bagi peluang kepada Yang Berhormat Bintulu, hendak minta maaf atau dia hendak terangkan. Dia kata dia tidak hendak minta maaf. Betul Yang Berhormat Bintulu?
Kita minta dia tarik balik.
Tak ada tarik balik.
Dia hendak sambung, biar dia sambung perbahasan dia.
Ini suara daripada frontliners, suara daripada rakyat. Apa salahnya?
Tuan Yang di- Pertua...
Saya bukan sumpah dia mati, saya kata kenapa dia takut mati?
Tuan Yang di- Pertua...
Hantar orang lain pergi, dia sendiri tidak boleh turun padang. Ada salahkah?
Tuan Yang di- Pertua, kita...
Ini kungkalikung hendak publisiti sahaja.
Tuan Yang di- Pertua, very clear Tuan Yang di-Pertua.
DG takut mati ini Yang Berhormat Bintulu, keluar daripada Bintulu.
Tuan Yang di- Pertua, boleh saya...
Ya, peraturan mana?
Saya menambah kepada apa yang ditimbulkan oleh...
Peraturan mana Yang Berhormat Bukit Gelugor?
Peraturan yang sama.
Peraturan berapa tu Yang Berhormat Bukit Gelugor?
The same one.
Which one is that?
Peraturan 36(9). Saya percaya ia telah pun dibacakan oleh rakan saya, Yang Berhormat Pasir Gudang tadi. Now, aduan dia adalah ini Tuan Yang di-Pertua, boleh saya at least jelaskan? Terima kasih. Aduannya adalah ini, sekiranya satu ruling tidak dibuat oleh Tuan Yang di- Pertua. Maka kelakuan Yang Berhormat Bintulu, akan will go unescaped...
Tak pe, ini punya cerita jam tidak kasi berhenti.
Saya belum habis.
Ini memang kongkalikung.
Yang Berhormat Bintulu, duduklah, duduk.
Yang Berhormat Bintulu, sekejap.
Boleh saya habiskan, at least. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya satu ruling tidak dibuat, saya faham Tuan Yang di-Pertua telah pun memberi peluang kepada Yang Berhormat Bintulu either you jelaskan or you carry on. That is fair enough. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, satu ruling perlu dibuat sama ada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bintulu itu boleh dilepaskan atau tidak. Oleh sebab – wait, wait. Oleh sebab, berdasarkan kepada ruling itu, kita boleh ambil tindakan susulan ataupun Yang Berhormat Bintulu boleh ambil tindakan susulan. That is the purpose of a ruling. So, the matter cannot be left, dengan izin unattended to without a ruling, Tuan Yang di-Pertua with the greatest of respect. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya sudah buat ruling. Saya bagi keputusan untuk Yang Berhormat Bintulu buat decision. Keputusan Yang Berhormat Bintulu, hendak sambung maknanya dia hendak tarik balik ataupun dia hendak berikan penerangan. Dia kata dia hendak berikan penerangan. Jadi, saya terima penerangan dia Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Gelugor baharu masuk tadi.
All right. So, boleh- boleh.
Itu penerangan dia dan saya terima.
That’s okay. That’s okay Tuan Yang di-Pertua, as long as that is the ruling.
Itu ruling saya.
That means Tuan Yang di-Pertua has accepted his refusal...
Dia terangkan saya...
His refusal to explain?
No-no. Bukan dia tidak... He didn’t refuse, he explained. Yang Berhormat Bukit Gelugor tidak ada dalam Dewan tadi, Yang Berhormat baharu masuk.
Yes.
Akan tetapi dia sudah explained, ia dah masuk dalam Hansard. Yang Berhormat boleh check Hansard esok, terpulang kepada Yang Berhormat.
Kita tidak ada masalah dengan itu as long..
Akan tetapi saya dengar penerangan dia. Saya terima dalam keadaan saya di sini.
Very well. If that is the ruling, then we accept that.
Saya terima dan saya suruh dia teruskan.
All right. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Silakan Yang Berhormat Bintulu.
Ini memang sengaja sahaja. Semua orang hendak propa-propa tak mahu kasi saya bahas.
Dah dekat pukul dua petang, apa dia Yang Berhormat Arau? Peraturan mana Yang Berhormat Arau?
Ini satu lagi paling mustahak.
Sekejap Yang Berhormat Bintulu. Ada peraturan mana lagi Yang Berhormat Arau?
Tak, saya hendak masuk yang sama. DAP kena...
Yang Berhormat, peraturan mana Yang Berhormat Arau?
Yang Berhormat Arau ini pukul dua petang sahaja dia lupa makan ubat.
Sama sahaja tadi. Saya hendak beritahu, DAP kena minta maaf kepada DG Kesihatan sebab semasa COVID-19 berlaku, mereka bagi Yang Berhormat Menteri Pelancongan yang berucap. Perbuatan ini menghina pegawai-pegawai kerajaan. Sepatutnya, Yang Berhormat Menteri Pelancongan berucap, Menteri Kesihatan ada sebelah tu menyebut bahawa COVID-19 ini tidak bahaya. Jadi, DAP kena minta maaf kerana perbuatan mereka...
Jangan politikkanlah. Ini kesihatan rakyat, nyawa rakyat. Yang Berhormat Arau jangan politikkan.
Yang Berhormat Arau... Yang Berhormat Bayan Baru duduk. Yang Berhormat Arau, sekejap...
Kerajaan cemburu, DG popular.
Yang Berhormat Arau... Yang Berhormat Bintulu, biar saya selesaikan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, sebenarnya, kita bincang tentang ucapan Yang Berhormat Bintulu. Jadi kalau Yang Berhormat tidak puas hati dengan parti-parti politik, itu Yang Berhormat buat di sidang luar. Dalam Dewan ini berkenaan dengan Yang Berhormat Bintulu. Saya hendak bagi dia injury time...
Baiklah Tuan Yang di-Pertua, baiklah. Terima kasih.
Yang Berhormat Arau mengelirukan Dewan.
Sekarang Yang Berhormat Bintulu boleh tak saya akan bagi tambahan masa lima minit, Yang Berhormat Bintulu habiskan.
Sudah habis masa.
Yang lain...
Tuan Yang di-Pertua, kita mustahak, SOP mahu diterangkan. Jangan macam semalam, kita punya SOP tidak berapa terang. Agensi-agensi ataupun penguat kuasa, dia orang interprete sendiri. Macam dua orang boleh dalam kereta. Bila polis jalankan tugas, polis kata tidak boleh dua-dua duduk
depan. Satu driver depan, satu orang di belakang. Orang pun sudah pening, semua orang RM1,000. Tidak patut macam tulah. Kalau macam ini, kita masuk kapal terbang pun mahu ada distancing. Kapal terbang tiada, semua penuh dalam sana. Apa masalah dia duduk dia punya keluarga dia duduk dalam satu kereta. Dua orang sahaja. Ini sudah jadi keliru, rakyat marah. Dalam sekarang, keadaan yang susah. Kenapa kita tidak terangkan, kita kasi saman RM1,000 untuk sekarang COVID-19 punya masalah. RM1,000 tu wang banyak besar, untuk orang bawah B40. Janganlah buat sebegitu. MKN pun mesti lihat ini barang, mesti diterangkan kepada semua agensi, apa sepatut standard SOP. Jangan hari-hari kita belajar macam PH, hari-hari U-turn, U-turn, orang hentam U-turn. Itu macam serupa Yang Berhormat Arau, kita tengok berapa kali sudah U-turn. Macam di petrol station, orang di luar isi minyak, tak masuk itu kedai pun kena saman. Semalam dia keluar, clarify. Oh! tidak masuk itu tidak. Akan tetapi itu orang sudah kena saman RM1,000. Itu tidak adillah kepada rakyat. Saya harap ini diperbaiki untuk kita. Ini KKM mesti mahu diterangkan, ini SOP keluar daripada KKM. Mesti mahu diterangkan. Isu kedua, kenapa saya kata ini DG, humanitarian tiada? Macam baharu- baharu ini di Sibu, ada satu orang mati, kena rogol dan bunuh di Taiwan. Bila dibakar, dia bawak balik dia punya abu, kita sudah memohon terus transit kepada Sarawak dia balik. Sarawak sudah kasi kelulusan, sudah bagi SOP. Dia tidak mahu kasi transit, dia kata terus kuarantin sini. Saya terus terang saya beritahu dia punya pegawai, kalau dia tidak kasi kelulusan, saya akan hantar ini abu pergi dia punya pejabat suruh dia sembahyang 14 hari. Kita fikirlah, jangan salah guna kuasa.
Sepatut kita mesti ada satu jawatankuasa campur pakar-pakar daripada swasta juga sama kerajaan. Barulah bagi nasihat. Janganlah satu orang buat keputusan. Dia memang gila kuasa. Janganlah buat sebegitu. Ini emergency case. Dia sudah buat swab test daripada Taiwan, negatif sebelum sehari dia balik. Sepatutnya kita swab test di sinilah. Selepas itu kasi dia balik Sarawak. Sarawak pun buat swab test. Inilah saya marah. Kenapa kita buat macam itu. Tuan Yang di-Pertua, okey saya tidak mahu panjang lebar fasal saya ada satu isu lagi.
Yang Berhormat, sedikit Yang Berhormat. Yang Berhormat sedikit sahaja. Jadi Yang Berhormat sekarang ini, Yang Berhormat sekarang ini...
Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bintulu sudah tinggal tiga minit. Boleh bagi kah tidak? Sekejap Yang Berhormat Arau.
Boleh, boleh. Dia bos. Saya tidak bagi, esok saya susah.
Ya, saya bos.
Okey, silakan Yang Berhormat Arau.
Maksudnya Yang Berhormat tidak kompelin kepada DG, menegur DG tetapi Yang Berhormat ini minta supaya SOP itu dilihat supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat. Macam itu kah Yang Berhormat?
Ya, memang. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mahu soal lagi isu Lebuhraya Pan Borneo ini. Banyak kali kita sudah soalkan dalam Dewan ini. Ini kontraktor daripada Hock Seng Lee Berhad joint venture (JV) sama Dhaya Maju Infrastructure (Asia) SB (DMIA) sama Musyati Sdn Bhd, Mudajaya Group Berhad. Ini dua kontraktor. Ini seksyen dia dua-dua kontraktor bina Bintulu ke Sibu, Sibu kepada Bintulu. Ini the main access untuk rakyat antara dua buah negeri, even though sampai Miri, sampai Limbang ataupun pergi Kuching. Kita kualiti pembinaan memang banyak teruk. Berapa kali dalam mesyuarat, janji demi janji. Akhir sekali tidak buat. Rakyat
persoal. Saya keluar surat khabar, apa sudah jadi dalam mesyuarat. Saya kata kontraktor ini dia punya kuli pun lagi tabah daripada buaya. Tidak boleh, masuk punya apa sudah mesyuarat dalam sana kita sudah janji. Kenapa kontraktor ini tidak lihat kesusahan rakyat seperti tayar pancit, undercarriage, rosak, kemalangan, hilang nyawa. Kontraktor ini buat tidak tahu. Atas signage tidak ada, tidak ada! Malam hujan tidak boleh nampak diversion di mana. Berapa kali sudah accident? Saya mahu tanya Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, kalau kontraktor sudah 100 kali cerita tidak mahu dengar, kita sepatutnya ambil tindakan. Projek semua delay. Kita terminate lah, bagilah kontraktor baru yang mampu dan boleh tunaikan apa yang dijanjikan. Fasal dalam masa pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, LPU masa itu sudah janji sama orang Sarawak, kita mesti jadi kontraktor world class, the best contractor in Sarawak. Akan tetapi akhir sekali kenapa boleh jadi macam ini? Saya mahu tanya, apa tindakan Kementerian Kerja Raya akan ambil? Adakah Kementerian Kerja Raya akan ambil tindakan, take into seriously and look into it, kalau betul-betul tidak boleh, terminate kan kedua-dua kontraktor ini. Saya difahamkan ada satu kontraktor, dia punya subkontraktor pun semua sudah lari fasal tidak bayar wang sama sub kontraktor. Tuan Yang di-Pertua, ada isu lagi saya tidak cerita lagi fasal tiga limit, lima minit mahu habis tetapi akhir sekali saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tadi bagi tambahan lima minit. Sekian, terima kasih. Saya memohon menyokong Belanjawan 2021.
Penjelasan, penjelasan. Lagi sekali ingin membuat pernyataan rasmi bahawa kita bukan menegur DG tetapi kita...
Tuan Yang di-Pertua, ini tidak ada kena-mengena dengan Yang Berhormat Arau. Kalau Yang Berhormat Bintulu, kenyataan daripada Yang Berhormat Bintulu, biar Yang Berhormat Bintulu yang putuskan sama ada dia hendak tarik balik atau dia hendak kekal dengan statement dia. Tidak payahlah Yang Berhormat Arau hendak masuk campur.
Tidak, tidak. Tadi Yang Berhormat Jelutong cakap kamu... [Tidak jelas] Sekarang ini saya cakap bahawa Yang Berhormat Bintulu tidak komen pasal...
Saya lihat Yang Berhormat Arau berdiri dan berdiri. Ini menunjukkan Yang Berhormat Arau tahu apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bintulu itu telah menyakitkan semua orang. Yang Berhormat Bintulu telah menyakitkan semua orang. Itu hakikat.
...DG tetapi Yang Berhormat Bintulu komen pasal SOP. Ini adalah merupakan kenyataan rasmi Pakatan Harapan.
Yang Berhormat Arau tidak payah hendak tutup untuk dia. Ini semua orang sudah faham.
Hei! Saya dengan Yang Berhormat Bintulu satu parti. Saya dengan Yang Berhormat Bintulu satu parti. Dia parti mana. Jangan menyibuk. Ini penyibuk.
Saya lebih risau Tuan Yang di-Pertua, yang saya lebih risau... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kota Melaka saya sudah buat keputusan.
Yang Berhormat Arau tidak payah cover untuk dia.
Yang Berhormat semua, sekejap.
Yang Berhormat Arau tidak perlu hendak cover... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Ini soal parti saya. DAP, DAP punya hal. Kami, kami punya hal. Saya...
Yang Berhormat...
Fasal parti cakap dekat luarlah. Yang Berhormat Bintulu tak nak tarik balik, itu Yang Berhormat Bintulu punya hal.
Yang Berhormat Bintulu, sudah habis bahas?
Ya, Yang Berhormat Bintulu seperti mana soalan saya tadi.
Yang Berhormat Arau, sudah habis bahas? Sudah lebih daripada pukul 2. Sekejap. Yang Berhormat semua, sebelum...
Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin jelaskan di sini sekali lagi. Saya cuma suarakan daripada rakyat. Rakyat kenapa kata contoh macam Sabah COVID-19 begitu hebat, kenapa DG tidak turun? Dia hantar bantuan sahaja.
Patut turun adalah Menteri, bukan DG. [Sistem pembesar suara dimatikan]
DG takut mati. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Yang Berhormat. Yang Berhormat, kita sudah habis pukul 2.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bintulu semua ulang sekali lagi dia kata DG takut mati. Dengar tak Tuan Yang di-Pertua? Itu yang dia sebut.
Duduklah. Yang Berhormat Kota Melaka, saya sudah buat keputusan. Sekejaplah, macam inilah. Yang Berhormat, sudah lebih pukul 2. Kita sudah hendak habis hari ini. Siapa yang tidak puas hati, buatlah tindakan susulan tidak puas hati kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah buat ruling. Satu benda saya hendak cakap sebelum saya habis, yang lebih penting Yang Berhormat semua saya setuju dengan apa Yang Berhormat Jelutong cakap tadi. Saya perhati Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan Yang Berhormat Menteri sorang satu kena ada, Kementerian Kewangan. Oleh sebab ini adalah perkara yang penting dan kita dalam Dewan ini tidak ramai. [Tepuk] Jadi saya hendak ulang apa yang Tuan Yang di-Pertua beritahu. Jadi, saya hendak mintalah Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri ada dua, tolonglah duduk dalam Dewan apabila perbahasan dilaksanakan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Setuju.
Oleh sebab isu ini isu yang sangat penting kerana belanjawan. Saya tahu semua orang sibuk, kita pun sibuk. Jadi, saya hendak ulangi arahan daripada Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya hendak minta saya tak nak cakap lagi. Tolonglah pesan kepada kawan-kawan kita Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri, salah satu kena ada sebab mereka kena dengar isu-isu. Ini saya tengok Yang Berhormat Menteri banyak tidak ada. Saya faham semua orang sibuk tetapi ini isu belanjawan, isu yang begitu penting. Jadi dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 12 November 2020.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 2.07 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Menukar Bulatan SS15, Subang JayaSpecial Chamber
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudi untuk menjawab soalan saya. Soalan saya ringkas, sila nyatakan hasil kajian pihak kementerian untuk menukar bulatan SS15 Subang Jaya ke persimpangan yang berlampu isyarat. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu saya, dia sebenarnya dahululah pada tahun 2001 adalah memang duduk di kawasan situ. Terima kasih.
Sila, Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya atau Timbalannya untuk menjawab.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Subang di atas soalan yang dikemukakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil semakan mendapati bahawa bulatan SS15 Subang Jaya yang di bawah pemantauan dan penyenggaraan Lembaga Lebuhraya Malaysia melalui syarikat konsesi iaitu New Pantai Expressway Sdn. Bhd. (NPE) adalah merupakan Bulatan Kewajipan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat Konsesi iaitu New Pantai Expressway Sdn. Bhd.
(NPE) telah melantik juru perunding trafik untuk mendapatkan cadangan penyelesaian bagi mengatasi masalah kesesakan ini dan hasil kajian mendapati bahawa kesesakan ini hanya berlaku pada waktu puncak.
Juru perunding juga mencadangkan agar jalan susur keluar (dedicated lane) dengan izin, disediakan di setiap jalan susur bagi membolehkan kenderaan membelok ke kiri tanpa perlu menunggu bulatan bagi mengatasi masalah kesesakan yang berlaku.
Jadi kerja penandaan semula garisan jalan di bulatan berkenaan akan dilakukan oleh pihak NPE dan bagi membolehkan dua lorong sedia ada dikekalkan dan jalan susur keluar (dedicated lane) akan disediakan sebagai untuk memudahkan laluan.
Kerja-kerja berkenaan dijadualkan akan disiapkan sebelum akhir November 2020 dan juga tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi selepas ini saya boleh serahkan satu salinan overall layout kepada Yang Berhormat untuk rujukan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pencapaian Matlamat 30 Peratus Pemilikan Saham Ekuiti BumiputeraSpecial Chamber
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan ke atas isu pencapaian matlamat 30 peratus pemilikan saham ekuiti bumiputera.
Semenjak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serentak dengan Rancangan Malaysia Kedua yang berdasarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), pencapaian 30 peratus pemilikan saham ekuiti bumiputera telah ditetapkan sebagai salah satu matlamat utama yang perlu dicapai menjelang tahun 1990.
Walau bagaimanapun, matlamat tersebut masih tidak tercapai dan tetap termaktub dalam RRJP2 dan RRJP3 serta sepanjang RMK3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 dan 11 dan terkini dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Yang Berhormat Menteri, penilaian yang lebih jujur dan adil perlu dijalankan ke atas sesuatu dasar yang telah 50 tahun masih tidak tercapai matlamatnya. Pengiraan ekuiti ini tidak melihat kepada transaksi jual beli dan hanya berdasarkan maklumat pegangan saham pada akhir tahun kewangan.
Pendekatan ini membenarkan ekuiti dijual untuk memastikan matlamat 30 peratus tidak tercapai supaya menjustifikasikan penganugerahan ekuiti bumiputera tetap relevan sepanjang hayat. Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan bagaimana matlamat dasar mampu tercapai selagi pendekatan ini masih wujud.
Dasar Liberalisasi Ekonomi turut menyumbang kepada peningkatan pemilikan ekuiti asing yang secara langsung mengurangkan pemilikan ekuiti bumiputera. Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan tindakan yang diambil untuk mengurangkan percanggahan dasar tersebut berlaku.
Minta Yang Berhormat Menteri menyatakan, selain daripada institusi dan agensi Amanah, adakah badan koperasi seperti NAFAS dan Bank Rakyat serta ekuiti yang dipegang oleh Yayasan Islam dan Majlis Agama Islam Negeri diambil kira dalam jumlah ekuiti yang dimiliki bumiputera.
Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan adakah ekuiti yang dimiliki oleh Muslim bukan Melayu yang memenuhi syarat takrifan sebagai status Melayu di bawah perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, diambil kira sebagai ekuiti bumiputera.
Yang Berhormat Menteri, terdapat beberapa jenis pendaftaran di bawah SSM. Selain daripada Sendirian Berhad, adakah pendaftaran perniagaan SSM juga turut diambil kira nilai ekuiti. Terdapat banyak syarikat khususnya pendaftaran perniagaan SSM tidak hantar penyata tahunan kepada SSM, minta menjelaskan bagaimana pengiraan diambil jika syarikat dan perniagaan tersebut tiada menyerah penyata kewangan.
Minta Yang Berhormat Menteri senaraikan pecahan jumlah nilai dan peratus ekuiti bumiputera yang dimiliki oleh setiap institusi, agensi Amanah dan kategori institusi lain yang menyumbangkan kepada jumlah ekuiti terkini.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sila Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawabnya.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar dan terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam konteks pemilikan ekuiti korporat bumiputera kerajaan memang telah menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera di peringkat nasional sejak DEB diperkenalkan pada tahun 1971.
Malang, as you have correctly mentioned, hasrat ini masih belum tercapai.
Dalam data terkini yang dilaporkan adalah bagi tahun 2015 bagi pemilikan ekuiti sektor korporat bumiputera adalah 16.2 peratus, bukan bumiputera 30.7 peratus, pemilikan asing 45.3 peratus dan nomini 7.8 peratus.
Kedudukan ini jelas tidak setara dengan peratus komposisi dalam jumlah penduduk warganegara iaitu ketika itu 2015 hampir 70 peratus adalah bumiputera manakala etnik Cina – 23 peratus dan etnik India – 7 peratus.
Untuk makluman Yang Berhormat, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan sentiasa membuat penilaian semula ke atas semua perancangan dasar, strategi dan inisiatif melalui Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia berkaitan. Semakan ini melibatkan keseluruhan kementerian, agensi, jabatan di peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.
Di samping itu, penglibatan daripada pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan berasaskan komuniti (CBO) menggunakan pendekatan penggubalan dasar secara bottom-up dan sesi libat urus dengan pelbagai pihak sebelum dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri dan Parlimen.
Walaupun hampir 50 tahun sasaran sekurang-kurang 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera ini ditetapkan, namun realitinya ketika ini bumiputera masih berada di dalam kedudukan tercorot dari segi pemilikan kekayaan dan pendapatan. Lebih membimbangkan, 71.4 peratus daripada kumpulan pendapatan isi rumah B40 adalah terdiri daripada bumiputera.
Bagi isu pendekatan pengiraan ekuiti pula, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ia adalah berdasarkan maklumat pegangan saham sesebuah syarikat pada akhir tahun kewangan melalui Penyata Tahunan yang diserah simpan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Oleh itu, pengiraan ekuiti ini tidak melihat kepada transaksi pembelian atau penjualan saham.
Dasar Liberalisasi Ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah bagi memastikan ekonomi negara berkembang dengan pesat tanpa menjejaskan pemilikan ekuiti rakyat tempatan. Sehubungan itu, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia sentiasa meneliti dasar, strategi dan inisiatif yang dilaksanakan agar memberi peluang, manfaat dan kelebihan yang saksama kepada rakyat termasuk bumiputera, tanpa meminggirkan mana-mana etnik di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap pemilikan saham sama ada oleh individu atau institusi bumiputera dan bukan bumiputera, asing dan nomini dalam syarikat yang didaftar di SSM dan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia akan diambil kira dalam pengiraan ekuiti ini.
Pengiraan ekuiti sektor korporat ini adalah berdasarkan nilai pegangan saham sesebuah syarikat mengikut etnik yang didaftar di SSM dan disenaraikan Bursa Malaysia. Faktor agama tidak diambil kira dalam pengklasifikasian pengiraan ekuiti ini. Pengiraan ekuiti juga adalah berdasarkan syarikat Sendiri Berhad dan Berhad yang telah menyerah simpan laporan tahunan dan laporan kewangan syarikat kepada SSM. Syarikat berstatus enterprise atau milikan tunggal tidak diambil kira dalam pengiraan ini kerana tidak perlu menyerah simpan kedua-dua laporan tersebut kepada SSM.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Syarikat Pengurusan Dana Ekuiti Persendirian iaitu Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan penjanaan kekayaan serta penglibatan bumiputera secara saksama dan mampan berlandaskan prinsip mesra pasaran, merit dan telus menerusi penubuhan syarikat-syarikat peneraju generasi baharu di Malaysia.
Sejak penubuhan Ekuinas pada tahun 2009 hingga 31 Disember 2019, ianya berjaya meningkatkan ekuiti bumiputera ke RM5.4 bilion bersama dengan 1.5 kali ganda modal yang dilaburkan. Ini bermakna ada anjakan ataupun ada improvement dari segi pemilikan ekuiti bumiputera.
Melalui model yang dipraktikkan ini, Ekuinas akan dapat mengembangkan ekuiti bumiputera di Malaysia dan meningkatkan penciptaan serta pemilikan kekayaan bumiputera dalam jangka masa panjang. Walaupun, Ekuinas tidak membuat pelaburan strategik seperti Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ataupun Kumpulan Wang Persaraan
(KWAP).
Ahli Yang Berhormat Alor Setar juga meminta senarai pecahan jumlah nilai dan peratus ekuiti bumiputera yang dimilik oleh setiap institusi, agensi Amanah dan kategori institusi lain yang menyumbangkan kepada jumlah ekuiti terkini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan akan mengumumkan status terkini pemilikan ekuiti sektor korporat bagi tahun 2016 hingga 2018 dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 yang dijangka pada awal tahun 2021. Justeru kita kena lihat sekiranya kita perlu gubal kembali dasar dalam Rancangan Malaysia yang seterusnya.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sejujurnya, saya berpandangan bahawa hakikat kumpulan bukan bumiputera kurang memberi sambutan dan kerjasama dalam membantu pihak kerajaan untuk pelaksanaan agenda pemerkasaan bumiputera yang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya percaya jika semua pihak memainkan peranan dan memberikan sokongan atas setiap dasar yang diputuskan oleh kerajaan termasuklah dasar pemilikan ekuiti korporat bumiputera ini, maka sasaran akan dapat dicapai dalam masa jangka yang sederhana. Terima kasih, itulah jawapan kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Alor Setar.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, dengan itu tamat sesi ucapan di bawah usul berkenaan perkara tadbir kerajaan Peraturan Mesyuarat 17 pada hari ini. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 12.00 tengah hari esok Khamis, 12 November 2020. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 12.16 tengah hari]