Dewan Rakyat · 30 November 2020

15th Parliament, session 3, meeting 3 · 784 turns · 42,856 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

(Pembukaan)

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, sebelum pertanyaan, saya ada masalah di kawasan saya dan saya ingin mengemukakan sekarang.

(Pembukaan)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Boleh tunggu selepas satu jam sesi soal jawab lisan...

(Pembukaan)

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tidak. Sikit saja, sikit saja Tuan Yang di-Pertua sebab ini mustahak untuk rakyat.

(Pembukaan)

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh, boleh.

(Pembukaan)

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Bagi saya. Ini disebabkan rakyat seksa di sana. Dua ke tiga minit saja.

(Pembukaan)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi satu minit saja.

(Pembukaan)

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Okey, okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. PKPD telah dilaksanakan di kawasan saya di Padang Serai mulai 27 November hingga 10 Disember 2020. Penduduk setempat telah berdepan dengan beberapa masalah seperti bantuan makanan tidak disediakan dan urusan pembelian makanan juga dihadkan. Tambahan pula, kawasan tersebut telah dilanda banjir kilat pada 28 November 2020 yang telah menyukarkan lagi hidup penduduk di kawasan tersebut. Pada masa yang sama, bagi orang yang memerlukan rawatan kritikal seperti dialisis juga mengalami kesukaran untuk meneruskan rawatan tersebut. Bagi saya, sebelum melaksanakan PKPD di sesuatu kawasan, biarlah ada persiapan dan perancangan yang rapi dan teliti dengan mengambil kira kebajikan masyarakat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Shaharizukirnain bin Abdul KadirPAS · PNSetiu · question

1. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan tahap penglibatan para graduan dalam inisiatif program Jana Graduan Usahawan Hijau (JAGUH) bagi memastikan kempen kesedaran dan partisipasi golongan muda dalam bidang ekonomi hijau.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah wassalatu wassalamu a'la Rasulillah. Selamat pagi semua dan semoga pagi ini kita sentiasa diberkati Allah SWT. Insya-Allah. Memulakan perbahasan ataupun perbincangan kita di Dewan yang mulia ini, saya ingin menarik perhatian pada soalan pertama yang dibangkitkan Ahli Parlimen Setiu. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan seluruh ahli Majlis, program Jana Graduan Usahawan Hijau (JAGUH) adalah program yang dilaksanakan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Objektif utama program ini ialah dibangunkan untuk membantu graduan muda supaya lebih berdikari dalam menjana pendapatan sara diri melalui kaedah keusahawanan dalam bidang-bidang kemahiran industri hijau. Selaras dengan usaha kerajaan untuk memperluaskan pembangunan ekonomi hijau di negara ini. Program JAGUH dibangunkan berdasarkan bidang-bidang kemahiran industri hijau mengikut sektor dan subsektor di bawah Pelan Induk Teknologi Hijau 2017-2030. Antara bidang-bidang kemahiran yang telah dikenal pasti termasuk perkhidmatan audit tenaga, perundingan pengurusan tenaga dan gaya hidup hijau, perkhidmatan kitar semula dan pelbagai bidang lain yang sedang dikenal pasti. Senarai bidang kemahiran tersebut akan diperluas mengikut kesesuaian permintaan pasaran serta menepati sasaran Pelan Induk Teknologi Hijau. Strategi utama pembangunan kemahiran di bawah program ini ialah berdasarkan konsep apprenticeship di mana usaha meningkatkan kompetensi graduan yang dikeluarkan oleh universiti. Nilai kebolehpasaran graduan akan meningkat setelah mereka berjaya menguasai kemahiran teknikal tertentu serta mendapat pendedahan awal pengalaman bekerja di bawah program ini. Secara ringkas, suatu ekosistem keusahawanan telah pun dibangunkan di bawah program JAGUH bagi memastikan objektif utama dapat dicapai. Program JAGUH ini berada dalam proses pembangunan modul, mengenal pasti rakan strategik serta permohonan dana daripada kerajaan dan pihak swasta. Promosi program JAGUH akan diadakan secara berperingkat mulai tahun 2021 bagi menarik perhatian semua pihak yang berminat. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, program JAGUH ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk membantu graduan muda lebih berdikari dan menjana pendapatan melalui program keusahawanan. Mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan secara terperinci kaedah pelaksanaan program ini dan berapakah universiti yang terlibat dengan program ini?

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Untuk makluman Yang Berhormat, program JAGUH ini dilancarkan pada bulan Januari tahun depan. Kita dalam sebagaimana yang saya telah jawab tadi, kita dalam merangka tentang beberapa mekanisme dan melibatkan beberapa pihak universiti. Jadi, untuk sehubungan dengan itu, untuk kumpulan pertama program JAGUH ini, kita jangka akan melibatkan tiga aliran iaitu: (i) JAGUH pengurusan tenaga; (ii) JAGUH produk hijau; dan (iii) JAGUH pertanian bandar. Bagi setiap aliran, disasarkan pengambilan kumpulan pertama seramai 100 orang graduan. Graduan yang terlibat ialah graduan lepasan IPTA dan IPTS yang masih tidak mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian ataupun graduan lepasan IPTA atau IPTS yang kini mempunyai pekerjaan yang tidak bertepatan dengan tahap kelayakan akademik mereka. Jadi, sehubungan dengan itu, untuk makluman Yang Berhormat, ketiga-tiga program JAGUH ini akan dimulakan menjelang tahun 2021. Untuk makluman juga, dalam tempoh tahun ini, kita telah pun mengenal pasti beberapa universiti dan telah pun turun ke Universiti Sains Malaysia. Oleh sebab kekangan COVID-19, program terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Jerlun.

Mukhriz bin MahathirBERSATU · PHJerlun · question

2. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapa caj yang dibayar oleh kementerian kepada vendor- vendor yang mengendalikan Program Kursus Pembangunan Usahawan B40 bagi pihak Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), dan senaraikan vendor-vendor tersebut. Berapakah peserta yang telah memanfaatkan program ini?

Tuan Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih

Tuan Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Jerlun yang membangkitkan soalan. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita ketahui, rakyat yang tergolong dalam kategori B40 merupakan golongan yang paling terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19. Justeru itu, bagi memastikan golongan ini terus terbela untuk meneruskan kelangsungan hidup, pelaksanaan skim B40 Development telah pun dilaksanakan melalui inisiatif PENJANA HRDF di bawah Kementerian Sumber Manusia. Skim B40 Development ini bertujuan untuk melengkapkan golongan pekerja yang terdiri daripada kategori B40 dengan kemahiran dan pengetahuan khusus melalui latihan berkemahiran tinggi dan memperoleh kemahiran keusahawanan, seterusnya meningkatkan pendapatan dalam pelbagai industri. Inilah usaha-usaha yang telah kita jalankan melalui KSM di bawah HRDF. Seterusnya daripada segi caj kursus yang diluluskan seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerlun, kursus yang diluluskan oleh PSMB ini ia terbahagi kepada dua elemen iaitu yuran kursus dan juga kit permulaan, dengan izin starter kit yang diberikan kepada pelatih setelah menamatkan latihan. Caj kursus ini boleh melebihi RM5,000 bergantung pada tempoh masa kursus berkenaan dijalankan dan juga kit permulaan yang diberikan kepada para pelatih. Secara purata, yuran kursus bagi seorang pelatih di bawah program ini adalah sebanyak RM5,000. Setakat 20 November 2020, seramai 22,851 orang pelatih telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM55.67 juta. Seramai 4,065 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan. Pelatih yang lain-lainnya, ongoing dengan izin, masih lagi berjalan. Di bawah inisiatif ini, sebanyak 35 pusat latihan telah pun diluluskan di mana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah penyediaan latihan tertinggi iaitu 45.7 peratus, diikuti dengan Selangor 28.6 peratus dan Pulau Pinang 11.4 peratus. Diminta oleh Yang Berhormat Jerlun berkenaan dengan senarai jumlah training provider ataupun syarikat-syarikat yang melatih mereka yang telah kita luluskan iaitu mempunyai lebih daripada 4,000 penyedia latihan ataupun training provider yang berdaftar. Seramai 1,200 penyedia latihan yang kita telah luluskan bagi mengikuti program di bawah inisiatif PENJANA HRDF. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan Yang Berhormat Jerlun, soalan tambahan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya, apakah pemantauan yang dilakukan ke atas semua peserta kursus ini bagi mengukur tahap kejayaan yang mereka capai dalam bidang keusahawanan? Apakah tindakan susulan yang dibuat bagi membantu mereka jika mereka menghadapi apa-apa masalah seperti pembangunan produk, pemasaran, modal permulaan, tenaga kerja dan sebagainya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun yang membangkitkan berkenaan dengan pemantauan dan juga susulan tindakan. Kita sudah– sebab itu kita menyebut angka-angka yang kita berikan dalam jawapan yang pertama tadi kerana kita mempunyai pemantauan yang agak rapat melalui HRDF. Ini disebabkan konsep yang ada kepada KSMB sekarang ini ataupun PSMB melalui KSM iaitu place and train. Place and train maknanya kita pastikan mereka mendapat peluang pekerjaan dahulu dan kita akan beri latihan. Di sini yang pertamanya, kita mendapat maklumat dan juga laporan apabila latihan telah diselesaikan, mereka kita bekalkan dengan starter kit terutamanya berkenaan dengan yang kita berikan kepada bantuan khusus. Ini bentuk pemantauan kita, bentuk yang kita lihat bagaimana untuk kita– apa yang kita beri kursus ini dimanfaatkan dengan betul terutamanya berkenaan dengan kursus membuat kuih. Kita telah berjaya memanfaatkan lebih kurang 900 orang yang mana kita akan beri starter kit iaitu microwave yang berharga di antara RM500 dan RM1,000. Di sinilah follow-up akan berlaku. Keduanya, kursus rawatan kecantikan yang mana sekarang ini pihak HRDF telah berjaya menjalankan 700 mereka yang menjalankan kursus rawatan kecantikan yang kita beri juga alat solek iaitu peralatan awal starter kit mereka sehingga RM1,000. Begitu juga dengan kursus menjahit. Ini adalah bentuk-bentuk pemantauan yang mana kursus-kursus yang telah dijalankan dan juga membuat kek dan kursus yang high

capacity ataupun kapasiti tinggi yang mana ini adalah pemantauan khusus yang kita lantik mereka untuk melihat pemantauan ini kerana ia berkapasiti tinggi seperti mana Aircraft Maintenance Licence Programme iaitu bersangkutan dengan aviation industry. Program Latihan Agropreneur B40, yang ini juga kita closely monitor, mengarahkan HRDF. Ketiganya, embracing digital work in digital economy. Begitu juga seterusnya iaitu termasuk MS Word, Excel and PowerPoint skill for business, Lean Six Sigma. Yang ini senang kita monitor. Saya ingat, saya banyak lagi senarai-senarai yang kita monitor dan kita pantau secara closely, dengan izin. Bermakna, mereka ini tidak terlepas selepas kita menjalankan konsep place and train. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tanjong Manis.

Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis · question

3. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa kes penyalahgunaan dan pengedaran dadah di kawasan Bintangor, Sarikei, Tanjong Manis dan Pulau Bruit. Berapakah jumlah tangkapan dan pendakwaan telah dilakukan oleh pihak PDRM?

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi juga kepada Yang Berhormat Tanjong Manis. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sedar sentiasa komited dalam membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini. Ia tidak terkecuali bagi kawasan Bintangor, Sarikei, Tanjong Manis dan Pulau Bruit di negeri Sarawak. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, jumlah kes penyalahgunaan dan pengedaran dadah serta jumlah tangkapan dan pertuduhan di kawasan Bintangor, Sarikei, Tanjong Manis dan Pulau Bruit di negeri Sarawak untuk tahun 2020 adalah seperti berikut. Di kawasan Bintangor, dalam kes pengedaran adalah tiga dan dalam kes memiliki sembilan, penyalahgunaan dadah sebanyak 54 dan ada 66 tangkapan. Terdapat lima pertuduhan dibuat dan jumlah kes mengikut kawasan adalah 137. Di kawasan Sarikei, pengedaran bekalan seramai enam orang, memiliki 42 kes, penyalahgunaan dadah sebanyak 247 kes. Jumlah tangkapan yang dibuat 325 dan jumlah pertuduhan yang dibuat adalah 55 dan jumlah kes mengikut kawasan adalah 671 semuanya. Di kawasan Tanjong Manis pula, pengedaran ada satu kes, memiliki ada dua kes, penyalahgunaan dadah adalah dalam enam kes, jumlah tangkapan 11 dan jumlah pertuduhan adalah dua kes. Jumlah keseluruhan kes adalah 22. Di kawasan Pulau Bruit pula, ada satu kes pengedaran dan dalam kes memiliki seramai empat orang, penyalahgunaan dadah ada enam dan jumlah tangkapan yang dibuat adalah 13. Jumlah pertuduhan dibuat adalah kosong dan jumlah kes mengikut kawasan adalah sebanyak 24. Jadi mengikut kepada kes-kes tersebut, jumlah kes mengikut kategori, kita dapati bahawa terdapat 11 kes pengedaran, memiliki 57, penyalahgunaan dadah 309 dan jumlah tangkapan 415 dan jumlah pertuduhan sebanyak 62. Jumlah kes mengikut kawasan 854 di keempat-empat kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan, silakan Yang Berhormat Tanjong Manis.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Menurut laporan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, jumlah kes adalah sebanyak 854. Jadi untuk satu tahun, saya rasa itu adalah jumlah kes yang agak tinggi.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Jadi, kes-kes najis dadah ataupun kadar jenayah bergantung terus kepada kehadiran, kekerapan rondaan, pemeriksaan yang dibuat oleh pihak berkuasa atau PDRM. Kawasan Pulau Bruit di Parlimen Tanjong Manis agak jauh dari balai-balai polis yang berdekatan dan terpaksa menggunakan feri untuk sampai ke kampung-kampung di kawasan utara pulau.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Saya ingin bertanya lagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sudah dibuat kajian untuk membina sebuah balai polis baharu di kawasan Semop di Pulau Bruit seperti yang saya bangkitkan pada sidang yang lepas? Dan soalan berkaitan, apakah sudah dibuat kajian tentang penambahbaikan balai polis di Kampung Belawai di mana balai polis tersebut sudah usang dan banyak kurang daripada segi kelengkapannya? Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan ini tidak menjurus kepada soalan asal tetapi saya akan cuba menjawabnya. Jumlah keseluruhan perjawatan di Balai Polis Daro adalah seramai 18 orang. Balai polis ini beroperasi dengan perjawatan yang diketuai oleh Ketua Balai Polis berpangkat sarjan dengan dibantu oleh 17 orang pegawai pangkat rendah. Jarak perjalanan antara Balai Polis Daro ke Pulau Bruit dianggarkan lebih kurang 15 kilometer dengan anggaran penduduk berjumlah 30,000 orang. Indeks jenayah yang direkodkan sepanjang tahun 2019 adalah 26 kes. Manakala dari 1 Januari 2020 hingga 20 November 2020 adalah sebanyak 21 kes. Namun, jumlah keseluruhan perjawatan di Balai Polis Kampung Belawai adalah seramai tujuh orang. Balai polis ini beroperasi dengan kekuatan anggota yang diketuai oleh Ketua Balai Polis berpangkat sarjan dengan dibantu lima orang pegawai pangkat rendah dan seorang kakitangan awam. Kawasan pentadbiran adalah seluas 590 kilometer persegi dengan penduduk berjumlah 6,540 orang. Indeks jenayah yang direkodkan dari 1 Januari 2020 sehingga 20 November 2020 adalah sebanyak dua kes sahaja. Pulau Bruit, Sarawak terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Matu Daro di mana balai polis yang terhampir dengan pulau ini adalah Balai Polis Daro. Buat masa ini, belum ada cadangan untuk membina balai polis di Pulau Bruit dalam perancangan pembangunan Rancangan Malaysia. Namun demikian, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia berpandangan bahawa Balai Polis Daro masih boleh menjalankan fungsinya berdasarkan struktur sedia ada termasuk melaksanakan rondaan dan pengawasan di kawasan Pulau Bruit pada masa ini. Sekian dan terima kasih.

Mohd Anuar bin Mohd TahirAMANAH · PHTemerloh · question

4. Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [Temerloh] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan tentang usaha kementerian memantapkan rantai perbekalan dalam pembangunan induk dan pembenihan ikan patin yang dikatakan sukar para pengusaha khususnya dari Temerloh untuk mendapatkan anak ikan serta harga bekalan yang meningkat. Ini adalah supaya usaha perniagaan akuakultur ini terus berjaya dan mampu berdaya saing.

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat NawiPAS · GSTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Temerloh yang prihatin kepada penternak-penternak ikan patin di kawasan Parlimen Temerloh. Dalam usaha memantapkan rantai pembekalan dalam pembangunan induk dan pembenihan ikan termasuk ikan patin, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan Program Pembangunan Induk dan Pengeluaran Benih Kebangsaan. Di bawah Program Pembenihan Induk dan Pengeluaran Benih Kebangsaan, kerajaan telah membina 15 buah pusat pengeluaran benih di seluruh negara yang mampu mengeluarkan benih ikan sehingga 20 juta ekor setahun. Bagi negeri Pahang, terdapat dua pusat pengeluaran benih ikan iaitu di Pusat Pengembangan Akuakultur Bukit Tinggi, Bentong dan Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu penternak-penternak akuakultur untuk mendapat benih ikan. Melalui pusat pengembangan akuakultur di Bukit Tinggi dan Perlok, setiap penternak layak untuk memohon bantuan benih dan makanan ikan secara percuma iaitu sekali bagi setiap penternak dengan nilai maksimum sebanyak RM10,000. Secara purata, benih patin yang diedarkan oleh kerajaan kepada penternak adalah sebanyak 5,000 ekor bergantung kepada bilangan benih sedia ada di pusat berkenaan bagi membantu penternak mengembangkan hasil pengeluaran mereka.

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat NawiPAS · GSTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Tumpat

Pengeluaran benih ikan negara juga turut disumbangkan oleh hatchery swasta. Kerajaan turut membantu pengusaha hatchery melalui naik taraf facility dan pemberian bekalan input benih dan juga makanan ikan dengan nilai maksimum sebanyak RM200,000. Di negeri Pahang sahaja, terdapat 10 buah hatchery ataupun nurseri yang berdaftar dengan DOF bagi penternak patin mendapatkan sumber benih. Pada masa yang sama, penternak patin di Pahang juga boleh mendapatkan benih patin dari negeri lain seperti dari Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Manakala harga benih patin di pasaran yang berukuran tiga inci adalah murah dan berpatutan iaitu antara 23 sen per ekor hingga 25 sen seekor. Kerajaan juga turut melaksanakan program inkubator di Pusat Pengembangan Akuakultur Bukit Tinggi di mana pengusaha atau incubatee akan diberikan bimbingan untuk pengeluaran benih ikan dalam tempoh tiga tahun melalui bantuan khidmat nasihat teknikal dan kepakaran. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, aktiviti pembenihan ikan akan diperkasakan lagi melalui pengenalan inovasi asuhan ikan dalam tangki atau sangkar terapung. Inovasi ini telah terbukti berjaya dilaksanakan oleh penternak di Sungai Como, Terengganu bagi spesies patin, tilapia, baung dan juga keli. Program ini juga akan turut diperluaskan kepada penternak sangkar sedia ada di Temerloh untuk mengeluarkan benih menggunakan tangki atau sangkar terapung di sungai yang bersesuaian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Temerloh, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi serta terima kasih sebaiknya kerajaan telah menambah baik facility yang berkaitan sama ada di Bukit Tinggi mahupun di Perlok. Saya mengucapkan terima kasih. Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sehingga kelmarin, saya masih menerima kompelin bahawa kadar kematian yang agak tinggi mencapai 30 peratus telah menimpa anak-anak ikan patin. Di samping itu, harga makanan semakin meningkat. Ini merunsingkan penternak kecil tentang keberkesanan usaha penternakan mereka. Mohon tindakan Yang Berhormat dan kementerian tentang usaha penambahbaikan kualiti genetik anak ikan patin serta pengawalan harga makanan ikan. Ikan patin ini bukan cerita baharu, sudah berpuluh tahun muncul di Temerloh. Mohon perhatian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kami di kementerian sangat prihatin terhadap apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Temerloh tadi. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi meningkatkan kadar survival rate benih ikan yang dihasilkan, para pengusaha perlu menitikberatkan soal pengurusan ternakan itu sendiri. Pengusaha boleh mendapatkan latihan pengurusan ini di Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut dan juga Bukit Tinggi, Bentong untuk mempelajari teknik-teknik pembenihan ikan yang betul. Dalam rekod yang kita ada, kadar hidup yang biasa ialah 80 peratus berbanding dengan 70 peratus seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Penggunaan teknologi baharu seperti internet of things juga boleh membantu mempertingkatkan kadar hidup benih ikan yang baru diternak. Misalnya peralatan IoT yang dapat mengesan parameter-parameter air yang penting setiap masa seperti contohnya tahap bacaan oksigen terlarut yang mana jika rendah di bawah tahap normal, maka blower perlulah dihidupkan. Lain-lain parameter penting seperti pH, suhu, salinity, semuanya itu perlu dikawal.

Manakala, kadar ammonia pula perlu kurang daripada 0.1 miligram per liter. Jadi pendek kata, parameter-parameter tersebut juga sangat penting diketahui oleh para penternak supaya dapat mengambil tindakan tertentu bagi mengelakkan kadar mortaliti yang tinggi sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Manakala bagi mengurangkan kos makanan ikan yang dapat saya faham tadi, kerajaan melalui Fisheries Research Institute (FRI) di bawah Jabatan Perikanan Malaysia telah memperkenalkan makanan ikan hidup seperti moina untuk anak-anak ikan dan juga inovasi makanan rumusan berasaskan usus ayam. Kegunaan makanan hidup dan

inovasi ini dijangka dapat mengurangkan kos makanan ikan sehingga 20 peratus daripada kos sedia ada. Makanan-makanan ikan jenis baharu juga memang telah ada dikeluarkan oleh pihak swasta dan juga universiti seperti UPM. Dengan adanya keluaran-keluaran baharu makanan ikan yang banyak, maka dapat diharapkan kos dan harganya akan menjadi lebih rendah untuk digunakan oleh penternak-penternak kita. Untuk menambah baik kualiti genetik ikan pula, kementerian melalui Jabatan Perikanan seperti mana yang telah saya sebutkan tadi telah melaksanakan Program Pembangunan Induk dan Pengeluaran Benih Kebangsaan. Di bawah program ini, baka induk ikan daripada Program Nucleus Breeding Centre akan diedarkan kepada Pusat Pengembangan Akuakultur Perluk, Jerantut dan juga Pusat Pengembangan Akuakultur di Bukit Tinggi, Bentong. Benih tersebut seterusnya akan diedarkan kepada penternak- penternak yang berkelayakan di bawah Program Broodstock Multiplication Centre sekitar negeri Pahang, termasuklah di kawasan Parlimen Yang Berhormat iaitu di Temerloh. Jadi, saya juga ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat bahawa kerajaan atau lebih khususnya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sentiasa mendengar dan menyambut baik cadangan-cadangan dan permintaan-permintaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi untuk penambahbaikan kualiti genetik anak ikan serta pengawalan harga makanan ikan. Nanti Yang Berhormat, kita pergi melawat. Insya- Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Jerantut.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun, Tuan Yang di-Pertua. Titah nasihat dihebah sudah, MP sepakat rakyat hilang rasa gundah, Tuan Yang di-Pertua bijak terserlah sudah, Soalan 5 Jerantut tersedia sudah.

Ahmad Nazlan bin IdrisUMNO · BNJerantut · question

5. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan unjuran pelaburan luar negara secara langsung (FDI) bagi tahun 2021 serta usaha yang dilakukan bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk melabur di negara ini.

Datuk Lim Ban HongTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerantut yang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap pelaburan negara. Tuan Yang di-Pertua, untuk mengetahui unjuran pelaburan luar negara secara langsung bagi tahun 2021, kita boleh berpandukan kepada data yang berikut. Pertamanya, bagi tempoh Januari hingga September 2020, pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama adalah berjumlah RM109.8 bilion. Sektor perkilangan adalah penyumbang terbesar kepada nilai pelaburan yang diluluskan iaitu sebanyak RM65.3 bilion, diikuti oleh sektor perkhidmatan sebanyak RM42.8 bilion dan sektor utama sebanyak RM1.7 bilion. Daripada jumlah tersebut, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak 38.8 peratus yang bernilai RM42.6 bilion dan selebihnya RM67.2 bilion iaitu 61.2 peratus adalah pelaburan tempatan. Pelaburan yang diluluskan pada tempoh ini melibatkan 2,935 projek dan dijangka akan dapat mewujudkan 64,701 peluang pekerjaan. Keduanya, setakat 31 Oktober 2020, kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang menilai sejumlah 786 projek pelaburan dengan nilai RM35.8 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan sebelum dibawa ke Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) untuk kelulusan. MIDA juga telah mengenal pasti sejumlah 23 projek yang berprofil tinggi, berpotensi, dengan nilai pelaburan sebanyak RM75.4 bilion dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan daripada pelabur-pelabur asing dari pelbagai negara yang disasarkan untuk dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2021. Sehubungan itu, MITI melalui MIDA akan terus berusaha untuk membawa masuk kadar pelaburan yang tinggi seperti tahun- tahun sebelum ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk usaha kita menarik lebih banyak pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia, langkah-langkah berikut telah diambil. Pertamanya,

Datuk Lim Ban HongTimbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan projek pelaburan. Kita telah menyediakan platform digital seperti EML untuk memberi kelulusan lesen pengilangan lebih cepat, penyediaan Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) untuk mempercepatkan kelulusan pelaburan dan juga menubuhkan pusat sehenti OSC untuk membantu permohonan business travelers untuk masuk ke Malaysia. Keduanya, menawarkan pelbagai insentif untuk menggalakkan pelaburan pelabur-pelabur asing masuk ke Malaysia. Ketiganya ialah kita telah menganjurkan seminar-seminar secara maya dengan pelbagai pihak yang berkepentingan. Contohnya, Dewan Perniagaan dan Komuniti Perniagaan, bukan sahaja di tempatan tetapi di antarabangsa. Akhirnya, kita melaksanakan e-MISI pelaburan, khusus untuk menarik pelabur asing masuk ke Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, memberi penerangan yang jelas mengenai perkara ini. Cuma kerisauan saya ialah Tuan Yang di-Pertua, mengenai apakah usaha-usaha pihak kerajaan ataupun kementerian menyediakan struktur ekonomi Malaysia bagi menyesuaikan dengan pelbagai krisis di masa hadapan agar Malaysia mampu kekal menjadi prospek utama tumpuan para pelabur untuk terus menjalankan pelaburan dan juga perniagaan di Malaysia dalam krisis-krisis, contohnya seperti COVID-19 dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, untuk terus menyediakan Malaysia agar kekal berdaya saing sebagai destinasi pelaburan yang terpilih walaupun dalam krisis, kerajaan telah melakukan usaha dalam beberapa aspek seperti berikut. Pertamanya, seperti yang saya sebutkan dalam jawapan tadi, menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkesan. Jadi, PACU, EML iaitu platform digital dan juga pusat sehenti OSC yang disediakan ialah untuk memastikan kita mempunyai sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan yang berkesan dan meyakinkan para pelabur. Keduanya, kita sentiasa berusaha untuk menyediakan sumber manusia yang berkualiti agar pelabur yang masuk ini mempunyai sumber manusia yang baik dan yang berkualiti. Ketiganya, kita sentiasa membantu untuk menyediakan rantaian bekalan global yang kita memastikan rantaian bekalan global ini memenuhi keperluan para pelabur. Dalam konteks ini, kita lihat dalam bajet yang dikemukakan, Skim Pembangunan Nasional bernilai RM1.4 bilion telah disediakan untuk membangunkan rantaian bekalan global yang mampan. Keempat Tuan Yang di-Pertua, iaitu menyediakan ekosistem perindustrian yang mempunyai sistem pengendalian kilang yang moden, yang melibatkan digitalisasi dan juga dapat meningkatkan produktiviti lebih baik. Dalam konteks ini, dalam belanjawan yang dikemukakan juga kita nampak ada dua skim, Skim Transformasi Pendigitalan Industri dan Skim Geran Pendigitalan SME dan Automasi, masing-masing bernilai RM1 bilion dan RM150 juta untuk memodenkan industri kita. Terakhir Tuan Yang di-Pertua iaitu kita sentiasa menjalinkan hubungan perdagangan yang baik dengan negara-negara yang lain agar produk yang dihasilkan di Malaysia mempunyai pasaran yang luas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan · question

6. Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan] minta Menteri Kesihatan menyatakan perancangan terperinci kementerian tersebut untuk membina tempat letak kenderaan di Hospital Teluk Intan yang sedang mengalami kekurangan tempat letak kenderaan yang sangat kritikal.

Datuk Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Kesihatan · Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Tuan Yang di-Pertua, Hospital Teluk Intan yang berusia 33 tahun telah dibina pada tahun 1987 menggantikan bangunan hospital lama di Bandar Teluk Intan bagi menyediakan kemudahan asas perubatan. Hospital ini terletak di Jalan Changkat Jong, Ipoh, kira-kira empat kilometer dari Bandar Teluk Intan yang berkeluasan 65 ekar. Ia merupakan hospital berpakar major di Perak Darul Ridzuan. Ia menerima rujukan dari pelbagai agensi kesihatan kerajaan dan swasta. Hospital ini menyediakan perkhidmatan kepada populasi penduduk yang besar, merangkumi Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Mualim dan sebahagian dari Perak Tengah serta dari Sabak Bernam yang berkeluasan 6,747 kilometer persegi dengan populasi 665,100 orang penduduk.

Datuk Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Kesihatan · Tenggara

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM125,000 untuk pembinaan sebanyak 150 lot tapak letak kereta tambahan di Hospital Teluk Intan dan telah disiapkan pada tahun 2019 iaitu Mac 2019. Pada masa ini, pengurusan Hospital Teluk Intan sedang membuat perancangan untuk menambah lagi sebanyak 120 lot tempat letak kereta tambahan untuk mengatasi kekurangan tempat letak kereta. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut mencari penyelesaian yang praktikal seperti tempat letak kereta bertingkat bagi mengatasi masalah kesesakan dan kekurangan lot tempat kereta di semua fasiliti kesihatan milik kementerian ini. Dengan keluasan sedia iaitu 65 ekar di Hospital Teluk Intan, seluas 40 ekar telah digunakan bagi pembangunan hospital, baki keluasan yang masih boleh diguna pakai ialah 25 ekar. Dengan ruang tanah yang masih ada kementerian masih mampu membina ruang tempat letak kereta. Pihak pengurusan hospital juga sedang mempertimbangkan cadangan untuk membina lebih 500 buah tapak letak kereta di petak atas tanah seluas 8,000 meter persegi. Terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Seperti yang dimaklumkan dan diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang mana Hospital Teluk Intan merupakan major specialist hospital yang menawarkan khidmat kepada seramai lebih 200,000 orang pesakit yang mana antaranya seramai 34,000 orang merupakan pesakit yang perlu dimasukkan ke dalam wad. Oleh sebab itu, masalah kekurangan tempat letak kereta ini memang sudah cukup kritikal. Bertahun-tahun pihak hospital telah memohon untuk membuat medan tempat letak kereta yang baharu. Atas permintaan saya, tahun lepas kementerian telah memperuntukkan sejumlah RM200,000 untuk kerja pembersihan tanah, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, bolehkah ia dimasukkan pembinaan tempat letak kereta baharu ini dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 supaya masalah ini di sekali gus dapat diselesaikan untuk masa jangka panjang. Satu lagi atas permintaan pihak kakitangan hospital dan juga rakyat Teluk Intan, sebenarnya Hospital Teluk Intan ini amat perlukan Kompleks Klinik Pakar yang baharu dan termasuk juga bilik pembedahan, ICU unit, pediatrik ICU yang baharu supaya dapat menampung keperluan yang terdesak oleh penduduk bukan sahaja di Teluk Intan ia merangkumi di kawasan Sabak Bernam, Hilir Perak, Seri Manjung. Oleh sebab itu, ini adalah satu permintaan yang munasabah, saya harap yang mana Yang Berhormat Menteri boleh bagilah – masalah yang memuaskan hati bagi rakyat kawasan Teluk Intan. Terima kasih.

Terima kasih, Yang Berhormat Teluk Intan. Memang dalam permohonan Yang Berhormat kita akan maklumkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan tentu sekali bagi kedudukan lot parking, apa yang saya sudah beritahu ada tambahan dan tanah ada sedikit lagi. Untuk Hospital Teluk Intan, saya ucap terima kasihlah kerana Teluk Intan merupakan salah sebuah hospital yang meletakkan pesakit COVID-19 ketika ini untuk sebahagian daripada hospital di Perak. Untuk itu keperluan nak adakan bilik bedah tambahan, keperluan pediatrik unit ICU sangat perlu dan kita pertimbangkan dengan serius perkara ini supaya rakyat Yang Berhormat di Teluk Intan dan sekitarnya mendapat manfaat yang lebih baik dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, saya minta laluan sekejap sahaja. Saya hendak nyatakan masalah tetapi tidak jawab pun tidak apa cuma tengok keadaan ini. Ini kerana, ia berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. Boleh, Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Seringkasnya, sila.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Okey. Tular video yang mana pesakit-pesakit beratur di luar bangunan dan berpanas menunggu giliran di Hospital Selayang. Golongan yang datang ke hospital adalah yang sakit, jadi mereka akan jadi lebih sakit dalam keadaan begini. Saya minta Menteri Kesihatan segera meninjau kebenaran aduan ini dan memperbaiki serta memperbetulkan keadaan. Terima kasih.

Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis · question

7. Datuk Mohamad bin Alamin [Kimanis] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh manakah kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi membanteras masalah sindiket 'Macau Scam' yang semakin berleluasa menyusahkan rakyat.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSTimbalan Menteri Dalam Negeri II · Ranau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, Yang Berhormat Kimanis. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, PDRM sememangnya sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk membanteras jenayah penipuan atas talian termasuk Macau Scam. Selain SKMM, agensi lain yang turut memberikan kerjasama adalah pihak Bank Negara Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi dan institusi-institusi perbankan. Bahkan kerjasama ini telah lama dijalin sejak tahun 2006 sejak mula Macau Scam bermula. Selain itu pada Mac 2019, sebuah Jawatankuasa Teknikal Jenayah Siber yang terdiri daripada PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah ditubuhkan bagi membanteras jenayah penipuan ini. Di peringkat PDRM pula, JSJK telah menubuhkan satu pasukan petugas khas membabitkan elemen-elemen dalam JSJK bagi mengenal pasti dan memantau trend terkini kes jenayah atas talian serta bekerjasama dengan agensi seperti SKMM yang boleh membantu daripada segi kepakaran dan teknologi. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan itu. Cuma, soalan tambahan saya adalah daripada jumlah kegiatan scammer yang telah pun dikesan oleh pihak kementerian, berapakah jumlah scammer yang dikesan dari luar negara dan juga scammer yang dikesan di peringkat local ataupun tempatan? Keduanya, ada tidak kaji selidik dibuat oleh kementerian pada peringkat umur manakah yang paling banyak terlibat dengan kegiatan ini dan apakah pula punca- puncanya? Terima kasih.

Tuan Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Terima kasih atas soalan tambahan itu, Yang Berhormat Kimanis. Untuk makluman, setakat ini kita belum ada maklumat tentang scammer yang berada di luar negara tetapi daripada data statistik tangkapan dan pertuduhan kes Macau Scam tahun 2020 daripada 1 Januari sehingga 31 Oktober 2020 yang berada di dalam negara ini statistiknya ialah yang melibatkan warga tempatan seramai 912 orang dan warga asing pula yang telah dikenakan tangkapan adalah seramai 81 orang. Jumlah kes yang terlibat dalam tangkapan ini seramai 993 orang dan pertuduhan yang telah dibuat ialah kepada seramai 605 orang dalam kes Macau Scam ini. Berkaitan dengan kajian kes tentang umur dan sebagainya itu belum ada dibuat dan perkara itu sudah pasti akan diperhatikan oleh pihak KDN. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Era COVID-19 norma baharu, Jangan lupa Dasar Mampan, Musnah alam isyarat celaru, Senarai hari ini nombor lapan.

Mujahid bin YusofAMANAH · PHParit Buntar · question

8. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah yang ditanggung oleh Kementerian Kesihatan untuk program berhenti merokok seperti program mQuit dan sejauh manakah keberkesanan program-program tersebut.

Datuk Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Kesihatan · Tenggara

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Buntar. Tahniah atas pantun yang hebat. Tuan Yang di-Pertua, kos yang ditanggung oleh KKM khusus bagi rawatan berhenti merokok adalah kos rawatan farmakologi yang melibatkan dua jenis ubatan iaitu Terapi Pengganti Nikotin (Nicotine Replacement Therapy) termasuk pelekat nikotin iaitu nicotine patch yang ditampal di tubuh badan manusia dan gula-gula getah nikotin (nicotine gum). Kedua, rawatan farmakologi yang disebut ialah Terapi Pengganti Bukan Nikotin (Partial Agonist for Nicotinic Acetylcholine Receptor) melalui varenicline ataupun nama generiknya Champix. Pihak kementerian telah membelanjakan sejumlah RM2 juta pada tahun 2018 dan pada tahun 2019 sejumlah RM2.8 juta dibelanjakan. Namun jumlah

Datuk Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Kesihatan · Tenggara

mereka yang menerima rawatan farmakologi ini telah berkurangan kepada seramai 9,222 orang atas faktor kenaikan harga ubatan semasa. Pihak KKM telah pun melaksanakan satu inisiatif di bawah public-private partnership bersama badan profesional, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi swasta di bawah satu program yang dinamakan Perkhidmatan Berhenti Merokok (mQuit). Perkhidmatan Berhenti Merokok (mQuit) telah bermula sejak fasa satu pada tahun 2015 hingga 2017, fasa kedua pada tahun 2017 hinggalah tahun 2020 ini dan bakal memasukan fasa ketiga bermula tahun 2021 hinggalah tahun 2025 dengan termeterainya memorandum persefahaman bersama pihak KKM.

Datuk Seri Dr. Adham bin BabaUMNO · BNMenteri Kesihatan · Tenggara

Peruntukan kewangan bagi melaksanakan semua aktiviti dalam setiap fasa adalah ditanggung oleh badan profesional ini. Tuan Yang di-Pertua, program Perkhidmatan Berhenti Merokok (mQuit) telah menunjukkan keberkesanan seperti melalui pemantauan return secara berkala. Jumlah perokok yang berdaftar bagi mendapatkan rawatan berhenti merokok telah meningkat daripada 10,240 orang pada tahun 2017 kepada 22,601 pada tahun 2019. Melalui promosi penggalakan berhenti merokok semasa pandemik COVID-19 pula, seramai 3,442 telah mendaftar melalui laman sesawang JomQuit bermula 1 Januari yang lepas hingga 21 Oktober ini berbanding dengan keseluruhan tahun 2019 iaitu seramai 1,678 orang perokok. Daripada jumlah pendaftaran pada tahun 2020 iaitu 3,442, sebanyak 3,254 orang atau 95 peratus telah mendaftar sepanjang tempoh pelaksanaan PKP bermula 18 Mac 2020. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Parit Buntar. Soalan tambahan.

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab. Kita tahu bahawa cessation of smoking ini ataupun smoking cessation ini, berhenti merokok ini memerlukan dasar kerajaan, media, penglibatan masyarakat serta pendekatan kesihatan awam. Daripada jawapan yang telah diberikan tadi, saya tidak melihat bahawa dasar kerajaan dari sudut taxation ataupun pencukaian. Apa yang saya ingin cadangkan adakah kerajaan berhasrat untuk pertimbangkan duti cukai rokok dan tembakau diambil, digunakan untuk program ini. Ini kerana RM2 juta saya kira itu terlalu ciput untuk kita menjayakan program mQuit ini atau sekadar mengharapkan partnership dengan pihak swasta. Mohon penjelasan dan saya cadangkan sangat supaya pencukaian rokok dan tembakau dijadikan sebagai sebahagian peruntukan untuk program mQuit ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul kita dapati di negara kita, jumlah perokok setakat ini ialah 4.8 juta orang iaitu 21 peratus daripada kalangan penduduk Malaysia dan jumlah perokok yang cuba berhenti, jumlahnya pun besar juga iaitu 48 peratus. Lebih kurang 2.3 juta orang dan yang berjaya untuk dirawat melalui mQuit ialah 22,000 orang sahaja dan cadangan Yang Berhormat Parit Buntar sangat munasabah iaitu pencukaian daripada duti eksais rokok. Baru-baru ini, kita telah pun dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa cukai rokok di pelabuhan bebas cukai ataupun di pulau bebas cukai telah pun disetarakan. Tidak ada lagi pengurangan cukai yang dahulu mereka kecapi. Akan tetapi sekarang dengan ada peningkatan cukai di pelabuhan bebas cukai, kita harap Kementerian Kewangan akan mempertimbangkan dan kita telah pun berusaha, bercakap dengan Kementerian Kewangan untuk memastikan bahawa selain daripada NGO yang membantu urusan kaunseling dan juga program, kos rawatan juga perlulah ditanggung oleh cukai-cukai yang membeli rokok ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Jugah anak Muyang, Yang Berhormat Lubok Antu.

Tambat @ Jugah anak MuyangBEBASLubok Antu · question

9. Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat [Lubok Antu] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan bilakah kementerian membuat master plan sistem pembersihan sungai di kawasan Lubok Antu terutama sungai-sungai yang berpotensi dijadikan kawasan riadah.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, isu pembersihan dan penyelenggaraan sungai ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Walau bagaimanapun Kementerian Alam Sekitar dan Air telah pun mengambil beberapa inisiatif bagi membantu kerajaan negeri bagi meningkatkan kebersihan sungai. Untuk makluman Dewan yang mulia, kementerian telah pun mengambil pendekatan pengurusan sungai secara menyeluruh melalui Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, IRBM dengan izin, Integrated River Basin Management. Ia merupakan satu kaedah di mana kita memberi fokus kepada empat objektif utama. Pertama, memastikan air mencukupi. Yang kedua memastikan air bersih. Yang ketiga mengurangkan risiko banjir dan yang keempat meningkatkan pemuliharaan alam sekitar. Pelan IRBM ini akan dijadikan rujukan pihak berkuasa kerajaan negeri dalam perancangan dan pembangunan tanah di sesuatu kawasan lembangan sungai. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan Lubok Antu ini terletak di lembangan Sungai Batang Lupar dan dia termasuk di bawah kajian IRBM. Untuk makluman juga bahawa kita telah pun mulakan kajian ini pada 25 lembangan sungai dan hingga setakat ini kita telah pun menyiapkan 12 lembangan sungai. Sehubungan dengan itu, kita juga melaksanakan program Denai Sungai Kebangsaan di mana asas kepada program ini ialah untuk mengembalikan pendekatan nature-based solution bagi memastikan cabaran sosio alam sekitar melalui pengurusan dan penggunaan alam sekitar yang lestari. Untuk makluman Yang Berhormat, program ini bertujuan untuk mewujudkan tanggungjawab bersama dengan pelbagai pihak seperti badan korporat, NGO, komuniti setempat dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kita memang meletakkan sungai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini sebahagian di antara kajian IRBM dan termasuk juga dalam program Rancangan Denai Sungai Kebangsaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Lubok Antu.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan ialah memandangkan Batang Ai adalah salah satu daripada empangan jana kuasa elektrik di Lubok Antu dan di mana masa sekarang musim tengkujuh berlaku dan menyebabkan baki-baki kayu balak yang terapung pada masa sekarang hanyut ke hulu dan menghalang perjalanan orang-orang kampung dan juga tourist tempatan pergi ke tempat riadah. Jadi, cadangan saya kalau kementerian mengagihkan peruntukan sebabnya begitu banyak sekali kayu balak itu terapung dekat sana waktu itu musim tengkujuh begini. Saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNKubang Kerian

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengambil perhatian serius isu yang dibangkitkan dan insya-Allah pihak kementerian akan meneliti pandangan dan aduan yang telah dibawa untuk kita mencari jalan penyelesaian kepada isu ini bersama dengan pihak kerajaan negeri. Saya yakin bahawa sebenarnya isu-isu waktu musim tengkujuh, kayu-kayu yang dihanyutkan ke sungai terutama sungai-sungai yang menjadi laluan kepada orang kampung, memang mendatangkan risiko yang sangat besar terutama pada waktu malam dan sebagainya. Jadi sehubungan dengan itu, kementerian mengambil perhatian serius aduan tersebut dan insya-Allah suatu penelitian bersama kerajaan negeri akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Yang Berhormat Ledang.

Syed Ibrahim bin Syed NohPKR · PHLedang · question

10. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan pendirian dan perancangan kerajaan dalam isu mewajibkan penggunaan perakam video (dashcam) sebagai aksesori asas pada semua kenderaan.

Tuan Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Ledang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, secara dasarnya pihak kementerian tiada halangan kepada mana-mana pemilik kenderaan persendirian mahupun perdagangan untuk memasang perakam video digital ataupun dashcam. Namun pemasangannya hendaklah tidak menyebabkan sebarang pengubahsuaian atau menjejaskan fungsi sistem keselamatan sedia ada pada kenderaan di samping tidak mengganggu tumpuan dan fokus pemandu semasa di atas jalan raya. Pada ketika ini pihak kementerian belum bercadang untuk mewajibkan pemasangan kamera dashboard di dalam kenderaan memandangkan terdapat beberapa perkara penting yang perlu diperhalusi oleh pihak kementerian iaitu seperti ketiadaan piawaian atau standard di peringkat antarabangsa mahupun tempatan yang khusus bagi menetapkan spesifikasi pemasangan kamera dashboard di dalam kenderaan. Namun begitu pihak kementerian tiada halangan penggunaan kamera dashboard tersebut di dalam kenderaan secara sukarela selagi mana pemasangan adalah selamat dan tidak menjejaskan pemanduan kenderaan tersebut. Kita maklum ada kalanya penggunaan kamera tersebut dapat membantu pelbagai agensi penguatkuasaan dalam menjalankan siasatan sesuatu kes kemalangan jalan raya serta jenayah yang lain. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi.

Daripada segi dashcam ini, saya percaya mungkin ialah double-edged sword dengan izin. Maksudnya ia ada dua bilah yang boleh menjadi sama ada manfaat ataupun mudarat. Manfaat itu mungkin daripada segi pembuktian sekiranya berlaku kemalangan dan sebagainya. Akan tetapi daripada segi mudarat itu mungkin daripada segi peribadi, infringement of privacy. Soalan tambahan saya. Adakah kerajaan juga mempertimbangkan keperluan untuk menggalakkan penggunaan dashcam untuk kenderaan pihak penguasa seperti PDRM, polis trafik termasuk ambulans dan bomba? Adakah pertimbangan pencerobohan hak peribadi ataupun privacy infringement diambil kira dalam perancangan kerajaan terhadap isu ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Kita mengambil maklum apa yang disuarakan dan ditanya oleh Yang Berhormat Ledang. Sebenarnya tiada yang menghalang mana-mana pihak untuk membekalkan apa-apa bahan sebagai bukti dalam proses perundangan di mahkamah termasuklah rakaman video. Namun, semua bahan bukti berkenaan akan melalui proses biasa di mahkamah. Ini termasuk proses pengesahan, pemeriksaan aspek teknikal, semakan dan pembuktian kesahihan dan akhirnya tertakluk kepada proses di mahkamah itu sendiri, sama ada diterima, ditolak ataupun sebagainya. Kita memang sedar bahawa banyak di negara lain juga sebagai rujukan kita seperti di Asia, Europe dan juga di United Kingdom, France dan Russia yang mana mereka memang ada explicitly allowed by regulation. Negara lain seperti Austria prohibits their use. The main purpose is for surveillance which may carry fines up to even EURO ten thousands. Jadi, other uses are illegal. Di Switzerland ia strongly discouraged in public space as they may contravene data protection principles. Di Jerman, small cameras for personal use in vehicle are allowed, posting footage from them on social media, is considered a violation of privacy and thus forbidden, dengan izin. Sebagaimana yang saya katakan tadi, ia memang membawa manfaat dalam jawapan asal iaitu berkaitan dengan kita sedar penggunaan ini juga boleh membantu agensi penguatkuasaan dalam menjalankan siasatan. Jadi, ertinya di sini kalau ada kerjasama antara agensi seperti KDN dan sebagainya ataupun agensi-agensi penguatkuasaan lain, kita boleh duduk bersama untuk memikirkan bagaimana kaedah untuk – to legalise ataupun ia menjadi bukti untuk siasatan terutama sekali dalam penguatkuasaan undang-undang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan bagi hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, “Tanpa mengambil kira Usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu pada Khamis 5 November 2020 dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini, Isnin, 30 November 2020 tidak akan ditangguhkan sehingga jam 3 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 1 Disember 2020.” Terima kasih.

Puan Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Ampang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat semua, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN (PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19)) (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Langkah- langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID- 19)) 2020; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Kanan Kewangan, YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2021 JawatankuasaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Usul Anggaran Pembangunan 2021 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Tuan Pengerusi, saya ada masuk usul di bawah Perkara 18(1), adakah akan mendapat jawapan sekarang ataupun jawapan bertulis daripada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bertulis.

Bertulis ya. Pada hari ini?

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dalam...

Saya telah mengusulkan tentang kejadian kematian di sempadan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Hari ini. Faham.

Jadi, saya rasa benda ini adalah benda khusus yang perlu disegerakan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, akan diberi jawapan hari ini.

Saya harap saya dapat jawapan hari ini sebab kawan saya Yang Berhormat Jelebu juga telah menimbulkan perkara yang sama.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Saya akan memberikan hari ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2021 Jawatankuasa — Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 [Jadual] – Kepala P.6 dan P.7 [Anggaran Pembangunan 2021]Bill

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta Yang Berhormat Menteri Kanan Kewangan bagi mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian.

Menteri Kanan KewanganYM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM1,640,151,656,800.00 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2021 bagi Maksud-maksud B.1 hingga B.14, B.20 hingga B.28, B.30 hingga B.33, B.40, B.42 sehingga B.43, B.45 sehingga B.48, B.60, B.62 sehingga B.64 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih dari RM71,000,000,000 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan tahun 2021 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.7, P.10, P.13 hingga P.14, P.20 sehingga P.28, P.30 sehingga P.33, P.42 sehingga P.43, P.45 sehingga P.48, P.60, P.62 sehingga P.64 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai lampiran A dan lampiran B, Kertas Perintah 25, Tahun 2020 dijadikan Anggaran Perbelanjaan. Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan Peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus tahun 2021 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2021 telah pun dibentangkan. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai

Menteri Kanan KewanganYM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberi dalam Kertas Perintah 25, Tahun 2020 dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 26, tahun 2020. Oleh itu, saya tidak berhajat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Sila saya jemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya beri tempoh masa untuk permulaan ini lima minit dahulu Yang Berhormat. Sebutkan butiran-butiran. Baik, terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Tuan Pengerusi, terima kasih. Ya. Maksud Bekalan Pembangunan. Sebelum saya sebut Butiran, cuma hendak mengulangi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga kenyataan tentang penambahan, peningkatan RM106 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri. Saya akan sentuh hal ini. Namun demikian, dalam Butiran 01000 Pengurusan, di muka surat 99. Kita lihat anggaran perbelanjaan mengurus meningkat RM482 juta, RM436,800 berbanding tahun lalu. Maknanya naik RM10.7 peratus. Saya hendak tekankan hal ini dalam keadaan kita sebut ini Belanjawan COVID-19.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Sementara kita bagi RM300 kepada polis ataupun nelayan, peningkatan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), pengurusan ini 10.7 peratus iaitu RM482.4 juta. Akan tetapi yang ditekankan ialah perbelanjaan yang agak tinggi, 32 Menteri, 38 Timbalan Menteri. Di JPM sahaja lima Menteri penuh, lima Timbalan Menteri. Di JPM. Dilihat Senarai Perjawatan 2021 Jilid 1 JPM, Penasihat Khas Media dan Komunikasi, Penasihat Khas Ekonomi, Pejabat Utusan Khas, Pejabat Duta Khas ke Timur Tengah, Pejabat Duta Khas ke China, Penasihat Khas Mengenai Kesihatan Awam, Pejabat Duta Khas Jepun, Republik Korea dan Taiwan. Saya hendak tanya apa peranan Kementerian Luar Negeri bila kita terpaksa lantik dan bebankan negara dan rakyat dengan jumlah pengurusan yang tinggi. Jadi bagi Maksud B.6 Jabatan Perdana Menteri, penambahan yang ketara itu kerana tugas mereka bagi saya adalah pertindihan dengan peranan yang mampu dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri dan duta-duta besar kita di seluruh negara. [Tepuk] Membincangkan soal COVID, keprihatinan tidak setimpal dengan membayar, memberikan upah kepada jawatan yang tidak berkesan, dalam COVID-19 ini, duta-duta khas ke mana mereka pergi? Semua di Kuala Lumpur.

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Itu yang kedua saya hendak sebut, tentang ada yang telah di selindung sedikit. Kita bicara soal JASA, KPKT, pegawai khas. Rupa-rupanya di JPM kalau kita lihat dalam butiran besar 060000 dan butiran kecil 060200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Ada pertambahan untuk kakitangan kontrak RM200 juta tahun 2021. Peningkatan RM181,446,000 berbanding tahun sebelumnya. RM181.4 juta untuk pegawai kontrak politik di bawah Jabatan Perdana Menteri. [Tepuk]

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Ini dalam keadaan kita uar-uarkan ini adalah kerajaan yang prihatin tentang COVID-19. Saya hendak tanya apa hubungan RM181 juta ini dengan derita rakyat miskin yang menganggur yang sekarang menuntut pertimbangan dan perhatian kerajaan hari ini? Kalau kita masuk semua sekali dengan JASA dan KPKT ia sudah mencecah RM250 juta hingga RM300 juta. Jadi, lantikan politik ini rupanya diselindung satu lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri, saya mahu Perdana Menteri sendiri bangun untuk menjawab hari ini apa keperluan manakala kita bawa gambaran dan sikap kenyataan di media seolah-olah kita lah kerajaan prihatin tentang derita rakyat tetapi kita memberikan RM181 juta untuk pegawai kontrak yang sepatutnya dipindahkan kepada barisan hadapan dan anak-anak muda yang menganggur sekarang yang terpaksa menyara anak pinak mereka. Butiran 10000 muka surat 64. Ini soal Parlimen. Parlimen ada peningkatan kecil, saya akui. Akan tetapi Parlimen harus melihat keperluan, membawa beberapa perubahan. Kita bicara soal reform Parlimen, terbantut sekarang. Penubuhan Jawatankuasa Select Commitee, tertangguh berbulan-bulan. Jadi peranan ini patut kita

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

segerakan. Saya harap dengan perbahasan yang menyentuh juga tentang peranan Parlimen, kita juga menimbangkan kedudukan Parliamentary Services Act yang diperkenalkan tahun 1963 dan kemudiannya dimansuhkan. Pada tahun 2018, Akta Perkhidmatan Parlimen ini kita bangkitkan semula dan saya ingat sebagai Pengerusi Kokus, kita telah kemukakan dukungan yang kuat terutama kerana menjamin keselesaan, kedudukan, bukan setakat Speaker, saya tidak sebut Timbalan, yang terjamin kedudukan mereka yang agak lebih, relatif lumayan. Akan tetapi saya lebih prihatin tentang kebajikan staf Parlimen yang tidak diberikan perhatian yang sewajarnya kerana kedudukan mereka tidak setimpal dengan beban tugas yang mereka lalui. Umpamanya lihat dalam keadaan COVID-19 ini, tugas staf Parlimen terus mengambil risiko terpaksa untuk menjaga keharmonian dan keselamatan dan kesihatan kita Ahli-ahli Parlimen. Maka saya harap Ahli-ahli Parlimen ini secara menyeluruh akan memberi sokongan supaya skim perkhidmatan Parlimen ini dengan melalui Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenalkan dalam tempoh yang segera untuk menjamin bukan sahaja kedudukan mereka supaya lebih selesa dan baik, supaya tugas mereka itu lebih terjamin dan dengan sedemikian menjamin kedudukan Ahli-ahli Parlimen sendiri. Perkara ini saya tekankan kerana telah lama tertangguh dan kalau Parlimen yang membicarakan soal negara tidak boleh teliti dan pandang kedudukan staf yang menjaga dia, ini sangat mengaibkan pada hemat saya. Patut kita paling ke depan, bukanlah kenyataan saya ini untuk memberikan jaminan, ganjaran yang berlebihan. Tidak. Saya hanya setelah teliti dalam kokus secara terperinci kedudukan dan skim perkhidmatan, saya fikir wajar diberikan perhatian dan ruang, apa yang disebut wewenang atau kelonggaran untuk Parlimen itu bebas daripada ikatan jabatan pentadbiran lainnya, selari dengan fahaman kita tentang separation of powers. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Jawatankuasa] Jadi Parlimen mesti mempunyai skim yang bebas supaya pegawainya tidak tunduk kepada skim jabatan perkhidmatan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ini saya harap dapat diberikan perhatian segera dan dapat dukungan Ahli-ahli Parlimen semua. Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerai, tiada dalam senarai? Sekejap, Yang Berhormat Arau berdiri dahulu, Yang Berhormat Arau. Butiran Yang Berhormat Arau ya.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai.

Yang Berhormat Jerai ada?

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jerai dahulu kah atau Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Arau putuskan. Yang Berhormat Arau.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang pertama sekali di bawah Butiran 010000 – Jabatan Perkhidmatan Awam. Saya yang pertama sekali hendak ucapkan terima kasih kerana kerajaan seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi, berusaha untuk mengambil balik pegawai-pegawai kontrak yang telah dibuang oleh Kerajaan PH. Kerajaan PH dengan tidak berhati perut telah membuang pegawai-pegawai kontrak. Jadi pada hari ini kalau hendak jadi hero, jadi hero untuk ambil balik pegawai-pegawai yang telah dibuang di mana yang melibatkan mereka, keluarga mereka, anak-anak yang tidak diperjuangkan masa itu. Akan tetapi sekarang ini kita mempertikaikan pula usaha kerajaan untuk mengambil pegawai-pegawai kontrak yang mana sebahagiannya ialah untuk diambil balik pegawai-pegawai yang telah dibuang kerja dengan begitu zalim pada masa yang

lepas. Saya hendak sentuh Jabatan Perkhidmatan Awam di sini supaya sistem kenaikan pangkat itu dikaji semula kerana kadang-kadang penilaian dibuat kepada pegawai rendah N41 dengan izin. Katalah yang buat penilaian N44, jadi kadang-kadang N44 itu dia pun merangkak pun hendak naik pangkat, jadi kalau penilaiannya dibagi kepada N41 sudah pasti penilaian yang berdasarkan dirinya. Jadi mesti ada satu penilaian bebas. Jadi saya minta JPA jangan ambil pendekatan yang telah tertulis di situ bahawa pegawai yang immediate dengan izin, memberi laporan tetapi kena ambil laporan yang bebas kerana kadang-kadang pegawai yang telah tersangkut begitu lama di satu tempat, saya rasa dia akan sukar untuk memberi laluan orang yang bawah untuk naik ke atas dan sebagainya. Sebab ini ialah sifat kemanusiaan, jadi pegawai kerajaan buat kerja bagus tetapi politik dalam anggota perkhidmatan awam itu hendaklah diselesaikan sebab dulu memang didiamkan. Akan tetapi sekarang sudah menjadi cakap-cakap mulut bagi mereka yang rasa teraniaya tetapi tidak dapat pembelaan. Jadi kita minta diperhatikan perkara yang saya sebutkan tadi. Akan tetapi jangan lupa yang pertama sekali bagi perhatian untuk pengambilan balik semua orang-orang yang telah dibuang oleh Kerajaan PH dahulu kerana mereka teraniaya.

Ada jabatan yang telah pun ditangguhkan, ditutup terus selama dua tahun seperti JASA. Ini dipertimbangkan balik. Walaupun dikatakan bahawa peruntukannya RM85 juta tetapi orang tidak melihat bahawa peruntukan sebelum ditutup ialah RM75 juta. Jadi ini ialah merupakan peruntukan biasa. Tetapi kalau Menteri Kewangan memikirkan hendak memotong, saya rasa kena fikir balik sebab ini melibatkan pengambilan semua kakitangan yang telah dipecat dulu. Kemudian yang keduanya ialah Butiran 010600 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan. Peruntukan yang besar telah diberi dan saya mencadangkan supaya kontraktor Kelas ‘F’ ini diselaraskan dan pemberiannya biarlah pemberian yang dibuat secara terbuka, bukan dibuat secara tertutup sekarang, untuk membolehkan kita monitor dan juga boleh menggalakkan rangsangan ekonomi. Kalau kita bagi secara terbuka yang melibatkan semua Kelas ‘F’ dan semua jabatan juga bagi perhatian untuk bagi kepada Kelas ‘F’, saya percaya Kelas ‘F’ dia boleh memberi sumbangan kepada rangsangan ekonomi. Kita tahu bahawa projek-projek besar kadang-kadang menguntungkan beberapa kerat orang sahaja tetapi Kelas ‘F’ mampu untuk merebakkan keuntungan kepada peringkat rakyat. Juga kita minta supaya sumbangan kepada PERKIM dinaikkan. Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam. Jadi kita ucap terima kasih sebab kerajaan telah menaikkan elaun anggota sukarela daripada RM6 begitu ke RM8 dan pegawai ialah RM9.80. Kita lihat anggota tetap di APM ini terlampau kecil kalau dibandingkan dengan tugasnya yang begitu besar. Kita menyebut dia ialah merupakan satu angkatan. Mana boleh angkatan hanya mempunyai kakitangan sebanyak 1,100? Angkatan, dia mesti sekurang-kurangnya sama seperti RELA, kurang-kurangnya ada 10,000 anggota tetap dan anggota yang bertugas dari semasa ke semasa melebihi 16,000. Dulu masa Kerajaan BN, kita telah menyasarkan anggota sukarelawan ini kita cuba capai ke tahap satu juta. Hampir kita capai tetapi nampaknya sekarang ini berserta dengan PH, benda ini tidak diberi perhatian. Benda ini telah terbalik ke belakang dan sekarang ini kita nampak ada peningkatan terutamanya apabila mereka terlibat secara langsung dalam menjadi frontliners membanteras COVID-19. Jadi kita minta diberi perhatian supaya anggota sukarelawan APM ini dipertingkatkan. Kemudian, Butiran 00101 – Majlis Keselamatan Negara dan juga Butiran 03600 – Membina dan Menaik Taraf Pagar Keselamatan. Kita tengok menaik taraf pagar keselamatan sekarang ini hanya RM300,000 setahun. Yang kita cadang masa kerajaan dulu cadang ialah supaya pagar konkrit ini dibina dari Padang Besar sehingga ke Perak. Pagar konkrit ini mampu untuk menghalang munculnya lubang-lubang tikus. Ini kerana pagar berkawat ini atau pagar besi yang dibuat sekarang ini telah mewujudkan lubang tikus sehinggalah berlaku peristiwa dua anggota kita telah dibunuh baru-baru ini. Itu sebab mereka telah memohon bahawa penggunaan dron itu diperkenalkan untuk membolehkan rondaan dibuat dengan lebih baik. Jadi saya minta pagar keselamatan ini diperhatikan semula pada kelulusan dulu supaya pagar ini dibina supaya dipertimbangkan semula.

Akhir sekali, seperti kawan-kawan kita telah sebutkan, seperti Dr. Maza, Dr. Rozaini, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Hussain Yee dan sebagainya menyebut bahawa sebuah kerajaan biarlah sebuah kerajaan yang dirahmati. Segala tindakan biarlah segala tindakan yang dirahmati. Sekiranya kita tidak dirahmati, negara yang tidak dihormati oleh Allah SWT sudah pasti kita akan berada dalam keadaan kelam kabut. Buatlah apa-apa perkara, perkara yang dirahmati. Saya minta JAKIM supaya memperingatkan kawan-kawan kita. [Membawa sepotong ayat Al-Quran] Supaya sekurang-kurangnya 10 minit ataupun lima minit sehari di semua jabatan diperingatkan tentang tanggungjawab mereka untuk berkhidmat kepada negara dan terutamanya semasa kita menghadapi COVID-19 ini, anggaplah perkhidmatan kita merupakan satu jihad yang harus diperjuangkan bersama. Biarlah negara ini menjadi negara yang dirahmati oleh Allah SWT. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Tuaran.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas peringkat Jawatankuasa. Saya ingin berbahas bagi Maksud P.6 Jabatan Perdana Menteri, Butiran 93500 – Projek Khas. Dalam butiran ini, Tuan Pengerusi, pada tahun ini sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan dan bagi tahun 2021, tahun depan, sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan. Masalah di sini yang kita hadapi ialah ketelusan daripada segi butiran ini. Dipanggil projek khas tetapi apa perincian dalam projek khas ini sehingga mencecah RM1 bilion kita tidak tahu. Harus kita diperingatkan bahawa Parlimen ini bertanggungjawab. Tidak ada satu sen pun duit kerajaan, tidak ada satu sen pun duit rakyat boleh dibelanjakan tanpa kelulusan Dewan yang mulia ini, oleh Parlimen. Oleh sebab itu, bagi Parlimen untuk meluluskan peruntukan sampai RM1 bilion untuk projek khas pada ketika musim COVID- 19 ini adalah tidak wajar. Tidak wajar sebab kita tidak tahu untuk apa RM1 bilion ini. Pada masa yang sama, bila kita lihat bagi Maksud Bekalan 11 Perbendaharaan Kementerian Kewangan dalam Butiran 021300, ada juga pemberian projek khas dan peruntukan yang diberikan sampai RM900 juta juga. Ini pun tidak diperincikan. Sebab itu tidak ada ketelusan di sini. Apa yang dituntut oleh rakyat ialah ketelusan pada ketika di mana bajet ini adalah bajet yang terbesar pernah dibentangkan di Dewan yang mulia ini iaitu melebihi RM300 bilion tetapi tidak diperincikan apa sebenarnya projek khas ini. Jadi saya minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan memperincikan apa sebenarnya projek khas ini. Beritahu kepada Dewan yang mulia ini apa sebenarnya, satu persatu, sebab angkanya besar RM1 bilion. Seterusnya, Tuan Pengerusi, ialah bagi Maksud Bekalan 7 Jabatan Perdana Menteri juga Butiran 030000 – Pengurusan Sumber Manusia. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa penggulungan di peringkat dasar yang telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membuat penyelarasan daripada segi elaun perumahan dan elaun wilayah bagi semua kakitangan di seluruh negara, yang selama ini di mana elaun wilayah dan juga elaun perumahan bagi kakitangan dari Sabah yang berkhidmat di Semenanjung adalah berlainan dan di seluruh Semenanjung pula berlainan. Kalau di Utara lain elaunnya, di Selatan lain elaunnya dan di kawasan tengah Semenanjung berlainan. Saya ingin tahu sama ada Kementerian Kewangan akan membuat perubahan pada Butiran 030000 – Pengurusan Sumber Manusia yang mana pada tahun hadapan hanya diperuntukkan lebih kurang RM72 juta sahaja. Saya juga, Tuan Pengerusi, saya telah menghantar surat kepada Speaker juga meminta ruling daripada Speaker supaya Kementerian Kewangan sama ada perlu membentangkan semula kesemua perkara-perkara yang telah dinyatakan semasa penggulungan peringkat dasar sebab beberapa tambahan yang telah disebut termasuklah penyelarasan dalam elaun perumahan dan juga elaun wilayah untuk kakitangan seluruh negara khususnya ada yang, selain daripada Sabah, berkhidmat di Semenanjung ini.

Sebab, jika sekiranya itu tidak dinyatakan, bagaimana pula kita boleh meluluskan bajet ini dalam keadaan di mana ada tambahan tetapi tidak dinyatakan, tidak dibentangkan, tidak dinyatakan berapa tambahannya? Sebab itu saya telah menghantar surat pada pagi ini meminta ruling daripada Speaker tentang kedudukan bajet ini di mana ada tambahan yang telah dinyatakan oleh pihak Menteri Kewangan.

Dalam hal berkaitan dengan peruntukan khas Parlimen, Tuan Pengerusi. Ada kes mahkamah di mana ada di kalangan Ahli-ahli Parlimen yang telah meminta supaya diberi peruntukan ini. Pihak mahkamah telah membuat keputusan yang ini adalah non- justifiable. Tuan Pengerusi, dengan peruntukan yang begitu besar dan sebagainya, sepatutnya kedua-dua pihak pembangkang dan juga pihak kerajaan diberi peruntukan untuk pengurusan Parlimen masing-masing. Itu sahaja saya ingin bahaskan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 080000 – “One-Off”, 080100 - Pembaikan dan Penyelenggaraan SRA/SIRAJ/KAFA. Diperuntukkan untuk semua itu RM4 juta. Jadi, untuk ketiga-tiga ini saya mendapat aduan berkenaan dengan kelas-kelas KAFA, khususnya di Parlimen saya dan mungkin merangkumi seluruh KAFA di seluruh negara. Jadi, dengan RM4 juta ini saya nampak agak sedikit berbanding dengan kelas KAFA yang banyak di seluruh negara. Mohon supaya peruntukan untuk kelas KAFA ini dipertingkatkan. Seterusnya, Butiran 04801 - Pembinaan masjid/surau dan pembaikan/naik taraf. Saya mohon peruntukan ini diteruskan untuk khususnya pembaikan masjid yang uzur. Dalam Parlimen saya sendiri, Masjid Kampung Star, perlu kos yang tinggi untuk pembaikan bumbung yang kini sangat uzur. Seterusnya, Butiran 16000 - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). JPAM, adakah peruntukan sebanyak RM41,500,000 termasuk dalam latihan anggota JPAM itu sendiri? Jika ya, saya cadangkan agar latihan intensif yang telah pun diperuntukkan, ditambah atau ditingkatkan bagi meningkatkan kesiapsiagaan para anggota bagi menghadapi musibah. Oleh kerana mereka sendiri, di Parlimen Jerai khususnya, sering mengadu sebab tidak cukup intensif untuk latihan anggota. Jadi, saya mohon supaya pihak JPAM menyegerakan latihan, khususnya untuk anggota JPAM sendiri. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Stampin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada maksud Pembangunan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah meningkat secara mendadak sampai 146 persen jika berbanding dengan Anggaran Pembangunan di Bajet 2020. Di dalam Bajet 2020, sejumlah RM2.93 bilion diperuntukkan untuk pembangunan untuk JPM. Akan tetapi untuk tahun hadapan iaitu 2021, sejumlah RM7.2 bilion diperuntukkan kepada JPM. Kalau kita lihat secara teliti, kita dapati dalam Anggaran Pembangunan 2021 ini terwujud beberapa butiran peruntukan yang boleh kita menggelar sebagai slush fund iaitu peruntukan yang tidak ada spesifik tujuannya dan tergantung kepada kehendak dan kemahuan Perdana Menteri iaitu whims and fancies of the Prime Minister seorang sahaja. Contohnya, Butiran 00108 - Program Pembangunan. Di bawah Bajet 2020, hanya sejumlah RM159 juta diperuntukkan. Akan tetapi di bawah Bajet 2021, RM520 juta diperuntukkan. Butiran 00125 - Projek Public Private Partnership. Siapa public private partnership itu? Di bawah Bajet 2020, langsung tidak ada peruntukan untuk butiran ini. Akan tetapi di bawah Bajet 2021, RM813 juta diperuntukkan dan juga projek khas sekarang ditambah RM900 juta sampai RM1 bilion. Apa itu projek khas? Khas untuk Perdana Menteri ke? Untuk membeli sokongan daripada MP-MP, Ahli Parlimen-Ahli Parlimen untuk mengekalkan kuasa dia?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Adakah itu projek khas yang disebutkan dan dimaksudkan? Projek mesra rakyat yang ditambah RM300 juta. Nampaknya reform yang kami, Pakatan Harapan buat dalam 22 bulan ini iaitu penurunan kuasa dari Perdana Menteri telah disebalikkan oleh kerajaan Perdana Menteri sekarang. Amalan cash is king atau amalan concentration of power in the hands of Prime Minister, dengan izin, akan diwarisi daripada Yang Berhormat Pekan ke Yang Berhormat Pagoh. Apa yang lebih menyedihkan Tuan Pengerusi, adalah bahawa sedangkan Anggaran Pembangunan untuk JPM meningkat secara mendadak. Salah satu projek iaitu Butiran 00102 - Projek Kemiskinan Semenanjung/ Sabah/Sarawak iaitu di bawah JPM telah dikurangkan 30 peratus dari RM9 juta dalam Bajet 2020 ke RM63 juta dalam Bajet 2021. Adakah kebajikan dan nasib kaum miskin itu kurang penting berbanding dengan kuasa Perdana Menteri sehinggakan projek kemiskinan perlu dipotongkan? Isu kedua yang saya ingin bangkitkan adalah isu di bawah Butiran 010200 – Pembangunan dan Pengurusan Maklumat Strategik iaitu bahagian hal ehwal Sabah dan Sarawak. Walaupun namanya serupa satu bahagian yang penting dan juga terdapat seorang Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam JPM, bahagian ini masih merupakan satu bahagian yang amat kecil dalam JPM dengan peruntukan bekalan sejumlah RM22 juta sahaja berbanding dengan 4.47 bilion jumlah Anggaran Bekalan Pengurusan JPM. Tidak sampai 0.5 peratus. Bilangan jawatannya adalah 106 orang sahaja berbanding dengan sejumlah 24 ribu pegawai di bawah JPM. Itu pun belum sentuh lagi tentang Anggaran Pembangunan dalam Bajet 2021. Nampaknya Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak itu merupakan satu-satunya Menteri yang langsung tidak ada peruntukan pembangunan di bawah bidang kuasanya. Kalau kita meneliti bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional, satu kesimpulan yang boleh kita dapat adalah Sarawak masih dianaktirikan secara semacam dahulu di bawah zaman Barisan Nasional. Sedangkan Perbadanan Kemajuan Negeri Johor mendapat peruntukan RM14 juta, Pembangunan Kemajuan Negeri Kedah mendapat peruntukan pembangunan sejumlah RM16 juta dan untuk negeri Kelantan RM7 juta, untuk negeri Terengganu RM10 juta, untuk Sabah RM9 juta. Peruntukan pembangunan untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Sarawak hanya RM665 ribu sahaja. Walaupun GPS yang telah menjadi kingmaker yang menjayakan Sheraton Move, namun Kerajaan Perikatan Nasional kecuali melantik beberapa orang daripada GPS menjadi Menteri, tidak menunjukkan apa-apa kesyukuran terhadap Sarawak dalam Bajet 2021. Bahkan, peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak pada tahun 2021 dari segi peratusan adalah jauh kurang berbanding dengan Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam Bajet 2020.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, banyak lagi hari ini hendak bahas.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Sekejap, 2 minit sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tidak boleh Yang Berhormat.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Satu minit sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, saya banyak orang saya hendak melayan hari ini.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Ya, satu minit sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Setengah minit sahaja, Yang Berhormat. Butiran. Jangan ceramah. Butiran.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Okey, dalam Bajet 2021, lebih kurang 17 peratus yang diperuntukkan spesifik untuk Sabah dan Sarawak. Akan tetapi di bawah Bajet 2021, hanya 13 peratus anggaran peruntukan spesifik untuk Sabah dan Sarawak.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Walaupun jumlah Anggaran Pembangunan telah bertambah daripada sebanyak RM56 bilion sampai ke sebanyak RM69 bilion tetapi peruntukan pembangunan spesifik untuk Sabah dan Sarawak masih kekal pada tahap sebanyak RM9.6 bilion. Oleh sebab itu, ia memang merupakan satu ketidakadilan terhadap Sabah dan Sarawak. Oleh sebab itu, untuk membetulkan ketidakadilan itu, saya telah mengemukakan satu usul untuk pindaan. Saya hendak tahu daripada Tuan Yang di-

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Pertua, apakah terjadi kepada usul saya? Usul saya adalah untuk supaya satu jumlah sebanyak RM3 bilion diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak di bawah JPM di bawah Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Akan tetapi, saya langsung tidak terima apa-apa jawapan daripada usul saya. Ini usul saya. Usul saya telah dibentangkan ke Pejabat Tuan Yang di-Pertua pada 24 November. Bolehkah Tuan Yang di-Pertua beritahu, apakah telah terjadi kepada usul saya? Langsung tak ada jawapan. Sekurang-kurangnya satu jawapan harus diberikan kepada saya.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya tidak mengendalikan usul sekarang.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Bukan, itu usul spesifik terhadap JPM.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, ini untuk perbahasan butiran. Usul Yang Berhormat, nanti SUDR akan memberi jawapan melalui Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini saya tidak...

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Akan tetapi, secara convention sebelum kita mula perbahasan, satu kertas mengenai usul pindaan akan di atas meja semua.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, apa-apa isu yang berkenaan usul sebelum perbahasan butiran bermula. Tadi, saya di belakang Timbalan Yang di-Pertua nombor satu telah mengendalikan daripada soalan lisan kepada perbahasan di peringkat belanjawan butiran. Jadi, isu sepatutnya dibawa di sana tetapi saya tidak diberikan maklumat tentang apa-apa usul untuk dijawab ataupun dibentangkan. Setakat ini, tidak ada arahan kepada saya. Arahan saya setakat yang saya duduk di sini adalah untuk mengendalikan butiran. Jadi, saya minta Yang Berhormat, kemungkinan bila Tuan Yang di-Pertua datang ataupun Yang Berhormat boleh bincang dengan Tuan Yang di-Pertua di pejabat. Terima kasih.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih. Secara kesimpulan, oleh sebab banyak ketidaktelusan dalam peruntukan yang di bawah JPM dan juga ketidakadilan kepada Sabah dan Sarawak, oleh itu saya tidak boleh, tidak dapat menyokong bajet ini untuk JPM. Saya juga menyeru kepada rakan-rakan saya dari Sarawak dan Sabah supaya sama-samalah kita tolakkan bajet itu untuk JPM. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya hendak bentuk Kepala Pengurusan 010600 – Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan dengan peruntukan sebanyak RM882.7 juta. Peningkatan dalam Kepala Pengurusan ini sebanyak RM288 juta Tuan Pengerusi. Mohon pihak kementerian nyatakan, apakah justifikasi sebenar bagi peningkatan peruntukan yang begitu tinggi memandangkan peruntukan yang pertambahan sebanyak RM288 juta daripada tahun 2020 adalah merupakan pemberian ataupun kenaikan bayaran tetap. Saya hendak minta penjelasan pihak kementerian ataupun kerajaan, siapakah ataupun pihak mana kelompok yang mana yang mendapat manfaat daripada kenaikan peruntukan yang begitu besar? Kedua Tuan Pengerusi, saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan prestasi dan status terkini projek-projek ICU bagi tahun 2020 dan berapakah jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac yang lalu? Saya berharapkan daripada pihak kerajaan supaya memastikan semua projek- projek yang telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan yang lalu yang telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Barisan Nasional sebelum Kerajaan Pakatan Harapan dapat di-reinstate Tuan Pengerusi dengan izin, supaya dapat dilaksanakan semula untuk kepentingan rakyat. Ini kerana, projek...

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Jelebu. Sedikit sahaja, saya sokong. Kalau boleh bukan sahaja di Negeri Sembilan, seluruh negeri termasuk Selangor.

Oleh sebab projek-projek itu Tuan Pengerusi ialah projek-projek yang merupakan kepentingan rakyat. Sebagai contoh, kalau di Jelebu sebanyak tiga projek utama tidak dilaksanakan. Dewan yang diumumkan untuk pembinaannya yang berjumlah tidak banyak, sebanyak RM7 juta sahaja. Kemudian, dalam soal pembinaan atau pembaikan masjid-masjid. Ini merupakan hak dan kepentingan yang harus kita laksanakan untuk rakyat tetapi tak apa, kerana kekurangan dan keburukan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan, Perikatan Nasional reinstate dan lakukan pembaikan ataupun pelaksanaannya secepat mungkin. Butiran 080100 – Pembaikan dan Penyelenggaraan SRA/SIRAJ/KAFA. Tuan Pengerusi, dalam butiran ini dinyatakan bahawa terdapat peruntukan sebanyak RM4 juta sahaja yang digunakan untuk pembaikan penyelenggaraan SRA, Sekolah Rendah Agama/SIRAJ dan KAFA. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan dan kementerian Tuan Pengerusi supaya peruntukan dinaikkan sedikit. Kenapakah saya kata begitu? Semua pihak Ahli-ahli Parlimen Kerajaan termasuk kerajaan negeri menerima hakikat bahawa Sekolah Rendah Agama di semua kawasan daerah terutamanya bagi kawasan luar bandar seperti kawasan-kawasan Parlimen Jelebu. Bukan apa, Jelebu ini luar bandar Tuan Pengerusi tetapi lebih kurang luar bandar sedikit yang mana sekolah rendah agama dipinggirkan dalam soal penyelenggaraan. Di kawasan saya ada sebanyak enam sekolah rendah agama rakyat yang masih lagi memerlukan pembaikan secara drastik Tuan Pengerusi. Ini bukan sahaja soal keperluan ataupun kemudahan tetapi atap bocor, dinding perlu diperbaiki, kerusi, meja untuk pelajar-pelajar yang meneruskan pengajian mereka sampai ke hari ini. Oleh sebab itu Tuan Pengerusi, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya sekolah-sekolah dan juga bangunan-bangunan yang sudah uzur ini dan tidak sesuai untuk dihuni oleh pelajar-pelajar sekarang dapat kita tingkatkan dan perbaiki daripada semasa ke semasa. Tuan Pengerusi, akhir sekali saya hendak sentuh Butiran 040300 – Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran. Sebagai rekod Tuan Pengerusi, untuk butiran ini bagi tahun 2019 ke tahun 2020, peningkatan sebanyak RM113 juta. Saya hendak tanya kepada pihak kementerian, mengapakah berlaku – bukan peningkatan tetapi pengurangan. Mengapakah berlaku pengurangan peruntukan yang sangat ketara bagi butiran ini? Adakah kerana pandemik COVID-19 maka pelajar tidak boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara? Saya hendak tanya kepada pihak kementerian ataupun pihak kerajaan bagaimana nasib pelajar-pelajar tajaan government-linked university (GLU) ataupun bagaimana nasib pelajar-pelajar tajaan MARA yang melanjutkan pelajaran ke luar negara? Yang mendapat biasiswa daripada kerajaan dan mereka perlu membayar balik? Saya hendak minta support dengan izin. Saya hendak minta kerajaan supaya menggariskan satu benchmark tentang bagaimana pengecualian bayaran tajaan pelajar-pelajar ini Tuan Pengerusi. Kalau dia dapat pencapaian cemerlang, mereka tidak perlu membayar pinjaman ini ataupun bagaimana bentuk pengecualian atau diskaun yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pelajar-pelajar berkenaan? Tuan Pengerusi, saya menyokong dan memohon mencadangkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Parit Buntar.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk ke Peruntukan Pengurusan untuk 030300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang mana kalau kita meneliti peruntukan-peruntukan dari tahun 2018, tahun 2019, tahun 2020 dan terkini tahun 2021 kita mendapati seolah-olah ada trend yang menurun. Sedangkan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia adalah antara yang ke hadapan dalam memastikan pemerkasaan syariah itu dapat dijayakan. Saya bagi contoh tahun 2019, peruntukan yang diberikan ialah sebanyak RM68 juta berbanding sebelumnya tahun 2018 iaitu sebanyak RM56 juta. Manakala tahun 2020, peruntukan yang telah diberi ialah sebanyak RM63 juta walaupun ada sedikit

penurunan. Akan tetapi, pada tahun 2021, penurunannya amat ketara Tuan Pengerusi iaitu daripada sebanyak RM68 juta menurun kepada sebanyak RM61 juta. Jadi, mohon penjelasan. Ini kerana, saya juga mendapati prestasi perbelanjaan daripada sudut perbelanjaan prestasinya, ada seolah-olah macam satu gap atau jurang daripada segi prestasi iaitu tahun 2019, perbelanjaan ketetapan atau peruntukannya sebanyak RM68 juta sedangkan perbelanjaan yang sebenar hanya sebanyak RM59 juta.

Tahun 2018, kita tengok trendnya berlebih pula. Peruntukan sebenar RM56 juta tetapi yang belanja pula terlebih RM60 juta. Jadi, mohon penjelasan kerana bagi saya Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ini adalah yang ke hadapan sekali untuk memastikan syariah itu dibela dan diperkasakan. Jadi keadaan begini juga membawa saya kepada Butiran 20000 - peruntukan RM24 juta untuk perkhidmatan dan bekalan. Saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Bagaimanakah usaha-usaha untuk memastikan Mahkamah Syariah diperkukuhkan dengan infra yang terkini termasuklah pendaftaran kes-kes? Sekarang kita boleh tengok perkembangan kes melalui online tetapi hendak mendaftar kes itu masih lagi kita belum ada kemudahan tersebut. Jadi, mohon untuk diberi perhatian. Termasuklah saya ingin bertanya peruntukan P.6 untuk 11800 iaitu pembangunan Mahkamah Syariah RM27 juta tahun 2020 dan kali ini hanya RM20 juta sahaja. Saya ingin minta penjelasan prestasi tahun 2020 pada peruntukan yang dahulu. Akhirnya, saya ingin menyentuh tentang satu pemberian one-off iaitu 080000 di bawah Butiran 080100. Ia telah pun di-highlight-kan oleh Yang Berhormat Jelebu sebentar tadi sebelum saya dan tidak silap saya Yang Berhormat Jerai. Saya bersetuju kerana peruntukan RM4 juta berbanding untuk kita hendak menyelenggara dan membaiki pusat-pusat tahfiz, sekolah-sekolah agama rakyat dan juga KAFA yang hari ini bertebaran di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, RM4 juta itu bagi saya terlalu sedikit. Hal ini kerana apa Tuan Yang di-Pertua, saya boleh buat perbandingan dan sila rakam ini betul-betul. Ketika Pakatan Harapan memerintah, peruntukan pada tahun 2019, ialah RM75 juta untuk sekolah tahfiz dan juga KAFA serta lain-lain [Tepuk] untuk penyelenggaraan. Tahun 2020, RM100 juta dan ia merupakan satu peningkatan yang Timbalan Menteri juga mengambil faedah daripada peruntukan tahun 2020 pergi ke Kelantan ke sana, ke sini menyatakan ini adalah peruntukan RM100 juta daripada Bajet 2020 yang telah dibuat oleh Pakatan Harapan. Jadi, saya rasa di sebelah sana pun bersetuju dengan saya. Kita perlu mempertingkatkan JKSM, Kehakiman Syariah dan juga tahfiz serta sekolah-sekolah agama rakyat dan lain-lain untuk memastikan Islam itu dibela bukan sahaja mulut bercakap tetapi peruntukan yang sangat-sangat sedikit. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pontian.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sejumlah RM145 juta untuk Parlimen. Saya ingin tahu, apakah pembaharuan- pembaharuan untuk Parlimen yang lebih baik mulai tahun 2021 yang dirancang? Kemudian Jabatan Audit Negara...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Butiran, butiran.

RM158 juta. Ada semua butiran ini...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Pontian, rujuk butiran dulu Yang Berhormat.

...Dalam muka surat 63, 72 Butiran Jabatan Audit Negara. Siapakah yang mengaudit Jabatan Audit Negara ini? Bila selesai untuk senaraikan aset-aset negara dan hutang— semua orang tahu, jumlah hutang tetapi tidak ada siapa tahu di Malaysia ini jumlah aset yang ada dan dimiliki oleh kerajaan. Adakah nilainya RM2 trilion, RM3 trilion atau RM4 trilion? Kita pun tidak tahu. Jadi, saya hendak tahu tugas Jabatan Audit Negara mengenai perkara ini. Seterusnya

muka surat 78, Suruhanjaya Pilihan Raya, daripada RM71 juta dinaikkan kepada RM200 juta. Mengapa tinggi, sedangkan PRK sudah tidak lagi mulai 9 Mei 2021? Adakah kerajaan merancang untuk mengadakan pilihan raya umum pada tahun 2021? Bilakah pendaftaran secara automatik akan berkuat kuasa? Umur 18 tahun ke atas itu berapa jumlahnya dan umur 21 tahun ke atas yang masih lagi belum mengundi, mendaftar itu berapa jumlahnya? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, muka surat 85 sebanyak RM39 juta. Berapa kekosongan jawatan setiap tahun, terutama tahun 2021? Apakah proses untuk mengambil isi kekosongan itu? Adakah skim pencen yang dihapuskan itu akan diteruskan? Itu satu persoalan penting. Kemudian Butiran 010800 – Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perangkaan Malaysia. Bila keputusan census terkini? Berapa jumlah penduduk ikut peratus kaum? Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah merupakan jabatan yang terkehadapan setiap hari mengatur mesyuarat-mesyuarat dengan pelbagai kementerian untuk COVID-19. Adakah mereka akan dapat bantuan khas RM300 untuk semua pegawai MKN? Butiran 10600 – Projek Kerajaan Elektronik. Besar ini RM731 juta tahun depan. Apakah projek kerajaan elektronik sebanyak RM731 juta? Saya ingin perincian. Butiran 16500 – Kelestarian FELDA sejumlah RM400 juta. Ini saya hendak tanya di mana letaknya sukuk RM9.9 bilion yang disebut yang dijamin penuh oleh kerajaan. Adakah kita akan adakan bajet tambahan untuk perkara itu. Kemudian Perbadanan Kemajuan Negeri-negeri (SCDC). Statusnya bagaimana? Peruntukannya sangat kecil. Adakah mereka sudah berdikari ataupun “hidup segan mati tidak mahu” kerana apabila kita melihat Johor, Kedah, Melaka cuma mendapat RM200,000, Perlis RM350,000. Jadi saya ingin tahu statusnya? Sarawak tadi sudah disebut RM665,000 sahaja. Bagaimana tentang SCDC ini? Kemudian mengenai JAKIM. Berapa jumlah untuk sekolah tahfiz? Butiran 040100, adakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf Darul Al-Quran kepada Universiti Al-Quran yang pernah kita cadang sebelum ini. Kemudian di bawah tajuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Butiran 040200 dan Butiran 040300. Saya ingin bertanya. Berapa kah kutipan zakat MAIWP dan JAWI? Apakah kaedah-kaedah untuk menaikkan lagi kutipan-kutipan zakat supaya wang itu boleh digunakan terutamanya ketika COVID-19 ini? Adakah wang zakat itu digunakan untuk membantu mereka yang terjejas ketika COVID-19? Begitu juga tentang jabatan-jabatan agama negeri-negeri yang lain terutamanya hasil-hasil zakat. Bolehkah digunakan untuk COVID-19? Setakat mana ia dilaksanakan untuk membantu, khasnya mereka yang terjejas kerana COVID-19. Seterusnya, ialah mengenai dasar baharu iaitu Operasi Agensi Pengurusan Penyelidikan, Peluasan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Ini terlalu sedikit saya lihat, hanya RM4.8 juta sedangkan perkara yang amat besar untuk kita memberikan dasar baharu untuk Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu yang akhir, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Arau tadi, ada jabatan-jabatan seperti Unit Seranta FELDA, Jabatan Perdana Menteri yang dihapuskan ketika zaman era PH dahulu. Bagaimanakah keadaan pegawai- pegawai yang dibuang kerja itu? Adakah ia akan diambil semula? Infrastruktur luar bandar berjumlah RM124,000,700 Jabatan Perdana Menteri di bawah Ketua Setiausaha Negara. Saya ingin tahu apakah butirannya? Adakah ia bertindih dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Lembah Pantai.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Maksud Bekalan 1 Parlimen, Butiran 010200 – Pengurusan Dewan. Saya ingin bertanya, hari ini kita lihat, kita ada sampai jam 3.00 petang untuk bahas dua kementerian dan hari-hari yang akan datang, jumlahnya lebih banyak. Adakah kita akan mendapati waktu perbahasan itu disingkatkan? Saya rasa ini

tidak patut berlaku dan saya turut serta bersama-sama dengan Yang Berhormat Port Dickson untuk menegaskan bahawa kita perlukan satu Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen. Komitmen itu perlu ada dan saya harap boleh dibentangkan dalam masa terdekat. Saya ingin meneliti dan menyinggung maksud Bekalan 4 - Suruhanjaya Pilihan Raya khusus Butiran 010400 – Pejabat Pilihan Raya Negeri dan Butiran 030100 – Pilihan Raya Negeri Sarawak. Adakah pihak SPR berniat untuk mengumumkan sama ada- Apakah perancangan dalam keadaan norma baharu daripada segi kesiap siagaan terutama daripada kalangan petugas-petugas SPR, kita dengar ramai yang merasakan tidak mahu berkhidmat dalam keadaan COVID-19. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan juga. Adakah berniat untuk mengumumkan darurat sama seperti Parlimen Batu Sapi bagi Parlimen Gerik dan juga DUN Sibugar? Sekiranya negeri Sarawak, DUN dibubarkan, adakah pihak kerajaan juga berniat untuk mengumumkan darurat bagi seluruh negeri Sarawak?

Saya ingin menyentuh Maksud Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri khususnya Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara. Saya ingin bertanya rasional perubahan-perubahan kepada SOP. Contohnya, sebelum ini kedai-kedai tutup pukul 10.00 malam. Kemudian, tutup pada pukul 12.00 tengah malam. Kenapa tidak ditetapkan dalam keadaan yang ada sekarang ini, kita lihat kluster-kluster berlaku di tempat-tempat khusus seperti di tapak binaan dan di tempat- tempat tinggal bagi pekerja-pekerja. Jadi, kenapa tidak dilanjutkan waktu pembukaan bagi kedai-kedai sehingga pada pukul 2.00 pagi? Saya difahamkan banyak frontliners contohnya yang bekerja sehingga lewat malam. Mereka tidak ada tempat untuk pergi makan, membeli barang dan sebagainya. Saya ingin bertanya tentang SMS yang kami semua terima daripada MKN. Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan sejak perkhidmatan ini digunakan? Sama ada ia efektif ataupun tidak? Saya perhatikan, kadangkala, mesej-mesej yang disampaikan melalui SMS ini, ia terlalu truncated dengan izin, sampaikan orang tidak faham. Contohnya, malam tadi dihantar satu SMS berkenaan dengan PUS. Ramai yang bertanya ‘PUS’ itu apa? Rupa- rupanya, persons under surveillance. Jadi, mereka tidak faham dan konteksnya tidak ada dalam SMS-SMS ini. Berapakah yang telah dibelanjakan dan apakah ia akan diteruskan selepas ini? What is the effectiveness, dengan izin? Saya juga ingin bertanya tentang isu SOP. Kita lihat sering kali diubah-ubah mungkin hari demi hari. Contohnya, pada satu hari dua orang penumpang dalam satu kereta dan kemudian diubah ke tiga orang penumpang dalam satu kereta. Apakah rasional dari segi scientific basis untuk perubahan-perubahan SOP ini? Sama seperti isu kuarantin dari Sabah. Mula-mula kita lihat selama 14 hari dan kemudian disingkatkan ke tiga hari. Apakah asas saintifik untuk perubahan-perubahan SOP ini? Saya ingin menyinggung Butiran 020500 – NADMA. Yang Berhormat Menteri Kewangan menyatakan sumbangan elaun khas one-off sebanyak RM300 untuk senarai dalam NADMA. Senarai dalam frontliners dalam NADMA. Saya pohon dua perkara iaitu pertama, janganlah kita beri terutamanya anggota polis RM300. Tingkatkanlah lagi dan hendak jadikan sebanyak RM500 setidak-tidaknya. Mereka yang terlibat dalam tangkapan OKT, kadang-kala mereka juga didapati, yang mereka tangkap itu juga positif. Jadi, mereka juga secara default adalah frontliners. Saya pohon selain daripada senarai dalam NADMA itu, masukkanlah cleaners dalam hospital sebagai sebahagian daripada frontliners, takrifan frontliners itu. Saya pohon juga janganlah dijadikan masalah dahulu, setengah-setengah orang sahaja wang layak untuk menjadi frontliners. Luaskan takrifan itu. Janganlah timbul masalah yang dihadapi oleh anggota polis sebelum ini. Kita pelajarilah apa yang berlaku dahulu. Saya ingin menyentuh Butiran 040200 – MAIWP dan Butiran 040300 – JAWI. Sama seperti Yang Berhormat Pontian, saya ingin bertanya apakah jangkaan kutipan zakat bagi tahun 2020 dan tahun 2021? Ini kerana kita tahu kutipan zakat ini digunakan untuk membantu warga Kuala Lumpur khusus mereka yang perlukan bantuan. Apakah perancangan sekiranya kutipan itu berkurangan pada tahun hadapan? Akhir sekali, saya ingin bertanya tentang Butiran 080100 – Pembaikan dan Penyelenggaraan SRA/SIRAJ/KAFA. Bilakah Sekolah Rendah Agama Umar Abdul Aziz dapat dikembalikan operasinya di Masjid Negara? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Kuala Krai.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Daripada sejumlah RM157,605,600 kepada RM154,161,500. Tuan Pengerusi, Kuala Krai merupakan antara kawasan yang terlibat dengan banjir. Pada tahun 2014, Daerah Kuala Krai mengalami banjir terburuk di Malaysia. Saya mencadangkan agar sebuah pusat pengurusan bencana dapat diwujudkan. Ia boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Antaranya, sebagai pusat pemindahan banjir, pusat operasi, pusat latihan dan sebagainya. Untuk pengetahuan pihak kementerian, APM Kuala Krai mempunyai lima ekar tanah milik mereka sendiri. Ia sangat sesuai tujuan pembinaan pusat pengurusan bencana daerah ini. Kedua, di butiran yang sama, saya mencadangkan agar tambahan perjawatan tetap untuk APM supaya mereka dapat berperanan dengan lebih efisien dalam operasi membantu rakyat yang memerlukan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] Saya pohon supaya anggota APM termasuk sukarelawan mereka turut mendapat insentif yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini. Terakhir dalam butiran ini ialah memohon kerajaan mewartakan Pejabat APM yang belum diwartakan. Saya mendapat tahu hanya Pejabat APM Kota Bharu dan APM Kuala Krai sahaja yang telah pun diwartakan. Tuan Pengerusi, butiran yang kedua ialah merujuk kepada Butiran 030300. Ada beberapa persoalan yang perlu saya kemukakan di sini. Pertama, adakah perjawatan hakim-hakim syarie Mahkamah Syariah sudah di perkasa kan? Ternyata perbandingan antara hakim mahkamah sivil dan hakim syarie, jauh perbezaannya. Gred perjawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah hanyalah antara Gred 48 sehingga Gred 54. Itu yang terkanan dan masih lagi merupakan penjawat awam. Beza dengan mahkamah Tinggi Sivil bukan daripada kalangan penjawat awam dan gaji mereka melebihi RM30,000. Kedua, butiran yang sama, pemerkasaan undang-undang syariah. Sejauh manakah perkembangan penyeragaman undang-undang syariah di antara negeri-negeri di seluruh Malaysia? Ketiga, bagaimanakah pula dengan isu memperkasa Mahkamah Syariah melalui pelaksanaan mahkamah empat tiers? Keempat dalam butiran yang sama Tuan Pengerusi, isu semakan kehakiman yang melibatkan kes-kes syariah yang difailkan ke mahkamah sivil yang mencabar undang-undang syariah. Contoh ialah kes semakan kehakiman kumpulan yang menggelar mereka Sisters in Islam (SIS) terhadap keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Tuan Pengerusi, butiran terakhir ialah merujuk kepada Butiran 030800 – Institut Latihan Kehakiman. Adakah kerajaan tidak bercadang mewujudkan Institut Latihan Kehakiman Syariah Malaysia sebagaimana Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) untuk memperkasakan kehakiman syariah? Sudah lebih 20 tahun Jabatan Kehakiman Malaysia ditubuhkan iaitu pada bulan November 1998. Jadi, saya mencadangkan agar sebuah institut diwujudkan, sebuah institut latihan diwujudkan bagi memartabatkan kehakiman syariah di dalam negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bangi. Lima minit.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada B.6, Butiran 010600 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) yang dikenali

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

sebagai Implementation Coordination Unit (ICU). Seperti apa yang telah dibangkitkan tadi oleh beberapa Yang Berhormat, peruntukan telah dinaikkan RM594,708,000 ke RM882,757,400. Saya merujuk kepada Kod 40000 iaitu bayaran tetap yang telah dinaikkan daripada RM482,774,500 kepada RM757,944,000. Saya rasa Tuan Pengerusi, apabila kita menghadapi bencana COVID-19 ini, ada banyak rakyat dan juga pengundi yang perlu bantuan daripada Ahli Parlimen terutamanya di kawasan pedalaman seperti di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung Malaysia. Akan tetapi, apa yang malang ialah peruntukan ini tidak dibahagikan secara saksama kepada Ahli Parlimen Pembangkang. Jadi, saya jikalau kerajaan hendak sokongan daripada pihak sebelah sini, saya cadangkan supaya pembahagian ini diberikan secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen untuk membantu pengundi- pengundi dan juga penduduk di kawasan kita semua, terutama mereka yang menghadapi masalah COVID-19. Saya juga hendak bangkitkan satu cabaran di mana apabila tidak ada penyelaras yang telah dinamakan oleh pihak kerajaan di kawasan Parlimen pembangkang, memang saluran ICU, bantuan ICU ini akan lambat ataupun tidak diberikan langsung. Jadi, apabila perkara seperti ini berlaku, yang menderita adalah rakyat dan bukan Ahli Parlimen. Jadi, saya rasa perkara ini perlu dibetulkan dan juga disamaratakan secara pembahagian kepada Ahli Parlimen. Saya juga merujuk kepada B.6, Butiran 010900 – Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Saya hendak memberitahu Dewan yang mulia ini, UKAS ini semasa Kerajaan Barisan Nasional telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, UKAS telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan. Sebab utama UKAS telah dipindahkan adalah kerana abuse of power, dengan izin, di bawah Kerajaan Barisan Nasional di mana UKAS, projek- projek PPP ini yang melibatkan beratus-ratus bilion ringgit telah diluluskan di bawah Jabatan Perdana Menteri tetapi at the end of the day, dengan izin, Kementerian Kewangan ialah kementerian yang akan membayar kos PPP ini. Jadi saya rasa memang tidak wajar, tidak sesuai untuk memindah UKAS balik kepada Jabatan Perdana Menteri dan tidak ada input yang penting daripada Kementerian Kewangan dan yang penting sekali ialah untuk memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk membuat keputusan sama ada projek PPP ini akan dibenarkan atau tidak. Saya juga hendak memberitahu Dewan yang mulia ini, semasa Barisan Nasional menjadi kerajaan, projek PPP ini telah diluluskan oleh KSN sebagai approving authority tetapi apabila Pakatan Harapan mengambil alih, approving authority yang tertinggi adalah Menteri Kewangan. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apabila UKAS ini dipindah balik kepada Jabatan Perdana Menteri, adakah approving authority, kuasa ini adalah di bawah KSN sekali lagi ataupun Kementerian Kewangan masih lagi ada veto power terhadap kelulusan projek PPP ini? Jadi saya rasa apabila UKAS ini dipindah balik kepada JPM, abuse of power ini memang akan kemungkinan berlaku, akan naikdan saya mencadangkan supaya UKAS dipindah balik kepada Kementerian Kewangan supaya checks and balances terhadap projek PPP ini boleh dipulihkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Setiu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca selawat] Tuan Pengerusi, Butiran 080100 – Pembaikan dan Penyelenggaraan SRA/SIRAJ/KAFA. Saya ingin bertanya, adakah peruntukan RM4 juta ini akan digunakan untuk menyediakan bilik operasi guru yang khas untuk guru KAFA? Sebab ada negeri yang guru KAFA nya masih menumpang di bilik guru yang sedia ada sehingga menyukarkan kerja-kerja mereka. Begitu juga berkait dengan sekolah rendah agama (SRA), adakah peruntukan ini juga digunakan untuk baik pulih SRA di kawasan FELDA?

Kedua, Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Di kawasan saya di Parlimen Setiu masih ada masjid yang dibina semenjak tahun 70-an dan 80-an yang perlu dibina baharu dan ada yang masih berdinding kayu dan ada yang ditenggelami air ketika datangnya banjir. Contoh, Masjid Kuala Kubang, Masjid Renek, Masjid Apal, Masjid Guntong Dalam, Masjid Bukit Layat, Masjid Merbau Menyusut. Ketiga, Butiran 020400 – APM. APM di Setiu masih lagi agak ketinggalan di mana bangunan yang digunakan adalah bangunan yang disewa dari kuarters JKR. Jadi saya mencadangkan supaya dibina sebuah bangunan baharu untuk APM. Di samping itu juga, peralatan-peralatan lain yang masih belum mencukupi dan ada yang rosak sedangkan Setiu merupakan salah sebuah kawasan yang sering ditenggelami banjir. Contohnya pada minggu lepas. Keempat, Butiran 06100 – Development of Halal Industry. Apakah inisiatif kerajaan untuk membantu pengusaha industri halal khususnya pengusaha industri halal yang kecil yang terkesan akibat COVID-19 yang mana industri halal yang kecil ini menyumbang 13 peratus kepada keseluruhan eksport halal? Seterusnya yang kelima, Butiran 030300 – Saraan. Saya menerima banyak aduan daripada pesara agensi kerajaan yang sekarang ini telah diswastakan seperti Lembaga Lektrik Negara, Telekom, Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia yang sekarang telah diswastakan dan dijenamakan kepada nama baharu iaitu TNB, Pos Malaysia dan lain-lain. Saya mendapat aduan bahawa pencen mereka terlalu kecil walaupun mereka sudah bekerja berpuluh-puluh tahun. Jadi saya mencadangkan supaya kerajaan meningkatkan pencen mereka supaya melepasi garis kemiskinan dan kalau boleh, mencapai tahap gaji minimum. Seterusnya Butiran 030500. Saya dapati berlaku peningkatan berbanding tahun 2020 di mana tahun 2021 sebanyak RM4.486 juta dan tahun 2020 sebanyak RM4.231 juta. Saya mendapat maklumat sepanjang musim PKP dilaksanakan, seramai 64,366 orang mendapatkan perkhidmatan psikologi iaitu 55 peratus mendapatkan perkhidmatan PFA dan 22.5 peratus membabitkan isu kesihatan mental, manakala 15,000 orang daripada jumlah tersebut terdiri daripada penjawat awam. Soalan saya. Saya ingin meminta pihak kerajaan untuk menjelaskan adakah peruntukan yang meningkat ini berbanding tahun 2020 mencukupi untuk membendung penjawat awam daripada terus tertekan dan dihimpit dengan masalah mental terutamanya ketika situasi COVID-19? Sejauh manakah sistem talian untuk menilai kesejahteraan psikologi penjawat awam yang dipanggil Inventori Kesejahteraan Holistik (IKH) mampu membantu individu yang mengalami masalah mental ini? Terakhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Saya meneliti peruntukan bajet pada tahun 2020 di mana mencecah RM600,000. Namun begitu, pada tahun 2021, tiada peruntukan dilaburkan bagi butiran ini. Apakah sebabnya? Adakah kerajaan tidak akan menambah kakitangan kontrak ataupun peruntukan ini diletakkan pada butiran lain? Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus kepada butiran pertamanya mengenai SPRM iaitu Butiran 020100 dan juga Butiran 020200 iaitu berkaitan siasatan dan perisikan. Saya hendak bertanya kepada kerajaan. Setelah kita memperuntukkan peruntukan yang agak banyak untuk siasatan dan perisikan ini, setakat yang sudah disiasat sebelum ini khususnya kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB, berapakah kerajaan telah belanjakan untuk kerja-kerja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB? Seterusnya berapakah jumlah spesifik untuk kita siasat seorang yang bernama Jho Low? Berapa jumlah yang kita telah habiskan untuk kita menyiasat orang yang bernama Jho Low ini dan bilakah kita ada letak target untuk boleh bawa beliau ke negara kita balik? Itu yang pertama. Seterusnya saya ingin bertanya juga berkaitan dengan 40,000 iaitu jumlah anggaran perbelanjaan kerana hutang negara. Saya hendak bertanya kepada kerajaan, daripada hutang negara ini yang lepas-lepas ini, berapakah persen hutang negara ini disebabkan oleh 1MDB? Berapa persen nya? Bilakah kerajaan menjangkakan hutang

1MDB ini boleh dibayar? Adakah mungkin bakal cucu-cucu kita, cicit-cicit kita akan mewarisi hutang ini? Seterusnya mengenai pilihan raya. Kita lihat peruntukan pilihan raya ini memang penting. Saya hendak tanya, apabila sebuah kerajaan hari ini dipilih dengan tidak ada pilihan raya, apakah relevannya ada peruntukan mengenai pilihan raya? Adakah pilihan raya ini masih relevan lagi, peruntukannya relevan kalau sekiranya kita buat pilihan raya untuk mendapat mandat rakyat tiba-tiba kita tubuh kerajaan tanpa mandat rakyat? Adakah relevan perbelanjaan ini? Terakhir saya hendak tanya berkaitan dengan peruntukan khas bertugas luar negara. Saya pernah membangkitkan soal pelantikan seorang Duta Khas Perdana Menteri di Timur Tengah tentang tersebarnya satu surat yang ditulis dalam bahasa Arab kepada pemimpin-pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah.

Akan tetapi sehingga sekarang, walaupun dijanjikan dalam Parlimen ini untuk memberi jawapan, saya tidak dapat jawapan itu. Kenapakah kerajaan tidak dapat memberi jawapan? Jadi saya hendak tanya, apakah relevannya semua duta ini dalam keadaan kita tidak memerlukan pun mana-mana pegawai untuk pergi ke luar negara untuk bertugas? Walaupun mereka ini duta khas di luar negara tetapi hakikatnya mereka tidak ada di luar negara. Jadi, setujukah atau tidak kita kalau boleh, saya harap peruntukan mengenai duta-duta khas ini dipotong terus, kita gunakan wang ini untuk bantu rakyat yang menghadapi masalah COVID-19. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

Yang Berhormat Sepang, soalan tambahan untuk Yang Berhormat Sepang.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput Yang Berhormat...

Mencelah. Masih ada lagi masa.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

Masa Yang Berhormat Sepang ada satu minit lagi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak, tidak. Ia kira terus– ia tidak ada ketetapan masa sebegitu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Puteh, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kuantan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 010400 - Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), berkenaan dengan persidangan di peringkat antarabangsa yang biasa dianjurkan oleh negara kita. Cuma dalam isu persidangan ini bagi saya, saya menganggap ia adalah permulaan kepada usaha untuk kita menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Cuma saya cadangkan supaya persidangan di peringkat antarabangsa ini kalau boleh kita fokuskan kepada negara-negara membangun. Jangan kita fokus membabitkan negara-negara yang maju. Oleh kerana kalau kita yang dapat menjadi ketua ataupun menguruskan persidangan ini, kita lebih mencapai keuntungan di sudut pelaburan dan di sudut harta benda ataupun aset negara seperti sawit, getah dan seumpamanya. Maka saya kira, persidangan yang membabitkan negara-negara khususnya Timur Tengah, negara-negara di sebelah Afrika yang kita cuba wujudkan di dalam negara kita untuk kita memastikan negara kita menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan kita mampu menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara kita. Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 - Majlis Keselamatan Negara (MKN). Majlis Keselamatan Negara, kita tahu ia adalah satu agensi yang sangat penting. Di dalam negara kita, Allah SWT anugerahkan kaum yang pelbagai, agama yang

pelbagai. Namun, kadangkala ia berlaku kepincangan, menyebabkan tercetusnya jenayah berbentuk perkauman, keganasan yang berfokus kepada agama. Cuma saya ingin sebut iaitu peranan kerajaan yang perlu kepada satu peruntukan khas kepada pihak MKN supaya ia mengawal selia perkara ini dengan sebaik mungkin. Ini disebabkan apa yang kita lihat secara umumnya, tidak ada satu program- program yang besar yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memberikan kefahaman kepada kaum yang pelbagai dalam negara kita supaya mereka mampu hidup dalam suasana yang aman damai. Seterusnya, di Butiran 020300 - Bahagian Penyelidikan, di luar negara. Kita semua maklum bahawa penyelidikan kita di peringkat luar negara untuk kita mengetahui ancaman-ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, yang masuk ke dalam negara kita. Sebagai contoh baru-baru ini, seorang anggota keselamatan kita meninggal dunia yang sangat kita simpati. Namun, kita tidak ada sumber maklumat yang tepat dan cepat tentang pencerobohan pihak yang tidak bertanggungjawab masuk ke dalam negara kita. Kadangkala kalau kita lihat, negara kita ini menjadi sarang kepada orang-orang yang melarikan diri. Dia masuk ke dalam negara kita, mereka duduk dalam negara kita dan lebih parah, mereka ini melakukan kerja-kerja jenayah di dalam negara kita. Seterusnya, di Butiran 020500 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), berkenaan dengan frontliners, tentang bencana negara. Saya bimbang apabila kita sebut agensi, maka ia akan terpinggir, pihak NGOs yang menjadi frontliners dalam negara kita. Sebagai contoh, saya sebut contoh, PAPISMA. Sebuah badan NGO yang bergerak secara aktif untuk membendung COVID-19 dalam negara kita. Kalau boleh pihak kerajaan mengambil perhatian dan memberikan peruntukan yang sewajarnya kepada NGOs seperti ini. Seterusnya, di Butiran 030300 - Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Dalam peruntukan yang disediakan sebanyak RM61 juta, saya ingin bertanya kedudukan Mahkamah Syariah negara kita yang saya kira sangat tidak adil berbanding dengan mahkamah sivil. Sejauh mana usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui peruntukan ini untuk memartabatkan Mahkamah Syariah supaya paling kurang ia sama taraf dengan mahkamah sivil yang ada. Akhirnya, Butiran 040300 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkenaan dengan peruntukan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang beragama Islam. Saya sarankan supaya ada satu peruntukan yang khusus daripada peruntukan yang disebutkan ini disediakan kepada pelajar-pelajar sama ada di bidang agama, di bidang kedoktoran, farmasi dan seumpamanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara- negara Timur Tengah. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuantan dan saya ingin hendak memaklumkan satu jam setengah diberikan dalam peringkat Jawatankuasa ini. Saya akan mencadangkan untuk digulung dalam sekitar pukul 12.35 tengah hari. Silakan Yang Berhormat Kuantan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin memulakan perbahasan saya di peringkat Jawatankuasa di bawah Kepala B.6 Jabatan Perdana Menteri. Dengan Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kod 40000, di mana ada penambahan di bawah pemberian dan kenaan bayaran tetap lebih kurang RM42 juta. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini. Perkara yang kedua di bawah Butiran JAKIM juga. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana berkenaan dengan guru-guru KAFA, di mana guru-guru KAFA telah pun dijanjikan penyerapan kepada jawatan tetap pada tahun 2021? Saya jangkakan sekiranya kita mengambil projek rintis seramai 100 orang pada tahun 2021, ia akan melibatkan kos sebanyak RM1.9 juta untuk 100 orang diserapkan kepada jawatan tetap dalam projek rintis ini, mengambil kira Gred S29. Akan tetapi saya pohon penjelasan juga di manakah butiran tersebut, jumlah tersebut sama ada dimasukkan atau tidak di dalam Bajet 2021?

Saya telah membawa usul untuk menambah RM1.9 juta ini tetapi saya juga– usul tersebut ditolak. Saya faham kerana Ahli Parlimen tidak boleh menambah, hanya boleh memotong. Akan tetapi kalau Ahli Parlimen tidak boleh menambah, Menteri boleh menambah dan Menteri harus bekerja kuat, memberi tekanan untuk mendapatkan bajet tersebut untuk dalam projek rintis. Jadi, saya pohon penjelasan. Saya juga ingin meneruskan kepada Butiran 080300 - Perolehan Aset/Harta/Modal/Kenderaan, peruntukan sebanyak RM8 juta. Pohon penjelasan berkenaan dengan perkara ini. Juga berkenaan dengan Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf yang berjumlah RM64.9 juta untuk penambahbaikan dan pembinaan baharu. Saya ingin penjelasan sama ada ia hanya untuk masjid atau surau di Wilayah Persekutuan sahaja ataupun ia melibatkan seluruh negara, pembinaan masjid atau surau di seluruh negara?

Saya teruskan dengan Butiran 70106 – Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. Sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukkan. Saya pohon penjelasan dan pendetilan berkenaan dengan apa dia kegunaan RM1.5 juta ini kerana sebelum ini tidak ada apa- apa peruntukan. Saya ucap terima kasih tetapi saya pohon penjelasan detilnya Tuan Pengerusi. Seterusnya berkenaan dengan Butiran 93500 – Projek Khas Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM1 bilion yang jumlahnya agak besar. Jadi, pohon penjelasan secara detil apa yang dimaksudkan dengan apa kegunaan Projek Khas dengan RM1 bilion ini. Seterusnya, untuk Butiran 93600. Saya juga ingin mohon penjelasan berkenaan dengan Projek Mesra Rakyat berjumlah RM333 juta yang telah digariskan dan dianggarkan untuk tahun 2021, Ini kerana, sebelum ini tidak ada Projek Mesra Rakyat, maaf Projek Mesra Rakyat. Tidak ada Projek Mesra Rakyat pada tahun 2019 dan tahun 2020. Kalau Projek Mesra Rakyat di bawah pejabat Parlimen, ia di bawah ICU. Jadi, pohon penjelasan pula berkenaan dengan Projek Mesra Rakyat yang ini apakah sebenarnya yang dimaksudkan dan apakah detilnya berkenaan dengan projek mesra rakyat berjumlah RM333 juta ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Padang Rengas.

Tuan Pengerusi. Lepas itu Jelutong. Saya sudah bersedia dari pagi tadi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sabar sekejap.

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bagi Yang Berhormat dulu.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tambah masa sikit Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Saya hendak merujuk kepada Butiran 020600 – SPRM Perundangan dan Pendakwaan dan juga Butiran 030100 – Pendakwaan Peguam Negara berkenaan dengan pendakwaan juga. Saya waktu penubuhan Kabinet dan kerajaan baharu Perikatan Nasional mengalu-alukan kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan segala pelantikan yang dibuat mestilah merupakan satu pelantikan yang boleh mengatasi acid test berkenaan dengan kebersihan iaitu tidak ada apa-apa kes yang dikenakan kepada mana-mana mereka yang telah dipilih sebagai Menteri dan juga sebagai Timbalan Menteri. Kita mengalu-alukan kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kita melihat iaitu bahawa kerajaan ini telah pun melalui pelbagai rintangan dan akhirnya pada sekarang ini terbentuk kerajaan yang membuka lembaran yang baharu untuk negara Malaysia kita ini. Apabila disebut iaitu bahawa kerajaan yang ini akan terdiri daripada mereka yang bersih dan tidak ada apa-apa kes terhadap mereka, maka harapan saya daripada Padang Rengas dan juga rakyat mengharapkan iaitu bahawa apa yang dikata hendaklah

dikotakan. Akan tetapi, kita juga harus ingat iaitu segala kenyataan itu tentang satu-satu hal itu ia bukan sahaja mesti dilakukan, ia mesti nampak dilakukan. Cuma pada hari ini, saya ingin bertanya kepada pihak SPRM dan juga pihak Peguam Negara sama ada pendakwaan yang dilakukan sekarang ini merupakan benar- benar pendakwaan yang bersih daripada niat-niat yang tidak baik yang mungkin ada dan wujud pada waktu Pakatan Harapan dahulu menjadi kerajaan. Kita lihat betapa kita merasa begitu dukacita iaitu apabila rakyat memilih dalam PRU14 dahulu membentuk sebuah kerajaan yang baharu, sebenarnya dalam kalangan rakyat mengharapkan benar- benar mereka akan menunaikan segala apa janji yang mereka berikan dalam manifesto. Akan tetapi, apa yang kita lihat iaitu bahawa soal pendakwaan yang ada berbaur pendendaman iaitu berdendam dan ada juga kadang-kadang kes yang telah pun berjalan setengah jalan kemudian ditarik balik. [Tepuk] Ini merupakan satu tindakan yang cukup tidak baik kerana telah dijanjikan dalam manifesto iaitu bahawa tidak lagi akan berlaku apa bentuk pendakwaan yang terpilih dan apa yang telah dijalankan mesti diberikan kebebasan kepada mahkamah, kepada SPRM dan juga kepada pihak Peguam Negara untuk mereka menjalankan tanggungjawab mereka tanpa ada apa-apa campur tangan daripada pihak kerajaan...

Yang Berhormat Padang Rengas, boleh Hang Tuah Jaya? Sikit.

Boleh nampak kawan saya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Padang Rengas tadi bila sebut soal acid test yang ditegaskan oleh Yang Berhormat Pagoh. Apakah pandangan Yang Berhormat tentang salah seorang Yang Berhormat Menteri Kanan yang terkait dengan video yang dilihat seolah-olah ditutup siasatannya? Terima kasih.

Inilah perkara yang saya bangkitkan iaitu apa yang kita kata mesti dikotakan. Rakyat ini bukan rakyat yang bodoh lagi, rakyat sudah cerdik. Jadi, apa yang kita perlu lakukan mesti dilakukan. Jangan kita kata menghala “Oh! Dulu Pakatan Harapan begitu.” Two wrongs do not make one right. Makna kalau salah tetap salah. [Tepuk] Oleh sebab itu, saya minta kepada pihak Peguam Negara, pihak SPRM dan juga pihak polis janganlah kita ada selective prosecution dan janganlah juga kita ada selective investigation. Apa yang dijanjikan mesti dikotakan. Kalau tidak rakyat akan menghukum kita dalam PRU15 nanti. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Jadi Yang Berhormat, saya telah sebut tadi kita akan habiskan selama 90 minit. Ia dimulakan dengan Ketua Pembangkang dan saya telah...

Akan tetapi, Tuan Pengerusi, saya telah bersedia dan senarai telah diberikan kepada kami.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya betul.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Akan tetapi, masa terhad untuk satu jam setengah.

Ya Tuan Pengerusi. Akan tetapi, perlu ikut dengan senarai yang diberikan. Oleh sebab itu, kami diminta untuk bersedia dalam perbahasan. Saya tidak diberi peluang untuk berbahas semasa sesi dasar. So, senarai telah diberikan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ia ada kementerian- kementerian lain juga yang Yang Berhormat Jelutong boleh...

No, saya faham Tuan Pengerusi. Masa telah dilanjutkan...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Pengerusi.

Kalau tidak, kami tidak diberi peluang langsung.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Pengerusi, hanya lima minit, itu pun tidak dapat macam mana?

Ya, diberi lima minit...

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi Yang Berhormat Jelutong boleh tiga minit boleh?

No, tidak cukup Tuan Pengerusi.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Lima minit.

Tuan Pengerusi, kalau mula dengan Ketua Pembangkang, berakhir dengan Yang Berhormat Padang Rengas. Itu sudah fair sudah. Kalau bagi tiga minit kepada Yang Berhormat Jelutong...

Kenapa Yang Berhormat daripada...

Tak, kita mesti adil.

No, no, tidak cukup.

Sebab Ketua Pembangkang mula akhir dengan PN.

Okey Tuan Pengerusi, benarkan saya untuk teruskan. Benarkan saya teruskan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tambah masa sikit Tuan Pengerusi.

Kalau bagi Yang Berhormat Jelutong, kita bagi Yang Berhormat Jelutong bererti... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi seorang daripada Yang Berhormat Jelutong, saya minta seorang lagi daripada– Baik, fair. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong selama lima minit.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Kejap, Kimanis pun hendak berucap juga.

Saya, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Lepas ini saya minta Yang Berhormat Parit bersedia. Baik, terima kasih.

Saya rujuk kepada Maksud Bekalan 030500 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab. Bahagian perlindungan ini adalah bahagian yang penting. Kita berbicara tentang perlindungan yang diberikan kepada hakim-hakim dan kakitangan badan perundangan. Saya melihat terdapat pengurangan daripada sejumlah RM9.6 juta kepada RM8.1 juta, iaitu pengurangan sebanyak RM1.4 juta.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan dua orang hakim wanita yang telah meletak jawatan. Pertamanya adalah Yang Arif Rosilah Yop, seorang hakim dari Pulau Pinang, seorang lagi adalah Yang Arif Wong Chee Lin. Kita harus mengambil maklum bahawa pada masa sekarang Jabatan Kehakiman diberi tugas untuk mengadili kes-kes yang begitu penting dan besar melibatkan individu-individu yang mempunyai watak- watak penting boleh saya katakan. So, kita harus memastikan bahawa perlindungan yang secukupnya diberikan kepada Jabatan Kehakiman. Saya ingin mempersoalkan, tadi Yang Berhormat Stampin telah membangkitkan tentang peruntukan yang begitu banyak yang diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri, projek-projek khas dan sebagainya. Kenapakah tidak kita memantapkan lagi, meningkatkan lagi perlindungan yang diberikan kepada hakim-hakim terutamanya hakim-hakim Mahkamah Tinggi? Tuan Pengerusi sendiri mengenali Yang Arif Rosilah Yop, hakim yang begitu baik yang pernah mengadili banyak kes, menjalankan perbicaraan melibatkan banyak kes tetapi tiba-tiba meletakkan jawatan.

Sekarang kita lihat banyak lagi kes yang melibatkan personaliti-personaliti yang juga merupakan wakil rakyat sedang dibicarakan di mahkamah dan kita juga lihat bahawa ada juga hakim-hakim yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin dan sebagainya seperti seorang hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Hamid Sultan yang juga telah dihadapkan ke Lembaga Disiplin kerana membuat pendedahan-pendedahan yang mengejutkan tentang keputusan-keputusan yang melibatkan mendiang Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu Yang Berhormat Karpal Singh. Saya juga ingin menarik perhatian tentang pengurangan bajet Butiran 030800 – Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP). Saya persoalkan kenapakah pengurangan daripada RM11 juta kepada RM10 juta sahaja dan juga Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman daripada RM2.6 juta kepada RM2.5 juta. Tuan Pengerusi, perkara-perkara yang melibatkan pengurusan kehakiman dan perundangan adalah begitu penting. Tadi Yang Berhormat Padang Rengas telah mengatakan bahawa perbicaraan-perbicaraan kes-kes penting yang melibatkan Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Bagan Datuk, Yang Berhormat Baling semuanya merupakan backbenchers daripada Perikatan Nasional. Saya tidak mahu hakim-hakim merasa risau tentang keselamatan mereka. Keselamatan hakim-hakim negara ini tidak boleh dikompromi. So, saya merayu supaya Menteri-menteri yang terlibat terutamanya melibatkan pengurusan kehakiman dan perundangan memberi perhatian kepada perkara-perkara yang telah saya bangkitkan dan saya minta supaya penjelasan-penjelasan diberikan kenapakah peruntukan-peruntukan kewangan mengenai perkara-perkara ini dikurangkan. Saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 020400 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Kenapakah terdapat pengurangan daripada RM157 juta ke RM154 juta? Angkatan Pertahanan Awam memainkan tugas yang penting terutamanya semasa musim COVID-19 dan juga semasa musim tengkujuh, membantu kita dalam kerja-kerja kecemasan. So, memandangkan masa tidak mencukupi, Tuan Pengerusi telah benarkan saya mematuhi arahan Tuan Pengerusi tetapi pada masa yang sama, Tuan Pengerusi, saya merayu supaya masa tambahan diberikan kerana walaupun ia musim COVID-19, kita sebagai Ahli-ahli Parlimen mematuhi arahan-arahan yang diberikan bukanlah seperti Yang Berhormat Bera, kita lihat ada gambar yang tular dalam laman sosial...

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat sudah, Yang Berhormat Jelutong.

...Beliau sedang makan dan sebagainya dan tidak mematuhi...

Cukup, cukup.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Itu tidak ada dalam butiran. Terima kasih, terima kasih, Yang Berhormat Jelutong.

...Jadi bila kita mematuhi, saya berharap Tuan Pengerusi akan juga memberi kita kelonggaran, kita mematuhi. Pada hari Khamis yang lalu, kita telah menjalani satu lagi ujian COVID-19..

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Masa, masa sudah habis, Yang Berhormat Jelutong, masa sudah habis.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah habis sudah, Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi, bolehkah saya minta supaya kelonggaran diberikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain...

Sudah tidak ada longgar, lain semua ketat. Semua sudah ketat.

Untuk teruskan juga perbahasan.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah bagi sudah ruang yang secukupnya. Baik, terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya jemput terakhir Yang Berhormat Parit, 5 minit.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010800 – Jabatan Perangkaan (DOSM). Isu berkenaan dengan banci. Menurut kenyataan Pesuruhjaya Banci 2020, sebanyak 3.25 juta atau 10 peratus berbanding anggaran penduduk tahun 2020 seramai 32.7 juta. Saya ingin bertanya melalui peruntukan yang sedia ada ini, bagaimanakah kaedah yang akan digunakan oleh kerajaan bagi mengoptimumkan pembancian secara atas talian memandangkan pembancian secara bersemuka perlu diminimakan dan saya mohon penjelasan mengapakah data bancian yang diperolehi masih lagi rendah. Kedua, Butiran 020100 – Majlis Keselamatan Negara (MKN). Menerusi peningkatan peruntukan MKN ini saya pohon penjelasan. Bagaimanakah ianya dapat digunakan bagi menyelesaikan isu jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan? Saya juga ingin mencadangkan pembinaan tembok keselamatan di sepanjang sempadan antara Malaysia dan Thailand merupakan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan isu penyeludupan ini di samping mengurangkan risiko ancaman tembak- menembak oleh penyeludup. Seterusnya Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya menyambut baik terhadap penambahan peruntukan ini. Apa yang paling penting dan mustahak adalah bagaimana kerajaan akan menggunakan peruntukan ini bagi mengelakkan kesesakan di Pusat Penempatan Banjir, tujuannya untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di Pusat Penempatan Banjir. Justeru itu saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, sejauh mana tahap kesiapsiagaan Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) ini. Seterusnya Butiran 011000 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA). Peruntukan walaupun dikurangkan cumanya saya ingin bertanya, NCIA turut memaklumkan penciptaan pekerjaan adalah melebihi 23,000 pekerjaan pada tahun ini berbanding sasaran asal 5,900. Jadi saya hendak tahu atas dasar apa atau asas apa yang dimaksudkan oleh NCIA terhadap pekerjaan ini. Bagaimana pula, khususnya kawasan-kawasan NCIA khususnya di Perak yang termasuk sebahagian daripada pembangunan koridor utara ini. Saya juga ingin memaklumkan bahawa NCIA khususnya di Daerah Perak Tengah di kawasan saya khususnya di Parlimen Parit tidak dimasukkan. Apakah kerajaan bercadang untuk memasukkan NCIA khususnya di kawasan Perak Tengah ataupun di dalam kawasan Parlimen Parit, saya pohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Butiran 080100 – Pembaikan dan Penyelenggaraan SRA/SIRAJ/KAFA, sekolah agama rakyat. Saya menyambut baik khususnya terhadap usaha kerajaan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi pembaikan dan penyelenggaraan sekolah agama rakyat. Sungguhpun begitu, saya merasakan peruntukan ini adalah sangat kecil. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah peruntukan ini cukup bagi melaksanakan pembaikan dan penyelenggaraan di setiap institusi sekolah agama rakyat dan berapakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan khususnya kepada mana-mana sekolah yang telah pun terpilih? Seterusnya Butiran 040100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya ingin membangkitkan soal bantuan zakat kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Kita semua tahu pengukuhan kewangan zakat sangat besar dan pastinya dari segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Saya ingin bertanya adakah perlu satu fatwa bagi bantuan zakat kepada mereka yang terjejas khususnya kepada COVID-19 ini dan masalah ekonomi semasa. Ini kerana ada negara jiran kita akan mengeluarkan fatwa bagi perkara ini, adakah Malaysia juga sebegitu? Jadi saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Akhir, oleh kerana masa yang begitu suntuk, saya juga menyambut baik hasrat kerajaan untuk mewujudkan Pelan Induk Wakaf Nasional bagi memperkasa pengurusan wakaf.

Saya yakin dan percaya aset serta dana wakaf sedia ada berpotensi untuk dimanfaatkan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Apakah strategi yang akan dilaksanakan bagi memperbanyakkan lagi penglibatan individu dalam berwakaf? Bbagaimanakah kerajaan melihat penyertaan syarikat korporat dalam wakaf ini? Jadi terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Ahli Yang Berhormat sekarang tamat perbahasan peringkat jawatankuasa. Untuk susunan giliran anggota pentadbiran di Jabatan Perdana Menteri, ia akan dimulakan dengan jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak), diikuti oleh Menteri Tugas-tugas Khas. Menteri Ekonomi, Menteri Parlimen dan Undang-undang dan yang kelima Menteri Hal Ehwal Agama. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) untuk menjawabnya. Mulakan dengan lima minit dahulu.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Pengerusi.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Boleh tambah, boleh tambah. Silakan dulu.

Bagi pihak...

Tuan Pengerusi, saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak boleh menggulung dan juga memberikan jawapan- jawapan. Banyak sangat yang kami telah membangkitkan.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Saya ganti lima minit, dia boleh tambah masa.

Kalau kami lima minit, sekurang-kurangnya beri Yang Berhormat Menteri lima belas minit untuk jawab.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Saya tidak- memulakan dulu dengan lima minit. Sekira perlu diteruskan untuk menjawab apa yang telah dibangkitkan tadi.

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Bukan semua Yang Berhormat Menteri ada perkara yang ditimbulkan. Lima minit lah.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tidak apa.

Yang hat banyak, banyaklah.

Tuan Pengerusi.

Jangan kacau.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Baik, cukup. Bagi...

Saya cuma minta petua. Kalau Tuan Pengerusi telah pun menghadkan masa untuk kami berbahas, sekurang- kurangnya beri ruang dan peluang kepada Yang Berhormat Menteri masa yang lebih panjang untuk menjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, duduk, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ini peringkat jawatankuasa. Ada butiran yang spesifik. Jadi mana yang disebutkan tadi, Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Pengerusi kita ini spend the biggest budget in the history of Malaysia tetapi bagi masa yang paling kurang dalam sejarah Parlimen ini. Mana boleh.

Tuan Pengerusi.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Ini ketanggungjawaban.

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Jelutong, ini peringkat jawatankuasa. Yang Berhormat Menteri akan menjawab apa yang telah dibangkitkan tadi Yang Berhormat.

Tapi banyak soalan yang dibangkitkan.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta teruskan Yang Berhormat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Banyak soalan yang ditanya.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Banyak soalan tapi...

Kita kena teruskan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri ini mana boleh jawab dalam lima minit.

Tuan Pengerusi, kenapa Yang Berhormat Arau menyibuk.

Rakyat hendak tengok jawapan. Tunggu dulu, tunggu dulu.

Ini membangkitkan perkara ini pada Tuan Pengerusi.

Kita tidak hendak dengar Yang Berhormat Jelutong saja.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Baik, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Baik.

Pihak rakan-rakan yang lain khusus yang akan terus turut sama untuk menjawab. Bukan menggulung. Menjawab dan menggulunglah. Baiklah, khususnya yang telah menyentuh perkara hal Sabah dan Sarawak dan saya ucapkan terima kasih. Tidak banyak yang menyentuhnya. Jadi ada masa menyentuh perkara-perkara di bawah bahagian kementerian di Jabatan Perdana Menteri nanti. Yang Berhormat Stampin telah membangkitkan perkara kenapa bahagian ataupun kementerian yang menjaga Perihal Sabah dan Sarawak ini, peruntukannya begitu kecil berbanding dengan bahagian-bahagian lain di Jabatan Perdana Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Stampin tidak payah susah hati begitu banyaklah. Saya mengucapkan terima kasih atas cadangan Yang Berhormat untuk membuat satu usul supaya diminta RM1 bilion bagi diletakkan di Jabatan Perdana Menteri bagi mengurus hal Sabah dan Sarawak. Kita ucapkan terima kasih atas perkara itu dan biarlah nanti pihak Parlimen menyusul perkara itu. Tapi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bahagian Sabah dan Sarawak pada saat ini adalah dikhususkan untuk meneliti hal-hal hak Sabah dan Sarawak dan hal Persekutuan juga. Perkara-perkara yang difikirkan oleh rakyat di Sabah dan Sarawak ataupun oleh kerajaan negeri Sabah, kerajaan negeri Sarawak, hal-hal yang telah terabai dari segi perihal hak dan kuasa. Peranan yang diberikan kepada bahagian ini juga akan menyentuh perihal ekonomi, keselamatan dan pada hari ini adalah mesyuarat, khususnya Mesyuarat Majlis Khas yang pertama kali diadakan oleh kerajaan yang baharu ini. Ia akan menyentuh perkara-perkara, hal-hal dan hak-hak yang perlu yang dimulakan oleh kerajaan yang lalu kemudian masih lagi perlu diatasi dan juga perihal-perihal yang telah kerajaan baharu telah kenal pasti sebagai perihal yang perlu disusuli ataupun diatasi. Jadi, tidak payahlah terlampau susah hati. Hanya sekadar RM21 bilion-RM22 bilion untuk tugas pada tahun hadapan. Jika pihak ini tidak boleh berfungsi kerana tidak mencukupi peruntukan, walaupun banyak meeting dan banyak consultation di Sabah, di Sarawak dan di sini. Kami berharap sebahagian daripada Ahli Yang Berhormat boleh dilibatkan dalam memberi input dalam mesyuarat yang akan dibincangkan. Seperti kalau di sebelah Sabah, kita akan wujud satu jawatankuasa yang akan meneliti, mencari jalan penyelesaian perihal PTI dan juga hal yang belum selesai iaitu equal status. Semuanya ini akan memerlukan perjumpaan dan consultation bersama.

Jadi kalau peruntukan tidak mencukupi, saya rasa kita di Jabatan Perdana Menteri boleh mengatasi masalah-masalah tersebut. Yang Berhormat Stampin misalnya JPM kebanyakan terletak dari segi perancangan dan bagi kami badan yang baharu ini perlu diberi perhatian. Tapi Yang Berhormat Stampin perlu sedar peruntukan untuk tahun depan dari segi pembangunan RM5.2 bilion untuk Sabah dan RM4.5 bilion untuk Sarawak. Pihak-pihak kami akan terlibat bersama dengan EPU dari segi pemantauan dan penggunaan wang ini melalui Pejabat Setiausaha Persekutuan di Sabah dan Pejabat Setiausaha Persekutuan di Sarawak. Ini pertama kali akan dilakukan oleh bahagian ini. Walaupun peruntukan RM5.2 bilion dan RM 4.5 bilion adalah di dalam tangan kementerian-kementerian, various kementerian secara direct. We want to get involved, the fund allocated to Sabah and Sarawak really used to what is ought to be, to make sure fund yang allocated betul boleh menyelesaikan perkara-perkara yang ditunjukkan. Yang Berhormat Stampin.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Stampin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Berkenaan peranan yang dimainkan oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Memang semasa ia ditubuhkan, ia merupakan satu Bahagian untuk melihat kepada hak, isu-isu mengenai hak-hak istimewa Sabah dan Sarawak. Tetapi pada masa dengan PN government ditubuhkan, satu Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak diwujudkan. Bukankah satu Menteri untuk menjaga satu Bahagian sahaja?

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Ini tidak memadai terhadap pangkat dan remuneration yang diterima oleh Menteri yang menjaga untuk tugasnya, menjalankan tugas yang dijalankan oleh satu Setiausaha Bahagian. Berkenaan allocation development expenditure yang spesifik digunakan atau diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak, sejumlah RM9.6 bilion. Apakah pandangan Yang Berhormat? Dalam tahun 2020, jumlah peruntukan untuk development expenditure adalah RM56 bilion. Sabah dan Sarawak diperuntukkan RM9.6 bilion. Sekarang untuk tahun depan, jumlah development expenditure adalah dinaikkan kepada RM69 bilion. Kenaikan 23 peratus tetapi development expenditure untuk Sabah dan Sarawak masih kekal di tahap RM9.6 bilion. Apakah pandangan Yang Berhormat? Yang Berhormat adalah Menteri yang menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak. Kita nampak satu ketidakadilan yang begitu ketara dalam segi peruntukan pembangunan. Apakah pandangan Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Stampin.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Adakah Yang Berhormat menerima cadangan saya supaya usul diterima dan diundi dan diluluskan untuk meminda peruntukan ini supaya bahagian Yang Berhormat jaga itu boleh ada peruntukan pembangunan sebanyak RM3 bilion.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Stampin. Sila.

Okey. Saya faham ada inject di situ dan sekarang untuk menentukan. Akan tetapi Yang Berhormat harus tahu kerana pernah jadi Timbalan Menteri. Di Jabatan Perdana Menteri lima orang Menteri, all kami punya bahagian ini adalah menjaga dalam atas nama bahagian. EPU is a bahagian, bahagian ICU, bahagian agama dan bahagian undang-undang. So, it does not mean that bahagian ini just satu jaga the whole of Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat pernah jadi Timbalan Menteri, it is huge. Jabatan Perdana is huge. So, don’t worry, we can interact and we will make sure that we will do our best especially untuk Sabah dan Sarawak. Saya rasa ini first time Sabah dan Sarawak matters are placed officially, like a ministry. I think we are confident the Prime Minister is more than not only able but he really wants to do something for Sabah Sarawak. We are confident that whatever planning we are doing and we plan to do, it will be assisted. Supported by all Members of the Parliament, Ahli Yang Berhormat. Sekadar itu saya hendak sentuh Tuan Pengerusi, supaya lebih banyak masa untuk bahagian-bahagian ataupun kementerian lain.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Sekarang saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas). Silakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md YusofBERSATU · PHMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Alor Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertanya, yang saya sebutkan daripada Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Jerai dan juga Yang Berhormat Kuantan tidak silap saya tadi. Pertamanya, saya hendak menjawab atau memberi keterangan atas perbahasan yang dibawa oleh Ketua Pembangkang Yang Berhormat Port Dickson yang bertanyakan apakah peranan Kementerian Luar Negeri apabila duta khas yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dilantik? Adakah berlaku pertindihan tugas dengan duta-duta khas sedia ada. Untuk makluman Ahli Dewan dan Yang Berhormat, pelantikan duta-duta khas adalah amalan biasa. Malah pentadbiran terdahulu juga melaksanakan atas faktor keperluan strategik negara. Antara tugas duta-duta khas adalah untuk meningkatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara yang duta khas ditugaskan. Ia meliputi dalam peningkatan ataupun meningkatkan lagi hubungan luar, pelaburan, ekonomi dan pembangunan projek-projek strategik. Tambahan lagi, kalau kita lihat hari ini kita mengalami pandemik COVID-19. Kita lebih fokus kepada projek-projek yang strategik. Di rantau Timur Tengah, turut meliputi peningkatan hubungan dalam bidang-bidang agama Islam. Pelantikan duta khas bukanlah untuk mengambil tugas yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Luar Negeri tetapi sebagai tambahan bagi melengkapkan tugas-tugas yang saya sebutkan. Sepatutnya apa-apa tugas yang boleh meningkatkan lagi peluang untuk negara, meningkatkan ekonomi, pelaburan dan pembangunan projek-projek strategik perlu disokong sepenuhnya terutamanya apabila kita lihat dari sudut perkongsian maklumat mengenai pembangunan teknologi terkini. Yang Berhormat Port Dickson juga ada menyatakan atau bertanya, membangkitkan tentang saiz anggota-anggota pentadbiran kononnya terlalu besar. Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Ahli Dewan, pelantikan anggota-anggota pentadbiran berdasarkan keperluan terutama bagi memastikan segala program dan projek-projek kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan cekap bagi memastikan hasil yang dinikmati oleh rakyat dan negara atau impak itu lebih boleh diukur. Dalam hal ini, jumlah anggota pentadbiran Perikatan Nasional tidaklah terlalu besar walaupun sedikit penambahan berbanding pentadbiran Pakatan Harapan. Ini kerana ia dibuat atas keperluan semasa dan bagi memastikan segala program dan projek-projek kerajaan seperti saya sebutkan berjalan lancar dan boleh memberi impak yang bermakna. Kalau kita lihat ataupun semua Ahli Dewan telah mengetahui Pakatan Harapan mempunyai 28 orang Menteri, Perikatan Nasional 32 orang Menteri. [Tepuk] Lebih empat orang sahaja.

Timbalan. Timbalan berapa?

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Menteri Pakatan Harapan 27 orang, Perikatan Nasional 37 orang.

[Dewan riuh]

Akan tetapi kementerian telah bertambah iaitu dahulunya ada 25 kementerian. Hari ini kita ada 27 kementerian.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Cadang berapa, 30? [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat Port Dickson juga ada menyatakan ataupun bertanya emolumen...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Sekejap, habiskan Yang Berhormat Port Dickson dahulu. Emolumen kakitangan kontrak adalah sebanyak RM200 juta untuk tahun 2021. Peningkatan RM181 juta berbanding tahun sebelumnya. Adakah pelantikan kakitangan kontrak lantikan politik menggunakan peruntukan ini? Jawapan kami adalah peruntukan elaun kakitangan kontrak bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM200 juta itu meningkat RM108 juta sahaja berbanding tahun 2020 iaitu RM91.5 juta. Ingin dinyatakan di sini, tiada pelantikan kakitangan kontrak lantikan politik menggunakan peruntukan ini. Jumlah RM200 juta bagi tahun 2021 tersebut adalah untuk Angkatan Pertahanan Awam, JAKIM, Pejabat Mufti, MAMPU, NADMA dan lain-lain. Yang Berhormat Arau juga ada bertanya, Yang Berhormat Arau...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Berminat nak bagi laluan?

Silakan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik. Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendapati bahawa jawapan Yang Berhormat Menteri adalah agak mengejutkan kerana menafikan hakikat bahawa Kabinet ini adalah jauh lebih besar daripada apa yang diperlukan. Kita rasa satu dunia sudah tahu lebih besar daripada apa yang diperlukan. Kita rasa satu dunia sudah tahu bahawa jumlah Kabinet atau pun saiz Kabinet itu telah ditetapkan berdasarkan kepada perundingan untuk mendapatkan sokongan bagi Perdana Menteri. Ini adalah satu recording audio yang telah dibocorkan.

Yang Berhormat Menteri jawablah. You tidak berkenaan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kita semua dengar dan saya rasa rakyat Malaysia pun semua dengar. Maka...

Masa Yang Berhormat Menteri sudah habis.

Itu adalah satu, Yang Berhormat Shah Alam...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Maka saya dapati bahawa jawapan Yang Berhormat Menteri cukup mengelirukan dan apabila kita lihat daripada segi angkanya pun sudah jelas.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dalam suasana COVID-19 di mana kebanyakan daripada kementerian itu tidak dapat menjalankan program-program seperti mana dalam suasana yang biasa, tiba-tiba jumlah menteri dan kementerian ditambah. Ia amat memalukan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ia, Yang Berhormat Shah Alam, bukannya mengelirukan dan bukan memalukan. Kita sebutkan tadi kita membesarkan saiz pentadbiran mengikut kehendak yang kita telah rumuskan untuk mentadbir urus kerajaan.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Akan tetapi Yang Berhormat Bakri mampu melakukan kerja untuk tiga orang Menteri. Satu wanita boleh buat tiga kementerian.

Data memang tepat, memang betul. Kita tidak mempertikaikan...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Apa yang diperlukan? Tidak ada apa yang dibuat. Zaman COVID, PKPB, tiada apa-apa yang dilakukan.

...25 atau 27, itu adalah cara Perikatan Nasional untuk menambah baik pengurusan dan pentadbiran negara.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Membazir duit rakyat. Bukan menambah baik apa pun.

[Dewan riuh]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Untuk beli kesetiaan.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Seorang Menteri boleh lakukan tiga kementerian. Ini duit rakyat. Adakah ini cara Perikatan Nasional?

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Supaya tak lompat.

Itu cuma adalah andaian daripada Yang Berhormat Shah Alam. Tak perlu hendak mengelirukan rakyat. Data memang jelas. Rakyat tahu 25, 27 Menteri pun. Tak payah lagi kita hendak spin off mengatakan kita mengelirukan rakyat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Dulu satu Menteri, satu Timbalan Menteri. Sekarang kena dua, tiga Timbalan Menteri, buat apa? Tak boleh kerja kah?

Saya sudah jawab tadi...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Beli kesetiaan.

...Kita mengkaji segala skop dari segi tugas-tugas untuk kita tambah baik untuk memberi impak yang lebih.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Malu apa bos ku? Malu apa?

Tuan Pengerusi, saya hendak menjawab sedikit kalau bagi...

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Pengerusi, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. [Timbalan yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan

Saya hendak menjawab...

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Pengerusi, Segambut minta penjelasan.

Ada banyak lagi butiran yang perlu dijawab. Sekiranya ada masa, saya hendak teruskan dengan memberi sedikit maklum balas atau jawapan kepada Yang Berhormat Arau yang bertanyakan mengenai Butiran 02400...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Menteri, berapa lama lagi?

Kalau boleh 15 minit kah, 10 minit kah boleh? Kalau lima minit pun saya kena ringkaskan menjawab perkara yang spesifik. Yang Berhormat Arau tadi bertanya fasal peruntukan butiran untuk Angkatan Pertahanan Awam.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Menteri, boleh tidak saya bagi lagi― saya ada lagi tiga Menteri. Saya bagi lagi 10 minit.

Insya-Allah, boleh. Saya cuba percepatkan kalau tidak ada gangguan daripada Ahli-ahli Dewan.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Saya hendak minta penjelasan jawapan Yang Berhormat Menteri. Bukan gangguan.

Yang Berhormat Arau ada bertanya adakah wajar untuk pertambahan jawatan tetap berbanding 1,265 anggota tetap sedia ada. Berdasarkan keperluan anggota untuk 142 daerah di seluruh negara, APM sedang menyediakan kertas kerja kepada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi permohonan pengambilan 3,000 anggota sukarela yang sedang berkhidmat sebagai Anggota Sukarela Tetap Pejabat (ASTP) dan Anggota Sukarela Tetap Operasi (ASTO) untuk dilantik secara contract for services bagi menjamin kesinambungan perkhidmatan penyelamat kepada rakyat.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta penjelasan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi.

Tugas harian anggota adalah seperti berikut: (i) sekretariat pengurusan bencana peringkat negeri dan daerah; (ii) perkhidmatan kecemasan 991; dan (iii) membantu tugas dan pentadbiran latihan dan operasi bencana.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Boleh saya tanya penjelasan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi? Tadi Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa penambahan Timbalan Menteri adalah untuk memperbaiki pentadbiran kementerian. Jadi saya hendak tanya satu kementerian spesifik. Yang Berhormat Menteri boleh bagi contoh, bagaimana penambahan perkhidmatan Kementerian Kesihatan Malaysia boleh dilihat daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, bagaimana dua Timbalan Menteri telah membantu KKM berfungsi lebih baik?

Secara keseluruhan, saya― yang spesifik, saya akan pohon supaya Kementerian Kesihatan menjawab. Akan tetapi kalau kita lihat keseluruhan struktur pentadbiran, agensi-agensi ada yang telah dialihkan. Contoh di Jabatan Perdana Menteri, dahulunya kita ada 56 agensi, sekarang kita ada 65 agensi dengan skop-skop yang tertentu yang perlunya ada diwujudkan jawatan-jawatan tertentu secara keseluruhan, secara am. Secara spesifik, saya rasa Kementerian Kesihatan akan memberi jawapan yang lebih lengkap untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat tadi. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Minta penjelasan. Kulai.

Dari Yang Berhormat Bangi juga...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri tak nak bagi mereka platform, terpulang kepada Yang Berhormat Menteri. Kita tak boleh paksa.

Ya, saya faham. Saya hendak habiskan dahulu. Kalau ada masa, saya jawab. Saya habiskan ini dahulu, Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Bangi bertanyakan jumlah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang tidak sama dengan Ahli Parlimen kerajaan. Peruntukan melalui penyelaras Parlimen untuk kawasan Parlimen pembangkang juga kadangkala mengambil masa yang lama. Peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen hanyalah sebagai penambah dan pelengkap kepada peruntukan di bawah Rancangan Malaysia lima tahun. Penyediaan dan penyaluran peruntukan ini adalah mengikut dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan semasa kewangan kerajaan. Yang Berhormat Kuala Krai. Butiran 020400 – Angkatan Pertahanan Awam juga, mewujudkan pusat pengurusan operasi bencana setiap daerah dan mewartakan lebih banyak pejabat pertahanan awam. APM telah ataupun dalam perancangan untuk mengkaji keperluan membina dewan serba guna yang bernilai kurang daripada RM200,000 di beberapa daerah yang telah dikenal pasti pada tahun 2021. Kita tidak mahu melibatkan perbelanjaan yang besar, untuk makluman Ahli Dewan. Kita cuma menambah apa yang sedia ada untuk memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling di daerah itu dalam suasana menghadapi bencana. Contoh, hari ini kita sudah ada pun― kita sudah ada kemudahan yang telah disediakan yang kita boleh guna pakai. Tidak perlu kita hendak belanjakan wang yang begitu besar untuk menaik taraf pusat-pusat, contohnya pusat-pusat penempatan sementara mangsa-mangsa banjir. Sebagai sekretariat pengurusan bencana peringkat daerah serta menjalankan tugasan semasa kecemasan, kita sudah wartakan menggunakan 99 dan APM sewajarnya diwujudkan di semua 159 daerah berbanding 142 pejabat daerah yang sedia ada. Oleh yang demikian, APM akan memastikan semua pejabat pertahanan awam daerah dan negeri diwartakan pada kadar segera, insya-Allah.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Lembah Pantai bertanyakan cadangan elaun Polis Diraja Malaysia sebagai frontliners pencegahan COVID-19 dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 dan juga mencadangkan diperluaskan untuk tukang cuci turut diberikan elaun selaku frontliners. Pemberian elaun one-off sebanyak RM300 diluluskan dengan mengambil kira kemampuan kewangan negara. Lagipun anggota tentera, polis, kastam, imigresen, APM dan RELA yang terbabit secara langsung dalam pelaksanaan PKP sedang menerima elaun khas RM200 sebulan. Elaun ini dibayar mulai 1 April 2020 hingga wabak COVID- 19 berakhir. Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Lembah Pantai yang mencadangkan tukang cuci turut diberikan elaun sebagai frontliners. Namun, dasar semasa kerajaan adalah hanya memberi elaun kepada para petugas yang memberikan elaun kepada mereka yang lebih tinggi risikonya iaitu berurusan secara terus dengan golongan yang berisiko atau pesakit. Walau bagaimanapun, NADMA sentiasa mengkaji keterangkuman pihak-pihak yang lain ataupun individu-individu lain yang secara langsung melibatkan diri dalam pengurusan COVID-19 sebagai frontliners. Contohnya, segolongan daripada pihak- pihak media yang berhubung terus dengan kawasan-kawasan bencana, mereka ini kita sedang memberi perhatian untuk kita angkat diberi kelulusan dari sudut memberi sedikit peruntukan kepada mereka. Yang Berhormat Pontian membangkitkan status pelaksanaan projek kerajaan digital di bawah Butiran 94000. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek kerajaan digital telah bermula di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas dan di bawah butiran projek tersebut, terdapat sembilan projek dan lima projek merupakan projek sambungan dan dalam peringkat pelaksanaan. Projek-projek di bawah kerajaan elektronik merangkumi skop-skop seperti perkhidmatan internet, digital storage, sijil digital kerajaan, sistem telefon ataupun call centre, e-mel, perkongsian data dan juga sistem keselamatan siber. Proses perolehan bagi empat lagi projek baharu akan bermula setelah spesifikasi projek dimuktamadkan di peringkat jabatan dan dijangka dilaksanakan pada tahun 2021 sehingga 2025. Yang Berhormat Jerai membangkitkan Butiran Pembangunan 16000 – Jabatan Pertahanan Awam juga dan bertanya adakah peruntukan di bawah Butiran 16000 sebanyak RM41.5 juta juga melibatkan latihan. Sekiranya ya, Yang Berhormat mencadangkan agar latihan intensif kepada anggota ditingkatkan.

Di bawah Butiran 16000 – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), bagi APM kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi satu projek sambungan iaitu pembinaan Pusat Latihan Pertahanan Awam Kluang Johor yang bernilai RM46.8 juta yang telah siap dan diserahkan kepada APM pada 6 Oktober 2020. Bangunan ini bertujuan untuk melatih anggota baru serta sedia ada bagi memantapkan kemahiran penyelamat dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, APM turut menyediakan peruntukan mengurus bagi melaksanakan latihan secara berterusan kepada anggota pada tahun 2021. Itu sahaja yang saya boleh gulungkan hari ini. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberi masa.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tadi, tadi hendak bagi Kulai? Ya, tadi cakap ada masa hendak bagi punya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, ada masa lagi seminit. Ada seminit setengah lagi.

Tidak ada penjelasan tentang projek khas.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Yang Berhormat, yang lain-lain boleh...

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Satu sahaja.

Yang Berhormat boleh jawab yang lain-lain, yang tak dijawab, boleh jawab bertulis tak? Banyak yang telah kita timbulkan, minta jawapan bertulis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri, ada lagi tiga Menteri yang masih...

Okey.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Okey, saya hendak tanya...

Kalau ada soalan tulis saya, saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ada satu minit lagi, kenapa tak bagi?

Tuan Pengerusi...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ada satu minit lagi, kenapa tak bagi? Tadi cakap hendak bagi punya! Eh! Yang Berhormat Menteri ini tak gentleman. Mereka cakap dalam Hansard ada masa hendak bagi?

Silakan, silakan. Silakan. Janganlah marah, saya ikut Tuan Pengerusi.

Kenapa menjerit-jerit?

Jerit-jerit ini sudah lima minit sudah.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya tak jerit. Jadi, saya hendak tanya senang sahaja. Saya hendak tanya, tadi Yang Berhormat Menteri cakap, jumlah Menteri dalam JPM tambah kerana agensi sudah tambah. Akan tetapi saya hendak tanya, agensi itu agensi yang baru ditubuhkan atau agensi itu dipindah daripada kementerian yang lain? Kalau agensi itu dipindah daripada kementerian lain, maksudnya kerja untuk kementerian yang lain sudah menjadi kurang. Akan tetapi kenapa secara keseluruhan kita tak nampak bahawa jumlah Menteri atau Timbalan Menteri dikurangkan? Sebaliknya kita nampak satu peningkatan yang begitu besar. Jadi, saya hendak tanyalah sebagai Menteri yang menjaga tugas-tugas khas, saya hendak tanya. Apakah pencapaian Menteri sebagai Menteri Tugas-tugas Khas untuk Malaysia selepas Yang Berhormat Menteri dilantik? Terima kasih.

Yang Berhormat, ada lagi satu Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat ada lagi satu. Saya timbul pasal JPA tadi. Maksud Yang Berhormat, bahawa Yang Berhormat iaitu tentang politicking di kalangan anggota kerajaan, nombor satu. Nombor duanya, semasa Kerajaan Pakatan Harapan dulu, walaupun anggota Kabinet tak besar tetapi mereka telah melantik pegawai-pegawai khas sampai Kementerian Kewangan berderet dengan pegawai khas. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa pelantikan pegawai khas itu adakah diteruskan atau telah dimansuhkan? Kalau diteruskan, bererti perbelanjaan yang lebih besar daripada apa kerajaan buat sekarang. Kerajaan sekarang tambah kementerian tetapi mereka tambah pegawai khas yang melibatkan belanja lebih besar daripada apa yang kita buat sekarang. Adakah apa yang mereka buat itu kita mansuh?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Eh! Gaji Menteri jauh lebih besarlah daripada pegawai khas. Ini Menteri Tugas-tugas Khas pun tak perlu. Apa tugas dia?

Okey, saya jawab...

Apa ini, saya tak tanya Yang Berhormat Shah Alam, saya tanya Yang Berhormat Menteri ya. Terima kasih.

Boleh saya jawab, ringkas sahaja. Nombor satu, dari semasa ke semasa kita rationalise fungsi-fungsi setiap agensi. Kalau perlu dialihkan atas dasar keberkesanan fungsi itu, kita alihkan ke kementerian lain. Kalau terlalu banyak, kita alihkan ke tempat lain. Itu atas persetujuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selepas ini rationalise-kan oleh JPA Jabatan Perkhidmatan Awam. Jadi, kalau disebutkan oleh Yang Berhormat Arau tadi, memang betul ya. Kalau kita lihat secara keseluruhan Yang Berhormat Arau ya, dahulunya memang ramai

pegawai-pegawai khas yang kita boleh lihat impak keseluruhan dari sudut perbelanjaan itu lebih kurang sama walaupun kita lebih sikit.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini mengelirukan Dewan ini, mengelirukan Dewan.

Dari situ kita akan dengar penjelasan secara butir yang lengkap daripada Menteri Tugas-tugas Khas yang bertanggungjawab untuk...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Hakikatnya, bajet kita jauh lebih rendah. Bajet kita jauh lebih rendah. Jangan hendak menipu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Yang Berhormat Menteri.

Pegawai-pegawai kerajaan tidak dipakai oleh Menteri-menteri Pakatan Harapan. Mereka lantik orang baharu. Mereka hilang kepercayaan kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Jeli. Saya dimaklumkan— lima minit, saya dimaklumkan. Yang Berhormat lima minit, selepas itu kita tengok keadaan.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya jawab— memandangkan kekangan masa, saya jawab mana yang sempat saya jawab. Mana yang lain, kita seperti Yang Berhormat Arau yang mahu, kita akan jawab bertulis. Antara isu sembilan Yang Berhormat ambil bahagian berkaitan tugas saya di Jabatan Perdana Menteri, antara yang paling popular isu ialah berkaitan dengan peruntukan ataupun projek khas, bukan sahaja Jawatankuasa, dasar juga dibangkitkan. Kali ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Stampin dan Yang Berhormat Jelutong. Saya ingin menjelaskan bahawa projek peruntukan ini bermula pada tahun 2012. Pada Rancangan Malaysia Kesebelas, RM5 bilion dicadangkan dan tahun depan peruntukan ialah RM1 bilion. Ini adalah untuk menangani permohonan membiayai projek- projek mendesak di luar perancangan kerajaan, projek kecil, umumnya yang berimpak tinggi, bersifat mesra rakyat. Tadi ada tuduhan berkaitan dengan tidak ada transparency, menggunakan perkataan slush fund dan lain-lain. Saya ingin memberi jaminan bahawa unsur-unsur ini tidak ada. Umpamanya pada tahun lepas 2019, antara projek-projek ini ialah untuk jalan raya, pusat pendidikan, dewan komuniti dan rumah ibadat. Tahun ini, jumlah agak besar juga diberikan untuk Sabah dan juga kawasan FELDA. Oleh sebab FELDA ini kita dapati kurang peruntukan, maka kita buat keputusan untuk meluluskan permohonan dari Pahang, dari Sabah dan Negeri Sembilan antaranya untuk FELDA. Itu berkaitan dengan peruntukan projek khas yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Keduanya, berkaitan dengan Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian juga merujuk kepada FELDA. RM300 juta untuk makluman Yang Berhormat Pontian adalah untuk hapuskan hutang, selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghapuskan faedah hutang yang ditanggung oleh peneroka FELDA. RM100 juta tahun depan ialah untuk projek pembangunan peneroka, khususnya untuk projek pertanian. Yang Berhormat Pontian juga bertanya tentang nasib pegawai seranta. Seranta ini lama sudah ditubuhkan, 1 Januari tahun lepas dimansuhkan jawatan, maka dipindahkan kepada Kementerian Ekonomi dan sekarang ini ada 86 pegawai berstatus kontrak dan 39 sambilan. Kita sedang lagi berusaha, ada cadangan untuk mewujudkan satu unit pemantauan hal-hal FELDA. Jadi, Unit Perancang Ekonomi sedang berusaha dengan Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan sebahagian, kalaupun tidak semua mereka akan dapat diambil bekerja. Berkaitan sukuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, kerajaan sudah bersetuju untuk raise, dengan izin, sukuk kira-kira RM9.9 bilion, membantu usaha- usaha memulihkan FELDA. Ini dijangka dimulakan pada tahun hadapan. Ini tidak ada dalam peruntukan untuk tahun hadapan kerana benda ini baharu. Sudah pasti apabila ia

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

diputuskan oleh kerajaan untuk raise sukuk, dengan izin, maka ia perlu dipohon peruntukan tambahan daripada kerajaan. Itu berdekatan dengan FELDA. Berkaitan dengan Yang Berhormat Pontian lagi, berkaitan dengan Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar. Hampir kesemuanya ini adalah untuk kawasan FELDA, untuk bekalan air dan lain-lain. Tuan Pengerusi, umpamanya untuk selenggara Asrama Semai Bakti di Kuala Lumpur, naik taraf Stesen Jana kuasa FELDA Sahabat di Sabah. Ini antara peruntukan di bawah Butiran 00121 – Infrastruktur Luar Bandar. Seterusnya, UKAS dibangkitkan oleh Yang Berhormat Stampin. RM813 juta diperuntukkan tahun hadapan. Ini ialah untuk membayar sewa beberapa bangunan kerajaan. Semuanya RM813 juta ini tidak ada rahsia, ada kira-kira 10 projek kesemuanya yang kerajaan perlu bayar sewa, apa yang dipanggil ability charges, ability payments dan maintenance payments. Umpamanya, bagi bayaran sewaan Parcel F di Putrajaya melibatkan RM324 juta dan kira-kira 40 peratus peruntukan tahun depan adalah untuk tujuan ini. Berkaitan Yang Berhormat Bangi yang mempersoalkan kedudukan UKAS, dulunya asalnya UKAS ini di bawah JPM, pergi ke Kementerian Kewangan dan sekarang ini kembali ke JPM. Yang Berhormat Bangi ada membangkitkan tentang salah guna kuasa dan abuse, perkataan yang digunakan. Mungkin Yang Berhormat kurang arif tentang perkara ini. Oleh sebab Yang Berhormat dulu Timbalan Menteri MITI. Jadi, tidak bertanggungjawab kepada perkara ini. Saya memberi jaminan bahawa terdapat mekanisme semak dan imbang, tadbir urus yang mantap, garis panduan yang mantap, ada beberapa jawatankuasa.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Jadi prosedurnya ialah ia kena pergi ke Jemaah Menteri. Maknanya kelulusan bukan pada pegawai atau pun Menteri. Akan tetapi apabila melibatkan projek-projek public-private partnership, perlu dirujuk kepada Jemaah Menteri. Jadi, saya memberi jaminan tidak ada hanky-panky dan jawatankuasa di UKAS ini Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta ada Kementerian Kewangan, ada Unit Perancang Ekonomi, ada peguam negara, ada jabatan tanah galian, ada juga peninggalan harta. Jadi maknanya ada kaedah-kaedah yang mantap untuk memastikan tidak berlaku abuse of power. Lain-lain.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Menteri, tambahan 5 minit. Kalau hendak–

Seminit. Tidak apalah ada berkaitan kemiskinan. Kemiskinan ini kementerian dahulu RM90 juta, tahun depan RM63 juta.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Tentang UKAS.

Nanti tunggu selesai. Saya selesai, kita sambung balik ya. Jadi, kemiskinan ini projek-projek khas khusus untuk B40. Kemiskinan ini merentasi pelbagai kementerian. Ada luar bandar, ada KPKT. Jadi yang di bawah Unit Perancang Ekonomi ini sebahagian kecil daripada peruntukan untuk kemiskinan. Ini adalah untuk orang asli, untuk masyarakat pedalaman di Sabah dan Sarawak. Umpamanya sebagai contoh antara peruntukan adalah untuk pengangkutan murid miskin di Kota Belud. Sebagai contoh. Ini adalah untuk menangani isu-isu yang tertentu. Akhir sekali, berkaitan dengan banci. Bagi Pontian dan juga Parit. Saya ingin maklumkan bahawa banci ini sedang berjalan.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Minta penjelasan.

Kita lanjutkan e-Census, patut berakhir 7 Julai hingga 30 September, lanjutkan sehingga 21 Disember. Bersemuka 7 hingga 24 Oktober. Oleh sebab COVID-19, tidak dapat dilaksanakan. Kita mula 20 Januari hingga 6 Februari tahun hadapan. Second, untuk makluman Yang Berhormat, 18 peratus rakyat Malaysia sudah pun liputi e-Census. Sekarang ini ialah e-Census online dan kita akan mantapkan lagi promosi untuk memastikan kadar respons akan meningkat dari semasa ke semasa. Kita bagi peluang dengan izin, Yang Berhormat Bangi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Siapa dia Yang Berhormat?

Yang Berhormat Bangi. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Dr. Ong Kian MingDAP · PHBangi

Walaupun saya menjadi Timbalan Menteri di MITI, tetapi untuk makluman Yang Berhormat, saya juga telah mengambil jawatan sebagai pegawai khas yang tidak ambil satu sen pun dengan Menteri Kewangan sebelum ini. Pada masa itu, kami telah meneliti projek PPP yang telah disenaraikan dan telah diluluskan di bawah Kerajaan Barisan Nasional dan salah satu sebab kenapa kontinjen lain berhenti dan total debt exposure dengan izin kerajaan ada sekarang mencecah RM1.4 trilion adalah kerana ada komitmen untuk membayar PPP. Sebanyak RM800 juta tadi telah diperuntukkan kepada PPP, ini adalah satu sebab kenapa UKAS tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, hiked a lot of expenditure di bawah development expenditure dan ini adalah komitmen jangka panjang yang akan memberikan satu impak negatif kepada kerajaan. Jadi, saya rasa UKAS perlu dipinda balik kepada Kementerian Kewangan supaya ada proper checks and balances. Terima kasih.

Terima kasih atas pandangan sahabat saya daripada Bangi. Nampaknya Yang Berhormat Bangi tidak ada kepercayaan kepada saya. Jadi, insya-Allah saya akan menjalankan tugas sebaik mungkin untuk memastikan sebarang kelemahan jika ada akan dapat kita atasi. Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang). Silakan.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Saya akan menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan kepada bahagian saya. Pertamanya Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Lembah Pantai bertanyakan mengenai Akta Perkhidmatan Parlimen ataupun Parliamentary Services Act yang pada asalnya telah diadakan sejak tahun 1963 tetapi telah dibatalkan pada 20 November 1992. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, draf Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen sebenarnya telah ada disediakan. Namun demikian, kerajaan memperhalus dan meneliti kembali penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen ini. Hasil daripada libat urus, tinjauan daripada pegawai yang sedang berkhidmat di Parlimen ataupun disebut sebagai stakeholders. Mereka ini lebih cenderung agar perkhidmatan Parlimen dibuat secara terbuka atau pun open services kerana bagi mereka lebih baik dari segi kenaikan pangkat dan peluang kerjaya yang lebih luas. Ini adalah kebajikan mereka. Keduanya, dari segi kewangan. Walaupun sekiranya diadakan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, sesuatu perjawatan yang memerlukan gaji dan sebagainya, peruntukan kewangan bergantung pada Perbendaharaan dan juga Kementerian Kewangan sendiri. Tidak bergantung pada Parlimen. Keduanya, Yang Berhormat Port Dickson bertanya mengenai reformasi Parlimen dan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas. Untuk makluman Yang Berhormat Port Dickson, sebagaimana yang kita maklum baru-baru ini kita telah meluluskan sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menggantikan Jawatankuasa Pilihan Khas yang dahulu yang tidak perlu saya sebutkan sebab semuanya kita sudah maklum. Untuk makluman, pada 1 Disember 2020 iaitu esok. Jawatankuasa Pemilih yang juga dianggotai oleh Yang Berhormat Port Dickson akan bersidang untuk menamakan ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut. Seterusnya, penubuhan Suruhanjaya Parlimen dimaklumkan bahawa ia akan dilaksanakan setelah diperhalusi dan dipersetujui oleh pihak kerajaan. Yang Berhormat Lembah Pantai membangkitkan adakah PRK Bugaya dan juga DUN Pilihan Raya Negeri Sarawak akan mengikuti apa yang dibuat berkaitan dengan pilihan raya kecil. Yang Berhormat Batu Sapi, Gerik dan juga iaitu kerajaan meminta Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat dalam kawasan itu

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

sebagaimana yang kita maklum bahawa perkara ini adalah peruntukan di bawah Perkara 150(1) dibenarkan oleh Perlembagaan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa sesuatu kawasan ataupun keseluruhan Malaysia ini boleh diisytiharkan darurat. Ini termasuklah apa yang dibuat dalam proses pilihan raya kecil di Batu Sapi. Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju untuk mengisytiharkan darurat di kawasan pilihan raya kecil itu menyebabkan ia tidak perlu diadakan sebagaimana peruntukan undang-undang. Tindakan yang sama dijangka akan diberikan pertimbangan oleh pihak kerajaan jika suasana di parlimen Gerik dan juga di don Bugaya di Sabah mempunyai risiko yang sama apabila kerajaan merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Majlis Keselamatan Negara. Seterusnya Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Yang Berhormat Pontian membangkitkan kenapa peruntukan SPR pada tahun lepas hanya RM71 juta dinaikkan kepada RM200 juta. Kenapa tinggi sangat? Jadi sebagai penjelasannya, saya ingin menyatakan bahawa peruntukan yang diperuntukkan tahun 2021 ini adalah sebagai persiapan untuk kos pengendalian dan proses perjalanan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-12 yang mana tempohnya akan berakhir pada bulan Jun 2021. Seterusnya Yang Berhormat Pontian juga bertanyakan mengenai pendaftaran automatik 18 tahun ke atas sebagaimana yang telah diputuskan dalam pindaan Perkara 119(4) Perlembagaan. Sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ini dalam Dewan ini bahawa perkara ini sedang dalam penelitian pihak SPR dan SPR memberi jangkaan bahawa perkara pelaksanaannya akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun 2021. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya mengenai norma baharu dalam persiapan pilihan raya, terutamanya memandangkan ramai petugas tidak mahu bertugas pada waktu COVID-19 ini. Sebagai persediaan awal, SPR telah mengenal pasti petugas pilihan raya dan memulakan taklimat dan latihan kepada mereka meliputi proses-proses pilihan raya yang baharu yang melibatkan garis panduan atau SOP pencegahan COVID- 19 bagi pelaksanaan SPR. SPR juga menambah peralatan bagi pencegahan COVID-19 seperti mana pelitup muka, hand sanitiser, alat pemeriksa suhu, sarung tangan getah, PPE dan yang seumpamanya. SPR sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi iaitu MKN, KKM, NADMA dan semua pihak yang berkaitan dengan pencegahan COVID-19 ini. Yang Berhormat Lembah Pantai bertanya sekiranya DUN Sarawak dibubarkan, adakah kerajaan akan umumkan darurat bagi seluruh Sarawak. Ini pun perkara ini saya telah jawab tadi berdasarkan Perkara 55 Fasal 4 Perlembagaan, suatu pilihan raya perlu diadakan dalam masa 30 hari daripada tarikh pembubaran. Akan tetapi sekiranya keadaan-keadaan tertentu yang menyebabkan satu ancaman besar terhadap keselamatan negara dan juga dari segi kehidupan ekonomi sebagaimana diperuntukkan oleh Perkara 150, kerajaan boleh pertimbangkan apabila tiba masanya.

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Yang Berhormat Sepang bertanya apakah relevannya ada peruntukan untuk pilihan raya sekiranya pilihan raya dibuat untuk mendapatkan mandat rakyat tetapi kerajaan ditubuhkan bukan mandat rakyat? SPR hanya melaksanakan pilihan raya selaras dengan ketetapan Perlembagaan sebagai mana yang diketahui oleh Yang Berhormat Sepang.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Pontian bertanya...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri.

...bertanya bila akan selesai penyenaraian aset negara oleh Jabatan...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya...

...Ya? sudah habis masa ni.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...berhubung dengan pilihan raya itu. Apabila sudah dikatakan bahawa kita akan berbelanja beratus juta untuk mengadakan pilihan raya. Akan tetapi selepas itu, setelah dapat diadakan pilihan raya dan telah membelanjakan duit rakyat...

Itu untuk Sarawak Yang Berhormat, untuk Sarawak.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...yang begitu banyak.

Itu untuk Sarawak Yang Berhormat. I will answer the question.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tidakkah ianya merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat apabila...

Saya menjawab soalan kenapa jadi sebanyak RM200,000.

Tuan Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Tak ada ayat lain kah?

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...dilanggar dan status kerajaan pintu belakang ditubuhkan.

Yang Berhormat Arau telah bertanya mengenai pegawai gred 41 ke gred 44 mengenai penilaiannya. Saya ingin menyatakan bahawa... [Tidak jelas] ...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak kita membazirkan duit lagi kah Yang Berhormat Menteri?

Yang Berhormat Langkawi letak jawatan, Yang Berhormat Langkawi letak jawatan,

...sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan penjawat awam termasuklah dari segi penilaian kenaikan pangkat. Buat masa ini penilaian pangkat bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan Profesional dibuat melalui Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) oleh penyelia pertama dan kedua melalui sistem Human Resource Management Information System (HRMIS). Bagi tahun 2022, JPA akan menggunakan sistem baharu iaitu yang dinamakan MyPerformance yang akan menggantikan sistem LNPT yang telah saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Arau juga membangkitkan supaya kerajaan pertimbangkan Pegawai Lantikan Kontrak JPN yang ditamatkan perkhidmatan untuk dilantik semula. Saya ingin nyatakan bahawa untuk makluman Yang Berhormat Arau, penamatan perkhidmatan pegawai kontrak bergantung kepada dua perkara: (i) tempoh perkhidmatan yang dipersetujui dalam terma kontrak telah tamat; dan (ii) apabila ada keputusan agensi di mana pegawai itu ditempatkan dibubarkan oleh pentadbiran pada masa itu berdasarkan dasar rasionalisasi saiz perkhidmatan awam dan seumpamanya. Dalam beberapa kes, kerajaan telah mengambil langkah untuk menempatkan pegawai-pegawai tersebut di agensi-agensi yang bersesuaian sebagai langkah kerajaan yang prihatin untuk kebajikan rakyat pada masa itu. Seramai 22,080 orang pegawai contract of service (COS) lantikan sebelum atau pada 23 Oktober 2015 telah dilantik secara tetap dan berperingkat-peringkat. Sehingga kini seramai 11,796 orang pegawai COS telah dilantik tetap dan bakinya seramai 10,284 akan dilantik sepanjang tempoh tahun 2020 sehingga tahun 2031. Seterusnya Yang Berhormat Padang Rengas membangkitkan mengenai tindakan pendakwaan yang dijalankan oleh pihak pendakwa raya. Saya ingin memaklumkan berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, pendakwa raya ataupun Peguam Negara mempunyai kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk mengambil sesuatu tindakan berkaitan dengan kes-kes yang berlaku terutamanya kes-kes jenayah iaitu memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa proceeding bagi sesuatu kesalahan. Inilah kuasa Peguam Negara sebagaimana di dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu ada Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan kuasa kawalan dan arahan dalam semua pendakwaan jenayah dan proceeding di bawah CPC diberikan kepada Peguam Negara selaku pendakwa raya. Ini berdasarkan kepada peruntukan undang-undang dan juga kes-kes mahkamah yang telah diputuskan sebagai nas untuk diikuti dalam pelaksanaan undang-undang.

Seterusnya yang terakhir Yang Berhormat Jelutong telah membangkitkan mengenai bahagian perlindungan di Jabatan Perdana Menteri. Saya hendak maklumkan bahawa apa yang dimaksudkan bahagia perlindungan ialah perlindungan saksi. Ianya dibuat di bawah Akta Perlindungan Saksi Tahun 2009 Akta 696 bukannya perlindungan untuk hakim-hakim. Ianya melindungi saksi-saksi yang diancam keselamatan mereka sebelum mereka dipanggil untuk menjadi saksi. Ini terletak di bawah bahagian perlindungan. Adapun mengenai perlindungan hakim-hakim. Setakat ini dalam negara, kita bersyukur tidak ada ancaman-ancaman yang ketara terhadap hakim-hakim kerana rakyat Malaysia ini menghormati hakim-hakim. Setakat ini tidak ada apa-apa kes yang melibatkan ancaman apa-apa sekalipun yang dilaporkan oleh para hakim. Kita yakin ini berkat daripada kesejahteraan dan keamanan dalam negara kita. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi, boleh bertanya soalan sedikit kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang?

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Menteri hendak jawab tak Yang Berhormat Menteri?

Yang Berhormat Menteri Undang-undang tak ada habis.

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tak nak.

Tuan Pengerusi, boleh?

Tuan Pengerusi (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Tak nak. Minta maaf, Yang Berhormat sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al- Bakri. Silakan.

Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-BakriMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Pengerusi. Saya buka Majlis ini dengan firman Allah Taala. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah memberi pandangan juga pertanyaan berkenaan dengan isu-isu yang terkait dengan Hal Ehwal Islam di bawah kementerian saya bagi perbahasan Perbelanjaan 2021. Tuan Pengerusi, memandangkan masa yang begitu terhad, maka saya katakan seperti berikut. Pertama sekali soalan daripada Yang Berhormat Kuantan berkenaan dengan penyerapan guru KAFA ke jawatan tetap S29. Insya-Allah melalui Projek Rintis ini juga, guru KAFA akan dibayar elaun setaraf dengan DG29 melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.5 juta lebih. Dalam hal ini, kerajaan perlu melihat banyak aspek terutamanya kelulusan pihak-pihak berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum cadangan ini dapat dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada agensi pusat dalam urusan peruntukan dan pewujudan perjawatan. Insya-Allah saya berdoa kepada Allah kita akan dapat laksanakan. Isu yang seterusnya daripada Yang Berhormat...

Maaf Yang Berhormat Menteri. Soalan saya kalau hendak laksanakan, ia perlu ada dalam bajet dan ada jumlah itu dibutirkan di bawah butiran. Itu soalan saya tadi. Bukan sama ada kita komited atau tidak. Memang saya tahu yang patut buat tahun 2021 tetapi di manakah butiran tersebut? Kalau sebanyak RM2.5 juta, bawah butiran mana? Kod mana yang dikatakan ada jumlah tersebut? Terima kasih.

Jawab bertulis.

Insya-Allah kami akan jawab secara bertulis lah. Insya-Allah. Isu yang seterusnya berkenaan dengan Yang Berhormat Kuantan juga iaitu kenaikan sebanyak RM42 juta berbanding tahun 2020 dan pembinaan masjid surau dan pembaikan naik taraf.

Masalah ini sebenarnya peningkatan sebanyak RM42 juta itu di sebabkan oleh elaun guru KAFA kita naikkan sebanyak RM100 daripada sebanyak RM900 kepada sebanyak RM1,000 dan peruntukan tersebut berkenaan dengan masjid dan surau untuk Wilayah Persekutuan dan agensi Persekutuan yang berkaitan. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Kuala Krai berkenaan dengan penyeragaman undang-undang Syariah di negeri-negeri seluruh Malaysia. Dalam hal ini, Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil JAKIM telah merancang dan berunding dengan negeri-negeri bagi menyelaraskan dan menyeragamkan beberapa undang-undang Syariah lain termasuk Undang-undang Jenayah Syariah, Undang- undang Profesion Perguaman Syarie, Undang-undang Wakaf, Undang-undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam. Yang Berhormat Parit bertanyakan berkenaan wajar kah fatwa dikeluarkan bagi membolehkan golongan yang terjejas dengan COVID-19 menerima bantuan zakat? Tidak perlu fatwa yang khusus kepada golongan yang terkesan disebabkan COVID-19. Mana-mana orang yang terjejas disebabkan oleh COVID-19 adalah dibenarkan untuk memohon bantuan daripada pusat zakat di seluruh negara kerana mereka adalah tergolong daripada golongan asnaf yang layak untuk diberikan bantuan, sebagaimana yang kita amalkan di Wilayah Persekutuan.

Seterusnya Yang berhormat Pontian dan Lembah Pantai bertanya jumlah kutipan zakat Wilayah Persekutuan dan berapakah jumlah dana zakat yang telah dibelanjakan semasa COVID-19. Anggaran kutipan zakat pada tahun 2021 dan apa perancangan sekiranya kutipan zakat berkurangan. Alhamdulillah sehingga 30 Oktober 2020 sebanyak RM536 juta lebih zakat telah dikutip oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Khusus untuk bantuan dan inisiatif semasa COVID-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan bermula Mac 2020, MAIWP telah membelanjakan hampir RM75 juta bagi membantu mereka yang terjejas. Terbaharu bagi mendepani gelombang ketiga COVID-19, MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM38.98 juta menerusi MAIWP Prihatin 3.0 Kasih Asnaf. Secara keseluruhannya sebanyak RM114 juta telah dibelanjakan daripada dana zakat oleh MAIWP khusus kepada COVID-19 yang melanda baru-baru ini sehingga sekarang. Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai, masalah JAWI iaitu pemindahan operasi SRA Umar bin Abdul Aziz ke Masjid Wilayah. Buat masa ini JAWI dalam pertimbangan untuk mengekalkan Sekolah Rendah Agama Umar bin Abdul Aziz di Kompleks Pusat Islam (KPI) setelah premis asal di Masjid Negara diubahsuai hanya untuk digunakan bagi pengajian kelas dewasa. Soalan daripada Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Parit Buntar berkenaan dengan peruntukan pembangunan SRA, SIRAJ dan juga KAFA. Dalam konteks Wilayah-wilayah Persekutuan, JAWI menerima peruntukan pembaikan dan penyelenggaraan berjumlah RM4 juta untuk 77 buah SRA, lima buah SIRAJ dan juga 125 KAFA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Walau bagaimanapun, usaha pembangunan termasuk pembaikan dan penyelenggaraan institusi tersebut turut dilaksanakan melalui peruntukan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Berkenaan dengan persoalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai, penubuhan akademi..

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Boleh saya bertanya?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Saya ingin merujuk kepada jawapan Menteri Kanan Kewangan ketika menggulung perbahasan secara dasar belanjawan baru-baru ini yang menyebutkan penegasan beliau akan meneruskan sumbangan sebanyak RM100 juta untuk penyelenggaraan sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz, sekolah agama swasta dan pondok. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama, apakah perkara ini diperuntukkan dalam belanjawan yang kita akan undi pada hari ini di bawah JAKIM dan di bawah butiran yang mana? Itu yang pertama.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Keduanya, jika ya, apakah mekanisme pengagihan peruntukan dan formula menentukan keutamaan untuk pengagihan peruntukan tersebut kepada semua sekolah terlibat? Terima kasih.

Terima kasih. Sebagaimana yang telah disahkan oleh Menteri Kanan Kewangan..

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada satu soalan lagi. Soalan yang sama.

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Soalan yang sama fasal tahfiz juga.

Kalau sama cukup sudah. [Ketawa]

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tidak, tidak, bukan. Bukan soal itu. Sekarang ini soal ia...

[Dewan riuh]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sama itu bermakna tajuk sama, perincian ia lain, tajuk sama. Tadi disebut, ditanya tadi, saya pun soal yang sama, bukan soal – yang RM4 juta itu hanya di Wilayah Persekutuan, betul? Tadi Yang Berhormat Menteri sebut tetapi soalan yang kami ajukan Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Jerai, termasuk saya. Kenapakah peruntukan RM100 juta yang telah diperuntukkan sebelum ini dan sebelumnya RM75 juta tidak dilihat di dalam kita punya perincian di dalam- Saya tengok JAKIM itu biasa sahaja, emolumen tidak ada yang extra. Macam dahulu kita ada RM100 juta khas untuk tahfiz, SIRAJ dan sebagainya. Akan tetapi ini tidak kelihatan, yang kelihatan hanya RM4 juta. Itu saya rasa soalan yang diajukan. Kemudian masa penggulungan, Menteri Kewangan ada sebut bila ditanya oleh sahabat saya, dia kata ada peruntukan. Jadi di mana perincian itu, yang kami tanya di mana?

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tidak ada di sini. Mohon penjelasan dan pencerahan.

Hendak tanya Yang Berhormat Parit Buntar ini, fasal apa tidak pakai songkok lagi?

Kedua-dua soalan ini saya suka nyatakan begini, sebagaimana yang telah disahkan oleh Menteri Kanan Kewangan dalam penggulungan peringkat dasar baru-baru ini, saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta di bawah peruntukan khas B.11 kepada JAKIM untuk disalurkan bagi penyelenggaraan dan penambahbaikan. [Tepuk] Sekolah pondok, sekolah tahfiz dan juga sekolah agama rakyat yang memberi manfaat kepada sekitar 3,500 buah sekolah, insya-Allah. Berkenaan dengan cara kita laksanakan, kita ada skema ia dan kita ada prosedur ia sebagai mana RM100 juta pada tahun ini, kita telah agihkan hampir keseluruhannya. Insya-Allah hal yang sama kita akan laksanakan sebaik mungkin. Soalan seterusnya, penubuhan Akademi Latihan Kehakiman Syariah yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Suka saya nyatakan kerajaan akan meneruskan penubuhan Akademi Latihan Kehakiman Syariah yang akan dijalankan secara ad hoc melalui fasiliti yang sedia ada di Kompleks Islam Putrajaya sehinggalah peruntukan berkaitan pembinaan bangunan fizikal dapat diluluskan oleh kerajaan. Buat masa ini program-program latihan yang dikendalikan oleh Bahagian Latihan JKSM masih berterusan dan ia menjurus ke arah penubuhan dan operasi Akademi Latihan Kehakiman Syariah. Soalan yang terakhir, usaha memartabatkan Mahkamah Syariah memang kita tidak dapat nafikan. Sebagaimana yang ditanya oleh Yang Berhormat Pasir Puteh, dari semasa ke semasa dalam menjalankan usaha ke arah penyeragaman undang-undang pentadbiran kehakiman syariah antara negeri melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) selain daripada usaha pindaan terhadap undang-undang sedia ada. Penyeragaman pentadbiran juga dilakukan melalui pembinaan Arahan Amalan Mahkamah Syariah, Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah dan prosedur operasi standard

(SOP) yang akan diguna pakai di seluruh Mahkamah-mahkamah Syariah. Usaha tersebut juga melalui perbincangan dalam Persidangan Ketua-ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia dan Mesyuarat Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah baru-baru ini. Inisiatif-inisiatif berbentuk inovasi juga telah diperkenalkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes dan kelancaran pengurusan pentadbiran syariah. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Parit Buntar berkenaan penjelasan kenapa bajet JKSM dalam trend menurun dari tahun 2018, tahun 2019, tahun 2020 dan tahun 2021. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan mengurus JKSM mengalami sedikit penurunan dari tahun 2019 hingga tahun 2020 disebabkan oleh bayaran sewa beli perabot pejabat di Kompleks Islam Putrajaya telah diselesaikan pada tahun 2019. Bagi peruntukan pembangunan pula, peruntukan sebanyak RM20 juta yang telah diluluskan pada tahun 2021 melibatkan empat projek pembangunan Mahkamah Syariah sedia ada iaitu: (i) Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah; (ii) Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang; (iii) Mahkamah Syariah Daerah Papar; dan (iv) Mahkamah Syariah Daerah Tawau. Sehingga 30 November 2020, prestasi perbelanjaan pembangunan JKSM telah mencapai 99.95 peratus. Bagi soalan daripada Yang Berhormat Kuala Krai berkenaan isu memperkasa Mahkamah Syariah daripada segi perjawatan hakim. Sebagaimana yang saya nyatakan bahawa kerajaan sedang berusaha untuk memperkasa Mahkamah Syariah dengan melihat semua emolumen hakim-hakim syarie serta juga hakim-hakim Mahkamah Sivil melalui kajian bagi mewujudkan Akta Saraan Hakim Syarie dan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman Syarie. Soalan yang terakhir daripada Yang Berhormat Parit Buntar berkenaan dengan usaha-usaha untuk memastikan pendaftaran kes secara online. Berkenaan dengan pendaftaran secara online, e-Filling dan juga e-Review perkara tersebut telah pun dimasukkan dalam program sedia ada di bawah Projek Penyambungan Transformasi e- Syariah Versi 3, insya-Allah. Soalan yang terakhir isu memperkasa melalui peringkat peningkatan hierarki 4 tier yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Usaha-usaha ini masih lagi berterusan dan mendapatkan pandangan dan persetujuan daripada pihak berkuasa negeri kerana Mahkamah Syariah terletak di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, juga Sultan dan Raja setiap negeri. Jadi insya-Allah kita akan lakukan dengan sebaik mungkin. Akhir kalam, saya tutup dengan doa. [Membaca sepotong doa] Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi

Waalaikumussalam. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM6,947,533,700 untuk Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40; Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Belah bahagi.

Tuan Pengerusi

Ada 15 orang ya?

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Belah bahagi semua kementerian.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya tempohkan untuk 10 minit seperti yang kita setujui secara consensus, izinkan saya mengumumkan senarai penghitung undi. Blok A― Ahli Parlimen kawasan Kota Bharu. Blok B― Yang Berhormat kawasan Rembau. Blok C― Yang Berhormat Tasek Gelugor. Blok D1― Yang Berhormat Arau. Blok D2― Yang Berhormat Kluang. Blok E1― Yang Berhormat Muar. Blok E2― Yang Berhormat Lumut. Blok F― Yang Berhormat Permatang Pauh. Blok G― Yang Berhormat Sungai Petani. Seperti mana petua saya pada 5 November 2020, saya kini tempohkan mesyuarat Dewan selama 20 minit. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 2.03 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.16 petang]

Tuan Pengerusi

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing.

[Dewan berbelah bahagian]

Tuan Pengerusi

[Pengundian dijalankan]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undian adalah seperti berikut...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli yang tidak hadir 20... Ahli-ahli yang tidak bersetuju 95... Ahli-ahli yang bersetuju 105... [Tepuk]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

[Kepala B.1, B.2, B.3, B.4, B.5, B.6, B.7, B.8, B.9 dan B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2021 Jawatankuasa — Ahli-Ahli Yang Bersetuju:Bill

1. YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 6. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 7. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 8. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 9. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 10. YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 11. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 12. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 13. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 14. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 15. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 16. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 17. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 18. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 19. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 20. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 21. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 22. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 23. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau)

24. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 25. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said. (Pengerang) 26. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 27. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 28. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 29. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 30. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 31. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 32. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 33. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 34. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 35. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 36. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 37. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 38. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 39. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 40. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 41. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 42. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 43. YB. Tuan Ali bin Biju (Saratok) 44. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 45. YB. Datin Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 46. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 47. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 48. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 49. YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 50. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 51. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 52. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 53. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 54. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 55. YB. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 56. YB. Tuan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 57. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 58. YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 59. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. (Tumpat) 60. YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) 61. YB. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 62. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 63. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 64. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 65. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 66. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 67. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 68. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 69. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 70. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 71. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 72. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 73. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 74. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 75. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 76. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 77. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 78. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 79. YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 80. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 81. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 82. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 83. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 84. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 85. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 86. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 87. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 88. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 89. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 90. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian)

91. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 92. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 93. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 94. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 95. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 96. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 97. YB. Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun (Beaufort) 98. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 99. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 100. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 101. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 102. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 103. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 104. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 105. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong)

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2021 Jawatankuasa — Ahli-Ahli Yang Tidak Bersetuju:Bill

1. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 2. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 3. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 4. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 5. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 6. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 7. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 8. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 9. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 10. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 11. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 12. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 13. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 14. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 15. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 16. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 17. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 18. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 19. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 20. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 21. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 22. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 23. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 24. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 25. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 26. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 27. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 28. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 29. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 30. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 31. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 32. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 33. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 34. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 35. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 36. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 37. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 38. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 39. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 40. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 41. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 42. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 43. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 44. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 45. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 46. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 47. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 48. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 49. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh)

50. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 51. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 52. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 53. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 54. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 55. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 56. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 57. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 58. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 59. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 60. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 61. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 62. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 63. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 64. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 65. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 66. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 67. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 68. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 69. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 70. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 71. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 72. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 73. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 74. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 75. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 76. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 77. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 78. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 79. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 80. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 81. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 82. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 83. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 84. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Baru) 85. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 86. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 87. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 88. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 89. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 90. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 91. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 92. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 93. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 94. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 95. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2021 Jawatankuasa — Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:Bill

1. YB. Tuan Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 2. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 3. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 4. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 5. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 6. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 7. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 8. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 9. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 10. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 11. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 12. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 13. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 14. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 15. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 16. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 17. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 18. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna)

19. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 20. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar)

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 dan P.7 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 dan P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

Usul — WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato’Motion

Takiyuddin bin Hassan]: Tuan Yang di-Pertua; “Tanpa mengambil kira usul terdahulu dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini, Isnin, 30 November 2020 tidak akan ditangguhkan sehingga jam 4 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 1 Disember 2020.”

Puan Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Ampang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato’ — Kepala B.10, B.11 dan B.12 [Jadual] – Kepala P.10 dan P.70 [Anggaran Pembangunan 2021] –Motion

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala Pembangunan P.10 dan P.70 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadenUMNO · BNKinabatangan

Tuan Pengerusi, saya cadangkan tidak payah bahaslah. Kita undi sahaja sekarang.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi, saya bangun di Peraturan Mesyuarat 47.

Tuan Pengerusi

Peraturan Mesyuarat 47?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Peraturan Mesyuarat 47.

Tuan Pengerusi

Peraturan Mesyuarat 47.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Kita undi sahajalah.

Tuan Pengerusi

Ya.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tuan Pengerusi.

Kita undi.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Hari ini bila pengundian bermula, Tuan Pengerusi tidak beritahu berapakah Ahli Parlimen yang ada di Dewan ini yang layak untuk mengundi, itu nombor satu. Nombor dua, semasa pengundian sedang berjalan, kita nampaknya – there is no time limit dan tiba-tiba ada Ahli-ahli Parlimen yang datang untuk mengundi. Saya rasa ini adalah bertentangan ...

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Ketereh

Bacalah peraturan, mana ada time limit.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Iaitu peraturan mesyuarat dan saya harap satu penetapan dibuat supaya kita dapat...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...We don’t be a laughing stock outside di mana kalau di luar, pengundian ada had masa, di sini macam gila. Sesiapa boleh datang, sesiapa boleh pergi. Bila-bila masa pun dia boleh mari, bila-bila masa pun dia boleh masuk.

PH cuma satu jam.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Macam tidak ada order. Tuan Pengerusi, bolehkah saya usul bahawa kita ada bila ada belah bahagi Tuan Pengerusi bagi tahu, sekian ada 190 orang sahaja yang hak untuk mengundi. Jadi, seriuslah kita tahu dan rakyat pun tahu sedemikian. Ini kita tidak ada kira macam lembu dan kambing datang dan keluar macam mana.

Eh, apa itu?

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat NawiPAS · GSTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Tumpat

Sana, belah sana saja macam lembu kambing.

Point of Order.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNMenteri Pembangunan Luar Bandar · Mersing

Saya bawa Peraturan 36(4).

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Puchong.

Peraturan 36(4), tarik balik. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Duduklah Yang Berhormat Arau.

Tuan Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Tanya Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi pun masuk lewat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Pengerusi, boleh saya juga...

Tuan Pengerusi

Ya, ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

... bangkitkan peraturan mesyuarat?

Tuan Pengerusi

Sila, sila.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Tuan Pengerusi, saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat 47 dan juga berkenaan dengan isu yang sama tetapi saya bangkitkan perkara yang lain. Tuan Pengerusi, secara lazimnya apa berlaku adalah apabila kita bunyikan loceng maka dalam masa loceng itu dibunyikan semua ahli yang ada dalam Dewan itu perlu hadir. Kemudian pintu harus ditutup supaya tidak ada sesiapa lain yang datang dan undian perlu dibuat. Saya lihat itu tidak berlaku hari ini. Jadi, saya minta untuk satu ruling berkenaan perkara itu. Jadi, tidak berlaku kemusykilan dalam masa yang akan datang.

Tuan Pengerusi

Ya, ya. baik.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Saya faham. Terima kasih. Akan tetapi saya tempohkan 10 minit.

Time PH satu jam dulu, satu jam.

Tuan Pengerusi

Sebab secara konsensus kita sudah setuju sebelum ini saya akan tempohkan 10 minit selepas loceng yang pertama dua minit itu. Akan tetapi selepas ini saya rasa selepas dua minit yang kedua itu kita akan tutup pintu dan cuma yang berada yang hadir sahaja di Dewan ini pada masa itu mengundi. Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Baik, tetapi Tuan Pengerusi, itu tidak berlaku hari ini.

Tuan Pengerusi

Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Di mana lepas daripada dua minit pintu tidak ditutup dan masih ada yang masuk dalam Dewan. Saya harap perkara itu diambil perhatian.

Point of order.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi

Maaf saya hendak mulakan perbahasan. Saya menjemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Tuan Pengerusi tidak tally. Sebab Tuan Pengerusi kata 105 belah sana dan 95 belah sini, 20 tidak hadir, sebanyak 220, dua sudah meninggal. Akan tetapi belah kami tiga orang tidak hadir sebab mereka balik ke kawasan. Jadi, macam mana jumlah ini tidak tally?

Tuan Pengerusi

Ya lah, seramai 20 tidak hadirlah.

Tidak tally jumlah.

Tuan Pengerusi

Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu silakan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Terima kasih. Tuan Pengerusi, terima kasih. Signifikannya pengundian tadi adalah bajet Jabatan Perdana Menteri cuma dapat 105 undi sahaja.

Menang, menang. Kita menang, kerajaan menang, PN menang.

Tidak kisahlah, janji... [Tidak Jelas]

Pintu belakang.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

PN menang, PN menang. [Pembesar suara dimatikan]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Saya mulakan dengan Butiran 020200 – Cukai. Kita sedia maklum bahawa hasil kerajaan ini ia datang daripada hasil cukai, hasil bukan cukai, cukai langsung dan cukai tidak langsung okey. Jadi, setelah menyemak butiran ini, poin saya yang pertama Tuan Pengerusi ialah pada perbahasan awal kita telah membangkitkan bagaimana tidak realistiknya beberapa unjuran pendapatan oleh kerajaan. Oleh sebab itu, dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa saya ingin bertanya kepada Menteri Kewangan pada akhir penggulungan satu jam dari sekarang, jika sekiranya berlaku shortfall dengan izin, apakah langkah dan strategi kerajaan untuk menambah pendapatan atau to generate revenue? Apakah ada dalam perancangan kerajaan untuk menjual ekuiti kerajaan, government equities atau government assets atau government land? Kalau ada, mohon Yang Berhormat Menteri menyenaraikan potensi penjualan itu. Saya juga ingin membangkitkan persoalan apakah ada dalam perancangan strategi bagi menangani shortfall ini dengan menyasarkan cukai daripada Petronas. Saya bangkitkan ini kerana saya dapati bahawa Petronas ini mengalami kerugian yang agak besar bagi suku kedua tahun ini berbanding dengan suku kedua tempoh yang sama tahun lepas. Itu kerana harga minyak yang merosot dan itu memang pattern global. Jadi, di bawah butiran ini soalan saya apakah jika berlaku shortfall itu nanti, kerajaan ada langkah kontingensi yang mungkin disiapkan, sila nyatakan apakah langkah itu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Kedua, Butiran 990400 – Turus Pesawat Sdn. Bhd. yang diperuntukkan hampir RM220 juta. Persoalan saya ialah, kita sedia maklum Turus Pesawat ini ialah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan bersama dengan MAB Pesawat Sdn. Bhd., mereka pernah beli lapan pesawat kapal terbang yang menyebabkan tanggungan hutang yang besar. Ini membabitkan Malaysian Airline Berhad (MAB) ini. Persoalan saya ialah sering kali kerugian Khazanah kalau berlaku adalah disebabkan oleh mereka membantu MAB ini. Kita pun sedia maklum Khazanah pernah

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

muncul dengan satu pelan pemulihan. Kalau ikut semakan saya Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, pelan pemulihan yang pernah diletakkan itu menelan hampir RM6 bilion, sasaran pulih adalah 2017 dan release balik pada tahun 2019. Itu semua telah pun berlaku. Soalan saya ialah, apakah pelan terkini? Adakah kerajaan melalui Khazanah ada rancangan untuk terus bantu sebab ini sektor strategik penerbangan ataupun kerajaan sudah buat keputusan untuk jual. Kalau jual, kepada siapa? Local atau foreign dan harganya berapa? Jangan jadikan masa yang singkat untuk tidak jawab. Oleh sebab saya sudah banyak kali kena, akan dapat jawapan bertulis, jawapan bertulis tapi tidak sampai-sampai. Jadi apa juga jadi kepada MAB Turn Around Proposal yang pernah dibuat sebab dia tahu Khazanah terpaksa tanggung. Tanggung - maka dia pun tampil dengan Turn Around Proposal. Apa jadi kepada pelan ini? Ini penting sebab penegasan atau jawapan Yang Berhormat Menteri hari ini akan memberikan satu gambaran apakah Khazanah akan terus menyelamatkan syarikat penerbangan kita melalui MAB. Jadi dua perkara cukai dan juga Khazanah, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Damansara. Sorry, Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi..

Sorry, Yang Berhormat Arau ikut giliran.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau [Ketawa] Maaf.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Pendahuluan, yang pertama sekali saya hendak ucap tahniah kepada Menteri Kewangan. Saya rasa ini ialah penggulungan yang terbaik yang pernah dibuat oleh seorang Menteri Kewangan yang mana kita menyelesaikan masalah rakyat. Jadi kita ucap terima kasih dan tahniah dan teruskan prestasi yang cemerlang ini supaya rakyat sentiasa kasih dan sayang kepada kita. Cuma saya ingin beritahu kepada Yang Berhormat Port Dickson, hari ini telah tercemar sedikit kenyataan Yang Berhormat bahawa Yang Berhormat mempunyai bilangan yang cukup untuk menjadi Perdana Menteri [Tepuk] . Tadi telah ditunjukkan bukti bahawa Yang Berhormat tidak cukup. Jadi ini merupakan satu kenyataan tidak betul kepada Yang di-Pertuan Agong.

Butiran mana itu?

Dan juga kepada rakyat Malaysia.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat..

Maka dengan itu saya ingin meminta..

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Ini butiran apa ini, Yang Berhormat Arau?

Supaya pihak pembangkang hari ini perbetulkan balik, mari kita sama-sama menyokong bajet supaya rakyat menengok bahawa kita prihatin kepada rakyat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Pengerusi..

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat ikut butiran..

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tidak perlu sentuh, Yang Berhormat Port Dickson.

Itu kenyataan yang pertama.

Tuan Pengerusi

Sila ikut butiran ya.

Keduanya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, itu kenyataan awal tadi. Silalah ambil ingatan sahaja, tidak perlu jawab. Pertama saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, Butiran 030300 – Bahagian Pelaburan Strategik iaitu berhubung dengan pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. Saya minta jumlah tunggakan hutang kerajaan-

kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang terkini dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu tunggakan ini. Kelulusan moratorium kepada agensi kerajaan. Pemberian moratorium kepada agensi atau peminjam-peminjam Kerajaan Persekutuan. Berapakah jumlah kelulusan yang telah diluluskan setakat ini? Ketiganya institusi yang layak memohon jaminan kerajaan dan tujuan dan kriteria jaminan kerajaan. Siapakah institusi yang layak untuk memohon jaminan kerajaan? Apakah tujuan dan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan dalam memberikan jaminan ke atas pembiayaan yang diperdebatkan oleh agensi-agensi tersebut. Adakah Kerajaan Persekutuan menjamin pembiayaan yang diperdebatkan oleh kerajaan negeri bagi membantu merealisasikan perancangan projek di negeri untuk membantu rakyat. Adakah benar Yang Berhormat, saya juga ingin bertanya bahawa Menteri Kewangan telah menarik balik jaminan untuk projek LRT di Pulau Pinang. Ini bukan saya orang Pulau Pinang, saya memang tidak setuju pun kerajaan di sana. Akan tetapi saya tanya ini ialah apakah yang dituduh, yang diuar-uarkan kepada Yang Berhormat itu sebenarnya betul. Kemudian yang keduanya ialah berhubung dengan Butiran 020200 – Cukai. Kita tahu bahawa cukai semasa GST, kita mendapat lebih daripada RM40 bilion. Akan tetapi bila diperkenalkan SST, kita hanya mendapat RM20 bilion. Bagaimanakah pemikiran untuk menyelesaikan perkara ini? Dalam masa yang sama, minta maaf Yang Berhormat Langkawi, masa Yang Berhormat Langkawi pegang itu, kita ada tax holiday yang melibatkan RM11 bilion. Jadi RM11 bilion negara rugi kerana kita biarkan cukai tidak dikutip selama tiga bulan. Ini rakyat harus pertikaikan. Bayangkan RM11 bilion itu kalau dikutip, sudah pasti ianya merupakan satu jumlah yang besar untuk membantu negara terutamanya dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19. Jadi kita kena tengok benda ini, kita kena ungkit balik, macam mana kita hendak selesaikan.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penjelasan, penjelasan, Yang Berhormat Arau. Penjelasan Yang Berhormat Arau.

Kenapakah kita biar benda ini berlalu tanpa menyebutkan supaya rakyat faham bahawa ada beberapa perbuatan yang berlaku pada masa yang lepas yang tidak wajar...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau sedikit, sedikit.

..yang tidak wajar dibiarkan begitu sahaja.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit, sedikit, Yang Berhormat Arau.

Jadi saya minta kepada kerajaan mempertimbangkan apakah cara yang terbaik untuk kita selesaikan masalah cukai ini. Butiran 030200 ...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penjelasan, Yang Berhormat Arau. Penjelasan, Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat..

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit, sedikit. Terima kasih.

Sekejap, Yang Berhormat. Bila saya habis Yang Berhormat boleh bertanya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Sedikit sahaja. Tanya satu soalan sahaja.

Tabung Haji, Tabung Haji. Tabung Haji ini di bawah pelaburan strategik. Tabung Haji telah diberikan kepada Kementerian Kewangan dan syarikat Kementerian Kewangan saya dengar cerita telah menjual harta-harta Tabung Haji yang sepatutnya kita tolong uruskan. Kalau hendak jual tidak payah, Ketua Cawangan saya boleh tolong jual, cuma bagi kamu jual, siapa pun boleh. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bermaruah. Kita kena pastikan supaya ianya diurus balik, diurus semula sebab ini adalah Kementerian Kewangan. Kita sudah buat keputusan dahulu bahawa tidak boleh seinci hama pun harta- harta Tabung Haji termasuk ladang Tabung Haji di Sarawak - tidak boleh, tidak boleh dijual. Walaupun saya dengar baru-baru ini saya tidak sempat tanya Menteri Ekonomi tadi bahawa telah ada ura-ura yang hebat untuk terus menjual. Tidak boleh menjual

harta-harta Tabung Haji kalau yang lain-lain itu boleh difikirkan. Akan tetapi Tabung Haji tidak boleh sebab ia melibatkan pelaburan daripada orang-orang Islam. Kemudian akhir sekali, saya minta supaya kerajaan melihat semula bagaimana kita hendak selesaikan masalah kewangan yang telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak kononnya kita tidak mempunyai cukupan kewangan untuk menguruskan negara pada tahun hadapan. Sebenarnya semua pihak kena tolong, bukan mempersoalkan. Kalau tidak cukupan cadanglah apa-apa yang patut kita buat. Macam Yang Berhormat Bagan mencadangkan supaya kita pinjam lebih sebab dia memang pihak yang pinjam lebih. Lebih RM130 bilion dia pinjam. Duit Petronas RM102 bilion dia ambil. Dia jual harta negara RM40 bilion. Pemikiran jual harta negara, ambil duit PETRONAS saya tidak setuju. Pinjaman fikir-fikir cara yang sewajarnya untuk membolehkan pinjaman jangan dibuat terlalu hebat sehingga ia boleh menjejaskan masalah negara. Akan tetapi kita lihat semasa Kerajaan PH itu, wang yang diambil itu kita tidak tahu di mana dilaburkan.

Tuan Pengerusi

Ringkaskan, ringkaskan, Yang Berhormat.

Rakyat mendapat RM30.00 tetapi sekarang ini sekurang-kurangnya rakyat diumumkan mula-mula RM1,600, RM1,200. Selepas itu sekarang ini kita minta supaya kalau boleh ditimbangkan Bantuan Prihatin Rakyat ini di dua kalikan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jangan bohonglah.

Silakan, Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jangan bohonglah, Yang Berhormat Arau, jangan bohong. Jangan bohong.

Bukan bohong, benda betul.

Tuan Pengerusi

Tamatkan, Yang Berhormat Arau.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya tidak pernah jual aset negara. Itu seperti yang saya sebut bahawa Yang Berhormat Gombak, bukan saya.

Ya, Yang Berhormat hendak tuduh Yang Berhormat Langkawi jual.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, tamatkan.

Yang Berhormat hendak tuduh, Yang Berhormat Langkawi jual.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jangan bohong di situ.

Ya, Yang Berhormat akan tuduh Yang Berhormat Langkawi jual sebab apa? Oleh sebab Yang Berhormat Langkawi Perdana Menteri.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau, masa sudah habis.

Dahulupun Yang Berhormat menyebut Yang Berhormat Langkawi jual.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau. Masa sudah habis.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Itu sebab, jangan berbohong.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, masa sudah habis.

Tuduhan itu tidak patut pada Yang Berhormat Langkawi.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tidak pernah berlaku, tunjuk bukti kalau ada.

Yang Berhormat, memang jual.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tunjuk bukti, tolong tunjuk bukti.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Arau, tamatkan.

Ya, silakan.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Damansara.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Perkara 09000 – Pelbagai Suntikan Modal. Skandal 1MDB merupakan skandal yang telah mencemar nama baik Malaysia di seluruh dunia.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Walaupun penyelewengan Kerajaan BN telah terbongkar dan pemimpin korup Yang Berhormat Pekan telah ditumbangkan, kes 1MDB masih belum menerima penyelesaian sepenuhnya kerajaan masih berhutang RM32.3 bilion bagi pihak 1MDB. Itu pun tidak termasuk bayaran sebanyak ataupun melebihi RM8 bilion yang telah diselewengkan oleh pentadbiran dulu secara rahsia untuk menanggung hutang 1MDB sebelum 2018. Tuan Pengerusi, pada bulan Julai tahun ini, saya telah membangkitkan bahan bukti terbaru mengenai penglibatan Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) dalam pengubahan wang haram oleh kerajaan Pekan dan 1MDB. Akan tetapi sehingga hari ini rakyat Malaysia masih menunggu tindakan daripada pihak kerajaan terutamanya daripada Kementerian Kewangan. Sebagai latar belakang, Kerajaan BN telah melantik China Communication and Construction Company (CCCC) untuk membina East Coast Rail Link (ECRL) secara rundingan terus dengan kontrak bernilai RM55 bilion pada bulan Mei 2017. Setakat 2017, satu bulan kemudian, Kerajaan Malaysia telah membuat bayaran awal sebanyak lebih kurang RMB20 bilion diberikan kepada CCCC. Satu bulan kemudian, pada 28 Ogos 2017, anak syarikat CCCC iaitu Multi-Strategic Investment Limited, Hong Kong telah menyalurkan lebih kurang RMB7.3 bilion kepada syarikat Al Asbah International General Trading di Kuwait yang hanya mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM6,000. Pada dua hari kemudian iaitu 30 Ogos, sebanyak RMB4.3 bilion daripada wang tersebut telah dipinda kepada syarikat Silk Road Southeast Asia Real Estate Limited. Pada hari yang sama, jumlah RMB4.3 bilion tersebut telah disalurkan kepada Sentuhan Budiman Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Kementerian Kewangan kononnya untuk membeli tanah milik 1MDB di Pulau Pinang. Seperti apa yang kita ketahui semasa pentadbiran Pakatan Harapan, tanah ini masih di bawah milikan Sentuhan Budiman dan tidak dituntut oleh Silk Road Southeast Asia. Pada hari yang sama 30 Ogos, sebanyak RMB1.5 bilion telah dipindah dari Sentuhan Budiman kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation yang lebih dikenali sebagai IPIC untuk membayar hutang 1MDB. Tuan Pengerusi, fakta-fakta yang saya sebut di sini secara langsung membongkar helah kerajaan Pekan untuk menawarkan kontrak yang bernilai terlampau tinggi kepada CCCC untuk projek ECRL dengan motif menutup kes dan hutang 1MDB. Selain itu, bukti-bukti terbaru ini yang hanya terbongkar pada bulan Mei di Kuwait telah menamakan bank ICBC sebagai institusi kewangan yang telah menjalankan segala transaksi penggubahan wang haram dari Hong Kong ke Kuwait, ke Kuala Lumpur ke Abu Dhabi dengan mata wang Renminbi untuk dielak daripada pemantauan Amerika Syarikat terhadap transaksi USD.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Wilayah Persekutuan · Ketereh

Ini Jawatankuasa ke apa ini?

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Soalan saya kepada Kementerian Kewangan ialah adakah penglibatan ICBC dalam penggubahan wang haram secara besar-besaran akan disiasat dan tindakan keras akan diambil supaya cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kewangan antarabangsa yang berintegriti tidak akan terjejas. Di Singapura, Falcon Private Bank dan BSI ditutup. Standard Chartered Bank, DBS, UBS, Credit Suisse dan UOB telah dikenakan bayaran penalti atas kecuaian pemantauan transaksi kewangan. Di Switzerland dan Hong Kong, bank-bank berkaitan dengan skandal 1MDB telah dihukum. Akan tetapi di Malaysia di mana rakyat Malaysia menjadi mangsa terbesar skandal 1MDB. Apa sebabnya kerajaan mengambil pendirian yang cukup lemah dan lembik? Tuan Pengerusi, kita lihat saja contoh penyelesaian Goldman Sachs dalam kes 1MDB. Kerajaan BN menepuk dada bila penyelesaian tercapai dengan bayaran pampasan sebanyak USD2 bilion daripada Goldman Sachs pada bulan Julai. Sebarang tindakan undang-undang terhadap Goldman Sachs digugurkan tanpa sebarang

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

pengakuan bersalah dalam penyelewengan 1MDB. Menteri-menteri Perikatan Nasional telah menegaskan bahawa ini merupakan penyelesaian yang terbaik untuk Malaysia. Itu pun bila kita tanya fasal terma-terma penyelesaian, Menteri Undang-undang kata semuanya rahsia. Baru-baru ini Goldman Sachs pun mencapai penyelesaian dengan Department of Justice Amerika Syarikat, apa bezanya? Goldman Sachs bersetuju membayar penalti sebanyak USD2.9 bilion.

[Bangun]

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Dekat 50 peratus lebih tinggi daripada apa yang dicapai oleh Kerajaan BN. Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tetapi pampasan jauh lebih tinggi dibayar kepada Amerika Syarikat. Apa ini?

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Pontian sedia untuk berucap.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Lebih mengecewakan lagi, selain daripada membayar pampasan.

Yang Berhormat Jempol pun sudah ready.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

...Goldman Sachs juga terpaksa mengaku bersalah di New York dengan izin, “Over a period of five years, Goldman Sachs participated in a sweeping international corruption scheme, conspiring to avail itself of more than USB1.6 billion in bribes to multiple high-level government officials across several countries so that the company could reap hundreds of millions of dollars in fees, all to the detriment of the people of Malaysia and the reputation of American financial institutions operating abroad.” Hanya dua para saja lagi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat. Ya.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Manakala di Malaysia...

Tuan Pengerusi

Ada seminit saja.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Goldman Sachs telah dilepaskan daripada sebarang pengakuan dan Kerajaan PN membantu dengan merahsiakan terma- terma penyelesaian dengan Goldman. Saya hendak tanya di mana letaknya maruah rakyat Malaysia? Oleh itu saya berharap dengan penuh keikhlasan, pihak Kementerian Kewangan dan Kerajaan Perikatan Nasional akan memulangkan maruah rakyat Malaysia dengan siasatan penuh dan tindakan sewajarnya terhadap ICBC dalam kes pengubahan wang haram yang terbesar di Malaysia. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Damansara. Mengikut senarai Yang Berhormat Jempol dahulu Yang Berhormat Pontian.

Oh! Yang Berhormat Jempol.

Okey, terima kasih.

Silakan.

Tuan Pengerusi

Silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana telah membenarkan saya untuk mengambil bahagian Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021, peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan pada petang ini. Pandemik COVID-19, Butiran 020100, fizikal dan ekonomi. Pandemik COVID- 19 yang menjejaskan ekonomi di peringkat global telah menyebabkan banyak negara mengalami penyusutan dari segi hasil dan pendapatan. Menurut Bank Pembangunan Asian, pandemik COVID-19 telah mewujudkan kelemahan serius di seluruh Asia dan meramalkan 33 daripada 45 negara membangun akan mengalami penguncupan ekonomi pada tahun 2020. Susulan penularan COVID-19 di negara ini, hasil kerajaan bagi tahun 2020 adalah RM227.3 bilion iaitu pengurangan hampir RM18 bilion daripada unjuran asal sebanyak RM244.5 bilion. Meskipun kesan pandemik COVID-19 dijangka terus

berlanjutan pada tahun hadapan, kutipan hasil kerajaan telah diunjur meningkat kepada RM236.9 bilion pada tahun 2021. Soalan saya bagaimanakah kementerian mengunjurkan peningkatan hasil negara semasa membentang Belanjawan 2021 sedangkan ketika ini seluruh dunia sedang berdepan dengan isu pandemik COVID-19? Apakah sumber hasil kerajaan dan ke manakah ianya akan dibelanjakan sepanjang tahun ini memandangkan perangkaan serta unjuran hasil bagi tahun 2020 telah merosot. Selain itu perbelanjaan bagi tahun 2021 merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah negara dengan nilai keseluruhan sebanyak RM322.5 bilion. Sebanyak RM236.5 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM69 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan RM17 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19. Defisit fizikal pada tahun 2021 juga diunjurkan pada kadar 5.4 peratus berbanding KDNK. Pada hemat saya peruntukan Belanjawan 2021 masih belum mencukupi. Amaun sebanyak RM322.5 bilion dilihat terlalu kecil. Ia lebih besar sedikit daripada belanjawan sebelum ini. Di samping keutamaan mestilah diperbetulkan, bagi saya jumlah perlu ditambah lagi sekurang-kurangnya 10 peratus atau sekitar RM32 bilion walaupun ia akan meningkatkan hutang negara. Butiran 040100 – Perolehan Kerajaan. Program pembangunan sememangnya perlu diteruskan bagi memastikan peluang pekerjaan diwujudkan di seluruh negara lebih- lebih lagi dalam tempoh pandemik COVID-19 ini yang telah menyebabkan lebih ramai yang hilang pekerjaan.

Soalan saya. Apakah kementerian bercadang untuk memberi kelonggaran terhadap prosedur perolehan kerajaan untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek pembangunan? Apakah kaedah yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat berkenaan? Selain itu, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan kes rasuah membabitkan ketirisan perolehan kerajaan membabitkan penjawat awam semakin kritikal. Tanpa mendedahkan statistik, KP SPRM menyatakan hampir 50 peratus kes ketirisan perolehan kerajaan banyak berlaku membabitkan agensi kerajaan. Saya menggesa pihak kementerian untuk memberi perhatian terhadap isu ini. Hal ini kerana berlakunya ketirisan, sesuatu nilai perolehan kerajaan turut meningkat. Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada kerajaan dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana bantuan semasa penggulungan peringkat dasar petugas barisan hadapan RM300 untuk petugas barisan hadapan yang lain. Program eBelia dinaikkan kepada RM100 dan dipanjangkan kepada 1.1 juta mahasiswa IPTA, IPTS. Ini termasuk mereka yang berumur 20 tahun ke atas. Pesara polis RM500 dipanjangkan kepada 40,000 lagi pesara dan bekas polis. Elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM250 untuk 3,400 orang nelayan darat yang berdaftar. Walau bagaimanapun, masih terdapat golongan tercicir dan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh kementerian iaitu golongan pemandu teksi, kereta sewa, pemandu pelancong dan penarik beca. Menerusi PRIHATIN sebelum ini, kerajaan telah memberikan bantuan one-off sebanyak RM600 untuk membantu sekitar 33,000 orang yang terjejas daripada golongan tersebut akibat pandemik COVID-19 dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Bantuan ini telah diberikan pada April 2020. Tujuh bulan telah berlalu, pandemik COVID-19 gelombang ketiga masih belum menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Bagaimanakah nasib golongan perkhidmatan teksi? Adakah ia di masa hadapan ataupun ada dibayar one-off untuk mereka? Butiran 020200. Sejak GST dimansuhkan 1 Julai 2018, pelbagai cukai baharu diperkenalkan oleh Pakatan Harapan sebelum ini bagi menambah hasil pendapatan negara yang kehilangan sekitar RM40 bilion setahun. Antaranya cukai perkhidmatan digital luar negara, cukai minuman bergula, cukai pelepasan keluar negara, cukai SST diperluaskan kepada empat bidang perkhidmatan membabitkan pengendalian taman hiburan, penyediaan broker dan penajaan jaminan pembersihan serta menyediakan latihan tunjuk ajar. Menerusi belanjawan kali ini, satu lagi cukai baharu yang bakal dikenakan iaitu cukai rokok elektronik. Cukai 10 peratus di atas semua jenis peranti elektronik dan juga bukan peranti iaitu 40 sen per mililiter ke atas cecair yang digunakan di dalam rokok elektronik termasuk vape. Soalan saya, apakah anggaran hasil daripada kutipan cukai rokok elektronik pada tahun 2021?

Akhir sekali, Butiran 030300 – Pelaburan Strategik. Semalam Yang Berhormat Bagan ada menyelar Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana membatalkan jaminan negara terhadap pinjaman berjumlah RM2 bilion bagi projek LRT di Pulau Pinang. Yang Berhormat Bagan menyifatkan keputusan tersebut sebagai tindakan politik balas dendam kepada Pulau Pinang yang ditadbir oleh pembangkang. Saya tertanya-tanya dengan kenyataan Yang Berhormat Bagan yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai perbuatan balas dendam. Apakah Yang Berhormat Bagan menerajui perbendaharaan negara dan menguasai Kementerian Kewangan, Yang Berhormat Bagan ada melakukan perbuatan yang tidak mengikut urus tadbir yang sebenarnya? Berbalik kepada isu pembatalan tersebut, soalan saya, apakah Yang Berhormat Menteri telah menarik balik jaminan untuk projek LRT di Pulau Pinang atas dasar balas dendam seperti mana yang telah didakwa oleh Yang Berhormat Bagan? Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya punya beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan. Sebelum secara lebih khusus, saya ingin merakamkan sekali lagi akan pendekatan yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam melibatkan KWSP dan juga sistem perbankan negara dalam memberikan lanjutan moratorium dan juga penggunaan Akaun 1 di kalangan pencarum KWSP yang kedua-duanya tidak dapat kita pertanggungjawabkan di sini meskipun saya mahu perkara ini dibangkitkan dan dipertikaikan. Apa pun, kita merakamkan bahawa unjuran yang dibuat daripada segi pertumbuhan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan tahun ini yang menguncup 5.5 peratus, begitu juga Bank Negara, dan membuat unjuran tahun hadapan sebanyak 7.5 peratus. Dengan kata lain, lonjakan sebanyak 12.5 peratus pertumbuhan yang kita sedia maklum betapa optimis unjuran tersebut. Dengan belanjawan yang sebegini yang tidak merangsang economic actors dan insentif yang betul, dengan izin, kita sangat khuatir ia jauh tersasar. Apa pun, saya menyebutkan di sini di bawah Butiran 010200 akan meminta penjelasan penurunan dana strategi korporat dan komunikasi. Mengapa dikurangkan? Apakah sudah dipindah ke tempat lain seperti JASA dan sebagainya ini? Ia merupakan satu yang dalam prestasi menteri-menteri yang membuat komunikasi memperjelaskan situasi hari-hari ini kita nampak sangat memerlukan clarity dan penjelasan dengan pelbagai flip flop yang telah dilakukan. Itu satu yang saya minta penjelasan. Keduanya, dalam suasana pandemik COVID-19 ini, saya tidak faham mengapa di bawah Butiran 060100, penjelasan atas peruntukan kos keluar negara ini masih tinggi. Di sini kita kena faham, Tuan Pengerusi, kos melepas atau opportunity cost kalau kita masih lagi tidak memberikan perbelanjaan pada sektor dan kepada kegiatan dan program yang sewajarnya, beginilah kita memperuntukkan dengan tidak memberikan penekanan apa maksud Belanjawan COVID-19 itu dengan kita memberikan peruntukan yang Butiran 060100 ini masih lagi pada peruntukan hampir RM8 juta. Saya juga ingin membangkitkan atas Butiran 07000. Ini adalah bersangkutan dengan Projek Institut Perakaunan Negara yang melonjak begini besar, hampir 1,500 peratus peningkatannya mendadak dalam tahun ini. Saya ingin tahu, apakah punca kenaikan ini? Seterusnya saya mahu mendapat penjelasan di bawah perkara bersabit dengan bawah Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal ini. Apakah sebenar-benarnya? Apakah ini peruntukan sebanyak RM13 bilion ini yang dikatakan peruntukan bersangkutan dengan segalanyalah sama ada membangunkan industri kecil, sederhana dan sebagainya? Ia tidak membawa apa-apa penerangan, perincian dan penjelasan. Begitu juga yang saya ingin sebutkan di bawah Butiran 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai yang berkurangan dalam keadaan suasana rakyat menderita. Akhir sekali, dengan peruntukan masa yang ada ini, di bawah Butiran 021900. Mengapa dihapuskan terus sumbangan NGO atau di manakah diletakkan

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

peruntukannya? Akan tetapi kita lihat Penggerak Komuniti Tempatan (PKT) di bawah KPKT ini diberikan dana seperti mana yang kita tahu. Kita perlu faham bahawa dalam konteks kegiatan dan aktivisme NGO, kalau boleh saya sebutkan Imarat, MRA, Mercy Malaysia, semua yang lain yang turut sama bahkan frontlines yang kalau di Sabah dan tempat-tempat lain itu, kita perhatikan di tempat-tempat hotspot, merekalah yang paling ke depan. Inilah waktu untuk kita memberikan pengiktirafan kepada mereka dengan kita memperuntukkan dana untuk mereka.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Akan tetapi malangnya, saya perhatikan di bawah Kepala 021900 – Sumbangan kepada NGO, ini kita dapati bahawa dana mereka tidak langsung daripada RM30 juta tidak diberikan– dikosongkan, hampir hilang seluruhnya. Mungkin ada penjelasan yang perlu dibuat. Begitu sahaja dahulu Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pontian, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kubang Pasu.

Terima kasih. Kenaan bayaran hutang negara RM39 bilion, 12 peratus daripada Bajet 2021. Adakah kementerian berhasrat untuk menaikkan had statutori 60 peratus kepada KDNK? Tanggungan Perbendaharaan penyelenggaraan jalan raya - mutu minimum RM3.495 bilion, mutu sub standard RM1.45 bilion. Apakah kaedah perolehan yang dibuat? Jika secara konsesi, ia tidak adil. Patut dipecah-pecah kepada ramai kontraktor. Penambahan pengumuman Khamis oleh Yang Berhormat Menteri. Contoh, RM300 kepada frontliners yang bukan Kementerian Kesihatan. Kod dan butiran mana yang bertambah dalam belanjawan ini? 020500 - Kastam Diraja Malaysia. Adakah akan dikorporatkan agar agensi lebih cekap dan staf diberi gaji yang lebih baik supaya kutipan hasil bertambah? 050000 - Perkhidmatan Perakaunan. Perakaunan Akruan, sekarang ini– bila akan ditukar kepada Perakaunan Akruan supaya aset-aset negara boleh dikira? Bukan tiap-tiap kali kita hanya menceritakan tentang hutang-hutang negara. 060500 - Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). RM2.4 bilion, banyak ya. Fi ini kepada siapa? Mengapa perlu RM2.4 bilion? Bukankah pegawai LHDN sudah bergaji, kenapakah ada fi itu? 09000 – Pelbagai Suntikan Modal. Satu lagi banyak, RM13.6 bilion. Saya hendak tahu apa senarainya? Apakah pulangan kepada kerajaan RM13.6 bilion itu? Bolehkah jadi RM20 bilion apabila kita suntikkan pelbagai modal itu? Subsidi dan Bantuan Tunai. Kenapa dikurangkan daripada RM12.3 bilion kepada RM5.7 bilion? Subsidi apa ini? Apakah pecahan subsidi? Akan tetapi bajet RM322 bilion ini bertambah tetapi kenapa subsidi turun daripada RM12.3 bilion kepada RM5.7 bilion? 022000 - Sumbangan Bantuan Kemanusiaan. Apa ia dan siapa yang menerima? 022300 – Pejabat World Bank Group (WBG) di KL. Apakah faedah dan peranannya? Kenapakah kita perlu bayar RM20 juta? 022500 - Credit Guarantee and Investment Facility (CGIF), bilakah di tubuh dan negara-negara yang terlibat? 040500 - Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam, (LPPSA) RM2.25 bilion. Saya ingin mencadangkan, beri pinjaman kereta kepada pegawai-pegawai kontrak, bukan hanya kepada pegawai-pegawai yang tetap. Kalau hendak bagi pinjaman perumahan agak sukar tetapi sekurang-kurangnya pegawai kontrak boleh dapat pinjaman kereta daripada RM2.25 bilion yang diperuntukkan kepada LPPSA. Cukai. Apabila GST telah di mansuh, maka kerajaan terdahulu setelah masa 22 bulan, mereka telah menaikkan pelbagai cukai. Antara cukai yang dinaikkan ialah cukai CKHT naik, duti setem naik, cukai PBT naik. Saya ingin tahu, daripada sembilan perkara ini iaitu yang pertama, cukai perkhidmatan berapa banyak? Cukai jualan, cukai digital, cukai pelepasan, cukai petak, cukai soda, berapa kutipan? Kenaikan cukai CKHT, cukai duti setem, cukai PBT, naik itu berapa banyak kenaikan? Jadi, saya kira 13 perkara saya telah sebut, walaupun ada lagi baki 1.42 minit. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih

Tuan Pengerusi. Di bawah B.10 Butiran 020500 – Kastam Diraja Malaysia. Di bawah kod 30000, kita dapati bahawa peningkatan yang agak ketara berbanding anggaran 2020 sebanyak RM5.5 juta menjadi RM15.66 juta bagi tahun 2021. Mohon dapat penjelasan untuk apakah pertambahan yang memang besar di bawah kod 30000 tersebut? Sememangnya Kastam adalah merupakan antara agensi yang penting di dalam Kementerian Kewangan kerana selain daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mengutip cukai persendirian dan korporat, Kastam juga merupakan agensi yang banyak– saya ingat kedua terbesar yang mengutip duti eksais dan cukai-cukai tertentu. Sudah tentu lah kecekapan mereka untuk menjalankan tugas, terutamanya untuk menyekat kebocoran yang berlaku dan juga penyeludupan adalah merupakan perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius, di samping sistem yang bagus untuk memastikan tidak ada siapa yang dapat lari daripada cukai dan duti yang sepatutnya dikutip. Saya ingin bertanya tentang pembangunan sistem uCustoms yang saya dengar masih belum selesai-selesai lagi. Bilakah ia akan diselesaikan dan bila ia akan dapat dilancarkan sepenuhnya oleh pihak Kastam Diraja Malaysia? Oleh kerana sudah tentu ia akan memberikan kesan dan impak yang cukup besar untuk memastikan bahawa tidak berlakunya kebocoran cukai dan sebagainya. Untuk itu juga, berkaitan dengan pihak Kastam ini di bawah P.10 Butiran 91000 – Kenderaan Lanci dan Alat Kelengkapan Kastam yang diperuntukkan bagi tahun 2021 sebanyak RM154.5 juta. Cuma saya ingin tahu, apakah kenderaan lanci yang akan dibelikan? Oleh kerana memang pihak Kastam Diraja Malaysia dalam mereka hendak kejar penyeludup-penyeludup dan sebagainya, sudah pastilah perlu mempunyai kenderaan yang cekap, pantas untuk memintas dan sebagainya. Kebanyakan kenderaan-kenderaan lanci yang kita ada ini, saya ingat pihak penyeludup senyum macam itu sahaja. Pasai tak mampu nak ligan kenderaan mereka yang jauh lebih pantas dan sebagainya. Jadi, saya mohon apakah perincian daripada RM154.5 juta yang diperuntukkan di bawah P.10 Butiran 91000 - Kenderaan Lanci dan Alat Kelengkapan Kastam? Kemudian seterusnya Tuan Pengerusi ialah P.10 juga, 09000 - Pelbagai Suntikan Modal. Ramai rakan Ahli Parlimen juga telah bangkitkan perkara ini, saya juga ingin bangkitkan. Cuma RM13.61 bilion yang diperuntukkan bagi tahun 2021 ini, mohon disenaraikan suntikan modal kepada syarikat-syarikat mana, untuk tujuan apa perkara tersebut dilakukan. Kemudian Tuan Pengerusi, juga ingin saya bangkitkan di bawah B.11 iaitu Butiran 990400 – Turus Pesawat Sdn Bhd, disebut oleh Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu tadi. Tahun 2020 tiada peruntukan yang diberikan. Jadi, agaknya mungkin syarikat penerbangan Malaysia mampu untuk membayar balik ansuran kepada pinjaman pembelian pesawat A380 itu. Akan tetapi ini diperuntukkan RM219 juta untuk tujuan tersebut. Persoalan saya ialah apakah– dan biasanya bila berkaitan dengan MAB dan juga syarikat penerbangan Malaysia ini, Khazanah yang mengambil peranan. Jadi, kenapakah kali ini pihak Perbendaharaan pula yang perlu menyediakan peruntukan untuk tujuan ini? Sekali gus bertanya tentang apakah perancangan masa hadapan (turnaround plan) yang telah dibuat untuk memastikan bahawa syarikat yang suatu ketika dahulu terbang di udara dengan penuh megah mewakili negara kita Malaysia, yang perlu dibuat sesuatu untuk memastikan bahawa ia tidak digulung tikar dan menyelamatkan peluang-peluang pekerjaan bagi mereka yang bekerja dalam syarikat penerbangan Malaysia ini. Akhirnya Tuan Pengerusi, saya ingin bangkitkan tentang 99000 – Komitmen Kewangan iaitu Valuer Information System (VIS). Pada tahun 2020, RM70 juta diperuntukkan, tiada diperuntukkan untuk tahun ini di bawah belanja mengurus. Akan tetapi kita lihat di bawah pembangunan P.10 kod 65000 – Pembangunan Valuer Information System (VIS) masuk pula sebanyak RM59 juta tetapi kali ini dalam pembangunan.

Sebelum-sebelum ini ia ada dalam Perbelanjaan Mengurus, tiba-tiba tiada dalam tahun 2021 tetapi ada dalam tahun 2021 ini di bawah Anggaran Pembangunan. Mohon pencerahan terhadap perkara-perkara tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Ahli Yang Berhormat saya akan memberikan jam 3.30 petang untuk Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menjawabnya. Saya dengan ini menjemput...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tuan Pengerusi, ramai lagi – ramai lagi hendak berucap.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelebu kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Pengerusi, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Kepala 020500 – Subsidi dan Bantuan Tunai. Jika dilihat Tuan Pengerusi kepada butiran ini, pada tahun 2020 peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM12.38 bilion tetapi sekarang pada tahun 2021 pengurangan sebanyak RM6.58 bilion. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah subsidi ataupun bantuan tunai yang telah dikurangkan? Jika dilihat kepada pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan setakat ini tidak ada sebarang pemotongan subsidi atau pun bantuan tunai yang berlaku. Jadi apakah – saya mohon penjelasan di sebalik pengurangan subsidi sebanyak RM6.5 bilion ini. Saya mengakui jika hendak dibandingkan dengan Kerajaan Pakatan Harapan Tuan Pengerusi, Kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini lebih baik dalam menyalurkan pelbagai bantuan terutamanya kepada rakyat dan saya harapkan supaya bantuan ini kita dapat teruskan. Tuan Pengerusi, Kepala 990200 – Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) jumlah peruntukan RM180 juta. Dalam Belanjawan 2021 ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM180 juta kepada MAHB dan berbanding dengan tahun 2020 peruntukan yang diberi adalah RM182 juta. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian bagaimanakah peruntukan sebanyak RM180 juta ini dibelanjakan oleh MAHB serta bagaimanakah pihak kementerian memberi keyakinan tentang kemampuan MAHB kekal bertahan dalam menghadapi krisis tekanan ekonomi dan juga pandemik COVID-19 yang berlaku sekarang. Selain daripada bantuan berbentuk peruntukan ini, apakah bantuan lain yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada MAHB untuk memastikan MAHB ini terus relevan? Juga, adakah pihak MAHB terpaksa melakukan proses pengecilan dalam operasi dalam masa yang terdekat. Di samping itu, MAHB ini adalah antara syarikat, Tuan Pengerusi yang tersenarai utama di bawah portfolio Khazanah Nasional Berhad. Adakah alam keadaan ketidaktentuan industri pelancongan dan penerbangan pada hari ini, adakah ada kemungkinan pihak Khazanah mungkin melepaskan pegangan mereka di dalam MAHB. Kepala 090000 – Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Tuan Pengerusi. Dalam butiran ini berlaku pengurangan peruntukan sebanyak hampir lebih kurang sejumlah RM4.4 juta jika dibandingkan dengan peruntukan pada tahun 2020. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah dengan pengumuman peruntukan ini, itu bermaksud akan berlaku juga pengurangan jumlah pelajar yang bakal menerima manfaat Kumpulan Wang Amanah (KWAP) ini Tuan Pengerusi. Saya melihat ada satu sudut yang tidak seimbang kerana berdasarkan kepada jumlah ataupun kerajaan yang telah menaikkan kadar PGK pada tahun 2020, seramai 2,208 berbanding dengan seramai 980 sebelum ini, keluarga yang terlibat berbanding dengan tahun 2020 dan kaedah sebelum ini melibatkan hampir seramai 400,000 buah keluarga. Jika ini diambil kira, bermakna kriteria KWAP ini bergantung pada pendapatan isi rumah di bawah PGK, ini akan mengambil kira bahawa pertambahan pelajar yang menerima bantuan KWAP ini akan bertambah. Akan tetapi, peruntukan semakin menurun. Jadi, saya minta penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan dengan perkara ini. Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Pelajar, ini Tuan Pengerusi, Kementerian Pendidikan bilangan 2/2016 telah memutuskan bahawa bantuan am persekolahan akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada kadar sedia ada dan pembayaran bantuan bulanan diberhentikan kepada semua penerima data e-Kasih dan data murid Orang Asli. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan dengan perkara ini dan juga dalam keadaan sekarang ini Tuan Pengerusi, bantuan sejumlah RM100 bagi sekolah rendah, bantuan RM150 bagi sekolah menengah adalah merupakan satu bantuan yang harus diambil kira oleh pihak kementerian untuk dinaikkan kerana selaras dengan tuntutan tekanan ekonomi apatah lagi bagi murid-murid pelajar miskin di kawasan luar bandar. Selain bantuan am persekolahan ini Tuan Pengerusi saya berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mengembalikan semula bantuan bulanan yang pernah ada pada suatu ketika dulu. BAP ini adalah pada peringkat awal persekolahan, manakala bantuan bulanan ini adalah bagi tempoh selama 10 bulan persekolahan seperti yang pernah kita lakukan ketika Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang telah diberi RM50 sebulan bersamaan dengan RM500 bagi seorang pelajar untuk setahun. Jika ini

dapat dilakukan Tuan Pengerusi, maka bantuan kepada masyarakat dan pelajar miskin itu termasuk bantuan kepada semua pelajar Orang Asli dapat kita pastikan, dapat dirasai dan dinikmati ke semua pelajar berkenaan. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Kepala 050000 – Jabatan Akaun Negara. Saya lihat ada peningkatan Objek Am 30000 di bawah Jabatan Audit Negara daripada RM2.5 juta pada tahun 2020 kepada RM9.1 juta untuk tahun 2021. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan berkaitan perkara ini. Akhir sekali Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi

[Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ya, pendek sikit.

Saya pendekkan akhir sekali Tuan Pengerusi yakni Pengurusan Wang Tak Dituntut. Ini ramai rakyat tidak tahu Tuan Pengerusi. Dalam keadaan sekarang asal ada duit kita claim. Asalkan ada punca kita ambil. Maka, duit pengurusan wang yang tak dituntut ini adalah merupakan salah satu sumber yang tidak diketahui oleh rakyat. Kenapakah wang ini diuruskan oleh kerajaan? adakah golongan yang terkesan dengan COVID-19 boleh pohon wang yang dituntut dan berapakah amaun wang yang tidak dituntut setakat ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 04000 – Perkhidmatan Kewangan Awam. Saya nampak bahawa dalam penggulungan perbahasan Yang Berhormat Menteri Kewangan sebenarnya telah mengumumkan banyak lagi butiran-butiran yang baharu yang tidak terdapat dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Antaranya adalah bantuan khas RM300 one-off kepada semua petugas frontliners yang baharu termasuk pegawai tentera, polis dan sebagainya dan juga e-Belia, RM50 kepada RM100, one-off kepada pesara polis diperluaskan kepada seramai 40,000, nelayan darat daripada sejumlah RM200 kepada sebanyak RM250. Saya setuju semua. Benda-benda yang membantu rakyat ini semua saya setuju. Akan tetapi, saya rasa bahawa Kementerian Kewangan perlu memberi satu butiran yang baharu kepada semua pindaan kerana kita masih belum menerima pindaan di atas. Kalau tidak buku ini tidak tally dan kita tidak tahu bahawa implikasi kewangan terhadap Bajet 2021. Selain daripada itu, daripada semua yang telah dibagi, masih ramai yang tercicir. Antaranya adalah pengusaha-pengusaha kantin yang sudah sembilan bulan tidak buka kantin dan mereka sekarang dalam keadaan yang sangat-sangat sengsara termasuk juga pemandu-pemandu bas sekolah, bas persiaran dan juga tour guide-tour guide yang sedang sengsara. Kita mahu bahawa satu usaha yang lebih untuk membantu orang-orang yang tercicir ya. Yang Berhormat Menteri baharu masuk saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri beri perhatian. Isu yang kedua ialah 990000 – Komitmen Kewangan terutamanya perbelanjaan hutang negara. Baru-baru ini pada hari Sabtu sahaja Yang Berhormat Menteri keluar tiba-tiba keluar satu statement bahawa membatalkan jaminan pinjaman LRT kepada negeri Pulau Pinang. Saya ingin melahirkan kekecewaan saya dan juga membawa suara kemarahan terhadap keputusan tersebut. Saya rasa ini adalah – ramai orang rakyat Pulau Pinang rasa ini adalah seolah-olah ‘bijak cent bodoh ringgit’, penny- wise, pound-foolish. Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak meminta satu sen pun daripada Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan projek ini. Kerajaan hanya meminta supaya satu guarantee daripada – kerana Asian Development Bank telah mensyaratkan. Asian Development telah membuat due diligence yang banyak. Mereka telah tahu bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai RM1 bilion reserves dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh bayar. Akan tetapi, sekarang cancelled. Saya rasa ini adalah ketidakadilan dan penganiayaan kepada negeri Pulau Pinang.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Kita hendak Menteri kalau boleh review kerana ini send the wrong signal to the investors. Foreign direct investors want a good public infrastructure termasuk rumah. I think melalui rumah Timbalan Yang di-Pertua. Ini diperlukan kerana kita tahu bahawa Pulau Pinang ini kita ada lebih kurang 40 bilion, what do we call GDP daripada sektor pembuatan dan mereka perlu untuk pergi ke kerja.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Dari Pulau Pinang juga, 380 bilion eksport dari negeri Pulau Pinang. I mean we have contributed so much to the economy of Malaysia. But why can’t you give guarantee just two billion? It is only a guarantee dan akhir sekali saya rasa kita mahu bahawa senaraikan semua direct negotiation di bawah Kerajaan Perikatan Nasional kerana sebelum itu Perikatan Nasional mendedahkan apakah direct negotiation daripada Kerajaan Pakatan Harapan. Now is your turn to show you are transparent dan adil dan tidak mengambil politik kepartian. Show your direct negotiation di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Yang Berhormat Bayan Baru. Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini President SME Association of Malaysia mengatakan bahawa jumlah SME ataupun industri kecil dan sederhana akan tutup, lebih kurang 100 ribu akan tutup dan satu daripada sebab yang mereka akan tutup ialah tidak dapat membayar sewa premis mereka. Oleh yang demikian, saya minta pandangan Yang Berhormat, juga minta Menteri juga untuk jawab, bahawa satu dana bantuan sewa diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan dana bantuan sewa ini dapat mengurangkan kos operasi serta menghadapi impak COVID-19. Saya juga cadang bahawa RM1 bilion diperuntukkan untuk dana bantuan sewa dan wang ini boleh diperoleh daripada Butiran 09000 iaitu Pelbagai Suntikan Modal yang telah diperuntukkan sebanyak RM 13 bilion. Minta pandangan Yang Berhormat.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Masukkan ucapan Yang Berhormat Klang ke dalam ucapan saya. Dengan ini, sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat, saya menamatkan.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Seorang lagi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tadi saya telah sebut. Minta mencelah nanti semasa Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Takut Yang Berhormat Menteri menjawab bukan persoalan yang saya hendak bangkit. Dia tidak boleh hendak jawab pula. Lebih baik beri peluang kepada saya bercakap.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sebab usul sampai pukul 4.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kita selepas pukul 4 ada kuasa Tuan Pengerusi 15 minit lagi. Jadi panjang masa.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak teruskan juga. Ahli-ahli, minta Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Boleh berbahas? 5 minit sahaja. Sebanyak 5 minit bolehlah.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, last 5 minit.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 030000 - Strategi Pelaburan di bawah tajuk kecil Butiran 030100 - Syarikat Pelaburan Kerajaan. Saya telah menyebut di peringkat dasar tetapi tidak ada satu jawapan. Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang Syarikat Perumahan Negara Berhad. Walaupun dari sudut management diletakkan di bawah KPTK, tetapi ia adalah syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan). Menteri Kewangan diperbadankan. Syarikat ini telah disita oleh mahkamah pada Mei yang lalu, syarikat ini telah disita. Ini syarikat kerajaan di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) kerana kegagalan dia mematuhi perintah mahkamah. Keengganan ataupun dia mengingkari perintah mahkamah yang memerintah dia membayar sejumlah RM90 juta kepada syarikat Kimonif Sdn Bhd iaitu sebagai ganti rugi global. Itu perintah mahkamah tinggi dari Kota Bharu Kelantan. Jadi, keadaan sekarang ini memberikan penjejasan imej yang sangat buruk kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Kewangan kerana syarikat di bawah Kementerian Kewangan (Diperbadankan) ini gagal membayar. Ini akan memberikan kesan kepada – kalau syarikat ini nanti akan diambil perintah untuk dibankrapkan dan ia

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

akan memberikan kesan kepada semua akaun akan dibekukan dan akan menyebabkan pihak-pihak bank yang lain seperti mana pihak-pihak yang memberikan pinjaman. Ini termasuk KWAP sebanyak RM600 juta, MBSB RM400 juta akan membuat tuntutan hutang kepada semua syarikat-syarikat yang terbabit dengan SPNB. Ini juga memberikan kesan kepada projek perumahan SPNB di Cyberjaya iaitu untuk kakitangan kerajaan yang membabitkan 900 pembeli di kalangan kakitangan kerajaan. Saya difahamkan mereka telah pun membayar kepada pinjaman bank yang telah pun mereka buat. Jadi, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah Kementerian Kewangan akan mematuhi perintah mahkamah ini. Sebab kalau tidak nanti saya bimbang bahawa mereka akan membuat tuntutan untuk menggulung ataupun membankrapkan syarikat SPMB ini dan ini akan memberikan imej yang buruk kepada pelabur-pelabur asing kerana mereka lihat bahawa syarikat kerajaan sendiri yang terbabit dalam mengingkari perintah-perintah mahkamah. Akhir sekali, Butiran 030200 - Pengurusan Strategik Badan Berkanun iaitu membabitkan KWSP, KWAP dan sebagainya. Saya hendak mendapatkan penjelasan bagaimana kerajaan Kementerian Kewangan memastikan ketelusan penelitian terhadap pinjaman-pinjaman yang akan dibuat, yang akan dikeluarkan oleh KWSP, KWAP dan sebagainya supaya benar-benar memenuhi keperluan-keperluan sebenarnya. Contoh KWAP pernah mengeluarkan pinjaman kepada SRC sebanyak RM4 bilion dan diberitahu di mahkamah seorang saksi, bekas CEO KWAP, mengatakan bahawa Menteri Kewangan pada waktu itu mengarahkan KWAP untuk mempercepatkan pinjaman tersebut. Jadi, saya lihat bahawa oleh sebab agensi-agensi ini, badan berkanun ini, di bawah Menteri Kewangan. Jadi yang akan buat pinjaman juga adalah Menteri Kewangan. Jadi Menteri Kewangan buat pinjaman kepada badan berkanun di bawah Menteri Kewangan. Jadi, saya lihat bahawa macam tidak ada satu ketelusan dalam konteks pengurusan kewangan ini. Jadi sebab itu saya mencadangkan supaya diwujudkan satu suruhanjaya bebas di bawah Parlimen ini untuk menyelia badan-badan berkanun sepertimana dana-dana awam ini untuk memastikan supaya ia tidak disalah gunakan untuk kepentingan-kepentingan yang akhirnya merugikan ramai pihak di dalam negara kita. Terima kasih. Terima kasih banyak-bayak Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menggulung, 20 minit.

Menteri KewanganYM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Pengerusi. Soalan Yang Berhormat Arau saya akan cuba jawab mengenai jumlah baki belum selesai pinjaman kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang terkini secara terperinci. Baki belum selesai pinjaman kerajaan- kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan sehingga 31 Oktober 2020 adalah berjumlah RM15.26 bilion. Penurunan sebanyak 2.9 peratus berbanding RM15.71 bilion pada 31 Disember 2019. Jumlah baki belum selesai pinjaman kerajaan negeri mengikut kategori utama projek adalah seperti berikut. Kategori pertama adalah untuk Projek Bekalan Air. Baki belum selesai pinjaman adalah sebanyak RM9.33 bilion. Kategori kedua adalah projek Perumahan Awam Kos Rendah sebanyak RM1.25 bilion. Kategori ketiga adalah untuk projek-projek di bawah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) iaitu sebanyak RM1.06 bilion dan kategori akhir adalah projek Pelbagai Kerajaan Negeri seperti pembinaan bangunan pentadbiran kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sebanyak RM3.61 bilion. Pecahan terperinci baki.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Pencelahan. Untuk pinjaman kerajaan negeri di bawah projek Bekalan Air. Apakah kerajaan ada dalam cadangan untuk menukar status pinjaman kepada geran?

Baik, terima kasih. Biar saya habis dahulu jawapan. Terima kasih. Pecahan terperinci baki sebelum pinjaman ke negeri dan kategori sehingga 31 Oktober akan diberikan. Mengenai jumlah tunggakan pinjaman kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan sehingga 31 Oktober adalah RM4.42 bilion yang seperti saya sebut tadi. Sebagai langkah penyelesaian isu tunggakan pinjaman, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sering melaksanakan rundingan bersama bagi mengenal pasti kekangan

kewangan yang dihadapi oleh kerajaan negeri dan melaksanakan langkah-langkah pemulihan pinjaman berdasarkan persetujuan dengan kedua-dua pihak. Antara langkah pemulihan pinjaman yang boleh dilaksanakan adalah melalui penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman mengikut kemampuan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan negeri. Yang Berhormat, saya hendak jawab soalan MAS tadi ya, Malaysia Airlines. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu sekejap. Ini pelan terkini penstrukturan semula MAS dan juga keputusan untuk menjual MAS serta beberapa soalan mengenai Malaysia Airlines.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan peruntukan yang disediakan untuk Terus Pesawat Sdn. Bhd. Ia nya merujuk kepada bantuan geran untuk bayaran balik pinjaman berhubung dengan kos pembelian Pesawat A380 Malaysia Airlines. Sebelum ini kos tersebut mampu dibiayai oleh Malaysia Airlines, namun dengan dilanda krisis COVID-19, kerajaan telah mula membantu membiayai bayaran pinjaman tersebut dengan sebanyak RM180 juta pada tahun ini dan diteruskan tahun depan dengan sebanyak RM219 juta. Selari dengan pelan Pelaksanaan Pelan Pemulihan Malaysia Airlines System (MAS) yang bertujuan menstrukturkan semula dan memulihkan operasi Syarikat Penerbangan Nasional Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang telah ditubuhkan pada 7 November 2014. Penubuhan MAB bertujuan untuk mengambil alih operasi, aset dan liabiliti syarikat MAS. MAB seterusnya diletakkan di bawah Malaysia Aviation Group Bhd (MAGB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah. Memandangkan kerajaan tidak mempunyai sebarang pegangan saham dalam MAGB dan MAB, sebarang cadangan pemulihan dan penstrukturan syarikat adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Lembaga Pengarah Khazanah, selaku pemegang tunggal saham syarikat. Sehingga ini Khazanah telah menyuntik sebanyak RM28 bilion ke dalam syarikat penerbangan tersebut. Manakala jumlah liabiliti MAGB pada masa ini yang akan disusun semula adalah dianggarkan sebanyak RM16 bilion. Projek penstrukturan semula MAS atau MRA lima tahun telah dilancarkan pada tahun 2015 dengan implikasi kewangan yang seperti disebut tadi sebanyak RM6 bilion. Syarikat penerbangan MAS telah menunjukkan kemajuan yang merangsangkan sehingga awal tahun ini sebelum dilanda krisis COVID-19. Pada tahun 2019, MAB telah mencapai hasil sebanyak 18 peratus lebih baik daripada bajet. Prestasi kewangan MAGB antara tahun 2015 sehingga tahun 2018 adalah seperti berikut: (i) 2015 kerugian sebanyak RM1.1 bilion, (ii) 2016 kerugian sebanyak RM700 juta, (iii) 2017 kerugian sebanyak RM1.2 bilion, dan (iv) 2018 kerugian sebanyak RM 1.3 bilion. Setakat 1 Ogos ini, jumlah kecairan yang dimiliki oleh kumpulan MAGB adalah kira-kira sebanyak RM366 juta selain kira-kira sebanyak RM578 juta yang tersedia untuk digunakan daripada dana yang diperuntukkan oleh Khazanah. Kesan COVID-19 terhadap industri penerbangan secara global adalah amat buruk dan Malaysia Airlines tidak terkecuali daripada menerima impak daripada penularan pandemik ini. Malaysia Airlines kini beroperasi dengan kira-kira sebanyak 75 peratus daripada pesawatnya tidak dapat diterbangkan akibat sekatan perjalanan dan turut menyaksikan kapasiti dan juga pendapatannya terjejas. Keputusan untuk menutup atau menghentikan operasi MAGB masih belum dilakukan dan bergantung kepada hasil rundingan MAGB dengan pihak pemiutang dan pemajak bagi menstrukturkan semula syarikat. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan Khazanah juga akan melaksanakan usaha terbaik bagi memastikan kebajikan kakitangan Kumpulan MAGB terpelihara termasuk sekiranya perlulah bayaran pampasan yang setimpal yang mematuhi undang- undang pekerjaan. Yang Berhormat Damansara ada sini? Tak ada?

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ada.

Yang Berhormat Damansara, subjek yang selalu dibangkitkan. Tuan Pengerusi, kerajaan melalui sebuah pasukan

rundingan yang diketuai oleh Peguam Negara telah mengadakan rundingan dengan Goldman Sachs bagi mendapat pampasan ke atas kecuaian dan penipuan dalam transaksi penerbitan tiga bon berjumlah sebanyak RM6.5 bilion oleh tiga buah anak syarikat 1MDB atau 1MDB. Rundingan penyelesaian tersebut telah diadakan selama lima hari bermula 20 Julai hinggalah 24 Julai tahun ini. Hasilnya, kerajaan telah berjaya memuktamadkan rundingan dengan Goldman Sachs yang telah bersetuju untuk membayar sebanyak USD3.9 bilion bagi jumlah penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon yang telah disusun dan diatur oleh Goldman Sachs untuk 1MDB. Penyelesaian ini merangkumi bayaran tunai. Silakan Yang Berhormat Damansara.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Teruskan, teruskan.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan jawapan dahulu.

Akan tetapi kalau you hendak masuk, masuk. Alright. Penyelesaian ini merangkumi pembayaran tunai sebanyak USD2.5 bilion tinggal jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sekurang- kurangnya sebanyak USD1.4 bilion dari segi aset yang berkait. Think all these facts dengan izin Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee tahu. Jadi boleh saya tambah mengenai Kementerian Kewangan yang disebut tadi. Kementerian Kewangan mengambil maklum bahawa kerajaan terdahulu juga telah menuntut about USD7.5 bilion daripada Goldman Sachs. Walau bagaimanapun, saya hendak ulang sekali lagi Yang Berhormat Damansara, Goldman Sachs pada masa itu hanya menawarkan sebanyak USD1.7 bilion iaitu sebanyak 23.33 peratus daripada jumlah yang dituntut.

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Okey, saya hanya hendak menegaskan fakta bahawa bayaran yang dibuat oleh Goldman Sachs adalah hanya USD2 bilion dan baki sebanyak USD1.9 bilion hanya sebanyak USD1.4 bilion or USD1.59 bilion hanya merupakan jaminan sahaja ke atas segala tuntutan yang akan kita perolehi daripada Amerika Syarikat.

Tuan Pengerusi (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Damansara

Okey, terima kasih. mungkin saya jawab satu lagi soalan Yang Berhormat Bagan di sini. Ini mengenai isu Pulau Pinang mengenai pinjaman melalui...

Tuan Tony Pua Kiam WeeDAP · PHDamansara

Isu ICBC tidak jawab? ICBC tidak jawab?

Saya jawab sekejap lagi sorry. Okey, boleh saya jawab yang Yang Berhormat ada dua, tiga, empat Yang Berhormat membawa soalan ini mengenai isu kerajaan ataupun saya sendiri telah menarik balik pinjaman untuk Projek LRT di Pulau Pinang atas dasar membalas dendam seperti mana yang didakwa oleh beberapa Yang Berhormat di sini. Untuk makluman, Kementerian Kewangan telah menerima surat daripada Bank Pembangunan Asia ataupun Asia Development Bank bertarikh 25 Januari mengenai permohonan kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berhasrat untuk mendapatkan pinjaman ADB bagi membiayai Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang. Ini berjumlah sebanyak USD500 ataupun sebanyak RM2 bilion. Dalam hubungan ini, pihak ADB telah mencadangkan sebanyak tiga option dalam pembiayaan seperti berikut dengan izin: (i) direct loan to the state of government with sovereign guarantee from the government of Malaysia, (ii) direct loan to the government of Malaysia with relending to the state government, dan (iii) direct loan to a special purpose vehicle with sovereign guarantee from the government of Malaysia. Perbincangan lanjut antara pihak MOF dengan pihak ADB bersama-sama dengan kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 17 Julai 2019 dan memutuskan supaya ADB melaksanakan proses due diligence bagi menyediakan kertas cadangan pinjaman projek yang terperinci.

Pada 18 Julai 2019, mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan Yang Berhormat Bagan telah mengeluarkan surat tiada halangan kepada ADB untuk melaksanakan due diligence. Walau bagaimanapun, kebenaran tersebut tidak memberi apa-apa obligasi di bawah undang-undang domestik atau antarabangsa yang boleh dikuatkuasakan di pihak kerajaan dan ia tidak boleh ditafsirkan sebagai perjanjian yang mengikat pihak kerajaan. Selain itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Julai 2019 telah bersetuju bahawa kerajaan negeri tidak boleh membuat pinjaman yang melibatkan jaminan kerajaan tanpa mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu bagi mengelakkan bebanan hutang ke atas kedudukan kewangan kerajaan. Sebarang kelulusan terhadap pinjaman baharu yang melibatkan jaminan kerajaan hendaklah dipastikan tidak menjadikan jumlah hutang kerajaan melebihi had siling statutory yang ditetapkan. Justeru itu, Kementerian Kewangan dan Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak menerima laporan due diligence tersebut daripada ADB. Oleh itu, isu jaminan pinjaman daripada ADB tidak berbangkit kerana perkara ini belum dibentangkan untuk kelulusan Jemaah Menteri memandangkan sehingga kini. Oleh itu, dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak prihatin terhadap pembangunan negeri Pulau Pinang adalah tidak benar sama sekali. [Tepuk] Perlu difahami bahawa keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan untuk tidak meneruskan pinjaman dengan ADB adalah berkaitan dengan sumber pembiayaan bagi pelaksanaan projek pembangunan dan bukannya melibatkan cadangan pembatalan projek. Seperti yang dimaklumkan semua projek pembangunan perlulah dikemukakan kepada UPE JPM.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih. Memang saya rasa apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan membuktikan bahawa tidak ada pinjaman secara rahsia seperti mana yang didakwa oleh Yang Berhormat Pekan kerana kita mengikuti kriteria ditetapkan oleh ADB. Seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat sendiri dan juga diketahui oleh Yang Berhormat dengan lebih mendalam daripada saya. Kalau kita lihat ADB adalah sebuah institusi kewangan yang mana mereka ada urus tadbir dan hanya akan membuat pinjaman sekiranya peminjam mampu membuat bayaran balik. Sekiranya tidak, ADB tidak akan memberikan sebarang pinjaman. Tentulah kalau kita sebut tentang sovereign guarantee, itu adalah dalam piagam ADB kerana mereka tidak boleh pinjam kepada mana-mana pihak, hanya kepada state party iaitu negara seperti Malaysia. Di sini saya adalah berdasarkan laporan berita dan saya hendak mendapat pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa pihak Kementerian Kewangan masih belum membuat keputusan muktamad tentang tawaran untuk meminjam sebanyak USD500 juta kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk projek LRT ini.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Hal ini kerana kalau kita lihat laporan, ia menggambarkan seakan-akan ia telah ditolak. Akan tetapi sekiranya tidak, tentu saya harap Yang Berhormat boleh menimbangkan semula kerana negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai pinjaman hutang yang paling rendah di antara semua negeri di Malaysia dan prestasi kewangan yang paling cemerlang. Saya harap boleh dipertimbangkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya cuma hendak mengesahkan dengan izin, before this tidak ada jaminan kerajaan, itulah saya hendak perbetulkan. Jadi saya tidak menarik balik apa-apa jaminan kerana jaminan kerajaan tidak ada pada masa ini. Akan tetapi hendak jawab yang question tadi. Sebagai makluman semua pinjaman multilateral ini perlu dipohon peruntukan di bawah perbelanjaan pembangunan DE seperti mana mantan Yang Berhormat Menteri tahu. Jadi sekiranya kerajaan bersetuju, sumber pinjaman daripada ADB, peruntukan perlu disediakan di dalam belanjawan tahun dan rolling plan atau rancangan Malaysia, projek pembangunan tersebut perlu dikemukakan untuk penelitian lanjut Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Keputusan MOF pada masa itu kerana kita melihat pinjaman daripada ADB pada masa itu adalah tidak selaras dengan pandangan yang disediakan oleh Bank

Negara Malaysia kerana pasaran kewangan Malaysia mempunyai kecairan yang tinggi dan kerajaan boleh memperoleh dana daripada pasaran tempatan. Jadi tidak payah menggunakan ADB kerana kadar pinjaman keseluruhan all-in rate yang ditawarkan oleh ADB ini sebenarnya 40 peratus jauh lebih tinggi daripada MGS. Oleh itu kita kena mengkaji semula ataupun dalam kadar sekuriti kerajaan. Just to give you the information, dengan izin. ADB landing rate... [Tidak jelas]

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

...For ten years, kalau tidak silap saya ialah 3.81 peratus berbanding dengan MGS, 10 tahun ialah 2.72 peratus.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, saya cuma dapatkan penjelasan. Adakah Yang Berhormat Menteri akan consider a second option iaitu membeli bon, membiarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendapatkan bon daripada pasaran Malaysia? Hal ini kerana ada satu option lagi adalah yang dituliskan surat kepada Menteri Kewangan supaya meminta kelulusan untuk— I mean terbitkan bond, to raise fund locally. Jadi adakah Yang Berhormat Menteri juga boleh pertimbangkan itu atau apa pendirian kementerian? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sila.

Seperti yang disebut tadi kita akan berbincang dengan EPU tetapi kos itu adalah penting, the financing cost kerana ADB cost for financing adalah tinggi pada masa ini.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yang Berhormat, yang terakhir. Itu kita terpulang kepada pihak kementerian untuk menentukan jenis ataupun skim pinjaman mana yang paling lumayan atau paling munasabah kepada negara. Akan tetapi sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan rasa tidak boleh keluarkan wang atau dana secara terus, maka jaminan kepada pinjaman yang dibuat atau yang diterima daripada kerajaan negeri boleh dipertimbangkan. Hal yang penting ialah perkara ini tidak ditutup, masih dalam pertimbangan. Kalau begitu saya ucapkan terima kasih.

Ya, cuma saya hendak betulkan tadi saya tidak menarik balik apa-apa jaminan...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

I didn’t say. I’m just saying that this is raised on the press report. Baik, terima kasih.

Terima kasih. Saya hendak jawab Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian ada banyak soalan juga tadi. Pertamanya, pejabat World Bank Group di Kuala Lumpur. Apakah faedah dan peranan World Bank Group ini di Malaysia? Apakah implikasi kewangan kerajaan untuk pejabat ini? Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 29 Oktober 2012 telah mencadangkan penubuhan pejabat World Bank Group di Malaysia. Mesyuarat berkenaan telah memutuskan supaya Kementerian Kewangan bersama Bank Negara Malaysia menerajui inisiatif ini. Susulan daripada keputusan tersebut, Kementerian Kewangan telah mengadakan beberapa siri mesyuarat dan rundingan bersama UPE, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara (AGC), Bank Negara Malaysia dan agensi berkaitan dengan wakil WBG bagi membincangkan butiran terperinci penubuhan pejabat tersebut. Pejabat World Bank Group (WBG) di Malaysia ini akan berfungsi sebagai hab yang akan menempatkan pakar-pakar tempatan dan WBG bagi menjalankan penyelidikan berkaitan dasar pembangunan. Menambah baik petunjuk global termasuk mengenai World Bank Doing Business Survey dan menyediakan bantuan teknikal dalam bidang yang terpilih terutamanya dalam negara yang berpendapatan rendah dan negara berpendapatan sederhana. Pejabat ini juga akan memperkukuhkan hubungan kerjasama sedia ada di antara Malaysia dan WBG dalam pelbagai bidang ke arah membantu Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi. Selain itu, penubuhan pejabat ini juga akan memperkukuh komitmen negara terhadap inisiatif kerjasama selatan-selatan serta perkongsian pengetahuan dan pengalaman. Program kerja WBG ini akan tertumpu pada bidang utama pembangunan

ekonomi di mana Malaysia mempunyai pengalaman dan kepakaran yang luas yang boleh dikongsi bersama dengan negara membangun di rantau Asia. Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Pontian ialah suntikan modal. Ada beberapa yang lain juga bertanya mengenai suntikan modal. Suntikan modal dari secara perinciannya pertamanya— Yang Berhormat Kubang Pasu pun tanya tadi. Pertamanya, Govco, RM1.76 bilion. Ini adalah pembayaran prinsipal dan kupon bagi terbitan sukuk di bawah program Islamic Medium Term Notes. Keduanya ialah Prasarana Malaysia Berhad iaitu RM1.5 bilion. Ini pembayaran prinsipal yang akan matang pada tahun 2021, tahun 2022 dan bayaran kupon pada tahun 2020 hingga tahun 2022. Ketiga ialah Pengurusan Aset Air Berhad. Ini suntikan dana modal tambahan PAAB sebanyak RM490 juta dalam masa lima tahun yang telah bermula tahun 2016 dan Jambatan Kedua Sendirian Berhad, ini sebanyak RM330 juta untuk memenuhi obligasi JKSB membayar balik sebahagian faedah pinjaman sukuk dan pinjaman daripada China Exim Bank bagi tahun 2020 yang dijamin oleh kerajaan bagi pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Dana Infra Nasional ialah RM3.732 bilion, ini hendak melaksanakan pembinaan MRT Laluan 1 juga MRT Laluan 2. Keduanya, ialah melaksanakan Projek Lebuh Raya Pan Borneo. Ketiganya ialah 1Malaysia Development Bank (1MDB) sebanyak RM842.280 juta. Ini adalah bantuan kewangan kepada 1MDB bagi menampung perbelanjaan operasi dan pembayaran pinjaman. Lagi satu ialah Suria Strategic Energy Resources Sendirian Berhad (SSER). Ini bantuan kewangan kepada SSER bagi menampung perbelanjaan operasi dan pembayaran pinjaman iaitu sebanyak RM675.750 juta. Lagi satu ialah Urusharta Jamaah Sendirian Berhad iaitu RM1.5 bilion. Ini terbitan sukuk, unsecured zero-coupon sebanyak RM10 bilion oleh UJSB yang dilanggan sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji untuk tempoh tujuh tahun mulai tahun 2018 ini.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bolehkah kita dapat skim penyelesaian dengan Goldman Sachs seperti yang saya sebut berkaitan 1MDB ini? Bolehkah ia diumumkan supaya kita tahu secara terperinci isi kandungan penyelesaian tersebut kerana disebut sebelum ini bahawa ia dirahsiakan. Saya rasa ia harus diberikan secara telus. Lagi satu berkaitan dengan MAS. Tadi sudah sebut berkaitan dengan MAS, saya tidak mahu sebut tentang MAS. Saya hanya tanya apakah perancangan untuk syarikat penerbangan lain seperti AirAsia di mana yang juga pernah disentuh sebelum Ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Bagan bertanya itu, maka saya...

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak tanya...

Apa yang saya tanyakan ialah...

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Parit Buntar sekejap. Daripada RM13.6 bilion yang diperuntukkan untuk pelbagai suntikan modal itu, saya kira perkara yang kita ingin tahu ialah pulangan daripada itu. Adakah antara perkara itu boleh dikira pulangannya? Katalah RM13 bilion dibelanjakan tetapi dapat RM20 bilion. Jadi tidaklah jadi masalah. Terima kasih.

Saya jawab soalan Yang Berhormat Bagan dulu. Yang Berhormat Bagan, kita akan semak dengan AGC mengenai soalan yang dibangkitkan. Yang Berhormat Pontian, kalau lihat senarai, AirAsia ialah sebuah syarikat persendirian ataupun...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tidak ada suntikan dana seperti mana yang dilaporkan?

Suntikan dana dari bukan kerajaan tidak ada.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Tidak ada?

Tidak ada. Yang Berhormat Pontian, jadi saya tengah bagi senarai ini. Jadi kalau kita lihat senarai-senarai syarikat yang diperuntukkan dalam secara perincian P.10 sebagai suntikan modal ada yang akan mendapat pulangan dan ada yang tidak mendapat pulangan pada masa pendek. Hal ini kerana— saya bagi contohlah macam Prasarana Malaysia Berhad ini adalah satu program jangka masa panjang yang akan mengambil masa yang panjang untuk mendapat pulangan kepada negara kita dan juga DanaInfra Nasional dan juga Urusharta Jamaah Sendirian Berhad. Di mana ini adalah untuk menolong Lembaga Tabung Haji semasa distrukturkan pada masa itu.

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, hendak...

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Saya hendak tanya UJSB, ini penting Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri?

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

UJSB? Okey, terima kasih. Setakat ini kita tahu bahawa UJSB itu adalah syarikat bertujuan khas di mana kita telah memindahkan aset-aset yang sakit kepada UJSB untuk dipulihkan dan sebagainya.

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Sekarang ini UJSB – ada dak harta yang telah dipindahkan itu kepada UJSB sebagai yang dikatakan dan diterbitkan sukuk untuk Tabung Haji. Ada dak apa-apa harta sakit yang dipindahkan itu telah dijual? Ini kerana, mereka tidak faham mengaitkan antara Tabung Haji dengan UJSB sedangkan apabila kita pindahkan kepada UJSB, Tabung Haji telah selesai daripada segi urusan untuk menyelesaikan deficit gap antara aset dengan liabiliti. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan yang tuntas di dalam Dewan ini supaya tidak ada mana-mana pihak masih lagi memainkan isu Tabung Haji dijual dan sebagainya. Mohon penjelasan.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, minta maaf. Masa telah tepat pada pukul 4.00 petang. Sebenarnya, kita semua telah menerima usul Mesyuarat hari ini ditangguhkan pada pukul 4.00 petang. Akan tetapi, saya boleh gunakan Peraturan Mesyuarat 12(3). Maximum for another 15 more minutes. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menggulung dan untuk teruskan. Baik. Berapa minit habis ini?

Yang Berhormat Menteri...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Minta sikit Tuan Pengerusi. Kubang Pasu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, Kulai.

Yang Berhormat Menteri, Kubang Pasu. Ya.

Tuan Pengerusi, saya sudah minta. Sekejap saja Tuan Pengerusi.

Tentang SSER ini Yang Berhormat Menteri, diperuntukkan sebanyak RM675 juta. Padahal kita tahu dalam kes SSER, tidak ada satu paip pun telah diletakkan. Paip pun kita tidak kelihatan ada di mana dan sebagainya. Tidak adakah tindakan daripada pihak kerajaan bagi memastikan bahawa kita tidak berbelanja sesuatu yang sebenarnya yang tidak pernah berlaku pun dalam negara kita tentang SSER. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, saya berikan selama lima minit untuk terus menggulung.

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Kulai. Yang Berhormat Menteri. Boleh Kulai hendak tanya satu soalan?

Boleh saya jawab. Saya jawab satu soalan mengenai UJSB dan saya akan gulung.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, sila.

Terima kasih. Jadi, nilai aset yang dipindahkan ataupun berapakah aset yang telah dijuallah? Itu soalannyalah oleh UJSB. Ini soalan saya jawab dan saya akan menggulung selepas ini Tuan Pengerusi.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Syarikat SPNB itu.

Sejak Mac 2020 hingga Oktober 2020, UJSB telah menjual saham-saham tersenarai dengan bernilai RM2.6231 juta ataupun RM2.6 billion-lah Yang Berhormat ya. Telah melabur semula hasil tunai yang diraih dengan pembelian saham-saham tersenarai sebanyak RM2.3 bilion dan baki dana disimpan untuk kegunaan pelaburan susulan. Penjualan dan pembelian saham-saham tersenarai ini selaras dengan polisi pelaburan yang mampan dan menyeluruh bagi menambah baik portfolio ekuiti UJSB. Ya, jadi sebagai nak bagi contoh ini, UJSB telah membeli saham dua buah syarikat tertentu dengan kos sebanyak RM77 juta dan kadar semasa pegangan termasuk keuntungan yang telah direalisasikan ialah sebanyak RM197.4 juta. Ia memberi pulangan sebanyak RM120.4 juta kepada UJSB dalam tempoh hanya tiga bulan Di samping itu, UJSB juga telah menjalankan proses penjualan secara tender terbuka yang diiklankan di akhbar pada bulan Disember 2019 untuk aset portfolio hartanah. Aset yang terlibat merangkumi sebanyak 19 buah aset daripada 20 buah aset hartanah yang diambil alih oleh UJSB. Sejumlah 19 buah aset tersebut terdiri daripada hartanah rumah kedai pejabat yang kebanyakannya usang dan tidak diselenggarakan dengan baik serta lot tanah kosong yang bersaiz kecil yang sukar dibangunkan. Daripada 19 buah aset hartanah tersebut, hanya satu buah aset berjaya dijual iaitu sebidang tanah kosong yang terletak di Segamat, Johor yang mempunyai nilai pasaran sebanyak RM900,000. UJSB telah berjaya menjualnya pada harga RM920,000. Itulah hanya satu aset yang telah dijual. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Satu soalan. Satu soalan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Syarikat SPNB macam mana Yang Berhormat Menteri?

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

[Tidak jelas]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masa tidak mengizinkan.

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

. Ahli Yang Berhormat, masalah ialah bahawa wang sejumlah RM21,000,000 –

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, saya teruskan. Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM21,029,037,300 untuk Kepala B.10, B.11 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2021 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, baik.

[Dewan riuh]

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Belah bahagian.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, tekan mikrofon tak bagi orang bercakap.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bentara membilang Ahli yang bangun]

Tuan Pengerusi (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta kira. Lebih? Ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada seramai 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua; “Tanpa mengambil kira Usul terdahulu dan mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini, Isnin, 30 November 2020 tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 1 Disember 2020.” Terima kasih.

Puan Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Ampang

Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Radu tatap radu Tuan Pengerusi. Jangan peduli.

Tuan Pengerusi

Sebelum saya tempohkan masa selama 10 minit, saya ingin membuat sedikit petua. Nanti, apabila kita masuk selepas bunyi loceng selama dua minit itu, saya akan – apabila saya umumkan ‘Undian dijalankan’, maka, tidak ada lagi Ahli- ahli yang dibenarkan masuk. Ya. Terima kasih. Saya tempohkan selama 10 minit. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 4.08 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 4.22 petang]

Tuan Pengerusi

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing di hadapan blok Yang Berhormat semua. Undian dijalankan sekarang. Tutup. Pintu semua sudah ditutup. Saya sudah arahkan pintu dikunci.

[Dewan berbelah bahagi]

Tuan Pengerusi

[Pengundian dijalankan]

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undian adalah seperti berikut: Tidak hadir 18 orang. Tidak bersetuju 95 orang. Bersetuju 107 orang... [Tepuk] [Masalah disetujukan] [Kepala B.10, B.11 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Ahli-Ahli Yang Bersetuju:Motion

1. YAB. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 6. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 7. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 8. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 9. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 10. YB. Puan Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 11. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 12. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 13. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 14. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 15. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 16. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 17. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 18. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 19. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 20. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 21. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 22. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 23. YB. Tuan Jonathan bin Yasin (Ranau) 24. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 25. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said. (Pengerang) 26. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 27. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 28. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 29. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 30. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 31. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 32. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 33. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 34. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 35. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 36. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 37. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 38. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 39. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 40. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 41. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 42. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 43. YB. Tuan Ali bin Biju (Saratok) 44. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 45. YB. Datin Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 46. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 47. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 48. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 49. YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 50. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah)

51. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 52. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 53. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 54. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 55. YB. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 56. YB. Tuan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 57. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 58. YB. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 59. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi. (Tumpat) 60. YB. Tuan Haji Awang bin Hashim (Pendang) 61. YB. Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 62. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 63. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 64. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 65. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 66. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 67. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 68. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 69. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 70. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 71. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 72. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 73. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 74. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 75. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 76. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 77. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 78. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 79. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 80. YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 81. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 82. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 83. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 84. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 85. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 86. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 87. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 88. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 89. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 90. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 91. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 92. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 93. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 94. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 95. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 96. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 97. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 98. YB. Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun (Beaufort) 99. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 100. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 101. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 102. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 103. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 104. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 105. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 106. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong)

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Ahli-Ahli Yang Tidak Bersetuju:Motion

1. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 2. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 3. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 4. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 5. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 6. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 7. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 8. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 9. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah)

10. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 11. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 12. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 13. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 14. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 15. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 16. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 17. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 18. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 19. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 20. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 21. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 22. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 23. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 24. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 25. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 26. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 27. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 28. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 29. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 30. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 31. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 32. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 33. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 34. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 35. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 36. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 37. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 38. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 39. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 40. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 41. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 42. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 43. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 44. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 45. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 46. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 47. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 48. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 49. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 50. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 51. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 52. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 53. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 54. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 55. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 56. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 57. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 58. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 59. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 60. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 61. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 62. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 63. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 64. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 65. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 66. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 67. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 68. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 69. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 70. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 71. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 72. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 73. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 74. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 75. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 76. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai)

77. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 78. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 79. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 80. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 81. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 82. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 83. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 84. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Baru) 85. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 86. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 87. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 88. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 89. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 90. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 91. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 92. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 93. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 94. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 95. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat — Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:Motion

1. YB. Tuan Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 2. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 3. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 4. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 5. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 6. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 7. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 8. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 9. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 10. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 11. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 12. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 13. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 14. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 15. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 16. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 17. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 18. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 19. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas)\\

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah seterusnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 dan P.70 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2021 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 dan P.70 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 1 Disember 2020.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.32 petang]

Tuan Yang di-Pertua

\\ NOTA – Pada Selasa, 1 Disember 2020, Tuan Yang di-Pertua memaklumkan bahawa Yang Berhormat Padang Rengas tidak hadir pada sesi pengundian belah bahagian bagi Kepala B.10, B.11 dan B.12, namun berlaku kekhilafan oleh penghitung undi. Tuan Yang di-Pertua meminda keputusan belah bahagian daripada jumlah 18 yang tidak hadir kepada 19 yang tidak hadir dan daripada 107 yang bersetuju kepada 106 yang bersetuju.

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Desakan Menyegerakan Pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Sungai Langat Fasa Dua (RTB)Special Chamber

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Pertama, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang datang ke Hulu Langat melawat di Dusun Tua khususnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum akan permohonan peruntukan sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 untuk meneruskan kerja-kerja menaik taraf kawasan di kawasan sekitar Daerah Hulu Langat bagi mengatasi masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan tersebut.

Kerja-kerja menaik taraf fasa kedua atau disebut RTB Sungai Langat direncanakan untuk menampung iaitu:

(i) kapasiti aliran air sungai;

(ii) mengukuhkan dan membaiki struktur tebing sungai;

(iii) mewujud dan menaik taraf kolam takungan dengan kemudahan rekreasi sekali; dan

(iv) membina log boom di kawasan lembangan sungai.

Kendatipun begitu, perubahan iklim dan keadaan taburan hujan secara semula jadi yang tidak menentu di Hulu Langat meningkatkan lagi risiko kekerapan bencana banjir untuk berlaku. Hal ini demikian kerana Sungai Langat menerima jumlah hujan luar biasa sehingga 192 milimeter hujan

sedangkan ia hanya mampu menampung kapasiti hujan sehingga 88 milimeter sahaja. Situasi ini akan memberi kesan langsung kepada penduduk di kawasan seperti Sungai Jambu, Sungai Pening, Sungai Sekamat dan kawasan sekitarnya, termasuklah kerosakan harta benda seperti barangan elektronik, perabot dan buku ataupun sehingga meragut nyawa penduduk akibat limpahan air yang tidak terkawal.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila terdapat laporan aktiviti pencerobohan di sekitar tebing Sungai Langat yang merupakan antara faktor utama banjir kilat berlaku di Hulu Langat. Justeru, usaha-usaha menaik taraf sungai harus disegerakan untuk membendung kekerapan kejadian banjir ini daripada berlaku sekali gus merawat keresahan rakyat di akar umbi yang saban tahun diuji dengan peristiwa ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk memberi penjelasan berkenaan status permohonan peruntukan untuk melaksanakan projek RTB Sungai Langat Fasa Dua termasuklah tempoh siap projek dalam kadar segera. Selain itu, saya minta jaminan kerajaan untuk mengemukakan perancangan jangka masa panjang khusus terhadap sungai yang berada di Hulu Langat seperti Sungai Gabai, Sungai Tekala, Sungai Pangsun dan Sungai Congkak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat yang membangkitkan isu banjir yang berlaku di kawasan tersebut.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat Fasa Dua telah pun dipohon dalam Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui agensi pelaksana JPS. Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa Dua ini secara keseluruhannya akan dijalankan secara berfasa dan dijangka mengambil tempoh lima tahun untuk dilaksanakan secara keseluruhan.

Ia melibatkan proses pelantikan perunding bagi reka bentuk terperinci, kerja ukur, penyiasatan tanah, panggilan tender kerja dan tempoh pembinaan projek tersebut. Skop projek bagi RTB Sungai Langat Fasa Dua meliputi beberapa aspek iaitu:

(i) kerja-kerja pengukuhan, pelebaran dan pendalaman sungai;

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

(ii) struktur pembinaan ban serta kerja-kerja penstabilan tebing;

(iii) membina dan menaik taraf kolam takungan banjir dengan kewujudan kawasan landskap;

(iv) menaik taraf sistem saliran utama sedia ada;

(v) membina kunci air;

(vi) membina sistem pam termasuk kerja-kerja NME yakni termasuk rumah pam serta pembinaan sistem perangkap sampah;

(vii) membina struktur tebatan banjir; dan

(viii) membina jambatan dan lintasan.

Ada tujuh komponen dalam rancangan yang sedang disusun oleh pihak kementerian. KASA telah pun menyalurkan peruntukan sebanyak RM4,496,050 bagi tahun 2020 bagi pelaksanaan projek-projek kecil khususnya di daerah Hulu Langat. Maklumat lanjut peruntukan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Program Pemulihan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir – RM1.29 juta diperuntukkan di mana 18 buah projek kecil yang dilaksanakan dan satu projek telah pun siap dan 17 dalam pembinaan;

(ii) kerja-kerja kecemasan di luar jangka, yang ini kita sedia sekiranya sebelum dan selepas banjir sebanyak RM137,250 dalam pelaksanaan sekarang;

(iii) kerja-kerja pemulihan kolam takungan banjir – RM2.8 juta di mana dua projek kecil telah pun dilaksanakan, lima projek telah pun siap dan 16 projek dalam pelaksanaan; dan

(iv) Pakej Rangsangan Ekonomi – RM248 ribu, dua projek telah pun siap sepenuhnya.

Bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa Dua, lantikan perunding akan dibuat untuk menentukan secara keseluruhan penyelesaian kepada masalah banjir di sepanjang Sungai Langat melibatkan Sungai Gabai, Sungai Tekala, Sungai Pangsun dan Sungai Congkak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi.

Kajian semula Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (Integrated River Basin Management) dengan izin, Sungai Langat akan disediakan di

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan ManPAS · PNMenteri Alam Sekitar dan Air · Kubang Kerian

bawah IRBM Fasa Dua pada Rancangan Malaysia Ke-12 sebagai perancangan jangka panjang khusus terhadap sungai yang berada di Hulu Langat seperti Sungai Gabai, Sungai Tekala, Sungai Pangsun dan Sungai Congkak.

Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Naik Taraf Wad Special Care Nursery (SCN) kepada Neonatal Intensive Care Unit (NICU)Special Chamber

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Pediatrik Hospital Sarikei telah diwujudkan sejak tahun 2012 dan menyediakan rawatan yang berkualiti kepada pesakit pediatrik melalui perkhidmatan diagnostik dan terapeutik bagi kanak-kanak termasuk bayi.

Pada masa ini, sejak bulan Januari 2020, jabatan ini terdiri daripada dua orang pakar pediatrik am, lima orang pegawai perubatan, tiga orang ketua jururawat dan 25 orang jururawat terlatih, empat orang jururawat masyarakat dan tujuh orang pembantu perawatan kesihatan. Saya telah melawat ke Jabatan Pediatrik Hospital Sarikei dan mendapati bahawa wad Special Care Nursery perlu dinaiktaraf dengan kadar segera.

Naik taraf ini bertujuan untuk menaik taraf wad Special Care Nursery

(SCN) kepada Neonatal Intensive Care Unit (NICU) bagi menambah baik kualiti perawatan pesakit bayi baru lahir (neonatal care) di bawah Jabatan Pediatrik Hospital Sarikei. Buat masa ini, hanya terdapat dua buah mesin bantuan pernafasan (ventilator) Sechrist Millenium yang digunakan untuk memberi bantuan pernafasan kepada bayi-bayi di wad SCN.

Kerap kali berlaku masalah teknikal melibatkan mesin ventilator ini disebabkan oleh jangka hayatnya yang sudah lama dipakai dan ia memerlukan pemeriksaan dan pembaikan yang rapi. Kebanyakan alat ganti (spare part) untuk mesin Sechrist Millenium ini telah sukar untuk dicari ganti dan permohonan proses beyond economic repair (BER) telah dibuat pada awal tahun 2020.

SCN juga hanya mempunyai dua buah mesin Fabian CPAP (continuous positive airway pressure) yang digunakan untuk memberikan bantuan pernafasan secara non-invasive kepada bayi-bayi. Pesakit yang mengalami masalah pernafasan yang serius, penyakit Meconium Aspiration Syndrome yang serius, Persistent Pulmonary Hypertension of Neonate terpaksa dirujuk

Tuan Wong Ling BiuDAP · PHSarikei

ke Hospital Sibu, ianya 75 kilometer untuk rawatan selanjutnya. Rujukan untuk pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit tersebut dapat dielakkan sekiranya terdapat mesin ventilator dan alat-alat rawatan kritikal di SCN atau NICU.

Cadangan naik taraf wad ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

(i) pertambahan yang ketara bagi jumlah kelahiran dan jumlah kemasukan bayi-bayi setiap tahun terutamanya sebagai langkah persediaan ke arah memaksimumkan hospital kluster;

(ii) impak penambahan bilangan pakar Obstetrik & Ginekologi (dua post tetap) dan pakar pediatrik (dua post tetap) di Hospital Sarikei;

(iii) memberi perkhidmatan rawatan intensif yang optimum kepada bayi-bayi yang mengalami masalah pernafasan dan jangkitan kuman yang serius; dan

(iv) mengelakkan medicolegal implication apabila terpaksa menggunakan alat atau aset perubatan yang telah lama dengan kondisi yang tidak optimum.

Sekian, terima kasih.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Terima kasih Yang Berhormat Sarikei dan Tuan Yang di-Pertua.

Sebagai jawapan, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memastikan keperluan penjagaan perubatan yang berkualiti disediakan untuk pesakit-pesakit di Sarawak. Salah satu perancangannya adalah untuk menaik taraf wad Special Care Nursery kepada enam buah katil Neonatal Intensive Care Unit level one dan level three di Hospital Sarikei.

Pada masa kini, wad Special Care Nursery di Jabatan Pediatrik Hospital Sarikei mempunyai 29 orang kakitangan perubatan keseluruhannya yang terdiri daripada dua orang pakar pediatrik am, lapan orang pegawai perubatan, dua orang ketua jururawat, 15 orang jururawat terlatih dan dua orang pembantu perawatan kesihatan.

Projek naik taraf fasiliti ini di wad Special Care Nursery kepada Neonatal Intensive Care Unit (NICU) sedang dipertimbangkan yang melibatkan perolehan aset perubatan termasuklah alat-alat bantuan pernafasan neonatal dan juga inkubator. Keperluan penambahan sumber manusia juga akan

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

dibantu bagi menjamin keselamatan bayi dari segi kualiti penjagaan serta untuk mengelakkan berlakunya kes-kes medicolegal. Sebagai contoh pada tahun 2020 ini, kementerian telah membuat perolehan membeli satu unit 12 inci empat channel cardiorespiratory monitor dan juga laryngoscope untuk Jabatan Pediatrik Hospital Sarikei.

Untuk makluman, tidak ada renovasi diperlukan untuk projek naik taraf perkhidmatan ini oleh kerana Jabatan Pediatrik Hospital di Sarikei sememangnya telah mempunyai ruang sedia ada untuk menempatkan enam buah katil NICU yang telah dilengkapkan dengan kelengkapan electrical, gas supply dan mechanical. Kementerian Kesihatan sememangnya telah merancang untuk menaik taraf fasiliti ini bagi memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti di sepanjang masa. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamat sesi ucapan di bawah usul berkenaan perkara tadbir kerajaan Peraturan Mesyuarat 17 pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 12 tengah hari pada hari Selasa, 1 Disember 2020. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 12.17 tengah hari]