Dewan Rakyat · 16 December 2020

15th Parliament, session 3, meeting 3 · 462 turns · 30,996 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said] mempengerusikan Mesyuarat]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan, “Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kewangan 2020 yang dicadangkan adalah bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 pada 6 November 2020 yang lalu. Di samping melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambah baikkan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta yang berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjelaskan beberapa perkara penting yang dikemukakan melalui rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 66 fasal yang dibahagikan kepada lapan bab seperti berikut. Bab I berkaitan “Permulaan”. Bab ini merupakan pengenalan kepada Rang Undang-undang Kewangan 2020 dan skop pindaan-pindaan akta yang terlibat di bawahnya iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1960, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018. Tuan Yang di-Pertua, bab II berkaitan pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Bab II terdiri daripada 28 fasal, iaitu fasal 3 hingga 30 adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] adalah seperti berikut; Fasal 3, bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan-pindaan yang dibuat dalam bab ini. Fasal 4, dan fasal 23 bertujuan untuk meminda subseksyen 5(1A), dan seksyen 109D untuk menjadikan cukai pegangan yang dikenakan ke atas pendapatan yang diterima pemegang unit Real Estate Investment Trust (REITS) selain daripada syarikat pemastautin merupakan cukai muktamad, dengan izin, final tax. Fasal 5, bertujuan memasukkan perenggan 6(1)(m), dan (n) baharu bagi memperuntukkan pendapatan mana-mana orang di bawah skim insentif yang diluluskan oleh Menteri dan pendapatan individu pemastautin bukan warganegara yang menjalankan pekerjaan dalam syarikat di bawah skim insentif adalah tertakluk kepada cukai yang tidak melebihi 20 peratus di bawah Bahagian 17, dan 18 baharu di Jadual 1. Fasal ini juga memberi Menteri kuasa untuk menetapkan aktiviti yang layak bagi skim tersebut.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

Fasal 6 pula bertujuan memperuntukkan rebat cukai kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sehingga RM20 ribu setiap tahun. Taksiran bagi tempoh tiga tahun berturut-turut kepada PKS atau PLT yang memulakan operasi perniagaan bermula 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021. Fasal 7, dan fasal 9 bertujuan menjelaskan syarat potongan cukai bagi perbelanjaan kajian dan pembangunan R&D di bawah subseksyen 34(7), dan 34B hanya terpakai bagi pemastautin di Malaysia. Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 34A untuk menjelaskan syarat potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan R&D hanya terpakai bagi pemastautin di Malaysia dan hanya potongan sekali akan dibenarkan sekiranya amaun perbelanjaan R&D yang dilakukan di luar Malaysia melebihi 30 peratus daripada jumlah perbelanjaan R&D. Fasal 10 bertujuan menjelaskan bahawa sekatan tuntutan perbelanjaan ke atas pembayaran oleh pemastautin kepada entiti Labuan adalah terpakai bagi pembayaran kepada semua entiti Labuan tanpa mengira sama ada entiti Labuan tersebut mematuhi syarat substantif ataupun tidak. Fasal 12 bertujuan menjelaskan syarat syarikat berkaitan bagi insentif relief. Kumpulan hendaklah merupakan syarikat pemastautin dan diperbadankan di Malaysia di semua peringkat pemegang saham tersebut. Fasal 13, dan fasal 15, bertujuan menaikkan potongan cukai individu bagi isteri dan suami yang pasangannya ialah Orang Kurang Upaya (OKU) daripada RM3,500 kepada RM5,000. Fasal 14 bertujuan meminda subseksyen 46. Bagi menguatkuasakan langkah- langkah cukai pendapatan individu yang telah diumumkan seperti berikut: (i) menaikkan hak potongan perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas atau penjaga ibu atau bapa daripada RM5,000 kepada RM8,000; (ii) memperuntukkan potongan cukai individu hingga RM1,000 bagi tahun taksiran 2021 dan 2022 ke atas bayaran kursus bertujuan peningkatan kemahiran upskilling dan kemajuan diri self-enhancement yang dikendalikan oleh badan yang diiktiraf di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]. Potongan ini merupakan sebahagian daripada jumlah RM7,000 di bawah Perenggan 46(1)(f) sedia ada;

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

(iii) menaikkan had potongan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan daripada RM6,000 kepada RM8,000 di samping meluaskan skop potongan cukai untuk meliputi perbelanjaan pemvaksinan bagi pneumococcal, human papillomavirus (HPV), influenza, rotavirus, varicella, meningococcal, kombinasi TDAP – tetanus, difteria, acellular dan pertussis dan penyakit coronavirus 2019 (COVID-19) yang terhad kepada RM1,000 serta menaikkan had potongan perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh (full medical check-up) dengan izin, daripada RM500 kepada RM1,000; (iv) meluaskan skop potongan gaya hidup bagi meliputi langganan akhbar elektronik dan memperuntukkan potongan cukai tambahan sehingga RM500 bagi pembelian peralatan sukan, bayaran sewa (fees) masuk ke semua kemudahan sukan dan bayaran fi pendaftaran bagi pertandingan sukan yang diluluskan dan dilesenkan oleh pesuruhjaya sukan; (v) memperuntukkan potongan cukai sebanyak RM1,000 bagi tahun taksiran 2020 dan 2021 berhubung bayaran fi asuhan kanak-kanak bagi anak-anak yang berumur enam tahun ke bawah kepada pusat asuhan kanak-kanak yang berdaftar atau taska yang berdaftar; (vi) memperuntukkan potongan cukai individu baharu terhad kepada RM1,000 bagi pembayaran penginapan di premis yang berdaftar di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan fi kemasukan tarikan pelancong yang dibuat pada atau selepas 1 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021; dan

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

(vii) memperuntukkan potongan cukai tambahan, potongan cukai gaya hidup bagi amaun terhad kepada RM2,500 bagi setiap pembelian komputer peribadi, telefon pintar, tablet pada atau selepas 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Tuan Yang di-Pertua, fasal 16 bertujuan mewujudkan layanan cukai kepada seseorang yang menjalankan perniagaan berkaitan skim insentif yang diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri. Fasal 17 bertujuan menghendaki perkongsian liabiliti terhad (PLT) untuk mengemukakan borang nyata secara e-filing. Fasal 18 bertujuan menghendaki majikan mengemukakan kepada ketua pengarah borang yang ditetapkan mengenai permulaan dan pemberhentian pekerjaan termasuk kematian pekerja tidak lewat daripada 30 hari daripada tarikh pemakluman kepada majikan. Fasal 20 Tuan Yang di-Pertua, bertujuan memperuntukkan bahawa permulaan prosiding di bawah undang-undang bertulis terhadap kerajaan atau Ketua Pengarah tidak melepaskan mana-mana orang daripada tanggungan untuk membayar cukai kena dibayar. Pindaan yang sama turut dibuat di fasal 35 dalam Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976. Di fasal 52 bagi Akta Petroleum (Cukai Pendapatan 1967) dan di fasal 60 bagi Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Tuan Yang di-Pertua, fasal 21 pula bertujuan memperuntukkan sijil sekatan perjalanan boleh dikeluarkan melalui pengantaraan elektronik kepada pesuruhjaya polis atau pengarah Imigresen. Fasal 24 bertujuan memperuntukkan bahawa keingkaran dalam mengemukakan dokumentasi harga pindahan semasa merupakan kesalahan dan boleh dikenakan tidak kurang daripada RM20 ribu, dan tidak melebihi RM100 ribu, atau di penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Fasal 25 memberi kuasa ketua pengarah, kuasa untuk meremit surcaj yang dikenakan di bawah Akta 53. Fasal 26 bertujuan memberi ketua pengarah kuasa untuk mengambil kira atau tidak mengiktiraf apa-apa struktur yang digunakan dalam membuat transaksi atau kuasa untuk membuat pelarasan kepada struktur transaksi itu untuk menunjukkan struktur yang digunakan oleh seseorang yang bertindak bersendirian dalam urusan secara selengan- arm’s length, dengan izin, dengan mengambil kira keadaan sebenar ekonomi dan komersial. Dalam fasal ini Tuan Yang di-Pertua, Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk membayar surcaj tidak melebihi lima peratus daripada amaun penambahan pendapatan ataupun amaun pengurangan apa- apa potongan atau kerugian berikutan pelaksanaan kuasa pengarah untuk menggantikan harga berkenaan dengan suatu transaksi untuk menunjukkan harga selengan transaksi itu atau untuk tidak mengambil apa-apa struktur yang digunakan dalam membuat transaksi berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya dalam fasal ini juga memperuntukkan bahawa ketua pengarah hendaklah memungut apa-apa surcaj yang dikenakan oleh seseorang seolah-olah surcaj itu ialah cukai yang dikenakan dibayar tetapi tidak boleh kira sebagai cukai yang kena bayar bagi mana-mana peruntukan Akta 53 selain seksyen 103 hingga 106 di bawah Akta 53. Fasal 27 bertujuan untuk menurunkan kadar cukai individu daripada 14 peratus kepada 13 peratus bagi pendapatan bercukai antara RM50,001 dengan RM70 ribu. Fasal 25 bertujuan memasukkan tafsiran loji. Fasal 29 bertujuan menaikkan amaun pengecualian ke atas pendapatan pampasan bagi kehilangan pekerjaan daripada RM10 ribu kepada RM20 ribu bagi individu yang diberhentikan kerja pada atau selepas 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021. Fasal 30 bertujuan memperkenalkan elaun pelaburan semula (EPS) khas untuk tempoh tiga tahun taksiran mulai tahun taksiran 2020 hingga 2022. Galakan ini layak dituntut oleh syarikat yang menuntut EPS bagi tempoh 15 tahun taksiran berturut-turut yang mana tuntutan itu tamat sama ada sebelum tahun taksiran 2019 atau pada tahun taksiran 2019, 2020 atau 2021. Maka syarikat boleh membuat tuntutan EPS khas sehingga tahun taksiran 2020.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, Bab III berkaitan pindaan Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976. Tuan Yang di-Pertua, Bab III yang terdiri daripada lapan fasal iaitu fasal 31 hingga fasal 38 bertujuan untuk meminda Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976 [Akta 169] seperti berikut. Fasal 32 dan 33 bertujuan memberi ketua pengarah kuasa untuk meremitkan kesemua atau sebahagian kenaikan yang dikenakan ke atas mana-mana orang kerana pemeroleh tidak memegang simpanan dan meremitkan wang yang dikehendaki di bawah seksyen 21B disebabkan suatu pemberitahuan yang tidak betul atau salah. Fasal 34 bertujuan menjelaskan bahawa pemeroleh hendaklah memegang simpan tujuh peratus daripada jumlah nilai balasan sekiranya pelupus merupakan bukan warganegara dan bukan pemastautin di bawah Bahagian III, Jadual 5. Fasal 36 bertujuan memperuntukkan Sijil Sekatan Perjalanan boleh dikeluarkan kepada pesuruhjaya polis atau pengarah imigresen melalui pengantaraan atau pengantara elektronik serta menjelaskan bahawa pengarah syarikat yang dinyatakan di dalam subperenggan 5(1A) Jadual 1, kepada Akta 169, boleh ditahan daripada meninggalkan Malaysia disebabkan cukai yang kena bayar oleh syarikatnya. Tuan Yang di-Pertua, fasal 37 bertujuan membolehkan seseorang untuk memberikan kebenaran kepada ejen cukai, peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya atau peguam bela Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan borang yang ditetapkan melalui pengantaraan atau pengantara elektronik bagi pihaknya. Fasal 38 bertujuan memperuntukkan kadar cukai yang dinyatakan dalam Bahagian II jadual 5 kepada Akta 169 adalah terpakai bagi pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335]. Tuan Yang di-Pertua, Bab IV berkaitan pindaan Akta Setem 1949. Bab IV mempunyai 12 fasal iaitu fasal 39 hingga fasal 50 bertujuan untuk meminda Akta Setem 1949 [Akta 378] seperti berikut. Fasal 40 bertujuan mengganti takrif duti setem dalam seksyen 2. Fasal 41 bertujuan memperuntukkan bagi cap tekanan, dan penyeteman digital merupakan salah satu kaedah pembayaran dan pendanaan duti. Fasal 45 bertujuan membina seksyen 50 bagi meluaskan pemakaian seksyen 50 kepada keseluruhan Akta 378 dan memperuntukkan bahawa pemungut dan mana- mana pekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang diberikan kuasa oleh pemungut hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam yang diberi kuasa oleh Yang Berhormat Menteri di bawah subseksyen 25(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] berkenaan dengan semua prosiding di bawah seksyen 50 [Akta 378]. Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, fasal ini juga bertujuan memperuntukkan bahawa pemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh pemungut yang menyatakan nama dan alamat defendan dan amaun duti atau penalti yang genap masa dan kena dibayar oleh defendan hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai amaun yang terhutang dan memberi mahkamah kuasa untuk memberi penghakiman kepada amaun itu.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

Fasal 48 bertujuan membenarkan Yang Berhormat Menteri Kewangan mengecualikan duti setem ke atas apa-apa surat cara, tidak terhad kepada surat cara berhubung satu skim sahaja. Fasal 49 bertujuan memberi pemungut kuasa untuk meremitkan keseluruhan atau sebahagian duti yang dibayar atas sebab kemiskinan. Bab V - berkaitan pindaan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Bab V yang terdiri daripada empat fasal iaitu Fasal 51 hingga Fasal 59 bertujuan untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543] seperti berikut. Fasal 54 bertujuan memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah boleh mengeluarkan satu ketetapan umum berhubung dengan pemakaian mana-mana peruntukan di bawah Akta 543. Bab VI – berkaitan pindaan kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Bab keenam terdiri daripada lapan fasal iaitu Fasal 55 hingga Fasal 62 bertujuan untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445] seperti berikut;

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

Fasal 56 bertujuan seperti berikut: (i) selain syarat bekerja sepenuh masa dan perbelanjaan operasi tahunan di Labuan, Yang Berhormat Menteri juga boleh menetapkan melalui peraturan-peraturan apa-apa syarat berhubung dengan kawalan dan pengurusan di Labuan bagi aktiviti bukan perdagangan Labuan; dan (ii) memperuntukkan bahawa bagi maksud pengenaan cukai ke atas satu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan, keuntungan yang boleh dikenakan cukai merupakan keuntungan bersih yang ditunjukkan dalam akaun beraudit entiti Labuan itu. Fasal 57 bertujuan memberi Ketua Pengarah kuasa untuk membenarkan lanjutan masa kepada entiti Labuan untuk mengemukakan pemilihan yang tidak boleh dibatalkan. Fasal 58 bertujuan memperuntukkan bahawa seseorang yang terkilan dengan suatu tafsiran tambahan yang dibuat ke atasnya boleh merayu kepada Pesuruh Jaya Khas Cukai Pendapatan di bawah seksyen 6D [Akta 445]. Fasal 59 bertujuan menjelaskan bahawa notis tafsiran disebut di bawah subseksyen itu merujuk kepada tafsiran yang dibuat di bawah subseksyen 6(2), (3) dan (4) [Akta 445]. Fasal 61 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa denda minimum tidak kurang daripada sebanyak RM20 ribu boleh dikenakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang mendedahkan maklumat rahsia di bawah subseksyen 20(1) [Akta 445] serta menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang mempergunakan, mengemukakan atau menzahirkan apa-apa penyata keuntungan akuan berkanun atau maklumat yang dibuat atau diterima bagi maksud Akta 445 yang disampaikan atau di zahir kepadanya dengan melanggar Akta 445 atau hukumannya ialah denda tidak kurang sebanyak RM20 ribu dan tidak melebihi sebanyak RM1 juta atau penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. Fasal 62 bertujuan pula untuk memperuntukkan mana-mana kesalahan di bawah peraturan yang dibuat menurut subseksyen 21(1) juga merupakan kesalahan yang boleh di kompaun. Bab VII – Berkaitan pindaan Akta Kewangan 2012. Bab VI yang terdiri daripada dua fasal iaitu fasal 63 dan fasal 64 bertujuan untuk membina Akta Kewangan 2012 seperti berikut: Fasal 64 bertujuan memperuntukkan lanjutan tempoh bagi potongan individu ke atas caruman yang dibuat kepada Skim Persaraan Swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti mulai tahun taksiran 2022 hingga tahun taksiran 2025. Bab VIII – berkaitan pindaan Akta Kewangan 2018. Bab VIII yang terdiri daripada dua fasal iaitu fasal 65, dan fasal 66 bertujuan untuk meminda Akta Kewangan 2018 seperti berikut: Fasal 66 bertujuan memperuntukkan lanjutan tempoh potongan cukai bagi amaun yang didepositkan oleh individu untuk anaknya dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional mulai tahun taksiran 2021 hingga tahun taksiran 2022. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ada sesiapa yang menyokong?

Dato’ Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1997, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1997, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Memandangkan saya diberi satu jam untuk perbahasan, insya-Allah mungkin Yang Berhormat Menteri akan menggulung. Jadi 10.30, 11.30 Yang Berhormat Menteri,

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Timbalan Menteri menggulung. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kudat ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri Paya Besar menggulung? Jadi, disebabkan hanya Barisan Nasional memberi sebanyak tiga nama dan pembangkang Pakatan Harapan tidak ada memberi nama, jadi saya akan membuat sistem terbuka tetapi bukan sistem lot lah. Siapa berdiri, saya akan pilih dan setakat mana masa membenarkan, saya bagi sekarang setakat ini sebanyak 10 minit setiap daripada pembahas. Kemudian, diikuti dengan daripada pihak kerajaan- Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Arau dan Yang Berhormat Jempol, memberikan nama sebanyak tiga dahulu ya. Silakan Yang Berhormat ‘Kelana Jaya’.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang diberikan pada saya, Yang Berhormat Subang ya, bukan Yang Berhormat Kelana Jaya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Maaf, minta maaf. Sorry, sorry. Lupa sorry.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Betullah, masa kita berkenalan. Kelana Jaya ya... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Teringat Yang Berhormat Kelana Jaya sahaja.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih memberi pada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2020. Merujuk kepada Rang Undang-undang Kewangan 2020 ini, saya perhatikan bahawa Akta Cukai Pendapatan 1967 (income tax), Akta Keuntungan Cukai Harta Tanah (RPGT), Akta Setem (Stamp Act), Akta Petroleum (Cukai Pendapatan), Petroleum (Income Tax) Act, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Labuan Business Activity Act) dan Akta Kewangan (Finance Act) dan Akta Kewangan 2018 (Finance Act) juga adalah terlibat dalam rang undang- undang ini. Pada dasarnya, saya cuma akan membahas sedikitlah tentang isu cukai pendapatan, pertama. Kedua, tentang cukai keuntungan harta tanah (RPGT) dan juga akhir, cukai pendapatan petroleum. Pertama, perkara-perkara dasar yang saya ingin mengetengahkan daripada segi cukai pendapatan adalah unjuran hasil income tax Yang Berhormat Menteri Kewangan iaitu cukai pendapatan individu untuk tahun 2021 sebanyak RM42 bilion dan cukai pendapatan korporat sebanyak RM65 bilion. Kedua-dua angka ini, unjuran ini terlalu tinggi dan terlalu optimistik. Kedua-dua angka ini menunjukkan nombor yang lebih besar daripada tahun 2019, before COVID- 19. Memang tak logik, malah kebanyakan pakar ekonomi telah memberi pandangan mereka yang sama iaitu tidak logik dan terlalu optimistik. Soalan saya ialah adakah Yang Berhormat Menteri Kewangan bersetuju untuk membuat satu penyemakan semula terhadap unjuran hasil cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan korporat? Yang Berhormat Menteri boleh membuat correction unjuran ini pada bulan Mac tahun depan dengan melalui satu system recalibration budget lah. Dahulu Yang Berhormat Pekan pernah buat ya. Ini penting kerana ia bukannya soalan saving face ya, face saving, dengan izin, tetapi penting kerana kalau unjuran hasil terlalu tinggi, kerajaan nampak sangat tak realistik, maka confidence akan jatuh. Unjuran hasil yang tepat juga akan menyediakan kerajaan supaya kerajaan boleh melakukan jumlah penerbitan bon yang tepat sebab kita ada defisit sebanyak RM85 bilion. Kalau unjuran kita lari sebanyak RM20 bilion, kerajaan kena keluarkan sebanyak RM105 bilion- bon. Jadi, bila kita buat unjuran yang tepat, kita boleh prepare untuk bond issuance dan ini penting sekali. Oleh sebab kita perlu mendapat confidence daripada rating agencies. Supaya yang kita sudah baca, Fitch Ratings sudah hentam kita. Takkan kita hendak minta Moody’s dan Standard & Poor’s untuk hentam kita juga? Jadi, buatlah unjuran yang baik ya.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Dalam isu tentang income tax, kita lihat isunya berkait dengan COVID-19 – hasilnya. Walaupun vaksin Pfizer telah diluluskan di United Kingdom dan saya rasa di

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

United States tidak lama lagi, Malaysia belum lagi dapat satu kepastian untuk memperoleh vaksin yang secukupnya untuk suku pertama tahun depan. First quarter 2021, tak ada confidence untuk dapat lagi. Oleh demikian, saya risau dan bimbang memandangkan kebanyakan negara di dunia sedang menghadapi gelombang COVID-19 yang ketiga dan kadar jangkitan COVID-19 harian di Malaysia sering mencecah sebanyak 1,000 kes dan ada sekali 2,000 kes sehari. Ini menunjukkan corak bahawa kita sedang mengalami third wave. Jika ini berterusan, saya bimbang pada suku pertama tahun 2021 kita mungkin menguatkuasakan semula MCO ataupun CMCO. Ini akan menjejaskan ekonomi secara langsung dan secara tidak langsung hasil pendapatan syarikat dan juga hasil pendapatan individu akan jatuh. Oleh itu, saya pohon sekali lagi- ya, Belanjawan 2021 telah diluluskan semalam. Tak perlulah kita hendak memberi gambaran yang tidak logik dan tidak masuk akal pada rakyat lagi. Buatlah penyemakan semula yang betul bagi cukai korporat dan cukai individu. Soalan yang basic, adakah Yang Berhormat Menteri Kewangan setuju untuk membuat demikian? Sekurang-kurangnya, janganlah kita jadi bahan ketawa oleh pakar- pakar ekonomi dalam negara ini dan juga di peringkat international. Eat some humble pie if you do not mind, dengan izin. You already have your budget passed. Do the right things now. Kedua, isu tentang cukai keuntungan harta tanah. Bolehkah Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi pandangan beliau tentang kesan dan impak dasar penurunan kadar cukai keuntungan harta tanah bagi tahun 2021? Saya memang mempunyai ramai kawan yang dalam sektor tidak langsung iaitu sektor perumahan iaitu peguam-peguam. Macam Tuan Yang di-Pertua. Kita banyak kawan kita yang terdiri daripada peguam yang buat sale and purchase agreement. Saya juga ada kawan daripada pemaju perumahan. Mereka risau tentang keadaan pasaran hartanah. Jadi, kalau Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh berkongsi data dan juga pandangan atau tinjauan untuk sektor hartanah, resurvey property gains tax, ini boleh sedikit sebanyak memberi panduan dan maka ada confidence dan market expectation pada pihak yang terlibat dalam sektor ini. Ketiga dan akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu tentang Cukai Pendapatan Petroleum (PITA). Unjuran Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa harga minyak adalah lebih kurang USD42 untuk tahun depan adalah baik. Memang tepat dan saya setuju. Akan tetapi, tentang isu cukai pendapatan ini saya tidak setujulah. Akan tetapi, harga petroleum saya setuju. Saya cuma ingin tahu sama ada kerajaan ini akan mereformasi cara dan sistem Petronas reporting. Isu yang saya bangkitkan ini sudah hampir tujuh hingga lapan tahun. Beberapa kali saya sudah tanya soalan yang sama, sama ada Kerajaan Barisan Nasional dahulu ataupun Kerajaan Pakatan Harapan dan sekarang Kerajaan Perikatan Nasional. Setuju atau tidak untuk melakukan reformasi yang mana Petronas adalah bertanggungjawab- accountable kepada Parlimen Malaysia dan bukannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sahaja. Saya tahu ini soalan dasar dan bukannya dalam bidang kuasa Yang Berhormat Menteri Kewangan. Akan tetapi, setuju atau tidak- Yang Berhormat Menteri adalah seorang bekas pegawai bank di CIMB dahulu. Selalu bercakap tentang isu transparency, accountability dan good corporate governance tetapi sekarang sudah jadi Yang Berhormat Menteri. Adakah Yang Berhormat Menteri akan teruskan nilai dan misinya dan seterusnya menyampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Kabinet Perikatan Nasional ini untuk melakukan reformasi Petronas reporting yang betul? Saya lihat kawan baik saya Yang Berhormat Kota Bharu, Yang Berhormat Menteri ada di sini. Ini dalam bidang dialah. Hasil Petronas ini kepunyaan rakyat dan perlu dipantau oleh rakyat melalui Parlimen. Bolehkah Yang Berhormat Menteri Kewangan memberitahu Dewan yang mulia ini pendirian beliau sebagai seorang teknokrat dan bukannya sebagai seorang ahli politik? Itu sahajalah Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah ucapan pendek saya dalam perkara ini. Saya berharap...

Minta penjelasan Yang Berhormat Subang. Penjelasan untuk Arau.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Boleh, silakan.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, Petronas ialah hak rakyat. Jadi, daripada segi sudut perniagaan apakah wajar pihak kerajaan mengambil melebihi daripada yang dihadkan? Selalunya, Petronas memberi sumbangan balik dalam RM30 bilion tetapi pernah pihak kerajaan menuntut sampai RM100 bilion. Apakah wajar kerajaan berbuat demikian apabila kerajaan menghadapi masalah? Terima kasih.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Dana Petronas ini sepatutnya kita kena kontrol sedikit. Kebiasaannya kita minta RM20 bilion sampai RM30 bilion. Paling maksimum untuk masa-masa kecemasan ataupun kewangan biasa. Pada masa COVID-19 ini saya rasa kalau keperluannya timbul, kita kenalah guna dana Petronas. Akan tetapi, isu yang saya timbulkan ialah reporting hasil Petronas ini tidak boleh bagi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seorang. Kita boleh buat select committee di Parlimen supaya kita boleh dengar, kita boleh ambil sumpah tidak akan leak informations and official secret, ini semua boleh. Akan tetapi, tidak bolehlah bagi cerita pada seorang sahaja iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Duit ini duit- dana ini dana rakyat betul tak? Yang Berhormat Arau setuju? Baik, itu sahajalah.

Setuju. Terima kasih Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Baik, itulah sahaja ucapan saya. Saya minta penjelasan penuh daripada beliau Yang Berhormat Menteri Kewangan. Kalau tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri bolehlah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat Jelebu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang kepada saya untuk sedikit sebanyak terlibat dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2020 ini. Dalam pindaan untuk Rang Undang-undang Kewangan ini Tuan Yang di-Pertua, ia adalah melibatkan pindaan bagi tujuh akta. Dalam masa yang agak terhad ini saya ingin menyentuh berkenaan dengan beberapa pindaan dalam akta-kata yang terlibat. Pertama Tuan Yang di-Pertua ialah Akta Cukai Pendapatan 1967. Saya ingin menyentuh pindaan yang dilakukan dalam fasal 14, Akta Cukai Pendapatan 1967. Dalam pindaan ini jelas dinyatakan bahawa had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan bagi rawatan penyakit serius yakni rawatan kesuburan dan juga beberapa vaksinasi yang dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000. Antara jenis vaksinasi yang disenaraikan termasuk dalam pelepasan cukai ini adalah vaksin COVID-19 yang mana ia adalah terhad kepada RM1,000 dan ia merupakan sebahagian daripada RM8,000 maksimum yang dibolehkan. Saya bawa ke dalam Dewan pada pagi ini Tuan Yang di-Pertua. Saya memetik jawapan Yang Berhormat Rembau ketika sesi soal jawab pada 14 November yang lalu. Dalam jawapan beliau Yang Berhormat Rembau mengatakan bahawa harga maksimum bagi setiap satu vaksin Fasiliti Akses Global Vaksin COVID-19 (COVAX) yang ditawarkan pada Malaysia melalui menerusi Pelan Peruntukan Vaksin COVID-19 Global adalah sejumlah RM87.60. Akan tetapi, selepas pelepasan cukai untuk vaksin COVID-19 ini mencecah hingga RM1,000 dan ia menimbulkan beberapa persoalan kepada saya. Antaranya, apabila vaksin ini berada dalam pasaran negara kelak, adakah harga jualan akhir vaksin termasuk dengan caj konsultasi atau perkhidmatan adalah lebih tinggi daripada yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri? Saya juga ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, pelepasan cukai sebanyak RM1,000 bagi vaksin COVID-19 ini, adakah ia terguna pakai untuk hanya individu tersebut sahaja atau boleh digunakan juga untuk ahli keluarga yang lain seperti anak dan isteri? Kita sedia maklum bahawa antara individu yang berisiko untuk dijangkiti dengan COVID-19 ini merupakan warga emas dan anak-anak. Namun begitu, tempoh hari kita semua dimaklumkan bahawa kanak-kanak dan remaja berusia 18 tahun ke bawah merupakan golongan yang tidak akan diberikan sebarang vaksinasi.

Apabila kanak-kanak tidak diperlukan atau pun tidak perlu diberikan vaksinasi ini, pastinya perbelanjaan vaksin ini akan dialihkan kepada orang tua mereka ataupun yang kita katakan selain daripada diri kita sendiri.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah perbelanjaan bagi vaksinasi bagi ibu dan bapa boleh digunakan untuk menuntut pelepasan cukai sebanyak RM1,000 ini. Jika buat masa ini kos untuk vaksin ibu dan bapa adalah tidak dikira, saya mohon agar perbelanjaan ini perlu juga dimasukkan dan ramai anak-anak serta keluarga yang sangat memikirkan tentang kesihatan ibu bapa mereka dan pastinya ingin memastikan ibu bapa mereka juga mendapat vaksinasi bagi mengurangkan risiko jangkitan. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, masih lagi saya dalam kelompok atau masih lagi berkaitan dengan fasal 14 ini. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan pelepasan cukai pelancongan domestik sebanyak RM1,000.

Yang Berhormat Jelebu, sedikit Yang Berhormat Jelebu. Hang Tuah Jaya.

Ya, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Tuan Yang di-Pertua, boleh? Terima kasih Yang Berhormat Jelebu yang membangkitkan tentang vaksin COVID-19 ini. Apa pandangan Yang Berhormat Jelebu untuk kerajaan mempertimbangkan apa yang disebut sebagai tax incentive kepada mereka yang boleh membina vaksin ini dan membuat kilangnya manufacturer di Malaysia ini dan kita berikan tax incentive kepada mereka supaya harganya lebih murah. Terima kasih.

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, saya setuju dan masukkan dalam teks saya bahawa itu merupakan satu langkah kerajaan yang boleh kita ambil approach kerajaan untuk menggalakkan ataupun mengurangkan dalam soal penularan COVID-19 ini. Saya sambung Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada pengumuman yang dibuat tempoh hari pelepasan cukai bagi pelancongan ini adalah terhad kepada kos penginapan dan juga yuran kemasukan ke tarikan pelancongan yang dibuat bagi tempoh 1 Mac dan 31 Disember sahaja. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar skop pelepasan cukai pelancongan ini diluaskan lagi kerana dalam waktu pandemik ini saya percaya keinginan rakyat untuk melancong itu tetap ada kerana ini adalah merupakan antara aktiviti biasa yang dilakukan oleh rakyat bersama-sama dengan keluarga dan juga masyarakat mereka tetapi rakyat juga pada ketika ini berkira-kira dan lebih berjimat cermat untuk melancong kerana pelbagai masalah yang ditimbulkan ketika waktu kita menghadapi pandemik ataupun COVID-19 ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya ambil contoh kalau satu-satu keluarga Tuan Yang di-Pertua yang hendak melancong dalam negara, pergi melancong ke Pulau Pinang, ke Langkawi dan sebagainya selain daripada kos-kos yang mereka harus tanggung dalam soal hotel dan sebagainya mereka juga terpaksa menanggung kos-kos penerbangan, kos makan, kos aktiviti sukan laut dan sebagainya. Oleh sebab itu pada pagi yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar meluaskan lagi skop pelepasan cukai pelancongan ini. Jika sekarang ia hanya terhad kepada kos penginapan dan yuran kemasukan, tambahan kos lain yang boleh dimasukkan dalam pelepasan cukai ini Tuan Yang di-Pertua untuk diberi perhatian oleh pihak kerajaan ialah kos pengangkutan umpamanya kapal terbang, bot, feri, basikal, motosikal ataupun sebagainya. Kedua, perbelanjaan di kawasan bebas cukai. Ketiga, kos aktiviti pelancongan seperti jet ski, scuba diving, cave, boat touring dan sebagainya yang telah saya sebutkan tadi. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sejauh manakah pemberian pelepasan cukai bagi pelancongan domestik ini mencukupi dalam merancakkan semula sektor pelancongan di Malaysia. Ini kerana kita tahu Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tempoh dua bulan kita bersidang bahawa Menteri Pelancongan pun sudah sebut bahawa pengusaha pelancongan ini, pada ketika ini antara pengusaha dan juga kelompok masyarakat yang benar-benar terkesan ketika waktu ekonomi pada waktu tahun 2020 ini dan mereka perlukan satu suntikan anjakan dan pergerakan pelancong yang besar serta konsisten bagi tahun 2021 untuk mereka tampung semula segala bentuk kerugian yang telah mereka alami pada tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya oleh sebab waktu yang singkat saya pergi terus kepada fasal 20 Tuan Yang di-Pertua kerana saya fikir fasal ini agak penting, pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang telah diwujudkan satu seksyen baharu yakni seksyen 103B di mana permulaan tindakan prosiding kepada kerajaan dan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri yang tidak melepaskan mana-mana orang yang daripada tanggungan untuk membayar cukai. Pindaan ini saya lihat Tuan Yang di-Pertua tidak menepati prinsip undang- undang, innocent until proven guilty di mana pembayar cukai masih perlu membayar jumlah yang ditetapkan meskipun wujud kesangsian. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah pindaan ini melangkaui proses mahkamah dalam memberikan STD order kepada pembayar cukai dan adakah pindaan ini bersifat tidak berperlembagaan? Saya merasakan jika sesuatu kes berkaitan dengan bayaran cukai itu sedang dibicarakan di mahkamah, pihak pembayar cukai itu sepatutnya tidak perlu membuat sebarang bayaran terlebih dahulu kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bukankah itu menjadi satu masalah kepada pihak pembayar cukai yang diputuskan oleh mahkamah tidak perlu membayar cukai yang dimaksudkan. Proses pembayaran semula daripada pihak LHDN kepada pembayar cukai itu pastinya memakan masa dan juga ia bukanlah dalam tempoh sehari, dua Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat ini kalaupun tidak terlampau untuk saya katakan bahawa seolah-olah terdapat unsur-unsur penindasan yang tidak perlu dan boleh dielakkan oleh pihak kerajaan. Ini semuanya Tuan Yang di-Pertua adalah apa pun perubahan dan rang undang-undang yang perlu kita pinda khususnya untuk memberikan pembelaan demi kesejahteraan rakyat dalam menghadapi apa juga kekangan dan halangan pada tahun- tahun yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat Hang Tuah Jaya tidak ada? Tadi Yang Berhormat Tuah Jaya- silakan Yang Berhormat Rasah, 10 minit. Yang Berhormat Alor Setar, silakan.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Saya cuma hendak bahas Akta Cukai Pendapatan khususnya untuk beberapa perkara. Kita dimaklumkan bahawa ada pelepasan cukai khususnya untuk beberapa perkara termasuk pindaan seksyen 46. Pertama sekali saya ingin hendak bahaskan tentang EPF ataupun KWSP. Bukan hendak isu sama ada hendak ambil keluar, jumlahnya tetapi pelepasan tersebut. Sebelum ini pelepasan cukai untuk khususnya KWSP dengan insurans nyawa merupakan jumlahnya RM6,000 tetapi mulai dua tahun lepas kita sudah bahagikan dua kategori iaitu EPF RM4,000 dan insurans nyawa RM3,000 dan mulai daripada itu kita wujudkan dua kategori yang berbeza iaitu kategori penjawat awam berpencen dan kategori selain daripada penjawat awam berpencen. Dalam soalan saya yang saya dapat untuk dalam sidang ini, jumlah caruman tahun lepas untuk dapat pelepasan itu adalah di antara 537 ribu orang penjawat awam berpencen yang mendapat pelepasan jumlah RM2.4 bilion. Secara purata seorang mendapat pelepasan RM4,461. Akan tetapi untuk kategori selain daripada penjawat awam berpencen, jumlah dia caruman yang mohon pelepasan merupakan 3.3 juta ini termasuk penjawat awam yang bukan skim pencen dan juga orang awam. Dan jumlah pelepasan dapat RM9.8 bilion maksudnya secara purata seorang- pelepasan itu hanya dapat tidak sampai RM3,000. Saya mohon Menteri kalau boleh saya hendak cadangkan, kita cantumkan jadi satu kategori sahaja dan cantumkan jumlah pelepasan itu RM7,000 tidak kira insurans nyawa ataupun EPF. Ini kerana kita nampak kalau dalam kategori ini sebenarnya bagi penjawat awam dan berpencen, mereka oleh sebab mereka tidak ada caruman EPF maka boleh dapat pelepasan untuk insurans nyawa sehingga RM7,000. Akan tetapi kalaulah kita cantumkan sekali, saya rasa untuk kategori penjawat awam bukan berpencen termasuk juga orang awam boleh dapat caruman yang lebih pelepasan dari segi polisi ini dan inilah sebenarnya menepati hala tuju kita untuk menggalakkan sebenarnya mereka yang mampu carum lebih sama ada EPF dan juga insurans nyawa supaya mengurangkan beban kerajaan dari segi cover insurans ini.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Saya anggap peningkatan atau pengurangan kutipan cukai itu sebenarnya tidak banyak ataupun kalau berpuluh-puluh juta pun kita dapat kurangkan kutipan tersebut, itu dia akan kembali kepada rakyat sendiri. Lebih melicinkan LHDN untuk kutipan cukai. Kita selaraskan satu kategori.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Perkara yang kedua adalah pindaan seksyen 46 ini berkenaan dengan pelepasan cukai bagi- ada tiga perkara. Satu, merupakan rawatan sakit, peningkatan RM6,000 sampai RM8,000; dan full body checkup, RM500 sampai RM1,000; dan rawatan ibu bapa, RM5,000 sampai RM8,000. Di sini saya ingin tanya, sekiranya dalam tahun ini ataupun tahun depan ada ramai di antara kita secara sukarela membuat swab test di private clinic, adakah bayaran tersebut masuk dalam tiga-tiga kategori ini? Sejauh yang saya nampak, tidak masuk. Maksudnya kalaulah ada lah mereka yang rasa untuk hendak jaga kesihatan, sama ada ibu bapa atau mereka sendiri membuat swab test di private clinic sekali RM300, setahun mungkin dia buat dua atau tiga kali, tetapi bayaran tersebut tidak masuk dalam kategori yang boleh dilayakkan untuk pelepasan tersebut. Saya mohon kementerian kalau boleh masukkan kategori tersebut sebagai salah satu daripada, contohnya, full body checkup. Sedangkan swab test itu merupakan satu semakan untuk kesihatan untuk pencegahan penyakit ini. Maka kalaulah itu dimasukkan, sebenarnya kita menggalakkan mereka yang mampu buatlah test di private clinic dan ini layaklah untuk mereka dapat pelepasan tersebut. Ketiga, khususnya secara umumnya, secara dasarnya untuk yang Akta Cukai ataupun cukai income tax ini, saya ingin hendak berkongsi dengan rakan-rakan di sini khususnya kementerian, sebenarnya jumlah pembayar cukai di Malaysia ini jumlahnya merupakan 2.3 juta orang individu termasuk Borang B dan Borang BE. Maksudnya, sama ada sole provider, perniagaan ataupun secara employee. Akan tetapi, jumlah populasi kalau kita berbanding dengan populasi yang kita ada 33 juta, di antara mereka yang mampu kerja merupakan 22.8 juta, yang tenaga buruh sebenarnya 15 juta yang bekerja. Mencarum hanya 2.3 juta. Apakah masalah kita? Adakah mereka ramai ini sebenarnya gaji pendapatan mereka langsung tidak layak untuk mencarumkan cukai ataupun sistem cukai kita ada sedikit yang perlu ditambah baik? Saya bagi beberapa contoh. Saya pernah tanya sebelum ini. Sepatutnya semua syarikat yang daftar SSM dalam kategori syarikat haruslah ada nombor akaun dalam LHDN sama ada dia orang sudah mencapai keuntungan ataupun tidak. Akan tetapi, sebelum ini, jumlah data dalam SSM bawah kategori syarikat 1.3 juta tetapi yang daftar dengan LHDN hanya 1.2 juta. Hampir 100 ribu buah syarikat yang daftar SSM tidak ada nombor akaun LHDN. Ini yang saya tanya dulu. Saya hendak tanya kementerian kalau boleh semak sama ada syarikat ini masih belum daftar lagi. Kalau tidak, maksudnya kita dok cari orang yang susah untuk minta tegur lagi dapat tax lagi tetapi ada syarikat yang belum daftar lagi kita tidak kejar. Kedua, jumlah yang daftar perniagaan sama ada sole provider, milikan tunggal ataupun perkongsian merupakan 7.6 juta pendaftaran perniagaan tetapi yang daftar dengan LHDN hanya 4.2 juta yang fail dalam LHDN. Manakah pergi 3.4 juta yang sudah daftar syarikat untuk perniagaan bukan jenis sendirian berhad tetapi tidak daftar dengan Lembaga Hasil? Adakah mereka langsung tidak berniaga ataupun mereka langsung tidak reti untuk hendak daftar dengan LHDN? Bukan isu sama ada kita hendak cuba kutip tax yang sebanyak mungkin tetapi sistem ini kena proper. Kalaulah sudah daftar syarikat perniagaan, apatah lagi yang dapat kontrak, haruslah daftar dengan LHDN supaya kita boleh pantau dan monitor. Termasuk juga perkongsian liabiliti terhad (PLT). Jumlah pendaftaran yang ada 22 ribu tetapi yang daftar dengan LHDN hanya 8,000 sahaja. Maksudnya, 14 ribu yang daftar perkongsian ini tidak daftar dengan LHDN. Kalau inilah framework atau kerangka yang kita ada- kita dimaklumkan oleh rakan-rakan orang awam bahawa tahun ini banyak keluar surat notis untuk cuba buat audit sama ada tax individu ataupun syarikat. Saya tidak mempertikaikan tugas kerajaan tetapi kalaulah kita susah sangat hendak cari mereka yang sudah bayar cukai cuma kerana mungkin ada sedikit kesilapan daripada segi tax untuk hendak denda dan untuk hendak penalti, bukankah lebih baik kita cari mereka yang sudah layak tetapi belum daftar lagi yang harus bayar cukai? Kita nampak ada beberapa lagi yang ramai ini yang belum didaftarkan.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Maka saya hendak cadangkan di sini- saya faham ada syarikat yang sudah daftar tetapi belum berniaga atau tidak untung. Saya cuba tanya daripada kementerian senarai kontrak panel berpusat di bawah Kementerian Kewangan mana syarikat yang belum daftar lagi dengan LHDN. Jawapannya, secara umumnya semua harus daftar tetapi tiada statistik sama ada mereka belum daftarkah tidak. Saya jangka mungkin ada yang belum. Maka saya ingin wajibkan di sini, untuk wujudkan satu sistem mekanisme percukaian yang lebih wajar ataupun lebih menyeluruh, saya cadangkan syarikat-syarikat khususnya syarikat-syarikat yang dapat kontrak dari kerajaan sama ada G1 sampai G7 kah, yang dapat kontrak daripada kerajaan, maka tidak ada alasan bahawa mereka tidak ada perniagaan atau tidak ada keuntungan. Maka syarikat ini wajib kita audit dulu sama ada mereka sudah daftar dengan LHDN dan sama ada mereka ada membayar cukai sekiranya mereka sudah ulang beberapa kali untuk dapat kontrak-kontrak kerajaan. Ini adalah lebih adil kepada mereka yang mungkin tidak mampu untuk berniaga kerana mereka tidak ada dapat kontrak- kontrak daripada mana-mana. Maka kalaulah ini kita dapat menjadikan satu mekanisme yang lebih menyeluruh, saya rasa kita tidak perlu terlalu rely, bergantung kepada cukai income tax individu. Akhir sekali, ini adalah sedikit tidak direct kepada income tax tetapi saya mohon kementerian kalau ada jawatankuasa dengan setiap negeri untuk mengurangkan beban kepada cukai LHDN untuk kutip duit cukai daripada rata-rata individu untuk membayar atau tanggung expenses dari semua kementerian ataupun negeri-negeri yang perlukan. Saya cadangkan supaya kita semak setiap negeri ini kalaulah mereka yang sepatutnya mampu untuk berdiri atas kaki sendiri, mereka kena usahakan. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Dalam statistik ini, 53 peratus daripada semua PBT ini belum lagi mula kutip cukai pintu sedangkan mereka mampu untuk mulakan tersebut. Maka ia boleh kurangkan beban kepada Kementerian Kewangan untuk hanya rely on income tax sahaja. Ini sahaja beberapa perkara. Harap pihak kementerian boleh bagi penjelasan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Dipersilakan Yang Berhormat Arau.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada kawan-kawan semua. Apakah khabar? Yang Berhormat Kota Raja, apakah khabar? Terima kasih. Semua hadir di Parlimen pada hari ini. Pertama sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memuji kepada beberapa orang Menteri yang telah menjawab secara bertulis kalau sekiranya mereka tidak sempat dan mereka berjanji untuk menjawab secara bertulis. Di antaranya ialah Menteri Kanan MITI yang selepas habis beliau berucap terus jawapan sampai di atas meja. Saya ucapkan terima kasih. Menteri-menteri lain saya belum dapat. Sesetengahnya saya tidak tanya soalan, tentulah saya tidak dapat jawapan. Jadi walau bagaimanapun, ini ialah contoh yang baik di mana semua Menteri yang berjanji jawab bertulis akan menyampaikan jawapan bertulis serta-merta dan setengahnya memberikan jawapan pada keesokan hari. Saya harap kawan-kawan juga dapat apa yang saya dapat. Jadi, terima kasih. Keduanya, berhubung dengan black economy. Jadi kita dok cakap ini ialah ekonomi yang sah tetapi ekonomi yang tidak sah itu, pergerakannya dikatakan sampai ke tahap RM30 bilion setahun. Sekarang ini dalam keadaan tertekan, manusia memikirkan jalan mudah untuk mendapat pendapatan. Jalan mudahnya ialah- pada pandangan mereka mudah tetapi sebenarnya mereka telah menyusahkan diri mereka di peringkat luar biasa. Contohnya ialah judi haram. Kita ada judi halal, kita ada judi haram. Judi halal maksud saya ini ialah yang diberi lesen. Judi tidak ada yang halal tetap haram tetapi yang berlesen. Maaf, saya tukar balik perkataan, judi berlesen dan judi haram. Judi berlesen ada lesen tetapi judi haram ini juga berleluasa dengan luar biasa.

Akan tetapi tetap haram, Yang Berhormat Arau.

Tetap haram.

Ya, saya sudah sebut tadi, tetap haram. Haram tetap haram. Arak, judi, berhala dan bertenung nasib ialah haram. Jadi judi berlesen, dia haram. Kalau boleh diharamkan semua, tidak perlu berlesen, tetapi kerajaan bagi lesen. Saya hendak cetus tentang fatwa ini, saya cakap pada masa lain. Akan tetapi ada judi berlesen dan ada judi haram. Jadi yang ini kita dapati dia bergerak dengan cergas dan banyak orang kehilangan harta kerana bermain judi dan berlakulah lalai lagi termasuk juga penipuan judi online dan lain-lain lagi berlaku kerana tekanan manusia untuk mencari pendapatan yang mudah.

Ini kita kena fikir, kerajaan kena fikir, Menteri kena fikir. Tak payah jawab bertulis, jawab secara berfikir bahawa apa yang harus dibuat kepada black economy ini. Bagaimana kerajaan nak cari jalan supaya kita mendapat cukai. Saya tak mahu masuk pengedaran dadah, pelacuran, itu tak masuk. Itu mesti dikuatkuasakan. Akan tetapi yang ini yang bergerak, ada yang kerajaan bagi lesen, ada yang tak bagi lesen. Kena fikirkan bagaimana nak hentikan perkara ini. Orang nak jawab mudah, ini semua kita tidak bertakwa, kurang pendidikan dan sebagainya. Itu ialah jawapan yang mudah, tetapi jawapan yang segera daripada kerajaan. Saya ada banyak cadangan untuk dicadangkan kepada kerajaan. Akan tetapi malangnya, kerajaan tak pernah jemput saya untuk memberi pandangan. Kalau tidak, pandangan ini penting...

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau.

Kerajaan kena fikirkan bagaimana nak cari jalan supaya kita dapat mengutip cukai.

Yang Berhormat Arau, boleh sekejap Yang Berhormat Arau? Tentang judi tadi Yang Berhormat Arau, sebelum Yang Berhormat Arau pergi ke tempat lain.

Boleh? Jelebu Yang Berhormat Arau, belakang.

Selepas Yang Berhormat Jelebu- Yang Berhormat Jelebukah tadi? Selepas Yang Berhormat Jelebu, ini sahabat saya orang muda.

Yang Berhormat Muar.

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Tadi saya bahas tadi Yang Berhormat Arau, saya nak sebut fasal judi tetapi tak sempat fasal nak berjudi Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, judi ini Yang Berhormat Arau, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Arau. Akan tetapi dalam masa yang sama, saya nak tanya pandangan Yang Berhormat Arau fasal masalah judi yang tidak berlesen ini lebih banyak daripada yang berlesen Yang Berhormat Arau. Kalau kita tengok kapasiti ya, di kawasan luar bandar, di kawasan bandar, sekarang dia dah tak kira bandar dah, tak kira kawasan luar bandar dah. Semua golongan masyarakat yang terlibat dengan judi tak berlesen ini berleluasa Yang Berhormat Arau. Apa pandangan Yang Berhormat Arau, tindakan daripada Cybersecurity Malaysia umpamanya, daripada kementerian MCMC, tindakan daripada PDRM umpamanya, tidak ada menampakkan pengurangan dalam soal untuk mengekang judi tanpa lesen ini Yang Berhormat Arau. Ini kerana ini memberikan kesan kepada masalah sosial masyarakat. Baru-baru ini ada kes bunuh diri, ada kes dibunuh kerana semata- mata berkaitan dengan masalah judi tak berlesen ini. Setuju tidak Yang Berhormat Arau, supaya kerajaan mengambil tindakan drastik dalam soal untuk mengekang masalah judi ini Yang Berhormat Arau? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Arau, beri laluan. Dua perkara saya nak bangkitkan. Pertama sekali saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Arau, memang judi itu haram. Akan tetapi perbezaan daripada segi undang-undang, ada yang berlesen, ada yang tidak. Masalahnya sekarang adalah judi yang tidak berlesen telah pun berleluasa sampai ke-satu tahap di mana pendapatan negara terkesan dengan begitu teruk. Saya berikan satu contoh Yang Berhormat Arau. Apabila saya di KBS, setiap tahun, 10 peratus daripada keuntungan Sports Toto sepatutnya disalurkan kepada MSN bagi bidang sukan. Dari tahun 2000 sampai tahun 2006, paling tinggi kita pernah dapat setiap tahun RM100 juta untuk kegunaan sukan. Akan tetapi kerana judi yang tidak berlesen ini telah pun berleluasa pada tahun 2018, jumlah daripada RM100 juta itu menurun kepada RM30 juta sahaja. Pengurangan RM70 juta setahun kerana judi haram ataupun judi yang tidak berlesen itu berleluasa. Saya berharap kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan dengan izin, minimum sentencing law yang sebelum ini telah pun dicadangkan oleh kerajaan yang lepas, tetapi sekarang telah pun dikebelakangkan apabila saya tanya soalan yang sama kerana ia menyebabkan kerajaan tidak dapat pendapatan. Kedua yang saya nak bangkitkan, dengan izin, online gambling ataupun judi atas talian kerana sekarang kebanyakan judi yang tidak berlesen ini telah pun pergi online. Lihat sahaja bagaimana Malaysia hilang ratusan juta pendapatan apabila World Cup, di mana mereka pergi online dan akhirnya judi yang tidak berlesen inilah yang dapat pendapatan yang paling tinggi. Kita terkesan begitu teruk. Saya harap sahabat saya Yang Berhormat Arau yang sentiasa baik dan prihatin, hadir setiap hari ke Parlimen, akan mempertimbangkan perkara ini. Terima kasih.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Yang Berhormat Arau, sedikit Yang Berhormat Arau.

Cukuplah. Masa dah habis. [Ketawa]

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Last, last. Yang Berhormat Arau, boleh? Sikit sahaja Yang Berhormat Arau. Okey, terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Arau, boleh tak Yang Berhormat Arau minta daripada Kementerian Kewangan ataupun kerajaan untuk memperincikan ke manakah wang-wang kutipan cukai daripada judi berlesen dan apa-apa juga hasil yang tidak halal, ke manakah wang ini dibelanjakan secara terperinci? Adakah kita boleh meminta ataupun meminta pandangan daripada Kementerian Kewangan untuk kita membantu untuk membelanjakan wang ini ke jalan yang barangkali- walaupun barangkali bukan untuk dimakan oleh orang-orang Islam, tetapi bagaimana caranya untuk kita membelanjakan cukai kutipan yang tidak halal ini? Terima kasih.

Terima kasih. Ucapan daripada Yang Berhormat Jelebu boleh masuk sebahagian daripada ucapan saya. Yang Berhormat Menteri sila jawab dengan hebatnya. Ucapan daripada Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Muar ini bagus. Akan tetapi malangnya, kelmarin diundi menentang bajet. Kalau dia menyokong bajet, dia sudah pasti jadi manusia yang saya idola- idolakan... [Ketawa]

Dia dah sedar Yang Berhormat Arau. Dia dah mula sedar.

Akan tetapi malang, dia terikut- ikut dengan perangai beberapa orang termasuk orang-orang lama, jadi akhirnya dia telah menentang bajet. Walau bagaimanapun, ucapannya boleh dimasukkan sebahagian ucapan saya. Demikian daripada Yang Berhormat Kimanis, saya minta dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Jadi, tadi saya telah mendapat nota yang hebat di sini. Kenapa puji Yang Berhormat Menteri MITI sahaja, kenapakah Yang Berhormat Menteri-menteri lain tidak dipuji? Ya, saya memuji Yang Berhormat Menteri-menteri lain, termasuk Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan Yang Berhormat Menteri-menteri lain yang boleh menghantar nota kepada saya. Ini sebab sesetengahnya saya tak bertanya soalan, saya tak tahu. Jadi yang ini saya tanya soalan, jadi mereka menghantar serta-merta. Ini kehebatan Yang Berhormat Menteri-menteri, tetapi telah dinafikan oleh pihak pembangkang...

Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau.

Jangan ditanya lagi sebab masa tinggal sikit sahaja...

Yang Berhormat Arau, sikit sahaja. Sikit sahaja Yang Berhormat Arau.

Keduanya ialah- sekejap lagi saya bagi.

Yang Berhormat Arau, Kuala Krai nak bagi sokongan sikit.

Sikit sahaja ya, sikit lagi. Keduanya- Allahu akbar. Sudah habis masa.

Sikit sahaja, bagi sokongan sikit sahaja. Saya nak bagi sokongan kepada Yang Berhormat Arau atas kenyataan yang diberikan tadi dan saya harap kita ada berbaki satu hari lagi ini. Kementerian-kementerian yang telah pun berjanji untuk memberikan jawapan secara bertulis kepada kita Ahli-ahli Parlimen yang telah pun berbahas, akan dapat berbuat demikian secepat mungkin dengan hebatnya. Terima kasih Yang Berhormat Arau.

Ya. Terima kasih. Saya juga masuk sebahagian daripada ucapan saya dan Yang Berhormat Menteri kena jawab. Saya nak sebut satu, yang pertamanya saya menyokong, ini kebaikan yang dibuat oleh kerajaan. Ya Allah ya Tuhanku, semoga kerajaan ini terus berkekalan sampai seterusnya. Ini kerana memikirkan orang-orang OKU. Kita pasangan kita kalau OKU, dapat pelepasan cukai yang dinaikkan. Keduanya ialah kalau untuk rawatan ibu bapa dinaikkan. Kerajaan yang cukup prihatin kepada rakyat. Saya berterima kasih. Kemudian yang keduanya ialah berhubung dengan petroleum. Saya tadi bertanya Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang bersetuju dengan saya iaitu petroleum ini kita- sebenarnya kita ada masalah. Kita ada masalah dengan PETRONAS. Kita memuji PETRONAS sebagai penggerak ekonomi negara yang luar biasa. PETRONAS yang telah bersama dengan kerajaan menggerakkan ekonomi yang luar biasa. Akan tetapi PETRONAS ini, kita tidak dapat maklumat terkini terutamanya PETRONAS Asset Management. Ini di bawah PETRONAS. Saya minta supaya PETRONAS Asset Management ini dijadikan bawah jabatan kerajaan supaya kita boleh mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Apa yang saya timbulkan perkara ini ialah kita mengambil dividen keuntungan di antara RM20 bilion ke RM30 bilion. Itu sebab saya tanya Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Subang bersetuju dengan saya tadi. Akan tetapi, kenapa Yang Berhormat Menteri Kewangan mengambilnya RM80 bilion ikut angka itu, kemudian saya dapat yang terkini, angka itu sampai naik RM102 bilion. Saya telah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana memfitnah. Saya bukan fitnah, saya tanya. Saya tak tahu, Yang Berhormat Menteri pun tak tahu. Tanyalah Yang Berhormat Menteri ini mana yang tahu tentang aset PETRONAS. Akan tetapi, mantan Menteri Kewangan- mantan payah, bekas Menteri Kewangan, dia telah mengambil daripada PETRONAS, kita dengar-dengar RM80 juta, dengar-dengar RM102 juta, yang manakah satu? Saya nak tahu. Saya minta Yang Berhormat Menteri jawab supaya rakyat faham dan kita minta supaya PETRONAS Asset Management ini supaya dijadikan jabatan kerajaan dan kita mengetahui bahawa kerajaan tak boleh ambil lebih daripada RM30 bilion. Ini kita ambil sampai RM100 bilion. Ini sesuatu yang menakutkan kerana kita tidak tahu apa yang berlaku dalam PETRONAS...

Tuan Yang di-Pertua

Dua minit lagi Yang Berhormat.

Jadi, saya menyokong rang undang-undang ini. Ini merupakan satu rang undang-undang yang saya rasa usaha prihatin kerajaan yang cukup luar biasa. Hari-hari kerajaan telah menunjukkan kehebatan mereka untuk mentadbir negara ini. Cuma satu yang Yang Berhormat Jelebu sebut tadi fasal cukai pendapatan.

Saya rasa Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri, kita nak kutip cukai, saya setuju bahawa pindaan ini perlu diperhatikan balik. Fasal 20, 103(B) ini diperhatikan balik. Kalau kes itu dalam kes mahkamah tetapi cukai nak kutip juga, saya ingat itu perlu difikirkan balik. Cara pengutip-pengutip cukai ini mengutip cukai biarlah cara berhemah dan sebagainya. Kita bukan nak pergi tangkap musuh.

Kita hendak pi minta cukai. Jangan menunjukkan dan melatih pegawai-pegawai dengan kasar dan gusar seolah-olahnya mesti membayar. Tidak. Kita suruh mereka membayar tetapi dalam bentuk yang lebih berhemah. Latihlah mereka ini, senyum- senyum. Hendak mengambil harta orang ini kena senyum-senyum. Jangan pi rampas. Sat lagi yang nampak jahat, kita. Akan tetapi, mereka bayar cukai dengan bentuk yang tidak ikhlas. Biar orang yang membayar itu tanggungjawab dia. Orang yang menerima pun tanggungjawab. Sat lagi kalau main pakai rampas itu tidak boleh. Akta ini, adakah betul sebenarnya wajar atau ia sebenarnya melanggar peraturan dan mungkin juga Perlembagaan. Ini disebabkan kesnya masih di mahkamah tetapi kita hendak mengutip juga cukai. Terima kasih, saya menyokong. Terima kasih kepada rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Jelutong.

Okey Tuan Yang di- Pertua. Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, apa khabar? Saya, dengan izin, memohon membahaskan pindaan-pindaan ini dan berterima kasih atas kesempatan yang diberikan. Kelmarin, kita telah meluluskan pembentangan belanjawan walaupun terdapat tentangan daripada pihak kami, namun belanjawan itu telah diluluskan di mana kita lihat hanya dengan majoriti tiga undi. Pagi tadi, ketika saya dalam perjalanan ke Parlimen, saya telah melihat laman Facebook Yang Berhormat Pekan, di mana Yang Berhormat telah menyatakan beberapa bantahan kepada beberapa aspek belanjawan yang diluluskan kelmarin. Saya pun terpegun. Namun demikian, berbalik kepada isu yang akan dibahaskan hari ini, saya lihat tiba-tiba selepas pembentangan bajet, beberapa pindaan-pindaan telah dicadangkan oleh Kementerian Kewangan. Saya bersuara sebagai untuk rakyat biasa. Tuan Yang di-Pertua mengetahui bahawa dewasa ini, kita menghadapi, rakyat di luar sana menghadapi banyak masalah. Kehilangan pekerjaan, kehilangan punca pendapatan, perniagaannya tutup, merosot dan sebagainya. Apa yang bermain, kerisauan yang bermain di minda rakyat adalah adakah pindaan-pindaan ini oleh Kementerian Kewangan akan terus menekan mereka? Ini kerana pindaan-pindaan ini, membuat pindaan-pindaan kepada Rang Undang-undang Cukai Jualan umpamanya. Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan umpamanya, Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa yang tidak ada keuntungan pun. Pada masa sekarang, rakyat tidak ada perniagaan yang ada keuntungan. Semua sedang menghadapi masalah untuk meletakkan makanan di atas meja. Selepas pembentangan belanjawan yang dikatakan belanjawan yang begitu besar untuk memberi manfaat kepada rakyat dan kebajikan kepada rakyat, kita lihat pindaan-pindaan ini dibuat. So, persoalan saya adalah, adakah pindaan-pindaan ini Rang Undang-undang Cukai Pelancongan di Pulau Pinang umpamanya. Pulau Pinang, semua di sini datang ke Pulau Pinang kerana salah satu tarikan luar biasa. Tuan Yang di-Pertua sendiri tahu feri Pulau Pinang. Kerajaan sekarang, Yang Berhormat Menteri Pelancongan hadir, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia- Transport Minister, dengan izin, hadir. Yang Berhormat Ketua Menteri hadir, perkhidmatan feri yang menjadi ikon Pulau Pinang sejak 50, 60 tahun akan ditamatkan. Maka, itu akan menyebabkan pelancong kurang datang ke Pulau Pinang. Di atas itu pula, kita menggunakan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan. Tak ada pelancong. Nak bayar cukai macam mana? Tak ada pendapatan. Ini merupakan perkara yang bermain di minda rakyat di luar sana.

So, saya ingin bertanya di sini, adakah pindaan-pindaan ini akan terus menekan rakyat di luar sana yang sekarang menghadapi macam-macam masalah. Tak ada pendapatan dan tak ada perniagaan. Mereka menghadapi masalah untuk membiayai pembayaran tuisyen, pembayaran kepada universiti-universiti awam dan universiti- universiti persendirian. Jadi, saya ingin Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi penjelasan. Memang saya rasa cukup tertarik dengan pembentangan tadi. Boleh dikatakan beliau mempunyai cara untuk mempersembahkan bajet pembentangan ini dengan lebih cara yang menarik lagi. Akan tetapi, persoalan yang bermain di minda saya adalah dan rakyat di luar sana, adakah kita benar-benar akan mendapat manfaat daripada pindaan-pindaan ini? Pada masa yang sama, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah pindaan-pindaan ini dibuat sekarang untuk memberi kelebihan kepada beberapa Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini yang menghadapi pertuduhan-pertuduhan mahkamah? No, saya ingin penjelasan. Kita tidak bermain politik Umpamanya Yang Berhormat Pekan menghadapi pertuduhan kes Lembaga Hasil Dalam Negeri di mana Yang Berhormat berhutang sebanyak RM1.69 bilion. Anak beliau, anak lelaki, RM13.1 juta pada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang masih terhutang dan tidak dibayar. Anak perempuan, RM10 juta tidak dibayar. Saya tidak mahu menyebut nama-nama mereka. Akan tetapi, beliau asyik mengatakan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak membuat begitu, tidak membuat begini dan sebagainya. Akan tetapi, persoalannya kalau beliau merupakan seorang Ahli Parlimen Yang Berhormat, kenapakah hutang-hutang ini tidak dibayar? Adakah pindaan-pindaan ini yang dicadangkan sekarang akan memberi kelebihan kepada Yang Berhormat Pekan? Itu merupakan persoalan saya. Kenapakah ia dicadangkan sekarang? Adakah ia berniat untuk memberi kelebihan kepada Yang Berhormat untuk menguruskan kes di mahkamah? Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah yang akan dibuat untuk kita membantu rakyat? Sama ada kutipan-kutipan cukai ini yang saya rasa kutipan cukai yang luar biasalah pada masa sekarang. Kutipan-kutipan cukai yang akan ditambah. Adakah beban yang akan ditambah ke atas rakyat akan digunakan untuk membantu rakyat? Kelmarin, apabila saya berbahas mengenai Kementerian Pengajian Tinggi. Kita melihat bahawa biasiswa untuk penuntut-penuntut universiti awam telah dikurangkan. Adakah wang ini akan dijanakan balik untuk membantu mereka? Kenapa kah kita mengenakan cukai-cukai ini apabila kita menghadapi, rakyat di negara ini menghadapi bermacam-macam masalah? Akan tetapi, saya menyokong satu sahaja daripada pindaan yang dibuat iaitu Temporary Measures for Government Financing (COVID-19) 2020 Act. Akan tetapi, sokongan saya adalah dengan bersyarat. Saya ingin bertanya, kenapakah cukai ini dikenakan dan bilakah cukai ini akan mula dikenakan? Kita belum lagi menguji vaksin ini ke atas rakyat Malaysia walaupun kita tahu Yang Berhormat Kinabatangan telah menawarkan diri. Mungkin kita boleh menggunakan beliau sebagai orang yang pertama untuk menguji vaksin ini. Kita boleh tunggu sehingga kita mendapat apa-apa hasilnya. Maka hasilnya...

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Iaitu Yang Berhormat Pasir Puteh kata dan bukan saya kata ya. So, saya berharap vaksin ini dibawa masuk ke negara ini dengan seberapa cepat yang mungkin. Saya cuma ingin meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan kementerian-kementerian yang lain. Kita melihat di England dan di Amerika Syarikat, mereka telah mula menggunakan vaksin ini walaupun ada maklumat-maklumat yang tidak dapat disahkan bahawa terdapat kesan sampingan- side effects akibat penggunaan vaksin ini. Kita– Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau kita boleh diberikan maklumat. Berapa cepat, kemungkinan berapa cepat kah vaksin ini dapat dibawa masuk? Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya telah membaca di dalam laman sosial bahawa di New Zealand- New Zealand telah pun diisytiharkan sebagai COVID-19 free. Saya ingin tahu bagaimanakah New Zealand berjaya untuk mengawal penularan wabak COVID-19 ini? Adakah kementerian juga ingin mendapat apa-apa maklumat...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Ya Yang Berhormat Jelutong, boleh mencelah sikit saja?

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak sebutkan bahawa Thailand dianggap model terbaik bagi kejayaan mengawal COVID-19 tanpa vaksin. Di Thailand setakat ini walaupun ia negara pertama di luar negara China yang kena COVID-19 tetapi hanya ada 60 kematian setakat ini dan dikawal dengan sangat baik. Terakhir, ini bukan saya hendak mempromosi apa-apa, saya melihat gambar- gambar di Pattani, orang pergi ke pasar, orang berkenduri dan lain-lain, tak memakai mask dan apa kan. Tak ada penularan dan itu sangat menarik. Kalau boleh kita tanya, tidak boleh? Terima kasih.

Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat merupakan seorang doktor yang juga telah merencanakan satu rencana di atas COVID-19 dan vaksin kalau tidak silap saya. So Tuan Yang di-Pertua, itu merupakan pandangan-pandangan saya atas pembentangan semua undang-undang pindaan ini pada undang-undang...

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong...

Terima kasih. Hendak tanya dengan Yang Berhormat Jelutong. Setakat Yang Berhormat Jelutong sudah membaca ataupun melihat perkembangan di luar. Ada atau tidak mana-mana negara, di mana di Parlimen, Ahli Parlimen datang memakai pakaian PPE macam ‘Teletubbies’ itu, ada tak?... [Ketawa]

Belum, belum lagi Yang Berhormat Sepang. Akan tetapi itu saya serahkan kepada budi bicara Tuan Yang di- Pertua yang kita akurlah. So, saya di sini hanya ingin sekali lagi tanya kepada Timbalan Menteri yang saya yakin boleh memberi jawapan yang lebih baik mengenai pembentangan semua pindaan-pindaan ini sama ada ia akan menekan rakyat di luar sana yang sekarang dibelenggu dengan macam-macam masalah. Ini kerana saya terkejut, kelmarin pembentangan belanjawan, hari ini tiba-tiba banyak sangat pindaan dibuat, Rang Undang-undang Cukai Jualan, Rang Undang- undang Cukai Perkhidmatan, Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa, Rang Undang-undang Cukai Pelancongan dan sebagainya. Semua pindaan ini, adakah ia diperlukan sekarang? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Jempol, lima minit. Lepas itu Yang Berhormat Hang Tuah Jaya lima minit. Kemudian, kita minta Timbalan Menteri menjawab.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Jam salah kah? Tadi 10 minit.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah hendak habis masa sudah, maaf. Yang Berhormat Jelutong lama sangat.

[Ketawa] Ini salah Yang Berhormat Jelutong. Bukan salah Jempol. Jadi, bagi sama rata lah. Kalau permulaan ini bagi lah 10 minit. Kita hantar nama.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Jempol tarik balik. Kenapakah semua salah Jelutong?... [Ketawa]

Oleh sebab Yang Berhormat Jelutong terlangsung masa. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2020 pagi ini. Rang undang-undang ini merupakan perkara yang penting untuk kita bahaskan, meluluskan sebulat suara, janganlah ada undi belah bahagi pula ini. Jadi, agar insentif cukai diumumkan dalam Belanjawan 2021, PRIHATIN dan PENJANA dapat dilaksanakan. Justeru itu, saya memohon agar semua memberi sokongan terhadap segala cadangan menambah baik menerusi pindaan kali ini bagi memastikan survival rakyat dan negara ketika ini berdepan dengan cabaran ketidaktentuan ekonomi sepanjang tempoh krisis ini. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Bermula tahun 1990, kerajaan telah memutuskan untuk menjadikan Labuan sebuah kawasan lindungan cukai bagi sebarang operasi luar pesisir. Hari ini melihat Labuan sebuah hab operasi perniagaan antarabangsa yang ingin menyertai perniagaan berhampiran rantau Asia tetapi tidak mahu terikat ataupun tertakluk dengan peraturan di negara Asia. Selaras dengan itu, perkembangan semasa Percukaian Antarabangsa Malaysia telah menyertai Committee on Fiscal Affairs (CFA) dan juga Inclusive Framework (IF) di bawah Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) bermula tahun 2017. Menurut penyertaan Malaysia, prinsip yang telah bersetuju menyertai pelan tindakan Base Erosion and Profit Shifting (BEPS). Seterusnya, menyatakan komitmen untuk menangani masalah ketirisan hasil cukai pemindahan keuntungan tidak berdasar pengendali aktiviti ekonomi secara substance. Salah satu standard minimum pelan tindakan BEPS merupakan Action Plan 5 iaitu countering harmful tax practices more effectively, taking into account transparency and substance. Soalan saya, apakah sebarang elemen harmful dalam rejim percukaian di Labuan? Apakah benar mengenai dakwaan bahawa Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan ini sering disalahgunakan? Apakah pindaan kali ini dapat menutup ruang daripada penyalahgunaan yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Pada hemah saya, pihak kementerian perlu memberi perhatian terhadap perkara ini dan mengelakkan kerajaan mengalami kerugian sumber pendapatan negara sebenarnya. Berkaitan dengan langkah cukai menangani impak COVID-19. Seperti mana yang kita sedia maklum, pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang cukup besar, mendalam kepada rakyat dan ekonomi. Berbagai-bagai lapisan rakyat terjejas teruk sama ada daripada kumpulan isi rumah B40, M40 dan T20. Pandemik COVID-19 ini juga akan kekal menjadi ancaman terbesar kepada pemulihan ekonomi diikuti dengan isu-isu lain seperti peningkatan dasar perlindungan, ketegangan geopolitik, ketidakstabilan politik dan harga komoditi yang tidak menentu. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan pelbagai insentif untuk memastikan survival rakyat dan ekonomi negara dalam krisis ini. Antaranya PRIHATIN - RM230 bilion, PRIHATIN PKS - RM10 bilion, PENJANA - RM35 bilion dan KITA PRIHATIN - RM10 bilion. Pada hemah saya, insentif tersebut menyebelahi kepada B40 kerana banyak bantuan diberikan kepada kumpulan tersebut seperti Bantuan Prihatin Nasional. Manakala kumpulan isi rumah M40 dan T20, selaku golongan yang pembayar cukai, seolah-olah tersisih daripada menerima bantuan pihak kerajaan. Malah, golongan tersebut juga digalakkan untuk membeli barangan bukan keperluan buatan Malaysia, membantu para peniaga kecil dan merancakkan ekonomi negara dengan era pasca PKPB. Soalan saya, apakah langkah yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan membantu kumpulan isi rumah M40 dan T20 untuk berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19? Apa mekanisme digunakan oleh pihak kementerian untuk kenal pasti kesahihan kumpulan ini, kumpulan isi rumah M40, khususnya M40 bawah yang sangat terkesan akibat penularan wabak COVID-19? Berkaitan dengan Cukai Pendapatan 1967 (Cukai Korporat). Langkah pihak kerajaan mengurangkan cukai korporat bagi memberi sokongan kepada pengusaha kecil dan sederhana menangani impak pandemik COVID-19 sememangnya merupakan langkah yang bijak. Hal ini, mengurangkan pemberian insentif khas cukai tersebut mampu untuk memberikan semula ruang bagi meningkatkan pelaburan asing (FDI) ke dalam negara. Walau bagaimanapun, langkah pengurangan dan pemansuhan yang dilakukan pada masa ini memberi impak jangka panjang kerana cukai merupakan sumber pendapatan negara.

Soalan saya, apakah pihak kementerian mempunyai perancangan lain berhubung cukai korporat? Oleh sebab sekiranya hanya mengurangkan atau pemansuhan sahaja secara berterusan tanpa ada mekanisme baharu, ia akan memberi kesan kepada kewangan negara. Seterusnya, saya tertarik dengan cadangan pindaan Fasal 7, subseksyen 34 - potongan cukai...

Minta laluan.

Habiskan ini dahulu. Potongan cukai bagi perbelanjaan penyelidikan (R&D). Begitu juga dengan Fasal 8, subseksyen 34(a) iaitu tambahan potongan dua kali bagi perbelanjaan R&D. Soalan saya, apakah hasrat sebenar pihak kementerian memperkenalkan pemberian potongan khas perbelanjaan R&D tersebut? Apakah yang dimaksudkan dengan sekatan perbelanjaan R&D melebihi 30 peratus? Akhir sekali, berkaitan pindaan Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Cukai keuntungan harta tanah (CKHT) merupakan cukai dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan harta seperti rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan sebagainya. Pada mula 21 Oktober 1988, cukai ini diperluaskan kepada keuntungan daripada pelupusan share syarikat harta tanah. Menerusi Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2007, kerajaan telah mengecualikan mana- mana orang daripada semua peruntukan ACKHT 1976 bagi melupuskan aset selepas 31 Mac. Jadi, saya memohon supaya cukai ini, oleh sebab COVID-19 melanda negara, banyak yang susah, terpaksa menjual asetnya, menjual pegangan apa jua bentuk aset sama ada rumah, tanah dan sebagainya. Saya harap Kementerian Kewangan yang bijaksana, Menteri yang bijaksana, Timbalan Menteri yang bijaksana. Cukai yang dulunya diwujudkan dalam kadar tempoh pelupusan, dalam tempoh dua tahun 30 peratus yang perlu dibayar, dalam tempoh tiga tahun dikurangkan 10 peratus menjadi 20 peratus, tahun keempat 15 peratus, tahun kelima lima peratus. Jadi, saya pohon dalam keadaan kesusahan rakyat ini, pinjaman bank tidak dapat, terpaksa membayar lain-lain hutang dan sebagainya, terpaksa menjual tanah atau rumah dengan kadar yang murah. Akan tetapi oleh sebab cukai ini yang sedia ada, cukai keuntungan harta tanah ini sedia ada, maka terpaksalah mereka ini bertambah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Jadi, mohon kementerian dalam tempoh COVID-19, penjualan aset dan pelupusan aset dalam tempoh COVID-19 ini dibenarkan dalam keadaan tertentu.

Bila negara kita sudah berada dalam keadaan yang selesa yang mana COVID- 19 dapat dikawal dan mereka ini tidak lagi susah dalam perniagaan. Kebanyakan yang berlaku adalah dalam kalangan mereka yang berniaga. Retail punya perniagaan, peruncitan dan sebagainya, keadaannya cukup teruk. Jadi, apa bantuan daripada kementerian melalui pelupusan cukai, keuntungan harta tanah ini? Memberi kelegaan ataupun membagi kesejahteraan serta prihatin kepada golongan yang terkesan teruk. Ya, sila.

Terima kasih, Jempol. Kebanyakan cukai-cukai yang kerajaan mahu perkenalkan ataupun yang dalam proses untuk dipertimbangkan cukai yang disasarkan kepada golongan pertengahan seperti yang dimaklumkan misalnya kajian-kajian untuk melaksanakan semula GST dan beberapa sistem percukaian yang lain. Persoalan saya, kenapakah kerajaan tidak ada keberanian untuk mengenakan cukai-cukai yang baharu kepada golongan yang empunyai kekayaan yang luar biasa? Seperti inheritance tax, wealth tax dan capital gains tax (CGT). Sebagai contoh, apabila seseorang yang telah pun kaya, main saham boleh menjana pendapatan ratusan ribu, jutaan Ringgit kadangkala setiap hari, tetapi tidak dikenakan cukai langsung. Persoalannya, mana keadilan apabila salah seorang peniaga kecil kena cukai pendapatan dan corporate tax, tetapi mereka yang mendapat kekayaan luar biasa mewarisi kekayaan yang luar biasa daripada ibu bapa, datuk nenek tidak dikenakan cukai yang sewajarnya. Kenapakah kerajaan tidak melakukan sistem pencukaian yang lebih adil yang mengenakan cukai kepada golongan yang mempunyai kekayaan yang luar biasa? Terima kasih, Jempol.

Terima kasih, Muar. Jadi, Yang Berhormat Muar nampak sudah- sejak duduk Pejuang ini. Kalau dia pindah ke sini lagi tambah bijak. Mungkin boleh jadi Menteri Kewangan. Jadi, betul katanya kalau boleh saya masukkan dalam teks. Saya harap segala...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tengok. Ini suara Jelutong lagi. Jangan kacau. Tambah sedikit lagi. Jadi, dalam keadaan sekarang ini saya harap kementerian melalui pindaan yang disebutkan tadi dapat ambil kira dalam soal membela rakyat dalam kesusahan yang berlaku. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Akhir sekali, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Selama lima minit, Yang Berhormat.

Lima minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi ruang kepada Hang Tuah Jaya untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya ingin mula dengan topik yang pertama iaitu pelancongan. Seperti mana yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini ada apa dipanggil sebagai potongan cukai pendapatan khususnya bagi menggalakkan sektor pelancongan. Kita sedia maklum bahawa antara sektor yang terkesan sewaktu COVID-19 ini merupakan sektor pelancongan. Tadi dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong tentang feri yang ditamatkan. Bagi kawasan negeri Melaka ini Yang Berhormat, fokus di Melaka ini adalah sebagai negeri pelancongan dan saya lihat dalam rang undang-undang ini mereka yang melancong, yang membuat tempahan hotel, yang berdaftar dengan Commissioner of Tourism- maknanya, tourism industry sahaja yang layak untuk membuat permohonan bagi pengurangan cukai. Saya ingin tanya bagaimana pendirian kerajaan kalau ada misalnya pengusaha- pengusaha homestay yang memang terlibat dengan sektor pelancongan ini? Apakah mereka juga diberikan peluang? Ini kerana, kita tahu macam contohnya kawasan yang saya wakili, banyak pengusaha homestay sekarang sedang berhadapan dengan cabaran yang cukup getir untuk mendapatkan pelancong-pelancong yang datang dan tinggal. Kalau tidak dimasukkan pengusaha-pengusaha homestay ini, saya fikir ini satu perkara yang tidak banyak membantu rakyat biasa yang terlibat dalam industri pelancongan ini. Begitu juga dengan mereka yang membuat tempahan dalam talian. Apakah ia juga being covered dalam hal yang berkaitan pengurangan cukai ini? Kita tahu bahawa antara sektor yang boleh kita resuscitate selepas daripada berkurangnya COVID-19 ini merupakan sektor domestik- pelancongan domestik. Ini sudah pasti mesti dicernakan dalam bentuk tindakan yang segera daripada kerajaan sama ada daripada segi galakan rakyat biasa untuk melancong dalam negara dan tidak di luar negara. Saya fikir dengan pendekatan-pendekatan cukai pendapatan ini, ia tentu memberi galakan kepada rakyat biasa. Yang kedua, ialah berkaitan dengan equity crowdfunding. Saya dimaklumkan bahawa terdapat pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus daripada amount pelaburan. Saya ingin tanya kepada kementerian, apakah ini dizahirkan dalam pindaan ini? Ini kerana, kita tahu bahawa equity crowdfunding ini satu mekanisme yang baik dan baharu untuk menjana syarikat-syarikat start-up ini. Apakah di sana terdapat inisiatif oleh kementerian untuk memperkenalkan Islamic equity crowdfunding? Saya difahamkan bahawa mereka yang akan mendapat pengecualian cukai pendapatan ini mesti membuat pelaburan melalui platform yang diiktiraf oleh Securities Commission.

Justeru, saya ingin tanya berapa banyak sebenarnya sekarang ini syarikat- syarikat equity crowdfunding platform ini yang diberikan kelulusan oleh Securities Commission? Apakah perkara ini masih lagi sedikit? Kalau sedikit, saya percaya perlu ada galakan kerana kita tahu ini merupakan satu mekanisme alternatif yang efektif...

Yang Berhormat, Hang Tuah Jaya

Membantu pemain-pemain terutamanya syarikat-syarikat startup dan SME. Silakan.

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, boleh beri pandangan, adakah ini masa yang sesuai untuk kita membuat pindaan-pindaan dan mengenakan cukai-cukai? Pada masa sekarang yang mana rakyat sedang susah di luar sana.

Terima kasih kepada Hang Tuah Jaya. Nak tanyalah, tadi ada cakap tentang pelancongan. Setuju tidak dengan saya bahawa dalam mana-mana negara pun antara faktor yang boleh menarik tarikan pelancong merupakan kestabilan politik. Soalan saya, dalam keadaan negara kita ini sekarang ini kestabilan politik boleh dipertikaikan. Dalam keadaan negara kita- kerajaan sekarang tidak pernah sekalipun mendapat sebanyak 112 undi, makna kerajaan yang tidak sah. Macam mana kita hendak tarik pelancong?

Terima kasih, Yang Berhormat Sepang yang sentiasa melakukan apa ini intervention yang cukup merangsang pemikiran. Itu pandangan yang baik, Yang Berhormat Sepang dan juga Yang Berhormat Jelutong. Saya percaya ini merupakan satu perkara yang sewajar diberikan tumpuan kerana itu pun antara kriteria yang diambil oleh- baru-baru ini rating yang merendahkan rating Malaysia kerana dua isu iaitu kestabilan dan juga governance standards. Seterusnya yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua berkaitan basikal ataupun sukan. Diberikan juga pengecualian. Boleh claim sampai RM500. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Saya percaya sekarang ini musim orang main basikal. Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan pun kaki basikal dan Yang Berhormat Menteri Kewangan pun kaki basikal. Rakyat di luar sana perlukan outlet ini untuk melakukan exercise dengan cara yang lebih baik kerana masalah COVID-19 ini. Adakah RM500 ini mencukupi? Ini kerana kita tahu bahawa dalam rumah ini dia ada ramai ahli keluarga. Satu buah basikal tidak cukup. Jadi, harganya juga mahal kalau tidak dikawal oleh kerajaan kerana kekurangan supply.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, boleh izinkan mencelah?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Tuan Yang di-Pertua. Bila kita bicarakan isu cukai, saya tertarik untuk melihat kepada Akta Duti Hiburan 1953 yang mana semenjak ia dienakmenkan mereka yang dikenakan di dalam Akta Duti hiburan 1953 ini merupakan pusat-pusat hiburan biasanya. Kita tahu kelab malam dan sebagainya dan cukai yang dikenakan begitu tinggi iaitu sebanyak 25 peratus. Akan tetapi, malang sekali apabila yang dimasukkan di dalam Akta Duti Hiburan 1953 ini termasuk taman-taman tema dan juga hiburan keluarga. Mereka ini tidak mendapat keuntungan yang banyak seperti pusat-pusat hiburan karaoke, kelab malam dan lain-lain. Mereka tidak menjual minuman keras, mereka tidak terlibat dengan perjudian dan sebaginya. Jadi, untung yang mereka dapat begitu minimum, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Malangnya, mereka terpaksa membayar cukai sebanyak ataupun setinggi pusat- pusat hiburan yang lain. Jadi, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya setujukah kalau kita mencadangkan agar dikeluarkan pusat-pusat taman teman dan hiburan keluarga? Seperti kita tahu kita pernah menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab taman tema dan hiburan keluarga. Kita ada di selatan tanah air LEGOLAND Malaysia, Hello Kitty Town dan lain- lain. Jikalau kita benar-benar ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat hab taman tema dan juga hiburan keluarga, saya kira mereka perlu dikeluarkan daripada Akta Duti Hiburan 1953. Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Simpang Renggam dan maksud yang sama juga yang cuba disampaikan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, saya jadikan sebahagian daripada ucapan saya. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Saya mempersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, 20 minit atau 15 minit hingga 20 minit.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat seramai tujuh orang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Rang Undang-undang Kewangan 2020. Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Jelebu, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam celahan. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk memberi sedikit penjelasan sekiranya ada isu-isu yang saya tidak sentuh, saya bagi jaminan akan memberi jawapan secara bertulis. Ini kerana bagi saya pandangan-pandangan Yang Berhormat merupakan pandangan yang penting kerana Rang Undang-undang Kewangan merupakan satu rang undang-undang rentetan daripada kelulusan Belanjawan 2021. Seperti mana yang disebutkan tadi Rang Undang-undang Kewangan semasa bacaan kali kedua merangkumi beberapa rang undang-undang. Saya cuma ingin menyinggung Yang Berhormat Jelutong dan juga Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Ada beberapa perkara yang disebut, insya-Allah esok dalam Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 saya akan jawab. Saya juga yang akan bentangkan. Ini kerana apa topik yang kita bincangkan ini adalah hanya melibatkan Rang Undang-undang Kewangan seperti mana dalam bacaan kedua yang saya nyatakan tadi. Saya yakin pandangan kedua-dua Yang Berhormat ini juga amat penting kerana industri pelancongan merupakan industri yang amat penting bagi memberi hasil kepada negara. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk menjawab, pertamanya kepada Yang Berhormat Subang. Saya yakin Yang Berhormat Subang kerap kali membangkitkan isu berkaitan unjuran hasil. Unjuran hasil ini merupakan unjuran yang amat penting dalam memastikan keseimbangan di antara dua perkara yang penting iaitu pendapatan dan perbelanjaan. Saya juga yakin Yang Berhormat Subang bersetuju dengan saya hasil pendapatan negara adalah berkenaan dengan prestasi ekonomi negara. Seperti mana Yang Berhormat Subang sedia maklum, oleh sebab kita mempunyai kejatuhan hasil kerajaan disebabkan krisis ekonomi pandemik COVID-19 bukan disebabkan struktur fundamental ekonomi atau penjanaan hasil. Saya yakin Yang Berhormat Subang juga telah kami maklumkan beberapa kali, fokus Kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini mempunyai tiga tunggak utama, iaitu kita menjaga kebajikan rakyat, kita memastikan penjanaan ekonomi perniagaan dan yang paling penting kita ingin memberi ekonomi kita lebih terkehadapan. Oleh itu apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Subang tadi ialah berkaitan tentang perkara yang melibatkan unjuran hasil. Untuk makluman Yang Berhormat, unjuran hasil cukai pendapatan seperti mana Yang Berhormat Subang sebutkan tadi untuk tahun taksiran 2021. Saya hendak beritahu dan Yang Berhormat bertanyakan adakah Yang Berhormat Menteri Kewangan akan menyemak semula unjuran ini? Akan tetapi yang paling penting Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat unjuran hasil yang kita buat untuk Belanjawan 2021 tidak melihat kepada perkara-perkara yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Ini kerana apa kita melihat kepada market semasa ketika tahun 2021. Untuk makluman Yang Berhormat, kita mengunjurkan employment rate higher bagi tahun hadapan sebanyak 1.8 peratus dan unemployment rate, dengan izin, menurun daripada 4.2 peratus kepada 3.5 peratus.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Paya Besar

Perkara-perkara inilah yang kita ambil kira dalam kita tentukan banjaran baharu cukai sebanyak 30 peratus bagi cukai-cukai pendapatan. Ini kerana apa cukai pendapatan kita kutip kepada mereka yang ada pekerjaan. Itu sebabnya kita mengambil kira unjuran tersebut adalah berdasarkan kepada market semasa yang akan berlaku pada tahun 2021 tanpa mengambil kira yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Yang Berhormat, isu yang Yang Berhormat bangkitkan tadi yang kedua, sila.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baik, unjuran yang digunakan oleh pihak kerajaan menunjukkan bahawa prestasi hasil cukai pendapatan individu dan juga cukai pendapatan korporat akan melebihi tahun 2019. Pada masa 2019, kita tidak ada COVID-19. Tak masuk akal langsung bahawa tahun hadapan semasa masih ada COVID-19, vaksin belum sampai lagi, atau tidak secukupnya. Kita akan dapat ekonomi yang lebih baik daripada tahun 2019. Jadi, bukan saya cakap seorang ini, semua pakar ekonomi pun cakap yang sama. Bagi saya, kerajaan sudah menang undi semalam, okey. Ini bukan masa untuk shadow, face saving semua itu sudah lepas dah isu dia, dalam politik sudah. Jadi kebaikan negara kita ialah buat recalibration yang baik. Ini sebab perlukan mengeluarkan bon. Kalau kita keluarkan bon mengikut Bajet 2021 ini, kita kena keluarkan RM85 bilion- bon. Kalau unjuran kita berlebihan RM20 bilion, maknanya kita kena keluarkan RM105 bilion. Semua kita hendak tahu bila hendak keluarkan bon ini, sebab kita kena tahu Fitch Ratings dah hentam kita. Itu isu dia. Bila dikeluarkan bon, rating agency, Moody's, akan membuat rating. So, you have to be very clear, tepat. Isu dia adalah macam itu. Oleh sebab itu, bukan saya yang complained banyak ini ya. Ini semua pakar. Jadi bagi saya please lah ya. Jangan main politik dah, cukup. Dah menang. Tahun hadapan bulan tiga semasa Parlimen bersidang semula lagi, buatlah recalibration, cakaplah yang betul- jumlah bon yang kita kena isu. Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Subang membangkitkan perkara yang sama. Kementerian Kewangan juga telah memberikan penjelasan yang sama kerana inilah yang faktanya berdasarkan apa yang kita lihat berdasarkan suku-suku tahun. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum dan amat arif berkaitan KDNK negara. Kita memperlihatkan penguncupan 17.1 peratus kepada yang lebih baik menguncup secara perlahan kepada 2.7 peratus. Kalau Yang Berhormat tidak optimis dan tidak berkeyakinan dengan Belanjawan 2021 merupakan langkah kelima daripada strategi enam yang telah kita aturkan, kita telah meletakkan sebuah pakej stimulate ekonomi sebanyak RM305 bilion Yang Berhormat. Itu sebabnya Yang Berhormat kalau kita melihat perkara ini, Yang Berhormat kena bersama-sama dengan kita. Ini kerana apa, kerana ekonomi ini Yang Berhormat lebih arif. Ia tidak hanya bergantung kepada permintaan dalaman atau luaran ia juga bergantung kepada persepsi yang dibuat oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk mempolitikkan ekonomi negara. Sebab kalau Yang Berhormat mengakui bahawasanya 17.1 peratus menguncup pada suku tahun kedua dan akhirnya meningkat 2.7 peratus KDNK walaupun agak slow 2.7 peratus, kita melihat banyak aspek yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan tempoh hari ketika menjawab soalan Menteri dari Bagan. Yang Berhormat bangkitkan isu Fitch, kita bangkitkan bahawa ini bukan masalah fundamental. Ini kerana petunjuk-petunjuk ekonomi negara telah jelas. Bank Negara telah membuat laporan dan kita harus berpegang kepada agensi-agensi penarafan, agensi-agensi yang mempunyai kredibiliti di peringkat tempatan. Ini kerana, kitalah, negara kitalah yang mengetahui apa yang sedang berlaku di negara kita. Ini kerana apa Yang Berhormat, berkaitan dengan pengangguran, kita lihat pada bulan April 2020, sebanyak 5.0 peratus ia naik sebanyak 5.3 peratus pada bulan Mei 2020 dan hari ini bulan September sebanyak 4.6 peratus. Maknanya ada penurunan daripada segi kadar pengangguran dan peningkatan kepada kadar penempatan dan tuntutan pengangguran juga meningkat. Yang Berhormat, kita laksanakan Program Subsidi Upah kerana kita yakin bahawasanya rakyat hari ini seramai dua juta lebih telah diselamatkan pekerjaan. Maknanya kita berada dalam landasan yang tepat Yang Berhormat. Saya kira Yang Berhormat, sekiranya Yang Berhormat masih tidak berpuas hati dengan apa penjelasan saya, saya izinkan Yang Berhormat untuk bertemu dengan pihak Kementerian Kewangan, kita akan berbincang seperti mana Yang Berhormat sendiri telah berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa konsultasi Bajet 2021 Yang Berhormat.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih, ya...

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat, izinkan saya untuk pergi kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Saya cuma hendak cakap sikit. Sikit sahaja. Bukan hendak gaduh-gaduh ini. Saya memang terima pelawaan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk berjumpa dengan pihak Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk berbincang lebihlah. Saya hendak cakap, saya memang optimis. Saya sayang negara kita. Saya hendak cakap ini yang penting. Kita kena realistik, bukan apa tau kena realistik. Saya di Dewan ini, semua Ahli Parlimen kalau kita tanya secara private, tidak ada satu Ahli Parlimen yang percaya bahawa syarikat-syarikat di Malaysia ini akan lebih maju pada dari tahun 2019. Revenue drop 30 percent across the board, lebih kuranglah. Glove tu cerita lainlah rubber glove. Akan tetapi untuk business punya defisit tidak ada income tak ada pendapatan, macam mana you boleh dapat unjuran ini? Okey, tak apalah saya tidak hendak gaduh okey. Saya akan terima pelawaan itu. Saya berharap tahun depan kita boleh jumpa pada bulan Januari. Boleh bincang, terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Subang, saya pun tak nak gaduh. Yang Berhormat Menteri Kewangan dan semua team di Kementerian Kewangan, kami amat sayang akan negara ini, Yang Berhormat. Itu sebabnya kita bekerja siang dan malam memastikan ekonomi kita berada dalam trek yang betul, Yang Berhormat. Yang saya sebut ini adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang kita boleh menentukan keabsahan datanya, Yang Berhormat. Saya hendak beritahu, Yang Berhormat, kedudukan negara di kalangan 20 peratus teratas dalam pertumbuhan KDNK di peringkat global. Ini semua indikator yang memberi satu pandangan yang lebih luas, Yang Berhormat. Dan kita tidak akan membentangkan bajet yang dipanggil bajet mengembang kalau kita tidak mempunyai keyakinan kepada prestasi ekonomi pada masa akan datang. Akan tetapi, Yang Berhormat, sebagai Ahli Parlimen yang agak senior, saya hendak beritahu Yang Berhormat, kita membentangkan Anggaran Belanjawan 2021 dan Anggaran Hasil 2021. Apa-apa pun, kita masih boleh membuat semak dan imbang ketika prestasi ekonomi yang kita tidak tahu jangkaan bagaimana seperti mana Yang Berhormat. Kita amat berterima kasih kepada Kementerian Kewangan, pegawai- pegawainya yang bertungkus-lumus untuk memastikan segala pandangan Yang Berhormat juga diambil kira dalam apa jua keadaan bagi memastikan ekonomi kita mencapai seperti mana yang diunjurkan KDNK negara pada tahun 2021. Yang Berhormat menyebutkan berkaitan isu cukai keuntungan harta tanah (CKHT). Buat masa ini, tiada penurunan kadar cukai tersebut dilaksanakan oleh kerajaan. Maka isu impak kepada kadar CKHT tidak berbangkit. Pengenaan cukai ke atas keuntungan diperoleh daripada pelupusan hartanah selepas lima tahun pegangan dibuat meluaskan asas cukai dan seterusnya membendung aktiviti-aktiviti spekulasi yang akan memberi tekanan kepada harga rumah. Pelaksanaan layanan ini telah mula dilaksanakan pada 1 Januari 2019. Di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) juga, Yang Berhormat, pengecualian CKHT telah pun diberikan kepada individu warganegara Malaysia yang mendapat keuntungan daripada pelupusan rumah kediaman terhad kepada tiga buah rumah berkuat kuasa bagi pelupusan yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021. Yang Berhormat juga bangkitkan tentang- okey, Yang Berhormat Subang, selesai. Yang Berhormat Jelebu bangkitkan tentang kos vaksinasi yang merangkumi lapan vaksin yang telah saya nyatakan tadi tidak terhad kepada vaksin COVID-19. Untuk makluman Yang Berhormat Jelebu dan Tuan Yang di-Pertua, pelepasan ini boleh dituntut pada diri, pasangan dan anak-anak. Sekiranya ibu bapa disahkan positif COVID-19 dan perlu menjalankan rawatan termasuk vaksin COVID-19, perbelanjaan tersebut boleh dituntut di bawah perbelanjaan perubatan ibu bapa, maksimum sehingga RM8,000. Yang Berhormat Jelebu juga membangkitkan isu adakah kerajaan tidak bercadang untuk meluaskan skop pelepasan dari penginapan kepada tarikan pelancongan. Untuk makluman Yang Berhormat, berkaitan sama ada kita ingin meluaskan pelepasan hanya kepada penginapan dan tarikan pelancong, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan setakat hari ini tidak bercadang untuk memperluaskan skop, hanya tertumpu pada penginapan dan tarikan pelancongan.

Tuan Yang di-Pertua, satu soalan sahaja. Terima kasih. Saya tidak berjenaka, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah adakah Kementerian Kesihatan akan menerima tawaran Yang Berhormat Kinabatangan untuk menjadi orang yang digunakan sebagai ujian? Itu soalan saya. Saya tidak berjenaka. Saya hendak tanya dengan serius sama ada kita hendak uji vaksin itu ke atas beliau dulu? Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya dah tegur tadi, menyinggung pada permulaan, rang undang-undang ini rang undang-undang Kementerian Kewangan. Betul, sebagai anggota pentadbiran, saya juga menjawab bagi pihak kerajaan. Akan tetapi, Yang Berhormat, Yang Berhormat elok ajukan soalan ini kepada Kementerian Kesihatan. Yang Berhormat Jelebu juga bangkitkan isu berkenaan stakeholders. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan baharu seksyen 103B yang ingin diperkenalkan ini juga pada prinsipnya tidak menghalang pembayar cukai untuk mempertikaikan keabsahan taksiran cukai di mahkamah. Apa yang ingin ditekankan ialah cukai perlu terlebih dahulu dibayar walaupun cukai dipertikaikan. Konsep pay first, dengan izin, yang diamalkan di negara ini bukanlah satu perkara yang baharu, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jelebu. Sejak Akta Cukai Pendapatan 1967 diperkenalkan mulai tahun taksiran 1968, negara telah pun mengamalkan kaedah dan proses kutipan seperti ini. Daripada aspek dasar dan polisi percukaian, kaedah kutipan ini bertujuan memberi layanan cukai yang adil dan saksama antara kategori pembayar cukai yang patuh dan kategori yang ingin mempertikaikan taksiran. Adalah tidak saksama sekiranya pembayar cukai yang berhasrat untuk mencabar taksiran diberikan tempoh bayaran yang lebih panjang sehingga kesnya selesai. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya juga keabsahan konsep pay first ini telah beberapa kali dicabar di mahkamah khususnya atas alasan ia mendahului kuasa mahkamah atau bertentangan dengan Perlembagaan. Ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa keputusan mahkamah yang menjadi panduan atau precedent pada masa ini ialah konsep pay first yang kita amalkan tidak melanggar Perlembagaan dan peruntukan di bawah Perlembagaan atau mendahului mahkamah. Mahkamah berpendapat perkara yang utama ialah hak pembayar cukai untuk merayu atau mencabar taksiran hendaklah sentiasa dijamin di bawah undang-undang. Kaedah bila atau bagaimana bayaran cukai perlu dilaksanakan merupakan perkara yang berasingan dan boleh diperuntukkan atau ditentukan di bawah undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Secara ringkasnya, cadangan ini adalah wajar dan teratur untuk diluluskan di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Alor Setar...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Jempol nombor berapa? Nombor enam.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Tebrau.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Mencelah?

Boleh saya celah?

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tidak boleh. Saya jawab bagi adil kepada merekalah ya.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Jangan lupa jawab Jempol ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Alor Setar bangkitkan tentang pelepasan insurans. Cukai, pelepasan insurans dan KWSP digabungkan semula.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Untuk makluman Yang Berhormat, soalan ini tidak ada kaitan dengan rang undang-undang. Namun demikian, sebagai seorang sahabat kepada Yang Berhormat Alor Setar, saya akan bawa perkara ini dalam Mesyuarat Post Kabinet Kementerian Kewangan pada minggu ini. Yang Berhormat Alor Setar juga membangkitkan tentang kos swab termasuk dalam vaksin atau tidak. Untuk makluman Yang Berhormat, swab test tidak termasuk dalam pelepasan vaksin. Akan tetapi, sekiranya individu bergejala membuat swab test di bawah fasiliti Kementerian Kesihatan, ia adalah secara percuma. Yang menariknya isu ketiga Yang Berhormat bangkitkan ialah berkaitan ada gap antara data antara SSM dengan LHDN. Untuk makluman Yang Berhormat, pendaftaran dengan SSM tidak ambil kira syarikat beroperasi atau tidak. Manakala data LHDN khusus untuk perniagaan yang memenuhi syarat percukaian. Bermula tahun 2020, penambahbaikan telah dilakukan melalui sistem MyCoID yang mana SSM akan menghantar senarai syarikat berdaftar kepada LHDN untuk tujuan semakan. Sekiranya tiada maklumat pendaftaran bercukai pendapatan, LHDN akan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan mendaftarkan fail cukai pendapatan bagi syarikat berkenaan. Keadaan berbeza disebabkan keadaan yang berikut: pertama, syarikat tersebut syarikat baru beroperasi dan belum jana pendapatan; kedua, syarikat belum beroperasi; dan ketiga, syarikat below threshold. Yang Berhormat Arau bangkitkan berkaitan isu black economy atau shadow economy. Walaupun ia tersasar jauh daripada persoalannya berkaitan dengan rang undang-undang ini, izinkan saya memberi penjelasan sedikit berkaitan perkara yang saya rasa perlu untuk memastikan rakyat di luar sana memahami tentang apa yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kewangan. Seperti mana yang saya telah nyatakan di Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengaktifkan balik Multi-Agency Task Force (MATF). Dahulu SPRM tidak termasuk dalam MATF. Sekarang ini semua agensi yang kita rasa ada kepentingan, ada perkara-perkara yang melibatkan black economy ini, kita masukkan dalam Multi-Agency Task Force. Untuk makluman Yang Berhormat, dua minggu lepas, satu mesyuarat MATF telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Banyak perkara yang kita nyatakan dalam mesyuarat tersebut bagi memastikan hasil negara tidak berlaku ketirisan. Bila tidak berlaku ketirisan, ekonomi akan diunjurkan bersama-sama dengan ekonomi yang sedia ada. Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Jempol membangkitkan tentang isu bagaimana kita mengawal judi ini. Izinkan saya, Tuan Yang di-Pertua, untuk memberi sedikit penjelasan berkaitan bagaimana kawalan judi. Seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, judi ada dua. Judi berlesen dan judi tidak berlesen.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Judi berlesen seperti mana yang saya sebutkan tadi kita tidak mengeluarkan lesen yang baharu. Setakat hari ini hanya ada satu lesen kasino diberikan kepada Genting Malaysia Berhad, sebanyak 191 buah kelab syarikat dan persatuan untuk kelab syarikat dan persatuan, sebanyak lima lesen induk kepada NFO dan sebanyak 1658 buah lesen untuk operator dan outlet NFO dan sebanyak tujuh- lesen bagi perniagaan mesin. Bagaimana kita mengawal perkara ini adalah kerajaan telah mengenakan terma dan syarat lesen dan permit yang perlu dipatuhi oleh operator perjudian berlesen dan bagaimana kita mengutip hasil adalah berdasarkan fee license permit cukai perjudian dan duti dan seperti mana yang saya sebut di awal tadi tiada lesen baharu sejak tahun 1990. Untuk perjudian yang tidak berlesen, seperti mana yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum ia mempunyai jumlah melebihi daripada beberapa yang saya sebutkan tadi. Aktiviti perjudian tidak berlesen dan haram adalah di bawah KDN bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri iaitu melalui Polis Diraja Malaysia yang ditugaskan untuk melaksanakan tugas-tugas penyiasatan dan pencegahan seperti mana yang diperuntukkan dalam undang-undang. Insya-Allah kerjasama semua pihak diperlukan untuk menyalurkan maklumat- maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti yang berlaku di kawasan sekeliling.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu yang saya bangkitkan berkenaan dengan Lembaga Hasil dan tentang Yang Berhormat Pekan dan kes-kes yang dihadapi oleh beliau.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tambah seminit lagi untuk menjawab.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong.

Saya, ya.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Jelutong izinkan saya menjawab Yang Berhormat Jelutong ini. Ini soalan yang amat penting sekali kerana inilah tanggapan-tanggapan yang cuba dibuat bagi memastikan rakyat di luar sana agak keliru dengan apa yang kita buat. Pada awal tadi Yang Berhormat Jelutong saya nyatakan pindaan ini adalah berasaskan rentetan daripada kelulusan Belanjawan 2021. Pindaan yang kita buat ini melibatkan pindaan akta dan langkah cukai. Langkah cukai dan pindaan akta ini melibatkan kebajikan rakyat dan juga kaedah baharu untuk kita mengutip kan hasil tanpa kita mewujudkan cukai yang baharu dan kalau dikatakan ya pindaan ini hanya untuk menyelamatkan individu-individu tertentu tak betul. Perkara-perkara ini merupakan perkara-perkara yang out of context kerana apa, kerana kita buat pindaan tidak ada berkaitan dengan Belanjawan 2021 atau apa kerana kita buat adalah untuk kebajikan rakyat. Saya yakin Tuan Yang di-Pertua bahawa perkara yang saya mungkin ingin nyatakan...

Yang Berhormat..

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

...Berkaitan dengan...

Yang Berhormat, boleh saya mencelah sedikit. Saya bangkitkan soal ini macam saya katakan tadi seketika saya berbahas bukan isu berpolitik. Cuma, perkara yang bermain di minda saya, dan pada rakyat, saya lihat Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat sendiri Yang Berhormat Paya Besar begitu akrab. Bila Yang Berhormat membentangkan belanjawan ini, itu merupakan perkara yang saya menyoalkan bagi pihak rakyat dan kalau boleh saya sarankan. Kita sekarang sedang mengutip cukai-cukai ini daripada rakyat. Kalau ada Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah sana yang merupakan beckbencher kerajaan..

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya faham, cukuplah Yang Berhormat Jelutong.

Biar saya habis dahulu. Saya sarankan kalau- saya sarankan kalau...

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Kita ada rang undang-undang. Nanti saya hendak menjawab cukai pelancongan Yang Berhormat seperti Yang Berhormat membangkitkan dalam konteks tadi.

Ya, saya sarankan supaya Yang Berhormat Pekan diminta untuk membayar balik cukai yang di hutang kepada rakyat, kepada kerajaan. Terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Yang di-Pertua, siapa yang berhutang yang perlu membayar cukai perlu membayar cukai. Akan tetapi, kita berasaskan kepada bagaimana keputusan yang dibuat oleh mahkamah pertama. Yang kedua...

Yang Berhormat Paya Besar, kita takut bahawa ada kompromi yang akan dibuat disebabkan Yang Amat Berhormat Pagoh bergantung kepada sokongan Yang Berhormat Pekan...

[Dewan riuh]

Itu merupakan perkara yang saya ingin tanya. Saya bersuara bagi pihak rakyat adakah Yang Amat Berhormat Pagoh akan berkompromi bagi pihak dengan Yang Berhormat Pekan? Atas isu ini untuk dapat sokongan kita biarkan dia tak payah bayar duit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong sila duduk.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merumuskan begini, Yang Berhormat Muar sudah cukup.

Untuk tambah tadi.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Yang Berhormat Muar sudah cukup.

Kalau boleh jawapan bertulis kalau tidak dapat.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Kan saya sudah beritahu.

Yang tadi berkenaan...

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Saya tidak faham Tuan Yang di-Pertua, saya sudah beritahu pada awal saya baca tadi selama 25 minit berkaitan fasal-fasal bacaan kali kedua Tuan Yang di-Pertua. Kenapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan tidak out of context itu satu, kedua, pindaan yang kita buat ini tidak menekan rakyat. Kita buat pindaan ini sebaliknya pindaan-pindaan yang kita buat ini sebahagian pindaan ini telah mengambil kira kesan dan impak COVID-19 seperti mana pelepasan vaksin, upskilling, pelancongan, turun kadar cukai dan saya kira Yang Berhormat kalau kita hendak bermain politik sampai bila-bila tak habis Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu sahaja. oleh sebab soalan saya dan juga soalan Yang Berhormat Arau itu belum dijawab- saya mintalah ya saya minta pandangan peribadi Yang Berhormat Menteri Kewangan. Tolong beritahu beliau untuk memberi jawapan bertulis pada saya. Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNPaya Besar

Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen yang baharu di Dewan yang mulia ini, kita tidak akan beri pandangan peribadi dalam Dewan yang mulia. Kita beri pandangan merupakan pandangan daripada pihak kerajaan. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 66 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan tanpa pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan II (Datuk Aaron Ago Dagang) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KASTAM (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Abd Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Kudat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2020 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Kastam 1967 [Akta 235] dengan tujuan untuk menambah baik, menyeragam dan mengemas kini peruntukan sedia ada dan memasukkan peruntukan baharu dalam akta supaya perundangan cukai lebih telus, efisien selari dengan perubahan semasa polisi percukaian serta dapat memenuhi keperluan perniagaan dan pembayar cukai.

Datuk Abd Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Kudat

Selain daripada itu, pindaan yang dilaksanakan ini merupakan usaha berterusan dalam memperkasakan tindakan penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang bertujuan untuk memastikan pematuhan cukai dan mengurangkan ketirisan hasil cukai kerajaan. Pindaan turut dilaksanakan bagi membolehkan pindaan lebih cepat dan berkesan dan dapat dijalankan dengan menambah baik peruntukan tertentu berkaitan kuasa pegawai kastam untuk mengurus tahanan reman di tempat tahanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta kuasa pegawai kastam untuk menjalankan proses sitaan dan siasatan kes dengan lebih cepat. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai enam fasal seperti berikut; Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 meminda seksyen 93(1) untuk memperuntukkan bahawa apabila barang-barang yang duti kastamnya telah dibayar kemudian dieksport semula Ketua Pengarah Kastam boleh membenarkan 9/10 daripada duti yang dikira itu dibayar semula sebagai pulangan cukai. Fasal 3 ialah bertujuan membina subseksyen 99(1) untuk memperuntukkan amaun minimum tuntutan bagi pulangan cukai yang boleh dibuat bagi barang-barang import untuk tujuan pengilangan yang duti kastamnya telah dibayar apabila barang- barang itu dieksport semula iaitu tidak kurang daripada RM200. Fasal 4 bertujuan memasukkan seksyen baru seksyen 106C bertujuan untuk memperuntukkan kuasa tambahan kepada pegawai kastam untuk mengurus dan menjaga tahanan reman dalam tempat tahanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia seperti mana kuasa seorang pegawai polis. Fasal 5 bertujuan memasukkan subseksyen baru iaitu 114(3A) dan (3B) bagi memperuntukkan kuasa kepada pegawai kastam untuk menge-seal pengangkut premis atau tempat yang mengandungi barang, dokumen atau benda yang tidak dapat dialihkan bagi tujuan sitaan. Peruntukan ini juga menjadikan suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang mengganggu seal dan sitaan tersebut serta boleh dikenakan hukuman ke atas kesalahan berkenaan. Keenam, fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 116E bagi memperuntukkan kebolehterimaan keterangan ejen provokasi dan keterangan yang diberi kepada agen provokasi untuk digunakan dalam satu pertuduhan di bawah akta. Ketujuh, pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah pindaan bersifat kecil atau consequential in nature. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada yang menyokong? Minta seorang menyokong.

Datuk Haji Shabudin YahayaUMNO · BNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Tasek Gelugor

Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kastam 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya bagi panduan. Perbahasan ini keseluruhan lebih kurang dalam 20 minit. Dua daripada sebelah pihak dan kemudian tiga minit seorang. Jawapan, Yang Berhormat Menteri akan menjawab lima minit. Saya jemput Yang Berhormat, saya mula dengan Jelutong dahulu. Tiga minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada pindaan fasal 6 bertujuan untuk memasukkan seksyen 116E ke dalam Akta 235 untuk mengadakan peruntukan bagi kebolehpercayaan keterangan ejen provokasi dan kebolehterimaan sebagai keterangan apa-apa pernyataan yang diberi kepada ejen provokasi sama ada dia seorang pegawai kastam atau pegawai polis, tidak kira apa juga pangkatnya oleh seorang yang kemudiannya dipertuduh atas satu kesalahan di bawah akta ini. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada pindaan ini boleh membawa apa-apa kemudaratan semasa perbicaraan sesuatu kes. Ini kerana pindaan ini adalah lebih kurang sama seperti pindaan yang terdapat dalam Akta Dadah Berbahaya. Akan tetapi di sini saya ingin menyoal penggunaan perkataan kebolehpercayaan keterangan ejen provokasi dan kebolehterimaan sebagai keterangan apa-apa pernyataan yang diberi. Ini kerana kita harus waswas, pindaan ini boleh menyebabkan macam-macam ketidakadilan berlaku, terutamanya kalau seseorang itu berhadapan dengan sesuatu pertuduhan melibatkan kes penyeludupan di bawah Akta Kastam. Saya ingin merakamkan bantahan saya kerana penggunaan seksyen ini tidak akan menjamin keadilan dalam sesuatu perbicaraan. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah yang menyebabkan pindaan ini dibuat? Ini kerana kita lihat walaupun saya akur bahawa kes-kes penyeludupan di negara kita makin meningkat, terutamanya melibatkan rokok dan minuman-minuman keras. Akan tetapi adakah pindaan ini perlu kerana kita lihat bahawa agensi penguatkuasaan seperti kastam, polis dan sebagainya memang sedang melaksanakan tugasan-tugasan mereka, walaupun dewasa ini ada laporan-laporan dalam surat khabar yang menyatakan bahawa kes-kes melibatkan penyeludupan di sempadan sudah pun mula meningkat.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ada beberapa soalan yang saya ingin tumpang Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak tanya usaha kerajaan untuk melaksanakan single agency antara kastam, MAQiS dan sebagainya terutamanya di kawasan persempadanan. Apa perbincangan buat masa sekarang. Adakah ia masih dilaksanakan atau akan dilaksanakan. Kedua adalah tentang isu koordinasi antara kastam dan juga MAQiS di mana kita tahu selalunya coordination ini tidak mencukupi menyebabkan ada banyak bahan dan barangan yang diimport tanpa dicukai dan diperiksa oleh MAQiS. Ini kerana antaranya merupakan masalah tentang dokumen ya documentation. Ada yang masuk kastam, kastam tidak hantar ke MAQiS. Kita nampak ada kelemahan daripada segi e- Kastam di mana bukan semua documentation itu adalah elektronik. Masih ada banyak yang menggunakan paperwork. Paperwork ini ada banyak kelemahan. Ada yang hilang, ada yang sengaja dihilangkan dan sebagainya. Ini menyebabkan akhirnya negara Malaysia kita ini mengalami kerugian dan juga penyeludupan yang teruk. Jadi, saya harap bolehlah laksanakan sepenuhnya elektronik, dan satu- platform antara border agency termasuk kastam dan juga MAQiS. Ini cadangan saya. Yang Berhormat Jelutong, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong please finish your floor. Cepatkan sebab masa sudah habis.

Terima kasih. Ya Tuan Yang di-Pertua, saya cuma ingin merumuskan dengan mengatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua sendiri pun telah mendengar dalam sesi persidangan ini, banyak perkara yang masih lagi belum diselesaikan. Perkara yang selalu saya bangkitkan. Manakah Jho Low?

Perkara yang selalu bangkitkan, kes Mohd Adib belum selesai. Semua perkara ini belum selesai. Kenapakah buat pindaan-pindaan ini? So, saya minta supaya kita tumpukan perhatian untuk menyelesaikan perkara-perkara yang masih belum selesai daripada membuat pindaan-pindaan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Pontian.

Tentunya pindaan ini pada pandangan kita bahawa ia bertujuan untuk mengekang ketirisan hasil kewangan. Kedua, tentunya pindaan ini juga untuk mengurangkan aktiviti penyeludupan. Secara umum, saya ingin menyatakan satu laporan dan juga data bahawa Malaysia kehilangan lebih kurang RM5 bilion. Tuan Yang di-Pertua, hilang hanya daripada hasil kebocoran tax ataupun cukai rokok. Malaysia ini didapati bahawa 12.8 bilion batang rokok setahun digunakan. Itu rokok yang tidak sah, rokok dalam istilah lain ialah rokok haramlah.

Rokok yang sah, yang bercukai 7.2 bilion batang, 64 peratus merupakan rokok haram, 36 peratus sahaja rokok yang sah dan bercukai. Rokok yang bercukai ini harganya RM17.40 hingga RM12. Saya tidak merokok Tuan Yang di-Pertua, saya mengetahui data-data ini. Rokok yang illegal RM8 ke RM2 dan ada packaging nya lima batang. Packaging ini saya lihat sendiri dan harganya cuma RM2 dan ini amat berbahaya. Rokok itu rokok seludup. Rokok seludup ini boleh dibeli oleh anak-anak sekolah. Jadi, pada saya black market ini, disebut oleh satu kajian, Malaysia adalah merupakan black market rokok yang terbesar dalam dunia, Timbalan Menteri. Ini satu lagi perkara yang sepatutnya tidak berlaku. Oleh sebab rokok-rokok yang seludup ini mempunyai nikotin yang lebih tinggi dan mempunyai tar yang lebih tinggi. Ia tidak ada health warning ataupun amaran kesihatan dan ia tidak ada sebarang manufacturing standard. Oleh sebab itu, saya kira perkara ini merupakan satu ancaman keselamatan kepada negara kita dan saya harap ada kaedah-kaedah yang tertentu. Ia hilang Tuan Yang di-Pertua, semasa transshipment. Rokok itu masuk, boleh diketahui tetapi hilang sebelum rokok itu dieksport semula. Hilang ketika transshipment sebagaimana yang disebutkan di dalam pindaan rang undang-undang ini. Kita harap ia tidak hilang semasa transshipment dan kita boleh mengurangkan penyeludupan dan mengurangkan ketirisan hasil. Mungkin cadangannya ialah adakan satu- pilot program untuk dua tahun, misalnya. Kita bagi RM8 satu brand yang legal kemudian barulah kita boleh kurangkan 50 peratus daripada cukai yang rokok itu ia boleh turun jadi RM8. Rokok halal RM8 ini boleh berlawan dengan rokok haram yang juga harganya lebih kurang sama. Jadi, kita tidak mahu kehilangan RM5 bilion hasil daripada rokok seludup dan RM5 bilion ini bukanlah satu yang kecil. Sekali lagi saya ingin menyebut, ada satu kajian menyatakan bahawa Malaysia adalah black market rokok haram yang terbesar dalam dunia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lumut, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Subang. Sila Yang Berhormat Lumut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan pindaan untuk memastikan ketua pengarah diberikan kuasa untuk memulangkan duti-duti apabila barangan itu dieksport semula, 9 per 10. Ini kerana ia nya akan memberikan suatu autoriti yang lebih besar untuk meluluskan pembayaran wang ini. Cuma ia akan meningkatkan birokrasi, bertambah lagi kerja DG ini. Walaupun dia boleh perturunkan kuasanya tetapi saya hendak memperingatkan. Dalam beberapa laporan yang kita dapat di PAC, banyak daripada beberapa kes yang berlaku apabila ID-ID pegawai-pegawai yang diberikan dan diperturunkan kuasa untuk melaksanakan kelulusan sesuatu urusan kerajaan ini dicuri oleh orang lain. Mungkin oleh orang luar daripada jabatan ataupun within the department, dengan izin.

Jadi, saya rasa kalaupun DG ini telah diberikan kuasa, apabila diperturunkan nanti akan berlaku perkara yang sedemikian. Kerajaan harus mengambil langkah- langkah keselamatan siber ini untuk mengelakkan ID-ID atau pengenalan-pengenalan diri bagi mereka yang boleh akses kepada mana-mana urusan ini dikawal dengan rapi supaya tidak berlaku lagi seperti yang dilaporkan di dalam PAC. Keduanya, apabila kita menyamakan pegawai-pegawai kastam ini dengan pegawai-pegawai di jabatan lain seperti Polis Diraja Malaysia ataupun penjara, saya beranggapan level nya semua sama. Akan tetapi di sini kastam hendak disamakan dengan koperal dan ke bawah tetapi dengan penjara, sarjan dan ke bawah. Jadi, saya hendak bertanya, adakah ini memang keadaan di Malaysia di mana sarjan di penjara itu tidak sama dengan sarjan di PDRM? Kalau boleh perkara ini diselaraskan supaya ia memberikan suatu impak yang positif kepada pegawai-pegawai kita di jabatan kerajaan, di mana sarjan di mana-mana pun Sarjan. Kalau Kastam ada Sarjan, they identify themselves as Sarjan, ada lah imejnya yang sama dengan di PDRM. Ini suatu perkara yang saya ingin cadangkan. Ketiganya, mengenai ejen provokator ini seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong. Saya khuatir juga kalau ejen provokator ini yang tidak akan dikenal pasti- anonymous semasa perbicaraan melaksanakan tugas-tugasnya dengan tidak adil kerana ada sentimen-sentimen tertentu. Jadi, bagaimana kita hendak memastikan bahawa ejen-ejen provokator daripada kastam ini bertindak dengan baik, adil, saksama dan beramanah. Oleh sebab kita lihat sehari dua ini ada jabatan-jabatan seperti imigresen, Polis Diraja Malaysia, di mana berlaku banyak penyelewengan yang bukan hanya merugikan kewangan negara tetapi membahayakan keselamatan kita.

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, baru-baru ini ada satu lagi berita yang tular tentang seorang anggota polis yang terjumpa RM1 juta dalam akaunnya. So, bayangkan kita- kita tidak persoalkan integriti tetapi ada satu dua yang akan menyebabkan kita persoalkan, penyalahgunaan peruntukan ini dalam Akta Kastam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, masa sudah habis ya.

Ya, saya gulung ya. Saya khuatir kadang-kadang ejen provokator ini akan identify himself ke atas orang yang disiasat, maka boleh berlaku penyelewengan-penyelewengan seperti hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Jadi, saya harap perhatian ini diberikan oleh kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pindaan ini perlu walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa pindaan ini tidak perlu kerana harus beri perhatian kepada Jho Low, kepada Adib dan sebagainya. Adib ini ialah perjuangan kami, kawan-kawan Perikatan Nasional sebab ia dimulakan zaman Pakatan Harapan. Apa pun tak buat. Sekarang ini saya bersyukur sebab Menteri Dalam Negeri telah bertindak dan cuba menyelesaikan penyiasatan mengenai kes Adib.

Siasatan dibuat oleh Pakatan Harapan itu hari.

Cuba menyelesaikan, hampir beberapa tahun dah belum selesai lagi.

Ini merupakan perjuangan Barisan Nasional tetapi puak-puak sana hanya bercakap, kononnya hendak jadi hero. Tak payah jadi hero bila kami dah buat kerja. Jangan ambil kesempatan untuk dilihat sebagai kononnya memperjuangkan sesuatu tetapi apa tak buat. Kami bukan sahaja perjuangkan, kami buat. Saya terima kasih...

Tunggu apa lagi, tunggu apa lagi? Tuduhlah!

Tak kacau pun awak bercakap! Tak siuman lah awak ini! Saya tak kacau pun!

Bincang akta. Ini Yang Berhormat Arau, bincang akta. Bincang akta.

Kalau masa kamu bercakap, cakaplah. Sekarang saya tak kacau. Ini floor saya bercakap. Ini tak ada fasal-fasal, kita bercakap fasal kes kastam, pi Jho Low. Ini tak betul ya! Saya bagi tahu! Jangan kacau saya! Kamu bercakap, saya tak kacau, okey! Nombor satu.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Takut apa, Yang Berhormat Arau? Jho Low sahaja, takut apa?

Pindaan ini perlu kepada Zoo Negara semua. Pindaan ini perlu kerana ia nya membolehkan kastam untuk menyelesaikan banyak perkara. Pertama sekali, pemeriksaan. Ini merupakan Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1. Jabatan Kastam tidak dapat mengedarkan 304 unit senjata api kepada pegawainya kerana ia dibeli sebelum mendapat lesen yang diperlukan. Lesen ini disimpan di seluruh tempat, 17 buah tempat simpanan iaitu 234 yang bernilai RM917,600 dan 70 lagi baki disimpan di stor syarikat yang menjual senjata api. Saya mengesyorkan supaya kerajaan mengeluarkan lesen kepada kastam. Kenapa dibiarkan benda ini berlalu dari tahun 2015, 2017? Oh! Zaman Pakatan Harapan ya? Patut teruk ya. Jadi, kita lihat dibiarkan begitu sahaja dan tidak dikeluarkan dalam keadaan kastam memerlukan senjata api. Kita tahu bahawa banyak kes ugutan dan lain-lain lagi yang dibuat kepada Kastam, Kastam tidak mendapat menggunakan senjata api kerana tidak dikeluarkan lesen oleh pihak polis. Saya minta polis tolong melihat perkara ini. Perkara yang akhir sekali ialah berhubung dengan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam. Ini harus diperkuatkan sebab kita tahu bahawa pegawai-pegawai kastam yang membuat penguatkuasaan ini diugut oleh orang yang menyeludup dan sebagainya. Kadang-kadang mereka ini mendapat perlindungan daripada peguam-peguam yang hebat.

Jadi, kita minta Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam ini ataupun COBRA ini diperkuatkan dan dimantapkan supaya mereka boleh, “mengajar puak-puak cuba mengancam kerajaan sama ada melalui pegawai dan sebagainya”. Pegawai kerajaan tidak boleh dipermainkan termasuk permain kata. Mereka menjalankan tugas demi negara dan tanah air. Kita kena sokong mereka. Bukan setakat sokong, tetapi memperkuatkan pasukan-pasukan tertentu supaya mereka dapat membantu pegawai- pegawai kastam yang menjalankan penguatkuasaan. Saya juga menyokong supaya lokap kastam digazetkan supaya mereka boleh meletakkan tahanan yang sekarang ini mereka menumpang polis. Sekarang ini, supaya mereka boleh menempatkan tahanan di lokap mereka. Jadi, saya menyokong dengan hebatnya dan saya menyokong usaha kerajaan untuk menyelesaikan kes Adib dan bukan puak-puak sana yang memperjuangkan. Mereka hanya mencari nama. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang dan yang terakhir Yang Berhormat Subang. Sila.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pasir Gudang ingin membahaskan rang undang-undang meminda Akta Kastam 1967 dengan mengaitkan bidang kuasa kastam dengan kepentingan Kerajaan Negeri Johor. Malaysia sebuah negara Persekutuan yang mana Johor salah sebuah negeri di dalamnya. Seperti kita maklum, bidang kuasa kastam berada dalam Senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Di Johor terdapat banyak Custom, Immigration and Quarantine (CIQ).

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Kastam salah satu fungsinya adalah untuk mengutip cukai, levi, duti kastam dan sebagainya. Kita ada CIQ di Bangunan Sultan Ismail di Johor Causeway, CIQ di Bangunan Sultan Abu Bakar- Second Link di Iskandar Puteri, CIQ di Senai Airport, CIQ di Johor Port dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Saya ingin menarik perhatian bahawa Johor menjadi pusat yang mana kastam mengutip sumber kewangan kepada Kerajaan Persekutuan, jadi sampai masanya untuk kepentingan negeri Johor ambil berat tentang hasil daripada kutipan kastam itu. Ini kerana Johor tidak ada minyak, tidak ada gas seperti Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Johor tidak ada rare-earth mineral seperti di Kedah tetapi Singapore merupakan pelabuhan terbesar di dunia dan Johorlah yang menjadi pintu masuk barangan ke negara kita ini. Jadi, sudah sampai masanya, saya merasakan daripada segi dasar untuk memikirkan kepentingan negeri Johor dalam kutipan kastam ini. Ini kerana, kalau kita lihat dalam isu pandemik sekarang ini, ekonomi Johor sangat terkesan teruk apabila sempadan negeri Johor dengan Singapura ditutup. Perniagaan-perniagaan khususnya di Johor Bahru lumpuh dan sebagainya. Jadi, sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang saya turut ingin mengetengahkan kepentingan negeri Johor sebagai sebuah negeri yang mengaut tempat kastam mengaut hasil negara ini. Bagilah sedikit sebahagiannya kepada negeri Johor. Terima kasih .

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ucapan saya pendek, nanti Yang Berhormat Beruas boleh cakaplah. Dalam perkara Rang Undang- undang Kastam (Pindaan) 2020 ini, timbul dua perkara. Pertama sekali- merupakan kuasa Pegawai Kastam disamakan dengan kuasa polis untuk melakukan penangkapan dan diberikan pangkat Koperal. Daripada present itu pangkat Sarjan. Saya hendak tanya dua soalan yang basic. Adakah Pegawai Kastam akan menerima latihan semacam polis? Itu penting. Adakah mereka akan membawa senjata api? Adakah mereka akan diberikan insurans dan perlindungan yang secukupnya sekiranya mereka tercedera? Ataupun dalam senario yang paling teruk ditembak dalam satu serbuan penangkapan, pegawai-pegawai ditembak. Ini semua soalan asas. Kita boleh meluluskan rang undang-undang ini...

Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Sekiranya logikal...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Ya. Silakan.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya, saya hendak tanya sama ada pegawai kastam ini dilengkapi dengan body cam untuk mengelakkan abuse of power, dengan izin.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Itu soalan yang baik dan juga suggestion yang baik sekali. Okey, baik saya teruskan. Kita kena kajilah baik-baik bila kita luluskan undang-undang ini. Apa yang kita perlu lakukan untuk memastikan seperti yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Arau, demi keselamatan pegawai-pegawai kastam kita. Soalan kedua saya adalah, adakah kes penyeludupan telah meningkat secara mendadak dalam dua tiga tahun ini? Ini kerana, kita hendak luluskan rang undang- undang ini, jadi kita kena tahulah apakah sebab di sebaliknya. Tolong berikan data kes- kes penyeludupan dan adakah penyeludup-penyeludup ini semua ini ganas dan mempunyai senjata api atau tidak? Kita hendak tahu tindakan pihak polis sama ada kerjasama baik atau tidak dengan kastam? Ini kerana, sekarang kita hendak bagi kastam ini kuasa luar biasa apakah tahap status kerjasama antara pihak polis dengan kastam dan juga pihak Maritim Malaysia dan juga pihak kawalan sempadan. Kalau pihak polis terlalu banyak kerja ataupun pihak Maritim Malaysia tidak boleh buat kerja dia dengan baik, tambahkan polis. Tak, sebenarnya tidak payah kita tambah bagi Custom officer jadi polis pula. Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih.

Yang Berhormat sikit, Yang Berhormat.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Satu minit boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Jelutong dulu. Duduk.

Berkenaan isu pegawai kastam Anisah Ali yang terbunuh di Kelantan. Saya cuma ingin tanya menggunakan kesempatan ini, apakah yang akan berlaku? Ini kerana, saya difahamkan beliau telah dilanggar dan dibunuh oleh tonto. So, saya ingin tanya apakah yang telah dilakukan oleh kementerian dan pegawai-pegawai kastam untuk menyiasat, membawa keadilan kepada arwah Anisah Ali ini. Kita mengadakan satu persidangan sidang akhbar di Dewan yang mulia ini pada sesi yang lalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Minta ditambahkan ucapan daripada Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Subang- minta bagi satu minit untuk Beruas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memandangkan kita hendak meminda undang-undang membenarkan keterangan daripada agen provocateur diterima, soalan saya yang saya hendak tanya kepada kerajaan, daripada pengalaman saya kadang-kadang agen provocateur ini daripada segi undang-undang mereka pun telah melakukan satu kesalahan kerana bersubahat untuk melakukan kesalahan. Jadi, boleh saya dapat penjelasan, adakah agen provocateur ini juga boleh didakwa di mahkamah? Ini kerana, dalam satu kes pengedaran dadah yang saya pernah mewakili seorang agen provocateur- kerana pihak polis menggunakan agen provocateur untuk mendapat pengedar utama. Akhirnya, beliau juga didakwa sebagai bersubahat dalam mengedar dadah. Itu satu. Kedua, memandangkan kita hendak memberikan kuasa kepada pegawai kastam bolehkah kerajaan memberi jaminan kerana sudah berlakunya banyak kali di mana pihak-pihak penguat kuasa menyalahgunakan kuasa ke atas mana-mana rakyat yang hendak melindungi diri mereka sendiri. Kalau hendak ambil video tentang tindakan-tindakan pihak-pihak berkuasa ini, mereka diberi jaminan tidak akan didakwa seperti satu kes penuntut universiti yang mengambil video tentang tindakan pihak penguat kuasa. Jadi, janganlah kita berikan terlalu banyak kuasa kepada pihak penguat kuasa. Hak rakyat untuk melindungi mereka diri sendiri ini di- is denied. Jadi, saya nampak ini kerana sudah banyak tuduhan dan juga tindakan salah guna kuasa oleh pihak penguat kuasa. Jadi harapan saya janganlah kita pinda undang-undang memberikan kuasa kepada pihak penguat kuasa dan hak rakyat untuk dilindungi, diabaikan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Selama lima minit.

Datuk Abd Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Kudat

Terima kasih Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua, bagilah masa yang lebih lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Kita mulakan dulu saya akan bagi masa.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan pindaan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2020 iaitu bagi membolehkan tindakan lebih cepat dan berkesan dapat dijalankan dengan menambah baik peruntukan tertentu berkaitan dengan kuasa pegawai kastam untuk mengurus tahanan reman di tempat tahanan JKDM serta kuasa pegawai kastam untuk menjalankan proses sitaan dan siasatan kes dengan lebih cepat.

Tujuan yang kedua ialah untuk menyeragamkan dan mengemas kini peruntukan sedia ada dan memasukkan peruntukan baharu ke dalam akta supaya perundangan cukai lebih telus, efisien, selari dengan perubahan semasa polisi percukaian serta dapat memenuhi keperluan perniagaan dan pembayar cukai. Tujuan yang ketiga ialah untuk memperkasa tindakan penguatkuasaan JKDM yang bertujuan untuk memastikan pematuhan cukai dan mengurangkan ketirisan hasil cukai kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan ini ialah Yang Berhormat Jelutong, ada membangkitkan berkaitan dengan agen provokasi, sama ada pindaan ini boleh membawa kepada apa-apa kemudaratan semasa perbicaraan kes di mana pindaan ini adalah sama seperti yang terdapat dalam Akta Dadah Berbahaya. Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan asal fasal 6 ini adalah bertujuan ialah yang pertama, untuk JKDM tidak bergantung sepenuhnya kepada maklumat oleh informer ataupun pemberi maklumat. Kedua ialah membolehkan apa-apa keterangan yang dibuat oleh agent provocateur Kastam diterima pakai di mahkamah. Pegawai Kastam yang hak adalah sebagaimana yang diberi tafsiran di bawah seksyen 2 Akta Kastam 1967 yang diberi tanggungan secara khusus terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai Kastam. Cadangan ini juga telah diluluskan oleh Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara. Yang Berhormat Bayan Baru juga ada membangkitkan berkaitan dengan kerjasama di antara Kastam dan MAQiS...

Mencelah sikit.

MAQiS dan JKDM saling bekerjasama di antara satu dengan lain daripada segi kawalan di pintu masuk negara. Pada masa yang sekarang, tidak ada perancangan untuk MAQiS dan JKDM menjadi single agensi.

Yang Berhormat Menteri, Lumut.

Ya.

Penjelasan mengenai agent provocateur. Adakah tidak mungkin akan berlaku apabila pihak pendakwa berjaya turn over seorang rakan sejenayah untuk menjadi pemberi kesaksian bagi pihak pendakwa, kemudian disenaraikan sebagai agent provocateur?

Ya, memang perkara ini...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

On-kan mike.

Ia boleh berlaku tetapi seperti mana yang saya katakan tadi bahawa penambahbaikan yang dibuat untuk mengambil agent provocateur sebagai keterangan yang boleh diterima di dalam mahkamah ini adalah bertujuan untuk mengemaskan usaha-usaha untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi menghadapi golongan-golongan yang sentiasa berusaha untuk menggagalkan usaha- usaha khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Yang Berhormat Pontian ada membangkitkan tentang apakah langkah kerajaan untuk mengurangkan rokok haram. Dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan rokok haram, kerajaan melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia sentiasa melaksanakan aktiviti penguatkuasaan seperti berikut: (i) mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan seperti pemeriksaan consignments di pintu masuk keluar negara dan operasi-operasi seperti Operasi Outlet, Ops Sekat, Ops Kanvas serta Ops Perayaan bagi mencegah ketirisan hasil dan membanteras aktiviti penyeludupan; dan

(ii) selain daripada itu, bagi menjalin kerjasama dengan agensi penguatkuasaan dan keselamatan serta regulatory body dalam dan luar negara bagi menangani sindiket penyeludupan RMK dan rokok, dadah dan money laundering. JKDM juga sedia berkongsi kepakaran dan maklumat serta mengadakan operasi bersepadu bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan dan keselamatan seperti APMM dan PDRM. Selain daripada itu, JKDM juga turut bekerjasama di peringkat antarabangsa, Asia Pasifik dan ASEAN. Misalnya Operasi PATKOR KASTIMA bersama pihak berkuasa cukai Indonesia diadakan setiap tahun bagi membendung penyeludupan di perairan Selat Melaka. Kerjasama ini dijalin juga dengan industri-industri daripada segi perkongsian maklumat. Kita juga menjalankan Collaborative Border Management yang diperkenalkan di pintu-pintu masuk keluar negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan. Pemeriksaan consignment di pintu-pintu masuk keluar negara secara bersepadu di antara Kastam, penguatkuasaan, pematuhan dan perkhidmatan teknik dilaksanakan bagi memastikan pengikraran yang dibuat juga adalah...

Yang Berhormat Menteri.

...Ia juga dapat mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan di Zon Bebas. Di dalam Belanjawan 2021, kerajaan juga telah mengumumkan sekatan aktiviti transshipment rokok di pelabuhan tertentu bagi mengawal aktiviti penyeludupan rokok.

Yang Berhormat Menteri, cuma saya menggunakan kesempatan ini untuk membawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri. Saya yakin Yang Berhormat Menteri akan terus melaksanakan tugas untuk menyiasat kes kejadian seorang anggota kanan daripada cawangan Kastam Rantau Panjang, arwah Anisah Ali, 51 tahun yang telah dilanggar dan meninggal dunia akibat dilanggar oleh seorang tonto. Kejadian pada 7 Oktober 2016 di Pasir Mas...

Yang Berhormat...

Saya cuma minta supaya perkara ini diberi perhatian kerana ketika kita menjadi kerajaan, Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Rantau Panjang tidak membawa perkara ini ke Dewan yang mulia ini. Akan tetapi, saya mengambil kesempatan supaya perkara ini diberi perhatian. Sehingga hari ini, kematian beliau belum lagi dibela. Cuma saya minta diberi perhatian dan disiasat perkara ini. Terima kasih.

Perkara ini Yang Berhormat sudah bangkit tadi, nanti saya akan jawab selanjutnya. Saya akan meneruskan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut iaitu bagaimana kerajaan memastikan kerahsiaan maklumat ID terpelihara. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan mengenai kerahsiaan maklumat bagi apa-apa maklumat mengenai pembayaran cukai yang terlibat yang dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah disediakan di bawah seksyen 124A dan 125A Akta Kastam 1967. Yang Berhormat Arau mencadangkan supaya pegawai Kastam diberi lesen membuat senjata api. Untuk makluman Yang Berhormat, JKDM telah diberikan lesen senjata api dan permit menggunakan dan membawa senjata api oleh PDRM. Lesen senjata api ini tertakluk kepada satu tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Senjata 1960.

Yang Berhormat, saya tanya soalan itu agak spesifik. Jadi, mungkin Yang Berhormat tak boleh jawab secara lisan. Jadi, saya ingat tentang kes laporan audit tentang senjata yang tersimpan tidak dikeluarkan sehingga hari ini kerana lesen tidak dapat, Kastam beli dulu. Jadi Yang Berhormat, jawab bertulis yang terbaik.

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya akan berikan secara bertulis. Yang Berhormat Pasir Gudang ada membangkitkan tentang perlunya diperketat pungutan cukai di Johor, khususnya di pintu-pintu masuk di mana Kastam beroperasi. Kita mengambil cadangan itu dengan baik dan memang pun menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan bahawa semua pintu masuk ini dapat diperketat untuk memastikan bahawa kerajaan dapat meningkatkan pungutan hasil.

Yang Berhormat Subang ada membangkitkan beberapa isu iaitu berkaitan dengan kuasa polis yang telah diberikan kepada pegawai-pegawai Kastam dan mereka ini sememangnya dilatih di dalam menggunakan senjata api. Bagi keterangan lanjut tentang kuasa-kuasa, saya akan berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Berkaitan dengan kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, saya tidak ada maklumat berkaitan perkara itu. Saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat secara bertulis kerana maklumat yang dibekalkan kepada saya tidak ada. Bagaimanapun, saya berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan- dapat diselesaikan kes ini dengan baik supaya keadilan dapat diberikan kepada pegawai Kastam tersebut. Itu sahaja Ahli-ahli Yang Berhormat...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Berkenaan cadangan body cam diberikan.

Yang Berhormat, saya ada timbul tadi fasal COBRA (Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam). Kalau yang ini ada, kita sudah pasti dapat melindungi pegawai-pegawai Kastam yang melaksanakan tugas. Akan tetapi kalau Yang Berhormat tak dapat maklumat lagi, sila beri jawapan bertulis petang inilah. Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya belum...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih atas maklum balas. Saya akan menunggu jawapan bertulis. Saya juga yakin bahawa memandangkan Yang Berhormat Rantau Panjang dan Yang Berhormat Pasir Mas di blok kerajaan, mereka juga akan terus bersuara dan tidak akan mengghaibkan diri bila perkara-perkara utama ini dibincangkan. Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Dua perkara yang saya bangkitkan tidak dijawab. Satu, agent provocateur kerana bersubahat melakukan sesuatu jenayah itu, adakah beliau boleh juga didakwa atau adakah perlindungan diberikan kepada agent provocateur? Seperti yang saya katakan tadi, pernah saya lakukan satu kes di mana pihak polis menggunakan seorang penagih dadah menjadi agent provocateur untuk tangkap pengedar dadah. Akhirnya, beliau juga didakwa mengedar dadah dan hukumannya digantung sampai mati.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi, yang kedua ialah adakah kerajaan memberikan jaminan kepada rakyat yang mereka boleh merakamkan semua serbuan dan tindakan pihak penguat kuasa supaya tidak disalahgunakan kuasa? Ini kerana kita berikan banyak lagi kuasa kepada pihak penguat kuasa. Jadi, berikan jaminan bahawa rakyat boleh melindungi diri sendiri daripada pegawai-pegawai yang salah gunakan kuasa. Terima kasih.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Ya, Yang Berhormat. Cadangan body camera diberikan kepada mereka.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kepong. Sila rumuskan ini.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri pun pasang body camera.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Mikrofon, mikrofon.

...Oleh JKDM iaitu perinciannya akan dimaklumkan kemudian. Berkaitan dengan beberapa perkara yang berbangkit yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas, agent provocateur pada pendapat saya memang boleh didakwa kalau sekiranya dia melakukan apa-apa kesalahan. Berkaitan dengan rakaman kepada penguat kuasa itu, ini saya akan bekalkan kepada Yang Berhormat. Saya tidak ada maklumat berkaitan dengan perkara itu. Begitu juga berkaitan dengan body camera itu. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, saya ucapkan terima kasih.

Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, baik.

Itu sahaja...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jadi kalau dalam setiap kes di mana agent provocateur yang digunakan memang beliau terlibat dalam pelaksanaan jenayah tersebut, kalau agent provocateur boleh didakwa, jadi adakah pihak penguat kuasa akan memberitahu agent provocateur bahawa selepas mereka menjadi agent provocateur pihak penguat kuasa, selepas itu mereka akan didakwa di mahkamah? Ini mesti dijelaskan kerana pihak penguat kuasa akan menggunakan orang ramai jadi agent provocateur. Tadi Yang Berhormat Menteri kata, orang sedemikian akan didakwa. Adakah amaran ini diberikan? Supaya tidak ada mangsa, orang yang tidak- we called a victim- yang terjatuh ke dalam perangkap kerana kata-kata manis dan juga mungkin ada kalanya ada reward atau ganjaran yang diberikan. Jadi, ini mesti- jangan mana-mana rakyat terpedaya dengan tindakan pihak penguat kuasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beruas.

Yang Berhormat Beruas, agent provocateur seperti mana yang saya telah jelaskan tadi, memang boleh didakwa di mahkamah. Walau bagaimanapun, keterangan tersebut adalah berdasarkan kepada maklumat siasatanlah. Kalau dia ada kesalahan, memang dia akan boleh didakwa. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat.

Jadi, saya mencadangkan supaya menamatkan perbahasan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG EKSAIS (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Abd Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Kudat

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2020 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Eksais 1976 dan

pindaan yang dilaksanakan dalam akta ini adalah merupakan pindaan susulan atau consequential amendment daripada Akta Kastam 1967 yang telah dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini iaitu rang undang-undang ini mempunyai enam fasal seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan membina subseksyen 19(1) untuk memperuntukkan amaun minimum tuntutan bagi pulangan duti eksais yang boleh dibuat bagi barang-barang import yang duti eksaisnya telah dibayar apabila barang-barang itu dieksport semula iaitu tidak kurang daripada RM200. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Fasal 3 bertujuan meminda subseksyen 19A(1) untuk memperuntukkan bahawa apabila barang-barang import yang duti eksaisnya telah dibayar kemudian dieksport semula, Ketua Pengarah Kastam boleh membenarkan sembilan persepuluh daripada duti yang dikira itu dibayar semula sebagai pulangan cukai. Fasal 4 bertujuan memasukkan seksyen baharu 50B bagi memperuntukkan kuasa tambahan kepada pegawai kastam untuk mengurus dan menjaga tahanan reman dalam tempat tahanan JKDM seperti mana kuasa seorang pegawai polis. Fasal 5 bertujuan memasukkan subseksyen baharu iaitu 54(3A) dan 54(3B) bagi memperuntukkan kuasa kepada pegawai kastam bagi menge-seal pengangkut premis atau tempat yang mengandungi barang, dokumen atau benda yang tidak dapat dialihkan bagi tujuan sitaan. Peruntukan ini juga menjadikan satu kesalahan bagi mana- mana orang yang mengganggu seal dan sitaan tersebut serta boleh dikenakan hukuman ke atas kesalahan berkenaan. Fasal 6 bertujuan memasukkan seksyen baharu 56E bagi memperuntukkan kebolehterimaan keterangan ejen provokasi dan keterangan yang diberi kepada ejen provokasi untuk digunakan dalam satu pertuduhan di bawah akta. Terima kasih. Selanjutnya yang ketujuh iaitu pindaan lain yang tidak boleh dinyatakan secara khusus iaitu pindaan bersifat kecil atau consequential in nature. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa di sebelah sini?

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Bendera.

Saya juga bersedia untuk...

Penyokong?

Tuan Yang di-Pertua

Maaf.

Pontian.

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Oh, sokong dulu?

Puan Hajah Zuraida binti KamaruddinPKR · PHMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Ampang

Saya sokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Maaf. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Eksais 1976 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Silakan, Yang Berhormat Bukit Bendera tadi.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan untuk rang undang-undang untuk meminda Akta Eksais 1976. Seperti rang undang-undang yang dibentangkan sebelum ini Akta Kastam, Akta Eksais (Pindaan) 2020 juga terdapat tambahan kuasa kepada pihak kastam. Tambahan kuasa ini saya rasa perlu diseimbangkan. Dalam fasal-fasal yang disebut bahawa pejabat pegawai kastam boleh- yang pejabat pegawai kastam yang hak itu hendaklah disifatkan sebagai balai polis.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Saya rasa ingin mendapat penjelasan daripada Menteri sama ada pandemik COVID-19- sama ada ada SOP yang ketat memandangkan bahawa lokap kastam ini juga merupakan sebuah kawasan yang berpotensi untuk menjadi tempat penularan COVID- 19. So, saya ingin mendapat apakah SOP yang dipakai oleh pihak kastam. Saya ingin menyebut juga mengikut satu fasal yang disebut iaitu fasal 3, ketua pengarah boleh membenarkan sembilan per sepuluh daripada duti yang dikira dibayar semula sebagai pulangan cukai. Kalau kita baca dalam Bahasa Inggeris ia sebenarnya “the words of the Director General may allow nine-tenths of the duties calculated in accordance with subsection 2 be repeat...” Perkataan yang digunakan ialah “may allow” dan bukan “shall allow”. So, saya ingin menanyakan kerana ada kuasa budi bicara Director General untuk membuat keputusan tidak membenarkan sembilan peratus duti yang kira itu dipulangkan sebagai pulangan cukai sama ada- sekiranya Director General menggunakan kuasa di bawah fasal 3 ini untuk tidak membenarkan pemulangan sebagai pulangan cukai sama aggrieved party mempunyai kuasa untuk membuat rayuan sama ada kepada Director General ataupun kepada the right of appeal daripada aggrieved party ini sama ada dapat disediakan di bawah rang undang-undang. Saya rasa ini penting kerana kita- dalam rang undang-undang ini ia hanya menggunakan perkataan may dan bukan shall. Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Menteri. Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian dahulu.

Terima kasih. Saya ingin bertanya dalam seksyen 54(3A) ini mengenai penyitaan. Saya ingin bertanya pada Timbalan Menteri jika barang-barang telah disita, berapa lama kah barang-barang itu perlu berada dalam simpanan kastam sebelum ia boleh dipulangkan? Katalah barang itu katalah telah disita selama setahun, sepatutnya jika lebih daripada setahun barang- barang itu mesti dipulangkan kepada tuan punya jika tidak lagi dituduh di mahkamah, itu yang pertama. Kedua, daripada pindaan Duti Eksais ini, berapakah agaknya anggaran yang dikutip dan bagaimana ia boleh menambahkan lagi pendapatan kerajaan? Satu lagi mengenai fasal 6 ini ejen provokasi. Ejen provokasi ini maksudnya Tuan Yang di-Pertua ialah ejen rahsia yang digaji untuk memprovokasi orang yang disyaki untuk melakukan perbuatan yang salah. Itu maksud ejen provokasi. Jadi, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri apakah SOP yang dikenakan pada ejen ini supaya dia tidak melanggar etika-etika dan setakat mana kejayaannya selama ini? Jika ada tambahan-tambahan misalnya kutipan hasil daripada ejen provokasi ini boleh lah ia dilanjutkan. Jika tidak ada mungkin boleh dikaji semula. Satu lagi perkara yang mengenai duti eksais secara umum oleh sebab ini kita berbincang secara umum, telah diumumkan dalam bajet bahawa peranti rokok elektronik ataupun vaping ini ada dikenakan duti eksais. Ada disebut dalam Bajet 2021. Saya ingin tahu bila akan dimulakan. Berapa banyakkah agaknya kerajaan boleh mengutip hasil daripada duti eksais vaping? Saya ingin tanya cecair nikotin, cecair nikotin itu tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan. Adakah kastam telah berbincang dengan Kementerian Kesihatan bagaimana ia boleh mengenakan suatu cukai kepada barang yang dilarang?

Perkara yang akhir ialah tentang pengkorporatan kastam. Ia adalah untuk memperkasakan kastam daripada segi pengurusan lebih autonomi untuk membuat keputusan, skim gaji yang lebih baik, kemudian persekitaran yang memberikan ruang untuk berinovasi. Satu lagi ia lebih efisien untuk membuat kutipan hasil. Saya ingin bertanya pada zaman BN dulu kita ada cadang untuk mengkorporatkan kastam. Lepas itu zaman PH dibatalkan. Adakah era PN ini kastam akan dikorporatkan? Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak akan mengulangi poin-poin yang saya telah buat dalam perbahasan kastam tadi itu ya. Saya cuma akan fokus kepada isu duti eksais. Duti eksais ini merangkumi arak, rokok dan kereta. Saya sendiri tidak minum lah... [Ketawa] Walaupun saya orang Cina. Saya tidak boleh minum arak sebab saya alergi nanti panas badan dan tidak boleh bernafas. Akan tetapi saya ingin tahu daripada segi isu arak, adakah penyeludupan arak ini berleluasa ataupun tidak terkawal? Apakah datanya? Berapa ribu tan arak diseludupkan masuk dalam negara kita setiap tahun ya lebih kuranglah? Kedua, saya tahu isu rokok ini adalah satu-satunya cukai duti eksais. Penyeludupan rokok adalah besar. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pontian sebelum perbahasan ini adalah betul tetapi setelah mendengar penjelasan-penjelasan yang banyak daripada syarikat-syarikat rokok ini, mereka suka lobi Ahli-ahli Parlimen. Pejabat kita cakap cerita dia lah tentang penyeludupan ini, saya rasa a little bit over- exaggerated, dengan izin, ya. Bagi saya, apabila kita menaikkan duti eksais rokok, matlamat utama kita adalah untuk kesihatan rakyat. Dasar utama sepatutnya untuk mengurangkan orang ramai ketagih rokok. Bukannya hendak tolong syarikat-syarikat rokok yang kaya raya ini. Mengikut kajian-kajian antarabangsa termasuk World Health Organization, kita perlu menaikkan eksais duti kita rokok ini ke tahap 70 peratus harga sebatang rokok. Katakanlah apa maknanya 70 peratus ini. Katakan kos retail sebatang rokok ialah RM1, eksais duti kita kena tambah 70 sen RM1.70 ya. Dengan adanya eksais duti 70 peratus ini, dengan izin it will effectively reduce smoking. Saya hendak cadang pada Dewan yang mulia ini walaupun saya hendak cadang naikkan eksais duti kepada 70 peratus, kita kena tambah enforcement agency. Enforcement officer kena pastikan penyeludupan dan penjualan rokok seludup ini dibanteras dengan baik, a two-pronged effort is needed, baru lah syarikat-syarikat rokok yang lobi kita semua ini ia boleh mengekalkan satu profit margin yang munasabah apabila penyeludupan turun dan pada masa yang sama secara keseluruhannya dengan eksais duti yang tinggi, jumlah perokok juga akan menurun. Itu sahajalah ucapan pendek saya. Saya minta Menteri Kewangan memberi pandangan beliau dalam isu rokok dan juga arak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Jelebu.

Yang Berhormat Arau? Jelebu?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelebu dulu ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya hendak sentuh sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh pindaan dalam fasal 4 yang masa satu seksyen baharu telah dimasukkan iaitu seksyen 50(b). Dalam seksyen baharu ini jelas dinyatakan bahawa kuasa tambahan Tuan Yang di-Pertua ya akan diperuntukkan kepada pegawai eksais untuk mengurus dan menjaga tahanan reman dalam tempat tahanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berdasarkan kepada SOP sedia ada pada ketika ini, siapakah yang bertanggungjawab dalam menjaga dan mengawal tahanan reman ini? Sejauh mana pihak kementerian melihat kemampuan pegawai eksais ini untuk memikul tanggungjawab yang ada yang mana pada pandangan saya kemungkinan pada pandangan ramai orang bahawa tugas ini amat berat dan berisiko. Adakah pegawai yang terlibat ini perlu menjalani ataupun menduduki sebarang latihan ataupun training, dengan izin, khusus bagi memastikan mereka cukup bersedia dalam soal fizikal dan mental sebelum mereka ditugaskan untuk menjaga tahanan reman ini.

Saya ingin minta penjelasan juga Tuan Yang di-Pertua yang lebih terperinci daripada pihak kementerian apakah yang dimaksudkan sebenarnya dengan kuasa tambahan ini? Apakah perbezaan utama dalam bidang tugas yang sedia ada? Adakah pindaan ini juga untuk memberikan kuasa tambahan ini ada melibatkan sebarang pindaan untuk pengendalian dalam soal senjata api oleh pegawai eksais yang bertugas?

Mungkin akan ada pihak yang beranggapan pesalah yang berada dalam tahanan reman Jabatan Kastam ini merupakan penjenayah kolar putih ataupun penjenayah korporat tetapi sewajarnya kita boleh mengambil pendekatan. Kita tak boleh, Tuan Yang di-Pertua, mengambil pendekatan sambil lewa dalam menguruskan pesalah yang terlibat kerana kita tidak pasti. Kita tidak boleh menentukan sejauh mana kemampuan dan kebolehan dalam soal memberikan ancaman dan risiko kepada pegawai-pegawai yang bakal ditugaskan kerana kita tahu, Tuan Yang di-Pertua, bukan semua penjenayah ini boleh menampilkan riak muka dan body language, dengan izin, yang boleh dibaca secara terus berbanding dengan pegawai-pegawai enforcement, dengan izin, yang telah diberi latihan yang lebih baik dan mendalam. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, sejauh mana keadaan tahanan di pusat tahanan reman JKM ini ketika ini kerana jumlah maksimum tahanan yang boleh ditempatkan di dalam satu-satu masa. Adakah pernah berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini di dalam pusat tahanan reman kastam ini dalam tempoh beberapa tahun ini? Sama ada kepada tahanan ataupun kepada pegawai yang bertugas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Akhir sekali, sebelah sini. Yang Berhormat Puchong.

Tuan Yang di-Pertua, saya masuk nama tadi dah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong dan selepas Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Arau.

Oh! Ya, betul lah. Thank you.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Masuk ya, ingat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada penambahan baharu berkenaan dengan keterangan ejen provokasi yang disebut dalam pindaan yang dicadangkan dan khususnya cadangan berkenaan dengan seksyen 56E akta ataupun rang undang- undang ini. Yang Berhormat Menteri, saya tidak pasti sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri faham perkara perundangan tetapi ini satu perkara yang penting. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh dengar dan beri penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada seksyen 56E, ia berkenaan dengan keterangan ejen provokasi yang boleh diterima dan disebut dalam bahasa Inggeris, dengan izin, “evidence of agent provocateur admissible”; dan- “(2) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang berlawanan dan ejen provokasi itu seorang pegawai eksais atau pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya, apa-apa pernyataan...”, Tuan Yang di-Pertua, “...sama ada lisan ataupun bertulis yang dibuat oleh ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas satu kesalahan di bawah akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya”. Dengan izin, kalau saya boleh bacakan dalam bahasa Inggeris, this is what it says; “(2) Notwithstanding…” Mr. Speaker Sir, “…any rule of law or the provisions of this act or any other written law to the contrary, and that the agent provocateur is an officer of excise or police officer whatever his rank, any statement, whether oral or written, made to an agent provocateur by any person who subsequently is charged with an

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

offence, charged with an offence”, Tuan Yang di-Pertua, “…under this Act shall be admissible as evidence at his trial.” Soalan yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua, adalah, adakah ataupun tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri, peruntukan yang dicadangkan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya di bawah Artikel 5(1), ada wujudnya apa yang dikatakan ataupun disebut sebagai the right against self-incrimination dan ini ialah satu perkara yang telah pun dijamin bukan sahaja melalui Perlembagaan Persekutuan tetapi juga melalui beberapa kes yang timbul berkenaan dengan perkara ini. Saya ingin memetik satu artikel yang ditulis daripada ucapan oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, dan ia berbunyi seperti berikut, if I may, Tuan Yang di-Pertua, apa yang dia sebut ialah, Article 5(1) and 8(1) of our Federal Constitution state that, “5(1) no person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law..” and “8(1) all persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law respectively”. Kemudian berkata, there are other rights stipulated under a Federal Constitution and other written laws which accused persons are, as of right, entitled to rely upon, beberapa contoh diberikan dan kemudian, Article 5(1) of our Federal Constitution, Mr. Speaker Sir, guarantees the right of a person not to be deprived of his life or liberty save in accordance with the law. This encompasses the right to be presumed innocent until proven guilty. Indeed, this article is aligned together with Article 11 of the UDHR that states, “anyone charged with a penal offence has the right to be presumed innocent until proven guilty according to the law in a public trial at which he has had all the guarantees necessary for his defense”. Dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, ia kemudian berbunyi seperti berikut, as it regards, Mr. Speaker Sir, the right against self-incrimination, the proviso to section 112 of our Criminal Procedure Code is very clear. It provides such person shall be bound, ini dalam siasatan, such person shall be bound to answer all questions relating to the case put by him by that officer provided that such person may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture dan kemudian dua kes Mahkamah Persekutuan dipetik, the case of Goi Ching Ang v Public Prosecutor [1999] 1 MLJ 507 di mana petikan dalam kes Francis Antonysamy juga daripada kes Mahkamah Persekutuan dipetik. Fairness requires fair trial which, in turn, Mr. Speaker Sir, needs fair procedure. Fair process requires that the legitimate interests of both the prosecution and the defence are equally provided for. While the police ought to be given a reasonable opportunity to question suspects and accused persons, in its investigation, the accused must also be reasonably protected from the danger of extraction of unreliable statements and of statements (even if reliable) by some improper means. Evidence, Mr. Speaker Sir, obtained in an oppressive manner by force or against the wishes of an accused or by trick or by conduct of which the police ought not to take advantage, would operate unfairly against the accused and should in the discretion of the court be rejected for admission. Jadi, cukup jelas bahawa di satu pihak kita ini cuba untuk mendapat maklumat yang boleh membantu dalam satu kes tetapi kita ada apa yang disebut sebagai protection atau perlindungan yang diberikan dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana akta, yang mana ada peruntukan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, ia adalah tidak sah kerana ia terbatal di bawah Artikel 4, Perlembagaan Persekutuan. Jadi, soalan yang berbangkit, Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah tidak apa yang dinyatakan dalam peruntukan yang dicadangkan ini, cukup jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan bolehkah Dewan yang mulia ini meluluskan satu rang undang-undang di mana peruntukannya mempunyai kesan tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, nak beri peluang kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor untuk interject?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Yang Berhormat Puchong, dengan izin. Saya ingin mencelah. Ini merupakan isu yang berkaitanlah.

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas, Yang Berhormat.

Ya, very short. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Puchong berkenaan isu yang berbangkit tadi. Bagaimana pula dengan peruntukan-peruntukan lain selain daripada Perlembagaan Persekutuan seperti Akta Keterangan atau Evidence Act yang juga melarang confession ataupun pengakuan di mana dalam kes ini, sekiranya pindaan ini dibenarkan ataupun diluluskan, maksudnya ada kemungkinan bahawa confessions dan juga pengakuan- pengakuan boleh diterima pakai di bawah pindaan ini. Adakah ia juga dilarang oleh undang-undang selain daripada Perlembagaan Persekutuan seperti Akta Keterangan? Apakah pandangan Yang Berhormat Puchong?

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Gelugor. Kalau kita lihat kepada mukadimah ataupun pembukaan seksyen 56E(2) yang dicadangkan, ada disebut di situ Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun, mana-mana rukun undang-undang ataupun peruntukan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya ini tidak betul kerana walaupun kita ada undang-undang lain yang selaras dan selari dengan akta yang dicadangkan ini, kalau ia bercanggah, mungkin kita ada ruang untuk kita nak berhujah bahawa ia sah tetapi kalau ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh undang-undang ini menyatakan bahawa undang-undang ini sah kerana Artikel 4(1) undang-undang ataupun Perlembagaan Persekutuan cukup jelas. Akan tetapi saya berbalik kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi dan saya bersetuju...

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas, ringkaskan Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

...Dan saya ingin ia dimasukkan dalam ucapan saya. Ia penting kerana kalau kita lihat daripada mana kita ini telah pun membangunkan undang-undang, khususnya undang-undang yang terpakai kepada seorang tertuduh, kita hendak melihat undang-undang yang telah pun bertahun-tahun ini, over the years we have developed this law, Tuan Yang di-Pertua dan ia telah membawa kepada tempat ini, di mana kita ada peruntukan-peruntukan tertentu yang dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, kita tidak seharusnya membawa undang- undang untuk diluluskan di mana ia bertentangan dengan apa yang telah pun kami mencapai sejak jauh ini.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Akan tetapi pokoknya, kalau ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Yang Berhormat Bukit Gelugor, saya rasa ia satu perkara yang tidak seharusnya diluluskan dalam Dewan ini. Kalau diluluskan pun ia tidak boleh terpakai. Jadi, saya minta penjelasan dan ulasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan perkara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma minta kalau boleh saya, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Beruas diberi kelonggaran.

Tuan Yang di-Pertua

Sit down.

Ini kerana kami juga merupakan peguam-peguam. Jadi, kami ingin memberi pandangan. Sikit sahaja.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Yang Berhormat Kepong.

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis. Saya rasa Yang Berhormat Puchong telah membangkitkan persoalan yang universal. Ya, terima kasih. Yang Berhormat Arau, silakan.

Saya menyokong rang undang- undang ini. Seperti kawan-kawan saya sebutkan tadi, saya ingin mengulang balik iaitu berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Euromonitor International bahawa Malaysia berada di kedudukan teratas tentang penyeludupan rokok iaitu sebanyak 63 peratus. Rekod daripada Japan Tobacco International, menunjukkan bahawa 62 peratus ataupun sebanyak 12.2 bilion batang rokok di pasaran Malaysia rokok seludup.

Dengan kata lain, bagi setiap 10 batang rokok di Malaysia, enam batang daripadanya merupakan rokok seludup. Ini berlaku kerana perbezaan harga yang ketara di antara rokok yang dibenarkan dan juga rokok yang diseludupi. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, saya mohon agar kementerian mengkaji mekanisme untuk mengatasi jurang harga rokok haram berbanding dengan sah. Tahun hadapan juga rokok elektronik dan juga bukan elektronik, termasuk vape akan dikenakan sebanyak 10 peratus. Ia melibatkan 25 ribu peluang pekerjaan, saya cadangkan diturun kepada lima peratus. Akhir sekali- tak jalan ya?... [Menunjuk kepada jam dinding] Jadi, saya boleh bercakap tanpa henti nampaknya.

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Silakan-silakan.

Jadi, tidak perlu akhir lagi. Fasal 3 iaitu berhubung dengan cukai re-export. Pihak kerajaan mengenakan cukai kepada barang-barang re-export. Kalau barang-barang re-export ini diberi branding semula, okey jika dikenakan cukai. Akan tetapi ia cuma tempat laluan sahaja untuk mereka eksport. Saya ingat tidak perlu dikenakan cukai sebab penglibatan cukai ini akan melibatkan pelbagai masalah. Bila beras yang diimport di Malaysia Timur, kemudian dengan tujuan di export semula. Akan tetapi sebenarnya beras itu tidak dieksport semula. Sebenarnya dijual di pasaran tempatan dan menjadi barang seludup. Jadi, apa usaha-usaha dibuat untuk memastikan supaya barang yang tujuannya di re-export, dengan izin, supaya dikawal dengan hebatnya supaya memang dieksport semula. Ini kerana kalau ia benarkan berada di pasaran tempatan ia akan menjejaskan perniagaan di pasaran tempatan. Banyak perkara yang saya cukup kritik tentang BERNAS tetapi untuk ini saya rasa kita perlu bagi perlindungan kepada industri tempatan dan pastikan supaya barang yang hendak dieksport semula tu dieksport. Akan tetapi kalau kita hendak kenakan cukai, mestilah ia ada brand baharu yang dibuat untuk membolehkan kita kenakan cukai. Kalau cuma hendak takat di re-export, saya ingat patut di re-export terus ataupun hanya tunggu sekejap sahaja, dalam masa seminggu kita kena re-export semula. Akan tetapi kalau ia dibiarkan lama-lama, ia akan memasarkannya di pasaran tempatan. Jadi, saya menyokong rang undang-undang ini. Kita berharap pihak kerajaan memberi perhatian yang serius tentang rokok haram dan rokok halal. Rokok tetap makruh ataupun haram tetapi lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan itu telah menyebabkan rokok yang diseludupi tu terlampau banyak. Ia bukan sahaja merugikan kerajaan tetapi boleh mendatangkan kesan yang kurang baik kepada rakyat Malaysia, terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, satu minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Hendak tolong Parlimen.

Seminit sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Saya minta.

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa masa sudah habis.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Satu minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, point baharu ya? Yang Berhormat point baharu ya?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Yang Berhormat Pasir Gudang ya?

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Gudang, point yang baharu ya?

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Point yang baharu.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya pun.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Di Malaysia Tuan Yang di- Pertua, kita tidak mengamalkan supremacy of Parliament, yang supreme merupakan Perlembagaan Persekutuan. Pada pandangan Yang Berhormat Pasir Gudang- membazir jika kita luluskan undang-undang yang dari awal lagi null and void. Ultra virus kerana bercanggah dengan Perlembagaan. Saya minta supaya rang undang-undang ini jangan diluluskan dahulu, tarik dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Pohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi jawapan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh satu minit?

Datuk Abd Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Kudat

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ini sebab tadi belum menjawab, isu yang sama kalau boleh. Bagi saya satu minit. Oleh sebab tentang rakaman tu, dalam akta tadi yang diluluskan. Saya bangkitkan sama ada seseorang itu boleh merakamkan serbuan? Ini kerana kita tahu dalam kes mantan Presiden University Malaya Association of New Youth, Wong Yan Ke telah didakwa. Majlis Peguam telah menyatakan tidak salah untuk merakamkan serbuan. Ini kerana kita dapat banyak aduan bahawa semasa pihak polis atau penguat kuasa membuat serbuan, katakan dalam satu keadaan perjudian. Wang atas meja perjudian banyak diambil oleh pihak polis atau pihak penguat kuasa, begitulah dengan serbuan-serbuan yang lain. Jadi, kerajaan mesti bagi satu kepastian, boleh rakam mana- mana serbuan kerana telah berlaku banyak kali pegawai-pegawai penguat kuasa melakukan kesalahan. Bagi saya sebagai seorang peguam, pihak polis, ASP Lee Robert ini telah melakukan kesalahan memaksa orang yang membuat rakaman itu kerana tindakan itu cuba, dengan izin, to hide evidence atas kemungkinan berlakunya kesalahan. Kita tahu ex-president ini, ia is a concern of the nation. Jadi, penuntut universiti ini merupakan harapan negara. Mereka bukan lakukan common crime ataupun bunuh orang ke, mencederakan orang. Jadi, kerajaan mesti bagi satu kepastian. Oleh sebab itu, saya mohon dengan undang-undang yang hendak dibuat ini, dia hendak beri kuasa tambahan. Setiap kuasa tambahan ini mesti ada balance ia ataupun hak rakyat untuk melindungi diri sendiri daripada salah guna. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri beri satu jaminan atau pun kalau boleh kes Wong Yan Ke ini ditarik balik untuk hantar satu mesej yang telah Majlis Peguam menyatakan, bukan satu kesalahan merakam mana-mana serbuan yang dibuat oleh pihak penguat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama sekali saya ingin mengucapkan atas penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan meminda Akta Eksais iaitu merupakan salah satu daripada percukaian yang kita kenakan, khususnya kepada beberapa buah industri tertentu seperti rokok, arak dan beberapa lagi produk-produk ataupun bahan-bahan yang lain. Seperti mana yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu berkaitan dengan kesahihan sama ada perkara rang undang-undang ini adalah sahih atau tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa memang saya tidak nafikan bahawa setiap undang-undang tu haruslah tidak bercanggah dan haruslah konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan. Akan tetapi kita harus faham bahawa banyak juga undang-undang yang kita telah lakukan seperti yang melibatkan Akta Dadah Berbahaya dan juga beberapa peruntukan undang-undang yang lain yang telah kita laksanakan. Contohnya, dalam kes berkaitan dengan kuasa tambahan yang diberikan kepada Pegawai Eksais untuk mengurus tahanan reman ini dan juga agent provocateur yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada ia admissable di mahkamah atau tidak. Sememangnya peruntukan ini konsisten dengan beberapa- agen penguat kuasa yang lain seperti mana yang telah pernah kita beri kepada PDRM dan juga pihak SPRM. Oleh sebab itu, agent provocateur ini diperlukan dalam usaha penguatkuasaan kerana ia akan membantu pihak penguat kuasa untuk memastikan mereka dapat melaksanakan penguatkuasaan yang berkesan. Ini kerana kalau tanpa kerjasama daripada pihak pengintipan, daripada pihak- pihak khususnya agent provocateur ini, maka keberkesanan PDRM ataupun agensi- agensi yang lain tidak akan dapat dilihat dengan lebih baik.

Oleh sebab itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau sekiranya ada pihak-pihak yang mencabar tentang perkara sama ada ia konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan,

maka pihak-pihak ini bolehlah mencabar di mahkamah. Akan tetapi, pada pendapat kita bahawa kerajaan mempunyai tujuan-tujuan tertentu untuk memastikan bahawa pelaksanaan ataupun pemberian kuasa- admissibility terhadap keterangan agent provocateur ini adalah diperlukan untuk membolehkan kita dapat berkesan...

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta penjelasan.

Kedua ialah Yang Berhormat Beruas juga ada membangkitkan tadi tentang rakaman terhadap sesuatu tangkapan. Sebenarnya, perkara ini memanglah kita tidak dapat elakkan. Kalau sesiapa ingin merakam, itu kita tidak dapat menghalang tetapi sama ada rakaman tersebut admissible di mahkamah atau tidak, ia tertakluk kepada hakim untuk menerima atau tidak terhadap sesuatu keterangan yang dibuat secara rakaman oleh sesiapa juga khususnya public.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Minta penjelasan kalau boleh.

Ya.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di sini kita tidak mempersoalkan ataupun kita tidak fokus kepada soal sama ada ataupun tidak kita ada kuasa untuk memberikan satu peruntukan untuk mewujudkan apa yang disebut sebagai agent provocateur. Itu memang satu perkara yang telah pun berlaku sekian lama. Akan tetapi, ia berkaitan dengan sama ada ataupun tidak apa yang disebut oleh seorang tahanan itu kepada agent provocateur semasa mereka ini dalam proses melakukan apa yang kemudiannya membawa kepada satu pertuduhan di mahkamah yang mana keterangan itu boleh dibawa dan digunakan di mahkamah. Jadi, itu merupakan fokus persoalan yang kita bangkitkan. Di sini kita lihat bagaimana- kalau kita lihat kepada peruntukan yang telah dikemukakan di sini, cukup jelas dinyatakan “(2)Notwithstanding… any rule of provisions of this act or any other written law…” yang nampaknya termasuk juga Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak betul. Jadi, soal yang saya bangkitkan adalah adakah atau tidak ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan? Saya hendak tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah perkara ini telah pun dibawa ke perhatian dan diminta nasihat dari Pejabat Undang-undang ataupun Peguam Negara? Ini kerana, ini satu perkara yang boleh membawa kepada hukuman. Ia berat, ia berkaitan kepada hak seseorang yang dituduh. Itu satu. Kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan perakam. Bukankah benar Yang Berhormat Timbalan Menteri, seperti mana Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri sebut tadi rakaman ini merupakan satu perkara yang boleh dikemukakan sebagai keterangan dalam mahkamah. Kalau ia boleh dikemukakan sebagai keterangan dalam mahkamah, diterima sebagai bukti untuk menunjukkan kebersalahan ataupun tidak kebersalahan seseorang itu, bagaimanakah kita boleh mengatakan bahawa orang yang merakam rakaman ini melakukan satu kesalahan? Jadi, ia tidak konsisten. Kalau boleh diterima masuk sebagai bukti, maka saya rasa soal kita rakamkan buat tujuan bukti itu tidak boleh dijadikan kesalahan. Ini merupakan satu perkara yang penting. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan izin. Saya ingin juga membangkitkan perkara ini kerana saya lihat Tuan Yang di-Pertua, kalau kita baca peruntukan tersebut dalam Bahasa Malaysia, ini merupakan peruntukan yang baharu seksyen 56E. “Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat”. Peruntukan ini tidak terdapat mana-mana- ini adalah satu pindaan baharu. “...dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat...”, maksudnya seseorang yang telah bersama-sama dalam perlakuan jenayah itu boleh diberi perlindungan dan ditukar kepada seorang saksi. Lazimnya dalam Akta Dadah Berbahaya 1952, seorang anggota polis akan menjadi undercover agent, dengan izin. Mungkin Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor boleh menambah. Dalam sesuatu kes Akta Dadah Berbahaya 1952, kita lihat bahawa seorang anggota polis atau anggota kastam akan

menjadi saksi di mahkamah. Beliau daripada asal akan bertindak sebagai agent provocateur . Oleh sebab itu, kita kata kebolehpercayaan beliau tidak boleh dicabar. Akan tetapi, dalam pindaan yang dibuat ini, pindaan ini mengatakan bahawa kalau dia telah bersubahat ataupun telah melakukan sesuatu kesalahan jenayah, beliau masih boleh diambil dan dibawa ke mahkamah sebagai saksi. Jadi, sebab itu saya kata bahawa pindaan ini, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Puchong bahawa ia melanggar Perlembagaan Persekutuan. Saya risau bahawa ia boleh disalahgunakan kelak dan boleh dicabar di mahkamah kelak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh saya tambah sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri? Tadi tentang agent provocateur ini, memang pindaan ini bagi saya bercanggah- self-conflicted. Maksudnya, ikut undang-undang dikatakan kalau dia bersubahat di bawah Penal Code, Akta Kanun Keseksaan atau akta lain, mana-mana mereka yang bersubahat melakukan sesuatu jenayah biasanya hukumannya adalah sama dengan mereka yang melakukan kesalahan. Di bawah Kanun Keseksaan, sesiapa yang tahu mana-mana orang melakukan kesalahan, kalau dia tidak laporkan kesalahan itu, dia dikatakan juga melakukan kesalahan. Jadi, kalau agent provocateur memang tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan mereka yang menjadi agent provocateur boleh didakwa. Maksudnya, kita ada timbul keadaan yang mana selepas agent provocateur jadi saksi, beliau akan juga didakwa atas kesalahan yang sama yang didakwa terhadap pesalah. Jadi, bagaimanakah kita reconcile konflik ini? Kedua, tadi dikatakan yang penting Tuan Yang di-Pertua tentang rakaman ini yang saya hendak kerajaan bagi satu mesej kepada orang ramai, rakyat Malaysia bahawa tolonglah pihak kerajaan merakamkan apa-apa pun penyalahgunaan kuasa oleh pihak penguat kuasa. Kita sudah pun tubuhkan agensi integriti, macam-macam. Kenapakah tidak digalakkan rakyat untuk rakamkan salah guna kuasa? Kenapa Wong Yang Ki didakwa kerana membuat rakaman dan dendanya di bawah seksyen 188 Kanun Keseksaan yang mana beliau didakwa, hukuman maksimum satu bulan atau RM400 atau kedua-duanya. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua merupakan seorang peguam...

Tuan Yang di-Pertua

Ringkaskan, ringkaskan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ini bermaksud seksyen ini memang satu dikatakan jenayah yang remeh with the sentence…

Tuan Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, Cameron Highlands, minta mencelah.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang penting sekarang ini pihak kerajaan mesti hantar satu mesej kepada rakyat bukan salah kalau merakam serbuan atau tindakan pihak penguat kuasa. Haraplah kalau kes ini boleh ditarik balik, kemudian bagi mesej yang a clear message iaitu rakaman itu digalakkan. Terima kasih.

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Boleh minta penjelasan sedikit?

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Singkat, pertanyaan singkat. Yang Berhormat, seksyen 56E...

Tuan Yang di-Pertua

Dah habis, dah habis.

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sedikit sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Seksyen 56E. Ya saya hendak tanya sama ada ejen provokasi ini mesti dapat surat kebenaran dulu daripada Pengarah atau jabatan yang relevan sebelum mereka menjadi ejen provokasi? Ini untuk mengelakkan bila pegawai atau anggota kastam ditangkap, mereka kata mereka ejen provokasi memakai pindaan akta yang baharu ini. Terima kasih.

Tuan Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, Cameron Highlands.

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit.

Tuan Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Hendak bagi?

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya, Tuan Yang di-Pertua terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap saja ya.

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ini saya sependapat dengan rakan-rakan bahawa ejen provokasi ini boleh diwujudkan tetapi kebimbangan rakyat itu iaitu salah guna kuasa ataupun mereka sengaja mencari fasal untuk sasaran- targeted yang tertentu sahaja. Jadi, bagaimana kerajaan mengelak perkara ini supaya jangan berlaku sebab kita tidak juga mahu akta ini menindas orang lain. Kalau menindas orang lain, dia mungkin- ejen ini bermacam-macam-macam. Akta ini memang baik, tetapi orang persendirian itu hati dia macam mana? Dia ini spy sebetulnya. Jadi, spy ini seharusnya telus. Kalau spy menyalahgunakan kuasa, lingkuplah kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Habiskan Yang Berhormat.

Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai perkara berkaitan dengan agent provocateur.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Cameron Highlands.

Yang Berhormat yang...

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Cameron Highlands.

Telah membangkitkan pelbagai perkara berkaitan dengan...

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, dengan izin, Cameron Highlands.

Agent provocateur yang saya yang telah di khususnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong sebentar tadi. Sebenarnya seperti mana yang kita sedia maklum bahawa apabila undang-undang ini dikemukakan di Dewan yang mulia ini...

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, Cameron Highlands hendak bantu mencelah. Cameron Highlands.

Saya jawab dahulu. Sudah banyak orang bercakap tadi, beri saya peluang menjawab. Sebenarnya apabila undang-undang ini dibuat, telah pun membuat consultation ataupun draft undang-undang ini sendiri adalah disediakan oleh AG. Apabila AG mem buat draft undang-undang ini sudah tentulah pihak AG pun telah pun mengambil kira tentang keberkesanan undang-undang ini sama ada ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak. Perkara-perkara ini kerana kita harus faham bahawa pendakwaan akhirnya akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara dan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam ini adalah konsisten seperti mana yang juga terkandung dalam seksyen 40 Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh sebab itu, apa juga keraguan tentang akta ini sememangnya mungkin pihak-pihak khususnya rakyat mempertikaikan tentang hak peribadi dan sebagainya tetapi mereka boleh mencabar perkara ini di mahkamah. Demikian juga tentang rakaman tadi, rakaman. Memang kita, sesiapa juga boleh merakam tetapi apa yang penting sekali sama ada rakaman itu boleh diterima atau tidak di mahkamah? Mahkamah menerima tidak rakaman tersebut? Saya harapkan ialah supaya kita dapat memastikan bahawa undang-undang ini merupakan undang-undang yang berkesan kerana kalau kita tidak ada...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tadi Yang Berhormat Menteri kata merakam itu tak salah. Betul tak? Bolehkah itu satu menjadi pendirian kerajaan? Itu yang saya

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

hendak laporkan sama ada rakaman boleh diterima oleh mahkamah atau tidak? Kerajaan mesti buat satu keputusan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Merakam itu salah atau tidak?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas telah buat point itu.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, Cameron Highlands boleh bantu.

Yang Berhormat Cameron.

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah dibangkitkan oleh sebelah sana saya ingin menjelaskan undang-undang pertama sebagaimana Yang Berhormat Menteri telah menyatakan apa-apa undang- undang terutama melibatkan jenayah akan dirujuk kepada Peguam Negara. Ini aspek dalam isu agent provocateur. Apa yang penting di situ merupakan prosedur bagaimana keterangan itu diperolehi dan dibentang dan dalam perkara kaitan- kaitan undang-undang lain if you are an agent provocateur utamanya sekali iaitu kamu kena ikuti prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh agensi kamu. All right, kalau PDRM dia ada A,B,C as an agent provocateur. Keterangan pula agent provocateur ini kalau kita lihat jatuh balik pada Akta Keterangan bawah seksyen 27. Walaupun maklumat itu diperolehi dengan cara perspektif yang dalam tahanan tetapi leading itu ada evidence itu masih invisible. Ini telah nyata dalam keterangan perbicaraan di mana-mana mahkamah. Lagi 1 perkara iaitu daripada perspektif yang telah dibangkitkan. Perbuatan itu jika menghalang penyiasatan merupakan satu kesalahan. Jika telah dinasihatkan oleh pegawai penguat kuasa we are doing our job and yet masih degil, keterangan dibawa kepada Peguam Negara bawah Perkara 145 diputuskan Peguam Negara dan jangan salahkan pihak penguat kuasa. Itu yang saya hendak bangkitkan.

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands.

Yang Berhormat Menteri.

Sebagai seorang bekas pegawai polis memanglah beliau arif tentang perkara ini dan jawapan beliau tersebut sudah tentulah dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang peranan agent provocateur ini dan juga undang-undang yang melibatkan perkara ini.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Kepong ada juga membangkitkan...

Yang Berhormat Menteri.

Berkaitan dengan...

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Yang Berhormat Menteri.

Ya.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Apa ini Akta ini kita tidak dispute. Cuma, kita tidak mahu akta ini ada unsur-unsur penganiayaan itu sahaja. Kalau ada unsur-unsur penganiayaan sudah tentu soal bicara di mahkamah itu perkara biasa. Akan tetapi bagi orang yang teraniaya, yang tidak berkemampuan yang tidak berupaya hire lawyer peguam-peguam yang baik, bagaimanakah keadaan mereka? So, pemilihan agen provokasi ini juga kena telus dan pastikan mereka betul- betul angkat sumpah. Kalau orang Islam itu angkat sumpah Al-Quran, supaya dia tidak menganiaya.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Kinabatangan agen provokasi ini sebenarnya...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Sebut Kepong.

Yang Berhormat Menteri.

Hanya boleh di...

Yang Berhormat Menteri.

Menjalankan tanggungjawabnya apabila mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Kastam (KDRM) jadi dia tidak boleh diambil siapa-siapa melainkan setelah mendapatkan persetujuan daripada KDRM.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Terima kasih.

Peruntukan yang sama ini...

Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak beritahu juga Yang Berhormat, tunggu dahulu saya jawab dahulu. Peruntukan yang sama juga ada terdapat dalam seperti mana saya katakan tadi Akta Dadah Berbahaya 1992 dan provision yang sama juga sedia diperuntukkan di bawah akta seperti seksyen 40 Dangerous Drug Act 1952 [Akta 234], seksyen 134 of Consumer Protection Act 1999 [Akta 599], seksyen 132 of Trademark Act, seksyen 339 Akta Jualan Dadah, Dangerous Drug (Forfeiture of Property) Act 1988 dan banyak lagi akta-akta yang telah pun di peruntukkan iaitu yang lebih kurang sama dengan peruntukan yang telah disediakan. Seperti mana yang saya katakan tadi apa juga undang-undang ini adalah di drafted by AGC AG Chamber dan mereka tahu tentang peruntukan-peruntukan ini sama ada ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak dan yang penting sekali apabila kita membuat pendakwaan, Yang Berhormat pun sedia maklum pendakwaan ini akan hanya dapat dilakukan apabila mendapat kelulusan daripada AGC. Oleh sebab itu, AGC akan melihat dari semua aspek sama ada ia mempunyai the winning chance ataupun boleh disabitkan kesalahan bagi seseorang yang telah dituduh tersebut.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, saya teruskan, saya ingin saya sudah cakap banyak berkaitan dengan...

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat Yang Berhormat... [Suara kurang jelas]

Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Bukit Bendera ada membangkitkan kepada tambahan kuasa kepada Kastam di mana Peguam Negara Kastam dianggap sebagai balai polis apa SOP yang digunakan...

Yang Berhormat Menteri.

Untuk hanya bagi ia adalah kuasa yang telah diberikan kepada KDRM ini adalah bagi tujuan tahanan reman yang hanya terpakai bagi pejabat Kastam yang diwartakan. Buat masa ini tahanan-tahanan akan dibuat ujian COVID-19 terlebih dahulu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Soalan kedua ialah ini adalah kerana ia bergantung kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pemohon selain daripada iaitu soalan yang dibangkitkan ialah kuasa Ketua Pengarah untuk membenarkan pulang balik sebanyak sembilan daripada sepuluh kenapa perkataan may and bukan shall? Ini adalah kerana ia nya bergantung kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pemohon. Selain daripada itu, sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kastam mereka boleh merayu kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Yang Berhormat Pontian ada membangkitkan persoalan barang yang disita hanya akan dapat diluluskan, disita itu hanya dilucut hak kecuali terdapat tuntutan daripada mana-mana orang yang dalam tempoh sebulan daripada tarikh sitaan. Bagi

kes-kes yang mempunyai tangkapan orang yang disyaki akan dituduh di mahkamah tertakluk kepada siasatan dan arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya. Anggaran kutipan hasil sebelum pindaan ini untuk makluman Yang Berhormat pindaan Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2020 ini tidak melibatkan tambahan hasil Duti Eksais memandangkan ia merupakan pindaan susulan ke atas cadangan pindaan Akta Kastam 1967 yang bertujuan untuk menambah baik pentadbiran cukai dan meningkatkan penguatkuasaan JKDM. Jadi, saya fikir beberapa isu lain yang dibangkitkan juga ialah...

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri, kalau ada perkara...

Yang Berhormat Subang ada membangkitkan tentang arak dan rokok. Memanglah kedua-dua item ini merupakan bahan yang sentiasa menjadi penyeludupan di dalam negara ini. Ia merupakan fenomena yang biasa. Oleh sebab itu, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan bahawa kita dapat memastikan penguatkuasaannya dapat dipertingkatkan. Itu sebab dalam cadangan Belanjawan 2021, kita telah pun menjadikan rokok dijadikan sebagai barang bercukai di semua pulau bebas cukai bermula 1 Januari 2021. Ini kerana apa yang kita tahu bahawa penyeludupan rokok ini adalah berpunca sebahagiannya adalah dari pulau-pulau bebas cukai yang dibawa masuk khususnya ke Sabah dan Sarawak dan juga di Semenanjung Malaysia dan dijual secara haram tanpa dapat kutipan hasil bagi pihak kerajaan. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa ia dapat dipertingkatkan penguatkuasaan dan kuasa kastam itu dapat dipertingkatkan. Ini kerana seperti mana yang kita sedia maklum juga, balai-balai polis sekarang banyak mengendalikan kes-kes sehingga menyebabkan kes-kes yang berkaitan dengan tahanan reman yang melibatkan kesalahan-kesalahan kastam ini terpaksa dilakukan oleh Jabatan Kastam sendiri. Jika satu ketika dahulu, ia adalah dilaksanakan oleh pihak polis. Tahanan itu ditahan reman akan dibuat oleh polis di balai-balai polis. Akan tetapi disebabkan berlakunya kesesakan di balai-balai polis, maka menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil inisiatif untuk memberikan kuasa polis kepada Kastam Diraja Malaysia untuk mereka dapat menahan reman pesalah-pesalah kastam ini di premis-premis kastam yang telah ditetapkan, yang telah diwartakan untuk membolehkan bahawa pesalah- pesalah ini dapat ditahan untuk tujuan siasatan. Sekiranya mereka didapati bersalah ataupun mempunyai bukti-bukti yang kukuh, maka pendakwaan akan dibuat. Pendakwaan ini akan diserahkan sudah tentulah harus mendapat kelulusan daripada AGC. Itu sahaja, Ahli Yang Berhormat. Saya ada tiga lagi rang undang-undang yang ingin dibacakan pada hari ini.

Yang Berhormat Menteri...

Oleh sebab itu, saya minta supaya mana-mana yang saya tidak dapat menjawab, saya akan menjawab secara bertulis. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas penglibatan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat Menteri ada keraguan selepas perbahasan dibangkitkan, haruslah Yang Berhormat Menteri rujuk... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas, saya sudah peruntukkan dari 20 minit sehingga 55 minit. Maaf.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh? Yang Berhormat Menteri kata penggubalan ini dibuat oleh AGC. AGC pun drafting section berapa orang sahaja. Jadi mereka mungkin tidak nampak apa yang kita bahaskan. Kita penggubal undang-undang. Sebab itu kita dipilih oleh rakyat untuk meneliti setiap undang-undang yang digubal... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas, itu jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Maaf ya.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Pengajian Tinggi (Dato’ Dr. Noraini Ahmad) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG ZON BEBAS (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Abd Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Kudat

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2020 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]. Pindaan yang dilaksanakan dalam akta ini adalah merupakan pindaan susulan ataupun consequential amendment daripada pindaan Akta Kastam 1967 yang telah dicadangkan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menghuraikan setiap fasal dalam rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai empat fasal seperti berikut: Fasal 1 ialah mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai tarikh permulaan kuat kuasa akta yang telah dicadangkan. Fasal 2 bertujuan memasukkan seksyen baru 17A dan 17B di mana seksyen 17A bertujuan untuk memperuntukkan kuasa tambahan kepada pegawai kanan kastam untuk menjalankan penguatkuasaan penyiasatan dan pemeriksaan sebagaimana kuasa polis di bawah Kanun Tatacara Jenayah. Seksyen 17B juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai kastam untuk mengurus dan menjaga tahanan reman dalam tempoh tahanan JKDM seperti mana kuasa seorang pegawai polis. Fasal 3 bertujuan memasukkan subseksyen baharu 26(3A) dan (3B) bagi memperuntukkan kuasa kepada pegawai Kastam untuk menge-seal pengangkut premis atau tempat yang mengandungi barang dokumen atau benda yang tidak dapat dialihkan bagi tujuan sitaan. Peruntukan ini juga menjadikan satu kesalahan bagi mana-mana orang yang mengganggu seal dan sitaan serta boleh dikenakan hukuman ke atas kesalahan berkenaan. Fasal 4 bertujuan memasukkan seksyen baharu 30B bagi memperuntukkan kebolehterimaan keterangan ejen provokasi dan keterangan yang diberi kepada ejen provokasi untuk digunakan dalam satu pertuduhan di bawah akta. Kelima, pindaan lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah pindaan bersifat consequential in nature. Terima kasih. Saya mohon mencadangkan.

Dato’ Dr. Noraini AhmadUMNO · BNMenteri Pengajian Tinggi · Parit Sulong

Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Zon Bebas 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Saya akan melanjutkan masa sehingga 2.15 petang. So, siapa pembahas pertama, Yang Berhormat Jelutong? Sila.

Saya cuma ingin tanya berdasarkan kepada rang undang-undang ini. Dalam pembentangan belanjawan tahun yang lalu, mantan Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa sebahagian dari Pelabuhan Pulau Pinang akan menjadi zon bebas cukai. Adakah pengumuman tersebut akan dilaksanakan oleh kerajaan yang baharu?

Sebab saya bertanyakan soalan ini adalah kerana kita lihat seperti yang telah saya nyatakan tadi, dalam masa- pada masa sekarang, diakibatkan oleh wabak pandemik COVID-19 ini, Pulau Pinang yang menjadi tempat pelancongan yang terkenal selepas Langkawi boleh dikatakan telah pun kurang tarikan. Saya telah nyatakan tadi satu lagi faktor yang menyebabkan Pulau Pinang jatuh dalam ranking tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Tadi saya telah nyatakan alasan iaitu penamatan perkhidmatan feri di mana rakyat di Pulau Pinang saya lihat Tuan Yang di-Pertua, saya percaya Tuan Yang di- Pertua sendiri juga telah pergi ke Pulau Pinang beberapa kali di mana ada yang datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk menggunakan feri sahaja kerana mereka tidak pernah mengalami- menaiki feri tersebut. Itu merupakan satu perkara yang amat mengejutkan dan rata-rata rakyat Pulau Pinang sekarang telah membangkitkan kemarahan dan mereka rasa sangat dukacita kenapakah perkhidmatan feri ditamatkan. Di samping itu pula sekarang kita lihat tidak ada sebarang pengumuman berita tentang pelaksanaan Zon Bebas Cukai di Pelabuhan Pulau Pinang. Di mana saya yakin ia boleh menjadi faktor tarikan kepada bukan sahaja warganegara Malaysia tetapi warganegara di luar negara untuk datang dan membeli belah di Zon Bebas Cukai di Pelabuhan Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Pulau Pinang merupakan penyumbang utama kepada pengutipan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri. So, saya rasa perkara itu perlu diiktiraf dan sejak kebelakangan ini banyak perkara yang telah diumumkan umpamanya pembatalan projek-projek LRT, penamatan perkhidmatan feri. Tidak ada sebarang pengumuman berkenaan dengan zon bebas cukai, semua berita ini membawa berita yang tidak baik kepada rakyat di Pulau Pinang. Jadi saya ingin tanya, sebagai wakil rakyat dari Pulau Pinang sama ada kerajaan ini akan kalau boleh menambah baik pengumuman yang telah dibuat oleh Mantan Menteri Kewangan untuk kita melaksanakan Zon Bebas Cukai di kawasan di Pulau Pinang, bukan sahaja di Pelabuhan Pulau Pinang tetapi kalau boleh kita memilih Pulau Pinang sebagai pulau untuk kita melaksanakan zon bebas untuk pembelian bebas cukai bukan sahaja untuk minuman keras, tetapi juga untuk rokok dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pontian. Yang Berhormat Pontian?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Selepas itu Beruas boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Ada Yang Berhormat Pontian?

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Beruas. Tak ada Yang Berhormat Pontian.

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kalau tak ada, bagi Beruas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat... Ya, Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Akta Zon Bebas 1990, akta meminda akta ini. Dua perkara yang ingin saya bangkitkan ialah saya hendak tahu apakah syarat-syarat Zon Bebas Pulau Pangkor? Adakah ia sama dengan zon bebas yang lain? Berapa hari kah perlu pengunjung tinggal di Pulau Pangkor sebelum berhak untuk membeli barangan di zon bebas cukai dan apakah syarat-syarat lain ataupun rancangan pembangunan oleh pihak kerajaan berkenaan dengan Pulau Pangkor? Kedua, Tuan Yang di-Pertua ialah tentang kuasa yang hendak diberikan di bawah akta ini kepada pegawai kanan kastam. Dikatakan pihak polis- pihak pegawai kanan kastam akan mempunyai semua kuasa seperti pihak polis. Jadi dalam keadaan ini, adakah- katakan di Pangkor, adakah pihak kastam akan wujudkan lokap selepas ini? Adakah pihak kastam akan bebas bertindak daripada pihak polis, kalau ada kecurian barangan di kawasan zon bebas ini, adakah pihak polis akan menyiasat atau pihak kastam yang akan menyiasat? Jadi adakah niat pihak kerajaan untuk memberi kuasa yang lebih ini untuk kedua-dua cabang ini bertindak berasingan. Saya takut ini kalau tidak dijelaskan dengan baik nanti ada dua pihak yang mempunyai kuasa yang sama, nanti dua-dua jabatan ini bertelingkah pula ataupun kerana pihak polis akan tolak sesuatu kes kepada pihak kastam, pihak kastam pula tolak kes kepada pihak polis. Jadi haraplah ada penjelasan dengan kuasa yang sama ini siapakah yang akan bertindak kalau ada sesuatu kesalahan berlaku di zon bebas ini ataupun di tempat kastam. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada lagi yang hendak berbahas? Kalau tidak ada saya ingin menjemput Timbalan Menteri untuk- Yang Berhormat.

Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut bahawa di zon bebas ini, rokok sudah tidak lagi dibebaskan daripada cukai kerana di situ berlakunya penyeludupan rokok melalui pusat-pusat bebas cukai. Saya ingin keterangan lanjut daripada Timbalan Menteri tentang perkara ini. Jadi apa istimewanya zon bebas cukai ini, apakah lagi barang yang dibebaskan cukai? Kalau kita pergi ke Langkawi misalnya, jika dulu ada barang-barang seperti barang-barang untuk terutama kepada wanita, barang-barang untuk alat-alat kita makan minum, apa semua itu, semua dibebaskan cukai. Akan tetapi sekarang kelihatan ia tidak ada lagi. Jadi saya ingin tahu senarai keistimewaan zon bebas cukai dan hari ini kita dapat tahu bahawa rokok tidak lagi bebas cukai di zon bebas cukai untuk mengelakkan kebocoran hasil. Itu pertanyaan ringkas saya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Abd Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Kudat

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan ini seperti mana yang saya- Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa yang dimaksudkan dengan zon bebas cukai ini untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah di mana-mana kawasan bebas cukai di Malaysia yang telah diisytiharkan oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 3(1) Akta Zon Bebas sebagai Zon Perdagangan Bebas (FCZ) atau Zon Perindustrian Bebas. FCZ Zon Bebas Cukai yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti perdagangan termasuklah berniaga tidak termasuk perniagaan runcit, memecah pukal, menggred, pembungkusan semula dan melabel semula. Manakala FIZ pula ialah zon bebas cukai yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pengilangan. Takrif pengilangan merujuk kepada penukaran daripada satu keluaran kepada satu keluaran baharu sama ada daripada segi saiz, bentuk, komposisi, jenis dan kuantiti bahan itu. ini termasuklah memasang atau bahagian menjadi keluaran. Akan tetapi tidak termasuk pemasangan jentera ataupun kelengkapan bagi maksud pembinaan. Ahli-ahli Yang Berhormat ada membangkitkan beberapa isu khususnya daripada Yang Berhormat Jelutong. Adakah pengumuman kerajaan terdahulu mengenai pemberian status kawasan zon bebas pada Pelabuhan Pulau Pinang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekarang.

Datuk Abd Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Kudat

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jelutong, peluasan kawasan zon bebas di Pengkalan Kontena Butterworth, utara Pulau Pinang akan terus dilaksanakan dan pada masa ini draf perundangan yang terlibat sedang dalam proses semakan oleh Jabatan Peguam Negara. Selain daripada itu, Yang Berhormat ada membangkitkan tentang penamatan perkhidmatan feri. Ini Yang Berhormat adalah keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan dan mungkin Yang Berhormat boleh menghalakan soalan ini kepada Kementerian Pengangkutan tentang pemberhentian yang dibuat terhadap perkhidmatan feri ke Pulau Pinang yang telah pun beroperasi berdekad-dekad lamanya. Yang Berhormat Beruas ada membangkitkan tentang Pulau Pangkor, berapa lama perlu tinggal di Pulau Pangkor untuk mendapatkan keistimewaan. Pulau Pangkor ialah pulau bebas cukai dan bukan zon bebas ya.

Datuk Abd Rahim bin BakriUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Kudat

Ia bukan zon bebas dan bagi melayakkan mendapat pengecualian cukai, ia haruslah tinggal di Pulau Pangkor selama 48 jam. Berapa lama tempoh yang dia melayakkan pembelian itu merupakan 48 jam ya. Semua barang yang dibawa masuk ke dalam Pulau Pangkor adalah dikecualikan daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan, kecuali kenderaan bermotor dan apa-apa barang yang boleh ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan melalui kuasa di bawah akta semasa yang berkuat kuasa. Pada masa ini barangan yang layak pengecualian cukai adalah: (i) minuman keras tidak melebihi satu liter; (ii) produk tembakau tidak melebihi 225 gram atau rokok tidak melebihi 200 batang; (iii) pakaian baharu tidak melebihi tiga pasang; (iv) sepasang kasut baharu; dan (v) bahan penyediaan makanan tidak melebihi RM150 dan semua barangan selain sehingga ia tidak melebihi- semua barangan selain (a) hingga tayar dan tiub yang tidak bernilai melebihi RM500. Jadi, ini adalah keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada Zon Perdagangan Bebas Cukai Pulau Pangkor. Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Beruas. Berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi, sepertimana yang saya nyatakan sebelum ini bahawa rokok yang sepertimana yang dicadangkan dalam Belanjawan 2021, ia dijadikan sebagai barang bercukai di Pulau Bebas Cukai seperti Labuan, Langkawi dan beberapa buah tempat yang lain. Tempat-tempat yang telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai ia nya tidak lagi mendapat keistimewaan rokok barangan yang tidak bercukai sepertimana yang telah dinikmati sebelum ini. Oleh sebab itu ia adalah untuk bertujuan memastikan bahawa tidak ada berlaku penyeludupan sepertimana yang berlaku sebelum ini. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, itu sahaja saya...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jawab tentang kuasa yang sama diberikan kepada pegawai kanan kastam dan polis. Jadi, dua-dua pun mempunyai kuasa yang sama, jadi siapa yang akan mesti bertindak kalau berlakunya sesuatu jenayah dalam zon bebas ini.

Yang Berhormat, sepertimana yang saya jelaskan tadi, kuasa pegawai kastam hanyalah terbatas kepada di kawasan di mana mereka menahan seseorang yang dianggap sebagai seorang pesalah. Apabila mereka menangkap seseorang yang telah melakukan kesalahan penyeludupan dan sebagainya mereka ditahan, diberikan kuasa polis untuk menahan atau mereman di premis-premis KDRM atau kastam. Akan tetapi berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan jenayah-jenayah yang lain, ia adalah masih di bawah kuasa polis. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan II (Tuan Mohd Shahar bin Abdullah) dan diluluskan]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis 17 Disember 2020. Terima kasih, assalamualaikum.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 2.16 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Peruntukan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR)Special Chamber

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang penting dan bersejarah. Ia diluluskan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman di bawah Rancangan Malaysia Kedua pada tahun 1969.

Walaupun KUTAR dilihat sebagai institusi khas untuk kaum Cina, hakikatnya, pengurusan dan kakitangan KUTAR terdiri daripada berbilang kaum, termasuklah pelajar. Pengajaran dan pembelajaran di KUTAR juga menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sejak KUTAR ditubuhkan, lebih daripada 200,000 pelajar cemerlang telah bergraduat.

Pada tahun 2019, mantan Menteri Kewangan Yang Berhormat Lim Guan Eng telah memperuntukkan RM45.5 juta kepada KUTAR. Peruntukan RM40 juta telah disalurkan kepada Tabung Amanah Pendidikan Persatuan Alumni TARCian (TAA-ETF) yang terdiri daripada golongan profesional untuk memastikan ketelusan kewangan. RM22 juta telah diagihkan untuk biasiswa dan bursari mahasiswa-mahasiswi dan RM1 juta untuk ganjaran kepada kakitangan institusi.

Dana yang digunakan telah dipaparkan secara terbuka. Selepas Perikatan Nasional mengambil alih pemerintahan, baki peruntukan sebanyak RM18 juta yang sepatutnya diguna sebagai bantuan kewangan pelajar, iaitu RM500 seorang pelajar telah ditarik balik oleh Menteri Kewangan. Tindakan ini

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

telah menimbulkan ketidakadilan kerana ada sesetengah pelajar telah mendapat bantuan kewangan tersebut.

Sebagai akibat, ramai pelajar KUTAR daripada keluarga B40 tidak dapat menerima bantuan kewangan semasa serangan pandemik COVID-19.

Mengikuti kenyataan Menteri Pengangkutan Dr. Wee Ka Siong, RM58 juta telah diperuntukkan kepada KUTAR pada tahun 2020.

Namun begitu, yuran pengajian atau yuran perkhidmatan langsung tidak dikurangkan walaupun pembelajaran dalam talian telah dimulakan sejak bulan Mac. Soalan saya kepada Kementerian Pengajian Tinggi:

(i) berapakah peruntukan pembangunan, peruntukan mengurus dan peruntukan lain yang telah disalurkan kepada KUTAR pada tahun 2020;

(ii) berapakah peruntukan pembangunan dan peruntukan mengurus dan peruntukan lain, yang akan disalurkan kepada KUTAR pada tahun 2021;

(iii) apakah cara KPT untuk memastikan peruntukan tersebut diguna pakai secara telus dan kebajikan pelajar dipelihara;

(iv) apakah peranan wakil daripada KPT dan Kementerian Kewangan yang duduk dalam ‘Board of Governors’ KUTAR dalam memastikan ketelusan kewangan KUTAR dan kebajikan pelajar dipelihara;

(v) adakah Board Of Trustees (BOT) KUTAR memenuhi syarat klausa 8.2 yang berbunyi, dengan izin, ‘at least 50 percent of the BOT members are third parties having no connection with the foundation or any of its founders’; dan

(vi) adakah KPT bersetuju bahawa sekurang-kurangnya seorang wakil pelajar perlu dimasukkan ke dalam ‘Board of Governors’ (BOG) KUTAR supaya pelajar dapat menyertai dalam proses pembuat keputusan dan memastikan suara pelajar dapat diutamakan.

Sekian, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Pengajian Tinggi · Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulai. Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) ditubuhkan di bawah Akta 555 (Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996). Kedudukan KUTAR adalah sama seperti universiti dan kolej swasta yang lain.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil perhatian akan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulai berhubung dengan peruntukan yang disalurkan kepada KUTAR serta isu berkenaan dengan ketelusan pengurusan kewangan dalam “Board of Governors”, dengan izin, KUTAR.

Menjawab kepada persoalan yang timbul, izinkan saya memperincikan secara satu persatu seperti yang berikut. Peruntukan pembangunan, peruntukan mengurus, dan peruntukan-peruntukan lain yang disalurkan kepada KUTAR.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu KUTAR dengan menyalurkan peruntukan semenjak tahun 2013 dan secara kumulatifnya, KUTAR telah menerima peruntukan kerajaan bermula tahun 2013 dan sehingga tahun 2020, sebanyak RM328.2 juta atau lebih spesifik iaitu RM328,207,790 dan kesemua peruntukan tersebut telah disalurkan secara terus kepada KUTAR bagi memudahkan pihak KUTAR merancang perbelanjaan peruntukan tersebut.

Namun begitu, sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, pada tahun 2019, Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM40 juta kepada Tabung Amanah Pendidikan Persatuan Alumni TARCian (TAA-ETF) dan peruntukan tersebut tidak diterima oleh KUTAR.

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Pengajian Tinggi · Nibong Tebal

Semenjak tahun 2013, kerajaan hanya menyalurkan peruntukan kepada KUTAR dan tidak pernah kepada NGO. Memandangkan KUTAR tidak menerima peruntukan tersebut, permohonan semula telah dibuat oleh KUTAR kepada kerajaan bagi membiayai perbelanjaan mengurus. Oleh yang demikian, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM40 juta yang dimohon dengan tambahan sebanyak RM18 juta iaitu jumlah yang dipulangkan semula oleh TAA-ETF kepada Kementerian Kewangan sebelum ini. Peruntukan tersebut telah pun disalurkan kepada KUTAR pada 11 Ogos 2020 yang lalu.

Manakala bagi peruntukan pembangunan pula, sebanyak RM1 juta

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Pengajian Tinggi · Nibong Tebal

telah disalurkan kepada KUTAR pada tahun 2020. Peruntukan pembangunan ini adalah bertujuan untuk membiayai dua projek sambungan, iaitu Perolehan Peralatan Bagi Projek Industri 4.0 dan Pertanian 4.0 dan Analisis Data Besar

(BDA) serta Perolehan Peralatan Projek Objek Rangkaian Internet (IOT) dan Pendidikan 4.0 dan Analisis Data Besar (BDA) bagi Kampus Induk Kuala Lumpur.

Pada tahun hadapan iaitu pada tahun 2021, kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan bantuan kewangan kepada KUTAR sebanyak RM42 juta. Daripada jumlah tersebut, RM40 juta merupakan belanja mengurus, manakala RM2 juta lagi merupakan belanja pembangunan yang bertujuan untuk membiayai dua projek sambungan sebelum ini. Penyaluran peruntukan pembangunan ini dibuat pada setiap suku tahun seperti universiti awam yang lain.

KPT juga mengambil tindakan pemantauan dengan memastikan peruntukan yang disalurkan pada tahun semasa dibelanjakan oleh KUTAR berdasarkan unjuran kewangan serta Laporan Kewangan dan Fizikal Projek Pembangunan KUTAR yang dikemukakan setiap bulan kepada KPT.

Berkaitan dengan peranan wakil daripada KPT dan Kementerian Kewangan dalam “Board of Governors” (BOG) KUTAR, Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan KUTAR memperuntukkan bahawa pihak berkuasa bagi KUTAR, iaitu “Board of Governors” antaranya hendaklah terdiri daripada lima orang wakil KPT dan Kementerian Kewangan yang dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi. Berdasarkan perlembagaan, fungsi dan kuasa BOG KUTAR adalah seperti yang berikut:

(i) mentadbir, membuat dasar dan memantau badan universiti dan boleh menggunakan semua kuasa yang diberikan kepada universiti selagi termaktub dalam perlembagaan ini atau syarat dan peraturan yang diberikan kepada pihak berkuasa atau pegawai lain universiti; dan

(ii) tidak ada ketetapan yang diluluskan oleh BOG yang berkaitan dengan apa-apa perkara yang mempunyai kuasa senat tetapi BOG boleh menyampaikan kepada senat pendapat mengenai apa-apa perkara dalam kuasa senat untuk pertimbangan pihak senat.

Tertakluk kepada persetujuan Ketua Pendaftar terlebih dahulu di bawah Seksyen 30 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555], BOG turut

Dato’ Mansor bin OthmanPKR · PHTimbalan Menteri Pengajian Tinggi · Nibong Tebal

berhak meminda mana-mana peruntukan dalam perlembagaan. Selain itu, BOG juga mempunyai kuasa dalam membuat peraturan disiplin yang diperlukan bagi pegawai, pekerja dan pelajar universiti.

Peraturan disiplin ini hendaklah diterbitkan kepada umum. Kuasa dalam membuat peraturan bagi BOG juga meliputi perkara-perkara seperti perjalanan dan pengurusan universiti, fungsi dan tugas pegawai universiti, aktiviti dan kebajikan pelajar, memutuskan kadar yuran, pengurusan kampus cawangan, fakulti dan pengurusan bangunan-bangunan universiti.

Berkenaan dengan keahlian “Board of Trustees” Tuan Yang di-Pertua, menjawab kepada persoalan berhubung dengan keahlian “Board of Trustees” KUTAR, dimaklumkan bahawa seramai 12 orang telah dilantik sebagai BOT KUTAR. Daripada jumlah ini hanya seorang sahaja yang merupakan ahli foundation ataupun founder KUTAR sementara sebelas orang lagi bukan dalam kalangan ahli foundation atau founder KUTAR.

Ini bermakna majoriti daripada BOT merupakan pihak ketiga dan tiada kaitan dengan ahli foundation atau founder KUTAR. Perkara ini adalah selaras dengan Klausa 8.2 dalam Perlembagaan KUTAR yang berbunyi, dengan izin “at least 50 percent of the BOT members are third parties having no connection with the foundation or any of its founders”.

Berhubung dengan cadangan bahawa sekurang-kurangnya seorang wakil pelajar yang berkelayakan dilantik sebagai ahli BOG KUTAR pula, KPT berpandangan bahawa perkara berkenaan adalah di bawah bidang kuasa BOG KUTAR untuk mempertimbangkannya dan sekiranya dipersetujui, perlembagaan KUTAR perlulah dipinda sewajarnya bagi memenuhi maksud tersebut. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Pembinaan Sekolah Kebangsaan Baharu: SK Bukit Sentosa 2Special Chamber

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bukit Sentosa merupakan kawasan perumahan, perindustrian dan perniagaan yang telah dibangunkan oleh syarikat Talam Corporation Berhad sekitar tahun 1995 di Hulu Selangor. Sehingga kini, dianggarkan jumlah penduduk sekitar 80 ribu telah mendiami kawasan ini.

Bukit Sentosa mudah di akses melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) susur keluar 118, Bukit Beruntung. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk membeli rumah kediaman di Bukit Sentosa walaupun bekerja di Kuala Lumpur.

Puan June Leow Hsiad HuiPKR · PHHulu Selangor

Kawasan perumahan ini menjadi pilihan golongan muda kerana harganya masih murah. Kawasan ini mempunyai satu sekolah kebangsaan iaitu SK Bukit Sentosa yang menerima jumlah murid seramai 2,652 murid daripada lapisan prasekolah dan Darjah 1 hingga Darjah 6. Sekolah ini mempunyai dua sesi persekolahan dengan jumlah bilik darjah ialah 40 buah dan mempunyai kelas sebanyak 74 kelas.

Unjuran data murid tahun 2020 menunjukkan pertambahan murid seramai 84 murid berbanding tahun 2019. Cadangan pembinaan sekolah baharu yang akan dinamakan sebagai SK Bukit Sentosa (2) bertujuan untuk memudahkan penduduk sekitar untuk menghantar anak-anak ke sekolah berdekatan. Sekolah sedia ada tidak dapat menampung keperluan pelajar akibat pertambahan penduduk di kawasan sekitar.

Antara sekolah berhampiran yang lain seperti berikut:

(i) SK Bukit Beruntung berjumlah 1,500 murid;

(ii) SK Bukit Beruntung 2 berjumlah 1,676 murid;

(iii) SMK Bukit Sentosa berjumlah 2,258 pelajar; dan

(iv) SMK Bukit Sentosa 2 berjumlah 1,748 pelajar Enrolmen di SK Bukit Sentosa dikategorikan sebagai sekolah berkapasiti padat. Sekolah ini akan mengalami masalah kekurangan bilik darjah kerana pertambahan pelajar akan menyebabkan kesesakan dalam kelas sehingga lebih 40 orang murid dalam satu kelas. Masalah kawasan tanah sekolah yang terhad juga menyebabkan pembinaan bangunan yang terhad. Ia menyebabkan ketidakselesaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Cadangan pembinaan SK Bukit Sentosa (2) di tanah yang telah diwartakan sebagai simpanan tapak sekolah oleh Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor di lot bernombor 14551 PA89613. Kos pembinaan sekolah rendah berkapasiti 36 bilik darjah dan lain-lain kemudahan dianggarkan berjumlah RM54 juta. Proses pembinaan sekolah ini dijangka mengambil masa selama 24 bulan untuk disiapkan.

Matlamat pembukaan sekolah baharu ini supaya dapat menyediakan hanya 30 murid sahaja bagi satu kelas untuk memastikan proses P&P yang lebih selesa dan berkesan. Hulu Selangor berharap, cadangan ini dapat diperhalusi dan diangkat oleh pihak kementerian untuk persetujuan bagi memastikan para pelajar di Hulu Selangor dapat menjalani proses P&P dalam persekitaran yang kondusif agar dapat memangkin kecemerlangan para pelajar. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Silakan.

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNTimbalan Menteri Pendidikan II · Sungai Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera, selamat tengah hari. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNTimbalan Menteri Pendidikan II · Sungai Besar

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor atas pertanyaan berkaitan pembinaan sekolah rendah baharu di kawasan Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Yang Berhormat, KPM sentiasa komited dalam usaha menyediakan prasarana dan kemudahan infrastruktur pendidikan kepada semua murid di seluruh negara.

Bagi tujuan ini, KPM sentiasa memantau dan mengkaji keperluan membina sekolah baharu, menaik taraf atau menyelenggara sekolah sedia ada untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan selamat dan selesa.

Dalam konteks pembinaan sekolah baharu, KPM akan melaksanakan analisis keperluan secara terperinci dengan mengambil kira bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan (catchment area) dengan izin, serta perancangan pembangunan berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi sesebuah kawasan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tiga buah sekolah rendah di kawasan sekitar Bukit Sentosa sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi iaitu SK Bukit Sentosa, SK Bukit Beruntung dan SK Bukit Beruntung 2. Kesemua sekolah ini telah beroperasi secara dua sesi. Jumlah keseluruhan enrolmen adalah seramai 5,665 orang murid.

Enrolmen murid sedia ada bagi kesemua sekolah berkenaan telah melebihi tahap optimum iaitu purata bilangan murid melebihi 30 orang dalam satu kelas dan tidak lagi mampu menampung pertambahan jumlah murid.

Analisis yang dilaksanakan oleh KPM mendapati wujud keperluan untuk membina sekolah rendah baharu di kawasan Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Tahniah, Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah mengenal pasti cadangan tapak bagi pembinaan sekolah baharu tersebut. Pada masa ini, status tanah bagi tapak cadangan projek ini merupakan hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Manakala permohonan cadangan projek pembinaan sekolah rendah baharu akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNTimbalan Menteri Pendidikan II · Sungai Besar

Rolling Plan (RP) 2 Tahun 2022. Walau bagaimanapun, kelulusan projek ini adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.

KPM berharap pembinaan sekolah rendah baharu di kawasan Bukit Sentosa itu nanti akan dapat menyelesaikan masalah kepadatan murid di sekolah rendah sekitar Bukit Sentosa dan murid dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan selamat dan selesa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamatlah sesi ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan mengikut Peraturan Mesyuarat 17.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 12.00 tengah hari, hari Khamis, 17 Disember 2020.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 12.22 tengah hari]