Dewan Rakyat · 29 September 2021

15th Parliament, session 4, meeting 1 · 504 turns · 53,112 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSSibuti · question

1. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan bercadang menetapkan satu peraturan tetap mengenai pemasangan mesin ATM di kawasan luar bandar bagi memberi kemudahan wang tunai dan apakah insentif segera kepada pihak bank komersial menyediakan perkhidmatan ATM tersebut.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Ahli Parlimen Sibuti. Buat masa ini pemasangan mesin juruwang automatik atau automated teller machine (ATM) di kawasan bandar atau luar bandar adalah tertakluk kepada pihak industri perbankan. Pihak industri perbankan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kos penyelenggaraan ATM dan tahap penggunaan sebagai justifikasi bagi pemasangan ATM di sesebuah kawasan. Sejak April 2020, fi bagi pengeluaran wang tunai telah dimansuhkan buat sementara waktu bagi memudahkan pengguna untuk mengeluarkan wang dari mana-mana ATM. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam usaha untuk meningkatkan rangkuman kewangan dan menambah baik penyediaan kemudahan akses perkhidmatan kewangan, pelbagai saluran atau strategi diguna pakai untuk memastikan orang ramai dapat mengakses perkhidmatan perbankan asas dengan mudah. Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan kewangan yang berasaskan teknologi dan digital seperti perbankan internet dan mudah alih serta eDompet di mana transaksi perbankan boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja secara selamat, cepat dan mudah. Walau bagaimanapun, MOF mengambil maklum masih terdapat keperluan untuk penyediaan transaksi tunai terutamanya untuk kawasan yang tidak mempunyai infrastruktur Internet yang mencukupi dan stabil. Jadi selain daripada mesin juruwang automatik atau automated teller machine (ATM MEPS), antara saluran lain yang disediakan oleh institusi perbankan ialah ejen bank dan juga bank bergerak. Bank-bank yang terbabit dalam ejen bank telah memberikan komitmen untuk memperluaskan perkhidmatan ejen bank secara berperingkat dan menambah baik perkhidmatan sedia ada. Antara perkhidmatan perbankan asas yang disediakan oleh ejen bank adalah: (i) mengambil deposit; (ii) mengendalikan pengeluaran wang;

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

(iii) mengendalikan pindahan dana dan wang; (iv) menerima pembayaran pinjaman dan pembiayaan; (v) mengendalikan pembayaran bil; dan (vi) membuka akaun simpanan tetapi ini untuk BSN sahaja. Selain itu, MOF bersama BNM sedang berusaha untuk meluaskan inisiatif bank bergerak dengan kerjasama institusi perbankan seperti yang diumumkan dalam Pelan Pemulihan pada 28 Jun 2021 dan dijangka akan mula beroperasi dalam suku keempat tahun ini. Kerajaan memperuntukkan RM18 juta kepada institusi kewangan domestik bagi menyediakan 30 unit bank bergerak di sekitar 250 mukim seluruh Malaysia yang dikenal pasti tiada atau kekurangan akses kepada perkhidmatan perbankan asas. Institusi kewangan juga akan memantau tahap penggunaan perkhidmatan perbankan di ejen-ejen bank oleh penduduk setempat sebagai justifikasi bagi penambahan kemudahan perkhidmatan kewangan seperti ATM atau pembukaan sebuah cawangan bank. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila, Yang Berhormat Sibuti, soalan tambahan pertama.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Keperluan ATM machine ini adalah merupakan keperluan asas kepada masyarakat luar bandar, pendalaman dan daerah-daerah baru yang sedang membangun di Sabah dan Sarawak dan juga berlaku kes-kes seperti rakyat ingin mendapatkan bantuan rakyat seperti bantuan Keluarga Malaysia yang akan datang. Mereka datang dari jauh dan juga tambang yang diguna pakai adalah sangat tinggi sehingga RM100 dari Baram, daripada Sibuti untuk ke Miri. Soalan tambahan saya, sekiranya kerajaan tidak dapat menyediakan ataupun menasihatkan pihak bank untuk menyediakan ATM machine ini, apakah langkah-langkah way forward yang diguna pakai oleh kerajaan untuk memperkenalkan cashless society ataupun memperkenalkan mikro ATM Machine seperti di India supaya transaksi tunai ini dapat diguna pakai di kawasan luar bandar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih, Yang Berhormat Ahli Parlimen Sibuti. Kita mengambil maklum tentang kerisauan beliau tentang masalah untuk sampai ke ATM machine. Untuk makluman Yang Berhormat, penerimaan masyarakat terhadap ePembayaran iaitu pembayaran tanpa tunai, pembelian online dan pemindahan dana secara talian semakin baik terutama sekali sejak pandemik COVID-19 melanda negara. Bank Negara Malaysia (BNM) dan industri kewangan termasuk PayNet dan industri kewangan telah memperhebatkan lagi usaha komunikasi dan jangkauan untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan e-Pembayaran supaya kaedah yang lebih selamat dan mudah untuk membuat pembayaran. Bank Negara juga telah melancarkan kempen JomDigital untuk mendidik orang ramai mengenai manfaat dan langkah-langkah menggunakan perkhidmatan ePembayaran.

Bagi memelihara kepercayaan dan keyakinan terhadap penggunaan e- Pembayaran, Bank Negara juga telah meningkatkan pendidikan dan kesedaran kewangan mengenai langkah-langkah keselamatan kewangan asas yang harus diambil oleh orang ramai untuk melindungi diri mereka daripada menjadi mangsa sindiket penipuan kewangan. Untuk meningkatkan capaian dan jangkauan maklumat yang lebih meluas kepada masyarakat khasnya penduduk luar bandar dan golongan B40, Bank Negara bersama industri kewangan giat menjalankan pelbagai aktiviti promosi dan hebahan di seluruh

Malaysia. Antara inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Bank Negara adalah hebahan melalui radio, paparan mesej di papan iklan elektronik, perkongsian mesej berkenaan kebaikan penggunaan e-pembayaran di media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp. Selain itu, Bank Negara juga turut menyebarluaskan maklumat mengenai e- Pembayaran secara berkongsi bahan komunikasi termasuk video pendek dan infografik melalui saluran media arus perdana dan media sosial. Pihak industri juga membantu merancakkan lagi aktiviti hebahan menerusi media sosial masing-masing dan kempen galakan penggunaan e-pembayaran seperti FPX, JomPay, MyDebit dan DuitNow QR oleh PayNet. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, pandemik COVID-19 ini telah mempercepatkan agenda pendigitalan ekonomi dan kewangan di Malaysia ini. Saya melihat soalan daripada Yang Berhormat Sibuti tadi lebih kepada fokus, bagaimana kementerian ini dan institusi kewangan lain berserta dengan kementerian-kementerian lain untuk membantu pengguna-pengguna di kampung-kampung pedalaman. Kalau hanya sekadar kempen, promosi dan sebagainya kepada penduduk bandar kami telah menggunakannya. Isunya soalan asas Yang Berhormat Sibuti tadi, sejauh mana keseriusan itu di kampung-kampung pedalaman supaya berlaku suatu yang adil kepada seluruh rakyat Malaysia di negara kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

Saya hendak tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua. Minta tambah sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak boleh terus tambah. Ini sesi Jawab Lisan. Kena jawab terus. Minta maaf. Yang Berhormat Alor Gajah tunggu sekejap. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

Terima kasih Ahli Parlimen Hulu Langat. Memang kita sangat prihatin dengan kesusahan mereka yang dari luar bandar untuk mendapat khidmat ATM. Namun, seperti saya jelaskan tadi ia adalah tertakluk kepada pihak industri perbankan. Mereka ada requirement untuk membuka mana-mana ATM walaupun kita melalui ejen bank, kita juga memberi khidmat kepada mereka yang di luar bandar dan kita akan sentiasa memantau. Jika ada keperluan yang khusus, kita akan bincang juga untuk meminta pihak perindustrian bank untuk memberi pertimbangan untuk membuka ATM di kawasan- kawasan yang betul-betul memerlukan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya buka pertanyaan ketiga baru boleh bercakap Yang Berhormat Alor Gajah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan tidak menjawab dengan tepat. Isunya e-Digital, JomDigital dan juga ATM dan tanggungjawab pembangkang itu tidak tepat. Kalau kita hendak melaksanakan yang disebutkan JomDigital, kita kena ada sasaran, kita ada tumpuan, kena ada kaedah. Berapa contohnya, ekonomi di tempat yang disebutkan tadi? Sekiranya keperluan melibatkan satu juta sebagai contoh, kita boleh digitisekan kewangan itu. Kita boleh menggunakan kaedah JomDigital. Kita sebut JomDigital hari-hari tetapi tidak ada jadual pelaksanaan. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan menjawab bilakah kita boleh laksanakan. Lagi dua tahun, lagi sebulan, lagi lima tahun kah? Oleh sebab kita sudah mempunyai pelbagai merchant di tempat-tempat yang kita boleh bekerjasama. Contohnya menggunakan e-Digital. Kita digitisekan

kewangan itu untuk mereka berbelanja. Contoh untuk barangan asas, untuk membeli barangan menggunakan- contoh kalau digunakan kaedah kad digital. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

Terima kasih perkongsian tadi oleh Yang Berhormat Alor Gajah. Saya ingin juga berkongsi di sini yang Bank Negara juga, bekerjasama dengan industri dan pihak berkepentingan lain untuk menangani kesukaran dan memudahkan proses peralihan kepada e-Pembayaran. Sambutan bagi inisiatif ini sangat memberangsangkan terutama dalam sektor awam yang menyaksikan e-Pembayaran merangkumi 60 peratus daripada jumlah kutipan kerajaan. Sebagai contoh, Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya melaksanakan penerimaan e-Pembayaran di semua kaunter imigresen di seluruh negara dan hal ini telah memudahkan penggunaan e-Pembayaran yang lebih tinggi mencakupi 84 peratus jumlah kutipan yang diterima oleh Jabatan Imigresen pada tahun 2020 berbanding dengan 48 peratus pada tahun 2019. Bank Negara juga akan menggembleng usaha untuk meningkatkan penerimaan e-Pembayaran di kalangan peniaga mikro juga melalui interaksi holistik dan kerajaan negeri dan persatuan-persatuan peniaga. Sebagai contoh, Bank Negara dan industri, bekerjasama juga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam melaksanakan inisiatif tanpa tunai di pasar awam bagi memperluaskan penggunaan e-Pembayaran di semua 56 buah pasar basah di Pulau Pinang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Stampin.

Chong Chieng JenDAP · PHStampin · question

2. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan, berapa sekolah daif di Sarawak telah dinaik taraf dan dipulihkan dalam tahun 2019, 2020 dan 2021, status pelaksanaan projek dan perbelanjaan masing-masing dan bilangan murid yang dimanfaatkan dengan usaha ini.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Stampin yang telah mengajukan soalan pada pagi ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi tahun 2019 sehingga tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia atau KPM telah diluluskan sebanyak 186 projek menaik taraf dan pembangunan semula sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sarawak dengan kos berjumlah RM1.579 bilion. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2019 sebanyak 75 buah projek telah diluluskan untuk pelaksanaan dengan kos berjumlah RM827.1 juta. Sehingga 22 September 2021, sebanyak 29 buah projek telah siap dibina, 41 buah projek sedang dalam pembinaan manakala lima buah projek lagi dalam fasa prabina, dengan perbelanjaan sebanyak RM168.45 juta. Bagi tahun 2020, sebanyak 52 buah projek telah diluluskan dengan kos berjumlah RM350 juta. Sehingga 22 September 2021 sebanyak enam buah projek sedang dalam pembinaan manakala 46 buah projek dalam peringkat prabina dengan perbelanjaan sebanyak RM122,483. Manakala bagi tahun 2021, KPM telah diluluskan sebanyak 59 buah projek dengan kos berjumlah RM402.71 juta. Kesemua projek masih di peringkat prabina dan tiada perbelanjaan dibuat setakat ini. Seramai 4,027 orang murid untuk makluman Yang Berhormat, seramai 4,027 orang murid telah mendapat manfaat daripada 29 buah projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif yang telah siap. Manakala, dijangka seramai 32,141 orang murid yang akan menerima manfaat daripada 157 buah projek yang masih dalam peringkat pembinaan dan prabina. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Stampin soalan tambahan pertama.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, menurut apa yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri- kos purata untuk menaik taraf sebuah sekolah daif ini adalah dalam lingkungan RM8 juta- untuk sesebuah sekolah- RM6 juta sampai RM8 juta, untuk murid puratanya lebih kurang 100 orang murid, atau 200 orang murid untuk sesebuah sekolah. Adakah itu kos yang terlalu tinggi dan apakah sebabnya kos itu terlalu tinggi sampaikan untuk sesebuah sekolah yang muridnya 100 orang tetapi kos menaik taraf sahaja bukan untuk bina sebuah sekolah yang baharu sampai RM8 juta. Adakah kepentingan diberi kepada untuk menguntungkan kontraktor yang menjalankan kontrak itu. Itu soalan pertama saya.

Tuan Chong Chieng JenDAP · PHStampin

Soalan kedua, adalah dilaporkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bahawa setakat November 2020, masih ada sebanyak 647 buah sekolah daif yang tunggu dibaikpulih, naik taraf kerja dijalankan. Kos anggarannya adalah lebih kurang sebanyak RM3.2 bilion. Kalau mengikut kadar yang dijalankan oleh kerajaan sekarang, sampai bilakah sejumlah 600 lebih sekolah daif di Sarawak itu akan dibaik pulih? Sampai bilakah murid-murid itu akan dapat menikmati sekolah yang bertaraf macam sekolah di bandar? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Ada dua soalan itu. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Untuk soalan yang pertama saya ingin menyatakan bahawa pihak KPM dalam melaksanakan mana-mana projek sama ada untuk menaik taraf ataupun menggantikan sekolah-sekolah yang daif ini ialah memerlukan laporan dan justifikasi daripada semua agensi kerajaan termasuk JKR negeri sendiri. Kita akan berbicara dengan mereka dan mereka akan mengemukakan kepada KPM design yang manakah yang sesuai dan kos yang manakah yang sesuai untuk mana-mana projek berdasarkan keperluan sekolah-sekolah tersebut. Soalan kedua, saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat dan untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini bahawa this is an ongoing process, proses berterusan untuk kita memastikan sekolah-sekolah daif ini bukan sahaja di Sarawak Yang Berhormat tetapi di Sabah, di Semenanjung Malaysia juga kita akan meneruskan program untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif ini. Kita faham bahawa di seluruh Malaysia apatah lagi di Sabah dan Sarawak masih lagi memerlukan projek penaiktarafan sekolah daif ini. Insya-Allah KPM bersama-sama kerajaan pada hari ini yang prihatin kepada rakyat akan senantiasa melihat keperluan dari semasa ke semasa dan berterusan proses ini, insya-Allah. Terima kasih.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi dah ada dua soalan tambahan, saya tidak benarkan untuk yang ketiga. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Besut.

Idris bin JusohUMNO · BNBesut · question

3. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah strategi dalam memastikan keselamatan makanan tidak terjejas khususnya ketika negara mendepani situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited untuk terus memperkukuhkan Sekuriti Makanan Negara supaya terus kekal terjamin dalam apa jua keadaan. Ini dapat dilihat menerusi usaha-usaha pemerkasaan sistem pemakanan negara bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan yang cukup, selamat, bernutrisi dan mampu beli.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Melangkah ke hadapan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah merangka Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021 hingga tahun 2025 bagi meningkatkan lagi daya tahan sistem makanan agar kekal utuh dalam menghadapi sebarang tekanan. Antara strategi utama yang digariskan di bawah pelan tindakan DSMN adalah merangkumi: (i) memperluaskan adaptasi teknologi dalam sistem makanan sebagai satu langkah pragmatik untuk mempertingkatkan lagi kecekapan dan produktiviti sistem ini berteraskan skala economical dan pertanian mampan; (ii) untuk memperkasakan penyelidikan dan pembangunan berteraskan sekuriti makanan ke arah meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan dan input pertanian seperti makanan ternakan, baka dan juga benih berkualiti secara domestik; (iii) memperkasa ketersediaan data sekuriti makanan bagi mengenal pasti dan memantau tahap sekuriti makanan penduduk Malaysia berdasarkan locality; (iv) menterjemahkan aspirasi dengan izin food security as a shared responsibility dengan memfokuskan usaha untuk memperluaskan kolaborasi strategik berteraskan sekuriti makanan antara kementerian, kerajaan-kerajaan negeri dan juga sektor swasta; dan (v) untuk memperkukuh tadbir urus, merentas jabatan dan agensi- agensi untuk merapatkan jurang dalam sistem makanan bagi meningkatkan kecekapan pemantauan makanan negara. MAFI yakin strategi-strategi yang telah kita kenal pasti akan dapat menyumbang kepada usaha untuk memperkukuhkan Sekuriti Makanan Negara dengan: (i) memastikan keberadaan makanan yang selamat dengan harga yang berpatutan di pasaran; (ii) meningkatkan pengeluaran makanan secara domestik bagi memastikan ketersediaan makanan yang mencukupi khususnya bagi menjamin kestabilan harga makanan; (iii) meningkatkan kerjasama dan komitmen sektor swasta, badan- badan kerajaan dan NGO serta rakyat bagi mengoptimumkan lagi sumber; dan (iv) untuk menjamin kesiapsiagaan negara dalam menghadapi krisis sekuriti makanan serta mendukung kestabilan dan ketahanan sistem makanan negara. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan (FSCC) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk meneliti isu-isu yang berkaitan sekuriti makanan secara menyeluruh dan MAFI akan terus berusaha untuk merapatkan jurang dalam sistem makanan bagi menjamin kestabilan dan kemampanan sistem ini terutamanya ketika kita menghadapi COVID-19. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Besut, satu soalan tambahan.

Terima kasih kepada kementerian atas strategi-strategi dan pelaksanaan yang dibuat untuk memastikan Sekuriti Makanan Negara. Saya hendak tahu apakah tindakan-tindakan yang telah diambil, yang telah digunakan oleh kementerian menggunakan manfaat teknologi IR4.0 dan juga pertanian pintar dalam memastikan keselamatan makanan negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Satu pertanyaan yang cukup berpatutan sekali. Pertama, Agenda Transformasi dan Pemodenan Sektor Makanan ataupun Pertanian Negara khususnya bagi menjamin bekalan makanan adalah agenda utama kita. Dalam hal ini, kementerian akan sentiasa memberikan tumpuan kepada Revolusi Perindustrian (IR4.0) untuk mentransformasikan industri pertanian bagi mempertingkatkan lagi produktiviti kita dengan perluasan teknologi. Strategi-strategi yang digariskan dalam agenda transformasi ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan sistem makanan tetapi juga untuk menyumbang kepada mengurangkan lagi kebergantungan sektor agromakanan terhadap guna tenaga asing serta petani yang berumur ataupun aging farmers. Antara strategi yang telah diambil adalah untuk mewujudkan sokongan kepada aktiviti-aktiviti penyelidikan. Di samping itu, pihak MAFI juga melaksanakan strategi melalui pemindahan teknologi kepada kumpulan sasar oleh agensi-agensi kita. Dalam masa yang sama, MAFI turut memperkenalkan kaedah pelesenan dan peningkatan skala menggunakan pendekatan TechnoFund, inkubator dan juga test bit consultancy. Teknologi juga disediakan bagi teknologi yang dilindungi di bawah perlindungan harta intelek. Strategi-strategi ini akan diterjemahkan melalui pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara dan juga Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara. Ini dapat kita sama-sama lihat menerusi Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan Negara sebanyak RM60 juta dan juga Program Modenisasi Vessel serta mekanisasi tangkapan sebanyak RM150 juta yang menawarkan dana pembiayaan untuk perolehan vessel moden dan juga peralatan yang berasaskan daripada IR4.0. Jadi peruntukan kita sebanyak RM210 juta telah pun kita salurkan kepada Agrobank. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Rompin.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya menjemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Satu soalan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya dengar jawapan tadi. Kemusykilan saya begini ya, dari sudut penjelasan tentang dasar, saya sedikit pun tidak ada keraguan. Isunya adalah pelaksanaan dan akhirnya hasil. Kenapa saya kata begitu? Saya meninjau dapatan kajian daripada pakar-pakar pertanian dari universiti tempatan tentang isu keselamatan makanan. Reputable reference, rujukan yang dianggap credible. Kata mereka, isu keselamatan makanan di negara kita ini terus menjadi satu masalah besar disebabkan empat perkara. Pertama, tidak ada dasar yang konkrit dan komprehensif sejak awal merdeka, tidak ada. Kedua, dasar pembangunan dibuat tetapi sering mengabaikan sektor pertanian. Ketiga, pelaksanaan dasar yang sentiasa berubah-ubah dan tidak strategik. Akibatnya merosotnya pertumbuhan sektor makanan dalam negara dan meningkatnya kebergantungan kita kepada makanan daripada import. Ini dapatan kajian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalannya Yang Berhormat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Soalannya, semalam saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri Pertanian terhadap soalan daripada Yang Berhormat Jempol kah apa. Strategi pertanian untuk Rancangan Malaysia Ke-12 ini ada empat. Pertama, padi. Kedua, tanaman sayuran dan buah-buahan. Ketiga, ternakan dan yang keempat, perikanan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Dalam RMKe-12 lima tahun yang akan datang ini, fokus adalah empat tadi. Soalan saya ialah, apakah Yang Berhormat boleh memberikan penjelasan lanjut kepada Dewan, di antara pembentangan dasar dengan fokus kementerian terhadap empat perkara tadi, boleh benar-benar menjawab isu keselamatan makanan. Saya bagi contoh satu sahaja. Import makanan di negara kita terus meningkat saban tahun. Apakah jaminan dasar yang tadi dibuat benar-benar boleh melegakan atau meredakan keresahan tentang isu ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kita memang cukup memahami tentang apa juga cabaran yang sedang kita hadapi. Bahkan semasa kita menghadapi COVID-19, kita telah membuktikan bahawa bukan sahaja MAFI telah berjaya membekalkan makanan yang mencukupi dan tiada apabila menghadapi masalah. Sebenarnya dasar yang telah kita tetapkan Dasar Agromakanan Negara 2.0 tahun 2021–2025 dan juga MSKN untuk sekuriti makanan memang telah mencukupi untuk menggariskan apa juga keperluan yang akan kita kehendaki. Pada ketika ini kita mempunyai satu pasukan yang sentiasa memantau secara harian tentang apa juga keperluan dan juga kekurangan yang kita hadapi— dari kekangan yang kita hadapi pada ketika ini adalah pelbagai. Selain daripada kita bergantung pada banyak barang import dan juga penggunaan yang sentiasa meningkat kerana populasi kita juga semakin meningkat. Justeru itu, kita telah menyusun beberapa strategi dan kita berharap Dasar Agromakanan Negara (DAN2.0) dan juga MSKN sekuriti makanan ini telah mencukupi untuk kita menggariskan apakah strategi-strategi dan tindakan yang sepatutnya kita buat. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada ketika ini saya berikan misalan, tentang dasar kita bersama dengan beras. Walaupun dasar kita ialah 70:30 yang menjadi makanan ruji negara. Sejumlah 70 kita hasilkan, 30 kita import dari luar negara. Walau bagaimanapun, walaupun kita berselesa dengan dasar ini tetapi MAFI telah mengambil satu pendekatan untuk mengkaji kemungkinan untuk kita mempertingkatkan lagi pengeluaran kita untuk lima tahun akan datang, kita hasilkan sebanyak 75 peratus bukan lagi 70 peratus yang menjadi dasar kita selama ini. Dengan mengambil beberapa pendekatan yang kita yakin kita berkeupayaan untuk mencapainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kuala Selangor, tambahan. Satu soalan mudah sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah bagi masa agak panjang dia menjawab ya.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua. Soalan mudah sahaja dari Kuala Selangor.

Nur Azrina binti Surip (Nurin Aina)PKR · PHMerbok · question

4. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah usaha drastik yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk menginstitusikan dan meningkatkan perwakilan wanita di Parlimen serta perancangan jangka panjang secara sistematik untuk memastikan sasaran minimum 30 peratus dilaksanakan.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Merbok atas soalan yang dikemukakan. Saya ingin memohon menjawab soalan Yang Berhormat Merbok bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Kuantan pada 5 Oktober 2021 mengenai perkara yang sama.

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong sebarang bentuk usaha meningkatkan penglibatan wanita dalam bidang kepimpinan termasuk sebagai pembuat keputusan. Dalam hal ini, kerajaan telah mengumumkan penyertaan dasar untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan di sektor awam pada tahun 2004 dan di sektor swasta pada tahun 2011. Berdasarkan statistik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2020, telah terdapat iaitu 38.2 peratus penjawat awam wanita di peringkat pembuat keputusan melalui pengisian gred utama C, JUSA C dan ke atas. Manakala di sektor swasta pula ia baharu mencecah 25.8 peratus. Ini adalah berdasarkan keanggotaan wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah di 100 syarikat tersenarai awam yang teratas. Jumlah perwakilan wanita di Dewan Rakyat sehingga kini hampir 15 peratus iaitu 33 orang wanita daripada 222 buah kerusi Parlimen yang mana dua kekosongan jumlah keseluruhannya. Di Dewan Negara sekarang ini juga hampir 15 peratus iaitu lapan orang wanita daripada 53 Ahli Dewan Negara yang mana ada 17 kekosongan di Dewan Negara. Berdasarkan Indeks Jurang Gender Global (Malaysia) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020, didapati terhadap jurang gender yang agak ketara antara lelaki dan wanita dalam penyertaan politik iaitu skor 0.108 berbanding dengan 1.0 skor penuh. Jadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpandangan bahawa usaha untuk meningkatkan perwakilan wanita di Parlimen merupakan tanggungjawab asas semua parti politik, kerana ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah kerusi yang dipertandingkan dan dimenangi dalam pilihan raya. Selain itu juga, ia perlu kepada persediaan, persekitaran yang menyokong dan penglibatan wanita secara produktif bermula daripada memupuk minat malah latihan dan pendidikan sehinggalah kepada usaha untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi menghalang wanita untuk berkecimpung dalam kepimpinan politik. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga berpandangan bahawa program- program kepekaan gender juga perlu memainkan peranan yang signifikan kerana ia akan memberikan pemahaman tentang kepentingan penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan termasuklah sebagai Ahli Parlimen. Ini merupakan satu antara perkara yang bersifat sistematik yang perlu diberi perhatian bagi menghapuskan segala bentuk pandangan yang negatif. Jadi di kementerian kami, kita menyediakan pelbagai program termasuk Konvensyen Pemimpin Muda, Simposium Wanita Negara dan banyak lagi program yang melibatkan sehingga Ogos 2021, seramai 95,182 orang peserta dan 178 program bagi merealisasikan pemerkasaan wanita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Merbok, soalan tambahan pertama

Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sebenarnya setuju, saya cuma hendak mengambil contoh kalau di Rwanda, Ahli Parlimennya ada 64, plus lelaki 36. Kalau di South Afrika pula, yang mana dalam African National Congress, mereka telah menaikkan kuota daripada 30 peratus ke 50 peratus pada tahun 2009. Soalan saya, tadi pun Yang Berhormat Timbalan Menteri ada jawab yang kita masih jauh, kita dalam hampir 15 peratus. Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang pilihan raya bagi mana-mana parti yang tidak memenuhi percentage dengan izin, calon wanita tidak dibenarkan masuk bertanding.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Merbok atas soalan tambahan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa komited untuk menyokong semua usaha untuk meningkatkan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang termasuk melalui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang.

Dalam hal ini, parti-parti politik di Malaysia perlu menggalas tanggungjawab untuk memainkan peranan penting yang lebih signifikan untuk melatih, memperkasa dan memberi peluang kepada ahli-ahli politik wanita untuk mereka juga menyumbang dan sebagai pembela nasib rakyat dan penggerak pada pembangunan negara. Saya memahami parti-parti politik meletakkan calon bukan semata-mata untuk bertanding tetapi untuk menang dalam pilihan raya dan bukan sekadar untuk memenuhi kuota. Jadi, saya mengharapkan usaha-usaha untuk meningkatkan peranan wanita di semua peringkat termasuk penggubalan polisi dan pentadbiran, negara dan masyarakat harus diberi sokongan oleh semua pihak. Jadi, saya mengharapkan supaya perkara ini diambil perhatian oleh semua pemimpin parti politik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Yang Berhormat Tangga Batu.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sedikit, Yang Berhormat.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Yang Berhormat Tangga Batu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya akan ambil sebelah sini. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin bertanya kerana ini satu persoalan yang sudah lama kita perjuangkan seterusnya kaum wanita. Adakah kementerian sesuai dengan kita telah memeterai memorandum persefahaman di antara kerajaan dan juga pihak pembangkang PH dan Reformasi Parlimen. Adakah kementerian bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan parti- parti politik supaya ada timbul kesedaran untuk memastikan sekurang-kurangnya dalam pilihan raya akan datang 30 peratus daripada calon-calon setiap parti itu adalah terdiri daripada kaum wanita, mewakili kaum wanita. Kedua, adakah kementerian merancang strategi bagaimana kita menyiapkan sediakan kaum wanita yang mempunyai potensi untuk menjadi Ahli-ahli Parlimen ataupun ADUN dapat kita berikan pendidikan awal dan ilmu yang sesuai bagi mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik apabila mereka dipilih nanti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Ya, terima kasih atas soalan tambahan, Yang Berhormat Beaufort. Jadi, kita sangat mengalu-alukan apa jua cadangan dan perbincangan yang ke arah untuk menyokong, meningkatkan kepimpinan wanita di mana-mana peringkat. Jadi, kami di kementerian bersedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak untuk memastikan supaya hasrat untuk kita meningkatkan lagi terutama kedudukan wanita di sudut peringkat pembukaan dasar ini dapat dilaksanakan. Alhamdulillah, di pihak kementerian, kita menyusun pelbagai program untuk memastikan supaya kita dapat melahirkan kepimpinan-kepimpinan muda. Antara program kita ialah kita sedang dalam membuat semakan terhadap Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara dan begitu juga untuk melihat apa-apa isu yang boleh menyebabkan timbulnya kekangan ini. Jadi, ini merupakan satu- dalam isu memperkasakan wanita ini sebenarnya ia merupakan isu cross-cutting. Ia memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada semua kementerian, semua agensi malah kaum lelaki juga. Bukan sahaja kami di Kementerian Wanita, di kementerian-kementerian lain juga harus bekerjasama untuk sama-sama kita memastikan yang terbaik untuk wanita Malaysia. Terima kasih

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan tambahan. Penting isu ini wanita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bila wanita, lelaki ini dia kena harmoni ini antara dua. Saya bagi peluang yang ketiga. Sila Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, saya ingin tahu apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai wanita memasuki politik. Saya sudah dengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa adalah tanggungjawab parti, itu kami faham. Akan tetapi, hakikatnya adalah salah satu sebab yang mendorong wanita tidak mahu terlibat dalam politik adalah politik toksik. Malah di Dewan ini juga politik toksik, kata-kata kesat, kata-kata seksis yang dilemparkan terhadap wanita. [Tepuk] Saya faham ini adalah ruang daripada tanggungjawab semua kementerian tetapi ada jurisdiction di bawah kementerian. Maka, saya ingin tahu apakah pindaan undang- undang ataupun dasar polisi yang akan dibawa oleh kerajaan untuk memastikan bahawa we create a safe space for women untuk lebih terlibat dalam politik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Wanita.

Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya dari Batu Kawan. Kita sangat mengalu-alukan semua cadangan, semua pindaan, apa saja aktiviti ataupun program yang boleh meningkatkan pemerkasaan wanita. Kita di kementerian sedang meneliti semua isu termasuk dasar-dasar, undang- undang yang boleh berlakunya diskriminasi terhadap wanita. Saya yakin insya-Allah dengan pelbagai program dilaksanakan, bukan sahaja kami di peringkat kementerian, NGO dan di peringkat kepimpinan parti politik yang sedang menyusun pelbagai program untuk kita melahirkan lebih ramai lagi pelapis-pelapis muda khususnya wanita-wanita yang berketerampilan, berani dan mampu berperanan bukan setakat hanya memenuhi kuota sahaja tetapi sesuai, mampu dan layak untuk berperanan dan saya yakin, insya-Allah ini akan menyerlahkan lagi kepimpinan Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Wanita boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Sabri bin Azit, Yang Berhormat Jerai.

Sabri bin AzitPAS · PNJerai · question

5. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan apakah usaha-usaha yang telah dibuat untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran teras bagi pelajar beragama Islam.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerai. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pendidikan Islam telah ditetapkan sebagai mata pelajaran teras yang mesti dipelajari oleh semua murid beragama Islam sekolah rendah dan sekolah menengah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta sepertimana termaktub di bawah Seksyen 50(1), Akta Pendidikan 1996. Untuk makluman Yang Berhormat, pentafsiran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam adalah melalui pentaksiran bilik darjah (PBD) untuk semua peringkat persekolahan. Selain daripada itu bagi peringkat menengah rendah, pentaksiran pusat turut dibuat melalui pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Bagi peringkat menengah atas pula,

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

peperiksaan pusat dilaksanakan melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekian, Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, soalan tambahan pertama Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk soalan tambahan, apakah usaha-usaha KPM untuk memastikan yang pertamanya proses PdP Pendidikan Islam yang cukup efektif agar kefahaman Islam sebenar dapat dihayati oleh murid dan yang keduanya, apakah usaha KPM mewujudkan kelas aliran agama KAA untuk murid berkeperluan khas, ketidakupayaan penglihatan Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak bagi membolehkan murid-murid ini dapat mengambil aliran agama di peringkat pengajian tinggi. Sekarang di SMPK, Masalah Penglihatan Setapak hanya wujud aliran KA untuk menengah rendah. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih, Yang Berhormat. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus memperkasakan kefahaman tentang kurikulum Pendidikan Islam dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) melalui siri-siri kursus yang akan diberikan secara berterusan, ya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan agar dapat melahirkan murid-murid yang memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, KPM akan terus memberi kefahaman juga kepada para pegawai pendidikan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri, di peringkat Jabatan Pejabat Pendidikan Daerah agar mereka dapat kepakaran, ilmu secukupnya dan seterusnya mereka akan membimbing para guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam ini secara lebih berterusan. insya-Allah, proses ini akan berterusan. Bagi soalan yang kedua, saya mengambil maklum tentang soalan yang kedua untuk murid berkeperluan khas. insya-Allah kita mengambil maklum tentang cadangan itu. Kita akan bagi maklumat selanjutnya selepas ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Ada soalan tambahan kedua? Sila Yang Berhormat Merbok.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya ada menerima surat daripada- Eh! Ini soalan nombor enam, kan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bukan, soalan nombor lima.

Sorry, sorry.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tidak apa. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Pokok Sena. Sila.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, antara kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan ialah kekurangan guru yang kita dihadapi sekarang ini antaranya dalam pendidikan agama Islam. Walaupun kita telah mempunyai graduan-graduan Pendidikan Islam saban tahun daripada IPG dan IPT, tetapi masih tidak mencukupi. Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, berapakah sebenarnya jumlah guru Pendidikan Islam yang sedia ada dan berapa keperluan tambahan yang perlu dicari dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan ini supaya kecukupan guru di dalam pendidikan Islam ini dapat diatasi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNKimanis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, setakat 30 Ogos 2021, sekolah rendah kita mempunyai seramai 40,713 guru agama, manakala sekolah menengah pula berjumlah 16,024 orang guru. Kita faham tentang kekurangan guru agama di seluruh negara dan kementerian sentiasa berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk menambah bilangan guru. Umpamanya saya bagi contoh di Sabah Yang Berhormat, di mana di UMS. Kita telah berbincang dengan UMS untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam. Ini ke arah untuk membantu menambah bilangan guru kekurangan guru agama di Sabah. Saya ingat semua negeri pun kita boleh berbincang insya-Allah, kita akan pastikan jalan-jalan yang sesuai, cara-cara yang sesuai untuk bagaimana institusi pendidikan termasuk universiti- universiti kita untuk melahirkan lebih ramai guru-guru agama yang berkompetensi untuk memenuhi kekurangan yang ada pada kita ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Timbalan Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Teluk Intan.

Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan · question

6. Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah langkah proaktif kerajaan untuk mengatasi kekurangan bekalan makanan tempatan yang kini terpaksa bergantung kepada import makanan melebihi RM51 bilion setahun.

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Teluk Intan yang mengemukakan soalan yang memberi gambaran keprihatinan Yang Berhormat kepada para petani, para nelayan dan seumpamanya. Dalam hal ini, kerajaan sangat prihatin dan memahami bagaimana kerajaan kita masih bergantung kepada import makanan negara. Justeru itu, kita mengambil langkah proaktif dalam isu ini untuk kita memastikan kadar import negara kita semakin hari semakin berkurangan. Maka dalam isu ini, kerajaan mengambil beberapa langkah. Di antaranya: (i) kerajaan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan pengeluaran beras negara dengan pendekatan program smart sawah berskala besar (SMART SBB) melalui pelbagai kaedah pelaksanaan seperti pertanian kontrak, sewaan dan sebagainya yang mana di sudut teknikalnya, kita berjaya meningkatkan hasil padi daripada 3.5 tan metrik per hektar kepada 7 tan metrik per hektar dan insya-Allah, Rancangan Malaysia Ke-12 ini, kerajaan akan memberi fokus dalam perkara ini; (ii) kerajaan menubuhkan Lembaga Ruminan Negara. Ini untuk kita memastikan bekalan daging lembu, kerbau, kambing, biri-biri mencukupi di dalam negara kita ataupun dalam bahasa yang mudah, kita akan mengurangkan import ini dari satu tahun ke satu tahun ke angka yang ditargetkan oleh pihak kerajaan; (iii) kerajaan memperkukuhkan dan menambah baik infrastruktur kemudahan dan facility di kawasan pengeluaran makanan seperti jelapang padi, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan kompleks atau pun jeti-jeti perikanan; (iv) menyokong pemodenan dan pertanian pintar melalui Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan sebanyak RM60 juta dan Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan sebanyak RM150 juta yang menawarkan dana pembiayaan untuk perolehan vesel moden dan peralatan berasaskan IR 4.0 untuk rakyat Malaysia;

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

(v) mempergiat aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi untuk menghasilkan varieti benih berhasil tinggi, rintang penyakit dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim serta teknologi input penanaman yang mesra alam antara varieti baharu adalah seperti benih padi MR315 dan MRQ104 yang mempunyai daya tahan terhadap penyakit dan perosak; (vi) menggalakkan penyertaan golongan belia dalam bidang pertanian dan agromakanan. Kerajaan telah memberi kemudahan ini kepada 7,571 orang agropreneur muda seluruh negara setakat ini; (vii) memperluas aktiviti pertanian bandar; dan (viii) mempromosi amalan pertanian baik melalui persijilan myGAP, myOrganic agar rakyat terus dapat makanan yang selamat dan bernutrisi. Langkah-langkah tersebut diambil oleh kerajaan sempena dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 setakat ini. Di samping itu, kerajaan juga telah menubuhkan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, panjanglah jawapannya. Minta ringkaskan Yang Berhormat. Ringkaskan sikit.

Okey. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kita harap ini memberi kesan yang positif kepada makanan negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Teluk Intan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan yang panjang lebar oleh Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, fantasi kerajaan dan realiti rakyat adalah dua perkara yang berbeza. Saya hendak tanya, semalam Dewan rakyat dimaklumkan negara kita dalam Global Food Security Index, kedudukannya merosot daripada tangga ke-28 jatuh ke-44. Ini adalah realiti rakyat, bukan fantasi kerajaan. Soalan saya adalah, apakah langkah-langkah yang disenaraikan oleh Timbalan Menteri tadi dapat menyelesaikan masalah pokok? Pertama, kekurangan guna tenaga. Kedua, isu hak milik tanah. Ketiga, harga baja dan racun perosak yang semakin meningkat dan yang paling penting ini, bagaimanakah kita hendak ubahkan pengimportan makanan sekarang meningkat setiap tahun? Dahulu RM30 bilion, sekarang RM51.4 bilion. Ia merangkumi bukan sahaja padi. Timbalan Menteri, saya nak tahu bagaimanakah, apakah langkah kerajaan untuk menjadikan negara daripada pengimport makanan dan menjadi pengeksport makanan, Made in Malaysia. Ini merangkumi sektor padi, sayuran, tanaman, ternakan dan perikanan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Saya mohon jawapan yang komprehensif dan tetapkan jadual masa bilakah ia akan menjadi realiti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Teluk Intan. Sila Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Timbalan Menteri, minta tutup mulut, pakai mask.

Yang telah mengemukakan soalan tambahan. Saya sebagaimana Yang Berhormat, kita sememangnya mempunyai hasrat dan cita-cita yang tinggi untuk mewujudkan bidang pertanian dalam negara kita yang mempunyai daya pengeluaran hasil yang tinggi. Namun, kita tidak dapat nafikan di sana ada cabaran-cabaran yang besar. Kerajaan yang ada sekarang ini insya-Allah, kita akan memastikan cabaran- cabaran yang telah dilalui sekian lama sebelum daripada ini, dapat kita atasi satu demi satu dan supaya hasil padi, hasil sayur, bekalan daging dan seumpamanya dapat kita pastikan bertambah dari semasa ke semasa dalam negara kita. Insya-Allah, saya selaku Timbalan Menteri Pertanian II, kalau ada cadangan- cadangan Yang Berhormat untuk memastikan sumber bekalan makanan dalam negara kita dapat ditingkatkan dalam masa yang terpantas. Saya tidak mampu untuk sebut berapa tahun kerana dia bukan sahaja bergantung kepada kerajaan, tetapi dia bergantung kepada pihak petani, pihak nelayan dan pihak-pihak yang lain untuk menjayakan cita-cita ini.

Bagi saya, saya ingin tambah lagi iaitulah kita sangat mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak untuk kita pastikan bekalan makanan negara kita mencukupi dari semasa ke semasa sempena dengan penambahan jumlah penduduk yang semakin hari semakin besar dalam negara kita. Sekian, terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Tuan Yang di-Pertua tanya lain dia jawab lain. Itu saya berasa kesal.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput di sebelah sini. Saya jemput Yang Berhormat...

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Yang Berhormat. [Ketawa]

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pokok Sena.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sekejap... tolong...

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Tangga Batu berapa kali bangun sudah ini.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin.

Yang Berhormat Tangga Batu, cakaplah!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Setiu, sekejap Yang Berhormat Dungun. Sila.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Tampin.

Yang Berhormat Tangga Batu.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Pokok Sena.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk dapat penjelasan kerana SMART SBB (sawah berskala besar) ini adalah satu pelan tindakan yang besar daripada kementerian. Akan tetapi, sasaran tambahan bagi self-sufficient level dengan izin iaitu tahap sara diri secara khusus saya hendak tumpukan kepada makanan ruji rakyat iaitu beras bermula daripada padi tetapi tambahan per hektar produktiviti hanya tujuh tan metrik setahun. Hanya tambahan lima peratus kepada 75 peratus. Mengapa tidak dirangka supaya mencapai tahap 100 peratus SSL ini? Pohon jawapan kementerian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Penambahan di sudut metrik tan apabila kita kemukakan satu cadangan kepada seluruh petani kalau boleh mengikuti SMART SBB di mana peningkatan daripada 3.5 tan kepada tujuh tan adalah peningkatan sebanyak 100 peratus Yang Berhormat, 100 peratus kadar padi. Baru-baru ini saya buat lawatan di Kedah, pengeluaran hasil daripada kebanyakannya 1.9 tan per hektar dan waktu itu Alhamdulillah, penuaian padi naik meningkat kepada 7.9 tan untuk satu hektar. Jadi, peningkatan inilah kalau kita kembangkan dan insya-Allah hasrat kerajaan untuk perluaskan model ini dan kita yakin dan percaya hasil kepada petani bertambah dan kadar import padi ataupun beras negara ini akan berkurangan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Yang Berhormat, boleh sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah bagi masa panjang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Sedikit Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingin...

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Kejap saya hendak tanya pasal dulu waktu pembangkang dia kata Singapura lebih banyak hasil padi.

Berkenaan penternak.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa yang dia belajar dari Singapura?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tak apa, saya ingin teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien Julau.

Yang Berhormat Pokok Sena kena baca banyak. Singapura tidak ada sawah tetapi Singapura syarikat-syarikat dia menghasilkan padi di luar negara dia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tak apa, saya sudah panggil Yang Berhormat Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien Julau. Sila Yang Berhormat Julau.

7. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan: (a) apakah pelan perancangan pihak kementerian untuk memastikan akses internet dan telekomunikasi yang mampan di negeri Sarawak khususnya di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman untuk memastikan isu jurang digital dapat diselesaikan; dan (b) nyatakan dengan lebih jelas apakah usaha yang telah dilakukan untuk meningkatkan akses internet dan telekomunikasi yang lebih baik di kawasan Parlimen Julau.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Ketereh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Julau. Saya akan cuba memberikan fakta-fakta terperinci memandangkan Yang Berhormat amat prihatin dengan perancangan yang akan dilakukan di Sarawak dan juga di Parlimen Yang Berhormat. Untuk makluman, sebagai panduan pada Yang Berhormat negeri Sarawak memang menjadi kawasan satu negeri tumpuan kerana untuk makluman Yang Berhormat

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji MusaUMNO · BNMenteri Komunikasi dan Multimedia · Ketereh

liputan 4G di Sarawak sekarang ini hanya berada pada tahap 80.84 peratus berbanding dengan nasional liputan 4G pada tahap kira-kira 94 peratus. Di kawasan Julau, saya mengambil perhatian kerana liputan LTE 4G atau (long- term evolution fourth generation) 4G hanya tahap 27.34 peratus. Jadi, terdapat kesenjangan yang besar di antara Sarawak dengan Julau apa lagi dibandingkan dengan nasional. Oleh kerana itu, kerajaan telah mengaturkan supaya satu program besar dibuat untuk di kawasan Parlimen Yang Berhormat yang meliputi kawasan-kawasan yang ada Yang Berhormat bangkitkan sewaktu perbahasan Yang Berhormat baru-baru ini termasuklah di kawasan-kawasan seperti di Nanga Dayu di Ulu Kuta, di Nanga Wak, di Ganega, Ulu Pedanum, di Merurun, di Ulu Sigai dan Nanga Ensiring Yang Berhormat. Di kawasan Yang Berhormat telah disiapkan perancangan untuk membina menara baharu. Terpaksa dibina lebih banyak menara baharu iaitu sebanyak 47 menara baharu. Di samping itu Yang Berhormat, di kawasan Yang Berhormat juga sebanyak 38 stesen yang telah dinaiktarafkan, tiga telah siap dan 35 lagi sedang kita laksanakan. Selain daripada itu premis tersedia gentian optik ataupun premis yang mendapat khidmat gentian optik kita ingin tingkatkan kepada 315 lagi, 226 telah siap dan oleh kerana kawasan Yang Berhormat merupakan kawasan pedalaman dan juga banyak kawasan yang agak jauh daripada bandar dan tempat tinggal yang agak terasing dan sukar bagi kita membina menara cara biasa maka jalur lebar satelit perlu diadakan bagi kawasan Parlimen Julau. Untuk itu, sebanyak 46 projek bagi menyampaikan khidmat melalui jalur lebar satelit. Kemudian, untuk makluman Yang Berhormat juga dalam kawasan Yang Berhormat kita melaksanakan Program Point of Presence (PoP) iaitu untuk menyalurkan fibre optic ke kawasan-kawasan sekolah supaya mendapat bekalan connectivity yang lebih stabil dan untuk itu ada 35 buah sekolah terlibat di kawasan Parlimen Julau. Itu menandakan betapa kawasan Yang Berhormat menjadi satu kawasan tumpuan dan kesemuanya ini akan dimulakan bulan hadapan untuk makluman Yang Berhormat dan kita harap dapat disiapkan sebelum akhir tahun hadapan supaya menjelang akhir tahun hadapan di kawasan Yang Berhormat. Liputannya adalah menjadi setara atau hampir setara dengan national average bagi kesemuanya mendapat liputan 4G ataupun long-term evolution fourth generation. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan. Silakan Yang Berhormat Julau.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang bagi satu jawapan yang lengkap dan jelas. Saya difahamkan bahawa apabila akses jaringan internat itu dipertingkatkan kelajuannya dari 2G ke 3G ataupun dari 3G, 4G berlaku juga ada satu impak yang lain di mana kawasan akses jaringan internet akan berkurangan dan tidak dapat diakses di kawasan-kawasan terpencil yang lain. So, the area of coverage gets reduced as internet speed is upgraded dan di kawasan saya juga ada kes bila menara Telekom sudah ada, tetapi tidak ada network sekali. Tiada internet coverage, tak ada line coverage juga. So, soalan saya apakah langkah solusi pihak KKMM untuk menyelesaikan isu seperti ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian sedar tentang perkara itu. Ini kerana soal speed dan sebagainya amat bergantung pada misalnya jumlah pengguna pada sesuatu masa dan juga aktiviti- aktiviti yang berjalan serentak terutamanya sewaktu berlaku PKP dan ia menjejaskan speed di kawasan-kawasan tertentu. Jadi, untuk itu bulan lepas kementerian telah melancarkan Portal JENDELA Map supaya orang awam dapat melaporkan secara terus. Ini untuk mendapat maklumat

daripada pengguna-pengguna supaya tindakan susulan dapat dilakukan bagi kawasan- kawasan yang mengalami pengalaman yang sedemikian. Sementara itu, kita dengan kerjasama service provider boleh menggunakan USP Fund yang ada di SKMM untuk mengambil langkah-langkah serta-merta bagi kawasan- kawasan yang mana kita menerima aduan-aduan sepertimana yang Yang Berhormat maksudkan. Sementara itu kita juga faham ada beberapa tower di Sarawak sementara menara dinaikkan tetapi servis belum ada.

Kebanyakan ini ialah tower yang dikendalikan oleh badan tertentu peringkat Kerajaan Negeri Sarawak dan kita cuba melakukan penyelarasan supaya khidmat tower yang berkenaan dapat dijalankan sama pantasnya dengan apa yang sedang dilakukan oleh SKMM di bawah kendalian kementerian. Insya-Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Hulu Rajang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Hulu Rajang.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Okey, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, kawasan Julau dan kawasan Hulu Rajang jauh di pendalaman. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, yang berlaku dan tertera dalam telefon itu, ia ada 3G, ada H+ atau 4G tetapi malangnya Yang Berhormat Menteri, internet masih perlahan ataupun tiada liputan sekali. Jadi, saya telah menulis surat kepada Menteri sebelum ini dan saya juga memberitahu pihak MCMC untuk melihat dan memantau menara yang sedia ada tetapi pegawai MCMC sampai hari ini pun, saya tunggu-tunggu pun tidak mengikut janji yang telah diberitahu kepada saya untuk memantau di manakah kelemahan internet dan juga tower tersebut. So, mohon Yang Berhormat Menteri beritahu MCMC, turunlah ke kawasan pedalaman.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Sila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana Ahli Yang Berhormat tahu, hampir 90 peratus kawasan di Sabah itu liputan bekalannya daripada 2G dan kita tahu 2G speed dan sebagainya amat rendah sekali. Di kawasan-kawasan yang diliputi oleh liputan 3G, speed masih rendah lagi. Masih sangat rendah lagi sebab itu kerajaan ingin memastikan menjelang akhir tahun hadapan liputan 96.9 peratus mestilah 4G dengan tahap kelajuannya antara daripada 24 megabits hingga 25 megabits per second sekarang kepada kira-kira 35 megabits per second. Jadi, itu benchmark yang telah kita tetapkan untuk seluruh negara. Jadi kita harap dengan siapnya projek JENDELA Fasa 1, sekurang-kurangnya jadi masalah Yang Berhormat bangkitkan itu boleh diatasi dengan speed yang lebih tinggi. Akan tetapi kalau ada masalah-masalah yang spesifik di kawasan Yang Berhormat, saya mengalu-alukan untuk Ahli-ahli Parlimen boleh berjumpa terus dengan saya pada bila-bila masa. Esok saya mengedarkan data-data mengikut kawasan Parlimen kepada semua Ahli Parlimen tentang berapa banyak menara yang diupgradekan, berapa banyak point of presence dalam projek yang kita laksanakan...

Sudah terima...

Yang Berhormat Menteri, kita sudah...

Untuk semua kawasan Parlimen, saya hantar secara bertulis supaya rakan-rakan Ahli Parlimen dapat

mengetahui perkembangan JENDELA dalam kawasan masih-masing dan kalau Yang Berhormat ada enquiries bolehlah temui saya secara terus atau Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat Menteri, saya cuma hendak ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat Menteri merupakan Menteri pertama yang sampaikan list projek pembangunan di kawasan Parlimen masing- masing, bukan esok, sudah dapat semalam. Terima kasih, saya berharap Yang Berhormat Menteri lain dapat lakukan perkara yang sama. Terima kasih.

Setuju tetapi minta ada penjelasan juga dan penerangan berkenaan dengan maklumat tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Thomas Su Keong SiongDAP · PHKampar · question

8. Tuan Su Keong Siong [Kampar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan jumlah yang kehilangan pekerjaan sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan yang hilang pekerjaan, terutamanya sektor pelancongan, hotel dan F&B untuk mendapat kembali pekerjaan masing-masing.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Segamat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kampar. Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pandemik COVID-19 telah menjejaskan hampir keseluruhan ekosistem perniagaan termasuklah yang berkaitan dengan pelancongan dan menyebabkan kehilangan pekerjaan. Berdasarkan Akaun Satelit Pelancongan 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) guna tenaga pelancongan pada tahun 2020 mencatatkan seramai 3.5 juta orang iaitu pengurangan sebanyak 2.9 peratus berbanding 3.6 juta orang guna tenaga pada tahun 2019. Data guna tenaga dalam industri pelancongan ini merangkumi 34.5 peratus dan sektor makanan dan minuman atau food and beverage (F&B), sebanyak 33.4 peratus dalam sektor peruncitan dan sebanyak 17.4 peratus dalam perkhidmatan khusus pelancongan negara iaitu country-specific tourism services iaitu coding Tourism Satellite Accounts 2020 ataupun Jabatan Perangkaan Malaysia yang melibatkan juga kewangan, insurans, pendidikan, kesihatan, Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) serta aktiviti sauna, mandian stim, salon, mengurut dan juga lain-lain. Untuk makluman, komponen guna tenaga dalam industri pelancongan pula adalah meliputi industri-industri seperti berikut: (i) perkhidmatan penginapan; (ii) perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman; (iii) perkhidmatan pengangkutan penumpang; (iv) perkhidmatan agensi pelancong dan penempahan lain; (v) perkhidmatan kebudayaan sukan dan rekreasi; (vi) jualan runcit bahan api kenderaan; (vii) perdagangan runcit; dan (viii) perkhidmatan khusus bercirikan pelancongan negara. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu menghidupkan semula aktiviti pelancongan demi memastikan kelangsungan pekerjaan dalam sektor ini. Antaranya adalah seperti berikut, yang pertama menyediakan kemudahan pusat kuarantin yang melibatkan 378 buah hotel di seluruh negara yang telah bersetuju untuk jadikan sebagai stesen kuarantin COVID-19 bagi di bawah program kuarantin wajib ke atas individu yang memasuki Malaysia dari luar

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Segamat

negara. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Kedua, menyediakan kemudahan pusat kuarantin dan juga hostel sementara bagi pekerja asing yang sedia ada dalam Malaysia di bawah program penempatan sementara pekerja di hotel mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja [Akta 446]. Program ini dijalankan dengan kerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Kementerian Sumber Manusia. Ketiga ialah mengadakan kerjasama strategik bersama pihak industri seperti Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) serta Persatuan Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS) bagi penggunaan fasiliti hotel dan pusat konvensyen untuk dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Keempat, ialah pembukaan sektor pelancongan dengan Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis gelembung perjalanan yang bermula pada 16 September 2021. Inisiatif ini telah diberikan nafas baharu kepada pengusaha pelancongan di pulau tersebut. Ia juga telah dijadikan penanda aras untuk penyediaan dan memperkemaskan SOP bagi pembukaan lebih banyak gelembung, destinasi dan aktiviti pelancongan. MOTAC juga telah mengatur persembahan oleh buskers di beberapa buah pusat- pusat pemberian vaksin mega di seluruh negara untuk penjanaan peluang pendapatan kepada buskers serta pada masa yang sama menyediakan hiburan kepada petugas PPV dan juga penerima vaksin. Akhirnya, MOTAC telah sentiasa meneliti peluang dan mempersiapkan penggiat industri untuk pembukaan dan pengoperasian semula destinasi serta aktiviti pelancongan seni dan budaya di seluruh negara secara berfasa di bawah Pelan Pemulihan Negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila Yang Berhormat Kampar, soalan tambahan pertama.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebanyakan pengusaha-pengusaha hotel sedang mengalami masalah aliran wang tunai iaitu cash flow dengan izin. Apakah rancangan kerajaan untuk membantu mereka ini? Adakah kerajaan sudi mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran SOP dalam penggunaan fasiliti hotel dan dine-in untuk pengunjung, penginap-penginap hotel bagi menggalakkan kadar penginapan yang lebih tinggi ataupun rebat yang lebih tinggi untuk pengusaha hotel dan moratorium pembayaran balik pinjaman agar pengusaha- pengusaha dapat mengekalkan pekerjaan dalam sektor pelancongan hotel dan F&B ini. Selanjutnya, saya hendak tanya kementerian, apakah cabaran yang telah dihadapi oleh kementerian dalam pelaksanaan gelombang pelancongan yang telah dilaksanakan di Langkawi? Bagaimana kita dapat memperbaiki dan memperketat SOP yang dikenakan untuk pengunjung-pengunjung ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Terima kasih kepada soalan tambahan yang diberikan. Perlu ditekankan bahawa kerjasama agensi dan kementerian lain juga kita telah laksanakan untuk membantu pengusaha-pengusaha hotel khususnya seperti yang telah saya maklumkan tadi selain daripada hampir 120 buah hotel yang telah mempunyai perkhidmatan. Di mana MOTAC telah membelanjakan hampir RM92 juta untuk membantu mereka untuk memproses untuk bayaran hotel dan juga sebagainya sebagai pusat kuarantin. Selain daripada itu, kerjasama dengan persatuan hotel selain daripada penggunaan pusat-pusat PPV, MOTAC juga telah bekerja dengan Langkawi seperti sekarang, gelembung pelancongan sebagai permulaan.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Antara cabaran yang kita hadapi adalah untuk memastikan SOP itu diikuti apabila berada di kawasan-kawasan di luar dan juga sebagainya. Bantuan di antara pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan adalah di bawah PEMERKASA dan PEMULIH telah pun kita berikan. Sebelum ini adalah lebih kurang RM3,000 kepada

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

pengendalian pelancong berlesen dengan MOTAC. Hampir 700 ejen MM2H, lebih 8,000 orang pemandu pelancong seluruh negara juga telah dibantu dan juga lebih 2,800 pengendali inap di desa juga telah dibantu. Bantuan-bantuan lain yang diberikan adalah seperti pelanjutan diskaun bil elektrik kepada penggiat industri, pengusaha hotel, pengendali taman tema, pusat konvensyen dan sebagainya sebanyak sepuluh peratus sehingga 31 Disember 2021. Pengecualian cukai pelancongan dan juga cukai perkhidmatan kepada pengusaha hotel juga diberikan sehingga 31 Disember 2021 oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan oleh syarikat juga telah diberikan oleh LHDN dan Skim Subsidi Upah juga diberikan oleh PERKESO untuk mereka. Insentif-insentif yang bukan berbentuk kewangan juga telah diadakan iaitu kelonggaran yang berkaitan dengan kompaun, iaitu diskaun pembayaran kompaun sebanyak 40 peratus kepada semua pengusaha pelancong dan pemandu pelancong yang dikenakan kompaun oleh MOTAC sebelum 31 Disember 2021. Pelanjutan tempoh pembayaran kompaun sehingga 31 Disember 2021 bagi semua kompaun yang dikeluarkan kepada syarikat dan juga pemandu pelancong yang berlesen. Pengecualian kompaun kepada pengusaha pelancong dan pemandu pelancong yang gagal membaharui lesen dalam tempoh yang ditetapkan yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan syarat permohonan lengkap perlu dikemukakan dalam masa 60 hari selepas tamat PKP atau pun PKPD. Berkaitan dengan pengecualian fi kepada pengusaha pelancongan pula...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ringkaskan jawapan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ringkaskan.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Pengecualian fi, atau pun pembaharuan lesen dan juga lesen-lesen tambahan bagi pengusaha-pengusaha pelancongan yang memohon pembaharuan lesen bermula dari 17 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2021. Pengecualian fi, pembaharuan lesen dan juga lesen-lesen tambahan bagi pengusaha- pengusaha pelancongan dan juga pemandu pelancong yang belum mendapat kelulusan pembaharuan lesen yang disebabkan oleh yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan juga diberikan sehingga 31 Disember 2021. Pengecualian fi bagi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan juga telah mendapat keputusan iaitu yang sebelum ini juga yang terjejas dengan aktiviti PKP juga diberikan sehingga 31 Disember 2021. Ada juga beberapa inisiatif yang lain yang boleh saya maklumkan kepada Yang Berhormat secara bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya...

Soalan tambahan. Balik Pulau.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

...menjemput soalan tambahan kedua, yang telah berdiri awal. Saya minta Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri tadi, kita memahami bahawa industri pelancongan, perhotelan dan F&B ini adalah terkesan dengan begitu teruk sekali akibat daripada pandemik COVID-19. Saya juga mendengar jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkenaan dengan langkah-langkah ataupun bantuan-bantuan one-off, bantuan semasa seperti memudahkan proses vaksinasi dan sebagainya bagi memulakan kembali industri perhotelan ini. Namun, sebagaimana yang kita faham bahawa industri ini dilihat lumpuh secara keseluruhannya. Oleh sebab Tumpat merupakan salah sebuah daerah pelancongan walaupun kecil, saya terpanggil untuk mendapatkan maklumat daripada kementerian berhubung dengan langkah-langkah jangka panjang dalam usaha kementerian bagi memastikan industri perhotelan ini kembali beroperasi sebaiknya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat atas soalan yang diberikan tadi. Kita memang mengakui bahawa telah wujud pelbagai cabaran, khususnya yang melibatkan pelancongan seperti yang telah saya katakan tadi. Penting sekali untuk MOTAC adalah untuk kita mendapatkan juga untuk langkah-langkah panjang ini pertama sekali kita mulakan juga dengan sesi libat urus bersama beberapa persatuan yang terlibat. Antaranya MAH, Persatuan Pemilik Hotel Malaysia, Persatuan Hotel Bajet dan juga Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). Hampir 15 buah agensi, di mana kita telah pun melibat urus dan kita juga akan terus berbincang dengan mereka untuk mencari jalan jangka panjang untuk mempermudah agar kita dapat memasarkan produk-produk mereka apabila mereka telah pun bersedia dengan keberadaan produk-produk itu. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Antara perkara-perkara yang lain, pertama sekali ialah melibatkan pembukaan sektor pelancongan sendiri. Ini kerana, untuk sektor ini berjaya dan juga sebagainya, yang paling penting adalah ia dibuka iaitu rentas negeri dan juga akhirnya dibuka kepada warga asing untuk datang ke Malaysia apabila kita telah siap bersedia. Ia juga bergantung pada MKN dan KKM. Perlu dikatakan bahawa kementerian ini juga telah mengemukakan Pelan Pemulihan Pelancongan (Tourism Recovery Plan) yang merangkumi tiga fasa pelaksanaan bagi memulihkan semula sektor pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-10 yang telah melanda seluruh dunia pada awal tahun lalu. Menerusi Tourism Recovery Plan, kementerian ini telah menggariskan beberapa strategi dalam merealisasikan usaha kerajaan untuk membentuk bukan sahaja imuniti kelompok negara dengan seberapa kadar segera dengan sektor-sektor ekonomi dapat beroperasi dan juga bermula secara berperingkat. Antara strategi yang diketengahkan ialah merancakkan semula pelancongan domestik. Itu kita mulakan dengan adanya pembukaan projek perintis di Langkawi. Ia akan diikuti oleh tempat-tempat pelancongan lain seperti yang telah dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila mencapai tahap vaksinasi 90 peratus dan juga beberapa syarat lain. Kedua, adalah untuk membantu mempercepat proses pemberian vaksinasi untuk orang awam dan juga untuk mencapai 80 peratus herd immunity. Ini kita bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri dan juga dengan persatuan-persatuan agar kita membolehkan mereka yang terlibat dalam bidang ini mendapat vaksinasi dan juga sebagainya. Itu adalah selain daripada menawarkan penggunaan kemudahan- kemudahan seliaan di bawah MOTAC. MOTAC juga telah mengurangkan kos kerajaan dalam mengoptimumkan sumber yang sedia ada sebagai tanda semangat kebersamaan dalam menjayakan agenda ekonomi negara. Paling penting ialah mempergiat kempen promosi iaitu ‘Rindu Melancong? Jom Vaksin Dulu!’ dan juga sebagainya oleh Tourism Malaysia sebagai salah satu usaha berterusan kementerian untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar. Bukan sahaja yang itu, dan seterusnya bersedia untuk melawat. Maka, kita telah senaraikan beberapa fasa dalam itu– fasa 1, 2 dan juga 3. Oleh sebab masa tidak mengizinkan, kita boleh berikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya sudah –

Soalan tambahan, satu lagi. Ringkas.

Tuan Yang di-Pertua

Sudah dua tambahan, Yang Berhormat. Okey, last. Ringkas ya.

Ringkas. Ini penting, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Ada golongan OKU, tukang urut OKU yang tidak mendapat bantuan langsung kerana mereka tidak berdaftar dengan MAWSPA ataupun AMSPA. Jadi, mereka tidak dapat Bantuan Kewangan Geran Khas Prihatin dan Pusat Urutan Kaki MOTAC. Jadi, saya harap MOTAC mengambil inisiatif walaupun mereka tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan, mereka berhak untuk mendapat pertolongan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Terima kasih atas maklumat yang diberikan oleh Yang Berhormat Balik Pulau. Saya akan mengambil maklum. Kementerian akan mengambil maklum dan kita akan kaji semula golongan yang dimaksudkan tadi dan kita akan lihat bagaimana mereka boleh dibantu juga. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Usul Menteri, silakan. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 30 September 2021.”

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada sokongan?

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Saya sokong, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025)Motion

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: "(a) Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran untuk memulih serta menjana semula ekonomi negara bagi mencapai pertumbuhan yang mampan, dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID-19 dan pencapaian Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020; Merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030; dan Meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar, menurut Kertas Perintah CMD. 1 Tahun 2021. (b) Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan sepenuh komitmen dan iltizam yang jitu untuk membangunkan negara secara mampan bagi membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum menikmati taraf hidup yang wajar.” [28 September 2021]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Kita mulakan dengan Yang Berhormat Alor Setar tetapi saya hendak umumkan, selepas Yang Berhormat Alor Setar ialah Yang Berhormat Batang Lupar, dituruti Yang Berhormat Papar dan Yang Berhormat Pengerang. Silakan Yang Berhormat Alor Setar.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang turut hadir untuk mendengar perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, dalam dua hari ini kita bahas Rancangan Malaysia. Rancangan ini berbeza dengan bajet. RMK perlu menggariskan satu hala tuju di mana Malaysia hendak meletakkan posisi kita di antarabangsa daripada segi ekonomi dan politik. Kita cuba meninjau balik RMK sebelum ini yang perlu kita gariskan apakah cabaran dan keadaan semasa apabila RMK tersebut hendak dilaksanakan. Permulaannya pada RMKe-1, zaman 60-an, waktu itu Malaysia baru ditubuhkan bersama dengan Sabah, Sarawak dan Malaya. Kita ada populasi yang tinggi tetapi peluang pekerjaan yang kurang. Sumber yang banyak tetapi tenaga kerja mahir yang kurang. Maka pada waktu itu, RMK yang permulaan pada waktu itu caranya ada dengan memperbanyakkan penggunaan tanah yang baru dan kita menggunakan strategi import ganti di mana kita menghasilkan usaha untuk menghasilkan barang-barang yang kita import. Pada waktu itu beras masih kita import. Maka oleh sebab itu kita

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

memperbanyakkan, kita usahakan dengan double cropping supaya hasil padi dua musim dalam setahun dan pada waktu yang sama ada peningkatan irrigation tali air, akhirnya dapat kita memberi peluang pekerjaan yang lebih dan pada waktu itu, populasinya meningkat dengan sebanyak 3.2 peratus setiap tahun yang amat tinggi. Maka beberapa strategi tersebut pada zaman itu, sekarang apakah strategi yang kita sudah pakai? Apabila kita masuk sehingga RMKe-2, pada tahun 70-an sehingga 80- an itu merupakan satu zaman penstrukturan semula yang kita sering kata Dasar Ekonomi Baru, sebenarnya Dasar Ekonomi Baru ini tujuannya membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Maka, matlamatnya untuk meningkatkan kek ekonomi dengan banyak selepas itu kita agihkan portion yang banyak kepada yang susah dan bumiputera bukan ambil kek yang sedia ada, mengalihkan dari kiri ke sebelah kanan. Kedua, menyusun semula masyarakat supaya pekerjaan tidak mengikut kaum. Akan tetapi kita nampak berjaya, kita mengalihkan ramai rakan kita bumiputera kepada sektor perniagaan tetapi masih gagal mengalihkan golongan bukan bumiputera dalam sektor pertanian dan juga civil service. Ini satu kegagalan. Walau bagaimanapun pada zaman itu, oleh sebab kita dapat petrol, minyak maka kita hasil daripada negara ini semakin beralih daripada pertanian kepada perlombongan mineral di mana yang kita hasilkan kurang daripada sejumlah 60 ribu tan setahun sehingga kita mendapat hasil sebanyak 280 ribu barrel per day pada zaman 70-an. Maka, bila kita masuk kepada fasa yang ketiga pada zaman 80-an, itu satu zaman RMK yang mengutamakan pengalihan daripada segi satu ekonomi yang berasaskan daripada pertanian kepada pembuatan pada zaman 80-an, sehingga tahun 1990. Ini kerana pada waktu itu, walaupun contribution, pembuatan dan pertanian sama-sama 20 peratus kepada GDP. Akan tetapi pada waktu itu, kita sudah beralih daripada import ganti kepada export-oriented kerana kita hendak mempertingkatkan hasil melalui pembuatan. Itu satu zaman yang agak penting bagi Malaysia kerana pada zaman 80-an ke 90-an, kita beralih daripada pertanian pertama kali hasil minyak sawit melebihi getah pada zaman itu dan juga pembuatan melebihi daripada segi pertanian dan juga mineral. Maka zaman 80-an sehingga 90-an, Malaysia merupakan sebuah negara yang mulai berasaskan pembuatan. Oleh sebab itu juga, pada waktu itu ada Industrial Master Plan (IMP) yang sudah menggariskan tujuh jenis resource-based industry dan lima jenis non- resource-based yang kita hendak cuba menggunakan, mengutilisekan resource yang kita ada kepada export-oriented. Apabila sampai tahun 90-an, itu satu zaman yang cukup cepat kita hendak meningkatkan hasil kita tetapi itu juga ada kecacatan pada waktu itu kerana kita terlampau cepat. Kita menghasilkan GDP yang lebih daripada potensi kita kerana terlalu banyak speculation dan sebagainya. Maka, zaman itu nampak macam GDP kita tinggi tetapi pada waktu itu juga, zaman itu juga kita mula menghadapi kekurangan tenaga kerja. Maka, zaman itulah kita mulai ada pekerja asing yang kita bawa masuk. Pada waktu itu pun total factor productivity (TFP) sebenarnya masih rendah, sebanyak 25 peratus. Maksudnya, peningkatan hasil kita sebenarnya banyak bergantung kepada laburkan daripada segi pekerja dan juga capital tetapi bukan berdasarkan teknologi dan juga produktiviti. Walau bagaimanapun, kita meningkatkan eksport kita tetapi eksport kita tidak boleh kita membanggakan sangat kerana walaupun lapan peratus daripada eksport kita merupakan pembuatan tetapi kita import sebanyak 70 peratus intermediate good untuk kita cantum and then kita eksport. Maksudnya, eksport kita bukan berdasarkan sumber yang kita ada di Malaysia maka kurang utilise daripada segi sumber kita. Pada zaman itu, incremental capital output ratio (ICOR) dengan izin sebanyak 3.0, kita meningkat kepada sebanyak 6.5. Maksudnya kita hanya tambahkan lebih capital untuk mendapatkan lebih hasil bukan menambahkan produktiviti untuk mendapatkan hasil yang lebih. Maka apabila sampai zaman 2000 sehingga kini, ini kononnya zaman transformasi ini saya anggap sebenarnya kita agak hilang hala tuju daripada segi perkembangan.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Maka, setting terakhir sekarang sektor perkhidmatan kita, sebanyak 56 peratus, pembuatan sebanyak 23 peratus dan pertanian sudah jatuh sehingga sebanyak tujuh peratus. Akan tetapi perkongsian kekayaan kita, B40 hanya memiliki sebanyak 13 peratus daripada jumlah kekayaan tetapi T20 yang tertinggi memiliki sebanyak 51 peratus daripada jumlah kekayaan. Maka bagi saya, hala tuju yang sepatutnya RMKe-12 ini, kita kena menggariskan apa yang kita hendak buat di antara beberapa sektor ini. Sektor pertanian, kita hanya menyumbang kepada eksport sejumlah tujuh peratus sedangkan untuk peluang pekerjaan hanya sebanyak 12 peratus. Separuh banyak daripada itu merupakan industri komoditi di mana menghasilkan minyak sawit untuk dieksport. Sebahagian itu adalah agromakanan termasuk sayur, buah-buahan dan padi. Di sini kita boleh nampak komoditi memakan hampir sebanyak 7,000 hektar tanah sedangkan separuh daripada pertanian ini sebanyak 800 hektar adalah untuk agromakanan. Maka hala tuju kita, saya hendak cadangkan kita perlu mengalihkan kepada agro-based industry dan bukan semata-mata bahan mentah. Untuk padi, saya setuju untuk kita meningkatkan SSL tetapi meningkatkan SSL melalui cara teknologi bukan melalui penambahan subsidi. Kedua, saya rasa kita kalau hendak meningkatkan lagi haruslah meningkatkan daripada segi eksport buah-buahan yang sebagai agro-based manufacturing. Dalam bahan eksport kita, agro-based kita sebenarnya ada bahan-bahan yang saya rasa makin kurang contohnya perabot dan juga wood product. Walau bagaimanapun, peningkatan pembuatan manufacturing kita agak tinggi, menyumbangkan kepada sejumlah 23 peratus GDP. Akan tetapi, masalahnya seperti yang saya katakan tadi, kita import bahan dengan pertengahan, intermediate good sebanyak 74 percent selepas itu kita eksport balik, maka keuntungan sebenarnya tidak dapat diutilisekan. Apa yang saya hendak cadangkan di antara ini sebanyak 55 peratus ada E&E sahaja. Maka, seharusnya kita perlu terokai jenis resource-based manufacturing. Contohnya, kalau kita ada minyak sawit. Setakat ini kita eksport kepada P&G, Unilever depa buat Rejoice, buat Dove dari China, Thailand import balik dekat sini. Lebih baik kalau boleh manufacturer di sini. Gunakan resource yang sedia ada barulah kita boleh mengguna penuh tenaga yang kita ada di sini. Sektor yang ketiga, perkhidmatan Tuan Yang di-Pertua. Kita kena tengok... [Disampuk]

Boleh mencelah?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Alor Setar.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Maaf, saya tidak berapa cukup masa kali ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Alor Setar tidak benarkan, maaf.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Kita kena tahu perkhidmatan ketiga-tiga sektor ini untuk faktor produktiviti ini. Sektor manufacturing pembuatan kita mempunyai multiple factor productivity (MFP) hanya sebanyak 15 peratus tetapi perkhidmatan sebanyak 40 peratus.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Manakala eksport perkhidmatan kita, hanya lapan peratus daripada GDP. Maksudnya kekuatan kita di perkhidmatan MFP ini, digunakan untuk domestic use, bukan untuk eksport. Sedangkan kita eksport banyak manufacturing ini bukan berdasarkan kerana kita ada produktiviti. Hanya sekadar kita import yang banyak, kita cantum dan kita eksport. Maka ini perlu beralih daripada peningkatan eksport dalam sektor perkhidmatan yang kita mampu. Sebelum ini, kejayaan kita eksport perkhidmatan dalam sektor pelancongan. Selepas ini, kita harus fokus kepada bagaimana kita boleh eksport perkhidmatan daripada segi insurans, kesihatan, pendidikan dan konsultan. Contohnya insurans yang besar sekarang, multi-state. Banyak kita beli insurans dari syarikat luar. Ini kita perlu perbanyakan dan perkuatkan firma-firma di Malaysia.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Dua lagi isu sedikit saja. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ceritakan tentang kemiskinan yang kita bincang dalam RMK dalam beberapa hari ini. Saya setuju kita hendak tolong Melayu yang susah dan bumiputera yang susah, tetapi siapakah bumiputera itu yang susah? Adakah kita boleh kenal pasti? RMKe-11 sebelum ini ada jelas menggariskan perbezaan antara Orang Asli Semenanjung yang kadar kemiskinan 32 peratus, bumiputera Sabah kemiskinan 20 peratus, bumiputera Sarawak kadar kemiskinan tujuh peratus tetapi bila kita cantum sekali dengan bumiputera keseluruhannya nampaknya macam semua pun susah. Apabila kita buat agensi-agensi TEKUN, AMANAH IKHTIAR, MARA, bila kita letak agensi hendak bantu, bila kita keluar, maka kita keluarkan bumiputera yang konon bumiputera, tetapi dia susah dan tidak dimasukkan dalam agensi itu. Maka, sampai bila pun kita tidak boleh hendak jelas siapa yang kita hendak tolong. Saya minta EPU gariskan betul-betul. Kalau hendak kata bumiputera yang susah, siapa dia? Bukan satu perkataan bumiputera maka dia boleh dapat. Akhirnya kita tidak akan sampai matlamat sesiapa yang paling susah itu. Last sekali, satu sahaja saya hendak cadangkan bahawa pihak kerajaan perlu kita rujuk balik dalam teori ekonomi, populasi merupakan salah satu faktor yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi termasuk juga kadar kemiskinan. Saya minta RMK, lapor juga total fertility rate (TFR) bagi setiap negeri ikut semasa ke semasa yang dahulu pernah kita laporkan dalam RMK sebelum ini. Walaupun dalam tahun 2015, kita sudah mencapai replacement level fertility sejumlah 2.1 peratus tetapi ada banyak negeri yang kononnya negeri yang miskin. Saya bagi beberapa contoh seperti Kedah, kita punya kadar kemiskinan 8.8 peratus, Kelantan 12 peratus, Sabah sembilan peratus, Sarawak sembilan peratus, Terengganu enam peratus, Perlis 3.9 peratus dan Labuan 3.1 peratus. Masalahnya beberapa negeri ini TFR tinggi. Negeri Kedah 2.2 peratus, Kelantan tiga peratus, Terengganu tiga peratus, Perlis 2.2 peratus. Maksudnya, saya cadangkan kerajaan usahakan di beberapa buah negeri ini, kita kembalikan strategi zaman 1970-an dan wujudkan semula program family planning di beberapa buah negeri ini. Dalam beberapa buah negeri ini, ada kadar unmet need for contraceptives yang tinggi. Maksudnya, penduduk ada rancangan atau hasrat untuk hendak rancang beberapa kelahiran tetapi gagal daripada segi maklumat dan pengetahuan iaitu Kedah 29 peratus, Kelantan 24 peratus, Sabah 24 peratus, Terengganu 26 peratus, Perlis 23 peratus dan Labuan 28 peratus. Ini maksudnya sekiranya kita boleh usahakan program family planning di beberapa buah negeri ini, akan turut juga bantu mengurangkan kadar kemiskinan. Saya rasa akan membantu kita mencapai matlamat RMK dengan lebih tepat. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Seterusnya Yang Berhormat Batang Lupar. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Batang Lupar mengambil kesempatan atas peluang dalam perbahasan kali ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia dan juga Unit Perancang Ekonomi yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed atas komitmen dan kerja keras dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah dibentangkan. Pandemik COVID-19 semenjak hampir dua tahun yang lalu merupakan satu cabaran baharu yang muncul mendadak dalam mana Malaysia merangka dan menggariskan strategi demi pemulihan gagasan ekonomi negara yang memasuki episod

ke-12. Situasi yang unprecedented, dengan izin, pada kali ini bawaan daripada pandemik COVID-19 sememangnya merupakan suatu situasi yang memerlukan pembuat dasar dan polisi berfikir dua kali ke hadapan daripada sebelumnya. Bagi memenuhi cabaran ini agar Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dibentangkan mencakupi segala ruang dan permasalahan rakyat serta negara agar Malaysia sekurang-kurangnya berada di landasan yang tepat, whole-of-nation approach dan pembangunan seimbang. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kedua Belas merupakan pelan yang amat penting dalam memastikan pemulihan sosioekonomi dalam jangka masa yang pendek dan juga peluang untuk menetapkan semula hala tuju yang lebih lestari untuk jangka masa yang panjang. Walau sebaik mana pelan sekalipun, ia tidak akan berhasil tanpa penyampaian, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan yang efektif. Untuk penambahbaikan, penyampaian RMKe-12 perlu mengamalkan whole-of-nation approach yang menggalakkan kerjasama antara semua pihak dan pemegang taruh. Ini adalah pendekatan yang diamalkan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia–Matlamat Pembangunan Lestari atau All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) –Sustainable Development Goals (SDG) di mana kerjasama secara bipartisan dan juga antara ahli-ahli akademik, NGO dan rakyat tempatan dicapai di dalam mengenal pasti isu dan penyelesaian. Salah satu daripada penemuan daripada kajian yang dijalankan oleh APPMSDG adalah berkenaan dengan ketidakseimbangan pembangunan di kawasan setempat. Ini terutamanya berlaku di wilayah Sarawak dan Sabah, di mana saiz geografi yang besar bermaksud akses kepada kemudahan asas seperti bekalan api, air, internet dan juga jalan raya adalah lebih mencabar. Sebagai contoh pada tahun 2019, peratusan penduduk yang menggunakan perkhidmatan air minuman atau treated water yang diuruskan dengan selamat di Sarawak adalah sekitar 80 peratus berbanding dengan 94 peratus di peringkat kebangsaan. Keperluan air bersih merupakan perkara yang paling asas dalam kehidupan seharian yang perlu ditangani dalam RMKe-12 ini. Apakah jaminan kerajaan bahawa Sarawak bebas daripada permasalahan ini yang telah kian lama membelenggu? Mengambil model Sri Aman Development Agency atau ringkasnya SADA, sebagai contoh di mana suatu pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi akan dipacu di kawasan bermula dari Lubok Antu sehingga Sri Aman. Penubuhan SADA merupakan pendekatan baharu Kerajaan Negeri Sarawak untuk membangunkan bahagian Sri Aman agar pembangunan sektor pertanian, pelancongan, infrastruktur, bekalan air dan elektrik dapat diselaraskan supaya bahagian Sri Aman yang merupakan bahagian kedua di Sarawak tidak terus ketinggalan daripada segi pembangunan berbanding bahagian lain. Jambatan Batang Lupar. Sepanjang 5.1 kilometer yang bakal merupakan jambatan sungai terpanjang di Malaysia yang dijangka siap pada awal tahun 2025 bakal melonjakkan ekonomi penduduk di kawasan pesisir Sarawak. Jambatan ini bukan hanya sekadar jambatan yang memendekkan perjalanan dari Kuching ke Sibu tetapi berjaya mewujudkan accessibility. Lebih daripada itu, apabila kerajaan negeri dapat memeta kawasan ini sebagai kawasan perusahaan pertanian komersial berskala besar, perwujudan kawasan komoditi bagi sektor perikanan dan pertanian dan bakal diangkat sebagai kawasan bakul makanan bagi Sarawak dan juga Malaysia amnya.

Lihat bagaimana besarnya impak, hanya dengan pembinaan sebuah jambatan di kawasan luar bandar. Kepentingan untuk memastikan pembangunan wilayah dan setempat yang seimbang ini telah pun dikenal pasti dalam kajian separuh penggal RMKe- 11. Penekanan dan tumpuan untuk pembangunan yang lebih seimbang perlu diteruskan dan ditingkatkan lagi di dalam RMKe-12.

Ekonomi gig dan ekonomi digital di luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, landskap ekonomi dunia kini berubah dan mempengaruhi penyusunan semula kegiatan ekonomi terutamanya semasa pandemik COVID-19 menular. Apabila terdapatnya peningkatan mendadak terhadap jumlah penyertaan ekonomi gig dan digital khususnya di negara ini. Masyarakat luar bandar yang turut mendapat tempias daripadanya. Kerangka ekonomi negara seharusnya mempunyai strategi khusus untuk membantu ekonomi luar bandar dalam aspek ini. Daerah di luar bandar tidak mempunyai ketersediaan teknologi seperti kawasan bandar. Telefon pintar, komputer dan lap-top serta jaringan hubungan internet kini merupakan keperluan asas. Kerajaan perlu mempersiapkan masyarakat luar bandar dengan keperluan asas baru ekonomi ini. Mengambil contoh mudah apabila masyarakat di luar bandar menikmati kemudahan sistem transaksi melalui e-wallet dengan kemudahan jaringan internet yang stabil dan meluas, maka, pengeluaran tunai menerusi ATM di bank juga akan dapat dikurangkan. Bila mana masalah kekurangan kemudahan perbankan terus meresahkan masyarakat luar bandar seperti di kawasan saya di Batang Lupar yang terpaksa beratur dari dini hari selama berjam-jam lamanya untuk mendapatkan wang tunai hingga kini. Melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, diharapkan kerajaan dapat melihat kepada aspek regulasi, keseimbangan polisi, struktur perlindungan sosial dan penggubalan dasar secara total dalam jangka masa panjang bagi ekonomi gig dan digital ini. Gender-responsive budgeting (GRB). Tuan Yang di-Pertua, dalam mengarusperdanakan gender, strategi ke arah matlamat kesaksamaan gender di semua peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian adalah amat penting. Gender-responsive budgeting (GRB) merupakan prinsip yang harus diguna pakai dalam peringkat ini bagi memastikan arah dan agihan sumber yang mengambil kira impak dan kesan terhadap kesaksamaan gender. Walaupun kita melihat RMKe-11 meletakkan matlamat menjadi inclusive gender, namun ia tidak dapat ditafsirkan secara berkesan dan akibatnya kesaksamaan gender tidak dapat diintegrasikan dalam rancangan ini. Saya menyarankan agar pelan tindakan yang lebih komprehensif dirangka, dilaksanakan, dipantau dan dinilai di semua peringkat kementerian dan kerajaan negeri bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai champion. Selaras dengan RMKe-12 yang dibentangkan, tinggi harapan saya agar GRB dapat diintegrasikan melalui rangka roadmap kerajaan. Ia perlu diguna pakai bagi semua kementerian juga secara cross-ministry dan agensi. Kerajaan perlu meningkatkan koordinasi advokasi, laporan dan pemantauan di setiap peringkat juga memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada pegawai dan pembuat dasar agar GRB ini terangkum di dalam setiap perancangan. Pertanian dan jaminan makanan. Tuan Yang di-Pertua, untuk rekod, kedudukan Global Food Security Index, ranking Malaysia pada tahun 2020 berada di tempat ke-43 daripada 113 buah negara berbanding di tempat ke-28 pada tahun 2019. Isu yang dibimbangkan adalah, ketidakpastian kestabilan bekalan makanan kerana kadar sara diri yang tidak mencukupi, import bersih yang semakin meningkat dan corak permintaan makanan yang sentiasa berubah. Bekalan makanan berkhasiat masih menjadi cabaran buat negara dan keadaan ini bertambah buruk apabila kekurangan penggunaan tanah bagi pengeluaran makanan yang mana dianggarkan kira-kira 85 peratus daripada lapan million hektar bagi pertanian dan perladangan digunakan bagi industri komoditi. Hanya lapan peratus lebihan digunakan untuk agromakanan dan dianggarkan 120 ribu hektar daripadanya adalah terbiar. Kesannya, negara kita menjadi pengimport bersih makanan dengan defisit imbangan perdagangan yang meningkat dari tahun ke tahun. Bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi dengan kualiti khasiat dan cita rasa yang dikehendaki serta harga yang mampu beli, jaminan makanan tidak boleh dilihat daripada segi keuntungan pelaburan semata-mata tetapi sudut pulangan sosial.

Kadar sara diri dan kepelbagaian sektor pertanian masih belum dicapai seperti mana yang digariskan dan kerajaan perlu menangani beberapa masalah seperti kurangnya pelaburan dalam R&D dan infrastruktur di sektor pertanian, perkhidmatan perluasan yang tidak mencukupi daripada segi liputan, penyampaian perkhidmatan dan perkembangan pesat dalam teknologi pertanian, memastikan tanah yang mencukupi disediakan untuk pengeluaran makanan serta jaminan hak milik tanah dan menggalakkan penyertaan tenaga kerja muda, mahir dan profesional dalam pertanian moden. Pengkhususan pengeluaran makanan mengikut kesesuaian harus dirancang mengikut negeri. Matlamat pembangunan lestari. Tuan Yang di-Pertua, ke arah pembangunan lestari, alam sekitar menjadi isu utama sejagat dan juga dalam pemulihan COVID-19. Pembangunan lestari dan penjagaan alam sekitar telah menjadi syarat beberapa orang rakan perdagangan dan juga syarikat-syarikat besar untuk pelaburan. Untuk meningkatkan usaha Malaysia dalam penjagaan alam sekitar, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta insentif untuk konservasi dan penjagaan alam sekitar, perlu ditingkatkan lagi supaya Malaysia boleh menerajui pembangunan yang lestari. Di dalam Malaysia Voluntary National Review Report 2021, baru-baru ini, kerajaan sekali lagi menegaskan komitmennya bahawa keutamaan kepada pembangunan nasional, akan terus dipacu selaras dengan agenda Pembangunan Lestari 2030. Saya percaya Malaysia akan memajukan pertumbuhan hijau ke arah negara berkarbon rendah dan akhirnya suatu hari mencapai masa depan bebas karbon...

Tuan Yang di-Pertua

Tolong habiskan, Yang Berhormat.

Ya, saya menutup Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Pelaksanaan dan Rancangan Malaysia Ke-12 yang berkesan akan menyumbang kepada pencapaian agenda SDG 2030 selaras dengan Roadmap SDG Fasa Dua 2021 sehingga 2025. Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 membawa cabaran yang besar dan kesukaran dalam menempuh sesebuah perjalanan yang kita rancang sebelum ini di mana menyebabkan negara sedikit tersasar dari apa yang telah dijajarkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Situasi luar biasa seperti ini memerlukan pelan dan langkah yang juga luar biasa untuk memastikan negara dan rakyatnya bangun kembali dengan lebih kuat. Saya mengharapkan agar kita dapat bekerjasama sebagai Keluarga Malaysia untuk memastikan pelaksanaan agenda nasional episod ini terzahir secara berkesan dan pembangunan lestari merupakan prinsip utama dalam memastikan kemakmuran semua dengan penerapan inklusiviti dan pertumbuhan yang mampan. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua daripada saya, no state left behind. We are what we invest, dengan izin. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Batang Lupar. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Papar. Dipersilakan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ulang semula apa yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Kuala Kangsar tempoh hari seperti dalam Hansard. “Bagi baki empat bulan tahun ini mulai September sehingga Disember 2021, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada semua Ahli Parlimen, tidak kira daripada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.”

Ini merupakan pengumuman yang baik, yang disambut penuh harapan oleh rakyat-rakyat jelata yang terkesan pada waktu ini. Pertamanya, kami di Warisan mengucapkan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana menitahkan kerjasama dwipartisan di antara kerajaan dan pihak pembangkang perlu direalisasikan serta Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan ahli politik supaya tidak menjadikan rakyat sebagai taruhan untuk mencapai agenda tertentu. Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menunaikan apa yang telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Insya-Allah, rakyat akan menterjemahkan perbuatan murni kerajaan sekarang yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Bera. Ini juga menunjukkan bahawa kami di pihak Pembangkang, boleh memainkan peranan bersama-sama dengan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, sekali gus menyumbang ke arah pemulihan negara Keluarga Malaysia yang kita canang- canangkan. Tuan Yang di-Pertua, setelah 55 tahun kita merancang melalui rancangan- rancangan pembangunan Malaysia dari RMKe-1 sehingga RMKe-11, sering kali kita mendengar pemimpin dari Sabah dan Sarawak mengeluh kerana pengagihan peruntukan pembangunan. Hakikatnya apa yang kita lihat sekarang, Sabah dan Sarawak mengungguli carta sebagai negeri yang paling mundur daripada segi pembangunan landskap, ekonomi, infrastruktur- infrastruktur dan pembangunan modal insan walaupun peruntukan sentiasa diberikan. Persoalannya, di manakah silapnya? Sampai bilakah Sabah harus menunggu? Sampai bila hak-hak kami akan dipulangkan? Kita sudah mempunyai pelan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk rakyat Sabah, tetapi strategi implementasi di akar umbi melalui agensi pelaksana selalunya gagal. Kerja-kerja membangunkan Sabah dan landskap memerlukan pemahaman yang luas. Ada dua aspek yang perlu diberi perhatian. Pertama, mengkaji demografi di Sabah bukan sahaja dari sudut keluasan dan kepadatan penduduk sahaja, tetapi bentuk geografi, budaya, latar belakang ekonomi penduduk di Sabah. Kedua, lebih 55 tahun peruntukan ke Sabah dan Sarawak tidak mencerminkan sumbangan yang telah diberikan oleh kedua-dua wilayah ini. Malah, strategi pengagihan, peruntukan yang diguna pakai sebelum ini ternyata gagal dalam mengimbangi taraf hidup rakyat Sabah dan Sarawak berbanding mereka yang di Semenanjung Malaysia. Untuk tahun pertama RMKe-12, sebanyak RM69 bilion peruntukan disediakan untuk seluruh negara yang mana Sabah dan Sarawak diperuntukkan RM9.13 bilion. Sejumlah RM4.66 bilion untuk Sabah, RM4.47 bilion untuk Sarawak. Jika dikira, peruntukan ini hanya mencukupi 13 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang mana 87 peratus lagi akan diperuntukkan bagi Semenanjung Malaysia. Persoalannya, di manakah perubahan dan keadilan untuk Sabah dan Sarawak? Inikah konsep Wawasan Kemakmuran Bersama dan semangat Keluarga Malaysia yang sering kita canang-canangkan? Disebabkan itu, saya ingin bertanya, berapakah jumlah peratusan peruntukan pembangunan yang diperuntukkan ke Sabah bagi setiap perancangan Malaysia dari yang pertama hingga ke-12? Saya ingin tahu di setiap RMK itu, berapakah jumlah sumbangan tahunan Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh yang sama? Tuan Yang di-Pertua, isu ketidakseimbangan pembangunan fizikal dan sosioekonomi di antara Semenanjung Malaysia berbanding Sabah dan Sarawak tidak akan dapat diselesaikan selagi Malaysia Agreement 1963 (MA63) tidak ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Soalan saya, apakah perkembangan terkini Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak perjanjian 1963 itu, isu perkongsian hasil kerajaan untuk Sabah dan Sarawak? Kedua, adakah kerajaan pernah mengemukakan laporan kemajuan ataupun progress report, dengan izin, mengenai perjanjian 1963 kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu sebagaimana yang dikehendaki oleh badan antarabangsa itu? Kalau ya,

bilakah dan bolehkah kami mendapatkan salinan laporan itu? Kalau tidak, mengapa, dan apa implikasi perundangan negara nanti? Tuan Yang di-Pertua, sewaktu pembahasan saya berkenaan Kajian Separuh Penggal RMKe-11, saya ada menyarankan senarai beberapa projek untuk dilaksanakan di Parlimen Papar, malangnya sampai ke hari ini, satu pun tidak dapat ditunaikan. Antaranya ialah pembinaan Mahkamah Syariah Papar, menaik taraf jalan Lok Kawi ke Pengalat Besar, Papar yang menelan belanja dalam lingkungan RM600 lebih juta, Projek Mesra Rakyat kawasan Parlimen Papar, Kompleks Sukan Beringgis, pembangunan Kolej Komuniti Papar dan juga menaik taraf Hospital Papar iaitu Hemodialysis Center. Dalam RMKe-12, kami di P.175 Papar mengharapkan ada sinar yang baharu untuk menyelesaikan masalah banjir disebabkan oleh perparitan yang tidak diselenggarakan, jaringan jalan-jalan raya, kampung yang masih memerlukan perhatian kerajaan Keluarga Malaysia. Mereka mahu penyelesaian sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerosakan harta benda dan juga ditambah pula dengan isu masalah air bersih dan bekalan elektrik yang tidak konsisten. Antara kampung-kampung yang terlibat itu adalah Kampung Purak; Kampung Manggis; Kampung Beringgis; Kampung Kuala Dua; Kampung Sri Tanjung; Kampung Sekayan; Kampung Gondrong; Kampung Takis; Kampung Buang Sayang; Kampung Melugus; Kampung Santing; Kampung Disuka; Kampung Pantai Manis; Kampung Andus; Kampung Kibagan; Kampung Pengalat Besar; Kampung Pengalat Kecil; Kampung Kaiduan; Kampung Kigadang; Kampung Sulim, Kinarut, Kawang. Begitu juga Kampung Dambai; Kampung Parong; Kampung Sabandil; Kampung Bogok, Kampung Limputong; Kampung Surati; Kampung Kompimpinan; Kampung Limbahau; Kampung Kalanahan; Kampung Kuala; Kampung Sungai Padang; Kampung Mennonite; Kampung Nagapas; Kampung Segindai; Kampung Kogopon; Budikut; Dambai; Kundasang dan banyak lagi kampung yang saya tidak dapat sebutkan di sini. Dalam RMKe-12, mereka juga mengharapkan agar kerajaan dapat membina penempatan mangsa banjir di kawasan tinggi selain daripada dewan yang sedia ada. Sebagai wakil rakyat, kita akan membuat permohonan bertulis kepada Kerajaan Malaysia. Kami juga mengharapkan Kerajaan Keluarga Malaysia akan mengadakan pasukan- pasukan keselamatan dan tentera untuk turun padang menolong mangsa-mangsa banjir seperti membersihkan sampah-sampah, tanah-tanah runtuh, tanah-tanah lumpur di dalam rumah dan juga jalan-jalan raya yang terkesan dan rosak. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya memang ramai nelayan pantai. Pendapatan mereka terancam disebabkan pencerobohan oleh nelayan-nelayan asing yang menggunakan pukat tunda hingga hampir ke persisiran pantai. Ada antara nelayan asing ini dapat ditangkap dan dibebaskan selepas membayar denda. Akan tetapi, denda yang dibayar itu terlalu rendah. Nelayan-nelayan pantai di Pantai Manis, di Kampung Kuala, Kampung Pengalat Besar, Kampung Kuala Dua; Kampung Sibuk; Kampung Liung; Kampung Kinarut dan lain-lain kampung lagi berhadapan dengan masalah hasil tangkapan mereka. Ini disebabkan terumbu ikan yang banyak menghasilkan tangkapan telah pun berada di dalam zon larangan yang digazet oleh taman-taman Sabah. Saya difahamkan oleh para nelayan, di kawasan ini terlalu luas di mana ia mengelilingi beberapa buah pulau termasuk Pulau Tiga. Begitu juga dengan zon larangan yang digazet oleh Petronas. Nelayan-nelayan pantai tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan ini. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, ramai nelayan telah disamankan, disebabkan masuk ke dalam zon larangan ini. Persoalan saya, apakah tindakan kerajaan supaya nelayan-nelayan ini dapat menangkap ikan dengan aman dan selesa di zon-zon yang disebut tadi? Apakah bantuan-bantuan yang harus diberikan kepada nelayan- nelayan pantai pada waktu pandemik dan waktu tengkujuh yang selalu datang setiap tahun?

Ramai daripada nelayan-nelayan pantai ini sangat susah hidup mereka disebabkan enjin sangkut mereka dan juga peralatan menangkap ikan mereka yang

sudah usang dan rosak. Soalan saya, adakah kerajaan akan memberikan pinjaman ataupun bantuan untuk membaiki enjin sangkut mereka dan bot serta peralatan menangkap ikan ini secara percuma ataupun tanpa faedah? Adakah kerajaan akan membuat tukun tiruan untuk menggalakkan habitat-habitat ikan dan ekosistem supaya pendapatan nelayan-nelayan ini dapat ditingkatkan? Adakah kerajaan dapat melonggarkan peraturan larangan menangkap ikan di zon-zon yang telah digazetkan terutama pada waktu pandemik ini di mana hasil tangkapan mereka sangatlah rendah? Apakah status terkini semakan untuk Akta Perikanan 1985 berkenaan denda yang dikenakan kepada nelayan-nelayan asing? Soalan saya lagi ialah apakah kerajaan akan membina jeti-jeti nelayan di pantai- pantai di kampung-kampung yang telah saya sebutkan tadi di mana jeti yang ada sekarang adalah sangat usang? Adakah pampasan telah dibayar oleh Petronas di Kimanis kepada nelayan-nelayan yang terkesan? Berapakah pampasan yang telah dibayar? Berkenaan dengan sekolah daif di Sabah Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod pada tahun 2020 terdapat 587 buah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah daif. Setiap tahun jumlah ini bertambah yang mana untuk menaik pulih sekolah-sekolah ini dianggarkan sebanyak RM3 bilion. Ini termasuk 49 buah sekolah daif yang diisytiharkan tidak lagi selamat untuk digunakan. Di Papar sahaja terdapat empat buah sekolah daif yang dalam kategori ini. Isu ini tidak boleh berpanjangan kerana setiap tahun jumlah ini akan bertambah dan risiko kepada murid adalah sangat tinggi. Kita tidak mahu sesuatu terjadi barulah penyelesaian dapat dicari. Bagi tujuan ini Kementerian Pendidikan memperuntukkan sebanyak RM1.52 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas untuk Sabah. Soalan saya, berapakah jumlah peruntukan ini telah digunakan? Berapakah jumlah sekolah daif yang telah dinaiktarafkan di Sabah? Jumlah sekolah yang akan diselenggarakan, di baik pulih atau dibina balik di Parlimen Papar di bawah RMKe-12? Tuan Yang di-Pertua, sewaktu pembentangan RMKe-11 pada tahun 2015, kerajaan meletakkan sasaran untuk membina 3,000 kilometer jalan berturap di luar bandar dalam tempoh 2016 hingga 2020. Di bawah RMKe-12 pula sasaran ditetapkan kerajaan merupakan 1,400 kilometer. Soalan saya ialah, adakah sasaran yang ditetapkan dalam RMKe-11 ini telah dicapai atau sebaliknya? Berapa kilometer jalan raya yang telah diagihkan ke Sabah, dan berapakah yang telah siap? Begitu juga di Parlimen Papar, berapa peratus jalan raya di Parlimen Papar yang telah disiapkan dan jumlah kilometer keseluruhannya? Untuk RMKe-12 kami mengharapkan peruntukan yang lebih banyak demi mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Sabah khususnya di Papar...

Tuan Yang di-Pertua

Tolong habiskan Yang Berhormat.

Okey. Tuan Yang di-Pertua, hampir sebulan lalu Menteri Kesihatan telah melawat dan melihat sendiri perkembangan terkini projek Fasa 2 Hospital Papar yang sepatutnya siap pada tahun lalu. Saya sebagai Ahli Parlimen di sini sememangnya kecewa dan tidak boleh menerima kelewatan pembinaan hospital ini yang jauh tersasar daripada jadual asal. Soalan saya ialah, apakah sebab-sebab sebenar kelewatan ini? Adakah ia berpunca daripada kontraktor ataupun birokrasi? Adakah kontraktor terbabit diambil tindakan ataupun ditukar? Apakah kerajaan bercadang untuk menambah atau membaik pulih klinik-klinik kesihatan yang sedia ada di P.175 Papar? Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyarankan kepada kerajaan Keluarga Malaysia supaya kita sama-sama menggembleng tenaga untuk mendengari rakyat-rakyat yang terkesan oleh endemik COVID-19 dan sama-sama lah kita menstabilkan politik Malaysia untuk ekonomi yang mampan. Saya sokong RMKe-12 ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Seterusnya Yang Berhormat Pengerang. Dipersilakan.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillah Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam.

Salam sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada kerajaan atas Rancangan Malaysia Kedua Belas yang mana dilihat akan diusahakan dalam masa dari tahun 2021 hingga 2025. Sembilan fokus utama tetapi sebelum itu saya ingin menekan sikit di sini pada Tuan Yang di-Pertua bahawa antara elemen yang paling penting ialah Perancangan Pemulihan COVID- COVID-19 Recovery Plan. Ini kerana kita tidak boleh lari bahawa Rancangan Malaysia Kedua Belas ini boleh dilihat sebagai ibu perancangan utama, mother of all planning, dengan izin. Disebabkan kerana kita telah baru berhadapan dan masih berhadapan dengan COVID-19 yang menyebabkan COVID ini boleh dilihat sebagai satu bencana yang luar biasa kepada negara kita dan juga kepada rakyat Malaysia. Perlunya perancangan pemulihan kepada bencana COVID yang komprehensif, lengkap dan menyeluruh. Saya ingin menimbulkan di sini kepada pihak kerajaan tentang antara elemen yang paling utama dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini ialah isu timing, dengan izin, jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Peranan negeri dan juga peranan daerah-daerah yang mana saya ingin menekankan kepada elemen decentralisation ataupun desentralisasi. Saya percaya bahawa segala pendekatan dan cadangan yang dibuat oleh kerajaan dengan Perdana Menteri dengan niat yang begitu ikhlas dengan tajuk Rancangan Malaysia Kedua Belas sebagai “Makmur, Inklusif, Mampan”, harapan saya bukan hanya kata-kata menanam tebu di bibir mulut. Kalau kita dengar kepada semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen dalam setiap Rancangan Malaysia, banyak yang kita minta, banyak yang kita tidak dapat. Ini yang menyebabkan kadang-kadang Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri mempunyai masalah yang begitu besar kerana berhadapan dengan COVID sebagai satu bencana yang luar biasa Tuan Yang di-Pertua, pendekatan kerajaan harus berubah. Tidak lagi pendekatan di mana centralisation, dengan izin, Putrajaya knows it all. Tidak boleh Putrajaya menganggapkan mereka tahu segala-galanya. Perlu mengambil pendekatan yang disebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa ini ‘Makmur, Inklusif, Mampan’- saya ingin mengetengahkan di sini bahawa isu yang paling utama merupakan isu inclusivity, inklusif. Perlu setiap Ahli Parlimen memainkan peranan, tidak kisah daripada mana parti politik untuk membantu kerajaan untuk menyelesaikan masalah dalam segi perancangan pemulihan bencana ini secara komprehensif, lengkap dan menyeluruh. Saya ucapkan tahniahlah kepada kerajaan dengan kewujudan Majlis Pemulihan Negara dan saya juga ada dengar disebutnya akan diwujudkan Majlis Pemulihan Negeri. Saya minta kerajaan untuk menekankan kewujudan Majlis Pemulihan di peringkat daerah dan peranannya yang dimainkan secara positif oleh setiap Ahli Parlimen dalam Majlis Pemulihan Ekonomi kawasan Parlimen masing-masing. Kita tidak boleh lari Tuan Yang di-Pertua bahawa setiap Ahli Parlimen di sini tidak kisah di mana parti politiknya berhadapan dengan cabaran yang begitu besar bila COVID bermula. Antara cabaran yang paling utama ialah ketidakcukupan vaksin yang mana kejayaan hari ini walaupun kerajaan menyatakan kejayaan merupakan kerajaan dalam mengendalikan ketidakcukupan vaksin menjadi cukup tidak boleh lari bahawa peranan banyak dimainkan oleh frontliners dan juga semua sukarelawan kita di kawasan luar bandar. Kita juga tidak boleh lupa kepada semua ahli kita bukan sahaja rakyat tetapi mungkin ahli-ahli parti politik masing-masing yang membantu pejabat daerah, membantu pejabat kesihatan daerah untuk memberikan bantuan vaksin supaya rakyat kita dapat divaksinkan secara serentak dan sebanyak yang boleh. Walaupun mungkin kerajaan mengatakan bahawa herd immunity tidak diperlukan lagi tetapi kita tahu bahawa dengan

varian-varian yang baharu ini kita berhadapan dengan cabaran yang kita tidak tahu apa akan berlaku pada esok hari, pada bulan depan ataupun tahun depan. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua saya mencadangkan juga pada kerajaan bahawa Majlis Tindakan Daerah di setiap negeri-negeri membawa peranan yang dimainkan oleh setiap Ahli Parlimen dan bukan sahaja dalam Dewan ini Ahli Parlimen memainkan peranan dalam menandatangani MOU antara pihak kerajaan dan Pembangkang tetapi juga turun di bawah di peringkat Parlimen dan juga kawasan- kawasan di peringkat negeri-negeri, Dewan Undangan Negeri supaya boleh selari dan serampang dua mata, tiga mata ataupun empat mata untuk membantu kerajaan dalam COVID-19 Recovery Plan, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegur juga kerajaan tentang isu data. Saya melihat di sini bahawa setiap Ahli Parlimen dalam berhadapan dengan isu COVID-19 dan vaksin, pada mulanya kita tidak mempunyai data yang mencukupi. Saya ingin mencadangkan pada kerajaan bahawa di kawasan setiap Parlimen dalam membantu kerajaan untuk merealisasikan pelaksanaan segala strategi pemulihan, kita juga dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini perlu diberikan data yang mencukupi kepada setiap Ahli Parlimen. Data tidak boleh dirahsiakan, Tuan Yang di-Pertua. Data maklumat yang dapat membantu kerajaan dan setiap Ahli Parlimen sama-sama tahu hala tuju dan merangka strategi yang lebih tepat yang bertemakan kepada elemen-elemen lokaliti. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan dalam konsep inklusif perlu juga wujudkan sistem pendekatan bottom-up bukannya top-down iaitu kita di akar umbi perlu diwujudkan pendekatan yang mengambil kira pandangan bukan sahaja dalam keadaan- keadaan tertentu sahaja. Itu sebabnya saya ingin mengatakan ia tidak boleh lagi Putrajaya ke Pengerang, ia juga dari Pengerang ke Putrajaya, yang mana bagi saya suara rakyat tidak boleh hanya didengari lima tahun sekali setiap pilihan raya. Suara rakyat perlu juga didengari dalam semua elemen. Oleh itu, izinkan saya dalam sembilan pendekatan yang telah ditekankan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ingin menyatakan tiga perkara dalam masa yang begitu pendek, hendak menekankan kepada elemen pendidikan, pekerjaan dan perumahan bagi kawasan Parlimen Pengerang dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya memohon sangat kepada kerajaan meletakkan Parlimen Pengerang sebagai sebuah daerah kerana adanya tiga projek mega daripada kerajaan Projek RAPID Pengerang, Dialog Pengerang dan juga Projek Desaru atau Desaru Coast. Bukan sahaja daripada segi pelaburan kerajaan daripada Petronas dan juga Khazanah yang berbilion-bilion Ringgit tetapi ia meletakkan Malaysia di mata dunia. Kalau kita lihat daripada segi kajiannya, terdapat dalam- kalau kita tengok secara rangkuman menyeluruh projek RAPID ini perlu ada daerah yang tersendiri disebabkan rakyat sekarang melebihi 150 ribu orang, jumlah kutipan cukai adalah melebihi RM20 juta setahun. Kemajuan mendadak dalam ekonomi, pusat tumpuan yang menyebabkan bagi saya merupakan agak rugi. Sebagai contoh, cabaran kita kalau kita hendak tengok hospital daerah dari kawasan Parlimen Pengerang lebih kurang 50 kilometer, Tuan Yang di-Pertua. Hendak tengok kepada pejabat polis daerah pun 50 kilometer, semuanya bertempat di Kota Tinggi. Itu sebabnya saya harap kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini akan lebih meletakkan pendekatan yang inklusif, menerima hakikat bahawa negeri-negeri yang berhadapan dengan pembangunan di peringkat antarabangsa perlu dinaikkan tarafnya. Kemudian dalam elemen rumah mampu milik dan juga rumah generasi kedua FELDA. Saya ingin menimbulkan beberapa pertanyaan kepada kerajaan. Pertama sekali tentang ketidakmampuan membeli rumah mengikut harga pasaran di kawasan luar bandar. Kemudian, rakyat luar bandar kadang-kadang dengan COVID-19 ini Tuan Yang

di-Pertua, tidak layak mendapat pinjaman bank terutama mereka yang berhenti bekerja ataupun mereka yang bekerja sendiri. Ketidaksepadan antara permintaan dan penawaran rumah mengikut lokasi dan premium tanah yang begitu tinggi di kawasan luar bandar. Macam di Pengerang Tuan Yang di-Pertua, rumah teres pun boleh harga RM300 ribu hingga RM400 ribu. Siapa yang boleh dapat pinjaman bank sebanyak itu, Tuan Yang di-Pertua? Tambahan pula tidak ada kerja. Itulah sebabnya bagi saya, kerajaan perlu lebih realistik dalam perancangan. Saya juga hendak menimbulkan tentang rumah generasi kedua. Masalah yang sama iaitu masalah premium dalam kawasan pembangunan yang begitu agresif, premium tanah begitu tinggi yang menyebabkan perumahan dan kos tanah memang kos yang tinggi. Itu sebabnya bila kerajaan bercakap tentang pembinaan rumah generasi kedua FELDA, pembinaan rumah mampu milik, kerajaan perlu lebih peka ataupun, dengan izin, sensitive kepada isu masalah hak milik tanah, premium dan juga permohonan bank. Keduanya, daripada segi pekerjaan dan pendidikan, saya hendak bercakap di sini Tuan Yang di-Pertua, tentang kewujudan masalah di mana kalau kawasan Parlimen Pengerang berhadapan sebagai industrial revolution dalam aspek minyak dengan gas, sepatutnya sekolah-sekolah menengah diperbanyakkan untuk fokus kepada industri minyak dengan gas. Saya pada tahun 2018 telah mengambil inisiatif untuk membentangkan idea kepada Menteri Pelajaran supaya sekolah SMK Tanjung Pengelih dinaikkan taraf menjadi Kolej Vokasional Pengerang. Sekolah ini Tuan Yang di-Pertua, tidak jauh daripada projek RAPID, lebih kurang 1 kilometer. Sampai sekarang Tuan Yang di-Pertua, antara suam-suam panas, sejuk- sejuk suam. Saya pun tidak faham, sebagai Ahli Parlimen bila kita minta semuanya ya, ya, pelaksanaannya selalunya jauh dan tidak. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, sekolah vokasional paling dekat di kawasan Parlimen Pengerang ialah Sekolah Kolej Vokasional Kota Tinggi, 90 kilometer. Jauh Tuan Yang di-Pertua. Macam mana anak-anak hendak pergi belajar di sana walaupun adanya asrama. Kalau adanya projek berbilion-bilion daripada kerajaan, kenapa kerajaan tidak boleh wujudkan pelbagai kursus-kursus dan sijil. Tidak semestinya untuk sarjana, supaya anak-anak tempatan dapat bekerja dengan adanya projek Desaru Coast daripada Khazanah berbilion. Dalam industri pelancongan dan hospitaliti juga anak-anak tempatan harus diberikan pendidikan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hendak timbulkan tentang isu inklusif yang disebut oleh Yang Amat Berhormat. Saya hendak minta Yang Amat Berhormat, jangan kita begitu ghairah dalam pembangunan fizikal kita lupa kepada golongan ataupun kelompok rentan atau vulnerable group, dengan izin. Isu hak asasi dan kemanusiaan perlu menjadi tunjang kepada negara kita juga. Kita tidak boleh terlampau ghairah sangat- sehingga kita lupa. Saya sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua, tidak faham kenapa kerajaan dalam isu kewarganegaraan baru- baru ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sendiri menyokong supaya hak warganegara diberikan kepada ibu-ibu dan anak-anak pun kerajaan masih hendak buatkan rayuan. Saya sampai hari ini tidak faham. Tuan Yang di-Pertua pun peguam saya pun peguam. Kita pun agaknya dua-dua pun tidak faham. Saya tidak tahu apa ruginya, Tuan Yang di- Pertua. Kedua, kalau kita hendak berlaku adil. Saya hendak cakap pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga sahabat-sahabat Menteri berlakulah adil kepada semua. Kalau ibu tidak dapat, bapa pun jangan bagi. Kenapa ibu tidak boleh, bapa boleh? Inilah yang saya tidak faham. Seolah-olah wanita di Malaysia ini, adakah banyak kurangnya daripada lelaki di Malaysia? Terpulanglah kepada kerajaan untuk jawab, yang lain jangan marah. Saya tanya sahaja. Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Yang Berhormat Pengerang. Kami sokong 100 peratus.

Terima kasih, terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Minta kerajaan tarik balik rayuan dengan segera.

Saya sokong juga, Yang Berhormat jadi Timbalan Speaker ketiga... [Tepuk]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak cakap fasal jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Semasa saya Menteri, saya hendak wujudkan Mahkamah Sesyen di semua negeri. Kerajaan sudah setuju, sampai hari ini Tuan Yang di-Pertua tidak buat- buat. Tuan Yang di-Pertua, anak-anak pergi ke jenayah seksual, bila dia pergi mahkamah jenayah biasa, Tuan Yang di-Pertua juga seorang peguam macam saya, peguam jenayah. Masuk kes, keluar kes mahkamah, sudah besar panjang siapa hendak jadi saksi Tuan Yang di-Pertua? Malu! Itu sebabnya kita hendak mahkamah khas, bilik saksi khas, adanya pendekatan khas. Ini anak-anak yang menjadi mangsa, ini dengan COVID-19, berapa banyak, kes anak-anak didera di rumah? Berapa kes anak-anak menjadi mangsa jenayah? Hendak bawa ke mana? Kalau setakat hendak menjadi Menteri, ini pun tidak boleh selesai tidak payahlah jadi Menteri... [Tepuk]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya duduk, masa pun sudah tamat. Pukul 2.30 petang saya bertugas... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, anak- anak merupakan masa depan sebuah negara...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Pengerang, bagi sedikit.

Sekejaplah, sudah hendak habis ini.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Sedikit, berkaitan jenayah seksual pada kanak-kanak.

[Rakaman kurang jelas] ...Yang Berhormat cakaplah. Apakah dia Yang Berhormat?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta maaf, masa sudah tamat.

Tuan Yang di-Pertua, tidak bagi. Kita masa sudah tamat ini.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Okey, Tuan Yang di-Pertua. Sekejap sahaja. Berkaitan dengan jenayah seksual kepada kanak-kanak, saya teringat lagi kepada isu gangguan seksual di sekolah juga dan saya kira Yang Berhormat Pengerang juga amat prihatin terhadap isu ini. Pada tahun 2019 kita telah keluarkan memo pekeliling agar beberapa tindakan dilakukan demi mengelakkan dan mengekang gangguan seksual di sekolah. Saya tidak tahu kini KPM meneruskan lagi ataupun tidak. Diharap Yang Berhormat Pengerang dapat setuju agar KPM meneruskan pekeliling tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih, Yang Berhormat. Sekolah ini lain sebab sekolah ini dia banyak cikgu di sekolah, guru besar di sekolah yang dapat bantu. Dekat rumah ini- harapkan pegar, pegar makan padi. Rumah kunci, emak bapa duduk rumah, abang kah, atuk kah, nenek kah, anak-anak itu menjadi mangsa deraan seksual. Siapakah hendak dipertanggungjawabkan?

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Di sekolah pun kadang-kadang cikgu jadi ‘pegar makan padi’ juga... [Ketawa]

Itu sekolah, Yang Berhormat. Saya hendak tanya kepada Menteri yang bertanggungjawab. Saya tidak tahu siapalah yang bertanggungjawab, ini pun tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, saya kata ini memang masalah besar. Takkan cakap hari-hari dekat kerusi, betul atau tidak? Akan tetapi tidak apalah, agaknya sibuk.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya duduk janganlah kita bercakap tentang Rancangan Malaysia Kedua Belas tetapi kita lupa pada rakyat yang memerlukan kerajaan, menggunakan Ahli-ahli Parlimen sebagai mata dan telinga.

Apabila kita tegur, bukan kerana kita marah dan benci kepada kerajaan tetapi kita mahu letakkan kelebihan kita kepada rakyat yang meletakkan kita menjadi wakil mereka di dalam Dewan Parlimen ini. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, Ahli Parlimen Pengerang, saya menyokong Rancangan Malaysia Kedua Belas. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya – sebenarnya selepas ini ialah Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Muar minta sebelum pukul 1.00 tetapi saya rasa tidak sempat Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat Bukit Bendera silakan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin membahaskan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Saya mengharapkan RMKe- 12 sebuah pelan ekonomi pasca pandemik COVID-19 untuk melonjakkan Malaysia kepada sebuah ekonomi yang maju. Sebelum ini Malaysia bersaing dengan ekonomi- ekonomi- Four Asian Tigers- Korea, Hong Kong, Singapura dan Taiwan. Mampukah Malaysia menjadi the fifth Asian tiger melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas. Adakah strategi membina semula ekonomi selepas COVID-19. Kita tahu COVID- 19 satu black swan event dengan unpredictable dengan pelbagai uncertainty. Mampukah RMKe-12 membina semula ekonomi? RMKe-12 perlu menambahkan lebih besar kek ekonomi kita supaya untuk to growth the economy, baru kita boleh bercakap tentang to redistribute the benefits daripada segi distributing justice supaya kebaikan ekonomi boleh dapat dinikmati oleh semua pihak. RMKe-12 menggariskan- saya baca rangka kerja industri aeroangkasa dengan begitu hebat anggaran ia. Unjuran pendapatan aeroangkasa RM55.2 bilion menjelang tahun 2030. Lima peratus bahagian pasaran global nombor satu di Asia Tenggara bagi pembuatan alat ganti komponen, penawaran kerja dan sebagainya. Menyentuh tentang pewujudan kluster dan zon aktiviti aeroangkasa di Selangor dan juga di Pulau Pinang- persoalan saya, jumlah pelaburan kerajaan, peruntukan kerajaan dalam industri aeroangkasa di Selangor dan Pulau Pinang, atau ini hanya bergantung sepenuhnya kepada pelaburan swasta yang tidak menentu? Malah, perancangan fizikal zon aktiviti aeroangkasa sama ada kerajaan memberikan insentif khas terhadap pelaburan asing dalam industri aeroangkasa. Saya membangkitkan perkara ini kerana dalam buku RMKe-12 begitu hebat ilustrasinya tetapi ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak langsung menyebut agenda aeroangkasa. So, saya ingin satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, adakah ia hanya perancangan tentang industri aeroangkasa ini hanya indah khabar daripada rupa? Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin menyentuh tentang tema tadi iaitu ‘Inklusif’. RMKe-12 tidak harus semata-mata sebuah dokumen ekonomi dengan angka pertumbuhan GDP sahaja. Ia juga harus berpaksikan kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030- Shared Prosperity Vision, dengan sebuah masyarakat yang inklusif. Apabila kerajaan menyatakan agenda Keluarga Malaysia, ia harus benar-benar menggambarkan semangat pelbagai kaum, kebudayaan serta lokaliti kewilayahan di Malaysia. Slogan ‘Keluarga Malaysia’ bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir. Dokumen RMKe-12 ini bukan bahasa berbunga-bunga sahaja. Menurut laporan Household Income Estimate Incidence of Poverty Report 2020 iaitu laporan tentang kemiskinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia bahawa penambahan isi rumah miskin telah bertambah daripada 5,400 isi rumah kepada 639,800

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

isi rumah akibat impak pandemik COVID-19. Sejumlah 20 peratus kumpulan M40 telah menjadi kumpulan B40. Sejumlah 12.8 peratus kumpulan T20 menjadi kumpulan M20. Maksudnya sudah jatuh status daripada T20 kepada M40, M40 kepada B40 dan B40 lagi jatuh kepada miskin tegar dan miskin mutlak. Kadar miskin tegar telah naik daripada 0.4 peratus kepada 1 peratus. Itu baru Poverty Report 2020, Laporan Tentang Kemiskinan Tahun 2020. Apa pula angka-angka tersebut dalam laporan tahun 2021 yang turut pada waktu itu masih mengalami kegawatan ekonomi. Adakah usaha konkrit untuk membantu keluarga- keluarga miskin tegar keluar daripada kitaran kemiskinan? Tuan Yang di-Pertua, menurut EPF atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, 46 peratus ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10 ribu daripada akaun KWSP. Isu jaminan hidup selepas persaraan atau retirement security menjadi lebih meruncing. KWSP mencadangkan ahli-ahli KWSP mempunyai sekurang-kurangnya RM240 ribu sebagai basic saving menjelang umur mereka 55 tahun tetapi hanya 27 peratus ahli-ahli KWSP mencapai angka tersebut. Pandemik COVID-19 dengan pelbagai program pengeluaran sama ada i-Sinar dan i-Citra telah merumitkan perancangan jaminan hidup selepas persaraan. Tambahan pula, ramai yang bekerja sambilan sebagai gig worker tidak mempunyai pendapatan yang stabil dan tetap. Saya hanya dapat membaca di dalam dokumen RMKe-12 ini bahawa hanya akan menubuhkan lebih banyak lagi pusat warga emas. Akan tetapi, pusat warga emas tidak dapat menjamin kelangsungan hidup warga emas selepas persaraan. Saya ingin bertanyakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adakah dasar ekonomi untuk persediaan persaraan warga emas kita dalam RMKe-12 itu. Satu krisis ekonomi untuk warga emas, satu retirement crisis telah mula terbentuk dan akan nampak impaknya dalam masa 10 tahun hingga 30 tahun. Pada tahun 2020, melebihi 70 peratus populasi Malaysia berumur 65 tahun ke atas dan seperti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Malaysia akan dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 iaitu apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berumur 60 tahun ke atas. Bukan sahaja angka warga emas yang semakin meningkat, simpanan KWSP yang semakin kurang dan beban pencen kerajaan semakin tinggi. Saya telah bertanyakan soalan jumlah pembayaran pencen dari tahun 2010 hingga tahun 2020 dan unjuran untuk tahun 2030. Perbelanjaan kerajaan melalui pencen ialah RM9.88 bilion pada tahun 2010 dan meningkat 167 peratus ke RM26.38 bilion pada tahun 2020 dan angka ini meningkat kepada 372 peratus iaitu mencecah RM46.6 bilion pada tahun 2030. Tiga kali- ganda dari tahun 2010 ke tahun 2030. Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan adakan satu- dasar ekonomi komprehensif untuk warga emas dan dasar harus meliputi KWSP pension dan lain-lain kemudahan untuk menyokong warga emas. Adakah perlindungan sosial untuk gig workers memandangkan kumpulan ini semakin ramai, adakah cadangan perubahan perundangan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memberikan perlindungan sosial kepada gig workers supaya mereka dapat setaraf dengan pekerja sepenuh masa? Isu kemapanan. Bukit Bendera telah diisytiharkan sebagai UNESCO Biosphere Reserve melalui mesyuarat baru-baru ini pada 15 September 2021. Itu meletakkan nama “Bukit Bendera, Pulau Pinang” dan Malaysia di mata dunia. Bukit Bendera merupakan UNESCO Biosphere Reserve yang ketiga di Malaysia. Saya rasa saya membangkitkan satu isu tentang Tasik Chini di negeri Pahang yang telah diiktiraf sebagai UNESCO Biosphere Reserve pada tahun 2009 tetapi mengalami isu bahawa Tasik Chini ditarik balik sebagai biosphere reserve kerana menurut UNESCO mereka akan membuat semakan dan tempoh audit terakhir ialah tahun 2022. Saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri supaya memastikan bahawa Tasik Chini dapat diselamatkan dan tidak dilucutkan daripada UNESCO Biosphere Reserves…

Yang Berhormat Bukit Bendera, sedikit sahaja.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Silakan.

Saya ingin tanya Yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat dalam RMKe-12 yang telah dikemukakan – sebagai seorang Wakil Rakyat Pulau Pinang, tidak ada sebarang butiran mengenai Pulau Pinang dinyatakan.

Projek LRT tidak disebutkan. Feri Pulau Pinang terbengkalai, apakah rancangan? Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tidak diselenggarakan. Cable Car Bukit Bendera peruntukan sejumlah RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan telah dibatalkan. Akhir sekali di kawasan saya, di Parlimen Jelutong. Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang, peruntukan sebanyak RM1 bilion yang telah diumumkan telah dibatalkan. Kenapakah Pulau Pinang dianaktirikan? Kenapakah tidak perkara-perkara berkenaan Pulau Pinang dinyatakan? Bukankah rakyat Pulau Pinang rakyat Malaysia juga? Yang Berhormat, mohon pandangan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Ya terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya senaraikan tujuh perkara yang perlu dimasukkan dalam RMKe-12 yang tidak disebut langsung dalam dokumen RMKe-12 tentang projek-projek di Pulau Pinang. Tadi Yang Berhormat Jelutong menyebut tentang Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang. Di bawah RMKe-11 terdapat selected high impact project iaitu Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pinang yang melalui dua buah kawasan Parlimen iaitu Parlimen Bukit Bendera dan Parlimen Jelutong. Apa status terkini RTB ini memandangkan ia telah melalui beberapa RMK. Beberapa RMK sudah berdekad-dekad tetapi masih belum dapat dilaksanakan. Saya membaca RMKe-12 telah menggariskan pelaksanaan 10 Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) menjelang tahun 2025. Saya ingin mendapat pengesahan bahawa Lembangan Sungai Pinang di Pulau Pinang sama ada tersenarai dalam 10 buah pelan tersebut. Begitu juga dengan pembinaan kereta kabel Bukit Bendera yang sebelum ini dirancang tetapi ditangguhkan. Projek-projek naik taraf hospital-hospital di Pulau Pinang. Di bawah RMKe-11, terdapat beberapa projek naik taraf di Hospital Besar Pulau Pinang dan saya berbesar hati bahawa ia sedang dijalankan tetapi saya ingin mendapat butiran apakah tentang status-status naik taraf hospital-hospital kerajaan di negeri Pulau Pinang. Projek Pengangkutan Awam- Transport Master Plan, Lebuh Raya MRT dan third- link Pulau Pinang. Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang telah ditetapkan di bawah RMKe-11 tetapi ditangguhkan. Minta penjelasan. Projek pembekalan air mentah dari Sungai Perak ke Pulau Pinang- Sungai Perak Raw Water Transfer Project. Saya dapat baca bahawa ada Agenda Transformasi Sektor Air 2040 dan 2040 terlalu lama. Kita perlu menyegerakan projek pembekalan water transfer project dari Sungai Perak ke Pulau Pinang. Ketujuh, permintaan untuk PPR. Projek PPR di pulau dan juga di Seberang Perai. Adakah status dan tidak disebut langsung dalam dokumen RMKe-12. Ketujuh-tujuh isu yang saya bangkitkan tadi, saya minta penjelasan. Janganlah menganaktirikan negeri Pulau Pinang dan tidak menyebut langsung tentang projek-projek tersebut di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Akhir sekali, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Perbelanjaan pembangunan untuk RMKe-12 berkos sejumlah RM400 bilion iaitu tambahan sebanyak 60 peratus dari RMKe-11. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan bagaimana dana ini akan disediakan? Sama ada cukai-cukai baru akan dikenakan dan butiran-butirannya sama ada hutang-hutang negara akan ditambah? Dokumen ini bukan sahaja tidak dapat melonjakkan Malaysia kepada ekonomi maju tetapi ia kurang daripada segi perancangan untuk membolehkan Malaysia mencapai satu ekonomi maju kepada high income nation. Semua ini saya ingin meminta penjelasan dari kerajaan. Itu sahaja ucapan saya Tuan Yang di-Pertua. Thank you.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Pertamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan tahniah kepada kerajaan yang telah berjaya untuk membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Basmi Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar. Usaha untuk membasmi kemiskinan di negara ini sebenarnya telah bermula sejak di awal mencapai kemerdekaan lagi dengan pelbagai strategi dan program melalui pelbagai agensi Persekutuan dan juga negeri. Tidak dinafikan bahawa terdapat perubahan ketara dalam pembangunan sosioekonomi rakyat di seluruh negara. Namun, setelah 58 tahun tertubuhnya Malaysia, rakyat bumiputera masih lagi termasuk dalam golongan yang miskin baik di bandar mahupun di luar bandar. Statistik menunjukkan dan mengaitkan bahawa kemiskinan sinonim dengan bumiputera. Justeru dalam tempoh lima tahun akan datang ini, strategi dan program basmi kemiskinan hendaklah berfokus dengan sasaran outcome yang telus dan berimpak ke atas kedudukan ekonomi golongan sasar ini. Mengikut Statistik Kemiskinan Isi Rumah pada 2020, bilangan keseluruhan ialah sebanyak 405.4 ribu orang ataupun sejumlah 5.6 peratus dan daripadanya ialah bilangan dalam bandar sebanyak 223.3 ribu orang iaitu sejumlah 3.8 peratus dan luar bandar sebanyak 182.1 ribu orang iaitu sejumlah 12.4 peratus. Peratusan statistik kemiskinan mengikut etnik bumiputera pula ialah sebanyak 7.2 peratus. Manakala Cina sebanyak 1.4 peratus dan India sebanyak 4.8 peratus. Tumpuan kepada pendidikan telah menunjukkan kejayaan membawa keluar sebilangan besar rakyat bumiputera dari kepompong kemiskinan terutamanya mereka yang datang dari luar bandar. Strategi ini telah membolehkan ramai anak dari luar bandar sekarang ini menjadi golongan profesional dan usahawan sekali gus merubah nasib keluarga mereka dan diri mereka sendiri. Justeru, pendidikan hendaklah terus diberikan keutamaan dan ditumpukan kepada bidang-bidang yang sesuai dengan keperluan serta perkembangan semasa yang berimpak tinggi dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi seperti bidang TVET. Sebagai contoh, institusi TVET MARA yang bekerjasama erat dengan industri yang berkaitan mempunyai kebolehpasaran graduan sehingga mencapai sebanyak 92 peratus. Saya juga mendapati kolej komuniti di tempat saya sendiri di Parlimen Beaufort yang mengkhususkan bidang kulinari dan perhotelan juga mencapai sebanyak 90 peratus kebolehpasaran graduan sebelum COVID-19. Kolej ini menyediakan tenaga kerja untuk sektor perhotelan dan juga pelancongan di negeri Sabah. Tumpuan juga hendaklah dibuat ke atas bidang berkaitan digitalisasi dan IR4.0. Sebagai contoh, robotics amat sesuai untuk kita menuju ke arah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan dalam masa yang sama melahirkan pekerja mahir di kalangan anak-anak Malaysia. Kita dapati bahawa dalam bidang teknologi ini, kita juga masih menggaji pekerja-pekerja dari luar negara seperti dari India dan sebagainya. Maka, sudah tiba masanya anak-anak Malaysia mengambil tempat-tempat ini. Di luar bandar, saya mencadangkan agar tumpuan diberi kepada mendaya upayakan golongan anak muda yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat tertiary. Untuk terlibat dalam industri hiliran pertanian dan perikanan, fokus hendaklah kepada penghasilan produk hiliran yang ada barang sumber tersedia dan pasaran yang dikenal pasti bukan sahaja di pasaran tempatan malahan sehingga ke luar negara. Sebagai contoh, produk seperti bebola ikan, fish fingers, makanan kucing, jem dari buah- buahan tempatan dan lain-lain boleh dihasilkan di luar bandar.

Perusahaan di luar bandar ini akan melahirkan usahawan dan mencipta pekerjaan untuk masyarakat luar bandar sekali gus memastikan bekalan makanan-makanan yang berterusan dalam negara kita. Kebergantungan negara kepada produk makanan import mestilah dikurangkan secara berfasa dalam tempoh lima tahun yang akan datang ini. Kita amat sedih bila bil import kita sudah mencapai jumlah sebanyak RM55.4 bilion pada tahun 2020. Saya mengalu-alukan rancangan kerajaan untuk melibatkan syarikat swasta melalui konsep tanggungjawab sosial korporat dalam usaha ini. Syarikat-syarikat seperti Petronas, Telekom, Celcom dan lain-lain boleh memainkan peranan penting menghapuskan kemiskinan di bandar dan luar bandar melalui bantuan kewangan, kepakaran dan perkhidmatan yang sesuai. Statistik juga menunjukkan pada tahun 2020 terdapat sejumlah 223.3 ribu orang miskin dalam bandar. Kemungkinan sebilangan besar golongan miskin bandar adalah di kalangan penghuni PPR yang mana di Kuala Lumpur sahaja terdapat sebanyak 31,590 unit di 23 buah lokasi.

PPR ini merupakan program untuk penempatan semula setinggan dan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah B40. Dengan penempatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan, realitinya miskin dalam bandar adalah lebih teruk kerana mereka yang duduk di bandar seperti di PPR tiada ruang untuk bercucuk tanam, bererti semua keperluan makan minum perlu dibeli. Justeru, selain meneruskan strategi memberikan pendidikan bermutu tinggi kepada anak-anak keluarga miskin bandar di sekolah-sekolah seperti MRSM dan sekolah berasrama penuh, program-program untuk meningkatkan pendapatan ketua isi rumah dan keluarga perlu dilaksanakan. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Sumber Manusia serta PBT hendaklah bekerjasama untuk merancang dan mengenal pasti bagaimana sumber manusia yang tersedia ini dapat dimaksimumkan penggunaannya, sekali gus membantu memperbaiki sosioekonomi mereka. Ruang-ruang untuk peniaga kecil mesti disediakan dan ditambah di kawasan PPR dan kawasan-kawasan yang strategik untuk para peniaga kecil menjalankan perniagaan mereka dan dipermudahkan urusan berkaitannya. Saya juga mencadangkan agar pihak PBT membantu mengenal pasti dan menyediakan tapak-tapak urban garden, dengan izin, bagi membolehkan penghuni PPR sebagai contoh bercucuk tanam tanaman keperluan seharian seperti sayur dan lain-lain. Kedua, memperkasakan bidang keusahawanan PKS hingga ke peringkat global. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang lima tahun pelaksanaan RMKe-11, seramai 215,480 orang usahawan berjaya dilatih oleh MARA melalui Program Latihan Keusahawanan. MARA juga membiayai 35,214 orang usahawan dari tahun 2016 hingga 2020 melalui pelbagai Skim Pembiayaan Perniagaan dengan jumlah pembiayaan bernilai RM459 juta. Manakala MDEC pula melahirkan usahawan digital sebanyak 276 ribu berdasarkan statistik pada tahun 2018. Namun begitu, perancangan untuk lima tahun RMKe-12 hendaklah menyasarkan kepada usaha memastikan para usahawan yang telah dilatih dan mendapat pembiayaan mampu bertahan, kekal dalam industri dan bersaing sehingga peringkat global. Program untuk membangunkan pemain utama dalam industri-industri tertentu yang berimpak tinggi dan create, dengan izin, pekerjaan dengan upah yang tinggi kepada rakyat Malaysia mesti dilaksanakan dalam RMKe-12 ini. Ekosistem keusahawanan yang lengkap yang telah membantu usahawan bumiputera meningkatkan keupayaan kapasiti dan daya saing dalam mengendalikan perniagaan serta memastikan kelangsungan operasi perniagaan perlu dipertingkatkan lagi bagi mengambil kira kehendak dalam situasi terkini dan masa akan datang yang sentiasa berubah-ubah. Kemudahan untuk melakukan R&D misalnya perlu disediakan untuk mempermudah usahawan meningkatkan kualiti produk mereka atau memperkenalkan produk baharu yang inovatif dan kompetitif. Negara-negara jiran kita telah pun melaksanakan usaha seperti ini. Produk-produk mereka berada di pasaran kita dengan harga yang rendah. Saya cadangkan agar ada peruntukan khas kepada usahawan PKS

melakukan R&D bagi mengembangkan perniagaan mereka seiring dengan kemajuan dunia. Strategik perniagaan perlu diubah dengan corak yang lebih berdaya saing hingga ke peringkat global. Tambahan pula, perniagaan yang berdaya saing akan memberi impak positif kepada ekonomi negara. Saya ingin bertanya, berapakah peruntukkan yang disediakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk tujuan R&D? Menyedari kepentingan R&D dalam membangunkan ekonomi yang telah dapat menghasilkan barangan kreatif dan inovatif serta meningkatkan produktiviti. Misalnya penumpuan kepada sektor pertanian melalui R&D yang menghasilkan banyak baka dan juga variety yang baharu yang bermutu tinggi. Perkembangan ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada golongan petani, malahan meningkatkan ekonomi dalam tempoh jangka masa yang panjang. Proses globalisasi akan menular dalam masyarakat dan ekonomi Malaysia serta memberi peluang untuk memperkukuhkan ekonomi. Ekoran pandemik, banyak PKS terkesan dan mereka perlu melihat semula pelbagai aspek dalam perniagaan mereka merentasi pemasaran digital. Operasi perlu dioptimumkan dan teknologi digital merupakan pendorong utama. Banyak PKS masih tidak menyedari tentang bagaimana untuk memulakan pengadaptasian digital. Kemudahan PKS untuk mengadaptasi penyelesaian digital termasuklah geran yang disediakan oleh SME Bank dan perlulah ditambah lagi dan diteruskan. Saya ingin tahu, jumlah peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini oleh kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas? Ketiga, melestarikan alam sekitar iaitu masalah banjir, tanah runtuh dan air sungai yang keruh. Seperti mana yang kita sedia maklum, bahawa negara kita mempunyai iklim tropika yang lembap dan menerima curahan hujan yang begitu banyak, lebih-lebih lagi dalam keadaan dunia menghadapi perubahan iklim climate change, dengan izin. Ini menyebabkan kawasan-kawasan bukit menjadi mudah runtuh menyebabkan banjir termasuk banjir lumpur, banjir kilat yang berbahaya hazardous, dengan izin. Ini menjejaskan kehidupan, meragut nyawa dan merosakkan harta benda. Contohnya apa yang berlaku baru-baru ini di Yan Kedah, di Kampung Kebungit dan Kampung Sugud, Penampang di Sabah dan juga yang pernah berlaku pada 2014 di Kuala Krai, banjir kuning yang saya rasa masih- sekarang lagi masih terasa oleh penduduk di sana impaknya. Kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar perlu dipertingkatkan bagi melestarikan alam sekitar daripada terjejas atau musnah akibat aktiviti-aktiviti manusia yang tidak berharmoni seperti membuang sampah ke sungai dan membuka tanah-tanah yang tidak teratur dan tidak mengambil kira impak kepada alam sekitar. Secara tidak langsung, perkara ini boleh menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air bersih yang memberi kesan kepada kualiti hidup dan kesejahteraan kesihatan manusia sejagat. Bagi memastikan kelestarian alam sekitar, saya mencadangkan agar kempen kesedaran hingga ke peringkat akar umbi perlulah dipergiatkan dan aktifkan pendekatan pelaksanaan di peringkat sekolah juga perlu untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar dan pengamalan 3R di Malaysia. Kerja-kerja yang kalau setakat di peringkat Putrajaya sahaja, ataupun di Kuala Lumpur tidak mencukupi. Kesedaran ini mestilah sampai ke peringkat akar umbi kepada mereka yang ada di kampung-kampung dan di luar bandar. Kerajaan perlu mengawal kawasan tadahan air, water catchment area, dengan izin, daripada dibangunkan sewenang-wenangnya. Perlu dipelihara dan dipulihara bagi memastikan air kita tidak tercemar sehingga bertukar warna menjadi air seperti teh tarik yang saya lihat sendiri di Sungai Padas di kawasan saya di Sungai Membakut, Sungai Bengawan, Sungai Kimanis, Sungai Papar dan lain-lain lagi. Saya juga mencadangkan agar kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk mengatasi masalah sungai-sungai yang cetek supaya air dapat mengalir dengan deras dengan sepatutnya dan tidak menyebabkan banjir di kawasan-kawasan seperti kami di kawasan Parlimen Beaufort yang selalu menghadapi banjir. Saya juga meminta kerajaan supaya JPS memastikan rizab sungai dikawal selia dan tidak dibenarkan membuat pembinaan rumah, biasanya setinggan termasuklah oleh pendatang tanpa izin- PATI,

yang mana merosakkan juga sungai-sungai kita. Bagi setinggan yang tinggal di lereng- lereng bukit, kerajaan perlulah menyediakan perumahan yang mampu milik dan rumah kos rendah yang sesuai untuk mereka di atas tanah-tanah kerajaan yang sedia ada ataupun yang diambil alih kerana ini adalah penting bagi memastikan mereka tidak akan menjadi setinggan lagi. Tuan Yang di-Pertua, pihak PBT juga hendaklah memastikan parit-parit, longkang-longkang dan kolam tadahan air yang sesuai yang dibina dalam mana-mana pembangunan baharu yang dirancang dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak. Bagi memastikan tidak akan berlaku banjir kilat dan juga kemusnahan kepada harta benda dan juga menyusahkan kehidupan rakyat di tempat yang berkenaan. Saya berharap dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, perkara-perkara yang saya sebutkan tadi akan diberikan perhatian dan dirancang dengan baik dan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun yang akan datang supaya masalah-masalah yang sudah kita hadapi sebelum ini dapat di atasi dan ditangani dengan sebaiknya. Dengan itu, saya ucapkan terima kasih, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Oleh sebab masa pun sudah menjangkau 1 petang, saya rasa kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Muar pada pukul 2.30 petang. Jadi saya tangguhkan persidangan pagi ini sehingga pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]

Terima kasih semua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya menjemput Yang Berhormat Muar untuk sambung, kan? Oh! Baru, okey. Silakan Yang Berhormat Muar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini saya ingin bincangkan tentang tiga isu mustahak. Pertama, berkenaan kepimpinan melalui teladan. Kedua, pentingnya untuk kita merombak semula Sistem Pengajian Tinggi di Malaysia dan ketiga untuk merayu kepada kerajaan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk membincangkan kelulusan penanaman hem ataupun medical marijuana di Malaysia. Pertama berkenaan kepimpinan melalui teladan. Kita sudah dengar banyak ahli yang berkhidmat dalam Dewan ini berhujah, berkata bahawa untuk kita kembali ke landasan yang betul pos pandemik, kita perlu pastikan bahawa sistem percukaian di negara lebih adil dan dengan itu ada perbincangan berkenaan pengenalan cukai GST seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pekan. Saya pula bangkitkan pentingnya untuk kita wujudkan sistem cukai keuntungan luar biasa atau dikenali sebagai windfall tax ataupun cukai pusaka inheritance tax. Akan tetapi, sambil kita bincangkan tentang hak untuk kerajaan mencukai rakyat Malaysia, kita juga tidak boleh lalai dan lupa bahawa masih rakyat di luar sana tidak begitu yakin dengan keupayaan kita untuk membelanjakan duit mereka dengan betul dan adil khususnya apabila ada berita yang menunjukkan bahawa rumah Perdana Menteri telah dinaikkan taraf RM30 juta. Peruntukan bagi JKOM, propaganda RM80 juta. Ini merupakan Kabinet yang terbesar dalam sejarah negara dan mungkin dalam sejarah dunia. Persoalan

sambil kita hendak ingatkan untuk rakyat membayar cukai, kita juga perlu akur bahawa we need to lead by example. Oleh sebab itu dalam bab ini saya rasa penting untuk kita jujur dengan cara pembayaran dan perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan dan juga oleh kita ahli yang berkhidmat yang diberikan mandat oleh rakyat. Saya tahu ada tokoh korporat di luar sana dilihat, “Oh! Mungkin gaji tidak begitu tinggi, setimpal jika hendak dibandingkan dengan gaji wakil-wakil rakyat di luar negara seperti di Singapura”. But, let us be fair and honest and what actually takes place in Malaysia. Saya tahu kerana pengalaman saya sebagai seorang Menteri, gaji seorang Menteri setiap bulan RM55 ribu. Dapat rumah yang agak mewah di Putrajaya, kereta, driver, makan setiap hari pun boleh claim dengan kerajaan. Dapat plat nombor, kalau jual harga ratusan ribu. Dapat dua AP untuk membawa masuk kereta mewah. Satu bidang tanah di Putrajaya, elaun percutian kalau ada keluarga dan berkahwin. Saya tidak berkahwin, tidaklah tinggi mana, sudah berkahwin boleh melebihi RM100 ke RM200 ribu setiap tahun. Bukan itu sahaja, apabila diberhentikan, dapat gratuiti ada yang sampai RM1 juta ke RM2 juta kerana dia tidak tengok masa kamu berkhidmat sebagai seorang Menteri tetapi dia ikut masa kamu berkhidmat sebagai seorang Ahli Parlimen. Maksudnya, kalau kamu Ahli Parlimen, empat ke-lima Penggal walaupun berkhidmat sebagai Menteri satu hari pun, gratuiti itu telah pun melangkaui RM1 juta. Oleh sebab itu saya berharap kerajaan yang baharu ini yang telah bertukar tiga kali dan ada Menteri yang sudah kekal tiga kali, gratuiti adakah dia hanya sekali atau sekali dia berhenti RM1 juta. Selepas itu dia naik balik, berhenti lagi. Naik RM1 juta. Bila tiba pilihan raya, bubar Parlimen, dapat lagi. All this must stop. Saya boleh bincangkan soal pencen. Pencen bagi wakil rakyat dan Menteri ia bukan satu, ya. Ada pencen bagi Ahli Parlimen, Senator Dewan Negara, ADUN, Exco, Speaker, Timbalan Menteri, Menteri, Perdana Menteri dan ia tidak disatukan, ya. Jikalau kamu merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang pernah berkhidmat sebagai ADUN, Exco dan Menteri itu semua makan pencen yang berasingan. Kalau kamu gabungkan pencen tersebut, ia boleh melangkaui RM100 ribu sebulan jika kamu pernah berkhidmat di banyak kedudukan yang berbeza. Oleh sebab itu mungkin banyak anak muda di luar sana bertanya kenapa ada Ahli Parlimen yang tidak hendak bersara walaupun sudah berkhidmat puluhan tahun kerana realiti pengiraan pencen itu berbeza. Lagi lama kamu berkhidmat sebagai ADUN dan Ahli Parlimen, lagi tinggi pencen kamu. Contohnya, kalau kamu berkhidmat lima Penggal, keenam Penggal, pencen kamu jauh lebih tinggi kerana dia tidak ikut statik gaji dan pembayaran setiap bulan sebab itu ada insentif untuk ahli yang berkhidmat ini tidak hendak berhenti untuk jadi Ahli Parlimen kerana akhirnya pencen bulanan kalau cantumkan semua jawatan yang dipegang sebelum ini boleh melangkaui RM100 ribu. Apakah cadangan saya? Cadangan adalah untuk kerajaan menubuhkan satu buah jawatankuasa untuk bincangkan perkara ini dan gabungkan sekali dengan perbincangan berkenaan isu Political Funding Act kerana saya faham Ahli-ahli Parlimen pembangkang sebelum ini kata mereka perlu keluarkan dana daripada poket mereka sendiri untuk biayai pejabat, bayar pegawai but we must change that. Bagi Ahli Parlimen kerajaan, mereka kata perlu ambil dana-dana dari luar. Kalau tidak, tidak boleh tolong kawasan. So, let’s have an honest discussion on the Political Funding Act dan dengan itu kita bezakan gaji yang seseorang dapat dan pada masa yang sama apa yang perlu dibelanjakan kepada rakyat. This discussion must take place kerana jika kita ingin mengharapkan rakyat untuk ikat perut tetapi kita di Parlimen atau dalam kerajaan dapat gaji yang teramat lumayan. It is unfair for the people. Kedua, keperluan untuk merombak institusi pengajian tinggi di Malaysia. Masalah di Malaysia berkenaan pendidikan bukanlah soal dana kerana kalau kita lihat total GDP spending on education spending di Malaysia adalah yang tertinggi di rantau ini about 16 percent of a total GDP expenditure on education. Di Singapura 11 peratus dan Jepun 7

peratus. Akan tetapi, masalahnya jika kita lihat kajian-kajian menunjukkan in terms of education quality, kita masih tiga tahun terkebelakang dengan negara jiran kita Singapura. Apakah yang boleh kita lakukan? Saya hendak tekankan berkenaan situasi di universiti. Di negara-negara luar, kamu hanya memerlukan tiga tahun ke-empat tahun untuk dapat ijazah tetapi di Malaysia dua tahun asasi, paling pendek pun satu tahun dan selepas itu tambah lagi empat tahun. It needs about six to seven years for you to get that degree kalau masuk tempoh asasi. Bukan sahaja itu tempoh masa yang teramat lama. Kenapakah ia lama? Kerana kamu perlu mengambil subjek-subjek mandatori, TITAS, Hubungan Etnik, Subjek Falsafah, Etika dan Perpaduan dan ia ada beberapa level. Saya tahu kerana saya produk universiti awam.

Saya ingin mencadangkan untuk pendekkan perkara ini, kenapa? Kita akan bertanding dengan banyak graduan luar negara di mana mereka sudah jauh ke hadapan two years in advance in the work market. Mereka sudah ada pengalaman internship, bekerja. Jadi, kita keluar teramat lewat dan pada masa yang sama apabila kita di dalam universiti itu sendiri, kelas dari pagi sampai ke malam, we cannot engage in our passion to find what we love and what we should do. Oleh kerana itu Tuan Yang di-Pertua, masalahnya di sini bukan kos itu tinggi, tetapi kedua, we lose that level of competitiveness dan ini adalah perkara yang kerajaan harus pertimbangkan untuk tukar untuk memastikan bahawa anak-anak muda kita, graduan kita bukan sahaja keluar pada umur lebih muda, mereka dapat menceburi minat mereka dan pada masa yang sama dapat bertanding dengan graduan-graduan yang lain. Kenapa graduan di Malaysia perlu ambil masa lima ke-enam tahun untuk dapat ijazah, tetapi di UK, Australia, Singapore hanya memerlukan tiga ke-empat tahun. We must do better. Ini berkait rapat juga dengan soal debt trap di mana anak-anak muda akan lalui jika kamu tidak masuk ke universiti awam, 24 jam selepas itu lazimnya kamu akan dapat e-mel ataupun pos yang mengatakan, “Alhamdulillah kamu telah diberikan tempat ke dalam IPTS yang akan dibayar 100 peratus oleh PTPTN”. Walhal, banyak universiti swasta ini bukan yang baik, tetapi tidak berkualiti, tidak lepas MQA tetap dapat diteruskan di Malaysia walaupun kadar di mana mereka boleh dapat pekerjaan selepas itu sangat kecil sekali. But yet, they allowed to continue. Ini adalah perkara yang kerajaan perlu timbang semula. We must reformat once and for all. Hujah yang ketiga, ini sedikit sensitif. So allow me to take some breath of fresh air, takut tersalah kata. Berkenaan isu penanaman hem dan medical marijuana. Ini bukan perkara yang baharu. Saya ingat apabila kita di Kabinet sebelum ini ada perbincangan, kajian dilakukan secara terperinci dan perbincangannya mengikut data dan sains. Saya berharap bahawa kerajaan dapat membentangkan satu kertas kerja yang telus, ikhlas which is driven by data and science berkenaan baik dan buruknya kelulusan industri hem dan medical marijuana. Saya katakan ini kerana di lebih 40 negara pada hari ini, kelulusan hem ataupun medical marijuana telah pun diberikan. Ini negara seperti Australia, negara seperti US, Kanada, Argentina, Denmark dan baru-baru ini negara jiran kita Thailand. The current market worth is about RM60 billion dan dianggarkan dalam tempoh masa empat tahun lagi, ia akan mencecah RM400 bilion. Kita tidak mahu Malaysia terkebelakang dan ketinggalan lagi. Perbincangan berkenaan isu ini hanya kerana ia sensitif, kita tinggalkan begitu sahaja. Walhal, kajian-kajian based on data and science yang dibentangkan menunjukkan contoh industri arak ataupun rokok jauh lebih berbahaya dari industri ini, tetapi tidak akan ada the moral courage to discuss this with facts and figures. Saya ingin cadangkan untuk kerajaan adakan perbincangan, penelitian yang khusus untuk kita lihat kelulusan industri hem dan medical marijuana kerana banyak anak muda di luar sana kita lihat, khususnya yang mengalami masalah kesihatan mental bipolar disorder dan yang lain yang boleh dibantu menggunakan jalan ini as a form of alternative treatment seperti yang telah dilakukan oleh negara-negara lain.

Saya berharap kerajaan boleh membincangkan perkara ini, follow the data and science dan adakan satu jawatankuasa khas yang diwakili oleh banyak kementerian seperti KDN untuk pastikan supaya ia dapat dikawal selia dengan baik, MOH untuk pastikan the data and science is clear. We must discuss this. Kita tidak nak ketinggalan lagi apabila negara-negara jiran dah jauh ke hadapan, we again only do it 10 to 20 years from now when it is already too late. Rumusannya apa, tiga perkara yang saya kongsikan ini berkait rapat dengan cara kita ingin mengendalikan politik di Malaysia. RMK is about planning for the future. When we talk about the future, kita perlu ada keberanian moral untuk membincangkan perkara- perkara yang sukar secara terbuka dalam Dewan di mana rakyat memilih kita untuk bersama untuk meneruskan kepimpinan melalui tauladan. Saya berharap khususnya selepas MoU telah pun ditandatangani oleh sahabat- sahabat di meja kerajaan dan pembangkang, we can find a middle path forward, jalan tengah untuk ke hadapan untuk meletakkan rakyat di hadapan dan kepentingan peribadi di belakang. Saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia ingin membina negara, membina rumah untuk semua rakyat Malaysia dan rumah yang kita bangga untuk panggil rumah kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Tumpat, 12 minit. Lepas Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Kota Samarahan. Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca doa dalam bahasa Arab] Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana diberikan peluang untuk saya turut berbahas dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 seperti mana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Isnin, 27 September 2021, dua hari yang lalu. Secara prinsipnya, RMKe-12 adalah merupakan lanjakan awal negara mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sebelum kita menghadapi lonjakan akhir dalam RMKe-13 kelak. Secara konstruktifnya pula, RMKe-12 adalah tapak menempuh fasa endemik seperti yang digembar-gemburkan sejak beberapa minggu ke belakangan ini. Bahkan apa yang lebih penting, RMKe-12 adalah juga tiang seri membangunkan semula negara pasca pandemik COVID-19. Oleh sebab itu, segala yang dirancang perlu diteliti dan dikupas sehingga ia hingga benar-benar masak kerana rancangan ini begitu mustahak kepada masa depan rakyat dan negara. Syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta pegawai-pegawai yang menyediakan perancangan yang komprehensif ini. Tuan Yang di-Pertua, memang sudah menjadi kebiasaan soal keseimbangan wilayah sering kali menjadi tema utama setiap kali perbahasan RMK dan itu jualah fokus yang diutamakan kerajaan dalam setiap kali pembentangan RMK termasuk RMKe-12 ini. Namun, isu ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah ini tetap menjadi belenggu dalam pembangunan ekonomi negara. Dalam pemacu perubahan ketujuh RMKe-12, soal keseimbangan wilayah disebut bagi menggandakan pertumbuhan negeri kurang membangun. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan khusus yang diberikan oleh kerajaan dalam perkara ini. Namun, mengharapkan kerajaan dapat benar-benar serius dan mengambil perhatian terhadap isu pembangunan di negeri-negeri yang ketinggalan ini termasuk, terutamanya negeri Kelantan. Hakikatnya kesenjangan pembangunan wilayah masih menjadi isu evergreen yang memerlukan kepada political will yang tinggi daripada kerajaan. Saya mengharapkan dalam kita menumpukan usaha fasa endemik serta fasa pemulihan pasca pandemik, kita tidak harus mengetepikan tanggungjawab kita dalam memastikan distribution of wellbeing, wealthiness dan development ke seluruh negara

secara seimbang. Inilah keutamaan dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh kerajaan dan perlu disokong oleh semua pihak demi untuk kebaikan rakyat di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, dalam hubungan ini, banyak perkara yang saya ingin sentuhkan. Namun dalam kesempatan yang ringkas ini, saya cuba fokuskan kepada isu- isu yang terkait dengan negeri Kelantan dan Tumpat secara langsung di kawasan Parlimen yang saya wakili. Pertama, saya mahu menyentuh mengenai projek laluan rel Pantai Timur yang telah mengalami tiga kali perubahan jajaran disebabkan oleh perubahan tampuk pemerintahan negara dan ECRL ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026. Saya berpandangan projek ECRL ini sangat penting bagi memastikan pembangunan limpahan kesan daripada penjajaran yang dibina sepanjang laluan tersebut selain memenuhi keperluan rangkaian pembangunan yang menghubungkan bandar dan luar bandar. Sudah tentulah ia turut menjadi pemangkin kepada usaha mengurangkan jurang keseimbangan wilayah tadi. Namun, saya agak terkilan kerana pada tahun 2018, Kerajaan Pakatan Harapan telah menyisihkan stesen Pengkalan Kubor dan Wakaf Bharu di Tumpat dan termasuk juga stesen Jelawat di Bachok yang sangat penting demi masa hadapan rakyat Kelantan dan Tumpat secara khususnya. Rupa-rupanya apa yang digembar-gemburkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada masa itu kononnya mereka berjaya menurunkan kos pelaksanaan ECRL hanyalah dengan mengurangkan stesen-stesen ECRL dan memendekkan landasan, sekali gus memangsakan kawasan yang sepatutnya dibangunkan demi mengurangkan jurang keseimbangan ekonomi sedia ada atau lebih tepat, memangsakan rakyat Kelantan dan Tumpat itu sendiri.

Dengan mengetepikan segala mainan politik dan penipuan terhadap rakyat seperti mana Kerajaan Pakatan Harapan serta selaras dengan penumpuan yang serius terhadap menggandakan pertumbuhan di negeri-negeri yang dikatakan kurang membangun dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, saya mengharapkan agar kerajaan hari ini dapat mempertimbangkan semula untuk memasukkan Stesen Wakaf Bharu dan Pengkalan Kubor di sempadan negara berdasarkan rancangan jajaran asal ECRL sebelum daripada ini. Cuma, dalam hal ini kerajaan perlu memastikan laluan yang dipilih tidak melibatkan kawasan perumahan yang padat yang boleh menyusahkan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh rancangan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk memperkenalkan agenda Transformasi Sektor Air 2040 bagi membantu mempergiatkan penerima gunaan sumber air bersepadu yang dinyatakan dalam pemacu perubahan kesembilan. Saya mengharapkan agar perancangan bagi mentransformasikan air di negara ini dapat dilaksanakan secara serius agar kita dapat memitigasi isu-isu yang berlaku melibatkan bekalan air dan sebagainya. Saya juga mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan untuk menyelesaikan kemelut air di negeri Kelantan yang telah berlarutan sajak 1990-an lagi. Peruntukan RM7 bilion yang pernah disebut oleh kerajaan sebelum daripada ini sangat penting bagi memastikan penyelesaian isu air ini dapat diselesaikan dan kementerian juga memberi satu tempoh sehingga 2030 penyelesaian terhadap isu air di Kelantan. Pelaksanaan projek air di negeri Kelantan ini Tuan Yang di-Pertua, melibatkan pembinaan empangan baharu, penggantian paip air lama yang usang mencecah lebih 40 tahun dan saya difahamkan ia juga melibatkan lebih 5,000 kilometer paip di seluruh negeri Kelantan. Begitu juga projek naik taraf air dan pembetungan bersepadu. Saya mahu mendapatkan penjelasan kementerian, bagaimana kerajaan mahu memastikan kesemua projek bagi penyelesaian air di Kelantan ini dapat dilaksanakan dengan telus sekali gus memastikan penyelesaian masalah air yang diharap-harapkan oleh seluruh rakyat negeri Kelantan selama ini dapat dinoktahkan. Tuan Yang di-Pertua, Tumpat pernah menempa sebagai sebuah tempat pelabuhan kapal yang terkenal di seluruh dunia iaitu Pelabuhan Bijih Besi Jubakar Pantai serta pelabuhan perdagangan di Palekbang. Kedua-dua pelabuhan ini pernah menjadi

nadi pengangkutan dan perdagangan yang pesat satu ketika dahulu, era sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Pelabuhan bijih besi di Jubakar Pantai pernah memberikan sumbangan yang besar terhadap revolusi industri dunia. Pada awal tahun 1914, ratusan tan bijih besi diangkut melalui daripada bijih dari Bukit Besi, Temangan melalui kereta api ke Tumpat sebelum dieksport ke serata dunia. Ketika pendudukan Jepun sekitar tahun 1941 hingga 1945, syarikat Oriental Mining Company telah mengimport bijih besi dari Tumpat ke negara Jepun. Sumber mineral ini terus dijarah, seterusnya oleh penjajah British sehingga tahun 1965. Manakala Pelabuhan Palekbang pula mempunyai kedudukan yang strategik, terletak di muara Sungai Kelantan menghubungkan bahagian hulu dan hilir negeri Kelantan yang sangat penting kepada aspek pengangkutan dan ekonomi. Namun perkara tersebut pada hari ini tinggal sejarah. Zaman kegemilangan dan kemasyhuran pelabuhan- pelabuhan ini tenggelam ditelan masa. Struktur-struktur binaan pula kebanyakan musnah dimamah usia yang tinggal hanyalah binaan usang tanpa direkodkan bahawa nama Tumpat sebagai sebuah kawasan yang pernah menjadi sebahagian dari pusat perdagangan utama di dunia suatu ketika dahulu. Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya kegemilangan kawasan Tumpat ini dikembalikan semula dengan kerajaan menghidupkan semula pelabuhan Tumpat, sekurang-kurangnya menjadikan Tumpat sebagai pusat membaiki kapal dan maintenance, repair and operations di Mukim Tabar yang ada kemudahannya. Cadangan ini bukan sekadar usaha untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah menempa nama Tumpat di persada dunia, bahkan keperluan terhadap pelabuhan di Tumpat ini juga amat tinggi bagi menyediakan alternatif dan menjadi pelengkap kepada Pelabuhan Tok Bali yang sedang diusahakan. Tuan Yang di-Pertua, saya seterusnya ingin menyentuh mengenai isu pelacongan di Tumpat. Beberapa cadangan tambahan wajar untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi mengembangkan daya tarikan pelancongan di Kelantan dan juga di Tumpat. Pertama, cadangan mewujudkan signage nama bandar yang besar dan berlampu di sepanjang sungai Kelantan seperti signage nama Kota Bharu di tebing sungai yang menghadap ke Pasir Pekan, Tumpat. Nama Pasir Pekan ataupun Tumpat di tebing sungai Kota Bharu yang menghadap ke Tumpat dan Tumpat merupakan daerah yang bersempadan dengan negara Thailand yang mempunyai pelbagai tinggalan sejarah yang signifikan sebagai mana yang saya sebutkan sebentar tadi. Di Tumpat, bukan sahaja terdapat sebuah kawasan bebas cukai serta stesen kereta api terakhir di Pantai Timur, bahkan Tumpat juga adalah kawasan pendaratan tentera Jepun ketika pendudukan Jepun di negara ini satu ketika dahulu. Di sini terdapatnya tempat pembuatan kraf perak yang terkenal, pusat pengeluaran daging, dodol, keropok, budu dan seumpamanya. Suluk Tok Selehor, Kubu Tok Janggut, pantai- pantai yang menarik bahkan terdapat rumah-rumah ibadat pelbagai agama dan sebuah masjid tertua di Malaysia iaitu Masjid Kampung Laut juga merupakan tarikan pelancong ke daerah ini. Oleh itu sangat bersesuaian sekali jika Tumpat dijadikan pusat pelancongan di negara ini dengan pelbagai tarikan sejarah dan keunikan yang sedia ada. Seterusnya adalah rancangan menaik taraf Jeti Pulau Suri dan Pulau Perniagaan Pasar Terapung di Pulau Suri bagi keselamatan pengunjung dan perniagaan setempat, selain menjadi tarikan pelancong di kepulauan berkenaan. Saya juga ingin mengutarakan cadangan pembangunan Mukim Tebing sebagai pusat tarikan pelancongan khusus melibatkan ladang kelapa pandan dan durian belanda berkeluasan 25 ekar serta Pondok Meheliah yang beroperasi dibangunkan sebagai pusat terapi rohani dan jiwa selaras dengan Kelantan hab pelancongan pendidikan agama. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa yang tidak menyebelahi saya, saya hendak sebut yang terakhir. Perkara yang terakhir yang saya kira antara yang terpenting ingin saya sentuh adalah berkenaan dengan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dijangka bakal menyediakan 100 peratus liputan 4G di kawasan

berpenduduk serta liputan 5G yang lebih luas dan jalur lebar talian tetap kepada sembilan juta premis menjelang 2025. Namun beberapa isu yang melibatkan kelewatan pembinaan menara baharu, kerenah birokrasi serta kerumitan dalam pemberian tender menyebabkan pelaksanaan program JENDELA mengalami kelewatan di negeri Kelantan. Malah, ketika ini Kelantan juga antara negeri terendah kadar penembusan jaringan jalur lebar. Oleh itu saya ingin mengetengahkan beberapa cadangan sebagai jalan keluar terhadap kemelut pelaksanaan JENDELA di negeri Kelantan: (i) penambahan peruntukan bagi mempercepatkan program JENDELA di Kelantan; (ii) penambahan Pusat Internet Komuniti sebagai one stop centre digital setempat; dan (iii) mewujudkan mini lembah siber silikon negeri sebagai kawasan liputan jalur lebar dan aktiviti yang berkapasiti tinggi dengan keutamaan kepada big data dan hab inovasi negeri. Mohon pandangan kementerian berkenaan cadangan-cadangan ini. Seterusnya khusus kepada isu pelaksanaan jalur lebar.

Yang Berhormat.

Sedikit Tuan Yang di-Pertua kerana selalunya perkara ini menjadi serangan yang cukup kuat kepada saya di Parlimen Tumpat. Jadi saya hendak sebut sedikit. Khusus kepada isu pelaksanaan jalur lebar...

Yang Berhormat, ramai pun...

Sedikit sahaja, hendak sudah ayat terakhir. Perenggan terakhir, saya ingin memohon lanjut kementerian...

Satu minit Yang Berhormat.

Mengenai status premis di Parlimen Tumpat yang diliputi akses gentian optik. Berapakah perancangan asal bagi pembangunan premis dengan akses gentian optik, berapa yang telah siap dan berapa yang masih dalam proses pelaksanaan? Saya mohon perhatian kementerian berkenaan status pelaksana projek menaik taraf stesen pemancar ketika ini. Tuan Yang di-Pertua, kerana masa tidak mengizinkan, ada beberapa perkara lagi yang hendak saya sebut, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pandan, 12 minit.

Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca selawat] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam keadilan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan RMKe-12. Ingin saya bermula dengan menyentuh mengenai istilah transformasi, sebab transformasi itu memberi gambaran seperti transformers yang bertukar sementara walhal struktur asal tidak berubah. Jika dibandingkan dengan istilah reformasi untuk memperbaiki sesuatu keadaan dengan sesuatu kepada sesuatu keadaan yang lebih baik dan sesuai. RMKe-12 ini sepatutnya adalah Rancangan Malaysia untuk membuat reformasi dan memperbaiki masalah negara kita once and for all dengan izin. Itu adalah poin saya yang pertama. Ini kerana kita memerlukan islah. Kita sedang menghadapi satu kemelut degan pandemik COVID-19 ini yang telah mengakibatkan ramai anak yang menjadi yatim dan sering yatim piatu. Pandemik ini juga telah meninggalkan kesan buruk kepada ramai rakyat kita, kesan daripada segi mental

dan fizikal. Ramai yang kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan kerana tidak dapat meneruskan perniagaan. Ramai wanita dan kanak-kanak mengalami situasi keganasan rumah tangga. Ramai juga yang makin murung dan resah berkurung di dalam rumah. Kebanyakan mereka telah hilang kemahuan untuk terus hidup dan memilih jalan pintas untuk menamatkan riwayat hidup mereka. Jumlah kes bunuh diri ini dari Januari hingga Julai tahun ini sahaja sudah melebihi statistik keseluruhan jumlah bunuh diri bagi tahun 2020. Banyak tragedi yang telah berlaku yang menyayatkan hati kita. Jadi persoalannya, apakah perancangan atau tumpuan kita dalam menangani peningkatan masalah kesihatan mental dalam negara kita terutama impak daripada pandemik COVID-19. Saya ulangi sekarang ini jadi lebih mendesak. Jika kita boleh mempercepatkan seksyen 309 Kanun Keseksaan supaya percubaan bunuh diri itu tidak dikira sebagai satu jenayah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu yang merangkumi all of government iaitu isu integriti. Namun kita masih membaca berlakunya ketirisan dalam urusan kerajaan. Rasuah, salah guna kuasa, jenayah terutama jenayah siber semakin berleluasa. Sedih betul kita melihat salah guna kuasa dan jenayah berlaku dalam agensi seperti SPRM dan PDRM. Tidak hairanlah apabila berlakunya defisit kepercayaan atau dengan izin trust deficit. Di dalam kes terbaharu ini, ada pemimpin menyeleweng duit rakyat, pegawai beliau disyaki mencuri duit itu dan ditangkap. Selepas pegawai itu ditangkap, pegawai SPRM pula disyaki mencuri daripada pegawai tersebut dan melesapkan bahan bukti. Ini adalah gejala rasuah yang bertingkat-tingkat. Jadi, saya tidak tahu kiranya macam mana hendak ketawa atau hendak menangis mengikuti berita ini. Agensi-agensi inilah yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang apa lagi harapan kita. Saya ulangi, kita sebenarnya mempunyai masalah governance dalam negara. Governance ini Tuan Yang di-Pertua, bukan hanya dalam hal- hal tadbir urus yang berkaitan dengan penjawat awam atau delivery of public services dengan izin sahaja. Governance ini meliputi semua urusan kita daripada usaha untuk membasmi kemiskinan, menjaga keamanan dan ketenteraman, menjaga kesihatan adalah termasuk dalam segala usaha untuk memulihkan ekonomi negara kita. Bayangkan apa yang boleh berlaku kepada negara kita sekiranya tidak ada governance dalam pentadbiran negara, sudah pasti akan berlaku salah guna kuasa dan ketirisan macam kita tengok sekarang. Apa yang jadi, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana. Keamanan dan ketenteraman negara boleh dicerobohi, kalau tidak diperketatkan governance dalam sistem pengawalan sempadan kita. Begitu jugalah dalam hal menjaga kesihatan, tanpa governance vaksin boleh dijual beli dengan mudah untuk dia dapatkan profit untung mungkin kepada pembida tertinggi. Ini bukan omong-omong kosong Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana telah berlaku kes jual vaksin ini, malah bukan setakat jual vaksin, ada pula sindiket yang menjual sijil vaksinasi. Tuan Yang di-Pertua, atas semua alasan di atas, RMKe-12 memerlukan satu bab khas untuk kita merancang hal-hal berkaitan dengan governance secara holistik. Kita tidak boleh hanya meletakkan sub topik governance di bawah Bab 13 iaitu mengenai memperkasakan sektor awam dan delivery of public services sahaja. Ianya jauh lebih penting daripada itu. Ini bukan hanya bab tatatertib dan disiplin penjawat awam, ini adalah mengenai ekosistem pentadbiran negara kita. Sepatutnya kita harus mengambil inisiatif-inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang semakin hari saya lihat semakin tipis berbanding kepada inisiatif- inisiatif yang dirancang dan dilancarkan pada tahun 2019 dan dimasukkan pada awal- awalnya dalam RMKe-12 ini. Apa yang lebih penting lagi sepatutnya inisiatif-inisiatif yang terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional ini harus diterjemahkan menjadi akta agar ada undang-undang khas yang dibentuk dalam tempoh RMKe-12 ini. Kita sedia maklum bahawa Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan (DE) untuk RMKe-12 ini dianggarkan sebanyak RM400 bilion dan ini adalah peningkatan-peningkatan

yang ketara diakui sendiri oleh Menteri Kewangan daripada RM248.5 bilion pada RMKe- 11. Selalu diperkatakan kata peruntukan ini ada digunakan secara berhemah tetapi mengapa Tuan Yang di-Pertua, berulang kali laporan kes dalam Laporan Audit Negara tahun demi tahun. Sebagai contoh, berdasarkan Laporan Audit Negara, sebanyak RM273 juta telah kerajaan peruntukkan untuk sistem baharu bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang tidak pernah disiapkan. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2019 siri 2, projek sistem uCustoms tersebut telah dimulakan pada tahun 2013 dan sepatutnya siap pada tahun 2015. Ikutkan, sudah lebih tujuh tahun dua bulan. Dari tempoh ini, sepatutnya disiapkan dan projek ini diberikan perlanjutan sebanyak lima kali dan kerajaan, duit rakyat telah hilang sebanyak RM273 juta. Itulah reformasi yang diperlukan. Kalau dahulu, ada sesetengah inisiatif itu hanya diterjemahkan sebagai arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ataupun hanya menjadi Pekeliling Perbendaharaan sahaja, sekarang ini adalah masanya untuk kita menunjukkan keazaman dan political will dengan izin. Menterjemahkan menjadi akta. Ini adalah agar sesiapa juga yang datang selepas kerajaan ini atau mana-mana kerajaan tidak akan dengan mudah menukar akta ini dengan sesuka hati sekiranya mereka tidak boleh mempunyai majoriti yang kukuh. Sehubungan dengan itu, isu governance pula. Masih lagi dengan isu governance, saya berpandangan kita harus memberi tumpuan agar ada hubungan antara apa yang terkandung dalam apa yang terkandung dalam RMKe-12 ini dengan ucapan bajet yang bakal dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Dikhuatiri nanti banyak cadangan yang molek-molek sahaja. Indah-indah tetapi tidak ada peruntukan yang diberikan untuk menjayakan rancangan dengan baik untuk membantu rakyat. Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan the lost generation dengan izin. Saya memetik tulisan Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff dalam kolum beliau, Rintihan Rakyat di akhbar Sinar Harian pada 17 Jun 2021 yang lalu di bawah tajuk Generasi COVID-19 Yang Tersisih. Kata beliau, ‘Antara meletak nasi dan lauk di atas meja yang menjadi keutamaan lebih penting kepada kejutan rakyat yang menyediakan komputer dan internet. Saya pasti mereka memilih nasi’. Yang bercakap tentang quantum leap itu perlu sedar bahawa pada hari ini ramai antara rakyat kita yang penat memikirkan bagaimana untuk meletakkan makanan di atas meja setiap hari untuk anak-anak mereka. Ini adalah soal survival, soal hidup dan mati. Oleh kerana ibu bapa memilih survival, ini menyebabkan mereka tidak mampu memberi alat-alat peranti kepada tiap-tiap seorang anak mereka. Anak-anak akan terkesan daripada segi pendidikan kerana mempunyai kesusahan untuk belajar secara atas talian. Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) telah mengeluarkan peratusan purata untuk isi rumah yang mempunyai akses ke komputer daripada jumlah itu sebanyak 89 peratus.

Persoalannya, peratusan di Malaysia berapa? Ini juga belum termasuk kita bercakap fasal bab connectivity. Kita baca dalam akhbar kena naik pokok, baru hendak dapat connectivity. Ini tidak boleh kita terima. Jadi, ditambah semasa Movement Control Order (MCO) baru-baru ini di mana kebanyakan sekolah di dunia perlu ditutup, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) menganggarkan hampir 1.6 bilion orang pelajar dalam 190 buah negara di dunia yang tidak dapat hadir bersekolah akibat pandemik. Implikasi kepada pembelajaran ini adalah sangat serius. Berapa ramai agaknya anak-anak kita di Malaysia tercicir, tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Tuan Yang di-Pertua, sebelum pandemik pun ada mereka yang dipanggil invisible students yang mereka naik daripada Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5 sampai Darjah 6 tidak tahu membaca kerana memang tidak diberi tumpuan. Itu belum lagi kita melihat koleksi antara generasi yang tersisih dengan keperluan mereka untuk mengisi peluang pekerjaan nanti. Apa yang pasti ialah akan meninggalkan kesan kepada— daripada segi kualiti, produktiviti dan inovasi modal insan dan tenaga buruh di Malaysia pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, kami juga menghadapi isu lost generation and generation scarring dengan izin. Ini adalah perkara yang penting sebab kita cakap tentang modal insan tetapi modal insan kita untuk masa hadapan akan menjadi generasi yang tercalar dan ini akan meninggalkan satu parut pada masa hadapan. Saya juga ingin menyentuh tentang social safety net, ini penting ya. Hari ini kita dimaklumkan bahawa hampir 400,000 orang rakyat kita kerja sendiri dan kebanyakan mereka tidak membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Social Security Organisation (SOCSO) tetapi pemimpin kita mencadangkan wang simpanan hari tua digunakan sekarang. Dari manakah social safety net ini dalam 10 tahun ke hadapan sekiranya mereka mengeluarkan wang KWSP? Jadi, apa yang saya hendak tekankan adalah apa pun yang kita buat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini kita fikirkan awlawiyat, priority first. Mana yang sepatutnya dikedepankan dibuatkan dahulu mestilah diikut. Jadi, saya bercakap terus, habis sudah ini Tuan Yang di-Pertua kerana apa dari segi awlawiyatnya atau prioritynya kalau hendak renovate rumah kediaman Perdana Menteri. Kalau hendak nampakkan kita punya imej naik Tuan Yang di-Pertua, kita tengok kalau ada integriti. Itu lebih menaikkan imej Malaysia dalam membudayakan cara kita kerja dalam Malaysia. Kalau kita tengok dalam forecast Fitch Solutions Country Risk sudah turun pun daripada 6.4 peratus kepada 7.4 peratus kerana hasil turun dan bayaran rangsangan kita meningkat. Jadi, kita tidak gunalah rancang elok-elok, semua atas paper atau kertas elok tetapi kita mesti membudayakan integriti dalam hidup kita. Jadi, itulah yang saya hendak sampaikan. Moga Allah memberikan kita segala kebaikan dunia dan akhirat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jerantut.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberikan saya ruang untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari. Saya juga hendak merakamkan tahniah kepada kerajaan yang telah berjaya membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 walaupun kita terlewat daripada jangkaan awal. Daripada segi perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 ini, nampaknya merupakan antara yang terbaik yang disediakan oleh kerajaan. Cuma yang menyesalkan saya sedikit adalah daripada segi pelaksanaan dan pencapaiannya. Berdasarkan suasana semasa yang kita masih lagi bergelut dengan wabak COVID-19, rancangan yang kita laksanakan walaupun nampak baik kemungkinan akan berhadapan dengan beberapa masalah kerana suasana yang ada tidak begitu mengizinkan kita untuk melaksanakan perancangan dalam keadaan biasa. Kritikal dan juga masalah yang wujud tentang pelaksanaan seharusnya mengambil iktibar, seharusnya setiap kita mengambil iktibar terutamanya di peringkat pelaksanaan. Suasana dalam RMKe-12 dengan 11 nyata berbeza kerana RMKe-11 kita tidak berhadapan dengan kemelut seperti ini. Sebarang kepincangan dan masalah yang timbul ketika pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 seharusnya diambil pengajaran oleh kerajaan ketika melaksanakan RMKe-12. Mengambil contoh dalam pengeluaran makanan negara, Malaysia masih lagi bergelut untuk menghasilkan makanan jumlah pengeluaran makanan yang tinggi apatah lagi untuk kita bergelar sebagai negara pengeksport makanan. Walaupun negara kita ini dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’aala dengan suasana yang sangat baik, muka buminya, iklimnya, tenaga kepakarannya tetapi kita masih lagi bergantung kepada import makanan. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat import makanan negara pada tahun 2020 telah menunjukkan kepada kita sebanyak RM55.5 bilion yang kita import dari luar negara.

Kita eksport hanya sebanyak RM33.8 bilion dan defisit RM2.7 bilion, peningkatan sebanyak 24.9 peratus daripada peratus tahun sebelumnya. Ini tentulah mencemaskan kita terutama ketika wabak COVID-19 ini. Sektor pertanian memainkan peranan yang penting dalam ekonomi negara melalui sumbangan kepada pendapatan negara dan perolehan eksport dan dalam masa yang sama mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat kita. Namun begitu, industri pertanian tidak dapat lari daripada pelbagai isu. Antara isu yang pernah disenaraikan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) antaranya ialah iklim, dinamik, populasi, sumber asli, produktiviti, teknologi, penyakit dan serangga, jaminan bekalan makanan yang tidak mencukupi, perubahan struktur, migrasi sistem makanan, tadbir urus dan juga kewangan. Kerajaan menyasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh lima tahun iaitu tahun 2021 hingga tahun 2025 dengan sektor pertanian menyumbang sebanyak 3.8 peratus. Kita perlu mengambil satu langkah ke hadapan bagi memastikan sektor pertanian mampu berdaya saing dan mampu menghadapi pelbagai cabaran sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Saya menyambut baik inisiatif kerajaan untuk menjana semula ekonomi dengan memangkinkan industri strategik dan berimpak tinggi melalui pertanian pintar dalam RMKe-12. Ini memandangkan sektor pertanian merupakan penyumbang utama ekonomi terutamanya di negeri seperti negeri saya negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah dan Perak dalam RMKe-11 yang lalu. Menurut laporan RMKe-12, sektor pertanian masih kurang menerima guna teknologi yang tinggi. Walaupun pelbagai strategi dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran agromakanan bagi memastikan kecukupan bekalan, sumbangan sektor agromakanan kepada sektor pertanian sebanyak 53.3 peratus pada tahun 2020. Masih rendah di bawah sasaran iaitu 60 peratus. Selain itu kita nampaknya dalam sektor pertanian kita masih lagi bergantung kepada minyak sawit walaupun insentif untuk mempelbagaikan keperluan tanaman dikemukakan oleh kerajaan. Di samping itu saya amat berharaplah pada kerajaan dapatkan strategi dan inisiatif yang relevan dan kalis gagal di bawah rangka Sekuriti Makanan Negara dan Dasar Agromakanan Negara tahun 2021 hingga tahun 2030 bagi memastikan kita mampu mencapai sasaran tahap kecukupbekalan dan dalam masa yang sama memenuhi standard keselamatan makanan antarabangsa. Kita menyorot isu pengeluaran daging negara sahaja misalnya dalam rantaian makanan kita. Kita masih lagi bergantung kepada import daging yang tinggi. Tahun 2020 sahaja telah menunjukkan kepada kita negara kita mengimport daging lembu bernilai RM2.2 bilion. Dalam RMKe-10 dan RMKe-11 kita gagal mencapai sasaran nampaknya. Akan tetapi apakah pelaksanaan dalam RMKe-12 ini masih lagi menemukan kegagalan atau kita berjaya keluar. Ini saya katakan tadi bergantung kepada kemampuan kita untuk melihat permasalahan-permasalahan yang bakal kita hadapi. Saya hendak tanya kerajaan, mengapakah kita gagal? Adakah kita kekurangan tenaga pakar? Adakah kita kekurangan infrastruktur? Atau adakah kita kurang fokus daripada segi pelaksanaan? Beberapa cadangan saya untuk membantu negara bagi meningkatkan pengeluaran daging negara. Pertamanya ramaikan usahawan ternakan.

Wujudkan kluster ternakan peringkat negeri dan daerah, adakan skim galakan usahawan ternakan terutamanya mereka yang berada dalam ternakan lembu baka daging yang baik. Mobilisasikan sepenuhnya institusi haiwan di seluruh negara. Contohnya di kawasan Parlimen Jerantut ada sebuah Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan yang fokus kepada benih-benih haiwan kita, benih ternakan kita. Ia perlu diberikan perhatian khusus. Berikan peruntukan yang mencukupi. Adakan pegawai-pegawai yang mencukupi dan kembangkan baka-baka terbaik yang ada di seluruh dunia. Adakah latihan kepada

penternak. Buatkan program lebih baik terutamanya dalam penghasilan baka terbaik seperti yang ada di pasaran sekarang ini. Contohnya, lembu jenis baka Limousine, Charolais dan sebagainya yang memberikan sumber daging yang tinggi berbanding dengan lembu yang diternak oleh penternak kita daripada kategori Kedah, Kelantan yang beratnya hanya sekitar 200 ke 250 kilogram berbanding dengan lembu yang saya katakan tadi, beratnya mencapai 1,000 kilogram. Bantu penternak melalui geran padanan bagi mereka yang benar-benar sebagai penternak. Tumpukan sebagai pilot project kepada kawasan-kawasan tertentu seperti di kawasan FELDA. Lahirkan mereka yang benar-benar usahawan lembu yang berjaya dan bukan usahawan lembu segera. Modenkan institusi ternakan lembu. Kerajaan perlu menetapkan sasaran pengeluaran daging ke tahap yang lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang keseimbangan wilayah. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kesediaan kerajaan untuk memastikan keseimbangan pembangunan antara wilayah ini. Cuma saya harapkan misalnya negeri Pahang ini tidak berapa nampak sangat daripada segi pembangunan dalam RMKe-12, jangan tinggalkan wilayah-wilayah yang tidak termasuk dalam cadangan pembangunan tadi. Oleh kerana masih banyak lagi kawasan-kawasan yang tidak termasuk dalam cadangan itu seperti kawasan Parlimen Jerantut sendiri yang memerlukan perhatian daripada kerajaan daripada segi infrastruktur. Contoh yang pertama ialah naik aras jalan Padang Piol-Sungai Retang, Jerantut terutama di FT1508. Kosnya tidak tinggi pun, lebih kurang di bawah RM15 juta. Saya sentiasa bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini, sudah lapan tahun tetapi tidak berjaya juga. Jadi saya harap dalam pelaksanaan RMKe-12 ini, perhati-perhatikanlah kerana ia memberikan kemudahan lebih daripada 30,000 orang penduduk di kawasan itu. Lebih penting lagi ia menghubungkan kawasan pelancongan Taman Negara yang sering kali boleh dikatakan setiap tahun pelancong akan terkandas di Taman Negara kerana laluan ini tidak boleh dilalui, dinaiki air. Jadi, saya harap sangatlah. Dalam pada itu, saya juga mengharapkan kerajaan agar menghidupkan kembali UTC yang pernah dijalankan oleh kerajaan sebelum ini kerana ia memberikan banyak faedah. Dengan wujudnya UTC ini, jabatan-jabatan kerajaan boleh diletakkan setempat dan tidak memerlukan sewaan bangunan yang tinggi sekali gus ia merapatkan rakyat dengan kerajaan daripada segi pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga bertanya kepada kerajaan, bagaimanakah keadaan perumahan generasi kedua FELDA? Saya tak nak tanya banyak, cuma saya hendak tanya berapa peratus kah perkembangan pembangunan projek-projek yang telah gagal dari segi perumahan FELDA? Saya mencadangkan kepada FELDA dan juga kerajaan negeri agar duduk bersekali, kita berikan lot-lot tapak rumah kepada generasi kedua FELDA ini yang benar-benar mendiami FELDA. Biarkanlah mereka hendak buat apa sahaja bentuk rumahnya atau kalau kita boleh sediakan contoh rumah dan kita padankan mereka ini dengan institusi kerajaan ataupun bank-bank institusi kewangan yang ada agar mereka dapat disesuaikan dengan kehendak rumah mereka berserta dengan kemampuan mereka membayar. Tidak perlulah kita adakan projek-projek perumahan yang besar, tidak mampu mereka hendak bayar. Nampak cantik, hendak memiliki tidak boleh, apakah maknanya kepada kerajaan? Apakah maknanya kepada generasi FELDA? Kita tidak mampu setiap kali pilihan raya, kita berdepan dengan generasi muda FELDA yang tidak ada rumah, sesetengahnya duduk di kedai, menyewa bangunan kedai- kedai yang tidak sepatutnya dijadikan perumahan. Jadi, saya merayu kepada pihak FELDA, duduklah dengan kerajaan negeri, selesaikan masalah anak-anak muda kita di FELDA ini daripada segi perumahan mereka. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya oleh sebab masa sudah tidak ada, saya pun tak nak mengambil masa orang lain. Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk

menyokong Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang untuk berbahas tentang Rancangan Malaysia Kedua Belas. Hala tuju RMKe-12 ini amat penting bagi kita membina semula negara pasca krisis COVID-19. Kita tidak boleh memakai cara atau fikiran lama tetapi menjangkakan hasil yang baik. Justeru, saya amat bersetuju dengan strategi pertanian pintar yang dinyatakan dalam Bab 3. Namun begitu, kita tidak boleh duduk tanpa berbuat apa-apa dan mengharapkan sektor swasta menerima pakai idea atau melaksanakan inovasi sendiri tanpa sokongan sektor awam. Sekiranya, kita meneliti teknologi yang kita pakai hari ini dari internet, GPS ke Siri. Kesemua ini adalah inovasi yang asalnya dibangunkan melalui pelaburan sektor awam dan kemudiannya diadaptasi secara komersial untuk kegunaan masyarakat umum. Limpahan ekonomi daripada pelaburan sektor awam tersebut adalah besar. Pendekatan ini bermakna sektor awam perlu mengepalai inovasi dan pelaburan inovasi. Tanpa sokongan terutamanya sumber kewangan yang mencukupi khususnya dalam pelaburan teknologi baru yang belum terbukti keberkesanannya, tiada mana-mana syarikat swasta akan mengambil risiko tinggi untuk melabur. Tuan Yang di-Pertua, untuk mencapai sasaran kita mesti tanya di sini terlebih dahulu, apakah masalah yang kita ingin selesaikan melalui dokumen ini? Jelas sekali salah satu cabaran besar dan berulang kali dibangkitkan dalam RMKe-12 adalah kebergantungan terhadap pekerja asing. Saya check 30 kali terma pekerja asing disebut dalam dokumen ini. Saya bersetuju bahawa kita perlu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing khususnya pekerja asing berkemahiran rendah. Soalan di sini adalah, bagaimanakah kita melaksanakan dasar ini? Setiap kali kerajaan cuba mengetatkan kemasukan pekerja asing, kerajaan tetap akan juga akan melayan rayuan-rayuan daripada pelbagai sektor yang minta pelanjutan tempoh transisi pengecualian atau bantahan sepenuhnya. Alasan sektor-sektor ini adalah pekerja tempatan tidak mahu bekerja dalam sektor mereka. Salah satu sektor tersebut adalah industri sawit. Kebergantungan pekerja asing dalam industri ini telah mengakibatkan kemerosotan dalam pengeluaran sepanjang PKP sejak Mac tahun lepas walaupun harga pasaran minyak sawit amat memberangsangkan namun semua peladang mengadu tidak cukup tenaga kerja untuk memetik buah sawit. Malaysia ialah negara kedua terbesar pengeluaran minyak sawit dunia. Sehingga kini, industri ini masih bersifat intensif buruh daripada proses pembajaan ke penghasilan, semua aktiviti kerja intensif buruh dan jarang mengguna pakai teknologi pintar. Secara amnya, 40 peratus tenaga kerja diperlukan dalam proses pembajaan dan 60 peratus lagi dalam penghasilan. Saya difahamkan, penggunaan teknologi pertanian seperti sistem maklumat geospatial untuk mengumpul data profil ladang secara terperinci termasuk bilangan pokok, kawasan kosong dan petunjuk tahap kesihatan pokok mampu mengoptimumkan produktiviti. Namun begitu, teknologi pintar ini hanya dapat mengurangkan tenaga kerja dalam proses pembajaan iaitu 40 peratus tenaga kerja sekarang yang bersifat intensif buruh. Namun kita masih belum ada satu penyelesaian pintar bagi proses memetik buah sawit yang hampir 100 peratus merupakan kerja-kerja manual.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Kita adalah negara kedua terbesar pengeluar minyak sawit dunia. Takkan kita langsung tidak ada inovasi sehingga kini untuk mengurangkan kebergantungan buruh, serta meningkatkan produktiviti dalam sektor yang penting ini. Justeru, sekiranya kerajaan tidak memimpin misi inovasi dalam industri sawit, saya tidak nampak bagaimanakah kita boleh menyelesaikan masalah kebergantungan pekerja asing.

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Saya petik Mariana Mazzucato, seorang ahli ekonomi yang bertanya dalam buku beliau: “Kenapa manusia telah berjaya mendarat di bulan lima dekad yang lalu, namun kita masih tiada penyelesaian bagi masalah kemiskinan?” Justeru, beliau mencadangkan kita pakai konsep ekonomi berorientasikan misi, iaitu mission-oriented economy seperti pencapaian-pencapaian masyarakat manusia pada era 1970-an. Bagi Malaysia, untuk kita menyelesaikan masalah kebergantungan pekerja asing berkemahiran rendah, kerajaan harus melabur masa, tenaga dan juga wang yang mencukupi untuk menggalakkan semua orang baik peladang mahupun ahli akademik di menara gading, bekerjasama mencari sebuah jalan keluar. It is now or never. Tidak boleh bersikap acuh tidak acuh lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menafikan kerajaan sedang berusaha dalam bidang inovasi dan menggalakkan anak muda ambil bahagian untuk menyelesaikan masalah masyarakat kita. Misalnya program CHIPTA 2020, iaitu Challenge on Innovation and Problem Solving through Technology Advancement. Melalui program ini, peserta- peserta menciptakan aplikasi dengan data terbuka yang diterbitkan oleh kerajaan di laman web. Di sini, saya berpandangan bahawa kerajaan perlu meningkatkan kualiti data terbuka. Dalam krisis COVID-19 ini, kita semua telah menyaksikan bagaimana data terbuka dapat membantu sektor awam. Masyarakat kita bersedia dan sudi membantu kerana mereka sendiri ingin menyumbang idea untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka sendiri. Ini zaman kolaborasi antara masyarakat dan kerajaan. Zaman ‘government knows best’ sudah berlalu. Lebih baik kita mengajak masyarakat berkolaborasi dengan kerajaan melalui penerbitan lebih banyak data terbuka. Walau bagaimanapun, saya difahamkan banyak produk yang telah diciptakan melalui program CHIPTA tersebut adalah aplikasi telefon pintar. Daripada kesihatan ke pengangkutan dan pengurusan bencana, setiap satu ada aplikasi tersendiri. Begitu juga dengan aplikasi perkhidmatan kerajaan. Setiap satu ada aplikasi telefon pintarnya. Dalam telefon bimbit saya sendiri pun, ada aplikasi ini dalam satu kelompok iaitu apps Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), volunteer smartphone patrol (VSP) oleh PDRM, Syarikat Bekalan Air, Aduan Rakyat dan sebagainya. Namun sebenarnya untuk rakyat, kita hanya mahu one-stop centre. Situasi terlalu banyak app perkhidmatan kerajaan bukan suatu fenomena celik digital. Sebaliknya, ia menunjukkan kekurangan integrasi antara semua kementerian dan jabatan. Bagi perkhidmatan kerajaan berdepan dengan rakyat, saya mencadangkan lebih baik kita integrasikan kesemua aplikasi perkhidmatan ke satu platform. One-stop centre bagi perkhidmatan kerajaan secara maya. Bercakap tentang aplikasi pintar dan data terbuka, saya ingin menyentuh tentang satu berita yang berlegaran di ruang maya semalam, iaitu dakwaan kebocoran data peribadi sejumlah 4 juta orang rakyat Malaysia. Fail data sebesar sebanyak 31.8 gigabait yang didakwa mengandungi nama penuh, kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon dan email, dikatakan telah ditawarkan untuk dijual dengan harga sebanyak RM35,500. Apakah kebenaran di sebalik perkara ini? Jika benar, ini merupakan suatu perkara yang teramat serius. Bukan setakat sempadan maritim kita tidak terselamat daripada pencerobohan, malah data peribadi kita tidak terselamat daripada penggodaman. Antara cabaran zaman digital ialah keselamatan data. Jika kita lalai, penggodam mampu melumpuhkan sistem pentadbiran, sistem kewangan, sistem kesihatan dan segala macam sistem di negara kita tanpa perlu masuk ke dalam sempadan fizikal Malaysia. Apakah tindakan kerajaan ke arah ini? Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukan sebuah negara tanah besar. Kita adalah negara maritim. Dalam kenyataan Rancangan Malaysia Ke-12 sendiri, kerajaan telah pun menyatakan cabaran kita di laut. Antaranya, kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui jalan maritim, pertindihan tuntutan di sempadan maritim, pencerobohan kapal perikanan negara asing dan pelbagai masalah lain. Baru-baru ini kapal China Da Yang Hao telah mencerobohi Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di perairan Sabah. Ini bukan kali pertama kapal China mencerobohi perairan

Puan Wong Shu QiDAP · PHKluang

Malaysia. Satu tindakan yang jelas mencerminkan pendirian China menuntut kedaulatan di Laut China Selatan. Saya tidak berhasrat merungkai betapa tidak masuk akal tuntutan China tersebut. Saya hanya berharap, kita meningkatkan kapasiti keselamatan maritim negara kita untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia. Erti peningkatan kapasiti ini bukan sahaja melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini juga melibatkan agensi kerajaan lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan dan sebagainya. Untuk mengelakkan pembaziran wang, rakyat memandang setiap agensi akan meminta dana untuk membeli kapal baharu dan sebagainya bagi kawalan keselamatan maritim kita. Saya mencadangkan agar kita menyediakan suatu pelan induk maritim Malaysia. Kita perlu ada suatu pelan induk maritim Malaysia supaya penggunaan dan pengurusan sumber lebih strategik, mewujudkan integrasi data maritim antara agensi serta mempertahankan sumber perikanan dan perairan kita daripada pencerobohan negara lain. Pihak China sering kali menghantar coast guard mereka sehingga perairan di luar Sabah dan Sarawak kerana mereka anggap kawasan tersebut adalah perairan negara mereka. Sebagai tindak balas, kita seharusnya meningkatkan kapasiti APMM untuk menjaga sempadan maritim kita di Sabah dan Sarawak juga. Selain itu, kementerian yang terlibat seharusnya menjelaskan apa tindakan yang telah diambil setiap kali ada aktiviti pencerobohan kapal kerajaan negara lain dikesan di perairan Malaysia. Sikap terus mendiamkan diri ini tidak akan menguntungkan kita, dan hanya akan dianggap sebagai senang dibuli. Tuan Yang di-Pertua, poin terakhir. RMKe-12 ini boleh jadi adalah dokumen yang paling umum tanpa perincian berbandingan dengan siri terdahulu. Kalaupun kita meneliti buku tebal ini dari kulit ke kulit, kita langsung tidak dapat butiran dan pelan tindakan khusus bagaimana kerajaan berhasrat untuk mencapai sasaran yang dinyatakan. Paling penting sekali, Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini juga tidak dimaklumkan tentang pecahan peruntukan setiap negeri untuk pembangunan dalam tempoh RMKe-12. Bagaimana kita dapat menilai kualiti rancangan lima tahun kali ini sekiranya tiada butiran terperinci disediakan dalam buku setebal sebanyak 556 muka surat ini. Saya ingin menyarankan supaya EPU menerbitkan senarai projek yang akan dilaksanakan atau diberi tumpuan. Tiada guna pelan besar kerajaan ini hanya ada pada slogan dan ayat- ayat power, seperti makmur, inklusif dan mampan. Jangan sajikan pelan kosong yang akhirnya tidak ke mana. Akhir sekali sebagai wakil rakyat Kluang, saya juga ingin tahu apa yang telah berlaku kepada projek naik taraf jalan FT50, yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2020. Adakah kerajaan akan menangguhkan projek ini, atau ia akan diteruskan dalam RMKe-12 memandangkan sehingga kini tiada sebarang kerja dimulakan di sana. Jalan raya ini adalah salah sebuah jalan yang perlu dinaik taraf segera untuk menyelamatkan nyawa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Perlukah saya mengingatkan para menteri bahawa bukan sahaja COVID-19 boleh meragut nyawa, tetapi infrastruktur jalan yang tidak baik juga boleh membawa kemalangan maut. Minta menteri-menteri berkenaan untuk mengambil tindakan segera. Jangan sampai lebih banyak kemalangan dan kematian berlaku di sana. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Kluang. Seterusnya, Yang Berhormat Kota Samarahan.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Yang di-Pertua, atas peluang untuk sama-sama berbahas dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan tema, ‘Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’, menerusi sembilan fokus utama dengan perbelanjaan sebanyak RM400 bilion. Selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, saya berterima kasih dengan kerajaan kerana dengan terang dan jelas menggariskan RMKe-12 yang memfokuskan kepada melonjakkan pembangunan di Sabah dan Sarawak dan juga negeri-negeri yang membangun seperti yang dinyatakan di dalam fokus yang ketujuh. Saya berharap agar Rancangan Malaysia Kedua Belas membawa perubahan yang berbeza iaitu mewujudkan lebih banyak program pembangunan di Sarawak dan Sabah supaya jurang pembangunan di antara wilayah dapat dirapatkan. Tuan Yang di-Pertua, semenjak Malaysia ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu, menerusi pembentukan bersama antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara ataupun Sabah dan Sarawak, telah melaksanakan 11 Rancangan Malaysia yang dilaksanakan tiap-tiap lima tahun dan hari ini, kita sedang membina hala tuju untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas. Secara keseluruhannya, purata bagi pembiayaan program-program pembangunan di bawah 11 buah Rancangan Malaysia meliputi hanya 46 peratus sahaja pembiayaan Persekutuan dalam memajukan pembangunan negeri Sarawak. Pada pendapat saya, untuk RMKe-12 ini agak berlainan daripada RMK yang sebelumnya apabila ada memberi fokus untuk meningkatkan pembangunan negeri Sarawak dan Sabah serta negeri yang sedang membangun. Saya amat bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Pekan bahawa RMK ini harus dinilai semula memandangkan banyak projek ataupun program yang diluluskan adalah projek sambungan RMKe-11. Kurang program dan projek baharu yang boleh meningkatkan pembangunan ketara dua buah wilayah Sarawak dan Sabah secara total. Walau bagaimanapun, terima kasih juga kepada Kerajaan Keluarga Malaysia di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kesembilan kerana telah memperuntukkan peruntukan yang tertinggi kepada negeri Sarawak dan Sabah dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dalam rolling plan yang pertama. Inilah yang kita mahukan dalam memperkasakan semangat Perjanjian Malaysia 1963 iaitu tumpuan ke arah membangunkan dan menyamaratakan pembangunan di dalam negara ini, khususnya di wilayah Sarawak dan Sabah. Semangat Perjanjian Malaysia 1963, perlu kita lihat dengan sebaiknya kerana ketika ini rakyat Sabah dan Sarawak sudah mula menyedari bahawa tuntutan terhadap 18 dan 20 perkara berkaitan dengan hak-hak keistimewaan untuk Sabah dan Sarawak perlu dituntut dan dipenuhi sewajarnya. Saya berharap kerajaan akan terus melaksanakan pembayaran cukai jualan petroleum ataupun SST kepada Kerajaan Negeri Sarawak seperti yang telah dilunaskan pada tahun lepas dengan pembayaran sebanyak RM2.96 bilion. Bayaran cukai jualan petroleum ini sudah tentunya satu pengiktirafan kepada hak- hak keistimewaan yang dimiliki oleh Sarawak khususnya dalam soal pengendalian cukai dan pendapatan untuk negeri berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, pendidikan seharusnya dijadikan sebagai keutamaan dalam mana-mana negara kerana hanya menerusi pendidikan, masa depan sesebuah negara akan lebih terjamin. Terima kasih atas keprihatinan kerajaan dalam mengurus hal ehwal pendidikan termasuklah usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif, khususnya di negeri Sarawak. Untuk rekod, terdapat 1,457 buah sekolah daif di negeri Sarawak. Sebanyak 70 peratus ya dikategorikan sebagai daif dan 415 daripadanya berada pada tahap sangat daif dan uzur dan memerlukan pembinaan baharu ataupun gantian penuh. Melalui RMKe-12, saya mohon kepada kerajaan untuk meneruskan usaha menaiktarafkan 587 buah sekolah daif di Sarawak. Hal ini dengan peruntukan RM1 bilion pada tahun sebelum ini, hanya mampu menyelesaikan masalah melibatkan 133 buah

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

sekolah sahaja. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat sekolah yang sepatutnya dibaik pulih dan diganti sepenuhnya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, masih belum berjalan dan belum dimulakan. Saya mengambil contoh beberapa projek misalnya di Kota Samarahan. Projek gantian semula SMK Muara Tuang, projek SK Moyan Laut, Asajaya, SK Tanjong Tuang dan enam lagi sekolah daif di Kota Samarahan, belum dimulakan walaupun telah diluluskan di bawah RMKe-11. Selain daripada itu, saya juga mohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil perhatian yang serius bagi kemudahan asas di sekolah seperti bekalan air terawat dan bekalan elektrik yang sempurna dalam memastikan pendidikan anak bangsa dapat dilestarikan dengan kemudahan yang lebih selesa. Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan juga Revolusi Perindustrian 4.0, sekolah rendah khususnya yang berada di pedalaman dan di luar bandar, perlu dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet bagi membolehkan mereka mendapat maklumat terkini dan berhubung dengan dunia luar. Oleh yang demikian, saya berharap Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mewujudkan satu inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk mengatasi jurang-jurang yang ada di antara sekolah-sekolah di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, negeri Sarawak yang berkeluasan 124 ribu kilometer persegi mempunyai populasi sekitar 2.8 juta masih lagi memerlukan kemudahan kesihatan yang mencukupi bagi menampung keperluan dan permintaan daripada penduduk setempat. Berdasarkan statistik suku tahun pertama, Jabatan Perangkaan Malaysia, di negeri Sarawak setakat ini, hanya dilengkapi dengan 41 buah hospital merangkumi 24 buah hospital kerajaan dan 17 buah hospital swasta dengan bilangan doktor yang sebanyak 4,215 orang berbanding jumlah keseluruhan doktor di Malaysia iaitu seramai 71,041 orang. Jadi, secara kasarnya, setiap pegawai perubatan akan berkhidmat kepada 763 orang penduduk di negeri Sarawak ataupun dalam lingkungan 33 kilometer persegi. Sedangkan nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia ketika ini ialah 454 orang pesakit dan ini menunjukkan Sarawak masih jauh tersasar RMKe-12 iaitu nisbah satu orang doktor untuk 400 orang pesakit. Oleh itu, saya beranggapan bahawa bilangan kemudahan dan kakitangan perubatan di Sarawak perlu ditingkatkan secara agresif berdasarkan dengan peningkatan kadar populasi dan juga jarak antara kawasan. Setakat ini, masih terdapat 20 buah daerah yang berada di Sarawak yang masih belum mempunyai klinik dan hospital. Kita berharap Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan dan meluluskan cadangan Kerajaan Negeri Sarawak bagi pembinaan hospital baharu berkapasiti 76 katil ke bawah untuk daerah-daerah, khususnya di kawasan pedalaman. Begitu juga, pembinaan 94 buah klinik Jenis 5 dan 6, bersama kuarters dan berek seperti cadangan Klinik Kesihatan Stakan dan juga Klinik Kampung Melayu. Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan kemudahan untuk hospital wanita dan kanak-kanak di Sarawak. Ini amat perlu untuk menjaga kesejahteraan yang terbaik kepada golongan ibu dan kanak-kanak. Jika kita lihat, hospital wanita dan kanak-kanak, telah terdapat di kawasan di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah. Hospital ini dijangka dapat memberi perkhidmatan perbidanan dan sakit puan serta memberi perkhidmatan kepada kanak- kanak menyeluruh secara profesional dan berkualiti. Saya juga berharap melalui RMKe- 12, dapat menaiktarafkan hospital-hospital dan klinik-klinik daif dan uzur misalnya Hospital Rajah Charles Brooke Memorial dan Hospital Sentosa. Hospital Rajah Charles Brooke Memorial dibina pada tahun 1925 manakala Hospital Sentosa di Batu 7, Kuching pula dibina pada tahun 1958.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Selain itu, klinik-klinik desa perlu dinaiktarafkan memandangkan binaan asasnya merupakan kayu dan mempunyai kemudahan yang terhad misalannya, Klinik Kesihatan Kampung Lubuk Ria dan Klinik Kesihatan Kampung Sambir.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Saya mohon kementerian dapat mempertimbangkan naik taraf Klinik Kota Samarahan memandangkan ruang perkhidmatan yang terhad dan jumlah pengunjung yang ramai. Begitu juga dengan kemudahan lain seperti tempat letak kereta dan juga menambah pintu masuk klinik tersebut. Bagi berhadapan dengan situasi penyakit kanser yang semakin meningkat, saya juga ingin menarik perhatian kerajaan untuk membina hospital khas yang khusus untuk menangani peningkatan kes berkaitan kanser atau dinamakan sebagai Pusat Kanser Negeri Sarawak. Untuk rekod, setakat ini Sarawak hanya memiliki Jabatan Kanser yang berperanan untuk mengendalikan hal-hal berkaitan onkologi. Semoga dengan kemudahan yang berimpak tinggi ini dapat memastikan tahap kesihatan rakyat pada tahap optimum dan terbaik, di samping dapat memenuhi keperluan yang sedia ada. Tuan Yang di-Pertua, kewujudan koridor pembangunan secara wilayah yang dilaksanakan semasa Rancangan Malaysia Kesebelas telah berjaya melonjakkan pembangunan di kawasan terpilih misalnya Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) yang berkembang pesat di atas wilayah koridor pembangunan seluas 70 ribu kilometer persegi dengan 24 projek pembangunan yang bernilai RM39.94 bilion. Dengan adanya pembangunan secara koridor ini, akan mampu meningkatkan peluang pekerjaan di Sarawak sebanyak 17 ribu kekosongan. Selain itu, merapatkan jurang pendapatan di antara Wilayah Sarawak dan juga wilayah-wilayah lain di dalam Malaysia. Perkara ini perlu diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, khususnya dalam soal pengagihan peruntukkan kepada enam buah wilayah yang kurang membangun termasuk di Sarawak. Berpandukan pada laporan insiden kemiskinan mutlak mengikut kumpulan etnik strata dan negeri Malaysia 1970 sehingga 2019 yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sarawak menerusi di tempat yang ketiga selepas negeri Kelantan dan juga negeri Sabah dengan peratus insiden kemiskinan mutlak sebanyak sembilan peratus. Hakikatnya, Sarawak bukanlah negeri yang miskin. Umumnya mengetahui bahawa negeri Sarawak merupakan antara negeri yang menyumbang ke arah pendapatan negara iaitu yang ketiga terbesar selepas negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan mengikut laporan Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2018. Antara yang boleh kita utamakan untuk pembinaan dan juga penyediaan 20 ribu buah rumah untuk golongan miskin di bandar dan juga luar bandar, kerajaan harus menyediakan rumah mampu milik berbanding rumah-rumah yang mampu dilihat sahaja iaitu dengan memperkenalkan mekanisme bagi mengawal harga rumah ataupun mengelakkan daripada lebih banyak rumah yang terlalu tinggi kosnya.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh habiskan Yang Berhormat Kota Samarahan?

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Last word, ya?

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Puan Rubiah binti WangPBB · GPSKota Samarahan

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan agar kerajaan Persekutuan untuk memberi sokongan penuh kepada kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha memodenkan pengangkutan awam termasuk penyediaan bas berulang-alik serta perkhidmatan automated rail rapid transit (ART), khususnya di kawasan Kuching, Kota Samarahan dan juga Serian. Selain daripada itu, usaha memperkasakan jaringan digital menerusi Program JENDELA yang telah digunakan oleh kerajaan disambut baik oleh Negeri Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Kota Samarahan mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pulai. Silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana saya juga diberikan peluang untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas dan saya berminat untuk pergi kepada Bab 4 dalam tajuk ‘Meningkatkan Pertahanan, Keselamatan dan Kedaulatan Negara’. Tuan Yang di-Pertua, saya berasa negara yang ada pada hari ini di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kesembilan, yang hanya punya tiga majoriti, seharusnya jangan leka dan jangan lalai tentang perkara yang sangat penting dalam tajuk yang saya akan berucap pada petang ini tentang regional issues ataupun tentang geopolitical in Southeast Asia, dalam bab yang akan menentukan sama ada negara kita akan dapat memposisikan kedudukan kita, kekuatan kita dan kedaulatan kita dalam merancakkan dan dalam percaturan politik antarabangsa yang sangat membimbangkan. Apabila Amerika Syarikat mengambil keputusan menarik segala logistik dan ketenteraan dari Iraq dan Afghanistan, ia boleh kita anggap sebagai apa yang ditulis dalam artikel terbaru, dengan izin ‘The Return of Containment’ yang kita akan melihat fasa kedua Cold War policy yang telah berlaku apabila runtuhnya Tembok Berlin, dan sekarang berlaku Perang Dingin di antara Amerika, China dan Russia yang baru-baru ini diistilahkan dengan nafas baru berlakunya ‘perang dagang’ di antara US dan China. Tuan Yang di-Pertua, adalah penting bagi negara Malaysia untuk mengambil satu tindakan diplomatik yang bijak. Saya menekankan perkara ini. Jangan terleka dan terlalai kerana faktor politik Malaysia dan dalam keadaan, dengan izin, instability dengan hanya ada tiga majoriti, akan mengakibatkan kita akan tersasar dan akan terjebak permainan di antara dua kuasa besar dunia ini, yang saya istilahkan dengan apa yang dikatakan, ‘torn between two lovers, feeling like a fool’. Ini sangat penting. Jangan menjadikan negara kita ini diratah ataupun menjadi mangsa kepada percaturan yang sangat kritikal dan akan menjadi suatu kenyataan sekiranya Malaysia gagal untuk memainkan peranan diplomatik yang efektif dan efisien di peringkat regional dan juga di peringkat antarabangsa. Saya harap jangan lagi ada lagi dalam kalangan Menteri Kabinet yang bercakap di atas pentas antarabangsa yang meraikan China ini sebagai ‘big brother’. Itu satu kesilapan yang sangat memalukan negara. Malaysia pernah ada rekod dan track record yang baik pada zaman mantan Yang Amat Berhormat Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein dengan lahirnya para diplomat dan Menteri Luar yang world-class seperti Yang Berhormat Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie. Kita ada Menteri Luar pada waktu itu dari Singapura iaitu S. Rajaratnam, Adam Malik dari Indonesia pada ketika itu dan Carlos P. Romulo dari Filipina. Sebelum itu, Dasar Luar China di bawah Chou En-lai walau apa pun yang berlaku pada waktu itu telah berjaya, paling tidak pun mengiktiraf usaha Malaysia dengan idea the Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) Asia Tenggara sebagai sebuah rantau, zon yang aman, bebas dan berkecuali dan diperkukuhkan oleh Presiden Suharto yang mengetuai apa yang dikatakan, Non-Aligned Movement, yang paling tidak pun, menyumbang kepada kestabilan politik di serantau dan Malaysia dianggap sebagai negara yang punya penghormatan yang tinggi dalam kalangan rakan-rakan diplomatik pada masa dan ketika itu. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, apabila Amerika meninggalkan Afghanistan dan Iraq, di manakah hala tuju Amerika sekarang ini? Kita mungkin akan terperangkap, caught in the between, dengan izin, sekiranya kita tidak memposisikan kedudukan kita di mana kita melihat China yang ada pada hari ini telah mula menunjukkan sikap yang mungkin berbeza dengan pendekatan Amerika Syarikat.

Amerika dalam sejarah Perang Dingin- Cold War, kita harus ingat segala-galanya mungkin boleh berlaku. Ada orang mengatakan if the Berlin Wall can fall, everything is possible. Amerika terkenal dengan dasar luarnya yang tidak akan berperang dalam negara sendiri. Dasar Luar Amerika yang akan memiskinkan negara-negara jiran. Negara seperti Mexico, Panama, Costa Rica, Colombia dan hampir semua musuh Amerika di Amerika Latin, Amerika akan memainkan peranan untuk mereka menjadi negara-negara jiran yang miskin. Akan tetapi Dasar Luar China yang agak menarik, mereka semacam mengamalkan apa yang dikatakan, dengan izin, shared prosperity. Dengan dia cuba untuk berkongsi kekayaan, berkongsi teknologi, berkongsi kepakaran dengan satu hari esok kita akan melihat lagi sikit geopolitiknya, negara-negara yang berjiran dengan China ini akan dapat menumpang limpahan prosperity itu. Di sinilah saya rasa Malaysia seharusnya memainkan peranan walaupun kedua- duanya merupakan kuasa besar. China mengikut ramalan pakar-pakar ekonomi dan politik antarabangsa bakal memintas Amerika Syarikat, tetapi saya rasa Malaysia harus bijak untuk menjadikan supaya hubungan dagang kita dengan China itu benar-benar memberikan dan menjayakan konsep shared prosperity dalam rantau Asia Tenggara. Malaysia dilihat negara yang dihormati, punya kekuatan diplomatik supaya negara-negara yang berada dalam influence, dalam rangkaian kuasa Laut China Selatan ini akan menempatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang insya-Allah, dapat menikmati limpahan ekonomi dan memastikan kedaulatan kita tidak tercemar sama sekali. Ini penting Tuan Yang di-Pertua, supaya hegemony of United States dan hegemony of China ini akan dilihat dengan teliti oleh para diplomat negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dalam era Malaysia yang ada pada hari ini, kita ada sebenarnya para diplomat yang hebat. Kita juga memerlukan Menteri Luar yang hebat untuk memposisikan atau menempatkan kembali Malaysia di arena antarabangsa. Kita harus keluar dengan cepat, insya-Allah daripada, dengan izin, instability politics ini dengan harapan insya-Allah, negara kita akan lebih kukuh selepas PRU yang akan datang. Saya beralih kepada tajuk yang kedua Tuan Yang di-Pertua, tentang integriti yang menjadi asas kepada negara kita. Negara kita Tuan Yang di-Pertua, pernah, kita pernah sebenarnya menikmati integriti ini. Yang Berhormat Pekan ada di sini. Saya tidak pernah masuk UMNO Tuan Yang di-Pertua, walaupun keluarga saya UMNO, akan tetapi saya membaca dengan teliti, banyak khazanah dan pengalaman yang berharga ini tersimpan indah dan kemas di Arkib Negara. Tentang integriti Tun Abdul Razak, tentang integriti Tun Dr. Ismail dan Menteri-menteri Kabinet pada waktu itu. Kalau kita membahaskan tentang RMKe-12, kita jangan lupa kita bertolak- kita ambillah peristiwa hitam 13 Mei, itu sebagai suatu watershed dalam kita melangkah ke hadapan. DEB itu Tuan Yang di-Pertua, dirangka ideanya di Sri Taman, itu yang saya baca. Kabinet waktu itu, a very small Cabinet, lima hingga lapan orang...

[Bangun]

Tun Abdul Razak memanggil Menteri-menteri Kanan ini dan termasuk Almarhum Profesor Diraja Ungku Aziz untuk membincangkan tentang asas-asas negara...

Yang Berhormat Pulai, boleh?

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai. Yang Berhormat Pulai hendak tanyalah tentang integriti ini, adakah salah satu cara hendak membentuk integriti ini kita mesti ada sebuah kediaman rasmi yang mewah, megah sebanyak RM38.5 juta, antaranya kerana kebocoran atap. Jadi, setuju atau tidak? Adakah integriti ini kita kata seperti kata bekas Menteri Tan Sri Rafidah Aziz, yang penting adalah occupant bukan tentang dia punya istana ataupun kediaman rasmi yang mewah. Apakah pandangan?

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya rasa saya bersetuju dengan falsafah itu. Sebenarnya kalau kita melihat kembali kepada empire ataupun zaman keagungan kerajaan Islam itu sendiri, ada macam Ibnu Khaldun. Yang Berhormat Sepang mengatakan Tuan Yang di-Pertua, apa benchmarknya kerajaan agung ini jatuh apabila rumah pemimpin itu lebih tinggi daripada menara masjid. Itu yang pernah diungkapkan oleh Ibnu Khaldun. Itu tanda dia kata, empire itu akan jatuh. Jadi, yang kita pentingkan adalah substance. Apa yang kita pentingkan merupakan integriti, yang saya rasa nama-nama besar yang saya sebut tadi itu merupakan asas yang kita kena lihat semula daripada segi spiritnya. Apa pun Rancangan Malaysia Ke-11, 12, 13 dan seterusnya, ia mesti dibina di atas sebuah kerajaan yang berintegriti yang saya rasa...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sikit.

...Kita akan dapat untuk memandu arah...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Boleh dicelah?

...Negara kita...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Pulai?

...Kepada suatu era yang lebih baik di mana kita akan menjadikan RMKe-12 ini sebagai suatu asas yang penting yang kita laksanakan...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Pulai.

...Dan kita akan berikan keutamaan. Kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan, last.

Tuan Yang di-Pertua

Sila. Akan tetapi pendekkan Yang Berhormat, masa sudah habis sebenarnya.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pulai. Ringkas kalau saya boleh sebutkan, bukan sahaja dari sudut integriti ahli politik dan pemimpin-pemimpin politik, tetapi ketika itu juga kita menyaksikan, dengan izin kalau saya boleh sebutkan, birokrat dan teknokrat yang punya, dengan izin, impeccable integrity of the sterling character. Kalau nama-nama dari EPU dulu kalau boleh saya sebutkan, Tan Sri Thong Yaw Hong contohnya, Tan Sri Rama Iyer dan ramai lagi- kalau yang saya sempat berinteraksi dengan Tan Sri Raja Alias dan ramai yang lain- bureaucrat from the civil service yang punya integriti, punya impeccable integrity dan kita sekarang ini memerlukan dan mengembalikan zaman hebat seperti itu yang saya harap boleh Yang Berhormat Pulai juga sebut. Bukan sahaja orang-orang politik, tetapi birokrat yang punya integriti yang tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Amat benar...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seminit Yang Berhormat.

In one breath. Amat benar rakan saya Yang Berhormat Kuala Selangor, atas nafas itu dan falsafah itu. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya negara kita ini bukan kerana Melayu dan Cinanya. Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri, Tun Tan Siew Sin hingga Tun Abdul Razak Menteri Kewangan. Ada Menteri Kabinet dari India- Tun Sambanthan, pada waktu itu dan banyak lagi Yang Berhormat Kuala Selangor, yang membarisi kerajaan pada waktu itu. Tidak timbul isu perkauman, tetapi negara dibina atas integriti.

Oleh itu, saya harap RMKe-12 ini akan berjalan. Akan tetapi ingat, saya ingin menyatakan di akhir ini bahawa when the government is wrong, it is dangerous to be right. Kerajaan tidak boleh salah, sangat bahaya untuk dibetulkan, sukar untuk dibetulkan. Jadi oleh itu, saya harap kita kembali kepada wawasan yang lebih besar. Kita elakkan isu perkauman, isu agama ini dan move forward. We need our country. We are all Malaysian. We need good Malays, good Chinese, good Indians, good Kadazans, Iban, Sabah and Sarawak for our country. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Setiu. Silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim [Berucap dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang ke Setiu untuk turut sama membahaskan Rancangan Malaysia Kedua Belas pada kali ini. Tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan RMKe-12 pada kali ini. Saya ingin memanfaatkan kesempatan ini dengan membahaskan perkara- perkara yang berkaitan dengan Agenda 3 iaitu Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga Malaysia, Agenda 5 iaitu Membasmi Kemiskinan Tegar dan Merapatkan Jurang Pendapatan serta Agenda 6 Memperkasa Agenda Bumiputera. Perbahasan saya akan memberi perhatian kepada isu pembangunan Keluarga Malaysia yang sejahtera. Saya kira konsep pemilihan slogan Keluarga Malaysia amat bertepatan dalam menzahirkan prinsip kebersamaan bagi memulihkan kembali ekonomi serta kesejahteraan negara akibat penularan wabak COVID-19. Keluarga merupakan institusi terkecil namun terpenting untuk membina sebuah masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu ia perlu dimulakan dengan membasmi keluarga miskin tegar. Masalah kemiskinan tegar wujud bukan sahaja rakyat luar bandar malah turut berlaku pada rakyat bandar namun yang membezakan mereka merupakan faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Faktor bagi luar bandar adalah bukan disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan sahaja malah kekurangan kemahiran serta kekurangan infrastruktur juga menjadi penyumbang besar kepada masalah ini. Sebagai contoh, kawasan saya Setiu, satu buah daerah yang telah ditubuhkan semenjak 1985 hampir 35 tahun yang lalu namun masih lagi jauh ketinggalan berbanding daerah lain. Justeru bagi memacu pembangunan penduduk luar bandar, kemudahan infrastruktur dan fasiliti menjadi tonggak utama. Setiu memerlukan pembinaan segera sebuah IPTA bagi merancakkan lagi ekonomi rakyat Setiu dan perancangan semula Bandar Permaisuri bagi menghidupkan bandar tersebut. Antaranya perlu kepada pembinaan bulatan di Simpang Tiga Penarik dan dijadikan kawasan bukit tapak balai polis lama sebagai dataran yang akan menjadi tempat tapak kedai dan lain-lain dan sekali gus menampakkan dan menzahirkan Bandar Permaisuri kepada pengguna jalan raya. Oleh itu kita memerlukan pelaburan yang besar bagi memajukan pembangunan luar bandar ini. Di samping itu juga, Setiu juga memerlukan sebuah Pejabat Kesihatan dan Klinik Kesihatan Permaisuri yang baharu, bangunan APM yang baharu, naik taraf Mini Stadium Sungai Tarom, bina baharu Mini Stadium Sungai Bari untuk kemudahan beriadah kepada para belia dan perlu dibaik pulih gelanggang futsal tertutup yang telah rosak sekian lama. Tuan Yang di-Pertua, usaha bagi membasmi kemiskinan juga perlu dilaksanakan melalui pendekatan productive welfare, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di mana golongan miskin tegar dan miskin yang produktif perlu diberi bantuan dalam bentuk kemahiran, latihan dan motivasi mahupun kursus pembangunan minda.

Umum mengetahui Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Pelan Transformasi JKM telah memberi fokus dan penekanan kepada usaha ke arah pendayaupayaan klien khususnya penerima bantuan JKM melalui pelaksanaan productive welfare hampir 10 tahun lamanya. Persoalannya, sejauh mana inisiatif ini dibangunkan. Adakah tempoh 10 tahun masih tidak mencukupi bagi mengukur keberkesanannya. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya berkenaan golongan tergelincir di mana hampir separuh daripada isi rumah di negara ini terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19. Apa yang lebih membimbangkan hampir 20 peratus atau 580 ribu isi rumah daripada golongan M40 tergelincir ke dalam B40 disebabkan COVID-19. Sekurang- kurangnya lapan peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan. Perkara ini menjurus kepada peningkatan kadar insiden kemiskinan- poverty incidence, dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Buktinya dianggarkan bilangan isi rumah miskin meningkat kepada 640 ribu isi rumah pada tahun 2020 berbanding 405 ribu isi rumah pada tahun 2019. Namun, penurunan M40 kepada B40 perlu diperhalusi daripada segi data yang lebih terperinci. Ini kerana kadar 20 peratus peralihan kelas pendapatan diumumkan perlu dilihat lebih mikro supaya kita dapat memahami keadaan yang ditanggung isi rumah M40 ini. Selain itu kerajaan juga dicadangkan agar mengkaji dengan lebih terperinci komposisi serta profil isi rumah yang terjejas meliputi lokasi tempat tinggal, profil pekerjaan dan komitmen yang ditanggung bagi memastikan bantuan yang diberikan lebih bersasar dan mampu membuat penilaian yang lebih tepat, berkenaan jenis dan bentuk bantuan yang diperlukan. Tuan Yang di-Pertua, kalau dahulu kita dengar orang mencuri barang-barang berharga, barang elektrik dan sebagainya namun hari ini tular kes mencuri ubat-ubatan, sekampit beras serta keperluan asas disebabkan keadaan yang amat terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kita tidak mahu perbuatan negatif ini menjadi trend dalam masyarakat akibat kesempitan hidup. Oleh itu saya amat bersetuju dengan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani kemiskinan melalui pertubuhan poverty circle, dengan izin Tuan Yang di- Pertua yang dianggotai bukan sahaja wakil-wakil kerajaan, swasta bahkan pertubuhan masyarakat sivil dan tokoh-tokoh akademik juga terlibat. Saya memohon agar kerajaan menjelaskan secara terperinci pelan tindakan yang akan diambil dalam tempoh lima tahun ke hadapan bagi memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat. Selain itu dalam usaha membantu usahawan bumiputera B40, saya mencadangkan agar lebih banyak bantuan dalam bentuk geran diberikan kepada mereka berbanding dalam bentuk pembiayaan ataupun pinjaman. Hal ini kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mahu mohon pinjaman atau pembiayaan kerana dibimbangkan tidak mampu membayar pinjaman yang ditawarkan. Selain itu TNB telah mencatat untung bersih mencecah RM1.8 bilion bagi separuh pertama tahun 2021 berbanding tahun lepas dalam tempoh yang sama hanya RM1.4 bilion. Justeru bagi membantu golongan miskin tegar ini yang terkesan dengan COVID- 19 dan juga para peniaga kecil, saya mencadangkan agar diskaun bil elektrik bagi kegunaan domestik dan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang sepatutnya berakhir pada September 2021 dilanjutkan sehingga akhir 2021. Saya juga memohon supaya bekalan elektrik ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian dapat dipertimbangkan untuk kemudahan penduduk setempat dan premis-premis pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menekan kepada persediaan negara menghadapi negara tua 2050. Golongan miskin tegar kebanyakannya mempunyai pekerjaan yang tidak tetap, bergaji rendah malah kebanyakannya juga tidak mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi. Perkara ini turut menyumbang kepada pengurangan simpanan persaraan. Justeru saya mencadangkan agar kerajaan turut menyediakan Skim Pencen Insurans Sosial sebagai satu jaminan asas kepada golongan miskin tegar untuk hari tua. Skim ini turut merangkumi individu seperti suri rumah, penganggur dan mereka yang bekerja secara tidak formal dan tidak standard.

Tuan Yang di-Pertua, pandemik telah memberi kesan yang besar terhadap masa depan rakyat Malaysia terutama mereka daripada kalangan miskin tegar kerana terpaksa mengeluarkan caruman hari tua dan menampung kehidupan ketika krisis COVID-19. Tambahan pula, kebanyakan miskin tegar yang mempunyai caruman KWSP terpaksa mengeluarkan caruman tersebut menjadi penyumbang kepada masalah ketidakcukupan simpanan persaraan. Buktinya sebanyak 46 peratus pencarum berusia di bawah 55 tahun hanya mempunyai caruman kurang daripada RM10 ribu dalam simpanan mereka. Perkara ini jelas sekali memberi kesan kepada masa depan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjamin kesejahteraan masa depan masyarakat, saya mencadangkan agar kerajaan menyediakan pelan pelindungan hari tua yang turut merangkumi golongan yang tidak bekerja seperti suri rumah mahupun mereka daripada kalangan pekerja tidak formal serta mereka yang telah kekurangan caruman akibat COVID-19 sebagai satu langkah penyelesaian masa panjang bagi memastikan perlindungan sosial lebih baik kepada rakyat Malaysia khususnya golongan miskin tegar. Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang ingin saya sentuh berkenaan dengan fokus kesembilan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan. Tuan Yang di-Pertua, kita mengalami kekurangan jumlah penguat kuasa JPJ di seluruh Malaysia yang hanya berjumlah 8,000 orang sahaja dibandingkan dengan agensi penguat kuasa Kastam dan Imigresen yang masing-masing berjumlah 14,773 dan 14,900 orang. Jumlah penguat kuasa JPJ ini amat tidak berpadanan sedangkan JPJ merupakan jabatan pengutip hasil ketiga terbesar negara selepas LHDN dan Kastam. Fokus perlu diberikan kepada beberapa pertimbangan iaitu pertambahan jumlah disebabkan beberapa sebab. Pertama jumlah kenderaan berdaftar dan pemandu baharu berjumlah 500 ribu setiap tahun, pengambilan fungsi SPAD, pertambahan institusi memandu dan perwujudan unit-unit baharu seperti Unit Penguatkuasa Lebuhraya serta kaunter-kaunter bergerak JPJ Mobile. Justeru, saya amat berharap agar kerajaan menambah jumlah penguat kuasa JPJ sedia ada ini demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Lebih-lebih lagi tiada perjawatan yang melibatkan skim penguat kuasa JPJ semenjak lima tahun yang lalu. Di samping itu juga, saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan mengenai kekurangan unit kenderaan untuk pasukan JPJ Mobile, dengan izin, di Terengganu yang mana di seluruh Terengganu hanya terdapat satu unit kenderaan sahaja untuk kegunaan pasukan JPJ Mobile ini. Jumlah ini tidak mencukupi memandangkan permintaan untuk perkhidmatan JPJ Mobile ini amat tinggi di kawasan luar bandar khususnya. Untuk akhirnya Tuan Yang di-Pertua, perlu diingatkan agar setiap agenda pembangunan dan kemajuan mestilah berpaksikan kepada ajaran Islam. Ia menjadi way of life. Apabila kita meninggalkan Islam, sudah pasti mengundang bala Allah SWT. Pembangunan jenis ini sebenarnya berasaskan kepada kuasa dan kebendaan semata- mata. Pembangunan sedemikian termasuklah pembangunan yang memberi kezaliman kepada manusia, mengancam kesejahteraan sejagat, menjadikan manusia lupa tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu pembangunan itu mestilah mendatangkan manfaat kepada kehidupan manusia. Suka saya ingatkan bagaimana Allah telah membinasakan kaum Tsamud dengan angin taufan yang sangat kencang sehingga mengakibatkan manusia yang ingkar bergelimpangan, rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang menjulang tinggi runtuh menjadi berserakan. Haiwan-haiwan ternakan diterbangkan angin taufan yang dahsyat itu. Akhirnya negeri itu menjadi negeri yang kosong dan tandus semuanya akibat daripada kerosakan-kerosakan dan kesombongan mereka kepada Allah. Kaum Sabak yang dibinasakan oleh Allah dengan berlakunya banjir besar yang menenggelamkan kebun- kebun pertanian mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih. Saya menyokong pembentangan RMKe-12 ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya turut membahaskan Rancangan Lima Tahun- RMKe-12 ini. Disebabkan oleh kesan pandemik COVID-19, RMKe-12 menjadi sangat kritikal. Dalam kita memulihkan negara, RMKe-12 juga sepatutnya mempercepatkan proses membetulkan kesilapan lampau. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa perbahasan singkat saya cuma akan menyentuh beberapa perkara. Pemacu perubahan tujuh, memperkukuh pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak. Tahniah kepada kerajaan kerana mengadakan tajuk ini sebagai satu daripada 14- pemacu perubahan dalam RMKe-12 ini. Ia sangat penting bukan sahaja untuk Sabah dan Sarawak tetapi juga untuk negara. Bayangkan Sabah dan Sarawak yang kaya dengan sumber terus dibiarkan ketinggalan. Bukan sahaja negara rugi daripada segi potensi ekonomi tetapi ia membahayakan dan akan menggagalkan usaha integrasi nasional kita. Jadikanlah 10 tahun ke depan ini sebagai ‘Dekad Borneo’, di mana kita gandakan segala usaha pembangunan di sana. Kita mahu pelaburan swasta banyak masuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Semua tahu ia cuma akan berlaku sekiranya infrastruktur yang cukup sudah tersedia. Kesalinghubungan yang baik bererti kita memerlukan pelabuhan dan airport yang cukup baik dan dihubungkan dengan lebuh raya atau kereta api. Kita baru minta untuk ia diadakan. Di Semenanjung sudah cerita untuk meningkatkan kelajuan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Bekalan tenaga dan air. Ini juga antara penyebab untuk Sabah kurang menarik kepada pelabur. Bekalan elektrik Sabah SAIDI 249 dibandingkan dengan Semenanjung, cuma 47 untuk purata lima tahun lepas. Dalam melonjakkan pendigitalan dan teknologi termaju, pastikan dalam RMKe-12 ini Sabah dan Sarawak juga akan mempunyai kelajuan dan kestabilan internet setaraf dengan Semenanjung. Bandar-bandar utamanya setaraf dengan Lembah Klang. Tuan Yang di-Pertua, Borneo merupakan pulau yang ketiga terbesar di dunia, kaya dengan sumber asli dan keindahan alam. Ia merangkumi kawasan-kawasan dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan juga Indonesia. Mempunyai penduduk melebihi 30 juta orang. Brunei merupakan sebuah negara yang hampir-hampir turut bersama Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama Malaya dalam tahun 1963. Pengeluaran minyak Brunei tidak sampai setengah- pengeluaran Sabah. Sekarang infrastruktur di Brunei sangat hebat. Kedua-dua lebuh raya untuk kenderaan dan internet jauh lebih baik dari Sabah dan Sarawak. Indonesia pula memang sudah mula pandang ke Borneo. Infrastruktur sedang rancak dipertingkatkan dan perancangan besar dibuat termasuk pemindahan ibu kota negara mereka ke Kalimantan. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kesalinghubungan antara bandar-bandar utama Sabah dan Sarawak sama kualiti seperti di Semenanjung dan mula pula terhubung baik dengan bandar-bandar di Kalimantan seperti Pontianak, Palangkaraya, Banjarmasin, Balikpapan, Samarinda dan Tarakan. Jumlah penduduk hampir sama dengan Semenanjung Malaysia. Apa akan jadi kepada ekonomi Pulau Borneo yang luas itu. Bayangkan sumbangannya kepada ekonomi Malaysia melalui Sabah, Sarawak dan Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Jadi kita kena pastikan Sabah, Sarawak dan Labuan bersedia untuk memainkan peranan penting dan berada dalam keadaan yang competitively advantage. Tuan Yang di-Pertua, cerita pasal Borneo ini tidak boleh tinggalkan Labuan. Saya hendak tanya, Lebuhraya Pan Borneo. Kalau kita ada jajaran ke Kudat, kenapa tidak ada jajaran ke Labuan padahal Labuan merupakan bandar pelabuhan dan mempunyai airport yang berupaya untuk penerbangan antarabangsa. Kenapakah kerajaan pusat tidak mensyaratkan untuk Lebuhraya Pan Borneo mesti juga menghubungkan Labuan?

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Adakah terlepas pandang atau ada sebab lain? Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Kementerian Kerja Raya sudah mengeluarkan Request for Proposal (RFP) untuk Jambatan Labuan-Sabah dibuat secara usaha sama kerajaan dan swasta dengan konsep Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dalam bulan April 2021 yang lalu. Penyerahan cadangan daripada pihak pelabur yang berminat akan ditutup dalam bulan November 2021 akan datang ini. Saya ingin bertanya, bolehkah Kerajaan Persekutuan memberi kepastian pelaksanaan pembinaan jambatan tersebut akan bermula dalam bulan Julai 2022 seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan di Dewan Rakyat baru- baru ini. Strategi B5 adalah mempercepatkan pembangunan bandar. Dalam Buku RMKe- 12 itu, ada disebut Kota Kinabalu, Keningau, Kota Marudu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau di Sabah. Kuching, Bintulu, Kapit, Miri dan Sibu di Sarawak. Adakah Bandar Labuan tidak termasuk? Kalau tidak, kenapa? Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru, Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan baru dan seluruh Ahli Kabinet sedar bahawa Kerajaan Tempatan Perbadanan Labuan memerlukan sekurang-kurangnya minimum RM110 juta setahun untuk operasi. Hasil pendapatan Perbadanan Labuan campur peruntukan tahunan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan cuma lebih kurang RM85 juta. Boleh atau tidak bayangkan keadaan akan jadi semakin merosot di Labuan? Begitu juga dengan jabatan-jabatan lain dari pelbagai kementerian seperti Jabatan Pengairan dan Saliran. Mereka memerlukan peruntukan yang cukup untuk penyelenggaraan dan untuk membuat longkang baru. Jabatan Kerja Raya banyak perancangan belum dilaksanakan. Jabatan Pendidikan, keadaan sekolah termasuk kampus matrikulasi perlu peruntukan secukupnya untuk penyelenggaraan. Jabatan Bekalan Air, paip air selalu pecah dan perlu diganti. Ada rumah yang belum dapat bekalan air. Sudah minta, saya boleh bawa kepada Yang Berhormat Menteri dan tunjuk. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan banyak lagi. Sebut fasal Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekarang ini sesegeranya kerajaan perlu memperuntukkan secukupnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar. Jangan hanya memberi perkhidmatan seperti melepas batok di tangga, sebab kekurangan bajet. Itulah keadaannya selama ini. Bukan tugas parti politik untuk membuat kebajikan ianya adalah tugas Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal. Orang politik kena bersuara sekiranya ada yang tidak terbela. Saya sangat bersetuju dengan Pemacu Perubahan 6, mentransformasikan pendekatan bagi membasmi kemiskinan tegar termasuk inisiatif untuk mengadakan unit kemiskinan khusus di peringkat daerah. Ingin saya sebut di sini, dari 10 buah daerah termiskin dalam negara, satu di Kelantan, satu di Sarawak dan lapan adalah di Sabah. Pemacu Perubahan 10 berbunyi menambah baik ekosistem Technical and Vocational Education and Training (TVET) bagi membangunkan bakat tersedia masa hadapan. Tolong bagi peruntukan RM1.5 juta untuk peralatan yang sesuai dengan kursus berkaitan minyak dan gas ke Institut Latihan Perindustrian Labuan. Mereka sudah memohon sejak enam tahun lepas lagi tidak dapat kelulusan hingga ke hari ini. Tidak tahu kenapa, mungkin sebab ia berada di Labuan dan bukan di Kuala Lumpur. Pelajarnya adalah datang dari Sabah, Sarawak dan Labuan. Pemacu Perubahan 3 mentransformasikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana sebagai pemacu baru pertumbuhan. Ini juga menjadi harapan kami supaya

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

mereka yang berada di Sabah, Sarawak dan Labuan tidak ketinggalan. Sudahlah hak kami seperti yang tertulis dalam Malaysia Agreement 1963 (MA63) tidak dilaksanakan, program-program pembangunan perusahaan dan pembangunan modal insan juga kami selalu ketinggalan. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 ini adalah satu perancangan yang baik dengan empat pemangkin dasar iaitu: (i) membangunkan bakat masa hadapan; (ii) mempercepat penerima gunaan teknologi dan inovasi; (iii) menambah baik ketersambungan dan infrastruktur pengangkutan; dan (iv) memperkukuh perkhidmatan awam. Walau macam mana pun hebatnya perancangan, ia tidak bermakna jika implimentasinya tiada kesungguhan dan keikhlasan dan banyak diganggu oleh pembuat keputusan yang mempunyai kepentingan diri dan corrupt. Pelaksanaan RMKe-12 ini juga sepatutnya selaras dengan status autonomi Wilayah Sabah dan Sarawak dengan memulakan decentralisation di mana kerajaan negeri mengambil alih banyak peranan dan tanggungjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Setiawangsa. Silakan, 12 minit.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan kali ini saya ingin memetik ayat 155 daripada Surah Al-Baqarah sebagai peringatan bahawa Allah SWT menguji manusia dan perlu dihadapi dengan kesabaran yang bermaksud, “Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar”. Tuan Yang di-Pertua, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin, dan inayah-Nya jua, saya berpeluang mengambil bahagian membahaskan Rancangan Malaysia Kedua Belas pada hari ini. Sekalung penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia atas pembentangan RMKe-12 yang bertemakan ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’ bagi memacu pembinaan negara Malaysia yang berdaya saing, berdaya tahan dan kalis cabaran, khususnya bagi membawa negara keluar daripada era pandemik COVID-19. Saya amat bersetuju dengan pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ yang merangkul seluruh lapisan masyarakat terutamanya kepada kumpulan B40 yang begitu terkesan selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Pelan Pemulihan Negara bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa meminggirkan golongan miskin bandar dan desa. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen kawasan luar bandar, saya menyokong penuh cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam RMKe-12 yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan mempunyai kualiti kehidupan yang lebih baik lima tahun dari sekarang melalui peruntukan

sebanyak RM400 bilion yang terbesar setakat ini. Merujuk laporan akhbar Berita Harian April 2018, terdapat sebanyak 155 Parlimen yang berada di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan kawasan Parlimen luar bandar seperti kawasan saya Bukit Gantang tidak mempunyai banyak kemudahan. Tidak mempunyai kemudahan jalur lebar, jalan raya yang tidak sempurna, tidak ada kemudahan perbankan, tidak ada sekolah-sekolah berasrama penuh dan tidak mempunyai pusat pertumbuhan ekonomi- economic growth centre.

Dalam Buku RMKe-12, perkataan “luar bandar” ini telah diulang-ulang sebanyak 258 kali. Ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan terhadap kawasan Parlimen luar bandar. Namun, sehingga bermulanya RMKe-12, masih ada lagi kawasan Parlimen luar bandar yang tidak mempunyai pusat pertumbuhan sebagai pemangkin kegiatan ekonomi. Jadi, bagaimanakah penduduk di kawasan luar bandar akan mempunyai peluang untuk meningkatkan pendapatan isi rumah sebanyak RM10 ribu sebulan? Tuan Yang di-Pertua, semasa Taklimat RMKe-12, Ketua Pengarah EPU memaklumkan bahawa proses libat urus dalam penyediaan RMKe-12, mereka telah melaksanakan 13 inter-agency planning groups, 193 focus group, 17 libat urus dengan kerajaan negeri, dan hanya tiga kali sahaja bersama-sama Ahli Parlimen, itu pun ada Ahli Parlimen yang tidak terlibat. Jadi bagaimanakah maklumat pembangunan di kawasan Parlimen di luar bandar dapat disalurkan? Padahal Ahli Parlimen lah orang yang sentiasa bersama dengan rakyat dan memahami rintihan rakyat. Oleh itu, kita amat mengharapkan agar peruntukan sebesar RM400 bilion tersebut dapat diagihkan dan disalurkan ke seluruh kawasan luar bandar supaya jurang di antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan. Pihak kerajaan mestilah memastikan agar semua kementerian mendapat maklum balas daripada Ahli-ahli Parlimen dengan menganjurkan hari terbuka bersama Ahli Parlimen secara berkala. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dalam bidang pendidikan. Saya amat bersetuju agar tumpuan diberikan untuk menambahbaikkan seluruh sistem pendidikan negara. Komitmen kerajaan dalam RMKe-12 bagi membina sebanyak empat buah kompleks pendidikan, dan lima buah sekolah baharu melibatkan peruntukan RM848 juta amat dialu- alukan. Saya mencadangkan agar Kementerian Pendidikan membangunkan semula tapak Maktab Perguruan Matang yang terbengkalai selama 18 tahun, supaya dijadikan kompleks pendidikan, agar rakyat di Parlimen Bukit Gantang mendapat kemudahan pendidikan dan juga menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu. Tuan Yang di-Pertua, masih terdapat keperluan pembinaan dan peningkatan jalan-jalan kampung di kawasan luar bandar. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memperuntukkan sebanyak RM1.6 bilion bagi menaik taraf jalan perhubungan desa. Cuma saya ingin memohon sebanyak RM30 juta dalam tempoh RMKe-12 untuk menyempurnakan jalan-jalan desa di Parlimen Bukit Gantang. Di samping itu, penambahbaikan serta baik pulih bangunan amatlah diperlukan dengan kadar segera kerana pembangunan serta penambahbaikan bagi dewan, sekolah, masjid, surau, pejabat, gelanggang dan juga pusat khidmat di bawah Program Ameniti sebanyak RM310 juta amatlah diperlukan demi memastikan masyarakat luar bandar dapat memperoleh manfaat dan keselesaan yang maksimum tanpa meninggalkan sesiapapun selaras Konsep Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, akibat pandemik COVID-19, ramai anak muda telah kehilangan pekerjaan bergaji, yang mana ada di antara mereka yang balik ke kampung untuk mencari pendapatan dengan bertani dan menjadi nelayan. Sektor pertanian merupakan penyumbang penting kepada ekonomi negara di mana sektor ini menyumbangkan sebanyak 7.2 peratus dengan nilai RM24.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada suku kedua, tahun 2021. Dalam tempoh RMKe-12, usaha bersepadu dalam sektor pertanian amatlah penting kepada negara yang kebanyakannya tertumpu di kawasan luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar Program Agropreneur Muda, geran dan pinjaman terus diperkasakan daripada aspek peruntukan dan bimbingan. Pemberian geran dan pinjaman kepada Agropreneur Muda hendaklah dipermudahkan. Dengan adanya geran padanan tersebut, dijangkakan pengeluaran produk pertanian dapat ditingkatkan. Pihak kerajaan juga melalui agensi sepatutnya, dapat menyediakan dana bagi menghadapi lambakan produk pertanian untuk stok penimbal hasil pertanian dan juga menstabilkan harga jualan. Cara ini akan menarik minat pengusaha anak-anak muda untuk mengekalkan kualiti produk pertanian. Agensi berkaitan hendaklah berusaha untuk menjejaki lebih ramai usahawan muda agar dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah rakyat Malaysia sudah semakin matang dalam menerima sistem demokrasi yang dapat dilihat dalam tiga kali peralihan kuasa kerajaan yang berlaku secara aman tanpa wujudnya demonstrasi jalanan dan bantahan. Akhirnya kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang telah berjaya menandatangani MoU demi kestabilan politik negara di mana kerajaan dan pembangkang dapat memberi fokus terhadap usaha mendepani pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.

Saya mencadangkan supaya kita memberikan sokongan kepada Yang Berhormat Bera sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar dapat mentadbir kerajaan dengan stabil supaya RMKe-12 dapat dilaksanakan bagi memacu pertumbuhan ekonomi pasca COVID- 19. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiawangsa, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setiawangsa ingin turut serta dalam perbahasan RMKe-12. Negara kita sekian lama ada isu-isu structural yang sedia ada, soal kemiskinan kota dan desa. Jurang kaya dan miskin, masalah alam sekitar dan soal pekerja. Akan tetapi isu-isu ini menjadi semakin ketara dan semakin melebar apabila kita berhadapan dengan pandemik COVID-19. Saya menyambut baik hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengatasi perkara ini sebagaimana yang diluahkan di dalam RMKe-12. Namun pendekatan dan toolkit, dengan izin, masih sama. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kluang sebentar tadi, apakah moonshot ataupun wawasan besar RMKe-12? Saya merasakan perlu untuk kita mengadakan satu Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN) atau NCC 2.0 untuk mencari wawasan baharu atau zaman ini untuk menjawab persoalan-persoalan yang berbangkit pada hari ini. Ini sebagaimana penggubal-penggubal Rancangan Malaysia Kedua dahulu meletakkan Dasar Ekonomi Baru sebagai moonshot yang melihat kepada persoalan dan cabaran yang ada pada era tersebut dan ini disebut tadi oleh Yang Berhormat Kulai.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Justeru dengan berlatarbelakangkan pandemik COVID-19 di satu sudut dan ‘gencatan senjata’ Memorandum Kerajaan Persekutuan-Pakatan Harapan, saya merasakan inilah masa sesuai untuk kita mengadakan satu perbincangan dan dengan itu melihat apa persoalan-persoalan sebenar dan seterusnya menggagas dasar yang relevan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Dalam masa yang pendek ini, saya ingin fokus kepada empat perkara. Pertahanan, pekerjaan, ekuiti bumiputera dan juga pendidikan. Dalam soal pertahanan, saya berharap butiran Dasar Industri Pertahanan Dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang disebut di dalam RMKe-12. Sebelum ini ketika dipanggil sebagai DIPN, kami difahamkan ia akan siap menjelang hujung tahun ini. Saya juga berharap dokumen ini dapat dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu untuk membolehkan wakil-wakil rakyat membahaskannya sebelum ia dilaksanakan. Saya juga ingin mendapat maklumat terkini mengenai Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) dan Pelan Pelaburan Pertahanan Negara (3PN). Kita perlu ambil pengajaran daripada projek littoral combat ship (LCS) yang terus membelenggu kita sehingga ke hari ini dan telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson semalam. Ketika projek itu dimulakan pada 2011, kosnya sudah pun RM9 bilion. Ia antara perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah negara dan ia patut siap pada tahun 2019, tetapi kita berdepan masalah sehingga hari ini. Ketika saya menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan, kami dapati antara cabaran LCS termasuklah keperluan untuk mengikuti Dasar Program Kolaborasi Industri (ICP) yang ditetapkan oleh pihak Perbendaharaan. Sepatutnya, ruang diberikan untuk pengecualian kepada ICP dalam kes-kes melibatkan soal strategik dan pertahanan yang lebih mustahak. Apa yang terjadi ialah, yang dikejar tidak dapat- kita hendak dapat kapal, yang dikendong berciciran. Kita pun tidak dapat industri pertahanan yang baik. Jika keperluan pertahanan lebih utama, isu industri harus diletak nombor dan dalam hal ini ia melibatkan satu- vendor yang ada banyak masalah. Difahamkan antara perkiraan projek LCS diberikan kepada Boustead Naval Shipyard merupakan kesinambungan NGPV yang bermula pada akhir tahun 1990-an dan hangat dibincangkan di Parlimen suatu ketika dahulu. Ini kerana, dalam kes itu hanya enam buah kapal yang siap daripada 27 yang dirancang. Dalam sesi pendengaran kami, BNS mengakui RM396 juta bayaran tuntutan LCS digunakan untuk selesaikan hutang NGPV. Ini dipanggil gali lubang, tutup lubang. Kerajaan juga seharusnya benar-benar serius dalam mempertahankan kedaulatan negara dan sikap berkecuali yang menjadi identiti kita sekian lama. Seterusnya dalam soal pekerja. Saya menyambut baik sasaran untuk meningkatkan peratusan upah kepada 40 peratus KDNK. Ini merupakan perkembangan yang positif. Namun, yang perlu soal kesungguhan dan dasar yang sesuai. Dasar propekerja lebih baik sebenarnya untuk membantu golongan bumiputera yang susah berbanding penekanan dalam soal ekuiti. Majoriti pekerja B40 adalah orang bumiputera. Majoriti orang bumiputera merupakan pekerjanya. Kalau kita melihat dalam RMKe-11, hanya satu daripada enam sasaran multidimensi yang tercapai iaitu produktiviti pekerja. Ini seiring laporan Bank Negara tahun 2018 yang mengatakan output pekerja di Malaysia sebenarnya lebih tinggi daripada negara-negara penanda aras seperti Singapura, UK, Amerika dan Jerman. Ini memberi andaian bahawa anggapan pekerja kita tidak produktif, tidak layak dibayar gaji lebih tinggi merupakan satu perkara yang palsu. Justeru, yang kita harus lihat pada hari ini juga ialah tentang soal penswastaan pekerja-pekerja misalnya pekerja pembersihan dan keselamatan di agensi-agensi kerajaan yang bukan sahaja yang membebankan malah merugikan kerajaan. Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) telah melakukan kajian yang mendalam tentang soal ini. Kakitangan pembersihan di hospital kerajaan yang berkhidmat menerusi kontraktor swasta dibayar gaji minima RM1,100 ke RM1,200 tetapi sekiranya mereka bekerja dengan kerajaan mereka akan dikategorikan sebagai Pembantu Operasi dan dibayar gaji RM1,216 sehingga RM2,983. Pada tahun 2015, konsesi 10 tahun diberikan oleh KKM kepada anak syarikat UEM Edgenta Berhad. UEM Edgenta milik GLC, UEM Group. Pendapatan CEO UEM Agenta pada tahun 2017- RM1.993 juta setahun atau RM5,460 sehari. Seorang kakitangan pembersihan hospital memerlukan lima bulan untuk mendapat gaji sehari CEO UEM Edgenta. Pengawal keselamatan sekolah pula bekerja 12 jam sehari termasuk kerja

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

lebih masa wajib empat jam sehari. Ini membolehkan kontraktor menggunakan dua shift berbanding dengan pengawal keselamatan kerajaan yang mempunyai tiga shift, lapan jam. Mereka juga berdepan masalah gaji tidak dibayar, gaji di bawah gaji minima dan pembayaran gaji yang lambat. Pada tahun 2019, dianggarkan KPM, Kementerian Pendidikan membayar RM1.51 bilion kepada kontraktor keselamatan dan dianggarkan jumlah pembayaran yang sampai kepada pekerja adalah sebanyak RM1.014 bilion. Ada premium setengah bilion di situ. Soal ekuiti Tuan Yang di-Pertua yang hangat diperkatakan. Sebagaimana banyak dibincangkan, kenaikan ketara- sebenarnya ekuiti bukan bumiputera menurun, ekuiti asing menurun sedikit, ekuiti bumiputera meningkat sedikit. Peningkatan ketara adalah nomini. Kerajaan wajib mencari jalan untuk membutirkan siapa nomini ini. Nomini biasanya digunakan untuk melindungi siapa pemilik atau, dengan izin, beneficial owner sebenar. Nomini juga sering kali digunakan untuk melarikan cukai, pengubahan wang haram malah rasuah. Pada masa yang sama, saya melihat kepada statistik pelaburan ASB yang menggambarkan bagaimana pendekatan selama ini harus diubah untuk zaman ini. ASB hanya boleh dicarum oleh bumiputera. Sejumlah 76.9 peratus atau 7.4 juta orang pemegang unit mempunyai saiz unit di bawah RM5,000 mengikut laporan tahunan ASB (2018). Hanya 0.24 peratus mempunyai saiz pegangan RM500,001 ke atas. Seterusnya, kalau kita lihat ada penambahbaikan, jurang kaya dan miskin di Malaysia secara keseluruhan dari tahun 1970 ke tahun 2016. Pekali Gini tahun 2016 ialah 0.399 peratus. Lagi rendah, lagi baik, lagi saksama. Akan tetapi, pekali Gini akaun ASB- 0.84 peratus. Justeru, pengenalan Dividen Ehsan yang dibuat oleh ASB pada tahun 2020 kepada 30 ribu unit pertama, perlu dijadikan mekanisme kekal untuk memastikan ASB terus relevan untuk membantu golongan bumiputera B40 dan M40, bukan bumiputera elit. Saya juga hendak sentuh tentang Tabung Haji. Tidak sempat pergi detail tetapi dalam kes Tabung Haji kita ada seorang individu yang mencarum RM190 juta di dalam Tabung Haji. Makna kalau tahun 2017, hibah 4.5 peratus, hamba Allah SWT dapat RM8 juta hibah. Oleh sebab itu Yang Berhormat sekalian, kita perlu ada anjakan daripada andaian-andaian lama yang mendasari banyak dasar kita. Ada banyak andaian lama, lapuk yang ada, yang dibentuk oleh dilema Melayu, oleh revolusi mental yang sudah dijawab secara menyeluruh oleh Allahyarham Syed Husin Al-Attas di dalam “Mitos Pribumi Malas.”

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat. Mintak rumuskan Yang Berhormat.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Seterusnya, Yang Berhormat sekalian saya Setiawangsa hanya ingin membawa soal pendidikan dan ingin memfokuskan kepada kawasan Setiawangsa. Dalam soal ini, Setiawangsa ingin menekankan bahawa soal bangunan daif dan bangunan usang bukan hanya wujud di kawasan luar bandar. Kawasan Setiawangsa ini tidak jauh dan Tuan Yang di-Pertua puan tinggal di kawasan Parlimen Setiawangsa. Saya bagi contoh Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak yang dibina tahun 1958 antara bekas pelajar ialah Ahli Parlimen Tuaran dan juga Ahli Parlimen Gombak sebagai menteri paling kanan saya berharap Yang Berhormat Gombak boleh minta Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan membaiki sekolah yang ada banyak masalah anai-anai, ada dewan usang tanpa pengudaraan baik dan juga dewan kuliah yang tidak dapat digunakan. Begitu juga SMK Puteri Titiwangsa tahun 1969. Dewan terbuka yang telah dijanjikan sekian lama masih belum dibina dan mengalami masalah terputusnya bekalan

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

elektrik kerana masalah dawai elektrik begitu juga sekolah SMK Padang Tembak dan SMK Taman Setiawangsa. Jadi, apa yang hendak ditekankan di sini Setiawangsa berharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian kepada sekolah-sekolah yang daif, yang uzur dan yang bukan hanya ada di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan ibu kota sendiri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tebrau. Kemudian, diikuti oleh Yang Berhormat Kulai. Kemudian, Yang Berhormat Libiran. Sila, Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya sertai perbahasan RMKe-12. Tuan Yang di-Pertua saya ingin memetik perbahasan Yang Berhormat Port Dickson yang beliau mendakwa kerajaan membayar sejumlah RM2 bilion kepada konsultan luar siapkan RMKe-12. Saya setuju dengan hujah-hujah Yang Berhormat Port Dickson dalam perkara ini. Tentu ada nya pakar-pakar tempatan yang mampu menyediakan RMKe-12. Soalan saya, pakar luar tidak akan tahu sikap warga kita, budaya kita, etika kerja kita dan tahap prestasi penjawat awam kita. Maka, cadangan-cadangan yang datang daripada mereka kemungkinan besar tidak sesuai diguna pakai atau diimplementasikan di negara kita. Adakah ini sebab kebanyakan rancangan di dalam RMK sebelum ini tidak dapat dilaksanakan atau gagal dalam pelaksanaan...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Minta penjelasan.

Nanti, saya bagi izin.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Minta penjelasan satu ayat sahaja. Saya hanya hendak tanya memandangkan bahawa...

Saya tidak izin. Ini masa kita.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Yang Berhormat Tebrau sokong kenyataan Yang Berhormat Port Dickson. Saya hendak tanya dia masih Ahli Parlimen bebas yang sokong kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atau hendak sokong pembangkang sekarang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kulai. Dia tidak bagi Yang Berhormat Kulai.

Saya sokong apa yang bagus ya. Apa yang tidak bagus saya akan tetap bagi pandangan saya... [Disampuk]

Saya pun ada soalan, kenapakah berpaling tadah- Yang Berhormat Tebrau?

...Skop kerja atau terma rujukan pakar luar... [Disampuk]

Kenapakah berpaling tadah?

Adakah bayaran RM2 bilion bukan sahaja untuk menyediakan Buku RMKe-12 yang memang mewah tetapi juga untuk membantu dan memantau pelaksanaan sepanjang tempoh RMKe-12. Kalau tidak, saya bimbang kebanyakan rancangan dalam RMKe-12 tidak akan dilaksanakan atau gagal dalam pelaksanaan seperti RMK yang sebelum ini. Justeru, satu Jawatankuasa pelaksanaan dan pemantauan, harus diwujudkan bagi memastikan program-program dalam RMKe-12 akan dilaksanakan dengan baik.

Tender secara terbuka amat penting untuk mengelakkan projek-projek yang dilaksanakan di bawah RMKe-12 tidak gagal, tergendala atau ditinggalkan sebagai projek tertinggal, dengan izin, abandoned project, atau projek ‘gajah putih’. Seterusnya, saya ingin sentuh dengan isu cukai individu dan juga GST. Oleh sebab pandemik COVID-19, ramai pembayar cukai yang berkategori M40 sudah beralih kepada kategori B50 atau B60. So, sebelum pandemik mereka merupakan kategori yang membayar cukai antara RM1,000 sehingga RM50 setahun. Mereka juga yang kurang dapat bantuan kewangan daripada kerajaan sepanjang pandemik berterusan. Justeru, saya mencadangkan individu yang melaporkan pendapatan bercukai chargeable income, dengan izin, yang bawah RM70 ribu setahun dikecualikan cukai pendapatan mulai tahun taksiran tahun 2022. Hasil kerajaan akan catur dengan cadangan saya. Maka, saya bercadang GST dibawa balik mulai tahun 2023 dengan kadar sebanyak empat peratus dan meningkat ke- enam peratus pada tahun 2024. Mekanisme GST ada banyak kelebihan bukan sahaja ia akan menambah hasil kerajaan oleh sebab ia lebih menyeluruh sehingga semua barangan dan perkhidmatan boleh dikenalkan GST sekiranya tidak dikecualikan... [Disampuk]

Minta laluan Yang Berhormat...

...Ia juga boleh menambah kutipan cukai pendapatan...

...Atas isu GST.

...Daripada syarikat dan individu...

Jangan kacaulah.

...Yang peniaga oleh sebab ia akan...

Bukan kacau, tapi minta berbahas.

...Penggerakan cukai atau tax invasion, dengan izin, sangat sukar. Satu contoh yang menunjukkan kelebihan GST merupakan pencukaian perdagangan... [Disampuk]

Yang Berhormat Tebrau, GST menyusahkan rakyat.

Hei! tidak payah kacau.

...Siber pencukaian- berkenaan siber atau e-dagang.

Yang Berhormat Jempol, apakah masalah?

Ramai sudah buat business melalui internet seperti Shopee, Lazada... [Pembesar suara dimatikan] .

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak bagi amaran kepada Yang Berhormat Jelutong. Sepatutnya kena dapat permission daripada flow Yang Berhormat Tebrau. Kalau Yang Berhormat Tebrau tidak bagi, maka sila duduk. Saya minta Yang Berhormat Tebrau, saya tambah masa sedikit. Seminit sahaja. Sila Yang Berhormat Tebrau.

Tuan Yang di-Pertua yang sepatutnya diberi amaran Yang Berhormat Jempol yang jerit tadi. Saya sekurang- kurangnya bangun secara tertib minta laluan untuk bantah GST.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Akan tetapi, puncanya adalah daripada Yang Berhormat Jelutong, puncanya Yang Berhormat Jelutong.

Tuan Yang di-Pertua. Boleh duduk Yang Berhormat Jelutong. Dia kacau- orang hendak berbahas 12 minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak apa, ini adalah floor Yang Berhormat Tebrau. Is your floor Yang Berhormat Tebrau.

Peniaga-peniaga jadi sebegini- tidak isu invois atau resit kemungkinan besar ramai peniaga siber atau internet pun tidak berdaftar dengan SSM dan LHDN salah satu pendekatan untuk memaksa peniaga- peniaga internet melaporkan pendapatan melalui sistem pencukaian GST. Oleh sebab, GST digunakan atas semua barangan dijual peniaga-peniaga dikehendaki mendaftar untuk mengutip GST dan isu invois atau resit yang menunjuk nombor pendaftaran GST dan amaun kutipan GST dengan itu cara atau amalan kini akan dikira sebagai satu jenayah yang dilakukan. Seterusnya, saya hendak sentuh tentang sistem perakaunan akruan atau accrual accounting, dengan izin, saya ingin tanya kerajaan, apakah status pelaksanaan sistem accrual accounting? Sudah lama Kerajaan Persekutuan komited untuk menyediakan akaun kerajaan dan agensi-agensi kerajaan mengikuti prinsip perakaunan akruan atau accrual accounting, dengan izin. Sistem perakaunan ini membolehkan orang ramai mengetahui dengan mudah kedudukan kewangan dan prestasi kerajaan dan agensi-agensi kerajaan. Kesemua aset dan liabiliti serta komitmen dalam bentuk perjanjian seperti sewa, sewa beli, risk, dengan izin, dan jaminan akan ditunjuk dalam kunci kira-kira kalau usaha belum dihentikan. Sekiranya ia masih dalam status work in progress, izin, bilakah sistem perakaunan akruan akan mula diimplementasikan?

Sekarang saya ingin sentuh isu tentang pertanian pintar atau smart farming. Kerajaan harus menjamin makanan yang mencukupi dan mengurangkan pergantungan pada import. Malaysia berkemampuan untuk menghasilkan lebih banyak lagi beras, sayur- sayuran, buah-buahan, produk-produk protein seperti ikan, ayam, lembu dan kambing. Kita masih ada banyak tanah yang tidak atau kurang produktif. Usaha Public- Private Partnership (PPP), dengan izin, mesti dipercepatkan untuk menghasilkan lebih banyak makanan melalui teknologi baharu. Tanah-tanah yang terbiar atau tidak produktif harus dikenakan cukai khas untuk memaksa syarikat-syarikat yang memilikinya bertindak selaras dengan aspirasi kerajaan. Kalau tidak, saya bercadang tanah-tanah yang tidak produktif diambil alih oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan supaya tanah-tanah akan diusahakan dengan baik untuk menambah hasil-hasil untuk mengurangkan pergantungan kepada import. Ada banyak tanah rizab kerajaan yang belum ada perancangan atau tidak akan dirancang apa-apa, harus dibenarkan oleh orang awam untuk memohon untuk buat farming, dengan izin, ini merupakan pertanian bandar. Ada banyak tanah rizab kini terbiar sahaja. Saya harap ini dapat di usahakan oleh kerajaan. Sekarang saya ingin bercadang untuk menambah ekonomi Malaysia. Saya ingin mencadangkan kerajaan mewujudkan enam buah zon perindustrian ekonomi khas, special industrial economic zone, dengan izin, di Johor Baharu, Melaka, Kluang, Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu untuk menarik industri yang berteknologi tinggi daripada China dan Amerika Syarikat khususnya multinational company, dengan izin, daripada dua buah negara ini. Oleh sebab perang perdagangan, trade war, dengan izin, di antara dua buah negara ini. Maka syarikat-syarikat perkilangan boleh mengelakkan tarif yang dikenakan oleh kedua-dua negara ini terhadap pelanggan yang mengimport- sekiranya syarikat- syarikat ini meminta operasi mereka ke Malaysia. Untuk buat tawaran ini lebih menarik, saya mencadangkan agar pengecualian cukai, tax exemption, dengan izin, selama lima tahun diberi kepada syarikat-syarikat yang berteknologi tinggi yang memilih salah satu daripada zon perindustrian ekonomi khas yang untuk mendirikan kilang mereka...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.

Okey. Sebelum saya teruskan, saya minta satu minit lagi untuk sentuh satu isu Lebuhraya Pasir Gudang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Sebahagian lebuh raya daripada- di Tebrau sehingga persimpangan Jalan Skudai masih belum dinaiktarafkan kepada tiga lane sehala. Lebuh raya ini habis dibina pada tahun 1979. Ia merupakan jalan utama bagi trak-trak berulang-alik di antara Pasir Gudang dan Tuas, Singapura. Ia sudah tidak mampu menampung penambahan trafik. Saya ingin memohon kepada kerajaan, maka peruntukan disediakan untuk menaikkan taraf Lebuhraya Pasir Gudang dalam masa yang terdekat. Jadi, itu sahaja perbahasan saya dan saya ingin menyokong RMKe-12. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kulai, 12 minit.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Beberapa perkara yang saya ingin sentuh dalam perbahasan pada hari ini. Pertama adalah tentang isu kerakyatan. Saya sambut baik pengumuman Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri di Parlimen pada 22 September yang lalu bahawa KDN akan berusaha mengkaji untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan bayi kelahiran ibu warganegara Malaysia untuk mendapat kewarganegaraan. Akan tetapi, saya rasa amat-amat kecewa dengan keputusan KDN untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Rayuan. Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan ini mengambil masa yang panjang. Beribu-ribu anak warganegara Malaysia perempuan yang dilahirkan di luar negara masih menunggu tindakan segera untuk menamatkan penderitaan mereka. Antara tahun 2013 hinggalah tahun 2018, KDN telah menolak 3,715 permohonan di bawah Perkara 15(2). Pada masa yang sama, sejumlah 4,959 permohonan masih dalam proses. Hanya 142 permohonan sahaja yang diluluskan. Jadi saya hendak tanya, kalau kerajaan sekarang teruskan rayuan di mahkamah rayuan pada masa yang sama, berusaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, berapa lama lagi 8,674 permohonan ini perlu tunggu lagi? Mereka perlu tunggu beberapa bulan? Beberapa tahun lagi kah? KDN sepatutnya mencontohi Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang telah membuat keputusan tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tentang kes undi 18, supaya- sementara pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dibuat, masalah yang dihadapi oleh warganegara Malaysia perempuan dan juga anak mereka bolehlah diselesaikan dengan segera. Yang Berhormat Menteri KDN sendiri sudah cakap bahawa beliau rasa amat simpati dengan nasib golongan ibu ini. Saya hendak cakap di sini simpati ini- sympathy is cheap. Kalau beliau tidak berani meluluskan kesemua permohonan sedemikian di bawah kuasa Perkara 15(A) untuk membuktikan bahawa kerajaan ini memang merupakan satu Kerajaan Keluarga Malaysia, dan kerajaan ini adalah serius tentang slogan ini. KDN memang ada kuasa. Sebagai Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, beliau memang ada kuasa untuk meluluskan permohonan untuk kerakyatan di bawah Perkara 15(A) Perlembagaan Persekutuan. Jadi, saya hendak tanya sebagai seorang Yang Berhormat Menteri yang cakap sendiri beliau simpatilah dengan nasib golongan ibu ini. Apakah yang beliau akan buat sekarang? Tak akanlah dia minta golongan ibu dan anak- anak ini terus menunggu lagi?...

[Dewan Tepuk]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Words are cheap. Sympathy is cheap. Sudah ramai Ahli Parlimen dalam Dewan yang ini yang telah merayu kerajaan ini supaya hentikan rayuan ini. Jadi saya harap kalau Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ini memang adalah serius, memang adalah ikhlas, kerajaan ini memang sebuah kerajaan Keluarga Malaysia, sila luluskan permohonan anak-anak golongan ini yang dilahirkan di luar negara memandangkan bahawa kerajaan sudah bersedia untuk buat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Jadi, ambillah tindakan sekarang dan bukanlah guna alasan-alasan yang kita tidak mahu dengar lagi. Kedua, saya rasa pada masa yang sama, KDN juga harus kaji isu yang dihadapi oleh warganegara Malaysia lelaki. Untuk lelaki Malaysia yang tidak daftarkan perkahwinan mereka dengan warga asing walaupun anak mereka dilahirkan di Malaysia, anak mereka tidak berhak untuk dapat kewarganegaraan secara automatik. Sejak tahun 2018 hinggalah tahun 2020, sejumlah 6,489 permohonan untuk kerakyatan di bawah Perkara 15(A) telah dibuat tetapi hanya 2,969 Sijil Kerakyatan telah dikeluarkan. Hanya tiga buah negara di dunia ini yang tidak mengiktiraf hak bapa untuk mendapatkan kerakyatan bagi anak mereka yang lahir di luar perkahwinan. Saya rasa amat sedih kerana Malaysia merupakan salah sebuah negara tersebut. Pada masa yang sama, Malaysia juga merupakan satu daripada 25 buah negara yang menafikan hak ibu daripada memperoleh hak setara seperti bapa untuk mendapatkan kerakyatan bagi anak mereka. Saya harap KDN haruslah meneliti isu kerakyatan ini secara menyeluruh supaya hak kedua-dua golongan ayah dan ibu, lelaki dan wanita bolehlah dipertahankan. Ini isu pertama.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Kedua, saya hendak sentuh tentang isu komputer riba. Dalam Dewan Rakyat ini, pada 8 November 2020, Menteri Kewangan janji bahawa 150 ribu buah komputer riba akan diserahkan kepada murid-murid yang datang daripada golongan B40. Sehingga 20 September 2021, hanya sebanyak 112,356 buah unit digital telah diserahkan kepada murid golongan B40 di 110 buah sekolah. Saya hendak tanya, bakinya di mana? Bakinya di mana? Baki sebanyak 38 ribu buah komputer riba ini di mana? Tuan Yang di-Pertua, kami sekarang, bincang bukan tentang 1.5 juta buah komputer riba, kami bukan bincang setengah juta buah riba. Kita hanya minta sebanyak 150 ribu buah komputer riba sahaja. Akan tetapi, selepas melebihi 300 hari, kerajaan pun sudah tukar, jatuh dan tukar, tetapi janji ini masih tidak dapat ditepati. Apabila kami tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan semasa penggulungan perbahasan Titah Diraja, Timbalan Menteri Kewangan cakap sila tanya KPM. Apabila kita tanya KPM, KPM cakap peranti digital itu belum diterima daripada Yayasan Khazanah. Tuan Yang di-Pertua, kami tidak ada wakil Yayasan Khazanah di sini, tidak akanlah satu Kabinet yang paling besar ini tidak ada seorang pun yang boleh jawab dalam Dewan ini siapa yang perlu dipertanggungjawabkan terhadap kelewatan yang terlampau ini? Saya rasa pandai sangatlah Kabinet ini untuk tendang bola. MOF ini tendang kepada KPM. [Disampuk]

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Ini semua kongkalikung- kongkalikung punya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...KPM ini tendang kepada Yayasan Khazanah. Saya rasa Menteri-menteri ini kalau mereka bentuk satu pasukan bola, kita sudah jadi World Champion-lah...

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya rasa ini terlampau, ini terlampau. Awal-awal saya sudah cakap sejak November tahun lalu saya sudah cakap, 150 ribu buah komputer riba ini tidak cukup. KPM sendiri telah menunjukkan bahawa sebanyak 37 peratus murid tidak ada peranti yang sesuai. Sebanyak 37 peratus, bermakna seramai 1.7 juta orang murid tidak ada peranti yang sesuai. Akan tetapi, akhirnya kerajaan ini selepas 300 hari tidak boleh menyerahkan sebanyak 150 ribu buah komputer riba ini kepada golongan B40. Siapakah yang hendak bantu golongan ini? Saya hendak tanya, kenapa kita guna pakai duit daripada GLC, kenapakah kita bergantung kepada sumbangan daripada GLC? Tidak akanlah kerajaan ini tidak ada duit untuk membeli komputer riba untuk anak-anak B40...

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Apabila hendak ubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri sebanyak RM35 juta, tiada masalah, luluskan serta-merta. Apabila kita hendak hantar komputer riba kepada anak-anak, kita tunggu, tunggu dan sampai hari ini, kita masih tunggu. Tidak malukah Menteri-menteri yang duduk di sana...

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Langsung tidak rasa malu punya. Isu ketiga yang saya hendak sentuh...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang lompat mana tahu malu... [Ketawa]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Itu saya sokong kenyataan Yang Berhormat Shah Alam. Isu ketiga ialah...

Yang Berhormat Shah Alam pun lompat dahulu. Dahulu Yang Berhormat Shah Alam lompat, sama juga.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hendak tanya, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa RM1.6 bilion akan diperuntukkan untuk penggantian sebanyak 148 buah bangunan daif. Sebanyak RM1.6 bilion untuk 148 buah bangunan daif di sekolah-sekolah. Saya sokong usaha ini, tetapi saya hendak tanya, kenapa untuk menggantikan sebuah bangunan daif, kita perlu secara purata sebanyak RM10.8 juta. Bangunan ini semua setaraf seperti Kediaman Rasmi Perdana Menteri, kah? Isu ini yang saya hendak tanya. Ini kerana, di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, iaitu dari tahun 2016 sehingga 2020, sebanyak RM3.05 bilion diluluskan dan kita guna duit itu untuk memperbaiki sebanyak 773 buah sekolah di seluruh Malaysia. Kos purata tidak sampai RM4 juta pun. Akan tetapi, sekarang secara tiba-tiba di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas kos purata untuk mengganti sebuah bangunan daif kosnya melonjak kepada RM10.8 juta. Bukan itu sahaja, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM848 juta untuk mendirikan empat buah kompleks sekolah dan sebanyak lima buah sekolah baharu kos puratanya adalah sebanyak RM94 juta.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, sila rumuskan Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Jadi, saya hendak tanya, sekarang saya di sini hendak minta KPM ataupun Menteri EPU sila bagi satu list yang terperinci, senarai yang terperinci, saya hendak tahu di antara 148 buah bangunan daif itu, saya minta semua senarai. Saya hendak tahu siapa kontraktor, apa skop kerja, bilakah akan mula kerja itu dan sekolah-sekolah itu terletak di dalam negeri mana? Juga untuk empat buah kompleks sekolah dan lima buah sekolah baharu itu- berapa buah sekolah SMK, SK, SJK (C) dan juga SJK(T). Ini kerajaan Keluarga Malaysia, kan? Tidak akanlah mereka lupa keperluan SJK(C) dan juga SJK(T). Sekian sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Libaran, 12 minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua oleh sebab memberi peluang kepada Libaran untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas, dan salam sejahtera kepada rakan-rakan saya yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan bahawa Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dibentangkan merupakan juga satu rancangan yang memberi keutamaan kepada aspek kebajikan, perlindungan sosial dan juga mempunyai unsur-unsur berpaksikan kepada rakyat. Alhamdulillah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, minta mikrofon itu rapat dengan mulut. Mikrofon tidak berapa dengar. Ya, begitu.

Terima kasih. Dalam alaf pasca COVID-19 ini, saya juga mengalu-alukan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah meletakkan usaha merancakkan ekonomi antara fokus utama yang telah diberi dan tumpuan yang diberi kepada mengambil semula momentum pertumbuhan semua sektor ekonomi akibat krisis pandemik COVID-19. Jadi dalam konteks ini, selain kerajaan menjadikan pembasmian miskin tegar kepada golongan yang miskin yang ada, antara agenda utama dalam RMKe-12 ini, saya juga ingin menyeru kepada kerajaan supaya memberi fokus kepada golongan yang jatuh miskin akibat krisis COVID-19 yang mengalami impak pandemik yang berpanjangan dalam kelangsungan kehidupan mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melafazkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam memberi tumpuan dan fokus ke Sabah dan juga Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963. Saya juga mengalu-alukan dana pembangunan yang diperuntukkan ke Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas serta komitmen yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyelesaikan permasalahan dan tuntutan tunggakan dalam MA63 demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, penekanan terhadap Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini adalah selari dengan aspirasi rakyat yang mahu perkembangan positif dan menikmati kemakmuran kita bersama. Saya juga mengalu- alukan RMKe-12 ini yang menekankan pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur asas negeri Sabah dan Sarawak. Seterusnya, izinkan saya mengambil peluang ini untuk membentangkan projek pembinaan dan penaiktarafan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya dan jambatan, kemudahan dan pendidikan di kawasan luar bandar. Sehubungan dengan itu, demi kesejahteraan rakyat- kesejahteraan masyarakat kita di Malaysia ini yang mantap membangun, saya ini minta kepada Kerajaan Pusat memberi tumpuan kepada permintaan bekalan air bersih di kawasan luar bandar. Daripada segi naik taraf jalan- naik taraf jalan raya dari Kampung Dandulit ke Kampung Kuala Gum Gum, naik taraf jalan raya dari Kampung Wawasan Desa ke Kampung Semawang. Jadi dalam segi elektrik pula, saya mengharapkan Sabah juga tidak ketinggalan untuk menerima limpahan kemudahan ini di kawasan-kawasan yang memerlukan. Daripada segi naik taraf jambatan, alhamdulillah. Saya mohon pembinaan jambatan dari Kampung Lalasun ke Kampung Tanjong Pisau. Dalam konteks sumber pertumbuhan baharu yang berkembang pesat seperti teknologi 5G, kecerdasan buatan atau pun artificial intelligence (AI) dan Internet of Things (IoT), pembangunan teknologi internet dan laman web memang tidak boleh terpisah daripada kehidupan kita pada masa ini. Justeru, saya ingin menyeru kepada Kerajaan Pusat supaya memberi tumpuan dan fokus juga kepada penambahbaikan serta penyelenggaraan infrastruktur telekomunikasi ini di kawasan pedalaman Sabah. Hal yang sedemikian bukan untuk manfaat orang perseorangan, bukan untuk manfaat kita sebagai pemimpin, malah membolehkan sekolah-sekolah di Sabah membangun menjadi tempat untuk anak-anak kita mengejar ilmu tanpa batasan. Tuan Yang di-Pertua, saya berkongsi pandangan yang sama dengan kerajaan bahawa pembangunan bakat merupakan juga elemen yang penting dalam menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Suasana pembelajaran adalah juga penting buat anak-anak kita. Saya mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion untuk mengganti bangunan sekolah daif di bawah RMKe-12. Saya juga ingin mengambil perhatian kerajaan supaya dana tersebut juga merangkumi sekolah-sekolah daif di Sabah, termasuk juga di kawasan Libaran. Saya juga ingin menarik perhatian kerajaan supaya mempertimbangkan

juga untuk membangunkan Sekolah Wawasan demi menyediakan anak-anak kita menjadi tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa kita di negara Malaysia ini, insya-Allah. Saya menyambut baik juga agenda perumahan di antara fokus utama yang saya rasa telah pun diajukan oleh kerajaan dalam menyediakan kediaman mampu milik seperti projek perumahan PPR, projek PR1MA dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) juga dapat kita memperkasakan dan ditambah baik. Justeru itu, saya ingin minta pertimbangan daripada kerajaan supaya dapat menyediakan PPR untuk golongan B40 demi kesejahteraan rakyat. Di samping itu juga, tidak lupa Tuan Yang di-Pertua, bantuan baik pulih rumah kepada golongan miskin yang sangat-sangat juga memerlukan, terutama di kawasan Libaran. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik juga matlamat kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan fasilitet kesihatan menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas ini serta usaha-usaha yang merapatkan jurang perbezaan fasilitet kita, kesihatan bandar dan luar bandar. Di Dewan yang mulia ini, saya mohon kerajaan supaya dapat membina klinik-klinik desa demi menyenangkan keselesaan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Dalam konteks akses rakyat kepada perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan, saya ingin minta pertimbangan daripada kerajaan juga supaya dapat menyediakan fasilitet perbankan iaitu Agrobank atau Bank Simpanan Nasional di pekan baharu Sungai Manila yang mempunyai penduduk padat pertanian untuk kemudahan mereka. Mereka juga tidak perlu ke bandar untuk menyelesaikan masalah mereka di kampung atau di pekan Sungai Manila ini. Saya tidak mengambil masa untuk saya menyampaikan ucapan. Saya tidak mahulah mengambil masa orang lain. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, sesungguhnya saya ingin melafazkan selamat terus maju jaya kepada negara Malaysia yang tercinta ini. [Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat] Walaupun kerajaan baharu menghadapi cabaran politik, pandemik dan ekonomi dalam masa yang sama, namun dapat juga mengatasinya demi kesejahteraan rakyat negara kita, Keluarga Malaysia. Dengan ini, saya menyokong. Sekian, terima kasih.

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Subang. Ada?

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Ada.

[Pengerang] Selepas Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Jempol ya. Silakan Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RMKe-12. Ucapan saya akan menyentuh perkara tentang sustainability, climate change dan impak kepada tiga buah industri yang sangat penting bagi Malaysia iaitu industri minyak dan gas, industri perhutanan dan industri kelapa sawit. Perkara pertama yang saya ingin bahaskan ialah tentang industri minyak dan gas, dan cabaran-cabaran yang akan dihadapi akibat daripada perubahan iklim. Mengikut laporan dan data daripada Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) yang baru diterbitkan pada bulan Ogos 2021, keadaan perubahan iklim adalah pada tahap yang sangat kritikal. Dunia hanya mempunyai 11 tahun lagi untuk memastikan kenaikan suhu tidak melebihi 1.5 darjah celcius. Kesan sekiranya ia melebihi 1.5 darjah celcius adalah, dengan izin, catastrophic.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Oleh yang demikian, semua negara di dunia perlu mencapai sasaran net zero carbon secepat mungkin untuk mengelakkan kenaikan suhu berlebihan. Tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan negara pengeluar minyak dan gas asli yang substantial, dan industri ini merupakan penyumbang terbesar terhadap perubahan iklim iaitu melalui carbon emissions daripada penjanaan kuasa elektrik dan juga daripada kenderaan- kenderaan yang menggunakan minyak petrol. Tuan Yang di-Pertua, kajian International Energy Agency yang bertarikh Mei 2021 menunjukkan bahawa sekiranya dunia ingin mencapai net zero carbon pada tahun 2050, penggunaan hidrokarbon sedunia perlu turun dari 90 juta tong sehari ke 25 juta tong sehari.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Ini bermakna pengeluaran minyak dan gas asli terpaksa surut sebanyak 70 peratus dalam tiga dekad yang akan datang ini. Penyurutan mendadak ini akan berlaku. Oleh demikian Malaysia dan PETRONAS perlu bersedia, dengan izin, to brace for impact. Pada masa ini jumlah jualan ataupun revenue setahun PETRONAS sebelum COVID-19 adalah pada sekitar RM240 bilion. Tahun lalu, pandemik COVID-19 telah menyebabkan penurunan jualan minyak dan gas jatuh ke tahap RM180 bilion. Penyurutan 29 peratus ini diakibatkan oleh satu pandemik sahaja. Apa lagi sekiranya kita menghadapi krisis yang jauh lebih besar daripada pandemik iaitu perubahan iklim. Penyurutan 70 peratus yang diramalkan bermakna jualan PETRONAS akan jatuh ke tahap RM72 bilion sahaja setahun. Kini, minyak dan gas menyumbang cukai dan dividen lebih kurang RM30 bilion ke RM50 bilion setahun kepada hasil fiskal kerajaan. Pada tahun 2050, penyumbangan hasil setahun akan menurun ke RM9 bilion sahaja ke RM15 bilion setahun. Ini memang tidak mencukupi untuk menyokong perbelanjaan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, we have to start reducing our severe economic and fiscal dependency on oil and gas. Reformasi sektor ini perlu dilakukan dalam tempoh RMKe-12. Sekelip mata 30 tahun akan berlalu. Kita perlu membuat perancangan economic divestment and diversification secepat mungkin. Kalau tidak we will face an economic disaster. Oleh itu, jelas bahawa PETRONAS perlu mula menukar business model ia dan memberi fokus kepada renewable energy dan pembaharuan ini juga perlu dilakukan kepada semua kontraktor, vendor dan supplier yang menyokong ekosistem PETRONAS. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengalih perhatian saya pada isu industri perhutanan. The total natural and planted forest cover di Malaysia ini adalah lebih kurang pada paras 40 peratus ke-50 peratus. Berbanding dengan kebanyakan negara maju yang lain, ini merupakan satu tahap forest cover yang cukup baik. Dalam konteks perubahan iklim, hutan kita berfungsi sebagai carbon sink dengan izin this carbon sink is used to offset Malaysia’s carbon emissions. Apa yang jelas, industri perhutanan adalah penting bagi Malaysia sebagai penjana ekonomi dengan export value timber product sebanyak RM25 bilion setahun. Hutan kita merupakan sumber kekayaan tetapi ia perlu dijaga baik supaya kekayaan ini kekal berterusan. Saya memang menyokong prinsip bahawa perlindungan hutan, dengan izin, can coexist dengan industri perhutanan komersial. Protecting the rainforest and commercial forestry can complement each other and need not be at loggerhead. Di negara barat yang maju seperti Norway, Finland dan Kanada, pengurusan hutan mereka adalah berdasarkan Reduced Impact Logging (RIL) dan memastikan hutan menjadi sumber lestari membekalkan kayu balak berterusan. Ia berdasarkan kepentingan komersial dan juga ada pada masa yang sama memelihara hutan asal mereka sebagai National Parks ataupun Heritage Forests. Apa yang sedang diamalkan sekarang di Malaysia merupakan model yang lebih kurang sama. Ada hutan kita dikomersialkan dan pada masa yang sama ada hutan asal yang dipelihara. Isu pokoknya di Malaysia bukanlah berpunca daripada segi dasar tetapi daripada segi implementasi yang kerap kali dipengaruhi oleh rasuah dan salah guna. Hutan kita kerap kali dirampas oleh orang-orang yang berkuasa bersama dengan kroni- kroni mereka.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Pembalakan haram dan pembalakan kroni yang melanggar pelan dasar-dasar mampan perlu ditentang dengan sepenuh-penuhnya oleh kerajaan. Teknologi canggih seperti penggunaan satelite imagery, global positioning system dan QR code supply chain tracking boleh memantau dan menyekat gejala pembalakan haram dan pembalakan kroni. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita dapat mencegah rasuah dan salah guna kuasa dalam industri perhutanan, dan justeru mengamalkan dan menyesuaikan, dengan izin, adopt and adapt the best sustainablity practices, industri perhutanan Malaysia akan menjadi jauh lebih mampan. Tuan Yang di-Pertua, ada dua lagi perkara yang perlu dilakukan untuk menaikkan taraf industri perhutanan kita. Pertama, kita perlu memastikan agricultural plantation seperti kelapa sawit tidak boleh lagi mencerobohi dan menggantikan tanah hutan. Amalan ini perlu berhenti serta-merta baik di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah dan Sarawak. Aktiviti perlombongan di kawasan hutan perlu dihindari juga. Sebaliknya, kawasan hutan perlu dikekalkan khas untuk penjanaan ekonomi perhutanan seperti plantation forests yang diamalkan di Norway, Finland dan Kanada. Perkara kedua ialah kita perlu, dengan izin, to monetise the conservation of our hutan asal negara. Sekiranya hutan simpan kita dapat menjana keuntungan, status dan juga kawasan hutan asal ini boleh dikekalkan dan diselamatkan daripada tekanan keperluan ekonomi semasa. Hutan simpan dan taman-taman negara kita perlu dipakej semula supaya Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri dapat mengutip dana Reducing Emissions From Deforestation and Forest Degradation (REDD). Hakikatnya, kita perlu faham bahawa perlindungan hutan simpan hanya boleh berterusan sekiranya aktiviti conservation boleh menjana keuntungan melalui REDD. Isu terakhir ucapan saya adalah mengenai industri kelapa sawit. Industri kelapa sawit perlu menjadi jauh lebih mampan dan proaktif. Dalam masa lapan tahun saya menjadi Ahli Parlimen setiap Menteri komoditi berjanji untuk menjaga kepentingan kelapa sawit tetapi setiap tahun kita melihat kempen kerajaan tidak efektif dan kempen anti kelapa sawit semakin kuat. Jelas sekali pendekatan yang diamalkan untuk menghadapi masalah ini adalah salah dan terpesong. Dengan izin, if consumers demand sustainable palm oil itulah hak mereka sebagai pengguna. Apa yang salah ialah sebahagian besar kempen kita terlalu combative and reactive dan kadang-kadang penuh dengan gimik. Kelapa sawit adalah produk yang memang baik dan pada analisis terakhir produk yang jauh lebih mampan daripada minyak sayuran lain seperti kacang soya tetapi malangnya kempen kita terus gagal. Apakah reformasi yang perlu dilakukan? Di Amerika Syarikat setiap agroindustri sama ada penternakan lembu ataupun penanaman jagung dan penanaman kacang soya, Kerajaan Amerika Syarikat akan memastikan dana sebanyak dua peratus daripada nilai jualan eksport diperuntukkan dan digunakan untuk kerja penyelidikan sains dan data, kempen promosi dan pemasaran agro produk tersebut. Maknanya industri kelapa sawit yang mempunyai export value sebanyak RM80 bilion setahun, kerajaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM1.6 bilion untuk kerja penyelidikan dan promosi minyak kelapa sawit. Kedua, kita perlu memastikan industri mengamalkan pelaburan tambahan untuk menjaga kebajikan pekerja ladang sawit. Pada masa ini, ada persepsi luas bahawa kesemua pekerja ladang sawit ditindas seumpama modern slavery, dengan izin. We need to reinvest in labor and the fairer treatment of plantation workers. Pada fikiran saya, setiap syarikat dalam industri ini patut menyediakan dana lima peratus penjualan ataupun lebih kurang RM4 bilion setahun untuk memperbaiki best labour practices dan memastikan kesejahteraan penuh kepada pekerja ladang sawit. Tidak kiralah mereka dari Indonesia ataupun Bangladesh ataupun orang Malaysia. Kerajaan boleh menggalakkan pelaburan ke atas kebajikan pekerja ladang sawit melalui insentif cukai dan juga penguatkuasaan undang-undang. Windfall tax yang dikenakan ke atas industri sawit iaitu sebanyak RM1.2 bilion setahun boleh dihapuskan sekiranya on condition- industri melakukan peningkatan kebajikan pekerja ladang sawit. Dalam penggubalan dan implementasi dasar, dengan izin.

Sikit saja Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua. Rompin sikit mencelah.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Saya tidak ada masa Yang Berhormat Rompin.

Okey.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Sorry, terima kasih. Dengan adanya kedua-dua dasar ini, kerajaan kita boleh mula memperbaiki bukan sahaja imej industri kelapa sawit tetapi juga imej negara pada keseluruhannya. Imej industri kelapa sawit merupakan medan perang utama untuk meyakinkan para pengguna dan juga pelabur bahawa Malaysia merupakan negara yang benar-benar mempunyai rancangan dan kesediaan untuk mengamalkan ekonomi yang cukup mampan. Tuan Yang di-Pertua, kesan perubahan iklim tidak dapat dielakkan namun kita boleh mengurangkan impaknya tetapi masa untuk mengambil tindakan semakin suntuk dan kesannya terhadap ketiga-tiga industri utama Malaysia adalah cukup mencabar. Total eksport ketiga-tiga industri ini RM355 bilion melebihi 20 peratus KDNK. Tuan Yang di-Pertua, dalam spirit MoU yang baru ditandatangani oleh kerajaan dan Pakatan Harapan, saya berharap pihak kerajaan dan juga pembangkang boleh bekerjasama dalam perkara-perkara perubahan iklim yang ditimbulkan dalam ucapan ini demi kepentingan Malaysia dan kepentingan kemanusiaan sedunia. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jempol.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama pada petang ini bagi membahaskan usul Rancangan Malaysia Kedua Belas bertemakan, ‘Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan. Dari Jempol singgah ke Bera; RMKe-12 menjadi bual bicara; Keluarga Malaysia makin mesra; Negara makmur aman sejahtera. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan kerana telah berjaya membentangkan sebuah dokumen yang amat penting untuk negara dan rakyat. RMKe-12 sememangnya merupakan pelan yang paling sukar dalam sejarah negara sehingga terpaksa ditangguhkan sebanyak empat kali susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara. Namun begitu, pendekatan kerajaan yang berhati-hati dan menimbang pelbagai aspek sebelum memutuskan suatu perkara wajar dipuji, hal ini sesuai dengan peribahasa, biar lambat, asalkan selamat. Menerusi RMKe-12, kerajaan dilihat begitu komited untuk menjana semula ekonomi negara bagi memastikan pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID-19 dengan memperkenalkan sebanyak 3 Tema, 4 Pemangkin Dasar, 14 Pemacu Perubahan, dan 9 Fokus Utama yang terkandung dalam RMKe-12 jelas menunjukkan tahap keseriusan kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan. Secara peribadi, saya berpuas hati segala pelan untuk jangka masa sederhana negara seperti yang termaktub dalam RMKe-12 kerana dilihat menyeluruh, komprehensif dan inklusif. Maka dengan ini, besarlah harapan saya untuk melihat Malaysia dapat bangkit semula menuju ke arah negara maju, melakar masa depan yang lebih cemerlang menjelang tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, masalah perumahan ‘generasi kedua’ FELDA telah lama membelenggu warga peneroka di seluruh negara. Hampir lapan tahun isu ini menjadi topik pendebatan dan perbualan dalam kalangan peneroka. Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memperkenalkan sebuah model pembangunan perumahan yang berdasarkan konsep bina sendiri telah memberikan nafas baru kepada peneroka. Di kesempatan ini juga, saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang sememangnya prihatin dengan permasalahan warga peneroka FELDA. Pada pendapat saya, pelaksanaan konsep sebegini ternyata lebih berkesan jika dibandingkan dengan projek perumahan generasi baru FELDA yang memerlukan suntikan subsidi tinggi daripada kerajaan dan seterusnya menjejaskan aliran kewangan FELDA. Soalan saya, berapakah sasaran bilangan rumah yang akan dibina menjelang penghujung RMKe-12? Berapakah bilangan warga peneroka yang dijangka akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan konsep bina sendiri ini? Bagaimanakah reka bentuk standard yang dimaksudkan oleh kerajaan? Berdasarkan maklum balas awal yang saya terima berhubung dengan insentif ini, rata-rata peneroka menyuarakan kebimbangan berhubung soal kelengkapan infrastruktur. Hal ini kerana kemudahan asas seperti jalan raya, sistem perparitan, elektrik dan air merupakan keperluan di sebuah kawasan perumahan. Oleh yang demikian, saya ingin mendapatkan penjelasan dan penerangan lanjut secara terperinci daripada kerajaan berhubung perkara ini. Seterusnya, saya juga ingin mendapatkan kepastian berkaitan status projek perumahan generasi baru FELDA yang masih lagi terbengkalai termasuk di kawasan Pengerang. Di kawasan saya sahaja terdapat lima projek, tiga projek yang masih terbengkalai, iaitu: Palong 8- 85 peratus; Palong 16- 55 peratus; dan Palong 12- 46 peratus. Total keseluruhan melibatkan 654 unit rumah di mana projek ini terbiar dan terbengkalai. Semakin tinggi kos yang bakal dilibatkan. Peribahasa Melayu menyebut kata, ‘Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan’. Justeru itu, saya berharap agar perkara ini diperhalusi dan dapat mencapai penyelesaian terbaik supaya nasib warga Peneroka FELDA ini di seluruh negara mendapat pembelaan yang menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, setelah 64 tahun negara mencapai kemerdekaan masalah kemiskinan masih lagi sinonim dengan kawasan luar bandar ditambah pula pandemik COVID-19 yang melanda negara telah merencatkan lagi usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan. Hal ini terbukti apabila Bank Dunia juga turut menganggarkan berlakunya peningkatan penduduk miskin tegar dunia dengan jumlah tambahan seramai 97 juta pada tahun 2020. Kemiskinan luar bandar di pengaruhi oleh jurang peluang pekerjaan yang terhad berbanding di bandar. Oleh itu, peluang dan ruang untuk penduduk di luar bandar menceburkan diri dalam bidang ekonomi masih rendah. Memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dilahirkan dan dibesarkan daripada keluarga penoreh getah serta amat memahami kesusahan penduduk di luar bandar, izinkan saya untuk menyuarakan isi hati pekebun kecil berkaitan dengan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Berdasarkan paras harga efektif ataupun harga lantai IPG semasa iaitu RM2.50 sekilo, pendapatan pekebun kecil adalah sebanyak RM1,187 sebulan dengan purata keluasan 1.9 hektar dan hasilnya sebanyak 3,000 kilo per hektar setahun. Sekiranya harga lantai IPG ditingkatkan kepada RM3 sekilo maka pendapatan pekebun kecil akan meningkat kepada RM1,425 sebulan. Peningkatan sebanyak RM238 sebulan ini bersamaan dengan 20.05 peratus. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan meningkatkan paras harga pengaktifan ataupun harga lantai IPG kepada RM3.50 sekilo supaya pendapatan pekebun kecil dapat ditingkatkan kepada RM1,663 sebulan. Peningkatan sebanyak RM476 sebulan ini bersamaan dengan 40.1 peratus. Peningkatan kadar IPG sebanyak RM1 melibatkan penambahan kewangan kerajaan sebanyak RM500 juta sahaja dengan mengambil kira pengeluaran negara

sebanyak 500 ribu metrik tan setahun. Saya fikir peningkatan ini wajar supaya pendapatan para pekebun kecil mendapat pembelaan dan seterusnya merapatkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2025, sistem pendidikan perlu melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi untuk memenuhi kehendak industri. Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan yang besar untuk melestarikan ekosistem pendidikan negara menerusi platform pendidikan digital.

Hal ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang fasih digital, berpotensi tinggi dan berinovasi bagi menggunakan teknologi digital pada masa yang akan datang. Oleh itu, Pelan Pendidikan Digital di peringkat sekolah dan pengajian tinggi perlu dipercepatkan bagi memastikan akses yang lebih meluas kepada pendidik yang berkualiti. Soalan saya, apakah status terkini pelaksanaan Pelan Pendidikan Digital dan bilakah ia akan dilaksanakan? Pandemik COVID-19 telah memperlihatkan satu gelombang besar dalam jurang digital yang wujud antara pelajar di bandar, kawasan bandar dan di luar bandar bagi tujuan pembelajaran atas talian. Permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar di kawasan luar bandar dan pedalaman amat kritikal. Antara isu ini berbangkit sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah iaitu PdPR ialah pencapaian internet dan ketiadaan peranti elektronik. Begitu juga dengan para guru, khususnya di luar bandar tidak dibekalkan dengan latihan dan kelengkapan berbagai-bagai peranti elektronik untuk melaksanakan dan merakamkan sesi sekolah secara maya. Pandemik COVID-19 juga telah menunjukkan kepada kita bahawa sistem pendidikan negara dan prasarana digital negara masih jauh ketinggalan. Saya difahamkan sehingga bulan Ogos 2021, sebanyak 94 peratus kawasan berpenduduk telah mendapat liputan 4G. Kelajuan perkhidmatan jalur lebar mudah alih telah mencapai 29.1 megabits per second. Soalan saya, di manakah kawasan yang masih belum mendapat liputan 4G? Adakah kawasan Jempol tergolong dalam enam peratus kawasan yang masih belum mendapat liputan tersebut? Saranan saya, kerajaan harus berpandangan jauh dan merancang untuk mengusahakan kaedah pembelajaran secara atas talian dengan lebih jelas dan lebih serius agar dapat dipraktikkan dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, saya juga berharap jurang digital ini berkurangan menjelang separuh penggal RMKe-12. Fasiliti kesihatan. Pandemik COVID-19 telah menguji sistem kesihatan negara yang tersedia ada. Peningkatan jangkitan gejala yang serius sebelum ini telah meletakkan hospital awam dalam situasi yang hampir lumpuh. Mengambil kira iktibar daripada perkara ini, saya ingin berterima kasih kepada kerajaan yang begitu komited untuk memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan demi memastikan rakyat kekal sihat dan produktif. Keputusan ini dibuat oleh kerajaan mengehadkan pelaksanaan projek pembangunan adalah bertepatan dengan keperluan semasa untuk berfokus kepada melindungi nyawa dan kehidupan rakyat. Sesungguhnya, rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk mencari solusi terbaik menerusi RMKe-12, lebih-lebih lagi apabila kerajaan memasuki fasa endemik yang menjalani kehidupan bersama COVID-19. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, kerajaan perlu mengambil kira penyakit-penyakit lain dan memberi perhatian kepada hospital yang sedia ada. Di Hospital Jempol misalnya, terdapat sekitar 130 ribu orang penduduk. Namun, perkhidmatan kesihatan di sini masih membimbangkan akibat kekurangan fasiliti-fasiliti khidmat kesihatan. Ramai dalam kalangan penduduk terpaksa menuju ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Seremban kerana ketiadaan perkhidmatan pakar di Jempol. Perkara ini sudah tentulah membebankan masyarakat setempat kerana terpaksa ke hospital di Seremban dengan masa, wang ringgit dan juga keadaan yang terpaksa berbelanja dengan masa dan sebagainya. Saya amat berharap agar kerajaan dapat menaiktarafkan fasiliti dan menambah baik khidmat kesihatan yang sedia ada di Hospital Jempol demi kebaikan masyarakat setempat.

Antara perkhidmatan kesihatan yang perlu diberi perhatian ialah perkhidmatan: (i) kecemasan dan trauma; (ii) perubatan medikal; (iii) kepakaran mata; (iv) kepakaran ortopedik; (v) kepakaran bedah am; (vi) kepakaran psikiatri; (vii) kepakaran obstretics and gynaecology (O&G); dan juga (viii) pesakit kulit. Menerusi penambahbaikan fasiliti dan khidmat kesihatan hospital sedia ada, ia akan mampu melihat hospital, merapatkan jurang perbezaan fasiliti kesihatan antara bandar dan juga luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, saya juga tertarik atas RMKe-12 ini dalam soal bagaimanakah sumber kerajaan yang begitu dikekangi dalam masalah kita kekurangan sumber. Ini terdapat kerana dahulunya kita membatalkan goods and services tax (GST). Apabila GST telah pun dibatalkan, maknanya hasil negara juga berkurangan. Inilah kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dulu yang hendak menghapuskan cukai GST dan akhirnya kita juga menerima masalah yang begitu berat untuk membangunkan negara. Tambahan lagi, dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Jadi, itu sahaja daripada saya. Sekian, Jempol mohon menyokong. Terima kasih.

Terima kasih. Yang Berhormat Mas Gading.

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sekejap ya. Selepas ini, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kalabakan. Silakan.

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Terima kasih sekali lagi.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Parit Buntar. Kalau ikut list, selepas Yang Berhormat Mas Gading, sebelah sana, kemudian Parit Buntar.

Sekejap ya.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Itu list yang ada dekat kami.

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Okey?

Tidak apa. Sekejap...

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Kalau dulunya RMKe-10 dijajarkan atas semangat 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. RMKe-11 pula yang kekal dengan Dasar Transformasi Nasional seirama dengan RMKe-10 juga menekankan semangat kebersamaan seperti 1Malaysia. RMKe-12 kali ini pula dijajarkan atas semangat Keluarga Malaysia, kedengaran lebih mesra, lebih menyentuh hati tetapi adakah realitinya nanti pasti? Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada hari ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob kerana telah termeterainya persetujuan atau MoU antara kerajaan dan pembangkang yang menunjukkan kedua-dua belah pihak betul-betul telah mengutamakan rakyat dalam kemelut COVID-19 selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Tahniah kepada semua. Dalam ucapan bahas kesemua Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak, jelas ada nada kecewa. Dari dulu hingga sekarang, Dewan yang mulia ini diberitahu, diminta dan dirayu agar pembangunan di Sabah dan Sarawak diberikan keutamaan kerana sudah jauh

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

ketinggalan. Alasan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan taburan penduduk yang rendah, bukan lagi alasan untuk menghalang pembangunan di Sabah dan Sarawak. Kalau di Semenanjung ini, jalan rayanya, highwaynya bertingkat-tingkat. Di Sarawak, baru hendak ada highway. Itu pun belum siap sepenuhnya. Dua puluh tahun dahulu, bukan highway tetapi jaringan jalan raya yang baik ke seluruh kawasan pedalaman yang diperlukan. Jaringan jalan raya serta pengangkutan yang baik, pasti mampu melonjakkan pembangunan ekonomi serta sosial penduduk di pedalaman atau luar bandar Sarawak, terutamanya dalam sektor pelancongan dan pertanian. Kalau usaha ini dilakukan 20 tahun atau 30 tahun yang lepas, seiring dan sejalan dengan Semenanjung Malaysia, saya yakin Sabah dan Sarawak juga boleh maju setaraf dengan Semenanjung Malaysia. Jadi, dalam fokus ketujuh, saya berharap realitinya nanti pasti. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya, ada menyebut penyediaan infrastruktur akan diperluaskan dengan membina jambatan dan menaiktarafkan 1,400 kilometer jalan berturap luar bandar. Oleh itu, saya minta Jambatan Selampit yang telah dijanjikan dalam enam kali pilihan raya, akan dilaksanakan dengan segera. Berapa kali pilihan raya kah diperlukan? Berapa kali kah perlu disebut di dalam Dewan yang mulia ini untuk membolehkan jambatan ini dibina? Dari RM500 ribu, naik ke RM10 juta, selepas itu kononnya hendak diangkat ke RM30 juta. Akhirnya, khabar angin kus-kus yang saya dengar, balik turun semula ke RM10 juta. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, projek ini bukan sahaja melibatkan projek jambatan semata-mata, namun turut membabitkan pembinaan jalan ke Kampung Kendaie yang mana antara kampung masih lagi tidak menerima jaringan jalan raya yang berturap sehingga hari ini. Diharapkan pihak kerajaan memberi perhatian kepada permohonan ini. Sekiranya berlaku kes kematian, bukan senang hendak bawa keranda ataupun jenazah menggunakan sampan menyeberangi sungai. Belum lagi keselamatan anak-anak untuk ke sekolah dan penduduk terutamanya ketika hujan lebat ataupun ketika beroperasi pada waktu malam. Selain itu, dengan adanya kemudahan ini, dapat meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk setempat yang rata-ratanya merupakan golongan petani. Jadi, adakah saya sebagai wakil rakyat di kawasan Parlimen Mas Gading, perlu kemukakan masalah ini dalam Soal Jawab Lisan setiap kali Mesyuarat Dewan Rakyat diadakan atau adakah saya perlu sebut dalam setiap kali ucapan bahas untuk tarik perhatian kementerian dan menyedapkan hati rakyat di kawasan saya semata-mata? Ini disebabkan nanti jawapan yang diberikan tetap sama dan yang lucunya nanti, tiga kali tukar Yang Berhormat Menteri, jawapan yang diberikan tetap sama. Sampaikan Yang Berhormat Menteri sendiri tidak sedar, dia mengulangi jawapan Yang Berhormat Menteri dari kerajaan-kerajaan yang sebelum ini.

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

Saya yakin Yang Berhormat sekalian yang ada di sini sedar akan situasi ini. Jawapan Yang Berhormat Menteri kebanyakannya berulang-ulang. Tuan Yang di-Pertua, isu di sini bukan sahaja bilakah Jambatan Kampung Selampit boleh dilaksanakan, dimulakan, disiapkan dan digunakan. Akan tetapi di manakah keberkesanannya Dewan yang mulia ini dan keberkesanan Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan ini. Jika kekerapan perkataan ataupun kata kunci bagi satu masalah seperti luar bandar dalam Hansard menjadikan pengukur prestasi Ahli Parlimen, saya rasa ini perlu dikaji semula. Jadi, penggunaan dasar Keluarga Malaysia, bukan sahaja lebih mesra, malah lebih dekat di hati setiap rakyat Malaysia. Maka dengan itu, lebih tinggilah harapan rakyat di luar sana terutama di Sabah dan Sarawak dan juga di Mas Gading. Di Mas Gading dan Puncak Borneo, harapan mereka sangat tinggi untuk melihat naik taraf hospital Daerah Bau. Selain itu, besar juga harapan saya dalam memastikan keselesaan penduduk di kawasan Mas Gading dengan melihat kerja-kerja pembinaan baru bagi kemudahan asas di Hospital Daerah Bau. Antara pelan yang telah dirancang dan telah dibincangkan ketika sesi lawatan bekas Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2019, adalah untuk

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

membina dewan serba guna bagi aktiviti pihak hospital dan menurap kawasan parking, tempat letak kereta untuk Hospital Daerah Bau. Dengan adanya dewan serba guna ini, diharapkan pihak hospital dapat menikmati ruangan yang lebih selesa ketika mengadakan aktiviti bersama dengan komuniti. Hal ini bagi memastikan tiada gangguan ke atas keselesaan pesakit-pesakit di hospital tersebut. Selain itu, kemudahan tempat letak kenderaan staf mahupun pelawat seharusnya disegerakan. Hal ini kerana keadaan yang sempit, ada kalanya menyukarkan ambulans untuk bergerak dengan keadaan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan yang mana secara tidak langsung mengganggu perjalanan trafik di dalam dan di luar kawasan hospital. Selain itu, kemudahan dalam wad perlu dinaiktarafkan dengan penambahan ruangan wad dan katil termasuk dengan kemudahan seperti kipas siling, yang boleh dikatakan hospital ini merupakan antara hospital yang perlu menampung jumlah penduduk yang sangat tinggi dan padat dalam wad rawatan seharian. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang jaringan perkhidmatan internet. Penambahbaikan ini perlu bagi memastikan anak-anak di kawasan Mas Gading mahupun penduduk di kawasan Mas Gading tidak terlepas daripada menikmati jaringan telekomunikasi berkelajuan tinggi. Bila kita sebut 4G di semua kawasan, rasanya banyak lagi tempat di kawasan saya belum lagi menikmati kemudahan 4G ini. Jaringan 4G ada kalanya H+ dan emergency call terpampang di telefon. Ini adalah kemudahan asas yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk disediakan. Di pihak saya, saya sering menerima aduan berkenaan tentang permasalahan pembelajaran yang dihadapi oleh anak-anak ketika PdPR. Sudahlah tiada gajet lengkap, tambah lagi dengan masalah jaringan internet yang putus-putus dan tidak membantu dalam pembelajaran mereka. Belum lagi sekiranya berlaku perkara kecemasan lain, contohnya seperti berita kematian mahupun bencana alam. Perkara ini nampak remeh namun ketahuilah ia mengganggu urusan seharian rakyat di kawasan di luar bandar terutamanya. Ditambah lagi dengan pandemik COVID- 19 yang melanda negara, melanda seluruh dunia, jadi jaringan ini sangat diperlukan, bukan sahaja bagi pendidikan malah melibatkan urusan seperti perniagaan, kerajaan dan perhubungan sosial mahupun rasmi contohnya. Seterusnya adalah Jalan Bau–Kuching lama. Jalan ini merupakan jalan yang perlu diberi perhatian memandangkan isu jalan ini telah mengambil masa terlalu lama, dari dulu sampai sekarang tidak ada naik taraf yang dilakukan. Antara keperluan lain adalah pemasangan lampu jalan, selain melebarkan jalan yang sedia ada. Seterusnya adalah isu sosial iaitu isu kewarganegaraan. Masih lagi banyak kes warganegara yang masih tertangguh yang tidak diselesaikan. Jadi pihak kami menuntut agar pihak kerajaan melalui kementerian, mempermudah urusan permohonan kewarganegaraan ini. Perkara ini bukan isu baru malah Yang Berhormat lain juga turut menyebut masalah yang sama dan ditambahkan lagi dengan kedudukan yang terletak di sempadan, sememangnya ramai penduduk di kawasan Mas Gading berkahwin dengan penduduk di seberang. Antara isu yang terjejas disebabkan masalah kondisi ini adalah anak-anak ini mengalami masalah pendaftaran sekolah, sukar mendapatkan pekerjaan, selepas itu terlepas daripada bantuan kerajaan yang mana disebabkan oleh ketiadaan dokumen lengkap. Ketiadaan identiti ini sememangnya mimpi ngeri yang mana turut menyumbang kepada masalah sosial yang lain. Seterusnya, masalah biasa untuk kawasan di luar bandar. Paip dan bekalan air terawat. Sampai bila-bila pun masalah ini belum juga selesai. Sampai hari ini, masalah ini masih diungkit dalam Dewan yang mulia ini. Masalah besar yang dihadapi oleh penduduk terutama ketika musim kemarau, kebanyakan kawasan terjejas. Contohnya, di kawasan saya di Kampung Sebandi Ulu, Kampung Sebandi Hilir, Kampung Bukit Papan yang tiada sumber air. Hanya bergantung pada khas air sungai yang tercemar. Pemberian tong 1Malaysia, even tong GPS tidak dapat menyelesaikan

Tuan Mordi anak BimolDAP · PHMas Gading

masalah ini jika tidak ada sumber tadahan. Jadi, projek ataupun bekalan air terawat perlu disegerakan. Penambahbaikan ataupun baik pulih rumah ibadat. Tidak dinafikan kewujudan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) dalam urusan berkaitan menguruskan rumah ibadat bukan Islam di Sarawak. Namun ada antaranya mengambil masa yang terlalu lama untuk kelulusan dengan peruntukan yang terhad. Jadi sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan dapat memberikan bantuan semula, peruntukan kepada setiap Ahli Parlimen bagi setiap kawasan, mungkin pihak kami dapat membantu dari segi projek kecil, contohnya baik pulih kerosakan kecil ataupun penyediaan kemudahan bagi keselesaan beribadat. Contohnya naik taraf bangunan ataupun kelengkapan untuk rumah ibadat. Okey, sekian sahaja daripada saya. Saya menyokong RMKe-12.

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Pendek masa. Selepas ini saya jemput Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Parit Buntar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan membaca satu petikan ayat Al-Quran Al-Karim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu serta apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah- belah tentangnya”. Surah Asy-Syura ayat 13. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 yang menggariskan objektif Keluarga Malaysia- Makmur, Inklusif, Mampan pada masa hadapan adalah bertepatan dengan maqasid syariah yang juga bertepatan dengan tema memperkukuhkan keselamatan, kesejahteraan dan inclusivity. Pembinaan negara bangsa, ia digariskan oleh maqasid syariah iaitu dalam dua konsep. Pertama, konsep membina dalam hal pendidikan untuk membangun rakyat yang berakhlak mulia, berintegriti dan senantiasa bersatu padu. Dalam masa yang sama konsep banteras iaitu menghalang segala perkara yang merosakkan di kalangan rakyat melalui undang-undang dan peraturan termasuklah industri-industri dosa yang masih berada dalam negara kita sama ada judi, ketagihan alkohol, budaya rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya. Maka konsep maqasid syariah iaitu menjaga agama, harta, keturunan, jiwa dan akal adalah salah satu perkara yang perlu diambil berat di dalam merangka dan mengerakkan RMKe-12 ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya meneruskan perbahasan tentang tema satu iaitu ‘Menjana Semua Ekonomi’ dalam hala tuju mengembalikan semula momentum pertumbuhan yang saya akan sentuh iaitu berkaitan dengan sekuriti makanan negara iaitu berkaitan dengan industri padi. Beberapa langkah yang telah dilakukan oleh Kementerian Pertanian termasuklah Program SMART berskala besar atau penanaman padi skala besar (PPSB) yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi dan sekuriti makanan adalah melalui kaedah pengurusan tanaman berskala besar ini, ia dapat mengatasi isu semasa iaitu industri yang ketika ini peladang yang berusia tua, saiz ladang yang tidak economic dan kekurangan penglibatan golongan muda. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah melantik 17 syarikat peneraju yang akan terlibat dalam pelaksanaan projek ini. Pendekatan MAFI ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk mempertahankan sekuriti makanan negara apabila telah melibatkan pihak swasta dalam industri ini. Adalah diharapkan agar penggemblengan usaha pelbagai pihak ini dapat membantu meningkatkan tahap sara diri atau SSL negara. Walau bagaimanapun, antara pertimbangan yang boleh diambil kira atau ditambah nilai adalah seperti melibatkan

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebagai syarikat peneraju yang sama-sama bersaing dengan syarikat sedia ada.

Langkah ini dapat membantu membina persaingan sihat (PPK) dengan syarikat- syarikat swasta dan GLC terkemuka yang menyertai program ini. Perlu juga diingatkan keuntungan yang diperoleh oleh PPK akhirnya dapat dikembalikan kepada ahli peladang dalam bentuk dividen. Kedua, dalam sekuriti makanan ini iaitu peningkatan kecekapan pengurusan air serta kepadatan infrastruktur. Kepadatan infrastruktur pertanian, khususnya di kawasan jelapang padi di Kedah atau Dataran Muda adalah terendah berbanding jelapang padi yang lain. Bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran negara, kerajaan telah meluluskan Projek Pemacu Pertanian bermula pada tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 sehingga kini Rolling Plan Pertama hingga ke RMKe-12. Adalah diharapkan agar pihak kerajaan dapat memperuntukkan kewangan yang cukup bagi meneruskan agenda pembangunan infrastruktur ini sehingga keseluruhan blok pengairan dilengkapi dengan Sistem Pengairan Tersier yang lebih cekap. Ketiga iaitu mekanisme dan automasi pertanian selari dengan IR4.0. Komponen mekanisme dan automasi penting dan bertindak sebagai support system dengan izin, kepada industri tanaman padi negara. Komponen ini mewakili aspek teknologi kejenteraan, teknologi atasi kehilangan hasil lepas tuai, Internet of Things dengan izin, teknologi GIS serta robotik dan sebagainya. Dalam usaha ini, dalam meningkatkan aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dalam sektor pertanian, saya mencadangkan untuk pihak kementerian menubuhkan centre of excellence (RICE) bagi bertujuan mewujudkan kerjasama pintar antara GLC, pihak swasta, pihak universiti-universiti, agensi-agensi yang di bawah kementerian termasuklah pertubuhan-pertubuhan peladang yang diterajui bersama bagi menyelia, menjamin sekuriti makanan beras negara serta bebas kebergantungan kepada beras import. Dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) industri bagi tempoh 2021 hingga 2025 boleh disalurkan melalui penubuhan RICE ini bagi membuat kajian berkenaan pengeluaran benih yang berkualiti, kebolehan tanah, penggunaan baja kimia dan organik, penggunaan racun yang mesra alam, penggunaan teknologi pintar dan lain-lain. Seterusnya yang keempat iaitu memperluaskan kawasan jelapang padi. Bagi tempoh semasa pembangunan domestik, di sesebuah kawasan tidak dapat dielakkan bagi memenuhi keperluan sosioekonomi dan pertambahan penduduk. Dalam keadaan ini, tanah-tanah pertanian tidak dapat dielakkan untuk dibangunkan dengan perumahan dan juga industri setempat. Sebagai contoh di kawasan Muda, sejumlah 8,389 hektar tanah pertanian telah diubah syarat berdasarkan permohonan ubah syarat yang diterima. Pihak berwajib perlu mengambil pendekatan bagi menggantikan tanah pertanian yang hilang ini dengan memperluaskan kawasan-kawasan berpotensi di luar jelapang padi untuk dijadikan sebahagian kawasan dalam skim jelapang. Kajian kemungkinan perlu dibuat bagi menilai potensi kawasan-kawasan yang terpilih. Seterusnya dalam tema melonjakkan kemampanan, iaitu mempercepat pertumbuhan hijau untuk kemampanan dan daya tahan, saya ingin membangkitkan mengenai isu perubahan iklim dan memenuhi keperluan sumber air baharu. Khususnya dalam tanaman padi, ia sangat berkait rapat dengan keperluan air dan juga perubahan iklim yang akan mempengaruhi hasil dan pengeluaran padi. Dengan ketidaktentuan perubahan iklim pada masa kini, sektor pertanian dan domestik berhadapan dengan risiko kegagalan operasi apabila berlakunya bencana alam seperti kemarau, turunan hujan yang tinggi dan sebagainya. Justeru sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelia jelapang padi terbesar di negara, isu keselamatan empangan sangat dititikberatkan. Kerja-kerja penyelenggaraan bagi komponen mekanikal dan elektrikal serta sivil di empangan perlu diberi perhatian yang sewajarnya daripada segi penyaluran peruntukan yang diperlukan

oleh agensi yang bertanggungjawab. Di samping menyelenggarakan sumber air sedia ada, keperluan untuk penerokaan sumber air baharu seperti cost reservoir dengan izin, dan juga underground dam perlu mula diberi perhatian. Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dalam penambahbaikan urus tadbir air, saya bangkitkan dalam isu di negeri Kedah masalah air terawat yang tidak terhasil dengan izin, non-revenue water (NRW) merupakan satu masalah yang dianggap serius hingga dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 sendiri, peratusan NRW yang tinggi iaitu pada kadar 46.7 peratus disenaraikan sebagai salah satu daripada enam cabaran utama pembangunan negeri Kedah. Seterusnya saya ingin membangkitkan berkaitan dengan tema kedua Memperkukuhkan Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti iaitu mempercepatkan penerima gunaan teknologi dan inovasi. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) Military Expenditure Database yang diterbitkan pada April 2021, kita melihat Amerika Syarikat telah berbelanja sekitar USD78 bilion bersamaan RM3.6 trilion iaitu satu jumlah yang besar kerana hampir menyamai peruntukan oleh 11 negara yang lain seperti China, India, Rusia, United Kingdom, Saudi Arabia dan lain-lain kuasa besar. Jika dibandingkan dengan peruntukan dan perbelanjaan pertahanan kita di dalam RMKe-11, kita melihat sebanyak 11 peratus daripada RM248.5 bilion iaitu sekitar RM27.34 bilion telah dibelanjakan bagi sektor keselamatan dan pertahanan. Jumlah ini masih sedikit jika dibandingkan dengan peruntukan bagi sektor pertahanan dari negara luar meskipun mereka tidak berada dalam konflik peperangan yang berterusan. Kegusaran konflik di Laut China Selatan seperti pencerobohan kapal-kapal asing secara terang dan bersembunyi telah mengganggu-gugat kedaulatan tanah air. Sebagai contoh pada Jun 2021, kapal pengawal pantai China dikesan berada berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak iaitu kawasan yang terlibat dalam pertikaian tuntutan oleh negara itu dan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh the Borneo Post. Kapal pengawal pantai itu memasuki perairan Malaysia pada 4 Jun kira-kira 84 batu nautika dari Pantai Miri. Terkini, kapal China memasuki perairan kita tidak sampai 24 jam selepas kita membuat latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Operasi gali minyak, aktiviti perikanan di laut dalam banyak terganggu disebabkan pencerobohan ini, sekali gus memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu penambahan aset ketenteraan dilihat sebagai suatu perkara penting bagi membolehkan pemantauan oleh pihak ATM yang kerap dan teratur, meningkatkan keupayaan dan keyakinan bagi mereka mempertahankan sesuatu kawasan. Selain itu program kapal tempur littoral (LCS) yang perlu segera diselesaikan. Program itu yang sepatutnya sudah menghasilkan sebuah kapal siap dan diterima pada April 2019 dengan baki kapal disiapkan dan diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia setiap enam bulan selepas itu. Menteri Pertahanan yang lepas, iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika ini telah mengesahkan bahawa walaupun RM6 bilion telah dibayar kapal pertama dalam program ini hanya 59.79 peratus siap. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, pembuat dasar dan polisi pertahanan wajib belajar daripada sejarah dan pakar-pakar geopolitik kerana perlumbaan persenjataan, pembuatan senjata dan aset pertahanan semakin pantas pada ketika ini. Seterusnya sebagai menggulung perbahasan saya, saya ingin membangkitkan beberapa projek yang perlu disiapkan dalam RMKe-12, khususnya di Daerah Sik ini. Projek MRSM Ulul Albab, Jeneri, Sik yang telah pun dicadangkan pada RMKe-11 yang lalu masih belum dilaksanakan pada ketika ini dan diharapkan projek ini dapat dimulai dan dapat digunakan ataupun dapat dipenuhi hasrat untuk meluaskan pendidikan kepada anak-anak di Daerah Sik. Begitu juga projek yang kedua, berkaitan dengan satu projek besar yang dinamakan Projek Jeniang Transfer ataupun Projek Terusan Pemindah yang melibatkan Daerah Sik, Pendang dan Kuala Muda iaitu satu empangan untuk menyalurkan air kepada kawasan pengairan, kawasan-kawasan sawah di Daerah Pendang dan projek ini

terbengkalai. Hanya dapat disiapkan dalam fasa pertama dan saya mohon untuk pihak kementerian melihat bagi dilaksanakan dengan sepenuhnya dalam RMKe-12 ini. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi berkaitan dengan menaikkan taraf hidup para penoreh getah bagi kerajaan menilai dan menaikkan harga lantai insentif pengeluaran getah (IPG) daripada RM2.50 kepada RM3 dalam usaha untuk membantu penoreh-penoreh getah yang terkesan akibat ketidakstabilan harga getah dan juga akibat pandemik yang juga terkesan di kalangan para penoreh ini. Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Seterusnya dalam masa sejam ini, saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut akan dapat berbahas. Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Johor Bahru dan Yang Berhormat Sandakan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Pokok Sena terpaksa kita ambil esok, maaf. Dipersilakan Yang Berhormat Kalabakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai pembuka kata dalam perbahasan, saya ingin mengajukan pertanyaan sama ada masih ada ruang dan peluang untuk penambahan atau permintaan cadangan atau semua pelan-pelan yang disenaraikan sudah dimuktamadkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk lima tahun ke depan. Isu pertama yang saya ingin utarakan adalah usaha-usaha dan perancangan jitu kerajaan ke arah ekonomi digital dan pembangunan infrastruktur digital dan meningkatkan produktiviti sektor awam dan swasta dalam pentadbiran dan ekonomi negara dapat mencapai status negara berpendapatan tinggi sebelum Rancangan Malaysia Kedua Belas berakhir. Keupayaan perniagaan dalam memahami dan mendalami pembangunan digitalisasi dan teknologi akan menjayakan keberkesanan perniagaan dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Perniagaan juga diperlukan mengkaji semua model operasi dan mencari peluang-peluang melalui digitalisasi dan terus memantapkan dan memacu adaptasi pendigitalan dan meningkatkan ketahanan dan meningkat naik proses perniagaan. Penggalakan harus terus diberi kepada pemain industri untuk terus mengambil peluang dalam krisis yang berlaku sekarang dengan melaksanakan inovasi dengan norma perniagaan baru. Krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku sekarang adalah peluang bagi industri untuk mengadaptasi Revolusi Industri 4.0 dan menaik taraf rantaian nilai demi mencapai nilai tambah yang tinggi. Penggunaan teknologi juga akan membuka peluang-peluang kepada pekerja untuk meningkatkan keupayaan dan skil untuk membolehkan mereka menggunakan teknologi dengan lebih baik. Dalam jangka masa seterusnya ke hadapan, negara kita akan berhasil untuk menangani ketidakpadanan buruh atau labour mismatch issue dengan mencipta pekerjaan yang memerlukan kepakaran tertentu. Krisis pandemik wabak COVID-19 juga harus diguna sebagai tempoh peralihan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerjaan yang hanya memerlukan kepakaran sederhana dan rendah. Walau apa pun fokus kerajaan adalah dituntut untuk mengembalikan peluang-peluang dan penciptaan kerja untuk rakyat Malaysia pasca pandemik COVID-19. Perkara kedua yang saya ingin sentuh dalam perbahasan saya adalah mengenai pengurusan FELDA terkini yang bercadang untuk mengambil semula tanah yang dipajak kepada FELDA Global Ventures Holding Berhad. Apakah faktor-faktor seperti model

pembangunan lestari dengan mengambil kira faktor kesejahteraan peneroka dan generasi kedua anak peneroka? Seperti umum mengetahui, FGV telah mencatatkan kerugian sebanyak RM815 juta pada tahun 2018 dan dapat mengurangkan kerugian operasi kepada sejumlah RM194 juta pada tahun 2019. Penglibatan FELDA di Sabah bermula pada tahun 1979 apabila Kerajaan Negeri Sabah pada masa tersebut telah memberi kebenaran untuk memajukan 209,393 hektar tanah milik negeri Sabah di kawasan-kawasan Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau, Nabawan dan Keningau. Hanya 124,390 hektar yang telah dimajukan sebagai perladangan kelapa sawit yang dibahagikan kepada FELDA Sahabat Lahad Datu sebanyak 106,760 hektar, Gugusan FELDA Ubas di Daerah Kalabakan sebanyak 8,898 hektar dan FELDA Kalabakan juga di dalam Daerah Kalabakan seluas 8,731. Hanya seramai 1,647 peneroka warga Sabah telah didaftarkan mendapat 14 ekar untuk sekeluarga menjadikan jumlah peruntukan tanah pertanian kepada peneroka warga Sabah pada hanya 9,607 hektar sejak tahun 1990 bilamana kerajaan menukar polisi pengoperasian FELDA yang telah menghentikan aktiviti merekrut peneroka-peneroka baru dan gagal memenuhi persetujuan asal seperti yang dijanjikan pada awal penglibatan FELDA di Sabah untuk memperuntukkan 40,000 hektar kepada peneroka warga Sabah. Jika usaha pengambilan semula hak tanah FELDA berjaya dilaksanakan melalui penguasaan saham FELDA dalam FGV dalam masa terdekat, warga Sabah memohon agar FELDA dapat memenuhi janji asal atau janji awal untuk terus merekrut peneroka- peneroka baru yang lebih ramai dengan peruntukan untuk tanah ditukar dari ladang komersial milik FELDA sekarang kepada lot-lot pertanian sawit peneroka pada kadar sekurang-kurangnya 15,000 hektar tambahan dalam tempoh RMKe-12. Pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan. Dalam usaha ini, kita juga boleh menurunkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk Sabah. FELDA juga harus dimestikan untuk mewujudkan lebih banyak industri hiliran berasaskan kelapa sawit di Sabah dan mula berusaha untuk memasarkan dan mengeksport produk-produk akhir berasaskan sawit kepada pasaran-pasaran yang luas di negara-negara jiran yang berdekatan dengan negeri Sabah. Sabah juga mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang baik dan lengkap untuk diguna pakai dalam proses pengeksportan pengeluaran barangan. Rakyat Sabah sudah tentu ingin melihat agar negeri Sabah bukan hanya dijadikan kawasan penanaman kelapa sawit tetapi juga kawasan industri hiliran pemprosesan dan pembuatan produk hasil dari tanaman komersial yang diusahakan di Sabah. Sudah tentu jika perindustrian diwujudkan, peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan dengan lebih banyak di Sabah. Aktiviti industri hiliran sawit juga sudah terbukti boleh dijayakan bila FELDA juga ada kesungguhan dan niat yang baik untuk warga Sabah seperti yang dilakukan oleh Benta Wawasan Sdn. Bhd. dan beberapa syarikat perladangan milik kerajaan negeri yang mengeluarkan produk akhir sawit berjenama Minyak Masak BESS, Edible Oil dan GOLD yang diusahakan perwujudannya oleh kerajaan negeri di bawah Parti Warisan. Usaha ini dapat mencipta pekerjaan untuk anak- anak Sabah. Dalam buku RMKe-12 yang diedarkan, dinyatakan jaringan hubungan pengangkutan Sabah dan Sarawak dan Kalimantan akan dinaiktarafkan. Usaha ini adalah termasuk pembinaan sambungan jalan di antara Serudong di Kalabakan dan Simanggaris di Kalimantan. Untuk menyokong ekonomi di antara kedua pihak, antara Serudong dan Simanggaris, fasiliti kompleks ICQS juga akan dibangunkan. Saya ada mendengar jawapan bertulis dalam penggulungan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dalam perbahasan titah diraja terhadap cadangan pembangunan yang sama menyatakan adalah telah diputuskan oleh Kementerian Kewangan pada Jun 2020 untuk tidak meneruskan semua inisiatif yang diluluskan dalam Belanjawan 2020 yang mana ada menyenaraikan kelulusan sejumlah RM600 juta untuk cadangan projek Lebuhraya Trans Borneo dan Kompleks ICQS tersebut.

Juga dinyatakan dalam jawapan tersebut, Kementerian Kerja Raya mendapati tiada permohonan daripada Kerajaan Negeri Sabah di dalam Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Kedua Belas. Oleh yang demikian, kita sebagai warga Sabah ingin sekali menuntut satu komitmen yang ikhlas dan jujur dari Kerajaan Persekutuan atas apa sahaja yang dicadang dan dinyatakan dalam pelan-pelan pembangunan yang telah diluluskan. Kita sudah terlampau lama menunggu akan janji-janji pelaksanaan projek-projek infra di Sabah. Berbagai-bagai projek dari kecil, sederhana dan besar sudah diluluskan untuk hanya menjadi penyedap telinga orang Sabah terutamanya warga Kalabakan. Projek Klinik Kesihatan (Jenis 6) di Pulau Sebatik sudah diluluskan dalam RMKe- 11 yang sangat-sangat diperlukan oleh masyarakat Pulau Sebatik tetapi belum pun dimulakan pembinaannya. Projek dam atau takungan air di Gudang Ampat, Tawau yang sudah empat tahun diluluskan bagi tujuan tebatan banjir dan pembekalan air kepada loji- loji sedia ada yang lebih konsisten untuk penduduk-penduduk luar bandar kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan juga masih tergendala dan terbantut. Sebuah jeti konkrit yang panjang ke laut untuk penumpang dan barangan kegunaan feri dan bot-bot yang berulang alik dari Pulau Sebatik ke Pelabuhan Tawau harus diutamakan pembinaannya bagi menggantikan jeti kayu yang sudah usang dan kurang selamat untuk digunakan dan menyebabkan bot atau feri tidak boleh berlabuh dengan selesa ketika air surut. Jalan-jalan yang menyambungkan kampung-kampung di Sungai Melayu ke Kampung Bergosong di Pulau Sebatik juga harus disegerakan pembinaannya. Jika jalan ini tidak dibina dengan segera, anak-anak sekolah yang tinggal di beberapa kampung dari Kampung Sungai Melayu hingga Kampung Bergosong tidak dapat bersekolah. Hanya satu sahaja sekolah menengah yang terdapat di Pulau Sebatik iaitu SMK Wallace Bay.

Sekolah-sekolah baru juga harus dibina di kawasan Parlimen Kalabakan. SMK Kalabakan memerlukan sekolah baru yang mempunyai kemudahan asrama harian untuk menggantikan sekolah yang ada sekarang yang sangat usang, serba kekurangan dan daif. Sebuah sekolah rendah harus diwujudkan di kawasan Ladang Benta Wawasan Sendirian Berhad yang dihuni oleh ramai anak-anak sekecil Darjah 1 yang harus keluar berpuluh-puluh kilometer untuk bersekolah di SK Umas dan SK Barantian. Sebuah sekolah rendah harus juga diwujudkan di Kampung Serudung Laut. Sebuah penempatan pedalaman Kalabakan yang tidak pernah mendapat apa-apa kemudahan seperti elektrik, air, klinik desa walaupun sudah wujud lebih 40 tahun dan mempunyai kadar penduduk yang tinggi, yang bergiat dalam pertanian dan perikanan. Hospital baru yang lengkap harus diusahakan oleh kerajaan untuk diwujudkan di pekan Kalabakan menggantikan klinik kesihatan yang sedia ada, yang daif dan kurang lengkap. Pesakit-pesakit tenat dan kritikal selalunya akan dihantar ke Hospital Tawau untuk dirawat dan jangka masa penghantaran pesakit memakan masa lebih daripada satu jam setengah. Penyaluran dan distribusi tenaga elektrik di Sabah juga tidak dilaksanakan dengan baik walaupun syarikat pembekalan elektrik Sabah telah lama diurus tadbir dan dikuasai oleh Sabah Electricity Sendirian Berhad, anak syarikat TNB. Projek naik taraf talian penghantaran grid timur barat Sabah harus dipercepatkan. Kerja-kerja Projek Talian Southern Link yang sudah pasti juga meliputi Daerah Kalabakan harus disegerakan. Haruslah diingat bahawa Sabah adalah penyumbang terbesar dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia. Selaras dengan itu, masalah-masalah infrastruktur asas yang sangat diperlukan oleh rakyat Sabah dalam membina perekonomian dan kesejahteraan masyarakat harus diutamakan dalam pelan-pelan pembangunan perancangan pembangunan negara ini. Rancangan Malaysia Pertama telah diperkenalkan untuk menyelesaikan isu-isu dan cabaran yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan ekonomi dan masalah sosial pada ketika itu. Untuk umum mengetahui, polisi-polisi yang dirancang dan dilaksanakan tidak sepenuhnya dapat menyelesaikan semua cabaran sosioekonomi dalam tempoh yang

ditetapkan. Permasalahan yang dihadapi tersebut telah memaksa kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru mulai tahun 1971 hingga 1990 yang telah diformulasikan dengan tujuan utama untuk mencapai perpaduan nasional melalui dua strategi iaitu pengurangan kadar kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Beberapa buah pelan jangka panjang juga diperkenalkan selepas DEB yang termasuk Polisi Pembangunan Nasional, Wawasan 2020 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Sehingga tahun 2020, sebanyak 11 Rancangan Malaysia lima tahun untuk pelan pembangunan telah diformulasikan untuk menyokong pelan-pelan perspektif yang digariskan. Melalui jangka masa tersebut, negara telah menjalani beberapa perubahan dari sudut pandang ekonomi, sosial dan persekitaran yang juga terkesan sama dengan perubahan-perubahan dan trend global yang kita saksikan hari ini. Sekian, terima kasih. Itu sahaja perbahasan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Rajang.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya membahaskan usul mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 yang bertemakan “Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif dan Mampan”. Menyusur titian masa semenjak tahun 1971 hingga tahun 1990, kita telah melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) di mana ketika itu untuk mencapai sasaran sosioekonomi yang lebih saksama sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama. Tuan Yang di-Pertua, bertitik tolak daripada Rancangan Malaysia Pertama yang dilaksanakan oleh kerajaan, selepas Pilihan Raya Umum Pertama tahun 1964 sehingga Rancangan Malaysia Ke-11, kita telah melihat banyak kejayaan yang telah dicapai namun tidak semua yang mencapai nikmat yang telah dirangka ini. Terdapat kelompangan yang perlu diperbaiki bagi memastikan Rancangan Malaysia Ke-12 ini juga benar-benar mencapai aspirasi yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah aspirasi Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, cabaran besar dalam penggubalan Rancangan Malaysia Ke-12 ini adalah ketika negara dan masyarakat dunia mengharungi cabaran getir pandemik COVID-19. Tidak pernah berlaku dalam sebarang perancangan RMK sebelum ini. Namun saya melihat penularan wabak ini telah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan ekonomi dalam negara dan juga global. Ini turut mengakibatkan berlakunya peningkatan kasar pengangguran dan kemiskinan global. Mereka yang dahulu tergolong dalam kategori M40, kini juga telah jatuh ke tahap B40. Implikasinya sangat besar dan amat membimbangkan. Tuan Yang di-Pertua, bercakap tentang pembangunan bandar dan luar bandar secara saling melengkapi penyediaan prasarana asas luar bandar seperti jalan raya merupakan perkara asas yang perlu diberikan perhatian khususnya di negeri Sarawak. Pasti ramai yang bertanya mengapa Sarawak diberi peruntukan begitu besar bagi membangunkan infrastruktur. Namun hakikatnya, apa yang diberi masih tidak mencukupi kerana masih banyak kawasan luar bandar masih tidak mempunyai jalan yang sempurna dan rakyat masih menggunakan laluan balak serta laluan sungai bagi urusan harian mereka. Justeru itu, saya ingin memohon agar permohonan yang diajukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi pembinaan 700 kilometer jalan baharu di bawah RMKe-12 ini dapat diselesaikan dengan segera Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada itu, jaringan jalan raya perkara asas dipohon oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk bekalan air bersih RM15 bilion dan bekalan elektrik RM2 bilion juga perlu diberikan perhatian yang mendalam oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan yang mempunyai tekanan air rendah dan menyediakan bekalan air bersih kepada mereka yang tidak mempunyai akses untuk kemudahan asas ini. Kerajaan Negeri Sarawak

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

menyasarkan untuk mencapai liputan penuh di seluruh negeri untuk bekalan air dan elektrik menjelang tahun 2025. Dengan ini, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, infrastructure development especially in the rural area, remain as one of the main integrate in sustaining long-term economic growth. Priority must be given in the implementation of the rakyat-centric project Tuan Yang di-Pertua. Jaringan telekomunikasi juga merupakan perkara asas yang sangat penting perlu diberikan perhatian. Saya pasti di bawah rancangan pelaksanaan Pelan Jaringan Digital Negara (JENDELA) bakal menghubungkan masyarakat luar bandar dengan masyarakat global dengan izin, from rural to international. Cuma, apakah yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bahawa 94 peratus penduduk telah mendapat liputan 4G itu harus dikaji semula? Ini kerana kami di luar bandar hanya mampu melihat paparan 4G di atas telefon namun tidak pernah merasainya seperti mereka yang menikmati kemudahan di kawasan bandar. Cadangan Kerajaan Negeri Sarawak bagi pembinaan 800 buah menara telekomunikasi baharu juga perlu disegerakan bagi mengatasi masalah ini dan jangan tunggu sehingga RMK yang akan datang Tuan Yang di-Pertua. Modal insan adalah sumber terpenting kepada pembangunan negara kita. Maju atau mundur sesebuah negara bergantung penuh kepada kekuatan dan kehebatan nilai kompetensi dan kemahiran insaniah. Oleh itu, saya menyambut baik penggantian bangunan sekolah daif di Sarawak kerana terdapat 1,020 buah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah negeri Sarawak dengan 415 buah daripadanya berada pada tahap sangat daif dan uzur. Setakat ini, sebanyak 433 buah sekolah sudah dibaikpulih manakala baki 587 masih memerlukan perhatian Kerajaan Pusat. Harap perkara ini diambil perhatian oleh pihak Kementerian Pendidikan dan segera mengambil tindakan yang sewajarnya. Realiti ini dalam menuju negara maju, kita memerlukan lebih ramai pekerja yang berkemahiran tinggi. Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan pihak kerajaan memberi fokus kepada pendidikan berbentuk kemahiran dan vokasional, dilatih dan dilahirkan. Melalui program ini, lepasan TVET akan berpeluang untuk mendapatkan kajian dengan kadar pendapatan nilai tambah yang tinggi dalam sektor-sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan, penerbangan dan perkapalan serta automatif.

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Saya mohon agar peluang yang dibina ini juga dikhususkan untuk semua belia dari kawasan bandar kerana dalam tempoh tahun-tahun akan datang, kerajaan tidak perlu bergantung kepada tenaga luar bahkan menggunakan pakar tenaga dalaman yang ada di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya. Apa erti kemajuan tanpa sentosa dan bahagia mendatangi kehidupan. Oleh itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 ini, tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan harus terus dipertingkatkan. Saya ingin terus memohon agar pembesaran Hospital Kapit dapat disegerakan serta menaiktarafkan kesihatan klinik-klinik di kawasan Parlimen saya dan juga di kawasan Parlimen pedalaman yang lain di Sarawak. Perkara ini telah lama saya bawakan dan mengharapkan ada sinar baharu daripada pihak EPU dan Kementerian Kesihatan untuk melihat keperluan disegerakan di kawasan Parlimen Hulu Rajang. Pada masa yang sama, lebih ramai pakar perubatan dan kakitangan kesihatan yang berkemahiran tinggi perlu disediakan. Pandemik COVID-19 telah banyak mengajar kita betapa pentingnya infra kesihatan dalam sesebuah negara walaupun WHO pernah mengiktiraf sistem perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik di rantau Pasifik Barat. Namun begitu, hakikatnya kita masih perlu menangani kekurangan pakar perubatan, khususnya di kawasan-kawasan luar bandar, Tuan Yang di-Pertua. Malaysia perlu mempertingkatkan kebolehan pertahanan bagi mendepani cabaran semasa dan memanfaatkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan. Keperluan membangunkan sistem pertahanan juga bukan sesuatu yang dapat

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

dibeli pada bila-bila masa diperlukan. Sebaliknya, perlu dirancang dengan teliti sejajar dengan dasar dan konsep pertahanan negara. Saya amat bersetuju dengan perancang pembinaan base tentera udara di Bintulu. Ini kerana ia akan dapat membantu secara tidak langsung mengawasi sempadan negara di Kalimantan dan juga tiga empangan (dam) atau Murun Dam, Baleh Dam dan Bakun Dam yang terletak di bawah seliaan Parlimen saya di Hulu Rajang, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan agar jaringan keselamatan, laluan sempadan Kalimantan dan Sarawak dengan izin Sarawak– Kalimantan Borders Security Alignment perlu diwujudkan dengan kadar segera. Ini kerana sekiranya sempadan negara tidak dikawal, maka ia mudah dibolosi oleh anasir luar. Justeru, kerajaan perlu mempertingkatkan pelaburan dalam membangunkan sistem pertahanan bagi mempersiapkan generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran yang lebih getir pada masa yang akan datang. Konsep Keluarga Malaysia hendaklah melibatkan fundamental rakyat Malaysia, Tuan Yang di-Pertua. Cinta dan kasih kepada rakyat mestilah mengatasi agama, kaum, warna kulit dan sempadan negeri. Sejarah negara hendaklah dihormati kerana praktismenya tidak muncul kuat tanpa pengalaman suka dan duka pembinaan negara ini. Cuma kepada negara, hendaklah satu sahaja yakni kepada Malaysia. Justeru itu, saya ingin menekankan agar pemberian sama rata untuk semua kaum di bawah semangat Keluarga Malaysia merentasi semua aspek pendidikan, sosial, ekonomi, kesihatan dan lain-lain lagi. Saya juga sedar bahawa sebahagian besar bumiputera masih lagi berpendapatan rendah dan miskin berbanding dengan etnik lain. Namun hak kesamarataan perlu dititikberatkan dalam pelbagai aspek bagi memberikan jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil berat keseluruhan rakyat di negara ini. Pengambilan pelantikan kakitangan dalam sektor perkhidmatan awam juga harus dilakukan berdasarkan merit dan kompetensi calon tanpa membabitkan sebarang kuota. Semua warga Malaysia harus mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan dalam persaingan yang dilakukan secara terbuka dan adil,Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyarankan agar perjawatan tinggi sektor awam dalam kalangan anak Sarawak juga perlu diberi perhatian. Sekiranya Ketua Polis Negeri Sabah merupakan anak jati Sabah, kenapa tidak anak jati Sarawak diberi peluang untuk menjadi Ketua Polis di negeri Sarawak. Selain daripada itu, pihak SPA juga harus mengkaji kaedah yang memastikan semua kaum diberi tempat dalam perjawatan tinggi dalam kerajaan dan tidak didominasi oleh sesuatu kaum sahaja. Ini adalah mencerminkan imej Keluarga Malaysia kita di mata dunia, Tuan Yang di-Pertua. Saya turut menyambut baik usaha yang dimulakan beberapa orang mantan Perdana Menteri berhubung hal yang berkaitan dengan perjanjian MA63 komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk menyelesaikan isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak. Adalah gambaran jelas kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan secara tuntas. Isu berkenaan MA63 ini tidak boleh dilewat-lewatkan lagi sebab itu sudah sekian lama dibincangkan. Saya berharap agar satu keputusan konsensus akan dicapai dalam masa terdekat dan pengumuman akan dibuat sebelum menjelang PRU akan datang. Penutup, Tuan Yang di-Pertua. Tatkala berdepan dengan tidak ketentuan kemelut ekonomi global disebabkan pandemik COVID-19, saya ingin menyarankan agar pelbagai inisiatif bantuan rakyat yang sedia ada perlu di perhebatkan lagi. Bantuan Prihatin Rakyat, Bakul Makanan, i-Citra dan apa sahaja inisiatif yang dapat membantu rakyat harus diperbanyakkan lagi. Ini kerana usaha berterusan kerajaan akan merancakkan semula ekonomi negara dan dilihat merudum sejak permulaan PKP awal tahun ini. Semoga pembukaan banyak sektor ini akan membantu ramai peniaga untuk memulihkan semua perniagaan mereka yang terjejas. Saya menaruh harapan tinggi agar semua perancangan yang telah dibentangkan ini dapat ditunaikan. Jangan berikan harapan dan janji palsu kepada rakyat kerana mereka

Datuk Wilson Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

sudah merasai pada PRU yang lalu. Sebelum mengakhiri perbahasan saya, saya turut ingin mengesyorkan agar diwujudkan sistem report card oleh setiap kementerian dan agensi terlibat dalam pelaksanaan RMK ini agar ia dapat dipaparkan kepada umum pada saban tahun, seterusnya rakyat dapat mengukur tahap prestasi yang ditunjukkan oleh Keluarga Malaysia ini. Dengan itu, saya menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Yang Berhormat Parit Buntar.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya terus masuk kepada perbahasan bahawa RMK bukanlah satu isu one-off. Ia merupakan perjalanan pembangunan negara yang melibatkan kos dan juga diperincikan dalam bajet yang seharusnya menterjemahkan segala apa yang digariskan di dalam RMK. Oleh itu, adalah sangat penting bukan sekadar kita membahaskan tetapi perlu kita menilai, membuat post-mortem sejauh manakah kejayaan RMK sebelum ini yang saya boleh bagi satu contoh. Jikalau pada tahun 1991 diperkenalkan Wawasan 2020 di dalam RMKe-6, mengandaikan satu wawasan yang jauh dan alhamdulillah pada RMKe-11, kita telah dibentangkan tentang hujung 2020 apa yang telah kita capai. Akan tetapi, malangnya sebelum sampai 2020, satu lagi inisiatif dibuat iaitu TN50 kerana mengandaikan bahawa pada RMKe-11, kita tidak akan capai kepada apa yang dihasratkan khususnya apabila melihat sembilan cabaran yang digariskan di dalam Wawasan 2020, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Oleh itu, saya mengambil contoh ini mengandaikan bahawa bayangkan dari tahun 1990 hingga kepada tahun 2020, tiba-tiba kita dapati tidak tercapai hasrat untuk melakarkan RMK yang telah dibuat sejak RMKe-6. Buktinya, pada tahun 2020 kita telah melihat kebobrokan demokrasi yang berlaku di dalam tanah air kita. Kita melihat bagaimana teras utama negara tidak dipelihara dalam konteks undang-undang. Sedangkan Wawasan 2020 yang diandaikan sejak RMKe-6 telah meletakkan mahu melahirkan sebuah masyarakat yang lebih toleran, demokratik tetapi apa yang kita hadapi hari ini, kita telah ditiup dengan semangat masyarakat yang semakin berleluasa pada tahap tertentu menggunakan isu-isu perkauman dan agama dan jauh sekali mencapai cabaran yang digariskan di dalam Wawasan 2020. Itu satu contoh. Jikalau tidak kita melakukan satu post-mortem yang mendalam, maka beginilah keadaan kita Tuan Yang di-Pertua. Kita akan berbincang, kita akan berbahas tetapi tidak ada di sana penilaian pencapaian. Bayangkan kalau sejak RMKe-6 hingga tahun 2020, sudah berapa trilion yang dibelanjakan, termasuklah dalam RMKe-12 ini kita akan belanja hampir RM400 bilion. Itu persoalan awal saya yang ingin saya kemukakan. Kedua, saya ingin fokus kepada cabaran yang kita akan hadapi dalam pelaksanaan RMK ini iaitu kita melihat bahawa satu perkara yang kita akan hadapi, cabaran secara teknikal, cabaran secara taktikal. Akan tetapi saya memilih untuk berbahas cabaran fundamental, perkara yang sangat teras yang menjamin kejayaan mana-mana perancangan pembangunan negara lima tahun daripada sekarang. Pada hemat saya, berpandukan kepada situasi dan senario politik yang berlaku di tanah air Tuan Yang di-Pertua, saya menamakan penghalang utama bagi kejayaan mana-mana perjalanan dasar pembangunan lima tahun ini dan seterusnya adalah kerana wujudnya kelompok yang saya namakan oligarchy politics. Oligarchy politics yang merupakan sebilangan kecil manusia yang menentukan perjalanan politik serta mempunyai pengaruh yang besar dan kadang-kadang disebut sebagai golongan elit politik. Ini satu kelompok yang sangat bahaya kepada kejayaan kerana merekalah yang menentukan. Soalnya, apabila kita bercakap tentang demokrasi, ayuh bagi sahaja kepada rakyat demokrasi. Kita bercakap tentang social justice, ayuh bagi sahaja kepada rakyat social justice, asalnya kepentingan mereka terpelihara.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Bagi saya, ini adalah satu halangan yang besar untuk kita mencapai. Kita sudah sedia maklum wujudnya golongan hari ini yang memudahkan golongan oligarki ini berkuasa apabila ada orang yang sedia dan rela dirinya menjadi komoditi untuk dijual beli. Ini amat bahaya. Selagi ada kelompok yang menyediakan dirinya untuk dijual beli, kelompok oligarki akan sentiasa memastikan cita-cita untuk menjaga demokrasi dan juga teras utama negara ini akan terhalang. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa usaha Pakatan Harapan untuk menerima persefahaman sebenarnya adalah satu usaha yang murni. Ia bukan di atas apa juga alasan untuk kepentingan jawatan, apatah lagi kedudukan. Ia sekadar satu kepentingan untuk memastikan golongan oligarchy elites politik yang selama ini menguasai supaya kita meletakkan dan mengutamakan prinsip demokrasi, prinsip perundangan negara agar dapat kita utamakan dan agar dapat kita pelihara. Jaga-jaga, jangan sekali-kali kita membiarkan kelompok-kelompok yang ada yang membawa kepada orientasi menjaga kepentingan kedudukan dan diri, lalu mengorbankan kepentingan negara, kepentingan prinsip demokrasi dan kepentingan prinsip-prinsip perundangan. Tuan Yang di-Pertua, jangan salah anggap usaha Pakatan Harapan dalam menyambut persefahaman ini bagi kita memastikan bahawa prinsip-prinsip ini terpelihara, insya-Allah. Amanah menjaga negara adalah utama di dalam mana-mana Rancangan Malaysia. Janganlah kita buat Rancangan Malaysia, tetapi kita hendak agih-agihkan projek kepada kroni-kroni kita. Janganlah kita membuat Rancangan Malaysia, kita sudah susun semua hendak bagi kepada siapa, siapa dapat, lalu kita pun bercakap ini adalah perancangan pembangunan negara. Oleh itu, saya ingatkan kepada hadis Nabi SAW, jikalau golongan ini dibiarkan yang saya namakan oligarchy elites politik ini, Nabi telah ditanya... [Membaca sepotong hadis] “Bilakah saat kehancuran?” Maka Baginda bersabda, [Membaca sepotong hadis] “Apabila amanah itu kamu sia-siakan”. [Membaca sepotong hadis] “Bagaimana amanah itu disia-siakan?” [Membaca sepotong hadis] sabda Nabi SAW. Jikalau diberikan urusan ini kepada mereka yang tidak berkelayakan, bukan tidak ada kelayakan, ada PhD, ada pengalaman politik, tetapi tidak ada kelayakan dalam sudut keamanahan. Apabila tidak ada itu Tuan Yang di-Pertua, tunggu the day of destruction. Kita tidak mahu kelompok ini menguasai apa sahaja perancangan yang kita berbincang pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, isu bumiputera Melayu sentiasa dimasukkan di dalam semua elemen pembangunan negara. Syabas, tahniah, bagus. Kita tahu tonggaknya orang Melayu perlu dibela. Akan tetapi soalan saya, Melayu apa yang perlu dibela? Melayu apa? Melayu yang tidak amanah? Melayu apa? Melayu kroni? Melayu apa? Melayu yang sudah kaya-raya? Lalu apabila gagal, kerajaan juga yang menyelamatkan mereka. Tuan Yang di-Pertua, selama dua tahun yang ringkas Pakatan Harapan diberikan amanah. Satu contoh institusi orang Melayu Islam 100 percent yang sebelum kami terima berada dalam keadaan yang cukup parah. Akan tetapi dalam usaha yang diikat dengan integriti, yang diikat dengan tanggungjawab dan amanah, maka dua tahun itu telah melihat pemulihan Tabung Haji. Saya ingin jelaskan dalam Dewan yang mulia ini, walaupun tiada siasatan yang dibuka dalam kes Tabung Haji, tetapi saya ingin menegaskan ada lima laporan polis dibuat sejak tahun 2018. Hanya pihak Peguam Negara yang belum membuka siasatan. Oleh itu saya ingin bertanya kepada Menteri Perundangan, bilakah siasatan ini akan dibuat? Walaupun sudah lima laporan polis dibuat dan laporan polis itu ada merit dari sudut ia menyebabkan isu-isu ketidakamanahan, isu-isu penyelewengan dan salah guna kuasa, tetapi sehingga hari ini belum ada siasatan dibuka. Saya mohon supaya dibuat dan dibuka siasatan oleh pihak Peguam Negara agar isu Melayu Islam kita hendak ajar mesti mengikut integriti dan amanah, barulah orang Melayu, orang Islam boleh maju ke hadapan. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri ucapan ini, saya tidak akan ketinggalan untuk menyebut isu mampan di dalam RMKe-12 ini. Isu mampan ini saya ingin bertanya, sejauh manakah secara holistiknya kita bercakap tentang pembangunan mampan, tetapi dalam konteks investment, dalam konteks pelaburan, apakah indikator kemampanan itu

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

diambil kira? Apa yang hari ini dinamakan sebagai pelaburan ESG (environmental, social and governance). Kita bercakap tentang kemampanan, tetapi pelaburan yang merosakkan alam sekitar, pelaburan yang tidak menghormati hak asasi manusia dan pekerja, pelaburan yang tidak menghormati isu governance. Maka, bagaimana pelaburan-pelaburan ini boleh kita biarkan, lalu kita bercakap tentang kemampanan? Saya tidak melihat di dalam mana- mana ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan ESG (environmental, social and governance) investment yang sebenarnya merupakan satu pandangan holistik kepada pemacuan ekonomi yang berteraskan kemampanan.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof RawaAMANAH · PHParit Buntar

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang baharu punya cabaran yang besar, hapuskan oligarki politik yang menekan dan juga harus menjadikan orang Melayu dalam konteks perjuangan dan orang Melayu dalam konteks kita memberikan peruntukan berasaskan kepada amanah integriti. [Membaca beberapa potong ayat al-Quran] Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Seterusnya Yang Berhormat Johor Bahru.

Baik, Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan satu soalan. Adakah pemimpin sebenarnya faham mengenai kegelisahan dan kebimbangan rakyat. Akan tetapi lebih tepat bagaimana sebenarnya kerajaan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada anak muda demi masa depan negara melalui rancangan lima tahun ini. Jadi kalau kita lihat pun, saya hendak bandingkan dengan beberapa persoalan lagi. Sebagai contoh adakah retorik Keluarga Malaysia akan mencapai matlamat apabila pendekatan yang diambil itu masih berteraskan kaum. Kerana kita sedar polemik agama dan kaum itu hanya memberikan keuntungan kepada segelintir kelompok. Manakala perkhidmatan kepada rakyat kebanyakan akan terus merudum. Yang kaya bertambah kaya, golongan sederhana sebahagiannya jatuh miskin. Manakala miskin kekal, papa kedana. Ataupun persoalan seperti tindakan kerajaan yang membelanjakan RM38.5 juta untuk ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri akan menambah mutu perkhidmatan kepada rakyat. Saya rasa tidak. Tuan Yang di-Pertua pun tahu, tidak ya. Akan tetapi jika dibandingkan pula, ianya seperti satu penghinaan kepada penjawat awam. Lebih daripada 800 ribu orang yang membuat sumbangan solidariti untuk melawan COVID-19 yang menyumbang RM30 juta ke Akaun Amanah Bencana. Walau apa pun yang ada pada hari ini, kita tahu bukanlah yang terbaik. Malah mungkin tiada segan silu untuk ambil kesempatan. Malangnya kita seperti tiada pilihan, terpaksa berkorban dan telan sahaja demi kelangsungan dan dengan sedikit harapan agar masa depan akan berlaku perubahan. Jadi hari ini saya kemukakan tiga perkara berkaitan pendidikan tinggi, pekerjaan dan juga rumah yang boleh diperbaiki pelaksanaannya dengan mudah kalau kita ada political will, yang seterusnya bakal memberi kesan berganda kepada rakyat. Sebab kelompongan ini, jika tidak diatasi akan terus merugikan rancangan masa depan negara. Memangsakan anak muda dan paling teruk rakyat juga terpaksa tanggung beban dan bakal dipersalahkan. Contoh pertama adalah TVET. Laporan Ketua Audit Negara sebut bahawa pencapaian output TVET ini tidak mencapai sasaran RMKe-11. Malah jumlah ambilan pelajar pada tahun 2016 adalah sebanyak 139,699 jatuh turun kepada tidak lebih daripada 100,000 iaitu 99,589 pada tahun 2020. Menunjukkan trend penurunan sebanyak 28.7 peratus. Mungkin masalah itu berlaku di TVET itu sendiri. Banyak kompelin yang saya dengar daripada Ahli-ahli Parlimen mengenai peruntukan yang tidak dapat. Akan tetapi, juga seharusnya kita lihat bahawa ianya bermula daripada kadar kemasukan itu sendiri.

Jadi saya merasakan kita perlu tingkatkan pendedahan mengenai kerjaya. Bukan sahaja soal TVET, tetapi juga peluang-peluang pendidikan, cabang-cabang kerjaya itu di awal bangku persekolahan lagi. Jawapan seperti standardnya, kita sudah ada perkhidmatan kaunseling di sekolah. Bila tamat persekolahan, akan ada kaunselor. Itu sebenarnya tidak cukup buat ketika ini. Kita perlu ada jambatan yang lebih kukuh menghubungkan alam persekolahan dan juga alam pendidikan yang selanjutnya. Maka saya ingin kemukakan kepada Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, rangkumkan sekali pemegang-pemegang taruh. Mereka pemain-pemain industri untuk merangka satu inisiatif yang lebih khusus, program pendedahan kerjaya kepada anak- anak serta ibu bapa. Sebab ibu bapa ini kadang-kadang memberi pengaruh yang terlalu luas kepada anak-anak, sedangkan suasana ekonomi itu telah berubah. Seterusnya kita tahu bahawa perkara ini...

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Celahan Yang Berhormat.

Boleh Tuan Yang di-Pertua. Nanti tambah masa dua minit.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh. [Ketawa]

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Sikit sahaja Yang Berhormat Johor Bahru. Saya memang sangat tertarik dengan poin berkait dengan TVET dan kita tahu ekosistem TVET sebagaimana disahkan oleh Laporan Ketua Audit melibatkan fragmentasi antara enam kementerian. Jadi, bawah Pakatan Harapan sebelum ini kita anjurkan, dilaksanakan dan diluluskan rang undang-undang bagi mengawal selia. Hanya satu saja agensi kawal akreditasi, bukan membiarkan terlalu fragmentasi, anak-anak kita pun hilang harapan untuk meneruskan pengajian. Mohon pandangan Yang Berhormat.

Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Permatang Pauh. Sebab itu saya sebut di awal tadi, penyelesaian itu sebenarnya mudah. Kita rangkumkan balik kerjasama yang erat. Cuma perlu political will daripada kementerian-kementerian untuk berbincang dan ada solusinya. Yang mana berkait dengan perkara kedua iaitu soal pekerjaan. Kita tahu bahawa masalah yang terbesar ketika hari ini adalah soal mismatched. Apa inisiatif Menteri Sumber Manusia ataupun kementerian. Mereka kongsikan kononnya kejayaan MYFutureJobs, portal yang membantu anak-anak muda ataupun individu mencari kerja dan digambarkan kejayaan mendapatkan 185,493 individu mendapat pekerjaan. Nampak cantik tapi sebenarnya agak terpesong dan bagi saya seolah-olah menggambarkan kejayaan palsu kerana majikan-majikan yang ingin mendapatkan insentif mengambil pekerja baru ataupun hiring incentive dipaksa menggunakan laman tersebut dan perkara itu dibuat kemudiannya. Kerana data menunjukkan bahawa daripada jumlah tersebut, seramai 146,258 individu yang diambil kerja. Iaitu hampir 80 peratus sebenarnya tujuannya untuk dapat insentif PENJANA tadi RM354 juta. Jadi maklum balas yang kita terima daripada para pengguna mereka sebenarnya kompelin. Website tersebut tidak membantu, malah bila memohon sesuatu pekerjaan itu, tunggu berbulan-bulan tiada respons. Jadi, hakikatnya kalau betul kita hendak memperbaiki keadaan job matching itu, kita benarkan pemain-pemain industri untuk memainkan peranan yang lebih dan jangan kacau market tersebut hanya atas alasan insentif. Malah insentif yang dilalukan oleh kerajaan itu boleh dikongsi bersama dengan job matching yang lain seperti di JobStreet, di adnexio dan sebagainya. Perkara ketiga soal perjalanan anak muda ini sudah pasti soal rumah. Sementara saya menyambut baik komitmen kerajaan untuk meneruskan usaha membina rumah- rumah mampu milik, saya ingin mengingatkan kerajaan supaya jangan jadikan skim rumah mampu milik sebagai satu scam ataupun penipuan kepada rakyat. Kerana yang akan menjadi mangsa ini adalah keluarga-keluarga muda. Kenapa saya kata scam? Pertama rumah yang lewat, sakit, terbengkalai ini kebanyakannya terdiri daripada rumah-rumah mampu milik. Yang ini saya mohon Menteri KPKT untuk bekalkan data tersebut.

Buktinya, saya telah turun – kalau kawasan saya sendiri ada rumah yang dulu sakit, PR1MA Tebrau. Tidak cukup setakat itu, saya berjumpa dengan para pembeli di Melaka Tengah 2, rumah PR1MA di sana, rumah PR1MA di Port Dickson. Projeknya terbengkalai. Yang menjadi masalah bila berlaku masalah tersebut, para pembeli tiada kuasa untuk mendesak dan perkara yang lebih teruk sebenarnya, kerajaan ataupun undang-undang yang ada ketika ini dilihat seperti memihak kepada pemaju.

Saya ambil contoh, ada Akta Langkah-langkah Sementara ataupun Akta 829 bagi mengurangkan kesan COVID-19 yang menyebut, “Apa-apa perjanjian yang dibuat antara pembeli dengan pemaju bagi tempoh Mac dan Ogos itu diberi pengecualian daripada bayaran LAD”, Mac dan Ogos tahun lepas. Klausa ini sebenarnya memihak kepada pemaju walaupun sebagai pembeli mendapat moratorium dari bank, tetapi pembeli yang rumahnya sudah terbengkalai ataupun lewat mereka- satu, masih terpaksa bayar bunga. Yang ini Timbalan Menteri Kewangan tahu memang terpaksa masih bayar progressive payment. Yang kedua, mereka terpaksa membayar rumah sewa yang sepatutnya tidak perlu disewa kalau rumah itu siap sempurna. Masalah yang lebih malang yang ini saya minta Kementerian tengok balik dalam akta itu juga dilihat seperti berat sebelah apabila ada seksyen 35(3) yang mana Menteri boleh disebut dalam akta tersebut. Menteri boleh jika Menteri berpuas hati bahawa masa tambahan itu diperlukan kepada pemaju, maka ruang pengecualian bayaran LED itu akan diberikan kepada pemaju tanpa perlu berbincang dengan pembeli. Jadi, bagi saya ini menyebabkan kalau tidak diuruskan isu rumah mampu milik ini bukan kes setahun, dua tahun dan lima tahun, saya ada jumpa kes yang sepuluh tahun terpaksa menanggung beban akibat rumahnya terbengkalai. Jadi, saya mengusulkan kepada Menteri yang baru ini sebab Menteri yang lama mungkin tidak boleh pakai. Saya harapkan Menteri KPKT yang baru ini untuk membuat pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 ataupun HDA ataupun lebih baik mengemukakan satu akta baru bagi mengawal dan melindungi para pembeli rumah mampu pemilik. Jadi, sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan walaupun isu yang saya bawakan pada hari ini bukan isu sensasi ataupun seksi tetapi saya mengharapkan isu-isu asas seperti rumah, seperti pekerjaan dan juga pendidikan ini kita bagi keutamaan kita sebut Rancangan Malaysia Ke-12 tempoh masa lima tahun. Ambil peluang ini, jangan sia-siakan. Bila sudah sign MoU, sibuk pula berpolitik dan sebagainya dan saya mengharapkan kepimpinan yang ada pada hari ini meletakkan kepentingan negara melebihi segala-galanya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Akhir sekali dipersilakan Yang Berhormat Sandakan.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 yang begitu penting bagi memetakan hala tuju masa depan negara kita dan membebaskan negara daripada kesan krisis ekonomi dan kesihatan akibat pandemik COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan tiga aspek utama dalam perbahasaan saya hari ini iaitu pelan perkembangan ekonomi Sabah, peningkatan kesihatan dan kesejahteraan awam, perkukuhkan sistem keselamatan sempadan Pantai Timur Sabah. Tuan Yang di-Pertua, saya agak kecewa ketika membaca laporan Rancangan Malaysia Ke-12 terutama bab tujuh memperkukuh pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak. Saya tidak dapat melihat inti pati atau dasar utama dalam laporan ini yang

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

di mana ia akan dapat membantu merapatkan jurang antara Sabah dengan negeri Semenanjung. Malahan saya rasa ianya hanya dikitar semula daripada Rancangan Malaysia Ke- 11. Tiada yang baharu dan juga tidak akan mendorong Sabah dan Sarawak ke lintasan baharu. Untuk tempoh RMKe-11 bermula dari tahun 2016 hingga tahun 2020, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah sepanjang tempoh itu adalah sangat menyedihkan iaitu 1.0 peratus jauh di bawah purata kebangsaan iaitu 2.7 peratus. Malah kali ini untuk tempoh RMKe-12, kerajaan mengunjurkan meningkatkan KDNK menjadi 6.5 peratus untuk Sabah. Soalan saya adalah bagaimana? Kami amat memerlukan perubahan paradigma dalam dasar dan keutamaan pembangunan kami, terlalu banyak penekanan dan tumpuan telah diberikan di kawasan ibu negeri Sabah seperti di Kota Kinabalu bagi rancangan pembangunan kerajaan setakat ini yang gagal memanfaatkan potensi besar Sabah secara keseluruhannya. Jadi, saya ingin menyeru kepada kerajaan membangunkan pusat ekonomi sekunder di kawasan Pantai Timur Sabah untuk saling melengkapi dan memanfaatkan lagi 50 peratus potensi Sabah. Sebagai sebuah bandar kedua terbesar di Sabah, Sandakan juga sangat bertuah dengan limpahan sumber asli dan terletak secara strategik di tengah-tengah kawasan Timur Asian, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP- EAGA). Oleh itu saya mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk menubuhkan satu kawasan perindustrian bebas Sabah di Sandakan untuk membantu Sabah memainkan peranan utama dalam perdagangan dan logistik melalui pelabuhan dan lapangan terbangnya di Pantai Timur. Kawasan perindustrian bebas akan menjadikan pemangkin memacu perkembangan aktiviti hiliran atau downstream aktiviti dengan izin yang akan juga memberikan kesan berlipat ganda untuk meningkatkan ekonomi kita. Pada masa ini, terdapat banyak kawasan perindustrian bebas seperti di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Johor dan Sarawak. Di mana telah memberi banyak manfaat kepada setiap negeri tersebut. Sandakan sudah menjadi pengeluar minyak sawit mentah CPU utama dan pelabuhan Sandakan juga merupakan pelabuhan eksport CPO terbesar di negeri ini dan berjaya telah disenaraikan oleh Bursa Malaysia sebagai satu-satunya tiga pelabuhan penghantaran Malaysia Timur untuk kontrak East Malaysian Palm Oil Futures untuk membangunkan ekonomi Sandakan. Juga memerlukannya sebuah kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk industri perikanan yang besar bagi mendapatkan kemudahan penyimpanan barang yang sejuk dan mendapatkan diesel bersubsidi. Oleh kerana kekurangan kemudahan seperti itu, diesel perlu disimpan sementara di jeti sewa yang sering kali mengakibatkan gangguan bekalan terutama ketersediaan ruang di jeti swasta. Ini juga memberi kesan besar berjuta ringgit kepada industri perikanan dengan pembinaan kawasan perindustrian bebas Sandakan dan kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini akan membuktikan kerajaan kini adalah kerajaan yang inklusif dan bertekad untuk berkongsi kemakmuran bersama. Laporan RMKe-12 juga menekankan bahawa lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia terletak di Sabah. Dari lapan daerah ini, tiga terletak di bahagian Sandakan iaitu Beluran, Telupid dan Tongod. Salah satu cara untuk membangunkan ekonomi bersama adalah meningkatkan aktiviti menjual beli antara daerah-daerah ini supaya penghantaran produk ke pelabuhan laut dan lapangan terbang untuk dieksport dapat dipertingkatkan dan jangan dilupakan peluang pekerjaan untuk anak muda. Ini adalah sebabnya mengapa Lebuhraya Pan Borneo dan juga Libaran Bypass mesti dilaksanakan dengan pantas di bawah RMKe-12 untuk mempercepatkan tempoh dan jarak perjalanan antara beberapa daerah ini.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 ini telah mendedahkan terhadap kekurangan dalam sistem kesihatan awam dan mendorong perkhidmatan kesihatan awam kita ke ambang tumbang dan juga meletakkan barisan hadapan kesihatan kita dalam risiko. Begitu banyak sumber telah dialihkan untuk menangani kes COVID-19 dan menyebabkan kes-kes yang tidak berkenaan COVID-19 seperti pembedahan diketepikan. Hasilnya kesihatan awam keseluruhan kita juga telah jatuh di bawah tahap standard yang diharapkan sebab klinik pakar kami terpaksa ditutup untuk memberi ruang rawatan kepada pesakit COVID-19 serta kakitangannya. Pengabaian bertahun-tahun mengenai perkhidmatan kesihatan awam di Sabah adalah ketara. Pada tahun 2019, nisbah doktor kepada populasi di Sandakan adalah bersamaan 1:1,369 orang, kadar nisbah untuk katil hospital untuk 1,000 populasi di Sandakan bersamaan dengan 0.8 per 1,000 orang. Saya mewakili 500,000 orang rakyat Sandakan menyeru kepada kerajaan untuk mengagihkan sumber yang adil dan saksama, bina hospital baru di Sandakan supaya kita dapat menikmati tahap perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Tuan Yang di-Pertua, fasa 2 Skim Pembetungan Sandakan perlu dilaksanakan di bawah RMKe-12 serta-merta. Sandakan ketika ini masih memegang rekod terkenal marine outfall dengan izin yang di mana sistem kumbahan dialirkan tanpa rawatan ke laut. Ini merupakan isu yang sangat serius sebab kumbahan tanpa rawatan adalah bertoksik dan berbahaya kepada sistem flora dan fauna. Selain itu kajian dan perancangan untuk skim rawatan kumbahan bagi Sandakan ini telah dijalankan 30 tahun lalu. Namun, kerana keutamaan di tempat lain, hanya fasa 1 itu telah dilaksanakan dan diselesaikannya pada tahun 1995. Fasa 2 yang selebihnya yang merangkumi bahagian utama, masih kekal di papan gambar pelan skim itu sahaja sehingga kini dan hampir tiga dekad. Oleh itu, jika kerajaan bertekad untuk membantu rakyat Sabah, tolong menangani masalah ini dengan segera. Keperluan infrastruktur kami bagi menjaga kesihatan dan keselamatan awam rakyat. Seterusnya adalah masalah mengenai perumahan setinggan. Berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan, terdapat lebih daripada 34,000 orang tempatan ketika ini tinggal di kawasan-kawasan tanpa akses bekalan air bersih. Pencemaran terdedah dengan ancaman kesihatan. Adalah sangat mengecewakan fasal 2 PPR Batu Putih dan PPR Batu Sapi di Sandakan yang di mana kedua-duanya adalah projek di bawah RMKe-11 gagal disiapkan seperti yang dirancang. Selain wajib mempercepatkan penyiapan dua projek PPR ini, juga ada keperluan untuk membina lebih rumah mampu milik untuk melaksanakan Skim Rumah Pertamaku di Sandakan, bagi memberi peluang kepada belia di Sandakan membeli rumah dan membina rumah tangga sendiri. Di Sandakan ada- tidak mengejutkan di mana satu rumah kecil menampung 15 ke 20 ahli keluarga. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan sistem penyampaian kerajaan untuk urusan skim kerajaan yang berkesan kepada rakyat. Soalan saya kepada kerajaan, kenapa batalkan UTC Sandakan? Pembatalan UTC Sandakan merupakan salah satu perkara yang paling kejam kerajaan lakukan terhadap Sandakan. UTC Sandakan adalah usaha utama Kerajaan PH untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat di Pantai Timur Sabah. Akibat pembatalan projek ini, rakyat perlu beratur di Wisma Persekutuan yang lama sehingga gambar tanpa SOP di Wisma Persekutuan yang lama, sehingga gambar menular di sosial media. Hanya untuk mendaftar surat beranak, kad pengenalan dan lain-lain urusan kerajaan. Jadi, jangan mencontohi kerajaan gagal, laksanakan apa yang diperlukan. Saya juga ingin mengingatkan kerajaan, kepentingan dalam menumpukan perhatian dalam pendidikan, dalam membasmi kadar kemiskinan dan pengangguran di Sabah. Sekolah Seni Malaysia yang dirancang dibina di hab pendidikan Sandakan di

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

bawah RMKe-11 tetapi sehingga kini masih belum nyata. Begitu juga kepentingan untuk meningkatkan bilangan fakulti dan menawarkan lebih banyak program sarjana di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ada di Sandakan. Saya juga mencadangkan untuk memindahkan Fakulti Sains dan Sumber Alam dari kampus UMS Kota Kinabalu ke kampus UMS Sandakan, yang mana ia juga bersesuaian dalam melengkapkan sumber akuakultur dan perhutanan semula jadi yang terdapat di Daerah Sandakan. Tuan Yang di-Pertua, aspek yang ketiga juga terakhir dalam ucapan saya hari ini adalah mengenai keselamatan sempadan kita. Keseluruhan laporan RMKe-12 hanya memperuntukkan dua perenggan pendek untuk menangani isu negara yang penting daripada segi sosial dan ekonomi. Apa yang berlaku dengan cadangan yang dibuat oleh Laporan Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah dengan izin pada tahun 2013. Mengapa pemerintah tidak mengeluarkan rancangan dan dasar yang komprehensif untuk menyelesaikan masalah ini? Mengapa tidak ada tindakan setelah RCI ditubuhkan hampir sembilan tahun yang lalu? Tanpa polisi kerajaan yang konkrit, Sabah turut menghadapi banyak masalah, terutama dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu menjalankan apa yang dinyatakan mengenai keterangkuman kemakmuran bersama dan visi bersama yang mesti bermula dengan RMKe-12 ini untuk memperkenalkan langkah dan polisi yang drastik serta berani untuk mengurangkan jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung. Kesimpulannya, jadikan Sandakan sebagai pusat pertumbuhan utama kedua terbesar di Sabah, mewujudkan zon perindustrian bebas di Sandakan, bina Kompleks LKIM Sandakan, siapkan Lebuhraya Pan-Borneo Highway dan Libaran Bypass secepat mungkin, Skim Pembetungan Sandakan fasa 2 tiada lagi pembuangan kumbahan secara terus ke laut, hospital baharu untuk menangani penjagaan kesihatan standard yang diperlukan, kembalikan Projek UTC Sandakan, pembinaan Sekolah Seni Sabah di hab pendidikan Sandakan seperti dalam Laporan 9, fakulti tambahan untuk kampus UMS Sandakan, Skim Perumahan Mampu Milik untuk belia saya di Sandakan, menambahkan sistem sekuriti sempadan Pantai Timur dan polisi kerajaan yang konkrit untuk menangani masalah PATI. Dengan itu saya mengakhiri ucapan saya dengan 12 permintaan RMK Sandakan untuk RMKe-12 Malaysia, sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 30 September 2021. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.46 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Program-program Meningkatkan Bekalan Elektrik di Pantai Timur SabahSpecial Chamber

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua di atas peluang kepada saya untuk berucap dalam Kamar Khas ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri menyatakan butir-butir terperinci berkenaan program-program meningkatkan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah sebanyak 80 megawatt menjelang tahun 2023 yang diumumkan oleh pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Dato’ Seri Mahdzir Khalid pada bulan Mac tahun ini.

Saya difahamkan bahawa ia termasuk:

(i) Memperbaiki dan memasang turbin gas 18 megawatt di Batu Sapi;

(ii) mengaktifkan semula Stesen Jana Kuasa Serudong, Tawau (33 megawatt); dan

(iii) mengaktifkan semula Stesen Jana Kuasa Libaran (30 megawatt).

Selain itu, saya juga ingin bertanya kepada Menteri, apakah status terkini penyerahan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) oleh TNB kepada Kerajaan Sabah?

SESB telah mencatatkan kerugian selama beberapa tahun. Dilaporkan pada tahun 2017 bahawa ini disebabkan oleh tarif rata-rata yang lebih rendah berbanding dengan kos penjanaannya.

Tarif purata semasa SESB adalah 34.52 sen per kilowatt jam (kWh), sementara kos penjanaan tenaga adalah 56.5 sen per kWh. Adakah kos penjanaan tenaga akan kian meningkat atau menurun dengan meningkatkan bekalan elektrik di

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Pantai Timur Sabah sebanyak 80 megawatt menjelang tahun 2023? Sila, Yang Berhormat Menteri jawab. Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih, Tuan Yang di Pertua.

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu di atas soalan yang sangat relevan untuk Sabah ini. Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengambil maklum akan pengumuman yang telah dibuat oleh Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada bulan Mac 2021 mengenai program-program bagi meningkatkan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah sebanyak 80 megawatt menjelang 2023.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Tenaga telah merancang pelaksanaan beberapa program bermula pada tahun 2021 hingga tahun 2023 bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah dalam tempoh tersebut dengan kapasiti keseluruhan sekitar 150 megawatt. Perancangan tersebut memberi fokus untuk mengurangkan kebergantungan Pantai Timur Sabah terhadap penyaluran bekalan elektrik daripada Pantai Barat. Program-program yang dicadangkan seperti sebahagian daripada program Large Scale Solar 1 dan 2 di Pantai Timur Sabah, pengoperasian semula Stesen Jana Kuasa Serudong dan Libaran, pelanjutan program TSH Biomass, Tawau Gas Turbine (GT2) dan Tawau Canopy Genset, serta pembaikan dan penyelenggaraan GT Melawa (Batu Sapi).

Program-program ini telah mengambil kira keperluan untuk mengoptimumkan kos penjanaan di samping turut menitikberatkan aspek kelestarian dan jaminan pembekalan elektrik di negeri Sabah. Cadangan ini akan diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri sebelum diumumkan oleh kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan amat mengambil berat mengenai kedudukan kewangan SESB yang tidak mampan berikutan kadar tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna-pengguna elektrik di Sabah pada kadar purata 34.52 sen/kWj adalah jauh lebih rendah daripada kos pembekalan elektrik sebenar yang terkini iaitu 42.34 sen/kWj tanpa subsidi bahan api. Kos penjanaan tenaga yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebanyak 56.5 sen/kWj adalah merupakan data lama.

So, kita ada data baharu yang mana ada pengurangan. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Persekutuan prihatin dengan kebajikan rakyat telah menyalurkan pelbagai subsidi kepada SESB iaitu subsidi sokongan tarif, subsidi solar berskala

Datuk Ali anak BijuBERSATU · PNTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli · Saratok

besar dan subsidi bahan api. Dengan pemberian subsidi diesel ini, kos pembekalan elektrik dapat dikurangkan kepada 36.85 sen/kWj. Yang selebihnya adalah untuk subsidi yang dipanggil sokongan tarif. Jumlah subsidi tersebut bagi tahun 2021, adalah RM711 juta.

Sejak tahun 2005, jumlah subsidi yang disalurkan kepada SESB telah mencecah sebanyak RM7.6 bilion. Jumlah ini tidak mengambil kira geran yang disalurkan untuk membangunkan infrastruktur bekalan elektrik di negeri Sabah sebanyak RM2.3 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12.

Berkaitan status terkini penyerahan kuasa pembekalan elektrik Sabah dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kepada Kerajaan Negeri Sabah, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pada 4 Mac 2021 telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Sabah hanya bersedia untuk mengambil alih kuasa pembekalan elektrik Sabah dalam tempoh lima hingga tujuh tahun dari sekarang. Ia juga tertakluk kepada beberapa syarat tertentu yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Cadangan tersebut sedang diteliti dan diperhalusi oleh kementerian sebelum diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kerajaan Negeri Sabah berpandukan mandat yang diperoleh daripada Jemaah Menteri kelak.

Berhubung kos penjanaan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah, perkara ini sedang diteliti oleh pihak Suruhanjaya Tenaga bersama kementerian akan dimaklumkan setelah keputusan muktamad dicapai kelak. Sekian, terima kasih. Itu sahaja jawapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli kerana telah menjawab.

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk isu yang kedua tidak dapat kita jalankan kerana Yang Berhormat Timbalan Menteri mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu Yang Berhormat Limbang, tidak berada dalam Dewan kerana urusan saliva test.

Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Khamis, 30 September 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.42 petang]