Dewan Rakyat · 4 October 2021
15th Parliament, session 4, meeting 1 · 621 turns · 55,380 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, Padang Serai ingin penjelasan.
Ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mohon penjelasan daripada Kementerian Pertahanan kerana semasa perbahasan titah diraja, saya telah menimbulkan tiga soalan dan dua daripadanya sudah dijawab secara bertulis. Akan tetapi soalan saya mengenai pembelian 18 buah bot fast interceptor craft (FIC) dan 10 buah helikopter Mick Delta 530 Golf masih belum dijawab. Kementerian Pertahanan tidak boleh cuba mengelak tentang perkara ini kerana pembelian aset-aset ini telah pun menggunakan duit rakyat Malaysia. Maka saya tuntut penjelasan daripada Kementerian Pertahanan mengenai perkara ini. Jangan jadi penakut dan cuba larikan diri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, minta tulis surat kepada saya. Saya akan follow-up.
Okey, terima kasih.
Okey, saya jemput Yang Berhormat Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien.
Tuan Yang di-Pertua, pada pagi ini saya dengan secara rendah hati dan dukacitanya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong, mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang baru sahaja meninggal dunia semalam. Soalan saya nombor satu.
1. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan: (a) apakah prestasi atlet-atlet Malaysia yang baru sahaja pulang dari temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 mencapai sasaran yang kita harapkan; dan (b) apakah ganjaran yang akan diberikan kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat.
Tuan Yang di- Pertua, soalan Yang Berhormat Julau ini akan saya jawab bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Wangsa Maju bertarikh 7 Oktober 2021 kerana ia menyentuh isu yang sama. Pandemik COVID-19 memberi cabaran yang sangat berbeza ke atas program persediaan atlet daripada segi latihan, pendedahan kejohanan peringkat antarabangsa dan penyertaan kejohanan-kejohanan untuk kelayakan Olimpik. Namun begitu, seramai 30 orang atlet daripada sembilan sukan, 10 disiplin dan 27 acara berjaya melayakkan diri ke temasya kali ini. Sebanyak 45 peratus ataupun 13 orang atlet yang membuat penampilan buat kali pertama dan 60 peratus ataupun 18 orang atlet adalah daripada jantina wanita. Sukan gimnastik artistik membuat penampilan semula selepas 17 tahun di mana Au Li Yen pada tahun 2000 telah diteruskan oleh Farah Ann Abdul Hadi. Walaupun sasaran tiga pingat tidak dapat dikecapi oleh atlet negara, namun prestasi atlet boleh dikatakan memuaskan bagi sesetengah sukan menerusi Program Road to Tokyo yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara. Kontinjen negara berjaya merangkul satu pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi sukan berbasikal trek dan badminton di Olimpik Tokyo 2020 dan tiga pingat emas dan dua pingat perak di Paralimipik Tokyo 2020. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kontinjen negara telah meraih tiga pingat emas dan satu gangsa dalam sukan Paralimpik Rio 2016. Namun kali ini kontinjen negara telah mencipta sejarah baharu dengan meraih tiga pingat emas dan dua pingat perak di Paralimpik Tokyo 2020, sekali gus menunjukkan peningkatan prestasi atlet paralimpik negara. Pada Olimpik Tokyo kali ini, pencapaian Dato’ Muhammad Azizulhasni Awang dalam acara kegemarannya keirin, berjaya memenangi satu pingat perak, sekali gus memperbaiki pencapaian beliau di Sukan Olimpik Rio 2016 di mana beliau cuma meraih pingat gangsa. Manakala gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, ranking kelapan menerusi acara beregu lelaki sukan badminton, berjaya merangkul pingat gangsa di Tokyo 2020 setelah menewaskan pasangan nombor dua dunia dari Indonesia. Berikutan penularan pandemik COVID-19, atlet-atlet negara meneruskan program latihan sepenuh masa secara kuarantin menggunakan model gelembung sukan. Selain itu, mereka tidak dapat menyertai kejohanan-kejohanan kompetitif yang telah dirancang disebabkan penangguhan dan pembatalan oleh pihak penganjur. Untuk makluman Yang Berhormat, MSN telah menyediakan insentif sukan sejak tahun 1966 melalui Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (SHAKAM). Selain itu, mereka juga diberi elaun bulanan seumur hidup di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik iaitu RM5,000 bagi pingat emas, RM3,000 bagi pingat perak dan RM2,000 bagi pingat gangsa. Untuk jawapan Yang Berhormat Wangsa Maju, Jawatankuasa post-mortem Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah pun ditubuhkan dan dijangka akan bersidang pada pertengahan Oktober ini bagi memperhalusi kaedah, pandangan, cadangan dan maklum balas tentang prestasi kontinjen di kedua-dua temasya sebagai penambahbaikan kepada Program Khas Jangka Panjang Olimpik–Paralimpik. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Soalan tambahan. Pasca temasya Sukan Olimpik Tokyo ini, negara kita berada di ranking ke-74, jauh di belakang Thailand, Indonesia, Philippines dengan hanya membawa pulang satu perak dan satu gangsa sahaja.
Jauh berbeza dengan pencapaian prestasi atlet kita sewaktu edisi Rio Brazil 2016 yang berjaya membawa empat perak dan satu gangsa. Soalan tambahan saya adalah, jadi apakah sebenarnya punca kepada kejatuhan prestasi pencapaian atlet kita ini, dan
adakah untuk edisi Paris 2024, KBS sudah mengenal pasti kategori sukan apakah yang akan kita beri tumpuan penuh untuk menghantar atlet kita dan sukan apakah yang tidak lagi menjadi sandaran, sekali gus berpotensi untuk digugurkan? Kedua, soal ganjaran atlet kita. Saya hendak tanyakan, adakah ganjaran Paralympian negara kita, sama dengan ganjaran yang diperoleh Olympian pasca-Olimpik Tokyo? Jika tidak sama, mengapa ianya berbeza-beza? Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana yang telah saya nyatakan, penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan atlet-atlet negara meneruskan program latihan sepenuh masa secara kuarantin menggunakan model Gelembung Sukan sejak Jun 2020. Ia merupakan salah satu kekangan yang terpaksa diharungi oleh kontinjen negara untuk ke temasya Olimpik kali ini. Misalannya, daripada 89 pendedahan pertandingan yang diluluskan tahun 2020, hanya 32 acara sahaja dapat disertai disebabkan pembatalan mahupun penangguhan akibat penularan COVID-19 di seluruh dunia. Manakala pada tahun 2021, hanya 27 pertandingan pendedahan sahaja yang dapat disertai sehingga tarikh tamat kelayakan sukan Olimpik pada bulan Jun yang lalu. Pihak kementerian juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penilaian dan Penambahbaikan Olimpik/Paralimpik Tokyo 2020 untuk menilai keseluruhan aspek. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, bersama-sama Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Paralimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, panel expert serta semua pihak berkepentingan. Bagi Program Khas Jangka Panjang Olimpik/Paralimpik, program ini akan dijadikan program fokus ataupun graduation kepada program podium sedia ada bagi membolehkan kita melihat kitaran Olimpik/Paralimpik Paris 2024 dan Los Angeles 2028. Sementara itu, program podium sedia ada juga akan melihat perancangan podium latihan ke arah Olimpik/Paralimpik Brisbane. Kementerian akan mula melaksanakan program Olimpik/Paralimpik berasaskan kepada dua kitaran Olimpik/Paralimpik supaya persediaan latihan atlet akan lebih terancang bagi tempoh masa lebih panjang dari kebiasaannya. Ganjaran yang diberikan kepada atlet Olimpik dan Paralimpik adalah sama, iaitu RM1 juta bagi pemenang pingat emas, RM300,000 bagi pemenang pingat perak dan RM100,000 bagi pemenang pingat gangsa. Bagi pasukan kurang daripada lima orang, hadiah ialah RM1 juta bagi emas, perak sebanyak RM300,000 dan gangsa sebanyak RM100,000. Bagi pasukan yang melebihi lima orang ialah bagi emas, individu akan menerima RM150,000 dan bagi pingat perak, individu akan menerima RM40,000 dan untuk pingat gangsa sebanyak RM20,000. Jadi, tiada perbezaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bagi peluang untuk saya kemukakan...
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Ya.
Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Ipoh Timur.
Saya dahulu, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun dulu. Saya bangun dulu, Tuan Yang di-Pertua.
Ya, Yang Berhormat Rasah. Soalan tambahan nombor dua ya?
Ha?
Nombor satu, nombor satu.
Oh! Sorry.
Rasah, kan?
Yang Berhormat Ipoh Timur, sila.
Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, antara sukan yang kita nampak telah mempunyai satu pencapaian yang tidak begitu memuaskan adalah sukan terjun, yang sebelum ini kita pernah memenangi pingat perak dan juga pingat gangsa dan kali ini tidak begitu memuaskan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah rancangan-rancangan untuk mengembalikan kegemilangan sukan terjun negara kita, supaya kita tidak lagi bergantung kepada mereka yang veteran dan bagaimana kita boleh mencungkil bakat-bakat yang baharu dalam sukan ini?
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, satu jawatankuasa post-mortem telah pun ditubuhkan dan akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan dan mencadangkan kaedah-kaedah baru dan juga perancangan-perancangan masa akan datang untuk meningkatkan lagi prestasi atlet-atlet kita. Sama-samalah kita menunggu kaedah-kaedah yang akan dicadangkan nanti.
Soalan saya spesifik, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sukan terjun.
Boleh tolong jelaskan?
Soalan yang spesifik, tetapi memang jawapan kita secara umum dan memanglah itu— kita perlulah tunggu keputusan mesyuarat nanti.
Terima kasih. Soalan seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, minta soalan satu lagi.
Maaf.
Soalan nombor tiga, minta Padang Serai.
2. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk membayar kadar sewa rumah mereka memandangkan sudah terlalu ramai orang yang tidak mampu membayarnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Mac lalu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju, Datin Paduka atas keprihatinan mengenai isu golongan berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk membayar sewa rumah, terutamanya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan masa pandemik COVID-19 ini. Sememangnya KPKT, juga Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan malah kerajaan sendiri amat mengambil berat tentang perkara ini dan sedang berusaha untuk mencari langkah yang terbaik dalam menangani isu ini. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian telah melaksanakan program PPR disewa sejak 1982, yang mana kadar sewa yang dikenakan bagi rumah- rumah PPR yang disewa ini adalah pada kadar minimum sebanyak RM124 sebulan kepada golongan B40 yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, yang tidak mampu untuk memiliki rumah.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sehingga kini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membina sebanyak 154 projek PPR (Program Perumahan Rakyat) di seluruh negara yang merangkumi 97,196 unit rumah. Daripada 154 projek PPR yang telah siap tersebut, sebanyak 98 projek adalah merupakan PPR yang disewa merangkumi jumlah unit rumah sebanyak 81,373 unit. Pada masa yang sama, terdapat 11 projek PPR disewa sedang dalam pembinaan yang merangkumi sebanyak 5,470 unit rumah, manakala terdapat lapan projek PPR dalam perancangan yang merangkumi 2,893 unit rumah. Kementerian juga sentiasa memohon dengan agensi pusat untuk terus mengadakan projek-projek PPR disewa yang baharu supaya bantuan kepada golongan yang layak dan memerlukan rumah pada kadar sewa yang rendah terus bertambah. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan inisiatif baru kementerian yang dikenali sebagai Inisiatif Kediaman Keluarga Miskin (Rumah IKRAM Keluarga Malaysia). Objektif utama program ini adalah untuk memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat kesan sampingan COVID-19, serta menyediakan kemudahan sewaan RM124 sebulan. Sebagai permulaan, sebanyak 2,000 unit rumah sedia ada ditawarkan untuk Rumah IKRAM Keluarga Malaysia di beberapa lokasi PPR di seluruh negara. Penerima manfaat ini seterusnya akan menerima pengecualian bayaran sewa untuk enam bulan pertama. Seramai 105 orang penerima manfaat Rumah IKRAM Keluarga Malaysia ini telah menerima surat tawaran semasa majlis pelancaran yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Terima kasih atas jawapan dan terima kasih kerana membantu penyewa PPR dan membina dan menambah unit-unit PPR pada masa yang akan datang. Soalan tambahan saya, saya ingin tahu.
Selain daripada memberi bantuan kewangan, saya difahamkan ramai penyewa yang menghadapi masalah sekarang adalah terdiri daripada penyewa yang menyewa rumah kondominium dan rumah sederhana. Jadi, saya ingin tahu sama ada kerajaan bercadang adakan moratorium untuk mengusir (eviction) dan membina rumah perlindungan sementara bagi mereka yang kena halau dari rumah mereka kerana tidak mampu membayar sewa. Di beberapa negara asing, saya difahamkan kerajaan telah membekukan sewa dengan membenarkan lanjutan ataupun membaharui kontrak sewa secara automatik dan saya ingin tahu, adakah kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan yang sama seperti negara-negara tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana saya maklumkan tadi bahawa pelancaran rumah IKRAM yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini adalah juga merupakan satu insentif baharu yang cukup besar ertinya kepada penyewa-penyewa yang telah kehilangan rumah, yang tidak mampu lagi menyewa dan sebagainya di mana 2,000 unit rumah sedia ditawarkan. Baru-baru ini kita telah menyerahkan 105 orang penerima manfaat IKRAM ini. Manakala, bagi wakil PR1MA akan ditawarkan sebaik sahaja proses saringan permohonan sedang dijalankan selesai dilaksanakan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengumumkan pemberian moratorium bayaran sewa sehingga akhir tahun 2020 bagi penghuni PPR sedia ada di bawah kawalan selia dan pengurusan KPKT yang melibatkan- Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, 11 projek PPR di mana melibatkan 7,654 penghuni.
Sepertimana yang saya sebutkan, malah sebelum ini pun ada antara inisiatif yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan. Umpamanya saya sebutkan satu-dua perkara di sini yang pertama pengecualian pembayaran sewa selama tujuh bulan iaitu Mac hingga September 2020 yang dahulu, Yang Berhormat. Maknanya COVID-19 ini telah berlaku lebih awal tahun lepas. Kita telah memberikan pengecualian sewa kepada 3,636 unit PPR disewa dan rumah transit yang melibatkan RM3.7 juta duit kerajaan. Bermakna duit yang perlu dibayar oleh penyewa. Kedua, ialah penangguhan pembayaran sewa, moratorium selama 21 bulan, Mac 2020 hingga Disember 2021. Jadi, ini semua adalah ruang-ruang yang cukup baik yang kita berikan kepada penghuni-penghuni, penyewa-penyewa yang berhadapan dengan tekanan khusus semasa COVID-19 ini. Ini adalah bagi rumah-rumah sewa untuk dimiliki ataupun RTO di bawah program pengurusan KPKT yang melibatkan 10 projek, yang melibatkan 4,650 unit rumah. Saya ucap terima kasih banyak kepada pandangan Yang Berhormat termasuklah pelaksanaan program-program yang dilakukan oleh negara luar dan insya-Allah kita akan cuba cari jalan bagaimana kita boleh melihat penambahan peningkatan kepada bantuan kepada rakyat di negara kita ini. Terima kasih banyak Yang Berhormat.
Terima kasih. Ada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Batang Lupar ya? Ya, Yang Berhormat Beaufort, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah bilakah agaknya PPR Selagon di Beaufort akan dapat diduduki dan adakah cadangan kementerian untuk menambah lagi unit untuk membolehkan lebih ramai lagi rakyat dapat menduduki PPR. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan ini agak terkeluar daripada soalan asal, jadi saya tidak ada maklumat di sini. Walaupun kita ada maklumat di simpanan, kita tetapi saya tidak boleh beri kepada Yang Berhormat. Insya-Allah saya akan beri jawapan segera hari ini juga kepada Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Bertulis. Soalan seterusnya, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya ialah tidak semua mereka yang menghadapi masalah untuk membayar sewa ini berada di PPR ataupun di rumah-rumah di bawah skim RTO. Banyak mereka juga yang tidak dapat peluang ini menyewa secara private di luar. Jadi, apakah perancangan kerajaan kerana terdapat banyak kes-kes yang mereka ini diusir keluar kerana tidak mampu untuk membayar sewa di rumah-rumah sewa yang mereka sewa daripada pemilik-pemilik swasta ini. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, yang pertamanya terima kasih banyak. Kita juga Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya melihat perkara ini dan sebab itulah kita ada skim-skim perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kita ada skim perumahan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Kita ada skim perumahan di bawah kerajaan negeri dan kita ada juga perumahan-perumahan di bawah swasta. Jadi, inilah perkara yang agak perlu kita berikan perhatian dan bagaimana kita mencari jalan untuk menyelaraskan masalah ini. Bagi Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kita boleh menyelesaikan masalah ini dengan seragam. Oleh sebab itulah pernah dicadangkan supaya National Housing Corporation (NHC) ditubuhkan dengan tujuan supaya dapat kita menyelaraskan masalah sewa rumah dan sebagainya yang sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Insya-Allah kita akan bagi perhatian Yang Berhormat, terima kasih pandangan yang cukup baik yang kita perlu
berikan perhatian yang serius bagi kita menangani isu perumahan negara. Terima kasih banyak.
Terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim.
3. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapa jumlah penganggur yang dicatatkan pada tahun 2021 setakat ini dan apakah perancangan kementerian dalam memastikan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan bagi mengurangkan kadar pengangguran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menurut laporan survey tenaga buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku kedua tahun 2020, kadar pengangguran adalah sebanyak 4.8 peratus iaitu seramai 768,700 orang. Walau bagaimanapun, pada Julai 2021, terdapat peningkatan bilangan penganggur seramai 9,500 orang menjadikan jumlah penganggur bersamaan dengan 778,200 orang. Dalam usaha memastikan lebih banyak peluang pekerjaan disediakan bagi mengurangkan kadar pengangguran, kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Negara (MPN) dengan sasaran perwujudan 500,000 peluang pekerjaan kepada rakyat. Di bawah Majlis Pekerjaan Negara, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), telah dilantik sebagai pengerusi bersama bagi pasukan khas ataupun Pasukan Petugas Khas Sumber Manusia dan Keusahawanan. Pasukan petugas khas ini memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong peranan Majlis Pekerjaan Negara melalui beberapa objektif utama iaitu: (i) meningkatkan penciptaan pekerjaan; (ii) memaksimumkan tahap pengekalan pekerjaan (job retention), dengan izin; (iii) membuat padanan pekerjaan serta komprehensif bagi mengatasi isu underemployment; dan (iv) mengkaji serta merangka mekanisme perlindungan keselamatan sosial bagi pekerja sendiri (self-employment). Sehingga 31 Ogos 2021, Pasukan Petugas Khas Sumber Manusia dan Keusahawanan telah mencapai KPI sebanyak 98 peratus iaitu 359,677 daripada sasaran asal, 367,500 bagi penempatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan. Selain itu kerajaan turut mengumumkan pelbagai program bantuan dan pakej rangsangan yang berupaya membantu mereka mendapatkan pekerjaan antaranya ialah adalah melalui pakej bantuan seperti Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasakan Rakyat Ekonomi (PEMERKASA), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui PERKESO turut memperluaskan elaun mencari pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. Elaun sekurang-kurangnya RM300 akan diterima apabila mereka mendaftar di bawah platform MyFutureJob. Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta, skop insentif turut diperluaskan oleh PERKESO meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig yang memanfaatkan 65,000 pekerja dan majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyediaan perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PERKESO.
Selain itu, sejumlah RM125 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan inisiatif place and train di bawah Program Janapreneur, Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan inisiatif ini akan membuka peluang kepada 30,000 orang terutama belia lepasan sekolah dan graduan yang mengikuti program latihan dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan. Kementerian Sumber Manusia melalui agensi-agensinya sentiasa berusaha meningkatkan ketersediaan dan kebolehpasaran bakat melalui pelbagai platform. Antaranya termasuk program Upskill Malaysia di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad, latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional di 562 buah institusi latihan kemahiran awam, Program Latihan Industri Berstruktur, Structured Internship Programme, dengan izin dan program Nurturing Expert Talent (NEXT) oleh TalentCorp. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia akan terus komited dan bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha membantu untuk golongan belia ataupun rakyat Malaysia mendapatkan pekerjaan serta memastikan kadar pengangguran Malaysia terkawal. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sedar kerajaan telah menyediakan dana kepada pelbagai kementerian dan agensi untuk tujuan latihan bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran pekerjaan. Soalan saya, apakah pelan strategik 100 hari ataupun KPI 100 hari kementerian dalam meningkatkan peluang ini untuk memantau keberkesanan latihan-latihan yang diadakan supaya dana yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memberi ruang dan peluang kepada angka seramai 768,700 orang yang sedang menganggur yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi? Ini penting. Wow factor, Sir, dengan izin. Pastikan 100 hari KPI Kementerian Sumber Manusia selain daripada memberikan RM300, RM500 one-off, pastikan mereka mendapat pekerjaan yang sewajarnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu soalan yang cukup panjang. Sepertimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, dalam usaha mengatasi kadar pengangguran, kerajaan sedang dan akan melaksanakan pelbagai pendekatan. Pertama adalah memperbanyakkan peluang pekerjaan sedia ada. Kedua adalah menambahkan ilmu-ilmu kemahiran di kalangan warga kerja supaya mereka jadi modal insan yang kompetitif dan kompeten dan supaya mereka dapat melaksanakan multi-talent supaya majikan terus kekalkan mereka sebagai warga kerja. Sepertimana yang dibangkitkan mengenai dana yang disalurkan kepada agensi- agensi, memang kerajaan daripada MCO pertama sehingga hari ini telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk menambahkan ilmu kemahiran di kalangan warga kerja. Sepertimana yang diumumkan baru-baru ini, kerajaan akan melaksanakan Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional, seiring dengan sasaran untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan. Selaras dengan usaha untuk menambah baik latihan kemahiran bagi meningkatkan peluang mendapat pekerjaan, Mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 22 September telah menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk membangunkan satu platform digital sehenti, single tracer di mana kita akan mengenal pasti latihan-latihan yang diberikan kepada warga kerja dan kita akan memantau sejauh manakah kejayaan mereka selepas mendapat latihan dan sebagainya. Single tracer ini diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Selain daripada itu, dalam 100 hari ini, sepertimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat, tiga program penting yang akan dilaksanakan. Pertama adalah Second
Chances and Opportunities for People to Excel. Ini peluang penempatan pekerjaan dan penjana pendapatan yang disasarkan memanfaatkan seramai 1,000 orang bekas banduan. Ini adalah amat penting supaya menunjukkan bahawa kerajaan prihatin untuk membela nasib semua lapisan masyarakat tidak kira sama ada mereka yang di luar atau pun baru keluar dari penjara dan sebagainya. Kedua adalah induksi keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara percuma, di mana latihan safety passport secara percuma kepada golongan graduan dan pekerja syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tamat kad pasport atau baru menceburi bidang keselamatan. Peruntukan sebanyak RM1.3 juta ditanggung oleh NIOSH dengan mensasarkan 5,000 orang. Ketiga adalah kursus kemahiran setempat di 32 buah institut latihan JTM secara percuma. Sasaran kumpulan pencari kerja dan golongan yang hilang kerja akan diberikan latihan dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, soalan saya ada dua bahagian. Yang Berhormat Menteri, Kulim-Bandar Baharu.
Jangan panjang sangat.
Ya. Yang Berhormat Menteri, di bawah Kumpulan Wang COVID-19, program subsidi upah dan insentif pekerjaan ini menelan RM18 bilion. Bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan kepada Dewan, apakah impak RM18 bilion ini kepada pekerjaan yang dapat diselamatkanlah? Sebab sudah bagi subsidi upah dan segala macam, pekerjaan tidak hilang. Itu yang pertama. Impak. Kedua, 29 Oktober nanti Yang Berhormat Menteri Kewangan akan bentang bajet. Di bawah Kementerian Sumber Manusia, Yang Berhormat Menteri tadi sebut ada ditubuhkan Majlis Pekerjaan Negara dengan sasaran 500,000 peluang pekerjaan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan sedikit lagi, selain daripada yang telah disebutkan tadi, untuk bajet akan datang ini hendak wujudkan 500,000 peluang pekerjaan ini, apakah inisiatif-inisiatif utama untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan ini? Terima kasih.
Terima kasih. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Satu soalan yang cukup penting memandangkan ia melibatkan kos yang begitu tinggi. RM18 bilion seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu adalah satu sumbangan ataupun peruntukan khas telah disalurkan kepada Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya PERKESO secara berperingkat. Kita lihat sejak MCO pertama sehingga kini, Tuan Yang di-Pertua, program subsidi upah ini menjadi program yang cukup popular di kalangan warga kerja dan pihak industri sehingga mendapat permintaan yang cukup tinggi daripada pihak industri untuk memastikan kerajaan membekalkan peruntukan yang cukup bagi ketiga-tiga MCO. Dengan peruntukan yang begitu tinggi, kita sempat menyelamatkan― apabila orang tanya apakah legasi saya sebagai Menteri Sumber Manusia dalam keadaan COVID-19 ini, saya dengan bangganya boleh mengumumkan sebagai Menteri Sumber Manusia dengan peruntukan begitu tinggi, saya telah menyelamatkan ataupun membela nasib warga kerja seramai 2.9 juta orang. Dengan sumbangan RM18 bilion, negara kita telah menyelamatkan nasib warga kerja seramai 2.9 juta orang dan juga melebihi 300,000 buah syarikat daripada “gulung tikar”. Ini adalah satu pendekatan yang cukup baik. Cuba Yang Berhormat bayangkan, hari ini dengan kadar pengangguran 4.8 peratus, lebih kurang 700,000 orang menganggur. Ini pun menjadi isu. Cuba bayangkan tanpa peruntukan ini, mungkin 2.9 million warga kerja telah kehilangan peluang pekerjaan. Itu adalah hasil ataupun impak yang positif daripada peruntukan itu.
Kedua, melahirkan 500,000 peluang pekerjaan di bawah Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini adalah usaha sama pelbagai agensi yang terdiri daripada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Koperasi dan Usahawan dan sebagainya. Maka keseluruhannya saya akan bagi secara bertulis, apakah hala tuju akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua, satu lagi. Satu lagi.
Terima kasih Yang Berhormat. Maaf. Tidak ada masa dah.
Satu, satu. Sorrylah. Satu sedikitlah.
30 saat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengikut statistik SIP daripada Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021, seramai 140,608 orang pekerja yang telah kehilangan pekerjaan. Daripada jumlah tersebut, hanya 58,530 orang sahaja yang berjaya ditempatkan semula dalam sektor pekerjaan, Soalan saya, bahawa maknanya masih ada baki 82,078 orang yang tidak dapat masuk balik ke dalam sektor pekerjaan. Jadi, berapa lama tempoh perlu diambil untuk dapat mengisi kembali 80,000 orang itu untuk masuk dalam sektor pekerjaan?
Terima kasih. Ringkas.
Tuan Yang di-Pertua, ini sepertimana saya sentiasa sebut, kita berada dalam satu keadaan luar biasa. Tiada sesiapa boleh bagi jaminan seberapa lama kah kita akan begini. Akan tetapi, kita boleh lihat yang pentingnya kerajaan dan agensi mengambil langkah-langkah positif membekalkan latihan-latihan kemahiran. Itu sebab kita adakan upskilling dan reskilling supaya warga kerja ini menjadi warga kerja yang boleh perform multi-talent. Maka saya percaya dengan usaha-usaha yang sedang diambil oleh pihak kerajaan, kita sempat dalam masa terdekat. Terima kasih.
4. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan dalam usaha untuk membanteras kegiatan judi nombor 4D tanpa lesen di negara ini, kerana kewujudannya telah menjejaskan hasil kutipan cukai kerajaan dan pelaksanaan PKP telah menyebabkan judi tanpa lesen semakin berleluasa.
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil perhatian serius terhadap isu perjudian 4D tanpa lesen di negara ini. Pihak PDRM juga mengambil maklum segala pandangan yang disuarakan oleh pelbagai pihak dan akan melipatgandakan lagi usaha untuk memastikan aktiviti perjudian haram ini dapat dibendung dengan lebih berkesan. Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Pelan Pemulihan Negara, sektor perjudian berlesen yang dikawal oleh Kementerian Kewangan Malaysia merupakan sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP atau PPN dilaksanakan. Namun, sindiket yang menjalankan loteri awam tanpa lesen tetap meneruskan aktiviti mereka dengan penjualan loteri awam tanpa lesen dan melibatkan cabutan loteri awam yang dijalankan oleh negara luar seperti Singapura, Kemboja dan China. Susulan itu, antara tindakan telah diambil yang dirancang oleh pihak polis termasuklah mengambil tindakan ke atas pemain, penjaga premis dan penganjur loteri awam tanpa lesen di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1997. Kedua, mengenal pasti
individu dan sindiket-sindiket yang terlibat dalam loteri awam tanpa lesen dan mendakwa mereka di bawah undang-undang yang berkaitan. Selain itu, tindakan yang lebih keras juga akan diambil di bawah peruntukan undang-undang lain yang berkaitan iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1999 (POCA) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Ketiga, meneruskan pemantauan ke atas premis-premis yang pernah dibuat serbuan perjudian loteri awam tanpa lesen dan meningkatkan serbuan secara berterusan melalui Ops Dadu. Keempat, iaitu bekerjasama dengan lain-lain agensi termasuk pihak berkuasa tempatan bagi pembatalan lesen perniagaan. Sekiranya premis digunakan bagi tujuan loteri awam tanpa lesen dalam membuat permohonan kepada syarikat-syarikat utiliti seperti TNB dan syarikat bekalan air untuk tindakan pemotongan bekalan elektrik dan air ke atas premis yang sering digunakan bagi sindiket perjudian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN yang telah menjawab soalan ini. Saya ada dua soalan, cabang dia ada dua. Pertama, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan bahawa ada pendakwaan dan juga serbuan. Boleh tidak saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan statistik berapa banyak pendakwaan dan juga serbuan yang telah dijalankan, khasnya sejak PKP pada 18 Mac tahun lepas sehingga yang terkini? Kedua, disebabkan pelaksanaan PKP dan tidak dibenarkan dibuka yang mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebabkan kutipan lesen, kutipan hasil, kutipan cukai kerajaan berkurangan. Apakah itu antara sebab kerajaan yang ada hari ini membenarkan special draw, cabutan khas dikembalikan kepada 22 cabutan sepanjang tahun? Oleh sebab zaman Pakatan Harapan dahulu hanyalah lapan, zaman di bawah PM 6 22, PM 7 bawah PH, lapan, selepas masuk PM 8, dikembalikan kepada 22 sehingga sekarang. Apa pandangan dan juga pendirian daripada KDN berkenaan dengan perkara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, sebenarnya daripada 1 Januari 2021 hingga 31 Ogos 2021, serbuan yang telah dilakukan oleh pihak PDRM adalah sebanyak 7,374 serbuan dan mereka telah membuat tangkapan ke atas 7,765 orang. Walau bagaimanapun, berkaitan dengan pendakwaan yang telah dilakukan, ia memerlukan data yang lebih spesifik dan saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Rasah. Soal berkaitan dengan soalan yang kedua, berkaitan dengan kutipan ditambah pada 22 draw dan sebagainya, saya rasa soalan itu lebih baik ditujukan kepada Kementerian Kewangan dan bukan kepada pihak KDN.
Tangga Batu.
Pasir Mas.
Yang Berhormat Jempol.
Pasir Mas.
Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebelakangan ini pusat judi boleh diibaratkan sebagai cendawan tumbuh selepas hujan. Lebih-lebih lagi secara online. Mereka juga semakin berani mempromosi kegiatan- kegiatan mereka secara terbuka menerusi media sosial melalui pesanan ringkas SMS dan sebagainya.
Saya lihat perkara ini di bawah akta yang sedia ada iaitu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 tidak dipinda. Apabila sekian lama tidak dipinda, mereka ini berleluasa, berani dan sebagainya. Apakah tindakan kementerian? Adakah perkara ini akan dibuat pindaan ataupun ada undang-undang-undang baharu bagi menyekat judi haram ini berlaku sampai ke kampung dan sebagainya? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan itu. Segala perkara diusahakan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri bagi membendung jenayah perjudian tanpa lesen ini di negara ini. Semua pertimbangan juga akan diambil kira termasuklah dalam meminda undang-undang yang ada supaya dapat mengekang aktiviti perjudian secara haram ini secara online dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebanyak 30 saat sahaja.
Pasir Mas.
Maaf, maaf. Yang Berhormat Pasir Mas sudah berdiri lama tadi sebenarnya, 30 saat.
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma hendak tanya, hendak sambung pertanyaan daripada Yang Berhormat Rasah tadi berhubung cabutan tingkatkan dari tahun 2022. Saya tahu itu bidang kuasa Kementerian Kewangan tetapi setujukah Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa hujah yang menyatakan bahawa meningkatkan cabutan ini boleh menghalang operasi judi haram sebenarnya adalah hujah yang tidak betul dan tidak ada kaitan pun bila kita tingkatkan bilangan cabutan special draw ini judi haram akan menjadi berkurangan. Ia tidak ada kaitan sama langsung dari sudut keselamatan dan dari sudut bidang kuasa dalam negeri. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya masih lagi merasakan bahawa soalan ini patut dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.
Dari sudut judi haram, peningkatan judi haram, soalan saya tidak ada kaitan. Bagaimana pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Kena jawab Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Bagi pandangan saya sendiri bahawa perkara sama ada ia dapat meningkatkan atau menurunkan kadar jenayah judi haram ini ianya memerlukan kajian yang lebih dalam supaya kita dapat mengenal pasti, apakah sebab-sebabnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan seterusnya...
Apa jawab macam in? Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab macam ini, tidak ada standard langsung.
Ridiculous.
Seterusnya, Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing.
5. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah dasar-dasar kewangan jangka panjang dan perancangan kementerian untuk membantu dan memulihkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dan industri yang telah terkesan teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik COVID-19.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab soalan ini bersekali dengan
soalan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor, soalan nombor 24 pada hari ini dan juga soalan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, soalan nombor 42 pada hari ini kerana isu yang sama. Tuan Yang di-Pertua, penetapan dasar kewangan jangka panjang di peringkat pusat adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Namun demikian, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mempunyai dasar perniagaan khusus dalam tempoh jangka panjang kepada perusahaan kecil dan sederhana SME melalui beberapa agensi di bawah MEDAC. Di antaranya, SME Bank iaitu perniagaan pemilihan kepada perusahaan kecil dan sederhana dengan nilai perbelanjaan sehingga RM500,000. Bank Rakyat, menyediakan pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana dengan nilai perbelanjaan sehingga RM1 juta. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan pembiayaan kepada PKS dengan nilai perbelanjaan minimum RM100,000 dan maksimum RM10 juta. Dalam masa yang sama, MEDAC juga akan terus memperkasakan Program Keupayaan dan Pembangunan kapasiti serta latihan untuk usahawan terutamanya dalam meningkatkan mengadakan teknologi dan digitalisasi dalam operasi perniagaan. Selain daripada itu, kementerian juga ada menyediakan kursus-kursus latihan untuk menjadi usahawan dan bukanya untuk makan gaji khususnya untuk golongan belia dan siswazah seperti Program JUMPER ‘Start Up’, PUNB Protege dan juga TUBE. Dalam masa yang sama, kementerian juga akan perkenalkan skim rent-to-own dalam usaha membantu usahawan mempunyai bangunan ataupun aset sendiri.
Sebagaimana kita sedia maklum, bahawa Dasar Keusahawanan Nasional pula telah menggariskan sasaran jangka masa sederhana dan panjang untuk memastikan pencapaian aspirasi Malaysia sebagai sebuah ‘negara keusahawanan’ menjelang 2030. Sasaran yang telah ditetapkan adalah seperti berikut. Sumbangan PKS kepada KDNK daripada 37.4 peratus pada tahun 2018 kepada 45 peratus pada tahun 2025 dan 50 peratus menjelang tahun 2030. Pekerjaan yang dijana oleh PKS daripada 66.2 peratus pada tahun 2018 kepada 32 peratus pada tahun 2025 dan 80 peratus menjelang tahun 2030. Sumbangan PKS kepada nilai eksport daripada 13.5 peratus pada tahun 2018 kepada 25 peratus pada tahun 2025 dan 30 peratus menjelang tahun 2030. Sumbangan perolehan koperasi juga daripada RM40.3 bilion pada tahun 2018 kepada RM50 bilion pada tahun 2025 dan RM60 bilion menjelang tahun 2030. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat, Yang Berhormat Menteri atas jawapan diberi. Yang Berhormat Menteri, kita sekarang di bawah- adakah kementerian lihat ataupun Kementerian Kewangan lihat atau tidak, banyak sekarang SME yang pinjam pinjaman tidak boleh dibayar. Banyak sudah mahu pergi lelong. Apa cadangan dan rancangan kementerian akan bantu? Juga, adakah kementerian dapat melonggarkan syarat pinjaman dan meningkatkan jumlah pinjaman untuk membantu membangunkan semula ekonomi negara, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana? Juga, adakah kementerian dapat melonggarkan tempoh bayaran balik pinjaman, terutama dari SME Bank kepada para usahawan SME? Sekian, terima kasih.
Terima kasih sahabat saya dari Bintulu yang begitu prihatin mengenai masalah PKS. Saya ingin memaklumkan bahawa moratorium yang diberi kepada peminjam-peminjam di bawah agensi-agensi di bawah MEDAC ini, sekarang ini kalau ikut rangka yang diberi ialah RM5 bilion moratorium yang diberi. Saya juga akan melihat kalau sehingga tahun ini masih usahawan-usahawan ini menghadapi masalah, maka kita boleh pertimbangkan untuk memberikan kelonggaran dan juga interest nanti yang dicadangkan.
Ini kerana kita faham bahawa sekarang ini masalah ialah usahawan telah menghadapi berbagai-bagai masalah. Dalam masa yang sama, di bawah MEDAC, agensi di bawah MEDAC, kita akan bekerjasama. Jika ada mana-mana agensi yang mempunyai pinjaman di bawah MEDAC ini tetapi mereka ada masalah dan kita akan memberikan kelonggaran untuk memberikan pinjaman. Contoh, kalau dia ini penyewa Bangunan UDA, tidak boleh nak terus berniaga kerana modal tak cukup. Maka, kita akan bekerjasama dengan TEKUN ataupun SME Bank untuk memberikan pinjaman kepada usahawan-usahawan ini. Jadi, kita akan sentiasa melihat bagaimana untuk kita dapat memulihkan, bukan sekadar memulihkan kembali ekonomi tetapi usahawan-usahawan yang sedang terkesan kerana pandemik COVID-19 ini. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Parlimen dan rakyat Malaysia sangat mengharapkan Menteri- menteri dan Timbalan Menteri berani menjawab, bukan hanya pada dasar kementerian dia sahaja tetapi dasar Kabinet itu sendiri. Seperti soalan judi tadi, saya lihat ada Timbalan Menteri yang tak berani untuk memberikan pandangannya dengan jelas. [Tepuk] Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), saya difahamkan 15 Jun dahulu, RM150 bilion ke arah pemulihan fasa dua, tiga dan empat dalam Pelan Pemulihan Negara. Saya bimbang wang sebanyak itu akan berlaku ketirisan, cukai tak rasmi, mark- up dan make-up tambahan tanpa fokus kepada objektif asal. Apakah kursus-kursus, modul, kemudahan, berapa ramai yang telah mengikutinya serta berapa sasaran yang telah dirancang untuk itu supaya berlaku kerjasama antara kementerian ini dan Kementerian Kewangan? Terima kasih.
Terima kasih. Saya bersetuju seperti Yang Berhormat kata. Dalam segi pelaksanaan ini, kita tengok ada dua. Satu, dasar. Dasar ini dah betul dah. Kita dah bagi peruntukan berbilion-bilion seperti Yang Berhormat cakap tetapi yang silap kerana pelaksanaannya yang kadang-kadang birokrasinya masih ada, kadang-kadang red tape kuat dan sebagainya, mengikut keadaan seperti biasa sedangkan kita dalam keadaan yang luar biasa. Oleh sebab itu, saya di MEDAC, kita mengambil beberapa langkah. Sebagai contoh, setiap satu halangan kadang-kadang yang menyebabkan lambat proses ini, nak tengok CCRIS, nak tengok CTOS. Jadi, saya dah beritahu bahawa di bawah kementerian MEDAC, kita ketepikan. CCRIS ketepikan, CTOS ketepikan, tolong dengan segera dan juga proses untuk meluluskan ini mestilah mengikut apa yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi. Oleh sebab itulah kementerian saya menubuhkan Jawatankuasa Pemantau untuk memastikan apa yang dijanjikan oleh agensi ini mesti dilaksanakan. Jika ada di antara agensi-agensi ini tidak melaksanakan dengan janji yang telah diberikan, maka mereka yang memohon pinjaman boleh membuat aduan kepada pihak MEDAC. Oleh sebab itu, kita nak pastikan bahawa apa yang diperuntukkan berbilion-bilion ini benar-benar sampai kepada rakyat. Sebagai contoh, target kementerian saya dalam tempoh 100 hari ini, nak menolong hampir 179 ribu usahawan-usahawan. Ini sama ada tercapai ataupun tidak, inilah pemantauan yang akan dibuat. Saya minta Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini, jika ada rungutan daripada mana- mana rakyat yang mengatakan agensi di bawah MEDAC ini lambat, slow, macam-macam nak lagi, tolong laporkan kepada saya. Saya janji tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pegawai yang melengah-lengahkan atau menyusahkan rakyat untuk mendapat bantuan. [Tepuk] Terima kasih.
6. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta
(a) alternatif yang tersedia buat individu yang tidak boleh divaksinasi atas faktor-faktor berkaitan kemudaratan kesihatan; dan (b) pewujudan dokumentasi yang dikhususkan bagi golongan tersebut untuk tujuan pergerakan fizikal.
Tuan Yang di- Pertua, berhubung individu yang tidak boleh divaksinasi atas faktor-faktor perubatan seperti alahan kepada vaksin, individu tersebut perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar perubatan berdaftar yang merawat individu tersebut. Pakar perubatan akan menasihatkan pengambilan vaksin daripada jenis yang lain yang bersesuaian dan perkara ini ada dalam clinical guidelines KKM untuk vaksinasi COVID-19. Sebagai contoh, jika seseorang didapati menghidapi alahan kepada vaksin jenis Pfizer, vaksin jenis lain seperti Sinovac boleh diberikan. Sekiranya individu tersebut disahkan tidak boleh mengambil sebarang jenis vaksin COVID-19 atas sebab-sebab perubatan, individu tersebut perlu mematuhi SOP dengan lebih ketat secara kendiri seperti memakai pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan lain-lain disebabkan individu tersebut lebih berisiko untuk mendapatkan jangkitan COVID- 19. Individu tersebut boleh memohon sijil digital khas atau sijil pengecualian vaksinasi di MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan dengan mengemukakan borang khas Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu yang telah disahkan oleh pakar perubatan seperti berikut kepada pihak PKD berdekatan: (i) pakar perubatan di hospital swasta yang merawat individu; atau (ii) pakar perubatan atau pegawai perubatan yang merawat semasa ketiadaan pakar perubatan di hospital kerajaan yang berpakar; atau (iii) pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan. Jika permohonan adalah lengkap dan mengikuti syarat yang telah ditetapkan, sijil digital tersebut melalui MySejahtera akan diperoleh dalam tempoh seminggu. Terima kasih.
Terdapat tiga kategori mereka yang belum menerima vaksin iaitu mereka yang berisiko kesihatan disebabkan faktor kesihatan, anti-vaksin dan juga ada juga golongan vaccine hesitancy. Mengikut laporan daripada International Monetary Fund, terdapat kira-kira 10 peratus hingga 20 peratus di UK, 50 peratus di Jepun dan 60 peratus di France yang ragu- ragu dan bimbang dikategorikan sebagai vaccine hesitancy. Soalan saya, adakah kementerian sudah membuat kajian dan penilaian kepada mereka yang belum lagi mendaftar untuk menerima vaksin sama ada anti-vaksin ataupun vaccine hesitancy? Juga, bagaimana mereka yang berada di luar bandar, berapa peratusan rakyat Malaysia yang bergantung kepada kad fizikal vaksinasi ini? Sekiranya hilang, apa yang perlu dilakukan dan apakah kementerian boleh membantu? Bagaimana kementerian akan membantu mereka ini, terutamanya mereka yang berada di luar bandar dan pedalaman? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengikut data terkini di COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk golongan dewasa di Malaysia yang mengikut statistik dari Jabatan Perangkaan, 94.3 peratus daripada
golongan dewasa telah menerima sekurang-kurangnya dos yang pertama dan 87.6 peratus telah pun menerima lengkap dua dos. Jadi Kementerian Kesihatan Malaysia dapati bahawa jumlah yang masih belum menerima vaksin ini adalah sangat-sangat kecil di kalangan populasi dewasa. Namun demikian, ada beberapa langkah yang sedang dilaksanakan di peringkat sektor-sektor tertentu untuk memastikan kadar vaksinasi ini dapat ditingkatkan untuk meliputi hampir semua. Antara contohnya, kenyataan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baru- baru ini yang mewajibkan vaksinasi secara mandatori kepada penjawat awam dan juga selepas itu beberapa sektor-sektor lain termasuklah sektor swasta mungkin akan juga mensyaratkan vaksinasi. Untuk mereka yang masih lagi tegar untuk tidak mahu menerima vaksin, kita juga telah umumkan beberapa kebebasan hanya akan diberi kepada mereka yang telah menerima vaksinasi yang lengkap. Jadi dengan pendekatan ini, saya harap lebih ramai lagi yang masih lagi tegar untuk tidak mahu menerima vaksin akan tampil untuk mendapat maklumat yang terperinci dan kita sentiasa bersedia untuk memberi maklumat kepada sesiapa pun berkenaan dengan keberkesanan dan kesihatan vaksin ini. Hari ini kita akan muat naik dalam laman web Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini berkenaan dengan kesan sampingan yang serius supaya rakyat dapat melihat bahawa daripada segi kesan sampingan yang serius, tidak banyak dan setakat ini tidak ada satu pun kematian yang disebabkan vaksin COVID-19. Terima kasih.
Yang Berhormat Tebrau.
Setiu.
Boleh tanya soalan tambahan lagi?
Maaf. Yang Berhormat Tebrau.
Okey. Soalan saya ialah ada ramai yang tidak ada dokumentasi pengenalan kerana mereka bukan warga walaupun lahir di Malaysia dan juga ramai PATI juga. Macam mana mereka boleh dapatkan vaksinasi ya, apa caranya? Soalan saya.
Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah No Wrong Door policy. Maksudnya tidak ada sesiapa pun penduduk Malaysia yang berada di Malaysia, yang hadir di mana-mana pusat pemberian vaksin akan kita menafikan vaksin untuk mereka. Tak kira lah sama ada mereka mempunyai dokumentasi ataupun tidak. Saya sendiri telah pergi ke Sabah baru-baru ini, di kawasan Semporna. Kawasan Ahli Yang Berhormat dan melihat PPV di satu pulau yang dilaksanakan dan saya tengok ada yang tidak ada dokumen langsung tetapi kita bagi ataupun dokumen dia surat sahaja. Surat yang dikeluarkan oleh kerajaan. Itu sahaja. Akan tetapi kita bagi vaksin kerana yang penting sekarang ini adalah bukan dia punya status imigresen dia, tetapi yang penting adalah soal kesihatan awam. Oleh sebab itu kita utamakan vaksinasi untuk semua yang ada di Malaysia. Untuk jawab, minta maaf Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan soal daripada Yang Berhormat Kota Belud ringkas sahaja. Saya ingin maklumkan bahawa kalau tidak ada peranti digital, penerima vaksin boleh menunjukkan kad vaksinasi yang mereka menerima daripada PPV sebagai bukti vaksinasi mereka. Ini untuk mereka yang tidak ada peranti digital. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Kota Belud, 30 saat.
Yang Berhormat Menteri, kalau hilang kad fizikal ini bagaimana dan apa yang perlu dilakukan?
Kalau hilang kad fizikal tersebut saya minta supaya mereka tampil ke PKD yang terdekat untuk memaklumkan kehilangan tersebut dan kita akan melihat prosedur untuk keluarkan kad yang baharu.
7. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan statistik terkini jumlah pendaftaran perniagaan atas talian (online) dan adakah kerajaan menawarkan sebarang insentif kepada perniagaan kecil (online) yang dikatakan belum lagi boleh meraih keuntungan besar berbanding dengan perniagaan (online) besar seperti Lazada, 11th Street, Zalora dan eBay.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Betong. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebanyak 297,894 perniagaan dalam talian yang aktif direkodkan sehingga 31 Ogos 2021 adalah entiti yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Seterusnya, di bawah Akta Syarikat 2016 merekodkan 6,415 syarikat dan 1,968 perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang aktif menjalankan perniagaan dalam talian sehingga 31 Ogos 2021. Dalam tempoh 1 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 109,534 perniagaan dalam talian telah didaftarkan yang menyumbang 42.8 persen ataupun peratus kepada jumlah keseluruhan perniagaan yang didaftarkan dalam tempoh tersebut. Pada tahun 2020, sebanyak 132,012 perniagaan dalam talian telah didaftarkan. Pendaftaran ini meningkat 5.8 peratus daripada jumlah pendaftaran perniagaan dalam tahun 2019. Sebanyak 1,611 syarikat yang menjalankan perniagaan dalam talian telah didaftarkan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Ogos 2021 yang merupakan peningkatan 71.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Jumlah pendaftaran telah menunjukkan peningkatan pada tahun 2020 iaitu sebanyak 1,726 syarikat dalam talian telah didaftarkan. Manakala sebanyak 1,043 syarikat yang menjalankan perniagaan dalam talian telah didaftarkan pada tahun 2019. Dalam tempoh 1 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 250 perkongsian liabiliti terhad yang menjalankan perniagaan dalam talian telah didaftarkan. Manakala jumlah pendaftaran perkongsian liabiliti terhad yang menjalankan perniagaan dalam tahun 2020 adalah sebanyak 386 perkongsian terhad yang menyumbang 10 peratus kepada jumlah keseluruhan pendaftaran perkongsian liabiliti terhad pada tahun 2020. Pada tahun 2019, sebanyak 272 perkongsian liabiliti terhad yang menjalankan perniagaan dalam talian telah didaftarkan. Trend peningkatan pendaftaran entiti perniagaan yang memanfaatkan platform digital ini adalah didorong oleh keadaan sosioekonomi semasa terutamanya penularan pandemik COVID-19 yang bermula pada tahun 2020 di mana para peniaga telah beralih ke ekosistem digital. KPDNHEP turut mengambil inisiatif untuk membangunkan perniagaan berkonsepkan digital khususnya dalam sektor peruncitan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa kementerian telah melancarkan Program Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI) pada April 2021. Saya ingin menyeru kepada semua peniaga untuk segera mengadaptasikan teknologi digital dalam perniagaan mereka kerana tidak dapat dinafikan teknologi digital mampu untuk mengurangkan kos operasi dan mempercepatkan capaian pasaran. Bagi menggalakkan peniaga untuk menceburi bidang perniagaan khusus secara atas talian (online), SSM telah memperkenalkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang memberikan pendaftaran percuma kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.
Sehingga 26 September 2021, sebanyak 18,476 peniaga yang telah menikmati insentif ini. Di samping itu, SSM juga meneruskan pelaksanaan Skim 1 OKU 1 Perniagaan yang memberikan pendaftaran dan pembaharuan perniagaan percuma kepada OKU. Sehingga 26 September 2021, statistik menunjukkan hampir 13,096 perniagaan yang berjaya didaftarkan di bawah insentif ini. Terakhir, kementerian akan terus menggiatkan pelbagai inisiatif sektor perdagangan pengedaran termasuk pendigitalan bagi merancakkan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12.
Sesi libat urus akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan ekosistem perniagaan yang harmoni dan kondusif di samping persaingan yang lebih sihat. Sekian terima kasih.
Terima kasih, soalan pertama Yang Berhormat Datuk Robert.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberi satu jawapan yang cukup teliti. Soalan tambahan saya ialah, sila nyatakan jumlah aduan transaksi atas talian yang dilaporkan kepada KPDNHEP dan apakah tindakan yang telah diambil untuk menangani aduan tersebut? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian amat memandang serius ke atas aduan-aduan transaksi atas talian yang dilaporkan oleh pengguna. Segala aduan pengguna akan diteliti bagi mengenal pasti sama ada berlaku kesalahan di bawah bidang kuasa yang dinyatakan dan pihak kementerian melalui SSM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap peniaga atas talian yang melanggar perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan. Bermula Januari hingga September 2021, sebanyak 9,323 aduan telah diterima yang mana 8,878 aduan telah selesai, manakala 445 aduan masalah dalam siasatan. Di bawah pelbagai salah laku urus niaga perdagangan elektronik merangkumi subkategori aduan dan jumlah seperti berikut: |Bil.| Subkategori Aduan |Jumlah Aduan| |---:|---------------------------------------------------------------|-----------:| | 1|Tidak menerima barang atau perkhidmatan yang ditawarkan | 5700| | 2|Barang atau perkhidmatan yang diterima tidak seperti ditawarkan| 1631| | 3|Harga barang atau perkhidmatan yang mengelirukan | 315| | 4|Barang tiruan dalam talian | 142| | 5|Cetak rompak dalam talian | 30| | 6|Skim piramid dalam talian | 16| | 7|Lain-lain | 1489| | |Jumlah | 9323|<END_TABLE_MARKER> Jadi, panjang jawapannya Tuan Yang di-Pertua. Antara tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian dalam menyelesaikan aduan atas talian yang dilaporkan adalah seperti berikut iaitu menjalan siasatan dulu dan pemeriksaan di premis perniagaan yang mengendali online marketplace.
Menjalinkan kerjasama dengan kementerian dan agensi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menghalang akses laman web atau site blocking atau penurunan kandungan (content removal) menggunakan peruntukan seksyen 263(2) Akta Komunikasi Multimedia 1998 bagi mana-mana sesawang perniagaan yang tidak beretika. Kerjasama juga diadakan bersama agensi-agensi penguat kuasa lain seperti PDRM, KKM, BNM dan lain-lain. Tuan Yang di-Pertua, bekerjasama dengan pembekal internet (ISP) dalam syarikat telekomunikasi, telcos bagi mendapatkan maklumat pemilik laman sesawang atau pemilik talian komunikasi yang terlibat dalam penipuan online marketplace. Terakhir, bekerjasama dengan pengendalian online marketplace untuk memberikan pemakluman atau notis amaran kepada pengguna yang menggunakan online marketplace mereka sebagai peringatan supaya sentiasa berhati-hati semasa menjalankan pembelian online di marketplace. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah sudah bangun lama sudah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, memang saya nampak komitmen dan kesungguhan daripada kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dalam menguruskan ataupun memastikan perniagaan online yang semakin lama semakin penting selepas pandemik. Cuma soalan saya singkat sahaja Yang Berhormat Menteri. Daripada semua usaha dan kita tahu kita kena jaga kepentingan pengguna dan juga kita tidak memangsakan peniaga-peniaga yang ramai daripada mereka peniaga baharu yang belum lagi kaya raya. Jadi, apakah kementerian bercadang untuk menggubal rang undang-undang baharu, akta baharu ataupun dengan akta yang sedia ada dibuat pindaan pada kali ini atau akan datang supaya keseluruhan perniagaan online ini dapat kita regulasikan dengan lebih menyeluruh dan tersusun? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rasah yang selalu memberi cadangan yang amat konstruktif kepada kami di kementerian. Ya, kita di kementerian dan juga SSM, agensi yang berkaitan sentiasa melihat kepada apa jua ruang dan peluang untuk kita membuat penambahbaikan. Sekarang sekadar kita ada, adalah akta-akta yang sudah ada yang mungkin belum mencukupi untuk kita membangunkan industri ataupun sektor transaksi online ini. Walaupun demikian, kita banyak insentif yang telah kita umumkan semasa pandemik ini untuk kita membantu mereka yang berurus niaga secara online. Jadi atas cadangan Yang Berhormat tadi memang kami akan melihat kepada bagaimana kita hendak membuat pindaan atau menggubal akta baharu untuk kita membantu dalam membangunkan industri ataupun sektor peruncitan secara transaksi online ini. Sekian, terima kasih.
8. Tuan Sivarasa Rasiah [Sungai Buloh] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan sama ada kementerian bercadang menaikkan peruntukan mengurus untuk baik pulih tadika dan taska KEMAS daripada RM9.5 juta kepada RM100 juta untuk 2022 (berkongsi dengan bajet pembangunan) supaya ribuan premis KEMAS yang berada dalam keadaan tidak memuaskan dan uzur boleh dibaik pulih dan/atau dibina semula.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Buloh yang bertanya dengan KEMAS di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Jadi untuk jawapannya ialah KEMAS sentiasa mengambil berat tentang kepentingan untuk penyelenggaraan dan juga baik pulih premis di mana terletaknya bangunan tabika dan juga taska yang dikawal selia Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, tabika yang uzur adalah sebanyak 473 buah dan di sini ingin saya nyatakan bahawa tabika dan taska KEMAS ada di bawah bangunan hak milik kementerian. Ada yang disewa dan ada yang terletak di bawah kelolaan majlis ataupun agensi yang lain. Kementerian setiap tahun akan menerima peruntukan untuk baik pulih mengikut keperluan semasa dan setakat ini jumlah yang kita terima lebih kurang, seperti Yang Berhormat sebut RM9.5 juta untuk baik pulih. Sementara itu, kita juga mendapat peruntukan, contohnya RP1 tahun 2021, kita mendapat peruntukan RM28.5 juta untuk membina baharu, menggantikan tabika-tabika yang sudah uzur dan kita berpandangan bahawa ia ada dua iaitu pertama, maintenance (baik pulih) dan satu lagi membina baharu. Setakat ini, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya rasa Yang Berhormat Menteri ada tahu keadaan yang sedia ada itu iaitu KEMAS menjalankan lebih kurang 10,000 buah premis— bukan beberapa ratus atau 1,000 atau 2,000 tetapi 10,000 yang memberi pendidikan awal yang sangat penting kepada lebih kurang 250,000 orang kanak-kanak. Sebab keadaan bangunan sangat penting dan bagi saya RM8.5 juta atau RM9.5 juta ini memang jauh kurang sangat untuk memastikan semua bangunan ini adalah di dalam keadaan yang baik dan uzur itu dibina semula. Jadi, soalan saya tadi yang belum dijawab lagi ialah saya tanya sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah RM9.5 juta ini kepada jumlah yang lebih munasabah iaitu RM100 juta, itu yang saya tanya. Itu belum dijawab secara terus.
Cadangan saya yang tegas, saya rasa 8.5 ini tidak cukup langsung dan khususnya di Sabah dan Sarawak, di mana beberapa ribuan premis KEMAS adalah dalam keadaan yang kurang baik, ada yang sangat uzur juga ada di Semenanjung. Saya terima, masalah tanah itu ada seperti yang diterangkan oleh Yang Berhormat iaitu ada beberapa kategori. Akan tetapi isunya ialah kanak-kanak kita mesti belajar dalam bangunan yang sihat dan bagus. Jadi, inilah yang saya tanya sekali lagi, adakah rancangan untuk menambah jumlah itu kepada satu jumlah yang lebih munasabah memandangkan kita ada 10,000 lebih premis untuk maintain, selenggara dan bina semula? Terima kasih.
Terima kasih ke atas Yang Berhormat Sungai Buloh atas soalan tambahan. Seperti yang saya nyatakan tadi bahawa di tabika dan taska KEMAS ini ada tiga kategori. (i) bangunannya sudah sememangnya bangunan baharu; (ii) bangunannya adalah bangunan yang sederhana: dan (iii) bangunannya uzur. Jadi, apabila kita pergi kepada bangunan yang uzur Yang Berhormat Sungai Buloh, ada lebih kurang 473 yang sememangnya sangat kritikal. Jadi, maksud saya bangunan-bangunan ini mesti mendapat peruntukan untuk diganti baharu. Jadi, saya bersetuju dengan Yang Berhormat tentang jumlah peruntukan- peruntukan yang kita terima ini berdasarkan tahun semasa. Jadi, setakat ini untuk RP2 2022, kita ada memohon kepada kerajaan untuk memberi tambahan kepada KEMAS membina baharu dan juga membuat baik pulih premis, lebih kurang kita memohon dalam RP2, dalam lebih kurang RM60.8 juta. Terima kasih.
Papar, Papar minta laluan. Papar.
Yang Berhormat Pontian.
Papar.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. KEMAS ini tentunya ada guru taska dan guru tabika. Setakat mana mereka diberikan diploma, mengambil diploma pendidikan awal kanak-kanak. Satu lagi, berapa gaji mereka Yang Berhormat Menteri? Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk memperbaiki sistem gaji mereka sebab daripada sumber-sumber yang dimaklumkan, gaji mereka terlalu rendah. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian. Sekarang ini KEMAS telah pun berusaha untuk mempertingkatkan kualiti para guru untuk mendidik anak-anak. Pendidikan awal kanak- kanak ini adalah sesuatu yang sangat penting dan sedang dikembangkan dengan baik. Dalam negara kita ada pelbagai pendidikan awal kanak-kanak. Akan tetapi bagi penduduk di luar bandar, salah satu yang paling ramai mereka pergi adalah ke kelas KEMAS. Jadi, salah satu yang kita wajibkan adalah guru-guru yang mengajar di KEMAS ini sekurang-kurangnya mempunyai Diploma in Early Childhood Care Education, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan gaji yang mereka terima adalah gaji yang berasaskan kepada diploma. Cumanya ada satu kumpulan di KEMAS ini dikenali sebagai pembantu KEMAS ataupun pembantu guru KEMAS. Inilah kumpulan yang kita sedang mencari jalan untuk meningkatkan imbuhan mereka kerana pada waktu ini mereka mendapat, pembantu ini mendapat RM500 sebulan. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru- baru ini di Sabah telah dilanda banjir kilat yang begitu teruk. Ramai dan banyak tempat taska yang begitu rosak. Begitu juga di Parlimen Papar banyak taska yang terkesan oleh bencana ini menyebabkan banyak harta benda seperti buku, kerusi, meja semuanya rosak. Begitu juga dengan premis KEMAS yang sudah uzur dan memerlukan prihatin, pembaikan dan pulih dengan kadar segera. Soalan saya, bilakah kementerian akan dapat turun padang dan memberikan peruntukan khas kepada tempat-tempat yang terkesan ini kerana mereka semua memerlukan di saat-saat ini? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini khusus untuk Papar. Sebenarnya kita telah mendapat laporan penuh dari tempat-tempat kejadian. Bukan sahaja di Papar, di Penampang dan juga di kawasan Jerai...
Di Sugud.
...Dan juga di kawasan Merbok di Kedah yang terkesan dengan banjir. Insya-Allah apabila kita dapat laporan penuh dan kita boleh bantu di kawasan-kawasan ini berdasarkan kepada kemampuan kewangan semasa Yang Berhormat.
Terima kasih. Kita menunggu di bawah. Terima kasih.
9. Dato' Hajah Azizah Binti Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perancangan kesiapsiagaan kementerian dalam menangani kemunculan varian-varian baharu COVID-19 yang membimbangkan.
Tuan Yang di- Pertua, soalan yang penting, yang baik daripada Yang Berhormat Beaufort. Rancangan dan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani kemunculan varian-varian baharu COVID-19 yang membimbangkan antaranya adalah kawalan di pintu masuk antarabangsa bagi mencegah kemasukan varian baharu ke Malaysia dari luar negara. Langkah-langkah berikut dilaksanakan di pintu masuk antarabangsa iaitu meningkatkan kawalan kemasukan pengembara di pintu masuk antarabangsa selepas
penilaian risiko dijalankan ke atas negara-negara berisiko. Penilaian risiko jangkitan dijalankan bagi permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman iaitu lengkap vaksin COVID-19 dan penilaian risiko jangkitan di rumah adalah rendah. Pengembara yang tidak mematuhi syarat-syarat ini diwajibkan menjalani kuarantin di stesen kuarantin, mewajibkan kuarantin selama 14 hari bermula daripada tarikh kemasukan ke Malaysia, tempoh kuarantin 14 hari ini boleh dilanjutkan selama tujuh hari lagi sekiranya terdapat keperluan berdasarkan hasil penilaian risiko terhadap pengembara tersebut yang dijalankan pada hari keempat belas. Selain itu, hanya membenarkan kemasukan pengembara disahkan negatif COVID-19 dengan laporan ujian makmal RT-PCR yang dilakukan tiga hari sebelum berlepas, melakukan swab ke atas pengembara di pintu masuk antarabangsa (PMA) pada hari ketibaan bagi pengesahan jangkitan, pengesanan jangkitan COVID-19 dengan menggunakan ujian RT-PCR dan ujian makmal pada hari ke-10 bagi individu dengan kuarantin selama 14 hari dan ujian pada hari ke-18 bagi individu yang perlu menjalani kuarantin selama 21 hari. Satu lagi langkah adalah analisis penjujukan genom ataupun genomic sequencing, melakukan analisis turutan jujukan genom penuh virus SARS-CoV-2 dengan memberi fokus kepada pemantauan terhadap semua jenis mutasi gen. Untuk meningkatkan kapasiti penjujukan genom, satu konsortium telah ditubuhkan yang merangkumi tujuh makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, MOSTI serta institusi-institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kerjasama konsortium termasuk pengagihan sampel klinikal yang diterima oleh IMR daripada kesemua Jabatan Kesihatan Negeri kepada tujuh makmal berkenaan. Makmal tersebut adalah Institute for Medical Research, Malaysia Genome Institute, UKM Medical Molecular Biology Institute, Tropical Infectious Diseases Research and Education Centre di Universiti Malaya. Jabatan Mikrobiologi Fakulti Perubatan, Institut iPROMISE Universiti Teknologi MARA dan Institute of Health and Community Medicine, UNIMAS. Sebagai permulaan, MOSTI telah menyediakan sumber kewangan sebanyak RM3.2 juta di bawah dana penyelidikan strategik untuk tujuh makmal berkenaan menjalankan surveillance genome sebanyak 3,000 genome SARS-CoV-2. Sehingga 30 September, sejumlah 1,312 sampel telah dianalisis oleh konsortium dan ini telah meningkatkan jumlah genome dari Malaysia yang telah dimuat naik ke GISAID kepada 3,009. Terkini, hasil analisis penjujukan 1,312 sampel menunjukkan bahawa sebanyak 1,246 iaitu 95 peratus telah dikenal pasti sebagai varian Delta manakala 11 sampel dikenal pasti sebagai Beta dan 55 yang lain tergolong dalam varian bukan VOC. Sampel-sampel yang dipilih adalah daripada semua negeri. Begitu juga, sehingga kini tiada varian MU dan Lambda dikesan daripada sampel- sampel di Malaysia.
Konsortium ini akan terus memantau penularan varian virus SARS-CoV-2 di Malaysia. Bagi membolehkan konsortium dapat terus menjalankan analisis penjujukan genom, MOSTI akan terus mengumumkan tambahan dana sebanyak RM13.9 juta. Dana ini membolehkan kesinambungan dalam menjalankan penjujukan genom memandangkan adalah sangat penting bagi pemantauan kemasukan varian-varian baru ke Malaysia. Terima kasih.
Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kementerian atas usaha untuk bersiap sedia menghadapi varian-varian yang akan datang. Usaha yang amat baik sekali, tahniah.
Soalan saya, saya difahamkan ujian makmal untuk mengenal pasti varian-varian COVID-19 ini mengambil masa yang lama. Apakah kementerian mempunyai inisiatif atau pelan baru untuk memastikan hasil keputusan varian COVID-19 tersebut dapat segera dipercepatkan bagi membendung dan mengawal penularan varian yang amat berbahaya sekarang? Seterusnya saya ingin bertanya, adakah kementerian bercadang melaksanakan kaedah heterology iaitu menggunakan dua jenis vaksin yang berlainan untuk menggalakkan keberkesanan terhadap varian COVID-19 yang berbeza beza—dan adakah kajian penyelidikan terperinci telah dibuat berkaitan perkara ini? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Di bawah konsortium yang saya sebutkan tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia, MOSTI, dan Kementerian Pengajian Tinggi, kita menyasarkan 1000 penjujukan dapat dibuat setiap bulan iaitu 1,000 whole genomic sequencing dapat dibuat sebulan. Ini memerlukan sistem whole genome sequencing yang lebih canggih. Ada sesetengah tempat menggunakan Illumina system yang agak lembab berbanding dengan nanopore system. Nanopore system mempunyai kapasiti yang lebih tinggi dan dapat menghasilkan 150 hingga 200 whole genome sequencing per batch dalam 14 hari. Sekarang ini nanopore system ada di UNIMAS dan juga di Universiti Kebangsaan Malaysia; dan Institute for Medical Research di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memperoleh sistem nanopore ini untuk kita meningkatkan lagi kadar whole genome sequencing supaya lebih banyak dapat dilaksanakan. Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat tentang heterologous vaccination ataupun vaksinasi dengan menggunakan vaksin yang berbeza, Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19 pada minggu lepas telah pun bermesyuarat dan jawatankuasa kecil teknikal yang dipengerusikan oleh Dr Kalaiarasu Periasamy, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal telah pun mengesyorkan kepada Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19 untuk booster dose ataupun untuk dos penggalak yang kita akan mulakan pada bulan Oktober ini. Kita membenarkan heterologous vaccination ataupun vaksin yang boleh dicampur, bukan vaksin yang sama seperti dos pertama dan dos kedua. Kajian berkenaan dengan keselamatan ini telah pun dilaksanakan dan disyorkan untuk kita teruskan dengan program heterologous vaccination kita.
Terima kasih.
Padang Serai.
Yang Berhormat Semporna, ya.
Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri berhubung kait dengan perancangan dan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan.
Ringkas ya, Yang Berhormat.
Menangani masalah ini, saya ingin bertanya, berhubung kait dengan application science, kita dapati kalau tempat itu divaccinate dengan jumlah yang banyak, maka kesannya cukup baik. Saya hendak tanya sedikit, apakah yang berlaku di wilayah Sarawak? Ia merupakan tempat yang mempunyai banyak vaccinated, dengan izin, dan cukup aktif melaksanakan langkah-langkah. Apakah varian selain daripada Delta yang didapati di tempat ini? Malahan, kita nampak saban hari ia merupakan wilayah yang mempunyai jumlah yang begitu besar. Keduanya, saya hendak tanya langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan Malaysia dan saya sangat prihatin dengan apa yang sedang berlaku di wilayah Sarawak. Disebabkan Sarawak mempunyai kadar liputan vaksinasi yang sangat tinggi, namun demikian kita melihat bahawa kes harian mereka agak tinggi dan masih lagi meningkat. Walau bagaimanapun, kita dapati bahawa sebahagian besar—hampir 98 peratus daripada kes harian mereka—masih lagi dalam kategori satu, dua, tiga. Namun demikian, apabila ada peningkatan kes, walaupun kebanyakannya satu, dua, tiga, tetapi kes kategori empat dan lima juga akan meningkat. Ini menyebabkan kita telah menghantar National Rapid Response Task Force di bawah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dato' Dr Chong Chee Kheong—sekarang berada di Sarawak, separuh daripada task force berada di Kuching dan separuh task force ada di Sibu sekarang ini untuk melihat pertamanya, bagaimana kita dapat meningkatkan kapasiti hospital untuk menampung kategori empat dan lima terutamanya kapasiti ICU. Itu yang sangat penting. Dalam keadaan kita melihat kes meningkat, adalah sangat penting untuk sistem kesihatan awam menyediakan katil-katil kritikal iaitu katil-katil ICU. Ini adalah satu langkah awal untuk negeri-negeri lain—mungkin kalau ada varian ataupun gelombang yang seterusnya—kita dapat respons dengan baik. Nauzubillah, kita berharap tidak berlaku. Apabila kita melihat kepada Sarawak ada beberapa sebab, mungkin dan masih lagi dalam kajian kenapa ia telah meningkat. Antaranya, sebagai contoh, pembukaan awal sektor-sektor tertentu. Sarawak telah membuka beberapa bahagian mereka lebih awal daripada negeri-negeri lain. Kedua, oleh sebab mereka telah cepat vaksinasi, mungkin ada—dan kita masih lagi sedang mengkaji— waning effect of the vaccination. Maksudnya, kesan vaksinasi itu mungkin sudah mula menurun dan perlu kepada booster shot untuk golongan tertentu. Oleh sebab itu, saya ada mengumumkan Sarawak sebagai contohnya, warga emas akan ditawarkan dengan dos penggalak pada bulan ini juga. Ketiga, kita juga melihat kepada trend jangkitan, masih lagi ada banyak kluster di Sarawak yang melibatkan rumah panjang, di mana tidak dapat hendak dikawal kalau sekiranya berlaku kes-kes yang positif. Kita melihat kepada segala aspek, bukan hanya itu tetapi juga varian, jenis vaksin dan sebagainya. Kita akan membuat pendekatan yang sepatutnya untuk memastikan bahawa kadar jangkitan di Sarawak akan dapat kita turunkan, insya-Allah.
Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, Sibu di sini.
Maaf, sudah tidak ada masa...
Sibu. Mustahak.
Maaf Yang Berhormat.
Sibu, Sarawak dengan izin.
Tuan Yang di- Pertua, satu untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri.
Sudah habis masa Yang Berhormat, maaf.
Pendek sahaja.
Maaf. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih semua. Ada usul Menteri. [Sesi untuk Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan Tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 14(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Selasa 05 Oktober 2021.”
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025)Motion
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: "(a) Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran untuk memulih serta menjana semula ekonomi negara bagi mencapai pertumbuhan yang mampan, dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID-19 dan pencapaian Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020; Merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030; dan Meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar, menurut Kertas Perintah CMD. 1 Tahun 2021. (b) Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan sepenuh komitmen dan iltizam yang jitu untuk membangunkan negara secara mampan bagi membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum menikmati taraf hidup yang wajar.” [30 September 2021]
Terima kasih. Pertamanya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Bachok dan diikuti oleh Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Bachok, 10 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk sama-sama terlibat membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kesembilan pada 27 September yang lalu. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Pelbagai inisiatif telah dirangka menyambung legasi pembangunan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada masa akan datang. Beberapa aspek yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 kali ini menjadi pemangkin kepada kesinambungan dasar dan polisi selain mengetengahkan dasar dan polisi-polisi baru kepada hala tuju negara. Kesemua ini akan diadun bersama bagi memandu negara ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai fokus ketujuh, dalam masa yang terhad ini iaitu menganjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun serta dirujuk bersama Bab 6 – Mempertingkatkan Keseimbangan dan Keterangkuman Wilayah. Tuan Yang di-Pertua, memetik pandangan Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob dalam artikel lama beliau bertajuk, “Ensuring economic growth fulfils social objectives” menjelaskan bahawa pembangunan ekonomi bukan sahaja berkait soal pembangunan fizikal semata-mata, bahkan apa yang lebih penting adalah mencapai objektif sosial yang berkait dengan kualiti kehidupan seseorang rakyat, masyarakat dan negara secara amnya. Dalam kita mengejar soal merapatkan kesenjangan pembangunan di antara negeri dan wilayah, tumpuan yang seimbang perlu diberikan kepada aspek pembangunan fizikal, infrastruktur dan fasiliti serta aspek kualiti kehidupan rakyat. Akses kepada pendidikan, keselesaan tempat tinggal, bekalan air bersih, pemakanan yang sihat, sumber elektrik yang mencukupi, kebersihan bandar, pengairan pertanian, peluang pekerjaan, keusahawanan dan perniagaan dan sebagainya, merupakan antara tunjang penting kepada kualiti kehidupan seseorang rakyat. Kualiti kehidupan inilah sebenarnya yang menjadi teras kepada keseimbangan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang kita cita-citakan. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab itu saya menyokong beberapa sasaran dan indikator kerajaan dalam fokus merapatkan jurang pembangunan ini. Ini kerana, selain kita memberikan fokus kepada indikator makro seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, kadar pengangguran dan garis pendapatan penengah, kita juga turut meletakkan pembangunan infrastruktur jalan, bekalan air bersih dan kecukupan sumber elektrik sebagai sasaran yang penting dalam fokus RMKe-12 kali ini. Cuma dalam soal ini saya ingin mencadangkan supaya kualiti pendidikan di negeri-negeri kurang membangun turut diberikan perhatian yang khusus dan diletakkan sebagai antara sasaran utama menjelang lima tahun akan datang bagi mendekatkan jurang di antara negeri dan wilayah. Kita semua memahami bahawa pendidikan adalah teras pada pembangunan manusiawi dan asas kepada sebuah ketamadunan. Pendidikan
juga adalah teras utama yang mendekatkan kemajuan dan pembangunan di antara negeri dan wilayah. Oleh itu, proses merapatkan jurang ini, selain pertumbuhan ekonomi, aspek pendidikan yang berkualiti juga perlu turut diberikan penekanan yang serius. Dalam perkara ini, bukan sahaja penambahan kepada kuantiti atau jumlah institusi pendidikan sahaja yang diberi perhatian di negeri dan wilayah kurang membangun tadi, bahkan juga peningkatan nilai dan kualiti institusi pendidikan sedia ada supaya ia setaraf dengan universiti-universiti terkemuka di dalam dan luar negara. Tuan Yang di-Pertua, keseimbangan tumpuan di antara nilai pembangunan dan kualiti kehidupan ini bukan bermaksud kita mengetepikan terus pembangunan infrastruktur di negeri-negeri kurang membangun. Malah, ia wajar dan perlu diberikan keutamaan, pembangunan infrastruktur bukan sahaja membuka seribu satu penjanaan ekonomi di kawasan berkenaan, bahkan ia juga akan turut memberikan kesan limpahan pembangunan. Aktiviti komersial akan bertambah rancak. Nilaian tanah akan meningkat naik dan menjadi tumpuan penduduk, serta membuka peluang pekerjaan kepada anak- anak tempatan. Oleh sebab itu, tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur perlu diteruskan khususnya di negeri-negeri kurang membangun. Namun, sewajarnya kita melakukan penilaian polisi yang transparent. Mengapa? Sejak sekian banyak peruntukan diberikan bagi pembangunan negeri dan wilayah kurang membangun ini, ia masih lagi tidak membuahkan hasil yang kita harapkan. Mengapa dasar pembangunan di negeri dan wilayah ini, yang disokong dengan peruntukan yang besar, masih tidak mampu memberikan return on investment yang sepatutnya? Adakah manfaat yang sepatutnya diberikan kepada rakyat di bawah sejak sekian lama hanya dinikmati oleh 10 peratus pihak yang mengaut keuntungan besar di pertengahan jalan? Di manakah silapnya dasar dan delivery policy kerajaan selama ini? Inilah yang wajar dan seharusnya dimuhasabahkan. Tuan Yang di-Pertua, aspek tadbir urus yang sangat penting dalam usaha mempertingkatkan keseimbangan wilayah, prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang diketengahkan oleh kerajaan secara serius dalam RMKe-12, perlu diperluaskan sehingga ke peringkat negeri dan kerajaan tempatan juga. Jika aspek yang sama tidak diberikan penekanan, khususnya di negeri-negeri kurang membangun, saya bimbang lima tahun akan datang, jurang pembangunan di antara negeri-negeri dan wilayah ini masih di takuk lama dan jurang yang ada akan mengambil masa untuk kita rapatkan. Prinsip pentadbiran di peringkat negeri dan kerajaan tempatan juga perlu dibersihkan daripada sebarang bentuk korupsi dan salah laku selain membentuk tadbir urus korporat yang efektif dan efisien. Tambahan lagi, tumpuan dasar dan polisi juga perlu dihalakan kepada pembangunan sosial serta apa yang lebih penting adalah pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap alam sekitar. Isu-isu pencemaran, pengurusan bahan buangan dan aktiviti pembalakan haram seharusnya dibanteras sepenuhnya. Inilah sebahagian daripada kriteria utama dalam prinsip ESG. Tuan Yang di-Pertua, pengukuhan terhadap digitalisasi ekonomi merupakan salah satu aspek penting yang juga wajar diberikan keutamaan dalam fokus merapatkan jurang kesenjangan antara negeri dan wilayah di dalam negara kita. Saya telah membangkitkan persoalan mengenai sejauh manakah langkah strategik yang akan diambil oleh kerajaan dalam mendekatkan jurang digitalisasi ekonomi khususnya kepada negeri dan wilayah yang kurang membangun ini. Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia perlu diperkemaskan lagi serta diperkukuhkan supaya lonjakan penerimagunaan ekonomi digital tidak hanya memberikan tumpuan kepada negeri dan bandar-bandar utama semata-mata. Hal ini bersesuaian dengan fasa meningkatkan penerimagunaan bagi pengukuhan asas digital ekonomi dalam negara kita ketika ini sebelum negara kita bergerak ke fasa memperluaskan inklusiviti ekonomi digital, seterusnya meletakkan Malaysia sebagai pengeluar pasaran
serantau bagi produk digital dan penyedia penyelesaian digital pada lima tahun akan datang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai projek wakaf air yang digerakkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air bersama-sama Wakaf Tunai Malaysia. Langkah mengoptimumkan instrumen-instrumen kewangan Islam melalui wakaf sebagai alternatif kepada perkhidmatan bekalan air sangat bermanfaat kepada kepentingan rakyat di bawah. Saya menyambut baik hasrat tersebut malah penglibatan pelbagai pihak yang menyumbang dalam tabung wakaf ini membuktikan sokongan berterusan terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian. Mekanisme wakaf air ini penting bagi menyediakan sumber bekalan air alternatif bagi mereka yang memerlukan. Saya difahamkan sumbangan wakaf air ketika ini telah mencecah lebih daripada RM7 juta dan usaha penggemblengan tabung wakaf ini perlu diteruskan serta dalam masa yang sama, aspek distribution projek wakaf air ini juga perlu lebih menyeluruh ke seluruh negara. Dalam ini, saya cuma ingin mendapatkan penjelasan pihak kementerian mengenai sejauh mana projek air ini dapat ditumpukan ke wilayah-wilayah Borneo, melibatkan penempatan di Sabah dan Sarawak. Selain itu, apakah perancangan seterusnya dengan projek wakaf air ketika ini? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya sentuh sikit mengenai kawasan saya...
Baik, sila rumuskan.
Sebagai rumusan di atas cadangan-cadangan saya tadi, saya ingin memohon penjelasan setuntasnya mengenai projek bekalan air di negeri Kelantan sama ada untuk jangka panjang atau jangka pendek yang masih lagi belum berpenghujung sejak sekian lama akibat faktor kewangan yang tidak mencukupi di pihak kerajaan negeri, ditambah faktor perbezaan politik yang telah merosakkan hubungan di antara pusat dan negeri. Rakyat Kelantan telah begitu lama dan sabar menunggu penyelesaian terbaik daripada pihak kerajaan. Dengan perubahan politik negara yang lebih baik hari ini, kami rakyat Kelantan amatlah berharap agar isu utama yang dihadapi oleh rakyat Kelantan ini dapat diangkat menjadi antara isu kritikal negara yang perlu segera diselesaikan. Saya ingin tahu mengenai rancangan jangka pendek kerajaan bagi bekalan air di kawasan Bachok, yang merupakan jajahan paling terkesan dengan krisis air ini. Saya juga ingin mengulangi permintaan saya, malah desakan saya sebelum ini agar sebuah kolej komuniti dan sebuah Kolej Vokasional Mara di kawasan Bachok dapat ditubuhkan pada kadar segera. Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, penubuhan Kolej Komuniti Bachok telah pun dilancarkan semasa pentadbiran BN dahulu sebelum ia dibatalkan kembali oleh Kerajaan PH selepas itu...
Yang Berhormat Bachok, masa dah habis dah Yang Berhormat.
Last. Anak-anak muda di kawasan Bachok yang tidak berjaya ke pusat-pusat pengajian tinggi memerlukan sokongan pendidikan terutamanya di bidang kemahiran bagi memastikan kejayaan mereka kelak. Akhir sekali, saya juga amat berharap agar kerajaan dapat menyegerakan projek pembinaan jalan raya Jelawat bypass dan UMK bypass. Kepesatan pembangunan di Pekan Jelawat telah menyaksikan kesesakan trafik yang bertambah-tambah yang memerlukan pembinaan jalan alternatif yang baharu bagi tujuan penyuraian trafik yang baik. Sekian ucapan saya, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Semporna. Saya beri 15 minit selaku Ketua Parti. Silakan Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana memberi saya peluang dan ruang untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dalam Dewan yang mulia ini. Ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kepada semua penjawat awam yang terlibat atas segala kajian, persiapan dan seterusnya merealisasikan pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas tersebut. Saya juga mengalu-alukan perancangan pembangunan negara dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan tema, “Keluarga Malaysia–Makmur, Inklusif, Mampan” bagi meningkatkan daya ekonomi Malaysia dalam tempoh lima tahun ini dan semoga hasrat kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju akan tercapai. Tuan Yang di-Pertua, negara kita Malaysia pada pasca penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu dari tahun 1970 sehingga 2000 adalah antara negara Asia yang progresif. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) kita, kadar kemiskinan, kadar pengangguran dan kadar literasi meningkat dengan sangat baik berbanding dengan tahun-tahun awal penubuhan negara. Seterusnya pada tahun 90-an, Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun iaitu dari sebuah negara berorientasikan pertanian bertukar kepada negara perindustrian, malah pada satu ketika ia pernah dinobatkan sebagai Tiger of Asia. Jika kita perhatikan 20 tahun kebelakangan iaitu dari Rancangan Malaysia Kelapan hingga ke Rancangan Malaysia Kesebelas meliputi Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga iaitu dari tahun 2000 sehingga 2010 dan Model Baharu Ekonomi 2010- 2020, perbelanjaan kerajaan sepanjang tempoh tersebut adalah bernilai RM860 bilion dengan nilai purata RM43 bilion setiap tahun. Rancangan Malaysia Kelapan sebanyak RM170 bilion, Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM200 bilion, Rancangan Malaysia Kesepuluh sebanyak RM230 bilion, Rancangan Malaysia Kesebelas sebanyak RM260 bilion. Jumlahnya RM860 bilion. Manakala Rancangan Malaysia Kedua Belas ialah sebanyak RM400 bilion, hampir dua kali ganda. Walaupun dengan perbelanjaan sebesar itu, ternyata kita masih gagal mencapai wawasan kita untuk meletakkan negara kita sebagai sebuah negara yang membangun industri. Ini dapat dilihat menerusi pelbagai indikator iaitu dari tahun 1971 sehingga 2015, kadar pertumbuhan adalah 6.2 peratus setahun iaitu turun kepada 2.7 peratus setahun bagi tempoh 2016-2020. Pada tahun 2020 pula, pendapatan negara kasar Malaysia pula adalah 20 peratus di bawah tahap negara maju. Ini bukanlah satu perkembangan yang baik dan memberangsangkan yang boleh kita semua banggakan. Manakala rancangan pembangunan Malaysia sebelum ini iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas pula menampakkan jauh tersasar daripada rancangan sebenarnya. Daripada enam pencapaian matlamat yang disasarkan, hanya satu sahaja yang menepati sasaran. Manakala bagi sasaran ekonomi mikro terpilih, hanya dua daripada lapan sasaran yang ditepati. Di samping itu, kadar inflasi yang dinilai melalui kuasa membeli pengguna 10 tahun kebelakangan ini meningkat sebanyak 16.7 peratus. Ekuiti korporat rakyat tempatan sama ada bukan Bumiputera ataupun Bumiputera pula menurun kepada 3.7 peratus dan 16.2 peratus. Semestinya ini bukanlah satu pencapaian yang boleh kita banggakan.
Kita sedar dan tahu bahawa terdapat cabaran globalisasi, liberalisasi mahupun pandemik yang memungkinkan segala perancangan pembangunan negara ini tidak menepati sasaran. Namun, dalam masa yang sama, perlu bagi kita bermuhasabah diri dengan melihat segala kekurangan yang ada. Adalah penting untuk kita melihat cara pelaksanaan sama ada terdapat banyak ketirisan atau apa sahaja yang lain yang menyebabkan kita tidak berjaya. Contoh, Sabah dan Sarawak. Di mana silapnya? Sabah dan Sarawak merupakan sebuah wilayah yang kaya dengan sumber asli yang paling tinggi dalam negara. Namun, statistik menunjukkan Sabah dan Sarawak masih lagi jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Justeru, kerajaan perlu jujur dan tunai kesemua, bukan hanya 21 tuntutan di dalam Perjanjian 63 yang mana 17 daripadanya telah pun berjaya ditunaikan oleh Pakatan Harapan apabila mengambil alih tampuk pimpinan negara selepas PRU-14 yang lalu. Walaupun demikian, daripada 17 itu, saya berharap semuanya akan dapat dilaksanakan. Masih lagi tak dapat dilaksanakan. Yang tinggal hanya empat perkara yang masih lagi dalam keadaan terbantut dan saya berharap Menteri Undang-undang yang datangnya dari Sarawak akan dapat menjayakan agenda ini. Dalam masa yang sama, kerajaan juga digesa untuk mencari cara dan kaedah untuk mengurangkan jurang pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar, jurang antara wilayah, jurang antara kaum, jurang antara kumpulan pendapatan, terutamanya daripada golongan B40 dan miskin bandar. Ia perlu menjadi teras perancangan pembangunan negara. Hanya dengan mengurangkan jurang perbezaan maka barulah kemakmuran dapat dirasai bersama secara saksama. Bagi tujuan ini, saya mencadangkan agar kerajaan membuat laporan berkala kepada Parlimen mengenai perbelanjaan beratus bilion untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas memandangkan ini adalah rancangan Malaysia yang terbesar dalam sejarah negara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai hala tuju negara dalam bidang perindustrian. Kita memerlukan penetapan dasar yang jelas daripada pihak kerajaan. Sejak tahun 1970 hingga 2000, Malaysia disasarkan menjadi sebuah negara perindustrian (industrialised nation). Namun, sejak tahun 2005, hala tuju negara berubah menjadi trading nation, dengan fokus lebih kepada sektor perkhidmatan. Namun, ternyata strategi ini tidak menunjukkan hasil. Ia jelas apabila Dasar Transformasi Nasional 2010-2020 dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas tidak mencapai sasaran yang diharapkan. Faktor utama adalah berikutan kadar keterbukaan pasaran ataupun liberalisasi yang tinggi dalam ekonomi negara. Tambahan pula, dengan ekuiti pemilikan asing yang semakin meningkat, adakah kita masih mengharapkan Malaysia menjadi trading nation semata-mata tanpa menekankan aspek perindustrian? Ini merupakan antara beberapa perkara yang perlu dihalusi, ditangani bersama. Saya juga difahamkan third industrial masterplan telah tamat pada tahun 2020 dan sehingga hari ini new industrial masterplan bagi mencorak sektor perindustrian negara belum lagi dimuktamadkan. Saya berharap sungguh agar kerajaan dapat menyegerakan new industrial masterplan ini agar hala tuju perindustrian negara lebih jelas.
Boleh minta penjelasan?
Perkara ini penting bagi membantu meningkatkan ekuiti pemilikan warga tempatan dalam sektor perindustrian dan korporat.
Yang Berhormat Semporna, boleh saya minta penjelasan?
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan seharusnya memperhalus kembali peranan sektor perindustrian
terhadap pembangunan negara. Penekanan dan keutamaan perlu diberikan kepada sektor ini. Di Sabah contohnya...
Yang Berhormat Semporna. Boleh minta penjelasan?
Saya minta oleh sebab masa― oh! Ya, Yang Berhormat Keningau.
Sila Yang Berhormat Keningau, dapat laluan. Ringkas.
Saya tertarik pada isu 17 hak Sabah daripada 21 yang telah pun dipersetujui. Bolehkan beri penjelasan sedikit apa yang 17 ini dan apakah manfaat yang telah dicapai? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Keningau.
Di antara perkara yang kita telah persetujui ialah payment. Dahulu sejak tahun 1974, tidak pernah berlaku perubahannya― formula. Itu pun saya cadangkan supaya ubahsuai. Kita hanya mendapat, wilayah Sabah dan Sarawak, RM24 juta. Manakala di bawah Pakatan Harapan, kita memperoleh hampir RM53 juta saya ingat dapat sedikit sebanyak, walaupun kita yakin itu bukan sepatutnya kadar yang kita peroleh. Kita juga telah putuskan supaya pengurusan gas dan elektrik di kedua-dua wilayah ini ditadbir oleh Sabah dan Sarawak. Ini telah pun Kabinet luluskan. Ini kerajaan dahulu pun sudah luluskan. Apa yang penting ialah pelaksanaannya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan saya ingin menjuruskan...
Teruskan.
Tentang perkara saya hendak bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini. Kerajaan seharusnya memperhalusi kembali peranan sektor perindustrian terhadap pembangunan negara. Penekanan dan keutamaan perlu diberikan kepada sektor ini. Di Sabah contohnya, suatu ketika dahulu rakan saya mendiang Tun Lim Keng Yaik, mantan Menteri Komoditi dan saya cadangkan oleh kerana Wilayah Sabah merupakan di antara wilayah yang banyak tanam koko. Ibu pejabat Koko Malaysia terletak di Tawau. Saya cadangkan supaya downstream must be done oleh kerana kita hendak sustain bukan hanya plantation itu, bahkan juga spillover kepada penduduk tempatan. Downstream tidak ada. Pembuatan coklat, kek coklat semuanya di Shah Alam, Petaling Jaya. Kalau kita lihat daripada segi nearness to the raw materials, kosnya tidak begitu tinggi kerana di Tawau sudah ada kilang perlu kita wujudkan. Kadar pengangguran pun ramai. Takkan kita hendak bergantung dengan pekerja dari Bangladesh, luar negara sedangkan rakyat kita masih menganggur. Itu yang saya cadangkan. Spread out the development of this country to benefit everyone, not just a cluster of some particular areas, oleh kerana ada perkara-perkara tertentu yang kita pentingkan. Akibat daripada itu seperti yang saya nyatakan, the spillover kepada masyarakat tidak dapat dimanfaatkan. Oleh yang demikian, dengan RM400 bilion belanjawan untuk Rancangan Malaysia Ke-12 adalah penting untuk kerajaan mengutamakan peruntukan tersebut bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, terutama di sektor kemahiran tinggi. Adalah juga dicadangkan agar satu badan ditubuhkan untuk membantu pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 dengan objektif utama iaitu mewujudkan lebih banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Every cent, a million, hundred millions spent,
berapa jumlah pekerjaan yang kita create, lahirkan. Kita tidak mahu nanti belanja banyak tetapi peluang pekerjaan tidak banyak. Pengangguran sudah pun meningkat sehingga pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit dan membangkitkan perkara mengenai dana kerajaan dalam syarikat berkaitan government-linked companies (GLC) pula. Semua sedia maklum bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat yang penting untuk ekonomi Malaysia. Namun begitu sejak tahun 2002 hingga ke tahun 2021, sebanyak tujuh pelan transformasi telah dibuat. Walau bagaimanapun sehingga sekarang, Malaysia Airlines masih lagi memerlukan dana dari kerajaan untuk menanggung operasinya. Baru- baru ini, Menteri Kewangan Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Zafrul menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah memberikan dana sejumlah RM28 bilion setakat penghujung tahun 2020. Walaupun telah diberi dana yang begitu banyak, Malaysia Airlines masih menghadapi pelbagai masalah. Mungkin kita perlu melihat penyelesaian masalah ini dari sudut yang lain pula. Saya difahamkan pada masa kini mempunyai sejumlah 83 buah kapal terbang di bawah fleet Malaysia Airlines. Daripada jumlah itu hanya 55 buah yang masih aktif digunakan. Manakala 28 lagi tidak digunakan secara aktif. Semalam saya nampak bila saya mendarat dari Kota Kinabalu, by hundreds of aircrafts, still grounded, doing nothing. Airbus A380 berapa buah yang ada dan Boeing 737 yang kita dapat melihat, tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kalau kita lihat contohnya di negara-negara lain, syarikat penerbangan seperti Air New Zealand Limited, Air Canada, Cathay Pacific Airways Ltd. sudah mengubah suai kapal terbang penumpang mereka untuk menjadi pesawat kargo yang ada. Tindakan seperti ini tidak mustahil kerana ia di masa pandemik ini tidak ramai penumpang akan menggunakan kapal terbang disebabkan penutupan sempadan di banyak negara. Kalau kita hendak convert contohnya aircrafts yang ada, untuk menjadi cargo carrier dan kita boleh membawa fresh food, fresh fish dan seafood yang ada dari wilayah- wilayah Sabah, Sarawak dan tempat-tempat lain ke negara-negara yang mempunyai keperluan. The demand is there. Makanan ini tidak perlu dikuarantin seperti manusia. Itu kita telah pun cadangkan kepada AirAsia Berhad bila kita bagi pinjaman kewangan kepada AirAsia Berhad. Convert the aircrafts to make sure that kita boleh bawa– kerana turnover, spillover dia cukup baik. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan pada hari ini turut menyasarkan untuk melabur dalam industri masa hadapan iaitu the Fourth Industrial Revolution. Sememangnya semua negara memerlukan digital untuk menjadi pemangkin pembangunan negara ini.
Satu minit lagi Yang Berhormat Semporna.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak perkara yang saya hendak lahirkan seperti yang saya sebutkan. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu fokus tenaga dalam mencari our niche in the market, perbezaan dengan negara lain, perlu ada penelitian base Malaysians dan perlu pasarkan barangan keluaran Malaysia yang kita banggakan ke peringkat antarabangsa. Di samping itu Towering Malaysians, ada di antara rakyat Malaysia, saya berkesempatan untuk ada town hall dengan Malaysians di Amerika Syarikat, seramai 20 orang. Mereka mempunyai kebolehan, takkan kita deprive them just because they are Malaysians, untuk memberi tempat environment. Contohnya saya difahamkan saudara Pua Khen-Seng yang berasal dari Sekinchan, Selangor merupakan pencipta USB, pendrive pertama di dunia. Beliau belajar, bekerja dan menetap di Taiwan selepas tiada satu universiti di Malaysia yang menawarkan biasiswa kepada beliau setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Untuk ke arah ini, saya juga berharap Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pendekkan sedikit sebanyak apa yang telah saya nyatakan tadi. Kedudukan istimewa bumiputera, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak juga dan orang asal jelas ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan meliputi aspek reserved quota dalam perkhidmatan awam, pendidikan dan juga lesen permit kerajaan. Seharusnya ini tidak perlu dipersoalkan. Namun demikian, polisi kerajaan yang ada tidak patut menggunakan peruntukan secara tidak berlaku adil kepada warga berbilang bangsa di negara ini. Tambahan pula ada di kalangan kita yang menggunakan slogan keistimewaan dan ketuanan untuk melangsungkan politik kepartian. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku dan perlu ditentang. Pelaksanaan dasar formatif perlu melaksanakan prinsip adil dan saksama untuk just atau just inequitable. Penekanan bukan sahaja untuk mengurangkan jurang pendapatan antara kaum, malah juga pendapatan antara golongan elit bumiputera T20 dan bumiputera berpendapatan rendah B40. Keutaamaan sepatutnya diberikan ke atas usaha untuk remove the barriers to succeed not to have perpetually system atau budaya tongkat secara berpanjangan. Fokus untuk diberi kepada usaha memberi modal dan kapital, knowlegde and skills yang paling utama menekankan daya ketahanan iaitu greed and endurance. Affirmative actions should be based on merits and accountability. We must not only give carrots but also should provide the sticks. Mengenai pemangkin kuota ekuiti bumiputera, saya berpandangan bahawa kerajaan tidak seharusnya mencari jalan singkat dengan memberikan ekuiti secara terus kepada kaum bumiputera. Terdapat pelbagai masalah yang berbangkit seperti Ali Baba, sabotaj pemberian kontrak kepada kroni yang mana hanya mengayakan golongan sesetengah pihak sahaja. Fairness in getting rewards is as important as fairness is going through hardship. Prinsip ini perlu dimansuhkan dalam setiap tindak affirmative yang ada. The most important thing dengan izin, we need to monetise our country’s wealth for the people and the nation, not just to enrich our cronies.
Masa sudah habis Yang Berhormat Semporna.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendapati bahawa Rancangan Malaysia Ke-12 ini tiada fokus meransangkan ke atas kepentingan perpaduan. Integrasi antara kaum perlu, bukan hanya menerusi dalam bidang pendidikan, kebudayaan maka juga menggunakan kaedah ekonomi yang ada. Untuk penutup, pada masa ini kedudukan Malaysia di Asia Tenggara bukan lagi seperti 20, 10 tahun yang lalu sebaliknya kini sudah pun digelar sebagai makin tenat ataupun sick man of ASEAN. Indonesia, Vietnam, Thailand pada bila-bila masa boleh meninggalkan kita daripada aspek ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, rancangan pembangunan negara tidak sepatutnya hanya cantik dan kemas di atas kertas namun hakikatnya ia gagal bila tiba proses pelaksanaan. Lihat sahaja pencapaian Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia yang lain. Seharusnya setiap sen dan ringgit yang dibelanjakan perlu ada ketelusan (accountability) di samping memastikan setiap aktiviti yang dicadangkan dilaksanakan kelak memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Kita juga perlu mencari jalan penyelesaian segera...
Masa sudah habis Yang Berhormat Semporna.
Seterusnya selesaikan barah utama pembangunan proses negara seperti rasuah, nepotisme, ketirisan dan salah guna kuasa. Selagi anasir buruk ini ada, macam mana mampan pun
rancangan, ia pasti sukar untuk dilaksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan.
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Baling, sebelum itu saya hendak menyebutkan selepas Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Seputeh, kemudian Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Lumut kemudian Yang Berhormat Bagan Datuk. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Baling, 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Baling untuk turut berbahas dalam Rancangan Malaysia Ke-12 kali ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan menambah peruntukan pembangunan hampir dua kali ganda bagi Rancangan Malaysia Ke-12 berbanding dengan RMKe-11 terdahulu. Hari ini peruntukan pembangunan adalah sebanyak RM400 bilion. Kalau dibandingkan dahulu, di RMKe-11 adalah sebanyak RM260 bilion. Tambahan RM140 bilion untuk merangsang aktiviti demi rakyat tercinta. Banyak itu, Tuan Yang di-Pertua. Lebih menggembirakan rakyat, separuh daripada peruntukan ini atau RM200 bilion akan dibelanjakan untuk enam buah negeri yang paling terkebelakang iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah negeriku, Terengganu dan Perlis. Perkara ini menunjukkan komitmen kerajaan yang tinggi, mahu merapatkan jurang ekonomi antara setiap negeri. Peruntukan infrastruktur yang tinggi akan menarik minat pelabur luar, mewujudkan peluang pekerjaan, pendapatan tinggi dan spillover economy, dengan izin. Inilah yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu apabila begitu banyak projek mega, infrastruktur yang telah diluluskan seperti hospital-hospital, pusat- pusat pengajian, Pan Borneo Highway dan banyak lagi projek yang terhenti dan terencat setelah bertukarnya Kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pada tanggal 9 Mei 2018. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerajaan hari ini begitu cakna dan membuka lembaran baru untuk menyambung semula segala projek yang telah tergendala. Kita doakan agar rakyat akan mendapat pulangan manfaat daripada segala pembangunan ini. Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, Baling mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kerana Kedah adalah antara enam buah negeri yang disebut yang akan mendapat peruntukan infrastruktur sebanyak RM200 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Baling seperti kita sedia maklum, di antara daerah yang paling memerlukan perhatian di negeri Kedah daripada segi infrastruktur awam. Contohnya isu banjir, berlaku setiap tahun dan menyebabkan terencatnya ekonomi Baling dan terhentinya beberapa minggu. Malah, pernah sampai sehingga berbulan-bulan untuk memulihkan semula sektor pertanian yang merupakan aktiviti utama rakyat Baling. Sebagai contoh, baru-baru ini 28 dan 29 September yang lepas, Baling dilanda banjir besar sehingga menyebabkan hampir 1,500 keluarga yang terkesan akibat banjir. Kali ini air naik hampir lapan kaki dan 400 orang penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan, sementara serta hampir 100 peratus peralatan rumah tidak dapat diselamatkan dengan keadaan air yang begitu cepat dan mendadak. Kejadian banjir yang terlalu kerap ini telah menyusahkan kehidupan seharian hampir 160,000 orang rakyat penduduk Baling dan menjejaskan potensi pembangunan pertanian dan pelancongan di Daerah Baling.
Rakyat Baling bersyukur dengan peruntukan RM9.19 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Projek Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Namun, Baling perlukan penyelesaian segera. Projek menaik taraf sistem perparitan dan meluruskan sungai sedia ada adalah satu solusi segera yang boleh mengurangkan kesan buruk banjir kepada penduduk Baling dalam masa yang terdekat. Saya pohon agar perkara ini diberikan keutamaan oleh kementerian yang berkaitan. Dengan ini, Baling memohon dan merayu agar peruntukan khas kecemasan bencana sebanyak RM100 juta diberikan bagi menyelesaikan masalah banjir daripada segi jangka masa panjang dan projek mengatasi banjir dalam tempoh jangka masa panjang. Projek ini akan dapat diselesaikan masalah Baling dan Sik kerana kami ini bersebelahan. Malah, air dari Pengkalan Hulu juga akan datang ke Baling, selain dari Sik sehingga mengundang banjir yang besar. Saya mengesyorkan buatlah case study, pilot project, dengan izin, untuk Baling dan Sik sebagai satu template yang mana untuk menyelesaikan masalah banjir untuk kawasan lain yang mempunyai masalah yang sama di masa akan datang. Tuan Yang di-Pertua, modul yang telah dibuat pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz yang telah mewarisi krisis ekonomi teruk peninggalan khalifah sebelumnya, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik perlu dicontohi. Baginda telah memperkasakan institusi Baitulmal yang memberi bantuan kepada rakyat sehingga suatu hari tidak ada satu pun rakyat baginda kemudiannya yang layak menerima zakat. Baginda melaksanakan projek- projek infrastruktur awam seperti jalan, sistem perparitan, telaga, jambatan dan projek pengaliran semula sungai. Begitu juga yang telah dibuat oleh Presiden Amerika di Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt untuk mengeluarkan negaranya dengan cepat daripada krisis ekonomi dunia pada tahun 1929. Beliau melaksanakan new package deal yang menambah subsidi kepada petani-petani, orang tua, orang muda, anak-anak muda dan perniagaan ekonomi negara. Itu dirancakkan semula melalui pembinaan projek-projek infrastruktur awam. Hari ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi juga mempunyai cabaran yang sangat besar untuk mengeluarkan negara daripada pandemik kepada endemik COVID-19.
Boleh tanya sedikit Yang Berhormat Baling?
Sekejap. Justeru, saya pohon marilah kita Ahli Parlimen yang ada di dalam Dewan yang mulia ini untuk memberikan sokongan yang padu dan jitu demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang tercinta ini tanpa mengambil kira sebarang sempadan politik, kaum dan latar belakang. Silakan, setengah minit, saya banyak ini, tolong.
Terima kasih, tidak sampai Yang Berhormat Baling. Semua perancangan ini memang kita akui tetapi akhirnya apa juga kita rancang, memerlukan kewangan dan peruntukan. Jadi, apakah Yang Berhormat Baling ingin mencadangkan kepada kerajaan, bagaimana untuk menjana lebih banyak kewangan peruntukan? Jadi, apa yang kita rancang itu akan dapat dilaksanakan.
Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Kinabatangan. Masukkan dalam perbahasan saya. Tuan Yang di-Pertua, oleh itu dalam bajet kali ini kerajaan perlu menambahkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan untuk menjayakan program-program endemik COVID-19 dan juga menggalakkan syarikat-syarikat GLC, GOC melabur dalam syarikat- syarikat start-up yang terlibat dalam perniagaan ekonomi digital (gig economy) dan pelaksanaan projek 5G. Saya juga pohon kerajaan libatkan lebih banyak penglibatan operator-operator dalam melaksanakan projek 5G untuk mempercepatkan projek naik taraf digital seluruh negara. Jangan biarkan ia hanya dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu yang akan menentukan bil bayaran bulanan sehingga rakyat menerima kesan akibat daripada tarif yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, kasihanilah kami di Baling, sampai sesetengah rakyat di Baling terpaksa keluar rumah panjat pokok, pasang booster di atas kandang kambing dan lembu semata-mata untuk anak-anak mereka belajar online disebabkan kelemahan liputan internet di kawasan kampung ini. Berpuluh kali saya dah uar-uarkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya pohon kepada Yang Berhormat Menteri yang baharu, yang begitu cakna dan prihatin, dengarlah rintihan rakyat Baling, bantulah kami. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan integriti yang disebut dalam Buku Rancangan Malaysia Ke-12 berkenaan pendakwaan- pendakwaan SPRM yang telah dibahaskan oleh ramai kawan di sebelah sana dalam masa baru-baru ini. Pada 30 September juga, kawan saya Yang Berhormat Sepang bertanyakan soalan kepada Dewan, sama ada SPRM benar-benar bebas dan berintegriti kerana kononnya banyak kes yang dibawa ke pendakwaan telah pun dilepaskan oleh mahkamah. Kes yang disebut di antaranya kes Tan Sri Musa Aman dan sahabat saya, Yang Berhormat Pontian yang terbaharu. Malahan, Yang Berhormat Sepang dengan jelas telah meminta supaya Peguam Negara meletakkan jawatan atas alasan terlalu banyak kes yang digugurkan. Saya amat tertarik dengan isu ini dan memohon supaya Yang Berhormat Menteri Undang-undang menjawab berkaitan dengan 15 kes yang telah digugurkan oleh iaitu Tan Sri Tommy Thomas, Peguam Negara masa Perikatan, Pakatan Nasional, PH memerintah. Saya hendak sebut pun tak reti dah. PH memerintah setelah mengambil alih tampuk kepimpinan, 15 orang telah digugurkan. Waktu itu Yang Berhormat Sepang ialah Timbalan Menteri Undang-undang. Mengapa ianya berlaku? Kenapa ianya double standard pada hari ini bila bertanyakan berkaitan dengan apa yang dilakukan?
Kes-kes rasuah. Kita tahu melibatkan Yang Berhormat Bagan, ramailah. Yang Berhormat Pandan masa itu Rafizi dan banyak lagilah yang telah dilepaskan. Akan tetapi kes hasutan.
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.
Walau bagaimanapun, kami waktu itu jadi pembangkang, mereka kerajaan. Kami menghormati segala keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan mahkamah sebab kita ada undang-undang. Kita mesti patuh kepada undang-undang. Jadi, kenapa hari ini pihak pembangkang datang pula sekarang ini nak manipulasi atas segala keputusan yang dibuat, malah suruh Peguam Negara dan ramai lagi suruh diletakkan jawatan. Zaman mereka, mereka menggunakan perkara yang sama dan bila ditarik, kami tak ada pula suruh mereka letak jawatan dan kami tidak buat apa-apa sebab kami menghormati keputusan mahkamah. Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua, mahkamah mana-mana ahli-ahli UMNO yang telah dibuat character assassination, dengan izin dan mereka telah mengendokrin rakyat bahawa ada kalangan kami ini kluster mahkamah, kluster mahkamah. Padahal 15 kes masa Pakatan Harapan, mereka telah gugurkan. Tak adapun kami kata kluster mahkamah tetapi kami dituduh sampai endokrin kepada rakyat supaya kamilah kluster mahkamah. Jadi saya harap, berintegriti ini harus dimuliakan.
Yang Berhormat.
Untuk kita memuliakan, saya dengan ini mengesyorkan...
Yang Berhormat, masa dah tamat.
Akhir, akhir sekali. Saya nak mengesyorkan bahawa saya berharap untuk merungkai semua masalah yang dibawa khususnya berkaitan dengan integriti yang melaungkan kami ini pencuri, maaflah. UMNO lah pencuri, UMNO lah kluster mahkamah, UMNO lah segala-gala. UMNO lah punca Barisan Nasional jahanam. Tak apa. Saya mengusulkan kepada kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Bera yang begitu prihatin dan cakna, let us be gentlemen. Kita wujudkan RCI Tommy Thomas di atas buku, di atas pendakwaan yang dilakukan serta buku beliau sendiri yang telah dikeluarkan. Kita wujudkan satu RCI dengan segera untuk merungkai, biar rakyat tahu pendakwaan-pendakwaan tersebut siapakah dalangnya ataupun adakah tangan-tangan ghaib yang telah memberi arahan-arahan tertentu untuk tangkap dan tuduh mereka, khususnya di kalangan kami dahulu. Biar rakyat tahu.
Yang Berhormat Baling.
Sama macam RCI Tabung Haji.
Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Kita mesti berani kerana kita benar. Kita dah setuju dengan RCI Tabung Haji dan kita harap kerajaan akan dapat melaksanakan RCI Tommy Thomas dalam masa terdekat ini untuk merungkai segala kemelut di antara kedua-dua pihak. Dengan itu, sekali lagi Baling menyatakan berani kerana benar. RCI Tabung Haji diteruskan, RCI Tommy Thomas diteruskan. Wabillahi taufik wal hidayah, Baling mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya kita ingin menjayakan RMKe-12, kita mesti mencari jalan untuk mengurangkan import dan menggalakkan eksport serta menarik kemasukan pelabur asing ke Malaysia. Daripada segi nilai eksport yang tertinggi di Malaysia, minyak sawit dan produk sawit berada dalam tangga keempat dan getah serta produk getah di tangga kelima. Ini menunjukkan kepentingan kedua-dua jenis komoditi kepada negara kita. Cabaran yang dihadapi oleh pengeksportan sawit dan getah ke pasaran antarabangsa khususnya pasaran Barat adalah dakwaan penyahhutanan ataupun deforestation di negara kita dan juga tuduhan wujudnya pekerja paksaan, forced labour di Malaysia. Kempen anti-sawit di negara-negara Barat yang memainkan isu penyahhutanan dan pembunuhan orang utan dan gajah pygmy dan juga NGO negara Barat yang menyerang Malaysia mendiskriminasi pekerja asing telah menyebabkan sekatan terhadap produk sarung tangan daripada Top Glove, produk minyak sawit keluaran Sime Darby dan FGV ke pasaran Amerika Syarikat oleh US Customs and Border Protection pada tahun lepas dan tahun ini. Jadi, kita mesti menunjukkan usaha pemulihan hutan kita dan juga sistem penjagaan pekerja asing kita yang baik demi menembusi pasaran negara Barat dan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menetapkan matlamat 50 peratus jumlah keluasan Malaysia di bawah liputan hutan di bawah RMKe-12 dan juga usaha Central Forest Spine dan Heart of Borneo yang telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan hutan. RMKe-12 juga mencatatkan sejumlah 28.5 juta pokok telah ditanam oleh agensi kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan dalam RMKe-11.
Saya menghargai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menjaga hutan kita tetapi tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Sekiranya kita tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri, kesemua pengumuman dasar ini adalah sia-sia sahaja. Saya ingin tanya, apakah langkah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengelakkan hutan simpanan kekal daripada dikeluarkan daripada pewartaan ataupun digazet. Kerajaan Pusat mesti menggubal undang-undang atau peraturan yang mengehendaki pengeluaran pewartaan hutan simpanan haruslah dijalankan melalui pendengaran terbuka. Di samping itu, kerajaan negeri mestilah diberi tahu tentang kepentingan hutan sekiranya mereka ingin menggalakkan eksport komoditi di negeri mereka masing-masing. Kerajaan Persekutuan haruslah memastikan semua kerajaan negeri komited untuk melaksanakan inisiatif Central Forest Spine dan projek Heart of Borneo di Sabah dan Sarawak dan juga berusaha dalam projek pemulihan hutan rimba di negeri mereka masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya, kenapakah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengambil masa yang begitu lama untuk meneruskan projek penanaman satu juta pokok jenis hutan di Sabah yang mana telah pun dilancarkan pada tahun 2019. Sebenarnya RM1 ses telah dikutip sejak tahun 2020 dan disalurkan kepada Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) di bawah penyeliaan MPOC. Jadi, saya menganggar terdapat RM18.5 juta telah dikutip sehingga sekarang. Saya amat tidak puas hati terhadap jawapan Parlimen yang saya terima berkenaan isu ini pada 30 September 2021 iaitu MPOC hanya akan teruskan projek ini sebaik sahaja negara mencapai herd immunity serta kelonggaran untuk menjalankan projek di lapangan diberikan kelak. Apakah penanaman pokok jenis hutan berkaitan dengan herd immunity? Saya memang tidak faham. Pandemik COVID-19 tidak harus dijadikan alasan bagi MPOC dan juga kementerian untuk melewatkan projek penanaman pokok ini. Selain itu, saya ingin tanya, apa lagi projek penjagaan haiwan liar yang telah dilakukan oleh MPOC dengan menggunakan dana MPOGCF? Kesemua projek ini adalah penting bagi kita untuk menambahbaikkan imej industri minyak sawit Malaysia. Saya berharap Yang Berhormat Menteri MPIC yang baru ini boleh berusaha bersungguh-sungguh dalam isu ini. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air telah mengeluarkan kenyataan pada 27 September 2021 bahawa Malaysia akan menuju ke arah sasaran net zero emission seawal-awalnya pada tahun 2050. Dalam kenyataannya, beliau berkata perincian langkah-langkah bagi mencapai sasaran ini akan diumumkan tertakluk kepada kajian Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon ataupun long-term low emissions development strategies iaitu LT-LEDS yang akan dimuktamadkan pada akhir tahun 2022. Kajian ini akan menggariskan strategi dan tindakan bagi mitigasi pelepasan gas rumah kaca (GHG) bagi sektor-sektor ekonomi utama negara dan ini akan menjadi asas untuk menentukan hala tuju tahun sasaran net zero negara. Soalan saya ialah, Kerajaan Malaysia tidak pernah komited terhadap sasaran karbon neutral pada tahun-tahun yang lepas. Kenapakah kerajaan sekarang mengumumkan sasaran net zero ini pada waktu di mana kajian Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon tengah dijalankan dan hanya akan dimuktamadkan pada akhir tahun 2022? Kenapakah kerajaan tidak mengumumkan sasaran net zero ini selepas kajian ini iaitu LT-LEDS dimuktamadkan? Ini adalah kerana kajian tersebut akan melibatkan keupayaan jurang pencapaian ataupun gap dan juga cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita. Kenapakah kita tidak tunggu selepas global stocktake exercise di bawah UNFCCC yang akan diumumkan pada tahun 2023?
Kerja stock take ini akan meliputi rancangan pengurangan emission setiap negara termasuk komitmen kewangan oleh negara-negara maju. Negara jiran kita, Indonesia mengumumkan ia akan capai sasaran carbon neutral pada tahun 2060 dan negara Thailand pada tahun 2065 ataupun 2070.
Pengumuman oleh Malaysia untuk mencapai karbon neutral pada tahun 2050 sebenarnya adalah terlalu terburu-buru ataupun ambitious yang kelihatan tidak melalui proses dan kajian yang serius. Tuan Yang di-Pertua, saya, Bab 8 dalam buku RMKe-12 sebut program biodiesel B20 akan diperluas secara berperingkat di seluruh negara manakala program B30 akan diperkenalkan pada penghujung RMKe-12. Sebenarnya program biodiesel B20 telah dilancarkan pada 20 Februari 2020 dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sepatutnya menaik taraf depot di beberapa tempat di Semenanjung, negeri Sabah dan Sarawak untuk menampung biodiesel B20. Kementerian Kewangan juga telah memberikan peruntukan kepada MPIC untuk melakukan inisiatif ini. Walau bagaimanapun, selepas Kerajaan Pakatan Harapan jatuh, saya difahamkan rancangan pelaksanaan biodiesel B20 ini diketepikan kerana harga minyak sawit yang melambung naik. Tuan Yang di-Pertua, minyak sawit adalah komoditi yang harganya dipengaruhi oleh pasaran antarabangsa. Harga minyak sawit dalam keadaan yang tinggi sekarang tetapi ia mungkin akan jatuh dengan seriusnya enam bulan kemudian. Biodiesel B20 adalah satu mekanisme yang meningkatkan penggunaan minyak sawit dan mengimbangi harga sawit bila harganya rendah. Jadi saya berharap kerajaan akan serius daripada segi penaiktarafan depot yang menampung biodiesel B20 pada tahun depan sebagai langkah, “sediakan payung sebelum hujan” bagi industri sawit negara. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tanya fasal lada atau pepper. Lada di Sarawak adalah lada yang paling istimewa di dunia. Bekas Menteri dari Kuala Nerus telah memberhentikan bekas jawatan— bekas Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pemasaran produk ataupun consumers. Saya ingin tanya, apakah perancangan Lembaga Lada Malaysia dan juga MPIC terhadap industri lada daripada huluan ke hiliran. Kementerian telah menubuhkan Sara Spice, anak syarikat kepada Lembaga Lada Malaysia untuk memasarkan produk hiliran lada ke pasaran antarabangsa.
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.
Jadi saya hendak tahu, berapa keuntungan pada tahun 2019 dan tahun 2020.
Rumuskan, rumuskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu masa tidak mengizinkan. Saya hanya hendak sebut tentang Kuala Lumpur kerana Yang Berhormat Arau minta saya puji dia.
[Dewan ketawa]
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, bila Yang Berhormat Arau dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, saya pernah keluarkan kenyataan yang menyeru beliau teruskan impian kerajaan selama ini untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya kelas dunia atau world-class city. Untuk mencapai impian ini, Yang Berhormat Menteri harus mengambil pendekatan yang makro dan bekerjasama dengan pelbagai industri di Kuala Lumpur untuk menarik pelabur dan pelancong ke Malaysia di samping menjadikan Kuala Lumpur sebagai liveable city. Jadi saya menyeru Yang Berhormat Arau tidak menjejak langkah bekas Menteri Wilayah Persekutuan seperti Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Ketereh.
Yang Berhormat Putrajaya meluluskan banyak projek yang berdensity tinggi tanpa melihat kesesuaian tapak dan trafik manakala Yang Berhormat Ketereh mengeluarkan dasar yang lebih sesuai di kawasan Parlimen Ketereh dan bukannya di Kuala Lumpur. Jadi, saya memuji Yang Berhormat Arau telah mengambil langkah untuk menjemput Ahli Parlimen Kuala Lumpur di bawah Pakatan Harapan untuk berjumpa dengan beliau dan mendengar pandangan kami. Saya berharap Yang Berhormat Arau akan terus mengadakan engagement dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Kuala Lumpur dan juga pihak industri di Kuala Lumpur dan mempunyai minda yang terbuka dan progresif dan mentadbir Kuala Lumpur, bersama-sama Ahli Parlimen Kuala Lumpur di Pakatan Harapan dan mentadbir Kuala Lumpur berlandaskan tema Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Kuala Lumpur yang makmur, inklusif dan mampan. Sekian, terima kasih.
Hidup Perlis.
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bintulu. Saya bagi 15 minit kerana ketua parti.
Tuan Yang di-Pertua, saya boleh minta buka saya punya facemask, boleh tidak?
Tidak boleh.
Tidak boleh nafas di sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk bersama turut membahas Rancangan Malaysia Ke-12 pada pagi ini. Pertama sekali saya ingin memberi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas segala usaha yang diberikan untuk menyampaikan rancangan lima tahun yang penting untuk negara yang sedang berdepan dengan pandemik COVID- 19. Masalah ekonomi dan berkenaan sosio di kalangan rakyat inilah ada satu tempoh yang cukup cabaran di mana-mana negara di dalam dunia ini. Tuan Yang di-Pertua, kita ada dengar kita punya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah membahas ataupun sudah table Rancangan Malaysia Ke-12 dalam Dewan ini. Kita tidak boleh nafikan kita nampak banyak rakyat komen kata there is no impact. Negatif. Banyak negatif punya komen tetapi saya hendak memohon kepada social media semua rakyat bagilah peluang sedikit Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baharu ini baru berapa hari dia sebagai Perdana Menteri, dia sudah kena mahu memberi satu Rancangan Malaysia Ke-12 dalam Dewan. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, fasal sekarang kita masa pandemik COVID-19, kalau boleh janganlah kita tunggu mid-term review sahaja kalau Rancangan Malaysia Ke-12. Kalau ada peluang bila-bila masa untuk kepentingan rakyat, untuk naik taraf ekonomi negara kita, bila-bila masa kita bolehlah kasi naik taraf kita punya Rancangan Malaysia Ke-12. Janganlah kita terus meningkat apa kita buat dalam masa yang lalu. Kita mesti mahu changes of what we need for the people and also the nation. Tuan Yang di-Pertua, mengenai negara kita sudah merdeka 64 tahun. Kita sudah pun membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12. Dalam masa ini kita masih lagi dalam kurang kita pusing. We are still turning inside the bush. Sampai hari ini kita masih lagi cerita bumiputera issue. Selepas itu bumiputera issue pun kita sudah merdeka 64 tahun ataupun sudah Rancangan Malaysia Ke-12. Sepatutnya kita diselesaikan isu bumiputera. Kita tidak boleh terus continue at the spoon-feeding sama rakyat. Kita sepatutnya kita ada agensi TERAJU. Apa TERAJU sudah rancang untuk bumiputera sama ekonomi EPU, kementerian ini ataupun ekonomi ini. Sepatutnya kita mahu tubuhkan satu venture capital, bersama-sama bumiputera dan bantu sama dia orang macam mana buat
meniaga. How to survive? Macam mana tahu kita sekarang negara kita pun sudah sign RCEP dan juga kita pun di CPTPP. Macam mana kita bumiputera esok boleh berdepan sama cabaran daripada global market. Kita bukan hendak kita bumiputera ambil cabaran dalam negara kita. Kita ada masalah ini, saya dengar ini TERAJU CEO pun kongkalikung 10 kali. Kalau ada meniaga baik, dia beritahu bumiputera ini tidak baik. Akhir sekali dia pusing— saya tidak tahu maklumat ini betul atau tidak betul. Banyak complain. Dia kasi lain orang, suruh orang lain jalan. Inilah menjadi satu masalah. Kalau bumiputera sama bumiputera pun sembelih, macam mana bumiputera boleh selamat. Ini kita tidak guna kita look at the orang punya meniaga. Oh! Ini non-bumiputera tidak kira lah India kah, Cina kah ataupun apa-apa bangsa, kita akhirnya orang sudah jalan sesuai sudah kita pergi masuk dalam sana 51 peratus. That is no use. Tidak boleh selesaikan masalah isu ini. Tadi saya ada dengar satu Yang Berhormat Timbalan Menteri beritahu, dalam negara kita ada tiga bumiputera company. Memang maju. Paling besar dalam sana.
Kalau saya beritahu sama dia, kalau betul kita mahu minta TERAJU buatlah moto macam itu. Ajar sama dia orang. Make sure they are success, make sure dia orang boleh berdepan sama global market. Barulah kita satu success untuk bumiputera. Kalau tidak, sampai bila kita boleh selamatkan. Sekarang negara masih mampu, kita boleh spoon-feeding tetapi how long we can go. Kadang-kadang bukan negara kita tidak boleh tetapi global market tidak izinkan kita buat, apa kita mahu buat. So, saya harap kementerian masing-masing ataupun Jabatan Perdana Menteri mesti ambil dan lihat ini. Kita mesti mahu tahu macam contoh logistik punya kita bahawa perkhidmatan logistik bersatu antarabangsa ataupun IILS telah dikecualikan dari syarikat pemilikan ekuiti ini sehingga 31 Disember 2021. So, apa lagi kita hendak buat kalau lepas ini. So, I hope mana-mana punya business status quo. Jangan kita terjajah keharmonian dan perpaduan dalam negara kita. We should help the bumiputera with the proper planning, with the proper direction. We want them to be success. Jangan cuma kita kelentong sahaja atas kertas, dalam aircond ini TERAJU jujur ini, apa pun tidak jujur. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh isu MM2H ini. MM2H ini kitalah mesti mahu lihat betul-betul. MM2H ini kita mesti mahu set kategori. Janganlah semua bercampur. MM2H patut ada retirement home, ada education visa, ada pelabur dalam negara kita. So, dalam MM2H retirement home kita boleh set umur 50 tahun ke atas ataupun 55 tahun ke atas memohon, most important mesti mahu minta mereka beli rumah. Ada rumah di Malaysia baru panggil retirement home. Kalau dia tiada rumah, duduk hotel bukan retirement home. Ini datang makan angin. Kita kalau orang qualify jadi beli rumah retirement home di negara kita, kita patut terus bagi PR dia. No... [Tidak jelas] with PR. Kita cuma bagi dia peluang duduk sini, balik dia punya negara, balik sini senang. Janganlah sampai tiba masa dia sembahyang macam Tuhan, oh! Mahu minta MM2H sekarang. Inilah jadi masalah. Inilah kementerian, mana- mana yang terlibat form a committee with the private sector who are directly involved in this. Berbincang apa paling sesuai untuk menarik orang pencen masuk duduk di negara kita. Janganlah kata kita oh! There is we need quality. Jangan kata orang datang negara kita semua tiada kualiti. Memang dalam satu basket, ada bad apple. Kita uruslah, kita proses kan. Tidak usah umum satu dunia kasi terjejas orang punya fikiran, orang punya perasaan. This is very important. Contoh macam pelabur punya. Kita beritahu, minimum capital berapa masuk? Kita selepas itu bagi dia lima tahun visa terus masuk keluar senang. Jangan sampai airport kongkalikung, imigresen cerita macam-macam alasan kenapa you selalu masuk, keluar, masuk keluar? Kalau lebih sedikit cakap, suruh dia hantar dia balik terus. Inilah jadi satu masalah kita mahu mesti menghadapi.
So, I hope this one saya memohon, sekarang Kementerian Dalam Negeri kaji balik semula. Janganlah kita bagi macam pelabur ini nampak kita flip-flop, flip-flop termasuk sekarang MM2H banyak orang hendak tarik diri. Kilang pun sama. Pelabur dalam sana nampak kita flip-flop, flip-flop mereka pergi negara jiran. Jangan kita syok sendiri. Kita mesti ambil perkara ini serius. Jangan kita biarkan sahaja, kita buat tidak tahu. Akhir punya satu. Masa tidak panjang lagi aku hendak sentuh. Kita kata mahu memperkukuhkan pembangunan sosial. Sorry, saya tidak boleh bernafas. Social economy anak negeri Sarawak dan Sabah. Banyak lagi kita mesti lihat. Jangan kita cerita atas Rancangan Malaysia sahaja. Kita mesti mahu lihat di kawasan-kawasan luar bandar. Macam mana negara jiran China kita mesti berani masuk, taburkan infrastruktur. Barulah ekonomi boleh dinaik taraf. Jangan kata ini tiada hutang apa guna. Sekurang-kurangnya pertanian boleh dinaik taraf, sekurang-kurang kalau tanam-tanaman sesuai, SME boleh masuk. Saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh ambil dan kaji ini naik taraf untuk kawasan luar bandar di negeri Sarawak dan Sabah. Kita mesti mahu berani menaburkan infrastruktur kemungkinan permulaan mesti mahal. Akhir sekali kita dapat hasil yang paling besar. We will get the good harvest from what we invest. Contoh macam kita kalau mahu mereka dari kawasan luar bandar mahu get out from the poor. Macam mana mahu get out from the poor kalau infrastruktur semua tiada? Air pun tiada, elektrik pun tiada macam mana? So, I hope this one ini punya isu kita boleh ambil kaji dan we must really mean what we say. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya menyokong RMKe-12.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya turut sama berdebat dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ke-12 kita bahaskan dan akan kita laksanakan pada ketika yang sangat getir pada negara kita. Kita menghadapi masalah kekurangan dana, masalah kemelesetan kerana kita menghadapi pandemik yang cukup hebat, pengangguran yang melibatkan begitu ramai rakyat Malaysia, peluang pekerjaan yang sangat terhad dan juga saingan yang sangat sengit daripada negara-negara jiran kita. Dalam menghadapi keadaan begini dan ketika kita sangat perlu untuk pulih daripada kemelesetan oleh pandemik ini maka saya mengesyorkan supaya kita melihat kembali kepada kekuatan-kekuatan kita sebagai satu bangsa dan negara dan kekuatan kita negara Malaysia. Kita lihat kekuatan kita tadi dan kita gunakan sepenuhnya apa yang telah ada pada kita dan memang cukup unik pada kita dan memang kita cukup baik dan cukup tahu. Kalau kita menggunakan berbilion ringgit untuk perkara-perkara besar dan mega dan tidak memberikan kesan terus dan cepat kepada rakyat, ia akan menyebabkan kesengsaraan selepas pandemik ini berterusan Tuan Yang di-Pertua. Rakyat sekarang ini lapar, rakyat perlukan pekerjaan dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu saya mengesyorkan saya meminta supaya Dewan yang mulia ini melihat ke kawasan luar bandar Tuan Yang di-Pertua. Kenapakah kawasan luar bandar? Ini kerana kawasan luar bandar Malaysia merupakan 52 peratus daripada tanah Malaysia tetapi hanya dihuni oleh 23 peratus penduduk Malaysia. Lebih kurang tujuh lebih juta sedikit sahaja. Di sana ada kawasan yang luas yang tidak dihuni. Kita ada tumbuhan yang menghijau, padang rumput, kita ada sungai, kita ada tasik, kita ada sumber air, kita ada pelbagai benda yang pada saya tidak kita gunakan sepenuhnya potensinya. Selama ini pada saya selaku Ahli Parlimen dari tahun 2013, pembangunan di luar bandar hanya dilakukan bila ada tekanan politik dan ada kepentingan politik. Kampung kelahiran saya Seberang Titi Gajah, Alor Setar misalnya sampai sekarang tidak ada
jambatan walaupun telah dijanjikan sejak PRU10 tahun 1999 kerana tidak ada sebarang keuntungan politik untuk membina jambatan tersebut. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, di kawasan luar bandar ada dua perkara yang saya rasa perlu kita lakukan dengan cepat dan kita boleh dapat hasilnya. Pertamanya kita kena mengembangkan pertanian organik dan melampaui organik. Organik agriculture and beyond organic agriculture untuk penternakan, dengan izin.
Keduanya, kita perlu mengembangkan pertanian yang berimpak tinggi. Tumbuhan yang berimpak tinggi Tuan Yang di-Pertua, yang telah wujud di tempat kita tetapi tidak kita gunakan dengan baik. Dalam masa yang terhad ini, saya akan bercakap khusus pertanian organik, padi, mengenai padi organik Tuan Yang di-Pertua. Kenapa organik? Ini kerana, semua pandangan oleh pakar-pakar yang telah meneliti isu pertanian mengatakan bahawa the future Tuan Yang di-Pertua, ialah organic farming and beyond organic farming for animal. Itu pendapat oleh Paul Clayton yang merupakan felo di Oxford University, Institute for Food, Brain & Behaviour, pendapat Bruce Ames, profesor di University of California, Berkeley, pendapat Michael Pollan yang merupakan peneliti isu-isu makanan, bahawa itu the future, itu masa depan. Bukan sahaja pertanian organik ini baik untuk hasilnya, baik untuk kesihatan dan kita tidak sihat sebagai satu negara, sebab terbesar ialah pemakanan. Keduanya, ia juga baik untuk alam sekitar, ia baik untuk pendapatan, dan ia sangat menguntungkan kalau dibandingkan dengan cara kita mengendalikan sektor pertanian sekarang. Sekarang cara kita ialah top down— kita bagi arahan, kita bagi subsidi, kita bagi arahan dan subsidi— betul tidak betul apa yang berlaku, itu kita tidak dapat pastikan. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berikan, kita perkasakan rakyat untuk melakukan sendiri, kita bantu mereka daripada segi teknikal dan galakan, mereka boleh melakukan benda-benda yang cukup hebat. Saya ingin menyebut tentang satu contoh...
Yang Berhormat Kuala Kedah, Sik mohon sedikit penjelasan.
Minta maaf, minta maaf. Terhad, masa terhad Yang Berhormat.
Sedikit sahaja berkaitan dengan pertanian organik tadi.
Sekejap Yang Berhormat, minta maaf. Saya teruskan dahulu kalau ada masa saya bagi. Misalnya di Kedah Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Kuala Kedah saya bagi masa sampai pukul 1.
Okey, okey. Saya pergi, saya teruskan dahulu.
Teruskan dahulu.
Ya, teruskan. Ada satu pertanian organik beras, padi organik Tuan Yang di-Pertua, yang memulakannya dan menjayakannya seorang electrical engineer, jurutera elektrik di kawasan saya Kuala Kedah. Dia pergi ke kawasan yang bernama Belantik di Sik. Itu saya faham, Yang Berhormat Sik hendak sebut ya. Kawasan Belantik, dan dia memulakan padi organik yang sangat berjaya, Sri Lovely, dan pada tahun 2014, saya terlibat berbincang dengan Food and Agriculture Organization (FAO) tentang isu padi dan beliau dijemput. Saya melawat tempat beliau.
Padi organiknya merupakan antara yang terbaik di Asia dan mungkin di dunia, dan beliau juga akhirnya menjadi tuan rumah kepada berbagai-bagai pelajar-pelajar postgraduate di seluruh dunia datang mempelajari padi organik. Itu satu contoh seorang anak muda yang boleh kembali ke luar bandar dan menggerakkan sesuatu. Mengapa benda ini tidak berlaku di luar bandar? Ini kerana, di luar bandar ialah aged population dengan izin. Populasi atau orang-orang ramai, orang di luar bandar, orang-orang yang telah tua. Saya tidak mengatakan salah orang tua, tidak, tetapi mereka telah—visi mereka, wawasan mereka telah berubah. Mereka bukanlah golongan pekerja yang bertenaga, yang bertenaga dan yang punya banyak wawasan untuk melaburkan masa dan tenaga mereka kepada pertanian. Mereka ada prioriti yang lain, keutamaan yang lain. Akan tetapi bila anak—kita buka peluang untuk anak muda kembali ke kampung, ke luar bandar, maka mereka kembali dengan tenaga. Mereka akan menyerbu masuk dengan tenaga yang luar biasa, kesungguhan yang luar biasa, dan zaman sekarang Tuan Yang di-Pertua, dengan connectivity yang ada, internet—kita boleh menyamaratakan luar bandar dan juga di bandar. Ini terbukti di Korea Selatan, di Jepun, pertanian padi organik misalnya, mereka pasarkan melalui internet, dan itu pada Sri Lovely, anak asal Parlimen Kuala Kedah yang berada di Belantik, Sik ini, beliau berjaya menghubungkan segala masalah membincangkan masalah conference dan lain-lain lagi melalui internet. Hasilnya ialah padi organik bertaraf dunia. Itu sebagai contoh. Mohon maaf, saya terpaksa terus ke satu poin lagi, sedikit lagi.
Yang Berhormat Kuala Kedah, sedikit saya hendak tambah.
Keduanya Tuan Yang di-Pertua, kita perlu tanaman yang berimpak tinggi, dan saya perlu sebut di sini, bahawa—ada masa saya bagi sedikit— salah satu tanaman berimpak tinggi yang telah kita abaikan ialah ketum. Ketum Tuan Yang di-Pertua, ialah satu pertanian, satu herba yang berimpak tinggi. Saya beberapa kali bercakap di Parlimen tentang ketum. Bukan saya sokong penyalahgunaan ketum, tidak. Saya mahu penyalahgunaan ketum dihentikan, tetapi ketum sebagai ubat herba itu kita kena galakkan. Apa yang terbaik pada kita, ketum misalnya, ialah ketum yang terbaik di dunia tumbuh di Semenanjung Malaysia. Di utara Semenanjung Malaysia. Kedah, Perlis, Kelantan itu, di utara. Akan tetapi, apa yang terbaik pada kita, kita tidak benarkan dijual, tidak benarkan tanam meluas dan pelbagai lagi. Siapa yang dapat hasilnya? Ketum kita yang diseludup ke Thailand, mereka pasarkan sebagai Thai Kratom dan mereka Thailand telah menguasai pasaran ketum di US, di Amerika dan di Eropah.
Yang Berhormat Dr., Merbok...
Mereka memasarkannya dan sekarang setelah mereka mendapat pembeli, mereka dapat pasaran, mereka telah menghalalkan ketum di Thailand.
Yang Berhormat Kuala Kedah, hendak menyampuk sat boleh?
Minta maaf, sekejap sahaja. Saya sentuh sedikit, sedikit sahaja.
Bagi Sik dahulu.
Ada poin yang tidak disebut. Berapa harga pasaran ubat herba, Tuan Yang di-Pertua? Pada tahun 2020, pasaran ubat herba bernilai RM418.4 bilion dan dia naik 16 peratus setahun. Tahun 2026, dianggarkan pasaran herba akan bernilai RM629.2 bilion, dan ketum digunakan antaranya untuk pulih daripada penagihan dadah, untuk mengawal penyakit rasa sakit yang kronik, neuralgic pain terutamanya sakit saraf dan pelbagai guna lain, ada penggunaan lain.
Akan tetapi, ubat herba Tuan Yang di-Pertua, ianya tertakluk kepada teori yang lain. Kita tidak perlu mencari, buat kajian apa bahan yang aktif, ubat herba digunakan secara menyeluruh. Falsafah ubat herba ialah the whole is always more than the sum of its parts. Maksudnya kita tidak perlu cari bahan, tak perlu fraction. Kita boleh bagi seluruh herba tadi, pasarkan sebagai ubat herba, tidak susah. Cuma, kita perlu tanam dan kita pasarkan dengan betul. Kita—apa sahaja kalau kita buat, akta khusus ketum, kita kawal dan kita bagi lesen kepada orang-orang tertentu untuk tanam, kemudian kita pasarkan dengan baik. Siapa yang tanam dan tidak ada lesen dan berpotensi disalahgunakan kita hapuskan, kita musnahkan ketum tadi. Maka, kita dapat kawal penyalahgunaan ketum, kita dapat pasarkan ketum dan kita dapat— dan kerajaan dapat keuntungan yang baik. Ini akan memberikan impak yang besar kerana ketum adalah herba berimpak tinggi. It’s a high impact herb, lebih tinggi daripada ginseng dan lain-lain lagi, Tuan Yang di-Pertua. Kita adalah yang terbaik di dunia, tetapi kita pula mengabaikannya kerana isu remeh-temeh kerana kemalasan dan kejumudan kita.
Yang Berhormat Kuala Kedah, lagi dua minit lagi.
Baik, bagi peluang Yang Berhormat Sik.
Sik minta sedikit sahaja, dua minit lagi.
Okey, sedikit lagi saya tambah sedikit, sebab ada banyak benda yang telah disebut oleh ketum tetapi tidak betul, Tuan Yang di- Pertua. Ketum pula ialah satu stimulant yang tidak begitu kuat. Dia bukan- Dia bukan macam heroin atau morfin. Kalau kita bebaskan polis kita daripada susah payah remeh- temeh ketum, polis boleh memberi masa dan tumpuan kepada penyalahgunaan ubat-ubat sintetik yang cukup bahaya, dadah sintetik. Sedangkan ketum boleh dipasarkan sebagai ubat. Dia boleh menolong orang pulih daripada penagihan heroin dan morfin dan lain-lain lagi, yang disebut sebagai substitution therapy. Itu terbukti dari dahulu digunakan, dan kita ada cukup expertise Tuan Yang di-Pertua. Kita ada penyelidik-penyelidik saintifik yang baik di USM dan berbagai-bagai institusi pengajian tinggi di Malaysia. Akan tetapi, siapa yang telah mendapat manfaat dari ketum? Thailand tuan-tuan dan begitu juga padi organik kita yang terbaik di dunia sekarang. Kita tidak kembangkan.
Yang Berhormat Kuala Kedah, masa tinggal satu minit sahaja.
Ya, jadi, oleh kerana itu— minta maaf semua sebab tidak dapat sewa masa.
Boleh Yang Berhormat Kuala Kedah? Sedikit sahaja. Hendak tambahkan apa yang disebut tadi.
Sekejap, sekejap sedikit sahaja, setengah minit. Jadi, saya mengesyorkan, kita lihat kembali pembangunan di kawasan luar bandar Tuan Yang di-Pertua, dan macam saya sebut tadi, pertanian yang kita kena fokus untuk masa depan adalah pertanian organik dan pertanian herba-herba serta tumbuhan berimpak tinggi dan ketum jangan kita abaikan. Silakan.
Sila Yang Berhormat Sik, ringkas.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya hendak tambah tadi, cadangan Yang Berhormat Kuala Kedah berkaitan
dengan pengurusan padi organik. Adakah Yang Berhormat Kuala Kedah bersetuju untuk Sri Lovely padi organik di Belantik yang diuruskan oleh Kapten Zakaria itu diangkat menjadi Institut Pengurusan Pertanian Organik Bersepadu di peringkat nasional yang perlu diambil atau perlu diurus, atau diangkat oleh Kementerian Pertanian sebagai institut yang dapat mengembang lagi potensi penanaman padi organik kita di seluruh Malaysia ini? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik, itu memang syor saya dari dahulu, kerana kita ada edge, we have the edge, kita ada kelebihan, maka kita kembangkan kelebihan tadi dan itulah juga the future of paddy planting. Dia bukan lagi MADA dan bagi subsidi dan lain-lain lagi itu. Itu pun perlu sekarang, tetapi kita buat masa depan dan ia akan— kos dia tidak begitu banyak, tetapi keuntungannya lebih. Potensinya sangat besar, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang diberikan.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, jam telah menunjukkan pukul 1. Majlis berhenti rehat dan disambung 2.30 petang dengan yang memanggil kemudian Yang Berhormat Julau. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Julau.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(2).
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak- pihak yang berbicara”. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada hari Khamis yang lalu ketika membahaskan RMKe-12, Yang Berhormat Pontian telah mengeluarkan di antara lain, kenyataan-kenyataan bahawa beliau telah menjadi mangsa dan beliau telah mengembalikan RM1.1 juta kerana beliau hanya menerima RM1.1 juta daripada Yang Berhormat Pekan. Sebagai seorang peguam yang berwibawa yang boleh menghayati peruntukan ini, Tuan Yang di-Pertua sendiri telah pun menasihatkan apabila sesuatu perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah, sepatutnya tidak dibangkitkan. Saya di sini bangun kerana sepatutnya pada hemat saya, perkara itu tidak dinyatakan langsung. Saya berikan alasan. Nombor satu, Jabatan Peguam Negara tidak diwakili dalam Dewan yang mulia ini. Nombor dua, badan kehakiman tidak diwakili dalam Dewan yang mulia ini. Ketiga, Yang Berhormat Pontian bila mengatakan bahawa beliau telah kembalikan RM1.1 juta hanya kerana beliau terima RM1.1 juta, ini menimbulkan macam- macam polemik di luar, di mana rakyat biasa sedang bertanya, adakah ini bermaksud kalau saya mencuri sebuah motosikal, saya kembalikan motosikal itu kepada tuan punya, bolehkah saya dilepaskan daripada pertuduhan?
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa Jabatan Peguam Negara dan pihak kehakiman perlu dihormati. Kami tidak membangkitkan perkara di Dewan yang mulia ini dan kami tidak membuat sebarang kenyataan terhadap Yang Berhormat Pontian. Akan tetapi, kalau Yang Berhormat Pontian dibenarkan menggunakan Dewan yang mulia ini sebagai pentas untuk membersihkan nama beliau, walhal beliau telah mengaku salah kepada perkara itu di luar dan membayar RM1.1 juta. Saya di sini memohon, kalau boleh, beliau menarik balik kenyataan itu, meminta maaf kepada Jabatan Peguam Negara dan juga badan kehakiman kerana kenyataan ini seolah-olah beliau telah dimangsakan itu adalah tidak kena tempat kerana beliau jelas sekali melakukan satu kesalahan dan beliau dituduh berdasarkan budi bicara Jabatan Kehakiman. Saya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya berterima kasih Tuan Yang di-Pertua telah mempengerusikan mesyuarat ini kerana Tuan Yang di-Pertua akan dapat menghayati perkara yang saya bangkitkan. Sebagai peguam yang berwibawa, saya mohon petua Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya kalau saya yang jadi pengerusi pada saat itu, saya akan rujuk P.M.36(2), “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara”. Itu kalau saya mempengerusikan. Sekarang ini dalam masa saya mempengerusikan, saya tidak berhadapan dengan situasi tersebut untuk bantahan or preliminary objection. Dalam masa saya mempengerusikan, saya takkan benarkan kalau ada sub judice. Akan tetapi kalau Yang di-Pertua ataupun Timbalan Yang di-Pertua I, terpulanglah kepada dia untuk membuat rumusan. Dalam isu tentang perlunya tarik balik ataupun mengatakan permohonan yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong, saya mencadangkan Yang Berhormat masukkan usul lah dan biarlah Yang di-Pertua membuat timbangannya. Akan tetapi, saya nak ingatkan kepada semua di sini, P.M.36(2) menyebut satu ayat di belakang, “Kira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan- kepentingan pihak yang berbicara”. Jadi di sini, kalau kes itu dah selesai, saya rasa habislah. Ini keputusan saya. Jadi, Yang Berhormat Pontian, saya rasa tak payahlah nak jawab kecuali kalau usul dimasukkan oleh Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pontian boleh jawab secara rasmi. Kalau tidak, saya biarkan di sini sebab saya tidak ada semasa menjadi pengerusi pada saat tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Pontian kerana memahami kedudukan saya. Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Julau. Masa 10 minit ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sepanjang hampir dua tahun negara kita dilanda dengan pandemik wabak COVID-19, kerajaan telah membelanjakan wang yang begitu banyak sekali. Amaunnya iaitu hampir RM600 bilion banyaknya. Ini adalah demi memastikan kesihatan hidup rakyat terjamin, sektor perkhidmatan terpelihara dan perniagaan-perniagaan turut terjaga supaya institusi-institusi penting ini tidak runtuh begitu sahaja. Ketika negara mula mengambil langkah drastik dan berani untuk melakukan PKP fasa demi fasa dan sehinggalah terpaksa umumkan Proklamasi Darurat dan total lockdown, dengan izin, pada tahun ini, kita semua belajar untuk mengadaptasi diri kita semua dalam menyesuaikan diri dengan terminologi norma baharu iaitu bekerja, belajar, berniaga secara alam maya, virtual mode. Yang paling terkesan sekali saya lihat adalah industri perniagaan kecil dan sederhana.
Saya ingin merujuk data angka yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menyebut baru-baru ini, bahawa hampir 37,415 peniaga sudah pun “gulung tikar”. Sudah pasti angka-angka ini adalah satu jumlah yang membimbangkan kerana industri PKS adalah salah satu nadi dan tulang belakang yang menjadi penyumbang utama dalam KDNK negara dan peluang-peluang perniagaan serta pekerjaan banyak diwujudkan dalam industri ini. Kita harus melatih dan mendidik peniaga-peniaga serta pekerja-pekerja dalam sektor ini mengadaptasi diri mereka dengan internet of things, dengan izin, transformasi digital, kemahiran dan membangun laman web dan aplikasi serta penguasaan meluas marketing digital, dengan izin, menerusi media sosial yang kini menjadi trend baharu perniagaan di era moden.
Antara sebab mengapa saya menekankan dengan begitu penting untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi digital dalam perniagaan PKS adalah kerana perniagaan ini kebiasaannya bersifat tradisional iaitu dengan penggunaan optimum tenaga kerja manusia yang sedikit dan kebiasaannya berada di luar bandar seperti di kampung-kampung dan di desa-desa. Maka saya ingin bertanyakan kepada kedua pihak kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ini iaitu MEDAC dan KKMM, apakah sudah ada kerjasama rentas kementerian dalam memanfaatkan digitalisasi untuk dibawa ke dalam kehidupan perniagaan PKS di luar bandar? Apakah program-program serta inisiatif jangka masa panjang dalam membawa perniagaan PKS ini keluar daripada konsep konvensional? Adakah kita sudah ada atau sudah bersedia untuk menggubal dasar penggunaan 5G yang mampan untuk dibangunkan dalam negara kita supaya manfaatnya dapat kita perolehi bersama. Di bawah agenda RMKe-12 dan WKB2030 ini adalah penting untuk meningkatkan taraf sosioekonomi hidup rakyat dan persoalannya adalah bilakah kita hendak mula? Tuan Yang di-Pertua, pembangunan infrastruktur dan fasiliti internet berasaskan 5G patut dimulakan dari sekarang kerana kita tidak boleh terus terkebelakang daripada negara-negara jiran di rantau Asia Pasifik. Seperti contoh, di Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong bahkan jiran terdekat kita seperti Thailand dan Singapura juga sudah masuk ke fasa pembangunan 5G. Kini, mereka antara kuasa ekonomi terpenting di dunia dalam sektor perniagaan. Kenyataan saya ini juga ingin saya kuatkan lagi dengan satu laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian Institute of Economic Research yang menegaskan bahawa penggunaan dasar 5G yang mampan mampu menyumbang sehingga RM12.7 bilion kepada KDNK negara. Ini secara tidak langsung dapat memenuhi permintaan yang luas domestik dalam dan luar negara yang luas sekali gus membuka lagi peluang pekerjaan yang banyak buat graduan-graduan tempatan agar tidak terjerumus ke lembah pengangguran. Kesan lain yang turut boleh diperolehi menerusi pengoptimuman teknologi digital ini adalah anak-anak kita, khususnya di kampung-kampung dan desa-desa. Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut ingin mengutarakan pendapat dalam usaha kita membendung isu kemiskinan rakyat yang masih membelenggu di negara kita. Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana sering memberi bantuan kepada golongan B40 kerana mereka adalah golongan yang amat memerlukan. Namun demikian, sistem pemberian bantuan seperti subsidi dan bantuan kewangan harus kita teliti semula untuk kita sasarkan kepada target group dengan izin, yang benar-benar memerlukan sahaja agar tidak berlaku ketirisan dan ketidakcekapan dalam mengurus sumber dana negara. Sepertimana yang kita ketahui, impak dari COVID-19 ini, golongan M40 adalah golongan yang paling terkesan sekali. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 600,000 golongan M40 tergelincir menjadi kumpulan B40 dan angka-angka ini sudah pasti membimbangkan kerana ia akan meningkatkan kepada peratusan rakyat pendapatan rendah ataupun miskin. Apa yang lebih menjadi buruk lagi adalah ramai daripada mereka yang bankrap, sanggup untuk menggadaikan nyawa mereka untuk membunuh diri kerana sudah tidak tahan dengan tekanan hidup yang meruncingkan.
Mereka terbeban dengan hutang-hutang, sumber pendapatan statik, tidak meningkat tetapi komitmen terus meningkat. Tidak kurang juga buat nasib belia-belia kita, Laporan Bank Dunia menyebut hampir 60 peratus belia di dalam lingkungan umur 22 sampai 25 tahun ini di negara kita hampir muflis kerana tiada tabungan atau simpanan. Realitinya bukan golongan belia di negara kita tidak mahu menyimpan, tetapi mereka tiada sumber yang mencukupi untuk mereka simpan. Gaji yang kecil, pekerjaan yang mismatch, tidak selari dengan apa mereka pelajari ketika di universiti antara punca yang menyumbang kepada isu ini. Tuan Yang di-Pertua, justeru itu saya ingin memberi cadangan di dalam Dewan yang mulia ini untuk perhatian KPT khususnya ada dua cadangan yang ingin saya utarakan di dalam Dewan yang mulia ini. Pertamanya, adakah di peringkat pihak kementerian sudah mengkaji apakah bidang jurusan yang tidak lagi relevan di dalam negara kita untuk ditawarkan di dalam IPTA atau IPTS sebaliknya bekerjasama dengan lebih erat lagi bersama Kementerian Sumber Manusia untuk meneliti apakah bidang kerja yang sebenarnya diperlukan oleh industri. Kemudian, baru ditumpukan untuk mewujudkan lebih banyak lagi kursus-kursus yang memenuhi permintaan industri agar graduan kita dapat mengisi peluang pekerjaan dan kebergantungan kita dengan tenaga luar dapat dikurangkan. Kedua, sepertimana kita ketahui sebelum ini, ada pihak yang menjanjikan untuk PTPTN dihapuskan di dalam manifesto mereka sekiranya menjadi kerajaan. Setelah memegang tampuk kuasa, kita dapat lihat bahawa mereka gagal menunaikan janji mereka dan ramai graduan kita kecewa.
Yang Berhormat.
Maka saya ingin bertanyakan kepada pihak kementerian, adakah kita boleh memperbaiki sistem pemberian pinjaman wang PTPTN ini...
Minta laluan Yang Berhormat.
...Kepada biasiswa penuh tanpa bayar semula khas untuk mereka yang benar-benar miskin tegar dan daif. Saya sedar PTPTN mempunyai satu dasar bahawa pinjaman ini akan diubah menjadi biasiswa sekiranya peminjam memperoleh keputusan kelas pertama ketika telah tamat pengajian. Namun demikian, adakah dengan memberikan bantuan wang PTPTN ini tanpa pembayaran semula kepada anak-anak keluarga miskin tegar tanpa mengira kaum, bangsa dan agama dapat menjadi titik mula supaya mereka dan keluarga mereka tidak lagi rasa terbeban untuk membayarnya semula kelak. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Batu Kawan, 10 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan Batu Kawan peluang untuk membahas Rancangan Malaysia Kedua Belas di Dewan yang mulia ini. Saya mulakan perbahasan saya dengan memetik satu surah dari kitab Injil, Amsal 29:2 “Apabila orang adil memerintah, rakyat gembira. Tetapi apabila orang jahat berkuasa, rakyat menderita”. Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa pembentangan RMKe-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Isnin yang lepas dan perbahasan RMKe-12 setakat ini mendapat bukan sahaja liputan berita yang luas namun mencungkil minat dan pandangan semua warga Malaysia merentas umur, gender, etnik, agama, sandaran politik serta taraf sosioekonomi. Untuk kali ini, semak imbang bukan sahaja dilakukan oleh kami sebagai wakil rakyat di Dewan ini tetapi oleh warga marhaen di luar sana.
Rakyat akan menilai dan menghakimi kerajaan ini apakah rancangan mereka untuk lima tahun yang akan datang. Pada masa yang sama, rakyat akan menilai juga keberkesanan dalam proses pelaksanaan projek-projek pembangunan insan dan pembangunan infrastruktur untuk sebuah negara Malaysia yang majmuk, maju dan muhibah. Tuan Yang di-Pertua, lima tahun sekali Parlimen dihidangkan dengan dokumen Rancangan Malaysia yang akan menyenaraikan projek-projek di seluruh negara dan kos projek tersebut.
Secara dasarnya, apa yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ini wajib ditunaikan untuk kelestarian rakyat. Namun, kita sering mendengar Ahli-ahli Parlimen mengungkit perkara-perkara yang sama untuk satu penggal lima tahun, 10 tahun, 20 tahun tanpa apa-apa komitmen dari kerajaan. Sebagai contoh, satu projek pelebaran jalan di Jalan Bukit Tambun, kawasan saya telah wujud dari RMKe-9, belum bermula pun sehingga kita telah masuk era RMKe-12. Siapa yang harus dipertanggungjawabkan untuk memastikan projek-projek ini dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan? Di mana ketelusan kos dan penganugerahan kontrak, perjalanan projek dan keberkesanan projek tersebut? Siapa yang akan memantau perkembangannya? Siapa yang akan meneliti perincian projek tersebut? Bila di tanya, kami dimaklumkan EPU yang akan follow up dengan projek-projek ini. Namun, kepada siapa akan EPU laporkan? Bukankah conflict of interest jika pihak yang melaksanakan projek ini ialah pihak yang sama yang memberikan peruntukan dan yang memantau projek-projek ini? Maka, saya ingin cadangkan satu badan seperti ombudsman, bebas dan neutral sebagai watchdog untuk memastikan projek-projek, polisi-polisi dan dasar-dasar baharu atau pembaharuan kepada dasar lama berjalan dengan betul dan tepat. Sekiranya kerajaan tidak serius untuk melaksanakan apa yang tertera dalam RMK ini, maka kandungan buku tebal ini semua muka surat boleh digunakan untuk membalut vadey, nasi lemak ataupun pau. Janganlah sia-sia usaha penjawat awam yang telah bersusah payah dan bertungkus-lumus menerbitkan buku tebal RMKe-12 ini. Muka surat 233 RMKe-12 mengandungi bahagian untuk mempertingkatkan perlindungan undang-undang iaitu isu keselamatan dan perlindungan wanita akan terus ditangani dan memperkukuh undang- undang sivil dan syariah serta meningkat program kesedaran dan intervensi mengenai hak wanita. Perundangan bagi menangani gangguan seksual dan ketidaksamaan gender akan diperkukuh untuk memastikan persekitaran yang selamat bagi wanita serta menghapus keganasan terhadap wanita dan diskriminasi gender. Saya ingin mengingatkan pihak kerajaan untuk walk the talk dalam isu penganugerahan kerakyatan kepada kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu-ibu warganegara Malaysia di luar negara yang menghadapi diskriminasi berbanding dengan penganugerahan secara automatik kepada si bapa. Apakah tujuan sebenar Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya pihak kerajaan dapat memproses dan menganugerahkan kerakyatan kepada anak-anak ini? Tiada erti laungan kosong Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri jika beliau sendiri tidak berusaha untuk memastikan tafsiran undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan adalah dengan mengambil kira masa depan anak-anak Malaysia ini. Konsep Keluarga Malaysia secara dasar harus berfokus kepada kesejahteraan dan kestabilan institusi keluarga dan bukannya untuk terus memisahkan anak-anak daripada pelukan ibu dan bapa. Memandangkan sebelum ini banyak keputusan kerajaan di U-turn, maka saya menggesa agar Peguam Negara membuat satu U-turn yang akan membawa kebaikan yang sangat mendalam impaknya dan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi dan dalam semangat menghormati MoU antara kerajaan dan kami di pembangkang, saya
menuntut agar kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan supaya perkara ini dapat diselesaikan sekali gus. Adakah Perdana Menteri bangga melihat Malaysia tergolong antara negara seperti Iran, Iraq, Kuwait, Lebanon, Libya, Qatar, Syria, Sudan dan lain-lain negara yang sedang atau masih menghadapi pergolakan politik yang tidak membenarkan anak-anak itu mengikut kewarganegaraan ibu? Tuan Yang di-Pertua, tidak dilupakan beratus ribu pemohon kewarganegaraan Malaysia yang masih menunggu. Ada yang berdekad untuk digelar anak bangsa Malaysia. Ingin saya kemukakan empat cadangan di sini kepada pihak kerajaan. Satu, agar satu SOP tempoh masa maklum balas ditetapkan kepada pemohon agar pemohon tidak perlu menunggu bertahun-tahun untuk feedback dari KDN dan diikuti dengan laporan KPI prestasi kerja pegawai atau agensi kepada Yang Berhormat Menteri. Kedua, sebab apa permohonan ditolak juga harus diletakkan di dalam surat penolakan dari KDN. Ketiga, garis panduan yang jelas yang ditetapkan intra-kementerian atau, dengan izin, cross-ministry agar SOP yang tunggang-langgang dan tidak selaras tidak digunakan sebagai petua. Apabila pegawai pendidikan daerah menasihati pelajar-pelajar bukan warganegara yang telah memasukkan ke permohonan kewarganegaraan agar memperoleh pasport mengikut kewarganegaraan si ibu dengan alasan, kalau tidak dapat kewarganegaraan Malaysia, maka ada backup. Polisi jenis apa ini? Pertindihan kuasa antara pendidikan dan Imigresen. Keempat, cadangan saya supaya satu tempoh masa 30 hari ditetapkan bagi dokumen- dokumen yang telah ditapis semua lapisan di KDN yang lengkap sepenuhnya ditandatangani oleh Menteri KDN dalam 30 hari daripada dokumen-dokumen ini bertimbun atas meja Menteri. Tuan Yang di-Pertua, Akta Gangguan Seksual sudah lebih 20 tahun menunggu masa untuk dibentangkan di Parlimen. Kandungan draf Rang Undang-undang Akta Gangguan Seksual sudah siap untuk dibentangkan oleh Pakatan Harapan. Akan tetapi ‘Langkah Sheraton’ telah berlaku dan RUU tersebut, sama ada kandungan tersebut watered down atau elemen-elemen penting dikeluarkan, kami tidak tahu. Mengapa? Oleh kerana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak pernah pun mengadakan sesi taklimat atau perbincangan dengan kami dan NGO untuk mengukuhkan lagi RUU ini supaya wanita dan lelaki akan mendapat pembelaan dan keadilan. Saranan Menteri untuk membuat laporan daripada menunggu RUU Akta Gangguan Seksual sungguh tidak bertanggungjawab dan mencerminkan bahawa beliau kurang arif dalam isu ini. Oleh kerana sekiranya beliau telah bersembang dengan mangsa gangguan seksual, beliau akan sedia maklum bahawa tangan pihak polis juga terikat kerana jenayah ini sukar untuk dibuktikan mengikut undang-undang yang sedia ada. Maka, saya ingin satu kepastian daripada pihak kerajaan agar satu taklimat diadakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau pihak Pejabat Peguam Negara untuk mengadakan satu sesi rundingan bersama ke semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang dan Bebas untuk memperhalus kandungan akta supaya ia padat, jitu dan betul-betul mencerminkan tujuan akta tersebut. Tanggungjawab seorang Menteri adalah menuntut dan melobi di kalangan Jemaah Kabinet, Perdana Menteri, Peguam Negara dan bersama Ahli Parlimen backbencher dan pembangkang agar mana-mana rang undang-undang yang progresif dan untuk kebaikan masyarakat sejagat harus dipercepatkan pembentangannya di Parlimen. Tidak guna bertanya, “Saya Menteri atau kamu Menteri?”, kalau kami Ahli Parlimen pembangkang masih perlu mengajar kamu untuk menjalankan tanggungjawab dan menggalas amanah rakyat walaupun wujud sebelum ini elemen-elemen penebukan atap dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, pandemik ini telah menunjukkan dan mendedahkan betapa rapuhnya sistem sokongan dan perlindungan bagi golongan rentan, golongan minoriti, golongan B40 dan mereka yang telah ditolak daripada kategori M40 ke B40. Bantuan
Bakul Makanan bukan satu strategi jangka masa panjang. Tuan Yang di-Pertua, masyarakat kaum India yang hanya tinggal tujuh peratus daripada populasi penduduk Malaysia telah berdekad menghadapi masalah yang sama. Anak-anak sering terpaksa diberhentikan daripada sekolah untuk membantu keluarga mereka menyara kehidupan. Mereka ini ada setengahnya tidak tahu menulis dalam bahasa Tamil ataupun membaca dalam bahasa kebangsaan. Saya ingin tahu di sini Tuan Yang di-Pertua, bahawa kerajaan perlu serius untuk menangani isu kemiskinan. Saya ingin menegaskan di sini agar kerajaan menyenaraikan semua pindaan kepada garis panduan baharu untuk memproses permohonan bantuan keusahawanan secara amnya dan apakah program- program khusus bagi membantu usahawan daripada kalangan kaum India di Malaysia? Maka, saya ingin tahu dalam tempoh tahun 2020 sehingga kini, berapa ramai lelaki dan wanita yang telah memohon untuk bantuan daripada kerajaan untuk menjana pendapatan sendiri dan untuk keusahawanan? Berapakah daripada permohonan ini telah lulus dan apakah sebab permohonan mereka ini ditolak? Tuan Yang di-Pertua, sejak kes Richard Huckle mencengkam negara Malaysia dengan lebih 200 orang kanak-kanak dinodai, dirogol dan menjadi mangsa jenayah seksual dari tempoh tahun 2006 hingga tahun 2014. Hari ini kita ada Aladdin Lamin seorang warganegara Malaysia dari Lundu, Sarawak. Seorang yang wanted dalam senarai penjenayah pedofilia antarabangsa. Dengan usaha Australian Center to Counter Child Exploitation untuk memperoleh maklumat mengenai aktiviti terkutuk Aladdin ini melalui butiran mangsa, maklumat mengenai gerak geri syaitan ini dapat dikesan dan ditangkap oleh anggota polis Malaysia. Syabas saya ucapkan. Kejayaan ini mendedahkan bahawa Malaysia masih lagi di belakang dalam pemantauan dan pengawasan tindakan pedofilia ini secara dalam talian.
Sudah lebih 15 tahun insiden Richard Halkett dan hampir tiga bulan selepas Aladdin ditangkap, namun adakah kerajaan mengambil serius mengenai kes jenayah seksual kanak-kanak? Daripada membelanjakan wang rakyat untuk membayar kos pengubahsuaian RM38.5 juta atau untuk membayar gaji duta-duta khas yang tugas mereka sangat khas sehingga kita sendiri tidak tahu apa kerja mereka. Baik kerajaan melabur wang itu dalam teknologi kepakaran dan tenaga kerja seperti di UK atau di Australia supaya syaitan-syaitan pedophile ini di kalangan masyarakat dapat dikenal pasti dan ditahan dengan serta-merta. Kelewatan pihak kerajaan untuk melabur dalam usaha melindungi kanak-kanak online bererti setiap saat akan ada seorang kanak-kanak yang mungkin akan menjadi mangsa nafsu syaitan ini. Tuan Yang di-Pertua, langkah kerajaan untuk menandatangani MoU dengan kami di pembangkang tidak harus dilihat sebagai satu langkah untuk memastikan kerajaan untuk terus berkuasa tetapi untuk membawa pembaharuan kepada rakyat di luar sana, warga marhaen di luar sana. Rakyat kini peka dan arif tentang apa yang kerajaan lafazkan di Dewan yang mulia ini. Rakyat akan menilai sekadar mana keikhlasan kerajaan untuk mengimplementasikan reform dan pembaharuan yang diuar-uarkan oleh kerajaan dan penyokong kerajaan ini. Maka saya berharap seharap-harapan bahawa perbahasan kami ini bukan sekadar untuk pihak kerajaan dan agensi sekadar mendengar dan mengambil nota tanpa iltizam politik untuk membawa perubahan yang benar-benar bermakna kepada sistem Demokrasi Berparlimen dan kedaulatan undang-undang negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dungun, 10 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. [Membaca sepotong doa] [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang
bermaksud, “Tidakkah Kami yakni Allah menjadikan bumi tempat berkongsi, di antara orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati” Al-Mursalat ayat 25 dan ayat 26. Orang-orang yang hidup menghidupkan pembangunan dan memakmurkan bumi. Akan tetapi di ketika mana mereka telah mati dan meninggalkan dunia ini, mereka akan dimasukkan ke dalam bumi. Betapa benarnya firman Allah SWT ini, maka pada hari ini dalam ruang waktu yang ada ini saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, memberi keizinan dan peluang kepada saya untuk berbahas berkenaan dengan Rancangan Malaysia Ke-12. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ke-12 dengan matlamat, “Keluarga Malaysia–Makmur, Inklusif, dan Mampan” membolehkan semua rakyat menikmati taraf hidup lebih baik dengan sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong, mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. Beliau adalah anak Dungun, pernah menjawat jawatan dari tahun 2007 hingga tahun 2014 sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan pernah beberapa kali terlibat dengan temasya-temasya sukan bertaraf antarabangsa sebagai pegawai tertinggi pengurusan kontinjen negara ke Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Beliau tanpa penat lelah telah menabur bakti kepada pembangunan sukan negara, negeri Terengganu dan juga kepada daerah Dungun. Telah ramai lahir tokoh- tokoh sukan dari Daerah Dungun. Di antaranya adalah Dato’ Mohd Azizulhasni Awang dan ramai lagi yang lain. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan di kalangan orang- orang yang soleh. Tuan Yang di-Pertua, Dungun merupakan satu daerah sama seperti daerah yang lain yang memerlukan perhatian sewajarnya dari Kerajaan Persekutuan. Saya ingin menyuarakan beberapa isu mendesak yang perlu disebut di sini supaya kementerian dan agensi yang berkaitan memberikan perhatian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang sudi turun melihat suasana hari pertama persekolahan secara fizikal pada 3 Oktober 2021 iaitu semalam di beberapa sekolah di Parlimen Dungun. Antara sekolah yang dilawati oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan adalah Sekolah Kebangsaan Sura. Untuk makluman, sekolah ini masih lagi mengamalkan sesi persekolahan pagi dan petang. Isu penggiliran ini bukanlah kerana SOP COVID-19 tetapi kerana kepadatan pelajar-pelajar di sekolah ini. Oleh itu, bagi mengurangkan kesesakan bilangan pelajar, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk membina sekolah kebangsaan yang baru berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sura ini bagi mengatasi masalah kepadatan pelajar dan juga sistem penggiliran persekolahan bagi sekolah ini. Tuan Yang di-Pertua, isu perkembangan pembinaan hospital baharu di Dungun. Hospital ini telah dibina sejak tahun 2016 yang pada tarikh asal siapnya ialah 22 Februari 2019. Akan tetapi hospital ini mengalami kelewatan dan ia menyulitkan warga Dungun untuk mendapatkan rawatan terutamanya pada waktu-waktu kesesakan dan juga melibatkan waktu menunggu yang sangat lama bagi pesakit-pesakit untuk mendapatkan rawatan. Memandangkan hospital ini masih belum siap dibina, pesakit yang ingin mendapatkan rawatan susulan atau pembedahan perlu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu ataupun Hospital Kemaman. Situasi ini sangat menyulitkan kerana rakyat Dungun memerlukan pemerhatian segera dan dalam keadaan bukan sahaja penyakit-penyakit kritikal yang mesti dirawat tetapi juga melibatkan dalam suasana COVID-19. Oleh itu saya berharap pembinaan hospital ini yang telah banyak kali ditangguhkan oleh pihak kontraktor diberikan perhatian sewajarnya. Seterusnya saya ingin juga untuk membangkitkan projek pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Dungun di mana pembinaan benteng ini sangat penting bagi memperlahankan kelajuan ombak, mengurangkan hakisan dan menangani pencemaran. Sekali gus meminimumkan kemusnahan berterusan pada sungai-sungai.
Malah pembinaan benteng ini diperlukan bagi memudahkan bot-bot nelayan keluar masuk di muara sungai ketika mencari rezeki. Kita juga perlu sedar tidak lama lagi sektor pelancongan akan dibuka sepenuhnya maka bot-bot pelancong juga pasti akan melalui muara sungai ini untuk ke Pulau Tenggol. Telah banyak berlaku kes-kes kehilangan nyawa kerana kecetekan muara sungai yang pada waktu itu dalam keadaan itulah berlakunya peristiwa yang paling terakhir ialah pada 22 September 2021 seorang nelayan telah ditemui mati kerana apabila ingin memasuki muara sungai ini, bot fibrenya telah terbalik dan menyebabkan kematian.
Banyak lagi statistik kes-kes lain saban tahun sebelum dari tahun 2021 bukan sahaja melibatkan kehilangan nyawa tetapi juga kerugian harta benda kerana kadang- kadang walaupun selamat tetapi kerana itu, kehilangan bot, peralatan penangkapan ikan dan lain-lain yang diperlukan sehingga memerlukan sumber baharu untuk meneruskan usaha mencari rezeki di laut. Oleh itu, saya pohon supaya pihak kementerian yang bertanggungjawab menyegerakan projek pembinaan benteng pemecah ombak di Parlimen Dungun ini bagi memastikan segala permasalahan yang melibatkan sungai ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera. Dimaklumkan juga bahawa sudah ada perancangan untuk pembinaan benteng pemecah ombak ini dalam RMKe-11. Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhirnya oleh sebab Majlis Daerah Dungun dahulunya telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Dungun, maka sangat perlu sebuah bangunan guna sama Persekutuan dibina dalam Parlimen Dungun. Buat masa ini, masih belum ada perancangan untuk pembinaan bangunan tersebut. Cadangan saya ialah supaya dibangunkan dengan segera bangunan guna sama Persekutuan ini untuk kepentingan rakyat Dungun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul Rancangan Malaysia ke-12 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat. Selepas ini saya hendak menjemput Yang Berhormat Lumut, kemudian Yang Berhormat Bagan Datuk, 15 minit tetapi ihsan daripada Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Bagan Datuk akan berbahas 25 minit. Kemudian Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Petaling Jaya. Silakan Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin sedikit menyumbang pandangan dalam perbahasan usul RMKe-12 ini. Lanjutan daripada COVID-19 yang menjadi pandemik yang melibatkan negara kita, kita juga telah melihat beberapa perkembangan yang terpaksa kita lalui dan kita ubah cara hidup kita. Di antaranya yang bukan baharu isu gig ekonomi ini telah memberikan satu gambaran bahawa kita harus berubah. Namun dengan pandemik ini, terdapat suatu pandangan daripada rakyat bahawa kakitangan kerajaan, orang yang berpencen adalah mereka yang terselamat daripada pandemik ini dalam konteks pengekalan ekonomi mereka. Jadi ini, kita khuatir akan menjejaskan pemikiran generasi akan datang bahawa untuk keselamatan mereka, mereka harus dididik, dilatih dan akhirnya bekerja dengan sektor kerajaan. Jadi saya minta kerajaan supaya segera untuk memulihkan pandangan supaya kita berhadapan dengan realiti semasa bahawa gig ekonomi di mana kerja-kerja adalah tidak kekal, akan berada dalam bentuk kontrak dan berubah-ubah dan ini bagi membantu persediaan generasi kita di masa akan datang dan pendidikan ini harus diterapkan dalam sistem sama ada pendidikan rendah, menengah ataupun di peringkat tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya hampir semua pembahas yang bercakap dan mewakili kawasan masing-masing membangkitkan isu perbezaan ataupun jurang pembangunan mengikut wilayah yakni kerajaan harus terima hakikatnya bukan hanya antara wilayah Sabah, Sarawak dengan Semenanjung tetapi di antara negeri-negeri di dalam Semenanjung. Kita ada ikhtiar sebelum ini, pembangunan koridor dan sebagainya tetapi tidak dapat membangunkan koridor-koridor tertentu seperti Pantai Timur, utara pun belum berapa membangun. Jadi, kerajaan harus mencari jalan supaya perbezaan yang terlalu nyata antara wilayah ini dapat dirapatkan jurangnya, kalau tidak kita akan berhadapan dengan isu gerakan penduduk dari luar bandar ke bandar yang menyebabkan kesan-kesan sosial terhadap kehidupan mereka. Kalau kerajaan segera membuka pusat-pusat pembangunan yang baharu, tidaklah sampai macam Indonesia membangunkan ibu kota barunya di Kalimantan tetapi dalam konteks pembangunan industri-industri yang tertentu mengikut keupayaan ataupun aset-aset yang ada di kawasan tertentu itu harus disegerakan. Kalau pelancongan itu yang menjadi tumpuan ataupun yang menjadi aset bagi sesebuah daerah, Dungun tadi misalnya ataupun Lumut yang saya wakili maka seharusnya aktiviti-aktiviti sedemikian dipergiatkan. Kalau ada kawasan-kawasan yang boleh dibangunkan sebagai pelabuhan-pelabuhan, barter trading kah, pelabuhan kecil laut tidak dalam seperti di Lumut juga harus difikirkan bagaimana hendak menyambungkan Lumut dengan kawasan-kawasan yang lain melalui highway yang sudah sedia ada ataupun melalui sistem rel ke tempat-tempat lain. Kita juga memerlukan ekosistem sokongan yang boleh membantu contohnya kemudahan komunikasi, sistem pendidikan di kawasan-kawasan yang tertinggal ini. Ini mesti dibuat secara serius dan kajian mestilah disegerakan untuk memastikan data-data yang lengkap supaya kita tidak lagi menumpukan pembangunan hanya di tempat-tempat yang sedia membangun. Kita harus mencari potensi-potensi baharu di kawasan-kawasan pembangunan yang baharu terutamanya di kawasan-kawasan pertanian di mana penduduknya antara mereka dalam golongan berpendapatan yang kurang. Kita sudah bercakap mengenai teknologi dalam pertanian menggunakan dron, menggunakan artificial intelligence dan sebagainya tetapi ia tidak dipick-up oleh pemain- pemain dalam industri sehingga kita masih lagi berada dalam keadaan pertanian cara lama. Apabila berlaku malapetaka daripada segi cuaca yang tidak baik, banjir dan sebagainya maka petani-petani kita akan menghadapi masalah di dalam industri mereka. Jadi harus kita cari jalan supaya penggunaan teknologi ini betul-betul dapat membantu walaupun berlaku apa-apa malapetaka ataupun bencana, mereka kekal dapat melaksanakan tanggungjawab ekonomi mereka, jadi tidak timbul rasa tidak puas hati seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Baling, menangani isu banjir sudah berlarutan, bukan di Baling sahaja tetapi di banyak tempat juga mengemukakan masalah yang sama. Ada di antara kita di negara ini bersaing antara wilayah, sebuah wilayah dengan sebuah wilayah dan negeri dengan negeri untuk merebut contohnya peluang-peluang pelaburan dari luar. Kalau ini tidak diselaraskan, Kerajaan Pusat tidak mengambil perhatian, kita tidak dapat melihat pembahagian ataupun nikmat daripada pelaburan luar itu masuk secara menyeluruh kepada negeri-negeri yang lain, tidak hanya terhad kepada negeri-negeri yang sudah pun mempunyai prasarana yang baik, jalan, pelabuhan. Maka di situlah tumpuan pelaburan luar dan tempat lain akan kekal menjadi kawasan pertanian yang tertinggal ataupun kawasan nelayan yang sentiasa terganggu oleh keadaan cuaca. Jadi ini memerlukan penyelarasan daripada pihak pusat supaya pelaburan- pelaburan yang datang itu dapat diagihkan mengikut kawasan-kawasan yang memerlukan bukan kawasan-kawasan yang sudah sedia ada. Dalam konteks ini, Perdana Menteri menyebutkan tentang IR 4.0 harus diberikan penekanan yang bersungguh-sungguh baik daripada segi persiapan prasarananya ataupun pembinaan tenaga manusianya di universiti-universiti. Ini memerlukan kesungguhan di dalam kita merangka pendidikan anak bangsa kita sama ada daripada segi kos, pembelajarannya dipermudahkan, ilmu atau mata pelajaran yang sesuai dengan
keperluan semasa dan dididik secara yang terbaik supaya mereka dapat ilmu ini melalui penelitian, penyelidikan yang ada di universiti yang kemudiannya yang bagus dapat dipasarkan. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, bagaimanakah kedudukan penyelidikan- penyelidikan ataupun kajian-kajian yang dibuat oleh akademia, penyelidik-penyelidik kita dan berapa banyak yang boleh dipasarkan dan boleh membantu pembangunan industri di negara kita ini?
Kerana ini melibatkan tanaman modal ataupun kos pembiayaan yang tinggi bagi institusi-institusi penyelidikan tersebut. Dengan cara penggunaan teknologi ini, kita dapat mengurangkan masalah perennial kita iaitu pengambilan pekerja-pekerja warga asing untuk membantu industri-industri yang ada dalam negara kita. Kita tidak boleh berterusan begitu kerana kadar kelahiran kita sentiasa bertambah. Kita akan punyai warganegara yang memerlukan pekerjaan. Kita tidak boleh lagi membiarkan kerja-kerja mereka diambil alih oleh warga asing. Oleh yang demikian, mereka harus diberikan pendidikan yang sewajarnya supaya akan menjadi lebih efisien, kurang penggunaan pekerja asing dan R&D serta commercialisation of research ini akan menjadi satu industri yang sangat menguntungkan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, bagi kawasan Lumut, kita telah meneliti laporan Tan Sri Ambrin Buang yang menjadi pengerusi Jawatankuasa Tadbir Urus dan Perolehan Kewangan, yang telah mendapati bahawa ada kes pembangunan kapal-kapal perang di tempat pembinaan BNS di shipyard di Lumut yang tertangguh begitu lama, ia telah menelan belanja dan kos yang tinggi, dilaporkan oleh jawatankuasa tersebut. Ada juga laporan bahawa ada berlaku salah laku terhadap pembiayaan yang telah yang telah dikeluarkan RM1 bilion, kita tidak tahu bagaimana ia diuruskan. Ini telah berlanjutan beberapa ketika. Sampai hari ini, kita dimaklumkan belum ada lagi satu pun kapal perang littoral combat ship (LCS) ini yang telah meluncur ke dalam perairan kita untuk menjaga sempadan kita. Dijangkakan, enam sepatutnya siap menjelang tahun 2023, tetapi satu pun belum siap. Tentulah banyak alasannya, tetapi yang menderita kesannya ialah penduduk di kawasan saya di Lumut sana. Kita ada syarikat-syarikat, kita ada vendor-vendor. Kita ada pekerja-pekerja kontrak yang terlibat dengan industri ini yang terpaksa hilang pekerjaan kerana program pembangunan kapal ini telah tertunggak. Saya menyatakan interest saya. Saya ada di PAC, ini juga dibincangkan oleh PAC. Akan tetapi, saya menggunakan maklumat daripada Jawatankuasa Tadbir Urus dan Perolehan Kewangan, Tan Sri Ambrin Buang ini untuk meminta kerajaan menyegerakan urusan pembinaan ini. Biar negara kita selamat, pekerjaan warga Lumut terjaga, dan begitu juga wang negara tidak akan terbazir berterusan dan ini memerlukan satu penelitian yang teliti, bukan hanya oleh Kementerian Pertahanan tetapi oleh kerajaan sepenuhnya. Cukup masa, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bagan Datuk.
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil masa untuk mengesahkan, saya memberi laluan kepada Yang Berhormat Bagan Datuk daripada segi masa saya berucap. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Bagan Datuk, 25 minit. Silakan Yang Berhormat Bagan Datuk.
Datuk Seri, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Salak...
Bos mestilah– kalau tidak, tidak sign borang calon.
Jaga bos. Semua orang jaga bos. Silakan bos.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Fokus kerajaan untuk membina Keluarga Malaysia melalui Rancangan Malaysia Ke-12 ini sebagaimana di dalam buku RMKe-12 yang telah diedarkan kepada kita di Dewan yang mulia ini, tentunya bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan. Saya tidak mampu untuk tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan bagi menangani situasi semasa dan melakukan pemulihan ke atas permasalahan pembangunan sosioekonomi negara, di samping mewujudkan kemakmuran, serta penglibatan seluruh rakyat secara inklusif. Menyentuh mengenai penstrukturan semula masyarakat, kita semua sedia maklum kesan besar serangan pandemik telah merobah struktur susun lapis masyarakat Malaysia. Sebelum serangan pandemik, masyarakat Malaysia bersusun lapis dalam bentuk masyarakat berlian atau permata, di dalam istilah sosiologi dipanggil diamond society. Di mana bentuk masyarakat kelas menengah merupakan rangkuman teramai di dalam masyarakat yang dipanggil sebagai diamond society ini, iaitu mereka yang berpendapatan pertengahan atau middle-class society merupakan kumpulan paling banyak menguasai bracket pendapatan. Namun, kesan ke atas ekonomi negara disebabkan oleh pandemik telah menyebabkan ramai hilang pekerjaan, pelbagai urus niaga ditutup dan tidak kurang juga ramai yang muflis. Kerajaan mesti bertindak agresif untuk mewujudkan semula masyarakat ini dan mengetepikan, dengan izin the pyramid society, di mana mereka yang merupakan golongan miskin tegar berada paling ramai, manakala golongan berpendapatan menengah telah menguncup dan mereka yang berpendapatan paling tinggi juga semakin mengecil. Oleh yang demikian, kerajaan mesti mengambil langkah-langkah yang drastik untuk menstrukturkan masyarakat ini kembali kepada masyarakat yang mempunyai rakyat yang berpendapatan golongan pertengahan. Kita lihat bagaimana dulunya mereka yang berada di dalam M40 sekarang berada di dalam B40, dan lebih daripada setengah juta isi rumah telah berada di dalam kategori ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Oleh yang demikian, kita harus berlapang dada untuk mengharapkan dalam jangka lima tahun mendatang ini, melalui pelaksanaan RMKe-12 ini. Kerajaan diharapkan dapat menstrukturkan semula kembali masyarakat secepat mungkin agar dari masyarakat berlian yang saya katakan sebelum tamat RMKe-12 ini, di mana pada ketika itu pada hemat saya, kumpulan kelas menengah ini akan lebih ramai dan menyebabkan matlamat bagi membentuk masyarakat Malaysia yang berpendapatan tinggi akan tercapai. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengingatkan diri saya dan ahli-ahli Dewan yang mulia ini, bahawa kejayaan Rancangan Malaysia Ke-12 ini harus dilihat membantu rakyat dengan mewujudkan wow factor, feel good factors dan menghidangkan game changers yang dapat dirasai oleh rakyat, apatah lagi kita tahu bahawa komitmen kerajaan yang ada sekarang ini, kita lihat menjadi harapan baru kepada rakyat keseluruhannya. Kita mesti keluar daripada suasana ekonomi yang melemaskan ini dan segera kembali ke era ekonomi yang dinamik. Justeru, kerajaan perlu bersikap memberikan suatu landasan untuk mempermudahkan bukan sahaja penyertaan rakyat dengan memberi ruang kepada mereka untuk bernafas lebih lega, bukan hanya memberikan ikan, tetapi
sebaliknya menyediakan pancing atau kail untuk mereka bergerak dan berdikari di dalam menentukan masa hadapan isi rumah masing-masing. Untuk itu, saya ingin menyarankan peminjam-peminjam PTPTN terutamanya mereka yang telah hilang pekerjaan, mereka yang belum berpekerjaan, malah yang berpekerjaan pun harus kita berikan nafas untuk mereka dengan pihak kerajaan mewujudkan skema khas kepada peminjam-peminjam PTPTN ini, supaya jangka waktu atau jeda waktu bagi mereka membayar semula pinjaman-pinjaman ini dapat dipanjangkan dengan meletakkan satu skema agar pembayaran pinjaman ini dapat di- absorb atau diserapkan ke dalam pinjaman-pinjaman lain, umpamanya pinjaman perumahan.
Ini kerana, mereka adalah merupakan dengan izin young family yang akan memiliki rumah-rumah berkenaan. Maka dengan adanya absorption atau penyerapan pinjaman ini mungkin satu langkah baharu dapat dilihat oleh kerajaan. Kita juga mengetahui bahawa kerajaan terpaksa menanggung bebanan RM56 bilion yang disalurkan melalui PTPTN. Maka, diharap dengan skema yang baharu ini ada pihak yang boleh mengambil alih pinjaman ini dan mengurangkan secara langsung bebanan kerajaan terhadap PTPTN. Kita mahu juga entiti baharu ini akan merupakan satu harapan baharu untuk bukan sahaja peminjam-peminjam PTPTN tetapi dapat mengurangkan bebanan pinjaman kerajaan melalui Malaysian Government Securities (MGS) atau daripada domestic borrowings dan pelbagai saluran. Saya juga ingin menyarankan supaya lebuh raya bertol dapat dicantumkan dengan memberikan kemudahan kepada pengguna-pengguna lebuh raya ini. Saya menuntut agar mereka diberikan diskaun penggunaan tol ini sekurang-kurangnya 30 peratus. Bukan dengan memanjangkan konsesi tol itu tetapi satu skema khas di mana beratus bilion telah digunakan oleh syarikat-syarikat konsesi ini dengan jaminan oleh pihak kerajaan kepada institusi kewangan, di mana akhirnya bebanan kerajaan di dalam ratio pinjaman ataupun ratio ranking mereka telah menyebabkan kita berada di tahap yang agak rendah sekarang ini. Maka, bagi mempertingkatkannya, saya mencadangkan agar skema khas dapat diwujudkan bagi merger margin process restructuring ini dengan izin, agar apa yang dibuat oleh beberapa negara bagi concessionaires merger ini akhirnya dapat mengurangkan bebanan kerajaan, mengurangkan bebanan syarikat-syarikat concessionaires ini di samping boleh memberikan keberuntungan kepada pengguna-pengguna. Begitu juga daripada segi penggunaan pengangkutan awam. Tiba masanya untuk Malaysia memberikan faedah kepada pengguna-pengguna dengan menstrukturkan bahawa hanya satu kad digunakan oleh pengguna yang boleh digunakan untuk MRT, LRT, KTM dan bas pengangkutan awam supaya kita menyebarluaskan faedah penggunaan ini dan dengan secara tidak langsung ada accessibility untuk pengguna- pengguna ini menggunakan semua kemudahan awam ini tanpa menyimpan kad yang banyak untuk pay line perkhidmatan yang berbeza. Di dalam hal ini, saya fikir game changers seperti inilah yang harus dilihat untuk tempoh lima tahun yang mendatang ini bagi kita Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama dengan kerajaan yang ada untuk melihat perubahan-perubahan yang drastik tetapi ia tidak akan membebankan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha pihak kerajaan untuk memulihkan ekonomi saya fikir kita harus juga lihat realiti yang bakal ada di hadapan kita. Saya menyarankan agar latihan bagi mempertingkatkan keterampilan atau kemahiran dengan rancangan upskilling dan juga reskilling bagi tenaga kerja– guna tenaga yang ada di negara kini di negara kita yang telah hilang pekerjaan ataupun yang berada di dalam pengangguran tidak ketara. Untuk itu, kebolehupayaan peluang pekerja melalui latihan-latihan itu mesti dihalaarahkan terhadap kebolehpasaran bidang-bidang yang tertentu mengikut industri.
Bukan dengan memberikan peluang pendidikan tinggi (tertiary) tanpa ada penyesuaian terhadap kerja-kerja yang ada di hadapan mereka. Oleh yang demikian, saya amat mendukung jika empowerment dengan izin, kepada TVET dapat diperkukuhkan dan tentunya kita mahu lihat kurikulum kepada TVET, kurikulum kepada pendidikan di kolej-kolej teknik umpamanya dan politeknik-politeknik dapat dihalakan ke arah apa yang telah saya sarankan tadi. Oleh itu, kita harus melihat kesesuaian ini mesti dilakukan sekarang. Ini kerana, RMKe-12 ini akan tamat pada tahun 2027 dan ketika itu kita akan melalui satu pilihan raya lagi selepas ini. Kalau kita bernasib baik mungkin akan ada dua pilihan raya tetapi tidaklah satu penggal pilihan raya yang melahirkan tiga orang Perdana Menteri. Begitu juga apa yang sedang kita perhatikan di negeri Melaka sekarang ini. Saya harap perkara itu tidak akan menular untuk Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Dah tular pun sebelum ini. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri yang dikuasai oleh parti saya tetapi tunggulah. Saya fikir elok adakan pilihan raya negeri yang baharu supaya Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan dan kita beri mandat semula kepada rakyat untuk rakyat memilih manakah kerajaan yang terbaik untuk mentadbir negeri itu dan juga negara kita insya-Allah.
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua. Saya...
Yang Berhormat Bagan Datuk.
...Ingin menyentuh...
Tentang pemulihan ekonomi. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin tanya Yang Berhormat memandangkan saya memang tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat yang memberi macam-macam cadangan berkenaan dengan pemulihan ekonomi. Adakah Yang Berhormat ingin komen tentang satu berita yang telah tular dalam laman sosial mengenai Pandora Papers leak. Ia menyatakan bahawa Yang Berhormat sendiri mempunyai akaun simpanan di British Virgin Islands. Adakah Yang Berhormat bercadang untuk kita membawa balik wang itu untuk turut membantu memulihkan ekonomi.
Itulah, saya telah menjangkakan Yang Berhormat Jelutong akan melakukan diversion kerana itu memang arahan yang telah diberikan oleh partinya, mungkin. Mungkin dan itu mungkin bidang beliau sebagai seorang peguam yang cukup licik di dalam menjaga perkara ini. Saya tidak mahu mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua tetapi sila siasat bahawa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong itu adalah ketika saya berada di dalam sektor korporat. Apabila saya menjadi CEO kepada sebuah syarikat yang tersenarai dan ketika itu syarikat yang saya ketuai mempunyai pelaburan di sebuah negara besar dan mempunyai konsesi daripada negara itu untuk melaksanakan IPP ketika itu. Keuntungannya tidak dapat dibawa keluar sebaliknya diminta untuk dilaburkan semula di negara berkenaan. Tentunya sebagai syarikat yang tersenarai mahu supaya dividen dapat diberikan kepada pemegang saham dan kini syarikat yang telah didaftarkan atas nama syarikat yang tersenarai itu pun telah tidak ada lagi. Jadi, jangan sangka bahawa saya jenis macam Yang Berhormat Jelutong yang mahu melarikan diri daripada cukai. Terima kasih.
Saya tidak lari Yang Berhormat. Saya cuma tanya kalau...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong, sebenarnya– Yang Berhormat Jelutong duduk.
Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin– kita berbahas Tuan Yang di-Pertua...
Saya juga ingin mencadangkan– oleh sebab kita mempunyai... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Bagan Datuk tak beri masa lagi. Terima kasih.
Beliau adalah satu- satunya sahabat saya yang saya benarkan. Yang lain, cukuplah.
Terima kasih Yang Berhormat. Cuma soalan saya, kenapa tidak simpan wang itu... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Bagan Datuk tidak benar lagi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, itu kita boleh sembang di kantin nanti ya. [Ketawa] Belum masuk korporat, mungkin dia tidak tahulah. Dia bidang guaman sahaja dia tahu. Corporate restructuring, merger takeover. Please learn from it, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, microcredit agencies, Amanah Ikhtiar Malaysia. Saya mahu supaya Amanah Ikhtiar Malaysia ini dipantau dengan sepenuhnya, diberikan peruntukan yang lebih banyak walaupun ia hanya didaftarkan sebagai sebuah NGO. Ini kerana kita tahu bahawa nonperforming loan (NPL) yang dibayar oleh rakan/sahabat ini terlalu baik ke peringkat hampir 99 peratus. Dalam keadaan untuk mengatasi pandemik COVID-19 ini, saya ingin menyarankan agar Perdana Menteri baharu yang prihatin terhadap peminjam-peminjam mikrokredit ini agar dapat memberikan peruntukan yang lebih banyak dan mesti, malah wajib dipastikan agar peminjam-peminjam mikrokredit ini terutamanya rakan/sahabat mesti diberikan keberuntungan dengan sepenuhnya. Jangan ada pengurusan atasan Amanah Ikhtiar Malaysia yang mendapat elaun yang terlalu tinggi dan elaun-elaun tambahan daripada subsidiari-subsidiari yang diwujudkan yang akhirnya bebanan itu terpikul di atas bahu para sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia. Walaupun saya faham Menteri Kewangan agak sukar untuk campur tangan di dalam Amanah Ikhtiar Malaysia ini tetapi saya yakin dengan pentadbiran baharu Perdana Menteri, Amanah Ikhtiar Malaysia mesti dilihat dan nasib peminjam-peminjam mikrokredit ini mesti diberikan keutamaan. Saya mahu supaya Amanah Ikhtiar Malaysia ini diluaskan lagi bukan hanya di kawasan luar bandar, tetapi turut dilibatkan di kawasan pinggir bandar dan dalam bandar dan melibatkan semua kaum agar mereka yang berada di dalam sektor ekonomi yang berbeza ini dapat kita cantumkan matlamat untuk kita menstrukturkan ekonomi di kalangan rakyat. Begitu juga TEKUN Nasional. Saya mahu pihak kerajaan supaya memberikan penekanan semula kepada TEKUN Nasional ini. Saya mahu hanya tenaga profesional sahaja yang menjaga TEKUN Nasional ini. Jangan letakkan mana-mana orang politik untuk menjadi Pengerusi TEKUN Nasional. Jangan letakkan mana-mana kroni daripada sahabat-sahabat politik untuk berada dalam TEKUN Nasional. TEKUN Nasional mesti dijadikan sebagai vehicle atau tentera untuk membantu golongan keusahawanan yang
berada di dalam tingkat pertengahan untuk terus melonjak menjadi tokoh-tokoh korporat. Kita tidak mahu kegagalan TEKUN Nasional sebelum ini menjadi sesuatu momokan dan menjadi sesuatu yang akhirnya merosakkan imej kerajaan yang ada sekarang ini jika ia tidak diperbetulkan. Tempoh empat minit yang terakhir ini, saya mahu menyentuh mengenai kediaman rumah mampu milik. Saya lihat pelbagai pihak telah berada untuk membantu rakyat. Kita ada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perumahan Negara, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Program Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Semuanya mempunyai matlamat yang sama. Akan tetapi, oleh kerana sistem birokrasi dan struktur organisasi badan-badan yang mempunyai matlamat yang sama ini, saya ingin menyarankan cukuplah. Cukuplah kita berada dalam keadaan yang statik dan jumud. Mahu membantu rakyat tetapi akhirnya menyukarkan rakyat. Saya mahu pihak kerajaan melalui RMKe-12 ini agar dapat mencantumkan, to merge, dengan izin, apa sahaja entiti perumahan untuk rakyat ini sama ada ia di bawah Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai kementerian atau kerajaan negeri. Malaysia sebuah negara yang relatively small, dengan izin. Maka tidak ada sebab kita harus bersaing sesama kita. Tambahan pula, dananya datang daripada sumber yang sama. Yang penting rakyat harus diberikan rumah. Setiap satu keluarga mesti ada rumah, mesti ada satu skema bahawa rakyat harus berada tempat berteduh untuk keluarga mereka. Saya harap jangan lupa untuk pegawai dan anggota polis serta tentera. Mereka wajib diberikan rumah kediaman yang selesa mengikut pangkat masing-masing terutamanya polis dan tentera yang berada di kawasan dalam bandar dan pinggir bandar yang elaun perumahannya cukup kecil yang tidak mampu untuk menyewa rumah di kawasan-kawasan berkenaan. Maka tiba masanya, pada hemat saya, satu skema khusus untuk rumah anggota dan pegawai polis serta tentera mesti disegerakan. Kerana mereka adalah merupakan kumpulan rakyat yang menjaga keselamatan negara kita dan pertahanan negara kita. Mereka harus mempunyai rumah yang selesa dengan keluarga yang selesa supaya bukan sahaja isteri dan anak-anak mereka dapat berada di situasi yang kondusif tetapi pada waktu yang sama, kita mesti menghargai jasa yang dibuat oleh mereka kerana tempoh dan waktu mereka bekerja adalah terlalu berbeza dengan waktu-waktu pejabat. Perkara ini saya harap keprihatinan Perdana Menteri dalam memberikan tumpuan kepada perumahan awam dan perumahan anggota dan pegawai polis dan tentera dapat diberikan keutamaan. Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai murid-murid berkeperluan khas. Saya lihat statistik hampir 100,000 murid istimewa yang berada dalam keadaan yang, pada hemat saya, dianggap sebagai they are belonging to lost generations, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat mereka terdiri daripada pelajar-pelajar atau murid-murid autisme dan seumpama dengannya di mana kita lihat ada pelbagai institusi pendidikan sama ada swasta atau Kementerian Pendidikan sendiri ataupun NGO yang melakukan pengendalian pendidikan ini. Saya harap walaupun jumlahnya di seluruh negara mungkin 100,000 tetapi saya harap murid-murid berkeperluan pendidikan khas ini harus diberikan keutamaan agar kita tidak akan meminggirkan mana-mana golongan dalam masyarakat di negara kita ini untuk kita mewujudkan sebuah negara keluarga Malaysia yang terbaik. Masa telah tamat dan saya menghormati waktu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Datuk. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jerlun. Silakan. Sepuluh minit ya.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut ingin bahaskan mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 pada petang ini. Seperti mana yang kita tahu, selain daripada maklumat dan pelan ataupun perancangan yang dibangkitkan secara panjang lebar dalam buku tebal Rancangan Malaysia Ke-12 itu, buku itu juga telah melaporkan mengenai kelemahan-kelemahan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 yang menyebabkan pelbagai sasaran tidak tercapai. Kadang-kadang dasar sudah memang betul, tetapi tidak digariskan bagaimana ia boleh dilaksanakan dengan jaya. Kadang-kadang KPI pula tidak jelas atau tidak benar- benar mengukur keberhasilan suatu inisiatif itu. Apa pun masalahnya, sasaran RMKe-12 mestilah jelas, mestilah mempunyai pelaksanaan yang strategik dan mantap, dengan keberhasilan yang memberi manfaat kepada rakyat yang teramai.
Oleh kerana Rancangan Malaysia adalah sebuah rancangan lima tahun dengan belanjawan dari sumber yang terhad, maka sangat penting ianya mesti dirangka dengan rapi. Selain tujuan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan KDNK, penting juga ianya memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat yang teramai. Bagaimana boleh ini dilakukan? Adakah dengan memberi dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pernah dibuat dulu iaitu hanya untuk mencetuskan kitaran ekonomi bila rakyat membelanjakan wang tersebut. Berapa lama ini boleh dilakukan? Berapa pula belanjanya? Adakah kerajaan mampu untuk meneruskan? Atau lebih penting lagi, jika Rancangan Malaysia itu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi rakyat khususnya kepada pengusaha kecil, sederhana dan mikro. Akan tetapi tidak hanya dengan suntikan geran dan pinjaman, ia perlu juga menyediakan akses kepada rantaian bekalan, akses kepada pasaran melalui penggunaan teknologi yang sedia wujud seperti pendigitalan. Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan Datuk tadi, kita ada Amanah Ikhtiar Malaysia, kita ada TEKUN. Lihat bagaimana di Indonesia, satu agensi bernama Blossom telah memperkasakan perusahaan kecil, sederhana dan mikro dengan sedikit pinjaman modal tetapi teknologi digital yang mesra peniaga dan pengguna. Inilah caranya untuk kita tingkatkan produktiviti di kalangan KSM. Dengan teknologi, pasaran yang lebih besar membuka peluang kepada peniaga. Skala ekonomi boleh mereka capai dan kurangkan kos di samping meningkatkan keuntungan. Kerajaan melalui Rancangan Malaysia perlu bina lebih banyak infrastruktur bagi merapatkan pasaran kepada pembekal. Jalan raya, perkhidmatan rel, perkhidmatan pesawat penerbangan, semuanya dapat menghubungi negeri-negeri kita ini sehinggakan seperti mana yang kita lihat sekarang, nasi kandar daripada Pulau Pinang boleh dijual di Kuala Lumpur. Di peringkat menengah pula, kita perlu membuka semula pasaran ASEAN. Saya ingin bertanya, apa sudah jadi kepada FTA ASEAN, saya tahu itu memang berjalan sekarang ini tetapi ASEAN Economic Community yang pernah dicanang sebelum ini, apa kesudahannya? Kerajaan Pusat patut juga memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk membantu syarikat-syarikat tempatan kita ini meningkatkan daya saing dalam hadapi pasaran luar. Ini satu masalah. Pasaran tempatan jangan dibuka terlalu luas hingga merencatkan peluang pertumbuhan syarikat-syarikat tempatan kita. Kita sendiri juga menghadapi banyak kekangan untuk menembusi pasaran asing yang besar tetapi mereka pula mudah masuk ke pasaran kita yang kecil ini. Bagaimana untuk menggalakkan direct domestic investment dengan izin kalau dasar penggantian import tidak diutamakan? RMKe-12 jelas menyatakan bahawa sektor swasta akan memainkan peranan yang lebih besar dalam mengembalikan semula momentum pertumbuhan. Kerajaan
Persekutuan perlu menjadi pencetus (catalyst) dengan izin dengan intervensi strategik yang sangat berfokus. RMKe-12 ini dilihat meneruskan usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan tidak kira ras ataupun kaum. Bila pendapatan termiskin meningkat, tentunya mereka akan berbelanja di kedai-kedai dan kedai juga membuat keuntungan. Kita lihat rata-rata yang miskin ini orang Melayu, orang bumiputera di luar bandar, malah di dalam bandar pun ada. Maka masalah untuk menangani kemiskinan ini adalah satu masalah nasional dan perlu ditangani di peringkat nasional. Kita perlu mengelak keadaan di mana kompleks beli-belah dilanggan hanya oleh satu kaum sahaja. Ketidaksamarataan melintang atau dengan izin horizontal inequality, inilah yang disebut oleh seorang profesor daripada Oxford University, Profesor Frances Stewart. Ia boleh mencetuskan pergolakan sosial dan politik. Maka saya harap agenda bumiputera diteruskan bagi kita menjaga kepentingan masyarakat bumiputera tanpa langsung menjejaskan kepentingan bukan bumiputera. Pembangunan seimbang (balanced development) dengan pertumbuhan dalam kesaksamaan untuk menangani ketidaksamarataan. Itulah penyelesaian kepada ketidaksamarataan melintang tadi. Itulah yang kita perlu tangani sebaik mungkin. Saya yakin bahawa itu jugalah maksud di sebalik Keluarga Malaysia yang diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Isu perkauman wujud di desa mungkin kerana jurang perbezaan antara kaum tetapi apabila mereka ini berpindah ke bandar-bandar dengan pendapatan yang meningkat, maka isu kaum itu berkurangan dan diganti dengan isu sejagat seperti kebersihan, keselamatan dan lain-lain lagi. Maka kita semua perlulah berusaha untuk merapatkan balik jurang perbezaan antara bandar dan desa jika kita mahu minda perkauman itu akhirnya dikurangkan. Bayangkan kalau ekonomi Melayu bertumbuh pada kadar dua peratus dan yang bukan Melayu bertumbuh pada kadar lima peratus dan kita membuat unjuran selama 10 ke 20 tahun, kita boleh bayangkan jurang perbezaan yang semakin melebar. Kita rasa bahawa ini suatu yang tidak boleh dibiarkan. Ada ungkapan menyatakan bahawa rising tide lifts all boats iaitu laut pasang mengangkat semua kapal. Malangnya ada yang naik kapal, ada yang naik sampan, ada yang hanya menggunakan pelampung, ada yang tidak tahu berenang dan lemas. Maka Kerajaan Pusat perlulah mempunyai dasar intervensi untuk mempertingkatkan lagi pendapatan, peluang pekerjaan melalui pendidikan, kita juga memberi keutamaan kepada kekayaan (wealth) dan caranya ialah melalui pendidikan yang saya katakan tadi, dasar pekerjaan yang mengutamakan pekerja tempatan khususnya untuk kerja-kerja berkemahiran tinggi, pendapatan yang sesuai dengan kerja dan juga pemilikan aset tanah yang boleh dimajukan. Maka isu-isu seperti tanah rizab Melayu, wakaf dan sebagainya perlu kita beri perhatian. Kita pastikan jurang bandar dan luar bandar dirapatkan dengan pembangunan luar bandar dan itulah dasar intervensi yang kita perlukan. Saya kira bahawa masalah ketidakseimbangan pelbagai aspek yang mewujudkan jurang antara kaum perlu kita tangani dengan berkesan. Peranan politik sangat penting untuk menstrukturkan semula masyarakat kita supaya tiada lagi sebab syak wasangka wujud antara kaum yang menjejaskan keharmonian dalam negara kita ini. Hanya sebuah kerajaan yang mengutamakan kepentingan majoriti boleh tangani masalah ketidaksamarataan ini sambil tidak langsung menolak hak dan kepentingan golongan minoriti. Akan tetapi syaratnya ialah pihak itu mesti ikhlas dalam perjuangan, berwawasan, cekap dan gigih berusaha dan amanah yakni bebas daripada gejala rasuah. Parti Pejuang Tanah Air bertekad sedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya Yang Berhormat Petaling Jaya. Yang Berhormat Petaling Jaya tidak ada? Yang Berhormat Tanjung Manis. Oh! Yang Berhormat Petaling Jaya, sila.
Saya teruskan Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, sorry. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk peluang membahaskan RMKe-12. Tuan Yang di-Pertua, bulan lalu MoU bersejarah ditandatangani antara kerajaan dan pembangkang. Kerajaan perlu menegaskan dan membuktikan komitmennya terhadap reformasi politik seperti yang disepakati dengan MoU. Dengan izin, Malaysians have had enough of lip service dan require action and result now. Cukuplah sudah dengan janji-janji manis. Kerajaan sebelum ini yang hanya indah di dalam media tetapi pada hakikatnya beban rakyat masih berat ditanggung dan derita mereka belum terubat.
Tema RMKe-12 iaitu “Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif dan Mampan” sangat memerlukan, dengan izin, paradigm shift dalam pemikiran dan pembentukan semula struktur dasar dan undang-undang. Tidak ada jalan pintas dan dasar diskriminasi ekuiti bumiputera 51 peratus hanya sesuai untuk tong sampah. Kita perlu memulihkan pertumbuhan jangka panjang dengan reformasi yang kukuh, meningkatkan persaingan dan mencipta pekerjaan. Bukan susah untuk sedar bahawa kemiskinan, kesihatan dan pendidikan saling berkaitan tetapi mengapa kerajaan hanya mengambil penyelesaian seperti Dasar Ekonomi Baru yang telah gagal? DEB ialah dasar ketinggalan zaman yang harus dikaji semula agar sesuai dengan situasi sekarang. Saya rasa kita hendak mendahului dengan prosedur-prosedur dan dasar-dasar yang lebih berfungsi. Statistik global oleh McKinsey Global Institute menunjukkan bahawa kita memperoleh USD12 trilion dalam GDP dengan memajukan hak gender. Laporan Bank Dunia 2019 pula menyatakan bahawa menutup jurang gender akan meningkatkan pendapatan per kapita Malaysia sebanyak 26.2 peratus. Oleh sebab itu, gender mainstreaming, dengan izin, yang merangkumi kesaksamaan wanita dalam semua sektor memerlukan setiap kementerian, sektor swasta dan rakyat untuk bekerjasama ke arah kesaksamaan gender. Ini penting sekiranya kita mahu menjadi salah satu negara yang diiktiraf di peringkat global. Tuan Yang di-Pertua, untuk kemajuan ekonomi, saya menekan bahawa pekerja wanita kurang dimanfaatkan. They are under the utilised labor, dengan izin. Terdapat keperluan untuk memastikan akses yang sama bagi wanita dalam peluang ekonomi untuk membuka potensi mereka. Potensi ini perlu sokongan yang tepat dan bukan hanya terhad kepada isu keganasan, susu, diapers atau stereotaip wanita kepada kerja rumah tangga. Soalan saya ialah dapatkah kementerian-kementerian seperti sumber manusia, wanita, pendidikan dan pembangunan luar bandar, bersama-sama meningkatkan kemudahan penjagaan anak-anak serta warga tua di peringkat komuniti kepada sekurang- kurangnya 25 peratus untuk membolehkan lebih ramai wanita bekerja? Bolehkah kementerian tersebut bersetuju untuk memperluas definisi perkhidmatan penjagaan anak untuk merangkumi kanak-kanak umur 0 sampai 17 tahun dan meningkatkan penyediaan dan kualiti penjagaan anak? Dapatkah Kementerian Sumber Manusia dan wanita menetapkan sasaran untuk meningkatkan penyertaan pekerja wanita kepada 59 peratus menjelang 2022? Adakah Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan akan memperluaskan perlindungan untuk pekerja tidak formal, termasuk pemanjangan caruman pencen secara sukarelawan oleh kerajaan dan mempertimbangkan pencen sosial apabila mereka sampai ke satu umur yang ditetapkan? Adakah kementerian undang-undang dan wanita juga cukup berani untuk mengubah Akta Kesaksamaan Gender dan juga Akta Gangguan Seksual yang telah lama ditangguhkan? Jangan buang masa meminda Akta Kerja kerana ia terhad kepada gangguan berlaku di tempat kerja dan tidak merangkumi semua pekerja.
Adakah ‘kementerian wanita’ sedia menjamin penekanan berterusan untuk memastikan 30 peratus wanita memegang jawatan penting, termasuk sebagai ahli lembaga pengarah dalam GLC dan syarikat awam berhad dan kepimpinan kanan gred JUSA ke atas di sektor awam? Sekiranya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak ada political will untuk melindungi hak wanita, adakah penasihat Jabatan Perdana Menteri mengenai undang-undang dan hak asasi manusia dan Menteri Undang-undang akan menyahut cabaran ini? Satu lagi soalan ialah, kami mempunyai hampir tiga juta pendatang tanpa dokumen (PATI) di Malaysia. Kita lihat kerajaan tidak takut untuk membawa 32,000 lagi pekerja asing ke negara kita untuk kerja di ladang tetapi takut untuk memberikan hak kepada ibu-ibu Malaysia ini. Adakah kita sudah berjaya memberikan hak kewarganegaraan kepada ibu Malaysia yang berkahwin dengan orang asing, yang mana satu keutamaan kerajaan pada masa ini. Dalam Kumpulan Parlimen Rentas Parti SDG, kami sangat prihatin dengan matlamat SDG untuk menghapuskan kemiskinan dan kelaparan. Kita perlu mengubahsuai indeks kemiskinan, piawaian pendapatan garis kemiskinan iaitu RM980 sebulan gagal untuk menggambarkan situasi kemiskinan sebenar. Saya sudah lama mencadangkan garis kemiskinan pelbagai dimensi adalah lebih sesuai kerana mengambil kira keperluan lain untuk mengikut konteks masyarakat dan kerajaan mengambil tindakan lebih tepat mengatasi masalah kemiskinan ini. Kedua ialah isu jaringan keselamatan sosial yang mana di Malaysia, kita telah gagal menangani kekurangan yang didapati pada tahap individu ataupun isi rumah. Sistem sosial harus dikaji semula kerana pangkalan data sistem kebajikan masyarakat sekarang tidak lengkap manakala sistem pendaftaran tidak mesra dan susah diakses oleh masyarakat miskin tegar, golongan tua, orang kurang upaya dan lain-lain. Saya cadangkan inisiatif sokongan kumpulan komuniti untuk menguruskan data daripada pelbagai agensi. Kita mempunyai big data tetapi tidak menggunakannya dengan bijak. Saya cadangkan skim perlindungan sosial untuk memperluaskan skim bantuan kewangan kebajikan sosial kepada semua golongan yang miskin dan juga memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan peluang menjana pendapatan bagi keluarga yang miskin. Memberi akses yang lebih luas untuk skim perlindungan pekerja seperti SOCSO dan skim pelepasan pendapatan lain kepada yang bekerja sendiri. Last sekali, saya rasa RMKe-12 tidak bermakna tanpa transformasi struktur yang kukuh. Terdapat keperluan untuk meningkatkan ketulusan akauntabiliti dan pemantauan dalam operasi kerajaan. A few more minutes. Transformasi institusi boleh dilaksanakan dengan segera. Pembentukan dan penambahan jawatankuasa pilihan khas untuk mengelakkan apa yang berlaku sekarang, di mana Ahli-ahli Parlimen diberikan masa yang singkat untuk mendebat perbelanjaan berbilion ringgit. Membenarkan jawatankuasa membahas belanjawan Menteri semasa peringkat jawatankuasa sebelum dibawa ke Dewan yang mulia ini.
Menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen, mengubah Standing Orders untuk menyingkirkan sexism dan racism. Apa yang saya juga cadangkan ialah memperkukuhkan SPR dan SPRM supaya lebih bebas dan menggubal undang-undang lompat parti, Akta Pendanaan Politik dan Akta Parti Politik. Akhir sekali, pembentukan IPCMC untuk membina pasukan polis yang berintegriti dan apa yang penting ialah memberikan kebajikan yang sangat diperlukan kepada pegawai polis. Akhir sekali saya cadangkan kepada Menteri Undang-undang untuk mengadakan jangka masa untuk melaksanakan transformasi ini dan juga membolehkan Jawatankuasa membahaskannya sebelum membawa rang undang-undang ke Dewan yang mulia ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Tanjong Manis, silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk terus berbahas di Dewan yang mulia ini berkenaan Rancangan Malaysia Ke-12 2021 hingga 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 27 September yang lalu. Saya ucapkan syabas kepada kerajaan kerana telah berjaya menyediakan satu pelan pembangunan bernama Rancangan Malaysia Ke-12 dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM400 bilion yang dijangka akan memulihkan dan merancakkan semula pembangunan sosioekonomi Malaysia untuk kemapanan dan kemakmuran jangka panjang dengan objektif Malaysia makmur, inklusif dan mampan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pemakluman pemacu perubahan tujuh iaitu menggandakan pertumbuhan negeri kurang membangun terutama Sabah dan Sarawak bagi merapatkan jurang pembangunan di mana sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan asas akan diagihkan untuk tujuan ini. Kawasan luar bandar akan terus dibangunkan dan projek-projek infrastruktur akan ditambah baik dan ketersambungan atau connectivity, dengan izin akan dilaksanakan. Jalan raya dan jambatan merupakan penghubung penting di antara kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Ketiadaan rangkaian jalan raya di kawasan luar bandar menyebabkan hasil mahsul rakyat dari luar bandar sukar untuk dipasarkan ke bandar- bandar. Kekangan pengangkutan untuk memasarkan produk pertanian mereka meletakkan golongan miskin tegar di kawasan luar bandar sukar untuk keluar dari kepompong kemiskinan mereka. Rangkaian jalan dan jambatan sememangnya sudah ada, namun masih banyak lagi yang diperlukan kerana keperluan kawasan yang luas dan taburan kampung- kampung dan penempatan lain yang berselerak seperti yang terdapat di negeri Sarawak. Di kawasan Parlimen Tanjong Manis, tidak semua tempat yang mempunyai hubungan jalan yang boleh sampai terus ke kampung ataupun rumah panjang kerana di kawasan ini terlalu banyak sungai-sungai kecil yang memisahkan daratan dan membentuk pulau-pulau kecil seperti mana kebiasaannya di kawasan delta sungai. Maka kampung dan rumah panjang akan terpisah oleh sungai-sungai yang kecil mahupun yang besar. Untuk membina jambatan akan melibatkan satu perbelanjaan yang sangat besar untuk dilaksanakan dan kerajaan negeri sememangnya tidak berkemampuan untuk membina semuanya. Kerajaan negeri juga ada menyediakan perkhidmatan feri di beberapa tempat namun masih tidak mencukupi jumlahnya. Saya percaya jalan raya termasuklah jambatan adalah kemudahan asas yang paling penting untuk sesebuah pembangunan. Apabila sudah ada jalan raya, ia akan dapat menghubungkan kampung atau rumah panjang dengan kampung lain atau bandar terdekat. Maka sudah semestinya kegiatan sosioekonomi kawasan tersebut akan menjadi lebih rancak dan penduduk akan berpeluang untuk memasarkan hasil mahsul mereka di bandar-bandar dan menikmati segala jenis perkhidmatan yang terdapat di kawasan bandar. Seperti yang kita sedia maklum, apabila sudah adanya jaringan jalan raya di kawasan tersebut, maka kemudahan-kemudahan lain akan menjadi lebih mudah untuk disambungkan. Sebagai contoh, paip air terawat akan dapat dipasang di tepi jalan atau di tepi jambatan dengan lebih mudah dan lebih murah. Begitu juga dengan penyambungan bekalan elektrik dari bandar ke kampung ataupun rumah panjang. Tiang- tiang elektrik akan lebih mudah dan murah untuk didirikan di tepi jalan yang sudah sedia ada. Secara ringkasnya, kerajaan akan dapat menjimatkan kos-kos penyediaan infrastruktur atau kemudahan lainnya dengan begitu ketara. Penjimatan ini dapat digunakan untuk tujuan lain seperti membina kemudahan-kemudahan klinik, balai polis,
balai bomba, membaiki sekolah yang daif, dewan atau rumah ibadat yang baharu. Bayangkanlah bagaimana penerimaan rakyat-rakyat di kawasan apabila mereka juga dapat merasa nikmat pembangunan dan meningkatkan sosioekonomi walaupun berada di kampung halaman ataupun rumah panjang masing-masing. Oleh itu, di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini atau mungkin boleh disambung ke dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan Rancangan Malaysia Ke-14 dan seterusnya, saya cadangkan agar kerajaan memberi lebih perhatian kepada kawasan luar bandar dengan menyediakan keperluan ataupun infrastruktur yang asas ini dengan membina lebih banyak jalan-jalan dan jambatan yang menghubungkan kawasan luar bandar dengan kawasan bandar. Jalan-jalan tersebut biarpun jalan berbatu ataupun gravel road, dengan izin dan jambatan sementara ataupun menggunakan feri sahaja mungkin sudah mencukupi untuk mencapai ketersambungan atau connectivity yang sangat-sangat diperlukan ini. Saya percaya dengan adanya basic connectivity ini, dengan izin maka kemudahan-kemudahan lain akan dapat disediakan dengan lebih banyak kemajuan dan pembangunan akan dapat dilaksanakan di kawasan tersebut. Dengan pendekatan sebegini, kerajaan akan dapat mencapai matlamat pemacu perubahan yang ketujuh Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu memperkukuhkan pembangunan di Sabah, di Sarawak dan negeri-negeri yang kurang membangun. Tuan Yang di-Pertua, garis pantai negara kita Malaysia adalah sepanjang 4,800 kilometer namun di banyak tempat mengalami masalah hakisan pantai yang serius. Pantai-pantai ini terdedah kepada tindakan ombak secara langsung ataupun direct wave action, dengan izin terutama sekali dari Monsun Timur Laut pada setiap tahun. Pantai-pantai seperti di Barat Laut Sabah, di sepanjang pantai Sarawak, di sepanjang Pantai Timur negeri-negeri seperti Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan setiap kali monsun melanda, banyaklah kawasan tanah pantai yang terhakis atau ditelan laut. Adalah dilaporkan bahawa sebanyak 15 peratus daripada garis pantai di Malaysia mengalami masalah hakisan pantai. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan masalah hakisan pantai yang melanda penempatan atau tanaman kebun di negeri Sarawak khususnya di Parlimen Tanjong Manis. Banyak kawasan atau penempatan yang berhampiran pantai akan terhakis dan musnah dipukul ombak. Tanah, rumah dan tanaman yang dimakan oleh laut ini akan hilang selamanya dan adalah agak begitu sukar atau hampir mustahil untuk mendapat kembali apa yang sudah terhakis oleh laut dan disebabkan kawasan tersebut tidak mempunyai struktur kawalan hakisan pantai, maka secara logiknya pada musim tengkujuh yang akan datang sudah pasti lebih besar lagi kawasan yang akan terhakis atau hilang ditelan laut. Apa yang akan terjadi adalah kalau ada kampung yang berhampiran maka rumah- rumah orang kampung akan roboh atau musnah dan mereka terpaksa berpindah ke tempat lain. Kalau ada kebun atau tanaman, maka ia akan musnah dan rosak kerana air masin dan orang kampung akan kehilangan punca rezeki dan mata pencarian. Nasib rakyat kita di kawasan pantai adalah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila terkena musibah seperti hakisan pantai ini. Ditambah lagi dengan fenomena kenaikan paras air laut disebabkan oleh pemanasan global dan perubahan iklim, maka semakin cepatlah kadar hakisan yang terjadi dan lebih luas lagi kawasan yang akan ditenggelami air. Seperti yang kita selalu ingat, bumi yang kita diami atau duduki ini hanyalah sekadar pinjaman untuk generasi- generasi yang akan datang. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga warisan ini sebaik mungkin.
Oleh yang demikian, saya ingin memohon dalam RMKe-12 ini supaya Kementerian Air dan Sumber Asli (KASA) dapat membuat perancangan jangka panjang untuk melindungi pantai-pantai di negeri Sarawak khususnya daripada terus dihakis oleh
ombak laut atau menebus guna laut supaya pantai-pantai negeri Sarawak tidak terus menerus terhakis atau hilang. Kerajaan perlu membina pemecah ombak ataupun tembok laut ataupun tambak batu untuk menangani masalah hakisan dan kemusnahan daripada ombak laut ini. Saya melihat masih agak kurang usaha daripada pihak kerajaan untuk melindungi aset rakyat yang begitu bernilai ini daripada pupus dan hilang untuk selama-lamanya. Memang Sarawak tanahnya luas tetapi jika pantainya terus menerus dibiarkan terhakis tanpa ada usaha untuk melindunginya, lama-kelamaan negeri ini akan menjadi kecil juga. Rakyat semakin bertambah padahal tanah yang ada semakin mengecil. Bayangkanlah apa akan terjadi dalam masa 50 tahun atau 100 tahun yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, masa tidak mengizinkan untuk saya. Saya ada satu lagi kalau diizinkan. Berhubung rapat dengan hakisan pantai, banyak sungai yang ada di Sarawak juga mengalami masalah kedalaman muara sungai yang serius. Pasir atau lumpur dari pantai yang terhakis akan bergerak dan termendap di muara sungai dan mencetekkan muara sungai dan boleh membentuk beting-beting pasir yang berbahaya kepada bot nelayan. Seperti isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun sebentar tadi. Ini akan menyebabkan kerugian atau kelewatan kepada para nelayan kerana tidak dapat menangkap ikan kerana kecetekan muara sungai dan mereka terpaksa balik lewat untuk menjual hasil tangkapan mereka. Oleh demikian, saya memohon kepada KASA supaya dapat membuat kajian berhubung masalah muara sungai yang cetek di Sarawak supaya dapat dibuat pengorekan ataupun dredging dengan izin untuk mendalamkan sungai dan muara sungai dan membina struktur-struktur yang perlu untuk melindungi muara sungai. Pengorekan ini akan dapat melancarkan kegiatan ekonomi para nelayan untuk keluar masuk sungai tanpa perlu menunggu air pasang. Di samping itu, aliran sungai yang lancar dan tidak terhalang akan dapat mengatasi masalah banjir atau coastal flooding dengan izin di kawasan pantai. Akhir sekali sebagai penutup, kejayaan Rancangan Malaysia Ke-12 adalah bergantung kepada komitmen yang tinggi dari semua pihak ataupun stakeholder supaya menggembleng usaha dan tenaga untuk memastikan kejayaannya mencapai objektif Rancangan Malaysia tersebut. Semoga setiap perancangan di dalam RMke-12 ini akan tercapai dengan jayanya di penghujung penggalnya nanti. Saya mohon menyokong Rancangan Malaysia Ke-12 demi Malaysia makmur, inklusif dan mapan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Bintang. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). RMKe-12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 adalah lanjutan RMke-11 dari tahun 2016 hingga 2020. Walaupun pencapaian RMKe-11 tidak mencapai sasaran asal akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia yang melumpuhkan kegiatan ekonomi dan memaksa rakyat hidup dalam norma baharu. Namun kita patut bersyukur kerana pandemik ini akan bertukar kepada endemik di mana kegiatan ekonomi dan sosial perlu diteruskan dalam suasana baharu. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapati RMKe-12 memperuntukkan RM400 bilion untuk membiayai projek sumbangan dan projek baharu. Saya difahamkan bahawa peruntukan ini begitu besar kerana sebahagiannya untuk menyelamatkan FELDA dan Tabung Haji sedangkan banyak lagi projek yang utama. Kita kena faham bahawa kesan teruk pandemik COVID-19 bukan sahaja banyak nyawa melayang, menderita sakit yang menyebabkan perbelanjaan yang besar tetapi berapa ramai rakyat hilang kerja, hilang sumber pendapatan, bertambah kadar
kemiskinan, pertambahan golongan rakyat dari M40 ke B40. Keutamaan untuk mengeluarkan rakyat daripada kesengsaraan hidup akibat daripada COVID-19 dan kehilangan punca rezeki wajar diberikan perhatian utama. Tuan Yang di-Pertua, saya faham kerajaan akan menyebut sembilan fokus keutamaan dalam melaksanakan RMke-12 ini sepanjang tempoh lima tahun akan datang. Namun adalah penting bagi kerajaan lebih kerap melakukan kajian semula rancangan bukan bagi kajian separuh penggal. Apa terjadi kepada Laporan Audit Negara yang terbaharu menyebut kes perakuan peruntukan ke atas 13 kementerian yang melibatkan RM90.635 bilion di bawah RMK yang lalu. Oleh sebab itu saya mencadangkan semua pihak perlu mengubah sikap untuk membasmi rasuah dalam masyarakat, dalam pentadbiran dijadikan agenda utama negara. Apakah yang terjadi kes wang sitaan SPRM boleh dilarikan baru-baru ini dilibatkan pihak Taliban dan sabotaj wang sitaan dimasukkan ke Bank Negara tetapi dimasukkan ke bank proksi yang lain? Kerajaan Pakatan Harapan dahulu telah susun baik-baik SPRM sewaktu pentadbiran dahulu tetapi sekarang musnah di bawah Kerajaan Perikatan Nasional. Panel pemantau SPRM yang ditubuhkan dahulu tidak berfungsi. Adalah penting SPRM diletakkan di bawah Parlimen. Ini peruntukan RM400 bilion pula. Apakah kerajaan boleh pastikan ditadbir urus dengan selamat dari berlaku ketirisan? Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah setiap masa minta anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam melakukan angkat sumpah tidak akan melakukan amalan rasuah dan mendahulukan semua kes perbicaraan rasuah dalam negara ini. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pada 28 September 2021 terdapat satu insiden yang berlaku di kawasan saya, insiden kecemasan atau kebimbangan rakyat apabila pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan telah bertindak untuk merobohkan pintu pagar masuk ke tanah lapang untuk dicadangkan untuk SMK, sekolah menengah kebangsaan yang akan dibina tidak lama lagi. Tapak kosong ini terletak di belakang Tokong Wong Low Shen See Chee How. [Bercakap dalam bahasa Mandarin] Pintu pagar ini terletak antara SRJK(C) dan tokong ini. Apabila PTG hendak merobohkan, ia satu pintu pagar sahaja dan lebar 20 kaki sahaja sepanjang 100 kaki yang letak antara sekolah dan tokong. Apabila saya mendapat tahu melalui WhatsApp terus datang ke tapak insiden ini. Nampaknya polis dari Cheras pun sudah ada di sana menjaga keselamatan. Saya berterima kasih kepada OCPD dan juga pihak polis menjaga keselamatan pada waktu itu. Saya yakin bahawa insiden yang berlaku di tokong ini boleh dielakkan jika kedua- dua pihak tenang berbincang, mengurus hal roboh pagar itu. Notis merobohkan pagar boleh diberitahu kepada tokong seawal-awalnya dan boleh elak mendakwa bahawa notis diberi tidak cukup masa.
Walaupun pihak berkuasa berhak mengambil tindakan undang-undang, tetapi perlulah menjelaskan yang tepat, yang diberi kepada pihak yang terlibat. Notis yang dikeluarkan bukan sekadar tampal dan pergi sahaja. Kini tiada masa, semua pihak mampu menggunakan media massa yang cepat. Internet, Facebook, WhatsApp dan lain-lain lebih cepat, seperti pihak tokong tersilap memberi maklumat dan telah mencetus kemarahan penganut. Saya difahamkan pihak tokong pun telah—sudah memohon maaf kepada pihak PTG dan polis. Selepas ini dan semua penganut yang ditahan pun sudah dibebaskan, seramai 20 orang ditahan dan disiasat dan saya harap insiden ini tamat di sini dan insiden tidak akan berulang lagi. Ini satu—saya cadangkanlah bahawa insiden ini telah selesaikan, dua-dua pihak tak usah berulang lagi. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua, antara sektor yang terjejas ialah industri pelancongan. Apa tidaknya, pada 2019, hasil negara daripada sektor ini adalah RM182.1 bilion beruntung dan di angka RM52.4 bilion pada 2020. Sedangkan pada 2019, seramai 3.6 juta bekerja dalam sektor pelancongan, iaitu mewakili 23.6 peratus daripada jumlah guna tenaga negara. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, saya mendapati...
Yang Berhormat, minta rumuskan, Yang Berhormat ya. Rumuskan, ada satu minit lagi. Baik, teruskan.
Ya, okey. Saya akhirkan. Saya mendapati kerajaan menyasarkan hasil 2025 daripada sektor pelancongan RM73 bilion, dari pelancong asing yang tiba seramai 24.3 juta orang dan wang RM100 bilion dari pelancongan domestik seramai 212 juta pelawat. Anehnya, kerajaan hanya menghulurkan bantuan RM3,000 kepada agensi untuk memulakan aktiviti. Apakah yang dapat dilakukan dengan jumlah kes ini? Rata-rata agensi pelancongan sekarang memerlukan modal penjanaan semula yang munasabah. Kerajaan hendaklah menambah lagi bilangan gelembung pelancongan selain Langkawi yang boleh beroperasi dan menarik lebih ramai pelancong domestik sementara menunggu ketibaan pelancong asing. Dalam kita menyemak semula dasar pelancongan negara tahun 2020 hingga tahun 2030 dan kesesuaiannya dengan suasana sekarang, adalah baik jika kerajaan dapat melancarkan Program Tahun Melawat Malaysia yang baharu, berikutan Tahun Melawat Malaysia 2020 telah dibatalkan dengan mengambil kira ancaman-ancaman COVID-19 yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Batu. Sila Yang Berhormat Kinabatangan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ada beberapa perkara Tuan Yang di-Pertua, di mana baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan RMKe-12 dengan RM400 bilion peruntukan pembangunan lebih kurang. Dalam konteks Sabah, saya ingin memohon kepada Kerajaan Persekutuan. Kita kena ubah cara pendekatan kita melaksanakan pembangunan ekonomi mengikut di negeri-negeri dan wilayah, di mana perumpamaan mengatakan perancangan yang baik tetapi pelaksanaannya kurang baik, maka akan menjadi perancangan yang totally tidak baik. Justeru itu, saya memohon bagi pihak negeri Sabah. Bagi kami, Sabah autonomi untuk mengurus dana pembangunan dan ekonomi untuk memastikan bahawa Sabah akan terkeluar daripada garis kemiskinan yang tertinggi di negara ini. Sebab ini penting. Kita sama-sama kerajaan— kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan—di antara sekiranya satu tahun pembangunan RMKe-12 itu Sabah ada RM5 bilion, RM6 bilion, maka bagi duit itu, kewangan itu ke Kerajaan Negeri Sabah. Biar kami rancang, kami laksanakan, kami tentukan di mana projek-projek ini sesuai dilaksanakan. Oleh sebab selama ini, berpuluh-puluh tahun, 58 tahun Sabah masih miskin, masih miskin, masih miskin. Kenapa? Jawabnya ada, iaitu Kerajaan Persekutuan harus reda untuk memastikan bahawa wilayah Sabah juga membangun seperti wilayah-wilayah di Semenanjung. Kerajaan bertukar ganti, tetapi Sabah masih terus mundur, masih terus miskin. Apa jadi?
Jadi, kami meminta. Bagi kami, autonomi mengurus ekonomi dan pembangunan Sabah itu sendiri. Saya tidak mahu cakap dengan Sarawak, sebab mereka juga ada hala tuju masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini juga saya ada berbahas tentang pelaksanaan Pan-Borneo di Sabah fasa 1. Saya belum menerima apa-apa berita ataupun balasan daripada Kementerian Kewangan. Akan tetapi baru-baru ini, ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyentuh soal Pan-Borneo. Demikian juga dengan apa yang dipanggil terapan Jabatan Kerja Raya Sabah dan saya telah berbincang dengan pihak JKR di Malaysia dan mereka menyatakan ini iaitu melalui Kementerian Kewangan. Selama ini, di mana ada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan, ia akan salurkan dahulu kepada JKR Malaysia. JKR Malaysia salurkan kepada JKR Sabah. Kita ada JKR, Jabatan Kerja Raya yang bertauliah di Sabah, yang saya kata lebih hebat di antara engineers yang ada. Kementerian Kewangan perlu buat projek-projek untuk Sabah, salur terus kepada JKR negeri Sabah. Tidak perlu lagi makluman saya dengan JKR di sini. Jadi, sekurang- kurangnya JKR Sabah diiktiraf sebagai satu jabatan teknikal yang bertauliah. Ini saya memohon supaya dapat diselesaikan. Isu-isu lain. Masa ini berjalan pantas Tuan Yang di-Pertua, iaitu tentang MySejahtera. MySejahtera telah menimbulkan banyak persoalan, iaitu mungkin ada 40 peratus daripada yang divaksin ini tidak memiliki telefon pintar sedangkan mereka sudah divaksin. Apabila pergi kedai, pergi mini market, makan, mereka tidak dibenarkan masuk sebab tidak boleh menunjukkan rekod MySejahtera mereka telah divaksin. Mereka membawa kad pernyataan bahawa mereka divaksin dua kali, tetapi tidak dilayan. Mereka persoalkan, adakah pilihan raya kami juga diminta menunjukkan MySejahtera? Memanglah kurang adillah. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan buat satu kenyataan yang boleh meyakinkan rakyat, sebab mereka teraniaya. Kesian. Bukan semua orang kampung ini ada duit mahu beli iPhone atau Samsung yang hebat- hebat. Mereka ada burner phone yang harga RM100, tidak adalah rekod MySejahtera. Ini penting untuk diselesaikan oleh pihak Jabatan Kesihatan sebab ia berlaku di merata-rata negeri di Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, satu perkara, iaitu kami memohon juga di Sabah ini, mutakhir ini saya ulang, selalu berlaku bencana alam. Bencana ini berbagai-bagai bentuk. Banjir, jambatan runtuh, tanah runtuh, jalan runtuh, kebakaran dan sebagainya. Peruntukan ini, apabila berlaku kita buat ad hoc, di mana kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kerja Raya, kepada Kementerian Kewangan, untuk meminta kewangan. Ini yang orang kata— dia punya prosedur terlalu banyak landasan dia. Seharusnya bagilah kita peruntukan RM200 juta, RM300 juta satu tahun untuk tujuan melaksanakan, menyelesaikan perkara-perkara emergency ataupun bencana alam ini.
Sekarang ini di Sabah sahaja, berapa kali rumah terbakar? Kerajaan negeri tidak mampu untuk melaksanakan semua ini. Perlu juga ada bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Ini memang sudah selaras bahawa kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Kerajaan Malaysia ini dengan persetujuan bahawa Kerajaan Persekutuan akan membantu kerajaan negeri dengan apa juga masalah sekalipun yang dihadapi. Akan tetapi selama ini – inilah sebabnya orang dulu ada rumah. Apabila tiada rumah, seumur hidup dia tiada rumah lah sebab bukan mudah untuk membeli rumah ataupun menyediakan sebuah rumah. Sebuah rumah PPRT, harganya RM65,000 di Sabah. Kalau 10, RM65,000. Kalau 100, RM650,000. Kalau 1,000, RM65 juta ataupun lebih. Oleh sebab itu, perkara-perkara seperti ini perlu dilihat oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bahawa Sabah benar-benar terbela untung nasib mereka.
Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, Labuan satu ketika dahulu adalah bandar bebas cukai. Akan tetapi mutakhir ini, Labuan seperti orang kata, sebuah bandar diserang garuda. Apa yang bebas cukainya cuma coklat, yang lain-lainnya tiada lagi bebas cukai. Apa yang harga di tanah besar, itu juga yang harga di Labuan. Jadi, tidak tahu– Saya tidak nampak Menteri dia, tetapi Timbalan Menteri dia ada. Mungkin Menteri dia hantar untuk mendengar. Tolonglah, tolonglah bangunkan Labuan. Kembalikan status Labuan bebas cukai. Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh datang ke Labuan, buat kajian. Ini kerana, kalau tidak Kerajaan Persekutuan laksanakan apa- apa, maka kembalikanlah Labuan kepada negeri Sabah. Biar kami bangunkanlah. Kalau Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan tidak lagi boleh melihat Labuan ini sebagai satu wilayah yang perlu dibangunkan, di mana ekonomi Labuan pada ketika ini bukan lagi satu tarikan Tuan Yang di-Pertua, kepada mana-mana pihak. Dahulu banyak orang datang, orang Sabah datang ke Labuan sebab ada barang yang dia perlu beli di sana dengan harga yang murah. Akan tetapi, selepas ini yang harga murah cuma coklat, gula-gula. Yang lainnya semua mahal sebab tidak ada lagi status dia bebas cukai itu. Jadi kita ini berniaga, saya pun hairanlah. Kalau bebas cukai, maka dia bebas cukailah. Kenapa pula bebas cukai, tetapi itu dikenakan tax yang tinggi, ini tinggi. Bebas cukai ini bermakna satu tarikan kepada orang luar untuk datang dan dia boleh membantu mempertingkatkan ekonomi di kawasan itu. Akan tetapi, ini tidak ada apa-apa lagi Tuan Yang di-Pertua, semuanya sudah macam menjadi selepas diserang garuda, dia menjadi padang jarak, padang tekukur. Rakyat Labuan menderita, tidak ada ekonomi yang perlu mereka pertingkatkan untuk mendapat pendapatan seharian mereka. Terakhir Tuan Yang di-Pertua...
Minta rumuskan.
Ya. Saya memohon kerajaan laksanakanlah program kita ini. Usahakanlah dengan baik iaitu kita telah hampir berhadapan dengan krisis COVID-19 ini. Kita tangani dengan baik, mudah-mudahan kita dapat selesaikan dengan perancangan yang baik. Bukalah ekonomi kita. Bentuklah satu pasukan yang benar-benar komited untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang oleh kerajaan untuk memastikan rakyat juga terbela untung nasib mereka. Daripada kesusahan, kita angkat mereka kepada kesenangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat Batu. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk bagi Yang Berhormat Batu peluang untuk berbahas dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Pertama sekali saya ingin membangkitkan berkaitan keberkesanan RMKe-12 ataupun sebelum ini. Apakah sistem yang digunakan oleh kerajaan ataupun setiap kementerian untuk memastikan rancangan-rancangan ataupun pelan dalam RMK ini tercapai? Ini kerana sebelum ini, Rancangan Malaysia Ke-11 dengan Rancangan Malaysia Ke-10– contoh di kawasan saya, ada pembangunan Sentul Pasar. Ada dalam Rancangan Malaysia Ke-10, ada dalam Rancangan Malaysia Ke-11, tetapi tidak dicapai. Kenapakah perkara itu berlaku dan adakah kementerian akan pastikan rancangan pelan-pelan ini tercapai dalam RMKe-12? Kerajaan juga perlu memberi peluang kepada Ahli-ahli Parlimen untuk dengan izin, involves dalam memastikan KPI setiap kementerian tercapai. Soalan saya, berapakah peratus kita berjaya melaksanakan segala yang ada dalam RMKe-10 dan RMKe-11? Adakah segala yang tertera dalam RMK-RMK tersebut berjaya dilaksanakan? Berapa peratus keberkesanan dan kejayaan pelan-pelan tindakan tersebut?
Saya lepas go through dengan izin, RMKe-12 ini, ada banyak pelan ataupun rancangan yang baik, tetapi apakah implementation ia, monitoring system? Saya mengambil peluang ini sebab dalam Rancangan Malaysia Ke-12, bahagian pembangunan ini sangat besar. Saya mengambil peluang ini untuk mencadangkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengkaji balik jalan-jalan utama ataupun jalan raya di Kuala Lumpur yang semakin teruk dan berbahaya. Sudah 20 tahun lebih jalan raya, jalan utama tidak diturap. Saya mohon Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengadakan satu team ataupun jawatankuasa untuk mengkaji balik jalan-jalan utama di Kuala Lumpur. Contoh di Sentul Pasar, Jalan Sentul, satu jalan yang sangat penting. Ada banyak sekolah, ada dua tiga pasar di sana, tetapi jalan itu selalu menjadi teruk sebab pembangunan sekitar. So, saya harap Menteri menggunakan peluang ini sebagai Menteri, untuk mengatasi masalah-masalah infrastruktur sebegini. Saya juga ingin membangkitkan isu diskriminasi gender ataupun jantina di mana wanita lazimnya didiskriminasikan dalam sukan, baik di peringkat amatur ataupun profesional. Ia dapat dilihat secara jelas apabila struktur sukan negara kita kurang memberi tumpuan terhadap atlet wanita. Kesukaran bekerja dalam industri sukan itu sendiri dan juga liputan media– bola sepak lelaki diberi tumpuan lebih berbanding bola sepak wanita. Begitu juga dengan futsal, olahraga dan sebagainya. Sponsor yang terhad dan hadiah kemenangan atlet wanita juga berbanding atlet lelaki. Soalan saya kepada Menteri Belia dan Sukan, apakah langkah yang akan diambil oleh Menteri Belia dan Sukan bagi mengatasi masalah ini? Mungkin saya boleh membantu Menteri untuk mencadangkan bahawa Akta Pembangunan Sukan 1997 perlu dikaji balik ataupun dipinda dengan sertakan ataupun memasukkan sekali Akta Pembayaran Sama Rata sepertimana dilakukan di UK (United Kingdom) untuk mengatasi masalah ini supaya dapat memberi ruang kepada wanita untuk ruang dalam sukan dan juga menjana pendapatan daripada sukan. Apabila saya berucap berkaitan dengan sukan, saya juga ingin membangkitkan dalam Dewan yang mulia ini satu diskriminasi dalam sukan di mana baru-baru ini seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang sengaja membuat rusuhan perkauman dalam sosial media, mengatakan bahawa– Saya tak nak sebut perkara itu, tetapi adakah ahli parti kerajaan boleh mengeluarkan kata-kata kesat sebegini dalam sosial media? Walau apa-apa pun berlaku dalam sukan, dia kalah atau menang, bolehkah dia keluarkan kata-kata tersebut? Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan kepada ahli politik tersebut supaya mengadakan satu pengajaran kepada orang yang nak buat rusuhan perkauman dalam sosial media terhadap apa-apa institusi. Mungkin sukan, pendidikan, pekerjaan.
Apabila saya sentuh diskriminasi sukan, saya juga ingin bangkitkan bahawa diskriminasi pendidikan juga berlaku di negara ini di mana saya baca dalam satu kajian yang dibuat oleh satu NGO, mungkin saya baca, dengan izin, “One in two Malaysians faced discrimination in schools and ethnic Indians”. Saya sangat sedih apabila saya terbaca perkara ini sebab isu buli ataupun diskriminasi berasaskan kaum memang berleluasa dalam institut pendidikan. Dalam kajian tersebut, hampir 2,400 individu telah ambil bahagian. Daripada 2,400, seramai 87 peratus telah pun menghadapi diskriminasi semasa pendidikan. Dalam statistik tersebut, 69 peratus telah pun didiskriminasi sebab warna kulit. Yang paling shocking, 74 peratus mengalami diskriminasi yang sumbernya adalah guru sendiri. So, saya berasa sangat dukacita apabila saya baca artikel ini dalam social media. Adakah Kementerian Pendidikan sedar bahawa isu ini berlaku di negara ini? It is too obvious and too common. Ini adalah isu yang perlu dibendung dari akar. Setiap orang daripada kaum minoriti pernah melalui situasi diskriminasi ini, directly or indirectly, dengan izin. Saya juga pernah melalui beberapa kali.
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan harus melakukan sesuatu terhadap isu ini yang telah merebak sehingga ke sekolah. Antara strategi dan aktiviti Kementerian Pendidikan perlu buat untuk memupuk ataupun mengangkat konsep perpaduan ialah kalau di sekolah ada subjek Moral, kita tubuh subjek baharu, subjek Perpaduan. Sebab diskriminasi ini adalah satu virus yang lebih bahaya daripada COVID. Sebab diskriminasi, anak muda telah pun melalui mental breakdown, tak nak pergi sekolah dan ia telah menjejaskan kehidupan mereka. Saya juga ingin membangkitkan isu kematian dalam tahanan yang baru-baru ini banyak individu yang dalam tahanan telah pun meninggal akibat kesihatan ataupun masalah yang dihadapi di dalam lokap. Adakah kematian dalam lokap ini juga satu diskriminasi di mana kaum India yang selalu meninggal dalam lokap? Adakah ini betul? Menteri Dalam Negeri perlu jawab. Bulan lepas, saya juga melawat satu keluarga yang suami dia meninggal dalam lokap berpunca daripada ulser. Ulcer with COVID-19. Akan tetapi, semasa dia buat test sebelum masuk ke lokap, dia COVID-19 negatif. Selepas dia masuk dalam lokap, COVID- 19 positif. Apakah maksud ini sebenarnya? So, dalam lokap itu tidak ada keselamatan. Sepatutnya pihak polis perlu pastikan lokap itu bebas daripada COVID-19 tetapi jika orang dalam itu ada COVID-19, macam mana hendak mengatasi? Semasa Pakatan Harapan, telah meluluskan RM73 juta untuk mengadakan CCTV.
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Sebanyak 570 lokap. Apakah status projek tersebut? Adakah lokap-lokap di balai polis ada CCTV? Saya hendak tahu status projek tersebut. Juga, untuk mengakhiri ucapan saya, dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas juga ada dibangkitkan bahawa Malaysian Indian Blueprint akan diimplementasi. Saya hendak tanya, bila MIB ini akan diimplement? Sebab daripada RMKe-11 sehingga sekarang, tiada apa-apa implementation. Jika ada apa-apa implementation, bolehlah menjemput Ahli-ahli Parlimen untuk berbahas, berbincang untuk kebaikan kaum India masing-masing. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat Keningau dan Yang Berhormat Hulu Langat. Sila, Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk bangun membahaskan usul berkaitan Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 yang bertemakan, “Keluarga Malaysia– Makmur, Inklusif, Mampan” pada petang yang berbahagia ini. Pelan pembangunan lima tahun ini dilihat amat menyeluruh kerana meliputi tiga tema utama dan empat pemangkin dasar serta 14 pemacu perubahan yang akan menonjolkan hala tuju negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Sebanyak RM400 bilion telah pun diperuntukkan oleh kerajaan untuk membiayai projek-projek baharu dan sambungan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas ini berbanding RM260 bilion dalam RMKe-11 terdahulu. Peruntukan besar ini adalah bagi mencapai sembilan fokus utama Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dilihat amat relevan terutama bagi menghadapi cabaran getir berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan pembentangan berkenaan dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ada menyentuh tentang institusi wakaf dan pembangunan wakaf. Saya menyambut baik pendekatan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi menjana pembangunan aset-aset wakaf yang kini dianggarkan bernilai mencecah sehingga RM1.3 trilion. Wakaf adalah salah satu sumber pembiayaan sosioekonomi umat Islam yang perlu diperkemaskan fungsinya. Penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada tahun 2004 serta Yayasan Wakaf Malaysia pada tahun 2008 dilihat mampu memperkasakan institusi terbabit. Dalam pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz pada tahun lalu juga telah menyentuh mengenai institusi wakaf melalui penubuhan Pelan Induk Wakaf Nasional. Justeru, Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia, Prof. Dr. Ismail Omar yang dipetik dalam akhbar Berita Harian pada 10 November 2020 ada menyebutkan, “Biarpun terdapat 30 ribu hektar tanah wakaf di negara ini, namun hanya 12 peratus ataupun 3,600 hektar sahaja yang telah dibangunkan, manakala lebih 24 ribu hektar lagi masih belum dimajukan selain hanya dua peratus yang berada di dalam ataupun hampir dengan pusat pertumbuhan utama”. Sehubungan dengan itu, soalan saya ialah sejauh manakah kerajaan bersedia untuk membangunkan tanah wakaf ini serta apakah perancangan ke atas tanah-tanah wakaf ini? Adakah kerajaan juga bersedia dengan konsep pembiayaan bagi membantu menyediakan pinjaman kepada pembeli-pembeli sekiranya dibangunkan tanah-tanah wakaf tersebut sebagai penempatan atau pun pusat perdagangan? Begitu juga kita faham bahawa isu wakaf ini adalah merupakan isu bagi pihak kerajaan-kerajaan negeri di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan. Di situ kita ingin mengetahui sedikit penjelasan daripada pihak kerajaan, sejauh mana hubungan yang telah pun dibuat dan juga perbincangan-perbincangan yang telah diadakan dengan pihak-pihak berwajib di peringkat negeri-negeri bersama dengan Kerajaan Persekutuan terutama sekali bagi menyelaraskan konsep ataupun hala tuju serta bagi mewujudkan peruntukan-peruntukan yang diperlukan?
Adakah kerajaan berhasrat menilai semula apa yang dipanggil sindrom wakaf bisu iaitu aset wakaf yang dimiliki oleh agensi-agensi tetapi tiada pembangunan dijalankan di atas tanah-tanah wakaf terbabit. Apakah dasar kerajaan tentang penggunaan tanah-tanah yang diwakafkan sebagai institusi pendidikan atau sebagainya yang dikumpul melalui kutipan-kutipan seperti derma atau sumbangan individu? Sejauh manakah pemantauan dibuat bagi memastikan kutipan cukai ini benar-benar mengikut syariat wakaf atau berdaftar dengan pemegang amanah tunggal iaitu Majlis Agama Islam negeri-negeri? Jadi dalam hal ini kita juga ingin mengetahui apakah kaedah yang telah dimainkan oleh kerajaan bagi menggalakkan lebih ramai individu ataupun institusi mewakafkan harta ataupun hartanah, bangunan atau premis milik mereka supaya jumlah aset wakaf ini semakin hari semakin bertambah? Jadi kita melihat bidang wakaf adalah merupakan satu aset yang besar untuk pembangunan negara. Maka dengan sebab itu ia perlu diuruskan dengan rapi, kemas, penuh perancangan dan juga berfokus. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu dalam usaha memperkasakan usahawan wanita, saya berterima kasih kepada komitmen kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 yang tidak meminggirkan usahawan wanita malah terus diperkukuhkan dengan pelbagai inisiatif baharu termasuk kaedah pemasaran secara atas talian yang akan diperkenalkan. Saya juga dalam hal ini ingin menyebutkan di sini bahawa Amanah Ikhtiar Malaysia, perkara ini telah diberi perhatian khusus terutama dalam waktu sukar ketika kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan
dilaksanakan bagi melengkapkan hampir 400,000 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia dengan ilmu pemasaran serta keusahawanan digital. Amanah Ikhtiar Malaysia adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sentiasa mendukung aspirasi kerajaan bagi membantu golongan wanita terutama B40 untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Sehubungan dengan itu, Amanah Ikhtiar Malaysia juga amat menghargai kerjasama di antara MEDAC iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan juga Menteri Ekonomi serta Kementerian Kewangan dan semoga kerjasama ini terus diperkasakan. Sebentar tadi juga Yang Berhormat Bagan Datuk dan Yang Berhormat Jerlun ada menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia dan menyokong supaya peruntukan diberikan dan ditambah untuk tujuan kita mengusahakan pembangunan kepada usahawan-usahawan wanita ini. Saya bagi pihak Amanah Ikhtiar Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan saranan tersebut dan insya-Allah kita akan memastikan Amanah Ikhtiar Malaysia sentiasa berada di atas landasan yang benar dan betul bagi mencapai hasrat yang telah digariskan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua.
Ada seminit lebih lagi.
Ya, dalam hal ini juga Amanah Ikhtiar Malaysia juga telah pun menggariskan satu hala tuju iaitu untuk mewujudkan generasi muda usahawan yang terdiri daripada generasi berumur 20 tahun sehingga 40 tahun untuk kita menggalakkan mereka dengan memberi pinjaman tunjuk ajar, latihan dan juga kursus-kursus bagi memantapkan mereka menjadi usahawan generasi muda masa depan yang akan menyumbang kepada KDNK negara. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh sedikit tentang hal ehwal yang berkaitan dengan pertanian. Sukacita kita melihat bahawa dalam Rancangan Malaysia Ke-12, pertanian juga telah pun diberikan perhatian oleh pihak kerajaan kerana pertanian adalah perkara asas yang penting bagi pengeluaran makanan dan juga sumber pendapatan kepada rakyat yang kebanyakan mereka juga adalah merupakan petani. Akan tetapi, dalam isu ini saya juga ingin menyarankan kepada pihak kerajaan supaya mewujudkan satu tabung kecemasan khususnya kepada petani-petani yang bergiat di dalam bidang pertanian pengeluaran sayur-sayuran. Sebenarnya pengeluaran sayur-sayuran ini begitu fragile dengan izin kerana ia adalah tertakluk kepada faktor cuaca, musim dan juga apa-apa malapetaka yang berlaku seperti mana berlakunya pandemik COVID-19 dan sebagainya, di mana petani-petani ini akan terus menerus menanam sayur-sayuran tetapi mereka berhadapan sama ada sayur-sayuran mereka itu boleh dipasarkan ataupun tidak dan kebanyakan mereka terpaksa membuang sayur- sayuran tersebut kerana faktor-faktor kerosakan akibat cuaca, pandemik dan tidak ada pembeli serta sebagainya. Dalam hal ini mereka mengalami kerugian yang amat teruk. Untuk memulakan atau meneruskan lagi usaha mereka dalam pertanian sayuran ini amat memeritkan. Modal habis, keuntungan tidak dapat, pekerja tidak dapat dibayar gaji dan sebagainya. Kita amat kesian, sebab itu saya cadangkan supaya pihak kerajaan mewujudkan sebuah tabung kecemasan bagi petani-petani yang berdaftar ini apabila mereka mengalami keadaan- keadaan sedemikian mereka ada tempat untuk mendapatkan sedikit pinjaman ataupun bantuan serta-merta dalam tempoh satu atau dua hari mereka mendapat sedikit modal untuk mereka teruskan usaha-usaha pertanian mereka. Kalau mengikut kaedah sekarang memang ada kadangkala gantian kewangan diberikan tetapi mereka dapat setelah dua bulan, tiga bulan atau empat bulan, memakan masa kerana proses dan sebagainya. Jadi, saya mengharapkan perkara ini diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Jadi Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong usul Rancangan Malaysia Ke- 12 ini dan diharapkan kerajaan akan dapat memacu kemajuan rakyat dan negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sepanggar, 10 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun ekonomi negara terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 namun Sabah masih kekal sebagai enam negeri teratas penyumbang KDNK nasional di mana 10.2 peratus atau RM161 bilion daripada jumlah keseluruhan RM1.34 trilion KDNK negara pada tahun 2020 adalah dari Sabah. Justeru kerajaan telah mengumumkan Sabah dan Sarawak sebagai penerima tertinggi peruntukan pembangunan berbanding negeri lain. Hakikatnya adakah ini benar? Belanjawan 2021 contohnya yang telah diluluskan sebelum ini adalah sebanyak RM5.1 bilion kepada Sabah dan RM4.5 bilion untuk Sarawak. Bagaimanapun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pula mengumumkan peruntukan pembangunan tahun pertama untuk RMKe-12 cuma berjumlah RM4.66 bilion untuk Sabah dan RM4.77 bilion untuk Sarawak. Bukankah tahun pertama RMKe-12 adalah tahun 2021? Jika ini benar bermakna peruntukan pembangunan tahun 2021 telah pun dipotong sebanyak RM440 juta bagi Sabah, sebaliknya Sarawak pula telah dinaikkan sebanyak RM270 juta. Melalui jawapan lisan yang diberikan kepada saya juga, kerajaan mengakui hampir 71 peratus daripada 940 projek di Sabah yang sepatutnya dilaksanakan semasa RMKe-11 tidak dapat disiapkan dan akan disambung dalam RMKe-12. Ini jelas menunjukkan Tuan Yang di-Pertua bahawa peruntukan tahunan yang disebut sebagai peruntukan besar kepada Sabah adalah wayang semata-mata untuk tujuan memperbodohkan rakyat negeri Sabah. Apa tidaknya, sudahlah kami hanya dapat tiga peratus daripada sumbangan KDNK, malah 71 peratus projek di Sabah pula hanya projek recycle daripada RMKe-11. Ketika pakej rangsangan diumumkan Kerajaan PN 1.0, kerajaan membelanjakan RM530 bilion dan Sabah hanya diberikan RM1.86 bilion. Tuan Yang di-Pertua, kalau sebut bilion-bilion orang kampung tidak berapa tahu tetapi dalam konteks Sabah ini seumpama RM530, Sabah hanya dapat RM1.86. Jadi ini amat mengecewakan kami setelah 58 tahun Malaysia dibentuk. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Sepanggar, adalah tidak lengkap jika saya berdiri di sini tanpa membangkit isu-isu yang berkaitan dengan Parlimen saya. Tiga isu yang paling kritikal yang wajib diberi perhatian oleh kerajaan. Pada ketika ini adalah keperluan jalan raya termasuk jambatan yang selamat, masalah bekalan air dan sekali lagi masalah banjir.
Menyentuh isu keperluan jambatan yang selamat di Parlimen saya. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga Joseph Yong di mana ayah beliau telah terkorban akibat kereta Myvi nya dihanyutkan air sungai ketika melintas jambatan low level crossing bridge, dengan izin, yang difahamkan telah dibina sejak zaman penjajahan British di Kampung Kionsom. Begitu juga Jambatan Kampung Malaka-Kionsom yang telah hanyut dibawa banjir. Jambatan Kampung Kionsom Tengah dan Jambatan Kampung Kelansanan Hujung yang telah reput dan senget sehingga menyebabkan seorang wanita telah jatuh dan mengalami kecederaan. Sekali lagi, setiap kali berlakunya hujan lebat, jalan-jalan raya utama di sekitar Menggatal dan Inanam juga pasti akan ditenggelami air dan tidak dapat dilalui oleh penduduk. Justeru, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berulang, jalan-jalan utama dan low level bridge ini hendaklah ditinggikan kerana ia bukan sahaja laluan utama
penduduk tetapi Parlimen Sepanggar juga merupakan zon perindustrian dan ekonomi. Penyelenggaraan parit dan aktiviti mendalamkan sungai hendaklah diberi perhatian yang serius kerana sejak kebelakangan kejadian banjir yang berlaku di Parlimen Sepanggar adalah sangat teruk berbanding tahun-tahun sebelum ini. Menyentuh isu bekalan air Tuan Yang di-Pertua, ini kali kedua saya berdiri dan menyuarakan perkara ini. Isu ini juga sudah pun berlarutan hampir setahun sehingga ada yang terpaksa berpindah sementara dan tidak kurang juga ada yang merentang banner merayu dan memohon diberikan bantuan segera. Sesungguhnya kami berasa isi hati melihat jika masalah yang sama berlaku di Semenanjung Malaysia, walaupun cuma baru seminggu pasti akan menjadi headline utama di seluruh negara. Dalam tempoh beberapa hari sahaja masalah dapat diselesaikan. Akan tetapi kami di Sabah, Tuan Yang di-Pertua, sudah berbulan, bukan seminggu tetapi berbulan-bulan masalah air ini sedang berlarutan, malah hari ini di kawasan Parlimen Sepanggar sekali lagi masih menghadapi masalah bekalan air. Oleh itu, saya ingin menuntut agar tindakan diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini. Setidak-tidaknya menyediakan peruntukan untuk membekalkan air menggunakan water tanker sementara menunggu Loji Talibung 2 yang dijangka siap pada tahun 2025. Menyentuh tentang isu keselama tan. Isu wajib yang akan menjadi modal utama beberapa buah parti politik di Sabah menjelang pilihan raya dalam isu pendatang asing tanpa izin. Ini pun telah berlarutan lebih 50 tahun. Sekali lagi saya ulang, Tuan Yang di-Pertua, lebih 50 tahun. Puncanya juga sudah dimaklumi oleh kerajaan iaitu disebabkan terdapatnya banyak lorong tikus yang menjadi akses mudah kepada PTI dan wujudnya rakyat Malaysia yang menjadi petualang kepada kemasukan PTI ini bagi tujuan mengaut keuntungan peribadi. Persoalannya, di mana komitmen kerajaan dalam mengatasi masalah ini? Kajian yang telah dijalankan oleh ESSCOM mendapati ancaman berterusan masih berlaku di kawasan ESSZONE. Fencing ESSZONE diperlukan bagi mengawal dan mencegah jenayah rentas sempadan, termasuk penculikan untuk wang tebusan, khususnya di 70 kawasan yang telah dikenal pasti. Kenapa kita tidak memaksimumkan penggunaan aset- aset pertahanan negara? Kenapa kita tidak meletakkan aset-aset ini di tempat yang lebih strategik demi menjamin keselamatan negara? Contohnya Tuan Yang di-Pertua, Kem Lok Kawi, Putatan yang menempatkan Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia dan Kem Paradise. Nama pun Paradise, kem syurga yang terletak di Kota Belud. Apa perlunya kem-kem ini dikekalkan di zon yang tidak pernah menghadapi sebarang ancaman luar sejak puluhan tahun? Saya juga difahamkan kem ini akan dinaiktarafkan. Untuk apa? Bukankah sekarang ini kita sudah tidak berhadapan dengan ancaman komunis. Bukankah jika terdapat serangan ke atas Pantai Timur Sabah, kerahan dari kem-kem ini akan mengambil masa. Semasa saya menjadi Timbalan Menteri, Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah memohon agar beberapa mothership PDRM ataupun tentera diletakkan di Pantai Timur Sabah sebagai omnipresence bagi menakutkan kapal-kapal asing, penceroboh dan sindiket-sindiket penculikan dan tekong-tekong yang membawa pendatang asing memasuki negara kita. Pada masa itu, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri telah pun bersetuju dan Ketua Polis Negara pun telah mengumumkan mengenai rancangan PDRM meletakkan mothership mereka di Pantai Timur Sabah. Jadi, saya ingin tahu apakah status pelaksanaannya? Tuan Yang di-Pertua, isu tuntutan Filipina ke atas Sabah bukanlah isu yang baru. Apa yang mengecewakan, setelah 58 tahun Sabah berada dalam Malaysia isu ini masih berlarutan dan cuma kedengaran hangat menjelang pilihan raya di Sabah. Ia bukan sahaja menjadi modal politik oleh pemimpin Malaysia mahupun pemimpin Filipina. Buktinya, sejak setahun berakhir PRN di Sabah, isu tuntutan Filipina ini tiba-tiba tidak kedengaran lagi. Tuan Yang di-Pertua, sebagai rakyat Sabah kami merasakan hidup kami, nasib kami dijadikan mainan dan pertaruhan demi mencapai visi politik oleh golongan elit. Justeru, once and for all, kerajaan perlu menunjukkan komitmen yang serius dalam isu
tuntutan Filipina ke atas negeri Sabah. Jangan hanya dilaungkan pada musim pilihan raya tetapi perlu diketengahkan dan disuarakan dalam sidang-sidang antarabangsa, contohnya ASEAN, negara-negara berkecuali ataupun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kerajaan perlu mendesak Kerajaan Filipina untuk menggugurkan serta-merta tuntutan yang dibuat ke atas Sabah atau berhadapan dengan tindakan yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Buktikan apa yang selalu disebut oleh pemimpin kerajaan bahawa Malaysia akan mempertahankan setiap inci tanah di Wilayah Sabah. Diharap Kementerian Luar, khususnya Wisma Putra menyelesaikan isu ini sekali lagi, once and for all.
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang isu belia dalam konteks pendidikan.
Rumuskan.
Sedikit masa lagi. Saya difahamkan bahawa MARA mempunyai satu kampusnya di Sabah, Kolej Politeknik MARA yang mana saya fahamkan ianya akan ditutup akhir tahun depan. Saya ingin bertanya kepada kerajaan kenapa kampus ini ditutup? Apa punca ditutup? Adakah kerana ia rugi? Oleh sebab seingat saya, Tuan Yang di-Pertua, kampus ini dibawa ke Sabah bukan tujuan untuk mendapat profit tetapi untuk memberi peluang kepada anak-anak di luar bandar untuk mendapatkan pendidikan dan mengurangkan bebanan kos ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mereka ke bandar-bandar. Jadi, saya minta kepada kerajaan untuk menjelaskan kenapa ditutup kampus ini? Jadi, sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua...
Baik.
...saya ingin memberi peringatan kepada kerajaan agar jangan memandang ringan suara-suara yang semakin kuat kedengaran dan kenyataan Sabah dan Sarawak akan keluar Malaysia. Kenapa perkara ini timbul? Ianya adalah kerana ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap pengagihan ekonomi dan pembangunan serta tuntutan hak-hak sepanjang mana yang tertulis di dalam Perjanjian Malaysia 1993 yang sentiasa dipandang ringan. Jika kerajaan mengambil sikap membuta mata, memekakkan telinga, saya tidak hairan Tuan Yang di-Pertua, jika suara-suara seperti ini akan semakin kuat kedengaran. Tidak esok, tidak lusa, minggu depan tetapi mungkin beberapa tahun ke hadapan. Jadi, jangan sampai wujud kumpulan tertentu membuat gerakan menghantar memorandum ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mendesak agar satu referendum dibuat untuk menentukan status Sabah dalam Malaysia. Perlu diingat, setiap perjanjian ada syaratnya, setiap syarat wajib dipatuhi. Pada kebiasaannya, sebarang perlanggaran kepada sesuatu perjanjian akan menyebabkan perjanjian itu terbatal dan pastinya tidak terkecuali Perjanjian Malaysia 1993. Justeru, sebagai penutup sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin Sabah bersatu hati dalam isu ini. Kita boleh berlainan ideologi, kita boleh bertelagah dalam perkara yang lain tetapi dalam isu kepentingan Sabah dan hak-haknya, we need to have a united voice. You can still be my enemy politically, but we must be united once it touches on our rights and the interest for the sake of our future generation of Sabah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kemaman dan mulai Kemaman sehingga kesemua dapat berbahas, ada 18 Ahli Parlimen. Saya memberikan masa tujuh minit. Dipersilakan Yang Berhormat Kemaman.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah membentangkan RMKe-12 dengan matlamat “Keluarga Malaysia-Makmur, Inklusif, Mampan” demi kemakmuran negara. Saya juga difahamkan peruntukan RMKe-12 ini iaitu RM400 bilion merupakan peruntukan yang terbesar dalam sejarah Malaysia untuk pembangunan dalam tempoh lima tahun. Saya menyambut baik usaha kerajaan yang telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam RMKe-12 bagi memastikan agenda dan cabaran sesuatu ekonomi, kesejahteraan keluarga, jurang pembangunan dan tenaga kerja masa hadapan dapat dipertingkatkan dan bukannya hanya tertumpu kepada kekayaan negara semata-mata.
Perkara ini juga perlu diambil kira memandangkan impak pandemik COVID-19 telah membawa kesan yang begitu besar bukan sahaja kepada ekonomi negara tetapi juga kelangsungan hidup rakyat yang begitu ramai kehilangan punca pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada fokus utama RMKe-12 yang terakhir iaitu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan. Saya menyambut baik usaha kerajaan yang komited dalam melaksanakan pembaharuan dengan izin, membuat reform bagi melahirkan perkhidmatan awam yang cekap, profesional dan akauntabiliti pada masa hadapan. Perkhidmatan awam merupakan nadi dan jentera pentadbiran dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai matlamat negara. Dalam memperkasakan perkhidmatan awam dengan segmen pembaharuan adalah suatu yang penting bukan sahaja mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 tetapi juga mencapai aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi. Berhubung dengan kecekapan dan keupayaan perkhidmatan awam yang akan dipertingkatkan lagi, saya melihat ia merupakan satu keperluan dalam memastikan keberkesanan urus tadbir negara yang lebih mantap. Saya beralih kepada pendigitalan perkhidmatan awam seiring dengan transformasi dunia pendigitalan dan norma baharu pasca COVID-19, semua pihak termasuk perkhidmatan awam perlu menerima keadaan realiti kehidupan sebenar daripada tradisi kebiasaan ke arah pendigitalan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang ada pada masa ini. Saya berpendapat selain dasar dan sasaran yang jelas diwujudkan dalam pelaksanaan pendigitalan sektor awam, penerimaan daripada penjawat awam juga perlu terbuka, berintegriti tinggi dalam memperkemaskan diri dengan mengubah budaya kerjaya ke arah kemahiran digital ini. Pendigitalan perkhidmatan awam dilihat satu pendekatan yang baik dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian kepada rakyat. Oleh itu, saya juga melihat satu cabaran bukan sahaja kepada penjawat awam malah kerajaan juga bagi memastikan 100 peratus penjawat awam yang celik digital selain 80 peratus perkhidmatan kerajaan berada dalam talian sepenuhnya. Oleh itu, bagi penjawat awam yang tidak celik teknologi perlu diberi penekanan dan pendedahan awal melalui aktiviti dan program- program yang dirangka agar dapat bersaing secara global. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya suka mengambil perhatian berhubung dengan beberapa isu berhubung dengan isu setempat yang melibatkan Parlimen Kemaman. Dalam kesempatan ini, saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meneruskan projek pembinaan Hospital Kemaman yang baharu di Bandar Baru Kijal, Kemaman yang bernilai RM420 juta yang kini masih lagi dalam proses pembinaan.
Saya ingin mendapatkan maklum balas ataupun penjelasan daripada pihak kementerian tentang progress pembinaan hospital tersebut setakat ini dan adakah ia dapat disiapkan seperti mana yang telah dijadualkan oleh pihak kementerian iaitu pada 19 Disember 2021. Kalau kita lihat ada beberapa bulan lagi tetapi saya mengharapkan supaya pihak kementerian dapat memberi penjelasan, bilakah tarikh sebenarnya dijangka siap. Seterusnya, saya juga ingin menyuarakan berhubung dengan memohon sebuah IPD iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman yang sebelum ini saya pernah bangkitkan dalam sidang Dewan yang mulia ini. Sebuah IPD yang baru dapat dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan IPD yang ada sekarang ini tidak dapat memberi keselesaan kepada perkhidmatan, rakyat dan orang ramai yang berurusan dengan pertambahan anggota dan juga pertambahan penduduk. Untuk makluman pihak kementerian, tapak untuk IPD ini telah pun disediakan dan saya yakin ia dapat dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri, insya-Allah.
Rumuskan Yang Berhormat.
Seterusnya yang terakhir, saya ingin menyebutkan bahawa isu— saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan isu konflik antara gajah dan manusia. Saya melihat isu ini sering berlaku dalam negara kita yang melibatkan pencerobohan gajah yang bukan sahaja mengancam nyawa tetapi juga memusnahkan hasil tanaman penduduk setempat. Di kawasan saya di Parlimen Kemaman, aduan berkaitan pencerobohan gajah ini masih lagi berlaku sehingga memberi kegusaran kepada penduduk. Oleh itu, saya mengharapkan pihak kerajaan dapat mengambil tindakan yang proaktif dan komprehensif dalam menyelesaikan isu ini untuk jangka masa yang panjang. Seterusnya, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berhubung dengan Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) yang melibatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia dan juga Orang Asli sebagai renjer hidupan liar dalam membantu anggota PERHILITAN. Saya menyambut baik inisiatif program BP3 ini, namun begitu saya ingin bertanya sejauh manakah keberkesanan program ini yang bukan sahaja menyelesaikan isu pencerobohan gajah liar tetapi juga melibatkan pemburuan dan juga pembalakan haram dalam negara ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Cheras.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memerhatikan RMKe-12 mengambil kira pelbagai masalah dan cabaran ekonomi dan sosial dan perlu diperbetulkan sekiranya kita mahu Malaysia maju ke hadapan daripada sebuah negara berpendapatan sederhana ke negara berpendapatan tinggi. Akan tetapi, pada masa yang sama saya ingin memberikan amaran bahawa semua rancangan dan cita-cita ini tidak akan berjaya sama sekali tanpa reformasi institusi dan dasar-dasar yang progresif. Kita tidak dapat menafikan negara kita sedang berhadapan dengan peningkatan masalah rasuah, politik wang, kronisme, rasisme, penyalahgunaan kuasa, dan jurang pendapatan yang semakin meluas dan pelbagai lagi masalah terlalu banyak untuk saya sebutkan semua di sini. Masalah-masalah yang terjadi seumpama barah dalam masyarakat kita, menghalang usaha untuk kita membangunkan Malaysia ke arah kemajuan dan kemakmuran. Perkara ini tidak boleh dibiarkan untuk menjadi lebih buruk. Jika tidak, RMKe-12 ini hanya akan menjadi satu lagi rancangan lima tahun yang hanya memberikan kekecewaan dan kegagalan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sepatutnya perlu memimpin dan menunjukkan contoh teladan yang terbaik, namun pembaziran dana kerajaan seperti yang ditunjukkan dalam kes pengubahsuaian Seri Perdana yang memakan belanja sebanyak
RM38.5 juta yang didedahkan baru-baru ini adalah satu perkara yang amat mengecewakan. Seri Perdana kini menjadi bukan sahaja residen ataupun kediaman rasmi Perdana Menteri tetapi lebih-lebih lagi ia sudah menjadi satu lambang pembaziran dan keborosan. Mengenai slogan Perdana Menteri iaitu Keluarga Malaysia. Negara kita memerlukan satu nafas baharu tetapi kita tidak boleh semata-mata mengejar kemakmuran ekonomi, apa yang lebih penting pada masa yang sama adalah keamanan dan keharmonian. Kepelbagaian masyarakat majmuk di Malaysia inilah yang membuatkan negara kita hebat. Oleh itu, semua dasar dan tindak tanduk kerajaan perlu selari dengan semangat Keluarga Malaysia ini. Kita juga perlu memastikan bahawa slogan ini tidak mempunyai apa-apa agenda yang tersembunyi seperti mana slogan 1Malaysia yang digunakan oleh seorang mantan Perdana Menteri untuk menjarah hasil negara. Kita tidak boleh mengizinkan berulangnya kejadian di mana kita, “harapkan pegar, pegar makan padi”. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 telah menyebabkan gangguan besar terhadap rantaian bekalan makanan di seluruh dunia yang mendedahkan negara kita kepada risiko terhadap sekuriti makanan di negara kita yang bergantung kepada import ini. Malaysia sebelum ini berada di tempat ke-28 daripada 113 buah negara pada tahun 2019 yang dinilai dalam Indeks Keselamatan Makanan Global pada tahun 2019.
Satu lonjakan yang signifikan dari tempat ke-44 tahun 2018. Perkara ini hanya mampu berlaku kerana penambahbaikan pentadbiran dan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan. Malangnya kedudukan negara kita terus merudum ke tempat yang ke-43 pada tahun 2020 selepas mandat Pakatan Harapan dirampas. Sudah tiba masanya untuk kita menilai semula secara holistik Dasar Sekuriti Makanan Negara kita. Pada tahun 2013, Tuan Yang di-Pertua, nilai perbelanjaan import makanan negara kita berada pada paras RM38.8 bilion. Tujuh tahun kemudian, pada tahun 2020, nilai ini telah meningkat sekadar mendadak iaitu kenaikan 43 peratus kepada RM55.5 bilion. Bagaimanakah sebuah kerajaan yang mempunyai rekod yang tidak baik dalam mentadbir sektor pembuatan makanan dapat meyakinkan rakyat bahawa apabila kita berhadapan dengan kejutan bekalan atau dengan izin, supply-side shock pada masa hadapan kita dapat jamin makanan kita akan— memastikan terdapat cukup makanan untuk satu-satu tempoh masa yang cukup panjang dalam keadaan kecemasan seperti yang berlaku dengan sekatan pergerakan di seluruh dunia akibat COVID-19 Kita perlu bersedia dan mempunyai rancangan tindakan bagi membolehkan mengambil tindakan pantas terhadap apa-apa krisis yang akan datang, yang mungkin akan menggugat sekuriti makanan dalam negara. Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah negara yang amat bergantung kepada import barangan makanan, sudah tiba masanya untuk kita memastikan yang kita mempunyai simpanan bekalan makanan asas atau food reserve untuk menjamin sekuriti makanan dalam negara kita. Dalam soal ini, saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengetuai Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara untuk melaporkan kepada Dewan ini, apakah nasib jawatankuasa yang ditubuhkan sebelum ini? Adakah dasar sudah dirangka? Apakah hala tuju dan strategi yang digunakan dalam dasar ini dan sama ada dasar ini mempertimbangkan untuk rancangan mewujudkan pelan reserve makanan negara?
Saya bangkitkan persoalan ini kerana semasa kemuncak tindak balas terhadap penularan COVID-19 dalam negara sebelum ini, terdapat kesan meluas dan kebimbangan dalam kalangan rakyat mengenai bekalan makanan dalam negara buat masa sekarang dan pada masa hadapan. Pandemik ini patutnya menjadi satu peringatan kepada kita untuk menambah baik keselamatan sistem bekalan makanan kita. Masa pun tidak mencukupi untuk saya membangkitkan perkara yang lain. Baiklah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Cheras. Seterusnya Yang Berhormat Keningau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Bera atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Kesembilan. Tuan Yang di-Pertua, dan Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini telah mendengar laungan, desakan dan suara-suara keperitan dan mengemis daripada Ahli- ahli Yang Berhormat Sabah dan Sarawak mengenai kemunduran, kemiskinan tegar di mana sembilan daripada 10 daerah yang termiskin adalah di Sabah dan Sarawak walaupun Sabah dan Sarawak adalah penyumbang nombor tiga dan nombor lima kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sarawak adalah pengeluar gas asli yang terbesar dan Sabah juga adalah pengeluar lebih daripada 60 peratus minyak mentah negara. Malahan Sabah dan Sarawak adalah the golden goose that lays the golden revenue for Malaysia. Tanpa hasil dan sumber-sumber dari Sabah dan Sarawak, tidak mungkin pembangunan dan kemajuan yang ada di Semenanjung Malaysia ini kita boleh lihat pada masa sekarang ini. Tuan Yang di-Pertua, kami di Sabah dan Sarawak tidak memohon, tidak meminta apa yang kita tidak berhak. Kami hanya menuntut apa yang sepatutnya. Sabah dan Sarawak hanya idam-idamkan layanan yang adil dan saksama dan juga melaksanakan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti mana yang telah dipersetujui bila Bapa Kemerdekaan menubuhkan Malaysia. Pemimpin-pemimpin sekarang di pusat dan daripada Semenanjung Malaysia, saya mintalah supaya jangan terlalu obses dengan menguasai politik di Sabah dan Sarawak. The time is now, here, put into action and develop Sabah melalui RMke-12. Peruntukan RM400 bilion untuk RMKe-12 harus diagih dengan formula 50 peratus untuk Semenanjung Malaysia, 25 peratus untuk Sarawak dan 25 peratus untuk Sabah. Kerajaan Pusat ada dua pilihan. Satu mengekalkan cara lama dengan peruntukan agihan lapan atau 10 peratus untuk Sabah dan Sarawak atau menggunakan cara baharu iaitu 25 peratus. Layankan Sabah dan Sarawak dengan sama dan adil dan agihan peruntukan seperti yang saya sebutkan tadi, 50 peratus Semenanjung Malaysia, 25 peratus Sabah, 25 peratus di Sarawak. Sebelum menolak cadangan ini, dengarlah laungan-laungan dan suara-suara sumbang di luar sana untuk Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. Dengan layanan dan peruntukan yang saksama dan adil, kerajaan akan dapat mengekalkan golden goose Sabah dan Sarawak ini di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan dan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak tidak boleh dilengahkan lagi. Di Kalimantan, jalan raya empat lorong dan enam lorong sudah siap di bina dan kawasan-kawasan estet makanan pun sudah siap dibina dan sedang berhasil. Hanya menunggu permulaan pembinaan ibu negara Indonesia di Samarinda, Kalimantan. Jika terlambat, segala pelaburan asing akan menjurus ke Kalimantan dan pembangunan terlewat untuk Sabah dan Sarawak tidak akan memberi impak yang sepenuhnya untuk menarik pelaburan asing di Sabah dan Sarawak. Dengan izin, Kalimantan is now forging ahead in full steam and we have no time to lose.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang Kalimantan dan pemindahan ibu negara Indonesia, Kalimantan, saya ingin mencadangkan bahawa dalam RMKe-12, kerajaan harus memberi tumpuan khas kepada program-program dan rancangan menggalakkan ekonomi BIMP-EAGA adalah diramalkan bahawa pemindahan ibu negara ke Indonesia akan mencetus ekonomi di rantau ini dengan memfokuskan dan memberi penumpuan untuk rancangan menggalakkan ekonomi BIMP-EAGA, khasnya untuk Sabah dan Sarawak, ia akan mencetuskan pembangunan ekonomi rantau yang juga menyumbang kepada ekonomi Malaysia, meningkatkan rantaian serta peluang perniagaan, pekerjaan dan peningkatan pendapatan rakyat khasnya di Sabah dan Sarawak serta kesejahteraan rakyat. Susulan ini, lebih ramai ahli-ahli majlis dan jawatankuasa BIMP-EAGA harus juga dilantik daripada kalangan Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, satu daripada punca utama kenapa Sabah dan Sarawak miskin mundur adalah sebab hak milik minyak dan gasnya diambil alih oleh kerajaan dan Petronas secara tidak sah. Ini kita boleh argue lah. Sebelum 14 Jun 1976, di mana Sabah dan Sarawak didesak menandatangani Perjanjian Minyak dan Hasil Minyak dan Gas, Sabah diambil alih oleh Petronas secara tidak berperlembagaan.
Sabah adalah wilayah yang kaya-raya. Adalah dilaporkan di dalam Hansard Dewan Undangan Negeri Sabah pada tahun 1969, bahawa Tun Mustapha Datu Harun telah menandatangani enam perjanjian antarabangsa dengan syarikat minyak antarabangsa untuk mencari gali dan mengusahakan pengeluaran minyak dan gas di Sabah. Dalam perjanjian tersebut, Sabah berhak menerima 12.5 peratus royalti sebagai royalti minyak. Juga telah dilaporkan dalam Hansard DUN Sabah pada Disember 1976, bahawa akibat perjanjian 14 Disember 1976 itu, Kerajaan Negeri Sabah menerima RM20 juta daripada royalti minyak dan seharusnya menerima RM50 juta. Bukan RM20 juta. Sejajar dengan Keluarga Malaysia, kerajaan dan Petronas sekarang harus mula mengambil tindakan untuk mengembalikan hak milik minyak dan gas daripada Petronas kepada pengeluar minyak seperti Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, moving forward, sebagai satu keluarga yang besar, Sabah, Sarawak, dan Malaya – kerajaan dan Petronas harus mentadbir urus Petronas dengan lebih adil, lebih telus, dan berwawasan bersama, dan bukan untuk pemimpin tertentu atau golongan tertentu sahaja. Macam mana kita boleh berharap menghormati dan berpuas hati sekiranya negeri-negeri pengeluar minyak dan gas, keringatnya dipinggirkan dan ditinggalkan. No one should be left behind. No one should be marginalised. Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya the ownership, the administration, and the management of Petronas should be shared with the oil producing states, not just Sabah and Sarawak, but also Kelantan and Terengganu. Hak milik Petronas harus dimiliki oleh Kerajaan Pusat dan tidak kurang daripada 50 peratus saham dimiliki oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Sabah, dan Sarawak. Rakyat Sabah dan Sarawak juga harus diberi peluang yang sama untuk berkhidmat dengan Petronas, bukannya seperti yang saya dengar dua tiga tahun yang lalu untuk mengisi 200 kekosongan di Petronas, mereka menginterview di Sabah tetapi hanya dua orang sahaja yang diambil untuk bekerja.
Tolong habiskan, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi punca utama kenapa Sabah dan Sarawak mundur adalah disebabkan Kerajaan Pusat tidak menunaikan hak kewangan Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua. Saya cadangkan supaya satu mekanisme baharu untuk memungut hasil 40 peratus ini dengan mewujudkan satu mekanisme di Sabah supaya hasil ini dikutip serta- merta, dan 60 peratus itu ditujukan kepada Kerajaan Pusat. Peruntukan khas untuk RMKe-12, saya ingin meminta supaya pertimbangan diberi kepada perkara berikut:
(i) dana untuk membiayai pembinaan Lebuh raya Pan Borneo secara PFI sepertimana yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Kabinet Sabah awal tahun ini; (ii) dana yang mencukupi untuk tebatan banjir yang boleh menyelesaikan masalah banjir di Sabah; dan (iii) untuk memulakan infrastruktur internet termasuk rangkaian jalur lebar 5G dengan sekurang-kurangnya lima tempat testbed di Bandar raya Kota Kinabalu, Kota Kinabalu Industrial Park, UMS, Pelabuhan Sepanggar dan POIC Lahad Datu. Kabel dasar laut atau submarine cable ini sepatutnya sebagai hab internet serantau, lengkap dengan teknologi industrial park dan data centre hub. Saya menyokong penuh keluhan dan permintaan daripada rakan saya, Yang Berhormat Kinabatangan supaya dana untuk Lebuh raya Pan Borneo ini diluluskan dalam RMKe-12. Tuan Yang di-Pertua, masalah banjir di Sabah tidak akan diselesaikan...
Yang Berhormat, tolong habiskan Yang Berhormat.
...dengan dana yang diberi bercubit- cubit.
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Kerajaan harus meneliti– sekejap lagi. Bolehkah?
Sudah lama. Tiga, empat minit sudah lebih.
[Dewan riuh]
Masalah banjir di Sabah ini adalah masalah yang besar, tetapi yang diberikan adalah sedikit. Bayangkanlah masalah banjir dan masalah yang lain di Sabah adalah seperti gunung yang besar. Akan tetapi, apa yang Kerajaan Pusat beri adalah cangkul dan ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini sepertimana yang kita perlukan baraj untuk menyelesaikan kebanjiran di Kota Kinabalu, membina baraj berharga RM850 juta tetapi tidak ada peruntukan yang telah diberikan.
Yang Berhormat.
Saya juga memohon supaya submarine cable fixing cabotage yang menghalangkan pelaksanaan submarine cable dan juga maintenance submarine cable ini dihapuskan atau—supaya tidak ada halangan untuk membangunkan internet di Sabah.
Tolong habiskan Yang Berhormat.
Yang last, saya memohon supaya kerajaan pusat mengkaji dan membenarkan penanaman industrial hemp serta kanabis di Sabah untuk tujuan industri hem serta kegunaan perubatan seperti yang dibenarkan di banyak negara di seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sebenarnya mengambil masa 14 minit. Tidak apa, Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita ada perancangan besar dan jauh seperti
wawasan negara. Kita ada Rancangan Malaysia yang mengambil masa lima tahun dan kita ada perbahasan bajet setahun sekali. Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin negara kita ini mempunyai pandangan yang luas ke hadapan untuk membina negara. Akan tetapi, apa yang berlaku ketika kita sibuk dengan COVID-19 ini, saya percaya mereka juga sibuk dengan lompat parti, sibuk takut hilang jawatan menteri dan GLC, ataupun penasihat bertaraf Menteri gagal melihat masa depan negara. Apabila kita bertanya kepada pemilik kedai runcit mengapa harga mahal, mereka menjawab bekalan kurang. Kemudian ditanya kepada pengusaha dan petani di ladang, mereka menjawab tiada pekerja asing kerana telah balik negeri dan kos mengambil pekerja semakin mahal. Apakah rancangan jangka panjang Malaysia untuk menyelesaikan isu harga dan keselamatan makanan ini hanya cantik di atas kertas sahaja? Atau hendak menambah lagi import makanan dari luar? Tidakkah kita ambil pengajaran ketika wabak melanda hampir-hampir menjadikan krisis makanan, menjadi sangat serius apabila terlalu berharap kepada makanan yang diimport. Walaupun dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, dikatakan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dan program TVET akan diperkasakan, apakah perancangan kerajaan untuk menggalakkan generasi muda menceburi bidang pertanian dan penternakan? Antara kementerian, masihkah tiada keselarasan tentang perkara ini? RMKe-12 dinyatakan akan menambahbaik kesiapsiagaan dan kawalan sempadan melalui pembinaan bare base di Bintulu. Akan tetapi, tidak diperincikan sama ada squadron apakah yang akan beroperasi di sana.
Apakah akan ada penambahan skuadron jet perjuang baharu di Bintulu atau masih kekal enam skuadron dengan hanya beberapa buah pesawat Hawk di Labuan? Ruang udara Sabah dan Sarawak yang lebih luas daripada Semenanjung sebenarnya mudah dibolosi musuh kerana tidak cukup jet pejuang yang mengawalnya. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dinyatakan dalam Dewan yang mulia ini minggu lalu, jet pejuang Aermacchi MB-339 yang diperolehi pada 2009 sepatutnya ditamatkan perkhidmatannya pada 2028. Panjang lagi. Akan tetapi terpaksa dilakukan penamatannya lebih awal, bukankah ini satu pembaziran wang rakyat? Mendapatkan teknologi untuk pertahanan udara negara bukan seperti membeli mainan anak di pasar malam. Bagaimanakah pula status Markas Wilayah Laut 4 TLDM di Sarawak? Apakah kapal perang kita seterusnya turut dibekalkan oleh ‘abang besar’. Sebelum PKP 2.0, pencerobohan kapal-kapal asing ini dilaporkan kepada saya bukan oleh TLDM, atau APMM tetapi oleh nelayan-nelayan dan pekerja pelantar minyak Malaysia yang sering melihat kapal-kapal luar memasuki perairan negara. Habis semua sumber laut kita dijarah. Di darat lain ceritanya. Di laut, ikan-ikan kita pula dicuri sewenang-wenangnya. Setiap perolehan aset ketenteraan yang mahal perlu bebas ketirisan, rasuah dan bukannya diserah kepada kroni bulat-bulat. Rakyat memerhati serta menilai dengan apa yang berlaku. Rasuah, ketirisan berlaku dan berselindung atas rahsia keselamatan negara. Ini yang telah menyebabkan pertahanan negara kita menjadi bocor disebabkan oleh kecuaian dalam pengurusan itu. Apabila COVID-19 melanda, saya hendak mencadangkan Kor Kesihatan Askar Wataniah ditambah serta diperbesarkan. Sepatutnya lebih ramai orang awam dilibatkan dan dilatih dengan ilmu kesihatan oleh ATM. Staf-staf hospital swasta boleh menyumbangkan seorang dua pekerja mereka secara sukarela untuk sama-sama berkhidmat kepada negara jika wabak kembali mengganas. Saya mungkin tertinggal, atau tidak nampak tetapi dalam RMKe-12 ini saya tidak perasaan mengenai Angkatan Pertahanan Awam (APM). Saya hendak mencadangkan JPA menambah keanggotaan tetap APM, tetap berpencen dan bukannya menambah sukarelawan sahaja. Semua kerja sepanjang wabak daripada menghantar bakul makanan, menjaga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sampailah kepada menyemadikan jenazah dibuat oleh APM yang lengkap dengan personal protective equipment (PPE).
Akan tetapi, risiko bagi yang melakukan semua ini hanyalah sukarelawan yang dibayar RM8 sejam. Saya tidak nafikan kehadiran teman-teman PTD dalam jabatan ini penting tetapi janganlah sampai menutup pintu untuk kita mengurus ahli-ahli APM yang bekerja keras di bawah sana. Sedikit mengenai kesihatan. Memandangkan pandemik COVID-19 akan menjadi endemik serta pembukaan sektor ekonomi dan sekolah, kit ujian kendiri akan menjadi keperluan penting dalam kehidupan kita. Kita diberi tahu kerajaan sedang mengkaji sama ada harga kit ujian kendiri boleh dijual pada harga mampu milik pada masa hadapan. Pada masa ini, terdapat 18 syarikat yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Apakah jumlah syarikat ini akan ditambah dan harga dapat terus dikurangkan? Jentera penerangan kerajaan harus memainkan peranan yang lebih agar mereka yang belum divaksinkan, merasa yakin sebab kita berkempen untuk memastikan seberapa ramai rakyat Malaysia dan penduduk di negara ini dilakukan proses vaksinasi. Akan tetapi, ada yang mengecualikan diri. Apakah peranan kerajaan untuk meneruskan, memberikan penerangan kepada mereka, penjelasan kepada mereka, meyakinkan kepada mereka dan memastikan mereka tidak rasa mereka didiskriminasikan? Kemarahan mereka, kerajaan perlu bertanggungjawab. Janganlah peruntukan dibayar untuk cybertrooper untuk tujuan politik 24 jam dan gagal memberi penerangan kepada mereka yang perlukan penerangan di luar sana. Saya mengharapkan Rancangan Malaysia Ke-12 yang kelihatan cantik dan menarik ini kami menyokongnya. Akan tetapi, kebimbangan saya apakah pelaksanaannya. Apakah kita akan membiarkan lanun-lanun dan perompak-perompak melihat peluang-peluang untuk merompak dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Seterusnya Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua mengizinkan Sungai Siput mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada tanggal 27 September yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, suara yang berlegar di kalangan masyarakat India Malaysia adalah, apakah harapan masyarakat India dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan sejauh manakah isi kandungan itu benar-benar mewakili, membantu mengangkat sosioekonomi masyarakat India? Tuan Yang di-Pertua, sumbangan kaum India adalah besar dalam konteks pembangunan negara kita yang tidak harus dilupakan. Bermula di ladang getah, ketika itulah Malaysia menjadi pengeluar getah nombor satu dunia. Tuan Yang di-Pertua, golongan pemikir terdiri daripada kumpulan ahli ekonomi, ahli akademik, di kalangan masyarakat India berasa amat kecewa dengan pembentangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana tiada hala tuju yang jelas. Peruntukan yang dianggarkan RM400 bilion ini tidak mencerminkan apa yang ada dalam buku Rancangan Malaysia Ke-12 untuk masyarakat India. Mereka berasa hampa dan kecewa dengan pembentangan ini. Tuan Yang di-Pertua, agenda perpaduan negara dijadikan asas dalam apa jua pelaksanaan program pembangunan negara. Ia juga menjadi penanda aras kepada usaha kerajaan menangani dengan serius isu ketidakseimbangan kaum dalam pembangunan negara. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan wajib menitikberatkan isu ini dalam setiap rancangan pembangunan negara yang dirancang setiap lima tahun sekali. Tuan Yang di-Pertua, jumlah penduduk Malaysia sehingga suku pertama 2021 adalah seperti berikut: (i) bumiputera dengan 20.9 juta bersamaan dengan 69.7 peratus; (ii) kaum Cina 6.7 juta bersamaan dengan 22.5 peratus; dan
(iii) kaum India 2 juta bersamaan dengan 6.8 peratus. Berdasarkan kepada jumlah penduduk Malaysia dan pecahan etnik semasa, maka segala perancangan sosioekonomi dan pembangunan negara haruslah melibatkan semua kementerian dan agensi kerajaan yang selari dengan konsep Keluarga Malaysia dalam mengagihkan kek ekonomi seadil-adilnya. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada teks pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 dalam Perkara 66 berkenaan dengan status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran bagi tahun 2019 seperti berikut; di mana pegangan bumiputera adalah 17.2 peratus dan sasaran kerajaan adalah 30 peratus. Bukan bumiputera 25.5 peratus, di mana dalam 25.5 peratus ini masyarakat India hanya 1.15 peratus. Itu pun termasuk mengambil kira kekayaan tokoh korporat seperti Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Tony Fernandes. Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu dan mengangkat sosioekonomi masyarakat India. Pelan Tindakan Masyarakat India, Malaysian Indian Blueprint (MIB) telah diperkenalkan di bawah kerajaan terdahulu perlu dikaji semula dalam usaha penambahbaikan perlu dipertingkatkan dengan menentukan garis masa mencapai ekuiti tiga peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12. Buat masa ini, bajet tahunan saban tahun hanya diperuntukkan RM100 juta menerusi MITRA di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan RM20 juta di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dalam buku Rancangan Malaysia Ke-12 bab kelima, perkara ini menyebut menangani kemiskinan dan membangunkan masyarakat secara inklusif. Ia tidak meletakkan satu hala tuju yang jelas dan perincian yang jelas, bagaimana hendak membantu mencapai sasaran tiga peratus ekuiti kaum India. Slogan konsep ‘Keluarga Malaysia' tidak diterjemahkan dalam bentuk penyediaan dasar dan juga pelan perancangan membantu masyarakat India dalam buku perancangan Rancangan Malaysia Ke-12. Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan menyasarkan pemilikan ekuiti kaum India kepada tiga peratus dalam sektor korporat dapat dicapai dalam tahun 2020.
Malangnya, pada tahun 2013 sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Perdana Menteri ketika itu berjanji membantu masyarakat kaum India menerusi pelbagai inisiatif supaya jumlah ekuiti kaum India dikembangkan, malangnya ia gagal malah sasarannya merosot daripada 1.3 peratus kepada 1.15 peratus. Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen merasa terpanggil untuk mengemukakan beberapa cadangan dan syor untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan bagi memartabatkan sosioekonomi masyarakat India dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 lima tahun akan datang. Pertama, mewujudkan dana khas sebanyak RM2 bilion untuk pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat India dalam tempoh lima tahun akan datang. Kedua, penempatan tujuh peratus setiap tahun untuk masyarakat India dalam perkhidmatan awam. Ketiga, memperuntukkan biasiswa penuh kerajaan sebanyak 10 peratus kepada pelajar-pelajar berdasarkan merit dalam negara dan luar negara. Keempat, penempatan sekurang-kurangnya 15 orang bagi jawatan JUSA A hingga C. Kelima, kadar faedah rendah pinjaman bank untuk membeli saham Amanah Saham Nasional kepada kumpulan B40 dan M40.
Terakhir, penempatan 2,000 pekerjaan dalam pasukan PDRM dan 2,000 dalam Angkatan Tentera Malaysia di kalangan masyarakat India. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan. Saya akhiri ucapan saya. Dengan ini, terima kasih sekali lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat Kubang Pasu.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberikan kesempatan kepada saya untuk membahas RMKe-12 ini. Pembentangan kita ini hanya dapat dibuat pada suku terakhir tahun pertama pelaksanaan RMKe-12 ini akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia. Sepatutnya ia dibentangkan pada pertengahan tahun 2020. Dibahas, dibuat penambahbaikan dan siap untuk mula dilaksanakan pada awal tahun 2021 sehingga Disember 2025. Selain dari hampir satu tahun lewat daripada aspek pelaksanaannya, kita juga diulit oleh ketidakmampuan untuk mencapai target yang telah disasarkan dalam RMKe- 11. Pertumbuhan KDNK yang kita sasarkan empat hingga 5.5 peratus setahun, kita hanya mampu mencapai purata 2.7 peratus sahaja. Begitu juga pendapatan kasar negara, pendapatan bulanan isi rumah, bahagian pampasan pekerja yang kita sasarkan, semuanya telah berlaku shortfall sebanyak 11 peratus bagi pendapatan kasar negara, 20 peratus bagi pendapatan bulanan isi rumah dan enam peratus bagi bahagian pampasan pekerja. Dalam RMKe-11, kita sasarkan untuk belanja pada mulanya RM260 bilion. Kemudian di-review turun menjadi RM220 bilion. Kita mensasarkan untuk belanja RM400 bilion dalam masa empat tahun bagi RMKe-12. Pertumbuhan KDNK tahunan disasarkan 4.5 hingga 5.5 peratus, sekali lagi, dan pendapatan kasar negara per kapita sebanyak RM57,882. Mampukah kita sekali lagi mencapai target ini? Sebelum saya menyentuh faktor-faktor kejayaan kritikal untuk berjaya dalam usaha kita ini, saya ingin menekankan bahawa kita sepatutnya mengangkat semula ekonomi dan persekitaran ekonomi kita seperti mana sebelum pandemik COVID-19 membelenggu kita. Saya kesal kerana, dengan izin, not enough has been done to make sure that our industries, be it SME or others, can sustain and remain healthy and vigilant and ever ready to bounce back when the time comes after taking the full brunt of pandemic COVID-19. Rekod menunjukkan, seperti yang pernah disebut sebelum ini, sehingga 20 Ogos 2021, hanya 3.6 peratus syarikat yang berdaftar di dalam tourism related industry mendapat bantuan, hanya 11.2 peratus dari RM600 juta yang diperuntukkan being disbursed. Bagi soft loan yang ditawarkan kepada SME, hanya 2.9 peratus daripada keseluruhan jumlah SME yang terima soft loan yang ditawarkan. Too little and too late. Apa yang diperlukan untuk memastikan kejayaan perancangan RMKe-12 bagi memastikan kita on the right track separuh jalan mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, kita memerlukan satu kepimpinan yang kuat dan beramanah, al qawiyyul amin, strong leadership with the right values. Kepimpinan yang berani dan mampu membuat transformasi, tidak takut untuk hilang populariti, memalami kebocoran yang ada berlaku di sana sini, kurangkan bilangan members of Cabinet dan tidak jadikan ia sebagai hadiah kesetiaan dalam politik. Hapuskan special envoy bertaraf Menteri. Tidak payahlah lantik mantan Perdana Menteri untuk menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri. Apa yang beliau tidak dapat lakukan ketika menjadi Perdana Menteri dan ketika darurat diisytiharkan
yang membolehkan beliau pada waktu ini boleh pula berjaya memimpin negara pulih dari kesan pandemik COVID-19? Kita mungkin perlu berani untuk revamp sistem pendidikan kita agar kita mampu melahirkan pelajar yang inovatif dan mampu menjadi mencipta dan pengguna teknologi tinggi, smart manufacturing, yang mampu memberi ganjaran tinggi, gaji yang lumayan serta juga mampu untuk mengurangkan industri yang kebergantungan kepada tenaga buruh yang tinggi. Get our best brains back to our country. Beri keistimewaan tertentu kepada mereka. Sediakan landskap pelaburan yang kondusif untuk menarik pelaburan domestik dan antarabangsa. Kita mahu mendengar ‘harimau Asia’ ini mengaum semula. Kita pernah melakukan dulu semasa Yang Berhormat Langkawi menjadi Perdana Menteri. Ayuh Yang Berhormat Bera, buktikan anda tidak akan jauh ketinggalan. Show us your strong leadership, Yang Berhormat Bera. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Strategi A2 dalam Bab 5 iaitu Menambah Baik Akses Terhadap Perkhidmatan Penting. Jika kita lihat dalam dokumen ini, hanya dua perkhidmatan penting yang diberi penekanan iaitu pendidikan dan perkhidmatan kesihatan. Umum mengetahui bahawa pasca pandemik ini telah merubah kehidupan kita untuk mempraktikkan norma baharu dengan kelas atas talian, pekerjaan atas talian dan hampir semua berada atas talian. Malah COVID-19 Assessment Centre (CAC) juga ada dilakukan secara atas talian bagi individu yang kuarantin di rumah. Saya memetik cadangan daripada Datuk Dr. Madeline Berma untuk meletakkan akses internet sebagai perkhidmatan penting malah meletakkannya di dalam Indikator Kemiskinan Pelbagai Dimensi atau Multidimensional Poverty Index (MPI). Ini kerana dalam fasa ini, mereka yang tidak mendapat akses internet akan ketinggalan dari sudut pendidikan terutamanya. Ketinggalan dalam pendidikan akan sekali gus membantutkan peluang mereka untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, sistem kewangan Islam dan Malaysia sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Malaysia kekal sebagai peneraju ekonomi Islam global selama lapan tahun berturut-turut menurut State of the Global Islamic Economy Report 2020-2021 di mana kita sentiasa berada di tangga tertinggi di dalam Global Islamic Economic Indicators ini yang terdiri dari halal food, Islamic finance, Muslim friendly travel, modest fashion, kemudiannya pharma and cosmetics dan media dan recreation. Malaysia juga kekal menjadi pengeluar sukuk terbesar dunia pada tahun 2019 bersamaan dengan 37 peratus daripada pasaran sukuk seluruh dunia. Jika kita lihat dalam RMKe-12, dalam Strategi C3 dalam Bab 2 – Memperkukuh Agenda Kewangan Islam, saya menyambut baik idea dan keterbukaan kerajaan untuk memperkukuhkan ini. Di kesempatan ini, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan meneruskan mewujudkan blueprint economy Islam yang pernah saya cadangkan tetapi tidak sempat dilaksanakan pada tahun 2019. Pada pendapat saya, kita perlu mensasarkan Malaysia ke arah menjadi peneraju ekonomi Islam yang lebih luas berbanding skop kewangan Islam sahaja.
Kita perlu bersaing dengan negara jiran kita, Indonesia yang kerap membincangkan tentang usaha menjadikan mereka sebagai pusat ekonomi dan kewangan syariah utama di dunia. Indonesia sudah ke hadapan dengan kewujudan committee national economy dan kewangan Islam sejak tahun 2016. Di kesempatan ini, saya ingin mencadangkan untuk kita meletakkan indikator penubuhan blueprint economy Islam dan menyasarkan pertumbuhan purata GIEI 20 peratus menjelang tahun 2025. Dengan adanya dua indikator ini, Malaysia akan lebih terarah untuk menjadi peneraju utama ekonomi dan kewangan Islam seantero dunia. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya. Saya ingin menyentuh beberapa projek yang telah dirancang dan sebahagiannya telah dilaksanakan berada dalam kawasan saya mahupun
berhampiran dengan kawasan saya iaitu Kubang Pasu. Antara projek yang saya nampak agak perlahan kemajuannya ialah Kedah Rubber City. Projek ini telah diumumkan pada tahun 2013 tetapi sehingga sekarang, pelabur masih belum dapat masuk kerana pembinaan infrastruktur asas masih belum selesai sepenuhnya. Saya kira tidak ramai pelabur yang kekal sabar menunggu untuk mereka memulakan pelaburan dan operasi mereka. Isu pelaksanaan perlu diberi perhatian. Begitu juga Kedah Science and Technology Park di Bukit Kayu Hitam. Saya juga mendapat maklum bahawa projek Skim Pemindahan Air Jeniang ataupun Jeniang Transfer yang bertujuan untuk menyalurkan air dari Sungai Muda ke kawasan penanaman padi dan juga untuk kegunaan air domestik dan industri yang baru siap fasa I iaitu pembinaan Ampang Jajar dan Muka Sauk tidak akan diteruskan dengan fasa II iaitu membina terusan pemindahan sepanjang 7.3 kilometer. Fasa III, pembinaan Empangan Naok dan fasa IV, pembinaan terusan penghantar sepanjang 19.8 kilometer. Saya kira projek ini wajar diteruskan bagi mengurangkan tekanan kepada permintaan penggunaan air untuk pertanian dan bekalan air domestik dan industri di kawasan utara Semenanjung. Mohon projek ini dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan. Setelah saya merayu berkali-kali, akhirnya meluluskan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bata sepanjang 25 kilometer dari Pekan Changlun hingga Jitra. Dengan terlaksananya projek RTB ini, adalah diharapkan dapat meminimumkan insiden nuisance flooding sekitar kawasan berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Yang Berhormat Batu Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Konsep Keluarga Malaysia diketengahkan dengan konotasi yang cukup positif sejurus setelah Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan. Walau bagaimanapun, ramai yang masih keliru dengan konsep ini. Oleh yang demikian, pendefinisian konsep dan matlamatnya perlu diperjelaskan dengan segera oleh Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini. Dikatakan RMKe-12 yang kita bahaskan hari ini ditanam dengan semangat identiti Keluarga Malaysia. Saya cukup risau jika tidak ada pentakrifan yang jitu, maka akan wujud amalan dan perbezaan identiti seperti anak angkat, angkat tiri, anak emas dan macam- macam lagi dalam Keluarga Malaysia yang diuar-uarkan. Kita tidak mahu melihat keluarga porak-peranda dan hancur berkecai kerana terdapat anasir-anasir jahat yang sentiasa mahu memecahbelahkan rakyat dengan isu- isu perkauman dan agama yang sensitif. Pendefinisian Keluarga Malaysia adalah penting supaya konsep ini tidak disalahertikan atau dilihat sekadar retorik kosong seperti slogan 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan ekuiti bumiputera daripada 17.2 peratus kepada 30 peratus. Saya amat menyokong pendirian kerajaan dalam hal ini. Pelbagai usaha dirancang dan akan dilaksanakan dalam RMKe-12 untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Saya percaya matlamat ini akan dicapai jika kerajaan benar-benar mempunyai kesungguhan politik. Pada masa yang sama, saya ingin mengetahui apakah sasaran kerajaan bagi ekuiti kaum India dalam RMKe-12. Dalam satu jawapan di Dewan Rakyat, pemilikan ekuiti korporat kaum India adalah sebanyak 2.4 peratus dengan nilai pegangan RM21.27 bilion pada tahun 2011. Kerajaan mensasarkan pemilikan ekuiti kaum India sebanyak tiga peratus dalam RMKe-11. Kini didapati pemilikan ekuiti kaum India telah menyusut lagi. Adakah benar bahawa ekuiti kaum India hanya 1.15 peratus sahaja pada ketika ini?
Apakah sasaran kerajaan mengenai ekuiti kaum India dalam RMKe-12? Apakah program- program yang akan dilaksanakan secara spesifik dalam merealisasikan hasrat ini? Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan pegangan ekuiti bumiputera tidak berkurangan, kerajaan bercadang memperkenalkan jaringan keselamatan dengan mensyaratkan penjualan saham atau firma bumiputera hanya kepada syarikat, konsortium atau individu bumiputera sahaja. Pada hemat saya, dasar ini akan merugikan kaum bumiputera. Bukankah pendekatan ini akan mengurangkan nilai ekonomi saham atau firma bumiputera itu sendiri? Ahli-ahli Yang Berhormat, tepuk dada, tanya selera. Adakah dasar ini akan benar-benar menguntungkan kaum bumiputera? Jika ya, laksanakanlah demi memperkukuhkan ekonomi bumiputera tetapi jangan melakukannya semata-mata kerana idea populis ini akan membawa keuntungan politik kepada pihak-pihak tertentu tetapi merugikan kaum bumiputera dari sudut ekonomi secara keseluruhannya. Ini adalah satu perbuatan seolah-olah telunjuk mencucuk mata sendiri. Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab meningkatkan tahap sosioekonomi kaum India telah diletakkan di bawah MITRA yang sebelum ini dikenali sebagai SEDIC, kedua- dua organisasi ini telah gagal untuk memperbaiki kualiti hidup kaum India di negara ini. Walaupun RM100 juta telah diperuntukkan kepada MITRA untuk membantu pembangunan sosioekonomi kaum India tetapi usaha ini telah gagal sama sekali. Kemiskinan daripada kalangan kaum India masih tidak berkurangan malah ekuiti kaum India pula semakin menurun.
Yang Berhormat Batu Gajah.
MITRA tidak membawa apa- apa perubahan, tidak ada apa-apa hasil atau kejayaan yang konkrit atau pencapaian yang boleh dibanggakan oleh MITRA.
Yang Berhormat Batu Gajah, sedikit mengenai MITRA.
Maaf, maaf. Saya tidak ada masa. Tidak ada masa, maaf ya.
Sedikit sahaja.
Maaf Yang Berhormat Batu Kawan, memang saya tak ada masa. Saya ada banyak lagi ini. Maaf, Yang Berhormat Batu Kawan.
Okey, baik.
Walau bagaimanapun, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara yang menyalurkan bantuan bakul makanan MITRA kepada sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen untuk membantu keluarga miskin kaum India yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Tahniah Yang Berhormat Menteri.
Usaha murni yang perlu dipuji. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan dasar sedia ada masih menjadi cabaran dalam memenuhi keperluan dan aspirasi kaum India. Pelbagai pihak mengambil kesempatan dan mengakibatkan ketidakcekapan penggunaan sumber secara efektif. Berikut adalah beberapa cadangan untuk memperbaiki pengoperasian MITRA supaya kecekapan dan keberkesanannya dapat dipertingkatkan lagi. Saya berpendapat tanggungjawab MITRA perlu disempitkan dengan hanya memberi fokus kepada isu-isu sosial kaum India. Pertama, penstrukturan dan penjenamaan harus dilakukan dengan segera. Perlu ada garis panduan yang jelas mengenai pengoperasian MITRA. Ini adalah penting untuk memastikan kesinambungan strategi dan bukannya dilakukan secara kaedah ad hoc pada tiap-tiap tahun. Sistem perancangan pelaksanaan dan kawal selia harus diperbaiki. Sedihnya, sehingga hari ini
MITRA masih tidak mempunyai hala tuju yang memberi fokus kepada matlamat penubuhannya. Mohon diwujudkan satu jawatankuasa perancangan dan pelaksanaan sosial MITRA dengan segera. Jawatankuasa ini harus diwakili oleh penjawat awam, sekurang- kurangnya tiga wakil rakyat kerajaan dan tiga wakil rakyat pembangkang serta beberapa orang pakar dalam bidang sosioekonomi berkaitan dengan kaum India. Jawatankuasa ini ditugaskan merombak semula dasar-dasar dan merumuskan strategi yang mempunyai nilai tambah serta membawa impak positif berdasarkan keperluan semasa. Tuan Yang di-Pertua, tambahkan peruntukan MITRA kepada RM200 juta dengan memberi fokus utama kepada mekanisme yang boleh membantu menyelesaikan masalah sosial seperti masalah alcoholism, keruntuhan rumah tangga, penglibatan anak muda dalam kegiatan kongsi gelap dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum India pula, saya mempunyai pendekatan yang berbeza. Pertama, usaha kerajaan menubuhkan sebuah yayasan kaum India sama seperti yayasan-yayasan yang ditubuhkan untuk kaum Bumiputera yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang lebih spesifik iaitu membangunkan ekonomi sebagai fokus utama. Yayasan itu diletakkan di bawah perhatian dan dikawal selia oleh Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai kepakaran, fasiliti dan jentera pelaksanaan pembangunan ekonomi yang lebih canggih dan komprehensif. Untuk tujuan itu, saya mencadangkan supaya kerajaan meluluskan peruntukan perangsangan khas sebanyak RM300 juta setiap tahun bagi lima tahun akan datang. Tuan Yang di-Pertua, mohon untuk dapatkan dua minit tambahan lagi.
Okey.
Terdapat banyak SJK(T) di negara kita yang menghadapi masalah kekurangan murid disebabkan oleh faktor sejarah dan lokasi yang tidak lagi sesuai. Oleh itu, saya mencadangkan supaya sekurang- kurangnya lima buah sekolah Tamil dipindahkan setiap tahun ke lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk India yang tinggi. Dalam tempoh lima tahun RMKe-12, sekurang- kurangnya 25 buah sekolah Tamil dapat dilokasikan ke tempat-tempat yang lebih strategik dengan anggaran perbelanjaan lebih kurang RM300 juta. Dalam pada itu, saya juga mohon supaya peruntukan penyelenggaraan untuk SJK(T) juga ditambah daripada RM30 juta kepada RM50 juta setahun seperti sedia kala. Kementerian Kewangan harus mempertimbangkan supaya peruntukan penyelenggaraan ini boleh digunakan untuk membeli kelengkapan-kelengkapan seperti komputer, projektor, smartboard, peralatan audio video dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta Menteri Kanan Pendidikan memberi penjelasan sama ada wakil-wakil rakyat daripada pembangkang dibenarkan untuk menghadiri majlis-majlis rasmi atau untuk memberi peruntukan dana kepada pihak sekolah? Saya berharap kerajaan tidak akan menghalang pihak sekolah untuk menjemput wakil rakyat pembangkang demi kepentingan pendidikan anak-anak kita. Saya juga ingin tahu tentang pendirian kerajaan mengenai zero reject policy yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Tuan Yang di-Pertua, boleh sambung sedikit?
Sampai 6.23 petang.
Okey. Last point.
Yes.
Tuan Yang di-Pertua, kos perubatan di hospital-hospital swasta semakin meningkat ekoran daripada peningkatan yang luas dalam penggunaan kad insurans kesihatan, medical card oleh pelanggan- pelanggan di hospital-hospital swasta. Ini ialah amalan yang tidak sihat yang perlu dikawal
oleh pihak kerajaan. Apakah usaha-usaha kerajaan dalam mengawal kos perubatan di sektor swasta? Apakah unjuran pengembangan hospital-hospital sektor swasta dalam tempoh lima tahun akan datang? Saya juga ingin tahu apakah pembaharuan-pembaharuan kesihatan yang akan dinikmati oleh rakyat Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12? Adakah kerajaan akan menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk merawat penyakit jarang jumpa? Saya juga ingin tahu, apakah prospek medical tourism bagi negara kita pasca COVID-19? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencergaskan lagi sektor medical tourism ini? Akhir sekali, saya mohon kepada kerajaan supaya memberi ruangan dan peluang kepada Ahli-ahli daripada sebelah sini, pembangkang untuk turut terlibat dengan semua program yang dilaksanakan di peringkat akar umbi untuk menjayakan Rancangan Malaysia Ke-12. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah, bersemangat. Seterusnya, Yang Berhormat Merbok. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi, slogan yang tidak akan pernah mati. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya mendapat peluang untuk membahaskan RMKe-12 pada kali ini dalam Dewan yang mulia ini bertemakan, “Keluarga Malaysia – Makmur, inklusif dan mampan”. Bunyinya sangat indah, harapnya ia mampu benar-benar diterjemahkan, bukan sekadar khayalan. Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini ingin saya zahirkan penghargaan jutaan terima kasih kepada seluruh petugas barisan hadapan yang tidak pernah mengenal lelah dalam memastikan rakyat terus sihat dalam menghadapi pandemik ini. Saya ingin mulakan dahulu dengan terkait gender responsive budget (GRB), dengan izin. Saya mengharapkan RMKe-12 kali ini diharapkan langkah-langkah yang significant, budget yang responsive gender melalui libat urus bersama Menteri Kewangan. Saya pohon pada seluruh Ahli Dewan Rakyat yang mulia ini, GRB bukan untuk wanita sahaja. Ini perlu difahami dengan jelas kerana lazimnya kita selalu akan memusuhi sesuatu yang kita tidak ketahui. Ianya bukan untuk wanita sahaja tetapi mengimbangi kesan kepada wanita, lelaki, anak perempuan dan anak lelaki. Sehubungan dengan itu, memastikan RMKe-12 kali ini mengambil kira kepentingan gender dalam setiap perancangan. Seterusnya, saya ingin sentuh mengenai isu pendidikan yang sebenarnya akan mengeluarkan insan-insan daripada kelompok kemiskinan. Ini antara isu penting yang mesti ditangani dengan segera dan serius, bukan sekadar pengumuman demi pengumuman, tutup buka-tutup buka sekolah dalam tempoh pandemik ini. Sebagai seorang ibu juga, saya memang haru-biru dibuatnya dan juga celaru untuk mengurus pendidikan anak-anak dalam tempoh pandemik ini. Kita bercakap soal internet, 150 ribu komputer riba yang terlalu lewat sampai. Saya menyaksikan sendiri ada ibu bapa yang kerjanya hanya mengupas bawang dan mengupas kentang yang setiap hari mendapat RM10 dan ketiga anaknya belajar di atas lantai simen. Cuba kita bayangkan, agak-agak bila dia mampu membeli gadget? Tuan Yang di-Pertua, ingin saya sentuh sedikit, ini semua contoh ya. Mana perginya keutamaan kita dengan membelanjakan RM35 juta untuk membina tiga buah dewan di Pagoh dan terkini RM38.5 juta untuk kos baik pulih Kompleks Seri Perdana? Nilai RM38.5 juta ini sangat tinggi. Cuba masing-masing ambil kalkulator dekat handphone, cuba kita kira RM38.5 juta kita bahagikan dengan 60,000 buah rumah kos rendah, kita boleh bina 640 buah rumah. Dengan RM38.5 juta juga itu kita boleh beli kira- kira 19,250 komputer riba yang berharga RM2,000. Ini belum lagi soal connectivity. Connectivity capaian internet tetapi connectivity juga antara pelajar dan guru bila kaedah pembelajaran bersemuka tidak dapat dilakukan. Kementerian Pendidikan menggunakan kaedah yang luar biasa untuk mengatasi situasi
yang luar biasa. Baru-baru ini dengan persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah mengiklankan pengambilan Pegawai Khas Perkhidmatan Pendidikan secara contract of service seramai 18,000 secara online. Mohon KPM jelaskan sebab sedangkan yang sedia ada juga kita ada yang telah terlatih di IPTA sebagai guru, apakah keperluannya sedangkan yang telah dilatih pun belum dipostingkan? Soalan terakhir saya kepada Kementerian Pendidikan adalah selain direct tender kepada Media Prima untuk Didik TV, apakah kontrak-kontrak yang lain yang KPM berikan secara direct award tanpa melalui open tender? Mohon penjelasan daripada Kementerian Pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu kesihatan, yang ini simple sahaja. Isu yang sering kita bangkitkan, soal Klinik Kesihatan Desa yang perlu dinaiktaraf, termasuklah sekurang-kurangnya ada satu MO kerana sekarang ini hanya yang visiting sahaja, dengan izin. Inisiatif ini amat penting untuk kualiti kesihatan kepada penduduk luar bandar. Seterusnya, saya ingin menyentuh isu tadbir urus air yang kurang berkesan. Saya melihat isu air ini ialah isu pokok yang penting dan keperluan rakyat. Integrated Water Research Management (IWRM) yang telah dikenalkan masa RMKe-9, lama sudah. Namun, dilihat tidak berkesan kerana perbezaan dasar antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, termasuk pihak berkuasa tempatan, di samping kerjasama pemegang-pemegang taruh yang terlibat. Dalam Perkara 86, dalam teks ucapan Perdana Menteri, disebutkan usaha juga akan dipertingkatkan untuk memastikan akses kepada bekalan air bersih mencapai 98 peratus dan bekalan elektrik 99 peratus. Ini ialah sasaran yang sangat tinggi. Namun, saya yakin dengan urus tadbir yang baik yang mampu dicapai untuk menurunkan juga tahap NRW pada 25 peratus pada tahun 2025. Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih akhirnya kepada pihak KASA, Projek Naik Taraf Loji Bukit Selambau yang penat kita selalu bangkitkan telah dilaksanakan, dalam peringkat kerja-kerja awalan dan akan dijangka siap pada tahun 2023. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan warga emas dalam RMKe-12, muka surat 4/21. Kerajaan dilihat tidak peka terhadap keperluan warga emas dan cabaran dihadapi oleh mereka pada musim pandemik. Pertama, menurut pakar ahli akademik UPM bertajuk, “The Long-Term Care COVID-19 Situation in Malaysia”, pusat jagaan warga emas yang berlesen tidak melebihi 500 buah tetapi yang tidak berlesen pula dijangka lebih 1,000. Tidak berlesen, bermakna tidak compliance dan ia membahayakan warga emas. Kerajaan wajib melakarkan strategi dan mendaftarkan semua 1,000 buah pusat jagaan warga emas dan mengambil tindakan yang lebih keras dengan pusat-pusat tersebut demi kebajikan warga emas.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh terkait Rang Undang-undang Gangguan Seksual yang merujuk kepada jawapan bertulis soalan lisan Yang Berhormat Pandan pada 21 Julai 2020 yang lalu. Kita sedia maklum bahawa Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini menyatakan pada tahun lepas bahawa rang undang-undang ini akan dibawa di peringkat akhir dan akan dibawa dalam sidang bulan Mac tahun ini tetapi ada pandemik. Now sudah bulan Oktober. Saya harap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ambil perhatian. Last sekali, saya ingin bercakap pasal ketum sebab di Merbok banyak ketum. Persepsi negatif terhadap ketum ini perlu dihentikan kerana tanaman itu mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan. Ia juga boleh menjadi pendapatan kepada penduduk di luar bandar yang bukan sahaja mendatangkan keuntungan ratusan juta ringgit kepada negara bahkan permintaannya sangat tinggi dari luar negara. Ketum telah digunakan di Malaysia lebih satu abad. Antara agensi yang membuat kajian iaitu UM dan juga Universiti Sains Malaysia selama hampir 10 tahun. Hasilnya menunjukkan daun ketum baik untuk membuat percubaan R&D. Dalam Agensi Dadah Kebangsaan kata baik untuk menyelesaikan masalah ketagihan. Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Hasil kajian juga yang dijalankan sekumpulan saintis menerusi kolaborasi USM dan Universiti Yale Amerika Syarikat mendapati ketum berkesan meningkatkan ketahanan terhadap pesakit. Akhir sekali, tapak arkeologi Sungai Batu di Lembah Bujang. Semua kita tahu tamadun Sungai Batu di Kedah perlukan kesungguhan untuk diangkat sebagai salah satu mercu tanda. Meskipun tapak arkeologi ini di kawasan berkenaan di ketahui umum sebagai tamadun tertua di Asia Tenggara, mengalahkan Angkor Wat dan Borobudur. Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan pada tahun 2019 ketika zaman Pakatan Harapan. Namun dalam lawatan Yang Berhormat Menteri yang baru pada 2 Oktober tahun lepas memaklumkan peruntukan itu ditarik balik. Namun Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan perlunya dijalankan kajian semula dan menyebutkan jumlah lebih besar RM50 juta. Saya mengharapkan Lembah Bujang sebagai tapak warisan dunia ini akan diiktiraf oleh UNESCO. Sekali lagi saya sebutkan, ia memerlukan political will dari semua pihak untuk mengangkat tapak arkeologi ini. Dengan itu, saya akhiri dengan serangkap pantun buat seluruh rakyat khususnya di Merbok. Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang menyandang, Tetapi patah semangat kamu jangan, Selagi bernafas lawan tetap lawan. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Tenom.
terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang perbahasan yang diberikan kepada saya. Oleh sebab masa yang suntuk, saya terus merujuk perbahasan saya kepada hala tuju Rancangan Malaysia Ke-12 atau lebih tepat lagi apa yang disebut sebagai Bidang Keutamaan E, memperkukuh perpaduan untuk negara makmur di dalam muka surat 4-28. Kita tahu bahawa negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan berbilang bangsa dengan anutan agama masing-masing. Di bawah Perkara 3, Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan agama Islam adalah agam bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Perkara 11 Perlembagaan mengenai kebebasan agama pula dinyatakan setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada fasal 4, mengembangkan agamanya. Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan agama Islam sebagai agama rasmi, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan inilah yang telah membentuk perpaduan yang kukuh di antara kaum dan penting untuk memastikan keamanan yang kita kecapi terus kekal. Sebagai salah seorang ahli wakil rakyat KDM Sabah di Parlimen ini, saya juga ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini dan rakyat Malaysia berkenaan dengan Perjanjian Batu Sumpah yang telah dibuat hasil daripada perbincangan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1962 dengan pemimpin-pemimpin masyarakat pedalaman yang diketuai oleh OKK Sedomon Gunsanad. Ia sebagai salah satu cara penyelesaian untuk memujuk rakyat KDM di pedalaman untuk bersetuju membentuk Malaysia pada masa itu dengan memasukkan
perkara pertama dalam Perjanjian Batu Sumpah agama adalah bebas dianuti di Sabah. Pemimpin anak negeri pada masa itu pun sudah boleh melihat betapa pentingnya Malaysia sekiranya dibentuk menghormati hak kebebasan beragama rakyat khususnya di Sabah. Saya akui Tuan Yang di-Pertua, kemajuan teknologi telah menyumbang kepada kerapuhan perpaduan kaum di negara kita terutamanya penggunaan media sosial yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak. Difahamkan pada tahun 2020, langganan penggunaan internet di Malaysia telah mencapai 29 juta iaitu kira-kira 93 peratus. Maka sekiranya hanya satu peratus pengguna atau 2,900 orang pengguna merapu, mencaci dan mengeluarkan pendapat yang tidak bertanggungjawab, ia cukup untuk mewujudkan gelombang anti perkauman sehingga boleh menyebabkan perpecahan kaum di negara kita. Namun Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja penyalahgunaan media sosial puncanya. Kerap kali polisi dan undang-undang yang ingin diperkenalkan oleh kerajaan turut sama mengundang kepada ketidakpuasan hati dan mengundang kepada perpecahan kaum. Saya masih ingat isu kalimah Allah satu ketika dahulu mengambil masa bertahun-tahun untuk diputuskan dan didedahkan. Sekarang timbul pula isu Akta Kawalan dan Sekatan Perkembangan Agama Bukan Islam yang dirancang untuk diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tuan Yang di-Pertua, walaupun akta tersebut dikatakan hanya akan diperkenalkan di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan ia hanya untuk orang beragama Islam. Namun persoalan saya, apakah mekanisme tersebut terhadap orang Islam yang dengan sukarela masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam? Bukankah nanti akan mengkambinghitamkan pemimpin rumah ibadah yang bukan Islam yang mana mereka ini boleh sahaja tidak tahu menahu tentang hal tersebut. Apakah jaminan Kerajaan Persekutuan untuk tidak menjadi undang-undang atau akta tersebut diguna pakai atau menyusup masuk ke negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak yang mana kita tahu majoriti penduduknya bukanlah penganut agama Islam? Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar pihak kerajaan perlu menghormati, mengambil kira dan menitikberatkan kaum, bangsa dan agama lain di negara ini sebelum membuat terhadap sebarang pindaan akta yang menyentuh perpaduan kaum di negara kita. Isu kedua yang ingin saya bawa dalam perbahasan saya adalah merujuk kepada perkataan “inklusif” lebih tepat lagi ia berkaitan dengan Bab 5 dalam buku RMKe-12 menangani kemiskinan dan membangunkan masyarakat inklusif. Tuan Yang di-Pertua, saya membaca dalam muka surat 55 pencapaian inisiatif terpilih, peningkatan pendapatan B40 yang mana antara lain menyebut dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli B40 yang memberi kesan dalam penambahbaikkan kedudukan sosioekonomi isi rumah secara keseluruhan. Pendapatan bulanan isi rumah B40 telah meningkat daripada RM3,000 pada tahun 2016 kepada RM3,166 pada tahun 2019. Pendapatan purata bulanan isi rumah B40 pula meningkat daripada RM2,898 pada tahun 2016 kepada RM3,152 pada tahun 2019. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pekali Gini keseluruhan meningkat kepada 0.407 peratus berbanding 0.399 peratus menggambarkan jurang ketidaksamarataan pendapatan semakin melebar. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita tahu golongan B40 ini kebanyakannya adalah daripada golongan bumiputera. Namun tidak dinyatakan dalam buku RMKe-12 ini bumiputera kaum mana atau dari negeri mana. Oleh itu pada pendapat saya adalah lebih baik apabila kerajaan membuat kajian sosioekonomi dan mengumpulkan data bagi bumiputera. Data itu hendaklah dipecahkan kepada bumiputera di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Pemecahan data ini penting kerana tidak boleh samakan taraf sosioekonomi dan mengambil kira secara purata pendapatan orang bumiputera di Semenanjung yang saya fikir termasuk semua bumiputera tidak kira bumiputera yang tinggal di Hartamas, Mont
Kiara di Kuala Lumpur dan bumiputera yang tinggal di Kampung Mansasoh iaitu di Kuala Tomani di Tenom. Itu contohnya kalau di Sabah kita ada Ordinan Anak Negeri. Jadi apabila mengumpul data sosioekonomi, klasifikasikan Bumiputera Sabah ini di bawah bumiputera anak negeri Sabah.
Yang Berhormat Tenom minta rumuskan.
Sangat menyedihkan Tuan Yang di-Pertua apabila melihat data tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancangan Ekonomi yang mana daripada 10 buah daerah termiskin di Malaysia, lapan itu adalah dari Sabah. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya fikir perlu ada data sosioekonomi bumiputera yang lebih spesifik bagi memudahkan kerajaan mengenal pasti masalah dan keperluan spesifik bumiputera tersebut. Contohnya kalau di Sabah ia berkaitan dengan permasalahan tanah. Jadi, walaupun saya tahu tanah ini adalah bidang kuasa negeri tetapi saya harap Kerajaan Persekutuan dapat membantu dengan menyalurkan dana untuk menyelesaikan masalah penyukatan dan pemilikan tanah yang dihadapi oleh bumiputera anak negeri Sabah.
Saya ingin teruskan sedikit lagi. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan agar satu jabatan atau persatuan bumiputera anak negeri Sabah ditubuhkan. Ini mengambil contoh JAKOA di bawah Kementerian Luar Bandar ataupun MITRA di bawah Kementerian Perpaduan untuk menjaga kebajikan masyarakat India. Persatuan bumiputera Sabah ini bukan sahaja dapat membantu kerajaan dalam mengumpul data dan mengenal pasti segala masalah dan keperluan masyarakat bumiputera anak negeri Sabah namun peruntukan dan dana bagi membantu menaik taraf ekonomi sosioekonomi bumiputera anak negeri Sabah juga boleh disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui persatuan ini nanti. Isu ketiga yang saya ingin bawakan tentang infrastruktur di Sabah. Saya teringat bila bercakap tentang infrastruktur, saya teringat dengan gambar Facebook saya yang menampal jalan raya di Kampung Mungusup Timurai yang mendapat 10 million views. Jadi, walaupun banyak komen negatif yang ada di sana namun saya tidak peduli kerana pertama saya glamor bukan sebab saya curi atau makan duit rakyat. Kedua, saya tidak peduli kerana yang banyak memberi komen negatif adalah orang-orang yang tinggal beribu batu jauhnya dari tempat tinggal saya di Tenom, Sabah iaitu ialah orang-orang yang tidak tahu betapa teruknya keadaan jalan raya dan infra-infra lain di kawasan pedalaman di Sabah.
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat
Okey. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya mohon, saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan dengan beberapa projek yang ada di Tenom: (i) saya ingin bertanya kepada Kementerian Belia dan Sukan tentang status pembinaan Kompleks Sukan Tenom yang sudah lama tertangguh; (ii) saya ingin bertanya kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia bilakah jangkaan siap 20 menara baharu di Tenom dan juga penaiktarafan stesen pemancar dan kampung atau kawasan manakah yang terlibat; dan (iii) saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian, Jabatan Perdana Menteri agar memperkasakan aset-aset APM di Sabah khususnya di Tenom memandangkan badan jabatan ini penting apabila bencana berlaku. Bayangkan masa banjir di Tenom hanya ada dua buah sahaja yang ada di Tenom.
Jadi, harap kerajaan memandang serius tentang hal itu dan akhir sekali Tenom mohon menyokong Usul Rancangan Malaysia Ke-12.
Terima kasih Yang Berhormat Tenom.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua Padang Serai. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon bagi kebenaran orang-orang yang berbahas buka face mask sebab ramai yang tengok tidak boleh nafas, ramai yang batuk.
Tidak, saya tidak setuju. No, right. Minta maaf...
Siapa hendak pakai boleh, siapa yang tidak boleh nafas itu boleh buka.
No, I think we don’t allow that. Minta maaf dengan izin. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Akan tetapi saya ingin Tuan Yang di-Pertua dahulu ada satu ruling dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua bila kita kena pakai mask tetapi bila berucap boleh buka. Memang ini memberikan kesihatan kepada tubuh kita yang berucap. Ini sangat berbahaya bagi saya dari sudut diri seorang yang berucap itu kerana dia tidak boleh pernafasan dia terlalu semput.
Tak apa teruskan Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju kerana kalau orang yang berbahas itu sesak nafas akibat memakai menyebabkan beliau tidak cukup bernafas menyebabkan beliau juga pengsan dan boleh juga menyebabkan masalah. Tolong pertimbangkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sudah 12 kali Malaysia merancang, kita masih lagi berdepan dengan masalah kemiskinan luar bandar dan kini dengan kemiskinan bandar. Sebanyak 12 kali Malaysia merancang kita berhadapan dengan masalah bumiputera terpinggir. Sebanyak 12 kali kita merancang kita masih lagi berbincang isu masalah pemilikan syer bumiputera, Melayu-bumiputera masih jauh ketinggalan dan 12 kali kita merancang hari ini RMKe-12 sekali lagi kita masukkan ke dalam RMKe-12 ini isu- isu yang berkaitan dengan apa yang saya sebutkan tadi. Di manakah kesilapan ini sehingga seolah-olahnya kita melihat bahawa satu kegagalan kepada Rancangan-rancangan Malaysia yang 11 kali yang telah pun berlalu sehingga sekarang kita masih lagi tidak dapat hendak mengatasi masalah ini? Jadi, saya hendak dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan sejauh manakah kita membuat satu kajian semula terhadap rancangan-rancangan yang telah pun kita laksanakan ini di mana kegagalan-kegagalan terhadap isu-isu yang saya sebutkan tadi. Apakah kita hanya melihat dari sudut projek semata-mata, kita hanya melihat ukuran RM semata-mata ataupun apa yang perkara yang telah pun ditemui selama ini? Oleh sebab bagi saya bahawa saya tidak mahu nanti kita mengulangi perkara yang sama pada RMKe-13. Sebanyak 12 kali Malaysia merancang kita masih dihantui oleh isu integriti. Integriti sangat membebankan negara kita dan ini memberikan sesuatu yang sangat merugikan dari sudut implikasi kewangan kerana isu-isu integriti ini akhirnya membawa kepada persoalan-persoalan penyalahgunaan kuasa soal rasuah dan sebagai nya. Contoh saya hendak sebut tuan-tuan bahawa Tuan Yang di-Pertua menjelang kita membentang RMKe-12 ini dalam sepanjang negara berada dalam keadaan darurat dalam
lingkungan darurat ini. Saya agak hairan sehingga 60 projek telah diluluskan secara runding terus di bawah Kementerian Kewangan yang membabitkan nilai projek itu antara RM15 juta hingga RM400 juta. Apabila saya bertanya kepada Kementerian Kewangan dijawab bahawa kerana ia memerlukan kesegeraan pelaksanaan projek akibat penularan wabak COVID-19. Bagi saya bahawa projek jalan tak akan perlu hendak disegerakan sehingga tak dan hendak buat open tender. Kita perlu buat runding terus sedangkan dia tidak ada kaitan dengan masalah COVID-19. Jadi, ini bagi saya suatu yang sangat merugikan negara kita kerana saya difahamkan bahawa kalau hendak diukur dengan projek-projek yang dibuat oleh JKR di bawah JKR harganya akan lebih rendah daripada runding terus yang dibuat oleh Kementerian Kewangan iaitu Projek JKR di bawah open tender. Jadi, saya hendak mohon penjelasan boleh tak senaraikan nama-nama 60 projek tersebut dan senaraikan syarikat-syarikat kontraktor yang telah pun diberikan kepada mereka untuk mengendalikan projek-projek tersebut sebab saya difahamkan bahawa antara kontraktor-kontraktor yang dapat itu ialah kontraktor-kontraktor contoh kontraktor elektrik dia dapat buat projek jalan umpamanya. Maknanya, ini kontraktor-kontraktor yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang-bidang kontrak yang diberikan kepada mereka. Jadi ini bagi saya bahawa suatu yang sangat merugikan dan saya mohon satu penjelasan daripada pihak kerajaan untuk hal-hal yang sedemikian rupa. Saya agak terkejut apabila projek sebegini rupa boleh disegerakan dengan kos yang sangat tinggi hanya semata-mata kerana ada tujuan-tujuan tertentu untuk mendapatkan imbuhan kepada pihak-pihak yang tertentu sedangkan kerajaan tidak boleh menyegerakan bantuan untuk membantu pusat-pusat tahfiz yang hampir mati dalam negara kita ini akibat daripada kerajaan tidak membenarkan mereka beroperasi dalam sepanjang PKP ini sepanjang COVID-19 ini menyebabkan tahfiz di negara kita ada lebih kurang 1,198 buah tahfiz murid berjumlah 84,643 orang dan guru kakitangan sebanyak 10,357 orang. Sekarang pusat-pusat tahfiz ini berhadapan dengan isu-isu masalah yang sangat berat. Sebahagian daripada mereka tidak dapat lagi membayar gaji kepada pekerja mereka dan ada yang hanya boleh bertahan dalam tempoh tiga bulan, ada yang terpaksa memberhentikan sepenuhnya kakitangannya. Kerajaan sepatutnya menyegerakan bantuan untuk pusat-pusat tahfiz ini. Kalau kerajaan boleh membelanjakan dalam tempoh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lalu untuk membaiki rumah kediaman rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan kos RM38 juta kenapa kita tidak boleh untuk membelanjakan kepada pusat tahfiz ini dengan satu jumlah yang munasabah untuk membantu mereka? Kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada sekarang ini dahulu sewaktu jadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang pernah menyarankan supaya Dong Zong diharamkan tetapi kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada sekarang ini telah meluluskan bantuan RM15 juta kepada sekolah persendirian Cina yang dibawa oleh memorandum yang dibawa oleh Dong Zong itu sendiri. Saya tidak membantah memberikan peruntukan RM15 juta kepada sekolah persendirian Cina tetapi apa masalah untuk tidak memberikan bantuan kepada sekolah- sekolah tahfiz yang ada dalam negara kita ini?
Satu minit Yang Berhormat. Minta rumuskan.
Tuan Yang di-Pertua, kemudian isu yang saya hendak sebut juga ialah isu yang berkaitan dengan soal integriti.
Saya nak minta kerajaan untuk membuat satu pemakluman khususnya Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri iaitu isu pemindahan wang daripada YADIM kepada anak syarikat YADIM iaitu Lembaran YADIM Sdn. Bhd. Walaupun jumlah pemindahan ini tidaklah begitu besar sepertimana membaiki rumah Perdana Menteri, RM38 juta, tetapi saya menjadi satu tanda soal apabila pemindahan ini untuk tujuan pinjaman mudah sebanyak RM500,000 untuk pemilikan ekuiti syarikat luar Nurflix sebanyak RM1 juta dan tambahan pelaburan modal syer sebanyak RM500,000. Ini bermakna, bahawa RM2 juta dipindahkan daripada akaun YADIM kepada anak syarikat iaitu Lembaran YADIM Sdn. Bhd. Jadi, apa tujuan pelaburan tersebut tanpa ada satu dokumen, tanpa ada satu perjanjian yang jelas, yang sepatutnya dimeteraikan antara YADIM dengan anak syarikat YADIM, dan juga dengan syarikat Nurflix ini? Ini bagi saya, sesuatu yang sangat penting untuk kerajaan membuat satu siasatan tentang isu pemindahan wang YADIM kepada Lembaran YADIM Sdn. Bhd. ini kerana Lembaran YADIM Sdn. Bhd. ini memang sudah menjadi perbualan banyak pihak.
Masa dah tamat ya.
Minta sedikit lagi, Tuan Yang di- Pertua.
Okey.
Iaitu isu bilamana syarikat Lembaran YADIM Sdn. Bhd. ini menyewa sebuah rumah dengan memasukkan perabot yang berjumlah RM22,000. Tujuannya, disebutnya ialah untuk rumah tetamu. Akan tetapi yang saya hairan, kenapa rumah tersebut diduduki oleh Yang di-Pertua YADIM, sedangkan Yang di-Pertua YADIM telah pun diberikan elaun perumahan dan dia telah menerima elaun perumahan. Kenapa syarikat Lembaran YADIM Sdn. Bhd. ini menyewa sebuah rumah untuk diberikan, dijadikan tempat tinggal kepada Yang di-Pertua YADIM? Akhir sekali, saya hendak mohon kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam RMKe-12 ini, dia tidak pernah menyebut pun rancangan untuk menurunkan kembali cabutan khas 22 kali yang telah pun naik sejak dari tahun 2020 yang lalu. Jadi saya hendak tanya, apakah relevannya untuk 22 kali cabutan khas daripada lapan kali pada zaman Kerajaan Pakatan Harapan, kemudian dinaikkan 22 kali? Apakah kerajaan kini bergantung kepada cukai dosa? Hendak menambahkan lagi cukai dosa? Dah berdosa banyak dah, banyak dah judi dok ada. Jadi, hendak tambahkan lagi pendapatan negara kita ini bergantung pada cukai dosa. Kemudian, buat kebajikan. Jadi seolah-olah buat dosa dahulu, kemudian cuci dosa dengan kebajikan. Jadi, Menteri Agama kena jawab, apakah ini satu ajaran baharu iaitu buat dosa, kemudian cuci dosa dengan bantuan-bantuan kebajikan yang lain. Jadi sebab itu, saya mohon kerana 22 kali ini bukan yang 22 kali, tetapi 22 kali kepada setiap syarikat. Di Semenanjung ada tiga syarikat, Sports Toto, Da Ma Cai, dan Magnum. Maknanya, 22 kali kepada setiap syarikat, 66 kali. Itu tidak termasuk di Sabah, ada lagi syarikat-syarikat yang lain. Jadi, bermakna bahawa jumlah cabutan khas ini lebih daripada 22 kali. Saya cukup terkejut apabila pemimpin-pemimpin PAS yang duduk dalam Kabinet boleh bersetuju dengan pengumuman yang telah pun dibuat oleh Menteri Kewangan. Ini menunjukkan suatu yang sangat memalukan dan mungkin inilah anjakan pemikiran daripada mimbar khutbah Jumaat Masjid Rusila, Marang kepada...
Minta laluan, Tuan Yang di- Pertua.
Tidak. Saya tidak beri laluan.
...Putrajaya dengan kerusi-kerusi empuk.
Minta laluan, Tuan Yang di- Pertua. Minta laluan.
Saya minta Yang Berhormat Pokok Sena habiskan. Sudah empat minit tambahan. Saya tidak bagi.
Tumpat minta laluan.
Sudah habis, sudah.
Sebab sebut PAS banyak. Sebut PAS...
Sudah habis, sudah.
Tidak boleh bagi laluan?
Saya tidak benarkan. Tak payah.
Oh! Dia tak bagi laluan. Kalau tidak, saya bagi dah. [Ketawa] Ini sesuatu yang sangat mengecewakan saya, dan saya harap bahawa pihak kerajaan seharusnya melihat kembali untuk mengembalikan 22 kali itu turun balik menjadi, paling tidak kalau dia nak menang daripada PH pun...
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Baik.
...Mohon dia turun jadi tujuh kali ataupun dia boleh hapuskan terus. Insya-Allah.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Terima kasih.
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua.
Ahli Yang Berhormat, saya hendak menyebut balik tadi, Yang Berhormat Padang Serai menyebutkan kata boleh buka. Saya rujuk balik kepada verbatim yang telah dibacakan dulu. “Saya juga ingin mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di dalam Dewan. Bercakap kuat tanpa pelitup muka meningkatkan jumlah jisim aerosol yang terhasil dan selanjutnya akan meningkatkan risiko penularan jangkitan COVID-19 di dalam Dewan yang mulia ini”. Minta Ahli-ahli Yang Berhormat memahami apa yang telah diberikan oleh Speaker sebelum ini. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Permatang Pauh berbahas, saya akan berikan satu jawapan yang saya telah terima atas perkara yang telah saya bangkitkan. Saya minta Tuan Yang di-Pertua teliti, selepas itu saya akan rujuk kepada Tuan Yang di-Pertua semula. Saya akan hantarkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan tentang peranti yang diberikan kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang. Saya sudah baca dua muka surat...
Tak apa. Kemudian nak rujuk boleh...
Saya keliru, tetapi saya minta Tuan Yang di-Pertua lihat sendiri, mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh beri penjelasan.
Baik, terima kasih. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Permatang Pauh memulakan perbahasan, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam hormat. Perbahasan RMKe-12 yang tertunda akibat pandemik dan krisis khianat politik dengan tema Keluarga Malaysia dipilih Perdana Menteri kita yang baharu. Saya mahu melihat tiga aspek Tuan Yang di- Pertua, ukuran realistik, memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan ketiga, sasaran yang tepat (the right KPI) supaya kita membantu, bukan menghalang. Persoalannya, Keluarga Malaysia manakah yang menjadi keutamaan untuk kita hari ini dan lima tahun mendatang? Permatang Pauh pilih keluarga B40, sejumlah 2.91 juta isi rumah sekitar tahun 2019 dengan pertambahan 580,000 lagi isi rumah tahun ini. Maka sebagaimana disebut sebelumnya, antara April hingga Mei 2021, alhamdulillah, 14 orang enumerator anak jati Permatang Pauh turun kawasan menemuramah 332 isi rumah bagi mengenal pasti sembilan dimensi penyisihan yang mampu membuahkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) yang terkini. Dengan dorongan Profesor Fatimah Kari, Pakar Ekonomi Universiti Malaya, kita tambah tiga dimensi ukuran, Tuan Yang di-Pertua, tahap keselesaan dalam rumah. Rumah kecil banding rumah besar, lain kesannya bila kita dikurung, kehilangan pekerjaan dan ruang niaga dan juga bagi anak-anak, akses PdPR. Semua bertujuan mengkaji jenis kemiskinan dihadapi supaya kita boleh beri bantuan dengan lebih bersasar dan berkesan. Ya, saya akui RMKe-11 guna pakai ukuran MPI, tetapi kerana ukuran yang digunapakai tidak realistik, ia mengakibatkan Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, gagal tersenarai dalam laporan PBB, Laporan Pembangunan Manusia 2019. We are not even listed ya. Jadi, laporan kami di Permatang Pauh memperincikan beberapa kesimpulan utama yang saya harap dapat diambil kira dalam RMKe-12. Pertama, ketua isi rumah wanita berserta anak-anak mereka jauh lebih miskin. Kedua, anak-anak segmen B40 alami extreme food poverty, tidak cukup makanan bernutrisi. Ketiga, risiko menjadi generasi tercicir akibat terbatas akses kepada PdPR. Maka kesimpulannya, kami datang dengan jumlah paras pendapatan garis kemiskinan pasca COVID-19. This is more realistic mengambil kira impak COVID-19. Bagi Pulau Pinang RM2,151 berbanding PGK 2019 dalam laporan RMKe-12 iaitu hanya RM1,989. Kita menyaksikan tragedi penyisihan kanak-kanak dan menjelang tahun 2020 – Kenapa saya sebut tentang pelaksanaan yang lebih tuntas? Saya lihat dan saya kira daripada laporan KRI, jumlah bantuan sosial dan subsidi meningkat daripada 95 tahun 2012 kepada 137 menjelang tahun 2020. Akan tetapi, jumlah belanja subsidi oleh kerajaan jatuh dari RM45.5 bilion kepada hanya RM25.5 bilion. Maksudnya lebih rendah, and even if you take it into account, the removal of petrol subsidies, jumlah diterima tidak memadai. Saya bagi contoh bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, BKK (Bantuan Kanak-kanak) hanya sampai kepada 62,000 keluarga pada tahun 2020, kurang satu peratus daripada seluruh isi rumah Malaysia. We have a real problem here. Kalau kurang daripada satu peratus kanak-kanak daripada seluruh isi rumah yang dapat. Bila kita teliti, nampaknya walaupun PGK naik– Yang Berhormat Jeli tadi datang. PGK naik daripada RM980 kepada RM2,208, diperkenalkan pada tahun 2019.
Akan tetapi bila tahun 2020 melanda, pandemik hadir dalam hidup kita, mereka yang terima hanyalah di bawah tangga RM980 sahaja. They used the old PGK. Jadi, bayangkan PGK baharu sudah diwujudkan tetapi penerima bantuan masih guna PGK lama. Saya rasa ini silap mata dan mungkin yang harus diperbaiki because tak adil ya. Ramai akhirnya kehilangan peluang. Tadi pagi ada Ahli Parlimen sebut pelaksanaan oleh President Roosevelt daripada Amerika Syarikat – hendak pastikan kita belanja dengan lebih banyak lagi to improve infrastructure. Tidak sempurna kalau rujuk Roosevelt kalau tak gandingkan dengan pengenalan, The Revenue Act of 1935. Ketika itu, Roosevelt naikkan cukai pendapatan Persekutuan untuk mereka yang kaya. Memperkenalkan cukai kekayaan,
cukai progresif sampai 75 peratus daripada pendapatan tertinggi. It was called Tuan Yang di-Pertua, ‘The Soak-the-Rich Act’. Jadi saya rasa bila kita ambil – ini saya rujuk laporan KRI ya. Sedutannya mengatakan “Capital gain remains untaxed in Malaysia, except only for gains from the disposal of bill property or on the sales of shares in a real property company. Now, taxing wealth may be pertinent for Malaysia given that wealth is typically more unequally distributed than income in other countries”. Saya rasa kita tak boleh lari. You see sekarang ini kalau nak belanja, kenalah pastikan kita attack and address kesenjangan yang utama. Cukai kita kebanyakannya bersifat regressive. Maka, kerajaan harus memperkenalkan cukai-cukai lebih progresif bagi membiayai program sosial. Tuan Yang di-Pertua, semenjak COVID-19 lagi kita juga dapati menerusi survey MPI, ketua isi rumah wanita daripada dulu sampai sekarang tanggung beban dan ketidakadilan struktur. Mereka lebih terdedah kepada kerapuhan sistem daripada segi kewangan, beban berganda, daripada segi kesihatan dan mobiliti sosial. Maka, RMKe-12 harus mengambil kira perspektif gender dan kalau boleh saya sebut tentang penyediaan ekosistem yang khusus. You focus on the needs from cradle to grave, satu. Akan tetapi keduanya from victim to abuser. Hurt people hurt, and we must end the cycle. Jadi bila kita lihat begitu ramai victims of domestic abuse, saya mahu kerajaan mendukung sepenuhnya agenda reformasi penjara yang mengambil kira keperluan menubuhkan Jawatankuasa Kerja dan Reformasi yang melibatkan Probation Council, pemindahan fungsi kesihatan penjara kepada KKM. These are really important. The last point Tuan Yang di-Pertua, please...
Last point dah ya...
Saya harap kita ambil kira dasar perumahan, harus ambil kira keperluan ketua isi rumah wanita. Bagi Bahagian Sokongan Keluarga Mahkamah Syariah sekarang ini di semua negeri, mendahulukan wang pendahuluan nafkah yang tidak dibayar oleh bekas suami. I think we have to really support this because anak-anak ketua isi rumah wanita tak boleh kita kesampingkan.
Baik.
Yang terakhir memandangkan ada beberapa rang undang-undang yang wujud, saya hendak sebut tentang dapatan bila melihat anak-anak tidak mendapat makanan yang bernutrisi. The food poverty is real Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita telah membuat kiraan didapati RM256 per kapita diperlukan bagi memuatkan keperluan anak-anak tak cukup makan yang berkualiti. Ini selari dengan cadangan Khazanah Research Institute yang menyatakan perlu kita laksanakan universal child benefit. Saya fikir memang harus diambil kira oleh Kementerian Kewangan dan diganding dengan projek pengenalan untuk mencapai internet bagi semua kanak-kanak di luar bandar. Saya tahu Menteri menjawab akan dilaksana projek fiberisation. Saya dalam PAC, kita tahu kita hilang rugi RM3 bilion menerusi Projek BestariNet ramai– puluhan ribuan tak dapat internet. So please, stop thinking mega. Saya rasa kita kena membumikan projek mega. Implement small scale, ada juga TV white space. Use the unutilised spectrum bagi anak-anak kita dapat penggunaan internet. Kalau di Kenya boleh buat, saya pasti insya-Allah di Malaysia boleh buat tetapi kita perlu political will dan laksanakan secepat mungkin. Saya tak mahu anak-anak Permatang Pauh – hampir 30,000 kena tunggu sampai 2022. I’m sorry. Mereka sudah hilang beberapa puluh minggu dah daripada alam persekolahan. Kita minta small scale small investment, insya-Allah boleh dilaksanakan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih dan saya harap inilah Keluarga Malaysia yang diperjuangkan dalam RMKe-12.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Seterusnya sila Yang Berhormat Ipoh Barat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ke-12 saya rasa telah terlepas pandang mengenai perkara yang sangat mustahak ialah mengenai pekerjaan dan pendapatan. Itu adalah fokus yang mustahak dan pokok dalam hal Rancangan Malaysia Ke-12 yang patut diberi tetapi kalau kita baca Rancangan Malaysia Ke-12, kita nampak fokus mereka adalah macam mana meningkatkan produktiviti. Saya hendak tahu – saya nak tanya soalan ini macam mana pekerja biasa macam pekerja cleaner, pekerja yang potong rumput dan sebagainya, macam mana mereka boleh meningkatkan produktiviti? Tolong beritahu kepada saya. Rakyat Malaysia nak tahu. Kalau kita tengok dalam buku Rancangan Malaysia Ke-12, tidak ada apa-apa mengenai macam mana kita hendak meningkatkan dan macam mana kita nak syorkan supaya pendapatan rakyat biasa– pendapatan mereka boleh ditingkatkan dan mereka juga boleh dianggap sebagai pekerja yang mendapat pendapatan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, dari tahun 2020 sehingga sekarang, yang kita tahu sistem yang sedia ada adalah gaji minima. Kita sebelum itu banyak lama lawan di Parlimen untuk membawa akta tersebut. Akta itu bagus. Akan tetapi, adakah itu menjadi satu siling sahaja? Adakah itu bermakna kita tidak ingin tengok atau baca atau mengambil tahu lain- lain formula yang sedia ada? Kenapa kerajaan hanya mengkhusus kepada gaji minimum sahaja? Lagipun, dalam Rancangan Malaysia Ke-12, tidak ada satu pun satu petunjuk fokus kepada gaji minima. Adakah ia akan ditingkatkan, kalau tidak kenapa? Memandangkan inflasi dan lain-lain perkara. Adakah kerajaan ini tidak akan mengambil kira hal-hal berkaitan pekerja? Ini tidak mustahak? Mereka menjadi satu faktor yang sangat mustahak di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, semasa kita dalam kerajaan kita ada tengok satu model yang lain juga. Model itu bernama Progressive Wage Model. Itu adalah di mana insentif- insentif yang tertentu diberi kepada pekerja supaya semasa mereka bekerja, mereka dapat akreditasi, mereka dapat training yang lebih, mereka dapat reskilling and skilling dan ini sekali gus akan meningkatkan pendapatan mereka. Untuk majikan yang akan membawa satu pendirian yang bagus daripada pekerja iaitu mereka berhasrat untuk bekerja di sana, retain as workers. Akan tetapi, nampaknya ini semua tidak diberi perhatian. Saya nampak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 tidak ada langsung disebut mengenai progressive wage model langsung. Apakah ini tidak mustahak? Di negara Singapura, ia telah diguna pakai lebih kurang lebih dari 15 tahun dan mereka khusus kepada tiga sektor iaitu cleaning sector, security sector dan landscape sector. Ketiga-tiga ini Tuan Yang di-Pertua adalah sangat mustahak di mana ramai di antara rakyat bekerja di sektor-sektor ini. Kita ada pada masa yang sama, pekerja asing yang sedang bekerja. Itu sebab semasa kita menerajui kerajaan, kita telah bercadang Malaysia@Work programme di mana kita bercadang supaya – untuk mengatasi dan tidak bergantung kepada pekerja asing, kita adakan insentif-insentif yang tertentu. Daripada analisa yang kita buat di mana Bajet 2020 kita telah katakan kita akan mewujudkan 350,000 pekerjaan baharu tetapi nampaknya dalam Rancangan Malaysia Ke-12 tidak ada dinyatakan sedemikian.
Kita hendak tahu adakah cadangan-cadangan Malaysia@work itu boleh diambil kira oleh kerajaan kerana ia akan memberi hasil yang bagus untuk graduan, untuk wanita,
untuk apprentice dan untuk pekerja 3D iaitu dangerous, difficult and demeaning. Pekerja- pekerja tersebut. Ini kerana kalau subsidi-subsidi yang tertentu diberi yang lumayan kepada pekerja-pekerja di negara ini, mereka akan ambil membuat kerja-kerja sedemikian. Kalau seorang pekerja graduan boleh pergi ke Singapura bekerja sebagai pengambil sampah di sana dengan gaji yang lumayan, kenapa pula dia tidak boleh bekerja di negara kita? Apakah kita telah hilang fokus dalam hal ini? Tuan Yang di-Pertua, saya harap kerajaan dapat mengambil kira apa yang saya kata dan ambil tindakan dan juga memberi pandangan dan jawapan kepada perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, MTUC dan majikan juga memainkan peranan yang besar. Akan tetapi, saya difahamkan di Rancangan Malaysia Ke-12, stakeholders sedemikian tidak ada apa-apa perbincangan dibuat. Tidak ada pandangan diambil daripada mereka, no input from them. Adakah kerajaan mengalih kepada the government knows best? Dulu lebih kurang 10 tahun dulu, kerajaan kata the day of the government knows best is over tetapi nampaknya dalam formulating Rancangan Malaysia Ke-12 ini, mereka telah dipinggirkan. Saya harap satu jawapan yang menyeluruh dapat diberi. Tuan Yang di-Pertua, saya alih kepada perkara yang akhir iaitu Orang Asli dan masyarakat India. Tuan Yang di-Pertua, Orang Asli is a son of the soil. Nampaknya bukan sahaja didiskriminasi tetapi dalam 60 tahun, mereka betul-betul menghadapi masalah yang sangat serius yang perlu bantuan dan perlu persekolahan dan macam-macam inisiatif dan insentif. Demikian juga kepada masyarakat India, saya telah mencadangkan sebelum ini, kita perlu meningkatkan peranan MITRA. Adakah masa sudah tiba supaya MITRA diagihkan kepada satu yayasan untuk proses dibuat di sana untuk menolong masyarakat India? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Barat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tawau.
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya buka saya punya face mask?
Kecuali you rasa ada susah, ada masalah kesihatan, saya benarkan tetapi kalau boleh teruskan dengan pemakaian.
Okey.
Teruskan.
Kalau saya langsung pakai, saya punya suara akan― I will be very soft. As long as you can hear, I don’t mind.
Akan tetapi, ramai sudah yang pakai.
Bagi peluang. Takut dia nafas.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya berkongsi pandangan saya tentang perkara-perkara tertentu berkenaan negeri Sabah. Pada 16 September 1963, Jabatan Kesihatan Borneo Utara ketika itu telah menjadi Jabatan Kesihatan Negeri. Bagaimanapun, portfolio telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Januari 1971. Bagaimanapun, agak mengecewakan situasi yang ada sekarang kerana selepas 58 tahun lamanya mencapai kemerdekaan Sabah, kita masih ada barisan hadapan perubatan menangis meminta pertolongan disebabkan kekurangan tenaga kerja dan kemudahan terutamanya dalam pandemik COVID-19 ini yang berterusan. Inilah yang sebabnya berlaku di dalam beberapa hospital utama di negeri Sabah iaitu kekurangan tenaga kerja yang mengakibatkan kakitangan perubatan bekerja berlebihan masa,
kekurangan katil ICU, bekalan oksigen dan ventilator serta perkhidmatan ambulans yang tidak mencukupi. Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan kerajaan ke atas pandemik ini telah mendedahkan kelemahan tertentu dalam sistem penjagaan kesihatan kita dan infrastruktur perubatan di Malaysia secara amnya dan Sabah khususnya. Pentadbiran terdahulu mungkin telah mengabaikan Sabah ke tahap tertentu dalam menguruskan pandemik ini. Disebabkan bekalan tidak seimbang vaksin COVID-19 ke Sabah, kami ketinggalan ke tangga bawah sekali, malangnya, sementara bahagian-bahagian lain dalam negara seperti Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Labuan telah pun mencapai kadar vaksinasi 90 peratus. Pada masa kini, Sabah berada di peringkat akhir di kalangan semua negeri. Tuan Yang di-Pertua, negeri Sabah berhak menerima penghormatan layanan sama rata dan bahagian yang seimbang dalam bantuan ekonomi serta sumber sebagai rakan saudara dalam Persekutuan Malaysia. Dengan izin, we should be equal partners in the Federation of Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mana mesin mammogram baharu yang dijanjikan untuk Hospital Tawau? Mengapa begitu sukar bagi Kerajaan Persekutuan memenuhi keperluan-keperluan rakyat di Sabah? Alat perubatan ini yang sudah lama tertangguh adalah keperluan dan bukan kemewahan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dengan izin, World Health Organization, barah payudara merupakan kanser paling utama dalam kalangan wanita. Sebarang kelewatan memasang alat penting ini adalah tidak wajar dan akan menyebabkan kesulitan dan beban kewangan kepada mereka yang memerlukan khidmat saringan mamografi. Pada ketika ini, wanita di Tawau menjalani saringan mamografi di pusat perubatan swasta di bandar ataupun perlu pergi ke Kota Kinabalu yang mana cukup menyusahkan dan memerlukan kos tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Kementerian Kesihatan Malaysia sudah meluluskan perolehan kemudahan yang amat diperlukan ini pada tahun 2017 tetapi pemasangannya masih tertangguh. Seterusnya, perolehan mesin saringan mamografi terbabit diluluskan bersama-sama dengan peruntukan oleh kerajaan pada tahun 2019. Bagaimanapun, berikutan pertukaran kerajaan yang mengejut pada bulan Februari 2020, tiada apa-apa dilakukan untuk memasang kemudahan itu. Jadi, pada bulan April tahun ini, saya telah menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia mempercepatkan pemasangan alat itu. Akan tetapi malangnya, sehingga hari ini langsung tidak ada tanda-tanda kemudahan yang amat dinantikan ini tiba di Hospital Tawau.
Minta rumuskan, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, apakah terjadi kepada peruntukan kewangan untuk mesin mamografi ini? Kementerian Kesihatan mesti menangani isu tertunggak ini dengan segera jika ia benar-benar prihatin terhadap kebajikan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya selaku Ahli Parlimen Tawau membangkitkan isu ini dengan harapan ia dapat diselesaikan sekali untuk semua di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang bertujuan untuk memacu negara ke arah menjadi Keluarga Malaysia bagi tempoh 2021 hingga 2025. Isu ini adalah selaras dengan fokus utama yang ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia dengan taraf hidup yang lebih baik.
Ketika pembentangan usul Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita berkata bahawa kerajaan kekal komited bagi
memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan demi memastikan rakyat sihat dan produktif. Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan membangunkan fasiliti kesihatan baharu dan menambahkan kelengkapan dan peralatan perubatan.
Yang Berhormat Tawau. Masa sudah habis.
Rakyat di bawah pernah – satu minit lagi.
Cepat sikit ya. [Ketawa]
Okey, okey. Tidak boleh, panas. Rakyat di bawah menaruh harapan tinggi kepada kerajaan untuk memenuhi keperluan mereka selaras dengan semangat keluarga Malaysia supaya tiada siapa yang terpinggir, dalam kata-kata Perdana Menteri sendiri, “So that no one will be left behind” in the words of the Prime Minister. That is what he said. Tuan Yang di-Pertua, setakat 26 September tahun ini Sabah telah menerima lebih daripada lima juta dos vaksin sejak bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan manakala 900,000 dos yang lain diterima pada hujung bulan itu. Adalah dilaporkan bahawa bekalan vaksin ke Sabah mencukupi untuk program itu. Saya hendak tanya, mengapakah Tawau masih belum mencapai kadar 60 peratus vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa di daerah ini? Adakah kerajaan sedang menjalankan program vaksinasi outreach di kawasan luar bandar seperti mana yang diumumkan baru-baru ini? One-minute ya. Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah pun memberi jaminan bahawa hospital medan akan siap dibina secepat mungkin selepas melawat ke tapak cadangan hospital itu di lapangan terbang lama Tawau pada 6 September lalu selain daripada berjanji menyediakan...
Terima kasih Yang Berhormat Tawau.
...10 buah katil ICU untuk hospital daerah Tawau. Dengan ini saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Tawau. Yang Berhormat kita ada dua orang lagi. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam kemudian yang terakhir Yang Berhormat Ipoh timur. Sila Yang Berhormat Shah Alam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikummussalam.
Bismillahir Rahmanir Rahim. [Membaca sepotong doa] Yang Berhormat Beruas beritahu saya, saya ambil dia punya bahagian juga jadi 14 minit, boleh?
Tidak boleh Ipoh Timur.
Tidak boleh. Okey.
Ipoh Timur. Okey, sila.
Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan politik stabil adalah atas sebab MoU. Saya melihat bahawa kenyataan ini berniat jahat dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat jelata kerana sebenarnya kestabilan yang dimaksudkan iaitu di mana kedudukannya tidak dicabar bukan atas sebab MoU tetapi atas sebab 115 MPs yang menyokongnya buat masa ini
puas dengan sogokan yang diberikan. Maka mereka tidak berpecah dan menarik sokongan mereka daripadanya. Seperti mana dunia tahu sokongan 115 Ahli Parlimen adalah atas dasar jawatan- jawatan yang ditawarkan. Itulah sebabnya mengapa Kabinet merupakan satu Kabinet yang triple XL. Ada banyak juga jawatan-jawatan yang diberikan yang setaraf Menteri termasuklah Pengerusi kepada Majlis Pemulihan Negara yang diserahkan kembali kepada Yang Berhormat Pagoh walaupun Yang Berhormat Pagoh telah pernah diisytiharkan sebagai kerajaan gagal oleh parti UMNO-Barisan Nasional. Ini peliknya ya. MoU ini adalah kerana Pakatan Harapan dalam bahasa Inggeris dengan izin, is a different kettle of fish. Kita tidak boleh dibeli dengan tawaran jawatan ataupun sogokan. Kita boleh adakan kerjasama atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama. Kesatuan yang kelihatan wujud adalah atas sebab kita telah menggariskan beberapa dasar yang kita anggap amat penting untuk negara kita supaya matlamat-matlamat yang terkandung di dalam RMKe-12 dan RMK-RMK yang lain sebelum itu akan insya-Allah dapat dicapai. Baru-baru ini Yang Berhormat Bagan Datuk dia sebut tentang Melaka dan betapa kecewanya bahawa berlakunya peristiwa lompat melompat sehingga akan terjatuhnya sebuah kerajaan. Dia menyebut kita boleh ada kan pilihan raya peringkat negeri Melaka kerana kita hendak serahkan balik kepada rakyat untuk memilih. Eh, sejak bila Bagan Datuk ambil berat tentang pilihan rakyat? Bukankah mereka yang menyebabkan jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan yang telah dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Ke-14? Lalu janganlah berpura-pura. Hakikatnya mereka sangat takut Kerajaan Pakatan Harapan akan kembali memerintah bukan sekadar di peringkat pusat tetapi juga di peringkat negeri-negeri. Atas sebab itu ada seorang bernama Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan kerajaan ada dua pilihan iaitu isytihar darurat di Melaka ataupun bubar DUN. Saya hendak sebut, kalaulah kerajaan yang ada ini kerajaan yang bermaruah, yang bercakap tentang kepentingan rakyat dan sebagainya, biarlah kerajaan Melaka yang baharu itu meneruskan pemerintahannya dan membuktikan kepada rakyat supaya rakyat boleh memilih pada PRU yang akan datang yang mana satu yang lebih baik. Itu hak rakyat. Walaupun kita tidak condone, kita tidak berapa seronok tengok lompat-lompat ini tetapi inilah budaya yang telah dimulakan melalui Sheraton Move, ya. Apa yang hairan golongan yang terlibat dalam Sheraton Move yang hendak kutuk. This is dengan izin, the ultimate in hypocrisy. Kedua, RMKe-12 seperti mana laporan yang telah disebarkan kepada kami semua ini amat mengagumkan. Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah menyebut ianya telah menelan belanja sebanyak RM2 bilion dan bayaran itu telah dibayar kepada konsultan-konsultan luar negara. Ada kenyataan yang menafikannya. Akan tetapi tidak pula disebut berapa jumlah sebenarnya dan tidak juga disebut sama ada benar ataupun tidak konsultan-konsultan luarlah yang telah mendapat bayaran yang besar itu. Kita minta pihak kerajaan mendedahkan kos yang sebenar kerana ini adalah sebahagian daripada persoalan ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan yang menjadi asas kepada MoU di antara kita dengan kerajaan. Perancangan yang baik tidak menjamin perlaksanaan yang baik. Sudah 12 RMK disediakan, namun walaupun RMK itu cantik, indah dan cukup mengagumkan tetapi pelaksanaannya, minta maaf, jauh daripada apa yang sepatutnya. Maka, untuk menentukan RMKe-12 ini akan mencapai keberkesanan dan matlamat yang seperti mana yang dinginkan, maka ada beberapa transformasi Parlimen yang telah kita cadangkan dalam MoU iaitu kita hendak membudayakan Parliamentary Select Committee (PSC).
Biar pelaksanaan RMKe-12 ini dipantau dan dikawal dengan rapi supaya tidak akan ada lagi penyelewengan dan perbelanjaan-perbelanjaan yang tersasar seperti mana
renovations Seri Perdana yang hingga hari ini jumlah keseluruhan telah menelan belanja RM100 juta lebih. Saya hendak sentuh tentang RMK...
Rumuskan.
Teruskan.
Rumuskan.
Rumuskan, okey. Saya rumuskan. Saya ambil time Yang Berhormat Beruas sedikit.
Oleh sebab selepas ini Yang Berhormat Ipoh Timur.
Sedikit sahaja.
Baik-baik.
Fokus pertama, merancakkan pertumbuhan ekonomi. Kajian telah menunjukkan merudumnya ekonomi negara sekarang bukan semata-mata kerana COVID-19 tetapi kerana ketidakstabilan politik yang terhasil, hasil daripada Langkah Sheraton. Ini penting kerana ada yang terlibat dalam Langkah Sheraton, dia tidak faham dan dia tidak sedar, dengan izin, the damage that they have caused to the country. Orang lari, pelabur-pelabur lari kerana melihat ketidakstabilan politik negara ini. Maka, persoalan menghayati dan mengamalkan satu corak politik yang berwibawa dan bertanggungjawab adalah amat diperlukan. Fokus ketiga, dua point sahaja lagi. Ringkas, ringkas. Fokus ketiga meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia, perpaduan nasional. Akan tetapi cakap fasal perpaduan nasional, namun cogan kata Melayu isle, Melayu isle, Melayu isle, hendak melagakan orang Melayu dengan yang bukan Melayu, orang Islam dengan yang bukan Islam tetap merupakan corak politik sempit yang digunakan oleh beberapa buah parti politik di negara kita. Kita berharap, persoalan ini akan dapat ditangani dengan lebih serius dan dengan lebih berkesan.
Terima kasih.
Kita perlukan usaha membina perpaduan atas dasar-dasar yang boleh diterima ramai seperti integriti, ketelusan, pertanggungjawaban dan bukan atas sentimen perkauman dan keagamaan yang sempit. Rakyat Malaysia perlu menolakkan itu. Maka kesimpulannya, satu line sahaja. Perancangan yang baik dirosakkan oleh politik yang durjana. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Terakhir, saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan saya untuk berbahas dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Selaku pembahas yang terakhir, seperti dalam Titah Diraja juga. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 ini mempunyai matlamat dengan tema “Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif dan Mampan”. Kita nampak bahawa perbelanjaan pembangunan telah pun ditingkatkan kepada RM400 bilion, satu perbelanjaan yang paling besar dalam sejarah Malaysia dalam kesemua RMK yang sebelum ini yang telah pun kita luluskan. Walaupun kita berada dalam masa pandemik sekarang, berbanding dengan RMKe-11 yang menelan satu perbelanjaan lebih kurang RM260 bilion, angka RM400 bilion ini merupakan angka yang paling tinggi. Kejayaan RMKe-12 Tuan Yang di-Pertua, bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan projek-projek. Sememangnya setiap tahun apabila Laporan Ketua Audit Negara diterbitkan dan dibentangkan di Dewan Rakyat ini. Laporan Ketua Audit Negara selalunya menggariskan ketirisan-ketirisan pelaksanaan projek dan bahagian yang patut
diperbaiki. Saya bagi beberapa contoh di sini. Minggu lepas, Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 telah pun mendedahkan kegagalan Projek uCustoms yang bernilai RM397 juta di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Walaupun sudah lima kali extension of time (EOT) diberikan, namun projek ini masih tidak dapat disiapkan. Sebelum ini juga didedahkan bahawa littoral combat ship (LCS) bernilai RM9 bilion oleh MinDef, Kementah sampai sekarang satu kapal pun tidak disiapkan. Maka, adalah penting untuk kita mementingkan suatu sistem check and balance yang efektif, satu sistem check and balance yang boleh membantu dalam pelaksanaan RMK ini. Dalam pada ini, PAC amat berusaha dalam memainkan peranan semak dan imbang dalam Dewan yang mulia ini. Walau bagaimanapun, kita daripada PAC walaupun kita dari sebelah sini atau di sebelah sana, walaupun kita bekerja keras tetapi kita juga memerlukan bantuan dan kerjasama yang erat daripada kesemua agensi. Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus mengambil berat terhadap Laporan PAC. Saya ingin mengucapkan syabas kepada SPRM kerana telah melancarkan siasatan dan tangkapan dalam kes uCustoms. Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membangkitkan di sini bahawa dalam kes Laporan Kawalan Pekerja Asing yang mana Laporan PAC telah pun dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada tahun lepas. PAC mendapati ada wujudnya peranan pengantara yang merupakan ahli-ahli politik dan kita menggesa supaya SPRM membuat siasatan. SPRM selepas itu telah memberikan jawapan kepada PAC bahawa kes ini telah pun habis disiasat dengan no further action (NFA) pada tahun 2019. Akan tetapi yang anehnya, pada hakikatnya laporan kita baru dibentangkan pada tahun 2020 tetapi SPRM kata sudah habis disiasat pada tahun 2019. Kenapakah SPRM tidak mengambil berat berkenaan dengan syor-syor dan rumusan-rumusan yang telah pun diterbitkan? Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa setelah MoU ditandatangani, telah wujud usaha untuk transformasi Parlimen. Dalam perkara ini, siaran langsung Prosiding PAC atas talian bersama-sama dengan PAC yang lain adalah amat penting dalam memupuk amalan ketelusan dan membolehkan rakyat di luar sana menilai saksi-saksi yang hadir dan memberikan keterangan. Semakan scrutiny oleh rakyat ini adalah amat penting dan pada masa yang sama, Laporan PAC juga harus diberikan masa dan ruang untuk perbahasan. Ini adalah penting kerana setiap inti pati Laporan PAC diperhalusi dalam Dewan ini oleh Ahli-ahli Dewan. Saya percaya bahawa kedua-dua cadangan ini merupakan cadangan yang amat penting dalam usaha kita untuk mentransformasikan Parlimen untuk menjadikan Parlimen suatu contoh yang terbaik di seluruh dunia. Tuan Yang di-Pertua, salah satu tema dalam RMKe-12 ini adalah untuk menjana semula ekonomi. Perniagaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan tunjang ekonomi negara. Sejak penularan pandemik sehingga bulan Julai, dilaporkan sekurang-kurangnya 150,000 peniagaan kecil dan sederhana telah menggulung tikar, mengakibatkan kehilangan kerja sebanyak 1.2 juta. Dalam setahun yang akan datang ini adalah amat penting untuk kita memastikan kelangsungan PKS dan salah satu cara yang efektif dan terus ialah Program Subsidi Upah (PSU). Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2020 apabila kita menembusi PKP selama enam minggu, PSU sebanyak RM1,200 telah pun diberikan untuk tiga bulan dan RM600 diberikan untuk tiga bulan lagi. Akan tetapi pada tahun 2021, kita juga menembusi suatu tempoh PKP selama enam minggu tetapi apa yang diberikan kepada PKS atau majikan ialah suatu PSU pada kadar RM600 untuk tiga bulan sahaja. Ini mencatatkan satu penurunan sebanyak 67 peratus. Dengan ini, saya mencadangkan bahawa kerajaan harus melanjutkan PSU untuk sekurang-kurangnya tiga bulan dan tingkatkan kadar pembayaran PSU kepada RM1,200 sebulan. Jumlah ini boleh dibiayai dengan penjanaan dana sebanyak RM45 bilion yang
mana kami menegaskan bahawa penjanaan ini seharusnya bersifat suntikan secara langsung yang boleh membantu rakyat.
Yang Berhormat Ipoh Timur, minta rumuskan.
Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon supaya projek-projek yang sebelum ini telah pun diluluskan dapat dilaksanakan. Nombor satu adalah projek pemindahan Klinik Kesihatan Station 18 dan Klinik Ibu dan Anak Pengkalan Pegoh di Ipoh. Isu ini saya telah bangkitkan dalam Kamar Khas dan diberitahu dalam proses kelulusan. Tapak pun sudah ada di tapak Pengkalan Utama dan projek ini adalah perlu kerana KKIA telah dibina pada 1963 atas tapak keluasan 1,000 kaki persegi. Jumlah populasi di kawasan adalah melebihi 110,000 orang dan kehadiran pesakit di klinik kesihatan adalah melebihi 150 hingga 200 orang sehari. Akhirnya, projek penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019 melalui Bajet 2020 sejumlah RM150 juta. Ini adalah penting apabila border dibuka nanti. Ini adalah penting untuk perkembangan kemajuan ekonomi negeri Perak. Saya berharap bahawa cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat diterima oleh pihak kerajaan dan dengan ini saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Tuan Yang di-Pertua. Sekian daripada saya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 106 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas. Saya nak memaklumkan esok adalah permulaan Yang Berhormat Menteri-menteri akan menjawab selama tiga hari. Yang Berhormat Jelutong, saya telah menerima surat. Saya dimaklumkan ada perkara yang Yang Berhormat Jelutong tidak puas hati dengan jawapan bertulis itu. Saya minta Yang Berhormat Jelutong untuk mengemukakan surat kepada Yang di-Pertua berkenaan perkara-perkara tersebut. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah tunggu sehingga sekarang untuk tanyakan satu soalan sahaja. Ini adalah jawapan daripada Menteri Pendidikan. Soalan saya mudah. Berapakah pelajar-pelajar di Pulau Pinang telah mendapat peranti? Kita lihat kepada jawapan dua muka surat tetapi bukankah saya sendiri yang keliru atau Tuan Yang di-Pertua juga keliru? Tidak ada sebarang jawapan. Sebab saya berikan salinan kepada Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua telah baca dan memang tidak ada jawapan langsung.
Ya, faham.
Inilah level Menteri Pendidikan memberi jawapan. Saya minta jasa baik Tuan Yang di-Pertua supaya nasihatkan, memberikan penjelasan yang jelas. Terima kasih.
Baik. Terima kasih. Saya faham. Jadi, saya sebut tadi, kalau boleh tulis apa yang you cakap dan they will respond accordingly. Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, Selasa, 5 Oktober 2021. Terima kasih Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.43 malam]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Permohonan Pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Mini Dalam Daerah TangkakSpecial Chamber
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rakyat di Ledang menghadapi kesukaran dalam melaksanakan urusan melibatkan agensi-agensi kerajaan memandangkan ada sesetengah pejabat agensi kerajaan tiada sekitar kawasan Ledang, lebih spesifik dalam daerah Tangkak.
Secara umum, UTC dan RTC ataupun apa-apa jenama yang sewaktu dengannya, berfungsi sebagai pusat setempat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta kepada komuniti bandar dan luar bandar. Urusan pendaftaran dengan kaunter kerajaan, bayaran utiliti, perkhidmatan agensi kerajaan serta perkhidmatan swasta seperti perkhidmatan bank yang boleh dilakukan setempat akan membawa manfaat besar kepada penduduk sekitar UTC atau RTC tersebut.
Sekarang, bagi melaksanakan urusan-urusan ini, penduduk dalam daerah Tangkak terpaksa ke Muar, RTC Sungai Rambai dan Mini RTC Asahan. Perkara ini membawa kesukaran kepada rakyat terutamanya golongan warga emas yang terpaksa menyelesaikan urusan ini dalam kawasan Melaka dan Muar. Dalam kesukaran menghadapi wabak COVID- 19 kini, isu ini menjadi lebih membebankan penduduk daerah Tangkak dan warga Ledang.
Bayangkan, Makcik Kiah terpaksa menaiki bas awam dari Kampung Sagil menuju ke Muar bagi menyelesaikan urusan pembaharuan pasport di kaunter imigresen dan urusan haji
di Tabung Haji. Ini akan membebankan beliau kerana terpaksa bergerak ke tempat berbeza dengan kekangan ketiadaan kenderaan.
Tambahan lagi, melihat kepada perkembangan bilangan penduduk dan pertumbuhan sektor ekonomi dalam daerah Tangkak, kewujudan mini RTC dalam daerah Tangkak dilihat perlu. Selain itu, melihat kepada fakta bahawa daerah Tangkak terkenal sebagai hab pertanian dan buah-buahan, saya berpendapat bahawa pembukaan sebuah pejabat pertanian daerah di mini RTC ini sebagai pendekatan yang strategik.
Justeru, saya memohon pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk mempertimbangkan dengan segera membina sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Mini bagi memberi kemudahan kepada warga Ledang terutamanya penduduk dalam daerah Tangkak menyelesaikan urusan melibatkan agensi kerajaan dan sesetengah pihak swasta berkaitan.
Rumusannya, keperluan mini RTC dalam daerah Tangkak ini menjadi keperluan mengambil kira keperluan keselamatan dan kebajikan rakyat. Faktor-faktor ini menjadi pemacu utama dalam usaha memastikan cadangan yang sudah bertahun ini menjadi keutamaan dan kenyataan. Sekian, terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ledang.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah mengumumkan penstrukturan semula dengan izin, Rural Transformation Center (RTC) dan Mini Rural Transformation Center (MRTC) sebagai Pusat Komuniti Desa (PKD) pada 11 Oktober 2018. Hasil penstrukturan semula tersebut, sebanyak 186 Mini RTC dan lima RTC dikekalkan di bawah kementerian yang kini dikenali sebagai PKD. Ini menjadikan bilangan PKD di seluruh negara sebanyak 191 buah PKD termasuk di Sabah dan Sarawak dengan pertambahan fungsi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat luar bandar setempat agar selari dengan moto PKD iaitu ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’.
Fungsi sedia ada PKD adalah seperti berikut:
(i) pusat latihan komuniti yang menyediakan latihan kemahiran dan latihan ICT kepada penduduk setempat;
(ii) pusat aktiviti wanita yang menyediakan program yang mampu mempertingkatkan peranan golongan wanita dalam institusi komuniti luar bandar terutamanya meningkatkan penglibatan dalam sektor ekonomi dan keusahawanan serta kepimpinan;
(iii) pusat perkhidmatan setempat yang menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat setempat secara kolaborasi bersama agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), seperti kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kaunter bergerak Tabung Haji serta perkhidmatan pos bergerak;
(iv) kesukarelawan dengan mengadakan program, aktiviti kesukarelawan dengan penglibatan masyarakat setempat seperti tuisyen percuma, taklimat kesedaran dan aktiviti gotong-royong; dan
(v) pusat pengumpulan produk usahawan desa iaitu sebagai hab pengumpulan dan promosi produk usahawan desa.
Taburan 24 buah PKD di negeri Johor adalah seperti berikut:
Pusat Komuniti Bil Daerah DUN Parlimen |1. | Desa Parit Tengah |Batu Pahat | Rengit | Batu Pahat | |--:|-------------------------------|-----------|---------------|--------------| | 2|Mawai Biru |Kota Tinggi|Sedili |Kota Tinggi | | 3|FB Sungai Ara |Kota Tinggi|Sedili |Kota Tinggi | | 4|Melayu Raya |Pontian |Pekan Nenas |Tanjong Piai | | 5|Parit Sapran |Pontian |Pulai Sebatang |Pontian | | 6|Perpat Timbul |Pontian |Kukup |Tanjong Piai | | 7|Melayu Niyor |Kluang |Paloh |Sembrong | | 8|Batu 3 1/2 Paloh |Kluang |Paloh |Sembrong | | 9|Air Merah |Mersing |Endau |Mersing | | 10|FB Sri Mahkota |Mersing |Endau |Mersing | | 11|Pok |Johor Bahru|Nusa Jaya |Iskandar Putri| | 12|Murni Jaya |Kulai Jaya |Bukit Permai |Kulai | | 13|Parit Bugis |Muar |Sungai Balang |Muar | | 14|FB Bukit Kepong |Segamat |Bukit Serampang|Pagoh | | 15|Lenga/Batu 28 Lenga |Muar |Bukit Serampang|Pagoh | | 16|Batu 18 |Muar |Bukit Naning |Bakri | | 17|Panchor/Melayu Panchor |Muar |Jorak |Pagoh | | 18|Desa Temu Jodoh |Segamat |Bekok |Labis || 19|Kompleks Penghulu Bukit Kepong|Muar |Bukit Serampang|Pagoh |
Pusat Komuniti Bil Daerah DUN Parlimen |20.|Desa Layang-layang| Kluang |Layang-layang|Simpang Renggam| |--:|------------------|-----------|-------------|---------------| | 21|Tanjung Sedili |Kota Tinggi|Sedili |Kota Tinggi | | 22|Bukit Raja |Kota Tinggi|Tanjong Surat|Pengerang | | 23|Kahang |Kluang |Kahang |Sembrong | | 24|Kulai |Kulai |Kulai |Kulai |
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian pada masa ini tiada mempunyai perancangan untuk pertambahan PKD baharu kerana memberi tumpuan kepada pemerkasaan peranan 191 buah PKD sedia ada, melalui pelaksanaan projek pemerkasaan PKD di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dengan peruntukan berjumlah RM20 juta.
Pemerkasaan peranan PKD ini turut merangkumi pertambahan peranan baharu seperti berikut:
(i) pusat sehenti maklumat perniagaan di mana PKD menjadi platform bagi masyarakat luar bandar mendapatkan maklumat bagaimana untuk memulakan perniagaan;
(ii) pusat penyebaran maklumat di mana PKD bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT);
(iii) pusat pengumpulan pos dengan kerjasama pihak Pos Malaysia;
(iv) pusat pengumpulan sisa domestik di mana premis PKD dijadikan tempat untuk menyampaikan taklimat kesedaran terhadap pengurusan sisa serta program kitar semula; dan
(v) ekonomi digital dengan menyediakan kaedah alternatif bagi masyarakat luar bandar bagi pembayaran tanpa tunai melalui e-wallet atau e-payment.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, walaupun KPLB tidak mempunyai perancangan bagi menambah bilangan PKD baharu dalam masa terdekat ini, namun KPLB sedia mengkaji keperluan untuk membina PKD baharu pada masa hadapan bergantung kepada kedudukan semasa kewangan negara. Oleh yang demikian, penduduk daerah Tangkak dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dengan berkunjung ke PKD berdekatan seperti PKD FB Bukit Kepong, PKD Kompleks Penghulu Bukit Kepong,
PKD Melayu Panchor dan PKD Lenga di mana jarak perjalanan adalah di antara 30 minit dan sejam.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai lokasi atau berhubung terus dengan Pengurus PKD melalui portal rasmi kementerian di URL seperti berikut https://www.rurallink.gov.my/direktori-pkd/.Terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Bekalan Benih Padi SahSpecial Chamber
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian ke atas isu pembekalan benih padi sah. NAFAS dijadikan pemborong tunggal untuk pembekalan benih padi kepada pesawah bermula pada awal tahun ini. Sebelum ini, benih padi dihasilkan oleh sembilan buah syarikat dengan kuota tertentu. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian ke atas isu pembekalan benih padi sah.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sebelum ini, harga benih padi sah adalah RM28 bagi setiap 20 kilogram di pintu kilang, tetapi selepas pelantikan NAFAS sebagai pemborong tunggal, harga telah naik kepada RM35 setiap kilogram. Walau bagaimanapun, kini telah bertukar kembali ke sistem lama di mana benih padi dibekalkan oleh sebelas buah syarikat tetapi dengan harga pintu kilang RM33 setiap 20 kilogram.
Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan, apakah punca kegagalan NAFAS yang menyebabkan kerajaan tukar kembali ke sistem lama dan mengapa kegagalan tersebut tidak dapat dijangka dan dinilai sebelum NAFAS dilantik sebagai pemborong tunggal pada awal tahun. Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan juga mengapa penukaran kembali kepada sistem lama tersebut tidak diikuti dengan penurunan harga kepada harga asal RM28 tetapi ditetapkan harga RM33. Apakah perincian kos bagi kenaikan RM5 tersebut?
Minta Yang Berhormat Menteri senaraikan maklumat berikut bagi setiap syarikat pembekal benih padi masing-masing:
(i) kapasiti pengeluaran setiap syarikat;
(ii) kapasiti penyimpanan setiap syarikat;
(iii) pemilikan atau penyewaan mesin dan gudang setiap syarikat;
(iv) jumlah tenaga kerja setiap syarikat;
(v) kemampuan dan kapasiti lab ujian setiap syarikat; dan
(vi) kuota yang diberi kepada setiap syarikat.
Sekian, terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Alor Setar.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebelum 1 Januari 2021, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini iaitu melalui jawapan bertulis kepada Pertanyaan Lisan Yang Berhormat, pada 29 September 2021, kerajaan hanya menetapkan harga jualan pengeluaran benih padi sah secara bersubsidi sebanyak RM28 setiap beg 20 kilogram benih padi di pintu kilang sahaja secara tanpa kawalan pembelian.
Dalam hal ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mendapati bahawa manipulasi harga benih padi sah oleh ejen-ejen yang tertentu atau orang-orang tengah termasuk tindakan menyorokkan stok setiap kali musim penanaman padi mengakibatkan harga jualan akhir di peringkat pesawah, tidak dapat dikawal dan melonjak sehingga sekitar RM33 hingga ke RM60 setiap beg.
Perkara sedemikian merupakan suatu yang tidak wajar dibenarkan sama sekali. Ini memandangkan Insentif Benih Padi Sah telah diberikan oleh kerajaan. Oleh yang demikian, mulai 1 Januari 2021, MAFI telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu mekanisme, penetapan harga siling benih padi sah di paras maksimum sebanyak RM35 satu beg, 20 kilogram.
Pendekatan ini bagi mengawal harga di peringkat runcit dan memastikan supaya harga jualan akhir di peringkat pesawah tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak apabila sampai kepada pesawah, sekali gus untuk memastikan kepentingan pesawah terus terpelihara. Maka, dakwaan harga benih padi sah bersubsidi telah naik adalah tidak tepat jika meneliti kepada konteks realiti sebenar di lapangan, kerana penetapan harga siling tersebut.
Harga jualan akhir di peringkat pesawah dalam banyak keadaan adalah jauh lebih tinggi dan merugikan pesawah.
Penetapan harga siling diparas maksimum sebanyak RM35 per beg yang telah dibuat adalah sangat munasabah buat masa ini, dengan mengambil kira pelbagai faktor di semua peringkat pengeluaran dan juga pengedaran. Antara faktor yang diambil kira adalah kos-kos bagi belian bekalan benih daripada pesawah dan pengeluar, pembungkusan khas dan pembangunan kod penjejakan (tracing), dengan izin, logistik, pengangkutan dan juga penyimpanan seperti kos pengurusan yang berkaitan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan
(PPK) yang perlu dibiayai oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).
Memandangkan NAFAS dikehendaki untuk memastikan bekalan benih padi sah tersebut disimpan sebaik-baiknya, sehingga sampai ke peringkat pesawah pada masa yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, NAFAS juga telah diminta untuk menyerap sebarang kos-kos tambahan sekiranya ada bagi melancarkan proses pembekalan.
Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat – selanjutnya, apabila MAFI membuat keputusan untuk melibatkan NAFAS dalam pengedaran pembekalan benih padi sah, matlamat utama ialah untuk melicinkan sistem pengedaran benih padi sah untuk suatu tempoh interim bagi memastikan benih padi berkenaan dapat disampaikan kepada pesawah secara lebih cekap pada kos yang munasabah.
Hal yang demikian oleh sebab, saban tahun isu pengedaran dan pembekalan benih padi sah membabitkan pelbagai manipulasi di peringkat rantaian bekalan selain daripada isu kualiti benih padi itu sendiri. Penglibatan NAFAS diharap dapat menambah baik pengedaran dan juga pembekalan benih padi sah memandangkan NAFAS sendiri merupakan gabungan induk daripada persatuan peladang termasuk pesawah dan telah mempunyai jaringan
(networking) yang amat baik dan sistematik di peringkat akar umbi.
Maka, hak pengedaran telah diberikan kepada NAFAS sehingga 30 Jun 2021 bagi memberikan ruang kepada MAFI untuk meneliti dan juga melaksanakan proses penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pendekatan yang diambil ini, sehingga kini berjaya mengekang aktiviti manipulasi harga berdasarkan kepada kurangnya laporan aduan yang kita terima. Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memanipulasikan harga benih padi sah di lapangan.
Maka, dakwaan NAFAS gagal sepenuhnya adalah tidak tepat kerana kehadiran NAFAS sebenarnya telah membantu sedikit sebanyak sistem pengedaran benih padi sah pada ketika MAFI memerlukan ruang bagi meneliti dan melaksanakan proses penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada ketika itu. Isu kekurangan benih padi yang berlaku ketika itu, sebenarnya antara lain berkait dengan masalah padanan (mismatch) antara permintaan benih bagi variety tertentu dengan yang tersedia di pasaran.
Walau bagaimanapun, NAFAS dengan kerjasama semua jabatan dan agensi yang terlibat seperti Bahagian Pembangunan Industri Padi, Jabatan Pertanian (DOA), MARDI, IADA, MADA, LPP dan KADA telah menyelaraskan pembekalan dalam tempoh tersebut dengan melaksanakan pemetaan sumber (mapping) bekalan, merangka tempoh kesediaan bekalan, jangkaan keperluan dipasarkan dan penyelarasan semula bekalan.
Bagi kawasan-kawasan yang berkurangan bekalan variety tertentu, penyelarasan telah dibuat dengan memindahkan bekalan daripada sumber tersedia di kawasan-kawasan lain yang lebih memerlukan. Seterusnya, mulai 1 Julai 2021, sebagai langkah
penambahbaikan berterusan, MAFI telah memperkemaskan lagi sistem perbekalan benih padi sah ini dengan melantik sebanyak 12 buah syarikat sebagai panel pengeluar benih padi sah. Sebanyak 13 buah syarikat, termasuk NAFAS sebagai pemborong benih padi sah melalui pengeluaran lesen borong oleh Ketua Pengarah Kawal Selia Padi. Mulai bulan Julai 2021, musim kedua tahun 2021.
Pendekatan terbaharu ini tidak bermaksud berbalik kepada sistem lama. Akan tetapi, merupakan suatu penambahbaikan dengan melesenkan panel pengeluaran benih juga sebagai pemborong bersama-sama NAFAS bagi memantapkan elemen kawalan dan juga penguatkuasaan.
Sukacita juga saya menekankan, bahawa pelaksanaan pendekatan-pendekatan terbaharu tidak mengubah harga asas jualan benih bersubsidi iaitu sebanyak RM28 setiap beg 20 kilogram di pintu kilang. Namun, sedemikian, dengan pelantikan syarikat pengeluar benih, sebagai pemborong dan juga pengedar yang sebelum ini tidak berlaku, maka terdapat juga kos-kos tambahan yang turut perlu ditanggung oleh mereka.
Jadi, untuk menjawab soalan Yang Berhormat yang keenam, iaitu, berikut adalah merupakan julat kuota benih padi sah mengikut panel pengeluar. Kita ada lapan syarikat swasta:
Julat Kuota Benih Panel Pengeluar Syarikat Swasta | Pertama Padi (Malaysia) Sdn. Bhd. |Padi Sah (Metrik Tan) 2,000-20,000| |---------------------------------------------|----------------------------------| |OBL Maju Sdn. Bhd. |3,000-10,000 | |Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. |2,000-6,000 | |Kilang Beras Bagan Serai Sdn. Bhd. |3,000-10,000 | |Kilang Beras Jelapang Selatan Muar Sdn. Bhd. |2,000-6,000 | |Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. |2,000-7,000 | |Dataran Pusaka Sdn. Bhd. |3,000-10,000 | |Haji Md.Nor Bin Haji Abd.Rahman (M) Sdn. Bhd.|3,000-10,000 |
Kita ada empat syarikat GLC:
Julat Kuota Benih Panel Pengeluar Syarikat GLC |(Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Puteri Saadong|Padi Sah (Metrik Tan) 2,000-5,000| |-------------------------------------------------|---------------------------------| |Syarikat Perniagaan Peladang MADA Sdn. Bhd. |5,000-13,000 | |Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu |2,000-6,000 | |FELCRA Plantation Sdn. Bhd. |2,000-6,000 |
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang, hari Selasa, 5 Oktober 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.57 petang]