Dewan Rakyat · 7 October 2021

15th Parliament, session 4, meeting 1 · 881 turns · 44,946 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Bagan.

(Pembukaan)

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada standing order yang saya bangkitkan dua hari lepas, iaitu 36(12) berkaitan dengan cabaran Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk berdebat dengan saya berkaitan dengan Dasar Pengecualian Kabotaj ke atas pembaikan submarine cable yang telah menjejaskan pelaburan RM15 bilion. Hari ini kita lihat surat khabar bahawa Dr. Rais Hussin, Pengerusi MDEC telah pun letak jawatan kerana beliau cakap beliau tidak mahu jadi 'Yes Man'. Saya harap perkara ini boleh dirujuk semula supaya perbahasan boleh diadakan sepertimana yang dia cabar sama saya. Saya cadangkan diadakan pada 23 Oktober 2021, hari Sabtu dan logistik ini akan diuruskan oleh Yang Berhormat Bangi, Dr. Ong Kian Ming. Terima kasih.

(Pembukaan)

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya berjanji itu hari saya akan follow-up perkara ini. Saya telah bawakan perkara ini ke Yang Berhormat Menteri, perhatian Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri telah beri feedback berikut, ya. Beliau kata, beliau sedia menanti dan tidak akan lari. Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa setelah Kabinet memuktamadkan Dasar Pengecualian Kabotaj dalam bulan ini, maka beliau akan mengaturkan tarikh yang sesuai untuk membicarakan dan mengupas isu ini bersama Yang Berhormat Bagan, di mana-mana saluran TV atau mana-mana rangkaian media di dalam bahasa kebangsaan. So, itu yang beliau nyatakanlah, maka saya beritahu sekarang. Terima kasih. Kita teruskan kepada waktu pertanyaan-pertanyaan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Machang. Silakan.

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Ahmad Jazlan bin YaakubUMNO · BNMachang · question

1. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah keseluruhan projek perumahan terbengkalai mengikut pecahan negeri sehingga tahun 2021 dan apakah punca sebenar ia berlaku serta apakah penyelesaian kementerian terhadap perkara ini.

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

Baik. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 30 September 2021, sebanyak 79 projek perumahan swasta meliputi 17,724 unit rumah telah disahkan sebagai terbengkalai

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

di Semenanjung Malaysia mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966. Kesemua projek ini melibatkan 11,824 orang pembeli. Kategori 79 projek tersebut adalah seperti berikut. Sebanyak 38 projek ataupun 11,511 unit rumah melibatkan 6,319 orang pembeli sedang dalam peringkat perancangan bagi mengenal pasti kaedah dan mekanisme untuk memulihkan projek tersebut melalui penyelesaian yang dipersetujui bersama oleh pemaju, penyelamat dan juga pembeli. Sebanyak 26 projek iaitu 3,383 unit rumah yang melibatkan 2,806 orang pembeli pada waktu ini berada dalam peringkat yang statik di mana sedang dalam isu perundangan. Manakala, 15 buah projek ataupun 2,830 buah rumah yang melibatkan 2,699 orang pembeli berada dalam peringkat yang sedang dipulihkan. Untuk makluman, berkaitan dengan pecahan projek perumahan swasta terbengkalai mengikut negeri sehingga 30 September 2021. | Negeri |Projek|Unit Rumah Dibina| Unit Dijual | |-------------------|-----:|----------------:|-------------------------------------------| |Selangor | 33| 10974| 6308| |Kelantan | 12| 946|918 (Empat dalam kawasan Parlimen Machang)| |Johor | 9| 2785|– | |Pahang | 6| 623|– | |Terengganu | 6| 612|– | |Perak | 5| 341|– | |Negeri Sembilan | 4| 594|– | |Kedah | 2| 680|– | |Wilayah Persekutuan| 1| 90|– | |Melaka | 1| 79|– |<END_TABLE_MARKER> Manakala tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan mencatatkan projek terbengkalai kosong– projek terbengkalai yang berlaku di negeri tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, berdasarkan analisa yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan punca kepada 79 buah projek perumahan terbengkalai telah diklasifikasikan seperti kategori seperti berikut:

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

(i) tahap kewangan syarikat yang amat lemah, yang terdiri daripada 65 buah projek; (ii) tidak memenuhi syarat pembangunan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri; (iii) kelemahan pengurusan projek oleh syarikat; (iv) pemaju asal tidak dapat dikesan; (v) bantahan pemajuan perumahan oleh penduduk sekitar;

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina MericanUMNO · BNMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Kepala Batas

(vi) masalah pemindahan setinggan menyebabkan pemajuan tidak dapat diteruskan; (vii) masalah kontraktor yang dilantik oleh pemaju tidak cekap; dan (viii) projek itu sendiri tidak berdaya maju ataupun viability of the project has not been solid. Untuk makluman Yang Berhormat, kaedah pemulihan yang digunakan bagi menyelesaikan projek perumahan terbengkalai adalah melalui dua. Satu adalah mediations, the other one adalah melalui intervention bagi tujuan memastikan projek pemulihan ini dapat diselesaikan. Sejak tahun 2009 sehingga pada saat ini, alhamdulilah KPKT telah berjaya menyelesaikan projek perumahan swasta terbengkalai sebanyak 215 buah projek iaitu sebanyak 59,090 unit rumah dan ia membabitkan atau melibatkan seramai 39,247 orang pembeli. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ada menyebut tadi senarai projek-projek terbengkalai mengikut negeri- negeri. Sekali lagi saya sebut di sini, di Kelantan 12 buah projek terbengkalai, yang mana unit rumah yang dibina berjumlah 946 dan jumlah pembeli 918 orang. Di Machang sendiri ada empat buah projek seperti Taman Sri Jaza, Taman Seri Bestari, Taman Perisai Kemuning dan Taman MJ Kemuning 2. Soalan tambahan saya, berapakah nilai sebenar keseluruhan projek yang terbengkalai ini di seluruh negara? Berapakah perbelanjaan yang terpaksa kerajaan keluarkan jika pihak kerajaan berhasrat ingin menyelamatkan kesemua projek terbengkalai tersebut? Saya mohon khusus kepada Yang Berhormat Menteri untuk melihat empat buah projek yang terbengkalai di kawasan saya ini, kalau boleh ada kaedah serta jalan penyelesaian segera untuk diselesaikan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

Baik, sebagaimana yang saya sebut tadi, cara dan kaedah kita lakukan penyelesaian projek-projek terbengkalai ini melalui dua kaedah. Satu ialah kaedah mediations, yang kedua ialah kaedah intervention mengikut Akta 118, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan). Akan tetapi sebagai menjawab soalan yang ditanyakan, tadi saya sebut 79 buah projek yang membabitkan 17,724. Kalau diambil dari sudut GDV, jumlahnya mencecah hampir RM5.57 bilion kalau GDV. Akan tetapi barang diingat, ada projek-projek yang terbengkalai, yang telah melewati tempoh-tempoh seperti 10 tahun akan mengalami susut nilai. Ini saya beri hanyalah anggaran. Demikian juga daripada segi soal pemulihan. Banyak di kalangan pemulihan bergantung kepada kaedah. Kalau kaedah mediations yang memungkinkan kita berunding semula dengan liquidator dan liquidator boleh ada sometime buy back arrangement dengan pembeli, maka nilai ataupun kosnya akan menjadi lebih rendah. Ada juga di mana kita melakukan interventions, kita penyediaan facilitation fund kepada pemajuan-pemajuan perumahan kos rendah dan kos sederhana, Yang Berhormat. Angka ini sepertimana tadi yang saya sebut, jumlah yang kerajaan telah belanja dalam tempoh hampir 10 tahun adalah berjumlah RM219,793,00. Ini adalah yang direct interventions yang kita sediakan facilitation sehinggalah rumah itu selesai. Jadi untuk Yang Berhormat Machang, saya hendak maklumkan keempat-empat membabitkan 96 dan tiga daripadanya berada pada peratusan 95, malahan tiga daripada empat tersebut telah pun diduduki. Maka, insya-Allah sebagaimana yang diminta, insya- Allah kita akan cari kaedah penyelesaian. Saya jangkakan ia adalah suatu berada di peringkat yang akhir dan saya rasa mungkin bukan sukar untuk diselesaikan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, memandangkan projek perumahan terbengkalai amat membimbangkan, khususnya pembeli rumah pertama kali. Adakah kerajaan atau kementerian akan set up satu polisi build first, sell later? Satu polisi yang boleh menjamin pembeli akan mendapat rumah. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Ya, terima kasih Yang Berhormat. Memang itu antara kaedah yang terbaik iaitu build and sell. Setakat ini hanya ada empat pemaju yang dapat melakukannya kerana kedudukan kewangan mereka yang kuat. Mereka yang melakukan build and sell ini tidak payah memohon APDL, advertising permit dengan developer license. Namun pada waktu ini, keupayaan amat terbatas. Cuma menjawab kepada persoalan Yang Berhormat, antara yang akan saya telitikan ialah soal penambahbaikan dan pindaan-pindaan dalam Akta 118 ini sendiri yang perlu kita lakukan untuk memberi jaminan yang jauh lebih kuat dan padu kepada pembeli, nasib-nasib pembeli. Antaranya ialah bila mana kita meletakkan setiap pemaju, ia kena letak some deposit. Dahulu sekadar RM200,000 tetapi sekarang kita sudah tingkatkan kepada tiga peratus. Di bawah seksyen 6 kalau tidak silap saya, ketua pengawal, Menteri dan juga KSU mempunyai kuasa, bila mana duit itu dimasukkan dalam HDA. Namun, apa yang saya dapati mutakhir ini ialah duit itu boleh digunakan oleh pihak pembiaya, terutamanya dalam bentuk BG. Ini menyebabkan kepentingan pembeli-pembeli tidak dapat dijaga secara lebih terbela. Jadi, antara pendekatan yang akan datang, Insya-Allah selain daripada build and sell yang mungkin saya akan cari some few dedicated developers yang boleh lakukan, pindaan kepada Akta 118 pun akan dilakukan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Satu lagi boleh, Tuan Yang di- Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat, saya ada dua soalan lagi. Masa sudah tamat. Maaf ya. Yang Berhormat Setiawangsa.

Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa · question

2. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan butiran proses perolehan kit ujian kendiri untuk sekolah-sekolah termasuk kos yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Pemulihan Negara Bil.3/2021 pada 3 Ogos 2021 telah memutuskan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pembekalan kit ujian saringan kendiri COVID-19 untuk kegunaan kumpulan murid tertentu yang akan menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka. Ketetapan ini adalah sebagai satu langkah pengurusan risiko dalam memastikan sesi persekolahan dapat berjalan dengan selamat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi murid yang kembali ke sekolah asrama sepenuhnya, mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dengan menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 sebanyak tiga kali iaitu semasa pendaftaran masuk, hari keenam dan hari ke-14 mereka berada di asrama. Bagi murid asrama harian pula, ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri akan dilaksanakan semasa pendaftaran masuk. Selain itu, kit ujian kendiri akan disediakan bagi kegunaan sekolah harian untuk membuat saringan awal sekiranya terdapat murid yang menunjukkan gejala ketika di sekolah. Memandangkan kit ujian saringan kendiri COVID-19 ini perlu dibekalkan di sekolah sebelum sesi persekolahan bermula pada 3 Oktober 2021, atas faktor kesegeraan, KPM telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan perolehan ini

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

secara rundingan terus pada 9 Ogos 2021. Permohonan ini diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada 1 September 2021. Di antara syarat yang ditetapkan MOF kepada KPM adalah seperti berikut: (i) syarikat-syarikat yang diluluskan dan disenaraikan oleh Medical Devices Authority (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia;

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

(ii) berdaftar dengan MOF di bawah kod bidang yang bersesuaian; (iii) pemilihan syarikat adalah berdasarkan harga tawaran terendah serta menguntungkan kerajaan; dan (iv) KPM juga boleh melantik melebihi satu buah syarikat bagi melaksanakan perolehan ini sama ada secara pengezonan atau tidak. Selain itu, KPM juga menetapkan supaya kit ujian saringan kendiri COVID-19 yang menggunakan air liur sahaja akan dipertimbangkan. Ini kerana penggunaan kit ini lebih, adalah lebih mudah dan selamat untuk murid. Selaras dengan kelulusan MOF dan berdasarkan keperluan jumlah stok yang tinggi iaitu sebanyak 800,000 unit kit ujian saringan kendiri COVID-19 yang perlu penghantaran segera ke 140 buah pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) seluruh negara. Kaedah pembekalan dicadangkan adalah mengikut zon seperti berikut: |ZON| NEGERI | |--:|-------------------------------------------------------------------| | 1|Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak | | 2|Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka| | 3|Johor dan Negeri Sembilan | | 4|Pahang, Terengganu dan Kelantan | | 5|Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah | | 6|Sarawak |<END_TABLE_MARKER> Cadangan pembekalan mengikut zon ini, dapat memastikan syarikat boleh membekal peralatan kit ujian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di samping itu, syarikat juga dapat memberikan tumpuan dan memastikan kelancaran pengurusan penghantaran dengan cekap dan berkesan. Berdasarkan semakan pangkalan data MDA KKM pada 3 September 2021, terdapat 16 buah syarikat yang diluluskan dan disenaraikan oleh MDA KKM. Daripada 16 buah syarikat tersebut, empat buah syarikat tidak berdaftar dengan MOF di bawah kod bidang yang bersesuaian dan lima buah syarikat lagi membekalkan kit yang menggunakan kaedah selain daripada ujian air liur (saliva). Oleh yang demikian, hanya tujuh buah syarikat yang menepati kriteria yang ditetapkan oleh MOF dan KPM. Enam daripada tujuh buah syarikat ini telah mengemukakan cadangan kepada KPM, manakala satu buah syarikat lagi gagal mengemukakan cadangan sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu 6 September 2021. Susulan itu, pada 10 September 2021, Jawatankuasa Rundingan Harga telah bersidang dan membuat rundingan dengan enam buah syarikat tersebut. Atas pertimbangan untuk pemilihan asas pertimbangan untuk pemilihan syarikat adalah seperti berikut: (i) kit ujian saringan kendiri COVID-19 menepati spesifikasi yang ditetapkan; (ii) harga tawaran yang menguntungkan kerajaan; (iii) nilai tambah yang ditawarkan oleh pihak syarikat;

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

(iv) keupayaan kewangan syarikat dalam melaksanakan pembekalan dalam kadar segera; dan (v) keupayaan syarikat untuk membuat penghantaran ke 140 buah PPD dan JPN seluruh negara sebelum atau pada 26 September 2021. Hasil daripada rundingan tersebut, Jawatankuasa Rundingan Harga telah mengenal pasti tiga buah syarikat yang memenuhi asas pertimbangan yang telah ditetapkan. KPM telah mengeluarkan surat setuju terima pada 13 September 2021 kepada tiga buah syarikat yang berjaya dengan nilai kontrak keseluruhan yang berjumlah RM9.72 juta. Penghantaran kit ujian saringan kendiri COVID-19 ini telah disempurnakan oleh semua syarikat ke 140 buah PPD dan JPN di seluruh negara pada 25 September 2021. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembekalan kit ujian saringan kendiri COVID-19 ini adalah untuk sesi pembukaan sekolah pada Oktober 2021 sehingga Disember 2021. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan?

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setiawangsa ingin bertanya, pertama, mengapakah kalau kita lihat Kementerian Kesihatan yang saya fikir mempunyai keperluan yang juga sangat mendesak ataupun lebih mendesak, boleh mengambil pendekatan sebut harga ataupun tender dalam perolehan kit tersebut. Pada masa yang sama, Setiawangsa ingin tahu apakah lagi projek-projek rundingan terus yang ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun ini?

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama sekali, seperti mana yang saya jelaskan tadi bahawa tempoh yang ada itu cukup singkat dan kita perlu membekalkan 800,000 kit ke 140 buah PPD dan JPN di seluruh negara. Oleh sebab itu, kita telah berbincang dan mengambil pendekatan bahawa kita cari kaedah yang terbaik bagi memastikan sebelum 26 hari bulan, semua sudah sampai. Ini kita hendak memastikan supaya proses itu, apabila murid sampai ke sekolah, semuanya telah ada. Itulah sebab kita membuat ketetapan dan telah memohon kelulusan daripada MOF untuk tujuan tersebut. Bagi soalan kedua, saya akan menjawabnya secara bertulis Yang Berhormat. Terima kasih.

Jempol.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Soalan kedua. Ya, Yang Berhormat Jempol.

Kalabakan.

Jempol ya?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol.

Okey. Terima kasih. Saya daripada soal soalan saya dulu terjawab. Maknanya, asrama penuh diberikan percuma ujian kit tersebut manakala sekolah harian pun begitu, percuma. Akan tetapi dalam tempoh seminggu itu, berapa kali kah ujian kit kendiri ini dilakukan kepada sekolah itu? Kedua, jika berlaku kes-kes murid dijangkiti COVID-19, berapakah jumlah yang sekolah itu ditutup? Jadi, ini kegusaran ibu ayah sekarang ini apabila buka sekolah, ada kes. Ada sebahagiannya tidak mahu menghantar ke sekolah, mahu belajar secara PdPR di rumah. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Pertama sekali Yang Berhormat Jempol, untuk sekolah asrama ya. Kita buat pada hari pendaftaran iaitu hari keenam dan hari ke- 14. Itu asrama, asrama sepenuhnya. Asrama harian, kita laksanakan pada hari

pendaftaran. Untuk sekolah harian, kita akan laksanakannya sekiranya murid, ketika berada di sekolah, menunjukkan gejala. Kalau ada, kita tidak tetapkan berapa kali seminggu tetapi kalau ada murid iaitu pagi dia sampai ke sekolah sihat tetapi waktu berada di sekolah, dia ada gejala, kita akan gunakan test kit ini untuk murid tersebut bagi kita asingkan mereka lebih awal. Kita asingkan mereka dan laksanakan test. Jadi, kita tahu keadaan murid ini bagaimana sebelum kita mengambil tindakan yang selanjutnya. Berkaitan dengan sekiranya ada kes COVID-19 di sekolah. Ini saya telah jelaskan bahawa kita telah berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan kami bersetuju supaya sekiranya ada sebarang kes positif di sekolah, kita akan rujuk kepada pejabat kesihatan daerah dan pejabat kesihatan daerah akan menasihatkan pihak kementerian atau pihak sekolah tentang apakah pendekatan yang akan diambil. Jadi, itulah ketetapan yang telah kita bincangkan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Sikit. Tidak jawab tadi. Saya rasa Yang Berhormat Menteri, kita di Parlimen ini, satu minggu sebanyak dua kali untuk mengambil test. Kalau anak murid baru masuk sekolah...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri sudah jawab Yang Berhormat...

Ini the first kalau boleh dibuat setiap minggu sekali.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sudah jawab. Maaf.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Seterusnya Yang Berhormat Dungun. Maaf, soalan terakhir. Maaf. Saya silakan Yang Berhormat Dungun.

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

3. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan justifikasi dan alasan penangguhan penguatkuasaan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK) oleh DBKL yang tidak membenarkan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina bermula 1 Oktober 2021.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Terima kasih Yang Berhormat Dungun dan selamat kepada Ahli Yang Berhormat lain. Untuk makluman Yang Berhormat Dungun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengeluarkan garis panduan dan syarat-syarat permohonan lesen minuman keras (LMK) Wilayah Persekutuan yang baharu yang telah berkuat kuasa pada 15 November 2020. Garis panduan yang dikeluarkan tersebut, telah menggariskan dua perkara baharu iaitu lesen minuman keras runcit atau LMK Runcit, tidak lagi dikeluarkan di kedai- kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021. Keduanya, penjualan samsu sama sekali tidak dibenarkan di Kuala Lumpur. Dalam menyediakan garis panduan tersebut, sesi libat urus telah dilakukan oleh DBKL untuk mendapatkan pandangan pemegang taruh berkaitan seperti persatuan- persatuan pembuatan, pembungkusan dan penjualan liquor, dengan izin serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), NGO masyarakat seperti Pertubuhan Keselamatan Anak-anak Malaysia.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Secara umum, rata-rata NGO masyarakat menyatakan kegusaran dan rungutan mereka terhadap keselamatan masyarakat dan peningkatan masalah sosial disebabkan oleh kemudahdapatan kepada minuman keras. Sehubungan dengan itu, NGO masyarakat tersebut tidak bersetuju dengan penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina, kecuali yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, berpandukan kepada justifikasi yang telah saya nyatakan tadi, garis panduan baharu ini dikeluarkan untuk mengehadkan kemudahdapatan minuman keras kepada orang Islam, selain kepada orang bukan Islam yang berumur di bawah 21 tahun. Setelah berbincang dengan mendalam berkenaan perkara ini serta mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk bantahan dan rayuan daripada Persatuan Pengilang dan Pembotol Arak Malaysia dan Persatuan Peniaga Minuman Keras Bersekutu Malaya, DBKL telah meletakkan bahawa tarikh pelaksanaan penguatkuasaan garis panduan baharu ini ditangguhkan pelaksanaannya sehingga 31 Oktober 2021. Walaupun larangan jualan minuman keras ini dibuat di kedai-kedai runcit dan kedai serbaneka, masyarakat bukan Islam masih lagi boleh mendapatkan minuman keras tersebut di lokasi yang telah dibenarkan seperti di hotel, pub, bar dan juga kedai runcit yang dikhususkan untuk menjual arak. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bolehkan Yang Berhormat Menteri menyatakan tujuan asal dan matlamat pengenalan garis panduan lesen minuman keras (LMK) oleh DBKL yang tidak membenarkan penjualan arak atau liquor di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina? Pohon penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya, larangan ini dibuat awal lagi. Malah, daripada Yang Berhormat Menteri yang lepas– bukan ini, saya tidak mendapat jawapan yang tepat, saya boleh bagi jawapan bertulis. Akan tetapi sejak Yang Berhormat Putrajaya lagi, tidak dibenarkan. Selepas itu, ditukarkan, dibenarkan. Selepas itu, sekarang tidak dibenarkan. Saya mencari jalan tengah supaya kita melihat jumlah lesen yang dikeluarkan itu dan juga penjualan yang dibuat secara bebas. Jadi, sekarang ini kita tidak mahu bagi kepada kedai runcit, kedai serbaneka dan juga kedai ubat Cina yang tidak dibenarkan. Akan tetapi kedai-kedai yang dikhususkan untuk menjual arak, kita benarkan. Kalau ikut kepada statistik kebenaran yang diberi ini, menunjukkan bahawa– cuma mungkin tajuk ini ialah pengharaman tetapi dari segi mereka yang memohon dan mendapat kelulusan daripada penjualan arak ini sebenarnya bertambah. Jadi, yang kita tidak benarkan ialah dibuat secara terbuka di tempat orang ramai kerana kita tidak tahu di mana mereka hendak minum dan kalau kita takut ia boleh mendatangkan kesan kepada orang lain. Akan tetapi kalau mereka minum di tempat yang telah ditentukan, itu tidak ada masalah ya. Yang Berhormat, sebagai contoh pada tahun 2019, bagi Lesen Minuman Keras Rumah Awam Kelas 1, sebanyak 434 permohonan baharu telah diterima dan semuanya telah diluluskan. Pada tahun 2020, bagi Lesen Minuman Keras Rumah Awam Kelas 1, sebanyak 97 permohonan, semuanya kita luluskan. Kemudian pada tahun 2021, sebanyak 131 permohonan dan semuanya telah diluluskan. Jadi, kalau lihat ini, untuk tempat-tempat yang sudah dikhususkan, kita tidak menolak kecuali yang melanggar– tidak mengikut syarat-syarat yang telah dikenakan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seputeh.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seputeh dahulu.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Menteri, saya kira cerita tentang–

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, Yang Berhormat Simpang Renggam.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Ya?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Seputeh sudah bangun awal.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Seputeh ya?

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri, kita sekarang yang tanya soalan ini ialah Ahli Yang Berhormat dari Dungun. Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia. Ia sebuah masyarakat yang majmuk dan ia juga the face for Malaysia dan bukannya masyarakat konservatif seperti di Dungun. Jadi, selama ini memang tidak ada masalah...

[Dewan riuh]

Dungun dalam Malaysia. Dungun dalam Malaysia.

Orang Dungun pun ramai di Kuala Lumpur ini.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

...bagi kedai serbaneka. [Tidak jelas] [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Tolong, tolong. Yang Berhormat. Sambung, Yang Berhormat Seputeh.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Juga, kedai runcit di Kuala Lumpur untuk jual arak. Ini adalah salah produk bagi mereka. Jadi, cadangan garis panduan yang melarang penjualan arak di kedai runcit dan kedai ubat Cina ini memang tidak adil.

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya. Soalannya.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Ya, soalan saya ialah yang di kedai, khususnya macam di kedai ubat Cina, banyak produk yang mengandungi arak sebenarnya dijual macam Yomeishu, macam...

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Ada unsur mala fide.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Semua ini, sebenarnya adalah untuk kesihatan. It’s a health product.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Betul, betul.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Jadi, larangan seperti yang digaris– larangan ini, sebenarnya sekarang telah pun mengecewakan ramai pemilik dan pengusaha kedai runcit dan juga kedai ubat Cina. Mereka tidak tahu apa yang boleh dijual sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, soalan. Soalan.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Jadi, soalan saya ialah kalau DBKL hendak ganggu operasi business kecil macam ini, jadi yang mereka hendak minum itu boleh pergi beli online. Penjualan arak secara haram itu akan lebih giat lagi. Ini bukan apa yang dikehendaki oleh pihak kerajaan. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ini bukan masa untuk bahas. Untuk soalan tambahan. Soalan tambahan.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Ya, soalan tambahan saya ialah saya hendak minta- adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk adakan sebuah sesi dialog di antara penjual, pihak yang terlibat, pemilik kedai runcit dan sebagainya dengan pihak yang membantah. Saya rasa, pihak yang membantah itu juga harus tahu selama–

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

[Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Okey Yang Berhormat. Alright, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, silakan.

Terima kasih kepada soalan Yang Berhormat dan juga rasa rasanubari asmaramah Yang Berhormat dicatatkan. [Ketawa] Perasan Yang Berhormat dalam perkara ini. Saya telah melibatkan– membuat beberapa perjumpaan dan perjumpaan ini saya libatkan Yang Berhormat Seputeh sebagai orang yang berminat tentang perkara ini. Saya libatkan Yang Berhormat Seputeh tetapi perjumpaan ini belum habis. Belum habis lagi. Oleh sebab itu saya tangguhkan penguatkuasaannya sehingga 31 Oktober 2021. Kita kena fikir bukan orang yang hendak jual sahaja tetapi kena fikir tentang orang yang hendak beli. Ini ialah kerajaan Keluarga Malaysia. Sama ada mereka di Dungun atau pun di mana-mana, mereka sering kali kebanyakan mereka berada di Kuala Lumpur. Pihak kerajaan Keluarga Malaysia menghormati orang Islam dan orang bukan Islam. Jadi, kalau melihat daripada jumlah lesen yang diluluskan untuk orang bukan Islam meminum arak, saya ingat mencukupi. Cuma, sekarang ini kalau hendak menjual secara bebas di merata tempat. Ini tidak wajar. Ia akan melibatkan anak-anak muda untuk membeli minuman tersebut dan terdapat juga minuman yang tidak dibenarkan atau pun minuman kita kata haram sebab tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan juga, berlegar dan dijual di mana-mana. Perkara ini membimbangkan. Itu sebab kita terpaksa memperkenalkan undang-undang untuk menyekat daripada kemudahdapatan. Kita sekarang ini bukan kita tidak– orang bukan Islam boleh, orang Islam tidak boleh menyediakan atau menghidang minum keras di mana-mana pun. Akan tetapi orang bukan Islam boleh, di tempat yang dibenarkan. Yang Berhormat tahu tempat yang dibenarkan, di hotel, pub, bar dan juga di kedai runcit.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri, boleh minum dekat rumahkah? [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, mikrofon.

Mic tolong buka.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Mic, mic, mic.

Yang Berhormat, kita akan teruskan perjumpaan. Semalam pun saya bercakap dengan Yang Berhormat panjang lebar. Jadi, kita akan teruskan perjumpaan dengan semua pihak sebab saya tidak mahu buat keputusan dalam keadaan Yang Berhormat terbuku di hati dan saya pun tidak seronok membuat keputusan. Biar sama-sama, win-win lah apabila kita buat keputusan. Jadi, saya berharap Yang Berhormat ambil pendekatan yang lebih mudah. Kita bukan hendak mencari punca gaduh tetapi kita hendak cari helah untuk berkawan. Terima kasih. Assalamualaikum.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Puan Hannah YeohDAP · PHSegambut

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Yang Berhormat Menteri harus tahu, orang bukan Islam rasa hak mereka terjejas... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ini bukan waktu untuk berbahas.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan, tolong. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua. Peraturan. Standing order.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Peraturan Mesyuarat 36(6), saya minta Yang Berhormat Seputeh tarik balik, menghina Dungun ‘masyarakat konservatif’.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Mana saya ada menghina...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Cakap benar apa lagi. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada hinaan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Pakai mask baik-baik lah Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Boleh kita ... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat semua, Yang Berhormat semua, Yang Berhormat semua, order please. Tuan Setiausaha, silakan.

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman · question

1. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Kesihatan menyatakan strategi jangka panjang kementerian bagi mengatasi peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan rakyat akibat daripada tekanan yang dihadapi dalam tempoh pandemik ini.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kemaman ini ingin mengetahui strategi jangka panjang kementerian bagi mengatasi peningkatan kes bunuh. Kementerian Kesihatan memang komited untuk melaksanakan usaha-usaha pencegahan masalah kesihatan mental masyarakat bagi memastikan peningkatan kesejahteraan kesihatan mental dan mengurangkan kejadian bunuh diri. Strategi jangka panjang kementerian dalam hal ini adalah: Pertama, membangunkan Pelan Strategik Kebangsaan Kesihatan Mental yang telah dibangunkan melalui tahun 2020 akan sampai ke tahun 2025, yang akan dilancarkan pada 10 Oktober ini sempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Jelas strategi- strategi ini adalah untuk mencegah isu tingkah laku bunuh diri dan memfokuskan kepada kolaborasi antara agensi, kerajaan, swasta dan NGO bagi mempromosikan kesihatan mental kepada kumpulan sasar, meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental, meningkatkan strategi pencegahan bunuh diri dan kesiapsiagaan kesihatan mental dalam menghadapi kecemasan krisis dan bencana; Kedua, mengukuhkan pelaksanaan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dalam psikososial menerusi:

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

(i) penubuhan talian bantuan sokongan psikososial yang diwujudkan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama NGO bagi meningkatkan akses terhadap liputan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial bagi membantu individu yang memerlukan sokongan semasa pandemik COVID-19 ini; (ii) pertambahan pegawai psikologi kaunseling dan pegawai kerja sosial di peringkat komuniti bagi mengukuhkan perkhidmatan kesihatan mental pencegahan keganasan dan kecederaan atas salah gunaan substance. Saya difahamkan kita telah meluluskan 200 pegawai untuk setiap daerah bagi tugas ini; (iii) melaksanakan advokasi kesihatan mental kepada kumpulan sasar dan masyarakat secara menyeluruh, merentas agensi dan secara bersepadu termasuk melibatkan media massa, media sosial dan pihak kepentingan; (v) mengukuhkan program kesihatan mental di peringkat komuniti menerusi perkhidmatan di klinik kesihatan yang meliputi aktiviti promosi dan pengesahan awal melalui saringan untuk mengesan aura tahap stres, keresahan, kemurungan bagi individu yang berisiko yang akan mengalami masalah kesihatan mental serta pelaksanaan intervensi. Kementerian Kesihatan juga telah menyediakan perkhidmatan saringan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental di 60 buah hospital kerajaan, 1,161 buah klinik di peringkat primer dan 28 buah Pusat Komuniti Kesihatan Mental (MENTARI); (vi) meningkatkan kemahiran pengadilan tingkah laku bunuh diri dengan melaksanakan latihan secara berterusan kepada first line responder seperti anggota kesihatan, anggota polis dan anggota bomba; dan (vii) mempergiatkan sesi libat urus (engagement) dengan pelbagai kementerian seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, JAKIM, local governments, Kementerian Luar Negeri, polis, pelbagai NGO, bomba dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Kita sedia maklum bahawa impak pandemik COVID- 19 menyebabkan kesihatan mental sebahagian besar rakyat terjejas dan mungkin sebahagian besar rakyat dan mungkin mengambil tempoh yang panjang untuk kembali pulih dan seterusnya mampu menjalani kehidupan seperti biasa. Soalan saya, sejauh manakah Yang Berhormat Timbalan Menteri melihat kaedah dikriminalisasi kes cubaan bunuh diri mampu mengurangkan kes-kes cubaan bunuh diri? Apakah usaha-usaha di pihak kerajaan ataupun kementerian agar proses tersebut disegerakan oleh pihak-pihak yang berautoriti? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih Yang Berhormat. Kes di bawah seksyen 309 untuk mensabitkan mereka yang bunuh diri ini sebagai satu kesalahan, memang telah lama dibincangkan dan proses pun telah berjalan. Saya telah difahamkan setakat ini adalah KDN dan Attorney General, beliau sudah bersetuju untuk memansuhkan seksyen 309 untuk mensabitkan salah mereka yang bunuh diri ini. Peringkat sekarang ialah untuk dibawa ke Kabinet dan seterusnya untuk membuat pindaan kepada seksyen 309 supaya mereka yang membunuh diri ini atau cuba membunuh diri tidak akan disabitkan kesalahan lagi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengalu-alukan decriminalization of suicide di Malaysia. Saya harap ia dibawa dengan seberapa cepat yang boleh ke Dewan ini supaya kita dapat memberi support kepada itu. Tuan Yang di-Pertua, dari Januari ke Mei tahun ini, lebih kurang 1,708 orang telah bunuh diri. Akan tetapi walaupun kita tahu antara faktor-faktor adalah kerana Coronavirus dan juga lockdown dan sebagainya, apakah yang dibuat oleh kerajaan supaya pihak-pihak yang menghadapi masalah ini dapat mengatasi dan juga orang lain tidak akan bunuh diri akibat kegagalan kerajaan menangani masalah Coronavirus di negara ini? Khususnya, ramai antara kita lupa bahawa di antara 1,708 orang yang bunuh diri, 872 orang iaitu 51 peratus adalah anak-anak. Kenapa ini berlaku dan apakah usaha dibuat untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, saya tidak mahu mengambil penuh statistik yang telah disebutkan tetapi saya ada juga statistik mereka yang bunuh diri di sini mengikut tahun. Of course masa tahun pandemik ini, 2020 sampai 2021 ini kes memang naik. Sebagai contoh dalam tempoh Januari hingga Julai 2021, sejumlah 638 kes bunuh diri direkodkan berbanding 262 kes pada Januari hingga Julai tahun 2020, naik 143 peratus. Dikatakan di kalangan anak-anak kalau kita melihat di kalangan remaja, 2019, 2020, kes naik dalam six percent. Paling tinggi adalah dalam lingkungan umur 19 kepada 40 tahun iaitu 57 peratus dan lebih 60 tahun, 42 peratus. Itulah statistik yang kita ada. Of course, kebanyakan yang bunuh diri adalah lelaki, 84 peratus. Jadi soalan kedua yang ditanya oleh Yang Berhormat adalah berkenaan dengan apakah strategi ataupun langkah kerajaan dalam mengatasi masalah-masalah ini. Memang banyak. Seperti yang telah saya jelaskan tadi, salah satu yang sering diadakan oleh Kementerian Kesihatan di bawah CPRC Kementerian Kesihatan adalah kita menggunakan bantuan talian untuk menerima panggilan-panggilan mereka yang ada masalah kesihatan mental ini supaya kita membantu mereka untuk memberi kaunseling dan sebagainya. Mereka yang memang teruk kita akan bawa ke hospital, buat analisis. Ada kes yang perlu dirujuk ke agensi-agensi lain seperti di Women’s Aid Organisation dan sebagainya dan yang teruk itu kita masukkan ke hospital dan diberi rawatan selanjutnya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Permatang Pauh.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Permatang Pauh.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rujuk kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, ini sebelum pandemik ya. Ia menunjukkan lebih kurang lapan peratus kanak-kanak antara umur lima hingga 15 tahun, lebih kurang 424,000 orang semuanya alami masalah mental. Yang Berhormat tadi sebut tentang Pelan Strategik Kesihatan Mental. Hanya saya fikir selepas pandemik, kita bayangkan perintah berkurung, mereka tidak boleh ke sekolah, maka jumlahnya akan lebih naik lagi. Kita tengok Perancis beri khidmat terapi secara percuma untuk semua rakyat sejak umur tiga tahun sampailah dewasa bermula tahun 2020 bagi menangani pandemik. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi mengatasi masalah ini? Memandangkan kanak-kanak kita sangat terkesan. So, before the act itself. Terima kasih Yang Berhormat. Thank you, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Memang kita faham keadaan kanak-kanak ini, mereka yang menghadapi pelbagai masalah. Oleh sebab itu, kita— sekarang ini telah mengadakan satu program ataupun kempen, ‘Let's Talk Minda Sihat’, di mana kita

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

menggalakkan mereka untuk berkongsi masalah dengan sekeluarga. Masalah sekarang ini adalah— lebih-lebih lagi remaja ini, dia selalu tidak mahu berinteraksi dengan sekeluarga dan itu menyebabkan remaja ini kadang-kadang dia tidak dapat tahan dan pergi ke langkah yang selanjutnya, membunuh diri. Banyak langkah dan sekarang ini kita shift our task. We called it the task shiftting to the community, untuk melibatkan komuniti daripada segi pelbagai cara. Kalau kita melihat di kawasan pedalaman, kita ada program KOSPEN. Program KOSPEN ini adalah satu program kempen kesihatan dan apa-apa masalah daripada segi kesihatan, kita adakan melalui KOSPEN. Terima kasih.

Salahuddin bin AyubAMANAH · PHPulai · question

2. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [Pulai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah Ops Naga masih diteruskan bagi menyelamatkan hasil negara dan membela nasib nelayan terutama dalam mendepani krisis COVID-19.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Terima kasih kekandaku yang budiman bagi soalan nombor 2. Adakah Ops Naga diteruskan? Jawapan saya, ya. Kerajaan akan meneruskan Ops Naga dan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 24 April 2019 telah bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri mengetuai pasukan petugas (task force) yang dianggotai oleh agensi- agensi yang berkaitan bagi menjalankan operasi secara bersepadu dalam menangani isu pencerobohan bot nelayan asing serta mengelakkan kehilangan hasil sumber laut negara dengan melancarkan Ops Naga. Kerjasama strategik antara pelbagai melalui Ops Naga ini masih diteruskan. Ops Naga berupaya membantu dalam membanteras kegiatan pencerobohan bot nelayan asing terutamanya dari negara Vietnam yang sangat aktif di perairan negara, tidak kira di perairan Pantai Timur ataupun di perairan Sabah dan Sarawak. Sepanjang tempoh operasi ini dilaksanakan sehingga 17 Ogos 2021, sebanyak 22,384 pemeriksaan telah dilaksanakan dan 416 tangkapan berjaya dilakukan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 220 kes melibatkan bot nelayan asing dari Vietnam. Kerajaan juga telah berjaya memperoleh sebanyak RM455,947,100 hasil daripada nilai rampasan bot dan denda yang dikenakan ke atas pemilik bot nelayan asing terbabit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucap terima kasih kerana Operasi Naga itu diteruskan demi memastikan pendapatan negara dan nasib nelayan terbela. Cuma soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bersedia juga untuk memastikan bahan-bahan ataupun pukat-pukat tunda dan bubu naga— sebagai contoh, yang masih lagi menjadi ancaman kepada nelayan? Ini kerana, semasa kami dahulu mengemukakan Ops Naga ini bukan sekadar vessel, tetapi peralatan nelayan yang mengancam dapat juga dihapuskan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham bahawa Yang Berhormat kekanda saya sangat tahu dan mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam mengenai operasi Ops Naga, terutama sekali yang melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Saya percaya, di bawah Akta Perikanan 1985 begitu tegas sekali mengambil tindakan terhadap tekong dan juga kru-kru bot nelayan asing. Namun begitu, mengenai aset-aset yang Yang Berhormat sebutkan tadi, kita selalu berbincang dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, iaitu di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, supaya apakah tindakan yang boleh win-win situation bagi kita memastikan sama ada peralatan itu dapat kita musnahkan secara baik, supaya

tidak menjejaskan alam sekitar atau kehidupan di dalam laut itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat.

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita tahu bahawa Ops Naga ini merupakan satu operasi bersepadu di antara beberapa buah agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sebagainya. Akan tetapi, kita juga mendengar desas-desus bahawa agensi-agensi ini sebenarnya kekurangan dari sudut peralatan, termasuklah bot-bot yang telah berusia puluhan tahun lamanya. Setakat manakah inisiatif daripada pihak kementerian untuk menangani isu kekurangan aset yang dimiliki oleh agensi-agensi ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Kalau kita sebut secara... [Disampuk]

Pasir Mas.

Yang Berhormat Pasir Mas, sorry. Tentang aset-aset kapal dan bot maritim negeri-negeri di dalam negara kita. | Negeri |Aset Kapal dan Bot (Jumlah)| |----------------|--------------------------:| |Kedah dan Perlis| 24| |Pulau Pinang | 10| |Perak | 15| |Selangor | 15| |Melaka | 7| |Johor | 35| |Pahang | 9| |Terengganu | 9| |Kelantan | 7| |Sarawak | 30| |Sabah | 85| |Keseluruhan | 247|<END_TABLE_MARKER> Kita sedar bahawa di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, kita akan tumpukan juga kepada untuk menambah baik aset-aset termasuk pembelian aset-aset bagi kita mempunyai keupayaan, bagi menangani bot nelayan asing yang menjejaskan hasil negara kita. Saya percaya Yang Berhormat Pulai tahu berapakah bilangan dan berapa bilion yang telah kita kehilangan hasil daripada pencerobohan bot nelayan asing. Terima kasih.

Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis · question

3. Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan agar sebuah jalan darat dibina untuk menghubungkan Kampung Paloh, Kampung Kedang, Rumah Panjang Berangan dan Rumah Panjang Stalun dengan jalan utama Sibu - Bandar Baru Tanjong Manis dan memasukkan cadangan jalan tersebut ke dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, memandangkan jalan penghubung ini sangat penting kepada kampung-kampung atau rumah panjang yang terpencil ini.

Datuk Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II · Limbang

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan projek jalan yang menghubungkan Kampung Paloh, Kampung Kedang, Rumah Panjang Berangan, dan Rumah Panjang Stalun dengan jalan utama Sibu – Bandar Baru Tanjong Manis telah dipohon oleh kementerian di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2022 dengan tajuk ‘Projek Membina Jalan dari Kampung Paloh ke Tanjong Manis Bahagian Mukah, Sarawak’. Skop projek yang dipohon adalah membina jalan sepanjang 13 kilometer dengan standard JKR R1 dan empat buah jambatan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan Unit Perancang Ekonomi. Saya juga memahami bahawa kepentingan jalan ini merentasi Pulau Bruit, di mana ia akan bersambung dengan sebuah jambatan daripada mainland Sarawak yang ditujukan untuk menyeberangi Batang Paloh untuk sampai ke sini. Terima kasih.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas perkhabaran yang mungkin menggembirakan penduduk di kawasan tersebut. Seramai 2,000 lebih penduduk di kawasan tersebut dan juga lebih ramai lagi yang sekarang ini sedang menonton dan menunggu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Haji Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kampung Paloh yang disebutkan tadi merupakan kampung halaman saya. Selain projek jalan yang disebutkan tadi, sebenarnya ada lagi projek-projek lain yang dipohon oleh saya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan sebagainya. Jadi, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi maklum kepada saya, apakah juga projek-projek yang telah diluluskan oleh kementerian KPLB untuk kawasan Parlimen Tanjong Manis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Memang betul, memang ada projek-projek selain daripada projek yang telah dipohon oleh Yang Berhormat. Projek-projek jalan luar bandar yang lain yang telah diluluskan di bawah Parlimen Tanjong Manis adalah seperti berikut iaitu satu ialah membina Jalan Kampung Nai, Kampong Tanjong Mupong, Kampung Bruit bahagian Mukah, Sarawak dengan kos RM94,200,000 dan statusnya pada masa ini adalah pelantikan perunding. Sebatang jalan lagi ialah Jalan Kampung Sedi-Sebako bahagian Mukah, Sarawak yang bernilai RM60 juta, juga di bawah pelantikan perundingan statusnya dan sebatang jalan lagi ialah Jalan Sentebu, Sare, Kampung Bukit Kinyau dan Jalan ‘Spur’ ke Bukit Kinyau bahagian Sarikei, Sarawak yang berjumlah RM80 juta dan juga statusnya di bawah perundingan, pelantikan perundingan. Semuanya ini berjumlah RM234,200,000. Ini adalah projek-projek yang telah diluluskan. Saya tahu dengan terbinanya Jambatan Sebatang Paloh pada masa ini yang sedang dibina, menyambungkan ke Pulau Bruit iaitu Jambatan Sungai Paloh sepanjang 1.7 kilometer yang bernilai dekat RM300 juta di bawah Kerajaan Negeri Sarawak. Saya yakin dengan terbinanya jambatan dan tersiapnya nanti jambatan jalan-jalan ini dan jalan yang dipohon itu, maka insya-Allah saya rasa tempat Yang Berhormat Tanjong Manis insya-Allah akan membawa perubahan kepada kawasan tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lumut ingin bertanya kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar mengenai Tanjong Manis dan Pulau Beruit yang kita tahu adalah antara kawasan pengeluaran gula apung yang tinggi di negeri Sarawak dan juga di Malaysia. Apakah perancangan kementerian supaya industri ini dapat dibangunkan dengan tersusun dengan pembahagian tapak-tapak industri ini kepada penduduk tempatan supaya ia menjadi satu industri yang boleh meningkatkan ekonomi orang-orang di Tanjong Manis. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Data yang ada pada saya ialah tentang jalan raya, Yang Berhormat tanya fasal gula apung. Akan tetapi ia suatu cadangan yang baik. Ini adalah pendapatan untuk penduduk tempatan. Insya-Allah dengan terbinanya semua rangkaian jalan ini memudahkan logistik, pengangkutan dan sebagainya saya yakin industri ini boleh meletup di kawasan Tanjong Manis. Terima kasih.

Wong Kah WohDAP · PHTaiping · question

4. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah peruntukan Kampung Baru yang telah disalurkan pada tahun 2021 setakat ini. Berapakah projek kecil telah dilaksanakan.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd MuttalibPAS · PNTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan · Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Untuk makluman Yang Berhormat, Kampung Baru diletakkan di bawah Akta 733, Akta Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011. Kini terdapat sejumlah 613 buah Kampung Baru di seluruh Malaysia. Sebanyak tiga kategori kalau ikut dikenal pasti yang pertama Kampung Baru ialah kampung yang diwujudkan semasa darurat, di mana merupakan strategi ketenteraan di bawah Rancangan Briggs 1948/1960 bagi mengatasi ancaman pengganas komunis ketika itu. Kedua, kampung baru rangkaian, kampung yang merupakan penempatan masyarakat Cina di pinggir bandar dan kampung yang ketiga ialah Kampung Nelayan, Kampung Bagan. Kampung Nelayan di mana kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat Cina nelayan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM84 juta bagi pembangunan Kampung Baru pada tahun 2021. Peruntukan pembangunan Kampung Baru ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membangun dan meneruskan program-program pembangunan kemudahan infrastruktur dan komuniti di Kampung Baru. Pecahan peruntukan program pembangunan kampung adalah seperti berikut: (i) Program Pembangunan Infrastruktur sebanyak RM69 juta; (ii) Program Bantuan Baik Pulih Rumah sebanyak RM5 juta; dan (iii) Program Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampong Bharu sebanyak RM10 juta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sehingga 1 September 2021, sebanyak 216 projek pembangunan infrastruktur yang kecil di kampung-kampung baru dengan peruntukan berjumlah RM19.87 juta sedang dilaksanakan. Selain itu, sebanyak 399 buah rumah di seluruh negara sedang dibaik pulih dengan bajet dan peruntukan sejumlah RM4.66 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, pelbagai bentuk bantuan dan juga program-program lain untuk kebajikan masyarakat Kampung Baru telah pun disediakan oleh kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya adalah kita nampak jumlah Kampung Baru yang kita ada adalah sebanyak 613 buah. Tadi dinyatakan bahawa jumlah projek kecil hanyalah 216. Saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang terjadi dengan lebih kurang 400 lagi projek di Kampung Baru ini? Itu nombor satu. Nombor dua adalah berkenaan dengan pelantikan pegawai kemajuan perkampungan, sama ada 400 projek kecil yang tertinggal itu adalah akibat daripada PKP, belum lagi dilantik dan dimuktamadkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan terhadap pembangunan Kampung Baru.

Suka saya maklumkan bahawa Kampung Baru ini antara kawasan penempatan yang agak istimewa kerana di negara kita ini ada dua sahaja spesial kaum yang disediakan akta khas. Pertama ialah Kampung Baru dan sebahagian besarnya adalah terdiri dari kampung-kampung Cina dan kedua ialah Akta 134 di bawah masyarakat Orang Asli. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk memberikan fokus bagaimana kita boleh meningkatkan masyarakat miskin di kampung-kampung ini untuk setanding dengan masyarakat-masyarakat yang lain. Tuan Yang di-Pertua, tentang keseluruhan peruntukan ini saya kena berikan yang terperinci Tuan Yang di-Pertua, kerana kita melihat bahawa hari ini kita tengah berunding bagaimana kita hendak cari jalan yang lebih kemas supaya Kampung Baru ini dapat kita tempatkan, diletakkan di bawah kementerian yang tertentu bagi kita pastikan– bukan sahaja projek pembangunan telah dapat dilaksanakan tetapi bagaimana kita boleh mengeratkan lagi, merapatkan lagi hubungan perpaduan antara masyarakat di negara kita. Ini supaya– sebab itu lah saya difahamkan perbincangan telah dibuat dengan Kementerian Perpaduan Negara di mana mungkin secara yang positif kita akan mungkin pindahkan Kampung Baru ini di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Ini di atas persetujuan yang dibuat oleh kerajaan. Ahli Yang Berhormat yang lain, saya akan berikan jawapan secara bertulis.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Okey, berkenaan lebih kurang 400 projek kecil lagi di Kampung Baru yang lain. Terima kasih.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita melihat sebahagian besar perkampungan baru yang ada pada hari ini melibatkan perkampungan baru Cina dan diwujudkan semasa darurat yang lalu. Di samping itu, terdapat kampung-Kampung Baru yang di kawasan kampung tradisional yang ditubuhkan. Soalan saya, apakah Kampung Baru ini diliputi oleh Akta 733 dan mereka mendapat faedah yang sama melalui peruntukan yang telah disediakan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana yang saya sebutkan awal tadi Yang Berhormat, asas penubuhan Kampung Baru ini pada mulanya adalah berasaskan kepada strategi ketenteraan di mana Rancangan Briggs ketika itu bagi kita mengatasi ancaman pengganas komunis yang melibatkan kawasan- kawasan Cina. Jadi, saya juga memahami bahawa di samping Kampung Baru yang saya sebutkan tiga tadi, terdapat juga Kampung Baru yang lain, umpamanya kampung- kampung tradisional di mana akibat perpindahan banjir, diwujudkan satu Kampung Baru yang lain dan saya kira Kampung Baru ini tidak termasuk dalam Akta 733. Jadi, peruntukan sudah tentulah tidak mengalir kepada mereka.

Kampung tersusun itu.

Saya serah lah kepada kerajaan untuk melihat demi perpaduan negara kalau kita fikirkan bahawa Kampung-kampung Baru di seluruh negara ini kita selaraskan maka terserahlah kepada pihak kerajaan untuk melihatnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Rasah berkaitan kah?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ya, berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, 30 saat.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Timbalan Menteri ketika menjawab soalan tambahan daripada Yang

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Berhormat Ipoh Timur. Timbalan Menteri ada mengatakan bahawa akan selaraskan bidang kuasa berkenaan dengan Kampung Baru ini dengan Kementerian Perpaduan Negara. Jadi saya minta update sedikit– Update daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab saya menyambut baik langkah sebegini. Oleh sebab saya nampak KPKT sendiri mempunyai banyak bidang kuasa. PPR, perumahan, kerajaan tempatan dan sebagainya. Jadi saya bersetujulah kalau diagihkan ataupun dialihkan bidang kuasa untuk Kampung Baru ini kepada KPN. Ini kerana, KPN dia baharu, tahun lepas baru diwujudkan jadi kita kena memperkasakan KPN dengan memberikan bidang kuasa yang bersesuaian kepada KPN. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya ingat pandangan yang positif dan saya kira ini baik untuk kepentingan kita bersama. Saya tidak perlu ulas apa Tuan Yang di-Pertua dan insya-Allah kita serahkan kepada kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Maaf, tiga sahaja.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

...Nak permintaan, satu sahaja tidak sampai 10 saat.

Tuan Yang di-Pertua

10 saat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Okey. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri saya lihat isu Kampung Baru di Pekan Layang-layang agak terbiar berbanding Kampung Baru di tempat lain. Tidak ada pembangunan daripada lama sudah. Kalau boleh dimasukkan dalam RMKe-12. Kampung Baru Layang-layang di bawah Parlimen Simpang Renggam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Tidak perlu...

Tidak perlu dijawab Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak perlu jawablah.

Insya-Allah saya ambil perhatian. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. COVID-19 memang menyusahkan, Vaksinasi menjadi taruhan, Soalan lima Jempol kemukakan, Mohon Yang Berhormat Menteri beri jawapan. Terima kasih.

Mohd Salim bin (Mohd) SharifUMNO · BNJempol · question

5. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Kesihatan menyatakan perkembangan semasa pembangunan vaksin COVID-19 pertama negara yang telah dimulakan sejak November tahun lepas.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan perkembangan semasa pembangunan vaksin COVID-19, penyelidikan vaksin COVID-19 di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) meliputi dua teknologi vaksin iaitu virus yang aktif ataupun inactivated virus dan Jujukan Genetik Pemutus (mRNA). Vaksin di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dibangunkan secara 100 peratus oleh pakar tempatan iaitu terdiri daripada penyelidik di institut sendiri bersama dengan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga dari Institut Penyelidikan Veterinar (VRI).

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Setakat ini perkembangan pembangunan vaksin ini dalam peringkat makmal ataupun proof of concept, belum ke peringkat pra klinikal ataupun pergi ke tahap diuji dengan binatang dan sebagainya. Kedua-dua cara teknologi vaksin ini yang satu menggunakan inactivated virus seperti Sinovac dan kedua menggunakan kod genetik seperti mRNA dan penghasilan vaksin COVID-19 ini akan mengambil masa untuk mencapai tahap keselamatan dan keberkesanan melalui kajian klinikal fasa ketiga serta kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum vaksin tersebut dapat digunakan oleh masyarakat di Malaysia. Penyelidikan vaksin ini merupakan bidang baharu yang diceburi dan akan boleh digunakan oleh rakyat Malaysia selepas keputusan kajian praklinikal dengan haiwan dan juga kajian klinikal dengan manusia yang menunjukkan vaksin ini adalah selamat dan berkesan. Terima kasih.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Negara kita memang perlu mempunyai keupayaan untuk membangunkan vaksin sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada pihak luar. Jadi dalam konteks pembangunan vaksin ini, ada dua aspek yang mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab. Pertama, dari sudut kos. Apakah kos yang terlibat untuk membangunkan vaksin ini berbaloi jika dibandingkan dengan kaedah sekarang iaitu membeli sahaja daripada negara luar? Keduanya, daripada segi kemampuan. Adakah vaksin yang akan dihasilkan mampu untuk melawan berbagai-bagai varian baharu yang membimbangkan seperti Beta, Delta dan sebagainya. Ketiganya, adakah kita mendapat pengiktirafan dunia vaksin yang kita keluarkan ini? Mohon untuk Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Terima kasih.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Ya, dalam soalan nombor dua itu mungkin kita terlalu awal untuk menjawab sebab seperti yang saya katakan tadi kita adalah masih dalam proof of concept, masih di makmal. Akan tetapi, cara kita membangunkan vaksin ini adalah melalui teknologi yang sama dengan Pfizer dan Sinovac. Kita mengharapkan, of course ia dapat diiktiraf oleh dunia. Daripada segi kos, kos awal memang kita ada tetapi ia agak awal sedikit oleh sebab seperti yang saya cakap tadi ini dalam peringkat yang awal daripada segi kos, bukti dan proof of concept ini di makmal kita dijangka akan menggunakan lebih kurang RM1 atau ke RM2 juta. Praklinikal RM2 ke RM3 juta. Ini semua dalam anggaran. Selepas itu kita mendapat pelbagai stages daripada praklinikal kepada klinikal satu, klinikal dua yang test kepada manusia dan selepas itu kita pergi ke pendaftaran, pengilangan dan sebagainya. Jadi dianggarkan akan menggunakan kos beratus-beratus juta. Jadi kita haraplah ia akan disokong oleh bukan sahaja kerajaan tetapi juga private sectors supaya kita berjaya untuk mengeluarkan vaksin kita sendiri. Sekian, terima kasih.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tajuk pembangunan vaksin COVID-19 ini timbul kerana pandemik COVID-19 dan kerajaan telah mengumumkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara. Diumumkan juga penubuhan Institut Genom dan Vaksin Negara. Tuan Yang di-Pertua, saya flashback sedikit. Tajuk pembangunan vaksin ini bukan benda baharu. Apa yang baharu ialah pembangunan vaksin untuk COVID-19. Itu baharu tetapi pembangunan vaksin manusia sebenarnya topik lama. 15 tahun dahulu negara kita ada Dasar Bioteknologi Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, tahun 2006 hingga 2010 kerajaan memperuntukkan RM2 bilion dan di bawahnya ada dua agensi, Institut Farmaseutikal and Nutraseutikal Kebangsaan. Kedua, Institut Kebangsaan Produk-produk Asli, Vaksin dan Biologikal untuk R&D pembangunan vaksin manusia ini. Saya hendak tanya, RM2 bilion– sebelum kita bercakap yang sekarang, kerajaan mesti boleh tunjukkan kepada kita kad kemajuan ini dahulu, RM2 bilion. Ini kerana, yang ini di bawah RMKe-12, Menteri umumkan RM500 juta untuk R&D pembangunan vaksin ini, RM500 juta. Jadi soalan saya, ialah– sebab dia vaksin ini penggunaan vaksin ini Tuan

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Yang di-Pertua melibatkan sekurang-kurangnya empat kementerian. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Keempat-empat kementerian ini kita boleh tanya kalau tajuk pembangunan vaksin. Soalan saya, apa ciri khusus Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin dari makmal ke pasaran, from lab to the market. Apa ciri khusus yang boleh kerajaan yakinkan kita bahawa rancangan ini tidak akan tersangkut dan terbengkalai lagi. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri beri penjelasan.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Terima kasih Yang Berhormat. Daripada segi pembangunan vaksin yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi yang bermula daripada 2006 sampai sekarang melibatkan pelbagai kementerian. Akan tetapi, saya ingat MOSTI adalah satu daripada kementerian yang leading this study. Jadi maklumat detail berkenaan itu saya tidak ada, mungkin saya akan cuba mendapatkan detail maklumat kepada Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, daripada segi steps yang diperlukan untuk membangunkan sesuatu vaksin ini kita memang ada proses dia. Saya ingat step dia kalau vaksin ini kita menggunakan vaksin selalunya kita menggunakan virus sendiri, dibunuh dulu, deactivated in the lab. Kita culture, bunuh dia sendiri selepas itu kita tambahkan bahan-bahan untuk buat dia dapat bertindak menjadi dan menghasilkan imuniti kepada manusia.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Jadi, prosesnya memang panjang, banyak prosesnya. Bermula of course, kita akan menggunakan haiwan. Daripada haiwan yang kecil kepada haiwan yang besar. Tikus kepada monyet. Jadi, mengambil masa. Selepas itu kita pergi kepada manusia, fasa 1, fasa 2, fasa 3. Jadi, fasa 1 kita menggunakan mungkin dalam 10 orang, 20 orang. Fasa 2, manusia kita menggunakan lebih kurang 100 orang, 200 orang. Fasa 3, kita akan melebarkan test kita kepada beribu-ribu orang. Selepas kita menganalisis kepada semua tindakan vaksin ini berjaya, baru kita dapat register dan dibangunkan dan dikilangkan. Prosesnya pun sama. Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

[Bangun]

Vaksin tambah. Berkaitan vaksin.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Lumut atau Yang Berhormat Gopeng?

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Gopeng, Gopeng.

Lumut, Lumut.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gopenglah. Yang Berhormat Lumut sudah tanya tadi.

Dr. Lee Boon ChyePKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan pembangunan vaksin. Saya rasa vaksin COVID-19 ini memang perkara yang penting. Daripada segi peringkat konsep, praklinikal, klinikal, selepas itu pembuatan dan edaran. Untuk Malaysia setakat ini kita yang ada, kita tahu berkenaan dengan fill and finish yang sedia ada di Pharmaniaga. Memang ada yang bangkitkan soalan daripada segi kualiti fill and finish yang dibuat oleh Pharmaniaga. Jadi soalan saya, setakat mana kementerian memantau kualiti fill and finish oleh Pharmaniaga, khususnya berkenaan dengan vaksin Sinovac. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Memang kalau dahulu kita ada mendengar cerita fill and finish ini untuk Sinovac. Memanglah kualiti dipantau oleh farmasi sendiri dan proses lebih daripada itu saya tidak tahulah. Saya boleh mengambil maklumat daripada Yang Berhormat untuk kita sampaikan the detail part macam mana mereka membuat kajian kualiti dan effectiveness of the vaccine. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Maaf, tiga sahaja.

Satu lagi, penting sangat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi semua soalan itu susah, ini senang sedikit. Adakah Yang Berhormat Menteri menyedari bahawa dalam proses penyediaan dan dalam pasaran yang menunggu giliran ada 200 lebih vaksin-vaksin yang sudah boleh diguna pakai oleh manusia. Jadi saya hendak bertanya, kajian ataupun proses penyelidikan dan pembuatan yang ada di Malaysia ini, adakah untuk menghasilkan vaksin generasi pertama seperti yang ada dalam pasaran sekarang, yang banyak sedang menunggu giliran ini ataupun sudah masuk ke dalam vaksin-vaksin generasi kedua, ketiga? Datang sudah ada penyelidikan dan proses menghasilkan vaksin yang boleh merawat ataupun boleh mencegah semua varian Coronavirus ini. Jadi, di mana peringkat proses yang ada di Malaysia ini? Itu soalan senang.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Yang Berhormat, itulah hasrat kita apabila kita membangunkan vaksin ini. Inilah kita bertujuan untuk apabila ia berjaya dan kita berharap Malaysia dapat mengeluarkan vaksin sendiri dan tidak bergantung kepada negara lain. Kita berharap dalam tempoh beberapa tahun ini ataupun 10 tahun ini, pengeluaran vaksin untuk manusia di negara kita Malaysia ini dapat dihasilkan oleh kita sendiri. Ini memerlukan semua sokongan private as well as government agencies. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Wangsa Maju. Silakan.

Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju · question

6. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan rancangan pemulihan untuk sektor industri mikro khususnya peniaga-peniaga kecil di mana perniagaan mereka telah lama ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Sungai Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju. Kementerian Pembangunan Usahawan, Koperasi (MEDAC) komited dalam usaha untuk memulihkan perniagaan sektor industri mikro yang telah ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maka sebab itu, kita mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil dalam negara ini untuk mengenal pasti mereka yang berada dalam zon risiko tinggi untuk kita melaksanakan langkah mitigasi bagi membantu golongan tersebut. Kerajaan melalui kementerian ini juga telah menyediakan pelbagai bantuan dan inisiatif kepada penjaja dan peniaga kecil. Antaranya merupakan inisiatif yang sedang dilaksanakan iaitu bantuan pembiayaan melibatkan usahawan mikro Yang Berhormat, iaitu COVID-19 Business Recovery Micro (CBRM) di bawah Pakej Prihatin yang dikendalikan oleh TEKUN Nasional. Kita telah menyalurkan sebanyak RM200 juta pembiayaan tanpa caj ataupun kadar keuntungan. Maksudnya, kosong interest dan program ini telah dimanfaatkan seramai 26,326 orang peminjam. Kedua, TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS) di bawah Pakej Penjana yang dikendalikan oleh TEKUN Nasional, telah menyalurkan sebanyak RM100 juta. Program ini telah memanfaatkan sebanyak 14,965 orang peminjam. Ketiga, TEKUN Nasional juga menyediakan pembiayaan melalui Scheme Business Recovery Micro 2.0 melalui inisiatif Pemulih dengan peruntukan sebanyak RM50 juta dan nilai pembiayaan hingga RM20,000 tanpa caj, tanpa kadar keuntungan atau kosong interest. Melalui CBRM ini, usahawan diberi tempoh moratorium selama enam bulan. Kemudian apa yang kita bantu untuk usahawan ini melalui bimbingan dan latihan perniagaan. Kita di Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menawarkan pelbagai

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Sungai Besar

bentuk bimbingan dan latihan perniagaan kepada penjaja dan peniaga kecil. Antara latihan yang sedang dijalankan adalah Program Pembangunan Kapasiti Penjaja dan Peniaga Kecil 2021 dengan peruntukan sebanyak RM400,000 dan melibatkan seramai 115 orang peserta. Ketiga, galakan pendigitalan perniagaan. Kita hendak pastikan kemandirian perniagaan dalam kalangan golongan penjaja dan peniaga kecil yang menjalankan secara offline. Kita perlu berubah kepada kaedah online dan ini seiring dengan kehendak dan keperluan yang berubah secara total semasa pandemik ini. Justeru itu, selain daripada platform sedia ada seperti Food Panda dan Grab Food, MEDAC juga dengan kerjasama Biro Muda Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) melancarkan platform pesanan makanan secara dalam talian iaitu WarungKu di bawah SME Corp. Program ini secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada penghantar makanan melalui Program Warung Rider sehingga Ogos 2021, Tuan Yang di- Pertua. Seramai 5,500 orang rider ataupun 3,740 orang peniaga, merchant telah menyertai program ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, soalan tambahan satu.

Selepas ini Baling.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Terima kasih. Saya ingin tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa kebanyakan program bantuan untuk peniaga kecil atau mikro ini memerlukan pendaftaran SSM atau sijil SSM. Bagi mereka yang menjual nasi lemak di tepi jalan ataupun tukang jahit di rumah, mana ada mendaftar dengan SSM. Syarat-syarat seperti ini adalah yang menyusahkan peniaga kecil mendapatkan bantuan kerajaan. Ada pula yang memerlukan lesen perniagaan diissuekan oleh kerajaan tempatan ataupun DBKL untuk membuktikan mereka ialah peniaga. Untuk maklumat Yang Berhormat Timbalan Menteri, ramai peniaga kecil, khususnya di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar berniaga tanpa lesen ataupun menyewa lesen daripada orang lain. Jadi, apabila menggunakan syarat-syarat seperti ini, yang akan dapat bantuan ialah pemegang lesen dan bukan mereka yang berniaga. Jadi, saya ingin tahu untuk memastikan peniaga-peniaga kecil dalam kategori yang saya sebutkan ini mendapat bantuan kerajaan, adakah kementerian bercadang meluluskan permohonan mereka sekiranya ia disokong oleh wakil rakyat tempatan walaupun tanpa sijil SSM dan lesen perniagaan? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju atas semangat kepedulian kepada usahawan-usahawan kita yang terkesan. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada 1,151,339 PKS melibatkan PKS mikro, kecil dan sederhana dan daripada 1 juta ini tidak termasuk yang sebagaimana Yang Berhormat sebutkan tadi.

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Ini dalam PKS ada sebut sebagai kumpulan-kumpulan informal yang contohnya Makcik Kiah yang jual nasi lemak tepi jalan, Madam Lee yang berniaga di pasar padi ataupun Tuan Haji Salleh yang menjual mee kolok di bawah jambatan. Ini adalah kumpulan-kumpulan informal yang tidak mendaftar dengan SSM. Di peringkat kerajaan melalui MEDAC, kita bantu mereka. Melalui TEKUN Nasional, kita ada satu program yang disebut sebagai Skim Pembiayaan Informal (SPIN). Makna peniaga-peniaga yang tidak berdaftar dan tidak ada lesen. Kita menawarkan bantuan pembiayaan RM1,000 hingga RM10,000 tanpa charge, kosong interest. Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 1 Oktober melalui skim ini— melalui Tekun Nasional sehingga 1 Oktober 2021, sebanyak 2,197 usahawan informal sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi telah diberi kelulusan sebanyak RM14.1 juta.

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Jadi untuk Yang Berhormat untuk mereka ini, kita di peringkat kementerian memudahkan. Kalau dahulu untuk memohon melalui TEKUN Nasional sama ada yang berlesen ataupun tidak berlesen kita memerlukan 10 hingga 17 dokumen. Kita hendak salinan KP, kita hendak salinan lesen, kita hendak gambar premis, kita hendak salinan akaun, kita hendak salinan bil utiliti termasuk peta lokasi. Akan tetapi kali ini dalam keadaan darurat, dalam keadaan kerajaan perlu bantu usahawan, kita daripada 10 dokumen kita kurangkan kepada tiga sahaja. Pertama, perlu kad pengenalan pemohon, yang kedua kita perlu salinan akaun terkini dan ketiga perlu pengesahan, pengesahan dia adalah peniaga sama ada pengesahan daripada persatuan penjaja ataupun persatuan penduduk ataupun daripada Jawatankuasa Penganjur Pasar Malam dan sebaginya. Cukup tiga dokumen untuk diberi kelulusan antara RM1,000 hingga RM10,000. Kita di Kementerian untuk memudahkan lagi daripada permohonan 14 hari kita turunkan kepada tujuh hari bekerja dan untuk disburse untuk penyaluran, dua hari bekerja selepas usahawan menandatangani surat setuju untuk menerima pembiayaan daripada TEKUN Nasional. Maka dengan itu Yang Berhormat terima kasih dan ini tolong uar- uarkanlah kepada semua Yang Berhormat kepada peniaga-peniaga yang saya sebut macam Makcik Kiah, Madam Lee, Haji Salleh yang tidak ada SSM untuk pergi ke TEKUN Nasional dan kita boleh bantu mereka melalui kosong interest antara RM1,000 hingga RM10,000. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling sudah tunggu lama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan cukup menyeluruh. Saya yakin Menteri dan Timbalan Menteri orang yang berpengalaman dalam kementerian tersebut. Saya yakin insya-Allah akan berjaya. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkaitan dengan pakej-pakej dan inisiatif-inisiatif TEKUN dan apa yang sahabat saya Yang Berhormat Wangsa Maju tanya tadi betul-betul on point. Isu dia adalah kita sekarang ini memang sudah ada— aspek latihan Yang Berhormat sudah buat. Jadi kita mesti ada satu platform Yang Berhormat di bawah kerajaan dan sekarang ini macam Lazada, Shopee, mereka semua sudah hebat. Jadi kita perlukan sesuatu platform di bawah kerajaan yang mana kita sedang wujudkan ini untuk memastikan semua mereka yang Yang Berhormat sebut tadi Mak Cik Kiah, Madam Lee semua itu dapat bersama-sama mereka tahu di mana dia hendak google, dia hendak masuk dia boleh daftar untuk mendapatkan sistem ini. Itu yang penting. Keduanya saya setuju dgn Yang Berhormat Wangsa Maju tadi, apalah salah kiranya kita wakil-wakil rakyat yang mengenali. Kita ada 220 wakil rakyat di Dewan yang mulia ini. Kita kenal rakyat kita, kita tahu mereka siapa. Adakah keupayaan mereka ada untuk berniaga? Kalaulah surat sokongan kami itu boleh diterima pakai untuk memendekkan all the red tape. Kita sudah kaji, sudah siasat pegawai kami sudah pergi ke rumah dia sudah tahu, dia sole proprietorship pun tidak ada, sendirian berhad pun tidak ada, akaun pun tidak ada, tetapi Ahli-ahli Parlimen kita tolong rakyat tersebut dan memberi surat sokongan. Saya harap Yang Berhormat Kementerian Yang Berhormat boleh mengambil kira sokongan kami ini untuk terus-menerus membantu mereka yang memerlukan kerana Yang Berhormat sudah buat banyak. Di bawah TEKUN ini berpuluh-puluh juta tadi Yang Berhormat sebut tadi.

Saya ucapkan syabas dan tahniah. Selepas ini endemik Yang Berhormat. Endemik ini lebih penting daripada pandemik untuk mereka meneruskan kehidupan seharian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat.

Tuan Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Kita di kementerian Yang Berhormat, sebenarnya sedang menyediakan beberapa platform yang kita bukan hendak bersaing dengan Lazada ataupun Shopee, tetapi ke arah itu supaya kita dapat mengumpulkan semua kita punya produk ini untuk di bawah satu payung. Kita di SME Bank sudah ada warung rider yang menyamai hampir sama dengan apa yang dibuat oleh Lazada dan Shopee. Cuma warung rider ini— bukan warung rider. WarungKu dia berkaitan dengan seumpama dengan Foodpanda dan GrabFood. Berkaitan dengan soalan, adakah wakil rakyat dahulu di form untuk kita permohonan pembiayaan di TEKUN, sama ada TEKUN, sama ada SME Bank ataupun Bank Rakyat ataupun apa-apa institusi pembiayaan di bawah MEDAC, insya-Allah kita akan cuba meletakkan kepimpinan setempat untuk memberi sokongan dan kita yakin hanya kepimpinan setempat sahaja yang mampu memberi sokongan kepada golongan- golongan usahawan seumpama Makcik Kiah yang tidak berdaftar dengan SSM ataupun tidak memiliki lesen dan insya-Allah kita akan perhalusi sebaik mungkin berkaitan dengan sokongan yang harus diberikan oleh kepimpinan setempat untuk memudahkan kelulusan pembiayaan itu dapat dijelaskan oleh pihak agensi yang terlibat. Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin...

Satu lagi, bolehkah? Satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak teruskan juga, minta maaf Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz, Bachok.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul AzizPAS · GSBachok · question

7. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan impak segera terhadap pasaran buruh negara daripada pelaksanaan Program Subsidi Upah 4.0, Penjana Kerjaya 3.0 serta insentif Elaun Mencari Pekerjaan yang terkandung dalam pakej bantuan PEMULIH.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan MP sekalian, ahli Parlimen. Saya minta izin untuk hendak tarik sedikit sebab susah apabila hendak bercakap ini, dia sekat. Rasa cepat letih. [Membuka pelitup muka] Jadi, saya melihat soalan ini saya menyentuh tiga isu yang dibangkitkan iaitu pertamanya berkenaan dengan pasaran buruh dalam program PEMULIH yang diumumkan baru-baru ini. Keduanya pelaksanaan Program Subsidi Upah 4.0 dan Program Penjana Kerjaya 3.0 serta insentif elaun...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri punya muka tidak nampak dalam screen.

...Mencari pekerjaan dalam Pakej PEMULIH. Tiga perkara yang saya perincikan yang saya dapat kesan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, Program Subsidi Upah 4.0 merupakan bantuan kewangan kepada majikan yang terkesan daripada segi ekonomi akibat daripada COVID-19. Secara langsungnya majikan dapat mengekalkan pekerjanya untuk terus beroperasi dalam tempoh yang dikira kritikal dan seterusnya mengelakkan berlakunya perhentian pekerja secara besar-besaran dalam Program PSU 4.0 ataupun Program Subsidi Upah inilah. Kebanyakan majikan dan pekerja menghadapi masalah kewangan bagi menampung kos operasi.

Berdasarkan rekod kita dalam sistem pekerjaan SIP ataupun PERKESO bagi tahun 2020, seramai 107,024 orang telah kehilangan pekerjaan. Ini rekod daripada PERKESO yang agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Manakala sehingga 30 September 2021, seramai 50,482 orang direkodkan hilang pekerjaan pada tahun ini. Tahun ini 2021 sehingga 30 September yang kita dapat datanya. Jadi dengan Program PSU 4.0 di bawah PEMULIH ini, sebanyak 150,839 permohonan majikan diterima oleh PERKESO yang melibatkan 1.88 juta pekerja dengan jumlah kos kewangan sebanyak RM980.52 juta. Manakala bagi Program Penjana Kerjaya 3.0 di bawah PEMULIH, beberapa penambahbaikan telah dilakukan seperti Program Malaysianisation yang menggalakkan menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan dengan kita melonggarkan syarat kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,200. Ia akan menggalakkan majikan menggajikan pekerja tempatan bagi jawatan yang kebiasaannya diisi oleh pekerja asing.

Jadi seterusnya, tempoh kontrak pengajian kepada golongan mudah terjejas iaitu pekerja berusia 50 tahun ke atas juga diberi perhatian terutamanya orang kurang upaya ataupun dipanggil golongan rentan ini, diperluaskan supaya mereka tidak mudah terjejas dengan insentif yang dipinda daripada 12 bulan kepada 6 bulan. Bagi program KerjayaGig pula, ia merangkumi golongan penganggur tegar yang tidak bekerja lebih daripada 180 hari termasuk golongan pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji, hilang kerja dan golongan mudah terjejas itu insentif kepada KerjayaGig. Ini turut diperluaskan lagi bagi merangkumi penempatan pekerjaan untuk agensi pekerja swasta (APS). Agensi ini juga akan diberikan sebanyak RM100 bagi setiap pekerja yang berjaya mendapat penempatan. Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO telah meluaskan elaun mencari pekerjaan (EMP) untuk turut meliputi golongan yang tidak mencarum dalam PERKESO termasuklah graduan baharu. Sejumlah 3,671 permohonan diterima setakat 30 September 2021. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Bachok.

Hang Tuah Jaya selepas ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan pelaksanaan pakej- pakej bantuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat dilindungi, pasaran buruh negara dan juga majikan berdepan dengan pandemik yang alhamdulillah sejak akhir-akhir ini telah menunjukkan tanda-tanda penurunan dan ekonomi kita kembali rancak. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, apakah aspek yang akan ditambah baik dalam pelbagai strategi kementerian bagi terus memperkasa pasaran buruh negara sama ada melalui Program Subsidi Upah, PenjanaKerjaya mahupun Elaun Mencari Pekerjaan memandangkan program-program ini sememangnya telah memberikan impak yang tinggi kepada golongan pekerja dan majikan yang terkesan akibat pandemik ini serta bagaimanakah langkah yang dirangka oleh pihak kerajaan bagi mengenal pasti majikan tertentu yang sering kali mengambil kesempatan terhadap inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih. Memang program ini disusun daripada program 1.0 sehingga ke 4.0 yang baru-baru ini di bawah PEMULIH. Jadi, contoh penambahbaikan adalah seperti berikut. Dalam PSU, kita sebut tadi ada had gaji dahulu sehingga RM4,000 tetapi bila dalam program PEMULIH ini, kita mansuhkan had jumlah pekerja daripada gaji RM4,000 kepada tidak ada limit. Jadi, kepada majikan juga, dulu

boleh menuntut tuntutan ini daripada hanya kepada factory yang mempunyai 200 orang pekerja telah ditingkatkan kepada 500 orang pekerja yang ada dalam satu-satu factory kepada majikan tersebut. Jadi, kita harap kita dapat membantu majikan bagi meneruskan operasi mereka mengekang pemberhentian pekerja secara besar-besaran. Ini juga ada inisiatif-inisiatif yang kita sebut e-hailing iaitu ataupun hiring incentive yang disebut untuk golongan yang saya sebut tadi yang berumur 50 tahun ke atas, OKU dan juga e-hailing ini juga kita melindungi kebajikan kepada golongan yang delivery riders ataupun orang yang bekerja sendiri. Ini adalah termasuk juga gig economy bagi mereka yang diberi perlindungan PERKESO ataupun sosial kebajikan bila ditimpa musibah. Inisiatif-inisiatif ini juga kita teruskan iaitu keperluan untuk mereka mendaftar dengan PERKESO, diakui oleh majikan bahawa hasil pendapatan telah menurun dan sebagainya. Jadi, mereka yang terlibat ini majikan telah mengakui pendapatan syarikat telah menurun dan mereka boleh mendaftar untuk mereka mendapat perlindungan daripada PERKESO. Prasyarat yang penting ini bagi memastikan hanya majikan yang layak sahaja akan diberi pertimbangan untuk mendapatkan bantuan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Padang Serai, mohon penjelasan daripada kementerian, bolehkah perincikan manfaat yang diperoleh melalui Program Subsidi Upah 4.0, dengan izin. PenjanaKerjaya 3.0, dengan izin dan insentif elaun mencari pekerjaan mengikut kelas ekonomi iaitu B40, M40 dan T20. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab satu minit.

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Padang Serai. Seperti yang saya sebut tadi, program-program kita ini melibatkan dalam dipanggil Program Subsidi Upah ini merupakan bantuan insentif kepada semua golongan yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19. Itu yang kita sebut 1.0 bermula, 2.0, 3.0 dan terakhirnya adalah 4.0 Program Subsidi Upah 4.0 yang mana melibatkan golongan-golongan yang kita labelkan– Kita segmentize dengan izin, supaya mereka dapat protection ataupun perlindungan daripada program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya di bawah KSM melalui agensi kita iaitu PERKESO yang saya sebut tadi. Dalam program ini juga terdapat Skim Insurans Pekerjaan yang memberi perlindungan kepada semua golongan supaya tidak kehilangan pendapatan seterusnya bagi mereka yang dahulu hanya kita letakkan gaji maksimum RM4,000 yang kita beri perlindungan tetapi sekarang apabila program ini dijalankan terus gaji yang RM10,000 ke bawah juga diberi perlindungan. Mereka boleh menuntut supaya mereka tidak terkesan dengan keadaan ekonomi. Ini hanyalah fokus untuk pekerja. Jadi, dalam golongan- golongan ini kita ada B40 dan sekarang M40 telah menurun kepada B40. Jadi, insya-Allah RM600 sebulan yang kita bagi pada setiap pekerja selama dua bulan bagi semua sektor yang terlibat terus dengan pandemik COVID-19 ini. Jadi syarat-syaratnya pun kita telah tetapkan. Kadar penurunan pendapatan ataupun jualan daripada majikan, kadar penurunan sebanyak 30 peratus atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan bagi tahun 2021 berbanding dengan mana-mana bulan pada tahun 2019, 2020, 2021 sebelum penularan wabak COVID-19. Jadi, kepada majikan juga, majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2021. Jadi majikan telah memberi satu pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan. Mereka telah berdaftar dengan SSM dan juga PBT boleh membuat satu tuntutan untuk kita meringankan bebanan para majikan.

Jadi, sekian terima kasih kepada sahabat yang bertanya daripada Padang Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa dah tamat dah ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soal Jawab Lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Kuala Selangor.

Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor · question

8. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kesihatan menyatakan kenapa ujian saringan mudah (RTK-Ag) yang boleh dibeli tidak diintegrasikan dengan aplikasi MySejahtera untuk mengetahui keputusan ujian tersebut untuk membantu KKM mengesan jumlah peratus positif yang sebenarnya.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSTimbalan Menteri Kesihatan II · Kanowit

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat ini adalah berkenaan dengan integrasi ujian saringan mudah RTK dengan MySejahtera. Untuk makluman Yang Berhormat, pengguna MySejahtera boleh mengemas kini keputusan ujian kendiri seperti ujian RTK ataupun saliva test melalui aplikasi MySejahtera di bahagian Helpdesk ataupun ‘H’. Semua individu yang membuat ujian makmal COVID-19 dan telah didapati positif akan menerima SMS dan notifikasi ringkas melalui MySejahtera untuk memaklumkan mereka keputusan ujian tersebut sama ada positif ataupun negatif. Bagi individu yang telah membuat penilaian kendiri melalui self-test kit ini dan didapati positif COVID-19, mereka akan mendapat e-mel daripada MySejahtera untuk memaklumkan kepada mereka bahawa status terkini telah bertukar kepada high risk ataupun confirm case CAT 1. Untuk maklumat Yang Berhormat, setakat ini kita mempunyai lebih kurang 24 kit ujian kendiri ini yang telah diluluskan oleh MMDA ataupun Malaysia Medical Device Association. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah cuba menjawab soalan saya. Cuma saya perhatikan yang dimaksudkan hari ini kita ada tiga jenis iaitu RT-PCR dikendalikan oleh profesional, RTK-AG juga dikendalikan oleh profesional yang dalam bentuk swab dan sebagainya itu tetapi RTK-AG Saliva yang disebutkan sebagai kendiri itu yang menjadi pertikaian. Sangat penting dalam data sains dan juga computing, kualiti data atau integriti data. Hari ini kita memerhatikan mereka yang melakukan saliva test di rumah, kendiri maksudnya, ada dua keputusan. Andainya positif, mereka seharusnya menaikkan keputusan ujian dan juga negatif. Apa yang kita khuatir yang negatif tidak menaikkan sekali gus merosakkan kadar positivity yang hari ini pastinya lari sebab di denominatornya terganggu. Maka maksudnya kadar positif hari ini tentunya lebih tinggi dari sebenarnya. Soalan kedua saya yang paling saya khuatir, yang positif juga kerana menyangka bahawa mereka telah lengkap vaksinasi, tidak mahu memberitahu akan positive case mereka lalu kuarantin sahaja di rumah, kategori satu atau dua dan yang paling kita khuatir wujudnya long COVID-19. Lalu dalam waktu yang singkat, keadaan mereka deteriorate dengan izin. Lalu inilah yang kita dapati cases di mana mereka datang dalam keadaan kategori tiga dan empat. Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang sangat penting. Yang Berhormat Timbalan Menteri cuba memberikan sedikit pencerahan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Tuan Yang di-Pertua, seperti saya jelaskan tadi MySejahtera telah menyediakan platform untuk pelaporan untuk individu yang melakukan ujian RTK kendiri saliva test. Mereka perlu melaporkan kepada MySejahtera walaupun ia negatif atau positif.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Untuk makluman Yang Berhormat, dulu pelaporan memang kurang tetapi sejak penghujung bulan September, kita mempunyai statistik jumlah yang dilaporkan oleh mereka yang menggunakan test kendiri ini adalah meningkat daripada sebanyak 30,000 kepada semalam sebanyak 40,000 dengan positivity rate keseluruhan adalah dalam 4.9 peratus, bermakna tiap-tiap hari itu positivity itu adalah di antara 1,000 ke 2,000 ribu orang yang positif. Mereka ini kalau sudah dilaporkan kepada MySejahtera, memang status mereka dalam MySejahtera ialah seperti yang saya katakan tadi adalah high risk kategori satu dan mereka perlu pergi kepada atau perlu dipanggil oleh pembantu KKM untuk mendapatkan confirmation test menggunakan PCR. Saya pun telah melalui kaedah begitu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan saya adalah bagaimana KKM memberikan insentif kepada mereka supaya melaporkan walaupun negatif terutama kalau positif? Terima kasih. Itu soalan yang perlu...

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Sekarang ini kita belum ada insentif tetapi apa yang telah kita usahakan adalah untuk lebih ramai lagi menggunakan test kit ini. Oleh sebab itu harga test kit ini sekarang akan diturunkan kepada level yang rendah supaya ramai orang dapat menggunakan test kit ini. Ini akan dapat membantu kita dalam jangka masa yang lebih panjang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat, soalan tambahan kedua.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa kebiasaan baharu ataupun budaya ketika di era endemik adalah pelaksanaan swab test kendiri. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah kementerian untuk memupuk atau memberi kesedaran supaya budaya melakukan swab test ini dapat digalakkan kepada rakyat. Terima kasih.

Datuk Aaron Ago DagangPRS · GPSKanowit

Yang Berhormat, mungkin saya keliru sedikit swab test ataupun test kendiri menggunakan kit. Memang setakat ini kita telah pun mendengar hasrat kerajaan untuk memberi pakej kepada orang ramai untuk mendapat test kit ini supaya mereka dapat membuat ujian sendiri untuk mengelakkan daripada jangkitan COVID-19 ini. Jadi kesedaran ini adalah memang kita majukan melalui kempen di bahagian Kementerian Kesihatan sendiri. Kita menggunakan juga tempat-tempat seperti pegawai daerah dan ketua masyarakat untuk kempen untuk menyedarkan mereka apa perlunya kita membuat test kalau kita mempunyai gejala ataupun not feeling well. Jadi swab ini dalam pakej kita telah diumumkan adalah kita akan supply pakej barang-barang ini untuk rumah-rumah panjang, kampung-kampung untuk mereka gunakan, menjalankan test sendiri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Seterusnya saya ingin menjemput Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria, Yang Berhormat Parit.

Mohd Nizar bin ZakariaUMNO · BNParit · question

9. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) sejauh mana keberkesanan usaha yang telah dijalankan bagi membendung sindiket jenayah pemalsuan kad pengenalan; dan (b) apakah terdapat sebarang usaha oleh pihak Kementerian untuk memperbaharui kad pengenalan dengan ciri-ciri keselamatan lebih canggih bagi menangani isu pemalsuan dan penyalahgunaan MyKad.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri atau Timbalan menjawab, tiga minit.

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara memandang serius isu kad pengenalan palsu dan penyalahgunaan MyKad serta komited dalam usaha mengesan pengguna dan ejen pemalsuan dokumen pengenalan diri dengan mempergiatkan lagi operasi penguatkuasaan. Jabatan Pendaftaran Negara juga menjalankan usaha sama dengan agensi- agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan memberikan hasil dan impak yang besar terutama dalam perkara-perkara yang melibatkan ancaman kepada keselamatan negara. Sepanjang tahun 2021, sehingga 30 September 2021, sebanyak 176 operasi penguatkuasaan telah dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara iaitu 153 operasi penguatkuasaan kendalian JPN dan 23 operasi bersepadu bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain. Hasil daripada operasi penguatkuasaan yang telah dijalankan, seramai 77 orang individu telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu dan menggunakan kad pengenalan orang lain. Individu yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan boleh disabitkan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan) 2007 iaitu individu yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Bagi soalan (b), berhubung dengan usaha memperbaharui kad pengenalan dengan ciri keselamatan yang lebih canggih, kementerian melalui JPN sentiasa terbuka untuk mengkaji dan menambah baik kualiti MyKad, struktur baharu sedia ada dari semasa ke semasa sejak ia diperkenalkan pada tahun 2001. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MyKad struktur baharu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan bermutu tinggi serta lebih canggih seperti berikut: (i) ia diperbuat daripada bahan polycarbonate sepenuhnya dan telah diuji ketahanan di makmal yang diiktiraf; (ii) cip MyKad struktur baharu melalui beberapa peringkat pengujian termasuklah sebelum proses memasukkan cip ke dalam MyKad; dan (iii) turisan laser pada nama, nombor kad pengenalan dan gambar kecil atau ghost image bagi mengelakkan maklumat daripada dipinda dan sekiranya terdapat pindaan, pindaan tersebut dapat dikesan dengan mudah dan pantas. Justeru, keselamatan MyKad sentiasa terjamin dan tidak terancam oleh sindiket- sindiket yang berniat untuk mengeluarkan MyKad secara tidak teratur. Kementerian ingin menasihatkan mana-mana individu atau institusi yang meragui ketulenan dokumen pengenalan diri untuk merujuk kepada KDN atau JPN bagi tujuan semakan data dan pemeriksaan fizikal dokumen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kad pengenalan merupakan dokumen pengenalan diri bagi setiap warganegara kita. Jika polis dan JPJ selalu buat pemeriksaan terhadap mana-mana individu atau pengguna jalan raya untuk memastikan mereka membawa lesen memandu yang sah.

Adakah JPN atau pihak KDN menjalankan pemeriksaan secara berskala terhadap kad pengenalan ini, dan apakah bentuk hukuman kepada mana-mana individu sekiranya mereka tidak membawa kad pengenalan bersama? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Parit. Seperti mana yang saya telah jelaskan sebelum ini, bahawa kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan merupakan dokumen untuk membuktikan identiti seseorang, taraf penduduk, dan juga kewarganegaraan pemiliknya. Sehubungan itu, setiap individu yang tidak dikecualikan daripada memiliki kad pengenalan hendaklah sentiasa membawa kad pengenalan bersama-sama di mana sahaja beliau berada. Ini adalah selaras dengan Peraturan 6, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang menetapkan mana-mana individu yang telah dikeluarkan kad pengenalan hendaklah pada setiap masa membawa kad pengenalan diri. Bagi tujuan pemantauan, sub peraturan 7(1) PPN 1990 memberi kuasa secara terus kepada pegawai pendaftaran, pegawai polis, pegawai kastam, anggota tentera, atau mana-mana pegawai penjawat awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah untuk memeriksa kad pengenalan mana-mana individu semasa menjalankan tugas. Kegagalan membawa kad pengenalan adalah merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut sub peraturan 25(1)(n) PPN 1990, jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Ingin ditegaskan bahawa semua kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 adalah merupakan kesalahan—boleh ditangkap bagi maksud undang-undang yang berhubung dengan prosedur jenayah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Penampang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh tanya berkenaan dengan kes-kes yang ada banyak aduan, banyak laporan dan juga tangkapan berkenaan dengan kad pengenalan palsu di Sabah? Apakah tindakan selanjutnya pada ketika ini, dan adakah rancangan kerajaan untuk review balik ataupun kemas kini balik IC yang dikeluarkan di Sabah? Sebab, Sabah adalah satu negeri yang ada banyak kad pengenalan palsu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Sebagaimana jawapan saya tadi, memang kita akan membuat pemeriksaan berkala kepada mana-mana kad pengenalan semua orang awam. Saya sebutkan beberapa prosedur-prosedur yang baharu, yang kita hendak memastikan bahawa kad pengenalan ini tidak senang dicerobohi atau dipalsukan. Setiap pemantauan dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang saya sebut tadi, boleh di – secara operasi bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia, tentera dan juga Jabatan Kastam serta pegawai awam yang diberikan kebenaran bertulis oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Usul — Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025)Motion

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: "(a) Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran untuk memulih serta menjana semula ekonomi negara bagi mencapai pertumbuhan yang mampan, dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID-19 dan pencapaian Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020; Merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030; dan Meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar, menurut Kertas Perintah CMD. 1 Tahun 2021. (b) Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan sepenuh komitmen dan iltizam yang jitu untuk membangunkan negara secara mampan bagi membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum menikmati taraf hidup yang wajar.” [6 Oktober 2021]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk sesi jawapan menteri Rancangan Malaysia Kedua Belas, kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan. Kesemuanya 30 minit seorang. Kemudian, diikuti oleh Yang Berhormat Menteri-menteri dari Jabatan Perdana Menteri, 125 minit untuk lima Menteri. Jumlah 125 minit. Jadi sekarang, saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab semua perbahasan. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan seramai tujuh orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu berkaitan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sepanjang tempoh perbahasan pada kali ini. Pertama, Yang Berhormat Parit telah mengemukakan pertanyaan mengenai strategi baharu di bawah Dasar Keusahawanan Nasional. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) telah menggariskan enam teras strategi seperti berikut: (i) membudayakan keusahawanan dalam segenap lapisan masyarakat; (ii) mengoptimumkan sistem kawal selia dan capaian kepada pembiayaan kewangan; (iii) merangsang pembangunan keusahawanan bersepadu dan holistik; (iv) memacu pertumbuhan ekonomi melalui perusahaan berasaskan inovasi; (v) memantapkan keupayaan dan prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)—istilah baharu ini; dan (vi) mengantarabangsakan perusahaan pertumbuhan tinggi. Di samping itu, aspirasi DKN 2030 ini juga akan diselaraskan dengan pelaksanaan RMKe-12 seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini. Yang Berhormat Parit juga telah memohon penjelasan berkenaan bantuan kepada pengusaha baharu PMKS yang memulakan perniagaan. Untuk makluman Yang Berhormat, MEDAC telah pun menyediakan pembiayaan khusus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) termasuk pengusaha baharu melalui agensi-agensi MEDAC seperti berikut: (i) melalui TEKUN Nasional. Pembiayaan kepada usahawan informal dengan nilai pembiayaan sehingga RM10,000; (ii) pembiayaan kepada usahawan mikro dengan nilai pembiayaan RM100,000; (iii) Amanah Ikhtiar pula menyediakan pembiayaan kepada usahawan mikro dengan nilai pembiayaan sehingga RM30,000; (iv) SME Bank juga menyediakan pembiayaan kepada PKS dengan nilai pembiayaan sehingga RM500,000; (v) Bank Rakyat pula menyediakan pembiayaan kepada PKS dengan nilai pembiayaan sehingga RM1 juta; dan (vi) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) pula menyediakan pembiayaan minimum RM100,000 sehingga RM100 juta. Yang Berhormat Parit juga telah memohon penjelasan mengenai geran bagi memulihkan peniaga PMKS yang telah “gulung tikar” tetapi masih bersemangat untuk meneruskan perniagaan masing-masing. Untuk makluman Yang Berhormat, MEDAC telah pun menyediakan skim pembiayaan kepada usahawan PMKS yang gulung tikar untuk memulihkan semula perniagaan mereka, di antaranya seperti berikut;

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

(i) Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 di bawah TEKUN Nasional yang menyediakan pembiayaan sehingga RM20,000; (ii) Skim Pembiayaan PKS BR Flexi-i di bawah Bank Rakyat juga menyediakan pembiayaan sehingga RM1 juta; dan (iii) Program Be Your Own Boss di bawah PERNAS menyediakan pembiayaan sehingga RM500,000. MEDAC juga telah mengambil ketetapan supaya proses permohonan pembiayaan bagi dana kerajaan di bawah agensi MEDAC tidak akan mengambil kira penilaian CTOS atau CCRIS dalam tempoh pandemik ini, terutama bagi usahawan yang gulung tikar.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Tanjong Karang

Yang Berhormat Parit turut membangkitkan pertanyaan mengenai bantuan kepada usahawan-usahawan wanita dalam perniagaan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian juga turut membantu usahawan-usahawan wanita yang terjejas melalui program latihan dam bimbingan, pembiayaan, pembangunan kapasiti dan akses pasaran. Antara program yang dijalankan, di antaranya ialah program perkasa golongan wanita yang dilaksanakan oleh TEKUN Nasional. Program ini bertujuan untuk membantu dan membangunkan usahawan wanita melalui pembiayaan mikro kredit cara mudah dan cepat dengan pembiayaan dari RM1,000 sehingga ke RM100 ribu. Dalam usaha membantu golongan usahawan wanita, TEKUN Nasional juga telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Bermula dari Januari hingga September 2021, seramai 1,235 orang usahawan wanita telah menerima pembiayaan melalui program-program ini dengan nilai pembiayaan sejumlah RM15.7 juta. UDA Holdings Berhad juga melaksanakan program khusus untuk wanita yang dikenali sebagai UDA BizNita yang bertujuan untuk membantu usahawan mikro dan juga peniaga kecil dan sederhana (PKS) wanita dengan menyediakan pelbagai program pembiayaan untuk jangka pendek dan juga jangka panjang agar ussaha ini terus kekal berada di pasaran. Bermula dari Januari sehingga September 2021, Program UDA BizNita ini telah memberikan manfaat kepada 134 orang usahawan wanita dengan nilai pembiayaan berjumlah RM771,330. Yang Berhormat Setiu...

Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

...telah mengemukakan pemberian bantuan dalam bentuk geran kepada usahawan bumiputera berbanding bantuan dalam bentuk pembiayaan ataupun pinjaman, serta Yang Berhormat Bayan Baru juga turut...

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri. Parit.

Fasal wanita itu, boleh atau tidak bertanya?

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey.

Parit hendak tanya dahulu.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Sila, sila.

Saya kah? Beaufort kah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Beri Yang Berhormat Parit dahulu kerana ini jawapan kepada Yang Berhormat Parit.

Yang Berhormat Parit. Betul.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri yang cukup jelas, khususnya untuk membantu golongan usahawan kita termasuklah wanita. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah usahawan wanita ini diberikan bantuan secara geran dengan jumlah yang berdaya saing, mampan dan bukan semata-mata dalam bentuk pinjaman? Bolehkah mereka ini dibenarkan diberi pengecualian seperti moratorium untuk tahun depan? Tidak perlu lagi bayar sewa serta mengadakan kerjasama dalam platform digital economy. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Kita beri satu lagi, Yang Berhormat Beaufort.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin tahu, apakah perancangan kementerian untuk tempoh lima tahun akan datang RMKe-12 ini, tentang berapa jumlah kah bilangan usahawan wanita yang akan diwujudkan dalam tempoh tersebut dan sampai ke manakah mereka ini— adakah just PKS ataupun sampai ke peringkat global? Bagaimana kementerian akan membantu mereka? Terima kasih.

Sedikit. Jempol. Sedikit sahaja. Sedikit sahaja. Sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey Yang Berhormat Jempol. Tiga puluh saat.

Okey. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut pembiayaan bank, SME Bank ya. Saya hendak menyentuh soal kadar faedah. Kadar faedah SME Bank ini adalah lebih mahal, lebih tinggi berbanding dengan bank komersil. Apa pendapat Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri. Teruskan jawapan.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama tadi mengenai geran ya, untuk mikro ini kita ada memberikan berapa sumbangan berbentuk peralatan kerana mikro ini, dia punya pinjaman maksimum RM100 ribu. Jadi yang itu, yang kita ada beri geran ialah untuk industri kecil dan sederhana (IKS). Juga bentuk peralatan. Mengenai moratorium, memang kita memberikan moratorium seperi hujung tahun ini, memang kita berikan moratorium dan kita juga bukan sahaja memberi pinjaman tetapi juga kalau ada menyewa premis-premis di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC). Untuk moratorium ini sahaja, MEDAC telah memberikan sebanyak RM5 bilion untuk moratorium yang saya sebutkan tadi. Mengenai dalam perancangan wanita, Yang Berhormat Beaufort menyatakan, saya akan beri secara bertulis kerana di dalam perangkaan yang saya sebut mengenai perancangan Dasar Keusahawanan Negara ini, kita setakat ini sudah tentu kita akan berikan kuota-kuota ini kepada golongan wanita dan juga selain daripada sasaran- sasaran yang telah pun kita tetapkan. Mengenai Yang Berhormat Jempol, SME Bank kata interest lebih tinggi daripada bank-bank lain ini. Izinkan saya mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan saya akan beri jawapan yang bertulis. Sebagaimana yang telah pun saya nyatakan, selalunya dalam pinjaman ini ada dua. Kalau peruntukan, dia kena tengok pinjaman daripada mana. Kalau daripada peruntukan kerajaan, yang telah diumumkan tetapi diuruskan oleh pihak bank, yang itu interestnya adalah rendah kiranya hanya caj service charge. Akan tetapi pinjaman itu dibuat memang melalui duit bank yang sedia ada, bukan daripada peruntukan kerajaan, yang itu mungkin bank mengikut rate yang sedia ada. Yang Berhormat Setiu mengemukakan cadangan pemberian bantuan dalam bentuk geran kepada usahawan bumiputera berbanding bantuan dalam bentuk pembiayaan ataupun pinjaman. Yang Berhormat Bayan Baru turut mencadangkan geran insentif untuk membantu PMKS memasarkan produk tempatan ke arah— ke serata dunia. Untuk maklumat Yang Berhormat, MEDAC sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai program yang inklusif melalui agensi-agensi di bawah MEDAC. Untuk makluman,

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

cadangan pemberian bantuan dalam bentuk geran ini telah dilaksanakan oleh agensi di bawah MEDAC seperti yang berikut. Tiga disebut fasal geran tadi, ya. Kita juga ada beri geran, ya. Pertama, SME Corp menyediakan sebanyak tiga jenis program berbentuk geran iaitu Program Peningkatan Enterpris Bumiputera ataupun BEEP yang bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PKS bumiputera yang berdaya saing, daya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu. Bermula daripada Januari sehingga Ogos 2021, SME Corp telah pun meluluskan sebanyak 157 permohonan geran dengan nilai sebanyak RM19.56 juta. Program yang kedua iaitu Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro, ya, BizMe, telah menyediakan pembangunan kapasiti melalui latihan dan juga bantuan kewangan berbentuk geran. Untuk program ini, dari Januari sehingga Ogos 2021, program ini telah pun disertai oleh 1,500 usahawan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2 juta telah dibelanjakan. Begitu juga program market access incentive atau Mas SIVE, international promotion dan juga marketing IPRM menyediakan geran pembiayaan untuk program promosi dan juga pemasaran bagi memasuki pasaran luar negara. Program ini telah diberikan peruntukan sebanyak RM0.5 juta dan terbuka kepada semua usahawan dan baru-baru ini ditambah lagi sebanyak RM30 juta untuk diseliakan kepada 150 orang usahawan, di mana seorang usahawan akan diberi geran sebanyak RM200 ribu. Selain itu, PUNB juga menyediakan geran maksimum RM500 ribu kepada usahawan bumiputera yang ingin melibatkan diri untuk menjalankan perniagaan eksport ke luar negara. Yang Berhormat Sekijang mengemukakan pertanyaan mengenai cara menggalakkan pasangan seisi rumah, khususnya suri rumah melibatkan diri dalam usahawan mikro. Mereka perlu didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini, latihan kemahiran dan juga kursus perniagaan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sekijang yang menimbulkan isu untuk membantu isi rumah. Untuk makluman Yang Berhormat, MEDAC telah melaksana, telah berusaha dan membantu usahawan wanita dan mikro melalui agensi-agensi di bawah MEDAC dengan menganjurkan pelbagai program pembiayaan, latihan dan juga kursus perniagaan seperti berikut: (i) Program Pemerkasaan Usahawan Wanita. Program ini dilaksanakan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bertujuan untuk memperkasa keusahawanan dalam kalangan wanita B40 melalui latihan dan geran permulaan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah mereka. Seramai 199 orang usahawan wanita telah pun menyertai program ini dengan sasaran 450 serta akan mengikut program pada tahun ini; dan

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

(ii) Program Women Netpreneur, program ini dilaksanakan oleh SME Corp. bertujuan membantu usahawan wanita memanfaatkan teknologi bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian. Peserta program akan didedahkan dengan aplikasi Shopee, Google Ads dan juga Facebook untuk menjalankan perniagaan. Program ini yang bermula pada tahun 2017 telah melatih seramai 2,280 usahawan wanita dan pada tahun 2021, disasarkan seramai 500 lagi usahawan wanita akan menyertai program ini. Begitu juga dengan bantuan pembiayaan...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri. Sini, Batu Kawan. Sedikit.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bagi saya habis ini ya.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Baik. Terima kasih.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Bagi bantuan pembiayaan, dalam usaha ini untuk menggalakkan golongan suri rumah menjalankan perniagaan, TEKUN Nasional menyediakan pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Informal (SPIN) khusus untuk usahawan yang tidak berdaftar dan juga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, beroperasi dari rumah, perniagaan atas talian. Pembiayaan ini diberikan maksimum RM10 ribu. Begitu juga di bawah INSKEN, telah menyediakan pelbagai program latihan kepada usahawan wanita melalui program INSKEN Business Training (IBT) dan juga kursus asas keusahawanan. Program-program yang dilaksanakan oleh INSKEN ini telah memberi manfaat kepada 11,492 peserta. Melalui jumlah tersebut, sebanyak 6,142 peserta adalah terdiri daripada usahawan wanita dan mikro. Ya, sila Yang Berhormat Batu Kawan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya begini Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan mengenai pencapaian mewujudkan keusahawanan wanita. Namun saya ingin tahu, bagaimana seorang wanita yang duduk di kawasan kampung, kawasan estet, kawasan pedalaman akan tahu mengenai program-program ini? Bagaimana mereka boleh mohon, melalui saluran apa? Adakah wujud program-program ini dalam bahasa-bahasa yang berlainan supaya mereka faham bagaimana untuk mohon dan kebaikan program-program ini? Pada masa yang sama, saya juga ingin tahu sama ada kementerian masih menggunakan SOP sebelum COVID dengan garis panduan moratorium, bantuan pinjaman yang lain? Ini sebab SOP sebelum itu adalah agak ketat, agak rigid dan melihat kepada keadaan ekonomi sekarang, ramai wanita yang hilang pekerjaan, ibu tunggal dan sebagainya. Dengan menggunakan SOP sebelum ini, barangkali mereka tidak lulus atau tidak dapat manfaat daripada program-program ini. Maka, saya ingin tahu adakah kelonggaran itu wujud dan jika ya, apakah kelonggaran wanita yang blacklisted sebagai guarantor, boleh tidak mereka mohon untuk bantuan-bantuan ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.

Yang Berhormat Menteri, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Boleh Yang Berhormat Jelutong.

Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana telah diangkat sebagai Menteri sekarang, sahabat kita. Cuma saya juga berterima kasih atas pengumuman yang telah dibuat. Semestinya kita lihat Yang Berhormat Menteri begitu komited untuk memperkasakan wanita. Jelutong menyokong. Pada masa yang sama, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan– Mungkin Yang Berhormat Menteri tidak berkesempatan untuk mengulas sekarang. Berkenaan program-program ini, kita lihat memang banyak juga dana yang diberikan oleh kementerian. Soalan saya adalah kita menerima berita kelmarin bahawa program-program berkenaan dengan pemerkasaan wanita ini seperti sumbangan yang telah diberikan kepada Yayasan Sosial Wanita Malaysia sebanyak RM470 juta – RM470 ribu, maafkan saya dan Persatuan Wanita Berjaya Sejati Malaysia. Program yang dianjurkan adalah Program Gubahan Bunga Perkahwinan Secara Profesional dan Wedding Deco, jumlahnya lebih kurang setengah juta. Satu lagi adalah Program Pemerkasaan Wanita oleh Persatuan Wanita Berjaya Sejati Malaysia, RM1.1 juta yang diberikan. Cuma kemusykilan saya adalah pengerusi-pengerusi kedua-dua NGO yayasan ini merupakan yang ada kaitan dengan Malaysian Indian Congress...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

Jadi, cuma permintaan saya adalah saya tidak mahu wang ini disalahgunakan. Saya cuma ingin tanya Menteri untuk pastikan bahawa wang ini akan capai sasaran, matlamatnya untuk betul-betul memberi latihan kepada wanita dan memperkasakan wanita. Ini adalah permintaan saya Menteri. Terima kasih Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan dan juga Yang Berhormat Jelutong. Terima kasihlah Yang Berhormat Jelutong, kita pun dah tak ada selalu gaduh-gaduh. Jadi, berlaku dalam keadaan aman. [Ketawa] Saya melihat kedua-dua Ahli Yang Berhormat ini, Yang Berhormat Batu Kawan dan juga Yang Berhormat Jelutong memang menitikberatkan masalah wanita di luar bandar. Memang tidak dinafikan bahawa kadang-kadang program-program ini memang sukar nak sampai ke luar. Jadi seperti yang saya kata program informal tadi, ertinya wanita-wanita yang berniaga di tepi-tepi jalan, yang tidak ada lesen perniagaan, yang tidak ada lesen daripada majlis tempatan, sebenarnya boleh diperuntukkan, tetapi ini maksimum RM10 ribu sahaja kita bagi. Caranya ialah melalui TEKUN. Jadi, kalau nak dapat maklumat lebih tepat lagi ialah biarlah melalui TEKUN di mana di tiap-tiap kawasan Parlimen ada pejabat TEKUN. Itu yang pertama. Kedua, untuk pelaksanaan yang kedua, saya akan– saya telah umumkan dalam Dewan ini, saya akan bekerjasama dengan NGO-NGO yang ada. Akan tetapi itulah, bila kata NGO ini susah juga. Tadi Yang Berhormat Jelutong kata dua NGO tadi ada kaitan dengan parti politik, tetapi bagi saya, bila sebut NGO sudah tentulah dia berbeza dengan pertubuhan politik. Jadi kerana itu, dengan adanya NGO-NGO ini mereka tahu ahli-ahli mereka dan mudah untuk kita bekerjasama dengan NGO-NGO ini untuk capai.

Syabas Menteri. Syabas, syabas. Cuma, saya cuma minta supaya wang ini tidak dihijack oleh MIC. Wang untuk rakyat India yang betul-betul diperlukan tidak dihijack oleh MIC. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri, sedikit cadangan. Daripada NGO, boleh saya juga cadangkan bahawa pusat-pusat khidmat kami Ahli-ahli Parlimen turut disenaraikan sebagai your meet point ataupun pusat untuk memberi maklumat daripada penduduk kami terus pergi pejabat TEKUN yang mungkin jauh, mereka harus berbelanja. Jadikan pusat khidmat rakyat kami, Parlimen kami sebagai your meet point as well. So, we can also furnish them with information. So, kami mempunyai data, kami tahu wanita di kawasan kami siapa yang mahu menjalankan perniagaan tetapi mengalami kekangan, we can reach out to them on your behalf as well and TEKUN. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih. Saya memang mengalu-alukanlah. Kalau katalah Ahli-ahli Yang Berhormat ada pusat khidmat masing-masing, boleh kumpulkan borang-borang ini. Boleh kumpul, kemudian bawalah borang-borang ini pergilah ke pejabat TEKUN. Biar Yang Berhormat berurusan dengan pegawai-pegawai TEKUN ini. Syarat, saya sudah beritahu tadi. Syarat kita sudah beritahu tadi dan kerana itulah saya juga akan menubuhkan satu badan, satu NGO yang saya nak cadangkan ialah Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi di setiap kawasan Parlimen. Ini kerana seperti mana Yang Berhormat tahu, pelbagai program kementerian kita buat, tetapi kadang-kadang tidak sampai. Akan tetapi dengan adanya Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi di setiap kawasan Parlimen, di situ nanti dia akan ada pengerusi dia, urus setianya di TEKUN dan semua agensi akan letak duduk di bawah majlis ini dan pada masa inilah kita akan

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan untuk kita membantu dan menyampaikan peluang-peluang yang ada di bawah MEDAC. Kepada Yang Berhormat kata tadi bahawa mengenai supaya percepatkan, sebab itu saya ada umum sudah. Saya kata mana dia pejabat kerajaan tak perlu check CTOS, tak perlulah nak tengok dia punya CCRIS, tetapi kalau dia benar-benar tengah sesak, kita kena bantu. Ini dalam keadaan luar biasa. Esok ekonomi sudah pulih, okey, boleh ikutlah prosedur-prosedur biasa. Ini telah pun saya...

Tahniah Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kita puji. Walaupun lelaki, berjiwa wanita. Kita puji.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong, tanpa wanita, siapalah kita.

Betul, betul. Itu saya sokong. Saya sokong. Itu sokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, ada enam minit lagi Yang Berhormat.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Okey, enam minit lagi. Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, ada enam minit lagi.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya. Saya last, memang nak habis pun. Last ini mengenai yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang membangkitkan isu berkenaan peruntukan dan pinjaman TEKUN untuk kaum India perlu ditingkatkan. Juga, Yang Berhormat Batu Kawan juga membangkitkan berkenaan apakah program khusus bagi membantu usahawan India dan juga pecahan pembiayaan mengikut jantina.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Untuk makluman Yang Berhormat, TEKUN Nasional menyediakan pembiayaan khusus kepada usahawan daripada kaum India menerusi Skim Perlindungan Usahawan Masyarakat India (SPUMI). Pada tahun 2020, pembiayaan disalurkan berjumlah 16.8 juta kepada 617 orang usahawan. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2021, TEKUN Nasional telah pun menyalurkan sejumlah RM21.6 juta kepada 917 orang usahawan India berbanding peruntukan yang disediakan hanya RM20 juta. Walaupun peruntukannya ada RM20 juta tetapi TEKUN bagi lebih daripada peruntukan yang disediakan. Ini juga termasuklah usahawan wanita India ada lebih kurang ada 9,950. Secara keseluruhannya, sejak Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India diperkenalkan pada tahun 2008, kerajaan melalui TEKUN Nasional telah menyalurkan sejumlah RM345 juta kepada lebih 23,446 usahawan kaum India. Yang Berhormat Bagan Datuk membangkitkan mengenai lantikan Pengerusi TEKUN Nasional kepada kalangan ahli politik... [Disampuk]

Yang Berhormat Menteri. Klang.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, Yang Berhormat Klang.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dengan jawapan itu. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah sudi jawab soalan saya. Akan tetapi saya ada satu soalan yang am, Yang Berhormat Menteri. Ini berkaitan dengan golongan yang telah gulung tikar daripada semua kaum. Satu daripada masalah yang mereka mengalami,

khususnya mikro SME ini di bawah TEKUN dan sebagainya. Mereka tidak dapat memulakan business mereka oleh sebab operating cost ataupun rental cost adalah lebih kurang 30 peratus daripada kos operasi. So, cadangan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah kalau kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menolong bayar rental cost kepada kumpulan yang telah cicir dan yang telah “gulung tikar” supaya mereka dapat memulakan business mereka daripada khususnya mikro SME yang banyak anak bumiputera seperti penggunting rambut dan sebagainya. Saya kerja dengan satu kumpulan yang mana penggunting rambut yang ia punya members lebih kurang 800 orang di seluruh Malaysia sebelum COVID-19. Akan tetapi selepas COVID-19, hanya 30 yang masih ada. Ini kumpulan bumiputera dan juga ada satu kumpulan India pun sama dengan masalah itu tetapi mereka dah mula. Mereka hendak start lagi tetapi mereka tidak ada wang untuk bayar sewa. Sewa itu bukan beribu-ribu ringgit, tidak. Sebanyak RM500, RM1,000, RM1,500 dan kalau TEKUN boleh bayar tolong mereka, mereka akan mulakan business mereka supaya dapat menjamin kepentingan keluarga mereka dengan baik. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Klang.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat. Ini cadangan yang baik. Saya akan pertimbangkan kerana selama ini kita bagi bantuan kepada mereka yang terjejas untuk mereka memulakan perniagaan. Cadangan Yang Berhormat, instead of kita bagi mulakan perniagaan, kita bagi untuk membayar sewa. Ini saya akan— saya ingat ini cadangan yang baik. Saya akan laksanakanlah. Nanti saya akan bagi tahu supaya ini salah satu skim yang baharu supaya membantu untuk membayar sewa. Matlamat kita senang sahaja iaitu kita hendak mereka yang terjejas ini mestilah diberikan peluang perniagaan dengan seberapa segera. Oleh sebab itulah saya kata tadi, red tapes ini, CTOS, CCRIS ini kita ketepikan dahulu. Terutama golongan mikro ini yang paling ramai yang terjejas apabila pandemik COVID- 19 ini berlaku. Akhir sekali, Yang Berhormat Bagan Datuk membangkitkan mengenai lantikan Pengerusi TEKUN Nasional daripada kalangan ahli politik dan mencadangkan lantikan di kalangan tenaga profesional. Untuk makluman Yang Berhormat, sejak penubuhan TEKUN pelantikan Pengerusi TEKUN memang terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang. Bagi cadangan lantikan supaya lantikan Pengerusi TEKUN dalam kalangan tenaga profesional, so ini akan ditelitikan untuk pertimbangan yang sewajarnya. Yang Berhormat Bagan Datuk juga membangkitkan mengenai peruntukan yang lebih banyak untuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Selaras dengan perkara ini, saya sebagai Yang Berhormat Menteri memang menyokong cadangan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk. Untuk makluman, bahawa Amanah Ikhtiar sekarang ini memang diletak di bawah Kementerian MEDAC dan mungkin sebelum ini tidak dapat peruntukan yang banyak tetapi saya akan cuba untuk memohon kepada Kementerian Kewangan pada sesi libat urus bajet.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Berdiri]

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Kita akan ada satu libat urus bajet pada 22 hari bulan yang akan datang. Cadangan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk ini saya akan kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Yang Berhormat Menteri, boleh saya? Last, sebelum ini.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Last. Oh! Saya punya jawapan sudah habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, saya minta Yang Berhormat Beaufort dahulu, kemudian Yang Berhormat Batu Kawan.

Saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, tahniahlah saya ucapkan segala usaha yang sedang dibuat. Saya hendak tanya, sejak tempoh pelan pemulihan ini sudah bermula, adakah kementerian membuat pemantauan berapa bilangan peniaga-peniaga kecil yang ada di Malaysia sudah kembali beroperasi? Jika ada, apakah didapati kekangan ataupun masalah yang mereka hadapi, yang boleh kita membantu mereka?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila, Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya boleh terima jawapan bertulis atas isu yang saya ingin bangkitkan di sini. Iaitu mengenai cadangan satu geran untuk membantu pengusaha bas, terutama pengusaha bas sekolah. Rata-rata dalam pandemik ini di mana ada kekangan MCO, tidak boleh cross border, daerah. Ramai pengusaha bas terpaksa mengalami satu situasi, mereka perlu bayar syarikat kredit walaupun di bawah kementerian yang lain. Akan tetapi they have come to a point where they don’t know what to do. Ada yang dah masuk hospital sebab pressure dan ada yang masih menerima surat dari mahkamah. Maka, saya ingin mencadangkan kalau kementerian ada satu peruntukan dana khas, geran untuk membantu mereka so that they can recover. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan pertimbangkan cadangan saya ini dalam tanggungjawab dan tugas Yang Berhormat Menteri dalam 100 hari ini. If you can do this Yang Berhormat Menteri, I think you have surpassed your other colleagues who have already received bad marks on their 100 days performance. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Baik. Sila Yang Berhormat Menteri, minta rumusan sekali terus.

Tan Sri Noh bin Haji OmarUMNO · BNTanjong Karang

Saya dah– Ini akhir dah jawapan saya. Akan tetapi saya hendak ulas daripada jawapan kepada Yang Berhormat Beaufort. Saya akan bagi secara bertulislah sebab saya tidak ada perangkaan. Akan tetapi dalam target 100 hari ini memang kita ada untuk menolong, membantu usahawan yang terjejas ini lebih kurang 1,076 orang. Kita akan cuba bantu. Juga, apa Yang Berhormat bangkit tadi memang bukan sahaja Persatuan Bas, saya juga sudah berjumpa dengan beberapa persatuan, daripada mikro, daripada industri kecil dan sederhana, semalam ada dekat 35 NGO jumpa saya. Berbagai-bagai masalah yang mereka hadapi. Jadi untuk itu, saya hendak menjemputlah mana-mana NGO di luar sana iaitu persatuan-persatuan yang mungkin saya tidak sempat hendak jumpa. Ada senarai dekat saya, dekat lebih 50 NGOs yang melibatkan usahawan-usahawan ini mungkin saya tidak boleh jumpa semua tetapi saya akan mengadakan satu dialog. Maka, saya akan menjemput semua wakil persatuan untuk berjumpa dengan saya dan berdialog— bukan berdialog. Ertinya, berinteraksi dengan saya untuk saya hendak mendengar masalah- masalah dan apa cara yang terbaik untuk saya bantu dalam untuk membangunkan ekonomi negara yang terjejas ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Saya berharap daripada penjelasan tersebut ia telah dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan untuk menjawab.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Bukit Bintang dan Yang Berhormat Seputeh yang menyentuh isu Kementerian Wilayah Persekutuan. Dalam membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 ini, suka saya memaklumkan terlebih dahulu bahawa dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 yang lepas, ketiga-tiga Wilayah Persekutuan telah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi yang melebihi purata nasional sebanyak 2.7 peratus setahun. Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.6 peratus setahun, manakala Labuan mencatat pertumbuhan setinggi sebanyak 4.8 peratus setahun. Malah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan penyumbang yang kedua terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2020 dengan sumbangan setinggi sebanyak 16 peratus.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Pertumbuhan ini dipacu terutamanya oleh sektor perkhidmatan di Wilayah Persekutuan. Bagi memastikan kesinambungan kejayaan ini, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menerapkan Gagasan Wilayah Persekutuan wilayah prihatin dan sihat melalui konsep “Our City, Our Home”. Konsep ini selari dengan objektif “Keluarga Malaysia– Makmur, Inklusif, Mampan” di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 serta Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Semangat Wilayah Persekutuan wilayah prihatin dan sihat menjadi teras penyampaian perkhidmatan kementerian ini. Kementerian sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat di Wilayah Persekutuan. Prihatin terhadap pembangunan infrastruktur serta pemerkasaan ekonomi di Wilayah Persekutuan. Prihatin terhadap pembangunan mampan dengan memberi fokus kepada pemeliharaan alam sekitar dan prihatin terhadap tahap kesihatan dan sistem penjagaan kesihatan warga Wilayah Persekutuan agar mereka sihat dan produktif. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Wilayah Persekutuan pada asalnya telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM750,465,000 bagi tahun 2021. Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ke-12 bagi melaksanakan 35 projek pembangunan kesemuanya. Projek-projek ini terdiri daripada lima projek baharu dan 30 projek sambungan. Akan tetapi oleh kerana usaha kerajaan untuk membendung penularan COVID- 19, kementerian telah melaksanakan sekatan peruntukan sebanyak tiga kali. Sekarang ini projek yang telah diluluskan ialah sebanyak RM419,307,640. Sebanyak 35 projek telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi. Sebanyak dua projek telah siap sepenuhnya, 22 projek dalam pelaksanaan, 10 dalam proses perolehan dan satu projek dibatalkan. Yang Berhormat Beaufort telah mengutarakan isu miskin bandar. Contohnya di kalangan penduduk di projek perumahan rakyat (PPR) di Kuala Lumpur dan usaha kementerian membangunkan taraf sosioekonomi mereka. Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 14 September 2021, statistik kemiskinan bagi Wilayah Persekutuan secara keseluruhan dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) menunjukkan bahawa sebanyak 4,815 ketua isi rumah berstatus miskin tegar dan 5,617 ketua isi rumah berstatus miskin berbanding statistik Oktober 2020 iaitu 1,109 ketua isi rumah berstatus miskin tegar dan 2,200 ketua isi rumah berstatus miskin. Kementerian telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan sosioekonomi golongan miskin bandar termasuk di PPR dan perumahan awam. Contoh inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan sehingga 30 September 2021 ialah Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga yang telah memanfaatkan seramai 4,305 peniaga berlesen di Kuala Lumpur, 110 di Putrajaya dan 162 di Labuan. Program ini mula dilaksanakan pada 15 November 2020 dan akan dilanjutkan sehingga 20 Disember 2021. Kemungkinan besar akan dilanjutkan lagi jika keadaan memerlukan.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota. Saya akan berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah kiosk dalam program ini sehingga mencecah 1,000 unit menjelang tahun 2022. Program Pembangunan Usahawan Komuniti khusus di PPR dan juga perumahan awam (PA) di Kuala Lumpur, program MYGrocer di Kuala Lumpur, program MYJob Kementerian Wilayah Persekutuan dan MYFutureJobs di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan PERKESO yang telah memberi peluang pekerjaan kepada lebih 100,000 warga Wilayah Persekutuan. Program MYSchoolBus yang manfaatkan kepada lebih 11,000 pelajar apabila bermulanya sesi persekolahan nanti. Selain itu kementerian telah melaksanakan inisiatif jaringan keselamatan sosial yang memberi manfaat kepada golongan rentan. Inisiatif Wilayah Cakna 1.0 pada 25 Mac 2020 sehingga Inisiatif Wilayah Cakna 6.0 pada 27 Jun 2021 telah melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM234.6 juta. Antara manfaat yang telah diberikan ialah pertama, pengecualian sewa kepada seramai 40,000 penyewa PPR dan perumahan awam di Kuala Lumpur. Kedua ialah penangguhan bayaran balik pembiayaan kepada 6,000 pemilik PPR dan perumahan awam di Kuala Lumpur. Ketiga, memberi bantuan makanan kepada 60,000 keluarga di Kuala Lumpur. Di kesempatan ini saya mengalu-alukan kenyataan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Tapah dalam Dewan ini pada 5 Oktober 2021 bahawa kementerian beliau bersedia bekerjasama dengan kami dalam meningkatkan kemudahan di PPR dan perumahan awam di Wilayah Persekutuan. Urban farming, Yang Berhormat Beaufort juga bertanya mengenai usaha urban farming di PPR dan perumahan awam. Untuk...

Boleh saya bertanya Yang Berhormat Menteri?

Boleh saya bertanya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan, Yang Berhormat Beaufort.

Saya ada mencadangkan supaya ada kerjasama di antara Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Sumber Manusia dan juga PBT seterusnya untuk kawasan-kawasan penghuni PPR yang banyak di Lembah Klang ini. Saya memerhatikan bahawa banyak pekerja yang mengendalikan kerja-kerja di rumah-rumah pangsa yang mewah dan sebagainya di Kuala Lumpur ini terdiri daripada pekerja dari luar negara. Sedangkan kita mempunyai sumber manusia yang mereka di kalangan B40 ataupun miskin yang duduk di rumah PPR yang sebenarnya boleh diberikan tugas dan tanggungjawab in dan mereka boleh mendapat pendapatan. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang perkara ini yang boleh sebenarnya diterokai oleh kementerian bersama-sama dengan Kementerian Sumber Manusia dan juga PBT dan lain-lain kementerian atau agensi? Ini adalah supaya dapat kita memastikan rakyat kita yang memerlukan ini mempunyai sumber pendapatan ekonomi mereka dan kita tidak bergantung kepada buruh yang datang dari luar negara? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila.

Yang Berhormat Beaufort, ini usaha yang kita akan teruskan. Saya di Dewan ini, semasa di sana saya juga sering berucap kenapa pengawal keselamatan yang mudah ini diambil dari luar. Mereka yang menjaga keselamatan di kondominium mewah dan sebagainya. Kenapa pencuci diambil daripada luar? Jadi ini semua diambil kira dan pemikiran tersebut akan diteruskan dengan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia supaya usaha murni untuk

membolehkan orang tempatan mengambil alih kerja-kerja mudah, maksudnya. Sekarang ini boleh ditampungi oleh kawan-kawan kita di PPR dan juga PPA. Memang Yang Berhormat Beaufort program ini akan berterusan— bukan program ini tetapi rancangan ini akan berterusan supaya kalangan warga PPR dan PPA ini dapat peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan ini ialah bukan peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi seperti pengawal keselamatan dan juga pencuci, demikian juga pekerjaan-pekerjaan lain. Ini berterusan, Yang Berhormat Beaufort. Saya berterima kasih Yang Berhormat tolong timbulkan perkara ini dan boleh kita berbincang berinteraksi dari semasa ke semasa. Untuk makluman Yang Berhormat Beaufort juga, Program Pertanian Bandar (Urban Farming) di Kuala Lumpur telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula tahun 2016 di 32 lokasi sekitar PPR dan perumahan awam serta 10 lokasi di tanah rintis Tenaga Nasional Berhad (TNB). Manakala Perbadanan Putrajaya telah memulakan Program Urban Farming sejak tahun 2006 di 13 tapak kebun komuniti di Putrajaya. Program ini akan diteruskan dengan menggunakan teknologi terbaru, seperti hidroponik dan juga green house.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri, ini urban farming ramai di antara Ahli-ahli Yang Berhormat di Kuala Lumpur juga tidak pernah dijemput lawat atau tahu. Bolehkah Yang Berhormat Menteri mengatur satu lawatan bagi kita untuk tahu lebih tentang urban farming ini supaya kita boleh memperkenalkan dan bekerjasama dengan DBKL untuk memperkenalkan sistem seperti ini di lebih banyak kondominium di kawasan kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sila Yang Berhormat Menteri.

Adakah Yang Berhormat Batu ingin menjawab soalan ini?

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Saya rasa Yang Berhormat Menteri lebih sesuai untuk menjawab.

Sebenarnya kita sudah libatkan semua wakil rakyat dan di antara wakil rakyat yang pertama yang hadir di program saya ialah Yang Berhormat Batu.

Yang Berhormat Batu bukan sahaja hadir tetapi menunjukkan ini sayur, ini terung dan sebagainya. Jadi yang berikutnya ialah sudah pasti Yang Berhormat Seputeh dan juga semua wakil rakyat. Apabila saya turun padang nanti, semua wakil rakyat dan juga semua pemimpin masyarakat, semua pemimpin UMNO, semua pemimpin lain akan dilibatkan. Jadi Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat terlupa beritahu Yang Berhormat Seputeh bahawa sebenarnya Yang Berhormat Batu telah pun hadir di Program Urban Farming yang telah kita laksanakan. Yang Berhormat Batu lain kali maklumkanlah, telefon kepada Yang Berhormat Seputeh sebab Yang Berhormat Seputeh kata kami wakil rakyat wilayah tidak dijemput. Saya ingat kita sudah menjemput dan orang yang paling banyak sekali berinteraksi dengan saya sekarang ialah Yang Berhormat Seputeh. Terima kasih. Yang Berhormat Labuan telah membuat beberapa ulasan dan saranan tentang pembangunan di Labuan. Antaranya ialah Yang Berhormat Labuan bertanya mengenai Labuan tercicir daripada senarai bandar-bandar dengan potensi pembangunan di dalam dokumen RMKe-12 dengan merujuk kepada Strategi B5 bawah tajuk Memperkukuhkan Pembangunan Sosioekonomi di Sabah dan Sarawak di dalam dokumen RMKe-12. Selain itu, Yang Berhormat Labuan juga bertanya mengenai pembinaan jambatan Labuan– Sabah dan ketiga Yang Berhormat Kinabatangan yang telah menimbulkan mengenai status pulau bebas cukai di Labuan. Untuk makluman Yang Berhormat, bandar Labuan tidak disenaraikan di bawah Strategi B5, mempercepatkan pembangunan bandar di dalam Bab 7, memperkukuhkan

pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak di dalam dokumen RMKe-12 kerana bab tersebut memang merujuk khusus kepada isu Sabah dan Sarawak. Sebelum itu saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, saya dengar maklumat bahawa MKN akan benarkan orang yang berucap lebih daripada 20 minit untuk membuka topeng muka. Kalau tidak, kita akan menghadapi masalah kerana karbon dioksida akan disedut. Sekarang saya rasa macam tersekat sedikit. Apakah mampu saya mengikut arahan baru yang membolehkan saya membuka penutup muka.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Belum keluar lagi tetapi saya beritahu sekiranya perlu boleh atas masalah kesihatan. Sila.

Okey terima kasih. Saya cuma ini hendak maklum sebab rakyat Malaysia sedang memerhatikan dengan hebatnya apakah kita mampu untuk menyedut karbon dioksida selepas 20 minit. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua yang prihatin. Bagaimanapun dokumen RMKe-12 ada menyebut secara spesifik tumpuan pembangunan Labuan. Contohnya ialah pembinaan jambatan Labuan – Sabah iaitu di kawasan Menumbok sebagai satu projek yang boleh menambahbaik ketersambungan dan mobiliti aktiviti ekonomi di antara wilayah di muka surat 6 sehingga 16 Strategi A3, menambah baik ekosistem perniagaan. Yang Berhormat Labuan tidak hadir tetapi kalau direkodkan supaya Yang Berhormat boleh tengok muka surat yang saya telah sebutkan. Pembangunan Labuan sebagai bandar berdaya huni di kawasan serantau yang sekali gus dapat membuka peluang pembangunan mapan dan pelaburan hijau dinyatakan di muka surat 6 hingga 18 Strategi A5 meningkatkan kerjasama di bawah Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan juga BIMP-EAGA. Suka saya mengulas mengenai pembangunan Labuan seperti berikut. Labuan sebagai pulau bebas cukai. Pada masa ini, semua barangan atau dagangan yang dibawa terus ke Labuan dari luar negara bukan dari Sabah, Sarawak dan semenanjung adalah bebas cukai kecuali rokok, tembakau, petroleum dan juga produk petroleum. Dalam hal ini, Yang Berhormat Kinabatangan ada menyentuh mengenai status Labuan sebagai pulau bebas cukai. Kementerian Wilayah Persekutuan akan berusaha menyusur dengan kementerian dan agensi kerajaan yang lain untuk terus mengenal pasti cara untuk meningkatkan lagi status Labuan sebagai pulau bebas cukai. Merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Kinabatangan yang menyatakan bahawa barangan di Labuan adalah mahal. Kementerian sentiasa meneroka kaedah untuk menangani perkara ini dengan pelbagai pihak. Kementerian juga berpandangan bahawa kenaikan harga barang di Labuan ketika ini adalah berikutan impak pandemik COVID-19 selain daripada kos pengangkutan dan juga logistik. Jambatan Sabah–Labuan. Kementerian menjangkakan bahawa pembinaan jambatan Labuan–Sabah akan menjadi game changer dengan izin dalam memberi kesan ekonomi kepada Labuan serta melimpah ke kawasan berhampiran termasuk Sabah dan juga Sarawak. Saya juga mengambil maklum dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya, Yang Berhormat Petra Jaya di dalam Dewan ini pada 5 Oktober 2021 bahawa Kementerian Kerja Raya dan kementerian ini akan terus bekerjasama dalam projek berkenaan. Justeru, cadangan pembinaan jambatan ini akan memberi peluang yang lebih besar untuk meningkatkan pembangunan, peluang pelancongan, aktiviti perniagaan dan kewangan pesisir pantai. Kesalinghubungan ataupun inter connectivity secara bersepadu antara wilayah serta banyak lagi manfaat. Ekonomi dan juga pelaburan Labuan. Bagi tempoh 2000 sehingga 2020 pelaburan tempatan di Labuan adalah dianggarkan dalam nilai RM2.5 bilion yang melibatkan pelbagai sektor. Bagi RMKe-12 setakat Rolling Plan Pertama 2021, lima projek pembangunan yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM54.7 juta dengan peruntukan tahun 2021 sebanyak RM9.6 juta telah pun diluluskan untuk pembangunan. Bagi menjana ekonomi Labuan pada masa hadapan dengan lebih rancak, saya

mengambil peluang ini untuk menyeru lebih banyak pelaburan ke Labuan baik dari dalam negara ataupun antarabangsa terutama dalam sektor perkhidmatan kewangan. Pasca pemulihan pandemik COVID-19. Ingin juga saya utarakan bahawa Labuan merupakan kawasan pertama di Malaysia yang telah mencapai kadar vaksinasi dewasa sebanyak 90 peratus dan mencapai fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara. Kejayaan ini dapat dicapai hasil usaha pelbagai pihak terutamanya yang telah diterajui oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi melalui Pusat Penyelarasan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Oleh itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan kerana mencapai kejayaan ini dan semuanya adalah gagah, hebat dan perkasa. Peruntukan Perbadanan Labuan. Kementerian mengambil maklum akan keperluan peruntukan Perbadanan Labuan secara tahunan. Kementerian sentiasa menyokong dan berusaha bersama-sama dengan Perbadanan Labuan dalam menambah peruntukan di mana yang perlu terutama yang akan memberi impak positif kepada sosioekonomi Labuan. Yang Berhormat Batu telah memberi beberapa ulasan mengenai keadaan jalan raya yang berlopak teruk dan berbahaya di Kuala Lumpur. Yang Berhormat, untuk makluman DBKL sentiasa memantau keadaan jalan raya di Kuala Lumpur terutamanya berdekatan projek pembangunan, kawasan jalan utama serta kawasan tumpuan utama untuk memastikan keadaan jalan raya diturap dan dibaiki. Saya telah berbincang dengan DBKL dan mengarahkan agar mana-mana aduan, rungutan dan makluman mengenai kerosakan jalan hendaklah diambil tindakan segera dalam masa 24 jam. Yang Berhormat boleh hubungi Yang Berhormat Menteri, 019- 4545111. Yang Berhormat boleh menghubungi Timbalan Menteri 019-6524444 atau Yang Berhormat boleh menghubungi Datuk Bandar 016-2068883. Kami bersiap siaga 24 jam. [Tepuk]

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

[Bangun]

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Hebat.

Rakyat Malaysia boleh hubungi. Bagi yang baru datang Kuala Lumpur, terjumpa jalan berlopak dan berbahaya hubungi dan kita akan ambil tindakan dalam masa 24 jam. Kita hendak jadi yang terbaik di Malaysia dan dunialah. Thank you.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri, saya ada cadangan sedikit. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri berani bagi telephone number kepada masyarakat Malaysia untuk hubungi dan dalam 24 jam boleh ambil tindakan. Terima kasih atas lawatan Yang Berhormat Menteri ke PPR Intan Baiduri untuk melawat kebun ataupun urban farming. Saya harap saya juga kena pujilah Yang Berhormat Menteri apabila mengajak Ahli-ahli Parlimen kawasan tersebut untuk melawat apabila Yang Berhormat Menteri membuat lawatan. Saya harap perkara ini berlaku di Parlimen- parlimen lain juga untuk mengajak Ahli-ahli Parlimen apabila Yang Berhormat Menteri turun supaya kita boleh bangkitkan pelbagai masalah. Berkaitan dengan topik jalan raya, saya rasa perkara ini wajib untuk dilakukan oleh DBKL untuk memantau bukan sahaja jalan raya tetapi pembangunan di sekitar. Sebab punca utama jalan semakin teruk adalah daripada kenderaan-kenderaan daripada construction, daripada pembinaan. So, apabila construction site yang tidak mematuhi regulation, jadilah macam ini. Contoh di Jalan Sentul, jalan utama yang walaupun DBKL banyak kali turap tetapi masalah itu kerap kali berlaku. Ini punca daripada pembangunan- pembangunan yang pesat sekitar. Ada juga satu kilang batching plant cement, kilang simen di kawasan situ di mana dalam satu kilometer radius ada tujuh buah sekolah dan jalan di sekitar situ selalu rosak. So saya harap Yang Berhormat Menteri memantau keadaan pembinaan dan memastikan tiada kilang di Sentul. Sekarang ada kilang simen. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, masa telah menunjukkan jam 1.00. Boleh tangguh ke 2.30 petang?

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, bagi dia teruskan. Lapan minit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak boleh. Kena ikut peraturan mesyuarat. Memang pukul 1.00 tengah hari kena break and then sambung balik pukul 2.30 petang.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Tidak mengapalah. Yang Berhormat Menteri teruskanlah. Selepas itu kami mahu balik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak boleh. Peraturan mesyuarat kata pukul 1.00.

Saya kena ikut arahan Tuan Yang di- Pertua dan nampak Yang Berhormat Seputeh harus bersama dengan saya terus sampai pukul 2.30 petang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, baik. Yang Berhormat Menteri ...

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Tuan Yang di-Pertua, mungkin Yang Berhormat Menteri boleh jawab soalan saya sahaja. Selepas itu...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak. Saya kena ikut peraturan mesyuarat. Ahli Yang Berhormat, oleh sebab jam telah menunjukkan pukul 1.00 petang maka Dewan berhenti rehat dan disambung semula jam 2.30 petang. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya jemput Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Arau lagi tujuh minit 54 saat. Silakan.

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin KassimPAS · PNMenteri Wilayah Persekutuan · Arau

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya menyambung. Saya mohon maaf sebab terpaksa berlari dari bangunan sebelah ke sini, dari bilik sembahyang. Tadi saya sambung Yang Berhormat Batu tadi, di samping yang saya sebut saya bagi nombor telefon dan sebaginya, kita akan perkenalkan thermal patcher yang baharu yang boleh mengendalikan dalam masa 20 ke 30 minit satu-satu lubang. Jadi kalau kita mula pada 12 malam sudah pasti sampai enam pagi banyak lubang yang dapat ditampung. Terima kasih. Okey Yang Berhormat Bukit Bintang...

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri, soalan saya sebelum rehat berkaitan dengan Jalan Sentul ataupun pembangunan yang pesat. Pihak berkuasa DBKL dengan pihak kementerian perlu memantau keadaan-keadaan pembangunan yang pesat sekitar kawasan jalan-jalan utama ini dan punca utama jalan rosak ini adalah daripada pembangunan di sekitar. Contoh di Jalan Sentul ada batching plant YTL yang sekitar satu kilometer radius ini ada tujuh sekolah dan ada banyak kesan yang ada apabila ada kilang simen di sana. Antara punca besar kerosakan jalan utama di Sentul adalah simen batching plant. Saya mohon simen batching plant ini pindah dari Sentul ke tempat lain, tempat yang sesuai. Ada tiga sekolah dalam 50 meter daripada batching plant itu. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Batu dan juga Yang Berhormat lain yang telah menimbulkan perkara yang sama, ini bukan sahaja jalan yang rosak disebabkan pembangunan tadi termasuk jalan yang berlumut yang menyebabkan licin. Ini juga sedang diberi perhatian. Saya sudah berbincang dengan pihak DBKL, di samping meneruskan usaha baik mereka, mereka akan meneruskan serta-merta apa sahaja bentuk rungutan yang disampaikan oleh orang ramai termasuk di Parlimen ini. Jadi tindakan akan diambil sebagaimana janji yang telah dibuat, janji dikota. Yang Berhormat Bukit Bintang telah menimbulkan insiden yang berlaku berdekatan sebuah tokong di Salak Selatan. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum sebenarnya usaha pihak berkuat kuasa adalah berkaitan dengan pembangunan sekolah di tapak yang berhampiran dan usaha membina pagar pengadang dengan izin hoarding untuk memastikan keselamatan pelajar dan orang ramai di kawasan itu ketika pembinaan dijalankan nanti. Namun begitu usaha tersebut telah dialah erti oleh beberapa pihak yang menyangka bahawa pihak berkuasa ingin meruntuhkan tokong yang berhampiran. Saya ambil berat akan insiden yang telah berlaku dan mengambil maklum bahawa pihak yang terlibat telah memohon maaf kepada pihak berkuasa. Saya ingin menegaskan bahawa dakwaan yang mengatakan pihak berkuasa ingin meruntuhkan tokong tersebut adalah tidak benar dan dusta sama sekali. Tindakan yang diambil hanyalah melibatkan pintu pagar tokong yang terletak di tanah PTP, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tujuan pembinaan jalan keluar masuk yang selamat ke sekolah. Saya berharap semua pihak rakyat Malaysia dan warga Wilayah Persekutuan sentiasa menghayati erti konsep Keluarga Malaysia dengan bersangka baik dan mengamalkan sikap berkompromi agar insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi. Yang Berhormat Pontian bertanya mengenai...

Yang Berhormat Menteri...

...Quran Village. Saya ada tiga minit. Mampukah saya boleh bertahan dengan tiga minit?

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tidak mampu bertahan Yang Berhormat boleh buat jawapan bertulis.

Ya, bagi saya habis jawab. Ada dua muka surat sahaja. Saya akan benarkan semua Ahli Yang Berhormat untuk menjawab dan Yang Berhormat Speaker yang budiman ini akan berikan masa 10 minit tambahan, no problem. Yang Berhormat Pontian bertanyakan pembangunan Quran Village di Putrajaya. Untuk makluman Yang Berhormat, cadangan Quran Village di Putrajaya adalah bertepatan dengan aspirasi kerajaan bertujuan untuk kemajuan ummah di samping mengekalkan aspek inklusif sebagai bangsa dan agama di bawah konsep Keluarga Malaysia. Saya ingin menegaskan bahawa pembangunan projek ini melambangkan komitmen kementerian dalam pembangunan syiar Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Pembangunan ini juga direka bentuk sebagai inklusif dengan memastikan pelawat-pelawat terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Pembangunan ini melengkapkan Putrajaya sebagai hub komuniti bagi pengkajian al-Quran dan Sunah serta pelancongan Islamic untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Projek ini telah diluluskan sebagai projek baharu RMKe-12 dengan kos projek sebanyak RM190 juta. Akhir sekali, sekejap lagi saya akan berikan ruang kepada Yang Berhormat Bukit Bintang dan juga sahabat saya akan menyertai kita tidak lama lagi. Yang Berhormat Seputeh telah memberi beberapa ulasan mengenai Kementerian Wilayah Persekutuan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini saya boleh menyatakan Yang Berhormat Seputeh ini seorang yang bukan sombong, orang yang baik. Dahulu semasa menjadi Menteri, beliau mempunyai perwatakan yang tidak sombong. Sekarang pun walaupun tanpa jawatan dalam kerajaan beliau dikenali sebagai individu yang perwatakan baik rendah diri dan cantik.

Saya ingin mengulas sedikit komen Yang Berhormat Seputeh mengenai mantan- mantan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini khasnya Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Ketereh. Saya ingin memaklumkan bahawa semua dasar yang dilaksanakan sebelum ini adalah berdasarkan kepada kajian dan keperluan semasa ketika itu. Contohnya pembangunan yang dijalankan sebelum ini mengambil kira keperluan rakyat yang berpendapatan rendah melalui pembangunan Projek Rumah Mampu Milik. Selain daripada itu, pembangunan berdensiti tinggi terpaksa dilaksanakan di Kuala Lumpur kerana kita kena terima hakikat kos dana dan kos pembangunan yang tinggi. Semua pelaksanaan dasar ini dijalankan secara terbaik dgn fokus kepada rakyat. Kementerian Wilayah Persekutuan akan memastikan, akhir sekali perenggan terakhir, akan memastikan perumahan mampu milik disediakan untuk warga Wilayah Persekutuan dan dibina berhampiran dengan akses kepada pengangkutan awam seperti stesen MRT, LRT yang berdekatan. Ketika ini kementerian lain yang mempunyai dua produk perumahan mampu milik iaitu Residensi Wilayah yang berharga RM300,000 seunit dengan keluasan 900 kaki persegi khusus untuk golongan M40.

Manakala satu lagi ialah Residensi Prihatin yang berharga hingga RM200,000 seunit dengan keluasan 750 kaki persegi untuk golongan B40. Saya ingin mengumumkan bahawa Residensi Prihatin telah dijenamakan semula dan akan dikenali sebagai Residensi Keluarga Malaysia selaras dengan konsep Keluarga Besar Malaysia yang bersifat lebih inklusif dan dekat dengan semua lapisan masyarakat di negara ini. Saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan akan terus melaksanakan dasar dan pembangunan di Wilayah Persekutuan sebaik mungkin termasuk menarik pelaburan untuk menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan juga Labuan lebih maju dengan kerjasama semua pihak. Saya jemput, sedikit boleh Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri, saya ikut ucapan Yang Berhormat Menteri dengan sangat rapat. Tadi, Yang Berhormat Menteri kata Yang Berhormat Menteri menggalakkan vertical farming. Yang Berhormat Menteri pun kerap melawat kawasan-kawasan sebegini. Saya juga tahu bahawa Yang Berhormat Menteri sangat cakna berkenaan industri-industri yang baru seperti industri ketum dan juga industri medical cannabis. Sebelum ini kerajaan telah carve-out tanah di Kedah untuk tujuan medical cannabis. Adakah Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri yang sangat cakna berkenaan industri baru akan membenarkan projek rintis di Wilayah melalui vertical farming untuk medical cannabis? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Sebenarnya, jawapan tersebut berbahaya dan membahayakan. Jadi, saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dengan ini ikut sahaja apa yang telah diputuskan oleh kerajaan. Jadi, kerajaan telah memutuskan sedemikian rupa, saya menjadi pengikut yang setia. Kerajaan kata, kerajaan sekarang hendak kerajaan yang makmur, inklusif dan mampan, saya orang yang pertama celapak ke hadapan untuk menjalankan usaha-usaha tersebut termasuklah apa-apa Yang Berhormat sebutkan tadi, saya akan mengikut arahan kerajaan dari semasa ke semasa.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, insiden yang berlaku pada 28 September boleh dielakkan jika dua pihak PTG dan pihak yang terlibat iaitu tokong. Hanya memberi satu notis yang cukup masa untuk memberitahu pagar itu haruslah dibuka untuk projek yang akan diadakan. Adakah Yang Berhormat bersetuju memberitahu kepada PTG bila-bila masa hendak mengambil tindakan, penguat kuasa haruslah memberi notis yang secukup masa, satu atau dua bulan? Terima kasih.

Saranan Yang Berhormat sudah pasti akan diambil kira. Saya telah memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa kita akan meneruskan perbincangan, dalam bahasa yang mudahnya ialah argy-bargy, bahasa orang putih ya. Jadi perbincangan yang lebih lovely untuk membolehkan kita mencari penyelesaian menang-menang. Saya juga akan memastikan supaya pihak kerajaan dan

pihak rakyat sentiasa mendapat masa yang mencukupi untuk melaksanakan apa-apa perkara. Jadi, ini masa hadapan sudah pasti, benda yang dibuat ini betul tetapi kadang- kadang mungkin pendekatannya kurang betul, kita perbetulkan. Saya tidak mahu mengambil pendekatan, ini salah, mesti dihukum! Tidak. Saya mengambil pendekatan bahawa ini perlu diperbaiki. Jadi, kalau pendekatan tadi tidak berapa bagus, kita perbaiki. Cadangan daripada Yang Berhormat semua akan diambil kira. Semua Yang Berhormat Pembangkang, PN, BN dan semua sekali ini di bawah kerajaan Keluarga Malaysia ini, kita sentiasa menyantuni semua pihak yang ingin membuat cadangan-cadangan yang baik. Semua Yang Berhormat hendak bagi perkhidmatan kepada rakyat, demikian juga kerajaan. Jadi, kita boleh mengambil pendekatan yang lebih bersangka baik. Jadi, pandangan Yang Berhormat tadi itu akan diambil kira. Jadi, itu sahaja Yang Berhormat. Setakat ini sahajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Titah Diraja pada mesyuarat ini. Maaf, perbahasan RMKe-12 pada kali ini. Saya berharap penjelasan tersebut dapat menjawab semua soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, 30 minit ya.

Dato' Sri Ti Lian KerTimbalan Menteri Belia dan Sukan

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada lima orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Batu, dan Yang Berhormat Tenom yang telah memberi pandangan, pertanyaan dan cadangan berkaitan Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 2021 hingga 2025 ataupun RMKe-12. Secara keseluruhannya, KBS menerima enam isu utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya akan cuba menggunakan masa yang sedia ada untuk memberikan penjelasan berkenaan setiap isu, cadangan, dan maklum balas yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan tempoh hari. Tuan Yang di-Pertua, daripada enam isu yang dibangkitkan, dua isu adalah berkaitan dengan sukan dan empat lagi isu adalah berkaitan dengan kemudahan dan pembangunan sukan. Isu-isu sukan. Pertama, mengenai diskriminasi gender dalam sukan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu telah mengutarakan isu berkaitan diskriminasi gender atau jantina dalam bidang sukan baik di peringkat amatur ataupun peringkat profesional. Yang Berhormat juga mencadangkan agar Akta Pembangunan Sukan 1997 dipinda atau dikaji semula agar wanita diberi peluang yang saksama menjana pendapatan dalam bidang sukan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa mengambil perhatian dalam aspek penglibatan aktif wanita dalam sukan. Pihak kementerian juga sentiasa memastikan dan juga menjamin bahawa kesaksamaan peluang wanita dalam sukan akan diterjemahkan dalam bentuk dasar dan program-program yang dilaksanakan. Penglibatan aktif wanita dalam sukan juga bukanlah satu perkara yang baru. Dalam keadaan-keadaan tertentu, kita boleh lihat penglibatan wanita kadangkala lebih ramai daripada penglibatan lelaki. Sebagai contoh, bagi penyertaan Olimpik Tokyo 2020, Malaysia telah menghantar seramai 18 orang atlet wanita, iaitu 60 peratus daripada jumlah keseluruhan atlet negara yang bertanding. Selain itu, pada masa ini, terdapat seramai 205 orang atlet senior wanita yang berada dalam Program Podium Majlis Sukan Negara. 115 orang atlet wanita berada

Dato' Sri Ti Lian KerTimbalan Menteri Belia dan Sukan

di Program Pelapis Kebangsaan dan 4,095 bakat baru wanita sedang menjalani latihan di bawah Program Pelapis Negeri dan Bakat. Kementerian juga turut memastikan bahawa program-program sukan massa utama negara seperti MyFit, Hari Sukan Negara, dan Liga Sukan untuk Semua sentiasa menitikberatkan dan memberi penekanan kepada penglibatan-penglibatan aktif daripada golongan wanita. Dari sudut pengiktirafan, sejak tahun 1966 lagi, negara telah mengiktiraf kesaksamaan sumbangan lelaki dan wanita dalam bidang sukan melalui Anugerah Olahragawan dan Anugerah Olahragawati Negara. Pada masa yang sama, kesemua atlet di bawah program pembangunan kendalian Majlis Sukan Negara turut menerima jumlah elaun yang sama tanpa memberi apa-apa perbezaan. Begitu juga dengan insentif-insentif hadiah kemenangan sukan yang juga sama, tidak kira lelaki mahupun wanita. Bagi memperkasakan lagi penyertaan aktif wanita dalam bidang sukan, kementerian juga telah menubuhkan Jawatankuasa Wanita Dalam Sukan (JWDS) pada tahun 2020 yang bertanggungjawab untuk membangunkan dasar-dasar berkaitan pembangunan wanita dalam arena sukan. Jawatankuasa ini turut bertanggungjawab memastikan penyertaan aktif wanita pelbagai peringkat umur dalam pelbagai jenis sukan.

Dato' Sri Ti Lian KerTimbalan Menteri Belia dan Sukan

Sebuah sekretariat juga telah ditubuhkan. Ia dikenali sebagai Sekretariat Wanita Dalam Sukan di bawah kendalian Majlis Sukan Negara juga telah diwujudkan dan berperanan khusus untuk melaksanakan pelan-pelan tindakan yang diputuskan oleh JWDS. Umum mengetahui bahawa untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan amat- amat memerlukan masa dan pengorbanan. Penglibatan aktif individu banyak bergantung pada masa, pada minat, pada bakat dan pada keazaman yang tinggi. Tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, pelbagai bentuk cabaran perlu dilalui termasuk komitmen kepada keluarga yang boleh menjadi salah satu faktor utama untuk bergiat aktif. Sehingga kini, tiada isu berkaitan diskriminasi dalam sukan yang bersangkut paut ataupun berkaitan dengan gender yang telah dibangkitkan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan. Namun begitu, kementerian sentiasa berlapang dada dan sekiranya ada terdapat sebarang isu berkaitan diskriminasi berkaitan dengan gender, pihak kementerian bersedia untuk mendengar dan akan membuat tindakan ataupun siasatan yang sepatutnya. Bagi cadangan Yang Berhormat berkaitan pindaan Akta Pembangunan Sukan (APS) 1997 [Akta 576]. Pihak kementerian kini sememangnya sedang dalam kajian untuk meminta Akta Pembangunan Sukan (APS) 1997 dengan mengambil kira dan mengkaji hala tuju serta perancangan baharu pembangunan sukan negara nanti. Kementerian mengambil maklum dan akan juga meneliti cadangan-cadangan Yang Berhormat untuk menambah baik akta berkenaan. Isu yang kedua iaitu isu...

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. saya ucap terima kasih atas jawapan yang bagus dan saya harap kementerian akan ambil langkah-langkah proaktif untuk pastikan membela wanita yang ada dalam sukan dan juga minta kementerian kaji balik Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya ia lebih bagus untuk atlet-atlet dan para ahli sukan. Sekian, terima kasih.

Saya menjamin satu kajian yang menyeluruh akan diberi dan pindaan yang sepatutnya akan dibuat. Mengenai isu yang kedua iaitu isu mengeluarkan kata-kata kesat kepada atlet. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu juga menyentuh isu berkaitan seorang individu yang meluahkan kata-kata kesat dalam sosial media terhadap atlet kita yang bertanding. Kementerian berasa sangat kesal dan memandang serius berkaitan insiden melemparkan perkataan kurang sopan yang berbaur perkauman yang ditujukan kepada atlet-atlet negara. Insiden sedemikian tidak mencerminkan dan tidak secocok dengan realiti sebenar konsep Keluarga Malaysia yang sedang diterapkan.

Sukan sepatutnya dijadikan landasan terbaik untuk memupuk dan memperkasakan perpaduan sedia ada serta menjadi agen-agen utama pengukuhan integrasi nasional. Namun, tindakan sebegini menunjukkan perlakuan yang tidak beretika dan kurang semangat kesukanan. Atlet-atlet ini telah berusaha keras dengan memberikan persembahan terbaik demi mengharumi nama negara dan tidak wajarlah bagi kita hanya menyokong atlet kita hanya ketika mereka cemerlang. Kita seharusnya juga bersimpati dan terus menyokong dan memberi semangat kepada mereka bukan hanya ketika mereka berada di atas tetapi terutamanya ketika mereka berada di bawah. Justeru itu, kementerian mengecam keras perbuatan tersebut dan berharap agar semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa komen yang boleh mengguris hati dan perasaan para atlet negara yang berjuang untuk mengangkat nama negara di arena antarabangsa. Sebagai kesimpulan, prinsip semangat kesukanan itu adalah mengenai hormat-menghormati antara satu sama lain termasuklah kepada pihak lawan, jurulatih, pengurusan dan persekitaran. Prinsip dan nilai sebegini seharusnya kita terapkan dan kita amalkan dan kita praktikan dalam kehidupan seharian kita dan kita membawa nilai-nilai ini di semua lapisan masyarakat bagi menjana kesejahteraan dan juga untuk memupuk semangat kebersamaan dalam Keluarga Malaysia melalui sukan. Kementerian berharap perkara ini ataupun insiden ini tidak akan berulang lagi pada masa-masa akan datang. Marilah kita bersama-sama memupuk dan mengekalkan semangat kesukanan dalam Keluarga Malaysia.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya minta satu minit sahaja. Saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sungguh mengangkat konsep perpaduan ataupun unity dalam sukan. Saya rasa ini akan jadi satu pengajaran kepada mana-mana ahli politik, jangan menggunakan politik dalam sukan ataupun jangan menggunakan perkauman dalam sukan. Dalam sukan, kita jangan tengok kulit tetapi tengok kualiti. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Saya rasa apa yang berlaku adalah perlakuan seorang individu yang bukan mewakili ataupun mencerminkan parti dan sebagainya. Janganlah kita mempolitikkan satu insiden semata-mata untuk menyemarakkan lagi kemarahan. Yang penting ialah kita harus ambil insiden itu sebagai satu teladan bahawa rakyat Malaysia, Keluarga Malaysia tidak menerima dan tidak akan membenarkan perkara seperti berikut berlaku lagi. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu-isu kemudahan sukan. Kementerian menyambut baik akan keprihatinan Yang Berhormat Sibuti sewaktu perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah memohon agar kerajaan menaik taraf padang sedia ada kepada rumput sintetik di padang Majlis Daerah Subis.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta penjelasan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan mengambil maklum mengenai perkara ini dan kementerian ini sedang dalam proses semakan fasiliti-fasiliti sukan untuk tujuan naik taraf...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta penjelasan.

Yang Berhormat bolehlah mengemukakan permohonan dan kementerian bersedia untuk memberi pertimbangan cadangan tersebut dalam rolling plan ataupun Rancangan Malaysia Ke-12 nanti...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, untuk Sibuti sikit.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Minta penjelasan.

Menaik taraf dan membaik pulih kemudahan sukan...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada dua orang. Nak layan ke tak nak layan?

Berkaitan Sibuti tadi, sikit sahaja.

Mengenai isu apa?

Saya? Sibuti dekat belakang.

Satu Sibuti, satu lagi Bukit Mertajam. Terpulang kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri buat keputusan.

Biar saya habiskan dahulu ya sebab saya cuma ada dua ke tiga isu pembangunan sahaja.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Yang Berhormat Menteri, orang lama KBS.

Soalan boleh dikemukakan selepas ini.

Okey, bagi dua-dua ya Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Orang lama KBS sini.

Nak bagi ke tak nak bagi?

Tak bagilah, tak bagi. Biar saya habis dahulu.

Dia tak nak bagi, biar dia habis dahulu. This is his floor, dia buat keputusan. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

We respect Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan RMKe-12, Yang Berhormat Setiu ada memohon supaya Stadium Mini Sungai Tarom dinaik taraf dan pembinaan stadium mini baharu serta membaik pulih gelanggang futsal tertutup di Sungai Bari. Kementerian Belia dan Sukan sememangnya mempunyai perancangan untuk menambah kemudahan sukan kepada rakyat secara berperingkat. Oleh yang demikian, kementerian ini sedia mempertimbangkan cadangan untuk menaik taraf Stadium Mini Sungai Tarom dan membina baharu Stadium Mini Sungai Bari di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Permohonan membina Kompleks Sukan Seri Iskandar. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit turut mengemukakan permohonan berkaitan kemudahan sukan khususnya dalam RMKe-12 ini dengan memohon sebuah Kompleks Sukan Seri Iskandar dalam kawasan Parlimen Parit. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian ini telah mengemukakan permohonan untuk membina baharu Kompleks Sukan Seri Iskandar bawah peruntukan Rolling Plan Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke-12 dan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Mengenai status pembinaan Kompleks Sukan Tenom. Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, Yang Berhormat Tenom turut juga menanya mengenai persoalan berkaitan status terkini tentang pembinaan Kompleks Sukan Tenom.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja menaik taraf Kompleks Sukan Tenom ini dijangka bermula pada bulan Disember 2021. Pada masa ini iklan tender projek sedang berjalan sehingga pertengahan Oktober 2021 diikuti dengan proses pemilihan pembida sebelum projek dapat dimulakan. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja maklum balas...

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja. Parit. Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

KBS. Siapa?

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Parit hendak bertanya soalan. Lagi?

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Bukit Mertajam.

Yang Berhormat Bukit Mertajam,

Sibuti satu.

Dan Yang Berhormat Sibuti.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Bukit Mertajam okey, terima kasih.

Silakan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Tadi saya dengar berulang kali Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tentang Keluarga Malaysia dan juga menegaskan bahawa dalam sukan tidak ada perbezaan daripada segi kaum, agama dan politik. Saya berterima kasih kepada kerajaan terutamanya Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana mengecam tindakan seorang ahli politik sebelah kerajaan yang menggunakan kata-kata yang kasar, bersikap perkauman terhadap atlet kita. Akan tetapi di sini saya baru dapat satu berita, kenyataan media Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang yang mengatakan bahawa beliau menerima arahan bahawa Kerajaan Pusat, Kementerian Belia dan Sukan tidak lagi menjemput beliau selaku Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu belia dan sukan untuk menyertai Mesyuarat Perancangan Hari Sukan Negara di peringkat Pulau Pinang. Jadi adakah ini satu tindakan yang orang kata memangsakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya difahamkan perkara yang sama berlaku di Selangor dan di Negeri Sembilan. Adakah ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan sendiri telah melakukan satu tindakan yang bersifat politik, mengetepikan kerajaan- kerajaan negeri yang mungkin tidak sehaluan daripada segi parti pemerintahnya? Jadi saya hendak minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga jaminan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan merangkumkan, to include dengan izin, semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan kerajaan-kerajaan negeri yang lain seperti yang telah dilakukan semasa pentadbiran Pakatan Harapan. Sekian, terima kasih.

Daripada Sibuti.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa teguran ataupun tuduhan yang diberi tadi mungkin tidak tepat. Ini kerana kementerian dalam melaksanakan Hari Sukan Negara menjemput semua untuk melibatkan diri dan juga kita telah memberi peruntukan sebanyak RM21,000 kepada negeri dan setiap daerah dalam negeri pula akan dapat RM8,000 setiap daerah untuk melaksanakan program-program sempena Hari Sukan Negara. Jadi, kalau ada apa-apa saya rasa kita tidak memberi apa-apa...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya minta jaminan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memasukkan semula, melibatkan semula Exco Belia dan Sukan di negeri-negeri Pakatan Harapan dalam penganjuran. Bukan sahaja memberikan peruntukan tetapi melibatkan semua sebab sebelum ini beliau telah dijemput untuk mempengerusikan mesyuarat. Akan tetapi hari ini beliau dimaklumkan tidak boleh hadir, tidak melibatkan kerajaan negeri. Saya minta satu jaminan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam isu ini. Terima kasih.

Saya akan siasat perkara...

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Bagi jaminanlah.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Boleh siasat tetapi bagi jaminan sebab ini kata Keluarga Malaysia dan tidak melibatkan politik. Jadi saya rasa benda ini tidak ada masalah kalau tidak benar, tak apa. Kalau benar, bagi jaminan.

Memang tidak perlu dipolitikkan. Kalau memang jadi apa- apa...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Ya, boleh bagi jaminan.

Kita akan membawa kepada agensi...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Saya faham, saya faham saya minta Timbalan Menteri memberi satu jaminan bahawa akan melibatkan kerajaan negeri.

PN tidak berani beri jaminan.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Jaminan, jaminan. Boleh?

Seperti yang saya katakan tadi, memang kita melibatkan semua negeri dan daerah.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Boleh lah maksud dia.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Maksudnya boleh dijemput semula ke mesyuarat dan mempengerusikan mesyuarat di peringkat negeri?

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Boleh lah. Boleh.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Kita anggap itu sebagai jaminan Tuan Yang di-Pertua?

Yang Berhormat Bukit Mertajam, saya bukan dalam mahkamah ini. Jadi saya tak boleh respons lah. Terpulang kepada dia, dia hendak beri jaminan kah tidak.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Sebab dia tak berani jawab. Jadi saya minta...

Tak apa lah dalam hansard kita jawab dia tak nak jawab, tak apa lah.

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

[Ketawa] Okey, okey.

Biarkan. Yang Berhormat Sibuti kemudian Yang Berhormat Parit.

Okey, terima kasih.

Lagi sembilan minit. Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas respons yang telah diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga apa yang sebenarnya ingin saya jelaskan di sini adalah permintaan yang dibuat oleh Sibuti adalah satu permintaan yang sangat kecil. Walaupun berupa padang sintetik tetapi isu besar yang saya lihat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga pada Rancangan Malaysia Ke-11 sebelum ini tidak terdapat pembangunan sukan ataupun infrastruktur sukan yang sangat jelas di kawasan-kawasan luar bandar. Pihak kementerian harus sedar bahawa terdapat jurang yang sangat besar berkenaan tentang fungsi dan juga struktur Kementerian Belia dan Sukan di kawasan bandar dan juga di kawasan luar bandar termasuk di kawasan pedalaman. Kalau kita lihat di negeri Sarawak jelas struktur KBS di daerah-daerah tidak terdapat di daerah-daerah luar bandar. Bagaimana untuk kita memperkasakan sukan, memperkasakan belia di kawasan luar bandar? Kali terakhir saya melihat pembangunan gelanggang-gelanggang sukan di Sarawak adalah sebelum 2017 dan sepanjang 2017, 2018 sehingga sekarang tiada satu pun pembangunan infrastruktur Kementerian Belia dan Sukan di kawasan luar bandar Sarawak, mungkin di Sabah ataupun di Semenanjung Malaysia. Ini haruslah diberi

penjelasan dan juga harus dibuka mata besar-besar supaya kemudahan-kemudahan ini dapat diguna pakai dan juga memberi kemudahan kepada golongan belia dan juga mungkin masyakat pada ketika ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Sikit lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Parit. Yang pertama saya ucap terima kasih kerana penjelasan tentang permohonan Kompleks Sukan Seri Iskandar. Sebagaimana yang Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu bahawa kawasan Seri Iskandar merupakan kawasan bandar ilmu, beberapa buah universiti, kolej termasuklah institusi pendidikan, sekolah rendah dan menengah. Dengan adanya kompleks sukan yang kita mohon termasuk penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi akan memberikan suatu kelebihan terutama kepada anak-anak muda kita, anak-anak sekolah kita termasuk pelajar-pelajar universiti. Jadi saya mohon supaya Kompleks Sukan Seri Iskandar ini dapat dimasukkan dalam RMKe-12 ini dan tapaknya bersebelahan betul dengan Institut Kemahiran Belia Negara. Jadi saya mohon untuk pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam RMKe-12 ini dan bukan kepada RP2. Terima kasih.

Terima kasih atas cadangan dan makluman yang telah diberi oleh kedua-dua Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Parit. Sememangnya secara umum memang pembangunan kawasan bandar dan kawasan luar bandar ada perbezaan dan mungkin disebabkan prasarana dan juga mungkin disebabkan penumpuan yang lebih perlu diberi dan telah akan diberi kepada kawasan-kawasan pedalaman untuk memastikan jurang perbezaan infrastruktur dan kemudahan- kemudahan yang ada dapat dikurangkan. Mengenai makluman yang diberi Yang Berhormat Parit kita akan mengambil maklum dan membuat keputusan yang sepatutnya. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah habis dah? Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), 15 minit. Silakan.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak). Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada empat Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Selangau dan Yang Berhormat Semporna yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) · Kota Marudu

Perkara-perkara yang telah dibangkitkan tersebut adalah menyentuh mengenai status kemajuan dengan izin, outstanding matters yang sedang dibincangkan di bawah Majlis Khas MA63 termasuk isu-isu spesifik yang sedang dibincangkan di peringkat jawatankuasa kerja yang telah ditubuhkan di bawah Majlis Khas MA63 dan juga khasnya pembangunan sosioekonomi di kedua-dua negeri. Saya ingin meletakkan dalam rekod bahawa inilah pertama kali sepanjang 11 Rancangan Malaysia sebelum ini di mana perkara-perkara yang begitu spesifik daripada segi sosioekonomi Sabah dan Sarawak diberi satu bab, satu chapter khas dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengatasi halangan-halangan kelewatan pembangunan, kebelakangan kemajuan bagi Sabah dan Sarawak. Ini khasnya dalam sektor infrastruktur seperti jalan raya, jalan kampung, bekalan air, bekalan elektrik serta infrastruktur kemajuan yang asas dan strategik iaitu infrastruktur pendidikan, infrastruktur kesihatan, infrastruktur teknologi digital dan multimedia yang menjadi titik perbezaan di antara negeri-negeri yang maju dan negeri-negeri yang kurang

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) · Kota Marudu

maju di mana kami golongkan Sabah dan Sarawak dalam kumpulan negeri-negeri yang kurang maju. Sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini, kita semua begitu bangga kerana ada pengakuan dan ada realisasi di peringkat kerajaan khususnya dalam soal Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Kerajaan Pusat kadang-kadang segan mengakui bahawa Sabah dan Sarawak, walaupun kaya dengan sumber, budaya, etika, dan keindahan alam semula jadi, jarang-jarang diperakui secara terbuka oleh planning and budgeting agencies, ataupun agensi-agensi perancang dan kewangan. Bagi Sabah dan Sarawak, bahawa Sabah dan Sarawak memerlukan perhatian dan tindakan khusus untuk merealisasikan matlamat-matlamat pembangunan dan tindakan follow through yang lebih terperinci ataupun thorough. Dengan itu dengan izin, the habit of taking things for granted lose planning in the absence of goal setting in development planning is over. Saya yakin senario dalam perancangan pembangunan yang timbul dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini adalah hasil daripada input Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak that have been very persistent in raising issues so basic kepada rakyat kita di Sabah dan di Sarawak. Dengan segi membawa kesedaran kepada perancangan-perancangan dasar, pengurus-pengurus bajet, supaya satu perancangan, planning yang wholesome, murni dan inklusif perlu menjadi realiti dan bukan sekadar konsep akademik. Dengan izin, we must make it a reality that development planning must translate to improvement of livelihood of rural people, especially in the two states of Sabah and Sarawak. Planning should never be just in academic fantasy of testing theory and empirics. You must convert to real tangible improvement in economic status of rural people, elimination of poverty, creation of employment, reduction of income inequality and achievement of real prosperity. This should be the real content of Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Tuan Yang di-Pertua, mari kita sama-sama ingat bahawa Malaysia sudah 58 tahun umur sebagai sebuah Persekutuan. Perkataan ‘inklusif’ dalam perancangan pembangunan mesti lagi jauh dari tercapai. Ini termasuklah semua sektor dalam soal pendidikan, kesihatan, kemiskinan, pengagihan pendapatan, tenaga kerja, khasnya dalam sektor-sektor operasionalisme seperti bidang-bidang kejuruteraan, architecture, perakaunan, sains dan teknologi, sains perubatan, keselamatan kehadiran pendatang tanpa izin yang masih melebihi satu juta orang asing mengikut data yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan. Sambil menjalankan tugas untuk menggulung bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan menjawab beberapa perkara yang telah dibangkitkan, saya tidak segan-segan meluahkan keluhan di mana masih banyak yang perlu dilakukan di peringkat nasional untuk negeri Sabah dan Sarawak, sambil kita membawa kemajuan kepada Wilayah Semenanjung Malaysia. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana banyak breakthrough and follow through yang telah kelihatan di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi Kerajaan Persekutuan kerana keinsafan dan kesedaran bahawa Malaysia hanya akan maju, bersatu dan maju jika jurang pembangunan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dikurangkan dan dimansuhkan sama sekali. Jika tidak, there is no reason to allow the development and progress gap between Sabah dan Sarawak on one hand and Wilayah Semenanjung on the other. Ini adalah tanggungjawab kita bersama, semua Ahli- ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk memastikan Malaysia akan terus kuat maju dan makmur. Jadi, memperkukuhkan negara Malaysia, bukan sekadar melindungi, menghormati, menjamin hak-hak dan kepentingan Sabah dan negeri Sarawak dalam Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Perkara yang sama penting ialah pastikan supaya kemajuan dan kemakmuran rakyat Sabah, rakyat Malaysia di Sabah, rakyat Malaysia di Sarawak adalah setaraf dengan rakyat di Semenanjung Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk mengabadikan Perjanjian Malaysia 1963.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) · Kota Marudu

Ini kerana Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berapa kali berucap di Sabah dan Sarawak, adalah masa meminang pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak pada 1962-1963 untuk menyertai Malaysia dan kata-katanya dalam rekod seperti mana dalam rekod, “Trust me, I will develop you people better than the British.” Ini dia punya janji pada ketika itu, “Trust me, I will develop you people better than the British.” Ayuh, kita kejar kata-kata ini sebagai sebahagian kata inti sari janji MA63. Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dan satu daripada— yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Papar. Okey. Yang Berhormat Papar, dia telah membangkitkan jika kerajaan, Jabatan Perdana Menteri ada mengemukakan laporan kepada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dari segi laporan yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa MA63 dan jika salinan itu boleh didapati.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) · Kota Marudu

Untuk makluman Yang Berhormat Papar, perkara ini tidak timbul, perkara ini tidak berbangkit dan tiada asas untuk hendak memberi laporan kepada Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Kita adalah negara yang berdaulat. Kita adalah nation yang sovereign dan kita boleh menyelesaikan isu-isu dalaman dalam negara kita sendiri. Jadi, perkara itu tidak timbul. In fact dengan izin, the last time that we connected dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari segi politik negara kita adalah pada 14 September 1963. Ini was the last day that we dealt dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada waktu itu, seperti mana yang dikeluarkan ialah the issue The Manila Accord yang mana negara Indonesia dan negara Philippines telah lodge complaint dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kerana mengatakan Laporan Cobbold Commission and therefore Laporan Intergovernmental Committee dari pihak England adalah tidak berasas. Maka, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengutus wakilnya untuk turun ke Sarawak dan Sabah sekali lagi pergi study keadaan sebenar. Laporan itu hanya siap untuk diisytiharkan di fail di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 14 September 1963. Sebenarnya itulah sebabnya tidak jadi untuk mengisytiharkan Malaysia pada mulanya adalah pada 31 Ogos 1963 seperti mana tarikh yang dipersetujui oleh di negara- negara kita. But because delayed itu laporan The United Nations Malaysia Mission, maka it could only be isytiharkan Malaysia pada 16 September. A bit of history for us. Seterusnya, satu perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Semporna. Dia hendak minta berhubung dengan 17 perkara daripada 21 yang dibincangkan di bawah Jawatankuasa Khas Kabinet MA63. Saya telah jawab ini beberapa kali bahawa keputusan tersebut yang dibuat oleh kerajaan yang lalu hanya adalah merupakan persetujuan dasar dan mesti memerlukan tindakan lanjut untuk dilaksanakan seperti pindaan kepada dasar-dasar, pindaan kepada undang-undang peringkat Persekutuan, pindaan kepada undang-undang peringkat negeri Sabah, negeri Sarawak. Itulah saya katakan bahawa all these still want answer that outstanding. Bagi sebenarnya kita telah melakukan lebih daripada menyelesaikan outstanding matters. Kita telah tubuhkan empat jawatankuasa khas di bawah majlis khas. Ini adalah rakan sekutu yang membincangkan perundangan. Sebahagiannya telah ditakwimkan tadi untuk tindakan kita untuk membentangkan sekali lagi pindaan kepada undang-undang bawah artikel 1 dan artikel 2 sekali gus dengan Artikel 160(2) yang telah ditakwimkan tadi. Kita harap ini akan dapat dibentangkan sebelum selesai persidangan kali ini. Kedua adalah perihal berkaitan dengan Kementerian Dalam Negeri iaitu soal keselamatan peringkat Sabah dan Sarawak berkaitan dengan PTI dan juga border post dan lain-lain perkataan yang Kementerian Dalam Negeri. Ketiga adalah berkaitan dengan planning Rancangan Malaysia Ke-12 yang dipengerusikan oleh Menteri EPU sendiri. Keempat, jawatankuasa yang keempat untuk yang ada pada ini untuk Sabah dan Sarawak ialah mengenai dengan perundangan, Perlembagaan 112D. Ini mengenai dengan hal geran yang perlu dibayar kepada Sabah dan Sarawak yang tidak disemak berpuluh-puluh tahun. Ini dalam tindakan kita bersama. Jadi, yang terakhir yang – Saya hanya untuk menekankan Tuan Yang di-Pertua, ialah yang saya katakan tentang tadi, yang perkara 17 itu antaranya ialah perlu perubahan

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) · Kota Marudu

dasar, perlu pindaan undang-undang negeri, perlu pindaan undang-undang Persekutuan. Just to give specific example mengenai dengan tenaga untuk mengembalikan SESB khasnya kepada Sabah. Untuk tujuan ini, ia perlu banyak kerja. Banyak kerja perlu dibuat. Empat undang-undang di peringkat Persekutuan perlu diubah. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Satunya ialah Akta Bekalan Elektrik [Akta 447], kita perlu keluarkan Sabah dari senarai seperti kita telah buat untuk Sarawak. Akta Bekalan Elektrik says untuk Sarawak, this akta doesn’t apply to Sarawak. So, kita perlu bawa aduan ini dan tukar. Selain daripada itu iaitu Energy Commission Act, Renewable Energy Act, Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Act, tiga lagi akta lain perlu bawa dan takeout Sabah from the list. Then, empat akta baharu perlu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah. A new akta on its own bekalan elektrik, a new enactment Energy Commission, a new enactment renewable energy, a new enactment Sustainable Energy Development Authority. So, semua kena ubah. So, it’s not so easy. Kebanyakan pembangkang sebelum ini kata, why so slow? Macam mana tak slow, keep on tukar kerajaan, keep on bertukar enjin government all the time. Hanya mengatakan bahawa ini dengan kerjasama yang baharu dengan pihak sebelah sana, I think we can work together and bagi cepat khususnya untuk Sabah dan Sarawak. Dengan momentum yang baharu, saya harap cukup yakin kita boleh maju ke hadapan dan mencapai semua tuntutan MA63 lebih cepat daripada sebelumnya. Dengan demikian, terima kasih kepada semua yang telah membahaskan perihal Sabah dan Sarawak, mengenai pembangunan dari segi – Saya harap bahawa seterusnya nanti akan dapat diselesaikan lebih cepat daripada sebelum ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), 15 minit.

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) · Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Ada sejumlah 11 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh dan bercakap serta mencadangkan pandangan-pandangan yang begitu bernas dalam Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah Jabatan Perdana Menteri. Terutamanya daripada Ketua Pembangkang Yang Berhormat Port Dickson. Tuan Yang di-Pertua dia tidak ada. Boleh saya jawab secara bertulis ya?

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat Port Dickson dengan Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Bintulu dan juga Yang Berhormat Parit ini menyentuh pelbagai perkara pokok dan dasar yang menyentuh secara mendalam mengenai kebimbangan mereka mengenai perlunya ada konsolidasi dan kemantapan institusi-institusi bumiputera dalam membangunkan negara ini. Jadi, oleh sebab mereka tidak ada. Jadi, elok saya jawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Mereka menyentuh — rakan-rakan yang lain yang sebanyak tujuh orang lagi menyentuh hal-hal yang bersangkut paut dengan APM, JPA dan MKN. Elok saya perincikan sedikit Yang Berhormat, saya ingat dia ada jawatan kehormat APM dan dia saya tahu dia memang sukarelawan yang berprestasi tinggi, Yang Berhormat Kuala Langat. Beliau melahirkan rasa kebimbangan mengenai perjawatan dalam APM terutamanya di daerah-daerah yang kecil. APM ini sudah lama sejak tahun 1933 tetapi diaktakan pada 2016 dan dia sudah ada punca kuasa ekoran daripada punca kuasanya, maka ada bajet, ada perjawatan dan ada peng-upgrade-an yang perlu dibuat. Kita sudah

adakan libat urus dengan JPA di mana sekurang-kurangnya di daerah-daerah kecil umpamanya pegawai yang bertugas adalah minimumnya sekurang-kurangnya diploma. Maka, dia start dengan gred 29. Sekarang ini gred 19 dan kebanyakan yang gred 19 ini pun mereka ada diploma dan juga ijazah. Akan tetapi, oleh sebab perjawatan itu tidak di upgrade, beri masa sedikit untuk saya berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam supaya gred-gred ini diisi dan dipertingkatkan. Akan tetapi, kekuatan APM ini bukan kepada jawatan tetap. Akan tetapi, dia asas civil defense force di mana-mana negara adalah asas kesukarelaan. Itu satu. Kemudian Yang Berhormat Kluang melahirkan rasa kebimbangan baru-baru ini mengenai kebocoran maklumat-maklumat dalam dengan izin, clear net katanya data dari Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri sudah pun dijual di peringkat clear net. Akan tetapi, sebenarnya sebelum dia wujud di clear net sudah ada proses-proses yang berlaku dalam deep dan dark net. Ini yang perlu MKN perlu perkukuh dan perketatkan bagaimana kita harus melihat dari sudut people, process and technology. Walaupun kita ada undang-undang PDPA, MCMC dan Akta Polis tetapi kerajaan berpendapat bahawa perlu ada satu undang-undang khusus untuk siber sekuriti ini. Ini sedang dibincangkan dan saya akan bentang Cabinet’s paper memorandum Kabinet. Insya-Allah minggu depan untuk memastikan yang segala data yang dipunyai oleh kerajaan dan juga pihak swasta akan terus dipelihara. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja saya ucapkan banyak terima kasih kalau ada yang tertinggal itu saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selepas ini ialah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang). Selama 30 minit Yang Berhormat.

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) sepanjang tempoh perbahasan Rancangan Malaysia yang Ke-12. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat telah membahas pelbagai isu yang berkaitan dengan Parlimen dan undang-undang. Iaitu Ahli Parlimen dari Pontian, Pandan, Pengerang, Tampin, Port Dickson, Langkawi, Kota Raja, Jerai, Taiping, Selayang, Petaling Jaya dan Bukit Bintang. Yang Berhormat dari Pandan mencadangkan... [Disampuk]

Baling pun ada Yang Berhormat. Ada bahas juga Baling pun. Terima kasih.

Yang Berhormat Baling. Inisiatif yang terkandung dalam Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) harus diterjemahkan menjadi akta agar ada undang-undang khas bagi membentuk dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Secara amnya, pelaksanaan NACP akan melibatkan pindaan kepada dasar dan undang-undang negara. (i) penambahbaikan kepada perundangan sedia ada; (ii) pewujudan perundangan baharu; dan (iii) penambahbaikan kepada peraturan serta pekeliling berhubung dengannya. Antara dasar yang perlu dipinda adalah dasar pengisytiharan harta anggota pentadbiran, dasar pelantikan Ahli Politik dalam syarikat kepentingan kerajaan dan dasar penetapan semua GLC dan syarikat berkepentingan kerajaan hendaklah terikat dengan

tatacara kewangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Antara penambahbaikan perundangan yang akan dibuat adalah ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan penggunaan aset dan jentera kerajaan. Manakala, bagi Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 itu berkaitan kesalahan penjualan tender dan projek kepada pihak lain pemunya atau beneficial owner. Keempat bagi mewujudkan perundangan baharu untuk antaranya adalah berkaitan penubuhan Ombudsman Malaysia dan dana politik. Antara pekeliling dan peraturan yang akan ditambah baik atau yang akan diperkenalkan adalah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998. Arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai tapisan keutuhan pelantikan pengurusan tertinggi di GLC serta peraturan mencegah kebocoran maklumat dalam proses perolehan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian mencadangkan agar rang undang- undang dana politik segera dibentangkan dalam sidang Parlimen penggal keempat ini. Berdasarkan laporan semakan semula separuh penggal, Pelan Anti Rasuah Nasional ataupun (NACP) 2019 ke 2023 yang telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah ataupun JKKMAR Siri 14 Bilangan 1 Tahun 2021 dan diluluskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mei 2021. Kerajaan komited untuk meneruskan inisiatif berkaitan perundangan pembiayaan dana politik. Kajian berhubung dengan perwujudan rang undang-undang baharu tersebut pada masa ini sedang dilaksanakan dengan memberi fokus kepada aspek kawal seliaan sumbangan politik berterusan, prinsip keluasan dan akauntabiliti. Akta yang sedang dalam kajian ini juga akan mengambil kira pandangan pemegang taruh bagi memastikan mekanisme pelaksanaan yang berkesan.

Berdasarkan laporan semakan semula NACP, inisiatif 123 untuk mengkaji penggubalan rang undang-undang baharu berkaitan sumbangan dana politik ini diberi tempoh masa bermula Januari 2021 hingga Disember 2022. Sekiranya ia bersesuaian selepas mengambil kira pandangan kepada pemegang taruh, ia akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) di atas Mesyuarat Jemaah Menteri dan tertakluk kepada dasar kerajaan semasa. Yang Berhormat Pengerang, isu berkaitan kewujudan Mahkamah Seksual Kanak- kanak di seluruh negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, matlamat utama Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak adalah untuk mendengar prosiding bagi kes-kes kesalahan seksual yang melibatkan mangsa kanak-kanak, iaitu berumur di bawah 18 tahun. Secara langsung, merujuk kepada mangsa kanak-kanak yang merupakan saksi utama dalam kes jenayah tersebut. Penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak (JSKK) yang pertama adalah di Putrajaya pada 22 Jun 2017 dan mengendalikan 57 kes berasal dari Kuala Lumpur dan Selangor. Terkini, mahkamah tersebut telah mengendalikan sebanyak 234 kes aktif. Mahkamah JSKK yang kedua telah ditubuhkan di Kuching, Sarawak pada 18 April 2018 dan mengendalikan sebanyak 76 kes. Penubuhannya kini sedang mengendalikan 164 kes aktif. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Mahkamah JSKK dikendalikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kanan berpengalaman kerana kerumitan dan kesukaran pengendalian kes sedemikian. Terkini, keluasan Mahkamah JSKK telah diperluaskan di lokasi mahkamah iaitu Kompleks Mahkamah Kuantan, Kompleks Mahkamah Ipoh, Mahkamah Muar, Kompleks Mahkamah Johor Bahru, Kompleks Mahkamah Georgetown, Kompleks Mahkamah Kangar, Mahkamah Klang, Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Kompleks Mahkamah Negeri Melaka, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kompleks Mahkamah Kota Setar, Kompleks Mahkamah Seremban dan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Kesemua mahkamah ini telah dikenal pasti dan dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut; (i) bilik saksi kanak-kanak; (ii) bilik menunggu saksi kanak-kanak; dan (iii) peralatan ICT seperti kelengkapan court recording and transcription (CRT) dan voice to text (VTT), visualiser and system audio visual. Namun demikian, mahkamah ini bukan merupakan mahkamah khas, Tuan Yang di-Pertua, di mana hakim sesyen yang mengendalikan kes JSKK juga turut mengendalikan kes-kes lain di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen. Sehubungan dengan itu, selaras dengan hasrat badan kehakiman Malaysia, untuk memberi akses kepada keadilan untuk semua lapisan masyarakat dan penyelesaian kes-kes JSKK khasnya, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan akan memberi komitmen dalam menitikberatkan mengenai penubuhan mahkamah JSKK dalam projek-projek mahkamah yang baharu, yang akan dan sedang dilaksanakan. Pejabat ini juga akan sentiasa memantau pendaftaran dan peningkatan kes Mahkamah JSKK bagi menentukan keutamaan untuk memperluaskan penubuhan mahkamah kanak-kanak.

Yang Berhormat Menteri, sekejap sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan juga kerajaan atas keprihatinan tersebut. Akan tetapi, soalan saya pada Yang Berhormat Menteri, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh membantu menetapkan hakim-hakim Mahkamah Sesyen, Jusa C, untuk diberikan ketetapan sebagai hakim tetap dalam mahkamah jenayah seksual tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya saya Tuan Yang di-Pertua, baru pun balik dari Kota Kinabalu dan melawat mahkamah yang dikhaskan untuk kanak-kanak, seksual ini. Saya telah berbincang dengan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi. Insya-Allah Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya akan bawa ini kepada pengetahuan Ketua Registrar High Court Malaysia dan untuk dipertimbangkan supaya hakim-hakim sesyen yang berpengalaman dan kanan khas untuk mendengar kes-kes seksual kanak-kanak. Yang Berhormat Tampin mencadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai desentralisasi dan Majlis Urus Tadbir Persekutuan-Negeri atau Special Comittee on Federal-State Decentralisation. Tuan Yang di-Pertua, kita akan bawa juga kepada pihak kerajaan untuk dipertimbangkan. Yang Berhormat Port Dickson mencadangkan agar Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan khas untuk memantau perjalanan badan-badan selain daripada kerajaan seperti GLC dan GLIC supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Laporan pemantauan juga wajar disediakan. Sepertimana yang Yang Berhormat Port Dickson sedia maklum, kini terdapat sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas hendak ditubuhkan; (i) Jawatankuasa Pilihan Khas Kebebasan Hak Asasi dan Hak di bawah perlembagaan; (ii) Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi; (iii) Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan; (iv) Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri; (v) Jawatankuasa Pilihan Khas Pertanian dan Perdagangan dalam Negeri;

(vi) Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur; (vii) Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan; (viii) Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial; dan (ix) Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Minta penjelasan.

Oleh itu, Jawatankuasa—

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

Jawatankuasa di atas boleh meneliti perkara dibangkit oleh Yang Berhormat seperti mana yang digariskan di dalam terma-terma rujukan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan, Ipoh Timur. Berkenaan dengan...

Walau bagaimanapun, saya serah kepada kebijaksanaan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk menentukan penetapan pelantikan mana-mana Jawatankuasa lain selain daripada apa yang kita sudah ada sekarang. Terima kasih.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya difahamkan bahawa terma-terma rujukan bagi Jawatankuasa (Select Committees) ini ada menyatakan bahawa Select Commitee ini hanya boleh mengendalikan isu-isu dan kes-kes setelah dirujuk kepada Jawatankuasa tersebut oleh Menteri Undang-undang ataupun dirujuk oleh Dewan yang mulia ini. Saya percaya bahawa tujuan penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Bebas ini adalah sebagai satu check and balance, dengan izin yang berkesan dan ia tidak seharusnya, dalam pandangan saya, bergantung ataupun subject to keputusan khasnya daripada pihak eksekutif iaitu Yang Berhormat Menteri Undang-undang. Seperti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kita mempunyai satu bidang kuasa yang luas. Saya percaya bahawa untuk membolehkan kesemua Jawatankuasa ini berfungsi, terma-terma rujukan hendaklah dipinda. Terima kasih.

Baling, minta sedikit sahaja.

Apabila saya dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan to oversee urusan kerajaan di Parlimen, saya telah berbincang dengan dua orang Speaker untuk menentukan parameter tugasan saya di Parlimen. Saya tidak akan masuk campur, Yang Berhormat Ipoh Timur, apa jenis perkara yang boleh dirujuk. Terma rujukan ini telah ditetapkan oleh—dalam peraturan itu sendiri. Dalam Peraturan 81(1), pelantikan Jawatankuasa itu ditentukan oleh Dewan ini sendiri, Yang Berhormat Ipoh Timur, bukan saya.

Jadi tidak ada penglibatan Menteri itu, Yang Berhormat ini bukan zaman berhujah sebab ini masa saya berucap dan memberi penjelasan. Jadi, minta maaf Yang Berhormat, saya teruskan. Jadi kalau ada perkara berbangkit tentang perkara ini...

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Sedikit penjelasan lagi boleh Yang Berhormat Menteri? Sama ada Jawatankuasa Select Committee ini mempunyai kuasanya sendiri untuk menetapkan apa kes atau isu yang akan dibangkitkan dalam Jawatankuasa itu tanpa merujuk kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang. Itu soalan saya. Terima kasih.

Tidak perlu bangkit kepada Menteri.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHIpoh Timor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Ini tidak perlu Yang Berhormat. Ya, sila.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan syabas dan tahniah janji Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan Perikatan Nasional dapat diselesaikan iaitu RCI Tabung Haji. Alhamdulillah, syabas dan tahniah. Percepatkan sedikit Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya satu lagi susulan kepada perbahasan saya baru-baru ini. Ini berkaitan dengan yang saya cadangkan untuk kita adakan RCI Tommy Thomas dengan segera. Ini kerana, bukunya sendiri iaitu My Story: Justice In The Wilderness yang menyatakan– dalam buku itu juga tersebut sesungguhnya sebagai seorang Peguam Negara telah mengikut segala arahan parti waktu itu, bukan mengikut undang-undang. Ini antara perkara yang disebut dalam itu. Apatah lagi 15 orang dilepaskan zaman beliau menjadi Peguam Negara di antaranya Yang Berhormat Bagan, bekas Yang Berhormat Pandan dan ramai lagi. Ini bukan sifat personel. Ini kita hendak rakyat semua di luar sana tahu, kita rungkaikan perkara ini siapa yang jadi dalang atau tangan-tangan ghaib yang telah memberi arahan. Jadi, saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah RCI Thommy Thomas ini akan dapat dilakukan dalam masa yang terdekat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Sebenarnya tidak ada dibangkitkan dalam jawapan Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Tidak payah jawablah. Tidak payah jawab.

Jadi, dalam keadaan sedemikian biarlah saya kata macam ini. Saya kena jawab juga oleh sebab soalan sudah dibangkitkan. Secara ringkas, pentadbiran negara ini di bawah perlembagaan ialah di bawah Jemaah Menteri. Saya tidak boleh menjawab kalau tidak ada arahan daripada Jemaah Menteri. Itu perlembagaan. Jadi Yang Berhormat, insya-Allah Tuan Yang di- Pertua, saya juga bawa perkara ini kepada Jemaah Menteri sama ada perlu ataupun tidak dalam penilaian kerajaan mengadakan dikatakan RCI untuk menyelidiki kes buku Tommy Thomas. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Yang Berhormat Port Dickson juga meminta Ketua SPRM memberi penjelasan berkenaan dengan kes kecurian wang dalam jagaan SPRM dan mencadangkan untuk dibentuk Suruhanjaya Diraja kerana membabitkan pelbagai agensi kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Peguam Negara. Siasatan juga dijalankan adalah mengikut lunas undang-undang. Berkenaan dengan cadangan pembentukan Suruhanjaya Diraja, buat masa ini tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja memandangkan siasatan kes telah selesai dan telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk penelitian dan keputusan kes. Yang Berhormat Langkawi mencadangkan supaya akaun jabatan kerajaan perlu juga diaudit oleh firma audit swasta bagi mendapatkan pandangan kedua-dua di samping pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara dan unit audit dalaman kementerian dan jabatan.

[Bangun]

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan.

Boleh Yang Berhormat Menteri? Celah sedikit.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Yang Berhormat Menteri...

Sedikit.

Saya baru cakap hal audit ini. Belum jawab Yang Berhormat. Baru cerita ini...

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Tentang RCI Yang Berhormat Menteri. Tentang RCI tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Cadangan Yang Berhormat Port Dickson. Terima kasih. Saya cuma hendak tanya Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri kata tidak perlu ada satu RCI dalam kes kecurian wang dalam siasatan SPRM. Saya cuma hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah kriteria yang melayakkan satu RCI ditubuhkan ataupun ia ikut whims and fancies kerajaan?

Saya tambah RCI juga Yang Berhormat Menteri sedikit. RCI juga yang tadi, sedikit sahaja. Baru-baru ini media melaporkan seorang lelaki yang merupakan saksi utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM untuk kes terowong dasar laut di Pulau Pinang maut terjatuh bangunan. Apakah status ini sekiranya saksi utama sudah meninggal dan apakah perlu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI bagi menyiasat kes kematian tersebut seperti disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, setakat ini kita tidak...

Tuan Sim Chee KeongDAP · PHBukit Mertajam

Polis boleh siasat. Bagi kepercayaan kepada polis.

Bercadang untuk menubuhkan RCI sepertimana yang disebutkan tadi. Kriteria untuk menubuhkan RCI ini kita melihat daripada complexity satu-satu kes. Kes ini tidak ada complexity Yang Berhormat. Sebenarnya, kes-kes ini kebanyakannya kes jenayah yang diselidik oleh pihak polis atau SPRM adalah kes yang bukan ada complexity sangat. Akan tetapi, soalan yang dibangkitkan asal tadi iaitu Tabung Haji kita melihat overtime, complexity Tabung Haji itu makanya kita buat keputusan bahawa Tabung Haji perlu diadakan satu penyelidikan RCI. Akan tetapi kalau tiap-tiap kes jenayah, kita nampak ia very complex tetapi kita lihat daripada dalaman tidak begitu complex, kita hendak adakan juga RCI tidak ada berhabisan cerita RCI ini. Jadi, biarlah kebijaksanaan kerajaan untuk menentukan sama ada kes itu perlu diselidik oleh RCI atau pun sudah mencukupi oleh pihak atau agensi- agensi kerajaan. Jadi berbalik kepada audit. Unit audit dalaman kementerian jabatan penyemak isu-isu berkaitan audit dan tadbir urus di peringkat kementerian, jabatan bertanggungjawab melaporkan penemuan kepada ketua setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah semasa mesyuarat jawatankuasa audit. Jabatan Audit Negara melaksanakan pengauditan ke atas penyata kewangan Kerajaan Persekutuan dan badan berkanun Persekutuan bagi menilai sama ada penyata kewangan tersebut menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan yang berkaitan telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini. Manakala, pengauditan prestasi bagi menilai program, aktiviti kementerian, jabatan pelaksanaan dengan cekap, ekonomi dan berkesan serta mencapai objektif yang telah ditetapkan. Seksyen 7(3) Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara boleh memberi kuasa mana-mana orang yang difikirkannya berwibawa untuk menjalankan bagi pihaknya di bawah arahannya apa-apa siasatan, pemeriksaan atau pengauditan melaporkan terdapat

orang itu tentang siasatan, pemeriksaan atau pengauditan itu kepada Ketua Audit Negara. Bagi maksud itu boleh membuat perkiraan bagi pembayaran apa-apa fi. Secara ringkas, seksyen ini mengatakan Ketua Audit Negara boleh melantik audit luar untuk menyelidik mana-mana kes pengauditan dalaman mana-mana jabatan dan mana-mana kementerian. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan seksyen ini Ketua Audit Negara boleh melantik firma audit luar. Maknanya, apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Langkawi itu telah ada dalam sistem pengauditan itu sendiri. Apa yang dipraktikkan sekarang, firma pengauditan dilantik untuk menjalankan pengauditan penyata kewangan agensi kerajaan. Pelantikan tersebut dilakukan secara bertulis dengan menandatangani perjanjian di antara kedua-dua pihak. Perjanjian yang ditandatangani tersebut menyatakan terma tertentu dengan jelas. Walau bagaimanapun, laporan akhir dan sijil atas penyata kewangan agensi badan berkanun masih ditangani oleh Ketua Audit Negara. Maknanya, pengauditan boleh dibuat oleh luar tetapi masih dicountersign oleh pihak Ketua Audit Negara. Sebelum Ketua Audit Negara menandatangani sijil pegawai, Jabatan Audit Negara lebih dahulu meneliti dan menyemak laporan yang disediakan oleh pihak firma audit luar. Jadi dua kerja lah Tuan Yang di-Pertua sebenarnya. Sudah diaudit, Ketua Audit Negara mengaudit auditor itu lagi sebelum ditandatangani pensijilannya. Terdapat juga keadaan di mana hasil semakan pegawai Jabatan Audit Negara didapati penemuan firma audit luar ini tidak menyeluruh dan beberapa ketidakpatuhan terhadap standard perakaunan tidak dilaporkan.

Ini menunjukkan bahawa terdapat keadaan di mana juruaudit awam lebih baik daripada juruaudit luar. Oleh itu, Jabatan Audit Negara berpendapat tidak perlu pengauditan kedua dijalankan oleh pihak audit luar kecuali dalam pengauditan aspek- aspek tertentu yang khusus sahaja. Yang Berhormat Kota Raja mencadangkan agar siasatan kes rasuah berprofil tinggi yang dijalankan oleh SPRM perlu secara menyeluruh dan didedahkan kepada umum. SPRM menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu atas apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dengan bebas, telus, profesional serta sentiasa memelihara kerahsiaan sesuatu maklumat atas siasatan sesuatu kes selaras dengan peruntukan seksyen 29(4), Akta SPRM 2009. Justeru itu, mana-mana kes yang masih dalam siasatan SPRM, tidak boleh didedahkan kepada umum sebagai langkah kawalan dalam bagi memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran atau pendedahan maklumat. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada peringkat praperbicaraan, pendakwaan dikehendaki membekalkan salinan laporan maklumat dokumen yang akan dikemukakan bagi sebahagian daripada bukti pendakwaan serta kenyataan bertulis fakta yang memihak kepada pihak pembelaan. Ini adalah selaras dengan seksyen 51A, Kanun Prosedur Jenayah. Saya– masa sudah habis tapi saya masih ada setengah, belum sampai setengah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya minta panduan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Perlu berapa minit lagi? Saya bagi lima minit lagi kemudian rumuskan.

Terima kasih Tuan Yang di-

(i) kerajaan memperkasakan penguasaan SPRM agar diperkukuhkan bagi mengelakkan penyelewengan; (ii) mencadangkan agar syllabus berkaitan pencegahan rasuah dimasukkan seawalnya pendidikan prasekolah dan; (iii) adakah kerajaan meletakkan tanda aras yang jelas bagi menurunkan skor indeks rasuah. Tuan Yang di-Pertua, memperkasakan SPRM. Kerajaan komited dalam usaha menangani rasuah, memperbaiki integriti dan melaksanakan urus tadbir yang baik.

Memerangi jenayah rasuah bukan suatu perkara yang mudah, terutamanya pada era moden ini kerana dengan kemajuan teknologi, jenayah rasuah lebih sukar dikesan kerana perasuah akan menggunakan pelbagai cara untuk melakukan kegiatan tersebut bagi melepaskan diri daripada radar SPRM. Adalah lebih sukar dan mencabar untuk mengesan aktiviti rasuah kerana SPRM bukan sahaja perlu membuktikan salah laku seorang pelaku rasuah dalam era teknologi tinggi, pada masa yang sama juga perlu berdepan dengan pelaku rasuah yang licik dalam menggunakan undang-undang untuk melepaskan diri daripada dikenakan tindakan.

Yang Berhormat Menteri, boleh?

Namun demikian, ini...

Yang Berhormat Menteri.

...tidak sedikit pun menghalang SPRM daripada meneruskan tugas yang diamanahkan. Suruhanjaya ini akan menggunakan kaedah terbaik, bersesuaian dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan serta mendidik masyarakat.

Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada pertanyaan. Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, tentang bagaimana kita hendak supaya boleh mewujudkan kepercayaan orang kepada SPRM. Saya ingin bertanya, dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Pontian. Dia ada dua pertuduhan seperti Yang Berhormat Menteri tahu. Pertuduhan pertama, saya tidak begitu ambil berat, yang minta tarik balik atau bayar kompaun, saya boleh terima lagi. Pertuduhan kedua ini yang saya agak- minta maaf, I am bewildered ataupun puzzled, dengan izin kerana dia dituduh memberikan fakta yang tidak benar kepada pegawai penyiasat SPRM. Kalau ikut daripada pertuduhan, dikatakan dia telah menerima RM2 juta tetapi dalam penyelesaian kes itu, dia hanya bayar RM1.1 juta. Jadi saya hendak tanya, kalau betul kita hendak menjaga nama SPRM, kenapakah bagi pertuduhan kedua itu– okey, saya ambil dua senario. Seandainya pertuduhan itu tidak benar, kenapakah pertuduhan itu diteruskan atau tidak ditarik balik? Itu pertama. Kalau pertuduhan itu benar, kenapakah pertuduhan itu juga tidak diteruskan pada awalnya? Minta supaya Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Boleh saya teruskan dengan Yang Berhormat Muar dulu, Yang Berhormat Menteri?

Terima kasih. Dari tahun lepas Yang Berhormat Menteri, saya tanyakan bila kerajaan baru akan membentangkan Akta Pendanaan Politik dan Pilihan Raya. Apabila saya mendengar hujah Yang Berhormat Menteri, Kabinet pun telah bersetuju untuk mengangkat perkara ini tetapi sampai ke hari ini masih belum ada apa-apa kata putus bila ia boleh dibentangkan. Saya kongsikan ini kerana sepatutnya bill itu telah pun dibentangkan pada Mac 2020 tetapi dikebelakangkan dan ditangguhkan. Jika perkara ini tidak diselesaikan, banyak lagi masalah baharu yang akan timbul, khususnya jika pilihan raya berlaku sebelum akta ini dibentangkan di Dewan Rakyat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Sila Yang Berhormat Menteri, minta jawab dan rumuskan.

Yang Berhormat, saya ada lima minit. Ini sudah tiga minit berlalu. Soalan daripada Yang Berhormat Sepang dahulu. Saya tidak ada cukup maklumat yang ada di hadapan saya. Kalau boleh, minta saya akan beri jawapan secara bertulis. Akan tetapi di kalangan kes yang termasuk Yang Berhormat Pontian ialah beberapa banyak kes lagi yang sudah di kompaun.

Sebenarnya, satu ketika dahulu bahawa tawaran untuk mengkompaun kes Yang Berhormat Pontian itu juga telah dibuat tetapi pada ketika itu Yang Berhormat Pontian tidak mahu mengambil peluang untuk dikompaunkan. Selepas itu, baru beliau membuat satu keputusan untuk bersetuju dengan kompaun tersebut. Dalam keadaan sedemikian Yang Berhormat, itu soalan pertama. Kedua, itu saya tidak mempunyai fakta, saya jawab secara bertulis Yang Berhormat. Satu lagi berhubung dengan dana– apa itu tadi Yang Berhormat?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Dana pilihan raya.

Akta Pendanaan Politik dan Pilihan Raya.

Akta dana politik. Sebenarnya saya sudah dua kali Yang Berhormat, berbincang dengan pihak SPRM, AG berhubung dengan kes dana politik ini. Akan tetapi pada masa sekarang, draf itu sudah ready tetapi belum lagi dibuat libat urus dengan semua stakeholders. Ini kerana libat urus ini perlu, implikasinya banyak Yang Berhormat. Saya juga sebagai seorang pengkaji dana politik ini pada tahun 2001 dahulu, semasa saya buat my DBA. Itu salah satu daripada assignment saya, mengkaji dana politik di Amerika. Banyak kelemahan didapati dalam undang-undang dana politik Amerika yang mana orang kaya boleh menggunakan duitnya sendiri, tidak dipersoalkan. Akan tetapi yang kurang kemampuan, mendapat donation daripada pihak private, itu yang menjadi dikawal seliaan. Maknanya, orang kaya jadi clear, orang kaya politik ini bukan lagi untuk orang yang sederhana, yang berkemampuan walaupun minat dengan politik. Jadi, kita hendak lihat undang-undang yang bakal kita buat ini lebih komprehensif, lebih baik dan lebih menyeluruh dan boleh memenuhi cita rasa semua pihak di negara kita, Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, ada satu lagi pertanyaan. Sila Yang Berhormat Selangau.

Tuan Baru BianPKR · PHSelangau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, sebelum kamu berundur. Saya telah membangkitkan pelaksanaan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asli (UNDRIP) dalam perbahasan saya yang dipersetujui oleh Malaysia dalam tahun 2007. Sekarang ini, pelanggaran prinsip-prinsip UNDRIP ini masih berlaku di seluruh negara, khususnya di antara Orang Asli dan orang asal atas tanah mereka. Soalan saya dalam ucapan saya adalah, bilakah kerajaan ingin melaksanakan UNDRIP ini? Oleh kerana ia penting bagi orang asal dan Orang Asli di seluruh Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga merasa apa yang Yang Berhormat tanya ini memang relevan, khususnya untuk orang Sarawak, Yang Berhormat. Ini kerana sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, tadi pagi-pagi bahawa saya beritahu, Sarawak mempunyai 75 ethnic groups, Tuan Yang di-Pertua dan kebanyakannya hampir 70 itu masih dianggap betul-betul Orang Asli Sarawak.

Jadi dalam keadaan sedemikian, makanya soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Selangau itu amatlah relevan. Akan tetapi Yang Berhormat mungkin bukan di bawah kementerian saya, mungkin di bawah Kementerian Luar Negeri saya ingat. Jadi dengan itu saya tidak mampu menjawabnya. Walau bagaimanapun, saya boleh mencari jawapannya dan saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat. Jadi Tuan Yang di-Pertua kalau dipersetujui saya juga boleh memberi jawapan yang lain itu secara bertulis kerana masih 50 peratus yang belum saya laksanakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama untuk menjawab 25 minit.

Tuan Haji Idris bin Haji AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Jerantut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Dalam merancang suatu perubahan, kita semua mahu mencapai kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan di dunia. Namun begitu, kita tidak boleh lupa untuk merancang kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di akhirat. Sebagaimana firman Allah Taala dalam Surah Al-Qasas Ayat 77. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah Taala kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan pada hari akhirat dan janganlah engkau melupakan kebahagiaan-mu yakni keperluan dan bekalanmu dari dunia; dan buat baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dengan pemberian nikmatnya yang melimpah ruah; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah Taala tidak suka orang yang berbuat kerosakan”. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutama kepada Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal Islam semasa perbahasan RMKe-12. Terdapat empat aspek yang diberi penekanan dalam RMKe-12 yang berkaitan dengan portfolio hal ehwal Islam iaitu pendidikan, halal, wakaf dan tadbir urus serta perundangan. Saya akan menjawab persoalan ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berdasarkan empat aspek tersebut. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, institusi pendidikan Islam merupakan salah satu perkara yang disebut dalam Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan. Daripada segi sejarahnya, institusi pendidikan Islam merupakan antara institusi pendidikan terawal yang wujud dalam masyarakat di Malaysia. Sistem pendidikan Islam di Malaysia telah berkembang pesat pada zaman awal selepas kemerdekaan. Tidak banyak sekolah agama kerajaan. Antara yang ada ialah Kolej Islam Klang di mana saya salah seorang daripada alumninya. Sekarang wujud pelbagai institusi pendidikan yang sama ada ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan, negeri dan swasta yang melaksanakan kurikulum pendidikan kebangsaan mahupun kurikulum antarabangsa. Keluaran sekolah-sekolah agama inilah yang telah memenuhi pelbagai sektor pekerjaan sehingga melahirkan para ilmuwan dan cendekiawan dalam pelbagai bidang. Yang Berhormat Pontian telah mengajukan soalan berkenaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara. Dasar ini merupakan usaha penyelarasan pengurusan pendidikan tahfiz dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peraturan-peraturan yang sedia ada di negeri-negeri. Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sejak tahun 2017 bertujuan untuk dijadikan garis panduan dalam pengurusan pendidikan tahfiz di Malaysia. Dasar Pendidikan Tahfiz Negara telah dipersetujui secara dasar dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-61 pada 26 Jun 2016 dan mendapat perkenan mesyuarat Majlis Raja-raja kali ke-247 pada 11 Oktober 2017. Dasar ini masih diteruskan dengan penyediaan pelan tindakan DPTN 2.0. Pelan ini disediakan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri, agensi kerajaan berkenaan dan persatuan tahfiz. Dasar Pendidikan Tahfiz Negara memfokuskan lima teras utama. Pertama, memantapkan undang-undang dan penguatkuasaan melalui pemantauan, pematuhan oleh pihak berkuasa agama negeri terhadap enakmen dan peraturan yang berkuat kuasa di negeri masing-masing.

Tuan Haji Idris bin Haji AhmadUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Jerantut

Kedua, mewujudkan model institut tahfiz. Ini dapat dilihat pada Darul Quran JAKIM, maahad tahfiz kerajaan negeri dan sekolah di bawah KPM yang merupakan model terbaik kepada institusi tahfiz swasta. Ketiga, mewujudkan kurikulum pendidikan tahfiz yang sesuai dengan pendidikan arus perdana dan menggalakkan institusi tahfiz-tahfiz swasta melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) ataupun Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) atau pensijilan TVET bagi memastikan pelajar tahfiz dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Keempat, memperkasa tadbir urus institusi tahfiz dengan menyarankan institusi tahfiz swasta menyediakan program bagi meningkatkan kemahiran pengurusan dan pedagogi di kalangan guru tahfiz dan pengurus tahfiz. JAKIM dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Aminuddin Baki (IAB) telah mengorak langkah melaksanakan latihan-latihan kepada kumpulan sasar berkenaan. Kelima, mewujudkan sistem pengiktirafan dan pensijilan bagi institusi tahfiz dengan mewujudkan Jawatankuasa Akreditasi Tahfiz (JAT) di bawah LEPAI yang sedang membangunkan standard pengiktirafan institusi dan huffaz yang akan menjadi panduan dalam proses pengiktirafan tersebut. Secara keseluruhannya, pelaksanaan pelan ini dipantau melalui Jawatankuasa Pelaksana dan dilaporkan dalam persidangan Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI) secara berkala. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena telah menggesa agar kerajaan menyegerakan bantuan untuk membantu pusat-pusat tahfiz yang hampir mati akibat pandemik COVID-19. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi impak yang besar kepada semua sektor termasuk sektor pendidikan. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu kelangsungan pengoperasian institut pendidikan di negara ini termasuk institut tahfiz swasta yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri. Antaranya diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi membolehkan institusi berkenaan terus dapat beroperasi dalam norma baharu. Berdasarkan maklumat yang disahkan oleh pihak berkuasa agama negeri, hakikatnya penutupan institusi tahfiz swasta berdaftar adalah hanya bersifat sementara bagi mematuhi arahan kerajaan supaya rantaian jangkitan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Namun begitu, tidak dinafikan terdapat institusi yang berhadapan dengan kemerosotan sumber kewangan impak daripada pandemik ini. Pada tahun 2021, kerajaan sekali lagi menyediakan peruntukan one-off RM100 juta bagi tujuan selenggara dan naik taraf institusi pendidikan Islam di bawah penyelarasan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI) merangkumi sekolah agama.

Yang Berhormat Menteri, Sik mohon pencerahan berkaitan dengan Dasar Tahfiz Negara. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Dalam sesi Parlimen yang lalu dimaklumkan bahawa perancangan sedang dibuat oleh pihak JAKIM untuk menubuhkan Universiti Al-Quran Malaysia iaitu dalam pelannya mengangkat kedudukan Darul Quran yang sedang berlangsung ketika ini. Jadi adakah pihak Yang Berhormat Menteri akan meneruskan perancangan untuk menubuhkan Universiti Al-Quran Malaysia ini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sik.

Yang Berhormat Menteri, lepas Yang Berhormat Sik, Baling lah. Dua beradik. Boleh ya? Sat, sikit sahaja. Pertama sekali syabas dan tahniahlah saya sebutkan kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang tadi. RCI Tabung Haji. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan dalam Dewan yang mulia ini, apakah status perkembangan yang terbaru berkaitan dengan RCI Tabung Haji? Kalau Yang Berhormat ada jawapan, kalau tak ada, bagi secara bertulis pun tak apa. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri, sekejap sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, sila Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Tadi Yang Berhormat sebut fasal latihan guru-guru tahfiz dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara itu, berapa ramai setakat ini guru-guru tahfiz? Kalau ikutnya lebih 1,000 guru-guru tahfiz yang berdaftar itu, berapa ramai daripada mereka yang telah pun mengikuti latihan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sila Yang Berhormat Menteri, teruskan.

Okey, terima kasih kepada Yang Berhormat Sik. Jawapan berkenaan dengan Universiti Al-Quran itu akan di ke hadapan ini ada tadi kerana perkara itu memang telah pun diluluskan di peringkat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dan sekarang ini sedang berunding bersama-sama dengan stakeholder untuk libat urus dengan pelbagai pihak untuk mencari formula terbaik tentang status universiti tersebut. Berkenaan dengan RCI Tabung Haji dan insya-Allah perkara itu yang kita pun telah memutuskan ia diletakkan di bawah Menteri Undang-undang dan jawatankuasa untuk RCI akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada esok hari.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berani kerana benar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Pokok Sena.

Yang berkenaan dengan soalan Yang Berhormat Pokok Sena itu, notis nanti saya berikan dalam bentuk bertulis nanti.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih. Teruskan.

Terima kasih. Sehingga Ogos 2021, sebanyak RM60 juta telah disalurkan kepada 1,066 buah institusi yang layak dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM22,257,100 disalurkan kepada 413 buah institusi tahfiz berdaftar di negeri seluruh negara. Manakala RM40 juta lagi akan diagihkan kepada institusi pendidikan agama Islam. Manakala pada tahun 2020, sebanyak RM100 juta turut diperuntukkan bagi tujuan yang sama. Daripada jumlah RM100 juta tersebut, sebanyak RM18,596,520 telah diperuntukkan di bawah Bantuan Khas COVID-19 secara one-off merangkumi bantuan sara hidup berjumlah RM800 seorang kepada guru institusi pendidikan Islam berdaftar termasuk guru di institusi tahfiz dan bantuan pengurusan operasi dengan peruntukan sebanyak RM10 per murid warganegara bagi tujuan pengurusan institusi berkenaan impak pandemik COVID-19. Sejak tahun 2017 hingga tahun 2019, terdapat 904 orang yang menjadi penerima kepada skim Bantuan Galakan Hafazan Al-Quran dengan nilai keseluruhannya sebanyak RM2,300,250. Selain daripada itu, tahun 2017 hingga 2021, sebanyak 51 buah institusi tahfiz telah menerima bantuan sebanyak RM1,609,000.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri. Okey, baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terima jawapan Yang Berhormat Menteri bahawa ada bantuan pada tahun 2021 ini sebanyak RM60 juta tetapi itu adalah bantuan penyelenggaraan yang tidak boleh digunakan untuk pengurusan sedangkan walaupun saya tidak menafikan apa yang disebut tadi ada RM18 juta pada tahun 2020, Bantuan Khas COVID-19 one-off. Itu untuk

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

pengurusan tetapi sepanjang tahun 2021 ini pun, mereka tidak boleh beroperasi dan mereka terpaksa menanggung untuk pembayaran gaji. Jadi oleh sebab itu, inilah yang diminta oleh Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) khususnya supaya diberikan juga pada tahun 2021 ini bantuan pengurusan untuk mereka membayar gaji dan pengurusan untuk mereka memulakan selepas daripada dibenarkan untuk mereka beroperasi. Ini saya harap kalau RM40 juta baki lagi itu boleh diminta daripada Kementerian Kewangan untuk diconvertkan menjadi bantuan untuk pengurusan, bantuan khas pengurusan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Baik, teruskan Yang Berhormat Menteri.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Menteri. Simpang Renggam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Simpang Renggam.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, jikalau sebelum ini pada zaman Menteri yang lama, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kita biasa lihat update dengan izin, ataupun kemas kini berkaitan bantuan, berkaitan aktiviti di laman web (M-I-R-A) mira.gov.my. Kad laporan, malah beliau begitu proaktif. Laporan bukan setakat tahunan, bulanan pun dia berikan. Malangnya setelah Yang Berhormat Menteri naik, sehingga detik ini, hari ini 7 Oktober 2021, bila saya buka mira.gov.my, yang saya jumpa, 404 maintenance mode. Saya kira tak perlu ambil waktu yang lama sangat untuk dimaintenancekan benda itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Segerakan supaya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri itu boleh kita pantau. Setiap kementerian itu perlu dipantau oleh rakyat dan oleh kami. Jadi, cepat-cepatlah betulkan mira.gov.my untuk kami semua memantau apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, baik. Sila Yang Berhormat Menteri, teruskan memberi jawapan.

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Pertama, berkenaan dengan RM40 juta itu memang kita telah pun cuba hendak bincang dengan pihak MOF kerana selama ini memang diluluskan dalam bajet ialah untuk penyelenggaraan. Maka kita cuba hendak minta dengan MOF supaya perkara itu ditukar kepada untuk kos operasi. Berkenaan dengan apa perkembangan sebenar yang berlaku. Sebenarnya boleh rujuk di dalam - walaupun kami tak pakai mira.gov.my, yang pentingnya maklumat itu sampai. Pergerakan yang kami lakukan itu kita buat terutamanya di dalam page saya sendiri. Boleh tengok, setiap hari kita update.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Di mana boleh kami rujuk?

Page peribadi saya sendiri, page saya sendiri.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Oh! Jadi, urusan kerajaan di dalam Facebook peribadi Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ya. JAKIM pun ada, dalam JAKIM pun ada. Okey, terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat Menteri, saya harap yang RM40 juta itu mesti disegerakan sebab mereka hendak mulakan operasi. Sudah tentu mereka nak bayar gaji yang tertunggak kepada staf-staf mereka. Jadi, ada belas kasihanlah daripada kerajaan khususnya daripada Kementerian Kewangan.

Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, dalam Bab 10, RMKe-12 mengenai membangunkan bakat masa hadapan telah disebut mengenai kadar peralihan daripada sekolah rendah ke menengah rendah adalah 97.9 peratus pada tahun 2020. Peratusan ini tidak termasuk murid yang memilih untuk keluar atau bertukar ke sekolah pendidikan Islam yang dijalankan oleh pihak swasta seperti mana sekolah pondok dan sekolah tahfiz. Murid yang berada di luar sistem pendidikan arus perdana tidak dapat dikesan sepenuhnya kerana ketiadaan sistem pemantauan yang bersepadu. Oleh yang demikian, bagi membangunkan bakat tersedia masa hadapan, strategi untuk meningkatkan kualiti pendidikan perlu diambil. Langkah pertama ialah mewujudkan latihan pembangunan profesional dan pedagogi kepada guru-guru tahfiz melalui kurikulum pengajaran seragam yang ditawarkan oleh institut perguruan. Sehubungan dengan itu, IPG Kampus Pendidikan Islam akan dijadikan hab latihan untuk mengeluarkan guru-guru tahfiz yang berkualiti dan berkelayakan. Usaha ini juga dilakukan untuk meningkatkan penggunaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sekolah Tahfiz seluruh negara untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menambah baik outcome murid. Langkah kedua ialah dengan memperkukuhkan tadbir urus. Ianya boleh dilakukan melalui peningkatan tadbir urus dan penyelarasan sistem persekolahan. Platform penyelarasan antara penyediaan awam dan swasta bagi sekolah tahfiz akan dibangunkan bagi menggalakkan penerima gunaan kurikulum standard serta menambah baik kualiti guru. Oleh yang demikian, dalam bidang keutamaan untuk mencapai kesaksamaan keberhasilan bumiputera, beberapa strategi perlu dirangka untuk memperkukuhkan pendidikan dan memperkasakan modal insan khususnya pada huffaz. Usaha untuk dipergiatkan dalam memperluaskan akses dan peluang pendidikan, meningkatkan kualiti program kemahiran, penyertaan dalam program profesional, bertauliah serta berkemahiran dan kebolehpasaran huffaz. Langkah ini adalah untuk menambah baik keupayaan dan kemampuan bumiputera dalam mendapat peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta menghasilkan modal insan yang seimbang daripada segi pengetahuan, kemahiran dan nilai moral.

Bagi menambah baik kemahiran dan kebolehpasaran huffaz usaha bersepadu terus dilaksanakan dan mengakreditasi program tahfiz dalam menyediakan laluan yang lebih baik kepada huffaz untuk memasuki arus pendidikan perdana. Rintitan itu modul tahfiz dan sukatan pelajaran akan diajar dengan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KBT agar selaras dengan dasar pendidikan negara. Di samping itu, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan MARA akan terus melatih lebih ramai huffaz dalam bidang teknikal dan profesional serta Program Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk meningkatkan peluang huffaz untuk mendapat pekerjaan. Kerajaan turut merancang untuk memberi kemahiran kepada pengusaha dan murid tahfiz dan pondok bagi membolehkan mereka berdikari dan menjana pendapatan sendiri. Pihak-pihak lain seperti sektor swasta turut digalakkan untuk terlibat dalam membiayai pendidikan Islam termasuk institut tahfiz dan juga pondok. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian ada bertanya mengenai status Universiti Al-Quran dan pendidikan Islam bagi guru KAFA. Tadi saya telah menjawab sedikit berkenaan dengan Universiti Al-Quran. Berkenaan dengan pendidikan Islam bagi guru KAFA pemerkasaan daripada aspek latihan telah pun dibuat bagi meningkatkan kompetensi guru-guru KAFA. Pada tahun 2021 JAKIM telah melaksanakan kursus pemetaan guru KAFA sebagai jurulatih daerah. Sebanyak 10 siri latihan melibatkan 591 orang peserta dari 10 buah negeri iaitu Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Kedah, Sabah, Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak dilaksanakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat ada empat minit lagi Yang Berhormat.

Objektif kursus ini ialah untuk memberikan latihan secara komprehensif bagi memperkasa ilmu dan kemahiran guru KAFA, memantapkan guru-guru dgn ilmu teknologi seiring peredaran dan perkembangan dunia

teknologi dan keperluan semasa PdPR melatih guru KAFA untuk menjadi pembimbing kepada guru-guru KAFA yang lain dan memantapkan skil penyampaian dan pengajaran guru-guru dalam pelbagai bidang ilmu. Tuan Yang di-Pertua, aspek yang kedua ialah industri halal. Dalam tempoh lima tahun akan datang...

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri saya mohon bertanya berkenaan dengan guru KAFA.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan guru-guru KAFA. Sebelum ini Dewan dimaklumkan bahawa guru-guru KAFA akan diadakan satu pilot project pada tahun ini untuk memulakan satu langkah menyerapkan guru-guru KAFA kepada contract of service kerana guru-guru KAFA ini memang langsung tidak ada contract of service. Mereka hanya selama 30 tahun tiada ada siapa yang melihat kepada kebajikan elaun yang mereka terima dan mereka tidak ada rights. Kalau guru KAFA perempuan bersalin, tiga bulan itu dia tidak dapat elaun, Yang Berhormat Menteri. Jadi pohon penjelasan. Selain daripada latihan-latihan ini tentu sekali kebajikan elaun guru KAFA ini harus juga diambil berat, terima kasih.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan pengajaran KAFA untuk OKU. Mohon penjelasan daripada Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

OKU, Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan, terima kasih Yang Berhormat Jerai. Berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan status guru KAFA, untuk kebajikan mereka bermula pada tahun hadapan, guru-guru perempuan KAFA akan diberikan cuti bersalin iaitu dengan bergaji dan juga pada tahun ini juga bermula dengan PERKESO, kita berikan juga dan insya-Allah kita harapkan tahun hadapan juga akan dapat diberikan bantuan berkenaan PERKESO.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya sedikit.

Nanti kejap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bagi dia jawab sedikit.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Ini Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab sekejap sahaja.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Saya hendak mencelah sahaja. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Agama. Apakah Yang Berhormat Menteri berhasrat untuk mesyuarat kabinet akan datang untuk lima tahun akan datang, Yang Berhormat Menteri ini juga memantau agama-agama lain, bukan hanya agama Islam. Macam Menteri Agama di Indonesia. Apakah Menteri Agama berhasrat menjaga agama-agama di Malaysia ini? Kalau berani jawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Baik, teruskan.

Saya hanyalah diamanahkan untuk menjaga hal ehwal agama Islam. Saya ingat clear part itu. Saya juga answerable kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik teruskan Yang Berhormat.

Berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan soal KAFA untuk orang OKU, memang sekarang ini sudah ada pilot project beberapa ratus orang guru yang telah pun kita latih sebenarnya. Baik, industri halal. Dalam tempoh lima tahun akan datang industri halal merupakan salah satu daripada tumpuan ke arah merancakkan pertumbuhan industri strategik dan berimpak tinggi.

Fokus akan diberikan untuk menggalakkan penerima gunaan teknologi termaju. Pembaharuan tadbir urus, peningkatan kemahiran bakat, inovasi dan R&D bagi transformasi industri ini kepada yang menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bernilai tambah yang tinggi, memperluas pasaran global dan menarik pelaburan berkualiti. Pada tahun 2020 Industri Halal telah menyumbang sejumlah RM9.7 bilion kepada KDNK Negara. Sebanyak 2,225 buah syarikat baharu telah menerima pensijilan halal dan syarikat ini telah menyediakan sebanyak 160,337 peluang pekerjaan. Tuan Yang di- Pertua, saya berikan untuk...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, saya berikan lima minit lagi. Teruskan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri ada empat isu yang perlu dijawab. Beliau menghabiskan seluruh masa untuk satu sahaja. Saya tekun menunggu untuk Yang Berhormat Menteri menjawab persoalan perbahasan saya berkenaan dengan wakaf. Kalau lima minit cara Yang Berhormat Menteri jawab saya rasa tidak boleh menjawab soalan wakaf tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya akan memberikan masa yang cukupnya untuk menyentuh keempat-empat perkara tadi. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Saya ingat berkenaan dengan wakaf, insya- Allah ada jawapan bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila teruskan.

Kita hendak bagi yang bertulis sudah ada soalan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Kalau bertulis tidak payah bahaslah, tidak payah tunggulah. Dari tadi kita duk tunggu. Sepanjang tempoh Yang Berhormat Menteri, tidak akan tidak boleh agak siapa yang ada dalam Dewan, siapa yang bahas. Hendak guna sepanjang masa satu isu sahaja?

Hendak bagi saya baca cepat, bagi saya bahas seoranglah. Kalau hendak bertengkar, saya boleh bertengkar.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Ini bukan hendak bertengkar, macam semalam jugalah Yang Berhormat Yang Berhormat Timbalan Menteri baca teks. Sama juga hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi ruang kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya bercakap ini hendak bagi orang faham, untuk dengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, teruskan Menteri jawab.

Antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh Industri halal di Malaysia ialah pembangunan industri yang kurang memberangsangkan. Pemain industri tempatan kekurangan keupayaan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Bagi memenuhi permintaan pasaran halal, selain itu rangkaian perniagaan mikro kecil dan sederhana halal yang terhad, kurangnya ciri-ciri pemikiran sebagai usahawan global serta penggunaan modal perniagaan yang kurang dinamik, menghalang usaha untuk meluaskan pasaran. Salah satu strategi tersebut ialah meningkatkan daya saing industri halal yang inklusif. Strategik ini mengandungi lima tindakan. (i) Meningkatkan pembangunan bakat halal; (ii) Mewujudkan peningkatan pengiktirafan profesional halal; (iii) Mempercepatkan pembangunan industri halal bagi mempertingkatkan daya saing;

(iv) Meningkatkan daya saing produk halal; dan (v) Menjadikan Malaysia sebagai hub halal global. Tuan Yang di-Pertua, wakaf merupakan salah satu perkara yang banyak disentuh dalam Rancangan Malaysia ke-12. Daripada segi perundangan wakaf adalah termasuk dalam senarai bidang kuasa negeri. Mengikut butiran satu, Senarai 2, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu wahai Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal bagi semua tanah wakaf di negeri masing-masing adalah bertanggungjawab untuk memastikan hartanah wakaf diuruskan dengan sebaiknya. Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah dan akan terus mengambil langkah inisiatif membangun dan memajukan tanah-tanah wakaf milik MAIN melalui peruntukan bajet pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, Rancangan Malaysia Ke-10, Rancangan Malaysia Ke- 11, dan Rancangan Malaysia Ke-12 di mana JAWHAR dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri telah membangunkan pelbagai projek hartanah wakaf. Sehingga hari ini sebanyak 18 projek besar berimpak tinggi telah dilaksanakan di atas tanah wakaf oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri.

Yang Berhormat Tasek Gelugor juga ingin tahu, di manakah hubungan perbincangan yang telah diadakan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, terutamanya bagi menyelaraskan konsep dan hala tuju serta peruntukan yang diperlukan? Adakah kerajaan berhasrat menilai semula apa dipanggil sindrom wakaf yang bisu, iaitu aset wakaf yang dimiliki oleh agensi-agensi tetapi tiada pembangunan yang dijalankan? Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) sentiasa menyokong projek pembangunan yang telah dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Negeri, sama ada berbentuk ekonomi atau sosial berdasarkan enam kategori projek seperti keagamaan, pendidikan— Pada masa yang sama, JAWHAR bersama-sama Majlis Agama Islam berusaha mencari pendanaan alternatif terutama dalam pasaran kewangan Islam dengan mengadakan kerjasama strategik Government Linked Companies (GLC) dan syarikat- syarikat swasta, institusi kewangan bagi membolehkan pembangunan tanah wakaf yang berprestasi tinggi. Susulan daripada itu, beberapa Majlis Agama Islam Negeri telah menjalankan kerjasama dengan pihak yang berkaitan seperti contoh, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, bersama Tabung Haji dan Bank Islam menerusi projek komersial Menara Imarah Wakaf, Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy di Jalan Perak, Kuala Lumpur. Majlis Agama Islam Pulau Pinang bersama UDA Berhad dan Bank Islam, serta Bank Al Rajhi menerusi projek rumah kediaman Wakaf Seetee Aisah, dan kerjasama antara Majlis Agama Islam Pulau Pinang dengan UDA Berhad diteruskan lagi melalui projek perumahan dan komersial wakaf Seetee Aisah. Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Isu YADIM tidak jawab, isu YADIM.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, saya jemput...

Berkenaan dengan...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya jemput Yang Berhormat Kuantan dahulu.

Berkenaan dengan isu YADIM itu, saya harapkan supaya kalau ada benda yang berlaku tidak betul, kita harapkan pihak Yang Berhormat Pokok Sena boleh pergi buat laporan di polis ataupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Okey. Baik.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Saya minta supaya diberikan penjelasan, bukan isu soal saya hendak report, tidak report. Saya minta penjelasanlah. Saya minta penjelasan isu YADIM, pemindahan duit. Jadi beritahulah, ada atau tidak ada. Berlaku atau tidak berlaku. Bagaimana audit, ada perjanjian atau tidak? Isu YADIM ini membabitkan imej institusi Islam, imej institusi dakwah.

Okey, oleh sebab itu saya harapkan kerana penjelasan yang diberikan kepada saya, transaksi itu berlaku dengan betul. Jadi kalau ada berlaku tidak betul, saya rasa pihak Yang Berhormat Pokok Sena boleh report kepada pihak yang bertanggungjawab.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Kuantan, sila.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Dokumen. Dokumen perjanjian dengan pihak yang meminjam, dengan pihak yang dilabur.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya tanya soalan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Kuantan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita dengar apa yang Yang Berhormat Menteri bercakap tentang wakaf. Sebenarnya apa Yang Berhormat Menteri bercakap itu ialah old school of wakaf. Maksudnya ini sudah berlaku berapa lama dan kita semua maklum berkenaan dengan apa yang telah dilakukan tentang tanah-tanah wakaf dan sebagainya. Pada ketika ini, wakaf players di Malaysia, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sudah bersedia untuk pergi lebih jauh. Wakaf players di Malaysia sudah bersedia untuk menjadikan wakaf sektor ekonomi yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua. Rang Undang- undang Wakaf Wilayah Persekutuan merupakan satu undang-undang yang amat perlu dalam memastikan tadbir urus yang baik di dalam kita menguruskan harta wakaf. Tuan Yang di-Pertua, dalam— saya bercakap tentang Rang Undang-undang Wakaf Wilayah Persekutuan yang seharusnya dibawa ke Dewan yang mulia ini supaya negeri-negeri lain boleh menjadikannya model undang-undang wakaf. Kita sudah ada Undang-undang Wakaf, Enakmen Wakaf di lima buah negeri tetapi negeri-negeri yang lain menunggu Rang Undang-undang Wakaf Wilayah Persekutuan untuk menjadi model tadbir urus, ya, wakaf di negara kita. Akan tetapi, saya dapat jawapan kepada soalan saya menyenaraikan masalah-masalah yang belum diatasi oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Saya tidak lihat kesungguhan dalam jawapan Yang Berhormat Menteri. Jadi di sini, sayanglah, rugilah negara kita sekiranya kita tidak boleh bawa pendekatan yang maju, terkini di dalam kita membangunkan institusi wakaf. Malah, kita mampu menggunakan institusi wakaf ini untuk menangani masalah kemiskinan, untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan melalui cara multidimensional poverty index, menggunakannya untuk selesaikan masalah sosioekonomi negara. Bukan setakat tanah wakaf, masjid, kubur, seperti yang Yang Berhormat Menteri cakap. Tolonglah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kuantan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Maju ke depan. Players wakaf di Malaysia menunggu kita maju ke depan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Sila, Yang Berhormat Menteri hendak respond.

Terima kasih, Yang Berhormat Kuantan. Sebenarnya sudah ada jawapan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila.

Berkenaan dengan— kita telah pun menyediakan berkenaan dengan berbagai-bagai platform untuk kita menunjukkan satu inovasi berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan wakaf. Pertamanya, ialah Sistem Wakaf Tunai Malaysia dengan potongan gaji di atas talian. Kedua, perbankan internet iaitu CIMB Clicks melalui kerjasama CIMB Bank melalui jalinan kerjasama dengan Public Islamic Bank Berhad dan AgroNet melalui jalinan kerjasama dengan AgroBank. Ketiga, produk pelaburan unit amanah yang disinergikan dengan elemen wakaf, iaitu Dana Kenanga Waqf Al-Ihsan, dengan kerjasama Kenanga Investors Berhad dan Dana Maybank Mixed Assets-I Waqf melalui kerjasama dengan Maybank Asset Management. Keempat ialah produk Takaful, di mana bagi tujuan ini, Yayasan Waqaf Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Takaful Ikhlas, Sunlife Malaysia Takaful dan AmMet Life Takaful. Terima kasih.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Isu Lembaran YADIM Sdn. Bhd. menyewa rumah untuk menjadikan rumah tetamu, perabot RM22 ribu tetapi akhirnya yang duduk ialah Tuan Yang di-Pertua. Itu tidak jawab dekat saya.

Okey. Saya jawab bertulis nanti, dan jawapannya yang diberikan kepada saya ialah dia menyewa, dia bayar atas sewaan tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang saya jemput Menteri yang terakhir untuk menjawab jawapan. Dijemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). Empat puluh lima minit.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumnya telah diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia dan Ahli-ahli Parlimen. Dalam pada itu, kerajaan menyambut baik beberapa kritikan dan pandangan berkaitan RMKe-12. Sebagai mukadimah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua 106 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Terima kasih juga kepada 30 orang Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang telah selesai menggulung untuk kementerian dan jabatan masing-masing. Banyak isu yang telah dijawab oleh Menteri dan Timbalan Menteri. Sebagai tambahan, saya akan beri jawapan kepada beberapa isu dasar kerana hal-hal khusus telah pun dijawab oleh Menteri-menteri dan Timbalan Menteri berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, seramai 68 Ahli Yang Berhormat telah berbahas perkara- perkara yang menyentuh secara langsung bidang tugas saya di Unit Perancang Ekonomi ataupun EPU. Ia merentasi tujuh isu utama, iaitu yang pertama penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan RMKe-12. Kedua, peruntukan pembangunan termasuk untuk projek besar. Ketiga, kemiskinan dan kesejahteraan rakyat. Keempat, kesenjangan dan pembangunan wilayah. Kelima, kedudukan ekonomi bumiputera. Keenam, Federal Land Development Authority (FELDA) dan ketujuh ialah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab isu penyediaan, pelaksanaan, dan pemantauan RMKe-12. Seramai tujuh Ahli Yang Berhormat membangkit perkara ini. Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Taiping telah membangkitkan isu penggunaan pakar runding untuk menyediakan dokumen RMKe-12. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, proses menyiapkan dokumen merupakan pengalaman yang paling mencabar, adalah perlu disemak beberapa kali berikutan pandemik COVID-19. Seperti yang telah saya jelaskan melalui kenyataan media bagi menjawab Yang Berhormat Port Dickson pada 28 September lalu, saya ingin menegaskan bahawa RMKe-

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

12 tidak disediakan oleh perunding asing tetapi oleh pegawai di Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan kerjasama kementerian, agensi, serta sokongan beberapa pihak berkepentingan yang lain. Selain itu, EPU juga telah mendapat khidmat nasihat dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), perunding tempatan, serta bekas pegawai kanan EPU untuk menyemak konsistensi serta menambah baik gaya bahasa dan kaedah penyampaian dokumen agar lebih mudah difahami. Bagi pihak EPU, saya ucapkan terima kasih kepada kesemua mereka. Penyediaan RMKe-12 ini hanya melibatkan kos yang amat kecil termasuk perbelanjaan untuk libat urus, percetakan, dan perunding media iaitu sebanyak RM4.2 juta, bukan RM2 bilion. Oleh itu, dakwaan Yang Berhormat Port Dickson bahawa RM2 bilion telah dibelanjakan untuk menyiapkan RMKe-12 adalah tidak berasas.

Dato’ Sri Mustapa bin MohamedUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) · Jeli

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Damansara, Yang Berhormat Kluang telah membangkitkan mengenai keperluan menyediakan kaedah mengukur pencapaian RMKe-12 berdasarkan dengan izin, KPI (key performance indicators) dan mekanisme penyampaian berkesan bagi mencapai matlamat ditetapkan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa beliau sendiri akan memantau pencapaian pelaksanaan dasar dan strategi RMKe-12. Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, satu jawatankuasa pemantauan akan diwujudkan dan dipengerusikan oleh beliau sendiri. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, kerajaan sentiasa memantau pelaksanaan projek bagi memastikan ia sentiasa mengikut jadual. Terdapat beberapa jawatankuasa yang membincangkan langkah-langkah penambahbaikan terhadap pelaksanaan projek sakit, lewat jadual di setiap peringkat kementerian, negeri sepertimana Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian dan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri. Yang Berhormat Damansara dan Yang Berhormat Kluang bertanya apakah pelan tindakan khusus kerajaan untuk mencapai sasaran yang dinyatakan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi mencapai outcome yang telah ditetapkan dalam RMKe-12, kerajaan telah menggariskan strategi utama yang disokong oleh inisiatif dan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh kementerian dan agensi berkenaan. EPU sedang memuktamadkan pelan pelaksanaan dasar (PPD) ini dan setiap strategi akan dipetakan atau akan dimapped dengan inisiatif yang berkaitan dan KPI juga akan ditetapkan. PPD ini dijangka disiapkan pada November ini. PPD yang mula diperkenalkan semasa Kajian Separuh Penggal RMKe-11 akan diteruskan pemakaiannya dalam RMKe-12 dengan beberapa penambahbaikan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Celahan Menteri. Celahan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tadi menyebut bahawa aspek pemantauan bagi memastikan semua yang dirancang mencapai sasaran. Saya nak menyentuh perkara ini secara ringkas. Yang Berhormat Menteri, saya telah membaca ringkasan Rancangan Malaysia Ke-11, ada 44 muka surat. Saya tertarik dengan sub topik, ‘indikator sasaran terpilih’. RMKe-11 memberikan sasaran pertumbuhan KDNK lima peratus hingga enam peratus. Pencapaian sebenar 2.7 peratus. Pendapatan isi rumah RMKe-11 menyasarkan RM10,540, pencapaian sebenar RM7,160. Indeks Kesejahteraan Rakyat, RMKe-11 menyasarkan 1.7 peratus, pencapaian sebenar 0.5 peratus. Isunya Yang Berhormat Menteri ialah ketika RMKe-12, mengangkat pula sasaran. Misalnya KDNK dianggarkan 4.5 peratus hingga 5.5 peratus, pendapatan isi rumah RM10,065, Indeks Kesejahteraan Rakyat 1.2 peratus. Saya ringkaskan. Ketika RMKe-11, saya cuma memilih beberapa indikator sasaran terpilih tersasar dan tidak pernah ada penjelasan. Bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh meyakinkan kita di dalam Dewan dan rakyat di luar sana bahawa sasaran RMKe-12 ini benar-benar boleh dicapai?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Pertama, kita sudah jelaskan dengan terperinci bukan sahaja dalam dokumen RMKe-12, tetapi juga dalam dokumen lain termasuklah pelan-pelan pemulihan, lapan pakej semuanya sekali tentang cabaran yang kita hadapi, COVID. Jadi merujuk kepada unjuran sekitar lima peratus dan 2.7 peratus pencapaian sebagai contoh, ini kita sedia maklum bahawa pencapaian kita terkesan oleh sebab penguncupan ekonomi sebanyak 5.6 peratus tahun lalu. Begitu jugalah dengan pendapatan isi rumah. Jadi, keadaan luar biasa COVID-19 telah menyebabkan banyak sasaran yang tidak tercapai. Sesuatu perancangan itu ialah perancangan dan banyak perkara yang di luar kawalan kita yang telah menjejaskan pencapaian sasaran. Ini kita sedia maklum. Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Gantang...

Yang Berhormat Menteri, boleh celah?

Saya– sekejap. Yang Berhormat Bukit Gantang bertanyakan mengenai sesi libat urus bersama Ahli Parlimen yang terhad untuk input penyediaan RMKe-12. Memang kita ada libat urus, mungkin tidak mencukupi dengan Ahli Parlimen. Insya-Allah, di masa akan datang kita akan membuat penambahbaikan. Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada perkara kedua, peruntukan pembangunan. Sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung kait dengan pemantauan ini, saya telah juga terlibat dalam perbahasan untuk memastikan oleh sebab perbelanjaan pada kali ini adalah lebih jauh besar berbanding dengan banyak Rancangan Malaysia yang kita telah lakukan. Saya sedar alasan COVID, alasan yang lain. Akan tetapi untuk memastikan bahawa ia dengan izin, tidak terbabas daripada matlamat utama yang telah kita gariskan. Saya telah mencadangkan supaya laporan berkala di Parlimen ini diadakan untuk membolehkan kita boleh memantau bukan hanya laporan, setelah itu lima tahun akan datang tentang keadaan kegagalan kita. Kemungkinan kalau lebih awal kita mengetahui tentang apakah kepincangan, sama ada dari segi pertindihan kuasa negeri dan Pusat, sama ada daripada segi pelaksanaan pegawai pentadbir yang ada tertentu untuk terbantut projek-projek ini ataupun perkhidmatan tidak dapat dilaksanakan, maka kita mengetahui perkara ini jauh lebih awal. Saya telah mencadangkan supaya laporan berkala di Parlimen supaya ada ketelusan, supaya ada pertanggungjawaban bagi pihak kerajaan untuk kita dapat mempersoalkannya pada masa akan datang.

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah, permohonan Yang Berhormat Semporna supaya diterbitkan secara berkala laporan pemantauan dan juga permohonan Ahli Parlimen supaya terlibat dalam pemantauan ini, kita sedang mencari kaedah terbaik bukan sahaja untuk melibatkan pihak tertentu dalam pemantauan, tetapi untuk memastikan ia akan dapat dihebahkan pada umum ataupun dengan izin, available in a public domain. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Papar memohon perincian untuk berkaitan peruntukan pembangunan bagi setiap negeri untuk RMKe-12. Saya ingin maklumkan bahawa projek-projek pembangunan tahun depan belum lagi dimuktamadkan di peringkat akhir dan akan dibentangkan pada 29 Oktober oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ketika membentangkan ucapan belanjawan. Mengenai permohonan senarai projek-projek bagi setiap negeri dan kawasan Parlimen,

kerajaan akan mengenal pasti kaedah terbaik bagi menyampaikan maklumat tersebut kepada Ahli-ahli Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, seramai 30 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu kemiskinan dan kesejahteraan rakyat. Seperti mana yang telah ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan sentiasa menjadikan agenda membasmi kemiskinan sebagai agenda utama bagi memastikan setiap ahli keluarga Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kaum agar dapat menikmati tahap kehidupan yang wajar ataupun decent standard of living dan juga akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan tiada yang tercicir ataupun no one is left behind. Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Beaufort dan Yang Berhormat Semporna membangkitkan langkah-langkah yang akan diambil bagi membasmi kemiskinan tegar di bandar dan luar bandar. Kerajaan komited dalam agenda menangani kemiskinan, keterangkuman merapatkan jurang pendapatan antara kaum di samping menangani cabaran semasa dan masa hadapan termasuk impak pandemik COVID-19. Justeru itu, pendekatan keseluruhan negara atau whole of nation approach akan dilaksanakan dengan penglibatan organisasi masyarakat sivil dan organisasi berasaskan komuniti, yang mempunyai kuasa adalah pejabat daerah juga akan diperkasa untuk mengenal pasti dan mengurangkan poket kemiskinan. Daripada peringkat komuniti, kerajaan menyasarkan kemiskinan tegar sifar pada tahun 2025. Dasar dan strategi yang akan dilaksanakan dalam RMKe-12 dijangka akan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup isi rumah miskin tanpa mengira etnik, B40 isi rumah, bumiputera, Cina, India, M40, bumiputera termasuk anak negeri Sabah dan bumiputera Sarawak, Orang Asli dan kumpulan mudah terjejas...

Yang Berhormat Menteri.

...Antara strategi menangani kemiskinan, pertama, meningkatkan pendapatan isi rumah miskin; menambah akses terhadap perkhidmatan penting termasuk pendidikan, latihan kemahiran, penjagaan kesihatan, digital; membaiki kualiti hidup miskin tegar; dan memperkukuh mekanisme penyampaian perkhidmatan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Teluk Intan...

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, minta mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Penampang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, dengan laporan dalam RMKe-12 ini, 10 districts adalah termiskin dan lapan daripada 10 itu di Sabah. Adakah Menteri confident bahawa dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini dalam lima tahun, lapan districts itu akan ditolong dan diselesaikan di mana kemiskinan akan dibasmi dan dihapuskan di kawasan itu? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Penampang.

Benar, lapan daripada...

Boleh saya sambung dahulu, Tuan Yang di-Pertua? Beaufort.

Benar, lapan daripada 10 daerah ialah di Sabah. Kerajaan komited untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan kerajaan komited untuk menghapuskan miskin tegar. Itu komitmen kerajaan. Kemiskinan tetap ada tetapi

akan dikurangkan ke tahap yang minimum. Kita cukup tahu keadaan di Sabah, Kelantan dan Sarawak. Ini negeri-negeri yang antara kemiskinan yang tertinggi dan, insya-Allah, kita akan menumpukan segala usaha yang mungkin untuk memastikan masalah ini dapat ditangani.

Yang Berhormat Menteri.

Beaufort ya. Sebab tadi Beaufort disebut ya.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sekejap, sekejap.

Beaufort disebut tadi. Yang Berhormat Penampang tidak ada disebut.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi peluang sekejap.

What happen to all the RMK sebelum RMKe-12? Dan why is those eight districts dan juga two others district di Semenanjung Malaysia jadi termiskin? Did was a failure of all Rancangan Malaysia sebelum ini?

Rancangan adalah satu tindakan ataupun rangka kerja untuk membolehkan kita memandu ke satu visi. Visi kita ialah Shared Prosperity 2030. Misi kita ialah, dengan izin, development for all. Kita hendak kurangkan jurang dan kita hendak mewujudkan sebuah negara yang aman makmur. Itu visi kita. Maka, perancangan itu berdasarkan itu, dan kadang-kadang perancangan tidak tercapai sepenuhnya. Akan tetapi, ada juga sasaran yang kita capai dan mana yang tidak capai itu sudah pasti kita akan buat penambahbaikan sewajarnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Boleh beri kepada Yang Berhormat Beaufort tidak?

Boleh? Saya minta. Memanglah perancangan itu tidak semestinya akan tercapai keseluruhannya. Walaupun demikian, saya meminta supaya di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini supaya ada satu detail description tentang program-program yang akan dilaksanakan khususnya untuk luar bandar supaya penduduknya akan dapat keluar daripada kemiskinan ini. Saya ingin dapatkan detil program itu supaya kita tahu apa yang akan dilaksanakan dan bagaimana pelaksanaannya dan sejauh mana nanti akan tercapai pencapaiannya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Insya-Allah, kita akan fikirkan kaedah terbaik untuk mengadakan libat urus berfungsi pelan pelaksanaan dasar Rancangan Malaysia Kedua Belas. Libat urus dengan Ahli Parlimen untuk membolehkan kita, yang pertama, mendapat maklum balas. Kedua ialah untuk kita memperincikan tindakan-tindakan yang akan diambil oleh kerajaan.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan saya dalam RMKe-12 ini, saya juga turut membangkitkan dalam usaha konteks mengatasi membasmi kemiskinan. Dalam banyak rancangan yang kita telah lakukan, seakan kita tidak pernah― bukan tidak pernah. Mungkin tidak begitu mendalam mempelajari kesilapan kita dahulu dalam beberapa rancangan. Contohnya, projek-projek yang kita laksanakan, wujudkan, perlukah bagi kita memastikan supaya job creation, dengan izin? Kita dah kenal pasti. Ini sebahagian daripada kerangka untuk membolehkan kita mengatasi kemiskinan. We spread out development, industrial development di negara kita seperti yang kita cadangkan supaya where is the resources are. Kelapa sawit banyak di Sabah. Koko banyak di Sabah. Akan tetapi, downstream-nya is not there. Kita become trading nation. Whether you want industrialized country or become a trading nation? Satu bab. Kedua, perbelanjaan beratus bilion begitu besar. Daripada jumlah ini, berapa projek-projek yang memungkinkan supaya peluang pekerjaan kepada anak-anak Malaysia ini? Kita tidak mahu melihat supaya peluang pekerjaan ini orang asing yang datang. Because why? Lokasi industri ini tidak terletak di mana bukan hanya resourcesnya bahkan juga dari sudut keupayaan ramai anak-anak kita yang menganggur. So, saya berharap dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, perancangan ini harus komprehensif. Molded in such a way, dengan izin, supaya kita lahirkan peluang pekerjaan untuk mengatasi masalah kemiskinan negara ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Semporna.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Kita ambil perhatianlah cadangan daripada Yang Berhormat Semporna. Terima kasih banyak Yang Berhormat Semporna.

Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri.

Saya tahu Yang Berhormat Semporna ada juga bangkitkan perkara ini dalam perbahasan. Terima kasih. Okey, Yang Berhormat Muar. Lepas itu saya got to move on, dengan izin.

Kota Belud, Yang Berhormat Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bagi Yang Berhormat Muar ya.

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, Keluarga Malaysia bermaksud masa depan kita berkait rapat di antara satu sama yang lain. Persoalan saya, mengapa sampai ke hari ini walhal di kawasan- kawasan Parlimen yang lain mereka telah pun diberikan peruntukan khas untuk membantu keluarga-keluarga susah, projek pembangunan kecil, geran-geran, tetapi kawasan seperti di Muar, Simpang Renggam masih belum lagi mendapat peruntukan untuk membantu keluarga-keluarga susah di kawasannya? Walhal, kami telah pun beberapa kali menunjuk minat untuk memastikan bahawa konsep ini dapat diangkat bersama. Saya katakan ini kerana dah nak semua kawasan pembangkang yang lain sudah pun mendapat peruntukan yang seadilnya tetapi bagi kami masih belum lagi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri. Last Kota Belud.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kita beri peluang Yang Berhormat Menteri untuk teruskan dengan jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kota Belud, minta duduk.

Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar kita tidak agihkan peruntukan kepada beberapa kawasan Parlimen. Mungkin ada bezanya tetapi untuk menyatakan bahawa kita tidak bagi langsung itu adalah tidak benar ya. Kita menafikan sekeras-kerasnya. Kita cuba yang terbaik. Di bawah MoU, saya difahamkan tindakan sedang diambil oleh Kementerian Kewangan, ICU dan lain-lain untuk memastikan bahawa sebahagian daripada peruntukan ini dapat disalurkan dalam masa terdekat. Itu jawapan saya kepada Yang Berhormat Muar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Rumuskan.

Akhir sekali, Yang Berhormat Kota Belud. Selepas itu saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Sila, Yang Berhormat Kota Belud.

Yang Berhormat Menteri, saya bersuara di sini kerana Kota Belud adalah salah satu daripada 10 daerah termiskin ya. Lapan daripada 10 daerah termiskin tahun 2019 ada di Sabah dan salah satu daripadanya adalah Kota Belud. Menarik perhatian saya adalah di mana― soalan saya dalam perbahasan saya, apa signifikannya RMKe-12 ini berbanding dengan RMK yang sebelum-sebelumnya? Ini kerana saya selaku pemimpin yang masih muda, selaku orang muda Sabah, kita tahu kita lahir di Sabah negeri yang kaya tetapi masih miskin daripada segi pembangunan. Dalam paparan 7-8, antara isu dan cabaran ada tertulis di sini, kekurangan kerjasama dan ketidakcekapan penyampaian perkhidmatan, kurangnya kolaborasi yang berkesan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta penyampaian perkhidmatan awam yang kurang cekap telah menjejaskan usaha merapatkan jurang pembangunan di antara Sabah dan Sarawak. Juga, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Semporna tadi bahawa kita perlu job creation untuk daerah-daerah miskin ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Sila teruskan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar ucapan Yang Berhormat Kota Belud berapi-api berucap di dalam Dewan ya. Tuan Yang di-Pertua pun dengar juga ya. Kita tahu bahawa, seperti yang disebutkan tadi, lapan dari 10 daripada Sabah. Dan yang bezanya kali ini, kita tingkatkan lagi azam kita untuk tangani masalah kemiskinan. Ini ialah antara perkara utama yang akan diberikan penekanan oleh pentadbiran hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya, Yang Berhormat Klang dan Yang Berhormat Rompin menyentuh isu kajian semula pendapatan garis kemiskinan (PGK) ataupun poverty line dan terminologi B40. Seperti sedia maklum, pendapatan garis kemiskinan telah dikaji semula tahun 2019, dua tahun lalu, dan kita telah mengarahkan Jabatan Perangkaan untuk segera menyiapkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah yang akan dilaksanakan tahun depan. Insya-Allah, PGK akan disemak semula. Dan untuk makluman Yang Berhormat Rompin, kita juga akan mengkaji semula spesifikasi kumpulan pendapatan sedia ada iaitu B40, M40 dan T20 pada tahun hadapan.

Untuk makluman Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Kubang Pasu, kaedah mengukur kemiskinan akan terus ditambah baik dalam memastikan keberkesanan inisiatif pembasmian kemiskinan. Kita sudah pun mempunyai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) yang mempunyai empat dimensi dan 11 indikator. Insya-Allah, kita akan tambah baik untuk memasukkan mengambil kira ketersediaan jalur lebar, akses peranti digital, sebagai contoh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit dan Yang Berhormat Setiu menyentuh penyelarasan pangkalan data kemiskinan untuk membolehkan bantuan yang lebih berkesan disampaikan kepada kumpulan sasar. Pangkalan data berkaitan pembasmian kemiskinan dan perkhidmatan sosial akan bersepadu melalui inisiatif bernama pangkalan data perlindungan sosial (PDPS) untuk menghapuskan pertindihan serta ralat kemasukan dan juga penyisihan penerima bantuan. Analisis data raya dan dasar yang berpandukan data juga akan diguna untuk menambah baik program basmi kemiskinan. Sehingga kini, sebanyak 167 program merentasi semua kementerian dan jabatan melibatkan sejumlah 13.7 juta penerima bantuan dengan nilai bantuan sebanyak RM28.6 bilion sudah dikenal pasti. PDPS yang saya maksudkan tadi akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, insya-Allah, pada bulan November akan datang dan ini akan menambah baik kaedah kita menangani kumpulan sasar golongan miskin.

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Masih lagi berkaitan kemiskinan. Kalau kita lihat kesan daripada kemiskinan ini bukan hanya kepada ekonomi tetapi juga kepada kesihatan dan pendidikan. Saya ada bawakan isu bagaimana dampak wabak ini kepada keluarga, kepada anak-anak kepada kesihatan mereka, kepada pendidikan, kepada pengusaha kantin dan juga pembekal-pembekal makanan basah. Maka saya telah mencadangkan supaya dia adakan Program Sarapan Pagi Percuma (PSP 2020) di sekolah-sekolah rendah sepertimana kalau kita lihat negara- negara maju, Jepun, Finland telah melakukannya dan memberikan impact yang positif jangka masa panjang untuk anak-anak, untuk perkembangan generasi baharu dan juga untuk pengusaha-pengusaha kantin yang teruk dihenyak dampak wabak COVID-19. Jadi, saya berharap supaya PSP 2020 ini dapat direalisasikan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam atas cadangan tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, untuk kumpulan B40 sudah pun ada Rancangan Makanan Tambahan yang dimaksudkan Simpang Renggam untuk seluruh – ini sudah pasti perlu kajian lebih lanjut. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan...

Dr. Maszlee bin MalikBERSATU · PHSimpang Renggam

Yang Berhormat Menteri ini bukan untuk B40 sahaja, tetapi kita tahu sekarang ini B40 sudah makin melebar ikut statistik DOSM dan juga untuk M40 juga turut terjejas. Ini bukan RMT. Ini program yang baharu, untuk pembangunan generasi baharu, selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dan Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih atas cadangan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, berhubung cadangan Yang Berhormat Igan, program basmi kemiskinan dan desa di Sabah dan Sarawak Kerajaan Persekutuan sentiasa kerjasama erat dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan beberapa program termasuklah Program Khas Anak Negeri untuk bumiputera Sabah dan Sarawak. Untuk tahun ini di Sarawak di bawah program ini RM36 juta diperuntukkan khusus untuk program ini dan bagi Sabah pula RM47 juta diperuntukkan, Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya saya pergi kepada isu agenda pemerkasaan bumiputera dibangkitkan oleh 16 orang ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Jerlun, Yang

Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Parit Buntar telah membangkitkan mengenai cadangan berkaitan penjualan saham atau syarikat bumiputera kepada bumiputera lain. Perkara ini telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya juga telah memberi sedikit pencerahan. Seperti kita sedia maklum Dasar Ekonomi Baru telah mensasarkan pencapaian pemilikan ekuiti korporat bumiputera adalah sekurang- kurangnya 30 peratus. Itu dasar kita. Walau bagaimanapun sasaran ini masih belum tercapai. Pemilikan ekuiti sektor korporat bumiputera berasaskan nilai pasaran tahun 2019 adalah hanya 17.3 peratus seperti yang telah dimaklumkan Perdana Menteri, bukan bumiputera 25 peratus, asing 45.5 peratus dan nominee 12.3 peratus. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 kerajaan telah mengumumkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera ini bagi memastikan supaya penjualan saham atau syarikat milik bumiputera, agensi mandat bumiputera ditawarkan dan dijual kepada konsortium syarikat atau individu bumiputera lain yang berkelayakan. Agensi mandat bumiputera ini terdiri daripada institusi kepentingan bumiputera termasuk PNB dan Lembaga Tabung Haji dan agensi amanah pula termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan PKEN. Permodalan Nasional Berhad (PNB) ialah penyumbang peratus terbesar dalam pemilikan ekuiti korporat bumiputera. Cadangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak melibatkan saham ataupun syarikat yang akan dijual oleh individu bumiputera. Tidak melibatkan saham bumiputera ataupun saham syarikat asing. Syarikat swasta tidak tertakluk kepada cadangan ini sebaliknya tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah kawal selia sektor kementerian masing-masing. Ini bagi memastikan penjualan saham dan syarikat oleh syarikat tempatan pada asing dapat dikawal seterusnya dapat memastikan pemilikan ekuiti bumiputera tidak terhakis. Saya menegaskan bahawa cadangan ini tidak mengambil hak kepentingan kaum lain seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Minta jalan. Saya hendak berterima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak dapat tahu granular data dalam bentuk ekuiti bumiputera. Bolehkah berikan pecahan daripada segi bumiputera dari Sabah dan juga daripada Sarawak supaya tidak hanya dilonggokkan dalam satu kumpulan bumiputera sahaja tetapi dipecahkan kepada bumiputera Iban, Kadazan, Dusun, Murut, Dayak dan sebagainya? Supaya kita dapat tahu sejauh manakah pegangan mereka daripada saudara saudari kita dari Sabah dan Sarawak. Juga dalam aspek itu pendapatan. Ini kerana, tidak ada juga granular data tentang pendapatan daripada segi pendapatan menengah (medium income) dan juga purata (mean income). Bolehkan kita dapat pecahan?

Mengenai ekuiti bumiputera Sabah dan Sarawak, angka-angka tersebut kita akan berikan kepada Yang Berhormat secara berasingan. Terima kasih.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Yang Berhormat Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Setiawangsa, sila.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiawangsa ingin meminta penjelasan tentang kategori nominee kerana peningkatan yang ketara dalam laporan Rancangan Malaysia Ke-12 itu ialah di dalam kategori nominee. Kita hendak tahu siapa dan apakah implikasi pegangan besar di kalangan pegangan ekuiti nominee ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Sila Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Setiawangsa, ekuiti nominee tahun 2019 ialah 12.3 peratus. Pada masa ini nominee tidak mensyaratkan untuk mendedahkan pemilik sebenar saham mereka. Sehubungan ini, saya ingin memaklumkan bahawa pindaan dan penambahbaikan akan dibuat pada Akta Syarikat 2016 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi mengenal pasti pemilik sebenar ataupun beneficial owner saham dan syarikat di bawah pegangan nominee. Apabila peraturan ini dipinda, maka kita akan dapat maklumat lebih tepat. Mungkin akan memberi kesan kepada pegangan keseluruhan ekuiti korporat. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin pergi kepada mengenai tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan agensi mandat bumiputera yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson, Parit dan juga Tuaran...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri kalau saya boleh minta aluan sedikit. Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Semporna.

Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri berhubung kait dengan apa yang kita katakan ekuiti yang telah disebutkan tadi. Saya berharap, contohnya kita selaku pihak pemerintah, we are allowed for investments and having stake shareholders to the extent of 51 percent. Akan tetapi selepas itu bila kita hendak jual, we give priorities to the foreigners but Malaysians – We should also be giving in respective of race and religion. Ini yang kita katakan jangan– kalaulah foreigners kita bagi keutamaan, takkan Malaysians– terkadang- kadang kena– saya akui bahawa 51 percent is already ada dalam Perlembagaan. Itu sudah tidak boleh ubah. Kita hormati keadaan itu, cuma bila stake foreign investment coming in, stake sama ada dalam corporate, sama ada daripada segi syarikat-syarikat. Saya berharap bukan hanya mungkin Yang Berhormat Menteri bahkan juga MOF, pastikan supaya we must be fair enough to all Malaysians. If foreigners can own it, why can’t Malaysians whether it is Chinese or Indians. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Semporna.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya sambung sedikit Yang Berhormat Menteri atas perkara yang sama.

Terima kasih atas pandangan tersebut. Kita akan kajilah cadangan daripada Yang Berhormat Semporna. Saya hendak pergi masa tidak berapa ada sudah...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor. Saya sambung perkara yang sama tentang saham.

Okey, satu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Satu, Kuala Selangor silakan, last.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Singkat sahaja. Perkara yang telah menjadikan satu polisi membataskan penjualan syarikat dan saham-saham milik bumiputera itu hanya kepada bumiputera. Nampak sekali pandang macam satu yang baik tetapi saya perhatikan daripada pihak bumiputera, syarikat-syarikat mereka sendiri. Stakeholders bumiputera ini memerhatikan perkara ini semacam kalau boleh saya sebutkan istilah dengan izin, the medicine that kills the patient atau ubat sendiri yang bunuh pesakit. Rawatan ini, ubat-ubat ini dianggap ubat tetapi membunuh sebenarnya syarikat dan kepentingan bumiputera itu sendiri. Saya minta perkara ini dikomen sedikit oleh Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sila Yang Berhormat Menteri. Ada 12 minit lagi.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Kita faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya telah mengadakan beberapa libat urus dengan pihak berkenaan untuk pencerahan tentang dasar baru. Insya-Allah kita akan cari jalan bagaimana boleh kita tangani beberapa kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh pihak berkenaan termasuk syarikat-syarikat bumiputera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya, berkaitan kesenjangan dan pembangunan wilayah. Seramai 19 orang Ahli Yang Berhormat menyentuh perkara ini iaitu Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Lahad Datu, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Baram, khususnya pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak, termasuk masalah keperluan asas seperti bekalan air di Sabah dan Sarawak. RMKe-12 telah memberi tumpuan kepada usaha menangani ketidakseimbangan sosio ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan yang saksama antara wilayah. Ia penting bagi memastikan supaya setiap lapisan masyarakat dapat menikmati pembangunan yang adil dan saksama berdasarkan konsep kemakmuran bersama ataupun shared prosperity. Pembangunan sosio ekonomi Sabah dan Sarawak akan terus menjadi salah satu agenda utama kerajaan dalam RMKe-12. Sebanyak lima bidang keutamaan dan 16 strategi telah dikenal pasti untuk memperkukuh negeri Sabah dan Sarawak. Lima bidang keutamaan tersebut termasuklah memantapkan penyediaan infrastruktur, termasuk akses digital, mengoptimumkan potensi ekonomi dan menambah baik akses kepada perkhidmatan sosial, memperkukuhkan pembangunan inklusif, memperkukuh kerjasama antara agensi Persekutuan dan kerajaan negeri. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah memperkenalkan pemacu perubahan nombor tujuh iaitu menggandakan pertumbuhan negeri kurang membangun, terutamanya Sabah dan Sarawak bagi merapatkan jurang pembangunan. Antara inisiatif yang dikenal pasti, termasuklah agihan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan asas Persekutuan kepada enam buah negeri kurang membangun, termasuk Sabah dan Sarawak. Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Sandakan dan Yang Berhormat Kangar menyentuh mengenai pembangunan sosio ekonomi luar bandar dan ketidakseimbangan pembangunan antara negeri dan memohon penjelasan berhubung rancangan kerajaan untuk meningkatkan KDNK di negeri-negeri yang pertumbuhan KDNK nya di bawah kadar purata Malaysia. Antara strategi Tuan Yang di-Pertua, yang telah dikenal pasti untuk merapatkan jurang termasuklah menarik pelaburan yang berkualiti di enam buah negeri, khususnya yang kurang membangun, menambah baik ekosistem perniagaan, mempercepatkan penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan, mempelbagaikan dan merancakkan aktiviti ekonomi, mempertingkatkan pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah. Contoh projek utama yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan pembangunan sektor ekonomi merentasi wilayah dan negeri termasuklah; (i) Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, (ii) Projek Kedah Rubber City di Padang Terap, (iii) Projek kemudahan infrastruktur di Perlis - Perlis Inland Port, (iv) Hospital Kemaman di Terengganu, (v) Projek Taman Industri Tok Bali; dan (vi) Projek Central Spine Road di Pahang dan Kelantan. Yang Berhormat Kota Samarahan meminta agar kerajaan terus memberi perhatian kepada pembangunan lima buah koridor. Untuk makluman Yang Berhormat,

pembangunan sosioekonomi lima wilayah iaitu wilayah utara, timur, selatan, Sabah dan Sarawak akan terus diberi perhatian, di mana potensi sedia ada di wilayah berkenaan dimanfaatkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serta menangani ketidakseimbangan wilayah. Selain itu, langkah bagi menggalakkan perancangan pembangunan wilayah yang selaras dan bersepadu juga akan dilaksanakan melalui kerjasama lebih baik antara agensi peringkat Persekutuan dan negeri. Ini termasuklah pihak berkuasa koridor. Pembangunan lima koridor ekonomi wilayah akan terus diberi perhatian dengan memfokuskan kepada penarikan kepada pelaburan berkualiti yang seterusnya akan mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang-peluang keusahawanan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai FELDA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Sekijang. Untuk makluman Yang Berhormat, isu utama dibangkitkan ialah perumahan generasi baru FELDA dan untuk ini seperti...

Boleh saya mencelah? Boleh mencelah sekejap, sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak. Sila Yang Berhormat Pasir Salak, ringkas.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Masalah koridor-koridor ini sudah ditubuhkan begitu lama dan berbilion saya ingat sumber kewangan yang telah dilaburkan oleh kerajaan. Sejak daripada Kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan sampai sekaranglah. Kerajaan yang ada sekarang ini, kerajaan barulah. Mungkin nanti akan memperlihatkan pencapaian yang sangat kita harapkan. Akan tetapi yang sudah-sudah ini pengerusi board, lembaga pengarah. Semuanya tidak berkesan. Main lantik-lantik sahaja. Jadi, kita tengok komitmen pun tidak sampai ke mana. CEO pun entah siapa-siapa dilantik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalannya. Pertanyaan.

Jadi soalan saya, apakah tindakan Yang Berhormat Menteri kali ini, untuk memperlihatkan CEO, pengurusan, lembaga pengarah itu merupakan kumpulan yang benar-benar akan memperlihatkan pencapaian yang kita harapkan dari koridor-koridor ini? [Tepuk] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Ini kerana koridor ini akan mengimbangkan kedudukan ekonomi antara luar bandar dengan bandar. Berapa lama lagi orang kampung, orang luar bandar hendak hidup dalam keadaan seperti dahulu? Perbandaran, urbanization adalah polisi, misi yang telah pun diperkenalkan sejak berapa lama. Akan tetapi kita lihat kawasan luar bandar masih lagi tertinggal daripada segi urbanization, perbandaran. Peluang pekerjaan tidak ada, ekonomi daripada industrialization tidak ada, commerce tidak ada. Teluk Intan macam itu juga. Bandar Tanjong Malim macam itu juga, Ipoh pun begitu juga. Berapa lama kita hendak melihat keadaan nasib rakyat di kawasan-kawasan luar bandar ini dapat kita pertingkatkan? So, saya hendak melihat kali ini Menteri yang berkenaan melantik kumpulan profesional dan juga kumpulan politik yang betul-betul yang berjiwa untuk membangunkan kawasan-kawasan luar bandar supaya kita melihat bahawa orang Melayu, orang luar bandar akan menikmati kehidupan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Seperti sedia maklum kita ada lima koridor pembangunan wilayah. Pertama di Sabah, SEDIA namanya. Kedua di Sarawak, RECODA namanya. Ketiga di Johor, Iskandar namanya. Keempat - Pantai Timur, ECER. Kelima– Utara, NCIA. Dua hari lepas, Yang Berhormat Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Koridor Pantai Timur.

Sebenarnya Yang Berhormat Perdana Menteri ialah pengerusi kepada tiga koridor iaitu Pantai Timur, Utara dan juga Iskandar. Jadi, kita telah menerima laporan daripada CEO dan juga pengurusan bahawa pencapaian ini agak baik, termasuklah pelaburan. Insya-Allah kita ambil kira pandangan Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak mahu supaya mereka bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dalam konteks untuk merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dan antara negeri- negeri. Itu memang tujuan ditubuhkan koridor-koridor di seluruh negara. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Yang Berhormat Menteri...

Seterusnya, saya hendak pergi kepada FELDA ini. Dua hari lepas, kita telah diberi taklimat oleh Pengerusi FELDA- Yang Berhormat Besut dan juga pengurusan tertinggi FELDA. Seramai 16 Ahli Parlimen hadir dalam focus group ini dan telah dimaklumkan- saya hendak kongsi dengan Ahli Dewan, khusus mengenai projek generasi baharu peneroka di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 ini. FELDA telah kenal pasti 5,000 lot di 54 tanah rancangan untuk dijual kepada generasi baharu FELDA seluruh negara. FELDA sedang menyediakan reka bentuk rumah serta kajian kelengkapan infrastruktur bagi setiap lot individu yang akan ditawarkan yang bersesuaian, termasuk harga mampu milik.

Yang Berhormat Menteri...

Ini antara tindakan yang sedang diambil untuk menangani masalah generasi kedua di FELDA. Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Lahad Datu telah menimbulkan isu pengambilan semula tanah yang telah dipajak kepada FGV Berhad. Usaha FELDA mengambil alih FGV telah membolehkan FELDA mengawal kembali tanah ladangnya yang sebelum ini di bawah pajakan dengan FGV. Berkaitan dengan pandangan Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Lahad Datu, kita ingin menegaskan bahawa FELDA sentiasa mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Negeri Sabah dan sentiasa menjaga hubungan ini dengan bekerjasama menangani sebarang isu melibatkan peneroka FELDA di negeri Sabah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

Sebarang keputusan yang diambil dan bakal diambil adalah penting agar kedua-dua pihak mengenai FELDA selepas ni agar kedua- dua pihak mendapat manfaat dan tidak membebankan sebelah pihak. Pihak pengurusan akan berhubung dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi berkaitan dengan FELDA dan FGV di negeri Sabah dalam masa yang terdekat. Terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Muar hendak mencelah.

Sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri tekankan pembangunan NCIA koridor utara. Pada tahun 2019 dan awal 2020, kerajaan secara prinsip telah pun meluluskan Industry Medical Hemp dan Industrial Hemp dan saya difahamkan pembangunannya, projek rintis di negeri Kedah, bawah NCIA.

Adakah kerajaan baharu ini akan meneruskan inisiatif pembangunan projek rintis khusus bagi medical cannabis. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya kurang pasti sama ada kenyataan Yang Berhormat Muar itu benar. Maknanya kalau mengikut kenyataan Yang Berhormat diluluskan sebelum ini, saya akan semak. Akan tetapi dalam pengetahuan saya, saya tidak tahu menahu tentang projek yang disebutkan tadi. Apa pun saya akan semak Yang Berhormat Muar. Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua, Kuala Selangor. Boleh kita berikan izin kepada Yang Berhormat Menteri untuk diberikan tambahan lima atau 10 minit lagi kerana banyak perkara penting yang belum dibincangkan.

Bagi 20 minit pun tidak apa, kita sokong. FELDA tidak jawab lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri kalau perlu masa...

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tidak banyak, sedikit lagi, 10 minit lagi.

Tuan Yang di-Pertua

10 minit?

Tuan Yang di-Pertua, FELDA belum jawab lagi. Minta Yang Berhormat Menteri jawab FELDA.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Kalau macam itu Yang Berhormat Menteri...

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya jawab semua. Selepas itu, kita jawab beberapa soalan mengikut keadaan masa.

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan, boleh tidak...

Saya akan jawab persoalan tetapi bergantung kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya teruskan selesai semua, saya akan jawab soalan- soalan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri...

Mengenai Petronas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang. Yang Berhormat Subang mencadangkan supaya Petronas perlu menukar model perniagaannya dan memberi fokus kepada tenaga boleh baharu ataupun renewable energy. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Petronas pada tahun 2020 telah mengumumkan aspirasi karbon sifar bersih (net zero carbon emission) menjelang 2050 ataupun Net Zero Carbon Emission 2050. Aspirasi ini mengukuhkan lagi komitmen Petronas dalam menyokong sasaran Nationally Determined Contribution Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan ESG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030 bermakna tahun 2005. Aspirasi Petronas ini juga selaras dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa membentangkan RMKe-12 di Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia akan menjadi negara neutral carbon seawalnya pada tahun 2050. Aspirasi karbon sifar Petronas juga merupakan sebahagian perancangan strategik jangka panjang syarikat sebagai membuka ruang aktiviti perniagaan baharu yang berteraskan karbon rendah dan patologi hijau. Sehubungan itu peningkatan penekanan terhadap aspek environmental, social and cooperate governance (ESG) oleh para pelabur dan pengguna akan mendorong syarikat-syarikat minyak dan gas dunia untuk memberi fokus yang lebih serius kepada aspek mitigasi perubahan iklim, pengurangan jejak karbon (carbon footprint) dan peningkatan penggunaan tenaga baharu rendah karbon yang lebih mampan dan bersih. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kita beralih ke isu peruntukan projek pembangunan. Seramai enam orang ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu ini termasuk Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Port Dickson, telah membangkitkan hala tuju beberapa projek mega termasuklah high speed rail. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Projek High Speed Rail Kuala Lumpur- Singapore tidak dapat diteruskan apabila perjanjian dua hala antara Malaysia-Singapura luput pada 31 Disember yang lalu. Ini berikutan terma-terma perjanjian tersebut tidak lagi berdaya maju untuk diteruskan oleh Malaysia terutamanya setelah penularan pandemik COVID-19 memberi kesan yang teruk kepada ekonomi dengan kedudukan fiskal negara. Susulan penamatan tersebut, satu kajian terperinci yang meneliti opsyen daya maju projek HSR domestik yang melibatkan jajaran Kuala Lumpur-Johor Bahru telah

dilaksanakan. Namun, hasil kajian belum dibentangkan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri. Manakala cadangan projek HSR yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Bangkok, Thailand sedang meneliti satu kajian pradaya maju ataupun previability study. Tuan Yang di-Pertua, mengenai projek-projek berskala besar, ingin saya maklumkan di sini bahawa kerajaan tempoh awal RMKe-12 akan berikan tumpuan kepada kebajikan perlindungan sosial dan projek-projek berpaksikan rakyat berbanding projek mega projek besar susulan kesan pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun apabila ekonomi pulih, sudah pasti kerajaan akan mengkaji kemungkinan melaksanakan beberapa projek besar yang boleh membantu meningkatkan struktur seperti jalan raya, pelabuhan lapangan terbang yang pastinya akan memberikan manfaat dan pulangan kepada rakyat dan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu yang telah saya jawab sebaik mungkin.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, sebelum Yang Berhormat Menteri landing sedikit...

Saya selesai, saya akan duduk bangun...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri, isu saya tidak dijawab.

Isu FELDA tidak dijawab.

Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih juga kepada semua Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Walaupun dengan penambahan masa, Yang Berhormat Menteri isu yang penting.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri ada masa. Yang Berhormat Menteri ada masa lima minit ini.

...Yang telah selesai menggulung perbahasan kementerian masing-masing. Terima kasih saya ucapkan kepada semua kementerian dan agensi...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Yang Berhormat Menteri, saya tunggu nama saya dipanggil untuk jawapan diberi. Saya bahas.

...Yang telah membantu kami Unit Perancang Ekonomi...

Isu FELDA tidak jawab. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Yang Berhormat Menteri habis dahulu.

Saya akan habiskan semua, saya duduk, saya akan jawab persoalan. Okey, boleh ya Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap.

Sabar, sabar. Terima kasih saya ucapkan kepada semua kementerian dan agensi yang telah membantu kami di Unit Perancang Ekonomi sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Terima kasih kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah di seluruh warga EPU yang telah bekerja keras dalam menyediakan Rancangan Malaysia Ke-12 ini, walaupun terpaksa dipinda dan ditunda beberapa kali disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Juga terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, dan Setiausaha Dewan yang tekun mendengar perbahasan dan mengendalikan perjalanan Dewan dengan adil dan saksama sepanjang pembentangan usul Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk] Sekarang kalau Tuan Yang di-Pertua izin saya mungkin satu dua soalan boleh jawab. Saya serahkan kepada Tuan Yang di-Pertua.

Jempol.

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kuala Selangor.

Jempol.

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap. Ada usul Menteri tidak hendak lanjutkan masa sedikit? Usul Menteri?

Satu, dua boleh soalan.

Tuan Yang di-Pertua

Usul Menteri dahulu.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga diputuskan usul Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 11 Oktober 2021.

Tuan Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang hendak tanya question tadi? Yang Berhormat Batu Kawan?

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kuala Selangor.

Tuan Yang di-Pertua

Batu Kawan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Selepas itu Kuala Selangor, insya-Allah.

Jempol, Jempol.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Jempol.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam ucapan perbahasan saya Rancangan Malaysia Ke-12, saya telah membangkitkan satu cadangan untuk menubuhkan satu

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

ombudsman ataupun watchdog. Pegawai Yang Berhormat Menteri pun ada minta teks ucapan saya. Jadi saya ingin tahu sama ada, ada tidak apa-apa perancangan untuk menubuhkan watch dog ini memandangkan ramai daripada keluhan Ahli-ahli Parlimen di sini daripada RMKe-9, RMKe-10, RMKe-11 sampai 12, projek-projek dan program- program tidak berjalan di kawasan mereka. Di kawasan saya juga, yang saya sebut dalam perbahasan saya. Maka saya rasa ini adalah satu pembaharuan atau reform seperti yang dimeterai dalam MoU untuk menambah baik memastikan apa yang tertera dalam RMK ini dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Itu fungsi ombudsman. Saya mohon untuk satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Maaf Yang Berhormat, ombudsman bukan di bawah Kementerian Undang-undang kah?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

It can be any mechanism that would be a watchdog. Setakat ini yang dikatakan EPU sahaja, tetapi EPU comes up with this RMKe-12, they submitted, the funds comes from the government. Siapa akan menjadi pemantau untuk pastikan projek itu benar-benar dilaksanakan? It can be any mechanism. We have to come out with the solution, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan bagi teks ucapan Yang Berhormat Batu Kawan kepada saya. Memang ada cadangan ombudsman. Seperti Tuan Yang di-Pertua sebut tadi ini mungkin di luar bidang kuasa. Apa-apa pun seperti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menekankan beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa pemantauan dan ini satu kaedah yang sudah pasti akan memastikan bahawa kesemua strategi dan inisiatif yang digariskan di RMKe-12 akan pantau dengan baik. Apa pun kita akan lihat seperti yang saya sebutkan tadi, kita terbuka kepada cadangan, bagaimana untuk pastikan Ahli-ahli Parlimen mungkin boleh terlibat dalam beberapa aspek pemantauan Rancangan Malaysia Ke-12. Ini saya akan bincangkan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang table RMK ini tidak boleh menjadi sebahagian daripada bahagian untuk memantau, untuk mengimplementasikan projek- projek dalam Rancangan Malaysia Ke-12. The Prime Minister who tabled RMKe-12 cannot be part of the body that— is the overside body.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Di mana ketelusan? So he cannot be. Saya faham sebab di sebalik keputusan ini tetapi realistically it cannot be. It cannot be judge, jury and executioner in one person.

Tuan Yang di-Pertua

Ya lah, tetapi...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Jadi saya mohon you must have another party, contoh satu jawatankuasa khas.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri kata jawatankuasa tadi.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Satu-satu jawatankuasa yang boleh memantau, yang bebas yang tidak ada kaitan dengan Ahli-ahli Parlimen, agensi- agensi yang bebas yang dapat memantau.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kita tak nak- ini untuk penerangan, bukan untuk perbahasan. Yang Berhormat Menteri dah kata jawatankuasa. Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Jempol tadi, aduh.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Saya membangkitkan perkara ini kerana ini pada saya kunci kepada RMKe-12. Kita telah gagal untuk mencapai sebuah negara

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

berpendapatan tinggi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini, menggagas RM10,000 satu household.

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya, soalan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, nanti sekejap. Saya kena explain sebab tidak ada jawapan yang diberikan kerana kita telah mengalami apa yang diistilahkan sebagai deindustrialization ataupun kita telah keluar daripada kepesatan industrialisasi secara pra matang. Saya yakin Yang Berhormat Menteri faham apa yang saya maksudkan. Namun, apakah RMKe-12 kali ini yang di cerakin dan dirancang sebegini mampu untuk membawa kita menjadi The Fifth ASEAN Tiger yang saya kira rata-ratanya tidak dapat dijawab dan digarap. Khususnya dalam erti kata hendak menjana produktiviti dan high performing value added industries. Ini sangat mengecewakan kerana kita tidak akan transition kepada sebuah negara maju berpendapatan tinggi dengan hanya gig economy. Nothing against gig economy tetapi di situlah yang saya kira RMK gagal dan tidak cuba disentuh, maaf oleh Yang Berhormat Menteri khasnya juga kerana kita sudah kehilangan posisi sebagai destinasi pelaburan kerana political instability dengan Langkah Sheraton dan Sabahnya. [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah itu.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua.

Papar, Papar.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, berkaitan sedikit.

Papar, Papar.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri hendak jawab?

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap. Satu-satu. Yang Berhormat Menteri.

Papar.

Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Selangor, kita ada Pemacu Perubahan 2, memangkinkan industri strategik termasuklah advance manufacturing. Ia terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Semoga berjaya Yang Berhormat Menteri.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, sedikit tentang Bayan Baru. Soalan Bayan Baru belum...

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Saya hendak bangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol dulu, Yang Berhormat Jempol.

Papar.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Okey, okey.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Jempol, Jempol. Duduk dulu.

Papar.

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Papar. Last sekali Yang Berhormat Bayan Baru. Kemudian habis.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Oh! Yang Berhormat Semporna, okey.

Dato' Haji Salim SharifUMNO · BNJempol

Saya ada bangkitkan soal rumah generasi baru FELDA yang terbengkalai. Apakah strategi dalam RMKe-12 ini dapat diselesaikan kerana kawasan di Jempol lebih kurang 600 unit terbengkalai. Keduanya, saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah pun memasukkan RMKe-12 iaitu Model Pembangunan Perumahan Berasaskan Konsep Bina Sendiri. Jadi saya tanya soalan apakah konsep bina sendiri standardnya dan bagaimanakah cara untuk dapat kita merealisasikan dalam tempoh RMKe-12 ini. Terima kasih.

Wah! Yang Berhormat Jempol pandai.

Tuan Yang di-Pertua

Ada jawapan Yang Berhormat Menteri?

Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jempol. Yang model ini sedang diteliti oleh FELDA. Kedua berkaitan dengan rumah-rumah yang kurang daripada 70 peratus siap. Ini FELDA masih lagi mencari jalan terbaik bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi Yang Berhormat Jempol saya maklum, Yang Berhormat Jempol ahli focus group FELDA. Dua malam lepas kita dah bermesyuarat, insya-Allah Yang Berhormat Besut dan Yang Berhormat Jempol boleh bincang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, dalam perbahasan saya juga membangkitkan tentang human capital development yang ada di negara kita dalam beberapa rancangan. Kita belanja beratus juta ringgit untuk membina umat upskilling than knowledge yang ada. Akan tetapi malangnya sebahagian daripada mereka yang punya keupayaan move offside. Apakah rancangan kerajaan kalau ada untuk memastikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini membolehkan kita yang towering Malaysian. We don’t want they be towering somewhere else where. Kita hendakkan supaya polisi dasar yang ada memungkinkan kondusif dengan izin membolehkan mereka balik ke negara untuk melahirkan peluang pekerjaan, ideas, pembangunan yang ada untuk membangunkan negara kita. Adakah kerajaan mempunyai rancangan? Kalau ada, saya hendak tahu apa rancangannya dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini.

Saya kira Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia bercakap dah hal ini. Apa pun Yang Berhormat Semporna pembangkang kerajaan boleh sama-sama fikir bagaimana untuk memastikan kita dapat retain talent dalam negara kita. Terima kasih.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat Papar.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, last boleh Bayan Baru?

Tuan Yang di-Pertua

Selepas Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Bayan Baru. Saya ingat Yang Berhormat Bayan Baru.

Papar jangan lupa.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Papar.

Sekarang Papar?

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberi peluang kepada saya. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyentuh tentang Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) yang mana tujuannya ialah tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memberi peluang pekerjaan, pelaburan dan juga pelancongan serta untuk menjana pekerjaan. Akan tetapi apa yang kita lihat di Sabah ini hari demi hari, ramai graduan yang tidak dapat mencari kerja. Jadi di Sabah juga adalah merupakan salah satu dari negeri yang tertinggi di mana graduan tidak dapat mencari kerja. Kedua, apa yang saya ingin katakan di sini, selama kita di dalam menjana peluang-peluang untuk pekerjaan, berapakah dana dan peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah untuk SEDIA? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri hendak jawab atau hendak dengar Yang Berhormat Bayan Baru dulu? Okey akhir sekali Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam perbahasan saya, saya bangkitkan tentang isu Malaysia semakin menjadi sebuah negara consumer di mana daripada semua handphones, peralatan, semuanya made in China atau negara-negara lain. Akan tetapi made in Malaysia itu, produk-produk made in Malaysia semakin merosot. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri penjelasan bagaimana kita made in Malaysia great again? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri. Akhir sekali ya.

Mengenai Yang Berhormat Papar, saya akan jawab secara bertulis jumlah peruntukan kepada SEDIA dalam tempoh sejak 10 tahun SEDIA ditubuhkan. Masalah pengangguran kita sedia maklum, ini masalah global dan juga di Malaysia pun bermasalah dan kita cuba tanganinya. Mengenai to make Malaysia great again ini, saya hendak maklumkan di bawah Pemacu Perubahan 11 meningkatkan pembangunan inklusif termasuklah untuk meningkatkan teknologi ini. Salah satu daripada fokus kita ialah untuk membangunkan teknologi tempatan. Insya-Allah ini akan dapat kita jayakan dengan usaha gigih oleh MOSTI khususnya dan jabatan-jabatan kerajaan lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua sekali lagi dan saya ucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat yang memberi pandangan. Mana-mana yang baik itu sudah pasti kita akan ambil perhatian. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah jawapan-jawapan Menteri di dalam perbahasan untuk Usul Rancangan Malaysia Ke-12. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

[Tepuk] Terima kasih semua. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 11 Oktober 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.49 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Minta Kementerian Sumber Manusia Menyelesaikan Masalah Keputusan Mahkamah Perusahaan Yang Tidak Adil Terhadap Pekerja Yang Hilang PekerjaanSpecial Chamber

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pandemik COVID- 19 telah menyebabkan ramai pekerja diberhentikan kerja tanpa diberikan apa-apa pampasan oleh pihak majikan. Ramai pekerja yang dipecat tersebut terpaksa memfailkan kes pembuangan pekerjaan mereka kepada Mahkamah Perusahaan. Di bawah Seksyen 20 ini, mana-mana pekerja yang dipecat secara tidak adil dikehendaki mengemukakan aduan dan bukti notis pemecatan secara bertulis kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

(JPPM) dalam tempoh 60 hari.

Masalah sekarang ialah, ketika tempoh kawalan PKP, ramai pekerja tidak dapat memfailkan rayuan mereka secara fizikal kepada JPPM kerana mereka tidak tahu proses dan hak rayuan pembuangan pekerjaan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan

(APP) 1967. Ada yang terlepas pandang tempoh had memfailkan kes dalam 60 hari. Apa yang mengecewakan ialah Mahkamah Perusahaan selalu mengambil masa yang panjang untuk mendengar kes dan mengeluarkan keputusan. Ada Mahkamah Perusahaan yang malah ambil tiga tahun untuk keluarkan award.

Selain itu, sesetengah Pengerusi Mahkamah Perusahaan tidak memberi award ataupun ganti rugi yang adil atau sewajarnya mengikut kontrak pekerjaan kepada pekerja

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

yang menang dalam kesnya. Ada juga yang mendapat ganti rugi yang sungguh rendah, iaitu potongan 50 peratus hingga 80 peratus berbanding dengan kiraan gaji yang telah hilang.

Untuk makluman Dewan yang Mulia, pekerja yang mengadu berkenaan tidak boleh bekerja di mana-mana syarikat sehingga kes mereka selesai di Mahkamah Perusahaan. Ini bermaksud seseorang pekerja yang dipecat secara tidak adil mungkin perlu tunggu tiga tahun tanpa kerja dan hanya mendapat 50 peratus daripada jumlah pendapatan yang sepatutnya ditawarkan kepada beliau.

Di bawah Undang-undang Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967, pekerja yang tidak puas hati terhadap award yang diberikan oleh Mahkamah Perusahaan boleh merayu ke Mahkamah Tinggi dengan menanggung kos sendiri. Akan tetapi, ramai di antara mereka memang tidak mampu berbuat demikian.

Justeru, saya ingin menyeru Kementerian Sumber Manusia;

(i) mengadakan sistem pengiraan pampasan (award) yang lebih sistematik dan telus untuk rujukan semua Pengerusi Mahkamah Perusahaan;

(ii) menghapuskan Schedule II dalam Akta Perhubungan Perusahaan

(APP) 1967;

(iii) mengehendaki Mahkamah Perusahaan mengeluarkan award kepada pekerja dipecat dalam tempoh 90 hari; dan

(iv) membantu pekerja untuk menuntut keadilan daripada majikan yang enggan bayar award kepada pekerja.

Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Seputeh, Puan Teresa Kok. Saya telah memperincikan usul yang telah dibangkitkan ini. Ada lima perkara yang telah disentuh iaitu;

(i) mengadakan sistem pengiraan pampasan (award) yang lebih sistematik dan telus untuk rujukan semua Pengerusi Mahkamah Perusahaan;

(ii) menghapuskan Second Schedule dalam Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967;

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

(iii) mengehendaki Mahkamah Perusahaan mengeluarkan award kepada pekerja dipecat dalam tempoh 90 hari; dan

(iv) membantu pekerja untuk menuntut keadilan daripada majikan yang enggan bayar award kepada pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, panduan pengiraan pampasan kerana pemecatan yang tidak wajar telah pun sedia ada dan sangat jelas diperuntukkan dalam Nota Amalan Yang di-Pertua Mahkamah Perusahaan No. 3, Tahun 2019 mengenai Garis Panduan Penurunan Award bagi kes-kes pembuangan kerja.

Cara pengiraan pampasan dalam Nota Amalan ini diguna pakai tanpa sebarang kekeliruan oleh semua Pengerusi Mahkamah Perusahaan apabila memutuskan untuk memberikan remedi, pembayaran ganti rugi kepada Pihak Menuntut yang dibuang kerja tanpa sebab dan alasan yang wajar oleh majikannya. Jadi setakat ini, tiada sebarang semakan kehakiman yang difailkan ke Mahkamah Tinggi oleh pihak yang terkilan dengan keputusan Mahkamah Perusahaan yang mengguna pakai sistem pengiraan pampasan sebagaimana diperuntukkan dalam Nota Amalan No. 3, Tahun 2019 tersebut.

Jadual Kedua Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] adalah merupakan perhubungan perusahaan 1997 iaitu akta – sebahagian daripada peruntukan undang-undang yang telah lama mantap dalam Akta 177 ini. Jadi, jadual ini diletakkan dalam Akta 177 bagi memastikan pampasan yang di-award-kan kepada Pihak Yang Menuntut tidak melebihi 12 dan 24 bulan pampasan gaji. Not more than 24 months, dengan izin bila keputusan dibuat.

Pampasan gaji ke belakang mengikut status pekerja dikira secara adil berdasarkan prinsip undang-undang dan fakta serta keterangan yang dikemukakan oleh pihak yang bertikai. Ini telah dipersetujui oleh kesatuan-kesatuan sekerja dengan pihak Jabatan Pembangunan Perusahaan.

Jadi, saya rasa, mungkin, pekerja-pekerja yang terlibat ini tidak diberi penerangan secara jelas tentang hak-hak mereka. Jadi, pihak kementerian perlu bertindak lebih agresif dalam keadaan kita menghadapi pandemik COVID-19, macam-macam boleh terjadi. Sama ada eksploitasi daripada pihak majikan dan juga kekurangan pengetahuan daripada segi hak pekerja-pekerja ini. Jadi, Mahkamah Perusahaan sentiasa memastikan setiap kes yang dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dapat diselesaikan secepat mungkin supaya keadilan dapat diberikan kepada semua pihak bertikai di hadapannya.

Bagi memastikan perkara ini terlaksana, Piagam Pelanggan Mahkamah Perusahaan memperuntukkan bahawa semua award akan dikeluarkan oleh Pengerusi Mahkamah adalah dalam tempoh 90 hari daripada tarikh pemfailan hujahan terakhir oleh kedua-dua pihak. Selain itu, kewajipan menurunkan award dalam tempoh 90 hari juga telah ditetapkan sebagai KPI

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

bagi semua Pengerusi Mahkamah Perusahaan dan juga dijadikan sebagai pengukur prestasi Pengerusi Mahkamah Perusahaan. Pada masa sekarang, mekanisme untuk penguatkuasaan award Mahkamah Perusahaan yang sedia ada adalah melalui prosiding ketidakpatuhan award (non-compliance) yang difailkan oleh Pihak Menuntut terhadap pihak syarikat atau majikan di bawah Seksyen 56 Akta 177 apabila majikan gagal mematuhi award yang dikeluarkan.

Pendengaran kes-kes ketidakpatuhan award ini disegerakan dalam prosiding yang ringkas dan award ketidakpatuhan akan dikeluarkan dalam masa yang singkat. Sekiranya pihak syarikat masih gagal atau enggan mematuhi award ketidakpatuhan yang diputuskan, Pihak Yang Menuntut bolehlah membuat permohonan di bawah Seksyen 56(4) Akta 177, memohon award ketidakpatuhan tersebut didaftarkan dengan Mahkamah Sesyen bagi membolehkan Pihak Yang Menuntut memulakan prosiding sivil terhadap syarikat di Mahkamah Seksyen.

Tuan Yang Dipertua, hak-hak pekerja memang sangat kita teliti untuk kita memberikan perlindungan kepada pekerja. Begitu juga kepada hak-hak para majikan. Tuan Yang di- Pertua, di atas usul yang dibangkitkan ini oleh Yang Berhormat Seputeh, sahabat saya Puan Teresa Kok sebagai seruan untuk membantu pekerja-pekerja menuntut keadilan berkenaan majikan yang enggan mematuhi award yang dikeluarkan oleh Mahkamah Perusahaan Malaysia, Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di bawah Kementerian Sumber Manusia melalui pindaan Akta 177 yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2021 telah membuat pindaan terhadap peruntukan Seksyen 56(3) Akta 177 iaitu berhubung ketidakpatuhan terhadap award seperti berikut – Maknanya mereka tidak patuh sama ada mahkamah tidak patuh atau majikan tidak patuh tetapi ada hak pekerja untuk kita melihat kepada Seksyen 56(3) Akta 177;

(i) hukuman denda dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak melebihi RM50,000; dan

(ii) memperkenalkan peruntukan baharu iaitu memberi kuasa kepada Mahkamah Majistret, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan untuk mengarahkan orang yang disabitkan kesalahan membayar apa-apa bayaran tertunggak berkaitan award kepada pekerja terlibat.

Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Dasar Saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan MalaysiaSpecial Chamber

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ingin saya utarakan hari ini adalah mengenai dasar saringan COVID-19 yang diamalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak tersebut.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, jumlah kes COVID-19 di Malaysia masih amat tinggi walaupun pelbagai fasa dan bentuk Perintah Kawalan Pegerakan (PKP)...

Yang Berhormat Kota Melaka, minta sikit sahaja, minta kebenaran hendak keluar mahu buat penggulungan di Dewan Negara. Terima kasih, minta maaf ganggu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Teruskan Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk membaca semula.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Silakan, Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, isu yang ingin saya utarakan hari ini adalah mengenai dasar saringan COVID-19 yang diamalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak tersebut.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, jumlah kes COVID-19 di Malaysia masih amat tinggi walaupun pelbagai fasa dan bentuk Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) telah dilaksanakan sejak awal tahun ini. Peningkatan kes ini bukan sahaja disebabkan oleh varian baharu seperti Delta, tetapi juga kerana jumlah saringan COVID-19 yang dijalankan di peringkat komuniti tidak mencukupi. Kesannya, kadar positif (positive rate) di Malaysia telah melonjak melebihi 10 peratus pada bulan Ogos yang lepas.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memberi sebuah contoh kejadian yang telah berlaku di Melaka iaitu di Flat Pantai Peringgit, virus COVID-19 telah tular di peringkat komuniti sehingga meragut empat nyawa penghuni di flat tersebut. Terdapat sebuah keluarga yang kemudiannya mula menunjukkan gejala COVID19, iaitu demam, batuk dan hilang deria bau.

Keluarga ini telah pergi ke klinik kesihatan KKM yang terdekat bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan saringan. Namun, mereka diberitahu bahawa mereka tidak akan disaring kerana bukan kontak rapat atau golongan yang berisiko tinggi walaupun mereka telah menunjukkan gejala COVID-19 yang jelas dan terdapat kes positif di flat yang mereka tinggal.

Selepas beberapa hari, keluarga tersebut kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat saringan di klinik swasta walaupun memerlukan bayaran yang amat tinggi. Apabila

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

keputusan keluar, seluruh keluarga didapati positif COVID-19. Tuan Yang di-Pertua, daripada kejadian ini kita dapat lihat betapa bahayanya jika contact tracing dan saringan tidak dijalankan dengan betul dan meluas. Jika keluarga tersebut tidak membuat saringan sendiri, kemungkinan virus tersebut akan terus merebak dan menyebabkan kematian.

Selain itu, timbul juga persoalan sama ada perkara sedemikian berlaku kerana KKM kekurangan peruntukan ataupun kapasiti untuk menjalankan saringan COVID-19. Maka dengan ini saya memohon penjelasan lanjut daripada pihak KKM mengenai dasar saringan COVID-19 yang diamalkan dan mengapakah kejadian seperti di Flat Pantai Peringgit boleh berlaku, di mana seseorang yang bergejala masih tidak disaring? Selain itu, saya juga memohon KKM menjelaskan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan jumlah saringan dan menurunkan kadar positif COVID-19 di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, insiden yang dilaporkan ini tidak sepatutnya terjadi iaitu di mana individu bergejala yang datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan saringan bagi COVID-19 telah tidak dikendalikan sebagaimana surat arahan bertarikh 2 Ogos 2021 yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka. Melalui surat arahan ini, strategi baharu bagi mengurangkan lonjakan kes COVID-19 di negeri Melaka telah digariskan yang antara lain turut memberikan lebih fokus kepada aktiviti saringan dalam kalangan individu bergejala.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia untuk membuat siasatan lanjut terhadap aduan insiden di Flat Pantai Peringgit yang dibangkitkan ini. Dalam hal ini, kerjasama Ahli Yang Berhormat adalah dimohon untuk mengemukakan butiran lanjut keluarga terlibat berserta nama klinik kesihatan di mana insiden ini berlaku, termasuk tarikh dan masa lawatan tersebut kepada pihak JKN Melaka. Melalui maklumat yang diberikan ini, siasatan lanjut akan dapat dijalankan oleh pihak JKN Melaka seterusnya membantu mereka untuk mengenal pasti punca dan mengelakkan ia dari berulang semula pada masa hadapan.

Untuk makluman, secara purata tempoh inkubasi COVID-19 adalah sekitar 14 hari.

Dalam tempoh ini, kehadiran virus dalam badan seseorang individu mengalami peningkatan bermula pada hari pertama seseorang individu dijangkiti. Bagi membolehkan ujian PCR COVID-19 mampu mengesan kehadiran virus semasa ujian dilaksanakan dan memberikan

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

keputusan positif, bebanan virus (viral load) di dalam tubuh individu tersebut perlu berada pada suatu tahap yang cukup tinggi untuk ia dikesan.

Oleh itu, keputusan ujian adalah merupakan status individu tersebut pada ketika tempoh masa ia dilaksanakan sahaja. Ia hanya terpakai untuk suatu tempoh yang amat singkat dari tarikh ia dijalankan sebagai suatu proksi. Suatu senario sebagai contoh situasi yang berlaku, seorang individu terdedah kepada jangkitan pada hari pertama dan kini virus tersebut telah berada di dalam badan beliau serta memulakan proses replikasi. Beliau menjalani ujian pada hari kedua, namun pada ketika itu bebanan virus (viral load) di dalam tubuhnya belum berada pada suatu tahap yang cukup tinggi untuk ia dikesan. Ini akan menyebabkan beliau dikesan sebagai negatif. Melalui aktiviti seharian, beliau seterusnya berpotensi untuk menyebarkan virus yang kini telah berada di dalam tubuhnya kepada orang lain di persekitarannya terutama sekali sekiranya beliau leka dalam mematuhi amalan norma baharu.

Kesimpulannya, ujian COVID-19 bukanlah suatu perkara rutin yang perlu dijalani oleh anggota masyarakat. Ujian ini sebaik-baiknya dilaksanakan apabila terdapat indikasi yang kukuh untuk berbuat demikian. Virus COVID-19 telah berada di persekitaran kita.

Penularannya adalah suatu proses yang dinamik, berbanding dengan aktiviti pengujian yang bersifat statik. Mengambil kira risiko pendedahan tersebut, apa yang lebih penting adalah pematuhan kepada standard operating procedure (SOP) wajib dipatuhi pada setiap masa oleh setiap ahli masyarakat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pendekatan mass testing secara bersasar diguna pakai oleh KKM sejak bermulanya pandemik COVID-19 di Malaysia sehingga kini, di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi lokaliti-lokaliti yang dikenal pasti. Ini dapat memastikan pengurusan sumber yang berkesan dan bertepatan, mengambil kira keupayaannya untuk memaksimumkan keberhasilan daripada aktiviti saringan yang dilaksanakan. Ini dibandingkan pula dengan pendekatan saringan mega atau ujian secara besar-besaran yang akan memberikan bebanan kepada kapasiti perkhidmatan kesihatan sedia ada dan juga bebanan tambahan kepada keperluan kewangan, serta secara tidak langsung gangguan kepada penghidupan (livelihood) rakyat yang terkesan apabila pelaksanaan aktiviti secara besar-besaran ini.

Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah memperkenalkan penggunaan kit ujian pantas antigen kendiri. Sehingga 3 September 2021, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah memberikan kelulusan bersyarat bagi pengimportan dan pengedaran untuk sejumlah 18 kit ujian kendiri COVID-19. Kelulusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira kepentingan kesihatan dan keselamatan awam selain menyedari keperluan penggunaan oleh orang awam dalam

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan COVID-19 sekali gus membantu mengurangkan bebanan petugas kesihatan.

Penggunaan kit ujian ini tidak menggantikan fungsi diagnostik Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR), tetapi boleh digunakan oleh orang awam untuk menjalankan saringan kendiri bagi mendapat keputusan mengenai status jangkitan COVID- 19 dengan cepat dan mudah sebelum tindakan selanjutnya diambil. Langkah-langkah – ini soalan kedua. Langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan jumlah saringan dan menurunkan kadar positif COVID-19. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan jumlah ujian saringan COVID-19 di Malaysia bertujuan untuk mempertingkatkan pengesanan dan kawalan wabak COVID-19 seperti berikut; Pertama, meningkatkan kapasiti perkhidmatan ujian makmal RT-PCR khususnya di fasiliti KKM dan agensi-agensi kerajaan lain dan fasiliti swasta bagi menampung keperluan peningkatan ujian RT-PCR COVID-19. Sehingga 16 September 2021, bilangan makmal di seluruh Malaysia yang telah diluluskan untuk menjalankan pengujian RT-PCR bagi SARS COV-2 adalah sebanyak 99 buah makmal dengan kapasiti keseluruhan berjumlah 121,803 pengujian sehari. Purata ujian harian bagi Sept 2021 dari 1 sehingga 15 September adalah 65,000 ujian sehari, yang mana penggunaan kapasiti makmal sedia ada hanya pada tahap 53 peratus.

Kedua, menggalakkan penggunaan saringan ujian COVID-19 menggunakan kit ujian pantas Rapid Test Kits Antigen (RTK Antigen) di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta bagi mendapatkan keputusan ujian yang pantas, bertujuan untuk tindakan pencegahan dan kawalan dengan segera. Ujian ini disasarkan kepada individu yang bergejala atau mempunyai kontak rapat kepada kes positif dan memenuhi kriteria saringan. Saringan menggunakan R RTK Antigen juga digalakkan dalam aktiviti saringan di sektor-sektor pendidikan, perindustrian dan pelancongan termasuk sektor pelancongan dan sektor sosial. Saringan COVID-19 menggunakan ujian RT-PCR atau RTK Antigen juga disasarkan kepada kumpulan yang berisiko iaitu di;

(i) pintu masuk antarabangsa dan domestik;

(ii) pusat-pusat tahanan; dan

(iii) pusat-pusat jagaan jangka masa panjang seperti pusat jagaan warga emas.

Kerajaan juga menggalakkan komuniti untuk mengambil tanggungjawab bersama dan inisiatif dengan melakukan ujian kendiri menggunakan kit ujian pantas. Bagi meningkatkan lagi penggunaan kit ujian kendiri RTK Antigen di kalangan rakyat Malaysia dan memastikan harga adalah mampu milik, penetapan harga siling telah dilakukan pada 5 September 2021.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

Harga siling yang telah diluluskan untuk kedai runcit adalah RM19.90 dan RM16.00 bagi harga pukal. Sekian, terima kasih.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.58 petang]