Dewan Rakyat · 15 March 2022
15th Parliament, session 5, meeting 1 · 916 turns · 50,289 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua, saya menjemput untuk memulakan Waktu Pertanyaan Menteri, Yang Berhormat Tuan Che Alias bin Hamid.
1. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan, langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pihak kementerian dalam memastikan sumber bahan mentah dan input pertanian mencukupi berikutan konflik antara Rusia dan Ukraine yang masih berterusan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sebagaimana yang telah saya jelaskan di Dewan yang mulia ini semasa sesi perbahasan Titah Diraja semalam, konflik Rusia-Ukraine tentu sekali akan memberikan kesan kepada rantaian bekalan makanan global. Dalam konteks Malaysia, konflik ini akan memberi kesan langsung khususnya kepada import pertanian melibatkan keperluan input pertanian seperti baja dan bahan makanan seperti gandum dan sediaan bijirin serta lemak sayuran dan haiwan. Dalam hal ini Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk menangani impak konflik Rusia-Ukraine dalam memastikan sumber bahan mentah dan input pertanian mencukupi yang antaranya; (i) meningkatkan pengeluaran tanaman melalui kaedah penanaman secara moden atau IR 4.0 sebagai contoh precision farming, penggunaan dron dan kilang tanaman; (ii) menggalakkan penggunaan baja alternatif atau organik bagi mengurangkan kebergantungan kepada baja sintetik; (iii) menggalakkan penggunaan bahan makanan ternakan tempatan seperti penggunaan isirong kelapa sawit, palm kernel expeller (PKE) selain jagung dan hampas soya; (iv) menggalakkan petani menggunakan kaedah Integrated Pest Management (IPM) bagi mengurangkan penggunaan racun kimia; (v) mengenal pasti beberapa buah negara sumber alternatif yang baharu bagi menampung kekurangan bekalan import bahan makanan, bahan mentah dan input pertanian; dan
(vi) menyediakan akses fasiliti pembiayaan yang mencukupi kepada semua pengusaha yang terjejas akibat kos pengeluaran yang meningkat melalui Agrobank. Selain itu, bagi menangani isu kenaikan harga makanan berikutan daripada konflik ini, MAFI akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengoptimumkan platform strategi yang sedia ada. MAFI yakin inisiatif-inisiatif ini akan menyumbang dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan bahan mentah dan input pertanian selain menjamin ketersediaan dan kebolehcapaian makanan yang bertepatan dengan kuasa beli rakyat, sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, silakan Yang Berhormat Kemaman.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan tadi. Saya melihat kebergantungan yang masih tinggi dalam mengimport input pertanian dan bahan mentah dari negara luar merupakan satu tindakan yang tidak mampan- unsustainable dalam pengeluaran makanan negara kita. Oleh itu, kerajaan perlu merangka satu dasar keselamatan makanan jangka panjang bagi memastikan negara kita tidak terus menerima impak yang besar sekiranya berlaku krisis turun naik harga barang mentah di pasaran. Soalan saya, apakah pendekatan ataupun usaha jangka panjang yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi mengurangkan kebergantungan kita terhadap negara luar sekali gus memastikan negara kita mampu berdikari dalam sektor pertanian di masa yang akan datang? Terima kasih.
Memang benar seperti yang saya katakan semalam bahawa kerajaan harus menilai beberapa buah dasar yang sedia ada sebagai langkah strategik jangka masa panjang untuk menjamin bahan makanan kebergantungan kita kepada import luar seperti jagung, dan soya bagai makanan ternakan antara komponen makanan ternakan haiwan. Saya di peringkat kementerian telah membuat perbincangan secara mendalam dan meluas untuk melihat beberapa- dasar kebergantungan kita terhadap beberapa import bahan makanan yang kita mampu untuk mengeluarkan sendiri. Jagung sebagai contoh, kita sebenarnya mampu untuk menanam dan mengeluarkan jagung dengan keluasan tanah yang ada di negara kita. Akan tetapi dasar kita tidak menumpu kepada pengeluaran jagung dan kebergantungan kita untuk mengimport dari negara luar. Akan tetapi konflik yang berlaku sekarang bukan sahaja konflik Rusia-Ukraine ini tetapi pandemik COVID-19 yang berlaku, penutupan sempadan dan juga kenaikan harga minyak mentah dan sebaginya yang menjadikan kos pengangkutan dan pengimportan komponen untuk makanan ternakan meningkat sebegitu rupa dan tentu sekali kita harus duduk dan bincang untuk mengolah dasar jangka masa panjang bagi memastikan kebergantungan ini dapat diminimumkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Merbok, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya mudah saja. Difahamkan sebenarnya setiap tahun jumlah trend sampah kita adalah 14 juta tan setahun. Jadi, daripada sisa makanan sebenarnya 45 peratus yang pergi ke tapak pelupusan sisa adalah sisa makanan. Jadi, adakah pihak kementerian memikirkan selain daripada polisi penanaman jagung, adakah kita boleh membuat kajian menggunakan sisa makanan yang tinggi, daripada pergi tapak pelupusan untuk diproses semula kerana baru-baru ini pada tahun 2020, USM sendiri telah membuat kajian menggunakan sisa makanan untuk menjadi makanan untuk binatang ternakan. Pohon respons Menteri.
Ya, saya setuju bahawa sisa makanan boleh dijadikan sebagai baja organik. Malah di negara kita industri baja organik ini merupakan satu industri yang sedang berkembang. Cuma penggunaannya belum meluas sebab itu
kita sedang menumpukan agar penggunaan baja organik selain daripada baja kimia ini digalakkan dalam industri penanaman. Jadi itu merupakan antara pendekatan-pendekatan yang diambil oleh kementerian dan seperti yang saya telah jawab dalam senarai kedua tadi iaitu untuk menggalakkan penggunaan baja alternatif atau baja organik bagi mengurangkan kebergantungan kepada baja sintetik. Itu merupakan antara langkah dan tindakan yang sedang diambil oleh kementerian. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Bukit Bintang silakan. Ringkas ya, silakan. Yang Berhormat Bukit Bintang, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi insentif kepada pengusaha pertanian khususnya petani di kawasan Hutan Sudah Kerja (KSK) yang menanam semula pokok, pada masa yang sama boleh menanam jagung atau apa-apa hasil pertanian. Adakah memberi insentif kepada mereka untuk menggalakkan lebih hasil dari pertanian ini? Terima kasih.
Okey, penumpuan satu dasar baru untuk menggalakkan penanaman jagung. Antara elemen yang dilihat adalah untuk memberi galakan dan insentif kerana kita mempunyai pelbagai jenis tanaman komersial lain yang lebih menguntungkan. So, we are, kalau kita cuba untuk mengubah tanaman, untuk menumpukan pada tanaman jagung, definitely kita perlukan insentif. Jadi faktor insentif, penggalakan adalah merupakan faktor yang sedang dan akan diambil kira dalam perbincangan satu dasar baru mengenai penanaman jagung di negara kita.
Terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Wong Hon Wai, Bukit Bendera.
2. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah skop untuk Kertas Putih Kesihatan yang sedang diusahakan dan bilakah ia akan dibentangkan di Parlimen.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam keluarga Malaysia. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan bercadang untuk membangunkan Kertas Putih Kesihatan ke arah mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh agar perkhidmatan kesihatan lebih saksama, equitable dengan izin, berkualiti tinggi, mudah diakses dengan kos berpatutan dan mampan untuk jangka masa panjang. Usaha pengukuhan ini adalah penting bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat selari dengan status Malaysia sekarang sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi dan untuk masa depan. Semua usaha ini akan melibatkan pendekatan whole-of-government dan whole- of-society dengan izin bagi menggembleng tindakan pelbagai pihak dalam memastikan kesihatan rakyat lebih baik. Kertas Putih Kesihatan ini adalah satu ikhtiar Kementerian Kesihatan untuk membuka hujah dan perbincangan bersama rakyat serta pihak berkepentingan mengenai sistem kesihatan negara yang memerlukan penambahbaikan yang mampan. Kertas Putih ini merupakan dokumen rasmi kerajaan yang insya-Allah akan dapat sokongan bipartisan yang akan menggariskan status semasa, jurang dan kekangan yang dihadapi. Dokumen ini juga akan mengemukakan cadangan penyelesaian secara berfasa daripada segi reformasi penyampaian perkhidmatan, pembiayaan, tadbir urus serta organisasi merangkumi tempoh 15 tahun. Penyediaan Kertas Putih Kesihatan ini akan mengambil kira hasil serta syor pelbagai kajian sistem kesihatan yang telah dilaksanakan sebelum ini dan juga pandangan pihak berkepentingan termasuk rakyat melalui sesi libat urus. Kertas Putih
Kesihatan ini dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada November tahun ini. Terima kasih.
Terima kasih daripada jawapan Menteri. Sebelum ini kita sering mendengar isu-isu berkenaan dengan doktor pelatih, isu kebajikan jururawat, pegawai perubatan, doktor-doktor ataupun fasiliti hospital dan klinik yang perlu dinaik taraf dan didirikan, pesakit yang mengadu bahawa masa menunggu yang lama dan juga keperluan pelbagai kesedaran-kesedaran kesihatan sama ada kawal obesiti ataupun cancer awareness. Soalan saya, dapati bahawa terdapat underinvestment iaitu peruntukan yang kurang atau tidak mencukupi untuk diberikan kepada Kementerian Kesihatan dan ada cadangan untuk – saya ingin mengetahui dalam Kertas Putih Kesihatan yang bakal dibentangkan di Parlimen ini sama ada terdapat satu bab ataupun chapter spesifik berkenaan dengan peruntukan kewangan. Memandangkan ada cadangan untuk meningkatkan peruntukan kesihatan di bawah bajet kepada empat peratus KDNK ataupun Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dan di mana World Health Organization (WHO), mencadangkan tujuh peratus daripada GDP. Apakah komen Menteri berkenaan dengan chapter untuk tambahan peruntukan ini untuk menyelesaikan masalah-masalah yang saya timbulkan tadi.
Ahli Yang Berhormat tepat dalam pandangan iaitu soal pembiayaan menjadi isu yang penting untuk sistem kesihatan awam negara dan boleh saya nyatakan di sini bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan sederhana tinggi telah pun melaksanakan pelaburan yang kurang daripada jumlah yang optimum setiap tahun. Malah saya boleh kata ada chronic underinvestment dengan izin, terhadap sistem kesihatan awam negara. Sebagai contoh, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2018 di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital kerajaan, kekurangan kakitangan, kesesakan akibat beban pesakit tinggi, kekurangan dana dan peralatan yang tidak mencukupi adalah antara perkara yang menyebabkan perkhidmatan kesihatan tidak dapat disediakan dengan baik. Kekurangan ini bukanlah sesuatu yang terpencil kepada Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital saja. Namun ini reflective kepada keseluruhan fasiliti kesihatan kerajaan yang merangkumi klinik dan juga hospital. Yang Berhormat betul bahawa perbelanjaan kesihatan awam negara adalah rendah pada tahap 2.58 peratus daripada KDNK pada tahun 2020. Sedangkan kita seharusnya di tanda aras dengan negara-negara pendapatan sederhana tinggi yang lain di mana perbelanjaan kesihatan awam mereka adalah sekurang-kurangnya empat peratus. Jadi, pembiayaan ataupun soal pembiayaan dan peruntukan bagi kesihatan awam akan menjadi satu perkara yang sangat penting untuk di bincang dan diputuskan dan dibentangkan dalam kertas putih kelak. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan yang memberi penjelasan apa akan dimasukkan dalam kertas putih ini. Jadi, usaha-usaha Menteri Kesihatan untuk memastikan kesihatan yang saksama dan berkualiti tinggi. Jadi, soalan saya adalah apa jaminan Menteri untuk memastikan semua garisan yang akan dibuat akan dilaksanakan, tidak kiralah Menteri akan ada perubahan atau ada perubahan kerajaan yang akan datang. Apa yang akan digariskan dalam Kertas Putih ini dapat dilaksanakan tidak kira ada tukar kerajaan atau tukar Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ini soalan yang sangat-sangat penting. Untuk memastikan Kertas Putih ini dan juga cadangan reformasi sistem kesihatan awam adalah kalis masa depan ataupun future proof, maknanya tak kiralah sesiapa yang menyandang jawatan Menteri Kesihatan, reformasi ataupun perubahan kepada sistem kesihatan awam mesti diteruskan.
Oleh sebab itu saya telah putuskan bahawa proses ini mesti dibawa ke Dewan Rakyat dan juga ke Parlimen agar mendapat keputusan dan consensus bipartisan. Hanya dengan consensus dan persetujuan bipartisan, maka ini akan menjadi satu dokumen, satu hala tuju dan satu ikhtiar aspirasi yang dikongsi bersama. Tak kiralah kerajaan mana, tak kiralah Menteri siapa yang duduk di kerusi ini, tetapi ia akan menjadi satu ikhtiar bersama. Saya cadangkan dilaporkan bukan hanya kepada Jemaah Menteri tetapi juga jawatankuasa pilihan khas agar milestone ataupun sasaran-sasaran dicapai mengikut perancangan yang dikecapi dalam consensus semasa proses Kertas Putih ini disediakan.
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Beaufort. Ringkas ya.
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Kertas Putih ini juga akan melibatkan wilayah-wilayah seperti Sabah dan Sarawak di mana masih ada ketinggalan lagi daripada segi sudut kesihatan dan keperluan kesihatan, fasiliti kesihatan dan juga keperluan doktor-doktor biasa dan doktor-doktor pakar, especially. Adakah ini juga diambil kira di dalam Kertas Putih ini supaya dapat memastikan bahawa wilayah-wilayah negeri Sabah dan Sarawak ini dapat diperjuangkan ataupun diberikan manfaat yang sebaik mungkin dalam Kertas Putih ini. Terima kasih.
Kertas Putih Kesihatan ini adalah Kertas Putih Kesihatan nasional ataupun kebangsaan. Jadi tak timbullah soal negeri-negeri mana, wilayah-wilayah mana. Ini merangkumi semua dan sudah pasti kita akan memberi tumpuan juga kepada akses untuk perkhidmatan kesihatan kepada golongan-golongan yang boleh dikatakan sebagai underserved dan marginalised, dengan izin. Ini terletak di semua negeri, semua wilayah dan pendekatan kita adalah secara equitable melihat kepada cabaran yang dihadapi oleh semua kawasan di negara kita.
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan asal saya ini sebenarnya ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Cuma semalam saya difahamkan akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air.
3. Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan persediaan yang telah direncanakan oleh kerajaan pada waktu ini bagi menghadapi fasa peralihan monsun yang bermula pada 14 Mac 2022 sehingga 15 Mei 2022 dan berpotensi menyebabkan banjir kilat di dalam negara kita.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu ini sebab isu ini melibatkan amaran awal ataupun notis yang telah pun dikeluarkan oleh METMalaysia, maka Kementerian Alam Sekitar dan Air saya rasa lebih tepat untuk menjawab soalan ini dan sekiranya berlaku bencana, maka ia diletakkan di bawah NADMA. Baik, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, METMalaysia telah pun mengeluarkan kenyataan media pada 11 Mac 2022 untuk memaklumkan tentang permulaan fasa peralihan monsun yang bermula 14 Mac 2022 dijangka berterusan sehingga pertengahan Mei 2022. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 November 2021. Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah yang memungkinkan berlakunya kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat iaitu satu hingga tiga jam. Kebiasaannya kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
Namun begitu, tumpuan juga harus diberikan kepada keadaan sungai yang mana fenomena arus deras, kejadian kepala air dan limpahan air sungai berpotensi terjadinya jika hujan lebat yang berlaku dalam tempoh yang lebih lama. Situasi sebegini boleh juga mengakibatkan bencana kilat, banjir lumpur dan kejadian tanah runtuh. Sehubungan dengan itu, selain daripada notis yang dikeluarkan oleh METMalaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah mengeluarkan amaran banjir kepada orang ramai melalui Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang kini telah pun beroperasi sepenuhnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Maklumat daripada PRAB ini juga dapat membantu pasukan penyelamat untuk merancang dan menyelaras aktiviti berkaitan. Maklumat amaran banjir, status arah air sungai dan taburan hujan di seluruh Malaysia boleh diakses oleh orang ramai melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my. Selain daripada itu, METMalaysia juga menggunakan pelbagai platform untuk menyebarkan maklumat dan amaran cuaca seperti melalui RTM, SMS dan juga Facebook, Instagram dan Twitter. Selain segala maklumat itu disalurkan pihak NADMA. Untuk makluman juga, pihak kerajaan tempatan (PBT) telah mewujudkan satu jawatankuasa taskforce bagi mengatasi masalah banjir kilat yang diketuai oleh jabatan kerajaan tempatan dan dianggotai oleh pelbagai agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan jawatankuasa ini sebenarnya memberi perhatian kepada insiden banjir-banjir kilat yang berlaku dengan menaik taraf sistem saliran lama yang tidak sistematik berdasarkan senarai hotspot banjir kilat. Kedua, mengemas kini dan menyelaras inventori sistem saliran yang merangkumi hak milik, tanggungjawab, penyelenggaraan, lokasi dan sebagainya. Juga saya nak maklumkan bahawa pihak jawatankuasa ini telah pun juga memberi perhatian kepada pelan tindakan banjir bagi mengelak banjir di kawasan tapak projek dengan memastikan tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan di peringkat PBT bagi kawalan hakisan dan enap cemar di tapak projek mengikut panduan dan garisan oleh Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) daripada JPS. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan yang sangat detail dan komprehensif, seolah-olah tidak perlu soalan tambahan lagi. Cumanya, saya ingin cuba memahami. Apakah perbezaan hujan dan perbezaan kesan bencana kepada rakyat ketika monsun berbanding masa peralihan monsun dan apakah langkah-langkah kerajaan juga berbeza dalam menghadapi dan mengatasinya? Sebagaimana yang kita maklum, walaupun persediaan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, tetapi mutakhir ini berlaku beberapa kali gelombang banjir di beberapa tempat berbeza di seluruh negara. Jadi, apakah kerajaan mempunyai pelan jalinan komunikasi yang utuh, rentas kementerian dan rentas agensi- agensi kerajaan dalam memberi amaran awal dan persiapan operasi penyelamatan kepada mangsa banjir serta langkah-langkah mengatasinya? Terima kasih.
Sedikit makluman sebagaimana yang dibangkitkan soalan tambahan. Perbezaan di antara monsun dengan proses peralihan monsun yang berlaku. Kalau kita lihat Monsun Timur Laut ini, episod hujannya biasanya berlaku dengan keadaan lebat dan berskala besar serta berlarutan untuk tempoh yang panjang iaitu berhari-hari. Hujannya berpanjangan dan biasanya kita boleh beri amaran lebih awal iaitu dua ke tiga hari sebelum berlaku banjir sebab taburan hujan yang boleh kita cerap. Manakala peralihan monsun, dicirikan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang berlaku dalam tempoh yang singkat. Biasanya satu hingga tiga jam sahaja akan berlaku. Jadi, oleh kerana hujan berlaku dalam keadaan dan tempat tertentu, maka risiko banjir kilat akan berlaku sebagaimana kalau kita lihat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W, [Membaca sepotong hadis] Bermaksud bala bencana ini bila diturunkan merata- rata, ia lebih ringan berbanding bila diturunkan dalam waktu yang setempat.
Berhubung dengan soalan yang kedua tentang hubungan. Kita telah pun mengadakan kerjasama yang sangat baik dengan pelbagai agensi termasuk NADMA dan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan di bawah NADMA juga kita telah mengadakan perbincangan dengan pihak PDRM, JPAM dan Angkatan Tentera Malaysia dan kita juga telah pun mengadakan perundingan untuk menyampaikan maklumat segera melalui SKMM supaya maklumat-maklumat serta amaran dapat disalurkan kepada pengguna.
Apa yang penting, kita juga harus concerned tentang amaran-amaran ini supaya kita lebih bersedia dan insya-Allah pelbagai pihak yang telah pun bersama-sama ini kita harapkan kesan bencana dapat kita minimumkan. Terima kasih.
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Papar.
Sik mohon juga.
Yang Berhormat Papar.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Seperti mana yang kita tahu, di Sabah setiap tahun rakyat akan mengalami banjir kilat yang begitu dahsyat bukan sekali tetapi berkali-kali. Ini disebabkan oleh banyak tebing sungai yang sudah runtuh dan disebabkan oleh air dari hulu, dari bukit yang mengalir begitu banyak. Sungai-sungai ini tidak dapat menampung akan air ini. Jadi, soalan saya disebabkan oleh sungai-sungai yang sudah cetek, disebabkan oleh tebing-tebing sungai yang sudah runtuh, saya ingin menyeru kepada kerajaan terutama kepada kementerian. Adakah kementerian bercadang untuk mendalamkan dan melebarkan anak-anak sungai? Ini supaya banjir kilat ini tidak akan terjadi di kampung- kampung. Terima kasih.
Untuk makluman bahawa saya mengambil perhatian disebabkan ini telah dibangkitkan banyak kali oleh Yang Berhormat Papar tentang isu banjir di Sabah, khususnya di kawasan beliau. Saya pun telah menjawab bahawa beberapa projek besar sebenarnya telah diperuntukkan dan projek itu sebahagiannya sedang berjalan dan sebahagian dalam RMKe-13 yang kita pohon untuk mengatasi isu besar yang berlaku seperti banjir kilat di kawasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Untuk secara detailed-nya, saya akan beri jawapan secara bertulis sebab ia melibatkan satu angka yang agak luas. Insya-Allah, saya akan bekalkan secara bertulis tentang jumlah tersebut.
Terima kasih.
Soalan tambahan, boleh lagi satu Tuan Yang di-Pertua?
Yang Berhormat Pontian. Dia berdiri lama sudah. Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa kerajaan memerlukan RM300 bilion dalam masa 50 tahun, RM6 bilion setahun untuk menyelesaikan masalah banjir di Malaysia. Apakah priority ataupun keutamaan kementerian dalam melaksanakan itu dan bolehkah memendekkan tempoh 50 tahun itu pada tempoh yang lebih munasabah? Kita hendak tahu priority daripada segi tebatan banjir dan melurus serta mendalamkan sungai misalnya. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebagaimana yang telah saya maklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air telah mohon lebih kurang RM394 bilion untuk jangka panjang penyelesaian masalah banjir di negara kita.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM15 bilion dalam tempoh sampai tahun 2030 bagi menyelesaikan masalah banjir untuk tempoh segera. Berhubung dengan soalan keutamaan, sebagaimana saya telah jelaskan yang pertama sekali ada tiga buah komponen besar yang akan kita gunakan bagi mengurangkan risiko banjir. Pertama sekali ialah berhubung dengan amaran awal banjir. Ini melibatkan pihak metrologi dan juga jabatan-jabatan dan agensi di bawah JPS. Kedua, meningkatkan ban dan struktur kawalan banjir di mana ARI kita naik kepada 200 tahun ARI, daripada 50 ke-100. Sekarang ini kepada 200 ARI dan ini melibatkan beberapa pembinaan beberapa buah terowong air yang kita akan gunakan bagi mengatasi kawasan-kawasan yang berisiko tinggi bagi mengatasi banjir. Ketiga ialah kita juga meningkatkan beberapa keupayaan bahan-bahan atau sistem yang ada sekarang ini contohnya pam, pintu air dan sebagainya di seluruh negara. Ketiga-tiga komponen ini diperuntukkan sebanyak RM15 bilion sehingga tahun 2030. Ini perancangan jangka pendek yang akan kita gunakan sepenuhnya bagi mengatasi masalah banjir di negara kita. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih kepada yang mengambil bahagian. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah kerajaan memantau secara teliti mengenai kaedah pembelian Buy Now Pay Later di platform perdagangan online, dan adakah kaedah BNPL ini akan memberi beban hutang pada masa akan datang kepada pengguna.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti. Skim Buy Now Pay Later atau BNPL merupakan inovasi kewangan baharu yang berkembang dengan agak pesat dan buat masa ini aktiviti BNPL ini tidak tertakluk di bawah bidang kuasa mana-mana agensi pengawalseliaan. Kerajaan juga menjangkakan banyak lagi inovasi baharu akan diperkenalkan sejajar dengan pemesatan digital yang memerlukan inovasi ini dikawal dengan baik dan tidak menimbulkan isu pada masa hadapan. Apabila kita bercerita tentang BNPL, kita perlu orang ramai untuk mengambil peranan untuk membuat keputusan yang bijak dalam melakukan pembelian yang membabitkan skim BNPL. Dalam hal ini, orang ramai dinasihati agar melaksanakan tiga perkara penting apabila menggunakan skim BNPL. Pertamanya ialah fahami terlebih dahulu terma dan syarat BNPL terutamanya tentang yuran dan caj yang akan atau boleh dikenakan biarpun mereka mengatakan kad BNPL ini kosong peratus faedah tetapi ia ada caj-caj seperti processing fee, administration fee and late charges fee kalau lambat bayar. Kedua, kita kena pastikan juga pembayaran ansuran ini boleh dibuat secara penuh dan tepat pada masa yang dipersetujui bagi mengelakkan seperti yang saya katakan tadi caj-caj penalti. Akhir sekali, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau semua komitmen BNPL yang dibuat bagi memastikan pengurusan hutang peribadi kekal terurus. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan Yang Berhormat Sibuti.
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Saya ingin membangkitkan tentang isu BNPL ini adalah kerana BNPL ini memberikan ruang kepada pengguna untuk memenuhi kehendak gaya hidup ataupun lifestyle. Saya juga ingin mengetahui, adakah kerajaan akan mengenakan ataupun memperkenalkan satu- badan kawal selia untuk memantau BNPL? Adakah kerajaan telah memantau kadar caj yang telah dikenakan bagi pembayaran lewat? Adakah kerajaan memantau aplikasi-aplikasi BNPL yang ada ketika ini?
Terima kasih, Yang Berhormat Sibuti atas soalan susulan. Kementerian Kewangan Malaysia serta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sekarang ini sebenarnya sedang menerajui usaha sama dengan kementerian dan agensi berkaitan untuk merumuskan satu rangka kerja perundangan yang komprehensif untuk mengawal selia semua aktiviti kredit pengguna, termasuk BNPL. Ini akan dilakukan melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna atau Consumer Credit Acts (CCA) pada tahun 2022, tahun ini. Dengan penggubalan CCA, semua pemberi kredit termasuk BNPL akan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang sewajarnya. Peraturan ini bukan sahaja berkaitan dengan pengurusan malah juga dengan kawalan risiko dan perlindungan pengguna. Malah ia juga akan merangkumi peraturan pematuhan syariah yang bersesuaian dalam menjalankan aktiviti BNPL. Terima kasih.
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Hulu Langat.
Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kerana rancangan Bank Negara dan Kementerian Kewangan untuk mengemukakan Akta Kredit Pengguna yang akan digubal pada tahun 2022 ini. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan akan mengambil kira penggunaan Buy Now Pay Later sebagai penilaian skor kredit seseorang? Oleh sebab kadang-kadang apabila seorang yang buat pinjaman, mereka akan refer kepada CTOS. Jadi, adakah segala aktiviti Buy Now Pay Later ini akan diambil kira dalam penilaian skor kredit seseorang itu? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Satu soalan yang baik. Dalam terma dan syarat BNPL ada sesetengah operator, mereka boleh report ke credit reporting agency, dan ia juga boleh memberi kesan kepada skor kredit kepada mereka yang terutama tidak membayar tepat pada masa. Jadi, ya untuk menjawab soalan itu credit rating seseorang itu boleh affected, terkesan kalau mereka tidak membayar hutang BNPL. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Segambut.
2. Puan Hannah Yeoh [Segambut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status terkini pembangunan MRT3, cadangan jajaran dan anggaran jangka masa ‘timeline’ lengkap yang diperlukan untuk setiap proses sehingga ia beroperasi.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Projek MRT3 telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 4 Mac. Projek MRT3 adalah sebuah laluan lingkaran yang meliputi parameter luar bandar raya Kuala Lumpur dan sebahagian kawasan berpenduduk padat di kawasan Ampang Jaya, Selangor. Hasil daripada kajian kebolehlaksanaan teknikal yang telah dijalankan, cadangan jajaran terkini bagi projek MRT3 adalah sebuah lingkaran sepanjang 51 kilometer di mana
39 kilometer terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 12 kilometer terletak di Selangor. Laluan lingkaran ini akan merentasi rangkaian rel sedia ada termasuk MRT1, MRT2, LRT, Monorel dan KTM Komuter untuk membentuk 10 buah stesen pertukaran atau interchange station baharu supaya sistem rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang ini lebih menyeluruh, berkesinambungan dan efisien. Sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan jajaran ini merupakan laluan bertingkat manakala 20 peratus adalah laluan bawah tanah. Projek MRT3 dirancang untuk dimulakan tender pada tahun ini 2022 melalui lima pakej utama dalam tempoh enam hingga lapan tahun. Laluan ini dirancang untuk beroperasi secara berfasa di mana fasa pertama akan dibuka seawal Disember 2028 tertakluk kepada proses pengambilan tanah. Keseluruhan jajaran dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2030. Projek ini akan dibiayai secara hibrid yang melibatkan sumber-sumber pembiayaan seperti sukuk bersama jaminan kerajaan dan juga pembiayaan secara bayaran tertangguh atau deferred payment. Projek MRT di Lembah Klang adalah antara projek infra rakyat berskala besar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi tujuan mempertingkatkan kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam rel yang cekap, berkesan, selamat di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang. Pembinaan MRT3 dijangka akan melengkapkan jaringan rel metro di Lembah Klang. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan saya, apakah fleksibiliti kerajaan dalam pindaan kos projek jika maklum balas awam semasa pemeriksaan awam skim kereta api memerlukan pindaan jajaran MRT3 seperti bantahan yang telah diterima oleh komuniti di Desa Sri Hartamas dan Kolam Air. My meaning is Yang Berhormat Menteri, will the engagement be purely cosmetic or will the government say the cost is already fixed. So, we cannot change the alignment. Thank you.
Terima kasih, Yang Berhormat Segambut. Ini satu soalan yang baik. Saya ucapkan terima kasih atas kerjasama Yang Berhormat kerana selama ini MRT Corp telah berbincang dengan Yang Berhormat tentang kehendak kawasan-kawasan setempat khususnya di Sri Hartamas di mana kita mengadakan satu stesen di Sri Hartamas dan satu lagi di Mont Kiara. Akan tetapi seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, perkara ini masih lagi kita akan buat pemeriksaan awam pada Julai dan kita ada ruang untuk berbincang. Sebagai contoh, apa yang kita sedia maklum sekiranya kita hendak mengambil tanah lot banglo contohnya di kawasan Yang Berhormat sebut tadi, tujuh banglo ataupun dua deret rumah kedai. Jadi itu perlu satu pemerhatian dan pemantauan yang rapi kerana kita kena melihat daripada segi teknikal, kita kena memastikan pick up and breaking, distance yang diperlukan adalah 1.1 kilometer, kalau tidak kita kena cari satu kaedah untuk dihubungkan dengan underpass untuk dihubungkan kepada kawasan perdagangan. Jadi saya rasa perkara ini masih ada ruang tetapi dia akan ditawar daripada segi kos keseluruhan untuk pengambilan balik tanah. Kita ada satu kos tetapi memang ada adjustment dalam konteks 51 kilometer mana tanah yang diambil, yang itu kita akan perincikan lagi sekiranya ada permintaan daripada tempatan. Terima kasih.
Ini bukan soalan hanya maklum balas kepada jawapan Yang Berhormat Menteri, jika dibenarkan. Saya hanya meminta kerajaan bukan sahaja melihat aspek kos tetapi melihat kesinambungan komuniti di sana. Bermaksud stesen seharusnya kalau boleh di kawasan komersial dan jangan makan ke dalam kawasan perumahan kerana ia akan mengganggu persekitaran sekarang. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Tumpat.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Selain daripada ciri-ciri yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu selamat, selesa, cekap dan sebagainya. Bagi memastikan pengangkutan awam mesra kepada rakyat, adakah cadangan pembinaan MRT ini juga sudah mengambil kira
perkhidmatan shuttle bus yang bersesuaian untuk mengambil dan menghantar penumpang dari stesen MRT ke kawasan kediaman yang berdekatan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya petang ini saya akan ada satu penerangan melibatkan semua pihak Prasarana, MRT Corp, KTM dan juga MRL. Kita membuat satu perancangan secara holistik mengambil kira mode pengangkutan yang diperlukan untuk kita menyediakan feeder dan juga kita hendak memastikan kadar penggunaan pengangkutan awam ini tinggi. Jadi saya rasa aspek ini petang ini saya akan terangkan lebih lanjut . Berbalik kepada soalan Yang Berhormat Segambut tadi, ya memang benar seperti yang saya katakan daripada segi teknikal. Kalau kita hendak capai 1.5 kilometer yang itu perlu kita lihat kalau seboleh-bolehnya apa Yang Berhormat cakap. Jadi kalau tidak boleh mesti ada alternatif daripada segi engineering bagaimana kita hendak selesaikan. Saya faham seperti mana Yang Berhormat lihat perkara ini tetapi kita akan buat secara terbaik, engagement semua wakil rakyat termasuk juga warga tempatan. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai, silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya, saya tidak pasti kalau saya ada dengar tadi tentang kos keseluruhan projek itu pertama. Kedua, oleh sebab ia melibatkan jaminan kerajaan adakah pihak kerajaan berhasrat untuk membentangkan di Parlimen agar kami boleh luluskan sekiranya ia melibatkan jumlah yang sangat besar. Ketiga, di Lembah Pantai kami menghadapi masalah operasi setelah lima tahun masalah. Jadi yang kami risaukan adalah sekiranya jajaran ini terlalu dekat dengan rumah-rumah ia akan mendatangkan kesan. Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam MRT Line 1 sekarang dan terakhir, adakah kerajaan berhasrat dengan adanya MRT3 ini untuk mengenakan di masa depan congestion charge kepada sesiapa yang ingin masuk ke dalam kawasan Kuala Lumpur. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Lembah Pantai. Satu soalan yang baik, ada tiga soalan. Pertama tentang kos. Seperti mana yang telah saya terangkan tadi ia menggunakan kaedah hibrid di mana sukuk bersama dengan jaminan kerajaan dan juga ada salah satu komponennya menggunakan deferred payment. Jadi ini yang saya rasa Yang Berhormat Menteri Kewangan akan bentangkan mengikut prosedur apa yang diperlukan kerana ini melibatkan sukuk juga dan mana-mana bahagian yang memerlukan DE, maka sudah tentunya melalui Dewan ini. Kedua tentang penduduk setempat, adakah terlalu dekat dan sebagainya. Seperti mana yang saya katakan, selepas ini bulan Julai akan diberi dua bulan untuk mereka dan kita akan bentangkan supaya maklum balas daripada masyarakat akan kita dengar dan mana-mana penyesuaian ataupun perubahan yang boleh kita buat, kita tidak ada masalah untuk melakukan yang terbaik demi kebaikan bersama. Ketiga, apa Yang Berhormat sebut tadi vehicle congestion fee ataupun environmental fee. Kita melihat kalau di kota raya besar seperti London mereka telah kenakan dan ini daripada segi penggunaan kenderaan elektrik mereka mungkin boleh dikecualikan. Saya rasa sekiranya siap selepas 2030 dan kita akan lihat balik fee structure untuk meletak kereta di dalam bandar dan apabila ada sistem jaringan pengangkutan awam yang sudah lengkap, maka sudah sampainya kita melihat komponen apa yang telah disarankan Yang Berhormat. Itu satu perkara satu trend yang betul, bukan sahaja kenderaan masuk tetapi daripada segi pengawalan alam sekitar dan environmental fee yang biasanya dilakukan oleh kota-kota besar di dunia. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Maaf sudah tiga. Sorry.
Sekejap sahaja, Tuan Yang di- Pertua.
Saya boleh benarkan tiga sahaja, Yang Berhormat. Maaf. Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar, Lenggong silakan.
3. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian bagi memastikan Malaysia kembali ke tangga 28 di dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) pada tahun 2019 berbanding di kedudukan ke-39 pada tahun 2021 serta apakah faktor yang mengakibatkan penurunan ini.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Global Food Security Index (GFSI) yang dibangun oleh dengan izin, Economist Intelligence Unit (EIU) bertujuan untuk menilai tahap kerentanan sesebuah negara terhadap sekuriti makanan.
Laporan GFSI ini dikeluarkan dengan penglibatan panel pakar dalam berbagai- bagai bidang, sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2012. Fokus atau objektif Laporan GFSI setiap tahun adalah berbeza mengikut keperluan atau senario semasa sekuriti makanan global. Setiap tahun, kaedah penilaian keempat-empat kategori iaitu dengan izin, Affordability (Kemampuan), Availability (Ketersediaan), Quality dan Safety Serta Natural Resources and Resilience (Sumber Asli dan Daya Tahan) akan disemak semula sama ada pada wajaran pemarkahan, menambah atau menggugurkan indikator, perubahan sumber dokumen rujukan dan lain-lain. Bagi memastikan laporan yang dikeluarkan kekal relevan dan bertepatan dengan sebarang perubahan semasa, pihak EIU akan membuat pelarasan semula terhadap kedudukan setiap negara bagi siri masa tahun ke setahun sebelumnya. Dalam hal ini, suka saya tekankan di sini, dapatan semasa pada laporan tahun 2021 tidak boleh dibandingkan secara terus dengan dapatan yang dikeluarkan pada laporan tahun 2019 yang lalu. Untuk makluman pada tahun 2020, kategori Natural Resources And Resilience telah diperkenalkan sebagai kategori baharu yang bertujuan untuk menilai kesan perubahan iklim, kerentanan sumber asli serta kesiapsiagaan negara terhadap risiko. Namun begitu, penambahan kategori ini telah menyebabkan skor dan kedudukan hampir kesemua negara terlibat berubah daripada kedudukan asalnya. Jika dilihat dalam Laporan GFSI tahun 2019, Malaysia menduduki tangga ke-28 tanpa mengambil kira kategori baharu ini. Namun, setelah kategori tersebut diperkenalkan pada tahun 2020, kedudukan negara berubah pada tangga 44. Begitu juga Singapura yang dilaporkan berada pada tangga pertama seluruh dunia pada tahun 2019. Kedudukan negara berkenaan jelas berubah kepada tangga 20 setelah pelarasan semula dilaksanakan dengan mengambil kira kategori baharu ini. Dalam konteks Malaysia, indikator di bawah kategori Natural Resources and Resilience ini dilaporkan masih berada di tahap yang sangat lemah khususnya bagi indikator ocean, rivers, and lakes, dengan izin. Oleh yang demikian, tindakan penambahbaikan perlu diteliti oleh kementerian dan agensi yang berkaitan bagi memastikan skor indikator ini meningkat pada masa hadapan. Berdasarkan Laporan GFSI tahun 2021, negara berada di kedudukan ke-39, meningkat sembilan anak tangga dengan skor 70.1 iaitu peningkatan 5.1 peratus berbanding tahun 2020. Suka saya maklumkan, peningkatan yang merupakan peningkatan skor tertinggi daripada kalangan 113 buah negara yang terlibat, Malaysia
juga berada di kedudukan ketujuh dalam kalangan negara Asia Pasifik selepas China, Korea Selatan dan Australia. Selain itu juga, kedudukan Malaysia dalam kalangan negara ASEAN kekal di tangga kedua selepas Singapura. Pada masa yang sama, kementerian ini turut komited dalam melaksanakan usaha-usaha berteraskan pemerkasaan sistem makanan negara agar kekal berdaya saing dalam pelbagai keadaan. Ini jelas diperlihatkan menerusi pembangunan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang memperincikan inisiatif kerajaan untuk memperkukuhkan sekuriti makanan negara secara holistik dan mampan. Pelan tindakan ini turut mengambil kira saranan penambahbaikan yang dibangkitkan oleh pihak EIU. Saya yakin, pelaksanaan strategi dan usaha-usaha yang telah dirangka di bawah Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara bukan sahaja dapat menyumbang kepada pengukuhan sekuriti makanan, tetapi juga dapat meningkatkan kedudukan negara ke tahap yang lebih baik dalam GFSI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Lenggong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Barangkali kita boleh mencontohi negara-negara maju seperti Finland, Ireland, Belanda, Jerman, Jepun, Singapura dan Korea Selatan dalam meningkatkan teknologi pertanian negara ke tahap [Tidak jelas] 5.0 bagi mewujudkan masyarakat bersepadu dengan teknologi yang mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan hasil tanaman pada tahap sekuriti yang tinggi. Saya dengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Soalnya, apakah indikator yang menyumbang kepada kenaikan dan faktor yang menyebabkan penurunan mendadak bagi Malaysia dalam GFSI tahun 2021? Kemudian, apakah tindakan kerajaan dalam mengatasi dan menjaga kepentingan rakyat di negara? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Lenggong, membuat satu soalan yang cukup baik sekali. Seperti yang saya sebut asal tadi, bahawa negara kita menunjukkan prestasi yang cukup baik dengan mendapat skor sebanyak 70.1 dan peningkatan sebanyak 5.1 peratus dan ini satu daripada peningkatan yang paling terbaik di antara negara-negara sebanyak 113 pada tahun 2020. Malah, kedudukan negara kita meningkat daripada tangga ke-48 kepada tangga ke-39. Untuk apa Yang Berhormat sebut tadi, kita kalau ikut daripada prestasi indikator yang telah ditetapkan oleh EIU, ada sembilan indikator yang menunjukkan peningkatan. Sebanyak dua indikator menunjukkan penurunan dan 14 indikator yang menunjukkan kita kekal. Indikator yang telah saya sebutkan tadi adalah tentang Affordability, kita masih lagi meningkat 0.3. Dalam bentuk Availability, kita meningkat 15.5 peratus. Ini peningkatan yang patut kita banggakan. Sementara Quality, kita hanya dapat 76.3 dan yang paling lemah sekali kita di bawah Natural Resources, kita hanya dapat 46.6. Apa yang saya hendak sebut di sini, peningkatan kita yang paling ketara sekali adalah tentang food security dan akses kerana kerajaan telah memperkenalkan Dasar Agromakanan Negara selama 10 tahun. Selepas itu Dasar Sekuriti Makanan Negara selama lima tahun. Jadi, dasar ini sebenarnya satu petunjuk yang cukup jelas sekali kepada EIU yang telah memberi kita 50 peratus. Singapura kalau kita tengok dia dapat 100 peratus dan dia telah membuat dasar ini lebih awal lagi. Kalau kita tengok daripada kecukupan bekalan makanan, kita dapat peningkatan skor sebanyak 27.8 peratus. Sementara agricultural research— kerana kerajaan telah memperuntukkan banyak peruntukan untuk penyelidikan, kita dapat peningkatan sebanyak 11.5 peratus. Begitu juga tentang volatility of agricultural production, makna turun naik hasil pertanian. Maknanya kita telah mendapat 11.5 peratus peningkatan. Di sini sebenarnya satu petanda yang cukup baik yang kita akan kekalkan. Sementara mana yang kita turun sekali, penurunan kita yang pertama sekali tentang agricultural tariff. Kita sebenarnya bukan tidak mesra, kita kurang mesra kepada perdagangan. Yang kurang lagi sikit, kalau kita tengok daripada sensitiviti iaitu sejauh
manakah sesebuah negara ini bergantung kepada sumber asli mereka seperti minyak, petroleum, gas, arang batu dan lain-lain. Ini kita turun 1.6.
Mohon habiskan.
Jadi, itulah kawasan-kawasan ataupun area indicator yang kita turun dan kita naik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita tengok negara Singapura berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding dengan negara kita saban tahun. Suka diingatkan bahawa, negara Singapura bukanlah negara pertanian dan mereka bukanlah negara yang mengeluarkan hasil seperti padi, ayam, ikan, dan lain-lain. Saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyatakan prestasi Singapura dalam Global Food Security Index (GFSI) tahun 2021 yang mana mereka lebih baik berbanding Malaysia terutama daripada aspek kesedaran. Apakah indikator yang mendorong Singapura sehingga berjaya mendapat kedudukan yang lebih baik dari Malaysia? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hebat soalan ini. Jadi macam mana pun hebat negara Singapura, Malaysia tidak kurang hebatnya. Ini kerana peningkatan kita pada tahun lepas adalah cukup membanggakan. Oleh sebab itu sebanyak 5.1 seperti saya sebut tadi, di antara tertinggi daripada 113 buah negara. Singapura sebenarnya telah mencatatkan satu peningkatan yang cukup ketara kalau kita tengok daripada prestasi indikator ini.
Pertamanya, daripada agricultural import tariff, dia dapat 100 peratus markah dia. Selepas itu, ia dapat 100 peratus pula daripada food safety. Malaysia pun dapat 100 peratus. Akan tetapi, ada lagi angka daripada food securities dan access policy, yakni untuk dasar dan pelan tindakan untuk sekuriti makanan- dia dapat 100 peratus tetapi kita baru dapat 50 peratus. Dan kita baharu memperkenalkan- sekurang-kurangnya ia telah mengorak langkah ke arah yang lebih baik lagi. Seterusnya, Singapura Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya mempunyai tiga buah dasar yang telah diperkenalkan pada ketika ini. Pertamanya, untuk mempelbagaikan sumber makanan ataupun, dengan izin, diversifying food sources. Keduanya, ia penanaman dalam negara. Walaupun Singapura hanya satu peratus daripada negara yang menanam, ada pertanian. Sebanyak 90 peratus lagi, import dari luar negara. Ia mengimport daripada sebanyak 170 buah negara kerana mereka mempelbagaikan sumber mereka kalau dalam apa-apa juga kemungkinan. Keduanya, penanaman dalam negara. Ia buat growing locally, dan ia sebuah dasar diperkenalkan sebanyak iaitu tahun 3030, nanti- ia ada 30 peratus sumber makanan di mana disebut 30-by-30. Selepas itu, ada dasar yang ketiga iaitu penanaman di luar negara. Ini kerana Singapura buat penanaman sebagai contract farming- beyond reverse investment kepada banyak negara yang berdekatan bukan sahaja negara Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lain negara. Ini kerana ia sebenarnya menanam modal untuk memastikan supaya sumber makanan dalam negaranya mencukupi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Yang Berhormat Sabak Bernam.
Satu lagi soalan boleh?
Sudah. Sudah lebih masa. Maaf. Yang Berhormat Sabak Bernam.
5. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan, setakat mana kementerian telah menyediakan kemudahan infrastruktur dan prasarana untuk pelancong Kembara Roof Top Tent (RTT), dan Mobile Home di negara ini sama ada di tepi sungai, pantai atau hutan simpan, dan apakah langkah dan perancangan kementerian bagi meningkatkan lagi infrastruktur dan prasarana bagi kemudahan dan keselesaan pelancong Roof Top Ten dan Mobile Home di negara ini?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sentiasa menyokong dan menggalakkan kewujudan produk-produk pelancongan negara yang baru dalam terus memberi pilihan dan tarikan kepada pelancong sama ada dari dalam mahupun dari luar negara. Dalam hal ini kewujudan produk-produk pelancongan baharu seperti Kembara Roof Top Tent (RTT) dan Mobile Home, dengan izin, yang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelancong adalah tidak terkecuali. Bagi aktiviti pelancongan seperti RTT dan Mobile Home ini antara perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan produk ini merupakan ketersediaan kemudahan dan infrastruktur seperti tapak dan facility seperti sambungan tenaga elektrik, perparitan dan saliran untuk air kumbahan dan sebagainya. Kemudahan infrastruktur dan prasarana ini perlu ada bagi kemudahan dan keselesaan pelancong yang menggunakan produk pelancongan ini. Bagi tujuan ini ia berkait rapat dengan bidang kuasa dan tugas utama kementerian dan agensi kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri. Antaranya termasuklah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga Kementerian Pengangkutan. Jadi MOTAC sentiasa memberikan kerjasama kepada pelbagai agensi kerajaan pusat dan negeri dalam usaha memastikan kemudahan infrastruktur dan prasarana asas disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pelancong. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, MOTAC melalui pejabat-pejabat MOTAC negeri di seluruh negara turut sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk memastikan kemudahan infrastruktur dan prasarana asas untuk pelancong disediakan dan diselenggarakan dalam memastikan standard dan kualiti perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang tinggi. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan.
Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri yang menyeluruh dan memandangkan pelancongan Kembara Roof Top Tent dan Mobile Home ini memerlukan penyelarasan daripada beberapa kementerian seperti Kementerian Pengangkutan, KPKT dan Kementerian Alam Sekitar dan Air. Soalan tambahan saya, setakat manakah kerajaan khususnya MOTAC menyelaraskan dengan kementerian-kementerian yang lain supaya dapat memastikan pelancong-pelancong ini mendapat kemudahan dan keselesaan terbaik? Adakah inisiatif ataupun insentif yang diberikan oleh kerajaan bagi kumpulan Kembara Roof Top Tent dan Mobile Home ini menggalakkan pelancong dan kesan daripada segi ekonomi dan sosial kepada negara? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam atas soalan yang begitu hebat sekali. Tuan Yang di- Pertua MOTAC menyedari tentang kewujudan produk-produk pelancongan baru ini dan mengambil maklum akan potensi besar untuk ia dibangunkan dan diperbanyakkan di Malaysia. Oleh itu MOTAC pada awal tahun ini telah menjemput agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti KPKT yang disebutkan tadi untuk berbincang dan meneliti perkara
ini. Ini disusuli pula dengan satu mesyuarat lagi pada minggu lalu. Dalam mesyuarat tersebut beberapa perkara baru telah disentuh iaitu bukan sahaja melihat dari sudut penyediaan infrastruktur tapak untuk kegunaan Mobile Home semata-mata malah turut melihat dari sudut pembangunan ekosistem yang menyeluruh termasuklah pembangunan industri pembinaan dan sebagainya. Perkara ini kini diteliti lanjut oleh semua kementerian berkaitan bukan sahaja MOTAC dan KPKT malah turut membabitkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Insya-Allah, kami di MOTAC akan terus memberikan kerjasama dalam hal ini. Selaras dengan usaha kami untuk meneroka dan mengambil peluang potensi dalam mempelbagaikan produk pelancongan sekali gus memajukan lagi industri pelancongan. Tadi, soalan seterusnya mengenai insentif. Saya boleh jawab tetapi ia panjang mungkin saya boleh jawab secara bertulis. Saya ada jawapannya di sini Tuan Yang di- Pertua ya. Diizinkan Yang Berhormat Sabak Bernam, saya akan bagi komponen itu secara bertulis ya. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri antara tarikan pelancongan juga merupakan tapak-tapak warisan dan tapak sejarah yang kadangkala terlepas pandang oleh pihak yang berkaitan. Saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Menteri pada tapak stesen kereta api lama di Layang-Layang dan juga jambatan besi lama di Layang-Layang. Saya telah buat permohonan sebelum ini kepada kerajaan negeri, kepada KTM dan kepada RAC. Malangnya, yang terkini saya dihubungi oleh RAC bahawa Kementerian Pengangkutan tidak berhasrat untuk mengekalkan dan mereka ingin robohkan. Jadi, mereka melihat hanya daripada kaca mata keuntungan sahaja tanpa melihat nilai sejarah, nilai pelancongan dan nilai komersial, warisan yang ada pada tapak tersebut. Saya memohon daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya agar dapat melihat isu ini dan bawakan kepada Kementerian Pengangkutan agar dikekalkan tapak Stesen Kereta Api Lama Layang-Layang yang begitu bersejarah, mempunyai banyak insiden sejarah yang signifikan kepada penduduk Layang-Layang, dan juga jambatan besi kereta api di Layang-Layang yang boleh dibangunkan seperti Jambatan Victoria di Perak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat atas saranan tadi. Walaupun ia tidak ada kaitan dengan apa yang kita ada di sini, tetapi ia memang kita galakkan- lebih banyak lagi produk untuk pelancongan dalam negara kita. Kita akan menyusul semula dengan kerajaan negeri kerana biasanya untuk produk warisan ini biasanya kerajaan negeri akan membawa kepada Kerajaan Pusat. Saya percaya Yang Berhormat pun memahaminya. Namun seperti yang telah Yang Berhormat sebut tadi, kita akan menyusul hendak memberitahu juga, apa sebenarnya yang menjadikan ia tidak diteruskan untuk satu- produk warisan. Saya dengar tadi beberapa buah produk itu kan, yang disebutkan tempat- tempatnya. Insya-Allah, kita akan ini. Yang Berhormat boleh follow up dengan kita lagi, insya-Allah. Akan tetapi, biarlah kita dahulu hendak follow up dahulu dengan pihak yang berkaitan Yang Berhormat. Terima kasih atas orang kata kepekaan itu terutama dalam menambahkan lagi produk terutama dari sudut warisan. Terima kasih banyak-banyak.
6. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apakah status pelaksanaan RM21 juta yang diperuntukkan bagi tahun 2021 untuk penubuhan Pusat Sokongan Sosial Setempat?
Ya. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuantan atas soalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditubuhkan bertujuan untuk menangani isu-isu psikososial yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Perkhidmatan yang disediakan di PSSS ini merangkumi perkhidmatan kaunseling, khidmat nasihat dan bimbingan, intervensi rujukan pelbagai bantuan kebajikan KPWKM serta khidmat perlindungan sementara sebelum dirujuk kepada pihak-pihak yang berkaitan. Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2021, kelulusan bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan fizikal PSSS ini telah mendapat kebenaran untuk memulakan kerja bermula bulan Ogos 2021 dengan peruntukan fasa pertama diterima sebanyak RM7.7 juta. Inisiatif yang telah disediakan melalui peruntukan yang diterima adalah menyediakan sebanyak sembilan buah PSSS secara bergerak (mobile), sebuah PSSS transit di Kuala Lumpur dan menaik taraf sistem data PSSS melalui sistem Talian Kasih. Sejak beroperasi pada Oktober 2021 sehingga 10 Mac 2022, sejumlah 1,742 orang telah mengunjungi PSSS untuk mendapat perkhidmatan kaunseling. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya ada membaca sebelum ini berkenaan dengan tiga Pusat Sokongan Sosial Setempat yang daripada peruntukan tahun 2021 iaitu RM21 juta itu, satu di Kelantan, satu di Selangor dan satu di Johor selain daripada yang bergerak tadi. Pada masa yang sama, kita juga untuk tahun 2022 ada memperuntukkan RM4.5 juta untuk tujuan yang sama PSSS ini serta RM10 juta lagi tambahan untuk pusat perlindungan. Jadi, saya lihat bahawa macam seolah-olah lambat dia punya progress ya. Untuk tahun 2021 pun saya tidak dengar tadi yang berkenaan di Johor. Berkenaan tahun 2022, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat, di antara pelaksanaan projek yang kita telah laksanakan PSSS iaitu di tiga zon iaitu zon timur - PSSS Kelantan, zon tengah - PSSS Selangor dan zon selatan - PSSS Johor. Kerja-kerja sedang dilaksanakan sekarang ya. Kalau di zon timur, kerja-kerja pengubahsuaian sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada Mei 2022. Begitu juga di zon tengah, sedang menunggu kelulusan dari Pejabat Tanah Sepang untuk menggunakan bangunan kerajaan yang sedia ada untuk kita tambah baik. Begitu juga dengan zon selatan, masih lagi dalam proses untuk kelulusan tapak untuk pembinaan. Begitu juga tentang yang disebutkan tadi, untuk tahun 2022 di mana melalui YKN, di mana diperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi tujuan peluasan PSSS. Projek ini kita laksanakan sebagaimana yang disebutkan tadi iaitu kita laksanakan ada secara mobile melalui sembilan buah tempat iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Wilayah Persekutuan, Zon Utara 1, Zon Utara 2, Zon Timur, Zon Selatan, Sabah dan Sarawak. Manakala kita ada juga sebuah PSSS transit iaitu Bangunan Ehsan di Kuala Lumpur dan ada tiga zon yang saya sebutkan tadi. Jadi, daripada segi operasinya setakat ini, kita melaksanakan operasi sebagaimana yang disebutkan melibatkan kos RM7.7 juta yang mana pelaksanaan itu dibuat secara berfasa, untuk makluman Yang Berhormat. Terima kasih. Sekiranya Yang Berhormat minta jelas, saya boleh beri maklumat secara bertulis ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tahu, selain daripada tiga zon yang disebutkan tadi itu yang sedang dilaksanakan, berapa banyakkah sebenarnya perancangan kementerian untuk membina ataupun menyediakan Pusat Sokongan Sosial Setempat ini? Saya dengar tadi juga cuma mobile sahaja yang dibuat di Wilayah Sabah dan Sarawak. Adakah juga kementerian berhasrat untuk menumbuhkan Pusat Sokongan Sosial Setempat ini yang dengan bangunannya yang tersedia supaya masyarakat-masyarakat di Wilayah Sabah dan Sarawak juga dapat merasai nikmat dan manfaat daripada usaha yang dilaksanakan oleh kementerian melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat ini? Terima kasih Yang Berhormat.
Ya, terima kasih Yang Berhormat atas soalan dikemukakan. Ya, sudah tentu masyarakat Sabah dan Sarawak juga menjadi keutamaan kami terutama dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan untuk menjadi pusat rujukan PSSS ini sebagai pusat rujukan setempat untuk mengemukakan aduan, maklumat, nasihat dan sebagainya. Dalam perancangan kita, memang kita akan laksanakan ke seluruh negara. Cuma dalam fasa satu ini, kita laksanakan sebagaimana yang saya sebutkan tadi dan insya-Allah akan diperluaskan lagi kepada kawasan- kawasan di seluruh negara. Alhamdulillah, setakat ini kita telah mengurus pelbagai isu termasuk berkaitan dengan tekanan emosi, kemurungan, bantuan kebajikan, kekeluargaan, penceraian, isu berkaitan dengan kewangan, eksploitasi kerjaya, kehilangan pekerjaan dan pelbagai isu yang dibuat aduan. Setakat ini, aduan yang kita terima iaitu berjumlah 1,742 kes. Jadi, kita harapkan dengan adanya Pusat PSSS ini akan memberi kemudahan kepada masyarakat supaya menjadi pusat rujukan terutama dalam berdepan dengan pelbagai isu masyarakat. Terima kasih.
7. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian dalam memastikan kemudahan akses internet 4G itu memuaskan selepas perkhidmatan 3G telah ditamatkan di semua kawasan pedalaman atau luar bandar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk memuaskannya, saya hendak jawab ini, matlamat utama inisiatif penamatan rangkaian 3G adalah untuk menggunakan semula spektrum bagi tujuan pengukuhan rangkaian 4G untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai daripada segi pengalaman yang lebih baik ketika melayari internet, penstriman video dan perkhidmatan dalam talian lain. Oleh itu, kita dapat melihat peningkatan kualiti daripada aspek kelajuan perkhidmatan 4G yang lebih tinggi, latency rendah, peningkatan kestabilan rangkaian dan peningkatan kualiti pengalaman. Setakat 25 Januari 2022, sebanyak 1,466 stesen pemancar 3G sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G oleh syarikat penyedia perkhidmatan yang utama iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile. Usaha untuk menaik taraf stesen pemancar 3G sedia ada kepada perkhidmatan 4G akan terus dilaksanakan pada tahun ini dengan seberapa segera menggunakan spektrum sedia ada bagi meningkatkan kapasiti serta jalur lebar mudah alih kepada pengguna. Selain itu, rangkaian teras backhaul sedia ada turut dinaik taraf kepada gentian optik di sesetengah kawasan bagi menampung kapasiti radio yang lebih tinggi dalam perkhidmatan 4G. Dengan menaik taraf rangkaian teras dan stesen pemancar 4G ini, ia akan dapat memastikan akses jalur lebar mudah alih yang lebih bermutu dengan kualiti pengalaman yang lebih baik kepada pengguna dapat disediakan setelah penamatan perkhidmatan 3G secara menyeluruh kelak. Melalui pelan JENDELA juga, sebanyak 2,175 menara baharu akan dibina untuk memuaskan liputan 4G terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman. Setakat suku keempat tahun 2021, sebanyak 148 menara telah siap dilaksanakan. Sebagai tambahan, sebanyak 5,394 stesen pemancar yang sedia ada telah dan akan dinaik taraf kepada 4G untuk meningkatkan kualiti liputan kepada pengguna. Jadi daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,500 stesen pemancar telah siap dinaik taraf. Pada tahun 2021, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah membuka 20 kertas siasatan ke atas pembekal perkhidmatan mudah alih hasil daripada aktiviti audit pengukuran kualiti perkhidmatan yang dijalankan di seluruh negara. Setakat ini, dua kompaun telah dikeluarkan kepada pembekal perkhidmatan yang tidak mencapai piawai yang ditetapkan dengan jumlah kompaun yang ditawarkan sebanyak RM60,000 dan satu kompaun sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000. Kompaun-kompaun tersebut melibatkan perkhidmatan Celcom kerana gagal mencapai piawaian negeri Sabah dan Unifi Mobile di Melaka dan Pulau Pinang. Ini untuk memuaskan penukaran 3G kepada 4G.
SKMM juga telah merancang untuk meningkatkan aktiviti audit pengukuran bermula tahun ini, tahun 2022 bagi semua pembekal perkhidmatan di seluruh Malaysia termasuk kawasan pedalaman dan luar bandar. Sepanjang tahun 2022, sebanyak 3,000 lokasi telah dirancang di seluruh Malaysia bagi aktiviti audit pengukuran ini di mana memfokuskan kepada semua lokasi yang pernah menerima aduan liputan pada tahun 2021. Terima kasih.
Okey, terima kasih atas jawapan yang diberi dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi, saya masih menerima banyak aduan dari kawasan saya khususnya di luar bandar kerana di kawasan saya ada kawasan perindustrian di luar bandar seperti Desa Cemerlang dan Sungai Tiram, mereka masih bergantung kepada perkhidmatan 4G. Oleh sebab masih tiada perkhidmatan Unifi broadband. Jadi persoalan saya, apakah jaminan kerajaan kepada rakyat agar perkhidmatan 4G adalah stabil dan tidak terputus-putus selagi Unifi broadband masih belum mencapai liputan semua kawasan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, yang pertama sekali, kawasan-kawasan tersebut yang saya katakan tadi, maknanya kita sedang membina tambahan sebanyak 2,700 lebih buah menara baharu di mana kita— kawasan-kawasan yang tidak mendapat liputan. Selain daripada itu, untuk pengetahuan Yang Berhormat, ada kawasan-kawasan yang mendapat liputan, tetapi ia tidak kuat. Maka, kementerian sedang mengkaji, sedang berbincang macam mana kita hendak letakkan booster, menambah kuota pemancar dan sebagainya untuk kawasan-kawasan terutamanya di luar bandar. Ini sedang kita usahakan. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, walaupun kita kata dalam masa dua tahun ini kita dapat membina menara baharu dan sebagainya, tetapi ia bergantung kepada banyak faktor. Di antaranya, kelulusan tanah kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan juga tuan tanah. Jadi, ini adalah faktor-faktor yang kita hendak selesaikan untuk kita mempercepatkan liputan terutamanya kalau kita hendak start Unifi broadband di kawasan-kawasan terutamanya kawasan pendalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Selain daripada itu, yang saya kata untuk mempercepatkan, kita sedang mengkaji apa booster dan kekuatan pemancar yang kita hendak letakkan terutamanya di kawasan luar bandar. Contohnya, kalau ada satu bar, kita hendak naik kepada tiga bar untuk memberi kekuatan. Ini sedang kita usahakan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di Parlimen Sungai Siput ini adalah salah sebuah kawasan pedalaman di mana terdapat 61 buah kampung masyarakat Orang Asli dan juga terdapat empat buah sekolah kebangsaan masyarakat Orang Asli yang agak jauh dari pekan Sungai Siput di mana saya sering terima aduan-aduan daripada guru-guru besar, daripada masyarakat Orang Asli, Tok Batin di mana liputan kelajuan internet itu terlalu rendah dan ini menjejaskan pendidikan anak-anak masyarakat sekolah kebangsaan Orang Asli. Jadi soalan saya, adakah kerajaan akan menambah pencawang- pencawang ke kawasan-kawasan pedalaman dan menaik taraf 4G bagi kawasan Parlimen Sungai Siput? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Yang Berhormat, pertama sekali saya hendak beritahu Yang Berhormat, kalau boleh Yang Berhormat kaji kawasan mana yang tidak mendapat liputan dan tidak ada liputan dan kita adukan kepada MCMC Negeri Perak untuk senang kita buat penilaian semula untuk kita tambah— maknanya tower, kekuatan ataupun kawasan-kawasan tersebut tidak ada liputan. Keduanya Yang Berhormat, sekarang ini kita sedang mengeluarkan projek, di mana kita panggil POP, di mana ada projek yang melibatkan lebih kurang RM3 bilion. POP ini dipanggil Point of Presence daripada sekolah ke kawasan-kawasan pedalaman. Ini sedang baru keluar. Jadi makna sebab itu saya katakan Yang Berhormat Sungai Siput,
sila maklumkan supaya kawasan-kawasan tersebut dapat kita mengatasi masalah yang dihadapi. Ketiga, kita beritahu Yang Berhormat Sungai Siput, kalau boleh kita nasihatkanlah. Sesetengah tempat ada liputan, tetapi kadang-kadang tidak ada elektrik dan sebagainya. Kalau kita letak generator, kadang-kadang ada yang dicuri. Dicuri generator tersebut dalam kawasan itu. Jadi, inilah yang disebut itu, kita hendak lihat kalau boleh kita bincang dengan Orang Asli itu, kenapa tidak ada liputan dan kita maklumkan kepada pihak MCMC. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih, saya mengambil maklum.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan connection masalah 3G dan 4G ini, saya hendak menekankan bahawa masalah ini bukan sahaja berlaku di luar bandar, tetapi juga berlaku di pusat bandar juga. Selepas penamatan perkhidmatan 3G, sebenarnya connection dalam pusat bandar dan banyak lokasi juga diturunkan. Pengguna kadangkala nampaknya ada full bar, ada 4G, tetapi apabila mereka cuba connect dengan laman web, langsung tidak ada connection. Kita tidak boleh tunggu sehingga dua tahun, sehingga sebanyak 2,000 lebih menara ditubuhkan, baru selesai masalah ini. Jadi, saya ingin minta pandangan dan juga penyelesaian daripada kementerian, bagaimana kita selesaikan masalah connection ini dengan segera supaya pengguna di pusat bandar dan di mana-mana tempat tidak diganggu kerana ini sudah menjadi satu masalah yang serius kepada semua pengguna. Ini kerana sehingga ke hari ini, hampir setiap orang rakyat Malaysia ada handphone. Jikalau tidak ada connection, macam mana mereka hendak buat business, untuk sambung pelajaran, untuk komunikasi dengan ahli keluarga dan sebagainya? So, ini adalah satu masalah yang serius. Saya harap kementerian ambil satu langkah yang memang segera dan serius untuk mengatasi masalah komunikasi ini dan bukan ambil masa panjang sehingga dua tahun baru menyelesaikan keseluruhannya. Terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya hendak beri penerangan Yang Berhormat, soalan itu adalah soalan yang memang benar. Kadang-kadang di bandar termasuk di Cyberjaya sendiri, ada tempat dipanggil blind spot yang tidak ada liputan. Begitu juga kawasan-kawasan yang dekat dengan bandar, bukan luar bandar. Kawasan yang tinggi penduduk dekat kawasan bandar tidak ada liputan. Jadi, antara cara untuk kita mengatasi perkara ini adalah di antaranya adalah kita sekarang ini berusaha untuk di kawasan-kawasan bandar ini kita tumpukan kepada 5G. Ini adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk kita mengatasi dengan kita membuat 5G. Satu lagi cara yang sedang kita usahakan sekarang ini, kita hendak kalau boleh ada satelit. Jadi kawasan-kawasan yang tidak ada liputan ini, dengan satelit ini, semua dapat. Termasuklah kita mengatasinya dengan di kawasan nelayan, Selat Melaka, Laut China Selatan, kawasan nelayan, hutan, laut dan sebagainya, semua dapat liputan. Ini cara kita hendak mengatasi. Kerajaan sedang berbincang sekarang ini, kita hendak pakai satelit yang mana. Ini sedang diusahakan untuk kita mengatasi masalah-masalah yang kita hadapi tentang blind spot dan kawasan-kawasan yang tidak ada liputan termasuk kawasan-kawasan ladang sawit dan sebagainya. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, satelit ini mahal sedikit. Jadi, kerajaan sedang mengkaji macam mana kita hendak turunkan harga. Akan tetapi kawasan dapat liputan, tetapi harganya mahal sedikit. Ini kita sedang usahakan. Terima kasih Yang Berhormat.
8. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan jumlah pusat konservasi gajah sedia ada seluruh negara mengikut negeri dan rancangan untuk mengatasi masalah pemusnahan hasil tanaman ladang oleh gajah di daerah Kluang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kluang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, setakat ini terdapat tiga pusat konservasi gajah yang sedang beroperasi di bawah pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Pusat-pusat tersebut ialah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang; Pusat Konservasi Gajah Sungai Deka, Hulu Terengganu; dan Pusat Santuari Gajah Johor, Kota Tinggi, Johor. Selain itu, terdapat juga sebuah pusat konservasi gajah yang diuruskan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu yang dikenali sebagai Kenyir Elephant Conservation Village yang terletak di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap kes gangguan gajah yang berlaku di negeri Johor termasuk di daerah Kluang sentiasa mendapat perhatian oleh PERHILITAN. Antara tindakan yang berterusan yang diambil ialah menjalankan rondaan, pemantauan dan tembak halau di kawasan hot spot berlakunya konflik gajah di Kluang, di mana sebanyak 94 tindakan rondaan dan pemantauan telah dijalankan bermula Januari hingga Disember 2021. Manakala sebanyak tujuh tindakan telah diambil bagi Januari 2022. [Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] Menjalankan operasi tangkapan gajah di mana sebanyak 71 operasi dijalankan di negeri Johor bagi tempoh 2015 hingga tahun 2021. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 46 ekor gajah konflik telah berjaya ditangkap dan dipindahkan ke habitat asal yang sesuai. Bagi daerah Kluang, sebanyak 13 ekor gajah konflik telah ditangkap pada tahun 2015 hingga tahun 2021. Mengadakan program kesedaran awam menerusi sesi dialog dan perbincangan bersama masyarakat setempat bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman penduduk dalam konflik manusia-gajah.
Memasang 11 unit kolar satelit bagi memantau pergerakan kumpulan gajah yang sering menimbulkan konflik di dalam negeri Johor dalam tahun 2019 sehingga tahun 2021. Memberi taklimat nasihat teknikal terutamanya berkaitan dengan kaedah mitigasi terbaik mengawal serangan gajah pada ladang-ladang yang berisiko kepada ancaman serangan gajah. Membina sistem pagar elektrik gajah di Kampung Sri Lukut sepanjang 13.8 kilometer bermula pada Ladang Persing hingga ke Sungai Temechil. Kos pembinaan ialah RM717,000 dan mula beroperasi pada tahun 2011 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Selain itu sebanyak lima unit kolar juga dipasang pada kumpulan gajah di negeri Johor pada tahun ini sebagai kesinambungan sistem amaran awal pergerakan gajah bagi membolehkan tindakan proaktif diambil selain daripada aktiviti pemantauan berterusan ke atas populasi gajah berkenaan. KeTSA melalui PERHILITAN juga telah menyediakan National Elephant Conservation Plan (NECAP) bagi perusahaan gajah di Semenanjung Malaysia. Kesemua inisiatif ini di bawah pelan tindakan NECAP ini sedang dipantau oleh KeTSA dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan, NGO, universiti dan juga agensi kerajaan. NECAP juga sedang dikaji berdasarkan keperluan dan situasi semasa terutamanya yang berkaitan dengan keupayaan PERHILITAN seperti dengan anggota dan peruntukan yang mencukupi. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya faham bahawa kita sudah ada santuari gajah di negeri Johor terletak di Kota Tinggi. Walau bagaimanapun, jelasnya tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah khasnya gajah liar yang terpaksa keluar dari Daerah Mersing yang mencerobohi ke Daerah Kluang. Masalah ini sering berlaku. Baru-baru ini pada 27 Februari gajah liar masuk ke kawasan perumahan sudah. Amat dekat dengan kawasan aktiviti manusia.
Masalah ini sudah jadi serius. Bukan sahaja mencerobohi ladang kecil di sekeliling daerah tetapi sudah masuk kawasan perumahan yang ada aktiviti manusia setiap hari waktu siang dan malam. Saya minta kementerian ambil satu langkah yang serius supaya masalah ini tidak menjadi semakin serius, semakin teruk bagi bukan sahaja ladang kecil tetapi juga penduduk-penduduk setempat. Minta kementerian buat pertimbangan supaya kita ada satu lagi santuari gajah- pusat konservasi mungkin di Daerah Kluang ataupun di Daerah Mersing supaya masalah ini tidak berlaku lagi. Sekian, terima kasih.
Soalan?
Terima kasih Yang Berhormat Kluang atas keprihatinan terhadap konflik gajah-manusia ini. Sebenarnya, Jabatan PERHILITAN telah pun menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat negeri dan daerah bagi mengatasi isu konflik hidupan liar yang melibatkan pemilik kebun dan ladang yang berkaitan bagi menyelaras dan memantau tindakan mitigasi gangguan gajah yang diambil. Ia juga akan menjadi platform perkongsian maklumat kaedah terbaik mitigasi manusia-gajah ini.
Hari-harikah?
Pihak PERHILITAN sebenarnya akan bertindak secara immediately kalau ada complaints fasal gajah ini. Untuk pusat konservasi- sebenarnya di Johor ada pusat konservasi baharu iaitu yang dipanggil Johor Elephant Sanctuary (JES) tetapi ia baru bermula. Projek ini sebenarnya sudah bermula pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, gajah-gajah terlatih akan dipindahkan pada pertengahan tahun 2022- maknanya tahun ini. Sekarang ini mahut-mahut tersebut sedang membuat latihan di pusat konservasi gajah di Lanchang, Pahang. Tempat ini boleh memuatkan lebih kurang 30 ekor gajah sebenarnya. Kalau ini tidak mencukupi mungkin kita boleh pertimbangkan. Akan tetapi, kena kerjasama dengan kerajaan negeri sebab kawasan gajah dengan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krai.
Kuala Krai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apa usaha pihak kementerian bagi memastikan peralatan dan juga peruntukan yang digunakan dalam operasi mengawal serangan gajah dan memindahkan gajah ini mencukupi dan disediakan kepada pihak PERHILITAN? Ini kerana, saya difahamkan mereka terpaksa mencari peruntukan luar bagi menyewa jentera dan sebagainya. Sudah pasti pihak kementerian perlu menilai perkara ini dengan sebaiknya agar operasi ini dapat berjalan dengan sebaiknya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebenarnya peralatan-peralatan ataupun kos-kos untuk pemindahan gajah ini sebenarnya ia mengikut keperluan daripada semasa ke semasa. Sekiranya ada kes-kes gajah yang perlu ditranslokasi, kita memang akan menyediakan peralatan dan juga kelengkapan yang cukup untuk transport gajah tersebut. Untuk kerja menangkap gajah translokasi seekor gajah sebenarnya anggaran perbelanjaannya sudah lebih kurang RM50 ribu. Maka, ia melibatkan kewangan yang banyak dan juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk kerajaan negeri, NGO dan juga masyarakat setempat di mana gajah tersebut membuat banyak gangguan. Sekian terima kasih.
Satu soalan lagi, Kalabakan.
Tuan Yang di-Pertua, ada dua soalan sahaja, Simpang Renggam.
Dua soalan sahaja. Dipersilakan Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli Dungun.
9. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah-langkah jangka masa panjang oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengatasi masalah ekonomi gelap (shadow economy) dalam menangani masalah kewujudan sindiket jenayah dan amalan rasuah di dalam negara.
Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya analisa risiko pematuhan cukai berkaitan ekonomi gelap atau, dengan izin, shadow economy dikenal pasti berdasarkan kategori pembayar cukai sektor atau industri yang berisiko serta risiko yang dikenal pasti berdasarkan kebocoran dalam saluran hasil cukai kesan daripada faktor-faktor luaran dan dalaman. Bagi meningkatkan keberkesanan dalam mengatasi masalah ekonomi gelap, penggunaan inisiatif teknologi bersama penetapan dasar dan pentadbiran merupakan pendekatan yang terbaik. Kaedah ini adalah berdasarkan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh pihak pentadbir cukai dengan negara lain dalam menangani masalah yang sama. Berdasarkan tanda aras ini berikut adalah beberapa inisiatif jangka panjang yang telah dilaksanakan atau diumumkan oleh Kementerian Kewangan: (i) meningkatkan aktiviti pendidikan cukai dan kesedaran cukai melalui seminar, taklimat, pengiklanan dan libat urus; (ii) menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan yang lebih berfokus bertujuan untuk mendidik serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan cukai; (iii) melaksanakan Sijil Pematuhan Cukai sebagai prasyarat untuk setiap syarikat antara pembekal yang ingin menyertai perolehan kerajaan bermula pada 1 Januari 2023; (iv) pemberian nombor pengelolaan cukai- tax identification number, dengan izin, kepada semua warga Malaysia yang berumur 18 tahun secara automatik serta penggunaannya bagi semua urusan di LHDNM seperti penyeteman dokumen rasmi; (v) menggunakan teknologi artificial intelligence dan big data analytics, dengan izin, untuk mengumpul dan membuat padanan data termasuk menggunakan cerapan tingkah laku untuk komunikasi yang lebih berkesan dengan pembayar cukai; dan (vi) menentukan sistem pematuhan cukai yang direka ini dibentuk menjadi satu platform, yang menggalakkan dan mendorong pematuhan secara sukarela oleh pembayar cukai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Cabaran terbesar untuk menangani kemelut ini ialah kesukaran untuk mengetahui saiz sebenar ekonomi gelap. Soalan saya, bagaimanakah penyiasatan dan pelaksanaan penguatkuasaan LHDN boleh menimbulkan kegerunan kepada sindiket jenayah ini?
Terima kasih atas soalan susulan. Kalau kita lihat kajian sehingga tahun 2015 yang dijalankan oleh Bank Dunia. Peratusan shadow economy atau ekonomi terselindung berbanding KDNK bagi Malaysia merupakan sebanyak 30 peratus. Sebenarnya, kalau dengan sistem percukaian iaitu percukaian penggunaan sebelum ini GST peniaga akan keluar berdaftar kerana terdapat insentif yang disediakan oleh peniaga yang berdaftar yang boleh menuntut kembali GST yang dibayar atas input perniagaan mereka dan di kalangan negara maju apa yang saya ada di sini- data yang ada di sini yang melaksanakan GST kadar shadow economy seperti pelarian dan penipuan cukai hanyalah di kadar sekitar 10 peratus hingga 15 peratus. Jauh lebih baik daripada negara-negara yang tidak membuat cukai penggunaan seperti GST. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang menanyakan soalan susulan. Timbalan Menteri, soalan saya memandangkan tadi juga Yang Berhormat telah sebut kalau 30 peratus sudah tentu kita melihat anggaran kehilangan beratus bilion Ringgit Malaysia. Maka, dua soalan susulan. Pertama, adakah kerajaan yang mengambil kira pengenalan nombor identifikasi cukai bagi setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas to make it more seamless and organised? Kedua, saya dengar disebut GST. Adakah ini bermaksud pendirian daripada kementerian adalah untuk memperkenalkan cukai GST bagi menangani sebahagiannya isu ekonomi gelap? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh atas soalan susulan. Saya tidak mengatakan kita akan mengenalkan apa-apa cukai. Cuma, saya mengatakan pertambahan bilangan syarikat yang berdaftar terutamanya yang berdaftar secara sukarela semasa pelaksanaan GST sebelum ini telah dapat mengurangkan aktiviti perniagaan di bawah ekonomi terselindung atau shadow economy. Keperluan untuk mengeluarkan perkara seperti invois, mencatat resit, menyimpan rekod seperti yang ditetapkan oleh Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 pada masa itu menyebabkan bilangan syarikat yang sebelum ini tidak menyimpan rekod perlu mula mematuhi semua peraturan yang ditetapkan. Daripada segi kutipan hasil juga, cukai langsung yang kita ada sekarang ini banyak bergantung kepada prestasi syarikat atau pendapatan individu, selain itu dari ketelusan pelaporan cukai. Manakala cukai kepenggunaan menjana hasil yang lebih cepat dan meluas berdasarkan perbelanjaan yang dibuat ke atas barangan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kerajaan akan melihat struktur percukaian secara keseluruhan agar pengenaan, kalau ada pengenaan cukai penggunaan ini akan diseimbangkan dengan pengenaan kadar cukai syarikat dan individu agar ia bersesuaian dan tidak memberi beban kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah satu soalan?
Sedikit tentang feedback tax identification number, kalau boleh. Just that part. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ya, kita sudah pun memperkenalkan tax identification number itu kepada mereka yang di atas 18 tahun, sudah pun dimulai.
Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya satu soalan tambahan ringkas?
Saya ikut peraturan, dua soalan sahaja.
Tambah satu lagi.
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hassan, Yang Berhormat Papar dan Menteri Kanan Pendidikan untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Papar ingin berpantun. Ranting perapat tidak berduri, Ambok bertinggir di pokok ara, Terima kasih peluang diberi, Papar tampil tumpang bersuara. Rambut ikal banyak keruat, Mulut belumir makan amboyat, Jangan jemu jangan meluat, Papar bersuara soalan nombor sepuluh untuk rakyat.
10. Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan jumlah kekosongan guru yang belum diisi di Sabah dan status terkini pengambilan khas guru secara one-off dan berapa jumlah guru ini yang akan ditempatkan di Sabah: (a) dari jumlah itu berapa ramai orang Sabah yang akan diambil mengisi kekosongan tersebut; dan (b) bila ianya akan dilaksanakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari masih terdapat kekosongan guru di seluruh negara termasuk di Sabah. Berdasarkan kepada rekod KPM sehingga 13 Mac 2022, keperluan guru di Sabah adalah sebanyak 1,220 orang. KPM telah mengumumkan pengambilan khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG41 secara one-off bagi mengisi kekosongan guru di sekolah bawah KPM termasuk di Sabah. Urusan pengambilan PPP adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa melantik. SPP telah mengumumkan tawaran lantikan tetap sebagai PPP DG41 kepada 13,760 orang calon yang berjaya dalam temu duga. Pengumuman tawaran tersebut telah dibuat secara berperingkat bermula 1 November 2021 sehingga 1 Mac 2022. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Mac 2022 seramai 8,427 orang guru baharu telah ditempatkan di seluruh negara di bawah pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 secara one-off tahun 2021. Daripada jumlah tersebut seramai 1,454 orang guru telah ditempatkan ke negeri Sabah. Seramai 652 orang guru daripada jumlah tersebut merupakan anak kelahiran Sabah. Guru baru ini mula melaporkan diri pada 1 Mac 2022. Sekian, terima kasih.
Soalan pertama Yang Berhormat Papar.
Soalan tambahan Papar, berapakah jumlah graduan ikhtisas pendidikan di seluruh negara khususnya graduan dari Sabah yang masih belum ditawarkan sebarang pekerjaan oleh Kementerian Pendidikan? Apakah mereka ini akan dimasukkan dalam pengambilan khas guru secara one-off? Pada masa ini juga kita tahu ramai guru-guru interim untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan Islam serta guru interim JPM Sabah dan Sarawak yang mana kontrak mereka ini akan tamat pada tahun ini. Soalan saya, kenapa masih lagi ada guru kontrak sedangkan negara memerlukan mereka ini? Adakah kontrak mereka ini akan disambung? Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Papar. Untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Papar, ingin saya maklumkan di sini bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 menetapkan bahawa setiap murid yang melalui sistem pendidikan di Malaysia perlu mahir dan fasih berbahasa Melayu serta mahir berbahasa Inggeris pada tahap independent proficiency seperti yang telah ditakrifkan oleh Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Oleh itu, mulai pada tahun 2022 urusan pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan baharu bagi opsyen BI perlu mengambil kira penguasaan BI calon pada tahap proficient iaitu tahap CEFRC1. Berdasarkan kepada ketetapan tersebut, guru interim BI yang dilantik pada 22 April 2019 dan akan tamat tempoh lantikan pada 21 April 2022 serta telah memenuhi syarat CEFRC1 dan lulus temu duga akan dilantik tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Namun, dalam masa yang sama bagi guru interim BI yang akan tamat tempoh lantikan interim pada 21 April 2022 tetapi tidak memenuhi syarat CEFRC1 mereka akan turut ditemu duga dan untuk tujuan lantikan tetap sebagai PPP Gred DG41 oleh SPP
dalam masa yang terdekat. Walau bagaimanapun, mereka perlu mencapai tahap CEFRC1 dalam tempoh percubaan iaitu satu hingga tiga tahun bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. Selain daripada itu, bukan semua graduan dengan ikhtisas dapat kita ambil untuk pengambilan one-off ini. Jadi, mereka perlu melalui proses yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Tuaran, soalan kedua tambahan.
Soalan kedua.
Tuaran.
Soalan kedua, silakan Yang Berhormat Kota Melaka.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah memandangkan terdapat masalah kekurangan guru di sekolah termasuk di sekolah rendah dan kita lihat sering kali Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), mereka menggunakan wang sendiri untuk mengupah guru sementara.
Baru-baru ini kita lihat di mana ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian di mana melarang PIBG daripada mengupah guru sementara. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah status terkini selepas ramai telah membangkitkan isu ini yang membantah keputusan kementerian melarang PIBG daripada menggunakan wang sendiri untuk mengupah guru sementara. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Jadi, untuk memastikan semua guru yang kita ambil menepati tahap dan memenuhi keperluan seperti mana yang telah saya sebutkan tadi, maka pelantikan ataupun— tidak kiralah sama ada mereka ini diupah oleh pihak mana, yang penting adalah mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti mana saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Soalan tambahan ketiga. Tuaran. Ini dari Sabah ini, Tuan Yang di-Pertua. Tolong.
Silakan, Yang Berhormat Setiu.
11. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan secara terperinci langkah bagi memastikan pengusaha ayam tempatan tidak terjejas akibat kemasukan ayam import.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kemasukan ayam import tidak menjejaskan pengusaha ayam tempatan kerana kebenaran mengimport yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 1 Disember 2021 hanya bersifat sementara sehingga bekalan ayam dalam negara dapat distabilkan dan jumlah pengimportan adalah dalam kuantiti yang kecil meliputi sebanyak 8.8 peratus daripada keperluan pengguna. Purata keperluan ayam dalam negara adalah sebanyak 3,762 metrik iaitu 2.1 juta ekor sehari ataupun 113,220 tan metrik bersamaan dengan 62.9 juta ekor sebulan. Pada bulan Oktober hingga Disember tahun lalu, negara telah berhadapan dengan kekurangan bekalan ayam yang dicatatkan hanya sebanyak 86 peratus. Sebagai langkah mengatasi kekurangan tersebut, MAFI telah membuka kebenaran mengimport sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan bagi tempoh Disember 2021 hingga Mei 2022. Sejumlah
36 buah syarikat yang telah diberikan kebenaran untuk mengimport, Approved Permit (AP) untuk mengimport ayam bulat dan keratan dari loji luar negara yang diiktiraf serta tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bagi membantu meringankan beban penternak ayam tempatan susulan peningkatan kos pengeluaran ayam, kerajaan bersetuju memberikan subsidi sebanyak 60 sen sekilo bagi ayam bulat dan sebanyak lima sen sebiji telur bagi gred A, B dan C yang bermula pada 5 Februari hingga 5 Jun 2022 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM528.52 juta. Usaha ini dijangka memberikan manfaat kepada 2,061 orang penternak ayam pedaging dan 194 orang penternak ayam penelur. Manakala pengguna dapat menikmati harga ayam bulat dengan lebih rendah iaitu sebanyak RM8.90 sekilo dan harga telur di antara 39 sen hingga 43 sen sebiji mengikut gred. Kementerian sentiasa peka terhadap penternak tempatan dalam memastikan bekalan mencukupi dengan harga yang berpatutan untuk pengguna. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan, Yang Berhormat Setiu.
Pokok Sena.
Bayan Baru.
Soalan pertama.
Pokok Sena, Pokok Sena.
Soalan tambahan saya mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Umum mengetahui antara isu yang berbangkit dalam negara kita hari ini ialah bekalan ayam yang tidak mencukupi di pasaran dan saya mendapat makluman ayam- ayam import ini belum lagi masuk ke negara kita. Jadi persoalan saya, apakah halangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat yang diberikan AP ini yang menyebabkan mereka belum lagi mengimport ayam ataupun terlambat dalam mengimport ayam ini. Apakah langkah kerajaan bagi mengatasi isu ini? Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat. Kita mengakui kelewatan pengimportan ini kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, setakat 7 Mac 2022, sebanyak 14 buah syarikat telah berjaya membawa masuk sejumlah lebih kurang 5,000 tan metrik ayam bulat dan juga ayam keratan. Pada masa yang sama, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 14 Januari 2022 setelah kita telah menerima aduan berkenaan kekurangan bekalan, kita telah membuat libat urus dengan semua yang telah diberikan AP permit. Barulah kita mendapat maklumat bahawa yang pertamanya, masalah yang berlaku ialah kerana kekurangan bekalan daripada negara pengimport seperti Thailand serta harga yang tidak kompetitif. Untuk makluman, Thailand turut beralih kepada sumber protein ayam kerana penyakit African swine fever (ASF) iaitu babi telah menurun jadi mereka telah beralih kepada diet kepada ayam. Maka, permintaan di Thailand memang meningkat bahkan pengeluaran mereka menurun. Selepas itu, mereka juga menghadapi penyakit sampar ayam di Thailand. Dalam masa yang sama, negara China juga mempunyai masalah yang sama kekurangan bekalan. Kalau dahulu kita boleh import daripada mereka, mereka juga kurang bekalan dan cuba mendapatkan bekalan dari negara Thailand kerana mereka juga menghadapi African swine fever (ASF). Jadi, susulan itu harga ayam dari Thailand telah meningkat antara RM8.68 iaitu lebih tinggi. Jadi, kementerian telah melaksanakan intervensi seperti berikut iaitu kita melanjutkan tarikh kebenaran kita ini sehingga bulan Mei 2022 bagi memberikan kebenaran kepada syarikat untuk mengimport ayam dan juga ayam keratan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya melihat...
Papar.
Yang Berhormat Sungai Petani dulu tadi.
Papar.
Silakan, Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri juga sedar— Sungai Petani ya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bahawa dalam industri ayam ini komponen yang paling mahal ialah makanan ayam. Makanan ayam. Saban tahun, kita terpaksa bergantung kepada import makanan sedangkan negara kita negara pertanian. Saya difahamkan di Kedah, Selangor, Perak dan Perlis kita mempunyai padi yang banyak dan selepas tuai banyak jerami-jerami dan hasil-hasil by- product yang terbiar. Adakah kerajaan berhasrat untuk spend money buat research yang betul-betul untuk memastikan makanan ayam ini menjadi di antara benda yang kita boleh control. Tidak perlu lagi kita bergantung. Jadi, saya mencadangkan daripada kita hendak bagi subsidi telur dan subsidi ayam, kita pastikan, buat research betul-betul untuk memastikan makanan ayam ini cukup dengan sekali gus memastikan juga supply ayam untuk tahun-tahun hadapannya mencukupi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila menjawab.
Terima kasih sahabat dari Sungai Petani yang begitu peka sekali tentang masalah yang sedang kita hadapi pada masa kini terutamanya peningkatan kos pengeluaran. Apa yang kita sebutkan iaitu makanan haiwan. Makanan haiwan ini sebenarnya menyumbang kepada 70 peratus daripada kos pengeluaran untuk ayam dan juga telur. Pada ketika ini, sebenarnya memang kita telah melipatgandakan usaha untuk membuat research. Akan tetapi saya sebutkan yang pertama seperti soalan saya yang pertama tadi, indikator daripada EIU tadi. Satu daripada perkara tentang research and development tadi, kita telah mendapat markah yang boleh tahanlah. Maknanya, kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menjalankan research untuk mengubah bukan sahaja kita bergantung kepada makanan import yang pada ketika ini memang membebankan.
Apatah lagi sekarang, satu daripada negara yang kita- negara yang mengeksport makanan haiwan pada ketika ini menghadapi peperangan. Jadi, kita yakin dengan penemuan-penemuan baharu, bukan sahaja daripada jerami padi. Yang Berhormat, kita ada macam-macam pilihan pada ketika ini yang insya-Allah kita yakin sedang- kita punya pakar-pakar untuk buat penemuan-penemuan baharu dan pada ketika ini bukan sahaja makanan haiwan kepada unggas bahkan makanan haiwan kepada kambing, lembu dan juga kerbau yang pada ketika ini kita beralih kepada PKC. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Permatang Pauh.
12. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan: (a) status penubuhan Majlis TVET termasuk perincian punca kuasa; dan (b) usaha terkini kementerian menggalakkan pengambilan kursus TVET, dan kursus kemahiran pendek- micro credentials, dalam kalangan lepasan sekolah untuk meningkatkan kebolehpasaran anak muda, dan secara tidak langsung meringankan beban hutang PTPTN.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Permatang Pauh atas soalan yang telah dikemukakan. Majlis TVET Negara telah ditubuhkan pada 18 Disember 2020 hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri dan berperanan sebagai badan tertinggi pembuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara, selain melaraskan ekosistem TVET merentasi kementerian, penyelia TVET awam dan swasta serta industri. Majlis TVET Negara dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan dianggotai oleh Ketua Setiausaha Negara, empat orang Menteri Kanan dan sembilan orang Menteri kementerian strategik dan kementerian berkaitan TVET, tokoh industri dan wakil akademia serta wakil pimpinan pelajar. Kementerian Pengajian Tinggi telah dilantik sebagai sekretariat MTVET. Mesyuarat Majlis TVET Negara bilangan satu untuk tahun ini iaitu tahun 2022 yang terkini telah diadakan pada 3 Februari baru-baru ini bagi membincangkan isu-isu TVET negara seperti penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC) dan pelaksanaan TVET Collaboration Hub. Pemerkasaan agenda TVET dilaksanakan melalui lima fokus utama iaitu: (i) tadbir urus; (ii) industri; (iii) kualiti; (iv) pembiayaan; dan (v) penjenamaan. Bagi mengikis persepsi negatif bahawa TVET merupakan pilihan kedua pelajar, satu blueprint untuk meningkatkan reputasi dan menjenamakan semula TVET secara komprehensif sedang dirangka. Ia mengandungi strategi promosi jenama TVET, memperkasa advokasi pendidikan kerjaya, mengiktiraf sumbangan individu dan industri, serta membuka seluas-luasnya akses dan peluang bagi semua golongan rakyat untuk memasuki bidang TVET. Bagi mengatasi isu ketidakpadanan ataupun mismatch pula, kerajaan telah memperakui penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri- Government-Industry TVET Coodination Body (GITC), yang diterajui oleh industri bagi memberi input terhadap pembangunan TVET mengikut sektor ekonomi. Untuk makluman Yang Berhormat, Tan Sri Soh Thian Lai merupakan Presiden Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) bersetuju untuk mengetuai penubuhan GITC dan setakat ini 12 buah persatuan induk industri bersetuju untuk bersama-sama dalam GITC. Di samping itu, pelaksanaan TCH yang menjadi platform perkongsian kepakaran, peralatan dan teknologi antara pemain TVET dan industri, bakal menjadi pemangkin kepada kolaborasi bersinergi antara penyedia TVET, dan pihak industri. Kedua-dua inisiatif utama TCH dan GITC diharap bakal mentransformasikan landskap dan ekosistem TVET yang lebih mampan dan berdaya saing.
KPT melalui politeknik dan kolej komuniti adalah komited dalam memainkan peranan untuk menyediakan akses yang meluas kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat serta melahirkan graduan yang bersifat holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Kursus pendek ataupun program PSH yang ditawarkan di politeknik dan kolej komuniti adalah terbuka kepada orang awam termasuk pelajar lepasan sekolah, universiti, golongan ibu tunggal, suri rumah dan persatuan-persatuan lain tertakluk kepada permintaan. Bagi tempoh tiga tahun terkini, lebih 25 ribu kursus PSH telah dilaksanakan di politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara dan menerima penyertaan melebihi 500 ribu orang peserta. Para peserta juga mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu dan membantu mereka menjana pendapatan. Penyertaan pelajar dalam kursus pendek juga merangkumi modul-modul yang membolehkan kelayakan micro-credential mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pelaksanaan micro-credential ini diperkenal untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran anak muda yang secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban hutang PTPTN seperti inisiatif berikut. Ada tiga inisiatif: (i) mempergiatkan IPT atau pelaksanaan TVET, memperbanyakkan penawaran kursus pendek TVET kepada masyarakat khususnya kepada lepasan sekolah; (ii) memberi akreditasi MQA melalui Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) untuk tujuan pindah kredit dan pengiktirafan pekerjaan; dan (iii) bekerjasama dengan PTPTN untuk bantuan kewangan kepada mereka yang mengambil kursus-kursus pendek. Sehingga 31 Januari, sebanyak 11,117 kursus daripada 594 program yang mendapat akreditasi telah ditawarkan secara micro-credential daripada peringkat sijil sehingga ke peringkat sarjana dengan peningkatan penawaran kursus secara micro- credential dalam kalangan IPT. Usaha ini dapat dilihat mampu menyokong usaha memperhebat pembangunan bakat untuk kemajuan negara dan mempelbagaikan pembelajaran secara lebih fleksibel. Terima kasih.
Yang Berhormat Permatang Pauh, soalan pertama.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas pengumuman, khususnya usaha di bawah GITC dan pengenalan kursus pendek. Soalan saya, semasa pandemik kita melihat Malaysia mengalami penutupan universiti dan juga institusi TVET. Ini mengakibatkan latihan praktikal yang memerlukan penggunaan peralatan universiti dan pusat latihan terganggu. Kekurangan latihan praktikal menjejaskan bukan sahaja kualiti graduan TVET tetapi kesan kekal kepada pasaran buruh kita lebih-lebih lagi sektor-sektor yang menghadapi jurang kemahiran yang jelas. Adakah kementerian telah melaksanakan penilaian impak penutupan institusi TVET terhadap pelajar, jumlah pelajar yang telah hilang peluang yang sepatutnya melalui program TVET dan apakah Majlis TVET ini mengambil kira pemberian subsidi khusus kepada sektor yang terkesan because certain sektor buruh itu jauh lebih terkesan berbanding yang lain sebagaimana dibuat di Negara Korea Selatan? Jadi, saya ambil maklum ada kursus pendek diberikan kepada pelbagai segmen tetapi ini khas kepada golongan yang mungkin tercicir akibat pandemik dan menepati ketepatan ataupun keperluan sektor yang alami jurang kemahiran. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas soalan tambahan, dan terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
KPT mengambil maklum apa yang disebut dan dinyatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Selari dengan PKP yang berkuat kuasa 18 Mac 2020, sektor pendidikan antara industri yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19 ini. Walau bagaimanapun, KPT mengambil inisiatif untuk membenarkan pelajar yang berkeperluan kembali ke kampus. Ada enam kategori pelajar untuk memastikan kelangsungan pembelajaran mereka. Kita dalam waktu yang sama, kementerian juga ada membuat beberapa kajian, Yang Berhormat. KPT melalui JPT dengan kerjasama MQA, dan Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia sebenarnya sekarang ini tengah menjalankan satu kajian kualiti pengajaran dalam talian semasa pandemik COVID-19 di IPT. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kualiti pembelajaran dalam talian, keberkesanan serta kesediaan pelajar, tenaga pengajar dan IPT untuk meneruskan pelaksanaan pembelajaran dalam talian. Dalam waktu yang sama juga untuk makluman Yang Berhormat, daripada segi penilaian impak juga, kementerian dengan kerjasama Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia telah menyiapkan satu kajian yang bertajuk, “Kesan COVID-19 Terhadap Kebolehpasaran Graduan 2020”. Ini sudah semestinya objektif pertama kajian ini untuk mengenal dan mengkaji kesan COVID-19 terhadap kebolehpasaran. Saya hendak kongsi akan beberapa dapatan. Antara dapatan kajian ini menunjukkan pada tahun 2020, berlaku sedikit pengurangan, 17.4 peratus bagi graduan bekerja berbanding dengan tahun 2019.
Pengurangan itu adalah sebanyak 17.4 peratus dan kadar kebolehpasaran graduan keseluruhan juga sebenarnya menurun Yang Berhormat bagi tahun 2020 kepada kadar 84.4 peratus berbanding tahun 2019 pada kadar 86.2 peratus. Bermaksud— Ia sedikit penurunan tetapi mungkin disebabkan pandemik dan sebagainya. Akan tetapi, keseluruhan untuk graduan TVET ini memang sangat tinggi dan boleh kita banggakan di Malaysia ini kalau kita bandingkan dengan universiti-universiti yang lain. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada tahun 2019 sebanyak 96.7 peratus kebolehpasaran manakala bagi tahun 2020 sebanyak 91.4 peratus. Ia masih lagi above 90 percent, dengan izin. Melalui peruntukan PENJANA ada dua program untuk tingkatkan latihan dan juga latihan semula iaitu KPT-CAP dan juga KPT-PACE. Tujuannya untuk dapat kita tingkatkan kemahiran pelajar ini supaya senang laluan dia untuk kemasukan ke alam pekerjaan. Mengenai subsidi pula Yang Berhormat. Subsidi ini saya akan panjangkan kepada jawatankuasa ini kalau mungkin boleh diperbincangkan dengan lebih lanjut dan apa juga cadangan-cadangan oleh GITC ini pada kementerian nanti. Terima kasih.
Soalan selanjutnya, Yang Berhormat Baling.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Syabas dan tahniah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana cuba sedaya upaya untuk meringankan beban anak-anak muda kita. Merujuk kepada data kursus micro-credential seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dalam ucapan jawapan utama tadi, ingin saya bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri sejauh manakah kementerian melaksanakan kawalan kualiti terhadap pelaksanaan kursus micro-credential ini di IPT agar pelajar mendapat kemahiran dan pendidikan yang berkualiti melalui platform yang sedang disediakan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sekali lagi syabas dan tahniah Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Untuk memastikan pelaksanaan micro-credential ini adalah mengikut piawaian yang kita tetapkan, MQA sebenarnya telah terbitkan satu garis panduan amalan baik iaitu yang dinamakan micro-credential sebagai panduan pembangunan program atau kursus berbentuk micro-credential. Panduan ini
menjelaskan dasar dan kaedah yang terbaik dalam melaksanakan micro-credential bagi kursus daripada program yang telah mendapat akreditasi ataupun kursus standalone serta dasar pindah kredit bagi tujuan mendapatkan penganugerahan kelayakan akademik ini. Saya juga hendak maklumkan juga bahawa untuk menjamin kualiti penawaran micro-credential di IPT ini pelaksanaannya bagi kursus-kursus dalam program pengajian akan kita semak semula semasa penilaian akreditasi atau audit pematuhan oleh MQA. Sebarang kalau sekiranya ada ketidakpatuhan terhadap piawaian tersebut, kita khuatir ia akan menjejaskan status akreditasi program berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat Baling juga, IPT juga dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang merangkumi aspek pengurusan dan kelulusan bagi pembangunan reka bentuk, penyampaian untuk penambahbaikan micro- credential. Ini untuk makluman kepada Yang Berhormat Baling lah. Terima kasih banyak.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Alam Sekitar dan Air, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjawab seperti di nombor sembilan hingga 16 dalam susunan giliran Menteri menjawab ke atas perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu 16 Mac 2022.”
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk putuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Usul — Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan AgongMotion
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih kerana Titah Tuanku semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Keempat belas”. [14 Mac 2022]
Minta Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air mula menjawab. Masa 30 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 37 Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam membahaskan empat isu utama di Kementerian Alam Sekitar dan Air iaitu perubahan iklim, pengurusan alam sekitar, bekalan air dan sumber air serta pengurusan banjir. Saya mulakan kepada isu perubahan iklim. Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Tanjong Malim dan Yang Berhormat Balik Pulau membangkitkan isu berhubung dengan pembangunan akta, dasar dan strategik bagi menangani perubahan iklim. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang melaksanakan pembangunan akta, dasar dan strategi bagi menangani perubahan iklim secara berperingkat melibatkan kerjasama strategik bersama kementerian dan kerajaan negeri. Justeru, Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan forum tertinggi bagi membincangkan mengenai penetapan dasar dan hala tuju negara berkaitan perubahan iklim termasuk inisiatif pembangunan rendah karbon dan pertumbuhan hijau. Di peringkat pelaksanaan dasar pula, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Mengenai Perubahan Iklim atau NSCCC. Untuk makluman Dewan yang mulia, KASA telah pun menyiapkan kerangka undang-undang bagi menggubal Akta Perubahan Iklim Negara. Secara umumnya, kerangka undang-undang tersebut mengandungi inti pati asas, fungsi dan peranan kerangka yang meliputi aspek tadbir urus perubahan iklim negara, mitigasi perubahan iklim, adaptasi perubahan iklim, data dan maklumat mengenai perubahan iklim, pembiayaan perubahan iklim, mekanisme pematuhan serta pendidikan dan kesedaran awam mengenai perubahan iklim. Kementerian akan melaksanakan pelbagai proses seperti perincian kandungan akta konsultasi bersama pemegang taruh di pelbagai peringkat. Proses penilaian impak
regulatory sebelum undang-undang perubahan iklim tersebut dimuktamadkan dan insya- Allah akan dibentangkan dalam Parlimen yang mulia ini. Mengambil kira perkembangan semasa berkaitan perubahan iklim di peringkat antarabangsa dan kebangsaan, Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang melaksanakan semakan semula Dasar Perubahan Iklim Negara 2009. Proses semakan dasar ini melibatkan cadangan pendekatan baharu iaitu pembangunan teras strategi bagi tindakan mitigasi dan adaptasi bagi sektor-sektor berkaitan. Penambahbaikan sistem sokongan bagi pelaksanaan dasar dan penambahbaikan penyampaian dasar kepada pemegang taruh secara inklusif dan bersepadu. Proses semakan Dasar Perubahan Iklim Negara kini sedang berada di peringkat akhir dan dijangka akan dimuktamadkan, insya-Allah pada tahun ini. Bagi menyokong dasar utama tersebut, beberapa strategi dan inisiatif sedang dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air. Di antaranya ialah; (i) membangunkan Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon Negara (LT-LEDS) bagi menyokong ketetapan dasar dalam mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih negara seawal tahun 2050; (ii) membangunkan pelan hala tuju NDC negara; (iii) menubuhkan Pusat GHG Kebangsaan bagi memenuhi obligasi pelaporan perubahan iklim negara; (iv) membangunkan platform perdagangan karbon peringkat domestik dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Bursa Malaysia bagi menyokong usaha pengurangan pelepasan GHG negara; dan (v) mengintegrasi tindakan reputasi perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana di bawah RMKe-12 dan rancangan pembangunan lima tahun seterusnya. Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Tanjong Malim dan Yang Berhormat Balik Pulau membangkitkan isu mengenai strategi adaptasi perubahan iklim. Kerajaan mengambil pendekatan whole-of-nation dengan izin dalam Rancangan Malaysia Ke-12 bagi menggembleng pembabitan dan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan bagi mencapai objektif teras-teras strategik termasuklah penglibatan Integrasi Pengurangan Risiko Bencana di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri bagi menangani impak perubahan iklim di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air.
KASA menitikberatkan tindakan adaptasi perubahan iklim bagi meningkatkan daya tahan dan kapasiti adaptif negara terhadap impak perubahan iklim. Bagi tujuan ini, KASA akan membangunkan National Adaptation Plan (NAP) bagi merangka strategi adaptasi perubahan iklim negara bagi jangka masa panjang merangkumi lima sektor utama iaitu: (i) keselamatan air dan sumber air; (ii) pertanian dan keselamatan makanan; (iii) infrastruktur, tenaga dan persekitaran yang terbina; (iv) perhutanan dan biodiversiti; dan (v) kesihatan awam. KASA juga akan memperkasakan tabir urus adaptasi perubahan iklim sektor air melalui pembangunan Akta Adaptasi Perubahan Iklim Sektor Air sebagai strategi jangka panjang dengan mengambil kira keperluan peningkatan tahap perlindungan infrastruktur saliran dan pantai negara. Di bawah akta ini, kerajaan akan mencadangkan penubuhan sebuah tabung khas atau Tabung Kumpulan Wang Amanah untuk peningkatan...
Mohon penjelasan Yang Berhormat.
Sekejap. Kapasiti adaptif sektor air dan kawasan pesisir melalui pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur yang mengambil kira faktor perubahan iklim. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memohon maaf sedikit lewat tentang isu sifar karbon itu ya. Saya rasa memang aspirasi itu baik. Hanya bahaya utama adalah apabila negara-negara maju yang banyak menekan kita, menekan negara-negara seperti Malaysia sedangkan mereka sepatutnya melakukan lebih banyak lagi dalam mencapai pengurangan suhu 1.5 darjah Celsius. Jadi persoalan saya, apakah yang mampu dilakukan oleh kementerian untuk memastikan kita tidak digunakan sebagai negara bagi mengimbang balik (offset)? Mereka boleh beli pelepasan karbon di Malaysia sementara dia terus menerus mencemar dan menaikkan suhu. Jadi, some mitigation measures lah daripada pihak kita. Terima kasih.
Terima kasih yang dibangkitkan. Isu carbon trading ini sebenarnya kita mengawal, kita membina satu peraturan dan sistem. Pertama sekali, kita minta supaya semua transaksi urus niaga karbon ini hanya melibatkan transaksi dalam negara. Kita tidak benarkan jualan keluar buat masa ini kerana faktor yang pertama ialah untuk makluman, total emission negara kita ialah 316.83 juta tan CO2 setara. Sedangkan offset kita semasa ialah 259.15 juta tan setara. Jadi kita masih kekurangan 75.49 juta tan CO2 setara. Jadi oleh kerana itu, sektor yang kita lihat perlu dikawal penjualan keluar sebab apabila berlaku penjualan ke luar negara, kita menyebabkan pelaporan kita akan berkurangan. Ada tiga komponen besar. Pertama ialah negara-negara yang maju mesti melaksanakan tanggungjawab ke atas negara yang sedang membangun khususnya tentang pelan pemulihan bagi membiayai projek-projek yang dibangunkan di negara sedang membangun. Kedua ialah pemindahan teknologi. Ini yang dibangkitkan di dalam persidangan COP26 baru-baru ini dan perkara ini akan disambung dalam persidangan COP27 yang akan diadakan di Egypt pada hujung tahun ini. Kita menjangka beberapa langkah ini menyebabkan negara-negara yang sedang membangun dapat mengawal sumber- sumber dia daripada di cerobohi oleh negara-negara maju. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri.
Ya, satu sahaja ya.
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan berkenaan dengan carbon trading. Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya terima bahawa carbon trading ini patutnya difokuskan di negara kita dan patut juga dijadikan sebagai satu insentif kepada pelabur yang akan memasuki di Malaysia dan seluruh negeri di Malaysia. Saya ingin bertanya kepada Menteri berkenaan dengan Nature Conservation Agreement (NCA) di Sabah. Menteri tetap selalu disoal berkenaan dengan ini. Kita hormati bahawa Sabah boleh menentukan apa sahaja berkenaan dengan environment dan nature di Sabah. Akan tetapi setujukah Menteri bahawa NCA ini tidak diperhalusi dengan baik dan akan ada problem sebab trading-nya adalah di Singapura dan bukan di negara kita sendiri? Terima kasih.
Baik, terima kasih. Isu NCA ini telah pun banyak kali dibangkitkan di dalam Dewan dan saya telah jelaskan bahawa kita sedang membangunkan satu platform untuk urus niaga karbon. Jadi oleh kerana itu, mana-mana negeri yang ingin melakukan perundingan tentang penjualan karbon negeri masing- masing ataupun offset karbon negeri masing-masing, dia perlu melalui focal point yang betul iaitu Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Kita telah mengadakan kerjasama dengan Bursa Malaysia di mana urus niaga tersebut, kita sebagaimana saya menjawab pada persoalan Yang Berhormat Permatang Pauh tadi bahawa, mesti penjualan itu boleh berlaku tetapi pada sektor di dalam negara. Contoh PETRONAS. PETRONAS, dia perlu beli kerana ia bagi menampung offset karbon dikeluarkan. Jadi kita hendak supaya semua urus niaga ini, mesti dalam konteks voluntary carbon market guidelines yang telah kita bina ini supaya ia bersifat domestic emission trading yang kita bangunkan. Akan tetapi saya suka maklum bahawa apa yang berlaku di peringkat perundingan di antara Sabah dengan sebuah syarikat di Singapore, belum ada mana- mana binding daripada segi peraturan ataupun perundangan. Mana-mana penjualan melibatkan luar negara mesti melalui Kerajaan Persekutuan. Ini peraturan yang sedia ada yang semua negeri harus patuhilah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan sedikit. This includes dengan izin, ini termasuk dengan blue carbon iaitu karbon di laut juga? Terima kasih.
Ya, ya termasuk semua. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sikit Yang Berhormat Menteri.
Saya...
Dengan carbon trading ini, saya hendak minta Menteri ini juga sedikit maklum balas. Saya ingat kita sebagai negara membangun ataupun biodiversiti yang besar negara Malaysia, kita janganlah selalu hendak dengar kepada the western powers tentang isu ini. Kita jangan lemah sangat. Kita kena kuat, pendirian kita kena didengari oleh dunia. Sebab janganlah bila kita pergi kepada international conference ini semua kita hendak patuhi apa yang mereka hendak lakukan. I think we have to be strong. We have to stand our ground as far as carbon trading and also in terms of biodiversity is concerned. Kita ada pendirian diri kita. So, janganlah kita terlalu lemah untuk dengar apa yang mereka buat, selepas itu kita kena ikut mereka juga. I think that is not right.
Ya, saya sangat setuju dengan apa yang dibangkitkan. Itu pendirian negara kita punya dasar kita sendiri dan kita bangunkan kerangka ini termasuklah perbincangan dengan rakan-rakan dari negara-negara ASEAN bagi ada pendirian khusus bagi negara-negara sedang membangun, berbanding negara maju yang sering kali mengambil kesempatan menekan negara-negara yang sedang membangun. Saya setuju apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih. Saya hendak akhiri bahagian yang pertama ini menyebut bahawa KASA juga berhasrat untuk membangunkan Pusat Adaptasi Kebangsaan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menyelaras dasar dan pelaksanaan adaptasi perubahan iklim integrasi pengurangan risiko bencana dan pencegahan kehilangan dan kerosakan akibat kesan perubahan iklim yang melibatkan sektor-sektor yang mudah terancam. Bagi isu pengurusan alam sekitar, Yang Berhormat Pasir Mas...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Minta sebelum berpindah kepada tajuk yang lain.
Soalan terakhir ialah berhubung dengan perubahan iklim sebab saya ada empat sektor, baru satu baru.
Tentang Pelan Adaptasi Nasional itu yang disebutkan ada menyebut tentang lima sektor yang akan
disentuh. Saya ingin bertanya, bila Pelan Adaptasi Nasional ini akan siap dan dapat dibentangkan? Sama ada di dalam setiap pelan itu yang sudah tentu akan menelan belanja di dalam setiap rancangan pembangunan yang hendak dibuat, dimasukkan supaya pelan-pelan pembangunan itu mengambil kira semua ini? Terima kasih.
Untuk makluman, sebagaimana yang telah saya nyatakan, Pelan Adaptasi Negara (NAP) ini telah pun kita bangunkan merangkumi lima sektor. Lima sektor ini ialah sektor-sektor yang besar yang melibatkan pelbagai pihak dan program agensi. Soal bila dijangka siap, kita sebenarnya di dalam kerangka untuk menyiapkan secepat mungkin. Hasrat kita dapat siapkan pada hujung tahun ini bagi kita membangunkan pelan ini. Tentang kos, ia melibatkan banyak agensi dan banyak pihak yang kita ambil kira dalam— sebagai contoh, keselamatan air dan sumber air. Ia juga melibatkan keselamatan empangan kita yang sedia ada, yang sedang dibangunkan. Juga termasuklah sumber- sumber air di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang kita juga bangunkan. Kos ini melibatkan banyak pihak dan saya kena teliti keseluruhan kos yang sangat besar. Akan tetapi ia mempunyai jangka masa sederhana dan jangka masa panjang yang kita fikir bahawa insya-Allah, mudah-mudahan ia dapat mengurangkan risiko perubahan iklim kepada negara kita. Terima kasih Yang Berhormat. Balik kepada soalan yang dibangkitkan berhubung dengan pengurusan alam sekitar, dibangkitkan isu EIA. Yang Berhormat Pasir Mas menyentuh peranan EIA di dalam mengawal kesan kepada alam sekitar terutama mengelak berlakunya banjir yang berpunca daripada pelaksanaan pelbagai projek. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan EIA adalah satu kajian untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan kepada alam sekitar bagi suatu cadangan projek dan mengenal pasti langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil sebelum projek diluluskan dan dilaksanakan.
Ia merupakan suatu mekanisme bagi mengawal impak pelaksanaan suatu projek kepada alam sekitar di sebuah kawasan sama ada kawasan sensitif alam sekitar ataupun bukan sensitif alam sekitar. Walau bagaimanapun, bukan semua projek tertakluk kepada EIA. Keperluan EIA akan ditentukan berdasarkan pelbagai syarat seperti keluasan tapak projek, kecerunan dan lain-lain syarat yang ditentukan selaras dengan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Sehubungan dengan itu, semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi memastikan projek-projek yang dilaksanakan selaras dengan keperluan perintah ini jika berkaitan bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, sebelum aktiviti bermula di tapak, penggerak projek perlu menyediakan dan mengemukakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar atau Environmental Management Plan (EMP) yang memperincikan langkah- langkah kawalan yang akan diambil untuk meminimumkan impak kepada alam sekitar. Antara langkah-langkah pencegahan yang diambil berdasarkan sepenuhnya amalan pengurusan terbaik setiap peringkat pembangunan sebagai contoh di peringkat pengurusan dan perancangan projek, mekanisme kawalan air, larian permukaan, mekanisme kawalan hakisan, mekanisme kawalan sedimen dan sebagainya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tiada keperluan untuk EIA dikemukakan semula oleh kerana EMP boleh dikemas kini daripada masa ke semasa. Ini sebab ada di antara Ahli Yang Berhormat membangkitkan supaya EMP itu sentiasa disemak dan sebagainya. Akan tetapi, sepanjang projek terlaksana EMP sebenarnya akan mengawal selia dan ini akan dilaksanakan selaras dengan akta AKAS 1974. Isu pencemaran jerebu ataupun RUU Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri. Isu pencemaran jerebu...
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan EIA.
[Tidak jelas]
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tadi dalam penjelasan Yang Berhormat Menteri ada kata laporan EIA adalah berdasarkan salah satu daripada faktornya tentang keluasan yang terlibat. Jadi adakah kementerian sedar bahawa ada pihak-pihak tertentu mereka akan cuba elak daripada menyediakan laporan EIA dengan mereka membangunkan projek mereka dengan pecah kepada keluasan yang kecil supaya mereka tidak perlu sediakan EIA atau tidak perlu mengikut peraturan dalam EIA. Contohnya, mungkin 1000 ke atas perlu ada laporan EIA. Jadi, dia pecahkan projek dia kepada banyak fasa. Dengan fasa yang kecil-kecil, keluasan yang kecil maka dia elak daripada laporan EIA. Akhirnya, keluasannya adalah besar dan dia tidak perlu beri EIA dan dia menjejaskan alam sekitar kita. Apakah penjelasan Yang Berhormat Menteri?
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sedikit juga.
Perkara ini sebenarnya...
Yang Berhormat Menteri, minta soalan sama sebelum dan supaya Yang Berhormat Menteri boleh jawab sekali mengenai EIA.
Okey.
Itu antara pengumuman dan penjelasan Yang Berhormat saya ucapkan terima kasih. Dengan kenyataan di bawah itu berbeza. Apabila berlaku hakisan, tanah runtuh dan juga banjir ia ada kaitan dengan kajian EIA sebelumnya. Apakah ada kelemahan daripada segi ini ataupun pengawasan dan penguatkuasaan? Saya bangkitkan umpamanya dua isu sebelum ini. Pertama soal banjir dan impak dari Dasar Perhutanan Malaysia dan juga pembalakan. Sekali lagi dalam isu pembalakan, umpamanya tahun 2021 nilai eksport itu sebanyak RM22.7 bilion. Jadi, saya telah usulkan di Dewan, apakah tidak mungkin kerajaan guna kebijaksanaannya untuk menentukan syarikat-syarikat balak yang besar ini bayarlah sedikit ganti rugi. Kawasan orang asli, kawasan kampung-kampung yang menerima balak yang sebenarnya menerima bala. Ini sebab masa banjir itu balak sampai ke hujung rumah. Kemudian jawab kerajaan itu mungkin urusan kerajaan negeri. Saya hendak jelaskan juga ada undang-undang yang jelas tentang peruntukan Perkara 94(1), kuasa kerajaan Persekutuan yang Yang Berhormat Menteri telah jelaskan sebelum ini. Dasar Perhutanan Malaysia, Central Forest Spine dan Heart of Borneo tetapi tidak ada tekad politik untuk turut mengurangkan kesusahan dan derita orang-orang yang terkesan. Ini bukan perkara baharu, berlanjutan tahun demi tahun tidak dilakukan. Kemudian hal yang sama adalah tentang kajian —Itu soal pembalakan. Sama tentang —Ini kerana ia tidak kait sangat dengan EIA walaupun sepatutnya ada. Kedua ialah soal, jerebu yang mula disebut, yang sedang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Saya pernah usulkan syarikat-syarikat kelapa sawit besar ini termasuk Sime Darby, IOI, tidakkanlah tidak boleh pastikan satu peraturan di mana kawasan-kawasan terkesan dengan jerebu terutamanya kawasan-kawasan yang agak dalam kategori miskinlah, dibayar sedikit ganti rugi ataupun buat beberapa persiapan. Ini kerana syarikat-syarikat ini catat keuntungan berbilion ringgit satu tahun. Kalau ada sedikit keprihatinan daripada segi kerajaan khususnya Yang Berhormat Menteri untuk memastikan syarikat-syarikat ini membayar sedikit ganti rugi kepada yang terkesan. Ini dua perkara balak dan juga EIA tadi.
Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja, saya. Yang Berhormat Menteri sedikit...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...
Saya setuju, saya setuju...
Saya minta maaf masa saya tinggal 10 minit lagi. Saya minta maaf, saya tidak beri laluan...
Yang Berhormat Menteri boleh Pengerang mencelah?
...Sedikit Yang Berhormat Menteri. Ini isu EIA ini.
Saya minta maaf saya tidak dapat beri laluan kerana saya baru menyentuh sektor kedua, saya ada empat sektor. Jadi mohon maaflah.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Berbalik kepada soalan yang dibangkitkan. Soalan ini berhubung dengan EIA dan saya jelaskan tidak semua projek tergantung kepada EIA. EIA ini yang melibatkan empat komponen sahaja yang perlu keluasan, kadar kecerunan, safety alam sekitar serta kawasan-kawasan yang digazet oleh PLANMalaysia. Jadi, empat syarat itu terikat dengan EIA. Di luar empat syarat itu, mereka tidak perlu minta EIA. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka ialah terkadang...
Itu yang kita kata Yang Berhormat Menteri, akta kena ditukar. Kita kena tukar akta itu. Kita kena kaitkan mereka yang gunakan akta ini untuk atasi masalah.
Ya, lah. Saya...
Jadi, akta ini kena ditukar.
Minta maaf, minta maaf. Saya menjawab soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan...
Peraturan 37 Yang Berhormat.
...Bukan hendak pinda akta baharu dan mungkin yang baharu itu kita kena bincang masa lainlah. Sesi ini adalah sesi bagi Menteri menjawab apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Jadi, saya sebut bahawa tidak semua projek terikat dengan EIA. Apa yang dibangkitkan kadang-kadang ia sengaja pecahkan sebagai mana yang dibangkitkan bahawa mengurangkan. Contoh, 50 hektar syarat mesti ada EIA. Mungkin dia buat 45, 48 hektar dan sebagainya. Ini antara beberapa loophole yang sentiasa ada dalam sistem undang-undang kita. Jadi, oleh kerana itu, apa yang kita boleh buat ialah kita memantau semua projek. Sebagai contoh, ada satu kes kilang kuari di Perak. Kita gantung operasi kerana laporan menyebabkan pencemaran walaupun ia tidak perlu EIA tetapi ada laporan kita terima dan kita pantau dan ternyata dia melanggar syarat-syarat dan kita menggantung operasi sampai lima, enam bulan kita operasi hingga dia pastikan pemulihan semua pencemaran dapat diatasi baru kita benarkan kilang tersebut beroperasi balik. Berhubung dengan soal pembalakan dan sebagainya yang tidak terikat dengan PLANMalaysia. Saya tidak boleh menjawab bagi pihak kementerian lain. Kedua, saya setuju bahawa sebenarnya sepatutnya mereka ini dikenakan caj pencemaran alam
sekitar. Sebagai contoh, kilang-kilang kelapa sawit ia ada caj sebenarnya kepada sektor pencemaran alam sekitar. Ini adalah antara contoh yang baik. Walau bagaimanapun, perkara ini perkara yang juga saya bincangkan di peringkat kementerian bagaimana kesan perubahan alam sekitar yang disebabkan oleh kilang-kilang dan sebagainya perlu dikenakan suatu semakan peraturan yang sedia ada untuk kita pastikan supaya pengawalan kepada pencemaran dapat kita atasi dan tanggungjawab sosial mereka perlu dilaksanakan. Isu —Saya punya masa enam mini lagi. Saya hendak jawab soalan berhubung dengan isu pencemaran jerebu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, isu jerebu kebiasaan berlaku antara bulan Jun dan September. Cuma kita hendak —Saya suka maklumkan bahawa di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air, kita sentiasa mengawal selia tentang kemungkinan jerebu pada bila-bila masa dan kita telah tubuhkan beberapa jawatankuasa tindakan. Pertama,Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Pelan ini menggariskan tindakan- tindakan bersepadu yang perlu diambil oleh Jabatan Alam Sekitar dan agensi. Kedua, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan kita juga telah mengadakan satu Jawatankuasa Tindakan Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan yang mengadakan mesyuarat dua tahun sekali dan termasuk juga negara-negara rantau kita di ASEAN. Insya-Allah pada bulan Mei, nanti kita ada persidangan tentang isu jerebu dengan negara rakan-rakan kita di ASEAN.
Pemerkasaan AKAS 1974, isu bersepadu dan CEPA juga dilaksanakan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bachok. Untuk makluman, kita ada tiga fasa dalam bahagian ini. Fasa pertama yang telah pun kita siapkan dan kita bangunkan dalam proses di Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Ini melibatkan penalti, komponen hukuman, penalti dan kompaun. Manakala fasa yang kedua, KASA sentiasa peka dengan keperluan semasa. Namun, pindaan ini perlu diteliti dan kita akan libatkan pelbagai pihak pengantara bagi mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Ya, sila. Saya fikir saya bagi peluang terakhir. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi soalan apa yang bangkitkan adalah Akta Jerebu Rentas Sempadan (Transboundary Haze Pollution Act). Saya telah bangkitkan bahawa adanya keperluan untuk Parlimen ini untuk meluluskan Transboundary Haze Pollution Act kerana kebanyakan jerebu yang berlaku tidak – adalah jerebu merentasi sempadan daripada Indonesia. Kalau kita ada akta ini, kita boleh sekurang-kurangnya prevent syarikat-syarikat kita daripada menyebabkan jerebu dari Indonesia, bukan di Malaysia. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita adakan Akta Jerebu Rentas Sempadan. Yang Berhormat Menteri belum jawab lagi.
Terima kasih. Saya sebenarnya isu ini telah pun saya bangkitkan dulu di dalam Dewan yang mulia ini. Kita melihat keperluan suatu akta ini ialah penguatkuasaan akta tersebut. Kalau kita bina satu akta, tetapi akta itu tidak boleh hendak kuat kuasa disebabkan oleh kerana faktor-faktor keselamatan data yang tidak diserahkan oleh pihak negara terbabit, soal campur tangan dalam urusan negara lain dan sebagainya yang menyebabkan kita melihat bahawa keperluan akta ini sebenarnya walaupun ia ada keperluan, tetapi lebih mudah kita buat pendekatan secara perundingan dengan rakan-rakan kita dengan negara jiran. Kalau kita ada akta, tetapi kita tidak boleh hendak kuat kuasa - contohnya walaupun disebut tadi ialah syarikat Malaysia di Indonesia, betul. Akan tetapi data yang hendak diberi oleh Indonesia, Indonesia tidak mungkin bagi data negara dia kepada negara lain sebab ia melibatkan soal keselamatan dan sebagainya. Jadi, isu kita ada kekangan di situ. Sebab itu kita ambil pendekatan kita pergi jumpa, kita runding dan ambil pendekatan bersama untuk mengatasi jerebu sebab jerebu ini bukan dari Indonesia sahaja, mungkin daripada negara lain akan berlaku. Jadi, oleh sebab itu hubungan
diplomatik antara negara-negara ASEAN ini perlu kita jaga dan saya fikir pendekatan itu lebih harmoni daripada kita wujud akta, tetapi tidak boleh laksanakan akta tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh saya bangkitkan sekali lagi. Apa yang saya bangkitkan dalam perbahasan ialah di mana syarikat-syarikat perladangan ini, mereka bagi satellite data mereka di mana kita pastikan mereka tidak ada hotspot apabila mereka semasa musim jerebu di perladangan mereka di Indonesia. Kedua adalah di mana kita hendak mereka untuk hantar laporan di mana apakah tanah yang mereka beli tidak ada slash and burn apabila mereka beli sebelum mereka membuat pembelian tanah ini. Saya telah bangkitkan dalam perbahasan saya.
Ya, ya. Terima kasih.
So, saya berasa bahawa...
Saya faham, saya faham. Terima kasih.
So, oleh itu, bukan penguatkuasaan, tetapi secara untuk meningkatkan ketelusan, ketelusan untuk memastikan bahawa syarikat kita dengan ada ketelusan, kita boleh mengelakkan mereka daripada membuat sesuatu yang tidak baik di negara Indonesia.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Memandangkan banyak soalan tambahan, saya tambah 10 minit.
Sebenarnya data-data umum itu kita dapat cerap buat masa ini pun. Untuk makluman, dalam persidangan kita dengan rakan- rakan negara ASEAN, mereka juga membentang tentang kawasan-kawasan hotspot yang berlaku di negara mereka dan sejauh mana tindakan-tindakan yang telah diambil oleh negara tersebut bagi mengelak jerebu daripada negara itu masuk ke negara jiran. Saya fikir data-data yang umum ini ada. Cuma, isu yang kedua dibangkitkan soal pembangunan tanah daripada syarikat- syarikat Malaysia yang hendak buat ladang di Indonesia dan guna tanah sebagainya itu melibatkan hak Kerajaan Indonesia untuk beri tanah mana yang hendak jual atau hendak dibenarkan. Kita akui bahawa negara kita juga sebenarnya banyak tanah gambut yang sering kali berlaku kebakaran contohnya di Sarawak, di Pahang dan sebagainya. Jadi, pendekatan kita buat masa ini saya hendak maklum pada Dewan yang mulia ialah pendekatan melalui perundingan, perbincangan dan pembentangan secara telus dan kita harapkan dengan cara itu kita dapat atasi. Buat masa ini alhamdulillah, dua tahun kebelakangan ini kita tidak ada berlaku jerebu kerana cuaca yang agak sejuk, agak lembap. Akan tetapi kita harapkan pada bulan Mei nanti kita akan ada perundingan bagi membangkitkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya minta maaf, saya minta maaf kerana masa saya sangat terhad.
Satu minit lagi. Yang Berhormat Menteri, kalau boleh sebab apa-apa tindakan diplomatik, kita sudah ambil tindakan diplomatik selama 20 tahun. Ini semua kita akan terus buat, tetapi apakah additional, apakah ekstra things that we can do? Ini adalah sangat penting dan saya sekali lagi berharap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh timbang lagi untuk adakan Akta Jerebu Rentas Sempadan. Ya.
Okey, okey. Terima kasih. Saya hendak bangkitkan isu bekalan air dalam pembetungan. Yang Berhormat Labuan mohon agar satu bajet kecemasan diperuntukkan bagi melaksanakan tindakan penyelesaian jangka pendek masalah gangguan bekalan air di Labuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian memandang serius dan mengambil perhatian mengenai gangguan bekalan air yang berlaku di Labuan. Dalam hal ini, peruntukan kecemasan berjumlah RM3.32 juta telah diluluskan bagi tahun 2022 bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan seperti
pembaikan komponen mekanikal dan elektrikal di loji serta rumah pam dan kerja-kerja pembaikan paip bocor seterusnya pembaikan jalan, RM3.32 juta diluluskan untuk tahun ini. Itu untuk penjelasan masalah yang dibangkitkan. Yang Berhormat Papar mohon penyelesaian isu gangguan bekalan air di Sabah...
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sedikit?
Ya, Yang Berhormat Labuan.
Ya. Pembaikan bocor dan sebagainya itu, ia memang perlu dan ia akan memakan masa untuk di – sebab paip yang pecah ini adalah daripada paip yang di seluruh Labuan, umurnya sudah melebihi 40 tahun. Jadi, selain daripada pembaikan paip dan kerja-kerja mekanikal, saya rasakan kita perlu mengadakan short term solution seperti mengadakan tangki-tangki elevated tanks untuk kita menyeimbangkan tekanan dan ini akan dapat mengurangkan putusnya air di kawasan- kawasan yang tekanannya rendah.
Okey, terima kasih. Sebenarnya jawapan saya ini panjang. Akan tetapi oleh sebab masa saya sangat terhad, itu termasuk sebahagian - apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu termasuk dalam antara perancangan RM3.32 juta yang kita luluskan. Saya telah pun bagi komitmen untuk turun sendiri ke Labuan untuk melihat masalah ini dan kita cuba penyelesaian segera apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat Papar membangkitkan penyelesaian isu gangguan bekalan air di Sabah. Untuk makluman Dewan yang mulia, dalam Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak 12 projek telah diluluskan dalam peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.11 bilion bagi projek pinjaman dan geran dengan pecahan seperti berikut. Pertama, peruntukan RMKe-11 sebanyak RM2.19 bilion secara pinjaman dan RM87.2 juta secara geran dan peruntukan RMKe-12 sebanyak RM5 juta secara pinjaman. Manakala bagi tahun 2022, sejumlah RM226.8 juta diperuntukkan secara pinjaman dan RM33.2 juta secara geran bagi melaksanakan projek-projek bekalan air di negeri Sabah. Secara khususnya di Papar, terdapat tiga projek yang sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu bekalan air. Pertama, penambahbaikan kapasiti Loji Rawatan Air Telibong 2 daripada 80 juta liter sehari ke 160 juta liter sehari dan termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan yang juga akan siap pada tahun 2022. Kedua ialah penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon daripada 40 juta liter sehari kepada 80 juta liter sehari dan termasuk juga saluran paip utama dan dijadualkan siap pada tahun 2023. Kajian reka bentuk konsep dan bekalan air Kota Kinabalu yang baru diluluskan dalam Rolling Plan Kedua (RP2) RMKe-12. Oleh itu, dalam memastikan isu bekalan air di Sabah dapat diselesaikan khususnya kawasan Papar, peranan Jabatan Air Negeri Sabah adalah sangat diperlukan memandangkan perancangan, pembangunan dan pengoperasian sistem bekalan air dilaksanakan sebaik mungkin dan secara holistik. Kita Pusat, kita bagi dalam bentuk pinjaman, semua projek laksanakan oleh Jabatan Air Negeri Sabah. Yang Berhormat Baling membangkitkan isu projek pembetungan di Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang tidak dilaksanakan. Untuk makluman Dewan yang mulia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air sebagai agensi kawal selia air dan pembetungan telah pun mengeluarkan lesen kelas untuk pemilikan atau pengoperasian dan penyelenggaraan sistem pembetungan persendirian di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yakni Akta 655 bagi pemilik sistem pembetungan persendirian di Pulau Redang. Dalam hal ini, pemilik sistem pembetungan adalah bertanggungjawab dalam memastikan sistem pembetungan mereka berfungsi dengan baik.
Manakala projek pembetungan dicadangkan di Pulau Perhentian bagi menyelesaikan masalah pencemaran sisa kumbahan akibat daripada sistem
pembetungan sedia ada seperti tangki septik individu serta tangki septik komunal yang tidak diselenggarakan dan tidak dinyah cemar. Selain daripada projek pembetungan yang dilaksanakan di Pulau Perhentian juga mengambil kira pembangunan sektor pelancongan dan untuk itu kita telah pun membuat satu kajian yang khusus berhubung dengan perkara ini di Pulau Perhentian dan insya-Allah akan ditender pada April 2022 nanti. Yang Berhormat Sibu memohon agar peruntukan disediakan bagi membesarkan bekalan air di kawasan Sibu. Untuk makluman, program pengurangan NRW negeri Sarawak fasa 2, kita luluskan peruntukan sebanyak RM13.6 juta dan baik pulih sistem agihan di negeri Sarawak fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM8 juta. Keduanya, projek ini dilaksanakan untuk mengurangkan NRW dan meningkatkan reserve margin seterusnya dapat menjamin bekalan air secara berterusan bagi penduduk Sibu. Projek ini masing-masing dijangka dapat disiapkan pada Januari 2025 dan November 2024. Kedua ialah kajian reka bentuk Loji Salim fasa 3 dengan peruntukan sebanyak RM760,000 bagi menilai kebolehlaksanaan untuk naik taraf rawatan Loji Salim daripada kapasiti 150 juta liter sehari kepada 300 juta liter sehari untuk menampung keperluan permintaan kawasan Sibu sehingga tahun 2032. Kajian ini melibatkan reka bentuk terperinci dan akan dinaiktarafkan dijangka akan disiapkan pada Ogos 2023 bagi menyelesaikan masalah secara keseluruhan di kawasan Sibu. Yang Berhormat Merbok memohon projek naik taraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau, saya rasa ini pun banyak kali dibangkitkan. Suka saya maklumkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 kita luluskan projek sebanyak RM147.785 juta. Projek ini telah dimulakan pada 6 Jun 2021 dan dijangka siap pada 20 Disember 2023. Sehingga Februari 2022, kemajuan projek adalah sebanyak 5.33 peratus berbanding jadual lapan peratus. Pelaksanaan projek ini dapat meningkatkan tahap operasi, kapasiti dan keupayaan bekalan air dan kita sedang memantau projek ini dan insya-Allah kita harapkan agar dapat siap dalam jadual yang telah kita sediakan. Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan isu projek pembetungan Jinjang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tak ada? Projek Pembetungan Jinjang Kepong, Batu yang tertangguh yang mana ia merupakan satu pelan di bawah Kuala Lumpur untuk mengatasi banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan sesebuah loji rawatan kumbahan atau sistem pembetungan di sesuatu kawasan adalah bagi menyelesaikan masalah kumbahan dan seterusnya mengurangkan pencemaran terhadap sumber air dan bukan untuk menyelesaikan masalah banjir. Projek pembinaan loji rawatan kumbahan Serantau di Batu Jinjang, Kepong Kuala Lumpur merupakan satu daripada komponen projek River of Life yang objektif utamanya ialah untuk mengurangkan pencemaran dengan meningkatkan kualiti air Sungai Klang serta Sungai Gombak daripada Kelas IV kepada Kelas II. Akhir sekali saya ingin menyentuh soal sektor pengurusan banjir. Oleh sebab banjir ini banyak kawasan yang lebih bersifat localised pada soalan-soalan dibangkitkan, sebahagian itu saya akan sebut, saya akan hantar jawapan bertulis kerana melibatkan projek di kawasan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri. Sini Kepong.
Ya.
Ini fasal River of Life. Soalan saya sama ada River of Life project akan diteruskan? Jika ya, bila akan projek River of Life ini siap? Sebab lebih daripada 10 tahun. Terima kasih.
Ya, projek ini diteruskan dan River of Life sebenarnya projek ini yang sentiasa bersambung. Bukan satu projek. Ia sentiasa dikawal selia dan penyelenggaraan supaya isu-isu tebatan banjir, pencemaran dan kelas air dapat kita jaga sepanjang waktu. Ia bersifat berterusan Yang Berhormat. Terima kasih. Yang Berhormat Baling membangkitkan isu berkenaan dengan keperluan untuk menstabilkan sungai, menaik taraf tali air seperti kolam, pendalaman, penyelenggaraan
sungai dan kolam-kolam takungan seperti Kolam Takungan Air Batu, Kolam Takungan Nanyang, Kolam Takungan Delima, Kolam Takungan Wahyu di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. KASA menyalurkan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja mitigasi banjir. Kerja-kerja kecemasan sebelum ini disebabkan banjir melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi negeri Selangor dan RM3.2 juta bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2022. Peruntukan sebanyak RM20 juta telah disalurkan kepada negeri Selangor dan RM4 juta bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2022 yang merangkumi kerja-kerja pemuliharaan sungai melibatkan skop utama seperti penyiasatan tanah, reka bentuk terperinci, kerja-kerja pengaluran sungai, kerja-kerja penstabilan tebing dan sebagainya. Pada tahun 2021, peruntukan sebanyak RM17.8 juta bagi melaksanakan 83 projek kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk makluman juga bagi tahun 2022, peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan kolam akan dilaksanakan pada tahun 2022 sebanyak RM1.5 juta untuk negeri Selangor dan RM1.5 juta untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Yang Berhormat Bintulu membangkitkan tentang isu tentang perancangan bagi menyelenggarakan dan memelihara sungai-sungai di kawasan Bintulu. Terdapat tujuh projek dengan anggaran kos RM2.6 juta diperuntukkan bagi menangani isu-isu penyelenggaraan dan pemeliharaan sungai di Bintulu. Saya ada detail projek-projek tersebut di kawasan Bintulu yang telah pun kita luluskan di peringkat kementerian dan kita harapkan ia dapat membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya fikir ada soalan-soalan lain yang melibatkan tebatan. Akhir saya hendak sebut tentang Yang Berhormat Tumpat membangkitkan isu tentang pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok. Saya minta dalam seminit lagi, akhir sekali. Ini ada tiga fasa berlaku di Sungai Golok, kita sudah luluskan peruntukan sebanyak RM2.156 bilion yang melibatkan komponen fasa 1 melibatkan hilir lembangan Sungai Golok, jajaran Tumpat. Fasa 2 melibatkan baki kerja untuk menyelesaikan masalah banjir secara keseluruhan melibatkan limpahan Sungai Golok dan fasa 3 ialah melibatkan pembinaan flood wall di bandar Rantau Panjang. Keseluruhan projek utama ini telah pun dalam perancangan, 50 peratus dalam persiapan. Kedua dan ketiga kita mohon dalam RP kedua ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang lain-lain saya fikir saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya dipersilakan Kementerian Dalam Negeri. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada seramai 30 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Titah Diraja 2022 di Dewan yang mulia ini dari 1 hingga 10 Mac 2022 yang antara lainnya telah menyentuh portfolio berkaitan Kementerian Dalam Negeri. Sebelum saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya merafak sembah, menjunjung kasih ke atas Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas tahun 2022 pada 28 Februari 2022 yang lalu. Pertama, berkaitan dengan pembangunan infrastruktur dan kebajikan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan saya dengan menjawab pertanyaan dari Yang Berhormat Hulu Rejang berkaitan status terkini Balai Polis Belaga. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Balai Polis Belaga terletak di dalam kompleks yang sama dengan Ibu
Pejabat Polis (IPD) Belaga dengan keluasan tapak 7.26 ekar dan mula digunakan sejak tahun 1996. Bangunan IPD dan Balai Polis Belaga telah musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku pada 14 Disember 2020 dan kini beroperasi menggunakan kabin atau kontena sementara menunggu bangunan baharu untuk dibina di tapak lokasi sedia ada. Projek pembinaan Balai Polis Belaga telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, RP2 yang akan dilaksanakan oleh pihak JKR. Status terkini projek adalah dalam fasa perancangan. Perancangan projek telah dikemukakan oleh pihak PDRM dan lawatan tapak oleh pasukan projek dijadualkan pada 15 Mac 2022 dan dijangka di tender pada Disember 2022. Seterusnya saya ingin merujuk kepada soalan daripada Yang Berhormat Hulu Langat yang mana bertanyakan mengenai cadangan kementerian untuk menaik taraf pos- pos Pasukan Gerak Am (PGA) dan PDRM di sempadan negara. Untuk makluman Ahli- ahli Dewan yang saya hormati, Kementerian Dalam Negeri sentiasa komited untuk mempertingkatkan keupayaan keselamatan di sempadan negara serta memastikan keselamatan anggota yang bertanggungjawab menjaga sempadan negara adalah terjamin. Justeru kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM35 juta kepada Pasukan Gerak Am dan PDRM melalui Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN pada tahun 2020 untuk tujuan pembaikan 109 pos kawalan keselamatan PGA di seluruh Malaysia, melibatkan kerja-kerja pembaikan am, menaik taraf dan merobohkan serta membina semula pos-pos PGA di sempadan negara. Pada tahun 2022, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan lapan pos kawalan PGA di Sabah dan Sarawak berjumlah RM8.8 juta di bawah inisiatif Bajet 2022 dan pembinaan pos-pos baharu ini dijangka akan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2022. Selain itu, PGA turut memperoleh kelulusan projek baharu di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke-12 tahun 2022 bagi projek merobohkan dan membina semula 18 buah pos PGA di negeri Selangor dengan kos sebanyak RM6 juta.
Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam pun telah menunjukkan pukul 1.00 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung pada jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Ahli Yang Berhormat, sekarang disambung perbahasan....
Tuan Yang di-Pertua.
... Oleh itu saya menjemput Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri atau Timbalannya untuk menjawab. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, boleh kita kira kuorum dulu? [Ketawa]
Ya.
Sebab kuorum tidak cukup.
Saya minta teruskan sebab nanti ada yang tengah sembahyang semua. Nanti insya-Allah dia akan masuk.
Itu bertepatan dengan Standing Orders kah?
Ya, sila.
Yang Berhormat Simpang Renggam, baru masuk hari ini?
Saya minta Timbalan Menteri teruskan.
Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan kepada Timbalan Menteri.
Bagi Timbalan Menteri mulakan dulu.
Biar saya habiskan yang last dulu. Sedikit saja, tiga, empat perenggan daripada menjawab soalan Yang Berhormat Hulu Langat, Tuan Yang di-Pertua. PGA juga turut memperoleh kelulusan projek baharu di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) RMKe-12 tahun 2022 bagi projek merobohkan dan membina semula 18 buah pos PGA di Selangor dengan kos sebanyak RM6 juta. Ya, silakan.
Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merujuk juga kepada soalan lisan saya bertarikh 8 Mac berkaitan dengan kuarters PGA Batalion Kelima di Simpang Renggam dan juga kuarters penjara di Simpang Renggam. Saya kira tadi ada jawapan yang lebar tentang PGA. Saya ucapkan terima kasih atas angka yang diberikan dan agak selari dengan jawapan yang diberikan kepada saya pada 8 Mac yang lalu. Cuma persoalannya, pemantauan terhadap angka-angka yang telah disebutkan kerana ketika saya pergi sendiri ke kuarters penjara ataupun kuarters PGA, penyelenggaraan agak usang dan kita sedihlah. Mereka ini wira-wira kita yang jaga sempadan, yang telah menaburkan jasa yang banyak. Bila kita pergi ke kuarters mereka, agak sedih dan sendu walaupun angka-angka yang disebutkan begitu banyak dan begitu mengujakan. Jadi, saya berharap kepada pihak Kementerian Dalam Negeri dapat melakukan yang terbaik dan kami di pihak Parlimen akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa. Kedua-dua kuarters, Batalion Kelima PGA Simpang Renggam dan juga kuarters penjara. Itu yang pertama. Kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini sekali lagi permintaan. Berkali-kali saya minta kepada Menteri dalam ucapan beliau sebelum-sebelum ini iaitu untuk menambahkan kekuatan anggota dan aset di Balai Polis Simpang Renggam, Balai Polis Renggam dan juga Balai Polis Layang-layang di dalam kawasan Parlimen Simpang Renggam. Penduduk makin bertambah, kita tahu kadar jenayah pun agak banyak dan sebagainya. Akan tetapi bila kita bertemu dengan pihak balai polis, mereka sering mengadukan anggota tidak cukup dan juga bilangan aset tidak cukup. Jadi, saya rasa ini lebih kepada permintaan berbanding dengan soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga kepada Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Sila saya minta Timbalan Menteri kalau boleh buka face mask supaya terang ucapan. Boleh? Dibenarkan. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua. Pandangan ataupun apa yang diluahkan daripada Yang Berhormat Simpang Renggam itu kita perhatikan berkaitan dengan aduan PGA di Sepanggar, dan juga dengan Batalion Kelima di Simpang Renggam. Saya akan pastikan bahawa saya akan melihat perkara ini secara peribadi dan kita akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi anggota-anggota PDRM dan PGA. Sebenarnya memang niat kementerian adalah untuk menyediakan yang terbaik, kemudahan daripada segi keperluan bilangan aset. Namun, kadang-kadang kita berdepan dengan masalah kekangan dana. Maka tumpuan lebih kepada perkara-perkara yang mendesak untuk diatasi bagi semua agensi di bawah KDN. Jadi walau bagaimanapun, kita ambil sikap yang positif terhadap komen daripada Yang Berhormat Simpang Renggam dan kita berterima kasih atas pandangan beliau. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk terus menyambung dengan menjawab soalan daripada Yang Berhormat Segambut yang bertanyakan mengenai status tanah-tanah rizab di Kuala Lumpur.
Tuan Yang di-Pertua, yang mana ada dalam Dewan saja jawab.
Ya.
Yang tidak ada jawab bertulis. Banyak lagi.
Ini yang tiada dalam Dewan boleh skip ke jawapan bertulis. Akan tetapi kalau umum boleh diberi jawapan, tidak ada masalah.
Ya. Yang Berhormat Segambut pula bertanyakan mengenai status tanah-tanah rizab di Kuala Lumpur yang telah diwartakan untuk pembinaan balai polis tetapi disewakan kepada pihak ketiga. Beliau juga bertanyakan jumlah sewa yang sedang dikutip untuk tanah-tanah tersebut dan dalam masa yang sama ingin mengetahui sama ada hasil sewaan itu digunakan bagi tujuan menjaga kebajikan polis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat... [Melihat ke tempat duduk Yang Berhormat Segambut] Saya rasa dia tidak ada di sini. Jumlah Tanah Rizab Persekutuan bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia sebanyak empat lot tanah, dan ke semua tanah rizab tersebut tidak disewakan kepada mana-mana individu ataupun syarikat kerana terdapat bangunan PDRM yang masih beroperasi. Seterusnya, daripada Yang Berhormat Batu Gajah, bertanyakan mengenai hasrat kerajaan untuk menyediakan dana. Adakah sini, kalau tidak ada, kita teruskan kepada yang lainlah...
Yang Berhormat Batu Gajah tidak ada.
Tiada.
Tidak ada.
Kalau Yang Berhormat Batu Gajah tidak ada, kita teruskan kepada selanjutnya, Yang Berhormat Dungun, ada di sini?
Yang Berhormat Lumut.
Yang Berhormat Dungun juga tidak ada?
Tidak ada.
Yang Berhormat Kemaman?
Yang Berhormat Kemaman.
Yang Berhormat Kemaman tidak ada.
Rasah ada, Rasah?
Yang Berhormat Sungai Siput.
Jempol ada, Jempol.
Sungai Siput.
Yang Berhormat Sungai Siput tidak ada. Jadi kalau Yang Berhormat Sungai Siput tidak ada. Yang Berhormat Serian?... Tiada juga. Yang Berhormat Batu Gajah?
Tiada.
Tiada juga Yang Berhormat Batu Gajah. Selanjutnya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Tiada.
Yang Berhormat, yang ada saja jawab.
Rasah, Rasah ada.
Manakah Yang Berhormat?
Yang Berhormat Pasir Mas tidak ada, Yang Berhormat Setiu.
Setiu.
Yang Berhormat Petaling Jaya?
Setiu ada. Setiu.
Setiu ada.
Setiu ada. Okey. Saya jawab kepada Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, Yang Berhormat Setiu mencadangkan agar kerajaan dapat membekalkan kapal induk bagi tiap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia supaya pengawalan sempadan maritim dapat dijalankan dengan lebih efektif dan efisien. Kementerian menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat dalam usaha memastikan keselamatan sempadan perairan negara terjamin. Kementerian Dalam Negeri melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2021 bagi perolehan sebuah multipurpose machine ship dengan kos projek berjumlah RM280 juta dalam penyediaan spesifikasi dan dijangka siap pada April 2022.
Selain itu APMM juga telah mengemukakan permohonan perolehan tambahan dua buah MPMS di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12, tahun 2023. Seterusnya kepada Yang Berhormat Petaling Jaya, ada?
Yang Berhormat Petaling Jaya tidak ada.
Kalau Yang Berhormat Petaling Jaya tidak ada, jawapan bertulis akan diberi dan seterusnya kepada Yang Berhormat Sungai Buloh.
Yang Berhormat Sungai Buloh tidak ada.
Tidak ada, jawapan bertulis juga akan diberi. Yang Berhormat Bukit Gelugor, ada atau tiada?
Yang Berhormat Bukit Gelugor ada.
Tiada, Yang Berhormat itu akan diberi secara bertulis. Yang Berhormat Puchong?
No, ada, ada. Bukit Gelugor ada.
Yang Berhormat Bukit Gelugor ada.
Ada, ada.
Ada. Minta maaf, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Gelugor ada.
Ada, ada.
Jadi jawapannya adalah begini, Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Gelugor ingin bertanyakan adakah benar dakwaan wujudnya kartel yang menentukan hala tuju pasukan PDRM dan sekiranya wujud, apakah langkah- langkah dan tindakan yang diambil kerajaan untuk menangani isu tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dakwaan bahawa terdapat kartel yang mencaturkan perjawatan dalam PDRM untuk menguasai pasukan demi kepentingan peribadi tidak dapat ditentu sahkan. PDRM telah membantu dengan memberi keterangan yang diperlukan kepada pihak EAIC untuk melengkapkan siasatan berkenaan. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak dapat menentu sahkan kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia. EAIC menjelaskan mekanisme lantikan, kenaikan pangkat dan pertukaran yang diamalkan PDRM dan Suruhanjaya Pasukan Polis membabitkan proses yang teliti dan mempunyai beberapa peringkat lapisan yang sukar ditembusi dan campur tangan oleh pihak luar. Ketua Polis Negara adalah ahli tetap dalam SPP dan sebarang cadangan pelantikan, kenaikan pangkat atau pertukaran pegawai kanan PDRM kepada SPP perlu mendapat persetujuan KPN.
Saya teruskan..
Boleh saya minta penjelasan?
Ya.
Ya, sila.
Berkenaan dengan isu kartel ini, saya telah pun timbulkan perkara ini juga minggu lepas di Dewan yang mulia ini berkenaan dengan apa cara-cara yang telah pun diambil untuk menyiasat saksi-saksi sama ada mereka diberi perlindungan dan sebagainya. Akan tetapi agak pelik untuk kita mendapat jawapan daripada kerajaan sama ada melalui EAIC atau badan lain bahawa badan tersebut ataupun indirectly kerajaan tidak dapat menentu sahkan bahawa terdapatnya kartel tersebut ataupun wujudnya kartel tersebut. Ini menunjukkan kelemahan pihak kerajaan ataupun juga pihak EAIC yang ditugaskan oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah yang amat besar ini. Are we going to leave it at that? Dengan segala hormatnya, Tuan Yang di-Pertua. Adakah itu keputusan muktamad bahawa kita tidak dapat menentu sahkan. Is that all you are going to say or will you make effort? Adakah langkah-langkah akan diambil untuk menentu sahkan langkah-langkah seterusnya? It is not enough to say bahawa, oh! kita tidak dapat menentukan. That means ada kemungkinan. The fact that you say, you tidak dapat menentukan kewujudan kartel
tersebut bermaksud terdapat kemungkinan bahawa kartel tersebut memang wujud. Now if that is the case kalau kartel ini wujud, ini merupakan satu barah atau kanser yang serius dalam administration of this country, oleh sebab ia dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, ia melibatkan pentadbiran kerajaan polis, PDRM satu badan yang agak amat serius.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Jadi saya pohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada langkah-langkah seterusnya akan diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiasat perkara ini memandangkan satu jawapan yang konklusif tidak dapat diperolehi pada masa ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sebenarnya kerajaan amat serius bila berkata tentang sama ada wujudnya kartel atau tidak. Itu adalah suatu sebenarnya dakwaan yang sangat negatif dan boleh menjejaskan seluruh nama baik kementerian dan juga agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, bahkan kementerian juga sangat mengambil berat perkara ini dan benar- benar mahu supaya perkara ini dapat dirungkai, apakah benar adanya kartel-kartel yang didakwa ini. Oleh sebab kita tidak dapat bukti yang jelas berkenaan perkara ini. Bahkan pihak Suruhanjaya Integriti sendiri, agensi penguatkuasaan telah memberikan jawapan mereka dan telah menyatakan pendirian mereka setelah meneliti semua proses yang ada di dalam undang-undang yang ada untuk melihat bagaimana pelantikan dibuat, kenaikan pangkat dibuat dan pertukaran dibuat. Jika sekiranya pihak Yang Berhormat Bukit Gelugor mempunyai bukti-bukti yang jelas, saya ambil itu sebagai satu perkara yang mungkin saya boleh bantu secara personal atau secara kementerian, saya akan cuba bantu.
Bukan saya dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Boleh saya..
Oleh sebabnya niat kita adalah sama.
Niat, niat itu adalah satu tetapi buktinya...
Niat kita adalah sama mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang baik.
Yang Berhormat Timbalan Menteri menanya saya, kalau ada bukti beritahu. Bukti itu jelas, ianya daripada bekas IGP sendiri. Bekas IGP sendiri telah pun membongkarkan perkara ini. Apa lagi bukti yang diperlukan? Jadi beliau menyatakan bahawa ada kartel tersebut. Kita perlu faham bahawa dalam badan PDRM memang ada pangkat dan sebagainya, jadi kita perlu bagi perlindungan kepada mereka yang rela keluar untuk mendedahkan perkara ini. So, adakah perkara-perkara basic seperti perlindungan tersebut pernah diberi untuk kami mendapat jawapan dan kebenaran dalam perkara ini. Did we – have taken realistic steps, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. To come - to get to the bottom of this. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Izinkan saya untuk menjawab sedikit. Jika sekiranya bekas IGP (ex-IGP) telah membuat tuduhan, lemparan serta dakwaan berkenaan perkara ini, ada baiknya bekas IGP ini membuat laporan dan memberikan semua data-data yang beliau katakan ada. Oleh sebab saya juga melihat kenyataan-kenyataan beliau ketika beliau hampir bersara. Kita
pun hairan kenapa tindakan-tindakan tidak dibuat kalau sekiranya benar ada semasa beliau baru menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Akan tetapi di akhir, beliau sudah mahu letak jawapan, habis tempoh bertugas, baru beliau mendakwa dengan dakwaan yang umum. Kita tahu bahawa membuat dakwaan yang umum itu sebenarnya tidak berapa baik kerana itu menjejaskan semua nama anggota polis yang terlibat, sedangkan mereka mungkin ramai pun tidak tahu tentang hal ini. Jadi sekiranya wujud dakwaan demikian melalui IGP sendiri, kita menjemput beliau untuk memberi dan mendedahkan nama-nama yang terlibat. Semua pihak yang terlibat, kita bersedia disiasat, kita bersedia untuk membuka ini secara terang supaya kita dapatkan kebenaran. [Tepuk] Terima kasih, Yang Berhormat.
Teruskan jawapan.
Saya teruskan kepada - seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Puchong mengenai dengan...
Yang Berhormat Puchong tidak ada.
Yang Berhormat Puchong ada atau tidak?
Tidak ada, bertulis, bertulis.
Nanti jawapan bertulis akan diberikan kalau tidak ada. Yang Berhormat Beruas? Ada?
Tidak ada, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Beruas juga tidak ada dan seterusnya Yang Berhormat Gopeng.
Kulai ada, Kulai ada.
Yang Berhormat Gopeng tidak ada.
Yang Berhormat Gopeng juga tidak ada. Yang Berhormat Lanang?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] .
Ada.
Yang Berhormat Tuaran ada, Tuaran.
Yang Berhormat Lanang ada.
Ada.
Yang Berhormat Lanang telah bertanyakan soalan mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani dan membendung isu penipuan atau scam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai usaha telah dijalankan oleh PDRM dalam mengekang sindiket penipuan seperti ini termasuklah dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan seterusnya menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan. Sejak dari tahun 2019 hingga Februari 2022, seramai 26,875 tangkapan telah dibuat dan sebanyak 17,511 pertuduhan telah pun dilaksanakan. Antara tindakan proaktif kementerian dalam mengurangkan jenayah penipuan dalam talian adalah dengan menganjurkan kempen pencegahan jenayah yang telah diadakan secara berterusan sepanjang bulan Oktober tahun 2021 bermula dengan pelancaran kempen pencegahan jenayah dengan tema, “Kesedaran Jenayah Komersial, Kesejahteraan Komuniti” dan tagline, “Be alert, stay smart”.
Kempen ini merangkumi pelbagai pengisian seperti wawancara media, temu ramah akhbar, khutbah Jumaat, program tazkirah, kuliah di rumah ibadat, meet-and-greet, High Profile Policing, ceramah dan sebagainya. Kempen ini bertujuan untuk menyalurkan sebanyak mungkin maklumat yang menjurus kepada jenayah penipuan dalam talian ke pelbagai lapisan masyarakat agar lebih berwaspada ketika berurusan melalui medium atas talian. Seterusnya saya akan menjawab daripada Yang Berhormat Stampin.
Tuan Yang di-Pertua, Beruas ada sekarang. Beruas ada sekarang, boleh jawab tadi kepada Beruas sedikit.
Beruas sudah berlalu tadi, Yang Berhormat Beruas.
Sudah berlalu.
Rasah, Rasah.
Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah.
Jadi Yang Berhormat Lanang, soalan daripada Yang Berhormat Lanang tadi sudah kita jawab.
Yang Berhormat Lanang sudah.
Sekiranya ada soalan, kita bersedia untuk membuka kepada Yang Berhormat Lanang untuk bertanya, jika ada.
Teruskan, teruskan.
Kalau tidak ada, kita teruskan kepada Yang Berhormat Stampin. Yang Berhormat Stampin?
Ada.
Yang Berhormat Stampin, okey. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Stampin ingin mengetahui apakah tindakan PDRM terhadap mangsa penipuan online yang tidak dapat membuka akaun bank baharu kerana disenaraihitamkan sepanjang tempoh siasatan kes mereka berjalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mangsa-mangsa keldai akaun ini boleh menggunakan semula akaun bank setelah pihak polis selesai menjalankan siasatan. Jika didapati mangsa adalah individu yang telah diperdaya oleh sindiket atau scammer sebagai keldai akaun. Dalam kes ini, pegawai penyiasat perlu memajukan nama individu tersebut kepada Pejabat Timbalan Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman untuk nama mereka dikeluarkan daripada senarai semak database dahulu. Setelah itu, mangsa perlu mendapatkan pengesahan daripada pegawai penyiasat dan seterusnya membawa kepada pihak bank bagi menguruskan pengaktifan akaun mereka. Seterusnya, Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Setiu ada?
Ada, ada.
Tiada?
Setiu ada.
Boleh jawab Kulai tidak? Boleh jawab Kulai juga tidak? Masih tunggulah.
Boleh berbalik kepada Beruas tidak tadi?
Rasah pun tunggu lama sudah.
Tidak apalah, saya teruskan kepada soalan- soalan— tadi ada tadi kita, Yang Berhormat Beruas. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Beruas. Nanti dia marah. Dia sudah di sini.
Saya di luar tadi sebentar. Okey, kalau boleh jawab Beruas. Terima kasih.
Baru masuk.
Yang Berhormat Beruas pula bertanyakan soalan mengenai jumlah kes rampasan dadah yang nilai pasarannya melebihi RM100,000 tetapi tidak didakwa di mahkamah dalam tempoh lima tahun terkini dan tindakan yang diambil oleh kementerian dalam kes rampasan dadah tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah kes yang tidak didakwa di mahkamah bagi kes-kes rampasan dadah yang nilainya melebihi RM100,000 sejak tahun 2017 hingga tahun 2021 adalah sebanyak 44 kes. Pecahan rampasan melebihi RM100,000 yang mana suspek dalam pengedaran dadah ini yang tidak didakwa di mahkamah adalah seperti berikut: |Tahun|Jumlah kes tidak didakwa| |----:|------------------------:| | 2017| 8| | 2018| 5| | 2019| 10| | 2020| 4| | 2021| 17|<END_TABLE_MARKER> Bagi kes-kes pemilikan dadah, ia perlu dibuktikan dengan elemen-elemen pengetahuan, kawalan atau jagaan. Disebabkan isu pemilikan ini iaitu elemen-elemen penting seperti pengetahuan, kawalan dan jagaan yang mana sukar untuk dibuktikan, maka kes-kes ini tidak dapat didakwa. Bagi kes-kes yang tidak ada tangkapan ini, akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan arahan selanjutnya dan kes ini akan diklasifikasikan sebagai no further action (NFA). Kesemua rampasan ini akan dilupuskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan tiada unsur-unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa terhadap barang kes tersebut.
Soalan saya ialah, keseluruhan kes di mana tangkapan dadah untuk lima tahun yang lepas adalah melebihi RM100,000 tetapi jawapan hanya dikatakan kes-kes yang tidak didakwa sahaja. Jadi, kalau boleh saya hendak keseluruhan jumlah kes di mana nilai dadah yang dirampas melebihi RM100,000 untuk lima tahun yang lepas. Kenapakah banyak kes yang tidak cukup bukti atau tidak ada orang yang ditangkap terutamanya kes-kes ini tersiar dalam surat khabar dan ramai orang tertanya-tanya kenapa kes-kes sebesar ini tidak ada tangkapan atau ada pendakwaan?
Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Boleh jawapan bertulis, tidak apa.
Secara spesifiknya kita akan beri jawapan kepada Yang Berhormat.
Minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut bahawa semasa— siasatan diselesaikan barulah senarai hitam akan dibuang. Akan tetapi, apa yang berlaku dalam kedua-dua kes yang saya sebutkan itu adalah pertamanya, sudah dua hingga tiga tahun. Nampaknya tidak ada apa-apa siasatan lanjutan yang perlu dijalankan. Akan tetapi suspek-suspek itu masih disenaraihitamkan nama mereka. Oleh sebab itu saya ada sebut, mereka mengalami kesusahan. Akaun bank mereka semua ditutup. Tidak dapat operate apa-apa bank account dan salah seorang itu adalah seorang murid yang sekarang hendak mohon PTPTN loan. Oleh sebab tidak ada bank account, loan dia pun tidak dapat diproses. Ini pertama. Kedua, atas prinsip innocent unless proven guilty. Dengan menyenaraihitamkan nama mereka, bukankah mereka sudah dihukum supaya mereka tidak boleh buat apa- apa transaksi bank walaupun siasatan dijalankan. So, dua isunya. Pertama, isunya mereka dihukum sebelum mereka disabitkan kesalahan dalam mahkamah. Keduanya, siasatan yang dijalankan itu lama, sudah hampir tiga tahun dan belum ada apa-apa keputusan. Takkan mereka hendak tunggu 10 hingga 20 tahun untuk polis menjalankan siasatan itu? Pada masa yang sama, mereka tidak ada bank account untuk operate. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Izinkan saya dahulu untuk menjawab kepada Yang Berhormat Beruas. Saya mahu menjawab tetapi telah terhalang dengan Yang Berhormat Stampin. Berkaitan dengan keseluruhan kes yang beliau minta, kita akan bagi laporan secara bertulis dengan lebih detailed supaya dapat dijelaskan. Apa yang kita beritahu tadi adalah semua kes yang mana melibatkan melebihi RM100,000. Ini kita beritahu secara nyata berapa jumlah yang terlibat. Berkaitan dengan Yang Berhormat Stampin tadi tentang akaun yang telah dibekukan. Jika Yang Berhormat Stampin mempunyai rekod mereka yang sebenarnya telah dibekukan akaun mereka secara spesifik, boleh menulis kepada KDN dan pihak kami akan berusaha untuk membantu melihat kepada apa sebenarnya yang berlaku. Ini kerana kes ini tidak sama, Tuan Yang di-Pertua. Berbeza-beza kes yang ditemui oleh pihak polis di peringkat bawah. Ada yang terjadi sebahagian daripada anggota kongsi gelap terlibat dalam penggunaan akaun-akaun dan ada juga mereka yang telah teraniaya oleh orang-orang tertentu. Jadi, kita melihat banyak aspek dalam soal ini. Oleh sebab itu, saya pun tidak tahu mana satu kes yang dirujuk oleh Yang Berhormat Stampin. Akan tetapi, kalau sekiranya ada data itu, kita akan cuba membantu.
Boleh saya tulis kepada Yang Berhormat?
Boleh, boleh. Ya, ya. Saya pasti akan mendapatkan butirannya.
Okey, thank you.
Okey Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit sahaja. Sudah habis masa, sedikit sahaja.
Yang Berhormat Timbalan Menteri ada 30 minit lagi.
Yang Berhormat, Setiu belum jawab lagi. Tadi ada sebut Setiu.
Sedikit sahaja, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Belakang, Jempol, Jempol.
Rasah, Rasah. Kewarganegaraan.
Sila Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Cuma...
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penambahan masa memandangkan ramai Ahli Parlimen ada isu-isu yang belum dijawab. Boleh saya mohon sedikit penambahan masa?
Nanti saya akan minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Terima kasih.
Okey cuma dari segi infra. Kebanyakan...
Tidak masuk kewarganegaraan lagi.
Okey terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bagi tambah masa lima minit. Baik, terima kasih. Sila.
Lima minit tidak cukup. Tuan Yang di-Pertua...
Tidak apa. Cukup, duduk.
Sekurang-kurangnya 20 minit. Saya mohon 20 minit, Tuan Yang di-Pertua.
Sila.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sungai Siput.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Setiu belum jawab lagi. Tadi sebut Setiu, tidak ada jawapan.
Okey, sabar Yang Berhormat Setiu. Okey terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Cuma masa tidak ada. Tidak apa, nanti boleh jawab bertulis. Cuma saya hendak bangkitkan tadi soal infrastruktur balai-balai polis, pondok polis khususnya di Parlimen Jempol yang telah rosak teruk dan tidak boleh pakai pun. Maknanya tak ada penghuni, polis tak boleh menggunakan kerana tak layak diduduki iaitu Pondok Polis Serting Hilir, Felda Serting Hilir Kompleks, dan juga Felda Palong 4, 5 dan 6.
Manakala keanggotaan polis tidak cukup malah sumbangan daripada Parlimen buat bit polis, anggota tak ada. Jadi mohon kepada kementerian untuk mengkaji perkara ini. Saya dah bangkitkan lama dah supaya ia mendapat perhatian yang khas lah supaya ia tidak berlarutan sampai sekian masa kerana boleh mengakibatkan banyak jenayah berlaku di kawasan-kawasan FELDA contohnya dadah dan sebagainya. Mohon Yang Berhormat Menteri kalau tak jawab sekarang pun tak apa, secara bertulis sahaja nanti. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Ya, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol akan diberi perhatian dan kita akan meneliti perkara yang telah diberitahu di Dewan ini. Seterusnya...
Kewarganegaraan, kewarganegaraan. Soalan Rasah.
Saya pun tunggu lah.
Oh, saya akan meneruskan kepada soalan daripada Yang Berhormat Lanang. Oh bukan, sorry ya. Soalan Yang Berhormat Lanang sudah dijawab tadi.
Soalan Yang Berhormat Lanang sudah.
Setiu dulu, Setiu.
Sudah bah.
Yang Berhormat Stampin sudah kah?
Kewarganegaraan dari Tuaran. Jawab.
Sungai Siput belum lagi.
Isu kewarganegaraan.
Seterusnya tentang...
Yang Berhormat, isu kerakyatan, kematian dalam tahanan, semua belum dijawab lagi.
Yang Berhormat Tuaran ada di sini. Jadi, ada beliau bertanyakan berkenaan jumlah kes stateless children di Malaysia dan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan stateless children ini mendapat Court Order di mahkamah. Berdasarkan perkara ini, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara hanya merekodkan status seseorang individu sebagai warganegara atau bukan warganegara sahaja berdasarkan kepada status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kanak-kanak sewaktu kelahiran berlaku. Selain itu, JPN menyimpan rekod bagi individu yang mendaftar untuk urusan kelahiran dan kematian, kad pengenalan serta perkahwinan dan penceraian bagi yang bukan beragama Islam. Sehubungan itu, JPN tidak merekodkan individu yang tidak memiliki taraf kewarganegaraan atau stateless. Tidak ada rekod berapa jumlah dan JPN tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah kanak-kanak yang tiada kerakyatan. Selain itu, adalah di luar bidang kuasa kerajaan sekiranya pemohon ingin mendapatkan perintah mahkamah berhubung taraf kewarganegaraannya kerana itu merupakan inisiatif pemohon itu sendiri. Kementerian hanya akan memproses dan mempertimbangkan permohonan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Persoalan saya hari itu ialah apabila seseorang yang stateless dan telah mendapat perintah Mahkamah Tinggi, perintah Mahkamah Rayuan, sudah pun diberi perintah bahawa orang itu layak memohon sebagai warganegara tetapi persoalan saya ialah kenapa lagi pihak JPN, pihak Kementerian Dalam Negeri memohon lagi supaya orang ini tidak diberi kerakyatan? Ini dalam kes di Keningau itu. Apa sebab, dan bagaimana boleh terima? Itu persoalan saya yang pertama.
Itu satu. Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya juga tanya berkenaan dengan citizenship? Macam mana dengan kedudukan kerajaan dalam rayuan...
Yang Berhormat, bagi peluang dahulu. Saya belum habis.
Rayuan untuk citizenship. Saya difahamkan bahawa ...
Yang Berhormat Bukit Gelugor, bagi Yang Berhormat Tuaran habiskan dahulu.
Adakah kerajaan masih akan...
Ini floor Tuaran ini.
Bagi Yang Berhormat Tuaran dahulu.
Boleh saya mohon pencelahan?
Okey tapi bagi Tuaran dahulu, saya belum habis.
Isu ini bersangkut, berkaitan.
Isu yang berkaitan.
That’s why I’m asking, Tuan Yang di-Pertua. So, mungkin isu ini boleh ditangani pada masa yang sama ya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang sama. Berkenaan dengan...
Apakah kedudukan kerajaan...
Saya belum habis. Ini Tuaran punya floor bah tadi.
Artikel 15A.
Berkenaan dengan court case tersebut.
Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi Tuaran tadi. Bagilah peluang Tuaran.
Tolong bagi 10 minit lagi kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Tambah masa lah Tuan Yang di-Pertua.
Izinkan saya untuk menjawabnya sekali gus.
Yang Berhormat Menteri baru nak masuk isu dah habis masa.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kulai pun nak mohon penjelasan.
Saya belum habis, saya belum habis.
Saya sudah tunggu lama.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan lebih masa boleh?
Baik, saya minta oleh kerana topik yang sama, minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab mengenai kewarganegaraan. Sila.
Tolong bagi tambahan masa, Tuan Yang di-Pertua. Minta tolong.
Jadi sebenarnya, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang saya muliakan di Dewan ini ...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kulai nak tanya. Mahkamah Persekutuan telah pada November tahun lalu buat keputusan bahawa bayi yang ditinggalkan, yang dilahirkan oleh wanita yang tidak dikenali tetapi dilahirkan di Malaysia layak, berhak untuk dapat kerakyatan. Jadi saya nak tanya, selepas keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, jumlah kes ataupun berapa kerakyatan telah diberi untuk anak-anak dalam kategori tersebut kerana itu adalah satu keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan. Bayi yang ditinggalkan oleh ibu bapa, dilahirkan di Malaysia berhak untuk dapat kerakyatan. Saya tahu dalam kes tersebut, IC telah diberi kepada anak tersebut tetapi tak cukup. Kita perlu apply principle ini kepada semua anak-anak yang dilahirkan di Malaysia tetapi tak tahu siapa ibu bapa mereka untuk dapat kerakyatan. Jadi saya nak tahu sama ada KDN ada ikut keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut atau tidak.
Baik Yang Berhormat Kulai, terima kasih Yang Berhormat Kulai.
Okey, okey. Jadi soalan saya tadi, ini soalan Tuaran tadi berkenaan dengan stateless, okey. Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tentang stateless dan keadaan di Sabah dan saya ingin bertanya, oleh sebab Yang Berhormat telah mengatakan bahawa JPN tidak mempunyai rekod penduduk yang stateless ini. Jadi adakah Yang Berhormat bersetuju dengan apa yang saya nyatakan dalam perbahasan mengatakan bahawa salah satu daripada kategori orang asing di Sabah yang perlu diselesaikan ialah statelessness dan kalau ini diterima, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian Dalam Negeri ataupun oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah stateless di Sabah ini? Itu persoalannya, itu yang kita mahu tanya.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Tuaran.
Memang kau tiada rekod, tapi kalau kau setuju itu adalah satu kategori, apa yang kamu mahu buat? Itu saya punya persoalan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.
Cuma... [Rakaman kurang jelas] Yang tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Kalau Yang Berhormat Tuaran juga ada cadangan, bagus juga. Kita pun mahu dengar sebab Yang Berhormat Tuaran ini sudah berapa tahun, berapa penggal dalam Dewan ini? Kita pun tidak mendengar apa cadangan daripada Yang Berhormat Tuaran untuk menyelesaikan perkara ini.
Okey, saya mahu tanya.
Jadi semasa Yang Berhormat Tuaran sebagai Menteri, kenapakah tidak membawa itu ke dalam Kabinet untuk diselesaikan?
Saya tidak pernah jadi Menteri Dalam Negeri.
Jawab soalanlah, jangan salahkan orang lain.
Apa pula mahu bagi kepada sini.
Yang Berhormat Tuaran, saya akan jawab soalan. Saya akan jawab soalan.
Jawab soalanlah, jangan tanya soalan lain.
Kalau Yang Berhormat Menteri faham bahawa ini satu-satunya...
Tuan Yang di-Pertua, dia bukan jawab soalan. Timbalan Menteri ini buat apa? Jawab soalan, Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Tuaran, soalan berkenaan tadi. Ada yang bukan warganegara memohon menjadi warganegara. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawabnya secara umum.
Silakan.
Sebenarnya bagi mereka yang bukan warganegara, bila mereka memohon kewarganegaraan, permohonan itu bukan secara hak mereka untuk mendapatkannya. Itu terserah kepada bidang kuasa, budi bicara kerajaan yang sedia ada. Kalau kita sewenang-wenangnya memberikan semua kewarganegaraan kepada yang bukan warganegara, apa jadi dengan Malaysia? Kita baru 30 juta lebih. Indonesia 300 juta, Filipina lebih 90 juta.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, dua pemain bola sepak ...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukan kita sewenang-wenangnya.
Dua pemain bola sepak yang bermain bola sepak, lima tahun dapat kerakyatan.
Ya. Akan tetapi itulah ...
Perlembagaan Persekutuan, Artikel 15A. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Baca kah tidak Perlembagaan Persekutuan?
Ini adalah kuasa sepenuhnya kerajaan, budi bicara kerajaan untuk memberi atau tidak.
Saya faham.
Apa budi bicara?
But you have to be consistent, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan menegakkan benang basah.
If footballers can get citizenship in five years…
Saya juga mahu menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor yang saya hormati. Berkenaan dengan kes yang sedang kita tunggu itu, itu akan dibicarakan. Kes Maisa, Suhaira dan Suriyani Kempak. Itu akan dibicarakan kedua-duanya pada 23 Mac 2022. Pada bulan ini kita akan mendengar dan selepas daripada keputusan kes ini, baru kita akan tutup, kerajaan akan tentukan apa yang dibuat.
Ya tapi saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan berniat untuk meneruskan dengan rayuan?
Setakat ini kita meneruskan rayuan.
Oleh kerana pendirian kerajaan dahulu adalah untuk mengambil pendirian yang lain. So, apa rasional?
Setakat ini, kes ini masih berjalan. Kedua-dua pihak masih aktif di dalam kes ini.
Apa pendirian kerajaan?
Kerajaan boleh mengambil keputusan untuk menarik balik rayuan.
Kita tunggu 23 Mac 2022. Kita hormati, mahkamah juga adalah bidang kuasa separate entity di dalam negara demokrasi. Mereka boleh membuat keputusan. Jadi selepas itu kerajaan akan menilai apa yang harus dilakukan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Rasah punya mana jawapan dia? Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana sudah selesai.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekian dan terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Menteri tak jawab soalan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Baik. Terima kasih kepada Menteri di Kementerian Dalam Negeri. Seterusnya saya ingin menjemput Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memberi jawapan. Saya beri masa 30 minit.
Timbalan Menteri KDN tak jawablah, Tuan Yang di-Pertua. Mengelak sahaja dia.
Sila, teruskan.
Langsung tak jawab soalan Kulai.
Tuan Yang di-Pertua, isu kematian dalam tahanan.
Sila. Saya telah beri arahan kepada Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menjawab.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja serta membangkitkan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sesungguhnya isu rakyat yang telah dibangkitkan ini cerminan yang KPDNHEP sangat dekat dengan isu-isu rakyat terutama berkaitan isu kos sara hidup dan isu kepenggunaan.
Sesungguhnya, tabir tahun 2022 disingkap dengan negara kita menghadapi musibah banjir. Harus diakui bahawa kesan banjir ini merencatkan aktiviti harian serta melibatkan kemusnahan harta benda. Bukan sahaja yang terkesan teruk di Lembah Klang dan Shah Alam, malah di seluruh negara. Sudah tentu ini merupakan cabaran kepada Keluarga Malaysia dan komuniti perniagaan kerana mereka baru sahaja ingin bangkit memulakan lembaran baharu kehidupan setelah berhadapan dengan kesan penularan COVID-19 sepanjang dua tahun yang lepas.
Bagi meringankan beban dan kesusahan keluarga Malaysia, pasukan food bank KPDNHEP telah digerakkan bagi mengagihkan bantuan makanan kepada mereka yang terkesan. Selain itu, melalui inisiatif Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana Alam di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang musnah akan diganti secara percuma. Di kesempatan ini juga, saya menyeru agar pengusaha bengkel kenderaan untuk tidak mengambil kesempatan mengenakan caj yang melampau kepada pemilik kenderaan yang menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki akibat banjir baru-baru ini. Saya sentiasa berdoa agar keluarga Malaysia diberikan kekuatan untuk bangkit keluar daripada cabaran musibah banjir yang melanda. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggariskan nilai-nilai seperti keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran merupakan satu gagasan yang akan memandu negara dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Sesungguhnya, pengayaan nilai Keluarga Malaysia ini telah disambut oleh KPDNHEP dalam mendepani cabaran dan isu-isu rakyat masa kini. Sesuai dengan konsep tersebut, tema kementerian pada tahun 2022 ialah ‘Keluarga Malaysia KPDNHEP Melangkah Bersama’. Tema ini memaparkan betapa kebersamaan warga kementerian mendepani cabaran semasa melaksanakan inisiatif dan program yang bermanfaat kepada rakyat serta memastikan...
Tuan Yang di-Pertua, boleh atau tidak saya hendak minta, jangan baca bunga-bunga. Jawab soalan sahaja. Nanti buat habis masa sahaja nanti. Buang masa sahaja ini baca bunga-bunga sahaja ini.
Pemegang taruh...
Baca fasal keluarga Malaysia, tidak relevanlah. Jawab soalan sahajalah.
Dilibatkan dalam penggubalan dasar, pelaksanaan program dan inisiatif kementerian. Ini ada kaitan dengan – saya hendak kongsi bagaimana kementerian ini melangkah ke hadapan. Ini adalah inisiatif-inisiatif program-program yang berkaitan dengan kementerian. Saya tidak berpolitik. Yang Berhormat ini lah yang berpolitik.
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Ditambah pula dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung fasa peralihan pandemik ke endemik bermula pada 1 April 2022 ini. Maka tentulah aktiviti harian dan aktiviti perniagaan akan bertambah rancak di samping ia akan memacu kepada pemulihan ekonomi dan perniagaan secara keseluruhan. Untuk makluman Dewan yang mulia, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Menteri KPDNHEP untuk memastikan kementerian sentiasa peka dan bersedia dengan cabaran dan perubahan landskap ekonomi negara. Sebagai mengorak langkah ke hadapan atau moving forward, KPDNHEP akan terus melaksanakan penambahbaikan dan pembaharuan bagi merancakkan persekitaran perniagaan untuk manfaat komuniti perniagaan di samping melindungi kepentingan pengguna.
Yang Berhormat, bagi mencelah sedikit.
Ya.
Terima kasih. Saya tertarik dengan kenyataan Yang Berhormat tentang merancakkan lagi ekonomi perniagaan dan sebagainya. Dalam perekonomian ini, salah satu sektor ialah sektor kecantikan. Dalam sektor kecantikan ini dan ini melibatkan pengguna dan juga
practitioner, kita lihat bahawa industri ini not regulated. Pada masa ini, practitioner telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan iaitu Association of International Certified Aesthetician. Kesemua mereka ini adalah certified. Akan tetapi pada hari ini walaupun industri ini adalah bilion, more than 2.5 billion industry tetapi it is not regulated. Daripada segi undang-undang pun tidak ada. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju supaya kerajaan melihat mereka ini sebagai satu ekosistem? Di mana mereka boleh buat certification, mereka boleh regulate diri mereka sendiri supaya dia boleh membuka satu industri. Orang-orang muda yang tidak ada pekerjaan dan sebagainya pun boleh terlibat dalam industri dan sebagainya dan pastikan agar kepentingan pengguna terlindung dan pada masa yang sama, practitioner juga terlindung dengan adanya persatuan seperti ini. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa perkara ini penting untuk diselesaikan segera supaya kita dapat membantu dalam to recover the economy, pemulihan ekonomi? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sebenarnya Yang Berhormat Tuaran, KPDNHEP ini telah juga berlibat urus dengan Yang Berhormat Tuaran tentang perkara ini sejak lebih setahun sudah. Saya mengalu-alukan syor-syor yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Sebenarnya Yang Berhormat, ekoran daripada perbincangan kita bersama dan juga disusuli oleh di peringkat pegawai bersama kementerian yang lain iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, memang sekarang kita di peringkat memperhalusi prosedur dan melihat bagaimana syor-syor tadi yang memerlukan peraturan-peraturan tertentu sebab dia unregulated. Jadi kita ambil penting juga pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebab mereka ini ada pandangan yang berlainan. Daripada KPDNHEP, kita melihat kepada betapa pentingnya industri ini. Memang betul, sebab value dia, nilai dia mencecah satu bilion, kecantikan ini. Jadi kita tidak hendak lepas peluang ini dalam erti kata domestic trade kita. Akan tetapi yang ada mengelirukan sedikit adalah pandangan daripada profesional medical yang memikirkan ada satu prosedur yang berkaitan, yang di mana Kementerian Kesihatan ini setakat ini tidak membenarkan. Akan tetapi, kita akan meneruskan juga untuk meneliti bagaimana kita boleh nanti sampai ke satu penyelesaian supaya kita boleh memenuhi kehendak kesemua pihak dan seterusnya membangunkan industri ini. Ini sebab kami faham di KPDNHEP, potensi bidang ini.
Yang Berhormat...
Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri, ini jawapan yang telah dibangkitkan semasa perbahasan, kalau something new...
It’s new lah.
Okey.
Boleh ya, setakat ini dahulu? Sebab tidak dibangkit dahulu.
Ya, betul. Sebab ada jawapan-jawapan yang telah dibangkitkan semasa perbahasan.
Okey, okey, terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya teruskan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi merancakkan industri perniagaan, industri francais dan jualan langsung akan terus digiatkan sebagai sumber baharu pendapatan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kementerian turut menyedari kepesatan perniagaan online dan banyak perniagaan yang beralih kepada konsep online ini mampu bertahan sewaktu COVID-19 dan PKP. Malah, peniaga online ini terus menikmati akses pasaran yang lebih besar dan luas. Justeru itu, industri peruncitan negara akan terus diperkasakan melalui adaptasi teknologi digital dan permintaan domestik juga akan terus digerakkan melalui pemerkasaan kempen Beli Barangan Malaysia dan merancakkan aktiviti membeli belah melalui pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia. Sektor kepenggunaan di Malaysia juga akan terus dirancakkan. Kementerian dalam proses menyemak semula Dasar Pengguna Negara di mana pendayaupayaan pengguna dan mekanisme perlindungan pengguna akan ditambah baik. Selain itu, inisiatif membudayakan standard pengguna akan dilaksanakan termasuk melihat kepada kebolehlaksanaan beberapa standard pengguna ke atas beberapa barangan. Fungsi penguatkuasaan akan terus digerakkan. Melibatkan fokus kepada kajian serta semakan semula ke atas undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan dan isu semasa. Kemahiran dan kecekapan penguat kuasa KPDNHEP akan terus ditingkatkan terutama apabila berhadapan dengan situasi persekitaran yang semakin mencabar dan sophisticated, dengan izin. Selain isu kenaikan harga dan keberadaan barang di pasaran, lambakan produk tiruan dan penipuan urus niaga dalam talian juga menjadi antara cabaran besar waktu kini untuk diselesaikan.
Sehubungan dengan itu pegawai penguat kuasa harus fasih, terlatih dan cekap dalam mengendalikan tugas penguatkuasaan. Latihan fungsional yang konklusif akan terus dirangka bagi melahirkan pegawai yang terlatih dan cekap dalam mengendalikan tugas mereka. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga dalam masa yang sama sedang membuat penambahbaikan ke atas penambah baik bilangan anggota Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia agar prosiding tuntutan dapat dipercepatkan. Ini jelas menunjukkan komitmen dan kepekaan kementerian dalam memastikan kebajikan dan hak pengguna sentiasa terpelihara dan diberi perhatian penting. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat di kesempatan ini juga...
Menteri, Menteri.
...Saya ingin memaklumkan kepada Dewan. Okey, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak balik kepada isu kenaikan harga yang telah dibangkit oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Saya sokong isu itu harus di— better enforcement is bagus. Akan tetapi saya hendak bangkit isu yang telah dibangkit beberapa kali oleh Ahli Parlimen dua bahagian iaitu berkait dengan harga pelitup muka dan ada beberapa cadangan yang telah dikemukakan supaya harga pelitup muka itu diselaraskan. Ini adalah sebab menjadi satu beban kepada keluarga-keluarga miskin kalau sesuatu keluarga itu menggunakan 10 pelitup muka dalam satu minggu itu pun dari minimum, RM50, dalam satu bulan RM200. So, kalau kita untuk keluarga miskin itu menjadi sesuatu yang membebankan. So saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri berkait dengan macam mana untuk menyelaraskan peletup muka ini demi kepentingan keluarga-keluarga yang miskin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Memang Tuan Yang di-Pertua saya perhati Yang Berhormat Klang ini memang selalu menyentuh perkara-perkara yang amat prihatin kepada golongan berpendapatan rendah. Ya, memang kami di KPDNHEP tahu sangat akan masalah yang mendepani mereka yang berpendapatan rendah dengan keperluan mereka juga menggunakan pelitup muka yang standard. Kalau tidak standard dia mungkin tidak melindungi mereka sepatutnya. Jadi sebab itu langkah yang terkini berkenaan dengan ini KPDNHEP baru sahaja sudah mewartakan pelitup muka 3-ply, tiga lapisan itu yang medical standard diwartakan sebagai barang kawalan sebab dengan adanya ia jadi barangan kawalan kita ada kuasa yang lebih untuk kita memastikan keberadaannya tidak disorok dan sebagainya dan juga dalam erti kata menjaga harganya. Akan tetapi buat masa sekarang seperti mungkin mana Yang Berhormat tahu dan sedar kita masih meletakkan 70 sen satu unit harga 3-ply itu medical standard. Akan tetapi di mana-mana sahaja apa kita hendak beli tidak ada yang menjual harga ataupun dekat dengan harga itu. Banyak memang sudah jauh murah lebih murah daripada 70 sen harga maksimum itu. Jadi, dia tidak berapa mahal sangat. Akan tetapi ada juga yang 1-ply, satu lapis, dua lapis juga jauh murah lagi yang 1-ply itu hanya tujuh sen satu helai tetapi dia tidak akan memberi perlindungan medical standard yang lain daripada medical standard kita tidak kawal lah sebab KPDNHEP ini bukan hendak kawal semua macam-macam standard pelitup muka ini kalau dia 4-ply itu terpulanglah sebab dia melebihi standard yang kita tetapkan dan kita akan buat SIRIM nanti menggunakan standard SIRIM untuk 3-ply itu. Jadi masalahnya nanti kalau semua mesti membeli tiga lapis itu medical standard dengan SIRIM mungkin yang menggunakan buatan sendiri, kita tidak dapat kawal kita tidak perlu kawal pun. Ada yang menjahit untuk kegunaan mereka sendiri. Jadi kita semua setuju tidak perlulah kita kawal harga itu sebab itu kegunaan mereka.
Menteri, terima kasih untuk jawapan itu. Satu lagi isu berkaitan dengan saliva kit. Itu juga menjadi masalah besar. Saya minta pandangan sebab saya ini renungan dan rintihan dari orang ramai. Saya bangkit dengan Menteri lah.
Betul. Terima kasih Yang Berhormat. Saliva kit ini memang ada Yang Berhormat – Yang Berhormat lain dibangkit isu sama juga. Jadi sekarang kita pun mendengar baru-baru ini pengumuman daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengatakan gunalah saliva kit ini sebab dia murah daripada PCR yang jauh mahal lagi sebab ada yang ragu-ragu dengan apa— adakah gunakan RTK yang Rapid Test Kit ini dia sama dapat mengesan virus itu. Akan tetapi diakui mungkin tidak samalah 100 peratus tetapi perlu, berguna dan berkesan juga sebab sekurang-kurangnya dia boleh dapat lebih dari 90 peratus dan jadi peringkat awal boleh dapat membantu dalam kita mengesan adakah seseorang itu dijangkiti atau tidak. Jadi, harganya sekarang pun Yang Berhormat tadi saya bersama pegawai. Kita melihat sekarang kita letakkan RM19.90 harga siling yang lama sudah ditetapkan. Jadi memang kita berhasrat untuk menurunkan sehingga harga tetap dia RM10 tetapi kita melihat pada ketika itu pun berapa bulan sudah harga yang dijual jauh murah pun, tidak kita perlu buat harga siling yang lebih rendah yang baharu ini sebab di pasaran ada yang menjual RM5, ada yang menjual RM4.80. Akan tetapi baru-baru ini memang ada kekurangan dan keberadaan di dalam pasaran kerana mungkin Omicron yang baru mencetus dan sebagainya, jadi melonjak tinggi. Akan tetapi kami di KPDNHEP sentiasa memantau dan saya sendiri mengetahui dari kedai-kedai serbaneka dan sebagainya. Kita difahamkan mereka sedang juga membawa masuk dari negara-negara asing sebab di Malaysia hanya enam pengilang. Jadi, tidak mencukupi. Akan tetapi untuk menjawab apa yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi dan syor daripada Yang Berhormat memang kami akan buat pengumuman
tidak lama lagi. Kita tidak boleh mengejut Yang Berhormat, kita kena adil sedikit kepada peniagalah mereka sudah bawa stok yang kini sudah ada dan mahal. Kalau KPDNHEP letakkan harga siling yang jauh lebih rendah maksima mereka akan terkesan. Kita pun memerlukan peniaga ini untuk memastikan keberadaan kit ini untuk kegunaan. Jadi kita kena adil ya. Jadi kami meneliti ini dengan terperinci supaya semua pihak kita dapat peliharalah lebih-lebih pengguna. Jadi yakinlah kita akan buat pengumuman untuk kita bawa harga maksima itu rendah daripada yang sedia ada RM19.90 sekarang.
Okey Yang Berhormat teruskan.
Menteri, saya terima baik pandangan Yang Berhormat Menteri berkait dengan harga dan juga untuk menjadi adil kepada peniaga-peniaga tetapi adakah kerajaan juga boleh menggunakan subsidi dalam short- term ini supaya orang ramai dapat membeli. Saya takut sekarang banyak orang yang dapat Omicron mereka pun tidak ada cara untuk membeli. RM20 satu saliva kit itu bukan murah. Untuk keluarga yang terdesak mereka mungkin tidak akan gunakan. So, kita mesti menurunkan harga dan juga kalau kerajaan boleh memberi subsidi itu bagus.
Okey terima kasih. Saya ambil sebagai satu syor yang baik. Jadi, bawa ke peringkat untuk kami KPDNHEP akan kemukakan sebaiknya buat satu paper untuk Kabinet berunding dan sebagai sebab ini melibatkan kewangan tetapi KPDNHEP menerima baiklah syor itu.
Yang Berhormat Menteri.
Menteri ada 10 minit lagi.
Saya... [Ketawa] Tidak adil kepada...
Menteri, Menteri.
[Bangun]
Okey. Saya akan sampai ada Rasah sini.
Sekejap, sekejap fasal kit ini. Fasal kit ini sebelum Menteri ke langkah yang seterusnya. Fasal kit ini 30 saat.
Boleh, boleh.
Yang Berhormat Menteri tahu saya memang selalu bersama dengan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kit ini. Saya menyambut baik ayat daripada Yang Berhormat Menteri tadi yang mengatakan kita turunkan harga secara berperingkat supaya keberlangsungan bekalan dalam pasaran tidak terputus dan tiada yang rugi.
Betul.
Akan tetapi cuma satu Yang Berhormat Menteri. Kita tetapkan RM19.90 sudah enam bulan. Patut stok yang hari itu kebanyakannya sudah apa kata orang sudah habis dijual dah. Jadi saya memang rasa sudah tiba masanya untuk Yang Berhormat Menteri untuk buat pengumuman besar kalau boleh diturunkan ke tahap yang saya rasa bulan September dahulu saya pernah cadangkan. Kita buat secara berperingkat daripada RM19.90 kepada RM15, kepada RM10 dan akhirnya kepada RM5. Jadi, mohon berita baik daripada Yang Berhormat Menteri.
Boleh terima, boleh terima. Memang cadangan yang baik dan sedang kami putuskan juga ya. Tunggu sedikit masa Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan.
Yang Berhormat Menteri.
Teruskan dahulu.
Yang Berhormat Menteri.
Ini perkara baharu. Minta maaflah sebab saya hendak jawab ini Yang Berhormat.
Mungkin selepas Yang Berhormat Menteri menjawab sebab saya, Kota Belud ada di sini, saya ada membangkitkan.
Boleh, saya mungkin boleh... [Rakaman kurang jelas] Baik.
Terpulang kepada- kalau masa saya diberikan oleh...
Isu penting Tuan Yang di-Pertua mengenai minyak masak paket ya di Sabah.
Baik.
Nanti ya.
Nanti kejap bagi Yang Berhormat Menteri teruskan dahulu.
Baik.
Okey sebab ini banyak saya hendak kongsikan untuk bersama Yang Berhormat daripada KPDNHEP saya mengambil peluang. Saya teruskan, jadi saya sambung. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat di kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa bulan Mac telah dipilih sebagai Bulan Pengguna Kebangsaan. Untuk tahun ini, Digitalisasi Pengguna dipilih sebagai tema sambutan di mana diharapkan pengguna di Malaysia bersama dalam arus teknologi digital serta melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kepenggunaan digital. Marilah kita sama-sama beranjak kepada pengguna pintar- smart consumer, dengan izin, di mana pengguna pintar merancang pembelian dengan bijak, tahu dan faham melaksanakan hak-hak pengguna serta menyalurkan aduan pengguna di saluran yang betul. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan Titah Diraja beberapa isu berkaitan dengan KPDNHEP telah dibangkitkan. Jadi, berhubung dengan isu harga dan bekalan stok kit ujian kendiri yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Tadi banyak kita sudah bincang. Jadi, untuk tambahan untuk makluman Dewan yang mulia ini, kit ujian kendiri pernah mencapai RM50 satu unit sebelum ini ya, RM50 yang diwartakan kepada sekarang seperti mana telah saya sebut tadi sekarang RM19.90 dan kita akan turunkan lagi. Secara keseluruhan semua peniaga telah mematuhi harga kawalan yang ditetapkan oleh KPDNHEP. Akses pengguna untuk mendapatkan kit juga diperluaskan di mana pengguna sudah boleh membeli kit ujian kendiri di pasar raya dan kedai serbaneka.
Hasil pemantauan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa kementerian mendapati sebanyak 80 peratus kit ujian kendiri dijual pada harga memang sudah di bawah RM10 satu unit. Harga ini diperoleh hasil daripada persaingan sihat yang menggalakkan pengeluar meningkatkan bilangan stok dalam pasaran. Berhubung dengan isu kekurangan stok, ia hanya bersifat sementara kerana pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengesan penularan wabak pada diri sendiri dan ahli keluarga selaras dengan aktiviti harian semasa. Ini menjurus kepada peningkatan permintaan. Walau bagaimanapun, pihak pengeluar proaktif untuk sentiasa memastikan agar bilangan stok di pasaran dapat memenuhi permintaan semasa. Seterusnya, ialah isu bekalan minyak masak serta isu pembayaran subsidi pembekal minyak masak. Jadi, sebelum saya teruskan ini yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah ada dan Yang Berhormat Kota Belud.
Yang Berhormat Kota Belud ya, terus.
Mungkin saya boleh jemput Yang Berhormat...
Yang Berhormat Kota Belud.
Yang Berhormat Kota Belud. Ini ada kaitan dengan minyak masak.
Teruskan Yang Berhormat bagi jawapan.
Ada? Saya jawab dahulu.
Elok jawab dahulu Yang Berhormat Menteri, jawab dulu.
Saya jawab dahulu. Okey baik. Saya hendak adil ya. Pihak KPDNHEP melalui Bahagian Penguatkuasa telah melaksanakan langkah- langkah seperti: (i) pemeriksaan premis; (ii) audit rantaian pengedaran; (iii) risikan ke atas pengilang dan pemborong; (iv) menetapkan had pembelian sebanyak tiga paket; dan (v) kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera, JKDM dan ESSCOM di Sabah. Sehingga 28 Februari, sebanyak lebih kurang 6,500 buah premis telah diperiksa, 25 Kertas Siasatan telah dibuka dan 20 buah syarikat telah diambil tindakan seperti menggantung kuota Skim Minyak Masak dan digantung lesen urus niaga mereka ya. Berhubung dengan pengenaan had pembelian minyak masak bersubsidi, ia dilaksanakan bagi memastikan pembelian minyak masak bersubsidi terkawal dan hanya golongan yang layak sahaja membeli item tersebut. Jadi, berhubung juga dengan isu peruntukan subsidi minyak masak, suka saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah menambah subsidi sebanyak RM1.9 bilion. Ini tambahan kepada peruntukan sedia ada bagi memastikan tiada gangguan bekalan. Pada masa sama, kajian berhubung mengoptimumkan subsidi di bawah KPDNHEP juga telah dijalankan bertujuan memastikan subsidi di bawah seliaan KPDNHEP sampai kepada golongan sasar.
Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, Kota Belud ya. Saya ingin bertanya, jumlah kuota yang diberikan minyak masak ini setiap bulan ke Sabah, satu.
Kedua, adakah kementerian bercadang untuk menambah kuota minyak masak paket ini sebab tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Ketiga, sebab saya bangkitkan isu kerajaan masih berhutang kerana ada yang kawan yang bagi tahu dengan saya kerajaan masih berhutang membayar subsidi kepada pengilang. Itu yang saya ingin bangkitkan.
Baik, silakan. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Okey, saya jawab dari belakang. Tadi macam Yang Berhormat pun tahu dia berhutang ini kerana kewanganlah yang kita dapati dari Kementerian Kewangan. Ia berhutang bukan sahaja hendak berhutang dia beransur- ansur. Oleh sebab sebenarnya senario sekarang ya, apabila subsidi ini ditentukan dahulu, dia apa kata threshold harga dia ataupun harga paras semasa itu harga keluaran Crude Palm Oil (CPO) itu di pasaran RM3,000 ya. Oleh sebab itu kita ada peruntukan yang diluluskan dalam bajet hanya RM500 juta satu tahun. Akan tetapi, Yang Berhormat Kota Belud sedarkan, sekarang harga Crude Palm Oil di pasaran dunia sudah jauh melangkau sehingga RM9,000 satu metrik tan ataupun mungkin akan lebih dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Komoditi baru-baru ini. Jadi, bayangkan tambahan tadi setelah saya sebut tambahan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan meningkat RM1.9 bilion ertinya lebih RM2 bilion sudah. Jadi, apabila ditanya bagaimanakah kuota ini? Kalau keperluan ada. Memang dalam kami punya rekod memang ada keperluan di Sabah. Cuma, kita hendak bagi sekarang memang yang akan banyak signifikannya nanti impak dia perbelanjaan untuk subsidi ini. Akan tetapi jangan risau Yang Berhormat, memang saya menerima permohonan dan saya tahu akan keperluan ada, cuma kita tidak mahu ada mereka di sana melihat dari sudut yang lain mereka sudah jadi usahawan. Hendak memikirkan keuntungan jadi banyaklah permohonan. Akan tetapi kalau kita luluskan itu nanti kita mungkin terlalu besarlah belanja subsidi. Jadi, ia tidak berapa bersasar. Oleh sebab itu saya hendak kongsi dengan semua yang bertanya tentang ini kita sedang berunding, kita sedang mencari alternatif kepada sistem ini yang sedia ada. Mungkin yang seperti dicadangkan oleh mantan Menteri pernah di sini dahulu, mengapa tidak kita melihat pada two pricings. Jadi, kegunaan domestik mungkin satu harga, kegunaan eksport mungkin ikut harga pasaran. Ini cadangan tetapi kami melihat untuk kita menangani masalah terlalu banyak kita belanja sebagai subsidi.
Baik.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Rasah.
Sila Yang Berhormat Rasah.
Yang Berhormat Menteri, saya menyambut baik RM1.9 bilion hampir RM2 bilion yang diberikan. Saya cuma hendak tanya RM1.9 bilion ini untuk tempoh masa berapa lama sebab kenaikan harga sawit itu. Okey, itu yang satu. Kedua, untuk makluman ini saya secara terus terang saya beritahu Yang Berhormat Menteri. Di kawasan saya sendiri ada pasar raya besar saya tidak mahu sebut di sini tetapi selepas ini saya boleh maklumkan pada Yang Berhormat Menteri. Masih ada kekurangan bekalan untuk minyak yang RM2.50 paket ini. Saya pergi sendiri termasuk yang terkini hari minggu sebelum datang Parlimen hari minggu petang saya pergi memang kosong. Label ada kata setiap isi rumah dibenarkan tiga paket sahaja tetapi langsung tidak ada stok. Nanti saya boleh serahkan gambar kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya mohon tindakan segera.
Baik.
Ya, saya boleh jelaskan sedikit, terima kasih. memang betul Yang Berhormat memang betul tetapi satu lagi senario saya baru-baru ini dipohon secara surat rasmi dan juga di telefon oleh tuan punya rantaian supermarket, hypermarket. Jadi, satu senario dahulu dia kata beberapa tahun dahulu dia mendapat bekalan daripada pemborong- sekian jumlahnya. Masa itu, kedai-kedai premis kepunyaan dia hanya 200 sahaja ke seluruh negara. Sekarang sudah berkembang hampir 500 buah premis sedia ada. Jadi, untuk dia tidak bertambah bekalan itu daripada pemborong. Jadi dia hendak pergi kepada pemborong-pemborong lain pun tidak dapat. Jadi, apabila pengguna masuk ke sesetengah premis dia memang tidak ada seolah-olah memang tidak ada bekalan. Walhal, sebenarnya senario itu kerana premis dia sudah bertambah bilangan jadi dia tidak. Ini pun kami sedang cari bagaimana hendak bantu dia supaya setiap premis hypermarket ini ataupun kedai serbaneka ini mendapat bekalan. Cuma, implikasi besarnya baliklah kepada belanja yang begitu besar sebagai subsidi kalau kita hendak penuhi semua ini.
Saya setuju dengan apa yang Yang Berhormat Menteri kata. Cuma satu, apabila tidak ada bekalan ataupun macam harga barang naik, semua kesalahan itu dia akan letak pada Yang Berhormat Menteri.
Betul.
Walaupun subsidi itu, kita tahu daripada MOF bukan dari Menteri. Macam ayam itu.
Terima kasih.
Ayam, orang pun tuduh. Walaupun sekretariat subsidi yang setengah bilion itu, MAFI bukan KPDNHEP. Jadi saya minta usaha rentas kementerian dan komitmen penuh daripada Menteri lain untuk membantu kementerian ini, sama-sama kita atasi masalah ini.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Oleh sebab itu, terima kasih sangat kerana memahami keadaan kami di KPDNHEP. Oleh sebab itu, kita ada pelbagai jawatankuasa, kita ada kluster ekonomi di mana kementerian berkaitan KPDNHEP, MITI, Ekonomi dan Menteri Kewangan bersama dan kita melihat gambaran yang lebih besar, the bigger picture iaitu rantaian bekalan makanan dan juga harga. Betul, terima kasih kerana memahami sangat. Jadi, balik kepada Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat Kota Belud, saya dapat sedikit maklumat. Berapa kuota ditentukan untuk Sabah? 5,750 metrik tan satu bulan ya. Jadi, kuota diluluskan 6,111 metrik tan sebulan. Jadi, itu ada perbezaan sedikit. Kita lulus banyak tetapi kuota yang sedia ada hanya 5,000 metrik tan yang dalam pasaran. Jadi kami melihat kalau ada maklumat lain Yang Berhormat bolehlah bagi tahu ya.
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat. Minta rumuskan Yang Berhormat Menteri.
Sedikit sahaja.
Ya kah? Akan tetapi banyak lagi. Okey untuk saya melengkapi isu ini, okey.
Baik.
Keseluruhan satu bulan Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Kota Belud, KPDNHEP diluluskan hanya mengeluarkan hadnya 60,000 metrik tan satu bulan. Maknanya satu tahun 720,000 metrik tan untuk kegunaan semua, bukan hanya rakyat Malaysia, semua yang duduk di Malaysia yang menggunakan minyak masak ini. Jadi...
Terima kasih.
Saya boleh beralih...
Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Sedikit sahaja. Saya minta sebab...
[Ketawa]
Semalam saya sudah tanya Kementerian Pertanian tetapi Kementerian Pertanian minta saya ajukan persoalan kepada Kementerian Pengguna.
Baik.
Isunya ialah menjelang Ramadhan dan Aidilfitri. Harga ayam, harga daging walaupun sudah di-lock harga tersebut sekarang, akan tetapi, berlaku pada perayaan yang lalu pada tahun-tahun yang lalu pada Ramadhan dan juga hari raya lalu. Walaupun, harga itu di-lock tetapi harga di pasaran tidak berlaku begitu. Ayam sampai RM10. Harga daging pun tidak boleh kepada harga RM34 kalau tidak silap saya tahun sudah yang ditetapkan oleh kementerian. Akan tetapi tidak berlaku sedemikian rupa. Jadi, apa jaminan pihak kementerian khususnya untuk pastikan bahawa harga yang akan diperoleh ini ialah harga yang telah diumumkan oleh kerajaan. Tidak akan berlaku kenaikan tersebut di peringkat pasaran.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.
Yang Berhormat, kita buat jaminan sebab itu kita sudah wartakan sehingga bulan Jun. Dari 5 Februari, jarak yang begitu panjang untuk kita hadkan harga maksimum satu kilo di Semenanjung Malaysia, RM8.90 harga ayam di pasaran ya. Akan tetapi, banyak sudah tempat yang menjual kuranglah daripada harga had itu. Hendak katakan jaminan tidak ada menjual lebih, kita dengan penguat kuasa, kita sedaya upaya kita memang kita pantau. Akan tetapi, memang saya akui mungkin ada berlakulah di mana-mana penjual itu, dia jual. Kalau kita tahu, memang kita buat kompaun, kita siasat, kita tangkap tetapi ya lah saya pun tidak jaminan pun oleh sebab itu, kita wartakan. We have done our best in terms of menggunakan kuasa yang ada pada kita. Akan tetapi, perbuatan di luar sana? Kalau Yang Berhormat tahu, bantulah kalau mereka- bukan Yang Berhormat sahaja, semua. Oleh sebab itu, saya kata pengguna bijak, pengguna pintar. Bantulah, supaya kita boleh aduan. Kita sediakan lapan saluran aduan, macam-macam. Jadi- tetapi tepatlah. Jangan kata, “Oh di sana harga naik tetapi tidak tepat...”. Kita siasat pun susah hendak siasat. Kalau kata pasar ini, di sini kalau boleh nama, namakan tidak apa. Kita boleh pergi sebab kita ada 72 di seluruh negara yang kita panggil Enforcement Command Center (ECC) di mana hampir semua tempat, kita boleh kesan dalam sedikit masa sahaja kita boleh pergi ke mana-mana tempat di seluruh Malaysia ini.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Akan tetapi selalunya kita menerima aduan di sosial media mengatakan bahawa harga sudah naik sudah tetapi ia tidak bagi maklumat yang tepat. Jadi, kadang kala ia andaian mungkin, tidak tahu. Jadi, tidak membantulah. Okey, Yang Berhormat.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih saya perjelaskan.
Yang Berhormat Menteri minta rumuskan balik. Masa sudah tamat. Jawapan bertulis yang tidak sempat tadi.
Okeylah saya akur kepada Tuan Yang di- Pertua, arahan.
Baik.
Jadi banyak maklumat ini dan jawapan yang penting.
Secara bertulis.
Jadi saya terimalah syor daripada Tuan Yang di-Pertua. Kita akan sampaikan kepada yang bertanya secara bertulis. Terima kasih.
Bertulis. Lima hari bekerja.
Terima kasih.
Baik. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Sumber Asli untuk menjawab. Tempoh masa 30 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dalam tempoh Usul Menjunjung Kasih perbahasan Titah Diraja baru-baru ini. Seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan pelbagai isu berkaitan dengan KeTSA. Namun saya tidak pasti Tuan Yang di-Pertua, berapa orang yang ada di dalam Dewan yang mulia ini.
Yang tidak ada, bertulis.
Ya, kalau tidak ada itu, saya akan bertulis. Pertamanya, Yang Berhormat Kluang. Saya tidak nampak di sini Yang Berhormat Kluang.
Okey, dia tidak ada.
Dia ada dua perkara yang dibangkitkan. Saya akan beri secara bertulis. Akan tetapi kalau yang penting saya minta supaya dikemukakan juga di sini walaupun tidak hadir.
Boleh. Tidak ada masalah.
Yang Berhormat Rompin dan juga Yang Berhormat Sik mengenai pampasan pengekalan hutan simpan. Kedua-duanya tidak ada di sini Tuan Yang di-Pertua.
Baik.
Begitu juga Yang Berhormat Raub yang bertanya mengenai Harimau Malaya ini, tidak ada di sini.
Baik.
Walaupun demikian saya telah menjawab soalan dia pada 3 Mac yang lalu. Seterusnya, Yang Berhormat Permatang Pauh tidak ada juga di sini tetapi saya rasa saya perlu menjawab soalan ini kerana ia penting.
Silakan. Baik.
Yang Berhormat Permatang Pauh telah membangkitkan apakah usaha kerajaan melalui kementerian ini untuk memaksimumkan litupan hutan. Susulan daripada Laporan WWF yang mengatakan bahawa dari tahun 2001 hingga 2019 terdapat pengurangan hutan sebanyak 8.12 juta hektar. Ini saya perlu jelaskan kerana ia menimbulkan sedikit kekeliruan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa sumber rujukan WWF Malaysia yang dirujuk oleh Yang Berhormat Permatang Pauh adalah tidak tepat kerana rujukan ini berdasarkan kepada apa yang dinamakan data tree cover loss yang dikeluarkan oleh Global Forest Watch dengan izin yang mana ia merujuk kepada perubahan litupan pokok dengan mengambil kira keluasan ladang komoditi dan juga pertanian yang tidak sepatutnya diambil kira. Sepatutnya yang diambil kira sebagai pokok yang melitupi hutan adalah dari hutan simpan kekal, kawasan perlindungan hutan, taman kerajaan dan hutan tanah beri milik. Itu sepatutnya. Komoditi tidak sepatutnya diambil kira. Jadi inilah yang menimbulkan sedikit kekeliruan. Oleh sebab itu saya ingin menyatakan bahawa untuk menjawab soalan Yang Berhormat Permatang Pauh, sekurang-kurangnya lapan langkah telah diambil oleh kementerian ini melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan juga Jabatan Perhutanan Negeri-negeri dan Jabatan Perhutanan Sabah dan Sarawak iaitu antaranya yang pertama melalui platform Majlis Tanah Negara. Kita membuat libat urus dengan kerajaan-kerajaan negeri menyelaras amalan pengurusan dan penggunaan sumber hutan secara terancang, rasional dan berkesan. Kedua, mewartakan kawasan berhutan baru sebagai hutan simpan kekal untuk kita meningkatkan atau mencapai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan menjelang tahun 2040 di Semenanjung Malaysia di bawah Rancangan Fizikal Negara Ke-4.
Ketiga, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dalam tempoh lima tahun di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas yang mana setakat 10 Mac 2022 sebanyak 27.75 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negara. Keempat, mempertingkatkan usaha untuk pemulihan kawasan hutan yang dipanggil kawasan hutan terosot yang perlu ditanam dengan tanaman-tanaman yang baik untuk menyelesaikan masalah tanah yang kosong di dalam hutan. Kelima, Program Penanaman Pokok Bakau di pesisiran pantai negara. Sejak tahun 2005 lagi dan seluas 3,231.24 hektar kawasan pesisiran pantai telah ditanam sebanyak 7,094,595 pokok bakau dan spesies-spesies pantai yang sesuai. Begitu juga yang keenam kerajaan memperuntukkan apa yang dipanggil Ecological Fiscal Transfer (EFT) sebanyak RM60 juta setahun bagi tahun 2019, RM70 juta tahun 2021 dan RM20 juta tahun 2022 yang diberikan sebagai insentif kepada negeri yang mengambil usaha melindungi kawasan hutan, tadahan air dan kawasan hutan perlindungan sedia ada. Ketujuh, kerajaan juga menjana pendapatan melalui REDD Plus ataupun dipanggil Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation. Ini juga dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada aktiviti pengusaha hasilan. Kelapan, mengawal dan mengelak kelulusan pembangunan utiliti dan bukan utiliti di dalam hutan simpan kekal dan rizab hidupan liar di Semenanjung Malaysia. Itu antara langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk menambah kawasan berhutan dalam negara kita.
Mohon mencelah Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, ada pencelahan. Ya, sila Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya dengar langkah-langkah yang diambil untuk
melindungi hutan. Cuma jawapan tidak jelas kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh. Kalau kawasan perhutanan telah kurang, apakah jawapan sebenarnya, sama ada kawasan hutan itu meningkatkah atau tidak? Kita tidak boleh gunakan ladang kelapa sawit, getah sebagai kawasan hutan sebab ladang-ladang tersebut adalah monoculture. Kebetulan bukan setakat liputan hijau sahaja tetapi lebih kepada liputan hutan yang bukan setakat sebagai kawasan liputan hijau tetapi juga pelihara biodiversiti. Apakah jawapan yang sebenarnya? Berapakah peratusan kawasan hutan yang telah tambah ataupun turun? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Soalan yang cukup baik. Saya sudah ada jawapan di sini. Untuk masa ini bagi data yang dikeluarkan untuk kawasan berhutan sehingga tahun 2018, Yang Berhormat Gopeng, kawasan berhutan sedia ada adalah 43.41 peratus. Itu keluasan. Kita mempunyai sasaran sebagaimana saya sebutkan tadi untuk mencapai 50 peratus menjelang tahun 2040. This is the fact. Akan tetapi untuk tahun 2019 sehingga tahun 2021 masih di dalam penyemakan. Belum keluar lagi. Saya yakin ia telah bertambah daripada 43.41 peratus. Terima kasih sahabat saya dari Gopeng. Saya ingin menyentuh perkara yang sepatutnya yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Ipoh Timur. Tidak ada di sini. Ia berkaitan dengan pemeliharaan kawasan bukit batu kapur di kawasan Ipoh. Secara ringkasnya, saya hendak sebutkan bahawa langkah- langkah kerajaan telah diambil untuk menjaga, memelihara bukit batu kapur di sekitar Perak ini sehingga kita mewujudkan cadangan pembangunan Geopark Lembah Kinta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Perak. Kawasan ini meliputi daerah Kinta dan Kampar. Ini telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri Perak. Untuk ini juga Geopark Lembah Kinta ini telah diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan sejak tahun 2017 lagi dan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada tahun 2018. Itu yang saya boleh jawab kepada Yang Berhormat Ipoh Timur.
Cuma singkat sahaja, sebab baharu sahaja ada kemalangan runtuh di kawasan kuari dekat Simpang Pulai. Di kawasan Parlimen Gopeng. Saya mohon Yang Berhormat Menteri beri perhatian kepada perkara tersebut untuk elakkan kemalangan.
Okey, terima kasih. Saya ada laporan akan tetapi tidak ada di dalam perbahasan. Saya mungkin boleh bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat dari Kuala Kedah membangkitkan soal tanah- tanah kerajaan yang telah terbiar. Akan tetapi beliau tidak ada di sini Tuan Yang di-Pertua. Saya boleh beri laporan secara bertulis tetapi saya hendak maklumkan sedikit sahaja. Satu fakta sahaja. Untuk tanah-tanah, ini menjawab soalan betul-betul. Tanah terbiar kepunyaan Kerajaan Persekutuan. Pada dasarnya kita tahu tanah yang telah dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan terutamanya melalui cara pengambilan balik tanah ataupun land acquisition sebenarnya telah mempunyai tujuan khusus yang dirancang oleh setiap Kementerian/Jabatan Pengguna ataupun KJP. Namun demikian, disebabkan oleh faktor-faktor misalnya tidak ada peruntukan dan sebagainya, projek yang dirancang ekoran pengambilan tanah itu tidak dapat dilaksanakan menyebabkan tanah ini terbiar. Untuk ini, langkah yang diambil oleh kerajaan khususnya apabila saya mengambil alih kementerian ini kami mencadangkan— kementerian mencadangkan supaya tanah-tanah Kerajaan Persekutuan yang terbiar ditawarkan kepada sama ada agensi kerajaan ataupun agensi swasta atau orang perseorangan untuk disewa atau dipajak untuk digunakan untuk apa-apa tujuan yang tidak kekal.
Sebagai contohnya, saya ada satu senarai di sini. Sebanyak 61 lot tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) telah disewakan kepada individu-individu yang saya percaya juga ada syarikat untuk tujuan tanaman cendawan, tanaman kontan, tanaman dan sebagainya. Untuk Yang Berhormat dari Kuala Kedah ini, saya hendak sebutkan satu bidang tanah di Pekan Pulai, Baling, Kedah disewakan kepada seorang yang bernama Mohamad Nazlee bin Jamaluddin. Beliau menanam rumput Napier untuk penghasilan makanan ternakan. Satu lagi di Kedah juga bandar Pendang, daerah Pendang, Mohamad Tajuddin Omar. Tujuannya adalah untuk nurseri, pertanian nurseri. Saya ada sebanyak 61 lists penyewa-penyewa dan juga pemajak-pemajak tanah kerajaan. Saya hendak sebut inilah dasar kerajaan terutamanya selepas COVID-19. Rakyat agak sukar dalam bidang ekonomi, kerajaan memberi peluang kepada rakyat jelata untuk menyewa dan juta memajak tanah kerajaan untuk tujuan sektor ekonomi. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Begitu juga dalam tanah-tanah kepunyaan kerajaan negeri, sebagaimana yang kita semua maklum ia juga boleh disewa ataupun dipohon di bawah Lesen Pendudukan Sementara ataupun Temporary Occupation Licence (TOL) daripada pejabat-pejabat tanah. Yang Berhormat Sungai Petani juga membangkitkan mengenai tanah terbiar tetapi jawapannya hampir sama. Saya rasa saya boleh skip perkara ini Tuan Yang di- Pertua kerana beliau tidak hadir pada hari ini. Yang Berhormat Pasir Mas juga nampaknya tidak ada di sini. Saya difahamkan masih kuarantin. Beliau juga bertanya mengenai bantuan pembelian barangan elektrik dan rebat bil elektrik kepada mangsa banjir di negeri Kelantan. Saya hendak jawab secara sepintas lalu, untuk banjir di Lembah Klang. Baru-baru ini pada bulan September, kerajaan telah mengambil inisiatif yang dilaksanakan secara one-off iaitu pemberian rebat bil elektrik yang dibiayai sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan peruntukan sebanyak RM40 juta di mana seramai 148,000 pengguna kediaman telah menikmati rebat bil elektrik tersebut. Adapun untuk banjir di Kelantan dan Terengganu, kementerian akan meneliti perkara ini daripada segi peruntukan yang ada.
Seterusnya Yang Berhormat Bagan, juga tidak ada. Saya berhasrat untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bagan kerana ia cukup penting. Yang Berhormat Bagan meminta kerajaan supaya tidak menaikkan tarif elektrik kepada pengguna industri dan komersial yang menjejaskan kata beliau 1.6 juta perniagaan iaitu companies dan juga industries. Saya hendak jelaskan bahawa kerajaan kita mempunyai satu mekanisme- mechanism yang telah ditetapkan bagi melaksanakan pelarasan tarif elektrik iaitu melalui mekanisme yang dipanggil Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang mana ICPT ini disemak setiap enam bulan. Asas kepada semakan ICPT ini adalah berdasarkan kepada harga sebenar kos bahan api yang digunakan untuk penjanaan elektrik berbanding dengan kos unjuran. Unjurannya berapa, kos sebenarnya berapa. Mekanisme ICPT ini adalah penting memandangkan TNB- ini penting, Tuan Yang di-Pertua. TNB perlu membuat pembayaran awal bagi semua kos yang terlibat dalam penjanaan elektrik bagi tempoh enam bulan ke belakang. Dia perlu belanjakan dulu barulah dipanggil Imbalance Cost Pass-Through (ICPT). Maka, dalam tempoh enam bulan berikutnya barulah mekanisme ICPT ini membenarkan segala kos penjanaan tenaga elektrik yang telah dibayar oleh TNB dilepaskan kepada pengguna dalam dua keadaan, sama ada ICPT ini dalam bentuk rebat ataupun diberikan rebat kepada pengguna ataupun surcaj. Ini dua keadaan.
Saya hendak sebutkan bagi bulan Julai sehingga Disember tahun 2021, sebanyak RM1.672 bilion telah digunakan dan dibelanjakan untuk pembayaran bahan api bagi penjanaan elektrik yang mana ianya terpaksa dilepaskan kepada pengguna-pengguna bagi tempoh bulan Februari hingga bulan Jun tahun 2022. Maksudnya ianya telah dibelanjakan bulan Julai 2021 oleh sebab ianya harga sebenar dengan kenaikan harga arang batu yang mendadak di pasaran global mencecah USD105.09 per tan metrik berbanding dengan harga yang diunjurkan pada tahun 2021 hanya USD67.45 per tan metrik. Bermakna pertambahan kenaikan harga bahan api sebanyak USD37.64 per tan metrik. Inilah yang menyebabkan- untuk Yang Berhormat Bagan saya hendak jelaskan inilah yang menyebabkan mekanisme ICPT ini terpaksa mengenakan kos dilepaskan kepada pengguna surcaj sebanyak RM3.70 per kilowatt jam yang mana ianya telah dilepaskan kepada pengguna-pengguna komersial dan juga industri. Saya hendak jelaskan dalam Dewan yang mulia ini bahawa peningkatan harga arang batu ini pergi menyebabkan kos penjanaan telah naik 45 peratus. Namun demikian, untuk menjaga kepentingan rakyat jelata yang terdiri daripada pengguna domestik termasuklah Yang Berhormat Bagan sendiri, termasuklah saya dan termasuklah Tuan Yang di-Pertua, ini kita pengguna domestik, kerajaan telah memutuskan masih memberi rebat dua sen per kilowatt jam untuk pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022 yang mana kerajaan terpaksa menampung dengan memberi subsidi sebanyak RM715 juta yang mana kita menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Jadi ini kita hendak jelaskan kepada pihak sebelah sana terutamanya bahawa kita tidak mengenakan apa-apa surcaj walaupun sepatutnya ia dilepaskan kepada pengguna, kerajaan menanggung dua sen rebat per kilowatt jam ini sebanyak RM700 juta lebih. Itu untuk bulan Februari sehingga bulan Jun, Tuan Yang di-Pertua. Untuk bulan Januari, di mana ICPT belum dikenakan, TNB telah menyerap kos ICPT ini untuk satu bulan sahaja sebanyak RM181 juta. Itu TNB terpaksa menyerap perkara yang telah dikenakan ini. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga mengambil kira apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan untuk menyeru kepada industri dan commercial sector supaya mereka mengambil langkah-langkah yang juga dikemukakan oleh kerajaan melalui konsep Green Electricity Tariff (GET) yang mana ianya akan menjimatkan kadar bil elektrik kepada sektor komersial dan industri ini pada jangka panjang. Bukan itu sahaja, mereka ini juga boleh mendapat satu- sijil yang dinamakan Renewable Energy Certificates (REC) yang boleh membantu memenuhi komitmen ESG dan menyokong agenda Tenaga Boleh Baharu (Renewable Energy). Dalam hal ini juga Tuan Yang di-Pertua, pengguna kategori komersial dan industri turut boleh meneroka potensi solar melalui pemasangan sistem solar bagi kegunaan sendiri ataupun self-consumption (SELCO) dengan menyertai satu lagi program di bawah kementerian ini yang dinamakan Net Energy Metering 3.0 (NEM3.0). Kementerian juga menyarankan pemain-pemain industri untuk mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan yang kita kategorikan sebagai four star dan juga five star yang telah di-certified ataupun disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga yang mana pembelinya menikmati rebat yang amat memberangsangkan. Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang telah dibangkitkan ini pun Yang Berhormat Papar tidak ada saya rasa. Saya hendak menjawab secara sepintas lalu iaitu mengenai persoalan berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik di negeri Sabah. Saya ingin maklumkan bahawa untuk mengukur gangguan elektrik di seluruh negara, termasuklah dari Sabah, kerajaan menggunakan apa yang dipanggil Indeks Purata = Tempoh Gangguan Sistem ataupun, dengan izin, System Average Interruption Duration Index (SAIDI). SAIDI inilah yang menentukan tempoh gangguan elektrik di sesuatu tempat di mana KETSA menubuhkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada Suruhanjaya Tenaga, TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), wakil industri dan pakar- pakar teknikal yang merangka pelan tindakan ke arah penurunan SAIDI termasuklah di Sabah.
Saya ingin menjelaskan menjawab soalan Yang Berhormat Papar bahawa pada tempoh RMKe-11 sejumlah geran berjumlah RM2.3 bilion telah diberikan kepada kerajaan Sabah untuk mengurangkan masalah gangguan bekalan elektrik. Sebelum itu pinjaman sebanyak RM1.14 bilion di bawah RMKe-10 juga bagi pelaksanaan projek Pengukuhan Sistem Penghantaran dan Pengagihan Bekalan Elektrik juga di Sabah. Projek ini dilaksanakan oleh Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah yang dipanggil PPKBES dan juga SESB. Untuk RMKe-12, saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat Papar terutamanya bahawa kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.36 bilion untuk membiayai 32 projek yang bertujuan untuk mengurangkan indeks SAIDI ini di negeri Sabah dan juga di Labuan.
Buat masa ini, tempoh gangguan elektrik di Sabah pada tahun 2021 sebanyak 332 minit, dan kita bercadang untuk mengurangkan indeks SAIDI ini kepada 150 minit menjelang tahun 2025. Pada masa yang sama SESB telah mengenal pasti projek peningkatan taraf sistem pengagihan yang akan dilaksanakan secara berfasa...
Pertanyaan.
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya setakat itulah- ya?
Boleh saya tanya, tentang SAIDI tadi?
Okey, ada juga. Ya, Yang Berhormat Tuaran. Sila.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Bercerita tentang SAIDI ini dan terima kasih atas unjuran penurunan kepada 100 lebih setibanya tahun 2030. Itu lama lagi, Yang Berhormat. Di Semenanjung ini, saya tahu yang SAIDI itu sudah kurang daripada 50 dan di Sabah ini masih lagi 200 dan sebagainya. Antaranya ialah melibatkan tentang coating kabel yang digunakan dan sebagainya. Jadi, daripada segi perincian. Tadi Yang Berhormat secara general menyatakan sekian banyak digunakan peruntukan dan sebagainya. Saya ingin tahu apakah sebenarnya peruntukan- digunakan untuk apa ini? Apakah langkah-langkah sebenarnya untuk menurunkan SAIDI ini? Adakah ini hanya setakat melibatkan daripada segi penghantaran, atau daripada segi power generation dan sebagainya? Di mana sebenarnya lubuk, di manakah sebenarnya masalah yang menyebabkan SAIDI ini tinggi di Sabah?
Ya, terima kasih sahabat saya dari Tuaran. Saya yakin bahawa Yang Berhormat Tuaran juga mengetahui dengan lebih jelas kenapa indeks SAIDI di Sabah ini jauh lebih tinggi daripada di Semenanjung. Sebagaimana yang saya jelaskan sepintas lalu tadi bahawa di Sabah, pasukan petugas khas ini telah membuat pemantauan secara berkala terhadap prestasi penyelenggaraan- maintenance regime, dengan izin, yang dilaksanakan oleh SESB. Sepatutnya Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) ini sudah boleh berdikari tetapi disebabkan oleh banyak lagi perkara yang belum selesai daripada segi pengagihan dan bekalan elektrik di Sabah, maka Kerajaan Persekutuan masih lagi memberikan tempoh kepada SESB untuk bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan perkara ini. Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Tuaran tadi, saya hendak nyatakan bahawa sebahagian besar daripada gangguan bekalan elektrik di Sabah, sebanyak 97.7 peratus berpunca daripada masalah di peringkat sistem pengagihan- distribution system, dengan izin. Diikuti dengan penjanaan- generation sebanyak 1.5 peratus, dan penghantaran- transmission sebanyak 0.8 peratus. Antara faktor yang menyumbang kepada gangguan elektrik di peringkat pengagihan merupakan gangguan binatang liar. Ini fakta yang telah diperoleh. Pokok-
pokok yang mengganggu kabel, kerosakan kabel dan lebihan beban yang berpunca daripada sambungan haram- illegal connection yang telah di- itu antara, Yang Berhormat Tuaran, perkara-perkaranya dan inilah perkara-perkara yang sedang dikaji oleh pasukan petugas khas kami di bawah kementerian dan TNB serta SESB untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dan saya percaya peruntukan yang telah diberikan lebih daripada RM1 bilion dalam setiap rancangan lima tahun ini juga diberikan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada ini. Saya rasa itu penjelasan saya setakat ini. Kalau tidak ini lagi, Yang Berhormat boleh jumpa dengan saya di mana-mana. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua setakat itulah sahaja saya memenuhi tempoh yang telah diberikan. Terima kasih, tidak ada gangguan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan penghujahan, pertanyaan dan juga membangkitkan isu serta pandangan yang semuanya saya kira adalah untuk kebaikan negara kita dan juga rakyat kita. Terima kasih. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas penerangan yang diberikan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi. Silakan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Waalaikumussalam.
Terlebih dahulu, Kementerian Pengajian Tinggi ingin merakamkan penghargaan kepada 14 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara-perkara dan isu yang berada di bawah tanggungjawab kementerian semasa sesi perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya akan memberikan fokus untuk menjelaskan isu-isu dasar yang dirumuskan mengikut tema bagi menjimatkan masa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tangga Batu- ada. Okey, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Ipoh Barat tidak ada dalam Dewan, Yang Berhormat Hulu Selangor ada dalam Dewan, Yang Berhormat Selangau tidak ada, Yang Berhormat Sik tidak ada- telah menyentuh mengenai isu berkenaan pendidikan TVET yang merangkumi perkara-perkara seperti fokus, hala tuju, pemerkasaan dan graduan TVET. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi amat berterima kasih atas segala saranan yang telah dikemukakan terutama oleh Yang Berhormat Tangga Batu agar pendidikan TVET haruslah lebih berfokus dan seragam daripada segi sukatan pelajaran serta penarafan program. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Dewan sekalian, sebanyak- sekarang ini ada 11 buah kementerian yang mengawal selia program TVET. Pihak kementerian menyedari terdapatnya pertindihan program yang ditawarkan oleh penyedia TVET tersebut. Oleh itu, Majlis TVET Negara (MTVET) telah ditubuhkan pada 18 Disember 2020 bagi tujuan penyelarasan program-program dan ekosistem TVET merentasi kementerian, penyedia TVET awam dan swasta serta pihak industri. Terdapat lima buah kumpulan fokus utama yang diterajui oleh Majlis TVET Negara untuk mengurangkan masalah ketidakpadanan penawaran dan permintaan guna tenaga dalam menghasilkan modal insan yang berkemahiran tinggi serta memenuhi keperluan industri. Lima fokus tersebut adalah governance, industri, pembiayaan,kualiti; dan penjenamaan. Akreditasi program TVET juga terus diperkukuh dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti graduan dan program terus terjamin. Akreditasi ini berupaya menambah baik masa hadapan graduan TVET dalam aspek kualiti program kerana program-program TVET yang dibangunkan telah diiktiraf dan diperakui oleh Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga badan profesional iaitu Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Selain itu, kerjasama Lembaga Jurutera Malaysia dengan badan pengiktirafan antarabangsa iaitu Sydney Accord dan Dublin Accord juga menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat graduan TVET yang setanding dengan kualiti antarabangsa. Yang Berhormat Ipoh Barat tidak ada. Yang Berhormat Hulu Selangor dan juga Yang Berhormat Selangau dalam perbahasan telah menyarankan agar dipertingkatkan kerjasama dua hala antara pihak IPT dengan industri dalam usaha memperkasakan pendidikan TVET. Yang Berhormat juga telah menyentuh berkaitan ataupun berkenaan isu ketidakpadanan pekerjaan dalam kalangan graduan TVET. KPT mengambil maklum atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat berkenaan isu ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, ketidakpadanan ini berlaku apabila graduan yang dihasilkan tidak memenuhi kehendak dan keperluan industri. Oleh itu, apa yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi adalah untuk melibatkan industri agar penglibatan industri ini lebih aktif, menyeluruh dan menghasilkan graduan TVET yang berkemahiran. Ini fokus utama kita dan ini kita merasakan sangat penting. Justeru, kolaborasi kukuh antara industri dan pihak berkepentingan ini sangat diperlukan. Sehubungan dengan itu Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengambil beberapa buah inisiatif dalam meningkatkan serta memantapkan jaringan kolaborasi strategik antara JPPKK dengan industri. Antaranya kita telah menubuhkan Majlis Penasihat Industri di peringkat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Juga diadakan pelaksanaan inisiatif CEO@PolyCC yang melibatkan kolaborasi di peringkat jabatan dan institusi Politeknik dan Kolej Komuniti. Terdapat juga kolaborasi program pengajian mereka melalui Talent Enhancement Programme yang dilaksanakan melalui Structured Internship Programme (SIP), dengan izin, dan program latihan juga kita tekankan kepada graduan-graduan ini berbentuk reskilling dan upskilling melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara iaitu PENJANA.
Untuk memastikan penawaran program pengajian yang dibuat itu adalah berkualiti dan seiring dengan kemajuan teknologi dan keperluan industri semasa, kolaborasi dengan pihak industri terus kita perkukuhkan dan kita perluaskan melalui Majlis TVET. Kita laksanakan ini melalui inisiatif Government-Industry TVET Coordination Body (GITC). Pagi tadi, saya menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh secara terperinci mengenai GITC. Antara lainnya GITC ini akan menyelaras isu-isu berkaitan kerjasama industri dalam aspek kemahiran pekerjaan, keperluan fasiliti dan penyelarasan dasar kerjasama industri. Selain daripada kolaborasi bersama pihak industri tempatan, salah satu strategi yang kita laksanakan di Kementerian Pengajian Tinggi adalah untuk mengantarabangsakan TVET ini melalui kolaborasi dengan negara-negara maju seperti kita juga ada kerjasama dengan Australian Skills Quality Authority di Australia, Malaysian-German Chamber of Commerce and Industry bersama negara Jerman, dan British-Malaysian Chamber of Commerce, United Kingdom dan selaras dengan kemajuan teknologi IR4.0 maka landskap pendidikan TVET juga turut mengalami perubahan yang seiring. Justeru, bagi memastikan program pendidikan TVET sentiasa terkini, sentiasa memenuhi keperluan industri, MTUN ataupun rangkaian universiti-universiti teknikal ini telah memperkenalkan dua inisiatif iaitu yang pertama, Digital TVET dengan menggunakan pakai teknologi digital bagi menyediakan kebolehcapaian yang baik dan mampu milik serta mempertingkatkan kapasiti untuk penyampaian TVET melalui kombinasi pembelajaran secara fizikal ataupun remote. Contohnya, apa yang kita yakni yang boleh saya kongsikan bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi merupakan penubuhan pusat UNEVOC yang melibatkan
kerjasama UTHM bersama lebih kurang 240 pusat antarabangsa di seluruh dunia dan telah dikenal pasti sebagai pusat terbaik dalam mempromosikan inclusion greening, dan digital TVET. Kedua pula Green TVET iaitu pemasangan solar di kampus dan pengurusan tenaga di UniMAP. Sehubungan itu, kementerian akan sentiasa memperkukuh dan memperluas kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan agar dapat memperkasakan program pendidikan TVET dan mengelakkan berlakunya isu ketidakpadanan pekerjaan di kalangan graduan TVET. Yang Berhormat Selangau tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Sik juga tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Pasir Mas juga tidak ada dalam Dewan. Saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kulai juga tiada dalam Dewan. Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Tuaran ada menyuarakan pandangan Yang Berhormat agar IPT tidak mengadakan peperiksaan pada hari Jumaat hingga Ahad. KPT sebenarnya Yang Berhormat menyambut baik cadangan tersebut. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, sistem peperiksaan di IPT ini tidak berpusat sebagaimana peperiksaan awam seperti SPM...
Yang Berhormat Menteri.
Semua IPT...
Boleh saya tanya soalan untuk TVET? Sebelum Yang Berhormat Menteri pergi ke soalan yang lain.
Boleh Yang Berhormat. Akan tetapi, saya habiskan dahulu Yang Berhormat Tuaran. Then, I’ll give- saya akan bagi pada Yang Berhormat. Semua IPT mempunyai takwim akademik yang berbeza. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian membenarkan IPT melalui Senat mereka merancang dan melaksanakan pemeriksaan masing-masing mengikut kesesuaian. Akan tetapi saya faham dan maklum mengenai apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat berkaitan perkara berkenaan dan saya telah meminta supaya ketua pengarah membuat perbincangan secara terperinci bersama dengan universiti-universiti berkenaan.
Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan ini dan langkah ini amat dialu-alukan. Seperti mana Yang Berhormat sedar bahawa di peringkat sekolah menengah perkara ini kita telah bangkitkan dan saya juga berterima kasih bagi pihak rakyat yang telah selama ini mendesak supaya peperiksaan itu hanya diadakan pada hari Isnin hingga hari Khamis. Ini sudah langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan dan kita meminta supaya dijadikan satu dasar. Akan tetapi di peringkat institusi pengajian tinggi, kita masih menerima aduan. Pada mereka yang tidak memang daripada segi keagamaan, kepatuhan Tuhan dan sebagainya dia tidak boleh hadir peperiksaan pada hari Sabtu, hari Ahad ataupun malah pada hari Jumaat sekalipun. Jadi, cadangan kita ialah supaya diadakan dasar dalam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad itu janganlah diadakan peperiksaan sebab panjang masa. Hari Isnin hingga Khamis itu panjang masa untuk mengadakan peperiksaan. Jadi, kalau ini amat dialu-alukan kalau ini dijadikan sebagai satu dasar oleh pihak kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran dan kita akan ambil maklum mengenai apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat mengenai perkara tersebut. Seperti yang saya maklumkan tadi, saya telah pun berbincang bersama ketua pengarah untuk membuat perbincangan lanjut bersama dengan universiti mengambil kira cadangan Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Selangor.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma, Hulu Selangor ingin mohon sahaja kementerian dapat mempertimbangkan agar Kolej Komuniti Hulu Selangor yang menetap di Batang Kali dinaiktarafkan agar fasiliti mempunyai bangunan sendiri. Oleh sebab, setakat sekarang masih lagi sewa dan juga infra yang lengkap. Saban tahun pernah saya
bantu untuk menyalurkan peruntukan supaya kesediaan keselesaan untuk murid-murid belajar di sini. Satu lagi, untuk makluman Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor baru sahaja mengumumkan khususnya Batang Kali bakal menjadi hab pengangkutan kereta api dan industri logistik. Ini secara tidak langsung dapat juga untuk kementerian melihat boleh menyediakan lebih banyak kursus khususnya untuk di Batang Kali khas untuk belia-belia tempatan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat dari Hulu Selangor atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap kolej komuniti di bawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi. Kolej komuniti ini untuk makluman Yang Berhormat, satu ada- dia mempunyai bangunan sendiri dan kedua, ia melalui sewaan. Kementerian memang sentiasa terbuka dengan kepelbagaian penawaran program baharu seperti Yang Berhormat nyatakan juga tadi. Kita ambil maklum mengenai cadangan Yang Berhormat agar dinaik taraf fasiliti, mempunyai bangunan sendiri dan sebagainya. Akan tetapi Yang Berhormat, apa juga perhatian Yang Berhormat kita akan ambil kira dan kita akan masukkan dalam permohonan kita melalui EPU ataupun unit di bawah Yang Berhormat dari Jeli. Insya-Allah kita akan bawa juga keprihatinan Yang Berhormat berkaitan perkara berkenan. Tidak perlu risau Yang Berhormat. Insya-Allah juga dan saya menghargai komitmen Yang Berhormat sepenuhnya mengenai kolaborasi ataupun bantuan-bantuan daripada Yang Berhormat mengenai perkara yang di dalam bidang automotif, dalam bidang rel dan sebagainya.
[Berdiri]
Saya akan mengarahkan Ketua Pengarah, saya sekarang ini Yang Berhormat sebenarnya apa yang kita laksanakan di kementerian merupakan pihak pengurusan termasuk saya sendiri, kami di KPT telah memberi arahan kepada JPPKK untuk mengkaji setiap kolej komuniti dan politeknik di setiap negeri di Malaysia ini dan kena tengok juga mengenai niche ataupun bidang tujahan yang sesuai. Sekiranya, bidang tujahan itu tidak sesuai sekarang ini mungkin kita mempunyai tambah baik dengan pelbagai lagi tawaran-tawaran yang lain dan kita ambil maklum apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat dari Hulu Selangor tadi.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri... [Ketawa]
Soalan tambahan. Tangga Batu.
Kangar pun.
Silakan Yang Berhormat Tangga Batu.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang dirancang oleh kementerian daripada segi silibus, daripada segi padanan itu saya nampak benda itu ada perkembangan dan baik lah. Akan tetapi, apa yang maksud saya dengan berfokus itu kerana TVET ini banyak sangat kementerian yang handle, dengan izin, iaitu sampai 11. Macam kita dalam sebuah keluarga, kita cakap, “Okey, Kak Ngah, Kak Long, Kak Cik apa semua ini you all ini handle apa itu nanti kita majlis kahwin ini kau orang buat door gift untuk adik ini.” Abang Long apa benda- jadi, maknanya apabila kita tidak fokus, kita tidak tahu contohnya dalam kementerian, kementerian mana handle syllabus? Saya jangkakan KPT. Kementerian mana yang sumber manusia untuk TVET? Kementerian mana yang handle contohnya kewangan dia?
Jadi supaya itu yang saya maksudkan lebih berfokus sebab ada yang mengadu dengan saya bahawa contohnya terutamanya TVET swasta, benda-benda ini menghadapi masalah. Oleh sebab itu apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor tadi iaitu kita yang ini tidak cukup, yang ini kekurangan sebab kita lebih berfokus itu bagi saya, supaya kerja itu boleh lebih menepati sasaran. Terima kasih Yang Berhormat.
Kangar hendak minta sikit, berkaitan.
Nanti sekejap. Saya cuba respons kepada Yang Berhormat Tangga Batu. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu jugalah perbincangan utama kami di Kementerian Pengajian Tinggi melalui Majlis TVET. Kita buat satu mesyuarat dan kita telah memberi fokus-fokus yang berkaitan dengan perkara seperti Yang Berhormat Tangga Batu nyatakan tadi. Kita ada 11 kementerian, betul. Akan tetapi masalah utamanya adalah mengenai supply, dan demand itulah. Itu banyak kali yang kita perkatakan. Sebab itulah dalam mesyuarat yang lepas baru-baru ini, kita telah membuat keputusan melalui Majlis TVET yang telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengenai penyelarasan-penyelarasan itu perlu kita laksanakan. Dalam waktu yang sama kita telah letak, kita telah melantik seorang tokoh daripada korporat yang merupakan Pengerusi FMM untuk menjadi pengerusi supaya jawatankuasa ataupun jawatankuasa koordinasi ini boleh kita minta private sectors to lead ataupun untuk dia mengetuai bagi dia memberi respons agar kita dalam jangka masa yang panjang ini nanti, tidak akan ada mismatch, kita tidak akan ada- kita akan bergantung pada supply dan demand itu sendiri berdasarkan kepada bantuan-bantuan daripada private sector. Sijil memang banyak. Sebenarnya Yang Berhormat, saya hendak maklumkan juga Tuan Yang di-Pertua, yang kebanyakan offer, perkara-perkara ataupun subjek yang bertarafkan sijil ini kebanyakannya ini di KSM sementara itu dan juga di jabatan-jabatan lain. Akan tetapi diploma hingga PhD itu, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan universiti awam. Maknanya politeknik, kolej komuniti dan juga universiti awam juga. Itu antara lain. Akan tetapi kita ambil maklum apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu dan kita juga akui, ada pertindihan antara kementerian-kementerian ini. Akan tetapi bagi kami masa, insya-Allah melalui Majlis TVET Negara, perbincangan secara detil itu akan dilaksanakan dan daripada semasa ke semasa, kita akan maklumkan juga ke Parlimen mengenai perkara berkenaan. Yang Berhormat Kangar.
Okey terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok 20 ke-30 tahun yang lalu waktu zaman saya masih di universiti, kalau dalam bidang TVET ini, kita kata politeknik lah yang berada di barisan hadapan selepas universiti. Kita tahu permintaan kita disebut pada waktu itu permintaan pelajar-pelajar politeknik ini banyak. Akan tetapi tadi sebagaimana yang disebut, sekarang ini sudah banyak agensi yang mengeluarkan pelajar-pelajar yang ada kaitan dengan TVET. Cuma saya hendak tahu sama ada kementerian mempunyai data tentang kebolehpasaran pelajar-pelajar ini sebab mereka ini daripada banyak institusi. Secara khususnya kolej komuniti, berapa ramaikah yang diterima dalam pasaran kerja terutama dalam bidang yang mereka belajar di kolej komuniti? Berapa ramai yang terlibat dalam keusahawanan, misalnya? Kita hendak tahu juga tahap penerimaan pelajar-pelajar ini dan sejauh mana pendapatan mereka sebab kita bukan hanya sekadar hendak cakap tentang latihan yang kita bagi, tetapi bagaimana mereka dapat diterima dalam pasaran dan sekali gus bidang mereka juga dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hiduplah. Kalau kerja, macam sekarang ini ramai orang cakap tentang gaji minimum, jadi bagaimana kita hendak tengok sumbangan keilmuan mereka itu dapat meningkatkan bukan sekadar dapat kerja tetapi dapat kerja yang berkualitilah sebab dia bersaing dengan banyak pihak yang lain.
Ya betul Yang Berhormat Kangar. Kami di Kementerian Pengajian Tinggi memang kita telah membuat satu kajian mengenai kebolehpasaran. Antara- data tadi pagi saya ada maklumkan dalam soal jawab secara lisan. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat Kangar, nanti detil saya akan bagi secara bertulis mengenai perincian tersebut.
Akan tetapi secara kasarnya saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat Kangar bahawa kebolehpasaran, kalau dia daripada TVET Kementerian Pengajian Tinggi, dia punya kebolehpasaran dia on average, 94.2 peratus. Itu kebolehpasaran di dalam- sebab kita banyak. Kita ada 11 ministries kan tetapi di bawah KPT, 94.2 peratus. Ada juga penyedia latihan tersebut yang mempunyai kebolehpasaran yang dalam 70 peratus something. Akan tetapi kita secara detilnya, saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat. Mengenai keusahawanan ataupun bidang-bidang yang menggalakkan mereka menjadi usahawan, itu memang kita tekankan. Sebab di Kementerian Pengajian Tinggi ini, kita galakkan dua. Satu, makan gaji dan yang lagi satu merupakan mereka mencipta pekerjaan untuk yang lainnya. Akan tetapi datanya saya tidak ada di tangan saya. Saya akan kongsi mengenai data-data jumlah pelajar yang graduan yang menjadi usahawan juga kepada Yang Berhormat Kangar. Terima kasih banyak. Saya terus dengan menjawab isu yang saya- persoalan daripada Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Kalabakan ada atau tidak?
Ada.
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan penaikan taraf Kampus UiTM Tawau yang hanya menawarkan Program Pra Diploma dan Yang Berhormat juga menyarankan agar dapat ditawarkan program peringkat Diploma dan Ijazah sebagai langkah untuk mengurangkan beban ibu bapa di lokaliti Kalabakan, Tawau, Semporna dan Lahad Datu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, UiTM kampus Tawau telah diisytiharkan sebagai Kampus Kota di mana ia berperanan sebagai kampus penyedia- feeder campus kepada kursus-kursus Diploma yang ditawarkan oleh UiTM seluruh Malaysia. Menjelang tahun 2025, UiTM kampus Tawau akan dinaik taraf dan akan beroperasi sebagai kampus penuh, full-fledged campus yang akan menawarkan kursus-kursus yang bersesuaian dan kursus-kursus sepenuhnya. Maknanya, mereka tidak perlu lagi pergi ke tempat lain, mereka akan dapat full campus di UiTM Tawau ini.
Sedikit Yang Berhormat Menteri, mungkin saya boleh tambah sikit. Tahun 2025 mungkin terlalu jauh Yang Berhormat Menteri sebab UiTM di Tawau ini sudah wujud lebih 10 tahun dan penduduk di Lahad Datu, Kalabakan, Tawau, Semporna ini termasuk Kunak, lebih kurang 1.5 juta orang. Perlis yang 250 ribu orang sahaja penduduk, boleh dapat dua IPTA. Di Pantai Timur Sabah ini tidak ada pun satu buah universiti yang disediakan untuk penduduk-penduduk di Pantai Timur Sabah. Jadi, setiap tahun anak-anak ini akan balik ke kawasan ke rumah mereka sekurang-kurangnya purata lima kali setahun. Dengan tambang kapal terbang yang begitu tinggi sekarang ini, macam mana anak-anak ini mahu balik. Jadi kalau disediakan- Diploma sahaja, kalau boleh Diploma. Kita mulakan dengan Diploma, Ijazah nantilah. Diploma dulu supaya dapat mengurangkan kos bebanan perjalanan ini ,Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sini ada soalan lagi boleh? Ya, mengenai pelajar antarabangsa, sekarang difahamkan kementerian mencadangkan supaya kemasukan pelajar antarabangsa ke negeri Sarawak harus memohon visa mereka melalui satu buah syarikat- Education Malaysia Global Services sebagai agensi untuk membantu memohon visa mereka. Akan tetapi di kawasan saya di Sibu, Sarawak, banyak institusi pengajian tinggi enggan, tidak mahu pemohon visa ini melalui satu buah syarikat swasta untuk membantu memohon aplikasi visa ini. Ini kerana ia merumitkan dan melibatkan kos yang lebih tinggi. Institusi-institusi pengajian tinggi di Sarawak kebanyakan mereka mampu untuk membantu pelajar antarabangsa ini untuk memohon visa dengan lebih senang dan kos yang lebih rendah. Jadi, apakah pandangan daripada Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat, saya jawab dahulu Yang Berhormat Kalabakan. Saya ambil maklum apa yang kerisauan Yang Berhormat Kalabakan dan juga cadangan Yang Berhormat Kalabakan tetapi perlu melalui proses- proses seperti perjawatan dan sebagainya Yang Berhormat. Akan tetapi tidak mengapa, saya telah membuat analisis mengenai- kami di Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat analisis mengenai pelajari-pelajar Sabah sebab cara proses mereka ini ditempatkan di universiti masing-masing adalah mereka sendiri yang memohon untuk masuk. Contoh, saya minat hendak masuk UiTM Cawangan Perlis. Jadinya, itu cadangan saya yang utama...
Saya rasa statement itu tidak betul Yang Berhormat Menteri.
Tidak, itu contoh.
Saya rasa tidak betul.
Itu contoh. Itu contoh Yang Berhormat.
Sebab yang saya tahu dalam UPU kita tidak ada pilihan. Di Sabah hanya satu sahaja, Kota Kinabalu. Kadang-kadang tidak ada tempat. Penuh di Kota Kinabalu, tidak ada tempat. Anak kita kena hantar pergi ke Perlis.
Ya betul.
Kos transport sudah berapa?
Okey tidak apa Yang Berhormat. Akan tetapi, Diploma- program seperti- Yang Berhormat tadi mencadangkan supaya dimulakan dengan Diploma Programme dahulu. Maknanya Ijazah itu dikemudiankan. Saya mengambil contoh tadi tetapi mengambil kira bahawa dekat Sabah ini memang ada dua buah universiti awam tetapi kita ada juga Politeknik, Kolej Komuniti dan sebagainya. Akan tetapi, untuk makluman Yang Berhormat juga, insya-Allah tiga Program Diploma Penuh kita akan tawarkan di UiTM. Ini tahun hadapan. Ia bukan tahun 2025. Tahun 2025 itu full-fledged university sebagai UiTM Tawau tetapi untuk Diploma Programme, kita akan tawarkan mulai tahun 2023. Tahun 2023 ini tahun hadapan insya- Allah.
Terima kasih. Jawapan yang baik.
Terima kasih banyak. Mengenai tadi isu baharu Yang Berhormat bangkit kan, saya perlu mendapatkan- nanti saya akan menjawab secara bertulis mengenai isu Yang Berhormat bangkitkan tadi, ya? Sebab saya- ini isu baharu yang tidak dimasukkan dalam perbahasan tetapi daripada maklum balas yang ditunjukkan secara ringkasnya, terdapat perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak mengenai isu Yang Berhormat bangkitkan tadi. Pandangan Yang Berhormat diambil kira dalam keputusan yang akan diputuskan oleh pihak berkenaan.
Mungkin kementerian boleh adakan satu dialog dengan pihak...
Boleh.
...Pengajian tinggi di Sarawak.
Boleh juga Yang Berhormat. Boleh juga. Kita ambil maklum mengenai cadangan Yang Berhormat. Kita akan buat. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sedikit. Yang Berhormat Padang Serai.
Boleh, Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tanya, saya dapati ramai pelajar yang memasuki kolej, mereka tidak tahu kolej itu diiktiraf oleh kerajaan atau tidak. So, bagaimanakah pihak kerajaan akan memaklumkan pada pelajar-pelajar tersebut supaya mereka akan pilih kolej-kolej yang diiktiraf oleh kerajaan supaya mereka boleh dapat kerja pada masa-masa akan datang? Kalau swasta tidak diiktiraf oleh kerajaan, susah hendak dapat kerja di department kerajaan, dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai isu Yang Berhormat bangkitkan tadi itu, kita mengambil maklum perkara tersebut. Walau bagaimanapun, kita ingin mencadangkan supaya setiap pelajar yang hendak memilih untuk berada di universiti-universiti swasta ini sebagai contohnya, apa yang mereka boleh lakukan iaitu mereka perlu merujuk kepada MQA. Ini sebab MQA ini yang memberi akreditasi kepada kolej-kolej swasta ini agar bidang yang mereka belajar itu diterima dan boleh kita masuk kalau sekiranya hendak bekerja dengan government servant bukan? Hendak bekerja sebagai government servant dan itu yang kita telah maklumkan. Sebenarnya semua- kalau kolej itu mendapat kelulusan bermaksud sedikit sebanyak kolej itu menawarkan tawaran-tawaran degree, sijil ataupun diploma yang telah diiktiraf kecualilah kemudian harinya setelah kita luluskan segala-galanya, mereka buat tambahan sendiri yang tidak mendapat akreditasi daripada MQA tetapi tidak ada masalah. Saya nak minta tolong juga Yang Berhormat untuk menyatakan kepada pelajar-pelajar menghadapi kesukaran tersebut supaya membuat kompelin secara rasmi kepada MQA dan juga boleh panjangkan juga kepada saya juga, Yang Berhormat mengenai perkara berkenaan. Yang Berhormat Tampin? Okey. Yang Berhormat- boleh atau tidak Tuan Yang di- Pertua?
Sila, sila.
Boleh ya. Saya ingin mengucapkan kepada Yang Berhormat Tampin atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai kebolehpasaran- keberkesanan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan dan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT di dalam membantu graduan membina kerjaya serta penglibatan graduan dalam keusahawanan tani, ternakan atau industri perikanan dan makanan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dan semua Ahli-ahli Dewan, Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan dan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025 merupakan satu dokumen induk yang menjadi panduan dan rujukan utama IPT dalam melaksanakan strategi serta inisiatif bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh kedua- dua pelan berkenaan iaitu meningkatkan kebolehpasaran dan menerapkan minda keusahawanan kepada pelajar dan graduan. Kedua-dua pelan ini apabila kita bangunkan, kita memang melalui satu sesi libat urus yang menyeluruh yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti wakil kepada industri, GLC, agensi-agensi kerajaan, kumpulan pelajar, pensyarah, pimpinan tertinggi IPT, NGO serta tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang berkenaan dan pelaksanaan agenda keusahawanan di IPT disandarkan kepada tiga teras dan juga strategi utama iaitu: (vi) pemantapan ekosistem keusahawanan yang bersinergi dan holistik; (vii) pemerkasaan jaringan keusahawanan yang berimpak tinggi; dan (viii) penekanan kepada keusahawanan yang berteraskan inovasi dan teknologi. Bagi menggalakkan penglibatan pelajar IPT di dalam bidang keusahawanan tani, beberapa program kolaborasi strategik dirancang dengan agensi berkenaan termasuk kita juga melibatkan dan kita bekerjasama bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sebagai usaha memberikan pendedahan kepada pelajar berhubung potensi besar bidang pertanian sebagai satu cabang peniagaan yang mampu berkembang maju.
Saya hendak beri beberapa contoh yang lainnya kita akan beri secara bertulis. Antara program yang kita jalankan merupakan satu program yang kita namakan Smart Agriculture, Program Graduan Keusahawanan Cendawan Tiram, itu antara contoh- contohnya. Contoh-contoh lain saya akan bagikan kepada Yang Berhormat Tampin secara bertulis. Ini kerana kita percaya melalui program-program tersebut, pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan teknik pertanian di dalam bidang seperti penanaman, perikanan dan penternakan bermula daripada peringkat asas sehingga peringkat ia dikomersialkan. Usaha ini insya-Allah akan dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan di dalam bidang berkaitan dan memberi pendedahan kepada pelajar akan potensi besar bidang pertanian untuk membantu menjana ekonomi. Itu Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat juga ada mengutarakan persoalan mengenai usaha dalam menangani pengangguran di kalangan graduan IPT. Umum mengetahui pengangguran merupakan satu cabaran yang sukar ditangani dan yang perlu kita tangani oleh sebuah negara lebih-lebih lagi dalam situasi penularan COVID-19. Kadar pengangguran negara boleh digunakan untuk menunjukkan prestasi pasaran buruh. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar pengangguran negara pada Januari 2022 iaitu 4.2 peratus. Turun 1.1 peratus berbanding Disember 2021. Ini sedikit sebanyak ada menunjukkan trend positif mencapai ke arah mencapai tahap guna tenaga penuh atau sekurang-kurangnya kembali kepada kadar 3.3 peratus seperti semasa pra-pandemik. Di sektor pengajian tinggi, KPT sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan graduan yang dikeluarkan dapat memenuhi keperluan sumber manusia oleh industri sama ada dari sudut bidang pengajian, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Antara langkah yang kami di KPT laksanakan adalah untuk menyemak, menambah baik secara berkala program-program akademi yang ditawarkan dan juga kita telah buat dan kita telah lancarkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan sebagai usaha jangka sederhana untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. KPT juga turut merencanakan inisiatif berbentuk jangka pendek untuk membantu graduan mendapat peluang pekerjaan seperti kita sediakan program latihan, berbentuk kemahiran dan pendekatan kemahiran melalui inisiatif KPT-CAP, kita juga laksanakan Program Intervensi Kebolehpasaran Graduan...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Kepong, Kepong.
Sekejap, sekejap – Adalah melaksanakan Structured Internship Programme. Juga, saya hendak maklumkan ke dalam Dewan ini seperti - sebab kita ada Mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara Bilangan 1 - baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, KPT untuk makluman semua juga, telah berjaya mencapai 19,222 buah penempatan pekerjaan. Apa kelainan yang dibuat oleh KPT kita telah menandatangani satu letter of commitment yang diberikan oleh pihak swasta apabila mereka – dia melalui proses diambil training pelajar kita, kita minta letter of commitment daripada syarikat tersebut bagi syarikat tersebut ambil pelajar kita untuk satu tahun sekurang-kurangnya bekerja. Yang Berhormat.
Ya, terima kasih. Kepong, Kepong. Ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri tentang masalah pengangguran yang tinggi di antara graduan universiti tempatan sebab tahap kemutuan pendidikan tinggi kami, the standard of our higher education? Terima kasih.
Itu Yang Berhormat, terima kasih atas soalan yang telah diutarakan. Penambahbaikan memang sentiasa kita laksanakan. Tadi saya ada maklumkan mengenai industry-led counsel ataupun coordination body di mana syarikat swasta ataupun tokoh industri, dia akan duduk bersekali bersama dengan kita di
pihak kerajaan dan juga pensyarah dan pakar akademik dan juga pelajar dalam membentuk, dalam memberi feedback kepada kita mengenai maklum balas mengenai kualiti termasuklah kualiti juga Yang Berhormat Kepong. Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan berhubung kait dengan keusahawanan. Cuma saya hendak – ramai di kalangan mahasiswa yang sama ada masih lagi di institut pengajian tinggi ataupun yang sudah keluar daripada pengajian berhadapan dengan masalah soal pendanaan kalau mereka hendak terlibat dengan keusahawanan tani, keusahawanan ternakan dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak ada asas yang boleh diperkukuhkan untuk diajukan kepada badan-badan untuk mereka meminjam seperti bank dan sebagainya. Ini menimbulkan masalah kepada graduan yang memang berkeinginan untuk menceburkan diri dalam keusahawanan seperti itu. Jadi, apakah tindakan yang dibuat oleh kementerian untuk memastikan graduan yang berkeinginan ini terus untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha keusahawanan itu? Terima kasih.
Boleh Yang Berhormat tamatkan Yang Berhormat?
Ya, betul. Ini soalan yang terakhir saya. Yang Berhormat, terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Kami di Kementerian Pengajian Tinggi juga melihat ini sebagai satu cabaran apabila pelajar ini hendak mengembangkan perniagaan mereka setelah mereka bergraduan. Oleh sebab itulah Yang Berhormat, saya hendak maklumkan juga di sini bahawa kita telah membuat satu kerjasama bersama dengan kementerian-kementerian lain. Sebagai contoh, kita membuat kerjasama bersama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi kita terapkan ataupun kita minta bantuan daripada kementerian-kementerian lain untuk membantu pelajar-pelajar kita yang kita kenal pasti ini. Jadinya, collaboration itu dapat meningkatkan- maknanya mahasiswa ini yang berminat, dia tidak akan ada masalah kalau mereka berjumpa dengan HEPA masing- masing ataupun berjumpa terus dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapat tahu apakah jenis-jenis program yang kita lakukan secara bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain. Kita ada collaboration bersama TEKUN, kita ada collaboration bersama SME Corp, kita ada collaboration bersama PNS dan kita ada juga collaboration dengan bidang-bidang lain juga Yang Berhormat. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang kami, Kementerian Pengajian Tinggi dapat maklumkan dalam limit masa yang telah ditetapkan. Bagi persoalan lain yang ditimbulkan yang tidak sempat saya untuk menjawabnya, saya akan minta supaya dihantar secara bertulis Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya merupakan giliran Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang dan peluang yang diberi kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menggulung pada petang ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Ke-14. Pertama kali, saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kementerian, petugas-petugas di Parlimen serta seluruh rakyat Malaysia. Di antara enam inisiatif yang
telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sambutan Hari Wanita iaitu penubuhan Majlis Wanita Negara, perwujudan Rang Undang-undang Anti- Gangguan Seksual, pemantapan institusi hakam dalam Mahkamah Syariah, jaminan pembayaran nafkah melalui Akta Pembiayaan Kewangan kepada isteri yang diceraikan, kebenaran bekerja dari rumah bagi yang kematian suami atau isteri dan yang keenam, sambutan Hari Wanita yang dilaksanakan pada setiap 8 Mac setiap tahun. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, hari ini juga merupakan Hari Kerja Sosial Sedunia 2022. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Kerja Sosial Sedunia kepada semua pekerja sosial di Malaysia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kerja Sosial dengan tema, ‘Bersama Membina Eko-Sosial Baharu Dunia: Tiada yang Tertinggal’. Hari Kerja Sosial Sedunia disambut pada hari Selasa ketiga pada bulan Mac setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan dan dedikasi pekerja sosial dalam memperjuangkan keadilan sosial, hak asasi manusia dan pembangunan sosial melalui amalan terbaik dalam kerja sosial. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dan pandangan daripada 12 orang Ahli Yang Berhormat yang berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh mereka yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pertama, saya ingin menjawab perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus yang mencadangkan pemberian cuti idah kepada wanita yang kematian suami. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyokong cadangan Yang Berhormat ini dan perkara ini telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 Mac yang lalu semasa merasmikan Sambutan Hari Wanita 2022 yang telah mengumumkan inisiatif kepada wanita bagi wanita yang kematian suami iaitu Ketua Jabatan dan Pengurusan Tertinggi semua organisasi digalakkan untuk membenarkan wanita tersebut bekerja dari rumah dalam tempoh bersesuaian bagi membolehkan urusan keluarga serta peninggalan suami dapat diselesaikan. Kementerian ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas tindakan segera Jabatan Perkhidmatan Awam yang telah menambah baik Dasar Bekerja Dari Rumah bagi pegawai perkhidmatan awam melalui surat edaran JPA bertarikh 10 Mac 2022. Melalui surat edaran JPA tersebut, semua Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam diwajibkan untuk membenarkan atau mengarahkan bekerja dari rumah kepada pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh tiga hari cuti tanpa rekod sebagaimana yang diperuntukkan dalam MyPPSM Ceraian SR.5.2.1 yang telah digunakan. Tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua minggu termasuk hari pelepasan, pelepasan mingguan, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan. Manakala bagi sektor swasta pula, kita harapkan pihak pengurusan semua organisasi dapat mempertimbangkan perkara ini, insya-Allah.
Seterusnya saya menyentuh apa yang disentuh oleh Yang Berhormat Papar iaitu isu kebajikan ibu tunggal khususnya di Daerah Papar, dan Wilayah Sabah. Kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan beberapa skim bantuan kewangan bulanan kepada anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya untuk anak-anak ini dapat meneruskan kelangsungan hidup mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Antara skim-skim yang disediakan ialah: (i) Bantuan Kanak-kanak yang mana kadar daripada RM100 kepada RM150 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan bagi satu keluarga; (ii) Bantuan Anak Pelihara. Kadar RM250 sebulan seorang kanak- kanak, maksimum RM500 sebulan bagi memelihara dua orang kanak-kanak atau lebihnya;
(iii) Skim Bantuan Am, skim bantuan negeri dengan kadar RM200 hingga RM350 sebulan; dan (iv) Skim Bantuan Anak Yatim iaitu skim bantuan negeri dengan kadar RM200 hingga RM500 sebulan. Berdasarkan statistik JKM bagi tahun 2021, seramai 2,919 orang penerima bantuan di daerah Papar dengan peruntukan sebanyak RM2.14 juta telah disalurkan. Selain daripada itu, bagi menyokong usaha Keluarga Malaysia untuk membantu golongan sasar menikmati kehidupan yang lebih baik, kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah memperkenalkan Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM yang bertujuan untuk memberi fokus kepada aktiviti penjanaan pendapatan dengan menghubungkan wanita kepada platform yang menawarkan peluang pekerjaan, perniagaan dan keusahawanan. Inisiatif Wanita Bangkit ini lahir daripada situasi pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan kepada kehidupan masyarakat termasuk golongan wanita dalam pelbagai aspek terutama dalam penjanaan pendapatan. Ramai yang terputus pendapatan sama ada dalam sektor formal mahupun informal dan terpaksa mencari pelbagai alternatif bagi meneruskan kehidupan. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada wanita terutamanya golongan suri rumah B40, M40 dan wanita yang menjadi ketua isi rumah termasuk ibu tunggal mahupun wanita yang ingin membantu keluarga mencari pendapatan sampingan. Pada tahun 2021, sejumlah 5,135 orang wanita berjaya dihubungkan dengan peluang-peluang pekerjaan untuk menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dan juga peluang pekerjaan dalam sektor formal. Pelaksanaan Inisiatif Wanita Bangkit dapat membantu wanita mencari jalan keluar daripada kesempitan hidup dan bangkit untuk maju dalam membantu keluarga meningkatkan taraf ekonomi. Seterusnya, para peserta tersebut juga turut dihubungkan dengan pihak-pihak yang menyediakan dana untuk kemudahan jangka panjang. Usaha ini kelak diharap dapat membantu golongan wanita untuk terus menjana pendapatan bagi mengukuhkan lagi sistem sokongan terutama dalam bidang ekonomi. Jabatan Pembangunan Wanita juga melaksanakan Program Pembangunan Kapasiti yang menyasarkan semua golongan wanita tanpa mengira latar belakang. Program ini meliputi program pengukuhan kemahiran, pengurusan kewangan, pengurusan keseimbangan dan juga pembangunan kepimpinan wanita. Sepanjang tahun 2021 sebanyak 1,906 program telah dilaksanakan dan melibatkan 856,323 orang peserta di seluruh negara. Program ini dilaksanakan secara atas talian dan juga fizikal selaras dengan norma baharu dan program ini insya-Allah akan diteruskan lagi pada tahun 2022. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu yang telah membangkitkan isu kepimpinan wanita dalam sektor pentadbiran. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita telah melaksanakan pelbagai Program Pembangunan Kapasiti bagi mengasah bakat, kemahiran dan ciri-ciri kepimpinan untuk golongan sasar wanita. Sepanjang tahun 2021, sebanyak 202 program kepimpinan telah dilaksanakan yang memberi manfaat kepada 100,923 orang peserta. Program-program yang dilaksanakan adalah berbentuk latihan, advokasi dan pendedahan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan kemampuan wanita dalam membuat keputusan. Di antara program-program kepimpinan wanita yang telah dilaksanakan pada tahun 2021 ialah Forum Kepimpinan Kendiri: Bangkit Sendiri di mana tujuannya adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan aspek kepimpinan dan perlunya wanita bangkit untuk mendepani sebarang cabaran dalam kehidupan mereka. Keduanya, Simposium Wanita Dalam Pengajian Tinggi di mana dilaksanakan dengan kerjasama JPW dengan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara dan Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuannya adalah untuk menyediakan medium bagi golongan wanita untuk membincangkan dan berkongsi pandangan idea dan inovasi mengenai isu dan trend semasa yang berkaitan dengan era kelestarian, kepimpinan dan pendidikan tinggi. Selain daripada itu, simposium ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para peserta untuk membina jaringan kerjasama dan mendorong
perbincangan mengenai isu-isu golongan wanita mengenai kepimpinan, kebolehpasaran dan kesaksamaan di institut pengajian tinggi. Kita juga mengadakan Konvensyen Pemimpin Muda 2021 di mana tujuan program ini adalah bagi mengumpul input untuk penambahbaikan agenda pemerkasaan wanita daripada pemimpin muda dari pelbagai latar belakang di Malaysia. Input dan maklum balas daripada para pemimpin muda dijadikan rujukan untuk penggubalan dasar untuk masa depan. Seterusnya Program Pemerkasaan Gender dan Kepimpinan Wanita Muda dan Wanita Berkerjaya. Tujuan program ini adalah untuk memberi inspirasi kepada wanita muda dan wanita berkerjaya mengenai teknik kepimpinan, meningkatkan kebolehpasaran wanita muda untuk menduduki kerusi lembaga pengarah dalam sektor korporat dan kebolehupayaan wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai bidang. Seterusnya dalam Belanjawan 2022 yang mana kerajaan telah memperuntukkan RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi menjalankan latihan kepimpinan muda. Jadi insya-Allah semua program yang disebutkan tadi akan diteruskan juga pada tahun ini insya-Allah, tahun 2022. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tangga Batu juga mencadangkan agar kementerian mengkaji semula Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan) 2017 dengan pindaan pembentukan Mahkamah Khas Keluarga. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa memberikan perhatian yang khusus terhadap isu-isu yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 untuk melindungi hak keselamatan mangsa keganasan serta sama ada lelaki, wanita, warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak. Akta 521 ini telah dipinda sebanyak dua kali sejak penggubalannya iaitu pada tahun 2012 dan 2017. Antara pindaan yang telah dibuat adalah perluasan tafsiran keganasan rumah tangga, penambahan peruntukan perintah perlindungan kecemasan, penambahbaikan aspek perintah perlindungan interim dan perintah perlindungan, pemberian hak penghunian eksklusif dan program pemulihan kepada mangsa keganasan rumah tangga. Kes-kes yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga adalah dikendalikan oleh Mahkamah Majistret atau Sesyen. Jadi buat masa ini Mahkamah Khas Keluarga telah pun diwujudkan di peringkat Mahkamah Tinggi bagi kes-kes penceraian yang melibatkan pasangan bukan Islam sahaja. Perwujudan Mahkamah Khas Keluarga adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Dalam hal ini kewujudan satu lagi mahkamah yang khusus untuk mengendalikan kes-kes keganasan rumah tangga merupakan satu polisi pengesyoran yang perlu dibuat kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Kementerian selaku peneraju bagi isu atau perkara yang berkaitan keganasan rumah tangga akan meneliti keperluan cadangan tersebut dengan kerjasama agensi berkaitan berdasarkan perundangan dan prosedur yang sedia ada. Walau bagaimanapun, perkara ini adalah tertakluk kepada pertimbangan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin seterusnya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju dan juga Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Batang Lupar yang bertanya tentang Pelan Tindakan Warga Emas Negara.
Kementerian dalam perancangan untuk menyediakan hala tuju bagi persediaan Malaysia ke arah negara tua pada 2030 daripada segi penilaian semula dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara sedia ada. Pembangunan hala tuju ini amat penting dalam merangka strategi program dan tindakan yang perlu bagi memastikan keperluan sebenar warga emas dapat dipenuhi menjelang 2030. Penilaian Pelan Tindakan Warga Emas Negara ini yang menggunakan pendekatan multisector collaboration oleh agensi-agensi kerajaan, pertubuhan sukarela, kebajikan, masyarakat tempatan, pihak swasta dan individu untuk melaksanakan program
dalam aspek sosial dan rekreasi, perumahan, kesihatan, pendidikan, latihan, keagamaan, penyelidikan, publisiti dan elemen tanggungjawab sosial korporat. Jadi ini bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga emas negara terjamin menjelang status negara tua pada tahun 2030. Selain daripada itu, sebagai langkah persediaan Malaysia menghadapi status negara tua KPWKM juga telah melaksanakan kajian seperti kajian diagnostik bagi membentuk model penjagaan warga emas jangka masa panjang yang bersepadu yang mampan di Malaysia dan juga kajian kandungan pendekatan dan skop bagi mewujudkan satu akta khusus untuk warga emas di Malaysia. Kementerian juga melaksanakan Rangkaian Penyelidikan Penuaan Peringkat ASEAN (ARNA) dan projek ARNA ini telah dimeterai dengan 10 blok negara ASEAN pada 2018 bagi mencapai tiga objektif utama iaitu: (i) mewujudkan satu rangkaian pakar bidang penuaan di peringkat ASEAN; (ii) mengenal pasti bidang keutamaan penyelidikan dalam bidang penuaan; (iii) membangunkan satu buah kerangka dokumentasi protokol data penyelidikan yang seragam di peringkat ASEAN. Jadi, kerjasama seumpama ini adalah sebuah platform yang ideal bagi negara anggota ASEAN untuk berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam bidang penuaan. Kementerian juga mengadakan kolaborasi dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan juga dengan UNDP untuk melaksanakan Projek Bandar Mesra Usia melalui projek rintis di Taiping Perak. Selain daripada perancangan baharu yang dinyatakan ini, inisiatif sedia ada kementerian tetap dilaksanakan dan ditambah baik seperti: (i) pemberian bantuan warga emas sebanyak RM500 sebulan seorang kepada warga emas yang layak; (ii) pelepasan cukai kepada anak-anak untuk penjagaan dan rawatan perubatan ibu dan bapa; (iii) inisiatif Program Khidmat Bantu di Rumah, atau Home Help Services; dan (iv) penambahan pusat aktiviti warga emas dan program intergenerasi untuk menggalakkan penjagaan berasaskan komuniti. Semua inisiatif ini juga mengarah kepada alternatif terhadap jaringan keselamatan sosial khusus untuk warga emas pada masa hadapan.
Saya minta penjelasan Timbalan Menteri.
Ya.
Sejauh mana kajian untuk golongan menua ini telah berjalan dan bilakah agaknya kajian ini dapat dibentangkan di dalam Parlimen?
Terima kasih, Yang Berhormat Segambut atas soalan. Saya dapat makluman bahawa kajian ini sedang di peringkat akhir dan insya-Allah kita jangka di penghujung tahun ini akan dibentangkan dan begitu juga tentang rang undang-undang warga emas ini kita menyasarkan untuk dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan. Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya mengalih tentang isu kanak-kanak. Yang Berhormat Petaling Jaya mencadangkan agar kerajaan melabur dalam manfaat kanak- kanak sejagat supaya tiada kanak-kanak yang ketinggalan semasa melalui peringkat perkembangan sama ada kognitif, fizikal dan sosial. Kerajaan melalui JKM bertanggungjawab memfokuskan isu kanak-kanak seperti:
(i) Majlis Kebangsaan bagi Kanak-kanak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3, Akta Kanak-kanak yang mana sebagai national focal point bagi hal yang berkaitan dengan kesejahteraan kanak-kanak serta memastikan obligasi kerajaan terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) yang merangkumi aspek kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dapat dilaksanakan dengan sempurna; (ii) Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK) yang berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak, menyelaraskan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan; dan (iii) Pasukan Kebajikan Kanak-kanak yang bertindak menyelaras perkhidmatan setempat kepada keluarga kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki memerlukan perlindungan dan pemulihan atau kanak-kanak didapati bersalah atas apa jua kesalahan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga menyediakan dua skim bantuan bersasar kepada kanak-kanak untuk memastikan kelangsungan hidup dan perkembangan mereka bersama keluarga sendiri iaitu keluarga pelihara. Skim bantuan berkenaan adalah seperti berikut: (i) bantuan kanak-kanak dengan kadar RM150 sehingga RM200 seorang sehingga maksimum RM1,000 setiap keluarga; dan (ii) bantuan anak pelihara dengan kadar RM250 sebulan seorang kanak-kanak dengan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang anak atau lebih.
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan? Timbalan Menteri?
Ya.
Terima kasih, sebab saya lihat masa sampai sembilan minit dan saya hendak tahu sama ada Timbalan Menteri akan sampai ke topik OKU sebab dalam perbahasan saya dan mungkin lain Ahli Yang Berhormat juga telah membangkitkan isu program yang dikendalikan. Saya difahamkan oleh kementerian sebagai projek perintis kepada OKU yang bernama JKMPay di mana 50 peratus sumbangan daripada kerajaan setiap bulan sekarang ditahan dan tidak dimasukkan ke dalam akuan mereka. Jumlah 50 peratus itu hanya boleh dibelanjakan sebagai cashless manner, dengan izin, di kedai-kedai diluluskan oleh Bank Islam dan untuk beberapa barangan yang disenaraikan oleh kementerian. Gabungan OKU telah datang ke Parlimen serahkan memorandum kepada Ahli Parlimen, minta program ini dikaji semula dan aduan mereka ialah mereka tidak dirunding sebelum program ini dimulakan. Bagi saya secara peribadi, tidak masuk akal kenapa mereka dihadkan barangan tertentu dari kedai-kedai didaftar oleh Bank Islam sahaja. Kenapa mereka tidak diberikan kebebasan membelanjakan duit sumbangan mereka yang diberikan oleh kerajaan, itulah hak mereka. Mereka orang dewasa dan bukan kanak-kanak yang perlu dikawal dan dikontrol macam ini. Jadi, saya harap kita boleh dapat penjelasan itu sebelum waktu tamat untuk Yang Berhormat.
Ada dalam jawapan saya cuma belum sampai lagi Yang Berhormat.
Saya harap boleh sampai dalam tujuh minit lebih itu.
Okey. Saya cuba, insya-Allah.
Okey, because ini isu penting, mereka datang ke Parlimen dan jumpa ramai Ahli Parlimen. Isu ini ialah isu serius, bukan isu pentadbiran, ini isu prinsip.
Okey, terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat atas soalan tambahan dikemukakan. Saya ingin membangkitkan iaitu apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi iaitu berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Sungai Buloh dan Yang Berhormat Hulu Langat itu berkaitan dengan program bayaran bantuan kewangan JKM tanpa tunai yang dikenali JKMPay yang telah dijawab sebenarnya oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan teliti dan komprehensif sama ada masa Sesi Waktu Pertanyaan (MQT) ataupun Usul Peraturan Mesyuarat 17 di Kamar Khas pada 3 Mac 2022 yang lalu. Saya kira perkara ini telah dihuraikan dengan detil. JKMPay tidak bertujuan untuk menyekat mana-mana hak kebebasan OKU untuk berbelanja. Apa yang diwujudkan iaitu mekanisme atau kaedah berbelanja ditambah atau diperluaskan lagi di mana selain daripada perbelanjaan tunai penerima juga boleh melaksanakan perbelanjaan secara tanpa tunai. Penerima bantuan baharu sahaja yang diluluskan akan diuruskan pembukaan akuan bank tanpa perlu hadir di mana-mana cawangan bank. Jadi, sehingga Februari 2022 terdapat sejumlah 397 buah kedai yang telah diaktifkan dalam projek ini. Manakala, 250 buah kedai baharu yang lain, yang berminat untuk terlibat dengan program ini. Jadi, kita sedang berusaha untuk memastikan supaya program ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan program ini hanya untuk permohonan baharu sahaja dan hanya projek rintis di beberapa buah negeri sahaja, bukan melibatkan semua negeri.
Malahan penerima bantuan juga boleh mencadangkan kedai atau premis yang bersesuaian bagi program tersebut. Sebarang, cadangan, aduan ataupun isu yang berkaitan dengan sistem JKM Pay boleh disalurkan oleh peserta melalui empat kaedah sama ada melalui aplikasi Telegram, Pusat Panggilan (Call Centre) ataupun melalui telefon atau melalui email ataupun boleh memaklumkan kepada pejabat JKM yang terdekat. Memandangkan pendetilan penyampaian perkhidmatan ini merupakan agenda masa depan negara, kementerian berusaha untuk memastikan supaya penambahbaikan projek rintis ini sentiasa dilaksanakan agar dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada penerima.
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Terima kasih penjelasan iaitu ini terpakai hanya pada pemohon baru, tetapi itu pun daripada segi prinsip. Daripada segi logik, apakah manfaat kepada OKU yang disekat begini? Dulu 100 peratus sumbangan bulanan diberi, dimasukkan dalam akaun dan mereka boleh belanja keperluan mereka. Akan tetapi sekarang kita tahan 50 peratus dan kata kamu boleh belanja ini di kedai-kedai yang didaftar oleh Bank Islam, beberapa ratus buah kedai telah didaftarkan dan untuk barangan ini. Apakah manfaat kepada mereka? Kenapakah kita sekat mereka dengan begini? Itu yang saya kurang faham dan ramai daripada mereka pun kurang faham dan mereka bantah sebab ini dilaksanakan tanpa rundingan apa-apa dengan mereka. Jadi saya harap- saya faham kementerian hendak buat yang baik tapi bila kita fikirkan yang baik, mereka bertanya, apakah yang baik tentang ini?
Ya. Ya. Dia, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya isu ini berbangkit apabila kita menerima aduan, apabila ada sebahagian mereka mengadu, apabila bantuan yang kita salurkan ini ada disalahgunakan oleh keluarga mereka. Ada juga, sebab ada di kalangan mereka yang OKU, yang warga emas ini yang mendapat, untuk dapat duit itu diambil oleh pihak keluarga. Tapi ada keluarga juga yang salah guna, yang beli dadah dan sebagainya. Jadi sedangkan ini merupakan peruntukan yang kita beri untuk membantu mereka yang sangat memerlukan.
Jadi kita menerima respons yang sangat positif sebenarnya. Kita telah buat kajian dan 80 peratus, maknanya menyatakan mereka tidak ada masalah dalam program ini. Cuma kita masih lagi di peringkat rintis iaitu di peringkat kajian. Kita akan buat kajian secara menyeluruh dan sekiranya perkara ini tidak sesuai, tidak ada masalah, kita boleh kembalikan kepada pembayaran macam biasa. Ini hanya sebagai satu projek rintis untuk kita melihat, menyambut hasrat kerajaan untuk kita memberi kebaikan kepada mereka yang menerima bantuan.
Kalau tidak bermasalah Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa 100 orang OKU datang dan I mean duduk di depan Parlimen beberapa jam dan menyeru kepada Ahli Parlimen tolong kaji semula dasar ini. Saya harap suara mereka didengar juga oleh kementerian dan program ini dikaji semula lah. Panggil mereka, duduk bincang dan jangan buat keputusan secara unilateral.
Kita telah panggil Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan juga, isu yang sama Timbalan Menteri. OKU-OKU ini telah datang berjumpa dengan kita, ada protes dekat luar dan mereka kata Menteri dan Timbalan Menteri tidak berjumpa dengan mereka. So saya hendak dapatkan pengesahan sejak protes hari itu, sudah kah Menteri atau Timbalan Menteri adakan perjumpaan dengan golongan OKU ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita telah buat beberapa kali libat urus sebenarnya sebelum ini, bukan saja dengan OKU yang datang, malah dengan NGO-NGO OKU yang lain. Kebetulan masa dia datang itu saya ada mesyuarat di tempat lain, saya tidak boleh batalkan mesyuarat saya. Ini menyebabkan saya sendiri tidak dapat hadir tetapi KSU, TKSU dan pegawai kanan kita ada. Jadi bagi kita ini merupakan projek rintis yang terbuka untuk beri pandangan dan idea. Malahan Yang Berhormat pun boleh bagi pandangan. Sekiranya perkara ini tidak memberi manfaat, tidak ada masalah, kita boleh tarik balik, tidak ada masalah. Tapi sekarang ini kita masih dalam proses kajian dan ini projek rintis yang dijangka sehingga April ini untuk kita menilai semua aduan, pandangan dan insya-Allah sekiranya perkara ini...
Timbalan Menteri.
Ya. Itu Yang Berhormat.
Yang NGO membangkitkan iaitu Menteri dan Timbalan Menteri tidak hendak berjumpa dengan mereka. Mereka datang protes KPWKM tidak dapat berjumpa.
Saya datang berjumpa. Masa dia turun, saya turun Yang Berhormat. Saya turun jumpa mereka.
Dia janji akan bagi maklum balas dua minggu, akan tetapi tidak dapat maklum balas. Kemudian adakan perjumpaan, KSU yang bertemu dengan mereka. Kemudian mereka datang protes, juga tidak dapat bertemu dengan mereka. Jadi kalau sudah tiga kali OKU tidak dapat berjumpa dan...
Yang Berhormat, Terima kasih ya, terima kasih Yang Berhormat. Saya menghormati Yang Berhormat.
Jawapan ini dibaca dalam Parlimen, jawapan yang sama tapi apa yang OKU meminta, dalam kerusi roda mereka hanya minta satu perjumpaan dengan Menteri dan Timbalan Menteri sahaja.
Saya jumpa dengan dia, malah masa dia datang kali pertama, saya jamu makan mereka pun. Jadi jangan salahkan Yang Berhormat.
Menteri tunjuk gambar, tunjuk gambar perjumpaan.
Cuma perjumpaan kali yang kedua bertembung dengan tarikh saya ada meeting lain. Yang Berhormat Menteri pun ada meeting lain. Jadi dalam setakat ini kita pentadbiran, Yang Berhormat pernah ada di
tempat kami. Kita ada organisasi kita. Sekiranya- maknanya pegawai-pegawai itu mewakili dan kita mendapat taklimat. Jadi saya kira saya sebagai seorang yang sangat dekat dengan hati OKU, saya sangat menyayangi mereka. Saya tidak akan menzalimi mereka. Jadi dalam keadaan ini kita hanya memperluaskan projek ini kepada golongan baru sebab saya dimaklumkan yang datang itu mereka yang sudah lama yang menerima tapi kita tidak sentuh pun bantuan dengan mereka. Tetapi yang kita ini hanya penerima baru.
Kalau projek ini sangat bagus, kenapa Menteri dan Timbalan Menteri tidak boleh duduk berdialog dengan mereka. Sampai mereka kena jumpa pembangkang, zoom dengan kita untuk cari bagaimana...
Dia telah datang ke kementerian Yang Berhormat, kita sudah ada dialog, terima kasih Yang Berhormat ya. Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya kira saya telah menjawab soalan Yang Berhormat tadi ya berkaitan dengan isu yang berkaitan dengan JKM Pay. Masa sudah tamat Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi isu tapi saya menghormati masa.
Tuan Yang di-Pertua.
Perkara ini saya mengucapkan terima kasih dan saya sangat menghargai semua pandangan Yang Berhormat termasuk daripada Yang Berhormat pembangkang dan insya-Allah segala cadangan, teguran, pandangan kita akan ambil kira...
Tuan Yang di-Pertua.
...Mana-mana yang tidak sempat saya jawab, insya-Allah kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, tidak ramai Ahli Parlimen dalam Dewan. Kita yang tunggu, kita hendak tunggu, tanya soalan yang kita telah bangkitkan dalam perbahasan. Saya ada isu dalam perbahasan yang belum dijawab iaitu isu gelandangan, koordinasi antara kementerian kerana sekarang ini banyak yang di atas jalan raya, mereka tidak ada rumah, tidak ada koordinasi...
Yang itu dibangkitkan semasa perbahasan.
Ada. Dalam ucapan saya tapi tidak ada jawapan.
Boleh Yang Berhormat tangani isu ini, akhir, isu akhir gelandangan Yang Berhormat. Kalau telah dibangkitkan semasa perbahasan.
Gelandangan saya sudah semak. Gelandangan ini di bawah DBKL. Yang mana, isu yang mana ini? Sebab saya melihat, sebab saya meneliti.
Isu gelandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri ..
Kita ada 12 isu sahaja.
Saya bangkitkan dalam perbahasan mengenai isu koordinasi. Akta Orang Papa di bawah jagaan KPWKM, bukan DBKL.
Apa isu yang dibangkitkan. Sebab saya kira kalau isu ini isu baru, saya tidak jawab.
Ini bukan isu baru, ini isu dalam perbahasan. Itu masalah kita Tuan Yang di-Pertua.
Okey, saya akan teliti balik dengan pegawai-pegawai saya dan insya-Allah saya akan menjawab secara bertulis. Terima kasih.
Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri yang seterusnya. Saya ada sedikit pengumuman. Dukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada Yang Berhormat Pasir Puteh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II iaitu Puan Wan Sofia Eliana binti Wan Yusof telah kembali ke rahmatullah pada hari ini kira-kira jam 1.05 tengah hari tadi. Innalillahi wainnailaihi roojiun. Takziah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pasir Puteh dan keluarga, atas pemergian Allahyarhamah. Semoga Allahyarhamah dicucuri Rahmat Allah dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah saya sedekahkan kepada beliau. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan. Silakan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, kami juga semua ucap takziah kepada Yang Berhormat Pasir Puteh. Semoga Allah mencucuri Rahmat. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Parlimen yang telah mengemukakan pertanyaan serta memberikan cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan semasa sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja 2022, di Dewan Rakyat ini iaitu Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Seputeh, dan juga Yang Berhormat Kepong. [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] Kita menyedari bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat semua adalah bertujuan bagi memakmurkan lagi Wilayah Persekutuan berlandaskan Gagasan Keluarga Malaysia. Besar juga harapan kita supaya kita dapat bersama-sama untuk meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan serta merealisasikan visi Wilayah Persekutuan yang maju dan sejahtera serta peneraju pembangunan yang mampan menerusi konsep “Our City Our Home” selaras dengan moto Wilayah Persekutuan, “Wilayah Prihatin, Sihat dan Selamat”.
Insya-Allah, kita akan memberikan maklum balas dalam masa yang ditetapkan dan kita berharap agar jawapan-jawapan yang diberikan akan dapat memberikan pencerahan yang sewajarnya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju telah menyatakan rasa tidak puas hati beliau kerana beranggapan DBKL masih membenarkan pembangunan perumahan dan komersial diteruskan pada empat daripada enam buah kolam takungan di Kuala Lumpur. Kementerian ini ingin menjelaskan bahawa tiada kolam takungan banjir yang diberi milik, hanya tanah-tanah di pinggiran kolam sahaja yang diberi milik. Pemberi milikan dalam hal berkenaan tanah adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan. Sementara itu, kebenaran pembangunan adalah di bawah bidang kuasa DBKL. Kelulusan kebenaran perancangan diberikan setelah pertimbangan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat (JKPS) dengan mengambil kira tanah yang telah diberi hak milik dengan syarat nyata untuk kegunaan spesifik berdasarkan peruntukan seksyen 108 Kanun Tanah Negara telah meletakkan syarat dalam hak milik tanah.
Dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan, DBKL mengambil kira peruntukan berkanun dalam Pelan Bandaraya Kuala Lumpur, senario pembangunan sekitar, keupayaan infrastruktur untuk menampung pembangunan yang dicadangkan, pematuhan kepada keperluan teknikal dan piawaian perancangan serta mengambil kira sensitiviti di sesuatu kawasan. Selain itu, ulasan daripada semua agensi teknikal merupakan satu keperluan dan diambil kira dalam Jawatankuasa Pusat Setempat yang mana agensi-agensi teknikal merupakan ahli tetap JKPS, termasuk ulasan-ulasan dari JPS. Tuan Yang di-Pertua, dalam kes enam buah kolam yang disebut oleh Yang Berhormat Wangsa Maju, hanya dua buah kolam sahaja yang diberi kelulusan perancangan iaitu Kolam Delima dan Kolam Taman Wahyu. Pembangunan ini melibatkan kawasan di pinggir kolam sahaja. Kerajaan sentiasa memastikan kapasiti kolam tersebut tidak terganggu bagi tujuan takungan air banjir. Untuk makluman jua, jumlah kapasiti keseluruhan Kolam Delima dan Kolam Taman Wahyu dua juta meter padu. Selain itu, perunding juruukur berlesen yang dilantik oleh DBKL telah mengesahkan bahawa pembangunan oleh pemaju berada dalam sempadan pemilikannya sahaja dan tidak memasuki dua buah kolam takungan banjir tersebut iaitu Kolam Taman Wahyu, dan Kolam Delima. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Seputeh ada menyentuh berkenaan pengurusan banjir kilat di Kuala Lumpur pada 7 Mac 2022. Semasa membincangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) pada 9 Mac 2022, saya telah memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa- bagaimana banjir kilat tersebut telah diuruskan dengan baik. Saya juga telah menerangkan bagaimana trak-trak tunda DBKL telah digunakan untuk mengalih kenderaan yang terkandas. Semasa banjir kilat berlaku, saya sendiri bersama dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, Datuk Bandar dan juga lain-lain pegawai berada di lapangan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membetulkan dakwaan Yang Berhormat Seputeh bahawa SMART Tunnel tidak berfungsi. Saya telah dimaklumkan oleh JPS bahawa Pusat Kawalan SMART telah memasuki mod dua dan air Sungai Klang telah dilencongkan ke Terowong SMART pada jam 3.58 petang, 7 Mac 2022. Mod tiga diaktifkan pada jam 4.44 petang. Dengan bermulanya mod tiga, Terowong SMART telah ditutup untuk semua kenderaan dan terowong kenderaan dibuka semula untuk lalu lintas pada jam 8 malam. Lencongan air banjir berjalan selama hampir 6 jam dengan keseluruhan air dilencongkan sebanyak 1.15 juta meter padu. Tuan Yang di-Pertua, daripada segi penyelesaian penuh bagi mengatasi banjir, kementerian ini komited dalam menyokong usaha Jabatan Pengairan dan Saliran dalam menggunakan annual recurrence interval (ARI 200) sebagai asas mereka bentuk semula keupayaan sungai di Kuala Lumpur. Selaras dengan usaha JPS tersebut, DBKL telah melantik perunding bagi mereka bentuk semula parit monsun dan longkang, termasuk longkang tepi jalan raya. Ini mempertingkatkan keupayaan longkang menampung air hujan. Berasaskan annual recurrence interval (ARI 200) perunding ini diminta untuk menyiapkan kajian ini dalam tempoh 12 bulan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai pandangan Yang Berhormat Seputeh bahawa semua projek berdensiti tinggi akan menyumbang lebih banjir kilat di Kuala Lumpur. Saya ingin menegaskan bahawa pembangunan Kuala Lumpur akan diteruskan dengan mematuhi dasar dan strategi pelan tempatan Kuala Lumpur. Dalam hal ini, keupayaan infrastruktur merupakan asas kepada pembangunan yang akan diluluskan bagi memastikan kesejahteraan warga kota. Pembangunan di Kuala Lumpur juga tertakluk kepada nilaian hartanah. Sehubungan itu, pembangunan mampu milik berdensiti tinggi diluluskan tertakluk kepada syarat penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam penduduk yang mencukupi serta mengambil kira pembangunan sekitar. Pembangunan adalah diselaraskan dengan dasar Residensi Wilayah Keluarga Malaysia. Peningkatan densiti diperlukan bagi memastikan harga jualan rumah dapat memenuhi garis panduan penjualan rumah mampu milik.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seputeh juga telah menimbulkan Projek RUMAWIP DBKL yang akan dijual dengan harga RM300 ribu per unit di Bukit Jalil yang mana Yang Berhormat Ng Sze Han, ADUN Kinrara telah menyatakan dalam surat beliau kepada saya bahawa projek ini tidak memperoleh ulasan pihak berkuasa tempatan negeri Selangor. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, DBKL telah melaksanakan sesi engagement bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) bersempadanan dalam memastikan perancangan kawasan bersempadan mengambil kira perancangan PBT terlibat. Bagi pembangunan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, akses keluar masuk ke tapak cadangan adalah dari Jalan Emas yang berada dalam sempadan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Akses keluar masuk tersebut juga adalah selaras dengan kelulusan perintah pembangunan yang dikeluarkan. Laporan kajian impak trafik (TIA) yang telah dikemukakan oleh syarikat serta kerja-kerja penambahbaikan hendaklah disiapkan sebelum perakuan siap dan pematuhan dikeluarkan. Cadangan pembangunan ini telah melalui prosedur Kaedah 7 iaitu mendapatkan pandangan daripada pemilik berdampingan. Hasil proses Kaedah 7 yang telah dilaksanakan, bantahan yang diutarakan lebih merujuk kepada penambahbaikan aliran trafik di tapak cadangan serta keadaan semasa tanah dan masalah pencemaran dan kacau ganggu semasa kerja-kerja pembinaan dilaksanakan. Aduan-aduan ini ditangani dengan cadangan dengan laporan kajian impak trafik (TIA). Kawalan ketika pembinaan dan juga pelaksanaan pengurusan aliran trafik. Untuk makluman Yang Berhormat, saya telah mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Ng Sze Han tadi dan beliau telah menerima dengan baik penerangan yang telah diberikan. Hadir bersama tadi ialah Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Cheras dan Yang Berhormat Subang. Jadi, Yang Berhormat telah pun berpuas hati dan semua pihak telah berpuas hati dengan perbincangan yang telah dibuat sebentar tadi pada jam 12.30 tengah hari...
[Bangun]
Ya Yang Berhormat, silakan.
Terima kasih, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya sebenarnya juga pernah minta untuk- saya berbalik kepada isu banjir dahulu ya- bagi satu penerangan tentang fungsi SMART Tunnel dan juga kolam takungan banjir di Taman Desa melalui talian kepada penduduk di kawasan yang terlibat. Sebenarnya agak ramai juga penduduk di Taman Desa yang masih kurang tahu tentang fungsi kolam takungan air dan mereka juga tengah protes, buat bantahan tentang projek pembangunan dekat dengan kolam takungan banjir di Taman Desa itu. Jadi, saya masih tunggulah. Sekarang Yang Berhormat Menteri, Pilihanraya Negeri Johor juga sudah habis. Menteri Besar baharu sekarang juga telah pun angkat sumpah. Jadi, tanggungjawab Yang Berhormat Menteri di Johor sudah pun habis, jadi mungkin boleh lihat tentang permintaan saya. Melalui talian sahaja, jadi orang tidak boleh pukul atau lempar batu kepada Yang Berhormat Menteri kerana melalui talian sahaja. Saya rasa ini adalah perlu kerana kalau ikut Jabatan Meteorologi Malaysia, kita akan menghadapi ribut petir, thunderstorm dari sekarang sehingga bulan Mei. Jadi, kita haruslah bersedia tiba-tiba ada banjir kilat di sana sini dan juga termasuk di kawasan saya. Jadi, adalah lebih baik kita ada engagement dengan persatuan penduduk ataupun dengan penduduk Kuala Lumpur melalui talian dan sebagainya supaya mereka tahu, khususnya ramai penduduk di Taman Desa kurang faham tentang projek yang tengah dibina berdekatan dengan takungan banjir di Taman Desa itu. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri boleh terima baik cadangan saya.
Sedikit Yang Berhormat Menteri.
Ya cadangan tersebut ...
Yang Berhormat Menteri, saya tambah sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri fasal banjir tadi.
Ya silakan.
Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana tindakan tuntas hadir ke kawasan yang dilanda banjir. Jadi dalam jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, saya melihat bahawa apa pelan jangka panjang kerana banjir ini berulang, terus berulang di Kuala Lumpur ini di mana Kuala Lumpur merupakan bandar raya. Jangan diistilahkan bandar raya banjir. Jadi, apa perancangan Yang Berhormat Menteri yang begitu prihatin tentang perancangan yang ada termasuklah Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada pada hari ini. Apa hala tuju yang sebenarnya untuk membawa warga kota ini terlepas daripada banjir yang begitu dahsyat saban hari. Terima kasih.
Sedikit lagi Yang Berhormat Menteri. Boleh saya sambung?
Silakan. Ya saya tahu sekejap lagi Yang Berhormat Padang Rengas, saya tahu sudah berpakat. Silakan.
[Ketawa]
Yang Berhormat Menteri, soalan saya ialah juga banjir yang telah dialami di Kuala Lumpur dan kita akan nampak ada banjir lagi. Akan tetapi program River of Life ini yang juga digunakan sebagai satu cara untuk kita mengurangkan banjir di dalam Kuala Lumpur, sekarang ia di taraf apa ya? I want to know what is the situation dengan River of Life di dalam Kuala Lumpur? Saya pun hendak tahu cadangan yang ada di atas meja sekarang khususnya untuk Kuala Lumpur untuk atasi masalah banjir di dalam lima tahun sampai 10 tahun yang akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Bukit Bintang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, sejauh mana kerja-kerja pembersihan sungai, parit dan longkang sudah berjalan bagi mengatasi ancaman banjir kilat dalam tempoh terdekat? Minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri. Thank you.
Silakan Yang Berhormat Padang Rengas. Oh tidak mahu. Okey, okey yang pertama sekali ialah penjelasan daripada Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh minta perjumpaan itu diadakan. Perjumpaan yang pertama saya telah adakan dengan semua pemimpin yang terlibat. Jadi, kita berpandangan awal apabila pemimpin maklum, jadi pemimpin akan maklumkan kepada penduduk sekitar. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat minta kami berjumpa dengan penduduk sekitar. Ini telah dirancang dan insya-Allah akan dibuat dalam masa yang terdekat. Tidak ada masalah sebab kita hendak supaya mereka faham tentang SMART Tunnel dan juga pembangunan yang sedang berjalan di Taman Desa. Saya mengetahui perkara ini sebab saya sudah mengadakan lawatan ke sana dan insya-Allah kita ambil maklum. Kemudian yang keduanya sahabat saya Yang Berhormat Jempol bertanyakan tentang perancangan jangka panjang. Saya ingat Yang Berhormat masuk agak lewat sedikit. Saya sudah jawab tadi tentang rancangan jangka panjang. Jadi, saya ingat jawapan itu ialah saya maksudkan iaitu di samping apa yang telah dilaksanakan, kita telah melantik Juru Perunding untuk jangka masa panjang supaya kemampuan longkang dan juga sungai itu mampu untuk menangani pembangunan pesat yang sedang berlaku. Jadi Juru Perunding ini akan menyiapkan kajian mereka dalam masa ...
Sedikit Yang Berhormat Menteri. Juru Perunding yang disebutkan tadi, apa kata kalau mungkin Yang Berhormat yang bijaksana, air limpahan sungai ini, sungai pun penuh. Adakah terowong khas untuk ke laut ini? Ini
selalunya kita fikir kalau sungai yang sedia penuh, longkang sebesar mana pun penuh, kapasiti air satu juta padu tadi yang mungkin limpahan terlalu banyak mungkin kalau tidak terowong dasar laut boleh dibuat untuk disambungkan ke Kuala Lumpur. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?
Benda ini telah pun dibincangkan di kalangan pihak teknikal dan sebagainya tetapi hari ini saya bersyukur sebab Yang Berhormat Jempol telah menimbulkan di Parlimen secara rasmi. Jadi, perkara tersebut memang di peringkat perbincangan sebab kita kena ingat sungai di Kuala Lumpur ini ialah asalnya air dari Selangor. Air dari Selangor masuk ke Kuala Lumpur, selepas itu pergi ke Selangor balik. Jadi, perbincangan ini akan melibatkan banyak pihak dan antara perkara yang akan diambil kira ialah tentang yang disebut terowong tadi. Terima kasih Yang Berhormat Jempol telah menyatakan secara rasmi di Parlimen ini.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Kepong, Kepong.
Berhubung dengan sahabat saya tentang River of Life. Saya hendak jawab yang ini agak panjang sedikit. Boleh tak, oleh sebab tidak termasuk dalam perbincangan ini, saya jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat. River of Life ini kita tahu bahawa ia telah berfungsi dengan baik. Dalam masa yang sama ia merupakan tarikan kepada pelancong dan kehadiran River of Life ini sebenarnya banyak membantu tambatan banjir di Kuala Lumpur. Saya akan jawab secara bertulis sebab ini agak panjang sedikit Yang Berhormat. Jadi, Yang Berhormat sendiri pun mengetahui tentang River of Life ini.
Yang Berhormat Menteri, yang penting itulah missing link itu di dalam River of Life itu ada satu missing link. Adakah kita akan teruskan dengan pembinaan missing link itu bersama dengan JPP yang ada beberapa program yang bergantung kepada success ataupun kejayaan dalam River of Life ini? Ia ada kaitannya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ya memang Yang Berhormat. Biarlah saya jawab secara bertulis. Ia melibatkan teknikal dan banyak daripada cadangan yang telah dibawa oleh pelbagai pihak berhubung dengan apa yang telah disebutkan Yang Berhormat tadi. Biarlah saya jawab secara bertulis sebab ia agak panjang sedikit berhubung dengan River of Life. Kemudiannya Yang Berhormat Bukit Bintang bertanya tentang pembersihan berkala. Ini baru seminggu Yang Berhormat tetapi untuk kali ini selalunya kita buat seminggu dua kali ataupun tiga kali tetapi sekarang ini kita buat setiap hari. Kita hendak pastikan supaya air hujan, ribut petir yang kita dapat maklumat daripada kaji cuaca itu kita hadapinya. Malah boleh dikatakan- saya, Timbalan Menteri dan juga Datuk Bandar, kami setiap hari akan berada di Bilik Gerakan hendak memastikan supaya masalah yang dihadapi dapat dikurangkan. Kita tahu Yang Berhormat, longkang kita mencukupi dan sebagainya. Kita menggunakan pam automatik. Makna kata, apabila air datang pam itu akan terus menyedut. Cuma pada hari tersebut selama 45 minit baru air surut kerana apabila air yang datang itu membawa sampah bersama. Jadi kita menggunakan manusia untuk memastikan laluan air itu boleh berjalan dengan elok. Jadi, sekarang ini kalau Yang Berhormat tanya saya, setiap hari Yang Berhormat. Yang Berhormat akan tengok pekerja kita, kakitangan kita sentiasa memastikan supaya laluan air itu diperbaiki dari semasa ke semasa. Jadi tidak ada lagi Yang Berhormat prihatin tentang banjir dan sahabat-sahabat daripada Barisan Nasional yang baru menang di Johor, ada soalan tambahan? Tidak ada? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Labuan.
Okey, ya?
Labuan ada pertanyaan.
Yang Berhormat Labuan? Ya Yang Berhormat Labuan, silakan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya ada membangkitkan mengenai inflasi yang sangat teruk di Wilayah Persekutuan Labuan. Kami lihat ada perkara yang perlu campur tangan Kementerian Wilayah untuk menanganinya. Satu adalah pelaksanaan fi lesen yang mula dilaksanakan tahun ini di Labuan yang mana ia mengikut apa yang telah dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu selain daripada fi lesen yang biasa RM25 setahun ada fi mengikut keluasan premis dalam keadaan ekonomi sekarang dan Labuan memang pasaran dan ekonominya jauh berbeza daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kami merasakan ia tidak boleh dilaksanakan di semua industri di Labuan sekarang ini terutamanya yang retail. Contohnya macam salon rambut dan sebagainya. Mereka berhadapan dengan keadaan yang sangat menekan dan kerugian, banyak tutup dan sekarang ini orang tidak berapa datang kerana keadaan ekonomi dan juga masih takut dengan COVID-19.
Jadi saya hendak bertanya, bolehkah pelaksanaan di Labuan itu ditangguhkan dahulu terutamanya yang retail kecil-kecil, business kecil-kecil? Selain daripada itu, satu lagi isu besar di Labuan iaitu bekalan telur. Kekurangan bekalan telur ini menyebabkan inflasi juga dan menyebabkan ekonomi banyak rakyat yang bergantung seperti penjual kuih dan sebagainya, terjejas. Masalahnya Yang Berhormat Menteri, Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Veterinar Sabah mengehadkan eksport dari Sabah ke Labuan. Barang seperti telur ini mestilah kita dapat supply cuma dari Sabah. Ia tidak boleh diimport dari tempat yang jauh dan mereka mengehadkan eksport. Labuan memerlukan 2.7 juta biji telur sebulan. Mereka cuma bagi asalnya 500 ribu biji sahaja dan setelah kita bising, dia bagi sejuta biji sekarang- sebulan. Jadi itu masih jauh daripada mencukupi dan ini amat tidak adil sebab Labuan ini sebahagian daripada pasaran dia. Apabila dalam keadaan mereka shortage, mereka limit pula.
Yang Berhormat Labuan, soalan.
Ya.
Jadi sepatutnya, biarlah kuota itu masih mengikut demand dan sekiranya dia shortage, biarlah dia shortage mengikut pasaran.
Ya, okey.
Jangan di limit supaya Labuan ini kalau shortage nya tidaklah sampai 50 peratus ataupun 75 peratus seperti yang berlaku sekarang. Jadi mohon Kementerian Wilayah Persekutuan... [Pembesar suara dimatikan]
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Ya. Benda ini sedang dibincangkan dengan hangatnya dan insya-Allah, kita akan melihat sesuatu usaha ke arah jawapan tersebut. Keduanya, Yang Berhormat tidak bercakap tajuk di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan pun baru-baru ini. Jadi biarlah saya jawab Yang Berhormat secara bertulis. Saya ingin hendak menjawab kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah bercakap dalam Dewan ini, Yang Berhormat. Terima kasih. Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan keperluan supaya DBKL membuat bancian atau siasatan terhadap penyewa PPR yang menyewa dengan bayaran sewa serendah RM124 sebulan. Beliau berpandangan sekiranya pendapatan mereka telah
meningkat, adalah wajar unit PPR mereka disewakan kepada calon-calon penyewa yang lebih layak. Tuan Yang di-Pertua, DBKL sentiasa menjalankan program bancian dan meminta para penyewa mengemaskinikan maklumat pendapatan masing-masing daripada semasa ke semasa. Pada masa yang sama, DBKL juga sedang menjalankan program lanjutan tempoh penyewaan PA/PPR, di mana kelulusan pelanjutan tempoh penyewaan adalah tertakluk kepada maklumat pendapatan yang diberikan oleh penyewa tersebut. Bagi tindakan pemutihan pula, DBKL sering menjalankan tindakan dengan mengeluarkan notis kepada penyewa-penyewa yang didapati melakukan pelanggaran syarat seperti tidak menetap, kesalahan jenayah, dadah, menyewakan unit kepada pihak ketiga termasuk warga asing dan penyewa berkahwin dengan warga asing. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab unit PPR yang boleh ditawarkan amat terhad, bagi membantu warga kota di kalangan golongan berpendapatan rendah bagi menyewa rumah, DBKL sedang dalam proses membina sebanyak 5,000 buah rumah Residensi Majlis atau Council Homes. Tujuan utama pembangunan residensi majlis ini adalah bagi membantu golongan B40 sebagai transit sebelum mereka mampu memiliki rumah sendiri. Sehingga Mac 2022, sebanyak lima buah tapak telah dikenal pasti untuk pembinaan tersebut. Lima tapak tersebut adalah: (i) Sungai Udang, sebanyak 897 unit dengan keluasan sebanyak 807 kaki persegi. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada April 2022; (ii) Jalan Semilang, Cheras sebanyak 702 unit berkeluasan 760 kaki persegi, dalam perancangan; (iii) Desa Tasik, anggaran sebanyak 1,000 unit berkeluasan 800 kaki persegi, dalam perancangan. Ini akan termasuk dalam penerangan yang kita akan bagi kepada penduduk Taman Desa nanti; (iv) Bandar Baru Sentul, sebanyak 168 unit berkeluasan 750 kaki persegi; (v) Tasik Permaisuri, sebanyak 204 unit berkeluasan 735 kaki persegi. Silakan Yang Berhormat Kepong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas pengumuman yang baik, 5,000 buah Council Homes akan dibina di Kuala Lumpur. Saya hendak minta diberitahu, berapa unit daripada 5,000 Council Homes ini akan dibina di kawasan Parlimen Kepong? Semua kawasan termasuk Lembah Pantai.
Ya, saya rekod di Parlimen ini, permohonan daripada Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Lembah Pantai. Insya-Allah, kita akan mengenal pasti tapak tanah kerajaan ataupun tanah DBKL untuk membolehkan kita membina lebih banyak Council Homes. Council Homes ataupun Residensi Majlis.
Boleh. Nanti saya bantu cari tempat.
Keuntungan Council Homes ini, pertama, sewanya ialah di antara yang paling minimum dan paling rendah. Keduanya, akan memberi peluang kepada mereka untuk duduk di kawasan yang cukup selesa ataupun rumah yang selesa sebelum mereka dapat membeli rumah. Rumah mampu milik yang kita buat sekarang ini, terdapat pembeli-pembeli yang bukan dari Wilayah Persekutuan sebab kita sudah bina 40,000 unit rumah. Akan tetapi saya tengok masih banyak orang yang tidak memiliki rumah. Jadi, kita kata lebih baik kita membina Council Homes. Ini kerana bila kita buat Council Homes, sekiranya rumah mampu milik yang dibina, orang yang berada di Council Homes ini akan diberi keutamaan untuk membeli rumah dalam keadaan pada masa tersebut mereka telah mampu. Dalam tempoh lima tahun lagi mereka telah mampu contohnya untuk membeli rumah.
Silakan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma satu sahaja. Saya harap kementerian boleh mengambil iktibar daripada program Projek Perumahan Rakyat di mana sepatutnya, asalnya dahulu Projek Perumahan Rakyat bersifat transitionary dan dia adalah upward socially mobile. Maksudnya, mereka yang masuk dalam tempoh beberapa tahun akan keluar. Tidaklah mereka tinggal di situ, beli rumah itu dan akhirnya sampai mereka meninggal dunia di situ. Saya harap, Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan bahawa dasar dalam program Council Homes ini lebih mampan dan juga lebih bersifat upwardly socially mobile. Maksudnya, mereka yang masuk itu, kita link kan dengan agensi-agensi agar mereka boleh akhirnya nanti membeli rumah sendiri, agar orang lain boleh masuk ke situ. Janganlah kita amalkan budaya di mana kuota diberikan kepada parti-parti politik. Kita elakkan. Ini untuk rakyat, kita pastikan mereka yang paling memerlukan akan dapat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sedia maklum sebab Yang Berhormat berada di kalangan PH semasa kami menjadi pembangkang dahulu, perkara ini kita timbulkan. Akan tetapi semasa kita memerintah, kita tidak pernah mengambil kira perkara-perkara yang melibatkan parti politik. Yang Berhormat melihat saya sendiri buat engagement dengan semua wakil rakyat pembangkang di Wilayah Persekutuan dan memberi kesamaan di kalangan kita sebagai rakyat Malaysia. Apa yang penting, rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pemerintahan yang adil dan saksama oleh Kerajaan Barisan Nasional. Yang Berhormat, penerangan Yang Berhormat itu akan diambil kira iaitu kita hendak pastikan supaya mereka memiliki rumah, dapat membeli rumah. Jadi sementara hendak membeli rumah, mereka berada di kawasan rumah yang selesa. Makna kata 800 kaki persegi, cukup selesa ataupun 750 kaki persegi. Masalah sekarang ini, mereka berada di kawasan yang cukup sempit- 450 kaki persegi sehingga mungkin 650 kaki persegi, keadaan sempit dan terdapat pemikiran bahawa sesetengah tempat yang telah kita jual, kita jual dengan harga asal, harga yang murah. Akan tetapi saya ingin maklumkan di Parlimen yang mulia ini bahawa kalau sekiranya kawasan rumah tersebut dibenarkan untuk dijual tetapi mereka belum dapat lagi membeli rumah, kalau sekiranya kawasan ini diambil untuk tujuan pembangunan semula- redevelopment, orang yang tidak dapat membeli rumah, mereka akan dapat pampasan sama seperti orang-orang yang mempunyai rumah. Ini disebabkan mereka ini sudah berhak untuk membeli tetapi beberapa peraturan termasuk semasa PKP baru-baru ini, mereka tidak dapat berbuat demikian. Akan tetapi mereka tidak perlu bimbang kerana sekiranya mereka layak untuk beli rumah tetapi mereka tidak dapat beli lagi dan mereka telah masuk dalam sistem, maka mereka akan dapat pampasan sama seperti orang yang mempunyai rumah. Kemudian yang akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, boleh dalam dua minit ya? DBKL juga telah mengambil maklum aduan Yang Berhormat Kepong berkenaan kerosakan padang rekreasi di Parlimen Kepong dan akan melaksanakan kerja-kerja membaik pulih kemudahan rekreasi di Kuala Lumpur secara berkala melalui kontraktor yang telah dilantik. Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, pihak DBKL telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih gelanggang-gelanggang tersebut.
Akan tetapi, kerosakan yang berlaku di beberapa buah gelanggang seperti Yang Berhormat telah laporkan adalah terdapatnya mendapan di permukaan- base gelanggang, dengan izin. Pihak DBKL akan melaksanakan pembaikan secara segera atas aduan Yang Berhormat Kepong dan pemantauan akan dilaksanakan secara berkala. Tuan Yang di-Pertua, kita berharap agar jawapan-jawapan yang telah diberikan tadi terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan serta telah dibahaskan oleh Yang Berhormat semua telah mendapat pencerahan yang sewajarnya. Jika ada mana-mana
jawapan yang tidak sempat diberikan secara lisan, kita boleh memberikan jawapan secara bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau masih ada soalan-soalan, saya boleh jawab sekarang. Tidak ada? Jadi, saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya soalan.
Ya, ada soalan, boleh?
Jempol, Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah kementerian akan...
Tiga minit.
...Mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan tanah runtuh di kawasan Wilayah Persekutuan. Oleh sebab, saya nampak ada banyak tempat sewaktu tanah runtuh. Mereka amat bimbang iaitu penduduk- penduduk di kawasan yang terlibat. Ini disebabkan Jalan Ampang berlaku insiden yang menjadikan seramai lima orang mati, saya rasa ini tidak akan terjadi di Wilayah Persekutuan. Satu tindakan seharusnya diambil untuk memastikan keselamatan penduduk-penduduk di kawasan yang terlibat dengan tanah runtuh. Terima kasih.
Okey. Sikit lagi saya tambah.
Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri kejap. Sedikit saja lagi. Sebelum Yang Berhormat Menteri. Boleh ya?
Ya. Kalau Tuan Yang di-Pertua bagi, tidak ada masalah.
Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua bagi. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, Pulau Menumbok ke Labuan, bilakah jambatan ini akan dibina? Oleh sebab dahulu Yang Berhormat Menteri ada sebut perancangan itu dalam kajian. Jadi, sudah lama dalam kajian ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri untuk jambatan tersebut? Ini kerana pelancongan daripada KK ke Labuan ini faktornya merupakan soal pengangkutan feri dan sebagainya. Dahulu Feri Ranca-Ranca ada masalah, mungkin ada yang lain ataupun apa lagi perancangan bagi hubungan antara pulau ke Labuan ke KK.
Ya. Yang Berhormat, pertama Yang Berhormat Bukit Bintang. Tindakan awalan diambil dan dalam masa yang sama yang paling penting tugas utama kita iaitu menguruskan bencana yang berlaku, itu yang penting. Semua sekali perkara-perkara yang telah disebutkan di KL ini, kita lihat pergerakan kita dalam masa sejam, kita akan sampai ke tempat kejadian. Jadi kita, usaha- usaha awal dan juga tindakan selanjutnya sedang dibuat mengenai perkara ini. Berhubung dengan soalan daripada Yang Berhormat Jempol yang saya pun terpegun juga melihat Yang Berhormat dari kawasan lain untuk sama-sama terlibat dengan perbahasan ini. Saya ucap terima kasih. Kita akan umumkan nanti. Saya telah membuat perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri KKR dan kita telah ada beberapa keputusan yang ini akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang saya rasa cukup hebat mempengerusikan Majlis pada hari ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri... [Tepuk] Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak kementerian dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan seluruh keluarga KPKT ingin menyembahkan ucapan menjunjung kasih di atas Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 pada 28 Februari 2022 yang lalu yang mana seramai 18 orang Ahli Parlimen turut telah membahaskan lima bidang khusus di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seperti berikut: (i) perumahan terutamanya memfokuskan kepada penyediaan rumah mampu milik termasuk projek perumahan PR1MA, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR), pemberian moratorium, bina baharu dan baik pulih rumah, kenaikan harga barang binaan, penggubalan Akta Sewaan Kediaman dan projek terbengkalai; (ii) pengurusan sisa pepejal termasuk projek Waste to Energy (WTE), Projek Lynas, dan projek kitar semula; (iii) pengurusan bencana banjir; (iv) perkhidmatan kebombaan; dan (v) perancang bandar. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada 18 orang Ahli Parlimen yang membahaskan isu-isu yang berkaitan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Cuma pada petang ini Tuan Yang di-Pertua, hanya satu, dua, tiga, empat orang Ahli Yang Berhormat sahaja yang ada di dalam Dewan. Saya ingat oleh sebab masa tidak mengizinkan, maka saya mencadangkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak hadir ini, kita akan menjawab secara bertulis dan saya berikan jawapan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan ini sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama ialah Yang Berhormat Hulu Selangor yang menimbulkan atau membangkitkan berhubung penyediaan rumah mampu milik di bawah RM250 ribu, dan memfokuskan pembangunan rumah mampu milik di kawasan pinggir bandar. Yang Berhormat Parit yang mencelah pula telah membangkitkan berhubung perancangan yang teliti bagi memudahkan pemilikan rumah mampu milik termasuk memastikan kualiti rumah, proses kelulusan, kaedah pembinaan dan bayaran balik serta lokasi. Yang Berhormat Parit juga walaupun tiada tetapi telah mencelah juga telah menarik perhatian berhubung pangkalan data keperluan perumahan serta peranan SPNB, PR1MA dan UDA dalam penyediaan rumah mampu milik. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPKT telah mengadakan mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara Bilangan 1 Tahun 2022 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Februari 2022. Majlis Perumahan Mampu Milik Negara ini merupakan sebuah platform bagi membincangkan dan menyelaras hala tuju perancangan, pelaksanaan serta pemantauan penyediaan rumah mampu milik di seluruh negara selaras dengan matlamat “Satu Keluarga, Satu Rumah”. Kerajaan telah menyedari hakikat ini dan telah menetapkan sasaran dalam RMKe-12 untuk menyediakan 500 ribu unit rumah mampu milik. Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan dan Pelaporan Kluster Perumahan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi memastikan pelaksanaan penyediaan sebanyak 500 ribu unit rumah mampu milik dapat dicapai menjelang tahun 2025. Strategi pelaksanaan ini akan melibatkan KPKT sebagai penyelaras utama bagi 15 buah kementerian, agensi Persekutuan yang turut merangkumi SPNB, PR1MA, UDA, kerajaan negeri dan juga sektor swasta. Sehingga 31 Januari 2022, Kerajaan Persekutuan
telah menyasarkan sebanyak 162,381 unit rumah ataupun 32.48 peratus. Daripada jumlah itu, KPKT menyasarkan penyediaan rumah mampu milik berjumlah 94,627 unit rumah iaitu 18.93 peratus dan selebihnya akan dibangunkan oleh kerajaan negeri dan sektor swasta. Pembangunan rumah mampu milik ini akan dilaksanakan di seluruh negara termasuk di kawasan bandar dan luar bandar. Selain itu Tuan Yang di-Pertua, KPKT telah menggariskan beberapa strategi yang lain seperti berikut: (i) meningkatkan kelulusan projek baharu bagi rumah mampu milik seperti program perumahan mampu milik di bawah KPKT seperti PPR, SPNB dan PR1MA; (ii) cadangan peluang kerjasama bagi membangunkan projek baharu dengan pihak swasta secara joint venture, land swap dan juga Request for Proposal (RFP) dengan menyediakan tanah oleh kerajaan negeri; (iii) cadangan pemberian insentif sebagai galakan kepada pemaju swasta untuk membangunkan rumah mampu milik oleh kerajaan negeri atau PBT; dan (iv) kajian kebolehlaksanaan bagi pemajuan perumahan untuk kelulusan di peringkat PBT bagi memastikan harga, lokasi dan jenis rumah yang sesuai di sesuatu lokaliti bagi membolehkan pemaju sendiri mengetahui prospek sesuatu cadangan pemajuan serta memberi justifikasi kepada pihak PBT sebelum memberikan kelulusan kebenaran merancang kepada pemaju. Selaras dengan keperluan perwujudan sebuah pangkalan data bagi memantau bekalan dan permintaan perumahan negara ini, KPKT sedang menjalankan kajian, analisis data raya, big data analytics (BDA) perumahan bagi mendapatkan gambaran sebenar kedudukan dan ketersediaan data berkaitan sektor perumahan di Malaysia sebelum pembangunan sistem yang berkaitan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kajian ini telah dimulakan pada bulan Februari 2021, sebuah input bagi pembangunan platform pusat pengumpulan data hartanah yang meliputi permintaan dan penawaran. Laporan akhir kajian ini dijangka dibentangkan pada bulan Jun 2022.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, PR1MA di bawah KPKT sentiasa komited untuk menyumbang kepada peningkatan bekalan rumah mampu milik selaras dengan sasaran RMKe-12. Setakat ini, 34 bidang tanah milik PR1MA dengan jumlah keluasan 1,887 ekar telah dikenal pasti dan sedia dibangunkan di seluruh negara melalui model pelaksanaan yang lebih berdaya maju dan mampan seperti kaedah joint venture iaitu usaha sama dengan pemaju-pemaju swasta yang terpilih. Secara keseluruhannya, PR1MA menyasarkan pembinaan sebanyak 33,372 unit rumah dalam tempoh RMKe-12. Manakala SPNB pula menawarkan dua program rumah mampu milik bagi golongan B40 dan M40 di seluruh negara iaitu Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Program Kediaman SPNB. Di bawah RMKe-12, SPNB telah menyasarkan sejumlah 15,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 1,300 Program Kediaman SPNB. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat yang kedua yang ada dalam Dewan ini ialah Ahli Yang Berhormat daripada Merbok. Yang Berhormat Merbok telah membangkitkan bagi bantuan bina baharu dan baik pulih rumah di bawah inisiatif Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar. Sebanyak RM125 juta telah diperuntukkan sepanjang RMKe-12 ini dengan sasaran sebanyak 7,800 unit rumah dibaik pulih di kawasan bandar. Skop bantuan ini mencakupi kerja-kerja membaik pulih rumah yang mengalami kerosakan atau disebabkan faktor bencana alam, musibah seperti banjir, gempa bumi, ribut, kebakaran dan sebagainya.
Selain daripada Program Baik Pulih Rumah Daif di Bandar, KPKT juga berusaha memberi bantuan kepada golongan B40 melalui Program Bina Baharu Rumah di Bandar. Sebanyak RM8 juta telah diperuntukkan di bawah RMKe-12 dengan sasaran sebanyak 128 unit rumah dibina baharu di kawasan bandar. Program ini bertujuan untuk membina rumah baharu sekiranya rumah pemohon tidak lagi economic untuk dibaiki ataupun pemohon mengalami musibah seperti kebakaran. Ahli Yang Berhormat yang ketiga membahaskan ialah Yang Berhormat Kepong. Dua persoalan ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kepong. Pertama saya kira telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Saya ingat saya tidak perlu jawab Yang Berhormat Kepong kerana isunya sama sahaja. Saya pergi kepada isu yang kedua yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kepong ialah kenaikan harga bahan binaan. Yang Berhormat Kepong telah menyuarakan mengenai kenaikan harga bahan binaan dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara pada 10 Februari 2022, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan KPKT dan REHDA untuk meneliti sekiranya masalah peningkatan kos bahan binaan dan kartel dalam industri pembinaan berpunca dari Permit Import (AP). Sehubungan itu, satu mesyuarat susulan melibatkan pelbagai agensi bagi membincangkan isu kenaikan kos bahan binaan dalam industri pembinaan telah diadakan pada 14 Februari 2022 yang lalu. Antara perkara yang dimaklumkan Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu bahan binaan dalam industri pembinaan adalah seperti berikut. Pertama, kos bahan dan pembinaan menyumbang kepada 60 peratus hingga 70 peratus daripada kos pembinaan, manakala baki 30 peratus hingga 40 peratus melibatkan kos buruh, jentera dan kos-kos yang lain. Kedua, dijangkakan kos pembinaan akan meningkat sebanyak lima peratus hingga 13 peratus selepas Mac 2022 selaras dengan jangkaan peningkatan permintaan secara mendadak selepas perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Ketiga, faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan bahan binaan adalah seperti yang berikut: (i) kenaikan harga bahan binaan seperti besi, keluli, bitumen dan sebagainya adalah disebabkan trend global disebabkan permintaan yang meningkat dan penawaran yang terhad dalam pasaran; (ii) kenaikan kos dan kekurangan bahan mentah seperti skrap besi dan bijih besi turut menyebabkan kenaikan harga keluli; (iii) peningkatan kos logistik seperti kos penyimpanan, kos pengangkutan dan kos pemprosesan turut menyebabkan kenaikan harga bahan binaan juga berlaku; dan (iv) kenaikan harga bahan binaan juga disebabkan oleh terma kredit di mana kos bahan binaan lebih murah sekiranya pemaju membayar tunai berbanding secara kredit. Mesyuarat telah bersetuju agar CIDB dan Kementerian Kerja Raya mengkaji kos terperinci rantaian bekalan bahan binaan dalam usaha mengawal kos bahan binaan. Nota Jemaah Menteri berkaitan perkara ini telah dibentangkan pada 11 Mac yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat seterusnya membahaskan isu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ialah Yang Berhormat daripada Segambut yang telah membangkitkan mengenai bantahan pemilik rumah berhubung cadangan penggubalan Akta Sewaan Kediaman- Residential Tenancy Act iaitu RTA. Untuk makluman Yang Berhormat Segambut, cadangan penggubalan akta ini adalah bagi menggalakkan pertumbuhan sektor sewaan kediaman sebagai sektor alternatif untuk rakyat yang tidak mampu membeli rumah. Akta ini masih di peringkat kajian. Berhubung dengan persoalan sampel kajian, selain daripada 3,000 orang responden yang diambil sebagai sampel kajian, penggubalan akta ini juga melalui proses pelaksanaan analisis impak peraturan. Konsultasi awam yang telah dijalankan melalui portal Unified Public Consultation (UPC) bermula pada 8 Januari 2022 hingga 28 Februari
2022 telah mendapati 1,606 maklumat balas daripada orang awam, agensi, institusi dan NGO. Status terkini, pihak perunding sedang meneliti maklum balas yang diterima dan akan membentangkan kepada KPKT hasil penelitian tersebut. Cadang penggubalan RT akan diteliti secara terperinci bagi memastikan semua peruntukan dalam akta ini tidak membebankan mana-mana pihak. Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Segambut kerana telah menyuarakan pandangan ataupun bantahan daripada responden- responden. Kita melihat pandangan negatif daripada responden dan pandangan positif yang diberikan juga memberikan faedah kepada kami bagi kami menilai apakah RTA ini dapat dilaksanakan dengan cara yang terbaik.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya minta penjelasan lagi?
Ya, sila.
Saya hendak cadangkan kepada kementerian sama ada boleh buat engagement dengan Ahli Parlimen. Boleh pilih Ahli Parlimen kawasan bandar, kawasan luar bandar dan kita boleh adakan spesifik engagement. Kementerian turun ke kawasan Parlimen, kita buat dialog dan kita boleh uar-uarkan kepada penduduk supaya mereka boleh keluar dan berdialog bersama kementerian. Jadi, saya hendak cadangkan kepada Timbalan Menteri agar usahakan ini dalam beberapa minggu yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Segambut, satu pandangan yang baik. Saya ingat bagi kita, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saya rasa kita tidak ada masalah. Asalkan matlamat perjumpaan itu akan membawakan faedah bukan sahaja kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kepada penduduk-penduduk ataupun penyewa-penyewa rumah, malahan kepada kerajaan keseluruhannya. Insya-Allah, saya akan bincangkan Yang Berhormat, di peringkat kementerian, dan apakah tindakan susulan yang boleh kita ambil bagi menyelesaikan perkara tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya ingat itu sahajalah beberapa Ahli Parlimen yang telah membangkitkan isu-isu yang agak penting di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Insya-Allah bagi yang lain, lebih kurang 14 yang lain, kita akan jawab secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, jadi dengan itu, saya sekali lagi bagi pihak kementerian...
Yang Berhormat Menteri.
Ya.
Isu terbengkalai itu. Tuan Yang di-Pertua, saya Hulu Selangor ingin menyentuh projek terbengkalai iaitu di bandar Lembah Beringin yang berkeluasan sebanyak 6,800 ekar yang telah dikategorikan projek terbengkalai ini sejak 20 tahun yang lepas. Jadi, sekian lama penduduk tempatan menggesa agar pihak berwajib dapat menyelesaikan permasalahan yang menghantui penduduk lebih daripada 20 tahun. Sehingga kini, hanya ada kemudahan surau dan sekolah rendah sahaja dan kawasan ini juga kurangnya infrastruktur yang asas, jalan dan lampu adalah dalam keadaan daif. Untuk mendapatkan bekalan asas, perlunya penduduk pergi sejauh 15 kilometer. Jadi, Hulu Selangor mohon kementerian untuk membantu membangunkan semula projek ini supaya potensi yang ada di Lembah Beringin ini dapat dimajukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingat perkara ini telah saya sebut yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor ya. Tentang projek ini ialah projek khusus yang dalam perbincangan awalnya Yang Berhormat tidak bangkitkan perkara ini. Jadi insya-Allah, saya akan dapatkan maklumat terperinci dan saya akan bertemu dengan Yang Berhormat dan jika perlu, mungkin perlu untuk saya
turun bersama dengan pegawai-pegawai saya bagi memastikan tindakan susulan bagi menyelesaikan projek ini untuk kita teruskan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, tambahan sedikit. Ada masa sedikit, kita boleh tambah sikit. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini daripada Padang Serai. Yang Berhormat Timbalan Menteri? Padang Serai. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya dapati di kawasan saya, kebanyakan taman tidak ada saluran air yang sempurna. Memandangkan projek-projek yang dibuat taman itu, dia tinggal macam itu sahaja. So, apabila hujan dan sebagainya, banjir. Baru-baru ini di kawasan saya, saya terpaksa keluarkan peruntukan saya korek satu kilometer mengelakkan banjir. So, saya dapat kompelin daripada penduduk-penduduk, dia kata taman sudah buat tetapi saluran air itu dia tinggal macam itu sahaja. Disambung dekat kampung punya kawasan. So, kampung pula banjir. So, ini satu masalah yang besar selalu berlaku di kawasan-kawasan pendalaman seperti kawasan saya. Kalau boleh ambil perhatian serius. Di masa akan datang, kalau hendak buat perumahan dan sebagainya, tentukan saluran air diutamakan. Itu yang penting, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tahu perumahan ini memang serius dan memang ambil perhatian tidak dinafikan tetapi masalah ini sudah berlaku dulu. Sekarang kita terima bebannya. So, saya berharap ambil perhatian dan juga akan buat kajian bagaimana kita hendak atasi masalah ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk saya meneruskan perbahasan penggulungan. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Pertama iaitu atas komitmen Yang Berhormat bersama dengan kita dengan Kementerian Perumahan dan mungkin agensi-agensi lain dalam membantu menyelesaikan buat sementara isu perparitan yang Yang Berhormat timbulkan tadi. Yang Berhormat Padang Serai, sebenarnya saya tidak pasti rumah ini kita akan check. Sebenarnya kita ada 15 buah agensi yang terlibat dengan pembinaan rumah termasuklah kerajaan negeri dan pihak swasta sendiri. Namun demikian, KPKT tidak melepaskan tanggungjawab bagi kita membantu termasuklah pihak swasta dalam kita pastikan supaya daya huni yang lebih selesa kepada penduduk-penduduk yang memiliki rumah termasuk di kawasan Yang Berhormat. Insya-Allah Yang Berhormat, jawapan ini secara tepat saya akan buat secara bertulis dan jika perlu saya akan bersama dengan Yang Berhormat melawat kawasan-kawasan yang terlibat. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Memandangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan pembahas yang terakhir pada hari ini, dengan itu Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan...
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan itu memohon izin sekali lagi mengucapkan terima kasih banyak kepada Tuan Yang di- Pertua dan kepada Ahli-ahli Parlimen yang membangkitkan isu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan termasuk yang mencelah dengan soalan-soalan tambahan. Sekali lagi, boleh sama-sama memberikan sokongan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan agensi-agensi lain dalam memastikan bahawa Satu Keluarga Satu Rumah. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, duduk tadi jadi saya pun ingat sudah habis... [Ketawa] Kalau Yang Berhormat tidak duduk tadi, saya biarkan. Okey, oleh sedemikian, Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga 10 pagi hari Rabu 16 Mac 2022.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.24 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Membina Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Gemas, Negeri SembilanSpecial Chamber
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Parlimen Tampin telah dimaklumkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tampin bahawa terdapat perbincangan tentang pemindahan Sekolah Menengah Sains Seri Putera, Kuala Lumpur ke lokasi yang masih belum diputuskan. Sementara itu, Parlimen Tampin juga difahamkan dalam perbincangan tersebut bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah menawarkan satu lokasi untuk menempatkan pemindahan sekolah tersebut di kawasan yang telah diwartakan untuk pembangunan sekolah berasrama penuh dengan keluasan 16.36 hektar yang telah diwartakan pada 29 Mac 2018 bernombor PW 5474.
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Tampin menyokong penuh pemindahan sekolah tersebut ke Gemas kerana ia merupakan lokasi strategik dengan kemudahan pengangkutan dan perhubungan awam yang tersedia seperti stesen kereta api yang menjadi penghubung timur, barat dan selatan Semenanjung Malaysia. Kewujudan kemudahan pengangkutan awam ini telah dapat dan mungkin dapat memudahkan perjalanan ibu bapa dan pelajar untuk ke sekolah yang dicadangkan.
Di samping itu, Kerajaan Negeri Sembilan juga menyokong hasrat ini dengan memberikan peruntukan rizab tanah bagi pembangunan sekolah tersebut.
Seterusnya, Parlimen Tampin yakin dengan kewujudan Sekolah Berasrama Penuh di kawasan tersebut boleh memberi impak kepada pembangunan pendidikan kerana ia terletak berhampiran Pusat Agrosains Pintar Universiti Malaya, Gemas. Selain itu, tapak lokasi ini yang bersebelahan dengan Gemas Golf Resort, Kem Tentera Syed Sirajuddin Gemas dan kawasan penempatan awam mampu merancakkan perkembangan ekonomi masyarakat Parlimen Tampin. Justeru itu, saya berharap agar kementerian dapat mempertimbangkan cadangan membina sekolah berasrama penuh (SBP) di Gemas, Negeri Sembilan.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Tampin. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat, dalam konteks pembinaan sekolah baharu di atas tanah yang telah dirizabkan untuk tujuan pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan analisis keperluan secara terperinci. Selain daripada kesediaan tapak atau tanah, antara perkara lain yang diambil kira adalah bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada yang berhampiran, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan penduduk (catchment area) serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan (PBT).
KPM menyambut baik tawaran Kerajaan Negeri Sembilan untuk menempatkan pemindahan Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) Kuala Lumpur ke kawasan yang telah diwartakan untuk pembangunan sekolah berasrama penuh (SBP) di Gemas dengan keluasan 16.36 hektar yang tekah diwartakan pada 29 Mac 2018 bernombor PW 5474. Namun begitu, KPM juga sedang meneliti dan mempertimbangkan cadangan pembinaan SBP di kawasan yang mempunyai permohonan kemasukan SBP yang tinggi di sekitar Lembah Klang. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Keciciran dan Kegagalan Menguasai Pembelajaran Murid Orang Asli Pulau Indah, KlangSpecial Chamber
Tuan Yang di-Pertua, Perkampungan Orang Asli, Pulau Indah, Klang adalah sebuah perkampungan Orang Asal di Parlimen Klang dengan populasi 90 keluarga Mah Meri. Semakan dalam data Semak Slip Peperiksaan Pelajar (SAPS) mendapati potensi kadar keciciran dalam kalangan kanak-kanak Orang Asal di Pulau Indah di sekolah rendah adalah pada 30.2 peratus dan 69.8 peratus bagi pelajar sekolah menengah. Ini jauh lebih tinggi daripada keciciran negara bagi Orang Asli iaitu 17 peratus pada 2017 yang dinyatakan oleh JAKOA.
Semakan dalam data SAPS juga mendapati murid Orang Asli menunjukkan prestasi yang sangat teruk dalam akademik mereka. Satu daripada 89 kanak-kanak yang bersekolah hanya berjaya melepasi kesemua tiga mata pelajaran teras manakala yang lain masih gagal dalam mata pelajaran tersebut.
Ini adalah isu yang membimbangkan iaitu 98 peratus daripada kanak- kanak akan berakhir di sektor tidak formal peringkat rendah atau berisiko tinggi untuk tercicir kerana keputusan akademik yang lemah. Ini disebabkan oleh kemiskinan dan kurangnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa anak Orang Asli serta faktor lain seperti kekurangan kemudahan dan sistem pendidikan yang tidak sesuai dengan mereka.
Sementara itu, kebimbangan terbesar yang dibangkitkan oleh pelajar dan juga ibu bapa perkampungan Orang Asli di Pulau Indah ialah kesukaran untuk memiliki komputer riba atau telefon bimbit untuk meneruskan pembelajaran di rumah. Kos memiliki komputer riba yang berharga RM1,000 dan ke atas pastinya tidak mungkin untuk keluarga ini. Kebanyakan keluarga hanya mempunyai satu telefon pintar dengan ciri yang sangat lama yang perlu dikongsi dengan adik-
beradik untuk kelas. Kelajuan internet yang perlahan dan ciri atau ruang yang terhad dalam telefon memberi lebih tekanan kepada anak-anak Orang Asli di sini untuk meneruskan pendidikan dalam talian.
Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2021 telah mengumumkan 150,000 komputer riba akan diedarkan kepada pelajar kumpulan B40. Tiada seorangpun daripada kanak-kanak bersekolah di perkampungan Orang Asli Pulau Indah mendapat manfaat daripada skim tersebut. Tanpa komputer riba dan sambungan internet yang lemah, kanak-kanak ini mengharungi COVID-19 dengan kesukaran untuk mendapatkan pendidikan melalui e-pembelajaran. Saya memohon Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan:-
(i) adakah Kementerian Pendidikan akan menyalurkan komputer riba dengan internet percuma untuk semua murid Orang Asal;
(ii) apakah pelan kementerian untuk mengurangkan kadar keciciran daripada sekolah dalam kalangan murid Orang Asal;
(iii) adakah Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuka balik Sekolah Model Khas Orang Asli di Pulau Indah untuk memberi pendidikan awal dan sekolah rendah untuk pelajar-pelajar yang ketinggalan; dan
(iv) apakah pelan kementerian untuk membantu pelajar Orang Asal menguasai pembelajaran menerusi talian?
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil perhatian terhadap pendidikan Orang Asli.
KPM telah memperkenalkan Inisiatif Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memastikan murid Orang Asli dan Peribumi mendapat pendidikan yang terbaik. Inisiatif ini antaranya adakah untuk meningkatkan enrolmen dan kehadiran murid Orang Asli ke sekolah, memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti serta relevan dengan keperluan mereka.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, pelbagai program telah dilaksanakan bawah Inisiatif Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi antaranya, Program Intervensi Murid Orang Asli dan Peribumi (PIKAP). PIKAP melibatkan tiga mata pelajaran utama di Tahap 1, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik yang mengandungi modul pembelajaran disesuaikan dengan kontes persekitaran untuk meningkatkan minat murid Orang Asli dan Peribumi kepada pembelajaran dan hadir ke sekolah.
KPM turut melaksanakan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah
(PLaN) di 117 buah sekolah Orang Asli seluruh Malaysia. Program ini adalah bagi menyokong murid Orang Asli yang masih belum mencapai tahap penguasaan minimum bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Selain itu, KPM telah memperkenalkan Program Jom Belajar yang merangkumi Program Khas Murid Orang Asli (Prokhas) dan Chup Badui Sikulah (CBS).
Program ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan asas serta memantapkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) kepada murid Orang Asli yang tidak pernah bersekolah.
Menyedari penempatan yang jauh menjadi satu faktor yang menyebabkan murid Orang Asli tercicir dalam pendidikan, KPM telah menyediakan asrama di 45 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang mempunyai enrolmen 100 peratus murid Orang Asli. Selain itu, terdapat juga murid Orang Asli yang tinggal di asrama sekolah harian. Penyediaan asrama ini adalah untuk memudahkan murid Orang Asli hadir ke sekolah.
Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM274 juta kepada komuniti Orang Asli dalam Bajet 2022. Peruntukan ini adalah bagi melaksanakan Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli seperti pemberian subsidi dan bantuan persekolahan serta bantuan kebajikan untuk manfaat hampir 200,000 Orang Asli. Salah satu inisiatif tersebut adalah kerajaan telah menaikkan kadar wang saku murid Orang Asli sekolah menengah kepada RM4.00 sehari yang sebelum ini RM2.00 sehari melalui agensi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Pemberian wang saku ini adalah untuk memastikan murid Orang Asli dapat hadir ke sekolah menengah dan membelanjakan wang tersebut untuk makanan serta pembelian alat tulis.
KPM juga telah melaksanakan Kelas Dewasa Murid Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira kepada masyarakat Orang Asli. Program ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan ibu bapa Orang Asli seterusnya mengambil berat terhadap perkembangan pendidikan anak mereka. KPM turut mengambil pelbagai pendekatan melalui sesi libat urus dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), penglibatan ibu bapa, ketua komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Tok Batin bagi memberikan kesedaran akan kepentingan pendidikan kepada masyarakat Orang Asli.
Bagi menangani isu keciciran dalam kalangan murid Orang Asli, KPM telah menyediakan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) melibatkan murid tahun satu sehingga ke tingkatan tiga di sekolah yang sama. Pelaksanaan Sekolah K9 di SK Bandar 2, Pekan, Pahang pada tahun 2008 adalah untuk menangani isu keciciran murid sewaktu transisi dari Tahun 6 ke Tingkatan 1 ketika itu. Sehingga kini, sejumlah sembilan Sekolah Model Khas K9 yang sedang beroperasi di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Manakala di negeri Selangor pula, terdapat dua Sekolah Model Khas K9 iaitu di SK Bukit Kemandol dan SK Binjai Jaya. Permohonan baharu pengoperasian Sekolah Model Khas K9 dikemukakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah melalui Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya terdapat keperluan kritikal bagi membendung keciciran dalam kalangan murid Orang Asli di peringkat menengah rendah. Pihak KPM akan menilai kebolehlaksanaannya daripada aspek keselamatan murid dan kesediaan sekolah yang dicadangkan dari segi aspek kemudahan fizikal seperti kecukupan bilik darjah dan kemudahan- kemudahan lain.
Bagi makluman Ahli yang Berhormat, SK Pulau Indah merupakan sekolah aliran perdana di mana murid Orang Asli turut belajar di sekolah tersebut.
Berdasarkan data KPM yang diperolehi daripada pihak JAKOA dari tahun 2015 hingga 2022, tiada murid Orang Asli di SK Pulau Indah yang tercicir daripada
sistem persekolahan. KPM telah memberikan bantuan peranti digital lengkap sebanyak 150,000 unit dengan pelan data selama tempoh setahun di bawah Inisiatif Tabung CERDIK kepada murid B40, yang dikendalikan oleh Yayasan Hasanah. Berdasarkan data agihan, seramai 1,022 murid Orang Asli dari 13 buah sekolah di seluruh negara termasuk di SK Pulau Indah telah menerima peranti digital ini. Bantuan peranti digital serta pelan data yang diberikan ini dapat meningkatkan kebolehlaksanaan proses pembelajaran murid Orang Asli secara dalam talian.
KPM telah memperkasakan siaran pendidikan di DidikTV KPM selain siaran TV Pendidikan di TV Okey RTM dan Tutor TV Astro bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses kepada talian internet dan alat peranti digital yang sesuai untuk pembelajaran. Selain itu, pelbagai pendekatan telah diambil oleh guru bagi memastikan murid Orang Asli tidak tercicir daripada segi pembelajaran semasa tempoh PdPR iaitu melaksana kaedah PdPR secara off-site iaitu penyerahan modul pada setiap murid, menyediakan buku kerja yg disediakan khas buat murid Orang Asli serta bimbingan bersemuka di perkampungan murid Orang Asli .
Bagi makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sedang di peringkat akhir penggubalan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang bermatlamat melahirkan generasi fasih digital dan berdaya saing termasuk dalam kalangan murid Orang Asli. DPD dirangka bagi memupuk bakat digital yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam penggunaan teknologi digital. Di bawah kerangka DPD, tumpuan akan diberikan untuk:
(i) meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi digital;
(ii) memperkayakan kandungan digital yang berkualiti;
(iii) memperkasakan kompetensi guru;
(iv) membudayakan penggunaan teknologi digital dalam kalangan pemimpin pendidikan;
(v) mengupayakan infrastruktur dan infrastruktur digital institusi di bawah KPM; dan
(vi) memperkukuhkan jalinan strategik.
Pelaksanaan DPD dapat dimanfaatkan secara optimum oleh semua murid termasuk murid Orang Asli, pendidik, pemimpin pendidikan dan semua pihak berkepentingan bagi merapatkan jurang digital seterusnya membolehkan pendidikan digital dilaksanakan dengan jayanya. KPM sentiasa komited untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti kepada murid Orang Asli. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga 2.30 petang hari Rabu, 16 Mac 2022.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.53 petang]