Dewan Rakyat · 26 July 2022

15th Parliament, session 5, meeting 2 · 1,162 turns · 56,832 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Mohd Azis bin JammanWARISANSepanggar · question

1. Datuk Mohd Azis bin Jamman [Sepanggar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah pandangan kerajaan mengenai cadangan oleh beberapa ahli politik termasuklah Ahli Parlimen Keningau berkenaan keperluan perjanjian baru bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 dan apakah implikasinya kepada Wilayah Sabah dan Sarawak sekiranya Perjanjian Malaysia 1963 dibatal dan digantikan dengan sebuah perjanjian baru.

Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity OngkiliPBS · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) · Kota Marudu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Sepanggar. Perjanjian Malaysia 1963, dengan izin, is a sacred and foundation document of the formation of the Federation of Malaysia which means no MA63, no Malaysia. Kalau orang pedalaman North Borneo Sabah, mereka berpandangan iaitu MA63 is sama dengan batu sumpah yang telah pun berkali-kali disentuh. Tiada siapa yang harus mengubah perjanjian asas yang membawa kepada pembentukan Malaysia. Mana-mana pandangan yang mencadangkan perjanjian baharu Malaysia ialah pandangan yang terpesong daripada perjuangan nasionalisme negara. Apabila Perjanjian Malaysia 1963 diabaikan, ianya bermakna membelakangkan Persekutuan Malaysia. Pandangan sebegini sangat mengelirukan, jauh tersasar dan tidak selaras dengan Perlembagaan yang telah kita luluskan di Dewan yang mulia ini, yang mana Perjanjian Malaysia 63 kini telah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan. MA63 amat penting kerana akan dirujuk dan asas untuk membincangkan isu-isu yang dapat memberi manfaat pada Sabah dan Sarawak. Kita harus memberi tumpuan kepada perkara seperti sama ada perkara yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia telah dipatuhi dan sama ada hak itu yang masih belum dipenuhi, maka tanggungjawab kita untuk bersama memastikan ia dilaksanakan dan ini juga ditekankan dalam artikel lapan Perjanjian Malaysia, dengan izin; “The Governments of the Federation of Malaya, North Borneo and Sarawak will take such legislative, executive or other action as maybe required to implement the assurances, undertakings and recommendations contained in Chapter 3 of, and Annexes A and B to, the Report of the Inter-Governmental Committee signed on 27th February, 1963, in so far as they are not implemented by express provision of the Constitution of Malaysia”. Kita harus bersatu padu dan membina untuk kekuatan, keamanan dan perpaduan di negara ini demi anak-anak dan cucu-cucu kita. Kita perlu elakkan bermain dengan semantik dan politik kerana ia akan membawa lebih kebaikan daripada keburukan khas daripada segi kesatuan dan kesepaduan Keluarga Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Sepanggar.

Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Nampak seolah-olah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri itu bahawa akan dipertahankan Perjanjian Malaysia 63. Kenapa soalan ini saya bertanyakan Yang Berhormat Menteri? Oleh sebab ada pemimpin tertinggi daripada parti sebelah sana, parti Yang Amat Berhormat Bera telah mencadangkan agar satu perjanjian baharu diadakan. Perlu diingat, saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memperingatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa sebelum Perjanjian Malaysia 63 ini ditandatangani, ada referendum bertanya kepada rakyat negeri Sabah sama ada kita bersetuju untuk membentuk Malaysia ataupun sebaliknya. Jika perjanjian baharu dicadangkan, bermakna kerajaan seolah-olah meminta agar referendum baharu diadakan di negeri Sabah. So, saya rasa itu perkara yang tidak bijak. Cuma soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, sebelum ini saya telah membangkitkan isu 40 peratus. Oleh sebab 40 peratus ini berkait rapat dengan Perjanjian Malaysia 1963. Akan tetapi apa yang menjadi tanda tanya, apabila sebagaimana yang pernah saya pernah maklumkan kepada Yang Berhormat Menteri sendiri dan saya pernah bangkitkan dalam Dewan ini, apabila warta tahun 1970 itu telah dilakukan dengan tidak teratur, malah disebutkan bahawa telah dibentangkan pada satu tarikh yang tidak ada tersenarai dalam jadual Parlimen bersidang pada tahun 1971.

Jadi, apa jaminan kerajaan agar tidak akan ada lagi warta-warta ataupun undang- undang yang diwartakan membelakangi semangat Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Silakan, Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat, jawab.

Terima kasih, Yang Berhormat Sepanggar. Cukup fasih dengan perkara ini. Soalan tambahan tadi ia lari sedikit daripada isu MA63 mengenai dengan perjanjian baharu walaupun saya terima input yang Yang Berhormat telah beri. Berkaitan dengan isu 40 peratus itu mengenai di bawah Perkara 112, punya akta, kita sedang kaji perkara tersebut dan Yang Berhormat telah bercakap dan berbicara dengan saya juga dan sekali gus dengan Speaker juga iaitu mengenai dengan persidangan, adakah pada tahun 1971 yang berkait dengan enakmen ataupun apa yang telah diputuskan pada waktu itu. Ini masih dalam kajian, penelitian pihak AG dan Kementerian Kewangan dan saya telah minta Sabah juga meneliti dokumen-dokumen yang ada kepada Dewan ataupun diangkat kepada TYT pada tahun 1971 tersebut. Perkara penting tetapi ini masih lagi dalam penelitian pihak AG dan Jabatan Perdana Menteri. Thank you.

Sibuti.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua saya jemput di sebelah sini, Yang Berhormat Keningau. Sila teruskan, 30 saat.

Oleh sebab nama Keningau disebutkan, saya ingin menjelaskan di sini bahawa memang betul saya pernah mencadangkan supaya kita buat perjanjian baharu kerana pada waktu itu kita ada perjanjian tetapi tidak pernah dilihat, dihormati dan tidak dilaksanakan. Jadi apa guna kita ada perjanjian kalau tidak dilaksanakan dan tidak dihormati.

Oleh sebab itu saya mencadangkan pada waktu itu, tetapi kini kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan dan menghormati kandungan dan perjanjian dalam MA63, maka apa yang saya cadangkan pada waktu itu tidak lagi relevan. Sekian, terima kasih.

Itu bukan soalan, itu bukan soalan itu.

Bukan kau cadang baru-baru inikah?

Bukan soalan.

Saya jawab dahulu, Yang Berhormat Keningau.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Menteri...

[Dewan riuh]

Terima kasih kepada Yang Berhormat Keningau, telah memberi peluang bagi dia untuk memperjelaskan dia punya statement sebelum itu.

Betul, betul. Buang masa.

Saya rasa apa yang dia sampai itu cukup jelas. Hanya saya ingin sentuh- cite the Premier, Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang juga konsisten dengan saudara Keningau punya penjelasan tadi. Bagi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ataupun Premier Sarawak yang mengatakan, hal perjanjian baharu harus tidak pun perlu timbul kerana tugas immediate untuk memastikan perjanjian itu dihormati dan ditunaikan. I think kalau begitu, jikalau keputusan pandangan Yang Berhormat Keningau itu adalah tepat, then let’s focus more on fulfilling those promises and ini boleh dibawa kepada Majlis Khas yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan wakil Sabah- tidak lari daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan wakil Sarawak, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ataupun Premier Sarawak. Begitu sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuaran, Tuaran.

Sibu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 24A memang terhad kepada 10 minit tetapi ada sedikit masa lagi saya berikan kepada Yang Berhormat Semporna.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Apa yang penting kepada kita, perkara ini dalam Perlembagaan. Ini dalam Perlembagaan. The reason why we brought it up when we took over government because promise was done, and we installed it back into the Constitution. Dalam Perlembagaan ini cukup jelas, saya rasa mereka sudah tahu persoalan kajian demi kajian dijawab oleh Yang Berhormat Menteri. Selepas itu Yang Berhormat Keningau pula cakap macam angin, sekejap sana sekejap sini. I think apa yang penting kepada kita menunaikan janji yang telah pun dimeterai our forefathers.

Yang Berhormat Keningau, diamlah! Kau tidak pernah konsisten.

Forefathers kita telah bersetuju dalam beberapa Mesyuarat yang telah mereka datang. Tuan Yang di-Pertua, saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, do you know Intergovernmental Commission, 40 kali lebih mesyuarat diadakan...?

Kalau lompat dia konsisten.

...Dengan Kerajaan Tanah Melayu, dengan Kerajaan North Borneo, dengan Kerajaan Negeri Sarawak, dengan Kerajaan Singapura, more than 40 meetings intergovernmental. Maknanya waktu itu Sabah pun ada kerajaan dia diwakili British and what was found out? It is that ada pertemuan sehingga kita bentuk Malaysia dalam Perjanjian Malaysia 1963, detail dalam Jadual Kesepuluh dan Jadual Kelapan. Cara kita hendak bayar menggunakan consolidated fund, beberapa peratus, kutipan 40 peratus, never had been detailed out. Perjanjian seumpama ini seperti apa yang termaktub dalam satu Intergovernmental Commission and the other one is Cobbold Commission until Perjanjian Malaysia 1963 masuk dalam Perlembagaan. Sekarang ini Perlembagaan, takkan kerajaan- Perlembagaan pun sendiri kita tidak hormat dan takkan kita tidak mampu untuk melaksanakan yang berpuluh-puluh tahun.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat, soalannya.

Soalan, bilakah- saya tidak mahu dengar bahawa kajian demi kajian- it is already there in the Constitution. Why can’t you even implement this? That is why when I was in the government, I raised this issue. I disagree with the payment yang telah dibangkitkan, dipengerusikan oleh Tun Mahathir waktu itu. Saya bantah dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya bantah dengan Yang Berhormat Menteri Ekonomi, saya bilang, “No, that is not right”.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat.

Jadi saya berharap sungguh Yang Berhormat Menteri, when is the government of the day going to implement what is embedded in the Constitution. Don’t just fool ourselves. Kita rakyat Malaysia di Sabah bukan hanya ini perjanjian yang merupakan antarabangsa. Any marriage can have a divorce. Jangan sentuh sentimen rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak ini. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Semporna.

Yang Berhormat Semporna dalam dua minggu ini banyak berceramah dalam taklimat- untuk hal Sulu pun dia ambil 40 minit kita dan saya terima. Ada input yang berguna kepada kerajaan, kepada kami di Jabatan Perdana Menteri tetapi Yang Berhormat, I take it that you endorsed the statement sepertimana saya katakan tadi bahawa, there’s no need for perjanjian baharu but what’s important is the implementation of those promises and any Majlis ada daripada PH sebelum itu- NPR Persekutuan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun sudah kita mulakan pada waktu itu. Selepas itu, PH dan now di bawah PN, BN pun ini dalam tindakan kita. Setiap tiga bulan, mesyuarat diadakan and next one will be in September. I’m hoping to do taklimat daripada DUN Sabah dan daripada Backbencher untuk Parliament, issues that maybe MP Sabah dan Sarawak mahu masukkan dalam agenda, misalnya.

So, we are taking those kind of actions. Walaupun ceramah panjang tetapi it is more or less the same kind of issue juga. Yang Berhormat naik dua tiga hal and I think saya ada maklum. Satu misalnya, grant issue 40 percent yang telah DAP cakap 50 percent mereka punya media work pada waktu itu. Misalnya, Warisan Kerajaan Negeri Sabah telah terima itu offer daripada Kerajaan Pusat pada waktu itu dan Yang Berhormat ada hubungi Menteri Kewangan, contact saya, dia bilang Warisan mahu teruskan dengan pembayaran yang telah dioffered oleh pihak sana. Saya bilang, “Jangan, kita mahu bincang dahulu sedalam-dalamnya.” So, you are in the picture. Termasuk juga soal enakmen di peringkat negeri Sabah.

Saya beritahu kepada pihak Yang Berhormat bahawa ini Kerajaan Warisan telah terima. Dia bilang, “itu hal baru punya. Kami mahu hal 71 dan penting untuk kita kerjasama untuk mengatasi semua ini”. There’s no...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Menteri. Masa sudah tamat.

...tiada halangan. Perdana Menteri begitu terbuka bagi kita untuk buat rundingan bersama di Dewan Undangan Negeri Sabah atau pun di backbencher kumpulan di Parlimen.

Menteri janji enam bulan selesai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Menteri, masa sudah selesai.

Yang Berhormat Menteri... [Pembesar suara dimatikan]

Abdul Azeez bin Abdul RahimUMNO · BNBaling · question

2. Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan apakah kaedah penyelesaian yang dirancang oleh kementerian bagi memastikan keselamatan rakyat dijamin khususnya penduduk di sekitar Gunung Inas Baling, Kedah berikutan insiden kepala air yang berlaku baru-baru ini.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam bahagia Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Baling yang membuka soalan yang cukup baik dan beliau merupakan seorang tokoh yang amat komited dalam menjalankan misi menyelamat bencana-bencana. Pada kali ini, beliau tidak perlu adakan misi kerana berada di kawasan sendiri untuk mengendalikan bencana yang berlaku ini. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana yang telah saya umumkan di dalam Dewan yang mulia ini pada 18 Julai yang lalu, pada hari pertama persidangan bahawa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), setelah diarahkan oleh Jabatan Perdana Menteri telah mengetuai satu pasukan khas siasatan bencana tragedi Baling tahun 2022. Ia dianggotai oleh tidak kurang daripada tiga kementerian, iaitu KeTSA sendiri, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi merangkumi jabatan-jabatan sebagaimana berikut, Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan tidak ketinggalan Kerajaan Negeri Kedah itu sendiri. Mesyuarat pertama pasukan khas siasatan tragedi bencana Baling ini, telah diadakan seawal 20 Julai. Dua hari selepas ia ditubuhkan, di mana semua jabatan hadir mengambil bahagian dan menerima arahan untuk dilaksanakan. Saya ingin menyatakan bahawa siasatan awal KeTSA melalui Jabatan Mineral dan Geosains mendapati, pertama kawasan persekitaran Gunung Inas, Kupang, Baling masih tidak stabil dan terdedah

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

kepada ancaman tanah runtuh serta jatuhan batu. Berikutan kehadiran di tempat itu masih terdapat bongkah batuan yang longgar dan tergantung di lereng gunung. Kejadian ini juga menyebabkan trek jalan dan sungai sepanjang laluan masuk ke kawasan pergunungan diliputi oleh puing runtuhan dan kewujudan hakisan lekukan tebing. Oleh sebab itu, sebagai langkah awal bagi memastikan keselamatan rakyat, khususnya, di Baling, KeTSA telah mengeluarkan satu surat pemakluman rasmi kepada Kerajaan Negeri Kedah pada 22 Julai 2022, perihal langkah kewaspadaan awam di kawasan tadahan Gunung Inas Baling, Kedah dan menyarankan agar kerajaan negeri mengambil langkah perhatian terhadap zon bahaya dan zon kawalan dibangunkan untuk tujuan pengurusan bencana peringkat pusat kawalan operasi banjir (PKOB). Saya ingin mengambil sedikit masa Tuan Yang di-Pertua untuk menyatakan bahawa perkara-perkara yang telah diambil tindakan oleh jabatan-jabatan. Jabatan Mineral dan Geosains telah membuat lawatan seawal 15 Julai sehingga 23 Julai untuk mengadakan pemeriksaan tapak dan penawanan data dron yang dijalankan di kawasan tadahan Gunung Inas ini. Laporan pemeriksaan telah pun dihantar kepada KeTSA pada 17 Julai dan laporan keseluruhan sedang dalam penyediaan dan mengambil tempoh akan disiapkan sebelum 4 Ogos Yang Berhormat. Itu di pihak JMG. Kemudian, di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) telah pun menerbangkan team UAV JUPEM. UAV ini, unmanned aerial vehicle ataupun dron yang telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 16 Julai 2022 dan bagi melaksanakan aktiviti penawanan data dan telah pun dikemukakan ke peringkat bahagian geospatial pertahanan dan juga JUPEM negeri Kedah. Saya ingin menarik perhatian juga bahawa JUPEM atau Jabatan Ukur dan Pemetaan akan menerbangkan sekali lagi UAV team pada 27 Julai, dua hari daripada sekarang dan pada 1 Ogos, telah pun menyiapkan penggunaan pesawat penggambaran foto udara dalam keluasan 13 kilometer x 13 kilometer untuk tujuan ini. Sekarang ini, menanti kebenaran daripada pihak berkuasa CAAM. Kemudian, untuk Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Ini saya hendak bangkitkan dalam dewan yang mulia ini, beberapa fakta berhubung dengan projek ladang hutan yang diadakan ataupun ditubuhkan di Gunung Inas ini. Seawal selepas kejadian itu, 5 Julai, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang telah masuk dan juga menyiasat, mengumpul maklumat terperinci yang merangkumi skop yang mendalam bermula permulaan kelulusan projek sehinggalah status terkini. Daripada siasatan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan juga Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, projek durian yang dipanggil durian hibrid ataupun orang kampung panggil durian Musang King. Saya hendak menyatakan bahawa durian Musang King ini bukanlah spesies yang dikenal pasti untuk ditanam sebagai ladang hutan. Terdapat 11 spesies yang kalau boleh saya bacakan akasia, batai, getah klon, balak, TLC, jati dan sebagainya, tidak termasuk durian hibrid sebagai spesies ladang hutan tetapi ia, telah dilaksanakan di negeri Kedah, di bawah Kerajaan Negeri Kedah seawal tahun 2017. Pada tahun 2019, kerajaan pada masa itu telah meluluskan penanaman durian Musang King ini sebanyak 20 peratus daripada keluasan yang dibenarkan. Masih lagi dibenarkan dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah melihat perkara ini suatu perlanggaran kepada syarat-syarat kerana durian hibrid yang bukan spesies ladang hutan telah ditanam sebanyak 5,000 pokok di keluasan 52 hektar di atas Gunung Inas ini. Pada tahun 2020, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah melalui Menteri Besar yang ada ini telah mengarahkan pemberhentian segera aktiviti penanaman pokok durian ini. Apabila telah dibenarkan pada 10 Disember 2019, sebanyak 20 peratus di dalam pemerintahan Menteri Besar sebelum daripada itu. Sehubungan dengan itu juga, Jabatan Perhutanan mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kedah menjadikan Gunung Inas ini sebagai hutan perlindungan bagi tujuan kawasan hutan tadahan air supaya ia tidak boleh

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

diusik dan ia akan memberi jaminan keselamatan kepada rakyat di kawasan Baling terutamanya. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri. Hari ini, genap 23 hari tragedi musibah tali air yang berlaku di Baling. Tiga orang telah terkorban dan ramai lagi yang telah tercedera akibat tersangkut di bumbung rumah, di pokok-pokok dihanyutkan air, terhentak dengan kayu balak yang hanyut dalam tragedi tersebut. 15 buah rumah hancur 100 peratus. Tiga buah rumah tidak dapat diduduki. Lebih 300 buah rumah yang harus dibaiki pelbagai kerosakan daripada 37 buah kampung. Tanaman seperti sawah padi, kebun sayur, kebun semua dihanyutkan oleh air.

Hari ini masih lagi hujan lebat. Semalam saya bagi laporan kepada Yang Berhormat Menteri, masih lagi hujan lebat. Airnya macam air tsunami, bergulung-gulung, bukan air hujan biasa. Jadi, binatang-binatang buas yang sudah mula dikesan di tempat kejadian. Contohnya kami telah didatangi oleh gajah, enam ekor gajah. Dua ekor gajah telah ditangkap dan telah dihantar baru-baru ini. [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Kita juga telah jumpa tapak iaitu tapak harimau belang yang sudah mula keluar. Sudah masuk ke kampung kami di bawah. Jadi semua ini harus diambil tindakan. Jadi, rakyat Baling hendak tahu jawapan Yang Berhormat Menteri beri tadi, masih lagi saya rasa amat-amat khuatir sebab Yang Berhormat Menteri sebut tidak selamat lagi. Jadi, kami ada 37 buah kampung di kawasan tersebut. Ini hari Sabtu. [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Hari Sabtu yang lalu, orang kampung dan saya naik di atas. Ini gambar yang kita ambil. Ada tiga buah kolam besar padang bola. Tiga buah kolam airnya yang melebihi 10 kaki. Kalau kita lihat di sini, kolam ini sudah mula rosak. Air ini kalau pecah akan masuk kampung. Kalau ia berlaku pada pukul 2.00, 3.00 pagi, nauzubillah lebih 100 orang akan terkorban kalau perkara ini berlaku pada tengah malam. Nasib baik hari itu berlaku pada pukul 4.00 petang. Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, ada tiga soalan yang penting yang saya hendak tanya, yang rakyat Baling hendak tahu. Saya hendak tegaskan di sini bahawa adakah jaminan kerajaan bahawa kolam ini dapat dipecahkan? Saya sudah pergi ke atas itu. Dalam kolam ini ada poli paip empat inci dalam itu. [Sambil menunjukkan sekeping gambar] Minta kementerian Yang Berhormat Menteri sedut air ini dulu dan hapuskan ketiga-tiga kolam yang sebesar tiga buah padang bola. Kalau ini dapat dihapuskan, insya-Allah kalau jadi hujan lebat air ini tidak akan pecah dan rakyat saya masih terselamat. Malam tadi sebahagian rakyat saya pergi tidur di masjid sebab takut kalau perkara ini berlaku. Semalam video yang saya hantar pada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri respons saya malam tadi pukul 1.00 pagi. Ini yang sedang berlaku di Baling. Jadi soalan saya, apakah kolam-kolam ini akan dapat dihapuskan dengan segera? Kolam-kolam ini hanya ibarat time bomb yang menggunakan kanvas, diletakkan kain sahaja di atas tersebut. Satu lagi, saya hendak tanya apakah dikenal pasti tadi Yang Berhormat Menteri sudah sebut, kalau kita tengok Perlindungan Khazanah Alam (PEKA) menegaskan sebatang pokok dewasa boleh menampung 400 gelen air. Kalau dipotong, habislah. 400 gelen air sebatang pokok. Jadi, saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tetapi tidak jelas, siapakah yang meluluskannya? Rakyat Baling hendak tahu siapakah yang meluluskannya? Akhir sekali, rakyat ingin tahu sama ada kerajaan akan mengusahakan− ini penting. Kalaulah ini kesilapan syarikat-syarikat yang melakukannya ataupun Yang Berhormat Menteri sebut tadi, kerajaan negeri telah sedikit sebanyak melanggar syarat. Kalau diikutkan ia latex timber clone. Pokok sahaja boleh ditanam sekiranya kita cabut kayu balak tersebut. Musang King tidak ada, ini Yang Berhormat Menteri sebut.

Adakah syarikat-syarikat yang mendapat konsesi balak ini boleh membayar pampasan kepada rakyat saya di Baling yang tidak berdosa, yang menjadi mangsa, terkorban malah rumah-rumah mereka hancur. Segala peralatan dalam rumah lebih 450 buah rumah hari ini merana, hendak cari makan balik habis pertanian. Habis penternakan dan binatang buas sudah masuk.

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Baling.

Jadi soalan saya, adakah Yang Berhormat Menteri boleh jawab untuk memastikan ini boleh berlaku lagi?

[Dewan riuh]

Tuan Lim Lip EngDAP · PHKepong

Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Baling.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ya, soalan dah disebut tadi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, sila Yang Berhormat Menteri, panjang saya beri masa.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Baling yang begitu emosi kerana ini adalah rakyat beliau yang terlibat. Okey, yang pertamanya mengenai kedapatan tiga buah kolam, tiga buah kolam yang terdapat di atas gunung itu. Secara jujur dan ikhlas, kementerian terpaksa menjelaskan bahawa kajian belum lagi dapat mengesahkan bahawa kewujudan kolam- kolam takungan di atas itu menjadi punca kejadian yang telah berlaku. Belum lagi sebab kolam itu intact, belum pecah tetapi kejadian itu telah berlaku. Namun demikian, kementerian memberi jaminan sekiranya cadangan menutup atau mengalihkan keluar air daripada kolam ini memberi jaminan risiko tidak berlaku, maka ia akan diambil tindakan segera di mana pelaksanaan ini saya jelaskan bergantung pada Kerajaan Negeri Kedah, bukan kementerian. Akan tetapi, insya-Allah kementerian akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk menyelesaikan isu mengelakkan risiko ini berlaku. Insya-Allah, saya beri jaminan, saya akan turun sendiri insya-Allah. Keduanya mengenai pampasan yang disebut oleh Yang Berhormat Baling daripada syarikat-syarikat yang mendapat konsesi balak dan juga kebenaran menanam Musang King dan sebagainya. Sekali lagi perkara ini saya rasa bergantung pada kerajaan negeri kerana yang meluluskan pembalakan di sini ialah kerajaan negeri, yang memberi kebenaran untuk menanam tanaman ladang hutan juga kerajaan negeri. Jadi, terpulang kepada kerajaan negeri untuk menggunakan budi bicara untuk impose satu pampasan. Di sini pun ada ADUN daripada Gurun, Kedah, boleh bangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri bahawa mungkin− Saya hendak jelaskan bahawa tadi Jabatan Perhutanan telah menjelaskan detail EIA − telah menjelaskan bahawa EIA itu tidak termasuk untuk penanaman durian hibrid. Ia hanya merangkumi tanaman ladang hutan sahaja, tidak termasuk. Jadi, ini satu pelanggaran kepada DEIA yang telah dikeluarkan untuk projek ini. Jadi, terpulang kepada kerajaan negeri dan insya-Allah Kerajaan Persekutuan boleh berunding dan menasihatkan kerajaan negeri supaya mengambil langkah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Baling. Terima kasih.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

[Bangun]

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Masa sebenarnya tidak, 10 minit tetapi terhad kepada 10 minit itu. Baik, saya bagi seringkasnya, sila Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri. Penjelasan tadi itu semua cerita tentang post-tragedy. Tindakan agensi, langkah baharu yang dibuat, itu semua cerita post-tragedy. Yang kita hendak tahu ialah apa pengajaran yang kerajaan boleh ambil sebagai satu komitmen. Saya bagi contoh, ceritanya adalah ada tangan mengganggu dan mengubah status hutan simpan kekal. Ceritanya di situ. Lama sebelum Gunung Inas, di kawasan saya di Gunung Pongsu, hutan simpan kekal juga dinyah warta sebahagiannya. Banjir di Karangan dan Sungai Kob makan dua korban. Waktu itu awal tahun 2018. Saya bangkitkan dalam Jemaah Menteri, arwah KSN kita Tan Sri Ali Hamsa segera kemudian bertindak dan pembalakan dihentikan. Cerita Gunung Inas yang sahabat saya dari Baling bangkitkan ini adalah saiz yang gondol itu terlalu luas dan Yang Berhormat Menteri tadi dengar, tidak ada jaminan ia kembali asal kerana ancaman itu masih lagi wujud. Isunya, Yang Berhormat Menteri ialah yang dibangkitkan ini soal keselamatan rakyat, nyawa, harta benda, rumah, tanah pertanian mereka, ini sebenarnya sudah terjejas teruk. Tadi Yang Berhormat Menteri sebut Jabatan Perhutanan bagi komen ada 11 tanaman yang termasuk dalam kategori ladang hutan, durian tidak termasuk. Satu ketika dulu kita tengok Jabatan Perhutanan bertindak tegas di Pahang. Tebang habis pokok durian. Apakah Jabatan Perhutanan bersedia melakukan yang sama di Gunung Inas?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Atau memang ada tauke besar sehingga mereka ini untouchable? Boleh tidak we do the right thing, buat perkara yang betul? Alam sekitar keluarkan kenyataan terang-terang melanggar. Yang Berhormat Menteri tadi mengesahkan juga pelanggaran peraturan itu berlaku berleluasa. Yang Berhormat Menteri tidak boleh sekadar menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan. Kita tahu kuasa kerajaan negeri setakat mana. Sekali lagi Yang Berhormat Menteri, saya mohon jawapan yang berupa penegasan yang sungguh- sungguh supaya episod ini tidak lagi berulang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit.

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu atas soalan tambahan ini. Pertamanya saya hendak menyebutkan bahawa sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri, ia perlu diurus tadbir berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan. Perlembagaan jelas mengatakan bahawa urusan pengurusan pentadbiran hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, Senarai Kedua, Jadual Kesembilan di bawah Perlembagaan, itu jelas. Keduanya, yang dibangkitkan awal tadi oleh Yang Berhormat iaitu penukaran hutan simpan kekal dan dinyah warta hutan simpan kekal.

Saya hendak nyatakan bahawa pada 18 Julai baru-baru ini, saya telah membawa ke Dewan ini pindaan kepada Akta Perhutanan Negara 1984 antaranya untuk menyelesaikan masalah pengeluaran berleluasa hutan simpan kekal kepada hutan biasa. Itulah yang disebutkan. Jadi maknanya, sebelum ini peruntukan seksyen 11 terutamanya dalam Akta Perhutanan menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menyahwartakan hutan simpan jika sekiranya difikirkan sesuai, difikirkan dalam aspek ekonomi dan sebagainya. Itu peruntukan semasa yang ada. Kita telah pinda sekarang ini seksyen 11 menyatakan hendak keluarkan hutan simpan perlu diadakan public enquiry dan digantikan dengan keluasan yang sama dan setara dengan yang hendak dikeluarkan. Ini langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan tetapi itu pun tertakluk kepada pemakaian yang diterima oleh kerajaan negeri, kena bawa enakmen pemakaian dalam Dewan Undangan Negeri. Itu terserah kepada kerajaan negeri. Kita harap mereka bersetuju.

Keduanya, isu yang melibatkan 5,000 pokok durian Musang King di atas Gunung Inas sekarang ini. Saya kira ini juga di bawah bidang kuasa kerajaan negeri khususnya Jabatan Perhutanan Negeri Kedah atas arahan daripada kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah sama ada 5,000 batang pokok yang ditanam di atas 52 hektar tanah di atas Gunung Inas itu hendak dihapuskan ataupun tidak, itu terpulang kepada kerajaan negeri. Akan tetapi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mengarahkan atau mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kedah mengambil langkah untuk melakukan penanaman ataupun reforestation semula di atas tanah yang diluluskan untuk ladang hutan seluas 5,000 hektar di atas gunung itu. Sama ada hendak ditebang yang sudah ditanam ataupun hendak dikekalkan yang sudah ditanam sehingga habis tempohnya dan ditambah dengan kawasan yang belum ditanam, itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Pihak Kerajaan Persekutuan sebagaimana Yang Berhormat pun sedia maklum, hanya boleh memberi nasihat, pandangan termasuk pandangan teknikal dan sebagainya, bukan penguatkuasaan dalam kawasan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Menteri. Pertanyaan-pertanyaan Menteri seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy, Yang Berhormat Kota Belud.

Munirah MajilisWARISANKota Belud · question

3. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perancangan kementerian bagi mewujudkan Dasar Sekuriti Ubat-ubatan Negara dan sejauh manakah langkah kementerian mewujudkan stok penimbal ubat-ubatan dapat mengawal ketidakstabilan bekalan.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan ketersediaan bekalan dan sekuriti ubat-ubatan yang mampan serta akses berterusan terhadap ubat-ubatan penting di Malaysia. Untuk tujuan ini, Dasar Ubat Nasional atau DUNas telah diluluskan pada Oktober 2006 bagi menyatakan komitmen kerajaan dan pihak yang berkaitan di dalam sektor farmaseutikal ke arah menggalakkan keperolehan dan penggunaan ubat yang berkualiti, selamat, berkesan, mampu dimiliki, serta digunakan secara rasional. Selain itu, DUNas juga diwujudkan bagi memastikan ubat-ubatan sentiasa mencukupi dan boleh diakses sama rata oleh seluruh rakyat Malaysia. Selaras dengan hasrat kementerian untuk memastikan ketersediaan bekalan dan sekuriti ubat-ubatan yang mampan, komponen ketiga di bawah DUNas iaitu access to medicines telah pun diwujudkan. Tuan Yang di-Pertua, kini terdapat peningkatan permintaan yang mendadak ubat- ubatan untuk rawatan penyakit seperti demam, selesema dan batuk. Sebagai contoh penjualan bagi ubat parasetamol didapati meningkat sehingga 238 peratus bagi suku pertama tahun 2022 berbanding data jualan suku pertama bagi tahun sebelumnya. Tambah pula rantaian bekalan telah terjejas disebabkan polisi total lockdown di negara China iaitu negara di mana bekalan bahan aktif farmaseutikal yang terbanyak dihasilkan dan juga peperangan di Rusia dan Ukraine di mana bahan excipient iaitu bahan ditambah kepada bahan aktif farmaseutikal untuk memberikan gaya kohesif seperti kanji dihasilkan. Negara lain seperti Australia dan Singapura juga mengalami kekurangan stok ubat. Permintaan yang tinggi dan gangguan kepada bekalan ini telah menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan bagi beberapa jenis ubat-ubatan walaupun pengeluaran ubat-ubatan tersebut telah ditingkatkan oleh pengilang-pengilang tempatan. Selain itu jumlah ubat-ubatan yang diimport dari luar negara juga telah ditingkatkan Secara umumnya, keadaan ini dijangka akan pulih menjelang suku keempat tahun 2022. Sementara itu, KKM juga telah bersetuju supaya stok ubat-ubatan penimbal KKM bagi ubat-ubatan tertentu diberi kebenaran untuk dilepaskan dan dijual kepada pihak swasta.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Untuk jangka masa panjang, antara inisiatif yang telah dirancang bagi memastikan country’s Drug Security and Self-Reliance dengan izin terutamanya dalam situasi krisis adalah: (i) menggalakkan syarikat farmaseutikal tempatan mengeluarkan ubat-ubatan sendiri termasuk bahan aktif farmaseutikal API melalui public-private partnership; (ii) pembangunan ataupun naik taraf Sistem Pendaftaran QUEST yang membolehkan product registration holder untuk mengemas kini status pemasaran produk secara real-time bagi membolehkan pihak berkuasa memantau ketersediaan produk di pasaran; (iii) pembangunan Sistem Pharmaceutical Track & Trace bagi meningkatkan kebolehkesanan rantai bekalan ubat-ubatan serta memantau ketersediaan produk di pasaran; (iv) mengukuhkan kerjasama serantau ASEAN melalui ASEAN Drug Security and Self-Reliance Framework. Projek yang diketuai oleh Malaysia ini bermatlamat untuk menambah baik akses ubat- ubatan. Salah satu strategi di bawah rangka kerja framework ini adalah kaedah perolehan secara pukal ubat-ubatan untuk negara di rantau ASEAN; (v) satu kerangka sedang diperhalusi bagi mewujudkan kerjasama strategik bersama negara-negara pengeluar API seperti India dan China bagi menjamin bekalan API untuk kegunaan negara termasuk semasa krisis; dan (vi) Peranan advokasi KKM berkaitan paten produk farmaseutikal akan diperkukuhkan melalui kerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mengelakkan paten evergreening. Ini akan memastikan akses lebih awal kepada ubat-ubatan generik yang mampu milik dan melindungi hak pemegang paten. Dengan adanya perancangan ini kementerian berharap ia dapat menjamin bekalan ubat-ubatan yang mencukupi serta berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang pertama, sila Yang Berhormat Kota Belud.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apabila berlaku gangguan bekalan, maka harga ubat- ubatan sememangnya naik dan golongan B40 dan M40 adalah yang paling terkesan. Saya juga ada dengar di mana ada juga contoh kalau ubat-ubatan itu B12 tiba-tiba ditukar kepada B complex, saya tidak pasti kalau ada implikasi daripada segi tersebut. Soalan saya, adakah kerajaan akan melakukan kawalan harga terhadap ubat- ubatan khususnya ubatan rawatan harian seperti yang Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, ubat batuk, demam, antibiotik dan sebagainya. Adakah juga kerajaan memantau kenaikan harga ubat-ubatan di farmasi, di klinik swasta dan farmasi sebelum pandemik dan pasca pandemik dan mohon menyatakan peratusan perubahan harga sekiranya ada. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.

Terima kasih Yang Berhormat. Masalah sekarang ini adalah masalah bekalan dan bukan sangat soal masalah kenaikan harga. Walaupun stok dia rendah, tetapi masalah sekarang ini adalah kekurangan ubat yang sangat-sangat ketara pada apa-apa harga. Akan tetapi kementerian sentiasa pantau di pasaran berkenaan dengan harga sekiranya harga itu naik dengan terlalu mendadak,

maka kita akan membuat sesuatu untuk memastikan bahawa ada kawalan harga dan pernah dilaksanakan sebelum ini. Sekarang ini tujuannya adalah untuk memastikan bekalan itu cukup. Dalam hal ini saya ingin mengumumkan bahawa sebagai contoh ya, ini juga berkaitan dengan soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat berkaitan dengan harga. Sekarang ini antara ubat yang sangat-sangat kekurangan di pasaran adalah PCM ataupun parasetamol. Jadi, kerajaan telah setuju supaya stok penimbal daripada kerajaan sendiri dilepaskan untuk dijual ke pasaran.

Bermula dari 22 Julai 2022, kita telah menerima pesanan daripada 220 buah hospital dan klinik swasta dan akan menghantar dua pek. Setiap pek mengandungi 1,000 biji untuk setiap klinik dan lima pek untuk setiap hospital dan harga yang kita lepaskan adalah harga asal ataupun harga pasaran asal yang dibeli oleh kerajaan. Jadi, tidak ada mark-up untuk kita pastikan bahawa harga itu berada pada harga yang berpatutan untuk dilepaskan di pasaran. Ada tiga jenis ubat lagi yang boleh kita lepaskan dan kita sedang menerima pesanan daripada hospital dan klinik iaitu promethazine iaitu ubat antihistamine untuk selesema, salbutamol untuk anti-asthmatic dan theophylline untuk anti-asthmatic. Ini juga kita akan pastikan dilepaskan pada harga yang telah pun kita beli iaitu harga yang berpatutan untuk sektor swasta.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menurut Ketua Pegawai Operasi Duopharma Biotech Berhad, harga ubat-ubatan untuk bekalan dalam negara dijangka meningkat antara lima peratus ke tujuh peratus pada tahun ini. Antara faktor penyumbang kepada kenaikan ialah kenaikan harga bahan mentah yang diimport bagi menghasilkan ubat-ubatan, ketidakstabilan ringgit dan peningkatan harga kos logistik. Saya nak juga Yang Berhormat Menteri siasat, kenapa ubat ini terlalu mahal iaitu ubat kanser, leukemia, lethamovic RM21,000 untuk guna sebulan. Posaconazole, RM13,000 untuk satu bulan. Jakafi, RM3,000 sebulan. Jadi ini menunjukkan bahawa harga ubat ini tidak ada di hospital kerajaan tetapi pesakit kena beli di luar. Bayangkanlah dengan harga yang macam ini, mungkin langsung tidak mampu untuk mengubati penyakit yang sebegini rupa dengan harga kos yang cukup tinggi. Soalan saya, apakah strategik kementerian untuk menstabilkan harga bahan mentah ubatan bagi mengelakkan kenaikan yang lebih tinggi. Apakah jaminan kementerian berkenaan jenis ubat-ubatan yang terlibat tidak mengalami kenaikan harga untuk membebankan rakyat. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih. Yang Berhormat, harga ubat ini banyak penyebabnya ataupun penentunya. Pertama adalah daripada segi kos bekalan dan kos bahan mentah. Hari ini kita menghadapi masalah kekurangan dan barangkali mungkin juga nanti kita berhadapan dengan masalah kenaikan harga. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, ini adalah disebabkan perkara yang berlaku di peringkat antarabangsa. Negara China adalah negara pengeluar utama bagi bahan aktif farmaseutikal, Active Pharmaceutical Ingredient (API). Itu memang tidak didapati di negara-negara lain kecuali negara besar seperti negara China, negara India yang mempunyai pasaran yang besar dan economies of scale menghasilkan API tersebut. Apabila negara China mengamalkan polisi total lockdown, ini telah mengganggu rantaian bekalan bagi API, ini satu. Kedua, dalam penghasilan ubat, dia bukan hanya ada bahan aktif farmaseutikal tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, excipient yang dimasukkan dalam ubat tersebut supaya gaya cohesive untuk bind ubat tersebut seperti kanji ataupun starch. Itu banyak datang dari negara seperti Rusia dan Ukraine walaupun ada pasaran yang lain. Jadi, ini telah menyebabkan gangguan kepada bekalan dan mungkin gangguan kepada harga.

Kedua, penentu kepada harga adalah soal paten ataupun soal intellectual property. Masalah ini sedang pun kita usahakan supaya tidak ada proses evergreening. Evergreening ini Yang Berhormat, adalah syarikat farmaseutikal, dia mengubah sikit ubat tersebut dan dia mohon supaya paten itu disambung, disambung dan disambung untuk bertahun-tahun sehingga tidak ada ubat-ubatan generik yang boleh dihasilkan dan akhirnya harga ubat tersebut kekal pada paras yang tinggi. Baik. Apa yang boleh kita buat untuk mengatasi masalah-masalah tersebut? Pertama, kita mesti melihat kepada sumber-sumber yang alternatif kalau sekiranya berlakunya gangguan kepada rantaian bekalan di peringkat global. Kedua, Kementerian Kesihatan sedang memperincikan pelaksanaan kawalan harga ubat melalui mekanisme ketelusan harga ubat yang kini dalam penyediaan memorandum Jemaah Menteri untuk kelulusan Jemaah Menteri. Ini adalah price transparency. Saya nak bawa satu dasar di mana syarikat-syarikat farmaseutikal mestilah bentangkan kepada kerajaan, apakah harga yang dijual ataupun harga yang dikenakan kepada ubat-ubat mereka seperti ubat-ubat yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, ubat- ubat kanser dan sebagainya. Oleh sebab tidak ada price transparency maka kita dengan izin, we are at the mercy of Big Pharma di mana kita sebenarnya tak tahu apakah sebenarnya kos-kos pengeluaran ubat-ubatan tersebut. Jadi kita akan bawa satu paper untuk diadakan mekanisme ketelusan harga ubat di Malaysia ini supaya kita dapat tahu sebenarnya apakah kos yang adil dan berpatutan untuk ubat-ubatan tertentu. Ketiga adalah kawalan harga. Kawalan harga ini adalah pilihan yang terakhir. Kerajaan tidak suka campur tangan dalam pasaran tetapi jika perlu, kita pernah. Sebagai contoh, dahulu untuk vaksin COVID-19, untuk pembekalan kepada sektor swasta pernah kita masuk dan menentukan kawalan harga sebagai contoh 130 hingga 180 dos untuk dua produk yang kita telah keluarkan tadi. Jadi, ada pelbagai mekanisme kawalan. Pertamanya, price transparency yang sedang diusahakan. Kedua adalah kawalan terus dalam pasaran yang perlu kita buat dan akan kita buat sekiranya tidak ada penyelesaian yang munasabah daripada syarikat- syarikat farmaseutikal. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya memanggil Ahli Yang Berhormat, ada satu pemakluman mengenai dengan Program Derma Darah pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, pada hari ini, Parlimen Malaysia menganjurkan Program Derma Darah. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tahap kesihatan negara serta memberi pengetahuan yang jelas kepada masyarakat akan kebaikan menderma darah. Program ini adalah terbuka kepada semua Ahli Parlimen dan semua pengunjung ke Kompleks Parlimen Malaysia. Sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menjayakan program ini yang bertempat di Ruang Lobi Aras G, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran bermula jam 9 pagi tadi sehinggalah jam 3 petang. Sekian, terima kasih.

Tiong King SingPDP · GPSBintulu · question

1. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan: (a) adakah kementerian mempunyai rancangan jangka panjang dan pendek dalam menghadapi isu kekurangan bekalan ayam dan telur ayam agar isu berkenaan tidak berulang lagi; dan (b) adakah kementerian mempunyai rancangan untuk mengurangkan keperluan produk pertanian dan makanan terhadap negara lain sedangkan kenaikan harga berpunca gangguan dan ketidakstabilan rantaian bekalan global yang berlaku.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi isu kekurangan bekalan ayam dan telur ayam, perancangan jangka pendek dan panjang yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah seperti berikut: Jangka pendek: (i) melaksanakan pemberian subsidi kepada penternak ayam pedaging dan penelur yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.1 bilion; (ii) memansuhkan kebenaran mengeksport yakni Approved Permit (AP) terhadap ayam bulat dan keratannya bermula pada 18 Mei 2022 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan; dan (iii) mewujudkan stok penimbal ayam untuk tempoh tujuh hari dengan kapasiti berjumlah 4,536 tan metrik. Adapun jangka panjang: (i) mengurangkan kebergantungan kepada sumber jagung import sebanyak 30 peratus menerusi inisiatif pembangunan industri jagung bijian dalam negara; dan (ii) menjalankan kajian bagi menghasilkan bahan mentah gantian daripada sumber tempatan berasaskan isirung sawit. Bagi mengurangkan keperluan produk pertanian dan makanan terhadap negara lain serta memastikan bekalan makanan negara mencukupi, pelan tindakan jangka panjang bagi sekuriti makanan iaitu Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2025 dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN) telah dibangunkan. Antara strategi utama yang digariskan termasuklah usaha-usaha untuk: (i) memperluaskan adaptasi teknologi dalam sistem makanan sebagai langkah pragmatik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti berteraskan skala economical dan pertanian mampan;

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

(ii) memperkasa penyelidikan dan pembangunan berteraskan sekuriti makanan; (iii) memperkasa ketersediaan Dasar Sekuriti Makanan bagi mengenal pasti dan memantau tahap sekuriti makanan penduduk Malaysia berasaskan lokaliti; (iv) menterjemahkan aspirasi food security as a shared responsibility dengan memfokuskan usaha untuk memperluas kolaborasi strategik berteraskan sekuriti makanan antara kementerian, kerajaan-kerajaan negeri dan juga sektor swasta; dan

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

(v) memperkukuhkan tadbir urus merentas jabatan dan agensi untuk merapatkan jurang dalam sistem makanan bagi meningkatkan kecekapan pemantauan sekuriti makanan negara. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Bintulu.

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi yang diberi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini jawapan, ada punya ulang balik, ulang balik sudah beberapa kali ya. Sama juga. Akan tetapi, food security kita tidak nampak dinaiktaraf ataupun ada satu jaminan untuk negara kita. Yang Berhormat, contoh tadi, cerita kita sepatutnya bekerjasama- kerajaan negeri-negeri di seluruh negara kita. Sampai hari ini, apakah perbincangan bersama-sama kerajaan negeri? Adakah kerajaan negeri sudah bersedia? Itu tanah-tanah masih lagi hutang ataupun masih kosong? Pekeliling di negeri-negeri- bilakah negeri-negeri setuju kasi naik taraf ini tanam-tanaman? Isu kedua, kementerian sampai hari ini ada menyedia peruntukan untuk membantu petani-petani itu? Selalu bila saya masuk kawasan, saya turun padang- saya tanya, semua tak ada peruntukan bantuan daripada kerajaan, ataupun bagi loan sama mereka, bagi pinjaman. Saya mahu tanya, ini kita bank- Agrobank ini, untuk apa? Dia nak tolong petani ataupun nak kongkalikung? Pergi cari business bridging loan lah, macam-macam, besar- besaran loan, akhir sekali lingkup. Akan tetapi, petani you tidak tolong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan, soalannya.

Kenapakah boleh berlaku sebegini? Kenapa kementerian tidak hands-on? Turun padang, lihat dan faham masalah-masalah yang dihadapi petani-petani. Saya minta jawab. Jangan jawab kongkalikung lagi. Ulang- ulang lagi jawapan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit ini.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bintulu yang sebut jawapan kongkalikung kerana soalan pun kongkalikung [Ketawa] Soalan yang sama saja tanya. Sekuriti makanan, cukup atau tak cukup, dah berapa lama. Jadi takkan nak jawab ini...

Jangan hina Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Jawab Timbalan Menteri.

Pertama, Yang Berhormat Bintulu, food security negara, saya sebut contoh. Umpamanya kerajaan memperkenalkan SMART SBB. Food security negara meningkat dengan sangat dibanggakan. Hatta kalau dibandingkan dengan beberapa buah negara jiran kita, alhamdulillah peningkatan penghasilan food security ini bertambah dalam negara kita. Ini perlu disedari. Kemudian berkenaan dengan perbincangan dengan kerajaan negeri. Kami sentiasa mengadakan perbincangan. Sebagai contoh, Sabah dan Sarawak. Saya nak nasihat pada hari ini. Sebagai contoh, kalau di Sarawak. Sarawak tidak membenarkan LPP masuk ke negeri dia. Nanas, sebagai contoh. Nanas Sabah. Dia tak nak Lembaga Nanas ini pergi ke Sabah. Ini perbincangan demi perbincangan, siri demi siri kita telah buat. Saya nasihatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada supaya memahami.

Maaf, saya jelaskan kenapa kita tidak kasi masuk. Kami agensi kongkalikung punya. Cerita 10 kali tak faham punya.

Saya rasa Yang Berhormat, kena terbuka lah, kena terbuka. Negeri-negeri lain, LPP...

Bukan kita tidak mahu terbuka. You punya agensi, pegawai-pegawai daripada agensi, fikiran mesti mahu terbuka. Janganlah semua orang dari Semenanjung mahu kontrol. Tak boleh.

Saya sokong Yang Berhormat Bintulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ringkaskan jawapan. Masa sudah tamat.

Perbincangan telah dibuat dan kita mengharapkan ada hasilnya, insya-Allah. Kemudian peruntukan kepada petani. Untuk makluman, pendaftaran mesti berlaku sebelum daripada peruntukan kerajaan diberikan. Dua buah negeri yang paling kita dukacita, yang bertani tetapi mereka tidak berdaftar dengan agensi-agensi kerajaan iaitu Sabah dan Sarawak berbanding dengan negeri-negeri lain.

Bagi peluang saya mahu bertanya pula.

Saya tidak faham apa Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap.

Kemudian, Agrobank- Agrobank ini akan menyediakan peruntukan-peruntukan kepada para petani kita.

Tak fahamlah Timbalan Menteri ini.

Tidak dinafikan.

Bagi Sabah, bagi Sabah pula.

Tak faham. Timbalan Menteri, tak faham.

Alhamdulillah, kita sentiasa turun padang insya-Allah. Kalau ada masalah-masalah di Bintulu, insya-Allah boleh berbincang dengan saya dan kita akan turun, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput- saya lihat yang pertama daripada Yang Berhormat Teluk Intan. Sila Yang Berhormat Teluk Intan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman. Saya rasa terpanggil untuk membetulkan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Dia kata sekarang ini food security negara sedang meningkat. Akan tetapi pada hakikatnya, kedudukan negara telah tercorot. Our World Food Security Index menunjukkan kedudukan Malaysia telah pun merosot daripada tangga 28 jatuh sehingga 44. Satu kejatuhan yang paling teruk dalam sejarah tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bagi tahu Dewan yang mulia ini, sekarang food security negara telah mempunyai prestasi yang memberangsangkan. Ini yang pertama...

Timbalan Menteri mengelirukan Dewan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata sebenarnya, kenaikan harga ayam dan juga telur akibat daripada kos bekalan dan juga kos bahan mentah. Saya

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

nak tanya kepada kerajaan, adakah rancangan khusus kerajaan untuk menambahkan pengeluaran khususnya hasil bijirin makanan ayam, makanan itik? Bukan sahaja memberikan seperti Yang Berhormat Bintulu kata, bukan jawapan yang kongkalikung. Kedua, subsidi yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kata kerajaan bagi RM1.1 bilion kepada penternak ayam tetapi Persatuan Penternak Ayam telah mengeluh. Kerajaan umum nak bagi RM1.1 bilion. Jumlah yang diterima, 10 peratus sahaja- RM100 juta tak sampai. Maka, di manakah sebenarnya duit yang kononnya telah diumumkan tetapi akhirnya tidak kesampaian? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanya. Saya pun nak betulkan fakta yang dikemukakan oleh Yang Berhormat yang bertanya. Kejatuhan angka yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu bukan food security. Itu berkenaan dengan nilai ataupun mutu pengeluaran bahan makanan di dalam negara. Kejatuhan di situ, dia punya base dia, bukan pada hasil ataupun jumlah hasil yang dikeluarkan semata-mata tetapi apabila dia dikira macam negara kita sebelum daripada ini, dia tak kira isu banjir. Jadi sebab itu angka itu rendah sebelum daripada ini tetapi bila masuk isu banjir, dia masukkan data-data seperti pencemaran air sungai dan seumpamanya, maka dia punya index itu menurun. Akan tetapi saya nak jelaskan bahawa food security daripada segi jumlahnya, meningkat tetapi saya tak ingat dari sudut angka. Insya-Allah, saya akan bagi kepada Yang Berhormat angka yang tepat. Adapun berkenaan dengan ayam, telur yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan akan diberi subsidi kepada pengeluar ayam.

Dia berasaskan kepada ayam yang dikeluarkan di dalam negara kita. Bukan bermakna apabila isytiharkan RM1.1 bilion, itu standby daripada pihak kerajaan, tetapi kalau jumlah ayam itu dikurangkan, kerajaan tidak akan bagi. Kita bagi berasaskan kepada berapa kilogram yang dikeluarkan oleh pemain industri ayam itu sendiri. Maka kalau pengusaha ayam, dia hendak mengamuk, dia hendak apa, tetapi ayam yang dikeluarkan itu tidak cukup, macam mana kerajaan hendak bayar secukup begitu. Jadi, ini kena tanya pengusaha ayam, pemain-pemain industri ayam. Berapa jumlah yang telah dikeluarkan untuk negara yang digunakan dalam negara kita? Bukan yang dikeluarkan, kemudian dieksport. Digunakan dalam negara kita, berapa dia punya jumlahnya. Insya-Allah boleh kemukakan angka ini kepada pihak kerajaan dan kerajaan akan buat susulan pembayaran kepada subsidi yang dijanjikan. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan, ringkas sahaja. Ringkas sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya ingin teruskan dengan soalan seterusnya menjemput Yang Berhormat Merbok.

Nur Azrina binti Surip (Nurin Aina)PKR · PHMerbok · question

2. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan sejauh manakah usaha kementerian dalam meneroka perlombongan unsur nadir bumi (REE) dari aspek perundangan, kawal selia dan kemapanan operasi antara agensi penguatkuasaan, pemain industri dan pihak ketiga dalam memastikan kelestarian.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Merbok atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sentiasa komited dalam memastikan industri perlombongan unsur nadi bumi bukan radioaktif ataupun non-

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

radioactive rare earth elements dilaksanakan berdasarkan satu prinsip kebertanggungjawaban dan juga kemapanan. Sehubungan dengan itu, KETSA telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk membangunkan suatu projek perintis perlombongan NR-REE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak di atas tanah seluas 938.18 hektar bersamaan 2,318.3 ekar. Saya ingin maklumkan bahawa projek NR-REE di Perak ini telah dilaksanakan berdasarkan satu prosedur operasi standard atau SOP perlombongan NR-REE Negeri Perak yang telah dihasilkan. Ini adalah dokumen SOP NR-REE Negeri Perak yang telah dihasilkan oleh kementerian dan juga telah dilaksanakan berdasarkan kepada perundangan yang sedang berkuat kuasa seperti Akta Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral Perak 2003, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan juga Akta Perancang Bandar dan Desa. Jadi, kita memastikan projek pilot ini dilaksanakan berdasarkan kepada SOP yang telah ditetapkan. Dokumen SOP ini Tuan Yang di-Pertua adalah dibangunkan dan diperhalusi oleh sebuah jawatankuasa eksekutif yang terdiri daripada individu yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang perlombongan hidrologi, hidrogeologi dan juga pembangunan lestari serta turut disertai oleh wakil daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan juga penggiat industri. Dokumen ini dijadikan sebagai rujukan untuk semua agensi kerajaan dan penggiat industri sekarang ini di negeri Perak. Saya ingin menyatakan bahawa walaupun kerajaan telah meluluskan perlombongan di negeri Perak ini di Mukim Kenering di Hulu Perak ini, projek tersebut hanya akan dijalankan pada bulan Ogos ini iaitu bulan hadapan dan hasil pertama dijangka akan dapat dikeluarkan pada bulan November tahun 2022 iaitu tiga bulan atau empat bulan selepas daripada itu. Untuk memastikan kawal selia yang rapi terhadap pembangunan ini, sebuah jawatankuasa pemantau serta kerajaan telah melantik sebuah penilai bebas untuk membuat pemantauan berkala serta membuat penilaian impak terhadap pelaksanaan aktiviti projek perintis ini yang dinilai dari sudut keselamatan penggunaan kaedah in-situ leaching, penilaian terhadap sumber air bawah tanah dan air permukaan, penilaian kondisi tanah dan tanaman, kos pengeluaran mineral, impak limpahan ekonomi setempat dan kesihatan masyarakat di sekitar kawasan itu. Buat masa ini untuk makluman Yang Berhormat, beberapa buah negeri telah menunjukkan minat untuk melaksanakan aktiviti perlombongan NR-REE ini antaranya negeri Kedah, negeri Yang Berhormat sendiri, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Namun sehubungan dengan kerajaan mempunyai SOP, kita minta negeri-negeri menunggu sehingga projek perintis di Perak ini dilaksanakan dahulu. Jika SOP ini mampu mengawal selia aktiviti perlombongan NR-REE ini, maka kementerian akan memperluaskan SOP ini untuk digunakan untuk negeri-negeri lain. Jadi untuk tujuan tersebut, kementerian sedang dalam tindakan menyediakan SOP NR-REE untuk seluruh Malaysia. Juga kementerian bekerjasama dengan satu agensi yang bernama Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk membangunkan model perniagaan yang sesuai untuk industri NR-REE ini. Kita tidak mahu ia hanya menjadi industri sebagaimana biasa sahaja yang mengeksport bahan mentah tetapi juga kita menekankan industri hiliran dan huluan yang menguntungkan lagi kepada penggiat-penggiat industri ini. Itu sahaja jawapan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan yang pertama sila Yang Berhormat Merbok.

Terima kasih daripada Yang Berhormat Menteri. Soalan saya, isu yang utama adalah undang-undang sedia ada kita sebenarnya tidak compatible dengan izin dengan perlombongan dan pengurusan unsur nadir bumi, seolah-olah undang-undang kita kelihatan agak terkebelakang sedikit. Walaupun tadi Yang Berhormat Menteri ada sebutkan bahawa di Mukim Kenering itu penerokaan

perlombongan itu sebenarnya berada di dalam lembangan Sungai Perak yang melibatkan terdapat tiga loji rawatan air yang juga berdekatan. Jadi soalan saya, apakah langkah-langkah segera dalam meminda akta sedia ada yang terkait pembangunan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar termasuk kawasan tadahan air supaya tiada kelompangan antara penguatkuasaan undang-undang dan juga pelaksanaan penerokaan sumber NR-REE ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Merbok atas pertanyaan dan juga cadangan-cadangan. Sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa SOP ini dibina berdasarkan kepada undang-undang yang sedia ada di mana ia mematuhi ketetapan ataupun requirement kepada pematuhan akta-akta tersebut terutamanya yang melibatkan kualiti alam sekitar dan juga perancang bandar dan desa dan juga enakmen mineral itu sendiri. Saya hendak menyatakan bahawa untuk menghasilkan SOP ini, suatu libat urus yang begitu luas telah diadakan melibatkan semua lapisan dan golongan masyarakat dan salah satu keperluan yang ditetapkan ialah SIA atau social impact assessment yang juga diadakan supaya melihat kesan kepada kehidupan dan juga kesejahteraan rakyat setempat. Jadi itu semua telah diambil kira dan saya yakin sekiranya ada keperluan akta- kata dan undang-undang yang berkuat kuasa perlu dipinda untuk selaraskan dengan SOP ini, saya percaya jabatan berkenaan akan membuat pindaan-pindaan yang sepatutnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan yang kedua, saya jemput sebelah ini. Silakan Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ialah, adakah semua pihak boleh memohon lesen untuk melombong unsur nadir bumi dan bagaimanakah kaedah pemantauan yang akan dilakukan bagi mengelak ekosistem daripada musnah dari aktiviti perlombongan ini. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Soalan pertama, siapakah boleh memohon. Sebagaimana mineral-mineral biasa ketetapannya mana-mana pihak boleh memohon sama ada secara individu ataupun secara syarikat atau perbadanan. Namun demikian, mineral ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sama ada daripada segi explorationnya dan juga miningnya di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains tetapi ia adalah kelulusan daripada pihak kerajaan negeri. Kedua, sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi di bawah SOP yang telah kita bangunkan ini, ia mempunyai satu jawatankuasa penilai dan juga jawatankuasa yang sentiasa melaksanakan kawal selia untuk memastikan ia tidak menjejaskan kualiti alam sekitar daripada segi kemapanannya dan tidak menimbulkan apa-apa kesan kepada masyarakat dan seumpamanya.

Oleh sebab itulah kita menekankan kepada perlombongan yang bertanggungjawab, mampan, kompetensi, nilai tambah produk, mematuhi norma industri standard tinggi, pengendalian sumber mineral strategik dan juga kecekapan sumber. Itulah yang kita akan pastikan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada soalan tambahan ketiga. Sila Yang Berhormat Kuantan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya tertarik dengan apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi NREE tanpa radioaktif. Saya juga dengar bahawa Yang Berhormat Menteri sebut negeri saya Pahang ada juga berminat untuk buat perlombongan berkenaan dengan NREE ini. Sebenarnya yang bermasalah ialah apabila ada radioaktif dan seperti sisa buangan radioaktif oleh Lynas dan sekarang Lynas pula mahu meminta untuk meneruskan mengeluarkan sisa buangan radioaktif di Gebeng, Kuantan. Jadi persoalan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri pastikan bahawa semua perlombongan yang melibatkan REE di Malaysia ini tidak ada bahan radioaktif dan tidak menjana sisa buangan radioaktif apabila ia diusahakan di hiliran nanti. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan atas soalan ini yang saya rasa terlalu teknikal untuk saya jawab secara terperinci. Namun demikian, sudah tentulah apabila sesuatu kebenaran lesen dan sebagainya dikeluarkan untuk perlombongan sama ada NR-REE ataupun REE itu sendiri sudah ada requirement ataupun terma-terma rujukan yang perlu dipatuhi. Mengambil contoh projek di Lynas dan sebagainya. Saya kira ia telah diambil tindakan yang sewajarnya di bawah kementerian yang berkenaan iaitu MOSTI dan kementerian saya akan sentiasa bekerjasama terutamanya apabila melibatkan non- radioactive rare earth element ini. Jadi, kita akan pastikan perkara itu akan diambil tindakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria, Yang Berhormat Parit.

Mohd Nizar bin ZakariaUMNO · BNParit · question

3. Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan: (a) apakah tindakan kerajaan terhadap pihak yang menawarkan perkhidmatan badal haji pada harga tidak munasabah dengan kebanyakannya bermotifkan penipuan; dan (b) bagaimanakah kerajaan akan memastikan perkara ini dapat dibanteras secara menyeluruh.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab soalan oleh Yang Berhormat Parit bersekali dengan soalan lisan soalan Nombor 48 oleh Yang Berhormat Jerantut kerana ia menyentuh isu yang sama. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya jelaskan bahawa urusan haji bagi jemaah dari Malaysia adalah di bawah bidang kuasa dan seliaan Lembaga Tabung Haji (LTH) serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Manakala Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mempunyai kuasa kawal selia ke atas agensi pelancongan di Malaysia. Sementara itu Tuan Yang di-Pertua, badal haji ialah ibadah haji yang dilaksanakan oleh seseorang individu bagi pihak yang lain menurut syarat-syarat tertentu. Kebiasaannya badal haji ini membabitkan persetujuan, perjanjian atau kontrak secara sukarela antara orang yang membayar upah dengan orang yang menerima upah untuk dilaksanakan ibadah haji untuk penama atau individu yang di persetujui. Contohnya, seorang anak yang mengupah orang lain untuk melaksanakan ibadah haji atas nama arwah ibunya yang telah meninggal dunia. Jadi, pelbagai cara pelaksanaan perkhidmatan badal haji yang dilakukan dan ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Antaranya ialah pertama, agensi pelancongan yang

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batang Sadong

mengambil upah badal haji untuk dilaksanakan oleh mutawif ataupun kakitangan sokongan yang membawa kumpulan jemaah haji dari Malaysia kelolaan agensi tersebut. Bagi cara ini, kosnya mungkin tidak terlalu tinggi kerana mutawif dan kakitangan sokongan ini tidak perlu membayar tiket penerbangan, tempat tinggal ataupun makan minum secara berasingan kerana telah pun dibiayai oleh agensi pelancongan tempat mereka bekerja, malah ada di antara mereka sedia ada menetap di Makkah. Seterusnya, kedua ialah selain itu ada juga badal haji yang ditawarkan oleh individu yang sedia ada berada atau menetap di Makkah atau Madinah. Bagi cara ini harganya mungkin sedikit tinggi berbanding cara pertama yang disebutkan tadi kerana individu ini mungkin memasukkan kos penginapan, pengangkutan tempatan, makan minum dan sebagainya dalam kiraan upah mereka. Semua ini perlu berkait rapat dan tertakluk kepada syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi seperti keperluan memiliki permit khas untuk memasuki Arafah. Harga yang ditetapkan oleh permit tersebut dan sebagainya. Malah ada peraturan ini yang berubah setiap tahun. Syarat-syarat ini seumpamanya diambil maklum oleh pihak Tabung Haji dan JAWHAR sebagai focal point agensi di Malaysia dengan izin, bagi urusan ibadah haji kerana itulah saban tahun kita dengar peringatan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Tabung Haji berhubung perkara ini. Ini belum lagi mengambil kira ada juga pihak yang menawarkan bersekali dengan ibadah korban, cenderamata dan banyak lagi. Justeru, terdapat banyak faktor yang menentukan kos untuk badal haji. Ada yang memberi justifikasi mengapa upah mereka dikenakan agak tinggi berbanding yang lain. Malah ada juga yang memaklumkan sebab kos mereka dapat diminimumkan. Oleh sebab itulah pada masa ini tiada kawal selia terhadap harga untuk badal haji ini. Akan tetapi peringatan dan kesedaran terhadap faktor-faktor ini sentiasa diuar- uarkan oleh agensi-agensi kerajaan termasuk juga MOTAC. Saya tambah sedikit lagi ya. Ingin saya ingatkan bahawa sesebuah agensi pelancongan yang berdaftar dan mempunyai lesen yang sah dengan MOTAC tidak semestinya memperoleh lesen dari Lembaga Tabung Haji untuk beroperasi sebagai pengelola jemaah haji. Manakala antara syarat yang dikenakan oleh Tabung Haji untuk memohon lesen PJH ialah agensi pelancongan perlu mempunyai lesen perniagaan, pengendalian pelancongan luar negeri bagi umrah atau ziarah bidang IOTU tadi yang dikeluarkan oleh MOTAC. Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merujuk kepada Tabung Haji untuk memastikan ejen atau individu yang menawarkan perkhidmatan ini mempunyai kebenaran menunaikan haji serta berkelayakan daripada segi ilmu untuk melaksanakan badal haji itu dengan sempurna. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Parit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan penerangan yang cukup jelas dan padu kepada kita semua bahawa kadar upah badal haji ini tertakluk kepada banyak faktor. Akan tetapi kita berharap agar MOTAC dapat memberi indicative bahawa berapakah anggaran kadar upah yang boleh dikategorikan sebagai munasabah, sebagai panduan kepada rakyat Malaysia untuk tidak ditipu. Selain itu, apakah tindakan yang boleh diambil oleh kementerian sekiranya ada pihak tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan betul, seperti tidak melaksanakan badal haji yang telah pun dibayar dan adakah cara untuk pihak kerajaan boleh memastikan bahawa penawaran badal haji ini adalah sahih dan bukannya palsu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua untuk pakej umrah MOTAC ada mengeluarkan harga rujukan berdasarkan ciri-ciri tertentu. Pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan seperti tempoh perjalanan, jarak hotel dengan masjid, taraf hotel, kelas penerbangan dan sebagainya. Ini kerana pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan ini adalah bagi perkhidmatan di bawah seliaan MOTAC. Saya bagi contoh MOTAC pada tahun lalu iaitu tahun 2021 telah mengeluarkan harga rujukan ataupun indicative bernilai RM6,900 bagi pakej umrah yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti tempoh pakej selama 12 hari 10 malam, hotel bertaraf tiga bintang dan jarak hotel dengan masjid lebih kurang 250 meter. Akan tetapi hanya indicative untuk yang berdasarkan kepada oleh kerana kita baru sahaja post COVID-19 ini. Amalan untuk post-COVID-19 ada SOP nya Tuan Yang di-Pertua dan harga indicative ini juga mengambil kira syarat dan prosedur yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi seperti kapasiti dalam kenderaan, keperluan sanitasi dan sebagainya. Ia mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Saya akan bagi jawapan penuh secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya hendak bagi sebelah sini. Saya lihat Yang Berhormat Bukit Bintang ingin bertanya. Sila.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Badal haji dilakukan semasa musim haji. Saya ingin bertanya setakat ini berapa jumlah kes penipuan badal haji yang berjaya dikesan diambil tindakan?

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Mengapakah setiap kali musim haji, hal yang sama terus berulang? Seolah-olah pihak kerajaan dan Lembaga Tabung Haji lepas tangan, sama seperti kes penipuan pasport furada ke atas bakal-bakal jemaah haji. Apakah badan pandangan Yang Berhormat Menteri? Minta penjelasan. Terima kasih. [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan

Dato’ Sri Hajah Nancy ShukriPBB · GPSBatang Sadong

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang di atas soalan tersebut. Seperti yang saya nyatakan tadi, mengenai haji ini adalah di bawah Tabung Haji. Namun begitu, statistik daripada segi penguatkuasaannya, kalau mereka menyalahi undang-undang di bawah MOTAC, maka kita ada peruntukan di bawah seksyen 5(2) kalau mereka menjalankan perniagaan tanpa lesen. Akan tetapi kalau mereka telah menyalahkan undang-undang di bawah MOTAC, mereka yang berdaftar dengan kita. ia satu kesalahan di mana perlu dibuktikan pengusahaan pelancongan berlesen itu menjalankan peniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara. Tadi hendak tanya daripada segi statistik ya? Kita telah mengambil tindakan bagi mereka yang melanggar peraturan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). Ada lapan buah syarikat telah dibatalkan lesen atas pelbagai kesalahan dan satu syarikat dalam tindakan penggantungan lesen. Satu syarikat ini adalah syarikat yang akhir sekali yang baru sahaja kita dengar di masa musim haji itu. Mereka yang membawa daripada segi furada itu. Jadi, kami hanya dapat menggantungkan lesen dahulu kerana kami terpaksa menunggu jawapan atau statement daripada PDRM untuk melihat sendiri apakah kesalahannya. Oleh sebab kita tidak mahu mengambil tindakan tanpa mereka menyalahkan undang-undang di bawah seksyen 8(1)(D) Akta 482 seperti yang saya nyatakan tadi, Yang Berhormat ya. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Majlis selanjutnya mempersilakan Yang Berhormat Raub, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.

Tengku Zulpuri Shah bin Raja PujiDAP · PHRaub · question

4. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji [Raub] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah yang berkesan menangani kemerosotan ekonomi negara, kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia makin mendadak serta kenaikan kos kehidupan semakin ketara.

Dato’ Indera Mohd Shahar bin AbdullahUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan I · Paya Besar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, makmur sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Raub. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion sejak tahun 2020 serta Langkah Belanjawan 2021 dan Belanjawan 2022 yang bertujuan mengurangkan kesan pandemik ke atas isi rumah dan perniagaan bagi membantu proses pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara serta meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan. Momentum pemulihan ekonomi pada tahun 2022 ke arah mencapai tahap keluaran dalam negeri kasar (KDNK) prapandemik diunjur bertambah baik dan pembukaan semula sektor ekonomi sepenuhnya dan sempadan antarabangsa. Ini dapat dilihat melalui pertumbuhan KDNK negara pada suku pertama tahun 2022 yang kukuh pada kadar lima peratus serta pertunjuk ekonomi utama terkini yang mencerminkan prestasi ekonomi. Momentum pertumbuhan yang berterusan seperti pasaran buruh terus bertambah baik dengan kadar pengangguran mencatat 3.9 peratus pada Mei 2022 berbanding 5.3 peratus pada Mei 2020. Indeks Sentimen Pengguna MIER yang meningkat kepada 108.9 mata pada suku pertama tahun 2022 berbanding 97.2 mata pada suku keempat tahun 2021 dan pelaburan asing (FDI) itu turut mencatat peningkatan bagi suku pertama tahun 2022 kepada RM24.4 bilion berbanding RM18.5 bilion pada suku keempat tahun 2021. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, prestasi Ringgit harus dilihat secara menyeluruh, bukan sahaja di banding dengan mata wang Dolar Amerika yang meningkat berbanding kebanyakan mata wang dunia. Nilai Ringgit yang menurun sebanyak 6.2 peratus berbanding Dolar Amerika sejak tahun 2022 sebenarnya adalah sejajar dengan pergerakan mata kewangan serantau dan juga negara maju yang turut merosot antara 2.8 peratus sehingga 16.4 peratus sehingga 22 Julai 2022. Pengukuhan Dolar Amerika secara keseluruhan didorong oleh kenaikan kadar faedah secara agresif di Amerika Syarikat. Sentimen penghindaran risiko global berikutan konflik di Ukraine dan jangkaan pertumbuhan yang sederhana di China. Sehubungan itu, kerajaan akan terus menguruskan risiko-risiko daripada perkembangan domestik dan luaran. Bank Negara Malaysia juga bersedia menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran asing untuk mengelakkan turun naik yang ketara dalam pertukaran Ringgit. Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kesan kenaikan harga barangan keperluan asas, kerajaan terus melaksanakan pemberian subsidi sedia ada. Terutamanya subsidi kebergunaan meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung, elektrik, ayam dan telur serta pelbagai bantuan sosial seperti bantu kebajikan masyarakat, termasuk bantuan Keluarga Malaysia. Jumlah keseluruhan subsidi dan bantuan sosial dijangka menghampiri RM80 bilion pada tahun 2022 yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah. Selain itu, kerajaan juga melaksanakan langkah bagi membendung peningkatan kos sara hidup isi rumah. Antaranya melalui penetapan siling harga produk barangan makanan tertentu serta meluluskan usaha meningkatkan pengeluaran dan produktiviti hasil pertanian tempatan. Kerajaan, Ahli Yang Berhormat, akan terus memantau faktor- faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, soalan pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan yang diberikan sebentar tadi adalah

secara umum. Secara praktikalnya, ia tidak banyak dapat membantu rakyat, khasnya golongan B40 atau belia-belia yang banyak terkesan daripada keadaan ini. Mengikut data atau statistik tahun 2019 sebelum COVID-19 atau kemerosotan ekonomi negara yang dikeluarkan oleh Buku Panduan Belanjawanku oleh KWSP dan Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya. Anggaran belanjawan bulanan Lembah Klang mengikut kategori: (i) bujang yang menggunakan kenderaan awam, sebulan belanja RM1,870; (ii) bujang yang memiliki kenderaan, belanja lebih kurang RM2,490 sebulan; (iii) berkahwin tanpa anak, RM4,420 sebulan; (iv) berkahwin anak satu, perbelanjaan RM5,730 sebulan; (v) berkahwin dua anak, RM6,620 sebulan; dan (vi) pasangan warga emas, RM3,090 sebulan. Sebanyak 70 peratus daripada pendapatan mereka dibelanjakan kepada perumahan, makanan dan pengangkutan. Pendapatan rakyat dalam Ringgit Malaysia sedangkan 60 peratus, 70 peratus kos harian kehidupan kita dalam US Dolar. Contohnya, kopi yang kita minum pun diimport daripada negara lain dan juga orang lain.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, ringkaskan soalan.

Dalam keadaan kehidupan yang sebenar dengan kenaikan kos sara hidup dan barangan basah dan kering serta kos barangan binaan juga naik. Bagaimanakah usaha kerajaan untuk meredakan keadaan yang tidak selesa ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Raub, atas rujukan data-data yang sememangnya sudah menjadi makluman pihak Kementerian Kewangan. Itu sebabnya kalau Yang Berhormat sedia maklum, sebelum ini kita ada bantuan Prihatin Rakyat yang maksimumnya hanya RM1,800 tetapi tahun ini dalam Belanjawan 2022, kita telah melancarkan bantuan Keluarga Malaysia yang maksimumnya ialah RM2,600. Dahulu tidak ada ibu tunggal, tidak ada bapa tunggal, tidak ada warga emas. Akan tetapi dengan keprihatinan kerajaan pada hari ini, kita mengambil kira sepertimana keluh resah Yang Berhormat dan memang kita telah melakukan perubahan-perubahan berkaitan perkara-perkara Yang Berhormat telah sebutkan tadi. Itu sebabnya peningkatan daripada RM1,800 menjadi RM2,000 untuk isi rumah. Sekiranya mereka ibu tunggal dan bapa tunggal, kita naikkan lagi untuk RM500 menjadikan RM2,500. Akan tetapi Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan tambahan untuk fasa yang kedua RM100 untuk isi rumah, RM50 untuk bujang kerana mengambil kira apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Cuma saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, kadar inflasi yang berada di negara kita pada hari ini berada pada kadar 2.5 peratus year to date. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Sik.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Jerai, Jerai.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jerai.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya, saya ingin tanya kepada kementerian tentang apakah dasar kementerian bagi menangani penutupan cawangan-cawangan bank, terutamanya di kawasan luar bandar yang menyebabkan aduan rungutan akibat penutupan cawangan-cawangan bank berkenaan

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

telah meningkat dan ada pun pihak-pihak tertentu menubuhkan jawatankuasa bertindak? Mohon penjelasan.

Ahli Yang Berhormat daripada Jerai, walaupun soalan tersebut agak keluar daripada soalan yang asal. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, institusi perbankan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia. Apa yang diadukan oleh Yang Berhormat tadi, saya minta untuk meneliti perkara sedemikian dan Kementerian Kewangan tidak ada satu garis panduan untuk menutup atau membuka bank. Ia tertakluk kepada garis panduan di bawah Financial Services Act di bawah Bank Negara Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Hang Tuah Jaya.

Satu lagi, Jempol.

Sebelah sini.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Timbalan Menteri, baru-baru ini Yang Berhormat Gua Musang, lantaran Menteri Kewangan, menyatakan bahawa sekiranya tiada langkah-langkah diambil oleh kerajaan, ringgit akan mencecah RM5.50 per 1 USD. Jadi perkara ini tentunya akan mencetuskan kebimbangan terhadap peniaga dan pengimport-pengimport tempatan dan secara langsung menjurus kepada kenaikan- kenaikan harga barang dan juga perkhidmatan. Justeru soalan saya, mudah sahaja. Apakah tindakan Kementerian Kewangan yang segera, sederhana dan bersifat jangka panjang untuk memastikan ringgit kita kekal berdaya saing? Misalnya, pergerakan dibuat tambatan sepertimana yang dulu pernah kita lakukan atau apakah strategi-strategi yang seterusnya. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kongsi dengan Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, yang membangkitkan isu kedudukan ringgit dan sudah pasti kedudukan Ringgit negara kita amat penting bagi memastikan perjalanan dan pemulihan ekonomi kita berada di tahap yang optimum. Cumanya Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak adil sekiranya kita hanya membandingkan mata wang kita dengan mata wang Amerika. Suka saya Yang Berhormat untuk merujuk kepada Yang Berhormat, beberapa data yang mungkin kita boleh bandingkan ringgit kita dengan mata wang asing yang berada di negara serantau. Saya bagi contoh, kalau kita bandingkan dengan Yen Jepun, kita ada peningkatan sebanyak 12.2 peratus, Pound Sterling sebanyak 6 peratus, Euro sebanyak 4.6 peratus, Peso Philippines sebanyak 3.5 peratus dan Thai Baht sebanyak 3.3 peratus. Hal yang penting Yang Berhormat, kedudukan ini memang Kementerian Kewangan melalui Bank Negara Malaysia melihat, memantau daily basis apa yang berlaku kerana ini alah naik turun pasaran. Cuma yang paling pentingnya ialah untuk kita melihat, indikator prestasi ekonomi. Pertama, perdagangan runcit dan borong bagaimana. Kadar pengangguran seperti mana yang saya sebut dalam jawapan asal sebentar tadi. Ketiga, pengeluaran perindustrian. Keempat, perdagangan negara yang saya sebutkan tadi lebih daripada RM24.4 bilion. Inilah perkara-perkara yang sedang Kementerian Kewangan dan agensi- agensi yang berkaitan berusaha bertungkus-lumus untuk memastikan kita berada di dalam trek yang betul.

Untuk makluman Yang Berhormat, suku kedua, tahun 2022, keempat-empat perkara yang telah saya sebutkan tadi mempunyai perkembangan yang baik. Itu sebabnya melalui MPC dan Bank Negara, melakukan kenaikan OPR itu secara berfasa, bukan mendadak sepertimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sebanyak 150 peratus. Semasa pandemik kita turunkan lebih kurang 125 mata asas tetapi kita baru naikkan lima peratus secara berfasa kerana kenaikan OPR ini juga akan membantu pertumbuhan ekonomi negara kita. Terima kasih Yang Berhormat.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua. Sikit sahaja.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya mendengar, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut RM80 bilion peruntukan subsidi sudah pun dikeluarkan menjelang tahun 2022 ini. Jadi, adakah kementerian mengkaji apakah strategi subsidi bersasar? Hari ini tidak bersasar ini, semua orang dapat memiliki contohnya minyak masak. Semua pun boleh beli. RON95, semua pun boleh beli. Jadi, adakah peruntukan sebegini besar? Kalau saya rasa RM200 bilion pun tidak cukup. Jadi bilakah kementerian hendak buat subsidi bersasar? Tahun ini ataupun tahun depan? Bilakah kajian ini dibuat? Bilakah tempohnya? Time frame yang akan dilaksanakan dengan kadar segera. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Parlimen Jempol, atas persoalan yang signifikan dan relevan berkaitan subsidi. Izinkan saya memberi sikit pencerahan kepada Dewan yang mulia ini. Semasa kita membentangkan bajet tahun 2022, kita hanya menjangkakan subsidi harga minya satu tong berada pada kadar USD66. Akan tetapi apa yang berlaku pada hari ini ia sudah melebihi USD100 per barrel. Bermakna Yang Berhormat, satu peningkatan USD, kita mempunyai keuntungan lebih kurang RM300 juta tetapi disebabkan dasar sedia ada yang ingin membantu rakyat, kita wujudkan ceiling price pada RM2.05, kita terpaksa tampung lebih kurang RM600 juta. Itu sebabnya Yang Berhormat, betul ada peningkatan daripada segi CPO. Ada peningkatan daripada segi bran oil tetapi kadar subsidi ini yang kita hadapi masalah kerana hasil daripada kenaikan ini hanya RM10 bilion tetapi kita masih perlu untuk tambah RM40 bilion. Seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi, adakah kita akan lakukan secara bersasar ataupun kita masih hendak mengekalkan secara pukal. Ini satu keputusan yang cukup besar Yang Berhormat. Itu sebabnya Kementerian Kewangan meneliti sepenuhnya dan membuat libat urus sebaik mungkin dan insya-Allah dalam masa yang terdekat semasa Belanjawan 2023, mungkin kita akan mengumumkan perkara-perkara yang akan memberi kemapanan fiskal negara. Terima kasih Yang Berhormat.

Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSSibuti · question

5. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan adakah kerajaan akan menawarkan spektrum 5G khusus bagi kerajaan Sarawak bagi mengendalikan perkhidmatan 5G di Sarawak.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Selaras dengan keputusan kerajaan mengenai pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur 5G di negara oleh Digital Nasional Berhad sebagai pengendali rangkaian borong tunggal kesemua spektrum

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

5G yang dikenal pasti iaitu jalur 700 megahertz, 3.5 gigahertz dan 2.8 gigahertz telah diagihkan sepenuhnya kepada TNB bagi penyediaan perkhidmatan 5G di seluruh negara. Pelaksanaan pembangunan 5G di negeri Sarawak telah bermula pada suku kedua tahun 2022. Pihak TNB sedang bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak dan anak syarikat negeri Sarawak dan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan pembangunan rangkaian 5G berjalan lancar. Untuk tahun 2022, sebanyak 339 buah tapak 5G dirancang dibangunkan iaitu 227 buah tapak di daerah Kuching dan 112 tapak di Daerah Miri. Sehingga 11 Julai 2022, sebanyak 17 buah tapak telah siap dibangunkan, semuanya di Daerah Kuching. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga kami tetap akan memohon untuk mendapatkan satu perkhidmatan terbaik bagi 5G. Saya beralih kepada satu soalan tambahan yang ingin saya mendapatkan jawapan. Berdasarkan laporan BERNAMA, Yang Berhormat Menteri K-KOMM, telah menyatakan bahawa 5G akan dilancarkan sebanyak 1,000 buah tapak sekolah. Saya juga ingin mengetahui adakah pengenalan kepada perkhidmatan 5G di sekolah-sekolah ini akan berdasarkan kepada model yang sama seperti 1BestariNet, memandangkan ketika ini hanya YTL sahaja yang mendapatkan spektrum 5G dan juga kebimbangan saya dengan pelaksanaan yang sama berdasarkan 1BestariNet ini akan menemui kegagalan, memandangkan 1BestariNet ini banyak mencetuskan kontroversi dan juga penyaluran perkhidmatan 5G pun tidak seberapa sejak pengenalan perkhidmatan ini pada tahun 2011. Saya ingin mendapatkan jawapan daripada pihak kementerian.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Dimaksudkan Yang Berhormat Menteri, sehingga Julai 2022 sebanyak 1,578 buah tapak telah siap dibangunkan oleh liputan 5G yang telah mencapai 77 peratus liputan kawasan penduduk di seluruh negara. Ini maknanya seluruh negara 1,000 lebih. Kalau kita lihat tentang sekolah ini, maknanya sekolah ini kita utamakan yang PoP iaitu Point of Presence dahulu. Jadi, itulah yang kita masukkan 5G.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bukan sahaja YTL. Telekom Malaysia juga terlibat sekarang ini dengan program 5G yang kita jalankan. Di samping itu juga, syarikat- syarikat telco lain baru hendak turut serta. Selain daripada YTL, Telekom Malaysia. Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya, apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan TikTok kerana kita lihat bahawa ada juga yang disiasat- penyedia TikTok? Baru-baru ini, Siti Aishah Shaik Ismail dipanggil untuk penyiasatan. Pihak Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi juga telah menyiasat beberapa kes lain. Baru-baru ini, seorang pegawai kepada ADUN di Perak juga telah disiasat. Jadi, adakah kerajaan risau tentang TikTok sehingga penyedia TikTok juga disiasat.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, yang kita siasat itu adalah yang ada berkaitan dengan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Akan tetapi kita lihat tidak kiralah TikTok, WhatsApp dan sebagainya yang akan- jika ia melibatkan kesalahan tertentu, maka kita akan ambil tindakan. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan sedikit soalan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih. Saya hendak kembali kepada 5G. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut tentang perjanjian

yang telah pun dan akan selesai dengan beberapa lagi syarikat berkenaan dengan pemborongan ataupun wholesale services di kalangan syarikat-syarikat telekomunikasi yang lain. Saya sebutkan ini sebelum saya pergi kepada soalan- sebab saya tahu capaian 5G sepatutnya pada bulan Mac ialah 15 peratus. Pada penghujung tahun sepatutnya 40 peratus. Kita belum sebut tentang Sabah, Sarawak. Kita belum sebut tentang kawasan pedalaman. Akan tetapi ini kita sebut tentang kawasan kepadatan kependudukan tinggi. Akan tetapi saya bimbang dengan keadaan sekarang di mana 70 peratus daripada saham DNB belum lagi nampaknya- sebenarnya belum ada satu keputusan rasmi. Saya belum dengar lagi. Walaupun disebutkan oleh Menteri telah selesai pada 30 Jun yang lepas. Akan tetapi saya belum dapat kepastian, adakah ia telah selesai. Saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan jawapan- apakah telah selesai dan kita akan dapat capai 40 peratus pada penghujung tahun ini? Terima kasih.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang kita katakan tadi. Itu saya tidak tahulah. Saya tidak dengar lagi Menteri kata sudah selesai semua. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat, yang saya sebut tadi contohnya tentang 5G sekarang ini maknanya yang terlibat terus iaitu Telekom Malaysia dan YTL. Syarikat telco lain belum. Jadi, kalau belum lagi maknanya tidak selesai lagilah. Ini ada beberapa perkara yang kita lihat syarikat-syarikat telco yang ada tidak puas hati. Jadi, ini peringkat penyelesaian. Kita tengah menyelesaikan perkara ini. Kita berharap bahawa Perdana Menteri dapat selesaikan beberapa isu sebab sekarang ini seperti saya katakan tadi, ada memorandum, ada perkara tidak puas hati, beberapa persoalan yang perlu diselesaikan oleh 5G. Sepertimana saya katakan tadi dalam statements saya sebelum ini bahawa 5G ini penguatkuasaan dan pembangunan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Akan tetapi sekarang ini Kementerian Kewangan- they own the DNB. Ini perkara pertama yang diselesaikan dahulu. Kita lihat di sini bahawa kalau DNB hendak paksa telco-telco tidak boleh. Dia tiada penguatkuasaan. Contoh, kalau Kementerian Komunikasi dan Multimedia hendak kutip cukai, tidak boleh. Itu bawah Kementerian Kewangan. Sekarang Kementerian Komunikasi dan Multimedia ada penguatkuasaan itu. Jadi, kita menggunakan kuasa yang ada di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya telco-telco mendengar dan juga menyertai program yang dibuat oleh DNB. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Soalan terakhir, Yang Berhormat Lumut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berbalik pada soalan asal daripada Yang Berhormat Sibuti. Berapa sebenarnya tapak yang telah disediakan walaupun belum siap di Sarawak? Ini relevan kerana masalah pendidikan pengajaran dalam talian seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sibuti tadi sangat-sangat ketara di bawah BestariNet di Sarawak. Jadi, penyelesaian yang ada ini agak-agaknya bila kita boleh dapatkan daripada Kementerian?

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat, untuk di Sarawak, maka seperti kita katakan tadi. Tahun 2022 sebanyak 339 buah tapak 5G dirancang dibangunkan. Sebanyak 227 buah tapak di Daerah Kuching, dan 112 buah tapak di Daerah Miri. Sehingga 11 Julai, 17 buah tapak baharu siap 5G. Akan tetapi untuk program pembelajaran di seluruh negeri Sarawak, kita ada program PoP iaitu point of presence yang kita baru lulus baru-baru ini yang melibatkan 1.2 bilion. Ini untuk kita daripada sekolah dan juga semua tempat sekolah untuk pembelajaran 4G. Internet 4G ini sudah cukup dah. Akan tetapi kalau kata hendak ambil 5G, baharu 17 buah tapak daripada yang kita rancang 339 buah tapak. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Soalan nombor 6, Yang Berhormat Simpang Renggam tidak hadir. Kita terus kepada soalan nombor 7. Sila Yang Berhormat Dato’ Sri Hasan bin Arifin, Rompin.

[Soalan No. 6 – YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) tidak hadir]

Hasan bin ArifinUMNO · BNRompin · question

7. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan, pada tahap mana sekuriti makanan di Malaysia pada masa ini, dan sejauh manakah keberkesanan usaha kementerian dalam menstabilkan harga bekalan makanan di pasaran yang semakin meningkat.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan Global Food Security Index (GFSI) tahun 2021 oleh The Economist Intelligence Unity (EIU), secara amnya sekuriti makanan negara masih berada di tahap yang baik iaitu di tangga ke-39 dalam kalangan 113 buah negara yang dinilai. Malaysia mencatat skor 70.1 iaitu pertambahan sebanyak 5.1 berbanding tahun 2020 yang juga menunjukkan peningkatan skor tahunan yang tertinggi. Berdasarkan analisis bekalan oleh MAFI, bagi tempoh Januari hingga Jun 2020, bekalan makanan dalam negara adalah stabil dan kekal mencukupi bagi menampung keperluan domestik. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat gangguan dalam bekalan ayam dalam pertengahan bulan Mei 2022. Dalam hal ini, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah pun melaksanakan pelbagai intervensi untuk mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara yang turut menyumbang kepada kestabilan harga makanan. Antaranya: (i) melaksanakan sekatan eksport ayam berkuat kuasa 1 Jun 2020 melibatkan bekalan ayam sebanyak 3.6 juga ekor sebulan; (ii) mewujudkan stockpile ayam melibatkan 4,536 tan metrik untuk menstabilkan bekalan ayam oleh Lembaga Pertubuhan Peladang; (iii) mewujudkan stockpile ikan melibatkan seribu tan metrik oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia; (iv) mempermudah proses pembayaran tuntutan subsidi harga ayam dengan membenarkan bayaran pendahuluan tuntutan; (v) memudah cara prosedur import IP, soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuh-tumbuhan; (vi) mempercepatkan proses keperluan lesen pengimport di bawah DVS melalui kelulusan secara interim bermula 1 Julai 2020 dengan proses kelulusan dalam masa tujuh hari bekerja berbanding dengan 30 hari hingga 90 hari; (vii) melaksanakan moratorium penguatkuasaan bagi pengambilan pekerja asing dalam industri penternakan ayam supaya produktiviti di tahap optimum; dan (viii) memberi bantuan tunai tambahan sebanyak RM100 kepada isi rumah kategori B40 dan RM50 kepada golongan bujang. Saya yakin inisiatif yang saya nyatakan bukan sahaja menyumbang kepada kesinambungan bekalan makanan tetapi juga secara tidak langsung membantu dalam menangani kenaikan harga makanan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Rompin.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu, difahami bahawa industri makanan ternakan dikawal oleh syarikat-syarikat

besar dan mewujudkan kartel di mana agak sukar untuk memecahkan monopoli mereka dalam sektor ini. Saya berpandangan adakah kerajaan bercadang untuk agensi-agensi kerajaan, GLC untuk keterlibatan secara langsung dalam industri ini mengarahkan umpamanya ternakan FELDA, makanan oleh LPP supaya mengimbangi monopoli oleh syarikat- syarikat besar ini dan dengan sendirinya secara jangka panjangnya kita rasa dia boleh menjadi pesaing dan seterusnya akan menurunkan harga-harga makanan dalam negara kita.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat bertanya. Saya kira soalan yang dia tanya dia pun sudah jawab. [Ketawa] Saya tidak perlu jawab lagi. Sekian, terima kasih.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Soalan susulan Tuan Yang di-Pertua. Soalan penting ya.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, silakan.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tanya memandangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab tadi. Industri ayam ini antara industri yang paling berjaya di Malaysia diakui oleh banyak pakar termasuklah Prof. Dr. Nungsari Radhi. Jadi, pada saya apabila kita menggunakan terma ‘kartel’ sebagainya ia tidak menggambarkan usaha gigih industri ini setelah sekian lama. Persoalan saya tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut bahawa langkah pertama adalah menghentikan eksport. Jawapan, dalam Parlimen menunjukkan kerugian yang ditanggung oleh penternak kita ialah RM56 juta sebulan. Jadi, mungkin boleh diambil kira impak dan kesan jangka masa panjang. So, you might do this now tetapi akhirnya market dan pasaran tersebut tertutup untuk Malaysia dalam bulan-bulan mendatang. Kedua ialah isu subsidi. Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi katakan bahawa kita mahu mengukur dan memberi subsidi bergantung kepada keluaran telur ayam contohnya. Akan tetapi, apa yang dilahirkan oleh Persatuan Penternak adalah it is a chicken and egg situation, dengan izin. Kalau tidak ada subsidi yang mencukupi − sekarang 5 sen sedangkan harga sudah naik sampai ke tahap 45 sen, mereka tidak boleh hasilkan dengan lebih. Jadi, mohon kementerian kalau boleh ambil kira pemberian subsidi yang mencukupi bagi pengeluaran telur ayam sebagaimana disaran oleh pakar. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, thank you very much.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Ya, alhamdulillah negara kita dalam industri ayam ini walaupun dia bukan terbaik tetapi dia adalah terbilanglah dalam kalangan negara-negara yang lain. Kerajaan akan berusaha untuk memastikan bekalan ayam, telur dalam negara kita ini lebih mantap dengan cara kita mengerakkan agensi- agensi kerajaan untuk menjadi pemain-pemain utama dalam bidang ini. Adapun yang menyentuh eksport ayam ke luar negara apabila kerajaan meletakkan syarat-syarat yang ketat terutamanya ayam hiduplah untuk ke luar negara, ini untuk kita pastikan bekalan ayam di dalam negara kita mencukupi. Ada beberapa perkara yang kita kena ambil satu responsibility yang secara menyeluruhlah antara rakyat, kerajaan, pemain industri dan seumpamanya. Apabila kita menghadapi kesukaran, maka pihak industri ayam juga dia kena ambil cakna dan kena ada tolak ansur. Jangan sekali-kali berlaku kita ambil kesempatan

untuk mengaut keuntungan yang lebih besar pada saat rakyat negara kita berhadapan dengan kesusahan yang sangat teruk. Jadi, kerajaan stop eksport ke luar negara ini, biar kita faham untuk kita pastikan bekalan makanan di dalam negara kita cukup. Saya tidak nafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan pengusaha-pengusaha ayam kerana yang dieksport dia akan mendapat keuntungan yang lebih besar. Akan tetapi, kalau kita faham ini adalah food security, ini adalah keperluan dalam negara kita, kita bersabar sekejap kerana kerajaan akan buka selepas daripada ini sebagaimana biasa untuk dieksport ke luar negara. Begitu juga dengan subsidi, tentang ayam dan juga telur di dalam negara kita. Kalau kita lihat subsidi ini, Malaysia adalah satu-satunya negara yang mengeluarkan subsidi kepada ayam dan telur. Kalau adapun, satu dua negara dalam dunia yang buat sebagaimana Malaysia. Jadi, saya ucap syabaslah kepada Kerajaan Malaysia dan kepada rakyat Malaysia. Cuma, pesan saya jangan salah guna kepada subsidi yang diberikan oleh pihak kerajaan. Berlaku ketirisan walaupun− diambil yang harga subsidi kemudian dibawa ke luar negara. Ini adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan saya kira benda ini insya-Allah rakyat kita satu masa dia akan memahami. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Mintak sedikit Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, minta soalan tambahan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Permatang Pauh bahawa connotation ‘cartel’ itu membawa nama buruk kepada satu industri yang berjaya. Kalau Yang Berhormat Menteri ada bukti tolong dakwa mereka ke mahkamah. Kalau kita hanya menggunakan kartel, kartel, kartel ia memberi− petani itu mereka sudah rasa tertekan dengan pelbagai regulation over regulation. Kita tahu bahawa kalau overregulation terlalu menyekat maka industri itu akan menjadi dia akan gagal. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah apabila kerajaan kata dan temporary export itu menstabilkan pengeluaran supaya pengeluaran itu akan membantu rakyat Malaysia mengekalkan harga. Saya pun baca kenyataan bahawa sekarang sudah mencukupi. Jadi, bilakah kerajaan akan mempertimbangkan pembukaan semula eksport kepada negara lain? Ini kerana, kita tahu bahawa pengeksportan kepada negara lain dia sebenarnya cross-subsidy. Keuntungan kita jual kepada Brunei, jual kepada Singapura sebenarnya keuntungan itu dia akan membantu mengekalkan harga yang rendah untuk pasaran domestik. Jadi, mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah pasaran untuk buka semula akan dipertimbangkan oleh kerajaan? Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Bayan Baru. Berkenaan dengan kartel yang wujud, ada pihak yang − dan saya pun tidak suka guna perkataan-perkataan begini kerana ada segelintir dia bukan besar barangkali ada beberapa individu, syarikat yang salah guna dengan kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Lantaran itu, pihak kerajaan buat beberapa opsyen supaya isu ini boleh ditangani daripada satu masa ke satu masa. Sebagai contoh, kerajaan membenarkan kepada agensi-agensi LPP, Jabatan Pertanian, ANGKASA, NAFAS untuk menjadi pemain ayam dan juga telur di dalam negara kita dengan kita akan mewujudkan sistem rangkaian pengeluaran ini daripada A to Z iaitu daripada telurnya, daripada anaknya sehingga kita akan membekalkan ayam ini kepada rakyat di dalam negara kita.

Adapun untuk kita bawa kes-kes ke mahkamah ini, insya-Allah kita sedang meneliti perkara ini tetapi sebagaimana yang kita tahulah mahkamah ini is very strict. Kalau kita tidak ada satu bukti yang lengkap yang sukar bagi kita untuk kita pinda. Apa pun, kerajaan memang kali ini kita ambil cakna dan kita agar bertegas dalam isu ini. Sekiranya kita dapat satu bukti yang lengkap, permainan-permainan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, kepentingan rakyat dan menjejaskan sektor food security kita.

Cuma yang eksport ayam ini, tarikh belum ada lagi, tetapi insya-Allah dia tidak lama. Kita sudah ada jawatankuasa Jihad Tangani Inflasi dan saya pun duduk dan berada...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, tidak lama, maksudnya sebulan, dua bulan, tiga bulan, enam bulan?

Itu dengan maaf, dengan maaf kita belum ada keputusan lagi. Saya tidak boleh hendak sebut sebulan, dua bulan, tetapi umumnya eksport ini sudah lama, keuntungan sudah banyak, sabar dahulu.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri sila gulung.

Sebulan, dua bulan itu sabar dahulu, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Boleh lagi Tuan Yang di-Pertua?

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Cukup. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Jemput Yang Berhormat Menteri untuk membaca Usul. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Rabu, 27 Julai 2022.”

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah pada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Silakan Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) seperti semalam saya baca adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab atau membuat penyataan yang sexist. Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas saya telah menghantar sepucuk surat kepada perhatian Tuan Yang di-Pertua untuk menuntut bahawa Yang Berhormat Pasir Salak menarik balik dan memohon maaf atas penggunaan perkataan lucah dalam Dewan Rakyat ini, walaupun mikrofonnya tertutup. Semalam Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid menyatakan pasukan beliau, pegawai beliau akan menyiasat perkara tersebut dan seramai sembilan orang Ahli Parlimen yang telah menjadi saksi pada hari itu telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada pegawai-pegawai Yang Berhormat Timbalan Tuan Yang di-Pertua bahawa mereka benar-benar ada mendengar dan melihat Yang Berhormat Pasir Salak menggunakan kata-kata lucah ini. Saya tidak mahu panjangkan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya rasa untuk kedaulatan Dewan yang mulia ini dan juga martabat dan kehormatan Dewan yang mulia ini, satu ruling harus dibuat dengan kadar segera. I don’t want to drag the issue. Jadi, saya harap ada satu ruling untuk mohon Yang Berhormat Pasir Salak minta maaf dan tarik balik apa yang telah dikatakan, dilontarkan terhadap kami semua. Pada masa yang sama, semasa itu kami sedang membahaskan Rang Undang- undang Akta Anti Gangguan Seksual. Pada masa itulah kata-kata seperti ini telah dilontarkan dan beliau telah terlepas dengan amaran sahaja. Saya rasa this has dragged so long bukan sahaja kali ini Tuan Yang di-Pertua, tetapi bertahun-tahun we have to endure this kind of language in the House. Jadi, saya harap satu petua yang baik boleh dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Batu Kawan, dengan izin the matter was in di depan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid, apa yang saya fahami, dia telah menjalankan penyiasatan with his officers and others and he will deliver the decision – a little part of this evening after I go down. That I know, he will be giving the petua at that moment and time. So, please be patient. Let us proceed with our duty.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih. We wait in anticipation for a ruling. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yes, definitely. He will be coming later on.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Terima kasih.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Pertahanan [Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Usul Menteri Dalam Negeri — Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012Motion

Datuk Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan

“Bahawa Majlis ini membuat satu ketetapan menurut subseksyen 4(11) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 supaya subseksyen 4(5) akta itu hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh lima tahun lagi mulai daripada 31 Julai 2022.” Tuan Yang di-Pertua, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) [Akta 747] merupakan satu akta yang digubal khusus untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas yang berhubung dengan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam, keselamatan dan perkara-perkara yang berkait dengannya. Kesalahan-kesalahan keselamatan khusus yang boleh diambil tindakan di bawah akta ini adalah seperti berikut; (i) Bab VI – Kesalahan-kesalahan Terhadap Negara, Kanun Keseksaan [Akta 574]; (ii) Bab VIA – Kesalahan Berhubungan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan; (iii) Bab VIB – Jenayah Terancang, Kanun Keseksaan; (iv) Bahagian IIIA – Penyeludupan Migran, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]; dan (v) Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770]. Tuan Yang di-Pertua, subseksyen 4(5) ini, perlu dilanjutkan bagi menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam. Peruntukan subseksyen 4(5) akta ini memberi ruang masa yang cukup kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan. Hal ini kerana siasatan kes-kes yang melibatkan kesalahan keselamatan terutamanya jenayah keganasan dan jenayah terancang adalah rumit dan kompleks serta memerlukan masa untuk dilengkapkan terutamanya bagi mendapatkan keterangan daripada orang yang ditahan. Semasa pengumpulan bukti-bukti yang berkaitan bagi tujuan

Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan

pendakwaan termasuklah pengesanan rakan-rakan sejenayah yang masih bebas. Walau bagaimanapun, Parlimen memperuntukkan sunset clause untuk menyemak semula peruntukan tersebut setiap lima tahun. Selain itu, di bawah subseksyen 4(3) dinyatakan dengan sejelas-jelasnya iaitu tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya. Namun, ini tidak bermakna seseorang ahli politik itu kebal daripada siasatan di bawah SOSMA. Sekiranya Ahli Yang Berhormat termasuklah diri saya sendiri atau sesiapa sahaja melakukan kesalahan keselamatan – sekali lagi saya ingin jelaskan, “melakukan kesalahan keselamatan”, maka tindakan tetap boleh diambil di bawah SOSMA. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang dua kali sesi perbahasan berkaitan SOSMA pada tahun ini, banyak isu hak individu dibangkitkan.

Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan

Perlu ditegaskan, Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan menggubal undang-undang bagi menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya. Walaupun undang-undang itu berlawanan dengan mana-mana peruntukan di bawah Perkara 5 iaitu kebebasan diri atau Perkara 9, larangan buang negeri dan kebebasan bergerak atau Perkara 10, kebebasan berhimpun, bercakap dan menubuhkan persatuan dan Perkara 13, hak terhadap harta. Walaupun begitu, SOSMA tetap menyediakan peruntukan-peruntukan yang menghormati hak individu seperti di seksyen 5 yang membenarkan orang yang ditahan untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya dan peluang jaminan sekiranya memenuhi kriteria— dia mesti memenuhi kriteria untuk diberikan jaminan seperti yang dinyatakan di seksyen 13, SOSMA 2012. Menyentuh isu tahanan tanpa bicara. Saya ingin jelaskan SOSMA menghendaki orang yang ditahan perlu dituduh jika bukti mencukupi. Ini dinyatakan dengan sangat jelas di dalam seksyen 12 SOSMA iaitu semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh mahkamah tinggi. Tuan Yang di-Pertua, walau apa pun peruntukan 28 hari untuk melakukan penyiasatan, namun secara realitinya pihak polis hanya mempunyai tempoh 21 hari sahaja untuk membuat penyiasatan. Hal ini berikutan tujuh hari sebelum tamat tempoh 28 hari tersebut, pihak polis perlu menyerahkan kertas siasatan yang telah lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut. Sekiranya berdasarkan penilaian oleh Jabatan Peguam Negara terdapat bukti-bukti yang menyokong penglibatan seseorang yang ditangkap, maka tindakan pendakwaan di mahkamah akan dibuat. Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh siasatan tersebut juga, pihak polis perlu mengkaji segala maklumat hasil siasatan mahupun mendapatkan maklumat dari agensi- agensi penguat kuasa yang lain seperti Bank Negara Sabah, Jabatan ImSabahMalaysia dan Suruhanjaya KomunikasiSabahtimedia Malaysia. Tempoh ini amat kritikal di mana agensi yang dirujuk tersebut perlu membekalkan maklumat yang diperlukan oleh pihak polis di dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum tamatnya 21 hari tersebut yang saya tunjukkan tadi. Tambahan pula, tangkapan yang melibatkan kesalahan-kesalahan seperti penyeludupan migran dan keganasan memerlukan kerja-kerja penyiasatan yang lebih mendalam dan terperinci sekali gus menjadi lebih rumit berikutan golongan ini mempunyai rangkaian luar negara serta ideologi tersendiri. Kes merentasi sempadan ini memerlukan bantuan dari negara luar bagi tujuan pengumpulan maklumat dan permohonan ini memerlukan masa yang lama. Tempoh 28 hari ini juga sangat penting kerana pihak PDRM memerlukan masa terutamanya bagi meyakinkan saksi-saksi untuk memberikan pernyataan. Seksyen 14 dan seksyen 16 SOSMA adalah mengenai saksi yang dilindungi dan merupakan peruntukan mengenai kaedah khas saksi memberi keterangan. Walau bagaimanapun, ia amat sukar dan memakan masa untuk meyakinkan saksi kerana ia melibatkan keselamatan saksi dan ahli keluarga.

Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan

Tuan Yang di-Pertua, terdapat pandangan yang memohon PDRM menggunakan peruntukan reman dalam Kanun Sabaha Jenayah (KTJ). Sayugia diingatkan bahawa proses siasatan kesalahan SOSMA mengikut KTJ adalah tidak berapa sesuai dan akan berhadapan dengan pelbagai kekangan. Oleh itu, ia adalah tidak menepati tujuan subseksyen 4(5) ini diadakan iaitu untuk memelihara kerahsiaan operasi dan siasatan pihak polis terutamanya bagi siasatan yang melibatkan kumpulan yang besar dan ahli yang ramai sekiranya seksyen 117 KTJ ini diguna pakai. Kebarangkalian untuk orang tahanan berkomunikasi dengan tahanan yang lain juga sangat tinggi dan ia boleh mengganggu proses siasatan termasuk rantaian bukti dan usaha pihak PDRM untuk menahan suspek-suspek lain yang masih bebas serta wujud risiko ancaman keselamatan kepada saksi-saksi kes. Selain itu, penggunaan seksyen 117 KTJ adalah terhad kepada pelaku utama semata-mata kepada sesuatu kes menjadikan ia sukar dalam pelaksanaan bagi kesalahan-kesalahan yang diperincikan dalam Jadual Pertama SOSMA. Siasatan SOSMA turut melibatkan individu-individu yang mempunyai pengaruh, kuasa dan material dalam sesuatu kesalahan keselamatan yang dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi contoh dalam tempoh selepas usul pelanjutan tempoh kuat kuasa ini tidak diluluskan pada 23 Mac 2022, baru-baru ini, kejadian jenayah terancang terus berlaku. Sebagai contoh, kejadian tembakan di Sungai Petani di mana si mati adalah orang yang dikehendaki oleh pihak PDRM kerana disyaki terlibat dalam jenayah terancang dan juga dadah. Selain itu, seorang lelaki juga yang juga merupakan saksi kes bunuh telah ditetak sampai mati di Klang. Ini adalah sebahagian daripada contoh-contoh kes yang mana penjenayah-penjenayah di luar sana masih bebas dan tanpa rasa gentar terus melakukan jenayah. Saya percaya ramai daripada kalangan rakyat sedang mendengar apa yang saya ceritakan ini. Contoh-contoh ini adalah sesuatu yang boleh memberikan perasaan takut kepada ramai di luar sana. Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita tidak perlu membuat perbandingan dengan antara Akta Kesalahan Keselamatan, ISA 1960 dan SOSMA 2012. Banyak perbezaan dan perkara-perkara yang digubal untuk membuktikan SOSMA adalah satu akta memberi peluang dan hak yang cukup untuk orang tahanan dari sudut undang-undang. Jadi, tidak payahlah kita hendak menyamakan ini dengan ISA. Jika kita ingin berhujah mengenai konsep keadilan seperti yang saya tegaskan, akta ini juga memberikan keadilan buat orang yang ditahan. Saya hendak baca sekali lagi, akta ini juga memberikan keadilan buat orang yang ditahan seperti peluang untuk berjumpa dengan peguam dan kes-kes kesalahan keselamatan ini juga dibicarakan di mahkamah tinggi. Saya ada senarai peguam-peguam yang ramai yang ada dalam Dewan ini juga telah pun diguna pakai oleh mereka yang ditangkap dalam kes ini. Tidak payahlah saya bacakan di sini tetapi saya boleh membacakannya. Akta ini juga memberikan keadilan buat orang-orang yang ditahan untuk berjumpa dengan peguam dan kes-kes kesalahan keselamatan ini juga dibicarakan di mahkamah tinggi. Perlu diingat, keadilan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Saya hendak maklumkan, keadilan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan keselamatan negara serta rakyat secara keseluruhan adalah sesuatu yang perlu diberi keutamaan.

Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh berkompromi dengan anasir-anasir yang mengancam keselamatan negara dan tugas pihak PDRM serta semua agensi keselamatan dalam negara kita adalah bagi memastikan negara ini aman dan selamat untuk didiami. Saya memohon kepada semua, semua saudara, Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Kita hanya perlukan seksyen 4(5) ini untuk diteruskan supaya rakyat memahami bahawa kita juga sebenarnya memahami akan tanggungjawab kita. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Seorang Ahli?

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Baik. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ini terbuka untuk dibahas. Berikut adalah senarai-senarai pembahas iaitu: (i) Yang Berhormat Padang Rengas, 10 minit; (ii) Yang Berhormat Bukit Gelugor, 10 minit; (iii) Yang Berhormat Bintulu, 10 minit; (iv) Yang Berhormat Petaling Jaya; (v) Yang Berhormat Pagoh, tujuh minit; (vi) Yang Berhormat Pulai, lima minit; (vii) Yang Berhormat Jelutong. The rest selama lima minit ya; (viii) Yang Berhormat Sungai Buloh; (ix) Yang Berhormat Rasah; (x) Yang Berhormat Tanjong Malim; (xi) Yang Berhormat Sepang; (xii) Yang Berhormat Klang; (xiii) Yang Berhormat Ledang; (xiv) Yang Berhormat Beruas; dan, (xv) Yang Berhormat Selayang. Kita akan lihat pada waktu. Jika ada, kita akan sambung. Panjang juga ini, ada lagi baki ya. Insya-Allah, akan dimaklumkan kemudian, ya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bintulu menarik diri. Saya menggantikan Yang Berhormat Bintulu.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

SUDR? Sebentar. [Pembesar suara dimatikan]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

SUDR, sila semak ya. Jika sedemikian, Yang Berhormat Pontian naik atas ya. Okey. Kita mulakan perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas, 10 minit.

Tuan Yang di- Pertua, saya berdiri menyokong usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Dalam perbahasan SOSMA ini iaitu kita hendak memanjangkan semula iaitu 28 hari, saya telah mendengar dengan teliti iaitu kita banyak bercakap tentang dua pihak. Satu ialah pihak polis yang menyiasat dan satu lagi ialah mereka yang orang tahanan, orang yang disiasat. Akan tetapi, ia ada kumpulan yang ketiga yang harus juga kita memberikan perhatian iaitu mangsa ya. Mangsa ini kalau kita lihat, daripada mula sampai akhir, tidak langsung disentuh tentang mangsa. Walhal, undang-undang digubal di negara kita ialah bertujuan untuk dengan izin, to protect the innocent, the citizens ya. Ini langsung tidak diberikan perhatian dalam perbahasan kita dan sudah tentulah seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat

Menteri tadi iaitu beberapa kesalahan berat yang diambil kira untuk dilaksanakan dan untuk disokong akan usul ini, seperti kesalahan terhadap negara. Sudah tentu kita teringat kepadaSabahperistiwa yang berlaku di Sabah. Siapakah mangsanya? Mangsanya ialah orang kampung yang tidak berdosa dan juga ahli angkatan tentera kita yang terkorban. Saya pun sudah lupa berapa orang yang terkorban. Mungkin 12 orang atau 13 orang. Maka, mereka ini punyai keluarga. Sudah tentulah keluarga mereka merasa hiba, merasa sedih kerana mereka terkorban dan kerana mereka juga orang kampung, mungkin dicederakan dan juga terbunuh. Tidakkah kita perlu juga fikirkan tentang mangsa dan keluarganya? Kesalahan yang berhubungan dengan keganasan (gangsterism). Ada mangsa, budak-budak yang tidak bersalah, umur muda ditarik untuk masuk kumpulan gengster ataupun terlibat dalam pergaduhan di antara dua atau tiga golongan gengster. Mereka dibunuh, ditetak, di – Macam-macam telah berlaku yang kita semua tahu. Mereka juga punyai keluarga. Jadi, kita harus juga fikir tentang keluarga mangsa kepada gangsterism. Jenayah terancang, penyeludupan migran, sudah tentu orang-orang yang datang untuk bekerja di sini dan mereka menjadi mangsa, mereka juga punyai keluarga. Terakhir sekali, menentang keganasan di luar negara. Ini juga saya percaya sudah tentu punyai mangsa dan mereka juga punyai keluarga yang meratap tentang kematian mereka. Jadi, saya ingin bercakap tentang mangsa.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Hendak tanya.

Sebenarnya, kalau kita tanya kepada mangsa ataupun keluarga – Boleh atau tidak saya berucap? Tolonglah, ya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, ya. Boleh, boleh.

You have your time. Let me, biar saya hendak sampaikan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Betul. If you allow. Tidak allow, tidak apalah.

Jadi, apabila kita hendak bercakap tentang mangsa, kita perlu tanya kepada mangsa ya. Apakah yang kamu mahu? Ataupun keluarga mangsa, apakah yang kamu mahu? Mereka sudah tentu akan bercakap iaitu bahawa kami mahu pembelaan. Pembelaan. Kami mahu justice, keadilan. Jadi, kalau itu yang mereka mahukan, maka siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk memberikan pembelaan kepada mangsa? Maka, sudah tentulah kita akan lihat kepada polis ya. Polis yang akan menyiasat. Jadi, oleh sebab itu, kita hendak bela mangsa ini, maka, pihak polis harus diberikan alat untuk mereka melakukan penyiasatan. Saya bukan hendak kata iaitu bahawa saya sokong apa yang telah dilakukan terhadap orang yang disiasat. Tidak. Tidak semata-mata. Kalau berlaku orang kata apa, kematian dalam siasatan kah apa kah, dalam jel kah, Saya tidak sokong itu. Akan tetapi, cuma saya hendak kata, janganlah kita– saya tidak mahu sentuh tentang perkara yang negatif. Saya hendak sentuh tentang apa yang harus kita lakukan untuk membela mangsa dan keluarganya. Jadi, polis. Jadi polis ini mestilah diberikan apa yang dikatakan iaitu bahawa instrumen, alat, the tools untuk menyiasat ya. Jadi dalam hal ini, kalau kita mahu membela rakyat yang tidak berdosa yang seharusnya undang-undang menjaga mereka, maka, kita kenalah berikan alat kepada pihak polis untuk menyiasat. Saya telah mendengar apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai apakah keperluan mereka. Jadi, apa keperluan mereka, kita harus beri dan alatnya di sini di bawah SOSMA ialah mereka minta dipanjangkan sedikit saja iaitu selama 28 hari. Jadi, pertama sekali, saya mahu bela mangsa kerana sebagai wakil

rakyat, sudah tentu dalam kawasan saya pun ada yang menjadi mangsa kepada gangsterism dan lain-lain ini. Maka...

Yang Berhormat Padang Rengas boleh sikit, Yang Berhormat Padang Rengas? Hang Tuah Jaya.

Jadi, saya hendak sebutkan di sini iaitu bahawa apabila kita hendak bantu polis dan kita tanya kepada polis bagaimanakah dan apakah yang perlu, maka, mereka mengatakan mereka hendak kalau boleh selama 28 hari. Okey, 28 hari. Jadi, Yang Berhormat sebentar tadi sebut tentang ISA. ISA mempunyai konotasi yang cukup tidak baik. Very negative connotation. Jadi, sebab itulah saya bertanggungjawab untuk membentangkan SOSMA ini pada tahun 2012 kerana memberikan suatu alat kepada pihak polis untuk menyiasat. Bukan beri alat kepada mereka untuk menyusahkan ataupun to abuse their power towards orang yang ditahan. Tidak.

Kita niat baik. Bagi kuasa, alat kepada polis untuk menyiasat. Pada ketika itu, ISA ini 60 hari first round, 60 days. Kemudian kalau dalam 60 hari mereka tidak buat apa kah, kemudian Menteri tidak silap saya ada kuasa untuk tandatangan, dan tahan mereka selama dua tahun. Itu memang betul tidak boleh diterima. Jadi sebab itulah dalam SOSMA ini, kita ambil perbandingan iaitu kalau dulu ISA 60 hari dan juga di bawah Akta Kanun Keseksaan 14 hari. So, we find somewhere in the middle. 14 days jenayah yang berat tidak boleh, tidak cukup. Yang Berhormat menyebut sebentar tadi, 20 hari not enough or even 21 days not enough. The last one week hendak kena bagi ke mahkamah dah. Jadi kita kena ambil antara 60 hari dengan 14 hari. Ini kita cakap tentang jenayah yang berat bukan jenayah bawah Kanun Keseksaan. Ini yang berat. Ia perlu lebih daripada 14 hari. So, kita ambil yang di tengah. Di tengah ini 28 hari. Dengan izin, we feel that it is reasonable within 60 days, and extensional two years dengan 14 days, 28 days ini reasonable honestly to allow the police to do their job. Akan tetapi, saya hendak sebut di sini iaitu bahawa kita tidak mahu ISA- connotation very negative. Jadi kita hendak kepada SOSMA yang baharu. That is why, we ask for 28 days untuk memberi penjelasan. It is not excessive kalau hendak dibandingkan dengan ISA dan ia pun memang sesuailah. Jadi itu 28 hari yang saya menyokong untuk diberikan. Saya hendak sebut sini, saya tidak setuju kalau polis menyalahgunakan kuasa kepada orang tahanan. Oleh sebab itu, saya difahamkan- melihat dalam jadual harian ini, tomorrow kita hendak- hari ini ada pembentangan kah apa, IPC ya?...

Jadi, kalau mana yang masalah, yang dilakukan oleh polis sekarang insya-Allah, akan dibentangkan dan kita boleh salurkan kepada apa-apa kita punya kompelin kita kepada polis. I think, it is not a problem anymore kalau kita ada pembentangan sebentar nanti. Jadi saya minta two minutes. Terakhir saya hendak sebut di sini ialah, saya rasa tahanan menggunakan SOSMA untuk political punya- politician kah, no. Langsung tidak boleh, okey. Ia bukan merupakan satu kesalahan berat. Jadi untuk kita pastikan supaya pihak politik, orang-orang politik ini tidak dikenakan di bawah SOSMA, mungkin saya kira kalau kita boleh di bawah Kanun Keseksaan ada perkara seperti 124B hingga 124J macam kata aktiviti yang

memudaratkan Demokrasi Berparlimen, cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan Parlimen, pencetakan, penjualan dokumen dan penerbitan yang memudaratkan Demokrasi Berparlimen, memiliki dokumen dan penerbitan yang memudaratkan Demokrasi Berparlimen, pengimportan dokumen dan penerbitan yg memudaratkan Demokrasi Berparlimen, mengepos pelekat, penyebaran maklumat, penyebaran laporan palsu, penerimaan dokumen dan penerbitan yang memudaratkan Demokrasi Berparlimen- ini semua kita buanglah daripada Kanun Keseksaan. This is Jurassic. Pada saya, mungkin dalam tahun 40-an, 50-an, 60-an, dan 70- an, bolehlah pakai. But it is 2023, it is Jurassic dan saya memohon kepada Menteri untuk mempertimbangkan- buanglah 124B sampai J ini daripada Kanun Keseksaan. Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk menyokong. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Dipersilakan Yang Berhormat Bukti Gelugor.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi saya peluang untuk membahaskan berkenaan dengan undang-undang ini yang amat penting untuk dibahaskan, oleh sebab apa yang ingin dibuat di Dewan hari ini oleh pihak sana adalah untuk melanjutkan seksyen 45 atau subseksyen 5 SOSMA di bawah seksyen 4, sunset clause 4(11) untuk dikuatkuasakan selama lima tahun, selanjutnya daripada 31 Julai 2022. Saya telah pun mendengar tadi ucapan daripada pihak Menteri, juga daripada Yang Berhormat Padang Rengas. Sebelum saya masuk ke dalam ucapan saya, saya ingin menyatakan di sini perkara yang penting di sini yang perlu dititikberatkan di sini, dengan izin, of course, we are all very concerned with security offences, dengan izin. Itu bukannya merupakan satu perkara yang kita mengambil dengan senang. Akan tetapi, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas tadi, beliau menitikberatkan tentang mangsa. Every offence ada mangsa. Semua kesalahan terdapatnya mangsa. Kami bersimpati dengan mangsa. Akan tetapi, kita perlu juga melihat kepada keseluruhannya di mana kami tahu bahawa undang-undang yang sedia ada buat masa sekarang yang diguna pakai terhadap semua jenayah yang serius, juga termasuk pembunuhan dan sebagainya, telah pun ditangani oleh undang-undang yang sedia ada terutamanya di bawah The Criminal Procedure Code. Kanun Acara Jenayah khususnya seksyen 117 memperuntukkan satu prosedur di mana yang selaras dengan Artikel 54, Perlembagaan Persekutuan di mana seorang itu yang ditangkap atau ditahan perlu dikemukakan ataupun dihadapkan di hadapan seorang hakim ataupun majistret dalam tempoh 24 jam. Ini satu perkara yang satu undang-undang untuk safeguard- kepentingan orang yang ditahan tersebut. RUU SOSMA ini- 45 ataupun seksyen 45 ini mengeluarkan keperluan tersebut. Dalam seksyen 45 tidak perlu seorang itu dibawa kepada seorang majistret dalam 24 jam. Sepertimana yang diperuntukkan oleh Artikel 45, Perlembagaan Persekutuan oleh kerana ia dikecualikan daripada Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 149. Persoalan yang saya ingin timbulkan di sini, kenapakah untuk kesalahan- kesalahan yang berat seperti murder dan sebagainya? Kita tidak ada masalah dengan orang yang ditangkap dibawa kepada majistret dalam 24 jam. Kita tidak ada masalah untuk mereka dibawa kepada Majistret dan diberi tempoh reman oleh hakim. Kenapa untuk kes-kes SOSMA, kita perlu mengecualikan keperluan tersebut? Are we, adakah pihak kerajaan tidak yakin dengan badan kehakiman? Do they not have confidence in the judiciary? If this is special security offences, surely that can be reflected with the judiciary, dengan izin. A magistrate before whom a security and a person arrested for security offence will surely take that into account. There is no need- tiada keperluan

untuk mengecualikan dengan sepenuhnya safeguard membawa orang itu kepada seorang majistret. Jadi kita selalu bersimpati dengan mangsa. Memang- there is no doubt about that, tiada keraguan. Akan tetapi, apa yang penting di sini adalah orang yang ditangkap tersebut akan menjalani ataupun disiasat and we all know, Yang Berhormat Padang Rengas juga merupakan seorang peguam. We have to be very candid about this. Kita tahu Tuan Yang di-Pertua, bahawa the crucial moment- tempoh yang crucial adalah bila seorang itu ditahan dan dalam masa remannya. Oleh kerana dalam masa tersebut kita dapat banyak aduan of false confessions being extracted, assaults to obtain confessions dan sebagainya.

Jadi, tempoh reman itu adalah amat crucial. Dalam kes SOSMA, reman itu dibenarkan sehingga 28 hari. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, apa yang boleh berlaku dalam masa lebih kurang sebulan tersebut. How it can be abused? Kita dengar tadi daripada sebelah sana, “Oh! This is not a law which can be abused”. Menteri tadi telah pun berkata, sejak 30 ataupun 23 Mac lalu, bila pindaan ini tidak dibenarkan oleh kerana kekurangan ataupun ditolak pada 23 Mac, terdapat banyak contoh kesalahan-kesalahan yang berlaku. SOSMA masih berkuat kuasa hingga 31 Julai, tetapi Menteri berkenaan menyatakan ataupun memberi banyak contoh kes-kes. Jadi, ini menimbulkan persoalan seterusnya, adakah SOSMA ini efektif? If there is still security offences berleluasa, is it effective? Ini menunjukkan bahawa SOSMA ini bukannya efektif. Kita perlu juga lihat kepada keseluruhan skema SOSMA. SOSMA ini bukannya kita mempunyai isu berkenaan seksyen 45. Ada juga kita mempunyai isu berkenaan seksyen-seksyen lain seperti seksyen 13 yang menafikan jamin kepada seorang yang ditangkap di bawah SOSMA. Apakah sebab ini perlu dibuat? Ini jelasnya merupakan satu seksyen yang tidak berperlembagaan (unconstitutional) tetapi ia wujud di dalam SOSMA. Akan tetapi, kita boleh menjamin untuk kes-kes lain di bawah Penal Code. Jadi, kita perlu melihat kepada keadaannya di sini. Ada juga seksyen-seksyen lain yang draconian di bawah SOSMA. Menteri tahu bahawa di bawah SOSMA, seorang itu ada kemungkinan boleh di – tidak ada peguam semasa disoal balas dan sebagainya. Ini adalah suatu perkara yang debatable. Akan tetapi, saya tidak ingin menyentuh tentang seksyen-seksyen lain sebab tak ada masa, masa suntuk. Kita fokus kepada seksyen 45 sekarang. Jadi, saya ingin bertanya di sini Tuan Yang di-Pertua, bukankah SOSMA ini boleh disalahgunakan? Bukankah kita mempunyai contoh-contoh ia telah pun disalahgunakan di masa lepas. Kes Yang Berhormat Maria Chin binti Abdullah, kes Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan kes Matthias Chang. Apakah security offence mereka buat? What were the security offences that they committed for SOSMA to be used on them? Adakah Menteri boleh bagi kita jamin bahawa SOSMA ini tidak akan digunakan untuk political beliefs? Ini tidak boleh dibuat. Sudah tentunya tidak boleh dibuat. IGP sendiri Tuan Yang di-Pertua, telah pun menyatakan ataupun mengiktiraf undang-undang lain untuk menangani masalah-masalah ataupun kesalahan-kesalahan serius. He acknowledges that there are laws to tackle serious offences. Jadi, kita perlu menerima hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, bahawa SOSMA ini pernah disalahgunakan dan boleh disalahgunakan di masa depan. [Tepuk] We have to balance it with the rights bukan sahaja of the mangsa tetapi the rights of an accused yang tidak presumed innocent until proven guilty. Seorang yang diacquitted ataupun dibebaskan boleh ditahan di bawah SOSMA dan dinafikan jamin sehingga rayuannya habis. Menteri tahu semua ini. Is this in accordance with the rule of law? Sudah tentunya tidak Tuan Yang di-Pertua. Oleh itu, saya tidak mempunyai masa, tetapi ada banyak lagi dan rakan-rakan saya pastinya akan menyentuh dengan aspek-aspek lain dalam perbahasan ini. Saya

dengan segala hormatnya memohon untuk membantah kepada cadangan pihak Menteri ini. Terima kasih. [Tepuk]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Dipersilakan Yang Berhormat Pontian, mengambil tempat tadi, kita pinda pada Yang Berhormat Bintulu tadi. Silakan.

Terima kasih. Pada 24 Julai, hari ini 26 Julai, Institut Ekonomi dan Keamanan yang berpusat di Geneva mengeluarkan Laporan Indeks Keamanan Global, yang mana mereka menggunakan 23 penunjuk kualitatif dan kuantitatif. Antara tiga perkara utama yang dirujuk ialah keselamatan masyarakat domestik dan antarabangsa. Kedua, perkembangan konflik dalam negara. Ketiga, tahap ketenteraan. Negara yang paling aman di dunia Tuan Yang di-Pertua, ialah Iceland. Nombor dua New Zealand, nombor tiga Ireland, nombor empat Denmark, nombor lima Austria, nombor sembilan Singapura, nombor 10 Jepun, maka saya dengan ini mengumumkan bahawa Malaysia adalah di tahap nombor 18 paling aman dalam dunia. Ingin saya kongsi di sini, daripada 194 negara, Malaysia nombor 18 paling aman dalam dunia. Saya kira antara sebabnya ialah SOSMA. [Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan Rosmah ya. [Ketawa] Saya nak tanya...

Kalau bukan kerana SOSMA, saya tak tahulah Malaysia nombor berapa. Negara yang paling tidak aman dalam dunia ialah Afghanistan, Yaman, Syria, Rusia...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Iceland ada SOSMA tak?

Itu antara yang paling tidak aman dalam dunia.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Pontian, Iceland ada undang-undang SOSMA?

Saya ingin menyebut di sini apabila disebut...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Iceland, Austria ada undang-undang SOSMA?

Saya tidak memberikan...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ada undang-undang SOSMA?

Kalau kita tidak ada SOSMA, saya ingin menyatakan di sini...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Maknanya tidak adalah tu.

Pada 18 Februari 2020, kita ada tangkapan 18 orang oleh polis, 12 warganegara Malaysia, empat warga Bangladesh, dua warga Pakistan. Apa yang mereka lakukan? Menggodam sistem imigresen. Bayangkan kalau kita tak ada SOSMA, bagaimana nak menangkap mereka ini? Kerugian kerajaan RM1 juta, kuota yang dicuri daripada syarikat asal menambah kuota tersebut melalui sindiket. Sebagai contoh. Kemudian, ada kumpulan jenayah terancang ‘Geng 08 GST’. Saya pun tak tahu kenapa dia panggil kumpulan GST, yang berpusat di Tanjong Malim, Behrang, Sungai Buloh, Rawang, Serdang, Kuala Kubu Bharu. Pada 23 Jun 2022, ditangkap 27 orang. Apakah yang dibuat oleh ‘Geng 08 GST’ ini? Mengedar dadah. Tadi disebut oleh Yang

Berhormat Padang Rengas. Kita kena fikirkan mangsa. Pergaduhan antara kumpulan, pemerasan, mengutip wang perlindungan, aktiviti judi online, menjalankan judi loteri awam haram. Itu sebagai contoh kes-kes SOSMA. Ada satu lagi geng yang menjalankan aktiviti-aktiviti haram mengedar dadah dan menyeludup senjata api ke negara Indonesia melalui Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Ada gambar bom, ada gambar pistol dan macam-macam yang diberikan ketika taklimat. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkaralah. Kita dah signed MoU antara kerajaan dan PH. Apakah yang ada dalam MoU itu? Saya hanya nak mengingatkan rakan-rakan yang tidak setuju kepada SOSMA ini yang kita mungkin akan mengundi petang ini agaknya. Disebut dalam perkara 3.3(b), untuk rakan-rakan yang tidak mahu menyokong ini, disebut bahawa – Apakah yang disebutkan di situ bahawa, “Hendaklah mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam proses meluluskan apa-apa usul kerajaan dan rang undang-undang”. Ini dah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Habiskan ayat itu Yang Berhormat Pontian.

Tak betul ini. Tak betul.

Saya sebahagian daripada jawatankuasa yang draf...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Jangan baca separuh...

Jangan baca...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Janganlah baca separuh...

Jangan mengelirukan Dewan...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Please lah.

Yang Berhormat Pontian mengelirukan Dewan, hanya membaca separuh daripada teks itu.

Selepas proses penggubalan rang undang-undang...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Mengelirukan Dewan.

[Dewan riuh]

Hari itu dah ada berunding kita sama-sama duduk mendengar kepada taklimat yang dibuat...

Kita ada jawatankuasa...

Taklimat daripada KDN...

Jawatankuasa tidak dibincangkan perkara ini.

Taklimat oleh Menteri, tak ada bangkangan pun daripada pihak sebelah ini?

Tak ada. Kita tak ada diberi penerangan tentang perkara ini...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Itu taklimat, bukan dia dasarkan kepada taklimat...

Jadi lain-lain perkataan, sepatutnya petang ini mereka menyokong ataupun berkecuali.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Atas persetujuan bila dah bersetuju, bukan taklimat...

Pakatan Harapan untuk terus membangkang itu tetap ada dalam MoU. Jangan cuba mengelirukan Dewan dan di luar sana...

Saya harap Yang Berhormat Shah Alam akan datang pada petang ini...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Bukan taklimat, come on lah.

Jadi, itulah yang ingin saya katakan di sini. Terima kasih. Tepat pukul 1 petang.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Please, jangan menipu.

Assalamualaikum.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Walaikumussalam. Jangan menipu, malu kita.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat-Yang Berhormat, kita sudah cecah pukul 1 petang. Sebelum saya merehatkan Dewan ini, I have a dream like Martin Luther King. [Ketawa] Saya berharap Dewan ini boleh berdebat sebagaimana Yang Berhormat Padang Rengas dan Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi berdebat tanpa gangguan. Rakyat pun dapat lihat dengan sebaiknya, apa yang hendak disampaikan dapat disampaikan. This is I have a dream. Akan tetapi walau bagaimanapun, saya serah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk memastikan Dewan ini berjalan lancar.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Ketawa] It is a dream.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Okey, kita tangguhkan Mesyuarat kita ke pukul 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Bismillahi Rahmani Rahim. Kita mulakan sesi perbahasan sebelah petang. Kita teruskan dengan Yang Berhormat Petaling Jaya.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya setuju apa yang dihujahkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menentang tentang SOSMA dan hanya hendak menambah beberapa perkara tentang isu SOSMA ini. Saya masih tidak boleh faham atau menerima bagaimana sebuah akta yang telah dibatalkan boleh dikembalikan dengan penjelasan yang amat lemah. ISA dan SOSMA, kedua-dua ini adalah akta dan prosedur yang telah mengabaikan kedaulatan undang-undang. The rule of law is ignored, dengan izin. Perkara yang saya hendak menimbulkan di sini ialah yang pertama, saya tidak menentang tentang usaha untuk mengawal dan juga menangani terrorism dan juga jenayah terancang. Walaupun saya percaya bahawa kita sudah ada beberapa undang-undang yang sedia ada dan boleh menangani cabaran ini. Mengikut statistik yang berada daripada Laporan SUARAM, di antara tahun 2015 hingga ke tahun 2017, orang yang ditahan dan menggunakan SOSMA dan ditahan di bawah ATIPSOM ialah 358 kes, terrorism 273 kes dan jenayah terancang 287 kes. Jumlah

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

kes keseluruhan adalah 918 kes yang ditahan dan menggunakan SOSMA dan tambahan juga daripada kes-kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pontian. Saya hendak tanya, adakah polis dan juga KDN tidak boleh menangani semua kes ini dengan menggunakan undang-undang yang sudah ada? Seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, adakah kita sudah hilang keyakinan kepada mahkamah dan undang-undang kita? Kedua ialah saya ingin menafikan hujah Yang Berhormat Menteri bahawa SOSMA tidak akan digunakan untuk tujuan politik. Walaupun subseksyen 4(3) katakan bahawa tidak ada kaitan dengan kepercayaan politik atau aktiviti politik tetapi dalam kes saya, yang mana saya kena ditahan di bawah Kanun Keseksaan, seksyen 124 kerana dituduh terlibat dalam aktiviti yang memudaratkan Demokrasi Berparlimen. Untuk menguatkuasakan, SOSMA telah digunakan sebagai satu prosedur. Ini menunjukkan ada peluang untuk menyalahgunakan prosedur SOSMA. Saya harap ya, Yang Berhormat Menteri boleh faham bahawa SOSMA sebagai prosedur boleh digunakan bukan hanya di bawah seksyen 124 tetapi di bawah APTISOM, POTA, POCA dan sebagainya. Jadi, bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh mengatakan bahawa ia tidak akan terbuka kepada menyalahgunakan. Ketiga ialah apabila kita kembalikan SOSMA, pihak kerajaan telah institutionalized keganasan dalam proses siasatan. Kita ada kes tahanan yang ditahan selama 28 hari dan ada yang dipukul sehingga mereka mengaku kesalahan. Bagaimana Dewan yang mulia ini boleh memberi license untuk penderaan? Keempat ialah hak tahanan diabaikan sama sekali. Dalam SOSMA, seksyen 11(5) menyatakan bahawa penahanan tidak akan melebihi lima tahun tetapi kita ada sekurang- kurangnya 12 kes yang mana mereka kena ditahan lebih daripada lima tahun, tujuh tahun hingga 15 tahun. Apa yang dikatakan boleh buat aduan dan sebagainya tetapi macam mana mereka boleh buat aduan itu kalau mereka tidak ada akses kepada mahkamah? Akhirnya ialah di bawah SOSMA, kedaulatan undang-undang tidak dipatuhi kerana mahkamah perbicaraan tidak boleh mengarahkan pendakwa raya mengemukakan sebarang kenyataan atau ringkasan matlamat yang dianggap sensitif atau memudaratkan keselamatan negara. Ini menjadikan pertahanan sangat mencabar. Bahagian paling tidak adil dalam SOSMA ialah tertuduh boleh ditahan di penjara sehingga rayuan terakhir selesai walaupun mahkamah sudah buat keputusan membebaskan tahanan itu. Ini tidak adil, Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih. Saya mohon tolak usul ini dan bantah SOSMA. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Dipersilakan Yang Berhormat Pulai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya mengambil bahagian kali yang kedua apabila usul ini dibawa kembali dalam Parlimen. Saya sentiasa mendengar dengan teliti tentang jaminan Yang Berhormat Menteri yang mengatakan orang politik tidak sesekali akan dikenakan berhubung kait dengan akta ini. Yang Berhormat Menteri, saya nothing personal with you. Saya tidak ada masalah peribadi dengan Menteri-menteri atau Menteri Dalam Negeri ini. Akan tetapi jaminan itu tidak membuktikan ia akan dapat dilaksanakan dalam konteks justice, keadilan. Sahabat saya, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Menteri, minggu lepas dibawa ke Bukit Aman hanya dengan simple TikTok dan juga Facebook yang beliau minta supaya rakyat dapat berhimpun secara aman dan handphone beliau dirampas.

Jadi, itu pun tidak meyakinkan kita tentang bagaimana boleh berlaku abuse terhadap satu kes yang saya rasa begitu simple, boleh di bawah seksyen 112 dan tidak ada apa-apa pun, tiada keganasan yang berlaku pun, tetapi dirampas handphone dan

juga data-data peribadi. Itu kecil, inikan pula SOSMA. Saya menentang SOSMA ini atas sifat atau hujah yang pertama ialah polis di bawah Jabatan Cawangan Khas Tuan Yang di-Pertua. Hari ini pada abad 21 ini punya segala kelengkapan. Saya difahamkan kita mengakui Jabatan Cawangan Khas kita ialah antara yang terbaik di dunia. Mereka boleh melakukan tapping, intercepting, mereka ada unlimited fund, bajet dan juga mereka ada segala kuasa yang ada pada mereka. Oleh itu, tidak perlu pada saya 28 hari itu untuk menahan mana-mana pesalah yang kita anggap ini sangat bertentangan dan kepada barang siapa yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ini akan percaya bahawa salah guna kuasa itu tetap boleh berlaku. Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut laporan daripada pengerusi kepada Royal Commision (RC) kepada penambahbaikan polis pada tahun yang diadakan pada tahun 2005 yang diketuai oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, isu yang kita bangkitkan ini salah guna kuasa ini bukan hearsay, bukan kita kutip tepi jalan, bukan kita ambil sebagai suatu fitnah untuk mencemar baik nama Polis Diraja Malaysia. Sejarah negara sejak merdeka boleh membuktikan ramai anggota pentadbiran kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia yang telah berkorban nyawa mereka, jasa mereka kepada negara. Akan tetapi negara juga tidak boleh menafikan berlakunya salah guna kuasa apabila diadakan, wujudnya akta-akta ISA sebagai contoh yang kita sudah bahas panjang tentang ISA ini dan SOSMA ini kita tidak mahu menjadi dengan izin, old wine in a new bottle dengan izin, suatu yang di ciplak balik dan diadakan dalam bentuk wajah baharu di mana masa 28 hari itu sangat terbuka kepada berlakunya salah guna kuasa. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini ingin mencadangkan supaya dia perlu dilihat kepada suatu yang lebih objektif. Kita tetap kemukakan dalam tempoh 14 hari mesti bawa ke muka pengadilan ke hadapan seorang majistret dan kemudian barulah kita nampak ataupun ruang keadilan itu dapat kita sempurnakan. Walaupun kita faham kita tidak mungkin boleh berkompromi dengan jenayah-jenayah terrorism, human trafficking, dadah, keganasan, gangster dan seumpamanya, tetapi itu tidak boleh dijadikan satu alasan untuk SOSMA digunakan. Akhir sekali soalan saya, saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab kenapakah dengan wujudnya SOSMA itu depan mata kita semasa hayat kita kenapa Datuk Seri Khairuddin dikenakan, Yang Berhormat Petaling Jaya dikenakan dan Matthias Chang kena dengan SOSMA ini sedangkan mereka adalah orang politik. Sedangkan jaminan itu telah pun diberikan, tidak akan dilaksanakan pada orang politik. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Bintulu sebagai ketua parti, diberi tujuh minit. Yang Berhormat Bintulu. Jika tidak ada di dalam Dewan, saya persilakan Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini saya diberi peluang kedua untuk berbahas dengan Yang Berhormat Menteri tentang sama ada usul ini boleh disokong ataupun tidak. Saya telah mendengar dengan tekun penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri untuk memberi justifikasi kenapa usul ini perlu disokong. Perkara pertama yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri adalah undang-undang ini tidak boleh disalahgunakan. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan bahawa tidak akan digunakan terhadap mana-mana orang hanya kerana kepentingan politik. Saya percaya dalam perbahasan ini, beberapa orang Yang Berhormat telah menjelaskan bahawa sejarah menunjukkan— perkara pertama yang ingin saya gunakan alasan untuk menyangkal penghujahan ataupun penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adalah kejadian yang telah menimpa Matthias Chang, Khairuddin dan Yang Berhormat Petaling Jaya di mana mereka telah masing-masing ditangkap, ditahan dan disiasat di bawah SOSMA.

Kalau kita masih lagi ingat kejadian yang menyentuh yang melibatkan Matthias Chang dan Khairuddin, ketika itu mereka dalam misi untuk membongkar skandal 1MDB. Saya masih lagi ingat ketika itu mereka hampir-hampir untuk meninggalkan negara untuk ke luar negara bagi mendapatkan bukti skandal 1MDB yang melibatkan Yang Berhormat Pekan yang ketika itu merupakan Perdana Menteri. Beliau telah menggunakan undang- undang SOSMA untuk menahan mereka. Itu adalah perkara pertama yang ingin saya gunakan, Yang Berhormat Menteri, untuk menyangkal dan membantah terhadap usul ini. Kedua, Yang Berhormat Menteri cuba meyakinkan kita bahawa undang-undang ini tidak boleh disalahgunakan. Kalau kita masih lagi ingat kepada sejarah, apa yang berlaku kepada Yang Berhormat Port Dickson, pada ketika itu Yang Berhormat Permatang Pauh di mana beliau telah ditahan, disiasat dan ketika itu terdapat kejadian melibatkan seorang Ketua Polis Negara yang dituduh kerana membelasah— the “black eye incident”, dengan izin Yang Berhormat Port Dickson sehingga mendatangkan kecederaan kepada beliau ketika beliau disoal siasat di Bukit Aman. Timbalan Yang di-Pertua saya faham, Timbalan Yang di-Pertua juga merupakan seorang bekas anggota PDRM. Saya dan Ahli- ahli Yang Berhormat di sebelah sini tidak memandang remeh isu keselamatan negara, nombor satu. Saya ingin jelaskan. Kedua, kami selalu menghormati dan melihat kepada jasa Polis Diraja Malaysia. Kami tahu tentang pengorbanan yang dibuat oleh mereka. Kami tahu tentang pengorbanan yang dibuat oleh mereka bagi menjaga keselamatan negara ini. Perkara itu kami tidak memandang remeh. Cuma yang saya risau Yang Berhormat Menteri, penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi adalah untuk mendapatkan keterangan. Saya berpendapat sepatutnya pihak Polis Diraja Malaysia mengumpul keterangan sebelum melakukan sebarang penyiasatan. Bukanlah menahan seseorang untuk 28 hari dan selepas itu menggunakan tempoh tahanan 28 hari untuk mendapatkan keterangan daripada beliau. Ini adalah ruang. Ini adalah perkara yang saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri untuk melihat dan memberi perhatian. Memang Yang Berhormat Menteri melihat keadaan ini kepada seorang anggota polis yang menjalankan tugas seperti biasa. Akan tetapi terdapat banyak kejadian di negara kita melibatkan kematian-kematian dalam tahanan yang sehingga hari ini belum lagi diberi sebarang penjelasan. Belum lagi diberi sebarang keadilan. Saya di sini terpanggil juga untuk bertanyakan kepada Yang Berhormat— mungkin soalan ini tidak ditujukan kepada Yang Berhormat Menteri tetapi kepada Yang Berhormat Tapah. Beliau merupakan satu-satunya wakil kaum India dalam Kabinet, dalam kerajaan yang ada sekarang. Di luar Yang Berhormat Menteri, parti MIC seolah-olah menjadi hero memperjuangkan keluarga-keluarga mereka yang ditahan di bawah SOSMA. Ada juga yang mengutuk kerajaan. Ada mengatakan bahawa MIC merupakan hero yang akan memperjuangkan nasib orang-orang yang ditahan di bawah SOSMA. Akan tetapi di dalam ini saya lihat Yang Berhormat Tapah tadi— sekarang sudah hilang. Tidak membantah pun kepada undang-undang ini.

Apakah pendirian Yang Berhormat Tapah? Mungkin Yang Berhormat Menteri tidak dapat memberi penjelasan tetapi saya menyatakan di sini sebenarnya Yang Berhormat Tapah perlu berani lantang untuk menyatakan bantahan beliau kepada undang-undang ini yang sungguh tidak adil dan menyebabkan ramai daripada keluarga- keluarga yang ditahan di bawah SOSMA ini sengsara. So, Tuan Yang di-Pertua, saya menggunakan ruang dan kesempatan ini untuk sekali lagi menyatakan bantahan saya kepada usul ini dan saya merayulah kepada Yang Berhormat Menteri supaya menarik balik usul ini dan berpegang kepada peruntukan yang sedia ada iaitu seksyen 117. Apakah Yang Berhormat Menteri tidak yakin dengan institusi kehakiman? Sekurang-kurangnya seorang majistret dapat menilai sama ada seseorang itu perlu ditahan ataupun tidak. So, sekali lagi saya Tuan Yang di-Pertua berterima kasih di atas ruang dan peluang yang diberikan menyatakan bantahan saya kepada usul ini, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya masuk dalam perbahasan. Saya juga bantah usul ini untuk melanjutkan tempoh hidup fasal 4(4) dan 4(5) yang memperuntukkan bahawa pihak berkuasa boleh menahan seorang di bawah Akta SOSMA ini untuk tempoh 28 hari tanpa merujuk kepada badan kehakiman. Kita tidak pertikaikan tanggungjawab polis untuk menangani isu keselamatan daripada terrorist kah ataupun orang yang melakukan jenayah secara terancang dan sebagainya dan kita beri sokongan penuh. Saya minta juga mereka diberi cukup sumber manusia mesti ada anggota yang terlatih yang cukup jumlahnya untuk menangani tanggungjawab yang penting ini dan itu tidak dipertikaikan. Akan tetapi apa-apa proses kita gunakan di bawah undang-undang untuk mencegah masalah ini kita tidak boleh kompromi atas isu fundamental atau perkara asas iaitu kuasa-kuasa yang diberikan kepada pihak-pihak berkuasa ini wajib ataupun perlu dipantau oleh badan kehakiman. Ini satu perkara yang asas sebab itu disebut di dalam Perkara 5 di Perlembagaan dan juga undang-undang lain Kanun Tatacara Jenayah, bila polis tangkap seorang yang dituduh untuk melakukan jenayah, dalam 24 jam perlu dirujuk kepada majistret supaya tahanan itu seterusnya dibuat dengan perintah atau kelulusan majistret. Tempoh 14 hari diberi untuk menyiasat kesalahan-kesalahan yang cukup serius. Memang kita lihat satu pembunuhan yang terancang iaitu satu kesalahan yang agak serius yang boleh dihukum dengan hukuman mati. Itu pun ditangani dengan undang- undang ini. Jadi kenapa kita perlu 28 hari tanpa rujukan kepada mahkamah seperti yang diperuntukkan itu dan sebab itu kita bantah. Undang-undang SOSMA ini kita tahu ada banyak peruntukan lain yang cukup zalim bila yang tertuduh turun di mahkamah, ikat jamin dinafikan tetapi itu sekarang telah diisytiharkan di mahkamah sebagai peruntukan yang melanggar Perlembagaan yang sekarang telah diisytiharkan tidak sah lagi. Ada peruntukan lain di mana menjadikan proses pengadilan itu satu proses yang salah, yang tidak adil. Juga kalau yang dituduh itu didapati tidak bersalah dan pihak pendakwaan buat rayuan, dia akan sekali lagi dinafikan ikat jamin dan mesti duduk dalam penjara sehingga akhir rayuan. Ini semua adalah peruntukan yang tidak adil. Hujah daripada Yang Berhormat Menteri yang kita sudah dengar minggu lepas ialah seperti dahulu sebab ini adalah perkara yang rumit, complicated, melibatkan beberapa orang polis, tidak boleh merujuk ini kepada mahkamah dan memerlukan masa ini dan kalau dirujuk kepada mahkamah, ini akan menimbulkan halangan ataupun rintangan dalam proses siasatan dan sebagainya. Ini dengan hormat kita tidak boleh terima. Proses siasatan kalau polis perlu anggota terlatih, tambahan anggota bagilah mereka. Itu kita sokong dengan penuh. Polis mesti ada sumber manusia dan peralatan dan sebagainya yang cukup tetapi hak yang asas, perkara yang asas seperti hak untuk berjumpa dengan peguam, hak bila ditangkap atau ditahan oleh pihak polis, hak untuk dibawa ke mahkamah supaya ada pihak ketiga yang bebas yang akan memantau tangkapan itu. Tahanan itu sama ada OKT yang disiasat itu dianiayai, diseksa ataupun apa-apalah sebab kita ada contoh yang cukup banyak di mana ada bukti itu berlaku. Jadi kita tidak kata ini berlaku di semua kes, bukan. Akan tetapi ada berlaku di beberapa kes. Akan tetapi prinsip itu yang fundamental Tuan Yang di-Pertua sebab kita tidak boleh gadaikan seperti yang Menteri berhujah. Kita tidak boleh gadaikan hak yang asas itu dengan hujah, “Oh! itu akan ganggu proses siasatan”. Jadi atas alasan itu saya berhujah di sini, saya dan ramai kita di barisan pembangkang kita akan bantah usul ini dan kita akan teruskan dengan perjuangan kita

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

untuk pastikan pada suatu hari nanti negara kita akan bebas daripada Undang-undang SOSMA yang zalim ini. Sekian, terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Selanjutnya Yang Berhormat Rasah. Silakan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan terhadap usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri pada tengah hari tadi. Sebenarnya apa yang kita buat pada petang ini, pada hari ini adalah ulangan kepada apa yang terjadi pada 23 Mac yang lepas. Saya hendak merekodkan sekali lagi bantahan saya dan juga rasa tidak puas hati saya walaupun saya pernah sebutkan pada 20 Julai, pada hari Rabu yang lepas ketika usul untuk membatalkan keputusan yang telah dibuat. Bagi saya, kerajaan yang ada pada hari ini apabila mengulangi sesuatu yang ketika itu Tuan Yang di-Pertua pernah sebut unprecedented, kali pertama kita terpaksa membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh Dewan yang mulia ini dalam penggal yang sama. Jadi ini adalah sesuatu yang menunjukkan kerajaan tebuk atap yang kita ada pada hari ini bukan setakat ikut pintu belakang tetapi tidak menghormati keputusan yang telah dicapai dengan undian majoriti dalam Dewan yang mulia ini. Itu yang telah berlaku pada minggu lepas. Hari ini kita sebenarnya boleh menggunakan masa yang ada dalam perdebatan, perbahasan dalam Dewan yang mulia ini untuk perkara-perkara lain. Contohnya kerajaan sepatutnya membentangkan Kertas Putih terhadap kos sara hidup. Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sepatutnya membentangkan laporan interim mereka untuk sama-sama kita mengetahui apa yang terjadi dan apakah yang akan dilakukan kerajaan. Akan tetapi sayang, kerajaan tidak memberikan fokus kepada bahagian tertentu, bahagian tersebut yang mana menyentuh terus keperitan hidup rakyat tetapi kerajaan mahu tidak mahu hendak juga SOSMA ini khasnya berkenaan dengan subseksyen 4(5) dilanjutkan untuk lima tahun lagi. Saya meneliti pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tadi yang mana sekali lagi mengatakan bahawa keadilan patut dilihat dalam skop yang lebih luas, keselamatan negara dan rakyat kebanyakan perlu diberi keutamaan. Tidak ada siapa yang menafikan kepentingan negara ataupun keselamatan negara. Kami di pihak pembangkang, kami menghormati kedaulatan dan sentiasa menjunjung keselamatan negara.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Itu komitmen kami daripada apa yang kami buat, apa yang kami hujahkan, apa yang telah kami lakukan. Tidak kira ketika kami menjadi kerajaan ataupun sebaliknya, keselamatan negara tiada kompromi. Cuma apa yang sedih adalah janganlah menggunakan alasan-alasan ini untuk meneruskan sunset clause ini. Kalau dah namanya sunset clause, kita kena faham. Parlimen yang mulia ini, pada tahun 2012 telah menggariskan 5 tahun. Pada tahun 2017, dilanjutkan 5 tahun. Apakah perlanjutan ini kita hendak teruskan 5 tahun dan setiap kali 5 tahun? Saya rasa itu bukan niat sebenar Parlimen. Sunset clause itu hanya terpakai untuk 5 tahun ketika itu dan dilanjutkan 5 tahun kali kedua dan janganlah kita menjadikannya sebagai satu tradisi ataupun amalan untuk kita terus dan meneruskannya setiap 5 tahun. Itu bukan caranya. Saya nampak perbandingan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Dibandingkan dengan ISA 1960, dibandingkan dengan Emergency Order 1969. Saya tidak perlulah menyebut tahun 1960-an. Kita baru mencapai kemerdekaan daripada penjajah tetapi kenapa kita masih hendak bandingkan dengan situasi hari ini. Kita sepatutnya lebih matang. Keadaan kita lebih baik berbanding dengan ketika itu. Anasir komunis ketika itu tidak berlaku lagi, tidak wujud lagi. Jadi, janganlah gunakan

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

alasan-alasan ataupun perbandingan yang tidak sewajarnya yang sudah lapuk ditelan masa pada ketika ini untuk menjustify ataupun untuk membolehkan usul ini diterima. Bagi saya kita sepatutnya menuju ke hadapan, menuju ke arah untuk memastikan hak rakyat kita sama-sama kita dukung. Apa yang lebih mustahak adalah kita kena sentiasa ingat, undang-undang substantif tetap ada tanpa SOSMA ini dilanjutkan 5 tahun. Penahanan 28 hari itu, tidak akan terjejas ataupun tempang prosiding yang terpakai dalam penyiasatan polis dan juga prosedur undang-undang yang terpakai di negara ini. Banyak lagi, seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan juga banyak lagi undang-undang tidak kira daripada segi substantif dan procedural tetap berkuat kuasa dan terpakai di negara ini. Jadi, untuk kita menangani ataupun berdepan dengan jenayah, kita boleh lakukan dan memang kita patut lakukannya. Yang Berhormat Menteri memberikan dua contoh yang berlaku pada bulan Mei dan Jun. Saya tidak nampak relevannya dua contoh tersebut kerana seksyen 4(5) ini masih berkuat kuasa sehingga 31 Julai ini. Itu petandanya apa, ada kah atau tidak ada kah seksyen ini, jenayah tetap berlaku. Jadi, alasan yang ditegakkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri seolah-olah menegakkan benang yang basah sahaja untuk menjustified apa yang dibentangkan. Jadi, kami di sini, berdiri teguh untuk menolak usul ini sebagaimana yang telah kami lakukan pada 23 Mac yang lepas.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Yang Berhormat Rasah, boleh minta laluan sedikit?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ya, Yang Berhormat Teluk Intan.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Terima kasih Yang Berhormat Rasah.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Satu minit.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Saya rasa terpanggil untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertama, tentang sunset clause tadi, adakah Menteri yakin supaya ini merupakan kali yang terakhir tempoh SOSMA dilanjutkan? It cannot go on like this, endless forever. Kedua, apakah jaminan supaya apabila kerajaan melakukan kesilapan. Tadi, ada Ahli Parlimen bangkitkan mangsa. Maka, yang kena tahan jadi mangsa. Saya bagi contoh, the so-called defunct Tamil Tigers, Exco kerajaan negeri, Saminathan ditahan selama 175 hari dan sekarang, terbukti itu satu penahanan salah guna kuasa tetapi keluarga mereka, diri dia sekarang sudah menjadi mangsa daripada penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa. Apakah jaminan dan ganti rugi yang bakal dibayar supaya justice is upheld, keadilan ditegakkan untuk semua pihak? Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan. Terima kasih. Terima kasih Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Saya mohon masukkan ucapan Yang Berhormat Teluk Intan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Cuma saya hendak ulas sikit kenyataan Yang Berhormat Teluk Intan tadi, apakah jaminan kerajaan? Saya rasa kalau kita tukar kerajaan, sunset clause ini akan terus berakhir pada PRU yang – kalau rakyat hendak tukar kerajaan pada PRU yang ke- 15. Itu jaminan daripada pihak kami, Pakatan Harapan. Jadi, sekian saja terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas lanjutan masa sedikit yang diberikan. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Selain daripada itu, untuk makluman Dewan, kehadiran pada Dewan pada ketika ini, pelajar-pelajar daripada Brickfields Asia College yang berada di sebelah kiri kita. [Tepuk] Selamat datang. Selanjutnya, saya persilakan Yang Berhormat Tanjong Malim.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangkit untuk membahaskan usul di mana subseksyen 4(5) SOSMA untuk terus berkuat kuasa bagi tempoh 5 tahun lagi. Saya ingin menegaskan bahawa saya membantah sekeras-kerasnya usul ini. Saya ingin menegaskan juga bahawa kita ini juga

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

bersimpati pada mangsa-mangsa jenayah tetapi bukanlah tanggungjawab polis untuk menetapkan, menentukan siapa yang bersalah. Bukan tanggungjawab polis untuk menetapkan atau menjatuhkan hukuman dan juga denda orang-orang yang disyaki melakukan jenayah tersebut. Orang yang ditahan itu adalah OYDS, orang yang disyaki. Bukan lagi OKT, bukan lagi orang kena tuduh. Saya harap wakil-wakil kerajaan jangan cuba mengelirukan Dewan. Tuan Yang di-Pertua, pada mulanya Menteri KDN sudah pun memberikan jaminan bahawa undang-undang ini tidak akan digunakan atas orang politik. Saya hendak kata yang jaminan itu tidak penting sebab apa yang dijamin oleh Menteri-menteri sebelum ini, yang menggubal ISA pun kata ISA tidak akan digunakan atas orang politik tetapi tidak pernah konsisten kerajaan. Kalau kita meneliti apa yang berlaku dalam penahanan ISA itu, dari KMM Kumpulan Mujahidin Malaysia kepada Kumpulan Militan Malaysia, tidak pernah konsisten hujah ataupun kenyataan daripada pihak KDN ataupun polis. Jadi, itu tidak penting untuk saya. Apa yang penting adalah SOSMA ini, usul ini kita kena pertahankan, kita kena pertahankan prinsip utama demokrasi iaitu semak dan imbang, check and balance. Tuan Yang di-Pertua, peranan penting dalam Dewan yang mulia ini adalah untuk check and balance, semak atas kuasa yang diberikan kepada eksekutif dan itu adalah peranan utama Dewan yang mulia ini. Kita kena ambil kira ruang yang mungkin disalah guna oleh pihak PDRM ataupun mana-mana agensi kerajaan. Kita tidak boleh memberikan kuasa yang seluas-luasnya kepada mana-mana agensi kerajaan kerana kita perlu mengamalkan pendekatan check and balance ini. Saya bagi contoh dalam CPC, seksyen 117 Kanun Acara Jenayah, kita ada juga proses untuk semak dan imbang. Semak atas kuasa polis selepas polis menahan seseorang selama 24 jam, dia kena bawa OYDS itu kepada mahkamah, kepada majistret untuk tentukan sama ada boleh dilanjutkan reman atau tidak. Selepas itu, kalau hendak lanjutkan lagi dia perlu bawa sekali lagi OYDS itu ke depan majistret. Ini membenarkan majistret untuk menyemak atas kuasa polis supaya kuasa polis tidak terlalu besar tetapi dalam usul ini, SOSMA yang subseksyen 4(5) ini, pihak polis ataupun pihak KDN meminta supaya kuasa yang seluas-luasnya diberikan kepada PDRM supaya polis boleh menahan orang 28 hari tanpa perlu dibawa ke hadapan majistret. Saya rasa ini adalah satu perkara yang tidak dapat diterima oleh Dewan yang mulia ini sebab Dewan yang mulia ini memainkan peranan check and balance juga. Kita kena juga memastikan semua agensi eksekutif perlu disemak. Tuan Yang di-Pertua, 28 hari itu panjang. Kalau sesiapa kata 28 hari tidak panjang cuba masuk lokap polis untuk 8 hari. Selepas 8 hari, you keluar you tidak rasa panjang, okey mari kita berhujah lagi. [Ketawa] . Selama 28 hari 1 ...

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Ya, silakan.

Yang Berhormat, bukan 28 hari. Tadi saya telah berhujah. Yang Berhormat Port Dickson masuk satu hari saja di Bukit Aman, dibelasah. Ini menunjukkan bahawa perkara ini boleh berlaku. Sejarah menunjukkan hanya satu hari sahaja dalam lokap pun sudah mencukupi. Dalam kes itu yang dituduh bukan orang biasa, seorang Ketua Polis Negara dituduh.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Ya, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya setuju, 28 hari sangat panjang dan ia juga membuka ruang untuk disalahgunakan. Risiko sangat tinggi sebab sekarang kalau kita ikut 117, 14 hari sahaja tetapi kita pun sudah dengar banyak insiden death in police custody dengan izin. So, kita kena memberhentikan perkara daripada berlaku. Kita bukan tidak memberikan kuasa kepada polis untuk menyiasat tetapi kuasa itu haruslah disemak oleh pihak majistret ataupun mahkamah.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Selain itu, saya juga ingin sentuh sedikit tentang proportionate yang reman itu. Kalau bunuh, kalau ada kes bunuh, orang yang disyaki (OYDS) itu 14 hari boleh selesaikan semua siasatan dan boleh bawa ke mahkamah. Kenapa organized crime dengan izin perlu 28 hari walaupun Yang Berhormat Menteri sudah sebut 28 hari itu penting sebab orang yang terlibat dalam organized crime ini terlalu ramai. Akan tetapi kalau katakan ada satu kes pencurian yang melibatkan ramai orang, adakah kita juga akan minta Dewan yang mulia ini memberikan kuasa sepenuhnya kepada pihak polis sebab kita tidak cukup manpower, tidak cukup masa untuk siasat. When is enough? Tuan Yang di-Pertua, bila itu cukup? Kalau 14 hari tidak cukup, minta 28 hari. Kalau 28 hari tidak cukup, minta 60 hari. So, saya rasa there is no end. Kalau kita tidak pastikan kecekapan pihak polis ini dipertingkatkan, kalau kita tidak memastikan, kalau katakan PDRM ini tidak cukup manpower, kita wujudkan perjawatan baru tetapi bukan korbankan kebebasan OYDS ini yang mungkin akan diseksa kerana forced conviction dan lain-lain. Itu sebabnya saya rasa Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memperingatkan Dewan ini, tadi Yang Berhormat Pontian ada sebut beberapa negara di mana sangat...

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Boleh gulung Yang Berhormat.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Ya, ya saya gulunglah Tuan Yang di- Pertua. Tadi New Zealand pernah disebut oleh Yang Berhormat Pontian, Australia dan banyak lagi. Akan tetapi kalau kita tengok balik New Zealand ini juga dia punya sistem sama dengan kita. Reman 14 hari, yang paling banyak 15 hari sebab 24 jam yang awal itu kira satu hari. Sama sahaja dengan negara kita, kenapa negara lain boleh buat, negara lain boleh siasat, boleh selesaikan kes dalam 14 hari tetapi negara kita tidak boleh selesaikan kes dalam 14 hari. Itu sahaja yang saya hendak sampaikan. Tuan Yang di-Pertua, saya membantah. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Dipersilakan Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas mengenai usul yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan pemakaian seksyen 4(5). Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu berapa kali saya telah baca SOSMA ini. Mungkin sudah hampir hendak hafal Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa sebelum saya menentang atau membantah apa yang dikemukakan oleh usul ini, saya hendak kata begini Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua sebagai bekas pendakwa (prosecuting officer), dalam kes jenayah ada beberapa prinsip asas yang tidak boleh sama sekali kita compromise. Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua ingin membaca sebuah buku, saya cadangkan baca buku seorang pengamal undang-undang di UK, namanya Helena Kennedy, Queen Council. Nama bukunya Just Law. Dia sekarang kalau tidak silap saya menjadi anggota House of Lords. Tuan Yang di-Pertua, dia telah memberikan satu penerangan yang baik tentang criminal law sebab she was a criminal barrister. Tuan Yang di-Pertua, antara prinsip dalam jenayah, prinsip yang dipanggil presumption of innocence. Dalam Islam dipanggil; [Bercakap dalam Bahasa Arab] Kemudian, ada juga prinsip pendakwa mesti membuktikan kes, tidak boleh orang lain, pendakwa buktikan kes. Dalam Islam pun ada. [Bercakap dalam Bahasa Arab] Selepas itu, prinsip yang ketiga lebih baik seorang hakim tersilap membebaskan kemungkinan 10 orang yang bersalah daripada tersilap menjatuhkan hukum kepada seorang yang tidak bersalah. Itu prinsip dalam criminal law. Dalam Islam berkata, [Bercakap dalam Bahasa Arab] Ini semua ada Islam. Gladstone, seorang pengamal

undang-undang yang terkenal dia mengatakan it’s better the judge to err in acquitting 10 guilty persons daripada tersilap menjatuhkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah. Tuan Yang di-Pertua, semua asas ini tidak boleh kita compromise. Inilah sebabnya saya percaya, sebab itu Tuan Yang di-Pertua kalau kita tengok CPC, CPC didraf oleh Parlimen ini mengambil kira semua prinsip itu tetapi SOSMA ini telah melanggar semua prinsip itu. Jadi sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh terima Tuan Yang di-Pertua. Katakan Tuan Yang di-Pertua, saya ada 100 nyawa, katakan ada 100 nyawa, 100 nyawa pun kalau saya mati – hidup – mati sampai 100 kali pun saya tidak akan sokong SOSMA ini Tuan Yang di-Pertua, percayalah. Kalau 100 nyawa? Tuan Yang di-Pertua, Islam quotes, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Hendaklah kamu berhati-hati kezaliman”. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ini untuk orang-orang PASlah. “Sesungguhnya kezaliman itu ialah kegelapan di hari akhirat nanti”. Tuan Yang di-Pertua, saya boleh bahas dalam...

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon, kalau boleh saya mohon bahas jawab Yang Berhormat Sepang.

Hendak bahas? Hendak bahas tidak bolehlah, kalau tanya soalan bolehlah.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Floor Yang Berhormat Sepang, kalau dia benarkan okeylah, kalau dia tidak benarkan saya tidak boleh buat apa.

Yang Berhormat Bachok hendak tanya, silakan. You want to debate or you want to ask?

Tidak, saya boleh bahas tetapi saya takut habis masa. Saya minta dengan Tuan Yang di-Pertua bagi masa pada saya untuk berbahas selepas ini.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Satu minit sahaja.

Tidak apa Tuan Yang di-Pertua. Itu terpulang kepada Tuan Yang di-Pertualah. Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan Tuan Yang di-Pertua undang-undang jenayah ini kalau kita compromise, ia akan menyebabkan satu hari nanti ia mungkin menghantui kita. Sekarang ini mungkin kita sedang bergembira sebab kita rasa undang- undang ini untuk menentang jenayah-jenayah serius. Betul Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menafikan bahawa jenayah serius ini patut dikenakan hukuman tetapi mesti melalui proses yang adil. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan saya pernah mewakili di Mahkamah Persekutuan, tujuh orang hakim we argued dalam kes Al-Maunah. Kes Al-Maunah Tuan Yang di-Pertua melibatkan waging a war Artikel 121A yang melibatkan hukuman bunuh dan juga hukuman penjara seumur hidup. Ketika itu Tuan Yang di-Pertua, we represented, saya ingat lagi Yang Berhormat Mendiang Karpal Singh, kami mewakili OKT di Mahkamah Persekutuan di hadapan tujuh orang hakim Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kami bela tetapi akhirnya kami kalah dan mereka dikenakan hukuman. Ia bermakna boleh Tuan Yang di-Pertua, waging a war against Yang di-Pertuan Agong. Kita boleh bawa ke mahkamah dan kita boleh kena hukum melalui proses mahkamah, melalui mahkamah tinggi dan Mahkamah Persekutuan. Ini menunjukkan tiada SOSMA pun kita boleh jatuh hukum kepada orang yang melakukan kesalahan jenayah serius kalau kita betul-betul serius untuk menangani jenayah. Akan tetapi kalau kita buat undang-undang ini tanpa kita faham dan kita main sentimen kononnya yang saya dengar penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri tidak ada benda baru Tuan Yang di-Pertua, dia hanya memainkan sentimen. Ini jenayah-jenayah, serius-serius.

Kita Tuan Yang di-Pertua, semua kami tidak suka dengan jenayah. Bodohlah kami Tuan Yang di-Pertua kalau kami sokong kepada jenayah. Akan tetapi kami tidak boleh terima sebarang kezaliman kepada mana-mana orang apatah lagi kalau kita orang Islam. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Maidah Ayat 28. Saya hendak baca juga, ini Yang Berhormat Bachok hendak juga bahas. Surah An-Nisa Ayat 105, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Janganlah kamu menjadi penolong kepada orang yang khianat”. [Bercakap dalam Bahasa Arab] ... Kisah orang Yahudi dianiayai oleh orang Islam. Orang Yahudi bermusuh dengan Islam, dianiaya oleh orang Islam. Islam membela orang Yahudi yang dizalimi. Orang Islam, [Bercakap dalam Bahasa Arab] Curi baju besi letak di rumah orang Yahudi, orang Yahudi hampir dikenakan hukuman, Islam membantah, Islam melepas seorang Yahudi walaupun Yahudi bermusuh dengan Islam, Islam melepaskan orang Yahudi. Itulah prinsip Islam.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, sila gulung.

Bukan sekarang Tuan Yang di- Pertua. Kita zalim pun kita sokong juga Tuan Yang di-Pertua, tak boleh Tuan Yang di- Pertua. Oleh sebab itu saya hendak katakan sebagai akhir Tuan Yang di-Pertua, saya hendak katakan bahawa undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bercanggah dengan Perlembagaan. Tuan Yang di-Pertua, dalam Article 149(2) Tuan Yang di-Pertua, ia menyatakan bahawa – sebab undang-undang ini dibuat di bawah Article 149(2) mengatakan “A law containing such a recital as is mentioned in clause (1) shall, if not sooner or repealed, cease to have effect if resolutions are passed by both Houses of Parliament...” Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya Tuan Yang di-Pertua saya mengatakan roh daripada Article 149 mesti incorporated dalam undang-undang ini. Akan tetapi apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, mereka hanya memasukkan sunset clause ini berkaitan dengan artikel seksyen 4(5) sahaja.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, sila gulung.

Okey, saya hendak gulung Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak kata Tuan Yang di-Pertua bahawa saya menentang ini dan saya katakan bahawa kalau sekiranya kita berikan, kita luluskan undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, bermakna kita memberikan satu lagi cek kosong kepada pihak kerajaan untuk melakukan terus kezaliman Tuan Yang di-Pertua. Ini disebabkan Tuan Yang di- Pertua, state punya kezaliman lebih teruk daripada terrorist sebenarnya, percayalah. Sekian, terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Dipersilakan Yang Berhormat Klang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Peruntukan undang-undang seksyen 4(5) SOSMA yang menetapkan tempoh reman dilanjutkan dari 24 jam hingga 28 hari, bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan juga bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa 1948. Akta di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang sedia ada, boleh dikenakan terhadap setiap tahanan di bawah SOSMA. Di bawah akta seksyen 117, penahanan di lokap tidak melebihi tempoh 24 jam bagi tujuan siasatan dan jika penyiasatan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh 24 jam, maka pihak polis perlu membawa tahanan itu ke hadapan majistret bagi memohon lanjutan tempoh reman sehingga 14 hari sahaja. Persoalan di sini ialah kenapa KDN dan juga Menteri sangat terdesak ingin membawa usul yang menyekat hak asasi seseorang individu? Kenapakah akta sedia ada

seksyen 117 yang memberi ruang kepada PDRM untuk terus menyiasat dan reman tahanan secara adil tidak diguna pakai? Saya fikir, saya ingat Menteri harus menjawab soalan ini. Kedua, penangguhan hak mendapatkan peguam untuk tempoh 48 jam adalah bertentangan dengan Criminal Procedure Code (CPC). Kanun CPC menetapkan bahawa suspek mesti dibawa di hadapan seorang Majistret dalam tempoh 24 jam untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Akta SOSMA ini bercanggah dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan jika seseorang ditangkap, maka dia hendaklah dibenarkan dibela oleh seseorang peguam pilihan tahanan. Ketiga, kuasa untuk mengeluarkan perintah tahanan dan penyalahgunaan kuasa. Peruntukan polis berpangkat Superintenden dan ke atas, berhak mengeluarkan perintah tahanan sehingga 28 hari dan ini membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa polis terhadap tahanan. Berdasarkan kepada angka yang diketengahkan oleh Menteri sendiri pada minggu lalu, hanya 40 peratus daripada semua tahanan di bawah SOSMA disabit dengan kesalahan. Saya harap Menteri dengar ini. Hanya 34.6 peratus daripada mereka yang ditangkap atas kesalahan terlibat dalam jenayah terancang, didapati bersalah sejak 2015. So, soal di sini ialah data ini jelas menunjukkan bahawa hampir 60 peratus yang tidak sepatutnya ditahan, sekarang ditahan secara tidak adil di bawah SOSMA. Malah, saya juga ingin membangkit isu ini bahawa SOSMA– Tadi Menteri mengatakan bahawa SOSMA tidak akan diguna pakai kepada ahli politik dan juga kumpulan kepentingan. Akan tetapi jelas bahawa SOSMA disalah gunakan untuk menangkap dan menahan ahli politik, aktivis dan juga individu-individu yang tidak bersalah. Pada 2019 Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah tahan lapan orang wakil NGO termasuk wakil-wakil DAP iaitu seorang Ahli EXCO Saminathan dan juga Gunasegaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan. Mengapa mereka ditangkap? Mereka ditangkap di bawah SOSMA kononnya ada sabitan dengan sekarang apa yang dipanggil the fund LTTE. Dikatakan, berjuta-juta ringgit telah dimasukkan, telah disalurkan kepada akaun mereka untuk meluaskan pengaruh mereka di Malaysia dan juga untuk menggulingkan Kerajaan Malaysia. Akan tetapi hingga hari ini, KDN atau mana-mana pihak kerajaan tidak memberi apa-apa evidences yang mengatakan bahawa ada unsur-unsur untuk mengguling kerajaan. Juga apa yang jelas ialah pihak polis dan KDN menggunakan wang berjuta-juta ringgit untuk menakutkan orang ramai, create fear in society...

Yang Berhormat Klang.

Di kalangan orang ramai.

Soalan. Siapa Menteri Dalam Negeri masa itu?

Yang Berhormat Pagoh. Minta maaf. Mungkin Yang Berhormat Pagoh boleh jawab semasa dia bahaslah. Okey. So jelasnya bahawa berjuta-juta ringgit yang dibangkitkan untuk menakutkan di kalangan orang ramai. So that is a precedent iaitu bila kerajaan mengatakan bahawa SOSMA tidak akan disalah gunakan, ini tidak boleh dipercayai. Jelas tidak boleh dipercayai. Satu isu lagi saya hendak bangkit yang baru saya baca Tuan Yang di-Pertua, adalah berkait dengan tempat kawalan Pekan Nenas Immigration Depot. Ini adalah satu statement atau artikel yang dikeluarkan di Malaysiakini dan saya baca, “I would have died in that inhumane place”, says the Singaporean. Beliau mengatakan bahawa dan saya baca sini, “Although Home Minister Hamzah Zainudin dismissed the Chinese nationals’ allegation that food and other items in the detention centre were sold at exorbitant prices”, Wong claimed that this was not true. Saya harap Menteri dapat menjelaskan. Bukan saja itu, ada orang mati di sana, ada orang mati. Juga saya baca di sini bahawa dengan izin, “Meanwhile Wong also

claimed that he witnessed how an ailing detainee was not given prompt and medical attention which he believed caused the person’s death”. So ada orang mati. Adakah kerajaan mengatakan tidak berlaku? Is he going to deny it? I hope he can response to this issue. Juga dia kata, orang yang berkenaan ini terpaksa dan dia kata, “I was forced to squat exercise”. Dia kata, “As for his experience at the Kluang prison where he spent three nights before being transferred to immigration, he was forced to perform squats despite informing the officer that he had high blood pressure and asthma”. This is torture, this is abuse, this is cruelty. Therefore, I don’t understand when the Minister said, “Trust them. Trust KDN”. Is there any basis to trust KDN? Saya minta penjelasan daripada pihak Menteri. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Dipersilakan Yang Berhormat Ledang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya mulakan perbahasan saya pada hari ini dengan menegaskan pandangan Ledang bahawa subseksyen 4(5) SOSMA ini tidak wajar dilanjutkan dan malah, kerajaan wajar menilai semula peruntukan akta ini secara keseluruhan. Tuan Yang di-Pertua, saya sebagaimana juga Tuan Yang di-Pertua, kami duduk dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan. Baru semalam saya telah mendengar taklimat berkenaan dengan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam. Kita tahu ada enam teras yang telah pun dimaklumkan kepada kami dan saya akur bahawa ketenteraman, keselamatan awam, mesti kita jaga. Tidak ada kompromi berkenaannya. Permasalahannya ialah cuma pada masa yang sama juga, kita tidak boleh membiarkan berlakunya penganiayaan ataupun kezaliman. Kita ada tanggungjawab juga untuk menutup lubang-lubang kezaliman ataupun penganiayaan. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin fokus kepada tiga faktor utama yang mungkin pernah saya nyatakan sebelum ini. Pertama ialah berkenaan dengan salah guna. Kecenderungan salah guna akta yang berunsur mala fide.

Seperti yang diwartakan di bawah subseksyen 4 akta ini, lanjutan tempoh tahanan selama 28 hari boleh dibuat oleh seorang pegawai polis tanpa campur tangan mahkamah. Menurut sesi taklimat dan libat urus oleh kementerian, saya lihat masih tiada sekatan yang jelas terkait dengan penahanan berunsur politik. Ramai pihak telah menyebutkan perkara ini. Jadi, soalannya apakah lagi jaminan atau safeguard yang ada menerusi akta ini bahawa ini tidak berulang? Saya rasa ianya terletak kepada takrif kesalahan keselamatan bawah seksyen 3 yang pada pendapat saya masih terlalu luas. Saya ingin petik ada satu kes iaitu kes di bawah SOSMA. Saudara Mohd Zulkifli yang ditahan di bawah SOSMA pada tahun 2018 atas tuduhan menyalurkan dana sebanyak RM200 kepada kenalan beliau untuk tujuan keganasan. Dia tak tahu pun dia bagi sumbangan itu, dia tahu selepas dia ditahan bahawa yang diberikan itu dianggap ataupun disyaki sebagai pengganas. Akan tetapi beliau telah didera secara fizikal dan emosi dalam tempoh 28 hari kemudian diambil rakaman percakapan, dipaksa di bawah seksyen 18A SOSMA dan digunakan itu sebagai keterangan di mahkamah sebagai satu pengakuan. Jadi, ini yang kita maksudkan dengan kebimbangan tentang walaupun kesalahan keselamatan itu ada beberapa bab yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tetapi dalam hal ini, bagaimanakah penggunaan itu ada jurang di antara apa yang ditafsirkan sebagai kesalahan keselamatan dengan apa yang di bawah? Itu perlu diselesaikan. Perkara kedua ialah berkenaan dengan tempoh penahanan. Kita tahu bahawa tempoh ini telah pun disebut oleh ramai pihak dan saya tak mahu sebut lagilah tentang

prinsip-prinsip hak asasi di bawah Universal Declaration of Human Rights, Universal Islamic Declaration of Human Rights. Banyak telah sebut tentang perkara ini. Akan tetapi yang paling pentingnya di sini saya rasa ialah berkenaan dengan penangkapan di bawah Akta SOSMA ini. Kita perlu fahami dan kita semua akui bahawa sesiapa yang ditahan ini belum dibuktikan bersalah lagi, belum dibuktikan bersalah lagi. Jadi sekiranya orang yang ditahan itu dibuktikan tidak bersalah, apa jadi dengan kesan yang telah dilaluinya dalam tempoh yang begitu lama? Kalau betul memang benar didera, diseksa secara fizikal dan sebagainya, bagaimana dengan keadaan keluarga mereka? Trauma yang terpaksa dihadapi walaupun dalam tempoh itu akhirnya dibuktikan tidak bersalah. Apa safeguard bagi mereka pula, bagi mangsa dalam keadaan ini? Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, apakah pihak berkuasa tidak laksanakan risikan dan siasatan lebih awal daripada bermulanya tahanan itu dibuat? Kita ambil kira tempoh 28 hari tetapi ada tak risikan, siasatan awal yang dilakukan sebelum daripada 28 hari. Saya percaya mesti ada. Jadi saya nak bertanya di sini, apakah tempoh ini pihak berkuasa tidak laksanakan risikan tersebut? Berapakah lama tempoh ini sebelum tertuduh itu ditahan? Saya juga ingin menyebutkan tentang seksyen 30. Tuan Yang di-Pertua, dalam akta ini menyebutkan bahawa orang yang sudah dibebaskan masih boleh di reman sementara menunggu proses rayuan oleh pendakwa raya. Ada kes tapi panjang nanti kalau saya sebutkan, jadi memadai saya katakan bahawa saya, kita bukan mahu membela orang yang buat jenayah tetapi undang-undang tidak boleh sewenang-wenangnya dibuat, dibikin untuk melanggar prinsip keadilan. Perkara yang ketiga dan terakhir, Tuan Yang di-Pertua ialah kaedah dan alternatif lain daripada mengguna pakai aturan di bawah subseksyen 4(5). Saya percaya akta ini wajar dinilai semula dengan melihat kepada tatacara yang ditunjukkan melalui akta lain seperti Kanun Tatacara Jenayah. Ini betul Yang Berhormat Menteri sebutkan. Ada beberapa kerumitan, mungkin kalau masuk dalam mahkamah ada rahsia yang terkeluar. Saya rasa kita dah melalui proses mahkamah, siasatan, kertas siasatan dan sebagainya ini sudah tempoh yang lama. Kita boleh belajar daripada apa yang telah kita lalui sebelum-sebelum ini dan kita boleh mencari jalan yang lebih baik kerana akhirnya prinsip keadilan itu mesti bukan sahaja dilaksanakan tetapi dilihat dilaksanakan. Sebab itu bila Yang Berhormat Menteri kata keadilan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas, yang saya faham sebenarnya daripada segi prinsip tak ada masalah. Akan tetapi bila tengok kepada the devil, devil is in the details itu, macam mana dengan mereka yang diseksa semasa ditahan? Bagaimana? Apakah safeguard mereka? Ini yang menjadikan bahawa takrif keadilan itu tidak lagi sepertimana yang difahami. Jadi ini mesti juga dilihat dengan lebih teliti dan lebih baik lagi. Justeru saya akhirnya Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana bagi tambahan sedikit masa. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa perkembangan dan laporan berkenaan dengan jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan akta ini? Perkara ini pernah disebutkan oleh Yang Berhormat Pekan semasa membentangkan tentang akta ini pada 16 April 2012. Beliau menyebutkan bahawa akan ada satu jawatankuasa yang menilai yang mana termasuk dalam jawatankuasa ini ialah Majlis Peguam dan juga SUHAKAM. Saya perlu juga bertanya kerana Yang Berhormat Pagoh ada di sini, di dalam Dewan. Apakah jawatankuasa ini telah melaksanakan tanggungjawab mereka? Mereka diberi peluang untuk meneliti dan saya mahu dan saya harap bahawa kita ada ruang untuk jawatankuasa ini meneliti terlebih dahulu sunset clause ini sebelum dibawa ke dalam Dewan supaya kita dapat satu pertimbangan yang lebih baik dan Dewan dapat membahaskan dengan lebih waras dan dengan lebih rasional. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini mengakhiri dengan menolak usul ini. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Dipersilakan Yang Berhormat Beruas.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun ingin membuat pendirian saya bahawa usul ini mesti ditolak. Kita tahu bahawa SOSMA merupakan satu undang-undang yang kita panggil preventive detention laws. Di Malaysia ini, sudah banyak lagi lain-lain undang-undang yang kita panggil preventive detention laws termasuklah Prevention of Criminal Act 1959, Prevention of Terrorism Act (POTA) 2015 dan kita tahu SOSMA 2012 ini juga merupakan satu preventive detention laws. Undang-undang preventive detention laws ini maksudnya kita menangkap dan menganggap seseorang itu salah sungguhpun belum dibuktikan bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan. Ini hanya penjajah yang buat terhadap rakyat semasa di bawah penjajahan British tetapi pada masa itu, penjajah pun ada sebab utama kenapa preventive detention laws ini digunakan. Ia mula-mula digubal sebagai Emergency Regulation Ordinance 1948. Masa itu ada darurat di Malaya masa itu. Selepas merdeka, rakyat mohon untuk dibebaskan daripada undang-undang sedemikian. Perdana Menteri pertama semasa meluluskan ISA pada tahun 1960, memberi jaminan kepada Parlimen dan kepada seluruh negara bahawa ISA ini hanya akan digunakan ke atas ahli-ahli parti komunis. Malangnya ia sudah banyak kali disalahgunakan. Lepas itu kerana nak pinda ISA ini, kita tukar kepada SOSMA tetapi SOSMA ini hakikatnya sama dengan ISA kerana ia merupakan satu undang-undang preventive detention. Ia tidak menghormati kebebasan yang dijamin di bawah Perlembagaan negara kita kepada rakyat. Ikut prinsip undang-undang, seseorang itu mestilah dibuktikan bersalah sebelum kita menghukumnya tetapi undang-undang ini hukum dahulu dan hukumannya bukan 28 hari yang sekarang kerajaan minta kita bagi kepada pihak polis atau Eksekutif tetapi hukuman di bawah SOSMA ini bertahun-tahun tanpa bicara. Ini kerana di bawah seksyen 30 SOSMA ini, semua kes sekuriti di bawah SOSMA ini akan didakwa di mahkamah tinggi. Kalau mahkamah tinggi membuktikan orang ini tidak bersalah, pendakwa raya boleh mohon sahaja dan hakim mesti membenarkan orang itu terus ditahan reman dalam penjara sementara rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Di Mahkamah Rayuan, kalau pun Mahkamah Rayuan memutuskan orang ini tidak bersalah, tangkapan tak betul, masih kalau pendakwa raya nak merayu lagi kepada Mahkamah Persekutuan. Hakim Mahkamah Rayuan tidak ada pilihan, mengikut undang- undang ini mesti mengarahkan orang tidak bersalah ini terus di reman dalam penjara sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan. Kita tahu proses di Mahkamah Tinggi, perbicaraan sampai Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan memakan masa bertahun-tahun lamanya. Mahkamah telah putuskan dia tidak bersalah kita masih menahan dia. Ini satu penghinaan kepada sistem kehakiman negara kita. Oleh sebab itu undang-undang kalau kita sebuah negara bertamadun, kita hormati hakim membuat keputusan, bukan pihak eksekutif yang kalau nak tahan orang politik, musuhnya tidak bersalah dianiaya bertahun-tahun. Adakah ini undang-undang yang kita mahu rakyat kita Malaysia menghayati ataupun anak cucu kita terus hidup dalam keadaan yang sangat menakutkan. Jadi, saya rasa undang-undang ini, kalau usul ini dibenarkan daripada pengalaman saya Tuan Yang di-Pertua, polis lalai kerja. Saya sebagai seorang peguam, dapati aduan daripada mereka yang ditahan, biasa mereka tidak disiasat terus. Hari-hari dalam tahanan tetapi tidak ada siasatan dilakukan. Baru-baru ini saya dapati perisikan polis sangat merosot. Kes mencuri kelapa sawit pun pihak OCPD di kawasan Manjung bagi tahu saya, kita tak boleh dakwa mereka untuk mencuri kelapa sawit kerana kelapa sawit tidak ada barcode, tidak ada label. Itu barang curi. Ke manakah perisikan polis? Kalau polis lalai dalam perisikan, negara kita ini

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

tidak aman, bukan kerana tidak ada undang-undang SOSMA ini. Kita tidak perlu undang- undang SOSMA ini. Kita dapati polis sudah salah guna tenaga mereka.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat gulung.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya akan gulung. Saya minta Menteri bagi arahan, jangan salah guna pegawai-pegawai polis untuk beramai-ramai pergi ke ceramah kopitiam yang kita di Perak adakan atau flash mob minta turun harga barang. Itu kita rakyat biasa, apa guna minta semua disiasat? Ini membazir masa, betul tidak? Tuan Yang di-Pertua pun tahu, sebagai seorang anggota polis kita tumpukan perhatian kita kepada penjenayah yang sebenarnya. Kalau mereka jalankan tugas dengan baik, kita ada 150,000 pegawai anggota polis, takkan kita takut akan sekumpulan 10, 20 penjenayah. Dengan itu saya rasa usul ini tidak boleh diterima dan harus ditolak. Saya minta kerajaan supaya SOSMA dipertimbangkan semula dan dimansuhkan supaya kita rakyat dapat hidup dalam keadaan bertamadun dan kerajaan menghormati hak rakyat supaya kita tidak hidup dalam ketakutan pihak kerajaan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Dipersilakan Yang Berhormat Selayang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menolak usul ini dan rakan-rakan di sebelah Dewan ini telah memberikan beberapa contoh di mana seksyen 43 telah dilanggar, digunakan ke atas aktivis ahli politik. Soalannya, apa jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan kalau ini diteruskan, bahawa kerajaan dan PDRM tidak akan meneruskan melanggar seksyen 43 dan salah gunakan SOSMA kepada mereka yang tidak berdosa dan bukan pengganas. Apabila kita melihat kepada statistik, tadi Yang Berhormat Klang telah memberikan statistik. Saya minta Menteri untuk memberikan statistik terperinci supaya dirakamkan di Hansard tentang beberapa jumlah orang telah di tahan di bawah SOSMA mengikut tiga kategori yang diberikan oleh Yang Berhormat dalam ucapan Bab VI – kesalahan terhadap negara, Bab VIA –kesalahan berkaitan keganasan, Bab VIB – kesalahan jenayah, kerana mengikut statistik yang saya ada jumlah ialah 3,717 orang telah ditahan. Hanya 648 sahaja yang didakwa, 126 di bawah Kanun Keseksaan, 522 untuk penyeludupan bekerja dan 80 peratus tidak didakwa. Isu yang penting sekali ialah tentang siasatan kesalahan tentang keganasan. Berapa daripada mereka yang ditahan didakwa dan disabit atas kesalahan keganasan? Berapa mereka yang ditahan adalah sebab mereka pengganas bukan seperti kumpulan yang ditahan sebagai LTTE. Kita tahu itu ialah organisasi yang di... [Tidak jelas] yang bukan sebenarnya pengganas. Saya memberikan contoh pengganas adalah seperti mereka Abu Sayyaf, mereka yang terlibat dengan ISIS atau dipanggil Daesh atau al- Qaeda. Apa yang kita lihat, ada yang mereka terlibat tetapi mereka dilepaskan. Contohnya, pada 20 November 2019, PDRM melepaskan Yazid Sufaat dari Penjara Simpang Renggam dan dibawa balik ke rumah dia di Kuala Lumpur. Yazid Sufaat terlibat dengan pengganas ISIS dalam beberapa serangan keganasan. Pada 2016, Ketua Polis Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan PDRM akan membantu 50 rakyat Malaysia yang terlibat sebagai para pejuang Islamic State atau Daesh kerana mereka telah melucutkan pasport mereka dan akan dibantu untuk dibawa pulang ke Malaysia. Adakah mereka di tahan di bawah SOSMA atau adakah maklumat yang didapati adalah atas siasatan yang dibuat di bawah SOSMA? Kalau kita mengambil kira semua jelas bahawa PDRM dapat melakukan tugas tanpa mengadakan SOSMA dan bila kita tidak ada apa kenyataan bahawa mereka yang telah salah gunakan SOSMA ini, tindakan tidak diambil atas mereka memang kita tidak ada keyakinan bahawa kalau SOSMA diteruskan, salah guna kuasa ini tidak akan berulang. Oleh sebab itu saya tolak usul pada petang ini. Terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Dipersilakan Yang Berhormat Pagoh. Tujuh minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih diberikan peluang untuk turut serta dalam sesi perbahasan usul perlanjutan kuat kuasa subseksyen 4(5), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, (SOSMA) ini.

Saya mengalu-alukan pembentangan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa subseksyen ini yang memperuntukkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan di bawah akta ini sehingga 28 hari. Tempoh tahanan yang lebih lama daripada yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah ini adalah perlu kerana kesalahan di bawah SOSMA bukanlah kesalahan jenayah biasa tetapi jenayah yang berkaitan dengan kegiatan keganasan ataupun sebarang tindakan yang boleh mengancam ketidaktenteraman awam dan keselamatan negara. Proses pengumpulan bahan bukti dalam kes-kes seumpama ini biasanya mengambil masa lebih panjang, selain ia melibatkan pihak penguat kuasa negara asing sekiranya ia membabitkan jenayah rentas sempadan. Contoh klasik bagi kes seumpama ini ialah pencerobohan oleh pengganas asing di Lahad Datu pada tahun 2013 yang mana lebih 100 orang individu telah didakwa di bawah SOSMA. Mujurlah pada masa itu kita mempunyai peruntukan subseksyen 4(5) SOSMA yang membolehkan suspek ditahan untuk tempoh yang lebih lama daripada biasa. Ini memberikan masa yang secukupnya kepada pihak polis untuk mengumpul bahan bukti dan melengkapkan siasatan sebelum orang yang dituduh dihadapkan ke muka pengadilan. Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang negara mungkin akan terdedah dengan risiko ancaman keselamatan yang lebih meruncing pada masa hadapan dan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia akan menjadi lebih terbatas dalam hendak menangani ancaman ini tanpa peruntukan subseksyen 4(5) SOSMA ini. Harus diingat bahawa usul ini tidak bermakna kita mempertikaikan kredibiliti dan kecekapan anggota polis yang sememangnya arif dalam menjalankan tugas mereka. Namun, dalam kes-kes yang melibatkan jenayah keganasan dan ancaman terhadap keselamatan negara, kita memerlukan langkah-langkah yang lebih khusus untuk membantu pihak polis melengkapkan siasatan. Pada masa yang sama, mengelakkan risiko suspek lepas bebas untuk melakukan tindakan-tindakan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara dan nyawa rakyat...

Yang Berhormat Pagoh.

Terima kasih. Bercakap tentang jenayah kekerasan dan keganasan, apa yang menyebabkan Yang Berhormat ketika menjadi Menteri Dalam Negeri, mengarahkan seorang Exco Kerajaan daripada DAP, ketika itu gabungan Parti Pakatan Harapan, dan seorang ADUN DAP, adakah Yang Berhormat pada masa itu yakin dan ada bukti yang mencukupi bahawa mereka terlibat dalam keganasan ataupun jenayah yang boleh mengancam negara? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya memang menunggu soalan itu kerana bukan apa, kerana waktu itu saya di sebelah sana... [Menunjuk isyarat tangan ke arah Pembangkang] [Ketawa] Menteri Dalam Negeri Pakatan Harapan, Yang Berhormat “Abang Mat” saya panggil pun ada di sini dan tindakan-tindakan yang telah pun diambil sebagaimana yang biasa adalah ikut prosedur. Laporan itu telah diteliti halus oleh pihak polis. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya mesti percaya dan yakin kepada pihak polis. Saya bukan penyiasat tetapi yang saya hendak sebutkan sebelum itu Yang Berhormat Shah Alam, waktu saya mengambil tindakan itu tidak ada keputusan daripada-

katakanlah contoh Jemaah Menteri yang dipimpin oleh Yang Berhormat Langkawi, untuk mengatakan batal semula kah ataupun jangan mengambil langkah sebegitu kah. Saya tertakluk kepada arahan Kabinet walaupun kuasanya terletak di bawah Menteri Dalam Negeri, di bawah akta-akta. Tidak ada. Malahan, waktu itu tidak ada juga satu keputusan mengatakan kita batalkan SOSMA. I still remember. Bukanlah lama sangat, tahun 2018, 2019 sampai ke tahun 2020. Jadi, atas dasar itu saya percaya waktu saya berada di situ, pihak Pakatan Harapan pun kata mungkin perlu ada SOSMA, because there is no specific decision...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Yang Berhormat Shah Alam pun ada dalam Kabinet.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Mencelah]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya rasa Yang Berhormat Pagoh ada selective amnesia, pasal memang kita telah ada perbahasan dalam Kabinet. Sehingga kita bawa Ayob Khan datang untuk hendak jelaskan dan kita telah berhujah dengan dia dan kita minta supaya ia dikaji kembali.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya. Dengan AG. Untuk review.

Yang Berhormat Pagoh...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, I think jangan hendak menipu dalam Dewan inilah, Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pagoh, saya...

Hendak ‘kaji’.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau hendak cerita, cerita sepenuhnya. Jangan cerita sebahagian.

Tidak ada. Itu maksud saya, saya ingat memang ‘kaji’ tetapi tidak ada keputusan muktamad yang dibuat oleh kerajaan pada waktu itu untuk batalkan SOSMA.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Dalam proses untuk batalkan SOSMA.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

‘Kaji’ kenapa? Kalau kita tidak setuju, kenapa hendak ‘kaji’? Come onlah. Kita memang- kita hendak bantah tindakan yang diambil.

Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Pagoh, apakah bukti? Saya menuntut, apakah bukti yang menunjukkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP dan Exco DAP terlibat dalam keganasan?

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak ada buktilah.

Mana ada bukti. Sehingga hari ini tidak ada bukti.

Tidak mengapa. Waktu tindakan dan keputusan dibuat...

Kenapakah mengkhianati kami dan menyebabkan ADUN kami ditahan di bawah SOSMA?! Bagi penjelasan!

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jelutong...

Tuan Yang di- Pertua, jangan cakap keras. Saya tidak keras sangat begitu.

You betrayed us!

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jelutong, jika Yang Berhormat Pagoh beri laluan, then okay.

No, we don’t betray you. Akan tetapi maksud saya tadi Tuan Yang di-Pertua, segala apa yang telah dibuat oleh pihak berkuasa polis adalah berdasarkan kepada siasatan yang mereka telah buat. Saya tidak boleh kata kepada Ketua Polis Negara ini, “Kau bohong!” ataupun “Tidak betul!”.

Tidak ada bukti sehingga hari ini, Yang Berhormat. Tidak ada bukti menunjukkan mereka terlibat dalam keganasan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong...

Yang Berhormat Langkawi pun tidak akan buat begitu. We must... [Disampuk] Okey, okey, kalau tidak ada bukti, selepas itu sudah sah memang tidak ada bukti, maka pihak berkuasalah boleh buat keputusan untuk mungkin gugurkan...

Mana boleh.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jelutong...

Mana boleh menyalahkan pihak lain, Yang Berhormat.

Boleh, bukan tidak boleh.

You were our Home Minister, Yang Berhormat. Why did you not stand up for us? You were in the same coalition!

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Jelutong.

Sabar, minta maaf. Kita tak nak gaduh. No, no, basically...

You campaigned with us, you campaigned with us... [Pembesar suara dimatikan]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Dewan, please...

Saya belum habis lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Saya memberi laluan kepada Yang Berhormat Pagoh tiga minit lagi.

Ya, minta maaf. Saya cuma hendak habiskan tetapi saya hendak layan itu, pasal ini sahabat saya dahulu. Saya hendak jelaskan, saya ambil tindakan berasaskan undang-undang dan tanggungjawab saya yang telah diamanahkan oleh Kabinet. I was with you then, don’t forget. Sebagai kawan pun, I’m still with you, but soal prinsipnya, tanggungjawab yang telah saya laksanakan, itulah tanggungjawab yang telah pun diputuskan oleh Kabinet. Saya tahu, sampai sekarang ini tidak ada keputusan Kabinet mengatakan mesti kita ambil tindakan. You had 22 months untuk do what you can do…

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

[Bangun]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

But there was an end to the 22 months...

[Dewan riuh]

But you betrayed us, Yang Berhormat. Yang Berhormat mengkhianati kami. Yang Berhormat boleh terlibat secara telus.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat yang tidak diberikan laluan, jangan bangun.

Minta masa sedikit

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Silakan.

Masa sedikit untuk hendak habiskan ucapan saya. Terima kasih. Apa yang diperuntukkan juga oleh subseksyen 4(5)... [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Yang Berhormat jangan lupa bahawa kita ada buat review dan buat rekomendasi beberapa seksyen supaya ia diubah.

[Bangun]

Tidak mengapalah. Whatever you can say, sahabat saya itu saya boleh terimalah tetapi the fact is, kita tidak batal apa-apa pun sampai sekarang ini. Jadi, ini sebab dibahaskan di sini. Saya hendak jelaskan kedudukan sewaktu saya di sana.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

The sunset clause. The sunset clause, sunset.

Ya, saya hendak ringkaskan sahaja, bahawa mekanisme ataupun instrumen pencegahan jenayah bertujuan untuk memudah cara proses siasatan secara menyeluruh, khususnya dalam menangani jenayah keganasan dan ancaman terhadap keselamatan negara. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk memberikan ruang dan masa yang secukupnya kepada pihak Polis untuk melengkapkan siasatan kes kesalahan keselamatan yang bersifat rumit dan kompleks atau jenayah yang amat serius daripada segi magnitud nya. Tidak dinafikan Tuan Yang di-Pertua, mekanisme seperti seksyen 117, Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukkan proses permohonan perintah Majistret sekiranya pihak Polis ingin menahan suspek melebihi 24 jam, dengan syarat ia tidak melebihi 14 hari, bergantung kepada jenis kesalahan. Namun, kita harus juga mengambil kira realiti sebenar di lapangan. Bayangkan cabaran besar yang menanti pihak Polis untuk menyelesaikan Kertas Siasatan dalam suatu tempoh yang singkat. Apatah lagi apabila berdepan dengan insiden yang melibatkan penjenayah sindiket dalam kumpulan yang besar, dan kebarangkalian bahan bukti dihapuskan oleh suspek dalam satu tempoh tersebut.

Dengan tempoh siasatan yang mencukupi, pasukan penyiasat dapat mengumpulkan segala rangkaian bukti dengan izin chain of evidence termasuk mengambil keterangan daripada anggota kumpulan yang ditahan bagi mengesan rakan sejenayah yang lain ataupun pihak yang bertanggungjawab memberikan sokongan ke atas kegiatan jenayah tersebut. Kes keganasan secara berkumpulan lazimnya memerlukan siasatan dan risikan yang lebih terperinci untuk mengenal pasti identiti dan ideologi terbabit. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyatakan saya mendengar pandangan daripada rakan-rakan tadi. Saya bukan Menterinya. Saya fikir ada valid reason to acknowledge apa yang telah disebut oleh rakan-rakan tadi. Mungkin ada kes penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Saya fikir selepas ini akan ada satu

pembentangan RUU yang ada kaitan dengan misconduct dan sebagainya. Itu saya fikir itu relevan untuk kita ambil kira. Akan tetapi, saya juga bersetuju pandangan supaya mungkin sunset clause itu kalau boleh kita guna pakai untuk setempoh lima tahun ke hadapan sahaja. Dalam tempoh lima tahun kalau pihak kerajaan dan KDN boleh meneliti ada proses dan prosedur yang boleh disingkatkan, teknologi yang mungkin lebih canggih digunakan. Mungkin keperluan tempoh masa 28 hari itu boleh dapat dikurangkan, sebagaimana dicadangkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur sebentar tadi saya dengar. Yang Berhormat Ipoh Barat, sebentar tadi. I must recognise there are some facts and arguments yang valid untuk dipertimbangkan. Jadi, untuk tujuan itu sahaja saya hendak menyokong usul Yang Berhormat supaya untuk tempoh lima tahun ke depan kita masih guna pakai seksyen 4(5) ini. Terima kasih.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Jelaslah ini Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri sokong SOSMA ini.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya masa untuk membahas sudah tamat tetapi saya hendak bagi peluang kepada Yang Berhormat Shah Alam. Tiga atau empat minit Yang Berhormat.

Bachok juga Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mohon Bachok sedikit.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan usul ini memang saya berdiri untuk menolaknya. Saya kesian dengan Yang Berhormat Padang Rengas tadi kerana dia tak hendak beri saya ruang untuk mencelah kerana dia pun tahu dia tidak boleh pertahankan hujah dia. Hujah dia mengatakan bahawa SOSMA ini mengambil kira tentang mangsa. Implikasinya ialah, CPC tidak ambil kira tentang mangsa. That is what you are implying. Saya rasa itu semua merupakan satu hujah yang tidak boleh diterima kerana memang CPC telah digubal dengan tujuan untuk bertindak adil di mana hak semua pihak diambil kira termasuk juga soal mangsa. Mangsa dibela oleh pihak pendakwa raya. Untuk hendak membela pihak yang tertuduh kerana dia juga berhak untuk dibela, maka prosedur dan proses perundangan telah ditentukan untuk menentukan bahawa ia adil dan semua dapat pembelaan seperti mana yang sepatutnya. Kedua, dia juga membuat satu disclaimer. Dia kata, “Oh, dia tidak setuju kalau ada berlakunya keganasan. Ada yang ditahan itu diseksa dan sebagainya. Itu saya tidak setuju. Saya tidak setuju”. By making that disclaimer dengan mengatakan, mengeluarkan kenyataan itu, dia mengaku bahawa di bawah SOSMA, penderaan, penyeksaan, pengakuan yang dipaksa boleh dilakukan. The disclaimer itself merupakan satu pengakuan bahawa undang-undang itu tidak adil dan memberi ruang yang begitu besar kepada pihak polis untuk menahan dan mendera orang yang ditahan. Saya hendak bagi tahu semua, just because kalau kita tidak setuju dengan penyeksaan, penderaan dan sebagainya dan kita kata “Oh, kita tidak setuju”, ia tidak lepaskan kamu daripada tanggungjawab untuk menentukan bahawa undang-undang yang diluluskan di dalam Dewan ini adalah undang-undang yang adil.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak beritahu bahawa...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Diam. Kena tambah dua minit lagi.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Bersyarah macam mana pun, manusia ini dia boleh berubah. Hari ini cakap ini, esok cakap lain. Dulu bahas SOSMA, saya tidak Ahli Parlimen waktu itu. Yang Berhormat Shah Alam Ahli Parlimen. Sampai 3.00 pagi PAS

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

menentang habis-habisan SOSMA dengan ayat al-Qurannya, dengan hadisnya. Sekarang boleh sokong. [Ketawa] [Tepuk] Jadi benda manusia berubah ini jangan ambil hairanlah Yang Berhormat Shah Alam. [Ketawa]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, betul Yang Berhormat Kota Raja. Itu poin sebenarnya yang saya hendak sebut. Ramai daripada Ahli-ahli Parlimen yang daripada PAS dahulu. Saya pun dahulu daripada PAS. Kita berhujah sampai 3.00 pagi Tuan Yang di-Pertua, membantah SOSMA kerana ia zalim. Ia merupakan satu undang- undang yang mengambil kira ataupun menganggap orang yang ditahan itu adalah bersalah. Segala yang telah ditentukan oleh CPC dilanggar. Bukan sekadar prosedur daripada segi penahanan. Dia punya Akta Keterangan − ya ini daripada SOSMA punya undang-undang. Dia kata, “Ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950. Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun. Apa-apa ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950...”. Maknanya apa-apa keterangan, apa-apa bukti yang dalam mahkamah yang biasa akan ditolak tetapi di bawah SOSMA, hakim terpaksa terima.

Betul. Betul.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini merupakan satu kezaliman. Saya hendak tanya bagaimana Ahli-ahli Parlimen PAS boleh sokong undang-undang yang zalim yang seperti ini.

[Tidak jelas]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini merupakan yang tidak boleh diterima...

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Dahulu jadi PAS berubah jadi Parti Amanah.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...dan kalau tuan-tuan menyokong undang-undang ini tuan-tuan bersengkol dengan golongan yang zalim. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Jangan kamu condong kepada orang yang zalim. Kamu akan disambar oleh api neraka”. Saya hendak beri peringatan itu. [Tepuk] Saya harap bahawa tuan-tuan dan puan-puan memahami implikasi undang- undang ini yang zalim dan yang menindas rakyat. Bukan sekadar Ahli Politik. Saya tahu Menteri kata “Oh, jangan risau ahli politik”. No, this is not about ahli politik sahaja. Last point, this is not just about ahli politik. Semua orang − We must give them justice dalam pembelaan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Baik. Terima kasih. Saya tolak. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Terima kasih. Oleh sebab PAS disebut, saya kena jemputlah Yang Berhormat Bachok sebagai pembahas terakhir ya.

Tidak payahlah Yang Berhormat Bachok.

Amat-amat berterima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Padang Serai minta PAS...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk perbahasan usul melanjutkan tempoh kuat kuasa subseksyen 4(5) SOSMA ini, saya hendak satu tajuk sahaja. Adakah SOSMA terkeluar daripada landasan keadilan Islam?

[Dewan riuh]

Pertama, saya hendak bercakap pasal nas. Saya tidak hendak sebut ‘nas’, perbincangannya. Hak kerajaan untuk menahan individu yang tidak bersalah, nas

menyatakan jelas itu salah kerajaan. Kedua, hak kerajaan menahan individu yang bersalah sebagai hukuman. Nas adalah membenarkan. Ketiga, hak kerajaan menahan individu yang disyaki bersalah untuk siasatan. Nas ada membenarkan. Keempat...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dia punya prosesnya macam mana?

Diamlah dahulu. Prosesnya... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam. Tadi, tadi Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam, tadi Yang Berhormat Bachok tidak kacau.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Pasal dia yang terakhir. Dia tidak beri kita jawab. Inilah masalahnya.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Kita bahas panjang di luar. Hendak panjang, pendek boleh di luar. Masa tidak ada.

Bahas sekali.

Keempat... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang. Yang

Tuan Yang di-Pertua. Bagi masa saya setengah jam, saya sanggup. Setengah jam saya sanggup bahas di sini.

Tuan Yang di-Pertua

Jangan sampai − Yang Berhormat Sepang.

[Dewan riuh]

Keempat, hak kerajaan untuk menahan individu yang disyaki sebagai satu hukuman. Nas tidak membenarkan. Tuan Yang di-Pertua, ada dua tahanan yang dibenarkan oleh Islam, yang ada nas. Pertama, tahanan sebagai hukuman masuk penjara, ada nas. Itu hukum takzim. Kedua, tahan untuk siasatan. Ada nas daripada Rasullah SAW. Bukan hukuman. Tahan beberapa hari untuk siasatan, ada nas daripada Rasullah SAW dan ijtimak ulama. Kemudian Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan orang yang ditahan ini ada tiga. Dia ditahan dalam keadaan dia dikenali baik. Misalnya, kita orang politik katakanlah kita orang politik ini baik. Ditahan. Ada perbincangan dia. Kedua, rakyat yang tidak dikenali dia baik atau buruk, ada hukum dia dan rakyat ditahan dan dia dikenali kejahatan dia. Dia pernah ditahan atas hukuman. Saya hendak ambil yang rakyat biasa yang ditahan. Kita tidak tahu dia ini baik ataupun buruk sebab dia orang biasa.

Ulama bahaskan tempoh penahanan untuk siasatan. Ada dua pandangan ulama. Pertama hendaklah berkadar, bertempoh dan ulama itu antaranya Abu Abdullah Al- Zubaidi menyatakan daripada Mazhab Syafie kita. Dia mengatakan bahawa kadar tahanan tidak boleh lebih daripada 30 hari untuk siasatan. Maknanya dua hari lebih daripada 28 hari. Itu pandangan pertama. Kedua, pandangan kebanyakan ulama mengatakan tidak. Kerajaan berhak untuk menahan untuk siasatan banyak hari yang dia hendak, bagi. Asalkan itu adalah demi kemaslahatan awam. Saya berhenti setakat itu Tuan Yang di-Pertua untuk menyatakan bahawa...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Tuan Yang di-Pertua, turut dapat penjelasan.

SOSMA tidak keluar daripada landasan Islam. Ada pun baki perbahasan...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Dalam SOSMA.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini fatwa baharu ya. Fatwa baharu.

Kita boleh bincang di masa lain. Saya sanggup. Dalam ataupun luar Dewan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Dahulu lain, sekarang lain.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

[Tidak jelas]

[Dewan riuh]

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

[Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, tiga minit.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tolong Yang Berhormat. Yang Berhormat–Yang Berhormat.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Kota Raja.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan]

Mari kita keluar. Kita bahas di luar.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin ShaaryPAS · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) · Pengkalan Chepa

Undi.

Saya boleh bahas... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kota Raja. Tidak apa. Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Kota Raja. Cukup, cukup. Point taken. Sudah cakap, sudah cakap. Tidak apa. Sudah dengar, sudah dengar, sudah dengar. Duduk, duduk.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai. Cukuplah, cukup, duduklah. Cukup, cukup. Cukup, cukup. Yang Berhormat Padang Serai last tiga minit. Tiga minit.

On microphone, on microphone.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

On, on microphone.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh saya buat satu penjelasan Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Tiga minit Yang Berhormat.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebagai veteran tentera...

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Tidak jelas] ...Kalau hakim sudah kata nas Islam. Kalau hakim sudah kata orang itu sudah... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat Beruas sudah habis. Sudah habis. [Disampuk] Tidak payah, dia sudah duduk. Sudah habis masa. Sudah habis masa. Seorang sudah tiga minit. Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas. Tiga minit.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Saya dengan rendah hati ingin membahaskan usul yang dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri mengenai SOSMA. SOSMA merupakan satu akta yang wujud dalam melindungi kedaulatan negara daripada ancaman luar. Yang Berhormat Menteri kalau sebut SOSMA atau Rosmah memang jadi masalah.

[Dewan riuh]

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah satu akta seperti yang dinyatakan oleh kerajaan adalah untuk melindungi negara daripada pelbagai jenis kesalahan yang berlaku dalam negara dan luar negara. Isu yang bagi saya perlu diberikan perhatian adalah menyalahgunakan akta ini bagi kepentingan politik, itu yang saya tidak mahukan. Penyalahgunaan ini akhirnya akan memberi ketidakadilan kepada rakyat. Maka apa yang ingin saya cadangkan perlu ada penjelasan agar tiada penyalahgunaan dilakukan bagi kepentingan mana-mana pihak secara kumpulan atau individu. Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan atau dijelaskan, saya cadangkan bahawa akta ini perlu dimansuhkan atau dipinda dalam menjamin keselamatan rakyat dan hak asasi manusia.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Selain itu, saya ingin menyuarakan mengenai tempoh penahanan sehingga 28 hari. Ini merupakan perkara yang tidak patut diwujudkan. Peruntukan sedia ada sudah cukup dalam memastikan objektif akta ini tercapai. Akan tetapi tempoh penahanan hingga 28 hari perkara yang tidak patut dilakukan dan ia melanggar hak asasi manusia. Maka, saya cadangkan bahawa akta ini perlu dipinda jika tempoh penahanan diluluskan oleh Dewan. Sebelum ditangkap, fail dibuka untuk menangkap buat keputusan tahanan. Mengapa lepas tangkap pula 28 hari? Ini bukanlah tangkapan tangkap basah.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Sudah planning siap-siap. Fail sudah buka. Semua maklumat sudah ada. Mengapa kita hendak adakan 28 hari lagi? Kita boleh selesaikan dengan masa yang singkat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Padang Serai. Saya hendak tanya, yang cakap pasal Islam, cakap pasal silap. Apabila dibawa ke mahkamah, mahkamah sudah dapati tidak bersalah. Mahkamah sudah dapati tidak bersalah tetapi Peguam Negara boleh minta supaya terus ditahan. Adakah itu mengikut ajaran Islam? Kedua, yang dikatakan boleh tahan, boleh tahan. Ya betul, boleh tahan tetapi prosedurnya bawa ke mahkamah dahulu, tunjuk ada kes. Barulah boleh buat siasatan. Ini tidak ada, tangkap macam itu sahaja. No proof.

Bukan begitu.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ini saya cakap dengan Yang Berhormat Bachok.

Boleh, boleh Yang Berhormat, kita ada undang-undang.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kalau— apa, undang-undang apa itu. Awak... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Awak tidak baca tentang dia punya... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah alam. Cukup- cukup. Kesian dekat Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri, kalau boleh cari jalan bagaimana boleh jalankan tugas...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak supaya...

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

...Supaya tidak terlibat dalam kesalahan-kesalahan yang gugat keselamatan negara.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

...Islam tidak tercemar.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tutup lubang tikus, ketatkan undang-undang, tidak memberi ruang dan...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya hendak supaya Islam tidak tercemar dengan kata-kata Yang Berhormat Bachok yang... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai. Ya.

Sudah Yang Berhormat Bachok, jangan jual agama. Malukan orang, buang kopiah lah. Malukan orang sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Seminit-seminit.

Boleh kita bahas.

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Saya jemput datang ke Jom Channel kita bahas. Satu jam.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Menteri kalau boleh cari jalan bagaimana boleh...

Hoi. Bai’ah mana. Bai’ah, Bai’ah.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

...Jalan tugas supaya tidak terlibat dalam kesalahan-kesalahan yang gugat keselamatan negara. Tutup lubang tikus, ketatkan undang-undang, tiada memberi ruang dan peluang untuk membuat kesalahan berikut. Dengan ini Yang Berhormat Menteri tidak perlu adakan SOSMA lagi. Dengan ini saya tidak sokong tetapi kesian sama Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, terima kasih. Yang Berhormat semua. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 20 minit Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Tuan Yang di- Pertua. Saya mendengar hujah-hujah yang dibangkitkan oleh semua Ahli Yang Berhormat tentang usul yang telah pun saya cadangkan tadi. Sebenarnya usul yang saya cadangkan hanyalah membabitkan tentang seksyen 4(5) iaitu untuk meneruskan lagi lima tahun SOSMA ini dalam waktu kita hendak melakukan siasatan, ia memerlukan 28 hari. Jadi, hujah-hujah 28 hari itu adalah sesuatu yang telah pun diambil kita dan telah pun saya jelaskan dengan sejelas-jelasnya.

Datuk Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Pertamanya tentang kesalahan keselamatan yang telah pun saya baca dengan teliti tadi. Saya hendak sekali lagi supaya semua Ahli Parlimen di sini. Saya tahu yang di sebelah sana akan terus tidak menyokong. Akan tetapi yang pentingnya saya hendak jelaskan supaya rakyat mendengar kesalahan keselamatan yang telah pun termaktub dalam Jadual Pertama SOSMA tersebut hanya termaktub kepada Bab VI iaitu kesalahan terhadap negara, Bab VIA kesalahan yang berhubungan dengan keganasan, Bab VIB - jenayah terancang, Bab IIIA -penyeludupan migran, Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015. Akan tetapi daripada contoh-contoh yang dibangkitkan, yang banyak sekali dibangkitkan adalah tentang janji saya tentang penggunaan subseksyen 4(3). Saya kata insya-Allah subseksyen 4(3) “Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya.” Saya lakukan ini dan saya berani menjaminkan ini.

Datuk Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Seperti Yang Berhormat Pagoh kata tadi. Saya apabila menjadi Menteri di sini, saya buka semula tentang apa yang telah pun dibincangkan oleh Kerajaan Malaysia. Tidak kiralah, kumpulan mana, parti mana. Asalkan ia merupakan kerajaan maka saya tengok semula dan dari situ memang benar apa Yang Berhormat Pagoh kata tadi. Saya bukan hanya hendak mempertahankan apa yang beliau katakan tetapi perbincangan itu menunjukkan bahawa semua bersetuju ketika itu Jemaah Menteri yang ada. Siapa yang jadi Jemaah Menteri ada dalam itu. Tidak payah asyik hendak baca, tidak payah hendak bangkit hendak menentang apa yang berlaku kerana bersetuju untuk adakan pindaan. Salah satunya adalah tentang subseksyen 4(3) ini. Saya bersetuju sebab itu saya memberikan jaminan. Saya sudah kata kalau kita bersetuju hari ini, bulan 10 pun kita boleh buat supaya ada pindaan kepada subseksyen 4(3) ini untuk tidak kita menangkap mana- mana ahli politik dalam kes SOSMA ini. Ini yang harus kita lakukan. Jadi fasal apa yang hendak bangunkan lagi. Pada minggu lepas, Yang Berhormat Puchong ada bangkitkan dan saya kata setuju. Sebelum itu pun saya sudah kata, terima dulu dan insya-Allah saya setuju dan akan saya buat. Hendak memastikan supaya cadangan yang dibangkitkan...

Yang Berhormat Menteri, boleh bagi laluan.

Nanti dulu, nanti dulu. Biar saya jelaskan dulu. Kemudian apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Rengas mencadangkan supaya beberapa seksyen di bawah kesalahan terhadap negara itu, Bab VI itu kita keluarkan dan saya kata okey. Hari ini saya hendak maklumkan, ini adalah satu cadangan yang baik. Sepatutnya kita terima untuk kita memastikan, nanti tidak timbul lagi masalah-masalah yang dibangkitkan seperti cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Ini boleh menjadi satu persepsi yang seolah-olah SOSMA ini melakukan kezaliman terhadap beberapa ahli politik. Saya kata boleh, saya bersetuju atas cadangan Yang Berhormat Padang Rengas yang dibangkitkan oleh beliau tadi. Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Begitu juga dengan beberapa seksyen yang dikatakan, seperti mana-mana sahaja yang ada iaitu seksyen 124B, “Aktiviti Yang Memudaratkan Demokrasi Berparlimen”. Itu tidak payah kita adakan kerana kalau ada kesalahan-kesalahan yang lain boleh kita masukkan di dalam bab-bab yang lain. Oleh sebab itu, saya merasakan boleh kita bincang dan perbincangan itu akan kita lakukan selepas ini untuk kita dapatkan secara detail gravity of offences supaya tidak timbul lagi masalah-masalah yang mengatakan ada berlakunya kezaliman di sini.

Boleh bagi laluan.

Kezaliman ini berlaku adalah semata-mata persepsi kerana kebanyakan...

Tuan Yang di-Pertua, boleh minta laluan, Yang Berhormat Menteri.

Saya rasalah ini lah Menteri yang ada dahulu, saya rasa masa mereka bincangkan itu macam itulah suara “ha, ha, ha’’ .

Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak bagi laluan.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Ya, memang.

[Tidak jelas]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

[Tidak jelas] ...Memang kita tolak.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, decorum. Yang Berhormat Sepang, hemah.

Bila saya hendak menjawab ini.

Minta laluan boleh?

Tunggulah dulu. Bila saya bagi laluan, saya akan dengar. Jadi semasa saya hendak berhujah...

Biasalah kalau you hulur orang boleh tanyalah.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Biasa lah tidak akan tidak tahu.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Pathetic lah, come on.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang.

Susah betul bila hendak bercakap.

Memang sebab you Menteri goblok, Menteri bodoh. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang, duduk. Yang Berhormat Sepang. Sekejap. Saya hendak bagi amaran terakhir kepada semua.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Tuan Yang di- Pertua bagi amaran, saya rasalah.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Tarik balik.

Saya tidak mahu dia tarik balik. Saya tidak mahu dia tarik balik sebab Ahli Parlimen yang ada yang mengeluarkan kata-kata seperti ini sepatutnya kita keluarkan dia mulai hari ini dan insya-Allah rakyat tahu orang yang seperti ini tidak akan diberikan lagi duduk dalam Dewan yang mulia ini. Jadi itu yang saya minta.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, jadi yang pentingnya kepada saya adalah untuk kita mendapatkan kepastian kezaliman yang bagaimana yang dibangkitkan. Ada yang mengatakan bila kita tangkap sepatutnya kita bawa mengikut KTJ seksyen 117.

Betul saya pun bersetuju, ada banyak kesalahan. Ada yang bagi contoh, contohnya pembunuhan (murder case). Mengapakah boleh diberikan dalam masa 24 jam? Inilah kekeliruan yang saya katakan tadi. Semasa kita membentangkan SOSMA dulu lagi, masa Menteri yang membentangkan itu Yang Berhormat Padang Rengas, bentang ketika itu. Dia telah menjelaskan bahawa kalau pembunuhan itu kes satu dengan satu, sebagai satu contoh kesnya. Ia mudah dalam masa 24 jam, kita sudah tahu dia bunuh, kita tangkap dan kita boleh bawa terus reman. Akan tetapi kalau kes yang ada di Tanduo yang ramai, yang matinya pun ramai. Bagaimanakah kita hendak buat dalam 24 jam ini? Fikirlah dulu. Jadi siapa yang bodoh di sini? Fikir dululah.

Datuk Haji Awang bin HashimPAS · PNTimbalan Menteri Sumber Manusia · Pendang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan. Peraturan.

Peraturan.

Unparliamentary kita tidak boleh biarkan perkara-perkara begini berlaku, Peraturan Mesyuarat 36(4), “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab dan membuat pernyataan yang seksis’’ Saya hendak minta fatwa daripada Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kenyataan ‘bodoh’ yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Sepang tadi. Semua orang lain bodoh, dia seorang sahaja cerdik.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya peraturan ini hendak... [Sistem pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Yang Berhormat, duduklah. Yang Berhormat. Tidak apa, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cuma hendak memperingatkan, peraturan kita kena ikut. Selain daripada peraturan pun ada lah etika kita, moral kita macam Yang Berhormat Menteri kata, rakyat di sana pun nampak. Nanti dia orang akan tahulah siapa yang akan....

Tuan Yang di-Pertua hendak minta petua, boleh tidak masa Yang Berhormat Menteri menggulung saya menjawab.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, duduk. Yang Berhormat Sepang, duduk. So, selepas ini tolonglah saya tidak hendak lagi benda-benda, perkataan- perkataan yang macam ini. Saya bagi amaran terakhir, kalau hendak intervene tidak dibenarkan mencelah oleh sesiapa yang mempunyai lantai percakapan, maka tolonglah jangan intervene, buang masa. So, saya kena kuatkuasakan peraturan. Walaupun perkara ini saya tahu perkara yang hangat tetapi kita ini janganlah hangat.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Belah bahagi.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi Yang Berhormat Menteri tolong, yang lain saya mohon sangat-sangatlah ikut peraturan.

Tuan Yang di-Pertua, yang ini yang saya katakan bahawa kalaupun ada kes-kes yang seperti itu. Kalau ia satu kes yang pembunuhan seorang membunuh seorang yang lain memang betullah kita sudah siasat, tangkap dan kita bawa. Betul. Akan tetapi ini masalah yang saya sudah katakan tadi, kalau ia merupakan sesuatu yang besar, mana boleh kita dalam 24 jam kita hendak bawa mereka ini sebab banyak lagi siasatan yang harus kita lakukan.

Jadi sebab itu kita kena faham. Ada pula yang mengatakan, “Oh, kalau begitu mengapa sepatutnya polis belum tangkap sudah buat siasatan dahulu”. Ini pun saya hendak jelaskan kepada mereka yang sudah bangkitkan isu yang sama. Sepatutnya polis sudah cekap, dia sepatutnya sudah boleh siasatan dahulu barulah tangkap. Ceritanya, case-by-case. Ada kes yang memang kita siasat dahulu, kita tengok dapatkan semua maklumat baru kita tangkap. Itu kalau Geng 08 betullah, kita siasat, kita tengok, kita selidik. Sudah sampai masanya kita tengok betul baru kita tangkap. Akan tetapi ada kes yang tiba-tiba berlaku. Macam mana hendak siasat dulu? Fikirlah sikit. Saya tidak kata mereka bodoh tetapi saya kata fikir dahulu. Oleh sebab itulah kita hendak pastikan supaya apa yang kita lakukan ini adalah untuk memastikan bab-bab yang telah pun saya baca tadi. Itu adalah merupakan sesuatu yang besar, keganasan yang menyebabkan sesuatu yang boleh keadaan negara ini menjadi kelam kabut. Ini semualah sesuatu yang saya fikir harus kita berikan tumpuan dan kerana siasatannya memakan masa. Jadi, ada juga yang mengatakan kalau KTJ boleh buat reman.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Kemudian, reman lagi. Bukankah telah pun saya jelaskan tadi. Semasa saya membentangkan cadangan itu, saya telah jelaskan bahawa apabila kita buat seperti ini, reman yang kita bawa itu kadang-kadang ramai. Ini menyebabkan dengan izin, change of evidence yang hendak digunakan Tuan Yang di- Pertua akan menyebabkan perkara-perkara itu sudah pun hilang. Jadi, menyulitkan lagi kesukarannya itu. Itu satu. Keduanya, bila perkara-perkara yang menyebabkan gengsterisme, sebagai contoh. Kadang-kadang, the bosses yang di atas itu, susah betul kita hendak tangkap kalau tidak ada mereka yang di dalam itu yang menjadi saksi. Kadang-kadang, dia mula- mula hendak menjadi saksi tetapi hendak meyakinkan dia hendak menjadi saksi itu pun kadang-kadang memakan sampai satu, dua minggu. Sudah memakan masa kerana hendak meyakinkan dia “Bukan kau sahaja selamat. Keluarga kau pun akan dijaga dengan selamatnya”. Kata lah dia memakan masa sudah pun dua minggu, tinggal berapa hari lah sahaja lagi. Tadi pun telah saya tunjukkan. Dalam masa tempoh tiga minggu (21 hari), kita kena bawa ke agensi untuk menentukan bahawa, “Oh ya, agensi kita betul. Kita boleh tuduh terus”. Di situlah keputusan yang akan dibuat. Jadi, siasatan itu – sebab itu kadang-kadang, tidak payah kita hendak kata ini adalah zalim dan sebagainya. Ia tidak zalim kalau kita tahu bahawa prosedur yang kita lakukan itu adalah kepentingan yang lebih mustahak untuk negara. Kalau di Tanduo yang berlaku di Sabah, kita perlukan SOSMA. Kepada mereka yang tidak menyokong ini adalah hendak membiarkan. Saya rasa tidak adil lah kalau kita kata “Oh, mereka yang ditangkap itu dizalimi”.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Mana hendak biar. Come on lah.

Mereka yang ditangkap itu dizalimi. Mana mungkin mereka yang ditangkap itu dizalimi apabila kita tahu mereka menyalahkan. Tadi ada seorang bangun kata kasihan. Bukan mereka tidak kasihan. Kasihan sebab, ada anggota daripada tentera yang terkorban. Eh, bukan tentera sahaja. Banyak lagi mangsa yang terkorban. Polis, enforcement yang lain. Begitu juga dengan penduduk-penduduk di situ. Ramai. Jadi, ia menimbulkan perasaan yang begitu gusar sehinggakan kita terpaksa mesti ada yang ini. Akan tetapi kemudian kita bincang dan kita akan buat pindaan seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 29 November tahun 2019. Pindaan. Dalam itu Menteri-menteri sebelah sana pun ada. Mereka hendak buat pindaan. Dari situ tidak ada pun yang menyatakan bahawa hendak hapuskan SOSMA. Oleh sebab itu saya yakin apa Yang Berhormat Bachok cakap tadi benar. Jadi fasal apa yang kita hendak argue sesuatu perkara yang telah pun di cakap dengan perkara yang benar.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

[Bangun]

Jadi, tidak payah lah kita hari ini semata-mata hendak menegakkan seolah-olah zalim dan sebagainya.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh dapat penjelasan?

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

[Bangun]

Oleh sebab itulah yang penting kepada kita hari ini adalah sama-sama kita pastikan berikan ketenteraman, menentukan keselamatan negara ini benar-benar terjaga. Ya, Yang Berhormat Puchong.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak perbetulkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Pindaan yang disebut itu termasuk juga memansuhkan apa-apa peruntukan yang tidak adil dan juga boleh membawa kepada salah guna kuasa. Jadi, ini bukan keadaan di mana kalau kita sebut pindaan tidak ada memansuhkan peruntukan- peruntukan yang keras seperti mana di hadapan Dewan pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu, daripada sesi lalu kepada sekarang, nampaknya kerajaan setuju bahawa seksyen 4(5) ini adalah satu seksyen yang perlu dipinda. Saya rasa dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, memang dia pun setuju perlu ada pindaan kepada seksyen ini. Akan tetapi soalnya, kenapa tidak buat sehingga sekarang? Walhal tahu bahawa ini peruntukan yang perlu dipinda, tunggu tidak melaksanakan apa-apa sehingga sekarang. Inilah masalah dia. Di mana kita datang ke Dewan ini, kita sebut ada satu peruntukan yang tidak adil boleh disalah gunakan, perlu dipinda tetapi kita tidak pinda. Akan tetapi minta Dewan untuk kita menguatkuasakannya kembali. Ini masalah dia dan saya minta penjelasan. Kenapa tidak ada sebarang pindaan yang dicadangkan sehingga sekarang? Itu soalan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Boleh saya dapat penjelasan lanjut?

Terima kasih. Saya hendak menjawab yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong. Kita bawa sini bulan Mac. Kalau bulan Mac lulus hari itu, hari ini saya bawa pindaan itu. [Tepuk] Akan tetapi sebab tak lulus, terpaksa luluskan dahulu sebab pindaan harus dibuat.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Kenapa [tidak jelas] . Tidak. Dia punya sunset clause is until July. You can amend before that. [Pembesar suara dimatikan]

Saya hendak buat itu adalah kerana pindaan yang saya tengok yang telah pun ada dalam keputusan Jemaah Menteri, panjang. Ada beberapa perkara dan telah pun saya bincang dengan jawatankuasa bersama dengan PDRM. Hendak memastikan sama ada yang ini boleh atau tidak, ada atau tidak. Ini disebabkan dalam perbincangan itu, sesuatu yang panjang tentang isu ini. Oleh sebab itu apa Yang Berhormat Pagoh cakap itu betul bahawa tidak ada pun yang mengatakan hendak tolak. Tidak. Ada pindaan. Sebab itu saya bersetuju.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

[Bangun]

Mula lagi semasa Yang Berhormat Puchong bawa isu untuk kita buat pindaan itu, saya kata, “Ya. Saya bersetuju”. Oleh sebab itu tadi bila cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Padang Rengas untuk membuktikan bahawa banyak perkara yang patutnya dipinda, saya juga bersetuju. Bukan bermakna – sebab itu ada sunset clause nya. Ada satu masa nanti untuk kita reduce kan beberapa offences yang kita rasa sepatut keluar daripada Jadual Pertama SOSMA tersebut. Ya Yang Berhormat Puchong.

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sunset clause itu ada kerana ada sebab-sebab tertentu. Di dalam akta ini, sunset clause adalah di situ sehingga ataupun daripada sejak permulaan. Tahun 2012, sudah 10 tahun.

Tuan Gobind Singh DeoDAP · PHPuchong

Kenapa tidak ada apa-apa yang dibuat untuk pindakan seksyen 4(5) ini? Itu soal dia. You see what we have here is kerajaan setuju peruntukan ini tidak adil. Akan tetapi datang ke Dewan ini dan minta kita luluskan sesuatu yang tidak adil. Ini masalah dia. If your answer is that, ia tidak boleh dipinda, kalau tidak dikuatkuasakan, itu tidak benar. Ini kerana ia berkuat kuasa sehingga 31 hari bulan ini. Jadi, ada masa yang cukup untuk pinda 4(5). Kalau pindaan dibawa, itu seharusnya dibentangkan. Bukan permohonan untuk kita kuatkuasakan peruntukan yang kita sendiri terima adalah suatu peruntukan yang keras dan boleh salah dilaksanakan, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Puchong. Contohlah, kita hari ini hendak – esok ada satu lagi rang undang-undang iaitu undang-undang tukar parti sebagai contoh. Ia mengambil masa yang lama juga untuk kita bincangkan. Sebab itu saya kata bila bab ini juga, saya sudah kata, perbincangan yang mereka sudah buat dalam isu ini juga, bulan November 2019. Sudah hampir setahun selepas PH menjadi kerajaan. Makan masa juga. Oleh sebab itu saya kata, apa fasal kita hendak argue benda yang kita rasa, okey, hari ini kita bersetuju untuk kita pinda dan kita luluskan ini semata-mata untuk kita tentukan lulus di masa hadapan. Pada saya ini, semua rakan yang ada di sini juga setuju kerana cadangannya datang daripada sebelah sini juga. Bukan kata pindaan itu datang daripada sebelah sana. Pindaan itu juga dicadangkan oleh sebelah sini.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Boleh kita tanya, adakah Yang Berhormat Menteri yakin dua bulan lagi Yang Berhormat akan terus menjadi Menteri Dalam Negeri? [Ketawa]

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri, boleh dapat penjelasan?

Tuan Yang di-Pertua, saya menjadi Menteri dan saya baca kertas Jemaah Menteri, bukan ketika saya jadi Menteri. Jadi, selepas saya pun, sesiapa yang menjadi Menteri, sepatutnya menerima hakikat bahawa kerajaan melalui Parlimen di sini yang benar-benar mempunyai kebijaksanaannya. Bukan seperti mereka yang tidak ada akal.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri, boleh dapat penjelasan?

Tuan Chang Lih KangPKR · PHTanjong Malim

Yang Berhormat Menteri, Tanjong Malim hendak tanya sedikit sahaja.

Oleh sebab itu saya pada hari ini mencadangkan supaya usul yang saya bawa ini diluluskan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, sikit.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Lulus, walaupun zalim.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Yang Berhormat Menteri tidak jawab kerisauan kita.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan tadi.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Cukup, cukup, cukup. Yang Berhormat Menteri sudah habis. Sorry. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana mengakui ia nya zalim.

Yang Berhormat Menteri tidak jawab MIC... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri di bawah nombor satu, dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini, hendaklah disetujukan...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Tapah sokong ke Yang Berhormat Tapah? Keluarlah ...sudah jadi hero.

Tuan Yang di-Pertua

...Yang tidak, kata tidak....

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, saya sudah pungut suara ini, saya terpaksa memberikan keputusannya dahulu. Lebih suara bersetuju. Saya sudah dengar.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, Perkara 46.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah tanya.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

No, berdasarkan... [Sistem pembesar suara dimatikan]

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Tanya yang setuju.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, yang tidak setuju pun saya sudah tanya. Saya sudah tanya...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Itu sebab jangan ganggu saya. Maaf, saya sudah tanya. Ahli-ahli yang bersetuju sila kata bersetuju.

[Usul dikemuka bagi diputuskan]

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini tidak betul. Tadi saya sudah bangkitkan Peraturan Mesyuarat Perkara 46.

Mana boleh begitu, tidak boleh. Apalah Tuan Yang di-Pertua, you barulah.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Lebih 15 orang Ahli bangun maka dia perlu Belah Bahagian. [Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan Belah Bahagi]

Tuan Yang di-Pertua

SUDR tolong...

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Berdasarkan kepada prinsip amar makruf nahi mungkar.

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih daripada 15 orang Ahli bangun meminta diadakan Belah Bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4) saya memerintahkan supaya suatu Belah Bahagian diadakan sekarang. Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit. [Loceng dibunyikan]

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum kita memulakan proses pengundian, saya ingin umumkan senarai nama penghitung undi dan pemerhati bagi pengundian Belah Bahagian yang akan diadakan. Untuk Blok A Yang Berhormat Santubong penghitung undi; pemerhatinya Yang Berhormat Tanjong Malim. Untuk Blok B, Yang Berhormat Kepala Batas, pemerhati beliau ialah Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Batu Gajah, silakan. Untuk Blok C Yang Berhormat Hulu Terengganu dan pemerhati beliau ialah Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Kangar ya. Blok D1 Yang Berhormat Jempol, pemerhati beliau ialah Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Hulu Langat. Blok D2 Yang Berhormat Kluang, pemerhati beliau ialah Yang Berhormat Sabak Bernam. Blok E Yang Berhormat Lumut dan pemerhati beliau ialah Yang Berhormat Kemaman. Blok F Yang Berhormat Lanang, pemerhati beliau Yang Berhormat Parit. Akhir sekali, Blok G Yang Berhormat Sungai Petani, pemerhati beliau ialah Yang Berhormat Sibuti. Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi dan pemerhati, sila ambil tempat masing-masing di hadapan Blok masing-masing Yang Berhormat ya. Semua sedia? Semua sedia maka undian dijalankan sekarang, pintu akan ditutup ya. Undian dijalankan sekarang.

[Dewan berbelah bahagi]

Tuan Yang di-Pertua

[Pengundian dijalankan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi belah bahagian yang baru dibuat tadi ialah seperti berikut; Yang bersetuju seramai 111 orang. [Tepuk] Yang tidak bersetuju seramai 88 orang. Yang tidak hadir seramai 21 orang. Maka usul disetujukan, terima kasih. [Tepuk]

Usul Menteri Dalam Negeri — Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 — Ahli-Ahli Yang Bersetuju:Motion

1. YAB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 6. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 7. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian)

8. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 9. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 10. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 11. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 12. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 13. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 14. YB. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 15. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 16. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 17. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 18. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 19. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 20. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 21. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 22. YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 23. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) – Timbalan Tuan Yang di- Pertua 24. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 25. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 26. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 27. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 28. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 29. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 30. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 31. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 32. YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 33. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 34. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 35. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 36. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 37. YB. Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 38. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 39. YB. Datuk Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 40. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 41. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 42. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 43. YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 44. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 45. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 46. YB. Datuk Ali bin Biju (Saratok) 47. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 48. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 49. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 50. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 51. YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 52. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 53. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 54. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 55. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 56. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 57. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 58. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 59. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 60. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 61. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 62. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 63. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 64. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 65. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan)

66. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 67. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 68. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 69. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 70. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 71. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 72. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 73. YB. Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 74. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 75. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 76. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 77. YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang (Kota Samarahan) 78. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 79. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 80. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 81. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 82. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 83. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 84. YB. Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 85. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 86. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 87. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 88. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 89. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 90. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 91. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 92. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 93. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 94. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 95. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 96. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 97. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 98. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 99. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 100. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 101. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 102. YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Haji Mohd Dun (Beaufort) 103. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 104. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 105. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 106. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 107. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 108. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 109. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 110. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 111. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)

Usul Menteri Dalam Negeri — Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 — Ahli-Ahli Yang Tidak Bersetuju:Motion

1. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 2. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 3. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 4. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 5. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 6. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 7. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 8. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 9. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom)

10. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 11. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 12. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 13. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 14. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 15. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 16. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 17. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 18. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 19. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 20. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 21. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 22. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 23. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 24. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 25. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 26. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 27. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 28. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 29. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 30. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 31. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 32. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 33. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 34. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 35. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 36. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 37. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 38. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 39. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 40. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 41. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 42. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 43. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 44. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 45. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 46. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 47. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 48. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 49. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 50. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 51. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 52. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 53. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 54. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 55. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 56. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 57. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 58. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 59. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 60. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 61. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 62. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 63. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 64. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 65. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 66. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 67. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 68. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong)

69. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 70. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 71. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 72. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 73. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 74. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 75. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 76. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 77. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 78. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 79. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 80. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub) 81. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 82. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 83. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 84. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 85. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 86. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 87. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 88. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)

Usul Menteri Dalam Negeri — Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 — Ahli-Ahli Yang Tidak Hadir:Motion

1. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 2. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 3. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 4. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 5. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 6. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 7. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 8. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 9. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 10. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 11. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 12. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 13. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 14. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 15. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 16. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 17. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 18. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 19. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 20. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 21. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu)

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri silakan.

Datuk Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

Yang penting lawan kezaliman.

Tengok-tengok juga Yang Berhormat Shah Alam Yang Berhormat Menteri, kalau ada pergerakan dia, saya ingat siasatlah. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Pohon Yang Berhormat semua beri laluan kepada Yang Berhormat Menteri untuk memberi huraian mengenai rang undang-undang bacaan kali kedua. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu bahawa Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia merupakan negara yang berdaulat dan berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi dalam negara. Oleh yang demikian, dalam menggubal mana- mana akta dan undang-undang, kerajaan perlu memastikan – ini adalah bacaan yang...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Belum habis.

Belum habis yang tadi kan? Bacaan kali kedua atau kali Ketiga?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Kedua.

Yang ini... [Sambil menunjukkan senaskah dokumen]

Tuan Yang di-Pertua

Kali Kedua.

Jadi, mereka confused-kan saya Tuan Yang di-Pertua, sebab tadi usul.

Tuan Khalid bin Abd SamadAMANAH · PHShah Alam

You have always been confused lah Yang Berhormat Menteri. Memang Yang Berhormat ni confuse...

[Dewan riuh]

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Jangan salahkan orang lain

Menteri kena sabotaj. Tangkap dia orang ini.

Tangkap SOSMA itu.

Oleh sebab itu SOSMA selalu tersalah tangkap orang ini.

Okey. Oleh yang demikian, dalam menggubal mana-mana akta dan undang-undang, kerajaan perlu memastikan bahawa ia selari dengan Perlembagaan. Dalam hal ini, Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 yang akan dibahaskan pada hari ini dilihat sebagai satu

undang-undang baharu yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan memberi keadilan kepada pasukan PDRM dan juga orang awam. RUU IPCC 2020 ini digubal dengan menitikberatkan prinsip-prinsip keadilan di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. RUU IPCC ini memberi fokus kepada penubuhan suatu badan untuk melaksanakan siasatan, manakala tindakan dan hukuman tatatertib masih dikekalkan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut peruntukan sedia ada di dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan. Dasar ini juga diguna pakai oleh kerajaan dalam merangka Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) 2009. RUU IPCC ini digubal setelah dibuat perbandingan di antara Independent Office for Police Conduct dan Independent Police Complaints Council Hong Kong dan juga Independent Office for Police Conduct United Kingdom di mana negara tersebut mempunyai badan pemantau yang bertindak sebagai oversight body. Kedua-dua badan bebas ini hanya menjalankan kuasa siasatan ke atas salah laku dan hasil dapatan akan dikemukakan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk diambil tindakan. Setelah perbandingan dibuat, KDN telah membentangkan RUU ini kepada mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2020 dan RUU IPCC 2020 telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri. Tuan Yang di-Pertua, konsep penubuhan IPCC telah mengambil kira sepenuhnya perkara-perkara berikut: Pertama, IPCC mengamalkan prinsip pengasingan kuasa selaras dengan sistem pentadbiran negara. IPCC yang akan ditubuhkan kelak hanya berperanan untuk menjalankan siasatan dan mengesyorkan tindakan tatatertib ke atas anggota pasukan polis kepada SPP tanpa menentukan jenis hukuman. Kedua, bersifat terbuka dan adil kepada anggota pasukan polis. Menerusi RUU IPCC 2020, keanggotaan Suruhanjaya adalah terbuka kepada semua individu termasuk pekhidmat awam dan pesara polis. Individu yang akan menganggotai Suruhanjaya adalah berdasarkan kelayakan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan apa-apa perkara lain yang akan ditentukan kelak. Ini bermakna sekiranya individu tersebut mempunyai kelayakan seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya, maka mereka boleh dilantik menganggotainya. Ketiga, berperanan sebagai mandatory referrals. Merujuk kepada klausa mandatory referrals, IPCC memperuntukkan supaya semua kes yang melibatkan kecederaan serius, kematian dan jenayah seksual terhadap orang dalam tahanan atau jagaan polis dilaporkan kepada pihaknya untuk tindakan selanjutnya. Peruntukan mandatory referrals ini berupaya untuk memastikan penyiasatan jenayah yang telus dapat dijalankan oleh anggota pasukan polis, meningkatkan integriti anggota pasukan polis, menghapuskan persepsi negatif orang awam terhadap pasukan polis dan menggelakkan penyiasatan yang berat sebelah bagi menutup kesalahan pasukan polis. Bagi membolehkan siasatan ke atas aduan yang diterima oleh IPCC dijalankan secara inklusif dan komprehensif, wakil daripada SUHAKAM boleh dijemput untuk bekerjasama dengan pasukan siasatan IPCC terutamanya bagi kes kematian dalam tahanan. RUU IPCC 2020 ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis. Matlamat RUU yang dicadangkan adalah untuk mempertingkatkan integriti pasukan polis, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota pasukan polis dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis. RUU IPCC 2020 ini mengandungi tujuh bahagian seperti berikut— Bahagian I memperkatakan perkara permulaan yang mengandungi tajuk ringkas dan tafsiran. Bahagian II akta yang dicadangkan ini memperkatakan penubuhan, fungsi dan kuasa Suruhanjaya.

Bahagian III akta memperkatakan mengenai pentadbiran Suruhanjaya termasuk pelantikan Setiausaha dan pengambilan khidmat perunding. Bahagian IV akta mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan pengurusan aduan oleh Suruhanjaya termasuk cara aduan boleh dibuat. Bahagian V akta mengandungi peruntukan mengenai kuasa penyiasatan oleh Suruhanjaya dan pegawai Suruhanjaya termasuk kuasa untuk memulakan penyiasatan salah laku atas inisiatifnya sendiri. Bahagian VI mengandungi peruntukan mengenai kesalahan termasuk kesalahan dalam mengemukakan maklumat palsu. Bahagian VII mengandungi peruntukan pelbagai termasuk memperuntukkan tanggungjawab pasukan polis untuk bekerjasama dengan dan membantu Suruhanjaya termasuklah memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis sebagai suatu badan pemantau bebas dan untuk mengadakan peruntukan mengenai fungsi dan kuasanya, termasuklah kuasa bagi perkara yang berhubungan dengan aduan salah laku dan penyiasatannya, dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Saya telah mendapat senarai pembahas. Saya akan umumkan 18 orang dahulu. Dimulakan oleh Yang Berhormat Pengerang dan diikuti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut— Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Pasir Gudang. Kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Pengerang selama sepuluh minit selaku pembahas utama, Yang Berhormat. Silakan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya? Yang lain bagaimana?

Tuan Yang di-Pertua

Yang lain— terdapat lagi lima selepas itu iaitu Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kapar. Saya terpaksa melihat sama ada terdapat masa lebih pada waktu itu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Kita tengok, kita akan pantau.

Masukkan Kinabatangan juga, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Selepas itu kita akan umumkan. Terima kasih.

Tuan Yang di- Pertua, masukkan Kinabatangan juga ya dalam waiting list.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kinabatangan sekali. Silakan, Yang Berhormat Pengerang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) ini memang agak berbeza dalam banyak perkara. Antara sokong atau tidak, tetapi yang lebih penting ia adalah satu langkah pertama yang mana harapan saya kepada Yang Berhormat, secara peribadi berharap bahawa kurangnya kematian dalam lokap dengan kewujudan ini. Komitmen yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawab kepada kami Ahli-ahli Parlimen mewakili kerajaan bahawa siasatan itu atas mana-mana kematian akan dilaksanakan dengan lebih terperinci dan lebih bebas. Pertama sekali, Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menimbulkan beberapa perkara. Bagi pihak Pengerang, saya menyokong kepada IPCC ini. Akan tetapi, saya terlibat dalam satu jawatankuasa dahulu di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis dahulu di bawah kerajaan sebelum ini. Beberapa perkara perlu kita kaji secara serius yang menjadi satu ungkapan oleh banyak pengamal undang-undang di luar sana. Pertama sekali berkenaan dengan kebebasan keanggotaan Suruhanjaya di bawah fasal 6 dan fasal 14. Saya telah menimbulkan kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan pelantikan Setiausaha yang ia juga dianggap sebagai Ketua Pegawai Eksekutif oleh Jawatankuasa Pemilihan Parlimen tetapi Yang Berhormat telah memberikan jawapan dalam perbincangan libat urus tersebut. Akan tetapi, saya menimbulkan soalan ini sekali lagi kerana— soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, kalau kita bandingkan dengan seksyen 13 di bawah Akta EAIC, Setiausaha dilantik oleh Suruhanjaya. Jadi, soalan pertama saya kepada Yang Berhormat Menteri, kenapakah di bawah IPCC tidak boleh mengikuti contoh pelantikan Setiausaha seperti di bawah Akta EAIC?

Kedua, berkenaan dengan fasal 22 iaitu skop salah laku. Kalau dikaji daripada fasal 22 skop salah laku, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah wujudnya satu syarat yang mana Perintah Tetap Ketua Polis Negara itu tidak boleh dijadikan satu kenyataan, dengan izin, public domain kerana kita tahu bahawa anggota polis menjalankan tugas banyak dalam elemen siasatan rahsia. Jadi, bagaimana hendak tahu bahawa adanya perlanggaran kepada skop salah laku tersebut? Kalau fasal 22 ini kita tengok, skop salah laku itu walaupun kita try tetapi kita tidak boleh menafikan tentang Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO). Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah kerajaan berkompromi dalam perkara tersebut? Kemudian kepada fasal 5. Fasal 5 adalah berkenaan dengan apa yang disebut sebagai kuasa Suruhanjaya. Jadi, di sini persoalan saya pada Yang Berhormat Menteri, dalam klausa berkenaan dengan fasal 5, kita tahu bahawa IPCC hanya akan merujuk didapatkan satu laku kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau badan-badan lain yang berkenaan tetapi tidak mempunyai kuasa kawalan tatatertib ke atas anggota polis. Saya memahami justifikasi tersebut. Akan tetapi, soalannya berapa orang pegawai-pegawai akan dilantik di bawah Suruhanjaya ini? Ini disebabkan daripada kajian yang telah saya buat di bawah EAIC yang mempunyai banyak agensi-agensi kuat kuasa, saya mungkin salah, tetapi dimaklumkan kurang 100 orang pegawai tetap. Jadi, dalam segi pentadbiran, bagaimana hendak dilakukan, sebab kita tahu antara cabaran yang paling besar dalam IPCC ialah who is minding the minders? Ini satu perkara yang amat penting kerana kerajaan bersetuju wujudnya satu kawalan dalam agensi tersendiri. Maknanya dengan izin, Yang Berhormat Menteri telah merujuk kepada sistem yang berlaku di Hong Kong. Akan tetapi, kita tidak boleh menafikan bahawa rujukan agensi tersebut ialah campuran daripada pelbagai agensi-agensi lain. Ia tidak satu source saja. Akan tetapi, di bawah IPCC ini, it is –Dengan izin, who is minding the minders?

Maknanya orang yang sama daripada sistem yang sama, memantau salah laku daripada sistem yang sama. Jadi, isunya ialah apakah kompromi yang hendak dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menentukan salah laku ini tidak berlaku? Kemudian yang paling penting ialah fasal 27. Fasal 27 berkenaan ialah dalam pemanggilan saksi-saksi. Daripada bacaan saya, mungkin saya salah baca ialah kemungkinan daripada fasal ini bahawa IPCC mempunyai kuasa untuk memanggil saksi tetapi saksi tersebut boleh menolak untuk menjawab sebarang soalan. Jadi, soalannya di sini, adakah itu berpatutan? Ini kerana kalau dia menolak, terdapat kemungkinan wujudnya satu senario yang mana IPCC tidak dihormati. Akan tetapi, kalau kita tengok dalam skop yang diikuti dengan EAIC, dalam kuasa untuk mendesak pengeluaran dokumen dan benda-benda lain, Akta EAIC di bawah seksyen 40 dan 43, kuasa penyitaan dan penggeledahan sebarang dokumen dan barangan. Akan tetapi, kalau kita tengok di bawah RUU IPCC, anggota polis boleh menolak sekiranya dokumen barang tersebut diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah OSA. Seterusnya, saya akan membawa kepada soalan berkenaan dengan apa yang disebut dalam fasal 5 dalam kuasa melawat ke premis polis, lokap dan pusat tahanan. Soalannya ialah kenapa perlunya notis awal dikeluarkan? Saya memahami bahawa kemungkinan daripada segi pentadbiran tetapi kalau wujudnya sebagai contoh satu kejadian yang perlunya satu siasatan yang rapi, kemudian diberikan notis, tidak kah itu akan mewujudkan kesangsian dalam proses tersebut? Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk soalan kepada aduan terhadap polis di bawah fasal 24 iaitu aduan terhadap anggota pasukan polis. Kalau rujuk di sini klausa 24, fasal 24 telah mewajibkan pengadu untuk membuat aduan dalam bentuk bertulis bersama butiran-butiran pengadu. Jadi, saya faham tentang elemen membela mereka yang membuat laporan di bawah Whistleblowers Protection Act. Itu selepas pelaksanaan proses menerima, dilaksanakan siasatan dan kemudian dibawa ke mahkamah di bawah Whistleblowers Protection Act. Akan tetapi, dalam preparation, pre-emptive ya, kalau dalam fasal 24 mewajibkan pengadu membuat aduan dalam bentuk bertulis bersama butiran pengadu, saya memahami kalau tidak adanya satu proses untuk mengambil bukti dan laporan kemungkinan, ada salah guna. Akan tetapi, pada masa yang sama, adakah tidak secara tidak langsung proses ini akan mewujudkan satu ketakutan untuk memberikan laporan- laporan? Itu sahaja soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Walau bagaimanapun, harapan saya - tadi saya pun dengar Yang Berhormat Menteri berbahas dan memberikan komitmen. Dalam apa-apa pelaksanaan, saya memahami tetapi saya juga berharap Yang Berhormat Menteri mengambil kira tentang isu hak asasi manusia kerana Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang dikenali di bawah United Nations sebagai salah satu daripada ahli hak asasi. Jadi, pemantauan yang lebih kepada pelaksanaan ertinya. Dengan itu, Pengerang menyokong tetapi harapan menyokong bersyarat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau. Lima minit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya sertai perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020. Tuan Yang di-Pertua, Tebrau sudi sokong RUU ini sekiranya Yang Berhormat Menteri dapat menjawab kesemua soalan yang diutarakan oleh NGO- NGO dan juga beberapa perkara yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Pengerang. Nombor satu, RUU ini telah mengetepikan perundingan yang berjalan selama bertahun-tahun dan adalah langkah menggagalkan usaha bagi memastikan pertanggungjawaban pihak polis. IPCC mempunyai kuasa yang kurang daripada

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan bakal menjadi lagi kurang efektif berbanding SIAP yang sudah pun sedia lama. Kedua, kuasa-kuasa IPCC adalah terhad dan tidak efektif kerana fasal 22(2) mengecualikan Suruhanjaya daripada melakukan sebarang siasatan berhubung salah laku yang didapati dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara, seksyen 96 dan 97 Akta Polis 1967. Ketiga, IPCC di bawah fasal 5(2)(b) perlu memberikan perlu memberikan notis awal kepada Ketua Jabatan sebelum sebarang lawatan tapak dilakukan. Notis awal yang ditetapkan mengurangkan keberkesanan lawatan-lawatan tersebut. Keempat, IPCC tiada kuasa untuk menyiasat di bawah Kanun Prosedur Jenayah. Kuasa tersebut adalah penting dalam melakukan siasatan bagi salah laku tertentu seperti kematian dalam tahanan. Kelima, fasal 27(4)(a) dan (b) memperuntukkan saksi boleh enggan untuk menjawab sebarang soalan dan enggan mendedahkan maklumat dokumen sensitif di bawah fasal 28(5) dan (6) dalam situasi-situasi yang berikut, jika ia akan mendedahkan individu tersebut kepada pertuduhan jenayah, penalti, perlucutan. Ia disahkan oleh Ketua Jabatan bahawa pendedahan tersebut boleh memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara. Jika dokumen tersebut adalah sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan jika individu tersebut berpendapat bahawa jawapan atau dokumen memudaratkan keselamatan negara dan memerlukan kelulusan Ketua Jabatan sebelum didedahkan. Keenam, setelah tamatnya siasatan yang mana terdapat tuduhan salah laku yang telah dikenal pasti, Suruhanjaya hanya diberikan kuasa di bawah fasal 30(1) untuk merujuk hasil siasatan kepada pihak berkuasa berkaitan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ataupun Suruhanjaya Pasukan Polis.

Ketujuh, jawatan kesetiausahaan suruhanjaya yang berfungsi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Menteri Dalam Negeri di bawah fasal 14(2), melemahkan kebebasan suruhanjaya dengan menjadikan pentadbiran suruhanjaya di bawah kelolaan Kementerian Dalam Negeri. Tuan Yang di-Pertua, terlalu banyak kejadian berlaku yang memberikan persepsi negatif serta membuat orang awam mempersoalkan integriti serta profesionalisme amalan polis ketika menjalankan tugas dan penyiasatan. Sebagai contoh, ketiadaan tindakan susulan terhadap laporan dibuat, penyalahgunaan kuasa, ketidakcekapan atau suspek penjenayah terlepas atau bolos, kurangnya akauntabiliti, perhubungan awam yang lemah, rasuah polis, aduan tentang kematian dalam jagaan polis, kematian suspek di lokap. Sehubungan itu, saya memohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan bagaimana Rang Undang-undang IPCC ini boleh meyakinkan NGO-NGO dan orang awam bahawa ia boleh mengurangkan kesalahlakuan polis sekiranya tujuh soalan saya tidak terjawab dengan baik. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Bukit Gelugor, selaku pembahas pertama, 10 minit Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Rang Undang- undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) yang cukup penting dan bukannya kali pertama telah pun dibawa ke perhatian Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, perkara di hadapan Dewan yang mulia ini ialah IPCC tersebut yang telah pun dibentangkan oleh Kerajaan PN berbanding dengan Suruhanjaya Bebas Aduan Salahlaku Polis 2019 (IPCMC) yang dibentangkan oleh Kerajaan PH dahulu. Pada 7 Oktober 2019, RUU IPCMC tersebut telah pun dibacakan untuk kali kedua dan telah pun dibahaskan di peringkat dasar di Dewan ini. Walau bagaimanapun, RUU IPCMC tersebut telah pun

diserahkan semula kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang- undang bagi tujuan penambahbaikan. Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh saya, telah pun mengadakan beberapa siri konsultasi di mana sebanyak sembilan mesyuarat dan siri konsultasi telah pun diadakan bersama stakeholders ataupun pemegang taruh seperti agensi-agensi kerajaan, ahli-ahli akademik serta badan-badan bukan kerajaan. Selain daripada itu, lima sesi pendengaran awam telah pun diadakan iaitu di Kuching, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Terengganu dalam tempoh dua bulan iaitu antara Oktober dan November 2019. Di sesi-sesi pendengaran awam tersebut, platform dan ruang undang-undang telah pun diberikan kepada stakeholders tersebut untuk menyerahkan feedback dan sebagainya. Pada 27 November 2019, satu penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang IPCMC telah pun dibentangkan di atas meja di Dewan yang mulia ini setelah selesai sesi-sesi tersebut. Walau bagaimanapun, ia telah pun ditangguhkan atas sebab-sebab yang tertentu dan baru-baru ini pada 25 Ogos 2020, RUU IPCMC tersebut telah pun ditarik balik oleh Kerajaan PN ini. Persoalan pertama saya Tuan Yang di-Pertua, sama ada Kerajaan Perikatan Nasional telah pun mengadakan apa-apa sesi konsultasi dengan pemegang-pemegang taruh ataupun stakeholders dan badan-badan lain yang berkepentingan seperti orang awam, seperti mana yang telah pun diadakan oleh Kerajaan PH dahulu untuk RUU IPCMC? Ini ialah penting Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana adalah keperluan untuk mendapat feedback tersebut sebelum RUU ini dibentangkan. Sekiranya Kerajaan PN memang telah pun mengadakan sesi-sesi konsultasi tersebut, sila nyatakan dengan terperinci butir-butir sesi tersebut, termasuk tarikh-tarikh, pihak-pihak yang terlibat dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana saya katakan tadi, matlamat IPCC ini menurut preamble-nya adalah kononnya untuk bertindak sebagai— saya quote, “Suatu badan pemantau bebas dan untuk mengadakan peruntukan mengenai fungsi dan kuasanya, termasuklah kuasa bagi perkara yang berhubungan dengan aduan salah laku dan penyiasatan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.” Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, adalah amat diragui memandangkan seksyen 62 yang dicadangkan dalam RUU IPCMC dahulu yang melarang pelantikan seorang ahli ataupun bekas ahli berpasukan polis sebagai ahli suruhanjaya telah pun dikeluarkan daripada RUU IPCMC ini. Dalam erti kata lain, ahli-ahli IPCC ini boleh terdiri daripada ahli-ahli atau bekas ahli pasukan polis. Sudah tentunya ini bercanggah dengan matlamat IPCC ini iaitu sebagai satu badan bebas. Oleh kerana sudah tentunya ia tidak akan menjadi satu badan bebas sekiranya ia terdiri daripada anggota sendiri. Apa yang membawa saya kepada persoalan kedua saya iaitu apakah tujuan sebenar IPCC ini? IPCMC terdahulunya telah pun dicadangkan untuk mengatasi masalah kelemahan-kelemahan Suruhanjaya Integriti, Agensi Penguatkuasaan ataupun EAIC, khususnya ketiadaan kuasa menghukum oleh EAIC tersebut. Ini telah pun membawa kepada EAIC tersebut dirujuk sebagai, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, satu toothless tiger. Memandangkan telah berlakunya banyak kes yang melibatkan keganasan ataupun police brutality, kematian dalam lokap dan lain-lain salah laku yang dikatakan disebabkan oleh pihak polis, maka Kerajaan PH dahulu telah pun bertekad untuk memperkasakan EAIC tersebut dengan memperkenalkan IPCMC. Persoalan ketiga saya Tuan Yang di-Pertua adalah sama ada IPCC adalah berlainan daripada EAIC tersebut. Adalah jelas bahawa jawapannya adalah tidak. Oleh kerana aduan utama RUU IPCC ini adalah bahawa ia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengenakan hukuman di dalam kes-kes yang melibatkan salah laku oleh anggota polis. Ini adalah kerana seksyen 30, subseksyen 1, RUU IPCC ini, suruhanjaya hanya berkuasa untuk merujuk segala dapatan salah laku ataupun kesalahan kepada badan- badan yang berkenaan seperti SPRM dan Police Force Commission setelah mempertimbangkan dapatan-dapatan dan pengesyoran oleh Jawatankuasa Aduan. Dalam erti kata lain, IPCC ini langsungnya tiada sebarang kuasa untuk mengenakan hukuman terhadap seorang anggota polis yang melakukan satu salah laku

tetapi sebaliknya diwajibkan untuk merujuk kes salah laku tersebut kepada badan yang lain. Jadi, apakah perlunya IPCC ini? Lebih baik aduan-aduan salah laku diajukan secara terus kepada badan-badan tersebut untuk mengambil tindakan. IPCMC yang dahulu sebaliknya memperuntukkan atau mempunyai peruntukan- peruntukan yang tertentu Tuan Yang di-Pertua, di dalam Bahagian 6 yang berkenaan dengan prosiding-prosiding untuk menangani kejadian-kejadian salah laku. Di mana IPCMC tersebut mempunyai kuasa tatatertib terhadap mana-mana kejadian salah laku yang dilakukan oleh pihak polis. Tambahan pula, IPCMC juga diwajibkan untuk mendirikan satu lembaga tatatertib yang mempunyai bidang kuasa, antara lain mengambil tindakan berkenaan tindakan- tindakan tatatertib yang boleh mengakibatkan pembuangan kerja atau pengurangan pangkat. Mengikut seksyen 33, RUU IPCMC tersebut, lembaga tatatertib tersebut boleh mengenakan tujuh jenis hukuman bermula daripada amaran hingga pembuangan kerja. Ini menunjukkan bahawa IPCMC tersebut sememangnya diperkenalkan untuk mengatasi masalah salah laku ahli polis yang merupakan sebab utama ia diberi kuasa untuk mengenakan hukuman-hukuman tersebut. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan Bahagian VI IPCMC tersebut, termasuk hukuman yang boleh dikenakan oleh lembaga tatatertib telah pun dikeluarkan daripada Rang Undang-undang IPCC ini. Ini membawa kepada persoalan keempat saya Tuan Yang di-Pertua iaitu apakah guna IPCC ini sekiranya tiada sebarang kuasa untuk mengenakan hukuman sendiri terhadap salah laku-salah laku anggota- anggota polis?

Seterusnya, juga perlu ditekankan bahawa seksyen 22(1)(f) RUU IPCMC yang membolehkan IPCMC mendengar aduan-aduan berkenaan mana-mana jenayah yang dikatakan dilakukan oleh seorang polis telah pun dikeluarkan juga daripada RUU ini. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa IPCC ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar aduan-aduan berkenaan sebarang jenayah yang dilakukan oleh ahli-ahli polis yang membawa kepada persoalan kelima saya Tuan Yang di-Pertua, iaitu apakah tujuan seksyen 26 RUU IPCC ini yang mewajibkan pihak polis untuk merujuk sebarang jenayah seksual kepada IPCC ini sekiranya jenayah seksual tidak tergolong sebagai satu salah laku di bawah bidang kuasa IPCC? Persoalan keenam saya Tuan Yang di-Pertua, adalah apakah perlunya seksyen 24(2) RUU IPCC ini yang mewajibkan sesuatu aduan untuk mengandungi keperluan- keperluan seperti mana yang dinyatakan dalam seksyen tersebut yang agak rumit dan menyusahkan yang terdiri daripada enam keperluan wajib? Dalam erti kata lain, sekiranya seorang pengadu tidak memenuhi enam keperluan wajib tersebut, maka aduannya tidak akan diterima. Ini sudah tentunya tidak akan menggalakkan orang awam untuk membuat aduan terhadap pihak polis. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa RUU IPCC ini tidak bermanfaat sama sekali oleh sebab ia langsung tidak merupakan satu badan yang bebas dan juga merupakan satu toothless tiger seperti EAIC yang dulu. Kerajaan PN telah pun gagal untuk mengiktiraf bahawa adalah perlu untuk menubuhkan satu badan bebas untuk menangani masalah-masalah berkenaan tatatertib dan salah laku pihak polis. Tanpa satu badan yang bebas tersebut, masalah-masalah salah laku tersebut akan terus berlaku dan ini akan menjejaskan keyakinan umum terhadap PDRM tersebut. Saya mohon sedikit masa Tuan Yang di-Pertua, untuk menghabiskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey. Sila rumuskan.

Ini adalah satu perkara yang amat serius dan perlu diambil berat oleh Kerajaan PN ini. Saya terima Tuan

Yang di-Pertua, bahawa kebajikan pihak polis adalah satu perkara yang amat penting juga, tetapi perkara ini perlu dibezakan dengan salah laku pihak polis. Tujuan IPCC ini adalah untuk menangani masalah salah laku polis dan bukannya kebajikan pihak polis. Kebajikan pihak polis tersebut dilindungi ataupun sepatutnya dilindungi dan diperkasakan oleh undang-undang baharu yang boleh diperkenalkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional yang Tuan Yang di-Pertua, sudah tentunya akan disokong oleh PH. Kita seterusnya mengingati bahawa hakikatnya adalah bahawa memang terdapat aduan-aduan daripada orang awam bahawa keganasan polis dan salah laku polis memangnya wujud. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil pendirian bahawa rang undang-undang IPCC ini memangnya patut dikaji semula dan tidak boleh diterima dalam bentuk yang sekarang. Ia sepatutnya dirujuk kepada select committee bagi tujuan dikaji semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jempol, diganti kepada Yang Berhormat Parit. Sila, lima minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota PDRM yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Rang undang-undang ini dibentangkan kerana terdapat permintaan, keperluan dan desakan dalam kalangan rakyat, begitu juga para anggota PDRM yang mahukan pembelaan dan keadilan yang sewajarnya. Pada hemat saya, rang undang-undang ini sememangnya perlu disegerakan dan diluluskan dengan sebulat suara supaya integriti PDRM terus dimartabatkan dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kerajaan yang senantiasa prihatin terhadap kemahuan rakyat dan kebajikan anggota PDRM. Secara umumnya, saya menyokong segala usaha kerajaan yang berpaksikan kepada kepentingan rakyat. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini IPCMC pernah dibawa dan telah pun dibentangkan. Namun, ada bantahan. Antara faktor bantahan tersebut dilakukan kerana IPCMC memperuntukkan kuasa kepada suruhanjaya terbabit untuk menyiasat, menentukan dan mengambil tindakan terhadap anggota PDRM. Dalam erti kata lain, menarik kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di bawah Artikel 140 Perlembagaan Persekutuan berhubung isu-isu berkaitan siasatan dan tindakan tatatertib yang mahu diambil alih oleh IPCMC. Walau bagaimanapun, rang undang-undang IPCC yang kita bahaskan pada hari ini telah menyuntik kelainan baharu dengan mengamalkan pengasingan kuasa iaitu IPCC hanya menjalankan siasatan dan mengesyorkan tindakan tatatertib sahaja. Soalan saya, adakah IPCC ini juga terpakai kepada pesara PDRM, polis sukarelawan serta polis bantuan dan mempunyai autoriti untuk menyiasat kes-kes lama sekiranya terdapat aduan? Adakah suruhanjaya bebas sebegini juga akan diperluaskan kepada agensi penguat kuasa yang lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kastam? Tuan Yang di-Pertua, sebelum kita menyerahkan hal-hal berkaitan integriti anggota PDRM kepada IPCC, perkara utama dan penting yang kementerian perlu pastikan adalah IPCC ini benar-benar bebas, telus dan berintegriti. Saya tidak mahu IPCC yang dibincangkan pada hari ini gagal seperti IPCMC yang terpaksa ditangguhkan untuk melakukan penambahbaikan menerusi pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan. Seterusnya, saya difahamkan bahawa susur IPCC yang dicadangkan akan dianggotai oleh tujuh orang anggota suruhanjaya; Setiausaha Perkhidmatan Awam; Jawatankuasa Aduan Lantikan Akta; Jawatankuasa Siasatan dan Perundangan Lantikan

Akta. Soalan saya, adakah anggota pasukan PDRM boleh dilibatkan dan akan dilantik dalam kalangan tujuh orang anggota suruhanjaya ini? Siapakah individu atau badan yang akan diberikan autoriti untuk melantik ahli suruhanjaya dan anggotanya pula hendaklah terdiri daripada siapa? Adakah akan terdapat sebarang conflict of interest sekiranya perwakilan kuasa dan fungsi IPCC ini diberikan kepada anggota pasukan PDRM di bawah fasal 13 rang undang-undang IPCC ini? Akhir sekali, saya ingin membangkitkan mengenai aspek kebajikan para anggota PDRM. PDRM telah bertapak begitu lama dalam negara, telah memberikan sumbangan besar kepada proses pembangunan serta keselamatan negara. Pada pendapat saya, selain daripada memberi penekanan daripada sudut integriti anggota PDRM, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, hal-hal kebajikan juga hendaklah diselarikan supaya perkara ini dapat bergerak seiring dan dapat menjamin integriti PDRM. Kerajaan perlu turun berjumpa wakil-wakil PDRM secara berkala untuk mendengar keluhan dan pandangan mereka tentang soal kebajikan, pembangunan PDRM dan sebagainya. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada pandangan saya, kandungan dalam RUU IPCC ini telah mengalahkan tujuan objektifnya dan dengan ini, mengurangkan keberkesanannya. Orang ramai pun membantah IPCC ini. Sudah ada satu petisyen yang mana 244,945 orang yang telah menandatangani untuk menolak IPCC dan kembalikan IPCMC. Saya rasa kita perlu dengar suara rakyat. Tuan Yang di-Pertua, laporan daripada RCI tahun 2005 dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah membincangkan tentang IPCMC dan laporan telah dibuat. Mengapa cadangan-cadangan yang berada di IPCMC tidak diikuti? Ini kerana, cadangannya adalah berharga untuk memulihkan integriti PDRM.

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Yang Berhormat Menteri perlu ingat bahawa laporan IPCMC adalah lebih daripada sekadar salah laku pegawai polis kerana juga termasuk mempertahankan kesejahteraan polis. Saya rasa selain daripada kesejahteraan polis, IPCMC juga syorkan untuk mengaudit dan memantau kemudahan operasi dan prosedur kepolisian untuk meningkatkan profesionalisme ketidakberpihakan dan kebertanggungjawaban institusi yang penting ini. Sama juga IPCC mesti mencerminkan institusi yang mendasarkan standard hak asasi manusia yang sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan. So, dalam RUU IPCC ini ada beberapa kelemahan. Satu ialah IPCC tidak mempunyai kebebasan kerana Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk melantik dan memecat pesuruhjaya, membuat peraturan untuk menjalankan IPCC dan mengubah komposisi lembaga disiplin. Akhirnya terlalu banyak kuasa yang diberikan kepada Perdana Menteri untuk mengawal pesuruhjaya. Pelantikan untuk para pesuruhjaya mesti mengikut proses yang terbuka dan telus di mana sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan boleh memohon. Semua pesuruhjaya harus diperiksa oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Kedua ialah RUU IPCC telah memfokuskan kepada mengumpulkan aduan dan tidak mempunyai fungsi untuk menyiasat kes. Peranan membina kapasiti dan kesedaran tiada dalam RUU ini. Bolehkah Menteri menjelaskan mengapa fungsi IPCC tidak konsisten dengan kuasa EAIC termasuk kuasa menggeledah dan juga menyita tanpa waran. Kuasa pesuruhjaya untuk memasuki premis awam perlu diperkukuhkan. Tanpa kuasa ini saya rasa IPCC ini akan menjadi sebagai toothless tiger yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Akta EAIC mempunyai pendengaran awam dan juga suruhanjaya diberi kuasa untuk mengadakan pendengaran tertutup jika syarat tertentu dipenuhi. Mengapakah

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

kuasa seperti ini tidak ada dalam IPCC? Kesalahan yang menghalang suruhanjaya daripada menjalankan tugas mereka perlu dipertimbangkan seperti kegagalan untuk hadir bukti palsu dan sebagainya. Saya rasa perlu diingatkan bahawa Royal Commission of Inquiry 2005 mengambil pandangan yang kukuh tentang bukti dan kenyataan palsu dan terdapat penalti yang terlibat. Mengapakah IPCC ini tidak ada memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk menghukum mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan? Mengapakah juga IPCC tidak memiliki kuasa untuk menyiasat dan menjadi pendakwa untuk menangkap pesalah dan mengadakan prosecutory power dengan izin dan boleh membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi? Saya harap semua isu ini dapat jawapan dan saya mohon untuk menolak RUU IPCC ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Petaling Jaya. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Padang Rengas.

Tuan Yang di- Pertua, saya berdiri untuk menyokong IPCC ini. Ini sebabnya saya menyokong ialah kerana pada sayalah dengan adanya IPCC ini saya rasa kita boleh memperkukuhkan SOSMA. Di mana maksud saya kerana kita selalu dengar bahawa dikatakan iaitu bahawa SOSMA apabila menahan seseorang suspek ataupun yang ditahan selalu dibangkitkan cerita berkenaan dengan mereka diherdik, ditekan sedemikian. Maka apabila perkara-perkara ini dibangkitkan sudah tentulah ia menjadi satu perkara yang menjadi pertimbangan berat oleh orang ramai. Mendengar iaitu bahawa ada orang yang ditahan di bawah SOSMA ini mereka telah pun dianiaya dan bermacam- macam abuse of power dilakukan terhadap mereka. Jadi pada sekarang ini ia hanya merupakan cerita. Sama ada betul ataupun tidak kita tidak tahu. Jadi kalau dengan adanya apa yang dikatakan IPCC ini bermakna mana- mana pihak yang telah pun dianiaya dalam tahanan, maka adalah tempat di mana yang kita boleh membuat pengaduan terhadap penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis sewaktu mereka disiasat. Jadi, tidaklah sepertinya pada hari ini apabila SOSMA ini hendak dipanjangkan lagi lima tahun tahanan selama 28 hari. Maka sedikit sebanyak ia boleh memberi keyakinan kepada rakyat iaitu bahawa dan juga boleh menjadi satu halangan daripada pihak polis yang menyiasat itu melakukan perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh beberapa pihak iaitu orang tahanan ini dipaksa, dianiaya, ditekan kerana kita sudah ada tempat untuk hendak mengadu. Jadi, saya nampak iaitu bahawa IPCC boleh membantu untuk kita memanjangkan permintaan seperti yang diluluskan sebentar tadi 28 hari kerana orang faham iaitu kalau sekiranya berlaku penganiayaan waktu tahanan, maka adalah tempat untuk kita mengadu. Saya sokong — saya difahamkan iaitu bahawa tidak boleh lagi kita terima surat- surat layang. Ini penting kerana bila ada surat layang ini pertamanya — dengan izin sometimes the police force are being asked to go on a wild goose chase. Orang itu tidak bertanggungjawab hanya buat surat layang hendak kena siasat. Jadi, saya bersetuju iaitu supaya surat layang tidak dilayani if we are serious about this. Jadi kita mesti bertanggungjawab. Saya percaya kalau orang yang ditahan itu mereka dianiaya pihak peguam mereka akan membuat aduan dan memberi nama. Peguam pun tahu di mana hendak dihalakan kita punya complaint ini, itu pertama. Keduanya, saya sokong kerana pada keseluruhannya saya merasakan itu bahawa polis telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang sekali. Oleh sebab itulah, negara kita walaupun sudah 60 tahun merdeka masih lagi aman dan damai walaupun ada sedikit sebanyak, satu, dua atau tiga perkara yang telah berlaku pada masa lepas tetapi pada keseluruhannya, 60 years of independence, we are a country which is safe dan sekuriti kita adalah terjamin.

Akan tetapi, saya tidak menafikan iaitu bahawa mungkin ada dua dan tiga orang pegawai pasukan polis yang telah melakukan perkara-perkara yang sebenarnya boleh dianggapkan sebagai menyalahgunakan kuasa. Akan tetapi sebenarnya tiga atau beberapa orang polis yang melakukan perkara itu tidak boleh kita terus mengatakan seluruh pasukan polis ini semuanya kaki buli ataupun kaki menyalahgunakan kuasa. It is not fair to the majority dengan izin. Jadi, dengan adanya saluran ini bahawa kita boleh complaint maka kita boleh menjaga nama baik pihak polis yang telah pun menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Tidak boleh dinafikan. But, we do admit. There are a few officers yang ran overboard dan mereka inilah apa yang dilakukan oleh mereka itu akan dipercakapkan berkali-kali di Dewan Rakyat dan macam-macam lagi. But now, kalau kita ada IPCC maknanya saya yakin dan percaya akan dapat kita menjaga nama baik pihak polis kerana pada majoritinya saya rasa polis telah pun menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Muar, tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Penubuhan suruhanjaya ini sedikit sebanyak mampu mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap PDRM yang juga selaku badan yang menjaga keselamatan negara. Hal ini kerana ia melibatkan soal integriti para pegawai polis yang semakin terhakis disebabkan pelbagai isu, bukan sahaja berkait dengan isu kematian orang dalam tahanan, bahkan isu rasuah dan sebagainya. Oleh itu, apa yang menjadi kebimbangan saya juga adalah wujudnya pertindihan kuasa antara IPCC dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang sedia ada, yang seharusnya memainkan peranan dalam memastikan integriti anggota polis benar-benar dipelihara. Soalan saya, apakah jaminan kerajaan dengan kewujudan suruhanjaya ini mampu menangani masalah salah laku polis yang selama ini dengan kewujudan EAIC terbukti masih belum berjaya menangani masalah serius salah laku polis. Tuan Yang di-Pertua, penubuhan ini juga sebagai salah satu langkah dalam usaha menambah baik institusi Polis Diraja Malaysia. IPCC yang merupakan cadangan titik tengah untuk turut mengambil kira kepentingan dua pihak iaitu masyarakat serta warga polis. Namun begitu, saya ingin memohon pencerahan daripada pihak kementerian berkenaan fungsi sebenar IPCC ini. Saya difahamkan penubuhan badan ini tidak diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap salah laku polis, sebaliknya hanya boleh menyalurkan masalah tersebut kepada Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis atau badan lain. Contohnya, bila berlaku kes rasuah, IPCC perlu merujuk kepada SPRM dan sebagainya. Oleh itu, sejauh manakah IPCC ini memainkan fungsinya untuk menyelesaikan isu salah laku polis jika mereka perlu dirujukkan kepada badan pelaksana sedia ada? Mohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat maklumat mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa IPCC juga boleh dianggotai oleh pegawai PDRM. Sekiranya dakwaan ini benar, saya berpendapat bahawa ia merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan perlu dikaji balik. Oleh yang demikian, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian sama ada dakwaan ini benar atau sebaliknya. Saya mohon penjelasan, berapakah jumlah keanggotaan IPCC yang bakal ditubuhkan? Siapakah yang bakal dilantik menerajui suruhanjaya ini? Apakah kriteria-kriteria utama pemilihan keanggotaan suruhanjaya ini? Sekian Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut berterima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis. SUHAKAM telah melaporkan walaupun laporan itu dinafikan oleh Yang Berhormat Menteri, bahawa terdapat 456 kematian di dalam lokap sehingga tahun 2020. Ini adalah suatu berita yang telah diterbitkan dalam Malay Mail pada 22 Oktober 2021. Walaupun Yang Berhormat Menteri telah menafikan jumlah ini, harus diberi perhatian bahawa jumlah kematian di dalam lokap ini merentas negeri dan kaum. Tujuan rang undang-undang ini digubal adalah saya lihat di antara alasannya yang telah dinyatakan dalam fungsi suruhanjaya seksyen 4 ialah: (i) untuk menggalakkan integriti dalam kalangan anggota polis; (ii) untuk menasihati kerajaan dan membuat syor berhubungan dengan langkah-langkah yang sesuai untuk diambil dalam menggalakkan integriti di kalangan anggota pasukan polis; dan (iii) untuk melindungi kepentingan orang awam mengenai penanganan salah laku mana-mana anggota pasukan polis. Yang Berhormat Menteri, saya memberi tumpuan kepada alasan ketiga, “Untuk melindungi kepentingan orang awam melalui penanganan salah laku mana-mana anggota pasukan polis”. Pada hemat saya, undang-undang ini pada asalnya dihasratkan untuk memberi penekanan kepada alasan ini, “melindungi kepentingan orang awam” kerana saya tidak menafikan bahawa kebajikan anggota-anggota polis adalah sesuatu yang penting dan perlu kita beri perhatian. Malahan, saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Padang Rengas tadi bahawa hanya segelintir sahaja pasukan polis atau anggota-anggota polis yang terlibat dalam salah laku. Secara amnya, semua, kebanyakannya bertindak profesional, mematuhi prosedur dan undang-undang di dalam melakukan penyiasatan, penangkapan dan sebagainya. Jadi undang-undang ini berhasrat untuk menangani masalah yang dilakukan oleh segelintir sahaja anggota-anggota polis. Akan tetapi apakah kesan undang-undang ini? Saya lihat kepada peruntukan-peruntukan kuasa suruhanjaya, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Maafkan saya, seksyen 27(4) yang memperuntukkan bahawa, “Seseorang saksi yang hadir di hadapan suruhanjaya boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkan anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.” Subseksyen (b), “Boleh enggan mendedahkan maklumat sensitif jika diperakui oleh ketua jabatan bahawa pengemukaan maklumat sensitif itu akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara”. Jadi, macam manakah undang-undang ini boleh mengatasi masalah pokok iaitu kejadian-kejadian kematian di dalam lokap? Saya berharap undang-undang ini dirujuk semula kepada jawatankuasa Parlimen kerana kalau ia diluluskan pada hari ini, ia tidak akan mempunyai apa-apa kesan. Saya juga berharap supaya undang-undang ini disemak semula supaya akta ini diberikan more bite dengan izin, diberikan lebih kuasa di mana seseorang saksi yang diperintahkan untuk hadir di hadapan sesuatu suruhanjaya yang menyiasat salah laku ataupun kematian di dalam lokap boleh memaksa seseorang saksi itu bercakap dengan benar di bawah sumpah. Sekiranya saksi itu enggan memberi sebarang keterangan, maka tindakan- tindakan seperti menghina, seperti yang boleh dilakukan di mahkamah (contempt of court) dengan izin juga diambil terhadap seorang saksi. Kalau tidak, undang-undang ini hanya walaupun niatnya ikhlas untuk mengawal salah laku di antara anggota-anggota polis, saya

kurang pasti sama ada undang-undang ini boleh mencapai objektifnya kerana rata-rata peruntukan ini tidak memberikan sebarang kuasa kepada suruhanjaya untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap anggota-anggota polis yang melakukan salah laku. Saya minta maaf, saya tidak menyokong. Saya memohon agar undang-undang ini dirujuk kepada jawatankuasa Parlimen. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk bagi keterangan dan sokongan kepada undang- undang yang dibawa oleh kerajaan. Saya tak nak masuk dalam isu technicality dalam undang-undang ini tetapi keseluruhannya saya nampak kita telah pun buat hujahan atas bill ini, di antara IPCC dan IPCMC sudah lama dah. Kalau tidak silap saya, dalam empat tahun hingga lima tahun yang kita telah bincang bill ini dan dua kali masuk ke dalam Parlimen untuk kita tentukan di atas penubuhan bill ini. Hari ini kita ada satu akta baharu IPCC yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bagi sedikit keterangan di bawah IPCC ini ialah permulaan sebuah jawatankuasa tribunal suruhanjaya yang akan ditubuhkan oleh kerajaan dan ini ialah satu step forward untuk kita pastikan bahawa sekarang Polis Diraja Malaysia kena jawab.

Suka atau tidak suka bila kita ada IPCC ini, Polis Diraja Malaysia kena jawab dan anggotanya ialah orang-orang yang akan dipilih, akan ditentukan oleh Perdana Menteri. Saya pasti bahawa ada orang-orang dengan integriti yang tinggi di dalam Polis Diraja Malaysia yang boleh duduk di dalam IPCC dan buat keterangan dan juga mereka boleh buat siasatan dalaman dalam isu ini. Saya harap kita boleh mula dengan itu. We have one foot in. Kita kena teruskan dengan cara macam mana kita hendak atasi masalah-masalah yang baru-baru ini telah dilihat dan telah pun dengar dengan beberapa isu tentang Polis Diraja Malaysia. Satu- satunya ialah kematian di dalam lokap. Saya setuju, saya pun hendak jawab juga apa sebab ada kematian di dalam lokap. Akan tetapi tentunya bukannya semua sebab polis. Ada banyak yang kena tangkap ini ialah ada kesakitan dan sebagainya. We cannot just decide ataupun buat satu andaian bahawa ini adalah sebab polis. Oleh sebab itu IPCC yang kita akan introduce untuk kali ini, saya ingat baik untuk kita gunakan sebagai permulaan. Kalau kita hendak revisit IPCC kemudian, selepas itu kita boleh tengok cara macam mana telah kita lakukan ini untuk satu ke dua tahun. Selepas itu kita ada idea-idea baharu ataupun hujah-hujah baharu yang boleh digunakan dan Parlimen boleh tentukan bahawa kita boleh bagi lebih kuasa kepada IPCC untuk masa depan yang akan datang. Di dalam ini saya hendak cadangkan kalau boleh Yang Berhormat Menteri, bahawa keanggotaannya yang terlibat sekarang ada tujuh orang dan sebagainya. Anggotanya kalau boleh, ada dua orang dari Ahli Parlimen, dicadangkan untuk diletak di dalam tribunal ini. Siapa-siapa itu kita boleh tentukan kemudian tetapi kalau ada macam itu, the question of liability is more open. Kita boleh gunakan cara ini untuk kita tentukan bahawa IPCC ini ialah satu-satunya badan yang bebas dan juga dengan integriti tinggi. Kita boleh gunakan ini untuk masa depan yang akan datang. Sekali lagi saya hendak katakan, IPCC ini bukan toothless tiger. Kalau toothless tiger ini, kita nampak tiger pun kita larilah dahulu. Kita sudah tunggu, kita tengok dia ada gigi kah tidak ada gigit tetapi kalau kita sudah ada satu bill yang dimulakan dan kita akan gunakan, saya minta sangat untuk Ahli-ahli Parlimen dan kawan-kawan kita untuk bagi peluang untuk bill ini diluluskan. Pada masa yang sama, untuk Menteri dan juga kementerian dan Perdana Menteri untuk tentukan bahawa orang-orang yang akan dinamakan di dalam tribunal ini ialah

orang-orang dengan integriti dan faham apanya tugas mereka di dalam IPCC ini dan kita boleh lanjutkan untuk masa depan yang akan datang. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan. Saya seperti rakan saya Yang Berhormat Jelutong, tidak menyokong RUU ini sebab saya anggap dan saya boleh tunjuk sekarang, RUU ini tercacat dari segi fundamental. Apa aspek itu? Kita kena kembali ke sejarah untuk faham itu, Tuan Yang di- Pertua. Sejarah IPCC, IPCMC dan sebagainya, bermula pada tahun 2005. Pada masa itu, ada beberapa kes salah guna kuasa polis, penembakan, kematian dalam lokap, extrajudicial killing, dengan izin yang telah menerima publisiti yang luas. Kerajaan Barisan Nasional masa itu menubuhkan suruhanjaya untuk isu ini termasuk isu kebajikan polis dan sebagainya, yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim, Tun Dzaiddin. Mereka membuat satu laporan menyeluruh. Mereka pun telah membuat satu draf menyeluruh untuk Akta IPCMC pada masa itu. Akan tetapi apabila kita lihat apa yang kita ada sekarang, jelas adalah sangat tercacat. Prinsip pada masa itu yang difahamkan ialah negara kita memerlukan satu badan yang bebas daripada polis untuk menyiasat tuduhan salah laku terhadap anggota polis, itu asas. Masalah-masalah itu sampai sekarang ialah apa-apa tuduhan salah laku oleh polis, disiasat oleh polis sendiri. Oleh sebab itu siasatan yang dibuat tidak sempurna, bermasalah dan sebagainya. Inkues-inkues yang dijalankan kematian dalam lokap pun tidak berjaya ataupun tidak sampai kebenaran sebab siasatan polis tercacat. So, itu sebab tidak dilakukan oleh badan yang bebas. Akan tetapi, adakah sekarang kita selesai masalah itu dan tubuhkan macam contoh di Hong Kong? Hong Kong betul-betul ada satu badan yang bebas. Maksudnya, bila aduan dibuat kepada badan itu, yang siasat bukan polis lagi tetapi badan yang mungkin mantan pegawai-pegawai polis yang berpengalaman dengan kemahiran yang boleh siasat. Sekarang kita melihat Tuan Yang di-Pertua, di seksyen 25, bila Suruhanjaya IPCC ini menerima satu kompelin, aduan itu akan diklasifikasikan satu kategori kalau ia meliputi perkara di bawah seksyen 96, seksyen 97 Akta Polis, tidak boleh disiasat, akan rujuk di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di sini, kalau aduan itu melibatkan kesalahan di bawah Akta MACC (SPRM), mereka akan dirujuk kepada SPRM, rasuah. Ini yang menjadi problem. Dengan izin saya baca dalam bahasa Inggeris, “Where the complaint...”, nanti saya cari dalam bahasa Melayu. “Jika aduan melibatkan apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, aduan itu hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan iaitu pihak polis”. Jadi, hampir semua aduan yang serius adalah melibatkan rasuah dan juga macam seksa dalam lokap, kematian dalam lokap, penembakan, inilah contoh serius. Semua ini melibatkan unsur jenayah. Mengikut peruntukan macam ini, akan dirujuk balik pada pihak polis untuk siasat. Jadi, kita tidak ubah apa-apa yang fundamental. Kita balik kepada keadaan yang lama. Sebab itu saya kata, institusi ini tercacat dari segi fundamental. Kita tidak buat satu badan bebas, dengan sumber manusia bebas, dengan keanggotaan bebas, dengan kemahiran teknikal bebas untuk siasat apa yang diadu kepada badan itu. Kita rujuk balik kepada badan yang dituduh melakukan salah laku. Jadi, saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bukankah ini jelas daripada peruntukan dan kita patut buat satu— macam kita kena ikutlah yang draf pada

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

tahun 2005, di mana Tun Dzaiddin dengan pasukannya telah cadangkan badan suruhanjaya itu akan siasat, bukan polis lagi. So, untuk aduan serius kah macam ada tuduhan sexual or molestation dalam lokap, dengan izin itu akan disiasat oleh pegawai IPCMC atau IPCC, apa nama tidak besar tetapi tidak akan dirujuk balik kepada pihak polis untuk siasatan seperti sekarang. Jadi, kita nampak macam dari 2005 sampai sekarang 2022, kita tidak bergerak ke depan langsung. So bagi saya, RUU ini walaupun tujuan dia baik, kita semua hendak tubuhkan satu badan macam ini, badan yang kononnya bebas untuk siasat salah laku yang diadu terhadap pihak polis tetapi badan ini akan gagal dalam tugas penting itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Jadi seperti Yang Berhormat Jelutong, saya cadangkan bill, rang undang-undang ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dikaji dan dibawa balik dengan bentuk yang lebih baik, yang betul-betul boleh melaksanakan tugas siasatan secara bebas, secara profesional terhadap aduan salah laku oleh pihak polis.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab, macam mana siasatan bebas boleh dilakukan oleh PDRM lagi atas tuduhan-tuduhan terhadap mereka yang melibatkan unsur jenayah. Dengan itu, itulah soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Hulu Langat.

Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang disebutkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Sungai Buloh tadi, 2005 - Laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan PDRM yang telah diketuai oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah merupakan satu faktor asas kenapa RUU ini dibentangkan dan percubaan-percubaan yang telah dilakukan. Kalau kita lihat IPCMC, satu perbincangan tuntas antara Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah berbincang dengan pihak polis dan perbincangan itu saya rasa cukup detail. Kita bukan hanya sekadar untuk menghukum anggota PDRM, tetapi sebenarnya kita hendak pergi lebih jauh daripada itu. Apabila saya melihat tentang fungsi suruhanjaya yang kita hendak tubuhkan ini dengan peranan-peranannya seksyen 4(a),(b),(c) dan (d). Saya ingin meringkaskan bahawa sebenarnya kami Ahli-ahli Parlimen, khususnya saya seorang Islam, saya ingin mengatakan bahawa saya mahukan anggota PDRM yang akhirnya membawa rezeki halal untuk anak-anak, pasangan dan barangkali untuk ibu bapa mereka. Kita tidak mahu mereka meneruskan tradisi buruk menerima rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya dan akhirnya anggota-anggota PDRM yang lain mengikut contoh yang telah terukir dalam sejarah PDRM ini. Sebenarnya kalau daripada segi sudut ilmu psikologi, untuk kita mengubah sebab saya lihat dalam PDRM ini berdasarkan pada kajian dan bukti-bukti yang ada, bahawa telah wujud satu trend dalam PDRM dan trend ini perlu dipecahkan. Trend ini perlu diubah. Kalau kita lihat, minta maaf cakap, kalau orang luar sana, bila mereka lakukan kesalahan mereka akan mengatakan anggota polis pun buat salah juga, tidak betul. Akan tetapi itulah mereka sebutkan dan apabila kita tanya kepada anggota polis kenapa anda buat salah? Dia akan mengatakan pegawai kanan pegawai tinggi pun buat juga. Jadi, satu trend yang tidak bagus. Kalau kita tanya pegawai kanan pegawai tinggi kenapa anda lakukan kesalahan, hendak buat macam mana? Yang Berhormat Menteri pun buat sama dia kata dan ia telah menjadi satu ekosistem.

Untuk melakukan perubahan ini, kita kena lakukan perubahan yang menyeluruh. Kalaulah polis sendiri yang menyiasat anggota polis buat salah, saya tidak nampak di situ akan ada ketelusan kerana mereka sendirilah yang bersama-sama menyanyikan lagu Sang Saka Biru. Mereka jugalah yang sama-sama menyanyikan Polis Setia Berkhidmat dan mereka akan ada rasa simpati kepada kawan-kawan mereka. Kita pernah lihat banyak kes yang pernah berlaku. Sebagai satu contoh kes ketua balai buat karaoke di balai polis itu sendiri. Saya tidak tahu betul atau tidak betul, tetapi masuk media. Apabila saya tanya kepada anggota polis dari negeri lain, saya kata, “Kenapa kita tidak rahsiakan benda itu. Kalau Bukit Aman datang tangkap, Bukit Aman selesaikanlah, kenapa sampai pada media...?”. Dia kata, “Memang kami hendak media tahu bahawa masih berlaku perkara-perkara tidak senonoh di kalangan anggota PDRM dan ia perlukan dilakukan perubahan...”. Oleh sebab itu mereka dedahkan kepada media supaya media bercakap pasal benda ini supaya kita bersama-sama di Parlimen ini menyelamatkan anggota PDRM dengan rasa kasih sayang. Kita hendak betulkan keadaan ini. Saya juga terlibat dalam beberapa aktiviti yang dilakukan oleh NGO-NGO. Mereka NGO yang telah membela mangsa-mangsa along dan sebagainya dan ketika mereka hendak membela mangsa- mangsa along ini, mereka bukan berhadapan dengan along yang ganas-ganas sahaja, tetapi mereka membuktikan kepada kami, saya tidak tahu betul tidak betul tetapi mereka membuktikan bahawa ada anggota PDRM yang melindungi. Inilah yang kita katakan bahawa kita dengan rasa kasih sayang, saya tidak mahu Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri hanya memasukkan isu-isu ini di bawah karpet. Kita hendak benda ini sama-sama kita lakukan satu perubahan. Saya percaya anggota-anggota PDRM yang bersara, ramai yang menjadi iman di surau dan di masjid. Suara mereka sedap-sedap. Bacaan mereka sedap-sedap. Mereka juga menceritakan, “Masa saya muda-muda dahulu, sebenarnya, sebenarnya, sebenarnya...”. Jadi untuk melakukan perubahan yang besar ini, saya tidak nampak hanya IPCC yang telah disebutkan sini mampu untuk menyelesaikannya. Saya menyokong satu Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis ini kita lakukan tetapi tidak dalam bentuk yang seperti ini. Kami mengharapkan supaya banyak benda yang telah kita bahaskan dan telah kita bentangkan dalam IPCMC perlu kita kaji balik dan sebab itu kami menyokong untuk perkara ini dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas. Akhir sekali saya ingin menyebutkan bahawa kami sayang kepada anggota polis PDRM. Kami tahu anda telah banyak berkorban untuk negara tetapi ada sesuatu yang perlu dibetulkan dalam perjalanan PDRM ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kampar.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 ini. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh ramai Ahli Yang Berhormat, salah satu isu yang dibangkitkan daripada rang undang-undang yang telah bermula dari tahun 2005 di dalam Laporan Suruhanjaya Bebas Diraja yang mana mengatakan satu IPCMC perlu diwujudkan untuk menyiasat semua aduan terhadap anggota polis. Akan tetapi dalam Laporan Suruhanjaya Diraja tersebut itu juga terkandung berkenaan dengan isu-isu kebajikan anggota-anggota polis. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, walaupun ianya telah diwujudkan sejak 2009, sehingga hari ini tiada perjawatan Timbalan OCPD yang dilantik sehingga hari ini. Walaupun dari 2009 sehingga sekarang 2022 dah. Saya hendak tanya, kenapa kelewatan ataupun sebab kenapa tidak dilantik Timbalan OCPD di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar ini sebab ia memang penting untuk anggota-anggota polis untuk menjalankan tugas mereka dan untuk moral mereka.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Susah untuk OCPD seorang untuk mengendalikan kalau hendak pergi bercuti ke ataupun dia hendak pergi mesyuarat. Siapa yang akan menjaga atau mengambil alih tanggungjawab untuk mengetuai Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar itu. Jadi, saya memang menyokong niat kerajaan untuk menyiasat salah laku polis. Tetapi apa yang kita lihat dalam rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini, memang terdapat banyak kecacatan dari mulanya walaupun ia dinamakan sebagai Suruhanjaya Bebas, tetapi tiada langsung apa yang bebas dalam akta ini. Daripada pelantikan Anggota Suruhanjaya ini, ia tidak bebas langsung. Kenapa tidak kita letak satu clause sepertimana yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor. Kita katakan tiada anggota polis yang boleh dilantik ke dalam suruhanjaya ini. Sebab selepas siasatan ini suruhanjaya akan mengesyorkan kepada Suruhanjaya Polis, pasukan polis untuk mengambil tindakan tatatertib. Tetapi apa yang berlaku? Hanya di dalam seksyen 30 Suruhanjaya Bebas ini akan mengesyorkan apa-apa tindakan. Selepas itu langsung tidak terkandung apa-apa klausa yang mengatakan apa tindakan seharusnya diambil oleh Suruhanjaya Pasukan Polis ini. Mereka boleh ambil rekomendasi ini letak dengan izin Tuan Yang di-Pertua, it can put it in the Cabinet together dust. No tindakan and nothing can be done. Jadi kita hendak tengok hasil siasatan yang telah dijalankan dan apa tindakan yang akan diambil selepas itu. Lagi satu faktor yang penting, apabila kita hendak bebas, kita kena ada ketelusan juga dalam seksyen 24. Aduan ini mesti dalam bertulis dan butir-butir pengadu perlu terkandung dalam aduan tersebut. Kita harus melindungi kadang-kadang ada pengadu yang tidak ingin memberitahu siapa yang mengadu. Kita tidak perlu khuatir oleh sebab Jawatankuasa Aduan mempunyai kuasa di bawah seksyen 25 untuk mengelaskan tindakan ini dan kalau memang ia adalah satu tindakan yang remeh ataupun telah lama mereka boleh menolak aduan tersebut.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Tiada kaitan dengan sama ada kita perlu ada satu identiti pengadu itu baru kita boleh siasat. Tadi Yang Berhormat Menteri ada mengatakan tentang IOPC yang diadakan di United Kingdom. Mereka itu adalah satu pejabat Independent Office for Police Conduct yang memang bebas. Mereka akan menyiasat dan juga betul mereka akan membuat syor kepada polis untuk ambil tindakan. Akan tetapi polis terpaksa ambil tindakan dalam masa yang tertentu. Akan tetapi dalam rang undang-undang yang kita bincang ini langsung tidak ada klausa begitu. Jadi kalau lepas siasatan, memang ada wujud salah laku, buat rekomendasi, lepas itu apa jadi? Jadi, semua ini ada kecacatannya dan saya dengar di kedua-dua pihak pada hari ini, mahupun di kerajaan, mereka juga menzahirkan kekhuatiran bahawa undang-undang ini terdapat kelemahan. Saya sokong kalau kita rujuk undang-undang ini kepada select committee untuk memperbaiki ia. Kita semua ada niat yang baik untuk menjaga imej polis. Kita tahu bukan semua polis adalah jahat, bukan semua polis ada rasuah tetapi hanya segelintir mereka. Jadi, kita kena ambil tindakan terhadap mereka yang membuat kesalahan untuk menjaga imej polis kita. Dengan itu saya mohon agar rang undang-undang ini dirujuk kepada Select Committee untuk pertimbangan selanjutnya sebelum kita meluluskannya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Seterusnya, saya menjemput, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya baru masuk. Tadi sudah hendak lompat sudah, hendak bagi orang lain. Sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sebelum itu saya hendak memaklumkan juga bahawa Menteri akan menjawab pada pukul 7.00 malam. Sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, Hang Tuah Jaya bersama-

sama dengan Ahli Parlimen di blok pembangkang turut sama-sama menyarankan agar rang undang-undang ini dirujuk kepada Select Committee iaitu berkaitan tentang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020. Sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri di dalam mukadimah tadi ialah ianya lebih kepada bersifat oversight body dan bila bersifat oversight body ini, sudah pasti ianya akan menimbulkan isu-isu yang berkait dengan pasukan polis sekarang ini, yang saya percaya dengan adanya rang undang-undang ini, pastinya ada bantahan daripada pasukan polis ya. Sepertimana yang kita tahu bahawa Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) ini telah melalui jalur yang panjang sebelum ianya dibentangkan pada hari ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah terdapat engagement ataupun perbincangan dengan pasukan secara menyeluruh? Bagaimana Yang Berhormat Menteri dan kementerian mengendalikan kumpulan-kumpulan yang membantah IPCC ini? Mungkin atas sifat mereka merasakan bahawa undang-undang ini akan mengekang secara efektif tindakan-tindakan mereka sebagai pasukan Polis Diraja Malaysia. Kedua tadi dibangkitkan juga berkaitan tentang anggota suruhanjaya yang akan menganggotai IPCC ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dari segi keanggotaan ini. Apakah di sana ada perancangan untuk membabitkan anggota-anggota ini daripada pelbagai latar belakang, lelaki dan juga wanita, ada mewakili Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak dalam memastikan anggota yang terbabit dengan IPCC ini akan dapat menjalankan tugas mereka dengan efektif. Perkara ketiga yang ingin saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan tentang aduan. Ada fasal yang penting iaitu fasal 30(1) yang menceritakan bahawa tindakan oleh suruhanjaya selepas menimbangkan dapatan dan syor jawatankuasa aduan. Di sana terdapat beberapa perkara yang boleh suruhanjaya mengambil tindakan. Cuma saya ingin terus kepada persoalan. Apakah tindakan-tindakan ini akan dapat menjamin secara efektif hasrat dan tujuan IPCC ini diwujudkan? Apakah bajet mencukupi? Bagaimana pula dengan resources yang akan disediakan dengan izin, Tuan Yang di- Pertua dalam memastikan agar proses aduan itu dapat berjalan dan tindakan yang tegas dapat diambil kepada mereka yang menyalah gunakan ataupun mereka yang bersifat berlawanan dengan tatakelakuan polis 2020. Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang Tuan Yang di- Pertua pun sedia maklum dahulu, kita sebahagian daripada barisan blok pembangkang ini ketika reformasi dahulu sekitar tahun 1988, 1999, ramai di kalangan kami ditahan oleh pihak polis, sama ada di dalam lokap dan sebagainya. Saya ingin tanya kepada Kementerian Dalam Negeri, apabila kami di lokap, saya sendiri pernah dilokap, dipukul dan sebagainya dan tidak diberi pakaian lokap dan sebagainya. Jadi, bagaimana perkara-perkara ini dapat diatasi kerana pengalaman kita ialah ketika di dalam lokap ini pertamanya yang interrogate kita itu dia tidak ada nama, dia tidak datang perkenalkan diri dengan nama yang penuh, nama yang betul ya dan yang keduanya tidak ada CCTV. Tidak ada perkara-perkara yang boleh merekodkan sebarang perbuatan dan tindakan di dalam lokap itu sementara kita disoal siasat. Ada kes-kes yang tertentu misalnya, tidak diberikan pakaian yang sempurna di dalam lokap. Ini perkara-perkara yang pada saya tidak mengikut tata kelola ataupun perkara-perkara yang mengikut prosedur, SOP biasa mereka yang ditahan di dalam lokap. Jadi, saya minta pada pegawai di belakang sana tolong beri jawapan sama ada perkara- perkara ini ada di dalam ruang lingkup bercanggah dengan tatakelakuan polis kerana kita tahu bahawa bila ada penyiasatan, bila ada interrogation, sepertimana yang kita sedia maklum, sepertimana yang Menteri sebutkan tadi untuk menghalang daripada kematian dalam lokap dan sebagainya, sudah pasti ada elemen force, ada elemen keras. Jadi bagaimana untuk pastikan perkara ini tidak lagi berlaku? Kalau kita tengok filem-filem sekarang ini, kalau disiarkan di movie dan sebagainya, bila soal siasat ada kamera, ada CCTV, ada rakamannya. Jadi bagaimana perkara ini boleh kita lakukan penambahbaikan? Apakah polis boleh terkesan dengan

tindakan-tindakan mereka sekiranya tindakan-tindakan itu bercanggah di luar batas-batas kemanusiaan? Jadi, perkara ini Tuan Yang di-Pertua berdasarkan pengalaman. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua juga pernah lalui perkara ini dulu. Jadi, perkara ini menjadi satu perkara yang serius kerana mesti ada balance, mesti ada keseimbangan antara menjalankan tugas dengan baik, mendapatkan maklumat dan dalam masa yang sama tidak melakukan tindakan-tindakan yang di luar batas kemanusiaan. Jadi perkara ini saya percaya akan menjadi perkara yang akan memandu akta ini supaya pasukan polis dapat deliver, menjaga keselamatan dan dalam masa yang sama juga menjaga insan, letakkan karamah insaniah itu sebagai satu perkara yang penting juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Rasah. Lima minit.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 pada petang ini. Bagi saya ini ataupun secara ringkasnya kita kata RUU IPCC ia adalah versi yang dikurangkan kalau dibandingkan dengan versi asal ketika Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan pada tahun 2019, iaitu IPCMC. Akan tetapi tidak apalah, ini pilihan kerajaan yang kita ada pada hari ini. Ada dua tiga perkara yang saya hendak sebutkan pada petang ini. Pertama, di bawah seksyen 37 iaitu di bawah tajuk penguntukan wang tahunan. Saya hendak tanya, sebab ini adalah seksyen yang berkaitan dengan komitmen kewangan kerajaan. Saya nampak ada suruhanjaya dianggotai oleh tidak lebih dari tujuh orang, lepas itu ada jawatankuasa, ada setiausaha, ada sekretariat dia diwujudkan. Biasa, kalau kita ada suruhanjaya memang akan ada jawatan tertentu yang diwujudkan. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah perjawatan yang dicadangkan ataupun yang akan diwujudkan pada permulaan kepada suruhanjaya ini? Berapakah komitmen kerajaan terhadap pembentukan suruhanjaya ini sebab ianya penting, ia melibatkan dana awam dan juga keadaan kewangan kerajaan yang ketika ini menghadapi banyak tekanan termasuk kena berikan subsidi kepada rakyat dan sebagainya. Jadi itu perkara pertama. Kedua, saya hendak sebutkan, izinkan saya merujuk kepada seksyen 9 iaitu berkenaan dengan pengosongan jawatan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya sebenarnya menyambut baik di bawah seksyen 9(f) yang menyatakan apabila seseorang dipilih atau dilantik menjadi Ahli Parlimen ataupun ADUN mana-mana negeri, kena lepaskan jawatan sebagai anggota untuk Suruhanjaya. Akan tetapi, klausa ini tidak menafikan mana-mana lantikan politik. Ia cuma menafikan Ahli Parlimen ataupun ADUN apabila dipilih, terpaksa mengosongkan ataupun kena mengosongkan keanggotaan dalam Suruhanjaya. Akan tetapi, bagaimana dengan lantikan politik? Saya mohon jaminan daripada kerajaan supaya tiada lantikan politik dalam hal ini. Sebab, kita tahu kerajaan yang ada hari ini memang hebat, cukup hebat dalam lantikan-lantikan politik termasuk tak kiralah apa suruhanjaya dan sebagainya. Jadi, kita kena elakkan perkara ini. Sebab, saya nampak kalau kita tengok pada seksyen 6(3) berkenaan dengan keanggotaan ataupun kelayakan anggota Suruhanjaya, hanya dikatakan secara umum bahawa mereka kenalah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, menunjukkan keupayaan, profesionalisme dan sebagainya. Ia adalah ayat-ayat yang biasa, yang general, yang umum yang mana boleh dibuat lantikan politik.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Saya secara terbuka saya mohon cadangkan supaya keanggotaan tak lebih daripada tujuh orang yang akan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah nasihat Perdana Menteri ini, seboleh-bolehnya, khasnya Pengerusi kena dilantik daripada kalangan bekas hakim. Bekas hakim yang telah bersara ataupun bekas Ketua Polis Negara. Tak boleh ada mana-mana pegawai yang masih dalam perkhidmatan dilantik ke dalam Suruhanjaya ini untuk mengelakkan sebarang apa-apa perkara yang tak elok yang mungkin timbul ataupun persepsi yang tak elok. Sebab, kalau kita nak buat, kita kena buat secara bersungguh-sungguh supaya perkhidmatan polis kita boleh diangkat kedudukan mereka ke tahap yang lebih baik. Kita tahu polis ini memang besar tanggungjawab, besar tugas mereka. Walaupun mungkin ada seorang dua yang ada masalah tetapi, ya lah, seorang dua itu yang menyebabkan dan menimbulkan persepsi yang tak elok untuk keseluruhan, padahal ramai polis sebenarnya tak ada masalah. Jadi, kita mohon supaya mereka yang dilantik ini tiada apa-apa konflik mereka dalam hal ini. Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan seksyen 24 iaitu di bawah tajuk, “Aduan terhadap anggota polis”. Saya nampak antara perkara yang disebutkan di bawah subseksyen (2)(a) hingga (f) termasuk (a) itu dikatakan identiti ataupun siapa pengadu dia. Memang betul kalau kita mengadu itu, kita kenalah beritahu. Kalau tidak, dia akan jadi surat layang dan sebagainya. Identiti pengadu itu memang diakui penting. Cuma, saya nak tanya ataupun minta kepastian daripada Yang Berhormat Menteri dalam waktu penggulungan nanti, sama ada identiti pengadu ini akan dimaklumkan kepada yang diadu atau tidak? Sebab, kita kena ingat yang diadu itu masih dalam perkhidmatan dan boleh menimbulkan macam-macam syak wasangka ataupun persepsi yang kurang baik. Sebab, kita pun kena lindungi pengadu untuk memberikan satu jaminan bahawa aduan yang dikemukakan akan dilayani, diberikan pertimbangan siasatan yang sewajarnya. Jadi, satu jaminan keselamatan wajar diberikan kepada pengadu supaya Suruhanjaya yang kita bincangkan pada petang ini boleh membawa manfaat bukan setakat kepada orang ramai tetapi kepada perkhidmatan polis itu sendiri apabila ditubuhkan kelak. Jadi, sekian sahaja pandangan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya panggil Yang Berhormat Wangsa Maju, saya ingin merujuk kembali kepada satu surat yang dihantar oleh Yang Berhormat Batu Kawan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengenai dengan isu Peraturan 36(4). Jadi, surat itu telah dirujuk kepada saya iaitu surat yang bertajuk, “Menuntut Ahli Parlimen Pasir Salak memohon maaf dan menarik balik penggunaan perkataan lucah dalam Dewan Rakyat pada hari Rabu minggu lepas”. Jadi, saya telah berjanji untuk menyelesaikannya dan membuat ruling pada hari ini. I spent my time quite a lot kedua-dua belah pihak dan merujuk kepada Hansard. Jadi, saya telah mengutus satu surat kepada Yang Berhormat Pasir Salak untuk mendapat respons daripada beliau. Jadi, saya akan memberikan masa— tak panjang. Saya memberikan ruang kepada Yang Berhormat Pasir Salak hanya dua minit untuk memberikan penjelasan kepada surat yang telah saya hantar dan copy surat daripada Yang Berhormat Batu Kawan tersebut. Sila, dua minit kepada Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu minit pun cukup. Jawapan saya, saya dah sampaikan kepada Tuan Yang di-Pertua. Ringkas sahaja. Saya menolak keras dan menafikan tuduhan daripada pihak Yang Berhormat Batu Kawan dan rakan-rakan mereka yang bersubahat berpakat untuk menjatuhkan imej saya. It’s a political assassination, fitnah, tohmah. Tujuannya,

pilihan raya tak lama lagi. They are trying to mewujudkan suatu gambaran yang kita ini tidak layak jadi wakil rakyat. I have been wakil rakyat for empat penggal, Tuan Yang di-Pertua. Empat penggal kah, lima penggal kah. Jadi pemimpin dalam UMNO, 50 tahun. If I am that kind of person yang tidak respek orang, tak respek wanita, I cannot be holding position in the party for the last 50 years. You see? And also, sebagai wakil rakyat dekat 20 tahun. Takkan boleh menang pilihan raya? Because half of the voters are ladies, women. I respected them, they respected me. I help them a lot. Akan tetapi di dalam Dewan ini, because I am so vocal, I am considered as an enemy to you all, to some of the opposition, so you find ways to attack. And then, it all started by Yang Berhormat Kulai kah? Yang Berhormat Kulai yang buat statement.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Enemy to Presiden UMNO lah.

Apa itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak benarkan pencelahan. Sila.

Yang Berhormat Kulai yang started dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila, 25 saat lagi.

Dalam masa dia berbahas berkenaan dengan anti keganasan seksual kah apa, membangkitkan tiga orang Ahli Parlimen. Yang Berhormat Kulai cakap. Saya Pasir Salak, ini Yang Berhormat Kinabatangan dan juga Yang Berhormat Baling. Oh! Ini semua ini tak tahu hormat wanita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Yang Berhormat Pasir Salak. Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kinabatangan, tak perlu. Saya hanya bagi kepada Yang Berhormat Pasir Salak sahaja.

Datuk Seri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tak perlu, tak perlu. Saya dah buat keputusan dah. Baik, Yang Berhormat Pasir Salak, cukup sudah dua minit.

Jadi, kesimpulannya, it is all political agenda to bring me down.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak tahu bagaimana Yang Berhormat Pasir Salak masih dibenarkan untuk berbahas walaupun telah berkelakuan tidak senonoh?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Saya hanya benarkan dua minit sahaja kepada Yang Berhormat Pasir Salak.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, ini surat Yang Berhormat Batu Kawan. Dengar, dengar. Dengar ruling saya.

Datuk Seri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Tak apa, tak apa. Minta Yang Berhormat Kinabatangan duduk.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat...

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Batu Kawan, tak apa. Macam ini. Ini adalah sesi perbahasan. Saya akan mengawal. Baik, ruling saya ialah...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Bila saya bercakap— Ahli-ahli Yang Berhormat...

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan duduk. Yang Berhormat Jelutong duduk. Dan Yang Berhormat Batu Kawan duduk.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Duduk, duduk, duduk.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, ruling saya ialah begini. Dengar. Saya telah membuat penyelidikan sebagaimana saya telah sebut tadi. Ia ada dua perkara. Satu adalah apabila dalam surat tersebut yang ungkapan mengenai dengan satu wanita daripada – disebut DAP, satu dan saya minta diberi amaran. Waktu itu, saya dah tunjuk dalam Hansard, saya sudah bagi warning kali pertama. “Jangan bercakap. Yang Berhormat Pasir Salak, sila keluar.” Baik, itu pertama.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Kemudian yang kedua adalah mengenai dengan saya sebut dengan letter sahaja huruf ‘P’ tersebut. Dalam Hansard memang kami cari tidak ada dan saya telah mendapat rujukan juga daripada Penasihat Undang-undang. Jadi ruling saya ialah apabila saya memerintahkan Yang Berhormat Pasir Salak, sila keluar. Saya tidak sebut berapa hari tetapi oleh sebab kita rujuk kepada Peraturan Mesyuarat 44(2), maka ruling saya ialah Yang Berhormat Pasir Salak automatik dapat dua hari termasuk hari kejadian. Itu adalah ruling saya. Saya merujuk kembali perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua semasa hari pertama persidangan pada 20 Julai 2020 mengenai isu remark seperti ini yang mana semua Ketua Whip Parti telah dipanggil mengenai penggunaan perkataan-perkataan yang berbentuk hasutan, rasis, biadab dan seksis dalam Dewan ini. Saya rujuk kepada ucapan daripada Tuan Yang di-Pertua. Kesemua Whip Parti tersebut telah sebulat suara memperbaharui komitmen mereka untuk mempertahankan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam memastikan perkataan berbaur hasutan, rasis, biadab dan seksis tidak digunakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Adalah diharapkan semua Ahli Yang Berhormat juga memberi komitmen yang sama demi menjamin perjalanan Dewan yang berkualiti dan beradab sopan. Oleh itu, saya, maknanya Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang di-Pertua akan mengambil tindakan berlandaskan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sekiranya perkataan-perkataan yang maksudkan tadi masih disebut selepas ini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia. Jadi ruling saya sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi. Jadi itu keputusan saya. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang saya hendak meneruskan perbahasan dengan memanggil Yang Berhormat Wangsa Maju. Sila.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua perkataan yang telah gunakan. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Wangsa Maju. Sudah-sudah.

Ala... You all like... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Wangsa Maju, sila teruskan. Lima minit.

Yang Berhormat Batu Kawan panggil barua kepada Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Kawan panggil barua kepada... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Wangsa Maju, sila.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Kenapa dengan Yang Berhormat Pasir Salak?

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua, beliau telah keluarkan perkataan lucah. Kita dengar.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

It’s nothing personal. Saya tidak ada apa-apa dengan Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah buat ruling. Ya, sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, adakah bahawa... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak benarkan celahan daripada siapa-siapa pun. Saya sudah buat keputusan, minta Yang Berhormat Wangsa Maju. Sila.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Parlimen ini... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Adakah seseorang Ahli Parlimen boleh... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Wangsa Maju, teruskan cakap. Switch on the mic.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Hina everyone!

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ahli Parlimen boleh guna bahasa kasar apabila mereka off microphone, is it? Adakah ini adalah amaran? [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah buat keputusan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ahli Parlimen dibenarkan untuk mengguna pakai bahasa kasar apabila mereka off mic.

Kau buatlah!

[Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak benarkan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ahli Parlimen macam mana kami berbahas... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah, sudah. Yang Berhormat Wangsa Maju teruskan Yang Berhormat Wangsa Maju. Teruskan perbahasan, sambung perbahasan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua tidak mengusir Yang Berhormat Pasir Salak keluar. You did not eject him from the House.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Cakap terus, cakap terus.

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Please, you are misleading the House Tuan Yang di-Pertua. You have misled the House by saying you ejected him. Yang Berhormat Pasir Salak tidak diarahkan keluar. Yang Berhormat Kota Belud diarahkan keluar.

Betul, betul. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Wangsa Maju.

Yang Berhormat Kota Belud tidak keluar sampai sudah. Tidak keluar pun.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Saya mohon untuk mohon maaf dan tarik balik. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik saya bagi warning kepada Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Jelutong untuk keluar Dewan jika masih terus bercakap. Come on!

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...adalah satu precedent yang sangat berbahaya untuk Dewan Rakyat. Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Batu Kawan. Sila duduk.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Batu Kawan sila duduk.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

How can you deny! Sembilan Ahli Parlimen telah mendengar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

First warning. Yang Berhormat Batu Kawan.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Saya mohon Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Batu Kawan panggil barua kepada Tuan Yang di-Pertua. Apa petua dia?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tarik balik dan mohon maaf.

Yang Berhormat Batu Kawan panggil barua kepada Tuan Yang di-Pertua! Apa petua? [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Batu Kawan, second warning.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah buat ruling tadi bahawa saya rujuk dalam Hansard tidak ada. Penasihat Undang-undang telah check, tidak ada.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua sebab itu saya menyatakan sembilan Ahli Parlimen yang mendengar.

[Dewan riuh]

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

[Tidak jelas]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua tetapi ada Ahli Parlimen bahawa sembilan Ahli Parlimen masa itu. [Sistem pembesar suara dimatikan]

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Tuan Yang di-Pertua. Apa yang berlaku memang didengar oleh semua orang. Kita tidak boleh nafikan dia.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Oleh sebab itu saya hendak tanya apabila seseorang Ahli Parlimen off mic, mereka boleh guna bahasa lucah? Adakah ini petua daripada Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Kita perlu ambil tindakan. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Wangsa Maju– your time is already over. Yang Berhormat Wangsa Maju teruskan. Ini masa you tahu!

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua dalam surat saya menyatakan bahawa microphone ditutup, memang microphone ditutup.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Maksudnya tidak ada dalam Hansard, memang.

Tuan Yang di-Pertua.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Sebab itu saya dengan sembilan saksi Ahli Parlimen saksi because the microphone was off.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua Suruhanjaya Akta Tatakelakuan Polis (IPCC) dalam bentuk sekarang...

Adakah Tuan Yang di-Pertua mendapat keterangan daripada saksi-saksi?

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tidak mencapai matlamat dalam mengenai kes salah laku polis.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Dan sembilan saksi menyatakan bahawa...

Daripada sembilan saksi.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Memang mereka dengar betul. Saksi daripada pihak kerajaan pun ada.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, bagaimana saya boleh teruskan ucapan saya?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua apa susahnya! Suruh Yang Berhormat Pasir Salak... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Wangsa Maju you cakap terus, akan direkodkan dalam Hansard. Teruskan, teruskan.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua.

Kalau berdasarkan Hansard kenapa ambil statement daripada saksi.

[Dewan riuh]

Kenapa ada saksi?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Ada, ada. [Tidak jelas] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terus, terus bercakap.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Boleh bagi masa, injury.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

All nine… [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua ada sembilan orang saksi. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Wangsa Maju. You cakap terus nanti akan direkodkan dalam Hansard. Teruskan.

[Bangun]

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, badan pemantau dinamakan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis tetapi saya tidak melihat bagaimana badan ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan bebas.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, maaf Yang Berhormat Wangsa Maju. Maaf Yang Berhormat Wangsa Maju. Adakah susah sangat untuk minta seseorang Ahli Parlimen mohon maaf dan tarik balik? This is so hard?

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, boleh bagi saya masa injury time?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Beliau telah mencemarkan Dewan yang mulia ini.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Saya tidak boleh teruskan ucapan dalam keadaan seperti ini.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Did you not say the word? [Bercakap kepada Yang Berhormat Pasir Salak] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Dewan riuh]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Did you not say the word? [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Did you say the words? You say the words?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Wangsa Maju, you cakap, dia akan rekod. No problem, cakap sahaja.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

You say the word? [Bercakap kepada Yang Berhormat Pasir Salak] [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[Dewan riuh]

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak melihat bagaimana... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sekejap Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya tidak benarkan pertengkaran seperti ini. Saya bagi last warning kepada kedua-dua. Jika masih terus bercakap, saya akan perintahkan dia keluar.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, last warning macam minggu lepas? Amaran sahaja? Hendak hantar saya keluar, minggu lepas tidak hantar Yang Berhormat Pasir Salak keluar. Hari ini Tuan Yang di-Pertua bagi saya tiga warning hendak hantar saya keluar. Minggu lepas tidak bagi Yang Berhormat Pasir Salak warning langsung. Warning, biarkan duduk sahaja. Tidak diarahkan keluar.

Ini mana boleh? Ini mencabar Tuan Yang di-Pertua. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya sudah buat ruling tadi. Dia akan keluar dua hari apabila tidak disebut.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...ruling, tidak ada ruling untuk Yang Berhormat Pasir Salak.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Betullah, tetapi sekarang saya telah buat ruling! Faham tak!?

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

You check your Hansard please.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, he switched off the mic, it is in my... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya, saya dengan ini memerintahkan Yang Berhormat Batu Kawan keluar Dewan. [Tepuk] [Bentara berjalan menuju ke tempat duduk Yang Berhormat Batu Kawan]

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

That is unfair!

Keluar, keluar.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Malu Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong penggunaan kata-kata lucah dalam Parlimen. Please don’t stop me. [Merujuk kepada Bentara Mesyuarat] No.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Mana boleh begini Tuan Yang di-Pertua.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

I will finish what I’m going to say. I will finish what I’m going to say.

Tidak ada lucahlah. Mana ada lucah.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Ini semua menyokong penggunaan kata-kata lucah dalam Dewan. Today is on record.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

[Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Stop, stop the mic.

[Dewan riuh]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

I expected a good ruling from you Tuan Yang di-Pertua and I’m disappointed...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, kalau ini apa yang berlaku apabila Tuan Yang di-Pertua minta seorang Ahli Parlimen keluar.

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

Tidak guna... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kulai, sila duduk.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Biar saya habis dua ayat sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak. Saya tidak benarkan. Saya tidak benarkan. [Pembesar suara dimatikan]

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Don't lie to us, don't lie to your... [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya minta Yang Berhormat Batu Kawan keluar.

[Dewan riuh]

Puan Kasthuriraani a/p PattoDAP · PHBatu Kawan

I had so much... [Pembesar suara dimatikan] [Yang Berhormat Batu Kawan diiringi oleh Bentara keluar dewan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Wangsa...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, ini apa yang berlaku... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Yang di- Pertua... [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak benarkan Yang Berhormat Kulai.

[Dewan riuh]

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Hidup Barisan Nasional.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Can you answer me please? Minggu yang lalu tidak ada. Ini yang berlaku. Ada bentara yang halaukan Ahli Parlimen. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kulai. Saya juga check Handsard, Yang Berhormat Kulai. Semua ini berpunca daripada Yang Berhormat Kulai juga.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Kulai yang menyebut tiga Ahli Parlimen yang lain.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya tidak benarkan. Yang Berhormat Kulai, sila duduk. Yang Berhormat Kulai, duduk, duduk. Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Kulai. Saya bagi Yang Berhormat Kulai warning satu!

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak. Saya bagi Yang Berhormat Kulai- Sila.

Tuan Yang di-Pertua, apa maksud ini semua punca Yang Berhormat Kulai? What do you mean by that?

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

What do you mean by that?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, what Yang Berhormat Kulai said was true.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

I think we need an explanation.

What do you mean by that, Tuan Yang di-Pertua?

Why do you say it is true?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Kenapa you kata punca Yang Berhormat Kulai? Bukan punca... [Tidak Jelas]

Mereka selalu menggunakan perkataan itu.

[Tidak jelas] ...rule or something.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Baik. Saya jawab. Saya jawab Yang Berhormat Bukit Gelugor ya. Dengan rasa rendah hati. Dalam research saya. Pada hari yang pertama, masing-masing tidak ada dalam Dewan tetapi tiga Ahli Parlimen telah disebut di dalam ucapan oleh Yang Berhormat Kulai. Oleh sebab itu, the next day itu...

So, what is the problem with that?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya.

What is the problem with that? What is the problem with her if she was raising tiga orang itu? Apa masalah itu?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Adakah tiga orang itu tidak boleh bangkit... [Tidak jelas] ...dah buat salah tetap salah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

[Tidak Jelas] ...tetapi dibangkitkan semula. Baik.

You have made up your mind, you are biased! You are biased!

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

If they are wrong... [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah, sudah. Yang Berhormat Kinabatangan, sila duduk. Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Jelutong, sila duduk. Tidak apa, tak apa, tak apa.

[Dewan riuh]

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak. Saya tidak salahkan wanita. Akan tetapi ada puncanya. Baik, terima kasih. [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Wangsa Maju.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kulai tidak buat salah, dia berucap.

Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua takut dengan sebelah sini dan ambil pendekatan sebelah sini sahaja?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tidak, tidak. Saya telah mengambil tindakan...

Adakah Tuan Yang di- Pertua takut sebelah sini dan ambil tindakan sini? [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya telah mengambil tindakan kepada Yang Berhormat Pasir Salak, juga dua hari. Saya telah bagi arahan...

Puan Maria Chin binti AbdullahPKR · PHPetaling Jaya

Bila? Bila itu berlaku? Suruh keluar.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Keluar, keluar. Yang Berhormat Pasir Salak, keluar sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

44...

Boleh saya minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Boleh saya minta penjelasan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Penjelasan, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak, sekejap, sekejap.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, sila.

Saya minta penjelasan. Apabila dia habis, saya akan minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, baik.

Sekarang dia bising. Kena dia cool down dahulu. So Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua mengenakan- Will you keep quiet?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak, sekejap. Sila, sila.

Saya hendak minta penjelasan. Saya hendak minta penjelasan. Penjelasan is, adakah tindakan diambil terhadap Yang Berhormat Pasir Salak? Sekiranya apa tindakan dan bila? Bila ia mula?

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Bila tindakan itu diambil? Bila mulanya tindakan itu? That's what I'm asking clarification for.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya rujuk pada Peraturan 44(2).

Yes.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Oleh kerana kesalahan pada hari yang sama dan saya tidak menyebut...

Tarikh apa itu, Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

... pada 2 hari bulan...

Minta maaf. I just want to know the dates.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Hari Rabu.

Sorry.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Hari Rabu, Wednesday.

Okey.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Wednesday. Jadi, saya rujuk pada Hansard, “Yang Berhormat Pasir Salak, sila keluar Yang Berhormat”. Apabila saya tidak sebut, automatik maknanya dua hari. Okey. Dalam Hansard...

Adakah dia secara fizikal keluar?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya, ya, keluar.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Langsung tidak nampak bentara pergi...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ada dalam Hansard.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Suruh dia keluar.

Adakah bentara minta dia keluar?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Bentara langsung tidak angkat.

Seperti Tuan Yang di-Pertua pun suruh yang lain?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Apa arahan itu? [Tidak jelas] [Pembesar suara dimatikan]

Point of order, point of order!

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sudah, sudah. Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya hendak kawal. Saya tadi telah berjanji pukul 7.00 untuk

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Menteri menjawab. Ada beberapa Ahli Yang Berhormat masih belum berbahas. Saya hendak teruskan kepada Yang Berhormat Wangsa Maju. Silakan.

Sekejap sahaja. Sekejap sahaja. Saya hendak bagi tahu penting ini. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Tak payah, tak payah! Yang Berhormat Baling, sila duduk Yang Berhormat Baling. [Pembesar suara dimatikan]

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Baling, duduk. Yang Berhormat Baling, sila duduk Yang Berhormat Baling.

[Dewan riuh]

Saya hendak bagi tahu ini, ini rekod semua. [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila. Yang Berhormat Pasir Salak. Sila. On balik, on balik. [Mengarahkan Yang Berhormat Wangsa Maju]

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, badan pemantau ini dinamakan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis tetapi saya tidak melihat bagaimana badan ini dapat melaksanakan tugasnya dengan bebas. Apabila badan ini tidak dibenarkan membuat lawatan ke mana-mana tempat dan premis seperti balai polis, kuarters polis, lokap dan pusat tahanan tanpa memberi notis awal kepada ketua jabatan yang berkaitan. IPCC ini juga tidak boleh memerintahkan mana-mana anggota polis diperiksa atau membantu penyiasatan melainkan melalui notis bertulis kepada ketua jabatannya. Anggota polis yang disiasat boleh untuk tidak menjawab mana-mana soalan yang mana jawapannya akan mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan kepada pertuduhan jenayah. Tidak seperti EAIC, IPCC ini tidak mempunyai kuasa mencari dan merampas dokumen yang diperlukan dalam penyiasatan. Semua dokumen perlu diperoleh dengan notis melalui ketua jabatan. Melainkan dengan kelulusan ketua jabatan, pegawai boleh menolak untuk menyerahkan dokumen tersebut atas alasan kepentingan dan keselamatan negara yang tidak ditakrifkan di mana-mana. Tuan Yang di-Pertua, lebih teruk lagi IPCC ini langsung tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap pesalah selepas semua siasatan dijalankan. Ia hanya boleh merujuk dapatannya kepada SPRM atau pihak berkuasa berkaitan atau Suruhanjaya Pasukan Polis dengan cadangan untuk bertindak. Ketidakupayaan suruhanjaya ini untuk bertindak terhadap pesalah ialah satu kelemahan terbesar EAIC. Sebagai contoh, kes kematian N. Dharmendran dalam tahanan polis pada tahun 2015 dan kes kematian Balamurugan di Balai Polis Klang pada tahun 2017. EAIC telah menjalankan siasatan dan didapati kedua-dua kes ini melibatkan salah laku pegawai polis.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Laporan dan cadangan telah dibuat kepada Peguam Negara tetapi tiada tindakan diambil terhadap pegawai-pegawai yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak meragui bahawa cadangan dan rekomendasi yang dibuat IPCC nanti akan mempunyai nasib yang sama seperti EAIC. Apakah gunanya menubuhkan badan baharu seperti IPCC jika ia tidak ada penambahbaikan daripada pendahulunya. Tuan Yang di-Pertua, IPCC seperti yang diberikan dalam rang undang-undang ini penuh dengan kelemahan dan menggagalkan maksud dan tujuan penubuhan badan bebas untuk memantau salah laku polis.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Saya mencadangkan agar rang undang-undang ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk rombakan menyeluruh dan mengembalikan semangat asal IPCMC. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 atau ringkasannya IPCC. Pada 7 Oktober 2019, Parlimen telah membahaskan pada Peringkat Dasar, Bacaan Kedua tentang IPCMC Rang Undang- undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019. Apabila kita bandingkan IPCMC, IPCC dan juga Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) nampaknya apabila kita bandingkan ketiga-tiga ini sebenarnya IPCC yang kita bahaskan hari ini jauh lebih kurang daripada IPCMC yang telah kita bahaskan pada tahun 2019. Ada kelemahan juga berbanding dengan EAIC yang telah Parlimen luluskan. Di bawah Rang Undang-undang IPCC ini, fungsi pencegahan, fungsi suruhanjaya seksyen 4, pencegahan telah dikeluarkan daripada fungsi suruhanjaya dan tiada klausa untuk menjalankan kawalan tatatertib terhadap semua anggota polis seperti di IPCMC. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Apabila badan yang telah dikurangkan fungsi. Juga, sebelum ini select committee yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, Rang Undang-undang IPCC telah mengabaikan usaha-usaha Jawatankuasa Pilihan Khas itu. Mereka pergi nation- wide consultation. Banyak kerja telah dibuat tetapi rang undang-undang ini telah mengabaikan usaha-usaha tersebut dan mengemukakan satu rang undang-undang yang kurang efektif. Bukan sahaja berbanding dengan IPCMC tetapi kurang efektif berbanding dengan EAIC ataupun Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Itulah kekhuatiran kita. Apabila IPCC ini mempunyai skop yang terhad, ia hanya satu conduit pipe sahaja dan bukan seekor kucing yang tidak bertaring. Kita perlukan satu piece of legislation yang mempunyai kuasa terhadap salah laku dan tatalaku polis. Nampaknya, apa yang kita minta dan hasilnya jauh berbeza. Bukan sahaja tadi sebut skop yang terhad, keperluan notis untuk lawatan − EAIC tidak perlu tetapi IPCC diperlukan. Banyak lagi, apabila kita baca satu-satu, banyak lagi terhadap kekurangan berbanding dengan kedua-dua IPCMC dan juga EAIC yang kita sebut. Tadi Yang Berhormat Menteri kata IOPC United Kingdom. IOPC United Kingdom adalah sebuah − saya baca annual report, laporan tahunannya. Satu badan yang bebas daripada polis dan juga kerajaan. Dia punya independently of the police and government. Akan tetapi, dalam Rang Undang-undang IPCC ini, pegawai eksekutif dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. That’s the problem apabila setiausaha itu dikawal oleh eksekutif, dilantik oleh Menteri Dalam Negeri. EAIC melantik setiausahanya sendiri. Can you see the difference? EAIC melantik setiausaha sendiri tetapi IPCC ini, setiausaha jawatan begitu penting dilantik oleh Menteri Dalam Negeri. Tidak ada had tempoh jawatan bagi pesuruhjaya. EAIC kata dua penggal. Akan tetapi, IPCC kata tak ada had. Boleh sampai– long time. Saya meneliti juga apabila dia hanya sebagai jawatankuasa aduan, rujuk balik kepada suruhanjaya polis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pasukan Polis. Saya telah menyemak komposisi suruhanjaya polis. Dua tahun lalu apabila saya semak, saya kata sembilan orang anggota suruhanjaya polis, semua lelaki. Akan tetapi, hari ini ada sedikit improvement. Tujuh orang lelaki, satu perempuan. Satu kekosongan yang tak diisi yang sepatutnya dibawa, harus dicadangkan oleh SPA.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Hanya terdiri daripada satu kaum sahaja. Saya pun tidak tahu sama ada perwakilan dari Sabah dan Sarawak. Itu masalah dia. Suruhanjaya Pasukan Polis itu ditubuhkan tidak menggambarkan komposisi geografi, gender dan juga kaum Malaysia. Hanya sesuatu kaum sahaja dengan tujuh orang lelaki dan kurang perwakilan dari Wilayah Sabah dan Sarawak. Itulah masalah apabila Suruhanjaya Pasukan Polis yang akan menjatuhkan hukuman. Sebelum ini IPCMC dia mempunyai kuasa besar dengan boleh memberi amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat, buang kerja. Akan tetapi, semua ini tidak dimasukkan dalam IPCC menjadikan ia hanya satu conduit pipe untuk salurkan aduan tanpa pemantauan yang rapi terhadap pasukan polis. Itu masalah yang kita hadapi. Saya rasa memang rang undang-undang ini kurang, amat kurang daripada apa yang telah dikemukakan sebelum ini. Saya harap dapat satu penjelasan daripada Menteri dan perlu perkara ini dirujuk balik kepada satu jawatankuasa select committee untuk diperbaiki kesemua perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen. Itu sahaja Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Gudang, silakan.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dua jam yang lalu, Parlimen ini telah meluluskan usul mengenai SOSMA, subseksyen 4(5). Jadi, pada pandangan saya memang tepat sekarang kita membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis 2020 (IPCC). Dulu, kita pernah bentangkan IPCMC dan pihak polis, pegawai-pegawai anggota polis tak selesa dengan nama ‘IPCMC’. Ini kerana, ‘MC’ itu termasuk salah laku (misconduct). Jadi, pembentangan ini dengan nama yang lebih baik iaitu ‘Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020’. Saya melihat rang undang-undang yang dibentangkan petang ini ada kelemahan dan kekurangannya. Saya mencadangkan supaya dirujuk semula rang undang-undang ini kepada select committee, Jawatankuasa Khas Parlimen.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Antara kelemahan yang saya nampak, saya tidak hendak terus tolak. Saya melihat dokumen ini dalam bahasa Melayu ada 34 muka surat, bahasa Inggeris ada 32 muka surat. Tahniahlah kepada pihak kerajaan berjaya membentangkan RUU ini tetapi ada kelemahannya. Contohnya, pada seksyen 7(3), ternampak kekurangan kebebasan IPCC ini iaitu anggota suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, tentu sekali dengan nasihat Perdana Menteri tetapi anggota suruhanjaya ini boleh dilucutkan jawatannya pada bila- bila masa, boleh dilucutkan tanpa sebab. Jadi, kalau saya salah minta Yang Berhormat Menteri, tolong betulkan. Kedua, seksyen 8 dalam RUU ini, nampaknya Perdana Menteri yang tentukan saraan yang diterima oleh anggota suruhanjaya ini. Kemudian seksyen 14(2) dalam RUU ini, Setiausaha Suruhanjaya yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dilantik oleh Menteri Dalam Negeri. Ini ada ditulis dalam ini. Manakala, EAIC melantik setiausahanya sendiri. Nampaknya EAIC dalam hal ini lebih baik daripada IPCMC. Jadi Tuan Yang di-Pertua, terdapat 150,000 orang anggota polis seluruh negara dari Bukit Aman sampai kontinjen negeri, sampai IPD, sampai balai-balai polis di kampung-kampung, di pekan-pekan kecil yang membuat perkara yang salah ini, rasuah, yang brutal tidak ramai. Akan tetapi tujuan kita ialah untuk betulkan keadaan supaya imej PDRM ini yang sudah 200 tahun umurnya dihormati, berintegriti dan cekap. Kebanyakan majoriti anggota polis bagus, baik tetapi yang sedikit ini perlu kita betulkan. Malah bekas Ketua Polis Negara pun sebut dalam PDRM itu ada kartel, ada

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

macam-macamlah bila dia hendak bersara dulu. Jadi akhirnya, saya mohonlah kepada Yang Berhormat Menteri supaya dirujuklah semula. Kalau sudah diperbaiki dengan baik kelemahan-kelemahan yang itu, saya rasa mungkin boleh kita timbangkan kalau kita hendak menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Akhir sekali saya menjemput Yang Berhormat Kulai, tiga minit Yang Berhormat.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang. Saya hanya ada tiga minit, jadi saya hanya hendak secara sangat ringkas. Saya hendak tahu bahawa sama ada kadang-kadang tindakan PDRM, saya hendak bagi beberapa contoh akan dianggap sebagai salah laku. Saya telah disiasat, dipanggil untuk disoal siasat oleh PDRM pada bulan Januari tahun ini. Mereka hendak siasat tentang satu FB post yang saya kongsi pada April 2017. Jadi, apabila pihak polis hanya ambil tindakan selepas empat tahun setengah. Saya hendak tanya bahawa sama ada apa logik di belakangnya dan sama ada kes macam ini adalah salah laku? Hal ini kerana kalau memang FB post saya adalah satu ancaman kepada ketenteraman masyarakat, tindakan sepatutnya diambil pada tahun 2017, bulan April pada masa itu. Akan tetapi hanya tunggu sampailah Januari tahun ini tindakan diambil. Jadi saya hendak tanya, inaction ataupun action macam itu adalah salah laku atau tidak? Satu contoh lagi yang saya hendak kongsi adalah seorang Ahli DAP yang nama dia Chan Loong Wei, berasal dari Sabah. Beliau hari ini dipanggil oleh IPD Kota Kinabalu tentang satu posting yang beliau buat semasa PRN Sabah yang berlaku pada tahun 2020. Sekali lagi saya hendak tanya, kalau memang FB post itu ada masalah kenapa tindakan tidak diambil pada masa tersebut dan hanya ambil sekarang selepas hampir dua tahun. Jadi, tindak laku sebegini bagaimana PDRM membuat keputusan sama ada orang awam boleh membuat aduan dengan IPCC selepas rang undang-undang ini diluluskan. Selain daripada itu, kadang-kadang kita pun nampak bahawa bukan sentiasa PDRM lambat untuk mengambil tindakan. Kadang-kadang mereka pun sangat cepat untuk mengambil tindakan. Ada seorang aktivis yang menulis satu tweet dalam Twitter, beliau adalah Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia dari Pahang dan sangat cepat PDRM terus panggil dia untuk soal siasat. Sampailah pemangku Raja Pahang perlu tulis dalam tweet dan minta PDRM jangan reka drama. Jadi, ini semua tunjuk bahawa PDRM apabila membuat tindakan, membuat keputusan untuk soal siasat tidak ada satu consistency. Nampaknya Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang, ahli-ahli politik daripada pembangkang kita bolehlah disoal siasat untuk FB post kita, Twitter kita, dua tahun dahulu atau empat tahun dahulu. Akan tetapi kadang kala PDRM pun sangat cepat dalam tindakan mereka. Jadi saya tidak faham dan perlu minta pandangan dan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Selain daripada itu, kita tahu kes mendiang Teoh Beng Hock. Sebenarnya Jemaah Menteri pada tahun 2018 dan tahun 2019 telah membuat keputusan bahawa kes ini perlu disiasat semula dan Peguam Negara (AG) pada masa itu pun telah rujuk kes ini balik ke PDRM untuk membuat siasatan semula. Akan tetapi sampai hari ini kita tidak tahu apa perkembangan terkini. Jadi, ini adalah dalam pandangan saya, one type of inaction of PDRM. Jadi saya hendak tanya, sama ada contoh-contoh yang saya kongsi tadi action ataupun inaction itu akan dianggap sebagai salah laku yang kami boleh buat aduan di bawah IPCC. Sekian sahaja, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Dengan itu, tamatlah perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah pun membahaskan Rang Undang- undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020. Daripada semua saya merasakan, saya tidak tahulah sama ada ialah selalunya apabila Ahli-ahli Parlimen sebut, mereka sayangkan PDRM itu saya juga yakinlah mungkin mereka benar-benar sayangkan kepada PDRM. Maka sebab itu mereka mahu ada satu suruhanjaya bebas untuk kita ambil tindakan kepada mereka yang salah guna atau tata kelakuan mereka itu boleh dipersoalkan. Jadi kalau itu yang kita mahukan, PDRM sendiri juga mahukan sesuatu supaya persepsi orang luar terhadap PDRM itu akan bertambah baik daripada semasa ke semasa. Maka sebab itu, kita telah pun melakukan perbandingan dengan beberapa buah negara di luar sana termasuklah seperti yang saya katakan tadi. Di antaranya, Independent Office for Police Conduct United Kingdom sebagai contoh dan juga Independent Police Complaints Council Hong Kong. Di situ kita lihat bahawa betul kedua-dua badan itu adalah merupakan badan yang bebas tetapi mereka juga menjalankan siasatan ke atas salah laku dan hasil dapatan itu juga dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk diambil tindakan. Jadi, ada kadang-kadang kalau kita hendak lihat apa yang polis hendak buat. Kita juga mahu supaya amalan yang dilakukan oleh negara-negara seperti itu juga dilakukan oleh kita di sini.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Maka, sebab itu IPCC yang kita gubal ini adalah sesuatu yang juga memberikan IPCC kuasa untuk menyiasat. Akan tetapi hanya mengesyorkan apa siasatan itu dan hukumannya diberikan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis. Jadi, sudah ada perbezaan di situ. Dalam mana apabila kita membincangkan isu kematian dalam lokap, saya hendak jelaskan pertamanya, baru-baru ini saya telah bawa isu ini dalam Jemaah Menteri. Jemaah Menteri bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada polis kerana kita hendak supaya siasatan dilakukan dengan secepat mungkin. Bila kita tangkap seseorang OKT itu, biarlah mereka ini dapat disiasat dengan lebih teliti oleh pegawai kesihatan. Dahulu kita hanya membenarkan pegawai kesihatan melalui Kementerian Kesihatan semata-mata. Akan tetapi oleh sebab dia banyak kekangannya, maka saya minta supaya kita lantik panel of doctors, private doctors, klinik-klinik untuk kita pastikan kita dapat lakukan dengan secepat mungkin. Alhamdulillah telah pun diterima baik oleh Jemaah Menteri. Jadi, apabila telah pun diterima baik oleh Jemaah Menteri. Saya juga mahu supaya CCTV juga akan dipasang di lokap-lokap kerana masalah ini timbulnya itulah, kerana orang kata banyak kematian, orang kena tuduh dipukul dan sebagainya. Saya minta supaya kita pasang CCTV itu. Untuk makluman semua, dalam Rancangan Malaysia juga telah pun kita pastikan. Akan tetapi oleh sebab perbelanjaannya agak besar, kita tangguhkan dahulu. Akan tetapi bila sampai masa, ada wangnya, saya percaya kerajaan akan membenarkan untuk kita buat tender dan pasang CCTV di semua lokap yang diperlukan. Maka, sebab itu bila ada soal-soal Hang Tuah Jaya sebagai contoh, tanya berapa orang yang mati dalam lokap. Ada juga tadi yang bangkitkan seolah-olah ia agak besar. Akan tetapi saya hendak baca di sini. Sebenarnya soalan itu saya hendak jawab. Tidak lah begitu besar jumlahnya. Tidak apa, sambil-sambil saya hendak mencari. Saya hendak maklumkan bahawa betul ada. Akan tetapi bukanlah bermakna ia berlaku atas sifat kerana kesalahan mereka dipukul dan sebagainya. Oleh sebab apabila saya baca dengan laporan yang diberikan kepada saya sebagai contoh. Yang Berhormat Jelutong tadi ada bertanya. Saya hendak bagi contoh. Pada tahun 2015, hanya jumlah empat orang sahaja yang mati. Tahun 2016, 10 orang.

Dato’ Seri Hamzah bin ZainudinBERSATU · PNMenteri Dalam Negeri · Larut

Tahun 2017, sembilan orang. Tahun 2018, lapan orang. Tahun 2019, 14 orang. Tahun 2020, 16 orang. Tahun 2021, 32 orang. Jadi, jumlahnya dari tahun 2015, Yang Berhormat Jelutong, hanya berjumlah 93 orang. Ini saya hendak maklumkan pula sakit asma, ada seorang iaitu pada tahun 2016. HIV juga ada pada tahun 2021. Sakit jantung juga ada pada tahun 2016. Jumlah semuanya, tujuh orang. Tahun 2016 ada seorang. Tahun 2017, seorang. Tahun 2018, dua orang. Tahun 2019, satu orang. Tahun 2021, dua orang. Lain-lain penyakit seperti usus, penyakit hati, ulser, paru-paru, sakit kerongkong, ramai. Itu paling ramai. Ada 80 orang. Saya tidak payah sebutlah tahun-tahunnya.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri.

Pendarahan otak juga ada seorang. Gantung diri pun ada. Gaduh sesama dalam lokap pun ada. Dicederakan oleh polis, buat masa ini tidak ada.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri. Hendak mencelah sedikit.

Yang Berhormat Menteri.

Ya, ini saya hendak cakap kematian.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Minta penjelasan.

Penjelasan.

Nanti. Ini saya hendak cerita fasal yang mati. Nanti dahulu. Saya hendak cerita tentang yang mati. Tadi betullah yang matinya tiada sebab kena pukul oleh polis. Jadi, janganlah kita – tadi kita kata kita sayang polis. Saya dengar Yang Berhormat Jelutong kata sayang. Yang Berhormat Kampar kata sayang. Ini seolah-olah macam menuduh pula mereka memukul sampai mati.

Tidak, tidak.

Adakah mereka menuduh mereka pukul mati atau macam mana? Yang Berhormat Jelutong.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas ruang yang telah diberikan. Yang Berhormat Menteri, seperti dalam perbahasan saya tadi. Saya mengakui bahawa undang-undang ini adalah sesuatu yang diperlukan hanya untuk mengawal selia segelintir sahaja daripada PDRM. Kita di sebelah sini tidak menuduh semuanya melakukan salah laku. Akan tetapi saya amat terperanjat dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, seolah-olah memang kalau sesuatu kematian berlaku di dalam lokap, kita perlu menyiasat. Amatlah aneh kalau kita mendapati bahawa orang itu sakit HIV tetapi mati hanya di dalam lokap. Sakit paru-paru tetapi hanya mati di dalam lokap. Bila beliau berada di luar tidak mati. Sakit jantung, bawa ke lokap baru mati. Sesak nafas, asma di luar ketika beliau bebas tidak mati tetapi masuk lokap baru mati. Jadi, ada sesuatu yang tidak kena, Yang Berhormat Menteri. Memang ada pihak-pihak yang tidak akan mengakui, kan Yang Berhormat Menteri. Takkan kalau ada anggota yang melakukan salah laku ini beliau akan mengakui.

Okey, okey, okey.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri ada satu soalan.

Hujah prejudis.

Yang Berhormat Jelutong, saya kena betul- betul berkawan rapat dengan Yang Berhormat Jelutong. Ini kerana Yang Berhormat Jelutong tahu bila orang bernyawa hendak mati ini. Oleh sebab itu saya ingat saya kena tahu lah. Apa ayat yang digunakan, kitab mana yang digunakan supaya bila saya hendak mati, saya jumpa Yang Berhormat Jelutong. Ini sudah sampai masa atau belum.

Sebenarnya bab kematian ini bab yang saya tidak boleh hendak jawab. Cuma yang Yang Berhormat Jelutong tanya saya berapa ramai, itu yang saya sebut. Penyakit apa, itulah yang saya sebut. Jadi, tidak payah lah kita kata sudah masuk lokap dia mati. Yang kena HIV ramai. Yang mati seorang. Jadi, yang itu yang malaikat maut hendak ambil seorang itu sahaja. Ramai-ramai yang kena HIV tidak mati. Jadi, bukan sebab kena pukul. Ada perkara- perkara yang sepatutnya, janganlah– kalau ini seolah-olah kita menuduh ini. Saya tahu PDRM pun ada wakil di belakang itu. Kita tahu bahawa Yang Berhormat Jelutong bukan hendak menuduh mereka. Tidak. Cuma beranggapan bahawa mereka yang pukul. Itu sahaja. Jadi, tidak menuduh. Saya tahu.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri, saya ada satu soalan.

Saya tahu Yang Berhormat Jelutong tidak menuduh mereka.

Ya, memang tidak. Akan tetapi memang sejarah menunjukkan seperti yang telah saya katakan tadi. Kejadian yang menimpa Yang Berhormat Port Dickson adalah sesuatu yang memang telah berlaku. Kita tidak nafikan.

Ya Allah.

Kalau salah seorang pemimpin kita juga kena dan orang yang melakukannya adalah Ketua Polis Negara, perkara ini menjadi lumrah. Memang berlaku, Yang Berhormat.

Okey, saya. Yang Berhormat Jelutong, saya ambil kira macam ini lah. Kan kita ada IPCC selepas ini. Bila kita sudah luluskan IPCC ini, dengan segala apa yang telah pun saya sebutkan tadi, insya-Allah perkara-perkara seperti kena pukul yang dahulu, perkara-perkara yang akan kena pukul kalaupun ada, ada CCTV, ada pemeriksaan yang dilakukan oleh private doctors. Mereka adalah mereka yang betul mahir. Ini adalah pencegahan yang akan kita lakukan. I think ini adalah merupakan penambahbaikan yang kita berikan. Kita ini sekarang cerita yang lepas-lepas buat apa. Kalau saya cerita yang lepas-lepas you masa kecil macam mana. Perangai macam mana. Mesti you pun tidak suka.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, belakang sini.

Oleh sebab itu jangan cerita benda-benda yang lepas.

Yang Berhormat Menteri, untuk makluman, saya tidak pernah ditangkap ataupun dituduh dan memang tidak ada apa-apa masalah dengan undang-undang. Jadi, tidak perlulah bangkitkan isu keperibadian saya Yang Berhormat Menteri.

Lailahaillallah, saya...

Kita bercakap tentang tatalaku pihak polis.

Okey, okey. Tuan Yang di-Pertua, nanti check dalam Hansard, saya tidak tuduh pun dia. Saya hendak kata dia baik orangnya. Dia tiba- tiba bangun pasal apa ini? [Ketawa]

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri, saya ada satu soalan. Saya tunggu lama ini Yang Berhormat Menteri, sini. Yang Berhormat Menteri, belakang.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

Mana?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Yang Berhormat Menteri, saya suka dengan – Ini belakang, belakang, jauh sedikit. Saya suka...

Oh! Depan sana. Okey Yang Berhormat Batu. Silakan Yang Berhormat Batu.

Tuan P. PrabakaranPKR · PHBatu

Saya suka apabila Yang Berhormat Menteri bangkitkan berkaitan dengan inisiatif yang akan meningkatkan keselamatan dalam lokap. Akan tetapi, saya ada satu soalan, di mana tahun 2019 – Yang Berhormat Menteri tidak dengar itu. Yang Berhormat Menteri boleh dengar? Ya. Tahun 2019, semasa Yang Berhormat Menteri pun ada dalam Kerajaan Pakatan Harapan, mantan Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri telah bagi kenyataan di mana telah meluluskan peruntukan RM73 juta, di mana diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR). Di mana diluluskan RM73 juta untuk CCTV dalam lokap dan juga lokap mahkamah. Akan tetapi di sini Yang Berhormat Menteri kata, tiada apa-apa peruntukan, mungkin dalam masa yang akan datang. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan.

Bukankah saya sudah kata, prioritinya akan kita masukkan juga dalam Rancangan Malaysia yang sama. Jadi, tidak apalah ia mungkin beberapa bulan lagi tetapi pastinya, sudah pun dimasukkan dalam Rancangan Malaysia. Ada juga mereka yang menanyakan tentang mengapa kita mesti lantik pegawai- pegawai polis sebagai suruhanjaya. Saya hendak maklumkan di sinilah, suruhanjaya yang kita lantik itu adalah mereka yang berkelayakan...

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.

Mengikut sesuai seperti apa yang ada tercatat dalam di situ. Bukan bermakna, hanya pegawai polis yang kita lantik. Mungkin tidak ada langsung pegawai polis yang kita lantik tetapi ia memberikan satu ruang supaya pegawai polis juga boleh dilantik. Itu yang termaktub dalam rang undang-undang yang kita gubal hari ini. Jadi, tidak timbullah kita hanya hendak lantik pegawai polis, tidak. Dalam tujuh orang itu, mungkin tidak ada langsung. Kalau adapun, mungkin ada seorang dua. Jadi, ia memberi ruang kepada semua orang untuk boleh dilantik, asalkan mengikut kelayakan yang tercatat dalam undang-undang tersebut. Ya, Yang Berhormat Wangsa Maju.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta penjelasan dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri tentang kematian di lokap. Tadi Yang Berhormat Menteri berkata tidak ada kematian di lokap.

Aik?

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Ini...

[Dewan riuh]

Alamak.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tidak ada kematian di lokap akibat salah laku polis.

Okey.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Akan tetapi, mengikut laporan EAIC, sekurang-kurangnya ada dua kes. Satu pada tahun 2015, kes Dharmendran. Kes kedua, tahun 2017, kematian Balamurugan di Balai Polis Klang. Kedua-dua kes ini telah disiasat oleh EAIC dan laporan sudah dibuat kepada Peguam Negara. Cuma, tidak ada tindakan diambil oleh Peguam Negara. Minta Yang Berhormat Menteri bagi jaminan, sekiranya kita ada IPCC tetapi tidak ada kuasa untuk menghukum, jadi bagaimana keadaannya? Apakah yang akan berlaku?

Okey, saya hendak beginilah, saya hendak jelaskan. Kalau salah laku yang dilakukan itu adalah salah laku seperti di bawah undang- undang jenayah sebagai contoh, dalam negara kita ini, yang hukuman salah laku jenayah ini, memang kita berikan kepada polis untuk siasat. Bila polis sudah siasat, kita berikan kepada AGC. Kemudian, barulah sama ada orang itu akan dibawa ke mahkamah, disabitkan kesalahan ataupun tidak. Jadi, janganlah mengatakan bahawa sudah tentu ada. Kadang-kadang, ini hanya persepsi yang saya kata. Apa yang saya bacakan ini juga tadi nombor angka-angka yang dapat itu juga saya minta supaya berikan kepada saya sekarang juga. Itu yang mereka berikan. Jadi, Yang Berhormat Wangsa Maju, kena adil di sini bahawa apa pun kita lakukan adalah untuk kepentingan untuk menentukan yang kita lakukan ini adalah baik. Jadi, ada yang mengatakan...

Yang Berhormat Menteri.

Apakah betul? Kalau baik, sudah buat engagement. Saya hendak juga maklumkan di sini, kita sudah buat engagement, sudah jumpa seramai 1,059 orang dan sudah lakukan di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching, di enam tempat semuanya. Sesi taklimat juga telah kita adakan sama ada bersama dengan barisan kepimpinan tertinggi PDRM dan juga dengan Persatuan Polis, Pengarah-pengarah Jabatan di Bukit Aman ada, Persatuan Pegawai Kanan Polis ada, Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja pun ada, the Retired Senior Police Officers’ Association pun ada, Persatuan Bekas Polis Malaysia, Yayasan Pengaman Malaysia, wakil Kementerian Dalam Negeri juga telah pun kita lakukan. Sesi taklimat Rang Undang-undang IPCC bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan pun telah kita adakan.

Yang Berhormat Menteri.

Ahli Parlimen yang hadir yang saya nak sebut di sini empat orang. Yang Berhormat Dato’ Johari bin Abdul ada. Betul Yang Berhormat? Yang Berhormat Sungai Petani, betul?

Dato’ Johari bin AbdulPKR · PHSungai Petani

[Mengangguk]

Ha! Dia angguk, betul. Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil.

Ya, betul-betul.

Ada Yang Berhormat Lembah Pantai?

Ada taklimat. Ya, ya.

Pun betul, setuju. Jadi, saya tidak mahulah sebut yang lain-lain, nanti...

Yang Berhormat Menteri.

Akan datang kata, hari itu semasa sudah jumpa itu nampak macam okey. Akan tetapi hari ini sudah tidak okey. Jadi, saya tidak mahulah sebut yang lain.

Yang Berhormat Menteri.

Saya hendak sebut yang dua orang ini sahaja. Kita tengoklah dia okey kah atau tidak okey.

Saya berterima kasih atas penjelasan. Kalau Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa undang-undang ini boleh menyelesaikan semua masalah, apakah penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan peruntukan yang membenarkan saksi untuk enggan menjawab soalan? Kalau

pihak suruhanjaya ingin menyiasat dan saksi yang hadir itu enggan menjawab soalan, bagaimanakah kita ingin menyiasat perkara-perkara yang ingin berlaku? Saya mohon penjelasan. Ini adalah satu peruntukan yang penting di mana kalau saksi itu mendapati pendedahan maklumat itu boleh menyebabkan beliau sendiri dituduh di mahkamah ataupun menyebabkan beliau mendedahkan maklumat sensitif, mungkin menyebabkan beliau sendiri terlibat dalam salah laku, beliau enggan menjawab. Macam mana kita ingin mengatasi masalah ini?

Terima kasih, wow! Susah saya hendak jawab ini. Betullah itu. Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Jelutong bahawa sebenarnya, dalam undang-undang negara kita pun– Yang Berhormat Jelutong kan peguam? Kita benarkan untuk mereka tidak menjawab, itu dalam undang-undang kita. Samalah juga dengan yang di sini. Akan tetapi ia memberi satu ruang kepercayaan kepada mereka yang menyiasat itu, ada sesuatu yang dia ingin lindungi. Maka sebab itu, kita boleh menggunakan cara lain untuk kita mendapatkan evidence melalui saksi-saksi ataupun cara-cara lain. Jadi, kalau sudah ada dalam Perlembagaan sendiri, pasal apa hendak dipersoalkan lagi? Kita ikut perkara yang baik. Oleh sebab itu apa pun yang kita lakukan, kita tidak lari daripada Perlembagaan. Sila ...

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Seputeh.

Yang Berhormat Seputeh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Selepas Yang Berhormat Seputeh, boleh Yang Berhormat Sungai Buloh tanya?

Boleh, boleh. Yang Berhormat Seputeh dahulu ya, ladies first.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tadi sudah dengar ucapan daripada sebelah sana, sebelah sini, tidak ada seorang pun puji rang undang-undang kita hari ini. Ramai yang juga tanya, pertindihan kuasa dan ramai juga tanya, ini IPCC adalah satu agensi yang macam harimau tanpa gigi. Jadi, soalan saya ialah sekarang, bila kami ada macam masalah hendak membuat aduan tentang seseorang pegawai polis, kita akan hantar complaint ke Bahagian Tatatertib di Bukit Aman. Jadi, sekarang sudah ada IPCC. Jadi, manakah kita perlu panjangkan aduan kita ini, sama ada pada IPCC kah atau Bahagian Tatatertib di Bukit Aman?

All right, menyesal saya bagi Yang Berhormat Seputeh ini. [Ketawa] Ada pula dia kata sebelah sini pun tidak setuju. Mana ada, engkau ni – alamak. Sebelah sini, cadangan pula diberikan...

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Menteri tidak dengar...

...Saya hendak beritahu...

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

...Saya memang dengar, walaupun saya tidak diberi peluang untuk berucap.

...Yang Berhormat Pengerang kata saya sokong, tetapi biarlah – ‘biarlah itu’ adalah sesuatu yang subjektif. Saya juga setuju dengan apa yang Yang Berhormat Pengerang, biarlah kita berikan contohnya, beri training lagi, bagi– itu benda yang baik. Bukan dia tidak sokong undang-undang ini. Ini lah ceritanya Yang Berhormat Seputeh. Kalau lain kali ikut Yang Berhormat Pengerang kan lebih baik. Ini ikut sebelah sana siapa suruh. Jadi...

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Yang Berhormat Pengerang ada buat banyak pertanyaan. Sekarang Yang Berhormat Menteri masih belum– gagal untuk jawab dia.

Jangan macam itu. Tadi, sudah baik, elok bangun, tanya saya, saya bagi, tiba-tiba macam ini, susahlah saya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

Cuma saya hendak perbetulkan tadi apa Yang Berhormat wangsa Maju cakapkan tadi. Saya hendak perbetulkan. Kes Dhamendran ini dan juga lima orang pegawai polis yang dikatakan tadi, yang disyaki bersalah itu telah pun didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 Oktober 2018 and they are acquitted. Ini keputusan Federal Court. Jadi, kalaulah keputusan Federal Court maknanya habislah, selesai. Maknanya sudah ada judgment, apa lagi hendak kita persoalkan. Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang detailed case-by-case itu akan saya jawab secara bertulis...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

...Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri .

Last one Yang Berhormat Kulai.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Menteri bagi...

Last one.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Sungai Buloh you janji tadi.

No, no. Saya tidak janji. [Ketawa] Yang Berhormat Kulai, Kulai.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Baru kita dengar.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hanya hendak tanya bahawa...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

...Selepas Yang Berhormat Seputeh...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya hanya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, memandangkan ramai Ahli Parlimen tidak kira pembangkang ataupun kerajaan membuat banyak cadangan, boleh atau tidak kita rujukan rang undang-undang ini kepada jawatankuasa supaya ia boleh dibincang secara lebih terperinci.

Okeylah. Apa yang hendak susah-susah sangat. Kita luluskan sahajalah, jawatankuasa apa. Ini pun kita sudah bincang, sama sahaja Tuan Yang di-Pertua. Kita akan menyokong semua inilah dalam rang undang- undang ini. Terima kasih.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, sebab...

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Soalan ringkas. Seperti perbahasan saya...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan, maaf.

Puan Teresa KokDAP · PHSeputeh

Tuan Yang di-Pertua, saya boleh jadi saksi. Tadi Yang Berhormat Menteri kata selepas saya, Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Yang di-Pertua

Tetapi dia sudah tarik balik. Yang Berhormat, sudah tarikh balik. Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Ada pembahas dalam jawatankuasa? Tidak ada?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Sini, sini Tuan Yang di-Pertua, ada.

Tuan Pengerusi

Ada?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Ada, ada. Saya hendak rujuk kepada fasal 5 di mana Suruhanjaya boleh buat kuasa Suruhanjaya 2(b) yang menyatakan bahawa “Mereka boleh buat lawatan ke mana-mana tetapi perlu memberikan notis awal kepada Ketua Jabatan”. Apa yang hendak saya nyatakan di sini adalah, sebenarnya ramai Yang Berhormat Menteri suka buat spot check, surprise visit kerana mereka percaya bahawa ini adalah salah satu cara untuk mereka memahami dan mengetahui apa yang sebenarnya situasi di dalam jabatan tersebut. Jadi saya hendak tanya di sini, kenapa di sini Suruhanjaya IPCC ini perlu memberi notis awal. Bukankah ini akan defeat the purpose kalau mereka hendak tinjau apa-apa situasi sebenarnya di sesebuah jabatan tersebut. Selain daripada itu, saya juga hendak tanya bahawa, kerana di sini– sekejap ya. Setiausaha adalah dilantik oleh Suruhanjaya, tetapi degan persetujuan daripada Menteri. Jadi saya hendak tanya, kenapa persetujuan daripada Menteri adalah diperlukan kerana bukankah kita memberi kepercayaan kepada Suruhanjaya ini supaya mereka boleh memilih sesiapa yang sesuai untuk menjadi Setiausaha. Kenapa persetujuan daripada Menteri masih diperlukan. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKampar

Tuan Pengerusi, saya hendak tanya berkenaan dengan fasal 29 iaitu dapatan penyiasatan. Dalam fasal ini, dapatan penyiasatan hanya dikemukakan dan disyorkan kepada Suruhanjaya. Apakah janji ataupun kaedah untuk memastikan segala penyiasatan yang telah dijalankan hasilnya dapat dikemukakan untuk tatapan orang ramai agar ia menjadi satu public document untuk menjamin keikhlasan dan ketulusan penyiasatan tersebut.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Dungun.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin untuk rujuk kepada fasal 6 yang menyebut berkenaan tentang pelantikan Ahli Suruhanjaya. Dirujuk kepada pengosongan jawatan pada fasal 9 menyebut berkenaan, “Jawatan Ahli Suruhanjaya ini perlu dikosongkan jika ahli tersebut didapati bankrupt dan didapati bersalah dengan sesuatu pertuduhan”.

Jadi soalan saya ialah, ketika berlakunya pelantikan, bagaimana dalam soal yang melibatkan saringan yang sepatutnya dibuat kerana ini melibatkan integriti anggota Suruhanjaya. Jadi apabila melibatkan pengosongan diberikan beberapa perkara keperluan kepada pengosongan jawatan. Akan tetapi, pada ketika pelantikan itu, saya hendak tahu adakah ada saringan yang ketat dibuat kerana keperluan-keperluan kepada integriti kepada anggota Suruhanjaya ini sangat diperlukan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Pengerusi, fasal 5 itu saya hendak maklumkan kepada semua, termasuklah Yang Berhormat Kulai. Lokap ini bukan tempat- tempat yang biasa. Kadang-kadang ia ada macam-macam orang yang ada dalam itu. Jadi kalau tiba-tiba orang yang hendak masuk itu kita benarkan, kita pun tidak tahu siapa yang hendak masuk, hendak buat lawatan dan sebagainya. Kita mesti check dahulu the background of those people dan kita kena tahu bahawa mereka itu adalah mereka yang layak, boleh hendak masuk dalam lokap. Jadi sebab itulah tempat-tempat yang sensitif ini harus kita dapat maklumat lebih awal. Ada orang yang hendak datang lawat. Jadi, kalau macam contohnya, Yang Berhormat Kulai hendak melawat, boleh. Bagi tahu dengan saya, insya-Allah saya bagi lah hendak melawat sesiapa dalam lokap itu. Kedua, lantikan Setiausaha. Lantikan Setiausaha ini, dalam itu pun sebut dia adalah penjawat awam, dia daripada PTD. Oleh sebab itu apabila dalam PTD, Menteri dia tulis surat kepada KSN, adakah sesiapa seorang yang layak untuk dijadikan Setiausaha, dipinjamkan di situ Suruhanjaya. Sebabnya, ia adalah sesuatu jawatan, tidak boleh hendak kita banyak kali hendak tukar supaya dia biar seorang penjawat awam, kalau ditukarkan pun dia boleh serahkan kepada apa sahaja perkara-perkara yang diperlukan itu kepada orang baharu yang akan dilantik, itu yang sebenarnya.

Tujuannya itu, tidak ada tujuan lain. Bukan kerana kuasa Menteri hendak lantik, tidak ada, tidak ada. Ketiganya, tentang siasatan itu supaya orang luar tahu selepas sudah siasat dan semuanya, itu Yang Berhormat Kampar hendak, supaya saya jamin kan orang sudah tahu. Beginilah, kalau ada aduan dan semua itu telah pun berlaku, hukuman yang akan dibuat itu akan kita berikan kepada pengadu, itu yang sebenarnya. Akan kita beri, bukan kepada seluruh dunia, apa yang berlaku. Akhirnya, fasal enam tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dungun, saya hendak maklumkan memang saringan akan dibuat, bukan hanya kita hendak tengok daripada segi kelayakannya, saringan akan dibuat, kita hantar dengan SB, kita hantar untuk check background mereka itu. Kalau mereka benar-benar tidak ada masalah, Lembaga Hasil Dalam Negeri, SPRM dan semua itu, selalunya kita akan hantar kepada mereka. Bukan hanya tentang suruhanjaya ini, semua suruhanjaya di bawah agensi-agensi kerajaan selalunya kena buat saringan dahulu. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, itulah jawapan untuk semua fasal. [Fasal-fasal 1 hingga 47 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I (Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) dan diluluskan]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku JaafarPBB · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) · Santubong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, Rabu, 27 Julai 2022.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Ya, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 27 Julai 2022. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.54 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Projek-projek Pembaikan Bangunan Sekolah di Kota SetarSpecial Chamber

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. Saya berhasrat untuk mengemukakan usul berkenaan projek-projek pembaikan bangunan sekolah di daerah Kota Setar.

Untuk makluman Menteri, banyak sekolah di sekitar kawasan daerah Kota Setar sudah uzur dan daif. Akan tetapi, permohonan projek pembaikan sering ditolak atau ditangguhkan sehingga kerosakan bertambah buruk. Minta Menteri menjelaskan sejauh mana kelulusan bagi permohonan projek pembaikan bumbung dan siling kantin bagi Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq di mana kerosakan telah menjadi kritikal sehingga pelajar terpaksa makan di bawah khemah sementara.

Minta Menteri menjelaskan juga sejauh mana kelulusan bagi permohonan projek penyelenggaraan pendawaian elektrik bagi Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam yang masih tertangguh di mana pelajar di kelas sering menghadapi keadaan putus bekalan elektrik. Minta Menteri menyatakan juga sejauh mana status kerja-kerja meroboh bangunan daif dan pembinaan bangunan baharu yang sudah lama dirancang di Sekolah Kebangsaan Haji Wahab, Kampung Tok Keling.

Minta Menteri senaraikan permohonan projek-projek pembaikan yang masih dalam proses bagi setiap sekolah di daerah Kota Setar dan senarai projek yang telah diluluskan serta jumlah peruntukan yang terlibat semenjak tahun 2018 sehingga kini.

Memandangkan harga bahan binaan semakin meningkat, minta Menteri jelaskan proses kelulusan memakan masa panjang ini bakal menyebabkan peruntukan yang diluluskan sudah tidak relevan di mana kos bahan telah meningkat serta kerosakan turut bertambah buruk semasa proses permohonan.

Tuan Chan Ming KaiPKR · PHAlor Setar

Bagaimana kementerian boleh memastikan peruntukan kos bertambah disebabkan kelewatan kelulusan tersebut sementara tidak menjejaskan kualiti kerja yang sepatutnya. Sekian, terima kasih.

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Alor Setar.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian kepada usaha pembaikan infrastruktur dan fasiliti bangunan yang dapat berfungsi dalam keadaan baik untuk semua sekolah di seluruh negara.

Bagi sekolah-sekolah yang mengalami kerosakan di Kedah, KPM menyalurkan peruntukan penyelenggaraan kepada Jabatan Pendidikan Negeri

(JPN) Kedah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah untuk melaksanakan pembaikan berdasarkan tahap kerosakan menggunakan Skor Gred Impak.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq dan Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, Kota Setar, KPM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000.00 untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kecil dan pembaikan kerosakan.

Manakala bagi pembaikan kerosakan bumbung kantin dan pendawaian elektrik di sekolah terbabit telah dirujuk kepada Jabatan Kerja Raya untuk menilai tahap kerosakan dan cadangan kerja pembaikan. Ini kerana, skop kerja berkenaan memerlukan kepakaran teknikal yang khusus bagi tujuan pelaksanaan.

Bagi Sekolah Kebangsaan Haji Wahab, Alor Setar, Kedah, KPM telah diluluskan kos projek berjumlah RM5 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12

(RMKe-12), Rolling Plan 1 (RP1). Skop projek meliputi merobohkan dan membina sebuah bangunan satu tingkat yang mengandungi satu bilik j-QAF, satu bilik skim pinjaman buku teks, satu bilik guru, satu tandas murid lelaki, satu tandas murid perempuan serta lain-lain kemudahan mengikut piawaian. Status pelaksanaan projek ini adalah di peringkat prabina.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, khusus di daerah Kota Setar, Kedah, KPM telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM17.734 juta bagi kerja- kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah dari tahun 2018 sehingga tahun 2022.

Selain daripada Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq, Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam dan Sekolah Kebangsaan Haji Wahab khusus bagi daerah Kota Setar, Kedah, KPM telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di 32 buah sekolah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.298 juta. Senarai sekolah yang terlibat − panjang, nanti saya bekalkan kepada Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah diluluskan sebanyak 12 projek di bawah RMKe-12, Rolling Plan 2 tahun 2022 bagi naik taraf dan penggantian bangunan daif di sekolah dalam daerah Kota Setar dengan kos sebanyak RM120 juta. Senarai projek yang terlibat juga saya akan bekalkan

Datuk Mohamad bin AlaminUMNO · BNTimbalan Menteri Pendidikan II · Kimanis

kepada Yang Berhormat, sebanyak 12 buah sekolah yang terlibat yang saya nyatakan tadi.

KPM sentiasa memberi perhatian kepada usaha menyediakan fasiliti pendidikan seperti bangunan akademik, kemudahan sekolah dan lain-lain agar dapat berfungsi dengan baik, selamat dan kondusif digunakan oleh warga sekolah. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Masalah Kenaikan Harga Hasil Ternakan yang MendadakSpecial Chamber

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan masalah kenaikan harga hasil ternakan tempatan di pasaran domestik sejak tahun lepas. Kenaikan harga ayam yang mendadak telah menjejaskan kuasa membeli rakyat kita, ia juga telah mengakibatkan kenaikan kos sara hidup orang awam. Ayam merupakan makanan jenis daging yang paling diminati orang rakyat pelbagai kaum di negara kita dan kenaikan harga ini sudah semestinya telah mendatangkan kesan buruk kepada kos sara hidup rakyat.

Walaupun kerajaan pernah memberikan subsidi dengan menetapkan harga siling ayam pada RM8.90 sekilo pada awal tahun ini dan kini, harga siling ditetapkan pada RM9.40 sekilo. Namun, harga sebegini masih membebankan rakyat jelata khasnya golongan B40. Tambahan pula, kedengaran rungutan kekurangan bekalan di beberapa tempat sejak awal tahun ini dan menjelang Raya Aidilfitri tempoh hari.

Selain itu, harga telur ayam yang kini ditetapkan pada harga siling 45 sen, 43 sen dan 41 sen sebiji untuk gred ‘A’, ‘B’ dan ‘C’ masing-masing juga dianggap tinggi dan membebankan rakyat. Kita sedia maklum bahawa telur ayam merupakan sumber protein yang paling utama, khasnya untuk golongan B40.

Jadi, tempias kenaikan harga telur paling dirasai oleh golongan ini.

Telur ayam juga merupakan bahan makanan asas untuk pelbagai hidangan. Dengan kenaikan harga yang mendadak dan tinggi ini, sudah pastinya harga makanan lain yang berkaitan turut meningkat.

Selain itu, untuk masyarakat bukan Islam, harga daging khinzir juga melonjak tinggi sejak beberapa bulan yang lepas. Jika dibandingkan dengan harganya 6 bulan lepas, terdapat kenaikan yang melebihi harga asal sebanyak 60 peratus. Berlaku kenaikan harga hampir setiap bulan. Sudah pastinya kenaikan ini telah menjejaskan kuasa membeli golongan yang membelinya. Sila berikan maklum balas terhadap persoalan berikut:

(a) sila senaraikan punca-punca kepada kenaikan harga ayam, telur dan khinzir tersebut;

(b) apakah langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada dedak atau makanan haiwan yang diimport dari luar negara;

(c) berapakah lamakah langkah menetapkan harga siling ayam dan siling akan berterusan? Apakah faktor yang diambil kira oleh kerajaan dalam menentukan selama manakah penetapan harga siling ini akan berterusan;

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

(d) apakah kerajaan berhasrat untuk mengambil langkah intervensi dengan memberikan subsidi kepada penternak khinzir, seperti mana untuk penternak ayam; dan

(e) apakah ada perancangan daripada pihak Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan untuk mengadakan pertemuan dengan wakil penternak khinzir seperti mana pertemuan dengan wakil penternak ayam untuk mendengar rintihan mereka, dan sama ada MAFI ada apa-apa perancangan untuk menstabilkan harga daging khinzir di pasaran?

Sekian, Terima Kasih.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih Yang Berhormat Rasah. Untuk memberikan jawapan kepada soalan (a), terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada kenaikan harga ayam, telur dan daging khinzir pada tahun 2022.

Antaranya adalah seperti berikut; Pertama, peningkatan kos makanan ternakan. Subsektor penternakan unggas dan khinzir bergantung kepada import jagung bijian dan soybean meal (SBM) sebagai bahan utama makanan ternakan.

Kos makanan ternakan menyumbang antara 60 peratus hingga 70 peratus daripada kos keseluruhan pengeluaran ternakan.

Rangsum makanan ternakan menggunakan jagung bijian sebanyak 50 peratus hingga 55 peratus dan soybean meal (SBM) sebanyak 25 peratus hingga 30 peratus. Keperluan tahunan bagi jagung bijian, keperluan adalah sebanyak empat hingga tujuh juta tan metrik setahun dengan penggunaan sebanyak 3.6 hingga 4.0 kilogram bagi ayam pedaging untuk mencapai berat dua kilogram dalam tempoh penternakan selama 35 hingga 42 hari.

Bagi ayam penelur adalah sebanyak 42 kilogram hingga 47 kilogram setahun untuk tempoh bertelur selama 52 minggu untuk menghasilkan 300 biji telur ayam. Bagi ternakan khinzir pula, sebanyak 547 kilogram hingga 600 kilogram jagung diperlukan bagi setiap standing pig population (SPP) untuk menghasilkan 80 kilogram hingga 100 kilogram seekor khinzir hidup.

Harga import jagung dan SBM sejak Januari 2022 sehingga Julai 2022, masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak dan 12.8 peratus hingga 17.65 peratus. Sebagai contoh, pada bulan Januari 2022, harga jagung bijian ialah RM1,445 per tan metrik berbanding RM1,630 per tan metrik pada Julai 2020.

Bagi SBM pula pada bulan Januari 2022, harga jagung bijian ialah RM2,295 per metrik tan berbanding RM2,700 per metrik tan pada Julai 2020. Ini telah menyebabkan kenaikan harga makanan komersil bagi ayam sebanyak 15.4 peratus dan khinzir sebanyak 13.4 peratus.

Kedua, kekurangan pekerja asing dan kenaikan kos upah pekerja.

Subsektor penternakan terutamanya industri penternakan unggas dan khinzir mempunyai keperluan pekerja asing yang tinggi bagi memastikan operasi ladang dapat dioptimumkan.

Susulan arahan penutupan sempadan akibat pandemik COVID-19, ramai pekerja asing telah pulang ke negara masing-masing. Pada masa kini

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

dianggarkan keperluan pekerja subsektor ternakan adalah seramai 42,045 orang manakala bilangan pekerja asing yang masih bekerja di ladang adalah seramai 27,329 orang. Kekurangan seramai 14,716 orang ataupun 35 peratus pekerja asing di ladang telah menyebabkan kenaikan kos upah pekerja yang ditanggung oleh ladang.

Ini turut menyebabkan aktiviti ladang seperti pemvaksinan anak ayam, kutipan telur dan pemberian ubat-ubatan kepada ternakan ayam terjejas. Ekoran daripada itu, penyakit yang boleh dicegah seperti penyakit sampar ayam masih berlaku dan menyumbang kepada pengurangan pengeluaran ayam dan telur.

Bagi soalan (b), bagi mengurangkan kebergantungan kepada dedak atau makanan haiwan yang diimport dari luar negara, kementerian telah mengambil inisiatif-inisiatif seperti berikut; Pertama, program penanaman jagung bijian dalam negara yang berkeluasan sehingga 80,000 hektar dengan sasaran pengeluaran jagung bijian tempatan sebanyak 1.44 juta tan metrik menjelang tahun 2033. Program ini dijangkakan dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber jagung import sebanyak 30 peratus.

MAFI akan turut memfokuskan model untuk diusahakan oleh syarikat swasta, GLC, koperasi dan sebagainya yang berminat melabur dalam pembangunan industri jagung bijian serta mempunyai keupayaan kewangan, landbank serta teknikal dalam keseluruhan rantaian bekalan memandangkan jagung bijian lebih ekonomik sekiranya ditanam di kawasan berskala besar; dan Kedua, menjalankan kajian bagi menghasilkan bahan mentah gantian dalam rumusan makanan haiwan daripada sumber tempatan seperti isirung sawit dengan bekerjasama dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Begitu juga dengan dedak beras, mil ikan dan mil ofal ikan, larva black soldier fly dan sisa hampas soya.

Bagi soalan (c), kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mewartakan harga siling ayam dan telur bermula pada 5 Februari sehingga 31 Ogos 2022 menerusi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Susulan kawalan harga siling tersebut, penternak tidak dapat menjual ayam dan telur pada harga apungan. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk memberi subsidi kepada penternak ayam dan telur sepanjang SHMKM dilaksanakan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion. Tempoh penetapan harga siling adalah di bawah bidang kuasa KPDNHEP dan pihak MAFI mengadakan sesi libat urus dengan penternak dalam perbincangan berkaitan penetapan kawalan harga siling di peringkat ladang.

Bagi soalan (d), kerajaan bersedia untuk mengkaji keperluan langkah intervensi seperti pemberian subsidi bagi setiap subsektor ternakan sekiranya perlu. Pada masa kini, harga daging khinzir di peringkat runcit adalah tidak dikawal kecuali pada musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina. Harga apungan ditentukan melalui penawaran dan permintaan pasaran.

Bagi soalan (e), Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan sentiasa memberi peluang mengadakan pertemuan dan libat urus dengan golongan sasar untuk membincangkan perkara semasa berkaitan industri termasuk penternak khinzir.

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji SallehPAS · PNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II · Pasir Puteh

Kementerian juga telah merangka beberapa cadangan untuk menstabilkan bekalan khinzir melalui tindakan-tindakan seperti berikut:

(i) penambahan kelulusan loji import pemprosesan daripada 105 buah loji kepada 115 buah loji dengan penambahan empat buah negara import baharu; dan

(ii) menjalankan audit kelulusan loji import melalui kaedah system-based serta pengukuhan perlaksanaan Modern Pig Farming (MPF) bagi meningkatkan efficiency pengeluaran ladang khinzir sedia ada.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Rabu, 27 Julai 2022, jam 2.30 petang. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.53 petang]