Dewan Rakyat · 1 August 2022

15th Parliament, session 5, meeting 2 · 728 turns · 61,865 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]

Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Ada satu pemakluman mengenai dengan takziah. Dengan perasaan yang amat dukacita dan sedih, saya ingin mengumumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, mantan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad, 31 Julai 2022 bersamaan 2 Muharam 1444 Hijrah. Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim. Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah dalam menghadapi situasi ini. Kita berdoa moga-moga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman. Untuk makluman, beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak semenjak tahun 2008 hingga 2018. Kepada yang beragama Islam diminta sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, manakala kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur selama satu minit. [Ahli-ahli beragama Islam membaca Al-Fatihah, Ahli-ahli bukan beragama Islam bangun bertafakur]

Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Keluarga Malaysia keluarga kita, Tidak mengira agama dan bangsa, Peranan JKM hendak diperkasakan, Supaya rakyat bahagia dan gembira.

Mohd Salim bin (Mohd) SharifUMNO · BNJempol · question

1. Datuk Seri Haji Mohd. Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sama ada kementerian berhasrat untuk mengkaji semula kadar bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada penerima sedia ada supaya selari dengan kos sara hidup semasa.

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Ya. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jempol di atas soalan yang dikemukakan. Bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga mengucapkan takziah kepada keluarga Arwah Tan Sri. Semoga Tan Sri bersama dengan para solihin. Menjawab soalan Yang Berhormat Jempol. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan kebajikan berbentuk kewangan bagi meringankan beban kumpulan sasar bersifat sementara sehingga kumpulan sasar ini mampu untuk keluar daripada putaran kemiskinan ke arah hidup berdikari. Bantuan kebajikan yang diberikan bukan untuk menampung kos sara hidup sepenuhnya, sebaliknya ia bertujuan untuk membantu kelangsungan hidup kumpulan sasar yang layak dan memerlukan. Pada tahun 2021, kerajaan telah mengkaji semula kadar bantuan kewangan JKM dan meluluskan kenaikan kadar bagi lima skim utama iaitu: (i) Bantuan Kanak-kanak; (ii) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar; (iii) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja; (iv) Elaun Pekerja Cacat; dan (v) Bantuan Warga Emas. Kadar bantuan yang dinaikkan melibatkan skim bantuan kebajikan adalah seperti berikut: (i) Bantuan Kanak-kanak daripada RM100 kepada RM150 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000 sebulan untuk satu keluarga dan telah memberi manfaat kepada 65,599 keluarga miskin dan melibatkan kos sebanyak RM165.53 juta. Peruntukan yang disalurkan sehingga Jun 2022; (ii) Untuk Bantuan Penjagaan OKU ataupun Pesakit Kronik Terlantar telah dinaikkan daripada RM350 kepada maksimum RM500 mengikut keperluan kes dan telah dapat manfaat kepada 26,163 penjaga OKU dan telah melibatkan kos sebanyak RM79.4 juta; (iii) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja pula telah dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 dan telah memberi manfaat kepada 89,075 OKU yang tidak bekerja yang melibatkan kos RM160.2 juta sehingga Jun 2022; (iv) Elaun Pekerja Cacat daripada RM400 kepada RM450 telah memberi manfaat kepada 95,820 OKU dan telah melibatkan kos RM257.9 juta peruntukan; dan (v) Bantuan Warga Emas juga telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 dan telah memberi manfaat kepada 138,949 warga emas melibatkan kos RM421.2 juta. Jadi, secara keseluruhannya kalau kita melihat seramai 416,236 penerima bantuan Skim Peruntukan Persekutuan telah mendapat manfaat daripada skim yang telah disediakan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila soalan tambahan Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab untuk OKU dan juga warga emas ya. Saya difahamkan kementerian atau JKM mengguna pakai kod PGK Makanan 2019 pada tahun ini dan kadar dia RM1,169 berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan bagi menyalurkan bantuan membabitkan golongan miskin tegar.

Walau bagaimanapun, pada hari ini sudah cukup berbeza berbanding tahun 2019 yang mana pada masa tersebut belum berlaku COVID-19 dan tidak mengalami inflasi dalam erti kata PGK Makanan 2019 tersebut boleh dikatakan sudah tidak relevan. Soalan saya, apakah pandangan atau respons kementerian terhadap perkara ini dan sejauh manakah keberkesanan bantuan JKM pada penerima sedia ada? Adakah kadar bantuan semasa ditetapkan berdasarkan PGK Makanan 2019 yang benar-benar dapat membantu mereka yang terkesan? Mohon Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Jempol, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Kajian semula PGK ini telah dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri di mana kita mendapati survey pendapatan isi rumah yang telah didapati iaitu the PGK National adalah RM2,208 berbanding dengan nilai sebelum ini RM980. Nilai PGK Makanan 2019 adalah sebanyak RM1,169. Jadi, berdasarkan pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 had PGK telah ditetapkan iaitu mengguna pakai nilai PGK makanan iaitu RM1,169 bagi kategori asas bagi kelayakan Skim Bantuan Kebajikan mulai tahun 2022 dan perubahan kenaikan PGK sebelum ini iaitu RM980 kepada RM1,169 dianggarkan berlaku peningkatan kenaikan iaitu lima peratus setahun pertambahan kadar kelayakan penerimaan bantuan dan ini menjadikan jumlah penerima bantuan untuk tahun 2022 dianggarkan meningkat sebanyak 445 ribu penerima dan dengan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion setahun. Jadi, peningkatan iaitu berlaku sebanyak lebih kurang RM200 juta Yang Berhormat, berbanding dengan tahun sebelum ini ataupun melibatkan kos lebih kurang RM12 bilion untuk lima tahun. Itu untuk makluman Yang Berhormat. Jadi, setakat ini kita mengguna pakai PGK Makanan RM1,169.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

Datuk Dr. Shahruddin bin Md SallehBERSATU · PHSri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya mudah sahaja. Ramai pemohon kepada bantuan ini, ramai yang memohon dan ramai juga tidak dapat. Apabila mereka berjumpa dengan Yang Berhormat di kawasan-kawasan masing-masing termasuk juga kawasan saya mereka pun tidak tahu apa sebab mereka tidak dapat dan kita pun di pihak kita sendiri, kita pun tidak tahu juga yang mereka telah memohon. Boleh tidak pihak pegawai JKM di setiap daerah dan juga Parlimen memberi laporan kepada kita pemohon-pemohon sama ada dapat ataupun tidak dapat supaya kita dapat susul ke rumah mereka masing-masing. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Kita mengalu-alukan kerjasama dan sokongan daripada semua Ahli Yang Berhormat untuk memastikan kumpulan sasar yang layak untuk mereka menerima dan mendapat bantuan yang selayaknya. Oleh itu, saya berharap supaya pegawai-pegawai pusat khidmat Yang Berhormat supaya terus berhubung dengan pejabat kebajikan daerah sebab kita ada lebih daripada 105 buah pejabat kebajikan daerah di seluruh negara yang sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya ada isu-isu yang berkaitan sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik. Saya bagi ruang satu lagi soalan tambahan kepada Yang Berhormat Papar.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi dan soalan saya juga ini berkenaan dengan pembangunan wanita dan juga masyarakat. Adakah kerajaan akan mengkaji semula kadar bantuan kewangan mengikut ciri-ciri demografi, geografi dan pembangunan infra asas sesebuah kawasan? Sebagai contoh, di wilayah Sabah yang bukan sahaja kekurangan dari semua segi malah mempunyai daerah-daerah yang termiskin, yang paling banyak di Malaysia dan adakah pengelasan pendapatan sisi rumah B40 yang menerima bantuan pada ketika ini mencerminkan situasi semasa pendapatan rakyat di Malaysia? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang dikemukakan. Kita di kementerian sentiasa peka dan memahami isu-isu yang melibatkan terutama kumpulan sasar kita. Oleh sebab itulah kerjasama kita laksanakan dengan pelbagai kementerian, pelbagai agensi, untuk membantu terutama melibatkan golongan B40, bukan semata-mata di bawah kementerian kami melalui JKM, kita ada pelbagai program termasuk program 2 Years Exit Program, Program MyKasih Kapital dan Wanita Bangkit. Malah kita tengok banyak program yang disediakan juga di bawah kementerian- kementerian lain termasuk di Kementerian Pembangunan Usahawan. Di atas meja-meja Yang Berhormat-Yang Berhormat juga ada Program Usahawan 2022. Ini adalah juga untuk bantuan kepada golongan mereka yang berminat dengan usahawan untuk keluar dari kepompong kemiskinan, begitu juga degan melalui KPLB dan banyak lagi agensi lain. Oleh sebab itulah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita melaksanakan kerjasama dengan pelbagai agensi untuk melihat isu-isu termasuk juga bukan sahaja agensi-agensi di bawah Kementerian Persekutuan, malah juga dengan kerajaan-kerajaan negeri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Hajah Natrah Ismail.

Natrah binti IsmailPKR · PHSekijang · question

2. Puan Hajah Natrah binti Ismail [Sekijang] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan: (a) impak jangka panjang terhadap pemansuhan peperiksaan UPSR dan PT3 di sekolah rendah dan menengah ; dan (b) bagaimana pencapaian pelajar dalam akademik dapat diukur untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh atau ke kolej- kolej bagi lepasan Tingkatan Tiga.

Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. JidinBERSATU · PNMenteri Kanan Pendidikan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya mohon daripada Tuan Yang di-Pertua supaya saya dapat mengambil sedikit masa untuk memberikan penjelasan tentang soalan ini kerana soalannya memerlukan satu penjelasan yang lebih mendalam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Jangan lama-lama.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran dan penilaian murid seiring dengan keperluan semasa. Dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan, murid ditaksir melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan peperiksaan pusat.

Berikut pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun 2021 dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun 2022, KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan PBS melibatkan Pentaksiran Bilik Darjah, Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PPS telah diperkenalkan lebih sepuluh tahun yang lalu iaitu mulai tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan mulai tahun 2012 di peringkat sekolah menengah. Pentaksiran ini bertujuan untuk menilai aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam konteks Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) guru memantau perkembangan kemajuan dan penguasaan murid dalam proses pembelajaran mereka termasuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Dengan ini guru boleh merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran dan pembelajaran PdP bagi membantu setiap murid meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran mereka. Pelaksanaan PBD secara berterusan dapat mempersiapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh untuk mengikuti pembelajaran di peringkat seterusnya. Antara pendekatan dalam pengukuhan PBD bagi murid Tahun 4 hingga murid Tingkatan 3 mulai tahun 2022, adalah dengan menambah baik pengurusan ujian akhir sesi akademik melalui penyediaan soalan yang setara standardnya oleh KPM. Soalan tersebut disediakan oleh guru yang berkepakaran dalam pembinaan item dan disimpan dalam sistem bank soalan yang dibangunkan oleh KPM. Untuk tujuan pelaksanaan ujian akhir sesi akademik, pihak sekolah akan menjana set soalan daripada sistem tersebut dan ditadbir di sekolah sepertimana ujian akhir tahun sebelum ini. Panduan penskoran juga akan disediakan untuk kemudahan guru. Penambahbaikan kepada ujian akhir sesi akademik ini adalah bagi membolehkan guru dan ibu bapa bersama-sama membantu membangunkan potensi murid bermula dari peringkat sekolah rendah. Dalam mencapai hasrat ini pelaporan ujian akhir sesi akademik akan digunakan untuk membolehkan intervensi awal dilakukan bagi mengoptimumkan potensi murid. Pelaporan ini bukan untuk tujuan perbandingan pencapaian antara murid atau sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kejayaan dan kemenjadian murid haruslah dilihat secara holistik dan bukan semata-mata berdasarkan prestasi dalam bidang akademik sahaja. Justeru pentaksiran melalui PAJSK dan PPsi juga diperkukuh bagi menilai perkembangan murid dalam aspek sukan, kokurikulum, nilai murni, minat dan kecenderungan serta pembentukan sahsiah.

KPM juga akan menambah baik dan memantapkan kaedah pelaporan PBD. Melalui kaedah ini pencapaian murid dilaporkan secara menyeluruh sebanyak dua kali setahun iaitu pada pertengahan sesi akademik dan akhir sesi akademik dengan menggunakan deskriptor tahap penguasaan yang lebih komprehensif dan jelas. Pelaporan ini juga menilai tahap usaha murid dalam pembelajaran. Di samping itu guru kelas dan guru mata pelajaran akan memberi ulasan dan cadangan intervensi bagi mengoptimumkan potensi setiap murid. Selain daripada pelaporan PBD, laporan akhir sesi akademik akan turut disertakan dengan pelaporan PAJSK dan PPsi. Secara keseluruhan, penambahbaikan pelaporan PBS dapat memberi gambaran mengenai kemenjadian murid secara menyeluruh, komprehensif dan bermakna. Pemerkasaan PBS merupakan antara pendekatan KPM untuk beralih daripada pembelajaran berorientasi peperiksaan kepada pembelajaran yang menyeronokkan untuk murid. Selain itu, KPM juga mempergiatkan program latihan untuk pentadbir dan guru bagi meningkatkan kemahiran serta memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan di sekolah. Guru juga akan terus dilatih untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk penggunaan teknologi digital. KPM yakin bahawa pentaksiran yang bersifat holistik dan berterusan melalui PBS merupakan pendekatan terbaik bagi mengoptimumkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu.

Tuan Yang di-Pertua, KPM telah memperkenalkan sistem permohonan berpusat ke sekolah khusus iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) mulai tahun 2020. PKSK merupakan satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat dan dilaksanakan kepada murid yang memohon kemasukan ke sekolah khusus iaitu sekolah berasrama penuh, sekolah menengah teknik, kolej vokasional, sekolah menengah kebangsaan agama dan Maktab Tentera Diraja. Pentaksiran ini merangkumi tiga komponen utama iaitu kecerdasan insaniah, kecerdasan intelek dan artikulasi penulisan. Semua murid warganegara yang berdaftar dengan Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid KPM dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama bantuan kerajaan atau sekolah swasta adalah layak memohon untuk kemasukan ke sekolah khusus.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Rumuskan.

Syarat pemilihan murid ke sekolah khusus adalah melepasi syarat minimum PKSK serta aktif dalam aktiviti kokurikulum. Di samping itu komponen PBD, PAJSK serta status sosial ekonomi (SCS) turut digunakan dalam pemilihan murid ke sekolah khusus. PKSK juga akan sentiasa di tambah baik dari semasa ke semasa.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Sekijang. Soalan tambahan pertama.

Puan Hajah Natrah IsmailPKR · PHSekijang

Terima kasih. Soalan saya seterusnya memandangkan pemansuhan ini baru lagi, tahun 2021. Jadi soalan saya ialah pemansuhan UPSR dan PT3 ini dengan penggantian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan juga Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) dilihat dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira ketersediaan ibu bapa, murid dan juga guru-guru. Soalan saya, adakah pihak kementerian telah mengambil kira impak pelaksanaan PBS dan PBD itu. Pertama, jumlah murid yang ideal, dengan izin dibuat di dalam kelas pada satu-satu masa. Kedua, kekangan silibus yang padat dan ketiga keupayaan guru dalam menguasai isi kandungannya pelajaran, pengendalian dan memahami kepelbagaian keupayaan murid serta keupayaan guru melaksanakan pentaksiran yang berkesan? Itu soalan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Sila. Satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Pertama sekali ingin saya jelaskan tadi, PBS ini bukan sesuatu perkara yang baru. Untuk sekolah rendah PBS mula dilaksanakan pada tahun 2011 dan untuk sekolah menengah mula dilaksanakan pada tahun 2012. Bermakna PBS konsep ini telah ditanam di peringkat sekolah ini lebih 10 tahun. Jadi untuk kata tiba-tiba buat, seolah-olah ini satu benda baru adalah tidak tepat kerana perkara ini memang telah ada di sekolah. Cuma setelah kita membuat sesi libat urus sebagai contoh, sesi libat urus yang kita laksanakan dalam kita menetapkan keputusan ini melibatkan pelbagai pihak. Dalam konteks ini kita dapati setiap keputusan yang dibuat ini mesti ada kekangan, akan ada kekangan kita. Sama ada kita nak tunggu until situation, dengan izin menjadi perfect baru kita nak laksanakan which is we don’t know when. Dalam dunia pada hari ini, seluruh negara cuba mengurangkan - seluruh dunia cuba mengurangkan tumpuan dalam peperiksaan bagi melahirkan generasi yang lebih kreatif, yang lebih berfikiran secara terbuka melihat pelbagai perkara dari pelbagai sudut, maka kita perlu lihat, bila kita bercakap tentang pendidikan, pendidikan always a long game. Kita perlu mengambil keputusan bagi memastikan kita laksanakannya dalam

keadaan kita sediakan sistem bersama-sama bagi membolehkan pelaksanaannya dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan atas pembaharuan yang begitu baik yang dilakukan. Pemansuhan UPSR dan PT3 ini boleh memberi fokus kepada usaha- usaha lain ke arah kemenjadian pihak murid. Namun soalan saya berdasarkan kepada satu kenyataan yang dikeluarkan dua tahun lepas berhubung dengan pelajar-pelajar yang menyambung pengajian hanya 19 peratus sahaja yang menyambung pengajian di Tingkatan 4 di aliran sains yang menyebabkan kuota pengajian sains di universiti semakin tidak dapat di isi. Itu belum lagi mengambil kira hanya 72.1 peratus sahaja pelajar lepasan SPM yang tidak sambung belajar. Ertinya hanya sekitar 27 peratus yang sambung belajar. Itu saya tahu bidang KPT. Cuma dalam isu KPM ini, bagaimana strategi KPM untuk menarik minat pelajar- pelajar menyambung pengajian di bidang sains bagi memastikan keperluan pakar di negara kita, tidak terjejas pada masa depan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Dalam konteks ini, itu satu soalan yang tepat dalam konteks perbincangan kita berkaitan dengan pemansuhan pemeriksaan. Pada hari ini dunia bersaing atas inovasi dan teknologi dan kita lihat bahawa minat dalam bidang STEM ini semakin hari semakin agak berkurangan. Jika kita biar perkara ini berlaku sedang dunia bersaing pada sains dan teknologi dan minat dalam kalangan murid kita berkurangan, maka kita akan terkebelakang dalam konteks pembangunan khususnya bila bersaing dalam konteks inovasi dan teknologi. Oleh sebab itu apabila kita lihat pemansuhan UPSR dan PT3 ini, kita mahu bahawa murid di peringkat sekolah rendah didedahkan dengan minat kepada sains secara lebih natural, secara lebih semula jadi supaya datang minat itu dengan rasa bahawa mereka ingin membuat satu eksplorasi yang lebih mendalam bagi membolehkan apabila dia naik ke peringkat sekolah menengah dia tidak takut dengan subjek sains. Apa yang berlaku ramai murid yang merasakan bahawa sains ini subjek yang sukar, maka mereka memilih untuk tidak mengikuti program sains di peringkat sekolah menengah. Oleh sebab itu antara pendekatan kita, kita mansuhkan dan kukuhkan minat dalam mata pelajaran STEM ini pada peringkat sekolah rendah lagi supaya mereka ini bila meningkat ke sekolah menengah dapat membawa minat itu dalam mata pelajaran sains. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Saya ingin meneruskan dengan menjemput Yang Berhormat Kinabatangan.

Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan · question

3. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah kriteria-kriteria yang akan diperhalusi oleh kementerian dalam membuka sempadan negara kepada lebih banyak negara-negara luar seperti China. Kehadiran pelancong khususnya dari China akan memberikan impak besar terhadap industri pelancongan negara serta mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi dalam negara.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Segamat

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan atas pertanyaan tersebut. Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Malaysia telah membuka semula sempadan negara mulai 1 April 2022 yang lalu seterusnya membolehkan semua pengembara asing dari mana- mana negara yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah termasuklah dari negara China untuk melancong ke negara ini. Sejajar dengan perkembangan pembukaan semula sempadan negara ini, kerajaan telah memutuskan untuk tidak meneruskan rundingan bagi mewujudkan gelembung pelancongan (travel bubble) dengan negara-negara luar yang sebelum ini giat diadakan. Namun demikian, rundingan bagi mewujudkan vaccinated travel lane (VTL) masih boleh diteruskan dengan negara-negara yang masih menutup sempadan antarabangsanya atau masih tidak membenarkan rakyatnya dari negaranya ke luar negara seperti negara China dan beberapa negara lain. Sementara itu, di awal pembukaan semula sempadan negara, pihak berkuasa telah menetapkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh pengembara antarabangsa untuk datang ke Malaysia. Itu bagi memastikan pembukaan semula sempadan negara adalah selamat dan tiada kompromi daripada terus mengekang penularan COVID-19. Dalam beberapa bulan ini, prosedur ini mula dilonggarkan secara berfasa seiring dengan perkembangan dan penilaian risiko semasa agensi berkenaan bagi terus memudahcarakan pergerakan pengembara antarabangsa ke Malaysia.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Segamat

Berdasarkan ketetapan terkini KKM bermula hari ini 1 Ogos 2022, pengembara tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri (features) Kad Pengembara (Travellers Card) dalam aplikasi MySejahtera seperti sebelum ini. Dalam pada masa itu, bagi pengembara yang tidak divaksinkan atau tidak melengkapkan vaksinasi, mereka perlu mengambil ujian saringan COVID-19 sebelum berlepas dan semasa ketibaan ke Malaysia. Golongan ini juga perlu menjalankan kuarantin kendiri selama lima hari. Selanjutnya, menyedari manfaat besar yang diperoleh negara melalui kunjungan pelancong China sebelum pandemik. MOTAC melalui Kementerian Luar Negeri, bekerjasama dengan KLN, telah menyuarakan cadangan supaya Kerajaan Republik Rakyat China (PRC) memberi keutamaan kepada Malaysia sebagai negara yang dibenarkan untuk dikunjungi oleh rakyatnya apabila pintu sempadan negara berkenaan dibuka kelak. Saranan ini juga dikemukakan oleh MOTAC kepada KLN untuk diajukan oleh delegasi Malaysia di ruang, arena serta masa yang sesuai. Contohnya, dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atau Yang Berhormat Menteri Luar Negeri semasa menghadiri mesyuarat atau pertemuan rasmi dua hala dengan rakan sejawat mereka dari negara China. MOTAC akan sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak khususnya KLN, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan lain-lain bagi merintis penyelesaian terbaik dengan pihak Kerajaan Republik Rakyat China dengan menyuarakan atau menyemarakkan semula hubungan kerjasama dan pertukaran pelancong di antara Malaysia dan China pada masa hadapan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila soalan tambahan, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Seri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan China masih lagi menutup border dia jadi apakah kerajaan mempunyai perancangan jangka panjang, jangka pendek, jangka sederhana dan mencari negara-negara sumber yang mampu mendatangkan pelancongnya yang ramai dan untuk memastikan industri pelancongan di negara kita ini berkembang segar-bugar seperti biasa. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Kinabatangan. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri satu minit.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Terima kasih atas soalan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Terima kasih atas soalan tambahan tadi. Kita mempunyai pelan strategi dan juga pemasaran Tourism Malaysia. Contohnya, kita ada sasaran jangka pendek dari tahun 2022 hingga 2023 iaitu mempertingkatkan penjenamaan Malaysia Truly Asia dan juga Cuti-cuti Malaysia serta kita juga memberikan insentif dan geran kepada penggiat industri tempatan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Manakala dari sasaran jangka sederhana pula sehingga tahun 2024, tempoh bagi meletakkan semula Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan utama di rantau ini dan pada tempoh ini dijangka industri pelancongan global akan beroperasi sepenuhnya. Oleh yang demikian, Tourism Malaysia (TM) akan mempergiatkan segala inisiatif pemasaran bagi mencapai jumlah ketibaan dan juga pendapatan pelancong dalam tahap pra-pandemik ini. Manakala sasaran jangka panjang pula iaitu tahun 2025 hingga 2026, tempohnya akan memperkasakan industri pelancongan negara sebagai destinasi terkemuka dunia dan juga berdaya saing dengan destinasi-destinasi pelancongan lain. Manakala sasaran dua tahun ini, kita jangka sasaran kita adalah pelancong asing seramai 4.5 juta hingga 5 juta dengan pendapatan lebih kurang RM11 bilion sehingga RM12 bilion. Dapatan sasaran adalah berdasarkan panduan laporan-laporan UNWTO/PATA dan juga lain-lain serta penawaran kapasiti tempat duduk penerbangan dan juga pembukaan sempadan pasaran-pasaran luar negara. Tourism Malaysia akan juga mengkaji semula sasaran tersebut pada suku keempat tahun ini dan berdasarkan perkembangan industri pelancongan terkini. Tuan Yang di-Pertua, tadi tanya dua soalan dalam satu soalan dan yang saya jawab hanya sahaja (a), maka soalan yang (b) itu merujuk kepada negara-negara yang kita akan sasarkan adalah termasuk negara India dan juga di Arab dan sebagainya, yang itu walaupun saya mempunyai jawapannya, terpulang kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan saya satu minit atau hendak berikan bertulis.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Secara bertulis.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya bagi kepada— tadi saya tengok Yang Berhormat Labuan tetapi dia tidak ada. Saya bagi kepada Yang Berhormat Hang Tuah Jaya sebab dia sudah bangun awal tadi.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini tadi dibahaskan tentang pelancong China. Cuma saya hendak tanya hari ini kita difahamkan yang terkandas jemaah haji itu mereka telah memfailkan saman. Jadi saya ingin tanya dengan kementerian, apakah tindakan proaktif yang telah ataupun akan diambil oleh MOTAC kerana di dalam kenyataan media mereka, mereka juga minta supaya MOTAC membuat sesuatu, terutamanya kuasa-kuasa di bawah Akta Industri Pelancongan 1992. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan perkara ini masih di bawah penilaian dan juga kajian dan juga di mana MOTAC sedang mencari penyelesaian terbaik. Saya juga difahamkan memandangkan satu sama telah difailkan, maka saya tidak boleh membincangkan perkara-perkara dengan teliti di sini. Namun demikian, kita akan memberikan maklumat tambahan secara bertulis kepada yang berkenaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan kaji lama sangat, tiap-tiap tahun berlaku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi ruang soalan tambahan ketiga. Sila, Yang Berhormat Balik Pulau.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak silap saya pada tahun 2019, ada Tourism Task Force yang telah mencadangkan untuk menggalakkan pelancong-pelancong asing ke negara kita, termasuklah daripada China, memperkenalkan iaitu Visa On Arrival kepada pelancong- pelancong China ini sebab Visa On Arrival ini boleh menggalakkan mereka yang— tahun 2019 kita ada 2.9 juta orang pelancong China. Jadi dengan Visa On Arrival diperkenalkan kita boleh menambahkan jumlah itu dua kali ganda. Ini sebab kita tahu kenapa KDN begitu berat untuk memperkenalkan VOA sebab oleh kerana UKSB yang baru-baru ini telah pun memberitahu umum bahawa dia menyogok beberapa Menteri, termasuklah ada lah— yang di mana kalau ikut UKSB dia caj seorang pelancong CNY200 iaitu lebih kurang RM130 satu orang. Kalau 2.9 juta kali RM130, pendapatannya dia setahun ialah RM300 juta. Jadi, sebab itu saya rasa mereka tidak mahu memperkenalkan VOA. Jadi saya tanya kembali MOTAC, adakah MOTAC akan memperkenalkan VOA bersama dengan KLN. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri satu minit.

Datuk Seri Dr. SantharaPKR · PHSegamat

Terima kasih atas soalan tambahan tadi yang diberikan oleh mantan Timbalan Menteri Pelancongan sendiri. Saya yakin beliau tahu jawapan kepada soalan tersebut. Namun demikian, izinkan saya ringkaskan. Pertama sekali, MOTAC akan sentiasa menyokong VOA bukan sahaja daripada China dan juga dari India kerana kita mendapati mereka memerlukan keperluan itu. Kedua adalah untuk multiple entry visa. Contohnya apabila mereka datang ke Malaysia selepas itu mereka naik kapal pelancongan, bila mereka hendak masuk kembali tidak boleh. Contohnya ada kapal-kapal pelancongan pergi ke Singapura. Untuk bahagian yang kedua yang ditanya mengenainya, itu satu soalan yang harus ditujukan kepada KDN tetapi namun demikian, kita maklum bahawa banyak laporan yang mengatakan mereka yang datang daripada negara China yang menggunakan VOA ini hampir 1 juta lebih orang tidak pulang ke negara mereka. Maka wujudnya masalah- masalah tersebut. Maka saya yakin kementerian dan Kabinet akan mengkaji semula mengenai VOA ini dan bagaimana tahap untuk melaksanakan untuk ia tidak disalahgunakan. Contohnya, VOA yang digunakan dahulunya dari India, itu yang kita mendapati warga asing berselerak di Brickfields membuat perniagaan dan sebagainya. Kita tidak mahu perkara ini diulangi. Mengenai bayaran dan sebagainya, saya rasa itu merupakan satu kes yang telah ada di mahkamah dan saya tidak mahu membincangkan perkara- perkara politik di bawah platform ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Labis.

Pang Hok LiongDAP · PHLabis · question

4. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Kewangan menyatakan:- (a) jumlah rizab negara setakat bulan Mei 2022 dan jumlah rizab antarabangsa Bank Negara setakat bulan Mei 2022; dan (b) apakah perancangan untuk meningkatkan rizab negara.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Labis, saya mewakili Kementerian Kewangan ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim. Moga-moga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Tuan Yang di-Pertua, rizab antarabangsa BNM pada akhir bulan Mei tahun 2022 adalah berjumlah USD112.8 bilion bersamaan dengan RM474.2 bilion.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Jumlah terkini rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2022 adalah sebanyak USD109.0 bilion bersamaan dengan RM480.1 bilion. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia adalah penampan utama terhadap aliran keluar masuk pelaburan global yang ketara dan besar dan tanpa sokongan rizab antarabangsa, kadar turun naik nilai pertukaran mata wang ringgit akan menjadi tidak menentu akibat peningkatan kadar volatility dalam pasaran. Oleh yang demikian, kestabilan pasaran kewangan adalah penting untuk meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam pasaran kewangan tempatan yang seterusnya akan memberikan impak positif kepada paras rizab antarabangsa. Dalam jangka masa panjang, paras rizab antarabangsa adalah didorong terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara. Dalam hal ini, Malaysia perlu menumpukan usaha untuk meningkatkan daya tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber ekonomi dan memperkukuh daya saing ekonomi dan juga kedudukan fiskal negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Labis.

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas ucapannya. Soalan tambahan adalah seperti berikut, rizab antarabangsa Bank Negara adalah USD109.2 bilion pada 15 Mei tahun ini dan juga rizab antarabangsa Bank Negara berkurangan berbanding USD116.1 bilion pada akhir bulan Jun tahun ini. Jadi, persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah seperti berikut— Pertama, apakah kesan kenaikan OPR terhadap rakyat dan perniagaan? Kedua, adakah paras rizab ini memadai untuk membiayai hutang luar negeri yang hampir berjumlah RM1.4 trilion? Ketiga, adakah negara kita berdepan risiko untuk bankrap? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Labis. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih atas soalan susulan daripada Yang Berhormat Labis. Pertama, Bank Negara Malaysia berpandangan bahawa kenaikan kadar OPR secara beransur-ansur tidak akan memberi kesan yang ketara, di mana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap yang terdiri kebanyakannya oleh pinjaman pembelian kereta dan pembiayaan peribadi. Bagi peminjam dengan peminjam kadar terapung (floating rate) pula, kenaikan bayaran balik bulanan tidak akan meningkat secara ketara kerana pada masa yang sama, kita kena ingat juga yang para pendeposit juga mendapat manfaat melalui pulangan yang lebih tinggi. Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia juga ingin menekankan bahawa pelbagai program bantuan masih tersedia untuk golongan peminjam yang mudah terjejas (vulnerable groups) dan ini termasuk kemudahan di bawah dana Bank Negara Malaysia untuk perniagaan kecil dan sederhana dan juga bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank serta khidmat nasihat di bawah pelbagai program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Kita ada buat simulasi juga tentang kesan pergerakan OPR ke atas bayaran pinjaman. Misalnya, daripada kesan penurunan OPR pada tahun 2020, penjimatan

bayaran balik pinjaman perumahan oleh isi rumah terkesan daripada penurunan OPR sebanyak 125 mata asas atau BPS (basis points). Bagi pinjaman perumahan bernilai RM300,000 untuk tempoh 35 tahun, pengurangan OPR sebanyak 125 mata asas mengurangkan bayaran balik bulanan sebanyak RM219. Manakala bagi pinjaman perumahan bernilai RM500,000 untuk tempoh yang sama, pengurangan tersebut adalah sebanyak RM366 sebulan. Impak kenaikan OPR baru-baru ini sebanyak 50 mata asas pada tahun 2022 kepada bayaran balik pinjaman perumahan oleh isi rumah, kita buat simulasi bagi pinjaman perumahan bernilai RM300,000 untuk tempoh 35 tahun, kenaikan OPR sebanyak 50 mata asas akan meningkatkan bayaran balik bulanan sebanyak RM85. Manakala bagi pinjaman perumahan bernilai RM500,000 untuk tempoh yang sama, peningkatan tersebut adalah sebanyak RM142 sebulan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Persoalan saya, Bank Negara dalam satu kenyataan pada awal tahun ini menyatakan bahawa paras rizab antarabangsa memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. Jadi, sehingga akhir tahun ini, adakah kita akan menyaksikan jumlah hutang luar negeri ini akan bertambah? Apakah langkah-langkah spesifik kerajaan dalam mengatasi permasalahan ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Tumpat. Mungkin untuk makluman Yang Berhormat, yang terkini rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia setakat 30 Jun 2022 yang terbaru ini adalah cukup untuk menampung 5.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.1 kali jumlah hutang luaran jangka pendek negara. Ini kita buat assessment berdasarkan metrik, dengan izin, Assessing Reserved Adequacy (ARA) yang dibuat oleh International Monetary Fund. Pada ketika ini, tahap rizab antarabangsa semasa Bank Negara Malaysia dianggap mencukupi dan kita akan memantau dari semasa ke semasa untuk menstabilkan wang ringgit pada masa-masa akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya bagi peluang Yang Berhormat Pontian. Soalan tambahan ketiga.

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita faham bahawa antara tujuan rizab negara ini adalah untuk mengukuhkan nilai ringgit. Sekarang ini USD1 kepada RM4.45. Apakah usaha-usaha selain daripada rizab untuk kita mengukuhkan nilai ringgit supaya nilai ringgit boleh kembali kepada satu ketika paras yang baik pada dahulu, USD1 kepada RM3.8 atau USD1 kepada RM4? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pontian. Saya rasa jawapan ini telah dijawab pada hari itu oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan I. Kita kena lihat prestasi ringgit ini secara menyeluruh, bukan sahaja dibandingkan dengan mata wang dolar Amerika Syarikat yang meningkat berbanding dengan kebanyakan semua mata wang dunia. Akan tetapi, nilai ringgit yang menurun sebanyak

negatif 6.2 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat sejak awal tahun 2022 sebenarnya adalah sejajar dengan pergerakan mata wang serantau dan juga negara maju yang turut merosot antara negatif 2.8 peratus hingga ke negatif 16.4 peratus sehingga 22 Julai 2022. Pengukuhan dolar Amerika Syarikat secara keseluruhan sebenarnya didorong oleh kenaikan kadar faedah secara agresif di Amerika Syarikat. Ia juga berkaitan dengan sentimen pengedaran risiko global berikutan konflik di Ukraine dan jangkaan pertumbuhan yang sederhana di China. Namun begitu, kerajaan akan terus menguruskan risiko-risiko daripada perkembangan domestik dan luaran. Bank Negara Malaysia juga bersedia menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan yang teratur dalam pasaran pertukaran wang asing untuk mengelakkan turun naik yang ketara dalam kadar pertukaran ringgit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Lukanisman bin Awang SauniPBB · GPSSibuti · question

5. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah status bantuan bulanan kit asas kebersihan diri secara percuma kepada 130,000 orang remaja wanita B40 yang dibentangkan dalam Bajet 2022 dan adakah bantuan tersebut sampai kepada remaja wanita di kawasan luar bandar, pedalaman dan komuniti Orang Asli.

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sibuti atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sibuti bertarikh 1 Ogos 2022 bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Kluang bertarikh 4 Ogos 2022 kerana pertanyaan tersebut saling berkait dan merujuk isu yang sama. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Belanjawan 2022, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN telah mengambil inisiatif membantu remaja perempuan di kalangan B40 dengan melaksanakan Program Pemberian Kit Kebersihan Asas Wanita kepada remaja perempuan yang dikenali dengan Kit SERI. Program ini melibatkan 130,000 orang remaja perempuan di kawasan luar bandar dan di bandar juga dan meliputi penerima Orang Asli menerusi 1,124 buah sekolah menengah terpilih dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan Persekutuan untuk program ini adalah sebanyak RM10 juta melibatkan dua buah agensi pelaksana iaitu KPWKM dan Kementerian Dalam Negeri. Pecahan peruntukan adalah RM3 juta kepada KPWKM dan RM7 juta kepada KDN.

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Sejumlah RM3 juta telah diperuntukkan kepada KPWKM melalui LPPKN dan telah meliputi perolehan untuk tuala wanita pakai buang, tuala guna semula dan serta program Pendidikan SERI iaitu aspek pengurusan haid yang betul, kesihatan reproduktif kepada remaja. Pembekalan tuala wanita pakai buang ini adalah pembekalan selama 12 bulan bagi setiap penerima secara berkala melalui Pejabat Pendidikan Daerah. Jadi bagi fasa satu, pembekalan tuala wanita pakai buang oleh KPWKM melalui LPPKN telah selesai disalurkan kepada 130,000 orang remaja terpilih untuk bekalan empat bulan pada 30 Jun 2022. Fasa bekalan kedua pada tempoh lapan bulan berikutnya akan diedarkan oleh Jabatan Penjara kepada penerima remaja perempuan yang sama. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, LPPKN juga telah mengambil inisiatif melaksanakan program Pemberian Kit SERI Tuala Wanita Guna Semula kepada pengguna iaitu penggunaan jangka panjang kepada remaja komuniti bermula bulan Julai 2022. Inisiatif ini telah dimanfaatkan kepada 3,000 orang remaja perempuan termasuk kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk komuniti Orang Asli di seluruh negara.

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd YusoffPAS · PNTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Rantau Panjang

Setakat ini, sejumlah 800 orang remaja Orang Asli telah dapat menerima manfaat daripada program ini. Kementerian merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan juga JKM kerana turut membantu, bekerjasama memudahkan capaian program ini terutama di kawasan pedalaman. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Sibuti. Soalan tambahan pertama.

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga saya meneliti jawapan yang telah diberikan bahawa pad-pad wanita ataupun tuala wanita ini telah diagihkan dan telah selesai di kebanyakan sekolah-sekolah yang terpilih. Juga saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah satu kajian ataupun dapatan daripada agihan ini menunjukkan akan adanya berlaku pengurangan kadar kehadiran wanita-wanita atau pelajar-pelajar yang sebelum ini tidak hadir ke sekolah kerana kemiskinan haid? Kesan daripada agihan ini, adakah masalah ini didapati selesai? Satu lagi soalan tambahan juga yang ingin saya tanyakan adalah, adakah program ini akan diteruskan pada masa akan datang?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Ya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sentiasa berkolaborasi terutama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengenal pasti kumpulan sasar remaja terutama B40 di sekolah-sekolah di seluruh negara. Kajian ini juga melalui Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang memerlukan. Setakat ini, kita juga membuat kajian melalui LPPKN iaitu status dan impak pengurusan haid dalam kalangan remaja di sekolah menengah dengan kerjasama KPM melibatkan 27,000 responden. Jadi, kajian status dan impak pengurusan haid dalam kalangan remaja di sekolah menengah melibatkan penyertaan responden di kalangan penerima Bantuan Kit SERI ini di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara, di mana tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji status pengurusan haid dan impak pengurusan haid di kalangan remaja B40 di sekolah menengah serta impak program Pemberian Kit Kebersihan Asas Wanita kepada penerima manfaat. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, kajian ini sedang berjalan dan dijangka hasil kajian ini selesai tahun 2023.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

Puan Fuziah binti SallehPKR · PHKuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Tahniah kepada kementerian kerana telah berjaya mencapai target 130,000 orang penerima untuk empat bulan yang pertama. Soalan saya ialah kenapa jumlah penerima tuala wanita yang recycle ini, yang diguna semula ini begitu sedikit? Sedangkan ia lebih cost effective sekiranya digunakan cara apa yang recycle ini dan ia juga boleh memberi peluang pekerjaan kepada golongan B40 untuk membuat tuala wanita yang guna semula ini. Adakah kajian berkenaan dengan cost effectiveness ini dilakukan oleh pihak kementerian? Kenapa tidak semuanya digunakan cara begini? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuantan atas soalan yang dikemukakan. Kita sebagaimana yang saya sebut tadi, kajian sedang berjalan untuk kita melihat hasil program ataupun apa-apa isu yang berkaitan dengan isu ini supaya kita boleh

tambah baik di masa yang akan datang. Jadi setakat ini, tuala wanita pakai buang ini kita gunakan untuk pelajar-pelajar di sekolah dan manakala tuala guna semula ini, kita utamakan kepada kawasan-kawasan pedalaman sebab mereka susah untuk mendapat akses jauh dari kedai ataupun tempat-tempat yang boleh membekalkan mereka dengan mudah. Jadi kita menggunakan tuala wanita guna semula. Saya setuju bagi pandangan Yang Berhormat tadi untuk kita melihat jauh ke depan tentang penggunaan tuala wanita guna semula. Jadi kajian sedang dibuat dan insya-Allah sekiranya ada peruntukan untuk akan datang, kita akan tambah baik lagi dari sudut pemberian kit SERI ini kepada golongan remaja di seluruh negara yang memerlukan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada tambahan yang ketiga? Sila Yang Berhormat Padang Serai.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mohon kepastian daripada kerajaan. Adakah kerajaan ada hasrat untuk memperkenalkan cuti haid bagi wanita yang mengalami haid yang teruk sehingga menyukarkan menjalankan kerja? Mohon beri penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan dikemukakan. Sebagaimana jawapan yang telah saya beri sebelum ini, setakat ini, kerajaan tidak berhasrat untuk mengenakan cuti haid sebab cuti yang sedia ada telah memadai. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh · question

6. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan setelah NAFAS lewat dalam menurunkan subsidi benih padi kepada petani; apakah rasional serta jaminan kementerian penglibatan GLC, GLIC dan agensi lainnya tidak akan mengganggu-gugat golongan penternak, pemborong dan pengangkutan sedia ada.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 1 Januari 2021, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah dilantik sebagai pengeluar dan pembekal tunggal untuk benih padi sah. Ini bertujuan untuk melicinkan sistem pengedaran benih padi sah serta memastikan benih padi sah dapat disampaikan kepada pesawah secara lebih cekap pada kos yang lebih munasabah. Penglibatan NAFAS diharapkan dapat menambah baik sistem pengedaran dan pembekalan benih padi sah memandangkan NAFAS sendiri merupakan gabungan induk persatuan peladang dan pesawah. Hak pengedaran telah diberikan kepada NAFAS secara tunggal sehingga 30 Jun 2021 bagi memberi ruang kepada MAFI untuk meneliti dan melaksanakan proses penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada. Walau bagaimanapun, kementerian tidak menafikan hakikat bahawa telah berlaku sedikit masalah dalam isu penghantaran benih padi sah pada musim Januari 2021. Dalam hal ini, mulai Julai 2021, bagi menjamin tiada kelewatan dalam mendapatkan benih padi sah, MAFI telah melantik 13 pemborong benih padi sah dan 12 syarikat pengeluar melalui pengeluaran lesen borong oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras. Manakala lesen dan permit peruncit diberikan kepada ejen individu dan

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNMenteri Pertanian dan Industri Makanan · Beluran

syarikat yang berdaftar dengan kerajaan dan bernaung di bawah pengeluar ataupun pemborong yang sedia ada untuk mengedarkan benih padi sah. MAFI juga telah memperkenalkan kaedah baharu dalam menambah baik sistem pengedaran benih padi sah yang sedia ada, di mana hanya 30 peratus dilaksanakan oleh PPK dan manakala baki 70 peratus dilaksanakan melalui pemborong lain yang dilantik di seluruh negara. Sistem baharu ini dilaksanakan rantaian pengedaran benih padi sah adalah lebih teratur dan sistematik, sekali gus isu kelewatan telah dapat ditangani. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penglibatan GLC, GLIC atau agensi serta pihak swasta dalam mana-mana program MAFI adalah bertujuan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan MAFI dalam suasana ekonomi pasca COVID-19 dan landskap ekonomi global yang semakin kompetitif. Kolaborasi awam dan swasta juga disebut di dalam Teras 2 Strategi 1 dan dua Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 adalah sebagai pelengkap dan mengukuhkan lagi rantaian bekalan makanan negara. Dengan rangka kerjasama strategik antara kerajaan dan swasta, maka tidak timbul isu GLC, GLIC atau agensi lain yang akan mengganggu-gugat golongan sasar MAFI. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Permatang Pauh. Soalan tambahan pertama.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang diberikan. Saya mahu bertanya soalan susulan, khususnya berkait dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk penglibatan beberapa agensi kerajaan dalam sektor ataupun penternakan ayam.

Puan Nurul Izzah binti AnwarPKR · PHPermatang Pauh

Sekarang ini sebagaimana disebut oleh Ahli Parlimen yang lain, telah mencapai self-sufficiency rate of 105 percent bagi industri ternakan ayam berbanding dengan contohnya ternakan tenusu hanya 50 peratus dan ruminan hanya 20 peratus. Jadi, apakah mungkin dapat dijelaskan, yang ditunggu-tunggu oleh penternak adalah pengumuman untuk berakhirnya the export ban, yang mana Menteri sebut akan diumumkan pada September. Akan tetapi, yang tidak jelas adalah bagaimanakah agensi kerajaan akan melibatkan diri dalam industri yang sudah mencapai self-sufficiency rate ini sehingga 105 peratus. Kalau boleh Yang Berhormat perjelaskan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila Yang Berhormat Menteri satu minit.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya ingin nyatakan bahawa industri bekalan ayam adalah merupakan industri yang telah wujud di negara kita sahaja 30 tahun yang lalu dan adalah dalam keadaan yang stabil. Malah pada ketika ini, kita mampu mengeluarkan 106 peratus daripada keperluan SSL kita. Maknanya, kita ada dalam kapasiti untuk ke mengeksport bekalan ayam daripada negara kita. Sedikit gangguan terhadap berlaku pada beberapa bulan yang lalu, di mana negara berhadapan dengan gangguan bekalan. Oleh sebab itu, beberapa langkah dan tindakan telah diambil oleh kerajaan untuk menstabilkan kedudukan keadaan bekalan negara kita. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan adalah untuk menghapuskan AP dan membuka penghantaran pengimportan ayam dari luar. Pada masa yang sama, kita menghentikan eksport ayam ke negara luar. Tindakan yang diambil oleh kerajaan ini telah nampak berkesan dan berjaya menstabilkan semula bekalan di negara kita. Pada ketika ini, kita berhadapan dengan sedikit lambakan ayam yang menjadikan harga ayam di pasaran tempatan lebih rendah daripada harga sekatan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan. Penglibatan NAFAS seperti yang disebutkan tadi adalah

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

merupakan antara langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menambah baik industri bekalan ayam negara kita. Jadi, sama ada NAFAS akan imbang secara besar-besaran ataupun GLC-GLC lain akan imbang secara besar-besaran dalam industri ternakan ayam dan merupakan keputusan syarikat tersebut masing-masing. Akan tetapi...

[Bangun]

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

...secara dasarnya negara melalui Dasar Agromakanan Negara 2.0 menggalakkan penglibatan pihak swasta sama ada GLC, GLIC ataupun swasta yang lain untuk terlibat terus dalam semua sektor dan subsektor pengeluaran makanan negara bagi memastikan kebergantungan kita daripada import akan dikurangkan dan malah kita dalam kapasiti untuk 100 percent SSL dan malah lebih pengeluaran bagi membolehkan kita mengeksport barang makanan daripada negara ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya check sebelah sini dahulu. [Merujuk kepada Blok Kerajaan] Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab soalan yang memang penting kepada rakyat di luar sana. Jadi, soalan saya adalah apa pandangan Yang Berhormat Menteri langkah-langkah yang sudah diambil oleh kerajaan untuk memastikan food security dengan izin dapat dijamin kepada rakyat supaya mereka boleh membeli barang-barang keperluan dalam harga yang berpatutan. Akan tetapi, persoalan saya adalah adakah langkah-langkah yang telah diambil mencukupi untuk memastikan kenaikan harga barang-barangan ini tidak akan berlaku lagi dalam masa dua atau tiga tahun yang akan datang. Ini amat penting kerana nilai ringgit pun dalam banyak tekanan (pressure) kerana ekonomi kita masih dalam peringkat pemulihan. Jadi, apa pandangan adakah langkah-langkah ini mencukupi untuk mengawal kenaikan harga barang dalam dua atau tiga tahun akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya tidak menjawab tentang harga barang kerana itu di bawah kementerian yang lain. Walau bagaimanapun, untuk meminta kerajaan menjamin tidak ada kenaikan harga barang makanan negara merupakan satu perkara yang di luar jangkauan kerana harga input makanan ataupun harga kos input ternakan ataupun penanaman ataupun apa juga yang dilakukan untuk industri agromakanan ini terdedah kepada cabaran-cabaran domestik dan cabaran-cabaran luar negara. Konflik geopolitik yang sedang berlaku sekarang adalah merupakan satu faktor. Penurunan nilai mata wang ringgit antara faktor selain daripada faktor sedia ada seperti penyakit, banjir, kemarau, kos buruh yang meningkat. Semua ini menjadikan hos pengeluaran bahan makanan negara meningkat dan tercabar. Oleh sebab itu, pelbagai langkah dan tindakan diambil oleh kerajaan umpamanya untuk memastikan rakyat Malaysia membeli ayam dan telur pada harga yang berpatutan walaupun dalam keadaan kos input yang meningkat harga baja, harga racun, kos buruh yang meningkat. Kerajaan melakukan langkah-langkah intervensi dengan memberi subsidi dan sebagainya. Kerajaan membelanjakan RM1.1 bilion ringgit untuk mensubsidikan ayam dan telur untuk tempoh enam bulan bagi memastikan ayam dan telur dibeli pada harga yang berpatutan di pasaran negara ini walaupun pasaran negara lain agak tinggi berbanding dengan negara kita. Itu merupakan langkah-langkah intervensi yang diambil oleh kerajaan. Namun, untuk menjawab soalan Yang Berhormat bagi menjamin kenaikan harga, agak sukar bagi kerajaan menjamin bagi tidak adakan kenaikan harga barang makanan yang akan berlaku masa ini dan masa akan datang disebabkan oleh faktor-faktor luaran yang di luar kawalan negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya buka satu lagi soalan tambahan yang ketiga. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tugas kerajaan adalah untuk mencari pasaran untuk pengeluar-pengeluar di dalam Malaysia dan kita tahu bahawa untuk sektor ternakan ayam umpamanya adalah − kita mempunyai very efficient sistem dan kemasukan NAFAS ke dalam sektor ayam akan menambahkan pengeluaran. Jadi, kerajaan harus mencari pasaran di luar negara untuk membantu penternak- penternak kita termasuk dengan NAFAS yang baru hendak masuk itu mencari pasaran yang lebih luas supaya kalau tidak ia akan merugikan dan penternak-penternak mungkin akan bankrap dan mereka akan keluar daripada industri. Jadi, dengan export ban ini sedikit sebanyak market di luar contohnya Brunei, Singapura − Sekarang mereka telah mencari pasaran-pasaran lain, mereka mencari negara-negara lain contohnya Thailand, Brazil dan sehinggakan Indonesia untuk supply kepada negara mereka. Maka, Malaysia telah terjejas nama baik Malaysia sebagai satu negara eksport yang konsisten dan juga reliable− sudah terjejas. Jadi, apakah langkah-langkah daripada kerajaan untuk meyakinkan pasaran di luar negara contohnya Singapura, Brunei dan sebagainya bahawa Malaysia ini komited kepada mereka. Ini akan membantu sektor ternakan ayam kita mengembang pada masa-masa akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Menteri satu minit.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Apabila kerajaan mengambil langkah intervensi untuk menghentikan eksport, langkah itu dibuat atas dasar bahawa itu merupakan satu tindakan sementara yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan bekalan ayam negara itu mencukupi. That was the reason kenapa kita ambil tindakan sedemikian. Apabila mengambil langkah tindakan intervensi sementara, bererti dia ada satu tempoh. Oleh sebab itu, saya katakan bahawa kerajaan dalam situasi untuk melihat kestabilan bekalan ayam negara bagi membolehkan tindakan lanjut membuka semula eksport ayam ke luar negara. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Jika kita ada dalam kapasiti yang berlebihan, tentu kita akan membuka eksport ayam kembali ke luar negara.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Langkah ini bukan satu langkah yang di luar kebiasaan dibuat. Contohnya, India menghadapi masalah kekurangan grain di negara mereka, mereka juga mengambil langkah untuk menghentikan eksport ke luar negara. Indonesia mengambil langkah yang sama over kelapa sawit, minyak kelapa sawit. Jadi Malaysia mengambil langkah intervensi sementara dalam konteks yang sama untuk menjamin bekalan ayam negara stabil dan juga mampu dibekalkan untuk keperluan negara kita. Jadi merupakan satu langkah tindakan intervensi sementara yang tentu sekali akan dikaji oleh kerajaan apabila melihat keadaan kembali stabil seperti sedia kala. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada sedikit pemakluman. Sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama kita di Dewan yang mulia ini ialah delegasi dari Parlimen Thailand, yang diketuai oleh His Excellency Phiphat Ratchakitprakarn, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Kepada His Excellency Phiphat, Dewan ini mengalu-alukan kehadiran Delegasi Parlimen Thailand ke Dewan yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran His Excellency Phiphat dan delegasi ini akan dapat mengukuhkan silaturahim di antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Thailand. Welcome to Malaysia. [Tepuk]

Sawadeekap.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Julau, Tuan Larry Soon,.

7. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk membina dan menambah lagi kemudahan Pejabat Pos Malaysia di daerah Julau atau Pakan.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Pos Malaysia sentiasa berusaha untuk menambah baik akses dan kemudahan perkhidmatan pos di seluruh Malaysia melalui pelbagai rangkaian atau touchpoint seperti pejabat pos, pejabat pos bergerak, pos mini dan agen pos. Berdasarkan kepada jumlah penduduk di daerah Julau dan Pakan iaitu 34,000 orang, terdapat sebuah pejabat pos di Julau. Manakala, pejabat-pejabat pos berdekatan lain yang boleh diakses oleh penduduk tempatan adalah seperti Pejabat Pos Sarikei, Pejabat Pos Bintangor dan Pejabat Pos Kanowit. Selain itu, sebuah pejabat pos bergerak iaitu Pos-On-Wheels Sibu beroperasi di daerah Pakan yang memberi perkhidmatan kepada beberapa buah kawasan seperti Sungai Sadit, Pakan, Tulai, Rantau Panjang dan Masjid Hijrah. Namun begitu, kementerian dan Pos Malaysia bersedia untuk mempertimbangkan pelaksanaan perkhidmatan pos mini yang didapati lebih sesuai untuk beroperasi di kawasan-kawasan penduduk kurang padat seperti daerah Julau dan Pakan. Sebagai makluman pos mini dikendalikan oleh pengusaha bebas dan dapat membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan yang berminat dan menepati ciri-ciri kelayakan. Ledakan sektor e-dagang buat masa ini juga membuka potensi pendapatan kepada pengusaha pos mini melalui penjualan perkhidmatan yang berkaitan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi soalan saya, kalau kita nampak ke kawasan Julau. Kawasan Julau adalah sama besar dengan negeri Melaka bergabung dengan negeri Perlis. Kalau kita nampak penduduk di sana, macam di daerah Pakan, adalah yang termiskin di seluruh Malaysia. Soalan saya, kalau boleh saya hendak minta kementerian boleh membuat satu kajian untuk merealisasikan pos di kawasan saya, di Julau ataupun di daerah Pakan. Hal ini kerana, kalau kita mempertimbangkan isu kos di kawasan pedalaman, kalau sewa tempat also pun tidak mahal. Berapa ratus sahaja dalam sebulan dan kalau kita nampak tempat macam Sarikei ataupun Bintangor dan Sibu orang yang ambil itu kenderaan motor kadang-kadang ramai orang tidak ada. So, kita mesti mempertimbangkan dengan cara yang lain dan satu lagi macam kalau kita mempertimbangkan kos. Macam infrastruktur wi-fi, macam projek JENDELA kita bagi kepada rumah panjang. Kita tidak ada kira kos, kita bagi percuma sahaja. Inilah sama taraf saya hendak minta kementerian untuk mempertimbangkan dan bagi kawasan luar bandar yang termiskin macam kawasan saya.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Pos Malaysia ini ia tidak keseluruhannya terletak di bawah kerajaan, ia diswastakan. Cuma ia diletakkan kerana ada sedikit syer kerajaan diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNPadang Besar

Justeru itu, kalaulah kerajaan hendak mengeluarkan semua wang untuk buat penambahan seperti contohnya, kalau kita hendak buat pos mini. Pos mini ini, mana kita hendak buat? Kita memberi kepada pengusaha, ini polisi yang diswastakan itu. Maknanya kita bagi kepada sebuah syarikat swasta, di mana ia kena mengeluarkan modal hanya 30,000 orang dan kita akan bagi peralatan-peralatan dan sebagainya. Jadi, kalau boleh di Julau ini terdapat pengusaha-pengusaha yang kawasan berdekatan dengan jauh sikit daripada kampung dan jauh sikit daripada bandar Julau itu. Jadi makna kita boleh buka pos mini untuk – kerajaan boleh membenarkan. Terima kasih.

Mohd Hatta bin Md. RamliAMANAH · PHLumut · question

8. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Lumut] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan peranan koperasi berasaskan pertanian membantu dalam menangani isu 'food security'.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi · Sungai Besar

Bismillahi Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengambil tindakan proaktif dalam memastikan koperasi turut memainkan peranan yang penting dalam membantu menangani isu sekuriti makanan di negara ini. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 3,329 buah koperasi dalam sektor pertanian membabitkan keanggotaan seramai 721,040 orang dengan modal syer berjumlah RM777.09 juta, aset sebanyak RM3.98 bilion dan unjuran perolehan perniagaan berjumlah RM1.38 bilion. Daripada jumlah tersebut Yang Berhormat, sebanyak 184 buah koperasi terlibat secara langsung dalam menjalankan aktiviti berkaitan agromakanan yang menyumbang kepada sekuriti makanan dengan menjana pusingan pendapatan keseluruhan sebanyak RM274,687,368. Jadi berdasarkan sektor tersebut, koperasi berasaskan agromakanan telah menawarkan barangan berasaskan pertanian dan ternakan seperti ayam pedaging, ayam kampung, daging lembu dan ikan ternakan kepada pasaran pada harga yang berpatutan melalui rangkaian kedai Coop Mart, kedai runcit, pasar tani dan pasar raya. Sebagai contoh satu lagi Yang Berhormat, kita ada 21 buah koperasi yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat integrator untuk menternak ayam di bawah Skim Kontrak Ternakan Ayam. Syarikat integrator ini berperanan membekalkan benih anak ayam, dedak, makanan tambahan, ubatan dan pemeriksaan berkala untuk tumbesaran ayam kepada koperasi yang terlibat. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini sebanyak 2.5 juta ekor ayam tersebut telah dikeluarkan. Daripada segi pelaksanaan KUSKOP akan mengadakan kontrak farming, antara federasi pertanian dan penternak ayam. SKM juga telah memainkan peranan dalam menyatukan gerakan koperasi ternakan ayam untuk saling bekerjasama bagi menyumbang kepada jaminan bekalan ayam, dengan harga yang berpatutan melalui rangkaian peruncitan koperasi. Jadi untuk menyokong usaha kerajaan, kerajaan telah membenarkan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah tabung modal pusingan SKM untuk digunakan sebagai dana tabung agromakanan bagi membantu pembiayaan koperasi mengembangkan industri makanan khususnya penternakan ayam. Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan. Kita rasa masih boleh kita memperluaskan lagi. Soalan saya, adakah kementerian mahu menjadi penggerak kepada penubuhan konsortium, koperasi-koperasi pertanian ini supaya lebih banyak daripada 3,329 buah koperasi berkenaan yang sekarang hanya 184 ataupun lebih sikit lima peratus yang aktif

begitu supaya mereka dapat menjadi pengeluar makanan yang signifikan ke dalam pasaran. Di samping berperanan juga untuk menggantikan peranan orang tengah yang mungkin menjejaskan pendapatan petani-petani melalui kolaborasi antara koperasi- koperasi yang terlibat pertanian. Khususnya yang besar-besar seperti Koperasi FELDA, KETENGAH dan sebagainya. Apa pandangan kementerian?

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut. Sebelum saya menjawab soalan tambahan Yang Berhormat Lumut, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Di atas meja Yang Berhormat ada satu naskhah buku program keusahawanan tahun 2022. Ini merangkumi inisiatif yang dilaksanakan oleh KUSKOP di bawah agensi-agensinya. Ini kita meminta Yang Berhormat nanti kita bantulah usahawan-usahawan di kawasan. Ini merentasi ideologi fahaman dan etnik serta teras. Kita ada 11 buah agensi di bawah KUSKOP. Kita menawarkan 60 program melibatkan pembiayaan geran dan latihan. Jadi, ini nanti Yang Berhormat bolehlah melihat. Kita tahu siapa sasaran kita, apa objektif kita, apa kumpulan sasar kita, apa jumlah pembiayaan yang kita perlukan, apa kaedah pembiayaan dan apa syarat-syaratnya termasuk siapa yang perlu kita hubungi. Jadi, yang ini terimalah kepada semua rakan Ahli Yang Berhormat. Jadi, untuk menjawab soalan tambahan tersebut, berkaitan dengan konsortium ataupun penggabungan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Lumut, kita ada menemukan federasi. Tujuan federasi ini ialah kita menggabungkan beberapa buah koperasi untuk kita memperkukuhkan lagi kita punya modal. Kita ada federasi berasaskan kepada pemborongan dan peruncitan. Kita ada federasi berasaskan kepada pelancongan, perniagaan negeri dan kesihatan. Kita ada federasi koperasi perkhidmatan kewangan. Kita ada koperasi berasaskan kepada perladangan. Kita ada koperasi berasaskan federasi berasaskan kepada harta tanah, industri dan kita juga ada koperasi yang disebut tadi berasaskan kepada pertanian industri asas tani. Jadi kepada Yang Berhormat, menjawab kepada soalan itu, apakah kelebihan bila kita menubuhkan koperasi-koperasi secara konsortium ataupun federasi? Pertama, kita melaksanakan satu projek secara besar-besaran. Kedua, sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi, kita hendak mengelak penindasan dan manipulasi orang tengah. Kemudian yang ketiga, kita hendak memantapkan jaringan perniagaan, kita hendak membuat pembelian secara pukal untuk menikmati harga yang lebih rendah, kita perlukan satu sumber modal yang lebih kukuh bila kita gabung-gabungkan koperasi ini dan ada pakej inisiatif kewangan yang dibuat oleh SKMM. Jadi yang ini, sebagaimana saya sebut antara objektif penubuhan federasi ini adalah untuk membentuk satu sinergi gerakan. Koperasi menerajui kepelbagaian faktor ekonomi berasaskan kepada konsep payung.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Minta rumuskan.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Kita setuju dengan saranan daripada Yang Berhormat Lumut bahawa koperasi perlu digabungkan supaya mereka lebih kukuh dan mampu memberi saingan ataupun pulangan kepada ahli dan kepada rakyat. Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua saya menjemput Yang Berhormat— saya tengok Yang Berhormat Ledang tadi. Sila Yang Berhormat Ledang.

Sepatutnya belah sini kan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Saya tengok dua-dua telah pun menanya tadi. Saya beri peluang Yang Berhormat Ledang, yang belum menanya lagi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya berkenaan dengan industri ayam yang melibatkan sektor koperasi

terutamanya NAFAS dan juga ANGKASA. Kita dimaklumkan baru-baru ini, Perdana Menteri ada menyebutkan bahawa ANGKASA dan NAFAS diberikan ruang untuk membuat penglibatan mereka dalam industri ternakan ayam untuk menjamin sekuriti makanan. Soalan saya ialah apakah perkembangan penglibatan mereka ini. Bagaimanakah mereka melibatkan koperasi-koperasi lain di peringkat negeri-negeri berkenaan dengan industri ternakan ayam ini? Keduanya ialah apakah jaminan kerajaan supaya tidak berlaku kerugian seperti mana berlaku kerugian dalam tahun-tahun sebelum ini di mana penglibatan koperasi sebenarnya akhirnya menyebabkan kerugian dan memberikan satu mudarat kepada anggota-anggota koperasi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sila Timbalan Menteri, satu minit.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Pada dasarnya, berkaitan dengan pembekalan ayam. Memang betul diberikan kepada NAFAS dalam jumlah kuantiti sebanyak 144 juta, diberikan kepada ANGKASA dalam kuantiti sebanyak 30 juta. Ini sebagai sebahagian daripada kita punya sekuriti untuk memastikan bahawa bekalan itu mencukupi. Akan tetapi ada satu lagi di peringkat kementerian di bawah ANGKASA, kita menyasarkan ada satu perancangan untuk kita membuka ladang jagung bijirin lebih kurang 4,000 hektar dengan setiap hektar itu boleh mengeluarkan antara 4.4 ataupun lima tan per hektar. Dalam tempoh lima tahun, kita menyasarkan untuk memastikan bahawa harga ayam nanti lebih stabil kerana disebabkan oleh input makanan. Kita mampu untuk membekalkan 20 peratus daripada 4,000 hektar yang kita buat tanaman jagung bijirin ini untuk kita supply kepada input makanan kepada penternak-penternak. Ini mungkin memberi jaminan pada masa hadapan harga ayam akan lebih stabil dan memberi keuntungan kepada rakyat. Terima kasih kepada sahabat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak beri peluang kepada penyoal yang seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Cameron Highland. Selepas ini dia hendak chair-kan.

Ramli bin Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands · question

9. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan adakah pihak kementerian akan meneruskan projek pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan dan adakah pembinaan empangan itu akan menjejaskan kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan sekitarnya

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Cameron Highlands dengan soalan nombor sembilan. Saya ingin menyatakan bahawa bahagian yang pertama sama ada projek loji jana kuasa hidroelektrik negeri hendak diteruskan ataupun tidak? Jawapannya, akan diteruskan dengan mana projek ini dibiayai dan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak syarikat Tenaga Nasional Berhad iaitu TNB Power Generation Sdn. Bhd.. Pada masa ini Tuan Yang di-Pertua, projek ini sebenarnya telah pun dimulakan sejak 1 Mac 2022 lagi. Ia dijangka siap dan beroperasi pada dijangka 1 Jun 2027 iaitu Scheduled Commercial Operation Date (SCOD). Projek ini mengambil keluasan tasik takungan utama seluas 53.84 kilometer persegi yang mana mempunyai serampang banyak mata. Selain daripada membekalkan bekalan elektrik, ia juga akan mengurangkan kesan fenomena banjir besar, membantu sumber pengairan pertanian, mengatasi isu pembekalan air bersih, memberi peluang pekerjaan ketika pembinaan empangan ini dan yang terakhirnya, potensi kegiatan ekonomi apabila projek ini siap. Namun demikian, kerajaan secara jujurnya tidak menafikan pembinaan empangan negeri ini akan memberi sedikit kesan terutamanya kepada flora dan fauna dan tidak ketinggalan kepada perkampungan masyarakat Orang Asal, khususnya di kawasan

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

ini, tiga buah kampung terlibat iaitu Kampung Kuala Wias, Pos Pulat dan Pos Tohoi yang mempunyai seramai 1,115 orang penduduk. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan dan juga TNB telah mengambil pelbagai langkah kawalan dengan kerjasama rapat jabatan dan agensi kerajaan. Sebagai remedi kepada terjejasnya kedudukan ini kepada Orang Asli, saya ingin melaporkan bahawa kerja-kerja awal pembangunan projek ini telah pun dimulakan dengan memperoleh kelulusan-kelulusan yang diperlukan. Antaranya, kajian potensi mineral, kajian penerimaan awam dan sosial, kajian impak alam sekitar (EIA), kajian impak sosial (SIA) dan juga kajian impak warisan (HIA). TNB juga melalui HIA akan membuat satu galeri yang dipanggil Galeri Mini Warisan dan Budaya Orang Asli Nenggiri. Bagi memaksimumkan manfaat projek ini juga dan menjaga kepentingan masyarakat perkampungan Orang Asli yang terlibat, sejak tahun 2004 lagi TNB telah melaksanakan pelbagai program dan tanggungjawab sosial melibatkan komuniti Orang Asli di sekitar kawasan ini. Lebih daripada 30 libat urus diadakan termasuk anjuran SUHAKAM yang melibatkan penduduk kampung di sini. Kajian penerima awam telah dibuat oleh juru perunding iaitu UKM Pakarunding Sdn. Bhd.. Ini penting Tuan Yang di-Pertua, menunjukkan bahawa tahap penerimaan projek ini di kalangan penduduk ketiga-tiga kampung Orang Asli ini telah meningkat daripada 69.5 peratus pada tahun 2015 kepada 80 peratus pada tahun 2018 dan untuk bulan Mac 2020, telah meningkat sebanyak 86 peratus. Jadi, menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli menerima projek pembangunan ini yang tidak meminggirkan kepentingan kaum Orang Asli di tempat ini.

Datuk Seri Takiyuddin bin HassanPAS · PNMenteri Tenaga dan Sumber Asli · Kota Bharu

Selain daripada itu, banyaklah manfaat-manfaat yang telah diberikan oleh kerajaan dan juga TNB kepada masyarakat Orang Asli. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan pertama. Yang Berhormat Cameron Highlands.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, apabila berlaku kemajuan di satu kawasan perhutanan, akan berlaku pembersihan hutan. Apakah tindakan kementerian terhadap, seumpamanya yang baru- baru ini berlaku, gajah dan harimau masuk ke kampung Orang Asli? Baru-baru ini, beberapa hari yang lepas, seekor gajah telah menyerang seorang Orang Asli yang menyebabkan cedera parah dan dia dimasukkan ke dalam hospital. Tidakkah kajian mengambil kira perkara ini? Dan apakah tindakan kerajaan untuk melindungi masyarakat ini agar cara kehidupan mereka yang mampan berterusan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Saya amat menghargai pandangan dan juga persoalan dibangkitkan. Sebagaimana saya sebutkan tadi, pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan telah pun bekerjasama menggemblengkan usaha untuk memastikan projek pembangunan Loji Janakuasa Hidroelektrik Nenggiri ini tidak menjejaskan masyarakat setempat terutamanya masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut. Memang tidak dinafikan bahawa pembukaan ataupun pembangunan yang dilaksanakan menyebabkan pembukaan hutan yang menyebabkan terjejasnya habitat binatang-binatang dan sebagainya. Namun, pada masa yang sama, usaha dilakukan oleh kerajaan melalui jabatan, umpamanya PERHILITAN, supaya binatang-binatang yang ada di kawasan tersebut akan diuruskan supaya ditempatkan di tempat-tempat yang sesuai di samping masyarakat Orang Asli di tempat-tempat berkenaan juga diberikan bimbingan dan juga nasihat bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah di tempat tersebut. Maksudnya, tindakan diambil oleh kerajaan untuk menjaga kepentingan masyarakat di samping tidak menjejaskan projek pembangunan yang juga untuk kepentingan masyarakat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan soalan tambahan yang kedua. Saya hendak menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pembinaan Empangan Nenggiri akan juga turut— Kuala Krai juga akan turut terlibat dari sudut manfaatnya, insya-Allah. Dalam soalan tambahan saya kepada apa yang telah disebut ataupun telah diterangkan olah Yang Berhormat Menteri adalah apakah bentuk pakej pampasan dan juga penempatan semula kepada keluarga Orang Asal yang terpaksa berpindah kerana projek ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai yang terletak bersebelahan dengan Projek Nenggiri, Gua Musang ini. Untuk manfaat yang diberikan kepada masyarakat yang terjejas ini, terlalu banyak, Tuan Yang di-Pertua. Kalau mengikut jumlah yang boleh dinilai, setakat ini sebanyak RM216 juta telah diperuntukkan yang melibatkan RM200 juta melibatkan tapak rumah seluas 0.5 ekar untuk seramai 767 orang dan 1,115 orang di ketiga-tiga perkampungan ini. Sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk tapak rumah berkeluasan 800 kaki persegi dengan tiga bilik, dua bilik air, tapak dusun seluas 0.5 ekar, ladang getah seluas 5.5 ekar yang lengkap dengan kawasan itu adalah sekolah rendah, asrama, kuarters guru, dewan dan sebagainya. Sebanyak RM15 juta untuk bantuan dan pampasan iaitu RM500 satu ketua isi rumah semasa perpindahan, bantuan RM200 dan elaun sara hidup sebanyak RM683 satu ketua isi rumah untuk lima tahun. Lima tahun ini sementara dusun mereka atau ladang getah mereka itu memberikan hasil. Dalam tempoh sebelum hasil itu, diberikan elaun sara hidup RM683 satu keluarga. Juga, sagu hati komuniti sekitar RM3,000 setiap kampung. Di samping itu, kalau ada kubur-kubur Orang Asli yang terpaksa dipindahkan, kos sebanyak tidak kurang daripada RM500 akan diberikan untuk proses itu. Di samping itu, RM1 juta program modal insan untuk komuniti Orang Asli bagi melatih kemahiran anak- anak Orang Asli untuk mereka mahir dalam aktiviti ekonomi. Itu antara perkara yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli. Yang Berhormat Cameron Highlands telah naik jadi Speaker. Terima kasih. [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] [Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Point of order.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Silakan.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada Khamis lepas, satu soalan saya telah membawa ke perhatian Dewan ini yang mana soalan tersebut, saya telah meminta Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia menerangkan dan senaraikan lawatan-lawatan yang dibuat oleh HRDF dan juga berapakah perbelanjaan. Akan tetapi, hanya separuh daripada perkara yang saya bangkitkan dijawab iaitu hanya menyatakan di negara-negara yang mereka telah melawat ialah Jepun, Singapura, Amerika dan lain-lain. Akan tetapi, yang mustahak adalah ini. Kenapa perbelanjaan yang saya tanya secara terperinci itu tidak dinyatakan? Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena. Kebelakangan ini kita nampak ramai di antara menteri-menteri tidak menjawab soalan-soalan perbelanjaan dan sebagainya. Saya rasa ini adalah tempat di mana

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Parlimen menjadi check and balance supaya perkara-perkara yang dibangkitkan secara soalan dijawab dengan penuh. Saya ingin membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada Peraturan 36(12) ini, mengelirukan Dewan. Bukan hanya mengelirukan kita, Tuan Yang di-Pertua, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia kerana Dewan ini adalah tempat yang berfungsi supaya semua jawapan-jawapan yang diberi oleh Menteri adalah patut dan benar. Nampaknya, dengan keengganan memberi jawapan tersebut, macam mana perbelanjaan itu berlaku, ada sesuatu yang mereka hendak sorok. They want to keep away from public eye. Agensi ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah agensi kerajaan. Semasa saya menjadi Menteri dahulu, kita jawab semua soalan. We never fear nobody. Pungutan atau collection adalah lebih kurang RM2 bilion setiap tahun. Kalau wang yang dibelanjakan oleh CEO dan Pengerusi itu pun tidak boleh dijawab, fahamlah, Tuan Yang di-Pertua, ada sesuatu yang tak kena. Jadi, saya harap— mungkin Tuan Yang di-Pertua, saya akan tulis kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya harap tindakan lanjutan akan diambil. Ini kerana saya ada aduan- aduan yang dibuat kepada saya bahawa perbelanjaan ini tidak dinyatakan kerana ada syarikat-syarikat yang mendapat tender-tender di HRD Corp ini, mereka telah sponsored ini. Jadi, menjadi satu suspicion dalam perkara ini. Saya rasa ini adalah tidak elok. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat Menteri patut memberi jawapan yang penuh dan satu arahan daripada Tuan Yang di-Pertua supaya semua jawapan yang ditanya oleh Ahli Parlimen, ia patut dijawab dengan penuh. Jangan lari daripada kewajipannya. Kerana kalau macam ini, apabila kita menerajui kerajaan, we never fear. Kita beritahu semua. Kenapa baru-baru ini, ini satu tradisi yang nampaknya adalah satu...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

...Culture yang baharu oleh Barisan Nasional. Saya harap tindakan diambil sekurang-kurangnya memberitahu supaya jawapan yang penuh diberi.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat itu berulang-ulang sampai dua tiga kali.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Kita terpaksa berulang-ulang kerana ramai antara Ahli Parlimen termasuk Speaker tidak faham.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Saya rasa...

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jadi, saya terpaksa beritahu— senang sahaja. Bagi jawapan dengan penuh, kita tak tanya soalan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Saya faham, Yang Berhormat, tetapi ringkaskanlah. You start, dengan izin, berpusing-pusing the same question. Duduk, Yang Berhormat.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Tidak ada pusing-pusinglah, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua pun tahu...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Please sit down.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

P.M. 36(12) is very clear.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Dengan izin.

Tuan M. KulasegaranDAP · PHIpoh Barat

Jadi, saya harap tindakan diambil.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

We got the idea. All right? Okey, Yang Berhormat Ipoh Barat, sila tulis kepada Speaker dan saya percaya Speaker akan menjawab soalan Yang Berhormat. Okey, kita teruskan dengan agenda seterusnya.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) · Masjid Tanah

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 2 Ogos 2022.” Terima kasih.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed SaidUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri I · Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PERKHIDMATAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Perkhidmatan 2018; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang- undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 yang dicadangkan adalah bagi meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141)]. Pindaan ini dengan tujuan untuk menambah baik peruntukan sedia ada terutamanya berhubung perluasan tafsiran bagi keluaran pertanian dengan memasukkan komoditi ternakan tertentu iaitu lembu dan sejenis dengannya, kambing biri-biri, rusa, arnab dan ternakan unggas seperti ayam, puyuh dan itik dalam rang undang-undang tersebut. Selain itu, pindaan Akta 141 bermatlamat untuk memberi kuasa kepada FAMA menstabilkan rantaian bekalan bagi komoditi ternakan yang memberi kesan langsung kepada keupayaan modal dan pasaran terutama bagi pengeluar kecil dan sederhana. Penglibatan FAMA sama ada melalui pengaturan pasaran dengan pengukuh kerjasama strategik bersama industri mahupun secara langsung melalui pembelian di peringkat ladang. Sebenarnya, semasa penubuhan FAMA pada 1965, peranan FAMA dalam pemasaran keluaran pertanian juga merangkumi haiwan-haiwan ternakan sama ada hidup ataupun disembelih dan hasilannya. Walau bagaimanapun kuasa ini telah diserahkan kepada Maju Ternak yang ditubuhkan melalui Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara pada tahun 1973. Namun, apabila Maju Ternak dibubarkan melalui Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 [Akta 292] pada 1983, tiada agensi yang bertanggungjawab dalam pemasaran ternakan. Justeru, kini tanggungjawab ini seharusnya dikembalikan semula kepada FAMA. FAMA diperbadankan pada 1965 sebagai agensi kerajaan bagi menyelia, menyelaras, mengawal dan mempertingkatkan pemasaran keluaran pertanian di Malaysia termasuk mengimport dan mengeksport keluaran pertanian, memberi kemudahan kredit untuk pemasaran serta melaksanakan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan pemasaran. Secara mudahnya, FAMA adalah pelengkap dalam pasaran untuk melaksanakan fungsi pemasaran yang tidak berorientasikan keuntungan. FAMA berperanan sebagai alternatif pemasar utama kepada pengeluar kecil dan semi komersial untuk memasarkan produk mereka yang mana secara tidak langsung dapat mengurangkan atau menghindari manipulasi orang tengah. Selama ini, peranan FAMA terserlah untuk membantu pemasaran keluaran pertanian bukan sahaja membeli malah sebagai pemudah cara dan memberikan khidmat nasihat kepada petani. Kerjasama erat dengan jabatan dan agensi lain seperti DOA, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Perindustrian Nanas untuk pengeluaran memudahkan FAMA memberi fokus kepada jaminan pasaran dalam Program Ladang Kontrak MAFI. Melalui program ini, FAMA bersama pengeluar menandatangani perjanjian jual beli dengan izin, forward agreement (FA) untuk memastikan hasil petani dapat dibeli pada harga pasaran dan juga diberi insentif harga lantai sekiranya berlaku kejatuhan harga akibat lambakan di pasaran.

Setakat 30 Jun 2022, terdapat 1,838 orang pengeluar yang terlibat secara aktif. Manakala sebanyak 275 FA telah ditandatangani yang dijangka dapat memasarkan 4,307 metrik tan keluaran pertanian dengan anggaran nilai sebanyak RM11.03 juta. Semasa PKP, walaupun kerajaan tidak menyekat pengedaran produk agromakanan, penternak kecil terutamanya mengalami masalah pemasaran dan pengedaran hasil keluaran mereka. FAMA telah melaksanakan Pasar Segar Terkawal (PST) di Pasar Tani Kekal, Myfarm Outlet serta lokasi terpilih dengan pelbagai kaedah pembelian seperti penghantaran ke rumah, pre-order, drive-thru serta walk-in. PKP 1.0 menyaksikan sebanyak 63 outlet PST telah dibuka dan memasarkan 82,120 metrik tan pelbagai produk agromakanan termasuk 1,826 metrik tan ayam. Manakala PKP 3.0, sebanyak 54 outlets PST dibuka dan berjaya mengedarkan 51,876 metrik tan pelbagai produk agromakanan termasuk 1,240 metrik tan ayam. Sehingga 30 Jun 2022 FAMA telah mencatatkan potensi jualan dengan nilai RM44 juta bagi program- program pembangunan eksport yang dilaksanakan. Secara purata, nilai jualan sebanyak RM3 bilion setahun dijana melalui pelbagai perkhidmatan FAMA secara langsung dan tidak langsung yang menyumbang sebanyak 5.9 peratus daripada nilai pasaran agromakanan negara. Oleh itu, dengan perluasan kuasa FAMA ini kementerian menyasarkan pemacuan pembangunan sektor ternakan bagi menjamin sekuriti makanan negara, secara tidak langsung turut meningkatkan sumbangan sektor agromakanan kepada KDNK negara melalui pemerkasaan penternak kecil dan semi komersial. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menghuraikan fasal-fasal seksyen 1A dalam Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 dicadangkan bertujuan untuk meminda seksyen 1A Akta 141 untuk meluaskan ruang lingkup takrif “agricultural produce” untuk merangkumi haiwan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga yang baharu kepada Akta 141, dan karkas serta hasil haiwan sedemikian. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan Jadual Ketiga yang baharu ke dalam Akta 141 untuk mengadakan peruntukan bagi senarai haiwan yang termasuk dalam takrif “agricultural produce” di bawah Akta 141.

Keempat, fasal-fasal lain yang tidak dinyatakan secara khusus adalah pindaan bersifat kecil atau berbangkit. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ada sesiapa menyokong?

Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk perbahasan. Mengikut senarai pemohon untuk berbahas terdapat lebih kurang 27 orang. Walau bagaimanapun, saya akan menjelaskan dan menerangkan bahawa 16 orang penama yang akan mula perbahasan. Mereka adalah Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Bakri. Memandangkan pada hari ini mungkin tiga RUU akan dibincangkan, dengan sedemikian, perbahasan ditetapkan lima minit seorang.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam untuk memulakan tirai.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, kita memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan pindaan rang undang-undang Akta 141 Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 ini. Pindaan yang dikemukakan ini adalah tepat pada masanya dalam keadaan rakyat sedang menghadapi kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang terus meningkat. Langkah yang diambil ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam menangani kenaikan harga barangan termasuklah harga daging, ayam dan telur. DR 16/2022 ini hanya melibatkan satu pindaan sahaja, iaitu Akta ibu, Akta 141 iaitu seksyen 1A mengenai takrif ‘agricultural produce’ di dalam perenggan (a) dengan memotong perkataan ‘and’ dengan izin di hujung perenggan itu, dengan memasukkan selepas perenggan (a) dengan Jadual Ketiga yang merangkumi haiwan yang dinyatakan termasuklah sebagai ‘agricultural produce’ di bawah Akta 141 ini iaitu lembu, ternakan unggas seperti ayam dan itik seterusnya kambing, kambing biri-biri, rusa dan arnab. Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah ditubuhkan pada tahun 1965 melalui Akta 141 yang bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan serta produk-produk industri makanan dan asas tani. FAMA telah bergerak maju melalui projek- projek di sepanjang rantaian bekalan (supply chain) iaitu pertama, projek pembekalan seperti ladang kontrak MAFI yang melibatkan 1,450 orang petani dengan hasil 5,966 metrik tan atau RM11.6 juta. Forward Agreement bernilai RM3.1 juta, RPKP berjumlah RM5.5 juta dan M3R yang melibatkan 261 orang peraih dengan jumlah RM430 juta. Kedua, pengumpulan hasil pertanian daripada 212 buah pusat pengumpulan ataupun CCC. Ketiga, pemprosesan melibatkan empat buah pusat pemprosesan makanan FAMA dan 13 buah pusat memproses buah. Keempat, pengredan yang mempunyai kemudahan DC segar iaitu 39 buah, depot ‘pemprosesan’ berjumlah 20 buah, bilik sejuk berjumlah 154 buah, dan lori segar berjumlah 237 buah. Kelima, projek peruncitan seperti RTC ada dua buah, pasar tani 270 buah, agrobazar ada 179 buah dan lan-lain. Keenam, projek yang meningkatkan penggunaan produk agromakanan di peringkat domestik dan juga antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta 141 ini amatlah penting dan mendesak kerana tiadanya jabatan ataupun agensi yang bertanggungjawab secara langsung dalam pemasaran ternakan dan seterusnya bagi memastikan pengedaran yang berkesan untuk daging lembu, kambing, ayam, dan hasil tenusu yang akhirnya akan dapat menstabilkan harga dan memberi manfaat langsung kepada penggunaan keseluruhan. FAMA dengan pengalaman dan kemudahan sedia ada yang meluas dan pelbagai peringkat supply chain seperti pembekalan, pemprosesan, pengedaran dan peruncitan, mampu menangani kenaikan harga barang termasuklah harga ayam, telur, daging dan susu segar. Sehubungan dengan ini saya ingin mencadangkan; (i) FAMA melantik dan mewujudkan ladang kontrak ternakan ayam bagi memastikan bekalan ayam yang mencukupi dengan harga yang stabil; (ii) FAMA membaikkan diri dengan pemasaran dan pengedaran makanan haiwan ternakan bagi memastikan harga makanan haiwan ternakan yang lebih stabil dan secara langsung menstabilkan harga ayam dan daging; (iii) FAMA dilantik dengan pemborong dan pengedaran utama ayam dan daging memandangkan FAMA telah pun mempunyai kemudahan bilik sejuk di seluruh negara, lori segar dan rangkaian

peruncitan seperti pasar tani, agrobazar dan sebagainya. Ada sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. (iv) FAMA melaksanakan engagement ataupun sisi penerangan dengan pemain industri terutamanya penternak kecil dan sederhana supaya mereka dapat memahami peranan FAMA dengan lebih jelas selepas pindaan akta ini dibuat; dan (v) FAMA melaksanakan program-program bagi meningkatkan permintaan golongan muda untuk terlibat dalam industri ternakan dan menyediakan mekanisme pemasaran yang membolehkan golongan muda mudah mendapat pinjaman apabila ingin meluaskan penternakan mereka kelak. Akhirnya saya ingin mohon penjelasan daripada kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) apakah langkah kerajaan bagi memastikan FAMA dapat memainkan peranan yang berkesan selari dengan hasil pindaan Akta 141 ini. Sekian terima kasih, mohon menyokong.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Dipersilakan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Mengambil bahagian dalam pindaan ini tentang FAMA, saya ada tiga perkara. Pertama, niche FAMA ini adalah pemasaran. Pun begitu, FAMA ikut terlibat dalam Program Pertanian Kontrak, ikut disentuh oleh sahabat saya tadi. Saya dapati bahawa sebelum kita ke depan, elok kita tengok dahulu, apakah sebenarnya maklum balas daripada para peserta pertanian kontrak yang sempat saya dekati. Sekurang-kurangnya ada empat perkara mereka sampaikan. Pertama, tanaman tidak menjadi, akibat daripada mereka tidak ada kemahiran dalam bidang yang disertai. Hasilnya tidak seberapa. Kedua, bila hasil tidak seberapa, FAMA pula beli dengan harga rendah, lebih rendah daripada harga pasaran. Sekali gus itu membawa kepada yang ketiga iaitu kos pelaksanaan pertanian kontrak ini menjadi tinggi kerana FAMA beli dengan harga murah sedangkan kos penjagaan itu meningkat. Keempat, mereka sampaikan kepada saya, adalah syarat-syarat yang FAMA kenakan, seumpamanya kualiti dan kuantiti. Hasil penanaman pertanian kontrak yang dihasilkan itu mereka bergelut untuk mencapai sasarannya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

Jadi kesimpulannya daripada pertanian kontrak ini sementara objektifnya bagus, niatnya mulia tetapi pelaksanaannya terlalu banyak perkara yang perlu diperhatikan semula. Kedua ialah FAMA ini berperanan untuk mengelakkan peranan orang tengah, itu peranan utama dia. Di negara kita kalau kita tengok daripada segi rantaian bekalan, ada satu pasar borong yang sangat dominan fungsi dan peranannya iaitu Pasar Borong Selayang ataupun Pasar Borong Kuala Lumpur. Ini merupakan nadi kepada pengedaran semua barangan pengguna di negara kita. Sebenarnya kalau kita hendak tengok daripada segi ideanya, di situlah sepatutnya peranan FAMA. Akan tetapi kewujudan pasar borong ini dalam banyak perkara, saya percaya sahabat saya Menteri KPDNHEP juga akur, banyak maklumat dan laporan sampai cara pengendaliannya itu kadang-kadang menjadi kebal daripada segi undang-undang. Sama ada daripada segi tenaga kerja asing yang tidak sah ataupun amalan penguasaan orang tengah yang ala gengster dan segala macam. Pelbagai institusi dan jabatan penguat kuasa sering kali gagal dalam mengawal perkara ini. Ideanya, apakah ada dalam masa yang terdekat ini untuk kerajaan memikirkan soal alternatif lain kepada peranan, fungsinya sama pasar borong juga, tetapi kawal selianya itu lebih baik daripada apa yang wujud sekarang. Perkara yang ketiga Tuan Yang

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHKulim-Bandar Baharu

di-Pertua ialah saya dapati semasa lawatan saya ke Dubai Expo baru-baru ini hujung tahun lepas, saya agak terkejut bila diberitahu oleh kawan-kawan di sana Dubai khususnya sekarang menjadi hab buah-buahan tropika yang kedua terbesar di negara teluk. Bila saya tanya dari mana sumber buah-buahan tropika ini mereka dapat, mereka dapat dari Vietnam, dari Indonesia, dari Thailand. Saya tanya ada atau tidak dari Malaysia, ada, nangka sahaja, nanas kecil. Jadi bila saya tanya lebih mereka beritahu kata promosi kita itu mereka tidak begitu rasai berbanding dengan negara-negara jiran pengeluar buah- buahan tropika di negara kita. Akibat daripada kelemahan ini, mereka lebih mengutamakan rakan serantau kita sedangkan potensi buah-buahan tropika ini sangat besar, khususnya di negara teluk. Mereka ada gudang besar di Dubai itu yang menjadi tempat untuk keperluan logistik buah-buahan tropika tidak ikut musim. Jadi kita kalah di situ. Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, ialah pemasaran dalam era sekarang ini ialah pemasaran atas talian. Saya tahu FAMA telah menggerakkan melalui AgroBazaar online, Shopee dan Lazada. Saya sempat meneliti buat kerja rumah sebelum berbahas pagi ini. Saya masuk ke talian-talian tersebut Shopee, Lazada ada produk yang sudah 28 bulan dipasarkan oleh FAMA ya, produk peserta FAMA. Akan tetapi sambutannya sangat- sangat lembab, sangat lembab sebab dia ada rekod berapa banyak produk itu dia beli dalam tempoh-tempoh tertentu. Dia ada dua perkara di sini. Satu, SKU atau stock-keeping unit-nya masih tidak tinggi bilangannya. Kedua, sambutannya juga tidak laju macam produk-produk pengguna yang lain yang menggunakan platform pasaran yang sama. Saya tengok inisiatif pemasaran atas talian oleh FAMA ini agak meluas tetapi anehnya sambutan itu kurang. Jadi tentulah ketika kita membahaskan pindaan Akta 141 ini, Tuan Yang di-Pertua, yang nanti dijawab oleh sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mohon supaya perkara-perkara ini diberikan tumpuan dan perhatian ketika penggulungan. Sekian, terima kasih. Saya sokong.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Dipersilakan Yang Berhormat Jempol.

Terima kasih. Bismillahi rahmani rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022. Umum mengetahui FAMA merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memasarkan produk-produk agromakanan seperti sayur, buah-buahan serta produk industri makanan dan asas tani. Menerusi pindaan ini, FAMA juga bakal diberi tanggungjawab baharu dan terlibat secara langsung dalam pemasaran komoditi ternakan. Secara umumnya saya menyokong pindaan rang undang-undang ini supaya rantaian bekalan komoditi ternakan dapat distabilkan bagi menjamin sekuriti makanan negara. Dengan ini, maka besarlah harapan saya agar FAMA dapat menjalankan fungsinya dengan sebaik mungkin bagi membela penternak kecil dan semi komersil. Tuan Yang di-Pertua, merujuk seksyen 1A iaitu Jadual Ketiga bahagian pindaan, ternakan yang bakal terlibat ialah lembu, ayam, biri-biri, kambing, rusa dan arnab. Untuk mengetahui ternakan seperti lembu, ayam, biri-biri dan kambing merupakan komoditi makanan utama serta mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Walau bagaimanapun, ternakan seperti rusa dan arnab tidak disenaraikan sebagai komoditi makanan utama negara serta permintaan juga amat rendah. Soalan saya, apakah sewajarnya kementerian memasukkan ternakan rusa dan arnab ke dalam Jadual Ketiga atas pindaan ini? Kenapa ternakan kerbau tidak

dimasukkan sama sekali? Sejauh manakah permintaan terhadap ternakan tersebut dalam kalangan Keluarga Malaysia dan pasaran domestik dan juga antarabangsa. Setakat ini Tahap Sara Diri (SSL) bagi komoditi makanan utama yang terkandung dalam pindaan ialah daging lembu 22.3 peratus, daging ayam dan itik 104 peratus, telur ayam dan itik 119 peratus dan daging kambing 11 peratus. Merujuk kepada Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, SSL disasarkan ialah daging lembu 50 peratus, daging ayam dan itik 140 peratus, telur ayam dan itik 123 peratus dan daging kambing 50 peratus. Soalan saya, apakah strategi kementerian untuk memastikan pindaan ini berupaya menyokong peningkatan kadar SSL bagi komoditi makanan utama negara tersebut? Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pemasaran hasil pertanian, pindaan ini juga turut menuntut FAMA untuk terlibat secara langsung dalam komoditi ternakan. Bagi memastikan pertanian dan juga ternakan serta industri makanan tersedia mudah diperoleh pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna, oleh itu FAMA perlu memastikan setiap outlet berfungsi dan beroperasi dalam keadaan bersih serta selesa supaya para pengguna mudah untuk mendapat akses kepada bekalan makanan. Soalan saya, berapakah bilangan outlet di bawah kelolaan FAMA yang telah dijayakan dan diwujudkan setakat ini? Apakah ia sudah mencukupi untuk memastikan kelancaran pengedaran pemasaran komoditi pertanian serta ternakan? Berhubung dengan pasar tani kekal yang dibangunkan untuk menambah bilangan outlet pasaran kekal dan menarik taraf infrastruktur pasaran sedia ada, usaha ini sememangnya memberi manfaat kepada usahawan dan bilangan usahawan juga dapat ditingkatkan dengan kaedah penambahan dan wujudnya waktu operasi perniagaan yang baru. Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk menambah infrastruktur di setiap pasar tani kekal supaya mempunyai kemudahan asas yang moden? Di samping itu juga, saya ingin mencadangkan agar setiap PTK di seluruh negara dijenamakan semula sebagai Pasar Tani Keluarga Malaysia kerana peniaga dan pengunjungnya terdiri daripada pelbagai kaum. Hal ini sejajar dengan polisi kerajaan untuk memupuk semangat kekeluargaan antara kaum serta mendapat wujudnya PTK sebagai pasar yang berimej baharu. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya berharap agar pihak ini yang membolehkan FAMA terlibat secara langsung dalam komoditi ternakan dapat memainkan peranan untuk menstabilkan harga ayam dan juga telur. Umum mengetahui kebelakangan ini, ayam semakin tidak terkawal sehingga kerajaan perlu meneruskan pemberian subsidi sebanyak RM370 juta untuk menetapkan harga siling runcit ayam dan telur ayam. Justeru itu, FAMA perlu memainkan peranan dan bertindak sebagai ‘precising’ kepada penternak yang dikategorikan sebagai pemain gergasi ayam supaya harga dapat distabilkan untuk jangka panjang. Sebelum ini para penternak dikategorikan sebagai pemain industri gergasi ayam mendakwa harga ladang RM7 adalah terlalu rendah dan mahu meningkatkan harga pasaran ayam melebihi RM10 sekilo.

Jika ayam naik melebihi RM10 sekilo, rantaian makanan akan menerima kesannya kerana peniaga juga terpaksa membeli pada harga yang mahal dan menjualnya semula dengan harga yang tinggi. Jadi, sudah sampai masanya FAMA bertindak untuk menstabilkan harga ayam dengan memasarkan harga ayam yang lebih rendah kepada pengguna sehingga harga diturunkan oleh penternak. Selain itu juga, saya berharap FAMA tidak menjadi orang tengah dengan memasarkan barangan atau produk dari pasar borong apabila bekalan tidak mencukupi oleh outlet yang diadakan ini. Saya lihat bahawa banyak pasar tani yang diwujudkan menjual barang-barang daripada pasar borong. Ini sudah pastinya ia tidak membantu pasaran produk di kampung ataupun hasil ladang ataupun di kebun. Jadi, ini memastikan bahawa jangan jadi orang tengah untuk membasmi jihad kepada inflasi yang berlaku pada hari ini. Sekian sahaja daripada saya. Saya mohon supaya pencerahan diberi mengenai persoalan yang telah dibangkitkan sebentar tadi.

Saya memohon menyokong Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan terhadap pindaan Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 ataupun FAMA ini. Sebelum saya— isi kandungan perbahasan, saya hendak buat satu teguran kepada mungkin bukan MAFI tetapi kepada Pejabat Peguam Negara. Oleh sebab, saya nampak dalam versi yang diserahkan kepada semua Ahli Yang Berhormat terdapat versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Dalam versi Bahasa Kebangsaan sepatutnya Jadual Ketiga yang menggariskan keenam-enam jenis ternakan yang dimasukkan untuk perbincangan yang menjadi perkara subjek pada perbahasan pada hari ini patutnya ditulis dalam Bahasa Kebangsaan. Walaupun tadi saya dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut gunakan Bahasa Kebangsaan, tetapi Pejabat Peguam Negara nampaknya tidak melaksanakan apa yang telah digariskan ataupun yang diniatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahu memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita. Di dalam Dewan yang mulia ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengangkat ataupun mendukung penggunaan Bahasa Kebangsaan bersama. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut bahawa Akta FAMA ini kita buat pindaan pada masa yang bagi saya yang sangat sesuai walaupun saya telah mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang kata sepatutnya jauh lebih awal dulu kita kena masukkan dgn hasil-hasil ternakan disebabkan majlis yang telah dimansuhkan sebelum ini. Cuma, sebab kebetulan pada hujung minggu ini kita akan bermula MAHA 2022 dengan tajuk, “Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan.” Memang betul. Sejak setahun yang lepas sekuriti makanan telah menjadi agenda negara, agenda untuk semua agensi kerajaan. Saya nampak banyak agensi kerajaan memberikan fokus dan perbincangan dalam Dewan yang mulia ini banyak berfokus kepada sekuriti makanan. Oleh sebab, kita tahu apabila rantaian makanan terjejas dan sebagainya banyak sektor yang akan terjejas dan menyebabkan inflasi, kos sara hidup meningkat dan sebagainya. Jadi, saya berharap dengan adanya tambah baik, pindaan kepada akta ini dengan memasukkan enam jenis ternakan yang digariskan dalam Jadual Ketiga tadi ia akan dapat membantu kita untuk memastikan rantaian pembekalan makanan tempatan kekal stabil, tidak kira apa yang terjadi.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Yang Berhormat Rasah, boleh minta penjelasan?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Sekejap, sekejap. Membolehkan kita mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport dari luar. Oleh sebab banyak yang terjadi sekarang ini kita banyak bergantung kepada makanan dari luar. Jadi saya berharap dengan adanya pindaan ini yang sama-sama kita akan sokong untuk memperkasa dan memberikan bidang kuasa yang lebih kepada FAMA. Ini sangat mustahak. Saya ambil kesempatan pada hari ini, saya nampak enam jenis. Saya sokong enam jenis hasil ternakan tersebut. Saya mohon ditambahkan satu iaitu khas untuk masyarakat bukan Islam, daging khinzir. Untuk makluman semua, kita kena tengok ternakan khinzir ini dari sudut ekonomi. Ia adalah satu industri yang telah lama bertapak di negara kita walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan sebagainya tetapi industri ini tetap menyumbang kepada pembangunan negara dan kutipan cukai oleh kerajaan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Jadi, saya mohon apakah ada kemungkinan daripada MAFI untuk turut menyenaraikan ia khinzir sebagai salah satu hasil ternakan yang tersenarai? Ya, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Baru-baru ini harga khinzir ini dia melampau melambung tinggi. Bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh Malaysia dan ini sangat penting untuk masyarakat bukan Muslim. So, adakah Yang Berhormat Rasah pun bersetuju bahawa kita adakan cara untuk sekatan harga untuk khinzir.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Itu yang saya sebutkan tadi. Saya mohon supaya— saya pernah bincang dengan Yang Berhormat Menteri MAFI sendiri berkenaan dengan perkara ini. Jadi, saya mohon satu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika penggulungan nanti. Saya hendak sebut satu perkara, mungkin mengambil masa seminit atau dua minit ini. Oleh sebab saya harap FAMA kita, FAMA memang dengan pasar tani memang cukup sinonim dan banyak membantu petani kecil di luar bandar khususnya. Itu tidak dipertikaikan, dan usaha ini kita perlu teruskan. Apa yang saya nampak saya hendak bagi satu contoh. Saya pernah pergi satu rombongan ke Berlin, Jerman sebelum langkah Sheraton hari itu yang diketuai oleh Tok Pa. Kebetulan Tok Pa ada di sini. Ketika itu saya mengunjungi pasar mini dia, dia banyak jual pisang. Saya nampak, saya kata pisang itu hasil kita. Kita pun hasilkan pisang dengan cuaca kita, iklim kita dan sebagainya. Akan tetapi, semua pisang itu saya tengok tidak ada satu sebut buatan Malaysia ataupun hasil dari Malaysia. Semuanya dari Ecuador. Kenapa saya hendak sebut dalam Dewan yang mulia ini? Bagi saya, kita jangan tengok dia pisang itu dia tidak jual dalam sikat tahu, tidak macam kita. Kita biasalah kalau kita beli itu dapat dalam satu sikat. Akan tetapi, dia jual dalam satu-satu dengan dibalut dengan packaging yang nampak hebatlah dan dijual dalam mini market, supermarket dan sebagainya. Kita boleh gunakan cara ini sebagai satu contoh untuk kita menembusi pasaran antarabangsa yang dia dengan secara langsung akan membantu sektor pertanian kita tidak kira petani kecil kah ataupun secara kontan kah. Oleh sebab bagi saya menembusi pasaran antarabangsa merupakan salah satu perkara yang perlu diberikan keutamaan oleh FAMA untuk jangka masa panjang supaya kita dapat memasarkan hasil-hasil pertanian kita. Tidak kira bunga kah, buah-buahan kah ataupun hasil ternakan supaya dapat menjana pendapatan untuk negara kita. Jadi, saya berharap dengan contoh ini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah ada produk pertanian tidak kiralah tanaman kah, buah-buahan kah ataupun sayur-sayuran kah yang akan menjadi subjek utama sasaran kita untuk menembusi pasaran antarabangsa. Oleh sebab, selama ini kalau buah-buahan kita banyak mendengar Musang King sahaja, durian. Baguslah kita teruskan. Akan tetapi, macam mana dengan buah-buahan lain? Kita banyak hasil. Negara Malaysia bukan setakat durian sahaja. Kita ada banyak hasil ataupun produk pertanian yang mendapat sambutan antarabangsa dan kita perlu teruskan.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat sila gulung.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Ya, itu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rasah, satu perspektif. Rang undang-undang di bahas di dalam Dewan ini. Akan tetapi, kalau kita lihat dalam teks Bahasa Melayu ada Bahasa Inggeris. Jadi, kadang-kadang kalau Ahli-ahli Yang Berhormat lihat apa bezanya sheep dengan goat. Sheep itu dalam Bahasa Melayu apa dia? Goat itu dalam Bahasa Melayu apa dia? Saya pohon pihak kementerian mengambil maklum terutama sekali pihak Jabatan Peguam Negara bahagian drafting sebelum teks rang undang-undang warna biru ini dibentangkan, tolonglah semak betul-betul ya. Ini kita nak keabsahan dalam Dewan ini. Sila ambil maklum ya pihak Peguam Negara dan kementerian yang bertanggungjawab tentang rang undang-undang dan pembentangan di dalam Dewan ini ya. Okey.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Betul Yang Berhormat Rasah. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya menyertai pembahasaan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA memainkan peranan dalam mengembangkan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga memainkan peranan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperoleh pada harga yang berpatutan untuk pengguna. Untuk melaksanakan peranan ini, FAMA telah mempergiatkan usaha meningkatkan kecekapan sepanjang rantaian permasalahan melalui strategi berikut: (i) pembangunan saluran pasaran; (ii) pembangunan keusahawanan; (iii) pembangunan infrastruktur pemasaran, (iv) pembangunan pemasaran produk; dan (v) pembangunan peraturan pemasaran.

Jadi saya ingin meminta Menteri memaklumkan kepada Dewan ini tentang kejayaan FAMA dalam melaksanakan lima strategi yang disenaraikan di atas. Mohon juga menyenaraikan usaha yang dijalankan kos pelaksanaan dan kisah kejayaan bersandarkan statistik di mana perlu? Pertanyaan ini penting untuk saya dan untuk Yang Berhormat lain di Dewan ini bagi tujuan perbahasan sebelum kita menyatakan sokongan. Kenapa saya meminta maklumat ini? Ia adalah kerana saya berasa hampa apabila melihat tidak banyak hasil pertanian kita yang dijual di pasaran luar negara berbanding dengan produk dari Thailand dan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dan juga Yang Berhormat Rasah yang berpendapat yang sama. Saya berani mengatakan bahawa produk pertanian yang dijual di pasar raya luar negara kebanyakannya dari negara Thailand dengan nisbah 80 peratus Thailand dan 20 peratus Malaysia. Mengapa ia boleh jadi begitu? Untuk menyokong perkara di atas, saya merujuk kepada unjuran yang dikeluarkan oleh Tridge Intelligence, sebuah syarikat penyelidikan dari Korea Selatan yang mengesahkan negara Thailand adalah pengeksport durian terbesar pada tahun 2020. Thailand mengeluarkan 75.31 peratus daripada eksport global dengan eksport bernilai AUD2.08 bilion. Sebaliknya Malaysia hanya mengeksport AUD0.34 bilion mengikut laporan berita pada Oktober 2021 yang dikeluarkan oleh MAFI. Malaysia adalah pengimport makanan dan ini bermakna negara kita tidak menghasilkan secukupnya untuk membeli makanan kepada penduduk sendiri. Oleh itu, mengikut teori ekonomi, apabila permintaan melebihi penawaran, demand over supply, ia akan mendorong harga hasil pertanian meningkat naik tinggi dan lebih tinggi. Seperti mana yang kita saksikan sekarang dengan kenaikan mendadak dalam beberapa harga hasil pertanian selepas pandemik COVID-19 dan perang Rusia dan Ukraine. Akan tetapi mengapa petani kita masih tidak mendapat pendapatan yang lebih tinggi? Siapa yang mendapat lebihan daripada kenaikan harga makanan? Adakah orang tengah atau peniaga? Saya harap Menteri dapat memberikan pencerahan kepada kita di Dewan yang mulia ini. Jika puncanya diketahui, apakah tindakan yang sedang dirancang untuk menyelesaikan pandangan bahawa petani sepatutnya kaya walaupun realitinya mereka tidak?

RUU ini ingin memperkasa dan mengembang luas peranan FAMA termasuk haiwan seperti lembu, ayam ternakan, biri-biri, kambing, rusa dan arnab. Saya ingin Menteri memberikan keyakinan kepada kita di Dewan ini, bagaimana FAMA boleh membantu memastikan bekalan haiwan mencukupi untuk keperluan rakyat pada harga yang berpatutan dan pada masa yang sama, tidak akan merugikan penternak. Ini kerana FAMA selama ini dilihat tidak melaksanakan tugasnya dengan cukup baik untuk penanam sayur-sayuran dan buah-buahan kerana rakyat mengalami peningkatan kos, namun petani mengadu keuntungan mereka semakin berkurangan. Tebrau akan menyokong RUU ini, tertakluk kepada jawapan yang memuaskan untuk semua soalan saya. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, tentang peranan FAMA ialah untuk memasarkan hasil produk segar keluaran dalam negara kita khususnya dalam konteks pertanian. Apa yang saya hendak dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, pertama sekali ialah pekebun-pekebun sayur ini, dia akan jual sayur dia pada waktu harga tinggi, dia akan jual di pasaran, dijual kepada pihak-pihak lain. Dia tidak akan pergi kepada FAMA. Bila harga rendah daripada FAMA— FAMA harganya sudah tetap— Harga rendah daripada FAMA, baru dia jual kepada FAMA. Akan tetapi, masalahnya sekarang ialah harga yang tinggi walaupun dia jual kepada pihak luar, kalau berbanding dengan harga runcit yang ada di pasar, jauh berbeza. Sedangkan kos yang begitu tinggi yang dia terpaksa keluarkan, baja tinggi, harganya tinggi, racun harganya mahal dan sebagainya. Jadi, macam mana FAMA memainkan peranan untuk memastikan – Pertama sekali, kos yang ditanggung oleh pekebun ini akan berkurangan. Kemudian, pengguna sendiri akan mendapat harga runcit yang munasabah, yang rendah. Ini sebab kalau saya lihat di sini bahawa seolah-olahnya, orang tengah ini mengambil harga yang begitu besar. Saya sendiri turun bertemu dengan pekebun- pekebun, saya melawat pekebun-pekebun sayur dalam kawasan saya pada waktu-waktu harga yang tinggi sebelum ini dan sekarang ini pun masih tinggi. Saya lihat bahawa harga yang ada di kebun, yang dijual di kebun, yang ditolak kepada peraih-peraih ini, berbanding dengan harga yang ada di pasar, sangat berbeza. Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak FAMA. Keduanya, untuk memastikan produk ini baik, keluaran segar dan sebagainya dengan harga yang munasabah, sudah tentulah pekebun-pekebun ini harus dibantu. Akan tetapi ada masalah kepada pekebun-pekebun sayur, khususnya mereka yang berkebun di tanah pertanian iaitu kita nama ladang kontrak kalau tidak silap saya, Taman Kekal Pengeluaran Pertanian. Di kawasan saya ada. Di kawasan Parlimen Pokok Sena ada 40 hektar. Jadi masalahnya sekarang ini, mereka yang tanam di tanah pertanian ini, tidak akan mendapat subsidi baja dan juga racun. Saya akui bahawa Jabatan Pertanian menyediakan kos yang lain iaitu infra, perparitan, stor dan sebagainya. Itu dibuat sekali gus. Sedangkan racun dan baja ini, ia hari-hari naik. Sampai sekarang harga tinggi khususnya racun. Saya difahamkan, penyelenggaraan untuk saliran ini, setahun sekali baru depa buat penyelenggaraan. Jadi, parit-parit itu, saliran-saliran itu juga, setahun sekali baru diselenggarakan, dicuci dan sebagainya, sedangkan pekebun ini akan berdepan dengan — kosnya ialah masalah subsidi baja dan racun. Jadi saya mohon kepada pihak kerajaan untuk melihat kembali khususnya kepada pekebun-pekebun ini, khususnya di tanah-tanah pertanian ini supaya mereka juga akan mendapat bantuan baja dan subsidi untuk mengatasi kos yang ditanggung oleh mereka.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ketiganya ialah ada dalam kawasan saya Yang Berhormat, mereka ini tanam pisang tetapi depa tanam pisang dalam kebun getah. Jabatan Pertanian tidak bagi subsidi baja dan racun kepada mereka kerana dia kata RISDA sudah bagi kepada tanah getah tadi. Jadi, RISDA bagi kepada tuan kebun. Mereka ini hanya pergi mengambil manfaat di waktu tanam semula getah, jadi mereka ambil kesempatan untuk tanam pisang. Memang pisang mereka sangat menjadi tetapi masalahnya, mereka tidak dapat apa-apa peruntukan daripada kerajaan. Jadi saya fikir harus dipertimbangkan untuk diubah syarat-syarat tersebut supaya mereka juga akan dapat memperoleh baja, racun dan sebagainya. Sangat luas. Saya ingat lebih daripada 300 hektar. Begitulah yang ada dalam kawasan saya, yang diusahakan oleh lima ataupun 60 orang penguasa tanaman pisang ini untuk pisang yang hendak dijadikan kerepek pisang ini. Jadi saya mohon daripada pihak kerajaan. Keempat ialah 75 peratus pengeluaran sayur di Semenanjung Malaysia adalah diusahakan di atas tanah kerajaan. Sama ada tanah macam tanah pertanian tadi ataupun tanah-tanah kerajaan yang dimohon oleh pekebun-pekebun dan termasuk juga ada yang ditanam di atas tanah-tanah rizab.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Apa yang jadi masalah sekarang ini ialah kita berdepan dengan masalah di negeri- negeri, di mana tanah tersebut hendak dimajukan oleh pemaju-pemaju, hendak diambil dan kerajaan negeri meluluskan kepada pemaju-pemaju. Ini apa yang berlaku di Daerah Kinta – salah satunya ialah Daerah Kinta dan Batang Padang, Perak. Sejumlah 12 kelompok petani sedang diusir. Jadi, saya hendak kerajaan melihat bahawa sepatutnya kerajaan harus melihat bahawa tanah-tanah kerajaan yang diusahakan untuk tanaman sayur ini mesti dikekalkan supaya tidak diubah untuk dijadikan kawasan-kawasan perumahan dan sebagainya. Ini untuk memastikan supaya kita nanti tidak lagi hendak bergantung kepada import sayur yang lebih banyak dari luar. Ini untuk memastikan supaya tanaman ataupun kawasan sayur dalam negara kita ini akan dapat menghasilkan produk yang baik dan juga akan dapat membekalkan tahap sara diri kita yang lebih baik pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Libaran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Libaran untuk membahaskan pindaan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965. Pindaan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 hari ini bertujuan memberi kuasa kepada agensi FAMA mendengar serta mengedar dan memasarkan komoditi ternakan dalam pasaran negara. FAMA juga ditubuhkan di bawah Akta 141 dan merupakan juga sebuah agensi pemasaran di bawah MAFI. Semenjak penubuhannya, ia bertanggungjawab dalam pemasaran, juga dalam agromakanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga- bungaan serta produk-produk industri makanan dan asas tani. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021- 2030), saya percaya bahawa sistem makanan secara berterusan memainkan peranan yang penting dalam masyarakat manusia supaya memastikan pemakanan harian dan psikologi serta kemandirian manusia dapat jua dipenuhi. Tuan Yang di-Pertua, dengan peralihan ekonomi dunia kepada landskap yang sentiasa dinamik lagi kompetitif, yang ketika ini juga mengalami tekanan pandemik global dan seterusnya mengganggu ekonomi negara dan punca pendapatan individu. Jadi, dalam keadaan seperti ini, sekuriti pemakanan juga merupakan tumpuan utama yang akan mempengaruhi pembangunan jangka panjang negara. Saya percaya bahawa

pindaan Akta 141 ini dapat mengukuhkan lagi tanggungjawab FAMA sebagai sebuah agensi pemasaran. Jadi, hal yang demikian adalah penting kerana pindaan ini akan membolehkan kepada FAMA bukan sahaja membuat pemasaran agromakanan malah termasuk pemasaran untuk komoditi makanan ternakan. Ini secara langsung membolehkan juga FAMA memainkan peranan untuk menstabilkan rantaian bekalan makanan komoditi ternakan. Ini bagi memastikan bekalan sentiasa berada dalam pasaran serta rantaian bekalan tidak terganggu. Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, memandangkan tanggungjawab yang dipikul oleh FAMA juga bertambah berat, pihak FAMA haruslah merangka pengaturan pemasaran yang terperinci supaya rakyat dapat menikmatinya serta strategi- strategi yang berkesan dengan pengeluaran kecil dan sederhana serta peladang, supaya matlamat disasarkan dapat dicapai juga sekuriti makanan negara terjamin. Saya amat mengharapkan supaya kerajaan pada hari ini akan dapat menstabilkan harga ayam dan sebagainya untuk kepentingan rakyat di seluruh negara. Juga harga- harga barang ini termasuklah juga ayam dan lain-lain ini supaya dapat diselaraskan harga Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Saya baru sahaja mendapat maklumat dari Sabah bahawa harga ayam pada hari ini di Sabah terlalu tinggi berbanding dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jadi, saya mengharapkan kepada kerajaan, kepada kementerian supaya perkara ini dapat diselaraskan atas keharmonian dan kepentingan rakyat keseluruhannya. Saya menyokong, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Dipersilakan Yang Berhormat Papar.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Papar untuk sama-sama berbahas dalam rang undang- undang ini. Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini secara tidak langsung mendedahkan kelompangan negara dalam pengurusan sekuriti makanan negara. Saya bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri bahawa pada masa ini tiada agensi khusus yang berfungsi dalam menjalankan aktiviti pemasaran ternakan. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, selama 59 tahun sejak Malaysia ditubuhkan, sektor penternakan ini telah diabaikan. Ini dibuktikan apabila kita melihat pada kadar tahap sara diri SSL tahun 2019, pengeluaran negara bagi keperluan daging lembu untuk kegunaan domestik hanyalah pada kadar 22.3 peratus, manakala daging kambing 11.8 peratus. Ini merupakan satu angka yang menyedihkan. Pun begitu, kerajaan telah mengambil langkah dengan memperkenalkan Dasar Agromakanan Negara 2.0 bagi mengatasi masalah ini. Namun, saya agak skeptikal apabila melihat kepada sasaran yang ditetapkan kerana jika kita lihat pada tahun 2030, kerajaan menyasarkan SSL bagi daging lembu adalah pada kadar 50 peratus dan daging kambing pula pada kadar 30 peratus. Ini kenaikan lebih dua kali ganda bagi tempoh 10 tahun. Untuk menilai sama ada sasaran tersebut boleh dicapai atau tidak, kita lihat semula Dasar Agromakanan Negara yang lepas iaitu yang dilaksanakan pada tahun 2011 hingga tahun 2020. Jika kita lihat dan kaji SSL daging lembu disasarkan pada 32.7 peratus namun hanya 21.7 peratus sahaja yang dicapai. Daging kambing pula disasarkan 30.9 peratus tetapi hanya 10.7 peratus sahaja yang dapat dicapai. Ini membuktikan bahawa perasaan skeptikal saya ada asasnya. Tuan Yang di-Pertua, justeru itu saya ingin melontarkan soalan ini. Mengapakah DAN 1 dianggap gagal? Nyatakan sebab-sebabnya. Dua, apakah indicator ataupun faktor yang diguna pakai dalam menetapkan sasaran bagi tahap sara diri SSL? Apakah strategi

dan langkah-langkah yang berlainan dengan DAN 1 berbanding dengan DAN 2 bagi memastikan setiap sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan, khususnya berkenaan dengan kadar taraf hidup diri SSL berjaya dan tidak gagal seperti DAN 1? Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai peranan FAMA yang akan diperkasakan melalui pindaan kepada RUU hari ini, peranan FAMA telah diperluaskan dan merangkumi pemasaran komoditi ternakan yang mana ia melibatkan proses pengedaran ke arah menstabilkan rantaian bekalan. Mengikut logiknya, apabila peranan dan fungsi telah diperluaskan, maka bebanan kerja FAMA akan semakin bertambah dan berkemungkinan penambahan kos kakitangan dan operasi akan berlaku.

Justeru soalan saya, adakah kakitangan semasa akan digunakan bagi menguruskan aktiviti pemasaran yang melibatkan komoditi ternakan? Jika ya, apakah kaedah yang akan diguna pakai? Jika tidak, berapakah anggaran perjawatan baharu yang bakal diwujudkan? Bagaimanakah kementerian dapat mengoptimumkan peranan dan fungsi Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membantu FAMA menjalankan fungsi dan tanggungjawab baharu yang bakal dilaksanakan oleh FAMA kelak? Tuan Yang di-Pertua, peranan FAMA dalam mengurangkan peranan orang tengah sememangnya dapat memberikan kelegaan kepada petani dan penternak selama ini yang ditindas oleh orang tengah yang mengambil produk mereka dengan harga yang murah. Selain daripada itu, objektif kerajaan untuk memerangi orang tengah juga adalah untuk memastikan rakyat dapat membeli produk pertanian dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Namun Tuan Yang di-Pertua, adakah kementerian sedar bahawa tidak semua pasar tani FAMA yang menjual produk pertanian menawarkan harga yang murah. Kadang-kadang banyak aduan yang diterima oleh rakyat yang menyatakan bahawa harga di pasar tani adalah lebih mahal berbanding di pasar raya mahupun di kedai runcit. Ini menyebabkan rakyat akan lebih memilih pasar raya untuk membeli produk keperluan harian. Sehubungan dengan itu, soalan saya, apakah kaedah pemantauan yang dilakukan oleh FAMA sendiri di pasar-pasar tani FAMA di seluruh negara? Apakah strategi kerajaan bagi menarik minat lebih ramai rakyat berbelanja di pasar tani FAMA? Adakah kerajaan akan mewujudkan jualan rakyat di setiap pasar tani FAMA khususnya bagi membantu golongan B40 dan M40 yang tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini termasuk harga barangan kegunaan harian? Tuan Yang di-Pertua, tidak dapat tidak, saya perlu menjawab dan wajib menyuarakan suara-suara petani dan penternak di kawasan parlimen saya iaitu Parlimen Papar. Mereka mengadukan kos operasi seperti harga baja dan harga racun yang semakin meningkat. Sekiranya ini berterusan, maka ramai daripada mereka iaitu petani dan penternak yang akan “gulung tikar”. Sehubungan dengan itu, soalan saya, adakah kerajaan akan mempertimbangkan permohonan para petani agar kerajaan memberikan subsidi atau bantuan baja dan racun dua kali setahun untuk meringankan bebanan mereka ekoran kenaikan harga keperluan pertanian ini? Apakah bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada petani di Daerah Papar bagi meningkatkan pengeluaran pertanian mereka? Sekarang ini penanaman padi di Papar sangat memerlukan jentera membajak dan jentera menuai. Ketiga, bantuan yang diberikan FAMA kepada petani di Daerah Papar untuk menaikkan kecekapan dan urus tadbir FAMA di Papar, saya mencadangkan agar kerajaan dapat menambahkan kakitangan FAMA di Papar untuk tujuan penambah baik. Kelima, saya juga ingin menyarankan kepada kerajaan supaya membantu penternak burung puyuh untuk menangani kekurangan bekalan ayam yang dialami sekarang. FAMA harus memberi ruang dan peluang pasaran kepada penternak burung puyuh ini jika ia dibuat secara besar-besaran. Terima kasih, saya menyokong RUU ini.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Salak.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut menyokong rang undang-undang yang dibentangkan ini kerana kita semua sedar dan menerima hakikat kekurangan bekalan daging dan pelbagai jenis ternakan yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini. Bagi saya, masalah ini bukan masalah kerana kita tidak ada perancangan untuk melakukan, meningkatkan pengeluaran daging ini. Sebelum FAMA, veterinar. Veterinar adalah jabatan yang bertanggungjawab berhubung dengan penternakan lembu, daging dan sebagainya. Mereka yang bertanggungjawab bukan sahaja daripada segi kesihatan tetapi juga daripada segi penternakan dan pemasaran. Why we failed? Kenapa sudah berapa lama pun kita masih gagal juga? Di sini saya ingat saya terpaksa terus-terang mengatakan bahawa kurangnya komitmen yang ditunjukkan oleh pihak pelaksana khususnya pegawai-pegawai di jabatan yang berkenaan, veterinar, FAMA. Komitmen itu. Melalui pengalaman saya semasa saya menjadi Timbalan Menteri di kementerian ini, komitmen itu is very lacking. Jadi, perancangan ada tetapi tidak disusuli dengan pelaksanaan sebagaimana yang sepatutnya. Modal ada. Kalau tidak silap saya, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ini mendapat allocation, budget about RM6 billion to RM8 billion a year. So, it’s a matter of how do you allocate the RM6 billion untuk sawah padi, untuk penternakan, untuk perikanan. We are not short of fund. We have a lot of money. Every year government gives billions of dollars. Akan tetapi pelaksanaan yang lemah menyebabkan pengeluaran daging ini tidak habis-habis menjadi masalah kepada negara dan rakyat kita. So, cadangan saya yang pertama ialah kepada Yang Berhormat Menteri, untuk melihat organisasi ini. FAMA kah, veterinar kah, lihat orang yang mengepalai dan juga orang-orang yang bersama-sama dengan kepala ketua itu. Jangan bersikap makan gaji. Buat kerja kena makan gaji. Tidak ada semangat perjuangan untuk membela penternak sama ada penternak kecil di kampung-kampung ataupun dengan penternak-penternak besar yang boleh mengeluarkan jumlah daging begitu banyak, mendatangkan pendapatan yang besar kepada negara kalau sekiranya dieksport ke luar negara produk itu. Kalau orang lain atau negara lain boleh eksport daging mereka kepada kita, kenapa kita tidak boleh eksport daging kita, penternak kita ke luar negeri? We can do it. It is just a matter of do we have the production or not. Masalahnya we don’t have. Kita tidak ada produk. Produk kita tidak cukup...

Dr. Azman bin IsmailPKR · PHKuala Kedah

Bagi sekejap boleh?

...besar jumlahnya dan ia tidak mencapai tahap kualiti yang boleh diterima oleh export market. This is the problem. I setuju dengan Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Rasah kata, we have to go out. Marketing not only domestically but the global marketing. But we? Kita tidak buat apa pun. Hasil-hasil pertanian orang kampung— sebenarnya saya malas hendak cakap dalam ruang lingkup yang besar sangat. Kita tumpu kepada daging sahaja akta ini. Kalau menyeluruh, hasil pertanian kita, orang-orang kampung banyak. Boleh dieksport, tetapi masalahnya do we have the volume? Bilangan ada atau cukup? Adakah kualiti yang dapat diterima oleh pembeli atau tidak. Ini kerja Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan jabatan-jabatan yang berkenaan. Saya tahu, saya sudah lima tahun dalam MOA. Sekarang sudah dipanggil MAFI. Apa MAFI? Dalam Bahasa Arab “mahfiz”. Habis, ‘fulus-mahfiz’. [Berucap dalam Bahasa Arab] Jadi, I don’t want to go through many things. Saya hendak cadangkan overhaul Jabatan Veterinar dan juga perkemaskan FAMA ini supaya dapat melaksanakan apa jua perancangan yang telah dibuat dan akan dibuat. Ini satu projek kecil FAMA di kampung saya, di kawasan saya, Pusat Pengumpulan Pertanian, pasar tani kekal. Lulus semasa saya. RM5 juta bajet telah diberi untuk membina pasar tani kekal. Sampai hari ini tidak siap. Apabila saya balik kampung baru-baru ini, saya tanya, “Eh! sudah hendak siap”. Sudah hendak siap? Sudah berapa tahun, tujuh atau lapan tahun yang lalu. What is this?

Money kita sudah bagi. Masa saya di sana dahulu sudah bagi RM5 juta, cukup. Akan tetapi, apakah sudah jadi? RM2 juta setengah sudah bagi ke lain. Inilah jadinya. Who was the Minister then? Ambil RM2 juta setengah ini hantar ke lain. Who was in charge? Janganlah cilok peruntukan kita itu bagi ke kawasan yang lain. Very irresponsible. Tidak bertanggungjawab sama sekali. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak bertanya kepada FAMA, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia khususnya. Daging yang diimport ini masih lagikah dikawal oleh kartel atau sindiket? Masa saya dahulu, kita telah berusaha bersungguh-sungguh membanteras kartel ini. Hanya beberapa big importers, tiga, empat buah kompeni sahaja yang control the import. Import bernilai about RM2 billion is controlled by two to three companies. Sudah ada bumiputera hendak import, tidak boleh, dikontrol oleh sindiket ini. Sindiket ini yang bekerjasama dengan exporters dari India, Australia. Berlaku begitu rupa kalau ada orang yang hendak masuk yang baharu, terutamanya bumiputera, mereka tidak bagi peluang langsung kerana dikontrol oleh pengimport, tiga, empat syarikat ini. Kalau tidak silap saya masa dahulu, we try to increase it, want to open. In fact, saya rasa masa saya di sana, saya berjaya menubuhkan satu buah pusat penyembelihan baharu di India, khusus untuk bumiputera. Sebab apa? Pusat penyembelihan yang lain- lain yang ada itu langsung tidak mahu beri peluang. Dapat saya tubuhkan. Saya call one of the exporters I said you set up one pusat penyembelihan, export your product to new importers. Bumiputera importers especially dan ditubuhkan. Akan tetapi selepas itu saya tidak tahu apa jadi, sama ada pusat penyembelihan itu menjadi balik seperti one of those yang dua, tiga yang memonopoli eksport dan import dari India. I do not know, maybe FAMA boleh jawab. Menteri boleh jawab apakah kedudukannya sekarang. Rakyat yang makan daging orang Melayu. Makan daging lembu orang Melayu. Orang India tidak makan daging lembu. Kita yang makan. Kita hendak import tidak boleh. They are not selling to us. Dia jual kepada orang yang tidak makan, but dia control the business. Apa sudah jadi ini? Pegawai kerajaan dan Menteri, Timbalan Menteri dan lain- lainnya itu, what do you do? Delivery kita. We are talking about delivery system. We are still lacking. The delivery system. Ini sebagai satu contoh. Kalau berterusan macam ini, I tell you next 10, 20 years also kita tidak akan berhasil untuk meningkatkan pengeluaran daging dalam negara kita ini. Believe me. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Dato' Ramli bin Dato' Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Dipersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan rang undang-undang FAMA. Secara amnya, saya menyokong kerana ia memperluaskan fungsi FAMA ke dalam sektor penternakan yang selama ini dipegang oleh Maju Ternak. Oleh kerana Maju Ternak telah dibubarkan dan dimasukkan ke FAMA, itu saya rasa tepatnya cadangan ini. Apabila saya mendengar orang membahaskan FAMA, selalunya memfokuskan kepada isu-isu pemasaran, ya. Sebagai orang tengah memasarkan daripada petani, penternak ke pasaran, ya. Akan tetapi, kalau kita lihat FAMA sebenarnya ia mempunyai fungsi dan kuasa yang lebih luas. Bukan sekadar pemasaran, tetapi juga kausa sebagai autoriti kerana FAMA ini adalah Federal Agricultural Marketing Authority. Maka, ia mempunyai kuasa yang luas dan juga enforcement power di mana saya nampaknya untuk negara kita meningkatkan agricultural standard kita ini, FAMA perlu melaksanakan tugas mereka sebagai autoriti yang baik, dengan lebih baik.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Contohnya, kita tahu bahawa kita ada grading, packaging, and labeling (GPL) di mana apabila consumer makan makanan, beli makanan di pasar atau di pasar tani atau di Giant Supermarket, labelling itu menjadi penting. Ini kerana selalunya kita beli, kita tidak tahu produk itu dari mana. Adakah ia selamat dimakan? Adalah ia gred A, B atau C? Adalah kita ditipu gred B, sebenarnya gred A? Sorry. Dia jual pada sana label gred A, sebenarnya ia gred B punya produk. Adakah consumer ditipu? Jadi, benda ini saya rasa untuk negara kita maju ke hadapan daripada segi sektor pertanian, perlulah lebih penguatkuasaan dan juga kesedaran yang lebih baik dan FAMA itu memikul tanggungjawab yang penting. Jadi, itu adalah daripada segi enforcement, ya. Kedua ialah isu tentang fungsi sebagai marketing, ya. Marketing ni saya nampak bahawa fungsi FAMA itu ada banyak teguranlah, ya. Saya rasa FAMA kena dengar dengan hati yang terbuka. Sebenarnya ada fungsi yang baik, ya. Sebenarnya ramai petani, the last resort dia jual kepada FAMA, selepas itu FAMA terpaksa jual kepada pasaran. Jadi, selalunya the buyers of the last resort, ya. Saya kesian kepada FAMA juga, ya. Pada masa harga baik, dia jual kepada peraih yang lain. Ini sebenarnya sebagai kerajaan, kita terpaksa tanggung fungsi tersebut sebagai the buyer of the last resort. Walau bagaimanapun, ia ada – fungsinya boleh diperkemas. Ada banyak yang overlapping of functions, ya. Saya hendak beri contoh, terlalu banyak perkhidmatan FAMA itu overlapping. Contohnya, Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), Agrobazaar K-Shoppe, Agrobazaar R&R, Agrobazaar Rakyat, semuanya sama sebenarnya. Ia tidak payah ada pelbagai jenama yang wujudkan terlalu banyak jawatan, jabatan, pegawai yang look at all these different jenama dan akhirnya ia menyebabkan pembaziran kerana masing-masing hendak jaga dia punya forte. Dia tidak mahu orang campur tangan dan peruntukan kerajaan terhad. Apabila kita bezakan kepada banyak jabatan, maka apabila ia sampai ke akar umbi, kepada negeri atau kawasan, peruntukannya tinggal RM10,000, RM20,000 untuk satu tahun dan yang kita jaga itu hanya satu atau dua orang pengusaha sahaja dan diberikan peruntukan RM2,000 untuk satu tahun. To me, does not make sense, ya. Jadi, saya rasa kalau kita lihat TESCO, dahulu ia ada Tesco Extra dan Tesco biasa. Dua sahaja. Kenapakah Agrobazaar perlu banyak sangat? Contohnya satu lagi adalah KopieSatu dan MyKopie, sama juga. Satu lagi pasar tani My Best Buy dan Myfarm Outlet. Saya nampak kalau boleh kita hanya satukan sebagai pasar tani, cukuplah. Tidak payah banyak sangat jabatan atau jenama. Satu lagi adalah tentang AgroBazaar Online. AgroBazaar Online ini kita tahu bahawa walaupun negara itu memaju kepada online, tetapi kalau kita hendak bersaing dengan contohnya Shopee, Lazada dan sebagainya, susah. Mereka spending berbilion ringgit dan untuk MAFI, kita hanya memperuntukkan RM2 juta untuk satu program ini. How do we compete with them? Tadi saya check AgroBazaar Online itu, ia punya seller not active a year ago. Maksudnya, kebanyakannya tidak ada jualan for the past one year. Dia tidak ada aktiviti penjualan. Jadi, I think we need to rethink about the strategy daripada segi online ini. Akhir sekali, saya ingin komen sedikit tentang FAMA. FAMA ini adalah orang tengah yang baik. Selalunya kerajaan mempunyai attitude. Saya rasa tadi Yang Berhormat Pasir Salak pun ada attitude yang saya rasa combative terhadap orang tengah, ya. FAMA ini orang tengah yang baik. Ia cuba untuk membantu petani. Kita tahu bahawa masyarakat ini petani dia hanya fokus kepada pertanian, dia tidak boleh jadi orang tengah. Orang tengah fungsinya adalah jual. Beli daripada petani dan jual kepada pasaran. Maka, masyarakat Malaysia ini adalah trading nation. Daripada dahululah sampai Kesultanan Melaka juga, ia sudah as a trading nation. Maksudnya, trader ini dia orang tengah. Kalau kita, kerajaan mempunyai satu sikap yang combative. Yang Berhormat Menteri KPDNHEP di sini kalau terlalu combative, ia macam traders ini, ia macam semuanya orang jahat. Jihad, perangi orang jihad. Jihad perang orang tengah. Dahulu ada satu orang Menteri yang buat macam ini, sekarang jadi Yang Berhormat Perdana Menteri. Dia ada program 'Jihad Memerangi Orang Tengah'.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Saya tahu ada orang tengah yang jahat. Saya tahu. Ini sudah lama, dalam history, dalam sejarah. Dari Melaka sampai sekarang pun ada orang yang jahat dan ada kartel- kartel. Betul. Saya tahu, kerajaan ada kuasa. Kerajaan ada kuasa antipencatutan. Use your power. Jangan kita label-label sampai traders ini semuanya macam orang jahat. Ada banyak traders, orang tengah yang baik. Jalankan tugas, mereka cari nafkah. Mereka permudahkan pertanian sampai kepada pengguna. Kalau kita betul-betul hendak perangi kartel, buatlah menggunakan kuasa. Jangan kita ada banyak label perangi ini, perangi itu sehinggakan masyarakat ini macam benci satu sama lain. Ia memecahbelahkan masyarakat. Saya rasa, haraplah ada satu – bukan saya defend kartel, tidak. Saya rasa enforcement itu tidak betul buat kerja. Enforcement goes into it and dakwa mereka ke mahkamah. Itu sikapnya. Jadi, akhir sekali saya harap bahawa FAMA Ini ia lebih berkesan lagi untuk membantu petani kita memasarkan barangan ke pasar kepada pengguna, ya. Terutamanya saya nampak My Best Buy ini kena perluaskan ke merata tempat, kawasan. Work together dengan ADUN kawasan atau Ahli Parlimen kawasan supaya mereka tahu boleh bawa ke tempat yang betul-betul memerlukan. Mereka tahu tempat ini ada ramai B40, maka boleh bawalah My Best Buy atau pasar tani ke tempat itu untuk dibuka. Jadi, work together dengan wakil rakyat di sini. Tidak kiralah di sana atau di sini, sama-sama membantu rakyat kita mengatasi masalah inflasi yang semakin tinggi. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Masa telah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Sebelum kita berhenti rehat, saya tadi ada bertanya dengan Setiausaha Dewan. Dengan izin, the official RUU is in the English copy. Akan tetapi, kalau kita lihat di English copy pun ini, ejaan pun tidak betul. Saya tidak pernah lagi lihat ejaan – ‘rabbits”’ ataupun ini nama binatang baharu ke? Mohon pihak MAFI ambil maklum. Mungkin dalam masa perbahasan jawatankuasa nanti benda ini akan timbul. Peguam Negara pun sebelum benda ini keluar daripada cetakan nasional itu, pohonlah semak betul-betul. The quality it seems makin teruk. Okey, memandangkan masa telah cukup pukul 1 tengah hari, kita akan sambung balik pada pukul 2.30 petang. Silakan.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum. Salam sejahtera, selamat tengah hari semua. Kita sambung perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 dengan saya menjemput Yang Berhormat Kinabatangan. Silakan.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya berterima kasihlah kepada kerajaan sebab walaupun terlambat, akhirnya ada pindaan dalam undang-undang pemasaran negara ini daripada memasarkan buah- buahan, sayur-sayuran dan lain-lain dan kenalah pula daging dan sebagainya. Ini penting Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya hairan kerajaan ini betul-betul serius kah, hendakkan FAMA ini diperkasakan. Sedangkan selama ini bajet untuk FAMA pun orang kata bernafas pun susah. Jadi, kerajaan kalau betul-betul... [Disampuk] Betul-betul mahu memperkasakan pemasaran barang-barang makan dalam negara ini, FAMA ini perlu diberikan peruntukan yang banyak.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Saya mahu tanya juga kerajaan, apabila kita tambah untuk memasarkan daging dan sebagainya, adakah lagi tambahan pegawai-pegawai pemasaran yang boleh memasarkan bukan sahaja dalam negara kita tetapi terus ke luar negara? Saya juga ingin meminta FAMA supaya melakukan downstream activity ataupun aktiviti aliran untuk membantu entrepreneur kita di bawah sebab ada suatu ketika, buah-buahan kita, makanan kita berlambak-lambak di dalam negara ini. Harga pun turun tetapi kalau di negara Philippines, di Thailand, benda-benda ini dia proses.

Fasal Menteri sama Timbalan Menteri tidak turun padang. Dia tidak faham rakyatnya dalam kesusahan. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

[Ketawa] Jadi inilah, saya harap Timbalan Menteri, perkasakanlah FAMA ini. Inilah satu-satunya agensi yang memasarkan makanan dalam negara kita. Akan tetapi, jika peruntukan pun kurang— Sabah cakap mahu diguna untuk terbang pun susah, ndak payahlah, bagus tutuplah.

Memang. Saya setuju untuk tutup. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Ya. Di kementerian ini, perlu mempertingkatkan peruntukannya. Kita hendak memperkasa sesuatu agensi, kena cukup dengan bajet yang disediakan. Oleh sebab itulah, orang ramai mengeluh dengan FAMA ini, lebih-lebih lagi di Sabah. Nama sahaja ada FAMA tetapi susah berfungsi. Saya tanya kenapa. Dia kata, “Peruntukan Yang Berhormat, tidak cukup. Peruntukan tidak cukup”. Jadi, kalau macam inilah, kita macam bagai melepaskan batuk di tangga, ubah akta undang-undang tetapi kita tidak pertingkatkan bajetnya, ini satu perkara bagi saya Tuan Yang di-Pertua, perkara yang mustahil untuk kita laksanakan. Hari ini di negara kita ini, kita import daging dari India. Ini bukan lembu betul-betul, ini kerbau. Dari India ini, telah difrozen, dibekukan berbulan-bulan, mungkin bertahun baru sampai ke negara kita.

Timbalan Menteri tidak faham. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Jadi, kenapa kita tidak— FAMA sendiri mengusahakan supaya lembu-lembu yang fresh disembelih, dipotong di slaughterhouse kita dan diedarkan kepada market, kepada pasaran. Ini kita makan daging tidak tahu halal ataupun tidak. Dari Australia, dari India dan Yang Berhormat Pasir Salak kata tadi, daging ini pun ada kartel. Harga pun berbeza-beza dan kita dijamah dengan daging yang tidak fresh lah dibuat. Dibuat makanan pun tidak lagi sedap Tuan Yang di- Pertua. Sebab itu saya kata kita kena serius.

Timbalan Menteri kena faham. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Kita kena serius untuk memastikan bahawa FAMA ini dapat berfungsi dengan baik dan sediakan peruntukan yang berpatutan sebab kita berhadapan dengan krisis makanan. Jadi, saya juga ingin bertanyakan kepada kementerian, siapa agensi yang lead untuk food security ini ataupun keselamatan makanan ini?

[Tidak jelas] .. halal. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Sebab tidak ada langsung— kita bercakap soal food security, soal makanan halal tetapi negara Malaysia mungkin tidak sampai dua peratus menguasai pasaran dunia. Kita dapat maklumat bahawa halal food keperluan dunia, yes ketika ini, melebihi tiga trilion satu tahun. Akan tetapi, berapa Malaysia boleh manfaat? Yang saya tahu yang boleh memanfaatkan halal food ini— Korea, Jepun, Singapura, Thailand, itu sahaja. Negara kita, nama sahaja negara Islam tetapi ternyata kita gagal untuk mempelopori tentang food security.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · BNKinabatangan

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dan saya minta kementerian untuk menambah peruntukan yang banyak dan FAMA boleh berfungsi dengan sebaik mungkin. Terima kasih.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Bendera, silakan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut juga ingin menyertai perbahasan pindaan terhadap Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 iaitu dengan singkatannya, FAMA. Dengan pindaan Jadual Ketiga yang baharu memansuhkan enam jenis ternakan dalam ruang lingkup FAMA. Sebelum ini, FAMA tidak menyertai— bukan dalam pemasaran untuk ternakan- ternakan dan saya dapati bahawa mukadimah ataupun preamble untuk Akta FAMA ini, bukan sahaja importing and exporting of every agricultural produce, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bukan sahaja import, eksport dan juga provide credit facilities of such marketing. Memberikan fasiliti kredit kepada petani-petani. Kalau dibaca dengan preamble sebenarnya marketing arm untuk kementerian dan saya ingin bertanyakan positioning terbaru berkenaan dengan FAMA dalam industri ternakan. Ini kerana kita tahu juga industri ternakan pihak swasta juga memainkan peranan yang penting dengan satu agensi kerajaan memasuki industri ternakan dengan pemasarannya. Bagaimanakah positioning dalam erti kata yang baharu kerana ada persaingan juga dengan pihak swasta? Kita dapati bahawa dasar-dasar kerajaan berkenaan dengan sekuriti makanan perlu ada affordability, perlu ada availability dan juga perlu ada accessibility, ketiga-tiga ini.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Akan tetapi, saya memerhatikan dasar kerajaan yang dijalankan dalam setahun ini apabila terdapat krisis sekuriti makanan, bahan makanan naik melambung dan juga bahan makanan tertentu menjadi kurang, kita melaksanakan polisi dasar perlindungan makanan atau food protectionism, kita mengadakan dasar subsidi. Kita target self- sufficiency level (SSL) tetapi dasar food protectionism kita bertentangan dengan open trade. Kita terlalu memberikan tumpuan kita kepada industri beras dengan bajet pertanian mementingkan ke atas beras dan aktiviti berkaitan dengan beras. Dengan erti kata yang baru, dengan food security yang baru, kita perlu diversify supaya bukan sahaja beras tetapi juga bahan pertanian lain, makanan lain dan ternakan lain juga diberikan perhatian yang serius. Dasar kita menjalankan kawalan eksport ke negara-negara lain seperti Singapura, we are paying a high price. Ini kerana kalau penternak-penternak ayam boleh mengeksport ke Singapura, membolehkan mereka mendapat keuntungan supaya melabur balik untuk membina fasiliti penternakan ayam yang lebih baik. Kekurangan ini juga pada masa yang sama, negara Singapura telah mencari pengganti yang baru. Oleh itu, saya ingin menanyakan, what is our exit plan untuk kawalan eksport ini? Kita perlu satu exit plan yang bagus. Kalau tidak, dasar target tahap sara diri (SSL) dalam buku Dasar Agromakanan tidak akan dicapai. Dalam buku Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, menetapkan industri ayam itik kita 140 peratus. Sebenarnya tidak cukup. Melebihi 100 peratus. Sebanyak 140 peratus telur, 123 peratus— tetapi kita menghadapi masalah harga pula. Oleh itu, saya minta supaya dalam FAMA memasuki industri ternakan ini, bagaimana dengan bahan makanan gantian untuk subsektor ternakan? Kalau sebelum ini bahan makanan untuk ternakan barangkali ada kena import, apakah pelan bahan makanan gantian kita?

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Kita kena lihat juga kepada model ekonomi, bukan sahaja dengan dasar subsidi dan sebagainya. Saya mencadangkan beberapa cadangan yang sebelum ini FAMA kurang jalankan. Bagaimanakah dengan dasar stockpile makanan kita? Bukan stockpile makanan tentang beras sahaja. Bagaimana stockpile tentang daging ternakan? Kalau harga pasaran tinggi, maka kita boleh keluarkan stockpile tersebut untuk merendahkan, menstabilkan harga makanan. Apakah strategi tambahan untuk stockpile kita daripada segi FAMA dan juga MAFI? Begitu juga dengan idea-idea tadi tentang ladang kontrak dalam negeri dan sebagainya. Saya melihat Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang telah didrafkan, berbagai-bagai sasaran dan sebagainya. Akan tetapi, apa yang paling penting ialah pelaksanaannya, dengan kawal selia, dengan pelbagai agensi, pasaran, dengan eksport, import dan sebagainya. Ia mempunyai satu ekosistem yang jauh lebih besar daripada Dasar Agromakanan Negara kita. Oleh itu, saya minta supaya FAMA ini diberikan satu positioning, satu kedudukan yang jelas supaya apabila kita memasuki industri ternakan, kita boleh membantu dan bukannya FAMA bersaing dengan industri private sector dan melaksanakan dasar-dasar perlindungan makanan, kerana ini akan menyebabkan pihak sektor swasta hilang competitive advantage kerana campur tangan FAMA, campur tangan sektor awam dalam sebuah industri ekonomi yang memang boleh mendatangkan keuntungan yang besar. Oleh itu, saya meminta Timbalan Menteri atau Menteri apabila menggulung nanti memberikan satu sasaran ataupun satu gambaran yang jelas tentang FAMA ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Dungun, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 pada kali ini. Tuan Yang di-Pertua, tujuan utama pindaan ini adalah untuk meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141]. FAMA merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk-produk industri asas tani. Saya ingin untuk melihat kepada kepentingan selaku agensi kerajaan, FAMA mempunyai kemampuan dari segi pentadbiran dan kewangan secukupnya bagi membantu pemasaran hasil pertanian. Soalan saya, adakah kementerian merancang untuk menganjurkan pasar jualan setiap hari di semua daerah di seluruh negara bagi mengelakkan berlakunya lambakan hasil pertanian yang tidak terjual oleh para penjual dan petani? Seterusnya, kita mengimbau kembali pada tahun 2017, FAMA telah merancang untuk mewujudkan sehingga 1,000 tapak pasar tani di seluruh negara menjelang tahun 2020. Soalan saya, adakah rancangan ini telah mencapai sasarannya? Saya berpendapat FAMA boleh membeli sebanyak mungkin sayur, ayam, daging dan ikan dari ladang dan jeti dan jual kepada pengguna dan kemudiannya dijual di pasar-pasar di seluruh daerah ini bagi membantu penjualan hasil pertanian. Seterusnya dalam peringkat dasar ini, saya juga ingin untuk mengetahui, bagaimana kementerian memperkasakan peranan FAMA pada waktu ini dalam memastikan bekalan makanan dalam negara mencukupi? Pada waktu ini, negara kita masih lagi ketiadaan agensi khusus yang bertanggungjawab untuk jaminan bekalan makanan ketika beberapa buah negara lain telah menubuhkan agensi yang sama bagi menangani isu tersebut termasuk Singapura yang mempunyai agensi makanan Singapore Food Agency (SFA) sejak 1 April 2019.

Saya mencadangkan FAMA bertindak sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab terhadap akses jaminan bekalan dan simpanan makanan dalam negara termasuklah kepada bekalan daging dan yang penting ialah kerana memenuhi objektif FAMA. FAMA mempunyai empat objektif. Salah satunya ialah membangunkan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan. Agensi ini boleh membina kerjasama dengan pemain-pemain industri yang melibatkan industri pertanian ini bagi mempelbagaikan sumber makanan import dan tempatan serta memastikan kelangsungan rantaian bekalan keselamatan makanan. Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, kita berada dalam industri revolusi 4.0. Dalam sembilan teras utama yang berasaskan kepada digital, salah satunya ialah internet of things (IoT). Adakah para petani dan pekebun di seluruh negara diberikan kesedaran sepenuhnya tentang peranan IR 4.0 dalam membantu mereka? Mohon penjelasan daripada kementerian. Kedua, sejauh manakah latihan dan sokongan digital IR 4.0 yang telah diberi oleh FAMA untuk memberi kesan positif kepada pemasaran hasil pertanian petani dan pekebun sehingga kini?

Keempat, jika dapat untuk kita lihat kepada kepentingan yang melibatkan Bank Pertanian diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 kerana salah satu daripada penerangan yang diberi oleh Timbalan Menteri MAFI ialah berkaitan dengan kredit. Jadi, saya pohon untuk dilihat bahawa kepentingan Agrobank atas nama komersialnya yang dulu ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, Bank Pertanian Malaysia Berhad. Kemudian, kawalannya di bawah Menteri Kewangan tetapi pelaksanaan kepada dasar-dasar dan strategi semuanya diletakkan di bawah keputusan MAFI. Jadi, saya pohon kalau boleh dilihat kepada kepentingan untuk kemajuan industri pertanian dan sektor pertanian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Tangga Batu.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Tangga Batu bangun bagi membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022. Pindaan kali ini memberikan lebih kuasa kepada FAMA untuk mengedar dan memasarkan komoditi ternakan dalam pasaran negara. Pindaan ini hadir tepat pada masanya. Tangga Batu berpandangan perluasan kuasa kepada FAMA adalah tindakan yang tepat yang dilakukan daripada mencadangkan pelbagai agensi dalam menguruskan bekalan makanan negara. Kita pasti ingat, ada dalam kalangan Ahli Parlimen mencadangkan penubuhan Lembaga Unggas dan macam- macam lagi lembaga untuk mengawal haiwan di Malaysia, padahal pandangan ini hanya membazirkan wang negara untuk memberi habuan kepada jawatan politik. Saya merujuk kepada langkah kerajaan ketika negara kita berhadapan dengan krisis kenaikan harga makanan ayam. Lebih daripada dua kementerian terpaksa diarahkan dalam menangani isu kenaikan dan kekurangan bekalan ayam di pasaran. Isu besar yang dihadapi kita adalah isu penyelarasan antara rentas agensi dalam mengambil tindakan drastik dalam menangani kenaikan harga bekalan makanan mentah dalam negara ini. Tangga Batu mohon mencadangkan agar kerajaan menyemak dan melakukan penstrukturan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan bekalan makanan negara. Kita ada BERNAS, FAMA, MARDI, LKIM, Lembaga Nanas, LPP, NAFAS dan pelbagai agensi yang berkaitan antara satu sama lain. Di samping memperluaskan bidang kuasa dan peranan FAMA, harus ada rentas agensi dan rentas kementerian bagi menyelia keselamatan makanan negara. Kita ambil contoh di Amerika Syarikat. Wujud National

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Commission on Supplies and Shortages yang dikanunkan untuk melaporkan kepada Presiden dan Kongres berkaitan dengan kekurangan bekalan makanan serta mengemukakan cadangan bagi mengatasi permasalahan berkaitan keselamatan makanan. Justeru, dalam menangani permasalahan ini, kita wajar sambut baik usaha kerajaan Pakatan Harapan dalam menyelaraskan isu-isu berkaitan dengan harga barang dan kos sara hidup melalui penubuhan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara. Ini adalah ikhtiar bagi memastikan wujud koordinasi dan penyelarasan bagi menangani isu kebajikan rakyat serta mengawal harga barangan. Tangga Batu ingin merakamkan kredit kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang semasa menjadi Menteri Pertanian yang menubuhkan pasar tani, mengurangkan pengaruh orang tengah. Profesor Madya. Dr. Shri Dewi a/p Applanaidu daripada UUM mengatakan, Malaysia adalah pengguna daging ayam tertinggi di dunia dengan penggunaan perkapita tahunan, 46.8 kilogram dan dijangka mencapai 50 kilogram menjelang 2025. Banyak betul yang makan ayam, ya. Jadi, hari itu apa yang terjadi dalam industri ayam kita? Contoh, saya rasa macam terpanggil, pelajar umur 11 tahun yang bernama Maryam itu boleh memenangi anugerah di peringkat antarabangsa mencipta makanan ayam daripada kulit siput. Bagaimana kita di kementerian tidak boleh mencipta? Mungkin ada usaha, tetapi belum lagi dapat mencapai supaya makanan ayam kita dihasilkan di dalam negeri dan akan mengurangkan kos ini. Jadi, saya ada melakukan sesi rundingan dengan mereka yang mempunyai pengetahuan dalam bidang ini. Dinyatakan bahawa faktor kekurangan pengeluaran ayam domestik adalah kebergantungan kepada benih baka ayam dari luar negara. Baka ayam tempatan hanya boleh diperolehi daripada baka MARDI. Dibandingkan dengan negara Thailand dan Indonesia, faktor pengeluaran ayam yang lebih tinggi adalah komponen negara-negara ini menyediakan baka dan benih ayam yang pelbagai. Dikatakan di Indonesia mempunyai 30 baka ayam. Kita hanya ada satu sahaja. Justeru, Tangga Batu mohon penjelasan MAFI, adakah wujud kajian daripada agensi seperti MARDI dalam mempelbagaikan baka ayam domestik. Tempoh hari, harga ayam naik kerana makanan ayam mahal. Sekarang, timbul pula isu ayam gemuk. Bagaimana pula bila makanan ayam mahal, logiknya ayam tak dapat diberi makan banyak tetapi menjadi overweight dan obese pula, dengan izin. Adakah teknik pemasaran kita berada di landasan yang betul? Cerita minyak masak lagi menghairankan. Bagaimana harga minyak lebih tinggi daripada sesetengah negara yang tidak mengeluarkan kelapa sawit, padahal kita adalah pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia? Saya akhiri dengan ungkapan berhati-hati dengan perkataan, ia menggambarkan fikiran. Tangga Batu ingin mengaitkan dengan saranan pegawai yang mengatakan jika harga telur mahal, kurangkan makan telur. Ini amat sensitif kepada rata-rata rakyat B40. Telur adalah makanan utama mereka. Inilah sumber protein yang mampu mereka beli. Hari ini telur sambal. Esok, telur kicap. Lusa, telur masak lemak belimbing. Biarlah kita realistik dalam mengeluarkan pendapat, apatah lagi sebagai penjawat awam. Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Tangga Batu menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Jerai, silakan.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Saya ada satu point of order, nak raise.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya nak rujuk kepada Standing Orders 36(12) tentang mengelirukan Dewan. Saya ingin merujuk kepada keputusan Timbalan Yang di- Pertua, juga Ahli Parlimen Batu Pahat pada 26 Julai, yang mana beliau merujuk kepada Ahli Parlimen Pasir Salak.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Masa itu, beliau menyatakan bahawa, “saya tidak sebut berapa hari tetapi oleh sebab kita merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 44(2), maka ruling saya ialah Yang Berhormat Pasir Salak automatik dapat dua hari termasuk hari kejadian”. Maksudnya, beliau merujuk kepada apa yang berlaku pada 20 Julai, Rabu minggu pertama kami mempunyai sidang Parlimen. Okey. Kalau merujuk kepada kenyataan beliau, sepatutnya Yang Berhormat Pasir Salak diarah keluar dari Dewan Rakyat untuk dua hari termasuk hari kejadian. Akan tetapi, saya rujuk kepada Hansard 20 Julai. Ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat Pasir Salak, selepas kejadian itu, masih masuk dalam Dewan Rakyat. Hansard ini rekod kenyataan beliau pada muka surat 149, 150, 151, 152, 153, sampailah akhirnya agenda terakhir pada hari itu adalah undian terhadap usul SOSMA. Yang Berhormat Pasir Salak juga direkodkan dalam Hansard, ahli ke-90 yang menyokong usul tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Berapa hari bulan itu?

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

20 Julai, iaitu hari Rabu minggu pertama kita mempunyai sidang Parlimen. The day of incident. Hari yang kita kata bahawa Yang Berhormat Pasir Salak menggunakan bahasa lucah dalam Parlimen ini. Mengikut ruling yang dibuat oleh Timbalan Yang di Pertua, sepatutnya beliau tak boleh masuk Dewan pada hari Rabu, 20 hari bulan lagi. Akan tetapi Hansard rekod selepas insiden itu, pada sesi petang, Yang Berhormat Pasir Salak masuk balik dalam Dewan Rakyat dan mengambil bahagian dalam pengundian terhadap usul dari KDN tentang SOSMA. Jadi, saya nak nyatakan di sini bahawa Timbalan Speaker telah mengelirukan Dewan dan saya nak minta satu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua. Apa tindakan yang akan diambil terhadap Timbalan Yang di Pertua yang telah mengelirukan Dewan, walaupun beliau cakap bahawa 20 hari bulan, hari kejadian dan hari keesokannya, Yang Berhormat Pasir Salak telah dihalau keluar, tak boleh masuk Dewan? Hansard masih rekod, Yang Berhormat Pasir Salak masuk dalam Dewan. Yang Berhormat Pasir Salak tak mengambil bahagian dalam perbahasan tetapi kenyataannya, semua rekod di sini dan beliau juga mengambil bahagian dalam pengundian usul daripada KDN. How can it happen? Kalau cakap bahawa hukuman terhadap Yang Berhormat Pasir Salak untuk menggunakan bahasa lucah adalah dua hari tak boleh masuk Dewan Rakyat. Akan tetapi, kenapa hari Rabu, beliau masih diizinkan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dan juga undi terhadap usul daripada KDN.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Saya kena rujuk dulu kepada Hansard dan apa arahan Timbalan Yang di-Pertua itu yang sebenarnya.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Saya ada sesalinan Hansard tersebut. [Sambil menunjukkan sesalinan Hansard] 26 Julai...

Tuan Yang di-Pertua

Tidak mengapa.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Di mana Timbalan Yang di-Pertua nyatakan...

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah Yang Berhormat bagi...

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

...Bahawa Yang Berhormat Pasir Salak dihalau dua hari.

Tuan Yang di-Pertua

Alright, okey.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Selepas itu adalah Hansard pada 20 Julai di mana kenyataan Yang Berhormat Pasir Salak masih direkodkan dalam Hansard dan juga nama dia tercatat sebagai ke-90 Ahli Parlimen yang menyokong usul KDN terhadap SOSMA tersebut.

Tuan Yang di-Pertua

Biar saya baca betul-betul. Terima kasih.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Boleh saya minta satu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, selepas Tuan Yang di-Pertua membuat siasatan? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Jerai, silakan.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai sesi perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 pada hari ini. Semua sedia maklum bahawa tidak ada agensi atau jabatan khas yang menjalankan aktiviti pemasaran ternakan di negara kita sehingga wujudnya banyak kartel mengawal penawaran di pasaran dan secara langsung mengawal harga pasaran. Dengan pindaan RUU ini, FAMA dilihat akan mengambil peranan untuk mengedarkan komoditi ternakan serta menstabilkan rantaian bekalan bagi komoditi berkenaan. Usaha ini bertujuan bagi memastikan bekalan ternakan sentiasa ada serta rangkaian bekalan yang tidak terganggu kerana semuanya bernaung di bawah FAMA. Selain itu juga dengan tindakan ini, dilihat bakal membantu golongan penternak terutama penternak kecil-kecilan yang selama ini terganggu ekoran harga pasaran komoditi ternakan yang tidak stabil. Jika FAMA diberi peranan ini ia boleh membantu penternak kecil dengan memantau gerak kerja dan membantu daripada segi pasaran. Kita sangat berharap dengan tindakan ini, masalah terputus bekalan tidak lagi akan berlaku terutamanya setiap kali pada musim perayaan. Tindakan agresif perlu dijalankan oleh agensi yang bakal bertanggungjawab seperti FAMA bagi memastikan rakyat tidak lagi perlu berdepan dengan masalah yang sama saban tahun. Selain daripada bekalan ternakan terputus, kita juga mengharapkan FAMA ke depan nanti dapat memastikan tiada permainan harga apabila tiba musim perayaan. Kita sudah seperti dapat menjangka apabila musim perayaan, harga lembu dan ayam terutamanya akan meningkat berkali-kali ganda. Jadi, kita sangat berharap dengan campur tangan FAMA dalam hal ini, perkara ini tidak lagi akan berlaku. Tuan Yang di-Pertua, penglibatan FAMA juga dilihat mampu mengukuhkan kerjasama strategik bersama industri mahupun secara langsung melalui pembelian di peringkat ladang. Adalah disasarkan dengan pindaan ini akan dapat memacu pembangunan sektor ternakan bagi menjamin keselamatan makanan negara. Ini secara tidak langsung turut meningkatkan sumbangan sektor agromakanan kepada KDNK negara melalui pemerkasaan penternak kecil dan semi komersial. Saya juga merasakan sudah tiba masanya untuk FAMA menjadi satu badan bebas yang bergerak sendiri dengan sedikit pegangan kerajaan supaya matlamat asal penubuhan tercapai. Hal ini bagi membolehkan FAMA mengurus selia sendiri kewangan mereka tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan sepenuhnya. Saya ingin membawa sidang Dewan dengan melihat satu isu dalam kalangan petani kita. Sebagai contoh, tanaman halia madu dan beberapa tanaman sayuran lain. Semasa proses menanam harga jualan agak mahal dan ini memberi semangat kepada petani untuk meneruskan tanaman ini tetapi bila tiba musim menuai harga jatuh menjunam daripada harga asal. Para petani tidak mempunyai pilihan selain menjual juga kepada FAMA. Semasa inilah timbul pemborong besar yang menawarkan harga yang sedikit lebih tinggi kepada mereka dan petani terpaksa juga menjualnya daripada rugi besar. Secara tidak langsung, FAMA kehilangan sumber untuk dipasarkan kepada pemborong besar seperti pasar raya dan menyebabkan kerugian yang tinggi kepada FAMA. Ketidakstabilan harga pasaran membuatkan petani perlu menanggung kerugian yang tinggi. Sewajarnya petani diberi jaminan agar hasil tanaman mereka akan mendapat tempat di pasaran. Saya sangat berharap pihak FAMA dapat membantu para penternak dan petani di negara kita agar mereka ini mampu untuk pergi lebih jauh.

Tuan Sabri bin AzitPAS · PNJerai

Terakhir, kita mohon supaya dalam tempoh sekarang ini peruntukan tambahan kepada FAMA supaya dapat melaksanakan semua program yang telah dirancang dan memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya petani dan penternak. Dengan pertambahan peruntukan kepada FAMA juga, banyak infrastruktur yang boleh dibina dengan lebih banyak dan dimanfaatkan oleh semua pihak. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Kinabatangan dalam hal ini agar fungsi FAMA di persada masyarakat negara ini akan menjadi payung yang hebat kepada usahawan tani, sekali gus aktiviti pemasaran di negara ini menembusi pasaran dunia yang meningkatkan kewangan negara. Dengan ini saya menyokong penuh RUU Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Akhir sekali Yang Berhormat Wangsa Maju.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, objektif utama FAMA ialah untuk membantu petani memasarkan produk pertanian seperti sayur- sayuran dan buah-buahan dengan mewujudkan saluran pemasaran baharu dan memastikan bekalan sayur dan buah-buahan mencukupi di pasaran dan juga memastikan kestabilan harga dengan membeli secara terus daripada petani apabila terdapat lebihan atau glut produk pertanian tertentu. Rang undang-undang ini sekarang bertujuan meluaskan skop fungsinya dengan memasukkan haiwan ke dalam jadual produk pertaniannya. Ia amat dialu-alukan dan tepat pada masanya. Lihat pada masalah ayam yang kita hadapi sejak bulan April lalu. Ia bermula dengan kekurangan bekalan ayam. Masa itu banyak gerai ayam terpaksa tutup kerana tiada ayam dan pelanggan dihadkan membeli satu ekor ayam sahaja tetapi tiba- tiba terdapat lebihan bekalan ayam sekarang. Harga jualan penternakan ayam jatuh begitu rendah sehingga penternakan ayam kecil tidak dapat bertahan. Bermula daripada kekurangan bekalan ayam yang teruk sehinggalah kelimpahan sekarang. Semua ini berlaku dalam masa empat bulan sahaja. Bagaimana ia boleh berlaku? Adakah masalah ini disebabkan manipulasi oleh beberapa pemain besar di pasaran atau adakah ia salah urus situasi oleh kerajaan? Kita perlu mencari sebab-sebab yang sebenarnya supaya pengguna kurang kemampuan dan penternakan kecil tidak lagi mengalami situasi yang sama pada masa hadapan. Sementara ini, saya percaya situasi ini dapat dikawal FAMA melalui pembelian lebihan stok. Walau bagaimanapun, saya ingin menekankan bahawa FAMA dalam situasi biasa harus kekal sebagai agensi pemantau dan fasilitator dan bukan untuk bertindak sebagai pesaing kepada perusahaan swasta. Walaupun kita mengalu-alukan FAMA meluaskan skop dengan memasukkan ternakan, kita juga ingin melihat beberapa perubahan dalam mode of operation dan strateginya. Kami memahami komitmen kerajaan untuk membantu pekebun kecil bumiputera tetapi apabila sekuriti makanan dalam negara telah menjadi kebimbangan kita, maka kita haruslah memberi tumpuan kepada meningkatkan pengeluaran makanan dan ini memerlukan penglibatan semua pihak yang berkepentingan dalam industri, all the stakeholders, sama ada besar atau kecil, bumiputera ataupun bukan bumiputera. Tujuan membantu petani kecil adalah untuk membasmi kemiskinan tetapi untuk menjamin kecukupan makanan, kita mesti memastikan sektor pengeluaran makanan adalah perusahaan yang menguntungkan bagi menarik lebih ramai usahawan yang lebih besar ke dalam sektor pengeluaran makanan. Kita ambil contoh buah durian, tidak ramai pekebun yang berminat untuk melabur dalam penanaman durian sehingga orang-orang Cina tergila-gilakan Musang King.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Pasaran Malaysia terlalu kecil untuk mana-mana produk sama ada durian ataupun daging kambing. Usahawan-usahawan mestilah melihat potensi dalam pasaran

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

eksport sebelum bersedia melabur dalam pengeluaran pertanian tertentu. Di sini lah FAMA dapat memainkan peranan penting. Saluran dan maklumat pasaran eksport, logistik dan penyimpanan bilik sejuk atau cold room storage yang efisien dan murah adalah syarat asas bagi menggalakkan eksport tempatan dan saya khuatir FAMA sering ketinggalan daripada sektor swasta dalam maklumat pasaran eksport. FAMA mestilah lebih agresif membantu petani tempatan memasarkan produk mereka ke luar negara. FAMA perlulah melihat contoh dan belajar dari Thailand bagaimana mereka berjaya memasarkan buah-buahan mereka di seluruh dunia. Saya gembira membaca peruntukan kerajaan bernilai RM30 juta untuk FAMA memulakan simpanan bilik sejuk dan keperluan logistik. Saya ingin melihat lebih ramai petani tanpa mengira kaum dapat akses kepada kemudahan-kemudahan ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Dengan itu tamatlah perbahasan bagi Rang Undang-undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022. Saya meminta Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Haji Ahmad bin HamzahUMNO · BNTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I · Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Ada 27 pembahas.

Tuan Yang di-Pertua

Dua puluh, ya.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Baru saja separuh ya.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, faham. Akan tetapi, kita ada tiga rang undang-undang hari ini. Itu sebabnya saya terpaksa hanya memilih 16 orang.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak diberitahu awal.

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

Kita tidak diberitahu awal tidak boleh bahas.

Betul itu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Tadi dah announce 16 kan? Maaf.

Announce 27.

Tuan Yang di-Pertua

Maaf.

Tuan Yang di- Pertua, ada yang hendak bahas Tuan Yang di-Pertua kalau boleh untuk perkara ini.

Tembakau bawa esok lah tembakau.

Tuan Yang di-Pertua

Hari ini pun ramai. Kemudian yang rokok pun lagi ramai. Maaf ya. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi dan tahniah kepada 16 orang Ahli Parlimen yang sudi untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang- undang Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (Pindaan) 2022. RUU ini menyentuh pindaan terhadap tafsiran keluaran pertanian dan memberi perluasan kuasa kepada FAMA untuk menguruskan pemasaran ternakan yang terpilih iaitu lembu dan sejenis dengannya. Kalau kita mengikut daripada Oxford Dictionary, kalau lembu ini

termasuk kepada kerbau dan juga oxen, kambing, bebiri, rusa, arnab dan ternakan unggas seperti ayam, puyuh dan itik. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Secara kolektifnya, Yang Berhormat-Yang Berhormat semua bersetuju supaya FAMA ataupun pindaan rang undang-undang ini kita luluskan. Sebelum ini, suka saya memaklumkan kepada Peraturan Mesyuarat 36(1), isi-isi ucapan di mana seseorang atau tiap-tiap ahli-ahli Dewan apabila membahaskan rang undang-undang ini untuk meminda akta induk hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan rang undang-undang sahaja yang dibenarkan kita berbahas dan bercakap. Walau bagaimanapun, saya dapat melihat bahawa ahli-ahli Yang Berhormat memang sayangkan kepada FAMA dan mahu melihat supaya FAMA lebih berdaya maju. Sebagaimana yang dimaklumkan, FAMA sebagai sebuah agensi kerajaan yang melaksanakan fungsi pemasaran keluaran hasil pertanian yang dibenarkan oleh akta. Peruntukan yang diperoleh daripada kerajaan digunakan untuk menjalankan pelbagai jenis perkhidmatan, pemasaran yang meliputi: (i) pembangunan pemasaran; (ii) pembangunan infrastruktur, pemasaran dan kemudahan pemasaran; (iii) pembangunan usahawan; (iv) penyediaan produk ke pasaran; dan (v) pembangunan regulasi pasaran. Maka, FAMA bukanlah satu agensi yang berorientasikan keuntungan. Namun perlu meminimumkan sebarang hakisan modal yang diberikan oleh kerajaan dengan fokus utama untuk kita membangunkan komuniti dan industri agromakanan negara. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya ingin menjawabkan perkara-perkara yang dibangkitkan itu bahawa saya ingin mengambil perhatian pada Ahli-ahli Yang Berhormat tentang isu bahasa dalam RUU FAMA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi. Sebagaimana Yang Berhormat maklum, semua penggubalan rang undang-undang perlu dikemukakan dahulu ke Jabatan Peguam Negara untuk tujuan semakan dan kelulusan. Dalam hal ini rang undang-undang FAMA telah pun digubal yang berdasarkan kepada keputusan dasar kementerian dan mematuhi semua keperluan undang-undang. Sukacita dinyatakan di sini bahawa penggubalan rang undang-undang FAMA oleh Jabatan Peguam Negara telah dibuat dengan begitu teliti sekali selaras dengan format penggubalan undang-undang yang mantap, yang juga digunakan dalam penggubalan semua rang undang-undang yang dikemukakan dalam Parlimen.

Minta sedikit.

Seterusnya pada masa ini untuk makluman Yang Berhormat...

Mahu tanya.

...Akta FAMA…

Kalabakan.

....telah diwartakan pada tahun 1995 hanya dalam teks edisi bahasa Inggeris sahaja. Sehubungan itu naskhah yang sahih adalah dalam bahasa Inggeris dan tiada naskhah terjemahan dalam bahasa kebangsaan dibuat setakat ini. Oleh yang demikian, penggubalan apa-apa RUU pindaan berkaitan dengan Akta FAMA itu dibuat dalam teks bahasa Inggeris juga. Hanya arahan penggubalan saja kita buat dalam teks bahasa kebangsaan. Berkenaan dengan isu tanda baca selepas perkataan rabbit ataupun ‘inverted comma’ tadi, penggunaan pengikat kata. Dia

sebenarnya ada pembukaan dan penutup kata. Maka kita gunakan ‘hyphen’, bukan perkataan rabbit tadi di hujung itu, ada ‘hyphen’, ada makna yang lain. Bahkan itu adalah satu daripada yang diperlukan dalam apa-apa RUU yang kita gubal. Itulah satu format penggubalan undang-undang bagi memasukkan suatu peruntukan dalam undang-undang yang mana dalam hal ini adalah Jadual Ketiga yang baru. Saya jemput Yang Berhormat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mencelah sikit fasal saya tidak sempat berbahas tadi. Saya ingin bertanya dengan perluasan fungsi FAMA di dalam rang undang-undang yang melibatkan komoditi ternakan, adakah masih relevan kita mengguna pakai nama FAMA kerana kita telah melibatkan penternakan. Isu nama agensi mungkin nampak ringan bagi sesetengah pihak, tetapi namun sebenarnya ia memberi implikasi yang besar kepada negara kerana ia melibatkan pemasaran komoditi utama negara. Saya juga dimaklumkan bahawa kementerian telah mewujudkan projek pemasaran hasil pertanian berteknologi tinggi yang diuruskan oleh FAMA yang berperanan membantu usahawan dan petani mendapatkan maklumat berkaitan dengan pertanian moden. Saya ingin bertanya, sama ada projek ini akan diluaskan di Sabah? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat atas kesungguhan dan minat Yang Berhormat yang begitu tinggi sekali. Bukan sahaja untuk memajukan Sabah, bahkan kita mahu melihat supaya petani-petani kita diberikan kemudahan, diberikan pilihan dan keutamaan terutamanya dalam usaha kita untuk mempertingkatkan lagi bekalan makanan negara selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0. Saya teruskan kepada jawapan saya. Kedua, pemilihan ternakan dalam Jadual ketiga sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Rasah. FAMA dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation telah melaksanakan pembaikan proses Regulatory Impact Analysis (RIA) bagi mendapatkan maklumat balas daripada pelbagai peringkat dan juga pemegang taruh atau stakeholders. Oleh yang demikian, FAMA perlu bersedia untuk pembangunan pasaran manakala berkaitan isu ternakan khinzir yang tidak termasuk dalam Jadual Ketiga adalah disebabkan industri ini telah berdaya maju, yang dipacu oleh sektor swasta. Oleh yang demikian, ekosistem perniagaan tersebut perlu kita teruskan.

Seterusnya, fungsi dan had kuasa FAMA di bawah Akta 141 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sabak Bernam dan Yang Berhormat Tebrau. FAMA telah diperbadankan pada tahun 1965 sebagai sebuah agensi kerajaan bagi menyelia, menyelaras, mengawal dan mempertingkatkan pemasaran keluaran pertanian di Malaysia, termasuk mengimport dan mengeksport keluaran pertanian, memberikan kemudahan kredit untuk pemasaran serta melaksanakan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan pemasaran. Oleh yang demikian, fungsi FAMA tidak meliputi pengeluaran ataupun import bahan makanan dan kawalan input. Akan tetapi kalau ada keperluan satu masa nanti, kalau FAMA akan diberi tanggungjawab untuk import ternakan ataupun karkas seperti ayam dan daging, kita akan pilih ke arah tersebut. Akan tetapi saya cukup tertarik dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain, yang bukan sahaja bersetuju supaya FAMA diberikan banyak kemudahan, bahkan dia mahu kita melihat supaya FAMA diberikan lebih peruntukan. Dari ketika ini, selain daripada peruntukan mengurus yang dibekalkan oleh kerajaan, FAMA juga dibekalkan peruntukan pembangunan yang sebahagian daripadanya kita gunakan untuk modal pusingan sebanyak RM20 juta. Pada setiap tahun, modal pusingan ini sentiasa ditop up supaya kita terus mendapat RM20 juta pada setiap kali. Jadi kalau sekiranya, tugas FAMA ini

diperkembangkan untuk memasarkan daging dan juga ayam, maka kemungkinan ada keperluan untuk kita memikirkan tentang modal pusingan yang pada setiap masa mesti berada pada tahap RM20 juta. Seterusnya, Program Ladang Kontrak MAFI yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen termasuk Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tadi. Program Ladang Kontrak MAFI merupakan satu inisiatif kerajaan dalam membangunkan keupayaan pengeluaran petani kecil dan sederhana bagi memenuhi keperluan pasaran. Pelaksana adalah jabatan agensi pengeluar seperti DOA, LPP dan juga Lembaga Nanas memberikan fokus kepada keperluan teknikal untuk pengeluaran. Manakala FAMA memberikan jaminan untuk pasaran. Dalam masa yang sama, mereka ini semua harga lantai. Diwujudkan untuk memberi satu harga yang membolehkan pengeluar mendapat kembali sekurang- kurangnya modal mereka dan sedikit keuntungan untuk meneruskan penanaman mereka apabila berlakunya kejatuhan harga dalam pasaran. Penetapan harga lantai juga dibuat dalam satu jawatankuasa MAFI. Pada masa yang sama, peserta LK 2.0 akan menandatangani perjanjian jual beli dengan pihak FAMA yang dikenali sebagai forward agreement. Melalui perjanjian ini, FAMA akan membeli hasil keluaran peserta mengikut kuantiti dan gred yang dipersetujui bersama. Dalam erti kata lain, apabila perjanjian telah ditandatangani, pengeluar-pengeluar atau petani-petani yang mengeluarkan produk, akan mendapat harga lantai seperti yang telah dijanjikan dalam FA tadi. Sekiranya ketika tersebut harga melambung tinggi, petani mempunyai liberty untuk menjual dengan cara lain. Sekiranya harga lantai itu menurun, FAMA obliged ataupun terpaksa membayar harga lantai seperti yang telah ditetapkan. Pada projek-projek FAMA yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru tadi, pada 30 Jun 2022, terdapat 2,239 outlets pemasaran aktif di seluruh negara. Sepanjang RMKe-12, adalah disasarkan penambahan sebanyak 875 outlets pemasaran seluruh negara. Berkaitan dengan penjenamaan AgroBazaar pada projek-projek FAMA adalah satu identiti yang berkaitan dengan pemasaran produk yang berasaskan kepada agromakanan. Saya suka hendak membangkitkan kepada Yang Berhormat bahawa pada ketika ini sebenarnya, FAMA telah menjalankan beberapa usaha bagi memastikan bukan sahaja kita dapat memasarkan semua produk yang dihasilkan oleh petani-petani, bahkan kita memberikan kemudahan kepada semua pengguna. Pada ketika ini, FAMA telah mewujudkan: Pertamanya, pasar tani kekal yang beroperasi secara harian sebanyak 40 campur 3 di ‘RTG’. Maknanya kita ada 43 di seluruh negara. Pasar tani yang diadakan secara mingguan, berjumlah 270 buah. Selepas itu, kita ada outlets yang lain yang di bawahnya sebenarnya dijayakan oleh usahawan bimbingan FAMA. FAMA yang sebenarnya menganjurkan semua pasaran ini dan ia dijayakan oleh usahawan-usahawan bimbingan FAMA: (i) gerai buah-buahan dan sayur-sayuran, kita ada 200 buah; (ii) AgroBazaar Kedai Rakyat ada sebanyak 344 buah; dan (iii) Kawan Tani kita ada 300 buah termasuk food truck sekali. Secara keseluruhannya, usahawan-usahawan tani bimbingan FAMA ini, kita ada 15,000 seluruh negara. Merekalah sebenarnya yang menjadi peruncit, hasil daripada barangan-barangan yang dikumpulkan oleh FAMA, dibeli daripada petani untuk dipasarkan kepada orang ramai. Seterusnya Yang Berhormat...

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada sedikit soalan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya melihat peranan besar FAMA dalam memasarkan produk-produk pertanian itu sangat penting ketika mana kita berhadapan dengan situasi yang agak sukar ketika ini,

kenaikan harga barang dan sebagainya. Pada beberapa tahun lepas, ada dicadangkan oleh pihak FAMA untuk mendaftar orang tengah ataupun katanya program yang disebut iaitu daftar pemasar. Kalau kita lihat orang tengah ini ada ketikanya sangat membantu daripada segi pemasaran tetapi ada ketikanya, dia memonopoli dan juga menyebabkan harga itu tidak stabil. Jadi saya bertanya, adakah pihak kementerian bercadang untuk meneruskan langkah ini iaitu bagi memastikan orang-orang tengah ini berdaftar dengan FAMA, diberi tanggungjawab yang wajar dan juga mereka ini dapat melaksanakan tugas mereka dengan jujur untuk membantu FAMA itu sendiri dan membantu petani-petani kita? Terima kasih.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap. Bayan Baru, terima kasih ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya bangkitkan isu tentang terlalu banyak produk daripada FAMA kerana terlalu banyak jenama, maka dia tidak efficient. Jadi saya harap ada streamline supaya kita consolidate, tiada wastage of resources kepada jenama-jenama tersebut. Soalan tambahan juga adalah, adakah dahulu kita pernah cadangkan untuk ada pasar raya besar seperti Tesco kah Giant kah yang jenama FAMA. Adakah projek itu masih berjalan atau apakah status terkini? Terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, sebelum saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sik dan juga Yang Berhormat Bayan Baru tadi, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa sebenarnya FAMA bukan pesaing kepada usahawan-usahawan yang meneruskan perniagaan. Kita bukan pesaing. Bahkan FAMA menyelaras, menyelia dan memastikan supaya apa juga produk-produk petani-petani kecil dan petani-petani semi besar ini dapat kita pasarkan dan kita FAMA sebenarnya dapat menyediakan outlet dengan barang-barang segar dari ladang. Saya suka tadi cadangan daripada Yang Berhormat Jempol yang mencadangkan supaya Pasar Tani Kekal tadi kita masukkan Pasar Tani Kekal Keluarga Malaysia. Selaras dengan apa hasrat kita pada ketika ini kita mahu kalau boleh, kita dapat memberikan satu produk yang benar-benar bermanfaat kepada seluruh pengguna dengan harga yang lebih berpatutan. Ini kerana FAMA bukan pesaing dan kita bukan berorientasikan keuntungan. Bahkan kita memberi pertolongan dan membantu petani-petani dan kita mewujudkan usahawan-usahawan bimbangan FAMA. Setiap masa semasa kita buat semua sekali Pasar Tani Kekal dan semua AgroBazaar ini, petani-petani itu kita siapkan semua infrastruktur. Bukan sahaja tempat, bahkan dia punya tempat perniagaan pun kita siapkan. Pegawai-pegawai FAMA sentiasa bertugas bagi memastikan memantau bahawa usahawan-usahawan kita tidak menjual barangan-barangan dengan harga yang melampau. Bahkan bukan kita berkawal secara bertulis, tetapi kawalan kita memastikan tidak ada pencatutan berlaku.

Timbalan menteri, sedikit Jempol.

Terima kasih Timbalan Menteri. Jempol nanti sambung selepas ini ya. Saya setuju sebenarnya dengan jawapan Timbalan Menteri tadi. Sepatutnya FAMA ini dia tidak bersaing tetapi itu kalau FAMA. Akan tetapi, kita tahu misalnya produk yang terkenal dari Perlis ini macam harum manis, Jabatan Pertanian juga mempunyai ladang yang banyak dan besar. Selalunya untuk memasarkan produk yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian ini, FAMA akan memberikan keutamaan. Jadi, orang kata pengusaha-pengusaha harum manis yang lain ini, dia terpaksa mencari jalan lainlah untuk dia memasarkan produk mereka. Ini selalu menjadi masalah sebab produk pertanian ini sebahagiannya dia ada tempoh luput. Misalnya, macam buah ini terlalu masak, rosak dan kita tahu dalam rantaian pemasaran ini kalau kita tengok misalnya − macam kita sekarang ada banyaklah, J&T dan sebagainya, banyak berlaku kebelakangan ini, di mana mogok pekerja yang

menyebabkan petani-petani ini dia rugi apabila produk mereka ini tidak dipasarkan dengan baik. Jadi, saya minta Timbalan Menteri maklum tentang itu.

Tambah sikit Timbalan Menteri.

Fungsi FAMA...

Sebelum jawab saya tambah sikit. Yang Berhormat Timbalan Menteri rehat dulu. Jadi, saya sebenarnya tidak berapa jelas di belakang ini, jawapan tadi sebab dia tidak ikut pertanyaan Ahli Parlimen. Dia buat secara keseluruhan. Cuma saya tadi mendengar bahawa Timbalan Menteri ada menyebut bahawa ‘memasarkan produk pertanian’ tetapi kebimbangan saya − ini juga pun berlaku kerana FAMA ini berperanan menolong memasarkan dari pasar borong. Jadi oleh sebab pasar borong ini harga yang rendah, maka dapat keuntungan − manakala yang petani ini mungkin tidak ada cukup barang dia ambil dari pasar borong. Ini seolah-olah membantu orang tengah untuk memasarkan produk dia. FAMA berperanan untuk membantu petani. Di sini macam mana FAMA ini menguruskan perkara ini sebab ia telah berlarutan lama. Mohon Timbalan Menteri untuk memberi penjelasan.

Saya sudah terlupa apa Yang Berhormat Kangar tanya sebab Yang Berhormat Jempol sibuk kacau tetapi apa pun Yang Berhormat Kangar tadi...

Harum manis. Harum manis. Ya, harum manis sebab Jabatan Pertanian juga mempunyai ladang yang agak besar...

Harum manis sebenarnya menjadi satu produk keluaran pertanian dari Perlis. Cuba tanam dekat negeri lain tidak jadi. Kita sudah cuba tempat-tempat lain, lebih strategik tetapi tidak jadi dan rasa dia tidak macam harum manis. Harum manis ini sebenarnya bukan sahaja telah diiktiraf oleh dalam negara kita, bahkan luar negara Tuan Yang di-Pertua. FAMA juga berperanan dengan kita membantu sedikit-sebanyak bagi memasarkan harum manis walaupun dengan harga yang tinggi tetapi kita tahu itu permintaan daripada pengguna yang memang cukup hebat pada ketika ini.

Timbalan Menteri, kalau boleh saya inilah − Isu yang saya bangkitkan tadi sebab Timbalan Menteri cakap tentang persaingan sebab yang saya sebutkan ialah Jabatan Pertanian pun ada ladang dia. Jadi selalunya FAMA memberi keutamaan pemasaran itu ialah buah-buah yang dihasilkan di ladang datang daripada jabatan. Sedangkan pengusaha-pengusaha, petani-petani, peladang- peladang harum manis yang lain dia terpaksa bersusah payah untuk memasarkan produk dia menggunakan perkhidmatan swasta yang ada. Bagi saya tidak ada masalah, tetapi bagaimanakah FAMA berperanan − oleh sebab dia tidak mampu tampung semua dia memastikan pemasar-pemasar swasta ini dia menjaga − produk-produk macam harum manis ini apabila sudah masak ini dia rosak. Dia cepat rosak. Akan tetapi, apabila kita tengok macam penghantar-penghantar ini ada banyak masalah. Jadi ini akan menjejaskan peladang-peladang dan juga petani-petani ini.

Yang Berhormat Kangar, sebenarnya saya sebut awal tadi FAMA menjalankan kerjasama strategik dengan semua jabatan dalam MAFI seperti DOA, LPP dan lain-lain supaya kita mahu dapat perkhidmatan teknikal daripada DOA, LPP, jabatan-jabatan agensi yang lain seperti MARDI. FAMA adalah buat pemasaran dan sedikit sebanyak harum manis turut dimarketkan ataupun dipasarkan dalam rangka yang tidak banyak lagi oleh FAMA. FAMA yang menjalankan kerja tersebut. Untuk Yang Berhormat Jempol tadi, kita masukkan kalau boleh produk-produk pertanian yang lain. Yang Berhormat Jempol dah hilang? Ada?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada.

Sebenarnya FAMA...

Sudah lupakah? Saya boleh ulang lagi tidak? Ingat?

Sebenarnya fungsi utama FAMA tidak ada kena mengena dengan pasar borong.

Maksud saya tadi, barang produk pertanian yang disebut tadi, FAMA mengambil ataupun membeli produk pertanian dari kampung-kampung kita. Jadi isu dia, kalau kekurangan dia ambil pasar borong ataupun pasar borong lebih murah daripada produk kampung. Yang ini kita jihad orang tengah ini, adakah ia berlaku dengan FAMA?

Kita tidak jadi orang tengah tapi kita sentiasa complement antara satu sama lain. Itu yang kita akan buat Yang Berhormat Jempol.

Datin Paduka Dr. Tan Yee KewPKR · PHWangsa Maju

Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan sekarang industri ayam sedang mengalami tempoh masa krisis, jadi dengan pindaan akta ini saya ingin tahu sama ada FAMA bersedia membeli stok ayam yang lebihan itu. Ini akan membantu penternakan kecil pada masa ini. Sekian.

Sebenarnya matlamat RUU yang kita bentangkan hari ini untuk melebarkan lagi aktiviti-aktiviti FAMA yang kita libatkan kepada petani-petani kecil dan semi komersial. Apabila yang berlebihan − saya tidak cakap perkataan “lambakan”. Ayam pada ketika ini berlebihan kerana kalau bulan lepas kita menghadapi kekurangan tetapi setelah beberapa perkara teknikal diperbetulkan, kita menghadapi kelebihan bekalan. Apabila kelebihan bekalan, timbullah Yang Berhormat Wangsa Maju sebut tadi, ayam gemuk. Akan tetapi, sebenarnya Yang Berhormat Wangsa Maju, ayam-ayam ini tadi sebenarnya harga tempoh matang dia 34 hari. Apabila 34 hari kita sudah boleh harvest tetapi memandangkan sekarang pasaran ayam sekarang mempunyai lebihan. Jadi, dia lambatkan untuk harvest itu sampai 45 hari dan sampai 50 hari pun ada. Maknanya dia kena belanja lebih untuk makanan tetapi dia dapat tambahan daripada berat ayam itu. Itu sebenarnya tidak dapat menampung perbelanjaan bekalan ayam tadi. Bukan ada apa-apa tetapi sebenarnya kita terpaksa lambatkan sedikit kerana bekalan ayam yang berlebihan di pasaran pada ketika ini. Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya teruskan kepada...

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Boleh Tampin nak bertanya sedikit. Pertama, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Tampin ingin bertanya untuk menyambung apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jempol tadi. Kebanyakan kita turun ke pasar-pasar, kebanyakan peniaga-peniaga di pasar tani itu bukan menjual barangan produk petani-petani dari kampung tetapi kebanyakannya mengambil daripada sama ada di pasar-pasar borong misalnya ikan, sayur dan sebagainya. Ini jadi masalahnya sehinggakan harganya hampir serupa dengan pasar yang lain. Ini tidak memberi manfaat atau kurang memberi manfaat kepada petani-petani di kampung-kampung yang juga mengeluarkan bahan-bahan tani yang tidak dapat dipasarkan. Jadi bagaimana kementerian dapat menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Tampin, sebenarnya pasar-pasar tani, pasar tani kekal ataupun Agrobazaar itu dianjurkan oleh FAMA. FAMA menyediakan tempat sama ada tempat itu tempat biasa, kosong ataupun yang ada premis macam pasar tani kekal. Kita wujudkan − FAMA wujudkan termasuk prasarana tadi dan menyediakan usahawan-usahawan bimbingan FAMA. Kalau dulu FAMA tidak boleh dibenarkan bertindak sebagai pembekal ayam dan daging. Akan tetapi kenapa pasar-pasar tani itu ada ayam dan daging? Ini kerana, usahawan-usahawan bimbingan FAMA mendapatkan bekalan daripada lain-lain tempat. Jadi, bukan daripada FAMA. FAMA adalah kuasa dia atau fungsi kita mendapatkan produk-produk pertanian hasil daripada petani-petani kecil dan semi komersial. Barangan

itu kita agihkan kepada usahawan-usahawan bimbingan FAMA ataupun dalam masa yang sama kalau berlebihan kita agihkan dalam seluruh negara yang FAMA ada tadi. FAMA ada − dalam negeri-negeri di dalam negara kita. Jadi, saya teruskan dengan peranan FAMA dalam menstabilkan harga yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tebrau. Perubahan harga sebenarnya bergantung pada status bekalan dan juga permintaan. Pengurangan bekalan akan meningkatkan harga. Apabila permintaan tinggi FAMA akan bekerjasama dengan DBS dan LPP bagi memastikan supaya semua pengeluaran domestik dan sekiranya perlu sumber import dapat mengimbangi permintaan.

Kecekapan rantaian bekalan turut mempengaruhi harga. Pada ketika ini FAMA mempunyai kemudahan bilik sejuk, logistik, pusat operasi, pusat pengedaran yang boleh dioptimumkan penggunaannya. Jadi sebelum kita membuat apa-apa juga permohonan untuk menjadikan FAMA sebagai satu daripada GLC yang boleh bertanggungjawab tentang pemasaran daging dan juga ayam, kita mesti melihat apakah kemudahan yang kita miliki. FAMA pada ketika ini mempunyai semua kemudahan selain daripada bilik sejuk seluruh negara bahkan kita mempunyai cold trucks. Kita ada 200 cold trucks itu yang boleh membawa dan mengangkut barang-barang yang memerlukan peti sejuk. Jadi kebergantungan import untuk input dan pekerja mengakibatkan sukar untuk pengeluar mengawal kos pengeluaran. Untuk itu, pembangunan pasaran premium dijangka dapat membantu pengeluar mendapatkan margin harga yang lebih baik. Pasaran yang terhad seperti pasaran eksport untuk ayam pedaging ke Singapura suatu ketika dahulu dan selebihnya kita hantar kepada Hong Kong. Oleh yang demikian, FAMA berperanan mempelbagaikan lagi pasaran eksport ini kalau kerajaan memberikan kelulusan untuk kita mengeksport. Akan tetapi, walaupun kita mempunyai lebihan ayam pada ketika ini, kerajaan masih tidak membenarkan apa-apa eksport ayam bulat dan apa juga produk daripada ayam, hanya sedikit sahaja yang dibenarkan untuk eksport ke Singapura. Namun tidak dinafikan kenaikan harga turut berlaku disebabkan oleh manipulasi pasaran. Untuk menangani situasi ini FAMA akan sentiasa bekerja rapat dengan semua penguat kuasa daripada KPDNHEP dalam membendung isu-isu yang berkaitan.

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sudah dekat hendak habis. Jawapan sudah tidak ada. Tadi saya ada mencadangkan perbahasan tadi tentang penjenamaan semula pasar tani kekal kepada Pasar Tani Keluarga Malaysia. Adakah kementerian memikirkan perkara ini? Keduanya bagaimana keadaan Pasar Tani Kekal Palong 456 yang masih tidak beroperasi dalam tempoh dua tahun. Tempoh siap masih tidak siap. Apakah jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri? Mohon supaya rakyat di Jempol ini dapat memahami apa sebenarnya kelewatan ini berlaku.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya cadang satu ataupun minta? Ada banyak pembahas tadi bangkitkan isu food security ataupun sekuriti makanan. Saya hendak Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut sedikit atau bagi kita keterangan macam mana kementerian akan atasi masalah ini di dalam negara kita untuk masa depan yang akan datang ataupun di dalam konteks FAMA ataupun keseluruhannya. Apa yang kita akan buat sebab food security ini satu isu yang memang penting dan juga ini akan ada masalah di hadapan kalau kita tidak buat apa-apa sekarang atas isu food security di dalam negara kita.

Pertamanya untuk sahabat saya Yang Berhormat Jempol, pasar tani kekal ini. Pasar tani kekal ini kita adakan pada premis- premis yang telah kita dirikan dan saya yakin premis-premis yang telah sedia ada ini telah beroperasi dan memang telah memberikan banyak manfaat kepada semua pengguna termasuk usahawan-usahawan bimbingan FAMA.

Pasar tani kekal yang kita bercadang untuk mewujudkan di kawasan Jempol itu sekarang telah siap, Yang Berhormat. Kita menjangkakan ia akan mula beroperasi pada bulan ini. Saya mohon maaf memang tempat yang pasar tani kekal di Jempol ini satu kawasan dan saya telah pergi melawat, memang cukup strategik. Kita hendak melihat kalau boleh ia akan dapat beroperasi pada bulan ini juga dalam bulan Ogos ini supaya sekurang-kurangnya kita dapat memberikan perkhidmatan kepada pengguna-pengguna. Seterusnya sahabat saya daripada Yang Berhormat Kuala Langat tadi. Saya pun sudah lupa Yang Berhormat apa Yang Berhormat sebut tadi tetapi apa pun Yang Berhormat..

Isu-isu food security ini.

Tadi penjenamaan tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Food security menjadi isu pertama pada ketika ini.

Timbalan Menteri, penjenamaan tadi Pasar Tani Keluarga Malaysia tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol.

Pasar Tani Keluarga Malaysia memang saya menyambut baik dan saya menyokong cadangan tersebut. Jadi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi untuk makluman bahawa pada ketika ini seluruh dunia, kita sedang menghadapi..

Jangan sokong Yang Berhormat Timbalan Menteri, luluskan.

Nanti Yang Berhormat. Kita sedang menghadapi satu isu kekurangan makanan yang cukup kritikal pada ketika ini. Tidak terkecuali kepada negara kita tetapi kita bernasib baik mempunyai seorang pemimpin Perdana Menteri yang cukup prihatin sekali. Bahkan pada setiap minggu kita menjalankan mesyuarat teknikal bagi mengukur setakat manakah keupayaan kita untuk mengatasi masalah kekurangan makanan. Bahkan kita bukan sahaja mengatur tentang food security bagi kita hendak memastikan tentang stockpile. Semua barangan-barangan bukan sahaja beras bahkan barangan-barangan keperluan yang lain dan kita yakin dengan keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meluluskan satu peruntukan yang cukup besar sehingga sebanyak RM77 bilion untuk memberikan subsidi bagi memastikan supaya kita dapat menangani masalah ini dan kita hendak melihat supaya rakyat tidak terbeban terutamanya dalam kenaikan harga barangan. Dalam masa yang sama juga, walaupun harga yang banyak yang Yang Berhormat Jempol sebut tadi, barangan import makanan yang semakin meningkat. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau tahun 2020 kita bising hari itu kita kata RM55 bilion yang kita import barangan makanan dari luar negara. Yang Berhormat, tahun 2021 angka tersebut meningkat lagi sebanyak RM63 bilion dan kita jangka pada tahun ini kalau kita ukur dari first quarter sampai bulan Mac, angka yang kita import sebanyak RM17.8 bilion itu baru tiga bulan. Kalau kita kalikan dengan empat penggal kita mungkin melebihi angka tahun 2021. Di sini sebenarnya Yang Berhormat, kita perlukan barangan-barangan import yang memang diperlukan oleh rakyat kita yang mempunyai kemampuan. Jadi hendaknya kita sentiasa memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dan kita mahu lihat bahawa petani, penternak dan nelayan ialah orang yang telah banyak berkorban dalam memastikan supaya bekalan makanan negara sentiasa mencukupi dan juga stabil.

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat Yang Berhormat. Yang Berhormat, masa sudah tamat.

Boleh sambung lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat. [Ketawa]

Masa sudah tamat. Jadi saya mohon maaf Yang Berhormat. Saya tidak ada masalah tetapi saya kena hormati Tuan Yang di-Pertua dan itu sahaja yang dapat saya sampaikan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Dungun, silakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama saya hendak rujuk kepada Jadual Ketiga ialah berkait dengan domestic fowl iaitu ayam ternakan kerana ayam ini ada ayam pedaging, ayam kampung atau ayam pencen yang kedua dan yang ketiga ayam hutan yang difahamkan ia adalah haiwan peliharaan memerlukan permit untuk diburu. Jadi, itu yang pertama. Kedua ialah berkait dengan deer iaitu rusa. Saya ingin mendapat maklumat tentang deer yang dimaksudkan dalam Jadual Ketiga ini. Rusa adalah haiwan yang terpelihara yang memerlukan permit biak baka komersial di bawah PERHILITAN bagi memburu rusa. Adakah berlaku perbincangan rentas kementerian atas isu deer atau rusa ini? Fasal 3 juga ialah agricultural produce. Bagaimanakah kementerian melalui FAMA melalui pindaan ini boleh menyelesaikan isu daging-daging yang dicuri dan dipotong-potong untuk dijual?

Ia kerana dahulunya kecurian haiwan ternakan ini adalah melibatkan secara seekor haiwan tetapi sekarang telah dipotong lebih awal, diagih-agihkan dan dijual selepas itu. Jadi soalan saya ialah bagaimana proses pengecaman dan penguatkuasaan boleh dilakukan oleh FAMA dengan pindaan ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Dungun.

Sedikit sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Sepang.

Sedikit sahaja. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya sedikit fasal pindaan kepada seksyen 1A ini di mana dimasukkan peruntukan baharu iaitu (aa). Tuan Pengerusi, kalau kita lihat kepada tafsiran agricultural produce ini ia merangkumi kalau kita lihat berbentuk pertanian tetapi bila kita masukkan (aa) ini, ia melibatkan haiwan ternakan. Akan tetapi kalau kita tengok dari segi pengecualian (provisor) ya; “by shall not include pineapple, rubber or palm, paddy (rice) and tobacco”. Jadi nampak kita bagi penjelasan lebih kepada pengecualian daripada segi pertanian sahaja, tidak ada peruntukan daripada segi ternakan. Jadi apa rasionalnya? Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kangar.

Sedikit sahaja. Saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab kita dalam Jadual Ketiga ini ada enam jenis haiwan ternakan yang disebut. Berapakah kita punya pengeluaran dalam negara? Berapa banyakkah yang kita import selama ini?

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Bakri ya.

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama, tentang takrifan...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Schedule Ketiga...

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Bakri tadi ya.

Puan Yeo Bee YinDAP · PHBakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Jadual Ketiga – Cattle, domestic fowl, sheep, goat, deer dan rabbit, carcass dan hasil haiwan sedemikian. Saya ingin merujuk kepada angka Jabatan Statistik Negara berkenaan dengan SSR, daging susu serta kambing dan bebiri. Secara purata, dari 2016 hingga 2020, SSR untuk daging ialah 22 peratus, susu sebanyak 65 peratus, kambing dan bebiri sebanyak 9.6 peratus. Dalam erti kata lain, kita actually perlu import 80 peratus daging, 35 peratus susu dan 90 peratus kambing dan bebiri untuk memenuhi permintaan negara. Bakri hendak tanya kementerian, sama ada untuk haiwan-haiwan ini, adakah pengeluaran kesukaran kita ataupun pemasaran kesukaran kita? Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan SSR untuk ketiga-tiga kategori ini?

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebenarnya takrif daripada Schedule Ketiga kita ini, pertamanya cattle. Ini ialah kita takrifkan kepada lembu termasuk kerbau. Saya sudah sebut tadi semasa pembukaan tadi, termasuk owl Selepas itu domestic fowl,. Tadi Yang Berhormat sebut ada ayam pedaging, ayam kampung dan ayam hutan. Sebenarnya perkataan domestik ini ialah ayam pemeliharaan yang kita pelihara, bukan termasuk ayam hutan. Jadi, tidak ada masalah ya. Kedua, bila kita sebut tentang rusa tadi. Rusa bukanlah- ia adalah rusa yang kita ternak, bukan rusa yang diburu. Selepas itu sheep dibangkitkan tadi adalah biri-biri.

Sementara goat adalah kepada kambing. Jadi seperti Yang Berhormat tanya tadi, berapakah sebenarnya SSL daging pada ketika ini? Sebenarnya, pada tahap yang cukup membimbangkan sekali iaitu 23 kepada 24 peratus sahaja. Unjuran kita untuk Dasar Agromakanan Negara, kita mahu mencapai sebanyak 50 peratus. Banyak langkah perlu yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan supaya kita dapat mencapai kepada hasrat kita ini. Saya tidak dapat sebutkan satu persatu. Begitu juga, kalau kambing ini kita lagi jatuh, ada 11 peratus sahaja. Akan tetapi apabila disebut rabbit tadi, rabbit tadi sebenarnya ada petani-petani kita yang menternak arnab ini yang boleh dijadikan sebagai bekalan daging untuk pengguna. Jadi itu sahaja Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kesihatan I (Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTimbalan Menteri Pertahanan · Tanah Merah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan bahawa satu rang undang- undang untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 [Akta 101] dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia, Lembaga Tabung Angkatan Tentera adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertahanan yang ditubuhkan menurut Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 [Akta 101]. Akta 101 digubal untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu Kumpulan Wang Simpanan yang dikenali sebagai Tabung Angkatan Tentera. Kebetulan hari ini, LTAT genap 50 tahun, jubli emas setelah ditubuhkan pada tahun 1972. Jadi, kita doakanlah LTAT terus cemerlang dalam transformasinya. Sebagai dana persaraan, LTAT melabur dalam pelbagai sektor dan LTAT turut mempunyai tiga perbadanan yang ditubuhkan di bawah kuasa LTAT iaitu: (i) Perbadanan Perwira Harta Malaysia; (ii) Perbadanan Perwira Niaga Malaysia; dan (iii) Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia. LTAT mempunyai 119,476 orang ahli pencarum tentera di mana bilangan pencarum yang aktif adalah berjumlah 111,989 orang. Jumlah caruman dan pengeluaran tahunan adalah sebanyak RM963.5 juta dan RM809.3 juta pada tahun berakhir 2021. Ahli pencarum LTAT adalah terdiri daripada para anggota tentera sahaja berbanding dengan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di mana pencarum KWSP adalah terdiri daripada pekerja swasta yang mencarum pada kadar minimum sembilan peratus dan syarikat swasta, majikan membayar kepada KWSP pada kadar minimum 12 peratus untuk mereka yang bergaji RM5,000 ke atas dan 13 peratus untuk gaji RM5,000 ke bawah. Manakala pencarum anggota tentera mencarum pada kadar 10 peratus daripada gaji mereka dan pihak kerajaan selaku majikan menyumbang pada kadar 15 peratus.

Pada ketika ini, aset di bawah pengurusan LTAT adalah sebanyak RM9.89 bilion. Ini adalah nilai buku setakat Mei 2022 tahun ini. Jumlah yang aset yang diuruskan LTAT adalah amat kecil, tidak sampai pun RM10 bilion jika mahu dibandingkan dengan aset yang dikendalikan oleh KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Aset KWSP kini telah mencapai RM1 trilion. Tabung Haji menguruskan aset bernilai RM80 bilion, manakala pula PNB pula RM350 bilion. LTAT hanya RM10 bilion sahaja. Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia, saya pasti kita semua tidak mempunyai aset atau wang mencecah RM1 bilion, apatah lagi RM1 trilion. Akan tetapi antara RM1 bilion dengan RM1 trilion ini, ia mempunyai perbezaan angka atau jumlah yang cukup besar. RM1 bilion bersamaan RM1,001 juta manakala RM1 trilion bersamaan dengan RM1,000,001 juta. Semalam pun saya duk mengira apa beza trilion, bilion ini. Kalau RM1 trilion ini ada 12 kosong. RM1 bilion ada sembilan kosong. RM1 juta ada enam kosong. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi dalam gambaran jumlah ini, kita dapat memahami bahawa nilai aset yang diuruskan LTAT adalah kecil, tidak besar. Ibarat kalau daripada segi ratio, LTAT ini kiranya LTAT RM10,000 manakala KWSP RM1 juta untuk diuruskan. Ini perbezaannya. Bagaimanapun, hasil pengurusan LTAT yang cekap, bijaksana dan amanah, ia telah memungkinkan LTAT terus teguh dan kukuh dalam memastikan caruman anggota tentera yang sedang berkhidmat sentiasa terpelihara, selamat dan dilindungi. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan yang mulia ini, kadar dividen LTAT sebelum ini adalah sentiasa lebih tinggi berbanding dengan kadar purata pengisytiharan dividen KWSP. Bermula pada tahun 2018, LTAT telah mengisytiharkan kadar dividen yang lebih rendah daripada KWSP demi memastikan agar LTAT dapat terus dapat beroperasi sebagai sebuah tabung persaraan yang mampan atau lestari. Melalui cadangan pindaan Akta 101 ini, ia membolehkan LTAT untuk kembali, insya-Allah dapat memberikan kadar dividen berdasarkan prestasi kewangan yang sebenar yang sekurang-kurangnya setara dengan KWSP. Ketika ini juga, Akta 101 adalah akta yang terbelakang jika dibandingkan dengan Akta KWSP 1991 [Akta 452]. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan, Akta 101 harus dipinda kerana tanpa pindaan ini LTAT tidak boleh menjayakan pelan transformasinya yang akan mengakibatkan LTAT tidak berupaya mengisytiharkan dividen kepada para pencarum yang terdiri daripada anggota tentera. Kedua, ia akan meningkatkan beban fiskal kerajaan kerana Kementerian Kewangan terpaksa mengeluarkan surat sokongan kepada LTAT bagi tujuan pengisytiharan dividen dan LTAT tidak dapat beroperasi sebagai dana persaraan mengikut erti kata sebenar kepada anggota tentera. Cadangan rang undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ataupun akta yang dicadangkan ini bertujuan untuk meluaskan skop pelaburan LTAT dan memberi kuasa kepada LTAT untuk memperbadankan syarikat sebagai tambahan kepada kuasa sedia ada untuk menubuhkan perbadanan. Cadangan rang undang-undang ini terbahagi kepada 12 fasal yang mengandungi perkara seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas akta yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Kedua, fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 101 untuk memasukkan takrif baharu syarikat ke dalam Akta 101. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 101 untuk mengadakan peruntukan bagi kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh Menteri dalam menentukan orang yang layak dan sesuai untuk dilantik sebagai anggota LTAT dan hal keadaan seseorang tidak layak untuk dilantik atau hilang kelayakan menjadi anggota LTAT. Fasal 4 bertujuan meminda seksyen 6 Akta 101 subfasal (1) subfasal 4(a) bertujuan untuk meminda perenggan 6(2)(e) Akta 101 untuk menaikkan bilangan anggota panel pelaburan daripada dua orang kepada empat orang yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pelbagai disiplin. Subfasal 4(b) bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh Menteri dalam menentukan orang yang layak dan sesuai untuk dilantik sebagai anggota panel pelaburan dan hal keadaan seseorang itu tidak lagi layak untuk dilantik atau telah hilang kelayakan menjadi anggota panel pelaburan. Tuan Yang di-Pertua, fasal 5 pula bertujuan untuk menggantikan seksyen 8 Akta 101 untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan dan tanggungjawab anggota LTAT, anggota panel pelaburan, anggota jawatankuasa LTAT, pegawai dan pekhidmat LTAT dan orang sedemikian boleh dipertanggungjawabkan secara sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh kemungkirannya, kegagalannya untuk mematuhi sumbangannya kepada kemungkiran atau ketidakpatuhan itu atau perlanggarannya terhadap mana-mana seksyen di bawah Akta 101. Fasal 6 pula bertujuan untuk meminda seksyen 9 Akta 101 untuk membolehkan askar-askar memohon bagi sesuatu pemotongan lanjut daripada gaji bulanannya untuk dikreditkan kepada akaunnya dalam Tabung Angkatan Tentera melebihi amaun caruman wajibnya di bawah Akta 101. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 9A Akta 101 untuk membolehkan pegawai memohon bagi satu pemotongan lanjut daripada gaji bulanannya untuk dikreditkan kepada akaunnya dalam Tabung Angkatan Tentera melebihi amaun caruman wajibnya di bawah Akta 101. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 101 untuk memberi LTAT kuasa dengan kelulusan Menteri untuk mengisytiharkan kadar dividen Tabung Angkatan Tentera berdasarkan prestasi kewangan sebenar LTAT dan bagi maksud itu LTAT hendaklah dianggap sebagai solvent jika LTAT berupaya untuk membayar hutangnya jika dan apabila hutang itu menjadi kena dibayar dalam masa 12 bulan sebaik selepas pengisytiharan kadar dividen itu dibuat. Fasal ini juga bertujuan untuk membolehkan LTAT melantik aktual aktuari yang berkelayakan dan bebas untuk membantu LTAT dalam membuat penilaian prestasi kewangannya menurut seksyen 11 Akta 101. Tuan Yang di-Pertua, fasal 9 pula bertujuan untuk meminda seksyen 12 Akta 101 subfasal 9(c) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 12(1B) ke dalam Akta 101 untuk memberi LTAT kuasa untuk membenarkan pengeluaran semua jumlah wang yang ada dalam kredit akaun pencarum dalam Tabung Angkatan Tentera yang dimohon oleh waris atau waris kadim pencarum yang telah meninggal dunia atau yang telah diperakui sebagai tidak berupaya untuk berkhidmat secara fizikal atau mental mengikut mana-mana yang berkenaan. Subfasal 9(d) bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 12(2A) ke dalam Akta 101 untuk mengadakan peruntukan bagi pencarum yang telah diberhentikan atau bersara daripada perkhidmatan mempunyai pilihan untuk menyimpan apa-apa amaun yang ada dalam kredit akaunnya dalam Tabung Angkatan Tentera dan berhak untuk menerima kadar dividen bagi caruman yang disimpan dalam Tabung Angkatan Tentera di bawah Akta 101. Fasal 10 bertujuan untuk menggantikan seksyen 15 Akta 101 untuk memperluas kuasa LTAT atas nasihat yang diberikan oleh panel pelaburan untuk membuat pelaburan

berdasarkan peruntukan aset strategik atau strategic asset location dengan izin sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan. Fasal 11 bertujuan untuk memasukkan seksyen 24 dan seksyen 25 yang baharu ke dalam Akta 101. Seksyen baharu 24 yang dicadangkan bertujuan untuk memberi LTAT kuasa untuk memperbadankan suatu syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777], Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] dan apa-apa syarikat di bawah undang-undang bertulis yang berbidang kuasa asing untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang diluluskan atau diusahakan oleh LTAT bagi maksud Akta 101. Seksyen baharu 25 yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi hal keadaan yang membolehkan pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan, diberikan kepada LTAT.

Akhir sekali, fasal 12 bertujuan untuk meminda Jadual Kedua Akta 101 untuk memasukkan perenggan baharu 2A untuk membolehkan mesyuarat Panel Pelaburan dapat dipengerusikan oleh mana-mana anggota yang hadir dalam mesyuarat tersebut seandainya Pengerusi Panel Pelaburan tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Cadangan rang undang-undang ini membolehkan LTAT menambah baik dan memperkukuhkan empat aspek penting kepada anggota tentera dan juga LTAT dari segi: (i) protection for contributes iaitu perlindungan ke atas wang caruman anggota tentera; (ii) enhancement for social security iaitu meningkatkan perlindungan sekuriti sosial anggota tentera; (iii) better governance of Tabung Angkatan Tentera iaitu memperkukuhkan takbir urus LTAT; dan (iv) to ensure sustainability of dividend iaitu memastikan pengisytiharan dividen yang lestari kepada anggota tentera berdasarkan prestasi kewangan LTAT. Tuan Yang di-Pertua— oh! Sudah tukar Tuan Yang di-Pertua. Mohon maaf Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia ini. Ingin saya tegaskan Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 [Akta 101] ini adalah khusus untuk anggota tentera yang sedang berkhidmat selaku pencarum. Ia tidak ada kena mengena dengan hal ehwal veteran, tiada kena mengena dengan isu perolehan aset-aset tentera. Kalau hal ehwal veteran diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV). Manakala, perolehan aset- aset tentera di kendali oleh Kementerian Pertahanan. Jadi, tidak ada kena mengena isu keselamatan Laut China Selatan dan lain-lain. Dalam bahasa yang mudahnya. Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 [Akta 101] ini sama fungsinya dengan KWSP iaitu menyimpan wang bagi mereka yang masih bekerja. Maksudnya jika orang awam yang bekerja, mereka akan mencarum dengan KWSP. Manakala, bagi anggota tentera yang masih berkhidmat akan mencarum di dalam LTAT. Atas sebab itulah fokus cadangan pindaan Akta 101 adalah semata-mata untuk memastikan caruman anggota tentera adalah terjaga, terjamin dan selamat, insya-Allah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih, Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

Dato’ Sri Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I · Lipis

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Saya ada senarai pembahas. Pertama, saya beri Yang Berhormat Pasir Mas dahulu. Kemudian, yang kedua Yang Berhormat Port Dickson. Yang Berhormat Pasir Mas, lima minit. Yang Berhormat Port Dickson, 15 minit. Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Bukit Bendera. Jadi, saya mulakan dahulu dengan Yang Berhormat Pasir Mas.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Padang Serai bagi masuk sekali. Ini tentera, I bagi nama tidak keluar.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Silakan dahulu dengan Yang Berhormat Pasir Mas. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam senarai, saya nombor tiga rasanya. Nombor satu? Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesudian memberikan saya peluang untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022. Sebelum itu, saya ucapkan Selamat Hari Pahlawan 2022 kepada seluruh angkatan tentera, seluruh pahlawan negara yang telah dan sedang mempertahankan kedaulatan negara yang disambut pada 31 Julai 2022. Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta kali ini bertujuan untuk meminda Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Kita tahu bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah diamanahkan bagi menjaga pelaburan dan dana persaraan bagi bekas anggota tentera Malaysia. Saya berminat untuk mengajukan beberapa persoalan untuk tabung ini. Sempena dengan pindaan yang dibuat pada kali ini, saya turut mengalu-alukan pindaan yang dibuat untuk meneruskan ataupun lebih memastikan soal takbir urus yang lebih terjamin. Cuma Tuan Yang di-Pertua, beberapa perkara yang perlu untuk saya angkat dalam perbahasan ini antara lain ialah data yang wujud di dalam laman sesawang Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini memberikan gambaran bahawa pelaburan yang dilakukan oleh LTAT ini bernilai bilion ringgit dengan mempelbagaikan pelbagai aktiviti ekonomi sejak zaman dahulu. Saya percaya selaku syarikat korporat yang telah berkecimpung sejak sekian lama, pelbagai garis panduan telah dilaksanakan. Soalan saya ialah kerangka tadbir urus syariah yang telah diterapkan kepada semua institusi kewangan di negara kita telah pun ada dari sudut panduannya. Akan tetapi setakat manakah ia dilaksanakan dalam pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Saya mendapat maklumat bahawa kerangka tadbir urus ini belum diterapkan di dalam syarikat berkaitan dengan kerajaan termasuklah LTAT. Jadi, soalan saya ialah adakah LTAT akan melaksanakan kerangka ini bagi memastikan segala urusan dan pentadbiran lembaga akan berjalan mengikut landasan syariah yang sepatutnya. Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil maklum berkenaan dengan penjawat awam yang menikmati pembiayaan dari kerajaan jika mereka ingin menyambung pengajian mereka. Saya dapati LTAT selaku dana yang mempunyai keuntungan yang banyak, tiada insentif dilaksanakan bagi menjadi sumber alternatif membiayai anggota ATM untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Sehingga kini, kita tahu bahawa anak-anak anggota ATM boleh menikmati faedah menyambung pengajian melalui LTAT ini. Akan tetapi adakah anggota ATM itu sendiri dapat insentif daripada LTAT apabila mereka ingin menyambung pengajian? Hal ini kerana kita tahu bahawa soal pengajian ini merupakan soal yang sepanjang hayat. Dalam situasi pada hari ini, anggota tentera walaupun mungkin mereka sudah pun mempunyai tugasnya masing-masing tetapi bila mereka menyambung pengajian ia lebih lagi memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjadi anggota tentera yang mempunyai maklumat yang banyak dalam pelbagai disiplin ilmu.

Ini kerana kita tahu bahawa bagaimana dunia tanpa sempadan hari ini, anggota tentera walaupun mereka datang daripada pelbagai bidang pengajian yang berbeza, mereka boleh jika diberikan peluang untuk menyambung pengajian di dalam bidang- bidang yang lain dan lebih membentuk jati diri mereka. Saya juga ingin mengangkat semula teguran Audit Negara kepada LTAT pada sekitar dua tahun lepas. Yang mana pandangan Audit Negara terhadap Lembaga Ketua Audit Negara kepada LTAT, ada tujuh isu yang telah diangkat oleh Ketua Audit Negara pada masa itu. Saya ingin tahu apakah tindakan lanjut yang telah diambil oleh LTAT apabila telah ditegur oleh Jabatan Audit Negara ini. Di antara tujuh isu itu ialah pendapatan tertangguh telah terjejas akibat terlebih bayar dividen, pengisytiharan aset LTAT yang berlebihan. Ketiga, due diligence atau usaha wajar yang tidak dilaksanakan dengan betul. Keempat, aset harta yang tidak dijual. Kelima, risiko kebergantungan berlebihan dan kesukaran menjual balik saham sejak 2014. Keenam, dividen tertunggak dan yang ketujuh tiada kawalan dalam Unit Amanah Saham. Tujuh isu utama yang telah ditegur oleh Ketua Audit Negara terhadap LTAT sekitar pada tahun 2020 yang lepas. Apakah tindakan lanjut yang telah diambil oleh LTAT di dalam mendepani, menyantuni teguran daripada Ketua Audit Negara? Ini kerana kita tidak mahu duit anggota tentera kita diurus tadbir dengan cara seperti yang telah ditegur oleh Ketua Audit Negara ini. Kalau ia berlaku, ia amat menyedihkan. Mengakhiri ucapan saya ini, sempena bulan kemerdekaan, saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada semua anggota tentera dan semua pejuang kemerdekaan yang telah terkorban sepanjang negara kita berjuang mencapai kemerdekaan. Selamat Hari Kemerdekaan, Ogos 2022. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Port Dickson.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menubuhkan perbadanan dalam konteks ini boleh disokong. Akan tetapi dengan beberapa peringatan. Timbalan Menteri kurang jelas tentang peranan LTAT. Skopnya lebih luas. Sosioekonomi, kebajikan tentera veteran itu mencakup satu bidang yang cukup luas selain daripada faedah persaraan dan anuiti yang disebutkan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Sejak ditubuhkan pada tahun 1973, kerajaan memang memberikan tumpuan dan membantu. Saya sendiri semasa Menteri Kewangan, bila ada saham penyenaraian Bumiputera, LTAT diberi keutamaan. Koperasi Polis, Tabung Haji. Itu berbeza daripada pendekatan mantan Kementerian Kewangan sebelum saya— bukan Yang Berhormat Gua Musang— yang memberikan saham itu kepada individu-individu tertentu yang maha kaya. Saya alihkan dasar ini kebanyakannya kepada badan-badan yang mewakili ratusan ribu anggota termasuk LTAT. Akan tetapi, hajat saya bukan untuk faedah beberapa kerat tokoh-tokoh besar dalam tentera. Hasrat kita adalah membantu ratusan ribu orang veteran dan pesara yang hidupnya kalau sekarang 300,000 orang, lebih kurang dianggarkan, B50 ke bawah. Jadi, oleh yang demikian, saya hendak kepastian daripada kerajaan, khususnya Menteri Pertahanan. Ini kerana, di antara kerosakan yang berlaku dalam LTAT ialah kerana campur tangan politik. Menteri Pertahanan, Perdana Menteri sibuk cari harta, wang, syarikat, kontrak untuk kepentingan mereka sehingga mengorbankan kepentingan LTAT dan dengan itu juga pesara dan kebajikan tentera keseluruhannya. Jadi, bila bicara soal perbadanan, kita kena tahu kerugian bersih tahun 2019 ini di antara tertinggi dalam penyenaraian kumpulan syarikat-syarikat lainnya. Sebanyak RM808 juta kerugian. Peningkatan kerugian sebanyak 378 peratus. Apakah sebab COVID-19 atau ekonomi yang merudum? Ada kebenarannya. Akan tetapi, sebab ini berlarutan.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Disebut juga dalam kenyataan, ulasan dalam Laporan Tahunan 2019, di antara sebabnya adalah kerugian ditanggung oleh Boustead Naval Shipyard, Iraq Properties dan Boustead Heavy Industries. Kalau kita tahu dalam perbahasan di Parlimen, itu Boustead Naval Shipyard itu terkait dengan banyak kerosakan, banyak kes ketirisan dan rasuah yang melibatkan tokoh-tokoh besar. Oleh sebab itu, saya tekankan peringatan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang akan diperbadankan, mesti mula merasa cukup bertanggungjawab. Veteran terpaksa berdemo, berpiket termasuk kesatuan kakitangan. Kerana apa? Kesal dengan apa layanan yang diberikan ke atas mereka. Jawapan kerajaan apa? Oh! Ini sedang diperhatikan ataupun sikit-sikit boleh diberikan. Soal yang saya tekankan ini ialah saham Bumiputera yang diberikan, semasa saya pun, ratusan juta ringgit. Syarikat-syarikat dan kontrak besar diberikan kepada mereka. Jadi, soal pengurusan, tahap pengurusan, governance itu mesti dibetulkan. Bukan menggunakan kedudukan di kementerian, kedudukan politik dan kroni mereka untuk memperalatkan LTAT dan sekarang dengan perbadanan untuk mencari keuntungan dan laba untuk mereka. Ini prinsip yang sangat perlu kita tekankan. Saya ucap terima kasih kerana Ketua Eksekutif yang baharu nampak menegaskan hal ini dengan cukup tegas.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Minta laluan.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

[Bangun]

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Biar saya habis. Beliau menyebut kerangka dan perancangan strategik yang baharu. Maknanya dengan sendiri mengaku bahawa perancangan lapuk yang lama, kesalahan-kesalahan lampau yang tidak disiasat oleh SPRM dan tidak ada tindakan oleh badan-badan penguat kuasa dan tidak ada teguran oleh Menteri Pertahanan demi Menteri Pertahanan yang menyebabkan keadaan begitu rosak sehingga sekarang. Jadi, kita harap ada pemantauan teliti terhadap apa yang dilakukan oleh Ketua Eksekutif yang baharu yang memberikan pengakuan hal ini akan dibetulkan.

Datuk Dr. Hasan bin BahromAMANAH · PHTampin

Minta laluan.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Yang Berhormat Port Dickson.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sila, Yang Berhormat Setiawangsa.

Tuan Nik Nazmi bin Nik AhmadPKR · PHSetiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Setiawangsa ingin bertanya kepada Yang Berhormat Port Dickson, apakah pandangan— sebagaimana yang diakui oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, saiz assets under management (AUM) LTAT amat kecil relatif berbanding KWSP, PNB dan Tabung Haji. Adakah LTAT ini masih perlu wujud secara sendiri ataupun boleh digabungkan misalnya dengan KWAP supaya saiz tabungan menjadi lebih besar dan kompetitif di pasaran? Memandangkan kita lihat kecenderungan bila LTAT wujud bersendirian, sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson, ada tendency, dengan izin, untuk mengisi jawatan-jawatan syarikat-syarikat LTAT ini dengan orang-orang politik yang menjejaskan fungsi hakiki LTAT.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Seandainya LTAT yang diperbadankan ini menjalankan urusan mereka dengan telus, dengan prinsip governance yang tepat, saya fikir boleh diteruskan dan tentunya keupayaan ia lebih besar daripada sekarang kerana ia tidak bergantung kepada caruman. Ia bergantung juga, macam saya sebutkan tadi, ratusan juta ringgit yang saya luluskan dahulu itu. Itu bukan untuk pesara-pesara yang tinggi-tinggi. Ianya untuk veteran,

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

untuk pesara di peringkat paling rendah yang miskin, yang dapat kebajikan tetapi tidak setimpal dengan bilion ringgit yang diperolehi oleh mereka. Kemudian, kerajaan terus memberikan kontrak-kontrak besar kerana memikirkan faedah kepada pesara tentera yang sekarang ini sangat kesal kerana layanan yang cukup lembap terhadap mereka. Jadi, sementara boleh dikaji pandangan Yang Berhormat Setiawangsa, saya berpendapat masih ada ruang kerana LTAT ini dikhususkan sebagai satu perbadanan seperti juga Tabung Haji untuk jemaah, maka LTAT ini diperuntukkan kuasa untuk mengawal kepentingan dan kebajikan tentera. Ini yang saya fikirkan kadang-kadang dilupakan oleh pengurus-pengurus besar. Saya juga bertemu mereka di dalam dan luar negara. Saya lihat kecenderungan untuk mengamalkan satu budaya yang boros yang tidak memikirkan kepentingan peringkat bawahan itu berlaku. Oleh sebab itu, hal ini perlu kita tekankan dengan begitu tegas sekali. Sekarang ini kita dapati walaupun ada percubaan daripada Timbalan Menteri mengatakan tidak terkait, ia terkait kerana Kementerian Pertahanan itu satu pihak. Diwujudkan LTAT pada tahun 1973 itu khusus untuk menjaga kebajikan tetapi kalau pengawasan daripada kementerian sendiri lembap dan ada unsur-unsur di Kementerian Pertahanan itu mengaut keuntungan, sama ada daripada syarikat-syarikat LTAT ataupun daripada kontrak-kontrak, maka kebajikan sosioekonomi yang disebutkan untuk pesara itu tidak dapat ditunaikan seperti mana yang dijanjikan. Sekarang antara tuntutannya ialah tidak ada pencen dan layanan terhadap orang yang bersara, tamat perkhidmatan, kurang daripada 21 tahun. Saya hendak tegaskan di sini, kita patut lihat kesnya. Jadi, jangan borong menolak mereka yang mungkin jumlahnya saya fikir lebih daripada 8,000 atau lebih, saya kurang pasti. Akan tetapi kalau itu ditekankan, diputuskan sedemikian, ia akan membebankan mereka walaupun kesalahan kadang-kadang mungkin kecil. Kalau kesalahan yang besar, saya percaya pasukan tentera itu selalunya memperkenalkan peraturan yang lebih ketat daripada biasa. Jadi, saya ingin kemukakan apa yang telah dikemukakan oleh Kesatuan Kakitangan LTAT dan juga veteran tentera yang berpiket ataupun berhimpun dalam reunion tentera baru-baru ini. Mereka tekankan sekali lagi dan saya menegaskan, ini bukan jumlah yang kecil. Bila veteran tentera itu mula melahirkan rasa kecewa dan kesal, saya tidak fikir wajar untuk kementerian atau Menteri mengatakan bahawa mereka sudah lakukan yang sebaiknya dan sudah ada dialog tetapi tidak memuaskan. Begitu juga dengan pihak LTAT yang telah mengadakan beberapa dialog tetapi tidak memenuhi tuntutan mereka.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

Jadi satu persoalan lain yang dibangkitkan ialah penjelasan daripada pihak kementerian khususnya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang kewajaran LTAT menyimpan dana di pusat persisiran luar (offshore). Saya hendak tegaskan sama ada ini ada berlaku. Kalau ada berlaku, apakah tindakan terhadap- bagi saya satu keterlanjuran dan kesalahan kerana sepatutnya kita manfaatkan dana yang ada untuk melabur di dalam negara. Kalau tidak, kita sama-samalah dalam satu bakul seperti Pandora Papers. Saya percaya hal-hal keterlanjuran yang berlaku dalam LTAT ini seperti juga Pandora Papers dan rasuah skala besar yang lain kurang diberikan tumpuan, kurang diberi siasatan. Mengapa saya sebut tentang keterlanjuran dalam soal ini kerana kita lihat sekarang ini betul-betul ada kontradiksi antara kelompok yang telah mengaut kekayaan dari satu tabung yang diasaskan dan dikembangkan dan didukung untuk membantu pesara miskin tetapi telah melakukan kesilapan-kesilapan ini. Jadi kita kena pastikan siasatan diteruskan. Jika tidak Tuan Pengerusi, apa yang akan berlaku ialah kita hanya buka lembaran baharu dan tutup sahaja kes-kes yang lama. Apa yang disebut oleh Ketua Eksekutif ini apabila saya membaca, ada kebijaksanaannya saya harus akui. Akan tetapi apakah akan berlaku, apakah ada pengawasan yang teliti dalam hal ini? Apakah dapat dipastikan ketelanjuran ini tidak diteruskan? Kedua, apakah beliau

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPort Dickson

diberikan mandat untuk membetulkan kesilapan lama termasuk rasuah, penyelewengan dan keterlanjuran yang telah berlaku selama ini? Saya ingin sebut hal ini Tuan Pengerusi, kalau kita abaikannya ini, maknanya puluhan atau ratusan juta yang sudah terkeluar, termasuk yang disebutkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya dua tahun yang lalu, akan menyebabkan pesara yang peringkat rendah B40 menjadi mangsa. Tidak ada saya dengar pun perhatian dalam apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang badan ini ditubuhkan khusus tahun 1973. Kalau dibaca ucapan Yang Berhormat Menteri tatkala membentangkan pertubuhan Lembaga Tabung Angkatan Tentera itu khusus, inilah cara kita hendak membela pesara, pasukan tentera yang berjasa, berkorban dan lain-lain. Akan tetapi apa yang berlaku, walaupun tidak dapat nafikan ada kebajikan yang sedikit tetapi kalau lihat daripada jumlah yang diperuntukkan bagi kelompok-kelompok yang besar dan tertentu, itu saya ingat amat berlebihan. Jadi saya mahu sementara kita menyokong inisiatif memperbadankan tetapi kita harus belajar banyak kerosakan yang berlaku, banyak kecurangan yang berlaku daripada perbadanan itu sendiri. Jadi, perbadanan ini jangan ikut Parkinson’s Law. Ada problem, set up a new committee, ada problem set up a new corporation. Problemnya ialah problem pengurusan, problem governance, maka harus dibetulkan dalam semangat yang sedemikian. Jadi saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak. Lima minit.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak membahaskan satu isu sahaja. Banyak benda boleh cakap berkenaan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini, iaitu berkaitan dengan kelemahan pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera menjaga kebajikan bekas-bekas tentera. Saya sudah berkecimpung dengan kumpulan masyarakat ini, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) ini. Tiap-tiap kali datang mengadu kepada saya tidak ada pekerjaan, tidak ada apa yang dapat dibuat, pendapatan tiada, minta tolong saya buatkan rumah. Rumah orang miskin pun jadilah dan minta saya carikan tanah, luluskan tanah untuk mereka berusaha. Ini situasi yang telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu sehingga hari ini. So the point is, apa yang LTAT buat? Sebagaimana you kata, Yang Berhormat Port Dickson tadi, iaitu LTAT ditubuhkan untuk menjaga kebajikan bekas-bekas tentera. Bukan setakat mencapai ataupun hasilkan dividen yang boleh diagih-agihkan. Itu pun okey. Akan tetapi yang penting ialah menjaga kebajikan tentera, terutama bagi mereka yang telah bersara, menjadi kumpulan B40 dan masuk dalam kategori miskin. Tidak berasa bersalah kah, LTAT? Pengurusan LTAT? Kementerian Pertahanan tidak lihat ke? Bertukar Menteri daripada satu Menteri kepada satu Menteri tetapi “pi mai, pi mai dok tang tu juga!” Kalau bahasa Jawa disebut, “merono, merene, segantang garam, segantang sahaja tidak tambah-tambah”. Saya bukan orang Jawa. Orang lain ada Jawa. [Ketawa]

Parti Yang Berhormat juga itu. Parti sama.

No, saya very open. Benda yang betul saya sokong. Benda yang tidak betul saya tidak sokong. I don’t care. Whether it’s from the government, kerajaan ataupun daripada pembangkang. You are right, you are right. Semata-mata dia member you, kerajaan you, geng you, all semua

okey. Rasuah, okey. Penyalahgunaan kuasa, okey. Tidak jaga kebajikan your stakeholders also, okey. Di mana kebertanggungjawaban kita sebagai wakil rakyat? Malulah sikit! Rakyat sudah bagi mandat, bagi kuasa, bagi jawatan, bagi segala-galanya tetapi mereka yang berkenan kelompok. Bekas tentera ini, terus miskin. Guna perkataan Yang Berhormat Port Dickson masa pemuda dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Ketawa]

“Yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya. Yang miskin papa kedana.” [Ketawa] Ingat, saya ingat lagi itu. Itu sebab saya sokong dia dahulu. Dahulu lah, dahulu. Sekarang ini tidak sokonglah pasal dia kadang-kadang cakap lain, buat lain. [Ketawa]

Benda baik kena sokong.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan Datuk, Yang Berhormat tidak sokong. [Ketawa]

Apa dia? Yang Berhormat Bagan Datuk kalau tidak betul, saya tegur! You know that! You have seen my act! You know! Show me you are right, I will support you. Jadi itu sahaja saya hendak tegaskan. LTAT ada tabung RM10 bilion. Do you know what RM10 billion can do? Kalau you bagi kepada Ah Lai kah, ‘Lim Kit malam’ kah, bukan Lim Kit Siang, ‘Lam Kit Malam’. [Ketawa] RM10 billion they can menjana hundred billion. You know. Akan tetapi pengurusan kita, RM10 billion remains RM10 billion, RM1 million remains RM1 million. RM10 billion, Lembaga Tabung Angkatan Tentera can do wonders to help bekas-bekas tentera dia. Wujudkan peluang keusahawanan, enterprise, small enterprise, medium enterprise, full production, chicken farm, bela lembu, bela rusa dan bela ikan. Tidak boleh buat? It’s simple what. Jadi, saya rasa Tuan Speaker...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Rumuskan Yang Berhormat.

...LTAT, apa? Lembaga Tabung.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Angkatan Tentera.

Kena rombak sedikit. The psychology, the mind, the culture, the attitude, change. Jangan duduk di situ kira makan gaji sahaja. Setiap hujung bulan ambil gaji, ambil gaji dan ambil gaji. Mesti ada semangat perjuangan. Ya, betul. That’s why I’m still here. Even though I’m— samalah dengan Yang Berhormat Port Dickson pun. Sudah 70 lebih. We ought to be retired sudah. [Ketawa] Selagi dia tidak retire, saya pun tidak retire.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Yang Berhormat Port Dickson hendak jadi Perdana Menteri.

Saya pun nak jadi juga kalau boleh. [Ketawa] Apa? Ingat dia hebat sangat?

Jadi duta pun tidak lepas.

We all studied together in the University of Malaya, you know?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Baik, Yang Berhormat Pasir Salak.

Dia hebat dalam fakulti dia. Saya hebat dalam fakulti saya. Economics, you know. I’m an economic graduate. What do you think?

Rugi tidak jadi duta ini. Malu kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey, Yang Berhormat Pasir Salak, baik.

Saya hendak balik kampung. Saya hendak jadi Ketua Kampung. Akan tetapi, bukan sebarang Ketua Kampung, you know? Perjuangan akan diteruskan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Seremban.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua ini, saya baca huraian dia. Huraian mengatakan tujuan utama pindaan ini antara lain untuk meluaskan skop pelaburan lembaga kuasa untuk memperbadankan syarikat sebagai tambahan kepada kuasa sedia ada untuk menubuhkan perbadanan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa salah satu matlamat utama yang telah untuk menggalakkan good governance dalam LTAT. Saya hendak tanya apakah jaminan selepas pindaan ini bahawa terdapat good governance di dalam LTAT dan bagaimana untuk memastikan supaya tidak ada campur tangan politik dalam pengurusan LTAT ini. Kebetulan Tuan Yang di-Pertua pada hari ini, pada pagi ini PAC membentangkan laporan berkenaan dengan projek AES. Saya hendak baca satu perenggan dalam lampiran kepada laporan ini. Lampiran laporan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang yang mengatakan terdapat dalam laporan ini, muka surat 26. Terdapat beberapa siri perbincangan telah dibuat untuk menyelesaikan isu AES ini. Satu perbincangan telah diadakan di MOF pada 3 September 2014 mengenai penyelesaian pengambilalihan AES. Perbincangan berkenaan telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan II dan Menteri Pengangkutan yang pada ketika itu disandang oleh Yang Berhormat Sembrong. Perbincangan ini tidak mempunyai minit mesyuarat dan memutuskan supaya LTAT mengkaji cadangan pengambilalihan AES. Berdasarkan mesyuarat panel pelaburan LTAT, cadangan supaya LTAT mengambil alih— walaupun dipadamkan di sini dalam priority, mengambil alih syarikat Beta Tegap dan ATES adalah daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Pekan pada ketika itu yang berpandangan bahawa LTAT adalah sebuah Government-Linked Investment Company (GLIC) dan lebih diterima oleh rakyat berbanding sekiranya syarikat MKD mengambil alih kedua-dua syarikat itu yang boleh menyebabkan kerajaan dituduh cuba melaksanakan bailout. Kalau MKD ambil alih, bailout. LTAT bukan bailout? Jadi, apa yang laporan ini merumuskan ialah bahawa terdapat campur tangan politik di peringkat yang tertinggi oleh Yang Berhormat Pekan pada ketika itu sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya menggunakan dana LTAT untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kerajaan. Saya tahu bab ini Yang Berhormat Timbalan Menteri sebab pada ketika saya menjadi Menteri Pengangkutan, saya yang

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

mencadangkan supaya bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini sebab kita tahu LTAT dimangsakan. Kerajaan pada ketika itu Perdana Menteri Yang Berhormat Pekan menggunakan LTAT untuk membayar RM555 juta kepada dua syarikat kroni ini yang sudah mengambil wang itu tanpa apa-apa aset yang ditinggalkan untuk LTAT. Apa aset dia ada? Sebanyak 45 buah kamera AES. Satu kontrak yang tinggal tiga tahun untuk mengutip saman tetapi penuh dengan masalah, ada implikasi perundangan, tidak boleh kutip saman dan sebagainya. Apabila Pakatan Harapan ambil alih, saya sebagai Menteri Pengangkutan mencadangkan supaya kerajaan bayar balik RM555 juta kepada LTAT dan kita tamatkan kontrak itu supaya kerajaan ambil alih projek AES ini dan batalkan semua saman kepada semua yang menerima saman itu yang bernilai RM435 juta. [Tepuk] Lebih 4 juta saman yang kita batalkan. Pokoknya Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya hendak katakan ini ialah bahawa LTAT ini telah dijadikan alat politik oleh pentadbiran terdahulu. Dijadikan alat untuk menyelamatkan masalah-masalah projek yang membelenggu kerajaan. Saya berharap dan saya menyeru setiap anggota tentera di negara ini dan setiap veteran bacalah laporan PAC pada hari ini. Baca setiap muka surat dan boleh rumuskan pentadbiran mana yang menggadaikan kepentingan LTAT, pentadbiran mana yang menyelamatkan kepentingan LTAT. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Menteri Pengangkutan DAP yang selalu dimomok-momokkan oleh pihak sana kononnya kita anti-Melayu, yang mencadangkan RM555 juta dibagi balik kepada LTAT, disokong oleh Yang Berhormat Kota Raja. [Tepuk] Kalau tanpa keputusan daripada Kerajaan Pakatan Harapan, RM555 juta ini telah hangus dan para tentera akan...

Minta laluan Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

...menghadapi masalah.

Saya ada satu persoalan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Sila.

Kita lihat kelmarin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mempengerusikan satu kempen permulaan persediaan jentera kempen di Selangor, di mana salah satu perkara yang telah diucapkan oleh beliau adalah Ahli-ahli Parlimen atau Menteri-menteri DAP yang mengganggu ataupun yang boleh menggugat kestabilan politik di negara kita dan mungkin juga boleh menggadaikan hak orang-orang Melayu. Apakah pendapat Yang Berhormat berkenaan kenyataan ini?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ya, betul memang kita menggugat kestabilan politik UMNO kerana kita bertindak atas kepentingan semua termasuk Melayu, termasuk Bumiputera, termasuk anggota tentera, termasuk institusi-institusi yang penting dalam negara ini iaitu LTAT. Ini rekod LTAT bukan sahaja AES kita selamatkan RM555 juta untuk LTAT. Satu lagi projek iaitu Projek KVDT2 yang kita batalkan projek itu kerana ada kesangsian terhadap projek itu tetapi sebab ada penglibatan LTAT, kerajaan Pakatan Harapan kita bincang balik, runding balik, kita kembalikan projek itu kepada Syarikat Dhaya Maju (DMIA) LTAT untuk Projek Landasan Berkembar KVDT2. Selepas kita jatuh, siapa yang batalkan projek itu? Yang Berhormat Ayer Hitam, Menteri Pengangkutan daripada MCA yang membelakangkan kepentingan LTAT, batalkan projek itu.

MCA. Apalah MCA ini.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Sampai hari ini belum selesai. Jadi boleh rumuskan siapa yang menggadaikan prinsip LTAT, siapa yang mempertahankan kepentingan LTAT. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Mana Menteri? Mana Menteri?

Sepatutnya Menteri datang, Timbalan tidak cukup ‘umph’. [Ketawa]

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Speaker yang memberikan saya kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 ini di mana dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang telah pun mengemukakan usul pindaan rang undang-undang ini di mana usul pindaan ini paling akhir yang pernah dibuat adalah pada 1 November tahun 2017. Kita memahami roh ataupun semangat di dalam cadangan pindaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperkasakan lagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera dalam hasrat dan niat ia ditubuhkan bagi memberi satu jaminan kebajikan dan pemeliharaan kepada kepentingan sosial terutamanya angkatan-angkatan tentera kita sama ada yang masih bertugas ataupun yang telah bersara. Jadi, dalam hal ini kalau kita melihat rumusan daripada apa yang telah dirangkakan di dalam cadangan pindaan rang undang-undang ini ia lebih menumpukan kepada peningkatan urus tadbir yang terbaik, dan juga pengurusan terhadap keupayaan bagi mendapatkan sumber-sumber yang lebih ke dalam pendapatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera untuk disampaikan dan diberikan manfaat atau faedahnya itu kepada angkatan tentera yang menjadi pencarum kepada tabung tersebut.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Jadi dalam hal ini, kalau kita lihat tadi Yang Berhormat Menteri telah pun menjelaskan kepada kita tentang nilai tabungan dan juga jumlah pencarum yang begitu ramai melebihi 119,000 orang pencarum daripada angkatan tentera, telah menunjukkan bahawa Tabung Angkatan Tentera ini adalah merupakan salah satu badan yang amat penting dalam urusan untuk menjaga kebajikan dan pembangunan kepada angkatan tentera kita yang ada di negara kita ini. Jadi untuk tujuan tersebut, setelah 50 tahun Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini telah ditubuhkan dan kita melihat banyak perkara telah pun dilaksanakan. Namun begitu, apa yang boleh kita simpulkan di sini juga bahawa kelebihan-kelebihan yang dinikmati oleh angkatan tentera kita juga ditingkatkan dari semasa ke semasa. Justeru dengan itu, kita menyokong terhadap cadangan pindaan rang undang-undang ini kerana dalam cadangan pindaan ini telah pun menetapkan bahawa beberapa fleksibiliti yang dapat dikecapi oleh angkatan-angkatan tentera kita yang mencarum di dalam Tabung Angkatan Tentera ini. Di antaranya ialah meningkatkan jumlah nilai caruman mengikut keupayaan pendapatan ataupun gaji angkatan tentera sendiri, yang mana ini memberi peluang kepada mereka untuk menabung dalam jumlah yang lebih daripada apa yang mereka perlukan. Begitu juga dengan kalau kita melihat daripada segi manfaat-manfaat lain, terdapat banyak perkara yang telah pun digariskan terlebih dahulu. Kalau kita melihat di sini di antaranya ialah perkara yang berkaitan dengan pengeluaran pinjaman perumahan, pengeluaran kematian dan hilang upaya, pengeluaran bagi kepada ibadah haji dan pendidikan. Ini adalah antara perkara yang ditawarkan oleh Tabung Angkatan Tentera kepada pencarum-pencarum. Namun begitu, saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri dan juga Lembaga Tabung Angkatan Tentera, bahawa ada banyak perkara lagi yang boleh diterokai oleh Tabung Angkatan Tentera untuk memberikan manfaat kepada angkatan

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

tentera kita. Di antaranya ialah berkaitan dengan kemudahan untuk mendapatkan pengeluaran bagi tujuan pembelian rumah, umpamanya. Dalam hal ini kalau kita melihat, pencarum-pencarum boleh mengeluarkan 40 peratus daripada nilai simpanannya bagi membeli rumah ataupun 10 peratus daripada kos harta tersebut. Dalam hal ini kalau kita kaji secara teliti, kita akan mendapati bahawa kalaulah simpanan itu ada lebih kurang RM100,000, maka 10 peratus cuma RM10,000. Kalaulah harga rumah itu RM100,000, maka pencarum boleh mengeluarkan sebanyak RM40,000. Jadi, jumlah yang dikeluarkan itu masih belum mencukupi untuk membolehkan pencarum yang terdiri daripada angkatan tentera kita untuk mereka membuat pembelian rumah yang berkenaan. Justeru dengan sebab itu, dalam hal kebajikan daripada segi membeli rumah, saya ingin mencadangkan kepada pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera supaya meneroka sedikit lagi perkara ini dalam cara menawarkan Skim Rent-to-Own kepada angkatan tentera yang menjadi pencarum. Jadi dalam hal ini, dengan simpanan ataupun perolehan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang begitu banyak, mungkin sebahagiannya boleh digunakan untuk menjalankan atau melaksanakan Skim Rent-to- Own kepada pencarum-pencarum di mana mereka tidak perlu mengeluarkan jumlah simpanan secara pukal yang agak banyak. Akan tetapi mereka boleh membayar pembelian rumah itu dengan secara konsep rent-to-own. Ini memungkinkan angkatan tentera kita akan memiliki rumah mereka sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Begitu juga saya ingin menyebutkan di sini bahawa, oleh sebab sekarang ini kita melihat kos membiayai urusan perubatan kesihatan begitu tinggi dan tentera tidak mempunyai jumlah hospital yang mencukupi sebenarnya dan jarak yang begitu jauh, terutamanya kalau kita melihat contohnya di utara tidak ada hospital melainkan satu hospital kecil di Sungai Petani tetapi hospital yang besarnya di Lumut. Maka urusan untuk sampai mendapatkan rawatan di Lumut itu sendiri pun sudah begitu jauh, memerlukan kos yang begitu tinggi dan sebagainya. Jadi dalam hal ini, kalaulah Lembaga Tabung Angkatan Tentera mewujudkan satu skim pembiayaan khas yang merupakan bantuan skim insurans percuma kepada pencarum-pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera, yang mana insurans ini lebih bersifat insurans kesihatan. Jadi, apabila pencarum-pencarum ini yang mencarum memberikan satu sumber dana kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera melalui perolehan keuntungan pelaburan dana ini, maka sebahagiannya kalau boleh difikirkan, berilah secara percuma satu skim insurans kepada angkatan tentera dan juga pesara-pesara angkatan tentera bagi mendapatkan rawatan kesihatan dengan pembiayaan insurans di hospital-hospital swasta dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Masa sudah tamat Yang Berhormat.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Moga-moga dengan cara ini, ramai pesara kita daripada angkatan tentera yang memerlukan rawatan khidmat kesihatan ini, akan dapat menjalani satu kesejahteraan dalam kehidupan mereka apabila Lembaga Tabung Angkatan Tentera menjadi tempat harapan mereka untuk mendapatkan bantuan apabila Tabung Angkatan Tentera menyediakan insurans percuma kepada pencarum-pencarum tersebut.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Haji Shabudin bin YahayaUMNO · BNTasek Gelugor

Sebenarnya banyak lagi tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyokong cadangan pindaan Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera [Akta 101]. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pokok Sena. Lima minit.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, cadangan pindaan Akta 101 ini, antara isunya ialah untuk kerajaan memperkenalkan jaminan kerajaan dalam usaha untuk melindungi simpanan ataupun caruman ahli-ahli iaitu daripada kalangan anggota pasukan tentera. Ini satu yang baiklah bagi saya. Ia diselaraskan seperti mana yang wujud di dalam KWSP. Akan tetapi ada satu perkara yang saya hendak mohon supaya, apa jaminan khususnya daripada pihak kementerian apabila jaminan kerajaan, maka Ahli Lembaga Pengarah dan juga panel pelaburan dan juga pengurusan ini, mereka tidak akan melakukan sesuatu yang menyebabkan mereka leka ataupun cuai dan membuat langkah- langkah dan tindakan-tindakan yang akan mendatangkan keburukan kepada LTAT itu sendiri. Akhirnya, menjejaskan keuntungan pendapatan yang sepatutnya diperoleh oleh pencarum-pencarum. Seperti yang kita lihat apa yang disebut oleh rakan saya daripada Yang Berhormat Seremban tadi dalam buku Laporan PAC ini, [Membaca senaskhah dokumen] yang menunjukkan bagaimana keputusan yang diambil oleh kerajaan, memihak kepada syarikat konsesi. Bukan memihak kepada LTAT yang melabur dengan begitu besar. Jadi ini sesuatu yang seharusnya dilihat kembali. Ini disebabkan saya lihat dalam LTAT ini, saya rasa ada satu kekurangan sebab tentera itu sendiri tidak ada kesatuan sekerja. Mereka tidak ada kesatuan sekerja. Oleh sebab itu kita lihat dalam KWSP, Lembaga KWSP itu ada wakil daripada KWSP yang akan bercakap bagi pihak pencarum-pencarum iaitu daripada MTUC dan juga daripada CUEPACS yang akan bercakap bagi pihak pencarum untuk mempertahankan kepentingan pencarum.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

Ini adalah untuk mereka memantau supaya tengok berlaku penyelewengan dan pengabaian terhadap kepentingan untuk kita memperolehi dan meningkatkan dividen bagi diperolehi kepada pihak pencarum itu sendiri. Akan tetapi, dalam LTAT tidak ada wakil yang benar-benar— kalau ada pun kita lihat pengerusinya ialah seorang pesara, bekas pegawai tinggi tentera, kemudian Panglima Angkatan Tentera, Timbalan Panglima Angkatan Tentera. Kemudian Panglima Navy. Itu sahaja yang kalau hendak dilihat sebagai mewakili tentera. Akan tetapi mereka ini pihak atasan yang sudah tentu terdedah kepada campur tangan daripada pihak kepentingan politik. Ini seharusnya dilihat semula. Kalaupun tidak ada kesatuan sekerja yang boleh mewakili angkatan tentera, tapi setidak-tidaknya bagi saya bahawa kita boleh manfaatkan sepertimana CUEPACS dan sebagainya untuk mewakili bagi menjaga kepentingan golongan pekerja ataupun MTUC untuk mewakili, duduk dalam lembaga itu sendiri bagi mewakili kepentingan pekerja. Kalau lantikan politik daripada UMNO pun kita boleh bagi, jadi apa masalah untuk melantik daripada kesatuan sekerja ataupun dari atas nama persatuan pesara yang sah, yang rasmi untuk mewakili tentera ini bagi bercakap bagi pihak-pihak mereka. Ini kerana kalau kita lihat kadang-kadang kita lebih banyak untuk lantikan politik daripada UMNO sehingga apabila berlaku krisis politik, ada seorang LTAT meletakkan jawatan. Oleh sebab apa? Ini adalah kerana dia kata dia patuh kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO menarik sokongan terhadap Yang Berhormat Pagoh sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu. Jadi, dia letak jawatan. Ini bermakna bahawa dia betul-betul sah, bukan kerana kemahiran kepakarannya, tetapi kerana politik. Akhirnya dia membawa misi UMNO

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

kepentingan politik UMNO, bukan lagi membawa kepentingan kepada angkatan tentera itu sendiri. Jadi, ini yang harus dilihat kembali oleh pihak kerajaan. Kedua ialah kita juga harus mengambil kira soal kakitangan di LTAT yang hendak menguruskan kepentingan LTAT, menguruskan caruman anggota tentera ini sehingga berlaku krisis piket baru-baru ini. Ini adalah kerana kegagalan pihak pengurusan. Bagi saya juga pihak lembaga untuk melihat masalah tuntutan mereka terhadap penyelarasan skim gaji dan skim perkhidmatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang mereka tuntut. Kenapakah sehingga kita tidak dapat hendak berbincang sehingga akhirnya mereka keluar untuk berpiket bagi menuntut hak mereka? Sedangkan mereka ialah bertugas untuk menjaga kepentingan LTAT itu sendiri. Jadi, saya mohon bahawa kerajaan seharusnya mempercepatkan penyelesaian terhadap tuntutan yang dibuat oleh kakitangan berkaitan dengan penyelarasan gaji ini, insya-Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya sertai perbahasan Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022. Tuan Yang di-Pertua, RUU ini dirangka untuk menjamin pulangan yang mampan dan kompetitif kepada pencarumnya yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia demi kepentingan pencarum. Pendekatan yang dirangka bagi memastikan pelaburan dijalankan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, memberi pulangan dividen yang lebih kompetitif dan mampan kepada pencarum adalah strategi yang berdasarkan kerangka alokasi dan aset strategi atau difahamkan sebagai SAA serta polisi pelaburan. Strategi ini yang sudah dilaksanakan di Tabung Haji yang menjadi bantuan sebagai rangka kerja pelaburan yang terdiri daripada empat teras aset utama seperti ekuiti, pendapatan tetap, hartanah dan tunai. SAA adalah penting untuk memastikan objektif dan pulangan dicapai pada tahap risiko yang berpatutan. SAA harus dikaji secara berkala bagi mengukuhkan strategi pelaburan. Saya minta Yang Berhormat Menteri menetapkan bahawa SAA akan dikaji semula jika ini adalah diguna pakai setiap tahun oleh sebab perubahan ekonomi dan teknologi terlalu pantas dan SAA harus mencerminkan perkembangan terkini. Terdapat dua lagi perkara dalam RUU ini digubal demi kepentingan pencarum. Pertama, memberikan fleksibiliti supaya pencarum tentera boleh memilih untuk meningkatkan kadar caruman share pekerja atau individu lebih daripada 10 peratus. Kedua, membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka setelah bersara dengan baki yang masih tersimpan dalam akaun LTAT layak menerima dividen. RUU ini juga mewujudkan peruntukan seksyen baharu bagi mendapatkan jaminan kerajaan ke atas simpanan persaraan pencarum Tabung Angkatan Tentera. Walaupun polisi seperti SAA yang dirangka itu adalah yang terbaik, namun ia bukan jaminan tidak akan berlakunya kegagalan menyebabkan Tabung Angkatan Tentera rugi besar. Bagi mengelakkan risiko kerugian besar, anggota LTAT serta anggota panel pelaburan yang dipilih mesti memiliki integriti, kredibiliti dan kecekapan yang tinggi sama seperti syarikat-syarikat, koperasi-koperasi dan tabung-tabung lain. Walaupun fasal 3 dan subfasal 4(b) menyatakan “...mengadakan peruntukan bagi kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh Menteri dalam menentukan orang yang layak dan sesuai untuk dilantik sebagai anggota Panel Pelaburan...”. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menambahbaikkan kriteria pemilihan individu yang menganggotai lembaga dan Panel Pelaburan sepertimana ketetapan yang digariskan Bursa Malaysia yang wajib dipatuhi oleh semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia memerlukan jawatankuasa pencalonan atau nomination committee dengan izin untuk mencalonkan individu yang fit and proper dengan izin untuk menganggotai lembaga pengarah. Antara ciri-ciri yang digariskan ialah: (i) watak dan integriti; (ii) pengalaman dan kecekapan; dan (iii) mempunyai masa dan komitmen untuk menjalankan tugasnya. Sehubungan itu terma rujukan (terms of reference) dengan izin bagi jawatankuasa pelaburan atau Panel Pelaburan yang jelas harus ditetapkan dan dikaji secara berkala. Akhirnya audit dalaman juga memainkan peranan pencegahan dan kawalan yang penting bagi memastikan semua yang dilantik dalam LTAT serta semua jawatankuasa atau panel akan mematuhi undang-undang kecil serta polisi-polisi yang ditetapkan oleh LTAT dan Akta Tabung Angkatan Tentera dan undang-undang berkait supaya Tabung Angkatan Tentera akan diurus tadbir dengan baik setiap masa dan tiada keperluan bagi kerajaan menyelamatkan tabung ini pada masa akan datang. Tebrau sedia menyokong RUU ini sekiranya Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan memuaskan pada soalan-soalan yang dibawa oleh saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tangga Batu.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang diberi bahagian dalam berbahas bagi pindaan 12 fasal dalam Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 [Akta 101]. Buat permulaan masih belum terlambat saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Pahlawan yang disambut pada 31 Julai yang lalu. Isu kebajikan tentera sentiasa dekat di hati saya lebih-lebih lagi kawasan Parlimen Tangga Batu mempunyai bilangan tentera dan pesara tentera antara yang tertinggi di Malaysia. Justeru, perbahasan ini saya akan menyentuh serba sedikit berkenaan dengan kebajikan para pesara tentera.

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, mutakhir ini kita dengar pelbagai keluhan daripada pesara tentera. Mereka ini golongan yang telah bertarung nyawa dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara kita. Justeru, saya melihat isu kebajikan anggota tentera merupakan isu pokok yang harus ditangani Kementerian Pertahanan. Oleh kerana itulah penting untuk kita perincikan peranan LTAT sebagai sebuah badan yang sepatutnya menjadi benteng menjaga kebajikan para pesara tentera. Justeru, kalau kita lihat pindaan kali ini, kita belum nampak solusi yang jelas dalam menangani keluhan para veteran tentera. Ada wakil mereka memberitahu saya kadar pencen masih di paras rendah. Justeru, Tangga Batu mohon penjelasan pihak kementerian, adakah kementerian akan melayan dan meneliti rayuan veteran ATM terhadap penyelarasan pencen bagi veteran yang bersara sebelum tahun 2013 melalui dana yang ada dalam LTAT ini? Kenaikan harga barangan berkali-kali ganda tidak setimpal langsung dengan kenaikan dua peratus setahun. Seterusnya, menyentuh soal kebajikan tentera. Kita maklum ramai dalam kalangan tentera memilih untuk bersara awal atas beberapa faktor termasuklah faktor ketidakmampuan untuk berkhidmat sebagaimana yang dimaksudkan dalam fasal 9 pindaan dalam seksyen 12 kali ini. Cuma, persoalan yang kita semua perlu fikirkan, bagaimana nasib para veteran yang bersara awal tidak berupaya untuk berkhidmat selain daripada hanya bergantung kepada wang saraan semata-mata? Adakah Kementerian Pertahanan mempunyai perancangan bagi menempatkan veteran-veteran ATM yang bersara kepada sesuatu industri atau pekerjaan? Ini kerana

Puan Rusnah binti AluaiPKR · PHTangga Batu

kebanyakan mereka akan tergolong dalam kategori B40 atau M40 setelah bersara. Kepakaran yang mereka ada, kursus yang mereka hadiri sebelum tamat perkhidmatan sepatutnya diberi keutamaan pekerjaan oleh kerajaan ataupun pihak swasta dalam beberapa bidang industri yang sedia ada. Dengan bilangan mudah, pihak MINDEF harus mencari jalan bagi meningkatkan taraf hidup para tentera yang bersara awal. Ini penting bagi MINDEF melaksanakan syor- syor dalam Kertas Putih Pertahanan yang dirangka oleh Ahli Parlimen Kota Raja semasa menjadi Menteri Pertahanan dahulu yang antara lainnya menekankan usaha meningkatkan taraf sosioekonomi pesara; membantu pesara mendapatkan peluang kerjaya berikutnya; meningkatkan kebolehpasaran para pesara melalui konsultasi dan latihan peralihan; menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan dan keperluan sokongan sosial untuk pesara; menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan; dan memastikan peranan veteran masih relevan. Justeru, kita juga memohon penjelasan, apakah kerajaan meneliti syor-syor yang dikemukakan KPP 2020-2030 dan sejauh mana tindakan yang diambil bagi melaksanakan syor-syor tersebut? Pindaan kali ini juga memberikan kuasa untuk LTAT memperbadankan syarikat di bawah seksyen baharu 24. Timbul kebimbangan kepada kita tentang pindaan baharu ini yang jelas memberikan kuasa kelulusan secara terus kepada Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan. Untuk itu, adalah penting keadaan kewangan LTAT dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini bagi memastikan pelbagai kontroversi yang melanda LTAT sebelum ini tidak berulang. Perkara ini penting bagi memastikan wang caruman para tentera untuk kegunaan mereka selepas pencen tidak disalahgunakan. Sebelum mengakhiri ucapan saya, suka saya untuk sampaikan di sini beberapa keluhan daripada para veteran untuk diambil tindakan oleh pihak kementerian. Isu pemilikan rumah, wajar untuk MINDEF mencari jalan untuk memastikan para pesara tentera diberikan kemudahan seperti memiliki atau diberikan hak milik tanah. Selain daripada membangunkan kem-kem tentera, wajar diberi penekanan untuk mewujudkan perumahan bagi pesara tentera meneruskan kehidupan. Pengurusan kewangan LTAT yang baik juga menambah dana bagi menyediakan dana khusus kepada pesara tentera seperti dana pada musim perayaan sebagaimana yang biasa diterima oleh penjawat lain. Insentif-insentif ini hanya boleh diberikan andai kata urus tadbir LTAT diselia dengan penuh teliti dan berintegriti. Kita sering diingatkan dengan jasa-jasa tentera dalam lagu evergreen, dengan izin, seperti “Si baju hijau sedang bertugas, di perbatasan peluru tak bermata”. Itu dia punya lagu yang evergreen-lah ya. “Inilah barisan kita...”. Itulah lagu-lagu semangat yang sering menjadi siulan dan menaikkan semangat. Namun, kadang-kadang sedih, sesetengah kehidupan veteran seperti “kais pagi makan pagi” dan ibarat “melukut di tepi gantang”. Sekian, fikir-fikirkan dan buatlah perubahan. Tangga Batu menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Setiu. Lima minit.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang dan peluang untuk turut sama membahaskan Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, Islam amat menggalakkan umatnya untuk melaburkan wang mereka agar dapat membantu meningkatkan ekonomi diri sendiri, masyarakat serta negara amnya. Namun, galakan di sini hendaklah dilakukan dan dilaksanakan atas landasan dan juga dasar syariat yang telah ditetapkan oleh Islam melalui Al-Quran, sunnah nabi dan juga pelbagai sumber hukum Islam yang lain.

Allah berfirman di dalam Al-Quran... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” Hukum melabur saham adalah harus, namun ia mestilah disandarkan dengan beberapa dawabit yakni syarak. Antaranya adalah mestilah melabur dalam pelaburan patuh syariah. Oleh kerana pelaburan yang tidak patuh syariah berpotensi besar mengandungi unsur riba, ketidakpastian (gharar) dan sebagainya yang wajib bagi seseorang individu Muslim menjauhkan diri daripadanya. Oleh itu, sebagaimana sahabat saya dari Pasir Mas, saya ingin memohon penjelasan pihak Menteri, sehingga kini, sejauh manakah pelaburan LTAT telah mengikuti syariat dan apakah mekanisme yang telah ditetapkan bagi memastikan tiap-tiap pelaburan yang telah dibuat benar-benar halal dan jelas sekali gus dapat menghalang daripada berlakunya jual beli gharar yang dilarang oleh Nabi SAW? Tuan Yang di-Pertua, terbaru bagi tahun kewangan tahun 2021, LTAT mencatatkan peningkatan pendapatan kasar sebanyak 50.2 peratus kepada RM512.3 juta berbanding RM341.1 juta pada tahun 2020. Dengan prestasi keuntungan yang begitu membanggakan ini, saya ingin bertanya sama ada LTAT turut mempunyai perancangan untuk membiayai pendidikan formal bagi pesara angkatan tentera dan juga anggota ATM yang masih bertugas yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana saya mendapati pembiayaan pendidikan yang diberikan pada hari ini melalui tabung ini hanya merangkumi pendidikan kepada anak-anak anggota tentera. Namun, ia tak termasuk dengan pesara awal mahupun anggota ATM yang sedang bertugas. Oleh itu, saya mencadangkan agar hasil keuntungan daripada tabung ini turut dilaburkan bagi memperkasakan lagi dalam bidang pendidikan tentera mahupun bekas tentera ke pengajian yang lebih tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Boustead Holdings Berhad adalah salah satu konglomerat yang tertua di Malaysia yang merupakan cabang pelaburan kepada LTAT. Kumpulan yang berpelbagaian ini mengandungi lebih daripada 90 buah anak syarikat, syarikat bersekutu dan usaha sama serta mempunyai kepentingan utama dalam pelbagai sektor ekonomi Malaysia. Namun begitu, saya difahamkan telah wujud cadangan penswastaan Boustead dari LTAT dan ianya telah dibatalkan pada tahun lepas. Apakah justifikasi cadangan penswastaan ini dan apakah punca cadangan ini dibatalkan? Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya bahaskan ialah berkait dengan latihan serta kemahiran yang disediakan kepada pesara awal melalui hasil keuntungan yang diperolehi oleh LTAT. Saya berpendapat bahawa mereka yang diberi persaraan seawal umur 40-an memerlukan kemahiran lain untuk menjana pendapatan seperti kemahiran dalam bidang perniagaan, pertanian dan lain-lain lagi. Oleh itu, mohon penjelasan dan pencerahan daripada pihak kementerian, sejauh manakah hasil latihan diberikan kepada pesara khususnya ahli yang bersara kurang daripada usia 40 tahun agar apabila mereka bersara, mereka mempunyai kemahiran lain dan pelbagai untuk menjana pendapatan mereka bagi menampung keperluan diri dan keluarga mereka? Sekian, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Setiu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Sebelum saya panggil Yang Berhormat Labuan, saya ingin menambah dua lagi. Saya ingin menyebutkan nama selepas Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Tumpat, kemudian Yang Berhormat Bukit Bendera, kemudian Yang Berhormat Baling dan

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

tambahan daripada Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Timbalan Menteri akan menjawab 5.45 petang. Dipersilakan Yang Berhormat Labuan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Padang Serai tidak ada? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta Yang Berhormat Labuan dahulu.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan ke atas Labuan untuk sama-sama berbahas di dalam rang undang-undang ini. Saya setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa sudah tiba masanya simpanan persaraan anggota ATM yang teramat besar jasa dan pengorbanannya kepada tanah air dijamin kerajaan sepenuhnya. Tiada sebab mengapa tabung persaraan tentera tidak mendapat layanan sama rata seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Tabung Haji dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Namun Tuan Yang di-Pertua, sejak dekad ini kita disajikan dengan pelbagai isu, kontroversi dan skandal yang melibatkan pelaburan yang dibuat oleh LTAT dan anak-anak syarikatnya. Sebagai contoh urus niaga tukar tanah, pembinaan kapal LCS, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melalui pengambilan alihan syarikat konsesi ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd. dan lain-lain pelaburan. Jika kita teruskan dengan cara lama, kejadian-kejadian seperti ini terus berulang dan akan mengakibatkan kerajaan berterusan menanggung kerugian yang besar dan paling terkesan semestinya perajurit- perajurit negara yang berjuang mempertahankan negara. Justeru, perkara 10 yang menggantikan seksyen 15 yang menetapkan bahawa setiap pelaburan yang dibuat oleh LTAT akan dijamin kerajaan tidak boleh sesekali disalahgunakan. Sebagai contoh jika LTAT melalui Boustead Holdings gagal menyiapkan pembinaan kapal LCS dan akhirnya mereka disaman kerajaan. Jika LTAT tidak mampu membayar, adakah kerajaan akan membayarkan saman tersebut atau adakah saman tersebut akan dihapus kira? Jika perkara seperti ini boleh berlaku, adakah pada masa akan datang LTAT akan dibenarkan terlibat dengan projek berkaitan kerajaan? Bagaimana pula dengan reputasi LTAT kepada komuniti pelabur dan perniagaan asing? Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan kerajaan di mana bulan Mac yang lalu kita telah didedahkan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2021 yang menyatakan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera tidak memulangkan caruman kerajaan berjumlah RM695.05 juta kepada Kumpulan Wang Disatukan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 9(3) Akta 101. Kesannya hasil Kerajaan Persekutuan berkurangan sebanyak RM695.05 juta tersebut bagi tahun 2018 hingga tahun 2020. Melalui pindaan rang undang-undang LTAT hari ini, adakah ia akan menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara ini? Adakah LTAT akan memulangkan semula hampir RM700 juta tersebut kepada Kumpulan Wang Disatukan atau adakah dengan pindaan ini LTAT tidak memulangkan semula caruman kepada kerajaan? Objektif kita untuk meminda rang undang-undang LTAT ini salah satunya adalah bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan ke atas pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh LTAT. Namun, setiap tahun belanjawan tahunan Kementerian Pertahanan tidak meletakkan secara spesifik berapakah peruntukan yang disediakan kepada LTAT. Apa yang ada adalah peruntukan kepada pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Berapakah peruntukan sebenarnya diberikan kepada JHEV? Berapa pula peruntukan yang diberikan kepada LTAT? Saya mohon dijelaskan perkara ini, apakah dengan meletakkan jumlah peruntukan dengan jelas kepada LTAT akan membocorkan kerahsiaan pertahanan negara. Apalah maknanya kita rahsiakan pada akhirnya kes-kes melibatkan integriti dan penyelewengan membabitkan LTAT didedah dan dilaporkan.

Papar, minta tolong.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Justeru, dalam usaha kerajaan meningkatkan ketelusan dan integriti dan setelah kerajaan menjamin setiap pelaburan yang dibuat oleh LTAT, adakah peruntukan yang diberikan kepada LTAT akan diletakkan dengan jelas di dalam belanjawan negara? Tuan Yang di-Pertua, saya memahami bahawa perdagangan yang melibatkan pertahanan negara diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Namun, apabila ia diletakkan sebagai rahsia, kita tidak dapat mengelak persepsi orang ramai bahawa industri pertahanan ini terlibat dengan isu integriti. Ia terbukti apabila terdapat banyak kes kontroversi melibatkan pemerolehan aset-aset ketenteraan. Tidak hairan kadar dividen LTAT dalam beberapa tahun ini rendah berbanding kadar dividen oleh KWSP. Apakah usaha LTAT dalam memulihkan kadar dividen atau prestasi LTAT?

Papar.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Apakah kaedah yang akan diguna pakai oleh kementerian bagi memastikan wujud ketelusan di dalam setiap perolehan yang dibuat? Adakah kerajaan akan melaksanakan audit forensik bagi setiap perolehan yang dibuat?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Yang Berhormat Papar hendak mencelah Yang Berhormat Papar?

Ya, Papar mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Minta dekat dia.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Bagaimanakah LTAT dapat mengurangkan peranan orang tengah bagi setiap pelaburan yang dibuat? Bagaimanakah LTAT dapat memperkasakan pemantauan projek yang dibuat bagi memastikan tidak berulang lagi kes-kes seperti pembinaan kapal LCS berulang? Ya Yang Berhormat Papar, soalan.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Ringkas Yang Berhormat Papar.

Okey, okey. Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Mohon pandangan Yang Berhormat Labuan. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa tidak sepatutnya dan kalau boleh saya katakan kita larang sama sekali penglibatan ahli politik dalam pengurusan tertinggi LTAT dan anak-anak syarikatnya demi ketelusan dan transparensi dalam tadbir urus perniagaan supaya pulangan pelaburan angkatan tentera dapat dipertingkatkan? Untuk rekod, ramai veteran tentera sekarang ini menghadapi kesukaran dalam kehidupan mereka setelah bersara. Ada yang berpencen dan ada yang tidak berpencen. Fikir-fikirkanlah kerajaan di manakah tempat kita boleh menolong mereka ini menghadapi hari mendatang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Okey Yang Berhormat Labuan, rumuskan Yang Berhormat Labuan.

Datuk Rozman bin IsliUMNO · BNLabuan

Okey terima kasih. Ya Yang Berhormat Papar, memang semestinya kita bersetuju. Kita memang selama ini menyuarakan bahawa pengurusan apa jua tabung lembaga sepatutnya ia bebas daripada pengaruh politik dan biarlah profesionalisme itu terus dipertingkatkan di dalam apa juga pentadbiran terutamanya pentadbiran kita punya tabung-tabung yang akan dapat— yang sepatutnya digunakan untuk keuntungan seterusnya membela ahli-ahli tabung tentera. Sekian, terima kasih. Mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Masa dah tamat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini bagi meminda Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022. Saya juga mengambil kesempatan pertamanya mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh pahlawan negara yang menyambut ahli pahlawan pada 31 Julai yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau singkatannya LTAT yang telah ditubuhkan melalui akta ini bagi mewujudkan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada Angkatan Tentera Malaysia dan anggota kerahan dalam pasukan sukarela. Saya difahamkan bahawa pada awal tahun ini Kementerian Pertahanan masih menunggu keputusan rasmi kerajaan berhubung pemberian elaun kenangan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia terutama kepada penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).

Di mana penganugerahan PJM yang dilaksanakan bermula pada 3 Mac 2004 adalah sebagai pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan dalam menyumbang kepada kebebasan Malaysia daripada sebarang ancaman. Sehubungan itu, saya berpendapat gesaan yang lebih kuat perlu dibuat bagi memastikan veteran ATM yang kebanyakan hidup melarat pada hari ini menerima bantuan ini bagi meringankan beban kehidupan mereka dengan kadar yang segera. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat maklum bahawa LTAT akan meneroka pelaburan ekuiti antarabangsa pada suku ketiga atau keempat tahun ini dalam usaha memaksimumkan pulangan kepada ahli. Bermula pada tahun ini, pengurus dana persaraan angkatan tentera ini akan menembusi pasaran ekuiti antarabangsa sebagai sebahagian strategi kepelbagaian aset pelaburannya. Bahkan LTAT bercadang membuat pendedahan dalam ekuiti awam antarabangsa sebanyak 20 peratus daripada keseluruhan peruntukan 50 peratus dalam pelaburan ekuiti yang ditetapkan di bawah sasaran peruntukan aset. Bagi mencerminkan LTAT sebagai pengurus dana persaraan berbanding dana pelaburan, mereka akan mempelbagaikan aset pelaburan merentasi pelbagai sektor, kelas aset dan geografi. Saya juga mendapat tahu fokus utama Pelan Transformasi LTAT 2019-2023 yang dilaksanakan oleh kepimpinan LTAT pada waktu ini adalah terhadap pelaksanaan pelan pemulihan pelaburan berpandukan kerangka Perumpukan Aset Strategik (Strategic Asset Allocation). Soalan saya, sejauh manakah dasar pelaburan yang melibatkan...

Yang Berhormat Tumpat, boleh tidak mencelah?

Sekejap, sekejap. Saya sudahkan tajuk ini.

Sejauh manakah dasar pelaburan yang melibatkan ekuiti antarabangsa ini dijangka dapat memberi keuntungan kepada LTAT di kala iklim ekonomi global masih belum stabil sepenuhnya? Saya juga ingin mengetahui apakah perkembangan terkini pelan pemulihan pelaburan LTAT yang bermula pada tahun 2019 ini? Adakah sudah wujud indikasi positif dalam pemulihan ini? Okey, sila.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon)

Sila Yang Berhormat Beaufort.

Okey Yang Berhormat Tumpat, bersetuju kah kalau pelan pemulihan itu mesti

juga mahu mengambil kira bahawa apabila tentera-tentera kita ini bersara maka akan ada mencukupi kewangan yang tersimpan itu untuk mereka meneruskan kehidupan? Ini kerana pada masa kini kita tahu mereka ini kebanyakannya dalam keadaan yang miskin, susah, rumah pun tidak ada dan sebagainya. Setuju kah?

Sudah tentulah Tumpat bersetuju dengan apa sahaja perancangan yang membawa kebaikan dalam meningkatkan kebajikan kepada para pesara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya juga berminat utk mengetahui berkenaan berita kakitangan LTAT yang dimaklumkan bahawa sejak 25 Julai 2022 lebih 100 orang kakitangan LTAT mengadakan piket di luar bangunan LTAT di Kuala Lumpur. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Mereka antara lain mendakwa pihak pengurusan enggan membayar tunggakan penyelarasan gaji melalui semakan semula skim gaji dan skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sejak dua tahun yang lalu. Bahkan piket berkenaan diadakan utk menarik perhatian para pengurusan LTAT yang tidak melayan tuntutan dan isu yang dibangkitkan oleh kesatuan terbabit dengan tidak memberi jawapan konkrit serta tidak berpihak kepada pekerja. Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak Menteri berkenaan piket ini memandangkan kakitangan LTAT adalah merupakan tunggak dalam memberi perkhidmatan kepada anggota tentera Malaysia. Boleh bagi masa sedikit, Tuan Yang di- Pertua sebab tadi ada soalan.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan.

Seterusnya Tuan Yang di- Pertua, saya ingin menyentuh tentang berita pada bulan Mac lalu berkenaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera menyambut baik keputusan kerajaan utk meneruskan Projek Kapal Tempur Pesisir ataupun Littoral Combat Ship yang tertangguh sejak sekian lama. LTAT dalam satu kenyataan menyatakan keputusan tersebut secara langsung dapat melindungi dana daripada impak negatif akibat menanggung kerugian jika projek tersebut tidak dipulihkan segera. Sekiranya projek ini gagal diteruskan, kesan domino kewangan yang akan berlaku boleh mengakibatkan rosot nilai sehingga RM2.1 bilion, ia bersamaan 21 peratus daripada keseluruhan jumlah dana persaraan yang diuruskan oleh LTAT. Jika ini berlaku, LTAT tidak akan berupaya untuk terus memberikan pulangan kepada pencarum untuk sekurang-kurangnya enam tahun akan datang. Dalam kenyataan yang sama, LTAT menyatakan pihaknya terdedah dengan kerugian yang besar menerusi pegangan majoritinya dalam Boustead Holdings Berhad sebanyak 59.4 peratus dan 61 peratus pegangan efektif dalam syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Soalan saya adakah LTAT melaksanakan due diligence kepada pengurusan Boustead Naval Shipyard ini atas masalah kelewatan menyiapkan Projek Kapal Tempur Pesisir ini kepada Tentera Laut Diraja Malaysia? Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendapat maklumat bahawa telah wujud cadangan pemisahan oleh LTAT terhadap Boustead Holdings Berhad baru-baru ini. Namun, cadangan pemisahan ini telah terbatal dan Boustead kekal di bawah LTAT. Menyambung soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat Setiu, apakah justifikasi tentang cadangan pemisahan ini? Sekiranya cadangan ini membawa kebaikan kepada LTAT, kenapakah cadangan ini telah terbatal? Sekian, terima kasih. Mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Bukit Bendera, silakan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Kalau kita baca mukadimah akta asal, satu tabung untuk mengadakan faedah persaraan dan lain-lain faedah bagi pencarum dan bagi maksud bersampingan menggalakkan pembangunan sosioekonomi dan kebajikan dan menyediakan faedah lain bagi personel akan bersara dan personel bersara Angkatan Tentera Malaysia. Ia satu dana persaraan. Apabila kita baca ada pindaan terhadap seksyen 4, kelayakan daripada ahli lembaga. Ada dua kriteria yang sangat unusual kita panggil kejujuran yang tidak diragui, ketekunan. Saya rasa kita perlu tambah satu lagi profesionalisme. Ahli Lembaga LTAT perlu ada profesionalisme kerana ini adalah dana persaraan, perlu ada profesionalisme daripada input daripada ahli ekonomi pelaburan dan kewangan. Sebelum ini, Ahli Lembaga LTAT digunakan sebagai satu revolving door untuk bekas ahli politik yang aktif, yang bersara ataupun Panglima Angkatan Tentera yang bersara yang menjadi ahli lembaga. Saya mencadangkan supaya lebih ramaikan profesionalisme dan juga dengan kewangan dan sebagainya. Tambah satu lagi klausa supaya Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh menjadi Ahli Lembaga LTAT. Sebelum itu pada tahun 2015, Pengerusi LTAT dilantik menjadi Senator pula. Sepatutnya Ahli Parlimen yang akan kawal selia ataupun pemantauan terhadap LTAT – tahun 2015 Pengerusi LTAT menjadi Ahli Parlimen, Senator. Saya rasa itu perlu – ada conflict of interest dan perlu ada diperbetulkan. Saya baca juga seksyen 25, saya amat runsing apabila membaca satu tambahan seksyen 25. Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, jika Lembaga LTAT pada bila-bila masa tidak berupaya untuk membayar apa-apa jumlah wang kepada pencarum, maka akan di-advance ataupun diberikan pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Satu klausa yang amat merunsingkan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu jumlah portfolio LTAT RM10 bilion. Tidak akan RM10 bilion hingga perlu ada satu klausa bahawa tidak cukup buat pembayaran kepada pencarum? Adakah satu signal bahawa LTAT tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik dan perlu juga klausa ini supaya Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan perlu menyelamatkan LTAT? Itulah implikasi yang imply seksyen 25 ini. Kenapa kita berkata begitu? Ini kerana LTAT, dalam Laporan PAC yang dibentangkan oleh PAC hari ini muka surat Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan (JKSTUPKK) dipetik mengatakan perbincangan antara Menteri-menteri bahawa LTAT adalah sebuah government-linked investment companies (GLIC).

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Saya ingin memperbetulkan, dia bukan satu GLIC, ia adalah satu dana persaraan dan bukan dana persaraan seperti KWSP dan bukan satu alat oleh kerajaan untuk membuat pelaburan strategik untuk menyelamatkan projek-projek kerajaan. Sebelum ini saya nampak LTAT digunakan untuk AES. Tadi Yang Berhormat Seremban membangkitkan untuk projek strategik AES. LTAT digunakan juga untuk projek kapal tempur pesisir atau littoral combat ship (LCS) di bawah Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS). LTAT pegang 61 peratus daripada BNS dan projek itu seperti yang kita tahu cost overrun, behind schedule dan satu kapal LCS pun tidak terima. Itulah masalah kita. Saya hendak minta satu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kos tambahan projek LCS tersebut. Sampai hari ini kita hanya tahu bahawa RM5.94 bilion telah dibelanjakan tetapi enam kapal tidak diterima dan apakah kos tambahan tersebut. Perlu juga berikan maklumat daripada kerajaan.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

LTAT ini penting kerana LTAT memegang juga Boustead Holdings Berhad, Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, Boustead Plantation Berhad, Affin Bank dan Pharmaniaga Berhad. LTAT mempunyai indirect interest dengan syarikat-syarikat yang saya sebut tadi. Oleh itu dia perlu, LTAT terdedah kepada business risk yang begitu tinggi dan saya meminta supaya perkara yang saya mention ini diberikan penjelasan kerana dana persaraan ini penting untuk anggota tentera kita. Kita telah menerima begitu banyak memorandum daripada veteran-veteran bahawa mereka menghadapi masalah persaraan dan LTAT kalau tidak diuruskan dengan baik, masalah sekuriti persaraan veteran-veteran kita akan menghadapi masalah. Saya sebut tadi, saya minta juga daripada segi government procurement, pembelian dari segi peralatan ketenteraan memandangkan bahawa Transparency International telah menyebut bahawa Government Defence Integrity Index (GDI), Malaysia mendapat kategori “D”. “D” untuk Government Defence Integrity Index dan kita perlu juga memperbaiki, ada pelan transformasi untuk memperbaiki performance LTAT supaya dividen LTAT kita boleh setara dengan KWSP.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Ya. Saya ingin membuat penggulungan bahawa LTAT ini penting untuk retirement security pegawai-pegawai tentera dan juga anggota ATM kita. Kita perlu ada dividen yang lestari supaya dana persaraan anggota kita dijamin dan pada masa yang sama kita perlu inject professionalism dalam pengurusan LTAT supaya dia dapat setara dengan retirement funding seperti KWSP. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab setiap persoalan yang saya bangkitkan tadi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebenarnya ada dua lagi pembahas, Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Kota Raja. Akan tetapi sebelum saya memanggil mereka, saya ingin memanggil Yang Berhormat Padang Serai kerana soal-soal tentera begitu dekat di hati beliau. Yang Berhormat Padang Serai, silakan.

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, selamat petang. Semalam negara kita telah menyambut Hari Pahlawan 2022. Tentera jaga kita tetapi jangan kita lupakan anggota tentera yang berjuang untuk hak veteran. Sama-sama kita menyokong veteran diberi keadilan. Walau apa pun, Akta Tabung Angkatan Tentera khususnya untuk anggota ATM yang sedang berkhidmat, LTAT tidak boleh melepaskan tangan dalam menjaga hal ehwal kebajikan veteran. Untuk makluman semua, jumlah veteran ATM adalah lebih kurang 350,000 dan kebanyakan mereka tidak berpencen dan mengalami masalah kewangan. Amat penting untuk LTAT menjaga kebajikan veteran kerana mereka merupakan bekas anggota ATM yang banyak menyumbang kepada keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara. Terima kasih kepada Pakatan Harapan yang mengambil serius terhadap projek AES telah dipulangkan balik lebih kurang RM500 juta ke atas. Terima kasih kepada mantan Menteri Pengangkutan yang mengambil berat, Yang Berhormat Seremban. Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini kemarahan tentera terhadap kerajaan jelas terlihat apabila Lembaga Tabung Angkatan Tentera lambat dalam menyerahkan wang dividen kepada anggota tentera. Punca utama kepada masalah ini adalah kelemahan pengurusan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Saya melihat pindaan ini dibuat hasil conflict yang berlaku sebelum ini. Saya mempunyai beberapa persoalan yang perlu diperjelaskan daripada pihak kementerian. Pertama, melalui pindaan ini pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan sejumlah wang dalam simpanan mereka. Saya melihat ini sebagai langkah populis dalam menangani isu sebenar. Kita sedia maklum bahawa duit caruman dalam Tabung Angkatan Tentera akan digunakan dalam pelbagai pelaburan dan dari situ pencarum mendapat duit dividen mereka. Maka saya inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat

Tuan Karupaiya a/l MutusamiPKR · PHPadang Serai

Menteri. Bagaimana dengan membolehkan pencarum mengeluarkan sejumlah wang mereka ada memberi satu kebaikan kepada pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera? Saya setuju apa perkara yang mampu membantu pencarum tetapi bukan langkah populis yang hanya dilihat cantik di luar. Pindaan kali ini akan memastikan tabung persaraan yang dijaga oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Sudah pasti langkah ini lebih memberi keyakinan kepada pencarum dan pelabur. Akan tetapi isu asas yang memerlukan penjelasan kementerian adalah mengenai pelaburan yang akan dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Contoh, skandal projek perolehan kapal tempur pesisir yang telah menyebabkan negara kehilangan hampir RM1 bilion. Walaupun pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan berdasarkan kepada kerangka perumpukan aset strategik tetapi jika isu sebenarnya tidak diselesaikan, ketulusan dan penglibatan anasir politik dan luar dalam pengurusan LTAT, maka isu akan selalu ada dan akhirnya memberi kesan yang besar kepada pencarum dan rakyat lain. Perkara utama yang perlu diselesaikan oleh Yang Berhormat Menteri adalah mengenai skandal rasuah yang dihadapi oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera agar duit rakyat diuruskan dengan baik. Saya mengambil contoh seksyen 7 dan pindaan seksyen 15 masih mewajibkan lembaga mengikut arahan Menteri dalam perumpukan aset atau dengan izin asset allocation. Seksyen ini memberi kuasa kepada Menteri dalam menentukan perumpukan aset. Ini jelas menunjukkan salah satu cara bagaimana Menteri atau kerajaan untuk campur tangan dalam urusan atau keputusan dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Penglibatan kerajaan ini perlu tetapi tidak boleh mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju pelaburan. Saya berdiri teguh dalam melindungi hak rakyat keseluruhannya. Pindaan ini mempunyai kebaikan kepada pesara dan negara tetapi memerlukan beberapa penjelasan daripada pihak kerajaan agar pindaan ini bukan langkah populis untuk menutup kelemahan sedia ada. Terdapat keperluan untuk semua perkara yang disuarakan oleh saya diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Dengan ini saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Baling, silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Keluarga Malaysia. Alhamdulillah, Baling diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 [Akta 101]. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lembaga Tabung Haji kita semua tahu, Angkatan Tentera LTAT ini merupakan sebuah badan berkanun kerajaan yang menyediakan kemudahan skim simpanan persaraan untuk pegawai dan anggota lain berpangkat angkatan tentera di antaranya, serta anggota kerahan sukarelawan. Ahli caruman yang merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia di bawah Skim LTAT, pencarum dikehendaki mencarum 10 persen daripada gaji bulanan dan kerajaan akan mencarum 15 peratus sebagai majikan dan LTAT. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan dalam Dewan yang mulia ini, seawal umur saya 12 tahun, saya sudah mula bawa tabung derma untuk Hari Pahlawan. Di mana Darjah 6 sampai Tingkatan 5, saya bawa itu di airport masa itu di Subang, pagi sampai malam. Ini sempena Hari Pahlawan. Jadi semalam Hari Pahlawan, hari ini saya

dapat berbahas dalam Dewan yang mulia ini. Itulah begitu pentingnya kerana saya dahulu bawa tabung untuk dapatkan sumbangan kepada mereka ini. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, di Baling saya ada 12,000 lebih veteran- veteran tentera, 60 peratus yang berpencen dan 40 peratus yang tidak berpencen. Jadi, pada hari ini saya ingin menyentuh perbahasan saya ini sedikit sebanyak berkaitan dengan kebajikan. Apakah tambah baik yang harus urus tadbir yang ada, yang selain daripada memperkukuhkan tadbir urus korporat dengan menambah lagi kepakaran dan pengalaman yang berkelayakan untuk memastikan pelaburan yang dibuat dalam LTAT memberi pulangan yang hebat dan lebih tinggi, kebajikan kepada mereka ini juga harus dimainkan peranan yang penting. Jadi, antara cadangan saya hari ini— saya tahu memang ada usaha-usaha LTAT untuk meningkatkan manfaat yang diberikan dalam pakej-pakej kebajikan. Cuma saya ingin menambah baik sedikit antaranya kepada mereka yang tidak dapat pencen ataupun veteran yang tidak berpencen, dalam konteks kebajikan mereka khususnya di kawasan saya adalah lebih kurang 40 peratus daripada 12,000 orang. Kalau 40 peratus, you are talking about more than 5,000 yang mereka ini bukan mendapat pencen. Jadi, saya harap boleh memainkan peranan LTAT— LTAT boleh memainkan peranan yang tambah nilai dalam konteks pertanian dalam program kelompok. Panggil mereka ini menjadi petani berkelompok yang mana mereka ada tanah dalam kampung. Kita minta LTAT memberikan wang atau dana dan pantau mereka dan membantu mereka dalam pertanian berkelompok. Kepada anak-anak mereka yang hendak masuk universiti, mereka minta laptop, laptop pun tidak mampu hendak beli. Ini di antara CSR LTAT boleh melihat. Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Di antara memberi mereka peluang perniagaan, kebajikan juga harus kita berikan one-off anak-anak hendak masuk universiti, beri laptop kepada mereka, sumbangan one-off duit raya dalam bulan Ramadhan kepada mereka yang tidak berpencen. Yang berpencen alhamdulillah dapat, yang tidak berpencen ini juga kita harus teliti berikan kepada mereka sumbangan di antara RM700 hingga RM1,000. Bagi duit raya kepada mereka yang tidak berpencen. Saya juga ingin menambah lagi, apa yang kita berikan pada hari ini kepada mereka, rumah-rumah mereka, baiki rumah. Ini semua diperlukan oleh mereka yang berpencen dan tidak berpencen. Inilah keluhan-keluhan yang saya sentiasa mendengar daripada pihak-pihak veteran, yang saya setuju dengan Yang Berhormat Padang Serai tadi, yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air kita. Jadi, saya harap LTAT boleh menambah baik. Saya bukan hendak mendabik dada, saya sedikit hendak kongsi pengalaman. Dalam urusan masa Lembaga Tabung Haji dahulu, kita memberi— kita memang memberi dividen di antara enam hingga lapan peratus tetapi ada juga sebahagian daripada duit tersebut kita ketepikan untuk memberikan peluang kepada mereka yang belum naik haji lagi. Dalam akaun dia baru— tidak cukup RM1,000, RM,1300 dan RM1,500. Kita tambahkan untuk mereka naik haji pada tahun tersebut. Sama juga dalam LTAT. Cari kaedah selain daripada dividen yang diberikan selama ini, alhamdulillah. Akan tetapi tambah nilai dalam konteks memberikan— dalam konteks kebajikan kepada mereka ini. Saya dengar apa yang sahabat saya bercakap tadi iaitu Yang Berhormat Seremban mengatakan Menteri itu, Menteri ini. Hari ini kita bersyukur sememangnya semua Menteri termasuk Yang Berhormat Kota Raja ada sedikit sebanyak sumbangan untuk LTAT, untuk menjayakan program mereka. Apatah lagi pada hari ini, kita ada bekas Menteri Pertahanan yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya yakin dan percaya Yang Amat Berhormat Bera tahu di mana untuk memberi bantuan kepada mereka ini, melalui menambah baik perniagaan yang ada dalam LTAT ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap operasi yang dilaksanakan oleh LTAT ini insya-Allah, akan memberi manfaat dan pulangan yang lebih baik khususnya kepada pencarum-pencarum. Tolong jangan lupa, apa yang saya sebutkan ini kepada mereka yang tidak berpencen ataupun veteran-veteran yang masih di bawah B40 di kawasan luar

bandar dan bandar, kita masih melihat ada lagi veteran-veteran yang berpencen dan tidak berpencen di bawah B40. Jadi, saya harap apa yang dilakukan dalam usaha menambah baik LTAT ini, saya harap kerajaan menyambut baik apatah lagi LTAT itu sendiri demi kesejahteraan dan kebajikan, untuk memastikan mereka ini juga dapat diberi peluang dan insya-Allah, mereka akan— saya doakan agar LTAT ini berjaya. Baling mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Akhir sekali Yang Berhormat Kota Raja, silakan.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Dalam Malaysia ini, Angkatan Tentera Malaysia atau Kementerian Pertahanan ini ia macam sebuah kerajaan kecil dalam kerajaan yang besar. Tidak ada kementerian yang ia ada mahkamah sendiri, ia ada hospital sendiri, ia ada setiap cabang tentera pula dinaungi oleh Raja-raja Melayu. Dalam masa yang singkat saya jadi Menteri Pertahanan dahulu, saya berkunjung ke semua Raja-raja Melayu yang menjadi penaung kepada cabang-cabang angkatan tentera. Ia ada universiti sendiri. Ia ada bank pula. Ertinya hampir lengkap sebagai mini kerajaan di bawah Kerajaan Federal yang begitu besar. Akan tetapi dalam keadaan yang begitu lengkap ini, kementerian inilah yang paling banyak masalah yang dipercakapkan selalu dalam Parlimen. Daripada pembelian-pembelian kapal selam sampai ke pembuat kapal, sampai kepada perkara yang lain. Oleh itu, rakan-rakan yang lain telah bercakap, saya ulang lagi sekali. Banyakkan orang profesional dalam hal mengendalikan terutama hal perniagaan. Misalnya, apabila LTAT waktu itu di bawah seorang wanita yang cukup profesional. Dia begitu saya, Yang Berhormat kita kena isytihar keuntungan yang sebenar, tidak sampai pun tiga percent. Ya, orang akan maki kita, orang akan hentam kita, tidak apa. Apa yang pentingnya kita mulakan membuat satu audit forensik dan mengemukakan yang sebenar keuntungan LTAT. Selepas itu saya lihat orang profesional itu tidak ada lagi di situ selepas kerajaan bertukar. Apa yang penting saya sebut di sini, orang-orang profesional ini penting sebab saya mengambil nasihat daripada orang profesional. Bukan orang profesional ambil nasihat daripada saya dalam hendak mengendalikan sesuatu perkara. Kalau tidak, kita akan lihatlah apa yang berlaku sekarang ini. Misalnya jawatankuasa khas yang menyiasat hal LCS ini, diberitahu RM1 bilion tidak dapat dikesan. Perlu buat forensic audit untuk mengetahui ke mana wang itu pergi. Semua ini di antaranya terlibat wang LTAT yang pemegang saham utama di situ. Oleh sebab itu kita lihat hendak angkat martabat mereka, ini perlu dipulihkan. Kami dahulu masa sekolah Tuan Yang di-Pertua, kami hafal nama-nama pemimpin angkatan tentera. Siapa Panglima? Siapa Ketua Turus Tentera Udara? Sulaiman Sujak. Siapa Tentera Laut? Thanabalasingam. Siapa Ketua Turus Angkatan Tentera? Osman Jiwa. Sekarang kalau kita pergi sekolah-sekolah, kita tanya budak-budak sekolah, siapa ketua- ketua tentera ini? Mereka tidak tahu. Ini kerana kedudukan mereka semakin hari semakin rendah, semakin hari semakin rendah. Oleh sebab itu tanda penghormatan kepada veteran, saya tidak pernah buang veteran di baju saya di mana saya pergi dalam negeri atau luar negeri. Oleh sebab saya lihat veteran di Malaysia ini mesti kita angkat mereka, kita kena usaha. Bukan mereka perlu merayu setiap tahun untuk meminta belas kasihan dan sebagainya. Perlu mereka dihormati seperti kalau kita pergi ke UK. Di airport, sudah dihadiahkan kepada kita bunga popi, tanda penghargaan mereka kepada veteran. Begitu juga di Amerika, New Zealand dan Australia.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Bagi kita di sini, bila veteran turun tunjuk perasaan menuntut sesuatu, sebenarnya bukan kementerian yang ada sekarang, kita semua bertanggungjawab bagaimana keadaan mereka perlu kita pulihkan. LTAT yang sahamnya besar dan semua pemegang saham itu yang melaburnya adalah tentera dan bekas tentera, perlu diberikan keutamaan-keutamaan dalam projek dan mereka mesti dikendalikan secara profesional. Saya pun tidak faham kenapa misalnya LTAT ada masalah dalam projek untuk meneruskan projek laluan Klang Valley. Klang Valley kenapa ada masalah dan kenapa tidak diselesaikan dengan begitu cepat? Ini menyebabkan semangat mereka yang melabur dalam LTAT itu semakin hari, semakin lemah, Oleh sebab itulah kita harap— blame ini kita boleh blame orang itu, kita boleh blame orang ini. Kita blame terus, yang menyeleweng turut disiasat tetapi mesti ada azam bagaimana untuk berusaha untuk mengangkat martabat angkatan tentera, bekas-bekas tentera, pasukan keselamatan ini secara bersungguh, secara bersama. Tidak kira dipihak pemerintah atau di pihak pembangkang. Memanglah kalau ikut laporan di sini laporan yang dibuat oleh rakan-rakan kita dalam...

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

PAC, mereka mahu supaya SPRM meneliti semula dan membuat siasatan terhadap isu-isu yang berbangkit dalam laporan siasatan jawatankuasa khas. Banyak lagi sebenarnya laporan jawatankuasa khas ini yang saya sempat melihatnya tetapi tidak dapat diberikan kepada orang ramai kerana ia masih dalam siasatan dan tidak boleh diberikan kepada orang ramai dan termasuklah hal keselamatan negara. Akan tetapi, ia perlu diambil perhatian sesungguhnya sebab imej mereka ini perlu dibina dalam keadaan negara yang dijangka akan maju semula pada masa akan datang bila bertukar parti pemerintah nanti memerintah Malaysia dan kedudukan angkatan tentera ini mesti diangkat martabat mereka termasuklah pada veteran. Itulah yang saya harapkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Tamatlah perbahasan dengan itu saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menggulung. Sila jawab. Dua puluh minit Yang Berhormat.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul AzizBERSATU · PNTimbalan Menteri Pertahanan · Tanah Merah

Bolehlah. Terpulang pada Tuan Yang di-Pertua. Dua puluh minit insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Okey, Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan jutaan terima kasihlah kepada 15 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian yang di mana diakhiri oleh Yang Berhormat Kota Raja, mantan Menteri Pertahanan. Dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022. Kadangkala saya rasa, Tuan Yang di-Pertua, saya duduk dalam kementerian tentera ya. Ini sebab yang bercakap ini, rakan-rakan yang bercakap ini lantang begitu tegas macam tentera. Apa pun saya akui sepanjang mengikuti perbahasan rang undang-undang ini oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan, teguran dan pandangan yang dilontarkan saya setuju perlu diambil serius, perlu diambil tindakan dan insya-Allah segala kelemahan, kekurangan akan diperbetulkan dan diperketat insya-Allah.

Jelas keprihatinan Yang Berhormat mahu memastikan Lembaga Tabung Angkatan Tentera terus kukuh dan berjaya, yang jelas kita terus cakna dan prihatin dengan anggota tentera. Terima kasih kepada semua. Seperti mana saya katakan tadi, masa saya bentangkan tadi, rang undang- undang ini, jumlah aset yang diuruskan LTAT tidaklah besar. Kecil, hanya sebanyak RM9.89 bilion. Maknanya, tidak sampai RM10 bilion jika mahu dibandingkan dengan aset yang dikendalikan oleh KWSP iaitu hampir RM1 trilion, Lembaga Tabung Haji yang menguruskan aset yang bernilai RM80 bilion, PNB RM350 bilion. Walau bagaimanapun, usaha terus akan dilakukan bagi memperkukuhkan LTAT seperti mana cadangan rang undang-undang ini yang bertujuan bagi membolehkan LTAT menambah baik dan memperkukuhkan empat aset penting kepada anggota tentera dan juga LTAT dari segi iaitu protection for contributors perlindungan ke atas wang caruman anggota tentera daripada kerajaan. Kedua, enhancement of social authority iaitu meningkatkan perlindungan sekuriti sosial anggota tentera. Ketiga, better governance Tabung Angkatan Tentera iaitu untuk mengukuhkan tadbir urus LTAT. Semua orang banyak bercakap tentang hal ini. Keempat, memastikan, to ensure sustainability of dividend, memastikan pengisytiharan dividen yang lestari kepada anggota tentera berdasarkan prestasi kewangan. Jadi, saya hendak menjawab. Pertama, daripada Ahli Parlimen Pasir Mas yang membangkitkan berdasarkan akta – Yang Berhormat Pasir Mas, berdasarkan Akta LTAT, LTAT memang melabur berdasarkan pemupukan aset strategik iaitu strategic asset allocation. Ini Yang Berhormat Padang Serai pun ada bangkitkan fasal ini. Dasar dan polisi pelaburan LTAT sememangnya melarang sebarang pelaburan dalam syarikat-syarikat yang tidak memenuhi syariah. LTAT pada masa ini telah pun menyediakan perkhidmatan nilai tambah iaitu dia tanya fasal untuk pencarum yang menyambung pelajaran. LTAT pada masa ini telah pun menyediakan sebuah perkhidmatan nilai tambah iaitu pengeluaran bagi tujuan membayar yuran pendidikan pencarum. Tahap yang boleh dikeluarkan adalah RM3,000 maksimum. Mengenai teguran Jabatan Audit Negara, Ketua Audit Negara ini pun banyak dibangkitkan. Teguran Jabatan Audit Negara dalam audit tahun kewangan 2019 menyentuh LTAT tidak merekodkan pelaburan dalam Boustead Holdings mengikut harga pasaran saham. Walau bagaimanapun, MFRS 136 memberi ruang untuk penilaian syarikat berstatus subsidiari dibuat berdasarkan cara value in use (VIU) dengan izin. Penilaian value in use (VIU) membenarkan penilaian syarikat berstatus subsidiari melebihi nilai buku dan dengan ini tidak memerlukan sebarang rusuk nilai, impairment dengan izin. Justeru itu, LTAT berpendapat tiada keperluan untuk membuat penilaian pelaburan di dalam Boustead Holdings mengikut harga pasaran. Teguran untuk penjejasan nilai Boustead Naval Shipyard (BNS) telah pun diambil tindakan pada tahun kewangan 2020 di mana penjejasan nilai sebanyak RM31.8 juta telah pun dilalukan. Menjawab soalan Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Port Dickson mengenai kepastian campur tangan politik yang boleh menjejaskan tadbir urus LTAT dan kebajikan sosial, ekonomi anggota. Sebenarnya, sebarang cadangan pelaburan dilakukan oleh LTAT akan melalui beberapa proses penilaian dan keputusan. Ia bermula daripada jawatankuasa yang bersesuaian di peringkat pengurusan. Seterusnya, panel pelaburan yang juga dianggotai oleh panel bebas yang kemudiannya memberikan nasihat kepada lembaga sebelum sebarang pelaburan dilakukan. Mengenai campur tangan, saya boleh katakan tidak ada campur tangan dari segi politik. Kedua, Yang Berhormat Port Dickson bertanya penjelasan tentang kewajaran LTAT menyimpan dalam persisiran luar. Sekiranya ada, tindakan pembetulan yang perlu diambil. LTAT tiada memiliki pelaburan offshore. Walau bagaimanapun, pihak LTAT telah merancang untuk melebarkan pelaburan di luar negara terutamanya dalam pasaran awam atas keperluan dan tuntutan LTAT untuk mempelbagaikan aset pelaburan. Kepelbagaian ini perlu sebagai strategi mengurus risiko dan memastikan pendapatan daripada pelaburan terus mampan. Pelaksanaan pelaburan ini akan dijalankan secara berperingkat

dan secara prudent dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan pasaran saham dunia, kadar tukaran mata wang asing dan strategi pelaburan LTAT. Berdasarkan penumpukan aset strategik yang telah dibangunkan [Disampuk] LTAT...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Minta penjelasan.

Sekejap ya. LTAT percaya bahawa pelaburan luar negara akan memberikan kepelbagaian kepada portfolio LTAT iaitu portfolio diversification sebagaimana yang telah dijalankan oleh KWSP. Yang Berhormat Seremban hendak tanya now atau boleh tanya waktu saya menjawab Yang Berhormat Seremban? Boleh, Yang Berhormat Seremban? Ya, saya menjawab. Sekarang ini saya hendak menjawab Yang Berhormat Seremban pula. Okey, Yang Berhormat Seremban ada bertanya tentang selepas pindaan LTAT apakah akan mencapai good governance dan tiada campur tangan politik again? Walaupun saya hendak menjawab Yang Berhormat Seremban, walaupun adalah ahli politik yang dilantik, lantikan mereka dibuat berdasarkan kelayakan profesional mereka sebelum menjadi ahli politik dan dibuat setelah melalui ujian kelayakan dan kesesuaian serta pemeriksaan latar belakang semua anggota lembaga dan anggota panel pelaburan sebelum mereka dilantik. Maka, walaupun mereka merupakan ahli politik mereka adalah berkelayakan dari aspek bersesuaian dan juga mempunyai latar belakang yang telus. Okey, bolehlah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya dalam perbahasan saya, saya tidak persoalkan soal lantikan ahli politik. Walaupun memang dasarnya, kita memang setuju bahawa tidak sepatutnya ahli politik dilantik. Akan tetapi, saya nak tanya Yang Berhormat adakah Yang Berhormat sudah baca laporan ini? Laporan PAC yang baru dibentangkan di Dewan Rakyat pagi ini yang jelas dalam lampiran laporan ini mengatakan bahawa pelaburan LTAT dalam projek AES pada tahun 2015, adalah arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu. Kalau itu bukannya campur tangan politik, saya hendak tanya apa itu? Mengapakah ada arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sama ada due diligence dibuat oleh lembaga LTAT? Setahu saya, apa yang saya tahu lembaga tidak buat keputusan. Apabila ada arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pejabat Perdana Menteri ketika itu, kononnya ada surat daripada Lembaga Pelaburan LTAT yang mengatakan minat untuk melabur dalam projek ini. Selepas itu, mandat itu diberikan kepada CEO ketika itu– Lodin Wok yang tidak melalui lembaga. Saya hendak tanya kes AES ini, adakah due diligence oleh LTAT dibuat? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Saya akan menjawab apa yang ada dengan saya. Kemudian, isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Seremban tadi LTAT. Benar, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban tadi saya akui benar. Okey, LTAT telah pun menerima wang pampasan berjumlah...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Benar maksudnya ada campur tangan politiklah?

Itu tidak, saya tidak setuju. [Ketawa] Apa yang saya kata menerima duit pampasan itu. LTAT telah menerima wang pampasan sebanyak RM669 juta. Pada 25 Ogos 2019, pihak LTAT telah pun menerima wang pampasan sebanyak RM555 juta tersebut daripada kerajaan. Kemudian, pada 29 November 2019, pihak LTAT juga telah menerima wang pampasan sebanyak RM114 juta yang bertujuan untuk kos operasi projek AES.

Bagi saya dalam konteks ini, LTAT tidak ada menerima sebarang kerugian apa pun dalam transaksi. Walaupun begini, Yang Berhormat Seremban, saya tidak hendak argue sangat lagi sebab saya ada banyak...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat, tidak ada kerugian sebab Kerajaan Pakatan Harapan yang bayar balik kepada LTAT, itu yang menyebabkan tidak ada kerugian kepada LTAT. Itu faktanya.

Okeylah, baiklah Yang Berhormat Seremban. Boleh saya teruskan ya. Jadi, apa pun rang undang-undang ini Yang Berhormat Seremban, dicadangkan saya rasa statement itu, semualah, tidak kiralah Pakatan Harapan kah, waktu kerajaan dulu kah, kerajaan hari ini, semua kita menjaga kepentingan dan kebajikan anggota tentera. Oleh sebab itulah, rang undang-undang ini dicadangkan bagi memastikan proses tadbir urus yang lebih baik di peringkat lembaga, di peringkat panel pelaburan dan juga di peringkat pengurusan. Saya hendak menjawab tentang Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak juga membangkitkan tentang kebajikan bekas tentera. Berdasarkan kepada akta LTAT sekarang, mandat LTAT adalah tertumpu kepada kebajikan pencarumnya yang terdiri daripada anggota yang sedang berkhidmat. Bagaimanapun, skop dan fungsi berkaitan dengan kebajikan veteran dibuat melalui saluran lain seperti berikut. Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) memberi latihan peralihan kepada anggota ATM yang akan tamat perkhidmatan. Kedua, Yayasan LTAT memberikan biasiswa kepada anak-anak anggota ATM dan veteran. LTAT beroperasi berdasarkan caruman kepada anggota ATM. Maka, sebarang faedah yang disalurkan seharusnya ditumpu kepada anggota ATM. Keutamaan LTAT adalah kepada pencarum. Ini adalah mandat. Walau bagaimanapun, program khusus untuk kebijakan veteran akan dilaksanakan melalui Yayasan Veteran. Pembahas yang seterusnya iaitu daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor mengenai pengurusan keupayaan LTAT bagi mendapatkan sumber yang lebih. Sumber dana LTAT bergantung kepada jumlah pencarum iaitu anggota-anggota tentera aktif yang mana setiap tahun jumlah anggota angkatan tentera adalah pada jumlah konsisten. Segala keuntungan setiap tahun akan disalurkan kepada pencarum melalui dividen yang akan dilaburkan semula untuk menjana keuntungan seterusnya. Pada waktu ini, had pengeluaran untuk pembiayaan perumahan sebanyak RM10,000 diberikan oleh LTAT adalah wajar kerana LTAT perlu menguruskan baki caruman ahli pada ketika pencarum meninggalkan perkhidmatan agar jumlah baki yang dapat dikeluarkan tidak terlalu kecil. Ini adalah kerana, purata perkhidmatan perajurit yang lain-lain pangkat yang merupakan majoriti pencarum LTAT adalah pendek iaitu di antara 12 hingga 15 tahun. Dalam cadangan Yang Berhormat Tasek Gelugor juga, bertanya untuk mewujudkan skim pembiayaan khas skim insurans percuma bagi tujuan kesihatan kepada pencarum di hospital swasta. Sejak tahun 1985, LTAT telah pun menawarkan kepada semua pencarum secara automatik perlindungan di bawah skim faedah kematian dan hilang upaya. Tujuan LTAT memperkenalkan skim yang dipanggil D&D adalah untuk menyediakan bantuan tambahan kepada pencarum, waris pencarum sekiranya pencarum diberhentikan daripada perkhidmatan atas sebab-sebab kecacatan fikiran atau tubuh badan atau kepada waris sekiranya pencarum meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan. Amaun bantuan tersebut ditentukan berdasarkan pengiraan yang mengambil kira jumlah amaun di dalam akaun caruman pencarum berserta faktor faedah yang berkaitan dengan tempoh perkhidmatan pencarum. Untuk makluman Yang Berhormat, skim faedah D&D LTAT ini, dibiayai sepenuhnya melalui dana daripada akaun keuntungan terkumpul LTAT. Secara purata LTAT membelanjakan sebanyak RM6 juta setahun bagi tujuan skim faedah ini.

Namun begitu, cadangan Yang Berhormat Tasek Gelugor untuk mengadakan dan memberi skim perlindungan insurans kesihatan akan kami kaji dengan sebaiknya dan tindakan yang bersesuaian akan dijalankan. Seterusnya, daripada Yang Berhormat Tebrau tentang apakah perlu dikaji semula rangka kerja SAA ini berdasarkan realiti dan keadaan ekonomi semasa? Untuk makluman Yang Berhormat Tebrau, perumpukan aset strategik yang diguna pakai akan disemak secara berkala iaitu, setiap dua atau pun tiga tahun bagi memastikan rangka kerja tersebut kekal relevan dengan pasaran moden dan ekonomi semasa. Rangka kerja, iaitu, SAA, iaitu, perumpukan aset strategik, bukan sahaja mengambil trend persekitaran semasa malah turut mengambil kira pandangan ke hadapan bagi sesuatu kelas aset. SAA juga turut diperkukuhkan dengan perumpukan aset taktikal yang membolehkan LTAT mengambil peluang ke atas ketidaktentuan jangka pendek pasaran modal dan pada masa yang sama tidak hilang fokus kepada strategik pelaburan jangka panjang. Melalui pindaan ini, penambahan anggota bebas panel pelaburan daripada dua kepada empat orang anggota akan mempelbagaikan komposisi panel pelaburan yang mempunyai pengalaman dan kepakaran seperti perniagaan, pelaburan, pengurusan risiko, risiko aktuari, perbankan, undang-undang atau kewangan. Oleh demikian, kriteria untuk mempelbagaikan komposisi telah dicadangkan dengan pindaan ini. Pindaan ini juga memperuntukkan ujian kesesuaian dan kelayakan untuk memastikan anggota bebas panel pelaburan adalah berintegriti dan telus. LTAT mempunyai Jabatan Audit Dalaman di mana laporan penemuan audit akan dilakukan secara terus kepada jawatankuasa audit di peringkat Lembaga Pengarah LTAT. Jabatan Audit Dalaman akan membentangkan rancangan tahunan audit untuk kelulusan jawatankuasa audit. Seterusnya, persoalan yang dibangkitkan dalam perbahasan dari Yang Berhormat Tangga Batu. Yang Berhormat Tangga Batu, peranan LTAT dalam isu kebajikan bekas tentera pindaan ini tidak mencukupi isu kebajikan bekas tentera. Apakah kementerian akan melayan tuntutan veteran terhadap isu kenaikan pencen? Untuk makluman, kementerian melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran pada masa ini sedang melaksanakan proses perbincangan bersama agensi-agensi berkaitan berhubung dengan perkara ini. Sebagaimana yang dimaklumkan, bahawa Jabatan Hal Ehwal Veteran sedang melaksanakan inisiatif peluang kerjaya kedua kepada veteran yang menamatkan perkhidmatan awal secara tidak berpencen melalui kerjasama PERKESO, syarikat-syarikat swasta yang dikenal pasti dan jabatan kerajaan antaranya, Jabatan PERHILITAN. Mengenai syor-syor KPP, ini akan saya jawab secara bertulis ke Yang Berhormat Tangga Batu. Mengenai kewangan LTAT perlu dibentang di Dewan yang mulia bagi memastikan dana pencen veteran tidak disalahgunakan. Laporan tahunan dan penyata kewangan LTAT serta perbadanan di bentang kepada Jemaah Menteri pada setiap tahun. Ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Badan Berkanun iaitu Akaun dan Laporan 1980 yang menghendaki supaya penyediaan dan penyerahan penyata kewangan dibuat dalam masa enam bulan selepas tamat sesuatu tahun kewangan. Agenda membela kebajikan membela anggota ATM dan veteran ATM serta ahli keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan, apatah lagi dalam soal kediaman. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, blueprint perumahan ini dimulakan pada tahun 2017. Kemudiannya, ia berkesinambungan dan diteruskan kepada Blueprint Perumahan 2.0 pada tahun 2019 dan ia, ditambah baik kepada Blueprint Perumahan 3.0 yang baru dilancarkan pada Julai 2022 baru ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah merasmikan Blueprint Perumahan 3.0 yang merupakan blueprint paling holistik dan menyeluruh bermula tahun ini sehingga tahun 2030.

Terdapat empat program utama di bawah blueprint ini iaitu RKMAT, selenggara dan naik taraf, rumah mampu milik dan paling penting, ia kembali memberi tumpuan...

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terhadap inisiatif perubahan perumahan ATM.

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Boleh tak saya hendak habiskan?

Ini berkaitan ya.

Bolehlah. Nanti saya jawab ataupun di hujung boleh atau hendak tanya sekarang? Bolehkah di hujung Tuan Yang di-Pertua? Bagi saya jawab dulu Tuan Yang di-Pertua dan di hujung mungkin boleh bertanya. Boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekejap.

Saya hendak menjawab seterusnya Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Labuan, isu sama juga iaitu adakah dana LTAT tidak boleh disalahgunakan, apakah yang berlaku sekiranya Boustead Holdings di saman, adakah akan dibayar oleh LTAT atau dihapus kira. Ini antara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Labuan. Jika di saman, Boustead Holdings akan dipertanggungkan secara sendiri tanpa kaitan dengan LTAT kerana Boustead Holdings adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Untuk makluman Yang Berhormat juga, LTAT tidak akan menanggung liabiliti Boustead Holdings kerana Akta 101 telah memperuntukkan bahawa wang pencarum adalah khusus untuk membayar hutang pencarum terhadap Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri sahaja. LTAT tidak boleh mengguna pakai wang caruman untuk menanggung liabiliti Boustead Holdings Berhad. LTAT dianggap memulangkan wang tersebut kerana LTAT selama ini telah membayar wang caruman kerajaan itu kepada Kumpulan Wang Persaraan iaitu agensi kerajaan yang berfungsi seperti Kumpulan Wang Amanah Pencen yang dulu. Seterusnya soalan Yang Berhormat Labuan, tiada peruntukan khusus yang diberikan kepada LTAT. Yang Berhormat Labuan bertanya, berapakah peruntukan disediakan dan diberikan kepada JHEV dan LTAT. Tiada peruntukan khusus yang diberikan kepada LTAT. LTAT menjana pendapatannya melalui pelaburan yang telah dirangka, dipersetujui oleh stakeholder. Untuk makluman Yang Berhormat, Pelan Transformasi LTAT sedang berlangsung bagi tempoh lima tahun. Fokus utama Pelan Transformasi LTAT terhadap perlaksanaan dalam pelan pemulihan pelaburan berpandu Perumpukan Aset Strategik yang telah diluluskan pada tahun 2020. Antara strategi pelaburan yang telah dikenal pasti dan sedang dilaksanakan adalah penstrukturan semula pelaburan legasi dalam saham tersenarai termasuk portfolio anak syarikat tersenarai; meningkatkan pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap selain terus mempelbagaikan strategi pelaburan saham tersenarai termasuklah memulakan program pelaburan luar negara, mengurangkan pendedahan dalam pelaburan ekuiti persendirian dan hartanah bagi meningkatkan kecairan dan kesolvenan LTAT. Saya hendak habiskan Yang Berhormat Labuan ya. Yang Berhormat Labuan, pelaburan yang berdisiplin berpandukan SAA iaitu Perumpukan Aset Strategik serta pelaksanaan pelan pemulihan pelaburan LTAT dapat memastikan pulangan dividen jangka panjang yang mampan dan kompetitif, seiringan dengan kadar yang di isytihar oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan yang lain. Yang Berhormat Papar tadi mencelah Yang Berhormat Labuan. Dia bertanya tentang campur tangan ahli politik dalam LTAT dan anak syarikat. Anak-anak syarikat LTAT ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan ada juga anak-anak syarikat LTAT yang

tersenarai dalam Bursa Saham di mana terikat dengan syarat-syarat yang terpakai di Bursa Saham Malaysia. Syarikat-syarikat tersenarai memerlukan bahawa tadbir urus dilakukan secara teratur. Oleh yang demikian, tiada sebarang campur tangan politik atau pertindihan kuasa boleh berlaku kerana syarikat itu mempunyai SOP yang teratur. Tuan Yang di-Pertua, saya ada banyak lagi. Ini ada beberapa lagi. Bolehkah saya menjawab – Kalau Tuan Yang di-Pertua benar ataupun saya boleh jawab mereka secara bertulis?

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju dengan jawapan secara bertulis kerana kita bahas rang undang-undang, bukan jawatankuasa kementerian.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Akan tetapi boleh tak...

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, malam ini bersidang sampai 8.30 malam, malam masih muda lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Lima minit Yang Berhormat.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

So, ada dua jam lagi.

Okey. Baiklah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Lima minit.

Saya jawab Yang Berhormat Bukit Bendera lah.

Dato’ Mahfuz bin Haji OmarAMANAH · PHPokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Oh, Yang Berhormat Pokok Sena. Makna saya kena ikut aturanlah. Saya ingat saya nak – Yang Berhormat Setiu. Ini saya ikut yang berbahas tadi ya. Yang Berhormat Setiu bertanya mengenai sejauh manakah pelaburan LTAT mengikut pelaburan patuh syariah, apakah mekanisme memastikan pelaburan ini patuh syariah. Sebagaimana saya menjawab Yang Berhormat Pasir Mas tadi Yang Berhormat Setiu, dasar dan polisi pelaburan LTAT melarang sebarang pelaburan dalam syarikat- syarikat yang tidak memenuhi syariah. Soalan ini pun ada bertanya juga mengenai perancangan, menyediakan peluang sambung pelajaran kepada pencarum termasuk anggota tentera yang masih bertugas dan bersara. LTAT pada masa ini telah menyediakan sebuah perkhidmatan nilai tambah iaitu pengeluaran bagi tujuan membayar yuran pendidikan pencarum, tahap limit adalah RM3,000. Justifikasi penswastaan Boustead, kenapakah ia dibatalkan. Pada tahun 2020, LTAT pernah mempertimbangkan untuk melaksanakan penswastaan Boustead Holdings Berhad. Penswastaan Boustead merupakan satu langkah utama dalam penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT. Ia membolehkan penstrukturan semula perniagaan kumpulan Boustead dapat dijalankan dengan lebih cekap sebagai sebuah syarikat yang tidak tersenarai dalam milikan penuh LTAT. Bagaimanapun, pada 3 Februari 2021 tahun lepas, setelah mengambil kira pelbagai faktor risiko bagi merealisasi cadangan tersebut terutama dalam persekitaran ekonomi semasa yang mencabar akibat COVID-19 serta pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan, LTAT telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan cadangan tersebut iaitu penswastaan. Bagi perkara berkaitan dengan veteran, pengurusannya adalah di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran. Jabatan Hal Ehwal Veteran sedang melaksanakan inisiatif peluang kerjaya kedua kepada veteran yang menamatkan perkhidmatan awal secara berpencen melalui kerjasama dengan pelbagai pertubuhan syarikat dan agensi kerajaan.

Kemudian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Ada satu, dua, tiga, empat, lima lagi. Dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera berhubung kos tambahan untuk meneruskan projek LCS. Berhubung persoalan Yang Berhormat, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, kerajaan bersetuju untuk memberikan tempoh enam bulan yang bermula 22 Jun 2022 untuk fasa mobilisasi kepada syarikat BNSSB bagi melaksanakan rundingan dengan 42 Original Equipment Manufacturer (OEM) dan 145 vendor yang terlibat dalam perolehan LCS ini. Fasa mobilisasi ini amatlah penting kerana syarikat BNSSB hendaklah membuktikan kepada kementerian bahawa telah mendapat sokongan daripada OEM dan vendor serta bersetuju untuk membekalkan peralatan dalam meneruskan perolehan ini. Selain itu juga, kementerian ingin memastikan bahawa tiada isu peralatan yang diterima akan mengalami isu penggantian barang pada masa akan datang iaitu maksudnya obsolete setelah pengesahan dan jaminan daripada OEM dan vendor terlibat diperoleh. Oleh itu, implikasi keseluruhan berkaitan perolehan ini hanya akan dapat dimuktamadkan setelah rundingan syarikat BNSSB dengan pihak OEM dan vendor, selesai.

Timbalan Menteri, Baling sedikit boleh? Boleh sedikit sahaja?

Okey, boleh, boleh.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, terima kasih. Saya menyambut baik apa yang telah Timbalan Menteri sebutkan tadi dan menyokong penuh usaha kementerian dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan buat pencarum LTAT. Antaranya memudahkan untuk pengeluaran bagi tunaikan tujuan menunaikan ibadah haji, pengeluaran untuk pendidikan dan lain-lain. Lagipun kita dengar di sebelah sana tadi, mereka menyatakan jangan letakkan ahli politiklah dan sebagainya. Semasa zaman mereka memerintah pun ada ahli politik, ada Ahli Parlimen yang mereka letakkan dalam GLC. Apa yang penting di sini, saya hendak sarankan kepada kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri, pastikan walau sesiapapun kita lantik menjadi ahli lembaga pengarah malah waima hatta pengerusi, pastikan mereka menggalas tanggungjawab itu dengan amalan yang integriti yang penuh. Akhirnya ROI, pulangan kepada semua pencarum itu harus dilihat mendapat manfaat yang sewajarnya. Terima kasih.

Menjawab Yang Berhormat Baling, saya setuju. Kita kena tengok background ahli lembaga itu tidak kiralah dia ahli politik atau tak. Akan tetapi jika dia mempunyai qualification, kelayakan yang sewajarnya, dia layak, tak boleh dinafikan kelayakannya untuk dilantik. Terima kasih. Saya hendak menjawab Yang Berhormat Pokok Sena.

Tuan Wong Hon WaiDAP · PHBukit Bendera

Maaf. Tadi soalan saya Timbalan Menteri belum jawab lagi. Saya menanyakan kos tambahan untuk LCS, berapa juta, berapa bilion. Tidak ada jawapan.

Okey Yang Berhormat Bukit Bendera.

Tuan Mohamad bin SabuAMANAH · PHKota Raja

Boleh tak sekali jawab dengan saya iaitu kerajaan hendak buat forensic audit atau tidak terhadap LCS ini sebab cadangan Tan Sri Ambrin Buang supaya membuat forensic audit. Adakah akan diteruskan forensic audit terhadap pembinaan LCS?

Bukit Bendera, mengenai LCS ini, butiran, jumlah dan sebagainya saya tiada di sini. Akan tetapi, yang kita tahu, daripada enam buah kapal, sekarang ini Jemaah Menteri sudah bersetuju membina lima buah kapal sahaja. Mereka sekarang ini seperti yang dikatakan tadi, diberi enam bulan. Jadi, apa pun

butiran nanti, saya hantar secara bertulis ya, Bukit Bendera. Mengenai forensik ini, buat masa ini, kita akan − macam Yang Berhormat Menteri kata, kita tidak akan melindungi. Pihak-pihak berkuasa tertentu seperti SPRM telah pun menyiasat dan telah menyoal. Sekarang ini di peringkat − saya tahu, mereka dah kenal pasti pihak-pihak yang terbabit. Sekarang ini di pihak Jabatan Peguam Negara untuk diambil tindakan selanjutnya. Okey. Saya nak jawab Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena tanya bahawa adakah ahli lembaga pengurusan tidak akan membuat sesuatu yang cuai dan menjejaskan keuntungan pencarum setelah dana pencarum dijamin oleh kerajaan. Jaminan ini Yang Berhormat Pokok Sena adalah berbentuk pinjaman yang perlu dibayar semula seberapa praktikal yang boleh. LTAT ditadbir oleh pengurusan profesional, mengikut tadbir urus yang baik, malah Yang Berhormat Port Dickson berkata, CEOnya bagus. Jadi, bererti jelas terbukti pengurusan yang profesional. Jaminan kerajaan hanyalah sebagai sebuah jaringan keselamatan untuk simpanan pencarum jika terjadinya sebarang masalah di luar jangkaan LTAT. Saya nak menjawab Tumpat pula. Yang Berhormat Tumpat tanya, sejauh manakah dasar pelaburan yang melibatkan ekuiti antarabangsa yang dijangka memberi keuntungan kepada LTAT di kala ekonomi tidak menentu. Yang Berhormat Tumpat, portfolio pelaburan domestik kekal sebagai tunggak strategik utama LTAT. Usaha mempelbagaikan pelaburan ke luar negara adalah bertujuan mengurangkan risiko konsentrasi memandangkan nilai saiz pasaran luar negara adalah jauh lebih besar dan mempunyai tahap kecairan yang lebih tinggi berbanding pasaran domestik. Kebajikan − Yang Berhormat Beaufort ada mencelah tadi. Kebajikan bekas tentera setakat ini dimaklumkan merupakan tanggungjawab di bawah JHEV. Walau bagaimanapun, LTAT sentiasa menjaga kebajikan pencarumnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta 101. Mengenai respons Menteri dalam isu picket kakitangan LTAT, Yang Berhormat Menteri mengikuti rapat dan memberi perhatian dalam pertemuan antara kepimpinan LTAT dan KKLTAT untuk mencapai jalan penyelesaian yang bermanfaat kedua-dua pihak. Yang Berhormat Menteri juga menyokong penubuhan Jawatankuasa Penilaian dan Penyelarasan Gaji antara pengurusan LTAT dan KKLTAT untuk menyelesaikan perkara ini. Apakah kesan LTAT sekiranya projek LCS tidak diteruskan? Seperti yang saya maklum sebentar tadi, LTAT memang akan mengalami rosot nilai dan akan memberi kesan negatif kepada kemampuan untuk membayar dividen kepada pencarum untuk tempoh enam tahun berjumlah sebanyak RM2.1 bilion. Oleh yang demikian, LTAT bersama-sama dengan Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Diraja Malaysia telah melaksanakan due diligence awal supaya ia dapat mengurangkan kesan domino kepada LTAT dan seterusnya telah membangunkan pelan pemulihan bagi projek LCS. Hasil ini telah dibentangkan ke Jawatankuasa Khas Jemaah Menteri dan seterusnya Jemaah Menteri telah bersetuju untuk meneruskan projek LCS ini. Sehubungan itu, LTAT dan MINDEF akan memastikan syarikat Boustead mengikut pelan pemulihan yang dirangka untuk tempoh merealisasi selama enam bulan. Okey, Tuan Yang di-Pertua, tiga lagi. Menjawab Yang Berhormat Padang Serai, ini kawan saya. Pengeluaran − adakah pencarum boleh mengeluarkan sejumlah wang daripada simpanan? Bagaimanakah pendekatan ini memberi kebaikan kepada pelaburan LTAT? Adakah langkah ini sekadar langkah populis? Pengeluaran ini adalah untuk menambah baik kesejahteraan dan kelangsungan hidup pencarum. Pengeluaran adalah bertujuan untuk membeli rumah, pendidikan dan juga mengerjakan haji. LTAT sentiasa bekerjasama dengan apa jua siasatan yang berkaitan dengan pelaburannya dan menyerahkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada tindakan yang bakal diambil. Yang Berhormat Baling, mandat − isu kebajikan veteran lagi. Mandat LTAT adalah khusus untuk anggota ATM. LTAT tetap membantu veteran melalui saluran lain seperti Yayasan LTAT, iaitu untuk memberi biasiswa untuk anggota, anak anggota dan veteran. PERHEBAT, mengadakan latihan peralihan kepada anggota yang sudah tamat

perkhidmatan dan anak syarikat Boustead Holding Berhad juga menganjurkan program untuk menyediakan pekerjaan dan peluang keusahawanan untuk veteran. Isu dividen − usaha pindaan akta merangkumi keperluan mengguna pakai SAA adalah berdasarkan objektif untuk mengembalikan kadar keuntungan dan dividen LTAT kepada kadar yang lebih kompetitif, sekurang-kurangnya seperti KWSP. Akhir sekali, daripada mantan Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Kota Raja. Perlukah penglibatan profesional dalam mengendalikan urusan perniagaan bukan orang politik? Keahlian panel pelaburan adalah terdiri daripada golongan profesional yang dilantik dengan latar belakang dan kepakaran yang pelbagai. Tiada campur tangan politik dalam urusan perniagaan LTAT. Kementerian Pertahanan − mengenai keciciran RM 1 bilion yang tidak dapat dikesan. Kementerian Pertahanan telah menyerahkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat salah laku yang menyebabkan kelewatan penyiapan kapal tempur pesisir pantai (LCS). Saya telah pun berulang kali menarik perhatian rakan-rakan Yang Berhormat sekiranya masih terdapat bukti baharu atau maklumat tambahan untuk melaporkan terus kepada pihak berkuasa. Kementerian tidak akan sesekali berkompromi dengan mana- mana pihak yang melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dalam proses perolehan LCS ini. Yang Berhormat Kota Raja tanya berkenaan usaha mengangkat martabat tentera dan bekas-bekas tentera. Kementerian sentiasa komited dalam mengangkat martabat tentera dan bekas-bekas tentera melalui penambahbaikan skim perkhidmatan dan skim persaraan kebajikan veteran. Tuan Yang di-Pertua, saya nak akhiri penggulungan rang undang-undang ini dengan menegaskan sekali lagi, bahawa fokus utama pindaan Akta 101 ini untuk memastikan caruman anggota tentera dalam LTAT terjamin, selamat dan terpelihara. Sesungguhnya, anggota tentera berkorban nyawa dan tenaga dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara kita ini. Pada masa yang sama, mereka juga seperti orang awam yang lain yang mahu memastikan apabila bersara kelak, mereka mempunyai simpanan yang boleh menjamin kehidupan pada masa depan. Dengan pindaan kepada akta ini, anggota tentera akan lebih bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kerana mengetahui bahawa caruman masa depan mereka selamat dan terjamin di bawah LTAT. Ia memandangkan wang atau caruman mereka diuruskan atau dikendalikan oleh pengurusan LTAT yang cekap, bijaksana dan amanah. Oleh sebab masa pun dah lama, saya nak ambil kesempatan, di belakang saya ini, CEO dia, Datuk Ahmad Nazim. Yang Berhormat Port Dickson puji dia. Chief Financial Officer, Encik Mohammad Ashraf. Mana Ashraf? Berjanggut ini. Chief Investment Officer, Mohd Fitri. Ada Puan Dayana. Mereka ini kalau kita tengok muka-muka ini...

Minta buka mask, Menteri. Tak nampak. Semua pakai pelitup muka.

Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Seremban, ini muka amanah, berintegriti. Boleh percaya, insya-Allah. Untuk makluman semua, Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sendiri secara peribadi amat mengambil berat soal tadbir urus pengurusan LTAT yang mana beliau berkali-kali, dalam mana-mana juga mesyuarat termasuk Mesyuarat Post-Cabinet memberi amaran tegas beliau tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang salah laku penyelewengan dan pecah amanah. Beliau menegaskan tidak akan mempertahankan atau melindungi mana-mana individu yang melakukan jenayah tersebut tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Sesiapa yang bersalah akan berhadapan dengan tindakan undang-undang tanpa sebarang kompromi. Pindaan rang undang-undang ini juga tepat pada masanya ketika negara baru sahaja menyambut Hari Pahlawan semalam dan kita kini berada dalam bulan Ogos, iaitu bulan kemerdekaan negara. Jadi, sekali lagi, akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima

kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Terima kasih.

[Bangun] Saya Cuma memerlukan jawapan bertulis. Mohon keizinan.

Di Parlimen saya, di Putatan, ada satu Kem Lok Kawi. Berdekatan dengan Kem Lok Kawi itu, ada satu Taman Pantai Lok Kawi di mana di situ terletaknya aset angkatan tentera.

Lebih 200 unit taman di Taman Pantai Lok Kawi musnah terbakar lebih kurang dalam 15 tahun yang lalu dan hingga kini taman perumahan yang dipunyai oleh angkatan tentera itu sudah jadi hutan. Jadi saya ingin tahu apa perkembangannya kerana saya selalu ditanya oleh Persatuan Bekas Perajurit, macam mana ia dimanfaatkan. Jadi kerana masa itu terlalu suntuk saya mohon jawapan bertulis. Terima kasih.

Okey Yang Berhormat Putatan, insya-Allah saya akan bagi jawapan bertulis ya. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Rang Undang-Undang — TABUNG ANGKATAN TENTERA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga — Fasal-fasal 1 hingga 12 –Bill

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Ada perbahasan? Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, kemudian Yang Berhormat Sepang.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan di peringkat Jawatankuasa ini fasal 11 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen 24 dan 25 yang baharu ke dalam Akta 101. Timbalan Menteri, saya ingin menarik perhatian tentang seksyen baharu 25 yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi hal keadaan yang membolehkan pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan diberikan kepada lembaga. Saya meminta penjelasan, mengapakah seksyen 25, seksyen yang baharu ini dimasukkan ke dalam akta ini. Apa alasan-alasan yang menyokong berbuat demikian? Adakah seksyen 25 ini jika dibaca semacam bailout untuk selamatkan LTAT sekiranya LTAT tidak mampu hendak membuat pembayaran-pembayaran tertentu? Soalan yang kedua. Kalaulah seksyen 25 ini diluluskan, apa jadi kalau kerajaan dah dahulukan wang kepada LTAT tetapi Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini tidak mampu bayar balik? Jadi, itulah pertanyaan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, selepas itu Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin merujuk terus kepada fasal 10 berkait tentang seksyen 15 Akta 101, “Untuk memperluas kuasa Lembaga, atas nasihat yang diberikan oleh Panel Pelaburan, untuk membuat pelaburan berdasarkan perumpukan aset strategik sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri Kewangan.” Saya percaya ini tujuannya untuk mempelbagaikan pelaburan dan saya lihat bahawa ini merupakan suatu kerangka baharu yang membolehkan LTAT mampu untuk memberikan pulangan yang kompetitif dan insya-Allah akan membantu LTAT untuk terus memelihara sosioekonomi Angkatan Tentera Malaysia. Namun saya ingin bertanya, tadi dibentangkan di dalam Dewan ini bahawa Boustead Holdings sebagai sebuah syarikat pelaburan terbesar LTAT telah pun diberikan jaminan bahawa wujud pelan untuk lima tahun, untuk recover baliklah dengan izin, Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya bagaimana nasib pencarum- pencarum Angkatan Tentera Malaysia ini. Apakah dengan kemasukan seksyen 15 ini ingin memberi ruang lagi ataupun ruang semula kepada Boustead Holdings ataupun syarikat-syarikat yang sewaktu dengannya? Perkara yang seterusnya Tuan Pengerusi ialah berkait tentang seksyen 11 iaitu fasal 8, untuk memberi lembaga kuasa dengan kelulusan Menteri mengisytiharkan kadar keuntungan tabung berdasarkan prestasi kewangan sebenar lembaga. Saya lihat ini merupakan satu pernyataan komitmen dan disiplin daripada pengurusan LTAT untuk memastikan supaya dividen diisytiharkan mengikut kemampuan kewangan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan di dalam Dewan ini, kita lihat laporan- laporan tahunan sebelum ini walaupun keuntungan sedikit tetapi untuk tujuan politik, hendak pilihan raya dan sebagainya, mereka isytiharkan dividen yang tinggi. Saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri, dengan wujudnya seksyen ini, apakah jaminan kerajaan ataupun jaminan kementerian bahawa tidak akan berlaku lagi pengisytiharan dividen tinggi seperti mana yang sering berlaku. Dalam konteks ekonomi semasa sekarang ini, apakah perkara ini boleh benar-benar dilakukan? Maknanya isytihar yang betul berdasarkan 12 bulan tadi kalau saya baca. Tidak agak detailed. Mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh berikan penjelasan kepada Dewan tentang perkara ini. Perkara yang terakhir Tuan Pengerusi ialah berkaitan tentang fasal 11 seksyen 24 dan 25. Seksyen 24 ini memberi lembaga kuasa untuk memperbadankan satu syarikat. Di bawah Akta Syarikat ataupun syarikat amanah yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah dan apa-apa syarikat di bawah undang-undang yang bertulis. Apakah di sana wujud satu perancangan oleh kementerian ataupun di bawah LTAT ini mewujudkan syarikat-syarikat yang baharu memandangkan undang-undang ini dipinda? Kalau boleh dikongsi dengan Dewan Rakyat, apakah tujuan syarikat-syarikat ini sekiranya ada cadangan-cadangan ini kerana saya percaya undang-undang ini dibuat kerana untuk serve dengan izin, Tuan Pengerusi the purpose undang-undang ini iaitu menubuhkan syarikat-syarikat baharu ini. Terakhir seksyen baharu 25 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi iaitu peruntukan yang jelas, membolehkan pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan diberikan kepada lembaga. Saya ingin olah lagi soalan ini dalam bentuk yang lain. Saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri dengan adanya peruntukan ini, apakah LTAT sedang berdepan dengan krisis kewangan yang teruk. Maknanya adakah you anticipate Timbalan Menteri bahawa dengan adanya pindaan ini, maka kerajaan boleh pump in dengan izin, duit ke dalam lembaga sekiranya lembaga berdepan dengan krisis kewangan yang teruk sehingga menyukarkan untuk membayar kepada para pencarum. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Akhir sekali Yang Berhormat Sepang.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana membenarkan saya untuk turut berbahas. Tuan Pengerusi, saya hanya ingin membahaskan tentang pindaan kepada seksyen 4. Tuan Pengerusi kalau kita lihat dekat Malaysia ini, sebarang institusi yang ada melibatkan tabung ini, biasanya kita lihat tabung sahaja yang tinggal, duit habis. [Ketawa] Kalau hendak tanya, tanya Yang Berhormat Baling dia tahulah sebab dia pernah jaga Tabung...

Tabung Harapan macam mana?

Tuan Pengerusi, saya lihat seksyen 4 ini pindaannya adalah memasukkan perkataan, “On the advice of the Lembaga...” dengan izin, setelah perkataan “Appointed by the Minister...”. Soalan yang saya hendak timbulkan Tuan Pengerusi, adakah pindaan ini boleh berjaya untuk kita mematuhi prinsip apa yang dipanggil natural justice, hak keadilan asasi yang merangkumi dua maxims yang terkenal yang Tuan Pengerusi lebih tahu iaitu pertamanya maxim yang dipanggil audi alteram partem dan satu lagi dipanggil maxim nemo judex in causa sua iaitu seorang yang hendak menjatuhkan hukum ini mesti dia tidak ada element of bias, rule against bias. Tuan Pengerusi, kalau kita lihat kepada seksyen 4 pindaan ini, ahli lembaga akan diminta untuk memberikan nasihat kepada Menteri. Akan tetapi kita lihat, kalau kita lihat kepada peruntukan dalam seksyen 4 ini di 4(3A) dan (3B) antaranya Pengerusi Lembaga adalah dipanggil Ketua Setiausaha kepada kementerian dan dia dilantik oleh Menteri. Kemudiannya kalau kita lihat kepada seksyen 4(3B), Deputy Chairman juga hendaklah dilantik oleh Menteri.

Jadi Tuan Pengerusi, dalam keadaan kedua-dua pihak ini, Chairman dan Deputy Chairman dilantik oleh Menteri, tiba-tiba mereka ini hendak menasihat Menteri pula. It doesn’t make sense. Tidak boleh masuk akal. Sudah tentu dia akan mempunyai kepentingan. Jadi bagaimanakah kita boleh memastikan prinsip natural justice dapat dilaksanakan. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri jawab. Yang keduanya Tuan Pengerusi. Dalam pelantikan ini dia kata mestilah a person shall be disqualified from being appointed of being a member of the Lembaga if he pertamanya (c) has been convicted of an offence involving bribery, fraud and dishonesty. Persoalan bagaimana kalau mereka disabitkan bersalah dalam kes yang membabitkan rasuah, melibatkan money laundering ataupun melibatkan salah guna kuasa seperti Yang Berhormat Pekan, adakah boleh dilantik. Seba dia kata bribery, fraud dan dishonesty. Kalau dalam bahasa undang-undang, sudah tentu Tuan Pengerusi, kesalahan yang dilakukan seperti kesalahan yang dilakukan oleh Yang Berhormat Pekan lebih teruk lagi. Kalau orang guna istilah; [Bercakap dalam bahasa Arab] , lagi teruk lagi. Kalau bribery tidak boleh, fraud tidak boleh, dishonesty tidak boleh, rasuah lagi tidak bolehlah. Tapi adakah pihak kerajaan akan mentafsirkan perkataan itu yang lebih teruk lagi, tidak boleh, ataupun boleh. Jadi saya mengharapkan Tuan Pengerusi, kalau boleh pihak kerajaan memberikan satu jaminan apakah maksud sebenar perkataan bribery, fraud, dishonesty. Adakah termasuk kesalahan itu, kesalahan-kesalahan yang sama sejenis, sewaktu dengannya. Seterusnya saya hendak tanya juga adakah kerajaan juga akan memastikan orang-orang seperti Yang Berhormat Pekan dan sejenisnya tidak akan dilantik dalam orang seperti ini dan kalau mereka dilantik Tuan Pengerusi, tidak guna kita ada peruntukan ini sebab orang-orang ini yang terang-teranglah telah mengebas duit. Kalau orang seperti ini ada Tuan Pengerusi, sepuluh tabung pun, dua puluh tabung pun tidak guna, tabung hilang. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri silakan.

Berpeluh juga lah Tuan Pengerusi. [Ketawa] Terima kasih. Yang pertama mengenai yang dibangkitkan tadi tentang seksyen 25 ya, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, yang bangkitkan Hang Tuah Jaya, Sepang dan yang pertama tadi daripada Pasir Gudang. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Gudang, peruntukan baru seksyen 25 membolehkan kerajaan untuk mengambil alih peranan LTAT dalam menampung sebarang liabiliti LTAT terhadap pencarum atas ketidakbolehan LTAT untuk membayar apa-apa hutang terhadap pencarum. Ini akan merangkumi dividen dan apa jua yang perlu dibayar oleh LTAT kepada pencarum yang termaktub dalam Akta 101. Kerajaan mempunyai keupayaan, stake in untuk menanggung liabiliti pencarum dan ini akan memastikan bahawa kerajaan akan sentiasa menjamin dan memberi lindungan kepada wang pencarum dalam tabung. Jaminan kerajaan bukanlah bersifat kekal. Ia merupakan pinjaman kepada Kumpulan Wang Disatukan di mana LTAT perlu membayar balik kepada Kumpulan Wang Disatukan di mana terma-terma pembayaran balik akan dipersetujui oleh LTAT jika seksyen ini diguna pakai kelak. Maka jaminan kerajaan ini amat diperlukan untuk melindungi pencarum-pencarum. Sebagai makluman Yang Berhormat, berikut adalah beberapa dana persaraan lain ya kalau kita hendak buat perbandingan yang mempunyai peruntukan mengenai jaminan kerajaan. Antaranya Lembaga Tabung Haji melalui seksyen 24, Akta Tabung Haji 1995, KWSP melalui seksyen 28, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 dan KWAP melalui seksyen 18, Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007. Ini semua dapat jaminan kerajaan and now sekarang kita mohon rang undang-undang ini supaya LTAT juga mendapat jaminan kerajaan. Okey, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya juga bertanya ada beberapa soalan ini. Saya akan cuba jawab, insya-Allah. Mengenai peruntukan baru seksyen 24, seksyen baru 24 adalah sebuah peruntukan yang membolehkan LTAT menubuhkan sebuah syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 di Malaysia atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis. LTAT memerlukan pindaan ini iaitu seksyen 24 kerana ia memberi fleksibiliti kepada LTAT untuk menstrukturkan pelaburan-pelaburan yang bakal dibuat LTAT sama ada di dalam atau di luar negara. Menstrukturkan pelaburan menggunakan tujuan khas SPV adalah perlu mengoptimumkan cukai yang akan dikenakan bagi satu-satu pelaburan terutamanya pelaburan-pelaburan yang akan dilakukan di luar negara dan juga meminimumkan pendedahan risiko kepada tabung LTAT sendiri. Mengenai, menjawab seterusnya, sebagai makluman Yang Berhormat, BHB sedang melaksanakan pelan transformasi mereka sendiri yang dinamakan Reinventing Boustead sebagai pemegang terbesar di dalam BHB. LTAT akan terus memberikan sokongan yang sewajarnya supaya BHB dapat mencatatkan prestasi kewangan yang lebih baik seterusnya memberi pulangan dividen kepada LTAT. Pindaan seksyen 15 juga akan membolehkan LTAT mengurangkan kebertumpuan kepada Boustead. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, sebagai makluman, LTAT memerlukan peruntukan syor dari aktuari untuk mengisytihar dividen bagi membolehkan LTAT mengisytiharkan dividen berdasarkan prestasi kewangan sebenar dan berdasarkan kepada ujian ‘konsovenan’ tidak kiralah hendak pilihan raya ataupun tidak. Sebagai makluman Yang Berhormat, aktuari pada ketikan ini mengira ujian ‘konsovenan’ LTAT kepada satu tarikh yang ditetapkan iaitu setiap 31 Disember. Maka, berdasarkan Akta 101 semasa, nilai peratusan harus lah melebihi 100 peratus setelah pengisytiharan dividen dengan mengandaikan ke semua baki caruman ahli adalah liabiliti semasa. Pengiraan sedia ada adalah ketat dan terlalu konservatif, memandangkan tidak semua simpanan ahli boleh dikeluarkan pada sesuatu masa. Ianya bergantung pada tempoh perkhidmatan dan tarikh tamat perkhidmatan. Melalui pindaan ini, definisi terkini bagi ‘konsovenan’ adalah keupayaan LTAT untuk melangsaikan hutangnya dan apa jua aliran tunai keluar dalam tempoh 12 bulan yang akan datang. Ini merupakan amalan yang dipraktikkan secara konsisten dalam

hampir ke semua industri berdasarkan Akta Syarikat 2016 bagi membolehkan sebarang dividen di isytiharkan oleh sesuatu dividen. Jawapan untuk Yang Berhormat Sepang ada. Maaf ya untuk Sepang, ini sahabat saya, Sepang. Tapi percayalah kita ada pengurusan yang cekap ya. Okey Sepang mengenai bribery, fraud and dishonesty ya. Saya percaya jika mereka yang kalau terlibat dalam money laundering ia akan jatuh di bawah peruntukan (3B)(e) iaitu “telah hilang kelayakan melalui perintah mahkamah untuk bertindak sebagai pengarah di mana-mana undang-undang yang bertulis”.

Yang Berhormat Menteri boleh tanya? Yang kata Timbalan Menteri percaya, itu bukan undang-undang. So kami hendak tahu yang macam mana ini. Yang percaya ini, dekat mahkamah, mahkamah tidak percaya dengan Menteri-menteri ini. Lagi Menteri-menteri BN, lagi tidak boleh percaya. Jadi hendak tahu macam mana ini kita hendak dapatkan satu pengesahan. Boleh tidak buat satu macam mana ini.

Menteri, Menteri, saya hendak....

Baling lagilah, kalau Baling tidak payah. Kena balinglah.

Saya hendak tambah sikit, orang yang bercakap ini pun lebih kurang dua kali lima juga. Cerita semua tidak percaya. Saya hendak bagitahu Menteri......

Baling jaga tabung saja.

...Pada 7 September 2018...

Kenapa Baling sibuk ini. Ini soalan saya.

…2018, Presiden dia, lantik orang dia juga jadi pengerusi.

You answer my questions first. Baling tidak ada kena mengena ini. Baling kepoh ini.

Tadi dia kata, kita lantik...

Sudah lah, Tabung Haji sudah hilang, bising pula.

Presiden dia. Lepas itu Tabung Haji pun dia punya Ahli Lembaga Pengarah...

Baling jaga tabung, duit hilang, tinggal tabung.

Tabung Haji kita bagi lapan peratus.

Satu peratus saja bagi...

[Dewan riuh]

[Sistem pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi

Baik, baik. Ini hendak masuk Maghrib sudah. Jadi kita slow sikit. Yang Berhormat, sebenarnya Yang Berhormat, sebenarnya apa yang kita hendak

Tuan Pengerusi

luluskan hari ini kalau lulus ialah perkataan-perkataan undang-undanglah kan. Jadi terpulang kepada mahkamah lah untuk interpret, betul tidak, Yang Berhormat sila.

Sebab petang-petang Tuan Pengerusi, mengantuk.

Okey Tuan Pengerusi, saya fikir sampai sini sajalah Tuan Pengerusi jawapan-jawapan saya. Terima kasih

Banyak sangat lawyer cap ayam.

Menteri, soalan saya tadi fasal, macam mana kalau bias, macam mana bias. Tolong jawab bertulis boleh tidak.

Tuan Pengerusi

Apa itu.

...bias, faham tidak. Rugi bias.

Okey Yang Berhormat Sepang, yang itu saya jawab secara bertulis nanti Yang Berhormat Sepang. Terima kasih banyak.

Sudah agak sudah.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. [Fasal-fasal 1 hingga 12 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan I (Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah) dan diluluskan]

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 54(1).

Tuan Yang di-Pertua

54?

54(1), iaitu memohon agar rang undang-undang ini diserahkan kepada satu Jawatankuasa Pilihan sebelum bacaan kali yang kedua. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan asasnya...

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi, saya belum terima apa-apa usul Yang Berhormat.

Ya, itu yang saya bangkit dalam tentang sebelum bacaan kali yang kedua ini dilangsungkan. Peraturan Mesyuarat 54(1) itu membolehkan untuk saya bangun untuk membangkitkan perkara ini supaya ia diserahkan kepada satu jawatankuasa. Hal ini kerana, ini merupakan satu perkara yang cukup penting. Rang undang- undang ini Tuan Yang di-Pertua bila saya melihat kandungannya dan kesannya cukup besar.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sebenarnya begini. Kalau P.M. 54(1) itu sebelum bacaan kedua, Yang Berhormat perlu memberi usul tetapi kalau 54(2) selepas dibacakan kali kedua maka itu tidak perlu usul boleh bangun serta-merta. Jadi, saya rasa yang seeloknya kalau Yang Berhormat ingin buat usul ini, perlu kita tunggu Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan huraian beliau dan kita bahas

Tuan Yang di-Pertua

dahulu. Kemudian selepas bacaan kali kedua itu baru boleh Yang Berhormat bangun untuk membuat usul ini. Macam kita buat masa Perlembagaan dahulu.

Itu saya faham Tuan Yang di-Pertua. Saya bimbang bila ia sudah dibaca kali kedua dan maka ia terus dibahaskan kemungkinan besar. Jadi sebelum ia dibaca kali kedua — tidak apa sekiranya itu ketetapan—

Tuan Yang di-Pertua

Ya, begitulah kalau kita buat. Kalau kita ingin bangun serta-merta ia kena baca kali kedua dahulu Yang Berhormat. Kalau sebelum kena buat usul kepada saya. Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU DAN MEROKOK 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mengemukakan rang undang-undang bernama suatu Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia sihat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, hari ini adalah Hari Kanser Paru-paru Sedunia. Seawal tahun 1950, pakar perubatan Sir Richard Doll telah memberi amaran bahawa merokok memudaratkan kesihatan dan membawa kepada penyakit seperti kanser paru-paru dan sakit jantung. Namun selewat 1994, tujuh ketua pegawai eksekutif syarikat gergasi tembakau memberi keterangan bersumpah di Kongres Amerika Syarikat bahawa nikotin bukan bahan yang menyebabkan ketagihan dan bukti bahawa rokok menyebabkan kanser tidak konklusif. [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat] Mana tidak, pada tahun 2018 keuntungan syarikat-syarikat tersebut adalah USD55 bilion. Kita tahu sekarang rokok adalah penciptaan manusia yang paling membinasakan diri sendiri. Senjata api membunuh 270 ribu orang manusia setahun. Kemalangan kenderaan membunuh 1.3 juta orang manusia setahun. Rokok membunuh lapan juta orang manusia setahun. Pada abad ke-20, 108 juta orang manusia mati dalam peperangan. 100 juta mati daripada merokok dan ini tidak termasuk mereka yang mati akibat kesan rokok sekunder dan tertiari. Hanya kurang 20 saat diperlukan untuk nikotin sampai ke otak kita selepas sedutan rokok. Kadar penagihan rokok adalah 80 peratus hingga 90 peratus. Hanya dua dan tiga hari merokok boleh menjadikan perokok ketagih sepanjang hayat. Pendek kata rokok membunuh. Rokok menyebabkan penyakit-penyakit serius yang perlu dirawat sepanjang hayat. Rokok memberi kesan kepada produktiviti negara melalui keilatan. Nikotin merampas kebebasan manusia untuk membuat keputusan bagi diri mereka sendiri kerana ia bahan yang sangat-sangat adiktif. Jika 50 tahun lepas kita tahu apa yang kita tahu hari ini tentang rokok, tidak mungkin kita akan membenarkan penjualannya. If we knew what we knew about smoking 50 years ago, there is no way we would have allowed it to be sold dengan izin seperti mana larangan terhadap dadah berbahaya yang lain.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Sekarang tiba masa untuk kita buat sesuatu. Sekarang tiba masa kita membawa kepada penyelesaian tuntas kepada masalah merokok. Memutuskan putaran ganas ketagihan. Mengurangkan kemudaratan dan kematian pra-matang melalui satu komitmen perundangan dan politik yang berani, yang radikal, yang kalis masa depan dan menjadi contoh kepada satu dunia untuk membawa kepada penamatan merokok (smoking cessation). Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan WHO Tobacco Fact Sheet pada tahun 2019 merokok menyumbang kepada lapan juta kematian setiap tahun di seluruh dunia. Di Malaysia, sebanyak sekurang-kurangnya 27,000 kematian setiap tahun dilaporkan akibat merokok berdasarkan laporan Malaysia Fact Sheet The ASEAN Tobacco Atlas. Punca utama kematian adalah disebabkan komplikasi penyakit berkaitan jantung, penyakit paru-paru kronik dan kanser paru-paru. Masalah merokok telah semakin terbeban dengan masalah merokok alaf baharu termasuk rokok elektronik dan vape yang lebih menarik perhatian penggunanya. Bermula tahun 2015, rokok elektronik dan vape telah memasuki pasaran di Malaysia dan sehingga kini jumlah pengguna rokok elektronik dan vape semakin meningkat terutama dalam kalangan kanak-kanak dan juga remaja. Perkara ini telah menjadi kegusaran memandangkan kawalan berkaitan rokok elektronik dan vape tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di bawah undang-undang yang sedia ada. Untuk makluman semua Ahli Dewan, kawalan terhadap produk tembakau telah dikuatkuasakan di bawah seksyen 36 Akta Makanan 1983 [Akta 281] iaitu pemakaian bagi tembakau dan sebagainya. Seksyen 36 akta ini telah memperuntukkan kuasa untuk Menteri Kesihatan membuat peraturan-peraturan berkaitan kawal selia penggunaan tembakau dan hasil tembakau.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Justeru, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT) telah dikuatkuasakan pada 20 September 2004. Namun begitu, kawalan di bawah akta ini adalah terhad dan tertumpu kepada kawalan produk merokok yang berdasarkan tembakau dan hasil tembakau sahaja sedangkan cecair yang digunakan dalam vape adalah menggunakan bahan-bahan lain selain tembakau seperti propylene glycol, glycerol, triethylene glycol dan bahan perisa. Maka peruntukan sedia ada di bawah peraturan PPKHT tidak mencukupi untuk mengawalnya. Untuk makluman, bahan nikotin dalam cecair rokok elektronik dan vape adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366]. Namun Akta 366 hanya mengawal aktiviti penjualan cecair rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin tetapi tidak termasuk kawalan berkaitan promosi, pengiklanan dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, adalah sangat kritikal Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh semua Ahli Dewan bagi menggantikan seksyen 36, Akta 281 dan PPKHT yang digubal berdasarkan seksyen 36 Akta 281 agar kawalan menyeluruh bagi kesemua produk merokok sama ada berasaskan tembakau ataupun tidak dapat dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membendung penjualan dan lambakan rokok elektronik dan vape semenjak awal kemunculannya di Malaysia pada tahun 2015. Kerajaan juga sangat prihatin atas kebimbangan yang dizahirkan oleh badan-badan profesional kesihatan serta badan- badan bukan kerajaan berkaitan kesihatan agar Malaysia menguatkuasakan larangan penuh bagi penjualan rokok elektronik dan vape seperti mana negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Brunei. Ini permintaan daripada pengamal perubatan dan juga badan-badan bukan kerajaan berkaitan kesihatan. Total ban kepada vape dan juga rokok elektronik. Secara konsepnya dengan larangan total ban penjualan rokok elektronik dan vape sebagaimana dilaksanakan di negara-negara jiran, Singapura, Thailand dan Brunei, kerajaan dapat memberikan tumpuan kepada masalah merokok tembakau sedia ada yang telah terbeban sekian lama. Namun, larangan penuh penjualan rokok elektronik dan vape

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

sukar dilaksanakan kerana masalah merokok rokok elektronik dan vape telah menular dengan pantasnya dan peratusan mereka yang terlibat telah ramai dan semakin meningkat saban hari. Memandangkan masalah merokok ini melibatkan kebergantungan terhadap nikotin atau nicotine addiction dalam jangka masa yang lama. Larangan sepenuhnya sangat sukar dilaksanakan kerana jika larangan total ban dilaksanakan dikhuatiri pengguna rokok elektronik dan vape di kalangan pengguna sedia ada melalui pasaran gelap akan berlaku dan ia akan lebih sukar untuk ditangani mereka supaya dapat mengawal ketagihan nikotin mereka. The train has left the station. Oleh yang demikian, di bawah RUU ini satu peruntukan bagi melarang sebarang bentuk penggunaan produk merokok dalam kumpulan generasi tertentu melalui pendekatan generasi penamat ataupun dengan izin the generational endgame for tobacco telah dicadangkan di bawah rang undang-undang ini. Peruntukan bagi melarang sebarang bentuk penggunaan produk merokok dalam kumpulan generasi tertentu adalah bagi melindungi kumpulan generasi ini sepanjang hayat mereka daripada bahaya sebarang bentuk produk merokok yang boleh menimbulkan ketagihan sepanjang hayat. Dalam hal ini, generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya telah ditetapkan sebagai dengan izin golongan generational endgame (GEG). Dengan GEG inilah maka NGO-NGO Kesihatan, pengamal-pengamal perubatan setuju supaya rokok elektronik dan vape dapat dikawal selia secara sah. Kalau tidak mereka tidak akan setuju. Mereka minta supaya ada total ban dan inilah kompromi yang telah pun dicapai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pengamal perubatan, NGO kesihatan dan juga industri vape. Penetapan 1 Januari 2007 dan seterusnya telah dibuat berbanding dengan penetapan pihak KKM sebelum ini iaitu generasi yang lahir pada 1 Januari 2005 dan seterusnya bagi membolehkan kerajaan mempunyai tempoh yang mencukupi untuk memastikan transisi yang lancar dan teratur dalam kawal selia produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau. Kalau asalnya 2005, tahun depan kita sudah kena kuatkuasakan kerana mereka sampai usia 18 tahun pada tahun hadapan. Tahun 2007 kita kuatkuasakan pada tahun 2025, ada lead time dua tahun lebih untuk kita pastikan pelaksanaannya, penerangan dan juga kesedaran dapat ditingkatkan. Peruntukan larangan terhadap produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau kepada individu yang lahir pada 1 Januari 2007 akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pendekatan soft landing bagi memberi penekanan kepada aspek pendidikan dan kesedaran tentang bahaya merokok kepada golongan GEG ini. Ia membolehkan kerajaan mempunyai tempoh yang mencukupi untuk mengadakan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai pelaksanaan GEG yang teratur, kemas dan yang berkesan. Peruntukan yang melarang penggunaan produk merokok termasuk rokok elektronik dan vape dalam kalangan golongan GEG dengan kombinasi peruntukan kawalan ketat kepada penggunaan sebarang bentuk produk merokok termasuk rokok elektronik dan vape bagi generasi pra 2007 dijangka dapat menurunkan peratusan merokok dengan lebih cepat dalam mencapai sasaran GEG pada waktu yang telah ditetapkan. Larangan penuh penjualan rokok elektronik dan vape yang dicadangkan ke atas golongan GEG adalah bertujuan untuk menurunkan peratusan merokok sehingga mencapai sasaran kurang daripada lima peratus daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia sebagaimana penetapan dalam usaha untuk mencapai generasi penamat bagi merokok iaitu dengan izin, the generational endgame for tobacco menjelang tahun 2040. Bayangkan negara yang bebas asap merokok pada tahun 2040. Kerajaan juga sedar bahawa peratusan merokok tembakau melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi yang dijalankan semenjak tahun 1986, 1996, 2015 dan 2019 tidak menunjukkan penurunan peratusan merokok yang ketara. Turun tetapi tidak cukup ketara. Terkini dianggarkan lima juta orang berumur 15 tahun dan ke atas merokok. Khusus bagi rokok elektronik dan vape, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Morbiditi yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan peratusan pengguna dewasa iaitu sebanyak 1.2 juta orang pada tahun 2019 berbanding 600,000 orang pada tahun 2016. Masalah merokok termasuk rokok elektronik dan vape yang semakin meningkat dalam kalangan murid-murid sekolah dan golongan muda merupakan faktor utama yang menyumbang kepada penurunan yang sangat sedikit kepada peratusan merokok secara keseluruhan di Malaysia. Ini adalah kerana perokok yang mati akibat komplikasi penyakit akan digantikan dengan perokok di kalangan generasi muda. Pendekatan serta kawalan sedia ada akan terus menyebabkan peratusan perokok menurun dengan sedikit dan hasrat untuk mencapai sasaran kepada generasi penamat atau generational endgame for tobacco menjelang tahun 2040 tidak akan tercapai. Saya hendak beritahu bahawa di bawah peruntukan ini yang sedang merokok secara sah usia 18 tahun ke atas kita tidak kacau. Rokoklah sampai bila-bila. Rokoklah sampai mati nanti.

[Dewan ketawa]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Kita tidak kacau, ini hanya adalah untuk generasi yang baru. Perlindungan kepada generasi yang baru. Bagi mereka yang sedang merokok, merokoklah, walaupun kita minta supaya mereka berhenti. Kita perhebatkan program- program penamatan merokok tetapi kalau mereka hendak rokok juga, rokoklah. Tidak ada apa-apa yang boleh kita buat melainkan larangan di tempat-tempat tertentu dan sebagainya.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Akan tetapi ini adalah untuk generasi baru. Ini adalah untuk generasi yang lahir selepas tahun 2007 kerana kita hendak tamatkan putaran ganas ketagihan yang sekarang ini wujud di kalangan perokok-perokok. [Tepuk] Saya juga ingin maklumkan bahawa akta ini diperlukan kerana masalah sekarang ini adalah kepada vape. Vape tidak dikawal selia, dalam akta ini kita ada compromise supaya vape juga dikawal selia. Pengusaha-pengusaha vape pun mengalu-alukan supaya mereka dikawal selia, they don’t want to live dengan izin dalam keadaan mereka sebenarnya illegal. Kita tidak tahu apa yang terkandung dalam cecair itu sebab tidak perlu dihantar ke makmal, dijual kepada dewasa, dijual kepada remaja dan dijual kepada kanak- kanak. Saya tidak ada kuasa sebagai Menteri Kesihatan untuk minta supaya cecair itu dikawal selia sekarang ini. I don’t know what poison that they are putting into the lungs of our Malaysian adults and also children. Pihak kerajaan sedar bahawa pelaksanaan GEG dikaitkan dengan isu kesamarataan. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan secara amnya menjamin hak kesamarataan dan hak mendapat perlindungan di bawah undang-undang bagi semua orang. Namun demikian, hak kesamarataan ini tidaklah terpakai secara mutlak. Prinsip di sebalik Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan pada hakikatnya hanya memerlukan undang-undang yang sama terpakai kepada orang-orang yang berada dalam keadaan ataupun kelompok yang sama dan bukannya bahawa undang-undang hendaklah terpakai secara sama kepada semua orang dalam apa jua keadaan. Namun bagi pelaksanaan GEG, klasifikasi kepada golongan yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya perlu dilaksanakan kerana objektif yang ingin dicapai melalui undang-undang ini adalah: (i) sasaran penurunan peratusan merokok di Malaysia dapat dikurangkan kepada bawah lima peratus; (ii) penurunan beban rawatan komplikasi merokok sama ada rokok konvensional ataupun rokok elektronik; dan (iii) penurunan jurang perbezaan peratusan merokok terutama dalam kalangan berpendapatan rendah ataupun B40 memandangkan kira-kira 60 peratus mereka yang merokok adalah di kalangan B40. Cigarettes are targeted towards the B40 deliberately sebab merekalah yang paling vulnerable.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu BakarUMNO · BNMenteri Kesihatan · Rembau

Hal ini kerana tinjauan mobiliti dan kesihatan kebangsaan pada tahun 2019 menunjukkan bahawa sebanyak 65 peratus perokok adalah di kalangan B40. Seterusnya Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan pada masa ini memperuntukkan perlindungan terhadap nyawa dan kebebasan diri. Dalam hal ini, perkataan nyawa (life) dengan izin Tuan Yang di-Pertua seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan tidak ditakrifkan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Rujukan perlu dibuat kepada kes Letitia Bosman vs Public Prosecutor and Other Appeals di mana Mahkamah Persekutuan telah mengambil pendekatan yang luas dan sama bagi mentakrif perkataan ‘life and personal liberty’ dan menjelaskan bahawa ia termasuk antara lain aspek-aspek penting dalam kehidupan. Dengan izin, “in like manner in this jurisdiction, judicial case law has similarly been expansively judicially interpreted such that, it is no longer tenable to construe Article 5(1) of the Federal Constitution literally. The meaning of life and personal liberty have been interpreted as encompassing the various essential aspects of life from ranging from the rudimentary needs of livelihood, education, shelter, locomotion, to the more advanced aspects of life and personal liberty such as the right to a fair trial and access to justice. The array of rights is not exhaustive and remains open to further judicial interpretation as novel situations arise”. Pendekatan Mahkamah Persekutuan dalam mentakrifkan maksud perkataan ‘life’ atau ‘nyawa’ seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan secara luas (broad) dilihat lebih cenderung merangkumi perkara-perkara berhubung mempromosikan kelangsungan kehidupan (promoting the continuity of life) dengan izin. Itu sendiri seperti keperluan asas kehidupan, keperluan-keperluan penting dalam kehidupan, hak untuk hidup dalam persekitaran yang sihat serta hak mendapatkan perkara-perkara yang membentuk kualiti kehidupan itu sendiri yang jelas tidak mencakupi hak untuk merokok (the right to cigarette smoking is not included). Hal ini kerana tindakan merokok itu sendiri diketahui umum dan terbukti secara saintifik mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan dan nyawa seseorang berbanding kebaikannya dan yang paling penting lagi kalau secara falsafahnya kita rujuk kepada The Harm Principle. You are free to do whatever it is to yourself as long as you don’t harm somebody else. Akan tetapi kita tahu bahawa di bawah Harm Principle, di bawah bukti sains yang sedia ada bahawa secondary and tertiary smoking harms other people and your right to smoke can be curtailed. Untuk makluman Dewan juga, pelaksanaan GEG dalam melindungi golongan bawah umur juga adalah bertepatan dengan Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Convention on the Rights of the Child – UNCRC) di bawah Artikel 6 dan 24 yang mana Malaysia merupakan ahli kepada konvensyen ini. Artikel 6 UNCRC menyebut dengan izin, “States parties recognize that every child has the inherent right to life and state parties shall ensure to the maximum extent possible the survival and the development of the child”. Dalam hal ini, adalah penting untuk negara memberi perlindungan kepada setiap kanak-kanak suatu hak untuk hidup dan memastikan semaksimum mungkin kemandirian atau kelangsungan serta perkembangan kanak-kanak itu terjamin. Pelaksanaan GEG menetapkan larangan merokok kepada mereka yang lahir selepas 1 Januari 2007 dan seterusnya. Pelaksanaan ini merupakan satu pelaksanaan yang komprehensif dan secara berperingkat bertujuan melindungi kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa.

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

(i) States Parties recognize the right of the child to the enjoyment of the highest attainable standard of health and to facilities for the treatment of illness and rehabilitation of health. States Parties shall strive to ensure that no child is deprived of his or her right of access to such healthcare services; dan (ii) States Parties shall pursue full implementation of this right and, in particular, shall take appropriate measures to diminish infant and child mortality.

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

Maka adalah menjadi satu tanggungjawab pihak kerajaan untuk memastikan semua golongan kanak-kanak mendapat perlindungan kesihatan yang terbaik dan melindungi mereka daripada sebarang bentuk penggunaan produk yang berbahaya. Perlindungan yang dibenarkan kepada golongan GEG ini pula akan menjangkaui usia mereka sebagai kanak-kanak bagi memastikan perlindungan sepenuhnya kepada bahan yang berbahaya ini. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok (Pindaan) 2022 merangkumi 12 bahagian dan 55 fasal. Saya pohon Majlis sedikit masa untuk pergi satu persatu. Bahagian I – Akta yang dicadangkan memperkatakan mengenai perkara permulaan iaitu fasal 1 dan 2. Bahagian II – Akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan yang berhubungan dengan pendaftaran dan pembatalan pendaftaran apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau di bawah akta yang dicadangkan melibatkan fasal 3 hingga 6. Bahagian III – Akta yang dicadangkan memperkatakan tentang larangan apa-apa pengiklanan, promosi dan tajaan produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok dan tiruannya dan peranti merokok seperti dalam fasal 7 hingga 9. Bahagian IV – Akta yang dicadangkan memperkatakan tentang kawalan penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan tiruannya dan peranti merokok melibatkan fasal 10 hingga 13. Bahagian V – Akta yang dicadangkan memperkatakan tentang kawalan harga, pembungkusan, pelabelan, pengilangan, pengimportan atau pengedaran apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau iaitu dalam fasal 14 hingga 15.

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

Bahagian VI akta ini yang dicadangkan memperkatakan peruntukan yang berhubung dengan larangan merokok melibatkan fasal 16 hingga fasal 18. Bahagian VII, akta yang dicadangkan memperkatakan liabiliti pengilang, pengimport atau pengedar iaitu pada fasal 19 dan fasal 20. Bahagian VIII, akta yang dicadangkan memperkatakan tentang perkara yang berhubung dengan pentadbiran akta yang dicadangkan iaitu dalam fasal 21 hingga fasal 24. Bahagian IX, akta yang dicadangkan memperkatakan peruntukan yang berhubungan dengan penguatkuasaan melibatkan fasal 25 hingga fasal 40. Bahagian X, akta yang dicadangkan memperkatakan tentang cara yang berhubungan dengan pembicaraan dan prosiding iaitu dalam fasal 41 hingga fasal 47. Bahagian XI, akta yang dicadangkan memperkatakan tentang peruntukan am melibatkan fasal 48 hingga fasal 53. Terakhir, Bahagian XII, akta yang dicadangkan memperkatakan peruntukan bagi pengecualian dan peralihan seperti dalam fasal 54 dan fasal 55. Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 adalah bertujuan untuk: (i) memperkukuhkan kawalan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau di Malaysia; (ii) menurunkan peratusan merokok termasuk rokok elektronik dan vape dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencapai sasaran generasi penamat iaitu peratus mereka yang merokok kurang daripada lima peratus;

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

(iii) membantu membendung penglibatan dan secara langsung akan dapat melindungi golongan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan sebarang bentuk amalan merokok; dan (iv) membantu melindungi golongan bukan perokok yang merupakan perokok pasif daripada bahaya asap atau wap produk-produk merokok. Fasal 3, fasal 4, fasal 5 dan fasal 6 iaitu peruntukan-peruntukan berkaitan pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau merupakan peruntukan baharu yang telah dicadangkan. Buat masa ini tidak ada keperluan untuk mendaftar produk vape. Tidak ada apa-apa keperluan untuk daftar. Di bawah peruntukan ini setiap pengimport, pengilang diwajibkan membuat pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang akan dijual di pasaran di Malaysia. Peruntukan ini sangat penting dan kritikal bagi membolehkan setiap produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang dijual direkodkan spesifikasi dan kandungan bahan di dalamnya. You need to know what’s inside it dan ini juga dapat kekang illicit market. Pendaftaran produk tersebut juga akan memudahkan proses penguatkuasaan di lapangan, termasuk membantu dalam mengenal pasti produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang tidak berdaftar. Illicit market yang saya sebutkan tadi. Menerusi peruntukan ini juga, pengusaha vape atau rokok elektronik yang selama ini menjalankan perniagaan mereka secara tidak sah, malah sebenarnya menyalahi undang-undang. Memandangkan produk nikotin hanya boleh dijual ataupun di-dispense oleh ahli farmasi dan pengamal perubatan berdaftar sahaja, kini boleh mendaftarkan produk mereka dan menjalankan perniagaan secara sah. Right now they are illegal. Cuma kita tidak kuat kuasa sahaja sebab banyak sangat tekanan politik. Sekarang ini kita hendak legalise mereka supaya mereka tidak berada di luar lingkungan undang-undang. Bagi fasal 7, fasal 8 dan fasal 9 iaitu berkaitan larangan pengiklanan, promosi dan tajaan. Larangan ini merupakan larangan yang telah dikuatkuasakan di bawah undang- undang yang sedia ada. Memang sudah ada. Advertising ban di bawah peraturan yang sedia ada. Peruntukan larangan periklanan, promosi dan tajaan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang dicadangkan di bawah rang undang- undang ini akan diperluaskan kepada semua produk merokok termasuklah produk merokok alaf baru seperti rokok elektronik dan vape. Kepada produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan. Kita angkat apa yang ada peraturan ini. Hari ini tidak ada lagi sudah tajaan Dunhill pada jersi pemain bola sepak dan sebagainya. Kita angkat dalam rang undang-undang baharu. Kita tambah supaya tidak ada advertisement for vape kerana advertisement untuk vape inilah yang mula menarik minat daripada golongan-golongan muda. Sebagaimana peruntukan berkaitan larangan periklanan, promosi dan tajaan, di fasal 7, fasal 8, fasal 9, fasal 10, fasal 11 dan fasal 12 iaitu peruntukan berkaitan kawalan penjualan juga merupakan kawalan sedia ada yang telah dikuatkuasakan kepada hasil tembakau. Peruntukan kawalan penjualan serta pengukuhan kawalan kaedah penjualan yang ditetapkan telah dicadangkan di bawah RUU ini dan akan diperluaskan kepada semua produk merokok termasuk bahan merokok iaitu cecair yang terkandung dalam rokok elektronik dan vape. Sepanjang pembentangan ini, saya telah merujuk kepada terma rokok elektronik dan vape. Di sini ingin saya menarik perhatian Dewan, meskipun perkataan rokok elektronik dan vape tidak diperuntukkan secara khusus di bawah RUU ini, ia telah dirangkumi di bawah takrif “peranti merokok”, “bahan merokok” dan “produk pengganti merokok” di mana yang berkaitan. Khusus bagi fasal 13 iaitu larangan penjualan dan pembelian apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok kepada dan oleh mana-mana orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya. Fasal ini

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

merupakan cadangan baharu bagi menggantikan larangan penjualan dan pembelian dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 18 tahun di bawah undang-undang yang sedia ada. This is the Generational Endgame. Fasal 14 dan fasal 15 memperuntukkan cadangan bagi kawalan harga serta pembungkusan dan pelabelan yang hendaklah dipatuhi oleh setiap pengimport, pengilang, pengedar dan peruncit. Kawalan harga termasuk penetapan harga minimum, larangan membuat diskaun harga dan sebagainya telah dilaksanakan bawah undang- undang yang sedia ada bagi semua produk tembakau dan hasil tembakau. It’s there already in the existing peraturan. Peruntukan yang dicadangkan di bawah fasal ini akan diperluaskan untuk melibatkan semua produk merokok yang lain. Bagi kawalan pembungkusan, penetapan amaran kesihatan termasuk amaran kesihatan bergambar selari dengan Artikel 11 dengan izin, WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) akan diteruskan dan diperluaskan kepada semua produk merokok yang lain. Di bawah peruntukan ini amaran kesihatan bergambar akan disesuaikan dengan setiap jenis produk merokok yang akan dijual di pasaran di Malaysia. Gambar itu sesuailah dengan risiko produk-produk yang berkenaan. Larangan merokok di tempat-tempat awam yang telah dikuatkuasakan di bawah undang-undang sedia ada telah dicadangkan di bawah fasal 16 dan fasal 18. Fasal 16 memperuntukkan kawasan atau tempat larangan merokok yang ditetapkan oleh Menteri melalui satu perintah dalam warta. Seterusnya fasal, 18 memperuntukkan tanggungjawab tuan punya bangunan atau penghuni apa-apa kawasan tempat larangan merokok, antaranya untuk mempamerkan satu tanda amaran larangan merokok, tidak mengadakan apa-apa kelengkapan atau kemudahan merokok seperti ashtray atau apa-apa cara untuk menggalakkan orang merokok. Fasal 17 melarang sebarang pemilikan dan penggunaan semua jenis produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok kepada mana-mana orang yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya di mana ia adalah selari dengan peruntukan 13. Sini saya hendak maklum kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat. Selama seminggu yang lepas ini, ada beberapa sesi libat urus yang telah dilaksanakan. Sama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi dan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial supaya kita dapat perkemaskan lagi peruntukan dalam. Saya dengar, saya bukan jenis Menteri yang tidak hendak dengar. Saya jenis Menteri yang hendak dengar supaya kita cuba dapat sokongan bipartisan daripada semua ini. Undang-undang ini seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Semporna tadi. This is too important of a piece of legislation for it to not receive broad bipartisan support from everyone. This is going to be the first in the world. Malaysia akan dirujuk sebagai negara pertama dalam dunia. Oleh yang demikian, susulan daripada perbincangan dan persetujuan serta kompromi secara bersama antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial juga Yang Berhormat Bandar Kuching pun hadir sekali. Satu pindaan ke atas fasal 13 (4) dan fasal 17 akan saya bawa dalam peringkat jawatankuasa untuk menurunkan kuantum denda bagi kesalahan yang dilakukan oleh golongan GEG daripada RM5,000 kepada RM500 dan juga perintah khidmat masyarakat berbanding dengan apa yang sedia ada. Selain itu, saya juga setuju dengan permintaan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching. Peruntukan kesalahan possession, pemilikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok bawah fasal 17(c) juga akan dipotong menerusi pindaan dalam peringkat jawatankuasa.

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

Possession juga saya keluarkan daripada Akta ataupun RUU ini selepas perbincangan. Diharapkan larangan di bawah Fasal 13 dan Fasal 17 dapat merealisasikan hasrat negara untuk menurunkan peratusan merokok kepada kurang daripada lima percent menjelang 2040.

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

Fasal 19 memperuntukkan liabiliti bagi setiap pengilang, pengimport dan pengedar. Ini bermakna liabiliti adalah dipertanggungjawabkan kepada pengilang, pengimport serta pengedar sebagaimana maklumat yang tertera di label bungkusan produk merokok tersebut sehingga dibuktikan sebaliknya, that’s fair. Fasal 20 memperuntukkan tanggungjawab kepada pengilang, pengimport dan pengedar untuk mengemukakan apa-apa maklumat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa berhubung dengan apa-apa produk tembakau, bahan rokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok. Fasal 21 merupakan peruntukan baharu yang telah dicadangkan di bawah rang undang-undang ini. Fasal ini memperuntukkan kuasa kepada Menteri atas nasihat Ketua Pengarah untuk menubuhkan suatu jawatankuasa bagi tujuan menyelaras dan menasihati Menteri bagi larangan sepenuhnya sebarang produk tembakau bahan rokok atau produk pengganti tembakau yang telah berada di pasaran yang menyebabkan kesan kesihatan yang acute kepada penggunanya. Peruntukan baharu ini sangat penting bagi memastikan pengguna produk merokok terutama produk alaf baru seperti vape dilindungi sepenuhnya. Jadi sebagai contoh apabila tiba-tiba 20 orang, 30 orang yang hisap vape yang sama mengalami masalah kesesakan nafas dan berada di Jabatan Kecemasan. Belum lagi saya batalkan pendaftaran. Saya kena tubuhkan jawatankuasa atas nasihat Ketua Pengarah. Tubuhkan jawatankuasa untuk nasihatkan saya dahulu supaya dapat ditarik pendaftaran sementara ataupun ditarik pendaftaran tersebut. Menurut laporan, dengan izin Pulmonary Illnesses Related To E-Cigarette Use In Illinois and Wisconsin 2020. Satu penyakit baru dinamakan dengan izin e-cigarette and vaping product used associated lung injury atau EVALI telah dilaporkan pada tahun 2019 di Amerika Syarikat dengan mencatatkan sejumlah 2,807 orang pesakit dan 68 kematian. Di Malaysia sahaja yang direkodkan dua kes yang teruk dilaporkan pada tahun 2019. Peruntukan ini sangat kritikal memandangkan kos bagi merawat penyakit EVALI sebagaimana kajian oleh JAKOB 2020, dengan izin e-cigarette dan vaping associated lung injuries pulmonary advisor bagi merawat penyakit EVALI selama purata 14 hari kemasukan ke wad adalah sebanyak RM150,000 seorang. Peruntukan ini juga sangat penting untuk negara kita dalam memastikan penjimatan kos bagi merawat komplikasi penyakit akibat merokok dapat dikurangkan memandangkan negara kita telah pun berdepan dengan beban kos rawatan akibat komplikasi penggunaan produk tembakau yang dianggarkan menelan perbelanjaan sebanyak RM6.2 bilion sekarang. Mengikut unjuran menjelang tahun 2030, kos ini dijangka meningkat kepada RM8.8 bilion treating lung cancer, treating heart disease from tobacco used and treating Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD). Sekiranya suatu tindakan komprehensif seperti peruntukan GEG tidak dilaksanakan. Fasal 22 memperuntukkan kuasa Menteri untuk melantik mana-mana orang untuk menjadi juruanalisis makanan. Fasal 23 memperuntukkan kuasa Menteri dalam meluluskan makmal bagi tujuan RUU ini check apa yang ada dalam cecair vape. Pelantikan juru analisis dan kelulusan makmal hendaklah dibuat oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Fasal 24 memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk melantik mana-mana orang untuk menjadi pegawai diberi kuasa bagi tujuan penguatkuasaan RUU ini. Fasal 25 hingga Fasal 40 di bawah Bahagian Sembilan RUU adalah merupakan tatacara bagi proses penguatkuasaan. Bagi Fasal 32 atas nasihat kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kanak-kanak. Suatu pindaan juga akan saya bawa dalam peringkat jawatankuasa nanti melibatkan Fasal 32 suatu Sub Fasal baru iaitu Fasal 32(5) akan dimasukkan bagi menghalang

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

pemeriksaan badan dilakukan ke atas mana-mana individu yang belum mencapai usia 18 tahun untuk melindungi hak kanak-kanak. Fasal 41 hingga Fasal 47 di bawah Bahagian 10 pula adalah berkaitan perbicaraan dan prosiding. Manakala Fasal 40 hingga Fasal 53 di bawah Bahagian 11 pula adalah berkaitan peruntukkan am yang telah digubal berdasarkan Akta 281 dan Kanun Tatacara Jenayah Akta 593. Tuan Yang di-Pertua cadangan denda dan hukuman di bawah rang undang- undang ini adalah lebih komprehensif berbanding peruntukan sedia ada. Kesalahan adalah dibahagikan kepada kesalahan melibatkan individu dan kesalahan melibatkan badan korporat. Nilai denda yang lebih tinggi dicadangkan untuk dikenakan kepada badan korporat atas kebertanggungjawaban yang lebih besar. Bagi memastikan akta yang berkuat kuasa selepas ini tidak dilihat sifat punitif kesalahan yang dilakukan oleh golongan GEG hanya menetapkan denda maksimum RM500 atau khidmat masyarakat. Malah, apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh golongan GEG ini akan terlebih dahulu ditawarkan kompaun seperti mana yang ada sekarang. Selain itu Fasal 48 juga telah memperuntukkan kuasa Menteri dengan kelulusan pendakwa raya untuk membuat peraturan bagi menetapkan mana-mana kesalahan di bawah RUU ini yang boleh dikompaunkan serta kaedah dan tatacara pengkompaunan kesalahan tersebut. Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh dengan keizinan bertulis pendakwa raya pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun. Satu garis panduan sebagaimana dilaksanakan dalam undang-undang sedia ada akan turut diterbitkan. Walau bagaimanapun budi bicara pengeluaran kompaun adalah tertakluk kepada keizinan bertulis Pendakwa Raya. Average kompaun sekarang ahli-ahli Yang Berhormat adalah RM50 sahaja. Kalau itu pun semua di setel sebelum— kalau bawa ke mahkamah pun yang paling maksimum RM300 dan paling rendah RM90 tidak pernah lebih daripada itu. Selain itu bagi tujuan pelaksanaan akta ini dengan baik dan teratur apabila dikuatkuasakan kelak Kementerian Kesihatan akan secara berterusan menjalankan Libat Urus bersama-sama dengan pemegang taruh seperti NGO kesihatan dan juga pemain industri. Ini termasuklah dalam membuat penetapan peraturan-peraturan merangkumi produk-produk yang akan dikawal selia di bawah akta ini seperti vape dan rokok elektronik. Saya sudah bagi jaminan sebelum peraturan dibuat nanti. Kita sudah ada tarikh perbincangan dengan industri supaya kita tahu kekangan yang dihadapi oleh kedai-kedai penjual vape ini dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua sedikit lagi. Pihak kerajaan telah melaksanakan pendekatan kawalan secara bersepadu. Bagi memastikan pelaksanaan yang optimum di samping penguatkuasaan di bawah rang undang-undang ini. Pendekatan kawalan secara bersepadu yang telah dilaksanakan menunjukkan ketersediaan pihak kerajaan untuk melaksanakan semua peruntukan di bawah RUU ini termasuk peruntukan yang melibatkan generasi yang lahir selepas 1 Januari 2007 dan seterusnya. Antara tindakan yang telah dibuat merangkumi aktiviti pelan lima tahun Generational End Game, Anti Rokok 18 (Gegar 18). Bagi memastikan golongan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya kekal tidak merokok dan mereka yang merokok diberikan rawatan intervensi untuk berhenti merokok. Kedua, aktiviti invokasi pencegahan merokok melibatkan pemerkasaan masyarakat seperti Program Rumah Bebas tanpa amalan merokok bermula dari rumah atau MyHOUSE. Ketiga, pengukuhan perkhidmatan berhenti merokok mQuit melalui kerjasama pintar sektor awam dan swasta.

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

Malah ada permintaan dan kita akan usahakan supaya nicotine replacement therapy yang sekarang ini perlu dispense oleh farmasi akan kita buat secara over the counter mudah untuk diperoleh. Kerjasama pelbagai kementerian, agensi dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan pelan lima tahun GEGAR 18 telah digerakkan demi memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai. Tindakan bersepadu ini menggambarkan bahawa peruntukan yang ditetapkan di bawah rang undang-undang ini bukan semata-mata bersifat punitif. Malahan ia juga dilaksanakan dengan kombinasi elemen pendidikan dan juga advokasi. Kerjasama strategik melibatkan badan bukan kerajaan dan swasta telah dimulakan dengan perkhidmatan berhenti merokok, dengan izin mQuit serta penyediaan laman sesawang jomquit.com yang telah dibangunkan bagi membantu golongan perokok untuk berhenti merokok. Sekarang ini mQuit boleh diadakan di masjid dan sebagainya. Kerajaan juga sedar bahawa antara elemen utama bagi memastikan semua peruntukan yang dicadangkan di bawah RUU ini dapat dilaksanakan dengan optimum adalah dengan memastikan aktiviti penguatkuasaan dipertingkatkan termasuklah war against illicit market.

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

Justeru itu, satu bentuk kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan agensi penguatkuasaan, termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri KPDNHEP, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kastam, polis, Lembaga Kenaf dan Tembakau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan SMalaysiaMalaysiaMalaysian Kimia Malaysia serta pihak berkuasa tempatan telah dipertingkatkan untuk kita pastikan bahawa alasan pasaran gelap ini tidak membantutkan hasrat untuk kita membawa kepada generasi penamat. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan setiap peruntukan di bawah rang undang- undang ini memerlukan pemantauan dan penilaian yang berMalaysialam hal ini, sepertimana yang telah diminta oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi, saya rasa hampir semua permintaan, saya telah cuba melaksanakan. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan permintaan daripada Yang Berhormat Bandar Kuching iaitu pihak kerajaan – Dan saya sebut supaya lindung jamin ataupun safeguard ini disebut, dilafazkan dalam Dewan ini dan direkodkan secara rasmi dalam Penyata Rasmi ataupun Hansard, bahawa kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa bebas untuk menyemak dan menilai semua peruntukan di bawah rang undang-undang ini, [Tepuk] termasuk kawalan yang melibatkan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya. Khusus bagi kawalan yang melibatkan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya di bawah fasal 13 dan fasal 17 RUU. Penilaian pertama akan dibuat bermulanya rang undang-undang ini dikuatkuasakan pada 31 Disember 2024 dan penilaian yang kedua iaitu selepas 10 tahun dari tempoh penilaian pertama iaitu pada 31 Disember 2034. Laporan ini akan dihantar kepada jawatankuasa yang dipilih oleh Parlimen dan bukannya dihMalaysiapada Kementerian Kesihatan Malaysia, supaya dapat dibentangkan dan di lay atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini amat penting dan tidak boleh ditangguhkMalaysiadalam membendung amalan merokok di Malaysia, khususnya bagi generasi muda yang bakal mengemudi pentadbiran kita dan juga negara kita. Selain itu, dengan adanya RUU ini, ia akan dapat mengurangkan bebanan kos rawatan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk merawat penyakit akibat komplikasi merokok. SeterusMalaysiagan adanya generasi muda bebas rokok, maka Malaysia bakal melahirkan rakyat yang sihat, yang sejahtera dan yang positif. Ahli-ahli Yang Berhormat, segala urusan di Dewan yang mulia ini adalah penting. Everything that we do here, every decision that we make, every bill that we debate dengan izin, is important. Perbahasan kita, keputusan kita, undian kita, semua ada kesan yang

Artikel 24 UNCRC antara lain pula menyebut dengan izin Tuan Yang di-Pertua

sangat besar di luar Dewan ini. For once in a while, we will be presented with the decision, the consequences of which will be felt from many, many years to come. Ini antara masanya kita akan membuat keputusan yang bergema selama lipatan masa akan datang. Sama ada kita menyahut suara-suara rakyat yang mengharapkan kita membuat keputusan yang tepat dalam melindungi generasi akan datang daripada mudarat yang besar ini. [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, let’s do the right thing. Dalam hal ini, saya memohon Ahli-ahli Dewan pada hari ini, untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk kita selamatkan nyawa. Let’s save some lives, gentlemen and ladies. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. [Tepuk]

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ada mana-mana Yang Berhormat menyokong?

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin GhazaliUMNO · BNTimbalan Menteri Kesihatan I · Bagan Serai

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi mendaftar produk tembakau, bahan rokok atau produk pengganti tembakau, pengawalan pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok dan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau dan larangan penggunaan peranti merokok, oleh mana-mana orang yang lahir pada tahun 2007 dan seterusnya dan bagi perkara yang berkaitan, dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 54(1). Saya ada sebut di peringkat awal tadi masa Tuan Yang di-Pertua kendalikan sidang Dewan ini. Bukan tujuan saya bila bangkit itu menidakkan ataupun ingin menangguhkan rang undang-undang ini dilaksanakan. Saya bukannya orang merokok dari kecil. Dilahirkan semenjak saya sudah 66 tahun. Saya pun tidak ada anak-anak cucu saya yang merokok. Akan tetapi dalam perkara ini seperti apa yang saya nyatakan, rang undang- undang ini walaupun disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, ada pembabitan badan- badan seperti Jawatankuasa Kesihatan Kanak-kanak tetapi ini penggubalan rang undang- undang, yang seharusnya merangkumi bukan hanya satu, dua pihak sahaja. One sided daripada segi kesihatan tetapi kuasa-kuasa yang ada. Kita perlu mempunyai masa yang cukup untuk meneliti bidang kuasa rang undang-undang kerana kita banyak undang-undang. Drugs yang ada di negara kita, hukumannya cukup berat, gantung. Macam mana pencapaian kita? Kita tidak ingin bahawa bila mana kita membuat satu rang undang-undang, the tendency to abuse by the authority, by the responsible people, is death. Sama ada saya melihat seperti yang disebutkan, no country in the world yang telah mengharamkan penggunaan rokok. Ya, vape mungkin di negara-negara lain. Akan tetapi dalam keadaan ini, satu negara contohnya New Zealand, membentangkan pada 26 Julai, selepas itu sepatutnya akan diluluskan Disember. Mengambil masa lima bulan meneliti perkara ini, menghalusi kerana kita perlu menghalusi. Kita hanya punya masa lima hari sahaja Tuan Yang di-Pertua untuk melihat kerangka rang undang-undang, subseksyen-subseksyen sehingga simposium pun tidak boleh, sehingga persidangan pun tidak boleh dianjurkan. Bagaimana kita hendak meluluskan? Ya, saya faham mungkin tidak perlu tajaan tetapi adakah rang undang- undang ini sehingga kita tidak boleh mengadakan persidangan? Bagaimana menghalusi, menambah baik sistem perundangan yang ada?

Hal ini kerana kita tahu bahawa ini perkara yang cukup berat. Tidak semua kita hendak boleh hakis dan hapus orang-orang yang sudah menjadi penyakit, tabiat dia ketagih dalam dunia ini. Dadahnya – Ini yang saya minta kepada Tuan Yang di-Pertua tadi. Saya katakan kalau boleh, perlunya ada select committee, mengambil sedikit masa bagi kita menghalusi beberapa rang undang-undangnya. Bukan saya hendak tangguh Yang Berhormat Menteri. Saya bukan hendak tolak tetapi perlu menghalusi rang undang-undang ini untuk membolehkan supaya jangan undang-undang ini sebagai satu bidang kuasa it’s a very draconian kind of law dalam negara kita. Tidak ada negara lagi meluluskan sehingga New Zealand pun belum lulus. Itu pun Disember, kemungkinan besar.

Dato' Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Apa yang saya telah dimaklumkan atas peraturan yang telah dibangkitkan tadi, apa yang telah sampai kepada pengetahuan saya, bahawa benda ini telah dibawa ke pengetahuan Tuan Yang di-Pertua sendiri dan kenyataan beliau telah dengan jelas tadi. Jadi Yang Berhormat Semporna, maaf saya. Saya akur kepada Tuan Yang di- Pertua punya keputusan. Kita akan terus untuk perbahasan. Perkara yang bagaimana Yang Berhormat nyatakan tadi, akan kemudiannya diputuskan ya, sebagaimana telah dinyatakan oleh Tuan Yang di-Pertua tadi. Kita ada masa lebih kurang dalam setengah jam. Saya hanya akan menyebut enam nama tetapi jika ada masa, saya akan membenarkan lagi. Mereka yang akan memulakan perbahasan pada lewat petang ini ialah Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Semporna. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Salak, memulakan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Berapa lama?

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua, pohon peruntukan waktu itu biarlah munasabah dan wajar dengan kepentingan rang undang-undang yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Untuk berikan justice dan keadilan kepada pembentangan Yang Berhormat Menteri, terutama daripada Pengerusi PSC itu, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta kebenaran. Jika saya boleh mulakan perbahasan sebagai Pengerusi PAC dan saya akan menerangkan semua rekomendasi dan syor-syor kami kepada Dewan untuk dibahaskan. Saya juga minta izin untuk diberikan masa secukupnya sebelum pembahasan lain berlaku. [Tepuk]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, saya telah lihat. Duduk Yang Berhormat Sungai Buloh.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, 10 minit sekurang- kurang.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

I’m coming to that. Yang Berhormat-Yang Berhormat, sepertimana saya telah ambil maklum tadi. Saya boleh bagi. Akan tetapi, nama mereka yang akan saya benarkan pada petang ini akan berkurang.

[Dewan riuh]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Baik, kalau sedemikian. Duduk Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya akan benarkan 10 minit...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Paling tidak 15 minit.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sebentar, sebentar. Yang Berhormat Kuala Selangor duduk. Saya akan benarkan 10 minit. Jadi, tepat pada

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

lebih kurang 8.30 sebagaimana usul telah meluluskan. Kita akan berhenti. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Salak, 10 minit. Saya pun prihatin tentang perkara ini. Silakan.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mengambil masa panjang. Ini kerana, Yang Berhormat Menteri pun telah bentangkan dengan panjang lebar berkaitan dengan penggubalan undang- undang ini. Saya ingin pergi kepada perkara pokok iaitu kawalan produk tembakau dan merokok. Ini ditujukan bagi menyelamatkan nyawa. Siapakah yang tak hendak menyelamatkan nyawa? Kita tanya soalan itu dahulu. Siapa yang tidak mahu menyelamatkan nyawa? Ini kerana, jelas mengatakan di sini bahawa perbuatan merokok ini akan membunuh. Ramai, berjuta orang manusia. So that is one point that nobody can deny. Nobody can dispute. We have the conscience. A clear conscience. We definitely will not object to usaha untuk menyelamatkan nyawa. Cara menyelamatkan nyawa ialah melarang daripada merokok. Akan tetapi dilakukan dengan cara berhemah, teratur. Bukan tiba-tiba buat begitu sahaja. Saya tidak payah bagi detaillah. Lagi satu, as a layman. Orang biasa sahaja. Tengok apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Masyarakat kita ini, kita kena didik. Kita pemimpin. We are here to educate a new culture. Cara hidup yang baharu. Kita tidak boleh biarkan diri kita dan diri masyarakat kita dengan budaya dan cara hidup yang lama. Sampai bila kita hendak merubah menjadi satu bangsa, rakyat yang maju dan berjaya dengan budaya hidup yang sesuai dengan zaman kemajuan. Di kampung-kampung, juga di bandar-bandar yang berpendapatan rendah pun menghisap rokok. Tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. B40 ini berpendapatan rendah. Pendapatan RM300, RM500 sebulan. Akan tetapi hisap rokok. Berapa bajet dia hisap rokok sehari? Ada yang sampai RM30, RM40, RM50. Kalau RM50 sehari, satu bulan sudah RM600. RM600 belanja atas perkara rokok. Sebulan − setahun berapa? Kali RM50 − beribu ringgit belanja sebulan, setahun. Selepas itu, mengadu tiada duit. Tiada duit hendak belanja anak sekolah. Hendak beli buku sekolah anak pun tidak ada. Hendak bayar yuran sekolah pun tidak ada. Akan tetapi beli rokok ada. What kind of life is this? Saya sudah lama perhati ini sebagai wakil rakyat. I’m so unhappy dengan cara yang macam ini. Memanglah kalau hendak popular, you don’t − jangan persoalkan ini semua. Just go along, follow. Sekarang yang akan membantai ini, ramai ini, dia tidak mahu berhenti merokok kerana sudah ketagih. Ini merugikan. Merugikan diri dia sendiri, merugikan masyarakat, merugikan kehidupan kita di dalam negara kita ini. Saya sudah kira tadi maybe sampai RM1 bilion, RM2 bilion setahun tau orang berbelanja membeli rokok, menghisap rokok sahaja. Manakala, duit ini boleh dibelanjakan dengan cara yang lebih berfaedah. Pendidikan anak-anak dan juga lain-lain seperti hendak buat rumah. Hendak buat rumah pun tidak ada duit. Kena mohon PPRT. Akan tetapi, sanggup habis sampai RM300, RM500 sebulan. Sanggup pinjam sana, pinjam sini kerana hendak beli rokok. So, I think this has to stop. Budaya ini kena berhenti. Kita hendaklah pujuk. Pujuklah, didiklah masyarakat kita. Tidak susah untuk berhenti merokok. Ada orang kata very difficult. Macam mana hendak berhenti. You already used to be smoking for many years. Saya hendak bagi tahu di sini. Tidak susah. Sama ada kita hendak berhenti atau tidak. I was a smoker before. I smoked. Sampai masa saya hendak berhenti, I just decided to stop. Jadi, saya tidak merokok lagi. Sudah dua tahun lebih, tiga tahun lebih. Tiada masalah. Ada sesetengah orang kata kena hisap gula-gula lah, itulah, inilah. Tidak perlu. It’s, matter of willpower. Kekuatan diri kita sahaja. Kita boleh berhenti daripada merokok. Jadi, atas alasan untuk ekonomi negara, ekonomi individu, untuk kesejahteraan hidup berkeluarga, it’s better bagi kita untuk menghentikan amalan merokok ini. Kita sokong usaha kerajaan ini. Yang paling penting menyelamatkan nyawa. Akan tetapi, mungkin orang ada kata “alah kalau hendak mati tidak payah hisap rokok pun mati juga”.

Betul tidak? Mati juga. Banyak orang mati tidak hisap rokok. Kalau argument begini susahlah. Kalau kita pakai hujah begini. Akan tetapi, yang saya dengar-dengar, it’s more political. We are so afraid and scared of the political backlash. Daripada hisap rokok, we might lose undi. Tidak dapat undi. Apabila tidak dapat undi, kita kalah dalam pemilihan. Pemilihan pilihan rayakah, pemilihan partikah. Kita akan kalah. Kita jangan jual. Don’t buy political gain dengan cara yang macam ini. Dengan cara kita membenarkan nyawa manusia terancam dan diancam. There is no price that you can pay to save somebody’s life. There is no price. So, it’s clear conscience, I will say that kita menyelamatkan nyawa. Ini lebih penting daripada kita mendapatkan populariti politik, kemenangan politik. I’m prepared to lose. Biar kita kalah tetapi rakyat berjaya. [Tepuk] Negara kita berjaya. Ini lebih penting. Akan tetapi percayalah. Apabila sampai masanya, rakyat akan menyedari bahawa apa yang kita lakukan itu adalah baik untuk mereka dan baik untuk negara kita. Tepuk kuat sikit. [Tepuk] Saya menyokong.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Dipersilakan Yang Berhormat Bandar Kuching.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya jarang kali bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Akan tetapi, pada petang ini saya setuju bahawa kita sebagai Ahli Parlimen ada tanggungjawab untuk meluluskan undang-undang yang baik untuk rakyat. Tidak kira sama ada yang popular atau tidak. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas, saya ingin merakamkan penghargaan kami kepada Yang Berhormat Menteri dan juga warga kementerian Kesihatan kerana sentiasa terbuka untuk melibatkan PAC dalam bersama- sama meneliti rang undang-undang ini dan juga memberikan peluang kami untuk mendapatkan input dan juga pandangan daripada semua pemegang taruh yang relevan dalam isu yang sangat penting ini.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Bagi saya Yang Berhormat Menteri telah menunjukkan satu teladan yang baik dan haruslah dicontohi oleh semua Menteri dalam melibatkan PSSC untuk memperkasakan Parlimen dan untuk merangka mana-mana rang undang-undang yang melibatkan kepentingan orang ramai. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan merekodkan dalam Hansard semua orang yang terlibat dalam menyediakan rekomendasi dan syor-syor PSC kami, Encik Azrul Mohd Khalib, CEO Galen Centre of Health and Social Policy; Puan Roslizawati Md Ali, MyWatch and Malaysian Women's Action on Tobacco Control and Health; Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, Chief Coordinator UM Center of Addiction Sciences; Dr. Steven Chow, President of Addiction Medicine Association of Malaysia; Prof. Datuk Dr. Lekhraj Rampal, President of Malaysian Council for Tabacco Control; Dr. Helmy Haja Mydin, Consultant Respiratory Physician and also Asthma Malaysia dan semua NGO-NGO yang terlibat, industri-industri tobacco dan juga industri- industri vape dan semua yang telah memberikan pendapat mereka kepada jawatankuasa. Tuan Yang di-Pertua, disebabkan kesempitan masa yang sangat pendek, saya tidak akan menghuraikan kenapa saya berpendapat bahawa rang undang-undang ini sangat penting dan harus disokong, terutamanya daripada segi kesihatan awam. Akan tetapi saya sebagai Pengerusi jawatankuasa ini, haruslah sedar juga jika dengan izin, in a utopian world, I think there is no debate. There is no debate, there is no argument that this is an important bill. The fact of the matter jika ia diimplementasikan dengan betul, dikuatkuasakan secara betul dan kita meletakkan safeguards ataupun pelindungan yang sepatutnya, ini mungkin menjadi satu gamechanger untuk langkah kerajaan untuk menurunkan prevalence merokok dalam negara kita.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Ini secara prinsipnya memang kita sokong. Akan tetapi sebagai seorang Pengerusi, saya pun kena memastikan jawatankuasa melihat rang undang-undang ini dari semua sudut. Bukan sahaja dari sudut kesihatan awam terutamanya apabila rang undang- undang ini ada kesan overreaching dengan izin sama ada secara positif ataupun negatif. Ia adalah tanggungjawab kami untuk memastikan RUU ini bukan sahaja bagus di atas kertas tetapi lebih penting, ia mesti dilaksanakan tanpa sebarang akibat yang tidak diingini dan mendapat sokongan yang diperlukan oleh semua pihak berkepentingan untuk memastikan pematuhan yang lebih efektif dan baik. Maka, selepas libat urus yang kami lakukan, saya ingin menyatakan pendirian jawatankuasa di mana kami bersetuju dengan prinsip RUU ini terutamanya untuk menegakkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita dan generasi akan datang serta keperluan untuk menyegerakan pengawalseliaan produk tembakau termasuk vape, e- rokok dan non-combustible tobacco. Walau bagaimanapun, kita kena mengakui kebimbangan yang berbeza yang dibangkitkan oleh semua pihak. Pertamanya dalam menangani jurang penguatkuasaan untuk menetapkan satu rangka semakan atau mandatory evaluation, pemantauan mandatori untuk memastikan akta ini mencapai sasaran tanpa akibat yang diingini. Antara persoalan yang dibangkitkan dalam PSC kami. Pertama, isu tentang penguatkuasaan. Kedua, isu tentang ketersediaan kerajaan untuk mengimplementasi GEG. Ketiga, kesan GEG atau dengan izin prohibition untuk menangani isu ketagihan. Keempat, prevalance tinggi rokok haram di negara kita. Kelima, kaedah harm reduction dalam penggunaan sama ada vape atau non-combustible tobacco. Maka, semangat dan niat kami dalam jawatankuasa untuk mencari peluang, satu cara inovatif untuk memberikan nyawa kepada rang undang-undang ini dan membenarkan ia berkembang sebelum ia dimatikan atau aborted right at birth. Oleh itu secara ringkasnya tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa Yang Berhormat Menteri telah menerima kebanyakan daripada cadangan kami tetapi izinkan saya meletakkan dalam rekod cadangan kami dan juga pemikiran ataupun alasan atau reasoning di bawah cadangan kami. Pertama, kami mencadangkan menangguhkan pelaksanaan GEG sebenarnya untuk tiga tahun tetapi telah dipersetujui oleh pihak Yang Berhormat Menteri untuk dua tahun. Ini bukan untuk menangguhkan akta ini tetapi untuk mengukuhkan persiapan pelaksanaan yang berkesan termasuk untuk menyediakan rangka kerja penguatkuasaan antara semua agensi yang terlibat. Ini sangat penting. We need a good enforcement network and framework. Kita tidak hendak satu agensi menguatkuasakan dengan satu cara yang lain, satu agensi dengan cara yang berlainan dan akibatnya ada penyalahgunaan kuasa dan rakyat kita menjadi mangsa. Kedua, kita juga sebenarnya hendak satu penilaian mandatori dimasukkan ke dalam akta ini. Laporan penilaian mandatori yang dibuat dalam PSSC haruslah dibawa ke Parlimen dan juga dilihat oleh Ahli Parlimen dan jika boleh dibahaskan dan dirunding bersama. Parameter penilaian haruslah dipersetujui dengan KKM dan juga Parlimen Malaysia melalui jawatankuasa. Namun, pertimbangan utama dalam penilaian wajib ini. Nombor satu, penilaian pertama. Sebenarnya kami cadangkan sebelum tahun ketiga tetapi sekarang tahun kedua. Pertimbangan pertama, untuk menetapkan tempoh dua tahun sebagai tempoh untuk menilai ketersediaan kerajaan untuk melaksanakan sepenuhnya GEG dan menilai keberkesanan pelaksanaan rang undang-undang dan kawal selia yang lain yang di bawah akta ini. Kita harus ada satu seperti yang saya katakan tadi interagency enforcement framework untuk memastikan tiada inconsistency atau penyalahgunaan kuasa dalam penguatkuasaan seperti yang kita lihat sebenarnya dalam Akta 342 semasa COVID-19. Kedua, pertimbangan adalah untuk menilai keperluan untuk satu peraturan akta- akta berasingan untuk produk tembakau non-combustible tobacco, vape, berdasarkan

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

sains dan data yang terbaru. Saya tahu ini satu perbincangan, satu debate yang sangat polarized. Dalam prosiding jawatankuasa, ada beberapa pihak termasuk Advanced Centre for Addiction Treatment Advocacy (ACATA) dan juga Malaysia Society For Harm Reduction dan beberapa academia telah mengatakan sokongan mereka terhadap kaedah harm reduction di mana produk-produk non-combustible tobacco, vape, adalah satu kaedah yang bukan selamat, tetapi lebih selamat dan adalah satu kaedah harm reduction atau apa yang dikatakan oleh Malaysian Society, a concept of better living through harm reduction. Kita tahu di beberapa buah negara seperti New Zealand dan di UK. Di UK contohnya melalui NICE Public Health Guidance ada meletakkan tobacco harm reduction approaches to smoking dan menyatakan ia mungkin satu kaedah yang digunakan. Malah FDA’s Center for Tobacco Products juga menyatakan maybe bahawa nikotin adalah punca utama kepada masalah tersebut tetapi mungkin juga penyelesaian kepada masalah tersebut. Yang Berhormat Menteri, jika Yang Berhormat Menteri tanya kepada saya, I’m on the fence on this. Sebab saya tahu arguments against it and arguments for it. I have read eight different medical papers on this matter and oleh itu, I think let us not push it to this time but dalam masa dua tahun kita mengkaji berdasarkan data dan sains untuk melihat keperluan. Let’s trust in the science on this matter. Dalam penilaian 10 tahun, adalah penting untuk menilai dan menganalisis tahap pematuhan dan keberkesanan akta dalam menangani isu merokok dan mengurangkan jumlah perokok. Basically kita hendak menilai does GEG really work. So, saya menerima maklum balas dari Yang Berhormat Menteri, saya telah menerima satu surat dan untuk memberikan komitmen bahawa satu jawatankuasa bebas akan ditubuhkan di bawah KKM yang akan juga melaporkan atau bersama-sama jawatankuasa di Parlimen untuk membuat satu laporan dan kita akan bahaskan di Parlimen ini.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Saya menyambut baik komitmen tersebut tetapi saya juga berharap ia bukan sahaja dibentangkan di Parlimen tetapi harus juga dibahaskan di Parlimen ini. Seperti saya katakan tadi, niat dan semangat yang kita hendak adalah untuk memberikan peluang akta ini hidup dan kita hendak buktikan kepada mereka bahawa mereka yang kata ia tak akan berkesan, it will not work– let us prove that it can work. That is where the mandatory penilaian it is important. Kita kena set KPI dan sekarang onus is on the government to prove that they can do it. Selain itu Tuan Yang di-Pertua saya minta lebih masa...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sila gulung.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Sebab banyak saya hendak cadangkan. Ketiga, jawatankuasa menegaskan kerajaan perlu mempergiatkan usaha membanteras isu rokok haram. Yang ini I think it is self-explanatory. Keempat, jawatankuasa menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan hukuman jenayah bagi kesalahan yang melibatkan anak muda (juvenile) dan juga kanak-kanak. Jawatankuasa mengesyorkan agar hukuman dikenakan tidak melibatkan pemenjaraan atau kesalahan tidak direkodkan di dalam mana-mana sistem sedia ada. So, no criminalisation. Penalti alternatif yang dicadangkan adalah khidmat masyarakat, sesi kaunseling wajib dan sebagainya. Saya tahu Yang Berhormat Menteri telah menerima cadangan ini dan sebenarnya saya hendak tanya sedikit penjelasan sebab dalam perbincangan terakhir kami pagi ini Yang Berhormat Menteri telah bersetuju untuk mengeluarkan 17C di mana isu-isu possession. Saya cuma hendak mendapatkan pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa semua kuasa-kuasa yang lain tidak akan digunakan...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sila gulung Yang Berhormat.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Ya?

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Sila gulung.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Five to 10 minutes.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, satu minit.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Banyak. Saya rasa sebagai Pengerusi Jawatankuasa saya minta diberikan, sebab ini saya...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Saya sudah beri 10 minit.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Lebih...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

10 to 12 minutes.

Tuan Sivarasa RasiahPKR · PHSungai Buloh

Ini Jawatankuasa Pilihan Khas.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Okey, saya cuma hendak jelaskan criminality I rasa secara prinsip kita setuju. Akan tetapi jika kompaun contohnya, saya dikompaun RM50 juga anak muda itu tidak mampu bayar, technically they are brought to the criminal court. So, is that considered criminalisation? Even though you can assure that tak ada rekod semua, but how do you give us the assurance? Is that criminalisation if they cannot pay and they are brought to the criminal court. So lawyers have argued on these, I want to hear your explaination on the matter Yang Berhormat Menteri. Kelima, NRT over the counter– meningkatkan peruntukan ke m-Quit sekurang- kurangnya 10 peratus cukai yang dikutip daripada industri vape menerusi peruntukan kepada m-Quit. Saya rasa isu utama, kebimbangan utama adalah tentang penguatkuasaan RUU ini. Saya telah membaca twit daripada Yang Berhormat Menteri tentang persetujuan antara kita bersama dengan semua Select Committee...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, do not overextend.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Saya...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, beri chance lah. Ini Chairman PSC ya.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, duduk.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Saya harap let us discuss terutama di dalam isu garis panduan. I know we cannot put everything in act in terms of compound dan isu tersebut. But saya ingin menyeru garis panduan tersebut akan didedahkan, make it public. So, rakyat jika mereka didenda apabila diimplementasi mereka dapat check dalam guideline tersebut dan kita boleh bersama-sama dalam menyediakan guideline tersebut. Terakhir sekali– okey saya gulung sekarang. Akhir sekali saya ingin menegaskan lagi persetujuan dan sokongan PSC secara prinsipnya kepada RUU ini dan segala langkah-langkah untuk mengurangkan prevalance perokok haruslah disokong oleh semua pihak. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya tidak dapat menafikan bahawa masih ada kebimbangan diluahkan oleh Ahli Parlimen. Saya ingin mencadangkan seperti yang– prinsip atau semangat yang kita bersama-sama untuk mencari satu compromise. Jika perlu, saya ingin menawarkan perkhidmatan kami, mungkin satu joint select committee untuk melihat semula semua akta supaya semua yang disetujui seperti yang dikatakan tadi, criminalization– kita melihat tadi semua akta-akta untuk memastikan– let us not leave any more loopholes. We make it well. Mungkin bersama-sama meneliti any regulatory impact assessment dan jika perlu... [Pembesar suara dimatikan]

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Yang Berhormat, please duduk.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Last one– dan jika perlu even if it needs until October. Saya memberikan komitmen it will be the first agenda in the October sitting. Dengan itu saya berdiri dan sebagai Ahli Parlimen Bandar Kuching, saya menyokong akta ini.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Pembahas terakhir kita pada petang ini adalah Yang Berhormat Padang Rengas.

Tuan Yang di- Pertua...

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

10 minit.

10 minit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya bukan orang perokok dan saya juga tidak menghisap vape. Cuma yang saya punya keprihatinan saya, my concern ialah tentang hak asasi manusia iaitu kebebasan memilih (freedom of choice). Itu bagi setiap peguam ia merupakan perkara yang cukup dekat yang penting di hatinya. Jadi saya dengar dengan teliti apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri telah menyebut tentang iaitu bahawa kita harus melindungi kanak-kanak. Akan tetapi perlu diingatkan iaitu bahawa rang undang-undang ini kita target-kan kepada mereka yang lahir pada tahun 2007 yang pada tahun 2025 mereka merupakan 18 tahun. So we are actually not talking about children, we are talking about people who are 18 years old and di mana kepada mereka, Perlembagaan Persekutuan telah menjamin kebebasan manusia iaitu mereka berhak untuk membuat pilihan sama ada dalam soal rokok lah. Sama ada dia hendak hisap atau tidak hisap itu hak dia. So we are not actually addressing children. We are talking about 18 years old yang boleh mengundi, yang boleh memilih sama ada untuk membuat sesuatu ataupun tidak. This is very important supaya kita jangan dihalakan iaitu bahawa kita actually addressing children. We are not. We are addressing 18 years olds. Keduanya, saya juga dengar ucapan daripada Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Sebenarnya iaitu bahawa antara perkara-perkara yang disebut– kita boleh menghalang tanpa kita mengharamkan kepada suatu generasi daripada merokok. Saya cuma concerned hendak tanya sebagai contoh, di dalam akta yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi iaitu Menteri boleh mengisytiharkan satu-satu kawasan ataupun sebahagian daripada kawasan itu sebagai kawasan larangan merokok. Ini bermakna bahawa untuk menghentikan jangkitan ataupun secondary smoker– actually without mengharamkan satu generasi daripada merokok, kita boleh halang jangkitan ini iaitu dengan kuasa Menteri untuk melarang satu-satu kawasan itu sebagai kawasan larangan merokok. Akan tetapi of course lah di rumah kita tak boleh hendak jaga lah. I do not think we can start to police the houses, hendak tengok sama ada orang merokok sebelah itu ada orang atau apa– itu sukar. Akan tetapi apa yang hendak disebutkan di sini iaitu actually we can sebenarnya melakukan other alternatives. Akan tetapi saya hendak sebut di sini iaitu bahawa saya tidak menolak langsung iaitu bahawa ia memang memudaratkan kesihatan. Cuma saya hendak bangkit– ini concern saya ialah supaya Yang Berhormat Menteri fikir bagaimana kita boleh mengatasi perkara yang saya telah sebut sebentar tadi. Yang paling penting masalahnya ialah kita tidak mengharamkan rokok. When you do not

haramkan rokok, bermakna apabila kita menentukan satu-satu generasi tidak boleh merokok, ini satu diskriminasi terhadap manusia. Saya hendak sebut di sini ada satu kes di United States of America, Supreme Court 1973 iaitu dalam kes pengguguran (abortion) iaitu Roe vs. Wade pada tahun 1973. Roe vs. Wade ini telah menentukan iaitu bahawa wanita boleh gugurkan anaknya. Sebab kempen mereka pada ketika itu ialah “my body is my choice”. Jadi, menghormati hak asasi wanita iaitu freedom of their choice, for their body, Supreme Court di United States of America pada tahun 1973, tak silap saya 22 Januari telah memutuskan iaitu bahawa kerana hak asasi ini cukup penting, maka wanita berhak untuk memilih sama ada hendak abort ataupun tidak.

Akan tetapi baru-baru ini kita telah dengar satu keputusan yang telah dibuat bahawa oleh Supreme Court United States of America, reverse the decision of Roe v. Wade iaitu bahawa sekarang ini walaupun my body is my choice tapi mahkamah telah reversed the decision. Why? Mahkamah reversed that decision because wanita sebelum mereka menjalankan hubungan jenis dengan partnernya, iaitu mereka ada pilihan. Ambil precaution. Boleh ambil pil kah, morning after pill kah atau pun macam-macam lah. Jadi, mahkamah telah mengambil kira iaitu bahawa kandungan di dalam perut wanita itu apabila usianya satu bulan, there is already a life. Sudah ada nyawa. Mahkamah begitu teliti sekali iaitu bahawa nyawa ini juga ada human rights. Sebenarnya kalau dalam kandungan ini dalam perut satu bulan sudah ada nyawa. Akan tetapi mereka ini dalam perut, fetus ini tidak mempunyai hak. Mereka tidak ada kuasa untuk membantah. Mereka masih lagi merupakan fetus, jadi life ini mesti diprotect. Freedomnya. Dia punya kebebasan untuk dia lahir nanti, untuk menjadi seorang manusia. Maka oleh kerana itulah Supreme Court di antara lainlah telah reversed decision Roe v. Wade kerana the right of the fetus to their life. Okey. Jadi sini kita hendak bercakap tentang freedom of choice. Jadi kepada saya, kalau sekiranya dalam fetus, cerita dalam perut pun dijaga hak asasi mereka apatah lagi kalau yang 18 tahun. Mereka sudah berumur. Mereka boleh mengundi tetapi mereka tidak boleh hisap rokok. Saya setuju kalau kita haram rokok terus. Jadi bila kita haram rokok, makna mereka juga tidak boleh menghisap rokok. Ini bermakna kita pun tidak boleh hisap rokok. Why the discrimination? Okey, bolehlah jawab gradual kah apa kah, but then you create discrimination. Saya yakin dan percaya iaitu bahawa nanti ada budak yang 18 tahun, dua tiga orang akan membawa kes ke mahkamah dan akan menuntut kepada mahkamah untuk menentukan sama ada hak asasi mereka telah pun dicabuli, disabitkan oleh kerana adanya akta ni. So we really have to think seriously freedom of choice is a very important human rights to all of us. Kepada saya – I mean you know kalau saya di kampung baru-baru ini ada seorang puteri muda beritahu saya, dia berkata Yang Berhormat harga ikan naik kami protes, harga gula naik kami protes, harga beras naik kami protes. Akan tetapi harga rokok naik tidak ada protes pun. Walau kita tax macam mana sekalipun, dia hendak merokok, dia merokok. This is their freedom, basic human rights. Freedom of choice. Bukan saya tidak faham apa Yang Berhormat hendak sebut iaitu bahawa for our health, tapi these are all 18 year olds yang boleh berfikir sendiri in spite of the taxes yang begitu tinggi semua dibuat, dia tetap hendak merokok and you are denying it. Jadi, itulah kepada saya my concern. Bukan maknanya saya suka orang merokok, tidak. But I think this freedom must be given. Saya pun percaya iaitu bahawa kalau perkara ini boleh dilaksanakan saya percaya negara barat telah pun mengadakan GEG ini puluhan tahun dahulu sebelum kita. Akan tetapi sudah tentulah disebut tadi penguatkuasaan, banyak perkara, freedom of choice– banyak perkara yang menyebabkan tidak boleh terlaksananya Generation Endgame ini. Akan tetapi...

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Boleh saya minta sedikit penjelasan?

Kalau boleh saya sambung tidak apa.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Ya.

Please.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Saya cuma hendak tanya penjelasan apakah penjelasan Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya saya hendak tanya kita hendak lihat akta ini lulus berjaya selain kebimbangan yang dibangkitkan. Saya hendak tanya adakah Yang Berhormat juga hendak tahu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan Tobacco Tracing App? Jika ada – tracing app. Jika ada, apakah mekanisme yang digunakan, apakah syarikat yang mendapat tender tersebut? Saya tahu itu sangat penting kerana we want to get all answers. Apakah pendapat Yang Berhormat?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Kalau tanya kepada saya, tracking ini pada saya tidak boleh because personal liberty. You will get to know about me, ya. I think this is dangerous. Hanya kerajaan sahaja yang boleh menyimpan kita punya data. Akan tetapi kalau begini, saya juga bimbang dia akan terkesan saya punya personal liberty. My personal liberty is very important. Kalau you tanya kepada mana-mana orang, tidak payah peguam kah, personal liberty ini cukup penting. Ini juga satu perkara daripada segi undang-undang saya mahu penjelasan kalau dikatakan tidak mencabul hak asasi bagaimana pula dengan mengambil personal data saya. Kalau saya hendak vape because you are tracking me. Terima kasih Yang Berhormat Kuching ini juga merupakan daripada segi undang- undang sukar untuk saya hendak terima. Akan tetapi walau bagaimanapun, kalau Yang Berhormat boleh bagi penjelasan, yang boleh katalah meyakinkan, insya-Allah kita boleh sama-sama. Akan tetapi lebih baiklah seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Semporna tadi, oleh sebab banyak isu yang perlu diperjelaskan, jadi saya kalau boleh setuju dengan Yang Berhormat Semporna iaitu kita rujuk dahulu rang undang-undang ini kepada Select Committee. Halusilah betul-betul dan kemudian kembali kepada kita untuk kita pertimbangkan untuk diluluskan seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd NorUMNO · BNCameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Maka masa telah menunjukkan untuk kita hentikan mesyuarat pada hari ini. Dengan ini ditangguhkan mesyuarat pada esok harinya, pada jam 10.00 pagi.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.37 malam]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Liputan Jaringan Jalur Lebar Unifi Telekom Malaysia (UniFi TM) dan Kualiti Liputan Jalur Lebar Syarikat Telekomunikasi di KulaiSpecial Chamber

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar kawasan Parlimen Kulai adalah kawasan bandar dengan adanya kawasan perumahan, perniagaan dan kawasan industri.

Namun begitu, liputan jalur lebar UniFi Telekom Malaysia (TM) tidak merangkumi kesemua kawasan perumahan baik di bandar mahupun di luar bandar. Bukan itu sahaja, kualiti liputan jalur lebar syarikat telekomunikasi di taman perumahan dan kampung amat tidak stabil di kawasan Parlimen Kulai.

Saya juga menerima keluhan pemain industri di kawasan Perindustrian Timur Kulai yang memerlukan liputan rangkaian jalur lebar UniFi TM yang berkelajuan tinggi bagi memastikan segala aktiviti perniagaan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah tergendala dan lewat. Kualiti liputan rangkaian jalur lebar amat diperlukan sekarang, mengikut arus perkembangan teknologi serta setimpal dengan bayaran dikenakan syarikat telekomunikasi dan Telekom Malaysia.

Pihak Telekom Malaysia dan syarikat telekomunikasi perlu meluaskan liputan rangkaian jalur lebar yang berkualiti tinggi di seluruh Kulai supaya liputan rangkaian jaringan jalur lebar yang kuat dan stabil dapat dimanfaatkan oleh warga Kulai.

Terdapat juga isu jaringan telekomunikasi telefon dan jalur lebar di kawasan Kampung Murni Jaya yang amat lemah dan penduduk menghadapi kesukaran untuk berhubung. Pelbagai usaha penduduk kampung telah lakukan termasuk menggunakan pelbagai perkhidmatan syarikat telekomunikasi tetapi masih menghadapi kesukaran. Liputan jalur lebar juga kini menjadi utiliti asas yang digunakan secara meluas tanpa mengira peringkat usia. Soalan saya kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia:

(i) apakah tindakan pihak Telekom Malaysia untuk memastikan pemain industri di kawasan Perindustrian

Puan Teo Nie ChingDAP · PHKulai

Timur Kulai mempunyai rangkaian jalur lebar Unifi TM?

Bilakah perkhidmatan jalur lebar UniFi TM akan tersedia ada di kawasan berkenaan?;

(ii) berapa peratus liputan rangkaian jalur lebar UniFi TM yang telah sedia ada di kawasan Kulai? Nyatakan secara terperinci kawasan liputan rangkaian jalur lebar UniFi TM yang sedia ada;

(iii) berapa peratus yang tidak mempunyai liputan perkhidmatan UniFi TM? Nyatakan secara terperinci kawasan yang tidak mempunyai liputan rangkaian UniFi TM? Apakah tindakan yang akan diambil serta nyatakan jangkaan liputan rangkaian UniFi TM akan tersedia;

(iv) berapa peratus kekuatan liputan jalur lebar syarikat telekomunikasi yang berdaftar yang mempunyai rangkaian di seluruh kawasan Kulai? Nyatakan secara terperinci mengikut kawasan Kulai; dan

(v) apakah sebab jaringan telekomunikasi telefon dan jalur lebar di Kampung Murni Jaya amat lemah sehingga menyukarkan penduduk kampung? Apakah penyelesaian untuk isu ini?

Sekian, itu sahaja. Terima kasih.

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

Tuan Yang di-Pertua,terima kasih, Yang Berhormat Kulai, terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah inisiatif Pelan JENDELA, penaiktarafan kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (UniFi) di Kawasan Perindustrian Timur Kulai dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Dijangkakan perkhidmatan UniFi di kawasan ini akan tersedia dan boleh digunakan pada penghujung bulan Oktober tahun ini, melalui perlaksanaan projek Broadband Fiberization (BBF) oleh TM. Melalui perlaksanaan ini, semua pelanggan Streamyx yang sedia ada akan dinaiktarafkan ke perkhidmatan UniFi dan pada masa yang sama, para pelanggan baharu juga boleh memohon dan mendapatkan perkhidmatan ini.

Dia untuk pengetahuan Yang Berhormat, UniFi ini ada dua jenis. Satu, UniFi yang kita pasang, satu lagi yang kita mohon iaitu kita bayar. Kalau hat yang kita bayar, ia ada booster dan sebagainya untuk kawasan pelanggan, kedai dan sebagainya.

Pada masa ini, bagi daerah Kulai, peratus liputan perkhidmatan jalur lebar unifi adalah sebanyak 60 peratus bagi kawasan berpenduduk. Antara kawasan di Kulai yang telah diliputi dengan perkhidmatan jalur lebar unifi adalah seperti berikut:

(i) Taman Putri Kulai;

(ii) Taman Sungai Mas;

(iii) Taman Lagenda Putera;

(iv) Taman Indahpura;

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

(v) Jalan Kiambang 15, Indahpura;

(vi) Taman Kulai Utama;

(vii) Batu 23, Kulai;

(viii) Taman Sri Muhibah;

(ix) Taman Gunung Pulai;

(x) Taman Teratai;

(xi) Taman Sri Sentosa;

(xii) Taman Bukit Gemilang;

(xiii) Taman Damai;

(xiv) Taman Baiduri;

(xv) Taman Scientex Kulai 2;

(xvi) Taman Permai;

(xvii) Taman Sentul; dan

(xviii) Taman Timur.

Dijangkakan sehingga penghujung bulan Oktober 2022, sebanyak 70 peratus kawasan berpenduduk di Parlimen Kulai akan tersedia dengan perkhidmatan UniFi melalui perlaksanaan inisiatif JENDELA. Manakala, baki 30 peratus kawasan pula akan dimasukkan dalam senarai kajian dan sekiranya didapati bersesuaian dan berpotensi, perlaksanaan projek akan dijalankan.

Di samping itu, bilangan homepass bagi perkhidmatan UniFi di kawasan Kulai setakat bulan Mei tahun ini adalah sebanyak 56,000 berbanding jumlah premis di Kulai yang berjumlah 88,347 berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk tahun 2020. Manakala, jumlah pelanggan UniFi pula adalah sebanyak 36,720 bagi tempoh yang sama

(Mei 2022).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar liputan jalur lebar mudah alih 4G (kolektif) di kawasan berpenduduk di Parlimen Kulai adalah sebanyak 99.42 peratus setakat suku pertama 2022 dengan purata kelajuan muat turun mudah alih sebanyak 35 mbps.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil maklum berkaitan masalah liputan di Kampung Murni Jaya, Kulai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak SKMM telah membuat pengujian liputan di kampung berkenaan pada bulan Mac 2022 dan berjumpa dengan Pegawai Pejabat DUN Bukit Permai, Ketua Kampung dan wakil penduduk Kampung Murni Jaya pada bulan April 2022 untuk memaklumkan perancangan untuk menaik taraf liputan di kampung berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebanyak dua menara komunikasi telah dibina pada tahun 2017 di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) Fund. Kedua-dua menara ini telah dinaik taraf kepada perkhidmatan 4G pada suku ketiga 2021 di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1.

Di bawah Program JENDELA Fasa 1 juga, sebanyak dua buah menara komunikasi akan dibina di kawasan Kampung Murni Jaya yang kini sedang dalam pelaksanaan dan dijangka beroperasi menjelang suku keempat 2023. Masalah

Datuk Zahidi bin Zainul AbidinUMNO · BNTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia · Padang Besar

liputan di Kampung Murni Jaya ini dijangka akan selesai setelah kedua-dua menara ini siap kelak. Terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kriteria Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)Special Chamber

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, tajuk ucapan Kamar Khas pada petang ini dari Kota Melaka ialah ‘Kriteria Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)’. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu kes berkaitan dengan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) oleh seorang penduduk di kawasan saya iaitu Puan Chua.

Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Melaka dan berpendapatan lebih kurang RM4,000 sebulan. Oleh itu, beliau memang memenuhi syarat kelayakan bantuan BKM kerana berpendapatan kurang daripada RM5,000.

Sememangnya beliau telah menerima bantuan BKM pada tahun-tahun sebelum ini. Namun begitu, bantuan BKM beliau untuk tahun 2022 telah diberhentikan atas alasan memiliki kenderaan yang ‘melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah’.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kereta yang dimiliki beliau bukanlah kereta berjenama mewah seperti BMW atau Mercedes. Kereta beliau berjenama Honda City yang berumur 3 tahun. Ansuran bulanan pinjaman kereta adalah sekitar RM700 sebulan.

Pada pendapat saya, adalah tidak wajar jika kerajaan membuat andaian terhadap apa kereta yang wajar dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah bagi kelayakan BKM. Ini melibatkan moral judgement yang tidak elok kerana kita tidak mungkin tahu keadaan sebenar para pemohon.

Contohnya dalam kes ini, pemohon merupakan seorang ibu tunggal yang perlu menanggung kehidupan anak kecil dan dua orang ibu bapa yang sudah tua dan sakit. Kereta tersebut penting untuk keluarga beliau daripada segi keperluan harian dan keselamatan. Adakah ini dianggap ‘melebihi kemampuan golongan berpendapatan rendah’? Adakah kerajaan sedang menyampaikan mesej bahawa golongan B40 hanya layak memandu kereta lama buruk seperti Datsun 120Y atau motosikal?

Baru-baru ini juga ada sebuah video yang viral di laman TikTok, di mana seorang wanita mendakwa dirinya ditolak BKM walaupun dirinya sedang menghidap penyakit kanser tahap 4 hanya kerana memiliki kereta berspesifikasi 1.3 cc.

Tuan Yang di-Pertua, situasi hidup setiap keluarga B40 atau pemohon BKM adalah berbeza dan tidak mungkin bagi kita memberitahu mereka apa yang mereka sepatutnya mampu atau tidak. Oleh itu, kerajaan tidak wajar mengenakan syarat-syarat sebegini.

Pada pendapat saya, syarat pendapatan isi rumah adalah syarat asas yang mencukupi. Maka, saya memohon pihak kerajaan untuk mempertimbangkan rayuan kes ini dan meluluskannya atas prinsip Keluarga Malaysia. Atas sebab privasi, nama dan maklumat beliau akan saya serahkan secara berasingan selepas sesi ini.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Selain itu, saya juga ingin memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri, supaya menyenaraikan semua kriteria kelayakan untuk BKM.

Jelas bahawa kriteria kelayakan bukan sahaja dilihat kepada pendapatan bulanan, malah ada kriteria-kriteria lain seperti isu pemilikan kenderaan ini. Pada pendapat saya, penjelasan ini penting supaya para pemohon boleh mengetahui syarat-syarat yang telah ditetapkan secara terbuka. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Parlimen Kota Melaka.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya memberi maklum balas kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka, izinkan saya untuk memberikan sedikit maklumat mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Bajet 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan untuk bangun semula dalam pasca-pandemik COVID-19 dan meringankan beban kos sara hidup.

Setakat ini, 8.6 juta orang penerima BKM telah diluluskan dengan isi rumah bakal menerima sehingga RM2,600 sekeluarga pada tahun 2022. Seperti mana diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, BKM Fasa 2 telah ditambah baik dengan Bantuan Tunai Tambahan bernilai RM630 juta, dengan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8 bilion.

Ini juga membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat dengan harapan ia boleh merancakkan ekonomi melalui aktiviti perbelanjaan.

BKM juga merupakan bantuan tunai langsung yang tertinggi setakat ini dalam sejarah negara kita. Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 dan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,480.

Ini adalah peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan. Di samping itu, jumlah penerima BKM adalah 8.6 juta orang berbanding BSH dengan 4.5 juta penerima sahaja.

Peningkatan ini adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM telah dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM.

Mengambil kira 8.6 juta orang penerima BKM, empat juta orang penerima manfaat adalah daripada kategori isi rumah yang mempunyai pasangan. Ini menjadikan keseluruhan penerima manfaat BKM adalah seramai 12.6 juta individu bersamaan dengan 60 peratus populasi penduduk dewasa di Malaysia.

Pada dasarnya BKM hanya mensasarkan golongan B40 sahaja, hakikatnya pemberian BKM adalah merangkumi golongan B60 di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan sentiasa bersikap terbuka dan syarat- syarat kelayakan utama BKM boleh didapati seperti yang tertera dalam portal https://bkm.hasil.gov.my untuk tatapan umum. Ada table yang akan saya kongsi nanti dengan Yang Berhormat Kota Melaka.

Untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka, dalam memastikan pelaksanaan BKM memanfaatkan golongan yang benar-benar layak sahaja, memang betul, kerajaan juga melihat aspek lain dalam menentu usaha status

Tuan Haji Yamani Hafez bin MusaUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan II · Sipitang

penerima BKM itu. Jadi, selain pemilikan kenderaan, antaranya kita juga menyemak status perkahwinan, pemilikan perniagaan dan pemilikan kediaman.

Tujuan utama semakan ini bukanlah dibuat sewenang-wenangnya oleh kita kerajaan, tetapi sebenarnya kita ingin pastikan setiap penerima BKM itu dinilai secara menyeluruh dan bukan hanya berdasarkan nilai pendapatan semata-mata.

Ini juga selaras dengan amalan terbaik mengikut saranan Bank Dunia yang telah dinyatakan dalam Kertas Konsultasi Bajet 2022: Program Bantuan Tunai di samping tahap ketelusan yang tinggi dalam penentuan kelayakan penerima BKM.

Bagi mereka yang berstatus tidak lulus BKM, ruang dan peluang turut dibuka semasa tempoh rayuan BKM selama sebulan mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022 untuk permohonan mereka dibuat semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berdasarkan dokumen yang dikemukakan.

Merujuk kembali kepada pertanyaan Yang Berhormat Kota Melaka, semakan terperinci diperlukan bagi memastikan aduan yang diterima dapat diselesaikan secara khusus mengikut alasan tidak lulus permohonan berkenaan.

Sehubungan itu, kami di Kementerian Kewangan mengalu-alukan Yang Berhormat Kota Melaka untuk mengemukakan nama dan nombor kad pengenalan Puan Chua bagi membolehkan semakan dan tindakan selanjutnya dapat diambil.

Kita juga ingin memberitahu di sini, Kementerian Kewangan sentiasa memantau from case-by-case basis, situasi semasa kerana bantuan tunai langsung mahupun yang tidak langsung seperti subsidi keperluan asas ini sebenarnya adalah bertujuan memastikan kebajikan rakyat kita akhirnya akan terbela. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Selasa, 2 Ogos 2022, jam 2.30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.51 petang]