Dewan Rakyat · 6 October 2022
15th Parliament, session 5, meeting 3 · 500 turns · 42,266 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Jawapan-Jawapan Menteri Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi semua. Saya silakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
1. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan status penyertaan Malaysia untuk Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) dan kemajuan untuk perjanjian perdagangan bebas lain.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Pertama, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Bukit Bendera yang senantiasa memberikan fokus terhadap usaha-usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat global dalam perdagangan dan juga meningkatkan prestasi pelaburan negara. Untuk makluman Yang Berhormat, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Malaysia meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans- Pasifik atau dengan izin, CPTPP. Berdasarkan mandat tersebut, kerajaan telah secara rasminya mengirim surat cara ratifikasi atau dengan izin, instrument of ratification kepada Depositori CPTPP iaitu New Zealand pada 30 September 2022. Dengan ini, ratifikasi CTPPP bagi Malaysia dianggap selesai dan ia akan mula berkuat kuasa bagi Malaysia pada 29 November 2022. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia merupakan negara kesembilan yang meratifikasi perjanjian ini. Saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, pada 29 September 2022 Malaysia dan Republik Turkiye telah memeterai protokol perluasan skop bagi FTA antara kedua-dua buah negara. Protokol ini merangkumi tiga bab baharu iaitu: (i) perdagangan sektor perkhidmatan; (ii) pelaburan; dan (iii) e-dagang. Ia merupakan lanjutan FTA sebelum ini antara Malaysia dan Turkiye dalam perdagangan sektor barangan atau dengan izin, trade in goods yang telah dikuatkuasakan semenjak tahun 2015. Saya juga ingin melaporkan kepada Dewan yang mulia ini berhubung Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah tertangguh sejak
tahun 2012 berikutan kegagalan kedua-dua pihak untuk mencapai kesepakatan bagi isu- isu sensitif seperti perolehan kerajaan, dasar bumiputera dan hak harta intelek. Namun begitu, semenjak tahun 2017, beberapa perbincangan bersama pihak Kesatuan Eropah telah diadakan bagi mempertimbangkan kemungkinan menyambung semula rundingan ini. Melalui mesyuarat bersama EU pada bulan Julai tahun ini, kedua- dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan satu mesyuarat stocktaking pada pertengahan bulan ini bagi menentukan hala tuju rundingan tersebut. Satu lagi perkara yang ingin saya laporkan kepada Dewan yang mulia ini ialah mengenai beberapa perjanjian yang sedang aktif dirundingkan. Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia terlibat secara aktif dalam rundingan menaik taraf FTA serantau yang sedia ada bagi Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China, Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN ataupun ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA). Penaiktarafan perjanjian-perjanjian ini antara lain melibatkan penambahbaikan bab-bab yang tertentu termasuk liberalisasi tambahan bagi sektor barangan dan perkhidmatan serta cadangan pengenalan peruntukan baharu berkaitan MSME, perdagangan dan pembangunan mampan, perolehan kerajaan, pendigitalan dan automasi prosedur kastam serta lain-lain inisiatif berkaitan dengan teknologi-teknologi hijau dan ekonomi digital. Secara kesimpulannya, nilai tambah yang dirunding dalam perjanjian ini dijangka akan memberikan manfaat tambahan kepada komuniti perniagaan termasuk MSME dan proses naik taraf ini juga bertujuan untuk memastikan perjanjian-perjanjian ini kekal relevan dan mampu menangani cabaran persekitaran ekonomi global yang tidak menentu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan. Silakan Yang Berhormat Bukit Bendera.
Terima kasih jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya membaca juga laporan atau final report bertarikh Mac 2022, Cost-Benefit Analysis on the Potential Impacts of the CPTPP on the Malaysian Economy and Key Economic Sectors. Antara lainnya ia bukan sahaja menyebut bahawa syarikat multinasional dan syarikat besar bakal mendapat kebaikan lebih dalam CPTPP ini tetapi juga syarikat-syarikat kecil, industri kecil dan sederhana, mereka mungkin jarang ataupun kurang membuat pengeksportan, directly export kepada negara-negara yang kita menandatangani FTA ini.
Mungkin menghadapi cabaran daripada segi IKS dengan perjanjian FTA dengan perdagangan bebas yang akan masuk ke negara Malaysia. Apakah strategik MITI ataupun kerajaan bagaimana untuk memberikan galakan dan insentif kepada SMEs untuk menghadapi dengan era globalisasi dengan pelbagai FTAs, RCEP, CPTPP yang telah ditandatangani oleh Malaysia. Itulah soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa antara manfaat yang akan diperoleh oleh sektor-sektor utama ekonomi Malaysia merangkumi perkara-perkara seperti berikut: (i) akses pasaran berkeutamaan. Ketiga negara baharu iaitu Kanada, Mexico dan Peru yang pada masa ini Malaysia tidak mempunyai sebarang FTA dengan negara-negara yang berkenaan; dan (ii) kita juga mendapat akses pasaran tambahan di negara anggota CPTPP iaitu Australia, Brunei Darussalam, Chile, Jepun, New Zealand, Singapore dan Vietnam. Walaupun Malaysia telah mempunyai FTA dengan negara-negara tersebut, namun akses pasaran yang ditawarkan di bawah perjanjian CPTPP ini adalah jauh lebih luas dan komprehensif. Ini memberikan kelebihan kepada barangan eksport Malaysia ke
negara-negara tersebut memandangkan CPTPP menawarkan duti layanan berkeutamaan yang jauh lebih baik berbanding dengan FTA yang sedia ada. Persoalan Yang Berhormat adalah bagaimana SMEs ataupun PKMS dapat memanfaatkan daripada perjanjian ini. Saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa apabila kita meratifikasikan perjanjian ini, ia tidak berhenti di sini. Malahan arahan telah dikeluarkan kepada pegawai-pegawai MITI dan kementerian serta agensi yang berkaitan untuk terus mengadakan libat urus dan dialog dengan stakeholders, pemegang taruh di dalam negara sama ada syarikat besar ataupun syarikat SMEs supaya mereka memahami obligasi dan hak serta manfaat-manfaat yang dapat diperoleh daripada perjanjian-perjanjian ini termasuk RCEP dan juga CPTPP. Libat urus ini akan berjalan dalam mulai bulan ini mengikut sektor-sektor tertentu seperti sektor E&E, sektor farmaseutikal dan sektor pembinaan supaya pemain-pemain tempatan dapat memahami manfaat yang boleh diperoleh daripada perjanjian-perjanjian ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut, selain dari Malaysia lapan lagi negara Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura, Vietnam dan Peru telah meratifikasikan CPTPP. Penyerahan instrumen ratifikasi IOR menyaksikan Malaysia menjadi negara kesembilan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang dimeterai pada 8 Mac 2018. Saya hendak bertanya, sejauh manakah manfaat yang diperoleh daripada semua sektor dalam negara menerusi CPTPP ini? Adakah insentif kementerian seperti mana Yang Berhormat Menteri menjawab tadi persiapan daripada sektor perusahaan kecil dan sederhana? Apakah mereka mampu bersaing dalam sektor kemasukan barang perkhidmatan dan juga persaingan dalam soal segi kualiti dan harga. Ini juga memberi impak kepada pengusaha PKS di Malaysia. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya hendak menyatakan di sini bahawa beberapa pengecualian dan juga fleksibiliti berkaitan hak-hak bumiputera dan juga pemain-pemain tempatan di bawah perjanjian CPTPP telah pun diperoleh. Untuk makluman Yang Berhormat, semua negara anggota CPTPP tidak mempunyai sebarang tempoh peralihan bagi nilai ambang perolehan mereka kecuali Malaysia. Inilah kejayaan yang kita capai sebagai contoh boleh saya laporkan di sini tempoh peralihan bagi negara Malaysia untuk sektor perkhidmatan adalah selama sembilan tahun. Untuk sektor barangan selama tujuh tahun dan untuk sektor pembinaan selama 20 tahun. Oleh kerana Malaysia telah mendapat tempoh peralihan yang begitu panjang, kementerian telah pun berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk melihat apakah modul-modul tertentu untuk menyiapkan pemain-pemain tempatan khususnya bumiputera bersedia untuk menyertai penyertaan CPTPP ini. Sekarang Kementerian Kewangan dengan MITI sedang melihat dan mengadakan libat urus termasuk dengan dewan perniagaan supaya modul-modul ini dapat membantu syarikat-syarikat tempatan bersiap sedia dalam tempoh peralihan ini untuk menyertai perjanjian CPTPP. Sukacita saya hendak maklumkan di sini juga bahawa komitmen Malaysia berkaitan dengan perolehan kerajaan ataupun government procurement ini adalah terhad kepada peringkat Persekutuan sahaja dan ia tidak melibatkan peringkat negeri dan peringkat negeri telah pun dikecualikan daripada skop bab perolehan kerajaan. Ini bermakna kerajaan-kerajaan negeri boleh terus melaksanakan dasar perolehan sedia ada tanpa sebarang perubahan walaupun kita Malaysia telah meratifikasi perjanjian dan menguatkuasakan CPTPP. Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Bagan bangun dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat MITI tentang ratifikasi yang telah diluluskan oleh Kabinet. Sejauh manakah ia akan dilaksanakan kerana seperti tanda yang diberikan Yang Berhormat tadi bahawa mungkin hari ini hari terakhir Parlimen bersidang dan sekiranya berlaku, macam mana ia boleh dilaksanakan kerana perlu mendapat mandat yang serupa daripada kerajaan baharu. Bolehkah Yang Berhormat menyatakan undang-undang yang perlu dipinda supaya kita dapat mematuhi CPTPP khususnya tempoh masa atau jadual. Bila ia boleh dilaksanakan dengan sempurnanya? Ini kerana kalau perlu pindaan kepada perundangan, tentu ia akan makan masa. Sekian terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bagan. Beliau concerned, prihatin apakah perjanjian ini dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya umum yang akan datang. Saya yakin kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU-15 ini adalah Kerajaan Perikatan Nasional, jadi kita akan teruskan usaha-usaha ini.
[Menyampuk]
Oleh sebab itu saya minta supaya usaha untuk membubarkan Parlimen ini tidak dijalankan sekarang. Kita masih...
Steady anak jantan. [Ketawa]
Biarlah saya jawab dahulu, okey. Oleh kerana kita lihat walaupun indicators ekonomi semakin baik Tuan Yang di-Pertua, tetapi kita perlukan sedikit masa lagi supaya proses pemulihan ekonomi ini dapat benar-benar memberikan kesan yang positif kepada rakyat. Namun sekiranya pilihan raya diadakan dan Parlimen dibubarkan, saya percaya ini adalah perjanjian yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat. Mana juga kerajaan yang dibentuk selepas ini, saya yakin kerajaan itu akan bertanggungjawab kepada rakyat dan negara. Inilah kita tegaskan bahawa perjanjian untuk satu tempoh yang panjang dapat menghadapi cabaran-cabaran ekonomi semasa. Saya berharap Yang Berhormat Bagan dapat bersama-sana dengan kami untuk memastikan agenda ekonomi negara ini dapat diteruskan demi negara. Untuk pertanyaan Yang Berhormat Bagan tentang pindaan undang-undang yang diperlukan, sukacita saya memaklumkan segala pindaan undang-undang berkaitan dengan perjanjian CPTPP telah pun selesai. Kita telah meminda 11 pindaan undang-undang untuk memastikan Malaysia memenuhi obligasi CPTPP dan juga menguatkuasakan perjanjian ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, can I just interrupt, satu soalan sahaja.
Maaf,maaf, tiga soalan sahaja, sorry. Saya jemput Yang Berhormat Bagan sekali lagi.
2. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan sebab kejadian lubang mendap yang besar di tengah-tengah Jalan Bagan Lalang di Butterworth sehingga jalan utama ini akan tutup untuk tempoh masa yang panjang. Berapa lama diperlukan untuk membaiki lubang mendap ini, kos perbelanjaannya serta nyatakan lubang-lubang mendap di bandar utama di Malaysia sebelum ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bagan. Soalan ini sepatutnya dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebab jalan ini merupakan jalan
negeri di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Apa pun sebab soalan sudah dikemukakan kepada saya, saya akan menjawab Tuan Yang di-Pertua. Kejadian jalan mendap ataupun tanah mendap berlaku di jalan negeri di dalam laluan Jalan Bagan Lalang. Berdasarkan maklum balas daripada JKR Pulau Pinang, Jalan Bagan Lalang ini adalah jalan penghubung di antara Taman Mesra ke Taman Sentral sepanjang 0.10 kilometer. Kejadian lubang mendap yang besar di tengah-tengah Jalan Bagan Lalang di Butterworth seperti mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat adalah disebabkan berlakunya kegagalan saluran paip kumbahan yang berada pada anggaran kedalaman tujuh meter. Pihak JKR Pulau Pinang telah membuat tindakan segera dengan menutup lokasi sinkhole serta pemasangan papan tanda traffic management plan bagi kawasan lalu lintas bersama pihak Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) di kawasan tersebut iaitu pada 2 Oktober 2022 sejurus selepas berlakunya kejadian sinkhole. Kerja-kerja pembaikan adalah di bawah tanggungjawab pihak IWK di mana pihak IWK akan menutup kawasan sinkhole dengan pasir dan crusher hard run, dengan izin dan dijangka siap pada Jumaat ini. Buat masa ini, laluan tersebut telah dibuka kepada kenderaan ringan sahaja dengan pemasangan TMP yang mencukupi. Anggaran kos pembaikan yang terlibat adalah berjumlah RM50,000 berdasarkan tahap kerosakan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab hanya pada Jalan-jalan Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat Bagan, kejadian sinkhole yang berlaku di seluruh negara adalah 122 bilangan pada tahun 2021 dan kebetulan pada tahun 2022 juga sebanyak 122 kejadian berlaku di Jalan Persekutuan. Contohnya ialah di bandar-bandar utama di Malaysia iaitu di Klang iaitu: (i) Jalan FT190 Seksyen 2.3 pada 2021; (ii) FT347 Seksyen 1.5 pada 2022; dan (iii) FT01 Seksyen 625.7 pada 2021. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Bagan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan ini kerana JKR di bawah pihak kementerian. Saya ucapkan terima kasih kerana akan pastikan bahawa pembaikan boleh siap pada hari Jumaat ini. Akan tetapi pada masa yang sama, mujurlah tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku apabila pemendapan berlaku. Akan tetapi saya hendak mendapat pandangan Yang Berhormat kerana baru- baru ini ada kes mahkamah di mana oleh sebab jalan yang kurang elok menyebabkan kemalangan sama ada kerosakan kenderaan ataupun kecederaan dan malah kehilangan nyawa. Mahkamah telah putuskan untuk membuat bayaran pampasan. Bolehkah Yang Berhormat memberikan persetujuan tentang keputusan mahkamah ini supaya sebarang kegagalan oleh pihak berkuasa untuk memastikan jalan yang elok dan tidak diperbaiki dalam masa yang cepat sehingga menyebabkan kemalangan dan kecederaan. Bahawa kerajaan bersetuju untuk membayar pampasan supaya tidak perlu mangsa-mangsa itu pergi ke mahkamah. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, silakan.
Pertama sekali, di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376], bidang kuasa kementerian hanyalah dalam bidang kuasa Jalan Persekutuan. Manakala di bawah fasal 1 Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif Persekutuan dan negeri sudah ditafsirkan ataupun sudah di defined clearly bahawa ada bidang kuasa Persekutuan dan ada bidang kuasa negeri. Untuk Jalan Persekutuan, bidang kuasa Persekutuan. Jalan Negeri di bawah bidang kuasa negeri termasuklah jalan-jalan PBT. Kejadian ataupun kes mahkamah adalah melibatkan jalan PBT yang berlaku di Kajang yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Bagan. Cabaran kita sekarang ini ialah
tidak kiralah sama ada Jalan Persekutuan, Jalan Negeri atau jalan-jalan PBT, banyak paip air atau utiliti yang berada di bawah jalan yang lama dulu. Jalan-jalan baru sekarang ini kita tidak benarkan utiliti berada di bawah jalan. Jadi sebab itu kadang-kadang berlakunya sebab paip yang lama menggunakan steel pipe, berlaku karat dan sebagainya. Maka paip akan gagal dan pecah menyebabkan jalan mendap. Ini yang berlaku sekarang ini. Jadi sebab itu, untuk Jalan Persekutuan, apa yang kami laksanakan kita telah minta untuk tahun depan peruntukan khusus supaya kita dapat mengalihkan utiliti ataupun utiliti yang sedia ada digantikan dengan teknologi yang lebih baru supaya daya tahan paip- paip tersebut adalah lebih baik. Tidak akan berlaku kerosakan disebabkan karat ataupun kegagalan permukaan tanah dan sebagainya. Itu yang kita hendak laksanakan. Bidang kuasa ini bergantung dengan di mana jalan-jalan tersebut berlaku. Setiap negeri mahupun PBT perlu melakukan perkara yang sama. Bagi kita, kalau berlaku kejadian yang, memang kita kena berundinglah macam kejadian yang melibatkan kecederaan di dalam kawasan pembinaan. Memang kita cuba galakkan developer ataupun kontraktor untuk membayar pampasan dan menguruskan bayaran supaya tidak ada pampasan yang perlu dituntut melalui mahkamah. Akan tetapi ini bergantung dengan tahap kesediaan di peringkat negeri, PBT mahupun di peringkat Persekutuan. Terima kasih.
[Bangun]
[Bangun]
[Bangun]
Terima kasih. Maaf, soalan tambahan kedua saya terpaksa jemput yang di sebelah sini. Yang Berhormat Pasir Mas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi. Masih dalam skop Jalan Persekutuan ataupun bidang jalan raya ini. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya berhubung tentang bagaimanakah sistem pemantauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap Roadcare, syarikat yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan beberapa batang jalan di Malaysia ini kerana kadang-kadang apabila berlaku kerosakan di Jalan Persekutuan, apabila kita mengadu kepada JKR, mereka kata ini bukan di bawah mereka tetapi di bawah Roadcare. Jadi bagaimanakah sistem pemantauan dilaksanakan? Adakah kerajaan boleh untuk berusaha ke arah mewujudkan one stop center untuk sistem aduan diwujudkan melalui App Store ataupun Play Store dan sebagainya. Setakat yang saya lihat, setakat ini hanya JKR Sabah sahaja mempunyai aplikasi seperti ini yang memudahkan untuk pengguna melakukan aduan berbanding dengan mereka viral-kan dalam Facebook, tanam pokok pisang dalam lubang sehingga kadang- kadang malu Ahli-ahli Yang Berhormat di kawasan berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sebenarnya untuk sistem aduan jalan-jalan Persekutuan memang sudah ada App Store pun. Kita pernah wujudkan Aduan Jalan KKR. Kita banyak saluran. Sebenarnya untuk aduan ada lapan saluran sama ada melalui sosial media, SMS, e-mel dan sebagainya. Memang ada. Cara kita memantau syarikat-syarikat konsesi, bila ada sahaja aduan apa yang kita sudah laksanakan sekarang ini misal kata zero pothole adalah satu komitmen yang diberikan oleh peringkat JKR sehingga peringkat daerah. Kalau ada aduan, kalau pothole yang kecil mesti diambil tindakan dalam tempoh 24 jam oleh syarikat konsesi. Manakala yang lebih besar bergantung pada keadaan kerosakan. Kalau keruntuhan cerun, berlaku mendapan dan sebagainya bergantung dengan keseriusan kerosakan tersebut dan mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk diperbaiki. Akan tetapi dalam tempoh 24 jam, tindakan segera mesti diambil. Misal kata berlaku di Jalan Bagan Lalang, dalam tempoh segera mereka sudah tutupkan jalan tersebut untuk memastikan jalan berada dalam selamat. Ditutup sehinggalah kita dapat benarkan kenderaan ringan melalui dengan membuka jalan sementara dan sebagainya. Itu memang tindakan SOP yang sudah pun tersedia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, sebelah sini.
[Bangun]
Tambahan.
Maaf, maaf.
Tadi sebelah sana, sekarang sebelah sini.
Sebenarnya masa sudah tamat. Saya ada satu lagi soalan. Sorry, maaf ya.
Kementerian Kerja Raya ini kita minat.
Saya jemput Yang Berhormat Beaufort. Silakan. 3. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Perdana Menteri menyatakan:- (a) apakah status semasa tindakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berkenaan dengan isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu melalui proses arbitrasi di Sepanyol, Perancis dan Luxembourg; dan (b) apakah tindakan yang perlu dilaksanakan oleh rakyat Sabah bagi memahami isu sebenar serta mengutuk tindakan oleh penuntut, peguam penuntut serta penimbang tara yang dianggap sebagai mencemarkan kedaulatan undang-undang.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertama (a) apakah status semasa tindakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berkenaan dengan isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu melalui proses arbitrasi di Sepanyol, Perancis dan Luxembourg. Latar belakang isu ini telah saya jelaskan sebelum ini di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2022 yang lalu dan boleh disemak melalui Penyata Rasmi Dewan Rakyat. Pada masa ini, kerajaan giat melaksanakan tindakan yang komprehensif dalam menghadapi semua tindakan perundangan di Sepanyol, Perancis dan Luxembourg yang terbaru di Belanda. Sehingga kini, pihak penuntut yang mendakwa waris kepada Kesultanan Sulu yang diwakili oleh sekumpulan peguam diketuai oleh Paul Cohen yang telah membawa proses arbitrasi ke beberapa buah negara itu bermula di Sepanyol dan pada 29 Jun 2021, Mahkamah Madrid telah memutuskan bahawa pelantikan penimbang tara Dr. Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2021 telah pun terbatal dan tidak sah. Namun beliau bersama pihak penuntut bertindak tanpa pedulikan keputusan pembatalan tersebut dan sebagainya telah memindahkan proses timbang tara di Sepanyol dan di Perancis. Rentetan itu timbang tara seterusnya dibawa ke Perancis di mana Dr. Gonzalo Stampa telah mengeluarkan the final award pada 28 Februari 2021 yang memutuskan supaya Kerajaan Malaysia membayar kepada penuntut sejumlah USD 14.92 bilion. Kerajaan telah mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan or stay of execution pada 12 Julai 2022 bagi mencabar the final award tersebut. Walau bagaimanapun, sekali lagi pasukan peguam penuntut terlebih dahulu memintas keputusan tersebut dan pada 11 Julai 2022 dengan notis sitaan bagi dua aset Petronas di Luxembourg yang dikemukakan melalui bailiff di Luxembourg.
Terkini, pasukan peguam penuntut dalam proses untuk menguatkuasakan the final award oleh Dr. Gonzalo Stampa di Belanda bagi menuntut melalui proses sitaan aset syarikat-syarikat dari Malaysia di sana. Kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara sentiasa komited dan akan mencabar segala proses perundangan yang perlu dihadapi. Percubaan terkini oleh pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu untuk merampas aset yang didakwa milik Kerajaan Malaysia di Belanda boleh dikatakan sebagai satu lagi tindakan menimbang kesempatan yang bertentangan dan melanggar peraturan timbang tara dan norma di bawah Konvensyen New York, The United Nations Commission on International Trade Law (UNCITRAL). Kerajaan melalui pasukan khas bagi menangani isu tuntutan waris Jamalul Kiram II, Sultan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia telah dibincangkan dan mempunyai langkah- langkah strategik yang akan dilaksanakan. Namun, perkara tersebut tidak dapat saya dedahkan di sini, Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf ada panjang sedikit dan perlu dibaca keseluruhannya, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, jawapan kepada yang kedua, apakah perlu tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah bagi memahami isu sebenar serta mengutuk tindakan oleh peguam penuntut serta penimbang tara yang dianggap sebagai mencemarkan kedaulatan undang-undang. Isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu ke atas Malaysia merupakan isu nasional yang menjadi perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Dalam konteks ini tidak dinafikan tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memastikan isu tuntutan ini ditangani dengan efektif dan efisien. Komitmen dan kesedaran yang sama juga seharusnya dalam setiap rakyat di negara termasuk Sabah untuk memahami isu sebenar daripada sumber fakta yang tepat dan sahih. Dalam erti kata lain, rakyat Sabah juga mempunyai peranan untuk menapis dan menghalang penyebaran berita tidak tepat mengenai isu tuntutan oleh pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu serta memastikan fokus memberi terhadap maklumat sah kepada sumber kerajaan yang diakui kementerian, jabatan berkepentingan. Tanggungjawab untuk menjaga kepentingan negara adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan mengalu-alukan bantuan daripada masyarakat umum untuk sentiasa mempertahankan kepentingan negara walaupun melalui media sosial. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan juga sentiasa komited untuk memastikan isu tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu ditangani melalui pendekatan strategik yang proaktif. Selaras dengan perkara ini kerajaan pada 22 Julai telah menubuhkan pasukan khas bagi menangani isu tuntutan Sulu, Jamalul Kiram II terhadap Kerajaan Malaysia bagi meneliti, memantau serta merangka tindakan undang- undang sewajarnya untuk menangani isu tuntutan waris Jamalul Kiram II terhadap Kerajaan Malaysia dan mengesyorkan opsyen-opsyen terbaik mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan. Komposisi keahlian pasukan khas ini terdiri daripada Menteri-menteri Kabinet diwakili kementerian dan jabatan berkepentingan, timbang tara tempatan dan berpengalaman mengendalikan kes timbang tara di peringkat antarabangsa dan pengamal undang-undang yang berkepakaran dalam bidang perundangan termasuk yang berasal dari Sabah. Beberapa siri mesyuarat perbincangan pasukan khas Sulu telah diadakan termasuk di peringkat Jawatankuasa Teknikal untuk meneliti isu ini dan aspek perundangan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara. Tuan Yang di-Pertua, negara berhadapan dengan situasi di mana media luar negara melaporkan berita yang kurang tepat mengenai isu tuntutan pihak pendakwa waris Sultan Sulu terhadap Malaysia yang boleh mempengaruhi prosiding kes yang berlangsung di Sepanyol, Perancis dan Luxembourg. Pada masa yang sama, terdapat keperluan untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai fakta dan status tindakan kerajaan berkaitan isu ini. Justeru selain aspek perundangan, penyelarasan pelan komunikasi strategik berkaitan isu tuntutan, fokus kerajaan agar naratif yang tepat, efisien, efektif sampai kepada kumpulan sasaran dalam dan luar negara. Tindakan ini dapat dijelaskan
maklumat sebenar sebalik spekulasi serta tohmahan yang tidak benar daripada individu yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan diri masing-masing. Antara tindakan yang dibuat adalah menuntut saluran agensi media yang akan diguna pakai mengendalikan tindakan penetapan naratif dan naratif balas sama ada di dalam mahupun di luar negara bagi menangani artikel-artikel yang mainkan secara berterusan sejak the final award itu diperolehi oleh pihak penuntut terutama di Perancis dan di Sepanyol. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Beaufort.
Tuan Yang di-Pertua.
Papar.
Beri peluang nanti, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih saya ucapkan di atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga saya ucapkan terima kasih kerana telah pun menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk meneliti segala isu-isu yang berkaitan dengan tuntutan- tuntutan yang dikemukakan oleh mereka yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu terhadap kedaulatan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat bahawa ini adalah satu perkara yang amat- amat penting sekali berkenaan dengan negara kita kerana ia adalah menjejaskan kedaulatan negara kita, mempertikaikan kedaulatan negara kita. Oleh kerana itu saya ingin bertanya, adakah pasukan khas ini telah bersikap proactive instead of reactive kepada apa yang dilakukan oleh mereka yang mendakwa Kesultanan Sulu ini untuk meneliti tuntutan-tuntutan mereka. Apa yang kita inginkan ialah proactive action supaya sentiasa ke hadapan terdahulu daripada mereka yang cuba melakukan sesuatu yang mempertikaikan kedaulatan negara kita.
Kedua, adakah kerajaan telah mengadakan perundingan dengan Kerajaan Filipina untuk memastikan tuntutan-tuntutan seperti ini tidak akan dibuat lagi ataupun diulang lagi oleh pihak-pihak yang mendakwa waris Sultan Sulu ini ataupun mana-mana pihak yang berasal daripada negara Filipina. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan menerusi Peguam Negara dan juga jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu telah memainkan peranan yang proaktif. Saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat, tiap-tiap perkara yang berlaku, kita teliti dan kita lihat tetapi dalam keadaan yang ada sekarang ini, kita tidak boleh memberi penjelasan setiap strategi dan tindakan kita kepada pihak umum kerana tindakan-tindakan kita itu adalah berlandaskan supaya jangan diketahui oleh pihak lawan. Itulah kenapanya sedikit sangat tetapi walau bagaimanapun, oleh kerana kita melihat bahawa naratif yang dikeluarkan oleh pihak lawan kita di luar negara mengatakan begini dan begitu, makanya kita telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa lagi di bawah jawatankuasa khas ini untuk menangani masalah komunikasi ini dan jawatankuasa ini masih mencari pihak-pihak komunikasi luar negara yang boleh dikatakan membantu kita. Sebabnya Yang Berhormat, saya ingin perjelaskan satu perkara yang mungkin kurang difahami. Walaupun ramai pihak media di luar negara yang boleh kita pakai tetapi kita kena selidik dahulu menerusi intelligence report dan berbagai-bagai agensi kita untuk mengetahui latar belakang tiap-tiap badan yang kita hendak pilih, hendak kita guna pakai supaya tidak lah keadaan kita dikompromikan oleh pihak-pihak ini nanti.
Itulah kenapanya jarang terkeluar, jarang kita dedah kepada umum, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, kita akan dedah juga nanti apabila semua perkara ini telah in place, Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Kota Kinabalu, dia sudah berdiri lama.
Tuan Yang di-Pertua, berikan peluang juga kepada Penampang, Tuan Yang di-Pertua.
Kota Kinabalu dahulu tadi.
Penting ini untuk Sabah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Okey, yang untuk isu tuntutan pewaris Sulu ini, sekarang sudah beralih menjadi satu isu tentang kedaulatan negara kerana dua senator Filipina iaitu satu, nama dia Francis Tolentino dan seorang lagi ialah Robinhood Padilla. Mereka telah mengatakan di Dewan mereka bahawa mereka hendak memperbaharui tuntutan ke atas tanah air Sabah ini sebagai sebahagian dari Filipina. So, mengikut isu tuntutan pewaris Sulu ini sudah menjadi isu kedaulatan negara. Adakah kerajaan melalui Wisma Putra telah summoned Duta Filipina untuk menghadap dan menerangkan apakah pendirian rasmi Filipina terhadap Sabah ini untuk mengakui Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia. Kedua, adakah kerajaan memberikan komitmen supaya adakan satu sesi untuk berdebat tentang isu ini untuk sama-sama semua Ahli Parlimen di Malaysia ini, kita mempertahankan kedaulatan negara ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, just to add. Minister, will you give me a chance? Dengan izin. Tambahan, tambahan. Thank you.
Yang Berhormat, maaf. Jawab soalan Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ingin saya tegaskan di sini Tuan Yang di-Pertua bahawa tuntutan ini tidak ada kena mengena dengan soalan kedaulatan negara. Tuntutan daripada waris Sultan Sulu ini adalah tuntutan peribadi kepada negara Malaysia sebagai menuntut daripada apa yang dikatakan sewaan jajahan Sabah itu dahulu, bukan tuntutan untuk kena mengena dengan sovereignty Sabah itu sendiri. Walaupun kita mengetahui dan kita pantau apa yang berlaku di sana, reaksi daripada pihak-pihak politik yang “menangguk di air keruh” di Filipina sekarang ini kerana tuntutan ini memang tidak pernah digugurkan oleh pihak Filipina sebenarnya. Ada pada satu ketika dahulu pada zaman Ramos, hendak digugurkan pun tidak menjadi digugurkan. Dikekalkan di situ sebagai isu politik mereka. Kalau tidak ada isu politik lain, isu inilah yang akan dibangkitkan tetapi setakat ini, Wisma Putra sudah mendapat maklum bahawa ada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Senator-senator dan ahli-ahli politik Filipina di sana dan ketika itu nanti apabila Kerajaan Filipina react kepada kehendak politician ini, barulah Wisma Putra mengambil tindakan. Setakat ini ialah sebagai suara-suara yang orang kata, suara-suara yang tidak betullah disuarakan oleh ahli-ahli politik di sana. Soal tuntutan mereka kepada Sabah, Tuan Yang di-Pertua. Menumpang di air keruh ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Really related, thank you.
Pendek, pendek sahaja.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, dengan izin, we miss the chance when the Prime Minister was in the UN to address this issue and put the stand that Sabah is a partner in the Federation of Malaysia. Yang saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri adalah, pada 30 September 2022, Yang Berhormat Menteri telah diquoted oleh news menyatakan bahawa,
“Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar menegaskan bahawa aset PETRONAS bukanlah milik Kerajaan Malaysia.” So, either you are misquoted or not tetapi would this mean that aset PETRONAS bukan milik Kerajaan Malaysia dan adakah PETRONAS hari ini sudah tidak tertakluk dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan tidak perlu membayar dividen tahunan kepada kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jangka link itu dengan Sabah punya interest dalam PETRONAS ini. Sebenarnya Yang Berhormat, di bawah Petroleum Development Act 1974, PETRONAS adalah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Baiklah, apabila satu badan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, itu adalah badan berasingan daripada yang penubuhnya. Jadi, ini adalah dikatakan the separate entity itu sendiri. Jadi, tidak bolehlah kalau bapa berhutang, anak dituntut. Mana ada undang-undang. Itu yang kita hendak tekankan di sini, Yang Berhormat. Kenapa kita kata hak PETRONAS itu, hak PETRONAS. PETRONAS itu ditadbir oleh board PETRONAS, ditadbir mengikut garis panduan di bawah undang-undang syarikat negara kita. Kan mana boleh pihak pewaris yang menuntut sebagai pewaris Sultan Sulu menuntut kepada PETRONAS, padahal yang dituntut ialah Kerajaan Malaysia. Itulah sebabnya kita hendak pisahkan perkara ini dalam kita punya tindakan...
PETRONAS bukan milik Kerajaan Malaysia? Minta penjelasan. [Pembesar suara ditutup]
Yang Berhormat, ini sebenarnya. Yang Berhormat, tolong duduk.
Seorang peguam sepatutnya mengetahui perbezaan di antara individual dan separate entity sebagai skop perbadanan korporat PETRONAS ini tetapi soalan yang kedua iaitu Petroleum Development Act ini ialah undang-undang ini memberi kuasa kepada syarikat tersebut untuk membangunkan petroleum dan gas di negara ini. Jadi, pembangunan itu jangan diconfusedkan, Yang Berhormat ya. Apa kita deal dengan pihak penuntut yang mengatakan menuntut sebagai waris ini dan apa yang kita kata berhubung dengan PETRONAS dan management PETRONAS itu. Memang berasingan, Yang Berhormat. Jadi itulah kata, kalau harta kerajaan, kita cabar. Itu yang kita cabar di Paris, kita cabar di Madrid dan kita cabar di Luxembourg dan juga akan dicabar di Belanda.
So, just to clarify. [Pembesar suara ditutup]
No, no. Maaf, maaf Yang Berhormat Penampang. Masa sudah tamat, sudah 48 minit. Sebenarnya kita ada 30 minit sahaja. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih kepada semua. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-PertanyaanQuestions
1. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan setakat mana kejayaan kerajaan dalam melindungi nasib kontraktor- kontraktor kecil dengan memperkenalkan VOP kepada tambahan 15 jenis bahan binaan.
Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kerja Raya mengambil maklum mengenai kenaikan harga bahan binaan di pasaran berikutan kesan pandemik COVID-19 di seluruh dunia sehingga memberi kesan kepada kontraktor tempatan. Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan syarat perubahan harga atau variation of price (VOP) dengan izin, dalam kontrak kerja berikutan peningkatan yang ketara bagi kos beberapa bahan binaan demi memastikan projek kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan mengikut jadual. Bagi meringankan lagi bebanan kewangan pemain industri binaan, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menambah baik Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 2.4) Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) dan Inisiatif Tambahan Kerajaan Pasca Pandemik Dalam Kontrak Kerja Kerajaan (Pindaan) pada 15 Julai 2022.
Pelaksanaan VOP ini juga turut terpakai kepada kontraktor-kontraktor kecil yang terlibat dengan perolehan kerja yang dipelawa secara sebut harga, tertakluk kepada perkara berikut, (i) perolehan sebut harga dengan had nilai daripada RM500,000 hingga ke RM800,000 yang menggunakan SST bagi tempoh pembinaan melebihi tiga bulan; dan (ii) projek yang telah siap dan dimuktamadkan akaun akhir sebelum atau pada 30 Jun 2022, VOP adalah tidak terpakai bagi projek tersebut. Berdasarkan rekod Jabatan Kerja Raya, sehingga pagi ini 6 Oktober 2022 sebanyak 91 perjanjian tambahan bagi VOP telah ditandatangani dan dianggarkan sebanyak RM4.08 juta pembayaran VOP telah dibuat kepada kontraktor. Pihak JKR menjangkakan jumlah dan nilai perjanjian tambahan ini akan bertambah dari semasa ke semasa dan lebih banyak kontraktor akan menerima manfaat daripada inisiatif ini. Antara tindakan lain yang telah diambil oleh kerajaan untuk membantu kontraktor- kontraktor kecil menangani masalah kenaikan kos bahan pembinaan adalah Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya telah melaksanakan kajian terhadap Jadual Kadar Harga yang dikhususkan kepada pelaksanaan projek kecil secara undi kontraktor G1 dan G2. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat bertarikh 12 Julai 2021 bagi meluluskan penggunaan Jadual Kadar Kerja Kejuruteraan Awam dan Bangunan Tahun 2021 yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2022. Pandangan daripada pemegang taruh telah diambil kira dan mengemas kini Jadual Kadar Kerja yang akan digunakan bermula tahun 2023. Selain itu juga, bagi membantu pertumbuhan ekonomi kontraktor kecil JKR juga melaksanakan dasar pengagihan kerja kepada kontraktor Bumiputera G1 dan G2 dengan memasukkan peruntukan di dalam dokumen tender iaitu petender yang disetuju terima dikehendaki mengsubkontrakkan sebahagian daripada kerja-kerja kepada subkontraktor bumiputera gred G1 dan G2 melalui wang peruntukan sementara yang diperuntukkan dalam senarai kuantiti ataupun ringkasan tender. Jumlah keseluruhan nilai kerja yang diperuntukkan di bawah Wang Peruntukan Sementara adalah fleksibel tetapi nilai maksimum hendaklah tidak melebihi 15 peratus daripada nilai kerja pembina. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Tanjong Manis.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya mengambil maklum terhadap inisiatif kerajaan seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya yakin dan percaya bahawa pihak kementerian dan kerajaan akan sentiasa mengambil berat tentang nasib kontraktor-kontraktor kecil di negara kita. Saya juga dimaklumkan bahawa baru-baru ini pihak MOF telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM130 juta bagi tujuan penyenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung kait dengan perkara di atas, adakah kontraktor- kontraktor kecil menerima manfaat daripada peruntukan yang telah diluluskan tersebut? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu saya percaya berkaitan dengan kelulusan Kementerian Kewangan baru-baru ini iaitu secara one-off sebanyak RM130 juta di mana kerja penyenggaraan ini akan ditawarkan ataupun sudah ditawarkan kepada kontraktor- kontraktor gred G4 − sorry kontraktor daripada gred G1 hingga ke G4 melalui kaedah cabutan undi. Pelaksanaan cabut undi ini akan membuka lebih ruang dan juga peluang kepada kontraktor daripada G1 hingga G4 untuk lebih maju ke hadapan dan mendapat peluang seperti ini. Berdasarkan peruntukan yang diterima iaitu RM113 juta, ada 180 kerja yang ditawarkan kepada kontraktor di Semenanjung manakala sebanyak RM17 juta akan disalurkan ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Jadi, melalui inisiatif ini sebanyak 90 kontraktor G1 hingga ke G2 dan 107 kontraktor G3 dan G4 telah menerima manfaat dan sedikit sebanyak dapatlah membantu kontraktor-kontraktor kecil menjana pendapatan dalam keadaan ekonomi negara kita sekarang. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Papar.
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri KKR kerana telah datang dan melawat Kampung Mok, Kampung Kerawang dan juga Kampung Gana berkenaan dengan U-turn. Selain daripada itu juga saya ingin menyampaikan rasa terima kasih penduduk- penduduk kampung ini atas lawatan Yang Berhormat Timbalan Menteri baru-baru ini. Mereka mengharapkan supaya KKR dapat melaksanakan apa yang telah dipersetujui pada waktu itu iaitu sama ada untuk membuat ataupun membina lampu isyarat ataupun overhead U-turn. Jadi, mereka inginkan benda ini cepatlah dilaksanakan. Kedua, saya ingin ,memohon kepada kerajaan supaya jalan di Kampung Binoni iaitu di kampung saya sendiri di mana resurfacing work yang harus diteruskan pada waktu itu telah dihentikan disebabkan oleh pertukaran kerajaan. Jadi, saya sebagai wakil rakyat ingin memohon jasa baik daripada kementerian supaya dapat melaksanakan resurfacing work di kampung saya ini. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tidak ada kena-mengena dengan soalan nampak gaya. Tidak payah jawablah ya. Terima kasih.
2. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Kanan Perdagangan dan Industri menyatakan isi kandungan perbincangan dalam Indo-Pacific Economic Forum yang berlangsung di Amerika Syarikat pada September 2022 secara terperinci dan apakah kebaikan dan kelemahan menyertai forum ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Cheras. Untuk makluman Yang Berhormat, Rangka Kerja Ekonomi Indo- Pasifik bagi kemakmuran ataupun dengan izin Indo-Pacific Economic Framework for
Prosperity (IPEF) adalah instrumen diplomasi ekonomi yang penting dalam memperkukuhkan jalinan hubungan dan kerjasama antara Amerika Syarikat dengan negara-negara di rantau Indo-Pasifik. Juga ia dilihat mampu menjadi pendorong ke arah peningkatan daya saing, daya tahan ekonomi dan pemulihan ekonomi pasca pandemik bagi semua 14 buah negara anggota termasuk Malaysia. Malaysia telah dipilih sebagai salah sebuah negara perintis IPEF yang boleh disifatkan sebagai pengiktirafan terhadap Malaysia sebagai antara ekonomi penting di rantau ini. Mesyuarat peringkat Menteri IPEF yang berlangsung pada 8 September dan 9 September 2022 di Los Angeles merupakan mesyuarat rasmi secara fizikal yang pertama, yang disertai oleh Menteri-menteri Perdagangan IPEF dari semua negara anggota. Mesyuarat ini tertumpu untuk memuktamadkan draf teks kenyataan Menteri ataupun Ministerial text yang mengandungi cadangan skop kerjasama bawah kesemua empat teras IPEF iaitu: (i) perdagangan; (ii) rantaian bekalan; (iii) tenaga bersih decarbonization dan infrastruktur; dan (iv) percukaian dan antirasuah. Ministerial text telah berjaya dimuktamadkan pada akhir mesyuarat peringkat Menteri IPEF di Los Angeles dan teks kenyataan Menteri tersebut akan menjadi rujukan utama bagi proses rundingan IPEF yang akan bermula dalam masa yang terdekat. Semasa mesyuarat ini, Kerajaan Amerika Syarikat telah melancarkan Inisiatif Menambah Baik Kemahiran IPEF atau dengan izin IPEF Upskilling Initiative yang disifatkan sebagai salah satu faedah ketara (tangible benefits) untuk negara-negara membangun di dalam IPEF. Inisiatif ini adalah susulan daripada cadangan Malaysia berkaitan kepentingan bantuan teknikal dan program pembinaan kapasiti dalam IPEF sebagai antara faedah ketara kepada semua negara anggota.
Dalam hal ini IPEF Upskilling Initiative merupakan program pertama IPEF yang akan mewujudkan peluang pembangunan kapasiti di kalangan rakyat negara anggota. Malaysia telah terpilih sebagai salah sebuah negara bagi pelaksanaan inisiatif ini. Malaysia turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan di majlis pelancaran inisiatif tersebut. Inti pati utama inisiatif ini adalah tawaran peluang latihan kepada tujuh juta orang wanita dan belia wanita di rantau induk Pasifik di dalam bidang ekonomi digital. Sebanyak 14 buah syarikat teknologi terkemuka Amerika Syarikat telah menyatakan komitmen mereka untuk masing-masing melatih 500,000 orang peserta menjelang tahun 2032, di mana sembilan daripada syarikat ini sudah pun bertapak di Malaysia pada masa ini. Saya juga telah mencadangkan satu lagi inisiatif serantau sebagai langkah bagi menangani isu keselamatan rantaian bekalan dilaksanakan dalam kalangan negara- negara anggota IPEF. Di mana setiap negara disarankan untuk mewujudkan simpanan ataupun stockpile produk kritikal yang mana negara tersebut mempunyai kelebihan kompetitif berbanding negara lain. Ini pastinya akan menjamin kesinambungan bekalan produk tersebut terutamanya dalam situasi krisis di mana negara tersebut boleh menyalurkan kepada negara yang memerlukan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini antara inisiatif yang dapat kita manfaat daripada penyertaan di dalam IPEF. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengapakah IPEF yang ditaja oleh Amerika Syarikat menyingkirkan China sebagai ahli memandangkan China adalah kuasa ekonomi kedua dalam dunia dan juga rakan perdagangan terbesar dengan ASEAN? Sebaliknya negara-negara seperti India, Australia, Jepun dan New Zealand telah menjadi ahlinya.
Pernahkah Malaysia menyoalkan negara penaja atau Amerika Syarikat tentang perkara ini dan apakah jawapannya? Adakah penyingkiran China ini telah membawa gambaran bahawa IPEF ini adalah anti China? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Cheras. Saya tidak melihat IPEF ini sebagai usaha untuk menyingkirkan negara China daripada gabungan ataupun integrasi ekonomi di rantau ini. Negara China merupakan rakan dagang penting bagi Malaysia dan Yang Berhormat Cheras sedia maklum bahawa Malaysia merupakan negara dagang. Kita sebagai negara dagang perlu berdagang dengan semua rantau termasuk China, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan juga blok-blok yang lain. Namun, dalam konteks negara China, Yang Berhormat Cheras sedia maklum kita sudah ada platform ekonomi yang structured seperti RCEP, di mana China juga menjadi anggota di dalam RCEP. Seperti yang saya jelaskan di awal tadi kita telah pun meratifikasi CPTPP di mana negara China telah pun memohon secara rasmi untuk menyertai CPTPP. Maka hubungan ekonomi Malaysia dan China tidak sama sekali terputus, malahan akan bertambah baik dengan penyertaan Malaysia dan negara China di dalam RCEP dan juga CPTPP. Ini pastinya merupakan platform untuk meningkatkan prestasi hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan asing di antara Malaysia dengan negara China. Kita pernah menekankan kepada Amerika Syarikat supaya rundingan penyertaan IPEF ini mesti melibatkan semua negara anggota ASEAN dan tidak hanya satu, dua buah negara sahaja kerana kita berpegang kepada prinsip ASEAN centrality yang mahu melihat semua negara anggota ASEAN dilibatkan dalam usaha yang dapat memberikan manfaat bagi meningkatkan prestasi perdagangan di antara negara-negara anggota. Jadi bagi saya, hubungan ekonomi di antara Malaysia dengan negara China akan terus bertambah kukuh, bukan sahaja dengan ketidakhadiran China di dalam IPEF tetapi kita ada platform-platform seperti RCEP, CPTPP dan ia dapat membantu pertumbuhan ekonomi. Yang Berhormat Cheras juga sedia maklum ASEAN-China FTA juga hari ini cukup aktif dan kita sedang menambah baik FTA ini supaya hubungan ekonomi di antara China dan ASEAN juga dapat diperkukuhkan. Terima kasih Yang Berhormat Cheras.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua.
Sekejap. Ada soalan tambahan kedua sebelah sini? Kalau tidak ada silakan,Yang Berhormat Penampang.
Tidak minat.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya sudah dijawab tetapi saya tambah lagi baharu. Saya mengikut apa yang sudah disebut oleh Yang Berhormat Cheras. Kenapa Malaysia tidak cadang untuk portray dengan izin, nama ini? IPEF ini adalah induk Pasifik. Kenapa ia tidak dinamakan sebagai ASEAN Pasifik dengan centrality ASEAN dan juga in the spirit of ASEAN? Name it as ASEAN Pacific and bring in all the members seperti Yang Berhormat Menteri cakap tadi bahawa ASEAN Plus patut bersama dalam economic forum ini. Terima kasih.
Ya, saya mengambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat Penampang tentang nama tetapi bagi saya the content of this particular platform itu lebih penting khususnya dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu ini, kita tidak boleh bertindak secara bersendirian. Tanggungjawab kita adalah untuk deepen our economic integration dan ini antara langkah yang akan dilakukan oleh Malaysia pada hari ini untuk memastikan kita juga dapat bersaing di pentas global. Soal nama kita boleh teruskan perbincangan tetapi keutamaan kita pada hari ini adalah untuk yang saya sebutkan tadi, by November tahun ini kita akan memulakan
rundingan tentang perjanjian-perjanjian yang akan termaktub ataupun bab-bab yang akan dimasukkan di dalam IPEF bersandarkan empat teras yang telah saya nyatakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Perdana Menteri menyatakan jenis-jenis, contoh-contoh kejayaan dan perancangan masa depan bagi meningkatkan sistem wakaf di negara ini. Apakah halangan-halangan yang dihadapi untuk memperkembangkannya serta langkah-langkah untuk mengatasinya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Wakaf secara umumnya terbahagi kepada dua jenis iaitu wakaf am dan wakaf khas. Wakaf am merupakan wakaf yang diwujudkan bagi tujuan manfaat umum. Manakala, wakaf khas adalah wakaf yang diwujudkan dengan tujuan yang khusus. Antara yang diwakafkan adalah tanah-tanah bagi tujuan pembinaan masjid, perkuburan Islam, pembangunan sosial ekonomi dan sebagainya. Wakaf tidak terhad kepada harta tidak alih semata-mata, malahan juga turut merangkumi harta alih seperti wang tunai, saham dan juga lain-lain. Antara kejayaan yang signifikan yang telah direkodkan dalam usaha kerajaan memaju dan memperkasakan wakaf di negara ini adalah: (i) penyediaan dana berjumlah RM10 juta dalam Bajet 2022 kepada Yayasan Wakaf Malaysia bagi pelaksanaan wakaf halal perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Wakaf Pertanian Bersepadu (WATANI) dan wakaf bencana; (ii) peningkatan penglibatan pihak korporat dalam menawarkan produk wakaf seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Wakaf FELDA, CIMB, Islamic dan Bank Rakyat; (iii) inovasi dalam produk wakaf seperti wakaf air, wakaf Masjid Hijau, kerjasama antara Yayasan Wakaf Malaysia dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air; (iv) pembangunan tanah wakaf yang berimpak tinggi dalam sektor pendidikan, ekonomi, kesihatan, perumahan dan kebajikan. Antaranya seperti Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajjah Norijah di Sungai Nibong Pulau Pinang, Taman Sultan Sallehuddin di Telok Chengai, Kedah, pusat hemodialisis di Batu Pahat, Johor dan pembinaan Bazar Rakyat di lokasi terpilih di seluruh negara; dan (v) pemberian potongan cukai tidak melebihi 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi sumbangan wakaf tunai yang diberikan kepada MAIN dan universiti awam di bawah subseksyen 44(11D) Akta Cukai Pendapatan 1967, berkuat kuasa 8 Oktober 2020.
Ketika ini kerajaan membangunkan Pelan Induk Wakaf Nasional bagi tempoh tahun 2022 hingga tahun 2030. Untuk memperkasa dan merancakkan perkembangan wakaf di negara ini, pelan ini mengambil kira pelbagai aspek ke arah menambahbaikkan pengurusan hal ehwal wakaf termasuk merangka pelbagai inisiatif bagi melonjakkan sumbangan wakaf kepada kewangan sosial Islam ke tahap yang signifikan. Dalam pada itu, kerajaan turut mengenal pasti beberapa halangan yang melambatkan pembangunan wakaf ketika ini antaranya adalah kekurangan modal untuk membangunkan tanah wakaf dan kesedaran amalan burakah yang masih rendah dalam kalangan masyarakat. Justeru, beberapa usaha sedang dilaksanakan oleh kerajaan dan majlis agama Islam bagi mengatasi masalah tersebut seperti mengadakan Sambutan Bulan Wakaf
Kebangsaan dengan pelbagai pengisian meliputi seminar, forum, sidang dan siri jelajah ke serata negeri bagi meningkatkan kesedaran wakaf. Selain itu juga, MAIN juga menjalinkan kerjasama bersama-sama syarikat korporat bagi menubuhkan anak syarikat sendiri bagi membangunkan tanah wakaf seperti UDA Holdings, Urus Maju Ehsan Sdn. Bhd., agensi seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melalui Program Awqaf Ummah turut menyediakan dana bagi membantu MAIN melaksanakan pembangunan di atas tanah wakaf. Pada masa yang sama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) turut mengadakan libat urus dengan MAIN untuk mengguna pakai papan muka aplikasi geospatial Tanah Wakaf yang telah dibangunkan pada tahun 2022. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, silakan Yang Berhormat Pontian.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terlebuh dahulu ingin merakamkan ucapan tahniah kerana kerajaan menubuhkan dan bercadang untuk meneruskan apa yang dipanggil sebagai Pelan Induk Wakaf Nasional. Ini tentunya pertanyaan saya ialah sekarang ini ada wakaf-wakaf yang kreatif seperti Wakaf Perkhidmatan Air tetapi ia hanya berskala kecil di tujuh buah negeri beberapa projek. Adakah Yayasan Wakaf dan juga agensi wakaf ini akan membuat projek yang lebih besar seperti universiti wakaf, hospital wakaf, perumahan wakaf? Setakat mana Yayasan Wakaf Malaysia ini akan ditubuhkan untuk negeri-negeri? Sekarang ini kita ada satu Yayasan Wakaf Malaysia, bagaimanakah dengan negeri-negeri? Bagaimanakah hubungan agensi wakaf dengan negeri-negeri? Terima kasih.
Terima kasih, silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sebagai mana kita maklum bahawasanya wakaf ini ialah stakeholder tunggalnya ialah daripada Majlis Agama Islam Negeri ataupun Pihak Berkuasa Agama Negeri. Dia terletak dalam Butiran 1 Senarai 2 Jadual Kesembilan. Maka di dalam soal untuk kita penubuhan Yayasan Wakaf Malaysia itu ialah kita bekerjasama dengan pihak negeri dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri. Banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, maka kita berikan kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri untuk melaksanakan wakaf di negeri masing-masing. Contohnya, negeri memiliki tanah dan modalnya disumbangkan oleh pihak Yayasan Wakaf ataupun pihak Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Tampin.
Sebelah sini dahulu Yang Berhormat Pasir Gudang bangun sudah lama, maaf. Selepas itu Yang Berhormat Alor Gajah.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, adakah mungkin berkenaan wakaf ini status yayasan yang ada sekarang kita tingkatkan kepada bentuk Suruhanjaya Wakaf Malaysia untuk membangun ekonomi berasaskan wakaf? Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sebagaimana yang saya maklumkan tadi ialah stakeholder tunggal dalam soal wakaf ini ialah Pihak Berkuasa Agama Negeri, maka apa-apa perkara pun kita kena bincang dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri dalam menguruskan soal wakaf nanti. Terima kasih.
Ya, Yang Berhormat Alor Gajah, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seingat saya ketika mana saya menyertai pentadbiran negara ada usul dan cadangan untuk mewujudkan wakaf digital bank dan kita disarankan untuk bersaing dengan apa yang kita lihat telah pun dianugerahkan kepada lima buah syarikat. Ketika itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu telah pun bersetuju untuk melaksanakan yang kita panggil [Tidak jelas] polisi tetapi dikekang dan di bangkang oleh pelbagai pihak termasuk Bank Negara untuk mewujudkan wakaf digital bank. Kita turut bersaing, ada usaha untuk bersaing walaupun saya difahamkan ratingnya double A akan tetapi tidak berjaya dan syarikat lain pun telah berjaya. Adakah kerajaan hari ini, Perdana Menteri, Menteri Kewangan masih lagi menimbangkan untuk mempertingkatkan Islamic banking facilities yang melibatkan wakaf, memberi satu lesen khas untuk membolehkan wakaf digital bank diadakan di negara kita ini? Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri boleh jawab ke soalan ini?
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Cadangan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Alor Gajah ini kita akan ambil perhatian ya, terima kasih.
Terima kasih.
Tambahan lagi, tambahan lagi?
Sudah tiga soalan maaf. Yang Berhormat Tuan Noor Amin bin Ahmad silakan.
4. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Perdana Menteri menyatakan persediaan kerajaan bagi menghadapi kemungkinan banjir pada lewat tahun ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan keadaan cuaca dan untuk menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 pada akhir tahun ini, kerajaan telah mengambil langkah pra bencana, ketika bencana dan juga pasca bencana Yang Berhormat. Meningkatkan pemahaman terhadap Arahan Majlis Keselamatan Negara Nombor 20 dan memantapkan persediaan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Pusat Kawalan Operasi Bencana, Pos Kawalan Tempat Kejadian dan agensi-agensi tindak balas melalui program simulasi dan sesi libat urus di seluruh negara. Melaksanakan Program Community-based Disaster Risk Management (CBDRM) di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap bencana serta peranan mereka sebagai initial responder. Daripada aspek pemantauan dan amaran awal, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat persiapan melibatkan Projek Tebatan Banjir serta pembinaan kolam takungan banjir, menaik taraf stesen siren amaran banjir dan stesen kemera web bagi tujuan ramalan dan amaran banjir, siren amaran juga di naik taraf dari segi bunyi dan akan di sekalikan dengan pengumuman sekiranya berlaku banjir di kawasan titik panas atau hotspots dengan izin. Untuk persediaan tindak balas bencana atau ketika bencana, bagi memantau persiapan JPBN dan JPBD untuk memastikan jentera pengurusan bencana berada pada tahap optimum. Tuan Yang di-Pertua, pendek sungguh masa yang diberi pada saya.
Teruskan lah.
Saya mohon izin. Bagi memantau persiapan JPBN dan JPBD untuk memastikan jentera pengurusan bencana berada pada tahap optimum, Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan Mesyuarat Task Force Persediaan Menghadapi MTL yang akan diadakan secara berkala. Laporan akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri setiap minggu. Dalam pada itu, secara keseluruhan seramai 76,336 pegawai dan anggota agensi tindak balas di semua peringkat berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya dengan pelbagai aset berjumlah RM22,622 meliputi darat, air, udara, perubatan dan lain-lain. Agensi Perubatan – NADMA akan menyalurkan peruntukan pada JPBN dan agensi tindak balas dengan menggunakan Tabung KWABBN berjumlah RM16,475,747 juta. Bagi aspek pengurusan mangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula bersiap sedia untuk mengaktifkan 6,010 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negara yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan 1,620,855 mangsa jika Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah bersedia memaksimumkan fasiliti menyimpan bantuan bencana seluruh negara. Selain itu, MTL kali ini JKM akan menyediakan makanan retort untuk tempoh 24 jam pertama. Untuk akhir sekali, pasca bencana penambahbaikan mekanisme penyelarasan pasca bencana meliputi bantuan awal pembersihan dan bantuan-bantuan pasca bencana kepada mangsa termasuk bantuan kewangan ini termasuk meningkatkan kerjasama antara JPBN dan JPBD bersama NGO-NGO berkaitan penyelarasan, pengurusan bantuan bagi memastikan tindakan seberapa segera diambil apabila berlakunya sebarang kejadian bencana. Mesyuarat JPBP ataupun pusat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan supaya JPBD diaktifkan dan peranannya di semua lokasi bencana diperkasakan. Di samping itu, semua JPBN dan JPBD juga diarahkan bersedia lebih awal untuk memastikan bantuan bekalan sampai ke lokasi yang terlibat. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Kangar.
Terima kasih atas jawapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya yang selanjutnya ini ada beberapa tetapi dia berkaitan. Pada tahun lalu saya sendiri juga berada di lapangan membantu mangsa banjir khususnya di Selangor dan juga membantu membuat pencarian dana kepada sukarelawan-sukarelawan yang ke Pahang. Saya mengucapkan terima kasih kepada banyak agensi kerajaan yang terlibat kemudian. Akan tetapi jika ditanya kepada mangsa-mangsa, saya berani kata sekurang- kurangnya 70 peratus sebenarnya diusahakan oleh orang awam.
Jadi tadi banyak jawapan Yang Berhormat Menteri itu panjang. Saya percaya bahawa dahulu pun ada persediaan tetapi banyak perkara yang orang kata tidak dijangka berlaku, berlaku. Jadi apakah jaminan kerajaan bahawa tidak akan lagi berulang kelewatan dan juga kekurangan bantuan daripada kerajaan. Itu yang pertama. Kedua tadi juga ada pasca banjir. Saya percaya banyak kerosakan berlaku khususnya kepada bangunan awam misalnya sekolah. Jadi saya hendak tahu sejauh manakah kerosakan yang terdahulu telah dipulihkan dan berapakah unjuran perbelanjaan untuk pemulihan pasca banjir yang disediakan sekiranya berlaku lagi tahun dan mungkin lebih besar.
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Ada beberapa soalan saya akan cuba menjawab kalau saya tidak ada jumlah itu, saya akan memberi dalam bentuk bertulis, Yang Berhormat.
Pertamanya, ya ada. Banjir tahun lepas ataupun MTL tahun lepas it is unprecedented ataupun tidak dijangka begitu kuat sekali. Jadi mungkin ada penambahbaikan sepatutnya dibuat. Jadi tahun ini kita lebih bersedia dan bukan hanya mengambil kira hal-hal pasca banjir tetapi permulaan awal. Kalau disebutkan orang awam, boleh saya katakan adakah mereka itu NGO-NGO yang terlibat yang membantu pada ketika itu. Jadi sekarang ini NADMA telah mewujudkan satu platform bernama Kerjasama Rakan NADMA yang mana terdapat 120 buah NGO yang berdaftar di bawah inisiatif ini. Ketika MTL 2021, 2022 direkodkan seramai 26,989 orang sukarelawan daripada NGO- NGO rakan NADMA yang membantu. Post-mortem yang telah dibuat oleh NADMA adalah untuk mendengar pandangan dan cadangan penambahbaikan dari semua yang terlibat, orang awam ataupun bentuk- bentuk NGO yang datang untuk membantu dan badan-badan korporat. Juga semua hal pasca banjir yang masih belum di selesai itu. Ada beberapa kekangan yang berlaku. Kalau kita kata fasal sekolah, saya akan cuba mendapatkan senarai mana sekolah yang belum lagi selesai pembaikannya. Akan tetapi dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, terdapat banyak kekangan yang melibatkan hal-hal tapak-tapak yang hendak dibina rumah baharu. Jadi itu sedang dilihat oleh jadi kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri. Amat perlu sekali untuk mengenal pasti tapak-tapak ini. Harga-harga siling juga telah melambung. Sebelum ini RM56,000 sekarang telah dikenal pasti bahawa ia perlu dipertingkatkan untuk bina baharu dan juga fasiliti-fasiliti lain sebab harga barang telah naik. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Maaf sebelah sini pula. Yang Berhormat Sik. Silakan.
Yang Berhormat Setiu.
Yang Berhormat Setiu, maaf.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Banjir besar yang berlaku di sekitar Lembah Klang pada penghujung tahun lepas mengejutkan banyak pihak. Sedangkan kesiapsiagaan pihak- pihak keselamatan banyak tertumpu di negeri-negeri Pantai Timur. Oleh itu berdepan dengan ramalan yang hampir sama dengan tahun lepas, sejauh manakah persediaan banjir terutamanya di negeri-negeri sekitar Lembah Klang dilaksanakan pada waktu ini? Agar tragedi banjir di Lembah Klang seumpamanya berlaku pada penghujung tahun lepas dapat dikurangkan risiko kehilangan nyawa, kerugian harta dan sebagainya. Sekian terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sama sahaja Yang Berhormat sama ada ia berlaku di pedalaman ataupun di kampung ataupun di negeri-negeri lain. Sama sahaja usaha dan giatnya NADMA dan juga semua JPBD dan juga JPBN yang terlibat untuk mengusahakan, memastikan segala bentuk bantuan dan juga rescue mission berlaku dengan efisien sekali. Kali ini kita mempunyai satu task force yang diketuai oleh Tan Sri KSN itu menambahkan lagi kemas kini dan juga susunan kerja yang lebih mantap. Satu lagi saya ingin membawa kira. Saya sebut perkara ini banyak kali, hal-hal banjir kilat di dalam kawasan bandar kerana berikutan daripada arahan MKN nombor 20 banjir kilat ini sebelum ini bukan ditakrifkan sebagai bencana. Akan tetapi sekarang oleh kerana ia berlaku sangat kerap di dalam kawasan bandar. Dalam keadaan tertentu ia boleh disyorkan sebagai satu kejadian bencana oleh JPBN dan mangsa layak dipertimbangkan bantuan-bantuan dan ia kalau ia jatuh pada tiga, empat perkara atau syarat ini menyebabkan gangguan pada aktiviti masyarakat dan urusan negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya serta memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. Jadi Yang Berhormat, insya-Allah kita doakan rakyat kita selamat. Itulah hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Yang Berhormat Kota Melaka. Pendek.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Isnin yang lepas saya ada tanya soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang kalau diadakan pilihan raya waktu banjir tetapi Tuan Yang di- Pertua kata tidak perlu jawab sebab itu ialah spekulasi. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dua hari yang lepas di Jasin hujan lebat sudah banjir di Jasin. Di Perak juga sudah banjir. Jadi itu bukan spekulasi. Itu memang kenyataan dan kita jangka banjir akan lebih teruk akan berlaku. Jadi soalan saya ya, umum. Soalan umum, bukan spekulasi. Jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi banyak perbincangan dengan jabatan yang lain. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menghadapi pilihan raya di waktu banjir ini? Adakah SOP-SOP telah di bincang dengan SPR? Adakah sesuai? Apakah pendapat SPR? Adakah sesuai untuk kita adakan pilihan raya waktu bencana banjir yang akan berlaku ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini bukan spekulasi. Ini memang sudah berlaku. [Ketawa] Terima kasih.
Yang Berhormat, saya kata spekulasi bukan fasal banjir. Banjir bukan spekulasi. Pilihan raya itu yang spekulasi. [Ketawa] Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua sahkan pilihan raya adalah spekulasi? [Ketawa]
Saya tidak boleh sahkan.
Kalau begitu, saya terima.
Oleh kerana benda itu tidak ada lagi. So speculate-lah.
No, sebab Tuan Yang di- Pertua berkuasa. Boleh membuat keputusan. Kalau Tuan Yang di-Pertua kata spekulasi, kita terima.
Bila pula saya buat...
Parlimen tidak boleh dibubarkan.
Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kuasa. [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat, saya mana ada kuasa untuk tentukan pilihan raya atau tidak pilihan raya. Mana undang-undang ini? Silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua pun boleh duduk lama sedikit kalau tidak ada extend. [Ketawa]
Saya sudah duduk terlampau lama sudah. [Ketawa]
Boleh, jangan terima usul.
Yang Berhormat silakan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka sekali lagi bangun untuk bertanya soalan yang sama. Sebenarnya saya bersedia pada hari itu juga Tuan Yang di-Pertua.
Ya.
Akan tetapi hari ini biarlah saya menyatakannya di Dewan yang mulia ini. Kebajikan 33 juta orang rakyat Keluarga Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kerajaan tentu sekali akan mengambil kira pandangan dan maklumat daripada semua agensi berkaitan seperti MET Malaysia, JPS, NADMA, APM dan juga SPR, Yang Berhormat, sebelum membuat sebarang keputusan. Saya yakin bahawa sebarang keputusan untuk mengadakan PRU
adalah di bawah kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengangkat sembah perkara ini kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan rekod Tuan Yang di-Pertua, PRU pernah diadakan pada bulan November iaitu pada tahun 1999 dan terbaharu pada PRN Sarawak sudah telah diadakan pada 18 Disember 2001. Mesyuarat task force persediaan menghadapi MTL 2022, 2023 Bilangan 1 tahun 2022 yang diadakan pada 3 Oktober 2022 yang saya juga menghadirinya Yang Berhormat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah membincangkan mengenai kemungkinan PRU dilaksanakan sewaktu MTL 2022, 2023. Task force ini akan memperhalusi langkah- langkah yang perlu diambil dan semua jentera pengurusan bencana diarahkan untuk bersedia optimum menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya PRU dilaksanakan sewaktu musim MTL. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat...
Kira jadilah nampaknya.
...Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor.
Sudah siap sedia ini.
Masa itu hujan banjir sudah dekat lutut. Sekarang orang tenggelam... [Pembesar suara dimatikan]
Soalan tambahan. [Ketawa]
Tolong. Tolong.
Bukan spekulasi gaya ini.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Padang Serai diamlah.
5. Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan apakah perancangan serta persediaan yang dilakukan oleh Kementerian bagi memantau cerun-cerun yang dikategorikan berisiko tinggi di kawasan Parlimen Cameron Highlands ketika musim peralihan Monsun Timur Laut (musim tengkujuh).
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Cameron Highlands, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya telah melaksanakan program pemetaan risiko dan bahaya cerun di seluruh Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia dan telah mengenal pasti cerun-cerun yang berada dalam kategori berisiko di kawasan Cameron Highlands. Sehingga kini di seluruh Semenanjung Malaysia terdapat sejumlah 26,791 kawasan cerun yang dikenal pasti oleh Kementerian Kerja Raya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16,233 cerun dikategorikan risiko sangat rendah, 5,345 cerun dikategorikan risiko rendah, 3,192 cerun dikategorikan risiko sederhana; 976 cerun dikategorikan risiko tinggi dan; 1,045 telah dikenal pasti sebagai risiko sangat tinggi. Manakala bagi kawasan Cameron Highlands sahaja, terdapat sebanyak 884 bilangan cerun yang mana 46 daripadanya dalam kategori berisiko tinggi dan 65 daripadanya telah dikenal pasti sebagai kategori sangat berisiko tinggi. Bagi tujuan pemantauan, JKR telah memasang lapan bilangan stesen tolok hujan sebagai persediaan dalam menghadapi ancaman cerun runtuh di sepanjang Jalan Persekutuan di Cameron
Highlands iaitu seksyen 48 di FT185 Jalan Simpang Pulai – Gua Musang, seksyen 56, 63, 75 dan 70 di FT59 di Jalan Tapah – Cameron Highlands serta seksyen 15, 23 dan 30 di FT102 di Jalan Ringlet – Sungai Koyan. Tujuan pemasangan stesen tolok hujan ini adalah untuk memberi petunjuk kemungkinan akan berlakunya cerun runtuh dalam hubung kaitnya dengan kadar hujan. Had amaran semasa akan dipaparkan di laman web Sistem Amaran Awal Cerun JKR untuk memberi amaran awal tanah runtuh seterusnya akan dimaklumkan kepada Jurutera Daerah untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda awal kejadian cerun runtuh di kawasan yang berisiko tinggi. Oleh itu bagi menghadapi musim peralihan monsun timur laut, JKR sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dan JKR Daerah turut mengadakan rondaan secara berkala bagi melihat sebarang tanda-tanda awal runtuhan demi keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan cerun yang berisiko tinggi. Bagi kawasan yang telah menunjukkan tanda-tanda akan berlaku runtuhan, JKR akan menutup jalan dan akan memasang serta menyediakan pengurusan trafik di tapak pembinaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan tersebut. JKR juga bersedia dari segi logistik sekiranya berlaku runtuhan dengan menutup kawasan runtuhan tersebut menggunakan kanvas sebelum kerja-kerja pembaikan dilaksanakan di kawasan runtuhan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Cameron Highlands?
Terima kasih kepada pihak kementerian atas inisiatif yang telah diambil untuk memastikan cerun-cerun di negara ini berada di dalam keadaan yang selamat. Soalan tambahan saya, daripada 884 bilangan cerun yang terdapat di Cameron Highlands dimaklumkan bahawa 46 daripadanya berisiko tinggi dan 65 dikenal pasti dalam kategori yang sangat berisiko tinggi sebagaimana yang dinyatakan. Berhubungan itu, apakah tindakan penyelenggaraan atau pembaikan yang telah diambil oleh pihak kementerian terhadap cerun-cerun tersebut?
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dan tahniah saya ucapkan kepada Ahli Yang Berhormat kerana sentiasa prihatin dengan keadaan keselamatan jalan dan juga cerun di kawasan yang diwakili oleh Ahli Yang Berhormat. Seperti mana yang dikatakan, JKR kenal pasti kawasan Cameron Highlands sebagai satu kawasan yang mempunyai bilangan cerun yang berisiko yang agak tinggi. Jadi antara tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian ialah kerja-kerja penyelenggaraan rutin yang terdiri daripada skop pemantauan secara fizikal ke atas struktur cerun, kerja penyelenggaraan berkala serta kerja pengukuhan struktur cerun ke atas cerun yang berisiko sangat tinggi dan juga tinggi yang turut dilaksanakan di bawah kontrak penyelenggaraan cerun di jalan Semenanjung Malaysia yang dilaksanakan oleh syarikat Pintas Utama bagi kawasan Cameron Highlands. Untuk tahun ini sahaja, memandangkan bahawa sudah dikenal pasti kawasan Cameron Highlands ini mempunyai banyak cerun, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya telah memperuntukkan sebanyak RM16.7 juta bagi tujuan pembaikan cerun di Cameron Highlands sahaja yang merangkumi 16 lokasi yang telah dikenal pasti. Sekian dan terima kasih.
Jerai? Soalan tambahan. [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan Mesyuarat]
Dipersilakan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Terima kasih. Saya ambil soalan Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tanya apakah SOP ataupun prosedur operasi tetap yang dibangunkan bila berlakunya satu keadaan tanah runtuh dan sebagainya. Ini kerana kita sedia maklum bahawa tentunya membabitkan silang kementerian dan kadangkala perlu juga intervention ataupun campur tangan daripada kerajaan negeri. Saya ingin tahu kerana di kawasan Hang Tuah Jaya ini kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan jawapan bertulis – kawasan-kawasan yang cerun bahaya, dalam keadaan kita buat persiapan untuk berdepan dengan banjir dan monsun timur laut ini. Jadi soalan asal saya ialah apakah SOP yang dibangunkan secara bersepadu untuk menangani perkara ini. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Seperti mana yang dikatakan tadi sebagai persediaan untuk menghadapi monsun timur laut. JKR daerah akan mengadakan rondaan secara berkala untuk mengenal pasti sekiranya ada tanda-tanda awal runtuhan yang berkemungkinan boleh berlaku di beberapa kawasan yang akan dikenal pasti. Sekiranya ada cerun yang runtuh maka kita akan menutup jalan itu ataupun sebelum cerun itu runtuh pun sekiranya tanda-tanda itu menunjukkan ada kemungkinan yang besar cerun itu akan runtuh, kita akan menutup jalan dan menyediakan pengurusan trafik di tapak tersebut untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui jalan itu dan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan akan dimulakan dengan secepat yang mungkin. Pada masa yang sama, kita sebagai tahap persediaan juga akan memasang beberapa stesen tolok hujan di cerun yang juga dikenal pasti sebagai kritikal supaya kita boleh mengenal pasti lebih awal sekiranya ada taburan hujan yang boleh menjejaskan keselamatan cerun tersebut. Jadi bagi untuk kawasan Ahli Yang Berhormat, saya akan dapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang bilangan stesen tolok hujan dan cerun yang terdapat di kawasan Ahli Yang Berhormat dan boleh membekalkan jawapan itu secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Ya, Jerai?
Ya sila Yang Berhormat Jerai.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, cerun-cerun yang berisiko tinggi juga terdapat di sekeliling jalan utama di Gunung Jerai. Apakah langkah-langkah pemantauan yang telah dibuat bagi mengelak tragedi berulang seperti Bencana Tahap 1 yang berlaku baru-baru ini? Sekian.
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya ingin ambil peluang ini untuk kasi explain ataupun tambah sedikit jawapan yang saya berikan tadi yang juga berkaitan dengan persediaan untuk kita menghadapi monsun timur laut yang akan datang. Pertamanya, JKR Malaysia akan mewujudkan satu bilik gerakan bencana yang dikenali sebagai BiGBen dan bilik gerakan bencana ini akan merupakan satu one-stop centre untuk pengurusan kejadian seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh dan sebagainya.
Untuk BiGBen ini kita ada tiga peringkat. Pertama, apabila ia berlaku tetapi di satu buah tempat sahaja dan dalam keadaan yang terkawal. Kedua, ikut kepada tahap yang lebih serius dan ketiga adalah di mana tahap yang sangat serius. Ada tiga peringkat.
Tujuan ini ialah supaya bilik operasi ini boleh berkongsi maklumat dengan agensi- agensi, jabatan-jabatan berkaitan dengan keselamatan dengan pengurusan trafik juga sebagai maklumat kepada orang awam supaya kita tahu keadaan jalan di tempat tersebut. Saya yakin bahawa ini akan memberikan maklumat awal supaya orang awam dan agensi boleh bertindak lebih cepat sekiranya terdapat keruntuhan cerun ataupun segala apa sahaja kerosakan akibat daripada banjir. Saya juga ingin mengambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua untuk menambahkan juga bahawa JKR sudah membuat beberapa persediaan yang lebih konkrit selain daripada apa yang saya sebutkan tadi. Untuk mewujudkan Bilik Gerakan Bencana, kita juga telah order dan juga telah meluluskan pembelian tujuh set jambatan Bailey sebagai kecemasan. Sekiranya ada jambatan yang runtuh, kita ada tujuh set jambatan Bailey yang sedia untuk dipasang secara serta-merta. Semua jurutera daerah telah diarahkan dan ambil tindakan untuk memasang pancang penanda banjir di jalan-jalan yang pernah berlaku banjir untuk memberi amaran kepada pengguna jalan. Kita akan memasang 36 bilangan stesen tolok hujan di kawasan cerun yang kritikal. Jadi, untuk kesemua 25 tindakan berjaga-jaga yang telah disebarkan di JKR negeri dan juga daerah antara tindakan-tindakan adalah seperti: (i) mengenal pasti semua jalan yang pernah berlaku bencana terutamanya banjir dan runtuh; (ii) memasang pancang penanda banjir; (iii) menyelenggarakan jalan dan jambatan yang rosak dengan segera sekiranya berlaku kerosakan; (iv) menyediakan jentera-jentera yang diperlukan untuk kerja-kerja kecemasan secara standby; (v) semua tanah tebing dan tanah yang dipotong perlu diawasi jika terdapatnya tanda-tanda runtuhan; (vi) mengenal pasti dan memotong pokok-pokok yang berbahaya yang mungkin boleh tumbang sekiranya ada hujan yang lebat ataupun angin yang kuat; dan (vii) mempersiapkan aset-aset jambatan panel keluli bermodular seperti mana yang saya sebutkan tadi jambatan Bailey. Sekian dan terima kasih.
6. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berapa jumlah koperasi yang telah berdaftar dan berapa yang tidak aktif. Adakah kementerian bercadang memperhebatkan kegiatan koperasi agar mereka dapat membantu masyarakat dalam membendung kenaikan harga barang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat Sungai Petani. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Disember 2021 terdapat sebanyak 14,834 buah koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Daripada jumlah tersebut sebanyak 12.5 peratus atau 1,854 buah koperasi berstatus tidak aktif. Manakala, sebanyak 27.09 peratus atau 4,019 buah koperasi berstatus dormant. Dalam usaha membendung kenaikan harga barang pula, SKM telah menubuhkan federasi ataupun gabungan koperasi yang berperanan memperkasakan pergerakan koperasi di bawah enam sektor ekonomi termasuk rombongan dan peruncitan. Melalui usaha ini sebanyak lima barang keperluan asas pengguna iaitu gula, tepung, minyak masak, beras dan ayam telah diedarkan oleh Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia dengan jenama Coop sejak tahun 1995 kepada rangkaian kedai Coop Mart dengan harga yang lebih murah daripada pasaran.
Selain itu, SKM juga telah menganjurkan inisiatif jualan murah melalui premis Coop Mart seperti Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (JKPR) dan Program Kedai Harga Patut (KHP) yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga diskaun sehingga 20 peratus kepada rakyat. Melalui inisiatif di bawah Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pula, KUSKOP telah menyelaras pelaksanaan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia bagi negeri Selangor, Perak, dan Pahang melalui gerakan koperasi di sebanyak 157 buah Dewan Undangan Negeri. KUSKOP juga telah diberikan tanggungjawab untuk memperluaskan pelaksanaan Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) sebanyak 20 buah universiti awam yang menawarkan pengurangan harga sehingga 20 peratus bagi barang keperluan harian pelajar. Inisiatif ini telah dinamakan sebagai JMKM Siswa dan dijangka akan dilancarkan pada Oktober 2022 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Melihat kepada kementerian Yang Berhormat pun, koperasi itu wujud. Maknanya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, maknanya penekanan kepada koperasi amat-amat tinggi di sini. Akan tetapi, yang ternyata Yang Berhormat ialah koperasi yang berjaya amat sedikit. Saya kira kalau rekod antara koperasi-koperasi yang ada yang boleh kita banggakan hanyalah tiga iaitu Koperasi NLFCS, Angkatan Tentera dan Bank Rakyat. Rekod ada tetapi jumlahnya sedikit. Adakah Yang Berhormat melihat— berpotensi untuk mengembangkan koperasi ini adalah dengan kita memberikan fokus yang lebih kepada pelajar-pelajar kita di sekolah- sekolah dan juga di institusi-institusi pengajian tinggi. Memainkan peranan ini saya rasa akan lahir usahawan-usahawan yang akan memberikan fokus kepada koperasi dan mereka yang akan menjadi kalau boleh ‘pakar’ sebab dia terlatih di peringkat sekolah lagi juga di institusi pengajian tinggi khususnya di maktab-maktab perguruan. Jadi, bolehkah Menteri memberikan fokus kepada mendidik mereka yang akan menjadi pemimpin-pemimpin koperasi daripada kita membiarkan masyarakat— mengharapkan masyarakat terlibat dengan koperasi sedangkan mereka ini tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan dalam perkembangan koperasi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih banyak Yang Berhormat Sungai Petani yang memberikan cadangan yang positif. Sebenarnya itulah ke arah kita, Yang Berhormat di mana kita sedia maklum bahawa kita ini sudah mula di sekolah, kita ada koperasi, di universiti juga kita ada koperasi. Malah, saya telah umumkan bahawa tadi saya sebutkan ada enam federasi. Kita tambah lagi satu federasi iaitu gabungan koperasi-koperasi di sekolah. Satu lagi ialah gabungan koperasi-koperasi di IPTA dan juga di IPG. Ini kerana kita tahu bahawa kita hendak melatih pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah menengah untuk kita menanam budaya keusahawanan. Oleh sebab itulah, dalam pentadbiran kita telah pun menaikkan taraf— Dulu kita lihat Maktab Kerjasama Malaysia. Sekarang telah naik Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Kita juga telah mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk melancarkan— sudah lancar pun iaitu satu buah universiti yang dinamakan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia. Jadi, apabila kita adalah Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia ini sudah tentulah salah satu perkara yang diberi atau dititikberatkan dalam universiti ini nanti ialah untuk kita melahirkan bakal-bakal koperasi yang akan datang. Jadi, saya yakin satu hari nanti koperasi akan disenaraikan di bawah Bursa Saham Koperasi pula. Ini target kita. Terima kasih.
Yang Berhormat Setiu.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya, umum mengetahui hampir 40 peratus koperasi tidak aktif yang wujud.
Saya yakin koperasi tidak aktif akan meningkat akibat daripada COVID-19. Oleh sebab itu, soalan saya adalah apabila mekanisme kerajaan bagi menyelamatkan koperasi- koperasi tidak aktif ini? Sejauh manakah sambutan daripada koperasi-koperasi tidak aktif terhadap inisiatif tersebut? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat. Benar Yang Berhormat kata, apabila kita dilanda COVID-19, maka kita dapati banyak— salah satu punca juga koperasi-koperasi ini tidak aktif. Maka oleh itu, KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia kita telah menawarkan geran bantuan pembangunan perniagaan yang dinamakan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) dan juga pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) kepada koperasi-koperasi yang terlibat.
Dalam masa yang sama, kita juga telah minta supaya SKM menulis surat kepada koperasi-koperasi yang dikatakan koperasi dormant tadi dan juga koperasi yang tidak aktif supaya mereka kena mengambil tindakan untuk mengaktifkan semula koperasi-koperasi mereka. Akan tetapi, alhamdulillah, saya lihat bahawa pendaftaran walaupun ada yang kata tidak aktif lagi dan juga dormant, tetapi saya lihat pendaftaran koperasi yang baharu sejak Januari hingga 31 September tahun ini sahaja sebanyak 569 buah koperasi baharu telah ditubuhkan. Jadi menunjukkan bahawa rakyat di luar sana memang berminat untuk menubuhkan koperasi kerana konsep koperasi ini, bak kata pepatah Melayu, ‘Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’, untuk memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasinya. Terima kasih.
Boleh tambah sedikit, Tampin.
Sila Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Menteri. Persoalan saya ialah sejauh manakah dalam pengetahuan Menteri gerakan koperasi telah memberi impak yang besar kepada pembangunan negara sebagaimana di negara-negara contohnya Jepun? Soalan kedua, penglibatan golongan muda atau belia dalam gerakan koperasi di Malaysia? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, minta maaf saya tidak bawa angka tetapi saya lihat kalau daripada pengetahuan saya, saya tidak ingat berapa tetapi memang aset kita memang berbilion dan juga ahli pun ramai dan juga koperasi merupakan third force dalam negara kita. Untuk kita hendak menggalakkan belia-belia pula, hari ini salah satu yang kita beri peluang kepada golongan belia iaitu kita memudahkan mereka menubuhkan koperasi. Kalau dulu kalau hendak jadi ahli koperasi 50 orang, sekarang kita jadikan 20 orang. Akan tetapi, untuk golongan belia terutamanya golongan profesional mereka ada lima orang cukup, ada lima orang sahaja sudah boleh tubuhkan koperasi. Untuk makluman Yang Berhormat tadi bahawa sebenarnya modal yuran koperasi kita ada RM16.54 bilion. Jumlah aset koperasi sahaja ada RM154.98 bilion. Turnover koperasi RM37.89 bilion. Jadi ini menunjukkan koperasi ini memang merupakan satu agensi yang tertua dalam negara kita sudah berusia 100 tahun. Koperasi juga Tuan Yang di-Pertua, kita ada keluarkan Perangkaan Koperasi Malaysia, Co-operative Perangkaan 2021. Jadi kita ada buku, jadi siapa Ahli Parlimen yang berminat boleh dapat buku ini secara detil mengenai koperasi. Terima kasih.
7. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah status terkini pemasangan jalur lebar satelit di Sabah memandangkan capaian internet di Sabah masih bermasalah dan lemah terutamanya di kawasan luar bandar.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sekiranya Yang Berhormat menyatakan bahawa tahap pencapaian ataupun perkhidmatan jalur lebar di Sabah masih bermasalah dan lemah, ada kebenarannya. Ini kerana berdasarkan kepada pemantauan kemajuan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di bawah Program JENDELA Fasa 1 misalnya, daripada 614 buah menara yang diluluskan di bawah Fasa 1 baru 142 buah berjaya disiapkan. Walau bagaimanapun, soalan Yang Berhormat yang merujuk kepada tahap kemajuan pencapaian jalur lebar satelit, daripada 138 projek di bawah Fasa 1 kesemuanya telah disiapkan termasuk dua di kawasan Yang Berhormat sendiri. Secara keseluruhannya, kemajuan peratusan liputan 4G di negeri Sabah telah pun meningkat kepada 87.55 peratus pada suku kedua tahun ini 2022 berbanding dengan 73.41 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita telah mengenal pasti sebanyak 290 lokaliti lagi di bawah JENDELA Fasa 2 yang memerlukan perkhidmatan menggunakan jalur lebar satelit bagi negeri Sabah.
Yang Berhormat Kulim.
Soalan saya, soalan tambahan.
Oh, minta maaf, lupa.
Tidak apa terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang diberikan. Walaupun tadi ada disebutkan dalam jawapan itu bahawa peratusan telah meningkat kepada 87.55 peratus. Namun apa yang kita lihat realitinya di Sabah, saya tidak cakap jauh dalam kawasan saya sendiri pun dalam Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen itu pun kita masih bermasalah. Ia pusing-pusing macam ini. [Sambil menunjukkan isyarat tangan] Jadi — sampai kita terpaksa cari jalan keluar, tengok di mana hendak lagi mendapatkan line, capaian.
Berapa kali pusing itu?
Berapa kali pusing tidak dapat-dapat. So, permasalahan ini sebenarnya adalah sesuatu yang saya rasa perlu kementerian untuk mengetahuinya dengan lebih jelas daripada kami. Saya ingin bertanya apakah pendekatan kementerian untuk mengenal pasti kawasan-kawasan luar bandar yang masih tidak mempunyai rangkaian internet, no connection ataupun lemah terutamanya di kawasan kampung yang jauh dari kawasan bandar. Akan tetapi, saya katakan tadi pejabat saya itu pun cuma about lima kilometer sahaja dari bandar Beaufort. Sebagainya contohnya, kawasan kampung seperti di kawasan Parlimen saya di Kampung Kebulu, Kampung Batu 60, SK Batu Linting di Kuala Penyu, di kawasan lain seperti Long Pasia di Sipitang yang tidak mempunyai rangkaian internet. Kadang-kadang tiada line, kadang-kadang dalam ‘E’ itu pun masih lemah dan mengecewakan. Jadi saya ingin tahulah daripada kementerian, apakah pendekatan yang diambil untuk mengenal pasti kawasan-kawasan ini dan dapat menanganinya dengan sebaik mungkin supaya pencapaian internet yang terhad ini dapat menambah baik komunikasi dari segi pembelajaran dan juga urusan dagangan dalam talian oleh rakyat yang berada di kawasan luar bandar terutama di negeri Sabah ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya, masih ramai di kalangan pengguna yang belum begitu memahami tentang bagaimanakah perkhidmatan telekomunikasi itu diadakan dan bagaimanakah pula mereka dapat menerima perkhidmatan yang sebaik mungkin. Ini kerana perkhidmatan membekalkan telekomunikasi ataupun internet itu ada beberapa kaedahnya. Oleh sebab itu, dari sudut perancangan kerajaan di bawah Program JENDELA Fasa 1 dan Fasa 2 kita menyukat, sebab saya ikuti ini dalam tiga dan empat hari lepas ada juga perbahasan di sini oleh beberapa Ahli Yang Berhormat sewaktu Timbalan Menteri menjawab yang menunjukkan kurang kefahaman tentang bagaimana proses pelaksanaan perkhidmatan jalur lebar ini. Pertama sekali daripada segi sudut kerajaan, sukatan yang kita buat ialah ketersambungan untuk mencapai tahap 100 peratus ketersambungan yang disukat berdasarkan kepada kawasan berpenduduk. Dalam rancangan kita menjelang tahun 2025, baru kita boleh capai 100 peratus connectivity bagi semua kawasan berpenduduk. Sekarang ini kita mencapai tahap lebih kurang 96.7 peratus. Ada tiga peratus berbaki kawasan-kawasan yang sukar dihubungi yang kita terpaksa menggunakan pelbagai teknologi alternatif termasuklah satelit. Kemudian behavior ataupun sifat bagaimana perkhidmatan terbaik diberikan juga berbeza. Banyak orang awam dia menyukat dengan menggunakan mobile phone. Mobile satu kaedah tetapi bila ia berada dalam bangunan sepatutnya ada kaedah-kaedah lain dan peranti-peranti yang perlu dipasang dalam bangunan yang kebanyakannya orang kita tidak menggunakan kaedah-kaedah untuk dalam bangunan. Dia menyukat berdasarkan kepada perkhidmatan mobile. Jadi experience mobile phone yang digunakan untuk bergerak dengan dalam bangunan itu satu situasi yang berbeza. Namun begitu, secara keseluruhannya matlamat kita ialah dalam menjelang 2025, 100 peratus connectivity, sembilan juta premis untuk dibekalkan perkhidmatan dengan menggunakan gentian optik supaya kualitinya lebih tinggi — sembilan juta, sekarang kita baru capai 7.5 juta dan juga mencapai speed 100 Megabit per second dengan sebahagiannya roll out 4G dan 5G.
Jadi, perkara ini agak kompleks. Kadang-kadang satu kawasan sudah okey, tiba- tiba ramai pula yang menggunakan. So, ada satu soalan berbangkit di sini, di rumah panjang misalnya, waktu kita mula-mula pasang, nampak okey. Bila dah okey, ramai pula pakai. Bila ramai pakai, kapasiti turun lagi. Jadi, dia very dynamic tentang bekalan internet. Ini adalah berlaku bukan pada negara kita, tetapi di semua tempat. Jadi, yang pentingnya sekarang ini, kita ada satu rancangan yang jelas. Insya- Allah, kita akan mula masuk ke JENDELA fasa 2 dan di fasa 2 sehingga tahun 2025, pelaksanaan melalui PoP, pelaksanaan melalui menambah tower dan juga pelaksanaan melalui lebih banyak premis menggunakan gentian optik sedang giat dijalankan oleh kerajaan.
Silakan, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan yang sama tahun lepas ditanya oleh Beaufort. Sama juga. Dalam jawapan tempoh hari, Yang Berhormat Menteri bagi jawapan berasaskan tiga perkara. Pertama, kementerian Yang Berhormat telah kenal pasti 839 buah kawasan pedalaman seluruh negara yang akan dipastikan siap gentian optik dan juga mobile pada awal tahun 2022, bahagian pertama. Bahagian kedua, di Sabah ada 1,295 buah stesen pemancar Yang Berhormat jawab tahun lepas akan dinaik taraf dan ada 382 di Sabah rencana untuk mewujudkan stesen pemancar baru. Harapan saya terhadap tiga jawapan tahun lepas, jawapan yang sama ditanya oleh Beaufort pagi ini, kalau boleh Yang Berhormat fokus kepada tiga pattern jawapan itu. Jumlah 839 seluruh negara itu berapa yang sudah siap? Ini kerana jawapan Yang Berhormat tahun lepas, awal tahun ini semua siap 839. Itu yang pertama.
Kedua, 1,295 buah stesen pemancar Sabah nak naik taraf, sekarang ini lepas setahun berapa sudah naik taraf? Ketiga, 382 buah stesen pemancar baru barangkali terkandung jawapan Yang Berhormat tadi fasa 1 ada yang sudah siap, termasuk di kawasan Beaufort. Yang Berhormat, tajuk ini menarik perhatian kita kerana perkhidmatan internet ini sebahagian daripada a decent living dalam kehidupan hari ini. Mohon jawapan Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya, setiap suku tahun kita membentangkan kepada Jemaah Menteri dan membuat pemakluman awam tentang progress pelaksanaan program di bawah JENDELA 1 dan JENDELA 2. Memang benar seperti Yang Berhormat sebutkan tadi, 839 itu dirujuk kawasan pedalaman seluruh negara yang kita menggunakan teknologi satelit. Sebahagian besarnya telah disiapkan, ya Yang Berhormat. Untuk JENDELA 2, sebenarnya ada 1,497 buah kampung lagi. Maknanya masih banyak lagi. Apa yang kita buat di bawah JENDELA 1 839, sebahagian besarnya telah disiapkan termasuk yang saya sebut tadi 138 daripada jumlah itu adalah di Sabah sahaja. Untuk seterusnya, masih ada lagi 1,497 lagi yang kita akan sambung lagi dengan menggunakan teknologi satelit, menjadikan kesemuanya lebih daripada 2,000 lokaliti seluruh negara yang terpaksa menggunakan teknologi satelit sebab keadaan kedudukan jauh di pendalaman. Jadi, laporan progress kerja ini kita keluarkan tiap-tiap suku tahun secara rasmi. Begitu juga angka-angka lain yang Yang Berhormat sebutkan tadi, itu mungkin sedikit menimbulkan kekeliruan iaitu jumlah menara untuk seluruh Sabah sahaja iaitu 614 telah diawarded kepada satu syarikat milik kerajaan negeri tetapi baru siap hanya 142. Saya telah menemui Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah minta perkara itu diperbaiki sebab pelaksanaannya memerlukan kepada kerjasama kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan. Secara relatif, pelaksanaan di Sabah adalah perlahan dan kita mahu ianya perlu disegerakan. Sepatutnya, yang 614 ini akhir tahun ini semua siap. Akan tetapi, kita ada tiga bulan lagi berbaki, baru hanya 142 yang siap. Itu perlu dilakukan. Jadi, data-data yang terperinci ini boleh kita berikan kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Sebelah sini tidak ada. Silakan Yang Berhormat...
Ledang.
Tuaran. Ini dari Sabah.
Ledang. Dia lambat keluar di sini.
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Saya nak tanya sedikit, mungkin terkeluar sedikit daripada tajuk tetapi masih lagi berkenaan dengan internet jalur lebar dan ada kaitan juga dengan Sabah. Oleh sebab ada satu soalan yang saya tanya pada hari Isnin yang lepas, yang berkait dengan 5G. Sudah ada jawapan yang saya telah terima. Saya ucap terima kasih pada kementerian. Berkenaan dengan 5G ini, kita tahu statusnya sepatutnya pada penghujung tahun ini ialah 40 peratus bagi kawasan-kawasan kependudukan tinggi. Ada dalam jawapan ini menyebutkan ialah sekarang pada tahap 33.2 peratus yang melibatkan kawasan Lembah Klang, bandar-bandar utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Jadi, apabila disebutkan 33.2 peratus ini, apakah bermakna bahawa setiap daripada kawasan-kawasan utama tadi, bandar-bandar utama. Kita katakan tadi, misalnya di Sabah, di Kota Kinabalu. Bolehkah kita peroleh 5G tersebut. Oleh sebab saya nak sebut pada pihak Menteri juga ada rakan saya di Petaling Jaya, di Kuala Lumpur yang masih mengadu, sudah pun ada 5G, menggunakan YES tetapi mereka tidak dapat 5G itu. Mereka tidak dapat melaksanakan ataupun dapat merasai nikmat daripada menggunakan 5G. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya, waktu saya berada di luar negara menghadiri sidang International Telecommunication Union, saya mengikuti perbahasan di Parlimen, dua tiga
hari yang lepas. Ada timbul beberapa soalan yang saya rasa terima kasih kerana tidak diberi jawapan yang cukup komprehensif dan timbul kekeliruan. Saya hendak menjelaskan, bila kita katakan 5G telah ada capaian sekarang 30 peratus dan sebagainya dan akan capai 40 peratus pada akhir tahun, itu merujuk kepada penyediaan prasarana yang dilakukan oleh DNB. Sama ada dia sudah dapat diterima oleh pengguna atau tidak, itu di satu tahap satu lagi, iaitu apabila syarikat-syarikat yang berikan perkhidmatan telah menandatangani access agreement dan sebagainya, barulah mereka membuat roll out kepada pengguna. Jadi, saya faham apabila sesetengah orang kata, “Eh, kata dah ada 5G di Kuala Lumpur dan sebagainya tetapi kenapa kita belum terima?” Sebenarnya belum sampai ke tahap itu. Peratusan yang diberikan itu ialah apa yang telah disyaratkan kepada DNB untuk menyediakan prasarana di beberapa buah lokasi. Sekarang ini 2,000 lebih lokasi yang telah pun disiapkan. Akan tetapi, servis kepada orang ramai itu perlu dilaksanakan oleh syarikat-syarikat telco yang mempunyai lesen yang enam itu tadi. Saya hendak menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, pada masa ini ada sedikit kelambatan kerana beberapa telco sewaktu ditawarkan untuk menyertai ataupun mengambil saham dalam DNB, akhirnya daripada enam, hanya empat yang memberikan persetujuan. Dua memilih untuk tidak menjadi pemegang saham dalam DNB walaupun mereka juga ditawarkan. Oleh sebab ada perubahan tersebut, empat yang telah menerima ini terpaksa membawa balik semula mendapatkan permohonan kelulusan daripada lembaga masing-masing apabila saham ditambah, ditawarkan tambahan kepada mereka daripada baki yang tidak diambil oleh dua telco. Jadi, proses itu mengambil masa berlaku sedikit kelambatan dan hanya setelah mereka keempat-empat itu menandatangani access agreement, barulah bekalan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan 5G barulah diperolehi. Jadi, di situlah timbul sedikit, Timbalan Yang di-Pertua, silap faham apabila berita menyatakan, sudah 32 peratus prasarana disiapkan, kenapa kita belum lagi terima 5G? Sebenarnya, belum kerana retail part yang perlu dilakukan oleh telco belum lagi bermula walaupun prasarana telah siap sebanyak, lebih kurang 33 peratus pada masa ini, di lokasi-lokasi tertentu yang dilaksanakan oleh DNB. Kita harap ini kita dapat selesaikan dalam masa yang terdekat.
Soalan nombor 8, Tuan Cha Kee Chin, Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan kelapan yang berkemungkinan besar soalan terakhir sebelum Parlimen dibubarkan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
8. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Perdana Menteri menyatakan apakah impak positif dari segi sosial dan ekonomi, daripada siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang telah menjelajah ke negeri-negeri dan nyatakan kos untuk setiap siri AKM yang telah berlangsung.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di-Pertua, inisiatif Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) bagi tahun 2022 dirancang untuk diadakan di 13 buah negeri sebelum satu acara penutup di Putrajaya.
Program JAKM ini adalah bertujuan untuk memastikan rakyat di semua peringkat dapat menghayati konsep Keluarga Malaysia selain merupakan manifestasi kepada komitmen kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan rakyat. Selain itu, program ini turut menjadi platform kepada pelbagai acara yang telah memberikan impak positif daripada segi sosial dan ekonomi kepada orang ramai.
Antara impak positif sosial seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat daripada program JAKM ini adalah kemudahan yang disediakan untuk rakyat dalam berurusan dengan agensi-agensi kerajaan. Setakat September 2022, sembilan siri JAKM telah diadakan dengan keseluruhan jumlah pengunjung yang telah direkodkan adalah seramai 500,983 orang. Kehadiran para pengunjung ini telah menyumbang kepada 447,238 transaksi di kaunter perkhidmatan kerajaan yang mengambil bahagian. Program ini turut memberi impak positif sosial dengan membantu orang ramai yang sedang mencari pekerjaan melalui slot Jamin Kerja Keluarga Malaysia. Dalam usaha tersebut, seramai 20,545 orang pencari kerja telah mendaftar untuk proses tapisan dan temu duga dengan para majikan yang mengambil bahagian. Hasilnya, seramai 4,203 orang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini. Selain itu, JAKM telah memberikan impak positif ekonomi dengan membuka peluang kepada usahawan tempatan, industri kecil dan sederhana (IKS) di setiap negeri untuk memperagakan dan menjual produk mereka kepada para pengunjung. Seramai 1,337 orang usahawan telah menyertai program JAKM dengan merekodkan jumlah jualan termasuk potensi jualan bagi padanan perniagaan sebanyak RM74,987,242.59. Lanjutan daripada itu, dalam usaha kerajaan untuk membantu orang ramai meringankan beban kos sara hidup, program JAKM juga membawakan elemen Jualan Murah Keluarga Malaysia. Jualan ini bertujuan untuk membolehkan rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih murah daripada harga pasaran biasa. Para pengunjung telah membelanjakan sebanyak RM1 juta lebih semasa jualan ini sekali gus menunjukkan bahawa orang ramai sangat berminat dan berpuas hati dengan elemen Jualan Murah Keluarga Malaysia ini. Kerajaan turut memberikan sumbangan melalui Yayasan Keluarga Malaysia bagi keluarga yang kurang bernasib baik dan telah kehilangan ahli keluarga akibat daripada wabak COVID-19. Sehingga kini, pihak kerajaan telah membantu seramai 339 buah keluarga dengan sumbangan berjumlah RM390,500. Perolehan untuk program JAKM ini dilaksanakan dengan melantik syarikat pengurus acara mengikut enam zon iaitu zon utara, zon selatan, zon pantai timur, zon tengah, zon Sabah dan zon Sarawak. Sehingga September 2022, hanya tiga zon sahaja yang telah selesai sepenuhnya pelaksanaan kesemua siri bagi zon berkenaan iaitu zon Sabah, zon Sarawak dan zon tengah. Masing-masing dengan hanya satu siri sahaja bagi setiap zon tersebut. Akhir sekali, kos pelaksanaan bagi zon Sabah adalah sebanyak RM5,350,244. Manakala bagi zon Sarawak adalah berjumlah RM5,375,158. Zon tengah pula iaitu bagi pelaksanaan JAKM Negeri Selangor telah membabitkan kos sebanyak RM5,278,789.40. Semua kos yang dinyatakan ini termasuk SST ke atas kontrak yang dianugerahkan kepada semua syarikat terpilih. Manakala untuk kos pelaksanaan bagi zon Pantai Timur tiga siri, zon utara empat siri dan zon selatan tiga siri hanya akan dimuktamadkan selepas kesemua siri JAKM bagi zon-zon berkenaan selesai dilaksanakan sepenuhnya. Terima kasih.
Yang Berhormat Rasah, soalan tambahan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberikan jawapan tersebut. Saya ingatkan Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri mungkin sibuk dengan pegawai khasnya tengah kemaskan pejabat. Jadi, terima kasihlah kepada orang ‘nogori’ yang jawab soalan daripada orang ‘nogori’. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dikatakan zon Sabah, Sarawak dan tengah masing-masing dengan satu siri, dibelanjakan satu siri sehingga RM25 juta. Jadi, kalau 13 siri, maknanya RM65 juta kalau kita puratakan, kita jumlahkan dengan nisbah yang sebegitu. Bagi saya, apakah ia merupakan siri ini memerlukan gimik ataupun retorik untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum mengumumkan pembubaran Parlimen?
Kita masih ingat Perdana Menteri ke-6 dahulu ada 1Malaysia, sekarang Keluarga Malaysia di bawah Perdana Menteri ke-9. Saya difahamkan Negeri Sembilan hujung minggu ini, selepas itu Melaka hujung minggu depan. Jadi, apakah ia akan diumumkan pembubaran Parlimen tidak kira hujan kah, tengkujuh kah, banjir kah kalau selesai siri jelajah untuk JAKM ini? Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Rasah. Prerogatif untuk membubarkan Parlimen terletak kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya tidak mungkin tahu bila dan keduanya...
Prerogatif terletak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukan kepada Perdana Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong lah. Harap diperbetulkan ini dalam Hansard Parlimen...
Bukan kepada Yang Berhormat Bagan Datuk pun.
...sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hanya boleh memohon ataupun meminta.
Yang Berhormat...
Ya, ya. Kuasa saya setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, jawab.
Ya. Bagi saya ataupun kalau kita lihat konsep Keluarga Malaysia ini, Yang Berhormat amat peka mengenai kesengsaraan rakyat juga di Parlimen Yang Berhormat. Mereka telah melalui satu zaman gelap ketika COVID-19. Ini adalah usaha murni Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk sampai ke semua tempat untuk meraikan rakyat dan juga membantu rakyat secara terus dengan menyediakan semua agensi kerajaan yang terbabit di tempat-tempat tertentu. Macam di Negeri Sembilan, akan ada kelainannya. Jadi, ia tidak ada kena- mengena untuk mempromosikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab mesti ada satu lonjakan setelah kita mengalami zaman yang gelap supaya rakyat itu dapat dibantu secara terus di negeri masing-masing Yang Berhormat. Pendekatan konsep Keluarga Malaysia ini, ia mempunyai tiga nilai atau prinsip utama Yang Berhormat sendiri maklum iaitu: (i) keterangkuman; (ii) kebersamaan; dan (iii) kesyukuran. Semestinya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu perkara ini dikongsi sehingga sampai ke dapur rakyat. Kalau kita memikirkan fasal perbelanjaan tadi Yang Berhormat, JAKM ini merupakan program yang dilaksanakan secara kos efektif dan banyak memberi kebaikan kepada orang ramai melalui penyampaian perkhidmatan agensi kerajaan. Cuba Yang Berhormat bayangkan ya, mungkin Yang Berhormat tidak lagi— belum lagi pergi ke mana-mana JAKM. Saya telah pergi kepada semua, rakyat boleh terus berurusan dengan kaunter-kaunter kerajaan yang selalunya berada di Putrajaya. Ini kita bawa turun ke bawah sampai ke akar umbi dan mereka berhadapan dengan pegawai-
pegawai yang tertentu. Selalunya ada pegawai-pegawai tertinggi yang hadir pada JAKM ini. Jadi, daripada segi nilai inklusiviti diterapkan di mana mereka memerlukan diberi bantuan, nilai kebersamaan ditekankan Yang Berhormat dan kesemua 26 buah kementerian dan lima Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama-sama membantu rakyat dalam kesusahan serta nilai kesyukuran merupakan manifestasi kepada budaya tolong-menolong dalam Keluarga Malaysia ini. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Jempol, Jempol.
Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya di sini juga memaklumkan bahawa JAKM di peringkat Negeri Sembilan akan bermula 7 hingga 9 Yang Berhormat Rasah ya. Jadi, kalau kata Yang Berhormat Rasah tadi sesuai untuk pembubaran, di Jempol paling tepat tempat untuk last program sebelum pembubaran. Jadi, apa yang saya lihat untuk program ini di Jempol akan diadakan tetapi dalam soal menambah baik, banyak tadi disebut sambutan rakyat dalam soal pemulihan ekonomi ramai peniaga dibawa bersama. Jadi, dalam soal pungutan ataupun hasilnya masih saya katakan ia boleh ditambah baik. Jadi, apakah penambahbaikan yang perlu difikirkan oleh kerajaan dalam siri jelajah seterusnya? Ia tidak boleh menggunakan model yang sama. Kita tahu, strategi kita, mereka kata ini adalah tidak baik. Yang baiknya lagu ‘penyamun’ kata mereka. Lagu ‘penyamun’, rakyat tidak dapat apa-apa. Bila jelajah inspirasi Keluarga Malaysia, peluang itu banyak. Inilah yang dimainkan oleh sebelah sana, lagu ‘penyamun’ yang disajikan oleh rakyat tetapi bukan jualan murah untuk rakyat. Terima kasih.
[Dewan riuh]
Terima kasih Yang Berhormat Jempol, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, program JAKM ini sentiasa melalui banyak penambahbaikan kalau kita pergi ke negeri seterusnya kerana mesti mengambil keunikan dan kelainan yang ada pada negeri tersebut. Ia tidak langsung ditinggalkan negeri-negeri pembangkang. Ia tetap menjadi satu aliran di dalam Keluarga Malaysia ini. Program JAKM ini telah menetapkan pelantikan satu atau dua kementerian Yang Berhormat supaya ada kementerian peneraju di setiap siri jelajah dan bagi membantu menentukan kandungan pameran serta pengisian program setiap siri JAKM mempunyai kelainan yang menarik orang ramai untuk hadir. Oleh kerana kita akan bertemu di Jempol, di dataran Sri Jempol dari 7 Oktober 2022 ke 9 Oktober 2022 saya juga menjemput Yang Berhormat Rasah, jemput datang dan juga Yang Berhormat Seremban dan kalau boleh Yang Berhormat-Yang Berhormat yang berdekatan silakan
Sudah ada jemputan.
Bagi JAKM Negeri Sembilan Kementerian Kesihatan telah dilantik sebagai kementerian peneraju. Oleh yang demikian, antara kelainan pengisian program di Negeri Sembilan adalah kandungan khusus dibawa oleh kementerian tersebut seperti pameran hospital futuristic Yang Berhormat. Selain acara-acara berkaitan dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat seperti Info Sihat, Pharmazania, Mine Peranan, doktor gigi dan kuiz kesihatan. Selain itu, kenduri kampung ini mungkin usaha baik Yang Berhormat semasa JAKM Negeri Sembilan turut dirancang melibatkan 20,000 orang pengunjung, insya-Allah dan pengisian lebih pelbagai seperti pembukaan reruai perkhidmatan agensi kerajaan selain menekankan elemen tempatan yang unik kepada Jempol dan Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Berhormat.
Sebelah sini, sebelah sini ada soalan? Jika tidak saya, sini? Tidak ada soalan dan tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. [Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah rantaian Rang Undang-undang bacaan kali pertama untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG DADAH BERBAHAYA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Dadah Berbahaya 1952; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG PENCULIKAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Penculikan 1961; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KEADILAN JENAYAH (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keadilan Jenayah 1953; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SENJATA (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Senjata 1960; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) (NO.2) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) (NO.3) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen
; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG SENJATA API (PENALTI LEBIH BERAT) (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang PertamaBill
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahaskan dan diputuskan DR.35/2022 – Rang Undang- undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022, DR.37/2022- Rang Undang- undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022, dan DR.36/2022 – Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022 seperti di nombor 1 hingga 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang, hari Jumaat, 7 Oktober 2022.”
Tuan Yang di-Pertua, mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya? Dalam minggu ini kita sudah bahas beberapa pindaan dan juga rang undang-undang. Sekiranya Parlimen bubar malam ini atau esok, jadi adakah semua perbahasan kita ini sia-sia sahaja? Jadi dalam kerajaan baharu, Parlimen baharu adakah semua rang undang-undang ini akan dikemukakan dan dibahas semula?
Yang Berhormat, pertamanya tentang pembubaran ini masih seperti mana Tuan Yang di-Pertua menyatakan, it’s still a speculation dan apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat itu, kita akan teruskan seperti biasa, Dewan berjalan sehingga the right time, the moment comes. [Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua, susulan daripada soalan Yang Berhormat Seputeh, saya ingin merujuk Tuan Yang di- Pertua— saya mengambil kesempatan juga mungkin ini kali terakhir kita berinteraksi dalam sesi ini, jadi saya ingin tanya Tuan Yang di-Pertua. Saya rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Artikel 40(1) dengan izin, yang berbunyi seperti berikut, “Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri...”. Saya juga merujuk kepada Artikel 40(2) yang berbunyi seperti berikut, “Yang di- Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri;” Dan saya menarik perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada ‘b’. “(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.” Tiga minggu yang lalu kita menerima berita dan telah disiarkan dalam liputan akhbar dan juga media massa bahawa Jemaah Menteri tidak bersetuju untuk membubarkan Parlimen. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua telah membaca berita itu, tetapi baru-baru ini kita lihat ada segelintir daripada Ahli Parlimen seperti Yang Berhormat Bagan Datok, Yang Berhormat Pontian juga saya percaya, mendesak supaya pilihan raya diadakan walaupun kita menghadapi musim tengkujuh, musim banjir.
Rata-rata kita dengar pagi tadi dalam persoalan dan juga jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri dari kementerian- kementerian berkenaan, kita menghadapi kemungkinan banjir berlaku. Saya datang dari Jelutong, kawasan saya bila hujan ada kejadian banjir. Perak sudah banjir. Melaka, kita dengar Ahli Parlimen Kota Melaka mengatakan ada banjir. Soalan saya kepada Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua tahu atau menjangkakan segelintir Ahli-ahli Parlimen, seorang dua ini sedang mendesak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini bagi tujuan mempersembahkan supaya Parlimen dibubarkan.
Okey.
Adakah Tuan Yang di- Pertua tahu dan boleh mengesahkan perkara ini? Adakah ini adil dilakukan di atas desakan seorang, dua Ahli Parlimen? Kita juga dengar tadi...
Baik, baik Yang Berhormat Jelutong. Go direct to the point, dengan izin.
Ya. So, soalan saya adalah adakah berita-berita ini yang walaupun sekarang sedang tular dalam laman-laman sosial, Sinar Harian, semua berita sedang melaporkan, memang benar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak kisah kepada apa yang akan berlaku, banjir-banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Yang Berhormat Jelutong, straight to the point.
...Dan akan menghadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tujuan membubarkan Parlimen.
Okey. Yang Berhormat Jelutong, dengan izin ya. For most and all, it is still speculative. Everything is still yet. Whatever to be decided is kita tidak tahu lagi. So, let us not speculate, let us not implicate, let us go and proceed with what we are supposed to do in this Dewan until the right time and moment berlaku ya. Sekian. Saya teruskan dengan urusan Majlis.
Tuan Yang di-Pertua.
Duduk. Duduk Yang Berhormat.
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibaca kali yang kedua sekarang.
Silakan, huraian.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya teruskan dengan bacaan akta ini, sukacita untuk saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia telah berjaya mempertahankan kerusi Ahli Majlis atau Council State Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa atau International Civil Aviation Organization (ICAO) di bawah kategori tiga untuk penggal 2022 hingga 2025. Kementerian Pengangkutan ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih penghargaan kepada semua yang terlibat dalam memastikan kejayaan Malaysia mengekalkan keahlian dalam majlis ini selama enam penggal berturut-turut sejak tahun 2007. Di samping itu, sukacita dimaklumkan juga Federal Aviation Administration (FAA) Amerika Syarikat telah mengembalikan Malaysia ke kategori satu penarafan IASA setelah diturunkan taraf ke kategori dua pada November 2019. Tuan Yang di-Pertua, Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah mula berkuat kuasa mulai tahun 1987. Objektif utama Akta 333 adalah untuk menyediakan persekitaran pemanduan yang seragam, selamat dan efisien di atas jalan raya menerusi
pengawalseliaan dan penetapan peraturan-peraturan berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan kenderaan, peraturan pendaftaran kenderaan yang akan digunakan di atas jalan, memastikan tahap kecekapan dan kompetensi pemandu serta penetapan peraturan-peraturan jalan raya dan lalu lintas. Kali terakhir Akta 333 dipinda adalah pada tahun 2020. Pindaan yang telah dilaksanakan antara lain melibatkan peruntukan berkaitan kesalahan memandu tidak mematuhi peraturan jalan raya iaitu memandu secara berbahaya, melulu, tidak cermat dan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, sama ada menyebabkan kematian, kecederaan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan ke atas Akta 333 untuk tahun 2022 akan merangkumi perkara-perkara utama seperti berikut: (i) mewujudkan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan dan mewartakan pakaian seragam kepada pegawai pengangkutan jalan; (ii) mewujudkan punca kuasa di bawah Akta 333 berkaitan dengan proses pertukaran pemilikan kenderaan motor secara interim atau sementara daripada pemilik asal kenderaan kepada syarikat kenderaan terpakai; (iii) mewajibkan pemandu bas persiaran atau bas pelancongan untuk mempunyai lesen vokasional; (iv) menetapkan caruman kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] sebagai salah satu syarat memperbaharui lesen vokasional bagi individu yang tertakluk kepada definisi orang yang bekerja sendiri di bawah Akta 789; dan (v) mewujudkan punca kuasa bagi tujuan penggunaan peralatan sistem High-Speed Weigh in Motion (HSWIM) bagi tujuan penguatkuasaan peraturan berat muatan kenderaan motor secara automatik di bawah Akta 333. Secara keseluruhannya, pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022 akan mengandungi 13 fasal di dalamnya. Fasal-fasal pindaan utama adalah seperti berikut. Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 Akta 333 untuk mewujudkan takrif baru bas persiaran dan meminda takrif lesen vokasional. Pindaan terlibat adalah susulan kepada ketetapan mewajibkan lesen vokasional kepada pemandu bas persiaran. Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 3 Akta 333 untuk memberi kuasa kepada Menteri membuat peraturan-peraturan mengenai pakaian seragam, tanda pangkat, kad kuasa dan lencana pegawai pengangkutan jalan. Fasal 4 bertujuan memperkenalkan seksyen 13A baharu di dalam Akta 333 bagi mewujudkan punca kuasa untuk mengawal selia proses pertukaran milikan kenderaan motor secara interim. Proses ini adalah melibatkan pertukaran milikan kenderaan motor daripada pemunya berdaftar kepada peniaga kenderaan motor terpakai apabila pemunya menjual kenderaan motornya kepada peniaga bagi maksud menjual semula. Pada masa ini, sebarang pertukaran hak milik kenderaan adalah bersifat kekal seperti mana ditetapkan di bawah seksyen 13 Akta 333. Walau bagaimanapun, secara pentadbiran semenjak 2011, proses pelaksanaan pertukaran hak milik kenderaan motor yang dijual kepada used car dealer (USD) oleh pemilik asalnya telah dilaksanakan secara interim iaitu tidak bersifat kekal. Melalui proses pertukaran interim yang sedang dilaksanakan, pemilik asal yang menjual kenderaan akan memindahkan pemilikan secara sementara kepada pihak USD. Sekiranya kenderaan berkenaan tidak dijual kepada pemilik baru selepas tempoh enam bulan, pemilikan kenderaan berkenaan akan bertukar secara kekal kepada USD.
Dalam transaksi ini, kerajaan melalui JPJ memungut RM10 sebagai fi perkhidmatan. Pertukaran pemilikan secara interim atau sementara oleh pemilik asal yang telah dilaksanakan secara pentadbiran pada masa ini adalah tidak selari dengan ketetapan Akta 333. Sehubungan itu, pindaan ini akan mewujudkan punca kuasa bagi pertukaran pemilikan kenderaan motor secara interim atau sementara serta mengesahkan sebarang fi yang telah ditetapkan oleh JPJ di sepanjang pelaksanaan proses tersebut sebelum ini. Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 56 Akta 333 bagi menetapkan syarat atau kelayakan mempunyai lesen vokasional hanya kepada individu yang mempunyai lesen memandu kompeten sepenuhnya sahaja. Mana-mana orang yang memegang lesen belajar memandu atau lesen memandu percubaan tidak dibenarkan memohon suatu lesen vokasional atas asas keselamatan dan kompetensi individu tersebut. Selain itu, pindaan juga akan mewajibkan individu-individu yang tertakluk kepada definisi orang bekerja sendiri untuk berdaftar dan membayar caruman di bawah SKSPS di bawah Akta 789 bagi mendapatkan lesen vokasional. Pindaan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan pada 31 Mac 2021 yang mewajibkan semua individu menjalankan sesuatu aktiviti pekerjaan sendiri dalam sektor perusahaan penghantaran barangan agar mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789].
Dalam hal yang berkaitan dengan Akta 333, caruman ke SKSPS akan dijadikan sebagai salah satu syarat wajib ke atas permohonan pembaharuan lesen vokasional, lesen PSV melibatkan pemandu teksi, pemandu e-hailing dan pemandu bas dan lesen vokasional atau lesen GDL melibatkan pemandu kenderaan barangan. Fasal 7 bertujuan meminda seksyen 57 [Akta 333] untuk mewajibkan semua pemandu bas persiaran supaya lesen yang mempunyai lesen vokasional dan pindaan ini bertujuan memastikan syarat mempunyai lesen vokasional oleh pemandu bas persiaran adalah setara dengan peraturan yang ditetapkan kepada pemandu bas ekspres, bas henti-henti dan juga bas pekerja. Pindaan juga akan dilaksanakan kepada seksyen 57 bagi menurunkan had umur individu mendapatkan lesen vokasional bagi kenderaan barangan menggunakan motosikal daripada tidak kurang daripada 21 tahun kepada tidak kurang daripada 18 tahun. Pindaan ini dilaksanakan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 24 September 2021 berkenaan pengawalseliaan perkhidmatan kenderaan barangan menggunakan motosikal termasuk yang menggunakan motosikal di bawah satu perniagaan penghantaran ataupun p-hailing. Untuk makluman semua, lesen vokasional adalah merupakan satu lesen memandu yang diwajibkan kepada mana-mana individu yang hendak bekerja sebagai pemandu atau penunggang dan juga kelindan sesuatu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan. Peraturan semasa menetapkan had umur bagi individu mendapatkan lesen vokasional bagi bekerja sebagai pemandu atau penunggang adalah 21 tahun. Di kala ini, penggunaan motosikal sebagai satu kenderaan barangan telah semakin meluas di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya dalam penghantaran barangan pos dan makanan. Had umur bagi mendapatkan suatu Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kelas motosikal, sama ada kelas B atau B2 adalah 16 tahun. Ini bermakna mana-mana individu yang telah berumur 16 tahun ke atas telah pun boleh memohon untuk mendapatkan sesuatu LLM dan seterusnya menunggang motosikal dalam kelas berkenaan di atas jalan raya. Bagi mereka yang telah lulus semua ujian, akan diberikan satu lesen percubaan atau P untuk tempoh dua tahun. Bagi individu terlibat setelah tempoh percubaan tamat, mereka telah pun berumur 18 tahun ke atas. Ini bermakna individu terlibat telah pun kompeten untuk memandu atau menunggang motosikal tersebut. Sekiranya had umur ini tidak diturunkan, maka individu yang tergolong dalam had umur terbabit iaitu 18 hingga 20 tahun akan tidak lagi dibenarkan bekerja sebagai penunggang motosikal sebagai
kenderaan barangan dan seterusnya mereka akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan mereka. Fasal 8 bertujuan mewujudkan seksyen 63A baharu di dalam [Akta 333] bagi mewujudkan punca kuasa dan mengesahkan di sisi undang-undang penggunaan peralatan sistem penimbang semasa bergerak elektronik atau berkomputer (WIM) yang dipasang pada mana-mana jalan untuk menyukat berat kenderaan motor yang sedang bergerak di atas jalan secara automatik. HSWIM adalah merupakan gabungan peralatan berasaskan sensor, kamera, sistem atau algoritma komputer yang mencerap kehadiran identiti berat kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya. Beban tayar kenderaan motor berkenaan akan direkodkan secara dinamik dengan memberikan maklumat berkaitan masa, beban ganda, had laju, jarak ganda, kelas kenderaan dan parameter lain yang berkaitan dengan kenderaan tersebut. Pindaan ini akan membolehkan JPJ menggunakan peralatan HSWIM sebagai salah satu alat atau tools bagi tujuan menimbang kenderaan motor lebih muatan seperti mana penggunaan alat timbang konvensional yang dipasang di stesen penguatkuasaan SPKJPJ. Penggunaan HSWIM akan memperluaskan capaian dan menambah baik aspek penguatkuasaan di seluruh negara. Selain itu ia akan mengurangkan beban kewangan ke atas keperluan anggota penguatkuasaan yang tinggi. Penguatkuasaan boleh dibuat 24 jam 365 hari tanpa terkesan dengan keadaan cuaca, mengurangkan beban kewangan ke atas keperluan penyelenggaraan jalan dan seterusnya meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dengan pematuhan peraturan berat kenderaan motor. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 88B [Akta 333] bagi membolehkan kenderaan barangan pendaftaran negara asing akan turut boleh dikenakan bayaran caj jalan, sama seperti dikenakan kepada lain-lain kelas kenderaan motor dikategorikan kenderaan perdagangan yang memasuki dan menggunakan infrastruktur jalan raya di Malaysia. Lain-lain pindaan yang tidak dinyatakan secara khusus adalah merupakan pindaan bersifat editorial dan consequential susulan daripada pindaan-pindaan utama. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan dicadangkan di dalam RUU ini adalah penting bagi memastikan tahap keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan teras JPJ terutamanya dalam aspek penguatkuasaan dan pematuhan peraturan jalan. Pada waktu yang sama, ia juga akan memastikan terdapat punca kuasa yang sahih di bawah [Akta 333] bagi skop-skop perkhidmatan utama yang berkenaan. Pindaan yang lain juga akan memastikan aspek kebajikan pemandu-pemandu yang bekerja sendiri ini dapat dilindungi di bawah SKSPS. Selain daripada itu, penurunan had umur untuk mendapatkan lesen vokasional daripada 21 tahun kepada 18 tahun bagi motosikal juga akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya dalam fasa negara pulih kembali daripada kesan negatif pandemik COVID- 19. Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon supaya pindaan-pindaan yang dicadangkan dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini demi menjaga kebajikan terutamanya kepada golongan muda dan golongan yang bekerja sendiri. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Baik, ada Yang Berhormat yang menyokong?
Saya menyokong.
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas.
Sebelum saya membaca senarai yang berkenaan saya ingin mengingatkan Ahli- ahli Yang Berhormat atas Peraturan Mesyuarat 36(1) dan juga jika Peraturan Mesyuarat 36(1) tidak dipenuhi, saya boleh menggunakan dan evoke Peraturan Mesyuarat 37(2). Saya mohon benda ini berjalan dengan lancar di dalam Dewan ini. Senarai pembahas-pembahas adalah diberi masa 10 minit bermula dengan Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Pasir Gudang dan Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Johor Bahru untuk memulakan sesi.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Johor Bahru untuk sama-sama membahaskan pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987. Saya ingin fokuskan kepada permasalahan rakyat di luar sana. Jadi, kita tahu walaupun Parlimen mungkin akan habis untuk penggal ini mungkin dibubarkan tetapi kementerian dan pegawai-pegawainya masih menjalankan amanah di belakang sana. Kehidupan kita semua akan diteruskan. Jadi bagi saya, perkara yang pertama cabaran pada hari ini adalah soal kos sara hidup, soal inflasi. Walaupun pihak kerajaan cuba merendah-rendahkan kesan inflasi kepada kehidupan kita semua. Walaupun ada wujudnya seperti pasukan khas Jihad Tangani Inflasi, hakikatnya beban itu tidak berkurangan. Kalau kita betul hendak bantu beban kehidupan rakyat itu, bagi saya ada dua fokus utama. Pertama, kita cuba cari jalan untuk tingkatkan pendapatan. Kedua, kita cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan. Di bawah Kementerian Pengangkutan, bagi saya antara kos terbesar yang ditanggung rakyat di luar sana adalah soal mendapatkan lesen itu sendiri.
Kalau kita tengok daripada segi kerangka yang dicadangkan, harga untuk lesen bagi motosikal Kelas B2 sekitar RM350 sehingga RM450, Tuan Yang di-Pertua. Untuk kenderaan berkereta adalah antara RM1,150 sehingga RM1,300, kalau automatik sehingga RM1,500. Cuma kepada pihak Yang Berhormat Menteri, hakikatnya tak berlaku seperti itu di luar sana. Rata-rata maklum balas yang saya dapat terutamanya di bandar seperti Johor Bahru, kosnya jauh lebih tinggi. Ada yang mencecah RM1,800 untuk kenderaan berkereta, motosikal memang biasanya feedback yang saya dapat sekitar RM500. Jadi, untuk kementerian, saya nak kemukakan tiga cadangan. Pertama, adakah kementerian dapat memperkenalkan harga siling supaya harga itu dalam kawalan kita. Sebab walaupun kita nak mengamalkan persaingan yang sihat di kalangan pengusaha tetapi bagi pihak pengguna, kadang-kadang ruang itu agak terhad kerana kalau kita dapat hadkan harga siling tersebut, maka dapat dikawal dengan lebih baik. Cuma perkara yang kedua kepada pihak kementerian, kalau kita lihat di kebanyakan negara di luar sana, sebenarnya rakyat mereka ada pilihan sama ada untuk mengikuti kelas memandu private ini ataupun yang disebut sebagai belajar sendiri. Ini kerana kalau kita lihat daripada segi pemberian lesen itu, kita terpaksa mewajibkan rakyat mengikuti kelas memandu. Kalau kita lihat daripada segi kosnya, kalau kita terus kenakan harga siling, saya pasti Yang Berhormat Menteri akan berhadapan dengan tentangan daripada pengusaha. Hakikatnya, kos yang tinggi kita tahu adalah soal kos tenaga pengajar dan yang kedua adalah kos maintenance ataupun kos kenderaan itu sendiri. Jadi sekiranya ada kaedah hibrid yang kita dapat bantu, RM1,500, RM1,800 ini, anak-anak muda di luar sana boleh gunakan untuk down payment beli kereta. Sekarang ini kita habiskan RM1,800 untuk dapatkan lesen sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Perkara yang ketiga, mungkin cadangan ini, oh ini adalah cadangan yang boleh ke kita bagi kepada mereka ini belajar sendiri? Hakikatnya pemahaman saya, malah di
peringkat JPJ sedang mengusahakan untuk ujian yang mengamalkan sistem yang lebih canggih bukan hanya melalui manusia tetapi ada kawalan melalui kamera. Mungkin tidak sempurna, memang akan ada kerisauan dan sebagainya tetapi hakikatnya, kalau contoh untuk ujian tersebut, manusia pun ada khilafnya Tuan Yang di-Pertua. Tak cerita yang contohnya yang ramai kata duit kopi dan sebagainya, lesen yang terbang. Jadi bagi saya, hakikatnya kita kena cari jalan kepada pegawai di sana yang saya mengharapkan kalau boleh akan datang, bukan sahaja kita soal lesen ini untuk mengikat rakyat tetapi cari jalan untuk kurangkan kos dan beban kepada mereka. Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua, Yang Berhormat Menteri sebut tadi soal kawal selia pertukaran milikan secara interim. cuma saya nak dapat kepastian daripada pihak kementerian, siapakah yang akan tanggung liabiliti ketika tempoh interim tersebut? Sekiranya ada usaha untuk memberi jaminan dalam bentuk insurans supaya sekiranya berlaku apa-apa terhadap kenderaan tersebut, ada perlindungan. Perkara yang ketiga kepada pihak Yang Berhormat Menteri, antara isu yang mungkin terkesan juga anak muda di luar sana adalah di kalangan p-hailing. Disebut tadi sekarang dipanggil lesen vokasional. Adakah kementerian di pihak Yang Berhormat Menteri dapat memastikan, mengusahakan bahawa lesen ini ada tambah nilai? Kita tidak mahu hanya sekadar melalui another bureaucracy proses dengan izin, bukan sekadar ada penambahan daripada segi paperwork tetapi juga ada tambah nilai. Sebagai contoh, pihak Yang Berhormat Menteri sebut tadi menganggap bahawa mereka yang bekerja sendiri ini sebagai pekerja. Akan tetapi kalau kita lihat penjelasan daripada pihak Kementerian Sumber Manusia yang saya terlibat dalam sesi celahan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri, pekerja gig ini tidak tersenarai dalam kategori pekerja. Jadi, bagaimana kalau diperkenalkan lesen vokasional ini sebenarnya ada manfaat untuk menaik taraf pekerja gig kita ini sebagai seorang pekerja kerana ketika ini mereka pun tidak boleh sebagai contoh, terlibat dengan kesatuan. Jadi, bagaimana daripada segi undang-undang tersebut, pihak Yang Berhormat Menteri dapat membantu supaya anak-anak muda ini bukan hanya lesen sekadar untuk dapat lesen tetapi lesen dia ada nilai, lesennya ada perlindungan, lesennya juga seperti contoh tadi soal SOCSO dan sebagainya, ada kesan yang baik kepada anak-anak muda kita. Kepada pihak Yang Berhormat Menteri juga, soal p-hailing ini, kita tahu juga sebahagian besarnya mereka yang terlibat dalam soal gig ekonomi ini adalah bersifat sementara. Mungkin menunggu peluang pekerjaan yang lain, mungkin baru dibuang kerja. Jadi, bagaimana? Saya tahu bahawa proses ini sangat baik untuk melindungi keselamatan. Proses ini ada kawal selia tetapi bagaimana untuk memastikan kepada pekerja sementara itu, ia dianggap sebagai satu proses yang tidak memenatkan, yang saya sebut soal paperwork dan sebagainya. Yang Berhormat Menteri, perkara yang keempat. Macam tak bubar pula bila bahas ini. Perkara yang keempat kepada pihak Yang Berhormat Menteri, yang saya nak bertanya adalah soal kenderaan komersial. Kita tahu bahawa kalau tengok di lebuh raya, yang banyak rosak ataupun tayar pecah ini yang dikhabarkan apa yang saya faham, kata tayar celup. Maksudnya bukan tayar baru, dia celup. Daripada segi saintifiknya mungkin kalau Tuan Yang di-Pertua sendiri balik Cameron Highlands, pasti ada jumpa lori berhenti sebelah, tayar meletup dan sebagainya. Bagaimana untuk kita kawal selia masalah ini? Sebab perkara ini kita tahu ada pihak yang mengambil kesempatan malangnya isunya bukan kenderaan itu hanya tersadai di tepi jalan tetapi membahayakan keselamatan pengguna. Berkait rapat juga dengan kenderaan komersial Tuan Yang di-Pertua, ada juga yang berpandangan bahawa kebanyakan daripada segi kenderaan itu susah nak nampak pada waktu malam. Nampak kecil isu ini. Kita tahu daripada segi saya ingat waktu saya kecil dahulu, kenderaan kereta kita tambah baik dengan lampu ketiga, brek yang sebelah atas. Bagaimana pula kita nak memastikan daripada segi pencahayaan, daripada segi keselamatan pengguna ini, kita dapat tingkatkan. Ada kawal selia bukan hanya soal kenderaan daripada segi lesen tadi. Yang Berhormat Menteri dah perjelaskan untuk bas
persiaran dan sebagainya tetapi bagaimana kita nak tambah baik juga daripada segi kenderaan itu sendiri? Maka dengan itu, kepada pihak Yang Berhormat Menteri sekali lagi, saya ingin tegaskan yang paling penting, yang saya mohon juga kepada pegawai- pegawai kementerian untuk kita cari jalan kurangkan kos ambil lesen sebab yang ini adalah kos terbesar kepada anak-anak muda. Kita khuatir, takut ada mereka yang memilih jalan yang singkat ataupun yang ini menjadi cost opportunity untuk mereka membelanjakan wang tersebut untuk kegunaan yang lebih bermanfaat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Johor Bahru. Dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan pada hari ini yang saya jangkakan mungkin hari terakhir kita bersidang. Saya cuma ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada perkara-perkara yang lebih kurang sama yang dibangkitkan oleh rakan saya dari Johor Bahru. Pertamanya, umum mengetahui bahawa kita masih lagi sedang cuba untuk keluar daripada macam-macam masalah yang telah berlaku ke atas kita sejak berlakunya pandemik COVID-19. Ramai yang telah hilang kerja dan sedang melakukan kerja-kerja sebagai penghantar makanan melalui Grab, pemandu kenderaan Grab dan sebagainya menggunakan kenderaan masing-masing. Maka, walaupun hasrat dan niat kerajaan mungkin adalah untuk menyeragamkan semua perkhidmatan ini dan juga untuk memastikan keselamatan, saya memastikan keselamatan pemandu-pemandu Grab, penghantar-penghantar makanan melalui p- hailing dan sebagainya, saya ingin merakamkan bahawa rata-rata pemuda-pemuda kita di luar sana masih lagi menghadapi masalah kewangan yang begitu teruk. Jumlah yang dikenakan oleh pengusaha-pengusaha yang mengadakan kelas- kelas bimbingan sebelum seseorang itu mengambil peperiksaan untuk mendapatkan lesen-lesen masih lagi begitu tinggi sekali dan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Johor Bahru, boleh dikurangkan. Saya ingin tanya, walaupun kerajaan, kementerian dan jabatan mengambil langkah-langkah untuk membentangkan undang- undang ini, bukankah tidak Jabatan Pengangkutan Jalan sendiri dapat mengadakan kelas-kelas itu daripada kita menyerahkan amanah itu kepada pengusaha-pengusaha? Sedikit sebanyak Jabatan Pengangkutan Jalan seperti dahulu, ketika saya mendapat lesen lebih kurang 25 tahun ke 30 tahun yang lalu, saya melalui kelas-kelas bimbingan yang diadakan di Jabatan Pengangkutan Jalan. Di mana pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan ketika itu di Batu Uban, Jabatan Pengangkutan Jalan Batu Uban, mengadakan kelas-kelas bimbingan. Kita pergi untuk kelas-kelas di situ dan selepas pergi ke kelas-kelas yang diadakan, syarahan-syarahan oleh pegawai-pegawai, kita menduduki peperiksaan. Itu adalah salah satu cara yang boleh diperhalusi, dipertimbangkan oleh kementerian untuk kita mengurangkan beban yang dihadapi oleh pemuda-pemuda di luar sana. Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan di sini adalah tumpuan kementerian adalah kepada memberikan lesen dan juga lesen-lesen kepada pemandu bas dan sebagainya. Akan tetapi saya mendapati bahawa tidak ada sebarang tumpuan diberikan oleh kementerian dan jabatan kepada pemantauan keselamatan kenderaan-kenderaan komersial di atas jalan raya. Kita lihat banyak berita baru-baru ini dan berita-berita yang tular yang menunjukkan bahawa kebanyakan kenderaan seperti kadangkala bas persiaran, bas kilang dan juga kenderaan-kenderaan berat menjadi punca berlakunya kemalangan- kemalangan serius di atas jalan raya. Banyak sangat berita yang dilaporkan mengenai kejadian satu keluarga meninggal akibat kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan-
kenderaan berat yang tidak dapat menggunakan brek dan sebagainya yang menyebabkan kematian. So, saya di sini mengambil kesempatan ini untuk menyerulah kepada Yang Berhormat Menteri, kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mempertingkatkan lagi usaha-usaha untuk memantau sama ada enam bulan sekali, satu tahun sekali, kenderaan-kenderaan ini wajib untuk menjalani pemeriksaan untuk memastikan bahawa mereka adalah dalam keadaan yang selamat untuk digunakan di atas jalan raya. Ini kerana seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Johor Bahru tadi, selalunya pada waktu malam, kita mendapati bahawa hanya satu lampu sahaja bagi kenderaan-kenderaan yang berat itu menyala ataupun satu lampu sahaja bagi kenderaan di bahagian hadapan menyala. Di mana penunggang motosikal hanya mengetahui tentang kehadiran kenderaan itu selepas sampai dekat dan tidak dapat mengelakkan kemalangan itu dan berlakunya kemalangan. Saya juga menumpukan perhatian kepada peruntukan yang memberikan kuasa untuk pakaian seragam. Ini adalah sesuatu yang baik. Saya berpendirian bahawa ini adalah tindakan yang baik dan patut kita puji. Akan tetapi pada masa yang sama, saya ingin tanya sama ada pakaian seragam ini juga akan mereka diwajibkan memakai bodycam kerana bodycam adalah sesuatu yang boleh merakam kejadian-kejadian yang berlaku bagi keselamatan pegawai-pegawai itu sendiri dan juga untuk mengelakkan daripada berlakunya tohmahan tentang salah guna kuasa tentang kejadian-kejadian yang tidak diingini. Di kesempatan yang diberikan kepada saya, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri kepada satu kejadian melibatkan, saya tidak mahu menggunakan istilah mat rempit tetapi lumba haram yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di Pulau Pinang pada bulan Julai yang meragut lebih kurang empat atau lima orang penunggang motosikal, pemuda-pemuda di kawasan saya. Saya ingin tanya, walaupun niat kementerian dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memberikan lesen untuk menyeragamkan pengguna-pengguna p-hailing, bagaimanakah kita ingin memastikan bahawa mereka akan menggunakan lesen itu untuk tujuan yang sepatutnya? Saya risau dan saya di sini merayulah kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan, kakitangan yang bertugas di Pulau Pinang untuk meningkatkan lagi pemeriksaan di atas jalan raya terutamanya pada waktu- waktu malam, terutamanya pada hari Sabtu dan hari Ahad untuk memastikan bahawa tidak berlakunya kejadian-kejadian seperti itu. Saya amat terharu dengan apa yang berlaku dan begitu sedih kerana kita lihat ada daripada yang meninggal itu telah pun berkahwin. Ada yang meninggalkan ayah dan ibu, ada yang hanya berusia 18 tahun. Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk memohon kepada Jabatan Pengangkutan Jalan terutamanya kepada kakitangan yang bertugas di Pulau Pinang untuk memastikan bahawa langkah-langkah diambil bukan sahaja di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu tetapi di semua tempat yang menjadi hotspot dengan izin. Tumpuan berlakunya lumba-lumba haram ini untuk meningkatkan lagi langkah-langkah keselamatan supaya perkara-perkara ini tidak berlaku. Pada masa yang sama, saya ingin tanya sama ada, ada langkah-langkah yang akan diambil untuk mewajibkan pemasangan kamera dalam kenderaan-kenderaan berat terutamanya bas-bas persiaran, kenderaan-kenderaan berat supaya sekiranya berlakunya apa-apa kemalangan, langkah-langkah boleh diambil ataupun tindakan- tindakan boleh diambil terhadap pemandu-pemandu kenderaan. Selain daripada pemasangan alat yang mengehadkan kelajuan dalam sesuatu bas seperti bas persiaran, bas ekspres, saya juga ingin sarankan supaya Jabatan Pengangkutan Jalan memperhalus pemasangan sesuatu kamera di dalam kenderaan tersebut supaya ia juga secara tidak langsung mengawal pergerakan bas itu dari suatu lokasi ke lokasi yang lain. Ini supaya kita dapat pantau kelajuan bas tersebut dan untuk memastikan pemandu kenderaan-kenderaan tersebut tidak menggunakan kenderaan itu atau
menggunakan kelajuan yang keterlaluan yang boleh menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan yang boleh meragut nyawa di atas jalan raya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Memandangkan masa telah melewati 1.08 minit, saya tangguhkan Mesyuarat ini ke pukul 2.30 petang ini.
[Dewan ditempohkan pada pukul 1.08 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Ahli Yang Berhormat kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Sepang untuk berbahas. Dipersilakan Yang Berhormat Sepang, 10 minit.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut berbahas mengenai pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebuah akta yang bagi saya penting yang melibatkan kehidupan sehari-hari rakyat Malaysia. Cumanya, kita telah tadi apabila saya dilihat senarai pembahas yang diumumkan oleh Tuan Yang di-Pertua sebelum lunch tadi, kita dapati semua terlibat berbahas daripada Pakatan Harapan daripada pembangkang seolah-olah kerajaan hanya Yang Berhormat Menteri seorang sahaja yang peka pada isu pengangkutan jalan ini.
Ada Yang Berhormat Padang Rengas, ada.
[Ketawa] Akan tetapi bagaimanapun kita rasakan bahawa selagi Parlimen belum dibubarkan kita semua adalah Ahli Parlimen yang patut berbahas tentang isu-isu rakyat ini di Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, saya rasa pindaan ini saya tidak ada masalah sangat untuk menyokongnya. Cumanya, saya tanya kenapakah dalam pindaan kali ini walaupun kita tahu bahawa banyak isu yang melibatkan contohnya mat rempit, isu contohnya saya ada baca kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri sendiri yang mengatakan bahawa kita kalau boleh janganlah saman pemandu-pemandu yang bawa— menyenaraikan hitamkan pemandu-pemandu yang terlibat dengan pemandu muatan berat ini. Akan tetapi nampaknya tidak ada pindaan untuk menolong ataupun— kalau betul Yang Berhormat Menteri begitu peka kepada kepentingan mereka, saya hendak tanya kenapakah tidak ada pindaan ke atas sebarang peruntukan bagi membantu— kita melindungi kepentingan pemandu-pemandu ini. Oleh sebab Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa kita patut melindungi hak mereka sebab biasanya mereka diarahkan untuk bawa kenderaan oleh syarikat- syarikat besar ini untuk bawa kenderaan yang lebih muatan berat. Akan tetapi nampaknya tidak ada. Saya hendak tanya kenapa. Begitu kenapa tidak ada pindaan ke atas isu-isu yang kita tahu yang melibatkan di-modify dengan izin kenderaan sehingga mengakibatkan banyak berlakunya kemalangan kerana kenderaan-kenderaan yang dipandu itu kita tahu membahayakan para pengguna jalan raya. Saya difahamkan pindaan itu akan dibuat tahun depan. Adakah pindaan itu tidak dibuat kerana kali ini kerajaan merasakan bahawa kalau sekiranya pindaan ini dibuat mungkin dia akan menyebabkan kerajaan tidak popular di kalangan
anak-anak muda sebab itu kerajaan tidak mahu buat pindaan ini. Saya hendak tanya adakah keadaan begitu, ataupun macam mana. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua saya ingin membangkitkan tentang isu berkaitan dengan pindaan ke atas ataupun memasukkan seksyen 13A iaitu satu pindaan baharu yang melibatkan dengan izin saya bacakan “Interim change of possession of motor vehicles”. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan seksyen 13A(1) dinyatakan bahawa pemilik berdaftar kenderaan boleh menjual motor ataupun kenderaan mereka kepada dealer untuk tujuan jualan semula atau resale. Maka, registered owner boleh memohon kepada director untuk interim change of possession. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Kenapa kita hanya meletakkan “may” tidak berdasarkan “shall” di situ? Oleh sebab saya rasa seolah-olah kita tidak serius dari segi memastikan bahawa mana-mana orang yang membeli kenderaan ini— sebelum itu saya mahu sentuh sedikit. Tuan Yang di-Pertua, yang biasa dihadapi oleh pembeli kenderaan khususnya innocent buyer ini ialah selepas mereka beli, tiba-tiba nama tidak boleh didaftarkan kepada mereka. Oleh sebab ada satu prinsip yang dipanggil dalam undang-undang dalam bahasa Latinnya nemo dat quod non habet. Ini satu legal maxim yang popular dalam undang-undang yang bermaksud seorang itu tidak boleh transfer title unless they have.... [Tidak jelas] title. Nemo dat quod non habet. Tidak apa Tuan Yang di-Pertua, tidak hafal pun tidak apa sebab kalau hafal pun tidak tentu masuk syurga. Tidak hafal pun tidak tentu masuk neraka, kata orang. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, jadi saya hendak mengatakan kepada Tuan Yang di-Pertua dan kepada Yang Berhormat Menteri, dealer di sini, adakah dealer ini dealer yang registered dealer ataupun macam mana. Kalau sekiranya kadang-kadang ada berlaku keadaan Yang Berhormat Menteri di mana dealer ini mungkin tidak menjual kenderaan untuk resale daripada syarikat, daripada registered owner yang— maksud saya syarikat- syarikat yang menyediakan kewangan ini tetapi dalam bentuk kawan mereka. Contohnya seorang kawan dia hendak jual kenderaan secondhand car ini kepada— dia minta supaya dealer tolong jualkan. Ketika itu saya hendak tanya selalunya kes macam itu yang bermasalah Yang Berhormat Menteri kerana apabila orang beli tiba-tiba kenderaan itu mungkin ada masalah contohnya title is defective dan sebagainya. So, dalam keadaan itu bagaimana kita hendak melindungi para innocent buyer ini sebab berdasarkan prinsip nemo dat quod non habet itu menyebabkan selalunya orang yang beli kenderaan itu daripada dealer tiba-tiba kenderaan tidak boleh dipinda milik ke mereka sebab atas alasan contohnya adanya masalah kepada title itu. Sebagai contoh mungkin orang jual itu, yang minta dealer jual itu mereka itu adalah orang-orang yang dapat kenderaan itu pun dalam kenderaan itu dijual contohnya dia dapat dari kenderaan yang keadaan curi sebagai contoh ataupun kenderaan yang ada masalah. Akan tetapi mereka hendak lupuskan mereka minta dealer jual. Dealer pun akan jual. Apabila jual, apabila proses hendak pindah milik ada masalah. Biasanya kalau pergi mahkamah berdasarkan pengalaman saya Tuan Yang di- Pertua ataupun Yang Berhormat Menteri, biasanya mahkamah akan mengguna pakai maxim itu nemo dat quod non habet itu yang mengakibatkan innocent buyer ini tidak dapat— walaupun mereka dah bayar segala-galanya, mereka tidak dapat title kepada kenderaan itu. Itu yang pertama. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua dilihat kepada seksyen 13A(3) ini dia kata, “The interim change of possession shall be effective for a prescribed period”. Saya hendak tanya berapakah tempoh yang dinyatakan dalam prescribed period itu? Berapakah? Oleh sebab ia tidak nyatakan di situ.
Adakah kerajaan, Menteri mungkin boleh berikan jawapan berapakah jumlah masanya. Keduanya, seterusnya dalam perenggan empat itu dia mengatakan “Where the dealer has not sold the motor vehicle to any person upon the expiration of the period prescribed under subsection (3), the dealer shall be registered as the new owner of the motor vehicle”.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana kalau keadaan sekiranya dealer tidak mahu transfer, tidak mahu nama itu dimasukkan ke nama mereka atas alasan tertentu. Adakah apa-apa remedy yang boleh dinyatakan rang undang- undang ini? Dalam undang-undang lain tidak dinyatakan. Macam mana kalau sekiranya dealer enggan untuk mendaftarkan kenderaan itu atas nama mereka? Apakah remedy yang boleh diselesaikan? Saya hendak minta kerajaan jawab. Sebab apa? Kemungkinan nanti kalau kita terangkan kepada rakyat di bawah, mereka akan tanya kepada kita. So saya harap kerajaan akan dapat berikan jawapan. Saya harap kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, sebab mungkin kita tidak sedar undang-undang ini ada kaitan dengan undang-undang lain juga. Sebab apabila bercakap pasal dealer ini, ia ada kaitan dengan undang-undang Hire Purchase Act sebab di bawah seksyen 4(1), Akta Hire Purchase, penjualan kereta ini melibatkan dua keadaan. Satu, hire purchase yang dimasuki oleh dealer, satu lagi hire purchase yang dimasuki oleh owner. So, undang-undang ini ada kaitan dengan undang-undang lain iaitu Hire Purchase Act. Dalam Hire Purchase Act, saya berani katakan Tuan Yang di-Pertua berdasarkan pengalaman saya menjadi lawyer, banyak sangat kes hire purchase ini boleh katakan semua terbatal. Cuma orang tidak lawan. Kalau kita lawan dalam mahkamah, jarang bank menang. Biasanya pihak peminjam menang. Sebab apa? Ramai gagal mematuhi seksyen 4(1) itu. Sedangkan seksyen hire purchase itu adalah undang-undang yang jelas. Kalau sekiranya sesuatu pihak dealer atau pun original owner gagal mematuhi undang-undang itu, ia mengakibatkan transaction itu void. Bukan sahaja void malahan satu kesalahan. Akan tetapi yang biasanya berlaku Tuan Yang di-Pertua, jarang pihak owner atau pun dealer diambil tindakan. Saya hendak tanya kepada pihak Menteri. Apabila kita buat undang-undang ini kita harap ada satu penguatkuasaan yang betul-betul teluslah. Ini supaya kita harap ...
Minta rumuskan.
Sebagai penutup, saya hendak sentuh sedikit fasal isu penimbang iaitu seksyen baharu, seksyen 63A penimbang kenderaan yang semasa bergerak, Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, ini semasa saya mula-mula menjadi lawyer dahulu. Mungkin dalam tahun pertama atau tahun kedua jadi lawyer ini banyak kita buat kes-kes yang melibatkan isu penimbang ini. Biasanya yang berlaku di mahkamah ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri biasanya alat penimbang itu tidak calibrated, yang mengakibatkan apabila di mahkamah itu kes boleh lepas kerana teknikal itu. Banyak sangat. Jadi, saya hendak tanya. Saya hendak minta satu statistik daripada Yang Berhormat Menteri boleh berikan kepada saya mungkin kalau secara bertulis pun tidak mengapa, senarai jumlah kes-kes yang ditolak kerana isu itu, kerana failed to calibrate, ataupun sudah calibrate tidak ada sijil, atau macam-macam lah. Biasanya untuk makluman Yang Berhormat Menteri, banyak kes yang dilepaskan kerana isu-isu teknikal begitu. Saya harap pihak Yang Berhormat Menteri mungkin boleh mengambil satu maklumat benda ini. Kita tidak mahulah kalau undang-undang dilaksanakan ....
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?
Boleh, boleh. Boleh Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah hendak landing.
Masa sudah tamat.
Tidak mengapa, sekejap, sekejap.
Soalan kepada Yang Berhormat Menteri.
Ini floor Yang Berhormat Sepang.
Saya benarkan. Minta minta ya. Minta sekejap. Okey.
Isu 63.
Baik, sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita lihat kepada cadangan di dalam the new section 63A that the melalui seksyen 8 bil ini. Yang Berhormat Menteri, soal berkenaan dengan weighing computerised electronic ini ia mengakibatkan hasil data. So, apabila kita weigh, kita memang ada datanya. Soal yang saya bangkitkan adalah bagaimana data itu akan disimpan dan di bawah kawal selia siapa? Ini kerana data itu mungkin ada data yang tidak boleh diberikan atau dibekalkan kepada pihak-pihak lain. Jadi, dalam soal kita gubalkan peruntukan ini walaupun saya setujulah. I think it is the right thing to do to get electronic. So, kita mudahkan atur cara itu tetapi is there a thinking on the data and how it is to be stored, Mr. Minister? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sila Yang Berhormat Sepang.
Terima kasih kepada sahabat saya. Saya tidak pasti sama ada dia mencelah saya ataupun celah melalui Tuan Yang di- Pertua.
Pencelahan.
Celahan.
Okey, terima kasih. Saya bersetuju dan saya minta dimasukkan dalam ucapan saya. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab. Sekian sahaja.
Baik, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mulakan dengan mengatakan bahawa pada tahun 2020, Ketua Pengarah Pengangkutan Malaysia ada mengeluarkan satu kenyataan bahawa dalam kematian di Malaysia, ia ada beberapa penyakit. Ini Ketua Pengarah Perangkaan, bukan pengangkutan. Ketua Pengarah Perangkaan. Beliau mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia ini matinya mengikut ranking yang macam-macam, daripada jantung, pneumonia, cerebrovascular disease, transport accident. Kemudian accidental drowning dan macam-macamlah. Akan tetapi yang very interesting Yang Berhormat Menteri, yang mati setiap tahun kebanyakannya ialah mereka yang berumur bayi ke 14 tahun dan remaja 15 tahun ke 40 tahun. Contribute about 20 percent of death. Ini bermaksud yang meninggal atas jalan adalah satu jumlah yang luar biasa jumlahnya dan mereka yang mati ini kebanyakan itu area umur begitu. Bayi hinggalah mereka yang umur 40 tahun. Ini contribute ke satu
jumlah yang besar. Mengikut data polis pula, pada tahun 2020, saya tidak ada yang terakhir, berlaku 400,000 lebih accident dan kematian hampir 5,000. Tuan Yang di-Pertua, ini menunjukkan bahawa kita kehilangan anak-anak muda yang mungkin di antara mereka yang telah meninggal itu mungkin jadi Ahli Parlimen, menteri atau mungkin bakal Perdana Menteri. Ini sesuatu yang Yang Berhormat Menteri kena tengok sungguh-sungguh. Saya contribute, saya ingin menyatakan bahawa di antara sebab dan penyebab kenapa ramai anak-anak muda tidak mahu ataupun tidak mempunyai lesen memandu ini kerana kerenah. Ini khususnya untuk penunggang- penunggang motosikal. Sedarkah Yang Berhormat Menteri, ada tujuh proses sebelum dia dapat lesen itu, ada tujuh proses? Dari proses KPP01, ujian komputer, kemudian lesen L, kemudian KPP02, KPP03, booking JPJ hinggalah ujian JPJ. Seven process dan saya pernah Tuan Yang di-Pertua, duduk dalam mendengar ceramah lima jam setengah. Apa sebenarnya orang yang berceramah itu bercerita dekat budak-budak ini? You can stand the maximum is half an hour. Selepas itu you hendak keluar. Bukan sahaja boring, kadang-kadang penyampaian itu tidak sangkut paut pun dengan jalan raya. Tidak sangkut paut dan you suruh budak-budak yang umur 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun ini mendengar. Budak-budak ini sekolah pun dia tuang. Tambah lagi hendak dengar ini. Oleh sebab itu jalan pintas yang mereka lakukan dua. Pertama, mereka memandu tanpa lesen ataupun mereka beli lesen terbang. This is real on the ground. Ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah kos. Bayangkanlah untuk dapat lesen bukan sahaja dia kena bayar tetapi harganya juga fluctuate from satu city ke satu city, satu tahun ke satu tahun. Kalau tempat saya average-nya lebih kurang RM850 untuk motosikal, sorry RM650 dan saya difahamkan di Johor Bahru tinggi sedikit. Ada yang mencecah sampai RM700 dan RM800. Kalau kereta itu average-nya lebih kurang RM1,300 ke RM1,500. Akan tetapi saya hendak fokus ini Tuan Yang di-Pertua ialah tentang anak-anak muda. Saya difahamkan sale motosikal sahaja tahun ini naik 700 percent, 700 percent compared to last year.
Maknanya berapa ribu orang penunggang-penunggang motosikal kita yang tidak mempunyai lesen. Apa implikasi dia apabila tidak ada lesen? Bila dia accident, orang yang dia langgar itu tidak dicovered, malah dia sendiri pun tidak dicovered oleh insurans. Betul kita akan mengurangkan umur untuk p-hailing kita, pemandu-pemandu dan sebagainya itu kepada umur 18 tahun. Saya jangka dengan kerancakan ekonomi ini juga mungkin syarikat-syarikat yang terlibat dalam gig economy ini akan hire budak-budak muda yang tidak mempunyai lesen. Saya yakin dan ini akan memberikan malapetaka kepada kita kalau kita tidak boleh betul- betul serius tentang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah duduk di US, Tuan Yang di-Pertua juga pernah duduk di US dahulu. Kalau kita hendak ambil lesen memandu di US ini, paling senang yang pertama sekali register, yang kedua beratur. Paling senang. Tidak ada ceramah tidak ada apa. Kalau you failed hari ini, you boleh beratur ambil hari ini juga. Maknanya dipermudahkan. Oleh sebab itu, untuk dapat lesen di Amerika ini, saya tidak pernah duduk di Eropah. Akan tetapi di Amerika ia amat mudah sebab itu almost everybody boleh memandu di sana kerana proses untuk mendapatkan lesen mudah dan murah. Jadi, saya mencadangkan Yang Berhormat Menteri supaya kita permudahkan, sebab tidak masuk akal untuk budak-budak kita, anak-anak muda kita ini kita hendak ceramah, kita hendak kurung dia sampai berjam-jam dan expect dia melalui tujuh proses. Hal ini kerana kebanyakannya daripada mereka ini boleh memandu. Cuma yang kita hendak tekankan ialah supaya ada tatasusila dan disiplin dan ini boleh kita masukkan ke dalam kokurikulum pembelajaran mereka di sekolah.
Ataupun sebelum mereka sudah lulus, sebelum mereka diberikan lesen ini di waktu inilah kita kumpulkan dan pegawai-pegawai JPJ yang ditauliahkan oleh kerajaan boleh memberikan penerangan kepada mereka, “kamu sudah dapat lesen, tahniah. Kamu harus buat satu, dua, tiga, empat, lima ini. Ingatlah ibu bapa di rumah, ingat mereka yang kamu tinggalkan ataupun ingatlah mangsa-mangsa yang kamu langgar kemudian, apa akan jadi pada mereka ini.’’ Itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak sebut. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, tentang satu kajian harus dibuat Tuan Yang di-Pertua. Bila merempit ini, hampir majoritinya anak-anak Melayu. Sedarkah Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap malam minggu di Pulau Pinang, di Johor Bahru, di dalam kawasan bandar ataupun pinggir bandar ini berlaku rempit. Saya kira kementerian kena buat kajian, apa masalah sebenar mereka ini mesti ada sebab. You tidak boleh blame mereka tetapi apa sebabnya yang menyebabkan ataupun menggalakkan ataupun menyebabkan mereka suka merempit. There must be a reason. Tidak mungkin manusia lakukan sesuatu tanpa sebab. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah kajian telah dibuat. Why? Semua orang bercakap tetapi kita tidak tanya why mereka suka merempit. Malah seperti yang dikatakan oleh tadi Yang Berhormat Jelutong, ada orang yang telah pun berumah tangga, yang sudah ada anak dan merempit. Baru-baru ini accident sesama dia, meninggal di Pulau Pinang. Saya pun tidak tahu kenapa mereka suka merempit dan sebab itu saya kata satu kajian harus dibuat dan kalau kita jumpa puncanya itu, maka sesuatu tindakan harus kita lakukan. Terakhir sekali...
Seminit lebih lagi.
Tuan Yang di-Pertua, ya lah saya hendak sebut tentang ada kadang-kadang sudah tentu Yang Berhormat Menteri pun tahu bagaimana JKR juga telah pun memaklumkan kadang-kadang kawasan-kawasan kemalangan yang selalu terjadi dan kita blame pemandu-pemandu. Akan tetapi pemandu berkata ada kawasan-kawasan yang amat berbahaya dan di sini nampaknya penyelarasan harus terjadi. Di mana sudah tentu pengguna-pengguna jalan raya lebih tahu apa yang terjadi kawasan-kawasan tersebut, sama ada gelap ataupun ia punya labelling tidak betul ataupun cara jalan itu dibuat. Di sinilah saya rasa harus Kementerian Pengangkutan memainkan peranan dengan mendesak supaya pihak JKR, pihak kementerian yang berkenaan untuk mengambil tindakan kerana yang menjadi mangsa ialah pengguna-pengguna jalan raya. Oleh sebab itu, saya kira tindakan ini penyelarasan harus dibuat khususnya di kawasan-kawasan luar bandar yang ada kawasan-kawasan gelap, kawasan-kawasan yang tidak berlampu, kawasan-kawasan yang bukan sahaja tidak berlampu tetapi juga suasana itu tidak membolehkan pemandu-pemandu itu memandu dengan keadaan yang selamat. Jadi saya kira harus penyelarasan berlaku dengan lebih pantas khususnya yang melibatkan kementerian dan PBT. Itu sahaja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sila Yang Berhormat Seputeh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan dua isu, yang mana saya merupakan, membayangkan apa keadaan yang sebenar yang berlaku dalam akar umbi. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rujuk sebenarnya seksyen 44(1A), Akta JPJ, iaitu berkenaan memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah, iaitu hukuman bagi orang yang memandu di bawah pengaruh
alkohol ataupun dadah dan menyebabkan kecederaan tetapi bukan kematian. Dendanya ialah RM50 ribu ataupun tujuh hingga 10 tahun pemenjaraan. Jadi, hukuman ini sebenarnya lebih berat berbanding dengan hukuman bagi orang yang memandu kereta dengan bahaya dan menyebabkan kematian di bawah seksyen 41, Akta JPJ. Di mana dendanya adalah RM50 ribu dan pemenjaraan lima hingga 10 tahun. Jadi saya hendak tanya, satu ialah dia mungkin ada pengaruh alkohol, dia mencederakan orang tetapi bukan menyebabkan kematian. Satu lagi adalah memandu secara melulu tetapi menyebabkan kematian. Jadi yang menyebabkan kematian yang hukumannya lebih ringan berbanding dengan yang drink and drive, yang mabuk. Jadi saya rasa ini adalah sedikit ketidakserasian ataupun double standard daripada segi penggubalan undang-undang dalam JPJ. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit ini saya sebenarnya saya tidak sokong sesiapa yang minum alkohol dan selepas itu memandu kereta tetapi sekarang yang had alkohol, peratusan alkohol dalam nafas seorang pemandu yang ada minum itu sebenarnya ia diperketat dan dipertingkatkan lagi. Jadi, bagi saya di kawasan saya misalnya. Kawasan saya bandar kan, saya memang dengar banyak kes yang saya rasa agak memeranjatkan kerana undang-undang ini ia baik tetapi ia juga membuka jalan, membuka pintu kepada pegawai penguatkuasaan dan juga malah pegawai polis untuk minta wang rasuah. Jadi, angka yang saya dengar itu ialah bila mereka di dalam blok jalan, ada yang minta RM3,000, RM5,000 dan baru- baru ini saya malah dengar ada minta wang rasuah RM10 ribu cash. Jadi salah seorang pengadu ialah kawan saya yang dia kata bila dia makan di satu restoran di kawasan saya dan dia ada minum sedikit wine dan selepas itu dia di blok oleh polis dan polis kata sama ada hendak ikut dia balik ke balai, masuk dalam lokap, bermalam you know. Waktu itu adalah hari Jumaat. Selepas itu dua malam kemudian akan didakwa ke mahkamah hari Isnin. Semua orang tidak mahu ini kan? Jadi, polis minta RM3,000. Kawan saya tidak ada RM3,000 cash dalam berada bersama dia. Jadi dia kata, polis minta dia duduk di sebelah dan polis itu memandu kereta, pergi ke bank ATM, tunggu dia tekan wang, ambil RM3,000 cash bagi dia, selepas itu dilepaskan.
Saya rasa sangat hairan, ini berlaku di kawasan saya. Macam mana ini boleh berlaku? Akan tetapi ini adalah realiti. Ini bukan, saya hendak tegaskan bukan saya sokong mereka yang ada minum dan selepas itu memandu tetapi kadang-kadang apabila had limit itu terlalu ketat dan juga apabila apa yang berlaku dalam realiti ialah membuka pintu, buka jalan kepada rasuah. Kita sebagai penggubal undang-undang termasuk kementerian, saya rasa ini juga bukan perkara yang kita suka lihat. Jadi, saya rasa mungkin kementerian kena kerjasama dengan pihak polis dan juga pegawai penguat kuasa untuk melihat macam mana kita boleh mengelakkan undang- undang ini disalahgunakan oleh pegawai penguat kuasa yang tidak bertanggungjawab. Oleh kerana ini satu realiti. Mereka yang kena itu, mereka selalunya tidak mahu cakap. Tidak ada orang mahu masuk lokap. Selepas itu didakwa ke mahkamah. Sebenarnya mungkin kandungan alkohol dalam tubuh badannya tidak begitu tinggi. Mungkin satu gelas sahaja. Itu pun kena mengikut undang-undang sekarang. Jadi, saya hendak tarik perhatianlah Yang Berhormat Menteri atas realiti on the ground ini yang mana saya rasa haruslah kita ambil perhatian. Kedua ialah Tuan Yang di-Pertua, tentang cermin gelap. Baru-baru ini saya hendak tukar kereta baharu dan saya hendak gunakan plat nombor yang sudah pun ikut saya 13 tahun itu, hendak alih ke kereta baharu. Jadi hendak buat ini, kerana saya juga mahu simpan kereta yang sedia ada. Jadi, kereta lama yang sedia ada itu kena dibawa ke PUSPAKOM. Pergi ke PUSPAKOM, pegawai kata kena keluarkan semua cermin gelap saya. Cermin gelap pada kereta saya sudah ikut saya 13 tahun juga. Saya memang tidak mahu ini dibuat. Selepas itu saya terpaksa tulis surat, terpaksa ganggu pegawai atasan kementerian untuk minta pengecualian.
Okey, soalan saya ialah kenapakah ini diperlukan? Kalau hantar kereta ke PUSPAKOM yang JPJ mahu tahu adalah sama itu kereta itu benar, enjin itu ada tukar ataupun tidak, ada ikut registration atau pendaftaran kereta adapun tidak. Memang tidak kena mengena dengan cermin gelap itu. Kenapakah ini dilakukan? Jadi, saya hendak mintalah Yang Berhormat Menteri, saya rasa ini adalah satu prosedur. Saya rasa yang sebenarnya kita boleh simplify dan tidak perlu diadakan supaya untuk memudahkan mereka yang ada kereta cermin gelap itu tinted frame itu, ia tidak perlu dikeluarkan daripada kereta apabila hantar kereta ke PUSPAKOM untuk pemeriksaan. Okey, sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Padang Serai. Kemudian Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Labuan dan yang terakhir Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Pasir Gudang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya percaya pindaan rang undang-undang ini, Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini bagus. Saya hendak tumpu satu aspek sahaja iaitu seksyen baharu yang dimasukkan, seksyen baharu 63A. Kalau saya baca begini, seksyen 63A(1). “Walau apa pun seksyen 63 menjadi sah bagi sesuatu kenderaan motor jika ditimbang dengan menggunakan sistem penimbang semasa bergerak elektronik atau berkomputer yang dipasang pada mana-mana jalan”. Yang Berhormat Menteri, sebagai orang biasa saya tidak berapa faham maksud ayat itu. Akan tetapi ini tentu ada kaitan dengan penimbang lori dan beratnya. Muatan itu dan kalau dibaca pula yang subseksyen (2) itu, ada kaitannya dengan jalan raya. Mungkin tujuan ini untuk hendak jaga jalan raya itu supaya jangan rosak, supaya JPJ boleh kawal lori yang lalu di atas jalan raya atau lebuh raya itu. Saya rasa pindaan ini bagus. Saya merujuk kepada kawasan Parlimen Pasir Gudang, ada Lebuh raya Pasir Gudang. Lebuh raya ini sudah berpuluh tahun umurnya, tidak ada tol. Agaknya kerana tidak bayar, tol itu keadaannya teruk sangat Yang Berhormat Menteri. Ini di bawah kementerian yang lain. Saya faham. Lebuh raya Pasir Gudang ini menghubungkan jalan ke Pelabuhan Pasir Gudang dan kawasan industri terus ke Lebuh raya Utara Selatan ke Singapura, ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dan sebagainya. Jadi, kalau pindaan ini boleh menolong untuk menjaga kualiti lebuh raya yang ada itu dan juga lebih raya di seluruh negara sangat bagus. Jadi, hanya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, bagaimana dengan seksyen baharu ini akan membantu kita menjaga kualiti lebuh raya itu? Agak bagus juga kalau Yang Berhormat Menteri sekali skala dapat datang tinjau di Lebuh raya Pasir Gudang sebab ia menghubungkan kawasan yang menghasilkan kekayaan negara kita. Kawasan industri Pelabuhan Pasir Gudang dan selepas itu Pelabuhan Tanjung Langsat. Jadi dalam sekarang macam mana lori-lori itu ditimbang, beratnya? Saya tidak nampak dekat mana ada alat-alat itu. Kalau dalam pindaan ini ada seksyen yang menyebutkan, “Penimbang semasa bergerak elektronik”. Apa itu? Dia punya gajet macam mana itu? Dapat bantu kan. Oleh kerana pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan tidak baik pulih. Baik pulih Yang Berhormat Menteri, lubang-lubang itu. Apabila hujan diturap balik, rosak balik. Kalau kita lihat di lebih raya itu, lorinya berat-berat, lori besar dan kerosakan ini memang parah. Proses hendak naik taraf ini hanya sebahagian sahaja yang selesai, sebahagian lagi belum selesai lagi. Banyak nyawa telah terkorban terutama penunggang- penunggang motosikal. Terlanggar lubang, mati atas jalan raya itu Yang Berhormat Menteri.
Jadi, ada baik juga kalau kerap ditempatkan pegawai-pegawai JPJ untuk kawal keadaan di lebuh raya itu. Kalau Yang Berhormat Menteri boleh berkongsi dengan kita, adakah ada data-data, umpamanya tindakan pendakwaan dilakukan ke atas kenderaan- kenderaan berat ini yang melebihi muatan yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Jadi, itu sahaja yang saya ingin sebutkan Yang Berhormat Menteri. Pindaan ini bagus untuk kebaikan masa depan jalan raya kita, pengangkutan jalan kita selamat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dengan rendah hati ingin membahas Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022. Rang undang-undang ini berfokus pada beberapa perubahan yang dilakukan pada beberapa perkara Akta Pengangkutan Jalan. Tiada siapa boleh nafikan bahawa penggunaan kereta di Malaysia agak tinggi mengikut data. Malaysia mempunyai 32.3 juta kenderaan bermotor dan juga ini semakin meningkat.
Sudah pasti dalam memilih kenderaan, rakyat juga memerlukan lesen memandu untuk semua jenis kenderaan tetapi yang menjadi isu adalah peningkatan harga pembuatan lesen amat membimbangkan dan membebankan rakyat. Saya difahamkan bahawa bagi kereta manual kereta rakyat dikenakan caj sebanyak RM1,792 bagi satu orang. Peningkatan sangat mendadak tetapi saya tidak pasti akan faktor kenaikan harga ini. Kerajaan perlu membuat rumusan untuk memastikan pemilihan lesen lebih murah dan ini akan menggalakkan orang ramai terutama anak-anak muda untuk mengambil lesen. Bagi anak-anak bersekolah, perlulah memberi lesen yang berbeza supaya mereka— Saya tengok ramai anak-anak muda ini datang ke sekolah dengan motor tetapi tidak ada lesen, tidak ada apa. Akan tetapi, kita kena cari jalan mesti bagi satu lesen yang mana sekiranya terjadi sesuatu bolehlah mereka menuntut dan sebagainya. So, bolehkah kerajaan kaji balik bagaimana kita hendak bagi anak-anak bersekolah itu lesen motor yang lebih rendah daripada yang sekarang? Seterusnya, saya juga ingin membangkitkan mengenai pemilihan lesen vokasional Malaysia iaitu Goods Driving License (GDL). Saya mendapat laporan daripada pemandu-pemandu lori bahawa apabila mereka mengambil lesen sebelum tarikh lahir mereka tempoh lesen tersebut hanya diberi setahun sahaja. Ini because kalau hari jadi dia 4 Februari, kalau dia ambil 31 Mac, dia hanya dapat satu bulan sahaja. Apa yang digelarkan adalah apabila mereka mengambil lesen tamat tempoh— Kalau mereka tamat tempoh, katakan habis 4 hari bulan tamat, dia ambil 10 hari bulan, so dia boleh dapat dua tahun tetapi orang ambil awal dapat satu tahun. Ini yang kelirukan kita. So, perlu di-check sebab patutnya orang yang ambil awal dibagi dua tahun, orang yang sudah tamat satu bulan, dua bulan baru ambil lesen boleh dapat dua tahun. So, itu sebab orang yang hendak ambil lesen awal itu adalah pemandu-pemandu yang pergi long distance. Kalau dia masuk Singapura pada tarikh tersebut dia tidak ambil lesen, perlu diambil lesen awal supaya apabila dia keluar daripada Singapura dia ada lesen hidup, dia punya GDL itu hidup. Itu sebab dia ambil awal. Itu kita kena kaji balik Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi, terdapat ketidakadilan kepada yang mengambil awal lesen vokasional ini, maka hendak ambil lesen GDL ini bukanlah mudah kerana perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dahulu, selepas itu baru boleh mohon lesen di JPJ. Saya mahu Yang Berhormat Menteri kaji masalah ini dan wujudkan satu sistem untuk memastikan
pemandu-pemandu yang mengambil awal lesen mereka juga perlu diberi tempoh dua tahun. Ini kena pada saya sendiri Yang Berhormat Menteri. Saya sendiri ambil. Hari jadi saya 4 hari bulan tetapi saya ambil 30 hari bulan, dia bagi satu tahun. Saya tidak mahu setahun saya mahu dua tahun. Tidak ada, kalau lesen you mati selepas itu, baharu saya boleh bagi. Ini terjadi pada saya, sebab itu saya bawa mari hari ini. Sendiri pun jadi macam itu, macam mana drivers biasa? Lesen itu ada dekat saya, 31 hingga tahun depan, empat hari bulan tahun 2023 baru tamat. Dia satu tahun sahaja. Saya kata, “Why?” He said, “This is the rule by JPJ”. Sepatut saya dikurniakan dua tahun sebab saya ambil awal sedikit. Kadang-kadang saya hendak datang Parlimen, tidak kan lah saya hendak pergi ambil lesen situ? So, this is… Selain itu juga saya ingin membangkitkan mengenai penggunaan jalan di kawasan taman oleh kenderaan berat. Saya mendapat laporan bahawa kenderaan berat dibenarkan melalui kawasan taman padang waktu siang dan malam hari di kawasan Padang Serai. Perkara ini sangat bahaya terutama kepada anak-anak yang berada di kawasan sekitar. Oleh sebab kebanyakan perumahan ini dibuat— susah sebab dia buat satu taman, satu taman, jalan itu hendak masuk taman itu semua. Satu kajian perlu dibuat di taman yang ada perumahan-perumahan. Itu masalah di situ sekarang sebab driver hendak masuk tidak boleh sebab driver masuk kita marah driver. Ini sebab dia wujud taman dahulu, taman kedua wujud sebelah itu tetapi pakai jalan itu juga. So, sebelah rumah yang— beranda rumah lori itu lalu. Kita takut anak-anak melintas ke apa ke, itu yang bahaya. Perkara ini juga sangat bahaya terutama kepada anak-anak yang berada di kawasan sekitar. Bukan itu sahaja, yang menjadi masalah tetapi disebabkan kualiti bahan jalan yang rendah menyebabkan jalan tersebut rosak kerana tidak mampu tampung berat lori. Saya juga mencadangkan satu sistem tetap ada untuk kenderaan lori sebab setiap kali perubahan hingga driver atau pemilik kenderaan kena saman. Baru tahu bila kena saman, baru tahu ini lori, ini tidak boleh pakai, ini lori itu tidak boleh pakai. Ini lori mesti ada gas, ini lori mesti mahu ada ini. So, tiap-tiap kali ubah. Bila kena saman, saman kena bayar RM600, RM300 untuk driver, RM300 untuk pemilik, RM600. Pada hal itu triangle baru RM10. So, it’s unfair, perlu dikaji balik biar satu orang kena saman cukuplah. Sekarang pun ekonomi tidak bagus, so kita kena flexible a bit. Isu berkaitan adalah Yang Berhormat Menteri mesti bekerjasama dengan kementerian lain agar jalan raya di Malaysia ini mampu memudahkan pergerakan lori keluar masuk. Kadang-kadang di kawasan factory, jalan itu sempit. So driver hendak keluar daripada satu-satu kawasan itu pun jadi— apabila jadi accident disalahkan kepada pemandu sebab jalan itu sempit. Dia pun tidak ada masa. Macam mana hendak— driver diberi lesen, ada semua tetapi jalan itu kecil. Siapa punya salah? Driver salah ke orang yang buat jalan itu salah? Kita kena kaji balik. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan beberapa isu yang dihadapi oleh warga Padang Serai dan rakyat Malaysia sekiranya kita dapat melihat pelbagai jenis kemalangan berlaku. Kita perlu bagi kredit ini kepada penciptaan sosial media sehingga mengetahui pelbagai perkara dalam sekelip mata. Disebabkan itu, rakyat Malaysia lebih sedia dengan berusaha untuk mendapat dashcam dengan izin. Rakaman kamera ini akan menjadi bukti jika apa-apa berlaku pada mereka atau ada tindakan sabotaj yang cuba dibuat kepada mereka oleh pengguna jalan raya yang lain. Akan tetapi isu besar adalah mengenai kos pembelian alat ini. Maka, saya ingin mencadangkan kepada kementerian untuk memberi subsidi berfokus untuk memilik dashcam ini.
Lagi seminit setengah lagi.
Memerlukan pendekatan baharu yang boleh digunakan oleh kementerian dalam memastikan apa-apa kes yang terjadi di jalan raya mampu diselesaikan dengan efektif.
Antara perkara lain yang saya ingin bangkitkan adalah hukuman yang lebih keras kepada pemandu yang membawa secara melulu di kawasan sekolah dan juga perumahan. Saya mendapat laporan kebanyakan pemandu tidak mengikut had kelajuan semasa berada berdekatan kawasan sekolah dan perumahan. Saya percaya sudah tiba masa untuk kita mengenakan hukuman yang lebih keras seperti pembatalan lesen kepada pemandu yang ditahan membawa secara melulu dan laju di kawasan tersebut dan kepada pemandu yang menyebabkan kecederaan kepada anak-anak yang berada di sekitar kawasan itu. Pengangkutan lesen secara mandatori perlu dijadikan sebagai hukuman tambahan dengan hukuman sedia ada seterusnya kerana kita mesti menjaga keselamatan anak-anak daripada orang yang tidak bertanggungjawab.
Masa 20 saat lagi.
Saya berdiri teguh dalam apa- apa perkara yang diberikan kebaikan kepada rakyat tetapi ada beberapa soalan yang memerlukan perhatian agar rakyat lebih mendapat kebaikan daripadanya. Yang Berhormat Menteri, saya puji sebab selepas Yang Berhormat Menteri ambil alih tugas sebagai Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, ada perubahan. Ada kebaikan, I appreciate that. I think you can do better than that in the coming year. So, dengan ini terdapat keperluan untuk semua perkara yang disuarakan oleh saya diambil serius dan memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan diberi manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk berbahas di bawah rang undang-undang ini. Saya ingin menyatakan di peringkat awal ini iaitu bahawa saya menyokong segala pindaan yang telah dibuat di dalam rang undang-undang ini kerana kita tahu iaitu bahawa kenderaan di jalan raya ini adalah sangat penting dan kita semestinya pastikan iaitu bahawa apa juga perkara-perkara yang – orang kata dalam bahasa Inggeris, “loose”-lah. Kita kena diperketat. Saya dengar ucapan daripada sahabat saya Yang Berhormat Padang Serai. Saya Padang Rengas. Saya juga sama macam beliaulah. Kita hendak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Sebentar tadi, beliau ada sebut berkenaan dengan iaitu bahawa dua kali denda ini, iaitu pemandu kena denda RM300 dan pemilik pun RM300. Jadi, saya hendak beritahu pada Yang Berhormat dalam masa yang kita mendenda pemandu tetapi yang lebih penting kita mesti pastikan pemilik itu mesti lebih bertanggungjawab. Kalau denda itu RM300 tak semestinya sama. Ini kerana, kalau dia sebagai seorang pemilik, dia kena pasti itu bahawa − sama ada kalau dia company director-kah. Pemandu yang buat salah – mungkin dia itu kita boleh tarik lesennya. Akan tetapi, tanggungjawab itu mestilah pada pemilik. Ini kerana mesti dia bertanggungjawab untuk memastikan bahawa siapa yang diambil sebagai pemandu itu − dia punya tanggungjawab memastikan iaitu bahawa dia ambil orang yang betul-betul, yang bertanggungjawab. Tak mahu kita kata bila berlaku accident, “bukan saya yang bawa kereta, saya cuma pemilik.” Akan tetapi, kalau dia pemilik – kalau bukan dia berniaga sekalipun, dia benarkan orang lain membawa kereta dia. Jadi, dia kena berhati-hatilah. Jangan sewenang-wenangnya membenarkan seseorang yang lain yang bukan merupakan pemilik untuk memandu kereta itu. Jadi, pada saya dalam apa-apa accident yang berlaku, kita kena berikan beban yang berat kepada pemilik – itu lebih penting. Saya setuju iaitu pemandu yang bawa, jadi
dia kena denda. Tak denda pun tak apa, lesen dia itu. Akan tetapi, pemilik ini mesti dipertanggungjawabkan. Ini kerana dia cuai. Kereta dia, dia tak kisah. Mungkin ibu bapa beri kunci kepada anak, “you bawa kereta”. Jadi, apa-apa berlaku pemilik ya kena denda dan mungkin pemandu pun − tetapi saya rasa pemilik itu jauh lebih mesti diberikan tanggungjawab, didenda lebih berat atau apa sekalipun kerana dia telah cuai dengan memberikan keretanya itu dibawa oleh seseorang yang lain ataupun kalau dia seorang syarikat berniaga, dia juga telah tidak mengambil berat. Main pukal sahaja ambil, siapa hendak menjadi kerja jadi driver, ambil sahaja. Jadi, kita kena beri kebertanggungjawaban kepada pemilik supaya dia lebih berhati-hati dalam membenarkan kenderaannya itu diguna oleh orang lain. Itu pertama. Kedua, saya bersetuju dengan pindaan ini berkenaan dengan seksyen 2 iaitu dengan izin, “The Road Transport Act 1987 is referred to as the Principal Act.” Ya, di sini Road Transport Act is the Principal Act. Bermakna iaitu bahawa segala apa sahaja sekalipun – dulu saya pernah menjadi Menteri Pelancongan. Apabila mari kepada excursion bus ini semua, ia di bawah satu akta iaitu Tourism Vehicle Licensing Act yang boleh mengeluarkan lesen. Akan tetapi, walaupun ia boleh mengeluarkan lesen, the principal act is the Road Transport Act. Tidak boleh memberikan syarat yang berbeza daripada apa yang ada dalam Road Transport Act. Maka oleh sebab itulah saya menyokong seksyen 2 amendment ini di mana “excursion bus shall have the same meaning as assigned to that expression in the Tourism Vehicles Licensing Act 1999 [Act 594] and in the Second Schedule to Land Public Transport Act 2010 [Act 715] ;” Ini penting Yang Berhormat sebab Principal Act is the akta jalan itu. Walaupun ada akta yang lain yang boleh memberikan kuasa untuk mengeluarkan permit-permit lain tetapi ia mesti terikat kepada Principal Act ataupun the mother act iaitu the Road Transport Act 1987. Ini adalah satu pindaan ke arah yang perkara yang betul, yang patut dilakukan dahulu lagi dah. Dengan adanya satu akta yang lain boleh memberikan permit tetapi mengikut perbezaan-perbezaan yang lain yang diperlukan oleh the Road Transport Act 1987. Keduanya, saya bersetuju Yang Berhormat iaitu dengan amendment of section 3 di mana dahulunya Ketua Pengarah boleh tukar uniform, rank marking di authority card semua ini – ini dahulu kuasa kepada Ketua Pengarah. Bukan saya tidak percaya kepada Ketua Pengarah, pegawai-pegawai kerajaan kita yang menjadi Ketua Pengarah tetapi saya rasa accountability. Ketua Pengarah dia sebagai Ketua Eksekutif dulu – ya lah dia ada kuasa buat uniform. Kita tak mahu nanti tiap-tiap kali lima-enam tahun ada tukar uniform sebab Ketua Pengarah ada kuasa. Akan tetapi, kalau Menteri punya kuasa, kita kena faham iaitu bahawa Menteri ini apa sahaja yang dia hendak buat dia kena bawa memorandum. Kena bawa Memorandum Kabinet dibentangkan, dibahaskan kemudian dipersetujui. Jadi, tidak semudahlah untuk seseorang Menteri untuk suka hati dia hendak tukar uniform. Kalau kita tukar uniform selalu ini kadangkala orang confused. Uniform ini bermakna authority. Ia bukan satu perkara yang boleh dimain-mainkan. Orang lihat kepada uniform ini sebagai authority – polis, tentera. Jadi bagi sayalah sepatutnya sudah lama tukar kuasa Menteri ini. Ini kerana, Ketua Pengarah dia tidak – mungkin dengan Menteri dia tidak baik atau apa, Menteri tak ambil tahu sangat atau apa. Dia tukar, tukar begitu sahaja. Akan tetap, kalau Menteri yang diberikan kuasa ini, Menteri tidak semudah untuk membuat sesuatu tanpa ada persetujuan daripada Jemaah Menteri yang mana dia kena bawa memorandum. Jadi, saya menyokong penuh iaitu bahawa kuasa ini diberikan kepada Menteri. Yang terakhir saya hendak sentuh berkenaan dengan – ini pun cukup baguslah iaitu “Interim change of possession of motor vehicles.” Pada masa-masa yang lepas ini Yang Berhormat, kita semua tahu apabila kita hendak tukar, hendak jual kereta, bagi kepada agen – dia suruh kita sain borang kosong, transfer form. Kosong. Okey, jadi transfer kosong maka kita beri kepada dia tiba-tiba dia jual kepada satu orang yang kita tidak tahu. Lama-lama kita ingat sudah okey, tetapi sebenarnya jual kepada orang, orang itu tak bayar installment dan sebagainya. Akhirnya mari balik kepada kita. Inilah masalah yang dihadapi. Jadi, sebab itu kepada sayalah apabila kita ada “Interim change of
possession of motor vehicles”, dengan adanya hadnya, period-nya berapa lama period itu. Saya ingat ini adalah satu innovation yang bagus yang dapat melindungi the original owner from being − dipermainkan oleh – bukannya saya hendak salahkan kepada agen penjual tetapi kadangkala agen dia apabila sudah sain ini dia tak kira siapa hendak beli itu, dia jual aje. Janji dia dapat duit dia tetapi bila telah dijual, installment tidak dibayar. Akhirnya, surat itu dapat kepada original owner, menuntut untuk menghapuskan hutang yang telah diambil oleh bank kerana hendak membelikan vehicle itu. Jadi inilah yang saya rasa apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat dalam usaha ini betullah seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Serai sebentar tadi. Yang Berhormat amat memahami masalah yang dihadapi hasil daripada berlakunya sesuatu akibat daripada vehicle-kah atau apakah, memang sebetulnya.
Hari itu saya ingat Yang Berhormat ada bangkitkan tentang orang minum driving, bagus. Jaga kepentingan rakyat. Jadi, dalam perkara ini saya bersetuju dalam pindaan ini dan saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang sangat prihatin dengan masalah yang boleh berbangkit daripada vehicle di atas jalan kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Labuan dan kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Papar. Saya ingin mengurangkan masa sedikit kerana selepas ini ada dua RUU lagi. Jadi, saya bagi tempoh masa lima minit tetapi kalau ada poin hendak teruskan boleh mohon tambahan masa. Silakan Yang Berhormat Labuan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Labuan untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya ingin menyentuh mengenai seksyen 3, akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen 3 dengan subseksyen yang berikut; “(3) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta menetapkan ̶ (a) pakaian seragam dan tanda pangkat bagi mana-mana pegawai pengangkutan jalan; dan (b) kad kuasa dan lencana yang akan dibawa oleh mana-mana pegawai pengangkutan jalan. Saya difahamkan sebelum ini ia merupakan kuasa Ketua Pengarah dan sekarang kuasa ini telah dipindahkan kepada Menteri. Antara sebab dipinda adalah bagi memastikan pemakaian seragam tidak disalah guna oleh mana-mana pihak dan sekiranya berlaku akan menjadi satu kesalahan di bawah peruntukan undang-undang. Soalan saya, adakah sewaktu Ketua Pengarah memegang kuasa, penyalahgunaan pakaian seragam JPJ berlaku dengan berleluasa sehingga Menteri perlu mengambil alih tugas Ketua Pengarah. Kedua, apakah jaminan Yang Berhormat Menteri bahawa sekiranya Menteri diberikan kuasa kesalahan ini dapat dikurangkan berbanding semasa Ketua Pengarah diberikan kuasa? Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat ada sebut bahawa mereka perlu menggantikan lesen vokasional kepada p-hailing. Ini bukan lesen GDL. Spesifikasi lesen ini akan dimaklumkan kelak. Soalan saya bilakah maklumat lengkap mengenai lesen ini akan diberikan? Apabila jaminan kerajaan bahawa lesen ini tidak akan membebankan mereka yang terlibat dengan p-hailing?
Sebelum ini Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR) ada membuat 10 tuntutan kepada kementerian iaitu antaranya mengenai harga lantai untuk caj penghantaran dan pengambilan pesanan dan masalah peta digital yang mempunyai jarak berbeza dengan jarak sebenar. Saya ingin mendapatkan kepastian daripada kementerian apakah status terkini tuntutan-tuntutan tersebut dan adakah garis masa ditetapkan bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan? Mohon Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seterusnya silakan Yang Berhormat Papar.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya berbahas mengenai dengan rang undang-undang ini. Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah kita harus memberikan keutamaan kepada pekerja-pekerja ini dan kita harus juga memberikan mereka ini satu guideline iaitu apa itu e-hailing dan apa itu p-hailing. Ini kerana apa yang saya difahamkan ialah ada di antara mereka ini membuat kerja dua-dua sekali. Ada buat p-hailing dan sekali juga ada membuat e-hailing. Jadi, di sini ada sedikit kekeliruan. Apa yang paling penting di sini ialah kelakuan mereka ini. Ada di antara mereka ini menjalankan pada mereka, tugas-tugas yang dijalankan ini adalah tugas-tugas yang terbaik. Akan tetapi, kepada orang luar, orang awam apabila mereka melihat apa yang terjadi seolah-olah mereka ini jalan raya itu mereka yang punya. Mereka tidak peduli pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Jadi, kita sangat-sangat inginkan kerajaan memberikan peraturan yang terbaik supaya mereka ini apabila mereka melanggar peraturan-peraturan jalan raya ini kita akan bagi mereka satu pengajaran. Bukan ertinya pengajaran kita harus denda tetapi pengajaran kita bagi amaran. Selain daripada itu, saya ingin bertanya juga kepada kementerian apabila pemandu-pemandu e-hailing atau p-hailing ini, cara mereka mengendalikan kenderaan mereka ini seolah-olah mereka ini dikejar masa dan mereka mahu cepat sampai dan balik ke tempat asal. Pada masa yang sama juga mereka akan dapat banyak trip. Jadi, saya ingin kerajaan melihat perkara ini. Adakah mereka ini sudah ataupun pengusaha e-hailing ini diberi oleh majikan mereka sesuatu time, time frame. “Kalau you tidak datang pada waktu ini bererti you are not efficient”. Jadi, ini kita harus ambil perhatian. Jadi, kalau inilah efficiency itu merupakan salah satu daripada cara untuk mereka diberikan penghargaan ataupun penghormatan ataupun markah, jadi saya ingin kerajaan memberikan sedikit peraturan yang terbaiklah.
Ya,celahan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Papar, adakah Yang Berhormat Papar sedar bahawa ada syarikat p-hailing yang sebenarnya tidak menganggap riders ini sebagai pekerja? Sebaliknya mereka dianggap sebagai rakan kongsi dan oleh sebab itu, Akta Pekerja tidak terpakai bagi riders ini dan kebajikan mereka sebenarnya tidak terjaga sebagaimana yang kita harapkan. Terima kasih.
Ya, masukkan sebagai saya punya inilah sekali.
Sebahagian ucapan.
Jadi, apakah yang saya ingin ajukan di sini ialah selain daripada itu kita juga ingin melihat kebajikan para e-hailing ini iaitu adakah mereka ini di covered oleh insurans dan bagaimana pula dengan isu apabila kenderaan yang dipakai itu bukan atas nama mereka, ia atas nama orang lain. Jadi, kalau misalkan
adalah terjadi kemalangan sama ada kemalangan sendiri ataupun kemalangan membabitkan orang lain dan menyebabkan kematian atau macam mana? Jadi, ini saya mahu kerajaan ambil perhatian kepada perkara-perkara seperti ini. Selain daripada itu, adakah mereka ini juga layak untuk mengambil PERKESO iaitu mengambil insurans dalam PERKESO. Jadi, saya ingin kerajaan mengambil sesuatu untuk kebajikan mereka ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Yang Berhormat sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab apa yang telah dibahaskan tadi. Tempoh masa 20 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 10 orang Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Labuan dan Yang Berhormat Papar yang juga dua orang Ahli Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Jerlun yang telah mencelah dalam perbahasan tadi. Antara mereka telah memberikan cadangan serta membangkitkan isu yang berkaitan pindaan Akta Pengangkutan Jalan [Akta 333] ini. Saya mulakan dengan yang pertama, Yang Berhormat Johor Bahru. Harga siling mendapatkan lesen memandu, harga tinggi mencari jalan untuk mengurangkan kos mendapatkan lesen memandu di institut memandu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ telah menetapkan harga siling maksimum bagi permohonan lesen memandu bagi mengikut kelas-kelas kenderaan. Bagi kelas kenderaan B, atau motosikal melebihi 500cc, harga siling ialah RM900. Bagi kelas siling adalah RM350 sekiranya adalah kenderaan di bawah kelas B2 atau motosikal tidak melebihi 250cc. Bagi kenderaan D pula atau motokar, berat tanpa muatan tidak melebihi 3,000 kilogram adalah RM1,150 dan bagi kelas kenderaan DA iaitu motokar tanpa pedal klac BTM tidak melebihi 3,500 kilogram adalah RM1,250.
Jadi, untuk makluman semua kos lesen memandu Singapura yang dianggap setaraf dengan kita ialah SGD1,400 atau bersamaan RM4,557. Thailand pula bergantung kepada enam jam atau 10 jam iaitu antara RM700 hingga RM930. United Kingdom iaitu GBP1,800 bersamaan dengan RM9,450. Kalau kita melihat data ini, saya sekali lagi hendak menyatakan bahawa ada terdapat IM yang menawarkan pakej-pakej perkhidmatan tambahan seperti perkhidmatan pengambil dan juga penghantaran calon daripada lokasi rumah dan menyediakan makanan dan minuman di sepanjang tempoh pembelajaran. Maka IM telah menetapkan kos bayaran tambahan bagi menampung kos tersebut. Perkara ini di luar kawalan MOT dan JPJ. Terserah kepada pihak calon untuk bersetuju mengambil pakej berkenaan dengan pihak IM. Dengan maksud lain, ia tidak boleh melebihi kalau dari segi yuran tidak boleh. Kalaulah orang itu duduk di Puchong, dia hendak belajar di Cheras. Bermaksud dia kena pick up, dia kena membawa calon ini dan bergantung pada setiap kali dia bawa itu dan makan dan minum berapa itu di luar daripada pakej yuran tersebut. Ini yang berlaku kepada sesetengah IM dan bergantung kepada penerimaan seseorang calon itu. Kedua, ialah liabiliti apabila kenderaan telah ditukar milik dalam tempoh interim. Ini satu soalan yang baik. Untuk makluman semua, semua liabiliti akan dipindahkan kepada pihak Used Car Dealer (UCD). Inilah hasrat dan objektif proses pertukaran hak milik sementara untuk memindahkan semua pemilikan pendaftaran kenderaan itu kepada pihak UCD dan membebaskan sebarang liabiliti dari pihak yang menjual ataupun orang
ramai. Apabila pertukaran pemilikan pemilik interim itu berlaku, pemilikan kenderaan motor itu telah pun dipindahkan kepada pihak UCD. Saya beri contoh, apa yang telah saya hurai semasa pembentangan ialah kita telah mengizinkan mereka melakukan pertukaran sejak tahun 2011 tetapi tidak ada asas undang-undang. Kita kutip RM10 pun tidak ada asas undang-undang. Ini kerana dalam akta yang sedia ada tidak ada pemilikan sementara. Oleh sebab itu, kita perlu letak ini demi melindungi masih pengguna atau mereka yang menjual kereta. Isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang itu tidak wujud kerana kalau sebelum itu ada — dia akan tanggung semua saman, mungkin tidak tukar milik. Akan tetapi, dengan cara ini maka ia adalah sebagai satu langkah untuk melindungi pengguna. Status interim ini hanya bermaksud pihak UCD dikecualikan daripada melengkapkan lain-lain proses pertukaran pemilikan kenderaan yang lain yang ditetapkan di bawah peraturan sedia ada seperti menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM dan mengemukakan borang JPJK3 serta membayar fi yang ditetapkan. Dalam tempoh interim ini, pemilikan kenderaan telah dipindahkan kepada UCD dan UCD dikecualikan daripada proses-proses di atas. UCD hanya perlu melengkapkan proses di atas apabila menjual kenderaan tersebut kepada pihak ketiga ataupun pembeli seterusnya. Jadi saya rasa jelas apa tujuan kita untuk mengadakan pertukaran interim ini. Soalan ketiga ialah adakah dengan mengenakan lesen p-hailing akan memberi nilai tambah kepada penunggang yang sedia ada. Ya, ia akan memberi nilai tambah. (i) memastikan semua penunggang kompeten dari aspek pemanduan; (ii) memastikan aspek keselamatan pemanduan dan pengalaman ataupun pemahaman peraturan jalan raya demi keselamatan penunggang dan juga orang ramai; (iii) memastikan aspek kebajikan penunggang akan dapat tetap terpelihara dengan adanya caruman dalam SKSPS; dan (iv) membuka ruang-ruang pekerjaan yang lebih meluas kepada penunggang. Untuk makluman Yang Berhormat Jerlun, soalan yang dibangkitkan tadi. Sebenarnya kita pun telah mulakan mensyaratkan kepada semua syarikat iaitu mengenakan caruman RM13.10 untuk PERKESO. Dengan duit ini, RM157 setahun kerajaan membayar 80 peratus sebagai permulaan dan 20 peratus ditanggung oleh pihak penunggang ataupun p-hailing riders. Ini yang kita lakukan. Oleh sebab itu, kita komited untuk memastikan ada jaringan keselamatan sosial untuk melindungi mereka apabila berlakunya kemalangan sekurang-kurangnya mereka dilindungi. Inilah cara kita membantu.
Boleh, saya ingin mengesyorkan kepada pihak kementerian untuk mempromosikan seluas-luasnya kepada riders ini. Ramai di antara mereka tidak tahu mengenai kemudahan ini dan bila mereka tidak bayar berlaku kemalangan mereka tidak dapat menuntut. Terima kasih.
Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat. Sebenarnya betul selepas ini akan kita syaratkan, kalau hendak dapatkan lesen vokasional dia kena mencarum. Bermaksud dia tidak boleh lepas. Hendak dapat ini prasyaratnya ialah SKSPS mesti ada. Jadi seterusnya isu keselamatan kenderaan barangan. Ini berkaitan dengan tayar celup. Sebenarnya tayar celup digunakan adalah selamat selagi ianya mematuhi standard dan peraturan pembinaan tayar yang telah ditetapkan. Isu utamanya yang berlaku apabila kenderaan membawa lebih muatan menyebabkan tayar tidak dapat menampung beban yang telah ditetapkan dan tayar tidak ditukar apabila telah sampai tempohnya. Dalam hal ini, MOT dan JPJ memastikan tahap
keselamatan ini memperkenalkan pindaan kepada Akta 333 untuk menggunakan peralatan HSWIM untuk menguatkuasakan peraturan berat kenderaan yang lebih muatan. Untuk makluman, kesalahan-kesalahan lebih muatan yang direkodkan mulai tahun 2017 hingga Ogos 2022 adalah sebanyak 337,319 kes. Pemeriksaan berkala kenderaan barangan di PUSPAKOM yang disyaratkan iaitu enam bulan setiap kali adalah untuk memastikan kenderaan berkenaan selamat digunakan di atas jalan. Pemahaman dan sifat tanggungjawab pemilik kenderaan yang diperlukan bagi mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. Ini Yang Berhormat Johor Bahru. Kemudian Yang Berhormat Jelutong, telah menyebut adakah JPJ dapat melaksanakan kelas sendiri bagi mendapatkan lesen vokasional. Untuk makluman, sebenarnya JPJ mempunyai kuasa menjalankan kelas dan mengeluarkan lesen kepada penunggang. Namun, sekiranya perkara ini dilaksanakan oleh JPJ ia akan memerlukan tenaga manusia yang tinggi dan kos operasi dan infrastruktur yang amat tinggi. Maka atas sebab itulah perkara ini telah dibenarkan kepada pihak institut memandu melakukannya. Bayangkan disebabkan pandemik tiba-tiba kita ini telah dibanjiri dengan calon-calon yang ingin mengambil lesen memandu. Begitulah bayangan yang boleh saya berikan kepada semua kerana setiap kali, setiap tahun, saban tahun kita melihat orang muda kita kalau telah mencapai umur 16 tahun atau 18 tahun mereka akan mengambil lesen memandu sama ada motosikal atau motokar. Seperti yang telah dilaksanakan di bawah pengawalseliaan e-hailing, pihak operator e-hailing yang mematuhi kelayakan dan peraturan yang ditetapkan juga telah dibenarkan untuk melaksanakan kelas-kelas tersebut melibatkan lesen iaitu mendapatkan lesen vokasional. Perkara yang sama akan boleh dipertimbangkan untuk pelesenan lesen vokasional bagi p-hailing sekiranya perkara tidak mencukupi di IM sedia ada. Pada masa ini, terdapat 240 buah institut memandu di seluruh negara yang menawarkan kursus- kursus bagi mendapatkan lesen vokasional secara amnya. Saya hendak maklumkan dan bagi jaminan kepada Dewan yang mulia ini. Sebenarnya apa yang saya hendak maklumkan kepada semua ialah kita tidaklah membebankan p-hailing riders, penunggang-penunggang p-hailing kerana bayangkanlah kalau saya hanya mengenakan RM2 untuk road tax atau lesen kenderaan motor, apakah logiknya saya kenakan bayaran begitu tinggi sekali. Kita sedar bahawa GDL atau PSV pun RM20. Saya rasa dalam kes ini kita hanya buat secara nominal sahaja untuk memenuhi syarat pelesenan iaitu kita kena. Contoh, kalau kita minta senarai mereka yang terlibat dalam kerja-kerja penunggang p-hailing — kalau minta kementerian — setakat ini saya tidak ada senarai. Saya kena minta syarikat beri. Ini kerana kita tidak ada kaedah pelesenan lesen vokasional. Kalau kita hendak bagi bantuan seperti bentuk bas dan juga teksi driver, kita kena ada senarai. Oleh sebab itulah, melalui lesen vokasional yang ada ianya antara satu ialah kita dapat melesenkan dan kita tahu siapa, berapa orang yang terlibat secara formal dan secara mengikut undang-undang. Itulah kebaikannya yang ada. Yang Berhormat Sepang? Tidak ada?
Tidak ada.
Cuba mengatakan fasal UCD. Sebenarnya saya sudah terangkan tadi ya. Tidak ada isu kerana kita telah menyelesaikan semua kekusutan yang berlaku apabila seseorang menjual kereta kepada used car dealer dan tangguh terlalu lama sekiranya tidak buat apa-apa.
Yang Berhormat Jelutong tadi ada sebut tentang mat rempit dan juga body camera. Sebenarnya untuk menguatkuasakan semua ini, sebenarnya kita sudah adakan proof of concept. Body cam pun kita sudah gunakan dan ada pegawai JPJ telah mengeluarkan saman dengan cara ini. Kita panggil mereka, temu siasat. Adakah mereka melakukan kesalahan sekian, sekian menggunakan handphone? Kalau tidak, kita tunjukkan gambar. Saya rasa ini satu konsep yang sangat baik yang boleh kita
menghindar sebarang penyelewengan daripada segi rasuah dan sebagainya dan integriti dapat kita tegakkan. Yang Berhormat tadi ada sebut fasal mat rempit. Ingin saya jawab, saya telah menghantar KSU saya berjumpa dengan Ketua Polis Pulau Pinang selepas insiden itu. Saya nak maklum kepada semua, saya berasa sedih apabila laporan yang saya terima, KSU saya bersama-sama dengan Ketua Polis Pulau Pinang telah menyatakan bahawa komitmen kita kena tengok semula, yang mana seksyen yang disebutkan, “memandu dengan melulu dan menyebabkan kematian,”. Inilah antara perkara yang kita lakukan. Kita tahu mat rempit bukan satu isu semata-mata menunggang motosikal kerana ada isu lain. Ini kerana kita melihat begitu banyak sekali kedai yang modify, membuat modifikasi tentang kenderaan sampai salah seorang mangsanya adalah anak kepada pemilik kedai yang mengubahsuai kenderaan. Apabila KSU saya mendengar pandangan sebegini, beliau berasa kagum dan megah. Kematian anaknya, seorang mat rempit di atas jalan raya. Kerana kebetulan, bapanya adalah seorang pemilik kedai yang mengubahsuai ekzos paip dan juga kenderaan. Jadi, inilah masalahnya. Bukan daripada penguatkuasaan sahaja tetapi banyak lagi kerja-kerja advokasi yang sama-sama kita lakukan terhadap golongan mat rempit ini. Jadi, saya rasa ini satu isu yang lain tetapi saya tunjukkan sebenarnya kesungguhan kita bersama dengan polis dan bahayanya penguat kuasa kita, polis kita kena ambil tindakan. Mereka juga terdedah kepada risiko yang sangat tinggi dan ini saya terus terang nak beritahu kepada semua. Ada juga tadi Yang Berhormat Seputeh telah membangkitkan tentang isu rasuah. Saya mengambil maklum. Sebab itu, dalam akta ini yang pindaan 2020, kita tidak ada kuasa. Hanya serah kepada polis. Akan tetapi jawapan saya, selepas kita dah memulakan, menguatkuasakan pindaan ini, nampaknya satu lagi profesion iaitu designated driver (DD) menjadi satu pekerjaan atau pun punca pencarian rezeki kepada anak-anak muda. Saya melihat mereka yang pergi ke pub untuk minum arak, mereka menggunakan perkhidmatan RM80 hingga RM120. Nasihat saya kepada mereka yang tidak— kalaulah, walaupun tidak betul, ada orang tuntut rasuah, sekiranya bayar RM80, minta orang bawa balik ke rumah dengan selamat, kenapa tidaknya? Jadi, ini bukan sahaja di Malaysia. Banyak tempat di bandar-bandar besar, mereka kenakan hukuman yang sangat berat tetapi caranya ialah mewujudkan satu pekerjaan yang dinamakan designated driver untuk membawa mereka pulang dengan selamat. Jadi, ini antara perkara yang ingin saya maklumkan sepertimana yang Yang Berhormat telah kata. Betul. Berhubung dengan cermin gelap, peraturan sedia ada telah menetapkan bahawa had telus cahaya masuk cermin kenderaan pada tahap-tahap tertentu. Sebagai contoh, had ketelusan cahaya masuk cermin sisi pemandu kiri kanan 50 peratus cahaya masuk. Had yang ditetapkan adalah atas keselamatan pemanduan terutamanya dalam suasana pemanduan yang kurang cahaya seperti masa hujan lebat dan waktu malam. Maka pihak PUSPAKOM telah diarahkan untuk menguatkuasakan peraturan tersebut. Jadi, bukan kata kita hendak mengada-adakan. Jadi, cadangan saya kepada Yang Berhormat dua. Satu ialah kalau ikut peraturan yang sedia ada 50 percent, 30 percent tidak ada masalah seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Seremban ketika menjadi Menteri. Sekiranya hendak lebih gelap lagi, Yang Berhormat boleh minta kebenaran daripada Menteri dan saya sedia mempertimbangkan atas apa jua faktor. Jadi Yang Berhormat, tiada isu tetapi permohonan perlu dibuat. Kalau tidak, semua akan buat macam itu dan ia membahayakan. Jadi, PUSPAKOM mengikut parameter yang kita hendak. Kita dah syaratkan, dia kena ikut. Kemudian, Yang Berhormat Pasir Gudang. Apa maksud seksyen 63, apakah tujuan pindaan ini untuk mengelakkan jalan rosak? Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kerana saya pernah duduk di kawasan Pasir Gudang juga, di Johor Jaya. Saya tahu apa masalahnya. Pasir Gudang dan juga jalan-jalan ke pelabuhan barat, atau pun Westport atau pun Northport, inilah jalan-jalan yang selalu digunakan kenderaan berat.
Kalau kita lihat, di kawasan kita di pelabuhan, kalau setahun kita belanjakan RM50 juta belum cukup untuk menurap jalan kerana berat kenderaan itu amatlah tinggi. Sebab itu, kita tidak boleh lagi menggunakan cara kita iaitu Stesen Penguat Kuasa (SPK) yang ada pada JPJ. Kita letak Stesen Timbang, daripada satu tempat minta dia pergi ke 30 kilometer buat timbang. Kalau saya uruskan satu, yang lain lari juga. Dengan cara automatik ini, dengan berkomputer, sudah termasuk juga kalibrasi yang boleh dibuat. Proof of concept semua sudah dibuat, bermaksud dia pasang di atas jalan. Kalibrasi boleh dibuat secara berkala dan dengan cara ini, ia menggunakan teknologi tertinggi dan cerapan data, seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Puchong tadi, akan disimpan oleh pihak MOT atau JPJ. Tidak menjadi isu. Kita tidak payah pening kepala, 365 hari, 24 jam. Kita tahu siapa lalu di situ memang ambil cerapan data. Kita tahu berapa berat kenderaan melalui jalan ini. Jadi, tidak seperti dahulu, cara dahulu timbang di stesen. Itu memang lama. Satu lagi perkara yang saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat ialah data penguatkuasaan saya sudah jawab tadi. Tiada isu. Kemudian, ketujuh ialah Yang Berhormat Padang Serai. Ini tentang keperluan lesen khas untuk anak muda. Kita ambil maklumlah, satu cadangan yang baik. Sebab itu saya— kalau Yang Berhormat masih sempat. Kita ada satu Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia. Kita tawarkan kepada Ahli-ahli Parlimen, buat secara berkelompok. Dengan cara ini, banyak dapat mengurangkan kos kalau dibuat secara berkelompok atas ihsan dan usaha bersama dengan Ahli Parlimen. Ini boleh kita lakukan di beberapa kawasan. Di Pensiangan pun kita pernah buat. Kumpulkan dengan cara yang baik dapat kita menggunakan kaedah dan bantuan kita termasuk juga Ahli Parlimen, kita lakukan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah. Yang Berhormat juga tanya pasal jalan kumbahan dan pemantauan. Ya. Untuk tiga minggu ini, JPJ memang kerap ke semua tempat kerana isu berat muatan merosakkan jalan ini antara rungutan yang kita dengar. Jadi, bila Yang Berhormat terima aduan ini, jangan minta JPJ stop. Kalau kita stop ini, kemudian orang awam pula akan marah kita. Jadi, saya rasa ini adalah antara perkara yang telah kita lakukan baru-baru ini. Yang Berhormat Sepang sudah habis.
Ada 40 saat lagi.
Saya akan habiskan sebab ada beberapa perkara yang saya rasa Yang Berhormat Padang Rengas tadi ada sebut.
Ya, Padang Rengas.
Memang betul. Pemakaian uniform sekali gus menjawab Yang Berhormat Labuan. Bukan kata Ketua Pengarah sekarang tidak betul. Tidak ada. Oleh kerana pakaian JPJ ini tidak pernah diwartakan. Hendak wartakan, mesti ada kuasa Menteri. Jadi, sebab itu kita gunakan dengan cara yang tertib dan memastikan ia dapat kita buat secara diwartakan. Jadi, tidak ada isu. Kedua, mereka yang menyalahgunakan atau menyamar sebagai pegawai JPJ, orang ini boleh diambil tindakan kerana ini langgar dengan peraturan. Saya rasa inilah antara punca kuasa yang ada. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Yang Berhormat Padang Rengas juga sebut pasal bas persiaran. Memang betul, sebab itu dulu semua pemandu bas perlu dapat lesen vokasional kecuali bas persiaran. Dia kena tertakluk pada akta ibu, iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kita hendak menyelesaikan ini supaya diseragamkan penggunaan lesen vokasional ini. Yang Berhormat, saya rasa kebanyakan isu telah saya jawab. Saya rasa setakat itu sahaja isu-isu yang penting tetapi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana pindaan ini sangat penting dari segi
pemakaian pakaian diwartakan. Kedua, kita boleh buat pemilikan pemindahan hak milik secara interim yang telah kita mulakan 2011. Kutipan telah dibuat RM10 setiap pertukaran tetapi tidak mengikut lunas undang-undang, kita perbetulkan. Ketiga, penggunaan HSWIM, iaitu kita buat timbang tak pakai stesen timbang lama. Kita gunakan teknologi baharu. Itu pun kita sudah benarkan. Keempat, mengizinkan penunggang p-hailing dapat dijaga kebajikannya, mereka kena mencarum SKSPS sebelum mereka ini boleh mendapat lesen vokasional.
Pada waktu yang sama, saya hendak maklumkan kepada Dewan yang ini masuk pada apa yang ditanya tadi sama ada tuntutan penghantar itu saya dengar? Ya, saya telah membaca, saya telah mengadakan dialog dengan wakil daripada p-hailing. Saya ucapkan terima kasih atas perjuangan mereka. Saya mendengar dua isu pokok. Pertama ialah tentang harga siling— harga lantai. Harga lantai ini sebenarnya antara pihak syarikat dengan penunggang, tetapi bagi kita, kita belum ada satu kementerian pun yang diberi punca kuasa untuk mengawal selia. Bermula saat inilah kita memberi kuasa kepada Kementerian Pengangkutan untuk kita hendak melesenkan iaitu p-hailing operator. Kalau kita tidak dapat lesenkan dia, kita tidak akan kenakan denda pada orang ini. Maka tidak ada kawalan. Selepas ini apabila pindaan dibuat, bermaksud kaedah-kaedah akan kita keluarkan dan kita akan melibatkan semua pihak termasuklah operator, termasuklah wakil daripada penghantar untuk kita mencari penyelesaian terbaik. Saya hendak maklumkan gig ekonomi ini ada ciri-ciri tersendiri. Ia bukan sesuatu yang kita boleh kawal seperti tambang bas, tidak. Ia adalah sesuatu yang boleh kita regulate tetapi tidak boleh overregulated, tetapi kita kena menjaga kebajikan penunggang juga. Ini yang kita perlu cari satu titik seimbang untuk kita memastikan gig ekonomi masih berjalan tetapi kebajikan pekerja ataupun penunggang p-hailing dapat kita jaga. Saya rasa antara perkara yang telah disebutkan tadi ialah tentang— tadi, saya terlupa pula Yang Berhormat Sepang tadi sebut kenapa tidak perjuangkan untuk pemandu yang selalu kena saman. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, sebenarnya zaman Kerajaan Pakatan Harapan telah bubarkan, mansuhkan SPAD. SPAD dengan Akta JPJ ini sebenarnya ia ada sedikit bertindih. Kalau kata overloading, kalau ikutkan kita, kita saman RM300 kalau ikut Akta JPJ. Akan tetapi kalau ikut SPAD, ia boleh bawa ke mahkamah sampai RM500,000. Oleh sebab itu, apabila SPAD itu telah dimansuhkan, dijadikan APAD di bawah kementerian, maka kuasa penguatkuasaan ini hanya diberikan kepada JPJ. Saya telah arahkan kalaulah kes yang tidak serius sangat, boleh gunakan saman yang ada. Tidak ada masalah. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang, ada tidak silap saya hampir 300 orang semasa pandemik. Saya dapati mereka ini memandu zaman masih ada SPAD lagi, tetapi saman dia sampai 20 hingga 30. Kenapa saman itu begitu banyak? Masalahnya ialah apabila mereka ini terserempak dengan penguat kuasa, mereka kata tidak apa, kamu lari. Jangan pergi buat timbang. Dia suruh pergi timbang dekat stesen, dia tidak pergi timbang. Oleh sebab itu blacklisted, tidak boleh. Apabila dia disenaraihitamkan, lesen memandu pun kita terpaksa tidak beri dia buat pembaharuan. Mereka memandu atas jalan dan golongan ini tidak kurang jumlahnya. Sampai RM300, menangis bawa anak-anak dia datang ke pejabat MOT. Oleh sebab itu saya kata one-off. Bagi mereka yang terlibat dengan ini, saya tahu ini sebab syarikat yang minta mereka lari. Oleh sebab itulah ada yang sampai 80 keping saman. Kelajuan, speeding tetap kena bayar dengan discount rate, tetapi apa juga tindakan tentang overload, saya akan kenakan kepada majikan daripada kita kenakan kepada penunggang.
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit? Sikit sahaja ya.
Ya.
Hendak tanya, oleh kerana kata Yang Berhormat Menteri problem ini kerana SPAD dihapuskan zaman PH. Kenapa zaman Yang Berhormat Menteri dapatkan kerajaan balik ini, kenapa tidak hidupkan balik SPAD? Kalau katakan SPAD itu boleh menguntungkanlah. Oleh sebab kami merasakan SPAD itu bagi kami membuang duit rakyat. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Terima kasih. Oleh kerana pemansuhan SPAD tadi dan menyebabkan APAD diwujudkan. APAD diwujudkan tidak ada gigi, penguatkuasaan tidak ada. Oleh sebab itu kita nampak penguatkuasaan ia hanya buat mengawal selia tetapi ia tidak boleh buat apa. Dahulu SPAD ia lengkap. Jadi, sekarang kita tengah tengok cara apa sekalipun. Ini kerana SPAD ini sebenarnya dahulu set up itu tidak di bawah MOT. Sekarang telah digabungkan dan saya lihat APAD ini kewujudannya mesti kita perkasakan kerana kita perlukan kumpulan ini. Pakar-pakar ini datang dari luar negeri dahulu bekerja di sana. Kalau kita tidak simpan orang ini, siapa hendak mengawal selia pengusaha tren kita? LRT, MRT. Inilah pakar-pakar yang ada. Jadi, saya rasa dalam kes ini saya akan melihat hala tuju APAD lagi, bagaimana kita hendak buat. Ini kerana akta itu telah retained, sudah dimansuhkan juga. Jadi, apabila SPAD tidak ada, jadi sejarah. Maka dengan adanya agensi yang ada ini, APAD ini kita lihat cara apa sekalipun secara harmoni, secara lebih baik, kita hendak memperkasakan pengangkutan awam darat kita. Pada waktu yang sama, kita lihat balik yang bertindih tadi, berapa ratus ringgit dan kes-kes yang memerlukan pembukaan IP. Kalau tidak ada IP, ia tidak boleh pergi ke court, dan itu jadi masalah. Jadi, kita kena buat penyelarasan antara dua ini. Saya berjanji bahawa kita akan melakukan yang terbaik dan apa juga pandangan daripada p-hailing, masih lagi ada masa untuk kita hendak memantapkan lagi kaedah-kaedah. Jadi, oleh kerana penggulungan ini penting sebab selepas dua ini adalah secara apa yang kita hendak pinda ini, selepas itu cuma consequential untuk dua akta lagi. Jadi, saya beri penerangan yang secukupnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya sekali lagi ucapkan terima kasih dan itu sahaja penggulungan saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang dikemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Yang Berhormat Pasir Gudang, ya.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri saya ingin merujuk kepada fasal 4, berkaitan dengan pertukaran milikan interim kenderaan motor. Isu yang saya hendak bawa ini mungkin lari sedikit daripada perkara ini iaitu tentang permit teksi.
Saya mendapat keluhan daripada pemandu-pemandu teksi yang memiliki permit iaitu kereta mereka tempohnya hanya 10 tahun, selepas itu kena lupus. Kalau dia hendak kekalkan permit teksi itu, kena beli kereta yang baharu. Mereka mengadu umur mereka sudah tua. Hendak pinjam bank pun dengan interest yang tinggi, mereka menghadapi kesukaran. Jadi, mereka minta kalau saya dapat bercakap dalam Parlimen ini depan Yang Berhormat Menteri. Boleh atau tidak tempoh itu daripada 10 tahun dilanjutkan kepada 15 tahun? Terima kasih.
Terima kasih. Tuan Pengerusi, sebenarnya apa yang ditanya luar daripada fasal 4 tetapi saya jawab 10 saat, senang sahaja. Ini kerana bagi saya secara automatik saya telah melanjutkan dua tahun kerana pandemik. Sekiranya ada keperluan, kita akan melihatnya case-by-case dan Yang Berhormat boleh bawa kepada saya. Kita akan buat secara terbaik kerana teksi ini kita kena jaga juga imej mereka. Kalau terlalu lama pun, orang tidak duduk, tidak naik teksilah. Jadi, kita melihat keadaan dan kita boleh bincang, tidak ada isu. Itu sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. [Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Dato’ Henry Sum Agong) dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN(PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dibacakan kali kedua sekarang.
Silakan Yang Berhormat, huraian.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan [Akta 334] telah mula berkuat kuasa mulai tahun 1987. Objektif utama Akta 334 adalah untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan dan pengawalseliaan kenderaan perdagangan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta 334 ini terpakai hanya bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kali terakhir Akta 334 dipinda adalah pada tahun 2017. Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 bertujuan untuk meminda Akta 334 bagi mengawal selia pelesenan perniagaan pengantaraan dan mengadakan peruntukan bahawa kenderaan e-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan perkhidmatan awam tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan Akta 334 pada tahun 2022 adalah bertujuan untuk melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan dalam hal melibatkan, pertama ialah pengawalseliaan suatu perkhidmatan
kenderaan barangan termasuk yang menggunakan motosikal yang disediakan menerusi satu perniagaan pengantaraan perkhidmatan p-hailing. Pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mewujudkan punca kuasa bagi mengawal selia dan menetapkan peraturan pelesenan bagi perkhidmatan berkenaan di bawah Akta 334. Kedua, mewujudkan punca kuasa di bawah Akta 334 bagi memenuhi obligasi dan melaksanakan komitmen kerajaan di bawah beberapa perjanjian multilateral peringkat antarabangsa melibatkan perkhidmatan kenderaan perdagangan, kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan dan kenderaan barangan rentas sempadan negara. Pindaan akan memperuntukkan punca kuasa kepada Menteri untuk mengawal selia, melesenkan dan menetapkan peraturan ke atas perkhidmatan kenderaan perdagangan yang didaftarkan di negara asing untuk beroperasi di dalam Malaysia serta yang didaftarkan dalam Malaysia untuk beroperasi dalam wilayah negara asing. Termasuk menurut kepada apa-apa kuasa atau tertakluk kepada peruntukan mana- mana perjanjian antarabangsa yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia sebagai negara penjanji. Dalam hal ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 September 2021 semasa menimbangkan memorandum daripada Menteri Pengangkutan No. M425/2021 bertajuk, “Dasar Hala Tuju Pengawalseliaan Perkhidmatan Kenderaan Barangan Berasaskan Motosikal dan Motokar”. Antara lain telah bersetuju supaya yang pertama, mana-mana orang, syarikat atau entiti yang menjalankan perniagaan pengantaraan berkaitan dengan perkhidmatan kenderaan barangan termasuk yang hanya menggunakan motosikal dan motokar sahaja akan diwajibkan untuk mendapatkan Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) dan Lesen Kenderaan Barangan daripada LPKP di bawah Akta 334. Semua yang terlibat iaitu pemilik kenderaan, pemandu motokar dan penunggang juga adalah diwajibkan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]. Kedua, supaya pindaan dibuat ke atas Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], Akta 334 dan Akta 333 bagi tujuan pengawalseliaan perkhidmatan p-hailing termasuk meminda had umur pemegang lesen vokasional yang akan bekerja sebagai penunggang motosikal p-hailing kepada berumur tidak kurang 18 tahun serta memperluaskan definisi perniagaan pengantaraan untuk merangkumi perkhidmatan kenderaan barangan. Ketiga, supaya Kementerian Pengangkutan menetapkan lain-lain dasar pengawalseliaan, syarat dan peraturan pelesenan, menetapkan kadar fi serta menetapkan syarat-syarat perkhidmatan dan pengoperasian yang bersesuaian di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri di bawah Akta 334 bagi mengawal selia industri perkhidmatan p-hailing di Malaysia. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun 2022 semasa menimbangkan Memorandum daripada Menteri Pengangkutan No. M372/2022 bertajuk, “Penyediaan Instrumen Perundangan Bagi Membolehkan Pelaksanaan Perjanjian Memudah Cara Pengangkutan Peringkat ASEAN”. Antaranya telah bersetuju seperti berikut. Pertama, supaya Akta 715 dan Akta 334 dipinda untuk memperuntukkan punca kuasa khusus dalam membuat perundangan subsidiari mengenai peredaran antarabangsa atau international circulation bagi membolehkan Malaysia melaksanakan perjanjian-perjanjian memudah cara pengangkutan peringkat ASEAN seperti berikut:-
(i) ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Goods in Transit (AFAFGIT); (ii) ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Inter-State Transport (AFAFIST); dan
(iii) ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Cross Border Transport of Passenger by Road Vehicle (ASEAN CBTV). Kedua, supaya Peraturan-peraturan Pengangkutan Awam Darat Peredaran Antarabangsa dan Peraturan-peraturan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Peredaran Antarabangsa digubal bagi urusan pengoperasian dan pengawalseliaan pergerakan kenderaan pengangkutan awam darat merentas sempadan di bawah AFAFGIT, AFAFIST dan ASEAN CBTV. Selain itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 September 1998 semasa menimbangkan memorandum daripada Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri No. 506 /2137/ 98 telah bersetuju: (i) supaya Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menandatangani perjanjian ASEAN Mengenai Pemudahan Pengangkutan Barangan Dalam Transit; (ii) supaya sistem pengangkutan antara negara menjadi satu perjanjian yang berasingan yang akan dirundingkan sebagai lanjutan kepada perjanjian tersebut selepas kajian teliti dibuat; dan (iii) supaya Memorandum Persefahaman Barang Mudah Rosak dari Thailand ke Singapura melalui Malaysia tahun 1979 dikekalkan dan apa-apa pengubahsuaian dirundingkan secara dua hala di antara Malaysia dan Thailand. Secara keseluruhannya, pindaan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022 akan mengandungi tujuh fasal yang merangkumi cadangan pindaan utama ke atas Akta 334 seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan takrif baharu kenderaan p-hailing dan untuk memasukkan kenderaan p-hailing ke dalam takrif perniagaan perantaraan. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan subseksyen (7) ke dalam seksyen 14 Akta 334 untuk memperuntukkan bahawa kenderaan p-hailing hendaklah menjadi kenderaan barangan yang tertakluk kepada suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVA. Fasal 4 bertujuan untuk meminda perenggan 2A(1)(b)(i) Akta 334 untuk menjadikan jumlah sukatan barangan sebagai sebahagian daripada dokumen yang disertakan bagi pembaharuan sesuatu lesen. Fasal 5 bertujuan untuk mewujudkan satu bahagian baharu iaitu Bahagian IVB ke dalam Akta 334 bagi memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi memudahkan peredaran antarabangsa mana-mana kenderaan perdagangan menurut mana-mana perjanjian antarabangsa. Fasal 6 bertujuan untuk meminda subseksyen 34(2) Akta 334 untuk mengecualikan kenderaan p-hailing daripada pemakaian seksyen 34. Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi peralihan. Lain-lain pindaan yang tidak dinyatakan secara khusus bagi akta ini adalah merupakan pindaan bersifat editorial dan consequential susulan kepada pindaan-pindaan utama. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah amat penting atas keperluan-keperluan pelaksanaan perkhidmatan p-hailing dan pengoperasian pergerakan kenderaan pengangkutan awam merentas sempadan terutamanya dalam mewujudkan punca kuasa dan penyeragaman peraturan. Dengan pelaksanaan pindaan ini, semua pelaksanaan fungsi dan ketetapan dasar akan teratur daripada segi undang-undang.
Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon supaya pindaan-pindaan yang dicadangkan dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini demi menjaga kebajikan terutamanya kepada golongan muda dan golongan yang bekerja sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Pertamanya ialah Yang Berhormat Sungai Petani, diikuti Yang Berhormat Sepang dan kemudiannya akhir sekali Yang Berhormat Padang Rengas. Silakan Yang Berhormat Sungai Petani, tujuh minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan syabas kepada kementerian kerana telah membawa rang undang-undang ini khususnya yang berhubung dengan peredaran antarabangsa kenderaan perdagangan. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat apabila Kerajaan Indonesia mengumumkan untuk pindah ibu kotanya dari Jakarta ke Nusantara di Kalimantan, saya berpeluang bersama dengan Jawatankuasa Select Committee Keselamatan mengunjungi border kita. Border di antara Indonesia dengan Malaysia. Perpindahan Nusantara ini dimaklumkan akan terwujudnya sebuah bandar raya yang besar. Pada 2024 dimaklumkan, malah Presidennya pun akan merayakan sambutan hari kemerdekaan mereka di Nusantara. Difahamkan 40 juta orang manusia akan berhijrah ke Nusantara. Jadi, saya tidak dapat membayangkan aktiviti-aktiviti yang akan terjadi di antara kedua negara kita, sama ada Nusantara ke Sarawak ataupun Nusantara ke Sabah. Jadi dengan adanya akta yang dibawa ataupun pindaan yang dibawa ini akan memenuhi kehendak-kehendak yang akan berlaku khususnya kenderaan perdagangan dan lain-lain aktiviti perekonomian.
Jadi, saya melihat malah di pihak kerajaan, khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan juga Kementerian Pengangkutan harus membayangkan— bukan sahaja melihat apakah jenis suasana waktu itu apabila Nusantara itu wujud dan betapa hebatnya perdagangan antara kedua-dua negara kita. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ambil kesempatan di sini untuk meminta supaya pemantauan di pihak kerajaan melihat akhir-akhir ini di mana berlaku kemalangan-kemalangan maut yang melibatkan kenderaan-kenderaan berat ini. Saya tengok dahulu ini pada suatu masa kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan lampu- lampu secukupnya di kenderaan-kenderaan berat, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri harus memandu atas highway PLUS sekarang ini waktu malam. Kita lihat banyak lori dan bas yang tidak mempunyai lampu-lampu belakang yang secukupnya malah ada yang amat-amat minimum. Ini menyebabkan apabila kita laju dan tiba-tiba kita melihat satu kenderaan berat khususnya kenderaan yang membawa muatan berat ini. Ia mengakibatkan kita tergamam dan juga ada juga kes-kes yang kita terlanggar kenderaan ini kerana kita sangka mereka jauh rupanya di depan mata kita sahaja kerana tidak cukup lampu. Keduanya ialah apabila kenderaan berat ini rosak dan parking di tepi jalan, isyarat-isyarat mereka berhenti itu tidak cukup. Jadi, harus dikenakan tindakan yang keras
kerana banyak kes di mana kenderaan melanggar kenderaan-kenderaan berat ini kerana signboard yang mengatakan mereka ini berhenti itu tidak cukup. Khususnya kereta-kereta yang laju di highway ini kalau sudah terlalu dekat akhirnya mengetahui yang kenderaan ini terhenti— kerana mereka berhenti sama ada rosak dan sebagainya. Ini yang menyebabkan kemalangan. Itu juga Tuan Yang di-Pertua, saya melihat pemakaian pemandu-pemandu kenderaan-kenderaan berat ini. Ada yang pakai selipar bawa lori besar ini pakai selipar. Macam mana kita tahu dia pakai selipar? Apabila dia berhenti di R&R, dia turun. Dia turun kita tengok dia pakai selipar. Macam mana dia bawa kenderaan berat dia pakai selipar? Bayangkan kalau emergency macam mana dia hendak kendalikan. Jadi, saya minta supaya pihak kementerian pastikan kod pemakaian ini digunakan dikenakan kepada semua kenderaan. Dari semasa ke semasa harus kita check sebab ini amat membahayakan pengguna-pengguna jalan raya. Apatah lagi khusus di kawasan selatan khususnya. Kalau di utara itu kami punya highway tiga lane tetapi kalau selatan itu dia dua lanes sahaja. Bayangkanlah dua lane PLUS itu kalaulah emergency punya memang tidak sempat hendak buat apa-apalah sebab kalau selipar digunakan. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, walaupun ia agak terkeluar daripada apa yang diminta untuk kita luluskan ialah saya melihat ada kenderaan-kenderaan yang boleh saya kira boleh membawa pekerja-pekerja dia khususnya dalam kawasan-kawasan PBT. Saya tengok di Singapura Tuan Yang di-Pertua, lori-lori yang bekerja di sesuatu tempat boleh membawa pekerja-pekerja dia atas lori sekali gus menyelesaikan masalah jammed. Kita tidak membenarkan lori-lori membawa pekerja-pekerja kita. Jadi, akhirnya apa yang berlaku ialah kita terpaksa— pekerja-pekerja ini contohlah pekerja-pekerja itu 10 orang. Walhal pekerja-pekerja ini boleh naik lori itu pergi bekerja. After all, dalam city dalam kawasan PBT contohnya. Jadi, ini akan boleh mengurangkan penggunaan kenderaan yang berlebihan apabila pekerja-pekerja itu bergerak sekali dengan lori yang membawa ataupun kenderaan yang membawa pekerja-pekerja ini. Sekali harunglah, orang kata. Jadi daripada kita bawa lori kosong selepas itu harus ada juga pekerja-pekerja diikuti dengan kenderaan lain. Sekali gus ini bukan sahaja menambahkan kos tetapi juga kepada jammed itu sendiri. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua ialah penggunaan handphone. Saya tengok banyak, saya selalu juga naik bas. Jadi, pemandu-pemandu bas ekspres yang menggunakan handphone semasa memandu. Saya kira harus ada pemantauan di sini kerana tindakan ini amat berbahaya. Walaupun saya Ahli Parlimen dia tidak kenal saya. Saya tegur pun dia marah. Jadi, saya hendak buat macam mana, hendak report polis, hendak report dekat JPJ macam mana hendak buktikan waktu itu dia pakai handphone kita pun tidak tau. Jadi, saya kira ini yang patut dilihat secara serius oleh kementerian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sepang, silakan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas tentang pindaan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987. Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin memfokuskan kepada satu isu sahaja iaitu isu p-hailing kerana ada pindaan pada seksyen 2 ini. Saya agak gusar Tuan Yang di- Pertua kerana p-hailing ini— kita ingin memberikan lesen kepada kenderaan bermotor. Sebab kegusaran saya kerana kajian mendapati bahawa setakat tahun 2019, dikatakan kajian dibuat 64 peratus kemalangan yang melibatkan kemalangan maut (fatal accident) melibatkan kenderaan bermotor. Tuan Yang di-Pertua, saya memahami bahawa zaman sekarang ini kita terpaksa terima satu hakikat bahawa ada satu industri dipanggil gig economy ini yang menawarkan
pekerjaan kepada anak-anak muda yang mereka tidak mahu terikat dengan kerja di pejabat dan sebagainya. Kebanyakan mereka bertugas dalam sektor e-hailing ataupun p- hailing ini. Apa yang saya agak— hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau dahulu— tadi kita tahu dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan ada dinyatakan vocational license itu. Sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, biasanya lesen kepada vocational license ini diberikan kepada mereka yang memandu bas dan juga teksi iaitu lesen dipanggil public service vehicle (PSV) yang biasanya melibatkan kenderaan-kenderaan seperti bas sama ada yang dapat lesen D ataupun E. Selepas itu ada satu lagi lesen yang dinamakan GDL iaitu mereka yang bawa delivery barang-barang. Akan tetapi dahulu untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, apabila hendak dapat dua lesen ini mereka perlu menghadiri paling kurang enam jam course. Mereka juga perlu ambil exam yang mengandungi 60 soalan objektif dan markah lulus adalah 80 peratus. Sentiasa ada routine inspection. Akan tetapi, sekarang ini untuk makluman yang saya bacalah, dikatakan bahawa untuk mendapat lesen bagi motosikal ini mereka hanya perlu pergi induction course selama tiga jam itu pun selalu secara online sahaja. Ini kerana tujuan kerajaan hanya semata-mata untuk memastikan dapat maklumat berapa ramai mereka yang akan register p-hailing ini. Dikatakan kerajaan juga akan memberikan moratorium setahun untuk mereka tidak perlu bayar lesen. Jadi, ini bagi saya seolah-olah kita memudahkan proses untuk mereka mendapatkan lesen. Mungkin ada rasional dan sebagainya tetapi yang kita khuatir sekarang ialah isu keselamatan sebab telah ada satu kajian dibuat oleh Road Safety Research, 62 peratus daripada 16,308 p-hailing riders telah berhenti di yellow box ataupun pedestrian crossing. Juga dikatakan daripada 11 jalan raya di Kuala Lumpur ini, 14 peratus pemandu menggunakan handphone dan juga buat U-turn dalam keadaan tidak selamat. Juga ramai yang langgar traffic light. Semua ini kita rasa Tuan Yang di-Pertua, mungkin akan menyebabkan jumlah fatal accident akan bertambah. Apatah lagi kita risau kebanyakan kita punya adik-adik kita yang memandu e-hailing dan p-hailing ini mereka tidak ada jaminan insurans. Jadi, mereka ini kalau katakan— kalau orang gunakan bahasa kasar kira mati macam mati katak lah. Jadi, kita tidak mahulah mereka jadi begitu sebab kita rasa mereka juga telah berjasa kepada menyumbang kepada ekonomi negara.
[Bangun]
Jadi, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, kenapakah proses untuk mereka mendapatkan lesen ini terlalu dipermudahkan? Kenapa tidak ada satu langkah yang serius dibuat bagi memastikan lesen yang dibagi ini sepatutnya hanya pada mereka yang betul-betul layak untuk diberikan lesen.
Sebab itulah dia punya idea mengadakan lesen ini. Sama ada lesen dalam bentuk apa pun, dia punya isu adalah kompetensi, level kompetensi itu mesti tinggi. Akan tetapi kalau kita memudahkan induction course tiga jam, lepas itu selalu online sahaja boleh dapat lesen, kita seolah-olah memudahkan juga dapat lesen. Bermakna the whole idea of having licenses itu dah defeated sebab kita seolah- olah macam tak apalah, yang penting kamu dapat lesen. Tujuan kita untuk mendapatkan senarai-senarai berapa orang yang telah memohon sebab bila nak mohon lesen itu, mereka kena register. Jadi, kerajaan dapat satu data berapa banyak mereka yang terlibat dengan p-hailing ini. Akan tetapi kerajaan mungkin terlupa pandang, terlepas pandang bagaimana dengan soal keselamatan? Tuan Yang di-Pertua, satu masalah jalan raya ini, Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Sepang, boleh saya mencelah?
Siapa?
Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Jerlun.
Jerlun.
Okey, silakan.
Terima kasih, minta maaf. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Sepang tadi berkenaan dengan kadang-kadang kita lihat riders p-hailing ini melanggar undang-undang jalan raya. Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat sepang bahawa kadang-kadang operator p-hailing ini mengenakan demerit kepada riders yang lambat ataupun gagal menyampaikan produk mereka itu dan atas sebab nak mengelak daripada demerit tersebut, maka mereka ini mengejar trip orang kata ya. Mengejar trip dan menyebabkan mereka melanggar undang- undang jalan raya sehingga berlaku kemalangan dan sebagainya.
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Jerlun. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun itu tadi dan saya harap kerajaan- Saya minta ucapan Yang Berhormat Jerlun tadi dimasukkan dalam ucapan saya dan saya harap kerajaan dapat menjawab. Saya juga merasakan kalau sekiranya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun itu adalah benar, ini memang menakutkan kita. Sebab, saya teringat dahulu masa- masa perkhidmatan bas mini, Tuan Yang di-Pertua. Dulu ada bas mini ya. Mereka juga mengejar trip. Bila mengejar trip ini, dia punya asasnya ialah untuk dapatkan duit, untuk kejarkan monetary gate dan sekali gus dia compromise isu keselamatan. Saya rasa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun itu satu perkara yang memang patut kita ambil serius. Sistem demerit dengan merit ini Tuan Yang di-Pertua, memang ada dia punya kebaikan, macam merit dengan demerit ada juga keburukan dia. Malah kadang keburukan dia mengatasi kebaikan dia. Sebab biasanya Tuan Yang di-Pertua, bila ada demerit ini kadang-kadang akan berlaku juga isu yang dipanggil isu dua darjat. Bila kawan yang terlibat dengan itu, mungkin kalau katakanlah mereka yang terlibat dengan memandu laju itu ataupun kawan- kawan mereka, mungkin mereka tak dikenakan demerit. Ataupun kalau demerit, ada dia punya levels. Saya ingatlah masa saya dahulu, saya ingat sistem yang macam kalau orang yang berniaga di PLUS ini, restoran PLUS ini, mereka ada sistem demerit. Kalau tak buka kedai sekian-sekian banyak, akan kena potong markah dan sebagainyalah. Akan tetapi biasanya apa amalannya ialah ada diskriminasi. Tuan Yang di-Pertua, terakhirnya saya kata, dalam kita memandu kenderaan ini Tuan Yang di-Pertua, satu keunikan jalan raya ini Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai pemandu, kita mungkin memandu dengan begitu teliti tetapi Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kadang-kadang kita tak tahu. Dia boleh berlakunya accident ini bukan kerana kita cuai tetapi kerana orang lain cuai. Malahan Tuan Yang di-Pertua, kadang-kadang, saya nak terangkan saya punya pengalaman, Tuan Yang di-Pertua. Saya tak pernah terfikir dalam keadaan jalan raya di Malaysia ini, saya pernah bawa kenderaan di Johor, Tuan Yang di-Pertua, tiba-tiba dekat depan saya ini kuda terlepas. Kuda terlepas daripada trak yang bawa kuda itu. Saya tengok kenapa orang ke tepi, ke tepi. Rupanya kuda sedang menuju ke arah kita, Tuan Yang di-Pertua. Maknanya Tuan Yang di-Pertua, mana kita boleh terfikir kuda ada atas jalan raya tetapi di Malaysia, pada zaman Barisan Nasional ini, kuda pun pergi jalan raya. Sekian, terima kasih. [Ketawa]
Nasib baik bukan gajah ya. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Akhir sekali, Yang Berhormat Padang Rengas. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua telah memberikan kesempatan kepada saya untuk berbahas dalam rang undang-undang ini. Saya kira ramai yang tidak mengambil bahagian ialah kerana mungkin ramai yang bersetuju iaitu bahawa satu peraturan mesti diadakan supaya kita dapat mengawal p-hailing ini. Kita semua tahu iaitu bahawa sebenarnya memang banyak positifnya dengan adanya p-hailing ini dan saya kira ini semua telah berbangkit daripada kita kena lockdown dahulu. Pada ketika itu, kita sedar bahawa pentingnya p-hailing ini kerana kita tidak dibenarkan untuk keluar, maka kita perlu adakan delivery, sama ada makanan kah ataupun barang-barangan. Saya turut merasakan iaitu bahawa p-hailing ini bagus kerana ia memberikan kesempatan kepada golongan muda untuk menjadi self-entrepreneur. Maknanya dia boleh bekerja dan dia tahu iaitu bahawa lagi tekun dia kerja, lagi lebih banyak untung yang dia boleh dapat. Bahagian keuntungan itu terus direct kepada dia dan dia akan melihat iaitu bahawa kalau dibayar cash, maka duit cash itu bertambah. Kalau diberi akaun, dia tengok bahawa akaunnya itu juga bertambah dengan duit. Jadi, oleh sebab itu saya menyokong p-hailing ini dan saya menyokong supaya kita mempunyai peraturan untuk mengawal p-hailing ini. Namun saya dengar daripada rakan-rakan yang telah berucap sebelum saya, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sepang, adanya masalah-masalah yang juga berbangkit hasil daripada wujudnya p-hailing ini. Itu memang sebenarnya satu perkara yang real, yang betul berlaku dan seperti sebentar tadi, Yang Berhormat Sepang telah menyatakan dengan statistik menunjukkan betapanya juga ada juga iaitu bahawa the negative side daripada segi wujudnya p-hailing ini. Akan tetapi kalau kita tengok daripada segi untung ruginya, kita akan lihat iaitu bahawa untungnya lebih. Oleh kerana itu, kalau sekiranya ada setback ke, ada perkara yang negatif ke, maka kita harus fikir bagaimana untuk kita mengatasi masalah ini dan bukan dengan menjadikannya itu sebagai satu halangan untuk menghentikan p-hailing ini. Tuan Yang di-Pertua, saya kira p-hailing ini, dia ada dia punya orang kata syarikat ke apa ke yang menjaga mereka ini. Maksud saya iaitu bahawa adalah syarikat yang mengendali dan menguruskan mereka dan saya fikir iaitu bahawa yang mengurus mereka ini seharusnya diberikan tanggungjawab yang lebih berat iaitu dalam mereka memilih sesiapa yang mereka employ untuk menjadi pekerja mereka. Jadi, maksud saya di sini, kita kena pastikan iaitu bahawa kalau worker yang melanggar dan berlaku accident, sudah tentulah lesen dia itu mungkin kalau ada ditarik balik kah ataupun diberi amaran kah. Akan tetapi yang lebih penting saya kira ialah memberikan pertanggungjawaban kepada syarikat yang mengambil mereka supaya tidak sewenang-wenangnya siapa sahaja yang hendak bekerja, pakat ambil. Jadi kalau ada apa-apa berlaku, maka dikatakan bukan salah saya, yang salah ialah pemandu yang bekerja, yang deliver itu. Jadi sebab itu saya kira dalam hal ini, dalam masa saya setuju iaitu bahawa kita cuba permudahkan tetapi dalam maksud permudahkan itu bukanlah maknanya datang, dapat, datang, dapat. Mesti ada seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang tadi, ada minimum punya qualification daripada segi tengok, lihat macam mana attitude dia ke apa kah. Saya tengok macam kata di Eropah, di Paris sebagai contoh, mereka yang buat delivery ini adalah orang yang cukup bertanggungjawab walaupun dia anak muda. Dia ada belakang dia itu dia punya petinya itu dan di sana dia pakai jaket, pakai helmet.
Apabila dia datang ke McDonald's, dia mengambil delivery. Kita tengok itu bahawa tertib dan ada pertanggungjawaban di pihak mereka. Jadi, mengapa kita tidak boleh begitu. Mungkin seperti yang disebut tadi selain daripada dia mempunyai basic requirement, saya rasa daripada segi sikap, attitude itu pun mesti dilihat juga. Ini harus dilakukan oleh syarikat. Jangan sewenang-wenangnya ambil sesiapa sahaja datang, dia ada lesen atau dia ada permit terus ambil.
Ini saya kira yang penting. Saya kiralah ialah syarikat yang mengambil mereka ini. Seharusnya kalau sekiranya sesuatu berlaku, maka jangan sahaja kita lihat kepada pemandu ataupun delivery, orang yang menghantar barang sahaja. Harus kita pertanggungjawabkan juga kepada syarikat yang telah mengambil mereka untuk bekerja. Jadi, ini pandangan saya. Bukanlah untuk kita insiden-insiden berlaku ini menjadi sebagai halangan tetapi saya kira dalam dunia tahun 2023 ini, apa yang berlaku ini adalah merupakan satu trend yang sedang berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara maju yang lain. Jadi, oleh sebab itu saya menyokong usaha yang telah dilakukan oleh pihak kementerian. Hal-hal lain itu saya telah mendengar dengan tekun apa yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani. Saya mahu supaya ucapan beliau itu menjadi sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab sekarang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tiga orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Padang Rengas yang telah mengemukakan cadangan serta membangkitkan isu-isu berkaitan pindaan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Akta 334 ini. Saya ingin memulakan sesi penggulungan ini dengan menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Sungai Petani. Ya, dibangkitkan tadi isu mengenai bandar raya besar iaitu Nusantara di Kepulauan Borneo, tidak jauh dekat dari wilayah kita di Sabah dan Sarawak. Apa yang penting di sini cadangan sepertimana yang dilihat oleh pihak Yang Berhormat Sungai Petani dan juga apa yang akan berlaku di Nusantara nanti harus kita lihat ataupun rancang di bawah apa yang dinamakan BIMP-EAGA ini, BIMP-EAGA kita. Jadi, sementara di sebelah Indonesia ada perancangan dia. Kalau saya tidak silap dari hujung ke hujung dia bercadang untuk membina infrastruktur jalan dan lain-lain dari hujung ke hujung dan ini saya kira sepatutnya juga dilakukan...
Boleh tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Ataupun dirancang oleh pihak kita di bawah BIMP- EAGA dan...
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Hulu Rajang.
Perkara lain yang...
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Hulu Rajang hendak minta mencelah.
Saya tolong Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tolong Yang Berhormat Timbalan Menteri. Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri terima kasih. Tadi Yang Berhormat Sungai Petani telah bercakap, saya di luar. Saya mendengar mengenai ibu kota negara Indonesia iaitu Nusantara. So, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani supaya Kementerian Pengangkutan harus berfikir dengan jelasnya kerana dua tahun ataupun tahun hadapan dua kementerian sudah berpindah ke Nusantara. Jadi, kawasan yang berdekatan dengan Nusantara adalah kawasan Parlimen Hulu Rajang, di mana saya dengan Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Ledang telah pergi ke kawasan sempadan. Jarak jauh Tuan Yang di-Pertua
dari kawasan saya border itu, sempadan itu 20 kilometer dari Long Nawang dan dari Long Nawang ke Nusantara kurang lebih secara straight line 400 kilometer. Jadi, saya minta Kementerian Pengangkutan supaya bersedialah. Kalau Indonesia telah membuatkan satu pelan induk menggunakan jalan raya border security road, saya minta juga Kementerian Pengangkutan supaya bersedia kerana the influx of people 40 million akan berpindah ke Nusantara nanti akan menjadi satu bebanan kepada Kerajaan Malaysia, jika kita tidak membendung, tidak menggunakan satu pelan yang drastik untuk mengawal pendatang-pendatang asing nanti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Ini yang saya katakan tadi harus kita rancang di sebelah kita. Di kawasan kita kerana saya tahu di Sarawak memang pun ada cadangan seperti di kawasan saya, mencadangkan infrastruktur jalan daripada Lawas itu sendiri ke Indonesia, di kawasan Long Nawang dia. Ini jalan yang kita cadangkan adalah lebih kurang 200 kilometer. Pada masa sekarang belum ada infrastruktur ini dan kita berharap ini akan menjadi sebahagian sepertimana yang dicadangkan dan yang dimohon oleh Yang Berhormat tadi. Jadi itu mengenai Nusantara. Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat juga seperti pemantauan yang melibatkan berkaitan dengan kemalangan jalan raya. Itu saya rasa perlu dan pihak MOT akan mengambil kira ini semua dalam usaha untuk memastikan pengguna-pengguna jalan raya termasuk pemandu-pemandu kenderaan dan motosikal berada dalam keadaan yang selamat. Jadi, terima kasih Yang Berhormat atas isu yang dibangkitkan. Selain daripada itu, daripada Yang Berhormat Sepang tadi ini ada kaitan dengan p-hailing, lesen yang diberi kepada kenderaan bermotor juga yang ada di kalangan pengguna motor ataupun pelesen-pelesen ini yang mungkin tidak berhemah dan mengakibatkan juga kemalangan jalan raya. Ini juga seperti mana yang saya katakan tadi harus kita ambil kira dalam usaha untuk memastikan kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan. Memang pun lesen bagi p-hailing ini termaktub dalam akta. Maka dengan itu kita tidak dapat menghentikan pengeluaran lesen kepada pemandu-pemandu yang layak diberikan lesen. Saya ingat, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Rengas atas cadangan dan sokong Yang Berhormat ke atas pindaan akta ini. Saya bersetuju dengan semua cadangan dan sokongan, semua akan diambil kira dalam proses pembuat peraturan kelak.
Jadi, saya ingat apa yang dibangkitkan merupakan cadangan yang baik dan ini akan diambil kira di pihak MOT. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II [Datuk Willie anak Mongin] dan diluluskan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2022 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, Akta 715 telah mula berkuat kuasa mulai tahun 2010. Objektif utama Akta 715 adalah untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal selia pengangkutan awam darat dan bagi perkara yang bersampingan dengannya, Akta 715 ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia. Kali terakhir Akta 715 dipinda adalah pada tahun 2018. Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 bertujuan untuk meminda Akta 715 yang berbangkit daripada pemansuhan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Akta 714 dan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Dengan pindaan tersebut, fungsi kuasa had kewajipan liabiliti dan obligasi suruhanjaya telah diturunkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan mengikut mana-mana yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan ke atas Akta 715 pada tahun 2020 bertujuan untuk melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan melibatkan perkara-perkara seperti berikut. Pertama, pengawal seliaan sesuatu perkhidmatan kenderaan barangan termasuk menggunakan motosikal yang disediakan menerusi suatu perniagaan penghantaran perkhidmatan p-hailing. Pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mewujudkan punca kuasa bagi mengawal selia dan menetapkan peraturan pelesenan bagi perkhidmatan berkenaan di bawah Akta 715. Kedua, mewujudkan punca kuasa di bawah Akta 715 bagi memenuhi obligasi dan melaksanakan komitmen kerajaan di bawah beberapa perjanjian multilateral peringkat antarabangsa melibatkan perkhidmatan kenderaan perdagangan kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan dan kenderaan barangan rentas sempadan negara. Pindaan akan memperuntukkan punca kuasa kepada menteri untuk mengawal selia, melesenkan dan menetapkan peraturan ke atas perkhidmatan kenderaan perdagangan yang didaftarkan di negara asing untuk beroperasi di dalam Malaysia serta yang didaftarkan dalam Malaysia untuk beroperasi dalam wilayah negara asing. Ini termasuk menurut kepada apa-apa kuasa atau tertakluk kepada peruntukan mana-mana perjanjian antarabangsa yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia sebagai negara penjanji. Dalam hal ini, Jemaah Menteri pada 24 September 2021 semasa menimbangkan memorandum daripada Menteri Pengangkutan nombor M425/2021 antara lain telah bersetuju; (i) supaya mana-mana orang, syarikat atau entiti yang menjalankan perniagaan penghantaran berkaitan dengan perkhidmatan kenderaan barangan termasuk yang hanya menggunakan motosikal dan motokar sahaja akan diwajibkan untuk
mendapatkan lesen perniagaan penghantaran LPP dan lesen kenderaan barangan daripada APAD di bawah Akta 715, (ii) supaya pindaan dilaksanakan ke atas Akta 715 bagi tujuan pengawal seliaan perkhidmatan p-hailing termasuk memperluaskan definisi perniagaan penghantaran untuk merangkumi perkhidmatan kenderaan barangan; dan
(iii) supaya Kementerian Pengangkutan menetapkan lain-lain dasar pengawal seliaan, syarat dan peraturan pelesenan, menetapkan kadar fi serta menetapkan syarat-syarat perkhidmatan dan pengoperasian yang bersesuaian di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri di bawah Akta 715 bagi mengawal selia industri perkhidmatan p-hailing di Malaysia. Di samping itu Jemaah Menteri pada 29 Jun 2022, semasa menimbangkan memorandum daripada Menteri Pengangkutan, nombor M372/2022, telah bersetuju. Pertama, supaya pindaan dilaksanakan ke atas Akta 715, bertujuan memperuntukkan punca kuasa khusus membuat perundangan subsidiari mengenai peredaran antarabangsa (international circulation) bagi membolehkan Malaysia melaksanakan perjanjian-perjanjian memudah cara pengangkutan peringkat ASEAN seperti berikut: (i) ASEAN Framework Agreement on Facilitation Goods in Transit (AFAFGIT); (ii) ASEAN Framework Agreement on Facilitation of Inter-State Transport (AFAFIST); dan (iii) ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Cross Border Transport of Passengers by Road Vehichles (ASEAN CBTP). Kedua, peraturan-peraturan pengangkutan awam darat, peredaran antarabangsa dan peraturan-peraturan Lembaga Pelesenan Kenderaan, Perdagangan, Peredaran Antarabangsa digubal bagi urusan pengoperasian dan pengawal seliaan pergerakan kenderaan pengangkutan awam darat merentas sempadan di bawah AFAGIT, AFAFIST dan ASEAN CBTP. Selain itu, Jemaah Menteri pada 2 September 1998, semasa menimbangkan memorandum daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, nombor 506/2137/98 antara lain telah bersetuju. Pertama, supaya Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai pemudahan pengangkutan barangan dalam transit AFAFGIT. Kedua, supaya sistem pengangkutan antara negara menjadi satu perjanjian yang berasingan yang akan dirundingkan sebagai lanjutan kepada perjanjian tersebut selepas kajian teliti dibuat. Akhir sekali ketiga, supaya memorandum persefahaman barang mudah rosak dari Thailand ke Singapura melalui Malaysia tahun 1979 dikekalkan dan apa-apa pengubahsuaian dirundingkan secara dua hala di antara Malaysia dan Thailand. Secara keseluruhannya pindaan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022, akan mengandungi enam fasal yang merangkumi cadangan pindaan utama ke atas Akta 715 seperti berikut. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 715 untuk memasukkan takrif baharu “kenderaan p-hailing” dan untuk meminda takrif “kenderaan barangan” untuk memasukkan kenderaan p-hailing dalam tarif tersebut.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda perenggan 6(5)(d) Akta 715 untuk membenarkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengenakan pada mana- mana lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 6 Akta 715 syarat tentang fi maksimum yang ditetapkan yang kena dibayar kepada pemegang lesen terminal oleh orang awam juga bagi penggunaan terminal itu. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu VA ke dalam Akta 715 bagi memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi memudahkan peredaran antarabangsa mana-mana pengangkutan awam darat menurut mana-mana perjanjian antarabangsa. Fasal 5 bertujuan untuk memotong perenggan 252(1)(k) dan (l) Akta 715. Pemotongan tersebut berbangkit daripada kemasukan bahagian baharu VA ke dalam Akta 715. Fasal 6 mengandungi peruntukan peralihan. Lain-lain pindaan yang tidak dinyatakan secara khusus bagi akta ini adalah merupakan pindaan bersifat editorial dan consequential susulan kepada pindaan-pindaan utama. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah amat penting atas keperluan-keperluan pelaksanaan perkhidmatan p-hailing dan pengoperasian pergerakan kenderaan pengangkutan awam merentas sempadan, terutamanya dalam mewujudkan punca kuasa dan penyeragaman peraturan. Dengan pelaksanaan pindaan ini, semua pelaksanaan fungsi dan ketetapan dasar akan teratur dari segi undang-undang. Sehubungan itu, saya dengan rendah hati memohon supaya pindaan-pindaan yang dicadangkan dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini demi menjaga kebajikan terutamanya kepada golongan muda dan golongan yang bekerja sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada yang menyokong?
Puncak Borneo menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Cuma seorang Yang Berhormat Sungai Petani, silakan.
Ini mungkin ucapan terakhirlah ya. Ucapan terakhir, ucapan selamat tinggal Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa] Ya.
Tuan Yang di-Pertua.
Farewell.
Farewell. Yang Berhormat Menteri memang ini ialah rang undang-undang yang berbentuk teknikal yang kita telah pun berkali- kali mengatakan bahawa kita akan sokong pasti. Apatah lagi dengan terbatalnya SPAD. Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa e-hailing is here to stay. Malah p- hailing satu industri yang akan berkembang dan akan menjadi di antara industri-industri yang akan diminati malah pada masa-masa hadapan. Untuk itu, kementerian harus melihat bagaimana memperkasakan p-hailing ini.
Seperti yang ramai sebut tadi bahawa di antaranya ialah untuk melihat kebajikan mereka yang terlibat dalam industri ini. Di antara yang boleh saya cadangkan untuk Tuan Yang di-Pertua ialah untuk memastikan keselamatan mereka ini dengan memberikan pemakaian warna jaket mereka ini, seperti kita kenakan kepada warna amber kepada bas sekolah.
Jadi, kalau semua p-hailing operators ini ataupun operator riders ini menggunakan warna amber, saya ingat Yang Berhormat Timbalan Menteri warna itu, cam tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri? Warna amber itu. Bas sekolah itu, warna kuning tidak kuning itu. Jadi, apabila semua orang pakai warna amber ini makna kita tahu driver lori, driver kereta, public akan merasakan bahawa ada sekumpulan anak-anak muda yang sedang berurusan. Mereka ini memakai warna ini. Jadi, kita akan memberikan laluan yang lebih mudah kepada mereka. Kita akan memberikan peluang kepada mereka untuk mengambil position. Contohnya kalau mereka– kita tahu seperti Yang Berhormat Padang Rengas. Saya turut setuju, Yang Berhormat Padang Rengas sebutkan tadi bahawa mereka ini mendapat pendapatan melalui trip. Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukan sahaja mereka menghantar barang. Ada terpaksa panjat flat sampai tingkat empat dan lima. Sampai flat pula, ketuk pintu, orang yang order itu pula itu tengah mandi, yang mandi pula perempuan. Kadang-kadang dia terkejut, dia keluar-keluar dia kata, “Alah, ada orang laki- laki”. Dia masuk pula pakai baju. Keluar tidak pakai tudung, masuk pula. Kadang-kadang sampai 15, 16 minit, kan? Maknanya ini ialah yang mereka terpaksa lalui. Jadi, kita kena memberikan sokongan kepada mereka. As I said this industry is here to stay, definitely. Jadi, kita akan kena... Kedua, sementara ini ialah ucapan terakhir mungkin Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mintalah supaya kementerian melihat pengangkutan awam darat ini. Town kita akan jadi city Yang Berhormat Padang Rengas. Town akan jadi city. Kuala Lumpur jadi city, Seremban akan jadi city, Johor Bahru akan jadi city, Sungai Petani akan jadi city, akan jadi bandar raya. Kita tidak mahu city ini kalau Pulau Pinang dan sebagainya, kita tidak rancang dari sekarang. Ia akan jadi Jakarta yang impossible. Daripada pukul 10 pagi Tuan Yang di-Pertua, sampai lima petang, ia jadi parking lot. Jakarta is a parking lot daripada 10 pagi sampai lima petang. Nothing moves. Akan tetapi kalau kita rancang dari sekarang khususnya dengan menggunakan trem. Saya ingat Yang Berhormat Padang Rengas pun setuju dengan saya bahawa trem ini the most practical, di Germany kita lihat ya, Yang Berhormat Padang Rengas. Di Germany ini, setiap town connected by tram, tidak payah pakai train, tidak payah pakai overhead pun. Dia jalan atas jalan raya sahaja and the coaches are small, practical, kemudian dia run by electricity. Tidak bising. Tidak payah tambah jalan baharu pun. Pakai jalan yang ada cuma besarkan sedikit jalan itu dan coach dia itu kecil-kecil Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat Tuan Yang di-Pertua masih ingat masa di Europe dulu, kan? Di Munich dulu, di mana-mana juga tempat kecil. Jadi, dia bukan sahaja tidak bising, praktikal, tidak diganggu orang. Sudah kena rancangan sekarang. Kalau tidak by the time you sudah ada city baharu hendak runtuh bangunan, baharu hendak ambil pengambilan tanah. Masa itu terlalu mahal. Jadi, seperti yang saya katakan tadi Nusantara kalau tengok master plan nya hebat. Kemudian dia satu city yang very green city, yang dia punya tenaga boleh diperbaharui dan sebagainya. Oleh sebab itu kita kena belajar. Ada benda yang kita kena belajar dan lebih menakutkan kita, Tuan Yang di-Pertua. Oleh kerana ini speech yang terakhir. Menakutkan kita apabila 40 juta... .
Apa ulang terakhir, terakhir ini? [Ketawa]
...Apabila 40 juta orang Nusantara...
Macam lagu Ahmad Jais sahaja.
Ya?
Lembaran Terakhir. [Ketawa]
Sudah dapat maklumat. Dapat sudah.
Lembaran Terakhir.
Dapat maklumat sudah, Perdana Menteri pun baru keluar dari Istana. Baru keluar Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Dia baru keluar dari sana. Kita tidak tahulah. Apa yang akan berlaku Yang Berhormat Padang Rengas, pekerja-pekerja kita ini, pekerja-pekerja kita yang ada di Sabah, Sarawak ini akan keluar dan lari bekerja di Nusantara. Selepas ini bayangkan kita hendak pergi cari pekerja di mana ini? Yang dok kelapa sawit kita ini. Mana kita hendak cari? Saya tidak dapat bayangkan, fasal apa, duit kita makin kecil, duit mereka makin kuat. Industri mereka makin hebat dan town yang dibangunkan Nusantara itu lebih cantik. Tidak ada sebab dia hendak duduk di Lawas. Tidak ada sebab dia hendak duduk di Hulu Rajang. Lebih baik dia keluar balik. Jadi waktu itu, malapetaka. Malapetaka bagi kita. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, tolong fikirkan bagaimana kita hendak pastikan industri e-hailing ini berkembang. Kedua, fikirkanlah bagaimana trem, pengangkutan awam ini diperkemaskan. Tidak payahlah buat yang besar-besar sangat. Saya ingat tram is the most practical, the main public transportation di Malaysia kerana kos yang murah dan juga boleh dilakukan dengan serta-merta. Jadi, saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan insya-Allah kita berjumpa lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas selepas ini sebenarnya. Yang Berhormat Padang Rengas ya? Oh, bukan Yang Berhormat Padang Rengas. Silakan Yang Berhormat Kuala Langat.
Kuala Langat hendak ambil bahagian di dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Memang trend sekarang di dalam bandar-bandar yang kita nampak seluruh negara ini, satu cabaran kepada kerajaan ialah macam mana kita hendak baiki transport system di bandar-bandar. Di Malaysia, saya baru baca bahawa tahun yang lepas kita telah jual dekat 500,000 buah kereta satu tahun. Bandinglah kalau lima tahun ia jadi 2.5 juta buah kereta yang akan dijualkan. Apa yang kita hendak lakukan dan macam mana kita hendak atasi masalah ini? This is a chicken and egg story. Adakah kita hendak bina jalan raya baharu ataupun kita hendak adakan satu sistem pengangkutan yang lebih baik, sesuai untuk orang datang kerja, keluar dan sebagainya? Sekarang saya dan tidak nampak pelan kita yang khusus akan bawa keuntungan untuk rakyat di dalam negara kita. Walaupun kita bina MRT, LRT dan sebagainya tetapi kalau kita keluar sekarang di jalan raya kita akan nampak macam mana sesak jalan raya. Saya sampai rumah satu jam setengah, boleh sampai dekat Ipoh. So, ini kita kena buat. E-hailing ini memang bagus Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi e-hailing ini pun kita kena adakan penguatkuasaan yang baik dan juga pada masa yang sama kita kena ada pendidikan kepada driver yang hendak masuk di dalam industri ini, untuk jadi e-hailing ini. Macam mana dan apa yang mereka bertanggungjawab untuk jadi seorang yang kerja dengan gig ekonomi ini. Ramai hendak buat. Baru-baru ini saya baca bahawa 60 peratus daripada budak- budak yang lepas SPM hendak terus masuk kepada gig ekonomi ini dan tidak hendak belajar lagi. Itu pun satu masalah juga yang kita kena hadapi untuk masa depan. Akan tetapi saya ingat untuk masa depan ini, kita kena ada satu rancangan yang terbaik dan macam mana kita hendak atasi masalahnya. Memang bandar-bandar kita ini sudah sesak. It’s developed cities. Akan tetapi kita kena fikir luar, out of the box macam mana kita hendak buat sesuatu untuk masa depan yang akan datang. Ada banyak cabaran tetapi pada masa yang sama saya ingat di Malaysia ini cukup dengan pakar-pakar yang ada urban planning
degrees and sebagainya untuk digunakan mereka, untuk kita buat sesuatu yang terbaik untuk masa depan yang akan datang. Ini MOT dengan kementerian lain akan bekerjasama untuk atasi masalah yang kita hadapi sekarang. So, saya harap kita akan lakukan sesuatu memang bill ini, sepertimana Yang Berhormat Sungai Petani kata it is very technical tetapi untuk atasi masalah ini kita kena ada will power. Kita kena ada political will dan political power untuk kita buat sesuatu untuk masa depan yang akan datang dan binaan-binaan satellite cities di luar kawasan dan sebagai ini, kita kena rancang pengangkutan dahulu. We have to plan the transport system sebelum kita plan satellite cities di luar dan macam mana kita hendak atasi masalah ini. Ini semua ialah urban developing program yang kita ada. Kalau kita tidak plan dengan cara yang betul, kita akan hadapi masalah kemiskinan, kebandaran yang lebih besar, lebih luas dan selepas itu kita ada masalah untuk macam mana kita hendak atasi masalah urban poverty dan sebagainya. So, saya harap ini satu-satu cadangan itu di mana Ministry of Transport (MOT), akan bawa dan kita khususnya akan ada satu jawatankuasa khas di mana finally kita akan selesaikan masalah public transport ini. Kita telah bincang lama sudah tentang public transport.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Kita telah bincang lama sudah tentang public transport, sampai sekarang saya tidak nampak ada satu-satu result yang keluarkan daripada perbincangan-perbincangan ini. Public transport is still a problem. So, saya harap kita boleh atasi masalah ini dengan giving importance to the people dengan juga rider yang ada sekarang dengan cara yang terbaik untuk mereka pergi dari A kepada B ataupun balik rumah dan kerja untuk masa yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya sokong rang undang-undang ini.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya saya menjemput pembahas terakhir Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah seorang lagi?
Tambah seorang lagi boleh. Saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Padang Rengas dahulu, sila Yang Berhormat tujuh minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya hendak bagi tahulah, Yang Berhormat Bukit Mertajam ye? Yang Berhormat Gelugor .
Bayan Baru.
Yang Berhormat Bayan Lepas, sorry, hendak berucap bolehlah minta jalan kan, tidak ada masalah. Okey baik, saya ucap terima kasihlah kepada Tuan Yang di-Pertua memberikan kesempatan kepada saya untuk berucap pada hari ini bagi menyokong rang undang- undang yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri kita. Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri jumpa Yang di-Pertuan Agong, saya berucap kepada Yang Berhormat Dato’ Henry Sum Agong, ini Yang Berhormat Timbalan Menteri kita. Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan rang undang-undang ini. Saya kira kalau pada hari ini tidak ramai yang hendak berucap, itu bukan kerana tidak minat ke apa ke tetapi semua merasakan itu bahawa rang undang-undang ini kalau dalam bahasa Inggeris nya fait accompli maknanya suka tidak suka, dia akan jadilah. Oleh sebab sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Sungai Petani sebentar tadi, dia melibatkan industri yang berkembang. Industri yang berkembang dan it is here to stay. Jadi, kita seharus memikirnya mesti mengadakan peraturan untuk memastikan supaya rang undang-undang ini dapat membantu memperkembangkan lagi satu industri yang sudah tentu akan berkembang sekarang dan juga pada masa-masa yang akan datang. Saya dengar dengan begitu teliti ucapan Yang Berhormat Sungai Petani ini. Saya tidak tahu dia pakai bomoh apa ke tetapi saya tengok ucapan dia itu memang sehaluan dengan jiwa saya. Jadi, saya sokong apa yang dia cakap, dia kata itu betul. Cuma, saya tidak sokong satulah, Padang Rengas ini tidak boleh jadi city lah ya. Dia akan jadi kawasan luar bandar jugalah. Oleh sebab kalau dia jadi city ini susah hendak jadi Ahli Parlimen kepada orang bandar ini, macam-macam ragam. Akan tetapi, macam mana pun saya setuju iaitu banyak bandar dan pekan kecil akan menjadi city. Kita semestinya membuat orang kata perancangan daripada sekarang. Jangan banyak bandar di Tenggara Asia terutamanya Tenggara Asia. Mereka secara berkembang ad hoc, tidak ada perancangan tiba-tiba datang ramai orang dari luar bandar duduk dan akhirnya sukar untuk membuat perancangan terhadap bandar-bandar ini dan sudah tentulah ke dalam bandar ini perkara yang paling penting sekali ialah tentang kereta. The public transport is very important, very important kerana tidak boleh salah kepada rakyat yang mungkin tidak ada budaya naik public transport. Saya kira bahawa kalau public transport dirancang daripada sekarang dan bersesuaian, maka saya percaya iaitu bahawa sudah tentu orang ramai akan menggunakan public transport ini kerana mereka tahu satunya harga minyak mahal, kemudian traffic jam, macam-macam lagi lah. Sekarang dengan adanya e-hailing, p-hailing ini semua, jadi tidak perlulah hendak pergi ke pejabat, duduk rumah pun boleh order makanan dah. Jadi sebab itu saya kira sangatlah penting rang undang-undang ini dan kita sudah tentu memberi sokongan yang penuh. Saya telah mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri di mana kita membuat penyesuaian kehendak antarabangsa dengan keperluan di dalam negara kita. Ini satu cliché lah iaitu bahawa the world is a village now. Maknanya kita sudah menjadi terlalu dekat di antara satu sama lain dengan adanya teknologi seperti orang kata social media dan macam-macam lagi lah. Jadi, we are interconnected. Jadi, selalunya pembaharuan ini berlaku di luar negara dan kita akan pick up later. Maka, oleh kerana itulah sesuai daripada sekarang iaitu bahawa kita memberikan kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk menandatangani mana-mana perjanjian antarabangsa, perjanjian regional, semualah yang perlu diadakan disabitkan oleh kerana pengangkutan ini akan melibatkan perjalanan daripada satu negara melalui negara kita pergi ke negara lain. Jadi, sebab itu daripada kita tidak memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri untuk menandatangani, terpaksa balik kepada sini untuk membuat keputusan. Itu akan melambatkan perkembangan kemajuan teknologi dalam negara kita. Jadi, sebab itulah saya setuju Yang Berhormat sebut tadi bahawa di bawah rang undang-undang ini Yang Berhormat Menteri akan diberi kuasa. Kemudian kita juga akan menandatangani dengan ASEAN ke ataupun kumpulan antarabangsa ke kerana ini adalah sangat perlu ke arah untuk kita mendatangkan kemajuan di dalam negara kita.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya menyokong apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya harap ianya akan menjadi suatu perkara yang boleh membantu kita untuk memastikan supaya industri yang baharu ini akan berkembang dengan baiknya. Sekian, terima kasih saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hari ini saya sangat bertuah dapat mendengar cetusan idea daripada Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Kuala Langat. Ini adakah satu sesi di mana kita sama-sama memikirkan kebaikan untuk Malaysia in terms of urban planning, city planning dan sebagainya. Saya kebetulan graduan transport engineer. Jadi dalam Master saya pernah dapat go to the classes of urban planning, transportation planning dan sebagainya. Yang paling penting ialah 3E. 3E in engineering transport planning adalah first engineering, kedua education dan ketiga enforcement. Jadi, daripada segi saya setuju dengan Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Padang Rengas. We have to plan first, itu engineering yang mana kita merancang bandar kita dengan baik. Selepas itu kita educate our public untuk menggunakan public transportation dan sebagainya. Akhir sekali, kalau yang penting adalah enforcement supaya city kita atau transportation kita berfungsi dengan baik dan tanpa accident, tanpa melanggar undang- undang. Jadi, itu sebablah saya rasa undang-undang ini diperketat dan diperbaiki supaya menjadikan undang-undang kita lebih lengkap. Saya juga ingin membangkitkan isu suburbanization atau urban sprawl yang dihadapi oleh Malaysia. Kalau kita tengok sekarang, di Malaysia kita kerja di Kuala Lumpur di Parlimen tetapi kebanyakan kita tinggal bukan di KL, kita tinggal di PJ, ada yang tinggal di Cheras, ada tinggal di mana-mana. Jadi, semua orang datang ke KL. Pagi, semua datang ke KL, semua jem teruk. Selepas petang semua hendak balik ke kawasan masing-masing, balik rumah, jem balik. Jadi, I think problem-nya adalah this suburbanization yang mana dahulunya konsepnya adalah city centre, selepas itu PJ ke, Cheras ke, Ampang ke, sebagai satellite city.
I think this is wrong sebab ini menyebabkan suburbanization sprawling seperti Amerika Syarikat. Amerika Syarikat contohnya, city centre San Fransisco. Selepas itu dia ada San Jose atau Oakland sebagai satellite city. Jadi Amerika itu luas, Dia boleh bina macam-macam highway tetapi Malaysia bukan luas sangat. Itu menyebabkan kesesakan yang terlampau teruk. I think we need to rethink about our city. Sepatutnya satu city has to have tempat tinggal. Kalau boleh tak payah menggunakan kenderaan sendiri. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat balik rumah nanti, kita tengok apabila kita jam di tengah-tengah jalan, kita tengok setiap kereta itu dia seorang passenger atau dia ramai. Sebenarnya, setiap kereta itu yang saya observed, 95 percent seorang sahaja. Kita membawa kereta dan kita stuck di sana sama-sama. Akan tetapi, kalau kita ada buses yang efficient maka kita akan kurangkan kereta passenger car tetapi menggunakan public transportation. Maka, kita tidak akan ada massive jam seperti sekarang. Yang Berhormat Sungai Petani kata ‘macet’ di Jakarta itu teruk. Saya hendak beritahu macet di Kuala Lumpur juga teruk. Sama.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Macet.
‘Macet’. Jadi, pentingnya adalah we have to get rid – we have to solve 20 percent of the problem then 80 percent of the problem solved.
Maksudnya we have to take 20 percent of the cars out of the traffic maka kita akan menyelesaikan 80 peratus macet yang berlaku di Kuala Lumpur. Itu menggunakan public transportation. Of course saya tahu MOT ini bukan kementerian yang in charge tetapi saya rasa planning itu kena ada. Bukan sahaja daripada segi Kerajaan Pusat, tetapi perancangan di kerajaan negeri dan juga council pun amat penting. Saya rasa the way forward sekarang dengan suburbanization, semua hendak rumah yang all these linked houses dan sebagainya menyebabkan sekarang orang kena pindah sampai ke Seremban. Hari-hari dia transport datang kerja di Kuala Lumpur. I think this is not sustainable daripada segi environmental it is a problem, daripada segi jam, daripada segi produktiviti kepada negara itu. I think it is a problem. We have to reverse that kind of suburbanization atau urban sprawl. Isu kedua saya hendak bangkitkan adalah tentang baru-baru ini ada satu laporan bahawa Malaysia adalah di tempat kedua the highest fatality rate of road accident di seluruh dunia di mana 22.76 orang per 100,000 population mati dalam road accident. Saya rasa ini adalah tanggungjawab MOT di mana kita kena pastikan engineering, kita kena pastikan enforcement dan kita kena pastikan education. Dahulu ada SPAD yang buat pelbagai jenis enforcement tetapi sekarang kita kurang nampak SPAD – sorry SPAD sudah dibubarkan. Kita kurang nampak JPJ yang menjalankan tugas enforcement. Saya rasa itu adalah tugas MOT untuk memastikan bahawa road accident daripada segi enforcement dan education supaya kita mengurangkan road accidents. Akhir sekali adalah isu tentang transportation ke – Okey, sebelum saya masuk ke perkara terakhir, p-hailing. Kita tahu bahawa p-hailing ini sekarang sangat meluas dan itu bagus. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa − saya selalu khuatir tentang riders kita kerana kita nampak bahawa sometimes mereka kena kejar time dan mereka terpaksa melanggar traffic light. Saya selalu nampak bahawa nyaris-nyaris ada kemalangan. I think there is something wrong there. Perlu ada regulation supaya mereka bukan kejar time. They have to be paid fairly supaya dia bukan di dalam satu jam dia kena berapa trip – dia bukan kejar untuk berapa trip. I think MOT kena regulate p-hailing supaya decent pay should be given to the p-hailers, the riders supaya mereka tidak terdesak hendak sebab kejar trip sebanyak mungkin. We have to have kebajikan yang bagus, gaji yang memuaskan. Jaga kebajikan mereka supaya mereka tidak risk their lives dengan selalu melanggar traffic lights dan sebagainya.
Minta rumuskan Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Okey akhir sekali adalah tentang – saya berterima kasih kerana ada regulation untuk international agreement, permit licences under international agreement. Ini kerana, kita tahu bahawa banyak trak kita, lori kita pergi ke Singapura, mereka turnaround untuk pertanian kita. Petani-petani kita hantar barangan kita ke Singapore untuk dijual dan sebagainya. Itu sesuatu yang penting. Kita kena facilitate supaya ia cepat. Tak ada red tape, tak ada pelbagai kerenah birokrasi yang melambatkan barangan pertanian kita sampai ke market. Ini kerana, kita tahu bahawa barangan pertanian itu perishable. Kalau kita lewat sampai ke market maka akan rosak. Saya rasa inilah the way forward. Itu sahaja, terima kasih. Saya menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Yang Berhormat, seramai empat orang telah berbahas. Maka dengan ini saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Tempoh masa 15 minit. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Yang Berhormat Henry Sum Agong jangan bubar. [Ketawa]
Boleh jawab ya?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada lima orang Yang Berhormat yang telah mengemukakan cadangan serta membangkitkan isu-isu berkaitan pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat [Akta 715] ini. Pihak kementerian mengambil maklum dan akan memperhalus akan cadangan yang telah diutarakan. Tadi Yang Berhormat Sungai Petani − mengenai link harus diperkasakan. Itu yang sebenarnya yang mana pihak kami di MOT lakukan dengan memberi peluang kepada para golongan pemuda kita mendapatkan lesen untuk berkecimpung dalam perniagaan untuk tujuan meningkatkan ekonomi. Sokongan daripada Yang Berhormat Sungai Petani amat dialu-alukan. Begitu juga dengan cadangan untuk masa depan mengadakan tren. Saya sendiri bersetuju sangat dengan cadangan ini kerana sepertimana saya katakan tadi sebelum Nusantara dibangunkan pun sudah ada perancangan pihak Indonesia melalui Presidennya sendiri untuk mengadakan laluan tren ini dari hujung ke hujung wilayahnya. Amat baik cadangan ini, kita alu-alukan. Begitu juga kita berterima kasih dengan Yang Berhormat Kuala Langat yang juga mencadangkan untuk meningkatkan keadaan infrastruktur yang ada di negara kita yang memerlukan pelan transport system yang baik untuk masa depan. Yang Berhormat Padang Rengas juga – terima kasih banyak Yang Berhormat menyokong RUU ini. Perancangan bandar untuk public transport masa depan agar − kita perlu kita cadangkan pada masa kini supaya kita tidak akan menghadapi masalah. Khususnya kita lihat di Kuala Lumpur sekarang waktu masa-masa tertentu, traffic jam berlaku sehingga pengguna- pengguna jalan melibatkan masa yang agak lama, 1-2 jam begitu di atas jalan.
Yang Berhormat Bayan Baru juga mencadangkan mengenai urban planning. Ini penting dan pihak MOT sepertimana diketahui tidak berseorangan dalam hal planning ni dan kita berharap supaya kementerian-kementerian lain yang terlibat dapat bersama di dalam kita melihat masa depan khususnya bandar-bandar kita yang kini menghadapi masalah mengenai traffic jam di antaranya. Road accident juga harus kita lihat bersama supaya dapat mengurangkan. Tentu sekali kita tidak dapat menghapuskan sama sekali road accident ini tetapi kalau kita dapat mengurangkan. Jadi, saya ingat itu yang dibangkitkan tadi. Sekali lagi...
Last sekali Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit sahaja, pencelahan. Walaupun saya mengalu-alukan kita regulate tentang international travel untuk lori-lori kita menghantar barangan ke market seperti Singapore ataupun biar Thailand masuk ke Malaysia dan sebagainya. Saya rasa penting adalah jangan overregulate, ya. Kita kena make business easy sebab selalunya kita ada kuasa dengan perundangan baharu, selalunya overregulation. Banyak kena hantar macam-macam dokumen dan sebagainya. Sebenarnya benda ini boleh dipermudahkan semudah mungkin supaya lori hantar barang produk pertanian boleh sampai ke destinasi secepat mungkin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan ini dan MOT tentu sekali akan melihat keperluan-keperluan yang perlu kita lakukan untuk masa- masa yang akan datang. Baik itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dikemukakan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga; disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Halimah binti Mohamed Sadique) dan diluluskan]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang esok, Jumaat, 7 Oktober 2022. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.56 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Penawaran Latihan Guru Bahasa Kadazandusun di IPG Kent, TuaranSpecial Chamber
Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pendidikan telah mula menawarkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun (BKD) di sekolah rendah pada tahun 1997 dan sekolah menengah pada tahun 2006.
Subjek ini merupakan salah satu mata pelajaran bahasa etnik di Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam tafsiran Akta Pendidikan tahun 1996. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang dapat berkomunikasi dengan berkesan untuk mengekalkan budaya dan warisan Kadazandusun khususnya di Sabah dan amnya di Malaysia.
Penawaran untuk latihan guru bidang Bahasa Kadazandusun telah dimulakan pada tahun 2012 di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.
Seramai 20 orang guru pelatih ditawarkan ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dalam pengambilan tersebut. Penawaran ini berterusan sehingga tahun 2021.
Namun demikian, pada tahun 2022, masyarakat Kadazandusun di seluruh negara terkejut kerana program PISMP Bahasa Kadazandusun ditawarkan dalam iklan kemasukan PISMP, namun tidak ada yang ditawarkan memasuki Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Tidak ada apa-apa penjelasan yang diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan tentang perkara ini.
Pada Tuaran, pemberhentian pengambilan guru pelatih untuk program Bahasa Kadazandusun akan menjadikan kekurangan guru-guru terlatih Bahasa Kadazandusun semakin kritikal dan akhirnya menyebabkan pembelajaran dan pengajaran BKD terhenti. Tinjauan yang telah dilakukan di sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Sabah mendapati bahawa kekurangan guru Bahasa Kadazandusun masih kritikal. Ini belum termasuk guru-guru SJK Cina yang berhasrat menawarkan subjek Bahasa Kadazandusun, namun menghadapi
masalah kekurangan guru. Masih banyak sekolah rendah dan sekolah menengah yang berhasrat menawarkan subjek Bahasa Kadazandusun namun, kekangan utama adalah masalah kekurangan guru.
Selain itu, guru-guru yang mengajar di sekolah terdiri daripada guru-guru yang boleh bertutur Bahasa Kadazandusun namun mempunyai opsyen lain seperti Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya.
Keadaan ini merugikan pelajar yang mengambil subjek Bahasa Kadazandusun dan juga kerugian kepada etnik-etnik dalam rumpun Kadazandusun kerana tidak memperoleh guru yang dilatih khas dalam bidang ini.
Oleh itu pemberhentian penawaran PISMP bidang Bahasa Kadazandusun di IPG Kampus Kent bakal mengeruhkan keadaan kekurangan guru subjek ini di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.
Tuaran meneruskan perjuangan meminta supaya penawaran bidang Bahasa Kadazandusun di IPG yang bertujuan memenuhi keperluan sekolah rendah yang telah menawarkan subjek Bahasa Kadazandusun sejak lebih 20 tahun yang lalu. Tindakan kerajaan memberhentikan penawaran kursus BKD secara mengejut adalah tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak adil kepada etnik-etnik peribumi Sabah khususnya rumpun Kadazandusun.
Oleh itu, Tuaran meminta supaya kerajaan menyediakan bajet sebanyak RM1.5 juta untuk menampung sekurang-kurangnya 20 orang guru pelatih setiap tahun di IPG Kent Tuaran. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa mata pelajaran Bahasa Kadazandusun merupakan satu daripada mata pelajaran bahasa etnik yang diajar di sekolah. Selain daripada Bahasa Kadazandusun, terdapat juga bahasa-bahasa etnik lain iaitu Bahasa Iban dan Bahasa Semai yang diajar di sekolah.
Tujuan mata pelajaran bahasa etnik ditawarkan di sekolah adalah untuk mengekalkan penggunaan bahasa, pengamalan, pengetahuan orang asal serta penerusan penghayatan warisan budaya masyarakat Iban, Kadazan, Dusun dan Semai. Sejajar dengan tujuan utama penawaran bahasa etnik di sekolah, Bahasa Kadazandusun mula dipelajari oleh murid Tahun 4 di Sekolah Rendah menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1998.
Pelaksanaan sepenuhnya di peringkat Sekolah Rendah telah dilaksanakan pada tahun 2000 yang mana Bahasa Kadazandusun ditawarkan sebagai bahasa tambahan kepada murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Pada tahun 2011, Bahasa Kadazandusun telah dilaksanakan menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Sehingga kini, sebanyak 411 Sekolah Kebangsaan menawarkan mata pelajaran Bahasa Kadazandusun. Jumlah guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan adalah seramai 1,123 orang. Institut Pendidikan Guru Kampus Kent telah diberi mandat sebagai satu-satunya kampus untuk melatih guru bidang Bahasa Kadazandusun bagi Sekolah Kebangsaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mulai tahun 2021, IPGM menawarkan opsyen Bahasa Kadazandusun bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) melalui laluan khas seperti mana ambilan calon laluan khas
Orang Asli, Sekolah Seni Malaysia, Sekolah Sukan Malaysia, calon Bahasa Iban dan murid berkeperluan khas bagi memenuhi keperluan tahun 2026. Kaedah pengambilan ini diubah kerana pengambilan calon Bahasa Kadazandusun setiap tahun tidak memenuhi unjuran yang ditetapkan.
KPM telah membuka permohonan bagi PISMP bidang Bahasa Kadazandusun pada ambilan Jun tahun 2021 melalui laman sesawang https://pismp.moe.gov.my. KPM juga telah selesai membuat proses pengambilan ini berdasarkan unjuran keperluan guru Bahasa Kadazandusun pada tahun 2026.
Calon yang telah berjaya ditawarkan bagi bidang ini sedang mengikuti pengajian di IPGK Kent, Tuaran. KPM akan membuat semakan dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan guru Bahasa Kadazandusun di Sekolah Kebangsaan adalah mencukupi. Sekian, terima kasih.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Peruntukan Kewangan Membina Semula Bangunan Gantian SK Jelai 2 (F) GemasSpecial Chamber
Bismillahi Rahmani Rahim.
Peruntukan Kewangan Membina Semula Bangunan Gantian SK Jelai 2 (F) Gemas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Sekolah Kebangsaan Jelai 2 (F), Gemas telah ditubuhkan pada 6 Januari 1986 dengan memiliki jumlah seramai 402 orang murid, 32 orang guru dan 6 orang staf sokongan. Ia terletak di kawasan FELDA Jelai 4, Gemas.
Parlimen Tampin difahamkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) telah menghantar surat permohonan untuk merobohkan Bangunan Blok ‘B’ Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Jelai 2 (F) dengan nombor rujukan: JPNS.SIP.PPI.200-1/10 Jilid 2(23) bertarikh 22 Februari 2022.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan telah meluluskan syor roboh bangunan tersebut melalui nombor rujukan: (9) JKRNS.200.19/4/5 Jilid 1 bertarikh 17 Mac 2022.
Tuan Yang di-Pertua, antara faktor yang mendorong bangunan tersebut perlu dirobohkan ialah keadaan bangunan yang uzur dan tidak selamat untuk diguna pakai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Hal ini menyebabkan pihak sekolah berhadapan dengan masalah kekurangan bilik darjah, jumlah murid dalam kelas tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh kementerian sehingga limpahan melebihi 40 murid. Para guru dan murid tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap aktiviti di dalam bilik darjah dan tidak dapat memenuhi permintaan ibu bapa bagi pendaftaran kemasukan murid baharu. Tambahan pula, para murid dan guru tidak dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih sempurna sekiranya bangunan tersebut dirobohkan tanpa dibina baharu.
Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada lawatan Parlimen Tampin ke sekolah tersebut mendapati syor yang dikemukakan untuk merobohkan bangunan tersebut adalah sesuatu yang harus dilaksanakan kerana implikasi keselamatan para murid dan kakitangan. Selain itu, bangunan tersebut tidak menjamin keselesaan murid untuk aktiviti pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
Di samping itu, matlamat kementerian untuk mencapai Sekolahku Sejahtera tidak dapat direalisasikan sebagaimana yang telah dirancang. Parlimen
Tampin difahamkan juga bahawa kementerian hanya memberi peruntukan kewangan bagi melaksanakan kerja-kerja merobohkan bangunan tersebut.
Namun, peruntukan kewangan bagi kerja-kerja membina semula tidak disediakan. Justeru itu, Parlimen Tampin mencadangkan supaya kementerian memberi peruntukan kewangan bagi membina semula bangunan tersebut yang baharu di Sekolah Kebangsaan Jelai 2 (F).
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap agar kementerian dapat memasukkan peruntukan kewangan merobohkan dan membina semula bangunan yang disyor roboh di Sekolah Kebangsaan Jelai 2 (F) Gemas. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Terima kasih sekali lagi, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diluluskan projek gantian penuh, satu bilik darjah prasekolah dan pembekalan peralatan serta lain-lain kemudahan di Sekolah Kebangsaan Jelai 2 (Felda), Gemas, Negeri Sembilan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Rolling Plan 4 tahun 2019.
Projek ini telah dilaksanakan perolehan pada 18 Mei 2020 dan kerja-kerja pembinaan di tapak telah bermula pada 1 Oktober 2020. Projek ini telah siap pembinaan pada 12 September 2021 dan telah diserahkan pada 15 Oktober 2021 dengan kos sebanyak RM735,000.00 bagi menggantikan bangunan prasekolah sedia ada yang tidak selamat dan telah disyorkan roboh. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Selasa, 11 Oktober 2022, jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.48 petang]