Dewan Rakyat · 30 March 2023

15th Parliament, session 2, meeting 1 · 857 turns · 51,720 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Selamat pagi, saya jemput Yang Berhormat Bagan.

Lim Guan EngDAP · PHBagan · question

1. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Pertahanan menyatakan pendirian Malaysia ekoran pakatan pertahanan AUKUS yang mana Australia akan membeli lapan buah kapal selam perang nuklear berharga AUD368 bilion dan kesannya kepada keselamatan negara-negara ASEAN berdasarkan Zone of Peace Freedom and Neutrality atau ZOPFAN dan sama ada 8 kapal selam perang nuklear akan dibenarkan beroperasi dalam rantau perairan negara-negara ASEAN.

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji HasanUMNO · BNMenteri Pertahanan · Rembau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan ini saya kena bagi untuk jawapannya. Saya tidak hendak cakap off the cuff takut nanti salah perkataan yang saya gunakan kerana ini melibatkan soal hubungan banyak negara dan juga keselamatan. Saya mohon izin untuk saya membacakan jawapan. Tuan Yang di-Pertua, pada 13 Mac 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri Australia, Perdana Menteri United Kingdom dan Presiden Amerika Syarikat telah mengumumkan mengenai status kemajuan pelaksanaan perjanjian keselamatan tiga hala AUKUS. Sebelum pengumuman tersebut dibuat, Panglima Angkatan Tentera Australia yang merupakan utusan khas Perdana Menteri Australia telah datang ke pejabat bertemu dengan saya, memberikan penerangan pada 9 Mac 2023 bahawa pembangunan lapan buah kapal selam berkuasa nuklear tersebut hanya menggunakan enjin berkuasa nuklear dan tidak akan dilengkapkan dengan senjata nuklear selaras dengan komitmen Australia di bawah Treaty on the Non-Proliferation of Nuclear Weapons (NPT). Penerangan ini disusuli pula oleh panggilan telefon daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat pada 10 Mac 2023. Akhir sekali, baru-baru ini sesi pertemuan Minister of State di Ministry of Defence United Kingdom pada 28 Mac 2023 datang ke pejabat MINDEF. Semasa sesi penerangan tersebut Tuan Yang di-Pertua, saya telah menjelaskan bahawa pendirian dan prinsip Malaysia berhubung dengan AUKUS ini adalah tetap dan tidak berubah. Di mana, Malaysia menggesa agar semua pihak berkaitan sama ada di dalam mahu pun di luar AUKUS ini untuk saling menghormati dan mematuhi sepenuhnya instrument perundangan negara dan perundangan antarabangsa yang sedia ada, terutamanya berhubung dengan pengoperasian kapal selam berkuasa nuklear dalam perairan negara. Ini termasuklah instruments di bawah Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut ataupun United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS), Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara atau dengan izin,

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji HasanUMNO · BNMenteri Pertahanan · Rembau

Southeast Asia Nuclear Weapon-Free Zone (SEANWFZ) dan Deklarasi ASEAN sebagai Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN). Sebagai anggota ASEAN Tuan Yang di-Pertua, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali. Ini termasuklah dalam isu berkaitan perlucutan senjata nuklear, pencegahan percambahan nuklear, dan penggunaan teknologi nuklear secara aman. Bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara serta kestabilan di rantau ini kekal terpelihara, Malaysia menggesa agar semua pihak sama ada dalam mahu pun di luar pakatan AUKUS ini untuk tidak melakukan sebarang aktiviti yang bersifat provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman dan keselamatan di rantau ini. Walau bagaimanapun, Malaysia sentiasa menghormati hak semua negara untuk meningkatkan keupayaan pertahanan masing-masing atau capacity building mereka masing-masing, mengambil kira kehendak dan kepentingan masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan undang-undang antarabangsa UNCLOS 1982 yang berbunyi, mana-mana kapal atau pun pesawat diberi kebebasan pelayaran atau pun penerbangan atau freedom of navigation or overflight di laut lepas atau di zon ekonomi eksklusif di mana-mana negara tetapi tertakluk. Aktiviti tersebut mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang negara pesisir selagi mana tidak bertentangan dengan UNCLOS 1982.

Dato’ Seri Utama Mohamad bin Haji HasanUMNO · BNMenteri Pertahanan · Rembau

UNCLOS 1982 juga menyatakan bahawa mana-mana kapal selam yang melalui wilayah negara lain perlulah sentiasa berada atas permukaan air. Ia tidak boleh menyelam, Tuan Yang di-Pertua. Ia mesti lalu atas permukaan air dan peraturan ini terpakai di negara kita serta negara-negara persisiran lain di Asia Tenggara. Sungguhpun begitu, jika ada kapal selam negara asing, sama ada berkuasa konvensional ataupun nuklear yang ingin berlayar di bawah permukaan air di dalam perairan negara, Tentera Laut negara asing yang dia nak tempuh itu mesti mengemukakan permohonan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia dahulu melalui nota diplomatik bagi mendapatkan kelulusan khas. Peraturan ini juga terpakai sekiranya ada kapal selam ataupun kapal perang yang ingin memasuki mana-mana pelabuhan di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana memberikan satu penerangan yang begitu lengkap sekali tentang satu isu yang amat penting untuk masa depan dan juga keselamatan negara. Saya ingin bertanyakan Yang Berhormat Menteri yang menyatakan tadi bahawa kebenaran mesti diperoleh daripada negara sekiranya ada kapal selam mana-mana negara yang melalui perairan negara kita. Bolehkah beritahu Dewan yang mulia ini berapa kali kebenaran diberikan dan daripada negara mana? Perkara yang paling penting ialah memandangkan Yang Berhormat sebut tadi bahawa kapal selam nuklear ini hanya untuk enjin dia, bukan untuk senjata dia. Akan tetapi, seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri dan juga perbincangan dan perbahasan rancak yang berlaku di Australia, dinyatakan kemungkinan akan dilengkapkan dengan senjata nuklear, sungguhpun mereka telah memberikan jaminan. Adakah Yang Berhormat Menteri bercadang untuk mengadakan satu mesyuarat dengan semua Menteri Pertahanan ASEAN supaya kalau kita buat secara sepakat lebih berkesan untuk mendesak semua kuasa luar? Janganlah main nuklear dan senjata nuklear dalam rantau ASEAN supaya kita boleh berpegang teguh kepada konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kebenaran untuk melalui perairan negara kita, selama ini sebarang apa sahaja pelayaran-pelayaran terutamanya kapal-kapal selam daripada negara-negara sekutu kita

iaitu terutamanya dalam FPDA iaitu Five Power Defence Arrangements yang mana Australia, New Zealand, United Kingdom, Malaysia and Singapura yang menjadi anggotanya yang telah pun melebihi 60 tahun. Semua kebenaran itu ada didapati dan mereka menghormati Undang-undang Laut Antarabangsa seperti yang disebut di dalam UNCLOS 1982. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kapal selam ini iaitu kapal selam yang dipanggil sebagai nuclear powered but conventional weapon. Kuasanya kuasa nuklear tetapi ia punya persenjataannya masih secara konvensional. Ini diterangkan dengan begitu detailed oleh ketiga-tiga buah negara iaitu Panglima Angkatan Tentera (Chief of Defence Forces) dari Australia yang merupakan duta khas sebagai mewakili Perdana Menteri Australia menerangkan secara detailed bahkan Tentera Laut ataupun pihak Australia tidak boleh mengubah suai, tidak boleh membuka dia punya nuklear box tersebut. Ia memang tidak boleh buka dan ia memang tidak mungkin boleh dibuka untuk diubahsuai. Ini adalah merupakan SOP yang amat ketat yang perlu mereka awasi dan perlu mereka turuti. Berkenaan dengan perundingan ataupun perbincangan antara rakan-rakan sejawat Menteri-menteri Pertahanan negara-negara ASEAN, kami telah pun ada jadual untuk mengadakan mesyuarat dan Indonesia akan menjadi tuan rumah yang bakal diadakan pada bulan tujuh. Akan tetapi, kena tengoklah sebab tuan rumah kata bulan tujuh, tidak tahu bila masa yang ditetapkan. Di situ nanti, ini salah satu daripada agenda yang akan kami bahaskan dan ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) ini, kami akan menjemput apa yang dipanggil sebagai negara-negara tambahan, enam buah negara termasuklah Amerika Syarikat dan Australia untuk membincangkan berkenaan perkara ini, apa yang dipanggil sebagai ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM-Plus). Kita akan bincangkan. Sudah pastinya perancangan penubuhan AUKUS ini menjadi topik utama dalam perbincangan kami nanti di Jakarta. Insya-Allah, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Kota Bharu.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya berminat dengan tajuk yang telah dikemukakan pada hari ini dan saya membaca beberapa artikel mengenai pakatan pertahanan AUKUS, Australia, UK dan US ini. Mengikut satu artikel, salah satu sebab kenapa Australia requires submarine ini adalah kerana mereka memikirkan kehadiran Tentera-tentera Laut China terutamanya di Laut China Selatan. Jadi, saya ingin bertanya apakah pandangan Kerajaan Malaysia kita dan apakah langkah yang diambil? Perkara yang pentingnya adalah memastikan pertahanan dan keselamatan negara kita Malaysia itu sendiri. Terima kasih.

Terima kasih rakan dari Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh banyak pihak mengatakan bahawa penubuhan AUKUS ini disebabkan oleh adanya kuasa lain yang ada di kawasan ini. Itu di luar kita punya kuasa sebab penubuhan AUKUS ini adalah merupakan dasar Amerika Syarikat dan juga negara-negara Barat berkenaan dengan kehadiran mereka dan keamanan di Indo-Pasifik. Mereka melihat bukan sahaja di ASEAN tetapi juga di Indo- Pasifik di mana mereka mahu melihat supaya kawasan ini terus kekal menjadi satu buah kawasan yang aman. Jadi, ini capacity building seperti yang saya sebutkan tadi negara-negara untuk mempertingkatkan asas pertahanan mereka. Asas pertahanan mereka itu di luar kita punya kuasa, Tuan Yang di-Pertua ya, sebab itu masing-masing punya hal. Kita pun sedang mempertingkatkan kita punya aset-aset pertahanan kita, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, ini dasar mereka untuk melihat supaya kawasan Indo-Pasifik yang lebih luas. Bukan sahaja di Laut China Selatan tetapi termasuk sampai Pasifik dan lain-lain negara.

Jadi, ini merupakan dasar mereka dan kita masih lagi kekal seperti disebut oleh Yang Berhormat Bagan tadi, ASEAN akan terus memutuskan. Ini dasar kita bahawa di Asia Tenggara ini kita mahu kekal supaya ia menjadi kawasan yang kekal tiada persenjataan nuklear ataupun penggunaan nuklear digunakan di kawasan ini. Ini memang kita punya keputusan bersama. Konsensus ASEAN, Tuan Yang di-Pertua ialah kita hendak mengekalkan Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) ini. Jadi, tidak timbul soal mengatakan kita bertelagah dengan sesiapa. ASEAN, kita satu buah zon yang neutral. Zon aman dan zon bebas dan kita mahu supaya semua pihak menghormatinya itu. Jika mereka mahu mengadakan apa sahaja ataupun melalui, kita menghormati United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS). Kita ada dia punya right of... [Tidak jelas] dan juga right untuk mereka lalu. Jadi, kita menghormati tersebut tetapi tertakluk kepada apa yang disebut dalam perundangan laut antarabangsa tersebut. Mereka mesti minta izin daripada negara-negara yang perairan mereka hendak lalu kalau dia hendak lalu. But there is no such thing atau tidak timbul mengadakan exercise tanpa di luar pengetahuan kita, Tuan Yang di-Pertua. Insya- Allah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Dungun, Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli.

Wan Hassan bin Mohd RamliPAS · PNDungun · question

2. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah bagi memastikan isu kesihatan mental dapat dibendung dalam kalangan anggota polis terutama yang memegang senjata api bagi memastikan anggota dapat menjalankan tugas dengan mental yang stabil.

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailPKR · PHMenteri Dalam Negeri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ramadan Kareem. Terima kasih sahabat saya dari Dungun. Tuan Yang di-Pertua, Polis Diraja Malaysia adalah sebuah agensi penguat kuasa utama negara kita dalam menguatkuasakan undang-undang dan keselamatan negara. Justeru, polis perlukan warga kerja yang mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang baik dan stabil. Langkah bagi memastikan tahap kesihatan mental dapat dibendung dan ditangani dengan baik. Pertama, 130,000 kekuatan anggota dengan tugas yang begitu berat dan mencabar khusus untuk isu kesihatan mental ini polis ada Pelan Strategik Polis Diraja Malaysia 2021-2025 dengan teras strategik nombor enam adalah dari hal Program Pemerkasaan Penilaian Psikologi melalui pengukuran psikometrik ujian psikologi. Bagi mendukung pelan ini, ada beberapa inisiatif. Pertama, Arahan Pentadbiran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Kedua, Arahan Ketua Polis Negara Mengenai Pengurusan Kesihatan Mental. Ada pelan strategik, ada inisiatif, ada program di bawah program Bahagian Agama dan Kaunseling, ada pengisian program agama yang berterusan diuruskan oleh Unit Dakwah, Unit Sahsiah dan Unit Pengimarahan. Ada juga program psikologi yang mengkhusus terus kepada warga kerja dalam kesemua aspek kesihatan mental. Ada program berupa peranan rakan sekerja yang diasuh, dididik, dilatih bagi mengesan kalau rakan kerjanya itu ada tanda-tanda menunjukkan stres, murung atau ada kebimbangan. Ada dalam modul latihan polis sekarang pun terutama bermula tahun 2018 dan ke atas, recruitment baharu hendak jadi anggota polis ini wajib lulus ujian psikologi, ujian psikometrik. Tak lulus, tak dapat kerja. Bukan sahaja kelulusan fizikal. Kemudian program turun padang (outreach) Bahagian Agama dan Kaunseling untuk menemui seluruh anggota. Jadi, ini adalah antara ikhtiar di bawah pasukan polis bagi memastikan tahap kesihatan mental warga kerjanya itu terbaik sebelum mereka betul-betul dapat menjalankan tugas dengan kompeten dan berkesan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Dungun.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya difahamkan ujian psikologi di bawah Sistem Pemprofilan Keselamatan (SPIK) merangkumi lima dimensi di antaranya kesihatan mental. Soalan saya, berapakah kekerapan ujian tersebut dijalankan khususnya kepada anggota polis yang memegang senjata api dan apakah inisiatif bagi menjaga kesihatan mental mereka selain Seminar Psikologi Keselamatan.

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, secara jujurnya dan terus terang kita akui kebelakangan ini ada semacam kecenderungan di kalangan petugas warga polis yang ke arah bertindak bunuh diri. Ada kecenderungan. Kecenderungan itu dikesan seawal tahun 2015 hingga 2016. Oleh sebab itu, langkah segera pasukan polis walaupun kesnya angkanya kecil dan rendah boleh dianggap terpencil berbanding 130,000 kekuatan anggota. Akan tetapi, cara pasukan polis dan KDN bertindak adalah sebelum kita menyusun langkah dan tindakan kita menganalisis ke semua data melalui kajian-kajian empirikal.

Tuan Haji Aminolhuda HassanAMANAH · PHSri Gading

[Bangun]

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

[Bangun]

Misalnya, satu kajian tahun 2014- 2018 iaitu tajuk kajian, ‘Penerokaan Bunuh Diri Dalam Kalangan Warga Polis’, ada kajian. Tahun 2014-2018 ada tujuh kes bunuh diri. Kalau Yang Berhormat masih ingat tahun ini sahaja tahun 2023 kita baru empat kerajaan tiga bulan kita bulan satu kes yang kita anggap high-profile di Perlis dia bunuh isteri. Di Bayan Lepas, dia tembak diri sendiri. Semuanya itu dalam radar catatan polis. Oleh sebab itu, kita melihat kesemua aspek yang mana seorang anggota yang hendak diberikan kebenaran menggunakan senjata api, dia tidak boleh sama sekali ada tanda-tanda gangguan, tekanan dan sebagainya. Prosedur itu dibuat melalui ikhtiar program yang berterusan sebelum superiornya itu membenarnya senjata dimiliki. Jadi, cara kita buat bukan sahaja memastikan program yang berterusan tetapi polisi yang hendak kita buat itu mesti bersifat data-driven policy. Bukan sahaja satu kajian dibuat, sekarang ini pun Yang Berhormat, sedang berlangsung Kajian Saringan Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Psikologi Polis dengan kerjasama USIM tempoh Januari hingga Jun tahun ini di bawah urus setia R&D polis. Kemudian, tahun 2022 telah pun lengkap satu kajian yang membabitkan responden hampir 26,000 anggota polis. Daripada semua ini kita kesan emosi positif, emosi negatif dia, dan itu memberikan panduan sebelum kita memposisikan dia terhadap satu-satu tugas. Biarpun angka itu saya tegaskan kecil, rendah dan terpencil tetapi pihak polis dan KDN tidak alpa satu nyawa sekali pun berharga. Ikhtiar untuk memastikan insiden seumpama ini tidak berulang adalah keutamaan kami. Terima kasih.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Bandar Kuching.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

Tuan Haji Aminolhuda HassanAMANAH · PHSri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kalau kita melihat bahawa keselamatan negara ataupun keselamatan orang awam berkaitan dengan anggota keselamatan polis ini, penting. Akan tetapi kita kadang- kadang terkejut dengan berita-berita yang berkenaan yang dikatakan tadi sakit mental ya. Jadi persoalan saya, boleh tak kalau kita lihat, sebab dia melibatkan keluarga, rakan sekerja. Kalau ikutkan bilangan ataupun senarai, dari tahun bilakah yang agak paling banyak dan waktu bulan berapa agaknya stres itu memberikan beban kepada anggota polis. Itu yang pertama. Kedua, adakah kerana beban-beban yang mungkin kerana beban tugas itu yang berat yang menyebabkan stres itu terlalu tinggi? Apakah langkah-langkah laporan awal yang perlu dibuat dan siapakah yang bertanggungjawab untuk membuat laporan ini kepada pihak yang lebih berwajiblah, lebih atas. Sekian, terima kasih.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam pasukan polis. Yang bertanggungjawab adalah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard. Buat masa sekarang mereka punya 109 orang kaunselor di Bukit Aman, di IPK dan di IPD gred ‘A’ di mana OCPDnya itu berpangkat ACP. Kita ada 711 yang kita panggil sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). Baik, apakah faktor yang menyumbang kepada gangguan kesihatan mental ini. Kajian− saya tak mahu ambil kajian awam ya. Saya ambil kajian untuk polis sahaja. Benar, seperti Yang Berhormat Sri Gading sebut yang pertama faktor tekanan. Kedua, status kesihatan. Ketiga, persekitaran tempat kerja. Jadi tiga faktor utama dan apabila kita zoom ini hasil analisis itu didapati faktor tekanan itu termasuklah berpunca daripada dia kecewa dalam perhubungan. Dia ada masalah dalam penyesuaian di penempatan baharu. Dia gagal untuk mengawal daya tindak diri. Dia kesunyian akibat berjauhan daripada keluarga dan dia ada masalah perkahwinan.

Semua faktor ini menyumbang kepada tekanan. Jadi, oleh hal yang demikian, oleh sebab kajian ini menemui unsur yang menyumbang kepada stres, murung dan kebimbangan ini, maka keseluruhan langkah yang dibuat oleh pasukan polis secara responsif bahagian berkenaan adalah mengkaji dari semasa ke semasa modul latihan, memperhebatkan lagi program-program sedia ada, khusus untuk kita, dengan izin, address faktor-faktor tadi secara precise dan secara granular, bukan sekadar rambang ataupun tangkap muat. Itu ialah keutamaan yang kita laksanakan sekarang. Terima kasih.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Boleh satu soalan lagi?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Tan Hong Pin, Bakri.

Tan Hong PinDAP · PHBakri · question

3. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Kesihatan menyatakan status terkini dalam pelaksanaan Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital dan klinik di seluruh negara.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa Ramadhan Kareem. Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Bakri. Bagi proses pendigitalan di hospital, Hospital Informative System (HIS) adalah komponen utama bagi proses kerja pentadbiran dan klinikal di hospital. Pelaksanaan sistem HIS@KKM di hospital KKM adalah secara berfasa mengikut projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia (RP RMK), di mana RP4 RMKe-11 ini ada sebanyak tujuh hospital di Negeri Sembilan akan terlibat melalui Projek EMR Kebangsaan. Manakala bagi RP2 RMKe-12, sebanyak tujuh buah hospital KKM lagi seluruh negara akan terlibat dalam pelaksanaan sistem HIS@KKM ini, Digitalisasi ini di peringkat penjagaan kesihatan primer, yakni KK, telah bermula sejak tahun 2005 dengan penggunaan sistem TPC dan seterusnya, sistem TPC–OCHIS pada tahun 2017 di klinik kesihatan dan juga klinik pergigian secara bersepadu. Sistem ini membolehkan semua proses perawatan pesakit daripada pendaftaran sehingga pemberian ubat dilaksanakan secara digital dan rekod pesakit disimpan secara elektronik. Ini membolehkan rekod kesihatan pesakit di kongsi di mana-mana klinik kesihatan yang menggunakan sistem yang saya sebutkan tadi, TPC–OCHIS. Data dalam sistem ini juga digunakan untuk pelaporan bagi tujuan perancangan program kesihatan serta membekalkan data kepada aplikasi mudah alih sebagai rekod kesihatan sepanjang hayat. Jadi, sehingga kini kita mempunyai 103 buah klinik kesihatan telah dilengkapi dengan sistem TPC–OCHIS ini dan 42 buah klinik kesihatan di Negeri Sembilan akan dilengkapi dengan sistem yang sama melalui Projek EMR Kebangsaan seperti yang saya sebut juga tadi. Terdapat 1,027 buah klinik kesihatan yang menggunakan sistem janji temu atas talian melalui MySejahtera.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Jadi, 370 buah klinik kesihatan menawarkan perkhidmatan klinik maya (virtual clinic) kepada pelanggan mereka. Perancangan seterusnya adalah untuk memperluaskan, insya-Allah semua sistem berkaitan secara lebih menyeluruh bagi mencapai objektif sistem maklumat kesihatan bersepadu. Terima kasih.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, sistem EMR ini ia sebenarnya satu inisiatif yang baik, di mana ia boleh mengintegrasikan maklumat dan sejarah penyakit seseorang pesakit. Saya bagi contoh, saya disebabkan oleh faktor kerjaya...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terus kepada soalan.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Saya hendak bagi latar belakang supaya Yang Berhormat Menteri boleh faham ya. Saya pergi ke Hospital Kluang, saya isi satu borang. Kemudian saya pindah ke Hospital Johor Bahru, terpaksa saya mengulangi dan doktor terpaksa membuang masa untuk bertanya berkenaan dengan sejarah penyakit saya. Jadi, sejauh manakah- sebab saya lihat Yang Berhormat Menteri tadi kata sejak tahun 2005 kita dah ada sistem ini. Jadi, sejauh manakah sistem ini boleh berintegrasi sepenuhnya? Apakah kekangan dan cabaran yang dihadapi menyebabkan sehingga hari ini keadaan ini masih saya lihat setiap hospital bekerja silo.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Sememangnya ini ialah impian kita. Akhirnya pada satu hari kelak, semua pesakit boleh sebenarnya menyimpan mereka punya rekod perubatan sendiri. Apabila pergi ke klinik mana-mana pun mereka boleh keluarkan data mereka. Jadi, sebenarnya untuk menjawab itu, kita- sebanyak ini hanya 27.5 peratus sahaja hospital yang telah mempunyai sistem pengurusan pesakit umum dan hanya 9.5 peratus klinik kesihatan, 4.4 peratus lagi klinik pergigian yang mempunyai sistem yang saya sebutkan tadi TPC – OCHIS. Jadi, cabaran utama kami sebenarnya untuk mendapat ataupun menyediakan pendigitalan yang menyeluruh ini, kita perlukan bajet yang sangat tinggi, Yang Berhormat. Bajet itu kadang-kadang boleh mencecah kepada bilionlah. Jadi, pelaksanaan ini kenapa ia- apakah sebenarnya yang menyumbang kepada bajet yang tinggi itu ialah kerana ia perlukan naik taraf infrastruktur. Jadi, bangunan pun perlu sesuai kalau kita hendak menggunakan sistem pendigitalan ini, dengan pendawaiannya dan sebagainya. Kemudian, peralatan. Kadang-kadang peralatan kita itu ialah peralatan yang lama. Jadi, kita kena naik tarafkan peralatan dengan sama ada membaik pulih ataupun kita kena cari yang baharu. Itu pun menyumbang kepada keperluan bajet yang tinggi. Of course, yang lainnya adalah sistem itu sendirilah, sistem, kemudian sistem cloud dan sebagainya. Jadi, ini yang kadang-kadang maknanya kita memerlukan juga of course, akhirnya pelaksanaan yang tuntas ini ataupun yang universal thing moving forward, kita juga memerlukan daripada kerjasama daripada Kementerian Kewangan, insya-Allah. Terima kasih.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Rekod perubatan ataupun HIS memang kita yakin dapat membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital, terutama di unit kecemasan dan juga di klinik-klinik kesihatan. Akan tetapi ia tidak bermakna sekiranya kekurangan doktor-doktor dan kakitangan-kakitangan perubatan itu tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Jadi, saya ingin bertanya di sini. Apakah justifikasinya apabila Kerajaan Madani melalui Jabatan Perkhidmatan Awam tidak lagi menaja sebarang biasiswa untuk bidang- bidang kritikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan kejururawatan? Kita maklum bidang perubatan ini kosnya terlalu tinggi. Kita yakin ini akan mengurangkan kemampuan orang-orang Melayu untuk meneruskan bidang-bidang perubatan dan dalam jangka waktu panjang akan mengurangkan jumlah doktor-doktor daripada bangsa Melayu. Sekian, terima kasih.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, saya bersetuju. Sebenarnya, sebab itu saya kata sistem- apa pun masalah yang kita alami dalam kementerian, ia bukanlah satu masalah yang hanya dibebani dan dibebankan atas bahu

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia perlu kerjasama yang bersepadu juga antara JPA, juga MOF, juga saya masukkan dalam ekosistem kita untuk persediaan doktor itu, kita perlu juga kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi yang trained doctors ini. Jadi, saya rasa itu perlu dibincangkan secara tuntas dan saya bersetuju. Insya- Allah saya ambil berat tentang hal ini dan kita akan melihat ke depan, apakah perkara yang terbaik yang boleh kita laksanakan untuk memastikan ekosistem kita dalam perkhidmatan kesihatan ini, khususnya doktor dan juga petugas-petugas kesihatan ini diambil berat oleh semua. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Johari bin Abdul GhaniUMNO · BNTitiwangsa · question

1. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani [Titiwangsa] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hasil cukai serta peratusannya berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2022 adalah berjumlah RM294.4 bilion.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Daripada jumlah tersebut, hasil cukai adalah sebanyak RM208.8 bilion yang merangkumi 70.9 peratus daripada jumlah hasil atau 11.7 peratus kepada KDNK. Bagi tahun 2018, 2019, 2020 dan 2021, hasil Kerajaan Persekutuan serta peratusan hasil cukai berbanding KDNK adalah seperti berikut. (i) hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 ialah RM232.9 bilion. Daripada jumlah tersebut hasil cukai adalah sebanyak RM174.1 bilion atau 12 peratus kepada KDNK; (ii) hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2019 ialah RM264.4 bilion, hasil cukai RM180.6 bilion atau 11.9 peratus kepada KDNK; (iii) hasil kerajaan tahun 2020 – RM225.1 bilion, hasil cukai sebanyak RM154.4 bilion atau 10.9 peratus kepada KDNK; (iv) hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2021 – RM233.8 bilion, hasil cukai sebanyak RM173.7 bilion atau 11.2 peratus kepada KDNK; dan (v) tahun 2023 ini pula, hasil kerajaan berjumlah RM291.5 bilion. Hasil cukai RM218.3 bilion atau 11.6 peratus kepada KDNK. Jumlah KDNK tahun ini adalah sekitar RM1.9 trilion. Daripada enam tahun purata jumlah hasil cukai kepada KDNK ialah 11.55 peratus. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau kita lihat banyak negara dalam ASEAN khususnya di rantau ASEAN, peratus kadar cukai mereka berbanding saiz ekonomi mereka iaitu berbanding pada saiz GDP mereka, rata-rata mereka ini lebih tinggi dari Malaysia. Saya ambil contoh macam Thailand. Kadar cukai yang telah diperoleh oleh kerajaan di Thailand 14.1 peratus kepada GDP, Filipina 14 peratus kepada GDP, Singapura 13 peratus dan Vietnam 22.7 peratus. Kalau dibandingkan dengan kita, 11.5

peratus dan kalau kita ambil dalam negara-negara Asia Pasifik average 19.1 percent. Kalau OECD 33 percent. Persoalan saya, adakah model pencukaian kita ini yang saya anggap sebagai begitu rendah dibandingkan dengan GDP kita ini, boleh sustainable atau mampan untuk negara kita kerana apabila saya mengambil kira, jumlah faedah yang hendak dibayar tiap- tiap tahun termasuk subsidi yang begitu besar, saya takut dan saya bimbang model ini kalau kita tidak lihat ia akan menyebabkan negara kita akan terus meningkatkan hutang mereka yang tidak terkawal pada masa akan datang. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri apakah tindakan kerajaan untuk menyelaras cukai-cukai kita collect ini bersesuaian dengan negara jiran di ASEAN contohnya supaya kita tidak terus berhutang untuk membiayai kita punya faedah dan juga kita punya subsidi.

Terima kasih. Saya ingin menambah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tititwangsa tadi. Amerika Syarikat hasil cukai daripada KDNK 25.5 peratus, Jepun hasil cukai daripada KDNK 31.4 peratus, UK hasil cukai daripada KDNK 32.8 peratus, 38 buah negara OECD sebagaimana disebut iaitu Organisation for Economic Co-operation and Development, negara itu majoriti di Eropah lebih daripada 30 peratus. Kita 11.5 peratus. Jadi, saya ingin membenarkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Model ini tidak sustainable, memang tidak mampan. Kita akhirnya pada satu ketika nanti tidak akan boleh meneruskan model 11.5 peratus hasil cukai daripada KDNK ini. Oleh itu antara langkah kerajaan apabila Yang Berhormat sebut tentang subsidi ialah kita ingin melaksanakan subsidi bersasar dan kita telah pun memulakan subsidi bersasar untuk elektrik daripada bulan Januari sehingga bulan Jun penjimatan kepada kerajaan ataupun hasil tambahan ialah RM4.1 bilion. Selain itu, kita juga akan membuat subsidi bersasar untuk diesel, sistem yang akan kita selesaikan pada suku kedua tahun ini. Perkara yang lain ialah kita ingin meluaskan asas hasil cukai, menambah baik menyemak semua struktur dan perundangan cukai, dan memberi insentif-insentif percukaian. Kita juga ada melaksanakan strategi hasil jangka sederhana bagi tiga tahun. Ini untuk memastikan perancangan cukai jangka panjang adalah lebih teratur. Itu antara langkah-langkah. Selain itu, kita juga akan melaksanakan yang telah diumumkan. Saya ulang balik pengumuman itu. Mengenai Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang akan kita bentangkan pada tahun ini. Antaranya di dalamnya antara lain hutang kita mesti tidak boleh lebih daripada 65 peratus kepada KDNK. Khidmat hutang mesti kurang daripada 15 peratus kepada hasil. OE ataupun perbelanjaan untuk bukan pembangunan iaitu mesti daripada hasil dan tidak boleh daripada hutang. DE sahaja yang boleh berhutang. Hutang luar tidak boleh lebih daripada RM35 bilion. Itu antara perkara-perkara dalam Fiscal Responsibility Act (FRA) yang akan kita bentang tahun ini. Terima kasih.

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @HashimPAS · PNKuala Terengganu

Kuala Terengganu?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Silakan.

Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @HashimPAS · PNKuala Terengganu

Cukai minimum global (GMT) pada kadar 15 peratus yang dimasukkan dalam Belanjawan 2023 dijadualkan dilaksanakan pada tahun 2024. Ada pandangan misalnya saya ada baca Pengarah Percukaian Antarabangsa firma Deloitte Malaysia bahawa cukai minimum global boleh menjejaskan beberapa kumpulan besar syarikat multinational (MNC) tertentu yang sudah berada di Malaysia terutama kumpulan yang tersenarai di Malaysia dan pelaburan masuk daripada MNC yang berpangkalan di luar negara. Bagaimana rancangan kerajaan agar keadaan tersebut tidak memberi kesan kepada pelaburan sedia ada dan pelaburan-pelaburan yang baharu? Apakah impak pendekatan cukai ini terhadap pelabur yang telah dijanjikan pelepasan cukai 100 peratus? Kemudian berapakah penambahan hasil cukai negara yang dijangka daripada pengenalan cukai minimum global ini? Terima kasih.

Ya, cukai minimum global ini telah diumumkan. Ia bermaksud bahawa syarikat-syarikat yang mendapat insentif percukaian apabila mereka melabur modal di negara Malaysia hendaklah dikenakan cukai minimum 15 peratus oleh negara yang berkaitan di mana kilang itu terletak. Jika negara tersebut tidak mengenakan cukai 15 peratus, negara asal syarikat berkaitan akan mengenakan cukai itu. Oleh itu, adalah satu kerugian kalau kita tidak mengenakan. Walau bagaimanapun, kaedah untuk mengenakan cukai minimum global ini masih lagi boleh dikaji. Antaranya ialah kita memberikan insentif yang tertentu kepada syarikat berkaitan. Insentif yang sebahagiannya telah kita lakukan. Antaranya ialah daripada segi R&D oleh syarikat berkaitan yang kita boleh berikan pulangan balik terhadap R&D yang kita lakukan supaya syarikat-syarikat yang berkaitan masih kekal di dalam negara kita. Walau bagaimana pun kalau mereka pergi negara lain pun, mereka masih juga dikenakan 15 peratus. Oleh itu lebih baik mereka berada di negara Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Berkunjung ke sekolah sudah dihalang, Hajat sumbangan hendak dibawa, Itulah Madani yang terbilang, Soalan saya nombor dua.

Ahmad Tarmizi bin SulaimanPAS · PNSik · question

2. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pendidikan menyatakan kekurangan guru-guru sekolah bagi pendidikan subjek teras dan apakah perancangan kementerian bagi jumlah pengambilan guru-guru baharu masih dilihat tidak mencukupi bagi menampung jumlah murid yang semakin ramai akibat kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pengisian guru dalam kalangan graduan pendidikan lepasan Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), universiti awam, universiti swasta dan universiti luar negara tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran. Di samping itu, KPM juga pernah melaksanakan pengambilan guru secara contract of service (CoS) dalam kalangan graduan bukan pendidikan bagi mengisi kekosongan opsyen mata pelajaran teras yang kritikal dan tidak mempunyai calon yang mencukupi daripada graduan pendidikan.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Urusan pengambilan dilaksanakan melalui pihak berkuasa melantik iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) secara berterusan bagi tahun 2023 dan seterusnya bagi mengisi kekosongan di sekolah-sekolah KPM. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2021 hingga Januari 2023, KPM telah melaksanakan pengambilan seramai 22,327 orang guru melalui kaedah one-off dan kluster mata pelajaran. Sehingga 28 Februari 2023, antara opsyen mata pelajaran teras yang masih terdapat kekurangan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Seni atau Seni Visual dan Sejarah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Sik.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu kekurangan guru bukan isu yang baharu sudah berlanjutan sekian lama. Ada datang menyebut di sekolah-sekolah uzur di pedalaman di luar bandar

termasuk di daerah saya di Sik. Kita mengalami defisit antara lapan hingga 10 orang setiap sekolah. Dalam masa yang sama juga kita hadapi lambakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Kalau laporan tahun lepas, lebih 3,778 orang graduan kita yang belum dipanggil temu duga untuk ditempatkan di sekolah. Jadi, bagaimana kementerian melihat isu ini? Kedua, ia juga kekurangan guru ini berkaitan dengan ketidakselarasan antara keperluan guru bagi subjek yang diperlukan dengan bidang pendidikan graduan kita ini di universiti awam yang menyebabkan berlaku mismatch dengan izin, antara graduan ISMP ini dengan kekurangan guru di sekolah-sekolah. Terakhir Yang Berhormat Timbalan Menteri saya mohon khusus ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik di daerah saya, mereka kekurangan lima orang guru subjek-subjek teras sehingga ke hari ini yang perlu diambil perhatian segera oleh pihak kementerian. Terima kasih.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali unjuran keperluan pengambilan guru oleh IPGM adalah mengikut kekurangan yang kita ada mengikut data kita. Jadi, kita akan unjurkan apakah mata pelajaran pengambilan guru adalah berdasarkan apakah mata pelajaran yang kekurangan. Itu kita akan unjur mengikut data-data yang kita ada. Kita memang tahu kenyataan, kita memang ada kekurangan guru, saya pun sudah nyatakan tadi sehingga Januari 2023, kita memang ada kekurangan ramai guru. Kita ada kekurangan seramai– Hari itu saya telah nyatakan kita telah mengambil lebih kurang 22,327 orang guru melalui kaedah one-off. Akan tetapi kita telah pun mengadakan satu rancangan untuk mengambil pengambilan guru dalam perancangan dalam bulan April sehingga Jun kita akan mengambil guru pun daripada universiti luar. Okey, satu lagi berkenaan dengan keperluan yang tidak seimbang. Seperti yang saya katakan tadi, dari IPGM kita mengikut keperluan opsyen tapi di universiti luar, universiti awam keperluan itu tidak sejajar dengan keperluan di KPM. Jadi, mungkin ada sesetengah graduan tidak dapat menjadi guru, tidak dapat dipanggil temu duga sebab opsyennya adalah berlainan daripada apa yang kita perlu di KPM. Tentang sekolah yang di kawasan Yang Berhormat, sekarang saya tidak ada data saya akan jawab daripada segi secara bertulis kepada Yang Berhormat tentang sekolah yang Yang Berhormat mentioned tadi. Terima kasih.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Tuan Yang di-Pertua, saya...

Tampin.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Sandakan.

Puan Vivian Wong Shir YeeDAP · PHSandakan

Terima kasih, terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya adalah apakah yang akan terjadi kepada graduan yang gagal dalam temu duga SPP? Apa yang akan berlaku kepada mereka? Terima kasih.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Memang semua graduan mesti melalui interview atau temu duga yang diadakan oleh SPP. Memang ada yang gagal dalam temu duga. Calon yang gagal boleh memohon semula melalui MySPP selepas enam bulan daripada tarikh keputusan suruhanjaya melalui portal SPP. Bermaksud selepas enam bulan, calon tersebut boleh mengulang lagi, boleh memohon sekali lagi. Calon yang masih tidak berjaya boleh terus memohon sehingga mencapai umur 45 tahun. Bermaksud setiap enam bulan jika permohonan gagal, temu duga gagal, mereka boleh terus memohon. Kita memang ada kes yang di mana seseorang calon mohon lebih kurang empat kali atau lima kali, mereka akan berjaya. Akan tetapi ini adalah bergantung pada individu. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis, Kota Belud

Munirah MajilisWARISANKota Belud · question

3. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilangan dan jumlah projek di bawah RM50 juta bagi tahun 2018 hingga 2022 (mengikut tahun) yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak serta berapakah yang telah berjaya disiapkan.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya telah menerima sejumlah peruntukan untuk penyelenggaraan jalan persekutuan setiap tahun di bawah penyelenggaraan berkala pavement, berkala bukan pavement dan penyelenggaraan jabatan secara arahan kerja di bawah kontrak penswastaan konsensus penyelenggaraan jalan persekutuan Sabah dan Sarawak. Anggaran kos bagi setiap projek penyelenggaraan berskala kecil adalah antara RM10,000 ke RM5 juta bagi setiap satu projek. Kesemua projek berskala kecil ini akan disiapkan pada tahun semasa dan status perlaksanaan adalah 100 peratus siap dengan bilangan kerja sebanyak 688 arahan kerja melibatkan kos perbelanjaan sebanyak RM341,815,061 bagi negeri Sabah dan sebanyak 786 arahan kerja dengan kos perbelanjaan sebanyak RM277,206,971 bagi negeri Sarawak dalam masa tempoh lima tahun dari tahun 2018 sehingga 2022. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod Kementerian Kerja Raya Malaysia juga, selain daripada peruntukan penyelenggaraan seperti yang dinyatakan di atas terdapat sejumlah 22 projek persekutuan bernilai bawah RM50 juta telah diluluskan di bawah Kementerian Kerja Raya untuk pelaksanaan di Sabah dan Sarawak dari tahun 2018 sehingga 2022. Projek-projek tersebut melibatkan pelaksanaan projek infrastruktur khususnya projek mengganti atau membaik pulih jambatan uzur dan projek pembaikan atau pun pembinaan semula cerun di sepanjang jajaran jalan yang berstatus jalan persekutuan. Sehingga Januari 2023, sebanyak 18 projek infrastruktur jambatan dan cerun telah diluluskan bagi negeri Sabah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya. Daripada jumlah tersebut sebanyak tujuh projek adalah merupakan projek di bawah program penggantian jambatan yang melibatkan axle load, sempit dan uzur di beberapa jajaran persekutuan. Manakala baki 11 projek diluluskan adalah merupakan projek pembaikan dan pembinaan semula cerun bagi jalan persekutuan di negeri Sabah. Kesemua projek yang telah diluluskan ini setiap satunya bernilai RM5 juta hingga RM30 juta. Bagi status terkini pelaksanaan pula tujuh buah projek penggantian jambatan di negeri Sabah. Sebanyak lima buah projek sedang dalam pelaksanaan manakala dua buah projek sedang dalam peringkat perolehan. Status terkini bagi 11 projek pembaikan dan pembinaan semula cerun pula ialah sebanyak tujuh projek telah disiapkan manakala baki empat projek yang baharu diluluskan masih di peringkat perancangan. Manakala bagi negeri Sarawak pula, sejumlah empat projek persekutuan yang bernilai RM50 juta telah diluluskan di bawah Kementerian Kerja Raya dari tahun 2018 hingga 2022. Kesemua projek tersebut merupakan projek di bawah penggantian jambatan yang melibatkan axle load, sempit dan uzur. Status terkini projek tersebut adalah sebanyak satu projek sedang dalam pembinaan manakala tiga projek masih di peringkat perancangan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Kota Belud.

Pertama sekali kalau boleh saya minta jawapan bertulis daripada jawapan Yang Berhormat

Timbalan Menteri sebab terlampau banyak angka. Kalau kita teliti sebab saya tengok sebenarnya statistik dari tahun 2015 hingga tahun 2021, hampir keseluruhan sebenarnya peruntukan penting untuk Sabah itu terutamanya infrastruktur, pembasmian kemiskinan, pendidikan.

Sebenarnya peruntukan yang diumum hanya dibelanjakan 40 hingga 50 peratus pada tahun semasa. Jadi, saya ingin bertanya apakah keutamaan projek pembangunan di bawah RM50 juta ini yang akan diserah atau pun untuk diserahkan kepada kerajaan Sabah, kerajaan Sarawak dan juga apakah sasaran yang ditetapkan pada tahun semasa. Kedua, saya minta kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan secara terperinci punca dan faktor yang menyebabkan kelewatan memulakan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak. Adakah ia disebabkan oleh birokrasi daripada pihak Federal ataupun pihak negeri? Ketiga, sebenarnya juga saya ingin tanya...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

Ya, saya ingin tanya sama ada RM50 juta ini adakah hanya melibatkan Kementerian KKR sahaja. Minta maaf Yang Berhormat kerana terlalu banyak soalan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ringkaskan jawapan juga.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Memang saya cuba ringkaskan. Oleh sebab, ada satu minit. Soalannya panjang dan patutnya perlu kah menjawab cara panjang juga?

Saya minta jawapan biarlah panjang sebab ini penting. Ini fasal jalan raya. Minta.

Saya boleh jawab panjang tetapi...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Bagi jawapan bertulis kalau panjang.

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya projek yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud sebentar tadi bahawa kita sebenarnya tiada langsung diskriminasi antara mana-mana negeri dan kita melalui agensi pusat, kita menerima daripada apa yang dicadangkan oleh peringkat negeri iaitu termasuk dalam rolling plans yang sering saya sebutkan dan dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat itu sendiri. Oleh sebab itu, saya nyatakan bahawa projek-projek yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Belud sebentar tadi,projek-projek ini sememangnya di bawah penyenaraian JKR Sabah dan JKR Sarawak. Ini telah termaktub dalam perkara tersebut. Projek-projek yang saya nyatakan sebentar tadi adalah kesemuanya di bawah Kementerian Kerja Raya. Persoalan disebabkan sering berlaku kelewatan, banyak punca sebenarnya.

[Bangun]

Hendak disebutkan satu persatu. Termasuklah pengambil tanah umpamanya terlalu lewat kerana persaingan terbuka. Melalui yang diucapkan oleh Yang Berhormat Kota Belud, 2015 sehingga 2020. Betul? 2018?

2015 sehingga tahun 2021. Kalau kita tengok statistik itu.

Ya. Kalau tengok statistik di situ kita tersangkut selama dua tahun disebabkan oleh COVID-19 yang tidak boleh kita

laksanakan perjalanan kerja ketika itu. Jadi, saya rasa soalan ini banyak. Saya jawab secara bertulis dan terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian tentang jalan-jalan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan telah merancang untuk melebarkan jalan-jalan utama Persekutuan khususnya di Alor Setar, Kedah ke Kangar, Perlis. Projek itu sedang berjalan untuk melebarkan. Sekarang dua laluan kepada empat laluan. Bilakah pelebaran jalan itu akan dapat diselesaikan? Kedua, di atas tanah-tanah kerajaan terdapat...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan soalan.

...Rumah-rumah yang didirikan. Adakah kerajaan mempunyai pertimbangan yang wajar untuk memberi bayaran pampasan sekadar untuk membolehkan mereka membina rumah baharu? Oleh sebab, terdapat di kalangan mereka yang duduk lama bertahun-tahun. Itu soalan tambahan saya. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini sudah keluar daripada soalan asal. Boleh jawapan bertulis.

Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sememangnya soalan ini terkeluar dari asal. Sudah pasti saya tidak dapat membawa angka-angka tersebut. Walau bagaimanapun, secara amnya yang diutarakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi saya tidak pasti sama ada rumah tersebut atas tanah kerajaan atau tanah persendirian. Sekiranya, tanah persendirian kita sudah pasti ada jawatankuasa penilai yang menilai berapa kos rumah tersebut dan berapakah kos tanah tersebut dan kita akan mengganti dengan secara penilaian yang telah dibuat. Jadi, kita tidak mengambil sewenang-wenang tanah masyarakat yang telah berada dalam kawasan sebarang pembinaan yang hendak dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu, setiap inci, setiap ekar kita akan menilai dan akan membayar secara pampasan. Sekiranya tidak berpuas hati, kita masih boleh membuat tuntutan di mahkamah dan kita akan membuat penilaian semula sehinggalah pihak tertentu mempunyai kepuasan untuk menerima bayaran tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Mas Ermieyati binti SamsudinBERSATU · PNMasjid Tanah · question

4. Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah komitmen dan perancangan pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang kementerian terhadap Projek Ekotourism Paya Lebar, Daerah Alor Gajah.

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar KhanBEBAS · GRSTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batu Sapi

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, lokasi projek ini terletak di dalam salah satu jajaran Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016–2025. Kementerian sentiasa bersedia untuk berganding bahu dan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Melaka bagi memastikan ekotourism Paya Lebar menjadi salah satu destinasi pilihan utama pelancong apabila melawat ke negeri Melaka. Sepanjang tahun 2021 dan 2022, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyalurkan sebanyak RM12.81 juta bagi pelaksanaan sebanyak 28 buah projek fizikal di negeri Melaka merangkumi beberapa butiran seperti penyelenggaraan, [Tidak jelas] infrastruktur pelancongan, naik taraf kampung-kampung budaya dan projek pembangunan di bawah perbelanjaan pembangunan. Manakala, untuk Projek Pembangunan Ekotourism Paya Lebar Alor Gajah, Melaka ini kementerian telah menyalurkan sebanyak RM2.31 juta di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Kedua Belas (RP1) RMKe-12 tahun 2021. Projek dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka telah siap sepenuhnya pada 23 Disember 2022 dan sedia untuk menerima kehadiran pelancong domestik mahupun antarabangsa.

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar KhanBEBAS · GRSTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batu Sapi

Skop projek bagi ekotourism Paya Lebar ini adalah dengan pembinaan empat jeti pelancong di empat lokasi bot-bot pelancongan, papan tanda informasi, boardwalk dan tandas awam di jeti-jeti pelancongan tersebut. Selaras dengan tersedianya ekotourism Paya Lebar ini, rancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Melaka adalah seperti berikut: (i) mempromosikan produk ekotourism Paya Lebar kepada pelanggan, pelancong potensi melalui media sosial, pameran; (ii) menambah jenis pakej perjalanan baharu dan memperbaharui pakej yang sudah ada untuk menarik lebih banyak pelanggan; (iii) menyediakan fasiliti dan layanan tambahan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan selama perjalanan; (iv) memperluas jangkauan trail ke kawasan baharu untuk meningkatkan jumlah pelanggan; (v) pelaburan dalam teknologi terbaru untuk meningkatkan efisien dan pengalaman pelanggan seperti penggunaan artificial intelligence (AI); (vi) penyelarasan dengan pemain industri lain untuk mempromosikan ekotourism Paya Lebar sebagai alternatif produk pelancongan di Bandar Melaka; dan (vii) menyediakan latihan dan pengembangan bagi pengusaha bot, pemain industri dan pengusaha chalet untuk meningkatkan kualiti layanan dan pengalaman pelanggan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Masjid Tanah.

Melaka tidak lama lagi dapat Ketua Menteri yang baharu. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang jitu. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tanya apakah bentuk bantuan atau pun sokongan daripada kementerian bagi proses mempersiapkan orang kampung menerima pelancong-pelancong daripada masa yang sama dapat bantu jana pendapatan dan juga ekonomi orang kampung. Dahulu MOTAC ada program atau pun kursus yang dinamakan Mesra Malaysia dan juga ada kursus Malaysia Welcomes the World yang mana dapat memberikan pendedahan kepada penduduk kampung sama ada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Apakah perancangan kementerian dalam meneruskan latihan-latihan yang setara atau pun seumpama kursus-kursus tersebut? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Kementerian telah memperkenalkan Program Pelancongan Homestay Malaysia berkonsepkan pengalaman pelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti.

[Bangun]

[Bangun]

Ini di mana pelancong yang datang perlu menginap bersama pengusaha program dan menjalani gaya hidup masyarakat luar bandar dan turut serta dalam aktiviti seharian seperti memasak, menoreh, memancing dan lain-lain. Selain itu juga, bagi menyediakan masyarakat orang kampung untuk menerima kedatangan pelancong dan menjana pendapatan komuniti setempat, kementerian telah

merangka beberapa hala tuju untuk membantu sektor pelancongan desa. Antaranya, di bawah program Pengalaman Homestay Malaysia dengan menekankan pembangunan modal insan seperti menyediakan kursus-kursus berkaitan yang boleh diikuti oleh pengusaha-pengusaha yang berdaftar di bawah program Pengalaman Homestay Malaysia. Ada beberapa kursus yang telah disediakan. Saya tidak akan sebut kesemua kursus itu. Salah satu daripadanya ialah Kursus Asas Homestay anjuran Institut Kemajuan Desa, Kursus Pemasaran Digital, Kursus Pembangunan Pakej Homestay dan lain-lain. Kementerian juga memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha industri pelancongan untuk mengikuti seminar dan aktiviti promosi bukan setakat di negara ini tetapi di luar juga bagi mendapatkan dan pengetahuan dalam memajukan selain menjana pendapatan dalam industri ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Jelebu.

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih.

Hai, Yang Berhormat Jelebu ini.. [Tidak jelas] [Ketawa]

Apa Yang Berhormat Jelebu. Bangun last. [Ketawa]

Yang Berhormat baru masuk, dapat.

Itu rezeki masing-masing. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sentiasa mendoakan supaya Tuan Yang di-Pertua sentiasa sihat dan juga kelihatan ceria, setiap harilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Soalan.

No, I am very serious Tuan Yang di- Pertua. Saya memang selalu ingat kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini, kita kena terima hakikat bahawa setiap pengusaha homestay ini, menyumbang banyak ya kepada pendapatan masyarakat tempatan, negeri dan negara. Akan tetapi, bila pengusaha ini akan jatuh bankrap ataupun jatuh susah apabila ada malapetaka dan bencana seperti banjir dan kebakaran setakat ini, pihak kerajaan tidak boleh hendak bantu pengusaha ini secara total untuk memulihkan perniagaan mereka. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, ada tidak cadangan dan perancangan kerajaan untuk memberikan subsidi ataupun insurans tertentu bagi memenuhi keperluan apabila berlakunya sebarang malapetaka untuk pengusaha homestay di seluruh negara terutamanya bagi kawasan Jelebu? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu. Soalan ini sebenarnya Yang Berhormat sudah tanya waktu penggulungan Jawatankuasa. [Ketawa] Saya pun tidak faham kenapa Yang Berhormat tanya lagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jawab lagilah.

Saya jawab.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, saya hendak betulkan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingat lagi apa yang saya tanya. Saya tanya ada atau tidak geran tertentu bagi pengusaha homestay di seluruh negara? Ia totally berbeza dengan insurans Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey.

Insurans ini ia belanja sikit, bajet sikit. Peruntukan geran lebih besar. Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta jawab kepada soalan saya.

[Dewan riuh]

Yang Berhormat Jelebu, seperti yang saya perkatakan minggu lalu, kita memang telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta. Akan tetapi, perinciannya kita belum dapat lagi kerana ia belum diberikan oleh kementerian yang tertentu. Saya tidak hendak sebut. Hasil daripada cadangan Yang Berhormat Jelebu, MOTAC sedang membuat perincian dan kajian untuk melaksanakan cadangan daripada Yang Berhormat Jelebu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Kota Marudu, Datuk Wetrom bin Bahanda.

Wetrom BahandaKDMKota Marudu · question

5. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah dan perancangan kementerian untuk memperluas senarai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan keciciran dalam menyenaraikan penduduk yang seharusnya layak menerima bantuan.

Dato’ Seri Hajah Nancy binti ShukriPBB · GPSMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Santubong

Terima kasih Yang Berhormat dan Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa proaktif dalam memastikan kebajikan dan keperluan kumpulan sasar terpelihara. Pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk membantu golongan yang memerlukan agar bantuan yang disediakan, dapat diberikan kepada mereka yang layak. Antara usaha yang dilakukan untuk memastikan tiada keciciran bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada mereka yang layak termasuklah pengoperasian sebanyak 152 buah pejabat kebajikan masyarakat daerah (PKMD), pejabat kebajikan masyarakat jajahan (PKMJ) dan pejabat kebajikan masyarakat bahagian (PKMB) di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan di bawah JKM. Perkhidmatan ini termasuklah perkhidmatan berkaitan permohonan bantuan kewangan. Pemohon boleh hadir ke mana-mana PKMD yang terdekat dengan tempat tinggal mereka untuk mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan di bawah JKM. Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, selari dengan kemajuan teknologi semasa, JKM telah mempermudah Prosedur Operasi Standard (SOP) permohonan bantuan. Pemohon kini digalakkan memohon secara atas talian yang boleh dibuat melalui sistem pengurusan bantuan jabatan kebajikan di laman sesawang https://ebantuanjkm.jkm.gov.my. Di samping itu, JKM telah dan akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Para pemimpin setempat di peringkat negeri serta juga daerah melalui program-program seperti turun padang Ziarah Kasih Jelajah ataupun outreach, dengan izin dan sebagainya. Melalui program yang dilaksanakan ini, bantuan yang bersesuaian dapat disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Selain daripada itu, JKM juga menyediakan perkhidmatan Talian Kasih 15999 yang merupakan talian bebas tol atau melalui WhatsApp di nombor 019-2615999. Talian ini merupakan talian prihatin masyarakat yang dibuka kepada orang ramai bagi mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan termasuk mendapatkan maklumat berkenaan bantuan-bantuan yang disediakan. Masyarakat di luar termasuk semua Ahli Yang Berhormat sendiri boleh membantu untuk merujuk mana-mana kes yang berkeperluan di kawasan masing-masing untuk dibantu dan diberikan bantuan yang bersesuaian mengikut syarat-syarat dan kelayakan yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Saya ada dua soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Pertama, adakah kerajaan berhasrat untuk menaikkan kadar

bantuan kebajikan yang diberikan selaras dengan kenaikan harga barang dan juga kos sara hidup pada masa kini? Kedua, apakah tindakan kerajaan bagi penerima bantuan yang telah ditamatkan bantuan dengan alasan pegawai penilai bahawa ada antara anak penerima yang bekerja? Contohnya, sebagai kerani ataupun pembantu am yang gajinya belanja keluarga pun tidak akan lepas. Jadi, saya minta agar pihak Yang Berhormat Menteri komen tentang perkara ini. Ini kerana ini amat memberikan kesan kepada para penerima terutamanya di kawasan daerah-daerah yang termiskin. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya tegaskan dan maklumkan bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini adalah untuk sementara bagi meringankan beban kewangan yang dialami oleh penerima bantuan dan untuk kelangsungan hidup mereka.

Bantuan ini bukanlah untuk menanggung mereka dan bagi mereka yang keadaan kewangan, pendapatan atau kehidupan mereka telah menjadi lebih baik, mereka tidak perlu lagi menerima bantuan ini. Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk menaikkan kadar bantuan kebajikan ini, saya ingin maklumkan bahawa kadar ini sentiasa disemak dari semasa ke semasa. Untuk makluman, sebahagian daripada kadar bantuan ini telah pun dinaikkan dengan yang terkini iaitu pada tahun 2021. Bantuan-bantuan yang telah dinaikkan kadar ini adalah Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Warga Emas, Elaun Pekerja OKU, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar. Dengan kadar sedia ada pada waktu ini sahaja pun, kerajaan melalui JKM telah menyalurkan sebanyak RM2.4 bilion pada tahun 2022 sahaja. Bantuan-bantuan ini telah diberikan kepada lebih 530,000. To be exact, dengan izin, 533,167 orang penerima bantuan di seluruh negara. Trend permohonan bantuan saban tahun semakin bertambah dengan peningkatan ketara ketika kemuncak penularan COVID-19 pada tahun 2020 dan tahun 2021. Pada tahun 2022 sahaja, sebanyak 148,699 permohonan baharu bantuan telah diterima oleh JKM.

Jika trend ini terus berlarutan, ini boleh memberi tanggungan dan bebanan tinggi untuk negara pada masa hadapan. Justeru, kita perlu mencari jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan pihak yang memerlukan mendapat bantuan dan terus dibantu serta pada masa yang sama membantu berdasarkan kemampuan dan tidak menekan implikasi kewangan kepada negara. Bagi soalan yang kedua tadi, JKM akan review, dengan izin, melihat kepada suasana. Kalau anak dia dapat bekerja, boleh dan mampu untuk membantu orang tuanya maka mereka akan ditamatkanlah. Akan tetapi, itu kepada keadaan keluarga itu. Jadi, tidak semestinya terus ditamatkan ya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Maran.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menegaskan bahawa beliau akan menoktahkan miskin tegar melalui Bajet 2023. Hakikatnya, pada hari ini permohonan untuk mendapatkan bantuan kebajikan semakin bertambah dan saya kira akan terus bertambah. Jadi, apakah langkah kerajaan atau kementerian bagi memastikan supaya isu ini dapat diselesaikan dan ada kesudahannya? Mungkin melalui kolaborasi dengan kementerian ataupun pihak-pihak yang lain. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kita memang sedia maklum pihak yang memohon bantuan ini adalah pihak yang memerlukan. Oleh sebab itu, kita berikan bantuan, namun ada sebilangan daripada penerima bantuan ini bukanlah memerlukan

bantuan ini untuk selamanya. Ini terbukti apabila pada tahun 2022 sahaja, alhamdulillah seramai 4,921 orang penerima bantuan telah mampu berdikari, untuk tidak lagi memerlukan bantuan kebajikan daripada kerajaan. Manakala, pada tahun sebelumnya hampir 3,000 daripada penerima telah tidak perlu lagi menerima bantuan. Oleh sebab itulah seperti yang saya nyatakan tadi, bantuan yang diberikan ini diniatkan untuk bersifat sementara. Saya secara peribadi pada masa ini mempunyai hasrat dan visi untuk membantu penerima bantuan sedia ada untuk memenuhi potensi mereka, untuk mereka dapat meningkatkan pendapatan mereka dan seterusnya tidak memerlukan lagi bantuan kebajikan untuk kelangsungan hidup. Saya tidak bercakap tentang penerima bantuan yang sangat sukar seperti penerima bantuan penjagaan pesakit kronik ataupun OKU terlantar, tetapi saya berbicara mengenai apa yang kita panggil penerima bantuan yang produktif. Mereka ini mempunyai potensi, berupaya untuk bekerja tetapi mungkin memerlukan bantuan kerana keadaan- keadaan yang mendesak pada sesuatu jangka waktu sahaja. Mereka ini adalah kita ingin sasarkan untuk bantu dan penuhi potensi mereka. Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja lagi. Sejak tahun 2016, JKM telah melaksanakan program yang bernama 2 Years Exit Programme (2YEP), dengan izin iaitu pendekatan bagi membantu penerima bantuan kebajikan ke arah hidup berdikari dan survival, dengan izin, dengan memperkasakan melalui pembangunan klien produktif dalam tempoh dua tahun. Oleh sebab itu ia dipanggil 2YEP. Hasratnya adalah untuk meningkatkan jumlah klien yang berjaya ditamatkan bantuan kerana telah mampu berdikari dan keluar daripada kepompong kemiskinan. Setakat ini, seramai lebih 6,500 orang penerima bantuan telah menyertai program ini dengan lebih kurang 1,500 orang peserta berjaya keluar daripada memerlukan bantuan kebajikan. Bilangan ini dijangka bertambah kerana peserta yang menyertai program ini pada hari ini bermula pada tahun 2021 masih lagi dalam kitaran program. Akhir sekali, pada masa ini kita sedang menambah baik program 2YEP ini dengan meneroka kerjasama dengan pelbagai pihak terutama sekali dengan GLC untuk memadankan pekerjaan (job matching) yang boleh menjana pendapatan yang lebih tinggi. Kita telah mulakan inisiatif rintis ini di Lembah Klang dengan Rapid KL yang akan turut membabitkan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan dalam mengenal pasti calon di kalangan penerima bantuan untuk sertai program ini. Insya-Allah kita harap usaha kita ini dapat membuahkan hasil seperti yang kita hasratkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. It was a very important information, jadi saya perlu menyatakan. Terima kasih banyak-banyak.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman Yang Berhormat Bachok.

Syahir SulaimanPAS · PNBachok · question

6. Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha kementerian untuk mengembangkan aktiviti penternakan lembu bersaiz besar (lembu sado) dalam kalangan usahawan muda dan usahawan desa yang sangat berpotensi untuk dimajukan khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengembangkan aktiviti penternakan lembu sado, lembu yang bersaiz besar dalam kalangan usahawan muda dan usahawan desa khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), persekutuan dan negeri melaksanakan langkah seperti yang berikut: (i) membekalkan sebanyak 2,489 dos semen beku pelbagai baka antaranya Charolais, Limousin, Belgian Blue dan Blonde pada tahun 2020 untuk dimanfaatkan oleh penternak lembu

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

sado yang sebilangan besar terdiri daripada golongan belia di Terengganu; (ii) merangka pembangunan lembu sado di bawah Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu (JPVNT). Untuk Pelan Strategik Pertanian Terengganu ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.35 juta pada tahun 2020 dan tahun 2021 bagi perolehan untuk infrastruktur kandang, perolehan semen beku dan perolehan jurusuntik pemanian beradas. Sebanyak lapan projek lembu sado berkelompok dilaksanakan di seluruh negeri Terengganu; (iii) memperkenalkan sistem pengeluaran lembu sado yang dinamakan NAIMbif di bawah Jabatan Perkhidmatan Negeri Kelantan (JPVNK). NAIMbif ini adalah untuk menjadikan negeri Kelantan sebagai pengeluar utama baka lembu kacukan yang berkualiti dan pedaging halal pertama di Malaysia; (iv) melaksanakan agihan lembu induk kepada penternak yang layak melalui program pawah ternakan; dan (v) memberi khidmat nasihat berkaitan pembiakan ternakan lembu dan melakukan permanian beradas (AI) untuk meningkatkan kualiti genetik lembu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan-jawapan yang komprehensif. Tuan Yang di- Pertua, kebanyakan rakan-rakan pengusaha atau penternak lembu sado ini mulanya secara hobi-hobi sahaja tetapi melihat kepada potensi dan permintaan yang tinggi ia berkembang biak dan menjadi komersial. Soalan tambahan saya lebih kepada cadangan dan perhatian supaya Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pertubuhan Peladang di kawasan yang berpotensi ini diberikan lebih perjawatan dan bimbingan sokongan pemasaran khususnya dalam aspek penjenamaan seperti NAIMbif di Kelantan. Jadi, mohon pandangan dan perhatian daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, kementerian menyambut baik dengan segala cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bachok dan saya berterima kasih kepada Ahli Parlimen Bachok kerana industri untuk lembu ini bukan satu industri yang senang kerana ia melibatkan satu tempoh yang panjang. Seekor lembu betina membiak biasanya bunting pada tahun kedua pemeliharaan dan anak daripada lembu betina tersebut memerlukan satu tahun setengah untuk mencapai berat matang untuk disembelih. So, ini satu industri yang perlukan kesemua pihak untuk bekerjasama untuk memajukan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Betong.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya juga ingin bertanya mengenai isu yang sama tetapi bukan di dalam negeri Kelantan dan Terengganu iaitu mengenai penternakan lembu di Sarawak. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tahap sara diri bagi daging hanya dalam 12 peratus dan Sarawak telah menyasarkan SSL meningkat pada 25 peratus menjelang tahun 2030. Maka, kita amat memerlukan bantuan daripada segi membeli iaitu baka induk untuk membiak lembu berdaging.

Maka, soalan saya ialah saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah pelan atau perancangan ataupun komitmen daripada kementerian pada tahun-tahun yang akan datang daripada segi belanjawan serta apakah langkah-langkah serta usaha bagi membantu membekalkan baka-baka induk membiak lembu berdaging kepada Sarawak supaya kita dapat mencapai sasaran dan merealisasikan SSL 25 peratus menjelang tahun 2030? Sekian, terima kasih.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Untuk makluman Yang Berhormat Betong, hal ehwal penternakan di negeri Sarawak adalah di bawah bidang kuasa DVS negeri Sarawak. Kementerian di peringkat Persekutuan ini, kita mengalu-alukan sebarang kertas cadangan yang akan dimajukan oleh pihak kementerian dari Sarawak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam, Tuan Haji Azli bin Yusof.

Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam · question

7. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan indeks perpaduan negara terkini dan apakah pihak kementerian bercadang memperkenalkan undang-undang atau akta bagi membendung elemen permusuhan antara kaum dan agama.

Datuk Aaron Ago anak DagangPRS · GPSMenteri Perpaduan Negara · Kanowit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) adalah sebuah indeks nasional yang menjadi kayu ukur terhadap keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan program oleh kerajaan untuk memastikan sumbangannya pada tahap perpaduan dan keharmonian negara. Tahap perpaduan rakyat diukur berdasarkan nilai kumulatif dalam mengukur kesepaduan sosial yang disumbang oleh lima faktor penting iaitu tahap klinikal, hubungan sosial rentas etnik, etos bangsa, tadbir urus dan pembangunan dan sosial defisit. Kerajaan menggunakan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) dalam tahun 2018 menunjukkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah pada tahap 0.567 dan berdasarkan skala pengukuran 0.1. Pencapaian ini adalah pada tahap sederhana. Pencapaian bagi tahun 2022 merekodkan nilai indeks masih dalam tahap sederhana, namun telah meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada 0.629. Pencapaian ini menunjukkan bahawa tahap perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah baik dan terkawal. Pencapaian tahap perpaduan ini ialah hasil sumbangan signifikan faktor-faktor seperti berikut: (i) tadbir urus dan pembangunan; (ii) etos bangsa dan hubungan; dan hubungan sosial rentas etnik. Sumbangan tahap klinikal adalah kecil dan tidak signifikan. Berhubung soalan tentang undang-undang bagi membendung elemen permusuhan antara kaum dan agama. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan negara dan serta identiti rakyat Malaysia. Sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan perlu dihayati dan difahami oleh semua rakyat kerana ia melibatkan tolak ansur, kompromi dan pengorbanan semua pihak serta berlandaskan proses persetujuan, timbal balik atau perkongsian kuasa antara pelbagai etnik. Antaranya ialah Artikel 10 mengenai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Artikel 11 mengenai kebebasan beragama. Undang-undang sedia ada pada masa ini sudah memadai bagi memastikan perpaduan kaum kekal terpelihara. Antara akta dan perundangan yang berkuat kuasa ialah Akta Hasutan 1948 [Akta 15] itu bagi mengawal kesalahan menghasut. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] bagi mengawal kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian. Kanun Keseksaan

Datuk Aaron Ago anak DagangPRS · GPSMenteri Perpaduan Negara · Kanowit

[Akta 574] iaitu akta yang digubal bagi membolehkan seseorang dihukum bagi kesabitan jenayah di mana ia terdapat tujuh subseksyen yang berkaitan dengan perpaduan kaum dan keagamaan. Akta-akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian. Justeru itu, kementerian ini berpendapat tidak ada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan suatu undang-undang baru pada masa ini dan memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Walaupun bagaimanapun, kalau keadaan mendesak dan kerajaan memikirkan bahawa undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan semula untuk pindaan bagi mengekang elemen permusuhan antara kaum dan agama, maka kementerian ini akan menyokong penuh hasrat tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya kira kita ada masalah yang agak besar juga dalam isu perpaduan ini. Oleh sebab dalam keadaan biasa, keadaan normal, memang kita boleh hidup dalam keadaan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain. Dalam musim-musim perayaan, kita boleh berkunjung ke rumah rakan-rakan kita yang terdiri daripada pelbagai agama dan juga bangsa. Akan tetapi apabila tibanya musim perayaan, isu-isu yang melibatkan agama dan bangsa ini sentiasa dimainkan, di api- apikan sehingga menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah adakah kementerian pernah mengadakan kajian atau pun perbandingan indeks ini ketika pada musim-musim pilihan raya berbanding dengan keadaan biasa? Ini kerana kalau sekarang ini kita lihat, pilihan raya ini sudah boleh dikatakan berlaku hampir saban masa. Dengan pilihan raya kecil, pilihan raya negeri dan pilihan raya umum. Setakat manakah ia mempengaruhi perpaduan yang kita pupuk selama ini melalui kementerian, kerajaan dan sebagainya? Kedua, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri ada mengatakan bahawa akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI). Jadi, saya ingin tahu apakah tugas-tugas mereka ini yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut? Siapakah mereka? Apakah jawatankuasa ini akan bertindih dengan peranan Majlis Penasihat Perpaduan Negara yang sedia ada? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham soalan Yang Berhormat ini. Di Kementerian Perpaduan, kita juga mempunyai beberapa atur cara untuk mengatasi masalah-masalah ini. Kalau berkenaan dengan isu masalah di lapangan, kita mempunyai sistem yang dikatakan e-SEPAKAT. e-SEPAKAT ini adalah di seluruh negara kita ada. Kita monitor semua aktiviti atau pun isu-isu yang sensitif di kalangan rakyat, dikumpul dan dibuat secara elektronik. Apabila masalah itu ada berkenaan dengan kes hasutan dan sebagainya, kita akan transfer kepada agensi yang berkenaan seperti polis dan sebagainya. Kita ada mediator dalam kementerian Perpaduan, di kalangan kawasan rukun tetangga kita di seluruh negara. Ini kita monitor setiap hari dan setiap minggu. Setakat ini, apa yang Yang Berhormat katakan, musim perayaan dan pilihan raya mungkin ada sedikit bertambah isu-isu yang sensitif di kalangan rakyat. Akan tetapi ia setakat ini kita lihat ia masih dapat dikawal. Berkenaan dengan Jawatankuasa HARMONI dan Majlis Penasihat Perpaduan Negara, tugas mereka adalah berlainan. Jawatankuasa HARMONI adalah tertumpu kepada penglibatan semua penganut agama. Walhal Majlis Perpaduan Negara, tugasnya

adalah untuk memberi nasihat kepada Kementerian Perpaduan Negara untuk hala tuju pada masa sekarang dan masa depan. JK HARMONI atau pun HARMONI ini, ahli-ahli mereka adalah terdiri daripada semua ketua atau pun pengerusi daripada Association of Religions seperti churches, Buddhism dan sebagainya. JAKIM mempunyai 10 orang, yang lain 14 orang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang. Silakan.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, sejauh manakah pencapaian Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 yang dilancarkan pada November 2021 dan senarai inisiatif yang telah dilaksanakan? Seterusnya, adakah kerajaan telah mengenal pasti apakah cabaran-cabaran utama dalam membentuk sebuah negara bangsa Malaysia? Apakah langkah konkrit yang dirangka untuk penyelesaian isu ini? Tidakkah option pendidikan anak-anak Malaysia di sekolah kebangsaan itu akan dapat merangsang perpaduan kaum dan integrasi daripada peringkat awal dan merupakan penyelesaian tuntas yang terbaik untuk Malaysia? Seterusnya, bagaimanakah Kerajaan Malaysia bercadang untuk mengintegrasikan Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) sebagai panduan dalam membantu usaha pengukuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan itu banyak dan kalau dijawab mungkin dalam setengah jam pun tidak cukup. Akan tetapi saya mengambil maklum apa yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat ini. Setakat ini saya tidak ada jawapan yang menjurus kepada soalan Yang Berhormat dan saya berjanji untuk menjawab secara bertulis ya sebab banyak diperkatakan daripada segi pendidikan sejarah perpaduan ini. Kalau kita senaraikan mungkin satu buku tidak cukup. Daripada segi indeks rahmah, kita ada indeks rahmah, Buku dia kita boleh beri kepada Yang Berhormat dan cabaran-cabaran dalam tindakan yang kita ada sekarang dalam dasar dan pelan tindakan kita yang terangkum dalam rangka-rangka Membangun Malaysia Madani, semua ada. Saya akan terangkan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sorong papan tarik papan, Soalan saya nombor lapan.

Ku Abd Rahman bin Ku IsmailBERSATU · PNKubang Pasu · question

8. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah kemajuan yang telah dicapai bagi projek menukar pengeluaran getah daripada gred cup lump (SMR 20) kepada jenis lateks pekat yang dipelopori oleh Lembaga Getah Malaysia. Projek ini bermatlamat bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil/penoreh getah dan mengurangkan kuantiti mengimport lateks dari negara luar seperti Vietnam dan sebagainya.

Datuk Siti Aminah binti AchingUMNO · BNTimbalan Menteri Perladangan dan Komoditi · Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Pasu. Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Getah Malaysia ataupun LGM telah memperkenalkan Program Insentif Pengeluaran Lateks

Datuk Siti Aminah binti AchingUMNO · BNTimbalan Menteri Perladangan dan Komoditi · Beaufort

ataupun IPL bagi menggalakkan dan meningkatkan pengeluaran lateks di kalangan pekebun kecil. Program IPL diperkenalkan oleh kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada pekebun kecil getah menambah pendapatan dengan memberi galakan kepada mereka untuk beralih daripada menghasilkan getah sekerap ataupun cup lump dengan izin kepada pengeluaran susu getah iaitu lateks. Selain itu, pekebun kecil yang sedang menghasilkan lateks juga digalakkan untuk terus meningkatkan produktiviti mereka. Pelaksanaan program IPL juga turut bertujuan untuk menampung permintaan sektor pembuatan produk berasaskan lateks yang mana negara kita kini bergantung sekitar 90 peratus kepada lateks yang diimport dari luar negara terutamanya dari Thailand dan juga Vitenam. Bagi setiap peserta pekebun kecil getah yang menyertai Program IPL, mereka akan menerima insentif tunai sebanyak RM1 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering. Para peserta juga akan menerima bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja dan juga racun yang bernilai RM850 bagi setiap hektar setiap sekali ataupun one-off dalam tahun semasa. Jumlah pekebun kecil lateks pada tahun 2022 yang menyertai Program IPL telah meningkat sebanyak 33 peratus kepada 1,600 orang berbanding kadar tahun 2021 iaitu 1,200 orang. Setakat ini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM1.12 juta bagi Program IPL. Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini industri hiliran getah negara terutama sektor pembuatan sarung tangan getah memerlukan sekitar 400,000 tan metrik lateks setiap tahun. Walau bagaimanapun, pengeluaran lateks tempatan hanya akan dapat menampung empat peratus sahaja daripada permintaan tersebut. Bagi memenuhi keperluan tersebut, pihak industri telah mengimport lateks dari negara pengeluar lain seperti Thailand dan juga Vietnam dengan jumlah 287,000 tan metrik bernilai RM2.7 bilion pada tahun 2022. Menyedari hakikat ini, kerajaan akan terus menggembleng usaha mencari kaedah bagi memastikan dan menggalakkan pekebun kecil beralih serta meningkatkan pengeluaran lateks yang lebih menguntungkan berbanding getah cup lump. Ia juga dijangka akan mengurangkan kebergantungan kepada import lateks dari negara luar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ucap tahniah kepada pihak kementerian melalui Lembaga Getah Malaysia atas usaha dan inisiatif yang baik ini. Tuan Yang di-Pertua, bukannya mudah untuk menukarkan amalan biasa iaitu mengeluarkan getah sekerap oleh pekebun kecil ataupun penoreh kepada susu getah atau pun field latex. Proses mengeluarkan field latex ini lebih rumit ataupun orang Kedah panggil “ghenyah” berbanding dengan getah sekerap sungguhpun ia memberikan pendapatan yang lebih lumayan. Saya memahami hal ini sebab saya pernah terlibat 20 tahun lebih dalam industri getah, pernah berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia (RRI ketika itu) dan juga MARDEC Bhd. Field latex perlu dimasukkan bahan kimia ammonia, TMTD dan zink oksida ataupun bahan pengawet supaya lateks ladang kekal cecair tidak beku untuk diproses kepada lateks pekat. Soalannya Tuan Yang di-Pertua, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia bagi menarik minat pekebun kecil untuk menukar pengeluaran dari getah sekerap kepada lateks ladang? Keduanya, adakah kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan kembali sistem wakil MARDEC yang dilaksanakan pada tahun 1980-an hingga 1990-an bagi membeli getah ladang secara berkelompok bagi meningkatkan keberhasilan?

Ketiga, berapakah sasaran peningkatan kuantiti lateks pekat dalam tan metrik bagi setahun berdasarkan kepada program ini memandangkan seperti mana yang Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi pengeluaran lateks pekat ketika ini hanyalah 40,000 tan sahaja sedangkan penggunaan, consumptionnya ialah 400,000 tan? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli Yang Berhormat yang bertanya ini PhD dalam getah, itu yang panjang. [Ketawa] Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya lihat soalan-soalan ini memang agak kritikal juga tetapi insya-Allah saya akan cubalah. Pertama sekali tadi apakah langkah untuk kita– apa tadi Yang Berhormat minta maaf ya. Menggalakkan, menukarkan daripada lateks kepada– okey, sebenarnya langkah-langkah yang kita ada iaitu pertama sekali supaya pekebun-pekebun kita ini mahu menukarkan daripada sekerap ini kepada lateks jadi kita menawarkan beberapa insentif. Insentif pertama sekali kita menawarkan IPG dan juga kita punya IPL. Terutama sekali IPL ini memang kita beri kepada mereka yang menukarkan daripada sekerap tadi itu kepada lateks iaitu RM1 kita akan bayar kepada satu kilogram. Jadi, itu adalah untuk kandungan susu getah yang betul-betul kering iaitu 100 peratuslah. Jadi, ini antara inisiatif kerajaan supaya pekebun-pekebun kecil kita ini berminatlah untuk menukarlah daripada sekerap kepada lateks tadi. Kedua pula, kita akan juga memberikan mereka ini satu lagi bantuan untuk racun dan juga baja yang bernilai RM850 untuk satu hektar bagi program untuk menukar itu tadi Yang Berhormat. Jadi, saya harap jawapan saya boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Boleh itu, boleh.

Boleh ya? Okey, jadi terima kasih Yang Berhormat. Satu lagi jawapan mengenai dengan soalan yang ketiga tadi saya rasa untuk jumlah ini saya kena bagi secara bertulislah Yang Berhormat sebab kita akan minta data yang betul sebab nanti salah data nanti Yang Berhormat marah saya pula kan. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Yang Berhormat Tanjong Piai.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi kita bincang berkaitan dengan lateks ini.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Kita tahu bahawa di Malaysia kebanyakan pekebun kecil ataupun industri ini adalah pekebun kecil. Akan tetapi kebanyakan daripada old senior, warga emas bagaimana kementerian boleh membantu untuk meningkatkan, kalau hendak meningkatkan produktiviti, bagaimana ambil langkah-langkah bagi menggalakkan anak muda kita untuk terlibat dalam industri ini, satu. Kedua, kalau lateks memang betul. Pendapatan meningkat lebih kurang 25 peratus dibandingkan dengan cup lump. Jadi negara kita merupakan pengeluar sarung tangan yang dikatakan terbesar di dunia. Bagaimana boleh membuat satu polisi supaya industri ataupun sarung tangan ini dia membeli lateks daripada tempatan. Ini baharu empat peratus sahaja, bagaimana boleh buat polisi supaya industri sarung tangan ini membeli lateks daripada tempatan, memastikan mereka tidak dapat meningkatkan pendapatan kebajikan pekebun-pekebun kecil dibela nasibnya. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Ini orang dahulu kita pun faham beliau adalah di dalam kementerian ini. Jadi dia bagi saya soalan ini, terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama tadi mengenai dengan kita punya penoreh getah, betul. Memang setakat ini dia semakin lama dia semakin orang yang berumur dan jadi kita harus ataupun kita perlu untuk membawa anak-anak muda kita ini untuk membuat kerja-kerja di ladang. Jadi, satu cara kita adalah untuk kita memberi mereka ini kursus ataupun menunjuk ajar apakah cara-cara untuk kita bekerja sebagai penoreh ini dan kita akan

memperlihatkan kepada mereka usaha-usaha itu untuk menarik minat anak-anak muda. Insya-Allah kalau kita memberikan mereka pendedahan, mereka akan menceburi dalam bidang ini. Soalan kedua Yang Berhormat Tanjong Piai mengenai dengan apakah, apa tadi itu Yang Berhormat? Sorry, sorry.

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck SengMCA · BNTanjung Piai

Buat polisi untuk supaya industri sarung tangan kita di Malaysia ini beli lateks tempatan.

Okey, kalau melihat kepada polisi ini memang sebenarnya secara amnya kita memang ingin menarik minat supaya pembeli-pembeli ini akan membeli kita punya pengeluaran getah kita tetapi kita kenalah keluarkan getah-getah yang berkualiti. Jadi saya rasa kita pun semua tahu bahawa kita mengeluarkan getah asli, jadi ada baiknya kita akan ambillah produk kita daripada produk-produk di luar ya Yang Berhormat. Akan tetapi kalau sekiranya jawapan saya tidak tepat, nanti kita akan bagi secara bertulis Yang Berhormat ya. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tan Kar HingPKR · PHGopeng · question

9. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Kewangan menyatakan unjuran dan implikasi ekonomi negara tentang perlaksanaan cukai jualan terhadap barang bernilai rendah (low-value goods - LGV) yang bakal dilaksanakan pada bulan April 2023

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat peluasan skop kenaan cukai jualan untuk meliputi barang bernilai rendah LVG atau low-value goods dengan izin yang diimport adalah bagi memberikan layanan yang sama rata di antara barang keluaran tempatan dan barangan yang diimport sama ada melalui udara, laut dan darat. Selain itu, langkah ini juga bertujuan untuk merancakkan lagi permintaan domestik dan menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia. Maksud LVG ialah barang yang dibeli melalui platform online bernilai RM500 ke bawah untuk satu item. Contoh platform online Amazon, Shopee, Lazada, Ali baba, e- Bay, Digimall, Mudah.my, Lelong, Zalora, AstroGo, EziBuy dan lain-lain. Unjuran awal kutipan hasil cukai jualan LVG kepada negara adalah sebanyak RM200 juta pada tahun pertama pelaksanaannya dan dijangka akan memberi tambahan hasil yang lebih besar pada tahun-tahun berikutnya berdasarkan senario perkembangan pesat ekonomi e-dagang pada masa kini. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, cukai ini telah dicadang dalam Bajet 2022 bukan Bajet 2023. Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan kenaan cukai jualan ke atas LVG dari 1 April 2023 ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Penangguhan ini adalah bagi mengambil kira keperluan pihak industri yang memerlukan tempoh masa yang secukupnya terutamanya di kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk membuat persediaan sewajarnya daripada segi penyelarasan ke atas model-model perniagaan, penambahbaikan ke atas sistem komputer, pelaksanaan latihan dan penyediaan dokumentasi. Cukai ini akan dikutip oleh kastam, draf panduannya boleh dilihat di portal www.customs.gov.my. Terima kasih.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya. Soalan tambahan saya adalah industri e-dagang dalam pertubuhannya, dan pendapatannya telah pun menyumbang banyak kepada sektor runcit dalam negara kita. Walaupun sekarang – saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak kementerian dan Kerajaan Madani kerana menangguhkan pelaksanaannya, tetapi apakah unjuran kerajaan jika mula balik ataupun melaksanakan balik cukai ini, apakah ianya membawa kesan kepada prestasi ataupun pertumbuhan e-dagang ini yang mana sebelum ini memang pesat sewaktu PKP tetapi apa yang akan berlaku selepas aktiviti ekonomi mula balik seperti biasa. Apakah kesan terhadap prestasi dan pertubuhan yang akan dijangkakan pada masa akan datang. Terima kasih.

Kita melihat bahawa tidak ada kesan pengurangan yang ketara apabila cukai ini dilaksanakan. Pelaksanaan berkenaan cukai ini adalah sesuai dengan apa yang disebut sebagai transaksi rentas sempadan dengan izin cross-border transaction, ia diamalkan di peringkat antarabangsa dan ia juga adalah saranan OACD. Apabila kita membuat cadangan ini, Malaysia bukanlah negara pertama yang mencadangkan cukai kepada low-value goods (LVG) ini, tetapi ia telah dilaksanakan di Australia pada tahun 2018, New Zealand - 2019, UK – 2021, Singapura - 2023. Itu jawapan saya, terima kasih.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ada satu soalan dengan tiga subsoalan. Yang pertama sekali apakah cabaran yang dijangka dihadapi oleh kerajaan dalam konteks untuk melaksanakan sistem LGV ini dan bagaimanakah kerajaan akan menangani cabaran tersebut. Soalan nombor dua, berapa banyakkah perniagaan yang telah berdaftar untuk tujuan pelaksanaan LGV ini dan yang ketiga apabila saya melihat penangguhan ini diumumkan pada 10 Mac, iaitu selepas Bajet 2023 dibentangkan. Jadi adakah jumlah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri RM200 juta tadi telah dimasukkan dalam anggaran hasil kerajaan untuk tahun 2023? Terima kasih.

Ya benda baharu kita kadang-kadang kita terbalik cakap dia bukan LGV, dia LVG. LGV itu nanti dia jadi benda lain nanti. Tidak apa, tidak apa. Itu tidak menjadi hal. Antara cabaran saya sudah sebut tadi, iaitu PMKS dia kena perusahaan mikro, kecil dan sederhana ini perlu membuat persiapan daripada segi model perniagaannya, daripada segi penambahbaikan sistem komputer, pelaksanaan latihan, penyediaan dokumentasi. Itu cabaran-cabaran. Daripada segi data yang berdaftar minta maaf, tidak ada sekarang ini. Yang Berhormat Putrajaya, yang RM200 juta anggaran itu kita tidak masukkan di dalam anggaran untuk Bajet 2023 kerana kita tidak ada tempoh yang betul-betul definitive untuk pelaksanaannya. Oleh itu kita tidak masukkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Bukit Gelugor

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan DR 12/2023 Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2022) 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2022 seperti di No. 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin, 3 April 2023.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAMBAHAN (2022) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN TAMBAHAN PERTAMA 2022Bill

Point of order. Tuan Yang di- Pertua, point of order. Cepat sangat. Point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Point of order?

Tuan Yang di-Pertua, saya nak bawa Perkara 18(1) dan juga rujuk Perlembagaan Perkara 10 iaitu perkara ini perkara tertentu, membincangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak dibenarkan hadir di majlis-majlis anjuran Kerajaan Persekutuan.

Dato' Seri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

[Bercakap tanpa pembesar suara] Menteri Besar apa?

Menteri Besar Kedah. Ya, Menteri Besar Kedah tak dibenarkan hadir majlis anjuran Kerajaan Persekutuan tetapi kelmarin, beliau hendak buat majlis di MAIWP. Ini bukan majlis, majlis ini majlis anjuran Kerajaan Kedah. Beliau nak buat tetapi telah dibatalkan. Itu bukan majlis, ini ialah dia nak sewa bangunan MAIWP.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sebelum...

Jadi, perkara ini ialah untuk kepentingan orang ramai, melibatkan orang ramai yang terkejut apa yang dah terjadi. Perlu disegerakan sebab melibatkan seorang yang dilantik oleh Raja Negeri Kedah untuk menjadi Menteri Besar tiba-tiba tak dibenarkan untuk hadir majlis-majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan di negerinya. Perkara ini kalau di luar negeri pun, beliau nak sewa bangunan pun tak boleh. Saya tak tahu bangunan mana yang beliau boleh sewa lagi untuk membolehkan beliau membuat majlis. Beliau layak [Tidak jelas] di bawah Perkara 10. Jadi. Tuan Yang di-Pertua yang saya kasihi yang juga orang Kedah. Kenapa dibuat perkara begini? Kalaupun nak buat perkara ini, tak bolehlah diumumkan macam itu. Dahulu saya pernah diisytiharkan tidak...

Tuan Yang di-Pertua

Baiklah Yang Berhormat Arau, sebentar Yang Berhormat Arau. Sebentar ya.

Ini saya minta 18(1) itu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya faham.

Saya boleh bangun setelah usul itu disahkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya nak maklumkan. Saya hantar 14 usul, satu pun tak dapat timbang. Kemudian, usul tergempar 18(1), semua ditolak. Saya seorang Ahli Parlimen yang lama cukup sedih apa yang berlaku. Itu sebab saya terpaksa cakap supaya rakyat melihat bahawa saya tak main-main perkara ini. Saya serius bahawa Kerajaan Pusat diminta jangan berbuat begitu. Tak baik. Di bulan puasa ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Okey, saya jawab Yang Berhormat Arau. Saya pun orang Kedah, Yang Berhormat Arau. Pertama, Yang Berhormat Arau kena masukkan usul. Yang Berhormat Arau tak boleh bangun dan terus begitu ya. Saya belum terima lagi usul Yang Berhormat Arau tadi atas isu itu. Itu yang pertama. Isu yang kedua, ada bukti hitam putih yang kerajaan telah keluarkan arahan yang Menteri Besar tidak akan dijemput ke mana-mana program? Tidak ada kan? Itu hanyalah report oleh pemberita-pemberita dalam akhbar-akhbar. Oleh yang demikian Yang Berhormat Arau, kalau Yang Berhormat Arau bersetuju, boleh kemukakan usul. Insya- Allah saya akan pertimbangkan Yang Berhormat Arau. Terima kasih ya.

Point of order yang kedua, Tuan Yang di-Pertua iaitu usul 36(2).

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Okey, usul 36(2). Kelmarin, Yang Berhormat Bachok telah bawa perkara...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Machang.

Yang Berhormat Machang ya? Okey, maaf. Yang Berhormat Machang bawa usul 36(2) iaitu Yang Berhormat Pagoh dalam kes yang dipertimbangkan oleh mahkamah. Tuan Yang di-Pertua masa itu sebut telah buat keputusan, bersetuju dengan Yang Berhormat Damansara bahawa kes itu belum dalam kes mahkamah kerana belum dibicarakan. Akan tetapi kalau dalam buku peraturan mesyuarat di sini, dia sebut perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah. Pasport antarabangsanya telah dirampas. Jadi bermakna, kes itu kes mahkamah. Jadi, 36(2) tidak boleh, mesti terpakai dan Yang Berhormat Pagoh tidak boleh disebut apa-apa perkara yang berhubung dengan mahkamah sebab kes itu akan ditimbangkan di mahkamah. Jadi, saya minta dipertimbangkan bahawa Yang Berhormat Pagoh adalah dalam kes mahkamah dan di mana-mana pihak tak boleh sebut. Kalau nak sebut, kita pi mahkamah. Terima kasih sebab ruling dah buat tetapi ini sebab saya sayang Tuan Yang di- Pertua, saya tak sempat masuk semalam tetapi kalau sempat masuk, saya sudah pasti mempertikaikan Yang Berhormat Damansara punya cadangan itu sebab dia bukan hakim. Jadi, dia lawyer tetapi dia tak boleh kata ini bukan kes mahkamah. Ini, Yang Berhormat Pagoh telah masuk ke kandang tertuduh di mahkamah dan dituduh. Selepas itu pasport dirampas. Bukankah itu kes mahkamah? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Kita ada long day hari ini. Sembilan kementerian nak bincang ya. Jadi, saya ucap terima kasih. Teruskan.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Tuan Yang di-Pertua, point of order.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Point of Order 36(12).

Tuan Yang di-Pertua

32?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

36(12).

Tuan Yang di-Pertua

Bacakan.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan boleh disifatkan sebagai menghina Majlis dan boleh dirujuk kepada

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu. Semalam, Yang Berhormat Machang dalam Dewan ini telah mengatakan dia sendiri tidak membuat...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar, kalau usul 36(12), waktu itu kena bangun. Semalam tak boleh refer dah.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Saya faham, saya faham tetapi ini sudah masuk usul.

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh dah.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Yang Berhormat Jelutong sudah masuk usul.

Tuan Yang di-Pertua

Ya? Dah masuk usul?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Yang Berhormat Jelutong sudah masuk usul, tadi saya nampak. Sudah, sudah.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Kalau dah masuk usul, saya akan perhatikan.

Ini tak tahu law punya oranglah.

[Bangun]

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Nanti, nanti. Yang Berhormat Machang duduk dahulu, saya belum habis. Duduk dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau dah masuk usul— Yang Berhormat Kampar dah masuk usul?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Yang Berhormat Jelutong sudah masuk usul tetapi hari ini saya yang bangkit.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Dah masuk usul, saya akan jawab usul itu.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Okey, okey. Semalam Yang Berhormat Machang dalam Dewan ini telah mengatakan...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar, tak boleh Yang Berhormat Kampar.

[Dewan riuh]

Duduk, duduk, duduk.

Tuan Yang di-Pertua

Dah masuk usul, saya akan perhatikan. Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Hari ini kena bagi show cause letter. Hari ini deadline, hari ini deadline. Sudah masuk.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Saya tak faham. Sila duduk.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Sudah masuk, sudah masuk tiga hari lalu. Isnin. Hari ini by right, Yang Berhormat Machang kena bagi penjelasan. Akan tetapi semalam...

Tuan Yang di-Pertua

Dah, dah. Saya dah dapat dah penjelasan dia.

[Dewan riuh]

Ya, saya dah bagi kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan jawab, saya akan jawab.

[Dewan riuh]

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Dah bagi, dah bagi dah.

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah dapat.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Semalam, penjelasan Yang Berhormat Machang bagi itu tidak betul.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Duduk, duduk Yang Berhormat Kampar.

Duduk! Sengaja buat kacau ini!

Tuan Yang di-Pertua

Sudah dapat, terima kasih.

Semalam sudah beri kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar, terima kasih.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Bagi saya habis dahulu Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang, duduk.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Saya mohon satu minit sahaja, satu minit. Saya nak bagi penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Kampar, duduk. Yang Berhormat Machang, duduk dahulu. Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Satu minit please, satu minit.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar ini, standing order kalau yang tadilah, dah selesai.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Diam.

Tuan Kalam bin SalanBERSATU · PNSabak Bernam

Cutikan.

Tuan Yang di-Pertua

Hari ini puasa, blood saya pun masih okey. Jangan sampai dia naik. No, saya nak dengar. Yang Berhormat Kapar, listen.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Saya minta, saya minta...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kapar. Bila saya bercakap, Yang Berhormat Kapar kena dengar. Kalau yang tentang...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Bukan Kapar, Kampar.

Tuan Yang di-Pertua

Kampar, sorry. Yang Berhormat Kampar. Surat yang telah ditulis oleh Machang dah selesai sebab surat itu saya dah dapat. Isu ini isu baharu ke?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Isu baharu sebab semalam penjelasan Yang Berhormat Machang bagi tidak betul. Sebab semalam, Yang Berhormat Machang dalam Dewan ini katakan dia sendiri tidak buat report polis tetapi saya check Facebook dia, di sini. [Sambil menunjukkan sehelai kertas] “Mewakili Armada Bersatu Malaysia - saya, YB Mersing, saudara Islahuddin, Exco Armada Nasional saudara Harris Idham dan saudara Meor Naqiuddin dan beberapa lagi ahli Armada...”

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

“...Telah membuat laporan polis...”!

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Jadi, dalam Facebook dia sendiri sudah akui buat laporan polis.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar. Yang Berhormat Machang, duduk.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Jadi, penjelasan semalam itu tak betul dalam Dewan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Surat yang telah pun ditulis kepada saya ada pada saya.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Betul.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, saya akan buat keputusan termasuklah apa Yang Berhormat Kampar sebut tadi dan saya dapat salinannya bukan daripada dia tetapi oleh ahli dia.

[Dewan riuh]

Ha, saya tidak menyalahi Dewan!

Betul itu. Daripada ahli, daripada ahli.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Kampar?

Saya tidak menipu!

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Kampar, saya dah dapat.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Maksudnya kalau Yang Berhormat Machang tak tipu dalam Dewan, maksudnya Yang Berhormat Machang tipu dalam Facebook. Betul tak? Sebab ini sudah keluar dalam berita.

Salinan report ada, salinan report boleh check.

[Dewan riuh]

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Yang Berhormat Machang [Tidak jelas] police report. Betul tak?

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Yang Berhormat Machang, kenapa tak sangkal masa itu?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Maksudnya Yang Berhormat Machang tipu dalam Facebook.

[Dewan riuh]

Hoi, Yang Berhormat Kampar, minta maaf itu.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

Duduk, duduk.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Saya appreciate dalam Facebook nak jadi hero.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Nampak gaya, blood pressure Tuan Yang di-Pertua yang boleh naik.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, jangan-jangan. Kasihan.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Semalam, Yang Berhormat Besut dihalau keluar tiga hari over the same incident macam ini.

Tuan Yang di-Pertua

Yes.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Kononnya, exactly the same. Kenapa ada keistimewaan kepada Yang Berhormat Kampar ini, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Dah, dah. Duduk dulu. Okey. Yang Berhormat Kampar, please. Okey, next. Teruskan. Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022— ini tahun lepas. Dah selesai, bukan tahun ini. Bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu dibaca kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus pertama tahun 2022 ini dibentangkan menurut Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan iaitu bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau tidak diperuntukkan sepenuhnya dalam Belanjawan 2022 yang telah diluluskan terdahulu oleh Dewan yang mulia ini. Anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2022 yang dibentangkan adalah berjumlah RM60,174.9 juta atau RM60.1749 bilion untuk membiayai perbelanjaan bekalan.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Anggaran tambahan perbelanjaan bekalan yang dimohon untuk diluluskan di bawah fasal 2 rang undang-undang yang dibentangkan adalah sebanyak RM60,174.9 juta yang boleh diringkaskan seperti berikut – Sebanyak RM1,663.5 juta atau RM1.6635 bilion adalah untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2022 ke Kumpulan Wang Pembangunan. Pindahan ini dicaj sebahagian daripada perbelanjaan di bawah maksud B.12 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindahan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 10(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] dan bukan satu perbelanjaan baharu tetapi merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2022 yang berjumlah RM71,574.0 juta atau RM71.574 bilion yang bakinya adalah dibiayai melalui pinjaman. Sebanyak RM676.9 juta adalah bagi me-recoup semula jumlah yang telah didahulukan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka untuk menampung perbelanjaan luar jangka tahun 2022 seperti yang terkandung dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 23 Tahun 2023. Sebanyak RM57,834.5 juta adalah merupakan peruntukan tambahan langsung kepada kementerian, jabatan yang telah diberi kebenaran untuk berbelanja melebihi daripada peruntukan bagi membiayai perkara-perkara yang komited pada tahun 2022. Tuan Yang di-Pertua, kementerian-kementerian yang terlibat dalam Anggaran Perbelanjaan Tambahan ini adalah seperti berikut: (i) Kementerian Kewangan sebanyak RM56,209.5 juta atau RM56.2095 bilion; (ii) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebanyak RM2,058.1 juta atau RM2.0581 bilion; (iii) Kementerian Pendidikan sebanyak RM803.6 juta; (iv) Kementerian Kesihatan sebanyak RM676.5 juta; (v) Kementerian Pertahanan sebanyak RM303.7 juta; (vi) Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM84.8 juta; (vii) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebanyak RM24.5 juta; (viii) Kementerian Perpaduan Negara sebanyak RM14.1 juta;

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Itu senarainya sembilan kementerian. Tuan Yang di-Pertua, butiran dan penjelasan lanjut mengenai peruntukan tambahan bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 adalah seperti dalam penyata anggaran tambahan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 21 Tahun 2023 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 21A Tahun 2023. Semuanya ada atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang izinkan saya mengemukakan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022. Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 adalah berjumlah RM6,350.2 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM284.0 juta adalah merupakan pendahuluan yang telah dikeluarkan daripada simpanan luar jangka. Anggaran tambahan diperlukan bagi membiayai projek-projek pembangunan bagi maksud-maksud berikut: (i) sebanyak RM6,066.2 juta untuk Kementerian Kewangan; (ii) sebanyak RM200 juta untuk Kementerian Kerja Raya; (iii) sebanyak RM84 juta untuk Kementerian Perpaduan Negara. Selain daripada itu, anggaran tambahan ini juga mengandungi permohonan peruntukan tanda atau token sebanyak RM220 bagi beberapa kementerian. Peruntukan tanda atau token ini adalah bagi mewujudkan butiran baharu untuk membolehkan pindah peruntukan dilakukan antara butiran. Penerangan dan penjelasan lanjut mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 adalah seperti yang dinyatakan dalam Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2023 dan Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22(A) Tahun 2023 yang ada di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, perlu saya maklumkan di sini bahawa anggaran perbelanjaan tambahan yang dimohon ini berjumlah RM60,174.9 juta untuk perbelanjaan bekalan dan RM6,350.2 juta untuk perbelanjaan pembangunan adalah sebahagian daripada jumlah perbelanjaan sebenar untuk tahun 2022 dan ia tidak menjejaskan defisit fiskal yang telah ditetapkan pada paras 5.6 peratus. Saya akan mengemukakan Usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 selepas ucapan ini. Saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Usul — Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022Motion

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Usul di atas nama Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diserahkan kepada Jawatankuasa sesebuah Majlis: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam bilion tiga ratus tiga puluh juta satu ratus sembilan puluh empat ribu dan sembilan ratus ringgit (RM6,350,194,900) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Pembangunan bagi tahun kewangan 2022 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2023 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu dan masalah bahawa Usul di atas nama Menteri Kewangan dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis sekarang. Kedua-dua masalah tersebut terbuka untuk dibahaskan. Sebelum dibahaskan saya memanggil sembilan orang Ahli Yang Berhormat, saya hendak maklumkan hari ini merupakan perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan Tahun (2022) 2023 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022. Untuk makluman, tambahan ini telah pun dibelanjakan pada tahun lalu dan perlu diputuskan mengikut undang-undang. Sembilan kementerian yang terlibat dalam perbahasan rang undang-undang ini manakala sembilan lagi kementerian hanya melibatkan token yang tidak perlu dibahaskan seperti yang dinyatakan oleh Menteri tadi. Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 67(5) saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk mengehadkan perbahasan kepada dasar-dasar am dan pentadbiran kerajaan yang berkaitan dengan rang undang- undang ini dan usul sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat juga diingatkan untuk turut mematuhi Peraturan Mesyuarat 67(9) yang mengehadkan perbahasan peringkat Jawatankuasa kepada butir- butir yang terkandung dalam anggaran belanja yang diminta diuntukkan belanja tambahan. Bagi membolehkan mesyuarat hari ini dapat diselesaikan lebih awal sebelum waktu berbuka puasa, saya telah membuat ketetapan seperti berikut. Pertama, di peringkat dasar seramai sembilan orang Ahli Yang Berhormat semuanya. Masa yang diperuntukkan adalah lima minit seorang, selepas itu Menteri akan menjawab selama 15 minit.

Tuan Yang di-Pertua

Manakala yang kedua, di peringkat Jawatankuasa yang melibatkan sembilan kementerian, hari ini kita have a very, very long day. Seramai empat orang Ahli Yang Berhormat yang terdiri daripada dua orang ahli daripada kerajaan, dua orang daripada pembangkang akan berbahas bagi setiap kementerian. Manakala Yang Berhormat Menteri akan menjawab tujuh minit bagi setiap kementerian yang terlibat. Jadi, saya mohonlah Yang Berhormat kita jangan keluar daripada tajuk yang telah pun kita bincangkan. Insya-Allah kita akan cuba tamatkan kesembilan-sembilan kementerian ini sebelum buka puasa. Maknanya, sebelum pukul 6.45 petang kita harus berhentilah. Baik, untuk itu saya akan menjemput Yang Berhormat Kota Melaka untuk yang pertama. Silakan Yang Berhormat Kota Melaka. Lima minit.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang...

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, boleh sebutkan senarai seluruhnya?

Tuan Yang di-Pertua

Ya?

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Yang di-Pertua, boleh sebutkan seluruhnya untuk persiapan?

Tuan Yang di-Pertua

Oh ya, okey. Saya akan menyebut semua pembahas. Yang Berhormat Kota Melaka selepas itu Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Silakan Yang Berhormat Kota Melaka. Stick to the time.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Rang undang-undang yang dibentangkan hari ini adalah berkenaan peruntukan perbelanjaan tambahan bagi tahun 2022 yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya dalam Belanjawan 2022. Menurut rang undang-undang dan kertas perintah yang dikemukakan kepada Dewan, peruntukan tambahan ini melibatkan sejumlah RM60 bilion bagi perbelanjaan mengurus. Ini adalah jumlah yang amat besar iaitu tambahan 25 peratus daripada jumlah perbelanjaan mengurus yang dibentangkan dan diluluskan dalam Belanjawan 2022. Setelah meneliti RUU ini, kita boleh lihat bahawa sebenarnya jumlah besar peruntukan tambahan ini adalah untuk menampung peningkatan kos pelbagai subsidi yang ditampung oleh kerajaan iaitu petrol, diesel, ayam, telur, bil elektrik dan sebagainya. Jumlah ini melibatkan tambahan RM41.7 bilion daripada RM5.2 bilion yang diperuntukkan pada asalnya. Seperti mana yang kita sedia maklum, isu subsidi telah dibahaskan berulang kali di dalam Dewan ini dan kerajaan sedang berusaha untuk beralih kepada sistem subsidi bersasar. Salah satu sebabnya adalah seperti apa yang berlaku dalam RUU ini, di mana kos subsidi melonjak begitu tinggi sehingga mengekang kapasiti fiskal kerajaan. Oleh itu, rata-rata rakyat memahami keperluan dan rasionalnya beralih kepada sistem subsidi bersasar. Pada tahun ini, kerajaan telah mengurangkan subsidi elektrik kepada syarikat korporat besar. Manakala subsidi diesel adalah fokus yang seterusnya. Tuan Yang di-Pertua, jadi saya ingin menumpukan perbahasan dasar ini terhadap subsidi diesel. Ini kerana, beberapa hari yang lepas saya ada bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan beliau menyatakan bahawa satu Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) akan siap separuh tahun kedua dalam tahun ini. Separuh tahun kedua dalam tahun ini. Saya memulakan isu subsidi diesel ini dengan beberapa pertanyaan bagi membantu kita memahami isu diesel dengan lebih mendalam. Pertama, berapakah jumlah subsidi diesel yang ditanggung oleh kerajaan bagi tahun 2018 hingga 2022? Soalan yang kedua, apakah isu-isu utama yang sedang diperhalusi oleh kementerian dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi ini yang bakal diperkenalkan? Ketiga, bagaimanakah ketirisan subsidi diesel berjumlah RM10 bilion seperti yang diumumkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini boleh berlaku? Mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan lanjut mengenai soalan- soalan yang saya kemukakan ini. Selanjutnya, saya memohon supaya Kementerian Kewangan Malaysia menjalankan kajian yang terperinci mengenai kesan peralihan sistem ini. Subsidi diesel sudah begitu lama dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian struktur ekonomi negara kita. Maka, sebarang perubahan dasar sudah pasti akan mengundang kesan ekonomi khususnya kenaikan harga barang atau perkhidmatan. Maka, soalan saya adalah, adakah industri atau sektor manakah yang akan paling terkesan dan apakah langkah mitigasi kerajaan? Saya beri contoh, antara sektor yang sudah pasti akan terkesan ialah pengusaha bas sekolah yang kebanyakannya menggunakan van diesel. Pemansuhan subsidi diesel akan meningkatkan kos mereka

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

dengan ketara sehingga mungkin tidak upaya untuk meneruskan perkhidmatan mereka. Selain daripada itu, industri logistik ataupun penghantaran barangan, khususnya syarikat SME juga akan terkesan. Maka, kerajaan perlu menjalankan kajian dengan lebih teliti dan saya memohon supaya hasil kajian tersebut dibentangkan kepada Ahli Parlimen dan orang awam untuk maklum balas. Daripada segi pelaksanaan pula, pemansuhan ataupun perubahan subsidi diesel ini wajar dilaksanakan secara berperingkat. Contohnya, harga siling diesel boleh dinaikkan secara berperingkat dalam tempoh yang lebih panjang, iaitu barangkali satu hingga dua tahun. Supaya tiada kejutan ataupun shocking kepada ekonomi kita. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri juga ada menyatakan bahawa kerajaan sedang meneliti pelaksanaan e-Cooking Oil Subsidy Scheme (ECOSS) untuk mengesan atau tracking minyak masak satu kilogram. Langkah ini amat dialu-alukan kerana kita sedia maklum salah satu masalah untuk minyak masak bersubsidi ialah ia jarang atau susah hendak dibeli. Jika pergi ke kedai, selalunya stok tidak ada kecuali jika Pegawai Penguat Kuasa datang semak, tiba-tiba ada. Jadi, kita faham bahawa terdapat juga banyak ketirisan yang berlaku untuk minyak masak bersubsidi dan ini sukar dijejak kerana melibatkan ramai pihak dalam supply chain. Tuan Yang di-Pertua, saya minta 30 saat lagi. Maka, pengenalan sistem ECOSS ini penting untuk mengesan minyak bersubsidi daripada pengeluar sehinggalah kepada peruncit dan seterusnya kepada pengguna. Dalam isu ini, saya mencadangkan supaya kerajaan mengkaji sama ada teknologi blockchain boleh digunakan untuk tujuan ini. Ini kerana, memang teknologi blockchain ini telah digunakan di negara lain dalam sistem logistik. Sebelum ini, saya juga pernah menerima cadangan daripada pihak swasta untuk menggunakan sistem blockchain ini untuk industri halal di Malaysia. Jadi, saya memohon Yang Berhomat Menteri untuk memberi penjelasan atau maklumat lanjut mengenai sistem ECOSS ini termasuklah garis masa pelaksanaannya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023 merupakan perkara biasa yang sering dilakukan oleh mana-mana kerajaan di Dewan ini. Saya jangkakan bahawa perbekalan tambahan seterusnya dalam sidang Parlimen yang akan datang juga akan berlaku. Ini merupakan perbelanjaan-perbelanjaan luar jangka yang diurus semula oleh mana-mana kerajaan. Jadi, walaupun di-stressed oleh Tuan Yang di-Pertua bahawa perbekalan tambahan ini merupakan perbekalan yang telah pun digunakan oleh kerajaan yang lalu, tetapi ini merupakan perkara biasa yang berlaku dalam Dewan ini. Jadi, tentu sekali perbekalan tambahan seperti ini akan mengubah struktur bajet yang telah pun dibentangkan. Sejauh mana ia akan memberikan kesan kepada defisit negara dalam perbekalan-perbekalan tambahan yang akan datang ini dalam jangkaan kerajaan dan Kementerian Kewangan Malaysia pada ketika ini? Sebanyak mana kesannya terhadap defisit yang dijangkakan akan mencecah lima peratus daripada bajet yang telah pun dibentangkan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk membahaskan tentang satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Bernama oleh Ketua Setiausaha (KSU) KDN baru-baru ini. Tajuk akhbar iaitu ‘JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara’. Dilaporkan bahawa beberapa orang kakitangan dari Jabatan Imigresen di Tawau telah pun ditahan hasil daripada operasi yang dijalankan oleh beberapa buah agensi penguat kuasa oleh kerajaan. Kalau rakyat Malaysia yang berasal daripada Semenanjung ini, berita ini merupakan satu berita biasa. Akan tetapi, sebagai rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah, berita ini mengundang kepada skandal ataupun fiasco tentang kad pengenalan yang berlaku dimiliki oleh pendatang asing yang berlaku di negeri Sabah. Sejak puluh

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

tahun yang lalu, kita diberitakan tentang penangkapan beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara, penahanan beberapa orang individu yang dibuat di bawah ISA suatu ketika dahulu tentang salah guna kad pengenalan original ini yang dibagi kepada pendatang asing atau penduduk Malaysia yang palsu ataupun bukan original.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Jadi, berita seperti ini tentu sekali mengimbas tentang pengalaman rakyat Malaysia yang berada di Sabah sama ada berita ini cuma merupakan tip of the iceberg ataupun seluas mana, sebesar mana masalah ini sebenarnya masih berlaku di negeri Sabah? Jadi, ini merupakan satu berita penting yang harus diteliti, why rakyat asing memiliki kad pengenalan ditahan ketika berpindah ke Semenanjung Malaysia? Bagaimanakah mereka yang memiliki kad pengenalan palsu ataupun memiliki kad pengenalan orang lain yang berada di negeri Sabah? Apa tanggapan, apa operasi yang dijalankan oleh kementerian untuk memastikan bahawa kad pengenalan ini, isu kad pengenalan tidak berulang di negeri Sabah? Jadi, ini merupakan satu berita serius yang harus ditangani oleh jabatan dan agensi yang bertanggungjawab. Seperkara lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri, tentang lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Manila baru-baru ini. Dalam sidang akhbar, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengeluarkan kenyataan keras terhadap doktrin ASEAN. Di mana Perdana Menteri meminta agar pemimpin-pemimpin ASEAN speak up ataupun bersuara dan juga menyebut tentang tidak terhalang dengan doktrin non- interference yang telah diamalkan oleh ASEAN sejak sekian lama. Adakah ini satu penjajaran baharu tentang dasar luar Malaysia, terutama menyentuh tentang doktrin ASEAN non-interference telah pun dijadikan sebagai doktrin asas pembentukan ASEAN? Adakah kenyataan Perdana Menteri itu merupakan satu kenyataan yang akan menggubal kepada dasar dan doktrin non-interference yang telah pun dipegang oleh ASEAN? Jadi, apakah tindakan lanjut oleh Jabatan Perdana Menteri? Apakah tindakan lanjut oleh Kementerian Luar Negeri tentang kenyataan Perdana Menteri yang membayangkan bahawa ASEAN dan struktur ASEAN, doktrin ASEAN ini akan diubah? Atau ini cuma merupakan satu kenyataan biasa yang dikeluarkan Perdana Menteri tetapi tidak di follow up dengan perubahan dan penjajaran dasar yang baru negara kita, terutama dalam ASEAN? Exactly, lima minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Paya Besar.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masalah untuk menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2022) 2023 kerana pertambahan ini pada hemat saya ialah satu kewajaran. Oleh kerana bagi kita, peruntukan yang diperuntukkan semasa Bajet 2022 untuk subsidi dan bantuan tunai hanya sebanyak RM32 bilion. Akan tetapi apabila berlaku peningkatan harga komoditi, kita ambil contoh pada tahun 2021, crude oil berada pada kadar USD70 ke USD80 per barrel tetapi pada tahun 2022 telah meningkat sampai USD110 per barrel. Ini menunjukkan ada peningkatan daripada segi harga komoditi yang memberi kesan kepada nilai subsidi dan nilai bantuan tunai kepada rakyat. Apatah lagi pada tahun 2022 merupakan tahun pasca COVID-19. Rakyat sedang dibina kembali untuk memastikan mereka dapat survive dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Itu sebabnya Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya apabila kita memperuntukkan sejumlah yang besar, peningkatan yang besar perbekalan tambahan ini, ia memberikan cash in hand kepada rakyat, dengan izin. Apabila rakyat mempunyai duit yang banyak, mereka akan spending. Akhirnya ia akan memberi kesan yang positif kepada ekonomi negara daripada segi yang kita panggil sebagai domestic spending ataupun household spending. Ini telah dibuktikan apabila ASEAN Development Bank telah menyatakan pertumbuhan ekonomi negara kita meningkat pada Q3 tahun 2022, double digit growth,

dengan izin, 14.2 peratus pada suku ketiga tahun 2022. Cumanya Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya pada Kementerian Kewangan. Apakah perancangan Kementerian Kewangan untuk memastikan domestic spending ini rancak, serancak tahun 2022 supaya dalam ketidaktentuan ekonomi tahun 2023 ini kita dapat mengimbangi dengan keadaan global yang tidak menentu tetapi kita ada peluang yang banyak dan besar dalam ekonomi tempatan? Saya harap kerancakan ini mesti kita teruskan lagi supaya kita dapat memastikan keupayaan kita untuk mengekalkan ekonomi kita berada pada tahap yang cemerlang pada tahun 2022. Tuan Yang di-Pertua, ada juga persoalan menarik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi. Cumanya suka saya hendak mengambil perspektif yang agak berbeza kerana subsidi bersasar ini merupakan satu tindakan yang bagus. Kita pernah hadapi pendekatan Keynesian Economics ini pada tahun 1973 dan tahun 1974. Apabila kita menghadapi satu krisis antara Israel dengan Mesir bergaduh, akhirnya harga komoditi naik. Akan tetapi pendekatan Keynesian ini tidak boleh berpanjangan. Cuma yang merisaukan saya Tuan Yang di-Pertua, apabila bersasar ini kita beri kepada B40, M40 dan T20 tetapi bagaimana penilaian T20 itu? Ini persoalan yang saya hendak kemukakan kepada Kementerian Kewangan. Adakah T20 ini hanya kita letakkan mereka ini berdasarkan tangga gaji? Sebagai contoh, gaji RM10,000 di Kuala Lumpur berbeza dengan gaji RM10,000 di Kedah, Tuan Yang di-Pertua. Apatah lagi gaji RM10,000 berada di Terengganu. Kalau kita meletakkan RM10,000, RM8,000 ini T20 tidak dapat subsidi kerana mereka terkeluar daripada M40 atau B40 tetapi nilai kewangan itu dan nilai tanggungan itu mesti dilihat semula. Ini persoalan saya kepada pihak Kementerian Kewangan kerana ini perkara-perkara yang amat penting bagi memastikan kita dapat memberi keadilan kepada rakyat Malaysia. Saya juga hendak sentuh Tuan Yang di-Pertua, DOSM telah mengeluarkan statistik perbelanjaan yang kita hadapi semasa tempoh bencana. Tahun 2019 sebanyak RM26.5 juta tetapi ia meningkat kepada RM1.15 bilion pada tahun 2020 dan pada tahun 2021 sebanyak RM6.5 bilion cost kerana kita menghadapi bencana. Akan tetapi persoalannya value for money, dengan izin, kalaulah kita menghadapi kerugian hampir RM6.5 bilion pada tahun 2021, apatah lagi kos yang kita tanggung untuk memberi bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir? Persoalannya adalah bagaimana kita melihat modelling? Kalaulah kita dapat selesaikan modelling system mungkin kosnya sebanyak RM500,000 ke RM2 juta. Kita dapat selamatkan lebih kurang sebanyak RM20 juta. Saya kira penekanan pembuat keputusan di peringkat kementerian-kementerian ini mesti kita lihat supaya kos selepas event itu dapat kita kurangkan. Hal ini kerana pre-event itu yang amat penting. Pre-emptive measure yang saya sebutkan ini mesti diambil kira. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak melihat bagaimana negara kita ini mestilah beralih kepada satu keadaan yang sudah menjadi beban kepada kita. Contohnya Tuan Yang di-Pertua, jumlah import makanan ke Malaysia. Pada tahun 2019 sebanyak RM51.9 bilion, tahun 2020 sebanyak RM55.4 bilion dan tahun 2021 sebanyak RM65 bilion. Tahun lepas kita import makanan ke Malaysia ini berjumlah sebanyak RM76 bilion. Sudah pasti kita mesti melihat bagaimana keupayaan negara-negara luar dan kita kena study model mereka untuk menyelesaikan perkara ini supaya masalah ini bukan lagi menjadi beban kepada kita. Inflasi kita terdorong kepada harga makanan dan sudah pasti apabila kita import tinggi barang makanan, sudah pasti ia akan memberi tekanan kepada rakyat Malaysia. Saya hendak ambil contoh yang berada di Qatar, Tuan Yang di-Pertua. Dahulu sebanyak 60 peratus mereka terpaksa import produk tenusu. Akan tetapi syarikat tempatan yang bernama Baladna pada tahun 2017 dengan sebanyak 4,005 ekor lembu tenusu dan sudah meningkat sebanyak 22,000 ekor lembu tenusu. Akhirnya, ia bukan lagi digunakan untuk domestik tetapi juga ia dapat eksport hasil mereka ini. Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita membahaskan stimulus package belanjawan ini untuk kita lihat. Ya, memang kita dapati undang-undang perbekalan yang kita bentang dan kita gunakan pada tahun 2022 ini adalah penting bagi pihak kerajaan yang mana rakyat perlu mengetahui sesuatu peruntukan yang telah dibelanjakan. Lebih sejumlah RM63 bilion untuk stimulus package yang mana perbelanjaan rangsangan ekonomi ini bukan sahaja ketika kita menghadapi satu krisis unpredictable, dengan izin, dengan tidak disangka ini tetapi masa keadaan biasa pun kerajaan juga terus membentangkan perbelanjaan tambahan ini.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Jadi, kita tengok RM63 bilion ini kebanyakan digunakan untuk subsidi sahaja lebih kurang RM53 bilion, yang lainnya diagihkan kepada kementerian-kementerian. Subsidi ini perlu kerana pada ketika itu kita pasca COVID-19 yang mana kick-start kepada dengan izin kepada semua sektor ekonomi. Jadi, kita berjaya menyekat secara tuntas dan negara terjerumus ke dalam inflasi ataupun in recession yang mana semua negara dunia selepas COVID-19 ini terkait rapat dengan inflasi kerana semua negara – minta tambah masa sikit sebab batuk. [Ketawa] Minta sikit ya, tak boleh minta. Jadi, kita tengok bila keadaan macam ini kerajaan berjaya menyekat akibat daripada stimulus pakej ini, kerajaan berjaya menyekat pembuangan kerja dan juga kita berjaya mengurangkan penutupan syarikat-syarikat terutamanya SME yang terkesan teruk apabila kerajaan telah memberi satu insentif kepada majikan-majikan supaya tidak menutup syarikat dan meningkatkan produktiviti terutamanya dalam sektor industri makanan. Begitu juga manufacturing, kita tengok kerajaan memberi satu pakej, satu penjana yang boleh kita lihat apabila gaji pada ketika itu RM2,000 tetapi terpaksa dikurangkan menjadi RM1,200 ataupun RM1,400. Kerajaan menyuntik kepada majikan supaya ditambah lagi RM600 bagi mendapat balik gaji asalnya RM2,000. Ini akan meringankan bebanan yang ditanggung oleh isi rumah apabila kita menghadapi satu fenomena yang tidak pernah dijangka bukan setakat Malaysia seluruh dunia apabila kita menghadapi COVID-19. Itu berkenaan dengan pembuangan kerja dan juga penutupan syarikat- syarikat. Keperluan kepada kita menyuntik stimulus ekonomi yang telah kita jalankan pada ketika itu. Semua negara terpaksa kena kick-start apabila kita menghadapi COVID-19. Begitu juga dalam perpaduan nasional diberikan juga dalam ini, ada juga kita sudah ada kontrak sosial Tuan Yang di-Pertua dan kita orang-orang tua dulu tok nenek kita tidak ada masalah hidup dengan orang Cina, orang India, orang Melayu dan orang Cina boleh hidup dalam kampung Melayu. Bila mai perayaan masing-masing sudah faham, saling hormat-menghormati. Dibangkitkan sekarang ini bila mai musim perayaan sudah jadi satu hot, sentuh, sebab dalam Islam ini ia ada akidah yang boleh dan tak boleh, itu sahaja. Maknanya orang tua-tua dulu, tok-tok nenek kita yang Cina, yang India, yang Melayu sudah faham memahami. Kenapa sekarang perkara ini timbul? Saya harap peruntukan untuk perpaduan nasional ini memberi penerangan. Kita orang politik ini jangan dok jadi batu api, ini yang menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja tinggi untuk kita menghadapi fenomena panas ini. Jangan. Sebenarnya sudah ada kontrak sosial. Sekarang pasal apa timbul? Benda yang tak pernah timbul dulu sekarang timbul. Ini perkara-perkara yang harus kita fikir. Jadi, perpaduan nasional perlu buat, Kementerian Perpaduan Nasional perlu melihat perkara ini lebih penting. Minta sikit lagi, supaya benda ini kembali kepada kontrak sosial kita dulu. Saya hendak melihat pada jumlah Kementerian Kesihatan yang diberi sebanyak RM676 juta. Dalam peruntukan tersebut, kita minta berapakah jumlah kakitangan yang diserapkan daripada kontrak ke tetap? Jadi, saya hendak melihat kepada jawapan yang ini sebab ini juga perkara mereka yang terlibat secara khusus dalam ketika kita menghadapi COVID-19. Golongan inilah yang menjadi frontliner yang menyelamatkan kita sebab nyawa adalah penting dalam

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Islam. Wajib kita mempertahankan kalau nyawa kita terancam yang ini. Seterusnya kita hendak beri tahu peningkatan yang berlaku dalam – sekejap, minta sikit, setengah, 30 minit.

Tuan Yang di-Pertua

30 minit, ha?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tak, 30 saat. Minta maaf, tarik balik [Ketawa] . 30 saat, minta sikit. Pada ketika perbelanjaan kita tinggi dalam subsidi makanan kita kena tengok pada ketika itu kaitan dengan peperangan Ukraine dengan Rusia juga terus terlibat dengan negara kita yang banyak berurusan dalam perdagangan dengan Ukraine termasuk disebut tadi import baja dan sebagainya daripada Rusia dan juga mereka merupakan penyalur ataupun supplier kepada perkara-perkara yang tidak ada pada negara lain dengan negara kita Malaysia. Pada ketika itu semua kita ditutup pintu, lockdown. Jadi susah hendak dapat. Maknanya permintaan tinggi, supply rendah. Jadi, inilah perkara-perkara yang kita harap, perbelanjaan tambahan yang kita luluskan Tuan Yang di-Pertua, kita gulunglah. Kira perbelanjaan tambahan ini perlu kita buat, dalam keadaan biasa pun buat, tambahlah kita dalam keadaan kita menghadapi satu jangkaan yang tidak pernah difikirkan oleh mana- mana negara dunia bahawa kita menghadapi COVID-19 yang sangat crucial. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bajet tambahan yang sejumlah RM66 bilion ini adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Akan tetapi janganlah kita berasa bangga kerana jumlah wang ini sebenarnya telah dibelanjakan dan kini baru dimasukkan ke Parlimen untuk diluluskan hari ini. Saya tidak ada masalah memberi subsidi kepada rakyat Malaysia. Sememangnya perlu tetapi pemberian subsidi yang sangat tidak efisien menyebabkan ramai petani dan penternak susah. Saya harap bahawa Kementerian Kewangan menjawab bahawa ada sampai sekarang masih ada kompelin tentang subsidi masih belum diberikan. Saya juga ingin menyeru Kementerian Kewangan memberikan penjelasan kepada rakyat di seluruh Malaysia secara terperinci apakah butiran-butiran perbelanjaan yang mencetus bajet tambahan tertinggi dalam sejarah ini. Tuan Yang di-Pertua, hari ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke negara China. Saya menaruh harapan yang tinggi agar hubungan diplomatik dan perdagangan dua hala akan maju ke depan seutuh Tembok Besar China. Saya ingin mengambil kesempatan ini menceritakan sedikit sebanyak sejarah negara China. Selama beribu tahun sehingga tahun 1820, GDP negara China adalah terbesar di dunia. Akan tetapi kerajaan Dinasti Ching sangat corrupt, tidak mengurus tadbir kerajaan dengan baik, politik kucar kacir. Sebagai akibatnya negara China memasuki zaman kegelapan. Dari tahun 1839 hingga tahun 1949, kuasa-kuasa besar seperti British dan Jepun menangguk di air yang keruh untuk menyerang negara China. Hong Kong, Macau, Shanghai dan sebagainya dijajah oleh kuasa Barat. Zaman kegelapan itu berlarutan selama 100 tahun dan dikenali sebagai ‘Hundred years of national humiliation’. Apakah pengajaran sejarah negara China kepada Malaysia? China walaupun merupakan kuasa besar atau superpower selama beribu-ribu tahun, namun disebabkan oleh amalan rasuah yang berleluasa menyaksikan negara China menjadi negara gagal dalam masa singkat. Malaysia dengan segala kekayaan sumber bumi kita kalau kita tidak berupaya membanteras rasuah dan menstabilkan politik, menyatupadukan semua kaum, agama dan wilayah kita juga mungkin akan menjadi negara gagal dalam masa yang singkat. Mulai tahun 1970, negara China telah berjaya menstabilkan politik dalaman mereka. Mereka memulakan fokus kepada reformasi pentadbiran, membasmi kemiskinan dan memulakan

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

proses bina semula negara mereka. Dalam masa tidak sampai 50 tahun, mereka berjaya mentransformasikan daripada negara gagal kembali kepada negara kuasa besar di dunia. Malaysia juga boleh melakukan transformasi seperti negara China. Yang Amat Berhormat Tambun sejak menubuhkan Kerajaan Perpaduan telah berjaya menstabilkan politik negara kita. PMX menzahirkan Malaysia Madani yang ingin menyatupadukan semua rakyat tak kira kaum, agama dan wilayah. Maka, saya ingin menyeru kepada semua pihak terutamanya pihak pembangkang supaya mengambil iktibar daripada pengajaran sejarah negara China. Jangan mempermainkan politik sentimen perkauman yang menyebabkan negara kita tergadai. Sokonglah usaha Yang Amat Berhormat PMX menstabilkan politik negara kita, sokonglah usaha membanteras rasuah, sokonglah agenda reformasi yang dilaksanakan dan sokonglah Malaysia Madani.

Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeBERSATU · PNBeluran

Yang Berhormat, siapa yang mainkan politik perkauman. Minta penjelasan siapa yang mainkan politik perkauman. You are referring to pembangkang mainkan politik perkauman. That one is not proper. Siapakah yang mainkan politik perkauman.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Okey, terima kasih. Ada banyak contoh. Yang Berhormat Beluran pun tahu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk laporan The Edge pada 27 Mac bahawa kerajaan sedang memanggil lima syarikat besar untuk menghidupkan semula HSR dari KL ke Singapura. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri adakah ini benar? Apakah status perbincangan? HSR akan membelanjakan lebih RM50 bilion. Adakah kerajaan buat masa kini mampu menanggung hutang yang begitu besar? Siapakah yang akan membiayai projek ini? Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir. Kesesakan lalu lintas di negeri Pulau Pinang telah mencapai keadaan yang parah. Projek LRT Bayan Lepas menjadi keperluan yang amat mendesak. Kementerian Kewangan mempunyai dua anak lahir negeri Pulau Pinang iaitu Yang Amat Berhormat Tambun dan juga Yang Berhormat Bukit Mertajam. Saya ingin merayu kepada Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri bantulah negeri Pulau Pinang, tolonglah kami. Tolonglah biayai projek LRT Bayan Lepas. Kuala Lumpur dan Selangor sudah ada LRT1, LRT2 dan LRT3. MRT pun ada MRT1, MRT2, MRT3. Kami di Pulau Pinang hanya mohon satu LRT sahaja. Tolonglah kami negeri Pulau Pinang. Buah durian dan manggis di dalam raga, Anak Intan ke sekolah naik Proton Saga, Amalan rasuah punca Malaysia di anak tangga, Agenda reformasi Perdana Menteri bawa kita ke puncak menara. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2022) 2023 hari ini. Izinkan saya memulakan perbahasan dengan memetik sepotong ayat Al-Quran daripada surah Al-Haj ayat ketujuh; [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , maksudnya “ketetapan yang demikian supaya harta itu tidak hanya berlegar dalam kalangan orang-orang kaya di antara kamu.” Tuan Yang di-Pertua, masalah di hadapan kita ialah sejumlah wang yang telah dibelanjakan pada tahun lepas melebihi belanjawan asal yang telah diperuntukkan iaitu lebih RM60 bilion belanja mengurus dan lebih RM6 bilion belanja pembangunan. Pastinya ada tujuan dan keperluan tertentu yang menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja melebihi peruntukan asal sama ada benar-benar atas dasar keperluan ekonomi dan rakyat Makcik Kiah, Uncle Lim dan Uncle Muthu ataupun mungkin kerana timbul perkara di luar jangka. Harapnya bukanlah disebabkan kelemahan rasuah ataupun kepincangan dipihak pentadbiran kerajaan.

Di sini, perlunya kita menilai faktor-faktor yang menyebabkan perbelanjaan tambahan ini dan lebih penting daripada itu adalah pengajaran dan penambahbaikan yang boleh diambil pada tahun ini bagi memastikan jurang perbezaan di antara unjuran dan perbelanjaan sebenar tidaklah terlampau besar. Soalan saya kepada pihak MOF apakah langkah-langkah penambahbaikan untuk memastikan proses penyediaan anggaran item-item yang sering terdedah kepada peningkatan luar jangka khususnya unjuran harga minyak mentah dapat dikenal pasti lebih awal dan diberikan langkah pembetulan secara lebih berkesan. Tuan Yang di-Pertua, keduanya jika dilihat kepada perincian sejumlah besar daripada perbelanjaan yang telah dibelanjakan ini adalah berbentuk bayaran subsidi dan bantuan tunai iaitu RM41.7 bilion bersamaan 65.9 peratus. Konteks perbincangan kita hari ini adalah tentang bayaran subsidi pada tahun 2022. Dalam suasana negara baharu keluar daripada belenggu pandemik dan rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup akibat tekanan inflasi. Malah pada Jun 2022 Yang Berhormat Menteri Kewangan ketika itu telah menganggarkan jumlah keseluruhan subsidi tahun 2022 dijangka menghampiri RM80 bilion, jumlah subsidi terbesar dalam sejarah sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-100 yang dikeluarkan oleh pihak MOF. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kadar inflasi Malaysia mungkin melonjak melebihi 12 peratus sekiranya kerajaan tidak menyediakan pelbagai subsidi kepada rakyat berbanding paras rasmi inflasi sekitar tiga peratus. Ketiga, tanggungan pencen, elaun bersara dan ganjaran komitmen kerajaan dalam kebajikan pesara penjawat awam ini pastinya perlu diberikan keutamaan mengambil kira pengorbanan mereka dahulu dan keperluan mereka hidup sehari-hari pada masa ini. Dalam hal ini Bachok ingin tahu apakah status kajian berhubung skim pencen bagi penjawat awam khususnya melibatkan pesara penjawat awam yang berada di bawah paras kemiskinan. Namun, dalam masa yang sama kerajaan disarankan untuk meneliti alternatif kepada sistem sedia ada, mengambil kira paras tanggungan pesara yang semakin meningkat dan peralihan Malaysia menuju negara menua (aging society) dengan izin. Ketiga, SPR. Difahamkan sejumlah RM84.8 juta peruntukan tambahan diperlukan bagi menjalankan pilihan raya DUN Sarawak dan persediaan PRU15. Di kesempatan ini Bachok ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak SPR yang telah menjalankan beberapa siri PRK dan PRN pada tahun lalu termasuklah PRU15 yang lebih besar secara profesional dan teratur. Terpenting adalah bagaimana kita mahu meningkatkan partisipasi rakyat khususnya anak muda dalam proses pilihan raya dan memastikan peratus keluar mengundi di paras yang munasabah mewakili segmen majoriti pengundi di sesebuah kawasan. Cadangan saya untuk PRN di enam buah negeri yang berbaki pada tahun ini biarlah tarikh membuang undi ditetapkan pada hari cuti dan hujung minggu yang sesuai bukannya hari bekerja seperti di PRK Tioman dan Padang Serai tempoh hari. Soalan saya berkenaan urusan SPR ini pastinya kos sangat tinggi dan adakah akan ada peruntukan tambahan untuk kos sebenar perjalanan keseluruhan PRU15 pada bulan November yang lalu? Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja lontaran saya untuk Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan ini. Kelapa muda petik setandan, Hilangkan dahaga puasa seharian, Selamat menyambut bulan Ramadhan, Tambah peruntukan tambah kebajikan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Sebelum saya jemput Yang Berhormat Kampar saya hendak maklumkan bahawa Yang Berhormat Tanah Merah baharu sahaja kehilangan isteri ya. Isteri beliau baharu meninggal dunia.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi marilah kita sama-sama mengucapkan takziah kepada beliau dan moga-moga Allah merahmati beliau. Untuk itu saya jemput Yang Berhormat Kampar. Silakan.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terus masuk kepada perbahasan supplementary budget ini. Saya nampak tahun lepas kita ada tambahan RM63 bilion. Apa yang saya hendak tekankan di sini saya rasa perlu ada satu anjakan paradigma oleh kerajaan untuk membuat bajet bukan berasaskan traditional method ataupun cara yang tradisional iaitu berdasarkan incremental budgeting iaitu apa bajet pada tahun lepas kita tambahkan, katakan kementerian ini perlu tambahan 10 peratus, kita tambahkan 10 peratus. Ini kerana apa-apa ketirisan dan kebocoran pada tahun lepas akan dibawa ke tahun ini. Saya rasa kita perlu ada satu anjakan paradigma dari traditional budgeting kita masukkan ke dalam zero-based budgeting. Ini pernah dilakukan semasa Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan. Pada tahun 2018 dan tahun 2019 kita tekankan zero- based budgeting bermakna kita tengok kepada keseluruhan kementerian mana-mana kementerian yang perlu dana kita bagi. Mana yang tidak perlu kita boleh potongkan. Oleh sebab saya tahu ada banyak kementerian, saya pun dengar saya tidak mahu sebut kementerian mana ada sesetengah projek tidak dapat habis peruntukan digunakan sampai akhir tahun, kita cuba untuk habiskan kerana takut peruntukan itu akan hilang. Itu adalah mentaliti spend it or lose it. Bermakna kalau tahun ini kita tidak habis pakai, tahun depan tidak ada bajet. Jadi saya rasa kita perlu ada tukar mentaliti ini. Semalam saya terima satu jawapan daripada pihak Perdana Menteri untuk dana MITRA. Saya tanya soalan, apakah jumlah dana MITRA yang telah diagihkan sejak tahun 2020 sehingga tahun 2022? Di sini jawapan diberikan RM300 juta telah diperuntukkan tetapi jumlah yang betul-betul disalurkan tidak disebut. Akan tetapi jumlah ini tidak habis dibelanjakan disebabkan faktor berikut– Pertama, diberi sebab PKP. Kedua, juga disebabkan PKP kerana kaedah penyalurannya 50:40:10, disebabkan PKP tidak habis dipakai. Ketiga, sekali lagi tempoh PKP yang berpanjangan sehingga tahun 2021. Keempat, faktor diberi, SPRM sedang menjalankan siasatan terhadap program- program MITRA dari tahun 2019 sehingga tahun 2021. Saya hendak tanya di sini apakah kaedah kerajaan untuk pastikan jumlah RM100 juta pada tahun 2023 ini akan disalurkan penuh? Oleh sebab sudah tiga tahun MITRA ini sepatutnya digunakan untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Saya masuk kawasan, satu Perak saya pergi. Saya tanya setiap kali saya pergi kawasan India saya tanya pernahkah anda dapat apa-apa dana daripada MITRA? Semua cakap tidak ada, ‘yillek’, tidak ada.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Saya tidak faham. Kaum India adalah salah satu kaum yang paling mundur, yang paling perlu dibantu. Akan tetapi, setiap tahun kita ada RM100 juta tetapi tidak habis disalurkan. Tahun ini kita ada satu cabaran besar kerana sekarang sudah mahu habis bulan Mac. Tinggal lagi sembilan bulan. Macam mana kita boleh pastikan kita boleh habiskan dana RM100 juta dalam sembilan bulan ini. Saya harap pihak kerajaan boleh memberi satu kepastian. Sila bagikan jawapan. Berapakah duit yang betul-betul disalurkan pada tiga tahun lalu? Dari tahun 2020 sehingga tahun 2022. Seterusnya saya ingin bangkit tentang tax relief atau pun pelepasan cukai daripada SSPN. Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan di Dewan Negara bahawa pelepasan cukai untuk SSPN akan diteruskan sehingga tahun 2024. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana mendengar suara hati rakyat. Akan tetapi, saya ingin dapat satu kepastian kerana cukai untuk year of assessment tahun 2023 akan dibayar tahun depan, tahun 2024.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, yang Perdana Menteri umumkan itu dilanjutkan sehingga tahun 2024. Adakah itu untuk year of assessment tahun 2023 sahaja atau pun termasuk tahun 2024? Saya harap pihak kementerian boleh bagi satu jawapan yang jelas. Adakah ia termasuk tahun depan? Ini adalah sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata RM250 juta dari pihak kerajaan akan diguna pakai. Inilah yang saya ingin bangkit. Akhirnya saya juga hendak cakap, kita haruslah mengharapkan rakyat kita akan mencarum lebih banyak duit dalam SSPN. Ini adalah kerana ini bukan sahaja akan memastikan anak-anak rakyat kita pada tahun depan mereka akan pastikan pendidikan mereka terjamin. Ia juga boleh kurangkan kadar inflasi. Ini adalah sebab duit yang boleh belanja sekarang telah dikurangkan. Mereka carumkan duit dalam tabung SSPN-i. Ini akan kurangkan kadar inflasi. Sekian sahaja, perbahasan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin menyentuh mengenai subsidi dan bantuan tunai. Kita semua sedia maklum sejak awal tahun 2021 harga minyak mentah Brent crude oil telah menunjukkan trend peningkatan yang signifikan. Harga minyak mentah bagi bulan Januari 2022 adalah pada kadar USD85 setong iaitu meningkat berbanding Januari 2021 sebanyak USD55 setong. Berikutan kenaikan ini kerajaan terpaksa menanggung peningkatan subsidi petroleum diesel dan gas cecair masak LPG ketara sehingga 10 kali ganda iaitu meningkat daripada RM200 juta untuk Januari 2021 kepada lebih RM2 bilion untuk Januari 2022. Ditambah pula dengan pergolakan antara Rusia dan Ukraine, harga minyak mentah telah menaik mendadak ke paras melebihi USD100 setong. Paras tertinggi sejak tahun 2014. Kerajaan yang lalu sanggup menanggung subsidi dalam jumlah yang besar sehingga RM66.3 bilion bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi Malaysia daripada terus melonjak. Dengan bantuan dan subsidi inilah angka inflasi rasmi kita sekitar tiga ke empat peratus. Tanpa subsidi dan bantuan tunai ketika tempoh sukar ini, angka inflasi kita mungkin mencecah sekitar 11 ke 12 peratus. Persoalan yang saya ingin timbulkan di sini ialah adakah benar bahawa RM41 bilion tambahan yang diperlukan untuk subsidi pukal ini benar-benar memberi manfaat kepada kumpulan rentan yang memang memerlukannya. Kita tahu subsidi pukal ini menguntungkan orang yang lebih kaya, lebih banyak kereta. Bank Negara Malaysia semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa sistem subsidi menyeluruh hari ini tidak mampan dan perlu dirasionalisasikan. Saya bersetuju dengan kenyataan Bank Negara Malaysia ini. Saya sendiri juga pernah mencadangkan kepada pihak kerajaan agar dipercepatkan cadangan pelaksanaan program subsidi bersasar bagi tahun ini. Saya tidak menolak kemungkinan pemberian subsidi pukal ini akan memberi kesan kepada defisit fiskal negara. Saya menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pagi tadi mengenai Fiscal Responsibility Act (FRA), dengan izin. Kerajaan melakukan satu fiscal discipline, dengan izin melalui akta ini supaya anggaran belanjawan tahunan kita lebih baik dan lebih tepat. Kedua, berkenaan dengan bantuan wang tunai. Kita sudah memasuki beberapa bantuan tunai yang telah dijenamakan beberapa kali. Bermula dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Negara, Bantuan Keluarga Malaysia dan akhir sekali Sumbangan Tunai Rahmah oleh kerajaan campuran hari ini. Namun, persoalan saya mengapa STR ini dilihat agak berkira dalam memberi bantuan tunai yang sewajarnya kepada golongan M40.

Saya ingin memberi contoh, golongan isi rumah berjumlah RM2,500 sehingga RM5,000 hanya mendapat RM400 bagi yang tidak mempunyai anak dan RM600 sahaja bagi yang mempunyai satu atau dua orang anak. Memandangkan BKM ini akan diberi sebanyak empat kali pada tahun ini, pemberian bantuan tunai ini akan diberikan sebanyak RM100 sehingga RM200 sahaja bagi setiap kali pemberian. Golongan M40 adalah golongan pertengahan yang tidak mempunyai simpanan yang tinggi seperti golongan T20. Namun, tidak pula layak mendapat bantuan-bantuan yang banyak seperti golongan B40. Statistik dan unjuran pihak kementerian berdasarkan data-data secara holistik jauh berbeza dengan situasi semasa rakyat yang bersifat realistik. Oleh itu pemberian sebanyak RM100 sehingga RM200 pada setiap kali pembayaran tahun tentunya tidak cukup bagi golongan M40 ini. Lagi-lagi bagi yang menetap di ibu kota di mana kos sara hidup adalah tinggi. Saya mohon kerajaan mempertimbangkan untuk melihat kembali mengenai perkara ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua subsidi program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak atau Cooking Oil Stabilization Scheme. Kita sedia maklum pergerakan harga komoditi minyak sawit dikawal melalui Refined, Bleached and Deodorized Palm Olein. Dalam laporan yang sama oleh BNM antara punca kenaikan inflasi dalam negeri pada tahun 2022 adalah disebabkan oleh kenaikan harga komoditi global. Persoalan saya, adakah peruntukan tambahan ini untuk memfokuskan kepada usaha menstabilkan harga barangan. Seterusnya, kita menyambung usaha baik kerajaan yang ingin mengenakan cukai terhadap vape seperti mana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023. Pelaksanaan cukai terhadap vape adalah selari dengan Artikel FCTC agar cukai yang dikenakan boleh meningkatkan harga di pasaran dan adalah salah satu usaha untuk terus mengawal penggunaan vape dan hasil tembakau dalam negara kita. Walau bagaimanapun, macam ada usaha di balik tabir tertentu oleh pihak industri rokok dan vape untuk mengganggu-gugat pembentangan segera RUU tersebut di Parlimen. Mereka terus memainkan peranan untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya RUU dengan peruntukan GEG tidak perlu dibentangkan. Sebaliknya kuasa yang ada di peringkat Menteri sahaja bagi membolehkan meminda Akta Racun supaya membenarkan penjualan nikotin di dalam vape di pasaran terbuka.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Persoalan saya, adakah kerajaan hari ini bersetuju dengan saranan oleh pihak industri tembakau ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut untuk menegaskan betapa anggaran perbelanjaan tambahan ini adalah yang terbesar. Namun, kita sedia maklum seperti mana yang telah dihujahkan oleh kawan-kawan sebentar tadi. Hutang bukan satu yang semestinya bersifat bala dan negatif. Kita berhutang yang pentingnya apakah hutang atau debt itu dipergunakan dengan produktif. Itu yang menjadi pertikaian. Kalau kita perhatikan antara perkara utama yang melibatkan perbelanjaan tambahan ini Tuan Yang di-Pertua ini adalah kerana subsidi. Rata-rata telah disebutkan tentang subsidi bahan bakar, petrol, diesel, gas cecair dan sebagainya. Namun, saya mahu menegaskan kembali betapa pentingnya untuk Kerajaan Madani segera menggarap secara tuntas untuk subsidi bersasar berbeza dengan subsidi pukal itu dilaksanakan segera. Ini kerana ia telah banyak memberikan impak yang memang negatif dan secara tidak progresif tetapi regresif kerana tidak membantu golongan-golongan yang sepatutnya diberikan tumpuan dan sasaran.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Dalam perkara itu juga, saya mahu menyebutkan Tuan Yang di-Pertua dalam peringkat dasar ini satu perkara yang— saya hanya menumpu ke satu soalan, subsidi. Pernah dalam tahun-tahun lebih awal, tahun 2006, 2008 kita melaksanakan— ada yang menyebutkan tadi bagaimana untuk di samping subsidi bersasar adalah mengelakkan apa yang dikatakan sebagai ketirisan dalam pemberian subsidi.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini bukan sahaja bersabit dengan bersasar atau tidak. Akan tetapi, tatkala kita perhatikan ya pemberian subsidi kepada dalam negara. Jadi, contohnya kalau kita beri subsidi pada domestic use, ini mungkin sahaja menimbulkan satu differential pricing subsidy domestik dan domestik industri, itu dalam negara. Maka, apabila ada perbezaan pricing ini, akan berlaku abuse, salah guna dan ketirisan. Begitu juga kalau kita lihat dalam negara kita berikan dan luar negara kalau kita perhatikan dalam international pricing, pricing subsidized diesel, kita ini adalah paling terendah iaitu USD0.48 berbanding dengan Thailand iaitu USD1, Indonesia USD1, international money, USD1, Singapura hampir USD2, maka berlaku sekali lagi price differential. Di situlah kita akan perhatikan ketirisan besar-besaran. Wujud sindiket, wujud kartel yang menjalankan kegiatan apa yang dikatakan sebagai merompak diesel ataupun memindahkan diesel-diesel yang seharusnya diberikan kepada nelayan kita dalam sektor perikanan kita berpindah kepada– apa yang telah pun diketahui, mereka untung berbilion setahun. Jadi, kalau kita perhatikan subsidi diesel kita sahaja, saya perhatikan, kalau dapat kita selamatkan sepertimana telah pun kita selamatkan sebanyak 20 peratus daripada kos subsidi keseluruhan. Kalau RM30 bilionlah daripada sudut bahan bakarnya, kita boleh menyelamatkan hampir RM6 bilion ataupun bersamaan dengan RM16 juta sehari. Jadi, teknologi seperti – Apa yang dikatakan sebagai blockchain disebutkan. Akan tetapi, saya belum dapat lihat ia satu yang boleh digunakan ataupun digunakan di negara kita ini, nanoteknologi. Nanoteknologi digunakan dalam tahun 2006. Kita mendapat menyelamatkan dalam kurang lebih RM3.5 bilion ketika itu. Akan tetapi, saya tidak– saya ingin tanya kementerian dan Yang Berhormat Menterinya KPDN, kenapakah ia diberhentikan? Juga ada lagi teknologi-teknologi lain seperti Malaysian Fuel-Marking Program yang boleh kita gunakan. Akan tetapi, saya tidak tahu kenapa kaedah ini dan pendekatan untuk menyelamatkan ketirisan secara besar- besaran ini terutamanya bukan sahaja di antara domestik dan industri, apabila mereka menggunakan ataupun mencuri diesel-diesel yang disubsidi ini, dikesan segera. Juga, kalau kita ambil daripada sudut segi nelayan-nelayan besar yang daripada negara-negara lain, negara-negara jiran yang mencuri diesel. Nelayan sepatutnya diberikan – nelayan di negara kita dicuri juga. Jadi...

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya. Saya simpulkan, kenapakah tidak disegerakan persoalan mengambil penggunaan Fuel-Marking Program ini untuk kita kesan kembali untuk kita selamatkan berbilion ringgit dalam subsidi yang telah dikhaskan untuk diperuntukkan untuk warga kita tetapi dicuri sama ada dalam negara ataupun di luar negara? Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk jawab dalam masa 15 minit.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Pertama saya ingin merakamkan ucapan banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah –Sembilan orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Pendang, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kuala Terengganu dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka bahawa jumlah yang kita mohon tambahan ini amat besar. Saya ingin mengakui bahawa ia adalah terbesar dalam sejarah. Masalah kita antaranya ia menjadi besar itu kerana subsidi dan kita pun sudah sedia maklum berapa jumlahnya subsidi yang disebutkan. Masalah sekarang ini ialah kita hendak membuat subsidi yang bersasar ya. Subsidi yang bersasar ini, ingin saya maklumkan bahawa ia tidak akan melibatkan pengangkutan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka tadi iaitu bas sekolah. Insya-Allah, ia akan kita elakkan daripada mengenakan subsidi bersasar untuk bas sekolah. Apa yang kita pentingkan di sini ialah untuk menggunakan teknologi, Memang betul. Antaranya, teknologi blockchain tetapi sekarang ini masih lagi dalam peringkat kita menyediakan perisiannya. Perisiannya hanya dapat disediakan pada suku kedua tahun ini. Jadi, ia mengambil masa, mungkin Julai, Ogos atau September, barulah kita akan dapat mengetahui kaedah software yang digunakan untuk subsidi diesel. Daripada segi Yang Berhormat Beluran, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Beluran memang betul. Kadang-kadang apa yang berlaku adalah apabila berlaku keadaan luar jangka, kita terpaksa mengadakan bajet tambahan. Ada sesetengah tahun itu, sampai tiga kali bajet tambahan. Kita cuba melakukan hanya sekali dua bajet tambahan untuk kerajaan inilah. Seterusnya, Yang Berhormat Beluran juga menyebut mengenai PATI di Tawau. Itu nanti kita tunggu jawapan daripada KDN, kalau KDN ada terlibat dalam peringkat Jawatankuasa mengenai skandal IC dan sebagainya. Mengenai PM doctrine ASEAN non- interference, saya kira pihak JPM dan Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini. Yang Berhormat Paya Besar, ya, bagaimana kaedah untuk kita membuat penilaian sama ada pendapatan RM10,000 untuk T20 itu adalah berat lagi tanggungan jika dengan jumlah anak yang ramai di kawasan bandar. Tentunya jumlah RM10,000 untuk T20, ia sesuai di bandar-bandar selain daripada Lembah Klang. Kita akan melihat cadangan ini supaya apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Paya Besar itu adalah sebahagian daripada yang akan kita kaji. Beban import, memang betul. Sebanyak RM76 bilion makanan dan kita ada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang sedang mengambil berat tentang perkara ini. Yang Berhormat Pendang, memang ya apabila COVID-19, banyak perkara yang tidak dijangka berlaku dan subsidi yang besar ini antaranya ialah kerana pada permulaan kita melaksanakan anggaran bajet, minyak itu sekitar USD60 setong. Akan tetapi, apabila bajet selesai dan tahun itu berlalu, minyak meningkat kepada USD110 setong. Bayangkan daripada USD60 meningkat kepada USD110 setong, itu yang menyebabkan kita memerlukan banyak tambahan bajet daripada segi subsidi terutama subsidi bahan api ataupun subsidi petroleum. Beliau menyebut bahawa kita mengadakan subsidi upah. Betul, subsidi upah itu telah membantu banyak syarikat dan menyebabkan kita boleh kick-start ekonomi kita selepas COVID-19. Daripada segi perpaduan dan keharmonian nasional, kementerian tentunya memahami tentang perkara ini dan saya bersetuju supaya hal-hal mengenai kontrak sosial terus diberikan penerangan oleh Kementerian Perpaduan agar harmoni terus berlaku di negara kita. Mengenai pegawai kontrak ataupun doktor kontrak yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pendang daripada segi Kementerian Kesihatan. Semalam telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan bahawa kita kemungkinan akan menyelesaikan dalam tempoh tiga tahun. Kita tidak boleh menyelesaikan dalam tempoh setahun kerana dalam tempoh setahun seramai 1,500 orang doktor kontrak itu menyebabkan RM3 bilion tambahan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan. Ya, betul antara sebab kenapa kenaikan harga minyak Yang Berhormat Pendang ialah kerana Peperangan Ukraine–Rusia dan ia juga melibatkan lagi input pertanian yang meningkat seperti baja.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Yang Berhormat Bayan Baru, saya ingin mengakui bahawa bajet tambahan ini memang benar terbesar dalam sejarah. Antara sebabnya saya sudah sebutkan tadi daripada USD60 setong minyak meningkat kepada USD110 setong. Itu antara punca kenapa terbesar. Beliau meminta kita belajar daripada sejarah negara China.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Terima kasih kerana memberikan kuliah sejarah sebentar kepada kita...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penjelasan.

...bagaimana Dinasti Qing yang korup yang akhirnya menyebabkan kejatuhan dan kemudian China dijajah lebih 100 tahun, reformasi bina semula yang 50 tahun dan kemudian China menjadi negara yang...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Penjelasan.

...yang terbesar dalam dunia sekarang ini.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Yang Berhormat Bayan Baru. Saya ingin menyebutkan bahawa apa yang Yang Berhormat Bayan Baru hasratkan itu iaitu LRT Bayan Lepas, kita akan mengkaji tentang perkara itu. Mudah-mudahan ada harapanlah, ada harapan tentang LRT. Saya tidak boleh janjikan apa-apa. Akan tetapi, disebut dalam jawapan yang diberikan oleh pegawai bahawa kita sedia buat kajian tentang perkara ini. Apa yang disebut dalam The Edge, lima syarikat besar HSR. Kita telah membuat kenyataan dan Kementerian Pengangkutan, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan juga telah membuat kenyataan. Jika HSR ingin dilanjutkan, ingin diteruskan dari Singapura ke Kuala Lumpur, 90 minit dengan kos RM50 bilion. Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau tidak ada subsidi RM50 bilion itu dah siap dah HSR RM50 bilion. Akan tetapi, kita bagi subsidi kepada rakyat RM50 bilion itu kita utamakan daripada kita melaksanakan HSR. HSR yang ingin dilaksanakan ini menurut kenyataan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan ia adalah public sector-driven. Ia bukan ada involvement daripada kerajaan. Jika ada mana-mana syarikat swasta yang ingin melaksanakan, silakan. Saya adalah mangsa kepada traffic jam daripada Pontian, Simpang Renggam sampailah ke KL tiap-tiap hujung minggu. Kita amat memahami. Alangkah baiknya jika ada HSR, tentulah tidak jam sebegitu teruk pergi ke PLUS, ke utara selatan. Yang Berhormat Bachok...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sedikit sahaja.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Menteri, saya ingin bangkitkan tentang isu subsidi. Walaupun kita berbelanja RM50 lebih bilion subsidi tetapi pelaksanaan subsidi ini sangat bermasalah sehinggakan petani, penternak, semuanya ada ramai yang belum dapat. Saya hendak spesifik satu isu iaitu subsidi untuk penternak ayam. Untuk tahun ini, mereka masih belum mendapat subsidi. Saya mohon Kementerian Kewangan percepatkan supaya mereka tidak menjadi mangsa. Isu kedua adalah tentang HSR. HSR walaupun kita tahu bahawa jangka masanya baik untuk masa depan tetapi saya cukup khuatir bahawa kemampuan negara kita dengan hutang yang mencapai RM1.5 trilion ini, kita mungkin tidak boleh menanggung. Walaupun kita kata memberi kepada private sector untuk buat. Akan tetapi, kita tahu bahawa infrastruktur besar projek begitu besar ini private sector tidak mungkin boleh menanggung hutang yang begitu besar. Jadi, akhirnya ia akan menjadi baby kepada kerajaan. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri Kewangan kena fikir berpanjang- panjang sebelum melaksanakan projek ini. Terima kasih.

Terima kasih. Kita akan fikir berpanjang-panjang. [Ketawa] Kita akan fikir dengan teliti mengenai HSR ini. Walau bagaimanapun, keputusan setakat ini ialah public sector-driven ataupun syarikat swasta yang terlibat. Jika, saya ingin memberikan maklumat tentang subsidi ini. Izinkan saya memberikan pecahannya. Daripada RM52.7 bilion untuk Perkhidmatan Am Perbendaharaan itu, subsidi produk petroleum RM42 bilion. Subsidi ayam dan telur RM1.8 bilion. Jika ada syarikat-syarikat yang belum dapat itu saya kira dia perlu− saya setuju Yang Berhormat Bayan Baru sebut tadi perlu disegerakan. Kemudian, bayaran pelarasan Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam. Itu RM1 bilion. Ini termasuklah bayaran RM700 untuk raya dan sebagainya untuk pangkat 56 dan ke bawah. Subsidi bil elektrik. Pada tahun sudah RM5 bilion. Pelarasan emolumen dan bantuan khas kewangan doktor lantikan kontrak RM1.2 bilion dan PTPTN untuk sukuk dan juga pinjaman, itu kita subsidi interest ialah RM675 juta. Itu antara subsidi yang tadi ada Yang Berhormat minta pecahan. Mengenai...

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

...Yang Berhormat Bachok.

Tuan Khoo Poay TiongDAP · PHKota Melaka

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh tanya sikit? Tadi tentang petroleum RM42 bilion itu boleh bagi pecahan tidak? Diesel berapa? Terima kasih.

Nanti saya dapatkan perkara itu. Sebentar lagi. Diesel ya. Diesel RM27.2 bilion. Pada tahun 2018, RM2.11 bilion. Pada tahun 2019, RM1.43 bilion. Pada tahun 2020− minyak rasa saya rendah pada ketika itu maka, subsidi ini cuma RM145 juta. Pada tahun 2021, RM3.06 bilion. Pada tahun 2022, RM20.45 bilion. Ini khusus untuk diesel sahaja Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Bachok ada menyebut tentang SPR. Saya ingin menyatakan bahawa untuk PRU DUN enam negeri kita menganggarkan memerlukan RM420 juta. Ini yang enam negeri yang akan datang ini. Saya bersetuju apa yang Yang Berhormat Bachok cadangkan supaya diadakan pilihan raya itu ketika hari Sabtulah. Kita elok hari Sabtu sebab hari Jumaat di kawasan sebelah sini tidak cuti dan yang di sebelah Pantai Timur cuti. Jadi, elok hari Sabtu saya setuju dan saya kira SPR juga tidak ada halangan tentang perkara itu. Seterusnya, Yang Berhormat mana lagi. Mengenai − Yang Berhormat Bachok menyebut bahawa jika ditarik semua subsidi ini maka inflasi sebenarnya adalah sekitar 10 peratus. Sekarang ini inflasi sekitar 3.3 peratus dijangka pada tahun ini. Jadi, kita ini ada masalah. Kita tarik subsidi, maka inflasi harga barang akan meningkat. Jika, kita tidak tarik subsidi begitu banyak pembangunan yang tidak dapat dilaksanakan kerana banyak wang hanya kita berikan pada subsidi. Seterusnya, Yang Berhormat Kampar mengenai paradigm shift atau anjakan paradigma zero-based budgeting ini adalah satu cadangan yang baik. Kita akan meneliti tentang apakah lagi yang kita perlu lakukan. Walau bagaimanapun, setepat mana pun bajet yang kita lakukan masih ada lagi kadang-kadang anggaran yang tidak tepat atas pelbagai sebab. Sebagai contoh, banjir besar. Tahun sebelumnya tidak banjir besar, maka anggaran bajet untuk banjir itu kuranglah. Akan tetapi, tiba-tiba bila ada banjir besar macam baru-baru ini maka diumumkan puluhan juta di setiap negeri yang melibatkan banjir. Maka ia juga menyebabkan bajet kita setepat mana pun akan berlaku kekurangan. Ya, Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pontian. Tadi, saya ada bangkitkan berkenaan dengan stimulus pakej yang dibelanjakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak RM676 juta. Jadi, saya hendak dapatkan maklum balas atau penjelasan daripada Yang Berhormat Pontian berkenaan dengan jawatan kontrak dalam KKM yang diserapkan menjadi perkhidmatan tetap. Dalam perbelanjaan itu, masuk tak beberapa.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kedua, memang Yang Berhormat Pontian ini dahulu champion GST. Sekarang ini dalam kita mengawal revenue negara ataupun sale negara kita dalam Perbendaharaan. Antara GST dengan SST ini mana yang boleh lebih baik mengawal black economy ini?

Yang Berhormat Pontian.

Detil tentang butiran perbelanjaan Kementerian Kesihatan akan dijawab dalam peringkat Jawatankuasa sebentar lagi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Mengenai black economy tentulah Yang Berhormat Pendang pun sedia maklum bahawa GST yang membolehkan dia mengawal black economy ini ataupun dipanggil the shadow economy. Antara puncanya ialah satu sistem yang dipanggil sebagai input tax credit. Apabila mereka ingin claim balik GST itu segala maklumat hendaklah diberi kepada kastam. Kalau maklumat itu tidak lengkap, maka kastam tidak akan bayar input tax credit ataupun GST refund. Apabila mereka memberikan maklumat yang lengkap, di situ segala pengurangan cukai dan sebagainya dapat dikurangkan. GST boleh mengurangkan daripada 30 bilion jika satu pertiga, dua pertiga GST boleh mengurangkan ekonomi gelap. GST boleh mengurangkan ekonomi gelap sehingga dua pertiga daripada jumlah ekonomi gelap itu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masa sudah tamat Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kuala Terengganu.

Boleh?

Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit.

Saya ada nota semua ini. Terima kasih kerana Yang Berhormat Kuala Terengganu kerana menyokong Fiscal Responsibility Act (FRA). Betul kenyataan Yang Berhormat Kuala Terengganu bahawa ada usaha-usaha mengenai vape ini. Akan tetapi kita ingin meneruskan juga. Bilakah kita akan teruskan cukai ini? Ada pandangan supaya vape itu dikeluarkan daripada jadual racun. Apabila vape itu dikeluarkan daripada jadual racun, tindakan Kementerian Kesihatan kita boleh terus melaksanakan cukai untuk vape. Yang Berhormat Kuala Selangor, hutang yang produktif, subsidi bersasar perlu disegerakan dan perbezaan harga antara negara kita dengan negara jiran itu menyebabkan banyak ketirisan, betul berlaku. Saya pernah menyebut di sini bagaimana apabila saya pergi ke Sabah dan berbincang dengan Kastam Sabah, pada hari yang saya hadir itu terdapat tangkapan 200,000 liter diesel di Lautan Semporna oleh pihak kastam. Tentu hendak dibawa ke negara jiran yang harga dieselnya lebih rendah. Apabila saya melawat ke Bukit Kayu Hitam, bagaimana kenderaan-kenderaan ada compartment ataupun tangki-tangki tambahan di bawah compartment kereta itu dan ia menyebabkan ketirisan dan penyeludupan yang ditangkap oleh Kastam di sempadan. Ini pun antara sebab kerana harga diesel kita jauh lebih rendah dibanding dengan harga negara jiran. Begitu juga dengan RON95. Jadi, saya kira saya telah menjawab.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan SSPN tadi. SSPN.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Persoalannya Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kalau boleh minta persoalan segera yang perlu dilaksanakan adalah the fuel marking program. Kita kembalikan semula seperti mana pernah dilakukan dahulu.

Apa dia?

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sama ada nano technology, blockchain ataupun fuel marking program yang perlu disegerakan untuk menyelamatkan daripada ketirisan ataupun...

Tentunya kita akan menggunakan teknologi yang terkini apabila kita melaksanakan sistem yang ingin kita nyatakan. Ya, Yang Berhormat Kampar untuk penjelasan, pengecualian bagi caruman ke dalam SSPN sehingga RM8,000 setahun akan dilanjutkan bagi tahun taksiran 2023 dan tahun taksiran 2024. Semalam dibentang di Dewan Negara oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, daripada usaha pengecualian cukai caruman ini, khusus untuk M40 dan T20 sebenarnya sehingga RM8,000 potongan cukai itu, kehilangan hasil kepada kita ialah suku bilion ataupun RM250 juta. Walaupun kita hilang hasil tetapi rakyat boleh membantu anak-anak mereka dalam bentuk simpanan pendidikan. Terima kasih. Cukuplah, ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Untuk MITRA boleh tidak bagi jumlah yang tidak disalurkan secara bertulis.

Ya, MITRA secara bertulis, Yang Berhormat Kampar.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Ahli- ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah- buah Majlis: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 [Akta 406] , membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam bilion tiga ratus tiga puluh juta satu ratus sembilan puluh empat ribu dan sembilan ratus ringgit (RM6,350,194,900) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2022 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2023 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.” [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Pengerusi, saya ingin mengemukakan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada melebihi RM60,174,928,000 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 bagi Maksud-maksud Bekalan B.4, B.10, B.11, B.12, B.14, B.21, B.25, B.42, B.60 dan B.63 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan Jadual dan wang sejumlah tidak lebih daripada RM6,350,194,900 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama Tahun 2022 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.10, P.14, P.21, P.22, P.25, P.27, P.28, P.30, P.31, P.32, P.33, P.42, P.43, P.46 dan P.62 untuk kementerian-kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 21/ 2023 dan Kertas Perintah 22/ 2023 masing-masing dijadikan Anggaran Perbelanjaan. Tuan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan-peruntukan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Pertama 2022 telah pun dibentangkan terdahulu. Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran peruntukan tambahan ini juga diberi dalam memorandum perbendaharaan yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 21A/2023 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 dan Kertas Perintah 22A / 2023 bagi Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022. Oleh itu, saya tidak berhasrat hendak memberi apa-apa penerangan tambahan lagi. Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.

Usul — Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 — Kepala B.4 [Jadual] – Kepala P.6 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2022] –Motion

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kepala Bekalan B.4 dan Kepala Pembangunan P.6 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 93000 – Projek-projek Kecil, Jabatan Perdana Menteri. Saya nampak di sini jumlah asalnya RM350 juta dipinda sehingga RM700 juta, bahawa kita kena tambah lagi RM350 juta. Jadi saya hendak tanya, kenapa duit ini tidak masuk dalam bajet asal? Oleh kerana kita sedia maklum, kerana saya maklumkan ini merupakan Projek Mesra Rakyat (PMR) untuk Ahli Parlimen. Jadi, setiap Ahli Parlimen ada RM3.5 juta untuk tahun lepas. Jadi, sebenarnya kita sudah tahu bajet ini RM700 juta. Mengapa duit ini tidak masuk dalam bajet asal dan sekarang ia ditambah kepada dalam supplementary budget ini? Jadi, ini persoalan saya. Saya juga rasa kita perlu ada kaedah yang baharu untuk pastikan jumlah Projek Mesra Rakyat untuk tahun ini belum umum lagi, saya tidak tahu sama ada ada atau tidak. Jika ada, perlu ada satu kaedah yang baharu untuk pastikan tidak ada ketirisan dan kebocoran. Oleh kerana jika kita tidak pastikan ada ketirisan, bermakna duit ini tidak dapat di salurkan kepada projek-projek yang rakyat perlukan. Saya harap mungkin boleh bagi kelonggaran untuk Ahli-ahli Parlimen untuk mendapatkan quotation dan adakan agensi yang selaras. Mungkin daripada pihak PBT ataupun pihak pejabat tanah untuk habiskan projek ini. Mungkin kita boleh tingkatkan jumlah projek ini, projek-projek kecil daripada setiap projek yang jumlahnya kurang, kita boleh tingkatkan sedikit dan kita boleh buat projek yang berimpak lebih tinggi. Itu saja cadangan saya. Saya harap cadangan ini boleh dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sebelah sini, tidak ada. Saya jemput...

Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ya, Yang Berhormat Mersing.

Saya merujuk P.10 Perbendaharaan. Mengambil kira suntikan dana yang besar, mohon kerajaan menjelaskan kemampuan modal kewangan kerajaan dalam membiayai Projek Transit Aliran Deras (MRT3). Adakah ia melibatkan potongan peruntukan untuk perkhidmatan rakyat?

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Mersing, butiran mana?

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sekarang B.4.

B.4. Okey, maaf.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Salah butiran.

Okey, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tidak apa. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sungai Petani berhasrat untuk berbahas maksud Bekalan 4 – Suruhanjaya Pilihan Raya. Butiran 010000 – Pilihan Raya. Tuan Pengerusi, rang undang-undang ini memperuntukkan RM84,822,600 untuk maksud Bekalan 4.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Dana ini digunakan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang kempen pilihan raya. Kita melihat sejarah PRU ke-15 yang lepas bagaimana kempen pilihan raya ini menjadi satu pesta demokrasi untuk negara kita. Pesta demokrasi ini diraikan bersama tidak kiralah daripada mana parti itu datang dan ideologi yang berbeza. Kita melihat pesta demokrasi ini hadir di peringkat lapangan baik secara terus dan juga secara online. Kita melihat ada juga kejadian yang menyedihkan bahawa seharusnya pesta demokrasi ini diraikan secara sihat tetapi pesta demokrasi ini telah pun dicemari oleh beberapa kempen yang dibuat oleh pihak-pihak yang tertentu menggunakan aplikasi TikTok, aplikasi online dan sebagainya. Bagaimana fitnah mampu untuk membuat onar di negara kita, pelbagai fitnah dilontarkan dan berleluasa tanpa ada kekangan. Oleh sebab itu, kita melihat bahawa pada tahun ini juga terdapat enam buah negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri dan saya berharap supaya kelakuan- kelakuan ini tidak lagi berulang. Saya ambil maklum bahawa perkara ini tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5]. Namun begitu, saya fikir perlu ada sebuah mekanisme untuk menangani isu ini. Perlu ada mekanisme supaya pihak SPR diberikan peruntukan kuasa yang lebih untuk mengambil tindakan dan perlukan satu proses pemantauan yang rapi. Sebab itu kita lihat bahawa pihak SPR hanya memantau di peringkat lapangan tetapi bagaimana dengan kempen-kempen online yang begitu jelik dan juga melontarkan fitnah-fitnah kerana pilihan raya ini tidak hanya semata-mata untuk memenangi pilihan raya tetapi untuk mengekalkan keharmonian di dalam negara Malaysia tercinta.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Sungai Petani. Laluan. Kuala Selangor.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Ya.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Apakah benar kita hanya ada dua kanan dan kiri dan orang lain tidak diizinkan? Maaf, kerana bertanya dahulu.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kalau nanti di sebelah sini (kanan) tiada pembahas, saya akan bagi Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Maaf kalau saya mengambil sedikit waktu. Apakah lebih wajar kalau di peringkat Jawatankuasa Tuan Pengerusi, kita izinkan sebab seramai mana pun Ahli Parlimen untuk berbahas kerana ianya adalah pendek.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Empat orang Ahli Parlimen sahaja.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tradisinya.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk. Jangan bazir masa.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya?

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila duduk.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

No. No. I’m asking you the question. Saya bertanya.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya sudah kata kita akan bagi empat orang Ahli Parlimen untuk membahas.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Empat orang sahaja? Okey, saya tanya dahulu. Saya akan bawakan perkara ini kepada Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Jadi, kalau Ahli Parlimen daripada pembangkang tidak mahu ambil bahagian, saya akan bagi peluang kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Baik. Saya tanya atas isu ini dahulu.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Okey.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Mustahak. Yang Berhormat Sungai Petani, apakah Yang Berhormat Sungai Petani boleh bersetuju dengan saya untuk memaknakan penglibatan Undi 18? Kita wujudkan satu yang disifatkan sebagai pendidikan demokrasi, first time voter yang dapat memberikan mereka pencerahan, menjauhkan mereka daripada indoktrinasi, politik ketakutan, politik hasutan dan politik adu domba. Sangat mustahak untuk diberikan peluang untuk mereka memahami pencerahan dalam demokrasi ini. Terima kasih.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya sangat bersetuju kerana kita mengimplementasikan Undi 18 dalam keadaan kita tidak bersedia, kita tidak memberikan satu pendedahan bahawa yang mereka memangkah itu tidak hanya memilih pemimpin setempat tetapi menentukan masa depan negara. Tuan Pengerusi, saya ingin meneruskan, masih dalam butiran yang sama. Kita melihat pada jawapan Menteri pada 28 Mac 2023, jumlah kertas undi pos dalam dan luar negara yang dikeluarkan adalah sebanyak 365,686 keping kertas undi dan kertas undi pos yang diterima kembali itu ialah sebanyak 311,378 iaitu 85.19 percent. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak SPR.

Dr. Mohammed Taufiq bin JohariPKR · PHSungai Petani

Namun begitu, tidak salah sekiranya pada masa hadapan kita menyasarkan peratusan ini lebih tinggi? Adakah pihak SPR telah mengenal pasti punca 54,523 keping kertas undi pos yang hilang dan adakah pihak SPR ingin kita mencapai sehingga 95 percent hingga 100 percent? Tuan Pengerusi, sedikit. Menyentuh mengenai undian secara pos, saya ingin tahu berapakah pengundi secara pos kategori 1B iaitu luar negara yang telah berdaftar dan saya memohon supaya pecahan menurut negeri terutama sekali negeri-negeri yang bakal terlibat dengan pilihan raya negeri akan datang yang akan berlangsung pada tahun ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak menyentuh Kepala B.4 iaitu berkenaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan SPR tentang Borang 14. Saya hendak mencadangkan supaya Borang 14 ini diberi penekanan sebagai satu – setiap saluran yang memberi jawapan perlu mendapatkan tandatangan. Kadang-kadang kita dapati Ketua Tempat Mengundi, dia apabila tiada pengesahan daripada wakil-wakil parti yang bertanding dia just menerima itu sebagai satu jawapan rasmi. Jadi, kita minta walaupun apa sahaja Borang 14 ini diberi penekanan dan disalin di depan wakil-wakil parti sebab Borang 14 ini banyak menimbulkan complicated ketika membuat pengumuman official ataupun secara rasmi oleh ketua atau RO. Itu yang kita hendak minta. Satu lagi saya hendak memberi penekanan berkenaan dengan undang-undang di bawah SPR, undang-undang yang dikatakan fitnah. Kita hanya mendengar fitnah ini interpretasinya hanya sebelah pihak. Orang yang bercakap dia kata dia tidak berkata fitnah, orang yang ditujukan kepada ungkapan-ungkapan fitnah ini mengatakan itu fitnah. Sebelah sana pula apabila bercakap, dia kata dia tidak fitnah. Dia membawa satu data yang betul tetapi kami yang sebelah sini pula kata itu fitnah. Ini satu perkara yang perlu diselesaikan oleh SPR yang berkenaan dengan fitnah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi. Kita nampak maksud dia ke mana. Sebab fitnah ini kalau kita tengok sebagai contoh semasa pilihan raya, Yang Amat Berhormat Tambun pernah berceramah di atas pentas menuduh Presiden PAS berjubah dan berserban. Tiba-tiba memfitnah dia kata ada hubungan dengan UMNO-BN. Apabila lepas pilihan raya benda itu berlaku, cikgu dengan anak murid, itu yang kita hendak interpretasi siapa fitnah, siapa fitnah siapa ini? Ini perkara yang paling kita kena clear kan. Kita jangan hanya tengok orang fitnah kita sahaja, kita juga fitnah orang dalam masa yang sama. Ini SPR kena buat satu clarify, kena buat satu settlement dalam bab- bab ini. Jangan hanya kira orang yang fitnah kita, kita fitnah orang? Begitulah juga, bila jadi kerajaan kita menggunakan kuasa, mendesak SPR supaya mengambil tindakan, membuat satu petisyen atas fitnah yang sebenarnya. Benda itu sudah mungkin saya ingat orang yang mengatakan itu sebagai satu rasuah pilihan raya, mereka sudah mengamalkan berpuluh tahun daripada dahulu cuma pada ketika itu tidak dibangkitkan. Ini yang kita kena tengok. Kalau tidak, macam mana dia hendak menuduh rasuah kalau dia tidak mengamalkan dan kalau dia tidak tahu. Ini juga SPR perlu beri penekanan ataupun emphasize yang lebih scrutinize yang kita perlu tengok perkara-perkara macam ini supaya kita boleh adakan satu pilihan raya yang demokrasi yang boleh rakyat buat satu keputusan dengan penuh bertanggungjawab kepada negara. Ingat, kepada siapa yang bercakap bab fitnah itu. Jangan ikut sedap mulut sahaja.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey, yang seterusnya kita tengok, ini yang saya ingin bangkitkan lagi berkenaan dengan SPR yang menjadi pengadil ataupun referee. Kalau di dalam sebuah perlawanan bola sepak, kita melihat referee kena adil. Baru-baru ini, SPR ini saya ambil analogi sebagai referee Seorang referee Malaysia terpaksa digantung tugas kerana bias. Ini juga berlaku. Ini juga berlaku apabila kita mempengaruhi sesuatu pihak terutamanya Ketua Tempat Mengundi, RO yang hendak buat keputusan, kadang-kadang kira sampai ke subuh sebab tidak mendapat. Contoh, yang boleh kita ambil bagaimana keputusan Yang Berhormat Bagan Datuk yang majoriti 348 undi dikira berkali-kali sehingga dekat subuh baru buat keputusan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kenapa ini? Oleh sebab di bawah empat percent boleh dipanggil kira berkali-kali tetapi kenapa berkali-kali kira? Adakah ada benda yang tersembunyi di sebalik ini? Ini kena ambil kira juga. Saya tahu di bawah empat percent boleh kita panggil untuk recounting, dengan izin. Jadi, saya harap perkara-perkara ini, SPR dalam Kepala B.4 ini dengan perbelanjaan duit rakyat stimulus RM84,822,600 juta ini, kita kena amanah. Kena ambil betul-betul. Bukan Parti Amanah ya. Beramanah. Parti Amanah itu saya tidak tahu atau tidak sama ada beramanah atau tidak. Akan tetapi, kena betul-betul kita utilize. We fully utilize all these money given by the people, given by the rakyat, dengan izin supaya kita tidak salah gunakan kuasa. Ini juga dok ingat rasuah terima duit sahaja salah guna. Penggunaan duit yang diberi oleh rakyat untuk digunakan SPR juga merupakan. Kalau kita tidak betul-betul, perincikan perkara ini, kita juga akan salah guna dan bertanggungjawab esok. Ada iman itu, dia bertanggungjawab insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa tujuh minit.

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal SinghDAP · PHTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh berkenaan beberapa perkara yang dibangkitkan semasa perbahasan. Pertamanya, oleh Yang Berhormat Sungai Petani yang telah pun membangunkan isu berkenaan kempen pilihan raya. Saya difahamkan bahawa SPR berpandukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 atau pun The Election Offences Act 1954. Untuk menguruskan hal ehwal berkaitan kempen dan sebagainya. Justeru, sebarang aduan mengenai isu-isu kempen di dalam media sosial seperti yang dinyatakan atau pun dibangunkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tadi perlu dipanjangkan kepada agensi-agensi yang berkenaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di mana tindakan yang sewajarnya akan diambil. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Selangor telah pun membangunkan isu berkenaan dengan pendidikan Undi18. Dalam hal ini, Akademi Pilihan Raya mengambil inisiatif untuk memberikan pendidikan pengundi kepada pengundi muda. Ini adalah satu inisiatif yang telah dimulakan oleh akademi tersebut. Yang Berhormat Sungai Petani juga telah pun menyentuh berkenaan dengan isu undi pos. Yang Berhormat telah pun memberi bilangan jumlah undi pos yang keluar dan balik. Jadi, ada difference di sana yang ingin diambil satu jawapan. Berkenaan dengan isu ini, saya faham dan saya setuju ini adalah satu isu penting dan kami akan memberi satu jawapan secara bertulis di mana kami akan menyenaraikan statistik-statistik secara terperinci untuk Yang Berhormat Sungai Petani.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Timbalan Menteri, kalau boleh saya perjelas?

Ya.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Sedikit sahaja. Sangat mustahak untuk kita memberikan pelaksanaan yang segera atas pencerahan dan pendidikan politik dan demokrasi pada Undi18 ini untuk memaknakan penglibatan mereka kerana berdepan dengan PRN, enam buah negeri dan apa yang telah kita saksikan dalam PRU15 yang lalu. Terima kasih.

Memang saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Selangor. Itu adalah satu isu yang amat penting seperti Yang Berhormat Sungai Petani juga menyatakan tadi bahawa bukan sahaja mereka diberi pendidikan berkenaan dengan siapa mereka akan pangkah tetapi berkenaan dengan hala tuju, future atau direction of the country. Itu adalah penting. Oleh itu, kami perlu membuat apa-apa inisiatif yang boleh mendidik mereka seperti yang saya telah pun kata terdapatnya Akademi Pilihan Raya bagi tujuan tersebut. Yang Berhormat Pendang telah pun membangkitkan isu Borang 14 dan fitnah semasa pilihan raya. Akademi Pilihan Raya juga turut memberi taklimat pada semua petugas tentang kepentingan Borang 14. SPR akan memberikan penekanan kepada kepentingan borang tersebut. Berkaitan isu fitnah, SPR memohon aduan diberikan kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti PDRM atau pun SPRM dengan membuat laporan berkenaan supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil. Untuk makluman lanjut Yang Berhormat Sungai Petani berkenaan dengan...

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi. Shah Alam mohon.

Ya.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Tadi Yang Berhormat Pendang sebab ada Yang Berhormat sebut pasal Yang Berhormat Pendang. Tadi dia ada sebut pasal Parti Amanah. Dia kata Parti Amanah ini dia kita dia tidak tahu sama ada amanah atau pun tidak. Dia kata. Sebab ini Yang Berhormat Pendang pun tidak ada hendak dengar penjelasan kepada Timbalan Menteri. Saya tidak tahu dia amanah kepada rakyat atau pun tidak. Terutama sekali. Keduanya, dalam bulan puasa ini, kita diajar untuk kurangkan kita bersangka buruk kepada orang, kepada Parti Amanah contohnya. Itu amalan Islam. Akan tetapi, dalam amalan kepercayaan Yang Berhormat, ada tidak elemen-elemen yang begitu? Terima kasih.

Elemen seperti apa?

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Daripada segi kita bersangka buruk kepada orang. Kalau dalam kita beribadah contohnya macam itu. Terima kasih.

Elemen-elemen seperti apa I think I need a bit more specific. Baru saya boleh jawab.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Tadi dia mengatakan bahawa amanah itu. Nama kita adalah Parti Amanah tetapi dia memberikan sangkaan yang sangat tidak baik kepada masyarakat. Dia kata Parti Amanah ini, kita tidak tahu dia amanah atau pun tidak. Itu satu anggapan yang tidak baiklah bagi kita. Jadi, dalam keadaan dia berpuasa, jadi pada saya itu satu lagi teruklah. Jadi, itu kepercayaan kita orang Islam begitu tetapi kepada amalan kepercayaan Yang Berhormat adakah itu pun ada juga? Terima kasih. Saya harap Yang Berhormat Menteri faham.

Saya akan cuba menjawab tetapi ini adalah saya rasa berkenan dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pendang. Jawapannya saya rasa saya sudah jawab, dia tiada di Dewan sekarang tetapi berkenaan dengan isu amanah ini dan sebagainya, I think it is beyond our ministry tetapi saya akan jawab soalan-soalan lain yang telah pun ditimbulkan. Seperti juga Yang Berhormat Sungai Petani juga sebab dia bawa banyak perkara, Tuan Pengerusi. Jadi, isu yang saya patut jawab juga saya akan jawab. Beliau

menimbulkan bahawa mana-mana calon pilihan raya yang bertanding di dalam suatu pilihan raya, Dewan Rakyat atau pun DUN. Wakil calon ejen mereka atau mana-mana orang tertakluk kepada peruntukan seperti yang saya timbulkan tadi the Election Offences Act atau pun Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, MCMC dan sebagainya. Ini adalah undang- undang yang terpakai untuk menangani masalah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani tersebut. Saya akan habiskan Tuan Pengerusi, sedikit sahaja. Jadi, adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 4A, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sekiranya calon atau mana-mana individu membuat sebarang penyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan di antara kaum yang sama atau kaum yang lain. Itu salah satu measures yang boleh diambil kira. Antara langkah-langkah yang diambil oleh SPR pada masa kini adalah dengan membuat hebahan sosial media tentang laman web, nombor hotline agensi-agensi seperti PDRM dan SKMM. Itu sahaja penggulungan saya. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM84,822,600 untuk Kepala B.4; Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.4 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Usul — Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 — Kepala B.10, B.11 dan B.12 [Jadual] – Kepala P.10 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2022] –Motion

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kepala B.10, B.11 dan B.12 dan Kepala P.10 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal daripada Perbendaharaan. Saya perhatikan peruntukan tambahan sebanyak RM6.07 bilion telah pun dikehendaki bagi membiayai antaranya pindahan modal DanaInfra Nasional Berhad untuk projek mega infrastruktur pengangkutan dan perbelanjaan modal kumpulan Prasarana Malaysia. Persoalan saya adalah, apakah itu projek mega infrastruktur pengangkutan? Minta penjelasan. Adakah itu MRT ataupun ECRL ataupun lain-lain? Langkah baik juga kementerian boleh memberikan pecahan suntikan kepada modal DanaInfra dan Prasarana. Tuan Pengerusi, setiap tahun kerajaan memberikan subsidi dalam bentuk suntikan modal kepada Prasarana. Namun, kebertanggungjawaban itu penting untuk memastikan dana rakyat dijaga secara beramanah dan berintegriti. Saya ingin merujuk kepada projek pengoperasian dan penyelenggaraan Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line ataupun MMMSL oleh Prasarana Integrated Management & Engineering Services Sendirian Berhad atau kata singkatnya PRIME. Pada 16 April 2015, anak

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

syarikat Prasarana ini telah diberikan kontrak sebanyak tiga tahun. Namun, kontrak ini yang berlangsung dari tahun 2015 sehingga tahun 2018 telah pun mengakibatkan kerugian sebanyak RM451 juta kepada Prasarana. Kerugian skandal ini luar biasa kerana ia berlaku di luar negara dan dalam tempoh yang singkat. Ia bukan sahaja memalukan negara kita tetapi pada masa yang sama angka yang terlibat itu sangat besar iaitu lebih daripada RM150 juta setahun. Pada 4 Februari 2021 iaitu dua tahun lepas, Prasarana telah pun membuat laporan kepada SPRM dan SSM. Namun setelah dua tahun, tiada seorang pun yang didakwa di mahkamah. Maka, saya menggesa supaya kementerian memaklumkan keadaan sebenar dan status terkini. Saya juga ingin bertanya kepada Prasarana bahawa mengapakah penyelewengan ini boleh berlaku di depan mata pihak pengurusan. Adakah sistem audit dan kawalan dalaman sudah pun diperketatkan? Jangan terus biar mereka yang tamak haloba dan songlap duit rakyat ini untuk terus menjahanamkan negara kita. Saya juga ingin menyentuh bab penyelarasan Tuan Pengerusi. Prasarana diberikan mandat untuk mengoperasikan pengangkutan awam kita. Akan tetapi, apa yang diperlukan adalah mindset ataupun minda integrated untuk mengintegrasikan sistem kita, untuk menyepadukan sistem kita dan bukan sekadar mengoperasikan aset pengangkutan awam sahaja. Kita juga perlunya satu pendekatan yang berasaskan keperluan pengguna dan bukan KPI-KPI yang ketat tetapi tidak menggalakkan kepenggunaan. Tuan Pengerusi, selepas COVID-19 kita semua sedar bahawa kadar kepenggunaan pengangkutan awam telah pun jatuh merudum. Kita gunakan pelbagai cara untuk meningkatkan kepenggunaan pengangkutan awam melalui travel pass My30, sekarang travel pass My50 akan tetapi sekiranya isu last mile connectivity dengan izin ataupun perhubungan batuan terakhir ini tidak diselesaikan, maka pelanggan kita iaitu penunggang-penunggang atau pun penumpang pengangkutan awam tidak akan menggunakan sistem pengangkutan awam. Mengapa tidak Prasarana mengambil satu pendekatan sebagai satu integrator untuk berbincang dengan kerajaan tempatan, dengan kerajaan negeri, dengan Kementerian Pengangkutan supaya satu solusi atau penyelesaian bersepadu boleh diadakan dan supaya pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) diperkasakan kapasitinya untuk contohnya mengoperasikan mini bas, contohnya mengoperasikan van, contohnya boleh melibatkan pihak swasta untuk adakan laluan-laluan bas supaya isu last mile connectivity ini dapat diselesaikan. Jadi, itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Atas Kepala P.10 iaitu sebanyak peruntukan RM6,066,194,680 iaitu pembiayaan pindahan modal DanaInfra Sendirian Berhad iaitu projek mega infrastruktur pengangkutan dan perbelanjaan modal Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad. Mengambil kira suntikan dana yang besar, mohon kerajaan menjelaskan kemapanan model kewangan kerajaan dalam membiayai projek transit aliran deras iaitu MRT3. Perincian— adakah ia melibatkan potongan peruntukan untuk perkhidmatan rakyat? Seterusnya perincian kedudukan kewangan dan paras hutang semasa DanaInfra dan Prasarana seperti mana disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, kerajaan menggunakan peruntukan pembangunan untuk membayar hutang matang 11 syarikat milik kerajaan dalam bentuk geran termasuk DanaInfra sebanyak RM1.5 bilion. Saya minta penjelasan daripada menteri. Apakah unjuran prestasi sebenar MRT1 dan juga MRT2 termasuk pengguna harian atau ridership dan coverage, dengan izin? Apakah langkah-langkah yang dirancang kerajaan untuk meningkatkan prestasi MRT serta adakah kerajaan telah

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

melakukan kajian mengenai impak MRT dalam pengurangan kesesakan lalu lintas? Oleh sebab baru-baru ini pun perbelanjaan besar tetapi masih kita ada masalah dengan MRT. Bagaimanakah projek-projek pengangkutan awam dapat mengurangkan bebanan kos yang dihadapi rakyat? Adakah kerajaan telah melaksanakan kajian spesifik mengenai social cost-benefit kepada rakyat apabila dana yang dibelanjakan sangat besar ini hingga melebihi peruntukan Kementerian Kesihatan berdasarkan KDNK negara atau pun GDP tahunan negara? Ini perlu juga diberi perhatian. Ini kerana ia melibatkan KDNK dan juga melibatkan fiskal negara dalam hal revenue yang telah dirancang dalam perolehan sepanjang tahun untuk mereka belanjakan melalui bajet-bajet yang telah diluluskan. Jadi, seterusnya untuk P.10 juga kita tengok adakah kerajaan merancang untuk menambah jumlah bas sebagai sistem sokongan kepada JRT atau pun Rapid yang sekarang ini bas itu digunakan. Ini sepertimana yang dilakukan di negara-negara maju. Bagaimanakah dengan kajian kemapanan mengenai bas berteknologi elektrik yang akan diperkenalkan pada tahun 2024 menerusi pengumuman Prasarana Malaysia Berhad ini? Oleh sebab saya hendak dapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa bas elektrik ini perlu ada satu kajian feasibility study yang dapatannya boleh kita— kerana ia ada risiko yang lain, risiko keselamatan, risiko kemalangan, risiko dipanggil electric shock. Ini juga perlu dilihat kerana kita lihat di negara-negara barat yang menggunakan pengangkutan awam yang menggunakan elektrik ini ia terlalu menumpukan kepada sistem keselamatan iaitu terlalu berkait rapat dengan Department of Occupational Safety and Health. Jadi, kita pun ada dalam negara kita DOSH atau Department of Occupational Safety and Health perlu kepada kelulusan dan juga seeking for the approval certificate from DOSH, dengan izin untuk kita melaksanakan sebab dia banyak.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Negara kita baru dalam electrical system pengangkutan awam ini. Jadi saya harap apabila hendak melaksanakan pada tahun 2024 ini dengan perbelanjaan yang kita akan laburkan ini besar, kerajaan dapat utilize ataupun dengan izin, fully utilize all these expenses daripada duit rakyat ini untuk kita mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan kereta yang kita tengok seorang satu kereta yang sedang bergerak di atas jalan menyebabkan masa yang kita boleh ambil 15 minit sehingga kita terpaksa melanjutkan menjadi 45 minit sehingga satu jam. Ini perlu diberi perhatian oleh Kementerian Kewangan melalui perbincangan dengan Datuk-datuk Bandar yang fokus bagaimana hendak menyelesaikan masalah jem yang ada dalam negara kita seperti mana yang dibuat oleh Datuk-datuk Bandar di negara- negara lain bahawa ini penumpuan. Kalau dapat selesaikan masalah jem dalam negara ini, rakyat akan memberi satu sokongan yang padu kerana ini adalah satu masa yang perlu bergerak dengan cepat. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Pendang, saya jemput Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 060400 – Fi Agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Semua sedia maklum sebenarnya pada 1 April, kita akan bermula untuk kutip cukai baharu low-value goods. Saya tidak tahu kenapa kerajaan suka pilih tarikh 1 April. Dahulu GST pun pada tahun 2015, 1 April, sekarang pun 1 April. Akan tetapi keputusan ini telah ditangguhkan tetapi tidak ada tarikh baharu. Saya hendak bangkit sedikit kerana low-value goods ini telah diluluskan di Parlimen dan Dewan Negara tahun lepas. Low-value goods ini untuk pembelian online dari luar negara oversea di bawah RM500. Daripada segi taxation, daripada segi pencukaian kita ada satu rule, de minimis rule. Ini bermakna apa-apa jumlah yang terlalu kecil dan remeh, kita tidak akan kenakan cukai. Low-value goods ini adalah bertentangan

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

dengan de minimis rule kerana apa-apa barang yang kita beli dari luar negara melebihi RM500 akan dikenakan cukai, tetapi katakan kita beli stoking RM3.50, tidak akan kita hendak tax dua peratus? Jadi saya harap low-value goods ini walaupun telah diluluskan di Parlimen, saya harap kerajaan akan bawa lagi, kita hapus low-value goods tax ini. Oleh sebab ini tidak harus dikenakan cukai kerana bukan sahaja penjual-penjual online di luar negara akan terkesan kerana terdapat juga penjual-penjual di negara Malaysia yang guna pakai kaedah drop shipping. Jika mereka buat business di Malaysia online tetapi barangan mereka datang dari negara katakan dari negara China, negara Vietnam, negara India. Mereka hantar barang dari luar ke dalam Malaysia, drop shipping. Ini bermakna mereka akan dikecualikan cukai low-value goods. Saya rasa ini satu kaedah yang tidak betul untuk menambah cukai ke atas pembeli-pembeli online kerana kita sekarang hendak tambahkan e-commerce di Malaysia. Kalau cukai ini dilaksanakan, maka aktiviti e- commerce ini akan disekat. Kedua, saya hendak masuk kepada 09000 - Pelbagai Suntikan Modal. Saya nampak di sini tahun lepas bajet anggaran asal ada RM13 juta tetapi kita ditambahkan RM6 juta sehingga RM19 juta. Saya hendak tanya mengapakah ada tambahan RM6 juta tiba-tiba? Kenapa ini tidak dimasukkan suntikan modal? Kita tahu selepas COVID-19, selepas PKP memang kita perlukan ada suntikan modal ke dalam perniagaan-perniagaan kecil kepada penjaja-penjaja. Jadi, tiba-tiba ada tambahan RM6 juta. Kalau kita ada tambahan sedikit, saya boleh faham kerana tiba-tiba mungkin ada peruntukan yang melebihi, tetapi ini merupakan tambahan 50 peratus. Jadi saya rasa ini mungkin lain kali semasa kita buat anggaran bajet, mungkin kita boleh buat secara lebih tepat lagi. Seterusnya saya hendak masuk kepada 040100 - Tabung Bantuan Bencana Negara. Tabung Bantuan Bencana Negara saya faham tabung ini kita untuk emergency fund, untuk kecemasan. Kita tidak tahu bila bencana akan berlaku, jadi kita ada tambahan RM578 juta di sini. Jadi saya hendak katakan di sini Tabung Bantuan Bencana ini kita harus diketepikan jika tahun ini bencana tidak dilakukan, tidak ada ataupun tahun ini kurang bencana atau kurang banjir, tabung ini patut dibawa ke tahun hadapan dan kita akan pastikan duit ini boleh dibelanjakan pada tahun hadapan. Jadi kita tidak perlu tambah lagi setiap tahun, duit yang tidak habis tabung ini, kita tidak sentuh, kita bawa ke tabung tahun hadapan dan kita akan guna pakai untuk bencana jika ada berlaku pada tahun hadapan. Jadi, sekian sahaja perbahasan saya. Sekian terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kampar, saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ada satu butiran untuk dibahas iaitu Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Modal. Ada beberapa persoalan yang saya ingin Yang Berhormat Menteri tolong jawab. Pertama, berapakah kos asal projek MRT 2 ini? Umum ketahui kos asal pembinaan MRT menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya ini dianggar bernilai RM32 bilion dengan memiliki 35 stesen termasuk 11 stesen bawah tanah dengan laluan sepanjang 52.2 kilometer. Fokus utama pembinaan tertumpu kepada kerja pengorekan terowong yang lebih rumit dan mencabar berbanding laluan Sungai Buloh- Kajang. Jadi saya minta supaya kos asal ini minta maklum. Kemudian yang kedua, adakah kerajaan akan mendedahkan hasil dapatan kajian semula Projek MRT 2 yang dilaksanakan pada tahun 2018 bagi membolehkan rakyat mengetahui cadangan penjimatan oleh kerajaan? Selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan pada Mei 2018, Perdana Menteri pada ketika itu memutuskan untuk mengkaji semula beberapa projek pengangkutan awam termasuk projek MRT 2 ini. Susulan pengumuman tersebut telah menyebabkan harga saham syarikat pembinaan menjunam sehingga bernilai hampir USD14 bilion dan menyebabkan Malaysia kini berhadapan dengan hutang dan liabiliti melebihi RM1 trilion.

Jika dibandingkan dengan perbelanjaan kerajaan untuk MRT 1, ada perbezaan ketara yang menyaksikan kenaikan bagi kos per kilometer di bawah tanah untuk MRT 2 berbanding kos per kilometer bawah tanah bagi MRT 1. Pembinaan MRT 2 melibatkan jajaran bawah tanah sepanjang 13.5 kilometer dan atas tanah pula sepanjang 38.7 kilometer. Kos yang telah diumumkan ialah RM32 bilion. Berapakah kos sebenar untuk menyiapkan MRT 2 ini? Kelima, berapakah penjimatan sebenar setelah projek ini siap? Adakah benar RM8.8 bilion seperti yang dimaklumkan oleh MOF pada Oktober 2018. Kemudian yang keenam, saya ingin bertanya siapakah syarikat perunding yang dilantik? Adakah kerajaan telah mengikuti cadangan yang diberikan oleh syarikat perunding di dalam menyiapkan MRT 2? Apakah perincian penjimatan tersebut? Adakah hanya dengan pengurangan stesen dan pengalihan alignments tertentu? Satu lagi soalan berapakah kos yang terlibat akibat penukaran spesifikasi projek kerana semakan semula projek ini dilakukan apabila projek sudah pun 40 peratus siap. Itu sahaja yang ingin saya bangkitkan terima kasih.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab, masa tujuh minit.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Mengenai dana infra dan prasarana yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak mampu untuk melaksanakan serentak, semua projek pembangunan di bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan kerana kita mempunyai had siling pada setiap tahun. Maka untuk projek-projek kritikal yang mendesak dan kadar segera seperti projek pengangkutan dan prasarana, ditubuhkan DanaInfra dan Prasarana. Kita dapat melaksanakannya melalui pembiayaan sumber pinjaman. Jadi bagi peruntukan berjumlah RM6.5 bilion yang disebut, maka peruntukan itu adalah bagi pembayaran hutang untuk membiayai projek MRT 1, MRT 2, Pan Borneo Sarawak dan sebahagian daripada projek LRT 3. Peruntukan ini adalah untuk pembayaran principal dan kupon bagi projek-projek yang saya sebutkan itu.

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Seterusnya mengenai Yang Berhormat Petaling Jaya bertanya tentang projek Al Mashaaer Metro Rail dari Mekah – Madinah. Bagi pertanyaan ini, kerajaan mengambil berat dan memberi perhatian terhadap perkara ini. Kementerian Kewangan telah pun meminta pihak Prasarana melaksanakan audit review yang menyeluruh bagi memberi gambaran jelas dan langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil memandangkan perkara ini melibatkan agensi dan jurisdiction di luar negara. Seterusnya mengenai Prasarana, penambahan bas elektrik yang disebut oleh Yang Berhormat Pendang. Prasarana bersama Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji untuk menambah bas-bas elektrik serta menggantikan bas diesel sedia ada. Bagi projek LRT3 pula, kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan penggunaan bas elektrik sepenuhnya. Seterusnya supaya cadangan Tabung Bencana Negara boleh dibawa ke tahun hadapan. Pada masa sekarang, baki Tabung Bencana Negara sememangnya boleh dibawa ke tahun hadapan. Yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kampar tadi, jumlahnya pada Kepala B.12 itu ialah RM578 juta. Kita tahu pada tahun lepas ada berlaku banjir di pelbagai tempat. Seterusnya, kos asal yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu mengenai MRT2. Kos projek bagi MRT2 adalah sebanyak RM38.87 bilion melebihi kos MRT1 sebanyak RM26.02 bilion. Peningkatan kos ini adalah disebabkan kenaikan bahan mentah yang turut mempengaruhi projek-projek yang lain juga di seluruh negara. Jadi, antara...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau boleh saya diberikan peluang. Tuan Pengerusi? Sebab saya tak sempat.

Ya, sila. Silakan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Bersabit perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu dan juga beberapa Ahli Parlimen yang lain. Dengan tujuan untuk kita betul-betul melakukan fiscal prudence measures, MRT yang ditanyakan akan cost-effectiveness kalau kita bandingkan dengan BRT, at least untuk suatu waktu yang kita letakkan sebagai to withhold. Bukan untuk kita tolak MRT tetapi perbelanjaan untuk kita wujudkan BRT adalah jauh lebih efektif daripada segi cost-effectiveness dan juga ridership nya juga sangat dipertikaikan. Jadi, apakah kementerian boleh telus untuk mengadakan kajian financial impact atas perbandingan MRT3 dengan BRT ini khas untuk projek ini. Terima kasih.

Satu lagi, Kuala Terengganu. Kalau boleh?

Ya, silakan sambung.

Ya. Saya ada tanya tadi berkenaan berkaitan apa nama syarikat perunding yang dilantik, kemudian adakah cadangan-cadangan yang telah diberi oleh syarikat ini diambil kira daripada segi tujuan penjimatan itu. Adakah hanya semata-mata dengan mengurangkan stesen dan mengalih alignment-nya? Terima kasih.

Perkara-perkara detail, kita jawab secara bertulis. Nampak Yang Berhormat minat pasal MRT ini. Ada satu lagi MRT Yang Berhormat, MRT3. MRT3 ini, anggaran RM50.2 bilion. Kita minta supaya diturunkan lagi anggaran ini dan...

Tuan Haji Aminolhuda HassanAMANAH · PHSri Gading

Yang Berhormat Menteri...

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Petaling Jaya minta laluan...

Untuk kurang lagi daripada RM50 bilion....

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Haji Aminolhuda HassanAMANAH · PHSri Gading

Sri Gading bangun dahulu.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat Pontian, saya sebut tadi MRT3 itu.

Ya, ini sebut ini. Jawapan untuk MRT3. MRT3, kos RM50.2 bilion tetapi kerajaan minta supaya diturunkan seturun-turunnyalah. Seterusnya, ada pandangan boleh diturunkan sehingga RM45 bilion.

Tuan Haji Aminolhuda HassanAMANAH · PHSri Gading

Yang Berhormat Menteri, boleh ke?

Kita tunggu cadangan-cadangan. Kemudian...

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Petaling Jaya minta mencelah.

Tuan Haji Aminolhuda HassanAMANAH · PHSri Gading

Sri Gading.

Tajuk MRT dahulu, sabar. Kemudian, jaraknya ialah 50.8 kilometer untuk MRT3 ini supaya melengkapkan loop lingkaran itu. Jika kita tak buat MRT3, maka kita tidak dapat melaksanakan keseluruhan perjalanan itu. Baru-baru ini dibuka MRT ke jajaran ke Putrajaya. Walaupun pada sekarang ini kelihatan ada signaling problem yang menyebabkan kelewatan di sana sini. Maka insya-Allah tak

lama lagi saya harap Prasarana akan mengambil tindakan segera untuk memastikan perkara-perkara kelewatan itu tidak berlaku untuk MRT jajaran ke Putrajaya. MRT3 belum dimuktamadkan. Itu perkara yang saya ingin nyatakan di sini. Seterusnya, untuk LVG yang disebut oleh Yang Berhormat Kampar. LVG ini barang-barang barangan bernilai rendah (low-value goods) ini, kurang RM500. Katalah kita beli kain daripada online sama ada Lazada ataupun Amazon ataupun eBay dan segala namanya itu, barangan yang kita beli di luar negara yang diimport itu tidak bercukai sedangkan barangan dalam negara yang dikeluarkan barangan buatan Malaysia atas perkara yang sama, di cukai. Ini yang menyebabkan tidak adil berlaku. Beli menggunakan online, barangan itu tidak bercukai sedangkan kita ada pengusaha-pengusaha dalam negara yang mengusahakan barangan yang kita beli secara import itu. Akan berlaku lambakan import dan akan menyebabkan jatuh pasaran dan kerugian kepada pengusaha-pengusaha tempatan. Ini yang kita ingin lindungi apabila kita melaksanakan dan akan melaksanakan LVG yang belum ada lagi tarikhnya. Kita masih lagi menunggu bilakah tarikhnya. Sepatutnya 1 April, betul disebut oleh Yang Berhormat Kampar, dahulu GST pun 1 April dan ini pun nak buat 1 April, jadi April Fool pula. Jadi, kita tukarlah tarikh lain untuk mengelakkan 1 April. Jadi, itu perkara- perkara sebenar. Prinsipnya itu, lambakan barangan import yang kosong peratus cukai dan barangan tempatan yang sama perkaranya kena 10 peratus cukai jualan. Jadi itu tidak adil.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh Puncak Borneo minta sikit penjelasan?

Sila, Yang Berhormat Puncak Borneo.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendengar tadi mengenai lambakan barang import ini. Jadi, kalau boleh saya mencadangkan kepada kementerian untuk membuat satu study iaitu kita ingin melihat berapakah kesan kerugian kita kalau ada banyak lambakan barang import berbanding dengan banyak SME yang tidak dapat menjual barangan mereka oleh sebab barangan import tadi. Terima kasih.

Ya. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Puncak Borneo itu − ketika Yang Berhormat Puncak Borneo bercakap, saya melihat jawapan. Ulang balik boleh? [Ketawa] Jarang berlaku ini, jarang berlaku.

Datuk Willie anak MonginPBB · GPSPuncak Borneo

Kita kena buat net study kesan lambakan import barangan dari luar negara yang impak kesannya kepada local manufacturer or local seller.

Study itu tak ada lagi dibuat. Saya kira Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan MITI juga boleh melaksanakannya supaya lambakan import itu tidak berleluasa. Akan tetapi kita ada data import dan kita ada data eksport. Daripada situ kita boleh bandingkan. Setakat ini, barangan eksport melebihi daripada importlah. Walau bagaimanapun, apa yang kita hendak buat dalam LVG ini iaitu untuk memastikan treatment yang sama. Jika barangan dalam negara ada 10 peratus SST, maka barangan dari luar negara pun 10 peratus SST walaupun nilainya kurang daripada RM500. Saya harap Yang Berhormat Kampar boleh bersetuju dengan saya tentang prinsip kita mengadakan LVG ini dan Yang Berhormat Puncak Borneo, terima kasih. Tadi tentang project management consultation (PMC) untuk projek MRT3 − MRT2 yang ditanya, yang ini dijawab oleh saya MRT3. Jadi jawapan ini tak betul, jadi saya tak perlu sebut di sini. Yang ditanya oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu adalah MRT2 bukan MRT3. Okey.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Habis, last.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Habis?

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Kuala Selangor tadi? Yang Berhormat Timbalan Menteri?

Kerajaan akan melaksanakan kajian menyeluruh berkenaan keberkesanan sama ada MRT atau BRT.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya, terima kasih.

Ini ya. Kesesuaian ini dengan mengambil kira kesesuaian satu tempat, kadar trafik dan kos keseluruhan. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dengan pihak Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan. Terima kasih. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM56,209,471,800 untuk Kepala B.10, B.11 dan B.12 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.10, B.11 dan B.12 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.10 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.10 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Usul — Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 — Kepala B.14 [Jadual] – Kepala P.14 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2022] –Motion

Tuan Pengerusi (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Kepala B.14 dan Kepala Pembangunan P.14 di bawah Kementerian Perpaduan Negara terbuka untuk dibahas. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk B.14 dan P.14 melibatkan Kementerian Perpaduan Negara. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] Satu perkara sahaja di bawah B.14, saya nampak ada tambahan RM14 juta lebih berkenaan dengan pengurusan yang melibatkan Bahagian Kampung Baru Cina. Saya hendak tanya, memang kita sedia maklum pada tahun lepas Bahagian Kampung Baru Cina dipindahkan bidang kuasa ia dari KPKT ke KPN. Cuma saya hendak tanya, kenapa kalau pindah sebegini, yang mana boleh melibatkan perbelanjaan tambahan RM14 juta? Oleh sebab bilangan kakitangan dan pegawai yang terlibat dan juga bidang kuasa untuk Bahagian Kampung Baru Cina ini saya rasa sama kecuali kalau ada pertambahan kakitangan, pegawai ataupun ada pengambilan kakitangan kontrak dan sebagainya. Jadi, tambah itu mungkinlah. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri walaupun ketika itu Menteri yang lain menjadi Menteri di KPN, sahabat saya yang jadi Menteri KPN ketika itu.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Berkenaan dengan Maksud P.14 – Pembangunan. Saya nampak RM84 juta, saya tahu wang ini adalah untuk tahun lepas, bukan untuk tahun ini. Cuma saya hendak tanya bagaimana agihan RM84 juta tersebut? Saya difahamkan, kita ada 613 Kampung Baru Cina seluruh negara. Setiap kampung baru agihannya ialah RM100,000 untuk pembinaan infra. Kalaulah saya buat anggapan yang baik, semua kampung baru mendapat RM100,000 maksimumnya. Jumlahnya sepatutnya RM61 juta lebih tetapi kenapa ada sampai RM84 juta? Adakah ada perkara-perkara lain yang telah dimasukkan untuk maksud pembangunan kampung baru ini? Sama ada, ada kredit kah ataupun pinjaman ataupun untuk program-program lain yang melibatkan kampung baru? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Satu lagi saya hendak tanya, adakah RM84 juta ini telah dibelanjakan sepenuhnya? Maknanya, semua kepada sasaran dan tidak ada projek yang terbengkalai, tidak ada projek yang masih tertangguh ataupun masih dalam construction, dalam pembinaan. Oleh sebab kadang-kadang projek itu mungkin ada lantikan kontraktor, kontraktor mungkin ada masalah, ada kelewatan, berlaku kelengahan dan sebagainya. Jadi, saya mohon daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kesemua? Saya hendak kepastian. Oleh sebab kalau ikutkan memang patutnya semua sudah siaplah. Sekarang ini sudah masuk hujung bulan Mac 2023. Apa yang kita bincangkan adalah untuk yang tahun lepas. Jadi, dua perkara itu sahaja daripada saya, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kapar merujuk pada Kepala B.14 dan P.14 Kementerian Perpaduan Negara, Butiran 020000 – Perpaduan Negara, Butiran 020400 – Bahagian Kampung Baru Cina. Butiran 10000 – Emolumen. Saya juga seperti Yang Berhormat Rasah tadi mahu tahu berapakah kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program? Jadi, saya mohon perincian dan jawatan bagi setiap negeri. B.14 – RM14,097,600 dan P.14 – RM84 juta. Kapar mahu tahu, adakah program ini melibatkan Bagan seperti Bagan Hailam, Bagan Sungai Lima dan Pulau Ketam di Kapar? Oleh kerana ini merupakan kampung-kampung tradisi Cina yang bukan kampung baru asal atau penempatan kaum Cina yang diwujudkan zaman darurat Tanah Melayu oleh British. Khususnya rancangan ketenteraan yang direka oleh Sir Harold Bricks selepas dilantik sebagai Pengarah Operasi Tentera British di Tanah Melayu pada 1950. Kapar bersetuju dengan perpindahan fungsi dan peruntukan daripada KPKT kepada Kementerian Perpaduan Negara kerana ia lebih sesuai. Persoalannya, adakah perpindahan fungsi dan peruntukan ini akan memberi pulangan daripada segi sosial dan ekonomi yang sewajarnya iaitu outcome? Kapar hendak tahu outcomenya. Pihak kerajaan disarankan untuk meneliti pulangan ekonomi kepada sektor sosial dan ekonomi setempat, bukannya orang luar mendapatkan keuntungan tetapi orang setempat itu pula merana. Saya kongsikan pengalaman ini Tuan Pengerusi, di mana apabila bot Alibaba yang telah di bawah Jack Ma. Jack Ma ini orang besar, satu business yang besar, telah beroperasi dari jeti Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam. Jadi, bot ekspres dari Sibu dan sebagainya, yang local ini terjejas ekonomi. Ini kita tidak hendak ini. Jadi, kita hendak pembentangan perancangan ini untuk menaik taraf sosioekonomi penduduk kampung baru ini. Saya hendak ia punya perincianlah. Penaiktarafan sosioekonomi penduduk kampung baru juga harus mengambil kira warisan budaya tempat tersebut dan tidak menggantikan struktur masyarakat yang sedia ada. Jangan digerhanakan nilai dan budaya tradisi dengan pembangunan sosioekonomi semata-mata. Contohnya, di Sungai Lima katakan dan Pulau Ketam juga. Ada mural painting di dinding yang lama sebagai tarikan pelancong, diwujudkan homestay untuk pelancong tempatan merasai kehidupan sebenar di kawasan yang kaya sejarah, lebih dekat dengan alam semula jadi, lebih sihat dan tenang.

Saya mengesyorkan sebab ini di bawah kementerian yang sama. Wujudkan mini muzium dan perpustakaan desa supaya ia segala yang ada di sana, yang diwarisi di sana boleh dikumpulkan. Jadi, ini akan menarik dan ini akan menjadi ciri-ciri unik daripada yang lain. Boleh juga oral history, dengan izin, daripada penduduk warga emas. Bagus untuk dibukukan segala susah payah mereka, pengkisahan cabaran mereka, bolehlah dijadikan bahan untuk dikumpulkan sebagai success stories, dengan izin. Umpamanya, rags-to-riches, bagaimana mereka mengatasi ketakutan, kecemasan, kemiskinan, kejauhan dan sebagainya. Bayangkan kalau kita kumpul semua cerita benar ini daripada semua kelompok dan etnik dalam negara, ia boleh menjadi satu sumber ilmu dan pengalaman yang unik didokumentasikan. This is our unique story, this is the Malaysian story yang kalau dibukukan, boleh dipasarkan, bahkan khazanah ilmu ini boleh dijadikan projek penulisan besar-besaran seluruh negara dan boleh menarik orang luar negara. Oleh sebab saya ada pengalaman selaku Exco Pendidikan Kerajaan Selangor dahulu, Tuan Pengerusi. Di mana kita buat gerakan menulis dan kita menghasilkan pelbagai orang menulis sedikit, sedikit, sedikit dan ia menghasilkan satu buku, namanya Selangor Negeri Idaman Maju Sejahtera dan Berkebajikan. Semua ini ialah cara kita mengoptimumkan potensi dan aset dalam negara, termasuk di Kampung Baru Cina bahkan ... Ini insya-Allah akan memperkayakan diversity kita dan ia boleh memupuk perpaduan, insya-Allah. Knowing each other. Kapar juga ingin mengesyorkan supaya kerajaan- sedikit lagi, Tuan Pengerusi. Setengah minit. Kapar juga ingin mengesyorkan supaya kerajaan melakukan kajian impak pembangunan Kampung Baru Cina ke atas mata pencarian mereka. Oleh kerana kebanyakan mereka bergantung kepada perniagaan kecil dan tradisional, daripada nelayan. Perlu customize dengan ciri asal kampung. Contoh, jika mereka ini rata-rata asalnya nelayan seperti yang saya sebutkan tadi Sungai Lima, Pulau Ketam, pembangunan ekonomi adalah berkisar hasil-hasil pola nelayan atau agrotourism. Jadi, saya minta kerajaan membuatkan kajian impak seperti itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk Kementerian Perpaduan Negara ini hanya ada dua orang pembahas. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

Datuk Aaron Ago anak DagangPRS · GPSMenteri Perpaduan Negara · Kanowit

Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk makluman Yang Berhormat, pada 1 Januari 2022, kerajaan telah mengeluarkan Warta Kerajaan Persekutuan bagi perpindahan Bahagian Kampung Baru Cina daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ke Kementerian Perpaduan Negara. Tujuan perpindahan ini ialah disebabkan peranan dan fungsi Kampung Baru Cina adalah untuk mengimbangkan bagi peranan yang dimainkan oleh Kementerian Perpaduan Negara. MITRA yang menjaga sosial ekonomi masyarakat India ketika itu masih di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Untuk itu pada 1 Mac 2022, Kementerian Perpaduan Negara menerima peruntukan sebanyak RM98,097,600 meliputi peruntukan mengurus sebanyak RM14 juta lebih dan peruntukan pembangunan RM84 juta. Melalui belanja pembangunan tiga program utama yang dilaksanakan oleh Bahagian Kampung Baru Cina ialah pembangunan infrastruktur, baik pulih rumah dan pembiayaan bagi Kampung Baru Cina untuk menaik taraf rumah dan untuk perniagaan. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Rasah telah bertanya berkenaan dengan tambahan RM14 juta itulah untuk mengurus. Kalau kita melihat RM14 juta adalah untuk mengurus, untuk emolumen sewaan dan juga pemberian. Jadi, itulah sejumlahnya di bawah peruntukan mengurus. Agihan RM84 juta yang ditanya oleh Yang Berhormat Rasah tadi adalah untuk pelbagai projek. Projek gotong-royong seperti untuk infrastruktur yang maksimum diberi ialah dalam RM100,000. Ini adalah projek seperti jalan, parit, longkang, lampu, dewan, rekreasi, dan juga untuk baik pulih rumah. Maksimum ia bagi pada masa itu ialah

Datuk Aaron Ago anak DagangPRS · GPSMenteri Perpaduan Negara · Kanowit

RM15,000 sekeluarga. Juga untuk business. Dana untuk pinjaman. Ini daripada RM3,000 kepada RM100,000 pinjaman dengan faedah yang sangat rendah iaitu 3 peratus. Bagi menjawab, Yang Berhormat Rasah okey. Kedua, Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar tadi ingin tahu berapakah jumlah pegawai yang terlibat dalam Kampung Baru Cina ini. Saya difahamkan di sini ialah cuma 40 orang pegawai yang pergi ke Putrajaya dengan Kementerian Perpaduan Negara. Jumlah Pegawai Pembangunan di kampung-kampung ialah 70 orang. Kalau ingin pecahan untuk semua ini, saya akan jawab bertulis sebab tidak ada maklumat yang lebih terperinci. Kedua, tadi Yang Berhormat Kapar menyentuh beberapa isu berkenaan dengan untuk membuat kajian dan jadikan sejarah Kampung Cina asal ini sebagai untuk dibukukan dan dibuat – disimpan dalam muzium, dibuat muzium. Saya amat bersetuju dengan ini. Saya amat maklum hal ini. Kita akan cuba untuk berusaha supaya ia dapat dilaksanakan oleh Kementerian Perpaduan Negara yang sekarang ini dan yang lain macam impak pembangunan yang ditanya oleh Yang Berhormat, sekarang adalah di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Kita akan sampaikan pertanyaan Yang Berhormat ini kepada kementerian yang baharu. Okey? Terima kasih. Itu sahaja Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM14,097,600 untuk Kepala B.14; Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.14 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.14 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.14 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ke kementerian berikutannya. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Usul — Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 — Kepala B.21 [Jadual] – Kepala P.21 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2022]Motion

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan terbuka untuk dibahaskan. Dalam senarai saya hanya ada seramai tiga orang Yang Berhormat yang akan berbahas. Pertamanya, Yang Berhormat Rasah. Kedua, Yang Berhormat Beluran. Ketiga, Yang Berhormat Pasir Puteh. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah untuk memulakan.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya sebagai pembahas pertama untuk maksud B.21. Saya hanya akan menyentuh berkenaan dengan B.21 iaitu peruntukan pengurusan di mana tambahan sebanyak RM24 juta lebih telah dibelanjakan untuk program stockpile ayam bulat pada tahun lepas di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sebelum ini. Akan tetapi, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang baharu yang kena jawab walaupun bukan di bawah Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika perbelanjaan tersebut dibelanjakan. Saya hendak tanya, bilakah belanja ini telah dibelanjakan? Pada awal tahun, pertengahan ataupun hujung tahun? Oleh sebab, ia berkaitan dengan bekalan dan harga

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

ayam. RM24 juta ini memang kalau kita hendak bandingkan ia dengan subsidi untuk ayam pada tahun lepas memang jauh berbeza. Sedikit sahaja jumlah ia. Jadi, apakah keberkesanan dengan adanya stockpile ini ataupun dalam bahasa Melayu simpanan stok untuk ayam yang telah dibersihkan ini? Itu yang pertama. Kedua, saya hendak tanya berkenaan dengan perkara ini juga apakah kesannya? Stockpile ini ataupun penetapan harga siling yang pernah ditetapkan oleh kerajaan, MAFI ketika itu dengan harga RM8.90 dari Februari sehingga Jun. Lepas Julai dan seterusnya dinaikkan kepada RM9.40 kalau tidak silap saya. Jadi, apakah kaitan antara kedua-dua ini? Oleh sebab, bagi saya ia penting. Kita kena belajar daripada apa yang telah berlaku pada tahun lepas yang mana masalah ayam. Satu, bekalan. Kedua, harganya melonjak tiba-tiba yang menyebabkan kos sara hidup rakyat juga terbeban. Ia juga naik. Oleh sebab ini makanan yang biasa untuk semua lapisan masyarakat termasuk B40. Harga ayam ini antara yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup di Malaysia. Oleh sebab semua orang, semua golongan masyarakat makan ayam. Itu sebabnya pentingnya ayam ini. Jadi, saya hendak tanya apakah yang kementerian baharu di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sekarang belajar daripada tidak kiralah saya tidak mahu kata kesilapan kah atau kekurangan kah, apa yang pernah terjadi pada tahun lepas untuk memastikan supaya masalah yang berlaku ke atas bekalan ayam dan harga ayam di pasaran runcit tidak berlaku pada kali ini? Apakah persiapan daripada kementerian sendiri dan juga agensi-agensi yang terlibat dalam hal ini?

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Kedua, saya hendak tanya sebanyak RM24 juta ini, apakah ia ada kaitan dengan kelewatan daripada MAFI tahun lepas? Ini saya hendak sebutkan. Kelewatan daripada MAFI dalam memberikan subsidi pada awal tahun lepas. Kita laksanakan harga siling sebanyak RM8.90 pada bulan Februari sehingga Jun tetapi pemberian subsidi sangat lembap. Saya gunakan— minta maaf Tuan Pengerusi, saya terpaksa gunakan perkataan lembap sebab terlalu lambat. Oleh sebab birokrasi dia hebat yang menyusahkan dan menyulitkan proses sehingga bulan Mei, dipermudahkan birokrasi yang menyebabkan mereka ataupun penternak yang menuntut subsidi tersebut memperoleh subsidi mereka dengan lebih mudah. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan memberikan jawapan selepas ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Beluran. Yang Berhormat Beluran satu, Yang Berhormat Beluran dua, Yang Berhormat Beluran tiga. Kita pergi kepada pembahas yang ketiga dalam senarai, Yang Berhormat Pasir Puteh. Yang Berhormat Pasir Puteh satu, Yang Berhormat Pasir Puteh dua, Yang Berhormat Pasir Puteh tiga. Tidak ada. Jadi, kedua-duanya tidak ada dalam Dewan, kita terus. Masalahnya bagi P.21 hanya token, jadi tidak ada perbahasan. Oh, Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta maaf. Laju, hari ini bulan puasa ini dia— [Ketawa] Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri lima minit.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Ya, terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada minat daripada Yang Berhormat Rasah terhadap isu ayam ini. Saya agak kesal kerana saya tunggu Yang Berhormat Beluran datang kerana Yang Berhormat Beluran merupakan mantan Menteri juga. Beliau juga berkaitan dengan soalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Rasah kerana Yang Berhormat Rasah tadi dia tanya bilakah program ini bermula. So, semasa negara mengalami krisis bekalan ayam pada pertengahan tahun 2022, kerajaan masa itu telah mewujudkan program stockpile ayam sebagai langkah dan inisiatif bagi mengatasi isu kekurangan bekalan ayam di pasaran. Untuk makluman Yang

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Berhormat, program ini telah dilaksanakan pada 16 Jun 2022 selepas keputusan Mesyuarat Kabinet yang masa itu pada 9 Jun 2022. Di mana mesyuarat tersebut telah bersetuju memutuskan untuk mewujudkan stok penimbal ayam bagi menangani kekurangan bekalan ayam di pasaran menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang akan melibatkan Lembaga Pertubuhan Peladang kawasan ataupun Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri sebagai pelaksana. Secara umumnya, pengeluaran dan bekalan ayam negara ini sepatutnya cukup. Cuma seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rasah tadi, kemungkinan dengan isu- isu lain seperti kelewatan subsidi diberikan. So, ada masalah sedikit berlaku untuk pengeluaran dan juga ia ditambah buruk selepas timbulnya isu pengedaran. Isu pengedaran stok ayam ini, sesetengah lokaliti mengalami kekurangan. Program stockpile ayam disimpan ini memang di simpanan lima buah Lembaga Pertubuhan Peladang iaitu di Johor, Perak, Melaka, Selangor dan juga Kuala Lumpur. Tidak ada di Negeri Sembilan ya, untuk Yang Berhormat Rasah. Program stockpile ayam ini bertujuan untuk menampung kekurangan di lokaliti masing-masing dan telah dapat meredakan panik rakyat atas isu kekurangan bekalan. Ia juga berfungsi mengawal lambakan kemasukan jika bekalan ayam yang banyak secara tiba-tiba ke dalam pasaran selepas pelaksanaannya. Untuk makluman Yang Berhormat Rasah, apa yang kita minta dan telah menerima kelulusan sebanyak RM30 juta pada bulan Oktober 2022 untuk maksud penggunaan LPP ini. Sampai sekarang kita cuma membelanjakan sebanyak RM24.5 juta dan dengan demikian di supplementary budget kali ini kita cuma minta RM24.5 juta ini dibayar balik kepada LPP. Hal ini kerana LPP disuruh menggunakan wang dalaman dahulu dan dengan kelulusan sebanyak RM30 juta pada asalnya ini, kita target dengan sasaran kuota sebanyak 2,177 tan metrik ayam ini disimpan dalam stockpile. Skop peruntukan untuk peruntukan tambahan ini adalah untuk kos pembelian ayam, harga beli ayam dan kos operasi seperti sewaan bilik sejuk, logistik dan susut berat ayam. Sehingga kini, program ini masih dilaksanakan secara berterusan tanpa tambahan kos. Ia tidak ada tambahan kos. So, maksud dia selepas RM30 juta itu diluluskan dan tahun ini sampai sekarang, sampai Mac kita cuma membelanjakan setakat sebanyak RM24.5 juta. Oleh demikian, kita minta sebanyak RM24.5 juta untuk tambahan peruntukan ini, kita tidak payah tambahan peruntukan untuk masa depan. Ini kerana stockpile ini dilaksanakan secara trading stock atau revolving fund lah. Maksudnya, barang itu kita jual beli, kosnya tetap sama sebanyak RM30 juta. Kos modal belian ayam ini dijadikan sebagai modal pusingan untuk belian yang seterusnya. Untuk ayam ini kan, saya rasa saya ambil kesempatan untuk mengatakan di sini bekalan ayam pada musim perayaan menjelang Syawal ini adalah mencukupi berdasarkan data kemasukan anak ayam di reban yang dipantau oleh DVS. Satu sesi libat urus dengan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) telah diadakan pada 28 Mac dan pengeluar memberi jaminan bekalan mencukupi pada musim perayaan ini. Tempoh penternakan ayam adalah selama 30 hingga 42 hari. Kemasukan anak ayam ke reban sehingga minggu ketiga bulan Mac adalah sebanyak 39.2 juta ekor. Anak ayam ini akan matang menjelang Syawal dan unjuran bekalan adalah melebihi sebanyak 32.9 juta ekor pada bulan Mac dan sebanyak 8.9 juta ekor pada bulan April. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM24,531,500 untuk Kepala B.21 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.21 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.21 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Kepala P.22Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2022] – Tuan Pengerusi [Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ke kementerian yang kelima iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Oleh sebab Kepala P.22 hanya token sahaja, Kepala P.22 tidak perlu dibahaskan. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.22 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.22 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Usul — Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 — Kepala B.25 [Jadual] – Kepala P.25 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2022] –Motion

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ke kementerian yang keenam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna terbuka untuk dibahaskan. Kalau melihat dalam senarai hanya ada dua orang pembahas iaitu Yang Berhormat Rasah, konsisten dan Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Hulu Terengganu boleh masuk satu?

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Boleh masuk?

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat...

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Hulu Terengganu.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Hulu Terengganu, baik.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Hulu Terengganu pembahas yang ketiga ya. Dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan. Saya hanya akan membahaskan untuk maksud B.25 iaitu RM2 bilion. Saya nampak ada RM2 bilion dalam bajet tambahan kali ini. Daripada RM2 bilion itu RM1.994 bilion adalah khas untuk subsidi di bawah Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Pertama, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, kita tahu yang hampir RM2 bilion ini sebenarnya telah dibelanjakan untuk membolehkan terutamanya minyak masak paket bersubsidi dapat dijual dengan harga

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

satu kilogram RM2.50. Tanpa subsidi ini ia tak mungkin dapat dijual dengan harga RM2.50. Saya telah berulang kali sebut di dalam Dewan yang mulia ini memang ada keperluan. Malahan saya antara yang pernah saya rasa Yang Berhormat Menteri tahu saya antara yang pernah berulang kali mencadangkan supaya kalau boleh kuota bulanan sekarang 60,000 tan metrik dinaikkan sebab ada keperluan. Keperluan bukan setakat kepada keluarga, isi rumah B40 sahaja tetapi jauh lebih dari itu termasuk peniaga-peniaga kecil. Termasuk saya hendak kata peniaga di bazar Ramadan sekarang, penjaja di tepi jalan yang mana ramai daripada mereka, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jadi, kumpulan ini kita kena ambil kira mereka juga menggunakan minyak ini. Sebab kalau kita paksa mereka atau pun kita hanya membenarkan mereka menggunakan minyak botol yang harganya jauh lebih mahal seperti mana restoran besar atau pun hotel lima bintang, kos mereka akan tinggi dan akhirnya mereka akan jual masakan mereka dengan harga yang tinggi. Itu memang kita tahu apa yang terjadi dan benda ini berterusan. Saya hendak tanya, tahun lepas bajet pada tahun lepas di bawah kerajaan sebelum ini diperuntukkan RM400 juta. Sekarang ini kita mohon peruntukan atau pun— peruntukan tambahan RM2 bilion, lima kali ganda. Kenaikan ini antara punca dia seperti mana yang kita tahu harga minyak mentah sawit, CPO. Bila CPO harga dia naik, memang kita kena bagi subsidi lebih. Untuk Belanjawan Madani yang kita baru luluskan dua hari dulu, kalau tak silap saya RM500 juta diperuntukkan untuk tajuk yang sama. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah Yang Berhormat Menteri yakin RM500 juta untuk tahun ini memadai atau pun akhirnya apa yang kita buat hari ini yang kita bahaskan akan diulangi pada masa akan datang mungkin hujung tahun ini kah, awal tahun depan untuk bajet tambahan. Sebab kita tau harga minyak mentah sawit tersebut. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apakah ada apa-apa pendekatan mekanisme khas di bawah Kerajaan Madani kerajaan baharu untuk kita atasi masalah ini. Untuk membolehkan satu rakyat kita tetap dapat beli harga minyak paket RM2.50 yang bersubsidi, kos sara hidup mereka tidak naik. Kedua, kerajaan boleh memikirkan untuk mengurangkan belanjawan dalam bahagian ini. Mungkin gunakan pihak swasta kah, korporat besar kah, ladang-ladang utama yang menghasilkan sawit. Sebab bagi saya belanja ini sangat besar tetapi kalau tak belanja kesian dekat rakyat, rakyat yang susah. So, antara— kita kena ada perseimbangan antara jaga rakyat, berikan subsidi yang secukupnya dan diseimbangkan dengan perbelanjaan daripada kerajaan. Jadi, saya mohon supaya pihak menteri sebolehnya, kalau boleh ada satu pendekatan mungkin bukan sekarang, pada masa akan datang. Saya hendak tanya, berkenaan dengan subsidi ini. Pernah berlaku, di mana kerajaan lambat mengeluarkan subsidi kepada syarikat yang buat pembungkusan minyak tersebut yang menyebabkan kekurangan stok ketika itu sebab sudah berbulan-bulan tak dapat subsidi yang dijanjikan oleh kerajaan. Ia pernah berlaku pada awal tahun lepas. Yang Berhormat Hulu Terengganu jadi Timbalan Menteri ketika itu. Saya rasa Yang Berhormat Hulu Terengganu boleh setuju dengan saya ketika itu berlaku. Jadi, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan hari ini untuk memastikan apa yang terjadi tahun lepas tidak diulangi supaya mereka pun dapat subsidi dengan cepat? Itu sahaja Tuan Pengerusi dalam masa yang ditetapkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.

Assalamualaikum Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada B.25 butiran mengenai Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Jadi yang pertama sekali selalu kita dengar dalam hal minyak masak ini yang disebut ialah kita mengalami kerugian kerana subsidi yang kita berikan kepada rakyat sampai ke sempadan

luar daripada negara kita yang menyebabkan rakyat tak dapat guna tetapi orang lain dapat manfaat. Jadi, dalam hal ini saya memohon kepada pihak kementerian supaya kita boleh bekerja bersama-sama iaitu kalau boleh dalam isu kepenggunaan melibatkan minyak masak dalam segala benda yang dihasilkan dalam Malaysia ini melihat pertama kepada sistem pendidikan iaitu sistem pendidikan kepenggunaan di sekolah-sekolah. Jadi hari ini kita ada duit, ada isteri, ada suami, ada majikan tetapi pada hari ini berapa ramai di kalangan kita yang mempunyai pendidikan formal untuk kepenggunaan. Jadi, dalam Al-Quran kita lihat antara perkara yang diminta untuk melihat kepada ibu bapa ataupun kepada penjaga untuk anak-anak yatim, sebelum mereka ini diserahkan ke kewangan menjalankan sendiri urus niaga transaksi mereka, mereka hendaklah diuji iaitu dibuat ‘zu ar Rushdi’ untuk melihat sama ada kanak-kanak ini boleh membezakan tentang kepenggunaan atau pun tidak. Jadi, kerana hari ini bagaimanapun kita kawal minyak kita, kita kawal barang kita, kita kawal rakyat kita tetapi kalau jati diri kesayangan kepada barangan buatan Malaysia dan hasil daripada Malaysia, polisi yang kita buat, pemantauan yang tidak tepat ataupun tidak cekap akan menyebabkan subsidi RM2 bilion yang kita sumbangkan ini akhirnya tidak mendapat atau pun sampai kepada yang kita sasarkan. Jadi, kalau boleh saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan pengguna bekerja bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan dan IPT dan juga kementerian lain yang berkaitan untuk menghasilkan satu rakyat yang akan menjadi pembeli dan pengguna yang bijak. Hari ini kita memang akan menjadi pembeli, tetapi berapa orang di kalangan kita yang menjadi pengguna yang bijak dalam kita pergi ke bazar Ramadan, kita pergi ke pasar-pasar, kita membelikan barangan. Sebab hari ini kita lihat, perkara ini dipandang kalau kita ada duit kita boleh guna. Sedangkan dalam Islam juga antara perkara yang disebut oleh Rasullah SAW ialah daripada segi haram monopoli ini kepada perkara- perkara ‘dhoruriat’ iaitu sara hidup manusia melibatkan api atau elektrik, makanan, penternakan, pertanian, dan juga air termasuk juga minyak. Jadi dalam hal ini kita melihat, sepatutnya JAKIM juga bekerjasama dengan kementerian ini supaya boleh membawa akidah haram monopoli, penggunaan yang bijak ini, jimat. Dalam bentuk akidah hari ini, negara kita menghadapi krisis ekonomi. Jadi, kita harus melihat semua kementerian bergerak ke arah yang sama. Begitu juga kita lihat juga sekarang ini kita mahu segala benda yang halal sebab kalau halal insya-Allah dia akan tentu suci dan baik. Akan tetapi kita lihat proses halal sangatlah susah dan kosnya juga tinggi. Jadi, kita perlukan lebih ramai fasilitator di kalangan pegawai-pegawai kerajaan dan juga kementerian untuk memastikan semua barangan yang dihasilkan di Malaysia ini merupakan barangan yang mendapat sijil halal. Contohnya macam sekarang ini kita lihat banyak benda yang kita hendak tengok. Kita hendak tengok halal ini kadang-kadang setengah benda ada, setengah benda tak ada. Sebab hendak dapat sijil halal bukan benda yang mudah. Jadi, saya menyarankan agar penggunaan ini bukan hanya melihat kepada produk akhir iaitu barangan yang kita jual tetapi mewujudkan fasilitator pengguna dan juga yang halal supaya dapat diperbanyakkan barangan halal. Seterusnya, berkaitan isu kualiti. Saya ke Vietnam, masuk ke pasar Vietnam hendak beli kain dekat Vietnam. Dilihat hampir semua kain yang dijual di pasar Vietnam itu adalah kain yang sesuai untuk dipakai di dalam suasana kita ini dalam negara yang panas. Akan tetapi, dalam negara kita kadang-kadang kita pergi kedai kain hendak cari material yang sesuai untuk pakai semua waktu susah kerana kita lihat kemungkinan tidak ada kawalan tentang isu tekstil, isu barang-barangan yang kita terima sebagai barang yang masuk Malaysia mesti melepasi certain standard yang diputuskan oleh pihak kerajaan supaya apa sahaja satu sen pun yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia mestilah akan membeli barangan yang berkualiti. Jadi, saya mengharapkan supaya perkara ini kita dapat lihat dengan baik supaya semua benda dalam negara, once dapat masuk ke negara kita ertinya ia merupakan barangan yang baik. Seterusnya pagi tadi disebut tentang isu barangan yang hasilnya value good yang akan dikenakan tax selepas ini pada bulan April akan mula tax iaitu mungkin lusa. Jadi,

kalau kita mengenakan tax untuk barangan online kerana kita hendak control daripada barangan luar negara yang low quality ini masuk dengan banyak. Akan tetapi, apakah pula insentif kerajaan untuk memastikan bahawa barangan tempatan, beli barangan Malaysia akan dipromote secara besar-besaran sebagaimana sebelum ini.

Supaya bila kita larang yang itu, kita besarkan yang ini, kawalan penguatkuasaan, inovasi, kualiti dan produk yang akan dihasilkan oleh masyarakat akan bertambah baik. Oleh sebab hari ini bila kita haramkan ini, kita halalkan ini, asbabnya untuk halal tadi dipromotekan. Oleh sebab hal ini kita lihat pembelian barangan Malaysia bukan lagi isu besar. Kalau sebelum ini banyak diletakkan dalam televisyen tetapi sekarang ini dah tidak banyak. Saya harap diperbanyakkan semula. Seterusnya lagi saya ingin juga menyarankan kepada pihak kerajaan dalam hal untuk menjaga ini supaya diwujudkan jawatan pegawai hal ehwal pengguna di semua jajahan ataupun Parlimen di seluruh Malaysia yang boleh ditemui oleh masyarakat di semua bandar utama dan juga Parlimen-parlimen kita. Oleh sebab kalau kita betul-betul hendak didik masyarakat, kita perlu menyebabkan mereka ini boleh akses. Sekarang ini masyarakat kita tidak akan pergi untuk mengadu kepada tribunal ataupun kepada pihak pengguna kerana prosesnya agak lambat. Jadi, kalau boleh selepas ini kita mahu mereka lebih mesra, lebih ramai supaya masalah sara hidup ini dapat kita mempermudah dan kualiti dapat kita jaga. Saya teringat satu perbualan daripada seorang VC di sebuah universiti daripada USIM. Seorang VC ini menyebut tentang satu konsep baharu dalam dunia hari ini iaitu prosumer. Orang yang sama yang menjadi producer dan dia juga menjadi consumer dalam barangan yang dia hasilkan. Jadi ini merupakan satu konsep baharu yang saya kira perlu diperkenalkan di universiti-universiti tempatan dan juga di kalangan masyarakat bahawa bila berlaku COVID-19-19 sebelum ini, tidak boleh keluar dari daerah kita, tidak boleh masuk ke daerah lain. Jadi prosumer ini benar-benar menjadi satu penyelesaian kepada masalah yang berlaku di mana semua tempat dia ada produknya sendiri dan mereka juga akan menjadi consumer kepada barangan yang dihasilkan dalam komuniti masing-masing. Kalau ini dapat kita...

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, sila gulung.

Sedikit lagi. Satu minit lagi. Satu lagi daripada sudut saya hendak tanya juga, adakah kerajaan akan mengekalkan 11 item di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan yang diperkenalkan ketika Krismas dalam Ramadan, raya ini supaya kita dapat menikmati harga yang lebih murah untuk menghadapi Raya. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi memberi peluang kepada saya untuk perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2022) 2023. Untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dulu dikenali dengan KPDNHEP. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri pun ada sama untuk menjawab. Terima kasih dan sangat menghargainya. Tuan Pengerusi, sebagaimana yang kita tahu bahawa lebih daripada RM2 bilion diperuntukkan untuk tambahan ini dan bajet ini adalah untuk sebenarnya menampung bantuan ataupun Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) kerana kenaikan harga minyak sawit ketika itu yang terlalu tinggi di pasaran global dan juga perbelanjaan untuk pelaksanaan program Jualan Murah Keluarga Malaysia ketika itu. Ia dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat terutamanya yang terkesan kerana COVID-19 yang melanda negara dan dunia.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Persoalan saya untuk tambahan ini adalah adakah kerajaan memberi cadangan baharu untuk memperkenalkan suatu mekanisme baharu seperti membekalkan minyak masak bersubsidi secara bersasar sepertimana yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang kepada mereka yang B40 dan juga M40 bagi meringankan beban perbelanjaan kerajaan. Hal ini yang mana jika adanya sebagaimana yang dinyatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Rasah, jika adanya program ataupun subsidi bersasar ini, maka perbelanjaan kerajaan yang kita tahu terlalu tinggi untuk subsidi ini akan dapat dikurangkan dan sasaran yang dituju itu akan mengena dan kurang pembaziran. Kedua, apakah peranan kerajaan dan usaha untuk membanteras sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi ini yang terus berleluasa yang menyebabkan kerugian yang begitu banyak kepada negara. Oleh sebab itu saya membawa satu usul bagaimana yang saya baru– tetapi ditolak oleh Tuan Pengerusi. Ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tambun Menteri Kewangan mengatakan bahawa berlaku RM10 bilion ketirisan tahun lepas. Jadi saya mohon jawapan pada hari ini, sama ada task force yang dibuat oleh kementerian telah pun dapat menemui RM10 bilion tersebut. Ini kerana apa yang saya difahamkan bahawa tahun lepas bajet untuk subsidi minyak diesel dan juga RON95 ini cuma RM13 bilion sahaja. Jadi kalau RM10 bilion itu telah tercicir ataupun tiris, ertinya ada RM3 bilion sahaja yang dapat digunakan oleh rakyat. Saya rasa satu angka yang tidak dapat diterimalah dalam keadaan itu. Mungkin untuk hendak menggunakan bahasa bombastik, menggunakan angka RM10 bilion itu. Jadi perlu jawapan. Ianya perlu jawapan yang tuntas daripada pihak kementerian. Seterusnya Tuan Pengerusi, program Jualan Murah Keluarga Malaysia juga dikatakan mengikut catatannya, hasil daripada program tersebut sebanyak RM1.67 bilion tahun lepas dan sebanyak RM58.65 juta disalurkan kepada rakyat ketika itu. Jadi, duit daripada RM2 bilion tersebut dapat disalurkan kepada rakyat sebanyak RM58.65 juta iaitu melalui potongan harga, rebat, diskaun, yuran pendaftaran dan pelbagai lagi. Diharap program ini dapat diteruskan untuk meringankan beban rakyat kita yang juga masih terkesan sehingga sekarang. Jadi, apa yang ingin saya katakan di sini bahawa memohon dan merayu kepada pihak kementerian untuk meneruskan apa yang telah dilaksanakan yang memberi manfaat kepada rakyat demi melayani atau untuk sama-sama merasai perit jerih rakyat yang terkesan kerana masalah kewangan, masalah ekonomi yang melanda negara kita. Hari ini kita mendapat satu berita bahawa seorang hamba Allah dari Johor Bahru berjalan kaki datang ke Kuala Lumpur sekadar untuk menuntut pengeluaran KWSP bersasar. Jadi, ini suatu usaha yang kita nampak mungkin tidak masuk dek akal tetapi dilaksanakan untuk merayu Kerajaan Madani memahami jerih dan perit rakyat bawahan yang terkesan kerana masalah ekonomi yang melanda negara. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Dipersilakan Menteri untuk menjawab.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Pengerusi, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Hulu Terengganu yang mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan tambahan yang mencakupi beberapa isu tentang perkara yang dibangkitkan seperti isu program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) dan juga program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM). Dalam kita mendepani isu-isu yang berbangkit yang dibahaskan oleh ketiga-tiga Yang Berhormat, saya mulakan dulu dengan Yang Berhormat dari Rasah yang membangkitkan tentang adakah pernah dibuat permohonan untuk meningkatkan lagi jumlah minyak untuk kita paketkan dalam kita memberikan bekalan minyak subsidi yang mencukupi.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Seingat saya Yang Berhormat Hulu Terengganu pernah ada di sini. Mungkin di akhir pemerintahan Yang Berhormat Bera, saya rasa pernah dimohon untuk mendapat tambahan tetapi dilaporkan ditolak oleh Kementerian Kewangan. Walaupun isu itu boleh dibawa oleh KPDN tetapi oleh kerana ia melibatkan kos yang perlu dibayar untuk subsidi itu maka nasihat yang diberikan pada ketika itu adalah untuk melakukan pengawalan dalaman dan memfokuskan kepada golongan sasar yang sepatutnya menerima. Kemudian, KPDN di bawah Kerajaan Malaysia Madani yang baharu ini dan kebetulan saya diamanahkan sebagai Menteri, kami telah membuat suatu pendekatan yang lebih holistik bukan sekadar post-mortem tetapi membuat audit yang boleh memberikan kita beberapa fakta yang lebih konstruktif. Maka dengan itu, langkah pertama kita adalah kita memastikan bahawa kekuatan enforcement kita dapat dipertingkatkan. Setelah meneliti data ataupun kekuatan enforcement kita, kita hari ini hanya ada lebih kurang 2,100 orang pegawai penguat kuasa yang semua faham panjangnya sempadan kita di sebelah utara, di sebelah Siam dan termasuk juga di Sabah dan Sarawak memungkinkan berlakunya isu-isu penyeludupan barang-barang bersubsidi ini.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Maka dengan itu kita telah memfokuskan beberapa ops seperti Ops Tiris, Ops Terjah, Ops Pantau dan dengan lebih kerap kita melakukan penguatkuasaan. Sehingga yang terbaharu sebagai perkongsian telah ada pegawai penguat kuasa kita yang diberikan ugutan bunuh. Diberikan pelbagai kiriman yang simbolik, yang cuba menakutkan mereka. Di sini saya juga ingin mengatakan bahawa pegawai penguat kuasa pun tidak cukup. Sebagai contohnya bukan sekadar logistik kenderaan tetapi jumlah senjata api pun tidak cukup. Kita terpaksa berkongsi senjata api dengan melakukan operasi-operasi yang lebih mencabar. Maka dengan itu nanti, itu akan kemukakan dalam forum yang lain. Kemudian untuk kita lebih menyantuni golongan yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah tadi, satu polisi umum telah kami bincang dan kita telah memberikan arahan yang jelas kepada penguat kuasa. Peniaga-peniaga mikro ini, kita izin untuk mereka membeli minyak paket bersubsidi kerana apabila kita check data, kita check kepada kemampuan mereka memang mereka B40. Penjual goreng pisang, warung- warung dan termasuklah hari ini peniaga-peniaga pasar Ramadan, mereka juga B40. Jadi, tidak adil kalau kita betul kita hendak fokuskan, tidak sepatutnya minyak subsidi ini dibeli oleh orang berniaga. Ia untuk isi rumah. Kalau mengikut data dengan kuota yang diberikan, 60,000 matriks tan itu cukup Yang Berhormat. Kita cukup tetapi tidak cukupnya kerana kita mengizinkan peniaga- peniaga B40 ini untuk membelinya. Ini juga suatu kita namakan dengan izin, discretion timbang tara yang kita berikan kepada peniaga-peniaga kecil ini untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Bukanlah orang kata dengan izin, blind eye. Bukan. Akan tetapi kita memandang itu daripada segi keperluan yang mesti kita berikan untuk juga mereka mendapat bantuan bersubsidi itu. Yang Berhormat, tentang lambat itu Yang Berhormat, kita telah pun mengadakan libat urus yang lebih kerap. Pegawai kanan kementerian sentiasa mengadakan libat urus. Kalau perlu seminggu sampai dua tiga kali kita berjumpa supaya janganlah isu kelambatan pembayaran subsidi itu lambat. Akan tetapi itu juga bukan ia bermula daripada hanya Kerajaan Madani tapi saya faham ada rentetan-rentetan financial constraint dengan izin, yang kita terpaksa berbuat demikian. Akan tetapi isunya tidak ada yang kita tidak bayar. Segalanya berjalan dengan baik cuma jadual itu dari semasa ke semasa perlu kita perbaiki untuk memastikan pemain industri dan bekalan tidak tertangguh di peringkat pengilang. Yang Berhormat Tumpat menyatakan tentang ketirisan di sempadan. Saya faham. Golok, Yang Berhormat bukan mudah. Bukan saja minyak, banyak lagi. Jadi, itu adalah suatu komitmen kolaborasi bukan hanya KPDN tetapi KDN, Kementerian Pertahanan dan agensi-agensi lain turut kita perkasakan, kita perkukuhkan daripada semasa ke semasa. Saya tertarik dengan pandangan Yang Berhormat Tumpat tentang pendidikan kepenggunaan dan dengan halangan pegawai-pegawai yang tidak boleh ditambah, JPA bukan tak mahu tambah. Kita simpati dengan doktor sebagai contoh yang

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

begitu ramai. Akan tetapi untuk menambah pegawai pada ketika bukan suatu yang kita boleh buat. Namun begitu saya rasa di pejabat Ahli Parlimen ataupun ADUN, KPDN bila-bila masa boleh memberikan ataupun kita boleh mengadakan mungkin wacana ataupun suatu kursus ataupun suatu dialog tentang kepenggunaan. Dalam pejabat-pejabat Ahli Parlimen, termasuk Yang Berhormat Tumpat perlu kepada program ini, kita dari semasa ke semasa boleh memberikan ataupun kita boleh menampilkan tokoh-tokoh ataupun mereka yang pakar dalam bidang kepenggunaan. Saya faham Yang Berhormat, dalam Islam sendiri tentang kepenggunaan ini masih banyak yang perlu kita capai. Ada komen yang begitu kritikal tentang perbelanjaan kita pada bulan Ramadan. Ini daripada kita kecil dulu sampai sudah bercucu itulah isunya. Kenapakah kita harus membazir di bulan Ramadan? Itu memerlukan pada satu sistem pendekatan yang holistik yang melibatkan Kementerian Pendidikan juga supaya kita ditarbiah kembali mungkin Yang Berhormat, untuk kita lebih sedar tentang bagaimana kita harus berbelanja dan tidak berlakunya pembaziran khususnya pada bulan yang mulia ini. Kemudian juga saya setuju dengan Yang Berhormat Tumpat tentang monopoli. Bukan sekadar − perkara ini kita telah bergerak. BERNAS sebagai contoh walaupun bukan bidang kuasa saya tapi ada lima tahun lagi. PUSPAKOM kita akan tamat pada bulan hadapan. Pharmaniaga juga dan juga ada beberapa yang lain. Touch 'n Go, kementerian KPDN telah membuat keputusan sekarang ini kita buka kepada players, pemain-pemain baharu untuk lebih bersedia untuk kita membuat suatu langkah yang lebih proaktif supaya kita dapat memastikan pengguna akhirnya yang akan dapat faedah apabila monopoli ini dapat kita tamatkan. Kemudian tentang inovasi tentang promosi barangan Malaysia ini Yang Berhormat, kita sentiasa sebenarnya membuat banyak kempen-kempen beli barangan Malaysia ini. Ini tidak pernah berhenti. Dalam kita menjelajah khususnya Jelajah Rahmah ini kita tetap akan mengutamakan barang-barang tempatan Malaysia. Semalam sebagai contoh Tuan Pengerusi, KPDN memberikan geran hampir RM2.6 juta kepada pemain industri direct selling, dengan izin dan franchise. Yang menggembirakan kami adalah dalam kalangan yang menerima geran itu hampir ada 400 orang pemain industri direct selling ini hanya 18 peratus sahaja syarikat milik asing. Yang lain itu adalah merupakan syarikat-syarikat tempatan yang produk-produk Malaysia ini sebenarnya telah sama taraf, sama baik kualitinya, brandingnya, packagingnya dengan syarikat-syarikat antarabangsa. Beberapa jenama tempatan tentang kosmetik dan herbs boleh lawan sudah Max Factor, L’oreal sudah boleh lawan daripada segi labelingnya dan juga kualiti. Ini kerajaan melalui KPDN sentiasa memberikan promosi, geran dan inisiatif untuk anak-anak tempatan ini dapat melahirkan produk-produk yang lebih baik. Yang Berhormat Hulu Terengganu, ini saja ini. Dia dulu pernah duduk di sini juga. Okey, cadangan baharu subsidi bersasar ini memang saya sudah sebut dalam penggulungan kita just the matter of time. NACCOL telah membuat segala persiapan, data-data daripada ICU, PMO, DOSM sendiri, KPDN sendiri, JPJ dan juga Kementerian Perladangan dan Komoditi. Kita sudah siap dengan segala data untuk kita laksanakan subsidi bersasar ini. Kita yakin dengan fakta-fakta yang dikemukakan sekiranya kita berjaya untuk melaksanakan targeted subsidy ini kerajaan memang dapat berjimat hampir ke paras kalau RM50 bilion itu agak melampau. Kalau RM30 bilion itu biasanya kita dapat selamatkan. Kalau kita benar-benar melakukan dapat melaksanakan subsidi bersasar ini secara efisien. Berhubungan dengan itu kami telah membawa segala-galanya dalam NACCOL dan NACCOL pun sudah bawa dalam Kabinet tetapi kita hanya menunggu sahaja masa yang sesuai untuk kita melaksanakannya. Akan tetapi dalam apa-apa pun modal business, corporate ataupun mana-mana mereka yang faham tentang industri ataupun economist yang memberikan pandangan, pendekatan yang paling baik adalah soft landing, dengan izin.

Datuk Seri Salahuddin bin AyubAMANAH · PHMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup · Pulai

Tidak boleh harsh landing lah. Jadi, kita kena ada tempoh masa, tempoh notis dan tempoh pendidikan yang harus kita berikan konsultasi dengan pemain industri supaya apabila kita mengadakan targeted subsidy ini, nanti tidak ada yang mengalami kerugian ataupun berlakunya disruption at the market level. Itu yang penting untuk kita fahami. Yang Berhormat Hulu Terengganu, tentang apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang ketirisan itu. Saya pun telah membawanya dalam meeting Kabinet dan YABPM mengatakan beliau ada fakta dan beliau ada segala data. Jadi, kalau dalam beberapa sesi akan datang ini, kalau ada PMQ yang beliau sendiri akan jawab tentang question itu, saya rasa biar beliau sendiri yang menjawabnya kerana beliau yang menyatakan fakta itu. Kita telah membekalkan fakta dan beliau bertanggungjawab untuk menyatakan bahawa memang berlaku ketirisan yang mengakibatkan dalam isu diesel itu. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ada satu kemusykilanlah. Ini perlu diperbetulkan kerana apa yang diluluskan di dalam Dewan ini ialah keabsahan. Kementerian Yang Berhormat Menteri, adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ataupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup? Ini hendak kena betulkan ini.

Secara rasminya apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan senarai Kabinet baharu, nama yang diberikan adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Akronimnya ialah KPDN.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.

Kita menggunakan nama lama sebab ini ialah tahun sudah.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik.

Bajet tambahan.

Ini bajet tambahan untuk tahun sudah. Jadi, kita mengekalkan penggunaan nama lama. Belum lagi kita tukar nama baharu. Ini bererti apa yang dibentangkan ini adalah tepat kerana ia kisah tahun sudah.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, baik.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ini kerana saya perlu memastikan rekod ini benar dan diabsahkan perbelanjaan rakyat ini. Terima kasih kedua- dua Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita terus ke perkara yang berikutannya. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,058,146,000 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.25 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.25 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ke kementerian yang berikutannya. Kementerian Kerja Raya.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya dibuka untuk dibahas.

Sebelum itu Tuan Pengerusi, ada isu peraturan.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ya, Yang Berhormat Jelutong. Peraturan mana? Ini sebab peraturan ini, kena layan.

Peraturan 99.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ya?

Peraturan 99.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Nombor 9?

Peraturan 99, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Peraturan 99. Ya, Yang Berhormat Jelutong. Apa ia?

“Keputusan Tuan Yang di- Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusan Tuan Yang di-Pertua...” Kelmarin, ketika itu Tuan Pengerusi mempengerusikan Majlis Mesyuarat dan kita membincangkan ketika itu rang undang-undang, dengan izin, anti-stalking, undang- undang mengendap. Ketika itu, Yang Berhormat Kota Bharu telah membangkitkan isu bahasa dan mempertikaikan rang undang-undang yang telah dibentangkan dan Tuan Pengerusi telah membuat ruling. Selepas Tuan Pengerusi membuat ruling, Tuan Pengerusi juga telah meminta Besut meninggalkan Dewan kerana Besut tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan atau petua Tuan Pengerusi. Hari ini telah tular satu TikTok, di mana Besut dan juga Pendang mengadakan satu sidang akhbar di luar Dewan dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak menghormati bahasa Melayu. Majoriti rakyat Malaysia yang merupakan orang-orang Melayu mungkin tidak diberikan penghormatan disebabkan rang undang-undang itu tidak dibentangkan dalam bahasa Malaysia. Tuan Pengerusi, ini ialah perkara yang begitu serius. Kita tidak pernah menafikan keutamaan bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda kita. Petua yang dibuat oleh Tuan Pengerusi adalah begitu jelas. Cuma, saya terkilan. Kenapakah Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Besut, keluar daripada Dewan? Bukannya mana-mana pihak yang membuat keputusan, Tuan Pengerusi yang telah membuat keputusan. Keputusan ini dibuat oleh Kerajaan Perpaduan. Seperti yang dititahkan oleh tuanku. Saya rasa dukacita dengan tindakan Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Besut yang tidak ada di Dewan. Akan tetapi TikTok itu telah menjadi viral. Saya fikir ini sudah ada rancangan untuk menggunakan TikTok itu dalam pilihan raya enam buah negeri yang akan datang. Jadi, saya mahu menuntut sekarang supaya tindakan tegas diambil supaya perkara ini tidak menjadi polemik di luar sana. [Tepuk] Seolah-olah kerajaan sekarang tidak menghormati bahasa Melayu, tidak menghormati orang-orang Melayu. Yang Berhormat Pendang mengatakan bahawa kalau inilah cara kerajaan ini mentadbir, kemungkinan hak-hak orang Melayu akan tergugat pada masa yang akan datang. This is a serious matter, Tuan Pengerusi. You are a very straightforward man. Tuan Pengerusi merupakan seorang yang tegas dan selalu bertindak berpandukan

kepada peraturan-peraturan. Jadi, saya mohon supaya perkara ini diberikan perhatian dan tindakan tegas diambil. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tuan Pengerusi, saya rasa kita semalam semua sudah bersetuju...

Tuan Pengerusi...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

...dengan apa yang diputuskan oleh Tuan Pengerusi semalam. Jadi, apabila kita tengok pihak sebelah sana buat kenyataan begitu, pada saya ia mengelirukan Dewan dan menghina keputusan Tuan Pengerusi dan juga menghina Dewan ini. Oleh sebab itu, saya minta supaya mereka berdua dihadapkan ke jawatankuasa khas untuk menerima hukuman. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat...

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Adakah berkaitan dengan apa yang dinyatakan oleh...

Berkaitan, berkaitan.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik.

Jika dilihat kepada perkara yang telah disentuh oleh kedua-dua Ahli Parlimen kita ini, perkara ini telah pun diputuskan dan sudah adapun tindakan. Cuba rujuk balik Peraturan Mesyuarat 18(6), Peraturan Dewan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang Berhormat, silap itu Yang Berhormat. Bukan soal Yang Berhormat Besut. Ini soal berkaitan dengan kenyataan Yang Berhormat Pendang dan juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Besut soal yang berkaitan dengan bahasa Melayu.

Dak, dak...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Soal yang itu. Bukan soal kena keluar selama tiga hari itu. Kena tengok isu ini dulu.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

Dengar dulu. Dengar dulu, Yang Berhormat Hulu Langat.

Dak, dak... [Pembesar suara dimatikan]

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, kita berpandukan peraturan ya. Kalau kita lihat peraturan 35 itu, jelas. Hendak bercakap berdiri. Tuan Yang di-Pertua benarkan, baru bercakap. Saya sudah benarkan Yang Berhormat Jelutong untuk bangkitkan isu peraturan. Saya benarkan Hulu Langat untuk bercakap juga. Saya tidak ada bantah dan apabila saya tidak bantah, itu bermakna saya benarkanlah. Sekarang, Yang Berhormat tekan. Tekan. [Menunjukkan isyarat tangan]

Baik, saya hendak tarik perhatian tentang isu yang telah di...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sebentar, nanti dulu. Saya hendak dengar Yang Berhormat Jerlun. Fasal muka baru, saya tidak cam.

Okey. Baik. Saya hendak tarik perhatian Dewan...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Okey, Yang Berhormat Jelutong– Sebentar, sebentar. Saya tidak habis lagi. Saya tidak habis lagi. Sabar. Saya sudah benarkan Yang Berhormat Jelutong bercakap menyampaikan hasratnya. Saya

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

sudah benarkan Yang Berhormat Hulu Langat menyatakan. Sekarang, yang lain-lain itu tolonglah diam. Jadi, kita dapat dengar. Sekarang Yang Berhormat Jerlun. Silakan, apa yang tersirat dalam hati.

Baik. Saya ingin...

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Selepas itu, biar saya pula bercakap. Kita ikut aturanlah ya. Silakan.

Baik, saya merujuk peraturan Dewan yang telah menyebut Perkara 18(6) iaitu perkara yang sama tidak boleh dibangkitkan selepas diputuskan oleh Tuan Pengerusi. Jadi, dalam isu ini, jika dibangkitkan semula, ia akan mencacatkan perbahasan kita kerana perkara yang ditolak itu telah pun dilaksanakan.

Hukuman telah dikeluarkan. Pihak-pihak telah bertindak sepertimana yang diarahkan. Soal apa yang berlaku di luar Dewan itu tidak bolehlah dibawa semula untuk dibincangkan. Oleh sebab, isu pokok yang dibincangkan dalam Dewan ini sudah ada keputusan. Bila sudah ada keputusan, perkara yang sama tidak perlu diulang. Itu Peraturan Mesyuarat 18(6), Tuan Pengerusi. Sekian.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya mengambil maklum ketiga-tiga Yang Berhormat punya apa yang telah dinyatakan. Beginilah, saya berpandu balik pada Perlembagaan. Di dalam ini tidak ada tindakan boleh diambil. Di luar Dewan itu kita subjek dengan izin, subject to the civil law. Hendak saman kah, hendak apa kah, itu hak individu setiap rakyat. [Tepuk] Di dalam Dewan ini, jika mana-mana Yang Berhormat terkilan, kita ada peraturan juga. Usul-usul boleh dibangkitkan. Keputusan saya muktamad. Jalan 43 ada, 99 ada, 99A ada ya. Saya selesaikan Yang Berhormat Jelutong punya dulu ya. Yang Berhormat Jelutong, jika ada terkilan tentang apa yang telah dinyatakan, apa yang telah berlaku, sila buat usul secara bertulis. Benda itu boleh dikaji semula dan Tuan Yang di-Pertua boleh memutuskan. Selesai ya Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Hulu Langat, sebagai sokongan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Jelutong, sila buat usul juga. Kalau tidak kepuasan hati. Yang Berhormat Jerlun, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jerlun itu memang fakta. Jadi, jika ada kesilapan ataupun ada kesilapan kah dan sebagainya ketidakpuasan hati, kita tumpukan balik kepada ini. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Benda-benda tiga perkara ini saya telah jelaskan dan sedemikian, kita baliklah kepada Aturan Urusan Mesyuarat kita. Saya dah jelaskan ya. Janganlah berangkut- angkutan lagi. Tidak puas hati dalam Dewan, usul. Di luar you are, dengan izin you are subjected to the civil law. Faham? Faham?

Faham.

Tuan Pengerusi...

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Kita balik kepada urusan Majlis.

Berterima kasih pada petua yang dikeluarkan. Cuma, satu lagi perkara yang saya hendak minta. Kalau perkara ini tidak dibawa kepada perhatian Dewan yang mulia ini, bukankah kita membenarkan Ahli- ahli Parlimen selepas menerima arahan ataupun petua Tuan Pengerusi untuk keluar dan membuat kritikan terhadap Tuan Pengerusi? Adakah ini perkara yang boleh kita benarkan dan menggunakan video itu untuk rancangan jahat politik mereka?

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, kita putuskan di sini. Saya telah bercakap tadi. Kalau ia berkaitan saya sebagai jawatan saya as, dengan izin the job that I’m doing, bestowed by the Parliament dengan izin hak sebagaimana dalam Peraturan Parlimen kita, saya telah putuskan tadi. Jika saya terkilan

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

di luar, dia telah buat. Terpulang kepada diri saya sama ada untuk membawa perkara itu atau tidak. [Tepuk]

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Setuju, setuju Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Okey, Yang Berhormat.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Yang Berhormat Jelutong, buat- buat tidak faham. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat berkaitan dengan Peraturan? Kalau tidak ada, duduk. Okey, kita balik kepada urusan kita. Dah tersasul dah kementerian. Balik ya kepada kementerian yang berikutannya iaitu kementerian yang ketujuh. Kementerian Kerja Raya.

Kepala P.27Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2022] – Tuan Pengerusi [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kepala Pembangunan 27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Kalau dilihat di sini, hanya tiga orang pembahas iaitu Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Hulu Selangor dan Yang Berhormat Rasah. Saya persilakan Yang Berhormat Kampar untuk memulakan perbahasan.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru (Projek Baru). Ada tambahan RM200 juta. Saya nampak di nota sini ia adalah untuk WCE. Okey, WCE. P.27. Perlukan tambahan RM200 juta ini untuk pengambilan tanah untuk WCE, peruntukan secara pinjaman di mana syarikat akan bayar balik pinjaman ini. Jadi, saya hendak tanya perincian ini. Sejumlah RM200 juta ini untuk pengambilan tanah di kawasan mana dan berapa besar kawasannya? Bilakah jumlah ini akan dipulangkan kepada pihak kerajaan? Bercakap tentang WCE, saya rasa WCE memang ada fungsinya untuk kurangkan kesesakan di PLUS. Akan tetapi, kita tidak dapat nafikan laluan utama yang kebanyakan pengguna lebuh raya pakai masihlah Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan. Saya rasa masalah sekarang bukankah kita bukan hendak hapuskan tol. Saya rasa pengguna lebuh raya sekarang boleh terima kita bayar tol tetapi lepas bayar tol kita tidak mahu ada satu lebuh raya yang tidak selamat dan satu lebuh raya yang sesak. Oleh sebab, dua minggu lepas atau tiga minggu lepas setiap minggu saya balik kawasan Ahad hendak balik ke KL dari Kampar sampai ke KL sesak lima hingga enam jam. Ia sudah jadi satu amalan. Sudah jadi normalized. Dahulu semasa hari cuti kita jam. Akan tetapi sekarang hari biasa hari Isnin, Selasa, Rabu pun jam. Kenapa? Ini kerana sekarang jumlah kenderaan yang ada di atas lebuh raya terlalu banyak dan kalau kita tengok kawasan Tuan Pengerusi di Tapah. Di Tapah hanya dua laluan sahaja, dua lanes. Dari Tapah sehingga masuk Simpang Pulai sampai Ipoh. Lepas Ipoh kita naik ke Kuala Kangsar ada bukit-bukit semua. Kita hendak masuk Menora Tunnel. Jadi, kawasan- kawasan ini adalah kawasan yang paling sesak. Jadi, saya rasa sudah 20 hingga 30 lebih tahun kita bina lebuh raya PLUS. Saya rasa masa sudah sampai kita akan adakan satu penilaian pada ke seluruh Lebuhraya PLUS di mana kawasan-kawasan yang kita perlu upgradekan. Kalau dua lorong tambah tiga lorong. Tiga lorong tidak cukup tambah empat lorong dan ...

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Yang Berhormat Kampar, mohon.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ya. Boleh.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Saya percaya Yang Berhormat Kampar juga ada menggunakan laluan-laluan di West Coast ini untuk pulang sekali sekala. Kalau

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

di bahagian Selangor, ada bahagian yang sekarang ini masih lagi tertangguh iaitu di laluan daripada Ijok ke Tanjong Karang. Ini sudah lama dah. Laluan lain semua sudah siap. Akan tetapi yang situ sahaja masih lagi tertangguh. Setuju kah Yang Berhormat Kampar supaya perkara ini kita segerakan supaya ia akan memberi kemudahan kepada masyarakat semua?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ya, itu saya setujulah sebab kawasan itu memang kita perlu tambahkan. Jadi, sebenarnya...

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Yang Berhormat Kampar boleh?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ya, boleh.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

MP Kuala Selangor ini.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Boleh, boleh.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ini kerana ada kaitan dengan Kuala Selangor Tuan Pengerusi. Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) ini yang merentasi Jalan Kuala Selangor, Kampung Kantan, Bestari Jaya, Rawang atas jalan negeri B33 ya, berdekatan dengan Kampung Asahan, tiada kemudahan laluan masuk keluar lebuh raya. Sekali gus ia dengan tiada laluan interchange itu maka, pembangunan ataupun limpahan pembangunan tidak dapat dikecapi oleh kawasan itu, Tuan Pengerusi. Cadangannya adalah untuk mengadakan interchange di atas LATAR yang sudah pun. Jadi, maknanya itu interchange berhampiran dengan lebuh raya di situ. Dengan kata lain, kalaulah boleh kiranya WCE mengambil pertimbangan untuk diwujudkan interchange atas B33 Kampung Asahan itu kerana ia boleh memberikan banyak kemudahan termasuklah limpahan ekonomi di kawasan itu, Tuan Pengerusi dan untuk diadakan interchange di LATAR itu sudah tidak bermakna lagi dari segi impak ekonomi. Terima kasih Tuan Pengerusi atas kebenaran ini.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Okey, terima kasih. Saya masuk dalam ucapan saya. Saya hendak tambah sedikit. Oleh sebab, tadi saya cakap tentang dari Tapah sampai ke kawasan Menora Tunnel tetapi sekarang kita ada satu rancangan dari WISE. Saya telah bangkit semasa perbahasan dalam bajet dan juga saya ada terima jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya bahawa kelulusan WISE ini hanya secara prinsip sahaja. Jadi, saya hendak dapat satu kepastian sebab Kerajaan Negeri Perak tahun lepas telah umum bahawa tahun ini September akan mula pembinaan West Ipoh Span Expressway (WISE). Akan tetapi, West Ipoh Span Expressway ini dia hanya bina dari Gopeng masuk Kuala Kangsar, masuk Batu Gajah dan pergi Kuala Kangsar. Akan tetapi, dia tidak selesai masalah yang kita ada dekat Tapah. Jadi, saya buat cadangan boleh tidak kita panjangkan WISE itu dari Kuala Kangsar masuk Batu Gajah, pergi ke Kampar dan masuk Tapah. Jadi, we kill two birds with one stone. Kita selesai masalah di Menora Tunnel. Kita juga selesai kawasan di Tapah. Ini kerana Tapah sekarang kalau tengok Sabtu dan Ahad jam semua hendak masuk highway. Jadi, kalau kita boleh tambah satu susur keluar WISE di Tapah, terus kita boleh masuk ke Kampar masuk Batu Gajah terus sampai Kuala Kangsar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ini merupakan jalan yang lebih luas, jalan yang lebih lurus berbanding kepada Lebuhraya Utara Selatan. Saya hendak dapat satu kepastian daripada kementerian bahawa adakah projek ini telah pun lulus ataupun secara prinsip sebab jawapan bertulis saya secara prinsip. Akan tetapi pihak kerajaan negeri telah pun buat pengumuman bahawa September ini akan mula pembinaan. Adakah projek ini telah diberikan secara tender terbuka ataupun rundingan terus? Ini adalah kerana ini projek berbilion ringgit. Saya rasa Kerajaan Madani kita perlukan satu tender terbuka untuk kita kurangkan peluang untuk ketirisan dan juga kebocoran. Itu sahaja saya hendak bangkit. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada P.27 Butiran 81000 – Peruntukan Tambahan sebanyak RM200 juta. Saya difahamkan WCE ini membantu untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan. Saya ini orang Gopeng juga sebenarnya, orang Perak Kampar. Secara tidak langsung ia boleh membantu untuk melancarkan perjalanan untuk balik kampung melalui jalan yang terbaru ini. Untuk butiran ini membiayai pengambilan tanah bagi Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat, peruntukan WCE adalah secara pinjaman, di mana syarikat akan membayar balik pinjaman ini seperti mana yang termaktub di dalam perjanjian yang telah dipersetujui antara syarikat dengan kerajaan. Persoalan atau penghuraian yang hendak saya bincangkan di sini iaitu apakah jaminan pembayaran balik oleh syarikat berkenaan dan klausa-klausa terlibat serta implikasi jika tidak dapat membayar balik atau menyiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Seterusnya projek ini bermula pada tahun 2013 dan dijangka siap pada 16 Jun 2024. Apakah status terkini kerja pembinaan WCE pada tahun 2022. Jika dilihat menerusi laporan tahunan 2020 oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, status pembinaan adalah sekitar 71 peratus iaitu secara puratanya 10 peratus kerja pembinaan mampu disiapkan setiap tahun oleh Syarikat WCE Sdn. Bhd. Dengan baki masa yang ada adakah projek ini mampu untuk siap sepenuhnya mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta perubahan harga pasaran kos bahan mentah. Tuan Pengerusi, saya juga ingin mengetahui berapakah jumlah keluasan pengambilan tanah status rizab Melayu sepanjang jajaran WCE. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan tanah rizab ini digantikan semula untuk menjaga kepentingan tanah sedia ada. Seterusnya apakah status kajian impak sosial (SIA) dan juga kajian impak alam sekitar (EIA) dan kajian impak trafik (TIA) untuk projek WCE. Sekian terima kasih. Itu sahaja.

Tuan Pengerusi (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya menerima pemakluman Yang Berhormat Rasah menarik diri. Dengan itu hanya dua orang pembahas. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat mengambil bahagian. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat mengambil bahagian. Hanya dua orang sahaja. Saya juga ucapkan terima kasih. Terima kasih atas isu-isu yang dibangkitkan. Sudah pasti kami menggunakan kesempatan ini untuk sebaik mungkin bagi memberikan jawapan bagi setiap persoalan yang diutarakan cadangan-cadangan oleh Yang Berhormat. Sebelum saya pergi lebih jauh saya ingin maklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya menerima peruntukan tambahan di bawah Waran Pendahuluan Simpanan Luar Jangka seperti berikut. Butiran 08270 – Memulihkan Jalan di Sabah sebanyak RM10. Ini bertujuan untuk mewujudkan semula butiran bagi projek di Sabah untuk bayaran muktamad 082700020001, pembaikan cerun-cerun Jalan Kota Belud–Kudat laluan Persekutuan Satu (Pakej 2) yang telah siap pada Januari 2021. Butiran 1918 – Labuan, pembinaan jalan sebanyak RM10. Ini bertujuan untuk mewujudkan semula butiran bagi projek Wilayah Persekutuan Labuan untuk bayaran pampasan tanah 19180014001, projek pembinaan jalan pintas Kampung Gersik, Wilayah Persekutuan Labuan.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Butiran yang banyak disentuh oleh dua orang Ahli Yang Berhormat iaitu Butiran 8100 – Membina Jalan-jalan Baharu, projek baru sebanyak RM200 juta. Ini bertujuan untuk membayar pampasan pengambilan tanah bagi projek Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE). Butiran 8900 – Pengambilan Balik Tanah untuk Projek-projek Jalan, jambatan sebanyak RM10. Ini bertujuan untuk mewujud semula butiran untuk membayar kos pengambilan balik tanah. Jumlah keseluruhan peruntukan tambahan melalui Waran Pendahuluan Simpanan Luar Jangka KKR adalah sebanyak RM200,000,030 di mana Butiran 08270, 19180 dan 8900 adalah berbentuk token. Seterusnya saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi bahawa Lebuhraya Persiaran Pantai Barat, Taiping-Banting (WCE) merupakan jajaran lebuh raya WCE ini merentasi dua buah negeri iaitu negeri Selangor dan negeri Perak. Sejauh 316 kilometer dibina sepanjang persisiran Pantai Barat untuk kemudahan penduduk setempat dan juga pengguna lebuh raya ke utara. Panjang jajaran lebuh raya WCE yang dilaksanakan secara penswastaan oleh West Coast Expressway Sdn. Bhd. adalah sepanjang 233 kilometer. Berikut adalah jadual- jadual yang kita bentangkan yang mana bermulanya Jalan Banting ke KLIA (B18) sehingga persimpangan bertingkat di Tanjong Karang. Ini merupakan jarak lebih kurang 50 kilometer. Jajaran di negeri Perak pula bermula jalan persekutuan FR5 di Hutan Melintang ke Persimpangan Teluk Intan sebelum Jambatan Sultan Yusuf persimpangan Kampung Lekir. Seterusnya ke Teluk Intan sehingga Kampung Lekir. Kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan FR5. Seterusnya kita melihat bahawa kerja-kerja ini telah berjalan dengan lancarnya. Sepanjang 233 kilometer ini dilaksanakan dan sepanjang 83 kilometer adalah pelaksanaannya di bawah peruntukan kerajaan. Pembukaan lebuh raya ini secara berperingkat bermula dari tahun 2019 yang mana dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa ia merupakan dari persimpangan Bandar Bukit Raja ke persimpangan Kapar Seksyen 8, 9 dan 10. Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Di negeri Perak, dari persimpangan Hutan Melintang ke persimpangan Teluk Intan dan dari persimpangan Kampung Lekir ke persimpangan Beruas. Ini sebagaimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, progress kerja setakat hari ini adalah 84.19 iaitu pada 15 Januari 2023. Jangkaan siap pada tahun 2025.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Maknanya lebih kurang dua tahun lagi jangkaan siap yang akan kita lakukan WCE ini yang boleh memberi manfaat kepada banyak seksyen yang saya nyatakan yang melibatkan 233 kilometer. Bagi kesan yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, bahawa proses kita adalah untuk bagi projek pengurusan prinsip yang disoalkan tadi adalah syarikat pencadang bagi pencadang projek West Ipoh Span Expressway (WISE) ya, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ya, WISE pada 9 Februari 2022 untuk tempoh tiga tahun. Bertujuan membolehkan jabatan agensi yang berkaitan melaksanakan penilaian aspek teknikal dan kewangan untuk menentukan kebolehlaksanaan dan daya maju cadangan. Cadangan Lebuhraya WISE ini adalah sepanjang 60 kilometer menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar yang mana jaraknya adalah sama dengan lebuh raya PLUS yang mana ketika ini cadangan projek WISE ini telah melalui proses rundingan teknikal. Rundingan teknikal melalui makmal pengurusan nilai atau value management, dengan izin, melibatkan agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan. Manakala, proses rundingan kewangan sedang giat dijalankan oleh pihak khas UKAS, JPM bersama pihak syarikat pencadang sebelum diangkat ke kabinet untuk kelulusan. Buat masa ini pihak kerajaan tidak berhasrat untuk memanjangkan cadangan projek WISE ke Kapar dan Tapah setakat ini bagi mengelakkan sebarang implikasi kepada

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

kebolehlaksanaan dan daya maju cadangan projek berdasarkan jajaran sedia ada. Tumpuan adalah diberikan untuk meningkatkan aspek keselamatan dan piawaian trafik bagi laluan Gopeng ke Kuala Kangsar melalui Terowong Menora. Saya sangat faham bahawa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah satu perkara yang baik, sangat baik sebab saya juga kerap melalui laluan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat dan kita tahu bahawa keadaan itu. Akan tetapi, kita dalam suasana yang masih melihat keadaan keseluruhan dan kita tidak mengatakan kita tidak melaksanakan tetapi kita hendak juga supaya kajian-kajian tertentu mestilah kita lakukan. Jadi Tuan Pengerusi, dengan ini saya mengambil maklum setiap isu.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak meminta penjelasan sedikit. Kampar. Okey, untuk West Coast Expressway, kita buat perbandingan. West Coast Expressway lebih baharu - 333 kilometer, kos ia RM5.04 bilion. Jadi, setiap satu kilometer bersamaan RM15.27 juta. Akan tetapi untuk WISE ini, projek ini diberikan kepada satu syarikat secara rundingan terus. Hanya 64 kilometer. Kos ia RM5.75 bilion, lebih daripada West Coast Expressway. Jadi, setiap kilometer ia RM89.84 juta. Jadi, saya hendak tanya, adakah angka-angka ini munasabah. Sebab kos ia 5.88 kali lebih daripada West Coast Expressway. Jadi, berapakah tol yang kena kutip jika kita betul-betul kita bina WISE ini yang hanya 64 kilometer tetapi RM5.75 bilion?

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Sebenarnya sebelum kita melaksanakan sesuatu projek, sebab itu kita ada value assessment umpamanya. Kita pun buat, turun padang dan sebagainya. Banyak faktor- faktor yang menyebabkan harga berlainan antaranya mungkin laluan itu merupakan tanah yang bernilai tinggi, terpaksa kita bayar dengan harga yang tinggi. Setengahnya kita terpaksa melalui kawasan gambut, maknanya kita perlu buat spesifikasi yang boleh berdaya tahan. Kita tidak boleh bercakap soal pembahagian daripada segi sekilometer sekian projek berapa harga, sekian kilometer berapa harga. Tidak. Kita kena turun membuat secara value assessment dan kita hendak supaya dapat memastikan harga itu adalah harga ketepatan dan bukan satu lapisan yang kita lakukan. Kita daripada KKR akan serahkan kepada Kementerian Kewangan dan biasanya jawatankuasa itu juga adalah daripada Kementerian Kewangan dan kita hantar pula ke pihak kedua iaitu UKAS untuk membuat kajian seterusnya. KKR tidak sewenang- wenangnya memberi harga mengikut apa kehendak mereka, kita tidak akan mengikut kehendak kita, kita tawarkan harga tersebut. Kalau Tuan Pengerusi izinkan, saya benarkan...

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

10 saat sahaja.

Tuan Pengerusi

Untuk Yang Berhormat Kuala Selangor sahaja. 10 saat.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Ya. Saya bertanya tentang pembinaan interchange bukan di FT54 di LATAR sebab itu sudah tidak memberikan— added value-nya adalah untuk membuat interchange di B33 jalan itu. Jalan yang saya sebutkan tadi Jalan Kuala Selangor, Kampung Kuantan, Bestari Jaya ke Rawang kerana memberikan limpahan ekonomi yang sangat besar. Pertimbangan itu Kuala Selangor minta daripada Yang Berhormat Menteri dan kementerian. Terima kasih Tuan Pengerusi. Boleh?

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya secara peribadi, saya akan melihat apa yang dicadangkan iaitu jalan keluar. Jalan keluar ini sangat penting. Saya sangat setuju. Di kawasan saya sendiri pun, Lingkaran Tengah Utama pun, masuk ke dalam bandar saya tidak mempunyai jalan akses.

Jadi, kita minta diluluskan pada tahun lepas, maka pada tahun ini insya-Allah akan boleh dilaksanakan. Saya akan melihat apa yang Yang Berhormat bangkitkan dan sekiranya tiada dalam perancangan, saya akan cadangkan supaya dibina laluan tersebut untuk kebaikan kepada rakyat.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Banyak-banyak terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Selangor. Ya.

Jadi, terima kasih.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit. Sedikit. Hulu Selangor tadi.

Tuan Pengerusi

Ya. Yang Berhormat Hulu Selangor.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Ya. Bukan apa, bukan soalan. Saya mohon jawapan bertulis. Itu sahaja.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Persoalan yang saya keluarkan tadi itu.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Okey. Terima kasih banyak.

Baik. Semua jawapan kita akan jawab secara bertulis.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sedikit. Sedikit. Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Sedikit sahaja. Sedikit sahaja. Tidak banyak. Tidak banyak. Tuan Pengerusi boleh ya Tuan Pengerusi?

Tuan Pengerusi

Copek. Copek. Copek. [Berucap dalam dialek Negeri Sembilan]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Jalan Hulu Langat. Hulu Langat. Daripada Suntex ada proses pelebaran jalan. Daripada Suntex tu sampai ke Batu 10, Hulu Langat. Jadi, isunya sekarang ini penduduk bantah. Soal berkaitan.

Tuan Pengerusi

Cepat. Cepat. Cepat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Soal berkaitan dengan pengambilan tanah itu. Soal berkaitan dengan pengambilan tanah tetapi projek itu sudah berlaku. Maksudnya pelebaran itu sudah berlaku tetapi penduduk bantah. Itu yang pertama. Kedua, soal berkaitan dengan jalan-jalan yang berlubang ini. Saya tidak tahulah. Saya rasa Yang Berhormat saya rasa perlu pihak Kementerian Kerja Raya dan juga pihak- pihak yang berwajib ini untuk melantik pegawai-pegawai ronda sebab saya nampak bila jalan berlubang ini ia mesti datang aduan itu daripada wakil rakyat. Ini yang menjadi kehairanan kita ini. Betul. Kita tengok padang, kita tengok longkang, kita tengok pokok, kita tengok lampu, kita tengok semua perkara. Akan tetapi, soal berkaitan dengan jalan berlubang ini Yang Berhormat, jalan berlubang ini kita tidak boleh main-main sebab ia melibatkan nyawa, terutamanya kepada pembonceng-pembonceng, penunggang- penunggang motosikal. Kalau dia langgar lubang itu dia terpelanting, lori sapu. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Ini tidak boleh. Oleh sebab itu saya hendak minta sangat-sangat ini kepada Kementerian Kerja Raya kerana nanti pegawai-pegawai ronda ini tengok jalan-jalan kita ini sebab jalan-jalan kita ini tidak tahan Yang Berhormat. Cuaca kita ini, yalah sebab hujan dan kadang-kadang panas. Hujan, panas dan sebagainya. Kenderaan-kenderaan berat yang lalu ini menyebabkan Kementerian Kerja Raya kena melantik pegawai-pegawai ronda untuk meronda di setiap jalan-jalan kita yang terdapat dalam negara kita.

Tuan Pengerusi

Baik.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang Berhormat Hulu Selangor ada apa?

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Kami ini sokong Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Kalau sokong, mari ke mari saya bagi borang.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

[Ketawa]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Nak? Kita bagi borang, nak?

Tuan Pengerusi

Okey.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Sembang luar. [Ketawa]

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi

Kito nak balik awal ni. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat yang memberi pandangan dan cadangan sebentar tadi. Cadangan yang cukup baik. Sebenarnya Yang Berhormat Hulu Langat, saya berterima kasih sebab kami mengatasi setapak daripada Yang Berhormat Hulu Langat. Kami memang sudah mencadangkan supaya pegawai rondaan yang akan ronda setiap hari tetapi tidak satu tempat.

[Dewan tepuk]

Tidak satu tempat. Kita akan dalam setiap Parlimen itu kita akan lantik seorang pegawai yang akan membuat rondaan.

Tuan Pengerusi

Terima kasih.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Terima kasih banyak.

Sebenarnya itulah salah satu yang kalau Yang Berhormat ingat bahawa kita mendapat kelulusan RM100,000 kepada JD-JD, Jurutera-jurutera Daerah, kita hendak gunakan supaya kita dapat membuat rondaan. Sebenarnya sebelum ini, kita tiada peruntukan sedemikian rupa. Kita hanya bergantung kepada konsesi yang membuat rondaan. Itu salah satu dalam syarat konsesi, mesti membuat rondaan sepanjang masa melihat jalan-jalan yang lubang.

Tuan Pengerusi

Menteri panjang lagi?

Walaupun sudah keluar tajuk Yang Berhormat, tetapi saya tetap melayani sahabat-sahabat saya ini.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Timbalan Menteri.

Tuan Pengerusi

Menteri kena landing sudah ni.

Sepatutnya saya sudah hendak landing pun sudah.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Hulu Selangor. Minta maaflah.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

RM100,000 sudah bagi ke belum?

Minta maaf. Saya tidak pasti tetapi apabila bajet diluluskan...

Tuan Pengerusi

Ya.

Insya-Allah akan sampai.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Baik. Terbaik. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Untuk akhirnya Tuan Pengerusi, KKR mengambil maklum setiap isu dan permasalahan yang diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan sentiasa berusaha untuk menaikkan mutu kerja dan untuk menyelesaikan apa jua permasalahan yang sering berlaku. Dengan ini, saya mengucapkan sekali lagi terima kasih dan segala teguran dan cadangan itu, kita akan memberi perhatian sepenuhnya. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana mengizinkan lebih banyak masa kepada KKR. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih Menteri. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.27 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Sekarang Kementerian Pengangkutan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan, ianya hanyalah token jadi tidak ada perbahasan. Namun begitu, kita perlukan kelulusan. [Tiada Perbahasan]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.28 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.28 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ini juga token. Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. [Tiada Perbahasan]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.30 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Kepala Pembangunan P.31 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Ini juga token. [Tiada Perbahasan]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.31 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan.

Tuan Pengerusi

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.31 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Kementerian Wilayah Persekutuan. Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Token juga. [Tiada Perbahasan]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.32 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.32 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Kementerian Alam Sekitar dan Air. Juga token. Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air. [Tiada Perbahasan]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.33 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.33 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Usul — Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 — Kepala B.42 [Jadual] – Kepala P.42 [Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bil.1) 2022] –Motion

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahaskan. Namun pun begitu, ia adalah untuk B.42 sahaja kerana P.42 tidak perlu dibahas. Silakan Kementerian Kesihatan. Baik, saya ada nama ini tetapi tidak tahulah kalau tak tarik diri, tak balik awal ya tak. Yang Berhormat Bakri sini ada Yang Berhormat Bakri? Dia tunggu lama itu. Yang Berhormat Bakri. Silakan Yang Berhormat Bakri. Lima minit.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi 10 minit boleh?

Tuan Pengerusi

Jangan begitu. Hari ini hari Khamis, malam Jumaat ini. Budak buka puasa pula.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

[Ketawa]

Tuan Pengerusi

Silakan.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan isu yang sering kali ditimbulkan dalam Dewan mulia ini iaitu ketidakcukupan tempat parkir di hospital awam terutamanya Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar atau lebih dikenali sebagai Hospital Muar. Tuan Pengerusi, masalah ini telah menjadi masalah yang sering diadukan oleh pengguna Hospital Muar. Mereka kerap menghadapi kesulitan untuk mencari tempat letak

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

kereta. Kadang kala mereka perlu tunggu selama 30 minit hingga 1 jam untuk menunggu dan mencari satu petak parkir kosong. Ia juga menimbulkan masalah kesesakan di kawasan hospital. Tuan Pengerusi, sebenarnya saya telah ada timbulkan isu ini melalui perbualan dengan Menteri dan pihak kementerian telah juga beritahu bahawa di Hospital Muar ini ada lebih daripada 700 petak parkir. Jadi, saya lihat untuk jangka pendek sebenarnya pihak kementerian boleh mempertimbangkan supaya sebahagian besar yang telah ditetapkan sebagai petak parkir dikhaskan bagi pihak kakitangan dan doktor-doktor di hospital boleh dikosongkan supaya ia boleh digunakan oleh orang awam. Mengapa saya memberikan cadangan sebegini? Ini kerana saya lihat sekiranya kakitangan atau doktor-doktor di hospital, mereka letak kereta di tempat letak kereta itu selama lapan jam. Di mana untuk lapan jam itu, separuh daripada petak-petak di parking, sebenarnya ia kalau digunakan oleh orang awam, ia boleh diletak banyak parking. Sebahagian besar isu ketidakcukupan tempat letak kereta ini boleh diselesaikan. Kita boleh sediakan satu tempat letak kereta khas di luar dari hospital untuk kakitangan- kakitangan hospital dan doktor ini. Mereka boleh dihantar dengan shuttle bas ke tempat kerja iaitu hospital. Saya faham sekiranya kita minta kementerian untuk bina satu bangunan tempat letak kereta bertingkat itu, dia ambil masa yang panjang untuk dirancang dan dilaksanakan. Maka, jangka pendek, saya harap tempat letak kereta khas itu boleh dikosongkan dan digunakan oleh orang awam.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Tuan Pengerusi, Hospital Muar ini ada sejarah lebih daripada 100 tahun tetapi kita lihat projek naik taraf yang terdekat yang dijalankan adalah seawal 23 tahun lalu iaitu pada tahun 2000 di mana bilangan katil ditambahkan sehingga 550 buah katil. Saya tidak pasti sama ada ini dikira banyak atau tidak tetapi adakah ini mencukupi untuk menampung keperluan populasi di Muar sebanyak lebih kurang 400,000 orang. Apatah lagi Hospital Muar ini merupakan satu-satunya hospital yang lengkap di wilayah utara Johor. Maka saya harap pihak kementerian boleh mengambil kira dan menjalankan naik taraf kepada Hospital Muar ini. Rakan saya telah membangkitkan isu ini dalam Dewan Negeri Johor. Jawapan yang diberikan oleh Exco adalah dengan izin Tuan Pengerusi saya bacakan Hansard Dewan Negeri. “Untuk sekarang, projek yang akan dijalankan di Hospital Muar adalah penaiktarafan sistem loji rawatan air kumbahan Hospital Pakar Sultanah Fatimah yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, Rolling Plan 4.” Maknanya untuk Hospital Muar ini sudah ketinggalan sekurang-kurangnya dua Rancangan Malaysia. Jadi saya harap pihak kementerian dapat memberikan perhatian kepada Hospital Muar supaya isu kesesakan dan ketidakcukupan bilangan katil di Hospital Muar ini dapat diselesaikan, dapat ditangani dengan secepat yang mungkin. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tuan Pengerusi, dengan izin. Saya memandang bahawa Yang Berhormat Menteri Kesihatan ada di sini untuk saya bangkitkan satu isu yang punya kemaslahatan, kepentingan rakyat seluruhnya.

Tuan Pengerusi

Ya tidak mengapa, ikut giliran dahulu.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Seorang sahaja?

Tuan Pengerusi

Ada lagi, ada lagi. Semua tidak berganjak pun.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Baik, terima kasih. Baik, baik.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Langat.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Kepala 42, B.42, Butiran 080000. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada peruntukan yang saya lihat tambahan yang agak besar yang telah dibelanjakan, sama ada ini adalah sesuatu yang luar jangka ataupun sesuatu yang biasa? Ini kerana, saya melihat mungkin ada perkara- perkara yang boleh diperbaiki ataupun dikurangkan peruntukan-peruntukan tambahan seperti ini. Saya ingat ini antara insentif kepada penjawat awam ataupun pesara-pesara Persekutuan apabila mereka sudah tidak bekerja dan mendapatkan insentif rawatan perubatan bagi mereka. Cuma saya hendak juga dapatkan maklumat daripada Yang Berhormat Menteri, apakah jenis penyakit-penyakit terutama penyakit yang bukan berjangkit, non-communicable disease yang biasa kepada pesara-pesara awam ini yang terpaksa kita belanjakan. Ini kerana saya ingat kita ada ruangan bagaimana kita mungkin melalui program- program pencegahan dan juga pendidikan, gaya hidup sihat yang kita dapat kurangkan. Kita sedia maklum, saya ingat ia tidak jauh berbeza dengan penyakit-penyakit dalam kalangan orang awam seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan sebagainya. Saya kira ini mungkin antara perkara-perkara yang mungkin kita boleh kurangkan melalui gaya hidup sihat dan juga kawalan pencegahan yang lain. Begitu juga saya hendak melihat sama ada Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) ini adalah sebahagian juga daripada penyakit yang besar, yang terpaksa kita belanjakan. Ini kerana, saya hendak merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan pagi tadi kepada perbahasan Yang Berhormat Kuala Terengganu yang menyebutkan bahawa ada usaha untuk mematahkan Rang Undang- undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dibentangkan. Saya kira kalau ini berlaku, satu yang sangat merugikan sebab usaha di peringkat kementerian sendiri untuk memberikan taklimat kepada pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan. Agenda kita untuk generational end game (GEG) ini. Disebutkan juga bahawa nikotin rokok elektronik ini akan dikeluarkan daripada kumpulan ‘C’ di bawah Akta Racun 1952 semata-mata untuk membenarkan ia dijual oleh mereka ataupun pengamal kesihatan yang berlesen semata-mata. Jadi saya kira ini pun sangat merugikan kepada kita sebab kandungan nikotin inilah yang kita hendak kawal dan ia mempunyai impak yang besar kepada ketagihan kepada mereka yang menggunakan rokok elektronik ini. Saya hendak penjelasan ini dan sudah tentulah agenda kita untuk generational end game ini mungkin tidak akan tercapai. Kemudian berkaitan bekalan perubatan dan fasiliti kesihatan. Suatu jumlah yang juga besar. Saya tidak tahu bagaimana penggunaan ataupun bayaran ini tetapi saya hendak juga dapat maklumat sama ada ia juga disebabkan oleh luar jangka berkaitan dengan bencana COVID-19 yang terpaksa kita hadapi dan kita mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar seperti ini. Begitu juga dengan bayaran konsesi penswastaan makmal ubat dan juga stor. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penjelasan itu. Jadi, saya ingat itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Ampang tidak ada? Kalau tidak ada, saya terus kepada Yang Berhormat Kuala Nerus.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana saya diberi peluang untuk membahaskan sedikitlah tentang Rang undang-undang Perbekalan Tambahan 2022/2023. Saya merujuk terus Tuan Pengerusi kepada Butiran 080400 – Perubatan Pesara Awam Persekutuan.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Memang kita tahu secara asasnya negara kita sedang menuju negara menua. Maknanya kalau pencen itu, umurnya panjang lagi menyebabkan mungkin bilangan ramai maka kos rawatan juga akan meningkat. Oleh itu, saya memohon supaya dapat diberi suatu statistik pesara awam Persekutuan yang mendapat manfaat daripada peruntukan tambahan ini. Juga tentang sekarang ini banyak kes kegagalan buah pinggang ataupun renal failure yang memerlukan rawatan hemodialisis semakin meningkatlah terutama di kalangan warga emas sendiri. Oleh sebab itu, saya mohon bertanya mengenai isu pesakit dialisis yang terpaksa menunggu waktu yang lama, pesara ini terpaksa tunggu masa yang lama untuk mendapatkan rawatan dialisis di hospital-hospital awam, hospital kerajaan. Untuk makluman Tuan Pengerusi, tidak semua hospital awam di negara kita ini ada fasiliti untuk rawatan dialisis. Oleh itu, sejauh mana komitmen kerajaan untuk menempatkan pusat hemodialisis yang mencukupi di seluruh hospital awam di negara ini. Pada masa yang sama, adakah kerajaan bercadang juga untuk memperluaskan fasiliti hemodialisis di klinik-klinik kesihatan bagi memberi akses kepada rawatan dialisis yang lebih mudah tanpa perlu menunggu tempoh yang lama khususnya kepada warga emas, pesara-pesara awam tadi. Jadi mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 080700 – Bekalan Perubatan Fasiliti Kesihatan. Peruntukan tambahan yang telah dibelanjakan adalah RM320,598,550. Pertama, saya perlukan juga penjelasan apakah peruntukan tambahan ini kerana bilangan pesakit semakin ramai tiba-tiba ramai kerana mungkin ada wabak dan sebagainya ataupun peningkatan harga ubat khususnya selepas PKP ini. Mungkin terpaksa beli ubat luar negara dengan harga yang lebih tinggi. Ini kerana, saya sentiasa menerima rungutan daripada orang ramai, setiap hujung tahun biasanya kehabisan ubat dan kekurangan di fasiliti-fasiliti kerajaan khususnya di luar-luar bandar ataupun mungkin ada wabak baharu yang muncul ataupun ia hanyalah kesinambungan komplikasi COVID-19? Selain daripada itu, saya juga mohon perincian status ubat anti-viral Paxlovid untuk merawat golongan berisiko tinggi yang dijangkiti COVID-19, berapakah peruntukan untuk ubat anti-viral ini? Sehingga kini, sejauh mana kajian klinikal mengenai anti-viral Paxlovid ini dan sejauh mana keberkesanan ubat anti-viral ini untuk menangani gejala COVID-19?

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Keduanya, saya mohon bertanya mengenai status pelupusan 93 unit ventilator yang tidak dapat digunakan semasa pembelian oleh KKM pada 2021. Adakah peruntukan di bawah butiran ini turut digunakan untuk mengganti ventilator tersebut? Tuan Pengerusi, untuk Butiran 990100 – Konsesi Penswastaan Makmal Ubat dan Stor. Peruntukan RM301,204,600 telah dibelanjakan. Berkaitan butiran ini pertamanya, apakah ada kaitan bahan untuk ujian-ujian makmal bagi Projek Rintis Pre-Exposure Prophylaxis HIV yang dilaksanakan oleh KKM? Seperti antivirus itu mungkin diberi secara percuma tetapi baseline lain yang kita terpaksa buat siasatan makmal HIV, Hepatitis A, B ataupun C, ujian darah penyakit sifilis dan juga ujian darah untuk buah pinggang. Berapa kos anggaran ujian makmal untuk setiap kes tersebut? Seterusnya, adakah kerajaan telah ambil kira dalam Bajet 2023 ataupun mungkin bajet tambahan pula untuk tahun 2023 bagi penerusan Projek Perintis PrEP ini? Satu lagi untuk makluman Dewan, saya suka hendak highlight sedikit di sini ialah tentang kemungkinan kita terpaksa mengeluarkan bajet yang besar juga pada tahun ini kerana kes denggi sedang meningkat. Peningkatan berbanding dengan tahun lepas ialah 222.6 peratus kadar kes denggi dan kematian meningkat kepada 433.3 peratus. Apakah persiapan Kementerian Kesihatan daripada segi peruntukan bagi menghadapi keadaan ini? Adakah perlu bajet tambahan ataupun sebaliknya? Kedua, sejauh mana konsesi penswastaan ini telah menyelesaikan isu waktu menunggu yang panjang di hospital KKM? Saya maklum bahawa konsesi penswastaan ini juga menangani isu kekurangan ubatan di pasaran ekoran pandemik COVID-19.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Namun, setelah reda penularan pandemik tersebut, apakah status konsesi ini? Adakah ia diteruskan untuk ubatan selain COVID-19 ataupun sebaliknya? Mohon penjelasan, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Selangor, silakan.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya kira ucapan daripada Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kuala Nerus dan kawan-kawan lebih awal tadi telah mengambil poin-poin saya. Saya tidak berhajat untuk mengulangi poin-poin itu. Sekadar untuk menyebutkan, tumpang saya perhati Yang Berhormat Menteri Kesihatan ada di sini, akan laporan dalam Star hari ini yang menyebutkan tentang mogok doktor pada tarikh yang disebutkan di situ 3 hingga 5 April. Saya kira adalah amat penting untuk kita berikan perhatian. Dengan nada itu juga, saya kaitkan atas isu terpenting supaya keseluruhan kemaslahatan perkhidmatan dalam sektor kesihatan ini dilihat. Antara perkara yang- pendekatan yang muktamad atau yang lebih tuntas dan lebih holistik adalah untuk penubuhan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan diwujudkan dalam waktu sesegera. Mungkin ada dalam Health White Paper, dengan izin. Lalu saya minta supaya perkara ini, kalaulah ia boleh memberikan sedikit keselesaan dan keyakinan kepada rakan-rakan dan healthcare workers (HCW) ini dalam semua perkhidmatan, khasnya doktor-doktor. Jadi, kalau itulah boleh diberikan sedikit keyakinan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan petang ini supaya mogok yang doktor ini dapat kita tangani dengan lebih damai, lebih holistik dengan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang akan melihat kepada semua skim perkhidmatan dalam kesihatan. Memberikan mereka persoalan emolumen mereka, pathway mereka, hal kontrak, hal yang tetap dan sebagainya. Tuan Pengerusi, saya kira inilah waktunya, di Dewan ini sebelum perkara ini berlaku dan kita tidak mahu perkara itu berlaku. Namun, kita memahami latar belakang keseluruhan perkara ini ataupun rentetan perkara ini, susur galur perkara ini. Terima kasih Tuan Pengerusi atas ruang ini.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, silakan.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jadi pertama- tamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama 2022. Pelbagai soalan yang telah diberikan tetapi Tuan Pengerusi, izinkan saya untuk membaca ataupun menerangkan secara amnya terlebih dahulu sebelum menjawab soalan-soalan yang diberikan. Jadi, bagi pihak KKM kita juga ingin mengucapkan terima kasih kepada warga KKM. Ucapan terima kasih daripada kami kepada Kementerian Kewangan atas bantuan yang telah diberikan sebanyak RM676.52 juta bagi memastikan jaminan akses rawatan kesihatan yang berterusan secara inklusif dapat diberikan kepada rakyat. Walaupun tahun lepas tetapi memberikan manfaat yang sangat besar. Dengan jumlah tambahan yang telah diberikan itu, kita telah meningkat sebanyak 2.1 peratusan berbanding tahun ini dengan tahun lepas. Jadi, berdasarkan peruntukan tambahan sebanyak itu, RM49.72 juta adalah bagi menampung perubatan pesara awam Persekutuan seperti yang semua tahu, yang telah mendapatkan rawatan di hospital pengajar seperti HUSM, HUKM dan juga pelbagai lagi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), juga di Hospital Angkatan Tentera di bawah Kementerian Pertahanan dan pelbagai panel dialisis. Jadi, selebihnya RM626.8 juta adalah bagi menampung perbelanjaan bekalan perubatan fasiliti kesihatan dan bayaran konsesi penswastaan

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

makmal ubat dan stor. Peruntukan asal yang diluluskan tidak mencukupi Ahli-ahli Yang Berhormat, susulan keseluruhan perkhidmatan klinikal di hospital dan klinik telah kembali berfungsi sepenuhnya selepas negara pulih daripada fasa pandemik. Jadi, kes-kes rawatan dan prosedur perubatan yang terpaksa ditangguhkan semasa fasa pandemik COVID-19 perlu dilaksanakan segera supaya kesihatan pesakit tidak terjejas. Perkara ini menyebabkan keperluan mendadak yang tinggi bagi memastikan kecukupan bekalan perubatan seperti ubat, gas reagents dan juga consumables, dengan izin. Di samping itu, terdapat peningkatan harga yang amat ketara. Hal yang ini sebenarnya saya menjawab kepada salah satu daripada soalan juga tadi- terhadap harga ubat di pasaran disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan gangguan bekalan di peringkat global. Berdasarkan rekod, kenaikan harga ubat pada tahun lepas adalah dalam lingkungan 79 peratus hingga 352 peratus berbanding dengan harga pada tahun 2021. Jadi Yang Berhormat Bakri, sebenarnya apa Yang Berhormat Bakri bertanya tadi saya ambil maklum sebab sebenarnya ia tidak menyentuh apa yang akan kita bincangkan pada hari ini iaitu tentang tambahan perbelanjaan. Jadi, saya ambil maklum dan saya akan semak, Yang Berhormat Bakri. Insya-Allah kita akan kembali kepada Yang Berhormat Bakri kemudian. Soalan daripada Yang Berhormat Kuala Langat, adakah perkara-perkara ini biasa berlaku ataupun di luar jangka? Sebenarnya perkara ini biasa berlaku. Jadi, wang yang diperuntukkan itu di parking ke KKM. Jadi, apabila hospital-hospital yang saya sebutkan tadi memerlukan, maka kita membayar kepada mereka dengan peruntukan yang telah diberikan. Penyakit-penyakit biasa yang ada pada pesara awam yang datang ke hospital tersebut, seperti yang kita maklum memang yang saya sebut juga tadi, ada yang perlu kepada dialisis, pesakit-pesakit akibat daripada umur yang meningkat, warga emas. Itu ialah penyakit-penyakit yang biasanya pesara-pesara kita pergi ke hospital yang berkenaan. Menjawab kepada soalan yang lainnya, tentang program pencegahan itu memang saya bersetuju. Bahawa kita sebenarnya kena menumpukan perhatian untuk masa-masa hadapan kita berpindah daripada sick care kepada health care. Jadi dengan itu, insya-Allah kita dapat mengurangkan sebenarnya perbelanjaan-perbelanjaan yang diperlukan untuk merawat pesakit-pesakit yang sedia ada dan pesakit-pesakit yang khususnya pesakit-pesakit kronik yang dialami oleh warga emas kita.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Saya juga ingin menyentuh tentang tadi, Yang Berhormat Kuala Nerus. Yang Berhormat Kuala Nerus ada bertanya tentang statistik mereka yang menerima rawatan. Jadi, saya tidak ada jawapan itu sekarang tetapi saya akan menjawab kepada Yang Berhormat Kuala Nerus secara bertulis tentang statistik tersebut. Perancangan untuk menambah hemodialisis di Klinik Kesihatan Kuala Nerus. Insya-Allah. Sejauh manakah komitmen kita? Memang insya-Allah bagi tahun 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan peruntukan sebanyak RM5.5 juta Yang Berhormat di bawah Projek Perkhidmatan Hemodialisis Klinik Kesihatan di Malaysia manakala bagi menaik taraf perkhidmatan hemodialisis di hospital pula, kita telah memberikan peruntukan sebanyak RM6 juta pada tahun ini, insya-Allah. Saya menjawab pula soalan daripada Yang Berhormat Kuala Langat. Saya kembali kepada Yang Berhormat Kuala Langat tadi. Beliau bertanya tentang peruntukan denggi. Dari tahun 2022 dan tahun 2023, KKM telah memperuntukkan peruntukan bagi aktiviti bagi kawalan denggi Yang Berhormat, sebanyak RM45 juta. Jadi, kita memang ambil maklum tentang kenaikan kes-kes denggi khususnya di negeri-negeri seperti Selangor. Di Selangor, pada quarter pertama ini sahaja kita ada lebih daripada 13,000 kes denggi. Ini bagi memastikan pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan secara yang berterusan. Jawapan lain yang saya hendak berikan ialah juga tadi Yang Berhormat Kuala Langat ada bertanyakan tentang adakah kerajaan bersetuju dengan pandangan industri tembakau mengenai RUU Kawalan Produk Tembakau ini. Jadi, Rang Undang-undang

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 telah pun digubal dan dibuat bacaan pertama dan bacaan kedua pada sidang Dewan yang lepas. Jadi, mesyuarat ketiga pada Ogos lepas juga, RUU tersebut telah dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 itu dapat diteliti dengan lebih lanjut. Walau bagaimanapun, kita tahu ia telah tertangguh akibat daripada pembubaran Parlimen. Jadi, KKM sebenarnya membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangan RUU ini dengan pindaan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang lalu melalui penyata yang disiarkan pada 5 Oktober 2022. Jadi, KKM menyasarkan untuk membentangkan semula, insya-Allah. Walaupun kerajaan telah menyatakan bahawa duti eksais terhadap nikotin gel and vape khususnya akan dilaksanakan tetapi kita akan terus membentangkan RUU ini dalam masa yang terdekat, insya-Allah. Kalau tak dapat pada sesi ini, pada sesi depan kita pastikan kita akan bentangkan tentang RUU tersebut. Saya juga ingin menjawab kepada Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor yang terakhir tadi. Sebenarnya kita maklum, sangat maklum tentang berita-berita di luar sana.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Ya, saya.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Saya ingat Kuala Nerus ada lagi, ventilator. Sebanyak 93 unit yang dibeli pada tahun 2021, rosak dan dijual.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Itu tidak termasuk, Yang Berhormat. Itu tidak termasuk dengan perbelanjaan yang telah digunakan pada tahun lepas.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Makna peruntukan tambahan itu bukan untuk ganti ventilator rosak?

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Bukan, bukan untuk ganti.

Dato' Dr. Haji Alias bin RazakPAS · PNKuala Nerus

Okey.

Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan nikotin yang dikeluarkan daripada Akta Racun.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Ya.

Tuan Pengerusi

Sebelum itu Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri boleh jawab habiskan yang Kuala Selangor dahulu? Tergantung ayatnya.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Ha, tergantung. Itu lah. Nanti saya bagi kepada Yang Berhormat Kuala Langat semula. Baik, Yang Berhormat Kuala Selangor tentang Suruhanjaya Perkhidmatan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Perkhidmatan Kesihatan.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Saya sangat bersetuju tentang hal itu Yang Berhormat Kuala Selangor dan saya rasa itu ialah jalan yang terbaik sebenarnya. Jadi, insya-Allah dalam Health White Paper kita nanti, memang kita akan masukkan khusus. Itu dalam pillar yang keempat, Yang Berhormat. Jadi, kita akan pastikan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan. Itu dia lebih lengkap berbanding dengan hanya Suruhanjaya Kesihatan. Jadi, kita ada perkataan reformasi supaya lebih terperinci lagi untuk mereka memastikan perjalanan Health White Paper yang kita bentangkan itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Insya-Allah.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sangat meyakinkan, insya-Allah. Cuma atas butiran tentang ubat- ubatan tadi, kita mengalami satu krisis pada Jun 2022 tahun lepas atas antibiotik dan OTC sebagainya dan kita juga perlu faham bahawa dari sudut medical ataupun medicine security (keterjaminan ubat-ubatan) ini, kita hanya ada dua local suppliers kepada apa

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

yang diistilahkan kepada the Active Pharmaceutical Ingredient (API) yang penting untuk membuat ubat-ubatan dan saya kira perlu untuk kita mengambil perhatian bahawa kita perlu mengembangkan lagi dari sudut manufacturing keupayaan pembinaan daripada segi membina beberapa outlets lagi, beberapa industri lagi untuk kebolehan bagi mengeluarkan the Active Pharmaceutical Ingredient (API) bagi menjamin medical atau medicine security, dengan izin. Terima kasih.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Ya, betul. Saya bersetuju tentang hal itu Yang Berhormat Kuala Selangor. Seperti juga kita sekarang ini sedang dalam usaha untuk membangunkan vaksin, begitu juga dengan ubat-ubatan. Jadi, insya-Allah kita akan mengambil perhatian di atas apa Yang Berhormat Kuala Selangor telah bangkitkan.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, panjang lagi kah Yang Berhormat Menteri? Kita behind time now.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Okey, dah habis masa ya?

Tuan Pengerusi

Ya.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Cuma saya jawab sikit daripada Yang Berhormat tadi tentang nikotin itu ya.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Langat ya.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Ya, Yang Berhormat Kuala Langat. Memang kalau kita hendak melaksanakan duti eksais kepada vape ini memang kita kena exempt atau keluarkan itu daripada Akta Racun dan Jadual C tadi. Itu memang betul. Jadi, itu dalam proses untuk kita laksanakan dan sebelum duti eksais terhadap vape itu dilaksanakan. Akan tetapi apa pun, saya bagi jaminan insya-Allah RUU akan kita teruskan. Insya-Allah. Jadi, untuk itu dan yang lainnya kalau saya tak dapat menjawab, insya-Allah saya akan jawab secara bertulis dan saya ingin sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak KKM kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pelbagai cadangan dan juga idea tentang penambahbaikan kepada sistem yang sangat penting untuk rakyat ini. Saya amat yakin apa yang telah diberikan sebanyak RM676.52 juta ini telah pun memberi manfaat kepada semua rakyat dan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memberi jaminan akses kesihatan secara berterusan. Jadi, sekian sahaja penggulungan saya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM676,518,300 untuk Kepala B.42 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.42 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022].

Baik. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga token. Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. [Tiada perbahasan] Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.43 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022].

Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia. [Tiada Perbahasan]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Kepala B.60 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk dibahas. Saya lihat ada pembahas. Jadi saya jemput Yang Berhormat Ketereh.

Tuan Pengerusi, saya tidak masukkan nama, jadi saya minta dimasukkan nama.

Tuan Pengerusi

Insya-Allah, bagi Yang Berhormat Ketereh dahulu.

Lagi satu, saya minta fatwa Yang Berhormat. Setiap kali Tuan Pengerusi sebut, kami tadi menyokong sebab masa ini pada zaman kami yang kita belanjakan duit ini. Apabila kami menyokong Tuan Pengerusi sebut ‘lebih suara’ pada hal semua 100 peratus sokong. Apakah dalam peraturan kena sebut ‘lebih suara’ ya?

Tuan Pengerusi

Tidak apa, dia ikut dalam ini.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak dengar, tidak dengar suara Yang Berhormat Arau itu.

Bagus, Speaker yang terbaik. Ini tidak bagus.

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Ketereh.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang Berhormat Ketereh, sila Yang Berhormat Ketereh.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Belanjawan Perbekalan 2022 bagi Kementerian Pertahanan. Saya akan memberi penekanan kepada Butiran 010000 dan 020000 iaitu Perbekalan Tambahan Untuk Pengurusan dan Pertahanan Negara. Jika saya lihat di sini tujuan perbekalan tambahan sebanyak RM303,726,600 adalah dikehendaki bagi menampung pembayaran pukal utiliti dan bahan api bagi operasi dan eksais dalam dan luar negara berikutan peningkatan kepada harga semasa minyak dunia yang bergantung kepada harga pasaran. Saya tahu Yang Berhormat Menteri pun tidak ada lagi masa itu. [Ketawa] Okey, tidak apalah. Dalam hal ini saya mohon perbelanjaan ini diperincikan kerana ianya melibatkan wang rakyat yang banyak dan perlu untuk rakyat jelata

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

mengetahui untuk apa perbelanjaan sebanyak RM303 juta tersebut. Satu lagi saya hendak ingatkan pihak MINDEF supaya memberhentikan ketirisan, ini yang penting bagi saya iaitu kalau kita tengok di MINDEF daripada pengalaman saya selama 40 tahun dan saya pun dahulu bekerja di MINDEF sebagai akhir sekali sebagai Major Jeneral Perisikan, jadi saya tahu banyak ketirisan-ketirisan. Jadi, saya mohon MINDEF...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang Berhormat Ketereh, tanya sedikit boleh Yang Berhormat Ketereh?

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Ya, ya boleh.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Masa itu Yang Berhormat Ketereh tahu ada ketirisan, kenapa Yang Berhormat Ketereh tidak report polis atau report kepada SPRM. Itu yang hendak tanya dengan Yang Berhormat Ketereh.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Dia macam ini. Kadang-kadang kita tiada bukti yang tepat benda itu, tetapi kita tahu benda itu ada sebab tiba-tiba orang kaya serta- merta yang dapat kontrak ke apa semua ini, tetapi dapat komisen yang banyak. Jadi sudah tentulah ada ketirisan. Okey Yang Berhormat Hulu Langat?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak boleh cakap macam itu, saya rasa itu sebab Yang Berhormat Arau dia kaya sebab dia berniaga.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Tidak apalah.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Saya rasalah, saya rasa.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Jangan kita sebut pasal benda lain. Kita direct pada ini, okey?

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Okey, okey, okey. Terima kasih Yang Berhormat Ketereh.

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Jadi saya hendak ingatkan Kementerian Pertahanan jaga-jagalah benda ini, kerana apa, benda ini melibatkan wang rakyat dan kita perlu menyelamatkan negara kita daripada unsur-unsur rasuah dan sebaginya.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Khlir bin Mohd NorBERSATU · PNKetereh

Nanti, nanti ada lagi. Sabar, sabar. Saya juga mengharapkan tahun 2023 ini ada juga permohonan untuk bajet tambahan iaitu bajet tambahan untuk membuat penyelarasan pencen kepada tentera yang bertugas 2013 dan ke bawah. Jadi akhir kata, saya hendak bagi tahu di sini saya berdoa kepada Allah S.W.T untuk Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Menteri Pertahanan terus istiqamah dalam menjaga hak-hak kebajikan veteran angkatan tentera. Sekian, terima kasih. [Tepuk]

Tuan Pengerusi

Terima kasih, semoga doa kita dimakbulkan. Silakan Yang Berhormat Arau.

Tuan Pengerusi saya ucapkan terima kasih. Selamat berpuasa dan saya mengalu-alukan Yang Berhormat Pagoh, Yang Berhormat Bagan Serai yang masih berada di sini. Sebenarnya saya berkejar-kejar untuk pergi ke airport. Saya kena sebut juga tentang Kementerian Pertahanan tentang perbelanjaan yang telah dibuat. Saya hendak bagi tahu Tuan Pengerusi, semua sekali yang dibentangkan ini, kami setuju oleh sebab telah pun dibelanjakan. Cuma apabila kita cadangkan perkara-perkara ini bukan mempertikai, kita cadangkan kalau boleh dimasukkan dalam bajet ini benda-benda yang ditimbulkan itu yang ada berkaitan. Contohnya macam isi minyak bahan api. Bahan api akan berterusan dan sekarang pun kena isi minyak. Jadi antara bahan api yang menjadi pertikaian dahulu ialah kapal yang hendak pergi bertugas di Beting Patinggi Ali. Saya tahu semua orang boring. Tuan Pengerusi pun kata dia tidak berhenti sebut, tetapi Tuan Pengerusi percayalah

kepada rakyat Malaysia semua percaya. Sekarang TikTok tidak ada di sini sebab tidak bersedia. Okey, kepada semua orang rakyat Malaysia percaya bahawa satu hati nanti kita takut jadi peristiwa Batu Puteh seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah. Di mana sesuatu tempat itu kalau itu hak...

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Bila Rasah sebut pula? Tidak sebut.

Tidak sebut bagus. Ada salah seorang sebut, puak-puak kamulah ya. Terima kasih. Yang paling penting di sini ialah United Nations ataupun Mahkamah Antarabangsa sebenarnya didasarkan kepada aktiviti kehidupan di situ. Contohnya macam Terumbu Layang-Layang dahulu. Keputusan masa itu telah dibuat serta keputusan yang cukup bijak oleh pentadbiran negara pada masa tersebut iaitu pergi ke Terumbu Layang-Layang dan Terumbu Layang-Layang menyebabkan dia jadi pulau tetapi kita sebut terumbu di situ kerana dia terumbu dan pulau itu ialah pulau buatan. Akhirnya kita adakan aktiviti di sana,sekarang ada airport, tempat pelancongan yang kita semua boleh pergi melawat. Saya percaya tidak ramai, Tuan Pengerusi pun tidak pernah pergi lagi. Sila pergi ke sana dan sudah pasti kalau kita pergi kita tidak hendak balik. Sebab apa? Kita berada di satu tempat yang dikelilingi oleh laut. Tempat indah. Namun kita kena ingat, di bumi sana, dia adalah merupakan sumber pendapatan negara termasuk sumber untuk membayar gaji Ahli Parlimen dan sebaginya. Saya hendak bagi tahu Beting Patinggi Ali letaknya kawasan Malaysia, 82 miles dengan izin dari pantai Sarawak, Bintulu tetapi kita membiarkan kapal lain berada di sana dan pernah kapal kita tidak dapat pergi ke sana mengikut jadualnya kerana masalah minyak. Kalau Yang Berhormat semua ingat masalah minyak dahulu di mana semua kementerian menghadapi masalah minyak dan kapal-kapal kita juga menghadapi masalah minyak.

Saya hendak minta supaya semua pihak ambil ingatan. Soal pertahanan, soal kedaulatan negara jangan sebut masalah minyak dan sebagainya. Oleh sebab apa? Ini ialah masalah yang harus diberikan keutamaan. Jadi, saya minta walaupun saya tidak mendapat jawapan yang memuaskan, jawapannya hanya kita hantar nota diplomatik dan sebagainya. Isi minyak— Yang Berhormat Hulu Langat hantar dua biji kapal. Sekarang sebiji sahaja. Sebab apa? Saya tidak tahu apa masalahnya. Mungkin kekurangan kapal. Akan tetapi, buatlah apa saja. Saya minta supaya kapal induk Bunga Raya yang telah pun dimansuhkan. Saya minta bagi kepada Kementerian Pertahanan Malaysia letak di Beting Patinggi Ali, jadikan terumbu Beting Patinggi Ali. Jadikan pulau buatan. Ada dua biji kapal besar MIC yang telah pun dilupuskan, bagi kepada Kementerian Pertahanan Malaysia. Letak di mana-mana terumbu untuk dijadikan pulau buatan. Oleh sebab tempat itu tidak boleh mana-mana pihak menuntut sebab ia berada di dalam kawasan Malaysia, dalam kawasan 200 batu nautika EZ. Jadi, saya minta supaya ini diberikan perhatian oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Saya tahu semua orang akan bagi jawapan yang sama. Akan tetapi, tidak menyeronokkan. Saya cadangkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan pergi sendiri dan lihat apa yang saya katakan. Kurang-kurangnya Parlimen yang akan datang bagi laporan balik apa yang saya sebutkan selama ini sebenarnya menjadi kenyataan. Ini kerana terdapat telaga minyak PETRONAS yang tidak boleh beroperasi sampai hari ini telah siap dibina. Berbilion-bilion ringgit harga. Oleh sebab apa? Kapal pengawal pantai itu tidak bagi kita beroperasi. Keduanya, nelayan kita hendak pergi sana, dia suruh balik. Dia kata “ini kawasan negara yang berkenaan”. Jadi, saya minta supaya kita tambah peruntukan. Apa sahaja kita akan sokong supaya masalah minyak dan juga lain-lain tidak menjadi perkara yang harus dibincangkan di Parlimen ini. Buat. Paling penting maruah negara, hak negara mesti dituntut dengan hebat dan dahsyat. Terima kasih. Selamat berpuasa dan mohon maaf kalau terkasar bahasa.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Cantik Yang Berhormat Arau hari ini. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Bulan puasa ini Yang Berhormat Arau pun cantik.

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perpaduan. Tuan Pengerusi, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Ketereh dan juga Yang Berhormat Arau atas soalan yang dibangkitkan dan juga beberapa cadangan. Saya ucapkan terima kasih. Jadi, sebelum saya menjawab soalan dan beberapa cadangan tadi, saya ingin menyebut bahawa kalau kita lihat kepada bajet tambahan peruntukan ini— tetapi, sebelum itu saya merujuk kepada kalau kita lihat bajet di Kementerian Pertahanan Malaysia ini untuk perbelanjaan mengurus ini dalam tajuk Perkhidmatan dan Bekalan ini. Pada tahun 2021, bajetnya adalah sekitar RM3.3 Bilion. Ia telah berkurang kepada RM2.9 bilion pada tahun 2022. Jadi, menyebabkan kita ada pengurangan sebanyak RM401 juta daripada segi bajet perbekalan kita iaitu Perkhidmatan dan Bekalan. Oleh sebab itu, kalau kita lihat dalam perbelanjaan mengurus ini, tambahan bajet kita adalah sebanyak RM303,726,600. Oleh sebab itu, kalau kita lihat memang daripada awal bajet itu sudah berkurang sebanyak RM401 juta. Oleh sebab itu, kita ada tambahan sekitar RM303 juta. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Ketereh berhubung dengan perincian kepada bajet. Ada tiga aktiviti atau pun kod yang berkaitan dengan bajet ini. Pertama, Butiran 010100 – Pengurusan Am yang mana daripada keseluruhan RM303 juta itu, RM115 juta dibelanjakan untuk perbelanjaan utiliti ataupun bil elektrik, telefon, air, internet dan juga pembetungan di pihak MINDEF yang melibatkan semua kem di seluruh negara. Oleh sebab itu, kalau kita lihat daripada awal bajet itu memang berkurangan sebanyak RM400 juta lebih. Oleh sebab itu, kita ada bajet tambahan sekitar RM303 juta untuk menampung keperluan itu. Mungkin kita lihat bahawa pada tahun 2021, kita melihat pada kala itu kita menghadapi COVID-19 dan seumpamanya sebab itu kalau kita lihat pada tahun 2022 peningkatan itu berlaku. Begitulah juga dengan Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Di mana kita membelanjakan sekitar RM139,267,400 bajet tambahan itu. Ini melibatkan beberapa perkara. Pertama, adalah kita tahu bahawa ianya melibatkan kenaikan bahan api. Kedua, adalah tambahan aset iaitu empat LMS dan tiga helikopter bagi tujuan operasi kita dan peningkatan operasi ini berlaku juga bagi exercise kita dalam dan luar negara. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Arau juga. Mungkin dalam pemikiran kita, perbelanjaan- perbelanjaan yang melibatkan minyak dan juga seumpamanya daripada segi operasi kita itu, memang banyak. Kalau kita lihat di sini melibatkan ratusan juta ringgit. Akan tetapi, kita harus ingat juga bahawa sebenarnya kalau kita melihat balik kepada Kertas Putih Pertahanan kita, di situ ada angkanya. Di laut kita itu, maritim kita itu, kita kehilangan lebih daripada RM60 bilion. Jadi, kalau kita bandingkan dengan apa yang kita belanjakan dengan bajet tambahan itu dengan apa yang akan kita hilang, macam tadi disebut tidak menyeluruh. Akan tetapi, bukan sahaja isu persoalan mendapatkan hasil minyak. Bukan sahaja isu tentang protein kita di laut itu. Bukan sahaja isu berhubung dengan kawasan ekonomi kita. Akan tetapi, kalau kita lihat ia sektor-sektor pelancongan, sektor-sektor yang melibatkan perbekalan yang lain juga, akan menyebabkan kita hilang banyak hasil sekiranya kita tidak menguruskan dengan cara yang betul. Oleh sebab itu, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Arau itu memang saya tidak nafikan bahawa antara cabaran kita di Kementerian Pertahanan Malaysia ini, lagi banyak kita dapat meningkatkan operasi kita. Ya, kos kita akan meningkat tetapi sebenarnya ia juga akhirnya akan memberikan pulangan yang cukup besar juga ya, Tuan Pengerusi kepada negara kita seperti mana yang telah kita catatkan dalam kertas putih itu. RM60 bilion kita kehilangan di situ. Terakhir yang saya sebut adalah tentang pertahanan udara iaitu di mana kita membelanjakan RM49,296,100. Ini adalah kerana peningkatan harga minyak yang kalau

Tuan Haji Adly bin ZahariAMANAH · PHTimbalan Menteri Pertahanan · Alor Gajah

kita lihat melalui tender kita, di mana harga minyak kita mengikut kadar bulanan ia— kalau kita tengok kenaikan harga minyak bagi keperluan udara kita. Ada dalam keadaan- keadaan tertentu harganya biasanya RM2.48 bagi setiap liter dan ia meningkat sehingga RM4.80 dan secara puratanya harganya adalah sekitar RM3.70. Jadi, inilah antara keperluan-keperluan kita untuk bajet tambahan ini. Seperti mana yang telah saya kemukakan tadi. Jadi, persoalan-persoalan yang dibangkitkan itu telah pun saya jawab, Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM303,726,600 untuk Kepala B.60 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.60 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

Kementerian Dalam Negeri. Token. Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri. Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.62 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022 hendaklah diluluskan. [Tiada perbahasan] [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.62 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2022]

Kepala Bekalan B.63 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia terbuka untuk dibahaskan. Saya ada dapat empat nama. Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Rasah, dan Yang Berhormat Kampar. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Ampang tidak ada. Yang Berhormat Pasir Salak? Okey, Yang Berhormat Pasir Salak. Silakan, Yang Berhormat Pasir Salak. Lima minit.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, seterusnya sidang Parlimen yang dirahmati Allah SWT yang dihormati sekalian.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Saya teruskan kepada B.63, sektor Kementerian Pendidikan yang membawa peruntukan RM803,613,600 iaitu menampung bayaran kontrak kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Perincian mengenai perbelanjaan kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah-sekolah luar bandar dan daif terutamanya di Sabah dan Sarawak. Perkara ini sangat penting untuk memberi keselamatan kepada prasarana-prasarana di sekolah dan juga kebersihan di sekolah terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar dan daif di Sabah dan Sarawak. Juga, perincian senarai syarikat-syarikat kontraktor bagi perkhidmatan kawalan keselamatan dan kebersihan bangunan dan kawasan yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta proses perolehan tender yang terlibat. Pasir Salak ingin bertanya apakah perincian kadar gaji, jumlah cuti tahunan dan cuti sakit serta perlindungan sosial yang diterima oleh pekerja kontrak dalam kawalan keselamatan dan kebersihan di institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

kerana terdapat desakan daripada Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) untuk memastikan gaji minimum RM1,500 serta meningkatkan kebajikan pekerja dilaksanakan termasuk isu pemberhentian dan pembuangan pekerja pembersihan. Kedua, Pasir Salak ingin bertanya apakah mekanisme dan rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan kawalan keselamatan dan kebersihan sekolah tersebut dapat dicapai menerusi piawaian yang ditetapkan. Pasir Salak akhirnya ingin menyatakan dua perkara tetapi tidak berkaitan dengan pekerja keselamatan ini dan juga kebersihan iaitu yang pertamanya ada tanah-tanah Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga bangunan yang uzur yang tidak dimanfaatkan. Contohnya macam di kawasan Pasir Salak di Kampung Kepala Pulau, Pasir Salak, kampung saya ada tanah yang berkeluasan setengah ekar dahulunya adalah sekolah tetapi sekarang dibiarkan begitu sahaja. Kalau boleh dicadangkan untuk dibuat perpustakaan desa di bawah tanah kementerian sebab sekolah dan bangunan itu ditinggalkan begitu sahaja. Kalau boleh dimanfaatkan. Terakhir ialah pertanyaan daripada Yang Berhormat Parit Buntar yang minta saya sampaikan kepada Menteri sebab Yang Berhormat Menteri tidak mahu kawan dengan dia iaitu SMK Pelangi Perdana Parit Buntar lulus pada tahun 2017, projek mula tahun 2018, bajet RM54 juta dan dijangka siap pada Disember 2023. Sampai sekarang belum siap lagi dan pembinaan belum pun bermula. Mohon perhatian Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Pengerusi

Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya merujuk kepada B.63 Kementerian Pendidikan Malaysia. Ada perbelanjaan tambahan pada tahun lepas lebih RM800 juta daripada asalnya RM1.945 bilion. Sebelum saya membahaskan yang ini saya hendak tanya sebab dalam Belanjawan 2023 yang baru kita luluskan dua hari lepas untuk tajuk yang sama adalah RM1.977 bilion. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri dan Kementerian Pendidikan Malaysia, kalau RM1.977 bilion untuk tahun 2023 tahun ini berbanding dengan tahun lepas, bajet asal RM1.945 bilion, tidak banyak beza. Jadi apakah pada hujung tahun ini ataupun awal tahun depan kita kena bawa bajet tambahan untuk sekali lagi lebih RM800 juta untuk perbelanjaan di bawah tajuk yang sama. Itu persoalan saya. Saya hendak tanya walaupun saya tahu belanja ini sebenarnya dibelanjakan bukan zaman Yang Berhormat Menteri menjadi Menteri KPM, zaman Yang Berhormat Putrajaya menjadi Menteri ketika itu. Akan tetapi apakah nasib orang lain yang belanjakan, Yang Berhormat Menteri yang kena jawab di sini pada hari ini. Jadi tidak apa. Cuma beberapa perkara saya hendak highlight di sini. Pertamanya, apakah tindakan ataupun pendirian pendekatan daripada KPM pada hari ini untuk memastikan tiada lagi pertambahan perbelanjaan yang besar sebegini. Oleh sebab kalau kita tengok asalnya RM1.9 bilion, sekarang kita hendak tambah RM800 juta, tambah 40 percent. Satu lonjakan, satu pertambahan yang bagi saya tidak sepatutnya berlaku. Sepatutnya kalau kita tambah sedikit-sedikit itu kita fahamlah. Ini banyak. Saya hendak tanya berapa syarikat yang terlibat? Tidak kira syarikat untuk keselamatan ataupun syarikat untuk pembersihan sebab di bawah dua tajuk ini. Berapa syarikat yang terlibat? Berapa ramai pekerja yang terlibat? Adakah semua yang terlibat ini bertugas ataupun melaksanakan tanggungjawab masing-masing di semua sekolah harian, sekolah asrama penuh, sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk sekolah bantuan kerajaan. Saya hendak mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya juga hendak tanya bagaimanakah tata kelola perolehan lantikan syarikat ini? Kontraknya adakah diperbaharui setiap tahun ataupun kontraknya mengambil masa yang lama? Bagaimanakah cara? Bagi saya tatacara perolehan tersebut penting. Kita tak hendak keadaan di mana syarikat-syarikat tertentu sahaja yang untung. Padahal pekerja

Tuan Cha Kee ChinDAP · PHRasah

yang betul-betul buat kerja bertugas melaksanakan kerja seperti pengawal keselamatan ataupun cleaner yang membersihkan persekitaran sekolah, mereka tidak dapat gaji yang banyak. Ada banyak tuduhan dan macam-macam keluhan daripada mereka yang mana mereka tidak dibayar dengan gaji minimum, kurang daripada skim gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan. Jadi saya hendak mohon ada atau tidak perkara-perkara sebegini dimasukkan dalam perjanjian dengan syarikat-syarikat tersebut supaya akhirnya pekerja-pekerja yang terlibat, kita jaga kebajikan mereka ketika mereka melaksanakan tugas walaupun mereka bukan kakitangan kerajaan. Terakhir Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya ada atau tidak kemungkinan mana-mana pekerja tersebut diserapkan sebagai kakitangan. Oleh sebab kalau kita serapkan mereka yang mempunyai prestasi yang baik, tidak payah kita bayar kepada syarikat dan mereka yang terbabit pun lebih terjamin sebab kerja sebagai kakitangan awam lebih terjamin daripada kerja dengan syarikat-syarikat terbabit. Jadi, cuma beberapa soalan ringkas itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput terakhir Yang Berhormat Kampar.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya rujuk kepada B.63 Kementerian Pendidikan Malaysia tambahan RM803 juta untuk menampung bayaran kawalan keselamatan ini di Kementerian Pendidikan Malaysia. Begitu juga semalam saya ada terima satu jawapan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia tentang soalan yang saya tanya perincian peruntukan yang diterima oleh SJK(C), SJK(T) dan SMJK bagi tiga tahun iaitu tahun 2020, tahun 2021 dan tahun 2022. Saya sekarang hendak tekankan kepada tahun lepas sahaja tahun 2022. Berdasarkan jawapan yang diberi oleh bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mah Hang Soon, beliau telah menyatakan di dalam surat akhbar, dia kata tahun lepas peruntukan bagi SJK(C) telah disalurkan sebanyak 96 peratus dan jumlahnya RM86.03 juta. Akan tetapi jawapan yang saya terima adalah berbeza. Di sini saya dapat lihat tahun lepas SJK(C) untuk sekolah kerajaan RM15.77 juta, untuk sekolah bantuan kerajaan, RM46.571 juta. Jumlahnya hanya RM62 juta sahaja. Akan tetapi bagaimanakah bekas Timbalan Menteri Pendidikan boleh bagi jawapan RM82 juta?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Ini bukan amaun yang sedikit, RM20 juta beza. Jadi, saya harap kementerian boleh bagi satu penerangan, bagaimana ada perbezaan sebanyak RM20 juta? Bolehkah kementerian bagi satu perincian? Oleh sebab kita pernah lakukan pada tahun 2019, kita pernah buatkan. Kita umumkan ke semua sekolah yang terima peruntukan, setiap sekolah jumlahnya berapa. Boleh tak Kementerian Pendidikan buat serupa? Untuk tahun lepas, terangkan bagi kita, sekolah manakah yang dapat peruntukan apa ini? Ini untuk daripada segi ketelusan. Sama juga untuk sekolah SMJK. Sekolah SMJK tahun 2022, jawapan yang saya terima hanya dapat peruntukan RM1.484 juta. This is shocking, saya terkejut dengan jumlah ini. Oleh sebab pada masa-masa dahulu, semasa Kerajaan Pakatan Harapan, setiap tahun peruntukan untuk SMJK paling kurang RM20 juta. Bekas Menteri Pendidikan - Dato' Dr. Mah Hang Soon, sekali lagi saya dapat dari akhbar. Dia telah kata, tahun lepas paling kurang kita dapat RM10 juta tetapi jawapan yang saya terima daripada kementerian hanya RM1.4 juta. Jadi, saya hendak dapat satu kepastian daripada Kementerian Pendidikan. Adakah angka ini benar, tahun lepas untuk SMJK hanya RM1.4 juta? Seterusnya, saya hendak masuk pada sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Jumlah yang saya dapat di sini, jumlahnya kedua-dua tambah hanya RM21 juta. Secara amnya, kalau kita bandingkan dengan tahun-tahun yang lepas, setiap tahun untuk SJKT

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

ada RM50 juta. Jadi, bagaimanakah tahun 2022 hanya ada RM21 juta? Jadi, saya harap Kementerian Pendidikan boleh bagi satu penjelasan. Boleh tak juga kita buat satu polisi start dari tahun ini, mula dari tahun ini, setiap sekolah berapa peruntukan yang kita bagi, kita senaraikan. Kita buat publish di Facebook ataupun kita buat satu kenyataan, senaraikan setiap sekolah berapa duit yang dapat. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Menteri, sila.

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHMenteri Pendidikan · Nibong Tebal

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh berkaitan KPM bagi perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan dan perkhidmatan kawalan keselamatan iaitu perkhidmatan 2K. Tuan Pengerusi, saya hendak memohon untuk memberikan sedikit penerangan berkaitan tajuk ini. Memandangkan saya lihat ada beberapa Ahli Yang Berhormat, sedikit barangkali terpesong daripada tajuk ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Belanjawan 2022 sebanyak RM47.59 bilion telah diperuntukkan kepada KPM di bawah peruntukan mengurus. Ini peruntukan mengurus. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.9 bilion telah diperuntukkan untuk 2K sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah. Di samping itu, peruntukan tambahan telah dibelanjakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2022 adalah sebanyak RM803,613,600 bagi perkhidmatan 2K. Saya ingin menjawab beberapa perkara juga bagi perkhidmatan kebersihan bangunan dan kawasan. Sebanyak 1,422 buah syarikat telah dilantik, manakala bagi perkhidmatan kawalan keselamatan sebanyak 709 buah syarikat telah dilantik oleh KPM. Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebersihan di 10,721 buah premis milik KPM, termasuk sekolah, blok pentadbiran dan institusi pendidikan KPM, termasuk IPG dan sebagainya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan tambahan sebanyak RM803,613,600 diperlukan bagi tahun 2022 untuk menampung perkara berikut. Pertama, adalah terkait rapat dengan Arahan Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum. Terkini pada 1 Mei 2022, menaikkan gaji minimum pekerja daripada RM1,100 ataupun RM1,200 mengikut lokaliti kepada RM1,500. Ini melibatkan bayaran gaji kepada 96,932 orang pekerja 2K, untuk makluman kepada Yang Berhormat Rasah. Bayaran di bawah Arahan Perbendaharaan AP58 iaitu perkhidmatan telah selesai dilaksanakan pada tahun 2021. Bayaran dibuat menggunakan peruntukan tahun 2022 disebabkan penutupan awal akaun pada tahun 2021. Kenaikan harga kontrak disebabkan oleh kenaikan kos bahan yang diperlukan dalam melaksanakan kontrak, termasuk bahan pencuci, peralatan-peralatan kebersihan, pakaian seragam dan sebagainya. Proses pembayaran kepada kontraktor perlu dilakukan setiap bulan tertakluk kepada pematuhan dokumen yang lengkap. Saya ingin tegaskan Yang Berhormat Rasah, bahawa kita memandang serius soal pembayaran ini. KPM sebenarnya komited untuk membayar dan memastikan pembayaran kepada kontraktor dibuat pada setiap bulan mengikut jadual. Maknanya, ada permohonan, kita akan bayar mengikut dokumentasi yang telah pun disediakan. Kita sangat berharap kerjasama daripada semua kontraktor yang terlibat untuk mengemukakan tuntutan dan dokumen yang lengkap dalam tempoh yang ditetapkan mengikut terma kontrak untuk kebaikan semua pihak yang terlibat, terutamanya pekerja. Dalam masa yang sama, kita juga telah bekerjasama dan melakukan pemantauan terhadap pelaksanaan kontrak 2K ini oleh kontraktor. Kita laksanakan pemantauan ini bersama dengan KDN dan juga KSM, khususnya dalam menyemak dokumen, lesen, slip gaji, latihan kepada pekerja, termasuk terma-terma lain dalam kontrak. Tuan Pengerusi, saya ingin pergi kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Salak. Perincian gaji mengikut gaji minimum Yang Berhormat Pasir Salak

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHMenteri Pendidikan · Nibong Tebal

ya. Memang kita ikut sebagaimana yang telah diputuskan oleh kerajaan berkaitan dengan gaji minimum. Kemudahan cuti dan juga perlindungan sosial mengikut surat lantikan dan mesti mematuhi Akta Kerja 1955. Penambahbaikan yang kita buat melalui pematuhan dan turun padang yang dilaksanakan, dasar dan garis panduan yang dikeluarkan selaras dengan pekeliling dan undang-undang semasa. Jadi Yang Berhormat Pasir Salak, kita tidak berkompromi dalam soal untuk memastikan perlindungan sosial pekerja-pekerja ini dipatuhi mengikut undang-undang yang sedia ada. Soalan Yang Berhormat Pasir Salak juga berkaitan dengan bagaimana tanah dan bangunan yang terbiar ini? Setakat ini Ahli Yang Berhormat, cadangan untuk guna tanah ini akan dibincangkan dengan pihak ataupun agensi lain. Jadi, memang ada perbincangan dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa tanah atau bangunan ini dapat dimanfaatkan. Yang Berhormat Pasir Salak juga sebab saya tak kawan lagi dengan Yang Berhormat Parit Buntar ini, Yang Berhormat Pasir Salak. Akan tetapi bagi tahu sahajalah dia jawapan ini ya. [Ketawa]

Tuan Pengerusi

Bulan puasa ini boleh berkawanlah.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Tak baik, tak baik.

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHNibong Tebal

Baik, kirim salam dekat dia nanti. KPM akan memastikan bahawa projek ini akan dilaksanakan. Jadi, punca kelewatan ini ialah isu teknikal. Disebabkan isu tanah masih dalam tempoh rawatan tanah. Surat arahan mula kerja telah dikeluarkan pada kontraktor pada 2 Mac 2023 dan kerja dijangka bermula pertengahan tahun 2024 dan dijangka siap 2026. Jadi, bagi tahu pada Yang Berhormat Parit Buntar sebab saya ini Nibong Tebal, sebelah sahaja. Saya sendiri akan pantau projek ini yang dijangka bermula pada tahun 2024. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.

Tuan Jamaludin bin YahyaPAS · PNPasir Salak

Baik, terima kasih. Okey insya-Allah. Terima kasih.

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHNibong Tebal

Yang Berhormat Rasah ada beberapa lagi persoalan yang saya perlu jawab berkaitan dengan bagaimana kontrak diberikan. Apakah pekerja akan diserapkan sebagai pekerja tetap? Yang Berhormat Rasah, proses perolehan secara tender terbuka melalui sistem e-perolehan dan pekerja tidak diserapkan. Akan tetapi kita ambil makluman tentang pandangan itu. Bagaimana pemilihan syarikat dibuat, kita ada Lembaga Perolehan, Yang Berhormat Rasah. Mereka akan bersidang bagi membuat keputusan pemilihan syarikat daripada senarai yang telah melepasi proses perolehan. Keahlian dalam pemilihan ataupun lembaga ini terdiri daripada KPM, MOF dan juga JKR. Bilangan syarikat pekerja tadi saya sudah sebut Yang Berhormat Rasah ya. Tempoh kontrak ialah 2 hingga 3 tahun. Kontrak baru kita ambil kira Yang Berhormat Rasah, untuk gaji minimum 2022 – RM1,500. So, dalam kontrak baru memang kita masukkan. Seterusnya, Yang Berhormat Rasah juga. Melihat kepada pandangan Yang Berhormat Rasah tadi untuk tahun 2023, adakah akan dibawa semula perkara ini untuk ditambah? Kita ambil perhatian penuh perkara tersebut Yang Berhormat Rasah dan kita akan sentiasa berhubung dengan Kementerian Kewangan berkaitan perkara tersebut sekiranya terdapat perkara-perkara yang perlu dirujuk semula.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Yang Berhormat Cikgu, Yang Berhormat Cikgu. Boleh tanya sedikit boleh tak?

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHNibong Tebal

Hmmm.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Boleh? Sikit sahaja, sikit sahaja. Dulu dalam sebelum pilihan raya, ada orang cakap, dia kata kalau Pakatan Harapan pergi ke Putrajaya ini, dia kata anak-anak kita yang belajar di sekolah nanti diarahkan untuk buka tudung, pakai skirt. Saya hendak tanya dengan Yang Berhormat Menteri ini, betulkan perkara ini berlaku?

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHNibong Tebal

Saya tak nak jawablah soalan itu. Dia tanya kasar- kasar macam itu, Tuan Pengerusi. Ini Dewan yang mulia. Dia boleh sahaja cakap depan saya, cakap elok-elok. Kenapa hendak kena tinggi-tinggi suara?

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Cubalah sayang sikit.

Tuan Pengerusi

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHNibong Tebal

Baik, saya hendak jawab Yang Berhormat Kampar sedikit. Saya rasa Yang Berhormat Kampar, soalan Yang Berhormat Kampar itu tidak ada kaitan dengan isu ini. Akan tetapi saya hendak maklumkan begini kepada Yang Berhormat Kampar. Pertamanya Yang Berhormat Kampar, soal peruntukan dan jawapan yang diterima oleh Yang Berhormat Kampar itu, jawapan yang ada dalam rekod kita berdasarkan perbelanjaan yang telah pun kita keluarkan. Itu yang pertama.

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHNibong Tebal

Baik, kedua berkaitan dengan bagaimana proses akan datang, peruntukan- peruntukan untuk sekolah ini. Tidak ada pengurangan tetapi akan berdasarkan formula yang kita sebut sebagai need-based, dengan izin Tuan Pengerusi. Keperluan setiap sekolah tersebut. Oleh sebab itu, kali ini tumpuan kita selain daripada sekolah daif, penyelenggaraan-penyelenggaraan ini juga kita berikan keutamaan dan formula yang kita pakai adalah berdasarkan kepada need-based. Tidak ada pengurangan, jangan risau. Baik.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Yang Berhormat Menteri, saya hendak dapatkan satu pengesahan. Jika Yang Berhormat Menteri kata jumlah yang saya baca tadi sebanyak RM62 juta untuk SJKC adalah betul, adakah bekas Timbalan Menteri, Mah Hang Soon yang mengatakan sebanyak RM82 juta yang telah disalurkan, bahawa dia sedang berbohong? Kalau ini betul.

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHNibong Tebal

Dia cakap dalam Dewan kah atau dekat luar?

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Dia dekat luar lah. [Tidak jelas]

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHNibong Tebal

Dekat luar saya tidak tanggungjawablah. Kalau dalam Dewan ini saya bertanggungjawab sepenuhnya sebab inilah jawapan yang kita bekalkan di dalam Dewan. Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Berkaitan soalan daripada Yang Berhormat Hulu Langat itu, saya fikir Yang Berhormat dalam kita melihat kepada komitmen kita dalam bidang pendidikan ini, soal melihat kepada pembinaan anak-anak ini sangat penting dan saya beri jaminan kepada semua tidak akan berlaku perkara-perkara tersebut di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan dan Madani. Kita memang sentiasa mengutamakan apa sahaja yang melibatkan kebajikan anak-anak ini dan apatah lagi dalam keadaan kepelbagaian yang wujud Yang Berhormat, dalam negara ini. Jadi sekiranya ada gugatan-gugatan sebegitu yang mempamerkan bahawa akan berlaku diskriminasi dan ugutan-ugutan berkaitan dengan agama dan budaya ini, saya tidak akan kompromi Yang Berhormat dan akan pastikan bahawa semua anak-anak kita akan dapat bersekolah dengan tenang, selamat dan juga akan dilindungi sepenuhnya. Terima kasih Yang Berhormat .

Tuan Pengerusi

Baik,terima kasih.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Cikgu, saya yang kasar-kasar tadi itu saya minta maaf cikgu ya. Cikgu, saya mohon maaf.

Puan Fadhlina binti SidekPKR · PHNibong Tebal

Saya maafkan.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Bukan main lagi Yang Berhormat Hulu Langat.

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM803,613,600 untuk Kepala B.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Tuan Pengerusi

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.63 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual] [Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama (2022) 2023 ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama (2022) 2023 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Usul Anggaran Pembangunan Tambahan Pertama 2022 dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNBacaan Kali Yang Ketiga Timbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perbelanjaan Tambahan bagi Perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud yang tertentu bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

UsulMotion

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan: “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa jumlah wang tambahan sebanyak enam bilion tiga ratus lima puluh juta satu ratus sembilan puluh empat ribu dan sembilan ratus ringgit (RM6,350,194,900) diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2022 bagi Maksud dan Butiran (Projek) seperti yang dinyatakan

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

dalam ruang pertama dan kedua Penyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama, 2022 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 22 Tahun 2023 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud dan Butiran (Projek) dalam ruang sembilan dan sepuluh penyata tersebut.”

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 3 April 2023. Selamat berbuka puasa dan selamat kembali ke tempat masing-masing. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.36 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Datuk Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17)Special Chamber

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat petang. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Jerantut, saya telah dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Ayer Hitam tidak dapat hadir ke Kamar Khas pada petang ini bagi mengemukakan usulnya seperti di nombor satu dan nombor dua dalam Aturan Urusan Mesyuarat Kamar Khas.

Maka, dengan ini, saya menjemput Yang Berhormat Jerantut untuk memulakan ucapan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat Kamar Khas di nombor tiga. Silakan, Yang Berhormat.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Berkenaan Keadaan Jalan Raya Di Parlimen Jerantut Yang ‘Menagih Nyawa’Special Chamber

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang di dalam Kamar Khas ini berdiri tentang keadaan jalan raya di Parlimen Jerantut yang ‘menagih nyawa’.

Saya ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya berkenaan keperluan segera untuk melihat kembali jalan-jalan raya di Jerantut iaitu Jalan Jerantut-Benta, saya mohon maaf bukan ‘Bera' ya, ‘Benta’ – KM8, berhampiran Kampung Lata Kasah, Jalan Jerantut-Lipis, KM16 berhampiran Bukit Atap dan Jalan Jerantut-Kuala Tembeling berdekatan Sungai Yap dan Kampung Sepial kerana ia merupakan jalan yang sempit, berbukit dan bengkang-bengkok serta tidak mempunyai lampu jalan.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, satu kemalangan maut sudah terjadi di jalan ini iaitu pada pagi Rabu, 1 Mac 2023. Dua beradik telah terkorban manakala anak arwah sekarang masih di hospital menjalani rawatan. Apabila bertanya kepada ayah mangsa iaitu Abang Jamaluddin Ahmad, kemalangan jalan raya ini berlaku ketika hujan lebat dan jalan bengkang-bengkok tersebut dalam keadaan yang basah. Apabila saya sendiri turun melihat tempat kejadian, jalan yang membengkok itu seolah terlalu kecil radius curve-nya, dan keadaan jalan kelihatan tidak rata dan berbonggol-bonggol (bumpy).

Kemudian pada Isnin, 17 Februari 2023, satu kemalangan berlaku di Jalan Jerantut-Lipis KM16 yang melibatkan lori membawa muatan batu kasar yang melanggar enam kenderaan lain ketika sedang mendaki jalan berbukit di tempat kejadian. Akibat enjin lori tersebut hilang kuasa, lori terundur menuruni bukit dan melanggar enam buah kenderaan lain. Alhamdulillah, tiada nyawa terkorban, hanya ada kerosakan di setiap kenderaan yang terlibat tetapi itu tidak sepatutnya menjadi nafas lega kepada kita semua.

Tuan Yang di-Pertua, Jalan Jerantut-Lipis ini disifatkan sebagai jalan ‘menagih nyawa’ oleh penduduk kampung setempat, kerana terlalu banyak kemalangan yang berlaku di sepanjang jalan ini. Pada musim tengkujuh pula, jalan tersebut tidak dapat dilalui kerana dilimpahi banjir. Tambahan lagi, jalan yang sama juga digunakan oleh lori muatan berat yang menjadi penyumbang besar kepada kerosakan jalan yang berlaku.

Jadi di sini, saya memohon agar pihak kementerian melihat perkara ini dengan nada yang serius, kerana isu ini sudah pun terjadi lebih kurang 20 tahun.

Saya berpendapat perlunya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melihat balik design specification serta melaksanakan redesign kepada spesifikasi tersebut sekiranya perlu, di samping menambah baik aspek keselamatan jalan agar kemalangan seperti ini boleh dihindarkan.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan aduan ini agar sama-sama kita menjaga nyawa dan kesejahteraan rakyat kita. Sekian, terima kasih.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut yang mengemukakan soalan kepada Kementerian Kerja Raya. Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian amat mengambil berat akan isu keselamatan jalan raya khususnya di Jalan Persekutuan seluruh negara.

Bagi lokasi yang dimaksudkan Ahli Yang Berhormat iaitu Jalan Jerantut- Benta KM8 dan Jalan Jerantut-Kuala Tembeling, jalan tersebut berada di Laluan Persekutuan FT064 iaitu Jalan Maran-Jerantut-Benta. Manakala Jalan Jerantut- Kuala Lipis KM16 berada di Laluan Persekutuan FT234 iaitu Jalan Jerantut-Kuala Lipis.

Bagi laluan Persekutuan FT064, di bawah Rolling Plan 2 (RP2), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Agensi Pusat telah meluluskan pelaksanaan Projek Menaik Taraf Laluan 64 Jalan Benta-Jerantut-Maran, Fasa 1

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Segmen 7 iaitu daripada Jerantut ke Kampung Latar Kasah yang melibatkan jajaran sepanjang enam kilometer.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi cadangan penambahbaikan di kedua-dua laluan tersebut di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia adalah berdasarkan senarai keutamaan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Oleh demikian, kementerian ini telah mengangkat permohonan untuk naik taraf Jalan Lipis-Kerambit-Mela-Jerantut (FT 234) kepada Agensi Pusat pada RMKe-11 dan menaik taraf Jalan Benta-Jerantut-Maraniaitu Laluan Persekutuan 64 (FR64) dari Kampung Jeransang ke Benta, Pahang RP3 RMKe-12. Namun keutamaan diberikan kepada projek-projek yang lebih utama pada masa itu.

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini juga telah memohon rayuan semula kepada Kementerian Ekonomi bagi Projek Menaik Taraf Jalan Benta-Jerantut-Maran atau Laluan Persekutuan 64 (FR64) dari Kampung Jeransang ke Benta, Pahang untuk RP3 RMKe-12 dan sedang menunggu keputusan rayuan tersebut. Dalam masa yang sama, kementerian ini akan mengangkat permohonan tersebut untuk RP4 RMKe-12 untuk kelulusan, tertakluk kepada kedudukan keutamaan projek dan ketersediaan agihan peruntukan pembangunan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini melaksanakan inisiatif untuk mengurangkan kemalangan di Laluan Persekutuan melalui Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya khususnya di bawah skop merawat dan memperelok lokasi kerap berlaku kemalangan (blackspots) dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan yang disebabkan oleh faktor kejuruteraan jalan.

Berdasarkan rekod pembaikan lokasi blackspots, sebanyak 53 lokasi pembaikan blackspots telah dilaksanakan di Jalan-jalan Persekutuan seluruh negara pada tahun 2022 dengan kos berjumlah RM17.2 Juta. Pembaikan yang dilaksanakan ini adalah bersifat penyelesaian kos rendah dan berimpak tinggi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari tahun 2020 hingga 2022, sebanyak 13 lokasi di Jalan Persekutuan Negeri Pahang telah dilaksanakan pembaikan blackspots dengan kos berjumlah RM4.06 Juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi daerah Jerantut, sebanyak dua lokasi telah dilaksanakan pembaikan blackspots pada tahun 2020 iaitu Laluan Persekutuan (FT098) Jalan Jerantut-Temerloh di seksyen 52.8 dan seksyen 54.

Hasil semakan kementerian ini mendapati tiada sebarang rekod blackspot di lokasi yang dimaksudkan memandangkan lokasi tersebut tidak tersenarai sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan.

Walau bagaimanapun, kementerian ini mengambil maklum terhadap cadangan Ahli Yang Berhormat dan akan mempertimbangkan pelaksanaan pembaikan atas faktor keselamatan sekiranya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan mengikut keutamaan dan ketersediaan agihan peruntukan pembangunan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2021 hingga 2022 kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM 28.51 juta di bawah Program Penyenggaraan Rutin, Penyengaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi melalui Arahan Kerja di laluan-laluan yang dimaklumkan di atas. Kerja-kerja penyenggaraan tersebut

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

melibatkan 13 bilangan kerja berkala pavemen dan lima bilangan kerja bukan pavemen dan semua kerja telah disiapkan sepenuhnya pada tahun semasa.

Sehingga Mac tahun 2023, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM3.01 Juta di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen di laluan FT64 seksyen 66.00-68.00 dan Program Penyenggaraan Berkala Bukan Pavemen di laluan FT64 seksyen 61.00-62.50. Kerja-kerja sedang dilaksanakan di tapak dan dijangka siap pada Oktober 2023.

Walau bagaimanapun, kementerian ini telah mengenal pasti dan merancang lapan bilangan kerja berkala pavemen yang bernilai RM12.78 juta dan sembilan bilangan kerja berkala bukan pavemen bernilai RM3.46 juta di laluan FT64 dan FT234. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan secara Arahan Kerja kepada syarikat konsesi namun tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta senarai keutamaan kerja yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya berdasarkan penilaian tahap kritikal kerosakan jalan bagi keseluruhan jaringan Jalan Persekutuan di bawah seliaan kementerian ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dalam memastikan jalan sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa dengan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan rutin sepanjang tahun. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Insya-Allah, nanti kita ‘pm’ tepi.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Cadangan Membuka Pintu Masuk Kedua Taman Negara Di Ulu TembelingSpecial Chamber

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya membawa kepada kertas saya yang kedua berkenaan dengan ‘Cadangan Membuka Pintu Masuk Kedua Taman Negara di Ulu Tembeling’.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab tadi. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang insya-Allah akan menjawab selepas ini.

Nama kita sama ya? Cuma saya salah sikit, saya ‘Khairil’ dia ‘Khairul’ itu betul.

Tuan Yang di-Pertua, Cadangan Membuka Pintu Masuk Kedua Taman Negara Di Ulu Tembeling. Saya ingin menyampaikan hasrat daripada penduduk Jerantut agar tinggalan sejarah Melayu dimanfaatkan, dihayati serta dipelihara sebaiknya melalui pembukaan pintu masuk kedua Taman Negara di Ulu Tembeling. Ulu Tembeling merupakan sebuah mukim yang terletak di Ulu Sungai Tembeling dan ia teramatlah hampir dengan Taman Negara.

Antara sebab kenapa cadangan ini harus dipertimbangkan adalah:

(i) adanya laluan hutan yang dinamakan sebagai Denai Mat Kilau di antara Kampung Bantal di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang – Di sini ada Istana Singgah Sultan Pahang

ataupun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekarang dan saya insya-Allah nak bawa Yang Berhormat Timbalan Menteri bawa ke sanalah. Dua hari, insya-Allah.

Kita sponsor belaka, jangan bimbang − Dengan Kampung Pasir Raja di Hulu Dungun, Terengganu yang boleh dijadikan sebagai ekspedisi berkonsepkan sejarah dan sukan ekstrem yang memerlukan tempoh dua hari untuk melalui denai sepanjang 70 kilometer;

(ii) pembukaan pintu kedua Taman Negara ini akan memudahkan perjalanan pelancong dari Terengganu, serta akan menyalurkan pelancong dari Pahang ke Terengganu, negeri Melayu pertama yang bertapaknya ajaran Islam; dan

(iii) banyak kampung tradisional yang masih bertapak di Ulu Tembeling yang boleh dijadikan persinggahan para pelancong.

Tuan Yang di-Pertua, khazanah negara terdiri daripada tinggalan sejarah dan juga kelestarian alam semula jadi. Ia merupakan sesuatu yang sangat perlu kita pelihara dan hayati di samping menyebarkan kepada masyarakat Malaysia mengenai keindahan bumi Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar pihak Kementerian dapat mempertimbangkan cadangan ini agar sama-sama kita menaikkan kembali semangat perjuangan di dalam diri kita. Sekian, terima kasih.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar KhanBEBAS · GRSTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batu Sapi

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik cadangan pembukaan pintu masuk kedua Taman Negara di Ulu Tembeling dan mencadangkan Ahli Yang Berhormat agar merujuk perkara ini kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) berikutan Taman Negara Pahang terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

MOTAC turut berpandangan bahawa pembukaan pintu masuk kedua ini dapat memendekkan tempoh perjalanan dari Terengganu ke Pahang dan seterusnya mempertingkat integrasi penduduk setempat dengan pelancong yang datang. Ini sekaligus berupaya menyumbang kepada peningkatan bilangan pelancong ke Taman Negara dan pada masa yang sama menjana ekonomi penduduk setempat. Berdasarkan rekod Tourism Pahang, Taman Negara Pahang telah menerima seramai 68,840 orang pelancong pada tahun 2022 dan dijangka akan terus meningkat dengan pembukaan pintu kedua tersebut.

Kementerian ini juga telah merujuk cadangan Ahli Yang Berhormat kepada NRECC dan pihak mereka telah memberikan maklum balas untuk meneliti kesesuaian cadangan bagi membuka pintu masuk kedua tersebut. Buat masa ini, PERHILITAN berhasrat membuka kaunter urusan permit di Kampung Kuala Sat bagi memudahkan pelawat dari mukim Ulu Tembeling untuk mendapatkan permit masuk dan permit aktiviti. Perbincangan susulan akan diadakan bersama agensi-

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar KhanBEBAS · GRSTimbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Batu Sapi

agensi berkaitan termasuk Kerajaan Negeri Pahang untuk merealisasikan hasrat ini.

Selain itu, dalam usaha untuk menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan di kawasan parlimen Ahli Yang Berhormat, MOTAC telah memperuntukkan sebanyak RM4.85 juta bagi pelaksanaan empat projek pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) hingga Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) seperti berikut:

(i) Projek Pembangunan Ecotourism di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut (RMKe-11);

(ii) Penyelenggaraan Boardwalk Di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang Darul Makmur (RP1, RMKe12);

(iii) Menaik Taraf Kemudahan Pelancongan di Galeri Bandar Lama, Bandar Jerantut (RP2, RMKe12); dan

(iv) Menaik Taraf Kemudahan Pelancongan di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Kementerian ini sentiasa mengalu-alukan dan menghargai cadangan serta saranan Ahli Yang Berhormat untuk merancakkan lagi industri pelancongan negara dan pada masa yang sama, bersama-sama memelihara dan memulihara khazanah negara kita. Sekian, terima kasih.

Datuk Muslimin bin YahayaBERSATU · PNSungai Besar

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum Kamar Khas berakhir, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat pulang ke kawasan masing-masing terutamanya kepada Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Batu Sapi.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Isnin, 3 April 2023 jam 2.30 petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 2.50 petang]