Dewan Rakyat · 4 April 2023

15th Parliament, session 2, meeting 1 · 488 turns · 34,929 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan menjemput Yang Berhormat Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang. Silakan.

Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang · question

1. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan hasil positif lawatan sulung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke negara China baru-baru ini dari segi ekonomi dan peluang pelaburan dan apakah manfaat yang rakyat Malaysia peroleh kelak.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Alhamdulillah, lawatan ke Negara China mencatat kejayaan baik. Saya ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi Jinping; Perdana Menteri Li Qiang dan Kerajaan China yang memberikan pengiktirafan sama ada beri peluang ucaptama di Forum Boao di Hainan dan juga program-program diatur di Beijing. [Tepuk] Kita juga mengambil kesempatan umpamanya menandatangani lima MoU di antara dua kerajaan disaksikan oleh Perdana Menteri Li Qiang dan saya. Ini untuk meningkatkan kerjasama ekonomi perdagangan, import dan eksport bahan pertanian, pendidikan, makanan akuakultur dan usaha untuk meningkatkan kegunaan kelapa sawit dan import kelapa sawit. Kita tumpukan umpamanya penilaian program Belt and Road Initiative termasuk Twin Countries, Twin Parks yang berpusat di Kuantan dan ECRL. Perkembangan baharu ialah penambahan projek Automotive Hi-Tech Valley Geely dan Proton yang bermula tahun ini, penambahannya di Tanjong Malim 1,000 ekar dengan permulaan RM2 bilion dan akan mencecah RM32 bilion. Syarikat petrochemicals terbesar di dunia, Rongsheng telah bersetuju untuk menambah kegiatan di Malaysia dengan memusatkan proses pengilangan petrochemicals oil and gas di Pengerang dan mereka meletakkan projek itu sehingga RM80 bilion. Keseluruhannya adalah RM170.07 bilion yang merupakan pelaburan terbesar yang pernah dicapai oleh negara. China juga memberikan ruang yang lebih baik, maka peningkatan nilai eksport produk ke China adalah RM2.44 bilion. Manfaat yang berikutnya adalah soal peluang pekerjaan dan berbeza di pengalaman lalu, kita telah tekankan dua perkara tambahan. Pertama, Geely, Rongsheng menetapkan bahawa semua peluang pekerjaan ditumpukan kepada masyarakat tempatan. Semua peluang perniagaan susulan, sampingan dalam lingkaran projek mereka juga dikendalikan oleh syarikat tempatan. Mereka hanya minta sekarang dan kita setuju pada prinsip meluluskan, profesional yang tidak ada keupayaan di dalam negara.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Selain itu, kita telah mencadangkan dan dipersetujui supaya bermula dengan Geely yang merupakan investor terbesar sekarang untuk mengadakan latihan program khas bagi anak-anak tempatan sebahagiannya di Malaysia, sebahagiannya di pusat kegiatan perniagaan mereka, industri mereka di negara China. Jadi, harus ada latihan khas bagi mereka. Geely juga bersetuju untuk memulakan tahun ini dan saya ingat tindakan susulannya akan diadakan bulan depan di mana pengerusinya akan hadir untuk menetapkan Malaysia sebagai pusat Geely bagi rantau Asia Pasifik. Jadi, ini akan menyebabkan peluang pekerjaan kita, anak-anak kita akan jauh lebih bertambah daripada yang dijangka sebelum itu.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin ucap tahniah atas kejayaan lawatan rasmi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke negara China baru-baru ini. [Tepuk] Memandangkan ia berjaya meraih komitmen RM170 bilion, laporan China menerusi 19 MoU yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak negara masing-masing.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Saya ingin tanya Yang Amat Berhormat, adakah kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk memantau laporan dari negara China supaya lebih mudah, licin dan teratur agar pelabur lebih meyakini keupayaan Kerajaan Malaysia? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, memang kita akan bincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok dan langkah- langkah susulan, sama ada harus ada jawatankuasa khas atau tidak, akan juga kita putuskan esok. Akan tetapi setakat ini program ini dan projek ini dipantau oleh MITI dan kita ada MIDA dan MATRADE yang saya rasa mampu menyelenggarakan kerana persiapan dibuat oleh Kementerian Luar Negeri, MITI dan pegawai-pegawai sangat memuaskan dan menyebabkan kita dapat mencapai prestasi yang diharapkan. Saya juga mengambil kesempatan ini menyebut bahawa dalam rangkaian lawatan itu kita beri tumpuan juga kepada kedudukan masyarakat Islam di Beijing dan Hainan. Saya agak terkesan apabila Perdana Menteri Li Qiang memberikan jamuan makan malam itu dengan menghormati waktu iftar, menunggu sehingga waktu berbuka puasa untuk sama-sama iftar oleh Perdana Menteri China, saya dan rombongan. Susulannya, saya percaya akan dilakukan oleh jabatan-jabatan ini dan sekiranya perlu, Jemaah Menteri akan putuskan esok.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

Tuan Yang di- Pertua, pertama sekali saya hendak mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun di atas hasil lawatan ke negara China baru-baru ini yang dianggap cukup berjaya mengikut banyak laporan media, khususnya dalam sektor pelaburan yang mencecah sehingga RM170 bilion. Satu angka yang cukup besar. Soalan pertama saya ialah Tuan Yang di-Pertua, mohon Yang Amat Berhormat Tambun berikan perincian daripada segi sektor-sektor yang terbabit, umpamanya sektor industri pembuatan dan perkhidmatan dalam MoU yang ditandatangani oleh pihak ahli- ahli perniagaan Malaysia dan China. Saya maklum, tadi disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, RM32 bilion Geely untuk Proton dan RM80 bilion untuk industri chemical dan gas di Pengerang. Jadi, baki ada lagi RM58 bilion. Apakah jenis pelaburan yang terlibat? Tuan Yang di-Pertua, ahli-ahli perniagaan Malaysia, dari pengalaman kitalah memang seronok untuk menandatangani MoU di depan Perdana Menteri. Mohon Yang Amat Berhormat Tambun memaklumkan apakah confident level, keyakinan terhadap MoU yang berjumlah 19 semuanya yang mampu diterjemahkan kepada pelaburan sebenar

yang boleh direalisasikan. Saya juga membaca akhbar bahawa salah satu daripada sektor laporan yang akan dibawa sini adalah teknologi hijau dan ekonomi digital.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu, panjang sangat soalan.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tidak adalah masa untuk kami hendak tanya Perdana Menteri macam ini. Singkatkan, singkatkan.

Sabar, sabar.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Hulu Langat, sabar. Kawan baru. Tidak apa, sabar, sabar.

Cakap macam itu, lagi lama Yang Berhormat Hulu Langat. Kawan macam itu. Tuan Yang di-Pertua, bilakah jangkaan pelaburan berkenaan akan dapat dilaksanakan? Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang akan diwujudkan daripada pelaburan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Soalan cantik. Sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua hendak minta petua sedikit daripada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Perdana Menteri nak jawab.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Perdana Menteri hendak jawab, okey okey. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu atas soalan itu. Sebenarnya bidang automatif - 3, bidang petrochemical - 2, bidang glass product building technology - 2, electrical and electronic - 2, metal - 1, transport equipment - 1 dan bidang perkhidmatan tumpuannya adalah data center terutama selepas AWS memutuskan untuk beroperasi dari Malaysia, maka ada empat syarikat international data center, telekomunikasi - 2, kewangan - 3, e-commerce - 1. Satu untuk memanfaatkan free trade zone dan satu dari segi penerbangan awam. Jadi, 12 perkhidmatan, 11 manufacturing, sembilan import dan empat infrastruktur. Kita berbeda daripada MoU biasa. Perdana Menteri Li Qiang dan saya memutuskan supaya tidak melayani MoU. Ada sembilan cadangan lain yang tidak diterima kerana tidak ada perancangan khusus pelaksanaan mulai tahun ini atau selewat-lewatnya akhir tahun ini. Jadi, yang diputuskan ini adalah daripada syarikat-syarikat yang telah diputuskan kedua-duanya dipantau oleh Kerajaan Malaysia di bawah MITI terutamanya dan oleh Kerajaan China di bawah pengawasan Perdana Menteri Li Qiang iaitu syarikat-syarikat yang akan melaksanakan akhir tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan. Saya sebut tadi umpamanya dua syarikat awal Geely iaitu saya akan hadir sendiri awal bulan depan dan ini disahkan oleh daripada pihak Proton untuk melaksanakan program di Tanjong Malim selain yang sedia ada. Geely ini hanya mengembangkan daripada projek asal kepada EV dan lain-lain. Begitu juga dengan Rongsheng yang telah mengadakan kunjungan dua minggu yang lalu kerana ini penetapan oleh Kerajaan China. Perdana Menteri Li Qiang sendiri menyebut kepada saya tentang Rongsheng. Jadi oleh itu saya jangka pelaksanaan itu akan jauh lebih baik kerana kita tidak menandatangani MoU dengan syarikat yang hanya mengumumkan seperti yang berlaku dahulu. Tentang jangkaan pekerja yang disebut oleh syarikat-syarikat ini ialah 35,000 tetapi saya tidak fikir pelaksanaan 35,000 itu akan berlaku serta-merta. Akan tetapi peringkat awal yang diperlukan oleh Proton adalah 1,500 dan syarikat-syarikat lain belum menyebut tentang jumlah pekerjaan. Akan tetapi apabila digabungkan semua 35,000 orang pekerja. Oleh sebab itu saya minta supaya syarikat-syarikat ini pastikan pertama ambil anak-anak tempatan, keduanya menyediakan program latihan. Geely bersetuju untuk membawa 300 orang anak-anak tempatan ke negara China untuk latihan pengkhususan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, soalan kedua boleh? Hari ini tidak ada Soalan Jawapan Lisan. Ini jarang-jarang. Today is last day of our school, hari last sekolah.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Okey terima kasih.

Tuan Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Sebelah sinilah.

[Bangun]

Tuan Yang di-Pertua

Ya selepas ini saya bagi.

Tuan Yusuf bin Abd WahabPBB · GPSTanjong Manis

Tanjong Manis boleh?

Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya sedar bahawa lawatan Yang Amat Berhormat ke China lebih atas dasar pelaburan dan juga ekonomi tetapi saya hendak tanya soalan yang berkaitan tetapi ada kaitan dengan pelaburan negara dan juga ekonomi negara iaitu mengenai aspek keselamatan. Adakah Yang Amat Berhormat dalam kesempatan kunjungan itu juga berbincang atau berbisik dengan pimpinan China mengenai keselamatan di rantau kita ini terutamanya apabila kehadiran Tentera Laut China di Laut China Selatan yang akhir-akhir ini menjemput atau invite kebimbangan beberapa buah negara besar termasuklah Australia, US dan UK sehingga mereka membentuk satu pakatan baru atau fleet baru yang dinamakan AUKUS atau Australia, UK dan US dengan menyediakan nuclear- powered submarine yang dikatakan kerana bimbang pengaruh China di rantau Indo- Pacific ini. Jadi adakah Yang Amat Berhormat ada juga berbincang masalah ini? Saya ingat Yang Berhormat Kota Raja dahulu semasa jadi Menteri Pertahanan dahulu dia sebut elephant fight elephant, grass will suffer. Kita ingat semua, kita takut kebimbangan atas pertahanan negara. Adakah Yang Amat Berhormat berbincang aspek ini? Terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu. Dua perkara, pertamanya cadangan AUKUS yang dikatakan nuclear-powered submarine. Perdana Menteri Australia menghubungi saya melalui telefon dan menghantar wakil khas untuk menjelaskan tentang kedudukan ini.

Pendirian Malaysia dan ASEAN ialah tidak menyokong apa-apa usaha yang boleh meningkatkan ketegangan, terutama bidang ketenteraan. Malaysia dan ASEAN ialah zon yang bebas yang tidak mahu perseteruan antara kuasa besar mendekat kita. Jadi sebab itu, bila diumumkan AUKUS, Malaysia menyatakan keresahan dan kebimbangan agar perkara ini tidak meledak sebagai suatu yang akan dianggap provokatif yang akan menyebabkan negara China meningkatkan kegiatan mereka di rantau. Mengenai soalan kedua tentang kegiatan China. Memang perkara ini diangkat kerana kedua-dua pihak itu ada claim bertindih di Laut China Selatan terutama kebimbangan negara China kerana PETRONAS telah menjalankan satu kegiatan besar- besaran di satu kawasan yang juga ditutup oleh negara China. Perkara ini saya sebut sendiri kepada Perdana Menteri Li Qiang dan juga Presiden Xi Jinping bahawa Malaysia menganggap ini kawasan daerah Malaysia, maka oleh yang demikian, PETRONAS akan terus cari gali di kawasan itu. Walau bagaimanapun, kalau negara China merasakan ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan. Akan tetapi sementara itu, usaha kita untuk cari gali akan kita teruskan. Saya tidak mahu mengelak daripada meneruskan rundingan kerana ini pendirian ASEAN. ASEAN merasakan semua tuntutan bertindih harus diselesaikan

secara rundingan. Akan tetapi setakat ini, Malaysia bertegas bahawa ini adalah di kawasan atau wilayah Malaysia. Tentang kehadiran kapal dan sebagainya, itu diterangkan oleh negara China. Itu perairan antarabangsa. Akan tetapi pihak kementerian luar akan terus memantau dan sekiranya ada pelanggaran, akan mengeluarkan bantahan.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Last day, sila.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Syabas kepada Yang Amat Berhormat dalam membawa pelaburan yang besar dari negara China. Saya hendak tanya soalan mengenai kebelakangan ini di mana banyak negara yang tidak ingin lagi menggunakan US Dolar dalam transaksi dengan negara- negara lain. Maka dalam keadaan ini, adakah kerajaan ingin ke direksi yang sama iaitu menggunakan Yuan dalam transaksi dengan Malaysia. Soalan kedua adalah bilakah Yang Amat Berhormat akan pergi ke negara India untuk membawa pelaburan sama seperti negara China? [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Terima kasih. Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih. Di persidangan BOAO di Hainan, saya keluarkan usul secara terbuka tentang Asian Monetary Fund supaya ia tidak hanya bergantung pada dolar atau ke Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Bila saya lontarkan itu, saya tertarik sebab bila ada pertemuan dengan Presiden Xi Jinping, dia terus sebut dia kata saya rujuk cadangan Anwar mengenai Asian Monetary Fund dan dia akan sambut untuk membincangkan. Cadangan tentang tabung kewangan benar. Tiada sebab mengapa negara seperti Malaysia terus bergantung pada dolar. Umpamanya dalam rundingan kita Malaysia – Indonesia, kita gunakan dua-dua ringgit dan rupiah. Jadi, dalam masa yang sama, kita sekarang teruskan perbincangan dan Bank Negara sekadar mempelopori ini supaya Malaysia boleh berunding dalam soal eksport dan import dengan negara China guna ringgit dan renminbi. Akan tetapi yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia. Ini peringkat awal. Pernah saya cadang dulu sebagai Menteri Kewangan tetapi perkara itu tidak dapat sambutan di Asia kerana pada masa itu dianggap kekuatan Dolar Amerika itu sangat kukuh. Akan tetapi sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, saya fikir harus dirunding sekurang-kurangnya memikirkan Tabung Kewangan Asia. Keduanya, boleh menggunakan ringgit dan kewangan negeri masing- masing. Tentang lawatan ke India, Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, saya kena bagi masa dululah ya. Terima kasih banyak. [Ketawa]

Satu lagi boleh? Satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih saya jemput Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi, Kuala Langat.

Ahmad Yunus bin HairiPAS · PNKuala Langat · question

2. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi [Kuala Langat] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) justifikasi tindakan kerajaan menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952; dan (b) pertimbangan kerajaan tentang implikasi negatif penyahsenaraian produk cecair dan gel nikotin ini.

Dato' Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Pada pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari yang lalu, saya umumkan tentang duti eksais ke atas produk cecair yang mengandungi nikotin. Ini kerana vape ini digunakan secara meluas sekali dan penggunaan vape itu walaupun saya secara peribadi, Kementerian Kesihatan dan doktor-doktor tidak menggalakkan rokok atau vape tetapi kerana ia terlalu meluas, ia dikenakan cukai. Cuma masalahnya ialah pelaksanaan kerana rang undang-undang produk merokok yang akan diperkenalkan pada tahun ini, itu mendapatkan banyak reaksi negatif daripada Ahli-ahli Parlimen. Bukan menolak, pada prinsipnya kita akan terus membentang rang undang-undang ini tetapi tidak boleh dilakukan kerana pada peringkat awal Yang Berhormat, kita setuju disekalikan tentang rang undang-undang ini dan juga tentang cukai vape. Akan tetapi oleh kerana banyak bantahan, maka kita telah mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri Kesihatan runding semula dengan Ahli-ahli Parlimen secara teliti dan dengan semua badan kesihatan dengan maksud melaksanakan. Ia bermakna bukan untuk melengahkan, untuk melaksanakan pada tahun ini juga insya-Allah, kerana rang undang-undang terkait dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Ini supaya ada persefahaman dengan beberapa peruntukan terutama tentang pelaksanaan yang dianggap terlalu keras. Akan tetapi saya rasa wajar kita bagi ruang kepada Ahli-ahli Parlimen berbincang sama ada dalam Jawatankuasa Pilihan atau lain-lain. Akan tetapi di peringkat sekarang, Jabatan Kastam tetap akan mengawal pengedarannya. Rang undang-undang ini saya harap dapat dibentangkan untuk dalam sesi yang akan datang pada bulan Mei. Sementara itu, Kempen Advokasi Kesedaran Menolak Vape dan Rokok ini harus ditingkatkan.

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin HairiPAS · PNKuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kuala Langat mengalu-alukan agenda murni generasi penamat rokok ini melalui perancangan untuk membawa Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Namun apabila disahkan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada hari Khamis yang lalu bahawa nikotin dikeluarkan daripada senarai Akta Racun 1952 semata-mata untuk membolehkan kutipan cukai duti eksais, amat mengecewakan dan seolah-olah menolak pandangan daripada profesional termasuklah Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Farmasi Malaysia, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan beberapa lagi NGO yang saya kira menolak di atas eksais ini apabila diwartakan pada 31 Mac yang lalu. Kandungan nikotin ini akan menyebabkan ketagihan dan penyakit yang berkaitan kecederaan paru-paru disebabkan oleh e-vape atau e-rokok ini. Kita dapat makluman bahawa kutipan cukai rokok pada tahun 2020 sejumlah RM3 bilion dan kita terpaksa merawat kesan daripada perokok-perokok ini, penyakit yang disebabkan oleh rokok ini sebanyak RM6.2 bilion. Ia jumlah yang terlalu besar.

Dato' Dr. Ahmad Yunus bin HairiPAS · PNKuala Langat

Pada tahun 2022 yang lepas, kita mendapat maklumat bahawa 1.5 juta pengguna vape di negara kita. Adakah jangkaan kutipan cukai RM2 bilion ini mampu untuk kita mungkin mencegah penyakit ataupun ketagihan kepada perokok-perokok elektronik ini? Adakah ini akan mencapai matlamat generasi penamat perokok ini di negara kita? Apakah bentuk kawalan dalam lacuna, daripada kita telah meluluskan, diwartakan kutipan duti eksais ini sehingga kita meluluskan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok ini.

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Kuala Langat, panjang soalan.

Adakah kerajaan tidak merasakan bahawa seolah-olah kita menggadaikan generasi muda kita ini kepada ketagihan dan juga mungkin penyakit yang berkaitan dengan rokok? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

Saya faham. Walaupun saya bukan doktor, saya faham keluhan Yang Berhormat Kuala Langat dan ada kebenaran dan ada kewajaran kita ambil tindakan-tindakan memberi kesedaran, melatih. Akan tetapi ambil tindakan yang agak extreme mengharamkan vape atau nikotin rokok, itu agak drastik dan tidak mampu dikendalikan oleh mana-mana negara di dunia. Itu sebab ramai orang memilih untuk merokok walaupun kita keluarkan kempen dan saya menggabungkan juga seperti arak. Sementara kita kempen kesan-kesan negatif, tetapi kita teruskan dengan pencukaian ini sekadar untuk tidak menjadikan bahan itu tersebar luas dan murah. Saya setuju Yang Berhormat bahawa badan-badan kesihatan profesional semuanya tanpa kecuali termasuk doktor di rumah, memang menentang keras soal ini. Pada hemat kerajaan, buat sementara ini, kita sukar untuk mengharamkan, tetapi kita boleh meningkatkan kesedaran supaya orang memilih. Ada ulama-ulama yang mengharamkan rokok umpamanya tetapi perokok masih meluas dan ini masalah yang berlaku ribuan tahun. Jadi, sebab itu pendekatan yang kita ambil agak sederhana iaitu mengenakan cukai tetapi tegas untuk melarang di Parlimen, di sekolah. Maknanya sekatan-sekatan yang cukup meluas untuk mengelak daripada masyarakat terutamanya yang muda, vape atau merokok. Itulah sebabnya kita mengambil pendekatan yang agak sederhana sedikit.

Sedikit Yang Berhormat, boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bandar Kuching.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas jawapan tersebut. Dalam satu konvensyen cardiologist paling terkemuka di seluruh dunia, ada satu soalan yang ditanya kepada mereka. Berikan satu nasihat kepada semua untuk menjaga kesihatan jantung, hampir 100 peratus mereka berkata jangan merokok. Kita tahu ini satu isu yang sangat penting. Saya meneliti jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi memberi jangka masa untuk table akta tersebut pada bulan Mei. Saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh memberikan satu lagi komitmen yang kuat supaya bulan Mei ini kita ada akta ini kerana ia sangat penting. Kita tidak mahu sideline kepentingan public health, kesihatan awam walaupun kita hendak kutip cukai. Saya juga hendak tambah soalan kedua di mana dalam belanjawan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat berkata 50 peratus cukai akan dikembalikan kepada Kementerian Kesihatan. Boleh saya minta jika ia diperkembangkan di mana 50 peratus daripada semua sin tax, tax rokok, tax vape akan dikembalikan untuk rawatan pesakit-pesakit ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Terima kasih. Saya tahu Yang Berhormat Bandar Kuching pun memang keras dalam isu merokok dan vape ini. Saya sependapat kerana saya juga melarang, bukan sahaja merokok tetapi di kawasan rumah saya memang tidak boleh merokok sama sekali. Itu arahan isteri saya. [Ketawa] Akan tetapi soal yang pertama ini, apakah kerajaan bertegas akan memperkenalkan undang-undang sepertimana yang disebut oleh Menteri Kesihatan tempoh hari. Saya jawab, ya. [Tepuk] Keputusan kita jelas akan memperkenalkan. Kelewatan itu, saya mohon maaf kerana ramai Ahli Parlimen minta dikaji semula beberapa peruntukan, bukan menolak sama sekali. Keduanya tentang hasil 50 peratus setakat ini yang diputuskan oleh kerajaan, apa-apa hasil daripada cukai vape ini 50 peratus akan dikembalikan ke Kementerian Kesihatan untuk membantu langkah-langkah pemulihan kesihatan tetapi hendak panjangkan ke lain-lain itu kita akan timbangkan semula. Terima kasih.

Wilfred Madius TangauUPKO · PHTuaran · question

3. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan Pegawai Perubatan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam dan implikasi kewangan yang terlibat jika semua pegawai perubatan lantikan kontrak diserap masuk dan seterusnya dilantik secara tetap.

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuaran. Pertama saya hendak sebut penghargaan dan terima kasih saya kepada doktor-doktor kontrak yang memang menghadapi masalah sekian lama dan telah tidak meneruskan dengan rancangan beberapa pihak yang mahu mogok dan sebagainya kerana kita berikan perhatian. Saya bagi contoh, seperti mana yang saya sebut dalam Belanjawan 2023, peruntukan emolumen 19.7 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan iaitu peningkatan RM3 bilion. Ini bukan jumlah kecil ketimbang tahun 2022. Daripada RM3 bilion penambahan emolumen itu, termasuklah RM1.2 bilion kenaikan gaji tahunan. Peruntukan tambahan untuk keperluan pegawai kontrak RM600 juta dan pelantikan ke jawatan tetap yang diserap daripada pegawai kontrak RM1.1 bilion. Jadi untuk tahun 2023, tambahan kerana doktor kontrak dan juga penyerapan menjadi pegawai tetap, itu RM1.7 bilion. Oleh sebab itulah saya merayu, sementara tuntutan itu munasabah bahawa mereka berkhidmat sekian lama, tetapi perkara ini tertangguh sekian lama. Jadi, untuk tahun ini kita selesaikan semua, kita tidak mampu. Jadi apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk menambah RM1.7 bilion daripada penambahan RM3 bilion emolumen untuk tahun 2023. Jadi, kita jangkakan kalau ini dapat dilakukan dalam tempoh tiga tahun, maknanya kita dapat menyerap 12,800 orang doktor kontrak yang ada dalam tempoh tiga tahun. Ini kerana tahun ini kita menyerap 4,300 orang sekali gus. Tahun ini sahaja 4,300 orang kerana jumlah keseluruhannya ialah 20,333 latihan kontrak. Seramai 12,800 housemanship. Jadi kita tidak masuk dalam kategori ini. Jadi sebab itu saya harap dapat dimengerti tidak ada sama sekali niat kita untuk meremehkan kerana doktor-doktor ini berkhidmat dengan baik, berkorban masa, waktu, tenaga dan memang negara memerlukan. Cuma untuk tahun ini, kita tambah RM1.7 bilion dan daripada tambahan RM 3 bilion ini. Bagi saya ini maksimum yang kita dapat lakukan. Saya sekali lagi ucapkan terima kasih kepada mereka tentang kerana kesediaan mereka berkhidmat walaupun ada keresahan tidak berpuas hati kerana tidak diserapkan semuanya sekali sekarang.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Memang begitu mencabar untuk menyerap keseluruhan kesemua doktor kontrak ini. Apa yang saya ingin tahu ialah sebagai soalan tambahan ialah daripada segi pemilihan. Kalau kita hendak pilih untuk diserapkan, apakah kriteria-kriteria digunakan untuk memilih mereka doktor kontrak ini? Begitu juga dengan apabila dinaikkan pangkat kepada JUSA, apa kriteria dan apakah pihak kerajaan bercadang untuk memberikan pemberitahuan tentang kriteria itu?

Soalan tambahan kedua ialah daripada segi elaun on-call doctors. Saya difahamkan hanya RM9 sekarang berbanding dengan di Starbucks RM20 kalau overtime. Singapura, RM60. MMA telah mencadangkan RM25 sejam. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menunai tuntutan daripada MMA ini? Kalau ya, bila? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Proses pemilihan itu proses yang ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Akademik, pengalaman, kepakaran dan juga prestasi serta kompetensi. Itu yang proses biasa. Akan tetapi untuk perubatan ini termasuklah apa yang disebut beberapa ujian tambahan yang dimasukkan dalam kategori professional assessment pegawai berkenaan. Saya tidak fikir ini dibangkitkan masalah tetapi elaun ada dibangkitkan. Akan tetapi, elaun yang disebut ini adalah selain daripada gaji dan elaun umum.

Walaupun dianggap kecil, diminta tambahan tetapi kadar semasa elaun tugas atas panggilan pegawai perubatan iaitu on call sama ada berkhidmat secara tetap atau kontrak dan diarah untuk menjalankan tugas atas panggilan selepas waktu bekerja biasa di hospital kerajaan, hospital universiti, hospital angkatan tentera, ataupun hospital klinik desa adalah masih bersesuaian dengan penetapan kadar mengikut hari tugas jam berbanding kadar elaun-elaun lain yang diterima oleh perkhidmatan lain. Konsisten. Akan tetapi, pada hari ini saya hendak ambil kesempatan mengumumkan bahawa elaun tambahan diberikan kerana sekarang ini elaun-elaun ini tidak termasuk bagi yang bertugas di klinik kesihatan atau jabatan kecemasan. Maka oleh itu, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju bahawa elaun bertugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang on call di klinik kesihatan dan Jabatan Kecemasan hospital dan waktu perluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan kepada enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis mengurangkan kesesakan hospital kerajaan. Saya juga telah arahkan JPA dan Kementerian Kewangan mengkaji agar kemudahan ini dipanjangkan kepada semua, selain pegawai perubatan.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Tangga Batu.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Yang Berhormat Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun. Kita selalu bicara soal doktor kontrak tetapi ada satu kategori yang kita terlepas pandang iaitu Penolong Pembantu Perubatan (PPP). Saya difahamkan bahawa ada dua keluaran. Satu daripada Institusi Latihan KKM dan satu lagi swasta. Sewaktu zaman COVID-19, KKM telah mengambil mereka daripada swasta. Saya diberitahu bahawa kontrak mereka tidak disambung dan ada yang telah diberhentikan. Seramai 800 orang lagi telah menunggu untuk diberhentikan. Kita minta supaya kerajaan untuk beri perhatian kepada mereka yang diambil bekerja secara kontrak yang datang daripada kolej swasta. Sekian, terima kasih.

Setakat rekod kita, tidak benar mereka dihentikan atau tidak disambung melainkan ada kes-kes tertentu. Walau bagaimanapun, saya ingin beri jaminan kepada Yang Berhormat Tangga Batu, bahawa sekiranya ada rekod yang diberhentikan tanpa sebab atau tidak disambung, kita akan ambil tindakan supaya mereka dapat bertugas semua. Ini adalah kerana dasar kita bukan sahaja doktor, tetapi semua pegawai yang terlibat dalam kegiatan perubatan ini termasuk pembantu perubatan, farmasi, dan klinik pergigian yang termasuk dalam kategori ini adalah dilayan dengan sama.

Dato' Dr. Zulkafperi bin HanapiBERSATU · PNTanjong Karang

[Bangun]

Ada kemungkinan yang disebut oleh Yang Berhormat Tangga Batu ini kalau mereka memilih untuk berhenti atau berkhidmat dengan swasta. Itu memang diizinkan. Akan tetapi, kalau ada apa-apa senarai yang boleh dikemukakan oleh Yang Berhormat Tangga Batu, insya-Allah saya akan ambil tindakan.

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Ini adalah sebab Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah sebut bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau hendak bawa usul?

Bukan bawa usul. Hendak di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12). Kenyataan Menteri Dalam Negeri. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada di Parlimen, sila tanya apa soalan sahaja. Saya hendak tanya soalan satu...

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Boleh tanya lah tetapi dia ada peraturannya Yang Berhormat. Boleh bertanya tiada masalah. Ada peraturan.

Menteri Dalam Negeri, dia kata Perdana Menteri berada, sila tanya soalan apa sahaja.

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi tadi kepada Yang Berhormat Kota Bharu.

Tuan Yang di-Pertua, saya tanya satu soalan sahaja. Ini bulan puasa, Kerajaan Perpaduan. Saya ada jumpa Yang Amat Berhormat semalam. Saya jumpa Yang Amat Berhormat di majlis berbuka puasa. Dia gembira, saya gembira.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Bakal Ketua Pembangkang.

Satu sahaja. Ahli Parlimen...

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Ini bakal Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen PH balik hari ini gembira sebab dapat peruntukan RM800,000. Kami tidak dapat apa, Yang Berhormat. Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tolong bagi penjelasan. Kalau tidak boleh bagi banyak, bagilah sedikit sebab kami hendak beli buah kurma untuk rakyat miskin. Kami hendak bagi...

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Yang Berhormat Larut tidak hadir Parlimen pun. Mana Yang Berhormat Larut?

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Soalan itu saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jawab. Layan Yang Berhormat Arau dan mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri silakan.

Ini layanan khusus kepada Yang Berhormat Arau. Tuan Yang di-Pertua saya telah sebut di sini. Kelulusan telah diputuskan. Cuma TPM Yang Berhormat Petrajaya mengetuai pasukan dan minta supaya pihak pembangkang mengadakan rundingan tentang parameter yang diluluskan. Apa yang masalahnya? Kalau mereka tidak bersedia, benda itu tertangguh.

[Dewan tepuk]

Saya sudah beritahu kepada Yang Berhormat Kubang Kerian pun begitu. Saya ada beritahu sudah ada kelulusan dan biar ada perundingan kerana ini juga telah dilakukan dahulu. Yang Berhormat Kota Bharu ada. Sebelum itu tidak ada. Kelulusan, kelulusan dan berbincang. Kita tidak minta syarat-syarat yang ketat. Tidak ada. Cuba biar parameter kelulusan itu dibincangkan di antara kerajaan dan pembangkang dan kita ada lantik TPM Yang Berhormat Petrajaya untuk mengetuai bagi pihak dan apa-apa yang diputuskan saya setuju. Ini adalah kerana prinsipnya kita setuju Yang Berhormat. Kalau hendak wang, runding—bukan runding. Bincang dan luluskan dah. Kalau tidak nak, tidak apa. Tunggu dahulu.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan sampingan.

Selamat hari raya. Terima kasih.

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Baik. Saya bagi soalan tambahan satu. Last ya. Oleh sebab kita running short time. Ini soalan hari raya.

Ya betul. Saya dengar tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebutkan bahawa rundingan perlu diadakan antara Ketua Whip Pembangkang dengan Ketua Whip Kerajaan. Adakah itu? Ini pertama kali disebut dalam Dewan ini. Kalau itu perkaranya, kalau itu mekanismenya, insya-Allah kita akan usahakan perkara ini. Adakah itu caranya?

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini sudah disebut, Ahli-ahli Parlimen lain pun sudah dengar. Inilah yang saya sebut yang saya tegaskan

semulah inilah juga. Runding. Kita sudah ada wakil. Kita hendak hantar wakil, Ketua Pembangkang. Sudah adalah rundingan. Sudah habis. Tidak ada masalah pun. Dok marah saya kata saya tidak bagi. Saya sudah umum daripada awal. Kita luluskan dan memang dalam peruntukan masuk sudah.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, boleh rundinglah ya. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

Usul — Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga Rang Undang-Undang Di Bawah P.M.62Bill

Dato’ Sri Azalina Othman SaidUMNO · BNMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) · Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon D.R. 1/2023 Rang Undang-undang Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 seperti yang tertera di nombor 6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul pada hari ini ditangguhkan bacaan kali kedua dan ketiga dan dibawa ke Mesyuarat akan datang.”

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KANUN KESEKSAAN (PINDAAN) (NO.2) 2023 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Keseksaan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) (NO.2) 2023 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

Rang Undang-Undang Dibawa Ke Dalam Mesyuarat — RANG UNDANG-UNDANG KESIHATAN MENTAL (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang PertamaBill

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kesihatan Mental 2001; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang- undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahas dan diputuskan Usul Perdana Menteri di No.1, D.R. 9/2023 Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, D.R. 10/2023 Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan D.R. 11/2023 Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 seperti di No.2 sehingga No.4 serta Usul Menteri Kewangan di No.5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul — Usul Perdana Menteri Pelantikan Pengerusi Dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Pac)Motion

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Tuan Yang di-Pertua, "Bahawa Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah dan Yang Berhormat Puan Wong Shu Qi, Ahli Parlimen Kluang masing-masing dipilih sebagai

Dato’ Seri Anwar bin IbrahimPKR · PHPerdana Menteri dan Menteri Kewangan · Tambun

Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Majlis Parlimen Kelima Belas." [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, oleh sebab kedua-dua belah pihak telah pun bersetuju, Yang Berhormat...

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin HamidiUMNO · BNTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah · Bagan Datuk

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong dahulu. Saya menyokong dahulu. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, ya terima kasih. Terlampau excited dengar Yang Berhormat Masjid Tanah jadi Pengerusi. Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah No.1 tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan berapa?

Peraturan Mesyuarat 18(1).

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 18(1). Bacakan.

Ya, ya. Yang pertama...

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 18(1) itu baca dahulu.

Okey, Peraturan Mesyuarat 18(1), Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baca, baca.

Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap hari bawa...

Tuan Yang di-Pertua

Kena baca.

Iaitu untuk membincangkan perkara tertentu untuk kepentingan orang ramai. Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, jadi saya sudah tidak payah baca ini sebab Tuan Yang di-Pertua, saya sudah hantar 12 usul...

Tuan Yang di-Pertua

Dak, peraturan ini kena baca, Yang Berhormat. Baca sudah?

Saya hendak kena baca, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua

Baca sekarang.

Oh, baca sekejap. Okey.

Tuan Yang di-Pertua

Perlahan-perlahan tidak apa Yang Berhormat.

“Sesiapa ahli selain Menteri bolehlah berdiri di tempatnya dan meminta kebenaran hendak merundingkan perkara tertentu...” Terima kasih. Sekarang ini ialah Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ucap terima kasih sebab usul doktor kontrak selesai, alhamdulillah. Kemudian usul peruntukan selesai. Saya percaya esok sebelum balik, Ketua Whip dan juga Ketua Whip sana berunding dan kami mendapat khabar gembira nampaknya sebelum hari raya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semoga Allah SWT merahmati. Akan tetapi kalau tak bagi, wallahualam ya.

[Dewan ketawa]

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya telah bawa usul berhubung dengan lawatan Yang Amat Berhormat pergi ke Saudi. Saya tak nak rakyat memberi pandangan- pandangan yang merugikan pahala puasa. Saya tidak mahu. Saya minta Yang Berhormat yang saya kasihi yang berada di sini, Yang Berhormat tolong bagi penjelasan sedikit tentang lawatan di Saudi supaya rakyat Malaysia melihat ini sesuatu yang...

Tuan Yang di-Pertua

Itu sudah masuk usul?

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sudah masuk usul yang itu?

Sudah, saya dah bawa usul itu. Ditolak seperti biasalah Tuan Yang di-Pertua.

[Dewan ketawa]

Pembangkang bawa usul...

Tuan Yang di-Pertua

Tapi− Usul.

Ya, ya. Saya minta– ada berlaku peristiwa saya bawa usul. Nanti saya bawa dua usul. Tiba-tiba terjawab, alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Walaupun tidak sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya telah terjawab. Akan tetapi hat lawatan Saudi itu saya akan bawa usul sekali lagi tetapi apakan daya, Parlimen sudah habis. Hari ini hari yang terakhir, saya terpaksa bercakap. Jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi yang akan beri peruntukan kepada kami, supaya pertimbangkan sedikit, bagi penjelasan tentang lawatan di Saudi. Saya tidak berapa gemar melihat orang beri pandangan. Saya rasa menambahkan dosa dan− wallahualam, pahala saya rujuk kepada Yang Berhormat Pokok Sena untuk keluar fatwa tetapi bagi diri saya, saya tidak mahu mengata-ngata. Saya mahu Yang Amat Berhormat terang sendiri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Dalam standing order kita, apabila satu usul ditolak, Yang Berhormat boleh buat rayuan usul sekali lagi. Akan tetapi tidak boleh bangun dan tanya lagu ni. Minta maaf Yang Berhormat.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Point of order, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, point of order berapa itu?

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Point of Order 36(6). Pada 28 Mac...

Tuan Yang di-Pertua

Point of Order 36(6) ya? Sebentar, sebentar.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini merujuk kepada satu perkara yang...

Tuan Yang di-Pertua

Baca dahulu.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Point of Order 36(6), sangkaan jahat.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sangkaan jahat Point of Order 36(6).

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini satu perkara pada 28 Mac di mana Yang Berhormat Besut telah membuat satu kenyataan untuk mengaibkan Yang Amat Berhormat Tambun dan Tuan Yang di-Pertua telah menyatakan akan merujuk kepada Hansard dahulu. Saya ingat masa itu dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua. Apakah keputusan yang dibuat berkaitan dengan perkara yang diungkit berkali-kali dengan sengaja oleh Yang Berhormat Besut?

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya kira saya telah pun menjawab kepada Yang Berhormat Besut bahawa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Besut itu Yang Berhormat Besut cuma menyatakan− dia tidak mengulaskan. Dia state of facts. Untuk itu, jawapan telah pun saya berikan kepada Yang Berhormat Besut bahawa kita menganggap bahawa itu bukan satu penghinaan. Dia cuma menyatakan facts dan facts itu ada. [Tepuk] Jadi, saya terpaksa berlaku adil.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Bolehkah saya dapat kepastian kerana berkaitan dengan perkara ini, beliau selalu suka jawab bahawa ada kes liwat yang berkaitan dengan Yang Amat Berhormat Tambun sungguhpun pengampunan penuh telah diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekiranya begitu, adalah lebih baik bahawa pihak pembangkang bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak mengungkit perkara-perkara ini yang telah diselesaikan. Saya harap dapat panduan dan petua daripada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan hari itu, atau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong hari itu ialah tentang isu penyalahgunaan kuasa yang disebut oleh Yang Berhormat Besut bahawa mahkamah telah buat keputusan bahawa dua orang pegawai polis itu disebut namanya. Saya tidak mahu sebut di sini. Jadi beliau telah pun state of facts. Itu sahaja yang kita bincangkan. Namun begitu, isu yang Yang Berhormat bangkitkan sekarang ini ialah isu baharu yang saya anggap saya juga merasakan itu telah berlalu. Sekiranya ada pihak-pihak yang tidak puas hati, bolehlah meletakkan usul kepada saya. Terima kasih. Teruskan.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya terima apa yang diputuskan oleh Tuan Yang di-Pertua tetapi selalu suka sebut perkataan ‘liwat’. Ini saya rasa tidak harus dibenarkan di dalam Dewan yang mulia ini, khususnya apabila hendak aibkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya faham.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya harap perkara ini...

Yang Berhormat Bagan yang ulang. Yang Berhormat Bagan yang sebut-sebut...

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Arau.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Ini disebut oleh Yang Berhormat Besut.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Boleh rujuk Hansard, di portal pun ada baca. Disebut dengan sengaja oleh Yang Berhormat Besut.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Saya harap ini harus diberikan panduan...

Tuan Yang di-Pertua

Saya juga...

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Jangan main-main dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Kerana ini perkara yang serius. Ingin mengaibkan seorang Ahli Dewan Rakyat, sekian.

Tuan Yang di-Pertua

Saya juga ingin menasihati Ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya orang Islam. Kita tahu apa hukum menuduh orang tanpa melihat sendiri apa yang berlaku. [Tepuk] Jadi saya harap Ahli Yang Berhormat orang Islam, saya orang Islam, di luar orang Islam, anak-anak kita menonton TV pun orang Islam. Jadi, apa hukumnya kalau kita tidak melihat benda itu dengan mata kepala kita, janganlah kita ulangi. Terima kasih. Saya teruskan, Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 18(1).

Tuan Yang di-Pertua

Berapa?

Peraturan Mesyuarat 18(1) berkaitan usul yang telah diserahkan oleh saya sendiri kepada Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Saya dapat.

...pada kelmarin ya.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Untuk merujuk Ahli Parlimen Setiawangsa, yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkaitan kekeliruan yang telah diberikan jawapan oleh beliau dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Saya mohon petua daripada Tuan Yang di-Pertua, apakah status usul yang telah saya bangkitkan kelmarin?

Tuan Yang di-Pertua

Baik, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, saya telah pun menerima usul daripada Yang Berhormat Sik untuk meminta supaya Menteri membetulkan atau memohon maaf sekiranya maklumat yang diberikan tentang status Malay reserve tidak betul.

Tuan Yang di-Pertua

Namun pun begitu oleh kerana baru dapat semalam, saya akan rujuk kepada PTG Kedah dan juga KPTG di federal. Jadi, oleh kerana hari ini hari last day, hari terakhir insya- Allah saya akan beri jawapan selepas ini. Jadi, sila teruskan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di- Pertua...

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] telah mula berkuat kuasa mulai tahun 1987. Objektif utama Akta 333 adalah untuk menyediakan persekitaran pemanduan kenderaan motor yang seragam, selamat dan efisien di atas jalan raya. Objektif ini dicapai menerusi pengawalseliaan dan penetapan peraturan-peraturan berkaitan aspek teknikal, pembinaan dan penggunaan kenderaan, peraturan pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor yang akan digunakan di atas jalan pengawalseliaan dan pelesenan pemandu serta penetapan peraturan-peraturan jalan raya dan lalu lintas. Kali terakhir Akta 333 dipinda adalah dalam tahun 2020. Pindaan yang telah dilaksanakan antara lain melibatkan peruntukan berkaitan kesalahan memandu, tidak mematuhi peraturan jalan raya termasuk memandu secara berbahaya, melulu, tidak cermat dan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sama ada menyebabkan kematian atau kecederaan. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan- pindaan ke atas Akta 333 tahun 2023 akan merangkumi perkara-perkara utama seperti berikut: (i) mewujudkan kuasa kepada Menteri untuk menetapkan dan mewartakan pakaian seragam kepada Pegawai Pengangkutan Jalan;

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

(ii) mewujudkan punca kuasa di bawah Akta 333 berkaitan proses pertukaran pemilikan kenderaan motor secara interim atau sementara daripada pemilik asal kenderaan kepada syarikat kenderaan terpakai; (iii) mewajibkan pemandu bas persiaran atau bas pelancongan untuk mempunyai lesen vokasional; (iv) menetapkan caruman kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 sebagai salah satu syarat memperbaharui lesen vokasional bagi individu yang tertakluk kepada definisi orang bekerja sendiri di bawah Akta 789; dan (v) mewujudkan punca kuasa bagi tujuan penggunaan peralatan dan sistem high-speed weigh-in-motion bagi tujuan penguatkuasaan peraturan berat muatan kenderaan motor secara automatik di bawah Akta 333. Secara keseluruhannya, Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022 akan mengandungi 13 fasal di dalamnya. Fasal-fasal yang melibatkan pindaan- pindaan utama kepada Akta 333 adalah seperti berikut– Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 2 untuk mewujudkan takrif baharu bas persiaran dan meminda takrif lesen vokasional. Pindaan terlibat adalah susulan kepada ketetapan mewajibkan lesen vokasional kepada pemandu bas persiaran. Fasal 3 bertujuan meminda seksyen 3 untuk memberi kuasa kepada Menteri membuat peraturan-peraturan mengenai pakaian seragam tanda pangkat kuat kuasa dan rencana pegawai pengangkutan jalan. Fasal 4 bertujuan memperkenalkan seksyen 13A baharu bagi mewujudkan punca kuasa mengawal selia proses pertukaran milikan kenderaan motor secara interim. Proses ini adalah melibatkan pertukaran pemilikan kenderaan motor daripada pemunya pendaftar kepada perniagaan kenderaan motor terpakai (UCD) apabila pemunya menjual kenderaan tersebut kepada UCD bagi maksud menjual kenderaan itu semula kepada orang lain. Pada masa ini, sebarang pertukaran hak milik kenderaan adalah bersifat kekal di bawah ditetapkan di bawah seksyen 13 Akta 333. Walau bagaimanapun, atas keperluan mendesak untuk melindungi hak orang ramai sebagai pemilik kenderaan pada masa itu, semenjak tahun 2011 proses pelaksanaan pertukaran hak milik kenderaan motor yang dijual kepada UCD oleh pemilik asalnya telah dilaksanakan secara interim atau sementara dan tidak bersifat kekal. Melalui proses tersebut, pemilik asal yang menjual kenderaan akan memindahkan pemilikan ataupun pendaftaran kenderaan motor secara sementara kepada pihak UCD. Proses ini seterusnya membebaskan pemilik asal daripada sebarang liabiliti ke atas kenderaan yang telah dijual. Sebarang salah laku selepas kenderaan itu dipindah milik adalah menjadi tanggungjawab UCD. Sebelum proses ini diperkenalkan, terdapat situasi di mana kenderaan yang telah dijual kepada UCD masih berdaftar kepada pemilik asal dan telah di salah guna sebagai pelanggar peraturan jalan raya oleh pihak lain. Seterusnya pemilik asal pula telah dipertanggungjawaban ke atas semua pelanggaran peraturan terlibat. Sekiranya kenderaan berkenaan tidak dijual kepada pemilik baharu selepas tempoh enam bulan, pemilikan kenderaan akan bertukar secara kekal kepada UCD. Dalam transaksi ini kerajaan melalui JPJ akan memungut RM10 sebagai fi perkhidmatan. Pertukaran pemilikan secara interim oleh pemilik asal yang telah dilaksanakan secara pentadbiran pada masa ini adalah tidak selari dengan ketetapan Akta 333. Sehubungan itu, pindaan ini akan mewujudkan punca kuasa bagi pertukaran pemilikan kenderaan motor secara interim atau sementara serta mengesahkan sebarang fi yang telah dikutip oleh JPJ di sepanjang pelaksanaan proses tersebut sebelum ini. Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 56 bagi menetapkan syarat atau kelayakan mempunyai lesen vokasional hanya kepada individu yang mempunyai lesen memandu

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

kompeten sepenuhnya sahaja. Mana-mana orang yang masih memegang lesen belajar memandu atau lesen memandu percubaan tidak dibenarkan memohon suatu lesen vokasional atas keselamatan dan tahap kompetensi individu terlibat. Selain itu pindaan juga akan mewajibkan individu yang tertakluk kepada definisi orang bekerja sendiri di bawah Akta 789 untuk berdaftar dan membayar caruman SKSPS bagi mendapatkan lesen vokasional. Pindaan ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan pada 31 Mac 2021 yang mewajibkan semua individu yang mewajibkan sesuatu aktiviti pekerjaan sendiri dalam sektor perusahaan penghantaran barangan agar mendaftar dan mencarum dengan SKSPS di bawah Akta 789. Dalam hal yang berkaitan dengan Akta 333, caruman ke SKSPS akan dijadikan sebagai salah satu syarat wajib ke atas permohonan pembaharuan lesen vokasional, lesen PSV melibatkan pemandu teksi, e-hailing, p-hailing dan pemandu bas serta lesen vokasional, lesen GDL melibatkan pemandu kenderaan perdagangan. Fasal 7 bertujuan meminda seksyen 57 untuk mewajibkan semua pemandu bas persiaran mempunyai lesen vokasional. Pindaan ini bertujuan memastikan syarat mempunyai lesen vokasional adalah seragam kepada semua pemandu bas persiaran dan setara dengan peraturan ditetapkan pada masa ini kepada pemandu bas ekspres, bas henti-henti dan bas pekerja. Selain memastikan keseragaman peraturan pelesenan, ketetapan ini juga mengambil kira bahawa jenis kenderaan yang dipandu adalah sama iaitu bas yang digunakan bagi bertujuan mengangkut orang. Pindaan juga akan dilaksanakan kepada seksyen 57 bagi menurunkan had umur individu mendapatkan lesen vokasional bagi kenderaan barangan menggunakan motosikal daripada tidak kurang daripada 21 tahun kepada tidak kurang daripada 18 tahun. Pindaan ini dilaksanakan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 24 September 2021 supaya perkhidmatan kenderaan barangan termasuk menggunakan motosikal yang disediakan di bawah satu perniagaan penghantaran atau p-hailing dikawal selia di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. Untuk makluman semua, lesen vokasional adalah merupakan salah satu lesen memandu yang diwajibkan kepada mana-mana individu yang hendak bekerja sebagai pemandu, penunggang atau kelindan suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan. Peraturan semasa menetapkan had umur bagi individu mendapatkan lesen vokasional adalah berumur 21 tahun. Di kala ini, penggunaan motosikal sebagai satu kenderaan barangan telah semakin meluas di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya bagi tujuan penghantaran barangan dan makanan. Had umur bagi mendapatkan suatu lesen memandu Malaysia bagi kelas motosikal adalah 16 tahun. Ini bermakna mana-mana individu yang telah berumur 16 tahun ke atas telah pun boleh memohon untuk mendapatkan suatu lesen memandu motosikal dan seterusnya menunggang di atas jalan raya. Bagi mereka yang telah lulus semua ujian mendapatkan lesen akan diberikan satu lesen percubaan untuk tempoh dua tahun. Bagi individu tersebut selepas tempoh percubaan tamat, mereka telah pun berumur 18 tahun ke atas. Ini bermakna individu berkenaan telah pun kompeten untuk memandu atau menunggang motosikal tersebut. Sekiranya had umur ini tidak diturunkan, maka individu yang tergolong dalam had umur terbabit iaitu antara 18 hingga 20 tahun akan tidak lagi dibenarkan bekerja sebagai penunggang motosikal sebagai kenderaan barangan. Seterusnya menyebabkan mereka akan kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Perkara ini akan memberikan kesan negatif kepada golongan remaja lepasan sekolah menengah atau yang sedang di peringkat pra-pengajian tinggi yang telah pun mempunyai lesen memandu yang kompeten untuk bekerja sambilan, mencari pendapatan tambahan terutamanya dalam suasana ekonomi negara yang mencabar. Walaupun had umur telah diturunkan, kerajaan tetap memberi perhatian berat kepada aspek keselamatan pemanduan penunggang p-hailing.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Maka atas dasar ini, kerajaan telah bersetuju agar perkhidmatan ini dikawal selia dan dilesenkan. Antara aspek yang akan dikawal selia kelak termasuklah pelesenan penunggang bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai lesen memandu kompeten

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

dan lesen vokasional sahaja dibenarkan bekerja sebagai penunggang p-hailing. Pelesenan kenderaan yang digunakan bagi memastikan hanya kenderaan yang sah pendaftaran dan mempunyai perlindungan insurans yang telah dilesenkan sahaja untuk layak digunakan. Ketiga, pengawalseliaan dan penetapan peraturan pelesenan ke atas syarikat yang menyediakan perkhidmatan p-hailing. Keempat, aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan peraturan jalan raya oleh syarikat dan penunggang p-hailing. Pengawalseliaan ini kelak akan dilaksanakan oleh JPJ, APAD serta LPKP Negeri Sabah dan Sarawak. Fasal 8 bertujuan mewujudkan seksyen 63A baharu bagi mewujudkan punca kuasa dan mengesahkan di sisi undang-undang penggunaan peralatan sistem penimbang semasa bergerak elektronik atau berkomputer (HSWIM) yang dipasang pada mana-mana jalan untuk menyukat berat kenderaan motor yang sedang bergerak secara automatik. HSWIM adalah merupakan gabungan peralatan berasaskan sensor, kamera, sistem dan algorithm komputer yang mencerap kehadiran identiti dan berat kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya. Beban ganda kenderaan motor berkenaan akan direkodkan secara dinamik dengan memberikan maklumat berkaitan masa, beban muatan, had laju, jarak ganda, kelas kenderaan dan parameter lain berkaitan kenderaan tersebut. Pindaan ini akan membolehkan JPJ menggunakan peralatan HSWIM sebagai salah satu alat bagi tujuan menimbang kenderaan motor lebih muatan seperti mana penggunaan alat timbang konvensional yang dipasang di stesen penguat kuasa JPJ. Penggunaan HSWIM akan memperluaskan capaian dan menambah baik aspek penguatkuasaan di seluruh negara. Aspek penguatkuasaan ini kini akan boleh dilaksanakan 24 jam dan 360 hari tanpa terkesan dengan keadaan cuaca. Selain itu, penggunaan HSWIM juga akan berupaya mengurangkan keperluan anggota penguatkuasaan yang tinggi, mengurangkan perbelanjaan kewangan bagi tujuan penyelenggaraan jalan dan seterusnya meningkatkan tahap keselamatan jalan raya melalui pematuhan peraturan berat kenderaan motor oleh pemilik dan syarikat berkaitan. Akhir sekali, fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 88B bagi membolehkan kenderaan barangan pendaftaran negara asing akan turut boleh dikenakan bayaran caj jalan sama seperti dikenakan kepada lain-lain caj kenderaan motor atau kategori kenderaan perdagangan yang memasuki dan menggunakan infrastruktur jalan raya di Malaysia. Caj jalan ini dikenakan bagi memastikan semua kenderaan pendaftaran negara asing turut menyumbang sejumlah fi apabila menggunakan jalan di Malaysia. Kutipan fi ini akan kelak digunakan bagi tujuan penyelenggaraan semua infrastruktur jalan di Malaysia. Lain-lain pindaan yang tidak dinyatakan secara khusus adalah merupakan pindaan bersifat editorial dan consequential susulan kepada pindaan-pindaan utama. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan yang dicadangkan di dalam RUU ini adalah penting bagi memastikan tahap keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan teras JPJ terutamanya dalam pematuhan peraturan jalan oleh orang ramai dan aspek penguatkuasaan undang-undang. Pada masa yang sama, ia juga akan memastikan terdapat punca kuasa yang sahih di bawah Akta 333 bagi pelaksanaan perkhidmatan-perkhidmatan utama JPJ yang berkenaan. Pindaan juga akan memastikan aspek kebajikan pemandu-pemandu yang bekerja sendiri dapat dilindungi di bawah SKSPS. Selain daripada itu, penurunan had umur untuk mendapatkan lesen vokasional daripada 21 tahun kepada 18 tahun bagi motosikal juga akan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya dalam fasa negara pulih kembali daripada kesan negatif pandemik COVID-19 serta dalam suasana ekonomi yang mencabar pada ketika ini. Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah hati memohon supaya pindaan-pindaan yang dicadangkan dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini demi menjaga kebajikan terutamanya kepada golongan muda dan golongan yang bekerja sendiri. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada siapa yang menyokong? Silakan.

Datuk Haji Hasbi bin HabibollahPBB · GPSTimbalan Menteri Pengangkutan · Limbang

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Yang Berhormat, saya mempunyai senarai yang panjang. Namun pun begitu, oleh sebab hari ini ialah hari terakhir dan masa pun ada, jadi saya hendak buka untuk semua orang bercakaplah. Khususnya, isu ini isu penting, isu e-hailing, isu anak-anak muda dan sebagainya. Jadi di samping itu, siapa yang hendak bangun, bangun. Boleh angkat – Saya free. Boleh, boleh. Free for all hari ini. Baik, saya jemput dahulu Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan. Selepas itu, siapa hendak tanya Yang Berhormat Menteri, bangun ya.

Tuan Hassan bin Abdul KarimPKR · PHPasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pasir Gudang mohon menyokong Rang Undang-undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang disebut Akta 333. Pindaan ini sangat penting dan perbahasan saya menumpu kepada Fasal 8 iaitu seksyen baharu yang diperkenalkan, seksyen 63A ke dalam Akta 333 ini. Ertinya dengan ada seksyen yang baharu ini, yang berkaitan dengan alat penimbang dan dari segi frasanya ditukar pada mesin penimbang. Ini sangat penting iaitu negara kita ada jalan raya highway, jalan raya federal, jalan raya peringkat negeri, jalan raya majlis perbandaran, PBT dan sekarang dibina Lebuhraya Pan Borneo yang akan diharap mudah-mudahan akan selesai tidak lama lagi. Ertinya, jalan-jalan raya ini kalau kita lihat di seluruh negara, rosak. Rosak teruk dan kerajaan tiap-tiap tahun mengeluarkan duit ratus-ratus juta untuk selenggara, turap semula, tampal dan sebagainya. Rosak lagi kemudiannya akibat kenderaan yang berat seperti lori-lori dan tankers yang berat yang tidak tertampung oleh kekuatan jalan raya yang dibina itu. Memang benar Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bina jalan raya dan yang selenggara kalau rosak. Akan tetapi, JKR tidak boleh hendak saman dan tidak boleh hendak heret pesalah-pesalah, tuan punya lori, pemandu dan sebagainya. Yang ada kuasa ini ialah JPJ dan polis. Jadi, perlu diberi punca kuasa kepada Kementerian Pengangkutan ini dan agensinya seperti JPJ untuk memastikan misalnya di kawasan kami di Pasir Gudang, lebuh raya rosak dan berlubang-lubang. JKR, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri belanja banyak, tetapi tidak dapat dilaksanakan pemantauan dan kuat kuasa oleh JPJ kerana kekurangan dan kemudahan untuk mengenal pasti muatan- muatan, lori-lori dan tankers itu melebihi yang dibenarkan oleh undang-undang. Jadi secara ringkasnya, ini satu usaha yang sangat baik, pindaan ini yang memperkenalkan seksyen 63A. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengalu-alukan pindaan yang dibuat kepada peraturan sedia ada. Saya juga ingin bangkitkan isu yang melibatkan soal penguatkuasaan di bawah 63A ialah tentang alat penimbang yang ditukar kepada mesin penimbang. Isu ini ialah kita dapati pelbagai agensi penguat kuasa yang ada di atas jalan raya yang ada sekarang ini. Ada pihak polis, JPJ, peronda lebuh raya, Jabatan Alam Sekitar dan banyak agensi yang kita dapati bahawa kita perlu ada penyelarasan supaya tidak banyak sangat agensi yang bertindan hingga akhirnya seorang pengguna jalan raya, dia merasakan bahawa kalau dia berada atas jalan raya, dia terpaksa berdepan dengan lima hingga enam buah agensi.

Saya cadangkan bahawa penyelarasan perlu dibuat supaya tidak banyak agensi- agensi yang melibatkan penguat kuasa ini. Kedua, saya juga bersetuju dengan apa yang dibangkitkan iaitu soal had muatan yang berlebihan. Kita akui bahawa pusat-pusat yang mengawal alat penimbang ini tidak semua kawasan yang ada dan sebahagian di antara kenderaan yang membawa muatan yang berlebihan ini sangat merbahaya. Contohnya, lori balak yang sampai dua penyambung balak. Baru-baru ini berlaku dua tiga kes di Lipis, Pahang, kawasan saya khususnya di mana kenderaan yang berat ini tidak mampu melepasi jalan dan akhirnya terbalik di tengah-tengah jalan dan melintangi jalan. Puncanya ialah kerana lebihan muatan yang dibawa dan ia lari kepada jalan-jalan yang tidak dikawal oleh pihak penguasa khususnya di jalan-jalan kampung yang kadar had muatan hanya 15 tan, 30 tan tetapi lori ini sangat berat. Saya fikir perlu ada satu mekanisme. Apakah kita hendak benarkan kenderaan contohnya lori balak, sampai bersambung ia punya muatan ia. Jadi, ini membebankan dan juga mempengaruhi tentang ketahanan jalan raya kita yang akhirnya akan rosak dan sebagainya. Saya juga ingin menyentuh soal berhubung dengan perkara-perkara yang berhubung dengan kawalan, ya. Di mana kita dapati bahawa berlakunya kenderaan- kenderaan yang ditahan, disimpan di dalam tempoh yang lama. Contohnya, di kawasan alat penimbang yang membiarkan kenderaan tersebut terpaksa ditahan dan apakah mekanisme supaya kenderaan ini dapat diberi pelepasan segera supaya ia tidak mengambil masa yang panjang sama ada diselesaikan dalam bentuk kompaun atau saman yang dapat disegerakan. Saya fikir itu antara beberapa perkara yang hendak saya bangkitkan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Yang Berhormat Jerantut silakan.

Boleh? Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang untuk saya berbahas berkaitan dengan pindaan Akta 333 yang saya lihat ia merupakan satu pindaan yang bersifat teknikal dan penambahbaikan. Saya rasa tiada masalah untuk kita bersetuju kepada pindaan-pindaan ini. Cumanya perbahasan saya pastinya akan bersifatkan lebih teknikal dan melibatkan kepada verifikasi ataupun justifikasi kepada pindaan dan beberapa cadangan- cadangan yang barangkali boleh diambil perhatian oleh pihak kementerian. Berkenaan dengan pindaan seksyen 2, Jerantut ingin mencadangkan supaya berkenaan dengan bas persiaran ini perlunya ada jangka hayat kepada bas persiaran ini dinyatakan di dalam akta supaya memastikan kondisi bas berada di dalam keadaan yang selamat. Juga, perlu ditambah baik pindaan ini dengan meletakkan syarat wajib kepada penyelenggaraan bas persiaran dan ditambah pula dengan elemen pengauditan untuk memastikan keadaan bas sentiasa di dalam keadaan yang selamat. Bagi pindaan seksyen 3, cadangan dan beberapa soalan kepada pihak kementerian ialah apakah rasional untuk kita berikan punca kuasa ataupun mandat kepada Menteri dalam menetapkan pakaian seragam pegawai JPJ yang sebelum ini pindaan hanya diberikan kepada ketua pengarah. Kami ingin mencadangkan agar setiap pegawai yang bertugas hendaklah dipakai kamera badan demi membanteras rasuah. Kemudiannya pada penambahan seksyen baharu seksyen 13A, satu seksyen yang panjang penambahannya. Beberapa perkara yang kita cadangkan ialah untuk kita pohon seragamkan tempoh pemilikan interim. Kalau tidak pun kita meletakkan range julat masa dalam tempoh interim tersebut.

Sedikit persoalan, apakah yang akan berlaku dalam tempoh interim itu dan kenderaan masih lagi tidak dijual dan dalam keadaan pemilik asal kenderaan telah pun meninggal dunia? Juga, penambahan satu soalan untuk dijawab ialah apakah perkara ini selari dengan muamalat jual beli yang ditetapkan oleh Islam? Kemudiannya pindaan pada seksyen 56 iaitu berkenaan dengan fasal 6(a)(b) iaitu “dalam hal lesen untuk bertindak sebagai seorang konduktor, pemohon berumur lebih daripada 18 tahun”. Jadi, kita tahu perkara ini adalah seperti yang dinyatakan oleh pihak menteri sebentar tadi untuk membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan diberikan kepada anak-anak muda kita. Cuma, soalan saya ialah berapakah gaji minimum kepada konduktor dan waktu pekerjaan mereka yang perlu barangkali kita tetapkan di dalam akta ini? Kemudiannya, sekiranya had umur ini diturunkan, kita mencadangkan agar pihak kerajaan memperkasakan lagi skim-skim yang sedia ada supaya kebajikan mereka ini dapat dijaga. Saya berpendapat golongan muda yang melibatkan diri dalam industri ini sepatutnya dihantar ke sesi-sesi latihan yang menarik untuk meningkatkan improvement kepada style driving mereka khususnya seperti defensive driving course yang biasanya dihantar kepada pemandu-pemandu. Juga, berkenaan dengan caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Akta 789]. Saya mencadangkan supaya spektrum kepada caruman PERKESO ini dipertingkatkan lagi. Barangkali perlu ada perbincangan dengan pihak MOT dan pihak PERKESO. Kemudiannya bagi penggantian seksyen 57, cadangannya ialah pindaan ini seolah-olah memberikan isyarat yang kerajaan menggalakkan anak muda melibatkan diri di dalam gig economy, p-hailing. Jadi, untuk mereka yang bekerja sebagai penghantar barangan namun tidak menggunakan motosikal contohnya seperti OKU, pejalan kaki, e- scooter, e-bike dan roller blade. Apakah mereka perlu untuk mendapatkan lesen vokasional? Kalau tidak perlu, bagaimana kita hendak cater kebajikan mereka sekiranya berlaku kemalangan dan sebagainya? Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan seksyen 63A, tentang sistem penimbang kenderaan semasa bergerak. Saya amat bersetuju kerana ia akan meningkatkan lagi aspek penguatkuasaan kepada semua dan kebanyakan jalan-jalan kita di jalan kampung khususnya, jalan balak dan jalan kelapa sawit. Contohnya, yang berada di Jerantut pun banyak yang rosak kerana masalah ini. Jadi, dengan adanya sistem elektronik ini barangkali ia akan meningkatkan penguatkuasaan. Cuma, saya mencadangkan supaya pihak kementerian boleh berbincang ataupun membuat kerjasama dengan kementerian-kementerian yang lain, contohnya, di peringkat Kementerian Kerja Raya. Apakah jalan-jalan itu sesuai untuk diletakkan sistem ini? Kemudiannya, apakah barang ini akan dibeli secara tender terbuka? Saya yakin ia akan dibuat secara tender terbuka dan kita harapkan tender tersebut akan dibuat secepat mungkin kerana ia dapat memberikan kebaikan kepada jalan-jalan persekutuan yang khususnya berada di kawasan-kawasan Parlimen kami. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Silakan Yang Berhormat Setiu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Membaca kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi kepada seksyen 13A. Rancangan kerajaan bagi mewujudkan punca kuasa berkaitan proses pertukaran pemilikan kenderaan motor secara interim (sementara). Penambahan perkataan ‘pemilikan interim’ memerlukan banyak penjelasan.

Pertama, berapa lamakah tempoh had pemilikan interim dikuatkuasakan? Andai kata berlaku apa-apa perkara sepanjang tempoh interim, siapakah yang perlu dipertanggungjawab? Seperti mana isu kebakaran syarikat jual beli kereta terpakai, adakah full liability, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, terletak kepada penjual? Andai kata penjual meninggal dunia, siapakah yang akan bertanggungjawab? Mohon penjelasan secara terperinci berkenaan dengan seksyen ini. Perkara seterusnya merujuk kepada seksyen 57A. Takrifan bas persiaran. Adakah peruntukan ini turut meliputi van persiaran? Selain itu, apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan pemandu pelancong lebih-lebih lagi dari luar negara seperti Thailand dan Singapura mematuhi peraturan yang ditetapkan sepenuhnya supaya isu pemandu pelancong yang tidak memiliki lesen yang sah dapat ditangani? Selain itu, apakah langkah kerajaan bagi memastikan mereka yang masuk ke Malaysia tidak mempunyai apa-apa rekod kesalahan jalan raya bagi memastikan individu tersebut layak untuk memandu di negara kita selain tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain? Seterusnya, berkenaan seksyen 2(c). Saya ingin menyentuh berkenaan penggunaan van caravan. Penggunaan kenderaan tersebut semakin mendapat sambutan di pasaran. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Sejauh manakah ciri aspek keselamatan telah digariskan bagi memastikan keselamatan penumpang dan juga pemandu berada di tahap yang tinggi terutama setelah pengubahsuaian dijalankan? Seperti mana umum mengetahui, proses ubah suai kenderaan untuk dijadikan campervan atau motor home dengan izin Tuan Yang di-Pertua, telah dilakukan dengan berleluasa tanpa garis panduan yang jelas. Perkara seterusnya yang ingin saya bangkitkan dalam akta ini berkenaan subseksyen 117(6) yang akan menggantikan perkataan alat penimbang kepada mesin penimbang. Saya difahamkan mesin penimbang tersebut merupakan gabungan peralatan sensor kamera dan sistem algoritma komputer yang mencerap kehadiran identiti berat kenderaan yang sedang bergerak di atas jalan raya juga membolehkan proses merekod berat kenderaan yang lebih cekap dan tepat serta aktiviti penguatkuasaan dilakukan secara automatik tanpa kehadiran pegawai JPJ di lokasi. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan mesyuarat] Persoalannya, sejauh manakah fasa percubaan telah dilakukan? Apakah mekanisme kerajaan bagi memastikan sistem yang bakal diguna pakai benar-benar berkesan? Selain itu, adakah kerajaan ada bercadang untuk memperluaskan penggunaan mesin penimbang mudah alih jenis weigh-in-motion (WIM) dengan izin Tuan Yang di- Pertua, di sekitar Lebuhraya Persekutuan bagi menangani masalah lori-lori lebihan muatan ini menggunakan jalan raya tersebut sekali gus membahayakan pengguna lebuh raya yang lain. Hal ini kerana kemalangan yang berlaku di lebuh raya dan melibatkan lori lebihan muatan sering kali meragut pengguna yang lain. Seterusnya pada seksyen 56(a) berkenaan PERKESO. Seksyen ini mewajibkan semua pemegang lesen vokasional untuk mencarum PERKESO. Ia turut merangkumi peniaga yang menggunakan van seperti food truck. Oleh itu, sejauh manakah PERKESO turut melindungi kelindan yang turut bersama- sama di dalam van tersebut? Adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan caruman ini bagi memastikan majikan turut mencarum untuk pekerja yang bersama-sama dalam kenderaan tersebut. Perkara terakhir yang saya ingin sentuh berkenaan dasar tamat hayat kenderaan bagi mengurangkan risiko kemalangan disebabkan faktor usia kenderaan. Saya mencadangkan agar dasar ini dikaji dengan memasukkan sekali berkenaan usia bas persiaran yang dibenarkan untuk beroperasi khususnya untuk perjalanan dalam jarak jauh. Mohon penjelasan, sekian Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat tekan, tekan. Yang Berhormat Dungun.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan akta RUU Pengangkutan Jalan Raya pada pagi ini. Akta yang ingin dipinda berkait dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Secara dasarnya, saya mempunyai beberapa persoalan berkaitan dengan akta yang dipinda ini. Pertama, ialah pertukaran milikan interim daripada pemunya milik kenderaan kepada UCD apabila menjual kenderaan. Kadang-kadang berlakunya pemunya kenderaan mengambil balik nombor pendaftaran kenderaan atau nombor plat. Maka, berlakulah bagaimana sistem selepas itu kerana diasaskan daripada nombor-nombor yang cantik dan baik ini berdasarkan pada sistem bidaan dalam talian e-Bidding yang diperkenalkan pada tahun 2019 di bawah JPJ,menyaksikan pengguna jalan raya terus bersaing bagi mendapatkan nombor kegemaran mereka. Namun, wujud rungutan bahawa pelayan atau server bagi aplikasi dan laman sesawang e-Bidding atau JPJeBid tidak dapat menampung jumlah pengguna yang ramai. Saya pohon pencerahan tentang isu ini daripada perkara yang berkait dengan hal ini. Seterusnya, sejak bidaan ini dibuka dalam talian sejak tahun 2019, berapakah jumlah keuntungan yang telah diperoleh oleh kerajaan sehingga kini? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam cadangan pindaan, Menteri berkuasa berhubung dengan pakaian seragam, tanda pangkat dan kad kuasa pegawai-pegawai. Jadi, saya pohon adakah pegawai-pegawai di bawah JPJ ini ada yang mempunyai pegawai-pegawai yang beruniform mempunyai pakaian seragam atau yang berpakaian preman yang menjalankan risikan-risikan? Ini kerana saya mendapat tahu bahawa Unit Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ ditubuhkan sekitar tahun 2016 bagi memberi ancaman kepada kegiatan tonto yang masih mengekori gerak-gerak kerja penguatkuasaan JPJ dan lain-lain agensi berkaitan. Soalan saya, adakah unit ini masih berfungsi dan adakah kegiatan tonto dalam mengekori penguat kuasa JPJ masih aktif? Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkait dengan p-hailing, yang melibatkan motosikal. Motosikal semakin bertambah. Pemandu p-hailing semakin bertambah apabila dibuka ruang atau peluang kepada mereka dan dengan sebab semakin bertambahnya penggunaan motosikal di atas jalan raya ini, apakah jaminan dan cara untuk mengekang kesesakan lalu lintas yang mungkin akan berlaku? Jadi, pohon diberi penjelasan. Seterusnya, berkait dengan soal kemalangan jalan raya dalam negara kita yang masih lagi tinggi melibatkan motosikal. Ini kerana apabila kita lihat kepada tahap penyediaan terhadap keselamatan jalan raya di kalangan pengguna-pengguna motosikal adalah masih rendah dengan sebab infrastruktur jalan raya negara kita tidak menyediakan ruang penggunaan motosikal. Oleh itu, saya pohon diberi perhatian tentang penggunaan laluan motosikal ini kerana akan menyebabkan kita dapat menyelamatkan nyawa di kalangan anak-anak muda dan remaja yang menggunakan motosikal. Akhirnya, yang melibatkan kadar kenderaan yang menggunakan cermin gelap yang masih lagi tinggi di negara kita. Saya ingin mendapatkan pencerahan adakah JPJ bercadang untuk membuat kajian sama ada penggunaan cermin hitam di kenderaan ini boleh dibenarkan seluruhnya kepada pemilik kenderaan atau pun dengan perubahan- perubahan yang berlaku daripada segi situasi semasa ini diberikan perhatian kepada soal yang melibatkan kepentingan-kepentingan kesihatan dan lain-lain. Mudah-mudahan ia menjadi suatu asas yang penting dalam kita meletakkan undang-undang yang diguna pakai berkait dengan penggunaan keselamatan jalan raya dalam negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat tekan ya. Yang Berhormat Segamat. Silakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terutamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri MOT kerana telah melanjutkan usia kenderaan untuk teksi kepada 15 tahun. Ini adalah satu usaha yang baik dan juga pemandu-pemandu teksi menyambut baik dengan usaha ini. Pertama sekali, saya ingin membahaskan berkenaan dengan perangkaan yang di terbit oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Februari lalu sebanyak 73.98 peratus daripada penggiat p-hailing di negara ini menjadikan sektor tersebut sebagai punca pendapatan utama. Kadar peratusan tersebut menggambarkan kepada kita bahawa sambutan terhadap sektor p-hailing amat memberangsangkan dengan mengambil kira faktor peningkatan supply and demand dengan izin, terdapat perkhidmatan penghantaran makanan. Oleh sebab itu, Kementerian Pengangkutan seharusnya juga mengutamakan soal keselamatan para penunggang p-hailing yang sering berdepan risiko kemalangan jalan raya. Lebih merisaukan, sebanyak 54 peratus daripada penggiat p-hailing tidak dilindungi dengan mana-man polisi insurans yang boleh membiayai kos kemalangan mereka jika berlaku apa-apa musibah luar jangka. Untuk menggambarkan peratusan ini, kalau kita ambil dalam 10,000 orang penunggang p-hailing yang aktif, 5,493 orang penunggang atau lebih daripada separuh tidak mempunyai insurans perlindungan persendirian.

Memandangkan sektor p-hailing merupakan fenomena pekerjaan pasca pandemik COVID-19, saya ingin mencadangkan kepada MOT agar satu dasar khususnya yang holistik dapat dirangka sebagai strategi yang boleh menggesa syarikat-syarikat pengendali p-hailing untuk menyediakan skim insurans khas atau apa jua bentuk pembiayaan perlindungan buat para penggiat p-hailing. MOT tidak seharusnya tunduk kepada mana-mana kuasa dominasi syarikat- syarikat p-hailing yang mengaut keuntungan berlipat ganda daripada penggiat penunggang-penunggang p-hailing yang bekerja siang malam demi menyara keluarga mereka. Jika seseorang penghantar makanan boleh bekerja selama 84 jam seminggu, apalah sangat sekiranya syarikat p-hailing membiayai premium insurans bulanan setiap penggiat e-hailing yang berdaftar. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berapakah keuntungan bersih selepas cukai yang diperoleh oleh syarikat-syarikat pengendali p-hailing yang mempunyai branding yang besar pada tahun-tahun sebelum ini? Apakah keuntungan tersebut tidak langsung berupaya membiayai kos untuk mewujudkan satu skim insurans khususnya kepada rakyat yang terlibat dalam sektor p-hailing ini? Saya tidak menafikan kepentingan caruman PERKESO yang dibuat oleh kira-kira 72.25 peratus penggiat p-hailing. Akan tetapi kos rawatan akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka seharusnya dibiayai oleh polisi insurans khas yang disediakan oleh syarikat pengendali yang mengawal selia disiplin dan segala tata kelola ataupun tatalaku seseorang penunggang p-hailing. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, if they can control our discipline, why can’t they protect us with the insurance they paid. Sejajar dengan pelaksanaan cukai yang dikenakan terhadap cecair rokok elektronik (vape), saya ingin mencadangkan juga kepada MOT agar mempertimbangkan pelaksanaan kenaikan tambang bagi penghantaran p-hailing yang melibatkan produk- produk berkaitan vape khususnya cecair berperisa. Saya berpendapat bahawa kadar lantai yang dikenakan bagi tambang penghantaran produk berkaitan vape atau e-cigarette boleh ditetapkan pada kadar RM15 hingga RM20 mengikut jarak penghantaran. Dengan kata yang lain, tambang penghantaran untuk jarak yang paling dekat bermula dengan RM15 tidak termasuk caj-caj sampingan yang dikenakan. Kenaikan tambang tersebut boleh dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat pengendali p-hailing untuk meningkatkan keupayaan kewangan mereka bagi mewujudkan satu polisi insurans khas kepada para penggiat p-hailing khususnya yang pernah terlibat dengan

kemalangan jalan raya sebelum ini. Kenaikan tambang penghantaran tersebut juga boleh dilaksanakan sebagai cukai kerajaan terhadap kenderaan barangan yang membawa produk atau muatan yang berkaitan vape atau e-cigarette yang mungkin memerlukan pindaan terhadap mana-mana akta yang sedia ada. Akhir sekali, saya ingin menyentuh perihal pemandu teksi. Saya ingin minta juga MOT memperhalus semula kaedah serta terma perjanjian sewa beli teksi yang dikatakan melibatkan komitmen pinjaman sewa beli sehingga RM1,400 sebulan yang bagi tempoh pinjaman selama lima tahun. Kos pinjaman tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk dibiayai oleh sebilangan besar pemandu teksi, lebih-lebih lagi kepada kemunculan sektor e- hailing. Ada segelintir pemandu teksi yang mengadu kepada saya baru-baru ini apabila saya mengadakan pertemuan dengan mereka bahawa kos sewaan permit juga memerlukan membayar RM600 sebulan walaupun bayaran semula pinjaman sewa beli teksi telah dilunaskan. Saya minta agar MOT dapat mempertimbangkan sebaik-baiknya mengurangkan kadar permit sebanyak RM200 sehingga RM350 sebulan bagi membolehkan mereka terus bernafas dalam sektor perkhidmatan teksi. Komitmen sewa beli sebanyak RM1,400 sebulan bagi kereta model Perodua Bezza tidak masuk akal dalam realiti hari ini yang mana rata-ratanya pengguna tidak lagi memilih teksi sebagai alternatif utama bagi pengangkutan awam lebih-lebih lagi di kawasan bandar. Oleh itu, saya berharapan tinggi supaya MOT boleh mempertimbangkan cadangan-cadangan ini bagi memperkasakan lagi sistem pengangkutan di negara kita. Saya juga berharap Yang Berhormat dapat mengambil maklum serta pertimbangkan cadangan-cadangan yang telah saya ajukan. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan perbahasan bagi Rang Undang- undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Sila Yang Berhormat Kemaman.

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023 pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh pindaan seksyen 2 berkaitan takrifan bas persiaran. Adakah maksud bas persiaran itu termasuk juga van ataupun kenderaan motor yang lain? Macam mana daripada segi ukuran saiznya dan jenis kenderaan? Seterusnya pindaan seksyen 3, saya ada beberapa soalan. Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, subfasal 3(a) dan (b). Apakah rasionalnya memberi Menteri kuasa dalam membuat perintah berkaitan pakaian seragam, tanda pangkat, kad kuasa dan lencana yang menggantikan kuasa sebelum ini diberikan kepada Ketua Pengarah? Adakah dengan perkataan “menggantikan kuasa” ini akan mengurangkan ataupun mengehadkan kuasa Ketua Pengarah itu sendiri? Seterusnya subfasal 3(a) berkaitan dengan pakaian seragam bagi mana-mana pegawai pengangkutan jalan. Saya ada beberapa persoalan. Pertamanya berhubung dengan berapakah peruntukan pakaian seragam bagi setiap tahun dan cara perolehan tender yang telah dilakukan? Kemudian, bagaimanakah cara pelupusan pakaian yang telah pun diberi kepada setiap anggota? Berapa kos peruntukannya? Apakah usaha tegas yang dilakukan dalam membanteras penyalahgunaan pakaian seragam termasuk penyamaran sebagai anggota penguat kuasa JPJ itu sendiri? Seterusnya dalam seksyen 3(a), pemasangan kamera badan oleh anggota yang bertugas menjadi satu kepentingan utama bagi meningkatkan integriti anggota selain memberi perlindungan kepada anggota sekiranya mereka dituduh salah guna kuasa

Tuan Che Alias bin HamidPAS · PNKemaman

ataupun difitnah. Oleh itu, saya ingin bertanya sejauh mana pemakaian ataupun pemasangan kamera badan oleh anggota penguat kuasa JPJ ini telah dilaksanakan? Setakat ini, berapakah jumlah kamera badan diperuntukkan untuk anggota penguatkuasaan JPJ seluruh negara? Seterusnya yang ketiga dalam pindaan seksyen 13(a). Saya ingin sentuh isu prosedur penukaran nama bagi pemilik kenderaan yang baharu terdapat banyak kerenah birokrasi sehingga menyusahkan pemilik kenderaan baharu yang terpaksa menanggung pelbagai kos. Oleh itu, saya ingin bertanya sejauh manakah kerajaan memandang serius berkaitan dengan isu ini bagi memastikan pelaksanaan prosedur penukaran nama dinilai semula secara holistik dan lebih memudahkan daripada segi urusan? Apakah setakat ini tindakan kerajaan dalam menyelesaikan masalah penama kenderaan yang begitu renyah ataupun menyulitkan prosedurnya terutamanya bagi pemilik kenderaan asal yang telah meninggal dunia? Seterusnya, yang akhir berkaitan dengan pindaan seksyen 56(d). Saya ingin bertanya tentang perlindungan terhadap kenderaan-kenderaan berat sama ada food truck dan juga lori. Adakah caruman yang dilakukan termasuk juga kepada kelindan? Apa situasi yang berlaku sekarang adalah perlindungan hanya diberi kepada pemandu lori sahaja jika berlaku kemalangan manakala kelindan lori ataupun food truck tidak mendapat perlindungan. Oleh itu, sejauh manakah kerajaan memandang serius isu ini? Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Dipersilakan Yang Berhormat Subang.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi ucapan yang pendek sahaja mengenai fasal 7 untuk menurunkan had umur kepada 18 tahun dalam hal lesen menghantar barang dengan motosikal ataupun apa yang dikatakan p-hailing. Saya percaya kesemua Ahli di Dewan yang mulia ini memang kurang gembiralah atau tidak puas hati dengan cara-cara pemanduan penghantar motosikal p-hailing seperti Grab, Foodpanda dan lain-lain. Setahu saya bahaya sekalilah. Lampu merah dilanggar, pandu motosikal bertentangan dengan jalan ya. We don’t have to deny this issue. This is real. Saya ingin tanya dua soalan sebelum kita membenarkan umur pemandu motosikal diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun. Pertama, berapa jumlah kemalangan berpunca daripada p-hailing setiap tahun khasnya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Pulau Pinang, Johor Bahru. Itu penting. Kita hendak tahu before we make the decision turun 21 ke 18, is this going to increase kemalangan ataupun tidak? Apa yang lebih penting tidakkah kita perlu mengawal syarikat-syarikat mega kaya p-hailing daripada mengendalikan sistem ataupun SOP yang memaksa penghantar- penghantar motosikal mengambil risiko yang berlebihan? Dengan izin, don’t we have to regulate the companies, these rich and powerful companies to implement better SOPs dan safety procedures so not to encourage the riders to be faster and hence more reckless.

Tuan Wong ChenPKR · PHSubang

Saya rasa rang undang-undang ini boleh disokong tetapi kita perlu jawapan yang penting tentang kemalangan, reckless behaviour dan ultimate-nya, apakah tindakan- tindakan yang akan diambil oleh syarikat-syarikat. Kita memang sokong p-hailing riders. Kita tahu hidup susah. Akan tetapi, apakah risiko mereka kena tanggung? Pemandu jalan raya lain kena tanggung? Siapakah yang paling mendapat lebih dana dan kewangan daripada p-hailing ekonomi ini? Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sila tekan. Yang Berhormat Tumpat, ya? Okey, silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada Akta JPJ secara umum. Ini berkaitan dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri berkenaan tidak perlu mempamerkan LKM di kenderaan dan menggunakan e-digital. Saya berpandangan dalam kes ini bila saya merujuk kepada seksyen 20 bahawa perlu ada pindaan kepada seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan. Sekali pun, Yang Berhormat Menteri boleh menggunakan di bawah seksyen 127. Untuk sementara, saya kira ini boleh seksyen 127 tetapi kalau berpanjangan, maka perlu dipinda seksyen 20 kerana setakat ini pihak PDRM atau pun JPJ masih lagi mempunyai bidang kuasa dan boleh menyaman sekiranya mereka ini tidak mempamerkan lesen kenderaan motor itu kerana di bawah akta induk ini belum lagi dipinda secara rasmi. Jadi, saya kira ini perlu dibuat tindakan oleh pihak kerajaan. Itu yang pertama. Kedua, bila menyebut tentang kenderaan berkenaan dengan bas persiaran yang membabitkan orang ramai, antara keperluan orang ramai dan juga pelancong ialah OKU. Jadi, adakah pihak kerajaan akan memastikan bahawa kenderaan bas persiaran ini akan dilengkapkan dengan kemudahan bagi kegunaan OKU yang akan juga menggunakan bas ini sebagai pengangkutan awam. Ketiga, daripada segi lesen memandu kepada warga asing. Tadi saya dengar bahawa pihak kerajaan akan mengenakan kutipan fee untuk kenderaan asing yang masuk ke negara kita. Berapakah jangkaan hasil yang dijangka akan dapat dikutip daripada pengenalan undang-undang ini? Sekiranya mereka ini masuk ke dalam negara, daripada segi lesennya macam mana? Adakah mereka juga akan dipastikan mempunyai lesen yang diiktiraf tanpa mengenakan fee kepada mereka? Saya juga ingin bertanya tentang status atau kes yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini berkenaan dengan pemandu yang merupakan pelancong yang telah pun bekerja secara tidak rasmi dalam negara yang memandu lori yang menggunakan lesen mereka. Jadi, adakah kes ini benar dan apakah tindakan yang telah dibuat? Seterusnya berkenaan dengan— saya juga ingin bertanya tentang bila disebut tentang penambahan barangan iaitu bas persiaran. Setakat ini kemalangan jalan raya bukan hanya disebabkan oleh kenderaan bergerak tetapi juga oleh berlakunya bila binatang melintas. Jadi, kalau binatang melintas ini bawah PBT, kita bolehlah tanya PBT. Akan tetapi, di kawasan kampung dan di kawasan-kawasan lain yang telah kemalangan, saya kira banyak sudah kemalangan-kemalangan berlaku akibat daripada ternakan- ternakan seperti ini. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan keselamatan mereka ini, pemandu-pemandu dan juga penunggang motosikal dapat kita pastikan? Ini kerana tiada pihak yang bertanggungjawab dalam kes ini. Jadi, kalau mereka hanya ada third party, maka kesianlah kepada mereka kerana mereka tidak dapat saman siapa-siapa. Dalam kes bila berlaku pemindahan interim di antara satu buah kenderaan kepada kenderaan yang lain, pemilik-pemilik yang lain, adakah mereka ini melibatkan juga tentang insurans ataupun takaful yang dikehendaki dikenakan kepada kenderaan terbabit? Ini kerana kita percaya sekali pun interim, ia memakan masa sebelum mereka ini dapat betul-betul final. Seterusnya, berkenaan dengan pendaftaran dua perkara. Satu, forklift. Ada juga kemalangan jalan raya yang berlaku melibatkan forklift. Forklift ini biasanya digunakan syarikat-syarikat untuk mengangkat barang dan tidak ada nombor plate. Jadi, bila ada kemalangan berlaku, mereka keluar sedikit ke atas jalan menyebabkan berlaku kemalangan, bagaimanakah cara untuk kita pastikan bahawa ia dapat kita perundangkan? Ini supaya daripada segi keselamatan, bila benda ini bergerak, tetap ada risiko. Juga sekarang ini dalam kalangan OKU, mereka juga ada menggunakan satu kenderaan baharu namanya ‘GoSpeed’. Seolah-olah macam motosikal tetapi mungkin tidaklah laju sebagaimana motor tetapi ia dapat digunakan oleh OKU. Saya kira wajar

untuk pihak kerajaan untuk tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pihak OKU. Akan tetapi, daripada segi pendaftaran, saya rasa perlu kita cadangkan ia didaftarkan supaya kita boleh memantau. Oleh sebab, hari ini sekali pun mereka ini tidak laju kadang- kadang kemalangan juga boleh menyebabkan kecederaan kepada pihak lain walaupun hanya berlanggar dengan basikal sekiranya mereka berada di atas atau pun di sisi jalan. Jadi, ini penting untuk kita kawal sebelum ia merebak. Saya juga ingin bertanya, apakah pihak kerajaan akan memperkenalkan pakaian seragam kepada pihak JPJ tetapi daripada segi pemandu untuk kenderaan awam. Sebagai contohnya, yang tadi bas persiaran. Di manakah pihak orang awam boleh menyemak tentang status umur bas tersebut dan pemandu? Adakah pemandu itu pemandu yang berpengalaman sebelum mereka ini menyewa bas tersebut? Ini kerana hari ini kita lihat untuk kenderaan awam seperti ini perlu kepada kita mempunyai pengetahuan tentang gred pemandu yang akan menggerakkan kenderaan tersebut kerana ini melibatkan keselamatan awam. Seterusnya, saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Kita difahamkan— ini saya tidak tahu sama ada berkaitan atau pun tidak tetapi saya perlu tanya iaitu berkaitan jalan yang akan ditutup di lokasi di Gua Musang di FT2747 kilometer 3.9. Saya kira ini akan ditutup daripada 29 Mac hingga 29 April 2023. Jadi, ini akan menyebabkan keadaan kesesakan jalan raya yang sangat tinggi untuk orang Pantai Timur untuk balik Kelantan. Jadi, kalaulah dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan sekiranya terpaksa ambil alih ataupun pergi ke laluan untuk LPT dibenarkan atau pun diberikan pengecualian atau pun subsidi untuk penggunaan tol untuk orang ramai pulang ke kampung ketika hari raya. Ini kerana saya kira ini bukan satu kenderaan yang sikit kerana dianggarkan dua juta kenderaan akan masuk ke Kelantan pada musim ini. Seterusnya, terakhir ialah berkenaan dengan tindakan untuk kemasukan kenderaan komersial iaitu ‘roktu’ dari Thailand yang masuk ke pintu masuk Pengkalan Kubor, Tumpat dan juga di kawasan Rantau Panjang. Apakah tindakan yang boleh kita jalankan kerana kita mendapat aduan daripada pihak teksi kita di sini bahawa mereka tetap mengambil penumpang dan pelancong. Jadi, kalau ke sana kita nampak penguatkuasaannya sangat ketat. Langsung tidak boleh. Akan tetapi, tempat kita ini kemungkinan perlu ditambah pegawai-pegawai JPJ di kawasan sempadan untuk memastikan kes ini tidak berulang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat. Pembahas yang terakhir sebelum Menteri menjawab. Yang Berhormat, silakan. [Merujuk kepada Yang Berhormat Permatang Pauh] . Dia berdiri dahulu Yang Berhormat Arau.

Oh, nak ya?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Tekan sahaja, Yang Berhormat Permatang Pauh. Melainkan dia hendak beri laluan kepada Yang Berhormat Arau.

Yang Berhormat Arau nak, ya? Yang Berhormat Arau nak, sila.

Bagi saya dua minit cukup. Bagi dia dahulu sebab dia baharu. Kesian dia. Yang Berhormat tidak raya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, silakan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Permatang Pauh untuk membahaskan sedikit Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023. Saya secara dasarnya menyokong pindaan rang undang-undang ini. Cuma, dalam beberapa perkara yang— ada dua perkara sahaja yang ingin saya sentuh.

Pertama, berkaitan dengan seksyen 3. Berkaitan dengan pakaian seragam dan tanda pangkat Pegawai Pengangkutan Jalan. Dalam isu ini ada juga kita sebut berkaitan dengan isu saman. Kita melihat negara-negara lain menggunakan pendekatan yang agak berbeza yang lebih bersifat mendidik. Akan tetapi, negara kita sekarang dilihat belum lagi menuju ke arah itu. Bahkan menjadi cakap-cakap di bawah, terdapat ada ayat yang berbunyi, “Perlu untuk capai target”, “Perlu untuk dapatkan target saman” dalam isu saman ini. Jadi, kita mohon agar dilakukan proses tambah baik etika saman kesalahan jalan raya ini bagi tujuan mendidik pengguna jalan raya. Bukan semata-mata untuk mendapatkan bayaran kompaun. Ada luahan dari masyarakat. Sesetengah kesalahan dilakukan secara tidak sengaja dan dilihat oleh pegawai. Pegawai hanya menunggu pengguna beredar lalu saman diletakkan di kenderaan. Ini antara luahan yang diberikan. Selain itu, adakah kementerian juga akan memperluaskan skop pemantauan dan penguatkuasaan tentang keselamatan jalan raya. Adakah pegawai penguat kuasa mencukupi sedangkan semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku di negara ini? Ada sesetengah kemalangan kalau kita lihat ia berlaku bukan disebabkan oleh perbuatan pengguna tetapi keadaan dan reka bentuk jalan raya yang tidak selamat. Saya amat bersetuju dengan cadangan beberapa orang Ahli Parlimen yang lain sebelum ini agar diwujudkan pegawai rondaan. Ini mungkin boleh dibincangkan dengan Kementerian Kerja Raya. Insya-Allah.

Adakah kementerian bercadang untuk memperkasakan Kempen Keselamatan Jalan Raya, memandangkan semakin banyak kemalangan berlaku dengan pertambahan pengguna dan juga pertambahan kenderaan di atas jalan raya. Isu yang kedua ialah seksyen baharu 13A Pertukaran Milikan Interim Kenderaan Bermotor. Ini merupakan satu isu yang sangat baik yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Tahniah diucapkan. Cuma di sini kita hendak bangkitkan beberapa perkara. Pertama, mohon kementerian menyatakan justifikasi subseksyen (1) yang menyatakan “Pemunya berdaftar boleh memohon kepada Pengarah...”. Kenapakah ia tidak diwajibkan sahaja? Itu satu. Kedua, apakah bentuk liabiliti yang akan ditanggung oleh syarikat kenderaan terpakai, sekiranya sepanjang tempoh milikan interim ini berlaku musibah seperti kerosakan, kecurian, banjir dan juga kebakaran. Ketiga, berapa lama had tempoh milikan interim kerana ia tidak dinyatakan dalam seksyen 3 tersebut. Insya-Allah dalam kesempatan ini juga saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan juga selamat berpuasa kepada Tuan Yang di-Pertua, seluruh Ahli Parlimen, seluruh rakyat Malaysia dan khususnya warga Permatang Pauh. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan lailatul qadar nanti, insya-Allah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

Aik Yang Berhormat, saya cakap dua minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya telah nyatakan pembahas yang terakhir tadi.

Allah, celahlah, celah.

Tidak, tadi Tuan Yang di-Pertua buat keluar ruling. Semua orang boleh bangun. Saya sudah bangun Yang Berhormat, jadi saya bagi peluang kawan-kawan dahulu.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Boleh celah tadi, Yang Berhormat Arau.

Saya minta dua minit sahaja. Dua minit, confirm. Lebih dua minit hukum saya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Saya telah putuskan pembahas yang terakhir tadi. Jadi sekarang...

Tetapi Yang Berhormat tadi..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat...

Bukan, bukan, okey yang ini saya tidak cakap tetapi yang berikutnya Yang Berhormat, sebab ruling Tuan Yang di-Pertua tadi boleh bangun-bangun. Jadi saya bangun, saya tidak dapat sebab saya tidak mahu kawan-kawan saya tidak dapat. Saya berkorban apa sahaja untuk kawan-kawan. Jadi, dengan itu Yang Berhormat, saya minta selepas ini Yang Berhormat, kita main bangun- bangun sayalah pembangun terakhir. Jadi sebab hari ini kita ada cukup masa untuk berbincang. Bagilah peluang berbincang.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat...

Tetapi jangan lupa cakap fasal kes jalan raya dan juga MPK tahu, di local government.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Tadi saya sudah putuskan pembahas terakhir. Saya bertanya kepada Yang Berhormat, hendak bagi laluan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh atau tidak, Yang Berhormat habaq mai kata bagi kat dia. Jadi, saya lepaskanlah.

Setuju, Yang Berhormat. Saya kata minta dua minit selepas itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Okey, sebentar.

Mungkin bahasa itu tidak berapa ditemukan. Jadi Abang Misai, next one tak apa. Saya tidak ada masalah. Saya akan ulang ucapan saya the next one. No problem.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Mungkin dialek Kedah dengan Sabah lain. Sat, sat, sat.

Saya dah kata saya hendak minta dua minit pengabih.

Timbalan Yang di-Pertua’ (Dato' Ramli bi’ Dato' Mohd Nor)

Sat, sat,sat.

Fasal saya punya poin, saya cukup penting untuk negara.

Timbalan Yang di-Pertua’ (Dato' Ramli bi’ Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Arau, sat, sat. Yang Berhormat Menteri, saya bagi dua minit kepada Yang Berhormat Arau ya. Dua minit last. [Tepuk]

Satu Yang Berhormat Menteri yang dikasihi.

Timbalan Yang di-Pertua’ (Dato' Ramli bi’ Dato' Mohd Nor)

Sebab fasal hari ini last.

Undang-undang ini bagus. Jadi Yang Berhormat kena dengar saya berucap sebab sekurang-kurangnya adalah sedikit puji-pujian kepada Yang Berhormat. Rang undang-undang ini bagus kita laksanakan. Kita menyokong, tidak ada masalah. Akan tetapi, ada beberapa perkara yang kawan-kawan saya sebutkan tadi kalau kemalangan berlaku, bukan sahaja kerana kesalahan pemandu tetapi kerana melibatkan agensi lain iaitu JKR dan juga kerajaan tempatan. Bukan sahaja jalan Yang Berhormat Tebrau tetapi pokok-pokok. Jadi Yang Berhormat, walaupun kita ada kenderaan rondaan

untuk ronda tetapi dia tidak pastikan tentang pokok. Ini kerana, pokok ini lagi banyak kita punya jalan, kita potong akar. Jadi kita tidak tahu kekuatan pokok itu apa yang terjadi. Ada satu kes di London, penuntut undang-undang tahu benda ini. Pakar yang ambil undang-undang tahu bahawa siapa yang ambil undang-undang akan merujuk kes ini. Kes yang berlaku di England, di mana pokok tumbang dan yang salahnya adalah kerajaan tempatan. JKR itu yang salah tetapi kita sering kali kalau berlaku kematian dan sebagainya– ins–rans − tetapi agensi tidak bersalah. Yang Berhormat kena pastikan juga agensi ambil tanggungjawab. Kalau kemalangan itu berlaku katalah pokok tumbang, agensi kena ambil tanggungjawab. Dia kena mungkin mesti bayar sama seperti insurans. Contohnya insurans bayar RM100,000 ataupun dia kena bayar sedemikian rupa. Dalam kes England, mahkamah telah putuskan yang membayarnya agak tinggi. Saya ingat sampai berjuta. Saya sudah lupa sebab saya sudah ambil belajar undang-undang sekerat. Jadi tidak sempat habis. Jadi orang yang ambil kes ini boleh rujuk balik apa yang berlaku di England iaitu agensi juga mesti dipertanggungjawabkan berhubung dengan kesalahan jalan raya. Jadi Yang Berhormat, saya minta diberi pertimbangan yang mana agensi juga harus membayar pampasan kalau sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan agensi. Jadi, kepada semua rSabahlaysia, pengguna-pengguna semua, janganlah bawa laju ya, bawa perlahan-lahan. Jangan terlibat dengan kes melulu sebab ia ada undang-undang yang cukup berat akan menanti kita. Kita bersama sudahSabahakyat Malaysia akan hidup aman dan damai. Cuba tengok ucapan saya menyeru orang muda, ucapan kerajaan bagaimana? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua’ (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasihlah Yang Berhormat Arau. Hari ini menjadi jurucakap keselamatan jalan raya. Jadi, Arau teruskan kempen kuat-kuat untuk keselamatan jalan raya, kempen lain tidak payah okey.

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Kempen terus sahaja untuk keselamatan jalan raya. Ini paling penting. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membahaskan peringkat dasar rang undang-undang pindaan ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya rang undang-undang ini telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tahun lalu sebelum Pilihan Raya UmuSabahlas tetapi oleh kerana proses penggubalan undang-undang ini seperti yang kita ketahui, selepas diluluskan di peringkat Dewan Rakyat ia perlu dibawa ke Dewan Negara sebelum sesuatu rang undang-undang itu disahkan. Oleh sebab proses itu belum sampai ke Dewan Negara dan Parlimen telah dibubarkan. Maka rang undang-undang yang telah pun diluluskan di Dewan pada tahun lalu tidak dapat dilaksanakan. Justeru itu kerajaan baru terpaksa membawa semula rang undang-undang ini untuk memastikan supaya rang undang-undang ini dapat diluluskan dan dibawa ke Dewan yang mulia ini secepat mungkin. Saya telah membuat keputusan tidak mengubah apa-apa pun yang telah pun diputuskan sebelum ini. Justeru itu sebenarnya draf rang undang-undang ini seperti juga yang telah pun diluluskan di Dewan yang mulia ini pada tahun lalu yang dibawa oleh kerajaan yang terdahulu. Jadi untuk menjawab beberapa persoalan dasar daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, pertamanya saya ingin hendak addresskan dahulu isu berkenaan dengan kuasa Menteri untuk pakaian seragam. Saya tidak minta kuasa itu seperti yang saya kata punca kuasa itu diberikan semasa rang undang-undang ini dibentangkan pada Parlimen yang lepas. Akan tetapi, seperti biasa peraturan-peraturan yang memberikan punca kuasa dalam rang undang-undang ataupun mana-mana rang undang-undang biasanya punca kuasa itu diberikan kepada Menteri untuk melaksanakan sesuatu peraturan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Yang Berhormat Indera Mahkota amat maklum dalam perkara ini dia pun mengangguk. Jadi, bukannya saya hendak mengambil alih ataupun mengambil kuasa daripada Ketua Pengarah. Daripada segi penguatkuasaan, daripada segi pentadbiran JPJ sudah tentu Ketua Pengarah JPJ adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan dan pentadbiran JPJ. Itu pertama yang saya ingin jelaskan dahulu supaya tidak ada timbul syak wasangka bahawa saya berniat jahat untuk mengambil alih kuasa daripada Ketua Pengarah. Itu tidak. Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak address beberapa isu pokok. Berkenaan daripada segi had usia bas persiaran. Sebenarnya sudah ada dasar had usia bas persiaran. Saya tahu bahawa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga orang ramai ingin memastikan bahawa keselamatan bas persiaran itu terjamin. Memang ada dasar selama ini untuk mengehadkan usia bas persiaran. Sebelum ini ialah 12 tahun tetapi kita telah pun memberikan sedikit kelonggaran untuk dinaikkan kepada 15 tahun kerana maklumlah ramai pengusaha-pengusaha bas ini mereka tidak dapat beroperasi semasa waktu pandemik COVID-19. Jadi kalau kita hanya mengehadkan usia 12 tahun seperti sebelum ini, maka ramai mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana ada dua tahun mereka tidak dapat beroperasi. Jadi untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada pengusaha- pengusaha, maka had usia bas persiaran ini telah pun dinaikkan kepada 15 tahun. Semangat yang sama saya telah pun buat pindaan kepada kereta-kereta e-hailing dan juga teksi seperti yang dinyatakan tadi. Ada pengumuman semalam oleh pihak APAD, kita telah menaikkan had usia untuk e-hailing dan juga teksi kepada 15 tahun daripada 10 tahun sebelum ini. Ini juga memberikan satu sedikit kelonggaran dan sedikit ruang untuk mereka dapat terus beroperasi tetapi dengan syarat bahawa kenderaan itu masih perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM setiap tahun dan sebagainya. Jadi, itu yang kita lihat cara- cara untuk kita membantu kepada pengusaha-pengusaha. Untuk menjawab beberapa persoalan secara khusus, memang dari segi− Yang Berhormat Pasir Gudang ada membangkitkan dari segi seksyen 63A, HSWIM. Memang kita tahu bahawa ini antara masalah utama yang sering dihadapi iaitu kenderaan- kenderaan berat, terutamanya lori-lori menyebabkan jalan raya rosak dan sebagainya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Ini masalah bertahun-tahun yang menyebabkan bahawa mutu dan juga kualiti jalan raya kita ini agak terjejas dan berlubang-lubang. Sudah tentu kita semua tahu bahawa keadaan jalan raya di kawasan-kawasan, kadangkala yang ada lori-lori balak, sudah tentulah lebih teruk. Terutamanya rakan-rakan kita di Sabah amat maklum perkara ini. Jalan-jalan raya di Sabah sentiasa ada masalah dari segi lubang dan sebagainya. Antara puncanya ialah juga had muatan yang berlebihan yang menyebabkan kualiti ataupun jalan raya kita rosak teruk. Itu sebabnya perlu ada perubahan dari segi cara kita menguatkuasakan. Selama ini cara penguatkuasaan ialah dari segi fizikal iaitu ada pegawai penguat kuasa membuat roadblock dan sebagainya. Kalau tahan, dia terpaksa bawa ke stesen penimbang, baru boleh ditimbang adakah mereka melebihi had muatan. Bukan semua tempat ada stesen muatan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian. Ada banyak tempat yang sukar untuk kita membuat penguatkuasaan. Jadi, antara perubahan sistem yang kita lihat ialah membawa satu pendekatan baru iaitu menggunakan mesin ataupun HSWIM ini, di mana ia boleh diletakkan umpamanya kamera atau pun penimbang itu letakkan sensor di bawah jalan. Akan tetapi pada peringkat awal ini, sudah tentunya bukannya semua tempat kita boleh letak HSWIM ini kerana ia juga memakan kos yang agak tinggi. Jadi kita sudah tentu akan melihat kepada jalan-jalan strategik, di mana banyak kenderaan perdagangan lalu lalang, maka kita akan letak di kawasan-kawasan seumpama itu. Ini terutama di kawasan-kawasan yang berdekatan dengan pelabuhan- pelabuhan. Jadi, umpamanya Yang Berhormat Kapar pun tahu di Pelabuhan Klang, di

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

West Port, di North Port banyak kenderaan perdagangan lalu lalang dan menyebabkan keadaan jalan raya di sana agak teruk. Jadi kita sudah tentu akan melihat kawasan-kawasan yang strategik untuk dipasang HSWIM ini.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Yang Berhormat Menteri.

Dr. Hajah Halimah AliPAS · PNKapar

Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah? Alat itu tadi, sensor itu mestilah canggih, kan? Jadi, Kapar hendak tahu sama ada ia adalah alat yang akan disukai oleh pencuri-pencuri, macam traffic light di antara yang saya dapat jawapan daripada JKR. Kenapa traffic light mudah rosak, sebab ada yang mencuri komponen-komponen di situ. So, saya hendak mencadangkan supaya ia dipastikan ia tidak friendly kepada pencuri-pencuri itu.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat, dari segi sensor itu ia akan dipasang di bawah jalan, takkan nampak. Jadi, kenderaan lalu sahaja, sensor itu di bawah. Ia ada kamera di depan, di mana apabila sesuatu kenderaan itu lalu di sensor, kalau lebih muatan maka ia akan ditangkap gambar kenderaan tersebut. Jadi, untuk menjawab persoalan sensor itu ia tidak berada atas paras jalan, akan ditanam di bawah jalan.

Yang Berhormat, boleh mencelah lagi sedikit? Pasal ini juga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat bersetuju bahawa di Sabah ini memang dari segi jalan berlubang-lubang ini memang teruklah. Yang Berhormat juga setuju bahawa dari segi mesin atau tempat untuk memastikan agar berat kenderaan itu dipastikan juga tidak mencukupi. Adakah Yang Berhormat bercadang untuk membuat satu kajian khusus untuk Sabah? Ini supaya kesemua masalah itu dapat diatasi? Oleh sebab itulah masalahnya dari segi berat tadi itu dan selepas itu dari segi standard jalan raya dan sebagainya sehinggakan pada hari ini kalau di Sabah itulah kita mengatakan semua orang Sabah cerita pasal Sabah kerana jalan raya yang begitu teruk. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti Yang Berhormat tahu bahawa dari segi bidang kuasa terhadap jalan itu bukan di bawah Kementerian Pengangkutan, itu di bawah Kementerian Kerja Raya tetapi kita sudah tentu di peringkat Kementerian Pengangkutan amat setuju untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak kementerian yang lain untuk memastikan keadaan keselamatan jalan raya lebih terjamin. Ini termasuklah kita juga ingin melihat bagaimana kita dapat menguatkuasakan had muatan itu dengan lebih efektif lagi terutamanya di negeri Sabah. Akan tetapi sudah tentu kita memerlukan kerjasama daripada pihak kementerian-kementerian lain khususnya daripada Kementerian Kerja Raya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab beberapa soalan secara khusus. Yang Berhormat Kubang Kerian ada mencadangkan supaya menyatukan agensi penguatkuasaan di jalan raya. Ini sesuatu yang memang saya setuju bahawa memang banyak rungutan mengatakan bahawa terlalu banyak agensi penguat kuasa dan sebagainya. Ini sesuatu yang perlu kita lihat dan kita akan memberikan maklum balas kepada agensi-agensi lain. Akan tetapi sudah tentunya di peringkat JPJ, kita ada integrasi ataupun ada kerjasama yang erat dengan pihak PDRM. Sudah tentu apabila diletakkan HSWIM ini, ia sudah tentu adalah satu bentuk penguatkuasaan yang lebih canggih, yang tidak memerlukan roadblock dan sebagainya lagi. Seperti sekarang ini kalau polis tahan kenderaan muatan berat, dia tidak boleh terus kuat kuasa, terus keluarkan saman sebab kenderaan itu perlu dibawa ke stesen penimbang. Itu antara sebabnya mengapa kita hendak buat HSWIM. Ini supaya ia lebih mudah dari segi penguatkuasaan. Keduanya, adakah kerajaan bercadang membenarkan penggunaan kenderaan berat yang bersambung? MOT mengambil maklum kerana JPJ hanya membenarkan

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

kenderaan motor, lori yang mematuhi peraturan pembinaan sahaja untuk didaftarkan dan dilesenkan. Walau apa pun, kadangkala atau yang bersambung, JPJ tetap menetapkan had berat yang dengan muatan BDM maksimum yang dibenarkan untuk kenderaan tersebut. Adalah menjadi kesalahan apabila pihak pemilik kenderaan tersebut membawa muatan melebihi BDM ditetapkan. Dalam hal ini, aktiviti penguatkuasaan akan dilaksanakan termasuk penggunaan peralatan HSWIM. Sudah tentu kalau mana-mana yang bersambung, ia melebihi had muatan itu sudah tentu kita akan mengambil tindakan. Mekanisme kerajaan untuk mengatasi kenderaan berat yang disimpan terlalu lama di stesen timbang JPJ. Berdasarkan peraturan sedia ada, pemilik kenderaan telah pun dimaklumkan mengenai kenderaan yang telah ditahan bagi tujuan siasatan dan penguatkuasaan. Dalam hal ini, JPJ sentiasa berhubung dengan pemilik untuk memastikan pemilik sentiasa dapat hadir ke stesen penguatkuasaan untuk membantu siasatan seterusnya mendapatkan kenderaan yang telah dilepaskan. Akan tetapi saya mengambil maklum sebab rungutan yang sama juga saya terima bahawa kadangkala apabila kenderaan itu disita tetapi semasa menunggu saman ataupun pendakwaan, proses yang diambil itu agak lama. Jadi, kita sudah tentu cuba menambah baik proses tersebut untuk memberikan satu masa yang lebih pantas kepada pemilik- pemilik kenderaan tersebut. Untuk menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Jerantut, banyak persoalan secara spesifik. Had umur bas persiaran seperti yang saya katakan telah pun dinaikkan kepada 15 tahun. Rasional kerajaan untuk pakaian seragam. Penetapan pakaian seragam adalah untuk mengawal selia dan menetapkan peraturan berkaitan pakaian seragam di bawah undang-undang. Dengan penetapan ini, maka pakaian seragam JPJ adalah dikawal selia di bawah undang-undang. Adalah menjadi kesalahan dan tindakan boleh dikenakan kepada mana-mana orang yang menyamar atau memakai pakaian seragam JPJ. Selain itu, penetapan pakaian seragam juga akan menjaga imej jabatan sebagai jabatan penguatkuasaan Akta JPJ. Jadi, mana-mana pihak yang menyamar, itu akan kita ambil tindakan. Keperluan seragamkan tempoh interim. Tempoh interim pada masa ini telah ditetapkan pada enam bulan. Tempoh ini akan disemak semula pada masa hadapan sekiranya terdapat keperluan sama ada untuk memanjangkan atau memendekkan tempoh tersebut. Untuk menjawab persoalan beberapa Ahli Yang Berhormat, mungkin tidak secara spesifik tetapi ramai yang tanya tadi. Tempoh interim itu enam bulan. Apabila seseorang pemilik kenderaan itu jual kenderaan itu kepada used car dealer, tempoh interim enam bulan. Dalam tempoh enam bulan itu sebenarnya apa-apa liabiliti, tanggungan adalah di pihak used car dealer tersebut. Jadi, apabila pemilik telah tukar nama kepada used car dealer, dia sebenarnya tidak ada lagi liabiliti. Liabiliti dipindahkan kepada used car dealer. Jadi, kalau dealer dia tidak dapat jual dalam tempoh enam bulan, maka nama itu atau kenderaan itu akan ditukar nama kepada used car dealer tersebut. Ia hanya interim untuk enam bulan. Jadi, sementara ini kita tidak ada membuat apa-apa perubahan dari segi dasar, ia tetap enam bulan. Jadi, sebenarnya praktis ini telah pun dijalankan hampir 10 tahun cuma sebelum ini ia tidak diletakkan punca kuasanya dalam akta ini. Sekarang ini kita perbetulkan supaya ada punca kuasa dalam akta ini.

Yang Berhormat Menteri, saya pohon mencelah. Tempoh yang disebutkan dalam tempoh enam bulan itu baru dicadangkan tentang seksyen ‘13(1)(iii)’ ini. Akan tetapi kalau ikut dalam seksyen 11(1) tentang pendaftaran hanya menyebut perkataan pengarah berpuas hati. Tidak dinyatakan tempoh. Jadi, persoalan yang berbangkit katalah satu perkara menyentuh tentang permohonan untuk mendaftarkan nombor pendaftaran yang dibida untuk diletakkan di kenderaan baru yang ditempah mungkin dari luar negara.

Sekarang ini, pengarah meletakkan satu tempoh, contohnya tiga bulan. Kenderaan yang diorder dari luar negara itu tidak sampai dalam tempoh itu. Adakah pemohon yang bercadang untuk mendaftar kenderaan itu boleh memohon atas budi bicara ataupun ketetapan enam bulan ini mengikat dia untuk dia patuh? Sekian.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih. Mungkin saya rasa Yang Berhormat, apa yang disebut oleh Yang Berhormat lain daripada apa yang kita bincangkan. Ini sebab untuk pertukaran interim ini, ia hanya untuk used car, ia bukan untuk kenderaan baharu. Jadi kalau used car itu, ia tidak boleh ada nombor baharu kecuali seseorang itu membeli sebuah kenderaan baharu untuk daftarkan nombor baharu, dipindahkan kepada kenderaan lama. Jadi untuk interim ini, ia sebenarnya ialah hanya untuk kereta terpakai, tidak termasuk untuk kereta-kereta yang baru dibeli ataupun diimport dari negara luar. Akan tetapi secara spesifik, mungkin kita boleh bincang di luarlah untuk minta pegawai berikan penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerantut juga membangkitkan beberapa perkara berkenaan dengan gig ekonomi. Sebenarnya kita tidak ada bidang kuasa dari segi bayaran ataupun gaji dan sebagainya. Itu semuanya di luar bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Namun begitu, berkaitan cadangan perlindungan PERKESO tersebut, MOT mengambil maklum dan akan mengadakan perbincangan selanjutnya dengan pihak PERKESO supaya dapat diperluaskan kepada yang lain. P-hailing yang menggunakan kenderaan OKU, rollerblade dan sebagainya. Pada ketika ini, kita tidak ada halangan ditetapkan kepada penyedia perkhidmatan untuk menggunakan atau menyediakan kenderaan motor yang memberikan akses kepada golongan yang vulnerable tersebut. Setakat ini, belum ada lagi apa-apa kawal selia dari segi bukan motosikal. Jadi setakat ini, yang kita hendak kawal selia hanyalah motosikal sahaja. Kalau yang berkenaan dengan skuter dan lain-lain, setakat ini belum ada lagi kawal selia. Apakah WIM akan dibuat secara tender terbuka, sudah tentu. Apa-apa perancangan untuk mendapatkan WIM ini, sudah tentu tender akan dibuat secara tender terbuka. Saya juga tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Jerantut dan juga mungkin beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang lain, berkenaan dengan cadangan untuk pemakaian body camera kepada pihak penguat kuasa. Ini sesuatu yang amat saya setuju. Sudah tentu kita akan mengambil cadangan itu. Saya juga menyokong supaya kita dapat menerapkan cadangan body camera itu kepada pegawai-pegawai penguat kuasa kita. Sebenarnya apa yang saya sebut kepada pegawai penguat kuasa, body camera itu sebenarnya bukan hanya untuk pihak orang ramai untuk melihat integriti pegawai kita. Ia juga merupakan satu mekanisme untuk melindungi anggota-anggota penguat kuasa kita sendiri kerana kita juga sering berdepan penguat kuasa kita ditohmah, difitnah dan sebagainya. Jadi apabila ada sesuatu bukti ataupun melalui body camera ini, ia juga dapat melindungi anggota-anggota penguat kuasa kita. Jadi, ini sesuatu yang saya rasa adalah untuk kedua-dua pihak. Yang lain-lain sebab banyak soalan secara spesifik Tuan Yang di-Pertua, saya ada semua jawapan itu. Saya akan berikan secara spesifik kepada semua soalan yang ditanyakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Cuma saya hendak address isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Subang tadi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Subang ada? Berkenaan dengan keselamatan kepada pemandu-pemandu p-hailing ini. Kita faham bahawa pemandu- pemandu p-hailing ini ramainya anak-anak muda. Memang betul bahawa kadangkala kita lihat di jalan raya kita ada pemandu-pemandu p-hailing ini memandu secara melulu, berbahaya dan sebagainya. Akan tetapi kita juga tidak boleh secara general menyalahkan semua pemandu p-hailing. Mungkin ada sebilangan kecil yang tidak mengikut peraturan jalan raya dan sebagainya, tetapi bukan semuanya tidak mengikut peraturan jalan raya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Jadi, sudah tentu apabila kita kawal selia pemandu-pemandu ini, kita juga kena lihat kepada aspek syarikat p-hailing. Jadi, sudah tentu di peringkat Kementerian Pengangkutan, saya juga telah pun mencadangkan kepada kementerian supaya melihat satu mekanisme bagaimana mengawal syarikat-syarikat p-hailing ini supaya mereka juga tidak terlalu menekan pemandu-pemandu. Ini kerana saya tahu mungkin kadangkala ada syarikat-syarikat p-hailing ini, kalau pemandu lewat dan sebagainya, mereka akan tolak komisen mereka, akan dikenakan denda dan sebagainya. Itu sudah tentu akan menyebabkan pemandu-pemandu memandu secara melulu. Jadi mungkin daripada segi pelesenan kepada syarikat-syarikat p-hailing ini, kita juga akan lihat kepada rekod keselamatan mereka. Kalau mereka ada terlibat dengan mana- mana kemalangan, mungkin ada markah yang perlu dipotong. Kita mungkin adakan grading system kepada syarikat-syarikat p-hailing ini dari segi keselamatan sama ada mereka dapat mencapai tahap lima bintang atau sebagainya. Jadi, itu satu mekanisme yang mungkin kita akan lihat.

Sedikit Yang Berhormat Menteri.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju dengan apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi mengenai isu keselamatan pemandu p-hailing yang mengejar masa yang ditetapkan oleh syarikat p- hailing. Satu lagi Yang Berhormat Menteri, mungkin juga kita boleh tengok keselamatan ini sebab semasa mereka menunggang motosikal, dia terpaksa tengok phone. Jadi, menyebabkan dia tidak dapat peka keadaan sekeliling. Mungkin kerajaan ada satu mekanisme lain, mungkin pakai earphone dan sebagainya supaya dia tidak perlu tengok kepada phone setiap masa. Saya tidak pastilah, tetapi ini cadangan awal. Mungkin kerajaan ada mekanisme lain supaya dia tidak terlalu bergantung pada phone semasa dia memandu motosikal. Itu juga satu aspek yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua, saya belum ada jawapan kepada soalan itu. Biasanya mereka lihat laluan ke mana dan sebagainya. Maklumat-maklumat itu sudah tentunya tertera dalam telefon bimbit mereka. Jadi, sesuatu mungkin pada masa hadapan ada teknologi yang lebih canggih, lebih moden untuk memastikan keselamatan penunggang-penunggang motosikal ini lebih terjamin. Jadi, itu sesuatu yang sudah tentu akan lihat trend yang akan datang untuk memastikan semua aspek keselamatan. Memang saya hendak tegaskan di sini bahawa walaupun saya faham bahawa apabila kerajaan memutuskan untuk menurunkan had umur daripada 21 tahun ke 18 tahun ini, ada pihak yang tidak bersetuju. Ada pihak yang WhatsApp saya, ada advocator keselamatan jalan raya yang agak tidak setuju. Memang kita tahu bahawa di kalangan anak-anak muda ini dari segi jumlah kemalangan yang melibatkan penunggang- penunggang motosikal agak tinggi. Akan tetapi, saya rasa bahawa ini sesuatu yang perlu kita ambil pertimbangan kerana ramai juga anak-anak muda yang terpaksa bergantung pada industri p-hailing pada hari ini untuk mencari nafkah hidup atau menyara kos sara hidup mereka, terutamanya pelajar-pelajar universiti juga, ramai juga yang bergantung pada p-hailing untuk mencari pendapatan mereka. Jadi, ini pertimbangan yang kita libat. Kerajaan benarkan supaya p-hailing ini diturunkan kepada 18 tahun, tetapi pada masa yang sama, aspek keselamatan sudah tentu tidak akan dikompromikan. Kita akan cuba melihat semua aspek dan bagaimana langkah-langkah untuk memastikan keselamatan penunggang-penunggang motosikal ini lebih terjamin. Jadi, itu sesuatu yang Kementerian Pengangkutan akan komited untuk memastikan keselamatan jalan raya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Arau, bolehlah sponsor pelbagai program di kawasan Arau untuk memastikan pemandu-pemandu p-hailing ini selamat di Arau dan negeri Perlis.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ada lagi?

Boleh, boleh. Sedikit Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Pencelahan yang terakhir ya.

Ini fasal seksyen 44 Akta 333 iaitu tentang kesalahan memandu, kita menaikkan kesalahan. Kita setuju Yang Berhormat. Akan tetapi yang saya sebut, saya ingat ada dua atau tiga orang Yang Berhormat sebut tadi termasuk Yang Berhormat Tebrau dan kawan-kawan saya di sini iaitu kita meletakkan kesalahan kepada pemandu kerana kelalaian alkohol, dadah dan sebagainya. Akan tetapi bagaimana tentang kesalahan disebabkan oleh jalan raya dan juga local government, pokok-pokok? Di manakah kita hendak masukkan bahawa apakah kita hendak kena hukum penjara Menteri JKR atau KPKT sebab kesalahan juga berlaku di pihak mereka? Jadi, Yang Berhormat sebagai Menteri penyelaras, Setiausaha Agung dan Menteri Kanan, apakah boleh membincangkan perkara ini dengan mereka? Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Kalau ada apa-apa liabiliti oleh pihak terbabit, sudah tentu mana-mana pihak boleh juga mengambil tindakan saman sivil kepada mana-mana pihak termasuk kepada PBT. Ini perkara yang memang secara kebiasaannya berlaku. Kalau ada kemalangan yang melibatkan kecuaian ataupun kesilapan daripada pihak PBT umpamanya, ada juga kes yang menyaman kepada PBT untuk melihat atau mendapatkan tanggungan liabiliti mereka. Jadi, sesuatu yang saya rasa boleh merujuk kepada peguam- peguam untuk mengambil tindakan seterusnya. Akan tetapi setakat ini, apa yang kita bentangkan adalah seperti yang tertera dalam rang undang-undang ini.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

[Bangun]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Jadi Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan ada banyak jawapan secara spesifik. Saya akan serahkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat satu-persatu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Maaf Yang Berhormat Beruas, saya telah menyatakan pencelahan yang terakhir tadi ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 13 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

[Rang undang-undang dilaporkan tanpa pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan (Puan Lim Hui Ying) dan diluluskan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dibacakan kali kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] telah mula berkuat kuasa telah mula berkuat kuasa mulai tahun 2010. Objektif utama Akta 715 adalah untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal selia pengangkutan awam darat bagi perkara yang bersampingan dengannya. Akta 715 ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia. Kali terakhir Akta 715 dipinda adalah pada tahun 2018. Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018 bertujuan untuk meminda Akta 715 yang berbangkit dengan pemansuhan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Dengan pindaan tersebut, fungsi kuasa, hak dan kewajipan liabiliti dan obligasi suruhanjaya telah diturunkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan mengikut mana-mana yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan ke atas Akta 715 pada tahun 2023 bertujuan untuk melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan melibatkan perkara-perkara seperti berikut. Pengawalseliaan suatu perkhidmatan dengan kenderaan barangan termasuk menggunakan motosikal yang disediakan menerusi suatu perniagaan penghantaran perkhidmatan p-hailing. Pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mewujudkan punca kuasa bagi mengawal selia dan menetapkan peraturan pelesenan bagi perkhidmatan berkenaan di bawah Akta 715 dan mewujudkan punca kuasa di bawah Akta 715 bagi memenuhi obligasi dan melaksanakan komitmen kerajaan di bawah beberapa perjanjian multilateral peringkat antarabangsa yang melibatkan peredaran antarabangsa mana-mana kenderaan pengangkutan awam darat. Pindaan akan memperuntukkan punca kausa kepada Menteri untuk mengawal selia melesenkan dan menetapkan peraturan ke atas perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam darat yang didaftarkan di negara asing untuk beroperasi di dalam Malaysia serta yang didaftarkan dalam Malaysia untuk beroperasi dalam wilayah negara asing termasuk menurut kepada apa-apa kuasa atau tertakluk kepada peruntukan- peruntukan mana-mana perjanjian antarabangsa yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia sebagai negara pejanji. Secara keseluruhannya, pindaan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 akan mengandungi enam fasal yang merangkumi cadangan pindaan utama ke atas Akta 715 seperti berikut– Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 715 untuk memasukkan takrif baharu kenderaan p-hailing dan untuk meminda takrif kenderaan barangan untuk memasukkan kenderaan p-hailing dalam takrif tersebut. Fasal 3 bertujuan untuk meminda perenggan 6(5)(d) Akta 715 untuk membenarkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat mengenakan pada mana- mana lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 6 Akta 715 syarat tentang fee maksimum

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

yang ditetapkan yang kena dibayar kepada pemegang lesen terminal oleh orang awam juga bagi penggunaan terminal itu. Fasal 4 adalah bagi tujuan untuk memasukkan bahagian baharu VA ke dalam Akta 715 bagi memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi memudahkan peredaran antarabangsa mana-mana pengangkutan awam darat menurut mana-mana perjanjian antarabangsa. Untuk makluman, Malaysia telah menandatangani ASEAN Framework Agreement on Facilitation of Goods in Transit pada tahun 1998 dan meratifikasikannya pada tahu 1999. AFGIT bertujuan untuk memudahkan pergerakan barangan dalam transit di kalangan negara anggota ASEAN bagi menyokong pembangunan ekonomi serantau. Selain itu, Malaysia juga telah menandatangani ASEAN Framework Agreement on Facilitation of Inter-State Transport pada 10 Disember 2009 yang bertujuan untuk memudahkan pergerakan barangan di antara negara anggota ASEAN yang bersempadan antara satu sama lain. Dalam kedua-dua kerangka perjanjian ini, semua negara berjanji telah mencapai persetujuan untuk memudahkan urusan pergerakan kenderaan pengangkutan awam darat merentas sempadan. Sehubungan itu, Malaysia perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam menyediakan instrument perundangan bagi membolehkan negara memenuhi obligasi di bawah kedua-dua perjanjian. Pindaan ini akan membolehkan pengoperasian AFAFGIT dan AFAFSIT di rantau ASEAN di mana semua negara anggota ASEAN perlu mengeluarkan ASEAN Goods Vehicle Cross-Border Permit kepada kenderaan barangan yang berdaftar di negara masing-masing serta mengiktiraf AGVCBP daripada negara anggota ASEAN lain bagi membolehkan kenderaan tersebut digunakan untuk membawa barangan merentas sempadan. Usaha memudah cara pergerakan merentas sempadan di rantau ASEAN juga merupakan langkah penting dalam memastikan rangkaian bekalan yang mantap bagi jangka masa panjang dan seterusnya memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara. Fasal 5 bertujuan untuk memotong perenggan 252(1)(k) dan (l) Akta 715. Pemotongan tersebut berbangkit daripada kemasukan bahagian baharu VA dalam Akta 715. Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi peralihan. Lain-lain pindaan yang tidak dinyatakan secara khusus bagi akta ini adalah merupakan pindaan bersifat editorial dan consequential susulan kepada pindaan-pindaan utama. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah amat-amat penting atas keperluan-keperluan pelaksanaan perkhidmatan p-hailing dan pengoperasian pergerakan kenderaan pengangkutan awam merentas sempadan terutamanya dalam mewujudkan punca kuasa dan penyeragaman peraturan. Dengan pelaksana pindaan ini semua pelaksanaan fungsi dan ketetapan dasar akan teratur daripada segi undang-undang. Sehubungan dengan itu, saya dengan rendah hati memohon supaya pindaan- pindaan yang dicadangkan dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini demi menjaga kebajikan terutamanya kepada golongan muda dan golongan yang bekerja sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ada Yang Berhormat yang menyokong.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Saya telah menerima seramai tujuh orang ahli Yang Berhormat yang akan berbahas. Ketujuh-tujuh ini pohon bersedia dan akan bermula sebentar lagi. Mereka

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

adalah Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Bagan Serai dan Yang Berhormat Arau.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sebelum kita mulakan, saya memperingatkan Peraturan Mesyuarat 36(1) hadkan kepada pindaan yang berkaitan sahaja. Dipersilakan Yang Berhormat Tenggara.

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Saya mulakan dengan mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan atas inisiatif menyediakan perkhidmatan bas dari KL Sentral ke Parlimen bagi memudahkan pergerakan petugas dan juga Ahli Dewan yang terlibat. Tuan Yang di-Pertua kalau kita lihat statistik yang dilakukan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada tahun 2020 purata harian penumpang bagi kereta api meliputi penggunaan MRT, KTM Komuter, KTM ETS, KTM Antara Bandar, LRT, monorel dan ERL adalah sebanyak 438,000 orang, satu jumlah yang agak besar. Kita selalu dengar keluhan pengguna-pengguna ini yang saban tahun masalahnya sama iaitu kesesakan yang melampau pada waktu puncak. Saya sendiri mengalaminya semasa terlepas tren MRT dari Pasar Seni. Bukan sebab saya lambat tetapi jumlah penumpang yang terlampau padat di koc. Soalan saya setakat hari ini apakah yang telah dilakukan oleh pihak kementerian menerusi Prasarana Malaysia Berhad bagi mengatasi masalah ini. Yang menggunakan perkhidmatan ini untuk makluman bukan sahaja orang muda tetapi pelbagai lapisan usia dan juga berkeperluan khas. Jadi, mohon kepada pihak kerajaan juga untuk perlihat tentang perkara ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ada dimaklumkan tentang kerajaan sedang meneliti cadangan untuk pembinaan jajaran pengangkutan sistem transit aliran ringan bagi menyelaras sistem pengangkutan yang lebih baik di Johor Bahru. Sebagai anak Johor, sudah tentulah saya menyokong. Saya mohon maklum balas kementerian berkenaan hal ini. Seterusnya banyak negara yang sudah memulakan penggunaan kenderaan elektrik termasuklah dalam perkhidmatan pengangkutan awam, terutamanya bas-bas awam. Kalau di Johor, saya lihat sudah mula Yang Berhormat Menteri sendiri tempoh hari ada turun untuk merasmikan bas elektrik di Stesen Bas Larkin. Saya ingin tahu bagaimana perancangan kerajaan bagi mengembangkan penggunaan bas elektrik ke kawasan- kawasan lain termasuklah di kawasan saya, Tenggara seperti kita juga tidak ketinggalan sebagai sebuah green country dengan izin. Seterusnya saya ingin mengetengahkan pemasangan tempat letak kenderaan bagi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam. Kita dapati saban hari lambakan kenderaan terutama kereta dan motosikal yang diparking oleh pengguna di tepi jalan berhampiran stesen LRT, MRT, KTM. Ada sesetengah mereka yang telah sekian harian, penat bekerja balik-balik tengok tayar sudah hilang. Yang lebih tidak bernasib baik kenderaan itu pun hilang. Apabila kita tanya kenapa tidak letakkan kenderaan di tempat yang telah disediakan, mereka jawab jam enam pagi lagi sudah penuh. Jadi, masalah tempat parking ini juga memerlukan pemerhatian daripada pihak kementerianlah. Diharap dapat diselesaikan. Akhirnya ialah banyak sebenarnya isu pengangkutan awam yang pada pandangan saya boleh diperbaiki. Namun begitu saya faham akan kekangan yang kadangkala dihadapi oleh pihak kerajaan dan kementerian untuk menanganinya. Walau bagaimanapun, saya percaya kerajaan hari ini akan berusaha bersungguh-sungguh supaya prestasi pengangkutan awam kita dapat dipertingkatkan. Baru-baru ini, MRT 3 yang diusahakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dahulu sudah pun mula beroperasi dapat dimanfaat oleh ramai pengguna. Saya lihat

Tuan Manndzri bin NasibUMNO · BNTenggara

sambutannya menggalakkan. Moga dapat diteruskan promosi dan dipertingkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap sistem pengangkutan awam di negara kita. Jadi itu sahaja daripada saya. Saya ambil kesempatan Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan juga Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jika tidak terlalu awal, maaf zahir batin kepada semualah kerana hari ini adalah hari akhir perbahasan. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Saya mohon menyokong Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Dipersilakan Yang Berhormat Jerantut.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan pihak kementerian. Sekali lagi seperti yang dimaklumkan dalam perbincangan sebentar tadi, saya bersetuju dengan pindaan-pindaan yang dilakukan kepada rang undang-undang ini. Apa yang saya akan perbahaskan sekali lagi adalah berkaitan dengan beberapa clarification yang kita mohon daripada pihak MOT dan beberapa cadangan untuk penambahbaikan. Berkenaan dengan pindaan seksyen 2. Walaupun kenderaan p-hailing didefinisikan sebagai suatu kenderaan bermotor, namun p-hailing juga bukanlah satu hanya tertakluk kepada mereka yang menggunakan motosikal seperti yang saya nyatakan tadi. Ini adalah sebab ada juga sistem penghantaran dengan menaiki e-scooter, e-bike, rollerblade dan sebagainya. Ia telah dijawab oleh pihak kementerian tadi, coverage tidak ada kepada perkhidmatan-perkhidmatan ini. Cuma saya memohon sekali lagi supaya pihak kementerian boleh mencadangkan atau berbincang supaya dapat diconsidered kebajikan kepada pekerja-pekerja ini. Barangkali dalam bentuk yang berbeza. Kemudiannya saya juga membaca satu keratan daripada Sinar Harian berkenaan dengan pekerja p-hailing yang semakin terhimpit. Jadi ini juga barangkali perlu dilihat oleh pihak kementerian. Barangkali untuk bekerjasama dengan pihak kementerian yang lain bagaimana untuk kita pastikan kebajikan mereka terkawal. Ini adalah sebab saya dimaklumkan kalau dahulunya pendapatan mereka boleh dapat dalam RM4,000 tetapi sekarang ini menurun sehingga RM2,000 sahaja sebulan. Jadi barangkali sebab itulah mereka terpaksa bawa laju dan sebagainya untuk kejar task atau assignment yang diberikan kepada mereka supaya mereka mendapat pendapatan yang lebih. Kemudiannya Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi berkenaan dengan akta baharu VA berkenaan dengan Perkara 144A(1). Jadi saya ingin bertanya tentang apakah pindaan akta ini tertakluk kepada kenderaan persendirian sahaja ataupun termasuk kenderaan awam dari luar negara? Kita tahu ini adalah obligasi seperti yang dinyatakan oleh pihak Yang Berhormat Menteri tadi. Obligasi kerajaan yang menganggotai ASEAN. Cuma Jerantut melihat perlu juga kita ada protection kepada pemain-pemain industri dari sudut industri pelancongan dan juga industri logistik dalam negara kita apabila kenderaan-kenderaan ini boleh masuk terus daripada luar. Barangkali van-van kita, van- van tourism kita juga akan terganggu businessnya. Begitu juga dengan industri logistik. Apakah tindakan MOT untuk memastikan perkara ini memberikan kebaikan khusus kepada rakan-rakan kita, pemain-pemain industri tempatan. Kemudiannya bahagian 144A(2)(a) juga, apakah yang akan kerajaan lakukan sekiranya kenderaan luar negara yang masuk ke dalam negara Malaysia ini tidak menghormati peraturan atau undang-undang di dalam Malaysia atas alasan mereka adalah pelancong atau pembawa barang-barang berat. Kemudiannya apakah kerajaan akan menyekat apa sahaja kenderaan dari luar Malaysia yang memasuki Malaysia sekiranya mendapati adanya saman dan denda yang tidak dilangsaikan di negara mereka. Saya rasa itu sahaja untuk perbahasan ringkas kepada perkara ini. Ini adalah kerana beberapa perkara lain telah pun dijawab oleh pihak Yang Berhormat Menteri di dalam undang-undang sebelum ini.

Akhirnya ini merupakan hari yang terakhir saya berbahas di sini dan hari terakhir kita. Saya juga dengan rendah hati menyeru kepada Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan khususnya kepada yang Islam supaya marilah sama-sama kita mengejar saki baki Ramadan, cari lailatul qadar dan marilah sama-sama kita menyambut hari raya bersama dengan rakan-rakan bukan Melayu kita. Kita sambut sebagai sebuah masyarakat Malaysia, masyarakat Madani. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Dipersilakan Yang Berhormat Segamat. Yang Berhormat Segamat satu, Yang Berhormat Segamat dua, Yang Berhormat Segamat tiga. Tidak ada di dalam Dewan. Saya terus kepada Yang Berhormat Padang Serai.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Padang Serai untuk sama-sama membahaskan sedikit tentang Akta Pengangkutan Awam Darat 2023 [Akta 715]. Tuan Yang di-Pertua Kementerian Pengangkutan telah membentangkan rang undang-undang pindaan akta pada sesi Dewan Rakyat kali ini yang membabitkan Akta Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023. Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 bertujuan meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] yang antara lain bagi memperluaskan atau mengawal seliaan berkenaan pelesenan, perniagaan, penghantaran kepada perkhidmatan kenderaan barangan. Melalui pindaan akta ini, ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan kualiti kebajikan terutamanya kepada semua pemandu teksi. Kita melihat isu ini yang ada di depan mata kita bahawa ada berkaitan dengan kereta sapu domestik. Ini cerita di sempadan domestik ataupun nama sering disebut sebagai Grab ataupun Uber dengan izin.

Dato’ Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Akan tetapi kita juga berdepan dengan kereta sapu asing yang tidak berdaftar. Mereka melakukan aktiviti pengangkutan secara tidak sah serta sering menunggu di tempat-tempat yang menjadi perhatian seperti di stesen kereta api dan stesen bas. Malahan ada di kalangan pemandu kereta sapu ini daripada warganegara asing. Di antaranya kerap berlaku di Perlis, Kelantan, Kedah dan sebagainya. Justeru itu, ini merupakan cabaran utama kepada pemandu berdaftar serta pemandu tempatan dalam meneruskan kehidupan di era kos sara hidup yang sangat mencabar ini. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, daripada akta yang telah digubal ini, apakah jaminan kerajaan untuk memastikan terutamanya kebajikan pemandu-pemandu teksi di sempadan yang berdepan dengan cabaran yang cukup sengit berdepan dengan pemandu-pemandu kereta sapu daripada negara Thailand yang menjadi persaingan kepada pemandu-pemandu teksi tempatan? Saya juga ingin menyebutkan sedikit tentang isu pemandu teksi di Langkawi. Sebelum PKP, jumlah pemandu e-hailing terdapat lebih kurang 3,000 unit dan teksi 1,000 unit. Selepas PKP, menurun kepada 1,200 unit pemandu e-hailing dan teksi sebanyak 400 unit. Penurunan ini adalah selari dengan permintaan pengguna semasa iaitu kadar kemasukan pelancong yang rendah. Namun, disebabkan oleh tiada penguatkuasaan berkenaan e-hailing dan kadar tambang e-hailing yang rendah membuatkan lebih ramai pemandu e-hailing menjerumuskan diri menjadi ulat sapu e-hailing. Bila mana tiada penguatkuasaan tersebut, maka pemandu-pemandu teksi pun juga terpaksa bersaing dengan pihak-pihak ini dengan turut menjadi ulat e-hailing ataupun ulat sapu demi mencari pendapatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Betong.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana beri peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023. Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu Akta 715 yang bertujuan untuk mengawal selia komuniti p-hailing di Malaysia, maka RUU ini amat penting bagi membolehkan Kementerian Pengangkutan mempunyai punca kuasa mengawal selia sepenuhnya p-hailing sepertimana dilakukan pada perkhidmatan e-hailing dahulu. Saya ingin rujuk kepada pindaan seksyen 2 dan seksyen 6 dan saya khaskan kepada isu p- hailing. Kita tahu bahawa sektor ekonomi gig semakin berkembang di negara ini justeru p-hailing perlu dikawal selia supaya sektor perkhidmatan ini berdaya saing dan kompetitif untuk jangka masa panjang selain melindungi kebajikan penunggang. Sektor ekonomi gig ini sentiasa diutamakan kerana merekalah penggerak kepada perniagaan dan ekonomi negara. Pengorbanan mereka yang berhujan panas menunaikan tanggungjawab serta bersama memainkan peranan dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai amatlah besar. Maka Betong ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah syarat- syarat pengawalseliaan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kebajikan penunggang ataupun pemandu ini akan terjamin? Adakah setiap penunggang p-hailing diwajibkan mempunyai lesen vokasional GDL sepertimana lesen kenderaan lain? Walaupun GDL penting untuk melengkapi mereka daripada aspek peraturan dan keselamatan jalan raya, tetapi bagi penunggang p-hailing, ia mungkin satu beban bagi mereka. Betong ingin mengetahui apakah usaha dan jaminan oleh kerajaan bagi memastikan proses permohonan GDL untuk p-hailing dapat dipermudahkan? Apakah langkah-langkah untuk menentukan penunggang kena patuh untuk mendapatkan GDL supaya mereka dapat bekerja dengan selamat? Apakah cara atau kaedah kawal selia atau garis panduan yang akan diambil oleh kementerian dalam perkara ini? Betong cadangkan sekiranya GDL diwajibkan, prosesnya perlu mudah dan yang terbaik. Maka, kerajaan perlu menyediakan satu sistem yang efektif untuk memudahkan penunggang p- hailing menguruskan permit bayaran lesen dan insurans. Seperkara lagi ialah bagaimanakah kerajaan dapat memastikan penyatuan dan ketelusan di antara pengendali syarikat dengan mereka yang bekerja menjadi penunggang p-hailing? Ini penting untuk mengelakkan wujud pertikaian di kemudian hari di antara syarikat pengendali dan penunggang p-hailing. Era globalisasi dan kemajuan teknologi telah menyusun semula model perniagaan tradisional dan memberi ruang kepada kemunculan bentuk pekerjaan baharu seperti pekerja platform gig. Ini menyebabkan ramai pekerja kini beralih kepada pekerjaan tidak formal kerana ia menawarkan lebih fleksibiliti dan kemudahan berbanding pekerjaan formal. Memandangkan ekonomi gig adalah satu keperluan, Betong berharap kerajaan boleh menyediakan dasar khusus dan perkenalkan dasar ekonomi gig untuk pastikan sektor itu kekal relevan dan menjadi salah satu penyumbang ekonomi negara untuk jangka masa panjang. Menurut laporan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 97 peratus pekerja gig dalam perkhidmatan makanan dan barangan di negara ini merupakan golongan belia di bawah 30 tahun. Daripada jumlah itu, 63 peratus tidak mempunyai sebarang simpanan. Penghantar p-hailing juga adalah tulang belakang bagi ekonomi gig dengan ramai pihak yang bergantung kepada perkhidmatan mereka. Memandangkan kekerapan berlakunya kemalangan motosikal di Malaysia, persoalannya adalah bagaimanakah pengenalan lesen baharu ini dapat menurunkan kadar kemalangan dan meningkatkan keselamatan jalan raya? Selain daripada pertimbangan berkaitan keselamatan jalan raya, apakah pertimbangan lain yang relevan? Bagaimanakah lesen ini akan memberi kesan kepada mereka, kepada mata pencarian penunggang p-hailing dan bilangannya yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini?

Terdapat kesan yang ketara kepada penunggang p-hailing terhadap keselamatan jalan raya tetapi bagaimanakah lesen p-hailing mampu mengubah tingkah laku penunggang p-hailing di jalan raya? Memandangkan demografi kumpulan p-hailing ini yang mana rata-ratanya tidak mempunyai kelayakan pengajian tinggi dan berasal daripada isi rumah berpendapatan yang rendah, maka ramai di antara mereka yang pasti terkesan. Kedua, apakah kesan lesen p-hailing terhadap para freelancers yang tidak terikat dengan sebarang platform gig? Akhir sekali, apakah usaha kerajaan bagi mengatasi masalah kadar upah lantai untuk caj penghantaran dan pengambilan pesanan dan peta digital yang tidak seragam sehingga menindas penghantar? Ini menyebabkan upah yang diterima oleh mereka ada kalanya rendah daripada biasa. Itu sahaja dari Betong. Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang pada sahabat Ahli Parlimen dan seluruh rakyat Malaysia yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Sehingga hari ini, sektor ekonomi gig p-hailing masih belum dikawal selia oleh mana-mana kementerian. Ini menyebabkan pelbagai isu dan masalah rakan-rakan penghantar p-hailing masih belum dapat dilaksanakan. Antaranya pertama isu kadar upah rakan-rakan penghantar p-hailing. Kedua, isu penggantungan dan penamatan ID rakan- rakan penghantar p-hailing jelas tidak adil. Tanpa rakan-rakan penghantar p-hailing diberi hak untuk membela diri. Ketiga, isu peta digital di aplikasi syarikat-syarikat penyedia yang mana jaraknya adalah tidak sama dengan jarak aplikasi Waze, Google Maps atau jarak sebenar. Ini jelas telah mendatangkan kerugian kepada rakan-rakan penghantar p-hailing. Keempat, isu SOP syarikat-syarikat penyedia yang seolah-olah rakan-rakan penghantar p-hailing ini adalah pekerja mereka sedangkan mereka ini tidak termaktub di bawah Akta Kerja 1955 dan syarikat-syarikat penyedia hanya menggelarkan mereka sebagai rakan-rakan penghantar. Kelima, isu KPI rakan-rakan penghantar p-hailing yang ditetapkan syarikat yang mana sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakan-rakan penghantar p-hailing. Isu yang kedua ekonomi gig adalah satu pekerjaan yang bebas dan fleksibel. Dalam erti kata lain, sebagai usahawan. Mengapa sektor ekonomi gig p-hailing tidak diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi? Menjadi kerisauan apabila diletakkan di bawah MOT, pelbagai cadangan undang-undang penguatkuasaan pelesenan yang akan dikuatkuasakan kepada rakan-rakan penghantar p-hailing sama seperti rakan-rakan pemandu e-hailing ketika ini. Akan tetapi apabila timbul isu kebajikan, perkara tersebut tidak dapat diselesaikan. Isu ketiga, sekiranya ada cadangan penguatkuasaan pelesenan yang akan dilaksanakan kerajaan kepada rakan-rakan penghantar p-hailing.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Kerajaan juga perlu melaksanakan penguatkuasaan undang-undang kepada syarikat-syarikat penyedia bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan p- hailing. Sebagai contoh meletakkan satu pelan lantai kadar upah bayaran. Ini bagi memastikan tidak akan ada lagi kejatuhan kadar upah bayaran kepada rakan-rakan penghantar p-hailing seperti sebelum ini sehingga membawa kepada isu mogok dan tidak

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

mahu lagi satu penindasan alaf baharu kepada rakan-rakan p-hailing terutamanya kepada anak-anak muda negara Malaysia. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Keempat, jika ada cadangan penguatkuasaan undang-undang yang akan dilaksanakan, kerajaan perlu memastikan setiap undang-undang perlulah meliputi kepada seluruh ekosistem p-hailing termasuklah juga kepada syarikat. Kelima, berkaitan isu PERKESO. Terima kasih kepada PERKESO kerana menyediakan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kepada rakan-rakan penghantar p-hailing. Bagi memastikan kebajikan sosial bencana kerja mereka dijaga, terima kasih juga kepada mantan Yang Berhormat Pagoh kerana semasa Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh telah memberikan 100 peratus subsidi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah pelan kedua RM232.80 setahun dan pada tahun berikutnya 80 peratus subsidi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah pelan kedua RM232.80 setahun. Untuk makluman SKSPS telah diwajibkan kepada rakan-rakan penghantar p- hailing pada Jun 2022. Sekiranya rakan-rakan penghantar p-hailing ini tidak mempunyai caruman, ia boleh menyebabkan tindakan boleh diambil pra rakan-rakan penghantar p- hailing. Apa yang penting di sini ialah penglibatan syarikat juga penting kerana syarikat yang mempunyai kuasa untuk meluluskan, menggantung dan menamatkan ID rakan- rakan penghantar p-hailing. Oleh yang demikian, cadangan undang-undang juga perlu dikuatkuasakan kepada syarikat yang meluluskan ID rakan-rakan penghantar yang tidak mempunyai caruman SKSPS perlu diwujudkan. Terakhirnya ialah apakah tindakan kerajaan terhadap aplikasi PULSE dalam menambah baik perkhidmatan yang diberikan kerana terdapat banyak aduan mengatakan maklumat yang dinyatakan berkenaan anggaran waktu ketibaan bagi bas contohnya dalam aplikasi tersebut tidak tepat dan sering berubah. Selain itu aduan yang menyatakan kepada Prasarana sebagai pihak yang menguruskan aplikasi PULSE tersebut sering kali tidak dilayan, apatah lagi diambil tindakan. Sekian, terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

Saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas jemputan ini. Tadi Yang Berhormat telah menjawab fasal p- hailing. Saya rasa p-hailing masuk di bawah rang undang-undang ini, parcel hailing, rang undang-undang ini. Jadi, tadi telah dijawab. Jadi, saya ingat cuma saya minta supaya apa yang telah disebut oleh kawan-kawan tadi supaya penggiat p-hailing ini diberi perlindungan yang cara terperinci tetapi tidak dibuli. Saya tahu mereka ini sering dibuli, jadi kita minta supaya dengan insurance coverage, dengan izin dan juga lain-lain lagi kita minta supaya mereka mendapat pampasan yang wajar kalau berlaku kemalangan. Tadi saya ingin mengulang sekali lagi bahawa ini juga termasuk dengan p-hailing dan beberapa kemalangan yang berlaku kerana jalan raya. Pernah di satu selekoh, saya sendiri hadir, di hadapan mata saya bergerak sedikit orang yang bawa parcel makanan tadi dia jatuh kerana jalan berlubang sedikit. Ia menyebabkan kematian. Itu sebab walaupun benda itu mungkin tidak terlepas pandang kerana kita menganggap bahawa kita boleh saman dan sebagainya. Ini rakyat biasa, ini rakyat yang hebat-hebat boleh saman. Akan tetapi, rakyat biasa ini kemampuan mereka untuk berbuat demikian. Jadi, kita minta supaya kerajaan juga melihat perkara ini sebagai satu perkara yang serius. Makna kata kalau kemalangan itu melibatkan agensi, agensi itu juga terlibat untuk memberi pampasan.

Jadi, pada akhirnya Yang Berhormat tujuan saya ini ialah untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa kita akan memperjuangkan nasib semua pihak termasuk anak-anak muda yang terlibat dengan p-hailing dan juga semua pihak. Kita akan perjuangkan nasib mereka. Saya lihat di pihak kerajaan juga memperjuangkan nasib mereka. Kami juga memperjuangkan nasib mereka dan kerajaan memperjuangkan nasib mereka dengan hebatnya sebab kerajaan mewarisi daripada kerajaan dulu yang kamilah, puak-puak kami buat dan sekarang Yang Berhormat telah bawa. Yang Berhormat kira bernasib baik dapat bawa benda ini dan sudah pasti Yang Berhormat akan menyebut dalam ucapan tersebut bahawa ini telah dimulakan oleh kerajaan dulu tetapi tidak dapat dibentangkan kerana pilihan raya diadakan dan sebagainya. Jadi, kita mengiktiraf. Sesiapa saja yang berjasa kita iktiraf, tidak ada masalah. Sekarang ini Perdana Menteri berjasa tetapi kita nak tengok pelaburan yang datang daripada China ini dalam tempoh berapa tahun. Tempoh 20 tahun kah, 10 tahun kah dan sebagainya. Jadi, kita nak tengok supaya perjuangan itu dibuat untuk semua. Saya tadi tidak sempat tanya soalan kepada Perdana Menteri iaitu berhubung dengan nine-dotted line. Maaf.

Dato' Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Dash line.

Nine-dash line. Tidak sempat tanya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjawab tadi bercanggah dengan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kata, “Pulau itu bukan...”— ini contoh saja.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Keluar tajuk.

“Pulau tersebut bukan tuntutan bertindih tetapi pencerobohan”, tetapi tadi Yang Berhormat sebut dia kata, “Tuntutan bertindih,”. Bertindih macam mana dalam Malaysia.

Tuan Yang di- Pertua, daripada kenderaan darat, pergi pulau pula. Mana ada jalan.

[Dewan ketawa]

Contoh, contoh. Walaupun saya bagi contoh Beting Petinggi Ali tetapi ini melibatkan kerajaan sebab saya tahu tuan-tuan semua, Yang Berhormat semua mungkin anggap benda itu mungkin saya bergurau— tidak. Kalau Yang Berhormat serius tentang strategi, keselamatan negara lihat benda ini, harus diberi perhatian yang serius. Oleh sebab kalau kita hilang tempat ini, bererti seluruh telaga minyak di Laut China Selatan kita akan hilang. Kena ingat itu. Kalau pun kita ada strategi pelbagai dan sebagainya, kita kena ingat kita sedang dibuli oleh negara-negara besar. Itu sebab saya sebut. Saya tidak dapat sebut dalam ucapan saya sebab tidak ada masa. Inilah ruang yang terbaik untuk saya bercakap di bawah dasar. Ini dasar. Saya belum masuk jawatankuasa lagi. Di dasar saya berhak untuk bercakap apa saja. Jadi, saya minta pihak kerajaan bagi perhatian yang serius kepada apa yang saya sebutkan tadi supaya agensi yang terlibat mesti dipertanggungjawabkan kalau sekiranya berlaku kemalangan. Kita bagi perlindungan yang hebat dan dahsyat kepada anak-anak penggiat p-hailing, Yang Berhormat. Jadi, kita minta supaya sekali Yang Berhormat bagi penekanan dan Yang Berhormat panggil mesyuarat agensi yang terlibat supaya berhati- hati sebab ia akan melibatkan pemegang-pemegang lesen pengguna jalan raya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Walaupun saya sebenarnya membuat persediaan untuk yang ketiga tetapi Tuan Yang di-Pertua panggil yang kedua sebab Tuan Yang di-Pertua tetap disayangi dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 15 minit.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini. Terlebih dahulu untuk menjawab persoalan Yang Berhormat Tenggara, walaupun beberapa isu yang dibangkitkan bukannya berkaitan dengan rang undang-undang ini, namun kita mengambil maklum berkenaan dengan kesesakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, di Lembah Klang yang agak padat. Memang kita maklum bahawa beberapa mod pengangkutan awam di Lembah Klang ini agak sesak terutamanya pada waktu-waktu puncak. Sudah tentu kita mengambil pelbagai langkah untuk menambah baik dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam di Lembah Klang terutamanya di bawah selenggaraan Prasarana. Berkenaan dengan kenderaan bas EV, memang kita ada mempunyai pelbagai perancangan untuk menambah bas berhenti-henti menggunakan bas EV. Memang bas EV telah mula digunakan di beberapa tempat tetapi sudah tentu kos untuk membeli bas- bas EV ini lebih tinggi. Antara halangan dan juga rintangan yang perlu kita atasi ialah daripada segi charger sebab bukannya semua tempat ada charging fasilities untuk bas-bas EV ini. Namun begitu, ini adalah satu trend untuk ke arah pengangkutan awam yang lebih besar dan sudah tentu bas EV adalah antara pilihan kepada banyak operator yang akan melaksanakan pengangkutan awam ini.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Berkenaan dengan masalah tempat parking di stesen pengangkutan awam. Memang ini sesuatu yang kita tahu bahawa ia melibatkan pelbagai isu daripada segi tanah, ruang dan sebagainya. Namun begitu, kita akan cuba mengatasinya dengan pelbagai agensi yang di bawah Kementerian Pengangkutan. Yang Berhormat Jerantut ada membangkitkan bagaimana kita melindungi pemain-pemain industri tempatan di mana van-van dan logistik tempatan akan terganggu dengan kemasukan kenderaan asing. Mesyuarat ASEAN Transport Ministers (ATM) telah bersetuju dengan kuota sebanyak 500 permit yang akan dikeluarkan oleh setiap negara. Untuk fasa pertama, hanya 100 permit akan dikeluarkan oleh setiap negara dan jumlah permit akan ditingkatkan secara berperingkat dengan penambahbaikan inisiatif ini. Pindaan ini juga akan membolehkan APAD melesenkan kenderaan pengangkutan awam di Malaysia untuk beroperasi di wilayah asing mengikut terma perjanjian. Pemain logistik tempatan boleh mengambil masa untuk meningkatkan daya persaingan bagi menyediakan perkhidmatan logistik ke negara ASEAN yang lain. Semua kenderaan barangan asing perlu mematuhi semua perundangan negara termasuk berkaitan pengangkutan barangan dan undang-undang jalan raya. Penguatkuasaan terhadap kenderaan-kenderaan ini menggunakan prosedur yang sama sebagaimana dikuatkuasakan atas kenderaan barangan tempatan. Jadi, memang kita faham bahawa apabila kita membuka pasaran kepada penggiat-penggiat industri daripada negara ASEAN, sudah tentu ada persaingan kepada pemain industri tempatan. Akan tetapi, ini adalah reciprocal. Jadi, apabila kita memberikan akses kepada negara lain, kita juga boleh akses kepada negara mereka. Jadi, it is reciprocal, ia juga perlu meningkatkan persaingan pemain-pemain industri negara kita supaya mereka juga boleh beroperasi ataupun masuk ke pasaran di Singapura, Thailand dan sebagainya. Itu yang perlu kita lihat. Seterusnya, daripada segi kebajikan pemandu p-hailing dan kenderaan mikromobiliti. Perkara ini memang kita akan lihat bagaimana untuk menambah baik, pengawalseliaan dan pelesenan p-hailing yang akan kita laksanakan kelak. Jadi, memang kita mengalu-alukan apa-apa pandangan dan juga cadangan yang boleh kita tambah baik supaya sama-sama kita memberikan perlindungan dan juga kebajikan yang lebih banyak kepada pemandu-pemandu p-hailing.

Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh? Sebelum pergi kepada tajuk lain. Saya amat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang reciprocal. Maknanya, mereka boleh masuk dan kita juga boleh masuk ke negara mereka. Cuma, yang membezakan kemasukan mereka ke dalam negara kita dan kita ke negara mereka adalah di sudut undang-undang. Jadi, saya harapkan kepada pihak Yang Berhormat Menteri untuk melihat undang-undang itu biar undang-undang di negara kita setara ataupun lebih baik daripada undang-undang di negara yang lain. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih. Memang kita ada di peringkat ASEAN ada satu platform iaitu ASEAN Transport Ministers yang cuba menyelaraskan ataupun menyeragamkan undang-undang jalan raya terutamanya apabila kita ada bilateral agreement dan ada reciprocal arrangement. Maka, undang-undang yang perlu diseragamkan akan dibincangkan di peringkat platform ASEAN Transport Ministers itu. Setiap tahun memang ASEAN Transport Ministers akan bersidang dan setiap tahun juga sekurang-kurangnya sebanyak dua kali senior officers kita bersidang dan akan melihat semua perundangan yang perlu kita tambah baik ataupun kita pinda. Berkenaan dengan sama ada akta ini tertakluk kepada kenderaan persendirian asing atau hanya terpakai kepada kenderaan komersial sahaja, Akta 715 hanya mempunyai kawalan kuasa ke atas kenderaan perdagangan asing sahaja. Bagi kenderaan persendirian, kemasukan kenderaan tersebut adalah tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan termasuk kewajipan memohon international circulation permit (ICP) atau kewajipan memohon dan mempunyai permit kemasukan kenderaan motor asing (VEP). Jadi, untuk makluman memang kita secara berperingkat hendak melaksanakan VEP untuk kenderaan persendirian yang masuk ke dalam negara kita. Akan bermula dengan sempadan Malaysia-Singapura dan akan dipanjangkan kepada sempadan Malaysia-Thailand. Sudah tentu, di Sabah dan Sarawak VEP juga akan dilaksanakan untuk sempadan Malaysia-Indonesia. Akan tetapi, sudah tentu ia akan mengambil masa untuk pelaksanaan. Saya juga hendak menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Betong. Kita tahu bahawa memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Betong, saya mengambil maklum bahawa sudah tentu apabila kita mengawal selia dan menguatkuasakan pelbagai peraturan, ada juga pandangan-pandangan yang mengatakan ini sudah tentu akan memberikan kesusahan dan sebagainya. Akan tetapi, sebelum kita melaksanakan sebarang penguatkuasaan ataupun pengawalseliaan ini, sudah tentu kita akan berunding dan sesi libat urus akan dibuat dengan pemegang-pemegang taruh. Kita memberikan komitmen bahawa untuk pemandu- pemandu p-hailing ini. Bukannya kita hendak menekan mereka. Bukannya kita hendak mensyaratkan mereka dan menyusahkan mereka tetapi kawal selia ini adalah penting. Jadi, sebelum kita melaksanakan kawal selia, akan ada consultation dengan mereka. Saya telah pun meminta supaya JPJ dan juga APAD untuk memudahcarakan dan kita sedang menggariskan beberapa garis panduan yang cukup mudah untuk mereka mendapat lesen GDL dan sebagainya. Saya tahu bahawa rungutan daripada p-hailing riders ini, adik-adik riders ini, mereka seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi memang banyak mereka berasa bimbang apakah peraturan yang dikenakan itu akan menyusahkan mereka? Mereka terpaksa membelanjakan wang untuk mendapatkan lesen GDL, perlu masa yang panjang dan sebagainya. Semua ini akan diambil kira. Kita akan membuat secara paling mudah untuk memudahkan mereka. Akan tetapi, hakikat yang kita hendak laksanakan ialah mereka ada kesedaran daripada segi keselamatan jalan raya. Itu matlamat utama. Bagaimana kita hendal melaksanakan kesedaran itu, sudah tentu kita juga perlu mengambil kira sama ada pendekatan yang lebih baharu dapat diambil seperti pendekatan melalui online platform dapat dilaksanakan. Jadi, sesuatu itu yang sedang kita lihat bagaimana memudahkan pelaksanaan tersebut. Ya, silakan.

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ucap tahniah atas inisiatif untuk memasukkan pindaan ini merangkumi p-hailing dan inisiatif yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri juga untuk melakukan libat urus, sesi latihan, kesedaran dan sebagainya untuk pemandu-pemandu ini supaya mereka akhirnya tidak terbeban dengan tanggungan untuk mendapatkan lesen tetapi sebenarnya adalah untuk memastikan keselamatan mereka. Cuma, saya ingin bertanya sedikit lagi lebih berkenaan dengan p-hailers ini yang melakukan secara freelancers. Maksudnya, mereka ini tidak berdaftar dengan mana- mana pengusaha p-hailing tetapi melakukan secara bersendirian, mungkin dengan cottage industry, bakery dan sebagainya. Jadi, adakah mereka juga akan termasuk dalam akta ini yang patut mematuhi peraturan-peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan nanti. Keduanya ialah saya hendak sentuh sedikit tentang laluan motosikal yang sekarang ini di bandar raya mungkin kita ada di Lebuh Raya Persekutuan dan NKVE contohnya memang ada laluan khas motosikal. Akan tetapi, akhir-akhir ini penguatkuasaan ini tidak dilakukan dengan baik ataupun sempurna menyebabkan terlalu banyak kenderaan-kenderaan yang melalui laluan kereta dan tidak menggunakan laluan motosikal yang dikhususkan termasuklah juga p-hailers ini. Jadi, adakah peraturan ini, penguatkuasaan ini dikendalikan sepenuhnya oleh kementerian ataupun pasukan polis trafik? Mohon maklum balas.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih. Untuk soalan berkenaan dengan p-hailers yang freelance dan tidak tertakluk kepada mana-mana syarikat, kita akan lihat bagaimana cara pelaksanaannya. Sudah tentu, apabila kita membuat sesuatu kawal selia, ia akan merangkumi kepada semua pemandu ataupun penunggang-penunggang p-hailing ini. Akan tetapi, daripada segi cara pelaksanaannya sudah tentu ada sedikit cabaran dan kita akan lihat bagaimana dilaksanakan sebelum ia dapat kita umumkan kepada semua pemegang taruh. Berkenaan dengan jalan ataupun lorong motosikal, itu sudah tentunya melibatkan pelbagai agensi. Bukan sahaja kepada JPJ tetapi juga kepada polis, JKR dan sebagainya. Memang sudah tentu kita harap bahawa lebih banyak penggunaan lorong motosikal ini dapat digalakkan sebab sudah tentu apabila kita ada lorong khas untuk motosikal, ia akan dapat menjamin keselamatan yang lebih tinggi kepada pihak penunggang-penunggang motosikal. Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan beberapa lagi persoalan. Yang Berhormat Padang Serai ada membangkitkan berkenaan dengan isu kereta sapu asing. Kita mengambil maklum serius berkenaan dengan perkara ini. Sudah tentu pelbagai aktiviti penguatkuasaan akan kita jalankan untuk pastikan supaya kereta sapu ini dapat kita ambil tindakan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Melalui pindaan ini, pihak kementerian akan boleh menetapkan peraturan pelesenan yang seragam kepada kenderaan asing yang beroperasi di dalam Malaysia. Sama seperti peraturan yang ditetapkan pada masa ini kepada kenderaan perdagangan Malaysia. Kenderaan-kenderaan sapu ini kelak akan diwajibkan untuk berdaftar dan dilesenkan oleh APAD kalau yang berkaitan-berkaitan dengan kenderaan asing. Apabila ada punca kuasa ini, mereka juga tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan kepada kenderaan tempatan. Isu ‘ulat’ e-hailing.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Kita akan arahkan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih tinggi.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri.

Oh ya, silakan.

Datuk Idris bin AhmadPAS · PNBagan Serai

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak tanya, kalau kita pergi ke Thailand, kita perlu ambil insurans. Adakah kenderaan mereka masuk ke Malaysia juga perlu mendapatkan insurans? Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ya. Secara prinsipnya seperti yang saya katakan, apa sahaja syarat yang pihak negara asing kenakan, prinsipnya ialah reciprocal. Kalau mereka kenakan syarat itu, kita juga kenakan syarat kepada mereka. Akan tetapi dari segi secara khusus, dari segi insurans, mungkin saya perlu buat pengesahan tetapi bagi saya secara prinsipalnya, secara prinsipnya ialah mesti ada reciprocal. Apa sahaja syarat yang dikenakan oleh negara asing kepada kita, kita juga kenakan syarat yang sama. Inilah yang kita telah pun ada satu precedent dalam semua perkara termasuk VEP, termasuk road charge dan sebagainya. Apa sahaja kita kenakan kepada orang lain, orang lain akan kenakan kepada kita. Ini hubungan antara Malaysia dengan Singapura daripada segi pengangkutan jalan adalah sama. Dengan Thailand, saya yakin juga sama dan saya akan pastikan prinsip ini dapat dipatuhi. Akhirnya ialah Yang Berhormat Bagan Serai.

Yang Berhormat. Sedikit sahaja. Prinsip tadi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ada lagi Yang Berhormat Arau.

Prinsip tadi. Prinsip tadi. Prinsip kenderaan asing mereka kenakan syarat. Kenderaan asing yang datang ke Malaysia yang mengangkut orang, kenderaan ia bercermin hitam di Thailand. Jadi, kalau kita terima hakikat dia kata mesti cermin hitam, jadi orang Thailand sahaja boleh bercermin hitam, kita tidak boleh. Mereka boleh bawa sampai ke Penang dan sampai ke Kuala Lumpur van- van mereka. Jadi, mereka menggunakan cermin hitam. Apakah kita kata kalau begitu kami pun pergi sana pakai cermin hitam. Akan tetapi, masalahnya cermin hitam tidak dibenarkan di Malaysia. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya rasa Yang Berhormat Arau mungkin tidak tahu perkara ini. Sebenarnya saya telah membuat perubahan daripada segi peraturan cermin gelap. Ada dibenarkan tetapi tertakluk kepada peraturan-peraturan. Bukannya gelap semua satu kenderaan tetapi di bahagian belakang boleh ada cermin gelap. Akan tetapi, kalau dikatakan ada juga kes-kes di mana ada keperluan untuk mendapatkan cermin gelap, boleh pohon. Yang Berhormat Arau boleh pohon. Oleh sebab yang saya kenakan ialah RM5,000 untuk dua tahun. Permit.

Yang Berhormat Arau sudah bercermin gelap Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tetapi saya tidak tahu dia bayar ataupun tidak. [Dewan ketawa]

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Kalau belum bayar itu, kena bayarlah RM5,000.

Ya. Tidak ada masalah Yang Berhormat. Itu kita boleh bincang kemudian. Akan tetapi saya hendak beritahu, ini adalah syarat. Akan tetapi, dalam apa yang berlaku sekarang ini, mereka bercermin hitam. Semua. Semua bercermin hitam. Mungkin menjadi masalah di sempadan, mereka sedang que panjang dan akhirnya kita lihat semua kenderaan mereka bercermin gelap. Itu saya

Kalau Yang Berhormat kata saya tidak tahu, sebenarnya saya tahu Yang Berhormat. Saya lebih tahu banyak daripada Yang Berhormat.

[Dewan ketawa]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya kata permohonan untuk kenderaan Malaysia untuk mana-mana pihak yang hendak bercermin gelap, boleh pohon atas isu keselamatan. Katakan kalau orang penting macam Yang Berhormat Arau, tidak tahulah ramai kawan atau ramai musuh, dia ada isu keselamatan. Maka, perlu ada cermin gelap. Itu boleh pohon ataupun isu kesihatan. Ada juga rakan-rakan ataupun pemandu-pemandu yang mungkin ada isu kesihatan kulit, dia tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Kita benarkan. Kita berikan pengecualian tanpa bayaran. Kalau isu kesihatan, tanpa bayaran. Itu yang telah kita laksanakan. Yang Berhormat Arau, memang saya tahu bahawa ada kenderaan-kenderaan Thailand ini yang ia satu, kenderaan memang cermin gelap. Itu memang memberikan masalah kepada kita. Ini memang sesuatu yang saya setuju dengan Yang Berhormat Arau bahawa perlu ada penguatkuasaan dan memang saya akan minta JPJ supaya memberikan perhatian yang lebih untuk bagaimana mengehadkan kenderaan-kenderaan ini untuk masuk ke dalam negara kita. Oleh sebab kalau kita masuk Brunei dan umpamanya, memang ada syarat yang ketat. Kenderaan dari Sarawak kalau hendak masuk ke Brunei, kalau ada cermin gelap memang sukar untuk melepasi sempadan. Jadi, ini sesuatu yang perlu mungkin kita lihat untuk kita ketatkan sempadan kita. Seterusnya.

Jawapan ini bertaraf Setiausaha Agung. Terima kasih.

[Dewan ketawa]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Okeylah. Terima kasih. Akhirnya.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat Seremban. Sedikit sahaja.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Bagan Serai.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat Seremban. Saya sangat teruja dengan jawapan-jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Seremban ini sebab terus kepada kerja. Tidak banyak sangat jawapan politik. Jadi, saya hendak tanya, adakah Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menggubal satu undang-undang khusus berkenaan dengan pemandu yang mabuk, yang minum arak. Bukan mabuk, yang minum arak kemudian mabuk. Akan tetapi, kalau dia tidak mabuk tetapi dikesan dia minum arak, juga boleh diambil tindakan denda. Oleh sebab kita hendak mana-mana yang minum dan mabuk tidak boleh memandu. Adakah Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menggubal undang- undang khusus untuk orang-orang yang mabuk kerana kesannya sangat besar kepada mereka yang tidak berdosa ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Pendang. Bukannya tidak perlu kita ada undang-undang khusus, undang-undang itu sudah ada. Dalam Akta 333 ini sudah ada. Peruntukan khusus kalau mana-mana orang yang memandu dalam keadaan mabuk memang ada hukuman yang telah pun diperuntukkan dalam Akta 333 ini. Memang kalau melibatkan kemalangan maut, sudah tentu hukumannya lebih berat sehingga maksimum penjara 20 tahun. Jadi, untuk menjawab persoalan, memang sudah ada undang-undang seperti itu. Terakhirnya, Yang Berhormat Bagan Serai. Jarak GPS peta dalam sistem syarikat operator yang tidak sama jarak dengan peta yang sebenar. MOT mengambil maklum akan isu yang dibangkitkan. Perkara ini akan diteliti dan merupakan antara perkara yang akan dikawal selia sekiranya perlu kelak. Oleh sebab ini memang antara isu-isu operasi yang melibatkan syarikat-syarikat p-hailing ini, memang kita apabila ada punca kuasa mengawal selia p-haiiling ini, kita akan melihat. Bukan sahaja kepada pemandu, bukan sahaja kepada riders.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Jadi, saya hendak memberikan ketegasan di sini bahawa apabila kita mengawal selia, bukannya satu pihak sahaja, bukannya adik-adik rider sahaja, kita juga akan mengawal selia syarikat. Jadi, punca kuasa ini akan memberikan kuasa kepada kementerian untuk mengawal selia syarikat dan juga riders. Memang saya setuju bahawa kadangkala syarikat-syarikat ini juga hanya untuk mengejar trip dan sebagainya, ia menetapkan KPI yang tinggi. Seolah-olah mereka ini tidak menghiraukan keadaan jalan raya, keadaan cuaca dan sebagainya. Jadi, seperti yang saya katakan tadi, antara perkara yang saya hendak lihat ialah supaya kita bagi grading system kepada syarikat-syarikat p-hailing ini. Kalau katakan mereka tidak mencapai sesuatu grading, adakah lesen itu akan diteruskan atau tidak? Itu suatu syarat pelesenan yang mungkin kita letakkan kepada syarikat p-hailing. Supaya kita sama-sama pastikan bukan sahaja adik-adik riders ini selamat tetapi syarikat juga ada tanggungjawab untuk memastikan keadaan persekitaran kerja mereka lebih terjamin. Sektor gig ini mengapa tidak diletakkan di bawah agensi keusahawanan? Untuk makluman, sebab pelesenan kenderaan ini di bawah JPJ Yang Berhormat. Oleh sebab bukannya saya hendak ambil semua kuasa ini dan letak di bawah Kementerian Pengangkutan. Akan tetapi daripada segi kenderaan, kenderaan perdagangan baik, kenderaan persendirian baik, motosikal baik, pelesenannya dari segi punca kuasanya terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan dan juga Akta Pengangkutan Awam Darat. Jadi, sudah tentu kedua-dua akta ini di bawah Kementerian Pengangkutan. Itu sebabnya kita perlu kawal selia daripada segi pelesenan kenderaan. Jadi, untuk kebajikan gaji dan sebagainya, itu sudah tentu di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jadi, kita perlu melihat bagaimana untuk mengintegrasikan. Memang saya faham dengan apa yang cuba dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan ekosistem p-hailing ini, adik-adik riders ini memang anak-anak muda. Mereka bergantung kepada motosikal itu untuk mereka mencari nafkah hidup. Akan tetapi, dalam sektor gig economy ini ia ada pelbagai cabaran. Saya rasa ramai daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang pernah duduk dalam Kabinet pun pernah bincang. Yang Berhormat Indera Mahkota dan Yang Berhormat Muar, kita bincang pasal gig economy ini pada tahun 2018 dan tahun 2019. Akan tetapi, hakikatnya kalau gig economy ini terlalu mengikat, maka ia tidak akan berjalan juga. Ia tidak akan beroperasi juga. Jadi, ada satu pengimbangan perlu kita ambil kira. Apabila kita kawal selia, kita juga tidak boleh membunuh industri itu. Kalau kita terlalu ketat, maka industri itu tidak akan berkembang. Saya faham daripada segi perlindungan kebajikan pekerja, memang kita hendak perjuangkan kebajikan dan perlindungan kepada pekerja juga. Akan tetapi, hakikatnya hubungan gig economy ini, riders ini dengan syarikatnya bukannya majikan dan pekerja. Ia adalah partners. Sebab ia bukannya satu kontrak pekerjaan antara rider dengan syarikat tetapi timbul pelbagai masalah ataupun isu yang memang rumit untuk kita selesaikan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Bukan sahaja di Malaysia, di seluruh dunia gig economy ini masih dalam proses bagaimana kita melihat untuk ditambah baik dan juga memberikan perlindungan kepada penunggang-penunggang. Akan tetapi, kita mengambil maklum dan memang kita tidak akan berhenti di sini. Kawal selia ini hanya satu permulaan. Kita akan cuba membuat yang terbaik supaya semua pihak dapat perlindungan dan juga kebajikan daripada pekerjaan yang mereka laksanakan ini. Jadi, berkenaan dengan isu... [Tidak jelas] dan sebagainya, memang Prasarana akan memberikan tumpuan. Saya memang mengakui bahawa ada kelemahan...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Yang Berhormat, sikit lagi. Satu lagi.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Kelemahan sedikit di peringkat sistem dan sebagainya. Kita akan tambah baik. Ya?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Berkenaan dengan gig economy tadi, saya sangat setujulah. Sekarang ini kita baru dalam industri ini selepas COVID-19. E- hailing ini, boleh tidak Kementerian Pengangkutan Malaysia yang daftarkan e-hailing ataupun gig economy ini, kita compulsory, kita mewajibkan mereka mendapat perlindungan daripada PERKESO supaya apa-apa berlaku ketika mereka bertugas, ada perlindungan kepada mereka. Jadi, saya mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan Malaysia buat kerjasama atau MoU dengan PERKESO supaya mereka ini terdedah dengan risiko yang sangat risiko lah bila mereka bekerja dengan kemalangan dan sebagainya. Ini supaya mereka dilindungi, anak mereka dilindungi, isteri mereka dilindungi bila mereka menghadapi kemalangan ini.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih. Saya tidak tahu Yang Berhormat Pendang mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia. Jadi, itu sebabnya memang saya rasa Yang Berhormat pun tahu bahawa itu adalah core business kepada PERKESO untuk melindungi pekerja-pekerja. Itu antara sebabnya kita hendak membuat rang undang- undang ini supaya memberikan punca kuasa kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk mengawal selia p-hailing ini supaya antara syarat yang kita letakkan supaya mereka mesti ada SOCSO contribution, mesti ada PERKESO supaya adik-adik riders yang membawa motosikal ini mendapat perlindungan. Satu statistik yang saya hendak share ataupun kongsi dengan Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Subang tadi. Memang p-hailing ini telah ada jumlah kemalangan yang agak membimbangkan. Dari tahun 2018 hingga Mei 2022, jumlah kemalangan yang melibatkan penghantar makanan dari tahun 2018 sehingga Mei 2022 adalah sebanyak 1,242 kemalangan. Daripada jumlah ini, sebanyak 112 kematian, 112 orang riders mati di atas jalan raya. Satu angka yang sangat besar, yang sangat mengecewakan, menyedihkan. Sebanyak 82 kecederaan parah dan 1,048 kecederaan ringan telah dicatatkan. Jadi, ini antara angka yang amat membimbangkan. Sudah tentu kita hendak mengawal selia supaya keselamatan adik-adik riders ini lebih terjamin. Itu sebabnya kita mohon supaya rang undang-undang ini diluluskan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Lim Hui Ying] dan diluluskan]

Yang Berhormat, hendak tanya sikit Yang Berhormat. Tadi masa kita bawah Jawatankuasa tadi, saya hendak mencadangkan beberapa pindaan. Akan tetapi, saya maklum bahawa kena bagi notis. Akan tetapi, kena bagi notis sekarang sebab Parlimen tidak ada lagi sudah. Jadi, apakah boleh saya hendak buat pindaan sikit di bawah Jawatankuasa? Saya bawa perbahasan begitu dan Yang Berhormat Menteri mungkin bersetuju ataupun tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tadi Yang Berhormat Arau tidak bangun.

Tadi Arau setuju, Arau setuju. Akan tetapi ini tadi hendak buat pindaan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Akan tetapi, Arau tidak bangun.

Sebab saya tengok ada peraturan – Tidak ini, yang berikut ini. Undang-undang berikut saya akan bangun dan buat pindaan. Jadi, apakah perlu saya bagi notis? Oleh sebab kawan-kawan ini ramai yang tidak tahu peraturan bahawa untuk pinda, kita kena hantar surat. Akan tetapi kalau saya hantar surat, esok sudah habis Parlimen. Saya minta panduan, petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak boleh, tidak apa. Saya mudah, Parlimen akan datang pun boleh.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat.

Kemudian yang kedua saya hendak tanya, kenapakah ahli cuma DAP sahaja dua orang? Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, mana orang lain pergi habis?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat, ini tidak berkaitan dengan rang undang-undang. Yang Berhormat kena bagi notis di bawah Peraturan Mesyuarat 57(2) untuk buat pindaan ya.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Layak jadi Ketua Pembangkang. Saya ingat tempat duduk dia itu kena tukarlah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Mohd Sany bin HamzanAMANAH · PHHulu Langat

Sebab Yang Berhormat Arau ini yang dahsyat dan hebat. Wajib jadi Ketua Pembangkang.

Kami, Yang Berhormat Pagoh ada di sana. Yang Berhormat Pagoh akan tentukan, insya-Allah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Arau jangan ada sangkaan jahat. Hari ini sebab ada Dewan Negara. Kebanyakan Menteri dan Timbalan Menteri juga perlu menjawab di Dewan Negara. Itu sebabnya tidak ramai di Dewan Rakyat...

Parti yang menang terbesar ialah PAS, 43 dan juga Perikatan Nasional. Kedua, DAP.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tuan Yang di-Pertua...

Jadi, saya hairan DAP kenapa..

Sudahlah Yang Berhormat Arau, sudahlah.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Cukuplah Yang Berhormat Arau, cukup.

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan [Akta 334] telah mula berkuat kuasa mulai tahun 1987. Objektif utama Akta 334 adalah untuk mengadakan peruntukan mengenai bagi mengawal selia kenderaan perdagangan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta 334 ini hanya terpakai bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Kali terakhir Akta 334 dipinda adalah tahun 2017. Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 bertujuan untuk meminda Akta 334 bagi mengawal selia pelesenan, perniagaan penghantaran dan mengadakan peruntukan bahawa kenderaan e-hailing hendaklah menjadi satu kenderaan perkhidmatan awam tertakluk kepada lesen perniagaan penghantaran yang dikeluarkan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan pindaan Akta 334 pada tahun 2023 adalah bertujuan untuk melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan dalam hal melibatkan, pertama, pengawal seliaan suatu perkhidmatan kenderaan barangan termasuk yang menggunakan motosikal yang disediakan menerusi suatu perniagaan penghantaran perkhidmatan p-hailing. Pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mewujudkan punca kuasa bagi mengawal selia dan menetapkan peraturan pelesenan bagi perkhidmatan berkenaan di bawah Akta 334. Kedua, mewujudkan punca kuasa di bawah Akta 334 bagi memenuhi obligasi dan melaksanakan komitmen kerajaan di bawah beberapa perjanjian multilateral peringkat antarabangsa yang melibatkan peredaran antarabangsa mana-mana kenderaan perdagangan. Pindaan-pindaan akan memperuntukkan punca kuasa kepada Menteri untuk mengawal selia, melesenkan dan menetapkan peraturan ke atas perkhidmatan kenderaan perdagangan yang didaftarkan di negara asing untuk beroperasi di dalam negara Malaysia serta yang didaftarkan di dalam Malaysia untuk beroperasi dalam wilayah negara asing termasuk menurut kepada apa-apa kuasa atau tertakluk kepada peruntukan mana-mana perjanjian antarabangsa yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia sebagai negara pejanji. Secara keseluruhannya, pindaan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 akan mengandungi tujuh fasal yang merangkumi cadangan pindaan utama ke atas Akta 334 seperti berikut.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukkan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan takrif baharu “kenderaan p-hailing” dan untuk memasukkan kenderaan p-hailing ke dalam takrif “perniagaan pengantaraan”. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan subseksyen (7) ke dalam seksyen 14 Akta 334 untuk memperuntukkan bahawa kenderaan p-hailing hendaklah menjadi kenderaan barangan yang tertakluk kepada suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah bahagian IVA. Fasal 4 bertujuan untuk meminda subperenggan 21A(1)(b)(i) Akta 334 untuk menjadikan jumlah sukatan barangan sebagai sebahagian daripada dokumen yang disertakan bagi pembaharuan sesuatu lesen. Fasal 5 bertujuan untuk mewujudkan suatu bahagian baharu iaitu bahagian IVB ke dalam Akta 334 bagi memberi Menteri kuasa untuk membuat kaedah-kaedah bagi

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

memudahkan peredaran antarabangsa mana-mana kenderaan perdagangan menurut mana-mana perjanjian antarabangsa. Untuk makluman, Malaysia telah menandatangani ASEAN Framework Agreement on Facilitation of Goods in Transit pada tahun 1998 dan meratifikasikannya pada tahun 1999. AFAFGIT bertujuan untuk memudahkan pergerakan barangan dalam transit di dalam negara anggota ASEAN bagi menyokong pembangunan ekonomi serantau. Selain itu, Malaysia juga telah menandatangani ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Inter-State Transport pada 10 Disember 2009 yang bertujuan memudahkan pergerakan barangan di antara negara anggota ASEAN yang bersempadan antara satu sama lain. Dalam kedua-dua kerangka perjanjian ini semua negara perjanji telah mencapai persetujuan untuk memudahkan urusan pergerakan kenderaan perdagangan merentas sempadan. Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam menyediakan instrumen perundangan bagi membolehkan negara memenuhi obligasi di bawah kedua-dua perjanjian. Pindaan ini akan membolehkan pengoperasian AFAFGIT dan AFAFIST di rantau Asean di mana semua negara anggota ASEAN yang mengeluarkan ASEAN Goods Vehicles Cross-Border Permit kepada kenderaan barangan yang berdaftar di negara masing-masing serta mengiktiraf AGVCBP daripada negara anggota ASEAN lain bagi membolehkan kenderaan tersebut digunakan untuk membawa barangan merentas sempadan. Usaha memudah cara pergerakan merentas sempadan di rantau ASEAN juga merupakan langkah penting dalam memastikan rangkaian bekalan yang mantap dalam jangka masa panjang dan seterusnya memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara. Fasal 6 bertujuan untuk meminda subseksyen 34(2) Akta 334 untuk mengecualikan kenderaan p-hailing dalam pemakaian seksyen 34. Fasal 7 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi peralihan. Lain-lain pindaan yang tidak dinyatakan secara khusus bagi akta ini adalah merupakan pindaan bersifat editorial dan consequential susulan kepada pindaan-pindaan utama. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah amat penting di atas keperluan-keperluan pelaksanaan perkhidmatan p-hailing dan pengoperasian pergerakan kenderaan pengangkutan awam merentas sempadan terutamanya dalam mewujudkan punca kuasa dan penyeragaman peraturan. Dengan pelaksanaan pindaan ini semua pelaksanaan fungsi dan ketetapan dasar akan teratur dari segi undang-undang. Sehubungan itu, saya dengan rasa rendah hati memohon supaya pindaan- pindaan yang dicadangkan dapat diluluskan di Dewan yang mulia ini demi menjaga kebajikan terutamanya kepada golongan muda dan golongan yang bekerja sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada sesiapa yang menyokong?

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ada empat orang pembahas, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Arau.

Tidak boleh cakap dulu.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Yang Berhormat Arau duduk dulu ya. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya menanti peluang pada awal tadi lagi dan ketika rang undang-undang ini saya terpilih saya semacam tidak menumpu kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ataupun yang menjadi perbahasan dalam rang undang-undang ini. Namun, saya perhatikan dalam bahasa mudahnya Tuan Yang di-Pertua, apa pun kita selaku penggubal undang-undang berkewajipan dan bertanggungjawab selaku legislator dalam apa jua pertumbuhan industri dan sektor yang pesat membangun dan sebentar tadi dua rang undang-undang terkait dengan persoalan e-hailers ya. Antara lainnya kita telah memutuskan betapa wajibnya kumpulan ini yang berkecimpung dalam bidang ini yang saya kira tidak dijelaskan lebih awal tadi. Mungkin saya singgung hal ini dulu, Tuan Yang di-Pertua ya. Ada dua aspek. Satu yang mengambil p-hailers itu sebagai sesuatu yang serius, workcation, pekerjaan. Satu lagi sebagai satu yang sifatnya freelancer ya, part-time. Sehingga ke hujung saya tidak dengar betapa kalaulah p-hailers itu ditetapkan keperluan untuk mempunyai lesen vokasional GDL itu, apakah ia akan terkait ataupun terkuat kuasa ke atas semua atau ketika itu masih ada lagi ruang untuk yang lain mengambil ia sebagai satu sumber pendapatan tambahan. Jadi, izinkan kalau universiti-universiti student dan sebagainya siapa pun yang hendak berkecimpung ia diizinkan lagi, masih lagi diizinkan sebagai freelancers. Itu satu soalan yang saya tertinggal kerana tidak diberikan peluang lebih awal tadi. Apa pun saya memerhatikan bahawa rang undang-undang yang dikuatkuasakan ini sudah pun berkuat kuasa ataupun diperbincangkan lebih awal yang ketiga D.R. 11/2023 ini yang ringkasnya adalah keperluan kepada pengangkutan rentas jiran dan rentas tetangga yang khasnya ASEAN yang mana saya kira to regularize, untuk kita wujudkan apa yang dikatakan sebagai keseragaman dan juga kawalan supaya wujud di sana persefahaman. Perkara yang dibangkitkan tadi saya memerhatikan ya dalam kerangka kerja ASEAN ini itu adalah satu yang sangat munasabah. Cumanya perlu kita pastikan bahawa kita sebagai sebuah negara antara negara anggota ASEAN perlu mendapatkan satu kedudukan yang tidak lopsided ataupun kita tidak tergendala kerana kita tidak regulate dan kita tidak memastikan pelaksanaan perkara-perkara yang disebutkan dalam pindaan rang undang-undang ini. Saya kira tentunya Yang Berhormat Menteri akan memberikan penerangan betapa mustahaknya perkara ini dikuatkuasakan. Jadi, dalam hal ini saya sekali lagi menyebutkan bahawa ada perkara-perkara lebih awal tadi yang tidak tuntas dijawab dan kita sekarang ini masuk kepada rang undang-undang– saya seperti kurang lebih dengan Yang Berhormat Arau tadi kerana mengharapkan akan dapat dipanggil lebih awal tetapi dipanggil pertama di sini, jadi saya tidak sangat bersedia untuk berbahas tentang perkara ini. Apa pun saya nampak keperluan untuk ASEAN Framework Agreement on Facilitation of Goods in Transit dan ASEAN Framework Agreement on the Facilitation of Inter-State Transport ini perlu diselaraskan, diregulate. Cumanya hal p-hailers yang dikeluarkan itu pun saya kira perlu sikit komentar yang lebih supaya dalam hal ini dianggap dalam pindaan yang itu tidak dimasukkan dalam – tidak dimasukkan ataupun dikecualikan dalam pemakaian dalam seksyen 14 dalam fasal 7 itu. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon maaf kerana tidak dipanggil lewat dan tidak terkait dengan D.R 11/2023 ini. Apa pun saya ucapkan banyak terima kasih dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri yang akan datang dan kita penuhi waktu-waktu yang berbaki dalam Ramadan untuk mengejar segala amalan yang baik kepada seluruh umat Islam dan seluruh negara dan khasnya di Kuala Selangor. Terima kasih atas peluang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pindaan seksyen 14, cadangan saya adakah lesen perniagaan yang dimaksudkan di dalam seksyen 14 ini adalah sama seperti lesen vokasional yang dinyatakan di dalam Akta 333 dan Akta 715.

Tuan Kamal bin AshaariPAS · PNKuala Krau

Kedua, sekiranya tidak, adakah lesen perniagaan ini hanya perlu dikuatkuasakan kepada kenderaan p-hailing di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja. Pindaan seksyen 21A, saya bacakan ya. “...Selain mana-mana dokumen lain yang dikehendaki di bawah akta ini. Suatu permohonan untuk memperbaharui suatu lesen hendaklah disertakan dengan dokumen yang berikut: (b) laporan prestasi tahun sebelumnya berhubung dengan- (i) jumlah bilangan penumpang atau jumlah sukatan barangan yang dibawa. Soalan saya, adakah ini membawa makna maksud yang performance atau pun prestasi para pemain dalam industri p-hailing atau pun kenderaan perdagangan juga akan menjadi faktor kepada pembaharuan lesen perniagaan mereka. Selain itu, apa pula status e-hailing yang makin hari semakin tertindas. Adakah masih tiada harga lantai kepada perkhidmatan e-hailing yang makin hari semakin tepu dengan persaingan. Tuan Yang di-Pertua, untuk seterusnya, adakah pindaan akta ini terikat dengan mana-mana perjanjian ataupun MoU di antara Kerajaan Malaysia dan negara jiran di bahagian Sabah, Sarawak dan juga Brunei. Sekiranya pindaan ini dilakukan, maka, apakah manfaatnya kepada pemain industri negara seperti industri pelancongan, logistik seperti perkhidmatan pengangkutan barangan. Bukankah pembukaan sempadan seperti ini akan buka kepada kenderaan perdagangan negara asing yang juga akan memberi impak yang negatif kepada industri tanah air jika tidak dikawal. Adakah kerajaan juga akan menyekat apa sahaja kenderaan dari luar Malaysia memasuki Malaysia sekiranya mendapati kenderaan perdagangan ini tidak menepati peraturan di negara mereka atau mereka pun kena menepati peraturan sebagaimana yang telah ditentukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di negara ini. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sebagai akhir, saya mengucapkan juga selamat meneruskan ibadah Ramadan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri terutama kepada yang beragama Islam juga kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya di Parlimen Kuala Krau. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang sekali lagi untuk berbahas tentang Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987. Rang Undang-undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 bertujuan meminda Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987. Antaranya memperuntukkan kenderaan p- hailing menjadi kenderaan barangan yang tertakluk kepada lesen perniagaan penghantaran.

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Kementerian Pengangkutan wajar mempermudah urusan bagi perlesenan kereta sewa kepada pengusaha-pengusaha baru serta perlesenan teksi. Melalui inisiatif ini, pengusaha dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan perkhidmatan awam teksi dan kereta sewa serta memberi peluang pekerjaan kepada rakyat bagi meneruskan kehidupan pada era kos sara hidup yang semakin meningkat ini. Ketiga, kerajaan wajar memberi moratorium khas kepada pengusaha kereta sewa dan teksi bagi membantu kelangsungan hidup malahan dari segi pengusaha teksi pula, sering bersaing dengan pengusaha kereta sapu yang lebih menarik minat di kalangan pelanggan kerana mudah untuk membuat tempahan pada satu-satu masa. Di samping itu juga, yang keempat, permohonan lesen teksi dan kereta sewa yang dibuka secara umumnya katanya akan membantu pemandu sedia ada memiliki lesen sendiri dan mengatasi isu sewa pajak lesen yang dianggap tidak adil serta membebankan pemandu sebelum ini. Kelima, kuota kelulusan lesen teksi dan juga kereta sewa ditetapkan sebanyak 1,000 lesen bagi tahun 2022. Kita berharap pihak APAD memberikan kuota tambahan pada tahun 2023 dengan menggandakan jumlah kuota tersebut. Keenam, justeru itu, pihak kerajaan mengharapkan dapat membuka peluang kepada pengusaha baharu terutamanya generasi muda untuk menceburi sektor pengangkutan awam sekali gus merancakkan lagi ekonomi negara. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kita dalam bulan Ramadan dan sudah pun dekat dengan perayaan Aidilfitri. Antara isu yang sering bermain ataupun berlegar di dalam negara adalah isu kemalangan jalan raya yang tinggi. Kita faham kenderaan- kenderaan perdagangan, ada tarikh-tarikh yang tidak dibenarkan bergerak di dalam pekan dan sebagainya ketika musim perayaan. Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan, Kempen Keselamatan Jalan Raya ini telah kita jalankan sepanjang tahun atau pun telah begitu lama dan saya harap dapat dipertingkatkan. Kementerian Pengangkutan dapat mempertingkatkan kempen keselamatan jalan raya ini dengan memaparkan gambar- gambar kemalangan jalan raya yang ngeri, mangsa-mangsa kemalangan jalan raya yang ngeri, yang menghadapi kecacatan dan sebagainya di media-media sosial. Selain daripada media-media elektronik kepunyaan kerajaan menerusi laman-laman Facebook kementerian dan sebagainya supaya ia menjadikan satu kesedaran kepada pengguna- pengguna jalan raya, khususnya anak-anak muda. Jadi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ini adalah ucapan perbahasan yang terakhir untuk sesi pada kali ini, saya juga ingin mengucapkan selamat berpuasa dan menggandakan ibadah kepada semua yang beragama Islam dan saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Ada masa lagi. boleh mencelah sedikit?

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Boleh. Boleh.

Terima kasih.

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Hujung-hujung hendak mencelah balik.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi, Yang Berhormat Padang Serai cadang supaya dipaparkan gambar-gambar kemalangan itu, satu niat yang baik untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya. Satu sudut lagi, adakah dia nanti akan mendedahkan kepada aib keluarga mangsa berkenaan, mungkin dia tidak selesa. Jadi, macam mana hendak atasi isu itu Yang Berhormat Padang Serai? Terima kasih.

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya adalah Exco Pengangkutan di negeri Kedah. Jadi, pemaparan kempen-

Dato' Azman bin NasrudinBERSATU · PNPadang Serai

kempen yang menunjukkan gambar-gambar kemalangan ini di bahagian muka itu mungkin kita boleh kaburkan dan kita tidak kenal lah siapa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Di peringkat negeri Kedah, saya galakkan kepada MKJR Negeri Kedah untuk tingkatkan kempen melalui media sosial, melalui TikTok dan sebagainya supaya anak- anak muda yang kebanyakannya adalah antara mangsa kemalangan yang tinggi mendapat kesedaran melalui kempen-kempen yang kita jalankan. Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat Hari Raya.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, yang dikasihi Menteri, Timbalan Menteri. Semasa Yang Berhormat sebut perkataan ramai di Dewan sana, hanya seorang sahaja Timbalan Menteri dari Limbang. Jadi, saya pun check tengok dia- adakah mereka mengadakan persidangan terus tanpa henti? Ya, sama tetapi kami monitor lah. Walaupun tidak apa Yang Berhormat. Apa yang paling penting, kita akan membuat yang terbaik untuk semua rakyat. Saya hendak cakap satu tajuk sahaja supaya kita lebih fokus. Tajuknya teksi. Kita tahu teksi apabila teksi sapu masuk, Grab masuk dan sebagainya mereka menghadapi masalah. Masalahnya ialah mereka terpaksa bayar semua. Insurans bayar dan lain-lain lagi tetapi yang lain-lain tidak payah. Akan tetapi, itu pendek sebab itulah dibincang dengan hangat dan dahsyat. Apa keputusannya, inilah keputusannya bahawa kerajaan mengeluarkan lesen tambahan teksi 1,000 pada tahun 2022 yang telah disebut Yang Berhormat Padang Serai tadi. Kita mengeluarkan lesen baharu. Lesen baharu all right iaitu saya tidak tahu lesen baharu ini di mana hendak dikeluarkan. Adakah di tempat yang kurang teksi, keadaan dan sebagainya atau pun ikut kuota negeri? Contohnya macam katalah Perlis, Kelantan, Terengganu bagi 800, negeri lain 200 kah. Oleh sebab, di samping kita melakukan apa sahaja aktiviti daripada pihak kerajaan, kita hendak pastikan ia ada hubung kait dengan aktiviti ekonomi. Saya hendak sebutkan sekarang ini ialah rakyat Malaysia dan juga orang muda di Malaysia supaya kuota baharu ini di samping kita nak tolong drebar teksi yang membuat pajakan dan sebagainya, kita nak tolong orang muda yang sekarang ini tidak ada pekerjaan. Kita bagi 100 peratus kepada orang muda.

Kuota tambahan 1,000. Kalau boleh 2,000 lah kuota tambahan kepada orang muda lesen teksi. Kita hendak tengok orang muda, mungkin umurnya 25 tahun ke bawah ataupun 21 tahun ke bawah orang muda. Sebetul-betulnya orang muda sebab mereka juga hendak menceburi lapangan yang mungkin sesetengahnya orang muda ini anak kepada pemandu teksi. Kalau kita pergi FELDA ada generasi kedua dan yang lain-lain pun ada generasi kedua tetapi apakah teksi kita hendak masukkan juga generasi kedua, pun boleh ataupun kita bagi pilihan terbuka kepada rakyat Malaysia, di mana mungkin kelulusan tertentu dan sebagainya supaya mereka boleh mencebur diri dalam perniagaan teksi. Jadi dengan itu, orang muda terasa mereka diperjuangkan. Ini banyak pihak yang kata kita akan perjuangkan nasib orang muda, kita akan bagi macam-macam tetapi tidak nampak. Apa yang nampaknya ialah retorik-retorik bahawa mereka akan bagi itu, bagi ini. Akan tetapi saya minta Yang Berhormat umumkan ini kata akan bagi kepada orang muda. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat dan parti Yang Berhormat itu akan juga disenangi. Akan tetapi kalau setakat kita umum bahawa 1,000 teksi kita akan bagi lesen tetapi di mana orang muda. Akan tetapi kami Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pagoh ada di sini bahawa kalau kami memerintah, kita akan pastikan 100 percent kita bagi kepada orang muda. [Tepuk]

Kalau kita tawan Selangor pun, kita akan bagi kepada orang muda. Jadi kita minta pertimbangan yang wajar diberi kepada orang muda bukan sahaja lesen teksi dan lain- lain lagi. Oleh sebab kalau untuk p-hailing, memang untuk orang muda tetapi teksi ini yang lebih besar, kita bagi kepada orang muda. Kita tolong mereka daripada segi kemudahan pinjaman sebab kadang-kadang bila dia orang dapat lesen, tidak dapat pinjaman terpaksa pergi gadai lagi lesen teksi. Ini masalah besar. Ini juga supaya semua agensi kerajaan apa yang dibuat jangan tergantung, teruskan sampai habis supaya kalau dibagi lesen teksi pastikan tolong mereka sehingga mereka selesai semua urus niaga berhubung dengan teksi. Kalau tidak, saya kasihan. Banyak, bukan ini sahaja tetapi termasuk kementerian lain yang mengeluarkan lesen sawit dan juga lain-lain lagi tetapi selepas itu mereka terpaksa mencari pinjaman. Kalau kita buat macam ini, kita boleh kawal supaya lesen yang kita bagi itu bernilai tinggi kepada diri sendiri, bukan bernilai tinggi, mereka telah menjual. Jadi, orang muda, kami akan perjuangkan nasib anda semua dan juga kepada rakyat Malaysia dan Kementerian Pengangkutan, saya percaya akan memberi pertimbangan dan Yang Berhormat Menteri saya ingat tidak payah rujuk Kabinet, dia boleh umum ini. Kalau dia tidak umum ini, maka itu kesilapan besar, kami hendak umum ini bahawa kalau kami memerintah, kita akan pastikan orang muda diperjuangkan nasib mereka. Selamat Hari Raya semua, saya minta maaf zahir batin. Saya di antara orang yang banyak mengeluarkan kata-kata, saya minta maaf kepada semua. Kalau terkasar bahasa, kalau ini yang terakhirnya semoga Allah merahmati kita semua tetapi insya-Allah kita jumpa pula di penggal akan datang dalam apa bentuk sekalipun, kita tunggulah nanti tengok keadaannya supaya kita semua bersama dan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kelmarin tidak gantung, Tuan Yang di-Pertua, keluarkan saya semalam setelah 30 tahun dan Yang Berhormatlah orang muda yang telah suruh keluar sekejap, bukan gantung. Ini okey, terima kasih supaya saya sedar ke depan ini jangan lagi bergaduh. Cuma kasihannya sebab yang seorang lagi tidak boleh hendak keluar. Saya adalah orang yang sentiasa mengikut undang-undang. Bila diarah, saya akan ikut. Tidak ada masalah. Jadi, Selamat Hari Raya kepada semua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 10 minit.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya banyak yang dibahaskan tadi tidak ada hubung kait pun dengan rang undang-undang yang dibentangkan. [Ketawa] Terutamanya Yang Berhormat Arau, dia luar tajuk. Saya tahu dia bukan hendak cakap di dalam Dewan, dia hendak cakap depan TikTok dia.

[Dewan riuh]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHMenteri Pengangkutan · Seremban

Itu taktik dialah. Namun begitu, saya akan jawab.

Yang Berhormat, tajuk teksi. Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36(6), sangkaan jahat. Tajuk teksi termasuk dalam rang undang-undang.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat...

Saya bincang tadi, saya bincang, saya buat persediaan..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Beberapa pindaan ini tidak melibatkan teksi. Apa yang kita buat pindaan ini ialah p-hailing dan juga kenderaan perdagangan merentas sempadan. Ia tidak melibatkan teksi, Yang Berhormat tetapi tidak apa saya akan jawab. Saya akan jawab, tidak apa duduk dahulu.

Yang Berhormat, ini di bawah kementerian Yang Berhormat, teksi termasuk bidang kuasa.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Berhormat Arau, duduk dahulu.

Kalau Yang Berhormat tidak mahu ambil teksi, saya bagi kementerian lain tidak jadi masalah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Tidak apa, tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan rang undang-undang berkenaan dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 ini ataupun LPKP ini adalah consequential kepada apa yang kita telah pun pinda dalam rang undang-undang sebelum ini iaitu untuk Akta Pengangkutan Awam Darat. Cuma bezanya, saya harap bahawa semua pihak, terutamanya Ahli-ahli Yang Berhormat memahami punca kuasa ataupun bidang kuasa dalam pengangkutan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Pengangkutan awam darat ini ia dikawal selia melalui dua akta yang berlainan. Kalau di Semenanjung Malaysia, kita dikawal selia di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat dan agensi yang bertanggungjawab untuk pengangkutan awam darat ini terutamanya kenderaan perdagangan adalah dipanggil Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang dahulunya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Itu bidang kuasanya hanya tertakluk di Semenanjung Malaysia dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Jadi, apabila kita hendak membuat sesuatu terutamanya berkenaan dengan e- hailing ataupun p-hailing, selepas kita pinda untuk Akta Pengangkutan Awam Darat, kita juga kena pinda Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) kerana LPKP ini adalah dua agensi yang berlainan di Sabah dan Sarawak di mana ada LPKP Sabah dan juga LPKP Sarawak. Jadi, dua agensi ini kawal selia untuk kenderaan perdagangan di Sabah dan Sarawak dan juga di Labuan. Jadi, itu yang kita kena fahami. Mungkin Yang Berhormat Arau dia tidak berapa fasih tetapi tidak apalah seperti biasa Yang Berhormat Arau memang dia bahas dia tidak ikut kerangka itu. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor bertanya sama ada isu lesen p-hailing ini terpakai kepada semua jenis p-hailing. Adakah ia terpakai untuk sebagai pekerja tetap ataupun part-time. Untuk makluman Yang Berhormat, seksyen 56 dan 57 Akta Pengangkutan Jalan telah menetapkan bahawa lesen vokasional merupakan satu lesen memandu yang diwajibkan kepada mana-mana individu yang hendak bekerja sebagai pemandu, penunggang atau kelindan suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan. Kewajipan ini tidak mengambil kira sama ada individu itu berhasrat bekerja secara tetap mahupun sebagai part-time ataupun freelancer kerana perkara ini adalah pilihan peribadi individu tersebut mengikut kesesuaian masing-masing. Perkara ini sama seperti diterapkan kepada pemandu e-hailing sebagai contohnya yang turut terdapat pemandu yang memilih pekerja sebagai part-time ataupun freelance. Seperti Yang Berhormat ketahui, unsur-unsur dalam gig economy ini dia sukar untuk cakap full time atau part-time ataupun freelancer tetapi kita ada kawal selia. Tidak kiralah sama ada dia bekerja sebagai freelance atau tidak, masih tertakluk kepada kawal selia.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Awal tadi, maaf Tuan Yang di-Pertua. Awal tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan dan mengisyaratkan supaya sesuatu penggubalan undang-undang itu jangan sampai ia dengan izin, kita overregulate sehinggakan ia menjejaskan pendapatan yang harus boleh diberikan peluang kepada freelancers, hari ini sudah tidak boleh kerana kewajipan ini. Kita pun tidak mahu kalau ia diambil mudah under regulation ataupun juga overregulation. Di situ maksud saya penting untuk kita perjelaskan tetapi Yang Berhormat Menteri telah jelaskan, ini adalah kesan daripada penggubalan undang-undang yang seperti ini. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor memang kita mengambil maklum dan seperti yang saya nyatakan tadi, kita telah memberikan komitmen bahawa apa sahaja kawal selia, regulation yang kita hendak laksanakan ini tidak akan ke

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

arah overregulated. Oleh sebab kita tahu bahawa gig economy ini kalau overregulated, it will kill the industry, dengan izin. Jadi, memang kita tahu bahawa kita hendak mengambil satu pengimbangan, satu balancing pada satu pihak kita hendak kawal selia. Mengapa hendak kawal selia? Ini kerana hendak pastikan keselamatan dan pastikan isu kebajikan. Itu kita kawal selia. Akan tetapi kalau terlalu kawal selia, ia tidak menggalakkan industri tersebut. Jadi, kita akan cuba memudahkan dan memang dalam beberapa bulan ini apabila saya kembali ke Kementerian Pengangkutan, banyak perbincangan dengan pegawai- pegawai di peringkat kementerian. Memang ada satu anjakan paradigma di kalangan pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan juga terutamanya di bahagian darat. Anjakan paradigma daripada segi kawal selia, bagaimana kita hendak memudahkan umpamanya isu lesen PSV. Kita hendak permudahkan termasuk apa yang kita hendak syaratkan sebelum ini mungkin akan dilonggarkan. Jadi, ada pengumuman-pengumuman yang akan saya buat dalam masa terdekat supaya kita akan bawa satu dasar yang lebih memudahkan kepada pemain-pemain industri ini ataupun gig economy workers ini.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, mantap.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Terima kasih. Seperti yang saya katakan, semalam baru diumumkan had usia untuk e-hailing dan juga kenderaan teksi telah pun dipanjangkan. Itu antara semangat yang kita bawa. Pada satu masa kita hendak bagi sedikit kelonggaran kepada pemandu, pada masa yang sama keselamatan juga akan dijaga. Itu yang kita cuba mencari balancing tersebut. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krau. Harga lantai belum lagi kita putuskan, belum ada dasar harga lantai, tetapi kita sedang masih teliti dan bincang berkenaan dengan harga lantai. Manfaat kepada industri logistik tempatan seperti yang saya katakan menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Jerantut tadi, apabila kita buka kepada pasaran kepada negara asing, negara asing juga membuka pasaran mereka kepada pemain industri kita. Jadi, dia reciprocal kedua-dua pihak. Jadi, kita pun masuk negara mereka apabila dibuka nanti. Beza antara OL dengan lesen vokasional. Dua lesen terlibat adalah dua lesen yang berbeza. Lesen vokasional merupakan satu lesen memandu yang diwajibkan kepada mana-mana individu yang hendak bekerja sebagai pemandu, penunggang atau kelindan suatu kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan barangan. Manakala, lesen pengendali adalah lesen yang diwajibkan kepada suatu pengendali atau syarikat yang mengendali atau menyediakan perkhidmatan tersebut. Jadi, satu kepada pemandu, satu kepada syarikat. Syarat had muatan sebagai syarat pembaharuan lesen. Pindaan kepada subperenggan 21A(1)(b)(i) Akta 334 adalah bertujuan untuk menjadikan jumlah sukatan barangan atau had berat muatan kenderaan perdagangan sebagai sebahagian daripada dokumen yang disertakan bagi pembaharuan sesuatu lesen. Maknanya pemilik kenderaan barangan kelak akan diwajibkan mengemukakan had berat barangan yang akan dibawa di dalam kenderaan barangannya tertakluk kepada had BDM kenderaan tersebut. Jadi, ini beberapa syarat yang dikenakan kepada pelesenan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Serai berkenaan dengan memudahkan proses pengawal seliaan kereta sewa dan moratorium khas kepada kereta sewa itu kita akan teliti lebih lanjut. Isu pajak lesen kereta sewa dan teksi yang membebankan. Memang ini isu-isu memang lama yang telah pun banyak kita bincangkan dan akan terus kita lihat bagaimana tambah baik dasar sedia ada. Kuota tambahan permit akan dipertimbangkan sekiranya terdapat keperluan. Syarikat pengendali boleh mengemukakan permohonan kepada APAD atau pun LPKP di

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Sabah dan Sarawak. Kita setakat ini tidak ada daripada segi siling kuota. Jadi kalau ada keperluan dan ada permintaan, kita tidak ada masalah untuk meluluskan kepada kuota permit untuk teksi dan sebagainya. Membuka peluang kepada industri baharu untuk melancarkan ekonomi negara, memang akan diambil perhatian. Isu kemalangan jalan raya yang tinggi. Memang kita tahu bahawa isu kemalangan ini adalah satu isu yang besar. Cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat tadi meletakkan gambar-gambar kemalangan ngeri, mungkin satu pendekatan yang boleh diambil kira tetapi seperti juga Yang Berhormat Alor Setar katakan, mungkin kita juga kena menjaga perasaan keluarga-keluarga mangsa. Kalau dipaparkan gambar-gambar yang melibatkan kemalangan seseorang mangsa itu, apakah perasaan keluarga mereka? Jadi, ini perlu kita lihat. Akan tetapi bagi saya, yang penting ialah kesedaran itu mesti kita fahami di kalangan kita sendiri dan sebagai setiap isi keluarga, kita kena adakan kesedaran ini kepada anggota-anggota keluarga. Saya ambil contoh, rokok juga kita ada gambar-gambar kanser paru-paru, kanser dan sebagainya. Akan tetapi, gambar di hadapan kotak rokok itu tidak menghalang orang yang membeli rokok. Itu perumpamaan yang sama. Jadi, kita mesti menyedarkan mereka bahawa yang pentingnya keselamatan jalan raya ini mesti kita jaga bersama-sama dan kesedaran di atas jalan raya itu sangat penting supaya kita mesti memandu secara berhemah dan bertanggungjawab. Apabila kita berada di jalan raya, kita bukan sahaja bertanggungjawab di atas diri kita, kita juga ada tanggungjawab kepada orang lain. Itu mesej yang sangat penting yang perlu kita sampaikan. Terakhirnya Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau membangkitkan isu teksi. Sebenarnya kalau untuk teksi kepada orang muda hendak kuota 1,000 tidak ada masalah. Yang Berhormat Arau, kalau ada permohonan hari ini kita luluskan. Tidak ada masalah. Akan tetapi, persoalannya daripada segi industri teksi ini, saya tidak tahu sama ada anak muda berminat atau tidak untuk melibatkan diri dalam industri teksi. Anak-anak muda sekarang ini lebih cenderung kepada industri e-hailing dan memang saya ada membuat perbincangan dengan syarikat-syarikat e-hailing untuk mempermudah kemasukan anak-anak muda. Kalau mereka yang tidak mampu untuk membeli kenderaan sendiri, kita ada mekanisme yang boleh kita work out dengan syarikat pengendali supaya membenarkan anak-anak muda ini bukan sahaja terus ada kenderaan untuk memandu untuk mencari nafkah pendapatan, lesen PSV kita akan cuba permudahkan. Jadi kalau Yang Berhormat Arau ada anak muda 1,000 ke 10,000 ke, bawalah kepada kita, tidak ada masalah. Senarai nama bagi kepada kita, kita akan...

Yang Berhormat, dalam masa seminggu, berapa banyak Yang Berhormat hendak bagi kuota dekat saya? Saya akan iklan dalam TikTok saya yang sekarang ini ada 36 juta...

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Kita tak bagi kuota kepada Ahli Parlimen, Yang Berhormat Arau.

Bukan Ahli Parlimen. Yang Berhormat Arau ini hendak buat percubaan, bagi saya seminggu saya akan hantar 1,000 nama orang muda.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Bawa, tidak ada masalah. Saya akan...

Okey, dengan ini orang muda Malaysia, kita akan buat yang terbaik. Kita harap Yang Berhormat Menteri pegang pada janji.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya akan minta Ketua Pengarah APAD untuk coordinate.

Saya tanya Yang Berhormat, saya hendak tanya sedikit boleh tidak? Kenapa PUSPAKOM ditarik balik hak monopoli? Tidak payah jawab, bertulislah. Tulis. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya boleh jawab. Tidak ada masalah Yang Berhormat. Saya tahu, apa hujah yang cuba dibawa oleh Yang Berhormat Arau. PUSPAKOM ini yang pertamanya, bukan ditarik balik. Operasi PUSPAKOM ini sebenarnya akan dilanjutkan. Konsesi 15 tahun akan diberikan kepada PUSPAKOM untuk teruskan operasi mereka 15 tahun lagi, tetapi bezanya ialah konsesi yang akan diberikan ini dia tidak ada lagi hak eksklusif. Yang sudah diberikan eksklusif 30 tahun. Jadi, sudah banyak rintihan termasuk pemandu-pemandu teksi, Yang Berhormat Arau. Pemandu-pemandu teksi mengeluh sebab dia kata tidak ada pilihan, tidak ada competition terutamanya di Sabah Sarawak. Cawangan-cawangan tidak cukup dan sebagainya. Jadi, kita hendak membuka pasaran itu kepada pemain industri lain. Kalau Yang Berhormat Arau hendak buka syarikat satu lagi untuk bersaing dengan PUSPAKOM, silakan. Tidak ada masalah. Saya tahu Yang Berhormat Arau pernah memiliki syarikat BERNAS dahulu. Jadi sekarang, kita membuka peluang. Kalau Yang Berhormat Arau ada minat untuk katakan terlibat dalam perindustrian pemeriksaan kenderaan ini, kita tidak ada masalah. Boleh bagi kertas cadangan, kita akan lihat, tetapi sudah tentu kita akan berlaku adil kepada PUSPAKOM. Apa sahaja syarat yang dikenakan kepada PUSPAKOM, akan juga akan dikenakan kepada mana-mana syarikat lain yang diberikan lesen untuk memeriksa kenderaan ini. [Tepuk] Apa yang kita hendak buat supaya ialah ada persaingan dalam industri ini dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pemandu teksi, kepada pemandu e-hailing, kepada pemandu kenderaan perdagangan dan sebagainya. Sebab yang mengeluh Yang Berhormat Arau ialah pemandu teksi dan pemandu lori tunggu lama di PUSPAKOM dan sebaginya. Itu sebabnya kita buka supaya tambah mutu perkhidmatan itu. Jadi, saya hendak akhiri Tuan Yang di-Pertua, saya hendak memberikan mesej dan juga menasihati supaya semua pihak, semua orang semasa musim perayaan yang datang Hari Raya supaya berhati-hati di jalan raya. Menjaga keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama. Semua Ahli Yang Berhormat, saya ajak supaya sama-sama menjalankan kempen. Kita ada banyak program di Kementerian Pengangkutan termasuklah kempen untuk kita menyedarkan orang ramai menggunakan child seat umpamanya. Masih ada peruntukan yang akan kita bantu untuk memberikan subsidi kepada pemilikan child seat, kerusi kanak-kanak. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat menyokong program-program kesedaran ini supaya sama-sama kita menyedarkan orang ramai betapa pentingnya keselamatan jalan raya dan pelbagai aspek keselamatan perlu kita tambah baik. Saya berharap semua pihak memainkan peranan supaya memastikan Hari Raya ini selamat untuk semua, semua boleh balik kampung dengan selamat untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat, ini adalah pandangan yang cukup baik dan Ahli Parlimen diberikan tanggungjawab. Cuma hendak bagi tahu, kami balik hari ini tangan kosong, tidak ada. Ahli-ahli Parlimen sana seorang dapat RM800,000. Jadi, ini tidak adil.

Mana ada Yang Berhormat Arau, kosong juga Yang Berhormat Arau.

Walau bagaimanapun, kita ambil ingatan bahawa memandulah dengan cermat.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah sebut, terbuka untuk perbincangan. Jadi, tidak ada soal tangan kosong dan sebagainya. Kita berlaku adil, Kerajaan Perpaduan akan cuba buat yang terbaik untuk rakyat Malaysia, berlaku adil kepada semua pihak dan kita akan menjalankan tanggungjawab dan tugas kita dengan sebaik-baiknya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

Saya mengakhiri ucapan saya dengan merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sidang Parlimen pada kali ini termasuklah Tuan Yang di-Pertua, Setiausaha-setiausaha Dewan Rakyat, bentara-bentara, kakitangan Parlimen, anggota-anggota keselamatan, pemandu-pemandu bas yang membawa Ahli-

Tuan Loke Siew FookDAP · PHSeremban

ahli Parlimen dan juga kakitangan Parlimen ke Parlimen setiap hari secara percuma melalui bas rapid dan juga kepada rakan-rakan media yang membuat liputan. Saya mengucapkan terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang beragama Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan selamat pada tahun ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan (Puan Lim Hui Ying) dan diluluskan]

Usul Menteri Kewangan — Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]–MENUKAR Baki Pinjaman Kerajaan Malaysia Kepada Uda Holding Berhad (Uda)Motion

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] , mengambil ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukar baki pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM165,282,814.00 kepada UDA Holding Berhad (UDA), sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti (modal saham) bersamaan Seratus Enam Puluh Lima Juta Dua Ratus Lapan Puluh Dua Ribu Lapan Ratus Empat Belas (165,282,814) unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham yang dibentangkan di hadapan Majlis ini.” Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan usul untuk Dewan ini mengambil ketetapan sebagaimana yang telah saya sebutkan supaya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan) membuat pelaburan dengan menukarkan pinjaman Kerajaan Malaysia sebanyak RM165,282,814.00 kepada UDA Holding Berhad (UDA), sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) kepada ekuiti dalam UDA bersamaan dengan RM165,282,814.00 unit saham biasa pada nilai RM1 bagi satu unit saham.

Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan

Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan di bawah perenggan 8(3)(a)(iv) Akta Tatacara Kewangan 197 [Akta 61] , Menteri Kewangan boleh membuat pelaburan wang dalam kedudukan kredit Persekutuan dengan mana-mana bank atau selainnya dipegang oleh Persekutuan selepas dibenarkan oleh resolusi Dewan Rakyat. Sehubungan ini, persetujuan Dewan yang mulia ini adalah dipohon bagi membolehkan Kerajaan Malaysia membuat pelaburan dalam UDA dengan menukarkan status pinjaman Kerajaan Malaysia berjumlah RM165,282,814.00 kepada ekuiti melalui pemilikan saham. Tujuan pinjaman ini ditukarkan kepada ekuiti adalah untuk mengurangkan beban kewangan UDA memandangkan sumber kewangan UDA adalah terhad iaitu melalui dana sedia ada yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi syarikat dan melaksanakan projek-projek pembangunan bagi pertumbuhan ekonomi dalam negara di samping menjaga kepentingan bumiputera di kawasan bandar. Walaupun kedudukan kewangan UDA adalah kukuh, namun berdasarkan Peraturan Perakaunan, hasil perlu direkodkan setelah transaksi selesai walaupun pembayaran masih belum diterima. Oleh yang demikian, mengikut Peraturan Perakaunan, UDA perlu merekodkan transaksi penjualan Bukit Bintang Plaza kepada Zurah Permai Sdn. Bhd. sebanyak RM354 juta sebagai hasil dalam rekod mereka. Akan tetapi setakat Ogos 2022, UDA hanya menerima sebanyak RM228,300,000.00 dengan RM126,490,000.00 yang sepatutnya dibayar pada bulan Julai 2022 masih belum diterima. Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan kedudukan aliran tunai UDA di samping menjejaskan rencana pelan perniagaan lima tahun Kumpulan UDA, termasuklah komitmen bayaran yang telah dijadualkan yang seterusnya memberi impak negatif kepada unjuran aliran tunai UDA. Penukaran sebahagian baki pinjaman sebanyak RM165,282,814.00 kepada ekuiti akan mengurangkan jumlah liabiliti syarikat dan meningkatkan ekuiti UDA kepada RM500 juta. Hal ini secara tidak langsung dapat memperbaiki gearing level dengan izin memandangkan pada masa ini ekuiti UDA adalah rendah berbanding syarikat hartanah lain. Dengan peningkatan ekuiti ini, ia akan membolehkan UDA mendapatkan pembiayaan daripada bank komersial lain untuk melaksanakan projek-projek UDA. Dengan peningkatan ekuiti UDA kepada RM500 juta ini juga akan mengurangkan nisbah hutang ke ekuiti (debt to equity ratio) dengan izin sebanyak 60.5 peratus iaitu daripada 1.19 kali kepada 0.47 kali. Justeru itu, bagi membuat keputusan berkonsepkan win-win situation dan membolehkan UDA untuk meneruskan operasi serta mengukuhkan lagi aliran tunai UDA, kerajaan bersetuju untuk menukarkan pinjaman kerajaan sebanyak RM165,282,814.00 kepada ekuiti. Penambahan modal sebanyak RM165,282,814.00 ini akan meningkatkan modal UDA kepada RM500 juta di samping akan memberikan UDA lebih ruang untuk meningkatkan pemilikan hartanah oleh bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

Tuan Adam Adli Abd HalimPKR · PHTimbalan Menteri Belia dan Sukan · Hang Tuah Jaya

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah seperti yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan] Tidak ada? Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di bawah No. 5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul hari ini hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan. Dalam kertas urusan pada hari ini tidak termasuk UDA.

Tuan Yang di-Pertua

Eh, ada.

Akan tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat, sebab mereka ini termangu-mangu. Mereka tanya saya hendak bahas atau pun tidak. Jadi, bawah peraturan, Tuan Yang di-Pertua tolong maklumkan kepada semua Ahli Parlimen yang baru tentang usul ini.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tanya tadi, ada yang hendak bahas? Siapa pun tidak bangun?

Hendak tanya panduan, petua. Bukan hendak ini. Tidak bahas, tidak bahas.

Tuan Yang di-Pertua

Kalau Yang Berhormat buka order of the day...

Bukan, bukan, petua dalam itu tentang usul ini. Petua perbahasan.

Tuan Yang di-Pertua

Seperti biasa.

Seperti biasa?

Tuan Yang di-Pertua

Seperti biasa. Terima kasih ya.

Mereka minta petua. Saya tanya Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Petua telah pun diberikan, lain kali kita buat lainlah.

Alhamdulillah. Lain kali saya akan berbahas dengan hebat.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ketua Whip ambil ingatan lain kali beritahu kawan-kawan bagaimana hendak ini. Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-15 telah berlangsung selama 31 hari mulai dari hari Isnin 13 Februari hingga hari Selasa 4 April 2023. Syukur alhamdulillah, persidangan kali ini kita diberi peluang melaksanakan secara penuh Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen, setelah tiga tahun menangani risiko menular COVID-19. Mesyuarat kali ini menyaksikan Dewan Rakyat telah meluluskan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja, Belanjawan 2023 dan sebanyak 12 rang undang- undang serta empat usul dari pihak kerajaan. Dalam pada itu, mesyuarat kali ini juga telah memperlihatkan pelbagai pembaharuan telah kita terapkan dalam urusan Dewan Rakyat. Antara pembaharuannya adalah ‘Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri’ atau MQT bagi hari Selasa telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. [Tepuk] Pada mesyuarat kali ini juga memperlihatkan jumlah ‘Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan’ kerap kali melebihi dari 10 pertanyaan lisan. Ini disusuli dengan urusan Kamar Khas yang telah memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat seramai tujuh ahli daripada pihak kerajaan dan enam ahli daripada pihak pembangkang untuk mempengerusikan secara sementara Mesyuarat Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 16(5). Tidak pernah terjadi. Selain itu, ‘Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan’ di bawah Perkara Mesyuarat 17 di Kamar Khas kali ini boleh diucap lebih daripada dua usul iaitu maksimum empat usul daripada dua Ahli Yang Berhormat dan ini membawa jumlah sebanyak 83 ucapan telah dirunding di Kamar Khas pada kali ini dalam masa 29 hari.

Tuan Yang di-Pertua

Melihat kesungguhan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam urusan Dewan, sidang Dewan Rakyat juga kerap berlanjutan hingga waktu malam. Terdapat juga hari yang di mana sidang tidak ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari. Ahli Yang Berhormat, saya dan timbalan-timbalan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini. Tidak saya lupakan juga ucapan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia, khususnya Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh Dewan ini bersidang. Ahli Yang Berhormat, sebelum saya mengakhiri kata, saya hendak berpantun. Tidak pernah berpantun, ini kali pertama saya pantun. [Ketawa] Ahli Yang Berhormat menjadi sanjungan, Bersama berjuang politik bersih, Istiadat pembukaan penuh keagungan, Titah Diraja Dijunjung Kasih. [Tepuk] Saya mengucapkan kepada semua, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat wala’fiat di samping keluarga tersayang. Akhir kata, saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa dan tempoh berbaki dalam bulan Ramadan ini dan merakamkan salam Aidilfitri kepada semua umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia, khususnya the frontliners. Semoga sambutan ini bakal disambut dengan penuh keinsafan dan kegembiraan. Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang tidak ditetapkan. [Tepuk] Sekian, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Selamat pulang ke destinasi masing-masing dengan penuh bergayanya Arau. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 2.35 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — East Klang Valley Expressway (Ekve) Dan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL Node)Special Chamber

Tuan Yang di-Pertua, dengan jajaran sepanjang 39.5 kilometer, East Klang Valley Expressway (EKVE) merupakan sebahagian daripada Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) yang terdiri daripada EKVE dan Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL NODE). Ia menghubungkan MRR2 berhampiran Ulu Kelang dan Ukay Perdana di utara, melalui kawasan berkepadatan tinggi seperti Ampang, Hulu Langat dan Bandar Mahkota Cheras, berakhir di Lebuh Raya SILK berhampiran Bandar Sungai Long di selatan.

Perbelanjaan keseluruhan diunjurkan RM2.2 billion dengan fasa satu iaitu Jajaran Sungai Long-Ampang sepanjang 24.1 kilometer dengan kos RM1.55 billion dijangka siap dan dibuka secara berperingkat pada tahun 2024. Meskipun pembinaan bermula 1 September 2015 dan asalnya dijangka siap pada 2019, pemaju projek, EKVE Sdn. Bhd., anak syarikat Ahmad Zaki Resources Bhd.

(AZRB) telah dibenarkan extension of time beberapa kali tanpa perlu membayar late payment fees kepada Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).

KL NODE, masih dalam peringkat cadangan, merupakan sambungan bagi EKVE yakni pelengkap KLORR dengan jajaran 24 km yang mana 83 peratus adalah bertingkat namun tertakluk kepada kelulusan akhir. Bermula dari Hulu Klang ke kawasan perumahan Taman Melawati dan Taman Melati, Gombak, Selayang Heights dan berakhir berhampiran Taman Hutan Eko Kanching, ia menghubungkan koridor trafik timur iaitu EKVE dengan utara Lembah Klang iaitu LATAR. Pemaju projek iaitu Sambungan Lebuh Raya Timur Sdn Bhd (SLT), anak syarikat milik penuh AZRB, dijangka akan memulakan pembinaannya tahun 2024.

Soalan saya kepada kementerian:

(i) apakah punca sebenar EKVE tertangguh bertahun lamanya setelah siap 91 peratus?;

(ii) benarkah borang ‘H’ dengan nilai pampasan asal perlu dibayar sebanyak RM11.2 juta iaitu sebelum faedah kepada pemilik tanah di Beverly Heights telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri pada Oktober 2018?;

(iii) apakah justifikasi bagi cadangan AZRB menukar reka bentuk selekoh berbentuk ‘Untuk' di flyover berhadapan rumah pemilik tanah demi mengelakkan pembayaran pampasan kepada beliau? Adakah perubahan reka bentuk ini yang secara mata kasar amat berbahaya iaitu sharp corner telah memenuhi semua terma dan syarat teknikal serta diberi kelulusan LLM?;

(iv) apakah status terkini saman AZRB terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang difailkan pada Jun 2019?;

(v) benarkah dakwaan bahawa KL NODE sebenarnya kontra penyelamat bagi AZRB yang kini terkapai-kapai dengan liabiliti sebanyak RM3.56 bilion?;

(vi) adakah Kerajaan Persekutuan bersetuju bahawa perbelanjaan besar untuk menyiapkan projek KL NODE, dianggarkan hampir RM8 bilion lebih baik digunakan untuk memperbaiki dan menaik taraf pengangkutan awam intra bandar? Adakah kajian trafik telah dibuat? Jika ‘ya’, mohon dikongsikan hasil kajian tersebut.

Dengan pandangan bahawa peruntukan besar untuk KL NODE lebih bermanfaat dibelanjakan untuk projek pengangkutan awam terutama intra bandar, Ampang memohon keputusan ini disemak semula. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ampang. Lebuh Raya EKVE telah mula dibina pada 10hb September 2015 dan sepatutnya siap dalam tempoh empat tahun iaitu pada 9 September 2019.

Walau bagaimanapun, projek lebuh raya ini tidak dapat disiapkan dalam tempoh asal pembinaan disebabkan oleh beberapa perkara yang berlaku semasa pembinaan meliputi isu-isu dan halangan melibatkan pengambilan tanah, isu-isu teknikal dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Isu-isu dan halangan yang berlaku telah menyebabkan kelewatan penyiapan yang memberikan pihak EKVE Sdn. Bhd. (EKVESB) memperoleh 1,375 hari lanjutan masa pembinaan atau extension of time (EOT) berdasarkan asas-asas yang dibenarkan sebagaimana yang dinyatakan di dalam perjanjian konsesi lebuh raya. Oleh yang demikian, late payment fees atau dikenali sebagai liquidated ascertained damages (LAD) tidak dikenakan kepada pihak EKVE Sdn.

Bhd. buat masa ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah menerima tuntutan bayaran borang ‘H’ bagi Lot 126868, hak milik Pristine Power Sdn. Bhd. di Beverly Heights daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) pada 9 November 2018 yang berjumlah RM11,210,235.70. LLM telah mengemukakan tuntutan penyaluran peruntukan kepada EKVESB yang berjumlah RM11,210,235.70 tersebut pada 16 November 2018 bagi bayaran borang ‘H’ yang berkenaan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak iaitu pemilik tanah dan syarikat konsesi telah membuat bantahan di mahkamah bagi nilaian award tersebut. Kes- kes tersebut masih lagi tertangguh di mahkamah dan sehingga kini masih belum ditetapkan tarikh bicara oleh pihak mahkamah.

Maklumbalas soalan ketiga. Pusingan ‘U' atau lebih dikenali sebagai Ramp 1. Terhenti pembinaannya adalah disebabkan terdapat prosiding mahkamah berhubung pengambilan sebuah lot tanah di lokasi berkenaan yang masih berjalan dan masih belum dibicarakan.

Sehubungan dengan itu, menjangkakan proses perbicaraan yang akan mengambil masa yang lama dan kesusahan penduduk sekitar yang berterusan selagi Ramp 1 ini tidak disiapkan, maka pihak EKVE Sdn. Bhd. telah mencadangkan pindaan reka bentuk bagi membolehkan pembinaan diteruskan dan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Walaupun pindaan reka bentuk Ramp 1 yang dicadangkan oleh pihak EKVE Sdn. Bhd. bertujuan agar pembinaan dapat dilaksanakan, namun ia telah melalui proses kejuruteraan dan semakan yang terperinci oleh pihak Jurutera Perunding, Jurutera Perunding Bebas (ICE) dan Juruaudit Keselamatan Jalan

(RSA). Beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah dilaksanakan bagi memastikan proses kelulusan yang ketat ini dipatuhi dalam meluluskan pindaan reka bentuk dan pihak LLM tidak berkompromi dalam aspek-aspek keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.

Pihak EKVE Sdn Bhd. bersama-sama Jurutera Perunding bertauliah telah menyediakan satu laporan komprehensif, memenuhi ‘best fit for design’ dan juga good engineering practice yang disemak dan disahkan oleh Jurutera Perunding Bebas (ICE). Selain itu, Laporan Road Safety Audit Stage 3 berkenaan pindaan reka bentuk tersebut juga telah disediakan oleh Juruaudit Keselamatan Jalan

(RSA).

Sebagai Langkah mitigasi ke atas isu-isu keselamatan, pihak EKVE Sdn.

Bhd. telah menjalankan penilaian risiko (risk assessment) ke atas pindaan reka bentuk di Ramp 1 berdasarkan kepada tiga kategori risiko utama iaitu risiko reka bentuk, risiko keselamatan dan risiko impak sosial serta keselamatan alam

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

sekitar. Penilaian yang dilaksanakan ini telah mengambil kira kepentingan dan keselamatan penduduk setempat berhampiran dengan struktur tersebut, pengguna jalan raya yang akan menggunakan Ramp 1 termasuk lalulintas di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2).

Maklum balas soalan empat. Peguam cara AZRB daripada Tetuan Tommy Thomas telah dimaklumkan oleh pihak mahkamah pada 22 Mac 2023, bahawa tindakan ini berserta enam tindakan lain yang berhubung sebuah lot milik Pristine Power Sdn. Bhd telah dipindahkan daripada didengar di depan Yang Arif Dato’ Faizah Binti Jamaludin kepada Hakim yang baharu iaitu Yang Arif Dato’ Julie Lack. Pengurusan kes telah ditetapkan pada 29 Mac 2023 di hadapan Timbalan Pendaftar, Puan Karthiyayini a/p Ambualagan.

Terdahulu, mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes tersebut adalah antara 14 Ogos 2023 sehingga 19 Oktober 2023 di hadapan Yang Arif Dato’ Faizah Binti Jamaludin. Tarikh perbicaraan baharu di hadapan Yang Arif Dato’ Julie Lack akan ditetapkan kemudian oleh mahkamah.

Maklum balas soalan lima dan enam. Berkaitan cadangan Projek Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL-NODE). Adalah ditegaskan bahawa cadangan Projek KL-NODE adalah merupakan projek yang dicadangkan pembangunannya di bawah konsep penswastaan melalui kerjasama awam swasta atau public-private partnership (PPP).

Kos pembangunan cadangan Projek KL-NODE yang meliputi kos pembinaan dan kos pengambilan tanah adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Syarikat Pencadang (SP) secara penswastaan berdasarkan kos pembangunan yang disemak, diteliti dan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga lebuh Raya Malaysia. Pihak kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukkan pembangunan untuk cadangan projek ini. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar sesebuah projek yang dibiayai secara PPP sepenuhnya oleh sesebuah SP didakwa sebagai kontra penyelamat bagi syarikat tersebut.

Cadangan Projek KL-NODE adalah merupakan jajaran yang perlu dilengkapkan (missing link) bagi Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) sebagai sistem penyuraian trafik bagi Bandar Raya Kuala Lumpur secara menyeluruh sepertimana di dalam Highway Network Development Plan (HNDP).

KLORR akan memberikan laluan pilihan kepada pengguna untuk bypass pusat bandar raya Kuala Lumpur yang mana secara tidak langsung mampu mengatasi isu kesesakan.

Pembinaan cadangan Projek KL-NODE adalah merupakan satu keperluan pada ketika ini. Penangguhan atau kelewatan pelaksanaannya akan memberikan implikasi kos yang lebih besar dan menyebabkan ia tidak berdaya maju untuk dilaksanakan secara konsep penswastaan menggunakan model PPP.

Dimaklumkan bahawa kajian trafik bagi tujuan penilaian aspek teknikal telah dilaksanakan oleh perunding profesional yang dilantik pihak SP. Pada ketika ini, proses rundingan aspek teknikal sedang giat dilaksanakan dan maklumat- maklumat teknikal tersebut sedang dalam penelitian dan semakan pihak LLM.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Berhubung pandangan Ahli Yang Berhormat bahawa peruntukan besar untuk KL-NODE lebih bermanfaat dibelanjakan untuk projek pengangkutan awam terutama intra bandar, adalah ditegaskan bahawa cadangan Projek KL-NODE adalah secara penswastaan tanpa menggunakan peruntukkan kerajaan.

Keperluan dan keutamaan cadangan Projek KL-NODE adalah bagi melengkapkan jaringan KLORR sebagai penyuraian trafik bagi Lembah Klang berdasarkan HNDP. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Jejantas Pejalan Kaki Dan Motosikal Di Hadapan Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang TigaSpecial Chamber

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membawa perhatian kepada pihak Kementerian Kerja Raya berkenaan keperluan segera untuk membina jejantas pejalan kaki bagi kegunaan orang awam terutamanya pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga.

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga terletak di persimpangan utama dan di antara persimpangan yang tersibuk di Kuala Terengganu. Lokasi ini telah menyaksikan beberapa kemalangan yang melibatkan pelajar dan pengguna jalan tersebut. Awal tahun ini, seorang pelajar dilanggar sebuah motosikal hingga menyebabkan patah kaki dan patah tangan.

Pada tahun 2020, Jabatan Kerja Raya telah meluluskan projek pembinaan jejantas pejalan kaki berserta laluan motosikal dengan kos sebanyak RM 4.2 juta.

Namun begitu, setelah kajian terperinci dilakukan, saya dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu bahawa mereka telah diminta untuk menangguhkan projek ini berikutan proses pengambilan tanah dan pembayaran pampasan kepada pemilik-pemilik bangunan di kawasan sekitar telah menyebabkan kenaikan kos mendadak daripada kos asal projek.

Dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Terengganu awal Mac tahun ini, pihak JKR Daerah Kuala Terengganu melalui JKR Negeri telah membuat permohonan semula projek ini dengan melakukan ubah suai agar kos asal sebanyak RM 4.2 juta dapat dikurangkan dan tiada pengambilan tanah dilakukan.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan dan pendirian Kerajaan berkenaan situasi ini. Saya mohon jaminan daripada pihak Kerajaan agar menimbangkan perkara ini dengan penuh komited demi keselesaan dan keselamatan rakyat terutamanya pelajar sekolah seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin MohamadUMNO · BNTimbalan Menteri Kerja Raya · Lipis

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek pembinaan jejantas yang dimaksudkan adalah membina jejantas pejalan kaki bagi laluan empat lorong, di bandar Kuala Terengganu iaitu di hadapan SK Pusat Chabang Tiga Kuala Terengganu. Projek ini telah diluluskan di bawah Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya di bawah skop pembinaan jejantas pejalan kaki di Laluan Persekutuan pada tahun 2020 dengan kos sebanyak RM4 juta.

Pada tahun yang sama, pihak JKR Malaysia telah melaksanakan kerja awalan bagi projek ini meliputi kerja ukur dan reka bentuk. Skop utama projek pembinaan jejantas ini adalah pembinaan jejantas pejalan kaki berserta laluan motosikal dan sekiranya ada, turut akan melibatkan kerja pengambilan tanah dan pengalihan utiliti.

Setelah reka bentuk dan kerja ukur selesai, adalah didapati bahawa berlaku peningkatan kos yang ketara melibatkan kerja pengambilan tanah dan pengalihan utiliti berjumlah RM1.5 juta, menjadikan kos pembinaan jejantas tersebut meningkat kepada RM5.5 juta. Disebabkan ketidaktentuan tempoh masa untuk penyelesaian pengambilan balik tanah dan juga pengalihan utiliti, normanya akan menyebabkan kelewatan dalam tempoh menyiapkan projek serta peningkatan kos tersebut telah menyebabkan projek tersebut akan ditangguhkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini akan meneliti semula cadangan projek ini setelah kedua-dua isu di atas diselesaikan terlebih dahulu dan akan dipertimbangkan untuk diangkat kepada Agensi Pusat dalam rolling plan yang akan datang untuk kelulusan, tertakluk kepada kedudukan keutamaan projek dan ketersediaan agihan peruntukan pembangunan.

Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jelaskan di luar tadi, kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu agar beliau mengambil tindakan yang saya nyatakan sewaktu di luar tadi. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Mekanisma Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (Icpt) Terhadap Loji Rawatan AirSpecial Chamber

Terima kasih sekali lagi, Tuan Yang di-Pertua. Pada 16 Disember 2022 IaIu, Yang Berhormat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah mengumumkan pelaksanaan Mekanisma Pelepasan Kos-kos Tidak Seimbang atau Imbalance Cost Past-Through (ICPT) yang mengakibatkan pengenaan surcaj tenaga elektrik yg tinggi kepada loji-loji rawatan air yang dikendalikan oleh operator air di Malaysia.

Dengan pelaksanaan ini menjadi kegusaran kepada saya, akan berlaku implikasi yang tinggi kepada kos rawatan air daripada segi bil elektrik memandangkan operator-operator air sememangnya menggunakan tenaga elektrik yang tinggi untuk mengoperasikan loji-loji rawatan air.

Kita sedia maklum bahawa dengan kenaikan ini pasti operator air akan mengalami implikasi yang sangat tinggi daripada segi kewangan. Dalam pada itu, semua operator air tidak dibenarkan untuk mengimbangi kos kenaikan ini kerana operator air tidak dibenarkan untuk menaikkan tarif air.

Justeru, saya berharap agar pihak kementerian meneliti semula ICPT ini agar tidak menjejaskan operator-operator air. Saya difahamkan ekoran surcaj ICPT ini akan berlaku kenaikan kos tenaga elektrik sebanyak RM 423 juta setahun yang perlu ditanggung oleh operator-operator air mengikut tahap penggunaan elektrik masing-masing.

Saya merayu agar surcaj ICPT ini ditangguhkan pelaksanaannya dan demi kebajikan rakyat yang menjadi pengguna bekalan air, sewajarnya surcaj ICPT ini dikecualikan daripada dikenakan terhadap loji-loji rawatan air di seluruh negara. Saya minta kementerian memberi perincian komprehensif mengenai pelaksanaan ini dan adakah kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan surcaj ICPT ini sehingga ekonomi kita benar-benar pulih dan stabil.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Kerajaan memahami situasi yang dihadapi oleh operator-operator air. Tambahan pula, kali ini operator air dan sektor elektrik berada di bawah kawal selia kementerian ini melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Maka, perkara ini dibincangkan secara dalaman oleh pihak kementerian.

Walaupun demikian, tenaga elektrik yang digunakan oleh operator air masih perlu dibayar berdasarkan jadual tarif yang telah ditetapkan agar kos bahan api yang telah dibayar terlebih dahulu oleh syarikat utiliti elektrik kepada pembekal bahan api dapat dikutip semula melalui mekanisme Imbalance Cost Pass-Through

(ICPT).

Semua pengguna elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung sepatutnya dikenakan surcaj 27 sen/kWj terhadap bil elektrik masing-masing bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023. Namun begitu, kerajaan telah bersetuju supaya pengguna bukan domestik dalam kategori voltan sederhana atau medium voltage (MV) dan voltan tinggi atau high voltage (HV) termasuk loji-loji rawatan air dikenakan surcaj pada kadar 20 sen/kWj. Ini bermakna, pengguna bukan domestik dalam kategori MV dan HV masih menikmati subsidi 7 sen/kWj iaitu bersamaan RM1.93 bilion daripada keseluruhan

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

subsidi RM10.76 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

Pelepasan surcaj ICPT yang tinggi ini tidak dapat dielakkan kerana berlakunya peningkatan mendadak kos bahan api di pasaran global. Sepanjang bulan Julai hingga Disember 2022, harga arang batu telah meningkat sebanyak 151 peratus bersamaan RM8,655 juta. Manakala harga gas asli juga telah meningkat sebanyak 105 peratus atau bersamaan dengan RM3,266 juta berbanding unjuran yang ditetapkan dalam tempoh kawal selia ketiga atau regulatory period 3. Impak krisis tenaga global yang antaranya disebabkan oleh kenaikan harga bahan api dunia bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, operator air telah diberikan tarif kategori industri sejak tahun 2006 lagi. Berdasarkan aktiviti perniagaan, sepatutnya operator air dikenakan tarif kategori komersial iaitu kadar yang lebih tinggi berbanding kadar kategori industri yang sedang dinikmati pada ketika ini.

Seterusnya, sebarang pengecualian atau penangguhan surcaj ICPT kepada operator air akan memberi kesan kepada keseimbangan struktur tarif elektrik sedia ada dan menjejaskan pengguna elektrik dalam sektor-sektor lain. Ini akan menyebabkan pengguna lain terpaksa membayar kadar tarif elektrik yang lebih tinggi atau kos tersebut perlu ditampung oleh kerajaan.

Oleh sebab itu, kementerian mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menguruskan impak kenaikan tarif elektrik ketika ini adalah seperti meneroka potensi solar melalui pemasangan sistem solar untuk kegunaan sendiri self-consumption atau menyertai Program Net Energy Metering 3.0 (NEM 3.0).

Operator air juga perlulah mengamalkan penggunaan elektrik secara cekap dengan menggunakan peralatan cekap tenaga yang mendapat penarafan empat atau lima bintang oleh pihak Suruhanjaya Tenaga.

Selain itu, operator air juga disarankan supaya mendapatkan bantuan daripada pihak TNB, seperti membuat pelan pembayaran bil elektrik secara ansuran di mana mekanisme pelan pembayaran yang akan ditawarkan kepada pihak industri adalah tertakluk kepada perbincangan dan keputusan bersama dengan TNB kelak.

Pemilik-pemilik syarikat yang merupakan pengguna elektrik di bawah kategori industri atau komersial yang menggunakan bersamaan atau lebih 3 juta kWj dalam tempoh enam bulan berturut-turut di premis mereka dan berdaftar di bawah Peraturan Tenaga Elektrik 2008 boleh memohon dana melalui Program Geran Audit Tenaga Bersyarat dan Pengurusan Tenaga dalam Sektor Industri dan Komersial untuk melaksanakan audit tenaga secara kolaborasi dengan Syarikat Perkhidmatan Tenaga atau Energy Service Company (ESCO) bagi mengenal pasti potensi penjimatan tenaga elektrik di premis dan pepasangan mereka. Pihak kementerian bersedia membantu operator air dan pembetungan mengenai perkara ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian sedang mengkaji dan mempertimbangkan cadangan pelarasan tarif elektrik secara bersasar di bawah mekanisme ICPT bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 dan ini

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

termasuklah pelepasan kadar surcaj yang sesuai kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung termasuk loji-loji rawatan air. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan sesi Kamar Khas bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan Yang Berhormat Menteri serta Timbalan Menteri yang telah terlibat dalam sesi Kamar Khas sepanjang mesyuarat ini.

Untuk makluman, seramai 37 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dengan membaca sejumlah 83 usul dan sebanyak 19 kementerian telah menjawab usul-usul tersebut. Ini adalah hasil daripada penambahbaikan terhadap Kamar Khas iaitu kini setiap Ahli Yang Berhormat boleh membaca maksimum dua usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17, pada hari yang sama untuk dirundingkan.

Selain itu, sesi Kamar Khas pada mesyuarat ini juga telah mencipta sejarah tersendiri, dengan penglibatan Ahli-ahli Kerajaan dan Pembangkang berfungsi sebagai Pengerusi Sementara Kamar Khas. Ini juga merupakan sebahagian daripada pembaharuan yang diperkenalkan bagi memberi peluang kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat memainkan peranan yang lebih besar dalam sistem perundangan kita ini.

Sehubungan itu, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus mengambil bahagian dalam Kamar Khas dengan menghantar usul-usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 bagi Mesyuarat Kedua akan datang dengan lebih awal.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan lagi.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.02 petang]