Dewan Rakyat · 19 September 2023
15th Parliament, session 2, meeting 0 · 1,842 turns · 58,342 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Mengangkat Sumpah
Seorang Ahli Dewan Rakyat mengangkat sumpah. Dengan hormatnya dipersilakan Yang Berhormat Suhaizan bin Kaiat, Ahli Parlimen Pulai. [Ahli Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini telah mengangkat Sumpah] :
1. Yang Berhormat Suhaizan bin Kaiat [Pulai] [Upacara Mengangkat Sumpah tamat]
Pemasyhuran Oleh Tuan Yang Di-Pertua — Mengalu-Alukan Ahli Yang Mengangkat Sumpah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, sekalung tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Suhaizan bin Kaiat, Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pulai yang telah mengangkat sumpah sebentar tadi setelah memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai pada 9 September 2023. Dewan Rakyat ini mempunyai kedudukan tertinggi dalam menentukan undang- undang negara dan sebagai semak imbang kepada cabang eksekutif demi memanfaatkan pembangunan negara. Justeru, peranan Parlimen sebagai medan perbahasan dan perdebatan yang bebas mesti dihayati sebaiknya. Saya yakin Ahli Yang Berhormat akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat ini dengan terhormat seperti yang dituntut oleh institusi nur ini. Saya berharap dengan selesainya Majlis Angkat Sumpah ini Yang Berhormat akan mula menjalankan amanah sebagai Ahli Dewan Rakyat dengan penuh tanggungjawab. Saya menyeru kepada Ahli Yang Berhormat dapat memberi sumbangan yang berfaedah dan bermakna kepada Dewan ini serta seterusnya kepada rakyat dan negara. Semoga Ahli Yang Berhormat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang. Tahniah saya ucapkan sekali lagi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Usul Perdana Menteri Di Bawah P.M. 27(3) — Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (2023-2025)Motion
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah: “BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2021-2022 Rancangan Malaysia Kedua Belas; merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, wadah Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat serta Agenda Pembangunan Mampan 2030; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2023-2025 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif bagi pembangunan sosioekonomi serta langkah memperkukuh tadbir urus ke arah negara yang mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi, menurut Kertas Perintah CMD. 30 Tahun 2023; dan bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan adalah telus, adil dan saksama.” [18 September 2023]
Sekarang saya jemput Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat, point of order.
Sebelum itu Yang Berhormat, sebentar, ya. Minta maaf. Kita ada satu usul. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini Selasa 19 September 2023 tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga diputuskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan selepas itu Mesyuarat ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Siapa yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Baik terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.
Peraturan mesyuarat mana?
18(1).
18(1).
Saya sudah hantar kepada Tuan Yang di-Pertua semalam. Jawapannya tidak ada. Saya ingin bertanya, apakah — sebenarnya, saya ada sedikit keletihan untuk bawa tajuk ini. Akan tetapi, saya tengok jawapan Yang Berhormat Menteri semalam tidak ada apa-apa perubahan iaitu berhubung dengan kenaikan harga barang. Jadi, saya tidak mahu baca di Parlimen, saya minta Tuan Pengerusi jawab apa yang saya hantar.
Baik.
Kalau tidak, saya tanya pun jawapannya sama tetapi harga beras itu naik, harga barang kering terus naik. Jadi, kita rasa macam sudah kecewalah. Saya akan buat sesuatu untuk lain pula.
Baik.
Sebab apa, yang ini dah habis beras bekai dah. Tak larat hantar dah. Jadi, Yang Berhormat jawab, cukup. Saya puas hati, saya terasa rajin saya pergi kepada press. Kalau tidak, begitu lah. Sebab apa, jawapan kelmarin tidak memberangsangkan. Saya ada check kawan-kawan saya seluruh negara, harga barang turun naik. Ini untuk semua, bukan saya sahaja. Untuk semua rakyat.
Baik. Ahli Yang Berhormat, terima kasih.
Kedua, tadi semasa angkat sumpah tadi, dahulu bukan kita kata, “wallahi, wabillahi, watallahi”? Saya tanya, lupa.
Ya tetapi dalam peraturan tidak ada.
Sekarang, tidak ada? Sekarang, arahan siapa yang tidak bagi ada?
Dalam peraturan mesyuarat jelas.
Okey, okey. Dekat kami kena beritahu.
Baik.
Sebab apa, kami terkejut tadi. Macam hendak pitam semua, kenapa ada perubahan. Terima kasih.
Baik, terima kasih.
Akan tetapi kalau kami ini, kami akan adakan balik lah. Terima kasih.
Insya-Allah. Baik, silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu...
Sebelum itu Yang Berhormat Menteri, sebentar ya. Saya mencadangkan semalam kita ada pengalaman, agak lewat. Oleh sebab itu, saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanya tetapi tidak ada di Dewan, minta jawab secara bertulis. Itu pertama. Kedua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak berucap tidak boleh mencelah dan berucap sekarang ini sebab kita ada masa yang agak terhad. Tolong, kita stick pada itu Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, I beg to differ. Minta maaf, bukan saya hendak tegur. Ada sesetengah soalan yang dibangkitkan adalah perkara nasional. Nasional elok baca, dia ada tidak adapun tetap ini. Yang tanya kawasan, okey –dia tak ada okey. Akan tetapi yang nasional kena jawab sebab rakyat hendak dengar Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tanya lah dunia mana pun dia akan setuju. Nasional tolong jawab sebab ini penting, kepentingan negara. Minta maaf.
Baik, terima kasih. Point taken, terima kasih Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua yang arif, minta maaf.
Terima kasih. Silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 11 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam usul perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 serta telah membangkitkan isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Pasir Putih, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Yang di- Pertua, saya ingat you missed Kubang Pasu. Saya sebut fasal R&D fund.
Okey. Terima kasih Yang Berhormat, serta Yang Berhormat Kubang Pasu. Ketika ini Kerajaan Madani jelas berada di landasan yang tepat bagi menterjemahkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan negara pencipta teknologi setara dengan negara-negara maju menjelang tahun 2030. Kerajaan akan merealisasikan sasaran peningkatan perbelanjaan R&D dalam negara melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), di mana perbelanjaan penyelidikan R&D (GERD) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) akan ditingkatkan kepada 2.5 peratus serta sumbangan sektor swasta dalam perbelanjaan R&D negara pula ditingkatkan sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2025. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kuala Terengganu dan juga Yang Berhormat Kubang Pasu, memang benar sumbangan R&D sektor swasta kepada KDNK berada pada tahap yang rendah. Ini adalah kerana sektor industri masih di fasa pemulihan ekonomi pasca pandemik. Peningkatan perbelanjaan R&D oleh industri belum menjadi keutamaan. Dalam hal ini, faktor dana yang terhad dikenal pasti penghalang kepada pembangunan sektor R&D. Oleh itu, strategi kementerian adalah mewujudkan Malaysia Science Endowment (MSE) iaitu dana alternatif daripada pelbagai sumber seperti industri, dana antarabangsa dan penderma bagi membiayai R&D negara. Bagi menjayakan hasrat ini, MSE memerlukan sejumlah RM2 bilion sebagai rizab permulaan iaitu RM1 bilion dari kerajaan dan RM1 bilion daripada swasta.
Melalui pendekatan ini, MSE dijangka boleh menjana sebanyak RM100 juta setiap tahun tambahan bagi menjalinkan kerjasama dengan pihak industri dan rakan-rakan strategik antarabangsa, seterusnya dapat meningkatkan aktiviti R&D negara secara berterusan. MOSTI juga mempergiatkan promosi bagi memperkenalkan MSE supaya menarik minat pihak-pihak yang berkepentingan untuk menjalinkan kerjasama dengan MSE. Secara prinsipnya, beberapa organisasi serta syarikat antarabangsa telah bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang seperti pembangunan vaksin, pembangunan industri integrated circuit and substrate serta kerjasama dalam bidang oil and gas. Bagi pertanyaan mengenai peningkatan kolaborasi R&D antara industri dan IPT pula, ada beberapa insiatif yang dilaksanakan di bawah MOSTI. Antaranya: (i) melalui pembiayaan dana R&D MOSTI bagi RMKe-12 yang menggalakkan kolaborasi antara syarikat swasta dengan institut pengajian tinggi (IPT). Sebanyak 46 projek kolaborasi antara industri dengan IPT awam dan swasta dalam pelbagai bidang STI telah diluluskan; (ii) program i-Connect di bawah MOSTI menerima dana padanan R&D (matching grant) sebanyak RM20 juta. Sehingga kini, terdapat 12 projek kolaboratif yang melibatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) antara industri dan IPT yang telah diluluskan dengan geran padanan sebanyak RM33.34 juta. Daripada jumlah tersebut, 50 peratus adalah sumbangan dari pihak industri; dan (iii) menerusi inisiatif National Technology and Innovation Sandbox (NTIS). Sebanyak RM96.8 juta juga disumbangkan oleh pihak swasta melalui dana padanan hasil kerjasama bersama pihak industri dalam mengkomersialkan produk atau teknologi berkaitan. MIGHT Malaysia pula, sebanyak 209 kerjasama industri akademia telah dijalankan di bawah program Newton-Ungku Omar Fund, melibatkan lebih 164 orang penyelidik daripada IPT tempatan. Manakala pemerkasaan industri teknologi tinggi dengan kerjasama awam-swasta telah mewujudkan sebuah pusat R&D Aerospace Malaysia Innovation Centre (AMIC) dan memfasilitasi penubuhan dua konsortium industri iaitu Malaysia Rail Industry Corporation dan Malaysia Space Industry Corporation dalam usaha memperkasa nilai tambah dan memperkuat offerings dari industri tempatan. Bagi pandangan Yang Berhormat Gopeng mengenai pemerkasaan PMKS dan memperkemas ekosistem pembangunan setaraf. Saya amat setuju bahawa inisiatif single window di bawah Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) merentasi pelbagai kementerian. Inisiatif ini akan berfungsi sebagai penyelaras aktiviti pembiayaan dan pembangunan kapasiti dengan terus mempromosikan pembangunan ekosistem start- up selari dengan ekonomi Madani. Inisiatif ini merupakan sistem penyampaian tunggal awal yang tangkas dan kolaboratif yang bakal menjadi titik utama kerjasama antara semua pemegang taruh dalam ekosistem start-up negara, melibatkan 14 buah agensi dan jumlah pendanaan tahunan sehingga RM1.6 bilion. Inisiatif ini akan memudahkan penyelarasan di peringkat syarikat modal teroka (VC), terutamanya bagi memastikan tiada pertindihan dana pemula. Melalui inisiatif ini, teknologi terkini dalam bidang bioteknologi, teknologi hijau dan kecerdasan buatan yang dibangunkan syarikat start-up tempatan dijangka menyemarakkan inovasi serta melonjakkan keupayaan teknologi negara. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, isu mengenai sekuriti makanan ataupun aplikasi teknologi pertanian– saya ingin menyentuh cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat Temerloh. Saya bersetuju dan menyokong cadangan Yang Berhormat supaya penyelidikan dan pembangunan keterjaminan makanan ditingkatkan bagi mengurangkan import barangan makanan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOSTI selaku peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara bukan sahaja memfokuskan kepada isu STI namun turut memainkan peranan membantu memperkukuhkan lagi sekuriti makanan negara melalui penggunaan teknologi ataupun perkhidmatan berkaitan. Penggunaan teknologi seperti dron dan robotik oleh syarikat tempatan untuk proses penyemburan baja dan pembenihan pokok dapat meningkatkan kecekapan, sekali gus mempercepatkan masa dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
Selain itu, MOSTI melalui inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) melonjakkan hasil pengkomersialan Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (R&D&I) tempatan dari universiti, institusi, agensi penyelidikan tempatan di mana telah mengenal pasti 474 produk ataupun teknologi R&D tempatan yang telah dikomersialkan dan dipasarkan dengan penjanaan hasil jualan sebanyak RM540 juta. Antara penyelidikan berkaitan sektor agromakanan yang dilaksanakan oleh agensi di bawah MOSTI adalah yang pertama di bawah Agensi Nuklear Malaysia. Benih padi NMR152 mampu mengeluarkan hasil tanaman sehingga 10 tan sehektar berbanding dengan kadar purata hasil padi lain sekitar enam tan sehektar di kawasan tanaman yang sama. Tuan Yang di-Pertua, penghasilan benih baharu NMR152 juga telah diiktiraf dan diperakui di peringkat antarabangsa menerusi penerimaan anugerah Outstanding Achievement Award (IAEA) dan The Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) on mutation breeding pada tahun 2021 dan anugerah Forum for Nuclear Cooperation in Asia (FNCA) award 2020. Aplikasi teknologi nuklear menerusi teknik biak baka mutasi juga berjaya menghasilkan varieti baka baharu. Antaranya pisang, kacang tanah, cendawan, kenaf, stevia dan juga tanaman landskap. Sebahagian benih ini telah dikomersialkan manakala sebahagian lagi di peringkat pensijilan dan pra pengkomersialan. Selain itu, Agensi Nuklear Malaysia juga telah membangunkan teknik pensterilan serangga bagi mengawal serangga perosak ke atas tanaman pertanian. Teknik phytosanitary yang diaplikasikan di loji sinar gama nuklear Malaysia pula digunakan untuk membantu PMKS tempatan menembusi pasaran antarabangsa dengan memenuhi piawaian keselamatan import makanan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di setiap negara. Di bawah NanoMalaysia Berhad pula, ada satu projek sistem akuaponik The Internet of Nano Things (IoNT) yang dijalankan menggunakan automasi sistem fertigasi pertanian menegak (vertical farming), akuaponik yang digandingkan bersama aplikasi sensor dan tenaga yang boleh diperbaharui telah berjaya dilaksanakan di Manong, Perak. Sistem ini juga mampu meningkatkan produktiviti walaupun di tempat yang terpencil dan juga pedalaman. Dengan keluasan tanah hanya 1.5 ekar, sebanyak 30 tan sayur-sayuran dan lima tan ikan dapat dihasilkan setiap tahun. Kini pihak swasta yang terlibat sedang mengaplikasikan projek ini di tempat-tempat lain. Selain itu, di bawah National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) ada produk makanan daging alternatif berdasarkan cendawan tiram kelabu turut dijalankan bertujuan untuk menambahkan nilai kepada industri pengkomersialan cendawan tiram kelabu yang ditanam secara meluas di Malaysia. Pada masa ini, burger cendawan alternatif kepada burger daging sedang berada pada peringkat proof of concept (POC) untuk dikomersialkan di pasaran dan penyelidikan dan inovasi penghasilan seelachs untuk ternakan ruminan menggunakan kaedah fermentasi bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti haiwan ternakan. Formulasi seelachs ini sedang digunakan oleh...
Minta laluan Tuan Yang di-Pertua? Minta laluan Yang Berhormat Menteri.
Sedikit lagi. Formulasi seelachs ini sedang digunakan oleh Tenang Agro Farm, Padang Terap, Kedah. Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama saya hendak ucap tahniah sebab Menteri STI sekarang ini cukup aktif. Saya selalu follow aktiviti beliau. Pertama yang Yang Berhormat Menteri, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tentang produk-produk baharu yang diperoleh daripada R&D, nanoteknologi, bioteknologi dan sebagainya. Itu memang bagus. Akan tetapi berdasarkan pengalaman saya, dalam R&D bidang rubber technology. Pada peringkat makmal, okey. Akan tetapi, kita ada masalah ‘commercialization’ dan akhirnya, terhenti setakat itu sahajalah. Kedua Yang Berhormat Menteri, negara kita kalau kita ambil dalam bidang high- tech terutamanya electrical dan electronic industry seperti semiconductor dan sebagainya, kita masih menjadi negara assembler bukan pencipta teknologi. Kita tengok kebanyakan semikonduktor company dalam negara kita adalah dari luar. Kita perlu kemampuan R&D yang lebih mantap supaya kita buat R&D dan kita sendiri menghasilkan produk berdasarkan kepada R&D sendiri seperti IC dan sebagainya. Dalam hubungan ini Yang Berhormat Menteri, saya tengok kalau- correct me if I’m wrong dengan izin, kerajaan sebenarnya akan hanya membelanjakan 2.5 peratus dari KDNK negara. Angka ini Yang Berhormat Menteri, adalah terlalu kecil berbanding dengan negara-negara maju. Jangan ambil negara yang tidak maju. Korea membelanjakan lima peratus daripada GDP. China sendiri pun 3.5 peratus daripada GDP. Oleh sebab itu, ia maju dengan cepat. Germany, 3.5 peratus daripada GDP. Taiwan, 3.7 peratus daripada GDP. Ini contoh-contoh dan saya minta supaya respons. Cadangan saya ialah supaya kerajaan memberi perhatian lebih serius untuk meningkatkan peruntukan R&D. Jadi jika, hendak maju cepat dan kita hendak ubah negara kita menjadi negara pencipta teknologi dan tidak mahu negara kita terjerat dalam middle-income group. Kita hendak pendapatan yang tinggi. Saya fikir kita perlu belanja lebih banyak untuk R&D. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya amat setuju dengan cadangan Yang Berhormat Kubang Pasu bahawa negara kita kena bertambah lagilah untuk dana R&D supaya kita dapat mencapai pencapaian seperti negara-negara maju yang lain. Sekarang kita tengah cubalah dengan adanya matching grant dengan pihak swasta dan juga MSE dan lain-lain. Antara usaha kita ialah Yang Berhormat Kubang Pasu memang dalam bidang R&D ini memang tahu dalam R&D, dia ada banyak valley of death. So, ada produk yang bagus tetapi tidak dapat dikomersialkan ataupun tidak dapat scale up kerana kos. Maka, kini kita sangat menggalakkan komuniti sains ini untuk selalu bekerjasama dengan industri supaya produk yang diresearched, diselidik itu dapat menampung keperluan industri tetapi bukan semata-mata R&D sendiri yang hendak adakan.
Okey Yang Berhormat Kuala Selangor.
Sedikit Menteri, kalau boleh saya sambung.
Menteri, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam semangat yang sama juga, MOSTI antara kementerian yang sangat penting untuk kita mencapai negara berpendapatan tinggi. Dari sudut funding of start-up sangat penting. Saya perhatikan bahawa satu masa dahulu, kita bercita-cita untuk menghasilkan, menjana 5,000 start-ups dan daripada situ kita hendak melahirkan paling tidaknya lima unicorn. Hendak cari lima untuk hari ini pun, kenapa kita suffer premature di industries oleh sebab itu. Kita tidak dapat mengangkat start-up. Satu, saya perhatikan kita tidak ada, no centralized. Apa yang dikatakan no central portal for start-up funding. That is missing. Kita
tahu bahawa pentingnya beyond just R&D adalah to fund the start-up sama ada through MAVCAP ataupun geran or insentif. Akan tetapi, perkara ini perlu diberikan tumpuan dan benar-benar MOSTI dapat memacu perkara ini. Kalau tidak, we are back to doing more of the same orang kata. Kita tidak dapat melonjak dan akhirnya tidak dapat keluar dari middle-income trap. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hendak jawab juga Yang Berhormat Kubang Pasu yang tadi sentuh tentang E&E. In fact, dalam E&E ini mungkin ialah kita sekarang kita lebih kepada back-end, packaging, assemble tetapi pada masa yang sama, kita ada peluang yang baik juga dalam beberapa bidang atau area yang seperti...
Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri, sekejap. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri, saya terlibat secara langsung dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim. Di Taman Teknologi Kulim, saya rasa 90 peratus lebih adalah front-end. Selepas itu dihantar ke negeri lain untuk back-end testing dan juga packaging.
Kita mula ada front-end tetapi kita ada banyak peluang lagi dalam front-end seperti IC design, fabless design ataupun advanced packaging foundry dan kita juga ada peluang yang cerah kalau kita melibatkan diri dalam penyelidikan seperti gallium nitrate, silicon nitrate dan lain-lain. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Selangor, memang start-up ecosystem memang satu area yang penting dalam bidang MOSTI. Memang sekarang kita dalam usaha untuk streamline ataupun menambah baik start-up ecosystem ini, termasuklah bagaimana kita streamline funding agency. Tadi saya sudah sentuh tentang single-window approach supaya tidak ada lagi duplication dan juga seperti yang kita maklum, dalam funding ini dia memang ada beberapa pre-seed, seed series A, B, C dan lain-lain. Memang kekuatan kita lebih pada pre-seed dan seed dan series A, B, C itu lebih pada industri ataupun visi-visi swasta. Tadi Yang Berhormat Kuala Selangor sentuh itu target 5,000 start-ups dan juga lima “unicorn” masih dalam target kita seperti yang ditulis dalam super, yang kita punya start-up road map itu. In fact, kita ada quite a number of group start-ups yang mungkin belum sampai, belum capai tahap peringkat “unicorn” tetapi sekarang mereka digelar sebagai “soon-to-be unicorns” (Soonicorn). So kita ada potensi juga dari segi itu. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk teruskan. Bagi RMKe-12, Agensi Nuklear Malaysia sedang menaik taraf facility dan makmal aplikasi teknologi nuklear dalam pertanian dengan peruntukan sebanyak RM5.3 juta sehingga tahun 2025. Projek ini bermula tahun ini bagi meningkatkan keselamatan dan jaminan makanan melalui peningkatan produktiviti agromakanan melalui teknik biak baka mutasi. Di samping itu, teknik isotop stabil digunakan bagi menentukan ketulenan makanan...
Tuan Yang di- Pertua...
Ya, saya habiskan ayat ini. Menentukan ketulenan makanan serta mengesahkan asal usul produk tersebut. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan menerangkan tentang teknologi-teknologi digunakan dalam sektor pertanian. Saya ingin menyentuh tentang sektor perladangan pertanian berhubung kait dengan kelapa sawit dan berada dalam negara kita berpuluh tahun sudah. This is one of the major contributors to our income. Pergantungan kita dalam sektor ini amat berat daripada pekerja asing.
Apakah peranan pihak kementerian untuk memastikan supaya teknologi penggunaan sama ada mechanisation automation untuk membolehkan supaya kita kurangkan satu bab labour intensive sector kelapa sawit ini kerana ini merupakan satu sektor yang cukup memberikan sumbangan besar kepada pihak kerajaan. Sudah lama ada tetapi saya tidak nampak. Sekarang ini di Sabah kita mempunyai masalah yang begitu besar. We don’t have enough manpower dalam keadaan Kalimantan semakin membangun. Saya yakin kita akan ketandusan pekerja yang ada. But what is the peranan pihak kementerian untuk memastikan bahawa penggunaan automation ini sudah lama 20, 30 tahun sudah mechanisation, satu bab. Kedua, persoalan tentang perubatan tadi, research and development di antara pihak swasta dan juga kerajaan. Setakat ini kita sedar dan tahu bahawa kita mengeluarkan contoh macam Panadol sahaja, but the raw materials, penggunaannya untuk membuatkan ubat-ubat ini kita import dari India dan Pakistan. Sampai bila? Adakah pihak kementerian akan dapat melahirkan bahawa all the raw materials to produce, all these medicines yang ada kerana kita tahu bahawa kesihatan ini cukup perkara yang penting, COVID-19 sudah ada dahulu bayangkan kita belanja berbilion hendak mendapat vaksin, itu pun mengambil masa. Ramai yang meninggal dunia. But, pihak-pihak kementerian untuk memainkan peranan yang lebih agresif, yang lebih ke hadapan untuk memastikan bahawa teknologi dalam sektor perubatan ini dapat kita tingkatkan. Terima kasih banyak.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Saya setuju bahawa memang kita perlu mempertingkatkan usaha kita dalam pengaplikasian teknologi dalam bidang perladangan dan juga perubatan. Untuk perladangan memang kami akan adakan sesi libat urus dengan player, player perladangan supaya kita kena tengok bagaimana kita hendak gunakan teknologi untuk membantu terutamanya dalam harvesting sebab harvesting yang paling sukar untuk pengaplikasian teknologi itu. Selain daripada itu dari segi dalam bidang perubatan memang sekarang MOSTI bekerjasama rapat dengan beberapa pihak termasuk international pharmaceutical company untuk kita membangunkan vaksin manusia supaya kita ada sovereignty vaksin ini supaya apabila pandemik ini berlaku ataupun pada masa yang akan datang mungkin ada berlakunya pandemik, kita ada keupayaan untuk menghasilkan vaksin yang tersendiri. Seperti yang kita tahu memang R&D dalam perubatan ini makan dana yang sangat besar dan itu sebabnya tadi kita ada beberapa usaha untuk memperbanyakkan dana yang kita gunakan untuk R&D ini. Kita juga ada beberapa projek yang bakal diadakan seperti dalam precision medicine iaitu genome sequencing yang akan banyak membantu dalam precision medicine.
Yang Berhormat Menteri, boleh Yang Berhormat Menteri rangkumkan semua sekali. Yang Berhormat Menteri ada empat minit lebih kurang. Isu- isu banyak saya rasa.
Ya.
Tuan Yang di- Pertua, cuma saya minta kepada Yang Berhormat Menteri, apabila Yang Berhormat Menteri menjawab bukan hanya soalan yang saya bangkitkan, malahan awal daripada itu. You seem just highlighting fund is lacking sebagai satu alasan. Saya ingat pihak kerajaan harus mengambil langkah yang begitu agresif dan memastikan bahawa it can save him a life you know. This is not the question of not enough funding, we have a lot of funders we can use for unproductive sector. Why don’t we use this limited fund to ensure that we can produce raw material I’m talking about to produce medicine yang ada. Begitu juga sektor pertanian tadi. Saya nampak tidak ada kolaborasi begitu agresif dengan pihak swasta IOI, Sime Darby, FELDA semua yang saya yakin mereka mempunyai kewangan untuk memastikan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing yang ada tetapi tidak ada kolaborasi yang serius daripada pihak pemerintah untuk
memastikan bahawa there is enough funding. It will be for their benefit, not only the government.
Terima kasih, saya hanya sentuh, saya hanya maklumkan bahawa R&D ini dia memang makan dana yang besar tetapi kita juga sedang usahakan bagaimana hendak atasi satu, dana. Keduanya, ekosistem dia. Saya setuju dengan Yang Berhormat Semporna bahawa ada ramai pemain industri yang mereka sudi mengeluarkan modal untuk dalam bidang R&D ini termasuk syarikat-syarikat yang disebut oleh Yang Berhormat Semporna tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk satu lagi iaitu industri angkasa. Saya mengalu- alukan cadangan Yang Berhormat Kalabakan bagi pembangunan hab utama industri aeroangkasa si Malaysia. Dalam hal ini potensi Sabah ataupun mana-mana negeri yang bersesuaian sebagai lokasi strategik tapak pelancar akan diperhalusi. Kajian kebolehlaksanaan ini perlu dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan tapak pelancaran yang dibangunkan adalah selamat dan mendatangkan impak yang minimum kepada alam sekitar dan sosial ekonomi masyarakat tempatan. Ini adalah salah satu inisiatif yang saya sebut tadi iaitu private financial initiative, tidak melibatkan funding daripada kerajaan. Untuk tujuan ini, kerajaan menerusi MOSTI sedang membangunkan garis panduan untuk kajian kebolehlaksanaan teknologi pelancar angkasa bagi memastikan cadangan tapak memenuhi segala keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan. Pihak industri yang berminat dalam membangunkan tapak pelancaran perlu mengemukakan laporan kebolehlaksanaan tapak pelancar berdasarkan garis panduan tersebut untuk tujuan penilaian kerajaan.
Seterusnya, kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan masyarakat setempat sekiranya hasil kajian menunjukkan kebolehlaksanaan tapak pelancaran adalah tinggi. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh satu lagi yang agak ramai Ahli Yang Berhormat tanya iaitu kawal selia dan pembangunan R&D nadir bumi. Untuk makluman semua, skop bagi pengurusan nadir bumi terletak di bawah NRECC namun ada beberapa perkara yang berkaitan dengan pembangunan industri nadir bumi terletak di bawah bidang kuasa kementerian ini. Sehubungan itu, saya ingin merujuk kepada Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Ipoh Timur yang menyentuh mengenai pengurusan sisa nadir bumi, kawalan dan pemantauan alam sekitar sekiranya dikenal pasti radioaktif. Pertama, mohon pemakluman bahawa bagi aktiviti pemprosesan mineral yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi ataupun Naturally Occurring Radioactive Material (NORM) melebihi had kawalan di bawah Perintah Pelesenan Tenaga Atom 2020 maka aktiviti tersebut adalah tertakluk di bawah Akta 304. Had itu adalah 1 becquerel per gram dan kawal selia oleh Jabatan Tenaga Atom, MOSTI. Kedua, di bawah seksyen 14(2) Akta Pelesenan Tenaga Atom iaitu Akta 304 menekankan mana-mana orang yang pada menjalankan sama ada aktiviti mencari gali atau melombong atau kedua-duanya menemui, menjumpai atau memperoleh apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan hendaklah dengan segera melaporkan secara bertulis hal ini kepada LPTA dan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh LPTA. Ketiga, Nuklear Malaysia di bawah MOSTI mengendalikan pusat pengurusan sisa radioaktif kebangsaan bagi pengurusan sisa radioaktif yang selamat di negara ini. Sisa radioaktif ini terhasil daripada pelbagai aktiviti nuklear seperti reactor penyelidikan, institusi perubatan, sektor perindustrian dan amang daripada NORM dalam pemprosesan mineral dan industri oil and gas.
Yang Berhormat Menteri, panjang lagi Yang Berhormat Menteri?
Saya hendak masuk..
Yang Berhormat Menteri, panjang lagi?
Tidak, tidak habis sudah. Saya masuk yang terakhir.
Okey, landing Yang Berhormat Menteri.
Ya, thank you. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Bagan berhubung dengan perancangan kerajaan terhadap penggunaan tenaga nuklear. Perkara ini masih dalam pertimbangan kerajaan khasnya di bawah Kementerian NRECC namun begitu Nuklear Malaysia telah bersedia dalam aspek teknikal dan keupayaan sumber manusia dan kini sedang mempergiatkan manfaat penggunaan teknologi nuklear secara aman melalui pembangunan bakat teknologi nuklear yang holistik bagi memenuhi keperluan pasaran dan negara. Sekian sahaja maklum balas saya untuk kali ini dan sekali lagi diucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia kedua belas kali ini. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Kementerian Luar Negeri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila 30 minit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk menggulung isu-isu berkaitan Kementerian Luar Negeri yang telah dibangkitkan sewaktu sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas dalam Dewan yang mulia ini. Bagi pihak Kementerian Luar Negeri, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan beberapa isu penting di bawah bidang kuasa kementerian ini sewaktu sesi perbahasan Mesyuarat Khas yang berlangsung pada minggu lepas. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh isu berkaitan isu Triti Laut Sulawesi atau kawasan yang dirujuk Indonesia sebagai Ambalat. ‘Ambalat’ ini adalah ‘Ambang Batas Laut’ tetapi Kerajaan Malaysia hanya merujuk isu ini ataupun istilahnya sebagai blok ‘ND6’ dan ‘ND7’. Dalam hubungan ini saya ingin mengulas pendirian Kementerian Luar Negeri berhubung perkara tersebut seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Temerloh dan Yang Berhormat Arau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan tidak akan sekali-kali mengambil ringan dan membuat sebarang keputusan secara sewenang-wenangnya berhubung isu sensitif khususnya berkaitan sempadan maritim kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara. Namun dalam masa yang sama kita juga perlu menghormati hubungan diplomatik yang baik bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara dengan mana- mana negara jiran dan di peringkat antarabangsa secara amnya. Saya ingin sekali lagi menegaskan di sini seperti mana yang telah dijelaskan berkali-kali melalui kenyataan akhbar Kementerian Luar Negeri bertarikh 20 Jun 2023 mahupun semasa sidang media mengenai isu ini yang diberikan oleh saya sendiri pada 15 Ogos 2023 bahawa kawasan atau persempadanan maritim yang dipersetujui dalam Triti Laut Sulawesi tidak langsung melibatkan kawasan yang disebutkan sebagai Ambalat. Yang Amat Berhormat Tambun sendiri juga telah menjelaskan secara komprehensif mengenai isu ini di Parlimen sewaktu sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri pada 13 Jun 2023. Perlu dijelaskan bahawa Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun 2023 tidak melibatkan persempadanan maritim di ZEE atau Zon Ekonomik Eksklusif atau dengan izin, exclusive economic zone atau pelantar benua atau dengan izin, continental shelf antara Malaysia dan Indonesia, di mana terletaknya kawasan yang dirujuk Indonesia sebagai Ambalat.
Dalam erti kata lain, Triti Laut Sulawesi yang dimeterai pada 8 Jun 2023 ini hanya meliputi kawasan di separa perairan laut wilayah dengan izin territorial sea dan langsung tidak melibatkan kawasan yang disebut sebagai Ambalat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, masih terdapat sebahagian baki sempadan yang perlu dirundingkan iaitu melibatkan territorial sea itu. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Kubang Kerian supaya kerajaan mendedahkan dokumen triti tersebut kepada rakyat. Saya ingin menjelaskan bahawa disebabkan oleh proses ratifikasi yang berbeza oleh kedua-dua negara, dokumen-dokumen tersebut masih belum boleh dikongsi kepada umum. Berdasarkan amalan antarabangsa, hanya setelah kedua-dua negara menyempurnakan proses ratifikasi berdasarkan undang-undang domestik masing-masing barulah dokumen- dokumen tersebut boleh dikongsikan kepada umum. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Buntar telah mencadangkan supaya isu kawasan yang dirujuk Indonesia sebagai Ambalat dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa Parlimen. Dalam hal ini, saya menyatakan kesediaan Kementerian Luar Negeri untuk memberikan kerjasama kepada JKPK Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mengulas pendirian Kementerian Luar Negeri berhubung isu Laut China Selatan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat...
Tuan Yang di- Pertua, minta izin.
Sila, Yang Berhormat Semporna.
Terima kasih dan setelah mendengar penjelasan tentang Laut Sulawesi dan juga Ambalat tadi diterangkan tentang perkara ini bahawa langsung tidak ada rundingan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan satu bab apa yang berlaku di peringkat bawah akar umbi. Kalau kita pergi Sebatik ada antara rumah-rumah di situ sudah diroboh oleh pihak berkuasa seberang sana. Saya ingin bertanya sama ada keadaan ini tidak ada hubung kaitkah atau ada hubung kaitkah dengan apa yang berlaku. Kedua, saya ingin bertanya yang saya dengar, ini dengar sahaja daripada pihak Indonesia di uar-uarkan menerusi apa yang dinyatakan bahawa kerjasama antara Petronas dengan Pertamina juga dilakukan sama ada ini ada kebenaran ataupun tidak. Saya tahu bahawa ini melibatkan continental shelf yang ada tetapi dalam pada itu kita juga sedar bahawa bila mana masa dahulu apabila darurat itu sudah ditarik maknanya kuasa Petronas tidak lagi ada dalam hubung kait seperti apa yang kita katakan, jarak jauh continental shelf antara sempadan antarabangsa dan juga pihak wilayah Sabah.
Maka dengan itu, saya tanya sama ada perkara ini juga adakah dirunding? Kalau sekiranya benar bahawa usaha sama di antara Petronas dengan Pertamina ini betul ataupun tidak dan kita ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sila Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Memang apa yang saya nyatakan tadi soal rundingan tentang penentuan persempadanan kawasan di antara Indonesia dan juga Malaysia, apa yang dikatakan di kawasan Kalabakan. Kita tahu memang rumah itu dapurnya di sebelah Malaysia tetapi ruang tamunya di sebelah Indonesia. Akan tetapi ini sudah sebahagiannya telah pun diselesaikan Yang Berhormat tetapi nanti insya-Allah pada tahun hadapan kita akan muktamadkan sepenuhnya yang melibatkan kawasan Kalabakan tersebut. Isu kedua mengenai dengan dikatakan juga sebagai rundingan yang telah ditimbulkan oleh media Indonesia berkaitan Pertamina dan juga Petronas. Saya ingin menyatakan bahawa kawasan yang dinyatakan sebagai Ambalat itu adalah kawasan yang bertindih. Maknanya mereka juga menuntut, kita juga menuntut. Jadi maknanya dalam soal ini, mana-mana negara pun sebenarnya berhak untuk menyatakan bahawa itu adalah kawasan mereka.
Mereka boleh mengeksplorasinya tetapi kita sentiasa tegas bahawa itu adalah kawasan kita. Kawasan itu masih lagi harus dirundingkan secara bersama dan ia belum lagi sampai ke peringkat itu untuk kita rundingkan. Jadi, itu soal mereka. Mereka nyatakan akan mengadakan eksplorasi dan sebagainya. Akan tetapi insya-Allah kita akan pertahankan kedaulatan negara kita dalam isu Ambalat ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya sentuh sedikit isu Ambalat.
Ya, Yang Berhormat Pasir Mas.
Dalam soal nyah klasifikasi dokumen, sebenarnya kita sudah ada prosiding (precedent?) kes di mana dalam isu pembelian vaksin pada masa itu juga perjanjian adalah rahsia tetapi kerajaan membuat pendedahan di dalam Jawatankuasa PAC yang mempunyai keanggotaan daripada kerajaan dan juga pembangkang. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri jika kita buat pendedahan kepada Jawatankuasa PAC supaya ia dapat memuaskan hati rakyat? Terima kasih.
Dokumen-dokumen yang dijelaskan dalam PAC ataupun jawatankuasa khas itu Yang Berhormat ada perbezaannya Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita rujuk soal dokumen yang melibatkan vaksin itu adalah melibatkan isu-isu domestik dalam negara. Akan tetapi apabila ia melibatkan soal triti antarabangsa, melibatkan soal negara- negara lain, kita kena hormati tentang proses-proses perundangan di negara tersebut bahawa Indonesia dalam hal ini mereka perlu meratifikasi triti yang ditandatangani itu di Parlimen Indonesia terlebih dahulu. Sebelum itu kita tidak boleh dedahkan sewenang- wenangnya. Kita kena jaga sensitiviti negara jiran kita. Selepas itu, apabila sudah diratifikasi oleh Parlimen Indonesia, kita akan membuat notifikasi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang dokumen itu. This is the – I mean all the process yang perlu kita ikuti berdasarkan undang-undang antarabangsa Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di- Pertua, saya ingin setelah Yang Berhormat menyatakan tentang masalah sempadan, dapur di sebelah sebelah. I think we have to get the details first. Banyak bukan hanya dapur sebelah menyebelah, saya ingat apa yang berlaku, saya juga difahamkan tentang masalah-masalah di persempadanan.
[Bangun]
Kita mahu hubungan rapat dengan jiran kita. Itu bukan tidak timbul bahawa kita hendak hubungan rapat tetapi kedaulatan negara itu cukup penting. Juga keselamatan umat kita, rakyat kita perlu dilindungi. Saya masih ingat dahulu semasa Terumbu Layang-Layang. Waktu itu Perdana Menteri Tun Mahathir, banyak tuntutan. Tidur kita satu malam di situ. Saya bersama dengan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, the next day Tun Mahathir umumkan this belongs to Malaysia you know, until now Terumbu Layang-Layang belong to us. [Tepuk] Jadi, saya ingat kalau boleh dari sudut kedaulatan negara ini bukan oleh sebab kita hormati jiran kita semata-mata but there must be a red line tentang mempertahankan sempadan ini kekayaannya cukup banyak, gas yang ada, minyak yang ada perlu dilindungi. Maka dengan itu saya berharap sungguhlah kena pihak kerajaan meneliti secara mendalam enforcement di peringkat bawah. Kita tidak mahu nanti esok bukan hanya dapur yang dirobohkan, betul kerana perkara ini cukup penting. Saya masih dahulu semasa saya masih Timbalan Menteri Pertahanan hendak a space yang ada helikopter dengan Tajul Rosli hendak mendarat, hendak selamatkan kerana NURI tidak boleh mendarat di Tawau. Jadi kadang-kadang kita hendak pastikan supaya dari segi keadaan apa yang dinyatakan tadi mempertahankan negara kita tidak ada tolak ansurnya. Saya berharap itu menjadi satu perkara yang penting. Terima kasih banyak.
Kita akan ambil maklum dan kita akan ambil semua tindakan yang perlu.
Yang Berhormat Menteri, tadi...
Sekejap, sekejap. Isu yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Semporna. Memang kita akan memuktamadkan apa juga proses perundingan apa yang dikatakan sebagai dapur di Malaysia, ruang tamu di kawasan Kalabakan. Akan tetapi insya-Allah tindakan bahawa persempadanan di Kalabakan, itu akan dimuktamadkan pada tahun hadapan. Soal enforcement juga memang kita sentiasa bekerjasama secara bersepadu dengan semua agensi kerajaan. Kita ada tentera darat, kita ada APMM kalau di perairan dan juga semua agensi yang terlibat harus turun ke bawah juga bersama-sama secara bersepadu untuk menjaga kedaulatan persempadanan negara kita daripada segi penguatkuasaan Yang Berhormat.
Saya juga berharap Tuan Yang di-Pertua, agar Kerajaan Pusat libatkan kerajaan negeri yang ada. Ini kerana kalau mengikut Perlembagaan Malaysia Artikel 2, tidak ada sempadan yang boleh diubah. Bukan Parlimen boleh ubah, bukan Agong boleh ubah, bukan TYT boleh ubah, Dewan Undangan Negeri, itu Artikel 2. Sempadan tambah kerusi, ADUN ke Parlimen it has to be passed by Dewan Undangan Negeri yang ada. Baik, dengan itu saya berharap agar kerajaan negeri dilibatkan secara langsung dalam apa juga usaha pindaan sempadan di wilayah Sabah ini. [Tepuk] Ini penting kerana kita kena tahu.
Memang dalam proses isu Ambalat dan juga sebarang persempadanan di Sabah itu Yang Berhormat, kerajaan negeri sentiasa dilibatkan dalam setiap proses perundingan dan perbincangan dari semasa ke semasa. Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bersama- sama dengan pusat dan juga negeri bersama-sama duduk berbincang soal persempadanan di Sabah itu Yang Berhormat. Itu adalah proses yang telah pun berjalan dan terus berjalan. Kita akan libatkan terus Kerajaan Negeri Sabah dalam isu Ambalat dan mana-mana sempadan yang melibatkan negeri Sabah dan juga negeri Sarawak, sama juga.
Saya berharap ia tidak berulang. Bukan apa, perdebatan Tuan Yang di-Pertua kerana ini dijelaskan fakta sejarah. Contohnya usaha sama di antara Brunei dengan Malaysia, Petronas melakukan. Itu pengalaman saya. Yang Berhormat Menteri pun tahu bahawa bagaimana kerajaan negeri tidak terlibat...
Baik. Saya tidak akan benarkan perdebatan ini berlaku. Mungkin dua-dua orang Sabah, orang kuat. Mungkin selepas ini bincang, dapatkan detail sebab kita kena move on.
Saya faham Tuan Yang di-Pertua cuma saya hendak nyatakan di Dewan yang mulia ini perkara ini cukup penting.
Yang Berhormat Menteri, tolong ambil ingatan.
Baik, baik saya faham Yang Berhormat Semporna.
Kena ada perundingan yang begitu rapi di antara pihak kerajaan, rakyat Sabah dan juga Petronas juga Kerajaan Pusat.
Betul, saya setuju. Saya setuju.
Yang Berhormat Menteri sudah setuju.
kadang-kadang tidak ada. Contohnya hari ini, Tuan Yang di-Pertua hari ini. Gas bagi dekat Sarawak, gas itu datang dari Sabah. Industri di Sabah mana dia? I mean we have to be very firm untuk pastikan.
Okey.
Okey, okey Yang Berhormat Semporna. Our concern adalah concern yang sama. Harus ada penglibatan kerajaan negeri soal kedaulatan negara bukan kedaulatan negeri bersama-sama bincang soal sempadan.
Yang Berhormat Menteri...
Yang Berhormat Machang.
Sedikit sahaja. Jadi Yang Berhormat Menteri menyinggung tentang proses ratifikasi...
Selepas ini bagi Arau.
...di pihak Indonesia itu perlu dilakukan di Parlimen. Apakah proses yang sama juga boleh dibuat bagi pihak kita dalam hal ini?
Dalam proses ini setiap negara ada amalan masing-masing. Dalam treaty antarabangsa, negara kita, kita tidak perlu bawa ke Parlimen tetapi bagi Indonesia, mereka perlu buat ratifikasi di Parlimen. Ini amalan yang telah dibuat di negara kitalah. Terima kasih Yang Berhormat. Saya teruskan. Seterusnya saya ingin mengulas pendirian Kementerian Luar Negeri berhubung isu Laut China Selatan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Saratok. Terlebih dahulu saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan sentiasa tegas mempertahankan keutuhan wilayah, hak kedaulatan dan kepentingan negara termasuk di Laut China Selatan. Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keselamatan di kawasan perairan negara. Tindakan-tindakan yang diambil termasuklah rondaan, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan di dalam kawasan maritim Malaysia untuk memastikan kepentingan negara sentiasa terpelihara.
Semua agensi penguat kuasa dan pemantauan maritim di negara ini sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan dan hak kedaulatan Malaysia akan kekal terpelihara. Apabila berlaku insiden-insiden...
Penjelasan.
...Pencerobohan kapal-kapal kerajaan asing di dalam perairan negara, Kerajaan Malaysia secara konsisten telah mengemukakan notis bantahan kepada kerajaan negara-negara yang mana kapal asing milik kerajaan negara tersebut didapati menceroboh perairan negara ini. Tindakan tersebut diambil selaras dengan undang-undang antarabangsa dan pendirian Malaysia untuk mempertahankan hak tuntutan perairan negara. Tindakan ini juga adalah sebagai langkah bahawa Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan negara-negara penuntut Laut China Selatan termasuk China apabila tuntutan tersebut melibatkan perairan negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.
Ya, Yang Berhormat Arau.
Tuan Yang di-Pertua.
Nak bagi Yang Berhormat Arau tak?
Ya, sila Yang Berhormat Arau.
Tak mahu bagi kah?
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Menteri dah bagi.
Sila, sila.
Okey.
Jangan lama-lama, sekejap sahaja.
Yang Berhormat sebut dalam jawapan tadi cukup manislah, yang terbaik dalam dunialah. “Kerajaan melalui MKN, tentera laut, APMM telah membuat rondaan rapi.” Yang Berhormat, apakah pembacaan ini sama seperti yang berlaku di bawah? Saya tanya Yang Berhormat. Sekarang ini di Beting Patinggi Ali— saya rasa Yang Berhormat tak pernah pergi. Yang Berhormat orang Sabah pun tak pernah pergi. Nak pergi buat apa? Nak kena pergi dengan helikopter tapi tak ada tempat landing. Kalau pergi, kena pusing balik. Kalau minyak habis, bye-bye. Jadi, saya pun pergi itu ambil risiko juga tapi saya pergi banyak kali. Di sana, ada sebuah kapal jaraknya 80 kilometer dari Bintulu. 80 kilometer. Ini bererti apa? Mereka telah masuk 80 batu nautika, mereka telah masuk 120 batu nautika. Kawasan perairan kita, EEZ ialah 200 batu nautika. Dia datang dari Hainan, 4,000 kilometer melalui Filipina, Vietnam terus duduk di sana dan kapal itu berada di sana dan mereka menuntut. Sekarang ini bukan soal kita berunding di atas tuntutan. Ini bukan hak dia! Pencerobohan!. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah pencerobohan ini dilawan cara pencerobohan? Takkan orang mari menceroboh, kita hantar nota diplomatik? Saya tahu tiap-tiap kali dia orang datang, kita hantar nota diplomatik. Dia tengok kita lemah, akhirnya dia buat keputusan untuk duduk di sana. Dia berada di Beting Patinggi Ali sepanjang masa dari tahun 2013 sampai sekarang.
Baik, Yang Berhormat Arau, terima kasih.
Soalan saya kepada Yang Berhormat ialah, apakah tindakan untuk menghalau mereka keluar? Mereka tak boleh ceroboh hatta sebiji hama di Indonesia. Dikejar! Ditembak dengan pancutan air. Dia hanya datang ke Malaysia. Kalau kita kejar dia, dia lari sekejap, lepas itu dia datang balik.
Okey.
Baik, baik.
Tapi, apakah tindakan mengejar? Tindakan sekarang adalah mengawasi. Kapal dia satu, kapal kita satu. Kapal kita kecil, kapal dia besar. Jadi, kalau jadi apa-apa pun, kita selamat tinggal bunga ku. Jadi, saya minta Yang Berhormat, oleh kerana ini pencerobohan, tindakan ialah dengan cara menghalang pencerobohan. Itu sahaja.
Okey.
Dahulu kita pernah minta suruh keluar. Semasa lawatan Presiden China, saya kata keluar. Dia keluar. Lepas sebulan, dia datang balik. Jadi sekarang ini, kita minta supaya mereka ini dihalang sebagai penceroboh. Terima kasih.
Saya setuju, Yang Berhormat Arau, bahawa kita perlu melipatgandakan dan memperhebatkan lagi proses penguatkuasaan kita. Akan tetapi, saya suka nyatakan bahawa ini adalah integrated effort, usaha bersepadu oleh semua agensi penguat kuasa negara kita yang saya sebutkan tadi. Tuan Yang di-Pertua, tindakan tersebut diambil selaras dengan undang-undang antarabangsa dan pendirian Malaysia untuk mempertahankan hak tuntutan perairan negara berdasarkan peta baharu kita yang saya nyatakan tadi pada tahun 1979. Berhubung dengan isu Peta Standard China Edisi 2023, Kementerian Luar Negeri telah mengemukakan kenyataan akhbar pada 30 Ogos 2023 bagi menyatakan pendirian Malaysia yang tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan seperti yang digariskan dalam Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi kawasan maritim Malaysia. Peta tersebut sama sekali tidak mengikat Malaysia. Pada 11 September 2023, Kerajaan Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik kepada China dan dengan tegas menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa China ke atas fitur maritim atau kawasan maritim di Laut China Selatan yang meliputi kawasan maritim Malaysia berdasarkan Peta Baharu Malaysia 1979 kerana ia tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Undang-
undang Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1982 atau, dengan izin, The United Nations Convention on the Law of the Sea 1982. Sebagaimana Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif dan melibatkan hubungan antarabangsa berikutan tuntutan bertindih oleh negara-negara penuntut. Oleh demikian, isu ini perlu dikendalikan secara menyeluruh dan setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif. Dalam hal ini, Malaysia komited untuk menangani isu Laut China Selatan secara konstruktif mengikut forum dan saluran diplomatik yang sesuai. Dalam mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara, Kerajaan Malaysia harus mengambil sikap berhati-hati dan mengelakkan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan atau, dengan izin, escalation dan juga mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku di dalam kawasan perairan negara. Kehadiran dan jumlah kapal perang di satu-satu kawasan maritim seperti di Laut China Selatan juga berpotensi meningkatkan ketegangan dan boleh mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan. Dalam hal ini, kerajaan mengambil pendirian bahawa semua negara perlu mengurangkan kehadiran kapal perang di Laut China Selatan. Bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan China telah menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan atau, dengan izin, The Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea pada 4 November 2002. Melalui DOC tersebut, negara-negara ASEAN dan China bertekad untuk melaksanakan program-program yang bertujuan untuk pembangunan kapasiti, keupayaan dan membina kesalingpercayaan atau, dengan izin, confidence building serta menangani sebarang perbezaan secara aman. Negara-negara ASEAN dan China juga sedang berunding Kod Tatalaku di Laut China Selatan atau, dengan izin, Code of Conduct in The South China Sea (COC). COC dilihat sebagai satu usaha untuk memastikan pihak-pihak di Laut China Selatan mengelakkan konflik antara satu sama lain. Dalam melaksanakan rundingan COC tersebut, Malaysia akan memastikan bahawa COC yang akan dimuktamadkan kelak adalah berkesan dan dapat menjaga keamanan dan kesejahteraan serantau.
Bos, seminit.
Kedaulatan dan hak kedaulatan negara sentiasa diberi perhatian utama dalam proses rundingan COC tersebut.
Seminit sahaja. Tadi Yang Berhormat sebut perkataan “tuntutan bertindih”, “tuntutan bertindih”. Di Laut China Selatan, tidak ada tuntutan bertindih, yang ada ialah pencerobohan. Jadi kalau mereka masuk ke Laut China Selatan, itu adalah pencerobohan, bukan tuntutan bertindih. Tuntutan bertindih ini macam Ambalat, bertindih. Yang duduk dekat sempadan itu bertindih. Ini duduk dalam kawasan kita. Jadi, apakah Yang Berhormat bercadang untuk menukar perkataan “bertindih” kepada “pencerobohan”? Ini pernah dijawab oleh bekas menteri yang lepas dalam pentadbiran yang lepas. Dia menyebut perkataan “tuntutan bertindih”. Jadi, Yang Berhormat sebagai seorang peguam yang handal, saya rasa boleh memikirkan perkara ini. Terima kasih.
Itu memang realitinya begitu, Yang Berhormat Arau. Overlapping claims dan kita ada claim states, negara-negara penuntut juga ada. Jadi maknanya, isu itu ataupun istilah itu memang tuntutan bertindih. Akan tetapi, apabila berlaku pencerobohan, jadi kita kena ikut proses ataupun isu angle yang lain pula. Dalam pencerobohan, kita ada penguatkuasaan untuk handle soal isu pencerobohan. Akan tetapi soal tuntutan bertindih, kita ada cara kita bagaimana hendak selesaikan tuntutan bertindih ini. Kita ada jawatankuasa, working group. Kita ada pakar- pakar yang kita libatkan di agensi di peringkat pusat. Bahkan di peringkat negara-negara ASEAN, kita sentiasa mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.
Perkara yang terkini Yang Berhormat, saya hendak nyatakan bahawa kita telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama di kalangan claimant states ini pada 22 hingga 24 Ogos 2023, baru sahaja lagi di mana diadakan mesyuarat itu di Manila, Philippines. Jadi maknanya, proses ini still ongoing tentang isu-isu yang dikatakan sebagai isu tuntutan bertindih, Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Arau. Rundingan di bawah platform ASEAN-China Joint Working Group, ini baru saya nyatakan tadi. All the implementation of the declaration on the conduct of the parties in the South China Sea masih berterusan dan terkini telah diadakan pada 22 hingga 24 Ogos tahun ini di Manila, Filipina. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Timur kerana mengetengahkan isu ekstremisme ganas (violent extremism), dengan izin, di kalangan generasi muda. Sememangnya isu ini sangat penting seperti penularan unsur-unsur ekstremisme secara dalam talian yang sering menyasarkan golongan belia yang mudah terpengaruh (irresponsible youth), dengan izin, dengan mengeksploitasi persepsi rasa tidak selamat mereka sebagai seorang individu mahupun sebagai seorang anggota dalam masyarakat yang lebih besar. Dalam hal ini, Pusat Serantau Asia Tenggara bagi mencegah keganasan atau, dengan izin, Southeast Asia Regional Centre for Counter-Terrorism (SEARCCT) mempunyai peranan yang penting untuk mencegah ekstremisme ganas dan radikalisasi. SEARCCT merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Luar Negeri, sentiasa mempergiatkan usaha menangani masalah radikalisasi dan ekstremisme ganas yang disebarkan dalam talian dan media sosial. Antara langkah yang diambil adalah menerusi penyebaran mesej-mesej positif dan kempen secara dalam talian yang menolak keganasan dan mengajak kesepaduan sosial agar masyarakat kita lebih berdaya tahan dan tidak terpengaruh dengan fahaman ekstremisme ganas. SEARCCT terus komited untuk mempertingkatkan usaha-usaha ke arah memperkasakan golongan belia dalam membendung fahaman ekstremisme ganas serta menerapkan mesej-mesej positif bertemakan kesepaduan yang mampu membina daya tahan masyarakat. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2023, SEARCCT telah memohon peruntukan sebanyak RM9,160,000 dan menerima peruntukan sebanyak RM7,717,000. Pengurangan peruntukan berbanding jumlah yang dimohon, sedikit sebanyak menjejaskan penganjuran program-program yang telah dirancang oleh SEARCCT sebelum ini. Mudah-mudahan SEARCCT akan dapat peruntukan lebih lagi pada tahun hadapan. Oleh itu, saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Ipoh Timur agar peruntukan bagi SEARCCT ditambah lagi bagi tujuan mengukuhkan program- program yang saya nyatakan tadi. Sehubungan dengan itu, berdasarkan program-program yang dirancang oleh SEARCCT pada setiap tahun, adalah diharapkan dapat agar peruntukan yang lebih banyak akan dipertimbangkan untuk disalurkan kepada SEARCCT.
[Bangun]
Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu penting serta memberikan cadangan dan saranan bernas berkaitan isu-isu di bawah bidang kuasa kementerian ini. Yang Berhormat Machang.
Ya, sebelum mengakhiri, Tuan Yang di-Pertua.
Short one.
Short one ya. Saya mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri untuk mengambil amalan terdahulu ketika mana kita meratifikasikan perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) pada tahun 2016. Kita bentang dan bahas dua hari dalam Dewan ini. Kenapa kita tidak boleh bahas isu Ambalat ini dengan baik? Kalau Indonesia pun ada prosedur yang
sama, kenapa kita tidak boleh? Saya yakin Ahli-ahli Parlimen Sabah bersetuju dengan saya pada hari ini. [Tepuk] Mesti kita boleh buat benda itu. Kita tidak tahu, dalam CNBC Indonesia kata Yang Berhormat Menteri Tenaga hendak buat rundingan dengan kita untuk eksplorasi, sudah hendak buat kerja sudah tetapi kita tidak tengok butir itu, tidak tahu isi kandungannya apa. Jadi, it’s unfair kepada kami yang mewakili rakyat khususnya. Jadi, saya mintalah Wisma Putra beri ruang untuk kami berbahas isu Ambalat ini di Dewan Rakyat. Terima kasih.
Itulah saya sudah nyatakan tadi bahawa Yang Berhormat, ada triti-triti tertentu dan amalan kita, kita tidak akan buat ratifikasi di Parlimen. Akan tetapi ada beberapa dokumen yang mungkin boleh kita bincangkan tetapi bukan dalam forum Dewan terbuka. Akan tetapi saya telah nyatakan tadi bahawa akan kalaulah diminta dalam Jawatankuasa Khas, insya-Allah kementerian akan memberi penjelasan yang lebih detailed dalam Jawatankuasa tersebut tetapi tidak dalam Dewan terbuka bagi menjaga sensitiviti. Jadi, kita harus faham triti ini melibatkan negara-negara luar dalam isu yang kita bincangkan ini.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Kementerian Luar Negeri selaku benteng pertama negara. Yang Berhormat Arau, apa lagi?
Ya, Yang Berhormat. Fasal Ambalat tidak boleh dibincangkan lagi sebab PM sudah kata tidak ada perbincangan tentang isu Ambalat. Kenapa dibincangkan Ambalat?
[Bangun]
Memang tidak ada perbincangan.
Akan tetapi Yang Berhormat kata macam ada perbincangan tetapi Yang Berhormat Perdana Menteri kata tidak ada disentuh tentang Ambalat.
Yang Berhormat, bukan perbincangan Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau salah faham, bukan perbincangan. Tadi saya nyatakan bahawa kalaulah barangkali ada permintaan, usaha untuk dibawa ke Jawatankuasa Khas. Kita boleh hadir ke Jawatankuasa untuk memberi penjelasan lebih detailed.
Ya, ya terima kasih. Jadi, makna kata...
Itu sahaja. Jadi maknanya, bukan soal perbincangan- tetapi soal persempadanan itu belum sampai ke situ lagi. We have not discussed on Ambalat yet, ini adalah jelas dan saya ulang lagi sekali, tidak ada.
Kedaulatan negara tidak boleh...
Demi kedaulatan, tidak ada isu Ambalat dibincangkan.
...dipegang oleh seorang.
Saya minta...
Belum ada Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Menteri, please. Time out.
Kementerian Luar Negeri selaku benteng pertama negara di persada global akan sentiasa menyokong segala inisiatif kerajaan, termasuk menjayakan pelaksanaan KSP RMKe-12. Kementerian juga akan terus memperjuang dan mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara kita. Bukan itu sahaja, kementerian akan terus melonjakkan nama dan suara Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi pendekatan Malaysia Madani supaya negara kita yang tercinta ini akan kembali menjadi negara yang disegani dan disanjung di mata dunia. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di- Pertua, sedikit.
Baik, terima kasih. Saya jemput Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Silakan Yang Berhormat Menteri, 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 19 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) iaitu Ahli-ahli Yang Berhormat dari Bachok, Pasir Mas, Betong, Tanjong Piai, Sri Aman, Pagoh, Pasir Puteh, Rasah, Langkawi, Tebrau, Kuala Langat, Pengkalan Chepa, Bukit Bendera, Kemaman, Putrajaya, Kudat, Hulu Terengganu, Tanjong Manis dan Kangar. Tuan Yang di-Pertua, seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, krisis pandemik COVID-19 yang bermula pada tahun 2020 telah menyebabkan industri pelancongan negara terjejas teruk. Justeru itu, MOTAC dengan kerjasama kementerian atau agensi berkaitan dan penggiat industri telah mula membangun dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi tumpuan kepada pembukaan semula aktiviti pelancongan. Ini termasuk pelaksanaan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (IITB) bermula 15 November 2021 dengan kemudiannya membawa kepada pembukaan semula sempadan negara pada 1st April 2022. Semenjak itu, MOTAC melalui Tourism Malaysia memperhebat usaha promosi industri pelancongan negara dengan menekankan aspek melancong dengan selamat serta menyediakan experimental tourism bagi memberi keyakinan kepada pelancong yang bercuti dan melancong ke Malaysia. Antara usaha yang dilaksanakan adalah: (i) penyertaan dalam pameran-pameran pelancongan antarabangsa; (ii) mengadakan promosi pelancongan yang merangkumi roadshow di pasaran sasaran seperti Australia, China, Eropah, India, Jepun, Korea dan Maldives;
(iii) melaksanakan promosi pelancongan melalui saluran digital seperti promosi melalui media sosial untuk terus meletakkan visibility Malaysia di mata pelancong dan ejen pelancongan di pasaran-pasaran sasaran; (iv) mempromosi produk pelancongan mengikut segmentasi pelancong dan permintaan pasaran tertentu bagi memenuhi dan menikmati kehendak mereka seperti pelancongan minat khas; (v) mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam mempermudah kemasukan pelancong asing seperti Visa On Arrival, Multiple Entry Visa, e-Visa dan Transit Visa; dan (vi) menarik minat pasaran pelancong Muslim ke Malaysia sebuah pasaran yang semakin berkembang di seluruh dunia dengan menggalakkan lebih ramai lagi penggiat industri pelancongan untuk mendapatkan pengiktirafan mesra Muslim. Pada tahun 2019, Malaysia mencatatkan seramai 26.1 juta orang pelancong asing sempena pembukaan pintu sempadan negara pada April 2022. MOTAC menyasarkan seramai 16.1 juta orang pelancong pada tahun 2023 dengan mengambil kira faktor kemudahan infrastruktur dan kredibiliti penerbangan yang terhad. Selain itu, pasaran pelancongan utama negara iaitu China hanya membuka sempadan antarabangsa pada Mac 2023 sehingga minggu ketiga Ogos 2023. Jumlah
pelancong asing adalah berjumlah 12.17 juta orang dengan bagi empat bulan sehingga Disember 2023. MOTAC harap jumlah pelancong akan terus meningkat melebihi sasaran. Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengambil maklum semua cadangan yang diusulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mempromosi lokasi pelancongan di kawasan Parlimen masing-masing. Walau bagaimanapun, MOTAC memohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat berbincang sedalam-dalamnya bersama kerajaan negeri masing-masing untuk memastikan destinasi pelancongan yang dicadangkan adalah disokong dan seiring dengan keutamaan kerajaan negeri.
[Bangun]
Sehubungan dengan itu, MOTAC akan bekerjasama rapat dengan semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti produk-produk pelancongan baharu yang berpotensi untuk dipromosikan.
[Bangun]
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Putrajaya bangun.
Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh tanya sedikit tadi berdasarkan kalau saya dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, pada tahun 2019, jumlah kedatangan pelancong adalah seramai 26 juta orang, kalau ini– minta betulkan. Akan tetapi, pada tahun 2023 sasarannya dalam sekitar 16 juta orang. Jadi, dalam keadaan ekonomi semasa, kita tahu bahawa dalam tempoh suku kedua perkembangan ekonomi kita agak rendah sebanyak 2.9 peratus. Jadi, mengambil kira kejatuhan nilai ringgit sebagai contoh, ini merupakan peluang yang terbaik sebenarnya untuk Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya lebih agresif mempromosikan pelancongan Malaysia mendapatkan seramai mungkin pelancong untuk berbelanja dalam negara ini bagi membantu untuk kita memulihkan ekonomi. Jadi, kalau saya dengan cerita yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, tidak ada suatu game changer untuk sektor pelancongan negara dalam kita mendepani situasi ekonomi yang sukar dan juga mengambil peluang bahawa pelancong asing boleh datang berbelanja di Malaysia dan meningkatkan permintaan terhadap ringgit kita. Jadi, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Sedikit sambungan dari Pasir Puteh.
Nanti saya jawab dahulu.
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Kita mesti mahu faham, bila kita lockdown sebegitu lama, hotel jadi kuarantin hotel COVID-19 itu semua dan infrastruktur-infrastruktur sebegitu lama– dua tahun, kita tidak digunakan. Dalam masa kerajaan yang lepas itu, saya nampak recovery plan satu sen pun tidak beri kepada sektor pelancongan. So, kita sekarang hendak minta Kementerian Kewangan, saya ucap terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, dia cuba bantu kita, kasi peruntukan yang lebih. Membantu industri player. Macam mana dia orang boleh turn around. So, kita cuba sedaya upaya we will try our best. Kita mesti mahu ada masa sedikit. Sekarang contoh macam penerbangan AirAsia, sekarang kapal terbang belum fully operate lagi, connectivity tiada. So, this is the time you need to give– we were trying our best. Kita akan, dengan izin kita akan bekerja kuat dan membantu ini industri.
Yang Berhormat, kalau boleh saya sentuh sedikit. Betul, kita tahu bahawa dalam konteks pemulihan asal itu mengambil masa untuk menunggu negara-negara lain dibuka. Akan tetapi, apabila...
Tak apa, tak apa, teruskan ayat.
Akan tetapi, apabila negara-negara ini dibuka, setiap negara berebut pelancong-pelancong ini. Oleh sebab itu saya tekankan tadi, kita perlu ada satu game changer supaya mereka melihat Malaysia ini sebagai satu pilihan utama, ini peluang kita. Mengambil kira keadaan ringgit semasa sebagai contoh. Jadi, itu saya katakan tadi, kerajaan boleh– katakanlah kalau saya baca betul dikatakan bahawa Tahun Melawat Malaysia 2026, mungkin dilewatkan hingga tahun 2026, tetapi perbelanjaan-perbelanjaan yang boleh diawalkan kita bawa lebih awal, kita bawa lebih awal perbelanjaan ini supaya kita dapat gunakan ruang yang ada ini untuk menjadikan sektor pelancongan ini sebagai penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, pandangan ya.
Terima kasih pandangan daripada Yang Berhormat Putrajaya. Itulah banyak faktor kita hendak selesaikan. Macam saya katakan tadi, visa kita pun cari peluang dan kelonggaran itu semua. Paling mustahak, saya mahu sebelah sana kita boleh bekerjasama. Jangan kita sikit-sikit perkauman, sikit-sikit beragama, inilah – saya terus terang, itu pelancong-pelancong daripada China ada bagi tahu. Kalau kita cerita macam itu, saya tidak tahu, kita patut pergi atau tidak pergi. Kita bekerjasama mempromosikan kita punya pelancongan di negara kita, baru kita dapat maju. Saya berharap Putrajaya bekerjasama.
Silakan Yang Berhormat Pasir Puteh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti ucapan tadi dan terima kasih. Apabila Yang Berhormat Menteri menjelaskan kerjasama yang erat daripada MOTAC kepada negeri-negeri yang mempunyai potensi ataupun tempat-tempat pelancongan yang sangat menarik. Saya ingin bertanya, sejauh mana kekuatan yang dimiliki oleh kerajaan di sudut kewangan untuk menjana kawasan-kawasan pelancongan yang baharu di mana kawasan pelancongan ini di sudut sejarahnya terbukti macam di Kelantan sebagai contoh. Kawasan-kawasan penghantaran ufti daripada Raja-raja di Semenanjung Tanah Melayu pada waktu itu kepada Raja-raja Siam. Sekarang ini kawasan tersebut ada, tetapi bangunan-bangunan yang lama sudah hilang. Jadi, perlu kepada pembinaan yang baharu, tetapi design dia adalah design yang lama di mana benda ini sangat mustahak untuk kita menarik pelancongan. Persoalan saya, sejauh mana kemampuan kerajaan untuk memperuntukkan sejumlah kewangan kepada Negeri Kelantan di mana negeri Kelantan ini salah satu daripada negeri yang banyak kawasan-kawasan seumpama itu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih daripada...
Langkawi...
Langkawi.
Yang Berhormat Menteri.
Pasir Puteh, Pasir Puteh.
Ya?
Pasir Puteh
Yang Berhormat Pasir Puteh.
Pasir Puteh.
Tidak kenal kawan.
Kita punya cadangan memang baik, tetapi kita mesti mahu kerjasama. Kalau boleh minta mana-mana negeri, apabila kementerian meminta datang hadir bersama-sama berbincang keperluan ataupun mana-mana tempat mahu
patut dinaiktarafkan, kadang-kadang ada negeri tidak datang, kadang-kadang dia hantar pegawai. Apabila kita tanya, dia tidak tahu apa dia mahu. So, kita paling mustahak terutama sekali dalam masa Belanjawan, budget time, kita akan panggil, tetapi harap bolehlah semua negeri bekerjasama. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Pasir Puteh, kalau boleh sila kita duduk berbincang.
Kalau mana-mana terlibat lain-lain jawatan, kita duduk sekali berbincang tengok macam mana kita boleh bantu. Okey? Ya.
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Saya seronok bila Yang Berhormat Menteri kata kita kena berkerjasama untuk mempromosikan pelancongan ini. Akan tetapi bagi Langkawi, kita banyak berkerjasama dengan kementerian tetapi saya rasa terkilan bila mana Le Tour de Langkawi, Kementerian Belia dan Sukan membuat keputusan tidak akan ke Langkawi dan tidak akan ke Perlis, di mana Yang Berhormat Menteri bercakap soal hendak mempromosikan pelancongan. Akan tetapi, bila Kementerian Belia dan Sukan mengambil keputusan begini, nampak Yang Berhormat Menteri diam seribu bahasa. Macam mana kita hendak mempromosikan sekiranya perkara-perkara begini berlaku.
Boleh saya jawab? Semalam masa saya jawab, Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan.
Saya tahu Yang Berhormat. Saya tahu.
[Dewan riuh]
Saya telah jawab semua dan...
Langkawi pergi mana, Langkawi? Ha, kan sudah kena satu das.
Saya tahu.
Yang Berhormat di sana pun kata tidak ada soalan lebih. Sudah jawab. Panjang lebar saya jawab.
Yang Berhormat, saya bagitahu kepada sahabat saya. minta tolong bertanya bagi pihak saya. Oleh sebab saya semalam...
Betul. Mereka kata, selepas saya jawab, Yang Berhormat di sana kata— selepas saya jawab...
Mana boleh macam ini, Tuan Yang di-Pertua. Ini cara tidak betul. Mana boleh Menteri mencelah ketika soalan.
Semua duduk. Sila duduk semua.
Selepas saya jawab...
Saya tahu, saya...
...Mereka kata, mereka tidak ada soalan tambahan.
Betul.
Tunggulah Yang Berhormat Menteri jawab.
Beliau tuduh kata saya tidak jawab soalan dia. Semalam semasa saya jawab, beliau tidak ada dalam Dewan.
Yang Berhormat Menteri, sila duduk.
Jangan silap. Saya bukan kata tidak jawab. Saya tidak berkata demikian. Saya berkata bahawa Menteri Belia dan Sukan membuat keputusan tidak memasuki Perlis dan Langkawi. Semalam saya tahu Yang Berhormat Menteri jawab. Saya dengar walaupun saya bersama dengan doktor saya.
Yang Berhormat Langkawi, sekarang bukan Kementerian Belia dan Sukan. Sila tanya soalan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Bagi peluang kepada saya.
Yang Berhormat, salah bilik ini, Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Langkawi duduklah. Buang masalah Yang Berhormat Langkawi.
Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini banyak benda.
Jangan campur tangan.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Hulu Langat, duduk!
Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk.
Yang Berhormat Langkawi, saya jawab.
Saya tidak melayan orang yang mental ini.
Tidak apa Yang Berhormat Langkawi. Biar saya jawab.
Yang Berhormat Langkawi, sila duduk.
Tuan Yang di-Pertua, tolonglah disiplinkan Yang Berhormat Hulu Langat. Jangan dibiarkan.
Banyak kali sudah, Tuan Yang di-Pertua.
Semua di sini pun perlu diajar. Perlu disiplin. Mengapakah bangun berucap tanpa kebenaran? Sama macam Yang Berhormat Hulu Langat. Tak ada beza.
Ini tidak berdisiplin.
Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk. Okey, Yang Berhormat Menteri jawab. Tidak ada masa.
Saya masa sudah habis.
Ya, masa sudah habis. Cepat.
Saya sudah bagi tahu tadi.
Jangan layanlah Yang Berhormat Menteri!
Saya sudah bagi tahu paling mustahak kita terus terang. Ada pelancong-pelancong terlibat pergi Langkawi, ada bagi aduan sama kita. Kadang-kadang ada segelintir pegawai, dia guna kuasa. Dia bukan orang Islam tetapi dia beli arak pun tidak boleh. Dia pakai seluar pendek pun tidak boleh. So, dia orang pening.
Ini mai kot mana pula.
Kalau boleh saya minta kita punya Yang Amat Berhormat Menteri Besar terangkan isu ini di Langkawi. Barulah pelancong-pelancong kita senang.
Yang Berhormat, kalau hendak sentuh seluar pendek, ini bukan caranya.
Dengarlah bila saya jawab. You jangan kongkalikung. You tidak mahu kasi saya jawab.
Yang Berhormat Langkawi, sila duduk.
Saya jawab, saya bagi tahulah masalah kita. So, kita pun mahu kerjasama ini. Kita berbincang sama Menteri Besar macam mana boleh bantu Langkawi.
Bilakah pula Le Tour de Langkawi orang kompelin pakai seluar pendek?
Yang Berhormat Langkawi, tidak boleh berucap macam ini. Sila duduk.
Yang Berhormat Langkawi, bila mahu pelancong, you suruh saya hantar. Nanti dia orang kena, dia orang aduan balik sama kita. So, dua pihak mesti mahu bekerjasama. Baru boleh kasi majukan pelancongan di kawasan Pulau Langkawi. Boleh? Nanti kita bincang di luar.
Habis, apakah Kementerian Belia dan Sukan punish Langkawi kerana pakai seluar pendek?
Okey, tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, saya ulang balik sekali. Sehubungan itu, MOTAC akan bekerjasama rapat dengan semua kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti produk-produk pelancongan baharu yang berpotensi untuk dipromosikan. Bagi cadangan untuk menjadikan negeri Kelantan sebagai destinasi halal dan hab pelancongan, MOTAC melalui Islamic Tourism Centre (ITC) telah mengenal pasti produk dan perkhidmatan pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk pelancongan di negeri tersebut. Manakala, Tourism Malaysia telah menjalankan pelbagai program-program termasuk di pasaran antarabangsa seperti Arabian Travel Market (ATM) yang diadakan di Dubai pada 1 hingga 4 Mei 2023 yang diketahui oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Bersempena dengan ATM ini, satu misi galakan pelancongan ke Kuwait dan Bahrain telah diadakan pada 6 hingga 11 Mei 2023.
Tuan Yang di- Pertua.
Yang Berhormat Menteri.
Untuk menyokong pembangunan Malaysia sebagai destinasi pelancongan mesra muslim, ITC telah memperkenalkan program MFAR iaitu Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition. Program ini mengiktiraf 10 centre perniagaan yang menyediakan perkhidmatan mesra muslim. Antaranya penginapan, spa dan produk pelancongan. Antara premis yang telah mendapat pengiktirafan MFAR di Kelantan adalah Hotel Perdana, Kota Bharu.
Yang Berhormat Semporna minta laluan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang peruntukan yang telah pun diberikan penambahan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Berhormat Menteri juga minta supaya kerjasama antara pihak kerajaan negeri dan juga pimpinan yang ada dengan pihak kerajaan untuk memastikan sektor
pelancongan ini dapat kita tingkatkan. Sebenarnya, kita bagi kerjasama banyak khususnya di Sabah dan khususnya juga di kawasan saya, Semporna. Saya melihat bahawa tourism sector telah memberi pulangan yang begitu besar. Suatu ketika dahulu kita mempunyai lima juta, empat juta pelancong dari China datang ke Sipadan, datang ke Semporna. Hasilnya bukan hanya penerbangan, bukan hanya cukai pemakanan, peluang pekerjaan. Kesannya baik. Cuma, saya minta kerjasama daripada Yang Berhormat Menteri setelah menyebut bahawa ada peruntukan. Boleh tidak bagi jaminan supaya peruntukan daripada— saya tahu bahawa kita mahu cari tempat yang baharu di mana sektor itu dapat menarik pelancong yang lebih ramai tetapi ini merupakan salah satu diving spot in the world. Adakah jaminan daripada kementerian bahawa kita akan memberi bantuan kewangan kepada kawasan-kawasan seperti kawasan Daerah Semporna? Bukan hanya Yang Berhormat telah sebut tentang kebersihannya. Yang perlu bukan hanya Ahli Parlimen belanja banyak. Saya belanja tiap-tiap hari untuk pungut sampah tetapi sektor kerajaan juga perlu mainkan peranan public transport dari Airport Tawau sampai ke Semporna. Begitu juga pembinaan jeti-jeti yang ada. Kadang-kadang ada di antara mereka, “Datuk Seri, boleh tidak minta bina jeti”. That has contributed to the sector but hasil yang diperoleh oleh Kerajaan Pusat boleh tidak bagi kepada kawasan-kawasan yang telah memberi sumbangan kepada tabung yang kepada sektor pelancongan ini. Kerjasama yang perlu kita lahirkan. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Memang kita MOTAC ini memang kita akan bantu mana kita boleh dan kerjasama termasuklah infrastruktur. Saya pada 22 September ini akan mahu pergi bertemu sama perbincangan keselamatan dan isu semua di Sabah. Akan tetapi, saya— dia baru bagi tahu 22. Patut minggu yang lepas tetapi Ketua Menteri Sabah ada sibuk. So, dia bagi tarikh 22 September. Saya sudah ada program lain pada lain tempat. So, itulah saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri mewakili saya. Selepas itu, saya akan minta dia berbincang sama Yang Berhormat Semporna di Sabah. Mana infrastruktur dinaik taraf, bersama-sama Sabah berbincang. Kalau semua kita come to consensus dengan izin, kita akan bantu mana boleh. Insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, menerusi Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030, MOTAC memfokuskan kepada elemen daya tahan dan mampan yang turut melibatkan usaha-usaha untuk membangunkan produk-produk yang mampu menarik pelancong kualiti seterusnya memberi pulangan yang signifikan terhadap industri berbagai-bagai Berbagai-bagai inisiatif telah sedang dilaksanakan antaranya adalah: (i) Mengadakan kolaborasi dengan pengusaha-pengusaha syarikat shutter dalam merancang mengadakan penerbangan sewa khas shutter flight; (ii) mengadakan lawatan pembelajaran produk dengan menjemput agensi-agensi pelancongan; dan media massa bagi mempromosi pelancongan minat khas seperti golf, berkahwin perkahwinan, honeymoon, partying, diving, luxury tour cruise, health dan theme park; dan (iii) Tourism Malaysia juga telah membangunkan Travel Malaysia apps yang membolehkan pelancong merasai tempat-tempat yang menarik di Malaysia bagi mengalami program pelancongan yang telah dirancang dan memfokuskan kepada perbelanjaan tinggi seperti segmen fine dining. Dalam usaha memastikan alam sekitar akan terpelihara fokus hala tuju industri pelancongan negara adalah pada kualiti berbanding kuantiti. Bagi tujuan tersebut, MOTAC bekerjasama dengan kementerian atau jabatan berkaitan atau pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan program di destinasi di senarai pelancongan yang diwartakan sebagai kawasan warisan dan semula jadi geopark dan Taman Negara. Sebagai contoh, bagi
meningkatkan kesejahteraan awam serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam berbagai-bagai aktiviti sukarelawan yang berteraskan pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengalu-alukan cadangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan bersedia untuk pertimbangan sebarang permohonan baharu. Walau bagaimanapun, MOTAC memohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat berbincang dengan kerajaan negeri masing-masing untuk memastikan permohonan projek pembangunan, penyelenggaraan dan infrastruktur pelancongan yang di cadangkan adalah disokong dan seiring dengan keutamaan kerajaan negeri. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, isu keselamatan awam adalah perkara di bawah bidang kuasa pelbagai agensi penguat kuasa dan ketenteraman awam. MOTAC akan sentiasa menyokong peranan agensi penguat kuasa dengan ketenteraman awam dalam memastikan terhadap keselamatan dan keyakinan pelancongan sentiasa berada di tahap yang baik. Sebagai contoh, berkenaan insiden kemalangan yang berlaku baru-baru ini di Semporna, Sabah. MOTAC akan bertemu dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah pada 22 September 2023 bagi meneliti penambahbaikan terhadap keselamatan pelancong di Sabah. Tuan Yang di-Pertua, MOTAC telah menyediakan pelbagai tanda sokongan kepada rakan-rakan strategik dan penggiat industri dalam memastikan industri pelancongan terus berdaya saing serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan utama pelancong asing. Antara insentif tersebut adalah pertama, Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) yang memberi fokus kepada penganjuran program atau acara pelancongan domestik dan antarabangsa berimpak tinggi di dalam negara. Kedua, Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) bagi memastikan ekosistem seni budaya dan warisan di negara ini terus berdaya saing. Ketiga, Geran Sepadan Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) bertujuan mempergiat program promosi dan pemasaran di samping merancakkan pelancongan domestik menerusi pemberian sokongan bagi penyertaan penggiat industri dalam pameran pelancongan, misi, jualan, webinar pelancongan, lawatan suai dan hebahan video promosi pelancongan secara dalam talian. Keempat, kerajaan juga menyediakan kemudahan pembiayaan pinjaman yang diharuskan untuk industri pelancongan menerusi Skim Infrastruktur Pelancongan (SIP) yang diuruskan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dengan dana berjumlah RM1 bilion. Pemberian ini telah memperkenalkan program pengalaman homestay yang berkonsep pengalaman pelancongan dan pelancongan berdasarkan komuniti di mana pelancong yang datang bermalam bersama pengusaha program menjalani gaya hidup mereka di luar bandar dan turut serta dalam aktiviti seharian. MOTAC dalam proses penambahbaikan garis panduan Program Pengalaman Homestay Malaysia ini bagi mengawal selia program ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua Kabinet baru-baru ini telah bersetuju meminta fungsi Pusat Sehenti (OSC) MM2H dari Kementerian Dalam Negeri kepada MOTAC. Sehubungan itu, MOTAC kini dalam proses pembinaan pengoperasian OSC MM2H yang dijangka akan mula beroperasi pada bulan Oktober 2023.
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Okey, sebelum mengakhiri sekali sesi penggulungan, saya menegaskan bahawa MOTAC akan sentiasa bekerjasama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dan kerajaan negeri masing-masing untuk bersama-sama memajukan pelancongan, seni budaya selaras dengan prinsip Malaysia Madani. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, sasaran dan cadangan semasa sesi perbahasan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab dalam masa 40 minit.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya memulakan penggulungan saya Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pulai yang baharu mengangkat sumpah dan bersama-sama menyertai dalam blok Kerajaan Perpaduan. Tahniah. [Tepuk] Saya juga ingin mengambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia yang baharu kita raikan dan saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada lebih 10,000 orang anak muda yang telah berkumpul baru-baru ini sempena Hari Malaysia dalam Program Keretapi Sarong Tahun 2023. Saya rasa ini adalah satu projek pelancongan mungkin boleh menjadi satu produk pelancongan dan juga tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan kerana ini menggambarkan bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara yang sejahtera dan harmoni dan dalam tema yang mereka bawa iaitu “Etnik dan Perpaduan” menggambarkan Malaysia ini memang sudah selamat dan tidak ada apa yang perlu diselamatkan.
Yang Berhormat Menteri maklum tidak ada satu lagi himpunan di Masjid Kampung Baru pada hari tersebut?
Maklum, sangat maklum.
Saya hendak bagi tahu sahaja.
Oleh sebab itu saya kata Malaysia ini selamat dan tidak ada apa yang perlu diselamatkan. Tuan Yang di-Pertua, Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani, salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seramai 52 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan terhadap Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Tahun 2023 dan membangkitkan sebanyak 65 isu ataupun soalan, iaitu yang terlibat ialah Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Baram. Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Gua Musang, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kepong, Kinabatangan, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Lawas, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Machang. Tidak dilupakan Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Semporna. Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Tawau, Yang Berhormat Tebrau dan juga Yang Berhormat Temerloh.
Ramai Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan tempoh masa yang diberikan, saya bercadang untuk menjawab isu yang dibangkitkan mengikut lima tajuk yang utama iaitu pertama mengenai pembinaan dan naik taraf fasiliti kesihatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Topik yang kedua berkaitan kemudahan dan peralatan. Ketiga, akses kepada perkhidmatan kepakaran. Keempat, kesesakan hospital. Kelima, isu sumber manusia dan perkara-perkara lain jika berkesempatan. Walau bagaimanapun, saya ingin memfokuskan penggulungan saya kepada perkara-perkara yang melibatkan dasar dan perkara-perkara lain akan diberi jawapan, insya-Allah secara bertulis. Pertama, berkenaan dengan pembinaan dan naik taraf fasiliti kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk menambah baik kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan di Sabah dan Sarawak menerusi komitmen terhadap pemenuhan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkaitan hal-hal kesihatan. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa pada masa ini, sebanyak 10 projek pembinaan fasiliti kesihatan dan sembilan projek naik taraf kemudahan yang sedang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Selain itu, terdapat sembilan buah hospital di Sabah dan 11 di Sarawak yang akan dinaik taraf perkhidmatan kepakarannya termasuk pemerkasaan bagi hospital pakar sedia ada. Sehingga 5 September tahun ini, seluruh negara sebanyak 141 projek pembaikan klinik dan fasiliti daif telah siap dilaksanakan manakala 295 lagi projek dalam fasa pelaksanaan. Bagi negeri Sarawak, sebanyak 14 buah klinik daripada 36 buah klinik telah siap dibaiki dan dinaik taraf manakala sebanyak tiga buah klinik daripada 23 buah klinik telah siap di Sabah. Semua kerja pembaikan dan naik taraf ini dijangka akan siap sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini. Pada September tahun ini, kementerian telah memulakan kajian jurang dan penawaran keperluan fasiliti, peralatan, dan sumber manusia untuk kesihatan yang dijangka siap pada November pada tahun depan. Kajian ini akan membantu kementerian merancang keperluan kesihatan di seluruh Malaysia dengan lebih tepat dan mencukupi bagi pembangunan fasilti kesihatan, peralatan dan juga sumber manusia berasaskan bukti keperluan penduduk masa kini dan akan datang. Tuan Yang di-Pertua, mengenai projek Pusat Kanser Sarawak, saya ingin menghargai keprihatinan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo yang menggesa agar projek Pusat Kanser Sarawak ataupun PKS ini disegerakan. Kementerian memandang serius cadangan penubuhan PKS ini kerana penubuhan pusat seumpama ini adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan rawatan komprehensif yang lebih cekap di Sabah dan Sarawak. Pembangunan pusat kanser ini saya lihat bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penduduk di wilayah Sarawak, malah boleh memberi manfaat kepada penduduk negeri bersebelahan seperti Sabah dan mungkin juga pada masa akan datang, akan juga boleh memberi manfaat kepada negara jiran seperti Borneo dan Kalimantan. Sehubungan itu, KKM telah mengadakan beberapa perbincangan dan libat urus dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak dan agensi-agensi pusat berkaitan bagi mempercepatkan cadangan penubuhan Pusat Kanser Sarawak ini. Cadangan pembinaan pusat ini telah pun saya bawa kepada pengetahuan dan perhatian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mudah-mudahan, kita akan dengar berita baik yang akan disampaikan dalam masa yang terdekat. Menyentuh pertanyaan Yang Berhormat Rasah mengenai status projek Institut Penyakit Berjangkit Malaysia, kementerian telah menerima laporan dari Jabatan Alam Sekitar yang memaklumkan bahawa tapak projek yang sedia ada di Bandar Enstek adalah tidak sesuai Yang Berhormat kerana tapak ini terletak dalam zon industri sederhana dan tidak sesuai diwujudkan sebagai sebuah institusi yang menyediakan rawatan pesakit yang berkapasiti 300 katil. Kawasan industri sedia ada boleh menyebabkan kacau ganggu terhadap institut yang akan dibina kelak. Akan tetapi sehubungan dengan itu, kementerian masih dalam proses memuktamadkan lokasi baharu.
Yang Berhormat Masjid Tanah telah membangkitkan mengenai Institut Kesihatan Mental yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan telah menyatakan peri pentingnya institusi yang merawat penyakit mental seumpama National Institute of Mental Health di negara seperti Amerika Syarikat yang diterajui oleh pakar- pakar neurologi, psychiatrist dan pakar kesihatan mental. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian kini mempunyai empat buah institut mental dan 61 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental yang diketuai oleh pakar perubatan psikiatri di mana fungsi institut mental ini adalah memberikan perkhidmatan tertiary iaitu rawatan dan pemulihan pesakit psikiatri di hospital. Kementerian juga telah mengintegrasikan perkhidmatan kesihatan mental di peringkat primer melalui perkhidmatan di 1,080 buah klinik di seluruh negara. Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) yang kini beroperasi di sebuah bangunan sewa di Cyberjaya bakal ditempatkan di bangunan kekal dan boleh diperkembangkan kefungsiannya. Pusat kecemerlangan ketika ini berfungsi sebagai agensi peneraju yang merancang, menyelaras, melaksana dan memantau perkhidmatan serta program kesihatan mental dalam aspek pencegahan dan advokasi, pembangunan modal insan, perkongsian sumber, penyelidikan, pemantauan dan surveillance meliputi sektor awam dan swasta juga pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO. Yang Berhormat Marang membawa tentang isu kegusaran dan juga Yang Berhormat Dungun mengenai masalah kelewatan projek pembangunan Hospital Dungun. Kontraktor asal projek ini telah ditamatkan sebenarnya pada 14 Julai tahun 2022 semasa kemajuan kerja fizikal telah pun mencapai 99.86 peratus. Kontraktor penyiap telah dilantik oleh JKR pada 5 Mei tahun ini dan projek ini dijangka insya-Allah siap Yang Berhormat Marang, pada awal tahun 2024 iaitu dijangka 24 Januari tahun depan, seterusnya dijangka dapat beroperasi pada hujung bulan Februari 2024. Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu kekurangan tempat letak kereta di Hospital Pulau Pinang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan. Sebanyak 1,086 parkir akan disediakan sebagai tambahan kepada kemudahan semasa iaitu multi-level car park (MLCP) yang ketika ini masih belum digunakan sepenuhnya. Parkir tambahan ini adalah sebahagian daripada skop projek pembinaan blok wanita dan kanak-kanak serta blok klinik pakar dan wad Hospital Pulau Pinang. Dalam hal ini, pihak kementerian mohon kerjasama daripada Yang Berhormat Bagan untuk menggalakkan orang awam yang mendapatkan perkhidmatan Hospital Pulau Pinang menggunakan kemudahan tempat letak kereta yang disediakan. Merujuk kepada saranan Yang Berhormat Tebrau dan juga Yang Berhormat Kuantan bagi pembinaan parkir bertingkat HSI dan HTTA, KKM mengalu-alukan cadangan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu kemudahan dan peralatan. Berhubung dengan keperluan tambahan peralatan yang baharu seperti MRI dan mesin dialisis di Hospital Tawau seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Tawau. Dimaklumkan bahawa sejumlah RM26.34 juta telah diluluskan kepada hospital ini sejak tahun 2020 hingga tahun 2023 bagi membeli peralatan baharu serta penggantian peralatan yang sedia ada mengikut keperluan semasa seperti general radiography, ICU monitor, ventilator, mesin hemodialisis dan juga lain-lain peranti perubatan. Projek naik taraf Hospital Tawau yang bakal disiapkan juga akan dilengkapi dengan sebuah mesin MRI dengan kapasiti 1.5 tesla serta unit hemodialisis baharu yang dapat menempatkan tambahan sebanyak 30 buah kerusi hemodialisis. Projek ini juga akan dilengkapi dengan sebuah mesin cone beam, computed tomography (CBCT), mesin x-ray (ERCP), uroscopy serta dua unit mesin general X-ray. Yang Berhormat Taiping pula menyentuh mengenai kekurangan peralatan perubatan di Hospital Besar negeri terutama di Hospital Taiping. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak RM10.5 juta telah diluluskan kepada Hospital Taiping sejak tahun 2020 hingga September 2023. Menyentuh ambulans dan Jabatan Kecemasan selain daripada isu peralatan, isu ini juga tidak– isu ambulans yang tidak mencukupi juga dibawa oleh Yang Berhormat Kuantan.
Kementerian sedar mengenai masalah kekurangan ambulans ini. Beberapa inisiatif termasuk pertamanya perolehan berpusat 590 buah ambulans iaitu 100 buah ambulans type A dan 490 type B sedang dalam proses pelaksanaan dan penghantaran ambulans oleh pihak pembekal akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun dengan penghantaran pertama dijangka pada awal tahun depan.
Kerjasama juga kita laksanakan dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan St. John Ambulans Malaysia (SJM) melalui inisiatif hotspot ambulans di 20 lokasi seluruh negara dan ketiga, kita juga berkolaborasi dan berkongsi sumber dengan agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Semporna ada menyentuh mengenai pakar kardiologi yang sebelum ini hanya ada seorang sahaja di Wilayah Sabah. Sukacita saya maklumkan bahawa negeri Sabah telah pun mempunyai tiga orang pakar kardiologi termasuk dua orang pakar yang baharu tamat latihan sub kepakaran pada tahun ini. Kementerian sentiasa meneruskan usaha untuk melatih pakar-pakar kardiologi bagi meluaskan perkhidmatan kepakaran di Hospital Sandakan dan Hospital Tawau pada tahun yang mendatang. Merujuk kepada pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai penubuhan Pusat Geriatrik seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Permatang Pauh dan juga Yang Berhormat Bukit Bendera. Inisiatif ini merupakan salah satu perancangan bagi memperkukuhkan penjagaan kesihatan geriatrik dan perkhidmatan ini melibatkan integrasi perkhidmatan penjagaan warga emas antara hospital dan klinik kesihatan dengan sokongan komuniti dan juga NGO serta pelbagai pihak bagi memastikan pemberian perkhidmatan geriatrik secara holistik dan bersepadu. Sehingga kini ada terdapat 14 buah klinik kesihatan dan tiga buah hospital kementerian di dua buah negeri yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan yang melibatkan pasukan multidisiplin di klinik kesihatan dan hospital. KKM sedang memperluas perkhidmatan ini ke seluruh negara secara berfasa demi kesejahteraan pesakit warga emas di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani isu kesesakan di hospital seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Kuantan kementerian telah mengambil beberapa langkah segera iaitu dengan saya juga telah jawab sebenarnya di antaranya dalam sesi yang lepas tetapi apa pun kita sebenarnya sedang memantapkan Unit Pengurusan Katil atau BMU bagi meningkatkan kecekapan pengurusan katil di hospital, mewujudkan juga discharge lounge untuk menyediakan katil bagi mereka yang memerlukan dan menambah baik masa discharge. Ketiga, memperluaskan penggunaan teknologi seperti inisiatif EM Watch yang berpotensi untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma khususnya di wad pemerhatian dengan membenarkan pesakit dipantau secara maya, preskripsi ubat secara dalam talian serta rujukan ke klinik pakar dan keempat meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya tentang fungsi Jabatan Kecemasan dan Trauma bagi merawat kes-kes kecemasan di mana pesakit bukan kecemasan boleh mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Bagi menangani masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital, Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) telah memperkenalkan inisiatif lanjutan waktu operasi selepas waktu pejabat, extended hours yang telah dijalankan secara rintis di KK Bandar Botanik, Klang bermula daripada 20 Mac tahun ini dan inisiatif ini telah membuktikan bahawa ia mampu mengurangkan kesesakan juga dan telah diperluas ke lima buah klinik kesihatan yang lain di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan juga Johor. Diharapkan agar inisiatif ini dapat diperluaskan di lebih banyak klinik kesihatan pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya sedikit mengenai kesesakan?
Ya.
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, mengenai kesesakan tadi saya bertemu dengan ramai juga di kalangan anggota-anggota pasukan beruniform terutamanya polis, tentera dan dengan veteran pun ada yang mana mereka mencadangkan dan mereka memohon supaya diberikan sedikit keistimewaan kepada pasukan beruniform yang banyak bagi pandangan ini daripada pasukan polis. Permohonan mereka ialah supaya kalau mereka datang dengan keluarga mereka mungkin boleh diberi satu laluan khas supaya mereka tidak perlu beratur dengan jasa yang mereka taburkan kepada negara mungkin tidak perlu beratur terlalu panjang terutama di wad-wad kecemasan. Jadi, saya mohon kalau boleh pihak menteri boleh pertimbangkan cadangan tersebut satu laluan khas kepada pasukan beruniform dan juga mereka yang bersara daripada pasukan beruniform.
Terima kasih, Yang Berhormat Tasek Gelugor. Insya- Allah kita akan cuba mempertimbangkan cadangan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu kesesakan dan keperluan peralatan moden di Hospital Pasir Mas seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang. Perlu saya nyatakan bahawa kadar penggunaan katil hospital pada tahun 2022 iaitu tahun lepas adalah hanya pada kadar 75.26 peratus daripada kapasiti 120 katil iaitu pada tahap yang optimum. Jadi, kita boleh sebenarnya menambah lagi kepada keperluan katil yang lebih tinggi. Bagi keperluan peralatan pula RM1.5 juta telah diluluskan pada Hospital Pasir Mas sejak 2020 hingga September 2023 dan peruntukan ini adalah bagi perolehan alat baharu serta penggantian peralatan sedia ada mengikut keperluan hospital tersebut. Yang Berhormat Sik juga menyentuh tentang kesesakan Hospital Daerah Sik.
Boleh minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri.
Boleh saya habiskan sedikit on kesesakan.
Okey.
Yang Berhormat Sik juga menyentuh tentang kesesakan Hospital Sik merupakan hospital tanpa pakar dengan kapasiti 93 katil dan kadar penggunaan katil pada Jun 2023 adalah masih rendah iaitu 48.61 peratus sahaja. Bagi memberikan perkhidmatan kepakaran hospital ini diletakkan di bawah kluster Kedah Tengah yang menerima 12 perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran secara lawatan pakar berkala dari Hospital Sultan Abdul Halim iaitu perubatan kecemasan pediatrik, obstetrik dan juga ginekologi, radiologi, oftalmologi, ortopedik, pembedahan am, psikiatri, perubatan respirator, otorinolaringologi, dermatologi dan juga nefrologi. Hospital Sik telah mempunyai kepakaran am secara residen. Sila.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ucap terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Menteri atas keperluan terutama hospital-hospital daerah yang memerlukan di naik taraf. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan Hospital Pasir Mas salah satu hospital pakar memandangkan kes-kes banyak dirujuk ke Hospital Kota Bharu sedangkan dari sudut kepadatannya sangat memerlukan kepada rawatan yang terutama hospital berdekatan dan yang terbaru ini saya dapat maklum bagaimana terpaksa dalam kes tertentu terpaksa wad lelaki dan wanita di campur kerana tidak cukup wad. Adakah cadangan untuk akan datang untuk ditambah wad baharu ataupun pembangunan baharu untuk menampung keperluan sebab Hospital Pasir Mas di Lati ini melibatkan dua Parlimen. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Rantau Panjang. Jadi berkenaan dengan perkara tersebut Hospital Pasir Mas merupakan hospital tanpa pakar yang telah melaksanakan konsep hospital kluster bersama dengan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) juga Hospital Tumpat dan Hospital Tengku Anis, ia ada kluster. Di hospital ini mempunyai kapasiti sebanyak 120 katil dan kadar penggunaan
katilnya adalah 75.62 peratus sahaja, Yang Berhormat pada tahun lepas iaitu pada kadar yang optimum. Di Hospital Pasir Mas sudah pun mempunyai perkhidmatan kepakaran secara residen dalam satu bidang kepakaran iaitu perubatan am melalui inisiatif hospital kluster. Hospital ini juga menerima pakar secara tetap di dalam tiga bidang kepakaran iaitu perubatan kecemasan, nefrologi dan juga geriatrik. Akan tetapi, apa pun bagi saya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau Panjang boleh juga kita cuba bincangkan nanti dengan lebih lanjut. Oleh sebab, setakat ini penggunaan hospital kluster itu amat kita rasa mencukupi buat masa ini tetapi kita akan tambah baik dari semasa ke semasa. Ini kerana buat masa sekarang juga kita tengah masih lagi dalam proses untuk melakukan pemetaan yang lebih terperinci untuk memastikan keperluan tersebut. Terima kasih. Beralih..
[Bangun]
Yang Berhormat, mencelah Yang Berhormat. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dalam siri jelajah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini ke Sabah, saya pasti beberapa isu mengenai perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah di highlight oleh penduduk Sabah yang berkesempatan bertemu dan juga menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong dan telah pun disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya yakin Yang Berhormat dan kementerian Yang Berhormat akan mengambil perhatian terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat Sabah dalam siri jelajah. Di kawasan saya Yang Berhormat, Klinik Telupid satu daerah di Telupid di Sabah merupakan satu statusnya adalah Klinik Telupid tetapi berfungsi sebagai sebuah hospital dan keperluannya yang diperlukan oleh masyarakat di kawasan Telupid adalah suatu keperluan fasiliti perkhidmatan yang bertaraf hospital.
Saya harap agar ini juga akan diambil perhatian untuk naik taraf klinik ini kepada hospital kerana keperluan yang mendesak klinik itu dinaiktarafkan dan perkhidmatan yang diberi oleh Kementerian Kesihatan adalah satu perkhidmatan bertaraf hospital. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya terima pandangan tersebut tetapi apa pun, itulah saya sebagai menteri yang baru masuk ke kementerian ini, dah 10 bulanlah dah hampir setahun. Jadi, saya nampak iaitu ada keperluannya yang kita lihat sebelum ini klinik-klinik khususnya di daerah pedalaman seperti tersisih. Jadi, kita jangka dan saya juga sedang berbincang dengan pihak kementerian untuk melihat sebenarnya dalam mana-mana penambahbaikan, baik pulih ataupun mungkin hospital baru atau fasiliti baru, kita kena letakkan satu perkara yang futuristik. Maksudnya dengan mengambil kira perkembangan populasi akan datang. Jadi insya-Allah perkara itu dalam perhatian dan kita akan tengok klinik-klinik yang berkenaan supaya mungkin boleh dinaiktarafkan dalam masa yang terdekat atau dalam masa beberapa tahun yang akan datang. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Kulim.
Yang Berhormat Menteri, Pulai boleh mencelah tak Yang Berhormat Menteri?
Boleh saya teruskan dahulu tak sebab ada ... [Disampuk]
Kulim, Kulim.
Boleh ya?
Saya bagi yang barulah. Silakan.
Okey. Minta maaf kerana saya lewat masuk dalam Dewan ini. Ada isu di HSA yang difahamkan ada naik taraf di HSA. So, boleh dapat perkembangan sikit tentang HSA? Ini satu. Keduanya saya difahamkan di Skudai ini akan ada satu hospital baru. Apa perkembangannya? Ketiganya, saya di berada di Pontian satu
masa dahulu, ada banyak isu hospital di Pontian ini. Ada apa-apa perkembangan tentang Hospital Pontian? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya tinggal 16 minit tetapi secara ringkasnya, apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Pulai tadi berkenaan HSA, memang betul hal itu telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim bahawa dia telah diberikan peruntukan sebanyak RM500 juta untuk menambah baik sistem parkir di Hospital Sultanah Aminah. Kemudian, HSA 2 ini dalam perancangan kita dan juga dalam perbincangan secara terperinci dengan beberapa agensi pusat lain dan insya-Allah kalau tak ada aral, HSA 2 juga kita akan bina tetapi bila masa itu, masih lagi kita bincangkan secara lanjutnya. Begitu juga dengan Hospital Pontian. Kita sedar bahawa Hospital Pontian juga ada permasalahannya tetapi Hospital Pontian ini seperti yang kita tahu, bed occupancy rate (BOR) pun masih rendah. Jadi, dia boleh dioptimumkan penggunaannya dan mungkin buat masa ini belum lagi memerlukan kepada pembinaan barulah. Baik, perkara yang seterusnya yang akan saya sentuh ialah berkenaan dengan sumber manusia.
Yang Berhormat, Kulim.
Boleh saya teruskan dahulu?
Sedikit sahaja, sedikit.
Sekejap ya, satu lagi topik saya sentuh dahulu.
Okey.
Sumber manusia ya. Beralih kepada isu-isu yang berkaitan dengan isu sumber manusia. Yang Berhormat Betong telah meminta agar bilangan doktor ditambah di Daerah Betong bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini telah ada seramai 63 orang pegawai perubatan lantikan tetap dan lantikan kontrak yang berkhidmat di Daerah Betong. Ini melibatkan pegawai perubatan yang berkhidmat di empat klinik kesihatan, satu klinik kesihatan ibu dan anak juga satu klinik komuniti dan Hospital Betong di daerah tersebut. Kementerian sentiasa memberikan keutamaan kepada anak kelahiran Sarawak untuk ditempatkan secara lantikan tetap atau kontrak di fasiliti kesihatan di Sarawak bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar penggunaan katil di Hospital Betong barulah hanya 50.55 peratus dan masih boleh beroperasi dengan optimum. Baik.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma saya hendak bertanya iaitu tentang klinik kesihatan di Taman Kota Kenari, Kulim di mana saya mendapat permohonan daripada pegawai kesihatan daerah untuk memohon menutup klinik kesihatan ini atas faktor salah satu faktornya adalah faktor kewangan. Jadi saya mohon sikit pencerahan daripada situasi ini. Baik.
Saya mohon ulang, klinik kesihatan apa tadi?
Klinik Kesihatan Komuniti Taman Kota Kenari, Kulim.
Baik. Saya tidak ada jawapannya sekarang, Yang Berhormat. Saya akan semak kembali dan memberi jawapan yang bertulis. Terima kasih. Mengenai sumber manusia lagi iaitu tentang perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Tangga Batu. Beliau mencadangkan kerajaan perlu menambah ahli fisioterapi agar selaras dengan saranan WHO iaitu satu bagi setiap 2000 orang penduduk. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Ogos tahun ini, terdapat seramai 1919 orang jurupulih perubatan fisioterapi dan pegawai pemulihan perubatan fisioterapi di kementerian. Pada masa ini, nisbah ahli fisioterapi KKM kepada penduduk Malaysia memang sangat jauh iaitu satu dalam nisbah 17,878 orang dan kalau kita sekalikan dengan swasta
iaitu ahli fisioterapi kerajaan dan swasta adalah satu dalam 6,800 orang penduduk. Masih jauh lagi. Langkah yang telah kita ambil untuk meningkatkan bilangan ahli fisioterapi adalah untuk meningkatkan keluaran graduan diploma fisioterapi ILKKM. Pada tahun 2022, kita hanya ada 76 orang dan ini sebenarnya adalah peningkatan daripada tahun 2020 iaitu hanya 52 orang. Kita juga melantik jurupulih perubatan atau fisioterapi secara lantikan kontrak bagi kesinambungan penyampaian perkhidmatan di kementerian. Sehingga 31 Ogos tahun ini, seramai 207 orang jurupulih perubatan fisioterapi lantikan kontrak sedang berkhidmat di KKM dan memohon pertambahan perjawatan kepada agensi pusat. 104 jawatan jurupulih perubatan fisioterapi pelbagai gred dan 27 jawatan pegawai pemulihan perubatan bagi fasiliti baru dan fasiliti naik taraf yang dijangka siap pada tahun 2023. Jadi, kita sedang menunggu jawapan itu dan 136 jawatan jurupulih ini juga daripada pelbagai gred dan 30 jawatan pegawai pemulih perubatan bagi fasiliti sedia ada. Yang Berhormat Ipoh Barat telah menyentuh isu kewajaran jumlah emolumen yang diterima oleh doktor atau jururawat dan pada masa ini, anggota kesihatan menerima emolumen termasuk elaun dan bayaran insentif. Selaras dengan prinsip Madani yang menitikberatkan kebajikan pekerja, kerajaan sedang menyemak semula gaji, insentif, elaun dan kemudahan anggota perkhidmatan awam termasuk pegawai di sektor kesihatan awam. Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKKPPA) pada 7 Ogos 2023 telah membincangkan kajian sistem saraan perkhidmatan awam sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam termasuk saraan petugas kesihatan. Saya menyambut baik keprihatinan Yang Berhormat Maran berkenaan kebajikan kakitangan perubatan yang tinggal jauh dengan pasangan. Urusan pertukaran pegawai perubatan di KKM diadakan empat kali atau lebih dalam masa setahun. Pada tahun lepas, KKM telah menerima 1,014 permohonan pertukaran pegawai perubatan yang bertugas berjauhan daripada pasangan masing-masing. Daripada jumlah permohonan tersebut, sejumlah 623 ataupun 61 peratus permohonan pertukaran telah pun diluluskan oleh kementerian. Bagi tahun ini sehingga 31 Ogos, sebanyak 182 lagi permohonan mengikut pasangan telah diterima daripada pegawai perubatan dan juga 102 telah pun diluluskan. Saya beralih kepada isu pendermaan organ, Tuan Yang di-Pertua yang dinyatakan oleh Yang Berhormat ... [Disampuk] .
Yang Berhormat Menteri. Maran, Maran.
Yang Berhormat Maran, ya.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas tindakan kementerian untuk menyelesaikan masalah pegawai-pegawai perubatan. Saya juga timbulkan masalah pembinaan hospital baru Maran. Hospital Maran ini telah diluluskan pembinaannya dalam RMKe-11 lagi, zaman Dato’ Seri Najib. Pada mulanya disusuli lebih kurang RM150 juta kemudian ditambah peruntukan semula masa – sebanyak RM200 juta. Kemudian semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan, Dato’ Sri Ismail Sabri meletakkan di sini sebanyak RM350 juta. Dalam tempoh itu, tapaknya masih sama tapi hari ini saya difahamkan, saya tidak tahulah di mana masalahnya. Saya dah melawat sendiri lima tapak, enam tapak dan dua tapak terkini dan akhirnya ini dikatakan hendak tukar pula tapak. Saya kata, apa benda kerja ini? Maran tidak ada hospital lagi, Yang Berhormat Menteri. Saya menghantar orang- orang yang post-mortem di Jengka ini sampai pukul empat ke lima pagi. Jadi kalau inilah tindakan yang tidak serius diambil oleh kerajaan, rakyat akan balas kita, kerajaan. Sebab itu saya minta berikan perhatian.
Jangan dolak-dalik lagi, jangan ada kongkalikung hendak buat hospital. Ini kepentingan rakyat, bukan kepentingan saya. Saya hanya perjuangkan. Minta Yang
Berhormat Menteri berikan perhatian kerana dua tiga Perdana Menteri sebelum ini tidak ada masalah, semua proceed bahkan tambah peruntukan segera RM350 juta. Terima kasih kepada bekas Perdana Menteri yang ke-9 yang ada bersama kita, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Itulah kalau keprihatinan sepatutnya sudah selesai masalah ini ya Yang Berhormat Maran, tetapi belum selesai juga di bawah saya. Tetapi apa pun untuk makluman ahli Yang Berhormat projek Hospital Maran...
Yang Berhormat Menteri, sekejap. Yang mendukacitakan kita dan rakyat ialah apabila Perdana Menteri baharu ini umumkan bantuan tambahan peruntukan hospital yang sedia ada dan juga yang baharu. Sedangkan hospital lama dan daerah, parlimen yang tidak ada hospital pun. Kita tidak berikan perhatian. Jadi sepatutnya...
Saya menolak pandangan tersebut Yang Berhormat Maran, sebab saya memang selalu memberi perhatian yang penuh kepada pembinaan hospital-hospital ini khususnya hospital-hospital di kawasan pedalaman. Yang Berhormat, sebenarnya kalau kita tengok ꟷ bagi sayalah kita kena memberi perhatian khususnya kepada hospital-hospital daif khususnya di kawasan-kawasan pedalaman. Hospital- hospital sebegini sebenarnya kalau kita lihat mereka ini hospital yang daif seperti itu adalah hospital yang dekat dengan komuniti dan saya memberikan keutamaan kepada hospital-hospital yang sedemikian daripada membina hospital baharu. Ini kerana, hospital itu satu dia dalam komuniti dia boleh direct servis kepada rakyat. Yang keduanya hospital-hospital seperti itu dia sudah ada dia punya bekerja maksudnya dia sudah ada dia punya team di situ, doktor sudah ada, nurses sudah ada. Yang lain-lain juga sudah ada. Jadi kita cuma hendak menambah baik. Akan tetapi, apa pun Yang Berhormat Maran, saya akan melihat tentang Hospital Maran ini walaupun saya ada jawapan ini, tetapi saya tinggal enam minit. Saya akan bagi jawapan bertulis.
Yang Berhormat Menteri...
Saya masuk yang lain, minta maaf saya tinggal ꟷ nanti banyak lagi saya tidak jawab. Terima kasih. Nanti kalau ada masa, saya bagi ruang. Berkenaan dengan derma organ. Ini juga merupakan satu perkara yang penting tentang dasar juga. Seterusnya, saya beralih kepada isu pendermaan organ yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat. Sangat rendah lagi. Saya menyambut baik keprihatinan Ahli Yang Berhormat yang menggesa agar KKM berusaha lebih lagi untuk menggalakkan pendermaan organ. Dalam hal ini, KKM komited untuk menggiatkan lagi; (i) perkongsian informasi terkini menerusi laman web rasmi iaitu Derma Organ, yang dibangunkan pada tahun 2020; (ii) penggunaan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan TikTok; (iii) program kesedaran secara berterusan melalui media utama seperti televisyen, radio dan surat khabar; (iv) kempen-kempen awam dengan kerjasama agensi luar; (v) penganjuran Minggu Kesedaran Pendermaan Organ (MKPO) secara tahunan juga kita lakukan dan baru-baru ini dilancarkan pada 7 September 2023 dan pelbagai aktiviti telah dijalankan; (vi) memanfaatkan penggunaan aplikasi MySejahtera bagi memperluas capaian dan memudahkan pendaftaran pengikrar penderma organ; dan (vii) melaksanakan latihan dan bimbingan berstruktur kepada pelbagai agensi luar untuk menjadi advocator pendermaan organ. Saya ingin memohon kepada semua ahli Yang Berhormat agar turut melaksanakan promosi supaya kesedaran awam mengenai kepentingan pendermaan organ ini dapat kita sebar luaskan.
Saya ingin menyentuh kemudiannya Tuan Yang di-Pertua tentang Skim Perubatan Madani. Yang Berhormat Kuala Langat telah bertanya mengenai status Skim Perubatan Madani. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Skim Perubatan Madani (SPM) diperkenal sebagai inisiatif bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan. Selain itu, SPM bertujuan membantu rakyat, khususnya kumpulan B40, bagi mendapatkan rawatan pesakit luar bagi kes-kes akut di klinik perubatan swasta (GP) secara percuma. Sejak skim ini diperkenal, lebih daripada 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes-kes akut telah diberikan melalui klinik-klinik swasta, dan 80,000 isi rumah telah mendapat manfaat skim ini. Jadi, begitulah kebaikan daripada skim ini telah dilancarkan oleh kerajaan Madani ini. Bilangan rawatan yang diberikan hampir mencecah 4,000 sehari Tuan Yang di-Pertua dan semakin meningkat. Kini, lebih 1,300 buah klinik swasta telah mendaftar dan bekerjasama dalam program ini sebagai panel dalam memberikan perkhidmatan. Jadi memandangkan sambutan yang amat menggalakkan ini, sukacita dimaklumkan bahawa Skim Perubatan Madani telah diperluas ke seluruh negara mulai 15 September 2023 termasuklah di kawasan-kawasan Ahli Parlimen sebelah sini [Merujuk kepada blok kerajaan] dan juga di sebelah sana. [Merujuk kepada blok pembangkang] Kementerian dengan ini mengalu-alukan klinik perubatan swasta di seluruh negara untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani dan saya juga berharap Yang Berhormat sekalian dapat membantu mempromosikan Skim Perubatan Madani Ini di kawasan masing-masing, untuk memastikan lebih ramai lagi rakyat mendapat kemudahan kesihatan ini.
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah, Bandar Kuching?
Ya.
Terima kasih. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif yang sangat baik ini. Disebabkan masa yang sangat terhad saya cuma hendak bangkitkan satu isu yang penting mungkin untuk perhatian Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ꟷ kita mendapat berita di Sabah di mana ada sebuah hospital dikatakan anak-anak telah dirampas daripada ibu mereka yang tiada dokumen. Saya tahu bahawa hospital telah membuat satu laporan polis dan mengatakan tiada isu seperti ini, tetapi saya rasa untuk kita hendak mempertingkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap isu ini sebab kita dengar memang ada kes sebegini. Malah ada satu kes di mana ibu telah murder-suicide disebabkan tekanan yang dihadapi isu ini. Saya rasa apakah pandangan Yang Berhormat Menteri, pandangan kementerian jika satu ICI atau external investigation yang lebih telus, lebih accountable dilakukan kerana bagi saya we should not tolerate anything like this. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang isu ini?
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching, saya bersetuju perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di hospital, khususnya hospital kerajaan, hospital public ini. Bagi saya polisi ‘no wrong door policy’ yang kita laksanakan ini perlu kita laksanakan baik-baik. Saya setuju untuk perkara macam ini kita perlu buat penelitian dan juga kita perlu juga ꟷ laporan polis yang sedang dilaksanakan itu kita lihatlah macam mana keputusannya dan saya buat sementara ini, kita akan buat penambahbaikan dan mungkin kita kena juga perlu bertemu bersemuka dengan petugas- petugas kita di hospital tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan melakukan penambahbaikan dan perlu ada empathy sebenarnya apabila kita melaksanakan tugas- tugas kita yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan kesihatan. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri...
Saya minta laluan sedikit, Puncak Borneo. Saya ada sebut mengenai Hospital Cancer Treatment Centre di Sarawak, Puncak Borneo.
Saya dahulu.
Boleh tidak saya jawab sedikit pasal EMR. Ini penting. EMR, kalau ada masa saya bagi ruang.
Yang Berhormat, Masjid Tanah on kesihatan mental.
Kesihatan mental tadi saya sudah sentuh. Saya sudah lepas yang itu.
Okey, terima kasih.
Baik. YB Sungai Petani pula telah membangkitkan mengenai jaminan keselamatan data pesakit yang d irekodkan dengan menggunakan Pendigitalan Rekod Perubatan Elektronik (EMR). Selaras dengan Dasar Keselamatan ICT (2019) dan memenuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, KKM telah pun menggariskan penguatkuasaan, kawalan dan langkah-langkah untuk melindungi data serta kerahsiaan maklumat pesakit yang dikendalikan secara elektronik. Keizinan mengakses data pesakit dihadkan kepada pihak yang berkelayakan sahaja berdasarkan Garis Panduan Pengendalian dan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit di Fasiliti KKM. Bagi meningkatkan keselamatan data pesakit dan mengelakkan kebocoran data, KKM mengambil langkah-langkah berikut: (i) melaksanakan audit trail bagi mengawal akses terhadap EMR secara berkala bagi memastikan pematuhan terhadap polisi yang ditetapkan; (ii) mengadakan sistem pengesahan dua faktor atau pengesahan multilevel untuk mencapai rekod perubatan; (iii) mengenkripsi data semasa perpindahan dan penyimpanan data secara elektronik; dan (iv) pengurusan hak akses yang teratur di mana hak akses hanya diberikan berdasarkan keperluan kerja. Jadi kita memang sangat mementingkan tentang data pesakit ini.
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat. Sila gulung.
Baik Tuan Yang di-Pertua. Mungkin saya boleh gulungkan. Jadi kalau saya tidak dapat menjawab itu saya akan menjawab secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tempoh separuh penggal pertama Rancangan Malaysia ke-12, pelbagai cabaran telah kita hadapi. Situasi yang amat memberi kesan kepada negara ketika itu tentu sahaja pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia serta hampir menjejaskan sistem kesihatan negara kita. Namun demikian, KKM telah berjaya mengatasinya dan akan berusaha untuk melaksanakan perancangan yang tergendala pada awal pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12.
Kerajaan Perpaduan Madani komited untuk terus meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan akan mengambil langkah-langkah yang seiring dengan Kertas Putih Kesihatan selaras dengan prinsip kemapanan, kesejahteraan dan ihsan yang merupakan sebahagian daripada nilai teras Madani. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penggulungan saya bagi perkara-perkara yang menyentuh tentang Kementerian Kesihatan. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana prihatin dengan isu-isu kesihatan. Sekali lagi, bagi perkara-perkara yang tidak sempat saya jawab, insya-Allah saya akan memberi jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab dalam masa 40 minit.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam segulai sejalai. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas yang bertemakan Malaysia Madani, Mapan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi. Kementerian Pendidikan Malaysia begitu komited dalam memastikan tumpuan utama Kajian Separuh Penggal ini dapat dijelmakan dengan hasil yang jitu, khususnya bagi perkara yang melibatkan pendidikan. Sebagai kementerian yang paling tebal kertas jawapannya maka saya harap masa akan memberikan keadilan kepada semua, khususnya yang akan bangkit mencelah dan juga yang telah pun bertanya dan membahaskan isu-isu sebelum yang akan saya cuba respons. Jika masa tidak mengizinkan, maka akan saya susul tindak dengan jawapan bertulis sebagaimana resam dalam Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 50 Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh lebih daripada 70 perkara yang telah pun dinyatakan di dalam Kajian Separuh Penggal ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat premis yang cukup tegas apabila membuat penegasan tentang pendidikan, khususnya dalam penegasan tujuh; menambah baik bakat tersedia masa hadapan, khususnya perkara lima, dalam tujuh perkara pokok lima yang menjadi tujahan utama iaitu penegasan yang menjadi kembar bersama iltizam untuk mengislahkan sistem pendidikan negara bagi melahirkan bakat tersedia masa hadapan. Atas sebab itu, islah ataupun reformasi pendidikan ini bukan perkara baru kerana ia sudah pun digerakkan secara dasar, kurikulum serta kebijakan pendidikan, pemegang taruh komuniti di akar rumput. Bagi terus memperkukuhkan agenda pendidikan negara ini, maka pelbagai inisiatif telah pun diambil termasuk prakarsa-prakarsa yang telah pun ataupun sedang dijalankan termasuk dari segi kurikulum, guru dan juga pembinaan karamah insaniah. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin menjawab beberapa perkara yang telah pun dibangkitkan. Sebagai contoh Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera telah membangkitkan tentang institusi pendidikan selalu disebut sebagai institusi merealisasikan nilai atau pun dengan izin, value realizing institution. Untuk itu, KPM turut memberi penekanan kepada aspek pendidikan manusiawi dan pembinaan karamah insaniah ataupun human dignity dengan izin melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti. Sebagai contoh, Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Bentong, pendidikan muzik serta pendidikan seni visual mampu membentuk kesedaran dalam diri individu dan menjadi platform terbaik dalam penerapan perpaduan dan nilai- nilai murni murid seperti yang dihasratkan. Pembinaan karakter melalui pendidikan muzik dan juga pendidikan seni akan memastikan murid menghargai hasil karya dan warisan budaya negara. Murid juga turut diberi peluang untuk melanjutkan pendidikan di Sekolah Seni Malaysia atau mengikuti program Permata Seni. Ini merupakan jaminan bahawa kesinambungan warisan seni dapat diteruskan menerusi murid yang berbakat ini. Selain pendidikan manusiawi, sistem pendidikan yang baik juga melaksanakan pendidikan kewarganegaraan, mempersiapkan anak didik menjadi rakyat yang bertanggungjawab, rakyat negara demokratik yang berbilang kaum serta mengangkat doktrin kebangsaan khususnya Rukun Negara. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Beruas berhubung kesedaran atau literasi politik, KPM telah menyediakan kandungan kurikulum berkaitan sistem pilihan raya dan sistem pentadbiran negara kepada murid tingkatan empat dan tingkatan lima di sekolah. Usaha ini adalah untuk memberi kesedaran kepada remaja di samping menggalakkan orang muda yang mencapai umur 18 tahun menyertai pesta demokrasi
khususnya pilihan raya umum. Komponen tersebut disusun berdasarkan tema dan tajuk khusus serta sisipan sosio kronologi dalam mata pelajaran Sejarah. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab terhadap urusan demokrasi negara, hak warganegara serta menanam esensi patriotisme penting serta kesetiaan kepada raja dan negara serta menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Falsafah pendidikan kebangsaan yang mengaspirasikan pembinaan insan yang seimbang dan sepadu itu tidak boleh hanya indah di atas kertas tetapi mesti dijelmakan dengan proses dan mekanisme pelaksanaan yang berkesan. Oleh sebab itu, KPM serius dalam pelaksanaan perkara-perkara yang mengukuhkan dan membina otak dan watak terpadu. Penglibatan murid dalam aktiviti di luar bilik darjah sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar juga telah diambil tindakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Terkini, KPM telah memperkenalkan Program Kem Pembinaan Karakter yang bertujuan untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berdaya saing tinggi. Menerusi Kem Pembinaan Karakter, nilai- nilai seperti kesederhanaan, kejujuran, disiplin, kerjasama dan kebebasan berfikir diperkukuhkan dalam kalangan murid. Program ini Yang Berhormat melibatkan partisipasi anak-anak dan pelajar sekolah menengah merentas kaum, ras dan agama di seluruh negara. Kita sudah pun melaksanakan projek rintis khususnya di Negeri Sembilan dengan 800 orang pelajar tingkatan enam, Kedah, Pulau Pinang dan juga Selangor. Ahli Yang Berhormat, seterusnya berkaitan dengan Dasar Pendidikan Digital.
Dengan izin. Mohon penjelasan. Terima kasih. Saya rasa itu perkembangan yang sangat baik cuma apabila saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri, ini masih di peringkat rintis. Maksudnya aplikasi itu saya dengar kurang daripada 2,000 orang yang menyertai. Persoalannya, bila ia boleh scale up ke peringkat nasional supaya dapat melibatkan lebih ramai, bukan sahaja golongan yang terpilih. Terima kasih.
Terima kasih. Ia adalah perluasan di peringkat semua sekolah menengah dan kita akan teruskan program ini dari semasa ke semasa. Tidak perlu risau, semua akan terlibat. Tidak akan ada siapa yang dipinggirkan termasuk Muar. Seterusnya Yang Berhormat, Dasar Pendidikan Digital. Ahli Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Gua Musang ada? Ada. Ahli Yang Berhormat turut senada dalam menyokong kepada kepentingan komponen pendigitalan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, matlamat Dasar Pendidikan Digital bertujuan untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing. Untuk itu, dasar ini menggariskan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang yang bertujuan untuk memastikan eko sistem pendidikan kekal relevan dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ledang dan Yang Berhormat Gua Musang, menerusi salah satu teras dalam Dasar Pendidikan Digital, standard kompetensi digital murid telah dihasilkan bagi memastikan semua murid berpeluang mencapai kompetensi digital mengikut aras yang ditetapkan. Ahli Yang Berhormat Beruas, bagi terus menyokong Dasar Pendidikan Digital, KPM telah melaksanakan pelbagai program pemerkasaan pendidikan digital. Program ini dapat menyokong pelaksanaan kurikulum dan kurikulum dalam bidang pengaturcaraan dan pemikiran computational. Dari aspek kurikulum, KPM telah memperkenalkan coding dengan izin atau bahasa pengaturcaraan bermula daripada tahun empat sekolah rendah menerusi mata pelajaran reka bentuk dan teknologi. Ia terus berkembang Yang Berhormat ke sekolah menengah dengan program scratch dan dalam mata pelajaran asas sains komputer dan juga mereka juga berpeluang mempelajari bahasa pengaturcaraan Java dan juga mengikuti pertandingan-pertandingan seperti Mind Craft Android menerusi pembangunan aplikasi android dan juga pelbagai lagi dimensi digital.
Seterusnya Yang Berhormat, berkaitan dengan pendidikan STEM. Matlamat pendidikan STEM adalah selaras dengan teras empat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 iaitu untuk melahirkan bakat STEM yang adaptif, kompeten dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi terutamanya dalam perubahan ekonomi global dan teknologi yang serba pantas. Untuk itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rasah, ada? Yang Berhormat Rasah tidak ada. Untuk itu, bagi memastikan STEM ini terus berada dalam radar dan pantauan khusus Kementerian Pendidikan Malaysia, maka KPM telah memperkenalkan inisiatif pengukuhan pendidikan STEM dan akan bekerjasama terus dengan MOSTI untuk memberikan hala tuju baru STEM negara. Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat ada? Tidak ada. Yang Berhormat Temerloh, ada. Yang Berhormat Sungai Besar tidak ada tetapi Yang Berhormat Temerloh yang telah membangkitkan pendidikan TVET.
KPM sentiasa komited dalam memastikan pendidikan TVET melalui kolej vokasional, sekolah menengah teknik dan juga program vokasional di sekolah menengah harian dapat memenuhi keperluan tenaga kerja serta bakat masa hadapan selaras dengan Penegasan 7 dalam KSP RMKe-12. Yang Berhormat Temerloh telah menyentuh tentang peranan syarikat serta agensi luar dalam memperkasakan pendidikan TVET. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan KSP turut memberi penekanan kepada menggalakkan penglibatan industri dalam pelaksanaan program TVET. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah melaksanakan kerjasama strategik dengan industri melalui pemindahan teknologi termaju, latihan berkaitan industri untuk pelajar TVET KPM dan penempatan kerja graduan kolej vokasional. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar kebolehpasaran anak-anak TVET ini sangat menakjubkan iaitu melebihi 90 peratus, manakala dari segi enrolmen kita juga di kolej- kolej vokasional adalah lebih daripada 90 peratus. Kita juga ada melaksanakan program TVET untuk murid berkeperluan khas. Sehingga kini, terdapat empat buah sekolah menegah pendidikan khas vokasional. Kita juga telah melaksanakan program khas tahfiz kolej khusus untuk anak-anak kita yang berada di kolej tahfiz untuk memastikan juga mereka mendapat pendedahan tentang TVET. Untuk itu, Yang Berhormat, bagi kerjasama yang telah dilaksanakan oleh TVET KPM, termasuklah pelaksanaan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan kerjasama McDonalds dalam bidang penyediaan dan pembuatan makanan, Shell dalam bidang kimpalan minyak dan gas serta L’Oreal dalam bidang kosmetologi dan juga terdapat bidang-bidang yang lain. Yang Berhormat Tenggara ada? Yang Berhormat Tenggara menyentuh tentang menyediakan murid TVET yang berkemahiran dalam bidang yang terkini seperti electric vehicles (EV). Untuk makluman Yang Berhormat Tenggara, KPM telah mengambil inisiatif proaktif untuk memperkenalkan bidang pengajian berkaitan electric vehicles serta automotif hibrid di Kolej Vokasional Pengerang, Johor. Perancangan rapi sedang dilakukan bagi memastikan kursus yang bakal ditawarkan ini dilengkapi dengan peralatan yang lengkap. Yang Berhormat Sungai Besar ada? Tidak ada. Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Tenom telah bertanyakan— ada Yang Berhormat Bukit Bendera? Yang Berhormat Tenom? Yang Berhormat Tenom ada. Telah bertanyakan tentang memperkenalkan pendidikan pertanian dari peringkat sekolah rendah. Buat masa ini, KPM telah pun menawarkan mata pelajaran elektif ikhtisas Pertanian untuk murid Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di tiga buah sekolah menengah teknik dan 358 buah sekolah menengah kebangsaan. KPM juga menawarkan mata pelajaran vokasional Tanaman, Makanan dan Akuakultur di 18 buah sekolah menengah kebangsaan bagi memupuk minat dan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya berkaitan dengan infrastruktur pendidikan. Begitu banyak sekali soalan tentang infrastruktur ini.
Yang Berhormat Menteri, boleh hendak tanya sedikit? Temerloh.
Ya.
Temerloh ada membangkitkan isu berkaitan dengan Hadis 40. Ada jawapan tak?
Ada.
Okey.
Ada. Namanya pun Hadis 40. Kalau tolak lima, tidak nama Hadis 40. Baik. Ahli Yang Berhormat Bachok tidak ada. Yang Berhormat Pasir Mas? Ada. Yang Berhormat Libaran? Tidak ada. Yang Berhormat Batang Lupar?
Saya, saya.
Ada. Yang Berhormat Batang Sadong? Yang Berhormat Lubok Antu? Yang Berhormat Stampin?
Ada, ada. Lubok Antu.
Yang Berhormat Baram? Yang Berhormat Tenom. Baik. Ada membangkitkan perkara berkaitan bangunan daif di sekolah. KPM sentiasa komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid. Tempoh masa bagi pembangunan semula bangunan daif di sekolah adalah tertakluk kepada beberapa faktor terutamanya ketersediaan tapak skop yang dimuktamadkan, lokaliti tapak serta memenuhi keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan. Yang Berhormat Stampin ada? Yang Berhormat Stampin tidak ada. Yang Berhormat Batang Sadong? Yang Berhormat Tanjong Manis? Ada, okey.
Tanjong Manis ada.
Untuk makluman Yang Berhormat— terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong yang telah mengiringi kunjung hormat saya ke Sarawak pada minggu lepas. Berhubung pelaksanaan projek pembangunan bangunan daif di sekolah khususnya kos di bawah RM50 juta seperti yang dibangkitkan, proses peralihan bidang kuasa bagi pelaksanaan projek pendidikan bernilai RM50 juta ke bawah kepada jabatan teknik Sarawak telah dilaksanakan bermula Rancangan Malaysia Ke-12 rolling plan 3, dengan izin, tahun 2023. Selaras dengan pengiktirafan di bawah AP 182, jabatan teknik Sarawak diberi kuasa untuk melaksana projek termasuk urusan perolehan serta kontraktual. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah RP3 tahun 2023, sebanyak 27 projek baharu telah diserahkan kepada JKR Sarawak untuk pelaksanaan. Ahli Yang Berhormat Batang Lupar ada? Yang Berhormat telah membangkitkan isu kelewatan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelewatan dalam pelaksanaan projek bukanlah disebabkan oleh faktor peruntukan, sebaliknya disebabkan oleh faktor lain seperti keperluan penyesuaian reka bentuk berdasarkan keadaan muka bumi di tapak dan prestasi kontraktor. Yang Berhormat Baram ada? Sambungan kepada isu ini, Yang Berhormat Batang Lupar, saya ingin menyentuh bahawa sebuah unit khas di kementerian bagi memantau pelaksanaan projek pembangunan bangunan daif dan juga pelaksanaan projek-projek ini, KPM ingin memaklumkan bahawa salah satu inisiatif adalah melalui inisiatif Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara untuk memperkasa pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah dan juga memantau pelaksanaan penambahbaikan projek-projek ini bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan segera.
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sedikit? Batang Lupar.
Ya.
Saya hendak tanya satu soalan sahaja, Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan pembinaan SMK Sebuyau yang saya lihat telah diluluskan sejak RMKe-11. So, jawapan yang sebelum ini diberikan oleh kementerian akan ditender dalam masa terdekat, tetapi sekarang masih belum ada khabar berita. Jadi, saya ingin enlighten, dengan izin, daripada pihak KPM. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, sekolah...
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar.
...Di Tanjong Manis pun sama.
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Projek pembinaan gantian penuh Sekolah Menegah Kebangsaan Sebuyau telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, rolling plan 1 tahun 2016. Tempoh pembinaan adalah selama 36 bulan. Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan Peta Zon Bencana Seismik Malaysia bagi pengurusan bencana yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, terdapat keperluan untuk mengubah reka bentuk projek asal kepada reka bentuk seismik, reka bentuk kalis perubahan cuaca ini yang menyebabkan berlaku peningkatan kos. Permohonan peningkatan kos ini akan diangkat kepada agensi pusat untuk kelulusan dan projek ini dijangka akan ditender pada awal tahun 2024. Ahli Yang Berhormat, kita sangat komited untuk memastikan infrastruktur yang dibina semuanya selamat untuk anak-anak kita.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tanjong Manis, Tanjong Manis, Yang Berhormat Menteri.
Tanjong Manis?
Sekolah sudah diiktirafkan tidak selamat oleh pihak JKR, menunggu masa sahaja lagi. Tolong ambil perhatian segera. Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat Tanjong Manis, terima kasih. Proses peralihan bidang kuasa ini— ini berkaitan dengan— ada yang disebut sekolah spesifik, Yang Berhormat Tanjong Manis?
Bangunan sekolah yang telah diiktiraf tidak selamat oleh pihak JKR perlu dibaiki segera.
Ya. Kita setuju yang itu, Yang Berhormat Tanjong Manis, kerana kita sedang dimaklumkan ia dalam perhatian penuh di peringkat PPD dan juga JPN Negeri.
Yang Berhormat Menteri, mencelah sebentar. Temerloh. Hendak bertanya sedikit, sebab kita mendapat maklumat berkaitan dengan Tahfiz OKU Al-Fateh Songsang yang saya sendiri turun melihat begitu daif. Agaknya bagaimana...
Bawah KPM atau tidak itu, Yang Berhormat Temerloh?
Ia didaftarkan.
Didaftarkan bawah KPM atau tidak?
Tidak pasti.
Check dahulu...
Tetapi tahfiz OKU di situ.
Check dahulu, baru saya jawab.
Okey, terima kasih.
KPM menyambut baik saranan Ahli Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kinabatangan— ada?— Yang Berhormat Ledang berhubung keutamaan kerajaan dalam menyediakan infrastruktur asas bagi membolehkan murid- murid belajar di sekolah dengan selamat tanpa mengira latar belakang, keadaan dan juga status sekolah tersebut. Ini saya bersetuju betul dengan Yang Berhormat Ayer Hitam kerana kita tidak akan meminggirkan mana-mana sekolah pun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta pencelahan sedikit.
Bagi saya habiskan dahulu ini. Saya hendak jawab Yang Berhormat Ayer Hitam ini.
Terima kasih.
Penting Yang Berhormat Ayer Hitam punya penyataan di dalam Dewan ini yang sangat penting. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM menyalurkan peruntukan penyelenggaraan kepada sekolah berdasarkan keperluan (needs-based) dengan adil dan sewajarnya berdasarkan permohonan dan susunan keutamaan tanpa mengira sekolah bantuan atau sekolah kerajaan serta negeri.
Untuk itu Yang Berhormat, menjawab kepada persoalan Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Ledang bertanya tentang isu penyelenggaraan tandas.
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Saya habiskan dahulu Yang Berhormat Ledang ini
(i) dashboard sekolah daif; dan (ii) dashboard yang berkaitan dengan penyelenggaraan tandas yang dipantau rapi oleh KPM menerusi dashboard pemantauan penyelenggaraan kecil. Dashboard diakses untuk pemantauan oleh pengurusan tertinggi di KPM serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri serta Pejabat Ketua Setiausaha Negara. Silakan Yang Berhormat Puncak Borneo.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga seperti Yang Berhormat Tanjong Manis, ada sekolah yang telah disahkan tidak selamat iaitu SK Peruh Keru, di mana sekolah ini kita telah memohon untuk dipindahkan sebab tanah tidak selamat dan juga keadaan daif. Sekarang sekolah ini langsung tidak boleh digunakan dan murid-murid terpaksa dipindah ke dewan serba guna pada ketika ini. Jadi, saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk melihat perkara ini dengan lebih serius dan bantu kami di Puncak Borneo. Kedua, kita ada sekolah SK Taba Sait yang telah dibina baru. Saya mendengar dengan cukup gembira tadi bahawa Yang Berhormat Menteri mengatakan KPM tidak ada masalah kewangan tetapi kita telah menunggu dua tahun untuk perabot-perabot sekolah SK Taba Sait sampai sekarang belum tiba. Jadi, saya meminta jasa baik Yang Berhormat Menteri yang selalu senyum, cantik, molek supaya membantu kitalah, sebab kalau duit ada mesti senyum. Jadi, tolonglah kita ini terima kasih.
Okey, terima kasih. Saya sebut peruntukan untuk projek yang telah pun sedia ada, bukan tidak ada masalah kewangan. Itu kena dengar betul-betul itu, Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya ambil maklum, saya akan susul tindak melalui jawapan bertulis...
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja.
...dan juga susul tindak Parlimen. Ya, silakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan tahniah atas kenyataan yang cukup baik. Oleh kerana kita patut membantu atau sekolah daif, ia perlu dibaiki tanpa mengira aliran dan di mana mereka berada, memang betul. Saya difahamkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi kelulusan RM1.4 bilion untuk semua sekolah. Saya hendak menyarankan pada Yang Berhormat Menteri, memandangkan Yang Berhormat Menteri mengatakan tidak kiralah sekolah bantuan modal, sekolah kerajaan, sepatutnya prioriti itu kalau tadi ada berapa orang rakan sebut yang tidak selamat, ya betul. Daripada pengesahan JKR, tidak selamat itu sepatutnya tidak kira sekolah apa, kita kena buat semula. Kedua, ada masalah pendawaian. Ini antara masalah yang paling kerap, yang boleh mendatangkan risiko pada pelajar. Jadi, saya hendak tahu pendirian kementerian sama ada RM1.4 bilion itu akan digunakan untuk sistem pendawaian yang merupakan satu komponen yang paling kritikal dalam pembaikan sekolah. Ketiga, kalau pembaikan itu perlu dilakukan, adakah ia akan terus di salurkan kepada JPN, sekolah ataupun kaedah apa? Dapat melalui LPS atau macam mana ia dilakukan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Saya ambil perhatian penuh saranan tersebut. Cuma saya ingin menegaskan begini, Yang Berhormat Ayer Hitam. Pertama, sebagaimana yang telah kita tegaskan sebentar tadi bahawa tidak ada sekolah yang dipinggirkan dan ia bergantung kepada apakah jenis permohonan yang dipohon. Jadi, peruntukan itu adalah berdasarkan permohonan yang dipohon. Dalam masa yang sama, ada peruntukan yang kita berikan pada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti penyelenggaraan tandas dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tentang peruntukan ini kita akan ada dimensi-dimensi tentang bagaimana penurunan itu dibuat. Saya setuju, ada yang akan diberikan melalui- kebanyakannya akan diuruskan oleh peringkat JPN dan PPD. Kita sedang meneroka Yang Berhormat, bagaimana kita hendak memastikan bahawa sekiranya kita beri peruntukan ini kepada LPS dan PIBG, bagaimana proses pemantauan itu pun kita boleh laksanakan selepas ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan...
Yang Berhormat Menteri, boleh Ledang?
Yang Berhormat Ledang? Okey, silakan Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih. Saya rasa daripada segi perbincangan ataupun yang kita hendak bawa ini adalah berkenaan dengan RMKe- 12 ini juga. Berkenaan dengan perkara dasar. Saya rasa kalau daripada segi keperluan sekolah, memang tidak habis, banyak. Jadi, kalau berkenaan dengan RMKe-12 dan rancangan ini, saya telah cadangkan supaya kita ada satu dasar khusus berkenaan dengan penyelenggaraan sekolah. Mungkin ada keperluan untuk pihak kementerian sendiri ambil alih daripada segi penyelenggaraan sekolah dan tidak hanya bergantung kepada Kementerian Kerja Raya ataupun lain-lain. Saya rasa mesti ada satu dasar yang jangka masa panjang supaya kita elakkan daripada perkara-perkara yang sentiasa akan dibangkitkan setiap kali dalam sesi atau pun dalam sidang-sidang yang akan datang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya ambil perhatian penuh dan mohon ucapan Yang Berhormat Ledang itu dimasukkan ke dalam ucapan saya. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, Kota Melaka.
Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka ada bahas tidak?
Ada, ada.
Ada. Ya, silakan Yang Berhormat Kota Melaka.
Minta maaf Yang Berhormat Menteri sebab nanti saya ada Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas. Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri jawab tentang projek pembinaan sekolah baharu, ada yang ambil masa terlalu lama untuk disiapkan. Contohnya, di kawasan saya.
Okey, saya dapat.
Pembinaan sekolah baharu Sekolah Kebangsaan Duyong 2 yang telah ambil lebih daripada....
Yang Berhormat hendak saya jawab sekarang ke ataupun secara bertulis?
Ya, ya, jawab sekarang. Terima kasih.
Jawab sekarang, baik. Berhubung dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka itu, Projek Pembinaan SK Duyong 2 masih berada dalam fasa pra-bina. Manakala, status pembinaan SMK Seri Duyong pula, projek tersebut telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 95.42 peratus berbanding jadual 100 peratus hingga 31 Ogos tahun 2023. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lanjutan kelulusan kebenaran merancang bagi SK Duyong 2 telah diperolehi pada 4 Ogos tahun 2023. Kronologi ini sangat panjang, Ahli Yang Berhormat. KPM telah membuat bayaran akhir kepada pihak Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah bagi tujuan pemprosesan pelan bangunan dan sedang menunggu kelulusan pelan bangunan tersebut. Dalam masa yang sama, KPM juga telah menghantar dokumen Jawatankuasa Standard dan Kos untuk kelulusan agensi Pusat tersebut. Mesyuarat tersebut dijangka akan bersidang pada 29 September 2023. Setelah kelulusan daripada jawatankuasa diperolehi, projek dijangka akan diiklankan pada November 2023. Diikuti dengan pengeluaran surat setuju terima kepada kontraktor yang berjaya pada Mac 2024. Itu rentetan kronologi untuk Sekolah SK Duyong 2. SMK Sri Duyong, sebagai mana yang saya maklumkan tadi, baki kerja di tapak, termasuklah kerja-kerja penambakan padang, penyediaan laluan, acceleration lane dan juga bekalan air secara kekal, pemasangan perabot terbina, perabot terlerai serta kerja- kerja menurap jalan setelah kerja-kerja tambakan padang dilaksanakan. Kelewatan pelaksanaan projek ini disebabkan percanggahan antara lukisan dan Bill of Quantity (BQ) yang telah disediakan perunding juruukur bahan terdahulu. Percanggahan BQ yang melebihi 41 item tersebut melebihi nilai RM1 juta dan perlu dibawa kepada kelulusan Kementerian Kewangan. KPM telah menamatkan perkhidmatan perunding juruukur bahan terdahulu dan telah melantik perunding juruukur bahan baharu bagi memastikan perkara ini dalam keadaan teratur. Jadi Yang Berhormat, saya sendiri akan pantau projek ini sehingga selesai. Jangan risau, okey.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri sebab apa yang dimaklumkan ialah dijangka projek itu akan hanya siap pada hujung tahun 2024.
Saya faham Yang Berhormat tetapi proses itu seperti yang saya terangkan pada Yang Berhormat. Yang Berhormat tengok tadi kan, ia ada proses yang sangat panjang untuk kelulusan-kelulusan jawatankuasa yang memerlukan komitmen yang cukup tinggi daripada KPM dan kita akan pastikan ia tetap siap.
Ya, kita harap ia boleh siaplah lebih cepat
Baik Yang Berhormat.
Oleh sebab ia kata hujung tahun 2024, terlalu lama itu.
Baik, baik. Rentetan daripada itu, saya ingin menegaskan bahawa KPM tidak akan sekali-kali menghentikan tumpuan serta
perancangan pembinaan dan pembangunan infrastruktur pendidikan di semua negeri di Malaysia. Ada kelewatan tetapi kita tidak pernah hentikan sebarang pembangunan. Jadi, kalau hendak jadi Ahli Yang Berhormat bertanggungjawab, masuk Dewan kena pastikan fakta betul.
Yang Berhormat Menteri.
Jangan masuk Dewan, merengek-rengek bagi tahu hearsay, saya dengar itu, saya dengar ini, tidak betul.
Yang Berhormat Menteri
Yang Berhormat Menteri.
Jadi, ini adalah Dewan- sebentar. Ini ialah Dewan yang sangat penting, yang akan memastikan bahawa semua projek yang kita laksanakan ada jaminan untuk disiapkan. Jadi, tidak perlu ataupun menggunakan Dewan ini dengan perkataan-perkataan merengek-rengek dan hearsay ini. Ini tidak boleh berlaku dalam Dewan yang mulia ini. Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya menjangka jawapan ini adalah bagi menjelaskan, apakah yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Muar pada hari beliau berbahas, yang mana beliau berkata ada ura-ura apabila beliau bertukar kepada blok pembangkang, seolah-olah ditekan oleh kerajaan yang tidak profesional. Beberapa projek yang sebelum ini dapat kelulusan tetapi dihentikan sewaktu beliau memilih untuk menjadi pembangkang. Saya memang ingin menyatakan penghargaan kepada kementerian kerana meneruskan komitmen tidak kira kawasan, tidak kira siapakah latar belakang parti, terus memberikan komitmen untuk membinakan sekolah atau pun membaiki kan sekolah di situ.
Apa yang saya bimbangkan ialah hujah-hujah sebegini akan terus dilontarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di situ, pembangkang terutamanya Yang Berhormat Muar. Apabila beliau bertukar kepada blok pembangkang, beliau cuba...
Tuan Yang di-Pertua, apakah soalan sebenarnya? Tidak ada bahas pun.
Beliau cuba kaitkan isu-isu dan persepsi bahawa kerajaan itu di dalam selective prosecution. Dia memilih bulu untuk tidak menjaga kawasan pembangkang. Saya lagi bimbangkan adalah apabila salah satu kes yang beliau sangkut. Dia akan terus kaitkan perkara ini yang mana kata kerajaan akan memilih bulu, selective prosecution.
Soalan apa? Soalan? Berkenaan apa? [Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor mempengerusikan
Soalannya adalah kalau kawasan Muar boleh diteruskan dengan projek-projek pembangunan dan pembaikan di sekolah-sekolah di kawasan pembangkang, apa nasib MP kerajaan khususnya di kawasan Gopeng yang saya telah pun sampaikan permohonan kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian untuk perbaiki di kawasan Gopeng untuk kebaikan dan manfaat kepada warga pendidik dan pelajar-pelajar di kawasan Gopeng.
Hanya kerana Muar...
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya percaya...
Saya perlu jawab kepada Yang Berhormat Gopeng kerana Yang Berhormat Gopeng maksudkan Muar secara spesifik dan khusus.
Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya untuk jawab.
Ahli-ahli Yang Berhormat, refer balik peraturan. I will not tolerate nonsense. Okey? Kalau hendak bangun, nyatakan sebab. Peraturan saya layan. Ini floor Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6). Seseorang ahli tidak... [Pembesar suara dimatikan]
Tekan.
Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli yang lain.” Yang Berhormat Gopeng secara spesifik menuduh Muar dalam menyebarkan berita palsu. Izinkan saya berikan penerangan, Yang Berhormat. Dalam bab ini, saya dapat pengesahan daripada pihak ICU. Sebaik sahaja saya berada di blok ini, peruntukkan telah ditarik dan dikosongkan. Persoalan sama kepada semua Ahli Parlimen pembangkang yang saya yakin sampai hari ini belum mendapat peruntukkan. Dalam RM3.8 juta yang semua Ahli Parlimen kerajaan dapat, RM2 juta boleh diperuntukkan untuk bina dewan...
Ini peruntukankah pembangunan ini? Jangan konflik lah.
Baik pulih sekolah dan bantu orang susah. So, jangan hendak tuduh.
Yang Berhormat.
Persoalannya, kenapa ada Ahli Parlimen kerajaan boleh dapat RM4 juta, pembangkang RM0. Jawab kepada rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar sangka jahat. Sebenarnya Yang Berhormat Muar yang sangka jahat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, duduk. Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat Muar telah bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6) – berapa tadi?
Peraturan Mesyuarat 36(6). Terima kasih.
Okey, baik. Peraturan Mesyuarat 36(6) adalah spesifik kepada apa yang dituturkan oleh yang bercakap.
Saya jelaskan.
Saya masuk tadi selepas Timbalan Yang di-Pertua, Puan Alice Lau Kiong Yieng. Perkara ini berlaku sebelum ya. Saya mahu berlaku adil. Yang Berhormat Muar, usulkan. Ini kerana saya terpaksa refer balik kepada Hansard apa yang dinyatakan and which specific item dengan izin yang dimaksudkan. Baik, selesai ya. Baik, duduk Yang Berhormat Muar. Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, silakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneruskan dengan jawapan saya kepada Ahli Yang Berhormat Kluang. Tidak ada. Yang Berhormat Sungai Petani? Yang Berhormat Sungai Petani ada. Yang Berhormat Bangi? Ada. Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Kuala Terengganu yang menyentuh tentang cadangan pembinaan institusi pendidikan termasuk sekolah, kolej matrikulasi, sekolah menengah kebangsaan agama serta kolej Tingkatan Enam yang akan dijenamakan sebagai ‘Kolej Pra Universiti’. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa berusaha secara berterusan untuk memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi dan berada dalam keadaan baik dan kondusif agar menjamin keselamatan dan keselesaan warga sekolah. Dalam konteks pembinaan institusi pendidikan baharu di atas tanah yang dirizabkan untuk
tujuan pendidikan, KPM sentiasa mendapat input dan cadangan dari Jabatan Pendidikan Negeri. Seterusnya, KPM akan melaksanakan analisis keperluan secara terperinci selain daripada kesediaan tapak atau tanah. Antara perkara lain yang diambil kira adalah bilangan dan kapasiti institusi pendidikan sedia ada yang berhampiran, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan penduduk dengan izin catchment area serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama-sama pihak berkuasa tempatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kesesakan murid di sekolah di kawasan turut diutarakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Antara usaha yang diambil oleh pihak KPM bagi mengatasi masalah tersebut adalah melalui penambahan bilik darjah di sekolah sedia ada berdasarkan keperluan dan kesesuaian tapak atau pembinaan sekolah baharu. Perbincangan dengan ibu bapa juga kita laksanakan sebagai memberikan mereka beberapa pilihan sekolah-sekolah lain dalam radius yang terdekat. Seperti saya maklumkan tadi, rancangan pembinaan institusi pendidikan akan turut mengambil kira perubahan serta inisiatif terkini. Silakan Yang Berhormat Bangi.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma, kami di Bangi ini seperti yang telah saya katakan dalam hujah saya bahawa kita adalah sebuah kawasan Parlimen yang amat padat, 690,000 orang penduduk dan kami amat-amat memerlukan sekolah baharu. Sekolah yang adapun tidak cukup untuk menampung, terpaksa tambah kelas lagi dan kemudian dana pun tidak cukup. PIBG terpaksa menjadi kreatif untuk mendapatkan dana. Jadi, saya berharap sekurang- kurangnya tiga buah sekolah yang sedang dibina ataupun telah dirancang akan dipercepatkan dan minta untuk pertimbangkan supaya tambah lagi satu atau dua buah sekolah dalam RMKe-12 ini, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jawab sedikit.
Sebentar Yang Berhormat Menteri, sebentar Yang Berhormat Menteri. Tadi, di dalam Dewan kita tidak sepatutnya sebut nama Yang Berhormat. Saya tarik balik atas nama Yang Berhormat Alice, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua 2. Teruskan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya jawab sedikit Yang Berhormat Bangi. Khususnya Yang Berhormat Bangi telah menyentuh tentang Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bangi, kontraktor penyiap telah dilantik bagi menggantikan kontraktor asal untuk projek pembinaan SMK Bandar Tun Hussein Onn. Sehingga 31 Ogos 2023, kemajuan semasa projek adalah 29 peratus berbanding jadual iaitu 14 peratus. Manakala, kemajuan sebenar projek yang merangkumi kontrak asal dan kontrak semasa adalah sebanyak 70.89 peratus. Projek ini akan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan dan sekiranya projek ini dilaksanakan mengikut jadual, sekolah ini dijangka siap pada 23 Jun 2024 dan dapat beroperasi pada sesi persekolahan tahun 2025. Nanti kita pergi sama-sama. Kedua, sekolah yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bangi juga adalah SK Alam Sari. Sebenarnya perolehan tanah bagi tapak projek ini telah pun dikemukakan oleh KPM melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian kepada PDT Hulu Langat dan kini dalam proses kelulusan. Jadi, kita akan ambil masa sedikit untuk memastikan semua prosedur ini mengikut aturan dan sekolah ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang dicadangkan.
Yang Berhormat Menteri, Pasir Salak.
Jempol.
Ya Yang Berhormat Pasir Salak. Silakan.
Pasir Salak ada mengutarakan tentang pendawaian elektrik di SK Sungai Galah, Kampung Gajah yang tidak ditukar sejak 1976. Juga berkenaan dengan guru duka lara. Minta respons. Terima kasih.
Saya jawab dahulu yang berkaitan dengan SK Sungai Galah, Yang Berhormat. KPM telah meluluskan Yang Berhormat, peruntukkan penyelenggaraan kecemasan sebanyak RM10 ribu bagi kerja-kerja baik pulih daripada sistem paip air kantin dan kerja-kerja lain yang berkaitan di Sekolah Kebangsaan Sungai Galah, Kampung Gajah, Pasir Salak. Berdasarkan permohonan Jabatan Pendidikan Negeri Perak, pihak kontraktor telah dilantik dan kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilaksanakan. Berhubung dengan permohonan penyelenggaraan pendawaian elektrik di sekolah tersebut, pihak sekolah boleh memohon peruntukkan penyelenggaraan tambahan bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. Homework untuk Yang Berhormat Pasir Salak. Ini homework untuk Yang Berhormat Pasir Salak. Saya minta Yang Berhormat Pasir Salak dapatkan maklumat daripada sekolah ini. Kemudian, surat yang telah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri ataupun PPD dan salin semua surat itu untuk perhatian saya. Boleh Yang Berhormat Pasir Salak?
Saya akan sediakan. Nanti kita hantar.
Yang Berhormat Menteri, Jempol.
Silakan Yang Berhormat Jempol.
Terima kasih. Jempol mengutarakan pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Jempol yang mana telah pun siap sebelum ini tahun 2001. Akan tetapi selepas itu, pihak kementerian mewujudkan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Jadi, pada masa itu kami bersetuju dengan syarat diganti pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol dan saya dimaklumkan telah pun disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Jadi, saya mohon ia dapat dibuat pada tahun hadapan kalau boleh. Oleh sebab saya bertanya kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, permohonan pelajar-pelajar di aliran agama khususnya SMKA ini ada lebihan 1,500 orang tidak dapat kita tempatkan.
Jadi, saya yakin dengan adanya pembinaan SMKA yang ketiga di Negeri Sembilan ini nanti akan dapat memenuhi kepada pelajar-pelajar yang ingin mengikuti aliran agama ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Cadangan itu kita akan lihat sama ada, keperluan itu kita akan lihat khususnya berdasarkan perancangan dan juga keperluan. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa saya sudah pun hampir tamat, saya berhasrat untuk membuat sedikit penggulungan bagi sesi ini. Sebagai penutup, saya rakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berpartisipasi dan membuat sumbang saran dalam perbahasan KSP ini. Sebagaimana aku janji awal saya tadi, mana yang tidak sempat saya jawab, akan saya susul tindak dengan jawapan bertulis. Jika masih belum cukup dengan jawapan bertulis, akan saya susuli pula untuk kunjung bantu, kunjung ziarah termasuk Program Susul Tindak Parlimen sebagaimana yang telah KPM laksanakan di Sabah baru-baru ini. Saya juga ingin mengulangi komitmen KPM bahawa tiada siapa yang akan dipinggirkan (leaving no one behind) termasuk negeri pembangkang. Jadi, insya-Allah kita jumpa di Perlis pada 14 Oktober dan Kelantan insya-Allah dalam siri jerayawara KPM yang selanjutnya. Untuk itu, terima kasih daripada kami pasukan pendidikan manusiawi Malaysia Madani. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara, 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam sebulai secalai.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih kepada the only MP iaitu Yang Berhormat Kapar yang telah menyentuh isu Rukun Negara semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun ini. Kementerian Perpaduan Negara menghargai dan memberi sokongan yang penuh kepada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2023 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 11 September yang lalu. Kajian Separuh Penggal ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan bagi memastikan pembangunan sosioekonomi terus diberi keutamaan dalam memacu ke arah negara yang mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi. Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, peranan Kementerian Perpaduan Negara seperti yang termaktub di dalam Dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas ini adalah berdasarkan Bab 7 iaitu Meningkatkan Perpaduan, Pertahanan, Keselamatan dan Kesejahteraan. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada ucapan daripada Yang Berhormat Kapar mengenai strategi membentuk jati diri berteraskan Rukun Negara, saya amat berterima kasih atas sokongan Yang Berhormat terhadap anjakan baharu pembudayaan masyarakat madani ini. Hasrat kerajaan adalah untuk memupuk perpaduan melalui pelbagai strategi dan satu daripadanya ialah penghayatan, pemahaman dan pengamalan Rukun Negara. Rukun Negara telah diisytiharkan dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 dahulu. Pemerkasaan Rukun Negara ini merupakan usaha serius kerajaan untuk menyemai prinsip kerukunan dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Akibat daripada peristiwa perkauman pada 13 Mei 1969, kerajaan mula sedar bahawa perpaduan rakyat merupakan teras kepada cita-cita ke arah pembentukan bangsa dan negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diketuai oleh Tun Abdul Razak pada masa itu telah berusaha menangani permasalahan perkauman demi memperkukuhkan ketahanan negara dan mengekalkan perpaduan bangsa. Maka dengan itu, beberapa dasar baharu telah diperkenalkan bertujuan merapatkan jurang ekonomi dan mewujudkan keharmonian antara kaum. Melalui Majlis Perundingan Negara, dasar ekonomi telah diperkenalkan melalui Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Perpaduan pula telah dilancar menerusi Rukun Negara. Rukun Negara adalah asas penyatuan bangsa Malaysia yang harus menjadi pegangan, panduan serta amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah memupuk dan memperkukuhkan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan negara. Rukun Negara menggariskan hasrat kesungguhan negara untuk mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan, cara hidup demokratik, masyarakat yang adil, liberal dan progresif. Setelah 50 tahun pengisytiharan Rukun Negara, prinsip-prinsip ini semakin luput dan kurang dipupuk bagi memastikan perpaduan nasional terus kekal dan utuh. Titah Diraja yang terkandung dalam Rukun Negara haruslah sentiasa diterima sebagai panduan dan bimbingan dalam perhubungan sosial, kebudayaan, ekonomi mahu pun politik. Oleh itu, titah pengisytiharan Rukun Negara ini perlulah sentiasa dilafaz sebagai ikrar penyatuan rakyat. Kalau dulu kita lafazkan Rukun Negara ini dengan lima prinsip sahaja dan kini kementerian sedar betapa pentingnya untuk melafazkan Rukun Negara sepenuhnya dengan membaca mukadimah yang mempunyai cita-cita Rukun Negara dan diikuti dengan lima prinsip. Dengan itu, kementerian telah membawa Kertas Jemaah Menteri kepada Mesyuarat Jemaah Menteri supaya Rukun Negara dihidupkan semula dan dilafazkan secara penuh di perhimpunan sekolah dan majlis-majlis rasmi kerajaan. Kabinet telah meluluskan cadangan tersebut pada 25 Julai tahun ini dan dengan keputusan itu Kementerian Perpaduan Negara terus mengadakan majlis pelancaran program Eksplorasi Rukun Negara pada 13 Ogos 2023 di MyTown Shopping Centre dan diikuti oleh Eksplorasi Rukun Negara di peringkat sekolah di seluruh negara yang melibatkan lebih daripada 36,000 pelajar sekolah. Program ini dapat meningkatkan penghayatan Rukun Negara yang bertindak sebagai ejen penyepaduan rakyat Malaysia dan menyemai taat setia serta rasa cinta kepada negara. Program ini menyediakan ruang,
peluang dan suasana kepada rakyat Malaysia yang merupakan katalis perpaduan untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam program dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Sambutan oleh kerajaan amat nyata dan apabila lafazkan ikrar Rukun Negara ini juga telah dilaksanakan semasa kita mengadakan Hari Merdeka pada 31 Ogos di Putrajaya dan juga baru-baru ini semasa kita mengadakan Hari Malaysia di Kuching pada 16 September di mana lafaz Rukun Negara ini dilafazkan dengan sepenuhnya. Baru-baru ini, Kementerian Perpaduan Negara telah mencadangkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat supaya ikrar Rukun Negara ini dilafazkan secara penuh semasa pembukaan setiap penggal mesyuarat Dewan Rakyat diadakan. Walau bagaimanapun, ia belum dapat dilaksanakan sekarang kerana ia perlu melalui proses yang tertentu iaitu perlu pandangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas dan juga perlu pindaan kepada Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan perlu usul dibawa oleh Yang Berhormat Menteri ke dalam Dewan Rakyat untuk ia diluluskan. Kalau proses tersebut berjaya, maka kita di Dewan ini akan juga melafazkan ikrar Rukun Negara...
Yang Berhormat Menteri.
...Bersama semua yang lain. Ya?
Kapar. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara. Kalau boleh saya hendak mengajak satu reformasi daripada pentadbiran kerajaan sekarang, dikatakan Kerajaan Madani dan kita letak ke tepi perbezaan ideologi. Inilah masa anjakan paradigma yang terbaik kerana saya melihatkan Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara orang yang komited dan nampaknya bersungguh untuk menyemaikan perpaduan. Jadi, saya mencadangkan sebab saya lihat di sini Rukun Tetangga merupakan salah satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di negara kita iaitu Malaysia dan konsep ini sama seperti neighbourhood watch yang diamalkan di United Kingdom. Jadi, sekiranya— tadi eksplorasi itu sudah bagus melibatkan semua, menjelajah seluruh negara dan sebagainya. Kalau boleh, inilah masanya kita letak ideologi politik pimpinan penduduk termasuklah semuanya Ahli Parlimen di sini, mungkin juga ADUN. Pelbagai ideologi dilihat bersama dengan rakyat yang pelbagai kaum. Rukun Tetangga ini memang pun dikatakan— adalah saya baca ini sebagai satu wadah atau pun satu cara untuk menyemarakkan perpaduan antara kaum di peringkat grassroot.
Jadi, perlu diperlihatkan, it’s not just bercakap tetapi diperlihatkan, diterjemahkan, di bumi kan bahawa kita sebagai pimpinan ini tanpa mengirakan perbezaan politik dan sebagainya sepatutnya di lihat boleh bersama. Jadi pendek kata Yang Berhormat Menteri, jemputlah semua kita di sini bersama-sama di dalam program di grassroot, di kawasan Parlimen masing-masing, termasuk Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan dan sebagainya
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Itulah hasrat kita dan kita sekarang ini telah pun mengadakan satu anjakan lagi di mana kita akan mempertingkatkan lagi program ataupun KRT ini, kalau dahulu KRT adalah just for security ataupun membantu untuk menjaga ketenteraman kampung-kampung. Akan tetapi sekarang ini kita sudah pergi ke peringkat yang lebih hebat lagi dan kita telah merancang untuk ia diluluskan di Kabinet supaya KRT menjadi – disebut dengan nama baru KRT Progresif, yang mana kita akan adakan lebih daripada lapan buah kerja ataupun fokus utama untuk diadakan di pihak KRT ini. Ini adalah program yang amat besar yang kita akan adakan di Kementerian Perpaduan dan kita harap ia akan diluluskan dan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu akan termasuk dalam semua agenda dan program yang kita akan adakan di KRT ini ya. Jadi...
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo minta pencelahan sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya meneliti penerangan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang melaksanakan Kembara Perpaduan yang juga merangkumi semarak kemerdekaan, semarak perpaduan dan juga Komuniti Rahmah. Namun saya dari pengamatan saya, saya melihat ada sedikit ketempangan yang perlu diperhalusi kerana setakat ini daripada pengamatan saya tidak ada pegawai yang
bertanggungjawab kepada masyarakat bukan Islam dalam program-programnya dan sebagainya. Kalaupun ada program untuk masyarakat bukan Islam mungkin pegawai- pegawai yang beragama Islam agak rasa kekok untuk melaksanakannya dan dengan itu kita perlu diperhalusi. Kedua, kita juga harus mempunyai pemantauan untuk Rumah Ibadat Selain Islam (RISI) ini. Saya merasakan kita kena ada kakitangan Kementerian Perpaduan yang mempunyai komposisi masyarakat yang baik, yang balance sebab sekarang ini pengamatan saya, saya melihat komposisinya kurang kakitangan bukan Islam. Jadi, saya merasakan ada keperluan untuk kita membantu supaya kita boleh nampak ada satu perpaduan ataupun unity within our government. Seterusnya, kita juga ada kekurangan interfaith program di dalam Malaysia ini. Kalau kita memperbanyakkan interfaith program dan kita saling mengenali agama satu dengan yang lain. Saya percaya bahawa kita akan memahami agama di antara satu dengan yang lain dan akan menjurus kepada pemahaman agama di antara masyarakat.
[Bangun]
Saya juga melihat kekurangan promosi media mengenai perpaduan ini. Ia boleh, dia terlalu terbentuk kepada program- program perpaduan tetapi inisiatif untuk infographic dan media sebagai platform media sosial untuk kita memperkasakan unity dan perpaduan di dalam negara kita. Jadi, saya mohon kalau boleh pihak KPN boleh mempertimbangkan pengamatan dan juga pandangan saya supaya kita boleh membina satu bangsa yang bersatu padu dan kita boleh melihat negeri Sarawak sebagai satu platform yg diterajui oleh Yang Amat Berhormat Primer. Di Sarawak, kita mempunyai perpaduan yang begitu erat dan begitu baik supaya ia boleh di ‘emulasi’ oleh negara kita Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo begitulah hasrat kita di Kementerian Perpaduan Negara ini untuk melibatkan kesemua lapisan masyarakat untuk bersama-sama berkecimpung dalam menjayakan program- program yang kita adakan di kementerian. Akan tetapi tadi Yang Berhormat menyebutkan kekurangan pegawai-pegawai yang bukan Muslim ini di Jabatan Perpaduan Negara ini. Saya ingin tegaskan itu tidak betul sebab kalau kita melihat Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri di Sabah dan di Labuan adalah bumiputera daripada Sarawak ya dan juga di agensi kita seperti muzium, arkib, library dan sebagainya memang ramai yang pegawai non Muslim sama-sama bertugas di situ. Berkenaan dengan RISI, dahulu...
Yang Berhormat Menteri.
Kalau dahulu RISI adalah di bawah Kementerian Perpaduan tetapi sekarang sudah di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Kalau inginkan lebih lanjut berkenaan dengan permohonan untuk mendapat peruntukan daripada RISI perlu pergi kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Program-program yang disebutkan oleh Yang Berhormat seperti interfaith dan promosi di media, ini sedang kita adakan, memang kita ada pelbagai dialog interfaith, yang kita telah adakan menggunakan NGO yang menjadi strategik partners kepada kita dan juga dialog. Bermacam-macam dialog telah kita adakan berhubungan dengan isu-isu yang sensitif dan juga di media juga kita mengadakan pelbagai promosi yang kita sering adakan… [Tidak jelas] Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Perpaduan adalah asas ataupun teras kepada pembangunan negara. Negara telah merdeka lebih 60 tahun dan masih kita berbicara soal perpaduan. Malah negara telah mengalami satu perjalanan pahit tahun 1969 kemudian membentuk satu Dasar Ekonomi Baru untuk supaya keseimbangan itu berlaku dalam sosioekonomi masyarakat. Kita ada Rukun Negara yang merupakan lima prinsip untuk kita sama-sama menghayati dan melaksanakan. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, rakyat di bawah ini bersatu. Punca perpecahan adalah disebabkan oleh pemimpin-pemimpin parti-parti politik Malaysia yang
memecahbelahkan masyarakat di bawah khususnya ketika kempen pilihan raya. Di mana secara terang-terang mereka sebut kaum tertentu ini pendatang. Maka inilah yang mengundang kepada perpecahan bukan dasar kerajaan, program kerajaan, malah rakyat di bawah bersatu. Jadi, semua Ahli Parlimen perlu menjadi satu contoh kepada rakyat di bawah untuk kita sama-sama membina perpaduan negara. Kepimpinan melalui teladan perlu bermula dalam Dewan Rakyat ini. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Yang Berhormat, saya amat setuju. Itulah, masalah kita adalah kita berpolitik ini we are very selfish ya. Kita hendakkan apa yang akan menjadi kejayaan kepada kita dan kita menggunakan isu-isu seperti isu perkauman dan keagamaan. Itulah menjadi bahan sensitif yang diperkatakan, yang menjadi perpecahan kepada rakyat kita, yang menggugat perpaduan.
Boleh saya mencelah juga Yang Berhormat Menteri?
Okey.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh rakan saya tadi bahawa di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik, kita ada tanggungjawab untuk menunjukkan contoh yang baik. Contohnya, dalam Rukun Negara saya rasa kita patut sokong usaha pihak kerajaan untuk menghidupkan kembali semangat Rukun Negara. Dalam semangat ini jugalah disebut, dalam Rukun Negara disebut “Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara bersama. Memelihara cara hidup demokratik.” Ini antara prinsip-prinsip Rukun Negara. Setuju kah Yang Berhormat kalau saya katakan bahawa ayat seperti “Kamu silap undi, kamu akan jadi Kedah, kamu silap undi, kamu akan jadi Kelantan”. Ini diucapkan dalam satu majlis yang ramainya laporan mengatakan ramai pengundi-pengundi Cina. Seolah-olah ada pemimpin yang sengaja hendak memburuk-burukkan di kalangan negara kita. Ucapan itu disebut oleh Yang Berhormat Tambun. Adakah Yang Berhormat setuju ini tidak bertanggungjawab? Ini salah dan ini mesti dihentikan dalam negara kita sebab ini bukan contoh yang patut ditunjukkan oleh seorang Perdana Menteri.
Setuju.
Terima kasih Yang Berhormat, inilah masalah kita ya. Seperti yang saya cakapkan dari awal. This is – we have our own want sebab itu kita selfish dan without thinking about the consequences of our percakapan.
Jadi saya tidak boleh komen betul kah tidak betul. Ini kehendak seseorang. Jadi sebagai pemimpin, kita tidak tahu iaitu tidak betul daripada sebelah dan betul daripada sebelah dan akhirnya ia akan membuat perpecahan kepada rakyat kita dan pimpinan kita di negara ini.
Mohon laluan.
Ya. Baik.
Sedikit sahaja.
Yang Berhormat Menteri.
Sedikit berkenaan perpustakaan. Okey, terima kasih. Yang Berhormat Menteri bawah kementerian yang Yang Berhormat Menteri terletaknya Jabatan Perpustakaan yang kerap ditukarkan daripada satu kementerian ke kementerian yang lain. Cuma saya ingin membangkitkan satu isu iaitu di mana di bawah Parlimen Muar, yang sebelum ini mengepalai hak Utara Johor lah. Sebelum ini ada perpustakaan yang bertempat di Stadium Muar tetapi perpustakaan ini telah pun dirobohkan dan kini ada
perpustakaan sementara yang sangat kecil, yang saya tidak hendak panggil perpustakaannya seperti bilik darjah kecil. Saya berharap bahawa Yang Berhormat Menteri dan kementerian dapat mempertimbangkan peruntukan untuk membina perpustakaan ganti di bawah hab Tengku Mahkota yang bakal siap, insya-Allah pada akhir tahun ini bulan Disember. Jikalau dapat ditempatkan sekali, saya sangat yakin perpustakaan ini dapat menarik ramai anak-anak Johor daripada Utara Johor untuk memanfaatkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, sebelum.
Isu ini tidak dibangkitkan masa perbahasan. Saya akan menyuruh pihak perpustakaan menyemak berkenaan dan akan menjawab dan seterusnya pihak kementerian.
Yang Berhormat Menteri boleh saya menanya? Tadi Yang Berhormat Tasek Gelugor menyatakan tentang ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya rasa ada juga TikTok dan ucapan pihak Perikatan Nasional yang lagi merosakkan perpaduan rakyat. Seperti semasa pilihan raya, saya nampak TikTok, satu undi untuk Perikatan Nasional merupakan satu undi untuk Islam. Itu satu ajaran yang salah sama sekali. Adakah perlunya pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional keluar dan menyatakan ini satu sebaran ajaran yang salah sama sekali dan hendaklah ditolak oleh rakyat. Itu penting supaya agar perpaduan ini mesti semua pihak memupuk perpaduan ini.
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Jangan ada pihak yang melakukan kesalahan tetapi menuduh orang lain terutamanya DAP.
Tuan Yang di-Pertua.
Setiap kali ada apa yang salah, DAP lah yang dipersalahkan. Bukan mereka yang melakukan kesalahan.
Tuan Yang di-Pertua.
Sejak bilakah pula Yang Berhormat Tambun DAP?
Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu Dewan ini menjadi... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Menteri. Mengenai kenyataan... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat. The floor, dengan izin, the floor belongs to the Menteri dan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri itu, saya setuju. Stop-kan retorik ini. Yang Berhormat Menteri, sambungkan.
Saya ingat, saya sudah habis menjawab ataupun memberi keputusan dan...
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri tentang rukun tetangga.
Sekianlah, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Saya hendak rujuk kepada rukun tetangga tadi. Saya merasakan peruntukan hanya RM6,000 ini tidak cukup Yang Berhormat Menteri. Tolong tambahkan sebab sekarang ini kos sara hidup naik. Mereka hendak buat program, tidak cukup RM6,000 setahun itu, rukun tetangga. Terima kasih.
Kita sedang membuat semakan pada itu dan sebab itu kita telah memohon peruntukan yang lebih dalam Bajet 2024 dan kita
berharaplah, kita akan mendapat lebih bajet untuk diberikan kepada semua KRT di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan 32 orang Ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian Pengangkutan yang berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah bidang tugas MOT. Seperti mana yang telah ditekankan semasa ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung Kajian Separuh Penggal.
Yang Berhormat. Sebentar. Saya tidak panggil lagi Yang Berhormat... [Ketawa] Itu saya sendiri tiba-tiba blank... [Ketawa] Baik. Dengan izin kita mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sebab saya tidak tengok tadi Tuan Yang di-Pertua telah mengangguk kepala. Saya ingat sudah bagi keizinan... [Ketawa]
Saya angguk itu, saya angguk kepada Menteri Perpaduan... [Ketawa]
Maaf. Maaf.
Baik. Silakan.
Terima kasih. Seperti mana yang telah ditekankan semasa ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan akan memberikan penekanan kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan dan logistik yang mampan dan berdaya tahan. Dalam perhubungan ini, lima strategi baharu diperkenalkan iaitu menambah baik data mobiliti penumpang, memperkukuh tadbir urus pengangkutan dan mempertingkatkan ketersambungan dan infrastruktur pengangkutan, menambah baik penyelenggaraan infrastruktur serta meningkatkan daya saing logistik dan fasilitasi perdagangan. Pelaksanaan strategi ini akan memenuhi keperluan rakyat, industri dan pasaran, global serta menyokong usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, saya akan memulakan jawapan saya dengan isu-isu berkaitan dengan sektor pengangkutan darat. Pertamanya, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Kuala Nerus dan Yang Berhormat Hulu Selangor telah membangkitkan isu mengenai projek ECRL. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat, Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai perancangan untuk mengembalikan jajaran asal ECRL ke Tumpat. Skim kereta api bagi jajaran sedia ada telah diluluskan. Sekiranya ingin dikembalikan ke jajaran asal, akan mengakibatkan impak yang tinggi kepada kewangan kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat Jerantut, status projek ECRL sehingga bulan Ogos 2023 telah mencapai kemajuan sebanyak 50.29 peratus dan tahun 2023 merupakan tahun puncak pembinaan ECRL melibatkan kerja-kerja struktur utama seperti pemasangan rasuk ataupun beam launching, pembinaan stesen dan pemasangan landasan- track rail. Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan seperti pembinaan jambatan yang menggunakan jentera beam launcher, kerja-kerja pengorekan, kerja-kerja struktur dan pembinaan terowong sedang giat dijalankan di sepanjang jajaran ECRL. Kerja-kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah tunnel boring machine untuk terowong Genting pertama telah mencapai 3.1 kilometer manakala terowong Genting kedua telah mencapai 4.29 kilometer. Jumlah panjang bagi setiap terowong Genting ialah 16.39 kilometer dan satu-satunya terowong berkembar bagi projek ECRL. Selain itu, sejumlah 25 buah terowong telah berjaya ditembusi setakat 25 Ogos 2023 termasuk 21 terowong di seksyen A, dan seksyen B, manakala baki empat terowong adalah di bawah seksyen C. Pada masa ini tarikh penyiapan projek ECRL dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ITT Gombak, Selangor masih kekal seperti yang dijadualkan iaitu pada
31 Disember 2026 manakala dari Gombak sehingga Pelabuhan Klang di Selangor dijangkakan akan siap pada 31 Disember 2027. Projek ECRL akan memberi kesan agromisasi yang dapat meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan pusat-pusat ekonomi bagi merangsang aktiviti ekonomi di sepanjang koridor ECRL untuk pengagihan peluang sosioekonomi yang lebih seimbang. Antara usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan sepanjang koridor ECRL juga diterjemahkan di dalam Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur yang merangkumi cadangan guna tanah untuk kawasan transit-oriented development. Intensiti pembangunan, cadangan reka bentuk bandar baharu, cadangan pengukuhan ekonomi, cadangan perhubungan perkhidmatan rel, cadangan pengurusan lalu lintas dan pengangkutan awam. Selain daripada itu, reka bentuk bagi stesen-stesen ECRL juga telah menyediakan ruangan jualan yang bakal memberi peluang kepada peruncit kecil dan sederhana bagi memasarkan barangan keperluan harian termasuk barangan tempatan mengikut kesesuaian operasi di stesen kelak. Terdapat juga cadangan di kawasan sekitar stesen yang direka bentuk dengan pembinaan ruang sosial dan tumpuan awam.
Yang Berhormat Menteri.
Secara tidak langsung, projek ECRL dapat meningkatkan nilai hal tanah terutama perumahan di kawasan pembangunan TOD serta meningkatkan peluang perniagaan terutamanya bagi perusahaan mikro dan kecil.
Yang Berhormat Menteri.
Sekejap, biar saya habiskan dahulu beberapa ayat. Berkaitan dengan masalah di tapak projek seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, status reka bentuk jajaran ECRL telah lama dimuktamadkan dan telah mendapat kelulusan daripada pihak agensi teknikal yang berkaitan. Manakala kerja- kerja pembinaan di tapak telah mencapai kemajuan melebihi 70 peratus. Melalui kajian yang dilakukan oleh perunding hidrologi dan hidraulik informasi sejarah kejadian banjir dan data daripada agensi teknikal, pihak ECRL dapati kawasan tersebut merupakan kawasan banjir. Berdasarkan kajian ini, pihak ECRL telah mencadangkan reka bentuk yang optimum dengan mengambil kira aspek teknikal, value engineering dan risiko banjir di kawasan tersebut. Pihak MRL dan pihak kontraktor utama komited untuk memastikan dan menjaga keselamatan orang awam dalam pelaksanaan projek ECRL. Sekali gus menyiapkan projek yang bakal memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dalam masa yang terdekat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mengenai apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu jajaran atau ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang. Jadi, antara isu yang berbulan-bulan telah dibangkitkan oleh penduduk yang terlibat di mana rumah mereka di Taman Sungai Sireh, Klang perlu dirobohkan dan melibatkan lebih kurang 90 buah rumah. Mereka telah merayu. Mereka telah mengadu beberapa kali bahawa mereka tidak diberitahu secara face-to-face. Mereka hanya dengar daripada orang lain sahaja. Jadi, rayuan mereka, mereka mohon bertemu dengan pihak yang berwajib untuk pastikan betul kah rumah mereka ini yang kena? Perlu ke mereka pindah? Boleh tak ada jajaran yang lain? Berapa yang akan diberikan kepada mereka pampasan sekiranya tidak boleh dielakkan tempat mereka? Jadi, mohonlah Yang Berhormat Menteri sebab ini juga telah dimainkan. Dahulu di mana Menteri Besar Selangor kata lama lagi, tidak ada dimuktamadkan lagi. Penduduk ini dengar daripada jin kah apa? Minta maaflah. Yang Berhormat Menteri, tolong jelaskan.
Terima kasih. Yang Berhormat, projek ECRL ini projek kerajaan. Apa sahaja projek yang melibatkan projek kerajaan ataupun pengambilan tanah, sudah tentu ada prosesnya. Kalau betul tanah tersebut perlu diambil, sudah tentu notis akan dikeluarkan dan ada bersemuka. Ganti rugi akan diberikan. Kalau belum
dimaklumkan mungkin tanah itu tidak diambil. Jadi, tidak payah dengar apa-apa khabar angin. Kalau ada yang...
Sudah ada yang pangkah. Yang Berhormat Menteri, sudah ada yang pangkah rumah tetapi mereka tidak dijumpai.
Pangkah rumah pun kalau betul ia diambil, ia akan dimaklumkan. Jadi, tidak perlu bimbang. Saya sudah sentiasa mengingatkan pihak MRL dan pihak MRL merupakan sebuah agensi yang telah pun bertahun-tahun. Ini bukannya syarikat yang baru dibina baru.
Akan tetapi this is real, risk practical Yang Berhormat Menteri.
Kalau praktikal, kalau ada diambil tanah sudah tentu notis akan diberikan secara rasmi dan ganti rugi akan diberikan. Daripada segi pampasan tanah itu...
Mereka kata tidak ada.
Kalau tidak ada, mungkin ia tidak diambil. Jadi, tidak perlu bimbang. Kalau betul diambil, sudah tentu akan ada pampasan. Ini sesuatu yang bukannya satu sahaja tapak tanah diambil. Sepanjang jajaran, banyak kawasan tapak tanah diambil. Kalau betul tapak tanah itu diambil, sudah tentu pampasan akan diberikan. Jadi Yang Berhormat, saya rasa tidak perlu bimbang. Kalau betul kawasan itu diambil, saya akan check dan saya pastikan pihak MRL akan bersemuka dengan pihak penduduk. Saya rasa cukup, nanti...
Sikit, sikit dia Yang Berhormat Menteri. Kalau pampasan itu, biarlah nilainya biar lah apa dengan mereka.
Pampasan memang setimpal. Pampasan itu sudah tentunya setimpal dengan penilaian oleh pihak...
Oleh sebab mereka sudah tua, mereka sakit- sakit. Hendak beli yang baru bank pun tidak bagi.
Ya, ini diguna pakai. Saya rasa prinsip ganti rugi ini diguna pakai di sepanjang jajaran. Jadi, tidak ada pilih kasih, tidak ada yang tidak adil. Semua pampasan tanah ini sudah tentu berdasarkan kepada penilaian yang akan dibuat oleh pihak juru penilaian.
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Berkisah yang sama juga berkaitan ECRL. Saya cuma minta untuk Yang Berhormat Menteri sedikit perhatian berkaitan apa yang berlaku di Hulu Selangor iaitu di Desa Melur, Serendah. Di mana ia berkait dengan kerja-kerja buat terowong letupan dan hampir melibatkan 50 buah unit rumah yang kesannya merupakan keretakan yang berlaku. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Menteri untuk ambil perhatian sekiranya ada laporan selepas ini. Terima kasih.
Terima kasih. Memang saya hendak masuk jawapan untuk Yang Berhormat Hulu Selangor.
Terima kasih.
Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Selangor, kerja-kerja awalan yang sedang dijalankan iaitu kerja-kerja awalan bagi pembinaan terowong di Serendah. Kaedah bagi penembusan terowong yang diguna pakai ialah kaedah ialah korek dan letup ataupun drill and blast. Pihak ECRL telah menerima aduan berkenaan keretakan rumah kediaman di kawasan Serendah akibat daripada kerja peletupan yang dijalankan. Untuk makluman, kerja peletupan yang dijalankan di kawasan terlibat telah mendapat kelulusan dari Jabatan Mineral dan Geosains dan PDRM. Kerja peletupan yang dijalankan mengikut prosedur yang diluluskan serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh JMG. Pemilik projek ECRL iaitu MRL dan kontraktor utama sentiasa memastikan agar syarat-syarat yang dinyatakan oleh JMG dipatuhi bagi mengelakkan sebarang
permasalahan atau kerja peletupan diberhentikan serta memastikan kemajuan keseluruhan projek berjalan lancar. Laporan dilapidation survey and preconstruction condition survey juga dibuat bagi struktur yang berada dalam radius 150 meter dari tapak peletupan. Laporan ini dibuat bagi mengenal pasti keadaan sebelum kerja-kerja peletupan dijalankan dan impak selepas kerja-kerja tersebut disiapkan. Sesi libat urus bersama Majlis Perbandaran Hulu Selangor, JMG, pejabat tanah, JPS Selangor bersama warga kerja ECRL bagi membincangkan isu keretakan rumah kediaman akibat daripada kerja peletupan juga akan diadakan pada 20 September iaitu esok akan diadakan majlis ataupun sesi libat urus ini. Oleh yang demikian, pihak MRL dan pihak kontraktor utama mengambil berat isu peletupan ini dan akan sentiasa memastikan kerja-kerja letupan mengikut prosedur yang ditetapkan dan diluluskan. Jadi untuk makluman, memang dalam kerja-kerja pembinaan ini terutama apabila ada blasting, mungkin ada kesan kepada kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya. Sudah tentu pihak kontraktor akan mengambil sebarang langkah mitigasi untuk meminimumkan kesan tersebut. Sudah tentu apa sahaja isu yang timbul akan cuba diselesaikan melalui sesi libat urus bersama.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerantut juga telah meminta status cadangan Projek High-Speed Rail Kuala Lumpur ke Singapura. Berikutan arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakan Projek HSR secara private funding investment ataupun PFI...
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, masih lagi ECRL di Terengganu. Terima kasih. Seperti mana yang disebut berkaitan dengan suatu binaan tambakan untuk buat laluan ECRL di kampung di Sungai Takolam. Ia telah merentasi sebuah kawasan takungan air dan juga laluan air ke sungai yang dibuat tambak akhirnya menyebabkan air di bahagian hulu tidak boleh ke hilir dan apabila berlaku backflow, dan banjir di Kampung Batu Hampar, dan juga ladang sawit di situ. Kita cadangkan supaya dibina terowong yang besar supaya air itu boleh lalulah supaya tidak menyebabkan banjir nanti apabila musim tengkujuh. Baru-baru ini saya pergi hujan dalam dua jam, air bertakung sudah tenggelam kebun sawit di situ. Harap perhatian daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
kalau tidak silap ini kawasan Kuala Nerus kan. Tadi saya ada menjawab dan saya akan minta pihak kontraktor untuk melihat kembali bagaimana design tersebut untuk mengelakkan kejadian banjir di kawasan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Jerantut ada meminta status cadangan Projek HSR. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memberikan arahan supaya Projek HSR ini dilaksanakan mengikut PFI ataupun suntikan dana daripada pihak kerajaan. Pihak syarikat MyHSR Corporation telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan proses permintaan maklumat ataupun Request for Information (RFI). Tujuan RFI ini mendapatkan cadangan konsep daripada pemain industri sektor swasta dan tempatan dan luar negara yang memiliki kepakaran dan sumber yang diperlukan untuk pembangunan HSR antara Malaysia ke Singapura melalui struktur pembiayaan swasta. MyHSR Corp telah melancarkan RFI pada 27 Julai yang lalu dan lebih daripada 300 buah syarikat tempatan dan asing telah menghadiri sesi taklimat tersebut. Setakat ini lebih daripada 30 buah syarikat telah pun memberikan dokumen RFI. Pemain industri yang mengambil bahagian diberikan sehingga 15 November 2023 untuk mengemukakan cadangan konsep masing-masing. Seterusnya, penilaian terhadap cadangan konsep yang diterima akan dilakukan bagi membolehkan pertimbangan oleh pihak Kerajaan Malaysia berhubung model pelaksanaan projek Kuala Lumpur-Singapura HSR sebelum rundingan dengan Kerajaan Singapura dibuat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Permatang Pauh telah membangkitkan isu berkaitan LRT Pulau Pinang. Untuk menjawab persoalan Yang Berhormat Jerlun yang menyatakan bahawa negeri Kedah tidak dilibatkan dalam Projek LRT tersebut. Fokus kerajaan pada masa kini bagi pelaksanaan Projek LRT tertumpu di Pulau Pinang sebagai salah satu usaha menangani kesesakan lalu lintas yang semakin meningkat di Pulau Pinang. Sistem LRT merupakan sistem metro rel yang diguna pakai untuk pengangkutan awam di sekitar kawasan bandar raya. Kegunaan sistem metro rel seperti ini adalah sesuai untuk digunakan di kawasan bandar sahaja dan bukan untuk pengangkutan di antara bandar ataupun di antara negeri. Perancangan LRT Pulau Pinang secara bersasar dan terdapat jajaran ke Penang Sentral. Penduduk di negeri Kedah juga boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter Utara yang menghubungkan antara Penang Sentral ke seluruh negeri Kedah dan melakukan pertukaran interchange dengan menggunakan perkhidmatan LRT Pulau Pinang kelak. Untuk makluman Yang Berhormat Permatang Pauh, perancangan untuk membina jajaran LRT Pulau Pinang dan pembinaan depot di Pulau Tambakan merupakan skop asal projek ini. Kajian pembangunan LRT Pulau Pinang masih dilaksanakan dan belum lagi dimuktamadkan. Untuk makluman, penambakan tanah yang sedang dilakukan di selatan Pulau Pinang adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Wangsa Maju telah meminta status Projek MRT laluan Lingkaran MRT3 di mana kerajaan masih belum memuktamadkan kos dan spesifikasi projek tersebut. Selaras dengan langkah penjimatan, kerajaan telah mengarahkan MRT Corp selaku syarikat peneraju pembinaan MRT3 untuk melihat semula kos pembinaan yang secara langsung memerlukan kaedah spesifikasi dan jajaran dikaji semula.
Sehubungan itu, pihak MRT Corp telah melaksanakan semakan semula terhadap skop dan penjadualan semula pembinaan fasiliti-fasiliti sokongan berkaitan. Perkhidmatan rel seperti terminal bersepadu dan pembangunan transit-oriented development di beberapa buah lokasi. Cadangan inisiatif tersebut telah diangkat bagi pertimbangan dan kelulusan selanjutnya. Butiran pengurangan kos tersebut akan dimaklumkan setelah kerajaan membuat keputusan muktamad berkenaan skop pelaksanaan projek ini. Tuan Yang di-Pertua, beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sarawak iaitu Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Lubuk Antu, Yang Berhormat Stampin dan Yang Berhormat Selangau telah menyatakan sokongan kepada cadangan Premier Sarawak berkaitan Projek Kereta Api Trans-Borneo. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi memastikan pelaksanaan pembangunan kereta api di Sabah dan Sarawak adalah value for money dan memberikan impak positif daripada segi sosial dan ekonomi setempat, satu kajian kebolehlaksanaan ataupun feasibility study perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 4 yang sedang dalam pertimbangan Kementerian Ekonomi dan kita sudah tentu mengharapkan permohonan ini dapat diluluskan, kita boleh membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan kemungkinan kita membina landasan kereta api di Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Padang Rengas telah memohon untuk menaiktarafkan stesen KTM supaya lebih mesra warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di mana perkara ini adalah di bawah tanggungjawab Perbadanan Aset Keretapi. Bagi stesen kereta api Batu Gajah, projek menaiktarafkan stesen sedang dijalankan oleh IAC dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2025. Kerja-kerja terlibat adalah termasuk penyediaan lif penumpang dan kemudahan OKU. Manakala bagi Stesen Kereta Api Padang Rengas pula, cadangan menaiktarafkan stesen dalam peringkat perancangan di mana skop kemudahan lif akan disediakan bagi
memudahkan pengguna awam menggunakan perkhidmatan kereta api. Lantikan kontraktor bagi pelaksanaan projek ini dijangka pada Oktober 2023. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Wangsa Maju dan Yang Berhormat Bangi telah membangkitkan cadangan berkaitan Bus Rapid Transit (BRT). Konsep BRT merupakan perkhidmatan bas yang mempunyai lorong khas dan selalunya mengguna pakai sebahagian jalan sedia ada. Untuk makluman, BRT menggabungkan ciri perkhidmatan rel seperti kapasiti dan kelajuan di samping mempunyai ciri-ciri perkhidmatan bas konvensional seperti fleksibiliti dalam pengoperasian serta kos yang lebih rendah berbanding rel. BRT Sunway merupakan perkhidmatan BRT pertama yang diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2015 dan merupakan satu projek usaha sama awam-swasta antara Prasarana dan Sunway Group. Selain daripada BRT Sunway, Iskandar Malaysia melalui pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar pada masa ini sedang membangunkan sistem pengangkutan awam BRT yang dikenali sebagai Iskandar Rapid Transit. Perkhidmatan IRT ini dijangka akan siap pada suku keempat 2025. Bagi jajaran Iskandar Puteri dan suku keempat 2026 bagi jajaran Skudai Tebrau. Sistem perkhidmatan bas IRT meliputi 90 peratus kawasan berpenduduk Iskandar Malaysia dengan jumlah liputan jaringan keseluruhan sejauh 1,633 kilometer di mana ia meliputi tiga jajaran utama sejauh 55 kilometer, 33 buah laluan terus sejauh 926 kilometer, dan 46 buah laluan pengantara ataupun feeder routes sejauh 652 kilometer. Perkhidmatan IRT dijangka menambahbaikkan tahap ketersambungan, connectivity serta meningkatkan kualiti kehidupan lebih dua juta orang rakyat tempatan secara menyeluruh. Sebelum pelaksanaan BRT dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan meluas, kualiti perkhidmatan awam terus dipertingkatkan melalui pendekatan dinamik dan segera dengan menambah baik first and last mile connectivity. Yang Berhormat Kluang telah membangkitkan isu berkaitan Program Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti. Program ini telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2012 untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan bas berhenti-henti yang lazimnya tidak menguntungkan pengendali perkhidmatan. Program ISBSF telah membantu syarikat beroperasi di kawasan luar bandar dan menyediakan pengangkutan awam yang diperlukan. Pada tahun 2023- kerajaan telah melabur sebanyak RM49.6 juta untuk menyokong 37 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang penting ini. Program Transformasi Bas Berhenti-henti pula diperkenalkan pada tahun 2015 yang dimulakan secara berperingkat di beberapa buah ibu negeri seperti Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Johor Bahru. Program ini menggantikan ISBSF dengan bas yang lebih baharu dan selesa dengan menyediakan 345 buah bas untuk penumpang serta meningkatkan kekerapan perkhidmatan bas dengan penambahan bas mengikut keperluan. Perancangan program SBST ini akan diperluaskan ke Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu dan seterusnya ke seluruh negara secara berperingkat. Bagi memastikan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di tahap yang baik, Rapid Bus sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkenalkan demand- responsive transit untuk meningkatkan mobiliti dan ketersambungan terutamanya di kawasan yang berkepadatan rendah. Perkhidmatan bas juga ditingkatkan melalui penggunaan laluan khas bas di Kuala Lumpur melalui inisiatif bas Right of Way termasuk percubaan lorong bas di Jalan Ampang. Selain itu perolehan bas elektrik dan diesel sedang dijalankan untuk menggantikan bas lama menjalankan outsource untuk beberapa buah laluan serta meningkatkan bilangan kapten bas dan menawarkan elaun dan gaji yang lebih kompetitif. Usaha ini telah mengurangkan kadar attrition rate dengan merekrut 300 orang kapten bas yang baharu. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jerlun telah membangkitkan isu berkaitan ketiadaan terminal bas moden di negeri Kedah. Secara umumnya kelulusan perancangan pembangunan, pembinaan atau apa-apa penambahbaikan bagi mana-mana terminal pengangkutan awam adalah tertakluk kepada kelulusan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Kementerian Pengangkutan melalui APAD akan memberikan maklum balas dan pandangan kepada PBT melibatkan elemen-elemen operasi yang diperlukan di sesebuah terminal pengangkutan awam dan sentiasa menyokong
pembangunan prasarana berkaitan pengangkutan awam yang memberikan manfaat kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, saya masuk kepada isu maritim. Yang Berhormat Kuala Langat telah meminta status pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey. Untuk makluman Yang Berhormat dalam usaha menggiatkan pembangunan masa hadapan pelabuhan Klang serta sebagai langkah persediaan apabila pembangunan Northport dan Westport mencapai tahap kapasiti maksimum. Lembaga Pelabuhan Klang telah menjalankan beberapa kajian kebolehlaksanaan bagi menilai dan mengenal pasti tapak pembangunan pelabuhan baharu yang sesuai untuk dibangunkan sebagai terminal pelabuhan ketiga bagi pembangunan kapasiti masa hadapan pelabuhan Klang dan telah pun dibentangkan kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun lalu. Dalam perkembangan yang sama, MOT dan LPK telah melaksanakan sesi perbincangan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat bagi mengutamakan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan Terminal Ketiga di Pelabuhan Klang di Pulau Carey. Pembangunan Terminal Ketiga di Pelabuhan Klang di Pulau Carey telah dirangkumkan sebagai pelan induk pembangunan Pulau Carey yang telah diterajui oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor di mana MOT serta LPK terlibat secara aktif dalam semua perbincangan yang diadakan bagi memurnikan perancangan pembangunan Pulau Carey secara keseluruhan. MOT turut dimaklumkan bahawa pelan induk tersebut akan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu penglibatan itu wakil- wakil rakyat tempatan merupakan bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor dan saya yakin bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan melibatkan semua wakil rakyat untuk perbincangan berkenaan dengan pelan tersebut. Daripada segi impak ekonomi, pembangunan ini bakal memberikan faedah kepada negara dengan nilaian gross value added secara langsung dan tidak langsung sekitar RM40.2 bilion menjelang tahun 2060 dengan pulangan melalui cukai langsung dan tidak langsung sebanyak RM5.98 bilion pada tahun 2060. Selain daripada itu, pembangunan terminal ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan anggaran jumlah pekerjaan sebanyak 115,000 sama ada secara langsung atau tidak langsung apabila pelabuhan siap sepenuhnya kelak. Masyarakat setempat termasuk masyarakat Orang Asli di Pulau Carey juga dijangka dapat menikmati sistem rangkaian perhubungan serta infrastruktur dan utiliti yang lebih baik melalui perancangan pembangunan Pulau Carey. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya bagi status pembangunan Jeti Kuala Kedah. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kedah, pada 12 September 2022, Kementerian Kewangan selaku pihak berkuasa meluluskan bagi projek ini telah mengarahkan supaya projek merobohkan, membina dan menaiktarafkan terminal penumpang jeti kargo Kuala Kedah di-tender semula. Sehubungan dengan itu kementerian kini sedang melaksanakan proses perolehan bagi lantikan kontraktor secara tender terbuka. Kontraktor yang berjaya akan dilantik setelah mendapatkan semula kelulusan daripada pihak berkuasa meluluskan. Kerja-kerja fizikal projek dijangka bermula pada suku pertama tahun 2024 iaitu tahun hadapan bagi tempoh pelaksanaan selama 36 bulan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan perkhidmatan feri Langkawi. Untuk makluman Yang Berhormat Langkawi, MOT sedang mengambil tindakan terhadap beberapa masalah berbangkit berkaitan perkhidmatan feri Langkawi.
Pihak kementerian telah berbincang dengan wakil daripada syarikat-syarikat pengusaha perkhidmatan feri di Langkawi dan sedang memperhalusi cadangan- cadangan yang dikemukakan oleh pihak pengusaha. Antara tindakan yang telah diambil iaitu keputusan kerajaan menaikkan harga tambang feri bagi sektor Langkawi untuk pelancong sahaja manakala harga tambang bagi penduduk tempatan dan daily commuters tidak berubah. Ini bagi membantu mengurangkan kos operasi kepada
pengusaha feri dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna. Antara perkara lain yang sedang dalam perhatian adalah berkenaan dengan isu pengerukan di jeti dan perkhidmatan feri yang lebih cekap. Sesi libat urus bersama pengusaha perkhidmatan feri Langkawi akan dibuat secara berkala untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan secara berperingkat.
Yang Berhormat Menteri, Kuala Kedah. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tadi disebut tentang pengerukan di muara ataupun di laluan sekitar Kuala Kedah ataupun di Langkawi. Soalan saya ialah, setakat sejauh manakah proses pengerukan itu telah pun berhasil untuk memudahkan laluan feri-feri ke laluan tersebut. Sekian, terima kasih.
Untuk makluman memang kerja-kerja pengerukan dibuat secara berkala. Baru-baru ini sebelum penganjuran LIMA di pulau Langkawi kalau tidak silap saya pengerukan di Kuala Perlis telah pun diselesaikan untuk kita menghadapi penganjuran LIMA. Untuk di Kuala Kedah sudah tentu ada juga cadangan daripada pengusaha supaya mereka juga hendak membuat satu- konsortium untuk bersama-sama membantu, untuk kerja-kerja pengerukan ini. Cadangan ini telah pun dikemukakan kepada pihak Kementerian Pengangkutan. Kita akan melihat sama ada kaedah pelaksanaan itu dibolehkan atau tidak sebab kita juga hendak mencari satu- jalan penyelesaian untuk pengerukan ini sepanjang masa dan bukannya setiap kali apabila kita membuat pengerukan tetapi selepas itu ia kembali kepada masalah yang asalnya. Jadi masalah ini perlu ditangani dengan lebih komprehensif dan kita sedang mencari satu jalan penyelesaian secara jangka panjang supaya ia tidak memberikan kesan kepada operasi feri yang paling penting kita tahu bahawa apabila pengerukan tidak dibuat secara berkala ataupun ada masalah air cetek di kawasan jeti maka pengusaha feri akan menghadapi kekangan dan masalah untuk mengadakan operasi mereka. Jadi perkara itu memang dalam perhatian kita dan kita cuba mencari satu- jalan penyelesaian bersama-sama dengan pihak operator-operator feri di kawasan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Langkawi.
Bilakah anggaran Yang Berhormat Menteri akan selesai masalah feri di Langkawi ini? Ini kerana, penduduk-penduduk Langkawi hendak mendengar juga jawapan daripada Yang Berhormat Menteri agak-agak berapa lama? Ini kerana, apa semasa LIMA feri berjalan seperti biasa sehingga ada enam kali sehari sekarang tinggal tiga kali sehari. Kenapakah semasa LIMA boleh diperbetulkan perkara ini? Kedua Yang Berhormat Menteri, ada cadangan kerana sudah fed up dengan feri ini mereka mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri melihat perlukah diadakan kereta api dari Alor Setar ke Kuah, macam MRT di KL inilah Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Saya tidak pasti saya dengar betul atau tidak dari Alor Setar ke Kuah menggunakan MRT... [Ketawa] Ini kerana, dia perlu merentasi laut, itu cadangan mungkin daripada Yang Berhormat Langkawi, tetapi masalahnya ialah pertama semasa LIMA sudah tentu kita ada berdialog dengan pihak operator dan meminta mereka supaya pastikan perkhidmatan-perkhidmatan itu dapat dijalankan dengan berkala dan ada tambahan trip. Pada ketika semasa penganjuran LIMA sudah tentu operator tidak keberatan. Mereka sudah tentu apabila tahu bahawa ada permintaan pertambahan sebab penumpangnya lebih ramai. Pada waktu-waktu biasa, mereka kurangkan trip sebab permintaan berkurangan. Namun begitu, kita akan cuba memastikan kepada pihak operator ini supaya sentiasa menjalankan operasi mereka secara berkala sebab kita pernah memberikan pelbagai cadangan dan libat urus dengan operator. Operator
kebanyakan sekarang ini menggunakan feri-feri besar dan mereka kurangkan trip supaya ia dapat membawa lebih ramai penumpang sekali gus. Akan tetapi, saya faham ini sudah tentu akan memberikan kesan kepada penumpang-penumpang dan juga rakyat di Langkawi kerana selalunya apabila trip berkurangan mereka akan lebih sukar untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Namun begitu, kita akan cuba mencari satu penyelesaian dalam jangka masa panjang supaya sama ada feri-feri yang lebih kecil seperti mana feri yang telah digunakan di Pulau Pinang itu dapat diperkenalkan di Langkawi supaya trip itu lebih kerap. Tidak perlu feri yang terlalu besar. Kalau feri terlalu besar kos operasi lebih tinggi dan mereka tunggu lebih ramai penumpang sebelum mereka menjalankan trip mereka. Jadi perkara itu akan kita lihat dan cuba selesaikan.
Yang Berhormat, saya menunggu untuk Yang Berhormat menyentuhi pergi kepada pengangkutan udara. Mungkin tidak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen tetapi ada isu besar mengenai dengan the in-flight catering service oleh MAS, Yang Berhormat Menteri. Saya tahu bahawa management ataupun pengurusan MAS telah pun mengubah cara pembekalan in-flight catering ini daripada pemakanan luar kepada serve catering. Perubahan ini sepatutnya berlaku daripada baik bertambah baik tetapi apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, perubahan ini telah mengganggu flight penerbangan kerana bekalan makanan yang tidak sempat dihantar ketika flight hendak terbang. Jadi ini menunjukkan satu perubahan yang tidak memperlihatkan penambahbaikan. Rakyat melihat makanan yang di-supply atau dibekalkan dalam in-flight service MAS ketika ini ia tidak berbeza dengan the low-cost carrier. Jadi walaupun kita membayar begitu lebih mahal daripada low-cost carrier tetapi the in-flight food yang dibekalkan disebabkan oleh pertukaran pembekal ini menjadikan MAS itu tidak menunjukkan imej yang bukan low-cost carrier. Saya faham dan saya tahu bahawa Yang Berhormat Menteri mengatakan apa sebenarnya yang berlaku, kenapa MAS tidak bersedia dalam pertukaran antara outside caterer kepada serve catering ini. Apa sebenarnya berlaku yang telah mengganggu penerbangan, service dan sebagainya, Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, perlu masa?
Terima kasih, saya ambil masa dua minit sahaja untuk gulung.
Silakan.
Saya tahu sebab tidak sempat untuk menjawab semua persoalan ada banyak lagi terutamanya isu pengangkutan udara. Ada banyak lagi tetapi saya tidak sempat untuk jawab semua. Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Beluran memang betul bahawa ada masalah daripada segi transisi itu apabila kontrak dengan satu- pembekal catering itu diberhentikan. Itu bukannya sebab diberhentikan serta-merta, ia telah melalui satu proses rundingan yang agak lama tetapi pihak pengurusan MAS telah pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan pihak caterer tersebut dan mereka telah pun ada pelan untuk memastikan bahawa mereka sendiri boleh mencari pembekal lain dan juga sendiri untuk memperkenalkan in-flight catering tersebut. Memang betul bahawa pada permulaannya ada masalah daripada segi peralatan dan sebagainya. Mereka tidak ada lif untuk naikkan makanan panas ke dalam pesawat tetapi masalah ini telah pun beransur pulih sejak minggu yang lalu.
Yang Berhormat, sekarang bukan sahaja food tetapi dia supply packed food.
Saya tahu, tidak ada. Dia begini Yang Berhormat memang betul ada lagi sektor-sektor yang masih diberikan packed food tetapi ada laluan- laluan yang telah pun dipulihkan sepenuhnya. Umpamanya minggu lepas saya menggunakan pesawat MAS ke Kuching telah pun dipulihkan untuk hot food. Jadi untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu juga sama dan sektor-sektor lain akan dipulihkan secara beransur-ansur.
Baik, Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada MAS untuk mempertimbangkan tambang yang sekarang. While you are managing the problem, MAS tidak sepatutnya meletakkan harga full service tetapi memberi perkhidmatan yang low-cost carrier. Are you considering to tell MAS untuk mempertimbangkan merendahkan sedikit tambang while you are managing the problem for the time being? Terima kasih.
Terima kasih, itu satu cadangan daripada Yang Berhormat Beluran. Saya juga pasti didengar juga oleh pihak MAS. Namun begitu tidak boleh dikaitkan dengan low-cost-lah sebab low-cost tidak membekalkan apa-apa makanan juga. Apa-apa makanan perlu dibeli. Namun begitu kita faham bahawa ini merupakan imej kepada pihak Malaysia Airlines dan saya pun ada memberikan cadangan kepada pihak Malaysia Airlines mungkin dalam penumpang-penumpang yang terjejas itu perlulah diberikan sedikit layanan tambahan umpamanya ada points tambahan kepada mereka dan sebagainya.
Saya juga pasti bahawa servis dan juga makanan yang dibekalkan oleh pihak Malaysia Airlines ini mesti ditambah baik dan ini sesuatu yang kita tak deny bahawa perlu ada penambahbaikan. Untuk harga, itu bagi pihak pengurusan MAS, mereka perlu lihatlah sebab dalam perkara ini, saya rasa Yang Berhormat pun faham bahawa pihak kerajaan tidak campur tangan daripada segi pengenaan harga tiket kapal terbang. Ini merupakan satu keputusan daripada syarikat dan merupakan satu kesan daripada pasaran. Saya rasa bahawa mereka juga mengambil kira pelbagai pertimbangan. Pandangan itu akan disampaikan supaya kita melihat bagaimana untuk memastikan kepuasan hati pelanggan. Itu amat penting sebab Malaysia Airlines merupakan national carrier kita dan sudah tentu imej airlines tersebut amat penting untuk memastikan kepuasan hati pelanggan. Kita harap supaya Ahli-ahli Yang Berhormat terus memberikan sokongan kepada airlines national carrier kita. Namun begitu, sebarang pandangan dan juga kritikal itu diambil dalam satu semangat yang positif. Saya yakin bahawa pihak pengurusan Malaysia Airlines akan mendengar perkara ini dan mereka akan mengambil tindakan susulan untuk menambah baik. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang tak dapat saya jawab. Namun begitu, kita akan cuba memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengemukakan pelbagai persoalan kepada pihak Kementerian Pengangkutan. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan persoalan-persoalan dan isu-isu berkenaan dengan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pengangkutan akan mengambil perkara dan cadangan itu dengan serius. Kita ada ruang lagi semasa perbahasan Belanjawan nanti. Kita akan juga menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan dan saya yakin perbahasan itu akan juga menyentuh perkara-perkara yang disebut dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Yang Berhormat Pulai ada? Yang Berhormat Pulai, saya mengucapkan tahniah atas pemilihan oleh rakyat di Pulai dan juga saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Pulai, adakah ini penggal pertama Yang Berhormat?
Penggal pertama, Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat biasa jadi Ahli Dewan Undangan Negeri?
Biasa menjadi Tuan Yang di-Pertua selama satu penggal.
Tuan Yang di- Pertua? Alhamdulillah... [Tepuk] Jika sedemikian, saya rasa Yang Berhormat Pulai arif. Saya mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat untuk rakyat Pulai... [Tepuk]
Terima kasih.
Berikutannya, Majlis mempersilakan Yang Berhormat Menteri Kementerian Sumber Manusia untuk menjawab selama 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Saya merakamkan kesyukuran dan ucapan penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya bagi menjawab pertanyaan, isu dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Mesyuarat Khas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2023. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang merangkap Yang Berhormat Menteri Kewangan yang membentangkan Kajian Separuh Penggal bagi penambahbaikan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada 20 orang Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan 23 pertanyaan dan isu serta memberi cadangan-cadangan yang bernas terhadap hala tuju dan pelaksanaan program dan inisiatif Kementerian Sumber Manusia yang terangkum di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia berpaksikan kepada dua fungsi utama iaitu berkaitan pekerjaan dan yang kedua, latihan. Fungsi pekerjaan merangkumi aspek standard dan perundangan perburuhan, sistem penggajian dan perlindungan sosial. Manakala fungsi latihan pula memberi fokus kepada permintaan dan penawaran, pembangunan kapasiti sumber manusia, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional yang lebih dikenali sebagai TVET, kawal selia dan penguatkuasaan agensi. Tuan Yang di-Pertua, empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Jerantut dan juga Yang Berhormat Maran telah membangkitkan isu-isu berkaitan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) daripada pelbagai aspek. Untuk makluman Dewan yang mulia, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Disember 2022 telah membuat keputusan agar Kementerian Sumber Manusia menggalas tugas sebagai Sekretariat Majlis TVET Negara (MTVET). MTVET berperanan sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara di mana keanggotaannya merentasi 12 kementerian penyedia TVET dan pelbagai pemegang taruh yang berkaitan. Pada masa ini, langkah penambahbaikan penyelarasan ekosistem TVET negara dilaksanakan menerusi platform Majlis TVET Negara. Selaras dengan itu, Kementerian Sumber Manusia telah merancang gerak kerja komprehensif dengan sokongan dan kerjasama kukuh semua pemegang taruh TVET di pihak kerajaan dan juga swasta secara berterusan. Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temerloh mengenai membina bakat dan kemahiran melalui TVET dengan penglibatan pihak-pihak industri dan pemegang taruh, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kerajaan memberi penekanan terhadap penglibatan industri secara langsung dalam pelaksanaan program TVET untuk memastikan bakat yang dibangunkan adalah bertepatan dengan keperluan industri. Berkonsepkan pelaksanaan TVET dipacu industri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta amat digalakkan untuk bekerjasama dengan kerajaan melalui pemeteraian memorandum kerjasama pelaksanaan program TVET. Ini adalah penting untuk kita memastikan bahawa program-program TVET yang dijalankan adalah berpacukan industri- industry-driven. Selain daripada itu, kita juga mahu memastikan bahawa tidak wujudnya ketidakpadanan dalam penawaran kursus-kursus TVET ini. Ini lebih dikenali sebagai mismatching yang selalu disebut-sebut. Adalah penting untuk kita memastikan bahawa graduan-graduan yang kita hasilkan melalui program- program TVET ini adalah benar-benar diperlukan oleh pihak industri. Jika tidak, segala latihan yang diberikan kepada mereka itu akan menjadi sia-sia sahaja. Selain daripada itu, kerjasama antara pihak kerajaan dan juga pihak swasta dengan mewujudkan memorandum kerjasama ini adalah untuk mengurangkan kos ataupun beban yang
terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Dalam Belanjawan 2023, sebanyak RM6.7 bilion ... [Disampuk]
Yang Berhormat Menteri, Pulai mencelah.
...Telah diperuntukkan untuk perbelanjaan membangunkan TVET di negara kita. Ini merupakan satu jumlah yang besar dan ia perlu dikurangkan. Ya, Yang Berhormat Pulai.
Tuan Yang di-Pertua, saya biasa mendengar di luar sana, kompelin berkenaan dengan TVET ini. Jadi, sebenarnya macam mana kayu ukur dibuat untuk mismatching itu antara keperluan industri dengan pembelajaran di peringkat sekolah, kolej dan sebagainya. Apakah ukuran dia itu untuk mengukur benda itu benar-benar memenuhi spec yang dikehendaki?
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Memang. Inilah masalah yang kita hadapi sekarang. Memang perkara ini sering menjadi pertikaian di luar sana di mana pelajar-pelajar yang dihasilkan daripada kursus-kursus TVET ini sering kali didapati mereka tidak dapat dipadankan dengan industri.
Untuk mengatasi masalah ini, kita harus menukar mindset iaitu bukannya sekadar kita tawarkan kursus-kursus yang boleh kita tawarkan semata-mata tetapi kita hendak tawarkan kursus-kursus yang benar-benar dikehendaki oleh pihak industri. Oleh itu, kerjasama yang erat di antara institusi-institusi yang memberikan latihan TVET ini dengan industri. Jadi, kita hendak lihat apakah yang sebenarnya diperlukan oleh industri. Kerjasama ini membolehkan...
Yang Berhormat, boleh mencelah sedikit?
Okey.
Yang Berhormat Menteri, apakah selama ini penawaran-penawaran kursus ini tidak berkolaborasi dengan semua industri yang ada di negara kita ini? Kalau ini berlaku, bermakna satu kerugian besar. Seharusnya penawaran-penawaran kursus latihan ini berbincang dahulu berapa pekerja yang dia hendak dalam bidang ini dan itu. Bukan hanya ditawarkan tetapi tidak berpasaran. Ini amat merugikan semua pihak.
Setuju, Yang Berhormat. Itulah masalah yang kita hadapi sekarang. Mungkin setakat ini, perkara ini tidak diberi fokus tetapi sekarang, ini menjadi salah satu fokus Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan kita tidak mengeluarkan graduan-graduan yang tidak dikehendaki oleh industri. Kalau ia berterusan, maka memang seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan, ini merupakan kerugian. Kerugian kepada kedua-dua pihak. Kepada mereka yang menjalankan program-program TVET atau institusi-institusi yang menjalankan TVET kerana mereka merugikan masa, tenaga dan kos dan pada masa yang sama, ia juga merugikan pelajar-pelajar itu sendiri. Jadi untuk mengatasi masalah ini, adalah baik untuk kita bekerjasama dengan pihak industri untuk memastikan apakah yang sebenarnya diperlukan oleh industri. Kerjasama seperti ini membolehkan pihak industri dan pihak kerajaan mengetahui keperluan yang sebenar.
Yang Berhormat Menteri, saya hendak sedikit lagi sambung. Maksud saya itu ialah ia ada satu kayu pengukur macam satu metrik. Metrik itu boleh digunakan untuk mengukur kesesuaian itu, supaya di bawah ini tidak wujud kompelin. Saya difahamkan ada juga kompelin, dia kata tawaran yang kita kemukakan di peringkat industri ini jika dibandingkan dengan pekerja-pekerja asing yang ada bekerja di negara kita ini adalah lebih baik lagi, lebih berkualiti daripada apa yang kita tawarkan Itu maksud saya itu. Mungkin ada satu metrik yang boleh dikemukakan supaya ukuran itu lebih tepat dan bersesuaian dengan pasaran itu.
Yang Berhormat, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua...
Yang Berhormat Menteri, boleh? Sedikit sahaja mencelah.
Ada lagi? Ya.
Saya hendak tanya, sama ada latihan yang diberi kepada pelajar-pelajar di bawah TVET ini tidak sesuai dengan pasaran ataupun ketidaksungguhan kementerian ataupun kerajaan membuat follow-up, follow through ataupun susulan kepada pelajar-pelajar TVET yang dilatih? Sebagai contoh, kita banyak melatih anak-anak kita dalam bidang gunting rambut. Akan tetapi, hari ini kalau kita lihat, kerajaan atau kementerian telah berusaha untuk mengambil pekerja asing. Gunting rambut yang majoritinya daripada negara India. Sedangkan ramai anak-anak kita yang dilatih. Saya hendak tahu, apa tindakan kerajaan supaya budak-budak yang telah dilatih dahulu dalam gunting rambut ini dapat di-grown, dibangunkan semula supaya mereka ini diberikan peluang untuk bekerja di pusat-pusat gunting rambut? Sedangkan kalau saya pergi di mana-mana pun, di kawasan saya Maran umpamanya, 100 percent dari negara India. Bukan saya hendak persoalkan daripada segi kaum, itu tidak. Nanti saya akan kena tangkap pula.
Saya faham, Yang Berhormat.
Akan tetapi, maknanya apa usaha kita? Susulan.
Ya, ya.
Apakah motivasi yang kita ambil untuk menggalakkan pelajar-pelajar yang telah dilatih tadi untuk diceburkan dalam industri?
Saya faham, Yang Berhormat. Saya faham soalan Yang Berhormat. Saya ada jawapan untuk Yang Berhormat kemudian. Saya akan jawab kemudian soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, melalui platform ini, dengan adanya kerjasama ini, GLC dan syarikat swasta yang terlibat akan membantu institusi-institusi TVET daripada aspek seperti berikut: (i) sumbangan peralatan latihan; (ii) sumbangan kepakaran dalam pembangunan kurikulum latihan; (iii) sumbangan kepakaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan (iv) penempatan latihan industri. Bagi tempoh Januari sehingga September 2023, sejumlah 44 MOC telah dimeterai bagi tujuan pelaksanaan program TVET melibatkan syarikat dan antaranya Petronas Berhad, UDA Holdings Berhad, TM Technology Services Sdn. Bhd., Sapura Energy Berhad, Daikin Malaysia Sdn. Bhd., dan FGV Holdings Berhad, dan banyak lagi. Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa ada 15 lagi MOU akan ditandatangani dalam tempoh terdekat. Pagi ini juga, saya berpeluang berjumpa dengan satu- delegasi daripada PETRONAS. Pegawai-pegawai sumber manusia daripada PETRONAS telah datang berjumpa dengan saya. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan kolaborasi dalam pelbagai aspek termasuk dalam bidang TVET. Usaha melibatkan pihak industri dalam pelaksanaan program TVET ini terus dipergiatkan melalui sesi libat urus secara berterusan dengan syarikat-syarikat berpotensi berdasarkan bidang yang dikenal pasti. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat membangkitkan isu undercapacity di bawah institusi TVET dan memberi saranan agar kelonggaran kepada pelajar untuk menyertai TVET. Ini satu saranan yang baik. Untuk makluman Dewan yang mulia, institusi TVET secara umumnya menawarkan program berbentuk jangka panjang dan jangka pendek dalam pelbagai
bidang kemahiran. Program jangka panjang atau sepenuh masa akan memberi tumpuan kepada golongan belia lepasan sekolah bagi mempersiapkan diri untuk memasuki pasaran pekerjaan. Sehingga Ogos 2023, enrolmen bagi program sepenuh masa di 32 buah pusat institusi latihan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia telah mencapai 110.16 peratus iaitu 20,930 orang pelajar. Ini menunjukkan bahawa kita telah melepasi kapasiti yang sedia ada. Kapasiti yang sedia ada, 22,200 buah tempat sahaja tetapi kita telah memberi tawaran kepada 20,930 buah tempat kepada pelajar-pelajar TVET di seluruh negara. Memang saya mengakui bahawa ada juga ILP yang tidak beroperasi dengan kapasiti penuh. Ini adalah disebabkan oleh beberapa kekangan tertentu. Sebagai contoh, lokasinya mungkin tidak begitu sesuai, ada juga ILP yang sedang dibaik pulih ataupun diperbaiki. Atas sebab-sebab tertentu, kapasiti di ILP-ILP tersebut bukan dalam kapasiti penuh. Walau bagaimanapun, 13 daripada ILP di bawah Kementerian Sumber Manusia berfungsi dengan kapasiti yang berlebihan daripada kapasiti yang sebenar. Tuan Yang di-Pertua, program jangka pendek pula ditawarkan kepada pekerja sedia ada yang ingin meningkatkan kemahiran bagi tujuan penambahbaikan laluan kerjaya dan peningkatan pendapatan mereka. Setakat Ogos 2023, seramai 62,503 orang pekerja telah dilatih melalui 2,233 kursus jangka pendek yang dikendalikan sepenuhnya oleh ILJTM. Bagi tujuan meningkatkan penyertaan dan mengoptimumkan kapasiti latihan, syarat kemasukan minimum dan fleksibel bergantung kepada program yang ditawarkan oleh institusi-institusi TVET. Sesetengah program sekadar menetapkan syarat kebolehan 3M iaitu menulis, membaca dan mengira atau tamat Tingkatan Tiga sahaja untuk melayakkan calon mengikuti program TVET tersebut.
Akan tetapi ada juga Program-program TVET yang memerlukan kelayakan tertentu. Sebagai contoh, aviation ataupun pensijilan untuk elektrik dan sebagainya. Ia memerlukan syarat tertentu untuk mereka melayakkan diri. Selain itu, pelbagai bentuk inisiatif turut disediakan oleh kerajaan bagi membuka akses lebih luas terhadap penyertaan dalam Program TVET. Insentif ini antaranya seperti kemudahan latihan secara percuma, kemudahan pinjaman latihan bagi program latihan yang dikenakan bayaran dan bantuan khidmat sokongan kerjaya. Tuan Yang di-Pertua, ini ialah satu isu yang penting iaitu berkaitan dengan penubuhan institusi TVET dan institusi tahfiz TVET di Jerantut yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut. Kementerian Sumber Manusia melalui Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz TVET. Jawatankuasa ini turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan membuka peluang yang luas kepada lepasan bidang tahfiz, penawaran kursus- kursus kemahiran kepada murid tahfiz dan meningkatkan kemahiran secara kebolehpasaran lepasan tahfiz. Usaha ini selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara iaitu memartabatkan dan melahirkan golongan huffaz yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dua buah institusi TVET dibina dan beroperasi di Pahang iaitu Institut Latihan Perindustrian Kuantan pada tahun 1988 dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut pada tahun 2011 dan menawarkan pelbagai Program TVET bermula daripada peringkat sijil sehingga ke Diploma.
Yang Berhormat.
Ya.
Tuan Yang di- Pertua, boleh saya minta laluan? Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Di Kedah, kita ada ADTEC Kulim di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Di situ, kapasiti untuk pelajar hanyalah 300 lebih orang pelajar sahaja. Tempat itu sebenarnya kawasannya luas. Saya mencadangkan supaya ADTEC itu dibesarkan dan dapat menerima masuk lebih ramai pelajar, terutamanya untuk bidang-bidang electrical dan
electronic, mechantronic, mechanical dan sebagainya sebab ADTEC Kulim itu dekat dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim. Keperluan serta permintaan tenaga kerja dalam bidang teknikal TVET ini amatlah besar sekali di situ. Minta respons daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Ini ialah satu cadangan yang baik. Saya akan minta supaya perkara ini dikaji dan dipertimbangkan. Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga beberapa lagi institusi TVET di bawah kendalian kementerian lain yang beroperasi di Jerantut, termasuk kolej komuniti dan Giat MARA yang menyediakan peluang latihan kepada golongan muda di kawasan Jerantut dan sekitarnya. Berdasarkan kepada penubuhan dan pengoperasian institut TVET serta Model Pelaksanaan Tahfiz TVET sedia ada ini, kerajaan pada masa ini tiada sebarang perancangan untuk membina institusi TVET baru, khususnya di sekitar Parlimen Jerantut. Sebagai alternatif, kementerian ingin mencadangkan agar institusi TVET dan institusi tahfiz sedia ada untuk mengukuhkan kerjasama dan meneroka potensi kerjasama baharu dalam merealisasikan hasrat melahirkan generasi huffaz berkemahiran. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Maran dan juga Yang Berhormat Sungai Besar telah membangkitkan isu berkaitan rasional pengambilan pekerja asing dari luar, termasuk tukang gunting dan sebagainya. Sepatutnya lebih banyak peluang diberikan kepada pelatih TVET. Ini ialah soalan yang telah dibangkitkan sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 4 September 2023 telah mengumumkan untuk membuka semula pengambilan pekerja asing bagi tiga subsektor perkhidmatan iaitu tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas yang sebelum ini telah dibekukan sejak tahun 2009. Namun begitu, pembukaan semula ini hanya bersifat sementara dan berlandaskan kepada keperluan sebenar subsektor tersebut. Jemaah Menteri pada 8 September 2023 telah bersetuju untuk membenarkan hanya 7,500 kuota pekerja asing kepada tiga subsektor tersebut. Keputusan ini adalah bertujuan untuk membantu pengusaha tempatan yang terkesan akibat kesukaran mendapat pekerja tempatan sehingga menjejaskan kelangsungan operasi perniagaan serta berhadapan dengan risiko menutup operasi mereka. Langkah ini juga akan turut menghentikan kecenderungan majikan menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan yang sah. Kita sedia maklum bahawa kecenderungan ini berpotensi besar berlaku eksploitasi dan amalan buruh paksa. Kementerian Sumber Manusia bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sedang memperhalus mekanisme yang bersesuaian bagi tujuan pelaksanaan proses ini.
Boleh celah, Yang Berhormat? Sedikit saja.
Sekejap ya, saya habiskan dulu. Sekejap.
Okey.
Tuan Yang di-Pertua, sejak Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bidang dandanan rambut diperkenalkan pada Mac 2012 sehinggalah 31 Ogos 2023, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah berjaya melatih seramai 7,973 orang belia dalam sektor dandanan rambut melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia tahap dua dan tahap tiga. Akan tetapi jumlah ini amatlah rendah berbanding dengan keperluan sebenar masyarakat berserta permintaan yang tinggi bagi sektor dandanan dan gunting rambut ini. Diharapkan dengan pembukaan semula secara berfokus bagi pengambilan pekerja asing dalam subsektor perkhidmatan gunting rambut ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga mahir serta memberi keseimbangan dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Dalam pada itu Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian juga dalam membincangkan mewujudkan kursus-kursus jangka pendek bersifat modular untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja, terutamanya dalam bidang tukang potong rambut.
Jadi, saya rasa dengan adanya program-program seperti ini, maka kita dapat menyelesaikan masalah ini pada masa hadapan. Ya, Yang Berhormat.
Sedikit sahaja Yang Berhormat.
Boleh, boleh.
Terima kasih atas jawapan. Ini maknanya, setakat ini hanya 7,973 orang pelajar yang dilatih di bawah gunting rambut dan dandan rambut ini. Dandan rambut ini mungkin banyak kepada wanita kot, yang gunting rambut ini kepada lelaki. Saya hendak tahu, apakah ini hanya pelajar-pelajar yang dilatih di bawah tajuk ini ataupun bidang ini dan tidak mengambil kira pelajar-pelajar yang dilatih oleh agensi lain? Kita ada banyak agensi yang terlibat seperti Kementerian Luar Bandar, Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain kementerian. Daripada 7,000 ini, apakah di bawah Kementerian Sumber Manusia sahaja ataupun seluruh kementerian yang lain? Termasuk vokasional dan sebagainya. Saya ingat mungkin di bawah Kementerian Sumber Manusia sahaja. Terima kasih.
Ya, ini melibatkan semua kementerian. Untuk makluman Yang Berhormat, kita kena lihat, walaupun kita bersedia untuk menawarkan kursus-kursus seperti ini tetapi adakah belia-belia kita, anak-anak muda kita berminat untuk menjalani kursus-kursus ini? Terutamanya apabila kita mewujudkan kursus-kursus tempoh sederhana atau tempoh panjang, mereka kurang berminat untuk menjalani latihan-latihan seperti ini. Oleh yang demikian, sekarang Kementerian Sumber Manusia juga bercadang untuk mewujudkan kursus-kursus jangka pendek yang mungkin mengambil tempoh lebih kurang dua minggu, tiga minggu ataupun sebulan untuk mereka mempelajari kemahiran yang asas dan ia boleh dilakukan secara modular sehingga mereka boleh mendapat sijil. Akhirnya, mereka juga boleh melanjutkan pelajaran mereka ke tahap Diploma. Usaha- usaha sedang diambil Yang Berhormat, untuk memastikan bahawa kita tidak terus bergantung kepada pekerja-pekerja asing. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri, saya just hendak tanya kalau sekiranya isu yang saya timbulkan semalam mengenai tindakan oleh Jabatan Tenaga Kerja kepada pekerja-pekerja kontraktor kebersihan sekolah yang tidak dibayar gaji minimum. Adakah Yang Berhormat Menteri akan address...
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Memang perkara ini telah pun dibawa kepada perhatian saya. Saya juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak yang terlibat termasuk juga dengan Kementerian Kewangan. Saya akan mengambil inisiatif seterusnya untuk memastikan perkara ini diselesaikan dalam tempoh terdekat. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma hendak mohon kalau boleh Yang Berhormat Menteri pastikan Jabatan Tenaga Kerja menghentikan tindakan saman dan bawa ke mahkamah selagi mana isu ini belum diselesaikan.
Okey.
Oleh sebab kerajaan belum bayar kepada mereka tetapi mereka telah pun dibawa MOHR. Ini adalah chart sheet ...
Saya akan melihat kepada perkara ini Yang Berhormat terima kasih. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Program-program TVET yang berkualiti tinggi telah disediakan dengan menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat dalam Program Sistem Latihan Dual Nasional yang juga dikenali sebagai (SLDN). Di samping itu, program menerapkan 70 peratus latihan di tempat kerja dan 30 peratus di institut latihan bertujuan membolehkan industri ini mendapat tenaga kerja mahir yang lebih berkualiti dan kompetitif. Program TVET yang berteraskan industri iaitu academy in
industry diharap dapat menarik minat lebih ramai belia untuk menyertai program yang sangat bermanfaat ini. Tuan Yang di-Pertua, empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Putrajaya telah membangkitkan isu-isu berkaitan sistem gaji progresif daripada pelbagai aspek. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan gaji progresif adalah...
Yang Berhormat.
Saya belum start lagi.
Soalan berkenaan akademi.
Akademi, okey.
Ya. Saya ada masukkan part ini dalam ucapan saya.
Ya Yang Berhormat.
Saya ada satu cadangan tambahan. Walaupun akademi ini secara dasarnya sangat baik tetapi ada ramai juga pemandu-pemandu e-hailing yang tidak dapat menyertai akademi secara sepenuh masa tetapi hanya dapat menyertai separuh masa contoh pada waktu malam atau hujung minggu. Adakah kementerian akan adakan dana khas supaya pemandu p-hailing dapat menyertai kelas seperti ini pada waktu malam atau hujung minggu supaya mereka dapat microcredential supaya mereka dapat naikkan taraf sosioekonomi mereka daripada terus bergantung hanya kepada sektor p-hailing? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. sila jawab dan gulung. Masa sudah tamat.
Okey, itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Tidak ada masa tambahan?
Tidak ada
Okey. Yang Berhormat saya akan lihat secara teliti tentang cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat dan kalau boleh kita akan pertimbangkanlah bagaimana kita boleh membantu mereka yang terlibat dengan gig ekonomi ini terima kasih. Saya sebenarnya hendak menyentuh tentang satu tajuk yang penting iaitu berkaitan dengan sistem gaji progresif tetapi memandangkan kita tidak ada masa maka saya akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan gaji progresif dan soalan- soalan lain yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Digital untuk menjawab dalam masa 30 minit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani, salam segulai sejalai. Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Komunikasi dan Digital saya ingin ucapkan terima kasih kepada 21 orang Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberikan pandangan yang menyentuh bidang tugas kementerian saya sepanjang sesi Perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang berlangsung mulai 12 sehingga 14 September 2023.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Machang dan Yang Berhormat Puncak Borneo menyentuh mengenai pemberian pengecualian kepada Starlink untuk beroperasi walaupun ia merupakan 100 peratus pemilikan asing. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebarang pengecualian kepada pegangan ekuiti perlu disertakan dengan justifikasi yang jelas dan meyakinkan untuk dipertimbang oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Digital dan Menteri Komunikasi dan Digital. Penilaian akan dibuat dengan melihat kepada struktur organisasi pemohon dan penyediaan perkhidmatan pemohon di skala global. Pendekatan membenarkan pegangan ekuiti asing sebanyak 100 peratus bukanlah pendekatan baharu dan telah dilaksanakan seawal tahun 2010. Pertimbangan yang sama turut diambil kira bagi tiga buah syarikat lain yang beroperasi dengan 100 peratus ekuiti asing di mana ketiga-tiga syarikat tersebut turut beroperasi pada skala global di beberapa negara iaitu: (i) NTT MSC Sdn. Bhd.; (ii) AT&T Worldwide Network Services Malaysia Sdn. Bhd; dan (iii) BT Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. Bagi lesen yang diberikan kepada Starlink, faedah dan nilai yang dibawa masuk oleh Starlink ke Malaysia terutama dalam menangani jurang liputan di kawasan yang masih belum diliputi adalah antara faktor yang dipertimbangkan di samping perkhidmatan yang disediakan oleh Starlink di peringkat global serta penganugerahan status Malaysia Digital kepada syarikat tersebut. Sesi libat urus telah dilaksanakan dengan: (i) Kementerian Pertahanan; (ii) Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA); (iii) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA); (iv) Kementerian Dalam Negeri; (v) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; dan (vi) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Ini bagi memastikan penyediaan perkhidmatan Starlink di Malaysia tidak menjejas kedaulatan ekonomi negara malah akan menyokong konsep keterangkuman, dengan izin, inclusivity, semua rakyat Malaysia dalam merancakkan ekonomi digital Malaysia. Pengeluaran lesen kepada Starlink bertujuan untuk membenarkan syarikat tersebut menjalankan aktiviti telekomunikasi di Malaysia dengan syarat-syarat lesen yang perlu dipatuhi oleh syarikat tersebut dan akan dipantau oleh pihak SKMM. Terdapat dua buah lokasi yang telah dipasang dengan peranti Starlink sebagai proof of concept, dengan izin, iaitu di SK Malaing, Keningau pada 5 September 2023 dan Kampung Langsat, Ranau pada 7 September 2023. Pemasangan unit-unit Starlink ini adalah sebagai langkah interim bagi menyelesaikan isu-isu ketersambungan yang dihadapi di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah liputan terutama di kawasan pedalaman. Pengoperasian Starlink juga dilihat dapat menyediakan pilihan kepada kaedah penyelesaian untuk kawasan yang sukar seperti pelaksanaan 839, dengan izin, broadband, wireless access (BWA) sebelum ini iaitu sambungan internet menggunakan teknologi satelit oleh kerajaan di bawah Program JENDELA. Yang Berhormat Puncak Borneo bertanyakan sama ada Starlink menyumbang kepada Kumpulan Wang Pemberi Perkhidmatan Sejagat. Untuk makluman Yang Berhormat, Starlink Internet Services Malaysia Berhad (Starlink Malaysia) pertama kali berdaftar dengan SKMM sebagai pemegang lesen bermula 17 Julai 2023. Di bawah Peraturan 29, Peraturan- peraturan Komunikasi dan Multimedia, Pemberi Perkhidmatan Sejagat tahun 2002, Starlink Malaysia perlu mengemukakan penyata hasil bersih daripada perkhidmatan dinamakan untuk tahun kalender 2023 tidak lewat daripada 30 Jun 2024. Sekiranya jumlah hasil bersih daripada perkhidmatan dinamakan bagi tahun tersebut adalah tidak kurang daripada ambang hasil minimum RM2 juta. Berdasarkan Peraturan 7, Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia, Pemberian Perkhidmatan Sejagat tahun 2002, Starlink Malaysia perlu membuat
sumbangan sebanyak enam peratus daripada hasil bersih ditentukan kepada Kumpulan Wang Pemberi Perkhidmatan Sejagat ataupun Universal Services Provision (USP) Fund. Oleh itu, keperluan Starlink menyumbang kepada Kumpulan Wang Pemberi Perkhidmatan Sejagat hanya boleh ditentukan selepas 30 Jun tahun 2024. Yang Berhormat Tuaran bertanya mengenai kesan ataupun manfaat pelaksanaan Starlink kepada rakyat dan kadar bayaran yang akan dikenakan. Untuk makluman Tuan Yang Berhormat, manfaat segera yang boleh dinikmati rakyat ialah ketersediaan liputan perkhidmatan jalur lebar oleh Starlink melalui teknologi satelit di orbit berhampiran bumi, dengan izin, low earth orbit di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar dan terpencil. Maklumat mengenai kadar bayaran dan sebagainya boleh dirujuk di laman web Starlink Malaysia. Selain perkhidmatan Starlink, rakyat sebenarnya juga mempunyai pilihan untuk melanggan pakej-pakej yang ditawarkan oleh beberapa buah syarikat penyedia perkhidmatan internet serta satelit yang lain termasuk MEASAT, Numix dan REACH TEN. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Sulung, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat...
Yang Berhormat Menteri, sebelum pergi jauh lagi saya hendak patah balik. Saya minta maaf tadi tertinggal sedikit. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang diberikan mengenai proses pembelian Starlink ini. Saya hendak dapat kepastian daripada segi kronologinya adakah apabila Yang Amat Berhormat Tambun membuat pengumuman bahawa unit-unit ini akan dibeli semua proses telah dijalankan sebelum pengumuman telah dibuat? Maksudnya penilaian spesifikasi, kesesuaian, harga dan sebagainya adakah ia dibuat sebelum pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun ataupun pengumuman dibuat dan selepas itu sebagai afterthought baharulah proses perolehan dijalankan?
Terima kasih Yang Berhormat. Daripada segi penilaian aspek keselamatan dan juga kesesuaian ataupun menepati syarat-syarat seperti yang saya sebutkan tadi. Segala perbincangan dengan agensi- agensi ataupun badan-badan yang saya nyatakan tadi telah berlaku sebelum pengumuman dibuat. Cuma, tinggal saya untuk hendak sign. Lebih kurang. Aspek pembelian itu berlaku hanya selepas kita menandatangani kerana sebelum pada itu kita belum ada apa-apa arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang perkara tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Parit Sulong, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Balik Pulau dan Yang Berhormat Bentong telah menyentuh isu industri kreatif. Untuk Yang Berhormat Parit Sulong, KKD sentiasa komited bagi membantu mengembangkan bakat dan kreativiti bagi memaksimumkan potensi anak muda di Malaysia terutama dalam pembangunan kandungan digital. Walau bagaimanapun, tiada platform khusus anjuran kerajaan bagi mengiktiraf bakat digital dalam industri kreatif tanah air pada waktu ini. Penganjuran Anugerah Seri Angkasa setiap dua tahun sekali merupakan medium pengiktirafan yang terhad kepada industri penyiaran tempatan. Namun begitu, KKD sentiasa membuka ruang bagi penggiat industri kreatif menghasilkan kandungan berkualiti bagi bersaing dengan pencipta kandungan atau, dengan izin, content creator di peringkat antarabangsa dengan menawarkan Dana Kandungan Digital (DKD) di bawah seliaan KKD menerusi agensi-agensi di bawahnya seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan MyCreative Ventures (MYCV). Selain itu, KKD juga komited dan menyokong pembangunan penghasilan kandungan kreatif dengan menawarkan sokongan infrastruktur seperti kemudahan sokongan studio sound stage yang berperanan menjadi ruang bagi mencambahkan kreativiti dan KKD mengalu-alukan semua penggiat industri kreatif menjadikan studio ini sebagai rumah baharu untuk projek-projek inovatif. KKD juga telah mengadakan seminar
di kalangan pencipta kandungan yang bertajuk Fast Track: How to be a Content Creator, dengan izin. Pada 15 September yang lalu, bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam pembangunan kandungan kreatif dengan lebih efisien dan berkualiti. Untuk maklumat lanjut berkenaan DKD yang ditawarkan, antara kategori yang tersebut merupakan First Time Amateur Filmmaker (FAME) bertujuan menggalakkan penerbitan kandungan kreatif filem cereka menerusi kombinasi syarikat produksi berpengalaman bersama pengarah filem cereka buat kali pertama. Bagi kategori kandungan digital, dana projek mini bertujuan untuk pembangunan harta intelek, kandungan digital animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif melibatkan penghasilan idea dan reka bentuk produksi oleh studio yang beroperasi kurang dari lima tahun. Di samping itu, KKD turut menawarkan Dana Persembahan Muzik dengan tujuan penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert muzik awam yang mengetengahkan bakat-bakat tanah air serta menjana peluang pekerjaan baharu. Yang Berhormat Sabak Bernam, minta supaya diperbanyakkan usaha mencungkil bakat-bakat seni baharu sehingga berjaya di peringkat dunia. Dalam hal ini, KKD sentiasa berusaha menyediakan platform yang sesuai dengan cabang seni dan minat para penggiat seni yang muda. Sebagai contoh, KKD melalui Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah banyak menerbitkan program-program seperti Bintang RTM, Bintang HMI, Bintang Kecil, Suara 90-an, Golden Teen Search, Bintang Gala 2, Teen Star, Bintang Minnal dan Jom Nyanyi IFM bagi mencungkil bakat-bakat terpendam di Malaysia. Program-program sebegini telah berjaya melahirkan ramai bintang seni tersohor yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Sudirman Haji Arshad, Dato’ Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Candy Cheah, Carol Ormilla, Esther Koo, dan ramai lagi. Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai contoh merupakan kelahiran Bintang HMI anjuran RTM pada 1 April 1995 dan telah mengukir nama bukan hanya di Asia, malah di seluruh dunia. Beliau juga merupakan artis tempatan pertama memiliki Walk of Fame di luar negara iaitu di Adelaide Festival Centre, Australia dan membuat konsert di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005. Manakala, Dato’ Sudirman Haji Arshad yang menjuarai Bintang RTM 1976 tidak kurang hebatnya kerana telah mengukir nama sebagai Penghibur Nombor Satu Asia pada tahun 1989, dan merupakan artis Malaysia pertama memenangi anugerah tersebut. Jika Indonesia berbangga Putri Ariani, Malaysia juga melalui RTM turut berbangga dengan bakat Dewi Liana Seriestha yang memenangi pertandingan Bintang Kecil RTM pada tahun 2000 dan telah mengukir nama di peringkat antarabangsa mewakili Malaysia di Kejohanan Seni Persembahan Dunia atau, dengan izin, World Championship of Performing Arts. Pada kejohanan tersebut, beliau telah memenangi Pingat Emas untuk opera klasik, tiga Pingat Perak untuk kategori kontemporari dunia, dan pelbagai kategori vokal, penghargaan khas di bawah anugerah industri dan pingat untuk Juara Klasik WCOPA. Kerajaan melalui RTM, masih meneruskan program-program pencarian bakat baharu merangkumi bidang nyanyian, pengacaraan, kewartawanan dan lain-lain. KKD juga sentiasa menyokong sebarang penglibatan penggiat industri kreatif tanah air di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, KKD menyediakan Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa di bawah DKD yang bertujuan menyokong penyertaan penggiat dan karya muzik yang berpotensi meningkatkan akses seni muzik Malaysia yang berkualiti tinggi ke luar negara. Antara penggiat industri kreatif yang telah menerima manfaat di bawah DKD ialah Mior Luqman Hakim, Shira, Ketty Natalia, Santosh dan Siva Valen. Bagi merealisasikan aspirasi negara dalam memperkukuh lagi pertumbuhan ekosistem industri digital kreatif dan animasi, MDEC telah memperkenalkan dan melaksanakan pelbagai program pembangunan bakat di peringkat tempatan mahupun global yang memfokuskan kepada pembangunan bakat digital kreatif dan animasi untuk setiap lapisan sektor. Antaranya ialah #mydigitalmaker. #mydigitalmaker merupakan inisiatif bersama yang melibatkan sektor awam, swasta dan akademia yang dipimpin oleh MDEC dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan rakan-rakan industri untuk mengubah golongan belia Malaysia daripada pengguna digital kepada pengeluar atau inovator dalam ekonomi digital. Inisiatif
ini telah memberi manfaat kepada 2.5 juta orang pelajar sejak tahun 2016 hingga sekarang. Antara program di bawah #mydigitalmaker iaitu pembangunan bakat dalam seni digital kreatif iaitu Creativity @ Schools. Creativity @ Schools merupakan program dan juga pertandingan terbuka kepada semua murid sekolah bertujuan memupuk kreativiti dan minat di kalangan anak muda Malaysia dalam bidang animasi, kesan visual dan reka bentuk permainan, di samping menggalak lebih ramai murid sekolah mengikuti kursus kandungan kreatif di peringkat pengajian tinggi. Seramai 6,200 orang pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini. Antara kejayaan program ini ialah pemenang daripada program PERMATA di peringkat Malaysia akan mendapat pendedahan untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa iaitu pertandingan Scratch Olympiad yang disertai oleh lebih 35 buah negara. Program Cabaran Pencipta Kandungan Digital merupakan sebuah program yang menawarkan bantuan kewangan dan sesi bimbingan atau, dengan izin, mentorship daripada pakar-pakar industri tempatan dan antarabangsa yang bertujuan membantu syarikat-syarikat pemula menghasilkan kandungan creative digital yang bermutu dan berkualiti. Program ini telah berjaya mengangkat beberapa projek animasi pendek buatan Malaysia ke festival-festival terkemuka antarabangsa. Sebagai contoh, animasi pendek, dengan izin, The Pillar of Strength baru-baru ini telah memenangi The Best Nature Film Award di Global Short Film Award Festival Film Kang 2023. Selain itu, animasi pendek bertajuk Horologist juga telah berjaya memenangi Best Animation di Comic-Con, San Diego 2023. Bagi mencergaskan semula industri kreatif melalui pembangunan bakat kreatif berkualiti, FINAS telah melaksanakan program pemerkasaan modal insan industri kreatif yang menumpu kepada empat strategi utama yakni perkongsian idea, pembangunan kemahiran ataupun nurturing, pemacuan ataupun accelerator dan kesedaran industri kreatif, dengan izin, mind shift. Bagi tujuan pelaksanaan strategi utama ini iaitu inisiatif di bawah RMKe-12, FINAS telah dan sedang melaksanakan program serta aktiviti pemerkasaan modal insan industri kreatif antaranya seperti berikut. Pertama, program Community @ FINAS, jalinan kerjasama antara komuniti masyarakat setempat dengan usaha FINAS membangunkan modal insan berkaitan industri kreatif tanah air dan pelaksanaan program pembangunan modal insan membabitkan golongan belia dan kelompok B40 di kalangan komuniti setempat yang disantuni.
Kedua, program modal insan dengan kerjasama syarikat dan persatuan perfileman seperti kursus seni digital suntingan video basic, camera video and technical peringkat beginner, teknik solek dan tatarias set penggambaran, skrip dokumentari sejarah, pengurusan produksi, acting for film workshop, seni lakon, asas lakonan, seni lakon bukan sekadar profesion dan lain-lain. Ketiga, Program One Step Closer yang merangkumi siri bengkel latihan berkaitan penghayatan lakonan, panduan pengurusan projek cemerlang, penulisan skrip, asas pengarahan dan pengurusan produksi dan asas sinematografi telah diadakan bermula pada bulan Januari dan akan diteruskan hingga penghujung tahun ini. Keempat, program modal insan dengan kerjasama syarikat dan persatuan perfileman juga akan diteruskan dengan bengkel latihan dikategorikan seperti: (i) Masterclass: Dream Bigger; (ii) Program X Factor; (iii) Borneo’s Creative Hours dan program inkubator domestik dan antarabangsa; dan (iv) Tim Burton Masterclass, pengarah filem Hollywood telah diadakan pada 14 April 2023. Yang Berhormat Balik Pulau ada? Ada, baik. Yang Berhormat menyentuh isu industri kreatif yang bertindih di beberapa kementerian.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Ekonomi melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas telah mengenal pasti industri kreatif sebagai antara pemacu ekonomi baharu untuk menjana aktiviti dan produk bernilai tambah tinggi dengan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak RM31.9 bilion menjalang tahun 2025. Justeru, sumbangan KDNK secara kolektif merentas pelbagai kementerian antaranya, KKD, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan lain-lain. Walaupun pelaksanaan industri kreatif ini merentas pelbagai kementerian, namun tujuannya sama. Pelbagai- banyak kementerian, satu tujuan. KKD sentiasa cakna dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membangun dan memperkasakan industri filem, muzik dan kandungan kreatif digital melalui FINAS, MDEC dan MyCV yang merupakan agensi-agensi di bawah seliaan KKD. Yang Berhormat Bentong menyentuh mengenai perlindungan sosial untuk penggiat seni. Untuk makluman Yang Berhormat, KKD sentiasa prihatin dan menyokong usaha terhadap sistem perlindungan sosial khususnya penggiat seni. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah FINAS akan mengadakan sesi perbincangan bersama pihak KWSP dan PERKESO sebagai salah satu usaha serta advokasi untuk menggalak penggiat seni industri kreatif untuk mencarum khusus Skim i-Saraan dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) demi kelangsungan hidup tempoh jangka panjang para penggiat industri kreatif. Selain itu, FINAS telah melancarkan Tabung Komuniti sebagai salah satu inisiatif menjaga kebajikan penggiat industri kreatif khususnya penggiat industri filem. Tabung Komuniti ini berperanan menyelaras dan mengurus agihan bantuan dan sumbangan melalui kerjasama melalui badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan, persatuan, syarikat swasta dan individu untuk dimanfaatkan oleh penerima, tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan. Saya juga mengambil maklum saranan Yang Berhormat Bentong supaya Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) disemak semula, saya setuju. Ia diwujudkan pada tahun 2010 di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan- ya, sila.
Okey. Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas jawapan tersebut. Saya sebenarnya hendak mengucapkan terima kasih juga kerana atas penambahbaikan Internet dan juga line telefon di Bentong. Terima kasih.
[Ketawa] Baik. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua sebagai menambah sedikit tentang isu itu. Pada bulan Mac lalu kita telah- saya telah minta supaya pihak SKMM membuka kaunter di Parlimen untuk mendapatkan aduan daripada semua Ahli Parlimen. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, daripada 648 aduan yang kami terima, sebanyak 512 telah berjaya diselesaikan yakni bersamaan dengan 79 peratus. Insya-Allah bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang sebelum ini ada bangkitkan apa-apa isu, kita akan berusaha sedaya upaya untuk segera menyelesaikan. Akan tetapi, banyak daripada masalah ini melibatkan isu tanah dan saya akan pergi kepada perkara ini selepas ini. Saya selesaikan dahulu isu industri kreatif.
Sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri, boleh?
Boleh, boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ini tinggal di hulu, namanya Hulu Selangor, sempadan dengan Perak. Tidakkah orang kata, kementerian boleh melihat isu berkaitan Internet yang di hujung negeri Selangor iaitu di Alah Batu namanya. Terima kasih.
Baik, saya akan minta Pengarah MCMC untuk berhubung, dapatkan lokasi dan kita akan segera selesaikan.
Terima kasih banyak- banyak Yang Berhormat Menteri.
Saya difahamkan ada sejumlah menara di bawah Program JENDELA yang masih menunggu, mungkin ada isu permit dan sebagainya ataupun...
Dia yang sedihnya, di sebelah Perak sahaja.
Baik.
Sebelah Perak, Slim River.
Baik, insya-Allah.
Terima kasih banyak- banyak.
Baik, baik. Boleh jumpa selepas ini.
Baik, baik.
Saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bentong bangkit supaya Dasar Industri Kreatif Negara disemak semula, saya setuju. Ini kerana ia diwujudkan pada tahun 2010 pada waktu kementerian bernama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Seperti yang kita sedia maklum, susulan perubahan tampuk kepimpinan pada tahun 2018, skop industri kreatif di bawah KKD telah difokuskan kepada bidang perfileman, muzik dan kandungan kreatif digital. Oleh itu, memandangkan skop industri kreatif kini merentasi beberapa kementerian, jabatan dan agensi, kajian semula DIKN secara menyeluruh akan dilaksanakan oleh Kementerian Ekonomi bagi menentukan hala tuju dan skop yang jelas di bawah industri kreatif. Bermaksud, seperti yang saya jawab kepada Yang Berhormat Balik Pulau tadi, lain kementerian- pelbagai kementerian, satu tujuan, itulah yang kita harapkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kluang ada? Ada, baik, telah membangkitkan mengenai literasi digital bagi mengenai isu scam. KKD melalui agensi dan jabatan di bawahnya komited dalam meningkatkan usaha celik media atau celik digital di kalangan masyarakat termasuklah golongan warga emas dan golongan remaja. Bagi memastikan golongan-golongan ini tidak mudah dipengaruhi dan terpedaya dengan berita palsu yang boleh mengganggu gugat keharmonian negara. Antara usaha yang telah dilaksanakan untuk tujuan ini ialah melalui: (i) program advokasi pengguna dan kempen kesedaran oleh pihak SKMM di seluruh negara melalui program Klik Dengan Bijak dan sukarelawan yang dilatih di bawah Inisiatif Sukarelawan I-City Malaysia, ataupun dengan izin, Malaysia i-City Volunteer...
Yang Berhormat Menteri, hendak tanya sedikit boleh Yang Berhormat Menteri?
Ya, sila.
Yang Berhormat Menteri, saya tengok sekarang ini, saya nampak beginilah, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Contoh macam dia kata kalau tidak sokong parti dia nanti masuk neraka, contoh. Undi orang ini, haram dijatuhkan fatwa. Kemudian yang terbaru ini pula ada tadi kata Perdana Menteri sudah meninggal dunia, tidak boleh kah kementerian Yang Berhormat ini, bila ada tohmahan-tohmahan tidak betul ini, kementerian Yang Berhormat ini tolong jawab. Masuk dekat TV1, TV2, TV3, TV4, TV5, TV6, TV7, TV8 untuk bagi satu pendedahan kepada seluruh masyarakat dan rakyat dalam negara kita ini. Contoh, macam disebut...
Sabar, sabar.
Kalau orang ini, kalau orang ini jadi Perdana Menteri, nanti dia akan halalkan LGBT, itu tidak berlaku. Oleh sebab itu saya
hendak minta Yang Berhormat Menteri, ada kementerian, gunakan kementerian untuk jawab balik tohmahan tidak betul yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sabar Hulu Langat.
Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
[Ketawa]
Yang Berhormat Hulu Selangor ini ...
Dia juga bising kuat sangat, cuba perlahan-perlahan sedikit, kasih sayang.
Tidak payahlah jerit-jerit, tidak payah jerit. Cakap elok-elok.
Sebab itu lagu ini dia ada rock, dia ada dangdut, dia ada asli. Kalau Yang Berhormat Hulu Selangor main asli, aslilah. Saya rock.
Dalam ini bukan pekak semua pun.
Saya rock, saya rock. Main keras begitu.
Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Hulu Langat, dua-dua duduk. Cukup, cukup, relaks sedikit.
[Ketawa] Terima kasih, saya terima pandangan Yang Berhormat Hulu Langat dan juga memang kita kesal dengan sebaran maklumat yang kadangkala berlaku dengan begitu pantas, terlalu pantas sehingga timbul tohmahan ataupun fitnah. Saya bagi contoh, yang paling terkini sebagai contoh, ada pihak yang telah mendakwa kononnya Malaysia hendak beli minyak sawit dari China. Ini masuk dalam Twitter pagi tadi dan telah disebar oleh beberapa orang pemain- maaf bukan Twitter, sekarang dinamakan X sekarang. Apabila saya teliti, sebenarnya ia timbul antara lain kerana ada berita daripada pihak media yang telah melaporkan menggunakan headline yang salah.
Saya lihat sendiri headline itu adalah headline yang salah. Jadi kadangkala untuk mengatakan berita palsu ataupun maklumat salah yang disampaikan itu hanya daripada satu pihak kadangkala tidak semestinya begitu. Bermaksud kita- semua ada peranan untuk mainkan. Kalau kita salah satu daripada kita gagal untuk menyampaikan maksudnya perawi itu, penyampai berita itu, maksudnya kita- semua gagal. Maka nasihat saya kepada semua termasuk diri saya sendiri apabila kita dapat sebarang maklumat zaman sekarang ini kita semak. Adakah berita ini disampaikan dalam mana-mana organisasi media yang lain dan kita boleh semak sebenarnya. Sekarang kebanyakan daripada portal, dia akan melaporkan berita yang sama sekiranya ada ketidakserasian yang terlalu jauh menyimpang bermaksud salah satu daripada portal berita ini tidak bercakap dengan benar, tidak melaporkan berita yang benar. Saya juga...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Kluang tadi ada sebut nama dia, baik.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan dan juga maklum balas yang sangat menyeluruh untuk meningkatkan kesedaran ataupun celik media untuk seluruh rakyat Malaysia. Akan tetapi saya berpendapat bahawa sebenarnya kita bukan sahaja hendak fokus kepada remaja atau golongan belia tetapi juga kepada dewasa khasnya warga emas kerana warga emas mereka besar bukan dari zaman digital. Jadi mereka sebenarnya lebih
bahaya dan lebih cenderung atau lebih diancam oleh semua berita tidak penuh, tidak betul, tidak benar atau separuh fakta sahaja. Jadi saya minta kementerian lihat benda ini dan meneliti bagaimana kita boleh meningkatkan kesedaran celik media antara golongan warga emas ataupun dewasa bukan sahaja belia sahaja. Terima kasih.
Baik.
Yang Berhormat Menteri susulan daripada yang dibangkitkan oleh kakanda saya daripada Yang Berhormat Hulu Langat. Saya hendak tanya macam mana di pihak kementerian hendak balance hendak kawal fitnah dengan bertindak sebagai big brother sebagai mana yang dibangkitkan oleh sekumpulan wartawan kanan pada 29 Ogos yang lalu supaya SKMM dan pihak kementerian harus berhenti daripada bertindak sebagai big brother yang mengawal kritikan terhadap kerajaan. Saya setuju bab fitnah, saya dengan abang saya Hulu Langat itu yang saya banyak bersetuju dengan beliau tetapi dalam bab mengkritik kerajaan ini macam mana kementerian hendak balance perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kluang. Masa tinggal kurang seminit dan saya difahamkan tidak ada lanjutan jadi saya jawab secara ringkas. Kita berpandukan kepada segala akta yang ada pada waktu ini bagi Kementerian Komunikasi dan Digital seharusnya kita rujuk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang waktu ini belum ada pindaan tetapi dalam penelitian pihak kementerian. Walau bagaimanapun ada beberapa perkara sebagai contoh sekiranya ada sebaran yang pihak mana-mana kementerian lain yang bertanggungjawab kepada hal itu ada mengeluarkan kenyataan, menafikan ataupun menidakkan ataupun memberi penjelasan. Maka kita akan ambil itu sebagai tanda aras bagi mengambil sebarang tindakan selepas itu. Yang saya maksudkan adalah sekiranya perlu bagi pihak kementerian bawah SKMM, kita ada portal sebenarnya.my sebagai contoh dan itu adalah portal yang baik dan saya gesa semua sahabat-sahabat Ahli Parlimen untuk dari semasa ke semasa meneliti laman web tersebut sebenarnya.my untuk mendapatkan maklumat yang sahih juga kepada para pelajar yang sedang menonton secara langsung dalam Dewan kita. Check sebenarnya.my untuk mendapatkan maklumat sama ada perkara yang viral itu betul atau tidak. Jadi kita gunakan itu sebagai salah satu perkara. Cuma saya hendak sebut perkara yang akhir.
Yang Berhormat Menteri sekejap, Ampang. Saya tertarik dengan maklumat tersebut tetapi kalau lah boleh orang kampung, orang luar yang biasa ataupun kita biasa, luar bandar yang dengar berita dan sebagainya. Saya hendak mencadangkan supaya ada siaran semakan berita fitnah.
Baik.
Supaya cerita-cerita fitnah dalam WhatsApp group ini boleh dirujuk dalam satu sahaja siaran yang sebenarnya boleh dikemukakan oleh kerajaan yang kita boleh rujuk harian. Terima kasih.
Ya, dia ada satu cadangan.
Yang Berhormat Menteri sila gulung.
Baik, baik dia ada cadangan untuk menambah satu slot dalam berita RTM, ‘Fitnah apa hari ini’. Jadi ini satu cadangan mungkin kita akan bincang nanti tetapi memang betul kita perlu teliti perkara ini. Akhir sekali saya hendak menyentuh tentang teguran yang dibuat oleh lapan orang wartawan.
Pengacara kalau tidak ada saya sanggup tawar diri.
Allahuakbar.
“Pro bono”, “pro bono” bukan “probowo”.
Kita akan pertimbangkan. Baik saya menggulung. Alhamdulillah, sepanjang Yang Amat Berhormat Tambun mentadbir dan bersama Kerajaan Perpaduan ini tidak ada seorang pun wartawan yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa... [Tepuk] Tidak ada satu surat khabar yang telah ditutup, tidak ada apa-apa tindakan seperti itu maka memang hendak kita tidak boleh nafikan sekarang ini lebih, lebih terbuka. Itu komitmen pihak kerajaan, komitmen Yang Amat Berhormat Tambun maka kita akan kekal. Not one single reporter has been arrested seperti yang pernah berlaku zaman pandemik dahulu. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Digital. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk menjawab. Masa 30 minit.
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Izinkan saya mulakan penggulungan Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12 dengan serangkap pantun. Rukun Negara teras falsafah Kebangsaan, Simbol perpaduan rakyat semua; Kajian Separuh Penggal kita bahaskan, Manfaat RMKe-12 dinikmati bersama. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 26 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan perkara berkaitan dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan khususnya adalah empat bidang utama iaitu Perancangan Bandar, Perkhidmatan Kebombaan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Saya telah pun sediakan teks ucapan selama 90 minit tetapi masa amat cemburu. Sekiranya saya tidak sempat menjawab setiap pertanyaan, saya akan hantar jawapan bertulis dalam masa tujuh hari dari hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian semuanya 26 orang. Pada umumnya terdapat 55 strategik dan 89 inisiatif yang melibatkan peranan langsung KPKT dalam rangka kerja Rancangan Malaysia Ke-12. Saya ingin mengambil kesempatan ini memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini bahawa sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12, tumpuan KPKT adalah berkaitan dalam sektor perumahan, kemapanan bandar dan komuniti serta pemerkasaan khidmat kerajaan tempatan. KPKT secara khususnya mempunyai dua KPI Nasional utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu penyediaan 500,000 unit Rumah Mampu Milik dan menyasarkan bahawa 120 buah bandar mencapai status Bandar Mampan berdasarkan kepada MURNInets. Selain itu, KPKT juga telah mencadangkan satu KPI Nasional baru bagi pembangunan wilayah dan bandar iaitu penarafan Bandar Pintar, dengan izin, Smart City dengan sasaran sebanyak lima buah bandar diberikan penarafan tersebut sebagai langkah permulaan. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan pencapaian Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, 17 anjakan utama termasuk perumahan rakyat akan ditambah baik melalui peralihan daripada konsep pemilikan kepada konsep tempat tinggal. Saya teruskan dengan penggulungan isu perbahasan yang dimulakan dengan bidang perancangan bandar. Pertama, Yang Berhormat Batu telah mencadangkan untuk kerajaan memfokuskan kepada pelan pembangunan semula perumahan memandangkan terdapat flat-flat ataupun rumah pangsa yang telah usang dan uzur.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, baru-baru ini KPKT melalui PLANMalaysia telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (GPP PSB) yang telah diluluskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri pada ambang Hari Kemerdekaan tahun ini. GPP PSB ini bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan komprehensif kepada Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri, PBT, pemaju hartanah dan pihak berkepentingan lain yang ingin memajukan atau membangunkan semula kawasan penempatan yang terpinggir, usang, uzur dan tidak lagi ekonomik bagi tujuan meningkatkan imej dan reka bentuk bandar serta kualiti hidup masyarakat bandar.
Garis panduan ini menggariskan empat jenis pembaikan semula bandar iaitu: (i) pembangunan semula bandar- urban redevelopment; (ii) penjanaan semula bandar- urban regeneration; (iii) penyegaran semula bandar- urban revitalization; dan (iv) pemeliharaan semula bandar- urban conservation. Terdapat tiga jenis mekanisme pelaksanaan pembaharuan semula bandar berdasarkan kepada jenis pemilikan tanah seperti yang berikut: (i) pembaharuan semula bandar atas tanah rizab; (ii) pembaharuan semula bandar atas tanah hak milik bertanah dan hak milik strata, sama ada individu, syarikat, badan berkanun ataupun PBT; dan (iii) pembaharuan semula bandar atas tanah milik PTP. Bagi menggalakkan lebih banyak pembaharuan semula bandar pada masa akan datang, cadangan penggubalan akta baharu akan diperkenalkan di Malaysia dan kini sedang dikaji bersama dengan analisis impak peraturan- regulatory impact analysis. Ahli-ahli Yang Berhormat bagi kawasan-kawasan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Batu. Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 telah mengenal pasti 139 buah tapak usang yang berpotensi di lokasi strategik untuk dibangunkan semula dengan pendekatan prinsip pembaharuan semula bandar yang mampan. Selain itu, Jabatan Wilayah Persekutuan juga telah menyediakan Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Kuala Lumpur pada tahun 2021. DBKL juga boleh merujuk pada garis panduan pembaharuan semula bandar yang telah disediakan oleh KPKT untuk membangunkan semula kawasan rumah-rumah pangsa yang uzur, usang dan berusia lebih 40 tahun. Aspek kedua, perkhidmatan kebombaan. Yang Berhormat Julau meminta status projek balai bomba dan penyelamat kategori ‘D’ Parlimen Julau yang telah digariskan di bawah RMKe-12. Berhubungan dengan cadangan pembinaan balai bomba di Parlimen Julau, kementerian telah pun melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengemukakan dokumen yang lengkap bagi permohonan tapak pada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei pada 24 Mei tahun lepas yang diselaraskan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) Negeri Sarawak. Permohonan tersebut melibatkan sebahagian tapak tanah berkeluasan 5.75 ekar yang terletak berhampiran SMK Julau. Pada masa yang sama permohonan perolehan tapak tanah tersebut telah dimohon dalam Rolling Plan 4, tahun depan. Walau bagaimanapun kelulusannya tertakluk kepada pertimbangan agensi pusat serta keupayaan peruntukan kewangan semasa kerajaan tempatan. Yang Berhormat Bachok telah meminta supaya KPKT turut mengindahkan pantai- pantai di Bachok di mana saya telah pun membuat lawatan kerja ke sana. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah meluluskan tiga projek berjumlah RM588 ribu bagi Majlis Daerah Bachok bagi tahun ini juga untuk menaik taraf kemudahan awam di kawasan pantai di Bachok:
(v) membina kemudahan surau dan tandas awam serta kerja- kerja berkaitan di Pantai Senok Tawang, Bachok bernilai RM240,000; (vi) menaik taraf tandas awam Pantai Irama, Bachok bernilai RM48,000; dan (vii) membina baharu 20 unit green kiosk mengekalkan dengan tenaga solar di Pantai Irama, Bachok bernilai RM300,000. Selain itu, Majlis Daerah Bachok boleh mengemukakan permohonan projek baharu bagi mengindahkan pantai-pantai di Bachok, tertakluk kepada skop dan kriteria yang telah pun ditetapkan di bawah peruntukan BP1. Ini adalah selaras dengan falsafah pimpinan Malaysia Madani, tiada negeri yang terpinggir, tidak ada siapa yang tertinggal. Semua bangsa Malaysia.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Yang Berhormat Ayer Hitam telah mencadangkan supaya satu master plan disediakan bagi Kampung Baru Cina ke arah urbanisasi seperti mana Malaysian-Indian Blueprint yang disediakan oleh MITRA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT memang sedang mengkaji semula hala tuju pembangunan Kampung Baru Cina, 613 Kampung Baru yang merangkumi elemen-elemen seperti pembangunan sosioekonomi mengikut ciri-ciri kampung dan berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan tempatan. Elemen akan ditekankan dalam penyediaan master plan. Dalam hubungan ini, kementerian akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan dan tokoh-tokoh yang berkaitan serta memohon peruntukan di bawah RMKe-13 bagi tujuan tersebut...
Yang Berhormat Menteri, minta mencelah.
Sedikit. Boleh. Boleh. Sedikit. Akan tetapi saya panjang.
Sekejap sahaja. Saya hendak minta penjelasan. Adakah ada perancangan untuk Kampung Baru, Kuala Lumpur dijadikan Kampung Warisan yang diletakkan di bawah WARISAN?
Terima kasih atas pertanyaan. Kampung Baru di Kuala Lumpur di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan. Maka, nanti boleh tanya pada Jabatan Perdana Menteri.
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?
Yang Berhormat Kapar telah memohon supaya kerajaan...
Yang Berhormat Menteri, saya mencelah.
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas program-program yang cukup baik. Cuma saya ingin mencadangkan, dulu Kampung Baru ini sudah cadang dipindahkan kepada Kementerian Perpaduan. Tujuannya untuk hendak mengelakkan persepsi yang tidak baik terhadap daripada masyarakat pada Kampung Baru. Kemudian apabila Yang Berhormat masuk, pindah pula balik Kampung Baru ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan kalau tidak silap saya, tiga kali peruntukan dapat ini, last year. Pertama di bawah KPKT, sudah bagi peruntukan selepas itu Kementerian Perpaduan dapat lagi selepas itu apabila Yang Berhormat masuk, sekali lagi. Tiga kali peruntukan diberikan pada Kampung Baru. Saya hendak mencadangkan supaya di samping Kampung Baru Cina, kita ada juga kampung-kampung baru tradisional Melayu yang terlibat dengan berbagai-bagai sebab termasuk banjir dan sebagainya. Saya ingin mencadangkan supaya kampung- kampung baru diletakkan sebab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya
pembangunan ini, sebab kampung baru yang ada di Kampung-kampung Melayu ini bersebelahan dengan, di pinggir dengan PBT, belakang kerajaan tempatan. Jadi saya ingin mencadangkan supaya ia dimasukkan supaya peruntukan itu dapat dialihkan sama untuk mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat yang pernah menjadi Mantan Timbalan Menteri KPKT. Memang Yang Berhormat arif dalam subject matter ini. Jika tidak silap saya, ini kali ketiga Yang Berhormat mengulangi pertanyaan yang sama. Mengapa Kampung Baru Cina diletak di bawah KPKT, bukan di bawah Kementerian Perpaduan. Sebenarnya Yang Berhormat tahu tetapi sengaja mahu tanyalah. Tidak apa, saya jawab juga. Ini sebenarnya sejak sejarah, pembangunan Kampung Baru Cina ini memang di bawah KPKT, sejak tahun 1960-an pun. Tidak jadi isu. Oleh sebab itu saya kata nawaitu. Kita sepatutnya sebagai manusia haruslah bersikap dengan syak wasangka yang baik. Bukan buat sangkaan yang kurang baik. Nawaitunya sangat penting tetapi kita akan jamin supaya sama ada kampung tradisi kah, Kampung Baru Cina kah akan dilayan dengan adil, saksama.
Saya tidak. Begini Yang Berhormat. Akan tetapi pada tanggapan orang, dulu memang Kampung Baru inilah tempat di mana mereka yang terpengaruh dengan Komunis ditempatkan. Jadi orang kampung kita kena bercakap, masih bercakap, kenapakah harus lagi kekal? Sepatutnya kita cadangkan supaya kampung-kampung baru yang lain juga dimasukkan supaya ada perkauman itu ada. Ini sebab sekarang ini, saya masih sebutkan. Apabila saya sebut Yang Berhormat cakap bahawa beberapa kali saya sebutkan. Memanglah ini yang realitinya berlaku.
Terima kasih Yang Berhormat.
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih. Kita ada kementerian khusus untuk menjaga pembangunan kampung tradisi. Kita ada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah seorang Menteri yang di bawah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan jumlahnya kita ada kampung tradisi, 15,942 buah kampung dibandingkan Kampung Baru Cina sedikit sahaja, 613. Oleh sebab itu, dia ada kementerian khusus untuk menjaga. Tidak pernah jadi isu. Akan tetapi KPKT sentiasa bekerjasama erat. Kita bekerja sebagai satu pasukan, merentasi kementerian, untuk memastikan tiada yang siapa yang tertinggal, tiada siapa yang terpinggir. Saya terima kasih Yang Berhormat atas cadangan tersebut. Yang Berhormat Kapar telah memohon supaya kerajaan memberi perhatian yang khusus kepada pembangunan infrastruktur Majlis Bandaraya Klang yang telah pun dinaik taraf. Berjaya dinaik taraf baru-baru ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejajar dengan status Majlis Bandaraya Klang, saya telah turun ke Klang untuk mengumumkan pelaksanaan 21 projek berjumlah RM5 juta melalui peruntukan BP1 tahun ini juga di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan merangkumi skop kemudahan awam, keselamatan, sosioekonomi dan infrastruktur, seperti berikut: (iv) 16 projek skop kemudahan awam melibatkan 11 buah tandas awam, dua- trek joging, satu- taman permainan, satu gelanggang futsal dan satu gelanggang badminton; (v) tiga projek skop keselamatan melibatkan satu- laluan basikal, satu laluan berjalan kaki, dan satu projek pencahayaan lampu solar;
(iii) satu projek sosioekonomi menaik taraf Pasar Pelabuhan Klang dan gerai-gerai di kawasan Pelabuhan Klang, peruntukan RM1 juta; dan (iv) satu projek infrastruktur menaik taraf jalan, peruntukan RM1 juta.
Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri Selangor juga telah bersetuju memperuntukkan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta sempena naik taraf Majlis Perbandaran Klang kepada Majlis Bandar Raya Klang. Ini menjadikan jumlah sempena naik taraf Klang RM10 juta diperuntukkan. KPKT sedang menunggu maklum balas rasmi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berhubung tarikh pemasyhuran Majlis Banda Raya Diraja Klang yang sedang dalam proses mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Yang Berhormat Bangi memohon peruntukan bagi menambahbaikkan fasiliti pejalan kaki di kawasan pentadbiran PBT.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri sebelum pergi ke Bangi.
Ya.
Tentang Majlis Bandar Raya Klang. Adakah ia melibatkan semua kampung kecil sebab dia ada tiga Parlimen iaitu kawasan Parlimen Kota Raja, Klang dan Kapar. Maknanya dia punya boundary itu akan masuk ke Kuala Selangor. Kalau hendak jadi bandar raya, sekarang ini Majlis Perbandaran. Kalau hendak jadi bandar raya, adakah ia merangkumi semua boundary ini tadi, Meru, Sementa yang agak kalau sekarang ini luar bandar dan dia punya infrastruktur memang not up to standard, dengan izin. So, ini hendak kepastianlah. Oleh sebab jalan dengan longkang tidak berapa elok.
Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Sama ada sebuah majlis perbandaran dinaikkan menjadi majlis bandar raya dia kena memenuhi tujuh kriteria. Antaranya hasil pendapatan setiap tahun perlu melebihi RM100 juta. Kedua, jumlah penduduknya mesti melebihi 500,000. Ketiga, dia mesti mempunyai sumber pendapatan yang mampan dan boleh dikekalkan sebagai status bandar raya. Kawasan itu sempadan ia mengikut warta yang telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Maka, tidak jadi isu. Mana-mana lagi seperti Meru yang tidak sampai lagi, kita akan berusaha supaya insya-Allah supaya satu hari nanti akan dinaiktarafkan menjadi bandar raya demi kebaikan semua pihak. Okey, saya terus pergi ke Bangi...
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Bangi telah mohon supaya selaras dengan Inisiatif Program Bandar Selamat.
Yang Berhormat Menteri, sebelum ke Bangi. Sebelum ke Bangi.
Ini Selangor dahulu. Saya habiskan Selangor dahulu, okey. PBT boleh membuat perancangan bagi membina atau menyediakan laluan pejalan kaki khusus sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan bermotor. PBT boleh mengemukakan permohonan peruntukan BP1 melalui KPKT dan pertimbangan projek tersebut tertakluk kepada skop serta kriteria yang telah ditetapkan. Yang Berhormat Kuantan telah membangkitkan isu kelulusan akhir Certificate of Completion and Compliance (CCC) oleh beberapa buah agensi kerajaan yang menjadi kononnya penyebab kepada kelewatan serahan projek. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengelola CCC yang berkuat kuasa adalah berkonsepkan kepada self-certification di mana Principle Submitting Person (PSP) sama ada konsultan, arkitek bertanggungjawab atas pengeluaran CCC tersebut selepas lawatan tapak dibuat oleh pihak berkuasa tempatan termasuk melaksanakan pengawasan pembinaan bagi pematuhan spesifikasi dan pelan yang diluluskan berdasarkan kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan Tahun 1974 iaitu Akta 133.
PBT dan agensi teknikal berkaitan mempunyai kuasa untuk menjalankan pemantauan sepanjang tempoh pembinaan dan mengeluarkan arahan bertulis penahanan pengeluaran CCC kepada PSP. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan dan sehingga ketidakpatuhan tersebut diperbetulkan, perundangan telah memperuntukkan kuasa yang jelas kepada kedua-dua pihak utama iaitu PSP dan PBT sebagai checks and balances dalam memastikan peranan masing-masing dilaksanakan dengan baik serta mengelak berlakunya kelewatan serahan projek. Yang Berhormat Kuala Pilah telah meminta KPKT memberi...
Yang Berhormat Menteri, Kuantan Sedikit.
Ya, sila.
Seperti mana yang dimaklumkan memang perkara itu berlaku. Cuma, kita hendak memberi cadangan bahawa CCC ini bergerak seiring dengan projek. Kerana apa? Ini kerana apabila kelewatan menyerahkan kunci kepada pembeli akan melibatkan implikasi kewangan kepada pembeli. Kalau program ini bergerak seiring apabila siap dia telah mematuhi justifikasi yang diperlukan, maka penambahbaikan daripada pemaju itu tidak berlaku dan juga pembeli akan dapat rumahnya pada tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Untuk makluman Yang Berhormat sekiranya terdapat kelewatan, pembeli rumah akan dapat pampasan late delivery damages mengikut perjanjian jual beli di bawah Jadual G, atau Jadual H. So, tidak jadi masalah. Cuma yang pentingnya...
Betul, betul Yang Berhormat Menteri. Sikit lagi. Betul apa yang dimaklumkan tersebut. Cuma dalam keadaan ekonomi sekarang, pembeli membayar rumah yang dia sedang sewa dan juga pembeli terpaksa membayar kepada bank. Untuk mendapatkan pampasan tersebut mengambil masa yang lama. Ini keadaan yang terkini ketika ini. Itu yang saya maklumkan di dalam Parlimen. Terima kasih.
Terima kasih atas makluman. Yang Berhormat Kuala Pilah telah meminta KPKT memberi perhatian terhadap Pasar Besar Kuala Pilah berada dalam keadaan yang usang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Pasar Besar Kuala Pilah, Majlis Daerah Kuala Pilah telah mengemukakan permohonan untuk merobohkan dan membina baharu Pasar Besar Kuala Pilah dengan peruntukan berjumlah RM11.5 juta. Permohonan tersebut telah diangkat ke Kementerian Ekonomi pada 14 April tahun ini untuk dipertimbangkan dalam peruntukan Rolling Plan 4, 2024 di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPKT ada dasar baharu di mana siapa kawasan mempunyai pasar awam yang berusia lebih 50 tahun akan diberikan keutamaan sama ada untuk naik taraf atau bina semula. Maka, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh bekerjasama dengan PBT masing-masing kemukakan permohonan kepada KPKT untuk tindakan yang selanjutnya. Yang Berhormat Bakri telah membangkitkan isu fasiltiti sukan yang tidak diselenggarakan dengan baik dan telah mencadangkan dana khas disediakan. Sukacita sekiranya ada dana khas saya akan bincang dengan Menteri Ekonomi yang duduk di tepi saya, sahabat saya yang amat handal. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat LKPKT menyediakan peruntukan projek- projek kecil iaitu BP1 kepada PBT yang meliputi skop infrastruktur kemudahan awam, sosioekonomi dan keselamatan termasuk kemudahan fasiliti sukan untuk kegunaan awam dan dikawal selia oleh PBT. PBT boleh mengemukakan permohonan peruntukan BP1 tersebut kepada KPKT bagi tujuan menaik taraf, baik pulih atau menyelenggarakan fasiliti sukan tertakluk kepada skop dan kriteria yang telah ditetapkan. Yang Berhormat Mas Gading. Yang Berhormat Mas Gading telah memohon kelulusan bagi Projek Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) dengan memberi kelonggaran kepada tanah yang tidak memiliki geran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah memberikan tanggungjawab untuk menguruskan inisiatif penyelenggaraan RIBI mulai April tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM50 juta sahaja.
Bagi melancarkan penyelarasan bantuan kewangan, bagi inisiatif RIBI, KPKT telah menyediakan garis panduan permohonan inisiatif penyelenggaraan Rumah Ibadah Bukan Islam Tahun 2023. Antara prinsip yang dijadikan asas bagi tujuan pengagihan peruntukan kepada RIBI dan rakyat adalah pematuhan kepada syarat-syarat berikut: (i) organisasi ataupun tokong, kuil ataupun gereja hendaklah berdaftar di bawah entiti undang-undang seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS,) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sebagainya; (ii) organisasi tersebut hendaklah mengemukakan dokumen status tanah yang telah disahkan; dan (iii) permohonan daripada RIBI perlu mematuhi skop kerja yang dinyatakan dalam borang permohonan seperti pembaikan, pengubahsuaian, penyelenggaraan dan kerja-kerja kecemasan dengan kadar nilai tidak melebihi RM250,000 bagi satu RIBI. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dokumen geran tanah merupakan antara perkara dan kriteria penting yang akan diteliti semasa proses saringan. Setakat ini tiada sebarang kelonggaran yang diluluskan oleh pihak MOF berkaitan dengan pemilikan geran tanah dalam syarat permohonan inisiatif ini. Bagi RIBI yang terletak atas tanah hak adat native customary right (NCR), KPKT telah meminta pihak RIBI untuk mendapatkan pengesahan kebenaran menduduki atas tanah NCR dari pejabat tanah atau pejabat kerajaan negeri Sarawak. Mana-mana permohonan yang gagal mengemukakan dokumen tersebut pada ketika ini tidak dapat dipertimbangkan untuk kelulusan. Perumahan. Seramai 20 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan mengenai isu perumahan di bawah Kajian Separuh Penggal. Yang Berhormat Pasir Mas telah membangkitkan mengenai status terkini pencapaian rumah mampu milik yang disasarkan sebanyak 500,000 unit. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi tujuan penyediaan dan pelaburan rumah mampu milik yang dilaksanakan oleh agensi penyedia perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pemaju swasta.
Pencapaian sasaran ini akan dipantau melalui Majlis Perumahan Mampu Milik Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Bagi tempoh bermula dari 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun tahun ini, sukacita dimaklumkan sebanyak 261,901 unit rumah mampu milik telah siap dibina dan dalam fasa pembinaan. Ini menyumbang kepada 52.38 peratus daripada 500,000 unit rumah mampu milik yang disasarkan. Yang Berhormat Kepala Batas telah meminta kerajaan menyegerakan pembinaan rumah mampu milik seperti mana yang dihasratkan di bawah RMKe-12. Yang Berhormat Jelebu membangkitkan bilangan unit rumah mampu milik yang masih belum siap supaya rangka pembangunannya disemak semula. Manakala Yang Berhormat Segamat pula telah memberikan beberapa cadangan dalam pembangunan rumah mampu milik seperti berikut, iaitu dicadangkan pembinaan RMM dibuat di kawasan yang kondusif, strategik seperti kawasan wilayah ECER khususnya Daerah Segamat supaya KPKT mengadakan kerjasama antara awam dan swasta dalam pembangunan rumah mampu milik.
Yang Berhormat Menteri.
Ketiga, supaya KPKT mengadakan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Johor dalam pembinaan rumah mampu milik memandangkan Kerajaan Negeri Johor juga mempunyai perancangan membina sebanyak 30,000 unit RMM dalam tempoh lima tahun.
Yang Berhormat Menteri. Jerlun, Jerlun.
Keempat, pembinaan rumah mampu milik difokuskan di kawasan yang selamat daripada risiko banjir. Biar saya jawab yang ini dulu.
[Bangun]
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT sentiasa mengalu-alukan semua kerajaan negeri termasuk kerajaan negeri ditadbir oleh pembangkang supaya mencadangkan lokasi yang strategik dan bersesuaian termasuk kawasan wilayah ECER untuk dizonkan sebagai kawasan perumahan khususnya perumahan mampu milik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seterusnya, pemajuan perumahan di satu-satu kawasan hendaklah dibuat berdasarkan kepada Garis Panduan Perancangan Perumahan yang dikeluarkan oleh KPKT melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Pemajuan perumahan tersebut perlu di selaraskan dengan rancangan pemajuan khususnya rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas (RKK) yang sedang dikuatkuasakan di sesebuah kawasan PBT. Selain itu, ia juga perlu merujuk kepada dasar-dasar, pekeliling, arahan dan piawaian yang digubal dan dikuatkuasakan oleh PBT di sesebuah negeri. Ini bagi memastikan pemajuan perumahan adalah berdasarkan kepada keperluan setempat serta di kawasan rendah risiko bencana seperti banjir dan tanah runtuh. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan pemaju untuk melaksanakan kajian kebolehpercayaan ataupun feasibility study sebelum sesuatu pemajuan dibangunkan. Untuk makluman Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Segamat...
Yang Berhormat Menteri.
...Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik, antaranya- Pertama, memberi kemudahan bayaran deposit kepada pemaju perumahan yang membina rumah mampu milik iaitu pemaju perumahan yang membina RMM hanya perlu membayar deposit sebanyak RM200,000 ke dalam Housing Development Account (HDA) berbanding dengan pemaju lain yang tidak membangunkan rumah mampu milik perlu membayar sebanyak tiga peratus daripada kos pembinaan. Kedua, membangunkan rumah mampu milik atas tanah kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Ini dapat membantu mengurangkan kos pemajuan pembangunan rumah mampu milik kerana nilai kos tanah adalah lebih rendah ataupun ia diberikan secara percuma atau berkadar nominal oleh kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan. Ketiga, memberi pengecualian sepenuhnya caj pematuhan dan caj pembangunan- development charge, fast lane untuk kelulusan kebenaran merancang, pelan bangunan dan lain-lain insentif dapat membantu pemaju untuk membangunkan rumah mampu milik. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, KPKT akan sentiasa mempertingkatkan kerjasama dengan semua agensi, semua pihak, we take a whole-of- government approach, dengan izin, untuk menyediakan perumahan di peringkat persekutuan, kerajaan negeri dan sektor swasta bagi memastikan sasaran kita dapat dicapai. Yang Berhormat Pasir Mas telah minta supaya kerajaan memperincikan pelan pemilikan rumah dan pakej pembiayaan perumahan yang akan diperkenalkan. Yang Berhormat Temerloh telah membangkitkan berhubung Skim Rumah Pertama yang kononnya tidak lagi diteruskan sejak 1 April tahun ini yang turut menyumbang kepada isu rakyat tidak mampu membeli rumah. Selain itu, beliau juga telah bertanya berhubung dengan inisiatif kerajaan dalam membantu pembeli memiliki rumah sendiri khususnya pembeli rumah pertama. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas dan Yang Berhormat Temerloh, Kerajaan Madani sentiasa komited untuk membela rakyat dan kami telah menyediakan beberapa inisiatif baharu bagi meningkatkan pemilikan rumah iaitu, pertama, melaksanakan inisiatif i-Biaya dengan menyediakan jaminan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang akan memberi manfaat kepada lebih 20,000 orang peminjam khususnya pembeli rumah pertama.
Kerajaan seterusnya pada 27 Julai tahun ini, dengan pengumuman Model Ekonomi Madani, telah menambah baik lagi inisiatif pembiayaan bagi memastikan kesediaan perumahan mampu milik bagi semua rakyat Malaysia dengan tambahan jaminan pembiayaan di bawah SJKP ditambah lagi RM5 bilion. Maka, berdasarkan pengumuman Ekonomi Madani baru-baru ini, jumlah keseluruhan jaminan yang telah diberi oleh kerajaan telah meningkat kepada RM10 bilion sepanjang tempoh 15 tahun dalam pelaksanaan SJKP ini. Daripada pelaksanaan Skim Jaminan Kredit Perumahan bermula dari tahun 2008 sehingga Hari Kebangsaan tahun ini, sebanyak 28,008 orang- permohonan pinjaman bernilai RM5.11 bilion telah diluluskan. Kedua, menambah –- minta injury time sedikit ya, Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.
Yang Berhormat Menteri, tiga minit, tutup.
Ya, terima kasih. Menambah baik inisiatif pembiayaan bagi memastikan kesediaan rumah mampu milik bagi semua rakyat Malaysia dengan meningkatkan pembiayaan sehingga 120 peratus bagi harga rumah RM300,000 ke bawah termasuk insurans, deposit, kelengkapan perabot, renovation. Semua boleh dapat jaminan pinjaman daripada kerajaan. Ketiga, mewartakan Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-Miliki). Pada 6 Jun tahun ini, kerajaan telah memberikan pengecualian atau penglimitan duti setem ke atas semua perjanjian surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi harga rumah sehingga RM1 juta untuk pembeli rumah pertama bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun tahun lepas sehingga 31 Disember tahun ini juga. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ada lagi satu jam untuk penggulungan tapi masa sangat cemburu. Ada lagi 83 jawapan yang saya boleh bekalkan tapi tidak sempat. Saya mohon maaf. Akan tetapi, saya akan berikan jawapan bertulis kepada Ahli- ahli Yang Berhormat dalam tempoh satu minggu.
Saya hendak minta laluan sedikit sahaja.
Boleh, sila.
Tentang PPR ini, pihak yang memajukan itu ialah SPNB. Bila SPNB telah mengikat perjanjian daripada segi pembayaran, daripada segi penyelenggaraan lampu jalan, meter air, meter elektrik, begitu juga dengan surau dan sebagainya, kepada pihak manakah yang bertanggungjawab? Sebab, ini saya merujuk PPR Jerlun.
Terima kasih. Ini memang satu soalan yang baik. PPR memang isu yang sentiasa dekat di hati kementerian. Dengan ada dasar yang baharu pada 8 Mac tahun ini, saya telah umumkan dalam Dewan yang mulia ini, mana-mana kerajaan negeri yang sudi memberikan tanah percuma ataupun kadar nominal akan diberikan keutamaan untuk membina PPR. Sukacita dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, KPKT telah mendapat tawaran 28 keping tanah percuma diberikan oleh negeri-negeri dan kesemua ini kita akan menjalankan saringan, pastikan team technical dia mencapai markah yang telah ditetapkan. Tentang maintenance, memang ini satu isu yang saya perlu kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita perlukan kesedaran sivik. Rights come with responsibility, dengan izin. Mereka yang menikmati segala kemudahan wajib juga membayar maintenance supaya harta- orang kata, “Rumahku, Syurgaku”, maka kita kena pastikan apabila kerajaan memberikan PPR yang cantik, molek, wajiblah kita sama-sama menjaga kebersihan. Ini kerana kebersihan adalah sebahagian daripada keimanan. Ini adalah sangat penting kita suburkan dalam hati rakyat. Tidak kira siapa, semua wajib bekerjasama. Kita ada dasar baharu di mana KPKT- last one- sedang mempertimbangkan apabila siapa-siapa pembeli PPR ini, akan dikenakan bayaran untuk diwujudkan akaun
amanah sebagai sinking fund, supaya isu maintenance yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tidak lagi menjadi isu pada masa akan datang.
Oleh sebab apabila ada sesiapa yang degil tidak hendak bayar, duit sinking fund dari maintenance fund itu boleh dipakai untuk menyelenggarakan lif, menjaga kebersihan taman, untuk menaik taraf tandas, dan lain-lain. Dengan ini, sebelum saya akhiri perenggan terakhir, di mana saya mula dengan pantun, saya akhiri dengan pantun. Dihadiahkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Madani dekat di hati, Terus bekerja kuat demi rakyat; Selesai sudah penggulungan KPKT, Semoga agenda reformasi terus diangkat. Sekian, terima kasih... [Tepuk]
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutannya dipersilakan Yang Berhormat Menteri Ekonomi, 45 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang mula sekalian. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 ataupun KSP RMKe-12 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumnya telah diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Dalam pada itu, kerajaan telah menerima beberapa pandangan dan kritikan berkaitan KSP ini. Saya ucapkan terima kasih kepada semua. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada kesemua 151 Ahli Dewan yang telah menyertai perbahasan usul Kajian Separuh Penggal ini. Terima kasih juga kepada kesemua Yang Berhormat Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri yang telah selesai menggulung untuk kementerian masing-masing. Seramai 70 Ahli Yang Berhormat telah berbahas perkara-perkara dasar yang menyentuh secara khusus bidang dan tanggungjawab saya yang merentasi lima isu utama seperti yang berikut. Pertama, prestasi dan kedudukan ekonomi negara dan juga KSP RMKe-12. Soal peruntukan pembangunan, soal kemiskinan dan juga pembangunan wilayah. Tuan Yang di-Pertua, seramai 18 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara-perkara mengenai kedudukan ekonomi negara, termasuklah soal prestasi negara berpendapatan tinggi, pengukuhan kedudukan fiskal melalui pendekatan subsidi bersasar dan juga pengenalan Pengkalan Data Utama (PADU). Saya ingin mulakan untuk menyatakan saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Titiwangsa. Terima kasih Yang Berhormat Titiwangsa. Bahawa apabila kita membicarakan prestasi ekonomi negara, kita wajarlah berlaku adil dengan membentangkan kesemua angka. Ia bukan soal siapa yang lebih hebat. Ia soal bagaimana kita sebagai sebuah negara menangani cabaran-cabaran dalaman dan global yang dihadapi ekonomi kita agar negara terus kekal berdaya saing dan limpahan ekonomi itu akan dapat dirasai oleh rakyat kebanyakan. Oleh sebab itu, sementara ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 2.9 peratus pada suku ke-dua tahun 2023. Prestasi ini perlu dibaca bersama dengan pertumbuhan dari suku ke suku. Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang pada kadar yang lebih tinggi sebenarnya iaitu 1.5 peratus bagi suku ke-dua tahun 2023 berbanding 0.9 peratus pada suku tahun pertama 2023. Akan tetapi prestasi ekonomi juga sewajarnya dinilai secara menyeluruh. Pertumbuhan KDNK perlu dibaca
juga dengan indikator-indikator ekonomi yang lain. Selain KDNK, indikator-indikator utama yang sering digunakan ialah jumlah perdagangan umpamanya. Pelaburan, kedudukan pasaran buruh, kemapanan fiskal kerajaan, kadar inflasi pasaran buruh dan juga pendapatan rakyat. Kita juga perlu mengambil kira situasi ekonomi negara daripada perseptif yang lebih panjang. Untuk memahami kedudukan sekarang yang dipengaruhi oleh faktor-faktor yang lepas serta bagaimana kita akan mengatasi legasi ekonomi itu untuk meletakkan ekonomi negara pada landasan yang betul untuk mencapai hasrat kita mewujudkan ekonomi yang mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi seperti yang digariskan dalam KSP ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu 2016-2020, Keluaran Dalam Negara Kasar Negara berkembang pada kadar purata 2.7 peratus sahaja, kurang daripada sasaran asal. Ini disebabkan penguncupan ketara sebanyak 5.5 peratus dalam tahun 2020. Meskipun negara mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 4.9 peratus setahun dalam tempoh empat tahun pertama RMKe-11. Pendapatan negara kasar (PNK) atau, dengan izin, gross national income Tuan Yang di-Pertua, PNK per kapita pula telah mencapai hanya RM42,500 ataupun USD10,100 pada tahun 2020. Nilai ini ialah 20 peratus lebih rendah daripada ambang pendapatan atau, dengan izin, income threshold untuk negara kita mencapai status negara berpendapatan tinggi. Kita tahu bahawa ini angkara pandemik COVID-19. COVID- 19 juga telah menjejaskan kedudukan kewangan negara. Pada tahun 2020, defisit fiskal telah melebar kepada 6.2 peratus daripada KDNK. Jumlah hutang statutory Kerajaan Persekutuan telah mencecah 57.9 peratus daripada KDNK dan terus naik tahun 2021 dan tahun 2022. Dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-12, alhamdulillah negara telah mencatat pertumbuhan purata KDNK sebanyak 5.9 peratus setahun dari asas terdahulu yang sangat rendah akibat daripada COVID-19. Walaupun begitu Tuan Yang di-Pertua, berkat usaha semua rakyat Malaysia, kita telah keluar daripada igauan COVID-19 itu dan prestasi ekonomi semakin pulih dalam tahun 2023. Dalam tempoh separuh tahun pertama 2023, KDNK Malaysia telah mencatat peningkatan sebanyak 4.2 peratus, didukung oleh kegiatan swasta dan perdagangan yang lebih baik. Prestasi pasaran buruh juga semakin baik dengan kadar produktiviti yang lebih tinggi iaitu 3.7 peratus setahun bagi tahun 2021 ke tahun 2022. Manakala pengangguran pula telah menurun kepada 3.5 peratus kepada suku ke-dua tahun 2023. Kadar inflasi bagi Julai 2023 telah menurun kepada hanya dua peratus iaitu rekod terendah dalam tempoh 24 bulan. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia, di sebalik kejayaan- kejayaan ini, kita juga perlu menerima hakikat bahawa ekonomi kita mempunyai masalah- masalah struktur yang akan mengurangkan kemampuan kita untuk bersaing dalam keadaan ekonomi global yang sangat mencabar. Kita ialah sebuah negara dagang yang besar secara relatifnya. Geografi mungkin tidak besar tetapi saiz perdagangan kita dengan dunia adalah besar. Maka oleh sebab itu, kita akan terus dipengaruhi oleh faktor-faktor luar selain daripada kemampuan kita sendiri untuk bersaing dengan jiran-jiran kita. Kita juga sebenarnya sudah sedia maklum tentang masalah-masalah struktur ini. Ada yang pernah berada di sebelah sini, kini di sana. Ada yang sekarang di sini, pernah berada di sana. Kita juga telah sama-sama memperdebatkan masalah-masalah struktur ini sejak sedekad yang lalu.
Dalam perbahasan kali ini contohnya, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Kepong dan ramai lagi menyentuh mengenai perancangan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah-masalah struktur ekonomi ini. Oleh sebab itu, saya harap dalam tempoh seminggu yang lalu kita sama-sama menghadamkan keseluruhan dokumen KSP ini kerana ini merupakan dokumen rakyat. Ia menggariskan secara majoritinya tumpuan-tumpuan untuk membangunkan dasar tindakan inisiatif dan ekosistem untuk menyelesaikan masalah-masalah struktur ekonomi
yang kita telah dibahaskan selama lebih sedekad supaya selepas ini jika kita gembleng bersama-sama, insya-Allah ekonomi negara berada pada landasan yang betul untuk mencapai potensi sebenar ekonomi negara kita. Oleh itu, saya boleh rangkumkan masalah-masalah struktur ini kepada tiga kumpulan utama. Pertama yang bersabit dengan kedudukan fiskal negara bahawa kita perlu menyelesaikan masalah struktur itu agar kita dapat memperbaiki kedudukan fiskal negara yang terbeban dengan hutang yang tinggi. Masalah struktur kedua ialah kita memerlukan naratif pertumbuhan ekonomi yang baharu. Produk yang kita ada selama ini tidak lagi boleh menarik minat bukan sahaja pelabur asing malah pelabur domestik pun. Oleh sebab itu, keutamaan dalam KSP ialah untuk menyelesaikan masalah struktur kedua itu iaitu dengan cara membina enjin-enjin pertumbuhan baharu yang bernilai tinggi untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di Rantau ini. Contohnya dengan mengenal pasti dan membangunkan sektor- sektor strategik yang kita panggil high growth, high value sector. Masalah struktur yang ketiga ialah berkaitan dengan bakat pekerja kita, rakyat kita. Ada keperluan mendesak untuk kita menaiktarafkan daya saing tenaga kerja kita agar bakat rakyat Malaysia ini boleh menarik pelabur masuk seterusnya membantu membina industri baharu dan insya-Allah itu akan membolehkan masyarakat kita menikmati tangga gaji yang lebih tinggi secara keseluruhannya. Oleh sebab itu, di dalam KSP yang telah dibentangkan dan dibahaskan, saya mohon tumpuan walaupun tidak ada kesempatan untuk berbahas dalam tempoh seminggu yang pendek ini, supaya masing-masing Ahli Dewan Rakyat baik yang kerajaan ataupun pembangkang meneliti 17 anjakan besar yang digariskan dan kita sama-sama cari peluang dan ruang untuk kita menyumbang kerana anjakan-anjakan yang besar itu adalah strategi-strategi khusus untuk membaiki keupayaan kita mencapai sasaran- sasaran ini dan seterusnya menyelesaikan masalah struktur dalam ekonomi kita. Ada celahan?
Yang Berhormat Menteri, saya...
Yang Berhormat Menteri...
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Yang Berhormat Kapar, selepas itu Yang Berhormat Titiwangsa.
Baik.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak dapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri yang disebutkan hutang tadi, hutang negara kita. Berapa peratus kah hutang dengan luar negara? Negara Malaysia dengan luar negara, dan jumlah peratus dalaman? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, had untuk kita meminjam wang dari luar negara sebenarnya dikawal oleh akta dan jumlahnya itu sangat sedikit. Saya tidak rasa ia lebih daripada RM1 bilion. Keseluruhan hutang kita, apabila kita sebut hutang sebanyak RM1.2 trilion, hutang statutori kerajaan itu merupakan hutang dalam negara yang diterbitkan dalam bon-bon dalam bentuk ringgit. Hutang yang ditanggung akibat daripada komitmen kerajaan kepada projek-projek penswastaan, yang itu mungkin ada sedikit hutang luar negara. Akan tetapi by in large, dengan izin, hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan merupakan hutang di dalam denomination Ringgit, dan dalam negara.
[Bangun]
Saya kena bagi laluan kepada Yang Berhormat Titiwangsa.
Sedikit sahaja, yang sama.
Tidak apa, tidak apa. Kepada Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Titiwangsa.
Yang Berhormat Menteri, saya agak tertarik daripada segi strategi Yang Berhormat Menteri mengenai bagaimana kita hendak mengubah ataupun reform kita punya structure economy yang disebut. Saya bersetuju tiga strategi yang Yang Berhormat Menteri sebut soal fiskal polisi, ekonomi baharu, high grow, high value sector, dan juga talent. Akan tetapi ketiga-tiga ini kalau kita tengok, yang nombor dua, dan nombor tiga itu ia mengambil masa untuk kita meyakinkan pelabur-pelabur dan juga untuk membina talent ini, is not going to be easy, but it takes time. Kita harap kita- semua akan sama-sama menerajui proses ini. Akan tetapi apa yang saya hendak sebut ini daripada segi soal fiskal polisi. Banyak daripada fiskal polisi ini ialah ia memerlukan political will. Jadi sebagai contohnya, kalau kita lihat daripada segi subsidi bersasar kerana ia akan menyebabkan fiskal polisi ini boleh kita handle perlahan- perlahan dan very sure that kita akan sampai ke destinasi untuk manage fiskal polisi kita. Kalau kita tengok daripada segi kita punya subsidi, sebagai sebuah kerajaan dengan pendapatan yang tidak berapa besar lebih kurang dianggarkan sekitar RM2.90 bilion tetapi kalau kita tengok range of subsidy yang kita bayar daripada jumlah income yang kita dapat kita hampir mencecah 22 sehingga 25 peratus subsidi. Jadi, sudah tentu 22 atau 25 peratus ini adalah sangat tinggi. Kalau dia tinggi dia sampai kepada sasaran membantu orang tidak apa. Akan tetapi kalau dia tinggi kerana ada ketirisan dan kebocoran kerana sistem subsidi kita ini akan menyebabkan banyak ketirisan. Saya ada bangkitkan banyak isu daripada segi subsidi ini. Contohnya petrol, diesel LPG, minyak masak dan inilah empat- benda ini. Ia melibatkan figure yang sangat besar, saya ingat Yang Berhormat Menteri pun faham soal ini. Dia akan memberi kesan yang sangat besar dan juga kalau kita boleh mengatasinya, ia juga akan memberikan satu kedudukan fiskal polisi yang bagus dan kalau dia tidak mengubah fiskal polisi pun, ia akan mencapai ke sasaran macam saya dengar semalam jawapan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Dia bagi tahu bahawa minyak paket- very simple hendak monitor, tetapi minyak paket ini disebut bahawa kita juga bagi kepada peniaga-peniaga mikro. Setahu saya minyak paket ini mula-mula masa kita introduce minyak paket ini adalah untuk bagi kepada golongan B40. Jadi, kalau dia sebut semalam golongan B40 ini, kita anggarkan ada 3.2 juta. Kalau 3.2 juta kalau dianggarkan oleh Kementerian Ekonomi satu household itu dia dapat lebih kurang lima kilogram sebulan, bermakna kita boleh pakai berapa? Baru lebih kurang dalam 15 juta paket tetapi kerajaan keluar 60 juta paket. Jadi Yang Berhormat Menteri jawab, bahawa yang selebihnya perusahaan mikro pakai. Jadi, kalau perusahaan mikro pakai saya hendak bagi tahu dia sebut 92,000, jadi saya ingat Yang Berhormat Menteri pun faham. Mikro ini ada 1.2 juta. Kalau kita hendak accommodate mikro ini, kita kena ada database micro, kalau hendak bagi, kita bagi. Jadi, kita jangan sebut 60 juta, tetapi kita bagi kepada household, sebenarnya pergi kepada perniagaan. Jadi, ini salah satu daripada ini, tidak masuk LPG dan juga petrol dan diesel. Minta maaf Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, seminit.
Tidak apa, tidak apa. Saya jawab dahulu. Oleh sebab Yang Berhormat Titiwangsa telah ambil lima minit.
Soalan yang sama.
Nanti akan sampai, kalau soalan yang sama saya jawab teruslah. Tidak payahlah Yang Berhormat Bachok tanya. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Titiwangsa. Saya berterima kasih kerana, apabila kita bercakap tentang anjakan-anjakan besar untuk mengukuhkan kedudukan fiskal, kita tidak boleh lari daripada berbicara tentang subsidi bersasar. Ramai Ahli Dewan memberi pandangan mengenai subsidi bersasar setakat ini. Oleh sebab itu, di dalam KSP, dan insya-Allah, dalam pengumuman-pengumuman seterusnya, kalau kebimbangan Yang Berhormat Titiwangsa ialah tentang komitmen politik atau, dengan izin, political will, saya yakin bahawa Kerajaan Perpaduan ini kita berada di dalam kerajaan untuk melakukan perkara yang betul.
Jadi, insya-Allah kita akan mengubah sepenuhnya mengenai subsidi bersasar ini. Oleh sebab itu untuk saya jelaskan dengan lebih panjang- bagi saya jelaskan dahulu mungkin saya akan menjawab apa yang hendak dicelah. Bagi tahun 2022 sebenarnya untuk mengukuhkan lagi yang disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi, kerajaan menanggung subsidi pukal lebih daripada RM80 bilion. Ini hanya untuk RON95, diesel, LPG dan elektrik. Pada hari ini, harga minyak mentah di dunia telah mencecah USD95 setong dan ia akan mencecah USD100 setong tidak lama lagi. Pada harga itu, maksudnya subsidi yang ditanggung oleh kerajaan boleh melepasi RM100 bilion setahun kecuali kita mereformasikan sistem subsidi kita. Saya jawab sedikit, kemudian- sabar dahulu. Saya jawab sedikit. Saya boleh ingat Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Kuala Selangor. Kemudian kalau ada masa Yang Berhormat Ayer Hitam tetapi bagi saya jawab sedikit. Kalau tidak, ia tergantung. Oleh sebab itu secara rasional, kita sedar bahawa perbelanjaan ini lebih baik disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan agar lebih banyak peruntukan boleh digunakan untuk khidmat rakyat yang belanja dan juga untuk belanja- belanja pembangunan yang lain. Soalnya ialah, apakah kaedah yang paling adil kepada rakyat untuk kita mengimbangi kesan-kesan makro yang lain seperti inflasi? Saya berterima kasih kepada semua Ahli Dewan yang memberi perhatian mengenai Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu mekanisme utama untuk menjayakan dasar subsidi bersasar kerajaan yang akan dilaksanakan. Untuk menjawab banyak persoalan mengenai mekanisme subsidi bersasar ini, kita perlu memahami pendekatan yang diambil melalui PADU. Untuk menentukan kumpulan sasar yang benar-benar layak dan mengurangkan, dengan izin, inclusion and exclusion errors, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu- pangkalan data isi rumah yang bersepadu sebagai rujukan berpusat dalam membantu kerajaan membuat keputusan berasaskan data serta mengatasi isu data berada dalam keadaan bersendirian atau pun silo ini atau pun dalam keadaan data-data kerajaan yang banyak beratus-ratus pangkalan data ini, ia tidak berhubung atau berbincang sesama sendiri atau pun, dengan izin, noninteroperable. PADU yang dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Januari 2024 akan mengintegrasikan data mikro dari pelbagai agensi kerajaan sebanyak 270 buah pangkalan data agensi kerajaan, badan berkanun termasuk juga syarikat-syarikat swasta, lembaga-lembaga zakat dan yang seumpamanya. Ini akan mewujudkan profil data semua individu dan isi rumah seluruh rakyat Malaysia.
Yang Berhormat Menteri, minta...
Sabar dahulu, bagi saya habiskan bersepadu, nanti saya akan bagi. Pelaksanaan PADU dijangka akan meminimumkan pertindanan daripada segi pengagihan bantuan dan subsidi oleh pelbagai agensi kerajaan. Berdasarkan data daripada PADU ini, penentuan kumpulan sasar akan lebih tepat dan memenuhi objektif pelaksanaan sesuatu dasar. Kriteria dalam menentukan kumpulan sasar akan dilihat bukan sahaja hanya daripada aspek pendapatan seperti sebelum ini. Ia akan merujuk kepada aspek pendapatan, bilangan isi rumah, tanggungan, lokaliti, jarak ke tempat kerja, pemilikan aset seperti rumah, kenderaan dan tanah. Melalui kaedah ini, kerajaan tidak lagi menumpukan kepada kumpulan pendapatan tertentu seperti sebelum ini. B40, M40 tercicir. Bagi kepada bujang, yang berkeluarga tercicir. Apabila kita ambil pendekatan yang menyeluruh ini, kita akan melihat kepada kewajaran pemberian bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu pendapatan boleh belanja bersih, melihat pendapatan is rumah, kemudian diambil kira juga tanggungan-tanggungan dan faktor-faktor yang lain. Selain itu, data yang berasaskan near real time ini yang terdapat di dalam PADU akan dapat memastikan set data kumpulan sasar yang terkini dan sentiasa dikemas kini. Yang Berhormat Beluran, kemudian Yang Berhormat Kuala Selangor dahulu.
Yang Berhormat, kerajaan ini dan Yang Berhormat Menteri sendiri banyak bercakap tentang subsidi bersasar tetapi selepas sembilan bulan, kita belum nampak satu pendekatan yang konkrit untuk menyasarkan subsidi seperti yang dilaungkan oleh kerajaan ada sekarang ini. Ia seolah-olah jenama golf, ia on, off. Ada jenama golf ONOFF, Yang Berhormat. Ada kadang-kadang Yang Berhormat Menteri bercakap tentang hendak kaji, kita laksanakan subsidi bersasar, kemudian Menteri Kewangan jawab kita tidak akan laksanakan subsidi bersasar dan sebagainya. Jadi, tidak ada satu pendekatan yang konkrit. So, kalau kita buat thesis- saya buat PhD thesis. Ia setakat untuk mengatakan problem statement tanpa ada kajian, ia tidak akan ke mana-mana. Jadi, kerajaan ini perlu meletakkan satu asas ekonomi yang lebih baik. Kita melihat di sini apa sebenarnya asas ekonomi madani yang dilaungkan. Yang Berhormat Menteri ya, contohnya IPR untuk membasmi kemiskinan. Ini tajuk yang...
IPR yang lain, saya jawab yang PADU dahulu. Yang Berhormat Kuala Selangor- sebab 19 minit.
...Perlu ada satu asas pendekatan yang konkrit...
Ia akan sampai ke peringkat basmi kemiskinan dan boleh tanya balik. Yang Berhormat Kuala Selangor. Kita bercakap tentang subsidi bersasar sekarang ini.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hampir yakin kali ini insya- Allah haqiqatan kita akan dapat memacu the second economic take-off of the country, dengan izin, khasnya memandang kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, memandang kepada Yang Berhormat Menteri MITI, memandang kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga MOSTI yang- dalam perbahasan itu. PNK per kapita yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri kita masih lagi tergalang, terperangkap dalam middle-income trap RM10,000 lebih, sementara Bank Dunia menetapkan PNK per kapita sebagai negara berpendapatan tinggi bermula daripada USD14,000. Yang Berhormat Menteri, kali ini kita lancarkan semuanya bersekali, bukan sahaja KSP RMKe-12 ini, termasuk juga kita adakan tujuh- penanda aras ekonomi Madani, kita letakkan juga pelan hala tuju peralihan tenaga, kita sekali gus melancarkan pelan induk perindustrian baharu, Yang Berhormat Menteri. Kesemua ini memberikan kami semacam keyakinan bahawa kali ini kita tidak akan berputih mata... [Tepuk] Kita telah merancang sekian banyak, kita kaya dengan dasar, blueprint dan segala pelan, tetapi saya yakin kali ini memandangkan kepada Yang Berhormat Menteri ini, apakah yang boleh menggagalkan kita? Oleh sebab kita sudah ada reindustrialization, kita juga ada progressive pay scheme untuk meletakkan 45 peratus labour income kepada pekerja. Semua ini Yang Berhormat Menteri, saya mahu tahu, apakah yang akan menggalang kita? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Yang Berhormat Menteri...
Saya hendak jawab. Macam mana orang baru hendak jawab bangun, bangun tanya. Macam mana saya hendak gulung Tuan Yang di- Pertua?
Yang Berhormat Menteri, topik yang sama, topik yang sama.
Saya tidak bagi sebarang celahan sehingga saya menjawab kepada perkara yang seterusnya.
Baik, Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri telah jelaskan. Saya invoke Peraturan Mesyuarat
37(1)(b) dan 37(2) melainkan Yang Berhormat Menteri membenarkan Yang Berhormat bangun dan bercakap. Baik, saya hendak pastikan benda ini berjalan lancar. Ambil maklum Peraturan Mesyuarat 37(1)(b), 37(2), 99, 99A dan 100.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baik, soalan Yang Berhormat Beluran tadi.
Yang Berhormat Beluran kata ini hanyalah rancangan demi rancangan tetapi tidak ada tindakan. Saya sangat gembira dengan soalan dan celahan Yang Berhormat Beluran tadi. Saya mohon supaya seluruh negara rekodkan untuk kita jadikan TikTok nanti sebabnya begini, bila Yang Berhormat Beluran tanya tentang rancangan kerajaan untuk subsidi bersasar. Mengkritik kami seolah-olah tidak ada pelan dan tindakan, itu maksudnya Yang Berhormat Beluran bersetuju dengan subsidi bersasar. Jadi, kerajaan setakat ini telah pun berjaya menjalankan satu tugas yang sangat berat yang tidak pernah dibuat oleh pentadbiran-pentadbiran sebelum ini iaitu membangunkan satu buah pangkalan data utama yang bersepadu kerana kita tak boleh buat subsidi bersasar ini kecuali kita ada data yang lengkap. Data yang tidak lengkap itu akan menyebabkan keciciran. Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diluluskan pada bulan Mei tahun 2023. PADU akan diuji untuk use case yang pertama pada bulan Oktober tahun 2023. PADU akan diuji untuk use case kedua melibatkan satu juta isi rumah pada bulan November tahun 2023 dan PADU akan dilaksanakan dan dilancarkan pada bulan Januari tahun 2024. Bermakna, itu permulaan kepada program subsidi bersasar negara... [Tepuk] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Jadi, pada bulan Januari tahun 2024, Yang Berhormat Beluran dan pembangkang di sana, bulan Oktober tahun 2023 apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan subsidi bersasar, saya nak tengok balik mana-mana pembangkang yang pusing balik tiba-tiba mengkritik program subsidi bersasar kerajaan kerana sekarang ini Yang Berhormat Beluran on the record mendesak kerajaan supaya seolah-olah mempercepatkan lagi subsidi bersasar.
Yang Berhormat, kita hendak program itu dilaksanakan lebih cepat.
Baik.
Jangan pusing-pusing.
Tadi, Tuan Yang di-Pertua dah invoked macam- macam standing order yang tak bagi celahan sehingga saya habis berucap ya.
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Pendang tak apa. Saya nak jawab Yang Berhormat Kuala Selangor. Baik, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Ini bagi atau tak bagi?
Tak bagi. Baik, Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Ayer Hitam, tunggu sekejap, tunggu sekejap. Perancangan ini kita telah lihat ada tanda-tanda awal kejayaannya. Contohnya, apabila kita meletakkan cita-cita yang tinggi mengenai prestasi dan kedudukan peralihan tenaga negara untuk menjadi ketua di rantau ini, kita boleh tengok saham syarikat-syarikat yang terbabit dalam ekonomi hijau, dia naik berterusan. Maksudnya, ada reaksi daripada pelabur-pelabur. Sudah tentu pelabur akan melihat satu persatu. Kajian Separuh Penggal menggariskan perancangan makro keseluruhan. Kemudian, kerajaan akan secara berterusan meluncurkan pula perancangan-perancangan di peringkat sektoral. Peralihan tenaga telah dibuat, industri telah dibuat. Seterusnya berkaitan dengan ekonomi digital,
insya-Allah bulan Januari atau bulan Februari 2024 dan ini akan berterusan. Jadi, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor tentang apa yang akan menggagalkannya. Kita yang akan menggagalkannya. Jadi sebab itu saya mohon kita boleh berbeza pandangan dan sebagainya tetapi janganlah disebabkan perbezaan politik kita, kita akan tergelincir sekali lagi untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi yang sekarang ini kalau kita tumbuh pada kadar 5 peratus ke- 5.5 peratus setiap tahun sehingga tahun 2026, kita dijangka akan mencapai status negara berpendapatan tinggi di antara tahun 2026 hingga tahun 2028. Jadi kita boleh berbeza, kita boleh berlawan pilihan raya tetapi kalau rancangan itu baik, kalau dasar itu contohnya pensasaran semula subsidi adalah penting untuk kemapanan fiskal negara, saya nak tengok pembangkang hari ini sama ada bila perkara ini dilancarkan, mereka akan mempolitikkan atau tidak kerana itu juga salah satu sebab kenapa program-program dan pelan seperti ini boleh gagal walaupun diterima dengan baik. Baik Tuan Yang di-Pertua, dengan cepat sebab saya ada 11 minit lebih sahaja lagi. Satu lagi anjakan besar...
Pendang minta, Pendang minta.
Tak apalah. Ha, sila Yang Berhormat Pendang. Saya kalau tengok Yang Berhormat Pendang, saya cair.
Terima kasih, terima kasih. Saya setuju. Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Rancangan memang baik saya tengok dan insya-Allah kalau enforcement ataupun execution, dengan izin, berjalan seperti mana yang dirancang, adalah sangat kita menggalakkannya. Jadi, kita tengok sekarang ini dalam kita menghadapi masalah ekonomi sekarang ini, saya nak tanya Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Bagaimana kita sekarang ini pernah disebut oleh Jabatan Audit Negara, setahun perancangan kita dalam KSP ini pernah ada kebocoran RM30 bilion. Setahun daripada the whole – the holistic of our budget. Oleh sebab itu, kita nak tanya adakah pelan untuk kita nak kurangkan kebocoran, katalah RM30 bilion, 50 percent from the RM30 billion kita boleh divert pergi ke untuk bantu orang-orang miskin. Kita tengok perancangan yang disebut tadi sangat baik. Sekarang ini gaji tidak meningkat, pendapatan isi rumah- household ini semakin teruk. Padi tidak naik harga, getah tidak naik harga, orang motong ini B40 banyak di kawasan rural begitu juga dengan kelapa sawit semakin teruk. Jadi saya nak tanya, adakah kita ada pelan untuk dalam KSP ini bagi kita nak meningkatkan perkara-perkara seperti kebocoran dan juga rasuah ini?
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya sambut baik sebenarnya tetapi saya tak boleh sahkan betul atau tidak RM30 bilion yang bocor dalam setahun.
Tak, diumumkan oleh Jabatan Audit Negara masa itu.
Dalam setahun?
Ya, dalam setahun. Masa itu tahun dua ribu...
Dalam setahun RM30 bilion?
Ya. Diumumkan oleh Ketua Audit Negara.
RM30 bilion itu banyak. Belanjawan kerajaan setahun dahulu-dahulu pun...
Ya, tahun 2012 Laporan Ketua Audit Negara dianggarkan...
Itu mungkin sepanjang RMK lima tahun kot? Bukan satu tahun.
Setahun, setahun sebab kita punya bajet RM280 bilion, RM273 bilion per annum. Jadi kalau RM30 bilion itu, memang boleh diterima daripada bajet sebab bocor, komisen, duit tepi jalan, atas jalan, dari atas sampai ke bawah. Jadi, calculation, calculate all this from top to bottom, RM30 bilion.
Baik, baik. Baik, Yang Berhormat Pendang. Terima kasih.
Markup, markup project.
Ya, baik. Saya, insya-Allah saya yakin kebocoran RM30 bilion setahun ini tidak akan berlaku lagilah sebab kalau berlaku RM30 bilion setahun, kita bankrap. Akan tetapi, tak apa. Saya terima baik cadangan dan keresahan daripada Yang Berhormat Pendang tadi kerana ia dikongsi bersama. Cuma ada dua elemen yang mempengaruhi ketirisan dan kos yang berlebihan. Pertama, yang melibatkan rasuah dan penyelewengan. Itu perkara-perkara yang kita perlu selesaikan melalui tata kelola. Kita- semua tahu tetapi yang kita juga tumpu sekarang ialah untuk melihat tentang keberkesanan ataupun efficiency yakni kecekapan pelaksanaan projek...
Yang Berhormat.
...Supaya kita hendak pastikan bahawa projek itu dapat diluluskan cepat, dapat dilalui proses perolehan dengan cepat, dapat dibina tepat pada masanya dan jika ini berlaku, ia akan mengurangkan ketirisan daripada segi kenaikan kos dan sebagainya. Insya-Allah penambahbaikan proses-proses yang melibatkan pelaksanaan projek dan peruntukan pembangunan itu sedang dan akan dikuatkuasakan dalam masa yang terdekat. Yang Berhormat Ayer Hitam dah lama bangun. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Saya mendengar dengan begitu teliti sekali. Tahniah kerana telah menggariskan anjakan yang besar dan saya setuju dengan strategi yang digunakan tetapi yang menjadi kekhuatiran saya ialah apabila kita buat subsidi bersasar, golongan T20 ini yang akan terkesan. Paling teruk T20 ini gaji dia RM10,961 hingga RM15,039. Kumpulan ini kebanyakannya penjawat awam. Kalau suami isteri guru, dia dah tergolong dalam golongan ini- apakah cara, tindakan? Saya mengalu-alukan Yang Berhormat kata, akan gunakan database yang berlainan kerana tidak lagi berpandukan kepada pendapatan. Apakah cara untuk kita menyerap kesan ini? Kalau kumpulan ini disamakan dengan jutawan- Tan Sri-Tan Sri yang untung RM1 juta sebulan, saya rasa yang paling terkesan iaitu kumpulan ini. Apakah caranya Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Ayer Hitam yang last supaya Yang Berhormat Menteri gulung dalam masa enam minit lagi.
Ya, ya. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Perkara itu memang dipertimbangkan dengan panjang. Kita ada beberapa kaedah. Satu, memastikan bahawa pemilihan dan penentuan kriteria itu mengambil kira pelbagai faktor lain. Tanggungan, anak berapa, duduk dekat mana dan sebagainya. Akan tetapi saya faham. Boleh juga ada keciciran. Kalau kita ambil kira faktor yang menyeluruh tadi, akan ada yang sekarang ini T20 sebenarnya M40, dia akan turun tetapi untuk kita memastikan kita kurangkan lagi keciciran itu, maka sebab itu bentuk bantuan subsidi bersasar itu akan menggabungkan ada sesetengahnya ialah yang bersifat penentuan kriteria pendapatan boleh belanja, sesetengahnya lagi adalah bersifat secara universal, yang tidak akan meminggirkan beberapa kumpulan ini.
Baik, saya kena sudahkan kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menggulung selepas ini. Saya hendak dengan cepat sahaja sebut tentang beberapa perkara yang ditimbulkan. Satu ialah tentang anjakan besar iaitu tumpuan kerajaan untuk selain daripada mencapai status negara berpendapatan tinggi, kita juga hendak memastikan gaji rakyat juga tinggi setaraf dan sepadan dengan status itu.
Oleh sebab itu kerajaan telah meluluskan Dasar Gaji Progresif yang akan memperuntukkan sejumlah dana kerajaan setiap tahun untuk mewujudkan ekosistem penggajian di sektor swasta untuk menaikkan gaji rakyat secara berkala. Kertas Putih mengenai Dasar Gaji Progresif ini insya-Allah akan dibentangkan dalam sidang Dewan yang akan datang yang boleh diperhalusi oleh anggota Dewan sekalian. Saya seterusnya hendak bergerak kepada perkara yang cukup menjadi tumpuan perbahasan Ahli Dewan Pembangkang iaitu yang melibatkan peruntukan kerajaan. Perkara ini sering disentuh dalam perbahasan Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Pokok Sena ramai lagi menimbulkan pelbagai perkara mengenai peruntukan pembangunan. Peruntukan Development Expenditure (DE) ini diagihkan untuk melaksanakan projek-projek yang diluluskan berdasarkan permohonan dan keperluan yang dikemukakan kepada kementerian dan bukannya daripada pihak negeri. Ini merupakan peruntukan Persekutuan disalurkan melalui agensi Persekutuan tetapi sebelum mengemukakan permohonan projek oleh kementerian-kementerian ini kepada Kementerian Ekonomi, semua kementerian telah diminta supaya mengadakan perbincangan dan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan di peringkat negeri supaya kita ada senarai keutamaan di peringkat perancangan kementerian dan juga ada senarai keutamaan di peringkat negeri. Oleh sebab peruntukan yang dapat disediakan adalah terhad dan pastinya tidak akan dapat menampung kesemua tuntutan kerajaan negeri, permohonan kerajaan negeri perlu disaringkan dan dinilai oleh kementerian terlebih dahulu. Saya juga ingin mengingatkan bahawa penggunaan peruntukan DE ini bagi melaksanakan projek-projek juga perlu merujuk kepada pembahagian kuasa dan tanggungjawab di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Dalam Jadual ini ada Senarai Persekutuan, Senarai Negeri, Senarai Bersama. Pun begitu, Kerajaan Persekutuan tidaklah begitu rigid dengan senarai-senarai ini malah banyak peruntukan telah diluluskan bagi melaksanakan projek-projek di bawah senarai negeri. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Bachok tentang kuasa meluluskan projek dan peruntukan pembangunan, saya terkejut Yang Berhormat Bachok tidak tahu kerana memang sejak dahulu lagi kuasa itu diberikan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Sebelum ini EPU memang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri di bawah Perdana Menteri dan apabila Kementerian Ekonomi ditubuhkan oleh pentadbiran ini EPU telah bertukar menjadi Kementerian Ekonomi dan salah satu matlamat pemisahan ini adalah mewujudkan satu suasana semak imbang supaya semua kuasa meluluskan perbelanjaan ini tidak hanya terletak di tangan Perdana Menteri yang kini juga adalah Menteri Kewangan. Bidang kuasa itu disenaraikan di bawah perintah kuasa Menteri ataupun MFO dan sebenarnya ada di dalam website laman kementerian masing-masing...
[Dewan riuh]
Saya hendak tutup kerana Perdana Menteri perlu menggulung tepat 4.30 petang. Sekarang sudah lepas 4.30 petang sudah, jadi saya hendak mengambil kesempatan ini- saya tahu banyak perkara yang ditimbulkan, kita akan terus berbincang. Kalau ada soalan- soalan yang khusus, boleh dihantar terus kepada saya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat daripada Kementerian Ekonomi, daripada kementerian-kementerian yang terlibat menyediakan KSP ini. Kepada Ahli-ahli Dewan yang telah pun turut sama terlibat dalam perbahasan, kepada semua anggota Dewan dan juga kakitangan Dewan yang membantu sepanjang perbahasan ini. Akhir sekali Yang Berhormat Arau sudah akhir sudah, tidak boleh sudah.
Setengah minit. Setengah minit.
Akhir sekali, penghargaan saya adalah kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil tahu dan mengikuti perbincangan mengenai KSP RMKe-12 ini di dalam dan di luar Dewan... [Tepuk]
Setengah minit, Yang Berhormat. Setengah minit, Yang Berhormat.
Sementara kita akan sering didendangkan dengan hiburan-hiburan politik, Yang Berhormat Arau tengah hendak buat satu, saya yakin Malaysia akan berjaya mencapai martabat dan kesejahteraan yang lebih tinggi.
Point of order, point of order. Sangkaan paling jahat. Tidak, tidak, Yang Berhormat.
Apabila lebih ramai rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada...
Tak, tak Yang Berhormat, tarik balik perkataan “hiburan”! Tarik balik perkataan “hiburan”! Peraturan 36. Tidak, awak kata orang pergi makan di kedai...
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau.
Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Arau saya hendak jawab. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab, Yang Berhormat Arau. Saya mengikut panduan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah... [Tepuk] Bila saya kata hiburan-hiburan politik yang cuba dibuat oleh Yang Berhormat Arau, saya memang sentiasa terhibur dengan Yang Berhormat Arau...
[Dewan riuh]
Saya ikhlas dan itu bukan satu perkara yang tidak baik kerana seperti yang disebut oleh Menteri Besar Kedah, itu pujian bila disebut perkara-perkara yang menyinggung sebelah sana... [Dewan riuh] Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya hendak tutup.
Saya ingin bertanya, minta ‘Menteri Formula’ tarik balik perkataan itu...
[Dewan riuh]
Saya tanya elok, bukan saya hendak bergaduh. Sekarang kalau mahu bergaduh no problem, pilih untuk bergaduh. Saya baik dengan PMX.
Yang Berhormat Arau, saya... Yang Berhormat Arau.
PMX, tolong beri teguran. Dia ini ada niat hendak jatuhkan PMX...
[Dewan ketawa]
Yang Berhormat Arau.
Kita sangat terhibur, terhibur.
Hati busuk. Yang Berhormat Arau hati busuk.
PMX orang lain jangan takut, dia ini seorang kena jaga...
[Dewan riuh]
Ini niat jahat, tarik balik!
Kita berbincang...
Baik, baik Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Arau, please. Yang Berhormat Arau, please.
Kita hendak tunggu Yang Berhormat Arau sahaja. Sila serius sikitlah.
Yang Berhormat Arau buang masa.
I am serious now. Please.
Baik, saya hendak tutup begini. Saya yakin Malaysia akan berjaya mencapai martabat dan kesejahteraan yang lebih tinggi apabila lebih ramai rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada usaha-usaha positif mengangkat kedudukan negara dan mengabaikan rasa tidak selesa hasil kerjasama mereka yang mempertikaikan segala-galanya dek kerengga-kerengga yang tidak henti-henti mengerumuni pokok yang sedang subur... [Tepuk] Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dahulu macam itulah hangpa jadi Pembangkang. Berbahas serupa itu juga.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Marang dengar, marah...
Sekarang saya jemput Kementerian Kewangan. Dijemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk buat penggulungan 45 minit. Silakan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri... [Tepuk]
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dalam beberapa hari ini Ahli-ahli Yang Berhormat telah meneliti, membahaskan Kajian Separuh Penggal. Tentunya tidak semua yang berkesempatan untuk meneliti rancangan itu tetapi saya percaya kebijaksanaan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil perhatian bahawa beberapa buah kerangka cadangan itu perlu diteliti dan tidak hanya dijadikan bahan kecaman tanpa meneliti malah beberapa Ahli Yang Berhormat sama sekali tidak kaitkan RMKe-12 dalam hujah mereka. Walau bagaimanapun, tentang pandangan-pandangan yang baik dan cadangan untuk memperbaiki saya akan terima dengan baik. Akan tetapi perbahasan ini dimulakan dengan Ketua Pembangkang Yang Berhormat Larut yang telah membuat satu kesilapan besar tentang pencapaian KDNK yang tidak pernah dipertikaikan 8.7 peratus tahun 2022. Dalam pembentangan saya sebut dari base yang rendah dari -5.5 peratus. Oleh sebab itulah Yang Berhormat Titiwangsa bagi kuliah kepada beliau dan Ahli- ahli Yang Berhormat... [Tepuk] Oleh kerana kalau tidak faham tentang hal ini, ia mempersulit kerja kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat.
Kadar pertumbuhan itu yang mesti terkait dengan kadar pertumbuhan sebelumnya. Jadi sebab itu kalau Singapura umpamanya berkembang 7.6 peratus lebih rendah dari Malaysia, tetapi 2020, tahun sebelumnya 4.1 peratus. Tahun sebelumnya Malaysia negatif 5.5 peratus. Jadi saya tidak nafikan naik 8.7 peratus tetapi janganlah riuh-rendah menyatakan kejayaan paling besar dalam negara. Nampak sangat kedangkalan ilmu ekonomi basic ini... [Tepuk] Akan tetapi tidak apalah, kita teruskan.
Yang Berhormat. Terima kasihlah. Saya juga hendak terangkan kepada Yang Amat Berhormat tentang basic itu betul. Kita bersetuju memang dia punya based itu rendah. Kita bersetuju. Akan tetapi oleh sebab inisiatif, cara kita untuk menentukan supaya kita dapat melonjakkan ekonomi itu yang sepatutnya kita banggakan. Ia sebenarnya ialah sesuatu yang sama-sama telah pun kita pastikan supaya ia mencapai satu angka yang baik. Kalaulah base-nya rendah tetapi kita tidak tahu bagaimana untuk menentukan supaya dapat dilonjakkan ekonominya, maka sudah tentu ia tidak akan mencapai 8.7 peratus. Jadi, sebab itu saya kata oleh sebab inisiatif yang baik itulah yang menyebabkan ia dapat pertumbuhan yang baik.
Terima kasih. Oleh sebab itu saya sebut, saya tidak nafikan 8.7 peratus. Yang saya bangkitkan ini...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Ya, dengar, dengar. Dalam itu boleh check teks, jangan kelam-kabut. Check teks, saya sebut 8.7 peratus tetapi saya pertikai apabila disebut ini kejayaan paling besar daripada negara-negara lain, tidak betul. Ini yang saya kata, basic economics iaitu 8.7 peratus dari atau kita ketimbang negatif 5.5 peratus. Akan tetapi tidak apalah, kalau dia hendak menang juga, menanglah, tiada masalah... [Ketawa] Ini fakta ekonomi, tidak boleh dipertikaikan...
Yang Amat Berhormat.
Kempen di bawah boleh.
Saya bukan hendak menang atau kalah.
Tetapi tidak apa, sudah. Biar saya sambung.
Saya bukan hendak menang atau kalah.
Biar saya sambung.
Akan tetapi ceritanya...
Saya hanya terangkan...
Ini pegawai...
Mengulangi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Titiwangsa. Saya tidak beri laluan, sudah...
Saya...
Tajuk lain. Kita tukar tajuk lain...
[Dewan riuh]
Betul, bukan sebab itu. Saya juga boleh tentukan...
Fakta 8.7 peratus tidak betul kalau disebut terbaik di rantau. Itu sahaja saya hendak sebut. Terima kasih.
Saya hendak maklumkan bahawa pertumbuhan itu mencapai...
Saya hendak ambil, Yang Berhormat Titiwangsa sudah bagi kuliah cukup lengkap. Saya pakai itu cukup.
Yang Berhormat Lumut hendak bagi...
Tidak apa. Bukan saya tidak mahu dengar kuliah itu, yang saya hendak terangkan kepada Yang Amat Berhormat adalah bahawa kita juga kena menerima hakikatnya bahawa ketika itu dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaanlah yang menyebabkan ada pertumbuhan itu.
Ya. Ya, saya dah kata terima kasih.
Sebab itu harus kita bersama-sama merasakan...
Saya dah kata terima kasih... [Tepuk]
Okey saya ingat, sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Ya, terima kasih. Saya pun dah kata terima kasih termasuklah penggunaan dana KWSP rakyat. Banyak tidak apa tetapi berjaya dalam bidang itu. Terima kasih. Baik, tetapi yang tidak disebut juga...
Yang Amat Berhormat.
Yang saya sebut dalam ucapan awal.
Yang Amat Berhormat Tambun, sedikit.
Yang saya sebut dalam ucapan awal- apa yang dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Ke-12, bahawa catatan itu tidak diambil kira, kadar pengangguran memuncak 5.3 peratus dan tahun 2021 sebanyak 4.6 peratus. Kemudian, masalah yang dicapai- saya katakan kadar pengangguran walaupun ada kes COVID-19 kita tidak nafikan. Cuma angka-angka ini saya sebut. Jadi tidak bermaksud untuk menyatakan tidak ada usaha. Saya hanya mempertikaikan bila disebut kejayaan luar biasa ketimbang negara-negara lain, itu sahaja.
Baik, apa langkah-langkah yang diambil sekarang yang tidak diterima dalam hujah-hujah pembangkang, tidak ada yang dilakukan. Saya hendak beritahu, bila kita sebut tentang sekolah daif, berapa kejayaan termasuk baik pulih tandas? Sejumlah 8,354 buah sekolah siap menjelang Oktober tahun ini... [Ketawa] Ini kejayaan yang belum dicapai sebelum ini. Maknanya kalau kita fokus bagi perbelanjaan cukup, bagi bidang kuasa kepada PPD, pejabat daerah dan PIBG, maka boleh kita selesaikan. Ini yang saya maksudkan dengan tekad untuk menjalankan. Apabila Yang Berhormat Bera bertanya tentang penambahan RM15 bilion kepada RM415, tentulah kita ambil kira keupayaan. Perbincangan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan melihat apakah mungkin kita tambah RM15 bilion untuk membantu memperbaiki prasarana asas dan kemudahan rakyat. Maka, kita lihat ada keupayaan, dan sebab itu kita tambah dan dengan belanja sekitar RM90 bilion setiap tahun. Kemudian, saya juga mohon Ahli-ahli Yang Berhormat teliti Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Perindustrian semasa meneliti semula Kajian Separuh Penggal. Maka sebab itu kita sudah ada dua pertemuan dengan Menteri- menteri Besar, dan Ketua Menteri dalam sebulan yang lalu dan dalam Majlis Pembangunan Negara dan Majlis Fizikal Negara. Ada cadangan yang dibawa supaya Pelan Hala Tuju Peralihan Negara, Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu dan Kajian Separuh Penggal turut diberikan taklimat kepada Menteri Besar dan Ketua Menteri dan saya setuju. Usaha-usaha seperti industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) diberikan perhatian. Setakat ini, pelaburan telah sampai dan memulakan termasuklah penggunaan peluasan EV motosikal melalui Suzuki, selain daripada yang saya sebut sebelum ini. Saya juga sebut baru-baru ini, Premier Sarawak telah memberikan taklimat khas kepada Jemaah Menteri tentang keupayaan mereka meneroka beberapa bidang baharu termasuk industri hidrogen hijau, CHITOSE Carbon Capture Central Sarawak (C4 Sarawak) sebagai sumber tenaga baharu. Maknanya apa yang diumumkan ini telah dan mula dilaksanakan berbeza dengan serangan yang mengatakan bahawa tidak ada langsung kemajuan. Kemudian, saya sebut walaupun tidak dibahaskan terutama rakan-rakan dari parti memperjuangkan Islam patut bicara bukan sahaja soal mengatakan riba itu haram, semua orang sudah tahu. Apakah langkah penyelesaiannya? Dulu ada Bank Islam tetapi kita katakan ini tidak menyeluruh. Maknanya tidak memenuhi maksud Maqasid Syariah dalam erti kata menyelesaikan beberapa masalah pokok ekonomi. Maka itulah sebab diadakan Sidang Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Ke-15 yang diterokai oleh Malaysia. Saya percaya ini akan memberikan satu ruang kepada kita untuk membicarakan secara lebih menyeluruh apa erti pendekatan ekonomi Islam yang lebih menyeluruh selain dari Bank Islam atau takaful yang kita bicarakan selama ini. Saya juga sebut tatkala sambutan Hari Malaysia di Kuching tentang penambahan RM1 bilion untuk sempadan Sabah dan Sarawak supaya selari dengan kemajuan yang dilakukan di Indonesia dengan ibu kota Nusantara. Beberapa ikhtiar lain akan kita tambah dalam pembentangan Belanjawan Madani ke-dua bulan depan. Yang Berhormat Titiwangsa, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Taiping dan Yang Berhormat Paya Besar membangkitkan soal subsidi bersasar yang sebahagiannya disentuh oleh beberapa kementerian dan terakhir Yang Berhormat Menteri Ekonomi sebentar tadi. Akan tetapi saya bagi jaminan bahawa apa pun rasionalisasi subsidi yang dilakukan, kita tidak akan membebankan golongan berpendapatan menengah dan juga rendah. Ini kerana sebarang penyesuaian yang membebankan mereka tentu akan menambah beban yang sedia ditanggung oleh golongan miskin.
Ada yang pertikaikan soal minyak. “Hari ini kita menang, esok minyak turun”. Itu disindir oleh Ketua Pembangkang. Cuma, ya, dengarlah dahulu.
[Dewan riuh]
[Ketawa] Sabar. Bila saya sebutkan perkara itu semasa Parti Keadilan, DAP dan PAS bersama, apa yang saya sebutkan itu, dipersetujui oleh Keadilan, DAP dan PAS.
Terima kasihlah, saya bersama pada masa itu dan saya hendak beritahu PAS tidak pernah bersetuju yang itu.
[Dewan riuh]
Saya bersetuju. Dato Pengerusi, saya setuju dia junior semasa itu, dia belum lagi pimpinan. Saya yang pimpin dia.
[Dewan riuh]
[Ketawa]
Itu Timbalan Presiden lah, Timbalan Presiden.
Semasa itu saya pimpinan dan saya mengalahkan dia semasa dalam pemilihan.
Dia hanya terlibat dalam Forum Perdana sahaja.
Baik, baik. Nanti, nanti kejap.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Yang Berhormat Kubang Kerian semasa itu belum betul tetapi kemudian Kubang Kerian kata tidak setuju. Tidak apalah, saya terima. Baik, tidak ada masalah Yang Berhormat Kubang Kerian sahabat tetapi pada masa itu, pada masa itu...
Kita buat di pentas luar lah ini ya.
Bukan saya sebut. Bukan soal tidak bersetuju. Kenyataan itu bukan persetujuan bersama, itu saya nak jelaskan.
Pada masa itu Yang Berhormat Menteri Pertanian, dia Timbalan Presiden dan dalam mesyuarat diperakui oleh pimpinan PAS bersama tetapi tidak apa, tidak apa.
Tuan Yang di-Pertua.
Pada masa itu Ketua Pembangkang belah sana, belah lain.
Tidak apalah ketika itu cium mulut.
Okey ini Tuan Yang di-Pertua.
Baik, saya habiskan kemudian baharu boleh jawab bab-bab ini. Harga minyak ini, harga minyak ini. Selepas itu saya bagi ruang.
Minyak ini Tuan Yang di-Pertua.
Nanti, nanti, nanti.
Sekejap. Masa itu berapa harga minyak Arab Saudi? 50 sen per liter. Semasa itu, baik. Sekarang saya jadi Perdana Menteri. Berapa harga petrol tahun 2018 yang kita bangkit? Di Malaysia, RM2.21, Arab Saudi masa itu sudah naik RM2.19 tidak apa. Sekarang tahun 2023, dengar baik-baik. Berapa harga minyak di Arab Saudi? RM2.84. Berapa harga minyak di Malaysia? RM2.05. Yang Berhormat Kubang Kerian jangan terkejut ini. Jadi, kita ambil kira ini bahawa kenaikan ada pengeluaran minyak, itu maknanya minyak kita masih rendah. Berapa harga minyak semasa di Brunei? Masa itu Brunei rendah, Arab Saudi lagi rendah ya. Brunei sekarang RM1.84 ya. Jadi, oleh itu untuk terus menggunakan komen dan hujah yang kita buat bersama-sama dalam Pakatan Rakyat, tidak sebenarnya tepatlah. Baik.
Tuan Yang di-Pertua, okey terima kasih. Penjelasan yang baik daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Cuma, saya
hendak quotekan di dalam laporan Berita Harian pada 17 Julai 2022. “Saya tidak jadi Perdana Menteri, macam mana harga minyak hendak turun?” Ini tahun 2022 terima kasih.
Itu betul. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Yang Amat Berhormat Tambun, Yang Amat Berhormat Tambun kena tambah sedikit.
PN dahulu pun dia sebut PN akan hapuskan PTPTN. Akan hapuskan PTPTN, mana? RUU 355 mana? RUU 355? Cakap juga. Cakap kencang la...
Hendak hapuskan PTPTN kena tanya Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Pandan, PTPTN.
Yang Berhormat Pendang duduk dahulu.
Saya hendak sambung.
Judi naik, judi naik. PAS memerintah judi naik.
Biar saya habis dahulu.
Yang Berhormat Tasek Gelugor nanti dahulu. Bagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jawab dahulu.
Saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tolong bagi ruang sekejap.
Jadi, saya sebut tentang kadar harga sekarang. Betul, itu semasa Perhimpunan Konvensyen Keadilan. Baguslah Yang Berhormat Bagan Serai bukti percakapan itu.
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Pengerusi Peraturan Mesyuarat 36(6).
Nantilah dahulu, saya tidak bagi laluan.
Kejap. Tidak, tidak, tidak, saya nampak Peraturan Mesyuarat 36(6).
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan.
Hendak minta Peraturan Mesyuarat 36(6) ini fasal Yang Berhormat Hulu Langat ini.
Duduk, duduk, duduk.
Pasal Yang Berhormat Hulu Langat ini.
Baik, jadi...
Duduklah Yang Berhormat Pendang. Duduklah Yang Berhormat Pendang.
Baik, baik semua duduk.
Kalau kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak bagi, kami duduk tetapi dia bangkit ikut dan dia.
Asyik kacau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sahaja ini. Bagi ruang pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk jawab. bagi ruang pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk jawab. Yang Berhormat Pendang duduk!
Dia bangkit...
Baik, baik semua duduk.
Yang Berhormat Pendang duduk!
Saya tidak minta keputusan ...
Yang Berhormat Pendang duduk, Yang Berhormat Pendang duduk, duduk Yang Berhormat Pendang!
Hulu Langat duduk. Pendang duduk...
Hulu Langat bukan Tuan Yang di-Pertua.
Peraturan Mesyuarat 36(6), saya minta ambil supaya beri perhatian.
Saya tidak dengar dia kata apa tadi?
Dia kata Pendang, Pendang, Pendang. Dia kata dekat saya.
Dia kata apa, dia kata apa?
Dia kata, Pendang lah.
Dia kata apa?
Yang Berhormat Pendang apa? Yang Berhormat Pendang pun salah kah?
Dia kena minta kebenaran.
Dia sebut nama Yang Berhormat Pendang tetapi dia kata apa?
Sebut Yang Berhormat Pendang pun salah ka?
Dia kata Yang Berhormat Pendang...
Itu bukan penghinaan.
Tidak boleh. Dia kena mintalah. Kami dahulu, kami bila Tuan Yang di-Pertua kata Ketua Pembangkang tidak bagi kami duduk.
Okey Yang Berhormat Hulu Langat. Baik, Yang Berhormat Pendang.
Cakap Yang Berhormat Pendang pun tidak boleh ke?
Dia menyebut Pendang, Pendang bukan unparliamentary. Sudah, duduk!
Oleh sebab itu nama saya, Pendang.
Duduk okey... [Tidak jelas] Sekejap.
Tuan Yang di-Pertua, tolong disiplinkan dia sedikit.
Jadi,...
Last saya kata dia panggil Pendang, Pendang, Pendang, bukan unparliamentary.
Dia tidak bolehlah Tuan Yang di-Pertua sebab kami bila Tuan Yang di-Pertua.
Pendang, ini keputusan saya Pendang, duduk!
Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling Pendang, Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling Pendang.
Please Pendang satu, duduk please. Hulu Langat duduk.
Jadi saya tegaskan..
Saya panggil dia kerengga, kerengga, kerengga!
Jadi, saya tegaskan harga di Malaysia RM2.05 harga di Arab Saudi RM2.84. Jadi, oleh itu dikaitkan juga dengan cadangan subsidi bersasar yang akan saya jelaskan dalam Belanjawan Madani Ke-2 tahun 2024, bulan 4. Baik, saya ingin singgung walaupun telah disentuh oleh beberapa Menteri mengenai kenaikan harga barang. Tentunya saya setuju bahawa ini soal yang serius yang menekan hidup rakyat dan saya telah mengarahkan Menteri-menteri untuk turun dan pantau sendiri, walaupun kita bagi jaminan harga beras tempatan tidak naik tetapi ada laporan tentang kekurangan di beberapa tempat dan mesti ditangani dengan baik. Cuma saya harap, Ahli-ahli Yang Berhormat juga faham. Umpamanya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Arau tentang kenaikan harga bawang tetapi fahamlah bahawa sejak bulan Ogos yang lalu, duti eksport bawang dari India naik 40 peratus. Ini kita kena faham yang ini. India membuat keputusan menaikkan duti eksport bawang 40 peratus dan tentunya bagi kita di Malaysia yang membeli bawang dari India akan terkesan dari harga itu. Begitu juga tentang keputusan India bulan lalu, untuk mengehadkan eksport beras putih. Jadi, ia akan diikuti oleh supply and demand. Apabila eksport dihadkan, harga naik. Maka, kita tambah subsidi untuk menjamin beras tempatan tidak naik harga. Ada yang dibangkitkan tentang...
Penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Peruntukan Persekutuan kepada negeri yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Marang. Sahabat saya Marang terus membawa perkara ini, walaupun saya telah menjelaskan. Boleh kritik saya fasal soal lain tetapi tidak benar kalau kita katakan, kita zalim atau menganaktirikan negeri-negeri ya.
Penjelasan.
Ruang diberikan. Dalam- saya katakan bulan ini sahaja, dua kali kita panggil mesyuarat saya dan Menteri-menteri lain dengan Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Exco yang berkenaan. Saya hendak sebut di sini ya peruntukan pemberian.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, penjelasan.
...bantuan negeri tahun 2023. Kedah RM512.1 juta lebih dari tahun lalu dan tahun sebelumnya semasa Perikatan Nasional. Kelantan, RM351.5 juta lebih daripada masa Perikatan Nasional perintah. Terengganu RM411.1 juta dan Perlis RM154 juta, itu lebih daripada semasa Perikatan Nasional perintah. Jadi, tidak benar. Baik, itu hanya Pemberian Persekutuan. Bagaimana pula peruntukan pembangunan?
Penjelasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebelum masuk tajuk lain.
Pertama, di Kedah, RM1.5 bilion, Kelantan RM2.5 bilion, Terengganu RM1.6 bilion dan Perlis RM570.
Penambahannya— ada Ahli Yang Berhormat yang mendakwa. Tidak payahlah saya sebut. Dia kata, Pulau Pinang dapat semua, lebih. Tahun 2023, Pulau Pinang mendapat peruntukan pemberian Kerajaan Persekutuan RM330 juta, lebih rendah daripada tiga negeri dan peruntukan pembangunan RM1.3 bilion, lebih rendah dari Kedah, Kelantan dan Terengganu. Oleh sebab itulah saya mengambil keputusan untuk menambah projek di Pulau Pinang untuk LRT dan lapangan terbang, di samping tambahan RM3 bilion, mula di Kedah untuk kemudahan dan infrastruktur tanaman padi lima musim, dua tahun ya. Saya hendak jelaskan ini.
Yang Berhormat Menteri Kewangan, tidak payah tambahlah. Tenang-tenang sahajalah.
Termasuk Kelantan.
Tambah untuk Penang, PM.
Saya ambil keputusan. Kalau terdesak, membebankan rakyat, saya tidak peduli. Maka, sebab itu tebatan banjir— ini menyulitkan hidup rakyat. Oleh sebab itu di Kelantan— walaupun saya umum baru-baru ini, air tambah RM500 juta begitu. Kemudian tebatan banjir, tetapi apabila kita melihat sekali lagi kos projek tebatan banjir yang ditender tahun ini untuk Kelantan, Tuan Yang di-Pertua, RM2 bilion. Bagaimana boleh sewenang-wenang boleh bercakap soal zalim dan menindas? Ini makna tiada fakta. Mana mungkin seorang pemimpin boleh berhujah begitu rupa? Padahal kita sudah jelaskan. Jadi, saya tidak mahu tambah daripada itu. Cukup mengatakan, sudahlah.
Penjelasan, Yang Berhormat.
Kalau tidak setuju, tidak mengapa. Tidak mahu sokong, tidak mengapa. Akan tetapi, jangan memutarbelitkan fakta. [Tepuk]
Penjelasan, Yang Berhormat.
Hendak bagi Yang Berhormat Hulu Terengganu?
Okey, terima kasih Yang Berhormat Tambun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya faham daripada apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Tambun tadi isu beras, yang mana saya faham tadi bahawa isu beras memang bermasalah untuk mendapatkan beras tempatan. Jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Tambun nampaknya bercanggah dengan apa yang diberi oleh Yang Berhormat Kota Raja semalam. Yang Berhormat Kota Raja kata isu beras tempatan tidak ada isu kerana stok cukup. Akan tetapi, masalah rakyat di kampung, mereka sukar untuk mendapatkan beras tempatan. Jadi, yang mana satu betul? Yang Berhormat Kota Raja betul atau Yang Berhormat Tambun betul? Itu persoalan saya. Terima kasih.
Sekarang penggulungan. Silakan.
Dua-dua betul. Sebabnya, dia maksudkan stok ada. Yang saya tegur kerana ada keluhan sesetengah tempat. Pemangku Menteri turun, kemudian dia sebut ada stok tetapi kalau biasanya dia beli umpamanya 100 beg, sekarang dapat 80 beg. Jadi, ada kebimbangan itu. Akan tetapi, stok ada. Jadi, yang dijawab oleh Menteri ialah stok ada. Yang saya beri peringatan ialah supaya jangan ada keluhan dan kebimbangan, takut kalau-kalau ada kekurangan di mana-mana tempat.
Keluhan sudah ada di seluruh negara, Yang Berhormat.
Oleh sebab itu, saya jawab...
Beras tempatan RM26.90 sekilo sudah tidak ada sekarang. Yang lima kilo pun susah hendak dapat. Itu masalah. Jadi, kalau stok ada, tidak diberi stok tersebut, kenapa? Itu persoalannya.
Beritahu tempat. FAMA dan persatuan peladang akan hantar segera.
Terima kasih Yang Berhormat .
Beritahu tempat. FAMA dan persatuan peladang akan hantar dengan segera. Ini cakap kosong sahaja.
Yang Berhormat Menteri, Menteri.
Jangan duduk bohong dalam Dewan.
Jangan koyak, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Bagi tahu tempat, market, jalan. Market mana? FAMA akan hantar segera.
Baik, baik. Yang Berhormat Menteri.
Jangan berbohong dalam Dewan.
Yang Berhormat Menteri. Okey, sila Perdana Menteri.
Jangan ganggu Perdana Menteri.
Saya minta, kalau boleh Yang Berhormat bagi nota. Serah kepada Menteri dan saya. Kalau bagi petang ini, esok saya pastikan, insya- Allah, FAMA sampai.
Yang Amat Berhormat, saya selesaikan bab ini. Saya ingat tidak ada masalah.
Sudah. Saya sudah jawab. Sudahlah
Tidak, masalah ini. Kita mintalah. Ini kerjasama yang saya minta...
Saya dah bagi tahu, tolong bagi nota sekarang. Saya akan pastikan Menteri bagi tahu FAMA hantar kalau boleh malam ini atau paling lewat esok pagi. Ha, itu guarantee saya.
Nota apa, Yang Berhormat? Menteri sudah tahu. Check di kampung.
Jangan bohonglah. Ini Parlimen lah.
Bagi sahajalah nota itu.
Baik, baik.
Saya hendak terus kepada peruntukan Ahli Parlimen. Penting.
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order 37(1).
Isu beras ini, memang betul ada masalah untuk mendapatkan beras tempatan. Harga yang naik, betul kita bersetuju, adalah beras import. Yang rakyat sekarang ini menyuarakan habis dalam social media adalah kerana tak dapat untuk membeli beras tempatan. Kami ini sudah bercakap sudah dengan Yang Amat Berhormat. Kita hendak membantu dan maklumkan.
Ya, terima kasih.
Yang menjawab yang bukan-bukan oleh Menteri itulah yang menyebabkan kami di sini susah bila orang kampung tanya. [Tepuk] Yang Amat Berhormat cakap tadi, saya tak tegur pun. Akan tetapi, oleh sebab Yang Berhormat Kota Raja kata macam-macam, saya rasa ini tidak bolehlah. Sebab, yang pentingnya rakyat di bawah sana mahu untuk mendapatkan cukup beras tempatan. [Tepuk]
Okey. Saya ingat...
Yang Berhormat Tambun, saya hendak beri buktilah.
Terima kasih. Terima kasih.
Sekejap, sekejap. Saya hendak beri bukti. Ini keluhan rakyat.
Point of order.
Floor Perdana Menteri. Yang Berhormat Pendang.
Saya minggu lepas, saya didesak sama wakil rakyat. Orang mai minta beras...
Point of order, Tuan Yang di-Pertua.
100 beg sepuluh kilo, RM35. Saya tak tahu. Kami ini sudahlah tidak dapat peruntukan.
Yang Berhormat Pendang, boleh tulis nota pada saya.
Point of order. Sungai Petani.
Yang Berhormat Tambun bagi tidak?
Bagi, bagi, bagi.
P.M.37(1).
Point of order dahulu.
Seseorang Ahli tidak boleh mengganggu Ahli yang sedang berucap.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Tambun tadi tidak...
Pesan ke Yang Berhormat Jelutong sebelah itu sahaja.
Baik, Yang Berhormat Tambun tidak bagi.
Baik, terima kasih. Saya tegaskan sepertimana Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebut tadi dan Menteri bagi jaminan, kalau ada, bagi tahu di mana tempat. Bagi nota. Saya bawa dalam fail, saya bawa balik. Terima kasih banyak.
Saya beli minggu lepas...
Baik, Yang Berhormat Pendang, tulis sekarang, bagi kepada Bentara. Bentara, tolong ambil nota dari Yang Berhormat Pendang sekarang.
Halau dia keluar, Tuan Yang di- Pertua. Halau, halau. Halau itu kerengga keluar. Kerengga.
Baik, silakan Yang Berhormat Menteri. Teruskan. Yang Berhormat Pendang, tolong tulis nota sekarang juga.
Saya merayu bagi pihak Pendang. Tidak apa, biar dia duduk, biar dia beri nota. Tidak payah ambil tindakan. Ini kerana dia rasa prihatin tentang masalah. Saya dah beri cadangan. Tulislah dan saya selesaikan. Menteri sudah beri jaminan. Tentang peruntukan Ahli Parlimen, ada yang kata, “Ini zalim. Kami tidak dapat wang ini.” Saya hendak beri contoh. Siapa kata tidak dapat? Siapa kata tidak dapat peruntukan? Peruntukan kepada rakyat dan peruntukan kepada Ahli Parlimen itu berbeza. Jangan kata tidak ada peruntukan kepada rakyat. Saya bagi contoh. Untuk Ketereh, berapa projek? 61 projek. Ini tambahan daripada ICU. Berapa jumlah? RM2.12 juta. [Disampuk] I will come back. Never mind. Don’t worry, Beluran. Sabar. Sik, 73 projek, RM3.73 juta. Baik, yang dibangkitkan ialah mengapa tak salur kepada Ahli Parlimen. Kalau begitu, jawab begitu. Jangan kata menindas rakyat, tak ada tolong rakyat, zalim. Apa benda ini? Kalau kata tidak ada peruntukan kepada wakil rakyat, yang macam dibangkitkan, saya tidak ada hendak tolong orang mati, tak ada duit. Jangan...
Yang Berhormat Tambun, bagi saya mencelah.
Saya hendak bagi ingatan. Wang ini kalau digunakan untuk bagi orang kahwin dan sebagainya, kita akan ambil tindakan oleh SPRM. Tak boleh.
Yang Berhormat, peruntukan projek melalui kementerian berbeza dengan peruntukan Parlimen.
Betul.
Ketika Yang Berhormat duduk sebelah sini, Yang Berhormat pun minta peruntukan Parlimen.
Ya, dengar dahulu. Yang Berhormat Beluran pun dah terikut-ikut. Sabar, Yang Berhormat.
Yang Berhormat juga signed memorandum CSA dengan Yang Berhormat Bera minta peruntukan Parlimen.
Yang Berhormat Beluran.
Tidak sama, Yang Berhormat. Saya cuma katakan peruntukan Parlimen dengan projek, berbeza.
Yang Berhormat Beluran.
Yang Berhormat Beluran yang selama ini sabar dan steady pun sudah terikut-ikut dengan kawan-kawan dia. Jangan. Saya sudah beza- bezakan projek untuk rakyat, projek Ahli Parlimen. Saya bezakan. Oleh sebab itu, saya kata tunggu, saya hendak jawab. Saya sebut, jangan kata tidak ada peruntukan. Boleh sebut, tidak ada peruntukan kepada Ahli Parlimen. Ha, biar spesifik. Okey, saya hendak jawab ini.
Dengar dahulu.
Jawapannya begini.
Ada jawapan. Yang Berhormat Ketereh, duduk dahulu.
Ketua Pembangkang tahu. Semasa Yang Berhormat Beluran jadi Menteri, kita tidak ada peruntukan.
Yang Berhormat Pagoh ada bagi semasa COVID-19 kepada semua Ahli Parlimen...
Berapa dia bagi? Untuk pejabat sahaja.
...Yang duduk di sini sebelum itu.
Baik, baik. Kemudian apabila Yang Berhormat Bera mengambil alih, saya berterima kasih Yang Berhormat Bera. [Tepuk] Ini kerana Yang Berhormat Bera kata, kalau betul hendak, kita bincang baik-baik. Jadi, kita hantar perwakilan, bincang baik-baik. Kemudian ada hala tuju, ada setuju, tidak setuju. Akhirnya, dia jemput saya bagi makan tengah hari dan bincang sekali lagi. Then, kita putus, selepas putus, sign, luluslah. Ini tidak, tak payah sign, tak payah bincang, bagi, ini hak kami. Bukan, bukan hak Ahli Parlimen, runding, setuju, kita lulus. Kalau tidak, tunggulah sampai bila pun, saya tak akan luluskan. Okey, terima kasih.
Tambun, Tambun.
[Dewan riuh]
Tambun, Tambun.
Tambun, Tambun, Yang Tambun.
Bagilah chance, Tambun.
[Dewan riuh]
Bagi laluan sedikit.
Besut, Besut, Besut.
Tambun, hendak bagi?
[Dewan riuh]
Ini...
Besut, Besut.
Ketereh, Ketereh
...keputusan muktamad dari Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.
Tambun, bagi Besut sekali.
Sepertimana yang diluluskan oleh Yang Berhormat Bera semasa dia jadi Perdana Menteri, peraturan yang lebih kurang kita guna. Hendak peruntukan, bincang dan saya sudah tugaskan TPM Ke-2 untuk mewakili pihak kami, selesai dengan baik. Runding, jangan sombong dan angkuh.
Siapa yang sombong ni?
Tidak tuntut.
[Dewan riuh]
Mohon penjelasan, penjelasan Tambun. Tambun, penjelasan Tambun.
Pelaksanaan cukai keuntungan modal.
Tambun.
Tambun, hendak bagi?
Tambun, minta penjelasan.
Yang Berhormat Ayer Hitam...
Besut sekali.
Tambun tidak bagi, sila duduk.
Besut tidak pernah bertanya ini.
Ayer Hitam...
Sila duduk, sila duduk.
...menyentuh berhubung– Ayer Hitam, Yang Berhormat Ayer Hitam...
Tambun, bagilah Besut.
Tadi sebut Ketereh, kenapa tidak bagi ini?
[Ketawa]
Baik, baik, dia tidak bagi, duduk dulu, duduk dulu. Minta elok-elok, duduk dulu.
Menyentuh...
Kita ada ruang untuk bagi jawapan, Yang Berhormat Tambun.
Menyentuh cukai keuntungan modal.
Sila duduk dulu.
Saya hendak jelaskan, cukai keuntungan modal...
Ini sudah lari topik lain.
...ke atas pelupusan saham tidak tersenarai, ini sahaja, jelaskan. Jadi, itu maknanya kedudukan mereka dalam bursa saham tidak terjejas. Jadi, saya jelaskan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Tentang insentif cukai konsep ekonomi kitaran, Yang Berhormat Bagan...
Sikit Yang Berhormat.
...iaitu cukai korporat lima peratus yang dibangkitkan. Saya hendak beritahu bahawa beberapa galakan cukai dalam menyokong pelaksanaan aktiviti ekonomi kitaran, termasuklah insentif teknologi hijau melalui Green Investment Tax Allowance 100 peratus untuk tiga tahun. Oleh sebab itu, kita dapat tarik EV ke sini. Kemudian, insentif potongan cukai kepada syarikat yang menaja atau membiayai Smart Artificial Intelligence – Driven Reverse Vending Machine. Jadi, untuk penjelasan kepada persoalan yang dibangkitkan.
Tambun, mohon ruang untuk soalan.
Sikit Yang Berhormat.
Pengusaha batik. Yang Berhormat Balik Pulau bangkitkan, pengusaha batik.
Yang Berhormat, hendak sokong ini, takkan hendak sokong pun tidak bagi?
Pengusaha batik.
Akan bagi, insya-Allah.
Pengecualian duti import, saya setuju. Kerajaan menyediakan pengecualian cukai duti import ke atas kain sutera, rayon, voile serta kain kapas putih dan boleh dituntut dari Jabatan Kastam semasa mengimport produk, selaras dengan butiran 62 - Perintah Duti Kastam. Keputusan DNAA...
[Dewan riuh]
Yang Amat Berhormat,
Ayer Hitam minta...
DNAA.
Okey, tidak bagi, duduk dulu, DNAA dulu.
Saya terkesan dan ucap terima kasih dan penghargaan kerana rakan-rakan menggunakan sidang Parlimen dalam membincang Rancangan Malaysia Ke-12, dengan begitu bersemangat dan gigih menentang rasuah dengan keras. Selama sembilan bulan saya sebagai Perdana Menteri, inilah kesempatan saya dengar secara menyeluruh suara yang benar-benar keras menentang rasuah oleh semua pihak. Ini suatu perkembangan yang sangat baik. Saya anggap ini sebagai endorsement dasar dan saya telah maklumkan kepada SPRM untuk meningkatkan usaha mereka. Dengan dukungan Ahli-ahli Parlimen yang tidak mahu kompromi dengan rasuah di mana peringkat, kepada siapa sahaja dan bertindak tegas. SPRM telah memberi jaminan kepada saya untuk meningkatkan usaha mereka terhadap golongan yang menggunakan kuasa dan kedudukan untuk mengambil dan memunggah kekayaan rakyat dan negara. Cuma saya suarakan di sini, bukan pilihan, benar. Jangan selective investigation, jangan selective prosecution atau persecution. Maka, yang sekarang, yang lalu, yang memunggah kekayaan berbilion, memperkayakan anak-anak mereka secara berbilion ringgit, mengapa tidak dihiraukan? Mengapa mahu diketepikan? Setiap kali kita singgung, mengapa dianggap ini selective investigation? Ada mantan pemimpin yang ada bank-bank di luar negara, kekayaan berpuluh bilion, saya tidak dengar pun secebis suara daripada pembangkang. Apa, orang-orang ini sekarang sudah terlalu kaya, boleh diselamatkan? Ini soalnya. Oleh sebab itu, saya hendak mengatakan, tanpa saya peduli suara, saya hendak katakan, selagi saya ada mandat ini, saya tidak peduli. Kamu boleh jadi billionaire terbesar, ada bank seluruh dunia, harus bayar cukai dan hak rakyat.
Yang Amat Berhormat Tambun, Yang Amat Berhormat Tambun, saya hendak dapat penjelasan...
Kalau ditanya, mengapa tidak ada tindakan? Saya hendak jawab...
Yang Amat Berhormat Tambun.
...yang proses mesti lalui, proses siasatan. Siasatan bagi orang yang maha kaya, yang ada puluh bilion itu mengambil masa yang panjang. Kedua, pendakwaan, itu keputusan Peguam Negara, 145(3). Ketiga, badan kehakiman yang memutuskan. Akan tetapi saya hendak sebutkan di sini, satu hal. Mengapa membisu dalam hal-hal rasuah berskala besar ini? Mengapa memilih satu, dua orang?
Yang Amat Berhormat Tambun.
Tambun.
Mengapa diam terhadap perkara-perkara besar?
Tambun, penjelasan.
Bila soal– saya akan sampai ke DNAA, saya akan bawa ini yang dibangkitkan.
Saya hendak penjelasan, Yang Berhormat Tambun.
TPM 1, saya akan bawa, jangan bimbang.
Bagi dekat Besut ya.
Yang Amat Berhormat Tambun...
Kalau berani, bagi dekat Besut ya.
Yang Berhormat di belakang.
Jangan– duduk dulu, Yang Berhormat Tambun akan bagi, Insya-Allah.
Ya, dia bagi, dia bagi Beluran.
Okey, bagi Beluran?
Belakang, belakang tadi.
Yang Berhormat Besut, besut silakan.
Terima kasih, Alhamdulillah hari ini penuh sebab PM hadir. Kalau boleh...
Yang Berhormat Besut, direct point. Point apa?
Kalau boleh kerap-kerap hadir.
Direct point.
Bagi cadangan sahaja.
Okey, okey.
Pada hari pembentangan tempoh hari PM kita ada sebut, ada baca satu ayat. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Dua perkara dalam ayat ini, satu amanah. Amanah yang pertama, niat untuk membantu rakyat dan bantuan biasanya– sepatutnya terus– biasanya wakil rakyat yang biasa rakyat jumpa, kesusahan...
Kalau tidak ada soalan, berhentilah.
Saya ada satu lagi.
Ini sudah lepas.
Belum, nanti dulu.
Saya hendak sambung.
Saya hendak rujuk kepada ayat.
Yang Berhormat Besut.
Ini tiada soalan.
Sudah lepas bab ini.
Sudahlah, tak ada soalan. Sudahlah, tak ada soalan Yang Berhormat, duduklah.
Sekarang saya hendak bincang mengenai DNAA
Tak ada soalan tu.
DNAA.
Duduklah, duduklah, tak ada soalan.
Majistret, tolong dengar. DNAA sekarang.
Yang Berhormat Tambun.
Speaker, tak ada soalan, tak ada soalan, duduk.
145(3).
[Dewan riuh]
[Membaca sepotong ayat Al- Quran] Saya hendak tanya itu sahaja.
Tafsir Quran itu... nafsu.
Saya hendak...
Siapa kata ayat itu boleh digunakan ini?
Saya hendak tanya, bukan fasal tadi, amanah...
Apa tafsir Quran begitu ini? Kubang Kerian tolong ajar sikit!
[Dewan riuh]
Maknanya, biasanya ditujukan kepada pengadil-pengadil...
Saya tidak terima.
...atau...
Guna ayat Quran untuk dapatkan projek...
Ayat dibaca oleh siapa?
...Ahli Parlimen, ini apa benda ini?
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut.
Saya hendak tanya fasal... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]
Ya. Ya.
Sekarang ini keadilan, bila...
Okey, saya hendak terus. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak terus.
Baik, silakan. Teruskan.
Yang Berhormat Tambun, tadi saya hendak dapatkan penjelasan.
[Dewan riuh]
145(3), saya ada dua tajuk yang penting...
Bermaknanya, ketidakadilan berlaku.
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Besut, silakan.
Saya ada dua tajuk yang penting.
Dia tak nak dengar apa yang saya cakap.
Satu DNAA...
Saya beri peluang tadi, tak nak tanya, sekarang duduk.
Saya tanyalah ini.
DNAA...
Saya baca ayat berapa kali...
Ini masa saya jawab, sudah bercakap, sudahlah. DNAA, keduanya...
Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Pendang, duduk.
Keduanya, soal...
Speaker, mic tak boleh. Haa, baru boleh.
...pendakwaan yang disebut 3R. Jadi, ada dua tajuk ini penting. Jadi, sebab itu saya pilih untuk jawab. Sebenarnya selalunya dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Perdana Menteri tidak jawab. Akan tetapi oleh sebab– dan kita serah kepada Menteri-menteri dan Yang Berhormat Menteri Ekonomi tetapi...
Yang Amat Berhormat, minta laluan.
Oleh sebab, oleh sebab– dengar, dengar dahulu. Dengar, sabar sekejap.
Yang Berhormat Muar, duduk dahulu Yang Berhormat Muar.
Oleh sebab ada permintaan yang ramai daripada Ahli-ahli Yang Berhormat terutama DNAA, saya pilih untuk jawab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Undang-undang telah jelaskan.
Yang Berhormat Kinabatangan, diam.
145(3). Ia tidak memuaskan semua pihak kerana mereka menyatakan bahawa ini adalah satu hal yang baharu yang seolah-olah Perdana Menteri campur. Tuan Yang di-Pertua, kita cakap hukum, kita cakap keadilan tetapi kita boleh menghukum orang hanya dengan andaian ya? Yang Berhormat Larut tanya, saya tidak ada masalah kalau ditanya kerana jawapan saya di Singapura – Apakah saya berbincang bila Peguam Negara buat keputusan, saya tanya dia, betul. Saya bukan bincang keputusan dia. Saya tanya dia apa alasan? Itu yang dia bagi 11 alasan. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Larut, betul. Saya minta penjelasan dia. Can you defend? You boleh gelak, akan tetapi, you boleh gelak Putrajaya kerana you buat perkara itu! Masa pentadbiran you buat kerja itu. Yes!
[Dewan riuh]
33 bulan.
Tuan Yang di-Pertua, ini sangkaan jahat. Peraturan Mesyuarat 36(6), saya mohon tarik balik!
Tidak ada tarik balik!
[Dewan riuh]
Tarik balik Perdana Menteri! Saya mahu tarik balik!
[Dewan riuh]
Hoi, Putrajaya duduk!
[Dewan riuh]
Itu tuju kepada saya. Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik!
[Dewan riuh]
33 bulan, Yang Berhormat Putrajaya.
Kurang ajar.
Ini tuduhan jahat, Speaker.
[Dewan riuh]
Cukuplah Yang Berhormat Putrajaya!
Must be fair. 36(6).
[Dewan riuh]
Sejarah telah membuktikan. Yang Berhormat Putrajaya duduk!
Tidak ada kaitan dengan saya. Tuduh saya melakukan kesalahan.
[Dewan Riuh]
Baik.
36(6), Tuan Yang di-Pertua. Tak ada kaitan dengan saya! Tarik balik Perdana Menteri!
Cukup Putrajaya!
Tarik balik! Tarik balik!
[Dewan riuh]
Baik, sabar-sabar.
Putrajaya, duduk!
Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik!
Sabar.
Tuan Yang di-Pertua! Tuan Yang di- Pertua! Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik! Tarik balik!
[Dewan riuh]
Baik.
Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk!
[Dewan riuh]
Dengar,dengar.
Tuan Yang di-Pertua, 36(6). Sangkaan jahat Tuan Yang di-Pertua! Tuan Yang di-Pertua, 36(6) sangkaan jahat!
[Dewan riuh]
Saya akan buat keputusan sekarang.
[Dewan riuh]
Itu sangkaan betul! Itu sangkaan betul!
Baik, duduk-duduk.
Itu sangkaan! [Tidak jelas]
Itu sangkaan betul!
Saya akan buat keputusan sekarang.
Itu sangkaan betul PM! Teruskan sangkaan betul itu PM.
[Dewan riuh]
Ini melampau! Kurang ajar Perdana Menteri!
Apa! Apa! Hoi.
[Dewan riuh]
Tarik balik!
[Dewan riuh]
Baik.
Aku pun ada buku! Ada buku jugalah!
[Dewan riuh]
36(6) Tarik balik!
Baik. Kalau semua bercakap, saya hendak buat keputusan macam mana? Kalau semua bercakap...
[Dewan riuh]
Tidak ada maruah PM!
Kalau semua bercakap...
Maruah apa!
[Dewan riuh]
Tidak ada maruah PM! [Tidak jelas]
Sangkaan betul PM! Hei duduk! Duduk!
PM tidak bermaruah! PM tidak bermaruah! Tarik balik! Tarik balik!
[Dewan riuh]
Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! Duduk! [Tidak jelas]
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Pendang.
Yang Berhormat Hulu Langat! Yang Berhormat Hulu Langat! Semua duduk!
[Dewan riuh]
Saya tidak duduk selagi tidak tarik Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
You suruh...
Ini maruah saya Tuan Yang di-Pertua!
Saya suruh, baik-baik.
Saya, okey. Saya dalam ucapan-ucapan Yang Berhormat, dituduh campur tangan mengarahkan Peguam Negara. Dengar, dengar dahulu.
Speaker tarik balik!
Saya dituduh, baik.
Dengar dahulu! Dengar dahulu! Saya akan buat keputusan. Dengar dahulu!
Jangan lupa.
Saya tidak duduk selagi tidak ada keputusan.
[Dewan riuh]
Pendang, Pendang.
[Dewan riuh]
Baik.
Tuan Yang di-Pertua perlu adil! Jelas menuduh saya tanpa sebarang bukti! Jelas!
Saya hendak tanya.
Putrajaya.
Apa yang– Tuan Yang di-Pertua.
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Saya takkan duduk!
[Dewan riuh]
....berdirilah...
Putrajaya minta penjelasan, Putrajaya kena duduk dahulu lah.
Yang Berhormat Pendang.
Putrajaya, Putrajaya kena duduk untuk dapatkan. [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Baik, sebab itu.
Macam ini pun ada.
Putrajaya, bawa usul. Bukan jerit-jerit.
Sit down. Saya hendak tanya senang sahaja.
Ikut peraturan, bawa usul, bukan jerit-jerit Putrajaya.
Adakah Yang Amat Berhormat Tambun – Baik. Adakah Tambun stand dengan keputusan tadi? Maknanya apa yang Tambun kata itu yakin bawa itu menjadi? Saya hendak tanya kalau dia yakin, yakinlah hendak buat macam mana. Silakan.
Saya jawab.
[Tidak jelas]
[Dewan riuh]
No, kalau yakin kena ada bukti.
[Tidak jelas] Itu tuduhan jahat!
Dengar lah jawapan dahulu! [Tidak jelas] [Dewan riuh]
Bagilah penjelasan dahulu Putrajaya! Tuan Yang di-Pertua arahkan Tambun untuk buat penjelasan. Putrajaya duduk dahulu!
Baik.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua, telah jelas dengar. [Tidak jelas]
Putrajaya, arahan Tuan Yang di-Pertua, arahan Tuan Yang di-Pertua untuk Tambun buat penjelasan. Jadi, Putrajaya mesti duduk!
Hei Tuan Yang di-Pertua! Jangan lah... [Tidak jelas]
[Dewan riuh]
Untuk beri ruang kepada Tambun untuk berikan penjelasan. Putrajaya, takkan tak faham Aturan Mesyuarat. [Dewan riuh]
Baik! Sekarang saya minta Tambun suruh gulung. Buat penggulungan.
Tarik balik Tambun!
Tarik balik dahulu tuduhan! Maruah! Maruah Putrajaya.
[Dewan riuh]
Dia tidak mahu tarik balik sebab dia yakin.
[Tidak jelas]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Putrajaya duduk! [Tidak jelas]
Speaker perlu adil, Speaker perlu adil. Jangan kerana Speaker dilantik, maka Speaker bersikap tidak adil. Tidak boleh!
Yang Berhormat Putrajaya, duduk!
[Dewan riuh]
Tarik balik! Tidak ada report polis! Tidak ada siasatan SPRM! Tiba-tiba tuduh Yang Berhormat Putrajaya rasuah buat kerja macam itu.
Baik.
Speaker perlu adil!
Tidak boleh! Tuan Yang di-Pertua dengar sikit dengan kami!
Kalau Putrajaya tidak setuju dengan saya, tulis kepada saya tetapi saya bertanyakan.
[Dewan riuh]
Saya tidak bersetuju! Sekarang saya minta Tambun tarik balik!
[Dewan riuh]
Apa susah?
Dia yakin! Dia Yakin!
Mana boleh, kena settle hari ini, kenyataan dalam Parlimen. Yang Amat Berhormat Tambun ini Perdana Menteri! Dia tidak boleh simply bercakap macam itu! You are number one! You are number one! We respect you! Better you pull out!
Tuan Yang di-Pertua! Tuan Yang di- Pertua! Kalau saya kata saya yakin Tambun peliwat, kalau saya kata saya yakin Tambun peliwat.
[Dewan riuh]
Saya yakin Tambun peliwat! Saya yakin dia peliwat! Hendak cakap apa?
You’re number one! You tidak boleh, tidak boleh. Bangkit! Bangkit!
[Dewan sangat riuh]
[Ramai Ahli Pembangkang berdiri] [Pembesar suara dimatikan]
Baik, Ketua...
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Baik, Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang hendak bercakap.
Saya yakin Tambun... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan sangat riuh]
Hormati Ketua Pembangkang. Saya bagi peluang untuk Ketua Pembangkang, silakan.
[Dewan riuh]
Baik, yang lain-lain duduk. Ahli Yang Berhormat yang lain, duduk.
Yang Berhormat Putrajaya tarik balik ‘kurang ajar PM!’
Sabar, sabar.
Yang Berhormat Putrajaya sebut kurang ajar PM. Tarik balik!
Baik, yang lain-lain duduk.
Bawa pergi mahkamah.
Tarik balik!
Baik Yang Berhormat Hulu Langat.
[Dewan riuh]
Ahli Yang Berhormat yang lain duduk.
Tuan Yang di-Pertua. [Tidak jelas] [Pembesar suara dimatikan]
Baik semua duduk, semua duduk dahulu. Duduk Yang Berhormat Bentong, duduk Yang Berhormat Sungai Petani.
Kita bukan mahkamah Tuan Yang di-Pertua, kita legislatif. Kita legislatif, ini bukan mahkamah. Very basic.
Silakan. Baik kita bagi Ketua Pembangkang. Saya kata Ketua Pembangkang. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Tambun dan dengan penjelasan yang belum selesai. Kedua ada pertelingkahan di mana Yang Amat Berhormat sebut, “Kamu yang buat- Putrajaya”. Jadi sebagai satu tuduhan. Maka sebab itu, Putrajaya bangun kerana merasakan tidak adillah buat tuduhan. Kalau betul pun ada, kalau betul pun ada jelas, biarlah betul-betul selepas sudah ada. Bukan sebelum ada. Ini yang menyebabkan Putrajaya bangkit untuk menyelamatkan maruah dia. [Tepuk] Yang Amat Berhormat...
Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang sepanjang sidang...
[Dewan riuh]
Sabar, sabar.
Duduklah lah Yang Berhormat Hulu Langat! Bagi dia cakap! Duduk!
[Dewan riuh]
Hulu Langat, Hulu Langat!
...DNAA ini.
Sepanjang sidang! [Pembesar suara dimatikan]
Yang Berhormat Hulu Langat!
[Dewan riuh]
Ya, ya silakan Ketua Pembangkang.
Ketua Pembangkang, Ketua Pembangkang.
Ketua Pembangkang sedang bercakap Yang Berhormat Bachok. Nanti dulu.
Kita bincang DNAA ini, perkara yang sudah berlaku. Ini perkara yang tidak ada kena mengena, tiba-tiba dia sebut Putrajaya. Tidak adil. Sebab itu dia bangun mempertahankan maruah dia.
Jahat.
Ketua Pembangkang.
Jadi, sebab itu Yang Amat Berhormat, saya minta Yang Amat Berhormat selesaikan, tarik balik, kita selesai, kita masuk bab DNAA.
Ini rule of law, sangat basic. Ini bukan mahkamah.
Sebab yang masukkan bab lain, fasal apa? Nanti kawan-kawan saya masukkan bab-bab yang lain nanti, susah.
Susah apa, apa dia?
Apa!
Oleh sebab itu, saya minta.
Bab apa? Bab apa?
Bab apa? Bab apa? Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Baik terima kasih. Baik, saya minta semua duduk sebab itu tadi Putrajaya...
Kita legislatif, tarik balik.
...saya kata Putrajaya menjerit-jerit saya hendak bercakap. Saya hendak bercakap, Putrajaya bercakap. Saya hendak minta penjelasan daripada Tambun, itu sahaja. Apa yang dimaksudkan itu saya dengar. Apa yang dimaksudkan? Saya pun tidak faham.
Duduk dahulu.
Duduk dahulu Putrajaya, bagi penjelasan.
Sebelum saya.
Duduk dulu, jangan emosional. Duduk.
Tuan Yang di-Pertua, ini maruah. [Tidak jelas]
Bagi ruang untuk Yang Amat Berhormat Tambun buat penjelasan. Putrajaya simple, simple Putrajaya duduk dulu bagi Tambun baut penjelasan, tak perlu mengganggu.
[Dewan riuh]
Kalau maruah– Putrajaya [Tidak jelas] You got to... [Tidak jelas] If you dont want to sit down, how do I make decision? You please sit down. [Dewan riuh]
Woi budak-budak...Duduk!
Please sit down. Saya hendak minta Yang Amat Berhormat Tambun perjelaskan apa yang dimaksudkan. Itu sahaja.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua.
At the end of the day, I make decision. Silakan.
Sebelum saya habis penjelasan DNAA, dia jerit dan dia sergah. Apa jawapan saya? Kamu tahu pentadbiran dulu bagaimana.
[Dewan riuh]
Ya, ya. Yang Berhormat Putrajaya...
Tak payah berbelit-belit. Ini masalah. Ini masalah pembohong.
[Dewan riuh]
Tambun spesifik...
Baik, baik. It’s that what you meant? It’s that what you meant?
Yes. Ya.
Kalau it’s that what you meant, teruskan. Proceed.
Tarik balik.
[Dewan riuh]
No. That is what...
Ini, Menteri-menteri pun ada di sini.
Due process rule of law.
Peguam Negara yang sama. Peguam Negara masa itu Tan Sri Idrus.
[Dewan riuh]
Yang Berhormat Putrajaya tahu apa yang berlaku. Sudahlah. Saya hendak bagi tahu dalam keadaan sekarang, budi bicara yang diputuskan dalam kes-kes mahkamah tertinggi, Long bin Samat, Johnson Tan Han Seng...
Tuan Yang di-Pertua. Tak menjawab.
... [Tidak jelas] Tajuddin, Karpal Singh vs Anor ...1991.
Tuan Yang di-Pertua.
Kemudian ini menjelaskan...
Tuan Yang di-Pertua, nak minta saya duduk, bukan tarik balik.
No, dia menjelaskan. Dia sudah jelaskan apa yang dimaksudkan tadi. Jadi, saya anggap itu yang apa penjelasannya. Period. Soalnya story.
Tak susah, Tuan Yang di-Pertua. Minta Yang Amat Berhormat Tambun tarik balik.
[Dewan riuh]
Tidak, saya bertanya kepada...
Saya sudah jelaskan. Putrajaya tahu apa yang pentadbiran dulu buat. Peguam Negara dulu. Itu yang sama. Jadi, sudah.
[Dewan riuh]
Tambun sebut “Putrajaya buat”. Tambun... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Yang Berhormat suruh saya buat keputusan.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Pendang, saya bercakap.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Every time saya bercakap, you bercakap, tidak boleh. You suruh saya buat keputusan. Keputusan yang termaktub dalam peraturan mesyuarat, saya akan bertanya Tambun. Apakah yang dimaksudkan dan Tambun telah jawab. What do you want to do?
Habis itu kalau tidak jawab, tidak payah buat apa?
Dia sudah jawab sudah.
Boleh buat.
Apabila Tambun berpusing-pusing, Tuan Yang di-Pertua tidak boleh buat keputusan? Itu maknanya?
Itu yang dia jawab. Itu yang dimaksudkan.
Itu keputusan. Putrajaya tidak puas hati, boleh buat usul.
Saya minta sekarang Tambun, sila wrap up. Sila minta wrap up.
Adakah itu taktik Yang Amat Berhormat Tambun?
Baik.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tak puas hati, write to me.
Yang Amat Berhormat Tambun sebut ‘buat’ bukannya ‘tahu’.
You don’t want, you tak puas hati, write to me.
Yang dilepaskan tanpa pembebasan...
Kami dengar. Yang Amat Berhormat Tambun sebut “Yang Berhormat Putrajaya buat”, bukan “Yang Berhormat Putrajaya tahu”.
...Dengan 11 alasan.
Tuan Yang di-Pertua...
Dia tidak mahu dengar di sini sebab dia tahu dia tidak boleh jawab. Itu sahaja.
...Ini kaitan dengan maqasid
Peguam Negara adalah custodian of prosecutorial authority and guardian of public interest.
Jaga maruah orang. Jaga maruah orang.
Yang Berhormat.
Dan kita bukan mahkamah.
Dalam kes...
Please sit down.
...Ada yang tanya, apakah ada precedent? Maka saya jawab...
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
...Dalam kes pendakwa raya lawan Siti Aisyah dan Doan Thi Huong, pembunuhan kes Kim Jong-Nam, Siti Aisyah...
Tuan Yang di-Pertua, kena buat ruling bila ada point of order. Kena ada ruling. Tidak boleh biarkan Tambun terus berucap. Mana ruling Tuan Yang di-Pertua?
[Dewan riuh]
Tambun, sebentar Tambun. Sit. Are you challenging me?
Macam ini dengan kami? Kami hendak minta penjelasan.
[Dewan riuh]
Kami minta Tuan Yang di-Pertua buat ruling.
I am talking. I am talking. Now senyap. Saya cakap dengan Putrajaya. Are you challenging me? Now. Give me yes or no?
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua kena berlaku adil...
No! I am...
...Walaupun yang berucap itu Perdana Menteri.
Yang lain diam, yang lain diam.
Tuan Yang di-Pertua tengah deal dengan Putrajaya woii!
Tuan Yang di-Pertua.
Yang lain diam. Saya hendak bercakap dengan Yang Berhormat Putrajaya sahaja.
Tuan Yang di-Pertua.
Yang lain diam! Duduk semua!
Tuan Yang di-Pertua.
Okey.
I'm not challenging you. Saya minta keadilan daripada Tuan Yang di-Pertua, apabila maruah saya dicalarkan. Tak ada kaitan langsung. Saya mohon diberi keadilan supaya Yang Amat Berhormat Tambun tarik, itu sahaja. Kenapa susah sangat?
Baik. Okey you are done? You are done?
Yes.
Okey. Dalam peruntukan ini, saya juga telah bertanya dengan Tambun. Apakah yang dimaksudkan? Dia belum habis ayat tadi, riuh. Saya tanya apakah yang dimaksudkan dengan ayat-ayat tadi. Dia telah jelaskan pun.
Tuan Yang di-Pertua, tanya adakah Tambun yakin. Itu Tuan Yang di-Pertua tanya.
No. Selepas itu tanya dia, apakah yang dimaksudkan ayat itu dan Ketua Pembangkang sudah jelas bahawa apa yang dimaksudkan telah pun dijelaskan dan saya yakin.
Tak ada, yang saya nak minta tarik bercakap pasal saya.
[Dewan riuh]
Putrajaya, kalau tidak puas hati, buat usul. Yang Berhormat Putrajaya boleh buat usul untuk challenge.
Baik. Itu keputusan saya, 99A. That’s it.
[Tidak jelas] ...Tuan Yang di-Pertua.
99A done.
Tuan Yang di-Pertua perlu berlaku adil.
Saya minta Tambun gulung.
Tuan Yang di-Pertua, sila berlaku adil.
[Dewan riuh]
Ruling sudah dibuatkan.
Saya dah buat keputusan.
...berlaku adil. Ini maruah. Ini maruah saya, Tuan Yang di-Pertua...
Ini bukanlah kali pertama, suatu pertuduhan diberhentikan selepas kes prima facie dibuktikan.
...Jelas dikutuk oleh Perdana Menteri. Takkan Tuan Yang di-Pertua tidak boleh dengar. So saya mohon Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tambun tarik balik.
Dia takut hendak dengar jawapan kita.
Yang Berhormat Putrajaya cukuplah. Jangan cuba untuk mengganggu.
[Dewan riuh]
Terdapat precedent, sebelum ini.
Yang Berhormat Putrajaya.
Saya dah buat keputusan.
Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan.
Saya dah buat keputusan.
Tuan Yang di-Pertua telah buat keputusan. Jika Yang Berhormat Putrajaya dan pembangkang tidak bersetuju, sila buat usul. Buat usul Putrajaya! Itu saluran yang betul. Kita ada undang-undang. Buat usul. Buat usul kepada Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
[Pembesar suara dimatikan]
Halau. Halau. Halau Putrajaya keluar. Halau.
[Dewan riuh]
Silakan. Mic please.
Putrajaya and the last administration. Apa yang tidak betul? Check.
[Dewan riuh]
Ini kaki spin.
Telah pun disebut sekali lagi berkali-kali. I think, telah pun disebut berkali-kali.
Apa yang disebut oleh Tambun berbeza dengan tuduhan dia sebelumnya, Tuan Yang di-Pertua.
No. Itu yang saya tanya dan Tambun sudah jawab. Tambun sudah jawab tadi.
Sepatut Tuan Yang di- Pertua paling tidak buat ruling, rujuk Hansard.
Baik. Okey, cukup. Keputusan saya sudah buat. Tambun, teruskan.
Tidak boleh biarkan ruling terus Yang Amat Berhormat Tambun berucap. Dia spin. Dia pusing.
[Dewan riuh]
Saya sudah buat keputusan. Sambung.
Bawa ke select committee, bawa bantahan. Tidak ada masalah.
Bawa bantahan. Kalau tidak, write to me. Silakan. Silakan Yang Amat Berhormat Tambun. No more.
Ya Allah.
Apa dia kes prima facie sebelum ini? Dalam kes pendakwa raya lawan Siti Aisyah. Dalam kes tersebut, tertuduh bernama Siti Aishah diberikan perintah DNAA pada tahun 2019.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua. Saya memohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua...
Macam mana Tuan Yang di-Pertua boleh tolerate macam ini? Sudah setengah jam begini.
...Minta supaya Yang Amat Berhormat Tambun menarik balik. Itu sahaja.
Saya sudah buat keputusan. Saya sudah buat keputusan menggunakan 99A, period.
Tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Ini maruah saya!
[Dewan riuh]
No. Are you challenging me?
Ini maruah saya. Ini maruah saya selaku Ahli Parlimen Putrajaya.
[Dewan riuh]
You— ada avenue dia. You tidak puas hati, write to me. That’s it.
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu diselesaikan depan-depan oleh Yang Amat Berhormat Tambun.
[Dewan riuh]
Dalam kes...
Kenapa Tuan Yang di-Pertua tidak boleh buat? [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan sangat riuh]
Tuduhan kepada Putrajaya berat.
Baik. Baik. Semua duduk.
Jelas Tuan Yang di-Pertua.
Saya bagi amaran pada Yang Berhormat Putrajaya.
[Tidak jelas] Yang Berhormat Putrajaya buat itu rasuah.
Saya bagi amaran satu. Saya bagi amaran dua.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.
Sesiapa yang bangun lagi, selepas ini...
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Yang Amat Berhormat Tambun tarik balik.
Saya sudah buat keputusan tadi.
Keputusan sudah dibuat Yang Berhormat Putrajaya.
Ini maruah saya, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, ini cubaan pembangkang untuk mengganggu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Mohon Yang Amat Berhormat Tambun tarik balik.
Gunakan kuasa.
Saya gunakan kuasa saya last, Yang Berhormat Putrajaya. I am giving you last chance. Kalau tidak, tinggalkan.
[Dewan riuh]
Bila hendak keluar ini?
Tuan Yang di-Pertua.
Tetap dengan pendirian. Buat usul. Ikut aturan, ikut tatacara. Yang Berhormat Putrajaya buat usul.
Yang Berhormat Putrajaya hendak challenge tidak?
Ini bukan caranya.
Tuan Yang di-Pertua sudah membuat keputusan.
Putrajaya out. Putrajaya, keluar!
[Dewan riuh]
Halau. Halau. Halau.
Putrajaya keluar!
[Dewan riuh]
Keluar. Yang Berhormat Putrajaya keluar.
Sudah buat keputusan. Degil lagi.
Keluar. Yang Berhormat Putrajaya keluar.
Halau. Halau. Halau.
[Dewan riuh]
Sudah bagi tahu, tidak puas hati.
Keluar dan buat usul.
[Dewan riuh]
Saya minta juga Yang Berhormat Putrajaya tarik balik apa yang dia cakap tadi.
[Dewan riuh]
Tarik balik.
Kalau [Tidak jelas] Yang Berhormat Putrajaya tarik juga. Yang Berhormat Putrajaya.
Yang Berhormat Pendang tarik balik. [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Okey Ketua Pembangkang.
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua
Peraturan tetap 99 untuk bawa usul kalau tidak setuju dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua.
Diamlah. Tidak apa. Biar Tuan Yang di- Pertua.
Okey.
Yang Berhormat Putrajaya. Yang Berhormat Putrajaya.
Baik.
Yang Berhormat Putrajaya ingin menjaga maruah dirinya sendiri tetapi apabila dituduh oleh Yang Amat Berhormat, tiba- tiba Yang Amat Berhormat kata administration, pusing. Itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Mana boleh? It’s unfair, Tan Sri Speaker.
[Dewan riuh]
Kalau Tuan Yang di-Pertua minta Yang Berhormat Putrajaya keluar, bermakna maruah kami juga, kita semua akan keluar. Oleh sebab itu...
Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Sebab saya tidak boleh menerima sesuatu yang tidak dipertanggungjawabkan dengan adil. Kita mahu sesuatu yang adil. Berikan keadilan.
Oleh sebab itu Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat tahu kan? Bila saya buat keputusan, itu keputusan saya. Tak puas hati, put in motion.
[Dewan riuh]
Ya, saya sudah bertanya Yang Berhormat Tambun. Itu yang Tambun
maksudkan. Apa lagi Yang Berhormat Tambun mahu? Apa lagi yang cara mahu? Saya telah tanya Tambun apakah yang dimaksudkan sebab dalam kebisingan itu, saya tidak dengar.
Tambun mengelirukan Dewan, Tuan Yang di-Pertua.
Terpulanglah.
Tambun pusing Tuan Yang di-Pertua.
Putrajaya, saya sudah buat keputusan bahawa Yang Berhormat Putrajaya, please terpaksa keluar sebab saya sudah bagi keputusan tadi.
Tuan Yang di-Pertua, kenapa orang lain tuduh orang lain, orang yang difitnah ini diminta keluar?
Kalau tidak puas hati, Yang Berhormat Putrajaya, come on lah.
Sebab saya...
Yang ada kes mahkamah, saya kata peliwat tadi, tidak diminta keluar.
Oleh sebab itu saya kata...
Ini tidak adil Tuan Yang di-Pertua!
Putrajaya cuba untuk mengganggu proses penggulungan ini Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Terpulang, terpulang. Saya kata...
Ruling sudah dibuat.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Saya kata saya terpaksa preside mengikut peraturan. Peraturannya kalau Putrajaya tidak setuju, put in motion. Itu sahaja.
[Bangun]
Putrajaya buat usul.
Very simple. Kalau tidak setuju, put in motion.
Tuan Yang di-Pertua, benda sudah jelas.
Akan tetapi tidak mahu duduk.
Benda jelas. Kenapa hendak pusing- pusing? Benda kan simple. Saya selalu dengar Tuan Yang di-Pertua, sekejap. Tuan Yang di-Pertua sebut...
Listen, listen to me.
...Minta tarik balik.
Saya hendak berhenti di sini untuk isu ini. Saya hendak minta Tambun wrap up dan that’s it.
Mana boleh begini Tuan Yang di-Pertua?
Tidak boleh. Itu hak saya.
Tidak selesai masalah.
Tuan Yang di-Pertua, itu cuba untuk mencabar. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Putrajaya cuba untuk mencabar keputusan Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Cuba untuk berlaku adil.
Putrajaya cuba untuk mencabar keputusan Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Okey, Putrajaya boleh keluarlah.
Boleh keluar, baca balik peraturan Dewan. Baca balik peraturan Dewan. Buat usul. Keluar Putrajaya!
Keluar.
[Dewan riuh]
Boleh semua keluar pembangkang. Buat PC, drama.
Ambil tindakan!
Biar.
Baliklah.
[Dewan riuh]
[Ahli-ahli blok pembangkang keluar dari Dewan Rakyat]
Yang Berhormat Arau pun hendak keluar juga?
Silakan.
Baik. Dalam kes...
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
...Di mana Peguam Negara...
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
...Buat DNAA atas faktor kemanusiaan...
Muar bertanya dengan baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
...Kerana tertuduh mempunyai sakit yang kronik.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
...Dalam kes PP versus Dato Abu Samah Abd Wahab.
Yang Berhormat, jangan lupa timbangkan peruntukan. Terima kasih.
...Kanser tahap empat.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Yang Berhormat Arau.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Muar tanya dengan baik.
Hendak bagi atau tak nak bagi?
Ada juga kes PP versus Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Bila dalam masa perbicaraan, ada keterangan baharu yang memerlukan pertimbangan serius oleh pihak pendakwaan.
Sekejap. Saya hendak minta penjelasan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Ada kes juga yang melibatkan Ahli Parlimen sebelah sana, yang saya tidak mahu sebut kerana mungkin menyinggung. Oleh yang demikian, dalam kes DNAA ini bukan satu yang terkecuali.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri..
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Saya hendak minta penjelasan sedikit.
Jadi, saya hendak sebut di sini dalam kes DNAA – biar saya habis ayat.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tambun akan bagi - sebentar. Sabar dahulu. Duduk dahulu.
Dalam kes DNAA yang melibatkan kes yang dibangkitkan atau yang disinggung, saya hendak sebut, akhirnya keputusannya Peguam Negara. Betul saya bila disergah secara biadab, saya jawab. Saya kata memang betul. Yang Berhormat Putrajaya tahu. Ini pentadbiran dulu dan Peguam Negara yang lama. Oleh sebab itu dia tidak tahan hendak dengar penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, kerana mereka biasa dengan sistem itu, mereka ingat saya teruskan dengan sistem itu. [Dewan riuh] [Tepuk]
Bagi saya peluang.
Ya, sebab itu saya jawab dengan tegas.
Yang Amat Berhormat, bagi saya peluang.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Boleh.
Yang Berhormat Ketereh datang sinilah. Mari ke mari. Mari ke marilah.
Muar tanya dengan baik.
Tambun bagi Ketereh? Muar duduk dahulu. Bagi Ketereh dahulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Muar duduk dahulu. Bagi Ketereh dahulu.
Terima kasih Tuan yang di-Pertua. Terima kasih Tambun. Okey, saya hendak balik kepada isu yang mula-mula tadi pasal peruntukan.
[Dewan riuh]
Dengar.
Okey, sabar.
Dengar. Saya tidak pernah kutuk Yang Berhormat Tambun...
Ini line lagging ini. Ada 5G.
Sabar.
Saya tidak pernah. Sejak saya duduk di Parlimen saya tidak pernah. Saya tidak pernah cakap macam itu tahu? Akan tetapi apa yang saya bangkitkan pada hari itu mewakili semua wakil rakyat pembangkang sebab saya tahu Ahli Parlimen dia ada peruntukan untuk Ahli Parlimen. Saya dahulu tentera, 40 tahun. Saya tidak ada peruntukan macam itu.
Tahu, kami tahu tentera.
Dengar lah sini!
Jangan ganggu dia, please. Silakan Ketereh.
Yang Amat Berhormat Tambun, saya bangkitkan itu hari mungkin saya tidak pandai hendak bercakap. Bercakap mungkin fasal pergi melawat apa semua, orang mati apa semua sekali. Akan tetapi maksud saya, saya perlukan peruntukan untuk Ahli Parlimen, yang pertama sekali untuk maintain pusat
khidmat, untuk bayar gaji kerani ataupun sesiapa yang menjaga itu. Kemudian, saya juga membuat aktiviti-aktiviti lain seperti...
Sudah dijawab Perdana Menteri tadi. Jumpa Ketua Pembangkang...
Hei, dengar lah!
Jangan ganggu.
Aku kalau macam ini – Eh, dia ini. [Ketawa]
[Dewan riuh]
Ketereh.
Dengarlah! Dengar!
Yang Berhormat Ketereh. Cepatkan, cepatkan.
Saya tahu memang pertama kali jadi wakil rakyat. Akan tetapi sebelum saya ini, ada wakil rakyat lain. Tempat saya itu, Tan Sri Annuar Musa. Saya tengok aktiviti dia. Bagi orang miskin bila melawat ribut, macam minggu lepas, dekat 50 buah rumah yang melibatkan bencana ribut. Bila saya pergi, kalau 50 buah, macam mana saya hendak tolong dia? Kadang-kadang atap itu empat keping...
Yang Berhormat Ketereh, pointnya apa dia?
Tak adalah, maksud saya...
Point dia hendak duit.
Eh!
Okey, maknanya sekarang yang dimaksudkan oleh Ketereh itu ialah bantuan kewangan yang diberikan kepada Ahli Parlimen. Maksudnya begitu?
Yes, supaya saya boleh ganti zink dia, itu maksud saya.
Okay, point taken.
Bukan saya hendak guna duit itu untuk diri saya.
Okey, terima kasih.
Jadi, saya hendak minta penjelasan itu daripada Yang Amat Berhormat Tambun.
Dia ada dua perkara.
Saya dengar.
Saya sudah jelaskan. Dia ada cara seperti Yang Berhormat Bera buat dahulu. Dia ada wakil daripada pembangkang, bincang dengan TPM II, ada wakil. Kita bincang kaedahnya dan kita luluskan. Saya ada bagi jaminan. Ini boleh rekod. Kalau dipersetujui perbincangan, kita luluskan. Itu satu. Akan tetapi kalau ada macam banjir ataupun kerosakan, Yang Berhormat boleh tulis kepada saya. Itu tidak termasuk dalam peruntukan ini. Saya kalau betul ada masalah yang mengesankan rakyat, itu boleh tulis dan kita boleh luluskan. Akan tetapi yang soal peruntukan Ahli Parlimen ini keputusannya apa? Keputusannya adalah perbincangan di antara Ketua Pembangkang dan rombongan dan wakil serta TPM II dan wakil, putuskan kaedah pelaksanaannya dan kita luluskan. Saya beritahu, saya sudah bagi jaminan di Parlimen ini awal-awal lagi kita akan luluskan tetapi belum ada. Saya baru tanya tadi TPM II. Ada tidak perbincangan? Jawabnya tidak ada. Sudahnya dia sudah diarah keluar sudah.
Baik. Ketereh boleh faham ya? Cukup. Baik Muar, silakan.
Terima kasih.
Sekejap, saya hendak tambah sedikit. Saya hendak tambah sedikit lagi.
Tidak boleh Yang Berhormat Ketereh.
Saya hendak tambah sedikit lagi. Sabar Tuan Yang di-Pertua.
Tambun sudah jawab, bermakna hantar perwakilan, bincang.
Sekarang ini apa lagi hendak bincang? Tidak payah bincang. Bagi sahaja. Bincang buat apa?
[Dewan riuh]
Tidak boleh. PM minta bincang. Keputusan begitu.
Yang Berhormat Ketereh, mari datang ke mari. Mari datang ke mari.
Sampai bila saya hendak menanggung macam ini? Sampai bila?
Hulu Langat. Okey, silakan.
[Dewan riuh]
Baik, terima kasih.
Ketereh, you betul-betul jeneral lah Ketereh. Anak buah you semua cabut. You stay dalam ini, you handal jeneral. [Dewan riuh]
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Okey, sila Muar.
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tampin tidak betul. Jeneral pun cabut lari.
[Dewan riuh]
Hulu Langat. Satu, first warning. Jangan bangun lagi. Okey, Muar.
Saya hendak bangkitkan masalah dengan cadangan solusi. Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dua Perdana Menteri yang lepas. Walaupun ada majoriti yang lebih tipis, walaupun didesak untuk campur tangan untuk gugurkan kes, mereka tidak tunduk kepada desakan tersebut sampai ke satu tahap, tanpa campur tangan, hakim, established ada kes prima facie. Persoalan yang rakyat ajukan, mengapa walaupun sudah adanya kes prima facie, selepas lebih 100 saksi dipanggil, ribuan dokumentasi dibentangkan di mahkamah, pada minit-minit yang terakhir sebelum keputusan, tiba-tiba pendakwa raya baru yang dipilih selepas yang lepas bersara awal memilih untuk menggugurkan kes tersebut.
Sebab rakyat bangkitkan kegusaran ini kerana sebelum pilihan raya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa menjadi Ketua Pembangkang yang saya sokong dan dukung, sendiri kongsikan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa itu tidak dapat sokongan SD yang mencukupi kerana tak nak tunduk kepada desakan perasuah. Persoalannya, itu sebelum pilihan raya. Selepas pilihan raya, adakah perjanjian itu berterusan?
Okey, Yang Berhormat Muar.
Oleh itu, ada dua cadangan ringkas sebab whether we like it or not, kes ini sudah terlepas.
Baik. Terima kasih.
Saya ada dua cadangan ringkas. Pertama...
Yang Berhormat Muar.
Muar akan berikan sokongan...
Baik, terima kasih.
Sedikit, 15 saat.
Masalahnya Yang Berhormat Muar ini, dia hendak cakap, dia tak dengar penjelasan kita.
Please Muar.
Cadangan.
Saya ada sebut, dalam beberapa kes...
Muar ada bukti kah, Muar?
Termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang sebelah sana, yang kawan Yang Berhormat sekarang, pun ada prima facie kes tapi dibuang. DNAA.
Saya ada cadangan Yang Amat Berhormat.
Kemudian ada kes Siti Aisyah. Ada kes sebab sakit. Keputusannya Peguam Negara, discretionnya. Akan tetapi mengapa buat tuduhan melulu dan kurang sopan menyerang Perdana Menteri dan menganggap saya campur tangan? Apa bukti saya campur tangan? [Tepuk] Ya. Peguam Negara itu Peguam Negara yang dipilih oleh ketua Yang Berhormat dan saya tidak tukar Peguam Negara itu. Selepas itu dituduh, saya bukan bincang, saya bertanya. Apakah alasan kuat untuk berikan DNAA? Kemudian SPRM buat keputusan, mengatakan siasatan diteruskan dan kalau ada bukti tambahan, akan diteruskan pendakwaan. Jadi, saya diminta sekarang, seolah-olah mesti arah Peguam Negara. Kalau saya arah Peguam Negara dakwa TPM 1, saya jadi hero. Akan tetapi saya tak boleh langgar 145(3).
Setuju, setuju.
Ya. Saya tahu tak puas hati, ramai yang tak puas hati. Ramai kawan-kawan saya tak puas hati.
Yang Amat Berhormat, saya berikan cadangan.
Biar saya jawab. Akan tetapi beri pandangan seolah-olah ini satu-satunya prima facie kes. Apa prima facie kes? Banyak saya beri contoh. Termasuk Ahli Parlimen sebelah sana dan banyak kes-kes besar yang lain. Yang Berhormat tak bangkitkan. Saya sebut, hendak cakap pasal rasuah. Mengapa pembesar- pembesar yang milion, billionaire tak dengar suara pun? Tak dengar suara. Apakah kerana dia bantu kita? Maka kita diam. Banyak kes-kes yang puluh bilion ringgit daripada negara ini, saya tak dengar jadi champion? Akan tetapi hanya target kepada TPM 1. Saya katakan dalam kes ini, dalam kes TPM 1, Peguam Negara Tan Sri Dato' Sri Idrus semasa itu, memaklumkan dia terpaksa tarik berdasarkan alasan sekian-sekian. Saya kata, “Tak boleh tangguhkah?”. Dia kata, “No, my duty, my conscience, I have to do it before I leave.” Saya kata, “Okey, 145(3).” Yang saya pertikaikan bukan saya pertikaikan hak Yang Berhormat bangkitkan. Akan tetapi saya pertikaikan bagaimana secara melulu? Munafik. Faham atau tidak istilah atau makna ‘munafik’ ini? Kecam orang, Perdana Menteri yang telah tinggalkan prinsip. Yang kalau bergadai kerana hendak jaga kekuatan. Tak ada syarat. Tanya pimpinan yang ada di sini.
Saya terima tanpa syarat. Saya hendak sebut pimpinan UMNO pun ada di sini. I said no conditions. [Tepuk] Saya tak ada susah. Jangan ingat saya bimbang. Saya lama pembangkang. Saya lama berada di dalam penjara. You ingat saya takut dengan kedudukan ini? I stay, I stay. I go, I go. [Tepuk]
Tak usah jadi hero lah Yang Berhormat Muar! Duduk lah!
Bukan, jadi saya tidak pertikai hak Yang Berhormat tanya. Akan tetapi jangan hukum.
Yang Amat Berhormat...
Jangan jadi hakim. Jadi pendakwa, jadi hakim dia boleh siasat, terus hukum orang. Tak boleh. Saya hendak beritahu, hendak nasihat golongan muda. Jangan hukum. Saya tahu ramai yang tak puas hati. Betul. Itu hak mereka. Tanya Peguam Negara, beliau beri alasan. Saya simpati juga kerana Peguam Negara sekarang yang terpaksa beri penjelasan. Keputusan itu dibuat oleh mantan Peguam Negara yang dilantik oleh Yang Berhormat Pagoh dan dia beri alasan yang bagi dia, kuat. Saya dengar. Kalau saya mula beri penjelasan, jadi maknanya saya sudah bias. Di Singapura bila ditanya, saya jawab. Tapi saya dinasihatkan, “Jangan Anwar. Jangan tambah, keep it to 145(3). Barangkali beri alasan barangkali explain 11 points itu, seolah-olah you terlibat.” Jadi, sebab itu saya tak boleh jawab selain dari mengatakan ini budi bicara 145(3) oleh Peguam Negara.
Yang Amat Berhormat, dua cadangan ringkas. Saya sudah...
[Bercakap tanpa menggunakan sistem pembesar suara] Sudahlah!
Yang Amat Berhormat Tambun hendak beri atau tidak? Yang Amat Berhormat Tambun hendak beri atau tidak? Saya hendak berhentikan dekat sini.
[Bercakap tanpa menggunakan sistem pembesar suara] Tak payah beri.
Cadangan sahaja. Terima kasih.
Saya bagi.
Okey.
Akan tetapi saya hendak nasihat, jangan tuduh orang seperti mana dituduh begitu. Saya tidak boleh terima. [Tepuk] Betul, beliau gunakan parliamentary punya right. Yes, I respect your right to express your disgust, your unhappiness. Fair. I never question that. Malah selama ini semua kenyataan Yang Berhormat atau MUDA saya tak pernah jawab. Akan tetapi di Parlimen oleh sebab dibangkitkan dan itu pun saya tak mahu jawab. Akan tetapi bila dibangkitkan sekarang, barulah saya jawab. Akan tetapi berilah peluang. Janganlah buat tuduhan begitu melulu dan tuduhan yang sangat kasar.
Silakan Yang Berhormat Muar.
Baik, terima kasih. Saya hendak sampaikan dua cadangan kerana tidak kira siapa yang berada dalam kerajaan mungkin akan berhadapan dengan cabaran yang sama pada masa yang akan datang. Pertama sekali, Muar memberikan komitmen jikalau kerajaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk pisahkan peranan pendakwa raya dengan Peguam Negara, Muar akan memberikan sokongan dan saya berharap itu dapat dipercepatkan.
[Dewan riuh]
Cadangan yang kedua, pada masa yang akan datang jikalau ada kes DNAA yang perlu dibuat selepas kes prima facie ditubuhkan, cadangan Muar adalah untuk kita menginstitusikan supaya kes-kes sebegitu wajib dibicarakan, dibincangkan dan dibahaskan melalui Parliamentary Select Committee dan diwajibkan supaya Peguam Negara dipanggil. Jikalau dua...
[Dewan riuh]
Ini tak masuk akallah.
Okey, okey.
Dia tak tahu undang- undanglah.
Baik, baik.
Baiklah, terima kasih. Soal pemisahan Peguam Negara dan SG...
Tak boleh terima ini, tak boleh terima.
Seperti mana yang kita tahu, diputuskan oleh Kabinet Kerajaan Perpaduan awal. Kertas dasar dibentangkan beberapa bulan yang lalu...
Jangan kungkalikunglah.
Oleh Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang), telah diluluskan. Sekarang, menteri berkenaan telah menyerahkan kepada select committee. Jadi, itu stage dia. Tiga tahun dahulu seperti mana yang disebut oleh menteri, tak buat apa pun oleh kerajaan dahulu. Akan tetapi sekarang ini kita hendak teruskan. Kalau ada cadangan lain Yang Berhormat boleh bawa melalui select committee ataupun melalui cadangan pindaan tambahan. Cuma saya hendak sebut di sini, ia ada pembahagian kuasa. Kalau kita mula campur isu pendakwaan, ini boleh tak boleh, ia masalah. Akan tetapi tak apalah, kalau Yang Berhormat Muar rasa ini perlu, peruntukan ini, boleh cadang. Saya tak ada halangan. Baik.
Baik.
Yang Berhormat Muar, mahu jadi herolah. Kungkalikung juga.
Baik, isu 3R. Saya hendak sebut di sini kita dituduh oleh Yang Berhormat Marang dan banyak yang lain – sebab itu saya ingat mereka keluar sebab dia tak berani dengar penjelasan ini. 3R ini kalau soal menentang Perdana Menteri atau kerajaan saya tak mahu gunakan. Saya beritahu, betul ada undang-undang tetapi sebelum kita pinda saya tak mahu ini digunakan. Akan tetapi bila menyentuh kedudukan Raja-raja, itu keputusan Raja-raja supaya tindakan diambil kerana kita harus berlaku adil kepada Raja-raja. Dia tak boleh jawab di Parlimen, dia tak boleh jawab dalam media, dalam perbahasan biasa. Oleh yang demikian, institusi Raja dalam Perlembagaan itu jelas. Institusi Yang di-Pertuan Agong, “The most important function of Yang di-Pertuan Agong is to act as a symbol of unity for a diverse population. In addition, to the prerogative powers defined in the constitution is the head of Islam in the Federal Territories.” Kedudukannya istimewa. Jadi, kalau kita hendak tegur, bawa memo, bincang. Kalau hendak buat begitu. Dalam kes seumpamanya Selangor, laporan itu laporan daripada Dewan Diraja Selangor. Bukan laporan daripada saya ataupun Peguam Negara ambil tindakan berdasarkan laporan kita. Ia Dewan Diraja dan Tuanku Sultan Selangor menitahkan sedemikian. Akan tetapi kalau kita dengar lagi pandangan daripada pembangkang, tohmahan Ahli Parlimen Perikatan Nasional dia seolah-olah mengetepikan ini. Dia anggap ini tidak adil. Zalim. Tanyalah Dewan Diraja Selangor dan Kesultanan Selangor. Begitu juga dengan Yang Berhormat Marang.
Yang Berhormat Marang mempertikaikan kedudukan Lembaga Pengampunan yang diketuai oleh raja sebagai institusi. Jadi, raja-raja bantah dan tidak bersetuju kerana bila kita pertikai itu, kita pertikai kedudukan Raja-raja. Betul dalam soal DNAA pun dia tersilap. Akan tetapi kalau oleh sebab orang dia silap, tidak ada masalah. Tidak payah tarik balik. Akan tetapi dalam hal ini lain daripada soal DNAA yang telah dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Agama ialah soal mempertikai kedudukan Raja sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan. Jadi saya tidak ada ruang, kuasa saya terbatas. Ada perbincangan dengan raja-raja. Dan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Raja-raja ada basis sebab dia kata jangan heret dia dalam gelanggang politik, tidak adil. Oleh yang demikian, kita jelaskan kepada polis ambil tindakan tetapi kalau menyentuh kritik kerajaan dan kritik Perdana Menteri, saya tidak mahu Akta Hasutan digunakan. Akan tetapi kalau menyentuh raja-raja itu terserah kepada raja-raja yang juga telah memaklumkan kepada Peguam Negara, memaklumkan kepada polis, memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa mereka tidak mahu diheret dalam perbincangan politik dan kenyataan terbuka telah pun dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja dan juga Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI. Jadi, tolonglah ingat tindakan akan diambil berdasarkan titah, keputusan dan undang-undang yang ada dalam Akta Hasutan. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, cuma sedikit sahaja sebelum Perdana Menteri landing sebab saya dengar RMKe-12 ini kita perlu belanja RM90 bilion setiap tahun dan tambah RM15 bilion. Saya khuatir sedikit dari segi sumber pendapatan. Bagaimanakah kita boleh menjana sumber pendapatan? Tadi Yang Berhormat ada masuk sedikit tentang sistem percukaian. Ya, kita dah umumkan cukai barang mewah. Apakah kedudukannya? Adakah dia akan dilaksanakan pada 1 Januari? Kedua, Yang Berhormat sebut tentang capital gains tax. Betul, syarikat tersenarai tidak dikena. Akan tetapi syarikat biasa di Malaysia, kalau saya jual burger, modal saya berbayar RM100,000. Selepas lima tahun, saya mungkin boleh jual dengan RM500,000. Saya terikat kepada keuntungan itu saya akan dicukai. Akan tetapi saya akan bayar corporate tax setiap tahun. Ini akan melihatkan ada ketidakseimbangan antara satu sama lain. Jadi, dari segi saingan global ini mungkin satu perkara. Ketiga, ialah satu consumption tax yang mana dulu kita sebut GST. Adakah kesediaan kementerian ataupun kerajaan melihat sama ada ia sebagai satu sumber dengan mengambil kira memperbaiki apa kepincangan yang berlaku seperti refund, kita kurangkan kadar enam peratus ini kepada empat peratus, pemberian tunai, kemudian kita boleh zero-rated, kita boleh buat exemption list. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.
Terima kasih. Ini saya akan jelaskan dalam pembentangan Belanjawan Madani pada bulan Oktober kerana ini agak terperinci soal percukaian dan juga soal penambahan pendapatan negara untuk membolehkan kita belanja ikut keupayaan kita dengan jangka menurunkan defisit daripada 5.6 ke 5.3 dan 5 peratus.
[Bangun]
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak sebut sedikit sahaja tentang yang dibangkitkan oleh mereka, dia serang kita dan dengan kasar dan dengan biadab terus menerus, dia tidak peduli tentang soal maruah orang. Kita tegur dia soal sistemnya dulu kerana saya tahu. Dia kadang-kadang lupa. Saya sekarang bukan Ketua Pembangkang, saya Perdana Menteri. Maklumat, keterangan-keterangan terperinci, saya peroleh. Saya tidak mahu ulang apa yang mereka lakukan. Dan Putrajaya, saya kata tahu kerana dia bersekongkol dalam pentadbiran yang sama. Dia cakap soal maruah seolah-olah kita ini tidak ada maruah. Maruah itu hanya untuk satu, dua orang. Jadi, mudah-mudahan ini menjadi satu pengajaran dan saya percaya mereka akan keluar kerana dia tidak boleh ulas soal DNAA dan soal 3R yang kita akan bincangkan. Akan tetapi alhamdulillah nampak Parlimen berakhir dengan aman dan damai. [Ketawa] [Tepuk]
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu sahaja penting Tuan Yang di-Pertua.
Dah, dah, dah. Tutuplah.
Saya hendak tutup. Perdana Menteri dah duduk dah.
Ini berkaitan dengan perkara yang terakhir, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut tentang 3R melibatkan...
Akan tetapi dah tutup dah Yang Berhormat. Dah tutup dah tadi. Tutup dah because Tambun dah duduk dah. Tambun dah duduk dah. Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di nombor dua hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
[Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum– jangan bangkit lagi, nanti sat dulu. Ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Selamat pulang ke kawasan masing-masing, berhati-hati di jalan raya dan jumpa lagi. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.05 petang]