Dewan Rakyat · 15 November 2023
15th Parliament, session 2, meeting 3 · 650 turns · 51,720 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
(Pembukaan)
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan dengan menjemput Datuk Suhaimi bin Nasir, Libaran. Silakan.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor satu.
Silakan Menteri.
1. Datuk Suhaimi bin Nasir [Libaran] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah usaha kementerian bagi mengatasi isu hartanah tidak terjual yang berpunca daripada ketidaksepadanan nilai hartanah dibina dengan kemampuan pemilikan rakyat.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara atau National Property Information Centre (NAPIC) bagi data awalan suku kedua tahun 2023, bilangan unit rumah siap dibina tidak terjual berjumlah 26,286 unit dengan nilai RM18.3 bilion, berbanding bilangan unit rumah yang dilancar sebanyak 135,614 unit. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 5.3 peratus dari segi jumlah unit dan penurunan sebanyak 0.6 peratus dari segi nilai, berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Bagi memastikan isu lambakan rumah tidak terjual dapat dikawal, kerajaan telah atau sedang melaksanakan beberapa tindakan seperti berikut: (i) melaksanakan pemetaan indeks rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah yang diperolehi daripada Tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2022. Kaedah ini mengambil kira median pendapatan rakyat mengikut lokaliti, berdasarkan kaedah gandaan median dengan izin, median multiple. Pemetaan ini sebagai panduan kepada pemaju serta agensi penyedia perumahan bagi menetapkan harga jualan rumah di satu-satu lokaliti; (ii) menggalakkan pemaju untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan atau feasibility study sebelum sesuatu pemajuan dilaksanakan bagi memastikan rumah yang dibina
adalah berdasarkan kemampuan rakyat, seterusnya mengelakkan rumah tersebut tidak terjual; dan (iii) sedang membangunkan Sistem Analitis Data Raya (BDA) Perumahan sebagai rujukan berpusat bagi data perumahan. Bagi menjawab aspek berkaitan soal pembiayaan bagi menggalakkan pemilikan rumah di seluruh negara, kerajaan komited melalui inisiatif i-Biaya di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang mana kerajaan memberi jaminan hak pembiayaan sehingga RM500,000 termasuk jumlah pembiayaan pokok, jaminan tempoh pengurangan gadai janji atau takaful gadai janji, yuran guaman dan yuran penilaian. Pembiayaan adalah terhad kepada rumah pertama. Walau bagaimanapun, pembiayaan ini tidak terhad untuk kediaman baharu sahaja tetapi termasuk juga rumah sedia ada atau rumah lelongan. Berdasarkan pengumuman Ekonomi Madani baru-baru ini Tan Sri Yang di-Pertua, jumlah keseluruhan jaminan yang diberi oleh kerajaan telah meningkat kepada RM10 bilion sepanjang tempoh pelaksanaan SJKP ini. Di sepanjang pelaksanaan mulai 2008 sehingga 30 September 2023, sebanyak 30,841 permohonan pinjaman bernilai RM5.85 bilion telah diluluskan. Seterusnya, Kerajaan Madani melalui Belanjawan 2024 telah mencadangkan untuk menambah lagi RM10 bilion jumlah jaminan bagi memanfaatkan 40,000 orang peminjam. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih. Saya jemput Libaran.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Menerusi laporan Maklumat Harta Tanah (NAPIC) seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, terdapat 27,000 lebih unit rumah tidak terjual pada tahun 2022. Betul? Keseluruhan bernilai lebih kurang RM18.31 bilion. Menerusi laporan tersebut, saya ingin mengetahui, adakah terdapat sebarang libat urus yang telah dilaksanakan oleh kementerian bersama pemaju, bagi menyelesaikan isu imbangan penawaran dan permintaan sebuah projek harta tanah sebagai langkah untuk memastikan tidak berlakunya lambakan rumah yang tidak terjual. Satu. Kedua, apakah terdapat sebarang kajian yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi membina rumah mampu milik mengikut julat harga yang bersesuaian untuk pembeli daripada golongan B40 dan M40. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Libaran atas soalan yang dikemukakan sebentar tadi. Bagi soalan pertama, sememangnya dari segi engagement ataupun proses libat urus antara pihak kumpulan daripada pemaju ataupun daripada pihak berkepentingan memang sentiasa ada ruang untuk dikemukakan. Yang mana yang disebut—sepertimana yang disebut tadi, data untuk rumah tidak terjual itu datangnya daripada NAPIC kerana sebab itulah di peringkat KPKT yang kami sebut tadi, memang terdapat perancangan. Sebagai contoh, untuk kita bina sistem big data analytic kerana maklumat yang ada berkaitan dengan industri perumahan, majoritinya berada di luar KPKT. Ini kerana yang ada dalam kawalan kami adalah sebagai contoh, melalui kelulusan daripada peringkat awal (APDL) tetapi proses jual beli itu berlaku antara pembeli dan juga pemaju yang tanpa direkodkan oleh kementerian kami. Maka, sebab itu, sebagai contoh, data yang ada di bawah kawalan kementerian ini sekitar dalam 29 peratus. Sementara the big bulk of data dengan izin, Yang di-PertuaTan Sri, 64 peratus itu berada di luar kawalan.
Maka, kita perlu himpunkan data-data ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Menjawab soalan yang kedua, soal rumah mampu milik. Maka sebab itu, rumah mampu milik ini, takrifan yang kita guna pakai ketika ini standard across the board, dengan izin iaitu RM300,000 ke bawah dianggap sebagai mampu milik tetapi hakikatnya, rumah harganya banyak dipengaruhi oleh lokaliti.
[Bangun]
Kalau saya boleh sebagai contoh, kalau dibuat perbandingan antara bandar, sebagai contoh Alor Setar, rumah mampu milik di sana berdasarkan median gaji itu sekitar RM170,000, RM180,000 harga rumah. Berbanding kalau di Shah Alam contohnya, harganya melangkaui RM300,000. Maka sebab itu tujuan kita nak membina indeks pemetaan ini supaya rumah mampu milik itu bukan hanya digunakan satu acuan untuk kesemua tetapi juga bergantung pada lokaliti, yang juga bergantung kepada permintaan dan juga penawaran di sesebuah kawasan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih. Saya jemput Alor Setar.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab sebut Alor Setar tadi, saya bangun untuk tanya soalan tambahan. Saya, terima kasih, saya ucap terima kasih pada pihak kementerian, kerana nak buat pemetaan Indeks Mampu Milik itu satu inisiatif yang sangat baik. Soalan dia Tan Sri Speaker, kita dapati ada lebih daripada 20 agensi Persekutuan dan negeri yang uruskan hal rumah ini, rumah mampu milik ini di negeri dan di Persekutuan. Tadi pun Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut, ada banyak yang di luar bidang kuasa KPKT. Soalannya, adakah kerajaan bercadang nak memusatkan inisiatif rumah mampu milik ini kepada satu agensi? Gabungkan semua, duduk dalam satu tempat, yang pertama. Kedua, mengenai kos pembinaan. Ini juga melibatkan kos pembinaan yang disebut Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Ada ketikanya kos pembinaan menjadi tinggi kerana kadar keuntungan yang pemaju kenakan itu agak tidak munasabah. Contohnya, aksesori-aksesori dalaman rumah dimasukkan dalam kos pembinaan sedangkan itu tidak perlu untuk pembeli rumah mampu milik. Jadi, adakah kerajaan berhasrat untuk mengawal kadar keuntungan yang pemaju akan tetapkan sepertimana yang Bank Negara kenakan kepada bank-bank? Ketiga, yang akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, tentang perkembangan “akta sewaan kediaman”. Saya difahamkan dah beberapa tahun tertangguh hendak dibentangkan akta itu. Bagaimanakah prosesnya? Sekurang-kurangnya kalau ada akta itu, ia boleh bantu orang yang tidak ada rumah ini untuk duduk di rumah sewa dan dikawal dengan akta, sementara dia ada rumah yang dia mampu milik. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri.
Sila Timbalan Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya tersebut pula nama Alor Setar, dia muncul. Jadi, untuk soalan yang pertama, sememangnya di peringkat KPKT ini dalam soal menguruskan rumah mampu milik, kami adalah agensi yang mengumpulkan semua maklumat, yang sedang dibina ataupun dalam perancangan dalam soal rumah mampu milik. Kalau mengikut dari segi dasar dalam pembinaan rumah itu sendiri, ada perkara sebenarnya di bawah kuasa Pusat atau Persekutuan dan banyak juga sebenarnya terletak di bawah negeri. Sebagai contoh, dalam penetapan soal kuota dan sebagainya, itu dikawal oleh pihak negeri. Maka, sebab itu dari segi rasionalnya bagi ya lah, ini adalah soal dasar. Tetapi saya nampak rasional kenapa kerajaan selama ini membenarkan setiap pihak yang ada keupayaan untuk memainkan peranan bagi menampung keperluan rumah mampu milik tadi. Kerana kalau dilihat tadi memang ada negeri-negeri yang menawarkan program khusus untuk rumah mampu milik. Contohnya, di Wilayah kita tahu ada RUMAWIP, di Selangor ada Rumah Selangorku, di Johor kita ada Rumah Mampu Milik Johor, sementara negeri-negeri lain, dia mungkin ada pakej yang lebih kecil dan sebagainya. Maka, perkara itu ada juga yang berlaku pencapaian dan ada juga yang berlaku permasalahan yang kita perlu rungkaikan.
Bagi perkara yang kedua, soal bagaimana, sama ada kerajaan boleh mengawal soal harga kos yang dikatakan tinggi itu, dari segi contohnya berkaitan dengan fitting dan sebagainya. Bagi pandangan saya, dalam soal mengawal kos ini, kos ini terdapat beberapa kategori. Kalau secara general-nya mungkin ada tiga. Pertama adalah kos tanah itu sendiri. Ini banyak bergantung pada lokaliti. Kedua adalah kos pembinaan yang disebut Yang Berhormat tadi dan yang ketiga adalah kos compliance dengan izin iaitu kos untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi ataupun syarikat pembekal dan sebagainya. Jadi, untuk bagaimana pendekatan yang boleh dibawa ketika ini. Bagi pandangan saya ketika ini, paling penting adalah supaya lebih telus, lebih – industri ini lebih terbuka, supaya kita tahu di mana segala kos itu yang menjadi punca kepada kenaikan ataupun harga rumah yang begitu mahal atau dan sebagainya. Maka sebab itu mengenal pasti punca di mana kos yang berlaku dan bagaimana untuk kita kurangkan dan juga keterbukaan itu, bila ada perbandingan maka diharapkan dalam keadaan industri ini adalah terbuka kepada pemaju. Kerajaan hanya ada beberapa usaha untuk menampung jumlah binaan rumah mampu milik tetapi ini adalah market-driven industry, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua. Maka, hasratnya supaya biarlah lebih terbuka dan kita mengurangkan kesan-kesan yang memberi beban kepada pembeli dalam soal rumah perumahan projek yang sakit ataupun terbengkalai. Dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, persoalan yang terakhir, soal “akta sewaan kediaman” ini, memang dulu kerajaan sebelum ini pun pernah cuba membawa “akta sewaan kediaman”, terutamanya ketika musim pandemik COVID-19 tetapi berlaku tentangan ataupun bila proses libat urus itu berlaku, ada bantahan yang agak ketara dalam soal menentukan pihak mana yang bertanggungjawab dan sebagainya. Maka sebab itu bila kerajaan baharu ambil alih, memang kami teliti balik perancangan yang ada dan juga cuba mencari ruang untuk diangkat sekali lagi dengan melakukan beberapa pindaan yang agak major. Cuma, perkara itu juga bergantung sama ada bagaimana di pihak, proses libat urus ini, berapa pantasnya yang boleh kita mendapatkan maklum balas dan juga persetujuan daripada pihak berkepentingan ini supaya akhirnya hak daripada pihak penyewa itu dilindungi, hak daripada tuan punya juga kita kena pastikan ada dilindungi juga. Tetapi yang paling penting, soal kemampuan kepada rakyat itu yang kita kena lihat jugalah supaya dari segi harga rumah dan juga harga sewaan itu munasabah dengan keadaan kita di negara ini. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih.
Tan Sri, Tan Sri.
Saya jemput...
Satu, sikit sahaja.
Tak boleh dah ya. Ini pun dah panjang dah. Saya jemput Dr. Halimah binti Ali, Kapar.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Pakai mafla berhati waja, Soalan Kapar nombor dua.
Silakan Menteri.
2. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) berapakah jumlah golongan miskin yang sudah didaftarkan bawah sistem eKasih; dan (b) nyatakan progress kejayaan menoktahkan kemiskinan setakat ini selepas dimulakan secara keseluruhannya terutama di kawasan Parlimen Kapar.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Bagi tujuan menoktahkan kemiskinan tegar, data yang diguna pakai adalah pada tarikh 31 Januari 2023 iaitu seramai 126,372 KIR. Data ini telah dikunci sebagai lock figure kumpulan sasar bagi tujuan pelaksanaan dan pemantauan program. Sehingga 31 Oktober 2023, seramai 77,288 KIR didapati masih kekal berada dalam kategori miskin tegar, menjadikan peratus penurunan sebanyak 38.8 peratus Yang Berhormat. Bagi Parlimen Kapar pula, data yang dikunci pada tarikh 31 Januari 2023 adalah seramai 261 KIR. Sehingga 31 Oktober 2023, seramai 169 KIR didapati masih kekal berada dalam kategori miskin tegar menjadikan peratus penurunan KIR di Kapar sebanyak 35.2 peratus menurun. Dengan adanya sistem eKasih Yang Berhormat, ini memberi ruang kepada semua agensi memberi bantuan yang terlibat dalam Program Pembasmian Kemiskinan, mengakses data dan maklumat kemiskinan yang sama di peringkat Persekutuan dan negeri. Selain itu, setiap kementerian dan agensi juga bertanggungjawab untuk mengemas kini maklumat bantuan yang telah disalurkan di dalam sistem eKasih secara konsisten. Terima kasih Yang Berhormat.
Sila Kapar.
Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya nak clarify-lah sebab saya dapat jawapan daripada Menteri Ekonomi ini 9 November, baru lagi Speaker, mengenai PGK yang digunakan untuk miskin tegar ini. Di sini dia kata PGK 2022, insiden miskin tegar pada peringkat nasional 0.2 peratus meliputi 18,000 isi rumah manakala miskin 6.2 peratus merangkumi 488,000 isi rumah.
Saya check dalam laporan DOSM mengenai Kapar ini. Kalau mengikutkan 2022, saya ambil 2022 sahaja, grand total di Kapar, 1,293 2022. Hari Jumaat lepas, saya baru berjumpa dengan Lembaga Zakat Selangor, di mana saya diberitahu oleh Lembaga Zakat Selangor di mana 5,000 lebih asnaf fakir miskin. Bila sebut asnaf fakir miskin, maknanya mereka ini memang dah miskin dan mereka ini yang Lembaga Zakat Selangor ini, statistiknya adalah orang Muslim saja. Yang saya sebut ini tadi keseluruhan, semua campur. Jadi, sepatutnya mereka 5,000 lebih ini dah automatik sepatutnya layak didaftar di dalam eKasih. Jadi, soalan saya boleh tak PADU, dikatakan PADU akan bermula Januari 2024. Boleh tak yang ada dalam asnaf lembaga zakat ini, automatik didaftarkan supaya mereka ini berdaftar di bawah eKasih. Jadi, angkanya akan lain. So, soalan selanjutnya ialah apakah program khusus inisiatif pendapatan rakyat yang telah dilaksanakan serta sedang dirancang untuk Parlimen Kapar serta berapakah bilangan penerima manfaat? Yang kedua, apakah bentuk penyelarasan yang dibuat dari segi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar mengambil kira cabaran pemutihan data dalam sistem eKasih serta sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan digunakan pakai kelak? Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Sila, Menteri.
Yang Berhormat Tan Sri. Untuk yang jumlah 5,000 lebih itu, itu dah dinamik. Bermaknanya setiap penduduk boleh register.
[Bangun]
Bulan ini, setakat ini tetapi kita lock figure itu, Yang Berhormat, untuk Kapar saja.
[Bangun]
Yang dinamik itu dia akan menurun, dia akan menaik. Semua rakyat dan penduduk akan register di pejabat daerah dan sebagainya. Bagi...
Speaker, Menteri, boleh tak...
Kapar, Kapar...
...automatik, automatik masukkan sekali terus dalam sistem kerajaan?
Kita dengan sedaya upaya lah Yang Berhormat Kapar untuk menjurus kepada sepertimana sasaran kita.
[Bangun]
Jadi, kalau nak, Kapar- saya menjawab secara bertulis dengan terperinci untuk Kapar. Terima kasih.
Baik, saya jemput Pasir Gudang.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah sistem eKasih sekarang lengkap? Adakah usaha untuk menambah baik sebarang kelemahan, sekiranya ada seperti golongan miskin yang tercicir daripada sistem itu tersebut?
Silakan, Menteri.
Terima kasih kawan saya Pasir Gudang. ICU JPM adalah bukan agensi pemberian bantuan, sebaliknya adalah custodian, Yang Berhormat Pasir Gudang. Custodian kepada sistem eKasih. Bermaknanya semakan selang data, keperluan data oleh kementerian, agensi pemberian bantuan akan sentiasa dibekalkan berdasarkan kepada permohonan yang diterima. Dalam data hasil daripada semakan selang yang dikongsikan kepada agensi pemberian bantuan terlibat untuk langkah- langkah intervensi kita sepertimana bantuan tunai dan kebajikan dan peningkatan pendapatan dan kemahiran serta pendidikan. Antara program juga Yang Berhormat Pasir Gudang yang kementerian atau kerajaan kita menjalankan pelbagai kementerian bagi tujuan pembasmian kemiskinan. Satu daripadanya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Program Rumah Rakyat termiskin dan sebagainya. Yang kedua, Kementerian Kesihatan dalam Program PeKA empat B, B40. Jadi, data ini saya ingat dari semasa ke semasa kita updated dengan lebih baik supaya rakyat B40 dan rakyat kemiskinan di seluruh negara dapat diturunkan dalam kemiskinan ini. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.
Terima kasih Speaker. Soalan saya nombor tiga.
Silakan, Menteri.
3. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Perdana Menteri menyatakan usaha-usaha kementerian bagi menghadapi cabaran pembangunan berterusan di Kuala Lumpur memandangkan kadar pertumbuhan penduduk semakin meningkat di Kuala Lumpur. Pembangunan berterusan boleh menyebabkan masalah trafik, isu alam sekitar bandar, isu petempatan dan perumahan dan sebagainya.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur adalah berdasarkan pelan pembangunannya iaitu Pelan Struktur dan Pelan Tempatan selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 iaitu Akta 267. Ia menggariskan strategi dan dasar untuk pelbagai sektor serta zon guna tanah dan intensiti pembangunan setiap log. Perancangan yang dibuat ini mengambil kira daya tampung, termasuklah kemampuan peningkatan infrastruktur dan utiliti serta penyediaan keperluan, kemudahan masyarakat sesuatu kawasan. Perancangan Kuala Lumpur juga turut mengambil kira komitmen global terutamanya matlamat pembangunan mampan ataupun dengan izin, Sustainable Development Goals ataupun SDG. Dalam hal ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa hari lalu telah meluncurkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 iaitu PSKL 2040 bagi menggantikan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020. PSKL 2040 ini bertujuan menterjemah wawasan jangka panjang dengan visi bandar untuk semua di mana ia merupakan rangka tindakan komprehensif yang mengambil kira perubahan semasa dan masa hadapan seperti perubahan iklim, ekonomi, demografi gaya hidup dan infrastruktur Kuala Lumpur mendepani persaingan antarabangsa pada abad ke-21. Dari segi peningkatan trafik akibat pertumbuhan penduduk, pembangunan- pembangunan baharu yang dicadangkan adalah tertakluk kepada hasil kajian impak trafik ataupun dengan izin, Traffic Impact Assessment (TIA). Kajian tersebut merangkumi antara lain, dapatan tahap perkhidmatan jalan ataupun dengan izin, level of service (LOS) masa kini dan unjuran trafik masa hadapan. Hasil daripada unjuran trafik masa hadapan, penambahbaikan infrastruktur akan disyorkan. Selain itu, DBKL mengadakan perancangan lalu lintas yang lebih menyeluruh dan bersepadu sebagai inisiatif penyelesaian jangka masa panjang bagi menangani masalah kesesakan. DBKL juga memberi tumpuan kepada pembangunan pengangkutan awam yang mesra pengguna, efisien dan mudah akses bagi mencapai sasaran 70 peratus penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2040. Di antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti perkhidmatan bas GoKL, laluan bas, laluan basikal, laluan pejalan kaki dan akses maklumat laluan perkhidmatan bas semasa melalui aplikasi digital. Bagi menangani isu-isu berkaitan alam sekitar, tindakan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar neutral karbon menjelang tahun 2050 telah pun diterjemah melalui Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon 2030 serta komitmen terhadap perubahan iklim melalui Pelan Tindakan Iklim 2050. Ini merangkumi inisiatif-inisiatif seperti penanaman pokok sebanyak sejumlah satu juta sebelum tahun– pada atau sebelum tahun 2025, juga perkhidmatan bas GoKL pada masa ini menggunakan bas-bas elektrik dan juga menyediakan lebih laluan basikal. Bagi menangani isu petempatan dan perumahan, DBKL telah memulakan projek perumahan yang dikenali sebagai Rumah Majlis ataupun dengan izin, Council Homes berkeluasan minimum 750 kaki persegi seunit di atas tapak-tapak milik DBKL untuk disewakan kepada warga Kuala Lumpur yang berkelayakan pada kadar sewaan yang lebih rendah berbanding kadar pasaran untuk suatu tempoh sewaan tertentu. Pada tahun 2022, Council Homes di Sungai Udang, Segambut, Kuala Lumpur telah setiap dibina dengan menelan jumlah atau belanja sebanyak RM348.5 juta. Council Homes ini menawarkan 1,251 unit kediaman untuk disewa pada jumlah penyewaan sebanyak RM850 sebulan.
Selain itu, terdapat tiga lagi projek Council Homes yang sedang dibina iaitu di Jalan Selimang, Bandar Tun Razak sebanyak 702 unit, Bandar Baru Sentul sebanyak 168
unit dan Taman Desa Seputeh sebanyak 1,175 unit. Sewa untuk Council Homes yang tersebut, selain daripada di Sungai Udang, pada masa ini masih belum ditentukan. Selain itu, dalam hal ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pertengahan tahun ini telah turut mengumumkan konsep Kejiranan Madani di ibu negara bagi membantu dalam penempatan kumpulan berpendapatan pertengahan M40, B40 dan rentan miskin di Kuala Lumpur. Tuan Yang di-Pertua, kesemua inisiatif ini mencerminkan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memastikan pembangunan di Kuala Lumpur dilaksanakan secara mampan dan segala cabaran yang dihadapi ditangani secara efektif dan holistik. Terima kasih.
Baik. Saya jemput Balik Pulau.
Ya, terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri yang memberi jawapan secara komprehensif mengenai persoalan saya. Soalan tambahan saya ialah mengenai isu miskin bandar dalam perumahan awam. Kita dengar tadi jawapan daripada Timbalan Menteri yang kita sudah berjaya menyediakan banyak perumahan awam untuk golongan miskin bandar dan Lembah Klang juga menyaksikan pembangunan vertical housing ataupun perumahan awam yang pesat sebab Lembah Klang banyak peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun, kerajaan sebelum ini, dia mengabaikan pembangunan infrastruktur fizikal dan khususnya dalam pembangunan sosial dalam komuniti perumahan awam. Jadi, secara tidak langsung memberi impak kepada taraf hidup mereka. Jadi, pendekatan sebelum ini berbentuk superfisial dan gagal menangani punca masalah yang melanda golongan B40. Jadi, apakah kelainan Kerajaan Madani sekarang ini yang dirancang untuk menangani isu ini secara serius? Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan inisiatif-inisiatif kerajaan sekarang untuk menyediakan perumahan awam bagi golongan miskin, seperti yang saya katakan tadi, banyak inisiatif telah pun diambil untuk menambahbaikkan inisiatif-inisiatif dulu seperti konsep Kejiranan Madani yang baru diumumkan.
[Bangun]
Ini akan seperti yang saya katakan tadi adalah bagi tujuan mensasar kepada golongan pertengahan M40, B40 dan rentan miskin di Kuala Lumpur. Ini telah pun baru diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pada masa ini, terdapat beberapa residensi yang telah pun dikenal pasti walaupun masih dalam kajian dasar. Residensi-residensi ini akan menyediakan di masa depan, rumah-rumah awam bagi golongan miskin di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan ini juga akan menyediakan infrastruktur dan juga kemudahan-kemudahan awam yang lebih efektif bagi golongan-golongan tersebut. Ini akan diumumkan dengan secara lebih mendalam dalam masa yang terdekat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Saya jemput Kangar.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih YB Timbalan Menteri. Jadi, PSKL 2040 merupakan satu pelan yang agak menarik dalam menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia. Cuma, saya ingin memohon penjelasan Timbalan Menteri, apakah tindakan ataupun usaha-usaha yang akan dibuat untuk mengatasi masalah banjir kilat di sekitar bandar raya Kuala Lumpur?s Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan masalah banjir kilat, seperti yang saya katakan terlebih dahulu, PSKL 2040 ini, konsepnya adalah bagi menggantikan PSKL 2020. Dalam PSKL 2040 ini, ianya merupakan tindakan komprehensif yang mengambil kira perubahan semasa dan masa hadapan seperti perubahan iklim, ekonomi, demografi, gaya hidup dan infrastruktur Kuala Lumpur. Jadi, isu banjir kilat yang juga tergolong di bawah—yang boleh dikatakan tergolong di bawah perubahan iklim juga telah pun diambil kira secara komprehensif dalam PSKL 2040 tersebut. Dalam masa terdekat, inisiatif-inisiatif yang lebih teliti juga akan diumumkan dari segi itu. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Baik. Saya jemput Tuan Wan Hassan bin Mohd Ramli, Dungun.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan nombor empat.
Sila Menteri.
4. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan: (a) perancangan kementerian dalam menghadapi masalah kekurangan bekalan barangan asas seperti gula, telur ayam, minyak masak, tepung gandum dan lain-lain; dan (b) bagaimanakah tindakan kementerian menyelesaikan masalah kenaikan harga barang tersebut oleh pembekal dan peruncit.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun di atas soalan. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk menjawab berkenaan dengan perancangan, perancangan kementerian ya, perlu difahami ataupun kita terangkan apa yang dimaksudkan dengan masalah kekurangan bekalan, Yang Berhormat Dungun ya. Sebab masalah kekurangan bekalan ini, barulah kita—apabila kita tahu punca dan kita tahu apa dia yang dimaksudkan, barulah kita boleh menyusun perancangan dan juga strategi ya bagaimana kita nak mengatasinya. Contoh ya, sama ada masalah kekurangan bekalan itu berpunca di peringkat pengeluaran. Contoh, kita ada bahan mentah yang kita import. Jadi mungkin ada masalah dari segi sudut pengeluaran. Kalau dari sudut pengedaran pula macam mana? Kalau bulan lepas, kita ada masalah transporter yang mogok. Ya, jadi di sudut pengedaran mungkin ada masalah pula dari segi kekurangan bekalan. Ketika itu ada masalah kekurangan bekalan gula di Terengganu contohnya. Mungkin juga keadaan berlaku aktiviti sorok ya. Kalau kadang-kadang ada dengar nak naik harga sesuatu barangan kawalan itu mungkin berlaku aktiviti sorok. Kemudian, berlaku ketirisan. Itu juga antara perkara yang memungkinkan masalah kekurangan bekalan, contohnya minyak masak. Seterusnya, masalah—ini kadang-kadang orang kata masalah bekalan tapi sebenarnya bukan. Contohnya, apabila seorang pengguna itu datang ke pasar raya, dia datang pada ketika rak-rak itu kosong, belum sempat dipenuhi rak itu oleh pekerja dan kemudian dia heboh satu dunia mengatakan bahawa ada masalah kekurangan bekalan. Sedangkan apabila kita siasat dalam supermarket pada waktu yang lain, memang ada barang tersebut dan kadang-kadang dia pergi dua tiga hari tapi supermarket tak ada tapi supermarket di keliling itu ada.
Jadi, itu antara masalah kalau kita nak define kekurangan bekalan. Tapi Tan Sri Yang di-Pertua, kita define krisis itu apabila pengeluarannya kurang daripada keperluan. Apabila pengeluarannya kurang daripada keperluan, itu barulah kita kata masalah kekurangan bekalan. Yang betul-betul masalah kekurangan bekalan ya. Yang bukan bersifat sehari dua dan sebagainya. Saya bagi contoh pada tahun lepas, ada satu ketika pada hujung bulan Oktober dan awal bulan November, kita berhadapan dengan krisis telur, di mana telur memang tak ada dalam pasaran dan pada ketika itu, telur yang seharusnya 80 peratus gred kawalan dan 20 peratus gred-gred lain itu tidak berada dalam pasaran. Itu adalah yang dimaksudkan dengan masalah kekurangan bekalan.
[Bangun]
Jadi, strateginya berpandukan kepada apa punca masalah itu ya, Yang Berhormat Dungun.
[Tidak jelas]
Jadi, saya teruskan Tan Sri Yang di-Pertua. Berkenaan dengan bahagian yang kedua, apa dia yang boleh dilakukan oleh pihak kementerian berkenaan dengan masalah kenaikan harga barang. Yang Berhormat Dungun, kementerian ada punca kuasa untuk akses kepada maklumat dan data harga- harga di setiap rantaian bekalan. Maksudnya, kita boleh tahu harga pengeluaran, kos pengeluaran, kos pengangkutan dan sebagainya sehinggalah kos di peringkat peruncit. Sekiranya didapati ada berlaku pencatutan, maka Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan boleh digunakan.
Kita juga boleh menggunakan Akta Kawalan Bekalan sekiranya ada berlaku aktiviti menyorok. Kita juga boleh menggunakan Akta Pelindungan Pengguna, kalau sekiranya didapati harga yang dipamerkan itu melebihi daripada harga yang sewajarnya ya seperti kadang-kadang dalam sistem lain, di rak lain ya. Jadi, ini antara akta-akta yang kita boleh gunakan dan kita boleh mengira daripada peringkat pengeluaran di sepanjang rantaian bekalan itu sehinggalah ianya berada di pasar-pasar. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya jemput Dungun.
Terima kasih Timbalan
(i) pembekal; (ii) pemborong; (iii) peruncit; dan (iv) pengguna atau dalam masalah ini rakyat. Kemudian, bila kita bicarakan tentang rakyat sebagai pengguna akhir, dua perkara: (i) rakyat hendak dapatkan secara mudah dan murah; dan (ii) yang mudah diperolehi dan harga berpatutan. Soal kembali kepada pembekal, pemborong atau peruncit, ada dua: (i) satu pemberi perkhidmatan; dan (ii) yang kedua yang mengambil kesempatan. Inilah yang rasanya kementerian perlu lihat kepada adakah benar melibatkan kartel yang memanipulasi harga pasaran. Jadi, kalau ada, kerajaan hendaklah memainkan peranan mengembalikan kembali kepada pemberian perkhidmatan di pihak pembekal, pemborong dan juga peruncit. Jadi, saya harap hukuman yang lebih tegas
dikenakan kalau ada yang pemberi perkhidmatan ini mengambil kesempatan. Pohon penjelasan.
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang saya katakan tadi bahawa kita ada akses kepada harga di setiap peringkat rantaian bekalan tersebut. Maka, saya ada satu lagi akta yang saya tidak sebut tadi iaitu Akta Persaingan. Jadi, Akta Persaingan ini juga boleh digunakan sekiranya didapati ada aktiviti kartel yang menaikkan, berpakat untuk menaikkan harga satu-satu barangan yang boleh menaikkan harga barangan kawalan. Contohnya makanan ayam, memang ada kes yang disiasat berkenaan dengan makanan ayam dan boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati betul berlaku pakatan kartel itu untuk menaikkan harga barang kawalan. Terima kasih Yang Berhormat Dungun.
Baik, saya jemput Kuala Selangor.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas penjelasan lebih awal tadi. Tetapi yang hendak saya bangkitkan adalah yang terkait dengan satu masa dulu enam pasar raya menawarkan diskaun kepada pengusaha-pengusaha dan peniaga yang menyediakan Menu Rahmah dan terdapat banyak premis yang terlibat dalam hal itu. Terkait dengan itu, KPDN menawarkan satu apa yang diistilahkan sebagai merintis satu usaha perkenalkan kad diskaun yang khas Menu Rahmah. Saya ingin tahu, apakah status dan kedudukannya hari ini. Apakah hasilnya? Apakah ia akan dilanjutkan atau dengan apa pun pindaan dan perubahan untuk meneruskan satu kebaikan ini? Terima kasih Tan Sri.
Silakan Menteri.
Terima kasih Kuala Selangor. Saya dah jawab sebenarnya semalam dalam penggulungan tetapi tidak apa, saya ulang berkenaan dengan Kad Insentif Menu Rahmah ini. Kita telah lancar pada 2 November ya dan setakat ini Kad Insentif Menu Rahmah ini sudah ada dalam lebih kurang 43 permohonan dan kita– yang menawarkan Menu Rahmah masih ada dalam 2,800 lebih pada ketika ini dan kita buka kepada pendaftaran baharu yang menawarkan Menu Rahmah untuk mendapat insentif kad diskaun ini. Ada enam pasar raya yang terlibat dan mereka menawarkan diskaun sehingga 40 peratus, ada yang SKUnya beratus, ada yang SKUnya berpuluh. Jadi, itu status dan insya-Allah akan dilancarkan pada bulan– hujung bulan ini, awal bulan depan dan selepas itu insya-Allah Menu Rahmah diharapkan akan dapat berterusan tanpa bajet daripada kerajaan. Tetapi dengan kerjasama rakan-rakan strategik kita yang sekarang ini ada enam pasar raya, insya-Allah akan bertambah lagi dan kita harap ia dapat memastikan sustainability program Menu Rahmah ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, terima kasih. Saya jemput Komander Nordin bin Ahmad Ismail, Lumut.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lima.
Silakan.
5. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang kerajaan perlu tanggung setiap tahun sejak 2020 bagi menampung kos perubatan veteran berpencen dan veteran tidak berpencen di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Angkatan Tentera Malaysia.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Lumut atas persoalan yang dikemukakan. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) sentiasa memberikan keutamaan terhadap aspek kebajikan veteran ATM, tanpa mengira veteran sama ada berpencen ataupun tidak berpencen. Dalam hal ini, kemudahan perubatan kepada veteran ATM berpencen dan orang tanggungan yang layak diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala bagi veteran ATM tidak berpencen dan orang tanggungan yang layak diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera merangkumi perkhidmatan seperti berikut iaitu permohonan pembayaran balik perbelanjaan perubatan. Contohnya hemodialisis, ubat, kanta mata, alat pendengaran, alat implan dan seumpamanya; rawatan kecemasan di hospital ataupun klinik swasta; rawatan di Institut Jantung Negara; bantuan peralatan pesakit seperti kerusi roda, katil dan seumpamanya; dan tuntutan bayaran perjalanan perubatan veteran. Sejak tahun 2020 sehingga kini, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM378.8 juta bagi menampung keperluan perubatan veteran ATM sama ada veteran berpencen mahupun tidak berpencen. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pecahan perbelanjaan adalah seperti pada tahun 2020 RM78.8 juta dibelanjakan, tahun 2021 RM111.5 juta, tahun 2022 RM105 juta dan tahun ini, sehingga kini sebanyak RM83.5 juta telah pun dibelanjakan. Kerajaan akan sentiasa komited dalam menyediakan peruntukan perubatan yang mencukupi bagi memastikan veteran angkatan tentera, sama ada berpencen ataupun tidak berpencen itu sentiasa diberikan keutamaan. Itu sahaja jawapan.
Baik, sila Lumut.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri veteran berpencen hendak buat tuntutan sudah terasa macam dianaktirikan, kerana kita tahu Jabatan Hal Ehwal Veteran menguruskan semua hal-hal veteran. Soalan saya, adakah pihak MINDEF berusaha untuk mendapatkan semula peruntukan tersebut bagi pihak JHEV menguruskan agar veteran berpencen tidak terasa dianaktirikan. Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut atas persoalan yang dikemukakan. Tan Sri Yang di-Pertua, sepertimana yang saya maklumkan tadi, memang di Jabatan Hal Ehwal Veteran, veteran berpencen– segala urusan dari segi kesihatannya diuruskan oleh Kementerian Kesihatan, yang tidak berpencen itu di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran. Tetapi kita di kementerian, sepanjang kita mengadakan pertemuan bersama dengan persatuan veteran dan juga veteran-veteran kita memang ada dibangkitkan tentang kelewatan daripada mereka mendapatkan kembali bayaran perkhidmatan dan sebagainya ataupun bayaran pembelian peralatan kesihatan seumpamanya. Jadi, di pihak Kementerian Pertahanan kita dah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan pun sudah mencadangkan beberapa perkara yang terkait dengan pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran dan juga terkait juga dengan perbelanjaan ataupun bajet negara. Sebab itu kita tahu bahawa bajet kesihatan ada di Kementerian Kesihatan kebanyakannya. Sebab itu kita berbincang dalam soal ini dan Kementerian Kesihatan pun sudah memberikan maklum balas. Saya fikir ada tiga pihak: Kementerian Kesihatan, Jabatan Hal Ehwal Veteran dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam. Jadi, kalau tiga pihak ini, kita melihat sama ada kita perbaiki proses ataupun kita perbaiki tanggungjawab itu sendiri di Jabatan Hal Ehwal Veteran. Itu sahaja jawapan.
Saya jemput Batu Pahat.
Boleh Menteri jelaskan, apakah proses semasa dalam usaha kerajaan dalam membantu atau menjadikan veteran-veteran Malaysia ini sebagai jurulatih PLKN?
Memanglah kalau kita lihat walaupun– terima kasih kepada Yang Berhormat atas persoalan yang dikemukakan. Walaupun persoalan itu tidak terkait dengan isu ini tetapi suka saya menjawab bahawa memang lah kita di Kementerian Pertahanan ini buat masa ini apa saja aspek yang melibatkan Kementerian Pertahanan itu, sama ada dari segi industri, sama ada dari segi latihan, semua veteran akan kita sedaya upaya memanfaatkan veteran angkatan tentera kita. Sebab itu kalau kita lihat dari segi latihan, veteran bukan sahaja terkait pada PLKN, hatta kepada Kementerian Belia dan Sukan juga ada juga melibatkan veteran angkatan tentera.
Sebab itu, kalau kita lihat veteran-veteran kita yang masih muda ini, memang kita pergunakan upaya mereka termasuk sepertimana persoalan tadi dalam Program Latihan Khidmat Negara itu sendiri.
Sedikit sahaja Tan Sri.
Baik. Saya jemput Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed, Kuala Terengganu.
Tan Sri. Tan Sri Speaker. Sikit sahaja.
Tak boleh. Tak boleh dah. Tak apa. Jawab kemudian.
Sikit sahaja Tan Sri. Bagi lah peluang. Sikit sahaja.
Saya dah jemput dah tadi.
Sikit sahaja.
Datuk Amzad.
Tan Sri.
Kuala Terengganu.
Bagi lah sekejap. Ini kepentingan veteran ini.
Saya faham. Semua kepentingan. Semua soalan ini kepentingan rakyat. Saya jemput dah. Insya-Allah lain kali ya. Silakan Kuala Terengganu.
Timbalan Menteri, jumpa kejap.
Boleh. Jumpa dekat luar.
[Ketawa] Tan Sri, soalan saya nombor enam.
Silakan Menteri.
6. Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejauh mana Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Nasional yang telah dilancarkan dapat membantu perancangan kerajaan untuk memanfaatkan sumber-sumber rare earth element (REE) yang ada di dalam negara kita.
Selamat pagi dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Negara 2021-2030 telah dibangunkan sebagai panduan kepada agensi kerajaan, badan pelaksana dan industri bagi memperkukuhkan ekosistem inovasi bahan termaju tempatan dan memandu Malaysia ke arah negara berteknologi dengan memberi fokus kepada empat bahan
termaju di mana Malaysia mempunyai kelebihan berbandingan daripada segi bahan mentah dan kepakaran tempatan. Unsur nadir bumi atau REE telah dikenal pasti sebagai salah satu bahan termaju yang akan memberi potensi pasaran kepada pemain industri selain daripada graphene, nitinol dan polimer selulosa berhablur mikro. Ini adalah kerana saiz pasaran REE global telah mencecah USD5.6 bilion pada tahun 2021. Permintaan kepada kenderaan elektrik yang memerlukan penggunaan unsur nadir bumi bagi menghasilkan magnet menyebabkan lonjakan kepada keperluan unsur berkenaan. Sehubungan dengan itu, MOSTI telah mengenal pasti lima perspektif utama untuk membangunkan ekosistem teknologi bahan termaju termasuk REE iaitu melalui pembiayaan dan kewangan, pembangunan infrastruktur, penetapan peraturan dan penggubalan dasar, peningkatan kemahiran dan pengembangan bakat serta pembangunan teknologi. Penubuhan National Advanced Materials Consortium (NAMC) akan bertindak sebagai hab perhubungan untuk pembangunan perniagaan, mewujudkan rangkaian dan libat urus di antara pemegang taruh. Manakala, Agensi Nuklear Malaysia akan memainkan peranan untuk menyediakan teknologi dan infrastruktur bagi pembangunan unsur nadir bumi untuk ekosistem huluan dan pertengahan. Nuklear Malaysia turut bekerjasama dengan pelbagai jenis institusi yang lain bagi memperkasakan lagi aktiviti RDCNI. Konsolidasi pusat kecemerlangan bahan termaju di seluruh Malaysia melalui perkongsian pintar infrastruktur fizikal dan digital serta penubuhan satu bank data industri bahan termaju yang boleh diakses oleh semua pihak akan menyokong pembangunan industri tempatan dalam bidang REE. Sekian, terima kasih.
Sila Kuala Terengganu.
Tadi saya ada mendengar jawapan Yang Berhormat yang menyebut tentang peranan Agensi Nuklear Malaysia dalam penyediaan teknologi dan infrastruktur untuk ekosistem huluan dan pertengahan. Kalau boleh saya mendapat maklumat lebih lanjut tentang jenis-jenis penyelidikan yang sedang dilakukan oleh agensi nuklear berhubung dengan unsur nadir bumi. Adakah ada sebarang hasil produk REE yang sedang dihasilkan? Apakah ada sebarang kerjasama lain yang membabitkan institusi pengajian tinggi ataupun negara lain di dalam membangunkan industri ini? Ini adalah penting bagi memberikan keyakinan terhadap keupayaan pakar tempatan dalam industri REE. Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Setakat ini, ada tiga kajian dan produk yang telah dihasilkan oleh Nuklear Malaysia.
[Bangun]
Antaranya yang pertama, penghasilan bahan atau produk titanium dioxide yang boleh dibangunkan sebagai bahan bagi pembangunan sel bahan api ataupun fuel cell di mana produk ini sedang diuji dan akan diverifikasi supaya boleh diguna pakai oleh pemain industri dalam negara seperti pembuatan cat serta solar panel.
[Bangun]
Kedua, produk mineral trisodium phosphate yang dihasilkan daripada unsur nadir bumi monazite dan xenotime pula yang berpotensi untuk kegunaan rawatan dan Condisoil tanah dalam sektor pertanian. Ketiga, penyelidikan dan pembangunan semi konduktor pengesan radiasi menggunakan unsur gadolinium yang berpotensi sebagai pengimejan neutron bagi kegunaan industri dan kesihatan, di mana masih di peringkat kajian Nuklear Malaysia. Bagi pembangunan industri REE yang dikaitkan oleh Yang Berhormat Kuala Terengganu sebentar tadi ada projek R&D yang turut dilaksanakan dengan pelbagai pihak
seperti contoh yang pertama, kerjasama dengan MIGHT di dalam kajian mengenai Local Advanced Material Industry and Research Landscape ataupun Rare Earth Element as Future Advanced Material. Kedua, dengan Perbadanan Menteri Besar Perak berkaitan unsur nadir bumi di mana setakat ini ada projek yang sedang berjalan di Gerik. Ketiga, kerjasama teknikal bersama syarikat UMW dan yang keempat, projek kerjasama teknikal dengan syarikat Petra Perintis Sendirian Berhad, Greensnow Technologies Sendirian Berhad, SMA Berkat Sendirian Berhad dan Avinn Engineering Services Sendirian Berhad untuk mengenal pasti kebolehberadaan unsur nadir bumi di negeri yang berkaitan. Sekian, terima kasih.
Baik, saya jemput Paya Besar.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, maknanya Malaysia mempunyai usaha untuk membangunkan industri bahan termaju. Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita dah bangunkan ekosistem graphene daripada palm kernel. Maknanya, kita ini the largest oil production. Jadi, kita palm kernel itu kita gunakan untuk graphene. Persoalan saya kepada Timbalan Menteri, Tan Sri. Bagaimana pula nikel titanium yang kita kenali sebagai nitinol. Yang Berhormat Timbalan Menteri ada sebut sikit tadi fasal nitinol. Saya nak tahu bagaimana hala tuju MOSTI ke arah membangunkan teknologi berasaskan nickel titanium nitinol ini dan bagaimana ia disebutkan dalam lima perkara tadi. Keempat, bakat. Mungkin tenaga pakar ini orang yang dah lama, Timbalan Menteri. Bagaimana orang muda dia nak minat berkaitan high gross, high value ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Sila Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Satu soalan yang agak baik iaitu berkaitan nitinol. Nitinol ini merupakan komposisi aloi nikel dan titanium yang merupakan logam yang sifat unik seperti kesan ingatan bentuk dan super elastic atau pseudoelasticity bergantung pada aplikasi. Nitinol ini amat berguna dan menawarkan banyak kelebihan terutamanya kepada pengeluar peranti perubatan kerana memori termanya yang memberikan fleksibiliti dan kekuatan yang diperlukan untuk pelbagai aplikasi. Di Malaysia, ataupun nitinol ini dia telah menarik beberapa syarikat antarabangsa seperti Johnson & Johnson, NASA, Rolls-Royce, Stryker, Jaxa dan Lockheed Martin. Di Malaysia sendiri terdapat beberapa syarikat yang telah berjaya untuk menjadi pengeluar pertama di dunia bagi implan gigi yang berasalkan nitinol. Jadi, di dalam Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Negara yang disebutkan tadi kita menyasarkan pembentukan National Advanced Material Consortium atau NAMC yang akan bertindak sebagai platform bebas untuk memberikan saranan strategik kepada industri dan kerajaan dalam agenda pembangunan bahan termaju negara. NAMC akan turut berfungsi dalam menyediakan akses kepada pelaburan pembiayaan peluang pasaran dan rakan teknologi dalam bidang bahan termaju selain pembangunan model insan teknologi dan perwujudan rantaian bekalan. Sebagai makluman juga, daripada empat bahan termaju yang disebutkan tadi REE, graphene, nitinol dan polimer selulosa berhablur mikro.
Kesemua empat bahan termaju ini telah diangkat sebagai bahan, yang di mana MOSTI akan bekerjasama dengan pihak MITI dan telah dimasukkan dalam National Industry Master Plan sebagai untuk kita mengeksploitasikan bahan-bahan ini untuk melonjakkan negara kita daripada segi ekonomi dan juga industri hiliran yang akan datang. Sekian dan terima kasih.
Terima kasih. Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Waspada kita musim tengkujuh, Soalan Ledang nombor tujuh.
Silakan Menteri.
7. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perancangan kementerian dalam meletakkan martabat kejayaan atlet yang mengharumkan nama negara sebaris kejayaan ikon serta tokoh sektor-sektor lain.
Baik. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa memberikan perhatian terhadap pelbagai usaha untuk menjadikan atlet negara sebagai kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Dalam hal ini, kementerian menerusi Majlis Sukan Negara telah pun menganjurkan Anugerah Sukan Negara pada setiap tahun. Anugerah ini merupakan pengiktirafan tertinggi oleh kerajaan kepada atlet, jurulatih dan pegawai sukan yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Anugerah Sukan Negara dilaksanakan atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk mencemar duli menjadi tetamu kehormat dan menyampaikan anugerah utama iaitu Anugerah Olahragawan Kebangsaan dan Anugerah Olahragawati Kebangsaan. Selain daripada itu, sebagai sebahagian usaha untuk kita raikan dan hargai kesungguhan atlet-atlet negara, kementerian juga menerusi Majlis Sukan Negara telah mewujudkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sejak tahun 1986 sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada atlet serta jurulatih yang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa khususnya di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik, Sukan Asia dan Para Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan Para ASEAN serta kejohanan-kejohanan individu di peringkat dunia yang diiktiraf oleh badan sukan antarabangsa. Pemenang pingat di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik akan menerima insentif tertinggi iaitu sebanyak RM1 juta bagi pingat emas, RM300,000 bagi pingat perak dan RM100,000 untuk pingat gangsa. Selain itu, ramai juga tokoh sukan negara yang telah pun bersara turut dilantik dalam memberikan khidmat nasihat kepada aspek pembangunan sukan negara seperti Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei dalam sukan badminton, Puan Nurul Huda Abdullah dalam renang dan dalam Lembaga Pengurusan Majlis Negara. Di samping itu juga, terdapat ramai atlet telah pun diberikan ruang yang luas untuk menjadi ahli jawatankuasa tertinggi dalam persatuan sukan kebangsaan seperti: (i) Datuk Shalin Zulkifli yang menjadi Penolong Setiausaha Kongres Tenpin Boling Malaysia; (ii) Encik Gerard Monteiro, Presiden Persatuan Squash Malaysia; (iii) Encik Azlan Iskandar, Timbalan Presiden Persatuan Squash Malaysia; (iv) Datuk Dr. PS Nathan, Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia; dan (v) Encik Ally Ong Tai Hong, Presiden Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia. Selain itu terdapat juga ramai bekas atlet turut diberikan peluang untuk menjawat jawatan dalam kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan seperti Datuk Shalin Zulkifli,
bekas Ratu Boling Negara yang kini berkhidmat di Majlis Sukan Negara, Encik Lutfi Othman bekas atlet menembak yang kini juga berkhidmat di Majlis Sukan Negara, Dr. Mon Redee Sut Txi bekas atlet memanah yang kini berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Puan Jupha Somnet bekas atlet berbasikal yang berkhidmat di Polis Diraja Malaysia, Encik Sakhi bin Mamat bekas atlet silat yang berkhidmat bersama Angkatan Tentera Malaysia dan Puan Nur Shazirah Hidayah Alis bekas atlet silat yang berkhidmat bersama Kastam Diraja Malaysia. Kita juga turut memberikan galakan kepada legenda sukan negara untuk meneruskan karier mereka menerusi penubuhan-penubuhan akademi sukan untuk mengasah bakat-bakat baharu seperti contoh yang ditunjukkan oleh Datuk Leong Mun Yee untuk penubuhan Akademi Datuk Leong Mun Yee (DLMY) dan Datuk Nicol Ann David untuk penubuhan Nicol David Organisation. Jadi, untuk kita pastikan atlet-atlet berprestasi tinggi negara ini dijadikan suri teladan buat masyarakat khususnya buat generasi muda, kita juga melaksanakan program-program pertemuan rahmah mesra bersama atlet-atlet negara. Ini bagi membolehkan barisan atlet berkongsi pengalaman kepada murid-murid dan pelajar sekolah. Antara atlet-atlet yang terlibat, termasuklah Kelly Tan dalam sukan golf, Azeem Fahmi olahraga dan juga atlet-atlet yang telah memenangi pingat di Sukan Asia Hangzhou 2022. Kita juga turut menzahirkan penghargaan kepada kementerian dan agensi lain yang turut mengangkat ketokohan atlet negara. Misalnya seperti penganugerahan Ikon Perpaduan Negara oleh Kementerian Perpaduan Negara pada atlet terjun Datuk Pandelela Rinong. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya jemput Ledang.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri kerana ada jelas usaha-usaha untuk terus meletakkan atlet-atlet kita yang telah mengharumkan nama negara terus untuk melaksanakan khidmat dan juga untuk melahirkan bakat-bakat baharu. Cuma jika kita teliti daripada segi trend carian bakat-bakat baharu ini dalam bidang-bidang lain seperti seni, nyanyian, lakonan ataupun pengacaraan, mereka banyak melaksanakannya melalui rancangan realiti TV ya. Rancangan realiti TV dan kita dapat banyak kandungannya. Pelbagai. Kalau kita search, ada banyak sangat rancangan realiti TV tersebut. Cuma dalam bidang sukan, dia agak kurang lately walaupun dulu kita ada rancangan seperti MyTeam atau pun Mencari Ramli. Saya sedar bahawa sekarang pun ada juga The Next SuperMOKH yang dalam rancangan RTM. Cuma apakah kita rasa bahawa kita boleh melihat ruang khas pencarian bakat-bakat baharu ini dengan melalui rancangan realiti TV bukan sahaja dalam bola sepak tetapi dalam arena sukan yang lain, termasuk juga dalam olahraga. Terima kasih.
Sila Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu memang sukan dalam soal pencarian bakat ini selalunya akan melibatkan banyak unsur teknikal dan juga kepakaran-kepakaran yang khusus. Sebab itu dalam soal mencari bakat-bakat baharu, kita banyak bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain-lain, termasuk Kementerian Pendidikan yang mana kita boleh beri ataupun kita boleh pastikan kepakaran-kepakaran ini boleh di kumpul dan boleh buat scouting dengan lebih efektif. Walau bagaimana sekali pun, memang ada salah satu rancangan yang baru sahaja tamat sebenarnya disiarkan di Astro iaitu Battleground Malaysia: Road To Gold. Ini bersempena pencarian bakat ataupun penonjolan bakat-bakat baharu atlet Malaysia yang bakal bertanding dalam kategori-kategori baharu. Contohnya untuk Battleground Malaysia ini adalah untuk meraikan bakat-bakat seni tarian yang sekarang ini telah pun diiktiraf dalam Sukan Olimpik juga sebagai salah satu cabang sukan yang kita panggil sebagai blank sport. Jadi, itu adalah usaha-usaha yang telah pun dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan dan kita akan pastikan cadangan
dan juga buah-buah fikiran sebegini kita akan terus teroka dan boleh realisasikan di masa hadapan. Terima kasih.
Sila Masjid Tanah.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya. Tahniah di atas usaha KBS di atas inisiatif untuk melahirkan lebih ramai ikon-ikon dan juga setaraf dengan tokoh-tokoh yang lain. Bercakap mengenai tokoh, saya ingin merujuk kepada salah satu insiden yang baru-baru ini berlaku. Tular minggu lepas dengan seorang pempengaruh sosial media yang melahirkan rasa sedih dan kecewa beliau apabila mendakwa kemenangan yang sepatutnya menjadi miliknya pada Anugerah Perdana Belia Negara yang mana digugurkan saat akhir ya. Kita maklum bahawa tidak ada pun pihak KBS mengeluarkan pemberitahuan hitam putih bahawa orang tertentu akan menang tetapi bagaimanakah beliau boleh mendakwa bahawa beliau dimintakan memberikan gambar-gambar aktiviti dan sebagainya selepas menjalankan beberapa mesyuarat dan juga temu duga dibuat. Seolah-olahnya ia akan ditayangkan pada hari penganugerahan itu berlaku. Keduanya, beliau mendapat jemputan untuk duduk bersama dengan pemenang- pemenang yang lain tetapi akhirnya pemakluman bahawa tiada pemenang dibuat dalam tempoh 24 jam terakhir. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimanakah sebuah program yang berprestij yang ditunggu-tunggu oleh anak muda seluruh negara, kerana saya juga pernah masuk dalam Anugerah Belia Negara suatu ketika dahulu sewaktu saya berkecimpung dalam Belia 4B Negara Malaysia yang dulu. Jadi, saya tengok bahawa ini adalah satu usaha yang baik daripada kerajaan dan bagaimanakah perkara itu boleh berlaku? Kedua, bagaimanakah usaha daripada pihak kementerian untuk mengelakkan supaya perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan dan mengecewakan ramai anak-anak muda di negara kita? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Sila Menteri.
Masjid Tanah. Saya kira Dato’ Yang di-Pertua, perkara ini saya agak terkejut sampai nak bawa masuk ke Parlimen kerana ini bukannya satu perkara yang kepentingan awam buat masa sekarang dan ia telah pun kita— sabar. Ia telah pun kita kendalikan. Malah, pengetahuan hari ini. Hari ini. Di sini. Di bangunan Parlimen ini, kalau saya nak jemput Masjid Tanah pun boleh, yang dimaksudkan itu pun akan datang ke sini untuk pertemuan dengan saya. Saya tidak ada masalah kalau mana- mana, Arau sekalipun yang telah pun membangkitkan perkara ini semalam. Sebagai usul bawah 18 itu pun hendak datang jumpa, boleh jumpa. Nak selfie, nak buat video pun boleh. Tidak ada masalah. Cuma untuk menjawab soalan Masjid Tanah. Pertama, Jawatankuasa pemenang. Jawatankuasa untuk pengesahan pemenang ini dia telah putuskan tiada pemenang bagi dua kategori iaitu Ikon Belia Influencer dan Ikon Belia Sanjungan Budi.
Bukan hanya satu kategori. Dua kategori yang tidak ada pemenang dan ini adalah keputusan muktamad. Tidak ada calon yang memenuhi kriteria yang telah pun ditetapkan. Kita juga tidak pernah keluarkan – seperti Yang Berhormat sebut tadi, tidak pernah keluarkan sebarang surat pemakluman kepada mana-mana individu tertentu sebagai pemenang. Jadi, kita pun tertanya-tanya bagaimana boleh dianggap dirinya pemenang dan sebagainya. Sebab itu kita buka ruang untuk penjelasan lebih lanjut diadakan, pertemuan boleh diadakan, selesaikan cara baik. Tak perlu kita jadikan ia sebagai satu sensasi. Kalau ada kelemahan, kalau ada mana-mana kesilapan, itu semua boleh kita uruskan dan boleh kita rungkai menerusi pertemuan yang lebih bersifat matang. Dalam isu ini juga kita telah pun keluarkan kenyataan media untuk jawab isu berkaitan penularan isu tersebut. Saya harap kepada mana-mana pihak yang
menganggap bahawa ini sebagai satu bentuk penganiayaan dan sebagainya, itu bukan perkara yang menjadi orang kata tujuan atau matlamat APBN kali ini. Ia adalah bertujuan untuk mengiktiraf golongan-golongan belia yang telah pun mencapai satu kejayaan yang sangat besar. Malang bagi kita dalam Anugerah Perdana Belia Negara kali ini, ada lebih 12 penerima anugerah termasuk mereka yang telah memenangi pingat emas dalam Sukan Asia, tidak diberi perhatian pun. Yang ini yang kita rasakan kerana terbawa-bawa oleh sensasi yang sedang berlaku terhadap hanya satu atau dua individu. Perkara ini kita harus sedikit sebanyak sebagai masyarakat pandang juga. Terima kasih.
Baik, saya jemput Tuan Rushdan bin Rusmi, Padang Besar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Jika ingin memancing toman, Jangan lupa membawa umpan, Wahai Tan Sri Speaker yang budiman, Soalan hamba nombor lapan.
8. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan menyatakan konsep sewa beli untuk pembeli rumah pertama. Adakah konsep sewa beli ini akan dilaksanakan oleh institusi kewangan seperti bank atau akan melalui agensi kerajaan seperti SPNB dan PR1MA atau koperasi.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Padu. Yang Berhormat Menteri, jawab pantun.
Saya jawab soalan terus. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, selaras dengan matlamat Dasar Perumahan Negara 2018-2025 untuk menyediakan perumahan yang inklusif, berkualiti, mampu milik dan berdaya huni, kerajaan sentiasa memberikan komitmen dalam menyediakan program perumahan mampu milik bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal tanpa mengira sama ada secara pemilikan atau sewaan dengan konsep sewaan perumahan sebagai tempat tinggal. Untuk makluman di bawah kerajaan, terdapat dua kategori bagi Program Perumahan Rakyat atau singkatannya PPR iaitu PPR Dimiliki dan yang kedua PPR Disewa yang dikhaskan kepada golongan B40. Kadar sewa baharu bagi PPR yang baru siap disewa adalah RM200 sebulan bagi unit rumah bertanah atau landed dan juga RM250 sebulan bagi unit rumah strata. Kerajaan juga telah memperkenalkan Program PPR Sewa Untuk Milik atau dengan izin rent-to-own, singkatannya RTO pada tahun 2017. PPR RTO merupakan skim pembiayaan mudah khusus untuk membantu pemilikan rumah bagi golongan B40 yang telah ditawarkan unit PPR tetapi tidak ataupun gagal mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan. Harga jualan rumah PPR RTO adalah RM50,000 merangkumi Wang Peruntukan Sementara ataupun singkatannya WPS bagi tujuan penyelenggaraan. Skim PPR RTO ini telah dilaksanakan di 18 PPR yang melibatkan 7,234 unit rumah. Sehingga 30 September 2023, sebanyak 5,620 keluarga telah ditawarkan skim PPR RTO di seluruh negara. Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, menerusi RMKe-12, skim PPR RTO merupakan satu bentuk skim pemilikan rumah melalui sewaan melibatkan pemaju dan pihak institusi kewangan bagi menyediakan perumahan kepada
golongan sasar. Kerajaan telah menetapkan bahawa skim PPR RTO akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai kumpulan sasar iaitu golongan B40 dan M40 dapat memiliki rumah. Sehubungan itu, KPKT sedang meneliti untuk menambah baik skim PPR RTO sedia ada dan bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk pihak swasta dan institusi kewangan bagi memperluaskan skim ini, seterusnya menepati keperluan golongan sasar. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, saya jemput Padang Besar.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif. Soalan seterusnya, sejauh mana kah skim sewa beli atau rent-to-own telah berjaya membantu golongan B40 untuk memiliki rumah. Ini memandangkan sehingga awal tahun ini hanya sekitar 4,690 buah keluarga di PPR seluruh negara dilaporkan telah ditawarkan skim sewa beli. Jika pembiayaan sewa beli ini akan dilaksanakan di bawah institusi bank, adakah kerajaan akan memperkenalkan alternatif pembiayaan rumah yang tidak berasaskan riba? Sekian, terima kasih.
Silakan, Menteri.
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Padang Besar. Cuma untuk makluman Padang Besar, angka itu telah meningkat untuk sehingga 30 September, yang saya sebut tadi sebanyak 5,620 keluarga mendapat skim PPR RTO. Cuma di sini juga saya ingin kongsikan sedikit bagaimana skim PPR RTO ini berfungsi. Kaedahnya adalah bagi mereka yang mendapat kelayakan skim ini, mereka akan menyewa dan ada kaedah yang mana sebahagian daripada bayaran sewaan itu untuk dibayar kepada harga rumah tadi. Maka selepas beberapa tempoh, kebiasaannya adalah lima tahun, 10 tahun, 15 tahun, setiap tempoh itu akan ditawarkan kepada pihak yang memiliki skim ini untuk memiliki ataupun membeli rumah tersebut melalui pinjaman daripada institusi perbankan. Cuma di sini Tan Sri Yang di-Pertua, antara cabaran yang dihadapi bila berbincang dengan pihak perbankan sebagai contoh skim yang biasa kita beli rumah, rumah tersebut akan dicagarkan ataupun menjadi collateral dengan izin, maka itu berlakunya proses jual beli tetapi dalam skim RTO ini, pemaju itu masih memegang unit tersebut. Maka, memang terdapat cabaran di pihak institusi perbankan untuk menawarkan RTO ini kerana soal perundangan collateral tadi. Cagaran tadi terletak di mana? Sekiranya pembeli yang memasuki skim RTO, sebenarnya masih menyewa sehingga penyewa itu bersetuju membeli secara penuh, maka sepanjang tempoh tersebut masih dianggap penyewa. Jadi, sekiranya berlaku apa-apa dalam tempoh tersebut, bagaimana dari segi tanggungjawab untuk meneruskan bayaran dan sebagainya. Jadi, itu antara cabaran. Cuma semoga ini memberi juga gambaran kepada pembeli rumah di luar sana dalam soal mendapatkan skim RTO. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, saya jemput Sri Gading.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri bahawa kita dapat melihat bahawa PPR RTO ini adalah keperluan yang sangat kepada rakyat, khususnya di kalangan orang muda sebab kebanyakan pasangan muda, orang muda yang baru bekerja, pendapatan kecil, kelulusan rendah. Jadi mereka sangat memerlukan benda ini, terutama di kawasan- kawasan bandar. Jadi berapa ramai setakat ini yang dapat dikenal pasti pemohon- pemohon berkaitan dengan rumah PPR RTO? Itu yang pertama.
Kedua, berapa lama tempoh kalau nak diberikan sewa beli itu? Adakah sewa itu termasuk bila dia bersetuju untuk beli, adakah sewa itu dikira juga sebagai telah membayar? Itu antara persoalan yang selalu ditanya oleh rakyat. Sila Menteri.
Sri Gading, Sri Gading, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Sri Gading. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Sri Gading sebentar tadi, RTO sebagai contoh yang disebut dengan jelas tadi adalah dengan penerima skim tersebut membayar sewaan sepanjang tempoh sebelum ditawarkan untuk memiliki rumah tersebut. Kebiasaannya, ada tempoh tertentu iaitu cukup lima tahun, kita akan tawarkan dia untuk memiliki rumah tersebut. Kalau masih tidak mampu mendapatkan pembiayaan, ada peluang tempoh yang kedua, 10 tahun, 15 tahun dan berikutnya. Bagi menjawab lebih spesifik persoalan yang dibangkitkan, untuk ketika ini, RTO di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), bayaran yang dikenakan sewaan itu adalah sebanyak RM225. Itu yang disebut dia bayar setiap bulan tetapi potongan – kita membuat potongan daripada jumlah tersebut untuk penyelenggaraan. Contohnya untuk landed, penyelenggaraannya ada RM12 sebulan, manakala untuk ataupun non-strata tadi, RM140 sebulan.
Maka sebab itu, sebenarnya dia membolehkan sementara RTO itu berfungsi secara sewaan, ada juga cadangan ataupun pandangan kita memaksa simpanan itu berlaku ataupun disebut forced saving. Jadi forced saving ini yang ditolak daripada harga rumah yang ditawarkan itu. Cuma bagi menjawab untuk RTO yang sedia ada untuk 18 PPR, dia bermula tahun 2017 maka jangkaan untuk bermulanya tawaran untuk membeli itu adalah tahun keenam. Jadi, selepas itu barulah kita akan nampak data berapa ramai sebenarnya melalui skim RTO ini sebenarnya betul-betul mampu untuk akhirnya memiliki rumah tersebut. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Baik, saya jemput Puan Wong Shu Qi, Kluang.
Sila Menteri.
9. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan status terkini penubuhan Majlis Media Malaysia.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat Kluang. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti dan memuktamadkan kandungan rang undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia dengan mengadakan beberapa siri perbincangan secara berkala bersama jawatankuasa pro-tem Majlis Media Malaysia, jawatankuasa kerja sementara yang terdiri daripada pengamal media untuk memastikan RUU Majlis Media Malaysia ini dapat dibentangkan secepat mungkin. Sesi perbincangan telah diadakan bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan RUU Majlis Media Malaysia adalah jelas dan mencapai kesepakatan antara semua pihak. Antara perkara yang dibincangkan secara lebih teliti dan perlu dipersetujui adalah berhubung beberapa takrifan yang akan dimasukkan dalam RUU ini, penguatkuasaan yang dimiliki oleh Majlis Media Malaysia dan beberapa isu lain. Selanjutnya, KKD akan mengadakan sesi libat urus bersama kementerian, agensi dan juga jabatan yang lain serta pemegang taruh yang terlibat secara langsung mahupun
tidak bagi mendapatkan pandangan secara holistik daripada semua pihak dengan mengambil kira faedah Majlis Media Malaysia kepada negara secara amnya dan pengamal media secara khususnya. Penubuhan Majlis Media Malaysia dan RUU yang dicadangkan hendaklah mengambil kira peruntukan undang-undang Persekutuan serta undang-undang negeri sedia ada berkaitan dengan media. Peranan dan fungsinya juga perlu jelas bagi memastikan tiada pertindihan skop undang-undang penubuhan Majlis Media Malaysia dengan peruntukan undang-undang serta kawal selia sedia ada oleh kerajaan. Sekian, jawapan saya. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Sila Kluang.
Terima kasih Tan Sri Speaker. Jadi, boleh minta Timbalan Menteri bagi tahu sudah ada berapa kali sesi rundingan dengan jawatankuasa tersebut selepas Kerajaan Perpaduan dibentukkan dan timeline yang tepat untuk menubuhkan Majlis Media Malaysia ini. Yang paling penting sekali adalah bagaimanakah kita boleh pastikan bidang media mampu regulate, dengan izin self-regulate mereka, diri sendiri, antara semua pengamal media supaya mereka bukan sengajalah, kadangkala tetapi tidak menyebarkan berita palsu atau misinformasi ataupun disinformasi lagi. Khususnya maklumat atau berita luar negara yang lucu, menarik perhatian orang ramai yang sering kali timbul di media- media ataupun kadangkala pun masuk penerbitan mainstream media dengan izin. Jadi, surat khabar ataupun berita palsu seperti itu yang tak 100 peratus benar memang menarik perhatian pembaca berita tetapi akan menjejaskan persepsi pembaca berita. Jadi, saya ingin tahu bagaimanakah kita boleh pastikan kejadian sebegini tidak berlaku lagi. Saya nak tahu juga ada media yang terbitkan berita palsu dari luar negara dan kemudian tarik balik dan terbitkan satu berita lagi katanya, “Oh, berita yang saya terbitkan semalam tu adalah palsu”. Jadi, saya rasa kita perlu ambil tindakan yang lebih proaktif supaya Majlis Media Malaysia ni boleh self-regulate supaya pengamal media mereka sendiri boleh jadi goalkeeper dan mengawalkan supaya tiada berita palsu atau misinformasi ataupun disinformasi disebar melalui saluran mereka. Sekian, terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat Kluang, yang juga dulunya merupakan seorang pengamal media, jadi memanglah Yang Berhormat amat-amat fasih tentanglah isu yang kami hadapi sekarang. Untuk makluman Yang Berhormat, selepaslah Kerajaan Perpaduan dibentuk, saya sendiri telah mempengerusi enam sesi mesyuarat bersama denganlah PROTEM committee. Mesyuarat pertama pada 1 Mac, kedua pada 8 Mei, ketiga pada 15 Mei, keempat pada 10 Julai, kelima pada 14 Ogos dan mesyuarat terakhir adalah pada 7 November di mana PROTEM committee meminta tempoh masa dua minggu untuk come back denganlah beberapa ulasan mereka. Jadi ini memang menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuklah membentuk Majlis Media Malaysia ini. Dari segi timeline yang kita telah tetapkan selepaslah kita menerima maklum balas daripada jawatankuasa PROTEM, KKD akan mulakan sesi libat urus bersama dengan kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan sepertilah MOF, KDN, Majlis Keselamatan Negara, AGC dan jugalah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya. Selepas itu, kami akan sediakan memorandum Jemaah Menteri untuklah hantar ke Jemaah Menteri selepaslah kita dapat keputusan ataupun kelulusan daripada Jemaah Menteri dan juga AGC. Kami harap bahawa kita boleh bentangkan RUU Majlis Media Malaysia di Parlimen pada bulan Mac tahun depan. Memanglah hasrat untuk mewujudkan Majlis Media ini adalah supaya pengamal media, mereka boleh self-regulate supaya – jadi dalam rang undang-undang ini memang kita mewujudkan satu grievance mechanism, di mana sesiapa yang tidak berpuas hati
denganlah laporan bolehlah lodge complain, buat aduan denganlah Majlis Media ini dan Majlis Media bolehlah mewujudkan jawatankuasa untuklah meneliti aduan tersebut dan jugalah come out with finding. Keluarkan satu keputusan sama ada mereka setuju bahawa laporan daripada media organisasi itu adalah tidak etika ataupun mereka tidak melanggar apa-apa etika untuklah pengamal media. Jadi, kami harap bahawa denganlah Majlis Media ini kita boleh memastikan bahawa kita boleh wujudkan pengamal media yang lebih bertanggungjawab dan juga ada satu badan yang bolehlah menjadi autoriti untuk membuat keputusan sama ada sesuatu artikel itu adalah beretika ataupun kurang etika ataupun dengan sengajalah adalah satu headline yang nak create bait sahaja kerana nak sensasikan emosi masyarakat kita. Sekian jawapan saya, terima kasih Tan Sri Speaker.
Baik, saya jemput Tumpat.
Terima kasih Tan Sri di-Pertua. Soalan tambahan saya, oleh kerana kita percaya bahawa antara isi atau essence kepada akta ini, akan ditubuhkan ini, merujuk kepada press freedom dan press accountability. Jadi ia memerlukan suatu tindakan pendidikan. Saya nampak di beberapa negara mereka menubuhkan lebih dahulu Media Literacy Council sebagai pendidikan kepada masyarakat sebelum mereka meneruskan kepada fungsi-fungsi majlis media negara mereka, itu yang pertama. Yang kedua, dalam keadaan semasa ini, kita melihat bahawa pendapatan daripada syarikat-syarikat penerbitan juga menghadapi masalah kerana tekanan ekonomi dan yang berhadapan juga media sosial. Apakah tindakan kementerian untuk mengatasi masalah ini? Terima kasih.
Sila Menteri.
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat Tumpat, cadangan yang sangat bagus. Memang kita rasa bahawa untuk masyarakat kita literasi media adalah sangat-sangat penting dan itu juga merupakan salah satu fungsi yang kita harap bahawa Majlis Media Malaysia ini, bolehlah memainkan peranan tersebut untuklah mendidik masyarakat kita supaya kita boleh sama-sama meningkatkan lagi literasi media. Selain daripada Majlis Media, memang juga ada NGO-NGO lain yang sedang menjalankan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan literasi media dan KKD akan sentiasa bersudi untuklah bekerjasama dengan mereka, untuk pastikan bahawa secara keseluruhan kita boleh meningkatkan lagi literasi media di masyarakat Malaysia.
Kedua ialah kita juga faham bahawa memang syarikat-syarikat media sekarang juga menghadapi cabaran mereka dari segi kewangan kerana sekarang banyak sumber kewangan daripada advertisement, daripada iklan sekarang sebenarnya telah lah pergi, semua pergi ke tech giant sepertilah Google dan juga search engine yang lain. Jadi, juga merupakan hasrat KKD bahawa kami akan mulakan engagement dengan lah tech giant tersebut supaya kita boleh mungkinlah contohi negara-negara yang lain denganlah satu formula di mana advertisement ataupun sumber pendapatan iklan itu juga bolehlah sebahagian alih balik kepada syarikat-syarikat media di Malaysia. Ini memang merupakan salah satu hala tuju dan hasrat KKD dan kami akan mulakan engagement dengan tech giant untuk pastikan bahawa sumber iklan itu jugalah akhirnya boleh sampai balik ke syarikat media di Malaysia. Sekian jawapan saya. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Sila Menteri. [Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Kerja Raya bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi pada hari Khamis, 16 November 2023”.
Ada yang menyokong?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024 JawatankuasaBill
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Anggaran Pembangunan 2024 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024 Jawatankuasa — Kepala B.26 [Jadual] – Kepala P.26 [Anggaran Pembangunan 2024] –Bill
Terima kasih. Kepala Bekalan B.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahas. Saya menerima 18 permohonan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berbahas di bawah kementerian ini. Saya akan bacakan nama-nama mereka. Kalau ada yang nak buat (tukar), beritahu awal ya.
Baik. Selepas ini Yang Berhormat Jelutong kemudian diikuti dengan Sungai Besar, Parit Sulong, Pengkalan Chepa, Petaling Jaya, Masjid Tanah, Sri Gading, Padang Besar, Bangi, Kuala Langat, Kalabakan, Kulim-Bandar Baharu, Sungai Siput, Temerloh, Pasir Gudang, Kuala Krau, Rasah dan terakhir, Jerlun. Untuk itu, saya jemput Jelutong dalam masa lima minit. Silakan Jelutong.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Selamat pagi. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Saya ingin terus menyentuh kepada Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan dan juga Butiran 020100 – Dasar dan Hubungan Antarabangsa dan juga Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia). Saya sedar bahawa Menteri dan juga kerajaan sedang melakukan segala usaha untuk terus memajukan semua perniagaan, termasuk terutamanya SME Corp dan saya juga sedar bahawa baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dalam satu sesi pemukiman di Singapura, yang dilaporkan oleh akhbar berlaku pada 30 Oktober 2023, telah menandatangani satu memorandum persefahaman di antara Malaysia dan Singapura, di mana berita itu disiarkan luas dengan tajuk berita, “MoU Antara SME Malaysia dan Enterprise Singapore Bakal Dorong Pertumbuhan PMKS”. Ini adalah berita baik. Sesuatu yang patut kita puji. Kita lihat rata-rata, banyak produk daripada Malaysia akan diimport ke Singapura dan perniagaan dua hala ini akan bertambah baik dan saya juga melihat laporan ini, di mana telah dilaporkan Malaysia telah mengenal pasti lapan sektor yang akan diberi keutamaan untuk aktiviti padanan perniagaan bersama Singapura termasuk pertanian pintar, elektrik, elektronik, aeroangkasa, peranti perubatan, industri halal, minyak dan gas, pelancongan dan biomas. Saya ingin tanya kepada Menteri, sebelum itu, saya sedar bahawa banyak produk seperti Jeruk Madu Pak Ali memang famous di Singapura. Keropok lekor daripada Kelantan, Terengganu famous, dia terkenal di Singapura. Cuma saya ingin tanya, adakah kenyataan seorang Ahli Parlimen yang dibuat baru-baru ini mengaitkan Lee Kuan Yew dengan komunis akan menyebabkan apa-apa masalah di atas usaha-usaha yang telah dilakukan? [Timbalan yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa]
[Bangun]
Keceluparan Ahli Parlimen ini mungkin menyebabkan perniagaan dua hala di antara Singapura dan Malaysia ini tergugat.
Standing order, Tuan Yang di-Pertua. Standing Order 36(6). Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain. Saya mohon kepada Jelutong untuk menarik balik perkara tersebut. Saya telah memberi keterangan dan belum ada apa-apa lagi keputusan. Jadi, saya mohon untuk kepada Jelutong untuk menarik balik perkara tersebut.
Puan Pengerusi, saya tidak menyebut mana-mana nama. So, tolong duduk. Jangan perasan.
Ya, betul.
Tolong duduk.
Sila duduk.
“Siapa yang makan cili, rasa pedas”. Duduk. Saya tak sebut nama Kepala Batas. Saya bangun sebab saya sedar perniagaan di antara Malaysia dan Singapura penting. Ramai ahli-ahli perniagaan mengeluh kepada saya.
Timbalan di-Pertua, adakah apa yang disebutkan oleh Jelutong sebentar tadi berkait dengan apa yang dibahaskan?
Apa dia? Apa dibahaskan?
Ahli-ahli sedang melihat. Adakah ini yang dimaksudkan dengan perbahasan? Untuk seorang Ahli Parlimen yang berkualiti, yang senior, adakah ini yang ditunjukkan kepada masyarakat di luar?
Dia mengganggu perbahasan saya.
Sila duduk Kepala Batas.
Memang ada kena mengena. Baca butiran SME Corp, baca dulu.
Teruskan ya.
Ya, terima kasih Puan Pengerusi. Baca dulu. Saya telah menyentuh Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia. Baca berita, Ahli Parlimen. Jangan celopar. Ada berita 30 Oktober, Perdana Menteri kita telah menandatangani satu memorandum. Ramai ahli perniagaan kebanyakannya Melayu mengeluh. Produk-produk mereka mungkin dipulaukan oleh Singapura. Apa yang berlaku kalau Singapura memberhentikan semua rakyat Malaysia bekerja di sini, bekerja di sana?
[Dewan riuh]
Tolonglah. Sebab itu saya minta Menteri supaya memberi perhatian kepada perkara ini dan kalau boleh saya ingin tanya kepada Menteri, bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini supaya produk-produk Malaysia...
Jangan play victim lah Jelutong.
Produk-produk Malaysia, terutamanya yang disediakan oleh SME Corp...
[Dewan riuh]
Masa sudah tamat.
...diterima oleh Singapura. Sebelum itu Puan Pengerusi, saya telah menerima permintaan untuk mengalu-alukan kedatangan SMK Tanjong Lumpur, Kuantan di galeri pada hari ini. [Tepuk]
Masa sudah tamat.
Terima kasih Puan Pengerusi. Saranan saya kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, tolong tumpukan perhatian apa yang berlaku di Parlimen. Terima kasih.
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi Tuan Pengerusi. Pendek dan sedikit sahaja daripada Sungai Besar. Tiga perkara sahaja yang hendak disentuh.
Saya terus kepada Butiran 030300 dan 040500 berkaitan dengan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Kita tahu IKMa adalah institusi yang melatih dan memberi ilmu kepada ahli-ahli lembaga lebih 15,000 koperasi di seluruh negara dan kini telah memiliki sebuah universiti iaitu Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia. Ini universiti yang pertama sekali diwujudkan selepas koperasi wujud di negara kita 100 tahun yang lampau iaitu sejak wujudnya koperasi pada tahun 1922. Hanya dengan peruntukan sebanyak RM16 juta lebih dan RM10.8 juta, saya kira bagaimana IKMa nak merancakkan operasi dari segi pemasaran, reach out universiti kepada pengetahuan umum dan bagaimana nak memberi latihan, nak memberi kursus, nak memberi seminar kepada ahli lembaga dengan peruntukan yang sekecil itu. Jadi, mohon kepada pihak kementerian untuk kita tengok bagaimana kita nak menambah lagi supaya lebih memudahkan pihak IKMa melaksanakan tugasannya dengan cukup sempurna. Bagi Butiran 30000 bagi Maksud P.26 berkaitan dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha (TEKUN). Tuan Pengerusi, kita telah melalui satu krisis yang sangat panjang. Krisis kesihatan bermula Mac 2020 hingga April 2022 yang menyebabkan kita tahu banyak sektor terutamanya perniagaan dan keusahawanan terpaksa ditutup. Waktu ini, kita kira banyak usahawan yang telah “gulung tikar”. TEKUN ini Tuan Pengerusi, institusi pembiayaan yang sangat hampir, sangat signifikan dengan usahawan selain daripada Bank Rakyat, SME Bank dan lain-lain. Malangnya, dalam bajet kali ini, hanya diperuntukkan sebanyak RM330 juta sahaja berbanding saya kira keperluannya lebih daripada RM800 juta. Jadi, ini katakanlah Tuan Pengerusi, setiap usahawan meminjam purata RM10,000. Dengan peruntukan sebanyak RM330 juta, hanya boleh bagi pinjam kepada 33,000 usahawan sahaja dan kita tahu, hampir ataupun lebih 40,000 usahawan telah gulung tikar. Ini usahawan mikro, “gulung tikar” sewaktu krisis kesihatan yang cukup panjang. Ini tidak termasuk usahawan-usahawan informal di luar sana. Saya kira Tuan Pengerusi, ini waktu yang kita nak bantu hampir dua juta usahawan supaya bangkit semula. Jadi, kenapa tidak ditambah peruntukan, Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, peruntukan untuk TEKUN ini harus kita tambah lebih banyak lagi. Kemudian, saya masuk kepada Butiran 96000 bawah kepala 26 berkaitan peruntukan latihan kepada INSKEN. INSKEN ini adalah sebuah institusi yang melatih usahawan-usahawan walaupun semudah untuk mengurus tunai. Kita nak ajar mereka mahir selok-belok bagaimana nak menjadi usahawan yang berjaya. Sebagaimana saya sebut tadi Tuan Pengerusi, walaupun hanya untuk memberi kursus bagaimana nak urus tunai sahaja tetapi peruntukan yang diberikan hanyalah RM11 juta. RM11 juta terlalu kecil untuk melatih lebih daripada dua juta usahawan-usahawan mikro dan usahawan- usahawan informal. Kita melihat pada buku, keperluan untuk kita melatih usahawan lebih daripada RM80 juta. Jadi saya kira, kalau kita nak serius untuk membangunkan lagi ataupun membangkitkan lagi usahawan-usahawan kecil yang banyak “gulung tikar”, yang banyak keluh-kesah di luar sana, saya kira mereka-mereka itu perlu diberi latihan dan perlu dibagi banyak peluang untuk mendapat latihan ataupun latihan keusahawanan untuk melakar kejayaan di INSKEN ini. Jadi, itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Saya jemput Yang Berhormat Parit Sulong.
Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 140000 – IKMa. Sama juga seperti Yang Berhormat
Sungai Besar tadi memaklumkan, saya ingin menyentuh mengenai Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia ataupun UKKM yang menjadi institusi pengajian tinggi pertama yang telah diluluskan tahun 2022. Menawarkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana. Soalan yang saya nak kemukakan adalah, berapakah courses ataupun program yang telah mendapat akreditasi daripada MQA kerana ini sangat penting? Berapakah jumlah pelajar sekarang ini mengikut bidang pengajian yang telah ditawarkan? Saya juga nak tanya kepada pihak kementerian, apakah insentif yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dalam menggalakkan lebih ramai pelajar menuntut di UKKM ini? Sebab UKKM ini dikategorikan sebagai IPTS di Malaysia dan kerana itulah saya nak tahu, apakah fokus universiti ini? Adakah lebih kepada undergraduate ataupun postgraduate, dengan izin? Adakah universiti ini nanti akan mengamalkan flexible education termasuk menggunakan pendekatan mendapatkan ijazah ataupun diploma menggunakan APEL dan micro-credentials? Seterusnya ke Butiran 90000 – Skim Latihan Siswazah bersekali dengan Butiran 00603 – Program Keusahawanan. Setakat ini saya nak kementerian menyatakan apakah kerjasama yang telah kementerian laksanakan bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mengoptimumkan penyertaan siswazah dalam bidang keusahawanan. Mungkin kementerian juga boleh kongsikan bentuk kerjasama antara kementerian dengan KPT dan universiti dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran dan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah. Dalam waktu yang sama, boleh mengoptimumkan penyertaan siswazah dalam bidang keusahawanan. Memandangkan program ini sebelum ini pernah dilaksanakan, saya nak tahu, berapa peratuskah kejayaan peserta di dalam program ini? Adakah hasil daripada setiap kali program itu dilaksanakan, ada dilaksanakan apa-apa kajian, analisa keberkesanan program ini? Kalau sekiranya ada, saya mohon supaya dikongsikan dapatan. Bagi sesetengah jurusan seperti pentadbiran perniagaan, kebiasaannya latihan industri akan dilaksanakan bagi menempatkan para siswazah di pelbagai syarikat. Jadinya, adakah selepas ini kementerian akan bekerjasama, akan ber-discuss ataupun membuat perbincangan dengan KPT di mana siswazah-siswazah yang menerima Skim Latihan Siswazah dan program keusahawanan ini boleh dikira sebagai latihan industri? At least ianya adalah boleh dijadikan sebagai satu galakan agar para siswazah menerima latihan keusahawanan secara serius. Seterusnya Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Dalam butiran ini terdapat peningkatan. Jadinya saya nak bertanya kepada pihak kementerian, berapakah perniagaan milikan wanita di negara ini yang merangkumi lebih – sebenarnya lebih daripada 20 peratus adalah perniagaan wanita. Jadinya saya nak tanya pada pihak kementerian, apakah usaha-usaha dan pendekatan yang dibuat dalam meningkatkan lagi kadar penglibatan wanita dalam keusahawanan melalui kementerian ini sendiri? Saya nak bertanya juga, adakah terdapat engagement antara kementerian dengan NGO-NGO wanita yang terlibat dalam bidang keusahawanan? Apakah perancangan kementerian dalam usaha untuk menghapuskan persepsi usahawan geran dan ketirisan geran? Mungkin kementerian boleh membuat peralihan bantuan PKS daripada geran langsung kepada geran padanan. Ini sebagai contohnya. Seterusnya Butiran 00603 – Program Keusahawanan. Antara cabaran besar usahawan dan terutamanya usahawan mikro, kecil dan sederhana ataupun PMKS ini adalah mereka perlu bersedia menghadapi cabaran pematuhan amalan alam sekitar, sosial, tadbir urus dalam ekosistem perniagaan. Jadinya saya nak bertanya kepada pihak kementerian, apakah kementerian ada memberikan fokus kepada program usahawan ke arah pematuhan ESG ini dan langkah mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan khususnya PMKS ini mampu mengatasi cabaran persaingan semakin sengit dalam landskap ekonomi semasa? Jadinya, berapa banyakkah bentuk latihan yang dirangka untuk menambah pengetahuan peserta PMKS ini bila berhadapan dengan cabaran teknologi digital ini?
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN). Saya ingin menyentuh tentang program usahawan berasaskan tani. Laporan TEKUN 2020 mencatatkan peratusan pembiayaan bagi sektor pertanian dan perusahaan asas tani sebanyak lapan peratus sejak tahun 1999 sehingga tahun 2020.
Salah satu program yang mengkhususkan sektor pertanian adalah Agropreneur Muda dan Skim Pembiayaan Kontrak-i. Pada hemat saya, program seperti Agropreneur Muda ini perlu diperluaskan bagi menyuntik minat belia berumur 18 tahun sehingga 40 tahun untuk terlibat dengan pertanian bagi menyokong keterjaminan makanan dalam negara. Adakah kerajaan melalui TEKUN akan mempertimbangkan untuk membina rantaian sokongan usahawan tani yang berkesan bagi meningkatkan ekosistem perniagaan mereka dengan menjalinkan kerjasama dengan MAFI seperti MADA, FAMA, MARDI serta pembangunan kapasiti dan latihan pertanian? TEKUN juga boleh menjalinkan hubungan strategik dengan syarikat korporat lain. Ini bagi menjadikan usahawan tani sebagai satu bidang profesional dan menguntungkan sekiranya bidang ini disokong dengan agensi penyelidikan dan diselia dengan agensi kerajaan yang berkepakaran tentang pertanian dan penternakan moden. Ini bagi meningkatkan nilai usahawan tani yang dibiayai oleh TEKUN selain mampu melahirkan lebih banyak usahawan tani yang berdaya saing. Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Saya ingin bertanya tentang iltizam kerajaan menyokong rantaian francais dan vendor tempatan. Ini kerana negara dibanjiri dengan pelbagai jenama luar. Adakah kerajaan telah merangka dasar atau tindakan yang berkesan bagi menyokong usahawan bumiputera yang mempunyai potensi dalam membangunkan berasaskan makanan? Kerajaan perlu memberi sokongan kepada usahawan tempatan untuk meningkatkan potensi perniagaan melalui pembangunan francais dan vendor bagi memperhebatkan jenama tempatan. Kempen beli produk tempatan juga boleh dilaksanakan sebagai satu cara untuk negara mempromosi produk tempatan selain ia disokong dengan R&D bagi meningkatkan kualiti barang keluaran bumiputera. Butiran 050200 – Penyewaan Kenderaan. Saya ingin bertanya kepada kerajaan berkenaan peruntukan besar yang diberikan untuk menyewa kereta. Ini berbeza dengan Anggaran Perbelanjaan Kerajaan pada tahun 2022, di mana di bawah dasar baharu kerajaan hanya memperuntukkan perbelanjaan untuk menyelenggara sistem BLESS serta peruntukan bagi penjaja dan peniaga kecil. Saya nak tahu apa justifikasi perbelanjaan tersebut? Adakah ini adalah merupakan cara untuk meningkatkan daya ekonomi rakyat? Kedua, bukankah dahulu kerajaan telah menyatakan komitmen untuk tidak membazirkan duit rakyat? Tuan Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 3000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga. Apa pandangan kerajaan dengan labelling, labelling daripada pemimpin tertentu yang mengatakan bahawa kalau PAS perintah Kelantan dan PAS menang pilihan raya, negara jadi macam Taliban. Adakah ini juga boleh menjejaskan usaha kerajaan dalam perkara ini? Apa juga pandangan kerajaan terhadap sesetengah pemimpin yang pada 1 Disember 2019 hadir satu perhimpunan Parti Komunis Malaya di Selangor? Apakah ini juga menjejaskan pandangan pelabur-pelabur luar terhadap keamanan negara kita?
Kalau nak dihidupkan semula Parti Komunis Malaya sehingga ada salah seorang daripada pemimpin DAP, Ronnie Liu hadir dan menyampaikan ucapan dalam program tersebut. Ini juga mungkin boleh menjejaskan pandangan dan persepsi pelabur-pelabur terhadap keamanan yang ada dalam negara kita kerana tanpa segan silu dan tak pernah minta maaf, dia hadir dan menyampaikan ucapan dalam program himpunan bekas-bekas ahli Parti Komunis Malaya. Ada juga di kalangan pemimpin dalam negara ini yang berkahwin sejenis yang berlaku di Pulau Pinang. Juga bekas pemimpin, bekas wakil rakyat kepada sebuah parti. Ini juga telah mencemarkan imej negara kita sebagai sebuah negara yang agama rasminya adalah agama Islam. Bagaimana perkahwinan sejenis boleh berlaku yang sungguh mengaibkan, sedih dan dukacita kepada masyarakat Malaysia? Saya rasa ini juga perkara-perkara yang tidak boleh diukur oleh kerajaan yang perlu diambil kira sebagai salah satu perkara yang mempengaruhi kemajuan usaha kerajaan dalam pembangunan...
Masa sudah tamat.
Berkaitan dengan Tabung Ekonomi Usahawan Niaga ini.
Masa sudah tamat.
Saya bermain dengan nada Jelutong. Tadi dia melencong, saya pun melencong.
Ya, ya. Jadi, masa sudah tamat.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Terima kasih kepada Puan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya ingin menyentuh Pembangunan 26. Butiran 10300 – Peruntukan SME Bank yang telah menunjukkan penurunan sebanyak 25 peratus iaitu RM4 juta pada tahun 2023. Saya juga ingin merujuk kepada Butiran 96000 – Perbadanan Nasional Berhad ataupun PERNAS iaitu sebanyak RM6 juta disalurkan berbanding dengan tiada peruntukan pada tahun-tahun sebelum ini seperti tahun 2022 dan 2023. Untuk makluman Puan Yang di-Pertua...
Pengerusi.
Pengerusi, minta maaf. Tinjauan pertengahan tahun Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) yang dijalankan pada bulan September lalu dengan lebih daripada 500 PKS pelbagai saiz dan industri yang mengambil bahagian melukiskan gambaran yang jelas tentang cabaran yang dihadapi oleh PMKS. Selain daripada margin keuntungan yang nipis, PKS melaporkan kesukaran mendapatkan pinjaman dengan 35 peratus responden mengakui ketidakmampuan mereka memperoleh pembiayaan disebabkan oleh kekurangan cagaran, proses permohonan yang rumit, kadar faedah yang tinggi dan kekurangan sejarah kredit. Selain itu, sebanyak 29 peratus PKS menyatakan bahawa mereka hanya memiliki rizab tunai kurang dari dua bulan walaupun 60 peratus melaporkan peningkatan prestasi perniagaan. Hasil ini menekankan keperluan untuk tindakan segera bagi meningkatkan akses kepada pembiayaan dan memperbaiki situasi kewangan bagi PKS memberikan kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.
Menurut sistem perbankan, petunjuk pinjaman untuk Januari hingga Julai 2022 dan 2023 membandingkan bahawa kelulusan pinjaman untuk PKS hanya RM95 bilion tetapi kelulusan pinjaman perumahan sebanyak RM212.7 bilion. Pengeluaran pinjaman ini mencerminkan bahawa bank lebih bersedia memberikan pinjaman kepada perumahan berbanding PKS. Tindakan drastik perlu diambil Puan Pengerusi, untuk menyelaraskan semula pendekatan pembiayaan agar lebih adil dan memberikan sokongan kewangan yang seimbang kepada pelbagai sektor ekonomi. Dalam hal ini, SME Bank dilihat memainkan peranan yang agak pasif dalam Kerangka Institusi Kewangan Pembangunan ataupun DFI. Oleh itu, saya ingin sekali lagi bertanya kepada kementerian, adakah kementerian bersetuju bahawa harus ditambahkan lesen-lesen bank kepada institusi-institusi kewangan yang mampu menawarkan perkhidmatan kepada PKS? Puan Pengerusi, kedua ialah peruntukan yang diagihkan kepada SME Corp. yang hanya mendapat sejumlah RM122.6 juta bagi tahun 2024. Dengan perbandingan Pembangunan 26 Butiran 30000 – TEKUN, Butiran 50000 – PERNAS, Butiran 96000 – INSKEN telah mendapat jumlah sebanyak RM347 juta. Mereka mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan SME Corp. dengan menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti dan pertumbuhan usahawan. Kita sedia maklum bahawa peruntukan ini diperlukan untuk memperkuatkan satu konsep pusat sehenti PMKS, perkasa dan perluaskan SME Corp. yang dilihat lebih lengkap ekosistem sokongannya untuk merangkumi segala urusan dan bantuan PMKS dan meletakkan SME Corp. di bawah kementerian yang tumpu untuk memartabatkan PKS kita. Justeru, soalan saya adalah, pertama, dengan hanya RM122 juta bagi SME Corp. tahun ini, bagaimana kerajaan boleh memperluaskan SME Corp.? Tambahan pula, Butiran 020500 – SME Corp. Malaysia menunjukkan peruntukan OpEx dengan izin sebanyak RM40 juta, bermakna satu pertiga daripada peruntukan tersebut akan diagihkan untuk operasi SME Corp. sahaja dan hanya dua pertiga diperuntukkan untuk membantu PMKS kita. Kedua, saya juga ingin memperoleh maklumat mengenai pinjaman tidak berbayar ataupun MPL bagi SME Bank, TEKUN dan PERNAS.
Hal ini penting kerana kita perlu tahu berapa dana yang kita dapat kutip balik supaya kita boleh membantu lebih ramai usahawan lagi. Yang ketiga adalah, berapa jumlah dana atau simpanan yang kita mampu untuk membantu usahawan-usahawan untuk tahun depan. Maka, itu sahaja ucapan saya. Terima kasih Puan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Yang mana menyentuh tentang TEKUN yang mana telah pun diperuntukkan sebanyak RM330 juta. Saya satu senada dan seirama dengan sahabat saya Sungai Besar bahawa peruntukan ini sebenarnya tidak cukup kerana apa yang telah dilahirkan oleh TEKUN dengan peminjam yang cukup ramai sekali sebenarnya adalah sangat berbaloi sekiranya dapat diberikan tambahan yang banyak kepada pihak TEKUN. Kerana untuk setakat hari ini, kita lihat bahawa telah pun kerajaan memberikan pembiayaan kepada TEKUN Nasional Malaysia sebanyak RM4.6 bilion sedangkan mereka telah pun menyalurkan pembiayaan sebanyak RM8.6 bilion. Ini satu jumlah yang cukup besar. Kalau kerajaan tidak membantu dan apabila mereka tidak dapat kutip dengan baik dan sebagainya, maka tak ramai yang akan dapat manfaat.
Tapi sekiranya kerajaan tambah lagi banyak peruntukan dan bantu, dapat bantu lebih ramai lagi peminjam-peminjam di luar sana. Jadi, kalau yang saya juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Data peminjam menunjukkan bahawa wanita pinjam 56 peratus. Lelaki 44 peratus. Tetapi, kenapa, kenapa nilai peminjam lelaki lebih tinggi daripada peminjam wanita? Adakah kerana pilih kasih ini? Peminjam wanita sikit saja dia bagi, lelakinya bagi banyak jumlah yang besar. Bagaimanakah modus operandi untuk – Apa nama ini? Merangsang usahawan-usahawan wanita untuk pinjam lebih besar, mereka berani untuk pinjam lebih besar untuk mereka mencebur dalam perniagaan mereka dengan lebih baik lagi. Yang keduanya, saya ingin bertanya tentang– Apa nama ini? Pihak kementerian dapat juga beri perhatian penambahbaikan dalam sistem data TEKUN. Kerana sistem ini melibatkan data yang cukup ramai sekali usahawan-usahawan kita. Tetapi, kalau sistemnya tidak diberi penambahbaikan, tidak ada peruntukan untuk ditambah baik sistem tersebut, saya takut, khuatir ianya boleh digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seterusnya saya ingin menyentuh pada Butiran 96000 – Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). Yang Berhormat Puan Pengerusi, tidak cukup! INSKEN ini Institut Keusahawanan Negara. Sebuah institut yang besar yang melahirkan ramai usahawan- usahawan, membimbing ramai usahawan-usahawan dan mempersiapkan usahawan bukan sahaja di peringkat nasional tetapi untuk luar negara. Tapi, kalau bagi RM11 juta saja, apa – Eh, peruntukan bukan RM11 juta. RM11 juta, 2023. Yang tahun 2024 ini, berkurangan, berkurangan. Tak cukup!. Jadi, saya harap kalau dapat dibagi RM20 juta kepada INSKEN ini supaya program-program yang baik seperti apa, INSKEN Bumiputera Business Coaching yang dapat membantu lebih ramai bumiputera yang mana mereka telah dilatih selama empat bulan dengan produk-produk mereka sekali. Jadi, ianya dapat melahirkan dan juga dapat membantu ramai usahawan-usahawan di luar sana. Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian. Apa jadi dengan Jawatankuasa Induk Keusahawanan Wanita yang telah pun saya wujudkan sewaktu saya menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan satu ketika dahulu pada 2020 dan juga 2021? Saya ingin bertanya apakah status Jawatankuasanya Teknikal Keusahawanan Wanita pada hari ini? Apakah pembangunan dan juga usaha yang telah dilakukan oleh jawatankuasa ini dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan wanita yang mana sebagaimana yang saya sentuh tadi, termasuklah usahawan TEKUN, peminjamnya ramai wanita tapi jumlah sedikit? Jadi, dengan wujudnya jawatankuasa JIKW ini, dapat membantu untuk kita –Saya pun bersetuju dengan apabila Parit Sulong pun sangat-sangat concern dengan usahawan-usahawan wanita di luar sana. Jadi, sekiranya ada usaha berterusan oleh pihak kementerian untuk melihat usahawan-usahawan wanita, saya yakin dan percaya ramai usahawan-usahawan wanita bukan sahaja bangkit daripada pandemik tetapi ramai juga yang akan terus maju ke hadapan dengan usaha yang diberikan oleh pihak kerajaan. Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang butiran di Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS berkenaan dengan SME Corp.. Kita melihat bahawa hari ini SME Corp. diberikan banyak peruntukan. Kalau tahun lepas, kita hanya dapat RM55 juta. Tapi kali ini, di bawah Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS, mereka diberi RM85 juta. Jadi, saya ingin bertanya apakah usah-usaha, apakah bentuk program, apakah bentuk apa strategi dalam usaha untuk membangunkan? Kerana dana yang diberikan lebih RM30 juta ini diyakinkan dapat memberikan manfaat yang lebih ramai kepada usahawan-usahawan di luar sana. Tetapi sekiranya tidak ada strategi yang baik dan approach dan juga untuk membantu mereka, apakah kluster usahawan-usahawan yang terpilih ini, bagaimanakah – Saya ingin tahu, bagaimanakah strategi dan juga siapakah yang boleh mendapatkan dana ini? Saya rasa itu saja Puan Pengerusi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Terima kasih Puan Pengerusi. Butiran yang pertama iaitu 19530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS di mana penurunan peruntukan ini sangat ketara dan adakah ini memberi signal kepada kerajaan ingin memberi fokus kepada projek penilaian berbanding projek pembangunan pada tahun 2024? Di mana kita sedia maklum bahawa PKS punyai potensi besar untuk berkembang dan mencipta nilai dan pekerjaan di masa hadapan khususnya di kalangan penganggur dan juga orang kampung. Namun dengan kurangnya peruntukan bagi program pembangunan ini, bagaimana kerajaan dapat memastikan penciptaan peluang pekerjaan dapat diteruskan dan bercambah melalui PKS atau adakah mungkin ada alternatif lain dalam membantu PKS untuk terus berdaya saing? Seterusnya 00607 – Pelan Induk PKS. Dengan pertambahan RM3 juta di mana Butiran 00607 ini, apakah perancangan kerajaan dan kementerian dalam memastikan pelan ini merupakan satu pelan jangka masa yang panjang yang mampan dan efektif terhadap pembangunan PKS seperti adakah mereka ataupun kementerian bercadang untuk memasarkan produk PKS keluar negara dengan bantuan mana-mana agensi di mana pemasaran barang-barang produk PKS dapat dilaksanakan? Seterusnya Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Di mana kalau dilihatkan di sini, RM30 juta kenaikan dana ini pastinya memberikan peluang kepada industri PKS untuk berkembang maju dan pantas. Namun, bagaimanakah mekanisme agihan peruntukan ini dibuat untuk memastikan inisiatif dan peruntukan ini dinikmati dengan adil dan saksama oleh semua pengusaha PKS di dalam negara kita? Bagaimanakah agihan-agihan ini diberikan bentuk inisiatif pinjaman atau ianya insentif one-off oleh kerajaan? Jika ia pemberian terus, bagaimana kerajaan dapat memastikan keberhasilan pemberian ini benar-benar mencapai tujuan pembangunan PKS? Sri Gading mencadangkan supaya ada produk tertentu bagi setiap negeri untuk dimajukan sehingga boleh dieksport ke luar negara seperti negara-negara Asia Barat ataupun China. Sebagai contoh, kalau Johor, boleh kemukakan. Fokus kepada kerepek kerana ada kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek keledek dan sebagainya. Melaka mungkin boleh proses dodol, Kelantan dan Terengganu sedia maklum iaitu keropok yang memang terkenal di seluruh negara. Manakala kumpulan –Butiran seterusnya. Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di mana mengikut laporan sehingga 31 Oktober lepas, sebanyak 42,383 pembiayaan telah diluluskan dengan peruntukan RM46.72 juta daripadanya adalah pembiayaan pertama kali kepada seramai 26,481 usahawan. Namun dengan tiadanya peningkatan peruntukan untuk TEKUN, apakah jaminan kerajaan, peranan TEKUN dapat terus berjalan lancar dan meluaskan lagi capaian insentif-insentif di bawah TEKUN. Seterusnya, Butiran 19534 – Pembangunan Industri Halal dan Vendor. Penambahan sebanyak RM6.5 juta. Langkah kerajaan menambah peruntukan kepada pembangunan industri halal dan vendor adalah harus dipuji kerana melihat kepada prestasi industri ini yang sentiasa mendapat pemerhatian yang tinggi.
Namun, dalam membangunkan industri ini, adakah pihak kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam memastikan usaha pembangunan industri halal dan vendor ini selari dengan piawaian persijilan halal di Malaysia. Mohon kementerian nyatakan perincian perancangan dan pertambahan peruntukan bagi tahun 2024 dalam membangunkan industri halal dan vendor ini berserta dengan keberhasilan yang telah dilakukan pada tahun 2023.
Akhir sekali iaitu Butiran 10200 – Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di mana penambahan sebanyak RM6.78 juta telah diperuntukkan. Ia amat baik dan dengan kenaikan peruntukan sebesar ini, adakah peruntukan ini akan digunakan oleh pihak kementerian dalam usaha literasi teknologi maklumat dan komunikasi kepada pengusaha-pengusaha koperasi dan juga PKS dalam merealisasikan agenda digitalisasi PMKS dan PKS. Adakah usaha sama kementerian dengan universiti untuk membantu PKS dalam urusan digitalisasi untuk mempromosi pemasaran mereka atau meningkatkan pengeluaran mereka? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas peringkat jawatankuasa bagi perkara B.26, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Pertamanya saya suka merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan bagi pecahan Butiran 020500 – SME Corp. Saya menyambut baik penambahan peruntukan ini daripada RM39 juta kepada RM40.6 juta. Apakah mekanisme yang kementerian telah laksanakan bagi peningkatan hampir RM1.6 juta ini? Saya mohon untuk kementerian perincikan program yang dirancang supaya tepat kepada sasaran yang diharapkan. Harapan saya agar SME Corp mampu membantu usahawan kita yang terkesan di kala ekonomi masih terumbang ambing ketika ini. Insya-Allah saya yakin dengan keupayaan SME Corp. Kedua, Butiran 040000 – Program Khusus bagi Butiran 040500. Didapati terdapat penyusutan melebihi RM100,000 sedangkan kita semua sedia maklum fungsi INSKEN adalah kepada pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan. Dalam keadaan ekonomi yang semakin genting, keusahawanan perlu dititik beratkan. Dengan pengecilan peruntukan ini amat diharapkan agar mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Saya ingin bertanya peruntukan 040100 – Bertugas di Luar Negara naik sekali ganda daripada RM1 juta kepada RM2 juta. Adakah kementerian bercadang untuk melaksanakan program keusahawanan seberang laut? Amat wajar kementerian meneliti peri pentingnya ekosistem yang mahu dibangunkan. Fokuslah kepada sistem sokongan kepada golongan tertentu tetapi tidak eksklusif. Contohnya pembangunan dataran usahawan untuk setiap Parlimen bagi menyemarakkan gig ekonomi. Seterusnya 050000 – Dasar Baru melalui Butiran 050100 – Penyelenggaraan Sistem BLESS. Sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk tahun ini. Tahun lepas tiada peruntukan untuk sistem ini. Adakah kementerian bercadang untuk menaik taraf sistem atau sebagainya? Amat mendukacitakan sistem-sistem digital kerajaan masih kurang ampuh, masa dan tidak mesra untuk penambahbaikan dan penaiktarafan. Mohon kementerian memperincikan semula kewajarannya. Sejauh manakah sistem sokongan elektronik pelesenan perniagaan atau BLESS 2.0 telah ditambah baik sebagai portal sehenti yang menyokong inisiatif automasi pelesenan termasuk proses permohonan dan statistik syarikat tempatan dan asing yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Butiran 90000 peruntukan bagi Skim Latihan Siswazah sebanyak RM7.3 juta pada tahun 2024 berbanding RM5 juta pada tahun 2023. Tahniah atas kecaknaan kepada golongan siswazah. Saya ingin bertanya, apakah langkah proaktif kementerian dalam usaha meningkat kebolehpasaran graduan dalam transisi ke peringkat industri menerusi program seperti Professional Training Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE).
Terakhirnya, saya mencadangkan agar peruntukan yang bakal diluluskan ini bersifat menyeluruh dan berimbang serta value for money dengan izin. Telah tiba masanya memupuk ciri usahawan yang kalis masa bukan sekadar bila ketika ekonomi merudum pada bila-bila masa bermula sejak daripada kecil lagi. Sebagaimana setengah daripada negara lain yang turut mengadakan sekolah, technical school ataupun entrepreneur commerce school di peringkat kecil lagi. Itu saja setakat ini. Akhir kalam, sekian wabillahi taufiq walhidayah, wasassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa kementerian ini. Puan Pengerusi, kementerian ini mempunyai suatu visi yang murni iaitu menjadikan Malaysia sebagai satu negara keusahawanan yang unggul dan untuk mencapai matlamat ini saya lihat misi kementerian adalah untuk mewujudkan satu ekosistem keusahawanan yang holistik dan juga kondusif bagi menyokong pembangunan negara yang inklusif, seimbang dan mampan. Jadi, saya terus masuk kepada kod yang saya ingin rujuk iaitu kod 010000, sub Butiran 010300 iaitu Teknologi Maklumat Puan Pengerusi, yang mana saya dapati di situ untuk tahun hadapan terdapat pertambahan peruntukan. Tahun ini RM11.7 juta, tahun depan lebih kurang RM13.4 juta. Saya juga merujuk kepada kod 10200 – Peningkatan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi di mana untuk tahun ini lebih kurang RM9.9 juta diperuntukkan berbanding RM3.1 juta tahun lepas. Saya melihat Puan Pengerusi peningkatan peruntukan ini adalah selari dengan keperluan kementerian untuk meningkatkan lagi keupayaan teknologi maklumat mereka. Apatah lagi apabila kita tengok Puan Pengerusi sekarang ini memang keusahawanan itu banyak berkembang melalui platform-platform online seperti Instagram, TikTok dan sebagainya. Seterusnya Puan Pengerusi, kementerian juga harus sentiasa keep up-to-date dengan izin, dengan perkembangan ini dan peningkatan peruntukan untuk mengurus dalam IT ini amatlah diperlukan. Kod seterusnya adalah 020000 – Pembangunan Usahawan dan juga di bawah Butiran 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan. Saya ingin bertanyakan Puan Pengerusi, berkenaan dengan MyMall yang sebelum ini telah diumumkan oleh menteri yang sebelum ini sebab saya tidak melihat peruntukan yang khusus untuk MyMall ini dalam Buku Anggaran. Jadi, saya ingin bertanyakan, adakah ia dimasukkan dalam pengurusan teknologi maklumat kod 010300 yang telah saya sentuh sebelum ini. Juga saya ingin mohon supaya pertamanya pihak kementerian memberikan data mengenai jumlah dagangan atau transaksi dalam MyMall ini. Juga adakah kementerian bercadang untuk menjadikan MyMall ini satu platform yang setanding dengan platform-platform seperti Shopee, Lazada dan lain-lain? Seterusnya Puan Pengerusi, kod 030000 – Pembangunan Koperasi dan juga kod Pembangunan 13001 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia: Pembangunan Perniagaan. Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri telah melancarkan Dasar Koperasi Malaysia 2030 ataupun DaKoM 2030 di Hotel Tanera Bangi. Saya juga hadir pada pelancaran tersebut. DaKoM 2030 ini Puan Pengerusi adalah satu hala tuju strategik bagi membangunkan koperasi dan meningkatkan prestasi ekonomi dan kesejahteraan sosial anggota-anggota koperasi. Sasarannya adalah menjelang 2030, RM73 bilion perolehan. Kita tahu Puan Pengerusi bahawa koperasi ini sebenarnya mempunyai potensi amat besar dan banyak kelebihannya berbanding dengan mungkin syarikat biasa. Ada banyak jenis koperasi. Ada koperasi contohnya kumpulan pekerja dalam entiti korporat,
koperasi GLC dan sebagainya. Ada juga koperasi daripada kejiranan atau komuniti setempat. Saya ingin bagi satu contoh koperasi dalam kawasan Parlimen saya, iaitu Koperasi Komuniti Bangi Selangor Berhad atau KKBS. Koperasi ini baru ditubuhkan dan yang menariknya Puan Pengerusi adalah ia wujud daripada satu kumpulan FB, FB group dengan izin. FB group community iaitu Bandar Baru Bangi Komuniti yang mencecah 150,000 followers.
Jadi, mereka wujudkan koperasi ini untuk membantu usahawan-usahawan dalam kawasan Bandar Baru Bangi dengan menyediakan ruang marketplace yang boleh dipercayai. Sebab di Bangi ini Puan Pengerusi, jika Puan Pengerusi tak tahu memang banyak usahawan-usahawan yang menjual produk-produk mereka melalui platform- platform online. Jadi, dengan adanya koperasi seperti ini, ia boleh membantu. Sedikit lagi Puan Pengerusi. Maka koperasi seperti ini saya percaya kita harus— kementerian harus memberi sokongan kepada jenis-jenis koperasi seperti ini. Sebab selalunya kalau kita tengok koperasi yang berjaya adalah koperasi yang ada kaitan dengan entiti korporat ataupun entiti GLC dan sebagainya. Jadi, soalan saya untuk kementerian. Pertamanya, apakah perancangan kementerian untuk dengan izin, unlock the potential untuk koperasi-koperasi seperti ini? Soalan saya kedua adalah bagaimana kementerian merancang untuk memperbanyakkan lagi penyertaan koperasi yang mempunyai prospek yang tinggi seperti KKBS ini? Dengan itu Puan Pengerusi saya akhiri perbarisan— perbahasan saya. [Ketawa] Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus kepada perkara yang saya hendak bahaskan dalam perbahasan ini. Pertamanya adalah B.26, Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan. Kalau kita lihat pentingnya industri PMKS di negara kita Malaysia yang mana PMKS merupakan tunggak utama negara mewakili 97.4 peratus pada tahun 2021 data dan melibatkan pemain PMKS lebih daripada 1.2 juta. Daripada industri PMKS ini, sebahagian besarnya adalah meliputi bidang perkhidmatan lebih daripada 83 peratus dan pertanian hanya tidak lebih daripada dua peratus. Saya melihat adalah bagaimana pada hari ini yang kita sebutkan banyak berkaitan dengan keterjaminan makanan. Usaha kerajaan ataupun kementerian untuk menumpukan juga soal usahawan-usahawan tani kita terlibat dalam bidang pertanian itu sendiri. Apakah perancangan pihak kementerian? Mungkin melalui Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan dan juga Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional boleh merangka ataupun memberikan tumpuan dalam sektor pertanian ini dan keterjaminan makanan bagi menggalakkan lagi keterlibatan belia dan juga graduan- graduan kita ataupun lepasan universiti yang cenderung dalam bidang pertanian ini. Adakah ada latihan atau kursus-kursus teknologi terkini telah diadakan termasuklah IoT dan sebagainya? Saya kira pertanian pintar juga perlu didekatkan kepada mereka yang benar-benar cenderung dalam bidang ini. Apakah inisiatif-inisiatif baharu kementerian menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ataupun TUBE untuk melahirkan lebih ramai belia bumiputera serta mewujudkan peluang pekerjaan? Sejauh manakah galakan dan sokongan termasuk geran padanan yang disediakan kepada PMKS khususnya dalam bidang pertanian?
Kemudian saya terus kepada P.26, Butiran 90000 – Peruntukan Skim Latihan Siswazah RM7.3 juta. Soalan saya, apakah langkah proaktif keutamaan dalam usahawan menarik minat graduan yang terlibat di dalam sektor pertanian? Agar mereka terlibat secara langsung dalam usahawan keterjaminan makanan dengan pendekatan teknik pertanian yang baharu seperti mana saya sebutkan tadi. Bagi melahirkan lebih banyak lagi usahawan-usahawan tani kita. Kemudian P.26 Butiran 30000 – Tabungan Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga ataupun TEKUN dengan peruntukan RM330 juta. Seperti mana dalam penggulungan oleh Menteri tempoh hari ya, jumlah sehingga September hampir RM800 juta yang diberikan kepada lebih daripada 37,000 usahawan-usahawan kita dan peruntukan yang sama pada tahun 2023. Cuma, ada penambahan RM100 juta dan menjadikan RM430 juta. Pada tahun ini, peruntukan sekadar RM330 juta juga. Saya hendak tanya, bagaimana kekuatan daripada sudut dana dalaman pihak TEKUN sendiri untuk memberikan sumbangan yang mungkin lebih besar yang dijangkakan? Kerana kita melihat juga unjuran pada tahun ini lebih daripada RM1 bilion dianggarkan untuk diagihkan kepada permohonan-permohonan usahawan kita. Saya hendak bertanya kepada Menteri juga, apakah strategi kerajaan untuk membantu mengembangkan usahawan mikro bumiputera menerusi skim pembiayaan khususnya dalam bidang pertanian bagi menyumbang kepada keterjaminan makanan negara? Apakah usaha penambahbaikan kementerian terhadap Skim Pembiayaan TEKUN Belia Mobilepreneur 4.0 yang sedia ada bagi membantu pembiayaan modal anak muda yang terlibat di dalam perkhidmatan penghantaran dan e-hailing seperti GrabFood dan juga Foodpanda? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Kalabakan.
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Puan Pengerusi. Saya akan membahaskan Butiran 020000 – Pembangunan Usahawan, bersekali dengan Butiran 1919530 – Program Peningkatan dan Pembangunan PKS. Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Butiran 00603 – Program Keusahawanan dan Butiran 00606 – Pembangunan Perusahaan Mikro. Saya menyentuh berkenaan program-program pembangunan keusahawanan. Yang pertama berkaitan Skim Juara Lestari. Untuk makluman, batch pertama peserta Skim Juara Lestari difahamkan telah pun menyertai sesi latihan pada 25 hingga 27 Julai yang lalu dan sehingga 13 November 2023. Saya difahamkan dari salah seorang peserta bahawa mereka belum menerima apa-apa bentuk sijil penyertaan dan maklumat lanjut. Memandangkan skim ini akan diteruskan pada tahun hadapan, oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah status dan perkembangan skim ini? Adakah Skim Juara Lestari ini hanya sekadar memberikan ceramah dan taklimat berkaitan perusahaan sosial SE dan ESG sahaja? Bagaimana dengan permohonan dana pemudah cara bagi skim ini? Saya merasakan adalah tidak adil kepada peserta hampir empat bulan tanpa ada apa-apa pemakluman lanjut ataupun sijil penyertaan sehinggakan mereka telah mengorbankan masa mereka selama tiga hari untuk mengikuti skim ini. Kedua adalah berkenaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Salah satu masalah yang dihadapi oleh peserta TUBE dari Sabah terutamanya adalah permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan di bawah Ordinan Lesen Perniagaan 1948. Perkara ini disukarkan lagi dengan permohonan yang bersifat manual menggunakan borang. Khususnya di peringkat majlis perbandaran dan majlis daerah. Malah ada yang sampai menunggu berbulan-bulan semata-mata untuk mendapatkan lesen perniagaan. Diburukkan lagi ada dalam kalangan peserta berputus asa dalam mendapatkan geran ini kerana tidak mempunyai kemampuan untuk menyewa premis perniagaan.
Kerana sebelum mendapatkan lesen perniagaan ini, pemohon diwajibkan supaya ada surat perjanjian sewa premis dan juga alamat premis. Untuk mendapatkan premis perniagaan pula, kebanyakan pemilik premis pula mengenakan pembayaran pendahuluan ataupun deposit dua hingga tiga bulan bayaran sewa. Kekangan-kekangan yang saya sebutkan di atas telah menyebabkan ramai peserta TUBE khususnya dari Sabah memohon tambahan masa untuk menyelesaikan urusan berkaitan permohonan lesen perniagaan ini. Oleh itu, menyedari hakikat ini saya ingin mencadangkan agar pihak KUSKOP melalui SME Corp selaku agensi yang diberi peranan dalam melaksanakan Program TUBE ini agar dapat mempertimbangkan dua cadangan. Yang pertama, memberikan geran ataupun geran permulaan sehingga RM1,500 kepada semua peserta TUBE yang berjaya menamatkan kelas khususnya yang belum mempunyai lesen perniagaan bagi membolehkan mereka menguruskan permohonan lesen perniagaan mereka di samping menampung perbelanjaan yang lain. Kedua, memberi kelonggaran pada peserta TUBE agar mereka dapat menyewa alamat mana-mana premis perniagaan khususnya premis perniagaan di bawah kendalian agensi mahupun GLC Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri bagi tujuan permohonan lesen ya, seandainya seat geran yang dicadangkan tidak diluluskan. Selain itu, memahami bahawa geografi dan demografi di Sabah dan Sarawak adalah cukup besar, unik dan rencam, saya ingin mencadangkan agar pihak SME Corp dapat melaksanakan Program TUBE yang spesifik khusus untuk belia bumiputera di pendalaman Sabah dan juga Sarawak. Saya percaya kebanyakan peserta TUBE Sabah dan Sarawak ada datang dari bandar-bandar besar ataupun kawasan yang mempunyai akses yang mudah kepada infrastruktur asas yang baik.
Namun begitu di Sabah dan Sarawak kita ada kawasan pedalaman yang dijangkakan Jalan Betar, akses internet pun sukar diperolehi. Oleh itu adalah molek sekiranya pihak SME Corp dapat melaksanakan satu program TUBE khusus untuk belia bumiputera di pedalaman Sabah ataupun di Sarawak. Saya juga menyambut baik inisiatif kementerian yang memulakan sistem pendaftaran status PMKS yang bertujuan mengesahkan sama ada sesuatu syarikat ataupun perniagaan itu adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana ataupun tidak. Oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk meneruskan insentif berbentuk baucar Mikro Madani sebanyak RM 100 kepada PMKS yang ingin mendaftarkan status PMKS mereka pada tahun hadapan? Apakah langkah yang akan diambil kementerian bagi memastikan PMKS di Sabah khususnya yang berada di pedalaman. di luar bandar dapat mendaftarkan status PMKS ini? Tuan Pengerusi sedikit masa lagi, mahu landing sudah. Saya juga ingin menjemput Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk melaksanakan pelbagai program keusahawanan di kawasan saya ini di Parlimen Kalabakan pada tahun hadapan. Saya ingin menjemput khususnya Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) agar dapat melaksanakan kursus asas keusahawanan, kursus asas pembangunan produk dan servis, program pembangunan kapasiti satu daerah satu industri, bimbingan perniagaan secara percuma di kawasan saya agar lebih ramai peniaga-peniaga dapat manfaat dan pelaksanaan kursus dan program yang dapat dianjurkan oleh pihak INSKEN sebuah institut di bawah KUSKOP. Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Yang Berhormat Lumut.
Terima kasih Yang di- Pertua, saya ingin mengumumkan kehadiran guru-guru dan pelajar daripada Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak ke dalam Dewan, terima kasih. [Tepuk]
Saya jemput Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita sedia maklum lebih daripada 15,315 koperasi yang berdaftar di Malaysia, hampir 7.3 juta keanggotaannya dan perolehan yang mencecah lebih kurang RM45.5 bilion. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 30000 – iaitu peruntukan bagi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di mana pada tahun ini diperuntukkan sebanyak RM330 juta. Tuan Pengerusi, TEKUN adalah kaedah paling berkesan untuk peminjam-peminjam bagi peniaga kecil dan sederhana sebagai modal permulaan dan pusingan. Dalam laporan media sebelum ini Tuan Pengerusi, lebih 600,000 usahawan internal dan mikro di seluruh negara di bantu oleh pembiayaan TEKUN Nasional. Tuan Pengerusi, isunya sekarang saya ingin bertanya, bagaimanakah kementerian melihat tabung ini boleh menjadi alternatif kepada pinjaman mikro kepada rakyat bagi menyediakan mereka meminjam- mengelakkan mereka meminjam daripada ceti haram? Kerana menurut statistik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), purata tidak kurang 25 aduan kes Ah Long di terima setiap hari. Adakah pihak kementerian bercadang untuk menambahkan lagi peruntukan TEKUN bagi memperbanyakkan lagi pinjaman peminjam-peminjam mendapatkan pinjaman serta mempermudahkan lagi syarat-syarat dan jangka masa proses untuk mendapatkan pinjaman bagi mengelakkan peniaga-peniaga ini mencari alternatif lain untuk mendapatkan pinjaman mudah dan segera? Tuan Pengerusi, Butiran 030000 - peruntukan bagi Pembangunan Koperasi sebanyak RM97.9 juta pada tahun 2024 berbanding RM93 juta pada tahun 2023. Tuan Pengerusi, pihak kementerian ada menyediakan Tabung Modal Pusingan (TMP) kepada koperasi-koperasi untuk dijadikan modal pusingan untuk mereka pinjam kepada Ahli-ahli. Tabung Modal Pusingan ini dahulunya pihak kementerian memberi pinjaman secara pukal kepada koperasi dalam tempoh beberapa tahun yang diperlukan oleh koperasi untuk dijadikan modal pusingan. Tetapi kini kementerian memberi pinjaman mengikut keperluan bulanan semasa kepada koperasi. Ini menyebabkan koperasi mengambil masa yang panjang untuk memberi pinjaman kepada Ahli-ahli kerana koperasi terpaksa memohon pinjaman kepada Suruhanjaya Koperasi terlebih dahulu pada setiap bulan dan mengambil masa yang panjang. Ini menyebabkan ahli-ahli mencari alternatif lain dan koperasi sukar untuk menjana pendapatan. Persoalannya, adakah pihak kementerian bercadang untuk memberi pinjaman secara pukal kepada koperasi-koperasi sebelum ini? Contohnya saya boleh bagi contoh iaitu koperasi pegawai-pegawai kerajaan Bandar Baharu, di tempat saya sendiri yang mana mengalami masalah pinjaman daripada koperasi. Butiran 19534 – peruntukan bagi Pembangunan Industri Halal dan Vendor sebanyak RM30 juta bagi 2024 berbanding RM6.5 juta pada tahun 2023. Oleh itu apakah langkah proaktif kementerian bagi memantapkan sektor keusahawanan halal menerusi pembangunan kapasiti usahawan dan produk serta mengembangkan sinergi semua pemegang taruh bagi meningkatkan keupayaan rantaian bekalan halal setiap peringkat. Tuan Pengerusi, Butiran 0300 juga saya ingin bertanya kepada kementerian, hampir 4,000 koperasi seluruh negara berdepan dengan hilang kelayakan akibat daripada kesan wabak COVID-19 dua tahun yang lalu. Apakah tindak kerajaan untuk mengupayakan kembali koperasi-koperasi yang telah hilang berdaya maju ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan bagi Kementerian Usahawan dan Koperasi bagi tahun 2024 telah meningkat iaitu sebanyak RM47 juta dari tahun semasa kepada RM778.778 juta. Tuan Pengerusi saya merujuk Butiran 30000 bagi maksud Pembangunan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM330 juta bagi tahun 2024. Puan Pengerusi, di Dewan yang mulia ini telah dimaklumkan bahawa Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah TEKUN Nasional telah menerima peruntukan khas daripada kerajaan sebanyak RM391.5 juta yang bermula dari tahun 2008 hinggalah 2023, sehingga September 2023 tahun ini. Di mana TEKUN telah menyalurkan bantuan pembiayaan sebanyak RM428.3 juta dan telah menerima kutipan bayaran balik sebanyak RM 269.2 juta. Dewan yang mulia ini juga telah dimaklumkan bahawa jumlah kutipan balik tersebut digunakan untuk membiayai permohonan yang baru tetapi pada realitinya hanya jumlah peruntukan kerajaan untuk tahun semasa sahaja diberikan sebagai pembiayaan. Sebagai contoh, untuk tahun ini 2023 di bawah Bajet telah diperuntukkan RM 30 juta telah diperuntukkan untuk SPUMI lebih kurang jumlah itu sahaja lah yang dilaporkan. Disalurkan kepada masyarakat India sebagai wakil rakyat saya menerima banyak aduan daripada usahawan-usahawan B40 bahawa permohonan mereka ini telah ditolak atas alasan remeh atau mereka yang diberi kelulusan dapat jumlah yang agak kecil. Saya merujuk kepada jawapan lisan di Dewan ini di mana sehingga 30 September 2023 secara keseluruhannya TEKUN Nasional telah menyalurkan bantuan pembiayaan kepada seramai 36,333 orang usahawan bumiputera dengan nilai pembiayaan berjumlah RM764.97 juta.
Manakala seramai 1,630 orang usahawan India telah menerima pembiayaan SPUMI melibatkan nilai pembiayaan sebanyak RM30.98 juta. Oleh yang demikian, walaupun RM30 juta sahaja diperuntukkan di bawah Bajet 2024, saya memohon agar Kementerian Usahawan dan Koperasi mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan supaya pada tahun 2024 sekurang-kurangnya RM100 juta dapat disalurkan kepada usahawan-usahawan mikro kaum India yang amat memerlukan bantuan-bantuan khususnya dalam suasana ekonomi yang amat menyusahkan sekarang. Puan Pengerusi, RM100 juta yang saya mohon ini adalah melalui kutipan balik sebanyak RM269.2 juta. Saya juga amat menyokong saranan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain di Dewan ini supaya satu laporan terperinci mengenai jumlah permohonan yang telah ditolak dan alasan penolakan supaya kami dapat menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat yang mempunyai pelbagai kesangsian. Terima kasih Puan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Okey. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Pengerusi. Visi KUSKOP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul dan dalam anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan usahawan koperasi 2024 mencecah jumlah lebih daripada RM778 juta. Temerloh ingin penjelasan 10000 – emolumen, Temerloh ingin tahu dengan lebih, RM45 juta telah dikhususkan untuk perbelanjaan ini. Sejauh mana digerakkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti penubuhan koperasi dan aktiviti yang dijalankan di bawah koperasi oleh pegawai di bawah KUSKOP.
Temerloh telah menerima beberapa aduan rakyat yang terlibat dengan pelaburan wang dalam koperasi yang akhirnya tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Mereka seakan menjadi mangsa kepada pihak scammer perniagaan walaupun telah dibuat laporan kepada polis dan juga pihak SKM, sekalipun tiada tindakan dan jalan keluar untuk menyelamatkan pelaburan mereka. Malah untuk mengeluarkan share pun tidak dibenarkan. Koperasi sepatutnya menjadi tempat para peniaga berganding tenaga untuk menguatkan dan menggembleng perniagaan mereka tetapi akhirnya menjadi tempat pengumpulan modal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah sesuatu koperasi dan akhirnya mengambil manfaat dari duit modal yang dikumpulkan dari ahli koperasi, yang kita lihat tidak akhirnya mengambil manfaat daripada modal yang dikumpulkan daripada ahli koperasi yang sebahagian besar bukan yang, bukan dari kalangan ahli perniagaan atau usahawan. Temerloh pasti banyak koperasi juga yang terlibat dalam perkara ini. Temerloh ingin memaklumkan dan mohon perhatian, satu koperasi yang memang – Koperasi Saujana Gemilang Kuala Lumpur, saya harap ada perhatian selepas ini daripada KUSKOP. Seterusnya, sejauh mana usaha KUSKOP untuk menghidupkan koperasi yang tidak aktif dan menyelamatkan koperasi yang sedang sakit dalam Perkara 030000 – Pembangunan Koperasi, sebanyak RM97 juta. Berapa banyak koperasi yang sudah berjaya dipulihkan atau ditubuhkan dengan skim bantuan pembangunan yang disediakan sebanyak RM74 juta pada tahun 2023. Butiran 040000 – Program Khusus, Butiran 040100 – Kos Bertugas ke Luar Negara menaik menjadi RM2 juta daripada RM1 juta. Temerloh ingin tahu kenapa berlaku kenaikan? Apakah strategi yang telah berubah sehingga berlaku kenaikan bajet tersebut? Berapa ramai yang terlibat dan berapa lama mereka akan bertugas di luar negara serta apakah tujuannya? Butiran 050000 – Dasar Baru, Penyelenggaraan Sistem BLESS sebanyak RM1 juta. Bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada usahawan dan koperasi dalam menjalankan aktiviti perniagaan? Apakah lesen baharu atau sedia ada yang boleh dipohon melalui sistem BLESS? Berapa banyak akaun yang aktif dalam permohonan lesen dan pembaharuan lesen di dalam sistem BLESS? Butiran 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Sebanyak RM2 juta lebih telah digazetkan untuk pembangunan ini. Apakah jenis francais yang terlibat dan mendapat manfaat daripada skim pembangunan ini dan syarikat apa yang telah berjaya melalui skim ini? Seterusnya, Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM330 juta. Temerloh memohon diberikan peruntukan khusus tidak kira berbentuk geran atau pinjaman kepada pengusaha dan usahawan ikan patin di Temerloh untuk mengembangkan perniagaan mereka supaya dapat mengeluarkan pelbagai produk nilai tambah dari hasil ikan patin serta boleh menjalankan promosi perniagaan yang lebih berkesan. Ini kerana ramai pengusaha telah buntu untuk mengembangkan perniagaan mereka akibat sentiasa berhadapan dengan kos penternakan yang semakin meningkat sehingga tidak mampu mengharapkan modal dari untung perniagaan sendiri. Butiran 90000 – Skim Latihan Siswazah. Berlaku peningkatan bajet menjadi RM7,300,000 untuk tahun 2024. Temerloh ingin bertanya, berapa ramai usahawan muda yang dapat dilahirkan melalui skim ini secara keseluruhan dan berapa ramai daripada Temerloh? Melalui skim ini, berapa banyak peluang pekerjaan yang tercipta? Yang akhir, Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Berlaku peningkatan dari RM55 juta kepada RM85 juta. Berapa ramai usahawan wanita dan usahawan belia yang berjaya mendapat manfaat dari dana pembangunan ini? Temerloh mencadangkan untuk diberikan bajet kepada usahawan yang membangunkan perusahaan yang berteraskan hasil produk makanan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Yang Berhormat Pasir Gudang tidak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, sebelum saya mulakan kita meraikan dan mengalu-alukan kedatangan delegasi Jawatankuasa Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Kaum Melayu Melanau Daerah Sibu yang bersama dengan kita pada pagi ini. [Tepuk] Saya terus kepada Butiran P.26 14000, 96000, 030200. IKMa telah menubuhkan cawangan di setiap zon di dalam negara. Namun, INSKEN yang beri ruang latihan tidak ditubuhkan di seluruh negara. Persoalannya, apakah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan program ini di seluruh sebagaimana kewujudan IKMa tadi? Yang kedua, berdasarkan Dasar Koperasi Malaysia 2023, hasil perolehan dan koperasi pertanian hanyalah enam peratus dan ia kekal di peratusan tersebut walaupun berjalan setelah 12 tahun. Persoalannya, apakah peranan kerajaan dalam meningkatkan hasil perolehan dari industri pertanian melihat kepada pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan? Apa pula peranan kerajaan secara spesifiknya di dalam sudut koperasi dalam penanaman padi 50,000 hektar yang terdapat di tanah di Sabah dan juga di Sarawak? Tuan Pengerusi, seterusnya bagaimanakah pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui Program Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) melalui Program Rejuvenasi dan Penyantunan Koperasi Dorman, apakah cabaran utama yang dihadapi oleh koperasi sehingga menjadi dorman dan tidak aktif serta inisiatif yang dilaksanakan oleh SKM, mahupun IKMa dalam membantu koperasi berkenaan? Adalah penting untuk menilai prestasi koperasi yang telah terlibat dengan program ini, saya mencadangkan agar SKM dan IKMa menyusun kembali laporan berkala untuk memberi gambaran kepada masyarakat tentang kemajuan dan keberkesanan program-program ini.
Pertama isu tempoh tunggu 18 bulan. Satu cabaran yang dihadapi oleh koperasi baru adalah tempoh tunggu selama 18 bulan sebelum memohon pembiayaan dan geran bantuan dari SKM. Ini menjadi halangan yang amat besar bagi koperasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan tanpa mendapat modal yang mencukupi. Cadangan untuk mengatasi cabaran ini adalah penilaian holistik oleh SKM yakni penilaian kewajaran harus berfokus pada potensi pertumbuhan penciptaan pekerjaan dan sinergi dengan trend global berbanding tempoh matang bagi sembilan industri utama, hospitaliti, makanan dan minuman, pembuatan, pengangkutan, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan, pertanian, peruncitan dan seperti termaktub dalam Dasar Koperasi Malaysia. Yang kedua alternatif untuk industri selain 19 industri utama ini bagi aktiviti perniagaan di luar sembilan industri utama. SKM harus bekerjasama dengan koperasi untuk mencari alternatif yang sesuai dalam menghadapi cabaran kewangan koperasi. Cadangan saya ialah untuk mengurangkan tempoh menunggu kepada 12 bulan bagi pembiayaan seperti TMP dan menjadi alternatif untuk aktiviti perniagaan yang tidak termasuk dalam sembilan industri utama. Ini akan memberi dorongan kepada koperasi untuk terus maju. C, dana khas untuk industri strategi. Aktiviti ekonomi koperasi dalam sektor keterjaminan makanan dan digitalisasi. Cadangan SKM perlu menyediakan dana khas untuk aktiviti perniagaan yang melibatkan aktiviti ekonomi bagi keterjaminan makanan dan digitalisasi. Ini adalah langkah proaktif untuk memastikan koperasi terlibat dalam sektor- sektor yang strategis dan mempromosikan inovasi digital. Peningkatan sokongan
kewangan khusus untuk sektor-sektor ini untuk mendorong pertumbuhan dan kestabilan koperasi. Isu proses kelulusan tabung modal pusingan TMP yang lama melibatkan koperasi kredit yang memohon pembiayaan berkenaan. Maklumat yang diperolehi, edaran kelewatan berpunca daripada peraturan pengecualian duti setem ke atas dokumen sekuriti surat ikatan penyerahan hak bagi bayaran kemudahan pembiayaan tabung modal pusingan iaitu TMPSKM. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak SKM bagi mengatasi masalah berlanjutan dan menghantui koperasi kredit untuk memohon pembiayaan TMP dan menyulitkan pihak koperasi sekiranya tidak ditangani segera. Ekoran dari kelewatan ini, ia telah memberikan kesan. Kesimpulannya Tuan Pengerusi, dalam usaha membantu koperasi berkembang melalui aktiviti perniagaan penting bagi SKM untuk mengadaptasikan peningkatan yang lebih fleksibel dan proaktif dengan melihat potensi pertumbuhan penciptaan pekerjaan dan sinergi gelombang kita dapat membuka peluang lebih cepat bagi koperasi. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan bagi Maksud Bekalan dan Pembangunan 26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian kerana ini tahun kedua berturut-turut kementerian ini mendapat peruntukan pembangunan lebih RM500 juta. Kalau sebelum tu setakat RM300 juta lebih sahaja. Cuma saya nak menimbulkan satu persoalan di sini ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2024, ada disebutkan inisiatif sebanyak RM44 bilion diberikan kepada PMKS untuk pembangunan, untuk membolehkan PMKS kita lebih berdaya saing ataupun dinaik taraf dari segi pendigitalan dan juga kepakaran mereka. Tetapi sebahagian besar daripada RM44 bilion ini, sebenarnya tidak terletak di bawah kementerian ini. Kalau saya – izinkan saya sebut satu, dua perkara. Disebutkan bahawa RM720 juta dikhaskan untuk menggalakkan golongan wanita dan belia menceburi bidang perniagaan. RM100 juta disediakan untuk menyediakan geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat lebih 20,000 usahawan PMKS, usahawan PKS dan pengusaha mikro. RM40 juta disediakan untuk melaksanakan program shop Malaysia online. Kesemua inisiatif ini sepatutnya pada pandangan saya diletakkan di bawah kementerian ini, KUSKOP. Sebab KUSKOP lah yang sepatutnya menjadi penyelaras untuk mengkoordinasi semua bantuan, semua keperluan ataupun pendanaan kepada PMKS kita. Cuma satu saja yang terletak di bawah KUSKOP iaitu dana sebanyak RM330 juta di bawah TEKUN. Jadi saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kalau banyak peruntukan ini tidak terletak di bawah KUSKOP, bagaimana KUSKOP boleh menyelaraskan kerja-kerja untuk membantu PMKS kita. Berkenaan dengan Butiran 000601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Dinaikkan daripada RM55 juta kepada RM85 juta pada tahun ini. Saya nak tanya, dana ni apakah kriteria untuk permohonan dia? Bagaimana cara permohonan dia? Sebab bagi saya ianya amat mustahak untuk pendanaan kepada PKS, cuma apa kategori? Sebab setakat RM85 juta walaupun ada RM85 juta sebenarnya kalau untuk bantu PKS kita, ia adalah satu figure yang tidak besar. Jadi apakah kriteria dan apakah syarat yang ditetapkan? Dato’ Pengerusi, saya juga nak menyentuh satu lagi perkara iaitu bawah koperasi. Di bawah 030200 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan 030300 – Institut Koperasi Malaysia. Dua entiti ini adalah entiti yang sangat mustahak dalam usaha kerajaan untuk membangunkan koperasi di Malaysia. Cuma pembangunan koperasi di Malaysia, saya
mohon mencadangkan di sini supaya kita mengambil ataupun kita belajar dengan modul yang terpakai di Jepun. Saya baru berkunjung – JKPK baru berkunjung ke Jepun pada bulan lepas di mana kami dibawa untuk mengunjungi ataupun berjumpa dengan – kalau di situ dipanggil koperatif, cara mereka mengendalikan koperasi di negara Jepun. Sebuah koperasi yang dinamakan sebagai coop daily. Dia mempunyai rangkaian pasar raya yang besar. Saya boleh katakan bahawa modul dia, cara pendekatan dia lebih kurang macam pasar raya besar kita. Pasar raya Mydin atau pun pasar raya NSK yang kita ada tapi ia sebenarnya dikendalikan oleh koperasi dan koperasinya yang menariknya adalah dia tidak mahu pencarum mencarum dengan banyak. Kalau di situ dia hanya benarkan maksimum satu juta yen sahaja yang lebih kurang dengan RM30,000 wang kita. Tapi dia meramaikan, merakyatkan koperasi dia dengan menggalakkan lebih ramai pencarum untuk menyumbang, melabur dalam koperasi. Selepas itu, dia mewujudkan satu sistem ataupun keempunyaan yang mana pencarum mempunyai perasaan seolah-olah mereka sendiri memiliki koperasi tersebut dan pasar raya yang dikendalikan oleh koperasi tersebut menawarkan harga yang lebih murah daripada harga pasaran untuk barang-barang keperluan. Inilah cara koperasi di Jepun dan saya harap pihak kementerian KUSKOP boleh menggunakan modul sebegini untuk melakukan pendidikan, kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya koperasi kita boleh berdikari tanpa pendanaan daripada kerajaan tetapi koperasi tersebut dapat berdiri dengan kemampuan kewangan sendiri malah maju seolah-olah ia adalah sebuah badan ataupun perbadanan swasta yang berkembang maju padahal ia hanya memberikan dividen tahunan sebanyak 0.2 peratus sahaja kepada semua pencarum. Jadi inilah role model yang sepatutnya dibangunkan. Jadi saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat Menteri menggulung nanti, apakah kita mempunyai usaha ke arah untuk membangunkan koperasi di Malaysia menjadi lebih kompetitif, lebih berdaya saing dan mampu untuk bersaing dengan pihak swasta. Jadi sekian saja Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih. [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.32 petang]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan
Kita teruskan dengan perbahasan. Saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi dalam Kepala B.26. Anggaran tahun 2024 meningkat. Kini berjumlah RM97,925,700 berbanding tahun 2023 hanya sekitar RM93 juta lebih. Ini menunjukkan kerajaan sekarang menganggap penting
soal pembangunan koperasi yang menyentuh soal pengurusan koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia. Saya juga ingin menyebut soal Butiran P.26 bagi Butiran 13001 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia: Pembangunan Perniagaan sebanyak RM11,750,000 bagi tahun 2024 berbanding hanya RM8 juta pada tahun 2023. Juga, Butiran 14000 – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sebanyak RM2 juta bagi tahun 2024. Saya melihat Tuan Pengerusi bahawa gerakan koperasi sangat penting di Malaysia. Kerajaan dan rakyat sama-sama perlu pandang serius potential gerakan koperasi untuk banyak perkara. Pertama, gerakan koperasi berupaya untuk melawan kartel dan orang tengah, di mana golongan kartel dan orang tengah ini, tujuan mereka semata-mata untuk mendapat keuntungan sebanyak yang mungkin. Kedua, gerakan koperasi saya lihat melalui kedai-kedai koperasi dan pasar raya- pasar raya koperasi, boleh membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi. Ketiga, kalau gerakan koperasi di negara kita kuat, tidak mungkin akan berlaku kejadian sorok beras tempatan, sorok minyak masak subsidi berpaket dan sebagainya. Begitu juga, jika petani dan pesawah kuat dalam gerakan koperasi, tidak mudah kartel- kartel sorok benih padi sehingga pesawah nak tanam padi pun susah kerana benih tak ada sebab dikawal golongan tengah yang menjadi kartel untuk mengaut keuntungan. Jadi, saya berpendapat jika gerakan koperasi kita kuat, maka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri tak perlulah bersusah payah terlibat dalam Jualan Rahmah, Payung Rahmah dan sebagainya. Kerajaan atau agensi seperti KPDN boleh kekal sebagai regulator mengawal dan menyelia. Sebagai rumusan Tuan Pengerusi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia perlu aktif membangunkan gerakan koperasi di seluruh negara: gerakan koperasi di kalangan petani dan pesawah; gerak koperasi di kalangan nelayan dan penternak; gerakan koperasi di kalangan pekebun kecil getah dan sawit; gerakan koperasi di kalangan guru-guru; gerakan koperasi di sekolah-sekolah dan universiti; gerakan koperasi di kalangan pekerja gig e-hailing dan p-hailing; gerakan koperasi di masjid-masjid dan di surau-surau serta rumah-rumah ibadat yang lain. Dalam hal ini, Institut Koperasi Malaysia dalam Butiran 030300 – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di bawah Kepala B.26 dengan anggaran peruntukan lebih RM16 juta bagi tahun 2024, lebih tinggi berbanding sebelumnya, perlu memikul tanggungjawab dan amanah bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk merancakkan pertumbuhan koperasi di Malaysia, dalam membanteras kegiatan kapitalis kartel yang menindas rakyat dengan sewenang-wenang menentukan harga dan kadang-kadang mensabotaj usaha kerajaan untuk mengawal harga supaya rendah dan bekalan terjamin serta mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi. Demikian Tuan Pengerusi, perbahasan saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Pembahas yang terakhir adalah Yang Berhormat Jerlun.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, saya merujuk Butiran 010000 – Pengurusan, Butiran 010100 – Pengurusan Am. Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi (KWAPb) dan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPd) merupakan kumpulan wang yang dicarum oleh koperasi-koperasi kecuali koperasi sekolah untuk dijadikan wang terkumpul dan bagi tujuan pembangunan koperasi. Ini adalah tertakluk kepada koperasi yang memperoleh keuntungan bersih teraudit melebihi RM50,000 setahun dengan caruman sebanyak satu peratus untuk
KWAPb dan dua peratus untuk KWAPd bagi koperasi dengan perolehan bersih teraudit melebihi RM100,000. Caruman ini adalah berdasarkan kepada Akta Koperasi 1993 dan Peraturan-peraturan Koperasi 2010. Saya pohon penjelasan. Pertama, berapakah jumlah Ringgit Malaysia terkumpul bagi kedua-dua kumpulan amanah ini? Kedua, ke manakah ia dibelanjakan dalam usaha membangunkan koperasi? Saya mencadangkan, peruntukan KWAPb yang besar atau lebih, perlu disalurkan kepada koperasi atasan yang menjadi badan puncak gerakan koperasi negara yang juga mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai ANGKASA.
Seterusnya 030000 – Pembangunan Koperasi. 030100 – Pengurusan Koperasi. Tuan Pengerusi, ANGKASA bertanggungjawab merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi dengan mengenal pasti dan memajukan bidang perniagaan baharu, membangun dan memperkukuhkan perniagaan sedia ada serta mewujudkan jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu menurut Aspirasi Koperasi Malaysia ini juga, ANGKASA bertanggungjawab membangun dan memperluaskan perniagaan koperasi dengan tumpuan kepada sektor ekonomi utama dan juga mengantarabangsakan gerakan koperasi dengan tumpuan kepada perkongsian ilmu pengetahuan, teknologi serta pengembangan perniagaan. Oleh itu, saya mencadangkan peruntukan yang lebih besar diberikan kepada ANGKASA untuk tujuan tersebut bagi menunaikan tanggungjawab tersebut kepada hampir 15,315 buah koperasi menurut perangkaan SKM Disember 2022 yang telah didaftarkan oleh SKM. Inilah peranan sebenar ANGKASA yang kini telah dikenali di peringkat antarabangsa melalui keahliannya dalam International Cooperative Alliance (ICA) di peringkat dunia. Selanjutnya 033200 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Dalam Bajet 2023 diperuntukkan RM74.8 juta. Dalam Bajet 2024 pula sebanyak RM78.6 juta. Ada peningkatan sebanyak RM3.8 juta. Dalam perbahasan lalu, saya telah membangkitkan kekosongan tujuh ahli lembaga SKM yang tidak diisi. Merujuk laman web SKM, lima orang ALP telah pun diisi tetapi dua ALP masih lagi tidak diisi termasuk Pengerusi Lembaga SKM sejak Mac 2023 sehingga sekarang. Hampir lapan bulan. SKM telah pun ditambah peruntukannya. Persoalan saya, mengapa kerajaan tidak melantik Pengerusi SKM? Kedua, bagaimana SKM hendak membuat dasar baharu dan keputusan mesyuarat hanya disebabkan pengerusi lembaga tidak wujud? Ketiga, bilakah kerajaan bercadang untuk melantik pengerusi lembaga yang baharu? Keempat saya mencadangkan pengerusi lembaga dilantik di kalangan pemimpin-pemimpin koperasi yang berkelayakan atau berautoriti dan berpengalaman sama ada di peringkat nasional ataupun di peringkat global, bukan dilantik di kalangan pemimpin politik oleh Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya 040000 – Program Khusus. 040400 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional). Dalam Bajet 2023 dan Bajet 2024, peruntukan kekal sebanyak RM500 juta. Tahun 2017 atau enam tahun yang lalu, TEKUN melaksanakan pinjaman segera, fast-track loan dengan izin sebanyak RM3,000 ke bawah kepada peniaga informal tetapi sekarang tidak dilaksanakan lagi. Saya mencadangkan pinjaman segera dengan jumlah tersebut dapat diwujudkan semula untuk memudahkan golongan peniagaan informal. Ini disebabkan golongan peniaga ini tidak mempunyai daftar perniagaan SSM. Mereka berniaga secara kecil- kecilan seperti menjual ikan dari rumah ke rumah dengan basikal atau motosikal. Golongan wanita yang menjahit pakaian di rumah sendiri, anak muda yang berniaga produk secara online dan sebagainya. Amalan biasa, pinjaman TEKUN dibuat secara berkumpulan dengan jumlah tertentu. Namun begitu, timbul masalah antaranya nak cari ahli kumpulan yang agak
sesuai, sukar. Ahli kumpulan sedia ada tidak sesuai dengan peribadi ahli yang lain. Ada ahli yang sengaja melewatkan bayaran mingguan menyebabkan ahli yang lain terpaksa berkorban dan sebagainya. Bagi memudahkan perniagaan seseorang ahli terus beroperasi, saya mencadangkan agar TEKUN membenarkan seorang ahli TEKUN berniaga secara bersendirian dan diberikan kemudahan untuk membuat pinjaman sebagaimana pinjaman TEKUN secara berkumpulan. Satu lagi pinjaman TEKUN untuk usahawan industri binaan telah dinaikkan sehingga RM200,000 dalam memperkasakan kontraktor dan usahawan khususnya bumiputera. Dalam hal ini, saya mencadangkan pinjaman TEKUN untuk usahawan PMKS....
Yang Berhormat, sila gulung.
..Yang sekarang ini bermula dengan RM1,000 hingga RM100,000 dinaikkan sehingga RM200,000. Akhirnya saya mencadangkan agar ditambah pegawai TEKUN di setiap cawangan berdasarkan nisbah atau ratio, dengan izin. Contoh di Parlimen saya, Parlimen Jerlun. Ada empat orang pegawai. Seorang pengurus cawangan dan tiga orang pegawai pembiayaan dan pegawai kutipan. Usahawan yang diselia pula melebihi 100 orang. Ratio yang baik ialah 150 orang usahawan diselia oleh seorang kakitangan TEKUN. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 25 minit.
Laluan, ada...
Sebentar Menteri. Yang Berhormat Jerlun.
Saya diminta untuk mengalu-alukan kehadiran kakitangan PPD Daerah Lipis yang mengikuti perbahasan di Dewan Rakyat pada petang ini. Sekian. [Tepuk]
Selamat datang ke Dewan Rakyat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih kepada 18 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan peringkat jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu Yang Berhormat Jelutong, Sungai Besar, Parit Sulong, Pengkalan Chepa, Petaling Jaya, Masjid Tanah, Sri Gading, Padang Besar, Bangi, Kuala Langat, Kalabakan, Kulim-Bandar Baharu, Sungai Siput, Temerloh, Kuala Krau, Rasah, Pasir Gudang dan Jerlun. Sebelum saya meneruskan penggulungan saya, saya terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah saya kepada ketua setiausaha, timbalan ketua setiausaha, ketua-ketua agensi dan semua warga kementerian yang telah dapat melaksanakan amanah menjayakan Belanjawan 2023 di kementerian ini sehingga mendapat Anugerah Prestasi Pembangunan Terbaik pada hari kelmarin. [Tepuk] Dato’ Pengerusi, disebut dalam perbahasan tadi terkait dengan dana pembiayaan dan jaminan akses pembiayaan RM44 bilion dalam Belanjawan 2024 sepertimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selaku Menteri Kewangan. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, pelbagai kementerian dan agensi terlibat melaksanakan pembiayaan dan program-program pembangunan keusahawanan ini dan banyak juga– ada beberapa touch points yang disebut dalam belanjawan itu yang tidak dimasukkan di dalam buku bajet ini. Antaranya yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat, dilaksanakan oleh SME Bank, dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia misalnya.
Untuk itu, bagi tujuan penyelarasan beberapa struktur tadbir urus telah ditubuhkan iaitu yang pertama Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Satu, bagi menetapkan hala tuju dan Dasar Pembangunan Usahawan dan PMKS secara menyeluruh merentasi semua sektor ekonomi. Kedua, Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional yang saya pengerusikan sendiri bagi menyelaras hala tuju pembangunan keusahawanan dan pelaksanaan inisiatif antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri supaya lebih terancang dan strategik. Ketiga, pasukan petugas peringkat tertinggi PMKS dan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Keusahawanan Nasional yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha kementerian saya. Keempat, Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Khas bagi Sabah dan Sarawak yang telah dilaksanakan bagi memastikan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dapat diteruskan dengan lebih baik. Seterusnya, Majlis Pembangunan Usahawan Koperasi Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah yang ditubuhkan bagi memastikan isu pelaksanaan dan keperluan usahawan koperasi penjaja dan peniaga kecil di peringkat daerah ditangani secara bersasar. Selain itu, kementerian saya melalui SME Corp. memantau program-program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan oleh 68 kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan serta kerajaan-kerajaan negeri.
Melalui platform SMEIPA atau pun Pelan Tindakan Bersepadu PMKS. Laporan SMEIPA ini akan dibentangkan dalam mesyuarat MPUPK dan MPKN seperti mana yang saya sebutkan tadi penubuhannya. Ahli Yang Berhormat juga telah menyebut berkenaan dengan program-program pembangunan wanita. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, KUSKOP telah menambah baik apa yang pernah ditubuhkan sebelum ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan Wanita dan OKU yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri saya dan turut disertai oleh semua Ahli Perbadanan atau Ahli Lembaga Pengarah yang kita lantik di agensi-agensi di bawah kementerian. Program-program seperti libat urus dengan stakeholders iaitu usahawan- usahawan wanita dan persatuannya, dengan komuniti OKU yang terlibat dalam pembangunan keusahawanannya sememangnya menjadi mandat jawatankuasa ini termasuklah mengemukakan syor-syor penambahbaikan program pembangunan dan pembiayaan keusahawanan wanita dan OKU. Berdasarkan Banci Ekonomi 2016, jumlah PMKS milikan wanita yang berdaftar adalah sebanyak 186,930. Laporan ini akan dikemas kini berdasarkan dapatan daripada Banci Ekonomi 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang akan diterbitkan pada bulan Ogos tahun hadapan, tahun 2024. Manakala bagi gerakan koperasi, sebanyak 256 koperasi wanita telah ditubuhkan setakat ini. Antara program yang dilaksanakan bagi tahun 2023 untuk wanita adalah yang pertama skim pembiayaan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia kepada 323,542 orang usahawan wanita dengan pembiayaan sebanyak RM1.74 bilion. Kedua, Skim pembiayaan TEKUN Wanita kepada 3,801 orang usahawan dengan pembiayaan sebanyak RM20 juta. Ketiga, Program BRPLUS - i BizLady oleh Bank Rakyat yang menyalurkan pembiayaan RM8.72 juta kepada 86 orang usahawan wanita. Keempat, Program Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent atau pun ringkasnya SWEET oleh PERNAS yang menyalurkan peruntukan sebanyak RM4.8 juta kepada 19 orang usahawan wanita. Ahli-ahli Yang Berhormat juga ada yang membangkitkan tentang Program PROTEGE, Padang Besar misalnya. Sebagai makluman Program PROTEGE-Ready to Work atau pun PROTEGE – RTW merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan potensi kebolehpasaran dan memberikan pengalaman pekerjaan sebenar kepada mahasiswa melalui penempatan pekerjaan di pelbagai industri.
Di bawah program ini, graduan ditempatkan selama lapan hingga 12 bulan dan diberikan elaun. Sehingga 2023, seramai 16,022 orang graduan telah mengikuti program ini. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini juga, kementerian telah melaksanakan inisiatif kerjasama strategik bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bermula pada tahun 2020. Kerjasama strategik ini bertujuan untuk menyelaras program-program keusahawanan sedia ada serta merangka inisiatif baharu untuk meningkatkan penglibatan belia, graduan dan atlet dalam bidang keusahawanan. Pelaksanaan kerjasama strategik ini dipantau melalui mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Kerjasama Strategik, KUSKOP, KBS dan KPT. Pada tahun lepas, sebanyak 20 program rentas kementerian melibatkan KUSKOP, KBS dan KPT telah dilaksanakan yang turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi di bawah agensi di bawah kementerian masing-masing. KUSKOP juga melaksanakan program keusahawanan di peringkat universiti bagi meningkatkan kemahiran usahawan sedia ada serta melahirkan ramai usahawan baharu melalui Program PROTEGE dan agensi-agensi di bawah kementerian. Program-program PROTEGE yang spesifik yang melibatkan pembangunan mahasiswa dalam bidang keusahawanan ialah Program Usahawan Perantis atau pun SPACE. Dari tahun 2022 sehingga 31 Oktober 2023, seramai 600 mahasiswa dari seluruh Malaysia telah menyertai dan menerima latihan bagi pembangunan produk melalui Program SPACE ini. Sehingga kini, seramai 28 orang usahawan telah menjalankan perniagaan. Seterusnya kajian impak keberkesanan Program PROTEGE yang telah dilaksanakan akan diadakan pada penghujung RMKe-12 iaitu pada tahun 2025. Ini bagi membolehkan penilaian pelaksanaan program secara menyeluruh dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia ini. Cadangan untuk mengambil kira latihan keusahawanan sebagai latihan industri akan diteliti oleh kementerian. Program PROTEGE juga merupakan latihan berstruktur yang melibatkan latihan keusahawanan, peningkatan kapasiti pembangunan produk dan mentoring serta coaching. PROTEGE menyediakan geran permulaan kepada peserta yang melepasi sesi pitching. Program-program di bawah PROTEGE meliputi semua sektor industri termasuk sektor pertanian. Pada tahun 2023, terdapat 17 peserta N-GENE 3.0 yang merupakan dari sektor pertanian. Seterusnya Tuan Pengerusi, Ahli-ahli Yang Berhormat juga menyebut atau pun menyentuh mengenai dengan keusahawanan halal. Pembangunan keusahawanan halal. Kementerian telah melaksanakan beberapa program kesedaran dan bimbingan kepada usahawan mengenai piawaian dan standard halal dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri seperti berikut. Dengan melibatkan agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri. Kedua, Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketiga Halal Development Corporation. Keempat, kementerian dan agensi yang turut bertanggungjawab untuk membimbing usahawan dalam industri halal seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Belia dan Sukan dan juga kerajaan-kerajaan negeri. Kerjasama ini juga akan kita teruskan pada tahun 2024. Bagi menggalakkan pembangunan keusahawanan halal di Malaysia, di setiap rangkaian bekalan, kementerian melaksanakan empat program utama iaitu yang pertama Program Pembangunan Kapasiti Usahawan Halal untuk membantu dan membimbing usahawan bagi mendapatkan pensijilan halal di negara kita. Kedua, Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal untuk membantu usahawan bagi meningkatkan nilai komersial produk supaya lebih kompetitif dan berdaya saing. Ketiga, Program Inovasi dan Teknologi Halal untuk membantu usahawan bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran produk halal menerusi transformasi proses pembuatan. Keempat, Program Pengantarabangsaan Halal untuk membantu usahawan menembusi pasaran antarabangsa melalui penyertaan di pameran dan ekspo perdagangan di luar negara. Seterusnya, berkenaan dengan keberhasilan program keusahawanan yang telah dilaksanakan bagi tahun ini. Seramai 985 orang usahawan telah menerima manfaat di atas pelaksanaan Program Pembangunan Keusahawanan Halal yang telah dilaksanakan oleh kementerian pada tahun ini. Manakala untuk Program Pengantarabangsaan Halal
pula, seramai 105 usahawan telah menerima manfaat dengan jumlah potensi jualan sebanyak RM346 juta. Ahli-ahli Yang Berhormat juga menyentuh mengenai dengan BLESS. Sebagai makluman, BLESS adalah merupakan sistem automasi perlesenan perniagaan N2N secara dalam talian yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa melesen. Sehingga kini terdapat 48 lesen boleh dipohon melalui BLESS yang melibatkan 18 pihak berkuasa melesen di bawah sembilan buah kementerian.
Sejumlah 93,407 lesen telah diluluskan melalui BLESS sepanjang tahun 2022 dan 71,070 sehingga 31 Oktober 2023. Dengan adanya sistem ini akan memudah cara usahawan dan koperasi untuk memohon lesen-lesen yang diperuntukkan secara dalam talian dan tidak lagi mengemukakan permohonan serta menerima kelulusan secara manual. Peruntukan RM1 juta di bawah Butiran 050100 – Penyelenggaraan Sistem BLESS adalah untuk menyelenggara pusat data dan aplikasi BLESS melibatkan aktiviti pembaharuan lesen aplikasi untuk mengoperasikan BLESS serta kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur. Perkara ini penting untuk memastikan sistem BLESS dapat beroperasi pada tahap yang optimum. Bagi memastikan sistem ini selari dengan teknologi semasa serta dapat beroperasi dengan lebih berkesan, BLESS akan mula dinaik taraf kepada BLESS generasi baharu bermula tahun 2024 melalui Butiran Pembangunan 10200 – Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jumlah lesen yang boleh dipohon melalui BLESS akan dapat ditingkatkan daripada 48 kepada 80 lesen. Ahli Yang Berhormat Bangi menyentuh tentang MyMall. Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, peruntukan MyMall tidak termasuk dalam peruntukan teknologi maklumat, 10200. Peruntukan MyMall merupakan peruntukan one- off yang diluluskan Kementerian Kewangan pada tahun 2022, dengan peruntukan sebanyak RM7 juta pada ketika itu. MyMall telah beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2022 dan sehingga kini terdapat 1,277 usahawan melibatkan 343 transaksi dengan jumlah jualan setakat ini sebanyak RM2.77 juta. KUSKOP tidak berhasrat meletakkan MyMall setanding Shopee tetapi hasrat perwujudan MyMall sememangnya bukan untuk bersaing dengan mana-mana platform e- dagang. MyMall merupakan platform pembangunan ekosistem keusahawanan yang tidak terhad kepada e-dagang sahaja, di mana ia turut menawarkan akses kepada pembiayaan perniagaan, latihan keusahawanan, ujian kesihatan perniagaan ataupun psikometri. Usahawan yang berniaga melalui MyMall tidak dikenakan sebarang caj. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyatakan sokongan kepada agensi-agensi di bawah kementerian. Peruntukan tidak cukup dan saya ambil kira itu sebagai satu bentuk sokongan supaya peruntukan ini dapat ditambah pada tahun-tahun belanjawan yang seterusnya. Pertama, mengenai dengan Institut Keusahawanan Negara sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Padang Besar, Masjid Tanah, Sungai Besar, Kuala Krau. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan tentang peruntukan yang disalurkan kepada INSKEN. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, INSKEN telah merancang untuk melaksanakan pelbagai program latihan, bimbingan dan konsultasi perniagaan bagi tahun 2024 dengan peruntukan RM11 juta melalui penyertaan umum dan kolaborasi bersama agensi-agensi di peringkat negeri dan Persekutuan. INSKEN sentiasa berusaha dan memperluaskan capaian kepada lebih ramai usahawan-usahawan di seluruh negara. Sebagai makluman bagi tahun 2024, INSKEN telah merancang untuk melaksanakan 233 program yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 8,000 usahawan di seluruh negara. INSKEN juga bersedia melaksanakan program-program keusahawanan sepertimana cadangan beberapa Ahli Yang Berhormat. INSKEN melaksanakan program- program di beberapa lokasi di seluruh negara melalui tempat-tempat yang ditentukan yang dapat memudahkan usahawan menghadiri program-program yang dilaksanakan tersebut. Dengan memperluaskan capaian program-program tersebut ke pelbagai kawasan di
seluruh negara, kita berharap lebih ramai usahawan dapat menerima manfaat kursus ataupun program bimbingan dan konsultasi yang disediakan oleh INSKEN. INSKEN juga mengalu-alukan cadangan Ahli Yang Berhormat Kalabakan misalnya. Sebagai makluman, Pejabat INSKEN di Kota Kinabalu telah dibuka pada 29 Mei 2023. Seterusnya di Kuching, Sarawak pada 30 September 2023. Ini menunjukkan komitmen kerajaan, kementerian dan INSKEN untuk memberi capaian perkhidmatan yang lebih besar, yang lebih baik kepada usahawan-usahawan di Sabah dan di Sarawak. Untuk makluman Yang Berhormat Kalabakan, pada tahun 2023, seramai 138 peserta daripada Parlimen Kalabakan telah menyertai pelbagai program keusahawanan anjuran INSKEN. Ahli-ahli Yang Berhormat Petaling Jaya, Masjid Tanah, Sri Gading, Kuala Langat, Kalabakan, Temerloh antaranya telah menyentuh mengenai dengan SME Corp termasuklah Parit Sulung, Jelutong. Sebagai makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, SME Corp. diperuntukkan dana pembangunan sejumlah RM122.6 juta bagi tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding peruntukan pada tahun ini. Selain daripada dana pembangunan yang diberikan SME Corp juga menjalankan peranan sebagai agensi penyelaras pusat pembangunan PMKS di Malaysia. Bagi lonjakan berganda dalam pertumbuhan PMKS, strategi jangka panjang akan bertumpu kepada bidang tumpuan seperti rantaian nilai dalam industri berimpak tinggi, pengantarabangsaan PKS, perusahaan mikro dan kumpulan inklusif dan pendigitalan serta automasi PMKS. Dalam hal ini SME Corp menerajui beberapa inisiatif pembangunan PMKS yang utama termasuk mengeluarkan pensijilan status PMKS, penerapan skor National Mark in Malaysian Brand, menyelaras program-program pembangunan PMKS yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi, bertindak sebagai pusat rujukan PMKS, pusat rujukan ekonomi PMKS dan menerajui inisiatif ESG bagi komuniti PMKS. Di bawah butiran belanjawan ini, dua program iaitu Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) dan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) akan dilaksanakan. Kedua-dua program ini menyediakan bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan melalui peningkatan produktiviti, automasi dan pendigitalan serta pembungkusan dan pelabelan produk. Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) telah memberikan manfaat kepada 114 PMKS dengan nilai kelulusan geran dan pinjaman mudah bernilai RM23.6 juta bagi tahun 2023 sehingga bulan Oktober. Bagi tahun 2024, dengan RM55 juta peruntukan yang diluluskan dan kita sasarkan 130 PMKS akan mendapat manfaat. Manakala untuk program BEEP, tahun 2023 hingga Oktober, kita telah memberikan kelulusan kepada 185 PMKS dengan nilai geran berjumlah RM18.8 juta. Bagi tahun 2024, dengan peruntukan RM30 juta yang telah diluluskan, kita jangkakan ataupun sasarkan 150 syarikat PMKS bumiputera daripada seluruh negara akan mendapat manfaat. Kedua-dua program ini membantu secara tidak langsung bagi mempersiapkan PMKS meluaskan pasaran dengan meningkatkan kecekapan perniagaan dan produktiviti melalui pematuhan standard dan piawaian, penjenamaan dan peningkatan serta pembungkusan produk. Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah terbuka kepada belia bumiputera mengikut definisi belia yang ditetapkan. Bantuan disediakan bagi pembangunan kapasiti berbentuk latihan, geran permulaan perniagaan, pinjaman mudah dan khidmat nasihat. Mereka yang terpilih mengikuti program ini, didedahkan dengan pengetahuan asas dalam menjalankan perniagaan seperti pengurusan akaun asas, sumber manusia, stok dan pemasaran melalui digital seperti Facebook, Twitter dan e- dagang dan laman media sosial yang lain, platform media sosial yang lain.
Bagi tempoh sehingga 2023, sejumlah 1,972 usahawan belia telah mendapat manfaat dengan geran yang diluluskan sebanyak RM30.13 juta dengan pelbagai dana seperti dana pembangunan 2023, dana PENJANA dan dana PEMERKASA yang disalurkan sebelum itu. Bagi tahun 2023 sahaja, sejumlah 555 usahawan belia telah
mendapat manfaat dengan peruntukan yang diluluskan yang meliputi kos latihan dan geran permulaan perniagaan berjumlah RM10 juta. Bagi tahun 2024, sejumlah 800 orang belia bumiputera kita sasarkan untuk mendapat manfaat dengan peruntukan RM20 juta, termasuklah belia yang terlibat dalam pertanian hiliran dan pertanian pintar kerana ia memberi nilai tambah yang tinggi. Secara dasarnya program TUBE ini menjadi pelengkap kepada belia dalam sektor pertanian hiliran dan pertanian pintar yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun keusahawanan. Cadangan untuk menyediakan 1,500 untuk memohon lesen dan menggunakan mana-mana alamat untuk premis perniagaan adalah cadangan yang sangat baik. Saya alu-alukan dan kementerian akan meneliti cadangan Yang Berhormat Kalabakan untuk memastikan dana geran yang disalurkan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Manakala program TUBE khusus untuk belia pendalaman Sabah dan Sarawak, SME Corp merancang untuk melaksanakan program TUBE secara fizikal di Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, kementerian melalui SME Corp akan meneliti lokasi yang bersesuaian bagi tujuan tersebut. Program Persijilan Status PMKS melalui pelaksanaan pemberian baucar juga akan kita lanjutkan ke tahun 2024 untuk pemilikan sijil PMKS. Program TUBE merupakan program yang khas belia bumiputera, yang ini sudah saya sebut tadi untuk makluman Yang Berhormat Temerloh.
Menteri, Menteri, Temerloh.
Ya.
Hendak tanya berkenaan dengan isu koperasi yang bermasalah.
Ya, saya selesaikan ikut agensi boleh? Mudah. Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe) yang dibangkitkan juga bertujuan menyediakan kemahiran kompetitif dan sokongan teknikal kepada perusahaan mikro bagi meningkatkan produktiviti dan menjalankan perniagaan dengan lebih cekap dan efektif melalui kemahiran baharu termasuklah perolehan kemahiran berkaitan digital. Bagi tempoh 2021 hingga Oktober 2023, sejumlah 8,150 peserta telah mendapat manfaat bagi meningkatkan kemahiran termasuk pemasaran bagi meningkatkan jualan melalui akses talian seperti Shopee dan Lazada. Daripada jumlah tersebut 5,886 peserta merupakan usahawan wanita. Bagi tahun 2024 dengan peruntukan RM6.6 juta yang diluluskan, SME Corp mensasarkan 630 perusahaan mikro termasuk usahawan wanita mendapat manfaat melalui peningkatan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Geran yang ditawarkan oleh SME Corp Malaysia adalah dalam bentuk geran padanan, dilaksanakan secara bayaran balik dan PMKS yang memohon harus mempunyai pensijilan status PMKS yang dikeluarkan oleh SME Corp Malaysia. TEKUN, sebelum kita ke koperasi. Timbalan Pengerusi TEKUN pun ada di dalam Dewan ini. Sebagai makluman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan TEKUN, khas untuk Yang Berhormat Sungai Siput. Secara keseluruhannya, dari tahun 2008 hingga tahun 2023 TEKUN Nasional telah menerima peruntukan sejumlah RM391.5 juta khas untuk usahawan di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI). Daripada jumlah tersebut sehingga September 2023, TEKUN telah menyalurkan bantuan pembiayaan berjumlah RM428.3 juta kepada seramai 24,397 usahawan. Bagi tahun 2023 sehingga bulan Oktober, TEKUN telah membiayai seramai 1,892 usahawan masyarakat India dengan nilai RM35.7 juta. Lebihan pembiayaan ini ditampung menggunakan wang kutipan bayaran balik. Sehingga bulan September TEKUN telah menerima kutipan bayaran balik pembiayaan bagi skim ini berjumlah RM269.2 juta. Daripada peruntukan RM391.5 juta yang saya nyatakan tadi, RM150 juta daripadanya adalah berbentuk pinjaman daripada kerajaan yang perlu dibayar balik sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan walaupun
terdapat usahawan yang berhadapan dengan masalah untuk membayar semula pinjaman mereka. Sebagai makluman, TEKUN telah mula membuat bayaran balik pembiayaan ini bermula tahun 2021 sebanyak RM12 juta. Sehingga September 2023, kadar pinjaman tidak berbayar bagi skim SPUMI berjumlah RM111.09 juta ataupun 25 peratus bersamaan dengan satu perempat daripada jumlah pembiayaan yang dikeluarkan. Daripada jumlah kutipan balik sebanyak RM269.5 juta, sebanyak RM157.8 juta adalah kutipan pokok, RM55.7 juta adalah tabung simpanan yang tidak boleh digunakan untuk apa-apa tujuan dan selebihnya adalah kadar keuntungan yang dikenakan ke atas pembiayaan. Daripada jumlah itu, dana yang boleh digunakan semula adalah berjumlah RM157.8 juta sahaja iaitu bayaran pokok. TEKUN ingin memaklumkan bahawa TEKUN tidak pernah membuat penolakan permohonan dengan alasan dana tidak mencukupi atau telah digunakan sepenuhnya. TEKUN sentiasa akan mempertimbangkan dan meluluskan permohonan yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan dengan pembiayaan akan disalurkan menggunakan dana daripada kutipan bayaran balik. Namun begitu TEKUN sentiasa memberi ruang kepada usahawan yang bertunggakan ataupun bermasalah untuk membayar balik menerusi pinjaman penjadualan semula pembiayaan. Saya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri saya bercadang untuk mengadakan perjumpaan khusus dengan Ahli-ahli Dewan ini daripada kalangan masyarakat India untuk mengadakan satu libat urus berkaitan dengan program SPUMI dan program-program pembangunan lain yang diletakkan di bawah kementerian. Kadar non-performing financing sehingga ‘31...2023’ bagi TEKUN secara keseluruhannya, secara amnya adalah 12.55 peratus iaitu bagi tunggakan melebihi enam bulan. Kadar ini adalah dijangka oleh TEKUN oleh kerana TEKUN membiayai usahawan yang tidak memenuhi kriteria mendapatkan pembiayaan di institusi kewangan seperti bank-bank. Tindakan litigasi akan dilaksanakan bagi mendapatkan semula bayaran balik. TEKUN sentiasa terbuka untuk rundingan bayaran balik pembiayaan. Kutipan bayaran balik TEKUN sehingga Oktober 2023 berjumlah RM750 juta iaitu melebihi sasaran kita. Sasaran awal kita adalah RM700 juta. Ahli Yang Berhormat Pengkalan Chepa membangkitkan tentang Agro Muda, Agropreneur Muda..
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri saya telah mengemukakan pertanyaan tadi tentang pinjaman berkelompok ada halangan, boleh atau tidak pinjaman itu secara individu, ahli dalam kelompok itu, itu yang pertama. Kedua, tadi ini tempoh kadar pinjaman adakah boleh dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM200,000 sebagaimana untuk usahawan kontraktor tadi.
Sebenarnya saya ke arah itu, Yang Berhormat.
Ingatkan kot masuk sudah tajuk lain. [Ketawa]
Sabar. Berkaitan dengan Agropreneur...
Sebelum Yang Berhormat Menteri..
Ya.
Sebelum Yang Berhormat Menteri meneruskan, Yang Berhormat Menteri perlu berapa minit lagi?
Boleh beri 10 minit dan sekiranya masih banyak lagi ini, Dato’ Pengerusi tetapi saya akan jawab secara bertulis bagi yang baki.
Baik, saya akan luluskan 10 minit, tepat 10 minit saya akan tutup mic. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat tahu semasa TEKUN di bawah kementerian pengawal sebelum ini iaitu Kementerian Pertanian, TEKUN telah menyediakan pembiayaan bagi menyokong Program Agropreneur Muda dengan nilai pembiayaan sehingga RM100,000.
Walaupun TEKUN kini telah diletakkan di bawah kementerian saya, usahawan Agropreneur Muda masih boleh memohon bantuan pembiayaan untuk pelaksanaan projek mengikut syarat dan prosedur pembiayaan sedia ada. Sehingga Mac 2023, pembiayaan telah disalurkan kepada 255 peserta Agropreneur Muda dengan nilai pembiayaan RM8.9 juta. Bagi tahun 2023, TEKUN menyalurkan RM23.47 juta kepada 1,989 usahawan dalam sektor pertanian. Ahli Yang Berhormat Masjid Tanah menyatakan ataupun membangkitkan, Ahli Parlimen Masjid Tanah tidak ada di sini. Kulim-Bandar Baharu? Ada di sini? Membangkitkan tentang TEKUN menjadi alternatif dan juga cadangan penambahan peruntukan TEKUN. Untuk makluman Yang Berhormat, proses permohonan yang mudah dan dengan adanya 171 cawangan TEKUN di seluruh negara, menjadikan TEKUN Nasional menjadi pilihan usahawan mikro untuk mendapatkan bantuan pembiayaan. Bagi tahun 2024, sasaran pembiayaan sebanyak RM600 juta kita unjurkan dan sebahagiannya menggunakan wang kutipan bayaran balik. TEKUN berupaya memberikan ini kerana kutipannya agak baik. Walaupun peruntukan itu disalurkan RM330 juta sahaja tetapi kita masih boleh beri pembiayaan yang lebih kepada lebih ramai usahawan kerana kutipan balik. Untuk itu, Dewan ini perlu merekodkan penghargaan dan saya secara peribadi merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja TEKUN yang telah memastikan usahawan-usahawan ini membayar semula pinjaman mereka supaya digunakan untuk membantu usahawan-usahawan baru pula. Bagi mengelakkan usahawan membuat pinjaman dengan ceti, TEKUN telah memudahkan proses permohonan dengan mengurangkan dokumentasi kepada empat dokumen wajib sahaja iaitu salinan kad pengenalan, gambar premis, salinan penyata bank dan salinan SSM bagi usahawan mikro. Tempoh proses kepada tujuh hari bekerja dan penyaluran pembiayaan dalam tiga hari bekerja, berbanding 21 hari bekerja sebelum ini telah dilaksanakan oleh TEKUN. Manakala TEKUN Mobilepreneur yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Tahun 2024 nanti, kita telah mendapat RM10 juta, yang mana kita akan sasarkan dapat membantu 1,000 orang usahawan yang perlulah usahawan-usahawan ini mempunyai rekod pembiayaan pada tahun ini sehingga Oktober, berjumlah RM6.1 juta kepada seramai 731 usahawan e-hailing. Ini yang kita bantu setakat tahun inilah, yang mana kita akan teruskan pada tahun hadapan. Ahli Yang Berhormat Temerloh menyentuh tentang peruntukan pengusaha ikan patin. Yang ini mereka tidak ada peruntukan khusus diberi untuk ternakan patin tapi mereka boleh memohon untuk tujuan tersebut. Cadangan Yang Berhormat tadi tentang penambahbaikan kaedah pembayaran itu, pinjaman individu daripada pinjaman berkumpulan itu kita akan teliti. Esok saya akan mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah TEKUN Nasional untuk mengadakan perbincangan bagaimana program TEKUN pada tahun 2024 ini dapat dijayakan dengan lebih baik lagi. Seterusnya kita ke IKMa. Saya merakamkan penghargaan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh berkaitan dengan IKMa. Antaranya Sungai Besar, Parit Sulong, Rasah, Kuala Krau.
Rasah ada.
Rasah ada. Sebagai makluman, IKMa sebagai pusat latihan koperasi akan terus berusaha merealisasikan Dasar Keusahawanan Negara 2030 dan Dasar Koperasi Malaysia 2030 melalui peruntukan sekitar RM40 juta satu tahun yang mana peruntukan IKMa ini diperolehi melalui dua punca iaitu Kementerian Kewangan dan yang kedua, Tabung Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi. Bagi belanja mengurus (OA) 2024, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan RM18 juta lebih. Manakala bagi belanja operasi, ianya diperolehi daripada
Kumpulan Wang Amanah sekitar RM20 juta hingga RM25 juta satu tahun dan dana inilah yang digunakan untuk membiayai Program Pembangunan Modal Insan Koperasi yang memberi manfaat kepada lebih daripada 30 peserta di seluruh negara setiap tahun melibatkan 698 program pelbagai bidang. Peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah ini juga dapat digunakan untuk belanja operasi lain seperti emolumen kakitangan kontrak, perjalanan sara hidup, sewaan, penyelenggaraan, perkhidmatan ikhtisas dan perhubungan serta utiliti dan perolehan aset bagi tujuan latihan modal insan dan koperasi, termasuklah membiayai kursus jangka masa panjang. Bagi tahun 2024, IKMa menyasarkan sebanyak 635 program dengan sasaran penyertaan 30,000 orang peserta untuk menerima manfaat. Universiti Keusahawanan dan Koperasi Malaysia. Setakat ini enam program pengajian yang telah memperoleh akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) adalah seperti berikut: (i) Diploma Keusahawanan Koperasi; (ii) Diploma Pengurusan Koperasi; (iii) Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan; dan (iv) Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Yang mana Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ini ada dua pengkhususannya; Pengurusan Koperasi dan juga Keusahawanan Koperasi. Begitu juga dengan Sarjana Pentadbiran Perniagaan; pengkhususannya Pengurusan Koperasi dan Kepimpinan Korporat. Setakat ini UKKM telah menerima kemasukan seramai 30 orang mahasiswa ambilan pertama yang menjadi mahasiswa perintis. Mahasiswa ini apabila ber-graduate kelak akan menjadi mahasiswa pertama yang akan memiliki sijil akademik pengkhususan bidang koperasi. Bagi insentif terkait dengan insentif menggalakkan pelajar menuntut di UKKM iaitu: (i) IKMa menyediakan insentif pendidikan berupa potongan yuran pengajian sebanyak 50 peratus bagi tiga cohort pengambilan; (ii) pembiayaan pendidikan melalui Tabung Kumpulan Wang Pendidikan Koperasi kepada anak-anak koperasi yang layak; dan (iii) IKMa juga menawarkan kemudahan hostel kepada pelajar tahun pertama. Fokus UKKM adalah untuk program postgraduate pula, MBA dan PhD serta micro-credentials seperti Chartered Cooperative Management. Itulah fokus universiti kita.
Yang Berhormat Menteri, 90 saat lagi.
Ya.
Boleh bagi jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri.
Boleh. Kalau Pengerusi benarkan, saya jawab secara bertulis. Saya akan sampaikan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara di bawah kementerian peringkat Jawatankuasa ini yang tidak sempat saya jawab pada masa ini. Sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan keprihatinan yang begitu tinggi kepada tanggungjawab kementerian ini. Peruntukan dan belanjawan kementerian ini untuk kita sama-sama memperkasakan komuniti PMKS dan gerakan koperasi di negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Putrajaya.
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya, Presint 5(1) dan guru-guru. Terima kasih. [Tepuk]
Speaker, Speaker, minta petua sedikit Speaker, boleh?
Silakan.
Fasal nak umum-umum ini kan, saya nampak kadang-kadang Speaker benarkan. Contoh macam Putrajaya, benarkan pula. Kadang-kadang minta kawan-kawan yang lain untuk umumkan. Kadang-kadang macam tak benar. Kadang-kadang, petua ini agaknya ia berubah-ubah hari-hari agaknya kan? Nak minta petua sikit daripada Yang di-Pertua. Silakan. Terima kasih.
Yang Berhormat Hulu Langat, dalam isu benda yang tidak tertulis di dalam Buku Peraturan, ia terletak kepada atas budi bicara Yang di-Pertua. [Tepuk]
Jika tidak ada sesuatu yang spesifik dan perlu kita nyatakan secara hitam putih dalam peraturan, boleh diusulkan dimasukkan dalam Jawatankuasa, untuk dicatatkan di dalam peraturan. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sekurang-kurangnya Dewan faham.
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Kita balik kepada, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita balik kepada urusan peraturan mesyuarat. Masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM231,771,500 untuk Kepala B.26 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.26 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.26 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.26 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2024 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2024 Jawatankuasa — Kepala B.27 [Jadual] – Kepala P.27 [Anggaran Pembangunan 2024] –Bill
Kita beralih kepada Kementerian Kerja Raya di dalam Jawatankuasa. Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahaskan. Saya telah menerima seramai 23 orang Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas di peringkat Jawatankuasa. Saya akan baca senarainya. Mohon Yang Berhormat-Yang Berhormat bersedia. Kita mulakan dengan Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Jerantut, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat
Jerai, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Gopeng. Dengan sedemikian, saya menjemput Yang Berhormat Bentong untuk memulakan perbahasan.
Speaker. Eh, bukan Speaker, bukan Speaker. Pengerusi. Yang Berhormat Pengerusi, bukan Ampangan. Ampangan tak ada, Pengerusi. Ampang, saya nak betulkan Pengerusi itu.
Ampang, baik.
Ha, bukan Ampangan. Ampang.
Terima kasih.
Ha, okey Pengerusi?
Terima kasih.
Baik.
[Dewan riuh]
Silakan Yang Berhormat Bentong.
Terima kasih Timbalan apa? Timbalan TEKUN? Timbalan Pengerusi TEKUN, terima kasih. Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya terus merujuk kepada Pembangunan 27, Butiran 41000 – Kajian Kemungkinan Jalan. Jaringan perhubungan jalan raya yang baik penting bagi memangkin pertumbuhan ekonomi. Selain memendekkan jarak perjalanan, ia juga memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya dengan mengelakkan kesesakan terutamanya apabila menghadapi musim perayaan dan cuti sekolah. Telah pun banyak kajian yang dilakukan yang mengaitkan kesesakan jalan raya dengan masalah kesihatan fizikal dan juga mental. Kesesakan lalu lintas yang teruk boleh mengakibatkan tekanan yang meningkatkan sifat agresif, gemuruh dan sakit jantung. Oleh itu, Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 yang turut memasukkan fasa projek CSR iaitu Lembaga Tengah Utama nama barunya, melalui Simpang Pelangai haruslah diberikan penekanan yang serius. Selain dapat merancakkan ekonomi di Simpang Pelangai, kesesakan jalan raya di bandar Bentong juga dapat dikurangkan. Pada 19 Mei yang lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya telah pun mengumumkan bahawa Lingkaran Tengah Utama, antara Karak ke Simpang Pelangai bernilai RM1 bilion bakal dibina selepas reka bentuk jajaran laluan dari LPT1 siap. Jadi, persoalan saya kepada kementerian, apakah status perancangan kementerian tersebut dan berapa lamakah jangkaan pembinaan jalan raya ini untuk siap sepenuhnya? Tuan Pengerusi, besarlah harapan warga Bentong lagi-lagi warga Pelangai untuk mendapatkan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama ini dimulakan projeknya dalam masa yang terdekat ini kerana inilah harapan kami di Bentong untuk memastikan bahawa jalan penghubung antara Bentong dan Pelangai ini dapat dipendekkan bagi memudahkan warga di Pelangai khususnya. Seterusnya Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk sekali lagi membawa isu jalan yang teruk di jalan lama Kuala Lumpur – Bentong yang memerlukan kerja-kerja penaiktarafan dan penyelenggaraan. Ia merupakan jalan alternatif bagi penduduk yang pulang ke kampung halaman di waktu perayaan bagi mengelakkan kesesakan di jalan utama di Lebuh raya Karak. Ramai yang lebih sanggup untuk menghadapi jalan yang berliku dan berlubang ataupun cerun yang tidak selamat ataupun kemungkinan pokok tumbang pada
bila-bila masa daripada mereka menghadapi kesesakan jalan di lebuh raya yang mengambil masa tiga hingga lima jam dalam tempoh tertentu. Jadi Tuan Pengerusi, saya mohon supaya jalan-jalan ini juga sekarang digunakan oleh projek ECRL untuk kenderaan berat mereka mengangkut barang-barang, tanah- tanah, batu-batu dan sebagainya untuk projek pembinaan ECRL. Jadi, keadaan jalan pada ketika ini berdebu, rosak dan sebagainya. Jadi saya berharap agar akan sentiasa ada kerja-kerja menaik taraf, pembersihan dan sebagainya daripada pihak, terutama sekali pihak ECRL yang membuat kerja-kerja tersebut tetapi daripada pihak JKR juga untuk mengambil tahu, mengambil maklum keadaan jalan lama ini. Seterusnya iaitu Jalan Karak – Kuala Pilah yang juga memerlukan penaiktarafan terutamanya pembinaan longkang yang lebih baik. Ini kerana jalan tersebut sering kali terputus apabila berlakunya banjir kilat sama ada di kawasan Manchis, di Telemong dan sekitarnya. Setiap kali hujan lebat, air naik dan jalan terputus oleh kerana tiada penyelenggaraan ataupun longkang yang baik, sistem perparitan yang baik di situ dan semestinya kita memerlukan naik taraf Jalan Karak – Kuala Pilah tersebut. Saya juga ingin bertanya, apakah pihak kementerian mempunyai perancangan untuk menaik taraf jalan Simpang Ketari yang menghadapi kesesakan lalu lintas setiap kali waktu pagi dan waktu tengah hari dan juga sewaktu musim perayaan. Kita juga perlu mengambil kira apabila siapnya projek ECRL kelak, jalan itu akan menjadi jalan utama kepada pengguna jalan raya kalau jalan Simpang Ketari ini tidak dinaiktaraf atau dilakukan sesuatu. Tuan Pengerusi, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 7100 – Memperelok dan Membaik Pulih Jalan. Saya mohon agar pihak kementerian mempertimbangkan kerja- kerja baik pulih jalan, terutamanya daripada simpang Mempaga Utama sehingga ke Sertik dan seterusnya juga saya ingin pihak kementerian melihat bagaimana untuk memastikan lampu-lampu jalan juga turut dipasang bagi memberikan keselamatan kepada penduduk, sistem pencahayaan yang baik juga pada waktu malam terutamanya di simpang Mempaga pergi ke Kem Mempaga. Yang terakhir dari saya ialah 0401100 iaitu Butiran Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, di mana saya memohon kepada pihak JKR bahawa longkang jalan utama Desa Damai ke bandar Bentong perlu di-upgrade, ditambah baik, saiz besar dan longkang tanah perlu ditukar kepada longkang V yang lebih baik. Ini kerana setiap kali hujan lebat juga, air akan melimpah keluar dan akan pergi ke kawasan perumahan penduduk oleh kerana tiada sistem perparitan yang sempurna dan terakhir sekali adalah saya merujuk kepada Bekalan 27, Butiran 040300 – Cawangan Kejuruteraan Cerun. Saya mohon tindakan daripada pihak kementerian untuk mengkaji kaedah keselamatan dan pencegahan runtuhan cerun yang baik bagi memastikan kestabilan cerun di Genting Sempah ke Janda Baik. Sehingga hari ini pun masih ada belum lagi pembaikan cerun dari Genting Sempah ke Janda Baik dan ini adalah salah satu perkara yang sangat kita perlu tekankan demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang mahu ke kawasan tersebut. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Satu perbahasan yang baik, mementingkan kawasan. Saya persilakan Yang Berhormat Besut.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020100 – Dasar dan Pembangunan. Baru-baru ini, ada pertemuan antara Malaysia, Arab Saudi dan juga Kazakhstan sempena Kongres Jalan Sedunia 2023 yang dikatakan telah bersetuju untuk memperkukuh kerjasama strategik berkaitan infrastruktur dan keselamatan jalan raya antara negara-negara ini. Jadi, media juga turut melaporkan bahawa delegasi Kazakhstan telah menyatakan hasrat dan minat
untuk membawa masuk kepakaran Malaysia dalam membina, membangun dan menguruskan infrastruktur pelabuhan di Republik tersebut. Soalan saya, apa bentuk potensi kerjasama strategik yang dirangka dalam aspek pembangunan infrastruktur jalan dan juga pembangunan pembinaan di ketiga-tiga negara tersebut? Dan soalan seterusnya, apakah jenis-jenis kepakaran yang telah dibangunkan oleh kementerian pada masa ini? Apa perancangan kerajaan bagi memastikan pegawai berkepakaran tinggi atau bakat tempatan yang kita ada dapat mengambil peluang kerjasama ini untuk meneroka teknologi-teknologi baharu yang mampu menghasilkan inovasi dalam meningkatkan keselamatan dan keselesaan masyarakat seiring dengan misi dan visi KKR? Seterusnya, Butiran 020100 – Dasar dan Pembangunan juga, masih dalam butiran yang sama. Saya difahamkan bahawa pada zaman pemerintahan PN dahulu, pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) telah diluluskan dengan kos kerja-kerja awalan keseluruhan sebanyak RM35 juta sejak tahun 2019. Namun, dalam pernyataan Menteri baru-baru ini pada bulan Februari 2023, projek tersebut akan dilaksanakan secara penswastaan menerusi kaedah permintaan cadangan iaitu RFP secara tender terbuka. Dah berubah. Jadi, setelah lebih lima tahun projek tersebut diluluskan, masih belum ada langkah-langkah drastik daripada kerajaan untuk menyiapkan lebuh raya berkenaan sedangkan LPT3 ini amat diperlukan untuk merancakkan ekonomi pembangunan negeri Terengganu, khususnya. Kawasan-kawasan terutamanya yang terletak dengan exit serta koridor jajaran LPT3 yang pasti nilai hartanah perumahan dan juga premis perniagaan akan berlipat ganda berbanding dengan kawasan yang tidak dilengkapi dengan infrastruktur pengangkutan awam. Oleh itu, soalan saya, apakah status terkini pembinaan LPT3? Mohon penjelasan. Seterusnya, Butiran 040100 bagi Belanjawan 2024 ini, KKR menerima peruntukan berjumlah RM9.5 bilion iaitu peningkatan sebanyak 12.7 peratus berbanding RM8.4 bilion yang diterima tahun lepas. Namun begitu, ketika Menteri menjawab baru- baru ini, daripada Kulim-Bandar Baharu, mengenai jangka hayat jalan raya yang diturap. Menteri dah menyatakan di dalam Dewan bahawa untuk menyempurnakan semua jalan yang ada, ia memerlukan hanya RM4 bilion sahaja tetapi dalam belanjawan, tidak sampai separuh daripada keperluan itu yang diterima. Soalan saya, berapakah jumlah sebenar keperluan kementerian bagi memastikan semua jalan di seluruh negara dapat diselenggara dengan segera dan berapakah peratusan yang telah diselesaikan dan perincian jalan-jalan yang belum diselesaikan bagi jalan di bawah bidang kuasa Persekutuan, berdasarkan aduan yang telah diterima melalui aplikasi MyJalan? Seterusnya, Butiran 020200 – Cawangan Jalan. Saya turut ingin menyentuh mengenai satu jalan, satu lorong kepada dua lorong, dari Simpang Tiga Jerteh di Besut ke Simpang Empat Alor Lintang Kilometer 07, Kilometer 7, FT8 Besut. Persoalan saya adalah, adakah sebarang aduan yang kerajaan terima melalui aplikasi MyJalan dan adakah kerajaan akan melaksanakan projek tersebut untuk melebarkan jalan ini di dalam masa terdekat memandangkan kesesakan berlaku bukan sahaja pada hari puncak, bahkan pada hari-hari biasa sehingga menimbulkan ketidakselesaan pengguna jalan raya di Parlimen Besut. Seterusnya, Butiran 010300 – Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR. Tuan Pengerusi, saya difahamkan PLUS Malaysia Berhad bersama dengan Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) ada program Sandbox Lebuhraya Pintar. Soalan saya, bilakah sebenarnya Kementerian Kerja Raya sendiri akan memperkenalkan Sandbox infrastruktur jalan pintar ini bagi manfaat pengguna jalan raya Malaysia? Soalan seterusnya, apakah sudah ada perancangan ke arah itu dan apa sasaran yang diletakkan kerajaan bagi memastikan kepakaran dan pengetahuan sedia ada di KKR dan agensi dapat dimanfaat dengan sepenuhnya? Berapakah – soalan saya juga
seterusnya, keseluruhan kos yang diperlukan dan apakah perincian setiap kos bagi menjayakan program ini? Seterusnya Pengerusi, masih di bawah butiran yang sama. Sebelum ini, kerajaan ada memaklumkan bahawa negara kekurangan lebih kurang 100,000 pekerja di sektor pembinaan. Jadi atas sebab itu juga, kerajaan telah memperkenalkan pelan kelonggaran penggajian pekerja asing. Persoalan saya, dalam konteks pengurusan dan penyelenggaraan jalan, bagaimana kerajaan mahu mengimbangkan antara dasar open door policy dan ease of doing business dan juga memaksimumkan kemahiran dan kepakaran pegawai-pegawai yang telah dilatih melalui pelbagai jenis kompetensi di bawah KKR? Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Dipersilakan Yang Berhormat Ayer Hitam.
Dato’ Pengerusi, saya mula dengan pesanan Ahli Parlimen Tampin, mengalu-alukan kedatangan Kesatuan Pekerja- pekerja Awam Angkatan Tentera KESATRIA Daerah Gemas Parlimen Tampin. Selamat datang. [Tepuk]
Terima kasih Ayer Hitam. Terima kasih KESATRIA Gemas, Tampin.
Dato’ Yang di-Pertua, Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan. Saya rasa, saya memang mengalu-alukan projek pelebaran jalan raya utara–selatan PLUS daripada empat lorong kepada enam lorong sepertimana yang dijanjikan dan untuk kali ini, sepanjang 15 kilometer iaitu Kilometer 40 hingga Kilometer 55 iaitu dari Sedenak sampailah ke Simpang Renggam. Bagaimana kita nak menentukan jarak itu? Sebab sepanjang jalan setiap 100 meter, ditandakan jaraknya. Jadi, 15 kilometer. Jumlahnya RM931 juta. Tahun lalu Bajet 2023, Senai Utara ke Sedenak, menelan belanja RM525 juta dan saya nak buat perbandingan kos. Untuk tahun lalu, Kilometer 20 hingga Kilometer 40 iaitu Senai Utara ke Sedenak, 20 kilometer. Jalan ini tiap-tiap hari saya lalu, saya tahu 20 kilometer. Jumlahnya RM525 juta dan kini 15 kilometer, jumlahnya RM931 juta. Ini bermaksud, setiap kilometer untuk bajet tahun lalu RM26.25 juta, satu kilometer. Untuk bajet kali ini ialah RM62 juta, satu kilometer. Kita sedar bahawa reserve jalan sudah ada. Apakah cabaran, sama ada nak membina terowong tidak dan kenapa kosnya sampai kenaikan 136 peratus? Saya minta penjelasan daripada pihak kementerian. Jarak lebih pendek tapi harga lebih besar. Apa yang menjadi kekhuatiran saya ialah kilometer 55 sampai Yong Peng Utara, 45 kilometer lagi. Jumlahnya kalau ikut perkiraan sekarang, sekurang-kurangnya kali tiga iaitu RM2.373 bilion untuk melengkapkan proses ini. Jadi, adakah kementerian telah bersiap siaga secara berperingkat dengan kadar ini, another RM2.8 billion disalurkan untuk melengkapkan kerana asalnya ialah Skudai sampai ke Yong Peng? Belum lagi Yong Peng sampai ke Ayer Keroh. Saya nak tahu keseluruhan kalau jarak ini 196 kilometer, berapa kosnya? Dan untuk kawasan saya Yong Peng Utara sampailah ke Simpang Renggam, lanjutan yang 45 kilometer. Adakah RM28 bilion telah disediakan untuk fasa akan datang?
Kedua, tentang Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan. Ini saya hendak bangkitkan Laluan FT001 Gemas sampai ke Ayer Hitam. 25 tahun yang lalu kita dah bina jalan ini tetapi jalan ini jalan lembik, tauhu. Rosak habis. Sebab itu kita memperbaiki secara berfasa. Mula-mula daripada Gemas sampai ke Segamat.
Ada yang dulu memandu kereta tiba-tiba sampai jambatan, kereta itu tenggelam. Sebab dia tak tahu dua lorong itu jadi satu lorong. Itu masalah.
Ayer Hitam sedikit sahaja itu.
Ya.
Gemas ke Segamat dah settled, cantik tetapi kena naik taraf, kena baiki...
Ya, ya, ya sebab itu saya kata dah settled dari Gemas sampai ke Batu Pahat, sampai ke Segamat.
Masalah.
Gemas sampai ke Segamat. Kemudian, Segamat sampai ke Labis secara khusus Desa Temu Jodoh di Chaah. Itu pun 47 kilometer dah siap hampir RM100 juta dibelanjakan.
Ayer Hitam, saya minta juga lah daripada Gemas ke Tampin, entah sampai bila-bila lah hendak buat itu.
Itu kita bincang sebab itu tidak dalam kelas...
Harap Timbalan Menteri ambil maklumlah Gemas ke Tampin pula, terima kasih.
Tetapi, untuk secara khusus untuk saya, kawasan saya. 200 kilometer cuma miss kat mana? Dari kawasan Desa Temu Jodoh, Chaah sempadan kawasan saya sampai ke Pekan Ayer Hitam 42 kilometer memerlukan RM150 juta sepertimana rakan-rakan jiran saya telah menikmati pelebaran jalan ini. Saya minta supaya perkara ini dapat dilihat, RM150 juta setakat ini untuk dua tahun ini cuma secara menurap semula RM15 juta tak selesai. Ini cuma kata orang piecemeal solution. Saya minta supaya missing link dapat kita buat kerana ini fasa terakhir yang perlu kita buat. Seterusnya FT050 – Laluan Persekutuan Kluang ke Batu Pahat, 47 kilometer. Ucapkan terima kasih kerana RM250 juta telah diperuntukkan untuk pelebaran jalan dan buat pusingan U daripada Parit Raja sampai ke persimpangan Ayer Hitam. Tetapi semasa pembinaan ini, lampu jalan dirosakkan, lampu isyarat dirosakkan. Walaupun dalam tempoh tiga minggu sahaja empat kemalangan telah berlaku di tengah-tengah Pekan Ayer Hitam disebabkan projek itu berjalan dan rosakkan lampu isyarat, semua langgar. Di sinilah tempat pertembungan FT001 dengan FT050. Ini dua jalan yang merupakan jalan maut di Malaysia, top five. Jadi, saya minta secara khusus kita kena selesaikan masalah ini. Dalam kos sudah ada RM250 juta untuk pelebaran jalan itu. Cuma, dia kata tahun depan buat. Takkan mahu tunggu sampai orang mati baru kita buat? Saya rasa, kita perlu segerakan kerana tak ada lampu isyarat. Persimpangan ini– maklumlah Kluang pergi Batu Pahat, Johor Bahru pergi ke Segamat, situlah tempat pertindihan di mana kalau tidak ada lampu isyarat dia akan membawa padah kepada pengguna jalan. Saya minta dalam bajet itu sudah ada. Cuma, front-load– gunakan dan selesaikan masalah upgrade lampu jalan itu dengan lampu isyarat. Dengan cara ini, kita dapat memastikan keselamatan pengguna dapat kita utamakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Dipersilakan Yang Berhormat Pasir Putih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Sri Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan dalam Perbahasan Kementerian Kerja Raya di Peringkat Jawatankuasa. Pertama, kalau kita lihat kepada misi ada dua. Memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan dengan cekap, berkualiti tinggi dan lestari. Kedua, memantapkan industri pembinaan negara yang lebih berdaya saing di peringkat global. Dia punya misi ini sedap. Cuma, soalan saya kalau kita lihat kepada projek-projek jalan yang terbengkalai. Gua Musang, kita tengok menyebabkan jem begitu teruk. Kalau daripada Pasir Puteh ke Kota Bharu di Melor, itu adalah projek yang saya sifatkan sebagai terbengkalai. Soalan saya, sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak JKR terhadap projek-projek tersebut? Kalau untuk masa depan itu, syarikat-syarikat yang diberi amanah dan tanggungjawab ini sejauh mana diteliti dengan cermat supaya projek pembangunan jalan raya yang sebagai mana yang Ayer Hitam sebut– dia membabitkan nyawa manusia. Accident, mati. Jadi, tanggungjawab JKR saya kira mesti memantau perkara ini dan sejauh mana dipantau? Kalau di Kuala Lumpur sebagai contoh daripada Ampang hampir dengan PWTC. Antara PWTC bangunan itu dengan Top Glove di situ dan di tengah-tengah itu adalah pejabat JKR. Depan mata pejabat JKR, depan mata dia. Kon di tengah jalan berselerak. Daripada awal sidang Parlimen kita, saya lalu balik tiap-tiap hari di kawasan itu tidak ada seorang pekerja. Pagi kah, siang hari kah, malam kah, apa kah– tidak ada orang bekerja sedangkan jalan tersebut adalah jalan yang antara yang paling sibuk lah dalam Kuala Lumpur. Isu dia, sejauh mana pemantauan yang dibuat? Kalau saya hendak sebut banyak lagi lah tempat-tempat yang tidak munasabah. Kawasan yang dibina itu terbengkalai begitu rupa. Seterusnya saya hendak masuk kepada Butiran 21000 – Membina Persimpangan Bertingkat. Saya hendak minta supaya kalau di Melor itu buatlah persimpangan bertingkat kerana di Melor itu dia ada lima simpang yang kelima-lima itu sibuk. Menyebabkan kalau musim perayaan, musim cuti, hatta musim hari Jumaat, hari Sabtu kita lihat bagaimana jalan raya di bawah seliaan JKR ini jem dan tidak berfungsi. Yang lebih parah, berlakunya accident yang meragut nyawa manusia. Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya hendak sebut dalam kawasan saya bermula daripada sempadan Terengganu, Bukit Yong hendak sampai ke Selising di sana ada sembilan jambatan yang sempit– lebih sempit daripada jalan raya. Jalan raya itu dah sempit dah, jambatan sempit lagi. Baru ini accident dua treler sama-sama. Satu treler bawa balak yang kedua satu treler bawa besi menyebabkan berlaku kematian yang bawa besi bila accident. Besi tikam belakang dia. Ini kerana jambatan ini. Saya dengar dalam sesi yang lepas peruntukan sudah dikeluarkan, diluluskan tetapi kerja-kerja belum dibuat sehingga kepada hari ini. Ada sembilan jambatan. Bukan satu, dua– sembilan daripada Wakaf Raja itu sehingga kepada Selising itu ada sembilan jambatan, kesemuanya sempit. Hatta, yang nak masuk ke Bandar Pasir Puteh itu, jambatan dia sangat-sangat sempit dan sentiasa berlaku kemalangan motosikal dan seumpamanya. Kemudian, Butiran 41000 – Kajian Kemungkinan Jalan. Saya nak bagi tahu bahawa negeri Kelantan– dengan maaf, saya sifatkan sebagai negeri anak yatim yang dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan daripada dahulu sampai kerajaan hari ini pun. Banyak dianaktirikan. Tak apalah, yang balasan daripada Allah itu kita akan tengok lah.
Tetapi, saya hendak sebut bahawa negeri Kelantan ini sudah tiba masanya satu pelan structure yang baharu daripada JKR untuk memperbanyakkan jalan raya yang lebih banyak. Kerana, kalau hari-hari cuti ini rakyat Kelantan ini yang duduk di luar negeri sangat banyak balik semula menyebabkan jem yang sangat luar biasa berlakunya dalam negeri Kelantan kerana jalan hanya ada dua. Jalan melalui Tok Bali, Bachok kemudian jalan melalui Pasir Puteh, Parlimen saya iaitu dua jalan sahaja yang menghubungkan daripada luar negeri ke ini. Walaupun daripada Gua Musang, daripada LPT dia balik ke jalan yang sama di negeri Kelantan. Jadi, saya minta supaya pihak JKR mengenal pasti jalan-jalan yang patut dibinakan di negeri Kelantan termasuk di Pasir Puteh. Kemudian Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan. Sama, saya hendak sebut jalan raya yang sedia ada pada hari ini sudah tidak rasional lagi. Sudah tidak rasional lagi. Kereta yang begitu banyak tetapi jalan raya yang sempit dan kali lima jalan raya itu ada yang tak ada kaki lima dah. Menyebabkan motosikal, orang-orang tua yang guna jalan raya ini terdedah kepada bahaya yang sangat kritikal– saya sebut yang sangat kritikal. Jadi, minta supaya disempurnakan perkara-perkara tersebut.
Jadi, oleh kerana masa sudah tidak ada saya ucap ribuan terima kasih kepada Dato’ Sri Pengerusi, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Saya mempersilakan Yang Berhormat Ampang.
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam.
Ampang terus membangkitkan dan juga membangkitkan tentang kod 010000 iaitu Ampang mengalu-alukan unjuran kenaikan marginal sebanyak 3.8 peratus. Namun terdapat beberapa perkara yang Ampang ingin bangkitkan berkaitan dengan perjawatan dan kesaksamaan gender di Kementerian Kerja Raya. Pertamanya, adakah KKR sedang merancang untuk menaikkan pangkat pegawai JKR, yakni Skim J yang telah berkhidmat lebih 15 tahun tetapi masih tiada peluang untuk dinaikkan pangkat ke gred J48. Menerusi kenaikan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) sebagaimana yang telah pun dilakukan di bawah JPA ataupun di bawah Pegawai Tadbir Diplomatik. Keduanya, adakah sebarang perancangan untuk mempertimbangkan semula elaun khas buat jurutera profesional IR, AR, SR demi memartabatkan profesional teknikal di Malaysia yang menyatakan penghargaan atas sumbangan mereka selama ini. Saya tengok profesion ini mungkin tidak boleh disamakan dengan profesion-profesion selain daripada kebiasaan. Ketiganya, adakah KKR sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan perjawatan khas seperti Jurutera Senggara di JKR Daerah dan sebagainya. Kita lihat tadi ramai yang bangkitkan tentang isu maintenance, isu bagaimana sesuatu projek itu dilakukan. Saya cadangkan juga supaya di wujudkan satu terma Jurutera Senggara untuk perkara ini. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Seterusnya di bawah butiran ini, Ampang mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri mengenai kemungkinan wujudnya isu ketidaksamarataan gender ataupun pula peluang, malah kemungkinan didiskriminasi terhadap pegawai atasan wanita. Saya bangkitkan perkara ini sebab saya agak bimbang kerana saya lihat industri ini ataupun di bawah KKR ini monopolinya adalah di kalangan kaum lelaki. Jadi, soalan saya apakah usaha supaya ianya tidak berlaku dan sedangkan ramai pegawai atasan kita tengok wanita layak tetapi kalau kita lihat kebanyakan pengarah- pengarah di peringkat negeri, khususnya kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk melihat perkara ini. Yang keduanya di bawah Kepala 040000 di antara perkara ini adalah Penyelenggaraan Aset Tak Alih. Adakah sebenarnya di bawah peruntukan ini dalam Belanjawan 2024, yang mana kenaikan sebanyak RM563 juta ini yang dilebihnya diletak kepada 2,000 cerun. Saya lihat di sini ada kenaikan sedikit tetapi saya ingin bertanya, apakah Cawangan Kejuruteraan Cerun yang diunjurkan ini sebanyak kenaikan 7.48 ada di antaranya diperuntukkan untuk 95 cerun yang telah pun dikategorikan bahaya ataupun sangat bahaya di Parlimen Ampang iaitu 56 di DUN Bukit Antarabangsa dan 39 di DUN Lembah Jaya. Jadi, seterusnya apakah, selain daripada itu apakah dana yang diperuntukkan ini sebanyak RM563 juta akan menjadi dana tetap ataupun ianya hanya one-off untuk tahun hadapan. Mohon Menteri menjawab perkara ini. Seterusnya pembangunan Perkara 27 terkait Perbelanjaan Pembangunan, Butiran 21000 iaitu Membina Persimpangan Bertingkat yang dijadualkan susut mendadak. Saya sebenarnya masih lagi dalam aspek pembinaan EKVE ataupun East Klang Valley Expressway dalam Parlimen Ampang yang melibatkan pembinaan satu persimpangan bertingkat jalan Hulu Klang ke lingkaran depan Beverly Heights sehingga memerlukan tanah milik swasta diambil alih. Dari awal lagi semenjak MRR2 dibina, perkara ini dibincangkan dan bermula daripada situ pengambilan tanah yang agak kompleks kemudian menjadi kes mahkamah yang berlarutan sepanjang empat lima tahun dan baru-baru ini Tan Sri Pengerusi telah pun ada keputusan yang mana kemenangan itu berpihak kepada pihak pemilik tanah. Jadi soalan saya siapakah pihak-pihak yang bertanggungjawab di setiap langkah dalam setiap urusan pengambilan tanah apakah peranan KKR ataupun LLM dalam eksais ini? Serta apakah prosedur lengkap dan khusus hingga proses pengambilan tanah untuk pembinaan lebuh raya ini dapat disempurnakan. Bukan apa, saya bimbang kita telah pun dengar keputusan daripada mahkamah telah pun wujud tetapi belum ada apa-apa tindakan yang dibuat sama ada nak di bayarkan ke ataupun ada negotiation. Jadi Ampang merayu supaya KKR untuk menyelesaikan kemelut ini dengan seberapa segera dan saya harap ianya ada mana-mana pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membuat pembayaran ini dan sekali gus untuk menyelesaikan masalah EKVE ini dapat disambungkan dengan baik. Seterusnya saya ingin menyinggung satu perkara yang penting juga di bawah Ampang iaitu isu berkaitan dengan isu selain daripada itu adalah Butiran 040100 iaitu Ampang mohon Menteri kongsikan daripada inventori keseluruhan jalan-jalan yang guna pakai MARRIS ini apakah mereka ataupun jalan-jalan yang dapat MARRIS ini akan dapat selama-lamanya atau ada tempoh hayatnya? Sebab apa, saya bimbang tiap-tiap tahun kita bagi duit peruntukan pembaharu muka ataupun resurfacing sedangkan jalan itu sudah obsolete, life span dia sudah habis. Jadi sepatutnya diberikan peruntukan baharu, buat jalan baharu, lebarkan dan sebagainya. Jadi, saya nak mohon Menteri menjawab perkara ini supaya kita boleh tahu dan kalau benarnya, apakah ada satu kajian di mana-mana di bawah peruntukan KKR untuk mengkaji semula peruntukan MARRIS yang ada ini, berapakah sebenarnya jalan- jalan yang life span-nya telah pun habis. Tan Sri Pengerusi, saya mohon satu perkara lagi iaitu dari Butiran 020000. Sepertimana yang kita lihat, Ampang begitu sesak terutama di jalan-jalan kecil yang ada pada dahulunya adalah jalan kampung. Sekarang ianya merupakan jalan utama. Jadi
saya nak tanya Menteri, wujudkah peruntukan untuk melebarkan atau menaikkan taraf jalan-jalan lama ini untuk bertukar menjadi jalan utama. Sepertimana contoh saya bagi tahu, jalan-jalan yang saya jangkakan sepatutnya satu lorong ini patutnya ataupun boleh ditambah atau dilebarkan iaitu di Jalan Indah 1, Kampung Ampang Indah yang menjadi satu-satunya akses ke Taman Mulia Jaya ataupun Ampang Saujana. Juga akhirnya Tan Sri Pengerusi, memandangkan kita sering gunakan khidmat pembayaran dan menaiki kapal terbang Subang Airport, saya mohon peruntukan khas untuk penyelenggaraan FT02 Lebuhraya Persekutuan, laluan pergi balik KLIA dan utamanya laluan pergi balik Subang Airport tanpa disekalikan. Masalahnya disekalikan peruntukan itu di bawah peruntukan jalan-jalan persekutuan di negeri Selangor. Jadi masalahnya kita ni malu, saya rasa Ahli-ahli Parlimen di sini banyak yang menggunakan Subang Airport laluan itu, terutamanya kita lihat ianya dengan izin jalan ini yang merupakan trunk road yang menghubungkan bandar raya Klang, bandar raya dan juga sebagainya sebenarnya dalam keadaan yang amat-amat membimbangkan ataupun sakit matalah. Jadi, mohon Menteri lihat perkara ini dan akhir sekali mohon satu perkara demi menjamin kualiti pembinaan dan penjimatan kos mengelakkan insiden projek lewat siap, malah sakit dan memastikan kemaslahatan dan kesejahteraan pengguna binaan, Ampang yang mencadangkan satu inovasi yang boleh mengikat kontraktor utama dalam kontrak- kontrak seumpama ini supaya kita memasukkan klausa penyelenggaraan menjadi tanggungjawab kontraktor utama. Dalam tempoh defect liability period dengan izin Tan Sri, selama dua tahun atau tiga tahun. Kalau tidak, ia akan jadi masalah pada kita untuk menyelesaikan perkara ini, itu saja Tan Sri Pengerusi, terima kasih.
Baik, terima kasih saya jemput Hulu Selangor.
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi memberikan ruang kepada saya bersama-sama membahas dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dalam Kementerian Kerja Raya. Tan Sri Pengerusi, saya terus kepada kod P.27 Butiran 61000 berkenaan dengan Naiktaraf Jalanraya dan Laluan. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM1,515,503,000. Saya mohon agar kementerian meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja menaik taraf jalan yang telah dipohon dalam APJ 2024 iaitu melibatkan Jalan Persekutuan FT3208 Bukit Beruntung. Jalan persekutuan FT001 Kuala Lumpur - Tanjung Malim dan jalan persekutuan FT228 Bukit Tagar yang telah dipohon oleh JKR Hulu Selangor. Saya mohon supaya kementerian juga memantau atau membincangkan dengan pihak konsesi Lebuhraya Utara Selatan, PLUS Malaysia Berhad untuk menyediakan lampu jalan yang saya cadangkan solar sepanjang lebuh raya dan juga memastikan garisan putih jalan dicat semula di kawasan yang tidak jelas kerana kedua-duanya boleh membahayakan pengguna lebuh raya, terutama apabila waktu hujan di sebelah malam.
Tan Sri Pengerusi, seterusnya masih dalam kod yang sama P.27, Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan. Kos anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM20,002,000. Saya mohon agar kerja-kerja membaik pulih jalan, terutamanya melibatkan hakisan tanah di jalan-jalan utama dapat dilakukan dengan segera kerana melibatkan keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya hakisan tanah di jalan utama FELDA Sungai Tengi Selatan dan juga hakisan tanah di jalan utama Kluang, FELDA Soeharto. Permohonan telah dibuat oleh JKR Hulu Selangor bagi kerja-kerja pembaikan. Mohon agar kelulusan segera diberikan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Tan Sri Pengerusi, seterusnya kod B.27, Butiran 050700 berkenaan Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Saya melihat tiada anggaran kos perbelanjaan bagi tahun 2024 ini. Sebelum ini jumlah yang diperuntukkan adalah sebanyak RM49 juta. Namun, pada tahun ini saya lihat tiada peruntukan untuk butiran ini. Sekiranya saya salah, tolong perbetulkan. Jadi, saya mohon kementerian menjelaskan mengapa tiada dan bagaimana pula dengan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan. Lampu jalan ini amat penting memandangkan masih banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai lampu jalan. Ini melibatkan keselamatan pengguna jalan raya terutama pada waktu malam. Saya mohon agar kementerian meluluskan juga permohonan lampu jalan dalam APJ 2024 yang telah dipohon oleh JKR Hulu Selangor bagi beberapa seksyen di kawasan Sungai Choh, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Kalumpang dan juga kawasan Bukit Tagar. Tan Sri Pengerusi, seterusnya kod yang sama B.27, Butiran 040300 berkenaan dengan Cawangan Kejuruteraan Cerun. Kos anggaran perbelanjaan sebanyak RM7,480,0700. Saya ingin mengaitkan dengan tanah runtuh di Jalan Genting yang berlaku pada 16 Disember 2022. Saya mohon kementerian menjelaskan status pembaikan Jalan Genting. Berapakah kos keseluruhan bagi proses pembaikan Jalan Genting ini dan adakah kos yang diberikan mencukupi bagi memastikan kelancaran baik pulih jalan ini? Tarikh milik tapak pada 29 Mei 2023 dan tarikh jangkaan siap pada Mac 2024. Saya mohon kementerian menjelaskan sejauh manakah kemajuan fizikal yang telah dilaksanakan setakat ini. Saya minta kementerian mengambil serius akan perkara ini kerana jalan ini juga merupakan jalan utama dan jalan pintas untuk ke Pantai Timur. Para peniaga dan resort di sepanjang jalan ke Genting telah lama terjejas. Bahkan ada yang terpaksa hentikan perniagaan disebabkan laluan ini masih tidak boleh digunakan. Saya mohon agar disegerakan kerja-kerja pembaikan, supaya dapat dibuka lebih awal Jalan Genting bagi memudahkan semua pengguna melalui jalan ini dan secara tidak langsung membantu peniaga-peniaga kita untuk beroperasi semula. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Lubok Antu.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Lubok Antu mohon untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi maksud B dan P.27 Kementerian Kerja Raya. Saya akan terus kepada hujah utama perbahasan saya iaitu Butiran 82000 – Lebuhraya Pan Borneo yang diperuntukkan sebanyak RM2 bilion di bawah Belanjawan 2024 kali ini. Tan Sri Pengerusi, dalam perbahasan Belanjawan 2023 pada bulan Mac yang lalu, saya pernah membangkitkan mngenai keperluan untuk membina flyover atau persimpangan bertingkat di simpang masuk pekan Lubok Antu dari Lebuhraya Pan Borneo. Saya difahamkan melalui jawapan daripada kementerian bahawa keputusan tersebut adalah tertakluk kepada permohonan daripada pihak kerajaan negeri, di mana pada masa itu tiada permohonan diterima untuk pembinaan flyover dengan izin, di simpang Lubok Antu di bawah Rolling Plan 4, Ke-12. Maka saya ingin bertanya, adakah sudah ada sebarang kajian atau perbincangan antara Jabatan Kerja Raya di peringkat kerajaan negeri dan pusat mengenai cadangan flyover di simpang Lubok Antu ini. Tan Sri Pengerusi, terdapat sebab dan justifikasi kukuh mengapa saya sekali lagi bangun untuk menggesa supaya sebuah flyover perlu dibina di persimpangan masuk Lubok Antu. Untuk makluman, Lubok Antu adalah sebuah daerah yang besar dengan jumlah penduduk seramai 27,000 orang. Selain itu, ia merupakan salah satu pintu masuk utama ke Sarawak daripada Kalimantan. Pasti dengan pemindahan ibu kota Indonesia ke
Nusantara kelak, lebih ramai pelawat dan barangan yang akan masuk melalui Lubok Antu untuk ke bandar-bandar lain di Sarawak dengan melalui Lebuhraya Pan Borneo. Tan Sri Pengerusi, kalau di Semenanjung terdapat flyover untuk membuat U-turn tetapi di Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak pula, terkenal dengan pusingan P-turn yang terdapat di sepanjang jajaran itu. Dua hari yang lepas, telah tular sebuah video di laman Facebook Sarawak Road Update dengan izin, yang memaparkan insiden di mana seorang pemandu yang menghala ke Kuching nyaris bertembung dengan sebuah treler panjang yang sedang menghalang laluan kedua-dua lorong untuk membuat P-turn di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran simpang masuk di pekan Lubok Antu. Saya cuma khuatir ini bukan kali terakhir insiden seperti ini berlaku kerana banyak treler dan lori-lori sawit yang panjang dan barangan yang keluar masuk dari simpang Lubok Antu setiap hari perlu membuat P-turn untuk ke arah Kuching mahupun Sibu. Selain itu juga, terdapat aduan bahawa P-turn untuk keluar masuk ke simpang Lubok Antu adalah amat jauh dan menyukarkan pengguna jalan raya. Keadaan ini pastinya akan membahayakan pengguna jalan raya di kawasan ini. Maka, saya sekali lagi menyeru agar pihak kerajaan dapat melihat kepada keperluan untuk membina flyover di persimpangan Lubok Antu, seterusnya meneliti cara baik untuk meningkatkan keselamatan di sekitar Lebuhraya Pan Borneo, khususnya di kawasan- kawasan P-turn di sepanjang jajaran ini. Tan Sri Pengerusi, di bawah butiran yang sama juga saya ingin— sebelum itu Tuan Pengerusi. Bagi pihak Yang Berhormat Limbang, saya juga ingin bertanya status Trans-Borneo Highway di simpang Limbang dan Lawas bagi pihak Yang Berhormat Limbang. Seterusnya Tan Sri Pengerusi, di bawah butiran yang sama juga saya ingin mendapat perkembangan terkini mengenai status pembinaan overhead pedestrian bridge atau jejambat pejalan kaki berhampiran dengan SMK Engkilili, di mana menurut jawapan kementerian pada bulan Mac yang lalu ia sedang dalam proses pembinaan. Sekiranya dapat dipertimbangkan, saya juga berharap agar ia dapat dinaiktarafkan kepada jejambat untuk kedua-dua pejalan kaki dan motosikal. Hal ini penting demi memastikan keselamatan para pelajar, guru dan ibu bapa yang perlu melintasi Lebuhraya Pan Borneo setiap hari untuk menghantar anak mereka ke SMK Engkilili. Difahamkan, di antara bulan Januari dan Jun tahun ini sahaja terdapat 355 kemalangan maut di Lebuhraya Pan Borneo. Sebagai salah seorang pengguna mingguan Lebuhraya Pan Borneo, saya berharap agar kementerian dapat segera mengambil langkah proaktif dan efektif dalam mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya ini. Bak kata pepatah, “jangan sampai sudah terhantuk, baru hendak tengadah” dan “lebih baik mencegah daripada merawat”. Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, saya meneliti bahawa terdapat satu saja butiran pembangunan yang menyentuh Sarawak secara khusus dalam belanjawan kali ini iaitu Butiran 09280 – Membina Jalan-jalan dengan peruntukan sebanyak RM388 juta. Saya cuma ingin memohon pencerahan daripada pihak kementerian, mengenai mengapa tiada butiran spesifik untuk pembinaan dan penaiktarafan jambatan di Sarawak seperti yang dikhususkan untuk Semenanjung Malaysia dan juga Sabah. Sekian saja perbahasan saya Tan Sri Pengerusi. Lubok Antu mohon menyokong.
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuantan.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada B.27, Butiran 020200 – Cawangan Jalan. Semasa perbahasan peringkat dasar, ramai Ahli Dewan membangkitkan berkenaan jalan yang rosak dan kerja-kerja pembaikan jalan secara tampalan yang tidak tahan lama. Dalam beberapa bulan yang lepas, selepas tampalan dibuat, dia mudah rosak kembali. Jadi persoalannya, adakah
kontraktor tidak mengikut SOP dan spesifikasi ketika kerja-kerja tampalan jalan tersebut atau adakah SOP tampalan jalan perlu dikaji semula bagi menghasilkan kualiti yang lebih baik? Iklim negara kita adalah khatulistiwa dan banyak menerima hujan. Adakah bahan- bahan pembinaan jalan raya perlu ditukar menggunakan bahan yang lebih tahan lasak? Kita ada Malaysian Institute of Road Safety Research iaitu MIROS yang ditubuhkan bagi menjalankan kajian untuk menambah baik kualiti jalan raya, khususnya dalam aspek keselamatan.
Soalan saya, apakah bentuk kajian yang telah dijalankan dan apakah jenis produk atau hasil kajian yang telah diguna pakai dalam kejuruteraan jalan raya? Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan garisan jalan raya yang telah pudar di banyak lokasi, termasuk kawasan saya daripada Tanjung Lumpur hingga ke Kempadang, Pantai Sepat hingga Cherok Paloh dan seterusnya Kampung Ubai di laluan persekutuan FT230. Soalan saya, berapa lama jangka hayat garisan jalan ini? Contohnya, jika jangka hayat tu sekitar lima tahun, adakah kerja-kerja turapan garisan baharu dimasukkan dalam jadual baik pulih pihak JKR? Seterusnya saya merujuk kepada posting Facebook JKR Daerah Hulu Langat pada 28 Oktober 2023, berkenaan turapan garisan jalan jenis pantul cahaya dan mungkin ianya dalam tempoh percubaan. Ianya merupakan satu inovasi yang sangat baik dalam aspek keselamatan jalan raya. Adakah KKR bercadang untuk mengguna pakai kaedah ini di seluruh negara? Saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan dengan kos bahan yang digunakan ini berbanding kos bahan sedia ada. Seterusnya Butiran 030300 – Cawangan Kejuruteraan Elektrik. Kita sedia maklum lampu jalan raya disediakan di kawasan tertentu mengikut kesesuaian dan keperluan. Namun ada juga lokasi yang berisiko kemalangan seperti kawasan selekoh selepas Genting Sempah. Selekoh sekitar Bentong dan Karak tiada lampu jalan, ini yang kita lalu setiap kali kita baliklah ke kawasan kita. Di kawasan saya juga jalan utama Kuantan-Pekan ada beberapa lokasi pusingan U, lampu jalan tidak menyala termasuk pusingan U selepas Penjara Penor dan pernah berlaku kemalangan maut. Pada bulan lepas, saya turun di beberapa lokasi tersebut bersama pegawai Roadcare, namun difahamkan masih menunggu kelulusan peruntukan. Saya berharap pihak KKR mengambil perhatian serius terhadap perkara ini sekiranya kos pemasangan dan maintenance lampu jalan lebih mahal, alternatif yang dicadangkan ialah pemasangan pepaku jalan atau road studs, dengan izin sebagai panduan kepada pemandu. Dato’ Pengerusi, saya terus kepada B.27, Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan di Semenanjung. Saya ingin membangkitkan berkenaan kesesakan lebuh raya yang sangat luar biasa menyebabkan perjalanan mengambil masa berjam-jam lamanya. Jika dahulu berlaku musim perayaan tetapi sekarang ni hujung minggu pun dah sesak. Bagi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kerajaan telah membina laluan alternatif, West Coast Expressway iaitu WCE. Namun bagi pengguna Pantai Timur ke ibu negara Kuala Lumpur, kebanyakan pengguna akan lalu Bentong ke Gombak. Soalan saya, apakah perancangan jangka panjang pihak kerajaan bagi menyediakan laluan alternatif ke Pantai Timur? Seterusnya, di kawasan saya ramai pengguna jalan raya mengadu berkenaan keadaan jalan yang tidak rata, berlekuk dari Tanjung Lumpur ke Sungai Sol di laluan persekutuan FT183. Saya berasa agak pelik kerana baru-baru ini jalan raya yang elok dan tiada kerosakan diturap baharu di beberapa lokasi di dalam Daerah Kuantan tetapi di laluan yang mendapat rungutan atau aduan daripada rakyat, masih lagi belum dibaik pulih. Di kawasan selekoh berkaitan Taman Kempadang Indah, ada tebing parit yang runtuh. Kerja baik-baik pulih telah dilakukan dengan menambak menggunakan batu
namun masih ada defect tidak kemas dan tidak rata serta sangat hampir dengan jalan, ia masih berisiko untuk pengguna jalan raya. Mohon perhatian Yang Berhormat Menteri. Masih lagi pada butiran yang sama dan berkaitan dengan jambatan flyover di Parlimen Kuantan. Pembinaan flyover Tanjung Lumpur, Bukit Setongkol merupakan kesinambungan daripada Projek Jambatan Putra. Kerja-kerja pembinaan flyover bermula pada pertengahan tahun 2020, semasa saya turun melawat tapak pembinaan pada pertengahan tahun ini, kontraktor memaklumkan jangkaan siap pada Oktober 2023. Namun, tinjauan terkini didapati kerja-kerja di sebelah Bukit Setongkol masih belum disiapkan. Saya mohon agar projek ini dapat disegerakan. Sedikit lagi Dato’ Pengerusi. Butiran 10200 – Dasar Pengurusan Korporat. Bilangan kontraktor kecil yang memegang lesen G1 hingga G3 semakin meningkat sehingga 50,000. Modal mereka kecil, untung yang mereka dapat ini sikit sahaja ataupun tipis sahaja. Projek-projek kecil terhad tetapi mereka terpaksa berebut dengan syarikat konsesi. Soalan saya, apakah usaha untuk memastikan proses undian projek dapat diuruskan dengan lebih teratur bagi memastikan peluang yang setara kepada kontraktor- kontraktor kecil? Adakah kerajaan berhasrat untuk meminda syarat? Agar syarikat konsesi tidak memonopoli projek penyelenggaraan bangunan, jalan dan longkang seperti cadangan Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera kelas F pada awal tahun ini. Akhirnya saya sentuh Butiran 08250. Kerap kita melihat bencana tanah runtuh di kawasan cerun sehingga menyebabkan kerugian harta benda dan ada juga yang menyebabkan tragedi meragut nyawa. Namun, terlalu banyak pembinaan bangunan komersial termasuk kediaman bertingkat di negara kita khususnya di kawasan bandar besar. Soalan saya, apakah langkah pencegahan daripada pihak kerajaan, daripada peringkat awal sebelum sesuatu projek diluluskan yang melibatkan kawasan cerun dan berbukit? Saya juga ingin bertanya, berapa banyak lokasi cerun yang kritikal dalam pemantauan pihak berkuasa? Apakah langkah-langkah mitigasi yang dilakukan bagi mengelakkan berlaku runtuhan dan kejadian yang tidak diingini? Sekian, terima kasih.
Baik, terima kasih. Saya jemput Hulu Langat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam perpaduan, salam rahmah. P.27, Pengerusi P.27, Butiran 21000 – Membina Persimpangan Bertingkat Pekan Batu 14, Hulu Langat. Nak tanya dengan Jabatan Kerja Raya, nak tanya dengan Timbalan Menteri, bila proses nak membina flyover ataupun membuat bulatan di persimpangan Pekan Batu 14, Hulu Langat? Yang kedua P.27, Butiran 81000 – Membina Jalan-jalan Baru. Hulu Langat ingin bertanya kepada Kementerian Kerja Raya – tadi Ampang ada menyebutkan soal berkaitan dengan projek pembinaan highway. Highway ni bahasa orang putih kak, bahasa Melayu, lebuh raya sebab Perdana Menteri kita pun suruh kita cakap bahasa Melayu, kita memperkasakan bahasa Melayu, bahasa ibunda kita. Persoalannya...
Hulu Langat, Hulu Langat.
...Persoalannya...
Lebuh raya, saya betulkan.
Hah?
...lebuh raya.
Hah lebuh rayalah kak, kan dia ada lagu dia tu kan, Ekamatra tu kan, ‘Pusara di Lebuhraya’ itu. Jangan ingat Sabak
Bernam je tahu menyanyi kak, hah. Sabak Bernam ada? Hah, Yang Berhormat Sabak Bernam.
Masa masih tinggal tiga minit lagi eh.
Hah? Apa? Tiga minit, ah okey. Saya nak tahu bila projek lebuh raya ni nak siap? Sebab tak siap-siap lagi, projek Lebuhraya EKVE ini. Ketiga, P.27, Butiran 08600 – Naiktaraf Jalan Raya. Kalau siapa yang biasa pergi ke Kajang makan sate ini, Kuala Krau. Kalau Kuala Krau— Kuala Krau pun tak ada. Saya punya sahabat Parit Buntar pun tak ada. Hulu ‘selangat’ musuh. Hulu Selangor sahabat juga. Siapa yang biasa pergi ke Kajang itu ada highway Batu 9 dekat PGA tu dengan Balakong itu. Highway itu dah lama dah. Lebuh raya ni pun bukan panjang sangat, daripada Batu 9 itu nak pergi ke Kajang itu, saya nak mintalah kepada Kementerian Kerja Raya, supaya tol ini kalau boleh, kita mansuhkanlah sebagai hadiah sempena sambutan Hari Deepavali kita pada tahun ini. Kemudian yang keempatnya...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Hah? Sapu je kak mana-mana yang boleh, janji kita cakap benda tu dalam Parlimen. Janji kerajaan dengar, kan? Marah pula nanti Timbalan Menteri sebut kakak, Yang Berhormat Ampang. Tadi Speaker sebut ‘ampangan'. Apa ada masalah dia dengan ‘ampangan' itu? Yang itu Ampang.
Lagi dua minit.
Hah, lagi dua minit. Kemudian yang keempat Butiran 51000. Di Hulu Langat ni Speaker. Speaker itu kalau andai kata cokmar itu atas. Kalau cokmar itu bawah Pengerusi, Hulu Selangor tahu? Hah, kalau cokmar itu bawah Pengerusi, kalau atas Speaker.
Terima kasih, terima kasih.
Duduk! Duduk!
Belajar, belajar...
Duduk, tak suruh bahas pun. Duduk! Duduk! Duduk! Di Hulu Langat ini Pengerusi, banyak projek-projek perumahan. Berekar-ekar besarnya. Tebang pokok, tebang balak, tebang sawit dan sebagainya. Yang jadi masalahnya projek saliran ini. Sehingga nak selesai, sehingga nak siap projek perumahan ini kadang-kadang bila berlaku hujan lebat ini, air itu tak tahu nak salur ke mana. Air ini pergi ke parit kampung-kampung, ke longkang kampung-kampung yang menyebabkan kadang-kadang berlaku banjir. Sebab itu saya nak minta kepada Kementerian Kerja Raya, nak minta kepada kementerian— yang bawah DAP siapa?
KPKT, KPKT
Ha, KPKT. KPKT Nga Kor Ming, bawah Nik Nazmi ni. Semuanya tengok dan kita nak minta supaya ada satu pasukan. Kalau boleh Tuan Pengerusi, tengok betul-betul soal berkaitan dengan pemajuan satu- satu projek ni. Yang Berhormat Menteri lah dia orang itu, maksudnya kita sebutlah nama. Biar dia tahu. Biar dia ingat dengan, dengan Hulu Langat. Kemudian yang terakhirnya, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang akan berkunjung ziarah pada petang dan juga malam ini ke daerah atau pun ke Parlimen Hulu Langat untuk melihat jalan sebagai mana tadi yang disebutkan oleh Kuantan. Tapi Kuantan ini tengok macam ada ‘berbarut’ ya? Kuantan ini yang sebut dulu yang pakaian nurse itu ketat ya? Tetapi sekarang ini dia dah taubat. Yang nak tengok glow in the dark pada malam ini. Syabas dan tahniah juga kepada Timbalan Menteri, kerana
setiap kali Hulu Langat bercakap, Timbalan Menteri ada. Insya-Allah boleh naik pangkat pada tahun hadapan. Terima kasih. Sekian wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi warabakatuh. Takbir!
Hulu Langat bila nak taubat?
Eh, Hulu Langat sembahyang subuh tetap dua rakaat, walaupun keluar daripada PAS tau. Kiblat kami tetap Kaabah.
Baik. Baik. Baik.
Kiblat kami tetap Kaabah. Bukan Venezuela. Terima kasih Hulu Selangor.
Saya tadi nak puji Hulu Langat pasal betul-betul lima minit. Tetapi dah ambil masa sedikit dah. Baik. Jerantut.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberikan ruang kepada Jerantut untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa berkenaan dengan hal ehwal Kementerian Kerja Raya dan terima kasih kepada Timbalan Menteri kerana hadir sama untuk mendengar perbahasan kami. Pertama kali saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dalam bajet pada kali, dinaikkan peruntukan kepada Jurutera Daerah daripada RM100,000 kepada RM200,000. Ini adalah berita baik kepada semua Jurutera Daerah di seluruh negara kerana baru-baru ini, di FT64 berlakunya jalan terputus di Kampung Jaya Putera, kerana berlakunya mendapan tanah. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan Jabatan Kerja Raya di peringkat Daerah Jerantut kerana dapat memperbaiki jambatan tersebut pada masa yang telah ditetapkan atau pun as per schedule dan itulah kepentingan untuk diberikan peruntukan yang lebih kepada semua 115 Jurutera Daerah di dalam negara ini untuk memastikan masalah-masalah yang berkait terhadap jalan persekutuan ini yang timbul kerana force majeure atau pun bencana alam dapat diselesaikan dengan pantas. Tuan Pengerusi, Kepala P.27 Butiran 10000 – PPP/PFI. Peningkatan peruntukan sebanyak RM2.048 bilion ketimbang RM260.9 juta pada 2023. Persoalan saya, apakah rasional peningkatan sembilan kali ganda, sedangkan ia adalah projek yang bersifat PPP atau pun PFI yang akan dibiayai oleh pihak swasta? Kita mohon penjelasan dan pendetilan projek PPP/PFI yang berkait dengan peruntukan ini. Kepala P.27 Butiran 19000 – Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan. Peningkatan lebih RM30 juta, ketimbang RM1 juta pada tahun 2023 adalah satu investment atau pun allocation yang amat dinanti-nantikan di dalam bidang research and development kejuruteraan. Syabas kepada pihak kerajaan. Persoalan saya, apakah fokus utama R&D pada kali ini, sehingga melihat kepada kedudukan peningkatan peruntukan yang mendadak? Kedua, apakah model penyaluran peruntukan ini bertumpu kepada geran research university semata-mata atau pun ia bebas dipohon oleh mana-mana jurutera atau pun syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai peningkatan teknologi yang berkaitan. Ketiga, berkenaan dengan isu permulaan gaji jurutera yang rendah. Task force oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LGM) telah selesai melaksanakan kajian terhadap isu ini. Kajian ini pada pendapat saya, dari peringkat Jerantut kita wajib kongsikan kepada semua wakil atau pun semua Ahli Dewan Rakyat. Kita mohon supaya kajian itu dapat di- share dan diletakkan di atas meja semua wakil atau pun Ahli Dewan Rakyat. Persoalan saya, apakah kajian ini bertumpu kepada sektor kerajaan sahaja? Atau pun ia juga berkait dengan jurutera di peringkat sektor swasta. Daripada kajian tersebut,
sekitar 35 peratus jurutera menerima gaji permulaan bawah daripada RM2,000. Jadi, apakah intervensi di peringkat kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini? Saya juga mengikuti rapat berkenaan dengan idea Multi Lane Fast Flow (MLFF) atau pun sistem kutipan tol tanpa henti yang diulas oleh Timbalan Menteri sendiri sewaktu penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 peringkat Jawatankuasa. Persoalan saya, apakah status kajian semasa, berkenaan dengan MLFF ini? Apakah barangkali Menteri boleh menyatakan secara terperinci garis masa kepada projek ini? Kedua, dikatakan untuk melaksanakan projek MLFF ini, ia memerlukan setahun setengah atau pun dua tahun untuk dikaji dan kosnya adalah pada RM3.46 bilion untuk dilaksanakan. Dengan kos yang amat besar, saya mohon agar kajian ini dapat dikongsi dan dibahas di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi. Terakhir, cadangan saya adalah supaya kerajaan dapat mempertimbangkan, disekalikan lane RFID dan juga SmartTAG di semua lebuh raya yang sedia ada untuk mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas. Kepala P.27 Butiran 08280 – Pembinaan Jalan-jalan di Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang menerima peruntukan pembangunan yang paling tinggi dalam bajet tahun ini. Persoalan saya, apakah peruntukan ini telah mengambil kira pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang membuka, yang akan membuka 50,000 hektar tanah di Sabah dan Sarawak bagi tujuan pertanian yang bakal mengimbangi food security di negara ini? Kepala P.27 Butiran 90000 – Lain-lain Pembinaan. Saya ingin sentuh tentang Jerantut. Ada beberapa projek yang difahamkan sudah berada dalam senarai projek pembangunan di bawah RFP4, RP 4 RMKe-12. Namun, statusnya masih lagi dalam kajian atau pun KIV. Saya menggesa pihak kementerian untuk mengutamakan beberapa projek yang saya nyatakan. Pertama, pembinaan Jambatan Konkrit di Sungai Kerak. Kedua, pembinaan Jambatan Konkrit di Paya Teh. Ketiga, naik taraf laluan ke Lipis FT234, yang terutamanya tempat ini kerap berlakunya kemalangan kerana jalan yang terlalu cerun di Bukit Atap dan juga Bukit Mentimun. Saya dah bawa isu ini di Kamar Khas tetapi pada waktu itu Timbalan Menteri berkata ia bukan kawasan hot spot. Cuma untuk pengetahuan pihak Timbalan Menteri, pada tahun ini telah tiga kali kes lori terbalik berlaku di FT234 ini kerana kecerunan jalan tersebut. Jadi, saya mohon keprihatinan di pihak kementerian untuk melihat kembali dan meletakkan projek ini sebagai projek priority untuk ditambah baik. Jalan Jerantut Kuala Krau FT98. Banyak laluan yang beralun atau pun bumpy dan juga tidak berlampu pada waktu malam. Amat berbahaya kepada kesemua kenderaan. Contohnya jalan utama Kampung Simpang Tebing Tinggi dan jalan hadapan Masjid Kampung Temin dan sebagainya. Jalan Jerantut-Benta FT64, khususnya di kawasan Pekan Damak yang memerlukan penyelenggaraan segera. Tuan Pengerusi, yang terakhir. Kepala P.27 Butiran 03200 – Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga. Sistem automasi bangunan-bangunan kerajaan telah dipasang bagi mengawal sistem pencahayaan dan juga hawa dingin. Malangnya ia sering mengalami kerosakan dan tidak di selenggara dengan baik. Permasalahan yang timbul adalah kerana kesukaran mendapat alat ganti dan juga harga yang tinggi. Pembaziran tenaga juga berlaku apabila operator akan membuat bypass bagi operasi manual dan hanya boleh dibuat pemantauan di bilik kawalan dan tidak dibenarkan akses dari atas talian atas sebab keselamatan. Kecuaian operator BCF juga adalah salah satu sebab kepada pembaziran tenaga. Dengan itu, saya mencadangkan kepada pihak kementerian, pendigitalan pengurusan tenaga, amat-amat diperlukan di mana platform atas talian ini dapat membantu memantau sistem automasi bangunan ini dan sistem notifikasi kepada operator BCF dan pengguna, jika sistem tidak ditutup disebabkan kegagalan atau kecacatan peralatan. Selain daripada itu, sistem pendigitalan pengurusan tenaga ini juga dapat menyediakan analisa penggunaan tenaga dan menyimpan data historical bagi
menyediakan laporan pencapaian penjimatan tenaga dengan lebih baik dan cepat. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullah.
Waalaikumsalam. Saya jemput Taiping.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Tan Sri Pengerusi, saya nak sentuh berkenaan dengan Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan, Butiran 90000 – Lain-lain Pembinaan dan Butiran 61000 – Naik taraf Jalan-jalan. Tan Sri Pengerusi, berkenaan dengan banjir kilat di kawasan Taiping, yang mana khasnya di kawasan simpang dan juga Kampung Baru Simpang. Yang mana banjir kilat yang serius telah pun berlaku untuk sekurang-kurangnya tiga kali dalam satu tahun yang lepas pada November 2022, Mei 2023 dan Oktober 2023 dan dijangka banjir kilat akan melanda lagi.
Pihak JKR telah pun membuat siasatan dan mendapati bahawa perlunya untuk naik taraf longkang di kawasan perumahan iaitu di kawasan di bawah selenggaraan Majlis Pembandaran Taiping (MPT) dan juga di-covered longkang jalan persekutuan FT074, seksyen 11 hingga 11.20 Jalan Taiping Simpang dan keseluruhan naik taraf tersebut bagi segmen JKR atau KKR adalah sebanyak RM2 juta. Permohonan telah pun sampai ke pihak JKR sejak bulan Januari tahun ini dan kita berharap bahawa isu ini dapat diselesaikan dalam peruntukan bajet bagi kali ini, di bawah tajuk-tajuk ataupun butiran yang telah pun saya sebutkan tadi. Di bawah butiran yang sama juga, saya juga ingin memohon supaya penaiktarafan ataupun cadangan reconstruction dengan izin dan kerja berkaitan FT074 seksyen 1.30 hingga 2.00 Jalan Kuala Sepetang, Taiping dan ini merupakan satu kawasan, yang mana mengalami tanah atau pun jalan yang mendap. Seperti yang semua sedia maklum, Kuala Sepetang merupakan tempat tarikan pelancongan dan adalah amat penting bagi jalan-jalan diselenggara ataupun dinaik taraf dengan baik dan jumlah peruntukan yang dimohon sebelum ini adalah sebanyak RM1.1 juta. Ketiga, di bawah Butiran 02800 dan 90000 juga berkenaan dengan pembaikan Maxwell Hill atau pun Bukit Larut. Bukit Larut merupakan kebanggaan ataupun pride of Taiping dengan izin yang mana ia dinamakan sempena Residen British, William George Maxwell pada tahun 1880. Ia merupakan tempat rehat pegawai-pegawai British pada masa dahulu dan jalan berturap telah pun dibuat semasa jajahan Jepun. Sebelum tahun 2019, memang merupakan satu tempat pelancongan yang amat penting. Dari tahun 2019, terdapat isu-isu tanah runtuh yang serius telah berlaku. Beberapa kali tanah runtuh telah berlaku dan saya ucapkan terima kasih kepada KKR di peringkat Persekutuan dan JKR di peringkat negeri yang telah pun memberikan peruntukan RM19.62 juta sejak tahun 2019 untuk membaik pulih cerun-cerun dan juga membaik pulih tapak ataupun lokasi tanah runtuh, termasuk di seksyen 1.3, 1.4 dan sebagainya. Saya difahamkan bahawa projek yang terakhir akan disiapkan pada 31 Mei 2025 dan pada masa yang sama, pihak KPKT dan juga pihak Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping telah pun memperuntukkan RM1 juta untuk membaik pulih prasarana ataupun banglo dan juga landskap di kawasan Maxwell Hill. Apa yang penting adalah sekarang, bagaimanakah pihak JKR dan juga KKR dapat membantu kita dalam menyelenggarakan jalan-jalan ataupun untuk mengurangkan masalah tanah runtuh yang kian berlaku ini? Sebagai langkah-langkah pencegahan, telah pun dicadangkan sebelum ini. Maxwell Hill ataupun Bukit Larut hendaklah dilengkapi dengan instrumen pemantauan permukaan dan bawah permukaan cerun serta stesen tolok hujan secara real-time. Bagi permukaan cerun pula, equipment yang digunakan adalah wireless tilt sensors dan bawah permukaan tanah adalah perlu digunakan inclinometer dan jumlah peruntukan yang perlu yang kita pohon adalah sebanyak dari lingkungan RM1.1 juta sehingga RM1.6 juta dan saya percaya bahawa tindakan ini dapat mencegah ataupun memastikan kelangsungan
Maxwell Hill dan juga untuk memastikan dan menjamin keselamatan mereka yang naik ke Maxwell Hill dan juga ini merupakan satu tindakan yang amat penting, langkah yang amat penting bagi, untuk memulihkan, untuk mengembalikan Maxwell Hill ke zaman kegemilangan kita. Isu yang terakhir yang nak saya bangkitkan Tan Sri Pengerusi, adalah berkenaan dengan kontraktor-kontraktor kecil. Kita sedia maklum bahawa kontraktor-kontraktor kecil dalam masa kini dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan nilai mata wang ringgit yang jatuh. So, kontraktor-kontraktor kecil khasnya menghadapi masalah dan juga menghadapi kekangan-kekangan mereka dalam meneruskan perniagaan-perniagaan. Saya nak tanya kepada pihak KKR, apakah bantuan yang boleh diberikan kepada kontraktor-kontraktor kecil ini untuk membantu kontraktor-kontraktor kecil ini menghadapi masa depan yang tidak menentu ini, kerana golongan inilah merupakan golongan yang paling terkesan daripada kegawatan ekonomi yang kita hadapi sekarang. Dengan itu, sekian daripada saya, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Baik, saya jemput Kapar.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kapar untuk membahaskan peruntukan Kementerian Kerja Raya Maksud Kepala Bekalan B.27 dan Kepala Pembangunan P.27 yang berjumlah RM9,511,190,600 di mana ianya agak besar. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada misi KKR. Satu, memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan dengan cekap, berkualiti tinggi dan lestari. Ini adalah bagus dan juga saya merujuk kepada laporan DOSM 2023 Parlimen Kapar, di mana IPD Klang Utara 2021, kemalangan jalan raya sebanyak 7,063 orang, Klang Selatan – sebab Kapar ini dua IPD menjaga Tuan Pengerusi, 10,319 maknanya itu adalah kemalangan jalan raya yang juga melibatkan kematian. Justeru, Kapar mahu penjelasan mengenai beberapa perkara berikut. Kepala B.27 Butiran 010000 – Program, 010200 – Dasar dan Pengurusan Korporat, mengambil kira vandalisme termasuk kecurian wayar kuprum (copper wires) atau cables dengan izin, yang menyebabkan jalan termasuk lampu isyarat sering rosak dan menatijahkan kesesakan lalu lintas. Maka, apakah inisiatif pembaharuan atau inovasi kerajaan untuk mencegah perkara ini? Kita dah tahu sebab, apakah solusi? Berapakah peruntukan R&D yang diperuntukkan oleh kementerian untuk mengatasi isu yang berkenaan dengan jalan raya atau jambatan dan segala yang di bawah kementerian tidak berulang dan segala lampu jalan raya se-Malaysia terang dan berfungsi. Kepala B.27 Butiran 050000 – Program Khusus, 050600 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil Jambatan. Kapar mahu tahu, kenapakah peruntukan pada 2024, kosong? Tak ada langsung? Sedangkan tahun lepas, berjumlah RM12 juta. Walhal banyak jambatan kecil sekarang mungkin perlu pembaikan atau dinaik taraf. Kepala B.27 Butiran 010300 – Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR. Kapar mahu tahu apakah penemuan dan tindakan pihak kerajaan mengenai persiapan mengenai bahan bina, teknik membina dan baik pulih jalan dan bangunan, sesuai dengan perubahan iklim, pendedahan kepada hujan banyak, terutama banjir untuk jaminkan jalan raya tahan lasak terutama di kawasan perumahan yang padat dan kawasan perindustrian yang sinonim dengan jalan raya yang dilalui oleh kenderaan berat berpanjangan seperti di Kapar. Adakah pihak kementerian mempunyai kemampuan adaptasi, sumber, ilmu, kemahiran, kepakaran serta teknologi untuk mengatasi sebarang kebarangkalian yang merosakkan infrastruktur yang dibina JKR? Apps MYJalan. Sejauh manakah ia berjaya
membantu JKR mengatasi masalah kerosakan jalan raya setelah ia dilancarkan dan apakah masalah yang dihadapi? Bagi P.27 Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Sangat ketara pengurangan peruntukan. Tahun 2024, hanya RM198,200,000 berbanding RM227,083,900 tahun ini. Kapar mahu tahu, adakah ini termasuk Projek Fasa 2 Jambatan Raja Nala atau jambatan ketiga Klang. Kapar mahu tahu, garis masa Projek Fasa kedua ini. Bila nak mula, bila siap? Kepala P.27 Butiran projek 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan. Peruntukan, okey, tak sempat nak sebut.
Kapar mahu tahu, apakah peruntukan ini melibatkan jalan susur ke Pangsapuri Seri Perantau, Kampung Keretapi, Kampung Sungai Sireh dari Jalan Pelabuhan Klang ke North Port Bandar Sultan Sulaiman. Dah lama rosak. Lebih kurang dia menghubungi lebih 50,000 Yang Berhormat Menteri. Inilah jalan utama yang digunakan oleh pekerja-pekerja di Pelabuhan Klang. Di mana kita semua tahu, Pelabuhan Klang menyumbang kepada KDNK negara. Maka, selayak dan sewajibnya kerajaan memastikan jalan dan jambatan yang digunakan oleh pekerja-pekerja Kapar ini selamat dan dalam keadaan optimum. P.27 Butiran 71000 – Memperelok dan Membaik Pulih Jalan. Saya lihat dikurangkan RM4 juta. Tuan Pengerusi, kita dalam Dewan yang mulia ini sentiasa mendengar masalah jalan dan apa yang disebutkan tadi jalan berlubang, jalan rosak, jalan gelap, jalan semak apabila hujan lebat dan di kawasan selalu banjir kilat berdekatan dengan persisiran pantai. Ditambah lagi dengan masalah, iaitu tempat padat seperti Kapar. Maka, masalah jalan yang kurang memuaskan adalah isu utama. Jadi, kenapa ia dikurangkan? Tolong lihat. Minta lagi. P.27 Butiran projek 80000 – Membina Jalan-jalan Baru, RM20 juta lebih. Di manakah jalan-jalan baru ini? Apa beza dengan butiran projek 81000? Juga membina jalan-jalan projek, projek baru. Besar pula ini, RM597 juta. P.27 last sekali Pengerusi. Butiran projek 90000 – Lain-lain Pembinaan, RM447 juta. Pertambahan sangat tinggi, berbanding tahun 2023 yang hanya RM283 juta. Saya mahu tahu perincian kategori lain-lain pembinaan. Apa projek yang terlibat? Di mana dan kenapa. Saya fikir eloklah untuk belanjawan masa hadapan diperincikan perbelanjaan besar sebegini. Hampir setengah juta RM ini. Kapar nak mohon diperuntukkan untuk upgrade jalan dan jambatan di Kapar dengan yang kategori lain-lain pembinaan ini. Jadi, terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam. Saya jemput Tampin.
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan. Saya dapati peruntukan bagi Projek Menaik Taraf Jalanraya dan Laluan di Semenanjung. Saya dapati peruntukan bagi Projek Menaik Taraf Jalanraya dan Laluan di Semenanjung telah menunjukkan trend penurunan dari tahun ke tahun. Bagi tahun depan sekitar RM48 juta dikurangkan daripada peruntukan tahun sebelumnya. Saya ingin mengetahui, apakah kewajaran pengurangan peruntukan ini. Sedangkan di laluan Bukit Putus, Jalan Tampin-Gemas, sering berlaku insiden kemalangan dan kemalangan maut yang memerlukan perhatian kementerian. Terdapat juga laluan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan blackspot sejak sekian lama dengan kadar kemalangan maut yang agak tinggi. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui sama ada perkara ini sudah berada dalam perhatian pihak kementerian atau sebaliknya dan apakah tindakan yang pernah diambil oleh kementerian atau agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membantu
menyelesaikan permasalahan ini. Saya amat berharap agar kementerian menyegerakan kerja-kerja untuk menaik taraf jalan tersebut, khususnya di lokasi yang kerap berlakunya kemalangan maut. Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 90000 – Lain-lain Pembinaan. Saya ingin membangkitkan isu mengenai sistem saliran longkang yang tidak sempurna di laluan jalan-jalan masuk ke kawasan tanah rancangan FELDA di Tampin. Lokasi jalan yang saya maksudkan ialah di tiga kawasan iaitu Jalan Utama Bukit Rokan, Jalan Bukit Rokan Utara dan Jalan Gugusan Jelai, Gemas. Justeru itu, saya ingin mengetahui bilakah kementerian bercadang untuk membaik pulih atau membina baru sistem saliran longkang di jalan-jalan berkenaan dan adakah pembinaan sistem saliran longkang di jalan tidak dijadikan sebagai keutamaan dan syarat wajib bagi kontraktor atau bagaimana? Untuk makluman, sistem saliran longkang yang tidak sempurna ini telah mengakibatkan jalan-jalan tersebut sering dinaiki air dan merisikokan para pengguna. Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 050200 – Bayaran Balik Pinjaman LLM. Saya difahamkan setakat April lalu Malaysia mempunyai kira-kira 36 lebuh raya bertol yang masih beroperasi. Saya berharap tiada sebarang perlanjutan tempoh konsesi dibuat oleh Kerajaan Perpaduan dan konsesi ini perlu ditamatkan secepat mungkin. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui bilakah tempoh konsesi akan tamat bagi setiap lebuh raya yang ada pada hari ini? Apakah inisiatif yang diambil oleh kementerian untuk memastikan rakyat tidak dibebankan dengan kadar tol dan apakah pelan kementerian dalam melaksanakan obligasi untuk memberikan perkhidmatan terbaik, selepas tamatnya tempoh konsesi semua syarikat. Berkenaan sistem pembayaran tol terbuka pula, saya ingin mengetahui berapakah bilangan syarikat konsesi yang telah bersetuju untuk melaksanakannya setakat hari ini dan mengapakah usaha ini mengambil masa begitu lama untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh semua syarikat konsesi di semua lebuh raya yang ada. Seterusnya, Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana melancarkan inisiatif MyJalan bagi memudahkan rakyat untuk membuat aduan mengenai kerosakan jalan. Persoalan saya, adakah pasukan tindakan pantas telah diwujud oleh kementerian untuk mengendalikan setiap aduan yang diterima menerusi aplikasi tersebut? Sekiranya belum, saya mohon agar kementerian berbuat demikian supaya matlamat untuk menyegerakan tindakan terhadap segala aduan pengguna dapat direalisasikan. Selain itu, saya turut menyambut baik usaha kementerian yang komited untuk melaksanakan kerja-kerja tampalan jalan berlubang dalam tempoh 24 jam. Berhubung perkara ini, saya ingin mengetahui adakah terdapat sebarang teknologi baru yang bakal diperkenalkan terhadap kaedah tampalan jalan agar lebih berdaya tahan. Saya juga berharap supaya kementerian membuat pemantauan susulan, sebaik sahaja jalan-jalan berlubang tersebut ditampal. Hal ini kerana saya dapati kualiti tampalan itu seolah-olah tidak mencapai standard dan tidak rata seperti di permukaan jalan yang asal. Perkara ini menyebabkan pengguna mengambil pendekatan untuk mengelak daripada melalui tampalan jalan berkenaan seolah-olah jalan tersebut masih lagi berlubang. Tuan Pengerusi, akhir sekali Butiran 51000 – Pelbagai Pembinaan. Baru-baru ini, saya melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ke arah utara. Saya dapati terdapat beberapa pondok tol terbiar di susur masuk di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh. Perkara ini telah menimbulkan kekeliruan terhadap para pengguna lebuh raya yang ingin berhenti di kawasan R&R tersebut. Saya dapati banyak kereta yang berhenti untuk membuat pembayaran dan telah mengakibatkan kesesakan. Sedangkan pondok tol berkenaan tidak lagi berfungsi. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui apakah terdapat pondok tol sebegini di kawasan R&R yang lain dan mengapakah kementerian tidak merobohkan sahaja pondok tol berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan dan melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.
Tan Sri Tuan Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini. Semoga segala persoalan dan pandangan mendapat perhatian pihak kementerian untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Baik. Terima kasih pada Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kerana beri ruang pada saya untuk membahas dalam Jawatankuasa. Saya terus kepada Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan. Peruntukan bagi naik taraf jalan-jalan sebanyak RM1.51 bilion bagi tahun 2024 berbanding dengan RM1.24 bilion pada tahun 2023. Tuan Pengerusi, negara kita mempunyai lebih kurang 20,000 lebih kilometer jalan-jalan persekutuan. Malaysia pernah tersenarai pada ranking ke-12 paling rendah daripada 59 negara kualiti jalan yang terburuk. Data ini adalah dikeluarkan oleh firma pendidikan pemandu. Jadi Tuan Pengerusi, oleh itu apakah usaha jangka masa pendek Kementerian Kerja Raya bagi memastikan kualiti jalan raya di negara ini ditambah baik, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya? Tuan Pengerusi, saya amat memohon supaya jalan-jalan raya terutamanya di Kulim-Bandar Baharu iaitu Serdang ke Bandar Baharu dan Bandar Baharu ke Kulim, dinaik taraf segera bagi mendapat satu jalan raya yang baik untuk pengguna. Setakat ini Tuan Pengerusi, saya agak terkilanlah. Pada tahun ini sahaja Jalan Bandar Baharu ke Serdang hanya mendapat lebih kurang tiga kilometer sahaja diturap. Itu pun ada sebahagiannya yang diturap apabila ada kehadiran Menteri yang datang ke kawasan Kulim-Bandar Baharu. Jadi, untuk Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Tuan Pengerusi, apakah pendekatan proaktif kementerian terhadap isu lampu jalan yang tidak berfungsi atau pun telah rosak sehingga membahayakan pengguna jalan raya? Saya memohon lampu-lampu jalan, terutama Jalan Bandar Baharu-Serdang dan Serdang ke Kulim, yang mana hanya sebahagian sahaja yang mempunyai lampu-lampu jalan. Itu pun sebahagian sahaja yang berfungsi. Saya mohon supaya pihak kementerian dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada lampu-lampu jalan iaitu daripada Kulim ke Bandar Baharu. Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaikkan Taraf Jalan dan Jambatan.
Kulim-Bandar Baharu ingin bertanya, apakah kementerian bercadang untuk menggantikan jambatan-jambatan yang uzur dan kecil, terutamanya di kawasan Kulim- Bandar Baharu? Walaupun ada empat jambatan yang sedang dibina semula tetapi masih banyak jambatan-jambatan yang kecil dan uzur. Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan. Kulim-Bandar Baharu juga ingin bertanya, adakah pihak kementerian bercadang untuk memecah monopoli kontraktor-kontraktor yang membaik pulih jalan yang terlalu besar? Ini mungkin menyebabkan kualiti kerja yang terlalu rendah dan menyebabkan jangka hayat jalan terlalu singkat. Kulim-Bandar Baharu juga ingin memohon road line, dengan izin sepanjang jalan Kulim ke Bandar Baharu disegerakan untuk mengelakkan kemalangan. Butiran 040300 - Peruntukan bagi Cawangan Kejuruteraan Cerun sebanyak RM7.48 juta bagi tahun 2024, berbanding RM7.2 juta pada tahun 2023. Tuan Pengerusi, Kulim-Bandar Baharu ingin bertanya, apakah tahap pemantauan kementerian terhadap risiko kemungkinan insiden tanah runtuh serta langkah kontingensi bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya, terutamanya apabila berlaku hujan lebat sehingga
menyebabkan kegagalan cerun? Oleh itu, Kulim-Bandar Baharu mohon kementerian memberi perhatian serius terhadap cerun-cerun di jalan Kulim ke Serdang yang sering mengalami runtuhan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya jemput Ledang.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kerana peluang untuk membahaskan Anggaran Perbelanjaan bagi Kementerian Kerja Raya peringkat Jawatankuasa ini. Bagi perbahasan ini, saya ingin berkongsi beberapa pandangan, merujuk kepada beberapa butiran. Pertama, Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan dan yang kedua ialah 80000 – Membina Jalan-jalan Baru. Kebetulan sebelum saya tadi adalah Kulim-Bandar Baharu. Saya juga merujuk kepada kajian yang serupa, iaitu kajian Zutobi ini, firma pendidikan pemandu berkenaan dengan “Worst and Best Roads – US and International Ranking” iaitu jalan terburuk dan jalan terbaik di US dan juga di peringkat antarabangsa pada tahun 2022. Tadi disebutkan memang betul. Daripada kalangan 59 negara yang dijalankan kaji selidik, Malaysia kedudukannya yang ke-12. Bukan teratas tapi terbawah. Dari segi kadar kematian pula, jalan raya untuk setiap 100,000 orang, Malaysia kedudukan yang kedua tertinggi, 22.76. Yang paling tinggi ialah di Arab Saudi, 36.13 peratus. Tapi kita yang kedua tertinggi, kadar kematian. Jadi, bukan kita nak memburukkan tetapi ini realiti daripada kaji selidik yang telah dibuat dan kaji selidik ini dilakukan, mengambil kira beberapa ciri iaitu pertama, kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya dan saiz relatif rangkaian jalan raya ini, berbanding dengan ketimbang dengan negara-negara lain. Jadi, kalau kita lihat berdasarkan kepada ini, saya rasa mesti dilakukan sesuatu yang berbeza, mesti ada not business as usual untuk kita tingkatkan kualiti dan mantapkan sistem jalan raya di Malaysia. Kita faham, saya faham bahawa untuk meningkatkan ini memakan masa. Dia kena kerja berterusan, kos yang tinggi tapi tidak mustahil dan ada sesuatu yang berbeza dilakukan supaya kualiti jalan raya baik, kadar kematian itu dikurangkan. Tidak menolak kemungkinan sikap juga ada faktor ataupun mempengaruhi dari segi kadar kematian di jalan raya. Justeru, saya mohon pencerahan daripada pihak kementerian dalam menyenaraikan projek naik taraf jalan dan pembinaan jalan baru yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi negeri Johor, terutamanya di bahagian zon utara Johor. Kerana di bahagian zon utara ini, kadang-kadang kerana bukan kawasan bandar, ia agak tertinggal. Contohnya untuk kawasan-kawasan Parlimen Ledang, Parlimen Segamat, Pagoh, Bakri, Muar juga terlibat. Saya juga mohon Menteri untuk memberi pencerahan berkenaan statistik projek sakit dan lewat yang terkait dengan naik taraf dan pembinaan jalan raya dan langkah yang digerakkan oleh kerajaan untuk mengurus dan mengatasi masalah yang ada. Tan Sri Pengerusi, alang-alang saya dah sebutkan persoalan berkenaan dengan projek sakit ini, terkait jalan raya, saya juga nak mohon Menteri untuk mengemas kini status projek menaik taraf Jalan Muar – Tangkak – Segamat yang telah diletakkan di bawah Rolling Plan Ketiga RMKe-12, terutamanya pakej bypass bandar Tangkak. Saya rasa ini agak lewat...
[Bangun]
Dan ada kena kaitan juga dengan sahabat saya daripada Ahli Parlimen Segamat. Silakan.
Ya, selamat. Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi. Saya ingin juga membawa perhatian. I have mentioned this in this August House, in the last budget berkenaan dengan jalan yang dibangkitkan oleh Ledang tadi berkenaan dengan projek naik taraf Segamat – Jementah – Tangkak. Setakat 2022, projek masih belum lengkap dan saya ingat ada tiga butiran yang cepat dan Fasa 1A dari Bangunan KEMAS ke Taman Yayasan sepanjang 5.6 kilometer, Fasa 4 dari kolej matrikulasi ke Kebun Baru sepanjang 11.9 kilometer, Fasa 5 dari Tol Tangkak ke Kolej Matrikulasi Tangkak sepanjang 8.1 kilometer. Untuk makluman Tuan Pengerusi, untuk pengguna jalan raya daripada Johor Bahru ke Segamat, perlu exit daripada Tol Yong Peng, mengambil sebanyak 96 kilometer. Manakala daripada Tol Tangkak ke Segamat hanya 30 kilometer. Tapi jalan ini, bukan sahaja berkenaan dengan transportation, malah ia ada berkaitan dengan ekonomi. Bahawa saya di negeri-negeri seperti yang Ledang mentioned tadi, ia berkaitan dengan pembangunan ekonomi di zon utara termasuk Ledang, Sekijang, Labis, Pagoh, Muar dan juga Ledang sekali. Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan, very specific, when and how with this project will be implemented? Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih. Tambahan sikit ya Tan Sri Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih. Masukkan dalam ucapan juga daripada Segamat tadi. Sebab saya rasa pokok pangkalnya ialah projek ini berjalan tetapi dia dari segi fasa perancangan tu dah ambil masa dah lambat. Kemudian, fasa pelaksanaan pun lambat. Jadi, akhirnya ia lama. Yang itu menyebabkan kadang-kadang ranking kita pun turun kerana kita sudah ada rancangan tetapi tidak dapat dilaksanakan mengikut masa (time) yang telah ditetapkan. Justeru, saya minta sangatlah supaya pihak kementerian ambil perhatian kepada pakej jalan ini. Di samping itu, saya juga ucap terima kasih kerana sebenarnya Menteri telah pun bersetuju untuk mewujudkan satu persimpangan khas di kawasan Parlimen Ledang saya, di mana adanya Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Dewan Masyarakat India dan juga Genting Estet di situ dan telah pun ada dalam rancangan untuk mewujudkan persimpangan. Yang itu saya ucapkan terima kasih. Terakhir Tan Sri Pengerusi ialah berkenaan dengan Butiran 31000 –Jalan dan Jambatan. Ini pun sebenarnya saya faham bahawa pelebaran jalan dan jambatan dari Jalan Bukit Gambir ke Sungai Mati ialah di bawah negeri. Tetapi saya harap dapat perhatian daripada pihak Persekutuan, Kerajaan Pusat kerana projek ini telah tertangguh sejak daripada 2012 tak silap saya. Lebih daripada 10 tahun yang lepas. Mungkin kerana diutamakan ke tempat yang lain. Jadi, saya minta sangat juga untuk pihak kementerian bantu, lihat, bagaimana cara untuk memastikan pelebaran jalan dan jambatan terutamanya jambatan –Tiga. Ada tiga jambatan. Satu sedang berjalan tapi dua lagi tertangguh. Lihat dari segi keutamaan supaya ianya dapat di- ada perancangan dan dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan. Kiranya tak sempat jawab, minta sangat jawapan bertulis daripada pihak kementerian. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Baik, terima kasih. Saya jemput Rantau Panjang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Menyentuh Maksud B, Bekalan dan Pembangunan 27, Kementerian Kerja Raya. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan. Sebagaimana kita tahu, kemudahan infrastruktur jalan ini menjadi asas kepada pembangunan ekonomi rakyat. Kita lihat kesan daripada jalan yang tidak elok ini memberi kesan kepada pembangunan serta tempat. Jadi, saya ingin tahu setakat ini, berapakah jumlah yang telah dikenal pasti jalan-jalan yang rosak di seluruh negara, yang perlu dibaiki dan berapa kos- kos yang diperlukan? Berapakah kes kemalangan yang telah dikenal pasti berpunca daripada jalan-jalan yang berlubang di seluruh negara? Apakah teknologi terkini yang akan diguna pakai oleh kementerian untuk memastikan jalan-jalan yang dibina ini jalan yang tahan, kukuh sebagaimana contoh di negara Thai, di kawasan yang berisiko banjir, mereka menggunakan bahan simen sebagai jalan untuk– sebab simen ini lebih tahan untuk berdepan dengan air banjir.
Jadi, adakah teknologi menggunakan simen ini akan diperkenalkan terutama di kawasan-kawasan yang berisiko banjir? Saya ingin juga menyentuh Butiran 060100 – Naik Taraf, Pembaikan dan Penyelenggaraan Bangunan. Saya ingin tahu penjelasan tentang terutama jalan-jalan yang telah diluluskan dalam Parlimen Rantau Panjang dan saya ingin tahu juga iaitu tentang pelebaran jalan pintu masuk Rantau Panjang – Golok yang sangat sesak, terutama di musim cuti. Jadi, ini merupakan pintu masuk ke negara kita. Bagaimana kita melihat suasana jalan yang sangat sempit, jauh beza dengan negara Thai. Jadi, bilakah projek pembesaran ini akan dilaksanakan, begitu juga termasuk pembesaran ICQS di Rantau Panjang? Saya ingin juga penjelasan berkaitan dengan Butiran 02800 – Membaiki dan Mengganti Jalan- jalan, Naik Taraf Jalan dan Jambatan. Saya ingin tahu iaitu berkaitan dengan penambahbaikan jambatan yang tenggelam banjir setiap tahun, terutama dalam Parlimen saya di Jambatan Lubok Jong yang menghubungkan bandar Pasir Mas dengan Rantau Panjang, yang merupakan jalan utama yang menjadi tempat laluan utama, sama ada laluan agensi kerajaan, penyelamat terutama di musim banjir, termasuk juga hospital dan sebagainya. Saya mengharapkan supaya penambahbaikan naik taraf Jambatan Lubok Jong ini kerana setiap kali banjir, tenggelam dan sangat sempit. Begitu juga saya ingin penjelasan berkaitan dengan naik taraf Jalan Lubok Jong, Rantau Panjang di Kalbog 5 yang mana setiap kali banjir, terutama di banjir besar, paras airnya melepasi paras kepala di atas jalan, dia adalah jalan utama. Ini adalah sangat penting sebab ia menghubung dengan PPS. Lebih daripada 30 PPS yang ada di sebelah sana tetapi di sebelah sini dah ditenggelami lebih daripada paras kepala. Jadi, ini adalah satu perkara yang sangat penting untuk kita menyelamatkan rakyat. Jadi, saya ingin supaya kementerian memberi perhatian naik taraf jalan-jalan yang ditenggelami banjir ini. Saya ingin juga penjelasan berkaitan dengan Butiran 050600 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Jambatan, yang mana peruntukan untuk tahun 2024 ini kosong, tidak ada sebarang peruntukan dan tahun 2023 ada RM12 juta. Jadi, saya ingin tahu kenapakah peruntukan ini dikosongkan? Saya ingin mohon untuk naik taraf jambatan di Kampung Pak Junoh iaitu merentasi Kampung Tasik Garu, yang mana jambatan ini rosak dan tidak selamat akibat banjir. Jambatan ini adalah menghubung antara Kampung Pak Junoh dengan Kampung Kubang Kual yang di mana semua penduduk di situ menghantar pelajar, anak-anak sekolah mereka di Kampung Kubang Kual. Ini adalah sangat penting dan saya harap perkara ini diberi keutamaan sebab jambatan itu sudah rosak. Saya telah meninjau jambatan ini sudah rosak dan retak yang sangat tidak selamat untuk digunakan terutama keselamatan nyawa pelajar. Saya harap perkara ini diambil perhatian. Begitu juga dengan menyentuh Butiran 8100 – Pembinaan Jalan-jalan Baharu.
Saya ingin tahu, berapakah jumlah jalan baru yang akan dibina? Berapakah aduan setakat ini yang telah diterima melalui sistem MyJalan dan apakah mekanisme pemantauan? Bagaimanakah cara agihan bantuan peruntukan ini kepada negeri-negeri, supaya kita mahu pastikan supaya priority diberi kepada negeri-negeri yang kurang dari segi infrastruktur jalan. Jadi, saya harapkan supaya agihan diutamakan kepada negeri yang sangat teruk lagi terutama daripada keperluan jalan. Begitu juga Butiran 050700 – Penyelenggaraan Bilangan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat yang mana dalam tahun 2024 tidak ada bajet langsung. Jadi, saya ingin tahu kenapa bajet ini kosong untuk Bajet 2024. Apakah pendekatan kementerian untuk memastikan jalan-jalan utama yang sering berlaku kemalangan, termasuk jalan-jalan sempadan yang sangat penting untuk keselamatan dan mempunyai risiko di sudut penyeludupan supaya disediakan lampu-lampu jalan yang mencukupi? Begitu juga saya ingin tahu, berapakah lampu isyarat yang akan dibina untuk bajet tahun 2024. Kerana masa tidak mencukupi setakat itu dahulu, Tuan Pengerusi. Terima kasih.
Baik, saya jemput Beruas.
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi kerana membenarkan saya berbahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya. Saya merujuk kepada Butiran 31000 – Pembinaan Jalan dan Jambatan. Saya ingin merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh kerajaan kepada saya berkenaan dengan penggantian jambatan FT071/17/0300 Manjung, Perak. Saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang mengatakan harga sebanyak RM8.83 juta untuk membina semula satu jambatan menyeberangi sungai hanya lebih kurang 20 kaki itu satu harga yang berpatutan. Saya memohon Menteri supaya turun padang dan jangan hanya jawab mengikut jawapan yang diberikan oleh pegawai sahaja. Saya ingin mengesyorkan kepada Menteri, supaya meneliti proses tender terbuka yang diadakan. Kadang-kadang ada tender terbuka dikawal oleh sesetengah pihak dan tidak sebebas yang kita sangkakan. Kalau Menteri hendak tahu bagaimana sesetengah tender terbuka itu boleh dikawal oleh sesetengah pihak, saya boleh kongsikan. Kedua, Menteri mestilah meneliti senarai harga kerja-kerja JKR. Saya difahamkan harga kos senarai yang disediakan oleh JKR amat tinggi. Kementerian mesti kaji semula senarai harga kerja-kerja JKR, agar harganya berpatutan dan mengikut harga industri pembinaan di pasaran untuk menjimatkan wang kerajaan. Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah Butiran 050700. Memang saya ada banyak perkara-perkara yang ingin saya senaraikan di kawasan saya tetapi mungkin tak cukup masa. Yang penting saya ingin utamakan kepada kerajaan ialah peruntukan untuk projek-projek mesti mencukupi. Kemudian, sikap jurutera dan pegawai JKR mestilah baik dan juga melaksanakan kerja mereka secara lebih profesional. Saya ingin berkenaan dengan Butiran 050700 – Penyelenggaraan dan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Saya ingin beritahu Menteri bahawa di kawasan saya, lampu jalan di jalan utama masih rosak selepas tiga tahun. Dulu saya bangkitkan di Ayer Tawar dua tahun sudah dibaiki tetapi rosak lagi. Tetapi ini sudah tiga tahun di Sitiawan, di kawasan di depan kedai Top Pet hingga ke Econsave, depan Wisma Ganda dan depan KFC Sitiawan. Lampu jalan Pekan Ayer Tawar baru siap dibaiki selepas dua tahun tetapi sebahagiannya rosak lagi. Sudah tidak bernyala sekian lama lagi. Pembantu saya apabila mengutarakan perkara ini kepada jurutera JKR dia kata, “Apa boleh buat? Kontraktor dari Ipoh, bukan dilantik oleh JKR Manjung.” Ini menunjukkan ada masalah yang perlu diatasi. Lampu isyarat di depan SK St. Francis, Kampung Koh baru dibaiki selepas sekian lama, rosak lagi. Satu minggu lagi belum dibaiki lagi.
Begitu juga lampu isyarat di Ayer Tawar. Senantiasa rosak, dibaiki, rosak lagi. Sebab itu saya kata ada masalah sikap dan profesionalisme dalam isu ini. Harap Menteri dapat menghantar pegawai ke Manjung untuk memantau apa-apa sebab masalah ini. Berkenaan dengan jalan-jalan mendap di depan Sekolah Methodist High School, Kampung Koh. Keseluruhan kawasan di jalan ini amat buruk daripada Jalan Raja Omar ke Jalan Lin Chen Mei iaitu FT5. Jalan mendap ini merbahaya. Aduan telah dibuat lebih daripada satu tahun tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Saya senantiasa katakan, kalau sesuatu aduan atau masalah ditimbulkan, kerajaan tidak membuat apa-apa, ini adalah gejala permulaannya sebuah negara gagal. Saya harap ini bukan gejalanya tetapi hanya tak cukup peruntukan dan sikap pekerja yang boleh kita baiki. Lubang-lubang dan jalan yang tidak rata di pekan Ayer Tawar, pekan Gurney tidak dibaiki dan ditampal sekian lama, merbahaya tetapi kerja sedikit sahaja yang perlu dibuat.
Longkang di kedua-dua belah jalan besar Ayer Tawar ke Taman Sentosa, Ayer Tawar tidak dibersihkan dan ini menyebabkan banjir. Semua air di kawasan mengalir kepada longkang besar, main road di tepi jalan JKR, tidak diselenggarakan menyebabkan banjir. Juga culvert di Masjid Pantai Remis mesti diperbesarkan. Itu pun bottleneck dia sudah lama saya mengadu, sedikit yang kerja tak dibuat. Akhirnya Taman Bintang dibanjiri setiap kali hari hujan lebat. Begitu juga di Hutan Simpan Kekal Segari Melintang, air mengalir daripada bukit ke atas jalan raya. Kita minta buat longkang untuk alihkan air daripada Hutan Simpan Kekal Segari Melintang ini supaya ia mengalir ke tepi tetapi tak ada peruntukan. Itulah aduan, itulah alasan yang diberikan. Jadi, memang banyak lagi perkara-perkara yang perlu saya bangkitkan tapi kerana kesuntukan masa, saya harap kalau perlu saya boleh senaraikan. Yang saya nak nyatakan di sini, saya amat kesal dengan prestasi JKR ini. Dulu saya kata JKR adalah nombor satu tetapi ia adalah jabatan terteruk sekali di Manjung, hinggakan Majlis Perbadanan Manjung perlu tulis surat kepada JKR kerana memberikan nama buruk kepada kerajaan tempatan, tidak menyelenggarakan rumput-rumput yang sudah membesar dan tidak dipotong. Selepas aduan dibuat, mereka potong, masalah ini timbul lagi. Jadi, ramai orang sangka kerajaan tempatan yang tidak menjalankan tugas tetapi JKR lah yang tidak menjalankan tugas. Jadi, MPM rasa dia salah, orang ramai menyalahkan pihak yang silap. Jadi, janganlah kita menjadikan Manjung bandar pelancongan, berita ini menyebabkan nama buruk kepada seluruh daerah Manjung. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Harap tindakan segera dibuat. Peruntukan lebih besar diberikan dan juga penyeliaan dibuat dengan lebih rapi. Terima kasih.
Baik, terima kasih. Huh. Jerai.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Pengerusi, Butiran 71000 – Memperelok dan Membaik Pulih. Saya nampak dalam butiran ini terdapat pengurangan kos pada 2023, RM24 juta dan pada bajet kali ini telah dikurangkan jumlahnya, RM20,002,000 sahaja. Saya ingin merujuk butiran di atas dengan apa yang berlaku di Parlimen saya Jerai. Jalan lencongan ke Pulau Bunting dari lampu isyarat Gurun ke Guar Chempedak. Jalan yang agak baharu dibina kini telah mendap dan beralun-alun. Saya mohon dengan keadaan ini pihak kementerian dapat menyelesaikan dengan kadar segera. Ini disebabkan hujan yang sering berlaku, air bertakung dan sangat membahayakan pengguna jalan raya. Saya kira rungutan penduduk akan hal ini telah saya sampaikan untuk tindakan pihak kementerian.
Keduanya, antara Jalan Guar Chempedak hingga ke Bukit Besar, Kedah. Saya mohon juga, agar statistik kemalangan yang kerap berlaku dapat dilakukan bagi membolehkan antara lain dibina lampu isyarat di persimpangan Batu 18 dan di persimpangan Bukit Besar ke Permatang Buluh. Saya harap pihak kementerian dapat melihat isu ini dengan lebih serius. Seterusnya Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaik Taraf Jalan dan Jambatan. Terima kasih kepada pihak JKR atas inisiatif melebarkan jambatan di sempadan Parlimen saya dengan Kuala Kedah, iaitu di jambatan yang baru dibina, dinaiktarafkan di Kota Sarang Semut. Saya melihat kerja-kerja tersebut sedang giat dijalankan. Persoalan saya ialah berapakah kos yang telah dianggarkan dalam projek tersebut? Seterusnya yang terakhir, Butiran 020100 – Dasar dan Pembangunan. Dalam Parlimen saya juga, satu projek sakit iaitu Pembinaan Masjid Terapung masih lagi dalam pembinaan. Pembinaannya bermula pada tahun 2016 dan dijadual siap pada tahun 2025. Saya ingin mohon penjelasan, apakah status projek ini dan adakah dapat disiapkan seperti yang dijadualkan? Saya juga dimaklumkan projek yang ditender semula ini melibatkan belasan jutaan ringgit. Mohon penjelasan daripada kementerian, bagi merealisasikan projek yang tertangguh sekian lama. Sekian, Tan Sri Pengerusi.
Terima kasih. Saya jemput Tanjong Piai. [Tepuk]
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 050700 – Penyelenggaraan Bil Lampu Jalan dan Lampu Isyarat Jalan Persekutuan. Terdapat beberapa laluan di Parlimen Tanjong Piai yang perlu diambil perhatian segera oleh kementerian bagi mengelakkan kejadian kemalangan yang tidak diingini daripada berlaku. Perhatian perlu diberikan kepada jalan laluan alternatif melalui Kampung Ulu Pulai, yang menghubungkan Pekan Nanas ke Johor Bahru dan Tuas, Singapura. Buat pengetahuan, laluan ini sering padat dengan kenderaan pada setiap pagi, terutamanya pada waktu puncak pergi dan pulang dari kerja. Oleh kerana laluan jalan ini melalui kampung, maka pada waktu malam, ia menjadi laluan yang berbahaya disebabkan laluan yang gelap akibat ketiadaan lampu jalan yang cukup dan kemalangan yang sering berlaku. Oleh itu, keperluan pencahayaan sangat perlu untuk keselamatan penduduk Kampung Ulu Pulai dan juga pengguna jalan raya. Saya pernah bangkitkan perkara ini di Dewan yang mulia ini tetapi tidak mendapat maklum balas yang begitu positif. Saya difahamkan Jabatan Kerja Raya Daerah Pontian telah mencadangkan pemasangan lampu jalan di laluan negeri Jalan Ulu Pulai dengan anggaran kos sebanyak RM370,000 dengan justifikasi yang sangat mendesak. Oleh itu, saya meminta kerajaan agar peruntukan yang dicadangkan oleh JKR Daerah Pontian untuk memasang lampu jalan di laluan Kampung Ulu Pulai ke Pekan Nanas bagi menjamin nyawa dan keselamatan pengguna dapat diluluskan tahun ini. Tan Sri Pengerusi, isu kesesakan di persimpangan Kampung Ulu Pulai ke Johor baru, terutamanya pada puncak waktu kerja bukanlah lagi isu yang baru. Ini adalah disebabkan lampu isyarat pada persimpangan tersebut. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mencadangkan kepada kementerian, agar lampu isyarat di persimpangan Kampung Ulu Pulai ke Johor Bahru diganti dengan lampu isyarat berkomputer yang akan membantu melancarkan pergerakan kenderaan, berdasarkan kepadatan laluan pada sesuatu masa. Sudah pastinya ia akan membantu mengatasi kesesakan kenderaan yang bergerak di laluan tersebut setiap pagi. Tan Sri Pengerusi, saya turut ingin merujuk kepada Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaik Taraf Jalan dan Jambatan, Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya
dan Laluan serta Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan-jalan. Isu Jalan Pekan Nanas ke Pontian yang sejauh 19 kilometer merupakan laluan yang merentasi kawasan bergambut. Pada masa yang sama, laluan ini digunakan oleh semua kenderaan sama ada berat atau ringan. Dengan pembangunan pesat hari ini telah menjadikan bilangan kenderaan yang melaluinya bertambah berkali ganda dan kesannya jalan di sepanjang laluan sentiasa rosak akibat bahagian bawahnya yang lembut. Meskipun JKR ada membuat pembaikan jalan dari semasa ke semasa, namun pembaikan yang dibuat hanya bertahan sementara sahaja. Kebiasaannya, selepas kira- kira tiga bulan, kerosakan akan berlaku semula dan perkara ini telah berlanjutan begitu lama. Kerosakan yang berlaku bukan sekadar ia bergelombang, namun sehingga melibatkan jalan pecah di tengah laluan dan menjadi parit kecil di tengah jalan. Sudah tentulah yang sangat membahayakan pengguna jalan raya dan terbukti dengan begitu banyak kemalangan yang berlaku akibat kerosakan jalan tersebut.
Justeru, saya amat berharap agar peruntukan segera dan penyelenggaraan jalan ini dapat dilakukan secepat mungkin. Saya juga ingin mendapat penjelasan sekiranya keadaan struktur tanah yang lembut dan akan rosak dalam tempoh sekitar tiga bulan, ia tentu membebankan penyelenggaraan. Justeru, apakah tindakan progresif kementerian bagi menyelesaikan masalah ini? Puan Pengerusi, saya nak maklumkan kepada kementerian bahawa telah beberapa kali saya bangkitkan masalah ini di Dewan yang mula ini terutama berkaitan dengan jalan dari Pontian ke Johor Bahru. Saya dapati bahawa di negeri Johor, kebanyakan atau boleh dikatakan semua daerah mempunyai jalan utama empat lorong tetapi di Pontian, dari Pontian ke Johor Bahru masih dua lorong. Saya harap kementerian melihat dengan serius perkara ini kerana inilah kesesakan berlaku. Saya harap kementerian ambil kira. Jangan menganaktirikan kawasan Parlimen saya. Saya harap Timbalan Menteri boleh bagi jawapanlah yang positif pada hari ini di Dewan yang mulia ini. Jadi Puan Pengerusi, saya juga ingin mencadangkan agar jalan pintas dari Jalan Sawah ke Ulu Choh dapat disegerakan. Hal ini adalah kerana jalan pintas ini juga akan merupakan jalan alternatif ke Johor Bahru tanpa melalui Pekan Nanas bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan Persekutuan dan juga menjadikan ia jaringan jalan raya yang sempurna dan selamat kepada pengguna jalan raya. Saya ingin berkongsi...
Masa sudah tamat.
Sikit lagi, Puan Pengerusi. Saya ingin berkongsi akan data bancian laluan lintas yang telah dibuat iaitu sebanyak 20,000 buah kenderaan telah melalui jalan ini setiap hari. Kesesakan lalu lintas ini menyebabkan kecenderungan pemandu untuk menyalahi peraturan lalu lintas dan mengakibatkan kemalangan, bahkan tiadanya jalan alternatif ini akan menyebabkan kenderaan hanya tertumpu pada Jalan Persekutuan Pontian – Johor Bahru yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas. Dengan dukacita, saya difahamkan bahawa kos jalan pintas ini yang berjumlah RM52 juta masih belum mendapat kelulusan KKR. Justeru itu, besar harapan saya agar projek ini dapat diluluskan peruntukkannya dan dapat dilaksanakan pada tahun 2024 kelak. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salah sejahtera Yang Berhormat Pengerusi. Belanjawan 2024, Kementerian Kerja Raya telah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM8,591 juta iaitu penambahan berjumlah sebanyak RM988 juta berbanding Belanjawan 2023. Jumlah ini diharapkan
dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkualiti tinggi selaras dengan visi Kementerian Kerja Raya sebagai peneraju pembangunan infrastruktur dan industri pembangunan negara. Saya ingin menyentuh perbelanjaan pengurusan sebanyak hampir RM1 bilion. Apakah dengan perbelanjaan pengurusan sebanyak ini, KKR dapat memenuhi kehendak pelanggannya? Bagaimana dengan pencapaian pelaksanaan projek pembangunan tahun 2023? Berapa peratuskah dapat dilaksanakan? Bagaimanakah cekapnya delivery system atau sistem penyampaian? Apakah dapat mengikut jadual yang telah diatur bagi memenuhi kehendak pelanggan? Kehendak pelanggan pertama KKR ialah kementerian, jabatan dan agensi. Sebagai contoh, kesemua projek pembangunan, pembinaan akan dikendalikan oleh KKR. Saya mengambil satu contoh, projek Kementerian Pendidikan di Parlimen Bukit Gantang. Membina sekolah pendidikan khas dengan peruntukan sebanyak RM70 juta telah diluluskan pada tahun 2022. Dalam soalan saya, Yang Berhormat Menteri telah menjawab akan membuka tender pada bulan September 2023. Hari Selasa lepas, soalan saya yang sama kepada Timbalan Menteri. Timbalan Menteri menjawab masih dalam makmal kajian dan akan ditender pada bulan Mac. Ini satu, banyak lagi projek-projek yang sebegini. Projek-projek daripada kementerian-kementerian dilaksanakan lewat. Jadi, bagaimanakah kecekapan kementerian mengendalikan projek-projek ini? Projek pembinaan adalah projek yang paling penting untuk generate economy flow sebab daripada projek pembinaan inilah akan merancakkan ekonomi dengan 125 lagi aktiviti- aktiviti yang lain akan diikuti apabila projek pembinaan ini dapat dilaksanakan. Dalam masa yang sama juga, pelanggan kedua kontraktor, pembekal dan juga konsultan sering merungut kaedah pembayaran yang lambat dan kaedah penyeliaan yang tak baik. Apakah kaedah penyeliaan yang dibuat oleh KKR kepada projek-projek sakit? Apakah dikenal pasti projek-projek sakit ini disebabkan oleh ketidakcekapan kontraktor ataupun kerana peruntukan tak cukup disebabkan oleh kenaikan harga-harga barang? Banyak kita dengar projek-projek sakit dan terbengkalai. Saya tak masuk satu persatu di sini. Yang keduanya ialah misi untuk memantapkan industri pembinaan negara. Apakah kaedah yang dilaksanakan oleh KKR? Banyak kontraktor kelas AG7 yang banyak merungut tak ada kerja dan bagi mereka yang perform dengan izin, ataupun prestasi tinggi, apakah kementerian memberikan peluang yang lain kepada mereka. sejumlah RM92 bilion projek pembangunan pada tahun 2024. Apakah kerajaan boleh memperuntukkan sebanyak 10 percent atau RM9.2 bilion kepada kontraktor-kontraktor yang bagus, baik, prestasinya tinggi? Ini akan menjadi galakan kepada mereka untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Akhir sekali, kawasan Parlimen Bukit Gantang. P.27 KKR Butiran 60000 – Naiktaraf Jalanraya dan Laluan sebanyak RM193,000,000. Butiran 61000 – Naiktaraf Jalan-jalan sebanyak RM1.5 bilion. Butiran 71000 – Memperelok dan Membaikpulih Jalan sebanyak RM20 juta. Butiran 90000 – Lain-lain Pembinaan sebanyak RM447 juta. Berjumlah tajuk-tajuk yang— butiran yang saya sebutkan di sini ialah RM2.89 bilion. Saya juga akan menghantar permohonan ataupun pembaikan jalan-jalan di Parlimen Bukit Gantang yang telah disenaraikan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Taiping. Saya mendapat kerjasama yang baik dengan Jabatan Kerja Raya Daerah Larut dan Matang, tak seperti berdekatan saya di Manjong. Ini yang berjumlah sebanyak RM40 juta. Kalau saya bahagikan dengan RM2.986 bilion, hanya 1.4 peratus sahaja untuk Parlimen Bukit Gantang. Parlimen Bukit Gantang walaupun di pinggir bandar, dia merupakan rentasan laluan utama utara–barat, barat dan ke utara. Utara–selatan, selatan ke utara.
Sila gulung.
Jadi, saya mohon untuk dipertimbangkan dan diluluskan. Terima kasih banyak, Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 36(6) ya. “Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain”. Tadi semasa saya berada di luar, semasa perbahasan Hulu Langat, dia ada sebut, “Kuantan. Kuantan yang sebut dulu yang pakaian nurse itu ketat. Sekarang ini dia dah taubat”. Jadi, kenapa dia perlu sebut perkataan itu dalam perbahasan dia?
Yang Berhormat Kuantan.
Jadi, saya mohon Hulu Langat tarik balik apa yang diucapkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuantan, tadi semasa Hulu Langat berbahas, bukan saya yang mempengerusikan.
Betul, betul. Tadi masa...
Jadi, boleh semak Hansard dulu dan selepas ini baru buat keputusan.
Okey, sebab tadi semasa...
Sebab tadi bukan saya yang mempengerusikan.
Betul, saya tahu. Cuma tadi...
Jadi, esok baru bangkit. Terima kasih.
Esok dia dah jadi hari semalam dah, Puan Pengerusi.
Tetapi saya tidak tahu apa yang dibahas. Saya tidak dapat buat keputusan kalau saya tidak ada berada...
Jadi esok boleh bangkitkan semula?
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Sila duduklah.
Orang lain diamlah. Ini antara saya dengan Hulu Langat. Saya sebut perkataan yang baik, saya puji sistem yang JKR lakukan di Hulu Langat tetapi dia bangkitkan perkara tersebut kepada saya. Jadi, tidak adillah perkara itu. Sepatutnya cerita yang baik-baik sahajalah. Saya tidak pernah mengganggu pun Hulu Langat dan orang-orang lain di dalam ini. Orang lain tidak perlu masuk campur.
Puan Pengerusi, sepatutnya perkara itu dibangkitkan ketika perbahasan. Kalau Ahli Parlimen Kuantan sudah keluar Dewan minum kopi...
Saya— saya pergi ke tandas tetapi saya tidak pernah kacau orang lain termasuk Jelutong. Kenapa perlu campur tangan? [Pembesar suara dimatikan]
Saya rasa— Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa kita jangan bazir masa kepada apa yang sudah berlalu. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Okey, terima kasih. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Terima kasih Puan Pengerusi. Harap masa yang dibazirkan tadi ditambahkan untuk perbahasan sayalah. [Disampuk] Buang masa.
Tidak ada kena-mengena. [Ketawa]
Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya ingin bangkitkan Butiran 040100 – Cawangan Senggara Fasiliti Jalan. [Disampuk] Apa itu? Nak bagi masa kah? Yang Berhormat Pengerusi, banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Parlimen Bakri dia bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda tetapi juga menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat. Antara sebabnya adalah kita lihat penyelenggaraan sistem perparitan yang kurang efektif. Kini sistem perparitan ada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga JPS. Bagi parit-parit yang di senggara oleh JKR, ianya hanya dijalankan kerja pembersihan sebanyak dua kali setahun. Adakah ini mencukupi? Saya rasa tidak mencukupi memandangkan frekuensi banjir yang kerap berlaku di kawasan ini. Jika keadaan ini tidak ditangani dengan segera, ianya akan terus meningkatkan lagi risiko berlakunya banjir kilat terutamanya di kawasan Bakri. Isu ini saya juga bawa semasa perbahasan di bawah Kementerian Alam Sekitar. Saya harap KKR juga mengambil berat berkenaan isu ini bagi parit-parit yang diselia oleh JKR. Di samping itu juga, kita perlu memastikan bahawa kerja-kerja pembersihan itu tidak terhad kepada sistem parit terbuka sahaja tetapi juga sistem perparitan bawah tanah. Penyelenggaraan yang mencukupi kepada dua-dua jenis parit ini sangat-sangat kritikal supaya memastikan sistem perparitan kita dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, frekuensi kerja penyelenggaraan oleh SWM Environment Sdn. Bhd. untuk memotong rambut— minta maaf, memotong rumput. Bukan rambut ya, sebab rambut sudah panjang. [Ketawa] Ia dijalankan sekali dalam dua minggu. Namun jalan- jalan persekutuan di bawah seliaan JKR hanya di senggara sebanyak sembilan kali setahun mengikut kontrak konsesi iaitu sekali dalam lebih kurang enam minggu. Ini ternyata tidak mencukupi untuk mengatasi pertumbuhan rumput yang cepat. Kekurangan penyelenggaraan memotong rumput bukan sahaja menjejaskan fungsi perparitan tetapi juga menimbulkan masalah lain seperti pembiakan nyamuk dan kekurangan kebersihan di kawasan setempat. Ini menambahkan lagi beban kepada penduduk setempat yang terpaksa berhadapan dengan risiko kesihatan dan kesejahteraan. Maka dengan ini, Bakri meminta supaya KKR mengkaji semula SOP dan syarat- syarat kontrak konsesi yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaraan ini. Perlu ada peningkatan dalam frekuensi dan kualiti kerja penyelenggaraan terutamanya dalam aspek pembersihan dan pemotongan rumput untuk memastikan aliran air yang lebih lancar dan mengurangkan risiko banjir kilat. Jika tidak, kita akan terus berdepan dengan risiko banjir kilat yang berterusan. Tindakan proaktif perlu diambil segera bagi memastikan kesejahteraan hidup bukan sahaja— saya rasa isu ini bukan sahaja di kawasan Parlimen Bakri tetapi juga kawasan-kawasan lain. Seterusnya, Butiran 60000 – Naik Taraf Jalan Raya dan Laluan. Kesesakan jalan di Pusat Bandar Maharani Bandar Diraja dilihat akan menjadi lebih serius terutamanya dengan dijangkakan beroperasinya Muar Furniture Park (MFP) pada tahun 2025. Untuk mengurangkan kesan trafik kenderaan berat terhadap tahap kesesakan jalan raya di pusat bandar, adalah penting kita mengalirkan trafik barangan logistik dari MFP melalui satu laluan baru yang tidak akan menggunakan jalan raya utama sedia ada iaitu Jalan Persekutuan FT5 dan jalan negeri J32 bagi mengakses Lebuhraya PLUS E2. Rancangan Tempatan Daerah Muar 2030, Projek Jalan Pintas Simpang Sungai Terap, Jorak, Paya Panjang laluan J32 Muar, Johor iaitu Bukit Pasir Bypass ke Muar Furniture Hub sepanjang 12.2 kilometer telah dirancang untuk membolehkan kenderaan berat dari MFP memasuki Lebuhraya PLUS.
Sila gulung.
Bakri ingin bertanya, apakah status terkini projek ini dan apakah ia akan diselesaikan pada tahun 2025, bertepatan dengan permulaan operasi MFP? Saya ingin juga mengetahui status terkini pelebaran jalan utama di kawasan Muar Furniture Park sepanjang 2.6 kilometer dengan anggaran kos sebanyak RM30.6 juta dan juga menaik taraf Jalan Persekutuan di Laluan Muar, Yong Peng, FT24, Bukit Bakri,
Bandar Muar dari dua lorong ke empat lorong sebagaimana yang dinyatakan dalam RTD Muar 2030. Ini adalah amat penting bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandar Muar. Namun sehingga kini belum ada apa-apa berita baik mengenai cadangan ini. Oleh itu, Bakri ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian, bilakah projek ini akan dimulakan dan berapakah anggaran kosnya?
Masa sudah tamat. Terima kasih.
Satu minit lagi.
Tidak. Masa sudah tamat.
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Tuan Pengerusi, saya terus merujuk kepada Butiran 61000 – Naik Taraf Jalan. Untuk maklumat semua, jalan Jerantut-Kerambit-Lipis adalah jalan yang menegak dan sangat berbahaya kepada pengguna. Ini Timbalan Menteri dia sudah tahu jalan ini. [Ketawa] Justeru, saya mohon dikaji satu cadangan untuk menaik taraf jalan Persekutuan di laluan FT64, Jerantut – Benta ataupun di tambah baik sistem yang sesuai dengan keperluan pengguna. Begitu juga dengan FT1533 Jalan Jengka Utara dan Barat yang sekarang ini masih lagi dalam keadaan yang tidak memuaskan terutamanya ia membabitkan lampu jalan yang sehingga sekarang ini masih belum ada yang membawa kemalangan, sering berlaku kemalangan sama ada membabitkan manusia dengan manusia atau manusia dengan haiwan. Begitu juga dengan Jalan Jengka 13 ke Bandar Pusat yang terlalu kecil dan bahu jalan yang begitu rendah yang mengakibatkan sering tergelinciran kenderaan terutamanya motor dan kenderaan kecil apabila berselisih dengan kenderaan yang berat.
Begitu juga dengan FT98 yang ditimbulkan oleh Jerantut tadi juga, saya kira perlu untuk dinaiktarafkan terutamanya dalam perkara lampu jalan. Di sini saya ingin juga menekankan dalam penaiktarafan jalan, saya memohon kepada pihak kementerian untuk melihat keutamaan di dalam mendahulukan projek-projek penaiktarafan jalan ini, terutamanya jalan-jalan yang membabitkan tanah runtuh yang mesti didahulukan kerana ia membabitkan nyawa dan sebagainya. Dalam Kamar Khas baru-baru ini, saya telah menimbulkan tanah-tanah runtuh di jambatan Kuala Krau yang telah hampir setahun lebih tidak dibaiki dan ianya semakin melebar sehingga menjadikan dua lorong kepada satu lorong dan ia amat bahaya terutamanya pada musim tengkujuh yang sedang kita lalui sekarang. Tuan Pengerusi, Butiran 020300 – Cawangan Kejuruteraan Geoteknik. Negara perlu bersedia untuk menghadapi perubahan iklim melalui khidmat teknikal yang berkesan. Saya mohon apa kah kepakaran teknikal yang telah dimanfaatkan untuk pemelihara dan pemuliharaan alam sekitar. Berapakah syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan bagi mengkhidmatkan khidmat daripada kerajaan? Kemudian Butiran 010200 – Dasar dan Pengurusan Korporat. Bagi meningkatkan pencapaian perkhidmatan yang berkesan, berapa peratus kah penggunaan kaedah Building Information Modeling (BIM) dengan izin dan Industrialized Building System (IBS) dalam pembinaan sektor kediaman. Sejauh mana penggunaan teknologi tersebut telah menyumbang kepada pengurangan kos akhir pembinaan bangunan kediaman? Apa kah
pandangan kerajaan untuk kita mempunyai ‘konsultan’ am dan kilang membuat bahan binaan daripada awal yang dipelopori oleh negara kita sendiri. Butiran 031200 – Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga. Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan projek dengan menekankan aspek kepada pemeliharaan kualiti dan alam sekitar. Justeru, apakah senarai langkah-langkah yang telah diambil bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga di dalam industri? Sejauh mana perbelanjaan operasi dan penyelenggaraan yang telah dapat dijimatkan? Terima kasih Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Saya terus masuk kepada butiran perbahasan peringkat Jawatankuasa KKR. Yang pertama bawah P27 Pembangunan Bawah Jalan Raya dan Jambatan Semenanjung, Butiran 02800 – Memperbaiki, Mengganti dan Menaik taraf Jalan dan Jambatan. Sejak awal lagi KKR melantik syarikat konsesi bagi tujuan penyelenggaraan jalan yang dibahagikan mengikut zon dan terkini beberapa syarikat konsesi diberikan sehingga tahun 2026 dan tahun 2027. Sering kali bajet yang diluluskan bagi butiran tersebut adalah untuk memperbaiki dan naik taraf jalan bagi tujuan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan. Namun, bajet yang besar itu masih menggunakan kepada pelbagai aduan atas kualiti kerja penyelenggaraan oleh syarikat-syarikat konsesi. Saya menyambut baik usaha KKR yang melancarkan aplikasi MyJalan demi kegunaan melaporkan kerosakan jalan. Namun saya ingin membangkitkan dari sudut pandangan yang lain yang mana selalunya diberikan alasan kekurangan bajet tetapi saya ingin berkongsikan salah satu punca daripada kualiti kerja-kerja penyelenggaraan jalan masih tidak memuaskan secara keseluruhan atas sebab isu konsesi melantik kontraktor kecil dengan harga yang murah telah memberikan kesan langsung terhadap kualiti kerja dan menjejaskan periuk nasi kontraktor kecil yang berkemampuan. Dengan erti kata lain, syarikat konsesi sebagai orang tengah mungkin dapat mengaut keuntungan tinggi daripada kerajaan. Manakala kerja-kerja yang diberikan kepada kontraktor-kontraktor kecil jauh lebih rendah dan murah. Bagi saya kos sepatutnya lebih efektif serta hasil kerja yang lebih berkualiti. Saya bagi contoh setelah saya mendengar keluhan daripada kontraktor- kontraktor kecil yang berkemampuan dan rata-ratanya adalah kontraktor Bumiputera. Mereka kata harga meter per segi untuk menampal pothole sekarang adalah dalam lingkungan RM40 dan diberikan oleh syarikat konsesi kepada kontraktor-kontraktor kecil. Potong rumput RM260 per kilometer daripada syarikat konsesi kepada kontraktor kecil, menurut feedback mereka. Harga ini adalah rendah dan lama telah pun tidak berubah. Akhirnya harga rendah bukan sahaja tidak menjaminkan kualiti kerja yang elok tetapi hanya membiarkan warga-warga asing ataupun pekerja-pekerja buruh yang asing sahaja yang mengambil projek-projek tersebut. Maka saya ingin bertanya kepada KKR, apa kah harga yang dibayarkan oleh KKR kepada syarikat konsesi bagi kerja-kerja penyelenggaraan termasuk kerja-kerja menampal pothole, memotong rumput, mencuci longkang dan kerja-kerja rutin sebagainya. Adakah KKR menetapkan harga lantai antara syarikat konsesi dan kontraktor kecil berpandukan kepada kebolehan dan kemampuan, bukan semata-mata hanya berdasarkan kepada harga siapa lebih murah sahaja. Yang kedua tentang P27 Pembangunan bawah Butiran 610000 – Menaiktaraf Jalan-jalan. Sekali lagi saya ingin memohon KKR, JKR Perak, JKR Kinta untuk memberikan perhatian sepenuhnya dan tindakan secepat yang mungkin untuk menaik taraf satu jalan Persekutuan FT001 seksyen 587 hingga 589 di kawasan saya Parlimen Gopeng bagi mengatasi masalah banjir kilat di bahagian tersebut.
Saya sedar bahawa kekangan bajet selalu menjadi alasan untuk melaksanakan projek tersebut. Akan tetapi jalan ini adalah jalan Persekutuan, jalan pintu masuk pelancong-pelancong di luar negara, jalan protokol yang mana Tuanku Sultan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Perdana Menteri kita yang akan guna pakai jalan tersebut. Untuk makluman Dewan ini, jalan ini mengalami banjir kilat yang kerap berlaku, apatah lagi menjelang musim hujan. Baru-baru ini, minggu lepas sekali lagi telah berlakunya banjir kilat, hampir setiap minggu berlakunya banjir kilat. Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam pelbagai platform dalam Jawatankuasa Pembangunan Tindakan Daerah (JPTD), perjumpaan dengan JKR negeri, melalui ADUN Simpang Pulai dalam Dewan Negeri, melalui Kamar Khas, melalui perbahasan dalam belanjawan dan hari ini sekali lagi saya ingin mohon jasa baik Timbalan Menteri KKR untuk memberikan tumpuan bagi menaik taraf jalan dan sistem salirannya. Saya turut ingin memohon kepada KKR melihat kepada masalah air sungai melimpah yang turut menyebabkan banjir kilat berlaku di Jambatan Besi di Jalan Persekutuan 3150 Jalan Lahat Simpang Pulai dan kawasan perindustrian yang berdekatannya. Selain itu, Jalan Persekutuan 185 Jalan Simpang Pulai Cameron Highlands berdekatan kawasan kilang kuari kerap kali berlakunya banjir kilat, ekoran daripada sistem saliran dan perparitan yang tidak memuaskan, kerja-kerja penyelenggaraannya dan jalan ini juga merupakan jalan laluan utama turun naik ke tempat pelancongan yang terbuka dalam negara kita. Maka saya sekali lagi ingin memohon KKR dan kerajaan merangkumkan permohonan-permohonan saya dalam apa yang saya sebut tadi dalam Butiran P27 dalam Belanjawan 2024. Sekian saja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab dalam masa 25 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam untuk semua. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada 23 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian sebentar tadi untuk berbahas perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Kerja Raya. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan jawapan-jawapan ini dapat dijawab sebaik mungkin dan cuba mengikuti masa yang telah ditetapkan. Saya percaya dengan 23 orang Yang Berhormat ini, sudah pastilah untuk mengambil masa selama 25 minit, yang tinggal 24 minit, agak sukar untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan. Terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan berhubung dengan Kementerian Kerja Raya.
Saya sangat mengambil positif segala saranan dan pandangan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, sudah pastilah kami juga Kementerian Kerja Raya untuk memastikan menambah baik kualiti dan tahap perkhidmatan Kementerian Kerja Raya selaras dengan aspirasi hasrat Kerajaan Madani pada hari ini. Sebelum saya meneruskan penggulungan ini, saya ingin maklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya di bawah Belanjawan Madani 2024 - Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat, secara keseluruhan jumlah peruntukan yang bakal diterima oleh Kementerian Kerja Raya bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM9.511 bilion. Kenaikan yang diterima sebanyak RM1.072 bilion berbanding sebelum ini RM8.439 bilion yang diterima pada tahun 2023. Dengan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri kerana prihatin terhadap keperluan dan
tuntutan kewangan KKR dan saya terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan banyak perkara di dalam Dewan ini seperti ucapan-ucapan yang diberikan sebentar tadi, tidak mahu alasan yang diberikan kerana kekangan kewangan tetapi hakikatnya sememangnya itulah yang perlu diperkatakan. Hakikat yang sebenar tidak mungkin kalau kita tidak mencukupi kewangan sudah pastilah kita tidak dapat melaksanakan apa yang kehendak oleh rakyat tersebut dan ini, sebab itu saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan yang telah menambah sebanyak RM1.072 bilion kepada Kementerian Kerja Raya kerana disebabkan bangkitnya daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. [Tepuk] Bagi Anggaran Belanja Mengurus B.27 yang bakal diterima peruntukan ialah sebanyak RM949 juta bagi tahun 2024 peningkatan 9.72 peratus berbanding RM865.27 juta yang telah diterima untuk tahun 2023. Manakala peruntukan pembangunan P.27 pula, bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM8.561 bilion pertambahan sebanyak 13.05 peratus daripada jumlah RM7.573 bilion yang telah diterima pada tahun 2023. Di bawah tumpuan tata kelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan ikhtiar mengutamakan perkhidmatan dan projek rakyat sudah pastilah KKR komited dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Saya ingin mengucapkan sedikit lagi terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat. Dalam soal ini saya ingin juga memberi sedikit panduan bidang kuasa Kementerian Kerja Raya Malaysia. Setelah meneliti perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya memahami aspirasi dan harapan yang dizahirkan di dalam Dewan yang mulia ini berkaitan pembangunan di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh itu, secara umumnya bidang kuasa Kementerian Kerja Raya hanya tertakluk kepada Jalan Persekutuan sahaja. Prosedur bagi permohonan Projek Membina Jalan Baharu atau Menaik Taraf Jalan Persekutuan sedia ada, serta penyelenggaraan jalan adalah melalui kerajaan negeri berdasarkan senarai permohonan negeri yang biasanya diangkat oleh negeri kepada Kementerian Kerja Raya melalui penyelarasan antara Bahagian Unit Perancang Ekonomi peringkat negeri bersama perbincangan dengan JKR di peringkat di dalam negeri tersebut. Senarai cadangan ini akan melalui proses tapisan di kementerian di mana ia akan dinilai dan diteliti berdasarkan kriteria penilaian terutama perancangan dalam kementerian seperti digariskan dalam Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan atau Highway Network Development Plan 2030 bagi Semenanjung Malaysia dan Highway Network Development Plan 2025 bagi Sabah dan Sarawak. Bagi cadangan projek yang tiada halangan HNDP masih boleh dimohon untuk diangkat bagi pertimbangan agensi pusat sekiranya projek berkenaan menjadi keutamaan di peringkat negeri dan sudah pasti sehubungan itu, saya percaya Ahli-ahli Yang Berhormat akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa projek-projek yang kita cadangkan dalam kawasan ini menjadi keutamaan dan dibentangkan dalam setiap perjumpaan ataupun mesyuarat-mesyuarat yang kita lakukan. Pada hari ini semua Ahli Yang Berhormat terlibat dalam mesyuarat khususnya Jawatankuasa Tindakan Daerah di dalam kawasan masing-masing. Untuk itu, ingin saya nyatakan bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam butiran pertama, pembahas adalah daripada Bentong. Bentong, Butiran 41000 – Kajian Kemungkinan Jalan. Adakah terdapat perancangan Kementerian Kerja Raya di Parlimen Bentong khususnya di kawasan Simpang Pelangai? Yang Berhormat Pengerusi, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, agensi Pusat telah meluluskan kajian kemungkinan pembinaan jalan dari Simpang Pelangai, Pahang ke Putrajaya, Wilayah Persekutuan dalam Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Kedua Belas. Kajian kemungkinan ini akan dimulakan awal tahun 2024. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jajaran jalan terbaik dengan kos pembinaan dan tempoh masa yang optimum menerusi penilaian dari segi trafik, guna tanah, sosioekonomi, penilaian alam sekitar dan penilaian impak sosial.
Bagi yang seterusnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong isu penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Parlimen Bentong iaitu Jalan Bentong lama FT68 dan Jalan Karak-Kuala Pilah FT09. Bagi laluan FT09 Jalan Karak-Manchis, kementerian ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM6.79 juta untuk penyelenggaraan dan naik taraf longkang dalaman tersebut. Bagi FT68 Jalan Bentong Lama sebanyak RM18 juta telah diluluskan bagi tahun 2023 untuk melaksana kerja-kerja pembaikan jalan. Seterusnya, Yang Berhormat Bentong membangkitkan Jalan Lama Bentong FT68 Jalan Karak-Kuala Pilah FT09. Kementerian ini sangat memahami kerosakan jalan di kawasan Parlimen Bentong terutamanya jalan putus serta mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kementerian ini akan menyediakan Anggaran Penyelenggaraan Jalan (APJ) untuk disenaraikan sebagai keutamaan kerja bagi tahun 2024. [Tepuk] Namun begitu, kelulusan ini juga mestilah mendapat kelulusan, mengambil kira keutamaan kerosakan jalan di seluruh jaringan Jalan Persekutuan seluruh negara. Tetapi saya telah melihat bahawa kedudukannya agak ranking yang tinggi. Yang Berhormat Bentong lagi, kajian kaedah pembaikan.
[Dewan riuh]
Asik Bentong saja, masa tinggal 15 minit sahaja. Sudahlah tu Bentong. Bagi orang lain pulalah...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Ketawa] Pembaikan cerun Genting Sempah, Genting Sempah-Janda Baik. Saya terfikir Yang Berhormat Pengerusi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bentong ia melibatkan jalan daripada highway Karak sehinggalah Terengganu dan Kelantan. Ada baiknya juga saya menjawab apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Bentong melibatkan tiga negeri.
[Dewan riuh]
Jadi Yang Berhormat Hulu Langat, kita akan sampai insya-Allah, sabar, kalau tidak sampai kita akan jawab secara bertulis.
[Ketawa]
Daripada tahun 2021 sehingga 2023 terdapat 16 lokasi pembaikan cerun dilaksanakan berjumlah RM16.6 juta di laluan FT68 Jalan Gombak, Bentong Lama. Jalan ini penting sebenarnya, kalau sekiranya berlaku apa-apa di jalan highway Karak atau Lebuhraya Karak.
Hulu Langat marah sebut highway jadi kita sebut lebuh raya. Manakala bagi tahun 2024 terdapat dua lokasi dengan kos RM3.5 juta dalam senarai keutamaan bagi kerja- kerja pembaikan cerun. Walau bagaimanapun, sebagai mana yang saya nyatakan tadi tertakluk kepada keputusan tersebut. Masih lagi daripada Bentong. Lebuhraya Lingkaran Tengah Selatan (LTS) menaik taraf. Ini penting Yang Berhormat Hulu Langat kerana melibatkan daripada Bentong sehinggalah ke Johor sehinggalah Negeri Sembilan dan Johor. Jadi, saya percaya dibangkitkan oleh Bentong ini meliputi semua, meliputi semua. Jadi, saya tengok Ayer Hitam pun dah senyum makna terlibat dengan Johor.
[Dewan riuh]
[Ketawa] Jadi, Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Cemburu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat kementerian ini mempunyai perancangan untuk menyambung Lingkaran Tengah Utama (LTU) sehinggalah ke Selatan yang mungkin namanya Lingkaran Tengah Selatan. Walau bagaimanapun, cadangan projek ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dan kedudukan kewangan negara. Sebenarnya naik taraf Simpang Ketari dan juga yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi kami sedang dan terus membuat kajian dan dalam pelaksanaan untuk langkah pertama sehinggalah Negeri Sembilan dan Johor.
Yang saya nyatakan baru-baru ini dan saya pernah bercakap kepada Yang Berhormat Bentong jadi cukuplah Yang Berhormat Bentong. Kita pergi kepada Besut, sahabat saya.
Taiping, Taiping, Taiping.
Taiping akan sampai tetapi nombor duanya Besut.
Besut, berdiri.
Besut tidak banyak membangkitkan. Dia banyak memberi pandangan. Jadi, kita akan cuba menjawab secara pandangan yang oleh Yang Berhormat daripada Besut. Kalau Besut tak puas hati, waktu Besutlah salah satunya Ahli Yang Berhormat yang sentiasa ada di Bilik BBC kerajaan. [Tepuk] . Jadi, Yang Berhormat bolehlah bertemu dengan saya dan kita akan bercakap terus kepada Yang Berhormat Besut. Rakan-rakan PN jangan marah, dia sebenarnya sahabat...
5(1), 5(1).
Jadi, yang dibangkitkan oleh...
Fitnah, fitnah, fitnah.
Jadi, yang dibangkitkan oleh Besut sebentar tadi iaitu status terkini LPT3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan telah memutuskan pelaksanaan LPT3 laksanakan secara request of proposal. Status terkini Bahagian Perancangan Jalan KKR telah dilantik untuk melaksanakan kajian tambahan bagi cadangan LPT3 bermula dari Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu dan berakhir sehingga Kampung Tunjang. Kalau saya salah tolong betul ya maklum lah tulisan pegawai hendak cepat. Dia agak sedikit sukar. Tanjung, Kota Baharu..
Tunjung, Tunjung. Bukan Tunjang, Tunjung.
Tunjung ya.
Ya, Kelantan.
Tunjung, Kota Baharu dan juga dihubung ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi mengambil kira kos terlibat, trafik dan daya maju LPT3. Kajian ini selanjutnya akan dibincangkan di UKAS, JPM sebelum diangkat ke Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan prinsip. Saya beralih kepada pembahas seterusnya iaitu daripada Ayer Hitam. Ayer Hitam ini kalau jawab habis masa kita. Dia panjang dia cakap tadi. Jadi, tak apa kita cuba sedaya upaya untuk memuaskan. Kenapa terdapat perbezaan kos yang ketara antara pelebaran PLUS Senai Utara, Sedenak RM2..
Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya bangun hendak puji Yang Berhormat dan juga kementerian kerana memberi perhatian kepada masalah di kawasan Besut. Jadi, tak benarlah tohmahan-tohmahan bahawa kerajaan menganaktirikan Ahli- ahli Pembangkang dan sebagainya jadi saya puji. Terima kasih Yang Berhormat, kita beri perhatian kepada. Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dan kepada kerajaan yang ...
Buang masa betullah dia ini.
Jawab soalan pun anak tiri ke? Apa makna...
Tetapi sebenarnya apa yang dikatakan oleh Jelutong adalah benar. Sebab saya kata.
6(1).
Sebab saya katakan sedemikian rupa walaupun Ayer Hitam – minta maaf saya cuba sedikit corner daripada apa yang dikatakan. Sebentar tadi kalau tak silap saya salah seorang daripada Ahli Yang Berhormat ada membangkitkan Kelantan dianaktirikan dan peruntukan sangat sedikit. Saya hendak bagi tahu bahawa Kelantan merupakan peruntukan yang tertinggi di Semenanjung, di Semenanjung tidak termasuk Sabah dan Sarawak Yang Berhormat
Syabas Yang Berhormat syabas.
Jadi, saya hendak maklumkan sebab itu dibangkitkan oleh Jelutong saya katakan secara terus terang, telus, ikhlas, very sincere adalah benar.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Jangan asyik pandang sahaja kawasan pembangkang. Jaga juga kawasan backbencher seperti Bakri.
Setuju.
Jangan jaga sahaja semua sebut nanti semua kawasan pembangkang melainkan Bentong sahaja yang backbencher punya kawasan.
Saya potong rambut.
Bakri dapat apa nanti? Saya harap dapat banyak sedikit ya.
Ini sedar ke tak sedar ini atau mimpi?
Saya sudah jawab dalam keadaan iri hati daripada pihak kerajaan.
Yang Berhormat.
Saya sudah jawab cuba jawab saranan Jelutong.
Yang Berhormat. Kalau ada rombakan Kabinet saya sokong Lipis jadi Menteri penuh Yang Berhormat.
Saya terpaksa pandang ke Mukah. [Ketawa] .
Masa itu Jelutong sudah jadi pembangkang lepas itu.
Yang Berhormat Pengerusi. Saya hendak teruskan dengan Ayer Hitam. Dua perkara dibangkitkan satu lagi apakah kos keseluruhan pelaburan PLUS daripada Senai Utara sehingga Yong Peng. Projek Naik Taraf Pelebaran Lorong Lebuhraya Utara Selatan PLUS. Seperti mana yang telah diluluskan di dalam Belanjawan tahun 2023, Projek Naik Taraf Lebuh Raya Utara, Selatan PLUS dari Senai Utara ke Sedenak merupakan antara projek disenaraikan dalam Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12 menggunakan peruntukan kerajaan DE dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM525 juta.
Pada masa ini pihak PLUS dalam proses lantikan perunding dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada suku kedua tahun 2024 dijangka siap pada suku tahun kedua 2027. Penentuan sebenar kos projek hanya dapat ditentukan setelah projek siap dibina. Manakala, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Belanjawan 2024, Projek Naik Taraf Lebuh Raya PLUS dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam dengan anggaran kos sebanyak RM931 juta. Pembinaan bagi jajaran ini akan dimulakan setelah makmal kajian VA, Makmal Kajian Kejuruteraan, pelantikan perunding, reka bentuk lebuh raya dan pelantikan kontraktor selesai dilaksanakan. Ini sudah pasti Ayer Hitam tahu sebagai seorang Ir. Mesti faham akan maksud DE dan VE atau VA ini. Jadi, untuk pemilihan laluan dari Senai Utara sehingga Simpang Renggam untuk naik taraf ini adalah berdasarkan kepada tahap perkhidmatan atau Level of Service (LOS) harian yang telah mencapai LOS E di laluan berkenaan serta jajaran lebuh raya yang mengehendaki ke lokasi tersebut. Pelaksanaan fasa seterusnya adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan berikut. Kos pembinaan yang perlu adalah tinggi. Jumlah peruntukan yang diluluskan untuk Sedenak ke Simpang Renggam adalah RM931 juta. Namun demikian, kos sebenar akan dimuktamadkan setelah bengkel Value Engineer (VE) dilaksanakan kelak. Selain itu, untuk pelebaran PLUS Simpang Renggam ke Yong Peng sejauh 41 kilometer akan dimohon berdasarkan kos-kos per kilometer terkini berdasarkan bengkel VE pelebaran Sedenak ke Simpang Renggam.
Puan Pengerusi. Saya ingin bertanya dari segi kos tadi. Soalan saya secara spesifik perbezaan 12 bulan. Tetapi, per kilometer kos ya RM26.25 juta satu kilometer berbanding RM62 juta satu kilometer. Sepanjang pengetahuan saya di laluan itu, reserve tak ada, tak ada pengambilan balik tanah dan reserve itu cukup luas sejak dahulu 80 an. Jadi, apa yang menyebabkan terlalu susah? Kalau terowong saya faham ini tak ada. Kenapa kosnya naik sampai 136 peratus? Saya khuatir untuk first fasa pertama 525 tak cukup. Kemudian kedua ini mungkin ada terlebih. Maksudnya ialah, kita buat andaian tak boleh semata-mata letak 136 peratus. Jadi, saya hendak bertanya kalau skopnya sama empat lorong kepada enam lorong kenapa ada perbezaan yang begitu ketara?
Kalau tidak mungkin secara bertulis. Saya minta supaya perkara ini – saya khuatir sebab selepas tu 41 kilometer sampai ke kawasan saya, saya takut itu yang tak ada duit, tak boleh disambungkan dan situlah tempat yang level of service paling teruk. Saya nak tanya Yang Berhormat, sepanjang pembinaan ni, sekarang daripada Johor Bahru sampai ke KL, lima jam. Saya takut bila pembinaan di mula, kena lapan jam, tujuh jam sebab tidak ada pengurusan trafik yang baik. Apa – adakah kos ini juga dimasukkan sebagai jalan untuk kita buat reroute? Saya rasa itu sangat penting dalam konteks ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Sebenarnya apa yang saya nyatakan tadi, sebentar tadi sudah pastilah keraguan daripada Yang Berhormat Ayer Hitam. Sebab itu saya kata tadi makmal kajian nilai, makmal kajian kejuruteraan dan pelantikan perunding serta reka bentuk. Yang ini akan kami bawa untuk berdasarkan kepada kajian inilah yang kami akan bawa kembali sama ada kos itu mencukupi. Kita tidak mahu sekarang ini – sebenarnya ramai yang – saya juga sebenarnya seperti Ahli-ahli Yang Berhormat banyak tertanya-tanya, seperti Beruas bangkitkan. Sering saya bincangkan dengan Beruas di bilik BBC perkara-perkara ini dan sudah pastilah perkara ini saya bangkitkan ke pihak yang lebih atasan. Kalau saya hanya boleh
terlibat dalam post-Cab sahaja. Saya tidak boleh terlibat dalam Kabinet tetapi dalam post- Cab itu, saya bangkitkan perkara-perkara ini. Saya minta pegawai-pegawai saya supaya meneliti sehabis baik apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat percayalah kepada kata-kata saya, saya akan buat kajian menyeluruh apa yang Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap pada hari ini. Saya akan buat sendiri. [Tepuk] Saya akan buat sendiri. Kajian ini saya dah buat pun. Saya tahu penglibatan, kenaikan kos ini banyak disebabkan oleh beberapa perkara yang berlaku pada sekarang ini bermula daripada 2018 sehinggalah 2020 yang terlibat dengan COVID-19. Jangan ingat COVID-19 itu pandangnya sangat enteng tetapi dalam penglibatan pembinaan, dalam sistem pembinaan, ia banyak memberi kesan apabila COVID-19 berlaku di negara kita. Saya buat kajian sendiri dan saya panggil pegawai-pegawai saya dan saya buat kajian dan saya cuba yang ada extension of time, saya cuba extension of time kan. Kalau boleh kita lepaskan LAD, kita lepaskan LAD kerana mereka menghadapi masalah yang besar apabila mereka mendapat tawaran sewaktu dalam masa COVID-19. Mereka tinggalkan projek dalam masa setahun setengah, nak masuk semula bukan satu perkara yang mudah. Jadi sebab itu saya katakan, kita kena membuat kajian menyeluruh sebelum kita bangkitkan. Sememangnya saya melihat kos, harga sekarang tak kurang daripada hampir 10 peratus ke 13 peratus kenaikan sebahagian daripada bahan-bahan yang digunakan dalam construction. Sebab itu harga melambung naik. Sebab itu kita menunggu apa yang saya katakan melalui VE dan sebagainya dan peningkatan kos bahan binaan dan perbezaan tahun juga adalah memberi kesan yang sangat tinggi pada kos pembinaan- pembinaan. Jadi saya bercakap ini, saya seolah-olah menjawab keseluruhan daripada Ahli- ahli Yang Berhormat bercakap tadi Yang Berhormat Pengerusi. Dah hampir keseluruhan kerana ada 18 saat, 17 saat tak mungkin setebal ini – Yang Berhormat Pengerusi boleh bagi saya nak menjawab dalam kurang daripada sejam lagi.
Pengerusi.
Dalam sejam lagi.
Pengerusi, Menteri. Saya nak bagi sedikit mungkin panduanlah kepada pegawai dan juga Menteri saya rasa. Kami yang bahas tadi 23 orang. Yang dijawab Bentong, Bentong, Bentong kemudian Besut, Bentong, Besut kemudian Ayer Hitam. Saya nak minta macam ni, sebab pegawai ada kat belakang ni kan. Dengar saya cakap ni, ceh.
[Dewan ketawa]
Saya nak minta begini, maksudnya 23 orang ni, saya nak minta maksudnya, benda yang pertama yang kita suarakan, itu yang dijawab oleh Menteri. Jadi semua orang akan rasa, semua orang akan dapat dan semua orang akan dapat satu jawapan paling tidak pun satu benda yang kita suarakan untuk kawasan masing-masing. Contoh macam Bentong tadi sampai empat, lima, enam perkara tadi. Maksudnya Bentong satu, Tampin satu, Kuala Krau satu...
Ada masalah dengan Bentong ke?
Hah!
Ada masalah dengan Bentong ke?
Tak da.
[Dewan ketawa]
Hubungan kita macam biasa. Maksudnya Hulu Selangor dapat, maksudnya Besut dapat, Kuala Krau dapat, Hulu Langat dapat maksudnya. Jadi, semua dapat rasa. Yang lain tu, kita boleh jawab jawapan bertulis. Insya-Allah, Menteri Wilayah Persekutuan ada kosong, Timbalan Menteri Kerja Raya. Terima kasih.
Menteri, Menteri. Saya sebenarnya ada lapan soalan tadi. Yang dijawab satu sahaja.
Saya minta jumpa di bilik BBC lah.
Jadi yang tujuh, yang tujuh lagi boleh secara bertulis? Terima kasih.
Dapat jawab satu dah cukup baik dah.
Mai belah ni lah, cukup.
Bakri satu pun tak ada, macam mana ni?
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas pandangan rakan-rakan. Pandangan Hulu Langat tu kalau dipersetujui oleh Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Pengerusi sudah pasti akan membuat keputusan. Kalau bersetuju, kita jalankan. Kita akan jawab esok selepas ini Yang Berhormat Senator Fuziah, Yang Berhormat daripada apa nama Iskandar Puteri yang mewakili-mewakili kementerian, boleh jawab selepas ini akan jawab satu sahaja. Setiap yang dibangkitkan, kita jawab satu saja. Yang lain bertulis. Bukan tak boleh bangkit. Boleh bangkitkan tetapi kita jawab bertulis. Saya setuju sebenarnya pandangan Hulu Langat.
Timbalan Menteri...
Tapi yang lain saya tak tahulah setuju, tak setuju.
Saya rasa saya ada pandangan sedikit berbeza, Pengerusi. Kalau boleh, jawapan itu dijawab mengikut butiran. Jadi tak kiralah siapa yang singgung butiran tersebut, kita boleh jawab. Saya cadangkan supaya ikut butiran, ya. Kepala tu ikut turutan. Mungkin yang disinggung tu ke bawah, ke bawahlah jawapannya. Kalau disinggung tu diutamakan, diutamakan. Saya harap semua Menteri mengikut aturan-aturan yang begitu supaya lebih mudah kita tengok mengikut kepala butiran yang telah pun dinamakan dalam buku. Terima kasih.
Bagi saya Puan Pengerusi, untuk menyelesaikan semua permintaan ni, kita lanjutkan masa untuk Menteri.
[Dewan riuh]
Saya rasa ...
Kalau perlu kita adakan...
Saya rasa...
Lebih hari untuk bersidang.
Masa ini bukan untuk bagi pandangan macam mana Menteri boleh menjawab. Saya rasa ini bukan masa untuk ajar Menteri macam mana jawab lah. Jadi saya bagi lagi tiga minit untuk gulung.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Pandangan yang diberikan itu kita ambil maklum Yang Berhormat Pengerusi ya. Kita ambil maklum. Saya rasa Ampang tersilap. Saya dah menyebut tadi sebenarnya nombor itu kesinambungan daripada Bentong tadi memang saya mengikut bil-bil yang dibangkitkan oleh Bentong, memang dibangkitkan oleh Bentong. Tinggal lagi Bentong mungkin dia bangkit banyak, saya dah sempat jawab banyak. Lain kali Yang Berhormat daftar yang awal. Daftar yang awal, dapat cakap yang awal tu mungkin dapat jawapan.
Menteri.
Jadi Yang Berhormat Pengerusi...
Menteri.
Pandangan-pandangan itu mungkin boleh dibuat juga kajian oleh jawatankuasa Parlimen. Dengan ini, saya akhiri ucapan terima kasih di atas pandangan semua.
Menteri, ada dua minit lebih lagi ni. Kapar ada sembilan tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM949,372,700 untuk Kepala B.27 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2024 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.27 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.27 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2024 hendaklah diluluskan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.27 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 16 November 2023.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.29 petang]
Kamar KhasSpecial Chamber
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Inisiatif Tvet Collaboration Hub (TCH)Special Chamber
Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 12 TVET Collaboration Hub
(TCH) yang mewakili 12 bidang tujahan telah diwujudkan dan merentasi 12 kementerian melalui Majlis TVET Negara. Watikah pelantikan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertarikh 1 Jun 2022 telah diserahkan kepada 12 TCH tersebut pada 20 Jun 2022 dalam Majlis Minggu TVET Negara di Shah Alam, Selangor.
Tuan Yang di-Pertua, TVET Collaboration Hub (TCH) merupakan kolaborasi bersinergi di antara institusi TVET, koridor ekonomi, industri, sektor-sektor awam, swasta, NGO dan badan profesional yang bekerjasama melalui perkongsian sumber, kewangan, kepakaran, peralatan, bahan guna habis dan lain-lain dalam melahirkan graduan Program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti dan kompeten.
Ini merupakan suatu inisiatif yang sangat praktikal dan pertama kali diwujudkan di Malaysia sebagai usaha menyusun dan menyelaras gerak kerja ke arah memperkasa TVET. Saya difahamkan bahawa Kementerian Ekonomi telah meluluskan peruntukan di bawah inisiatif rasionalisasi program TVET tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini, Tenggara ingin mengajukan beberapa soalan terhadap pihak Kerajaan Malaysia agar penjelasan lanjut dapat diberikan terhadap perancangan pihak kerajaan berkaitan TCH seperti berikut:
(i) apakah status terkini penyelarasan TCH yang merentasi 12 kementerian? Setakat ini, saya dimaklumkan bahawa tiada mesyuarat penyelarasan yang melibatkan wakil TCH. Jadi
bilakah mesyuarat pertama yang melibatkan kesemua TCH dan semua kementerian akan dilaksanakan?;
(ii) apakah hala tuju yang telah dirangka dan apa yang ingin dicapai dalam tempoh dua tahun daripada sekarang? Apakah framework TCH tersebut?;
(iii) bagaimanakah perkongsian sumber dapat dilaksanakan?;
(iv) apakah bentuk sokongan yang boleh dilaksanakan daripada kesemua 12 kementerian yang terlibat?;
(v) apakah status terkini pelaksanaan TCH?; dan
(vi) berapakah jumlah peruntukan keseluruhan yang telah diluluskan dan dibelanjakan oleh kerajaan bagi menampung pelaksanaan TCH? Mohon disertakan segala perincian peruntukan mengikut TCH, jenis program dan kemajuan inisiatif TCH tersebut.
Peralatan latihan TVET haruslah selari dengan perkembangan teknologi semasa. Antara kaedah perolehan peralatan ialah melalui sumbangan oleh pihak syarikat serta agensi dan proses penerimaan dan penempatan sumbangan tersebut mengambil masa hampir setahun.
Bagaimana pihak kerajaan dapat mempermudah prosedur tersebut menjadi lebih cepat supaya peralatan sumbangan dapat digunakan seberapa segera agar pelajar tidak ketinggalan dengan perkembangan teknologi? Mohon disertakan prosedur aliran penerimaan sumbangan peralatan dan garis masa untuk setiap satu prosedur tersebut berserta syarat-syarat yang berkaitan jika ada.
Apakah jaminan daripada pihak kerajaan bahawa TCH ini dapat diteruskan dan dikekalkan? Mohon pihak kerajaan menyenaraikan secara terperinci skop tugas dan struktur Majlis TVET Negara. Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tenggara atas keprihatinan beliau kepada isu TVET khususnya kepada TCH TVET Collaboration Hub. Saya akan mulakan banyak persoalan yang ditimbulkan. Saya akan mulakan dengan fungsi Majlis TVET Negara yang terkini.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jemaah Menteri pada 18 Disember 2020 telah bersetuju dengan penubuhan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET). MTVET berperanan sebagai badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara hasil daripada pertimbangan isu dan cabaran secara menyeluruh.
Pada masa ini, MTVET dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan Kementerian Sumber Manusia telah diberi peranan sebagai Sekretariat MTVET bermula pada 17 Disember 2022 sebelum ini dipegang oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
Struktur baharu MTVET adalah lebih ringkas dan berpaksikan kepada penyelesaian masalah lebih berfokus. Setiap keputusan atau inisiatif yang dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat MTVET akan dilaksanakan oleh semua kementerian atau jabatan yang telah dikenal pasti dan dilaporkan dari masa ke semasa dalam mesyuarat MTVET.
Bagi tahun 2023, sebanyak tiga mesyuarat MTVET telah dilaksanakan dan antara inisiatif yang telah dipersetujui antaranya:
(i) Pembangunan Data Raya TVET oleh Kementerian Sumber Manusia;
(ii) Peluasan kerjasama industri melalui pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC);
(iii) Pembangunan single window permohonan program TVET ataupun dikenali sebagai (UPTVET) oleh Kementerian Sumber Manusia yang kita baru lancar pada 30 Oktober yang lepas;
(iv) pelaksanaan Program Asasi TVET oleh Kementerian Pendidikan Tinggi;
(v) peluasan penawaran program TVET seawal lepasan Tingkatan 3 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia; dan
(vi) Pelaksanaan Program Academy in Industry (AII) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia, Kementerian Ekonomi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Majlis TVET Negara, Bilangan 1/2022 pada 3 Februari 2022 telah membincang dan memperakukan pelaksanaan tiga inisiatif berikut bagi tujuan pemerkasaan TVET negara iaitu:-
(i) penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri dengan izin Government Industry TVET Coordination Body
(GITC) oleh kementerian Pendidikan Tinggi;
(ii) pelaksanaan TVET Collaboration Hub (TCH) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi; dan
(iii) pelaksanaan penarafan tunggal program TVET oleh Kementerian Sumber Manusia.
Jawapan seterusnya akan menjurus kepada TVET Collaboration Hub dan saya akan sebut sebagai TCH.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya maklumkan di sini bahawa cadangan pelaksanaan TCH oleh Kementerian Pengajian Tinggi merupakan sebuah model ekosistem kolaborasi strategik melalui pengembangan potensi Pusat Kecemerlangan dengan izin Centre of Excellence (COE) sedia ada antara institusi TVET, kerajaan dan industri melalui perkongsian sumber, kepakaran, peralatan dan lain-lain yang berupaya menjadi pemacu kepada agenda pemerkasaan TVET negara.
Ekosistem TCH ini terdiri daripada empat komponen utama yang menjalankan fungsi tersendiri dalam menjayakan model TCH ini iaitu; ‘Hab’ merujuk kepada Institusi TVET yang diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan industri berdasarkan pencapaian, pengiktirafan dan kriteria yang ditetapkan oleh kementerian bertanggungjawab terhadap institut tersebut.
‘Spoke’ adalah institusi TVET yang masih belum diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan industri dalam wilayah dan sektor ekonomi yang sama dengan hab.
‘Enabler’ adalah pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan, agensi di bawah kementerian dan koridor ekonomi yang menentukan hala tuju dan bertindak sebagai koordinator kepada TCH.
Akhirnya, ‘Benefactor’ merujuk kepada pihak industri termasuk badan peneraju industri, badan profesional, NGO dan sektor swasta lain yang bekerjasama menjayakan pelaksanaan TCH.
Tuan Yang di-Pertua, Mantan YAB Perdana Menteri pada 1 Jun 2022 telah menganugerahkan watikah pelantikan kepada 14 pusat kecemerlangan industri yang diiktiraf sebagai hab di dalam ekosistem TCH berdasarkan bidang-bidang tujahan masing-masing. Sebagai rumusan, terdapat lapan buah hab di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi, tiga buah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan masing-masing sebuah di bawah Kementerian Belia dan Sukan, negeri Sabah dan negeri Sarawak.
Merujuk kepada perincian pelaksanaan TCH seperti yang disyorkan dan diluluskan dalam Mesyuarat MTVET pada 3 Februari 2022, sebuah Joint-Technical Working Group TCH (JTWGTCH) ditubuhkan untuk menyelaras dan mengawal selia pelaksanaan TCH ini.
Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi serta dianggotai oleh wakil sektor ekonomi, wakil setiap hab dan Kementerian Ekonomi. Bagi tujuan penyelarasan lanjut pada masa hadapan, struktur dan keanggotaan Joint-Technical Working Group TCH (JTWGTCH) akan diteliti dan diperkemaskan semula bagi tujuan kelancaran ekosistem TCH ini dan ini akan dilaporkan dalam mesyuarat MTVET yang akan datang.
Secara umumnya, fungsi dan bidang kuasa yang dipertanggungjawabkan kepada Joint-Technical Working Group TCH adalah seperti berikut:
(i) menentukan hala tuju dan matlamat TCH melalui penglibatan Enabler, Benefactor, Hub dan Spoke berdasarkan garis panduan dan dasar yang sedia ada;
(ii) meneliti, mempertimbang dan memperakukan hab baharu yang dicadangkan oleh kementerian masing-masing;
(iii) mencadangkan penyelesaian isu-isu berbangkit di dalam pengoperasian TCH; dan,
(iv) menyelaras dan menyediakan pelaporan aktiviti TCH.
Tuan Yang di-Pertua, TCH merupakan satu pendekatan baharu melalui pengembangan peranan dan potensi hab selaku pusat kecemerlangan sedia ada yang memerlukan semua pemegang taruh memahami aspirasi pelaksanaannya.
Semangat kebersamaan bagi memecahkan amalan gerak kerja secara silo amat penting dan diperlukan untuk merealisasikan ekosistem TCH.
Sehubungan itu, model-model seperti Industry Training Hub di Australia, Infrastructure Leasing & Financial Services Skills Development Corporation dengan izin di India, dan Korea University of Technology and Education (KOREATECH) merupakan antara model yang dijadikan rujukan untuk diadaptasi dalam ekosistem TCH Malaysia.
Dalam merealisasikan ekosistem TCH di Malaysia, hab-hab yang dipilih memainkan peranan penting bagi menjadi pemangkin ekosistem TVET. Menjadi pusat sehenti bagi perkongsian peralatan, kepakaran dan teknologi serta pusat rujukan amalan terbaik. Memperluas mobiliti tenaga pengajar dan pelajar menjalankan aktiviti bersama seperti R&D, pembangunan produk dan
pengkomersialan, mencadangkan penambahbaikan pembangunan kurikulum dan menghubungkan Spoke dengan industri dan akhirnya menyediakan tenaga kerja mengikut kehendak industri.
Selain itu, perkongsian sumber seperti kemudahan dan peralatan latihan, tenaga pengajar dan pakar, dan kurikulum latihan merupakan suntikan sinergi untuk menjayakan TCH ini. Inisiatif TCH ini turut diambil kira sebagai salah satu inisiatif yang akan diperkasa dan diperluaskan pelaksanaannya secara berperingkat dalam penggubalan Dasar TVET Negara 1.0 yang sedang dalam peringkat penyediaan dan insya-Allah akan dilancarkan tidak lama lagi.
Dalam usaha menyokong pelaksanaan TCH ini, kerajaan melalui Sekretariat MTVET telah memulakan usaha pemeteraian Memorandum Kerjasama (MOC) transformasi program TVET bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.
MOC berkonsepkan payung kerjasama ini menjadi penghubung yang dapat dimanfaatkan oleh ekosistem TCH dalam membuka ruang kerjasama erat bersama pihak industri. Untuk makluman, sehingga November 2023, sebanyak 63 MOC telah dimeterai. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 MOC boleh dimanfaatkan merentasi 12 buah kementerian berkaitan TVET melibatkan pelbagai cakupan bidang dan syarikat seperti PETRONAS Berhad, DRB-HICOM Berhad, FGV Holdings Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Bermaz Auto Sdn. Bhd.
Skop kerjasama melalui pematerian MOC ini melibatkan komponen utama iaitu perkongsian kepakaran industri bagi tujuan pembangunan kurikulum dan reka bentuk penyampaian latihan, dan peningkatan kemahiran tenaga pengajar melalui inisiatif Train of Trainers (ToT) dengan izin. Selanjutnya, kerjasama turut melibatkan perkongsian mahupun sumbangan peralatan berteknologi terkini kepada institusi TVET bagi memastikan berlakunya pemindahan ilmu dan kemahiran yang selari dengan keperluan semasa industri.
Tuan Yang di-Pertua, dalam pengumuman Belanjawan 2024 yang lalu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam. Peruntukan ini dapat dimanfaatkan oleh setiap hab yang terlibat dalam ekosistem TCH ini untuk menggalakkan lebih banyak industri yang berkaitan untuk bekerjasama dalam pelaksanaan TCH ini.
Secara umumnya, tiada sebarang peruntukan khusus yang disediakan atau diluluskan oleh kerajaan bagi tujuan pelaksanaan TCH ini sejak ianya diluluskan.
Sejajar dengan mandat yang telah diberikan kepada setiap hub dalam menggerakkan ekosistem TCH, setiap hab di bawah kawal selia kementerian berkaitan boleh mengemukakan cadangan peruntukan tambahan, belanja pembangunan bagi tujuan naik taraf atau perolehan peralatan kepada Kementerian Ekonomi.
Kerajaan melalui kerjasama semua kementerian dan pemegang taruh terlibat sentiasa menyambut baik apa jua inisiatif yang diperkenalkan dalam usaha memperkasakan TVET. Inisiatif TCH yang masih di peringkat awal pelaksanaan ini akan diteruskan dan sebarang keperluan penambahbaikan atau keperluan sokongan akan diteliti dan diperinci dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Tenggara untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya berkenaan dengan Tabung Amanah. Sepengetahuan saya setiap institusi boleh menjana
pendapatan dan ia akan masuk ke Akaun Tabung Amanah. Jika institusi ingin mengeluarkan atau guna duit tersebut, prosedur kewangan sedia ada tidaklah mudah dan perlu melalui proses audit kewangan, mengambil masa y agak lama sebelum mendapat kelulusan di peringkat tertinggi.
Jadi soalan saya, adakah audit kewangan ini membantu ke arah penggunaan Tabung Amanah secara lebih aktif agar ia sejajar dengan aktiviti proaktif institusi dan bagaimana prosedur kewangan serta audit kewangan ini dapat dipermudahkan dalam proses guna duit Tabung Amanah.
Dan apakah langkah proaktif yang diambil oleh pihak kementerian dalam menggapai hasrat Pengerusi TVET Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr.
Ahmad Zahid bin Hamidi bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang TVET yang dahulunya dikenali dengan pilihan kedua kepada pilihan utama rakyat.
Sekian,terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara.
Berkenaan dengan Tabung Amanah. Tabung Amanah ini secara terperinci penggunaannya saya tidak dapat nyatakan, tapi saya akan jawab secara bertulis.
Cuma, antara yang digunakan dan antara Tabung Amanah ini yang kita gunakan adalah untuk membiayai peserta-peserta kita yang kita – contohnya yang dipertandingkan dalam World Skill peringkat ASEAN, Asia dan juga World Skill yang itu antara yang digunakan lah untuk membiayai menggunakan Tabung Amanah.
Tapi, yang lain-lain itu saya tidak ada fakta dan datanya, yang itu kita – saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat.
Untuk tentang isu yang kedua tadi tentang bagaimana menjadikan TVET ini sebagai alternatif utama, ini yang sedang sekarang sedang giat diusahakan dalam Majlis TVET Negara. Saya fikir dalam tahun ini sahaja perkembangan amat positif.
Bayangkan, kita ada Tabung PTPK, tabung kemahiran kita yang kita – sepatutnya hanya untuk 15,000 pelajar, tapi sekarang ini sahaja kita sudah ada 40,000 permohonan, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, tidak mencukupi. Luar biasa peningkatan. Sekarang ini pun kalau dulu, terpaksa sebab TVET ini jadi second and last choice, terpaksa kita topup bagi komputer, sediakan elaun perjalanan, sekarang ini terpaksa kita kurangkan. Kita hanya fokus, kita berfokus kepada – kursus komputer sahaja yang kita berikan, notebook. Elaun perjalanan untuk yang jauh dan tidak mencukupi. Saya boleh bayangkan walaupun disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita akan disediakan RM180 juta untuk tahun hadapan. Saya fikir, itu pun tidak mencukupi.
Jadi, dengan – saya fikir, permulaannya disebabkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengangkat TVET ini ꟷ Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi telah memastikan bahawa TVET ini sekarang menjadi game changer kepada negara ini.
Jadi, memang ini akan mengangkat TVET secara keseluruhannya dan saya fikir saya tidak hairan kalau kita punya crim student selepas ini akan masuk dalam TVET. Jadi, kita perlu bersedia. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Projek Perumahan Mampu MilikSpecial Chamber
|Agensi Penyedia Perumahan| | | | |-------------------------|------|------|-------| | |Siap |Bina |Rancang| |KPKT |28,532|23,035|8,269 | |Kerajaan Persekutuan |24,037|39,464|15,133 | |Kerajaan-kerajaan negeri |36,689|49,514|80,222 ||Swasta |9,783 |50,847|42,459 |
Justeru, bagi memastikan rakyat akan sentiasa mempunyai perlindungan selaras dengan konsep “Shelter For All” dengan izin, KPKT akan meneruskan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan akses rakyat kepada perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki. Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih Puan yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu asal masalah rumah mampu milik ialah ketidak selarasan di antara permintaan dan penawaran di dalam keadaan penawaran
berlebihan tiada tindakan untuk memperlahankan permintaan itu menyebabkan ia menjadi lambakan. Walaupun berlaku lambakan rumah, harga rumah tetap tidak turun yang menjadi punca masalah harga rumah mampu milik.
Berdasarkan data dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), purata harga rumah ada 2010 ialah RM218,000 dan meningkatkan pada RM450,000 tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 106 peratus.
Soalannya, adakah terdapat sebarang perancangan daripada pihak kementerian bagi menetapkan harga siling rumah di Malaysia mengikut kategori dilaksanakan sebagai langkah untuk menyelaraskan kembali masalah harga rumah supaya ia sesuai dengan permintaan dan penawaran. Sekiranya tidak, apakah langkah yang bakal diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan lebih rakyat terutama dalam kalangan B40 mampu memiliki rumah mereka sendiri, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Tenggara. Kebetulan juga saya telah menjawab dalam Dewan Rakyat pagi tadi berkaitan dengan perumahan yang tidak terjual atau yang dikenali sebagai over-hang.
Seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, isu ketidaksepadanan itu antara merupakan faktor utama iaitu antara penawaran dan juga permintaan. Bagi permintaan ataupun pertanyaan daripada Yang Berhormat sebentar tadi, buat masa ini kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan harga siling bagi perumahan secara dasarnya.
Akan tetapi, dalam di bawah Dasar Perumahan Negara kita juga, kita ada Dasar Perumahan Rumah Mampu Milik. Jadi, di situ sememangnya ada ketetapan yang mana kerajaan menetapkan bahawa harga rumah mampu milik adalah pada paras RM300,000. Namun, ini juga bergantung kepada pelaksanaan ataupun ketetapan oleh kerajaan negeri. Jadi, sememangnya ada beberapa buah negeri yang menetapkan paras harga rumah mampu milik itu lebih rendah mengikut lokaliti mereka.
Berkaitan dengan bila berlaku peningkatan, satu lagi sudut adalah untuk memahami daripada konteks penawaran. Di bawah ꟷ dari segi kos yang perlu ditanggung oleh industri ꟷ di Dewan tadi saya jawab tiga, cuma di sini sebab soalan Yang Berhormat lebih spesifik, saya cuba perincikan lagi.
Berdasarkan maklum balas daripada pihak dalam industri dan juga daripada industri penyelidikan ꟷ institusi penyelidikan, adalah didapati harga rumah ini banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya lokasi rumah, soal lokasi sama ada strategik dan sebagainya, kos pembinaan rumah, kos infrastruktur, kos tanah, kos pematuhan ataupun dengan izin compliance cost serta keuntungan pemaju.
Jadi, selain daripada soal dasar rumah mampu milik dalam menetapkan kriteria harga Rumah Mampu Milik, ketika ini KPKT sedang melaksanakan pemetaan indeks rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah yang diperoleh daripada tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah & Kemudahan Asas 2019.
Seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, satu sudut tadi dalam soal penawaran iaitu harga rumah yang dijual. Tetapi, satu lagi faktor dari segi nak menetapkan harga rumah mampu milik ini yang diguna pakai di peringkat antarabangsa adalah berdasarkan pendapatan rakyat melalui kaedah gandaan median ataupun median-multiple.
Di sini sebab itu, dari segi pemetaan, sudah pasti berbeza dengan lokaliti juga pendapatan rakyat itu berbeza. Contohnya, Yang Berhormat Kepong ataupun kawasan di Wilayah Persekutuan dan juga mungkin di Kota Tinggi harganya berbeza.
Yang saya sebut dalam Dewan tadi sebagai contoh, berdasarkan median ini, kalau di Alor Setar sebagai contoh harga rumah mampu milik itu sekitar RM170,000, RM180,000. Tetapi di Shah Alam mencecah RM340,000. Melangkaui even dasar penetapan harga RM300,000 bagi rumah mampu milik.
Seterusnya, ketiga, adalah kerajaan ketika ini sememangnya tengah ataupun menggalakkan pemaju untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan ataupun feasibility study, bagi sebelum mereka memulakan sebarang pemajuan, supaya tidak berlaku hartanah yang tidak terjual kerana kalau dirujuk – kalau Yang Berhormat rujuk lagi data daripada NAPIC, sebenarnya rumah yang tidak terjual itu across the board.
Ada rumah yang di bawah RM300,000 juga yang tidak terjual, walaupun hakikatnya majoriti itu rumah lebih RM300,000 yang lebih banyak over-hang, tapi I think about 25 peratus itu masih sebenarnya rumah mampu milik tetapi juga menghadapi cabaran untuk dijual.
Seterusnya, adalah untuk inisiatif tempoh jangka masa panjang, adalah KPKT sedang membangunkan sistem analitis data raya ataupun big data analytics, sebagai satu repository sebagai sumber rujukan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor perumahan. Yang mana saya sebut juga dalam Dewan utama, bahawa data yang ada di bawah KPKT ini dari segi keseluruhan industri selepas kita buat maping, selepas kita tengok dari segi framework yang ada, sebenarnya ada sekitar hanya dalam 29 peratus. Selebihnya itu terletak dalam industri, contohnya, maklumat itu berada dengan pihak perbankan yang mana maklumat itu tidak berada di bawah kementerian.
Jadi, selebihnya about 64 peratus bila kita buat maping ini, semuanya di pihak luaran. Maka, sebab itu, kita perlu bina big data analytics ini supaya sebelum kerajaan terutamanya di peringkat Kerajaan Tempatan sebagai contoh, menentukan kelulusan dari segi pemajuan dan sebagainya, perlu juga berpandukan data dan ini antara hasrat yang kita cuba tonjolkan.
Cuma, bagi menjawab soalan Yang Berhormat dari soal pemilikan ataupun membantu rakyat ketika ini terutamanya di kalangan pembeli, kerajaan sememangnya menumpukan kepada Skim Jaminan Kredit Perumahan yang dipanggil sebagai SJKP. Jadi, syarat ataupun kelayakan ini kita memang sehingga RM500,000 dan skim jaminan ini juga merangkumi bukan sekadar harga rumah tetapi juga pertimbangan soal MRTA iaitu Mortgage Reducing Term Assurance ataupun MRTT untuk takaful.
Ini untuk soal jaminan tempoh penggunaan gadai janji atau Takaful Gadai Janji. Untuk makluman, yang ini hanyalah terhad kepada rumah pertama tetapi ia tidak terhad kepada perumahan baharu semata-mata. Ini juga boleh digunakan untuk pasaran sedia ada ataupun subsale. Selebihnya, saya rasa itu cukup menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Tenggara. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Perolehan Ventilator Rosak Tanpa Melalui Prosedur Operasi Standard PerolehanSpecial Chamber
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baru- baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pharmaniaga Logistics Sdn.
Bhd. (PLSB) menyalahkan satu sama lain berhubung 104 biji ventilator rosak yang mereka terima dari negara China pada 2020.
Sikap menuding jari antara KKM dan PLSB mengakibatkan proses mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan ganti rugi untuk mesin yang rosak masih belum dapat dilaksanakan dan tiada perjanjian kontrak yang ditandatangani antara kedua-duanya berhubung perolehan ventilator, menurut laporan PAC itu.
Puan Yang di-Pertua, Laporan PAC itu juga mendedahkan keterangan- keterangan saksi yang bercanggah di mana seorang saksi mengatakan PLSB hanya menjadi forwarding agent dengan izin, dan menjadi penerima dalam negara tetapi, seorang saksi lagi mengatakan PLSB telah membuat bayaran pendahuluan seperti yang dikehendaki oleh pembekal luar negara.
Puan Yang di-Pertua, invois dan resit rasmi adalah amalan biasa dalam urusan perniagaan. Lebih-lebih lagi yang melibatkan pembelian jumlah wang yang besar. Saya yakin pembekal ventilator di China itu ada mengeluarkan invois dan resit rasmi setelah menerima pembayaran daripada PLSB. Soalan saya, invois dan resit rasmi itu ditulis atas nama apa ꟷ siapa? Invois dan resit rasmi merupakan satu bentuk kontrak. PLSB berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal ventilator jika nama invois dan nama resit rasmi dikeluarkan atas nama PLSB.
Puan Yang di-Pertua, selain daripada itu, saya minta KKM menerangkan pihak manakah yang membuat keputusan untuk membeli jenis model ventilator itu daripada pembekal di China. Adakah keputusan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan atau Kabinet pada ketika negara berada di bawah darurat kesihatan? Sesiapa yang membuat keputusan untuk memperoleh jenis model ventilator itu patut bertanggungjawab atas kegagalan 104 ventilator itu yang tidak berfungsi. Penjawat awam juga patut berhati-hati dengan penggunaan wang pembayar cukai dan tidak patut digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Kerajaan perlu menyiasat punca sebenar perolehan 104 unit ventilator rosak itu tanpa melalui prosedur perolehan yang betul, tetapi hanya melalui WhatsApp.
Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepong atas satu soalan yang sangat baik. Berdasarkan minit Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 25 Mac 2020, Jemaah Menteri pada 25 Mac 2020 telah mengambil maklum bahawa terdapat keperluan bagi 800 unit ventilator iaitu 300 unit untuk penggantian peralatan sedia ada dan baki 500 unit adalah keperluan tambahan baharu.
Jemaah Menteri juga mengambil maklum bahawa Pharmaniaga Logistic Sdn.
Bhd. (PLSB) telah membuat tempahan sebanyak 120 unit ventilator pada 24 Mac
2020 dengan negara China. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 25 Mac 2020 supaya KKM menyusul tindakan pembelian ventilator melalui PLSB, KKM telah meminta PLSB membantu KKM mendapatkan ventilator dari negara pengeluar.
Bagi tujuan tersebut, KKM telah bersetuju meluluskan bayaran sebanyak RM30 juta kepada PLSB pada 25 Mac 2020. Ini adalah selaras dengan keputusan MOF bertarikh 25 Mac 2020. Bayaran pendahuluan ini adalah bagi pembekalan 500 unit ventilator untuk fasiliti kesihatan KKM dengan anggaran kos RM50 juta. Baki akan dibayar dengan PLSB selepas bekalan diterima oleh fasiliti kesihatan KKM.
Perolehan ventilator ini dibuat berikutan keperluan yang amat mendesak pada ketika itu dan ventilator pada masa tersebut dikategorikan sebagai commodity item atau cash and carry method di negara pengeluar. Disebabkan situasi penularan wabak COVID-19 yang sangat meruncing pada ketika itu, pergerakan keluar masuk ke negara China sangat terhad. Oleh yang demikian, penilaian spesifikasi peralatan telah dilaksanakan oleh pakar di KKM melalui aplikasi Whatsapp ke atas dokumentasi brosur dan katalog yang dikemukakan oleh PLSB.
PLSB telah mendapatkan 136 unit ventilator dan secara berfasa telah menghantar 136 unit ventilator tersebut ke fasiliti kesihatan KKM dengan kos sebanyak RM20,125,417.00.
Penghantaran ini mengambil masa yang agak panjang memandangkan permintaan dan persaingan yang sangat tinggi daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat pada masa tersebut. Harga peralatan pada ketika itu telah meningkat secara mendadak sehingga empat kali ganda daripada harga asal dan berdasarkan kepada konsep ‘take it or leave it basis’.
Peralatan tersebut dihantar terus kepada fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah ditetapkan. Pemeriksaan dan Pentauliahan (T&C) dilaksanakan oleh fasiliti kesihatan masing-masing dengan kerjasama syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital (PSH). Hasil pemeriksaan di fasiliti kesihatan mendapati bahawa terdapat perkara-perkara perlu diberi perhatian yang melibatkan fungsi ventilator sebelum peralatan tersebut dapat digunakan ke atas pesakit.
Pihak PLSB cuba berhubung dengan pengeluar ventilator. Walau bagaimanapun dimaklumkan bahawa peralatan tersebut tidak boleh dipulangkan semula. Sehubungan itu, pihak PLSB telah mencadangkan peralatan tersebut dinaik taraf dengan anggaran awal sebanyak RM2.9 juta. Pihak PLSB telah memulangkan semula baki sebanyak RM6,974,582.37 kepada KKM pada 25 Jun 2020 selepas mengambil kira kos perolehan ventilator dan anggaran keperluan untuk menaik taraf ventilator berkenaan.
Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min, Mantan Ketua Setiausaha, KKM dalam Prosiding Bil.3(B)/ 2023 bertarikh 22 Ogos 2023 memaklumkan bahawa berdasarkan kepada keperluan mendesak ventilator pada ketika itu, beliau sebagai Pegawai Pengawal Bertanggungjawab membuat keputusan untuk membeli ventilator berkenaan apabila semua spesifikasi telah dipersetujui oleh pakar KKM serta pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jemaah Menteri telah dimaklumkan.
Semasa sesi Prosiding Bil.3(A) 2023 bertarikh 15 Jun 2023, KKM telah menjelaskan bahawa, Mesyuarat Rundingan Harga Perolehan Darurat telah diadakan di antara KKM dan pihak Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. (PLSB) dan Lampiran ‘B’, Arahan Memulakan Bekalan, Perkhidmatan, Kerja telah ditandatangani oleh KKM pada 2 September 2020 untuk kerja-kerja menaik taraf ventilator dan PLSB
pula telah bersetuju untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf ventilator pada 10 September 2020.
Tiada waranti semasa pembelian ventilator oleh PLSB pada bulan Mac 2020.
Waranti hanya diberikan oleh PLSB untuk ventilator yang dinaik taraf susulan daripada Mesyuarat Rundingan Harga Perolehan Darurat yang diadakan pada 1 September 2020.
PLSB semasa sesi Prosiding Bil.3(D)/2023 bertarikh 21 September 2023, memaklumkan bahawa PLSB tidak menandatangani sebarang kontrak dengan pembekal dan semua dokumen pesanan pembelian dan dokumen sebut harga menunjukkan bahawa waranti ventilator adalah antara Kerajaan Malaysia dan pembekal. PLSB hanya bertindak menguruskan penghantaran ventilator ke fasiliti KKM dan membantu KKM menghubungi pengilang untuk menggunakan waranti ventilator yang tidak dapat digunakan.
PLSB telah memaklumkan bahawa sebut harga, invois dan bukti penghantaran bagi 136 unit ventilator ini wujud dan telah diserahkan kepada PAC semasa sesi prosiding bertarikh 21 September 2023.
Berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan/Pengurusan Belanjawan
(PP/PB) 3.3 oleh Kementerian Kewangan Malaysia, tiada keperluan untuk menyedia dan menandatangani dokumen kontrak. Walau bagaimanapun, KKM telah mendapatkan pandangan MOF berhubung perkara ini dan maklum balas MOF pada ketika itu adalah bahawa KKM boleh menetapkan peraturan, tatacara dalaman tertakluk kepada keperluan. Pihak MOF secara lisan memaklumkan secara dasarnya bagi pelaksanaan perolehan darurat, tiada keperluan untuk menyediakan dokumen kontrak memandangkan perolehan perlu dilaksanakan dengan segera dan penyediaan kontrak akan mengambil masa yang lebih lama.
Namun demikian, MOF secara lisan mencadangkan supaya terma-terma yang perlu, dimasukkan dalam Arahan Mula Kerja-Lampiran B, PP/PB 3.3. KKM telah mengambil langkah penambahbaikan dengan mengeluarkan surat edaran kepada semua pusat tanggungjawab di bawah KKM bertarikh 25 Ogos 2023 berhubung Terma Rujukan (TOR) Pengeluaran Lampiran ‘B’, Arahan Memulakan Bekalan, Perkhidmatan, Kerja Perolehan Darurat.
TOR ini menggariskan bahawa bagi memastikan hak kerajaan terpelihara walaupun perolehan dilaksanakan secara perolehan darurat, Pegawai Pelaksana hendaklah memastikan terma-terma berikut disertakan sebagai lampiran tambahan kepada Lampiran ‘B’, Memulakan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja iaitu Obligasi Perolehan, Terma Penghantaran, Waranti, Penalti, Penggantian Bagi Bekalan/Perkhidmatan yang Tidak Memenuhi Spesifikasi/Rosak dan pembayaran.
Itu jawapan daripada pihak KKM Puan Yang di-Pertua.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Kepong untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kalau tak silap saya, saya dengar invois dan resit rasmi daripada pembekal dikeluarkan atas nama Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd (PLSB). Jadi, soalan pertama saya mengapa PLSB tidak berdasarkan invois dan resit yang diterima mengambil tindakan undang- undang terhadap pembekal, supplier di negara China itu.
Kedua, Kerajaan Malaysia, KKM tidak patut menerima sikap yang lepas tangan, tidak bertanggungjawab daripada syarikat Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd.
ataupun sikap yang sama daripada pembekal ventilator itu daripada negara China.
Saya minta Kerajaan Malaysia atau KKM mengambil tindakan yang tegas terhadap PLSB ataupun pembekal ventilator itu daripada negara China. Tindakan-tindakan
yang saya syorkan adalah tindakan blacklist syarikat Pharmaniaga ataupun pembekal ventilator negara China daripada terus berurus niaga dengan Kerajaan Malaysia ataupun KKM.
Juga saya minta Kerajaan Malaysia mendapat bantuan daripada counterpart di China, kementerian kesihatan di negara China ataupun jabatan kesihatan di negara China ataupun bantuan daripada kedutaan China di Malaysia untuk mengambil tindakan blacklist nama syarikat China pembekal yang membekalkan ventilator daripada pasaran China dan juga pasaran dunia termasuk denda, penalti dan sebagainya. Terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, satu pandangan yang sangat baik daripada Yang Berhormat Kepong terutama sekali berkenaan tentang pembekalan ataupun source utama daripada China itu haruslah diambil tindakan.
Walaupun demikian, saya perlu tegaskan ketika COVID-19 tersebut, kita mengguna pakai arahan-arahan kerajaan yang membenarkan perolehan yang dibuat melalui proses darurat yang menyebabkan beberapa perkara mungkin terlepas pandang. Disebabkan itulah, kami telah mengesyorkan – telah membaca syor-syor yang diajukan oleh PAC dan kami sedang dalam proses untuk menjawab syor-syor ini yang telah diberikan oleh PAC dalam tempoh dua bulan untuk menjawab.
Dalam syor tersebut, kami melihat, walaupun berlakunya proses darurat pada masa-masa yang akan datang, kita akan mengambil kesilapan-kesilapan yang telah dibuat terutama sekali dalam ucapan Yang Berhormat tadi mengapa pihak kementerian berurusan melalui Whatsapps. Kita perlu memastikan bahawa medium- medium untuk kita berhubung adalah merupakan satu medium yang sekurang- kurangnya digazetkan secara rasmi melalui e-mel, percakapan lisan yang diminitkan ataupun penggunaan telefon bimbit melalui aplikasi yang dibenarkan oleh pihak MOF dan juga pengurusan KKM.
Berkenaan tentang tindakan daripada KKM, untuk makluman Yang Berhormat Kepong, kami telah mengemukakan notis tuntutan bayaran balik kepada Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. secara serahan tangan pada 13 September 2023 yang lepas.
Di mana, kami telah memberikan tempoh 14 hari untuk maklum balas dan juga membuat bayaran berjumlah sebanyak RM15,341,471.35 kepada pihak kerajaan. Maksudnya, kita minta tuntutan kepada PLSB untuk membayar balik.
Walaupun demikian, PLSB telah membuat maklum balas kepada KKM supaya kami menarik balik notis tuntutan tersebut dan pihak PLSB bersedia untuk berunding menyelesaikan baki pembayaran projek penaiktarafan ventilator sebanyak RM 1,075,380.01 kepada PLSB. KKM ketika ini sedang mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara berhubung tindakan lanjut yang wajar diambil susulan daripada maklum balas PLSB tersebut.
Bermaksud, kita telah menghantar tuntutan dan juga kita sedang menunggu daripada Peguam Negara memberikan pandangan yang lebih lanjut. Dan juga, selain daripada itu, mungkin kami akan menggunakan syor-syor yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Kepong, bagaimanakah untuk sekurang-kurangnya kita jelas melihat dimanakah punca masalah tersebut dan juga kita dapat menghalang transaksi masa depan yang silap ataupun pembekal-pembekal yang tidak kompeten membekalkan peralatan.
Dan juga untuk makluman Yang Berhormat Kepong, sememangnya peralatan tersebut dikatakan rosak adalah tidak semua peralatan itu rosak. Sebahagian besar peralatan tersebut apabila pakar-pakar daripada KKM mendapati spesifikasi itu adalah bersesuaian pada ketika itu.
Walaupun demikian, perbezaan punca kuasa ataupun – bukan punca kuasa, terutama sekali plug ataupun palam yang digunakan ventilator yang datang daripada China itu tidak memenuhi spesifikasi. Kita terpaksa melakukan pengubahsuaian dan plug itu dihidupkan, kita mendapati spesifikasi yang kita perlukan terutama sekali bacaan oksigen itu tidak memenuhi spek yang dimahukan oleh pihak KKM.
Disitulah kita dapat melihat bahawa kita tidak hanya dapat menggunakan kaedah melihat katalog, semasa kita mendapatkan peralatan yang lebih-lebih lagi peralatan itu sangat berkait rapat dengan nyawa.
Dan juga saya boleh ambil sebagai satu contoh, mantan Yang Berhormat Sarikei, berada dalam keadaan koma yang panjang dan juga menggunakan ventilator, Yang Berhormat Kota Samarahan, ketika ini Timbalan Menteri juga pernah menggunakan ventilator. Juga, ventilator itulah yang membantu dan juga membolehkan mereka terus bernyawa sehingga kini. Dan, saya berharap agar kami dapat menjawab syor-syor yang diberikan oleh PAC dan juga membetulkan supaya Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang tidak melakukan kesilapan berulang di bawah Kementerian Kesihatan. Itu jawapan daripada kami, KKM.
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Kebajikan Gelandangan Yang Sakit MentalSpecial Chamber
Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup bagus. Puan Yang di-Pertua, seterusnya tajuk ucapan saya ialah “Kebajikan Gelandangan yang Sakit Mental”.
Tuan Yang di-Pertua, golongan gelandangan yang mengalami masalah mental adalah golongan yang paling memerlukan bantuan kerana bantuan dan fasiliti kerajaan yang sedia ada masih kurang lengkap.
Sering kali, Pusat Khidmat Parlimen saya dikunjungi oleh orang awam yang merasa sulit untuk mendapatkan bantuan bagi golongan gelandangan yang menghidap sakit mental ini. Acap kali mereka ditolak ke pelbagai agensi kerajaan yang kekurangan sumber atau tidak mempunyai amalan yang terbaik dalam mengendalikan isu ini.
Sebagai contoh, pihak polis tidak akan bertindak jika gelandangan tersebut tidak berkelakuan ganas dan tidak mendatangkan kekecohan kepada orang awam.
Pihak hospital kerajaan pula tidak akan memberi perkhidmatan ambulans jika mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia juga tidak dapat memberi bantuan kepada mereka sekiranya mereka tidak mempunyai tempat tinggal dan kad pengenalan. Pada hakikatnya, kesemua golongan gelandangan bermasalah mental tidak mempunyai kad pengenalan bersama mereka oleh sebab-sebab yang jelas dan ketara.
Justeru, saya ingin minta kaedah-kaedah holistik kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, agar golongan ini dapat diberi perhatian, bantuan
kesihatan serta perkhidmatan perikemanusiaan yang diperlukan. Kerajaan perlu mengambil tanggungjawab dalam menjaga kebajikan mereka, memastikan mereka tidak terpinggir, dan mencegah situasi ini daripada menjadi lebih buruk.
Sekian, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, isu individu gelandangan yang menghidapi penyakit mental merupakan suatu isu yang perlu ditangani secara bersepadu oleh pelbagai pihak, bukan sahaja melibatkan KKM, tetapi lain-lain agensi kerajaan dan juga pihak kerajaan negeri.
Di pihak KKM, kami sedar dan memandang serius perkara ini di mana polisi KKM adalah KKM memberi rawatan kepada semua pesakit tanpa diskriminasi terhadap latar belakang mereka. Justeru, mana-mana individu yang mengalami masalah kesihatan termasuk mereka yang mengalami masalah atau penyakit mental tidak dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan. Ini termasuk juga bagi gelandangan yang dibawa ke hospital atau mana-mana fasiliti kesihatan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
Bagi individu yang dikenal pasti mempunyai penyakit mental dan yang berada di dalam keadaan akut contohnya seperti mengalami psikosis, mereka akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Manakala pesakit mental yang telah menerima rawatan di dalam wad dan telah stabil, mereka akan didiscaj kepada keluarga dan kembali ke komuniti. Sama seperti pesakit yang mengalami penyakit kronik yang lain, pesakit mental yang telah discaj namun tidak mempunyai tempat tinggal, ia menjadi satu isu kebajikan dan sosial dan memerlukan satu pendekatan bersepadu untuk ditangani.
Bagi pesakit-pesakit mental serius yang memerlukan rehabilitasi psikiatri, pasukan perubatan psikiatri komuniti daripada hospital yang mempunyai perkhidmatan psikiatri akan melakukan lawatan susulan ke rumah atau tempat tinggal pesakit untuk memberi pendidikan dan bimbingan kepada ahli keluarga atau penjaga berkaitan penjagaan kesihatan pesakit dan juga suntikan ubat-ubatan jika diperlukan.
Pesakit mental juga perlu menghadiri rawatan susulan ke klinik pakar psikiatri di 62 buah hospital atau klinik kesihatan secara berkala bagi memantau tahap kesihatan penyakit mental sehingga sembuh.
Di bawah KKM juga, terdapat empat institusi mental, 1,080 klinik kesihatan dan 36 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat atau MENTARI yang menawarkan perkhidmatan kesihatan mental di komuniti.
Tuan Yang di-Pertua, masalah sosial seperti tiada pekerjaan, tidak diterima oleh ahli keluarga, faktor kewangan dan stigma terhadap pesakit mental itu sendiri, masalah penyalahgunaan dadah ataupun substent adalah di antara faktor menyebabkan gelandangan berpenyakit mental terus bergelandangan di jalanan.
Bagi menyediakan kebajikan dan tempat tinggal untuk gelandangan mental ini, KKM berpandangan bahawa satu usaha bersepadu pelbagai pihak berkepentingan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), majlis perbandaran, badan- badan bukan kerajaan (NGO), JAKIM melalui zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dilakukan secara bersama di setiap negeri contohnya seperti:
(i) Supported housing (SHARe Project) di Johor Bahru di bawah Majlis Perbandaran Johor Bahru dan kerjasama pelbagai agensi termasuk KKM di mana beberapa unit rumah PPRT dengan kadar sewa minimum disediakan bagi gelandangan mental (OKU Mental) yang boleh bekerja dan diperkasakan melalui program sokongan pekerjaan; dan
(ii) Pelaksanaan Rumah Minda Ceria (RMC), Seremban, di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) EXCO Kerajaan Negeri serta kerjasama pelbagai agensi lain termasuk KKM di mana gelandangan mental ditempatkan sementara dan rehabilitasi sokongan pekerjaan serta rawatan berkala dapat diteruskan.
Sekian, terima kasih.
Saya persilakan Yang Berhormat Kepong untuk mengajukan pertanyaan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Puan Yang di-Pertua, saya cuma ada satu permintaan yang khusus untuk soalan pesakit mental. Untuk tempoh kemungkinan 10 tahun yang lalu sehingga hari ini, terdapat seorang pesakit mental yang separuh bogel, maksudnya tidak memakai baju di sebelah perkarangan Parlimen. Tempat dia berada di tepi jalan, masuk ke Parlimen dari Jalan Tuanku Abdul Halim.
Saya rasa semua Ahli-ahli Yang Berhormat pernah nampak dia, tiap-tiap hari.
Pagi tadi saya pun nampak dia di sana. Dia duduk di tepi jalan, tidak pakai baju, setiap hari ada di sana. Saya rasa dia seorang pesakit mental. 10 tahun di sana, kerajaan dulu, kerajaan sekarang tidak memberi apa-apa bantuan kepada beliau. Jadi, hari ini saya nak minta KKM atau mana-mana agensi untuk memberi bantuan yang beliau perlukan. Rawatan perubatan yang beliau perlukan ataupun meletakkan beliau di satu tempat yang lebih sesuai, itu sahaja, terima kasih.
Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Betul Yang Berhormat Kepong. Saya kalau YB tak sebut itu pun saya tak terfikir berkenaan kita selalu nampak, tapi tindakan itu tidak sampai kepada pesakit.
Ketika ini Yang Berhormat Kepong dan juga Puan Yang di-Pertua, kita tidak mempunyai definisi gelandangan yang jelas. Apakah maksud gelandangan dan juga apakah skop-skop yang boleh membolehkan gelandangan tersebut mendapat bantuan yang terperinci.
Sebagai contoh, sekiranya pada ketika COVID-19, kita telah mengumpul banyak gelandangan-gelandangan dan juga ditempatkan di satu fasiliti oleh pihak KKM dan juga JKM dan juga kita dapati tidak kesemua gelandangan-gelandangan tersebut mempunyai masalah mental. Ini kerana ketika COVID-19 ada yang menjadi gelandangan akibat ekonomi dan juga ada yang menjadi gelandangan kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang statik.
Sebahagian kecil dalam lingkungan lima peratus ke-10 peratus memang jelas mereka adalah merupakan gelandangan – menjadi gelandangan akibat masalah menta tersebut. Ada sebahagian pesakit-pesakit mental ini mempunyai tempat tinggal yang kukuh, tetapi tidak dapat mengurus kehidupan sendiri. Pesakit mental yang kritikal ini juga bukan hanya menghidapi pesakit mental health dengan izin,
tetapi ada juga mempunyai mental health ini mempunyai penyakit-penyakit NCD seperti diabetes, kencing manis dan macam-macam lagi. Mereka perlukan perhatian tetapi tiada sesiapa yang dapat membantu mereka.
Apabila kita saring dan juga kita dapati pesakit ini mempunyai masalah mental, mereka juga tidak mempunyai fasiliti untuk ditempatkan kerana kita tidak mempunyai mekanisme long-stay unit untuk di hospital dan juga ketika ini hospital kerajaan menghadapi masalah banyak pesakit-pesakit ini sengaja ditinggalkan.
Saya berfikiran, agak wajar sekiranya ahli keluarga yang meninggalkan pesakit ini dengan sengaja di fasiliti kerajaan seperti hospital perlu dikenakan tindakan ataupun kaunseling daripada pihak-pihak tertentu untuk memastikan mereka dapat membantu keluarga mereka untuk keluar daripada fasiliti. Ini kerana fasiliti itu perlu diisi dengan pesakit-pesakit yang lebih kritikal.
Selain daripada itu, penyakit gelandangan yang tidak dapat menguruskan diri seperti yang berlaku disebut oleh YB Kepong itu – seperti jawapan saya tadi, kita memerlukan kerjasama agensi pelbagai agensi dan juga kerjasama dengan NGO.
Kita tidak boleh mengambil satu tindakan hanya populis untuk viral pesakit tersebut, tetapi pesakit-pesakit lain masih ditinggalkan.
So, maka saya rasa kami KKM mengambil maklum dan juga akan duduk bersama dengan kementerian-kementerian yang lain untuk memperincikan apakah kaedah mekanisme yang terbaik selepas kami melakukan saringan didapati mempunyai masalah mental, kemanakah institusi yang dapat menerima dan juga institusi-institusi ini mesti bersedia dengan memberikan komitmen jangka panjang.
Kami di pihak KKM bersedia untuk memberikan kepakaran kepada NGO dan juga kementerian-kementerian lain bagaimana untuk kita melakukan saringan dan kaedah penjagaan yang bersesuaian dan juga mendapatkan rawatan yang sebaik mungkin untuk sekurang-kurangnya gelandangan-gelandangan ini tidak kembali semula kepada gaya hidup yang ada sekarang. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu tamat sesi ucapan di bawah usul berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan Peraturan Mesyuarat 17 pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga hari Khamis 16 November 2023, Jam 2.30 petang.
[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.45 petang]