Dewan Rakyat · 30 November 2023

15th Parliament, session 2, meeting 3 · not final · 841 turns · 58,996 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

(Pembukaan)

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat]

Waktu Pertanyaan-Pertanyaan MenteriQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Sebelum saya memulakan sesi ini, ingin saya berkata sepatah dua. Kita memanggil Dewan ini Dewan yang mulia, tapi adakah sikap dan perangai kita dalam masa berbahas dan menyampaikan hasrat rakyat di bawah sana yang Yang Berhormat-Yang Berhormat mewakili, adakah ia cara yang mulia? Satu benda untuk difikirkan. Baik, kita mula sesi pertanyaan, Waktu Pertanyaan Menteri-menteri dengan mempersilakan Tuan Fong Kui Lun, Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Selamat pagi kepada semua Ahli-ahli Parlimen di Dewan ini. Saya, nombor satu.

Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang · question

1. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan negeri-negeri yang telah mengguna pakai UUKB Seragam (Pindaan) 2021 dan bilakah Undang-undang Kecil Bangunan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1985 dikemas kini supaya selaras dengan peruntukan UUKB Seragam (Pindaan) 2021.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Dipersilakan Menteri.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Teluk Intan

Salam Malaysia Madani Dato’ Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bintang, yang mengemukakan pertanyaan soalan pertanyaan Menteri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam tahun 1984 (UKBS) adalah merupakan undang-undang subsidiari di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan [Akta 133]. UKBS tahun 1984 telah melalui proses semakan untuk pindaan, bermula daripada tahun 2018 hingga ke Mei 2021. Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah membuat pindaan 2021 terhadap Undang-undang Kecil Bangunan Seragam tersebut yang meliputi lima komponen utama yang melibatkan 114 pindaan iaitu:

Tuan Nga Kor MingDAP · PHMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan · Teluk Intan

(i) kehendak-kehendak menentang kebakaran yang melibatkan 73 pindaan; (ii) komunikasi – dua pindaan; (iii) sistem binaan berindustri (industrial building system) – 17 pindaan; (iv) pengemukaan pelan pemajuan secara online – empat pindaan; dan terakhir (v) kawal selia kualiti pembinaan – 18 pindaan. Pindaan tersebut telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Jun 2021 dan juga Mesyuarat Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) kali ke-78 pada 13 Julai 2021. Pewartaan salinan Persekutuan bagi tujuan pemakluman dengan izin, gazette notification telah dibuat pada 31 Disember 2021 dan juga 28 Februari tahun lepas. Semakan status Undang-undang Kecil Bangunan Seragam bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia sehingga hari ini adalah seperti berikut: (i) bagi negeri Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Selangor belum diwartakan tapi dia sudah, masih di peringkat gubalan di bahagian kerajaan tempatan serta SUK negeri; dan (ii) bagi negeri Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis sedang dalam peringkat pewartaan negeri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Wilayah Persekutuan telah membuat tindakan bagi membuat pindaan Undang- undang Kecil Bangunan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) tahun 1985, supaya dia selaras dengan UUKB (Pindaan) 2021. Status terkini draf pindaan ini sedang dalam tindakan pengemaskinian untuk dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara bagi semakan dan kelulusan dan selanjutnya diwartakan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Bukit Bintang.

Tuan Fong Kui LunDAP · PHBukit Bintang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah implikasi undang-undang jika ada negeri-negeri dan PBT yang tidak mengguna pakai UUKB Seragam (Pindaan) 2021 atau melaksanakannya secara berperingkat-peringkat dan halangan-halangan yang dihadapi oleh PBT-PBT, termasuk DBKL? Terima kasih.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tambahan. Di mana sekiranya PBT yang masih lagi belum guna pakai pindaan terkini, maka undang- undang sedia ada akan terpakai. Bagaimanapun, untuk makluman Dewan yang mulia ini, mengikut Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan, keputusan Mesyuarat Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) adalah mengikat semua kerajaan negeri. Oleh kerana itu, semua negeri adalah wajib untuk memakai serta mematuhi keputusan yang telah diluluskan oleh MNKT pada tahun 2021. KPKT akan memantau keadaan ini dan supaya pewartaan undang-undang kecil pindaan ini akan dipercepatkan secepat mungkin untuk memastikan setiap undang-undang yang kita pakai ini adalah

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

sentiasa relevan, terkini dan juga memenuhi kehendak-kehendak semasa, selaras dengan perkembangan teknologi sektor pembinaan negara kita, dalam usaha kita untuk mengangkat martabat negara serta darjat rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Yang Berhormat Alor Setar.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Menteri. Mengenai Undang-undang Kecil Bangunan Seragam ini, ada binaan-binaan yang dibuat tambahan-tambahan selepas bangunan itu siap dibina. Soalan saya, apa mekanisme pemantauan yang digunakan oleh pihak kementerian terhadap bangunan ini supaya mengelakkan risiko kebakaran dan ancaman keselamatan kepada penduduk sekitar? Setakat mana tindakan penguatkuasaan yang telah dilakukan? Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, isu tambahan bangunan dan ketidakpatuhan undang-undang kecil ini, dia berkait dengan isu manusia. Adakah kementerian bercadang supaya mewajibkan penghuni ataupun pemilik bangunan ini mengikuti kursus ataupun taklimat berkaitan undang-undang supaya kalau diikuti kursus itu, barulah diberi kebenaran untuk menduduki ataupun membina bangunan tambahan? Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Terima kasih atas soalan tambahan yang kedua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, undang-undang yang sedia ada kini, sebenarnya cukup untuk menangani keadaan pembinaan tanpa izin. Kita ada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Kita juga ada Akta Kebombaan tahun 1988. Pokoknya, soalnya adalah tentang soal penguatkuasaan undang-undang. Setiap pembinaan untuk makluman Dewan ini, perlu mendapat kelulusan daripada pihak PBT. Mana-mana pembinaan tambahan struktur yang boleh mengundang risiko bahaya kebakaran, boleh diambil tindakan di bawah Akta Bomba di mana setiap kesalahan boleh sampai denda RM50,000, penjara tiga tahun. Juga, sekiranya kesalahan itu berterusan setiap hari okey, dendanya boleh digandakan RM100 setiap hari. Sebenarnya, Kerajaan Malaysia Madani sentiasa komited untuk memastikan bangunan-bangunan dan rumah-rumah kita berada dalam keadaan selamat. Oleh kerana itu, bulan lepas, saya selaku Menteri KPKT sendiri mengetuai operasi penguatkuasaan undang- undang, untuk menangani dan cuba mengatasi isu premis sangkar burung ataupun saya panggil ‘liang lahad’ yang memang tidak berperikemanusiaan dan tidak munasabah. Kita tahu ada pihak yang demi mengaut keuntungan, telah membuat pengubahsuaian sehingga satu bangunan kedai mempunyai 78 bilik, bayangkan. Memang bilik itu keluasannya memang bertepatan dengan definisi liang lahad, boleh masuk keranda. Apabila kita masuk, keluar dari bilik itu, tak boleh jalan masuk. Kena merangkak masuk dan merangkak keluar.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHTeluk Intan

Keadaan ini sukacita dimaklumkan, selepas saya menguatkuasakan undang-undang ini, kawasan tersebut telah pun dibersihkan. Struktur-struktur haram ataupun tanpa izin ini telah pun dirobohkan. Saya akan buat kenyataan media minggu depan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Yang Berhormat Rantau Panjang.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Kak Lah)PAS · PNRantau Panjang · question

2. Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) situasi terkini bencana banjir yang sedang melanda negara; dan (b) apakah langkah segera Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga di pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan pertama, situasi semasa bencana banjir seluruh negara. Sehingga jam 6.00 pagi 30 November 2023, hari ini, sebanyak 123 keluarga melibatkan seramai 426 mangsa masih ditempatkan di lima PPS di empat daerah, meliputi negeri Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Secara kumulatif, sejak MTL (Monsun Timur Laut) 2023/2024 bermula pada 11 November lalu, mangsa banjir yang terlibat seramai 7,684 mangsa, daripada 1,976 keluarga yang telah ditempatkan di 49 PPS, meliputi 12 daerah di negeri Kedah, Kelantan, Perlis, Selangor dan Terengganu. Jawapan kepada soalan kedua, langkah-langkah segera di PPS dalam memastikan kebajikan mangsa banjir. Sebagai peneraju kepada pengurusan bencana negara, NADMA telah membuat penyelarasan awal bagi meningkatkan kesiapsiagaan semua PPS bersama dengan agensi utama yang bertanggungjawab di lapangan bagi pengurusan PPS, iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagaimana yang termaktub dalam Arahan MKN 20. JKM juga dibantu oleh pelbagai agensi yang melibatkan keselamatan dan tindak balas, kesihatan dan lain-lain. JKM menyediakan 8,481 PPS yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan 1,620,855 mangsa di seluruh negara. Dalam memastikan penyediaan makanan dan keperluan lain, JKM telah melantik 868 pembekal barangan keperluan asas dan 1,224 pembekal makanan di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi bencana. JKM juga telah memaksimumkan 774 fasiliti penyimpanan bantuan bencana di seluruh negara.

Datuk Armizan bin Mohd AliBEBAS · GRSMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas) · Papar

Selain penyediaan makanan bermasak, antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan, khususnya pada tahun ini adalah penyediaan makanan retort sebagai persiapan bagi tempoh 24 jam pertama mangsa tiba di PPS, yang boleh diedarkan serta- merta sekiranya makanan bermasak masih belum dapat disediakan dalam keadaan tertentu seperti kekangan logistik. Setakat ini, sejumlah RM2 juta peruntukan telah disalurkan kepada JKM dan bekalan makanan retort ini telah mula digunakan di negeri-negeri yang mengalami bencana dalam musim ini. Selain itu, bermula MTL ini juga kita telah melaksanakan pendekatan baru iaitu penggunaan tandas-tandas bergerak (mobile toilet) untuk kegunaan PPS dengan peruntukan sejumlah RM10 juta. NADMA juga telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM741,780 untuk JKM melaksanakan program-program persiapan di PPS melibatkan pertama, program CBDRM dalam pengurusan PPS dan juga pengurusan fasiliti penyimpanan barang keperluan, program latihan dan simulasi kepada sukarelawan yang bertugas di PPS dan juga peruntukan pengurusan pengoperasian bencana. Dato’ Yang di-Pertua, selain itu juga, NADMA telah menyalurkan peruntukan RM10 juta untuk pembaikan-pembaikan kecil seperti tandas bagi meningkatkan prasarana di PPS- PPS untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Rantau Panjang, soalan tambahan.

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Tahniah saya ucapkan kepada pihak kementerian dan semua agensi yang terlibat dalam mengurus mangsa banjir. Soalan saya, apakah perincian cadangan untuk pembinaan pusat perpindahan kekal, sebagaimana yang dimaklumkan dalam Dewan ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini? Apakah usaha untuk meningkatkan keupayaan dan daya tahan negara, terutama penglibatan semua agensi supaya diletakkan di bawah satu kementerian untuk lebih fokus? Sebab kita tahu dalam berdepan dengan bencana seperti banjir ataupun kemarau ataupun mungkin kita berdepan dengan gempa bumi dan sebagainya, tak tahu masa depan, sudah tentu cara menanganinya memerlukan kepakaran yang berbeza, pendekatan yang berbeza. Jadi, saya ingin tahu dari sudut ke depan, apakah persiapan kementerian untuk memastikan semua agensi yang terlibat dengan isu bencana ini disatukan di bawah satu kementerian? Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan truck untuk proses minuman secara mobile? Begitu juga proses memasak makanan secara mobile menggunakan truck kenderaan khas sebagaimana yang dilaksanakan di negara Thai yang memudahkan pengurusan terutama ketika berdepan dengan bencana yang di luar jangka. Minta penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Yang pertama, berkaitan dengan PPKB (Pusat Pemindahan Kekal Bencana). Untuk projek rintis

ini, NADMA telah memperuntukkan sebanyak RM45 juta dan projek akan dilaksanakan oleh JKR. Kita tidak menanti hingga tahun hadapan. Sebenarnya, sekarang pun proses pra pelaksanaan sedang dilakukan oleh JKR dalam konteks penyediaan spesifikasi dan juga design bagi PPS-PPS ini.

Sembilan lokasi di sembilan negeri telah dikenal pasti, termasuklah bagi Kelantan adalah di SK Gual Tinggi, Pasir Mas. Lokasi-lokasi rintis ini ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang ditetapkan oleh kerajaan-kerajaan negeri. Insya-Allah kita berharap bahawa projek ini, pra pelaksanaan akan dapat diselesaikan segera dan proses perolehan dapat dimuktamadkan dalam suku pertama tahun hadapan untuk memastikan projek ini dapat disiapkan segera.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bangun]

Yang kedua, berkaitan dengan pengurusan, langkah ke depan. Model pengurusan bencana kita pada hari ini di bawah satu agensi pusat dan banyak kementerian terlibat. Sebenarnya mengguna pakai model best practices yang diamalkan di seluruh negara. Kalau kita rujuk kepada UN Office for Disaster Risk Reduction, maklumat di sana terdapat 144 negara mengguna pakai model yang sama, iaitu kita tidak mengesampingkan, kita mengambil kira kepelbagaian akta-akta yang melibatkan akta-akta fungsi Menteri dan perintah-perintah di bawahnya. Masing-masing dengan akta masing- masing tetapi diselaraskan melalui satu agensi pusat iaitu NADMA. Namun banyak lagi yang perlu kita lakukan, sebagaimana yang disebut oleh YB Rantau Panjang, yang saya fikir tiap tahun berhadapan dengan isu banjir di kawasan. Itu sebabnya kita telah menyatakan bahawa empat perkara yang kita lakukan segera ini sebagaimana sebaik sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri dalam KSP yang lepas. Pertama, semakan kepada Arahan MKN No.19, semakan kepada Arahan MKN No.20. Kita juga dalam proses untuk menggubal dasar DRR, Dasar Pengurangan Risiko Bencana dan juga mempertimbangkan wujudnya satu akta khusus untuk kita meningkatkan kesiapsiagaan. Insya-Allah sebaik sahaja mendapat kelulusan dasar daripada Kabinet nanti, kita akan membuat pelbagai sesi libat urus dan kita mengharapkan sokongan daripada YB Rantau Panjang dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam kita mewujudkan persiapan dan mekanisme yang lebih baik di masa depan. Terima kasih.

Parit Buntar mohon laluan sebentar Timbalan YDP.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Parit Buntar mengalu-alukan kehadiran 46 ahli rombongan daripada kawasan Parlimen Parit Buntar ke Dewan Rakyat. [Tepuk] Selamat datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Sebelah backbenchers saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di- Pertua. Saya meminta supaya Yang Berhormat Menteri menerangkan sedikit berkenaan dengan detil penyaluran bantuan untuk mangsa banjir. Sebab apa saya tanya sedemikian, sebab untuk saya terima aduan daripada orang-orang kampung dari Kampung Orang Asli Kampung Peta, mereka mengatakan bahawa dua kali dilanda banjir pada awal tahun ini tetapi sehingga dua minggu yang lepas, masih ada sebahagian daripada mangsa-mangsa banjir ini masih belum lagi mendapat apa-apa bantuan daripada pihak kerajaan. Maka saya ingin bertanya pada Yang Berhormat Menteri, sama ada perkara ini diuruskan oleh JAKOA ataupun disalurkan terus daripada NADMA melalui pejabat daerah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin kalau boleh saya dapatkan maklumat tambahan daripada Yang Berhormat Bakri, apakah bentuk bantuan. Sekiranya bantuan itu melibatkan bantuan wang ihsan, ia adalah di bawah tanggungjawab NADMA. Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang Rantau Panjang bangkitkan juga, inilah antara penambahbaikan yang kita ingin laksanakan. Sebab sekiranya kita melihat mekanisme sedia ada penyaluran bantuan wang ihsan, peruntukan asas telah diberikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri-negeri. Daripada segi senarai pun NADMA tidak perlu lagi menyemak sekiranya verifikasi telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri, peruntukan boleh terus disalurkan kepada mangsa, berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Itu sebabnya kita melihat bahawa semakan di peringkat Jawatankuasa Bencana Daerah itu perlu ditambah baik. Baru-baru ini kita menyatakan kalau boleh sebaik sahaja mangsa ditempatkan di PPS, dilaksanakan segera. JPKK panggillah ke PPS itu untuk buat semakan supaya tidak perlu lagi mangsa balik barulah perlu untuk membuat semakan di lapangan yang kemungkinan akan mengambil masa. Namun insya-Allah ini antara SOP yang akan kita perkemaskan. Tapi di peringkat NADMA, komitmen kita adalah untuk memastikan secepat mungkin bantuan wang ihsan ini dapat disalurkan dan setiap negeri Yang Berhormat sebenarnya kita telah menyalurkan bantuan asas. Kelantan RM50 juta, Johor RM50 juta, yang peruntukan ini telah berada di negeri, yang boleh diguna pakai untuk terus disalurkan sebaik sahaja berlakunya bencana ya. Tidak perlu menunggu lagi permohonan kepada NADMA. Kalau tidak cukup, barulah peruntukan tambahan diminta daripada agensi pusat, NADMA.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Yang Berhormat Menteri, untuk kes seperti Kampung Orang Asli ini, sama ada JAKOA yang bertanggungjawab ataupun pejabat daerah yang bertanggungjawab? Sebab kalau terlalu banyak jabatan yang terlibat, maka kadangkala mungkin ada kekeliruan. Bila orang kampung dia ingin meminta tolong, masing-masing akan tolak. Sama ada JAKOA akan tolak pada pejabat daerah, pejabat daerah akan kata ini pergi ke JAKOA. Maka, saya ingin penjelasan dari pihak kementerian, bahawa ada kepastian siapa yang bertanggungjawab.

Berdasarkan kepada Arahan MKN No.20, the three- tier committee, mana-mana lokasi sekali pun, termasuk di kawasan Orang Asli adalah termasuk dalam pentadbiran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Jadi, maksudnya apa-apa bencana yang berlaku, walaupun di kawasan Orang Asli, pegawai daerah selaku pengerusi juga bertanggungjawab untuk melihat dan penyaluran bantuan BWI tersebut juga boleh disalurkan kepada mana-mana kawasan, termasuklah bagi kawasan Orang Asli. Jadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi kalau boleh dapat spesifik, saya boleh semak apa masalah yang berlaku di kawasan Orang Asli tertentu. Namun secara ringkasnya mekanisme pengurusan bencana negara, Arahan MKN No.20 itu terpakai kepada semua tempat, semua lokaliti dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah perlu bertanggungjawab apabila berlakunya bencana di suatu kawasan dalam wilayah pentadbiran masing-masing.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ke soalan yang ketiga. Dipersilakan Tuan Lim Guan Eng, Yang Berhormat Bagan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Lim Guan EngDAP · PHBagan · question

3. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan impak positif pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India ke atas objektif mencapai sasaran 25 juta pelancong luar negeri dan nyatakan nilai hasilnya, senarai negara yang menikmati pengecualian visa dan mengapakah ia tidak diperluaskan ke negara-negara lain seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat ataupun ahli-ahli APEC.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Bintulu

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan. Pertama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berikut pengumuman pengecualian visa selama 30 hari bagi rakyat China dan India ke Malaysia yang diumumkan baru-baru ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bagan, pasaran China dan India merupakan antara pasaran pelancongan penting bagi Malaysia. Pengumuman pengecualian visa ini merupakan inisiatif yang sangat penting dalam merangsang pertumbuhan dan pemilihan industri pelancongan negara, terutamanya bagi kedua-dua pasaran ini yang mempunyai populasi yang ramai dan sudah pastinya akan menarik jumlah kemasukan pelancong yang ketara. Dengan pelaksanaan polisi pengecualian visa ini, memang akan bawa impak positif kepada industri pelancongan khususnya kita dapat menjangka peningkatan bilangan pelancong India atau China. Secara tidak langsung, ini akan dapat menjana ekonomi industri berkaitan pelancongan seperti perhotelan, peruncitan, pengangkutan dan sebagainya.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya · Bintulu

Walau bagaimanapun, kita memastikan fasiliti dan kemudahan di negara kita, khususnya tempat pelancongan dalam keadaan baik dan selamat bagi pelancongan serta menawar produk pelancongan yang menarik dan kompetitif. Selain itu, yang terpenting adalah jangan kita menjadikan semua isu sebagai isu agama ataupun perkauman. Kami harus lebih memfokuskan kepada elemen-elemen yang benar-benar memberikan sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara, supaya kita tambah keyakinan kepada pelancong dan semakin banyak pelancong ke negara kita, barulah dapat membantu perkembangan ekonomi negara. Isu mengenai senarai negara yang menikmati pengecualian visa di mana MOTAC tidak mempunyai senarai tersebut dan pertanyaan berhubung kenapa tidak meluaskan ke negara-negara lain seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, ataupun mana-mana ahli- ahli APEC, perkara ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, soalan tambahan.

Tuan Lim Guan EngDAP · PHBagan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di- Pertua, saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan ingin tanyakan, apakah jangkaan ataupun ramalan tentang kemasukan pelancong akan bertambah? Adakah sasaran 25 juta pelancong ini akan dinaikkan? Berapakah jumlah yang dianggarkan akan tambah? Adakah beliau akan juga menjalankan promosi ke negara-negara seperti China dan India untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini? Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

Terima kasih Yang Berhormat Bagan bagi soalan tambahan. Saya bagi maklumat sikit untuk reference, bagi Yang Berhormat Bagan. Bagi Januari sehingga September 2023, Malaysia telah menerima ketibaan seramai 1.02 juta pelancong daripada China dan 472,479 pelancong India yang menunjukkan keadaan pemilihan masing-masing sebanyak 42.2 peratus dan 87.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019.

[Bangun]

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

Mengenai isu boleh bertambah atau tidak, kita sepatut hari ini kita ada satu mesyuarat di MOTAC, macam mana kita sudah terima baru punya pengumuman mengenai 30 hari macam mana kita buat satu promosi ataupun kita lebih agresif untuk menambah pelancong-pelancong masuk ke Malaysia. Jadi, saya minta Yang Berhormat Bagan kita peluang sikit, kita mesyuarat dulu. Selepas kita ada satu keputusan daripada agensi, contoh macam Tourism Malaysia baru kita akan umum. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan sebelah pembangkang, Yang Berhormat Langkawi, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Tahniah kepada Menteri, kerana berjaya mengatasi isu visa. Yang Berhormat Menteri, saya beri jaminan bahawa kami orang-orang Islam insya-Allah akan menerima baik pelancong-pelancong ini. Jangan bimbanglah hal itu. Soalan saya Yang Berhormat Menteri, apakah persediaan untuk memperkukuhkan aspek keselamatan di pintu-pintu masuk mengambil kira kesihatan sepertimana saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko penularan penyakit kerana baru-baru ini di China pun ada yang dilaporkan lonjakan kepada penyakit pernafasan apabila mereka mula masuk musim sejuk ini. Kedua, Yang Berhormat Menteri, saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah yang telah terjadi kepada 1.5 juta pelancong-pelancong yang masuk pada 2022 yang tidak dapat dikesan? Bolehkah saya mendapat sedikit laporan berhubung perkara itu? Sekiranya tidak dapat dijawab saya pohon secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dato Sri Tiong King SingPDP · GPSBintulu

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Memang banyak proaktif atas ini sektor pelancongan. Mengenai isu tadi, dia bertanya pesakit ataupun keselamatan masuk Malaysia negara kita, sekarang musim penyakit terutama sekali tengah viral-viral pun kata banyak flu kah, apa-apa, influenza kah ataupun mana-mana sakit. Itulah yang ada di bawah bidang lain-lain kementerian. Macam kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Kalau kata keselamatan, ada di bawah Kementerian Dalam Negeri. Boleh kita tanya soalan ataupun berbincang sama-sama kementerian terlibat. Mengenai isu dalam satu cerita kata kononnya 2022 adalah 1.02 juta iaitu pelancong mari daripada negeri China tidak dapat dikesan ataupun tidak dapat dicari. Itulah, ini saya sebagai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ini tidak boleh bagi apa-apa jawapan. Ini pun terlibat di bawah Kementerian Dalam Negeri. Sekian, terima kasih.

Satu lagi, boleh satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri itu adalah benar. Beliau Kementerian Tourism. Soalan-soalan Yang Berhormat Langkawi banyaknya atas keselamatan dan kesihatan. Itu untuk makluman. Baik.

Speaker, boleh satu lagi?

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Soalan tourism.

Boleh satu lagi Speaker?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat, saya telah tutup. Tutup. Terima kasih Yang Berhormat. Berikutnya – Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab LisanQuestions

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Kita mula sesi pertanyaan lisan. Dengan ini saya mempersilakan Tuan Pang Hok Liong, Yang Berhormat Labis.

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Soalan Labis nombor satu. Terima kasih.

Pang Hok LiongDAP · PHLabis · question

1. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pihak polis dan JPJ walaupun boleh membuat sekatan jalan raya (SJR) di mana-mana jalan tetapi sekatan selepas bukit dan selekoh jalan agak membahayakan pengguna jalan raya dan tindakan sekatan perlu dilihat juga dari segi keselamatan pengguna jalan raya. Terangkan prosedur operasi standard (SOP) membuat SJR seperti pilihan lokasi, jarak peletakan papan amaran sekatan, jumlah pegawai kawalan dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Labis. Menjawab soalan nombor satu, Tuan Yang di-Pertua, seksyen 26 Akta Polis 1967 [Akta 344] mengenai kuasa kepada mana-mana pegawai polis mendirikan sekatan jalan raya, ringkasnya SJR di atas jalan awam atau tempat-tempat awam demi untuk pertamanya menjaga dan memelihara undang-undang dan arahan-arahan atau menghalang dan mengesan jenayah. Untuk melaksanakan kuasa tersebut, pihak Polis Diraja Malaysia mengwujudkan satu garis panduan khusus untuk mengadakan sekatan jalan raya seperti ditetapkan dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara A113, ringkasnya PTKPN A113. Dalam garis panduan ini, dinyatakan sekatan jalan raya didirikan berhampiran atau di hadapan balai polis atau di tempat-tempat strategik, di mana pengguna jalan raya, khususnya pesalah-pesalah tidak mempunyai ruang untuk membuat pusingan U atau mengelakkan diri sebelum sampai ke tempat sekatan. Walau bagaimanapun, sekatan ini tidak boleh didirikan di tempat-tempat sama sepanjang masa. PTKPN A113 turut menetapkan supaya SJR didirikan di lokasi, di mana kedua-dua belah jalan mempunyai ruang luas yang boleh digunakan sebagai tempat memeriksa dan tidak menyebabkan kesesakan jalan raya. Walau bagaimanapun, perhatian patut diberi untuk menghalang kenderaan daripada menggunakan kedua-dua ruang ini. Oleh itu, halangan- halangan perlu dielakkan. Pelaksanaan SJR ini Tuan Yang di-Pertua, memerlukan peralatan- peralatan seperti: (i) papan tanda berukuran tiga kaki enam inci, berwarna putih dengan perkataan “BERHENTI PEMERIKSAAN POLIS” atau ikon polis;

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji NasarahUMNO · BNTimbalan Menteri Dalam Negeri · Lenggong

(ii) sekurang-kurangnya satu lampu “visi” ditempatkan di tengah- tengah atas bingkai tersebut; (iii) lampu “marshal” digunakan untuk memperlahankan kenderaan pada waktu malam; (iv) lampu suluh bagi kegunaan pemeriksaan kenderaan semasa keadaan gelap; (v) sekurang-kurangnya dua pasang gari mesti dibawa semasa sekatan jalan raya; dan (vi) peralatan perhubungan. Arahan tetap Ketua Polis Negara A113 turut menetapkan supaya jumlah keanggotaan, Yang Berhormat, yang bertugas di SJR hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada empat pegawai rendah polis yang bertanggungjawab ke atas pengawasan, pemeriksaan kenderaan serta mengawasi aliran trafik. Kesimpulannya, kejayaan dan keselamatan anggota-anggota yang menjalankan SJR bergantung kepada kewaspadaan mereka menjalankan tugas. Perlu diingatkan bahawa mereka sentiasa terdedah kepada perhatian musuh, di mana mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ganas apabila berlaku kecuaian atau tidak berwaspada dan tidak bersedia menghadapi sebarang kemusykilan. Pada amnya, SJR akan menyebabkan keadaan tidak selesa kepada pengguna jalan raya dan selalu terdedah kepada kritikan. Tahap disiplin yang tinggi, tegas dan bertimbang rasa perlu ada pada setiap anggota yang bertugas. Selaku kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri, kita mainkan peranan penting untuk menyediakan platform selamat dan aman kepada rakyat. Kerana itulah, sekatan jalan raya yang diadakan oleh PDRM, merupakan satu langkah untuk memelihara dan mengekalkan undang-undang, ketenteraman awam serta mencegah atau mengesan sebarang bentuk perlakuan jenayah. Terima kasih, Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker atas penjelasan tadi. Kita semua tahu atau faham, keperluan pihak berkuasa untuk mengadakan sekatan jalan raya untuk bagi ataupun tujuan untuk mengesan penjenayah tetapi tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir anggota pihak polis yang menyalahgunakan kuasa mereka, dengan tidak memperolehi kebenaran terlebih dahulu atau tidak mematuhi SOP road block atau sekatan SJR. Mereka mengadakan sekatan jalan raya dengan meletakkan dua, tiga kon merah saja di tengah-tengah jalan dan juga di selekoh jalan dan juga di tempat gelap. Mereka langsung tidak mematuhi SOP. Persoalan saya, kalau berlakunya kemalangan, di mana pengguna jalan atau pemandu kereta tidak sempat untuk berhenti dan merempuh anggota

Tuan Pang Hok LiongDAP · PHLabis

pihak polis, siapa akan bersalah? Siapa yang bersalah dalam perkara tersebut? Sila jelaskan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Labis. Saya nak sebut bahawa, PDRM mempunyai SOP dan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh anggota sewaktu menjalankan tugas dalam sekatan jalan raya, berasaskan arahan dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara yang cukup terperinci dari segi aturan-aturan yang telah pun dilatih kepada pegawai-pegawai.

[Bangun]

Selain daripada itu, kita juga ada arahan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dalam konteks yang sama, iaitu arahan-arahan pentadbiran yang juga menjadi garis panduan kepada anggota kita untuk melaksanakan dan melakukan sekatan-sekatan di mana-mana tempat. Namun demikian, saya nak sebut bahawa jika ada sebarang aduan atau perkara- perkara yang mungkin tidak puas hati atau dilanggar oleh mana-mana pegawai, kita akan melakukan tindakan siasatan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di bawah PDRM. Maknanya, kita tidak sewenang-wenangnya membiarkan anggota kita melaksanakan tugas yang tidak mematuhi SOP. Ada tatacara dan juga tindakan-tindakan yang dibuat melalui Jabatan Integriti dan juga pematuhan standard PDRM. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat Alor Setar.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Labis tadi bertanya tentang kemalangan yang berlaku di sekatan jalan raya, pengguna merempuh anggota polis. Saya ingin tanya, apa penambahbaikan yang kementerian buat untuk menjaga keselamatan anggota polis pula, yang risiko berlaku kemalangan dirempuh oleh kenderaan, satu? Kedua, bolehkah dipertimbangkan supaya sekatan jalan raya ini, di lebuh raya ataupun di jalan-jalan yang banyak lorong, dibuat sekatan jalan raya oleh semua lorong, bukan hanya satu lorong sahaja? Kadang itu dia ada empat lorong, highway misalnya tiga tapi dia buat satu lorong sahaja sekatan jalan raya menyebabkan kesesakan. Bolehkah buat di kesemua lorong di ketiga-tiga lorong itu? Akhir sekali Dato’ Speaker, tentang isu tahan pukat ini, tahan pukat. Pengguna motosikal biasanya lah dia akan sebut istilah, “polis akan tahan pukat di situ, di sini”. Contoh berlaku dalam himpunan RXZ di Terengganu sebelum ini. Betul, ada undang-undang di situ dan ada pengguna motosikal yang tak patuh undang-undang. Tapi dia dah berlaku tak harmoni hubungan antara polis dengan pengguna motosikal ataupun kelab-kelab motosikal. Soalan saya, apakah kementerian bercadang usaha-usaha nak dibuat untuk mengharmonikan hubungan antara pihak penguat kuasa dengan pihak motosikal, terutamanya yang melibatkan kelab-kelab motosikal? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Yang di-Pertua, saya sebutkan tadi bahawa setiap penugasan kita mesti mematuhi peraturan dan arahan-arahan, sama ada arahan Ketua Polis Negara dan juga arahan pentadbiran. Maknanya, itu standard yang telah pun difahami oleh pegawai-pegawai kita. Saya juga nak sebut bahawa sekatan jalan raya ini, bukan hanya dilaksanakan oleh polis trafik. Ada juga yang dilaksanakan oleh polis tugas am iaitu yang berpakaian biru, juga ini sekatan-sekatan biasanya untuk aspek-aspek jenayah. Ada juga sekatan jalan raya dibuat oleh PGA. Ini di kawasan-kawasan sempadan saja. Contohnya road check point, misalnya di kawasan-kawasan ESSZone yang bertujuan untuk jenayah rentas sempadan, isu-isu militan dan sebagainya. Ada juga sekatan jalan raya yang dibuat oleh bukan di bawah PDRM, yang dibuat oleh JPJ atau agensi lain yang juga mereka mempunyai SOP-SOP tersendiri. Dalam soal ini, kita juga sentiasa melakukan usaha untuk memberikan maklumat dan juga panduan dan juga perhubungan dengan mana-mana pihak, terutamanya pasukan- pasukan, kumpulan-kumpulan ataupun persatuan bermotor dan sebagainya. Namun, mungkin saya mengambil maklum semua yang dibangkitkan tadi dan dari masa ke semasa, kita mendengar apa juga rungutan, apa juga pandangan dan kritikan daripada pelbagai pihak, untuk membolehkan kita meningkatkan perkhidmatan kita kepada rakyat. Saya nak maklumkan, ada disebut di sini ialah soalan asal berkaitan sekatan jalan raya di kawasan bukit atau di kawasan selekoh. Memang sekatan-sekatan tidak dibuat di kawasan-kawasan berkenaan kecuali jika berlaku kes-kes kemalangan di kawasan-kawasan berkenaan, di kawasan bukit, selekoh. Itu bukan sekatan jalan raya tapi lebih kepada soal mengawal lalu lintas sehingga kes kemalangan-kemalangan itu selesai, siasatan dibuat oleh IO dan sebagainya. Jadi, apa juga pandangan yang diberikan tadi, kita ambil maklum dan kita akan perbaiki dari semasa ke semasa kerana tujuan kita ialah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya saya mempersilakan Dr. Radzi Jidin, Yang Berhormat Putrajaya.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor dua.

Mohd Radzi bin Md JidinBERSATU · PNPutrajaya · question

2. Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya] minta Menteri Ekonomi menyatakan pendekatan yang akan digunakan kerajaan bagi memastikan sasaran kadar bahagian pampasan pekerja (CE) daripada KDNK sebanyak 40 peratus pada tahun 2025 akan dapat dicapai.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Dato’ Yang di-Pertua, Putrajaya dan Ahli Dewan. Bahagian Pampasan Pekerja ataupun Compensation for Employee kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan salah satu indikator penting dalam mengukur tahap keadilan pembahagian keuntungan kepada pekerja. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan tahap CE di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi dan mencapai sasaran bahagian CE kepada KDNK mencapai 40 peratus pada tahun 2025. Angka CE yang terakhir untuk tahun 2022 telah jatuh kepada 32 peratus, sebelum itu 35 peratus. 17 anjakan besar telah dikenal pasti bagi tujuan meningkatkan CE tersebut. Antaranya ialah penekanan kepada industri High Growth High Value (HGHV) berasaskan teknologi dan digital, elektrik dan elektronik (E&E) yang bernilai tinggi, pertanian dan industri asas tani yang berasaskan pertanian moden, nadir bumi, pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dengan menskalakan mereka dan perusahaan sosial, termasuk juga pengukuhan jaringan pengangkutan awam dan ketersediaan bakat masa hadapan.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Inisiatif-inisiatif tersebut adalah penting untuk menggalakkan peralihan aktiviti ekonomi kepada rantaian nilai yang lebih tinggi dan berupaya menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dalam industri berintensifkan pengetahuan yang bertujuan untuk mewujudkan pekerjaan mahir yang menawarkan pendapatan tinggi. Selain daripada itu, inisiatif untuk meningkatkan produktiviti buruh terus diberi penekanan melalui penerima gunaan teknologi termaju dan latihan peningkatan kemahiran tenaga kerja. Kerajaan juga akan meneruskan Perintah Gaji Minimum yang telah berjaya menaikkan tahap lantai gaji pekerja, menggalakkan lebih banyak lagi penerimaan sistem upah yang dikatakan dengan produktiviti ataupun PLWS secara meluaskan dan meningkatkan keahlian keanggotaan kesatuan-kesatuan sekerja untuk memberikan lebih suara dalam rundingan pendapatan gaji. Perkara-perkara ini telah berjalan dan akan terus berjalan. Pada hari ini, insya-Allah, selain daripada usaha-usaha yang telah ada itu, kerajaan juga akan mula memperkenalkan Dasar Gaji Progresif untuk mereformasi struktur gaji pekerja Malaysia dan sebagai pelengkap kepada dasar-dasar sedia ada yang saya telah sebut tadi, iaitu gaji minima dan juga PLWS. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan gaji penengah pekerja, seterusnya meningkatkan kadar CE agar pekerja mendapat upah yang lebih baik bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup mereka. Insya-Allah Dato’ Yang di-Pertua, Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif itu akan dibentangkan petang ini, yang akan menjadi salah satu daripada strategi utama kerajaan untuk tempoh berbaki RMKe-12 dan untuk tempoh 10 tahun akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Putrajaya.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan Dokumen Tinjauan Ekonomi yang dikeluarkan bersama dengan Belanjawan 2024, bahagian pampasan pekerja kepada GDP untuk tahun 2023 dianggarkan 32.4 peratus dan diunjurkan meningkat kepada 33.1 peratus pada tahun 2024. Soalan saya, apakah unjuran bagi tahun 2024 dibuat dengan mengambil kira pendekatan-pendekatan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Jika ya, apakah kerajaan melihat pendekatan yang dijelaskan tadi akan boleh membawa kepada sesuatu lonjakan besar iaitu sekitar tujuh peratus pada tahun 2025 bagi mencapai sasaran CE GDP sebanyak 40 peratus? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Putrajaya. Kepada soalan yang pertama, sama ada unjuran di dalam tinjauan ekonomi itu mengambil kira Dasar Gaji Progresif dan fokus-fokus yang lain, jawapannya tidak kerana ia belum dilaksanakan, belum juga peruntukan yang menyeluruh diluluskan oleh Parlimen. Sebab itu, untuk tahun 2024, kita akan melaksanakan projek rintis dahulu kerana ini adalah satu langkah, saya ingat yang kali pertama kerajaan campur tangan secara terus di dalam menaikkan gaji. Jadi, ia juga akan memerlukan peruntukan yang besar, berbilion, tahun ke tahun melepasi RMKe-12. Jadi, pandangan saya sendiri ialah saya tidak mahu kita rush into it. Jadi, unjuran itu memang betul ada tujuh peratus sebenarnya yang kita ketinggalan. Tetapi, perancangan kita melalui segala dasar yang kita buat ini dan apabila disambut dengan industri-industri HGHV yang take-up itu, kita akan dapat lihat dengan lebih baik 2024, 2025, ia akan mengekalkan momentum kalaupun menjelang RMKe-12 di akhir 2025 itu dia tak mencapai sasaran 40 peratus.

[Bangun]

[Bangun]

Tapi momentum itu akan diteruskan kerana kita ingin melonjakkan CE kepada 45 peratus dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang. Akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, kita juga kena mengambil kira bahawa CE negara pampasan pekerja kepada pekerja telah jatuh akibat COVID-19. Sebelum itu, sekitar 35, dia jatuh tiga peratus. Jadi, sasaran yang dibuat awal itu pun sebenarnya telah tergelincir. Jadi, sementara kita akan cuba sedaya upaya but saya ingat kita juga, kita kena ambil satu pandangan yang lebih daripada RMKe-12 ke arah itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Ipoh Barat.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya adalah kenapa CE ini jatuh dengan mendadak dalam tempoh masa yang singkat? Walhal, kita ada gaji minima yang dapat mengatasi masalah tersebut. Bukankah kita ketahui bahawa majikan-majikan dalam negara ini sangat apa nak kata, susah untuk meningkatkan gaji kepada pekerja kita. Adakah kita perlukan undang-undang yang khusus

untuk mengatasi masalah ini untuk menolong masyarakat B40 dan sebagainya? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Ipoh Barat dan juga Dato’ Yang di- Pertua. Soalan yang pertama tadi kenapa ia jatuh dengan mendadak dalam tempoh dua tahun ini? Ia kerana COVID-19 ya. Bila COVID-19 berlaku, maka banyak yang hilang pekerjaan. Jadi, bila banyak hilang pekerjaan, mereka berada di luar daripada sektor penggajian. Maka, itu mengurangkan bahagian ekonomi kita yang dibayar sebagai gaji. Dengan izin, Dato’ Yang di-Pertua, less people employed, less salary and therefore it’s lower. Pada masa yang sama juga, COVID-19 juga menyebabkan kenaikan gaji itu sudah tentu tidak dapat berlaku seperti tahun-tahun sebelumnya, kerana keutamaan syarikat- syarikat dan majikan ialah untuk memastikan mereka ada aliran tunai yang mencukupi untuk bertahan. Jadi, pilihan pada ketika itu sama ada membuang pekerja ataupun memastikan mereka terus dapat kerja tapi gajinya itu tidak naik. Soalan seterusnya mengenai gaji minima ya. Saya akan sebut juga di dalam pembentangan petang ini, tapi saya boleh berkongsi dalam Dewan, selepas pelaksanaan gaji minima daripada tahun 2012 dan juga tiga kali peningkatan gaji minima sehingga tahap sekarang RM1,500. Data-data menunjukkan pengalaman Malaysia itu ada sesuatu yang unik, yang menghasilkan satu fenomena gaji yang disebut sebagai wage compression. Oleh kerana pekerja paling bawah, yang paling kurang berkemahiran ini dinaikkan gaji RM1,500 secara wajib bagi syarikat-syarikat untuk mereka mengimbangi beban mereka, maka pekerja yang di pertengahan itu, kenaikan gaji dia lebih perlahan. Jadi, mangsanya kalau saya boleh sebut di dalam Dewan ini terutamanya ialah, dengan izin, entry level terutamanya graduan. Sebab itu, kita tengok graduan sebenarnya gaji dia sekarang sekitar RM1,600 sahaja permulaan. Dia tak banyak beza daripada RM1,500. Sedangkan mereka ada ijazah. Begitu juga mereka yang telah bekerja 10 tahun, 15 tahun. Jadi, gaji ataupun sumber syarikat itu untuk mematuhi Perintah Gaji Minima nampaknya beralih daripada graduan yang awal dan juga mereka yang berpengalaman. Akhir sekali, sama ada kita perlukan undang-undang seperti Perintah Gaji Minimum, itu perkara-perkara yang telah dibincangkan selama hampir tujuh bulan sehinggalah Kabinet bersetuju dengan model Dasar Gaji Progresif. Kita ada sedikit masalah Ipoh Barat. Kerana daripada 1.1 juta majikan yang berdaftar di negara ini, 80 peratus adalah perniagaan mikro iaitu yang majikan lima orang ke bawah pekerja dia dan kebanyakan mereka ini adalah F&B. 15 peratus adalah perniagaan kecil. Hanya 2.5 peratus perniagaan sederhana dan hanya 2.5 peratus perniagaan besar. Kalau dibuat perintah yang mewajibkan naik gaji mengikut band tertentu tanpa campur tangan kerajaan dari segi insentif, besar kemungkinan kita akan melihat banyak syarikat-syarikat ini tidak mampu dan menutup perniagaan mereka ataupun kita akan menolak lebih banyak pekerja-pekerja ke sektor informal. Mereka tidak lagi digaji tetapi mereka bekerja sebagai kontrak. Ini akan menyebabkan keadaan yang lebih sukar.

Sebab itu jalan tengah yang diambil oleh kerajaan ialah memperkenalkan satu dasar dan modal yang berasaskan insentif daripada kerajaan dan berasaskan sukarela dan ia mestilah berkaitan dengan produktiviti pekerja. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikutnya saya mempersilakan Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Batu Pahat.

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua, saya ingin membuat pengumuman iaitu kepada semua Ahli-ahli Dewan. Saya ingin mengalu-alukan tetamu daripada kawasan Parlimen Cameron Highlands seramai 51 orang yang diketuai oleh Encik Umardin bin Mustafa. Tetamu Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, selamat datang kepada Parlimen Malaysia. [Tepuk]

Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat · question

3. Tuan Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk memajukan semula ladang kelapa untuk memenuhi keperluan makanan negara dan keperluan industri tempatan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Sebentar Menteri, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi pengundi-pengundi daripada Cameron Highlands. Apa khabar? Alhamdulillah. Tengah hari nanti, insya-Allah makan ya.

Kita tak ajak ke?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat, silakan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Ya, terima kasih kepada Timbalan Speaker. Kelapa merupakan tanaman yang menjadi kegunaan utama di dalam kebanyakan industri pemakanan dengan purata pengeluaran adalah sebanyak 604 juta biji setahun. Kadar Sara Diri (SSR) bagi tanaman kelapa ada 71.6 peratus dengan penggunaan per kapita sebanyak 24.2 kilogram seorang setahun bagi tahun 2022. Berdasarkan populasi penduduk Malaysia negara kita memerlukan 1.06 bilion biji kelapa setahun bagi menampun keperluan rakyat. Oleh itu, Malaysia perlu mengimport sekurang-kurangnya 456 juta biji kelapa setiap tahun bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Bagi mengurangkan kebergantungan import kelapa negara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melaksanakan pelbagai program pembangunan tanaman kelapa melalui jabatan dan agensi di bawah KPKM. Bermula tahun 2018 sehingga tahun 2020, KPKM telah mengambil inisiatif menjadikan tanaman kelapa sebagai sumber kekayaan baharu dengan peruntukan sebanyak RM25.9 juta bagi membangunkan kawasan-kawasan penanaman baharu kelapa. Sepanjang program tersebut, seluas 3,000 hektar telah dibangunkan dan sudah mula mengeluarkan hasil tanamannya pada tahun ini. Kesinambungan tanaman kelapa sebagai sumber kekayaan baharu diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 melalui Projek

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Pembangunan Industri Tanaman Kelapa di bawah Jabatan Pertanian (DOA) dengan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi tempoh lima tahun. Projek pembangunan industri tanaman kelapa ini merangkumi tiga skop utama iaitu: (i) Tanam baharu atau tanam semula iaitu pembukaan kawasan baharu atau penanaman semula di kawasan sedia ada dengan menggantikan pokok-pokok yang tidak produktif; (ii) Pemulihan. Tanaman iaitu melaksanakan rejuvinasi kepada pokok kelapa yang lama tetapi masih produktif melalui pembajaan dan penggalak tanaman; dan (iii) Integrasi tanaman kelapa bersama tanaman ternakan dan akuakultur yang dapat menjana pendapatan tambahan kepada pengusaha di samping mengoptimumkan penggunaan dana. Di bawah program ini, DOA menyediakan insentif seperti; (i) penyediaan tapak atau kawasan; (ii) sistem perparitan atau pengairan; (iii) pagar; (iv) jalan rata; (v) bekalan input pertanian; (vi) anak benih; (vii) baja; (viii) racun perosak; (ix) racun rumpai; dan (x) peralatan kerja pertanian. Bagi tempoh 2021 hingga 2023, seluas 1,846 hektar kawasan tanaman kelapa telah dibangunkan dan 220 hektar kawasan tanaman kelapa telah dipulihkan melibatkan keseluruhan petani sebanyak 907 orang. Sikit lagi. Selain itu, tumpuan juga turut diberikan kepada pengeluaran benih kelapa berkualiti iaitu benih kelapa pandan, Malayan Yellow Dwarf (MYD) bagi menyokong projek pembangunan kelapa negara. Sehingga tahun 2022, sebanyak 808,940 anak benih kelapa telah dikeluarkan dan diedarkan kepada pengusaha tanaman kelapa. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Batu Pahat.

Tuan Haji Onn bin Abu BakarPKR · PHBatu Pahat

Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah terdapat laporan berita pada 25 Oktober yang lalu bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dipengerusikan oleh TPM II, mencadangkan agar Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) diperluaskan untuk memasukkan kelapa. Ini cadangan yang baik, di mana ia sudah tentu akan meningkatkan pengeluaran kelapa. Soalan saya, apakah status terkini cadangan skop LPNM ini untuk memasukkan kelapa dan apakah cabaran yang mungkin dihadapi terhadap perluasan skop ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, terima kasih kepada soalan tambahan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, susulan daripada pembentangan satu kertas pertimbangan di (JKSMN), Jawatankuasa Dasar Sekuriti Makanan Negara, kita telah mencadangkan kita memperluaskan skop Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) untuk merangkumi kelapa dan juga durian. Cuma untuk makluman YB, Regulatory Impact Analysis (RIA) sebelum ini kita sudah buat untuk skop penambahan kelapa. Apabila wujudnya cadangan baharu di mana durian juga dimasukkan. So, RIA ini kita kena buat semula lagi. Regulatory impact analysis untuk memasukkan skop durian ini dalam pengembangan skop Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, sekarang ini tengah dijalankan. Akhirnya kita berharap lembaga ini akan berperanan untuk memacu industri di setiap rantaian nilai termasuklah R&D, pengeluaran, penggredan, pemasaran di peringkat domestik mahupun global serta pembangunan industri hiliran. Secara umumnya, perluasan skop lembaga ini akan melibatkan proses transisi yang merangkumi faktor sumber manusiakah, kewangankah dan pentadbiran. Namun, perluasan skop ini kita yakin agar memberi dimensi baharu kepada pembangunan industri kelapa di Malaysia ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan kepada pengundi Cameron Highlands jangan lupa lain kali sokong lagi Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya Yang di-Pertua, dengan jawapan yang diberi tadi dikatakan bahawa SSL kita baru melebih sedikit 70 peratus. Saya difahamkan bahawa Terengganu, Setiu adalah kawasan tanaman kelapa yang terluas. Soalan saya apakah insentif ataupun bantuan yang diberi kepada kawasan tersebut? Kedua Yang di-Pertua, banyak tanah-tanah di bawah Kementerian Pertanian yang terbiar di Hulu Terengganu ada Kompleks Pertanian Ajil yang saya rasa lebih 100 ekar yang terbiar. Apakah ada cadangan untuk nak membangunkan tanah ini dengan tanaman kelapa untuk memenuhi SSL kita? Terima kasih, Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, penanaman kelapa memang sangat sesuai di kawasan pesisiran pantai seperti terdapat di Terengganu. Untuk menjawab soalan apakah jenis bantuan yang kita akan memberikan. Tadi saya ada mengatakan ada tiga jenis program di bawah program pembangunan industri tanaman kelapa iaitu tanam semula atau baharu dan juga pemulihan dan juga integrasi. Untuk subkategori tanaman semula atau baharu, yang skop yang kita akan bantu itu sehingga 15 ribu satu hektar. Kalau untuk pemulihan kita akan tolong sampai 6,000 per

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

hektar. Untuk integrasi kita akan bantu sampai 10 ribu per tani. Kesemua ini — permohonan ini boleh dimajukan kepada Jabatan Pertanian Daerah dan Jabatan Pertanian Daerah akan mengangkat ini kepada HQ di Putrajaya lepas itu kita akan menentukan di mana kita boleh bantu. Kerana untuk lima tahun ini, kita cuma ada purata tiga juta untuk satu tahun untuk membantu membangunkan industri penanaman kelapa ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Soalan kedua tadi, tanah terbiar pertanian?

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Kita bincang luar itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Berikutnya saya mempersilakan Dato' Abdul Khalib bin Abdullah, Rompin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Dari Rompin pergi ke Mersing. Singgah di Endau membeli ubat. Bagaimanakah hatiku tidak runsing, Menunggu jawapan soalan nombor empat.

Abdul Khalib bin AbdullahBERSATU · PNRompin · question

4. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah kementerian mempunyai perancangan tertentu ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Digital bagi mempercepatkan adaptasi pendigitalan dalam ekosistem Pendidikan negara.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk memastikan adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan negara.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Bagi memperkasakan transformasi sistem pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, telah menggariskan 11 anjakan termasuk Anjakan 7 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. KPM telah merangka Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 26 Mei 2023 dan telah diluncurkan secara rasmi oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada 28 November baru-baru ini. Matlamat DPD bertujuan melahirkan generasi fasih digital yang berdaya asing. Dasar ini menggariskan strategi serta pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang yang bertujuan untuk memastikan murid berupaya mengguna pakai teknologi digital untuk pembelajaran serta memanfaatkan inovasi dan transformasi digital di sekolah, rumah atau di mana-mana sahaja. DPD yang terdiri daripada enam teras strategi berupaya memperhebat penerima gunaan teknologi dan transformasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia. Enam teras ini

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

merangkumi murid fasih digital, pendidik kompeten digital, budaya kepimpinan digital berwawasan, pengupayaan infostruktur dan infrastruktur, kandungan digital berkualiti dan rakan strategik yang komited. Dalam aspek pembangunan profesionalisme guru, KPM berusaha memantapkan kompetensi digital guru bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan membudayakan teknologi pendidikan secara imersif. Sehingga Oktober 2023, seramai lebih 300,000 orang guru telah disaring dan dikategorikan mengikut tahap kompetensi digital mereka. Pengesahan saringan tahap kompetensi digital guru masih berjalan dan dijangka selesai pada akhir bulan Disember 2023. Guru juga digalakkan untuk membangunkan kompetensi digital secara kendiri bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan tugas. Sehingga 15 November 2023, lebih daripada 25,000 aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) berkaitan digital atau ICT telah dilaksanakan berdasarkan statistik dalam sistem pengurusan latihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, KPM juga telah menyediakan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dengan izin, yang mengandungi perkhidmatan aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini. Sehingga kini, 5.3 juta pengguna pelbagai peringkat yang terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah, pelajar lepasan menengah iaitu Tingkatan 6 kolej matrikulasi dan pelatih IPG, pelajar kolej vokasional, guru, pensyarah dan pemimpin pendidikan dapat mengakses DELIMa pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Dua minit lagi? Terima kasih. Selain itu, KPM juga sentiasa berusaha meningkatkan motivasi dan inovasi digital murid melalui pameran dan penganugerahan digital kepada murid dan sekolah. Majlis Anugerah Digital Utilization and Technology Awards (DUTA), dengan izin, misalnya dianjurkan dengan matlamat untuk memberi pengiktirafan tertinggi kepada murid, guru, sekolah, pejabat pendidikan daerah dan JPM atas usaha untuk memperkasakan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan secara aktif sekolah seluruh negara dalam program DUTA telah memperkukuhkan keupayaan dan kesediaan murid untuk mengguna pakai teknologi digital untuk pembelajaran serta memanfaatkan inovasi dan transformasi digital di sekolah, murid dan di mana sahaja. KPM sentiasa berusaha untuk memastikan semua murid mempunyai peranti bagi menyokong perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi digital, di samping mengurangkan jurang digital. Salah satu inisiatif di bawah Teras 4 DPD, memberikan tumpuan kepada penyediaan akses kepada peranti digital untuk setiap murid melalui pelbagai mekanisme. Namun begitu, usaha ini bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan. Dalam masa yang sama, KPM sentiasa bekerjasama dengan rakan strategik dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi mempercepatkan pemilikan peranti dalam kalangan murid. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Rompin.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan yang panjang lebar. Pendidikan digital telah menjadi elemen penting dalam menghadapi cabaran dunia moden. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah transformasi digital telah merangka pelbagai dasar untuk meningkatkan pendidikan melalui penggunaan teknologi. Dasar pendigitalan pendidikan ini diharapkan dapat memperkukuhkan aksesibiliti, kualiti dan relevansi pendidikan ke arah memenuhi keperluan semasa dan masa depan. Soalan saya, bagaimanakah dasar ini dapat memastikan penyediaan kurikulum digital sentiasa relevan dan dalam masa yang sama, ia perlu melihat kemampuan murid yang mempunyai jurang digital yang sangat luas antara pelajar bandar dan luar bandar? Soalan kedua saya, bagaimanakah dasar ini merangkumi aspek kepelbagaian budaya dan bahasa untuk memastikan pendigitalan pendidikan dapat menyentuh semua segmen masyarakat di Malaysia? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Memang kita ada jurang antara bandar dan luar bandar. Itu memang satu hakikat. Tetapi kami dalam usaha untuk memastikan semua murid diberikan yang sama rata, semua akan dijaga dengan baik sekali. Dari segi peranti, ini seperti yang dikatakan tadi adalah juga tertakluk kepada kekangan kewangan dan hasrat kita adalah supaya semua murid dapat disediakan dengan peranti yang mencukupi. Juga tentang kurikulum atau tentang bagaimana kita boleh menerapkan budaya dalam digital, ini semua memang ada dalam teras kita yang kita akan lakukan sepanjang masa. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Tampin.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Tahniah saya ucapkan kepada pihak kementerian yang telah meluncurkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) pada Selasa lalu untuk mentransformasikan pendidikan negara. Sambung balik dengan Rompin tadi, menyedari akan masih terdapat jurang digital yang besar antara murid kawasan bandar dan luar bandar pada masa ini. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui apakah strategi yang akan diguna pakai bagi murid-murid di kawasan luar bandar agar dapat bergerak seiring dengan murid-murid di kawasan bandar, supaya keseluruhan dasar ini berjalan lancar? Satu lagi, adakah pelan kementerian untuk memastikan sekitar 65,092 pendidik bersamaan 22 peratus yang telah dikategorikan pada tahap asas dapat ditingkatkan lagi kemahiran mereka ke tahap lanjutan? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Jadi, dari segi ini peranti dengan luar bandar, sama ya lebih kurang. Kami memang dalam usaha untuk memastikan yang pertama menyediakan peralatan teknologi bagi – kami telah berjaya – Okey, dalam tahun 2022, Disember 2022, kami telah berjaya melibatkan lebih kurang 4,000 sekolah yang meliputi, yang kita telah menyediakan lebih kurang 75,000 unit komputer, pencetak, unit projektor dan juga troli pengecasan dan sebagainya untuk membuat persediaan supaya semua sekolah ini kita semua ada peranti yang sedia ada. Inisiatif ini akan diteruskan, okey, dalam fasa 2 iaitu tahun ini, kami akan teruskan dan kami akan siapkan lebih kurang dalam Disember, Disember 2023. Kami juga telah melibatkan lebih kurang 3,500 sekolah yang juga lebih kurang 70,000 komputer telah disediakan. Ini akan ada fasa 3 juga yang kita akan jangka siap Januari 2024. Ini semua memang dari segi luar bandar dan bandar, satu daripada cabaran kita adalah rangkaian jaringan Internet juga. Kami juga ada rancangan untuk memastikan capaian jalur Internet ini dapat ditambah baik untuk memastikan anak-anak kita, terutama di luar bandar juga dapat menikmati program digital ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik. Berikutnya saya mempersilakan Datuk Wetrom bin Bahanda, Yang Berhormat Kota Marudu.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor lima.

Wetrom BahandaKDMKota Marudu · question

5. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Perdana Menteri menyatakan berapa jumlah peruntukan bagi daerah Kota Marudu yang telah dilaksanakan dan belum dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ugak anak KumbongPRS · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) · Hulu Rajang

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Kota Marudu. Untuk makluman Kota Marudu, bahawa secara keseluruhannya, jumlah peruntukan bagi Daerah Kota Marudu yang telah dilaksanakan adalah berjumlah RM78.826 juta, melibatkan 38 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke- 12.

Datuk Ugak anak KumbongPRS · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) · Hulu Rajang

Maklumat projek dan program pembangunan yang telah diluluskan bagi Daerah Kota Marudu dalam Rancangan Malaysia Ke-12 mengikut Rolling Plan adalah seperti berikut; dalam pra-perancangan, ada 14 projek; dalam pelaksanaan 15 projek, ongoing project Yang Berhormat Kota Marudu dan telah siap sembilan projek. Ada perkara-perkara tersebut dalam pra-perancangan. Kita telah— beberapa perkara harus kita atasi, satu. Keduanya ialah mendapatkan kelulusan kerajaan negeri. Yang kedua, isu tanah dan ketiga menetapkan kelulusan pihak bidang kuasa tempatan dan juga kadang-kadang notice of change, Yang Berhormat Kota Marudu. Dalam semua 38 projek itu, di bawah pelbagai kementerian. KKDW ada 10 projek,

Datuk Ugak anak KumbongPRS · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) · Hulu Rajang

KKM dua projek, KPM 22 projek, MINDEF satu, NRECC tiga projek. Jumlahnya 38 projek. Terima kasih Kota Marudu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat Kota Marudu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan mempunyai rancangan khusus seperti memberikan peruntukan spesifik untuk daerah-daerah termiskin seperti Kota Marudu? Kalau tidak ada, cadangan saya, kerajaan mestilah mempunyai kaedah bagaimana masalah daerah-daerah termiskin ini dapat diatasi dengan mengutamakan penyediaan kemudahan asas ataupun infrastruktur. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Kota Marudu, I think not a specific, yang projek-projek yang terlibat pasal projek yang telah dimohon oleh Kota Marudu dan mengikut hal-hal kemiskinan itu, saya ingat jawapan tidak bersama saya. Saya akan jawab secara bertulis Kota Marudu.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas jawapan tadi, walaupun ini Kota Marudu. Tapi saya nak dapatkan data untuk semua kawasan secara bertulis. Boleh dimanfaatkan oleh semua Ahli-ahli Parlimen kita. Keduanya, pada 27 September 2021, sewaktu pelancaran RMKe-12, Perdana Menteri pada masa itu telah pun letakkan ada empat sasaran yang perlu dicapai dalam RMKe-12. Saya nak sebut sasaran ketiga iaitu jurang KDNK perkapita antara Wilayah Tengah dengan Sabah dikurangkan kepada nisbah satu kepada 2.5 dan Sarawak satu kepada 1.2 pada tahun 2025. Ini sasaran. Saya ingin dapat penjelasan, sejauh mana sasaran itu dapat dicapai pada waktu ini 2024, setahun sebelum RMKe-12 dapat ditamatkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ugak anak KumbongPRS · GPSHulu Rajang

Terima kasih Kubang Kerian. ICU adalah custodian kepada agensi dan juga kementerian-kementerian lain di Jabatan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun Kubang Kerian, jika Yang Berhormat ada isu yang lebih spesifik sepertimana yang telah dikatakan tadi, di bawah kementerian, bolehlah rujuk dan terus kepada kementerian yang berkaitan, memandangkan seperti saya kata peranan ICU adalah sebagai agensi pusat dan pemantau prestasi pelaksanaan projek. Mengikut prestasinya Kubang Kerian, tidak ada bersama saya kerana ICU, kalau boleh nanti saya bercakap dengan pegawai-pegawai untuk memberikan detail dan spesifik seperti mana yang telah dipohon oleh Kubang Kerian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Berikutnya saya mempersilakan Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman, Yang Berhormat Bachok.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terpancar sudah mata air, Bolehlah kita bercucur tanam, Sampai sudah hari terakhir, Bolehlah dijawab soalan nombor enam.

Syahir SulaimanPAS · PNBachok · question

6. Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [Bachok] minta Menteri Ekonomi menyatakan pendirian kerajaan untuk menggalakkan kerjasama pintar dan sinergi rentas- negeri, contohnya kerjasama antara empat (4) buah negeri jelapang makanan iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dalam aspek perkongsian modal, sumber mineral dan sumber manusia.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Bachok. Komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangun dan menggalakkan kerjasama antara negeri telah dinyatakan di dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) RMKe-12 yang telah disempurnakan pada 11 September 2023 yang lalu. Peranan negeri sangat penting dalam penyediaan KSP kali ini kerana ia melibatkan pendekatan top down dan bottom up planning yang kita– selain daripada perancangan di agensi-agensi pusat mikro, kita sebenarnya juga dapatkan segala maklum balas dari kerajaan-kerajaan negeri. Ia telah disertai oleh semua pemegang taruh di setiap negeri. Saya habiskan sekitar tiga bulan untuk pergi setiap satu negeri. Pelbagai sesi libat urus telah diadakan sejak awal tahun ini bersama semua pihak berkepentingan termasuklah kerajaan negeri, pihak swasta di negeri-negeri, pemimpin masyarakat dan komuniti serta pertubuhan masyarakat sosial. KSP RMKe-12 digarap sebagai pelan pembangunan menyeluruh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan pengagihan peluang dan hasil yang telah– yang lebih saksama. Kerajaan mengambil pendekatan keseluruhan negara ataupun dengan izin, one whole nation approach yang melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan di semua peringkat, daripada pusat sampai ke negeri, juga melibatkan industri dan masyarakat dalam melaksanakan pembaharuan yang kita bawa ke arah Malaysia Madani. Jadi sebagai contohnya, untuk menjawab secara terperinci yang ditanya oleh Bachok tadi, mengenai kerjasama rentas negeri di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Kita ada agensi-agensi pusat iaitu pihak berkuasa koridor yang terus diberi peranan untuk memainkan peluang penting dalam mempercepatkan pembangunan sosioekonomi dan mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah dan negeri. Ini termasuklah memastikan pelaburan-pelaburan yang khusus kepada negeri-negeri tertentu itu setelah diluluskan di peringkat MIDA pusat, ia diterjemahkan dan dilaksanakan di negeri-negeri. Itu yang kita lihat. Kalau pelaburan di Kedah itu, contohnya, sebahagian besarnya adalah yang dilaksanakan melalui agensi pusat NCIA. Selain daripada tugas-tugas itu, ada juga program-program khusus melalui peruntukan Persekutuan yang ditumpukan kepada negeri-negeri. Saya boleh bagi contoh

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

dengan cepat Dato’ Yang di-Pertua. Contohnya di bawah NCER, pembangunan modal pengurusan estet padi, itu dilaksanakan oleh NCIA. Kemudian, human capital development. Kemudian untuk NCER juga, kita ada Pelan Induk Strategi Pembangunan pulau-pulau yang tidak diusahakan oleh mana-mana pihak. Usaha ini dapat dicapai juga melalui pembangunan berasaskan nod pertumbuhan utama, developmental node dan kawasan titik tumpuan dengan menumpukan kepada beberapa aktiviti yang terpilih. Akhir sekali, selain daripada peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi pusat melalui Pihak Berkuasa Koridor ini, di peringkat Persekutuan pula, Mesyuarat Kerjasama Strategik Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Persekutuan dan Negeri (MKS PPEN) menjadi alat perhubungan berkala antara Kementerian Ekonomi dan juga Unit-unit Perancang Ekonomi Negeri. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat peringkat pegawai tinggi dan kanan kerajaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 1988 lagi untuk memastikan ada penyelarasan berpusat. Bukan sahaja negeri dan Persekutuan tetapi supaya ia juga merentas negeri-negeri yang terbabit. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Terima kasih Menteri atas jawapan dan komitmen yang diberi. Soalan saya ini adalah tentang perkongsian sumber rentas negeri selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama dan juga RMKe-12 yang baru ini kerana ada negeri punyai lebihan sumber dan ada negeri yang punyai kekurangan sumber. Ada negeri lebih modal, ada negeri lebih tanah. Maka kalau dikongsi dengan baik, ekonomi negeri-negeri ini akan menjadi sebagai “aur dengan tebing” lah. Bukannya, “bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing”. Soalan saya, adakah Menteri bersetuju supaya GLC utama di negeri-negeri ini, khususnya pihak SEDC negerilah, diberikan mandat untuk meningkatkan pelaburan langsung domestik (DDI) secara rentas negeri. Ini pernah diusahakan oleh Almarhum Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor dengan Kelantan dan kini turut diusahakan oleh Dato' Seri Dr. Samsuri, MB Terengganu, yang insya- Allah mungkin diberikan peluang akan duduk di kerusi Kemaman dalam Dewan yang mulia ini. JV di antara TUDM Terengganu dan juga SEDC Perlis untuk membina hospital pakar di Perlis. Terbaru, kerjasama antara Terengganu dan juga Sarawak untuk bangunkan ekonomi berasaskan hidrogen.

Jadi peranan GLC utama negeri ini, mohon pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Bachok.

Itu pandangan sahaja, bukan soalan.

Terima kasih Kinabatangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya SEDC ataupun Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri ini adalah agensi-agensi yang walaupun kuasanya itu di peringkat negeri, adalah agensi yang di bawah Kementerian Ekonomi juga. Jadi untuk menjawab soalan atau pandangan Bachok tadi, sebenarnya tidak pernah ada halangan dan dia bukan soal mandat. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri ini memang salah satu daripada agensi-agensi yang telah ditubuhkan dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an dahulu. Isu dia yang kita ada sekarang ini ialah bukan soal mandat atau tak dapat sokongan. Dia soal kemampuan dan juga kecekapan pengurusan kerana SEDC yang berlainan itu adalah berbeza-beza. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Contohnya kita ada SEDC di Selangor, PKNS yang mempunyai syarikat-syarikat besar yang disenaraikan. Begitu juga di Johor, kita ada JCorp. Jadi mereka terbuka luas untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang boleh menambah nilai. Tapi kalau saya boleh sebut di sini, Bachok jangan marah ya. Kalau tengok kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri contohnya Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis contohnya, mereka masih lagi bergantung kepada peruntukan Persekutuan untuk melaksanakan projek dalam negeri mereka pun. Jadi, soalnya. Jadi, itu satu perkara yang saya tengah tengok sekarang sebenarnya kerana ia tidak berlaku adil kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri lain yang telah lama tidak diberikan peruntukan Persekutuan.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab..

Jawapan ini dia menyebut negeri.

Saya tengah menjawab Dato’ Speaker.

Dia kena ingat...

Saya tengah menjawab.

...Nilai tanah di Perlis, berlain dengan Selangor. Jawapan yang tidak berfikiran waras.

Ya betul. Tak berfikiran waras.

Dato’ Yang di-Pertua, bila jawapan itu...

Itulah faktanya Arau.

Betul, Kinabatangan.

Bukan tidak waras. Itu fakta.

Bila jawapan diberi fakta, dia tak nak terima...

Federal Government ini siapa?

...Dia kata tak waras.

Fakta kena diterima dengan nyata, dengan rela hati.

Federal Government ni kita punya. Federal Government hak bersama. Apa salah Federal Government, tolong.

Arau, itu fakta itu, Arau.

Nilai tanah di Perlis satu ekar RM60,000. Nilai tanah di Selangor satu ekar RM6 juta.

Arau, itu fakta.

Tapi sebut contoh macam itu...

Terima lah dengan hati terbuka.

...Seolah-olah Federal Government dia punya.

Jangan pula mahu menyanggah.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Semua duduk.

Fakta pun Arau mahu marah. Janganlah marah, terimalah hakikat.

Kamu Menteri ke apa ini?

Saya bantu Menteri saya.

Jangan sibuk.

Saya bantu Menteri saya.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, baik.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Faktanya begini. Faktanya begini. Menteri sedang memberi jawapan. Mungkin anda tidak setuju. Mungkin...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tak, bukan macam ini Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Tetapi itu ialah fakta yang sedang Menteri berikan. Kalau sekiranya Menteri mengelirukan Dewan, masukkan usul.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tan Sri, saya pernah jadi pegawai kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua

Bukan soal pegawai. Soal setiap peraturan mesyuarat.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ada mesyuarat perbadanan negara-negeri...

Tidak boleh Yang Berhormat. Ini bukan debat.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...di Kementerian Kewangan untuk dia masukkan.

Kalau Yang Berhormat mahu berdebat, di kedai kopi dua orang.

Tuan Yang di-Pertua

No, no. Listen. Saya tak peduli apa yang berlaku di luar. You pegawai kerajaan kah, you general manager kah, as long you are in my Dewan, this is the

Tuan Yang di-Pertua

book.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

So selagi itu, tolong lah. You tak setuju dengan dia, dia mengelirukan Dewan, masukkan usul. Itu sahaja. Baik, silakan Menteri.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tapi usul pun banyak ditolak Yang di- Pertua. Usul pun banyak ditolak.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Saya nak habiskan Tan Sri Yang di-Pertua. Saya tahu Arau marah kerana soalan Bachok itu bola tanggung kepada saya. Sebagai Pengerusi Lajnah Parlimen, lain kali Arau kena latih Ahli-ahli Parlimen PN supaya tanya soalan yang tak bagi bola tanggung. Jadi untuk menutupnya, begini. Memang tidak timbul soal mandat, soal sokongan. Itu terbuka luas. Isu dia ialah apabila Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri ini diuruskan pada tahap yang berbeza-beza. Ada yang telah sampai ke peringkat tinggi dan boleh menjadi konglomerat besar tanpa satu sen pun bantuan peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan. Ada juga yang daripada negeri-negeri pembangkang, yang masih lagi memerlukan puluh-puluh juta, tiap-tiap tahun daripada Kerajaan Persekutuan. Saya cadangkan supaya Bachok beritahu kepada bakal Ahli Parlimen Kemaman kalau dia menang, sebelum dia fikir tentang macam mana nak melabur di negeri-negeri lain, bangunkan kekuatan kewangan PKEN negeri-negeri masing-masing dahulu, supaya tidak bergantung kepada suntikan wang Persekutuan seperti negeri-negeri lain. Terima kasih.

Tak betul.

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Boleh sedikit soalan tambahan?

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Terima kasih.

Tan Sri, belah sini kan?

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri mesti kena lihat kepada sistem demokrasi dalam negara kita. Konsep federalisme yang ada, di mana Kerajaan Persekutuan juga mengambil hasil daripada negeri yang banyak. Sebab apa tak sebut yang itu? Cukai, macam-macam. Sepatutnya dia ambil daripada negeri, kemudian dia kembali dan sistem ini biasa. Janganlah anggap Federal ini, buat ini, ini, ini, ini tanpa dia sedar bahawa hasil daripada negeri yang banyak dipungut oleh Federal.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, soalan ini okey dah. Silakan Menteri.

Baik, itu bukan soalan tapi komen. Saya pun boleh jawab komen dengan jawapan. Memanglah dari segi sistem Perlembagaan Persekutuan kita, ada hasil-hasil yang diambil daripada negeri-negeri. Tetapi kalau kita lihat sudah tentu sumbangan kepada hasil kerajaan itu datang daripada negeri-negeri yang pertumbuhan ekonomi dan juga saiz KDNK nya jauh lebih besar.

Oleh sebab itu, kita tengok kalau negeri-negeri di bawah pembangkang, mereka ini semua corot-corot ke bawah ini. Dahlah dari segi sumbangan hasil itu oleh kerana saiz KDNK nya tak besar, kita juga...

Negeri Melaka, berapa negeri Melaka?

...Tunggu dulu orang habiskan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tak, tak, tak.

Kerajaan Persekutuan pula...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Jangan, jangan, jangan...

...Perlu mengambil hasil yang disumbangkan oleh negeri-negeri lain untuk melaksanakan projek-projek di negeri-negeri ini kerana dia telah menjadi negeri yang belakang. Jadi, dah lah peruntukan pembangunan Persekutuan itu...

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Melaka, Melaka.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin HarunPAS · PNHulu Selangor

Bukankah tanggungjawab Persekutuan untuk membantu negeri-negeri?

Tan Sri macam mana nak jawab?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Menteri. Pandan.

Nanti dulu. Bagi saya jawab. Pendang kalau lepas itu saya boleh jawablah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tak, tak. Fasal you kata negeri tercorot-corot ini, ada negeri pembangunan...

Biar jawab dulu. Menteri jawab dulu Yang Berhormat Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sarawak mempunyai sumber yang tinggi dilimpahkan, menyebabkan negeri maju tumpang daripada Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tapi masih miskin. Jangan lah cakap macam itu.

Janganlah marah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Be professional lah. Sarawak banyak sumber. Miskin tapi kekayaan Sarawak ditunggang oleh negeri-negeri yang kaya.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Pendang.

Pendang, Pendang sila rujuk kepada dokumen Kajian Separuh Penggal, yang menyenaraikan saiz ekonomi mengikut negeri-negeri. Sarawak adalah negeri yang penyumbang keempat di negara ini saiz ekonomi dia. Yang kat bawah ini...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Minyak daripada Sarawak, Sabah.

Baik ,nanti dulu.

Menteri Ekonomi.

Okey jadi akhirnya...

Beras daripada Kedah ya. Seluruh rakyat Malaysia makan beras daripada Kedah.

Jadi saya ingat...

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Menteri tak payah jawablah. Baik, tak payah jawab lah.

Biar saya tutup dulu ini.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Biarlah, biarlah.

Tunggu lah ada debate tahun depan. Yang Berhormat jangan tak... [Tidak jelas]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Untuk nak jawab pun politik, tak payah jawablah.

Tuan Yang di-Pertua

Pendang, satu. Pendang dua. You want to exit? Okey Menteri jawab.

Baik, saya tutup ini ya. Untuk Kementerian Ekonomi...

Tuan Yang di-Pertua

Pendang satu lagi ya. You bangun sekali lagi, you out.

Sudahlah 50 peratus daripada perbelanjaan pembangunan Persekutuan itu disalurkan kepada negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis di samping Sabah dan juga Sarawak. Tambahan itu diberikan lagi melalui projek-projek yang dijalankan oleh PKEN negeri-negeri ini yang sepatutnya boleh berdaya saing sendiri seperti negeri-negeri lain. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Saya sebut Paya Besar.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya agak celaru nak bagi soalan tambahan ini, kerana saya nampak sepertimana yang Bachok sebutkan tadi kita nak ada aur dan tebing. Bukan enau dalam belukar. Tetapi bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat peranan kerajaan-kerajaan negeri untuk membangunkan pembangunan di sempadan negeri- negeri. Kerana apa saya lihat, contohnya Kelantan dan Terengganu, disebabkan Pulau Perhentian, airport di Kelantan itu membangun. Tetapi infrastruktur di antara Kelantan nak ke Pulau Perhentian juga perlu dipertingkatkan. Kita ada Wilayah Ekonomi yang kita ada sekarang ini, keempat-empat itu bagaimana peranan Yang Berhormat Menteri melihat, kerana saya nampak kalau kita dapat memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi sempadan ini, bukan sahaja sempadan negara kita.

Sebagai contoh Bukit Kayu Hitam dengan Thailand, Rantau Panjang dengan Golok. Tetapi yang paling pentingnya adalah bagaimana kita share resources? Soalan asal dia Yang Berhormat Bachok tadi. Kalau ini dapat diberi penekanan Yang Berhormat, saya ambil contoh di negeri saya, Pulau Pangkor. Ramai yang duduk di Mersing dan bagaimana peranan untuk kita bangunkan kedua negeri ini kalau masing-masing hanya enau dalam belukar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Terima kasih Paya Besar. Keadaan itu telah pun berlaku sebelum ini. Sebab itu kita tengok selatan Kedah yang dibangunkan melalui campur tangan dan juga sumber agensi persekutuan NCIA sebenarnya selatan Kedah itu membangun melalui Kulim Hi-Tech Park ialah kerana sinergi rentas sempadan dengan Pulau Pinang. Jadi, Pulau Pinang mula-mula membangun dengan sektor perkilangan kemudian dibawa ke Kedah dan mengambil kira kelebihan-kelebihan logistik yang ada di Pulau Pinang. Itu telah berlaku. Kalau Pahang dengan Terengganu pun telah berlaku. Sebab itu contohnya pembangunan industri petroleum yang di Kerteh adalah yang berdasarkan kepada hidro karbon C1 dan C2, methane dan ethane. Kemudian dibawa rentas ke sebelah Pahang di Gebeng untuk propane dan butane dan seluruh koridor itu dibangunkan dengan baik. Semua ini memerlukan campur tangan dan juga penglibatan langsung agensi-agensi kerajaan. Sebab itu dalam tahun 2000 ke atas, selepas pengalaman penyelarasan yang berlaku sebelum itu, Kerajaan Persekutuan menubuhkan pihak-pihak berkuasa koridor. Di Pantai Timur kita ada Wilayah Pantai Timur. Di Utara kita ada NCIA. Cuma saya sekarang tengah menyelaraskan supaya tumpuan pihak-pihak berkuasa koridor ini kembali kepada asas itu iaitu untuk menyelaraskan projek-projek ekonomi terutamanya juga yang merentas dan memerlukan sinergi dan tidak digunakan untuk kerajaan-kerajaan negeri memohon peruntukan-peruntukan yang tidak berbentuk peruntukan ekonomi tetapi peruntukan belanja pembangunan. Kalau kita boleh tumpukan yang itu Paya Besar, insya-Allah lebih banyak sinergi yang kita boleh dapat hasilkan di antara negeri-negeri ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sekarang saya jemput Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ketujuh.

Tan Kar HingPKR · PHGopeng · question

7. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah- langkah kementerian dalam usaha menyelesaikan isu keciciran Orang Asli, terutamanya di kampung pedalaman yang berpunca masalah jarak jauh dan pengangkutan bagi mengelakkan tragedi seperti Pos Tohoi daripada berlaku lagi.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberikan perhatian yang serius kepada isu keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli yang berpunca daripada taraf hidup daif di pedalaman, kekurangan infrastruktur pendidikan dan kemudahan logistik yang sempurna. Antara pendekatan yang diambil oleh pihak KPM dalam menangani isu keciciran murid Orang Asli adalah dengan mengadakan sesi libat urus dan Program Ziarah Kasih bersama-sama komuniti Orang Asli di Perkampungan Masyarakat Orang Asli. KPM bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam mengesan keberadaan kanak-kanak Orang Asli yang sepatutnya berada dalam sistem pendidikan tetapi tidak bersekolah. Program turun

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

padang ini melibatkan pegawai KPM, JPN, PPD, sekolah, JAKOA dan NGO dengan matlamat utama memujuk, menjelaskan kepentingan pendidikan dan meyakinkan kepada komuniti Orang Asli bahawa anak-anak mereka berpotensi untuk cemerlang dalam bidang akademik mahupun dalam bidang sukan. Pihak JAKOA pula akan membantu menyediakan kemudahan asas persekolahan, bantuan wang saku dan kemudahan pengangkutan murid ke sekolah terdekat. Selain itu, KPM juga telah melaksanakan Program Jom Belajar iaitu program khas murid Orang Asli dan Chup Badui Sikulah khusus untuk memberi akses pendidikan asas kepada kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan tidak pernah bersekolah. Sehingga Mei 2023, sejumlah 373 orang kanak-kanak Orang Asli telah berjaya dipujuk dan telah mula bersekolah di 15 buah sekolah di seluruh negara. Peluasan program Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) juga merupakan strategi KPM dalam usaha menangani isu kehadiran murid Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman dan kawasan terpencil. Peluasan Sekolah K9 pasti mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid dari Tahun 6 ke Tingkatan 1. Pada masa itu terdapat lapan buah sekolah Orang asli yang melaksanakan Program K9. KPM juga melaksanakan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) iaitu sekolah yang menawarkan pendidikan selama 11 tahun dalam satu organisasi sekolah bawah KPM. Sekolah ini menawarkan pendidikan pada peringkat rendah enam tahun, menengah rendah tiga tahun dan menengah atas dua tahun dalam premis dan pentadbiran yang sama. Sebagai permulaan, bermula Mac 2023 KPM telah memulakan Program Rintis Sekolah K11 di Sekolah Menengah Kebangsaan RPS Betau, Pahang bagi murid Orang asli dan SMK Long Belian, Sarawak bagi murid peribumi di pedalaman. KPM juga menyediakan Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Pribumi (KEDAP) yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan sepanjang hayat dan memotivasi anak hadir ke sekolah seterusnya mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli. Jumlah ibu bapa yang terlibat dalam Program KEDAP adalah sebanyak 1,785 orang yang melibatkan 69 buah sekolah. Murid Orang Asli juga menerima semua jenis bantuan umum oleh KPM dan menerima bantuan khusus jika memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. KPM sentiasa komited dalam usaha menangani isu keciciran pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli dan memastikan hak setiap kanak-kanak di negara ini untuk mendapat akses pendidikan yang berkualiti diberi keutamaan. Sekian terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang memberikan jawapan berkenaan dengan usaha-usaha kerajaan untuk memastikan kadar keciciran di kalangan masyarakat Orang Asli adalah rendah. Namun, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian bahawanya dalam kerajaan kini berusaha untuk memastikan pendidikan wajib sehingga ke sekolah menengah adalah menjadi cabaran besar untuk masyarakat Orang Asli dalam memastikan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah menengah. Sebab ada beberapa isu yang paling ketara. Antaranya adalah sekolah-sekolah

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

yang mereka nak sambung ke sekolah menengah adalah jauh dari segi pengangkutan, lepas itu ada tempat-tempat asrama yang memang tidak kondusif yang sesuai untuk masyarakat Orang Asli. Itu menyebabkan masalah mereka mengalami kadar keciciran yang berterusan. Kalau kita nak jalankan pendidikan wajib dan sekarang masalah ini tidak diatasi, saya memang khuatir masalah ini akan berterusan tambah lagi usaha untuk memperluaskan K9, K11 masih dalam proses. Saya memang kurang yakin dalam keadaan yang jangka pendek ini tidak dapat mengatasi masalahnya. Maka, soalan saya kepada Menteri adalah bagaimanakah kerajaan dalam jangka pendek ini untuk mempertingkatkan usaha-usaha untuk membantu mereka dari segi pengangkutan, subsidi-subsidi yang boleh membantu kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli untuk pastikan mereka tidak tercicir daripada pendidikan sekolah rendah ke sekolah menengah. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi bantuan untuk menangani isu keciciran, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa bekerjasama dengan JAKOA iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli dalam menjaga kebajikan pendidikan murid Orang Asli khususnya kemudahan pengangkutan ke sekolah rendah dan sekolah menengah. Pihak JAKOA juga menyediakan wang saku kepada murid Orang Asli sekolah menengah. KPM juga menyediakan kemudahan asrama di sekolah menengah. Keutamaan diberikan kepada murid Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman dan dikecualikan bayaran yuran makanan asrama. Selain daripada itu, dari segi kita memang tengah merancang dari segi mewajibkan anak-anak murid kita untuk ke menengah atas iaitu untuk mewajibkan anak-anak murid kita ke 11 tahun persekolahan. Ini KPM telah menyediakan draf Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) dan kita memang dalam perancangan untuk mengadakan wajib 11 tahun. Selain itu, daripada ada lagi bantuan. Ya. Saya terlepas. Ada juga bantuan yuran disediakan kepada murid rendah dengan kadar RM80 seorang. Manakala bagi sekolah menengah dengan kadar RM120 seorang bagi pembelian peralatan dan keperluan sekolah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Jemput Indera Mahkota.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak bertanya, kedudukannya begini. Murid-murid Orang Asli ini sekurang-kurangnya dia terbahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama, dia membentuk angka yang besar di sesebuah sekolah. Ada setengah sekolah itu dia memang majoriti pun. Ada sesetengah sekolah dia sangat minoriti. Saya bimbang, bukan saya bimbang, saya paraphrase adakah kementerian ada kajian tentang prestasi kecemerlangan dan juga masalah keciciran apabila dia berada di

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

majoriti atau dia ramai, nampak macam prestasi dia baik. Bahkan ada sekolah di daerah Temerloh itu dia jadi sekolah kluster, sekolah kebangsaan, sangat baik. Tapi di Temerloh juga ada setengah-setengah sekolah itu yang murid Orang Asli itu dia tidak ramai, dia beberapa orang saja. Di situ masalah keciciran itu nampak macam besar tapi itu pemerhatian saya semasa saya jadi Ahli Parlimen Temerloh. Tapi mungkin ada data yang lebih lengkap di pihak kementerian. Jadi mungkin nanti ada pula cara untuk mengatasi masalah yang timbul kerana ada beza itu. Nampak gaya macam ada beza. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya, satu daripada kaedah untuk mengatasi di mana terdapat majoriti Orang Asli adalah sekolah K9 dan K11. Dari sini kebanyakannya memang adalah merupakan anak-anak di majoritinya Orang Asli. Memang juga ada setengah-setengah tempat, minoriti anak-anak murid adalah daripada Orang Asli tapi dari segi pencapaian kita memang ada monitor.

[Bangun]

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Okey kita memang ada data tapi buat sekarang Yang Berhormat, saya tidak ada data. Tapi kalau Yang Berhormat nak tahu spesifik mana-mana sekolah boleh bertulis atau boleh beritahu saya. Saya akan jawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Bakri bin Jamaluddin, Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Saya pakai baju batik hari ini adalah hasil kraf tangan daripada pemerkasaan usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia. [Tepuk] . Soalan saya nombor lapan.

Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu · question

8. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [Tangga Batu] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh manakah pencapaian (progress) projek penanaman 'grain corn' untuk kegunaan industri penternakan negara terutama ayam daging dan ayam telur bagi mengurangkan beban kos mengimport jagung yang mahal dan mempengaruhi industri ini.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, KPKM telah melaksanakan Projek Pembangunan Industri Jagung Bijian Negara melalui tiga fasa utama iaitu fasa rintis RMKe-11, 2016 sampai 2020, fasa pengukuhan RMKe-12, 2021 hingga tahun 2025 dan fasa pengembangan RMKe-13, 2026 ke 2030. Sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta di bawah Projek Pembangunan Makanan Ternakan dan peruntukan tambahan pada tahun 2023 sebanyak RM13 juta. Bagi projek pengukuhan pembangunan industri jagung bijian di bawah Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan bagi meningkatkan pengeluaran jagung bijian sebagai bahan makanan ternakan. Bagi tahun 2022, seluas 253 hektar kawasan jagung bijian telah dibangunkan dengan pengeluaran sebanyak 835 tan metrik. Bagi tahun 2023, seluas 271 hektar sedang

Tuan Chan Foong HinDAP · PHTimbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan · Kota Kinabalu

dibangunkan melibatkan seramai 50 orang petani dan 10 syarikat dengan tumpuan di negeri Perlis, Kedah, Pahang, Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. KPKM juga telah meningkatkan pengeluaran bekalan makanan ternakan secara tempatan telah mengambil pendekatan seperti berikut; (i) menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta bagi pengeluaran jagung berskala besar, (ii) menyediakan perkhidmatan jentera dan mekanisasi seperti planter dan harvester untuk kegunaan petani, jagung bijian dan; (iii) menyediakan latihan bagi meningkatkan kapasiti petani dalam penanaman jagung bijian. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Tangga Batu.

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya lihat jawapan daripada Timbalan Menteri ini selalu jawapan terlalu general dan safe answer. Kalau kita lihat daripada data yang diberi oleh Yang Berhormat tadi bahawa kita punya purata pengeluaran daripada trial projek ini cuma 3.3 tan sahaja sedangkan negara mengimport 3.5 juta tan grain corn, bijiran ini. Jadi kalau kita nak lihat, kita bangunkan sendiri kita perlu lebih kurang dalam 388,000 hektar, baru boleh kita menampung keperluan grain corn dalam industri poultry kita.

[Bangun]

Tuan Suhaizan bin KaiatAMANAH · PHPulai

[Bangun]

Tuan Haji Bakri bin JamaluddinPAS · PNTangga Batu

Tapi saya nak tahu perfect bila nak capai itu? Soalan pertama. Yang kedua, adakah kementerian melihat kepada satu alternatif lain di mana dalam industri kelapa sawit, kita menghasilkan 2.59 juta tan PKC berbanding 3.5 juta tan grain corn yang kita import. MARDI dalam tahun 2011 membuat kajian mengatakan bahawa PKC tidak sesuai untuk poultry tapi untuk ruminan okey. Tapi the latest research by MPOB tahun 2022 mengatakan bahawa hari ini mereka dah punya teknologi. Kenapa sebelum ini PKC tidak sesuai sebab dia kata dia punya protein content rendah tapi fiber tinggi. Tidak sesuai untuk poultry. Akan tetapi hari ini teknologi dipanggil SST, solid state fermentation yang boleh merubah menjadikan crude protein bertambah dan crude fiber berubah rendah dan ia sangat sesuai sebenarnya dan boleh digunakan sebagai campuran dalam makanan poultry. Jadi, pertanyaan saya, apakah kementerian punya untuk pergi ke arah ini? Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Tangga Batu. Kementerian ini tidak menafikan masih terdapat jurang yang luas di antara pengeluaran kita sama matlamat kita untuk mencapai 30 peratus menjelang tahun 2030. Melalui plot kajian kesesuaian bagi penanaman jagung bijian di Chuping, Perlis, Seberang Prai, Pulau Pinang, Bachok, Kelantan, Pontian dan Kluang, Johor dan juga AIDA Samarahan, Sarawak, berdasarkan kawasan plot kawasan ini kita mendapati kawasan yang sesuai untuk

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

penanaman jagung bijian adalah di sekitar utara Semenanjung Malaysia yang ada cuaca yang kering dan nyata bagi tempoh tiga bulan serta ditanam di kawasan tanah mineral. Berdasarkan kepada semua pengalaman ini, kita juga mengambil kira pengajaran daripada fasa rintis. Pihak kementerian sekarang tengah mengemas kini strategi dan pelaksanaan supaya kapasiti pengeluaran tempatan dapat ditingkatkan. So, antara langkah yang diambil adalah dengan melaksanakan pengeluaran secara besar-besaran. Tidak bergantung kepada petani kecil dan melalui kerjasama strategik dengan GLC dan juga syarikat swasta. So, inilah yang kita tengah bangunkan. Kita tak menafikan masih ada jurang yang luas. Kita melalui R&D di bawah MARDI ini, PKC pun di bawah salah satu skop kajian ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Betong.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Setelah mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri tadi seperti yang kita tahu bahawa kerajaan mensasarkan sebanyak 30 peratus SSL keperluan jagung bijian untuk kegunaan domestik atau sekitar 1.4 juta tan jagung bijian untuk memenuhi keperluan sehingga tahun 2032. Soalan saya, dengan menyedari segala kos pengeluaran jagung bijian di Malaysia ini masih tinggi daripada banding dengan sekiranya kita mengimport dan apabila kita mengimport, ianya amat bergantung kepada harga dan dipengaruhi oleh kadar tukaran asing dan juga isu-isu di luar negara seperti yang kita alami pada tahun lepas. Soalan saya, apakah strategi oleh kerajaan agar hasil yang diperolehi adalah tinggi dan berkualiti? Sekali gus dapat menampung kos pengeluaran dan meningkatkan pendapatan petani. Keduanya, adakah Malaysia mempunyai perancangan untuk memperkasakan pekebun kecil seperti di Sarawak di mana banyak tanah NCR sebagai pengeluar utama jagung bijian seperti kaedah yang diguna di Indonesia di mana banyak insentif dan dasar diperkenalkan oleh kerajaan sehinggakan Indonesia sekarang mencapai 100 peratus SSL jagung bijian. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Untuk menjawab soalan daripada Sarawak, Betong ini saya nak mengatakan di Sarawak sekarang melalui AIDA Samarahan. So, ini merupakan plot kajian untuk Sarawak dan sehingga bulan November 2023.

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

Kawasan ini telah memulakan aktiviti penanaman secara komersial seluas 20 hektar sahaja. Daripada jumlah keseluruhan 100 hektar yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak. So, ini maksudnya ꟷ untuk menjawab soalan macam mana kita hendak mengembangkan industri ini dengan mengurangkan kos, kita harus mencapai satu skala komersial yang viable, baru secara berkesannya dapat menghasilkan tanaman jagung bijan ini. Untuk satu experiment sharing atau ini pengalaman yang daripada fasa rintis ini, apabila kita memulakan penanaman jagung bijan ini terdapat juga petani-petani yang menyertai dalam program ini. Mereka lebih rela tanam sweet corn bukan grain corn kerana

Tuan Chan Foong HinDAP · PHKota Kinabalu

sweet corn dia lebih menguntungkan, grain corn you macam mana tanam pun kerana skala dia kecil, dia tak viable. So, kos dia memang tinggi. So, untuk mengatasi masalah ini sekarang kerajaan melalui MARDI kita pun juga buat R&D dan kita melihat kepada pengubahan strategi kita harus pergi ke arah yang ꟷ dengan secara lebih besar-besaran. So, ini akan melibatkan GLC dan juga pihak swasta terutamanya daripada syarikat perladangan yang besar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu..

Tuan Haji Azli bin YusofAMANAH · PHShah Alam

Tan Sri, Tan Sri Yang di-Pertua, Shah Alam. Yang Berhormat Menteri Ekonomi sudah bersedia hendak jawab soalan No. 9. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya menunjukkan pukul 12.01 tengah hari. Jadi tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. [Sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Peraturan Mesyuarat, Tan Sri Yang di- Pertua.

Peraturan Mesyuarat.

Datuk Ugak anak KumbongPRS · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) · Hulu Rajang

Peraturan Mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat dahulu ya.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Peraturan Mesyuarat sekejap 95. Tan Sri Yang di-Pertua, saya tengok 95 ini. Cuma saya hendak sebelum saya hendak sentuh berkenaan..

Tuan Yang di-Pertua

95?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

95. Saya hendak merujuk kepada Akta 347 Law of Malaysia. The Houses of Parliament (Privileges And Powers) Act 1952. Dalam seksyen 9 Act 347 ataupun 347, dengan izin saya hendak baca dalam bahasa orang putih, dalam bahasa Inggeris, “Section 9 ꟷ “Power of House should punished for contempt of The House. 9. The House may, for or in respect of any of the offences hereinafter mentioned ꟷ hereinafter offences whether committed by a member or by any other person, summarily punish for contempt by fine not exceeding RM1,000 as provided by the Standing Orders or by this Act; if any such fine so impose do not immediately paid the offender shall be...”

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, refer Standing Order-kah apa dia itu?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tidak. Refer Standing Order untuk saya hendak baca Act untuk Parlimen, House of Parliament sebab semalam dua malam lepas saya diugut, saya ditelefon. So...

Tuan Yang di-Pertua

Ini Standing Order mana ini hendak refer ini?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Hendak refer Standing Order 95.

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ayat yang mengundang-undang kan semua rang undang-undang hendaklah seperti yang berikut. Jadi dalam ini saya bila saya diugut saya rujuk balik kepada Law of Malaysia, Houses of Parliament...

Tuan Yang di-Pertua

Siapa yang ugut siapa itu?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Itu saya hendak terang itu. Saya hendak baca dahulu saya akan teranglah siapa ugut saya, siapa telefon saya. Boleh?

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Berlaku bila itu?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Dua malam lepas.

Tuan Yang di-Pertua

Oh, tidak boleh.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tidak, bukan. Ini..

Tuan Yang di-Pertua

Dia kena immediately.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Immediately sudah buat keputusan hari itu. Bukit Gantang telefon saya malam itu. Saya tidak boleh hendak buatlah dia telefon malam.

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak tahu apa yang berlaku?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ini saya hendak cerita.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh. Yang Berhormat kena letakkan dalam bentuk hitam putih, saya akan siasat. Dalam Dewan tidak boleh cakap begitu.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tidak, fasal apa akta ini dia ada untuk protection. Security for the Ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua

Akta ada, Yang Berhormat kena quote-kan. Saya sedang rujuk Bukit Gantang pada isu 123 saya letakkan akta itu minta supaya Speaker buat keputusan, baru boleh. Kalau tidak ini tidak fair. Saya pun tidak tahu. Saya tidak tahu cerita apa, Yang Berhormat kena masukkan dalam bentuk usul.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sebab apa saya hendak mention balik jarang guna akta ini. Dalam..

Tuan Yang di-Pertua

Bukan soal mention ayat boleh.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

[Ketawa] .

Tuan Yang di-Pertua

Dalam peraturan tidak boleh lagu itu. Sebab saya kena buat investigation.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Iyalah, tidak apalah. Saya hendak maklum dahulu selepas ini...

Tuan Yang di-Pertua

Tidak boleh, tidak boleh.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Kalau keputusan buat usul saya akan buat usul.

Tuan Yang di-Pertua

Saya minta buat usul.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sebab biar, biar.

Tuan Yang di-Pertua

Keputusan saya buat usul.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey, saya akan buat usul.

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sila, terima kasih.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

...kena berkenaan dengan saya diugut oleh Bukit Gantang dan juga ahli keluarganya dalam masa ketika itu. Tetapi saya tidak kisahlah

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

saya akan berdepan. Saya takut nanti kita pun hilang dengan perkara-perkara begini kita tidak selesai oleh Parlimen, Ahli Parlimen kita perlu diberi protection. Saya hendak minta Tan Sri Yang di-Pertua janganlah keras sangat dengan saya. Hulu Langat buat tidak apa pun tidak apa. Dengan saya terus bagi satu, dua, tiga hendak hambat saya keluar. Tidak boleh macam itu.

Tuan Yang di-Pertua

Tidak.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya hak Parlimen. Saya tengok Tan Sri Yang di-Pertua amat emosi dengan saya.

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, tidak. Because dia begini, kita berkawan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Ya.

Tuan Yang di-Pertua

Bila saya sit sini, saya hilang kawan. Saya kena betul-betul uruskan supaya akhirnya masa rakyat hantar kita rakyat hendakkan produktiviti. Kalau saya melayan semua dalam bentuk itu tidak boleh. Sebab itu kita kena straight, bila saya kata duduk sekali, tidak duduk. Duduk kali kedua. Jadi saya kena pakai number-lah satu, dua begitu juga yang lain. Sebab to be fair...

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sebab Hulu Langat saya tengok buat macam-macam tidak apa pun...

Tuan Yang di-Pertua

Ha, inilah, bila saya sebut yang ini, Yang Berhormat akan kata orang ini, orang ini. Susahlah saya.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey, Tan Sri. Macam ini Tan Sri, saya hendak rujuk kepada precedent case dahulu kes Mendiang Karpal Singh dipukul dan diambil tindakan oleh Parlimen masa itu.

[Dewan riuh]

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Pendang, Pendang kalau ada kena ugut buatlah laporan polis. Jangan buat persepsi dalam Dewan. Sila buat laporan polis.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Duduk, duduk, duduk Yang Berhormat.

Tuan Chong ZheminDAP · PHKampar

Keluar buat laporan polis. Kita tunggu biar polis siasat.

Tuan Yang di-Pertua

Kampar, duduk. Baik.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sebab apa..

Tuan Yang di-Pertua

Isu Karpal Singh itu isu lama dan ianya isu polis.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tidak, sebelum itu dibawa ke Parlimen. Saya cuba rujuk balik Hansard dan Parlimen ambil tindakan. Tindakan kepada orang yang mengugut, yang memukul Karpal Singh masa itu.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, masukkan usul. Masukkan usul.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey, terima kasih. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Indera Mahkota.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Perkara 36(6), 36(12) lanjutan daripada yang saya timbulkan dahulu. Saya ucap terima kasih saya sudah terima surat daripada Tuan Yang di-Pertua. Tambun sudah jawab kepada surat Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Cuma saya tidak puas hati. Jadi saya hendak minta petua untuk remedy kerana kalau dikatakan mengelirukan Dewan memang pada saya mengelirukan Dewan sebab dia kata tanpa saya buat Statute Rom, tanpa kelulusan Kabinet sedangkan jelas ada kelulusan Kabinet.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Kalau dikatakan Tambun hendaklah tahu bahawa masa kenyataan itu kenyataan itu adalah tidak tepat. Takkanlah sebagai Perdana Menteri dia main cakap sahaja. Soal niat ini memang sukar. Jadi, saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak puas hati dengan keputusan Tuan Yang di- Pertua. Jadi saya hendak tanya fatwa. Remedy ini apa?

Tuan Yang di-Pertua

Remedy-nya, Yang Berhormat boleh tulis balik kepada saya untuk timbangkan keputusan saya sebab seperti yang saya katakan saya ada legal team saya. Saya tidak buat keputusan based on my hunch. Jadi saya akan minta legal team saya advice balik dan sekiranya kalau boleh dipertimbangkan kita akan pertimbangkan balik.

Dato’ Sri Saifuddin bin AbdullahBERSATU · PNIndera Mahkota

Baik, saya akan tulis usul. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat.

Peraturan Mesyuarat.

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat berapa itu, Yang Berhormat?

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Peraturan Mesyuarat, sama juga dengan apa yang dialami oleh Indera Mahkota juga berkenaan Tambun berkaitan dengan jawapan RM71 juta dibelanjakan oleh Pagoh untuk promosi. Yang ini bercanggah dengan apa yang dijawab oleh Menteri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Jawapannya jelas bercanggah tetapi yang dijawab kepada saya oleh Speaker dikatakan tidak ada prima facie. Jadi saya kata macam mana kita prima facie yang belanja masa Pagoh2 RM184,000. Yang belanja masa Tambun RM7.1 juta itu dijawab oleh Menteri. Jadi di sini tidak ada prima facie.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, minta remedy atas sama ya.

Dato’ Rosol bin WahidBERSATU · PNHulu Terengganu

Remedy pun saya rasa dapat yang sama juga. [Ketawa] Minta maaf, sangkaan jahat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

Peraturan Mesyuarat 18.

Tuan Yang di-Pertua

Berapa?

Peraturan Mesyuarat 18(1).

Tuan Yang di-Pertua

Hari last hari ini kita kena slow, tidak dengar.

Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Tuan Yang di-Pertua

Okey, 18(1). Silakan.

Jadi saya telah menghantar memberitahu usul kepada Tan Sri Yang di-Pertua semalam berkenaan dengan perkara yang tertentu untuk kepentingan ramai dan perlu disegerakan tetapi usul itu telah ditolak. Atas alasan bahawa usul ini telah dihantar kurang daripada 24 jam.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Saya menerima surat itu dan saya menerima memang dia kurang daripada 24 jam. Cuma saya hendak nyatakan supaya dimasukkan dalam Hansard-lah bahawa usul itu memberitahu usul itu saya telah hantar supaya perkara dibincang atas Warta Kerajaan Persekutuan berkenaan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112) di negeri Sabah 2023.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Jadi memang dia diletakkan di atas meja ꟷ was laid in our table memang kurang daripada 24 jam sebab kita terjumpa dia jam 10.00 pagi tadi ꟷ yang kelmarin, yang semalam. Jadi memang kurang daripada 24 jam. Jadi tidak mungkin saya telah menghantar usul lebih awal daripada 24 jam.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Cuma saya ingin menyatakan bahawa usul itu, pemberitahu usul itu saya telah hantar semata-mata untuk mendapat clarity dan penjelasan daripada Kementerian Kewangan, daripada kerajaan, apakah formula yang telah digunakan untuk mencapai pemberian khas RM300 juta itu sebab tidak ada formula yang dinyatakan. Cuma ada di sini [Merujuk kepada senaskhah dokumen] , itu satu. Kedua ialah saya telah diberitahu bahawa ini akan dikaji setiap tahun. Apabila dikaji setiap tahun, dalam warta ini tidak disebut dikaji setiap tahun. Ini adalah untuk lima tahun. Jadi ini akan menjadi satu precedent bahawa pemberian khas Sabah itu akan sepertimana yang dinyatakan dalam warta ini sedangkan dia merujuk kepada sebenarnya melaksana Artikel Perkara 112C iaitu hak Sabah untuk mendapatkan 40 peratus daripada Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya faham sekarang. Sebab itu saya nak jawab...

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker.

Tuan Yang di-Pertua

Sebentar.

Datuk Jonathan bin YasinBEBAS · GRSRanau

Saya juga menyokong MP Tuaran.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebab itu saya jawab, kita berpandukan kepada Peraturan Mesyuarat. Pertama, kalau kita sebut, mestilah sampai dalam masa 24 jam. Sebab itu dia letak 24 jam because it is not fair. Kadang-kadang yang usul dihantar itu tak cukup 24 jam, sedangkan yang lain saya tolak, tiba-tiba ada orang yang saya clear-kan. Tak boleh lah begitu ya. Kedua, kalau dikatakan 300 perkataan, 300 perkataan lah, sebab apa kalau tidak, akan di-contest kemudian. Contohnya Yang Berhormat 415. Dia lebih daripada 300 contoh.

Tuan Yang di-Pertua

Jadi saya kata spesifik. Jadi sebelum apa-apa tindakan Yang Berhormat nak hantar, hantar make sure benda-benda ini ikut sebab kita ada procedures. Kalau tidak, saya akan di-contest. Sebab itu saya akan merujuk kepada legal team saya, what is happening, macam mana kita ambil tindakan. Jadi sebab itu saya rasakan kita harus berpandukan kepada prosedur yang kita juga sesama kita yang buat. Ini bukan ada pihak luar buat, kita yang buat. Jadi kita kena ikut. Unless jawatankuasa kata kita ubah, saya akan ubah.

Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Tapi selagi ianya berpandukan kepada keputusan yang kita buat.

Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, remedinya senang sahaja YB.

Tuan Yang di-Pertua

YB masukkan usul itu sekali lagi, nanti saya akan pertimbangkan.

Cuma saya minta petua sahaja, saya minta petua, minta ruling, kalau perkara yang dirujuk itu terutama sekali warta yang baru di-table tidak cukup 24 jam, bagaimanakah kita mahu beat 24 jam itu? Sebab hari ini adalah hari terakhir Parlimen bersidang. Jadi memang tiada peluang lagi. Jadi itu sahaja. Apa petua dia? Bagaimana kita mahu...

Tuan Yang di-Pertua

Petuanya, YB jumpa saya, remedinya ada jawapan dia.

Sebab kalau...

Tuan Yang di-Pertua

Sebab itu kalau sekiranya tak cukup masa, mesti ada cara lain daripada normal situation yang YB masuk 18(1).

Tidak cukup masa dan ini sangat penting.

Tuan Yang di-Pertua

Saya faham.

Sepatutnya warta seperti ini telah di-lay, dibentangkan di Dewan Rakyat lebih awal. Semalam dia bayar RM300 juta, hari itu juga dibentangkan di Dewan Rakyat. Jadi ini tidak – bagi saya ini tidak wajar lah.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya ambil note. I take note on it.

Tan Sri Speaker, Kota Belud.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Kota Belud. Oleh kerana hari ini hari last, cakap lah, nak clear-kan apa-apa.

Ya. Saya faham. Minta maaf juga suara saya sedikit tidak berapa sihat.

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, perlahan-perlahan.

Saya menyokong kepada usul peraturan 18(1) lah kepentingan umum. Saya mohon lah nasihat daripada Tan Sri Speaker supaya sebab untuk memberikan keadilan kepada pihak Sabah, orang Sabah dan juga pada kementerian yang akan menjawab supaya akan ada assurance

di mana bahawa usul ini, warta itu nanti akan dibahaskan pada sidang yang akan datang, Tan Sri Speaker. Kalau boleh saya minta apa nasihat daripada Tan Sri Speaker yang patut kita lakukan supaya kita pun dua-dua puas hati bah, supaya orang Sabah pun dapat dengar...

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

Kementerian pun dapat diberi keadilan untuk memberi jawapan supaya nanti di sidang akan datang akan ada perbahasan mengenai warta ini. Tan Sri Speaker, mohon. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya akan make sure benda itu sampai kepada Menteri yang bertanggungjawab supaya kita boleh rectify-kan problem itu. Sila Arau.

Ya, Yang Berhormat, 18(1). Hari ini hari penghabis.

Tuan Yang di-Pertua

18(1). Saya.

Saya sealiran lah dengan apa yang telah dibentangkan oleh kawan-kawan tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

Jawapannya ialah tak cukup 24 jam. Tetapi tidak apa. Saya bukan orang yang gusar sangat. Kalau Yang Berhormat kata kita boleh bawa sidang akan datang ataupun mana-mana sidang khas, iaitu yang pertamanya ialah kertas putih berkaitan dengan pelancong dari China dan India yang tidak ada rekod keluar daripada Malaysia. Ini Yang Berhormat tolak sebab tak cukup 24 jam. Kemudian yang keduanya ialah Perdana Menteri telah menggunakan peruntukan – ini DAP pun tak setuju ni. Menggunakan peruntukan untuk tarik Ahli-ahli pembangkang supaya menyokong Perdana Menteri. Hat itu juga tak cukup 24 jam. Kemudian yang ketiganya ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memaklumkan di Parlimen ini bahawa tidak ada syarat lagi dah kepada pembangkang untuk mendapatkan peruntukan. Jadi apa perlu – sebab wakil kami, Ketua Whip telah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, dua kali. Jadi, apakah memerlukan berapa kali untuk membolehkan perundingan itu berlaku? Jadi sekarang ini, usul ini telah dibawa. Kami bukan – peruntukan tak bagi tak apa sebab kami pegang kepada ayat Allah [Membaca sepotong ayat Al-Quran] . Allah menguji kami dan kami akan terima ujian Allah dan Allah akan menguji kepada orang-orang yang mampu untuk menerimanya. Kami tahu cukup perit dan kami akan iring dengan doa. Perdana Menteri telah sebut kepada rakyat Malaysia bahawa tidak ada syarat lagi dah. Tetapi berunding apa? Kita dah berunding dua kali. Jadi saya ingat hari ini Perdana Menteri kena umumkan bahawa runding sepuluh kali pun tak nak bagi. Tak apa, no problem Yang Berhormat. Kami ada doa. Jadi, kami tak ada senjata lain kepada kami. Kepada Ahli Yang Berhormat Perdana Menteri dan...

Tuan Yang di-Pertua

Hanya Allah lah kita bertawakal.

Juga kepada semua pihak, tak bagi pun tak apa tetapi akan jadi Parlimen yang pertama dalam dunia ini yang terpaksa masuk parti yang memerintah, kena halang tak boleh bagi kepada Ahli Parlimen lain. Dia kata ini

dahulu Barisan buat. Kalau nak ikut cara dahulu, biar Barisan lah memerintah. Tetapi sekarang kita nak bawa perubahan. Apakah ini perubahan dengan mengungkit apa yang kerajaan dahulu buat, sekarang kena buat balik? Jadi demikian, minta maaf Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

Tan Sri mungkin tak gembira dengan kenyataan saya. Saya nak bagi tahu ini lah benda yang berlaku sekarang, telah keluar kenyataan rasmi bahawa Perdana Menteri kata tak perlu lagi syarat. Jadi kalau tak perlu lagi syarat, kenapa mesti berunding lagi? Apakah nak panggil berunding lagi, berunding depan kami. Kami semua ramai, boleh berunding sekarang, tak ada masalah. Apa dia syarat, bagi tahu sebab Timbalan Perdana Menteri kata tak ada syarat. Jadi, kenapa tak bagi duit? Jadi demikian lah wallahua’lam Tan Sri. Ini usul telah dibawa. Saya tak tahu Tan Sri nak jawab macam mana. Ada tiga usul yang dibawa pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Keempat, usul yang terbaru ialah merujuk Menteri Ekonomi kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Dewan, 36(12). Mana boleh seorang Menteri jawab, “Ini Federal” dan tadi kawan-kawan telah sebut tadi. Federal ini bukan duit dia. Duit kami negeri-negeri walaupun negeri Perlis miskin saya nak bagi tahu, minyak, Perlis ada hak sebab dia letak lebih daripada tiga batu nautika. Tiga batu nautika sampai 200 batu nautika ialah hak Federal. Hak Federal, Perlis juga bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

Baik, tetapi kami tak kacau. Tetapi jangan sebut kata Perlis tidak maju. Kulim Hi-Tech maju sebelum NCER buat lagi, Yang Berhormat. Yang Berhormat orang Kedah, tahu. Ini hari ini baru nak claim nama. Mana boleh macam itu? Dia telah mengelirukan Dewan dan saya nak bagi tahu, saya akan rujuk dia kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

Tan Sri, Tan Sri Yang di- Pertua. Ada sedikit berkenaan dengan usul saya itu.

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

Jadi saya minta supaya...

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

Perkara ini kita bawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi supaya pihak Kementerian Kewangan pun tidak segan-segan datang lah bila kami jemput.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya akan buat. Insya-Allah. Baik, silakan Menteri.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tan Sri, peraturan lagi satu.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, peraturan berapa?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Saya nak kena jelaskan juga di sini bahawa Peraturan 36(2) berkenaan dengan hari itu, berkenaan dengan Bukit Gantang. Dato’ Speaker

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

dah buat keputusan. Dah ada dah keputusan. Tak ada masalah tapi dia tak puas hati, malam dia telefon saya. Ini satu...

Tuan Yang di-Pertua

Keputusan apa itu?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Keputusan hari itu berkenaan dengan saya bangkitkan sebab dia buat pengumuman dia menyokong kerajaan. Saya bangkit membantah lah sebab dia memalukan Perikatan Nasional di depan dalam Dewan ini dan House of Parliament ini, semua orang.

Tuan Yang di-Pertua

Keputusan apa yang saya buat itu?

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bukan Tan Sri buat. Dato’ Yang di-Pertua dah buat. Makna dah okey dah.

Tuan Yang di-Pertua

Tapi dia tak sepatunya menelefon saya dengan nada yang agak – lepas tu mungkin ahli keluarga...

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Nanti jap, jangan lah. Bagi lah saya cerita. Saya nak bercakap.

Bincang keluar Dewan lah.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey. Tak apa, tak apa. Tak apa, tak apa, tak apa. Sabar, sabar. Hari ini hari last, hari last. Tak apa, bagi.

Beberapa AhliKetawa] Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Apa ni macam Jelutong lah dahulu Tan Sri Yang di-Pertua. Masa dia lawan dengan UMNO, dia hentam UMNO hari-hari. “Celaka” lah apa.

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa. Kita patah balik ni.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Tapi apabila dia berkawan, dia protect. Tak guna punya orang [Ketawa] .

Tuan Yang di-Pertua

Kita berpatah balik kepada Bukit Gantang, Bukit Gantang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Jadi, okey baik [Ketawa] .

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa Jelutong. Sat lagi kita makan nasi kandaq.

Speaker, semua salah Jelutong. Saya duk diam pun salah saya juga.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

You campuq tadi.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

Semua salah Jelutong. Jelutong juga yang kena.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik. Silakan Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Sebab kita ada pengalaman.

‘Bapak batu api’ Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bila kita ada pengalaman, saya tahu lah baru-baru ini tak tahu ni apa Jelutong buat dahulu. Ni macam Kampar, Gopeng...

Tuan Yang di-Pertua

Ini, Pendang, Pendang, Pendang.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey, baik terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Fasal budak-budak sekolah dah masuk ni, cakap elok-elok sikit. [Ketawa]

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Okey baik. Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak sebut fasal benda ini kita takut akan berlaku sebab dalam apa yang saya baca dalam Akta Perlembagaan Malaysia, Tan Sri Yang di-Pertua sebagai Ketua Parlimen ini perlu memberi perlindungan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Bukan kepada saya sahaja. Saya takut saya juga akan melibatkan dia. [Menuding jari] Saya tentu nak pertahankan diri saya. Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua kena ambil perhatian sebab ada akta yang khusus untuk jaga Ahli Parlimen yang diketuai oleh Tan Sri Speaker, Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Itu yang saya bangkitkan.

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan mengambil tanggungjawab ini.

Datuk Awang bin HashimPAS · PNPendang

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri, usul.

Tan Sri Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Ada lagi?

Peraturan tetap.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sebentar.

Saya nak minta clarification ataupun panduan daripada Tuan Speaker. Hari Selasa saya ada menghantar usul berkaitan dengan RUU yang kita bahaskan ini bawah usul 57(2) dan telah ditolak di bawah usul 57(4)(a) yang mungkin, saya mengakuilah mungkin saya terlepas pandang.

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

Sebab dalam 57(4)(a) itu ada menyebutkan akan dijadikan fasal atau jadual yang hendaklah dipinda tidak terang maknanya atau salah jalan bahasanya. Saya ingat saya terlepas pandang jalan bahasa itu bermaksud adalah menggunakan, seperti mana daripada jawapan Yang di-Pertua itu harus juga merujuk kepada Akta Bahasa Kebangsaan yang menyatakan hendaklah dalam dua bahasa, bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris walaupun di situ keabsahan atau kesahan menggunakan bahasa Melayu itu kecuali kalau Yang Dipertuan Agong mungkin akan buat pindaan. Adakah dengan menghantar usul itu tanpa yang saya akui kesilapan saya tidak melihat kepada jalan bahasa itu, ia menyebabkan ianya ditolak?

Tuan Yang di-Pertua

Ya, yang pertama ia menimbulkan kekeliruan. Keduanya remedi ada Yang Berhormat ya. Remedinya ada seperti yang saya katakan tadi termaktub dalam Standing Order kita. Sebab apa pun juga yang tidak puas hati, haruslah dalam bentuk hitam putih. Tidak boleh kita berbahas di sini, saya nak kan, perlukan— ini. Silakan Menteri.

Lebih baiknya kalau diadakan secara jelas...

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

...menggunakan bahasa Inggeris dan juga bahasa Malaysia itu.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, okey.

Jalan bahasa mungkin kita boleh tafsirkan pelbagai.

Tuan Yang di-Pertua

Betul. Ya. Silakan Menteri.

Usul — Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan MesyuaratMotion

Datuk Ugak anak KumbongPRS · GPSTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) · Hulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, Rang Undang-undang Makanan (Pindaan), Usul Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif dan Usul-usul Menteri Kewangan seperti di nombor 1 hingga 6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang ditetapkan.”

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Rang Undang-Undang — RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah bahawa, “Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [29 November 2023]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebelum saya teruskan, saya memberikan peluang terakhir untuk pembahas terakhir. Saya jemput Bandar Kuching.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Tan Sri, kalau saya boleh mencelah untuk mengalu-alukan bakal pemimpin kita, pelajar-pelajar dan juga guru- guru mereka daripada Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. One of the top performing schools. [Tepuk] Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Okey, lazimnya saya akan minta supaya Ahli Yang Berhormat maklumkan sesiapa juga yang akan bangun berucap tetapi oleh kerana hari ini special day, hari terakhir. Selamat datang semua.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Bandar Kuching.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua

Masih lima minit ya.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Lima minit, okey. Saya akan cuba secepat mungkin. Saya semalam telah mendengar dan juga meneliti semua perbahasan dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Saya memahami semua pandangan yang diberikan, malah berkongsi banyak pandangan mahupun perasaan yang ditunjukkan. Semua yang mengenali saya dan juga membaca kenyataan saya sejak dulu, tahu pendirian saya dalam hal ini. Namun pada hari ini, sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam isu ini, izinkan saya untuk menceritakan kronologi isu ini dan bagaimana kita sampai kepada keputusan pada hari ini supaya kita semua sebagai Ahli Yang Berhormat lebih memahami isu ini secara mendalam. Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebenarnya kita telah mengambil masa hampir 13 tahun lebih untuk sampai ke tahap ini. Tidak seperti kebanyakan negara maju yang lain, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk mengawal penjualan, penggunaan dan juga promosi produk tembakau seperti rokok dan vape. Kerajaan bergantung kepada Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 sahaja yang diletakkan di bawah Akta Makanan 1983. Ini adalah undang-undang yang sama untuk mengawal contohnya pembuatan ayam goreng, mi kolok, laksa, minuman ringan dan sebagainya serta juga keselamatan dan kualiti makanan am. Namun dengan peralihan zaman, dengan adanya peranti-peranti moden dan juga berjuta-juta orang sekarang yang menggunakan vape nikotin, peraturan sedemikian tidak berkesan. Malah untuk tujuan yang ada, sudah lapuk. Oleh itu, perbincangan telah bermula di peringkat kementerian untuk mewujudkan satu akta yang lebih komprehensif untuk memastikan semua produk merokok, bahan merokok, produk pengganti merokok dan ciptaan lain yang ada dapat dikawal selia dengan baik. Maka, akta ini dan kawal selia ini sebenarnya

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

adalah matlamat semua pihak pada masa itu termasuk pihak kementerian, NGO dan semua pemegang taruh yang terlibat. Idea GEG kemudian telah dibawa oleh mantan Menteri Kesihatan, I think credit goes to way credit is. Sebab pada masa itu, ada NGO-NGO yang sebenarnya nak membantah terus, want to total banned of vape dan rokok elektronik. Bagi saya, industri telah berakar di negara kita dan telah berkembang dengan luas. Maka, saya bersetuju dengan pendirian mantan Menteri pada masa itu bahawa the trend actually has sailed tetapi juga tertarik dengan idea GEG ini namun ada sedikit keraguan. Saya mengaku ada keraguan terutamanya dari isu penguatkuasaan dan juga unintended consequences dengan izin. Disebabkan itu, pada masa itu pembentangan pertama draf RUU saya menyokong secara prinsip dan semangat RUU tetapi menolak disebabkan kuasa penguatkuasaan yang terlalu kuat dan terbuka untuk salah guna. But we didn’t give up, we kept going dengan izin. Jadi, ia sekali lagi melalui JKPK yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan untuk menggubal, untuk polish satu RUU yang boleh diterima rakyat dan boleh mencapai matlamat yang kita ada. Namun, Parlimen telah dibubarkan awal. Maka kita tak dapat membentangkan pada masa itu. Apabila Yang Berhormat Menteri Kesihatan sekarang telah mengambil posisi beliau, usaha itu telah diteruskan secara giat dan telah menjadi antara agenda utama Kementerian Kesihatan. Malah, ia lagi dibawa ke JKPK yang telah dipengerusikan oleh Kuala Selangor. Saya ingin jelaskan di sini, banyak naratif yang digunakan kononnya kerajaan tunduk kepada industri dalam hal ini. Tapi dalam engagement, dalam perbincangan yang saya buat dalam JKPK, dalam mana engagement di luar, sebenarnya tentangan bukan hanya datang daripada industri, banyak pihak lain sebenarnya menentang, banyak pihak lain yang tidak dapat menerima idea ini. Alasan-alasan yang diberikan walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju tetapi ia juga munasabah, it’s legitimate dan kita haruslah juga tangani isu-isu tersebut. Ada yang kata, lobi-lobi industri ini berkuasa, kita tunduk. Tetapi let’s be honest, lobbying sebenarnya is part of democracy. Setiap dasar yang ada memang ada lobi-lobi. Kenapa cuma dalam isu ini kita kata kerajaan tunduk kepada industri? Isu lain ada industrial yang juga melobi. So let us set the record straight, let’s be fair, let’s be mature about this. Izinkan saya tambah because ini penting, saya nak rekodkan dalam Hansard. Jadi walaupun mendapat tentangan dan halangan, we kept on going. We kept the bill alive as long as we can and we pushed it untuk keputusan Kabinet. Pada masa itu, Kabinet perlu mendengar daripada semua pihak. Pihak AGC telah menjelaskan kebimbangan mereka dari sudut Perlembagaan. Sama ada kita setuju atau tidak dan saya ingin letak dalam rekod bahawa saya tidak setuju.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Akan tetapi sebagai sebuah kerajaan ataupun Kabinet yang bertanggungjawab, mereka kena ambil nasihat tersebut kerana tak akan satu kerajaan nak push through satu undang-undang yang tidak berperlembagaan. Itu tidak bertanggungjawab. So, tanggungjawab kerajaan adalah untuk mencari titik pertengahan dalam sesuatu dasar, mengambil kira semua pandangan yang ada. Kalau kita mahu melaksanakan satu dasar yang

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

efektif, we need the buy-in and support as many people as we can. So, sekarang kita ada satu keputusan yang kita harus buat. Kalau kita nak teruskan dengan draf RUU yang sedia ada pada masa itu, RUU itu akan ditangguhkan lagi. Satu isu yang bagi saya kita tak boleh terima kerana kita perlu kawal selia. We need a regulation untuk bahan merokok, produk merokok dan produk pengganti merokok sekarang dengan segera. Oleh itu, keputusan yang susah telah dibuat untuk decouple untuk masa itu as we prepare the ground for GEG mungkin pada masa hadapan. This is where kita haruslah bersama-sama bekerjasama. GEG itu satu idea yang novel. Satu idea yang inovatif namun, bukannya tak ada tentangan mahupun isu-isu implementasi.

Kuching. Boleh saya minta laluan sikit Kuching?

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Kita tak ada masa. Saya tak ada masa. Banyak lagi. Saya letak contohnya di negeri New Zealand. Saya sendiri telah pergi ke New Zealand. Saya berbincang dengan Menteri Kesihatan pada masa itu, Timbalan Menteri Kesihatan pada masa itu, Pengerusi Chairman of Select Committee pada masa itu. Mereka juga menceritakan kepada saya isu-isu yang berbangkit yang mereka kena selesaikan. UK walaupun telah diumumkan, banyak tentangan juga ada. Jadi, saya ingin menceritakan apa yang telah dilakukan apabila keputusan susah telah dibuat untuk decouple untuk masa ini. Tahukah anda, disebabkan selepas keputusan tersebut dibuat, hujung minggu cuti Deepavali yang kita lalui, pihak KKM, pihak AGC, kita punya civil servants, semua mereka yang terlibat, mereka telah berkhemah dalam satu hotel untuk menyiapkan RUU yang ada di depan kita ini kerana kita nak bentang, kita nak luluskan, kita nak push it as soon as possible kerana isu yang sangat penting kita tak mahu lihat dia ditangguhkan lagi. Jadi, saya nak dalam Parlimen ini, nak rekodkan penghargaan kepada semua penjawat awam.

Speaker.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Kepada Menteri, semua pihak yang terlibat, we working hard for this. Yang Berhormat Kuala Langat, saya tak akan berikan sebab tak ada masa..

Sikit sahaja.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Tapi let’s work together. Saya tak ada masa. Let’s work hard together.

Boleh Speaker?

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Let’s prepare the ground. RUU yang ada ini bukan satu perkara yang baru tapi seperti saya ceritakan pada mulanya adalah matlamat awal semua pihak yang bermula 13 tahun yang lalu. Ini adalah satu pencapaian di mana kita berpeluang mempunyai satu standalone Akta Kawalan Tobacco seperti negara maju yang lain untuk mengawal selia produk tersebut. Dengan adanya kawalan yang lebih ketat, kawal selia yang lebih baik, contohnya pengiklanan tempat menjual, ia dapat dibuktikan dapat menurunkan prevalence merokok seperti di negara Australia dan Singapore. I think the data does not lie.

Dr. Kelvin Yii Lee WuenDAP · PHBandar Kuching

Ada yang kata kenapa tidak jelas vape di dalam akta ini, tak ada peranti dan contohnya. Tetapi RUU ini didraf secara meluas supaya semua perkara, peranti ke, produk merokok ke yang ada pada hari ini dan juga ada yang mungkin pada masa hadapan dapat dirangkumi di bawah akta ini. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, isu yang ada di hadapan kita, RUU ini mungkin dikatakan tidak sempurna oleh banyak pihak. Look, I share your sentiments. Sejak mula saya telah mengeluarkan pendirian saya. Ia mungkin tidak apa yang kita mahukan tapi this is the best RUU that we need right now. Ini haruslah diluluskan segera. Jadi, kita ketepikanlah agenda politik kita. Kita ketepikanlah agenda peribadi kita. Let us do what’s right. Let’s us pass this today. Marilah kita bekerjasama untuk mungkin prepare the ground, untuk idea inovatif seperti GEG dan lain untuk masa depan. Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya sekarang akan menjemput Menteri untuk menggulung dan seterusnya menjawab semua persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan dalam masa 20 minit. Silakan.

Puan Teresa Kok Suh SimDAP · PHSeputeh

Sebelum itu Tan Sri Speaker, Dewan mengalu-alukan kedatangan 28 businessmen dari Zhuhai, China yang menghadiri sidang kita ini. [Berucap dalam Bahasa Mandarin]

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Welcome. Silakan Menteri.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Terima kasih Yang di-Pertua. Dah macam menggulung ya YB Kelvin tadi. Semua setuju dah? Bismillahi Rahmani Rahim.

Tuan Yang di-Pertua

Take your time.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, pertama-tamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua 27 orang Ahli Yang Berhormat yang telah bersungguh-sungguh dalam membahaskan rang undang-undang yang saya kira mendapat perhatian bukan sahaja dari kalangan Ahli Parlimen baik dari pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang tetapi juga dari masyarakat pelbagai lapisan termasuk profesional, NGO, ibu bapa dan juga pelajar sendiri. Ahli Parlimen yang telah membahaskan semalam dan hari ini termasuklah YB Pasir Gudang, Langkawi, Parit Sulong, Kuala Langat, Segamat, Tanjong Karang, Jempol, Kuala Nerus, Wangsa Maju, Tasek Gelugor, Batu, Pengkalan Chepa, Temerloh, Betong, Padang Besar, Tumpat, Putrajaya, Pokok Sena, Machang, Kapar, Kuala Selangor, Bentong, Sibu, Beruas, Jelutong, Sungai Petani dan akhirnya Kuching. Walaupun pelbagai rencam dan aksi perbahasan yang saya lihat semalam, kadang- kadang kita tengok suhu pun agak panas semalam dalam perbahasan sehingga ada juga yang agak dalam mood provokasi dan mengherdik saya pun ada. Tapi saya okey Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ini memang jenis orang yang boleh menerima pandangan. [Tepuk] Agree to disagree. Yang penting saya tak makan dek herdik. Putrajaya. Cuma saya nak bawa hadis Rasulullah SAW. Ini pesan Rasulullah. Nabi bersabda “Aku berwasiat kepada kamu

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

agar bersikap baiklah terhadap wanita”. Itulah kalimat yang diulang-ulang hingga tiga kali Rasulullah sebut dalam khutbah perpisahannya sebelum Rasulullah pergi meninggalkan kita. Nabi melanjutkanlah lagi “Janganlah mencari-cari alasan untuk menyakiti mereka yakni wanita”. Ini hadis sahih. Jadi, begitulah ya. Jangan buatlah kat wanita lain. Tapi tak nafi juga saya rasa dalam Dewan ini pun ramai yang gentle. Ramai. Ya, ramai. Insya-Allah. Jadi, saya juga membuat kesimpulan Yang di-Pertua, ramai yang prihatin dan sebenarnya sayang terhadap generasi masa depan kita. Hampir separuh yang kecewa dan marah apabila generasi end game atau GEG digugurkan daripada RUU yang standalone ini. Jadi, saya akan jawab sebentar lagi walaupun YB Kuching dah sebut sedikit tadi. Tapi Ahli Parlimen sekalian, perlulah juga kita ingatkan ya, kita bukan sahaja mahu melahirkan generasi yang tidak merokok ya. Tapi sama pentingnya untuk kita melahirkan generasi yang tidak rasuah, generasi yang tidak sakau duit rakyat, generasi pemfitnah. Kita juga tidak mahu lahirkan generasi yang membuta tuli (wala’) kepada pemimpin. Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya akan menggulung dan menyentuh perkara- perkara yang menyentuh dasar daripada rang undang-undang ini. Penggulungan ini akan saya fokuskan kepada 10 perkara penting iaitu pertama, pengguguran peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG), strategi mewujudkan negara bebas amalan merokok, isu berkaitan peranti merokok, peruntukan orang belum dewasa, kawalan berkait produk rokok elektronik jenis pakai buang, isu berkaitan penguatkuasaan, kos rawatan penyakit berbanding hasil cukai, definisi bahan rokok dan juga produk pengganti tembakau, isu berkaitan rokok tidak sah dan juga pendaftaran produk merokok. Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama iaitu pengguguran peruntukan Generasi Penamat Rokok atau GEG. Saya ingin merujuk kepada soalan daripada 15 orang Ahli Yang Berhormat termasuk Pasir Gudang, Langkawi, Parit Sulong, Kuala Langat, Segamat, Tasek Gelugor, Kuala Nerus, Betong, Temerloh, Tanjong Karang, Putrajaya, Pokok Sena, Kapar, Kuala Selangor dan Beruas berkaitan pengguguran peruntukan Generasi Penamat Rokok di bawah RUU baharu ini. Pengguguran peruntukan GEG daripada rang undang-undang ini merupakan satu keputusan secara kolektif atau kebertanggungjawaban bersama oleh pihak kerajaan. Merujuk kepada pandangan Jabatan Peguam Negara, terdapat isu ketidaksamarataan dan diskriminasi kedudukan undang-undang dalam peruntukan- peruntukan GEG dengan memberi layanan yang berbeza terhadap seorang yang lahir sebelum 1 Januari 2007 berbanding dengan layanan terhadap orang yang lahir selepas 1 Januari 2007.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Oleh yang demikian, konsep GEG yang ingin dilaksanakan ini akan melibatkan layanan yang berbeza terhadap dua kumpulan yang lahir pada tahun yang berbeza, tidak kiralah tahun yang ditetapkan. Oleh itu, pihak Jabatan Peguam Negara mempunyai pandangan bahawa peruntukan ini boleh dicabar di mahkamah kerana bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Walaupun betul ada Ahli Parlimen yang menggubal– maksudnya, walaupun betul Ahli Parlimen yang menggubal undang-undang dan menentukan

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

polisi seperti mana yang disebut oleh Pasir Gudang, namun pendapat dan nasihat Jabatan Peguam Negara haruslah diambil kira dalam penggubalan mana-mana undang-undang yang akan dibentangkan supaya tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang sedia ada terutamanya Perlembagaan Persekutuan seperti mana yang Kuching sebut juga tadi. Justeru itu, mengambil kira pandangan ini, kementerian telah membuat tindakan susulan demi meneruskan pembentangan rang undang-undang ini. Ini kerana ia adalah sangat penting untuk menutup kelompangan undang-undang yang sedia ada untuk memastikan terdapat kawal selia yang komprehensif terhadap kesemua produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape dan ia menjadi keutamaan dan perlu diluluskan segera. Penguatkuasaan yang lebih ketat akan menjamin keberkesanan rang undang-undang ini, insya-Allah, dalam mengurangkan prevalence merokok sebagaimana yang telah dilaporkan di beberapa buah negara seperti Singapura, Australia dan juga New Zealand. Pemantauan dan penilaian bagi RUU ini akan tetap dijalankan secara berterusan dan diperkukuhkan. Walaupun peruntukan GEG tidak dimasukkan dalam rang undang-undang ini, ia tidak bermaksud kementerian memandang ringan masalah merokok di negara ini. Kita sebaliknya akan terus mempergiatkan aktiviti advokasi pencegahan merokok. Saya juga ingin merujuk kepada Yang Berhormat Kuala Nerus yang mengatakan rang undang-undang ini tidak banyak beza apabila kementerian menggugurkan peruntukan GEG dan menggantikan dengan peruntukan Orang Belum Dewasa dan dikatakan rang undang-undang ini lebih longgar. Ingin saya jelaskan, rang undang-undang ini merupakan satu akta baharu yang standalone, dengan izin dan banyak kali juga kita dengar di Dewan yang mulia ini yang membolehkan kawalan itu lebih menyeluruh dapat dibuat. Di bawah rang undang-undang ini terdapat peruntukan-peruntukan tambahan seperti keperluan pendaftaran semua produk merokok, larangan penjualan dan pengiklanan produk merokok tiruan dan peruntukan situasi akut atau kritikal yang tiada dalam peraturan sedia ada. Kedua iaitu strategi untuk mewujudkan negara bebas amalan merokok. YB Tanjong Karang telah bertanya mengenai strategi mewujudkan negara bebas amalan merokok. Kementerian telah merangka dan akan melaksanakan pelan lima tahun memfokuskan aktiviti pendidikan kesihatan melibatkan advokasi dan pencegahan merokok bagi melindungi generasi muda agar mereka kekal tidak merokok. Kementerian juga akan mengukuhkan aktiviti-aktiviti intervensi bagi membantu mereka yang telah merokok untuk berhenti merokok dan pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), badan profesional, guru dan juga ibu bapa turut dilibatkan dalam pelaksanaan ini. Antara aktiviti advokasi dan pencegahan tabiat merokok yang telah dilaksanakan dan akan diteruskan oleh kementerian termasuklah menjalankan aktiviti advokasi melalui program sisipan dan juga kelab-kelab sedia ada di sekolah serta turut melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Memperkasakan juga badan sukarelawan dan kelab sedia ada dalam menjalankan advokasi di institusi pengajian tinggi, memperkasakan badan sukarelawan dan kelab belia dalam menjalankan advokasi di persekitaran awam, melaksanakan inisiatif rumah bebas asap rokok di bawah Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) bagi memastikan persekitaran komuniti tersebut bebas dari asap dan wap produk merokok. Promosi melalui

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

pelbagai media dan aktiviti secara komprehensif secara kepada kumpulan sasar dilaksanakan secara kolaborasi dengan rakan strategik atau agensi dan institusi awam dan swasta, sukarelawan, pertubuhan bukan NGO, pengamal media, ejen dalam komuniti bagi memastikan pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan selari dengan Teras 1 Agenda Nasional Malaysia Sihat. Perkara ketiga iaitu berkaitan isu peranti merokok. Saya ingin merujuk kepada soalan Parit Sulong, YB Langkawi, Putrajaya, Pokok Sena dan juga Machang berkaitan pengguguran peruntukan peranti merokok. Pengguguran tafsiran dan peruntukan peranti merokok dalam RUU ini dilaksanakan memandangkan terdapat kekeliruan berkaitan pertindihan kawalan peranti oleh agensi-agensi lain. Bagi peranti merokok, kawalan yang dicadangkan oleh RUU sebelum pindaan yang terkini iaitu D.R 25/2023 adalah melibatkan pengiklanan yang boleh menjurus kepada penggalakan pembelian dan penggunaan produk merokok. Walau bagaimanapun, sebarang pengiklanan secara tidak langsung, contoh kalau ada peranti A kemudian dinyatakan pula di situ seperti ‘merokok merupakan satu keseronokan’, ini tak boleh. Contoh yang dinyatakan dikawal di bawah fasal 7 RUU ini dan kementerian akan terus memantau jika ada keperluan di masa hadapan untuk tujuan selain daripada ini, mungkin tujuan perubatan atau perkara ini mungkin akan dikaji semula, dimasukkan ke dalam peraturan yang lain. Khusus bagi peranti merokok, contohnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menetapkan standard keselamatan bagi peranti merokok di bawah Perintah Perihal Dagangan iaitu Perakuan dan Penandaan Peranti Rokok Elektronik 2022. Kemudian, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) juga akan mengawal aspek pengilangan peranti, contohnya. Jadi, berkaitan dengan soalan yang diajukan oleh YB Parit Sulong, adakah rokok elektronik jenis pakai buang ditafsirkan sebagai bahan merokok dan bagaimana kawalan pengiklanan dalam talian. Rokok elektronik pakai buang ditafsirkan sebagai bahan merokok, sebagaimana yang dinyatakan dalam fasal 2(1) RUU ini. Tafsiran ini mengambil kira bahan merokok yang terkandung di dalamnya. Oleh kerana itu, pengiklanan produk rokok elektronik jenis pakai buang termasuklah pengiklanan dalam talian adalah dilarang di bawah fasal 7(f). YB Jempol telah bertanyakan, adakah kerajaan akan bercadang untuk membuat larangan berkaitan dengan produk pakai buang. Fasal 10 memperuntukkan larangan penjualan produk tembakau dan sebagainya. Menurut fasal ini tiada seorang pun boleh menjual atau mempamerkan bagi penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan jika penjualan atau pameran bagi jualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, perkara-perkara tentang syarat-syarat penjualan akan ditentukan di bawah peraturan. Pihak kementerian mengambil maklum pandangan YB Jempol berkaitan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan produk pakai buang ini. Kementerian akan bekerjasama dengan agensi lain, Jempol seperti Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menentukan kaedah sesuai untuk pelupusan produk pakai buang

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

tersebut dan pada masa yang sama kementerian akan mengkaji perkara ini dengan teliti dan akan menentukan syarat penjualan di bawah peraturan. YB Sungai Petani ingin supaya kementerian menyatakan dengan jelas tentang perbezaan di antara peranti merokok dengan peranti lain seperti inhaler memandangkan ada Ahli Yang Berhormat mempersoalkan tentang pengguguran peranti merokok di bawah RUU ini. Jadi, peranti merokok merupakan alat yang digunakan untuk memanaskan produk merokok sama ada secara elektronik mahupun secara mekanikal. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, walaupun perkataan atau definisi peranti merokok telah digugurkan, kawalan terhadap pengiklanan yang menjurus kepada pembelian produk merokok, produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau masih dikawal di bawah fasal 7 rang undang-undang ini. Berkaitan dengan peranti lain seperti inhaler, ia merupakan peranti perubatan yang dikawal di bawah Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA). Kemudian, saya masuk ke peruntukan Orang Belum Dewasa (OBD). Saya ingin merujuk kepada soalan daripada Tanjong Karang, YB Tanjong Karang berkaitan peruntukan pemilikan yang tidak dimasukkan dalam RUU ini. Dalam RUU ini, isu berkaitan pemilikan telah diteliti secara mendalam melalui pelbagai platform termasuk sesi taklimat bersama Ahli Parlimen dan juga perbincangan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) bagi menimbang Rang undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 (D.R 29/2022) serta juga Jawatankuasa (JKPK) Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak dan Pembangunan Sosial 2022. Jawatankuasa yang dianggotai oleh bipartisan ini telah bersetuju secara sebulat suara agar peruntukan berkaitan pemilikan digugurkan bagi mengatasi isu pemeriksaan badan atau body searching sekiranya kesalahan ini dilakukan oleh Orang Belum Dewasa (OBD). Soalan daripada YB Sibu, tentang maksud mengunyah produk tembakau di bawah fasal 17 dan mengapakah perlakuan mengunyah turut dikawal. Fasal 17 melarang Orang Belum Dewasa merokok, mengunyah atau menggunakan mengikut apa jua cara apa-apa produk tembakau atau merokok apa-apa produk pengganti tembakau.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Khusus bagi isu mengunyah tembakau di bawah fasal 17(1), mana-mana orang belum dewasa dilarang menggunakan dengan apa cara produk tembakau termasuk penggunaan secara mengunyah. Jadi, yang ini saya rasa apa ini, kalau orang Johor dia panggil macam songel ya, songel. Orang lain ada yang kata sentil, sentil. Macam itulah. Jadi, macam itulah. Jadi, larangan ini dilaksanakan bagi melindungi golongan orang yang belum dewasa daripada bahaya ketagihan nikotin. Jadi, bila dia songel, dia ini, dia kunyah itu, ada keluar, ada nikotin ya di situ. Secara saintifik, apa seseorang itu mengunyah produk tembakau, nikotin akan diserap ke dalam kapilari darah melalui lapisan dinding mulut semasa aktiviti mengunyah produk tembakau. Mengunyah produk ini juga telah terbukti secara saintifik akan memberikan implikasi kepada kesihatan termasuk kanser mulut. Ah, jadi jangan banyak songeh, nanti boleh kena kanser mulut. Ini adalah rujukan daripada Gupta S. Gupta R., Sinha D.N., Mehrotra R. iaitu Relationship between type of smokeless tobacco and risk of cancer: A systematic review ya. Ini ada paper tentang hal ini.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

YB Sibu juga menyatakan tentang apakah perbezaan aktiviti mengunyah produk NRT. Adakah ia akan turut dikawal di bawah rang undang-undang ini. Nicotine Replacement Therapy (NRT) adalah dikawal di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan tidak dikawal di bawah rang undang-undang ini. Kementerian menyediakan perkhidmatan berhenti merokok dengan menawarkan NRT dalam bentuk chewing gum atau bentuk patch dan produk ubatan NRT sememangnya telah digunakan sebagai rawatan berhenti merokok terutamanya dalam kalangan perokok yang mempunyai tahap ketagihan yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu berkaitan penguatkuasaan. Saya juga ingin menjawab soalan YB Jempol, YB Tanjong Karang mengenai kuasa penguatkuasaan yang terlalu besar dan boleh terdedah kepada salah guna kuasa. Di bawah fasal 24(1) RUU, pegawai diberi kuasa iaitu PDK adalah mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri Kesihatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan berkaitan RUU ini. Pegawai diberi kuasa PDK menjalankan tugas mengikut garis panduan penguatkuasaan yang ditetapkan oleh kementerian dan aktiviti penguatkuasaan oleh PDK dipantau dan diselia dari masa ke semasa. Pegawai diberi kuasa juga tertakluk kepada undang-undang lain yang berkuasa, yang berkuat kuasa semasa menjalankan tugas seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ya dan sebarang aduan yang melibatkan aktiviti penguatkuasaan yang melibatkan integriti, PDK akan dijalankan siasatan untuk pengesahan dan tindakan lanjut. Semua PDK yang dilantik juga diberikan kad perakuan kuasa untuk tujuan identifikasi semasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan. Ini bagi mengelakkan penyamaran dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak yang tidak berkaitan. Selain daripada itu, pemakaian kamera badan (body camera) untuk kegunaan penguat kuasa semasa operasi penguatkuasaan perundangan kesihatan awam seperti Akta Makanan 1983 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 telah dilaksanakan sejak tahun 2022. Dengan pemakaian body camera ini juga, imej dan profesionalisme Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Kesihatan dapat dikekalkan. Aktiviti pemeriksaan premis, serbuan dan siasatan merupakan antara aktiviti yang penting dalam tugasan penguatkuasaan. Aktiviti memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi oleh anggota penguatkuasaan dan sangat terdedah kepada pelbagai risiko. Oleh yang demikian, dengan pemakaian body camera ini, anggota penguat kuasa yang berisiko ditohmah dan difitnah juga dengan pelbagai tuduhan mempunyai pembelaan atau bukti balas yang sewajarnya. Imej dan profesional pegawai penguat kuasa di Program Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia di mata awam dapat, insya-Allah, dipertingkatkan. YB Tanjong Karang bertanyakan mengenai apakah pengukuhan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak kementerian akan bekerjasama dengan agensi lain bagi mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan di bawah RUU ini. Agensi berkaitan yang bertanggungjawab adalah seperti Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihak berkuasa tempatan

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

(PBT), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta yang lain juga. Pengukuhan penguatkuasaan ini meliputi kawalan pengimportan, pengilangan, pengedaran, peruncitan dan juga pengiklanan. Tanjong Karang meminta penjelasan berkaitan fasal 35(3) di mana ketua pengarah boleh mengarahkan benda yang disita itu dijual dan hasil jualan itu dipegang oleh pegawai diberi kuasa. Bagaimana status hasil jualan barang yang dirampas yang dipegang oleh pegawai diberi kuasa sekiranya tiada dakwaan diteruskan atau tiada tuntutan dilakukan? Adakah pegawai diberi kuasa boleh terus mengehakmilikkan hasil jualan tersebut? Peruntukan di bawah fasal 35(3) ini memperuntukkan kuasa kepada ketua pengarah untuk menjual atau melupuskan apa-apa barang, dengan izin, perishable nature or subject to speedy and natural decay. Bagi hasil jualan apa-apa yang dinyatakan tadi, hasil jualan itu dipegang oleh pegawai diberi kuasa sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah rang undang-undang ini di atas atau tuntutan di bawah fasal ini. Jika tiada pendakwaan dibuat, maka hasil jualan tersebut akan diuruskan mengikut prosedur kewangan semasa. Soalan daripada YB Wangsa Maju. Yang di-Pertua, boleh— Ada masa lagi?

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Soalan daripada YB Wangsa Maju iaitu bagaimanakah cara kementerian menjalankan penguatkuasaan di sekolah. Kementerian akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan penguatkuasaan di sekolah dapat dilaksanakan. Jadi, sebenarnya ini telah bermula lama Yang Berhormat, sejak daripada tahun 1975 telah ada pekeliling yang berkenaan kerjasama ini. Contohnya, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas ya yang ini Bil.6A/1975 Disiplin Murid-murid Menghisap Rokok, ini SPI Bil.1/1983, Garis Panduan Kempen Anti Merokok di Sekolah-Sekolah juga ada pekeliling, SPI Bil.5/1997, Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok dan SPI Bil.4/1997. Jadi, hukuman ke atas murid menghisap rokok bagi mengawal gejala merokok dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan terutamanya murid sekolah. Selain itu, Kementerian Pendidikan juga telah mengeluarkan Surat Siaran KPM Bil.17 Tahun 2015. Ini larangan penggunaan rokok elektronik (vape) di sekolah sebagai peringatan kepada institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan. Di samping itu, banyak lagi program-program lain bersama Kementerian Pendidikan. Contohnya, Kelab Doktor Muda kita ada, juga Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) juga kita laksanakan sejak 2016. Selain itu, kementerian telah melaksanakan juga beberapa siri taklimat bersama beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru ya. Kos rawatan penyakit berbanding hasil cukai. Sebagaimana— sebagai makluman Yang Berhormat Kuala Langat dan Kapar, YB Kapar, berkenaan pertanyaan berkaitan kos rawatan penyakit berbanding hasil cukai. Yang ini juga saya telah beberapa kali ya menjawab di Dewan yang mulia ini. Tapi, saya ulang sekali lagi. Jumlah kos rawatan bagi penyakit tidak

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

berjangkit (NCD) utama yang juga boleh dikaitkan dengan komplikasi merokok seperti kardiovaskular dan kanser ya, termasuk juga diabetes pada tahun 2017 adalah dianggarkan sebanyak RM9.65 bilion. Ini berdasarkan Laporan The Direct Healthcare Cost of Noncommunicable Diseases in Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2022. Bagi anggaran rawatan untuk merawat tiga penyakit kronik kardiovaskular, kanser dan juga penyakit paru-paru kronik akibat komplikasi merokok adalah RM8.77 bilion menjelang tahun 2030. Ini diunjurkan. Selain daripada itu, kajian oleh ‘Tan Kiu Wai......’ pada tahun 2019 telah melaporkan bahawa tabiat merokok dianggarkan telah menyebabkan kehilangan produktiviti sebanyak 275.3 bilion. Kos-kos rawatan ini adalah jauh lebih tinggi berbanding kutipan cukai rokok yang dianggarkan sekitar dua hingga tiga bilion setahun. Selain daripada itu, Kementerian Kewangan juga menganggarkan hasil kutipan cukai vape kira-kira RM500 juta setahun. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit electronic cigarette or vaping product use-associated lung injury (EVALI) adalah sebanyak RM150,000 bagi setiap pesakit dan dijangka meningkat sehingga RM369 juta setahun pada tahun 2030. Namun, dipercayai jumlah sebenar adalah lebih tinggi sekiranya akta ini tidak diluluskan dan kerajaan bakal menanggung kos rawatan yang lebih tinggi jika tiada kawalan yang dibuat berkaitan rokok elektronik atau vape melalui rang undang-undang ini, maka lebih ramailah yang akan terdedah kepada risiko komplikasi penyakit akibat penggunaan rokok elektronik. Pelbagai bukti saintifik telah menunjukkan bahawa produk merokok merupakan faktor risiko utama kepada komplikasi penyakit NCD dan kos ini akan terus meningkat sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Tasek Gelugor bertanya tentang definisi bahan merokok dan produk mengganti tembakau. Ini sebenarnya dah kalau lihat di dalam rang undang-undang dah dinyatakan tentang definisi tersebut. Saya rasa saya tak perlu membacakannya sebab ada dah dalam ini.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Yang Berhormat yang saya timbulkan itu mengenai pertindanan di antara definisi.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Oh, pertindanan, okey.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Sebab propylene glycol dan satu lagi itu digunakan dalam rokok juga. Jadi rokok masuk kategori mana?

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Baik. Terdapat beberapa kekeliruan yang telah diutarakan berkaitan dengan jenis-jenis produk merokok yang dikawal di bawah rang undang-undang ini. Secara amnya di pasaran terdapat produk berasaskan tembakau dan produk tidak berasaskan tembakau. Produk yang berasaskan tembakau adalah produk merokok yang menggunakan daun tembakau seperti maaf — produk yang berasakan tembakau adalah produk merokok yang menggunakan daun tembakau seperti rokok, cerut, tembakau lerai dan shisha. Jadi, shisha ini adalah tembakau molasses ia panggil. Manakala produk merokok yang tidak berasaskan tembakau boleh didapati dalam bentuk cecair atau bentuk rokok yang menggunakan daun selain daun tembakau.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Oleh hal yang demikian, di bawah RUU ini secara amnya produk merokok terbahagi kepada tiga kumpulan. Ini Yang Berhormat boleh merujuk kepada RUU ini. Jadi semua definisi ini telah dinyatakan di bawah fasal 2(1) dengan jelas. Walau bagaimanapun, pihak kementerian ingin menjelaskan bahawa penggunaan suatu bahan merokok itu hendaklah digunakan dengan suatu barang lain atau peralatan lain. Ini adalah kerana bahan merokok tidak boleh dihisap secara langsung atau secara terus. Oleh hal demikian, ketika perbuatan merokok ia adalah perbuatan merokok produk pengganti tembakau yang di dalamnya boleh terkandung bahan merokok. Itu maksudnya. Bagi isu berkaitan rokok tidak sah bagi menjawab soalan YB Bentong iaitu apakah mekanisme pengawalan rokok tidak sah. Masalah lambakan rokok tidak sah memerlukan kawalan secara holistik termasuklah kawalan penguatkuasaan di sempadan yang lebih ketat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan. Kawalan yang ketat ini akan mengekang kebolehdapatan rokok tidak sah di pasaran Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengadakan perbincangan bersama agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta pihak berkuasa tempatan dalam menyelaras dan memperkukuhkan kawalan produk merokok di pasaran termasuk pemantauan dan penguatkuasaan kawalan rokok tidak sah. Selain daripada itu, peruntukan pendaftaran di bawah RUU ini akan membantu penguatkuasaan dalam mengenal pasti rokok tidak sah. Produk rokok yang didaftarkan di bawah RUU ini juga diwajibkan untuk mematuhi keperluan amaran kesihatan bergambar yang turut membantu dalam mengenal pasti rokok tidak sah. Perkara terakhir pendaftaran produk merokok yang ditanyakan oleh YB Sibu iaitu adakah semua produk tembakau perlu didaftarkan semula di bawah akta baharu ini. Di bawah RUU ini semua produk merokok perlu didaftarkan berdasarkan fasal 3 dan pendaftaran ini termasuklah juga produk tembakau yang telah sedia ada di pasaran. Namun begitu, berdasarkan fasal 54 iaitu peralihan. Pihak industri akan diberi masa selama enam bulan dari tarikh kuat kuasa akta ini untuk mendaftarkan produk mereka. Tuan Yang di-Pertua,...

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri, boleh saya timbulkan sedikit isu mengenai hal itu juga. Dalam perkara 41, saya timbulkan semalam dalam perbahasan saya dalam 41 dikatakan ketua pengarah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran. 54(1), bagi masa enam bulan daripada penguatkuasaan. Bolehkah kita dapat jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa garis panduan pendaftaran akan keluar pada hari akta dikuatkuasakan dan bukan selepas itu. Sebab tak ada faedah — bukan tak ada faedah minta maaf. Sebab akan jadi kesukaran sekiranya akta kuat kuasa hari ini, garis panduan keluar dua bulan lagi. Jadi maksudnya nak daftar macam mana dalam masa dua bulan. Akhirnya tinggal empat bulan sahaja dan bulan terbazir. Sebab itu ini yang saya timbulkan semalam.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Yang Berhormat nanti saya dapatkan penjelasan yang itu. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan — Yang Berhormat nanti saya cuba dapatkan penjelasan yang itu. Kalau tak dapat saya jawab secara bertulis nanti.

Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Ya.

Semalam saya ada timbulkan. Pertamanya, peraturan apa yang akta dibuat ini hanyalah mengubah peraturan kawalan merokok kepada akta. Tapi ia tidak ada banyak penambahan di situ. Cuma saya mencadangkan buat masa akan datang sedia buat perubahan supaya GEG itu, semangat itu mesti diteruskan supaya ada satu generasi yang akhirnya tidak terus merokok. Adakah kerajaan bercadang satu masa kita pinda balik supaya lebih ketat lagi undang-undang ini untuk kita mengawal generasi akan datang daripada terus merokok? Terima kasih.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Saya akan jawab dalam penutup saya ini. Tuan Yang di- Pertua, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan telah memberikan pandangan berkaitan rang undang- undang ini. Saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa perkara yang mendesak adalah untuk memastikan agar kita mempunyai akta dengan izin standalone dan komprehensif untuk mengawal selia produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau terutamanya bagi menangani isu penggunaan rokok elektronik atau vape yang semakin berleluasa. Sebelum saya teruskan penutup, saya jawab Yang Berhormat Tasek Gelugor dulu. Jawapannya boleh. Garis panduan pendaftaran produk akan dikeluarkan serentak dengan tarikh penguatkuasaan RUU ini. Baik, saya teruskan. Undang-undang sedia ada iaitu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 ini di bawah Akta Makanan 1983 tidak mencukupi untuk mengawal produk merokok baharu ini. Selain itu, RUU ini sangat penting untuk diluluskan bagi menutup kelompangan Undang-undang Kawalan Produk Merokok yang ada sekarang. Sebelum saya mengakhiri jawapan kepada Kuala Nerus. Seperti yang saya nyatakan di awal tadi dan beberapa kali juga semangat pada hari ini adalah sebenarnya untuk meluluskan terlebih dahulu rang undang-undang yang sangat komprehensif ini terhadap kawalan produk merokok, bahan-bahan merokok dan juga produk pengganti merokok dan ia perlu dilaksanakan segera. Berkaitan dengan GEG yang mendapat beberapa pandangan dan ada sedikit pertikaian. Kita akan tengok dalam masa selepas daripada penguatkuasaan nanti kita akan terus memantau tentang apakah kesan rang undang-undang ini terhadap penurunan mungkin prevalence merokok dan sebagainya. Insya-Allah, jika ada keperluan pada ketika itu kita boleh bawa kembali tentang isu GEG ini. Jadi bagi mengakhiri ucapan penggulungan saya pada hari ini, kementerian akan terus memberikan komitmen untuk penguatkuasaan akta ini, menguatkuasakan akta ini

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

sebaik sahaja ia diluluskan dan KKM akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan masalah merokok dapat dibendung. Saya juga ingin menyeru kepada semua Ahli Parlimen untuk memberikan sokongan kepada RUU ini demi masa depan anak-anak kita. [Tepuk] Saya yakin anak-anak saya, anak semua Ahli Parlimen dan anak semua Ahli Parlimen anak saya juga insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penggulungan saya pada hari ini bagi soalan- soalan yang tidak sempat saya jawab saya mohon untuk memberikan jawapan yang bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua; dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Terima kasih...

Tuan Pengerusi

Tanjong Karang dulu.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Tanjong Karang dulu, sorry?

Bukan Tanjong Karang. Kuala Langat.

Tuan Pengerusi

Ah, sorry, Kuala Langat.

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Suka saya merujuk kepada Bahagian VI, fasal 17, perkara 24 bertujuan untuk melarang mana-mana orang yang belum dewasa daripada merokok, mengunyah dan menggunakan apa-apa produk tembakau atau produk mengenai tembakau mana-mana orang belum dewasa yang gagal mematuhi fasal ini melakukan satu kesalahan.

Sepertimana yang saya bawa usul 57(2) yang telah ditolak, saya kira dalam RUU ini ya, yang menjadi fokus kita selepas GEG ini digugurkan adalah berkaitan dengan orang belum dewasa. Bagaimana kita hendak mengelakkan generasi belum dewasa ataupun orang dewasa ini, sebaiknya dia tidak akan merokok selepas mereka ini dewasa. Saya ingat itu satu fokus yang penting, yang akhirnya jumlah perokok akan mengurang dan penyakit akibat komplikasi merokok ini juga akan mengurang dan penyakit akibat komplikasi merokok ini juga akan mengurang.

Cuma saya suka merujuk kepada peraturan yang sedia ada, di bawah Akta Makanan 1983 [Akta 281], yang mana sudah ada dalam peruntukan ataupun Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau PPKHT2004 peraturan 13. Dalam peraturan 13 ini dan peraturan- peraturan ini ialah yang diguna pakai sekian lama oleh penguat kuasa-penguat kuasa kita di bawah sana dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Makanan ini. Saya rujuk kepada Perkara 13(1), “Orang-orang belum dewasa yang merokok, mengunyah, membeli atau mempunyai di dalam milikannya apa-apa hasil tembakau sama ada untuk kegunaan sendiri atau tidak melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000”. Makna, di bawah Akta Kawalan Makanan ini ada peraturan dan peraturan ini memperuntukkan dalamnya mempunyai dan memilikinya. Bermakna pemilikan itu juga sudah menjadi kesalahan. Kalau kita melihat kepada fasal 17 ini, kita tidak melihat kerana juga kita sepertimana disebutkan oleh Menteri tadi, pemilikan itu tidak dimasukkan dalam RUU ini. Cuma, saya mencadangkan sebagai mungkin memudahkan lagi apa yang telah diamalkan oleh penguat kuasa-penguat kuasa kita di bawah sana selama ini untuk memasukkan juga pemilikan ini di bawah seksyen 17 ini, dengan memasukkan 17(1), “Tiada seorang pun yang merupakan orang yang belum dewasa boleh merokok, mengunyah, mempunyai dalam milikannya,” dan kemudian atau menggunakan mengikut dan yang seterusnya. Ini kerana saya kira bukan sahaja daripada sudut advokasi, pencegahan, pendidikan tetapi dari sudut tindakan dengan penguatkuasaan. Saya kira mungkin anak-anak kita yang cuba-cuba itu dia tidak akan merokok yang boleh dikenakan tindakan oleh penguat kuasa kita dalam keadaan sewenangnya begitu. Akan tetapi mereka ada bahan-bahan milikannya yang boleh disabitkan dengan kesalahan. Oleh sebab itu, saya merasakan kesungguhan kita untuk orang belum dewasa ini ataupun generasi belum dewasa ini, anak-anak kita ini kita kuatkuasakan dengan pemilikan itu juga menjadi suatu kesalahan. Saya ingat ini yang lebih realistik. Jadi, itu harapan saya. Satu lagi saya ingat sudah secara akademik, tetapi boleh menjadi pengajaran kepada kita. Sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, saya bukan sahaja kecewa dengan RUU GEG ini digugurkan dan saya kira matlamat besar itu untuk meluluskan sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tetapi kaedahnya. Kalau kerajaan menyebutkan sepatutnya kita bentangkan pada hari kedua dalam sidang Dewan ini dan kerajaan, Yang Berhormat Menteri menyebutkan bahawa ditangguhkan disebabkan memberikan laluan kepada urusan mesyuarat yang sudah ada disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Saya kira, saya minta maaf, ini sesuatu yang saya kira tidak jujur kerana saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas pun tertanya-tanya kenapa. Apatah lagi orang luar di sana ataupun yang berkepentingan. Hatta juga doktor-doktor, profesional-profesional kita ini juga bertanya-tanya. Kalau disebutkan tadi oleh Kuching bahawa Deepavali pun saya kira selepas kita tangguhkan itu bekerja untuk bagaimana mentuntaskan lagi RUU ini, saya ingat sudah ada hajat untuk kita gugurkan. Apa salahnya kalau kita di peringkat Ahli Jawatankuasa

Pilihan Khas– ini pun dimaklumkan ataupun secara jelas ada perkara-perkara yang menjadi kepentingan masih lagi di dalam peringkat perbincangan. Saya harapkan ini tidak akan berlaku lagi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Ya Tasek Gelugor.

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Terima kasih Pengerusi. Saya juga menyokong cadangan yang dibawa oleh Kuala Langat tadi. Cuma saya hendak menambah cadangan dua perkara untuk perhatian Yang Berhormat Menteri. Pertama, mengenai Perkara 17 juga. Saya hendak mengusulkan Tan Sri Pengerusi, Perkara 17 dalam akta ini perlu dipinda supaya jelas dan nyata bahawa kita turut mengawal vape dalam pasaran terutama untuk golongan orang belum dewasa. Sekarang ini Perkara 17 ini mengatakan bahawa, “Orang belum dewasa tidak boleh menggunakan produk tembakau dan juga produk pengganti tembakau.” Saya hendak mengusulkan supaya Perkara 17 dipinda sekarang dengan memasukkan bahan merokok. Kalau mengikut definisi yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahan merokok lebih sesuai untuk vape sebagai salah satu daripada perkara itu turut dihalang agar ia dengan jelas memastikan bahawa vape juga adalah bahan yang diregulasi terutama untuk orang belum dewasa. Jadi, saya hendak mencadangkan supaya 17(1) menjadi, “Tiada seorang pun yang merupakan orang belum dewasa,” ditambah dengan apa yang Kuala Langat sebut tadi, “Boleh merokok, mengunyah dan atau menggunakan,” di hujung itu, “Atau merokok apa-apa produk nikotin tembakau atau bahan merokok.” Jadi, for the sake of completeness, I think it should be included. Di waktu yang sama Pengerusi, perkara kedua ialah sekali lagi mengenai perkara 54 tadi. Saya ucap terima kasih atas jaminan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri bahawa garis panduan pendaftaran akan dikeluarkan serentak dengan tarikh kuat kuasa. Ini kerana Perkara 3(1) mengatakan semua produk perlu didaftarkan. Perkara 4(1) mengatakan bahawa Ketua Pengarah akan menentukan cara pendaftaran. Perkara 54(1) menyatakan bahawa masa enam bulan diberikan untuk produk didaftarkan. Jaminan tadi adalah satu perkara yang menggembirakan. Jadi, bagi saya 54(1) seboleh-bolehnya dipinda sesuai dengan semangat yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi yang mana ada dinyatakan dalam ini kalau saya baca panjang ayat di awal itu, “Sebelum permulaan kuat kuasa subseksyen 3(1) dan 14(1) akta ini hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh” dan saya cadang dipinda tarikh penerbitan garis panduan pendaftaran oleh Ketua Pengarah seperti subseksyen 14(1) bukannya seperti yang sedia ada sekarang dari tarikh permulaan akta ini. Again, for the sake of clarity seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dan supaya ada keselarasan. Akhirnya, Tuan Pengerusi sekali lagi saya hendak ulang poin saya semalam. Ini sekali lagi bukan untuk Yang Berhormat Menteri tetapi mungkin untuk Pengerusi. Kita bincang ini banyak Pengerusi. Saya rasa idea-idea pihak kerajaan banyak, pihak pembangkang pun banyak. Kalau dilihat sebenarnya apa yang kita lakukan hari ini seolah-olah semua perbahasan yang kita as if it was merely academic sebab satu perkataan pun setakat ini

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

belum dipersetujui untuk dipinda, baik idea pembangkang, baik idea kerajaan, semuanya ditolak dan yang hendak diluluskan ialah sama juga dokumennya hari ini. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Pengerusi untuk mempertimbangkan kalau kita boleh ubah sikit proses supaya ada masa untuk dipinda, ada masa untuk diteliti cadangan- cadangan. Sekiranya dipinda biarlah masa itu ada panjang sikit mungkin seminggu atau lebih untuk kita benar-benar membahaskan dengan cara yang benar-benar bermanfaat, bukan sahaja untuk kita tetapi untuk rakyat di luar sana. Terima kasih.

Tuan Pengerusi

Baik, Menteri sila.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Terima kasih kepada Kuala Langat yang telah bertanyakan tadi. Sebenarnya berkaitan dengan isu pemilikan, saya dah ada jawapan tadi dalam perbahasan ya. Tetapi kalau hendak dengar balik, kita ulang sedikit ya. Isu ini sebenarnya telah diteliti secara mendalam melalui pelbagai platform termasuk sesi taklimat bersama Ahli Parlimen dan perbincangan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok bagi tahun 2022 dan juga dalam JKPK Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak. Jadi, kita mengambil kira. Yang ini juga bagi tahun 2022. Jadi, ini juga telah kita teliti secara yang mendalam Yang Berhormat dan kita rasakan untuk mengelakkan isu body searching ini ya, jadi kita kira rang undang-undang yang telah dibentangkan tadi adalah satu rang undang-undang yang telah lengkaplah ya.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Kemudian, mengenai dengan bagaimana kita nak memastikan selepas mereka berumur 18 tahun ataupun dewasa mereka tidak merokok, jadi kita ada masa 18 tahun lah untuk mendidik anak-anak kita ini. Saya yakin, kita sebagai orang Islam pun, kita memang macam ketika kita diajarkan contohnya dalam bab solat, umur tujuh tahun bagaimana cara kita mendidik, umur 10 tahun macam mana kita mendidik, umur selepas baligh, macam mana kita mendidik. Jadi saya rasa itu juga – pendekatan seperti itu juga penting. Pendekatan untuk educational enforcement juga penting untuk memastikan anak-anak kita yang tidak merokok ataupun telah kita bentuk untuk tidak merokok di bawah umur 18 tahun ini, selepas berusia lebih 18 tahun, mereka juga akan terus tidak merokok.

[Bangun]

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Kemudian, berkaitan dengan…

Speaker.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Ya.

Pengerusi. Boleh? Isu yang saya bangkitkan saya faham. Soal body searching dan sebagainya, itu pun ada undang-undang yang mengawal. Isu yang saya bangkitkan adalah di dalam peraturan itu, ada peraturan- peraturan yang berkaitan dengan milikan yang diamalkan oleh penguat kuasa dalam menjalankan tugas mereka di peringkat bawah sana. Mungkin baiknya kalau ada penyelarasan di peringkat undang-undang yang akan kita luluskan ini, pemilikan atau saya tahu, mungkin selepas ini akan digugurkan milikan di bawah

Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau itu. Akan tetapi saya harapkan kalau ia tidak digugurkan, memudahkan penyelarasan daripada sudut undang-undang kita dan juga peraturan dan penguatkuasaan yang berlaku akan dilakukan oleh penguat kuasa-penguat kuasa kita di bawah sana. Itu maksud saya.

Tuan Pengerusi

Baik.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Keperluan-keperluan lain mungkin kita boleh tengok nanti dalam peraturan lah sebab itu di bawah kuasa Menteri. Kemudian, saya memang sangat berterima kasih lah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang di bawah Datuk Seri Dr. Dzulkefly, Kuala Selangor yang telah memberikan komitmen yang tinggi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap rang undang-undang ini apabila kita telah menyerahkan kepada JKPK, dalam sesi yang lepas kita memberi kepada JKPK untuk melihat kembali tentang rang undang-undang tersebut, ya. Tapi, saya juga yakin bahawa pada kali ini, rang undang-undang yang kita telah bahaskan dan telah kita luluskan tadi di peringkat dasar, saya rasa insya-Allah adalah satu rang undang-undang – saya teruskan lagi, adalah satu rang undang-undang yang standalone dan merangkumi keseluruhan daripada apa yang kita – semua dalam Dewan ini merasakan perlu dikawal terutamanya vapes yang semakin berleluasa ataupun rokok elektronik. Jadi saya rasa, saya mungkin merakamkan lah dalam Dewan ini ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah juga kepada JKPK yang telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang berbelas-belas sesi ya untuk melihat rang undang-undang tersebut. Kemudian, jawapan kepada Bukit Gelugor, saya juga merasakan perkara yang sama...

Datuk Wan Saiful bin Wan JanBERSATU · PNTasek Gelugor

Tasek Gelugor.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHSekijang

Sorry, Tasek Gelugor. Maaf, selalu terlupa. Tasek Gelugor, sebenarnya again saya reemphasize, saya reiterate lagi bahawa rang undang-undang ini perlu kita luluskan pada hari ini juga dan saya mohon supaya kita menerimanya dengan baik dan segala perkara-perkara yang kita boleh lihat dalam sudut peraturan, itu ada masa lagi untuk kita menambah baik rang undang-undang ini. Jadi itu jawapan daripada saya, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. [Fasal-fasal 1 hingga 54 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Puan Saraswathy a/p Kandasami) dan diluluskan] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat]

Rang Undang-Undang Makanan — (PINDAAN) 2023 Bacaan Kali Yang Kedua dan KetigaBill

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan rang undang-undang bernama akta untuk meminda Akta Makanan 1983 [Akta 281]. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Tuan Yang di-Pertua, kawalan terhadap produk tembakau telah dikuatkuasakan di bawah seksyen 36, Akta Makanan 1983 [Akta 281] iaitu pemakaian bagi tembakau dan sebagainya. Seksyen 36 akta ini telah memperuntukkan kuasa untuk Menteri Kesihatan membuat peraturan-peraturan berkaitan kawal selia penggunaan tembakau dan hasil tembakau. Melalui kuasa Menteri yang diperuntukkan di bawah seksyen 36 Akta 281, suatu Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 [P.U.(A) 324/2004] telah digubal dan dikuatkuasakan pada 24 September 2004. Susulan kelulusan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan ini, pindaan perlu dibuat ke atas Akta Makanan 1983 [Akta 281] untuk memastikan tiada percanggahan dan pertindihan peruntukan antara kedua-dua perundangan ini. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, Rang Undang-undang Makanan (Pindaan) 2023 merangkumi empat fasal seperti berikut. Pertama, fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 281 dengan memotong takrif “tembakau” dan “hasil tembakau”. Fasal 3 bertujuan untuk memotong seksyen 36 Akta 281 untuk memotong peruntukan yang berhubung dengan tembakau dan hasil tembakau. Pemotongan ini berbangkit daripada penggubalan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Peruntukan berhubungan dengan tembakau dan produk tembakau akan diperuntukkan dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dicadangkan. Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kecualian. Tuan Yang di-Pertua, pindaan bagi fasal 1 adalah bagi memaklumkan mengenai tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa rang undang-undang ini, susulan pindaan yang dibuat. Bagi fasal 2, pindaan dibuat pada seksyen 2 dengan pemotongan takrif “tembakau” dan “hasil tembakau”. Ini kerana, kedua-dua takrif ini telah dimasukkan dalam Rang Undang- undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang telah diluluskan dalam Dewan ini. Bagi fasal 3 pula, pindaan dibuat dengan memotong seksyen 36 untuk memotong peruntukan yang berhubung dengan tembakau dan hasil tembakau. Ini kerana perkara-

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

perkara berkaitan kawalan tembakau dan hasil tembakau telah dimasukkan dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Fasal 4 pula bertujuan mengadakan peruntukan kecualian di mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta 281 iaitu [P.U. (A) 324/2004] akan terus berkuat kuasa dan apa-apa pendaftaran atau tindakan yang telah dibuat termasuk notis arahan atau kelulusan yang diberikan berhubung dengan hasil tembakau di bawah seksyen 36 Akta 281 hendak lah dikawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada sesiapa yang menyokong?

Puan Saraswathy a/p KandasamiTimbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Makanan 1983 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Hanya dua pembahas iaitu Yang Berhormat ‘Bayan Lepas’ dan Yang Berhormat Kuala Kedah. Jadi saya jemput Yang Berhormat ‘Bayan Lepas’.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Bayan Baru Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya bangkitkan untuk berbahas dalam Rang Undang- undang Pindaan Akta Makanan 1983. Saya tahu bahawa tujuan pindaan ini adalah consequential bill untuk apa ni memotong produk merokok, kawalan produk merokok dan sebagainya untuk dimasukkan kepada Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Saya memang menyokong ya. Tetapi, saya ingin mengambil kesempatan apa ni rang undang-undang ini untuk membangkitkan beberapa isu dasar tentang Akta Makanan kerana kita tahu bukan selalu ada peluang untuk berbahas tentang akan Akta Makanan. Saya ingin memberi sedikit cadangan kepada kementerian supaya kita mempertingkatkan isu makanan kita. Kita tahu bahawa Akta Makanan ini diwujudkan untuk mengawal keselamatan makanan. Food safety di sepanjang rantaian makanan daripada ladang sehingga ke meja makan. Ini adalah satu rantaian yang sangat besar dan dia memang sangat penting untuk kesihatan rakyat seluruh Malaysia. 32 juta rakyat Malaysia memang bergantung kepada akta ini untuk mengawal keselamatan makanan mereka. Ya, food safety. Jadi, sepanjang akta ini diwujudkan, saya difahamkan bahawa KKM memang, pegawai-pegawai KKM memang menjalankan tugas dengan baik ya. Jadi, ini adalah sesuatu yang saya memuji KKM tentang ini. Walau bagaimanapun kita pun tahu bahawa selalunya kita dengar berita-berita daripada luar negara bahawa eksport makanan kita ke luar negara dapat detect tentang isu karsinogenik.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Contohnya dua jenis instant noodle ya telah ditahan di Taiwan oleh Jabatan Kesihatan mereka kerana mendapati bahawa instant noodle itu mempunyai elemen carcinogenic substances seperti ethylene oxide. Kita pun selalu dari semasa ke semasa mendengar bahawa bahan produk pertanian kita contohnya vegetables, kita punya sayur- sayuran, buah-buahan ditahan di Singapura. Dipulangkan balik kerana ada melebihi MRL. Kita pun tahu bahawa tahun lepas, ada Authorities Singapore (SFA) juga recalled telur-telur kita kerana ada dapat detect salmonella virus dan sebagainya. Saya tahu bahawa autoriti-autoriti di negara luar memang strict dan mereka ada standard yang sangat tinggi. Selalunya di luar negara dapat detect tetapi macam mana dengan negara kita? Adakah check dan juga inspection dilakukan secara berkala dan memastikan bahawa produk-produk ini memang selamat untuk dimakan oleh rakyat Malaysia? Sekarang kita ini time makan tengah hari. Kita setiap rakyat di sini termasuk Ahli Parlimen makan tiga kali sehari dan makanan itu memang harus selamat untuk dimakan oleh rakyat Malaysia. Jadi, untuk negara kita, saya rasa harus ada satu wawasan di mana kita boleh menjadi food processing country kerana negara Malaysia mempunyai potential yang besar for a big food processing industry. Kita lihat negara Thailand mempunyai food industry yang sangat kompetitif dan globally competitive dan Malaysia mempunyai potensi tersebut. Jadi, adalah harus bahawa Kementerian Kesihatan menjalankan tugas dengan baik untuk inspect our untuk membuat siasatan dan regular checks terhadap produk pertanian kita. Saya ingin memberi sedikit contoh. Untuk sayur-sayuran daripada negara kita, dia apabila di ladang, mereka produce. Lepas itu, mereka straight kepada supplier dan supplier sampai ke restoran dan sebagainya. Kementerian Kesihatan tidak mempunyai tempat one stop center untuk check mereka dan kita hanya ada satu lab di Pasar Borong, Selayang. Pasar Borong Kuala Lumpur, yang di Selayang yang mempunyai street of the art, betul. Ada yang bagus. Tetapi, saya nak bagi tahu bahawa sebenarnya ramai petani berkata bahawa selalunya mereka dapat saman dua minggu selepas inspection, okey. Apabila sayur-sayuran itu telah masuk ke pasar, telah dijual dan telah dimakan, lepas itu barulah supplier itu dapat saman daripada KKM kata melebihi pesticide dan sebagainya. Jadi, ini menunjukkan satu kelemahan di dalam rantaian keselamatan makanan kita, di mana kita tidak mempunyai rapid testing yang bagus. Saya nak beri contoh kepada KKM kalau boleh, ziarah ke Taiwan. Pasar borong mereka mempunyai satu lab yang sangat-sangat maju, di mana dalam 10 minit sahaja mereka boleh test lebih kurang 80 lebih substances. Adakah dia telah melebihi MRL dan sebagainya. Within 10 minutes. Jadi, apabila ada 10 minutes you boleh check, you boleh immediately tahan sayur-sayuran atau buah-buahan daripada masuk ke pasaran dan terus memberi saman dan produk itu ditahan dan dikeluarkan daripada pasaran dan menjaga keselamatan makanan seluruh rakyat kita. Jadi, kalau boleh kita harus tingkatkan kapasiti tersebut. Mulakan di Pasar Borong Selayang dan lepas itu di pasar-pasar dan kalau boleh, Kementerian Kesihatan, pegawai-

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

pegawai harus turun kepada ladang-ladang. Semangnya ada berjadual tetapi laporan itu terlalu lambat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Tuan Sim Tze TzinPKR · PHBayan Baru

Sudah masuk kepada pasaran. Akhir sekali, saya ingin cadangkan kepada KKM, adakan satu sistem traceability, di mana semua traceability daripada ladang sampai ke meja makan boleh menggunakan sistem traceability yang canggih. It can be done. For every stop, kita boleh track siapa yang handle makanan tersebut. Siapa petani? Siapa yang check makanan? Di pasar borong mana dan sebagainya. Traceability itu penting dan labelling. Labelling itu penting juga kerana kita tahu bahawa makanan ini selalunya kita ada banyak makanan label-label. Kita pun tak faham sebab dia terlalu kompleks. Gula dan sebagainya. Too complex for scientist, orang boleh faham tetapi on layman, orang tak faham. Jadi, adalah perlu kita reform the labelling of all food product processing di market- market, okey. Bagaimana dia boleh memberi maklumat yang we called it layman boleh fahamlah. Untuk bukan saintis yang hanya saintis atau profesional boleh faham, kepada rakyat supaya kita boleh beli makanan yang baik. Itu sahaja. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Kuala Kedah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi laluan untuk turut sama membahaskan RUU Akta Makanan (Pindaan) 2023 yang terbit dari akta ibu, Akta Makanan 1983, Akta 281. Kuala Kedah percaya bahawa pindaan pada akta ini dibuat berdasarkan rentetan pengenalan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 yang dibahaskan oleh Ahli Yang Berhormat dalam sesi sebelum ini dan di dalam Dewan yang mulia ini. Oleh itu, pindaan dalam peruntukan tertentu sebagai mana yang telah dinyatakan di dalam huraian Bilangan 2 fasal 1 adalah munasabah dan bertepatan dengan semasa untuk dipinda. Tuan Yang di-Pertua, RUU mengenai pindaan Akta Ibu, Akta 281 mencadangkan pemotongan takrif tembakau dan hasil tembakau di dalam seksyen 2 akta berkenaan. Selepas pembentangan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, didapati bahawa takrifan tembakau telah dimasukkan ke dalam RUU tersebut. Walau bagaimanapun takrifan hasil tembakau tidak tertera di dalam RUU berkenaan. Dalam hal ini, Kuala Kedah ingin mendapat penjelasan dari pihak kementerian, apakah terdapat keluasan maksud pada istilah hasil tembakau pada mana-mana klausa atau perundangan lain supaya pemotongan istilah berkenaan benar-benar mencapai maksud yang dikehendaki?

Selain itu apakah terdapat kajian saintifik bagi menangani masalah yang berpunca dari jenis-jenis hasil tembakau yang terkini dalam negara. Ini kerana terdapat penemuan produk alternatif bebas asap rokok seperti pengenalan sistem tembakau yang dipanaskan. Tobacco heating sytem (THS) yang cuba menjustifikasi penggunaan risiko bagi perokok yang kesan negatifnya adalah sama seperti perokok lain. Terkini terdapat pula inovasi terbaru peranti yang dikenali sebagai IQOS ILUMA menggunakan Smartcore Induction System dan Terea Smart Stick System. Memang tidak dinafikan bahawa isu mengenai hasil tembakau ini menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat dan semalam didapati bahawa majoriti Ahli-ahli Yang Berhormat membahaskan RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam dan Kuala Kedah pada ketika ini juga berpendirian supaya pihak kerajaan hendaklah istiqamah merealisasikan Generasi Penamat Rokok (GEG) demi memelihara kelangsungan generasi yang sihat pada masa hadapan. Dalam hal ini, Kuala Kedah ingin mengetahui apakah pihak kementerian telah menyediakan inisiatif-inisiatif khusus atau program pemulihan seperti kaunseling dan sebagainya bagi mereka yang menghadapi ketagihan melampau selepas penguatkuasaan perundangan berkaitan dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada tajuk fasal 3 RUU ini mengesyorkan akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 36. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Menteri telah mengadakan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (P.U.(A) 324/2004) berdasarkan akta ibu 1983 seksyen 36. Peraturan berkenaan juga mengalami pindaan untuk kali kedua yang dikenali Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009. Seksyen berkenaan merujuk kepada kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan yang ada kaitan dengan pengawalseliaan, pelabelan, tatacara, pengambilan sampel hasil tembakau untuk dianalisis, premis larangan merokok, penjualan hasil tembakau dan peraturan-peraturan lain yang difikirkan manfaat oleh Menteri. Sehubungan dengan itu, Kuala Kedah ingin mendapatkan penjelasan tuntas dari Yang Berhormat Menteri apakah mekanisme pihak kementerian untuk menentukan peraturan-peraturan tertentu bagi mengadakan sesuatu peraturan berkaitan supaya peraturan-peraturan berkenaan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sejauh manakah libat urus pemegang taruh telah diusahakan bagi memastikan sesuatu peraturan itu relevan. Kuala Kedah juga ingin mendapatkan maklumat berkaitan keberkesanan dan sejauh manakah pelaksanaan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) dengan izin, dalam menangani atau mengawal hasil tembakau selaras dengan Dasar Kesihatan Awam. Tuan Yang di-Pertua, pada bahagian akhir dalam siri perbahasan kali ini, Kuala Kedah ingin menarik perhatian tentang pindaan mengadakan seksyen kecualian seperti tertera dalam fasal 4. Dalam fasal 4(1) dan (2) menekankan hal kuat kuasa seksyen berkaitan hasil tembakau serta permulaan kuat kuasa Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kuala Kedah ingin mendapatkan penjelasan tentang pelaksanaan strategi perundangan dan penguatkuasaan kawalan tembakau seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Kebangsaan bagi Kawalan Tembakau dan Produk Merokok 2021-2030. Berapakah jumlah kes yang telah didakwa mengikut pecahan jantina dan umur serta apakah berlaku pengurangan jumlah mereka yang mengambil produk hasil tembakau selepas penguatkuasaan perundangan berkenaan? Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Dalam masa lima minit.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya berterima kasih atas perbahasan yang diberikan oleh dua Ahli Parlimen dari Bayan Baru dan juga Kuala Kedah. Jadi, tentang cadangan-cadangan yang diberikan oleh Bayan Baru, saya ambil maklum. Memang betul maksudnya Kementerian kesihatan Malaysia juga melihat dari sudut keselamatan makanan dan beberapa perkara seperti yang disebutkan. Kita juga memang melakukan inspection ataupun apa dalam bahasa Malaysia, pemeriksaan secara yang berkala seperti yang kita tahu contohnya kita ada pasar Ramadan contohnya. Dalam pasar Ramadan menjelang Ramadan, memang kita selalu melakukan inspection ini. Kita memastikan penjual-penjual mengambil injection typhoid contohnya. Kita juga dalam projek-projek contohnya projek-projek yang dilakukan oleh kementerian for example ada projek IPR, contohnya menjual makanan juga perlu memastikan mendapat kelulusan daripada Bahagian Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, insya-Allah cadangan-cadangan yang diberikan oleh Bayan baru kita ambil keutamaan dan kita lihat di mana kita boleh memperluas dan memperbaiki usaha-usaha itu. Cumanya kadang-kadang kita juga perlu menambah—kalau menambah usaha itu kadang- kadang kita kena juga menambah dari sudut perjawatan dan sebagainya. Saya juga berterima kasih kepada Kuala Kedah. Soalan daripada Kuala Kedah tentang hasil tembakau itu sebenarnya ditakrifkan sebagai produk tembakau dalam RUU baru ini. Ini ada dalam fasal 2 tentang tafsiran. Manakala produk merokok baru yang menggunakan peranti, sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Kuala Kedah tadi telah pun juga kita masukkan dalam rang undang-undang ini yang telah diluluskan. Perkara yang disebut tentang keberkesanan. Untuk kita melihat kepada keberkesanan apa sahaja peraturan, sebenarnya kita perlu melakukan pemantauan yang berterusan. Juga kita melihat kepada statistik-statistik. Jadi statistik ini, angka-angka statistik ini sebenarnya dalam Kementerian Kesihatan Malaysia ini banyak. Mungkin saya boleh bagi contohlah. Contohnya statistik yang kita ada penguatkuasaan dan tindakan susulan, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bagi orang yang belum dewasa contohnya yang berumur di bawah 18 tahun bagi tahun 2019 hingga 2023 Oktober. Kalau kita lihat kalau contohlah penguatkuasaan yang kita lakukan, melihat keberkesanan penguatkuasaan. Pada tahun 2019 contohnya, kita ada bilangan notis kesalahan tahun semasa sebanyak 4,923 bilangan notis kesalahan yang telah kita keluarkan.

Dr. Zaliha binti MustafaPKR · PHMenteri Kesihatan · Sekijang

Tetapi ia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Terakhir pada Oktober 2023 meningkat kepada 5,792 notis. Daripada notis ini kita ada juga melihat berapa bilangan kompaunnya, berapa kes yang didakwa, kemudian daripada kes yang didakwa itu berapa pula yang mengaku kepada salah terhadap kesalahan tersebut, hasil daripada nilai denda dan sebagainya. Statistik sebenarnya menunjukkan hasil keberkesanan daripada apa sahaja rang undang-undang ataupun penguatkuasaan yang kita laksanakan. Saya mengambil maklum tentang apa yang telah dibawa oleh kedua-dua Bayan Baru dan juga Kuala Kedah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih. Yang di-Pertua sebelum saya mengakhiri penggulungan saya ini, saya sebenarnya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada semua Menteri-menteri Kesihatan yang terdahulu. Kalau saya boleh namakan, Tan Sri Dr. S. Subramaniam, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Dato’ Sri Adham Baba dan juga Tuan Khairy Jamaluddin di atas usaha-usaha yang telah dicurahkan sebelum ini dalam usaha menangani masalah merokok di Malaysia amnya dan khususnya dalam usaha membangunkan rang undang-undang yang telah kita luluskan sebentar tadi. Dengan itu, saya mengakhiri penggulungan saya buat kali kedua. Terima kasih Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. [Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Puan Saraswathy a/p Kandasami) dan diluluskan]

Usul Menteri Ekonomi — Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji ProgresifMotion

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, dengan penuh takzim saya bersyukur ada peluang untuk mengemukakan usul kepada Dewan seperti yang berikut: “Bahawa Dewan ini memahami akan perlunya satu dasar untuk mereformasi pasaran kerja melalui Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif agar golongan pekerja mendapat gaji yang lebih tinggi seiring dengan peningkatan produktiviti. Bahawa Dewan ini mendukung aspirasi kerajaan untuk menstruktur ekonomi ke arah Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dengan memperkenalkan dasar gaji yang dijangka berupaya mengurangkan ketidaksamarataan pendapatan, meningkatkan produktiviti pekerja dan daya saing syarikat. Bahawa Dewan ini menyokong usaha pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang akan dimulakan dengan projek rintis bagi menentukan keberkesanan dan ketersediaan sebelum pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dibuat secara menyeluruh. Bahawa Dewan ini menyeru semua pihak berkepentingan untuk bersama- sama memikul tanggungjawab dalam menjayakan usaha ini sejajar dengan pendekatan kolektif dengan semua pihak termasuk kerajaan, majikan dan pekerja. Bahawa Dewan ini meluluskan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif supaya menjadi hala tuju reformasi pasaran kerja negara seperti yang dinyatakan dalam Kertas Perintah CMD. 69 tahun 2023 iaitu Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini Khamis, 30 November 2023”. Dengan izin Puan Yang di-Pertua, saya membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Seperti yang kita sedia maklum, negara sedang berhadapan dengan cabaran ekonomi global yang tidak menentu, di mana Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF mengunjurkan prospek pertumbuhan ekonomi dunia berkembang perlahan sebanyak tiga peratus sahaja pada tahun 2023 dan dijangka akan lebih rendah pada tahun 2024 iaitu 2.9 peratus. Perdagangan dunia pula diunjurkan berkembang sebanyak 0.9 peratus pada tahun 2023, namun dijangka akan kembali pulih kepada 3.1 peratus pada tahun 2024. Malaysia turut mengalami cabaran struktur ekonomi domestik termasuk kesenjangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal yang terhad, peralihan struktur ekonomi yang perlahan dan terperangkap di tahap pendapatan pertengahan dengan izin, middle-income trap. Selain itu, struktur ekonomi negara turut dibelenggu dengan masalah pasaran buruh. Antara isu pasaran buruh adalah produktiviti dan gaji pekerja yang rendah, ketidakpadanan kemahiran dengan izin, skills mismatch, kebolehpasaran graduan dan kebergantungan kepada pekerja asing. Cabaran ini perlu diatasi segera dalam usaha mencapai sebuah

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

negara berpendapatan tinggi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat selaras dengan aspirasi Ekonomi Madani. Kerajaan komited untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai seperti yang disasarkan dan optimis langkah-langkah yang diambil akan mengimbangi kesan kelembapan ekonomi global. Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12, ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara lima peratus hingga 5.5 peratus mengambil kira cabaran global dan domestik. Puan Yang di-Pertua dan ahli Dewan, selaras dengan agenda untuk menstrukturkan semula ekonomi, kerajaan telah mengetengahkan 17 anjakan besar seperti yang digariskan di dalam Kajian Separuh Penggal dengan menumpukan usaha ke arah pembangunan industri-industri dengan pertumbuhan dan nilai yang tinggi atau high growth high value (HGHV) serta memberi fokus kepada ketersediaan bakat masa hadapan. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 telah diperkenalkan untuk memacu pertumbuhan baharu negara dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi. Selain daripada itu, kerajaan juga merancang untuk membangunkan zon ekonomi khas di antara Singapura dan Malaysia yang juga bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Kertas putih yang dibentangkan ini bertujuan untuk menerangkan tentang isu gaji di Malaysia dan pengenalan kepada Dasar Gaji Progresif sebagai sebahagian daripada usaha- usaha kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah struktur pasaran buruh melalui reformasi gaji. Dokumen ini mengandungi enam bab yang mengandungi latar belakang dasar gaji, isu dan cabaran serta reformasi gaji yang telah pun dilaksanakan di Malaysia dan sedang berjalan. Selain dari itu, ia juga merangkumi cadangan model gaji progresif, strategi pelaksanaan, jangkaan impak dan struktur tadbir urus dan juga garis masa pelaksanaan model gaji progresif ini. Kertas putih ini telah disediakan dengan mengambil kira input berdasarkan sesi-sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan merangkumi pelbagai kementerian dan agensi, persatuan majikan dan juga kesatuan sekerja. Kebanyakan pihak memberi maklum balas positif setakat ini terhadap cadangan model dasar gaji progresif ini bagi meningkatkan gaji pekerja. Dewan yang mulia, masalah gaji rendah merupakan isu utama yang dihadapi oleh pekerja di negara kita. Berdasarkan laporan statistik upah pekerja untuk sektor formal suku pertama tahun 2023, 73.3 peratus daripada 6.5 juta pekerja formal menerima gaji kurang daripada RM5,000 sebulan. Hampir 56 peratus pekerja menerima upah di bawah gaji kehidupan wajar yang disyorkan oleh Bank Negara Malaysia pada paras RM3,047 sebulan. Manakala 47 peratus menerima gaji di bawah pendapatan garis kemiskinan iaitu RM2,589 sebulan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan tahun 2022.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Di samping itu lebih daripada 10 peratus pekerja formal di negara ini menerima gaji di bawah kadar gaji minima iaitu di bawah RM1,500 sebulan. Laporan gaji dan upah bagi

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

tahun 2022 pula menunjukkan trend pertumbuhan gaji keseluruhan pekerja di Malaysia yang kurang memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan purata penengah bulanan dari tahun 2021 ke tahun 2022 hanya mencatatkan peningkatan 4.1 peratus. Berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2022, gaji penengah graduan yang baru memasuki pasaran kerja telah berkurang daripada RM2,066 sebulan pada tahun 2019 kepada RM1,624 sahaja sebulan pada tahun 2022. Berdasarkan Laporan Bank Dunia, kadar pertumbuhan gaji pekerja dengan kelulusan pendidikan tertiary di Malaysia dalam kumpulan berumur 20 hingga 29 tahun menunjukkan pertumbuhan yang perlahan berbanding dengan kategori umur 30 tahun ke atas. Maksudnya lebih muda lebih susah. Kadar pertumbuhan gaji bagi pekerja dalam kategori 20 hingga 29 tahun juga tidak jauh berbeza sama ada mempunyai kelulusan tertiary ataupun tidak. Pertumbuhan gaji yang perlahan ini memberi isyarat bahawa kelulusan pendidikan pada peringkat tertiary tidak lagi menjamin gaji yang lebih tinggi dengan izin, it is no longer brings which premium in the current situation daripada mereka yang memiliki pendidikan pada peringkat rendah dan menengah. Tuan Yang di-Pertua, gaji yang rendah telah memberi kesan serius terhadap kehidupan pekerja di negara ini dengan sebahagian besar gaji digunakan untuk menampung perbelanjaan asas dan tidak berpeluang untuk membuat sebarang simpanan. Bank Dunia melaporkan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar simpanan isi rumah yang paling rendah di dunia. Hampir separuh daripada jumlah pekerja di negara ini tidak mempunyai daya tahan kewangan terutamanya pekerja-pekerja di kalangan belia. Sehingga bulan Mac 2023, sebanyak 70.5 peratus daripada 7.2 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terdiri daripada pekerja sektor formal yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun tidak mencapai nilai ambang simpanan asas KWSP iaitu sebanyak RM240,000. Selain itu, simpanan penengah bagi ahli-ahli KWSP adalah sebanyak RM890 sahaja. Gaji yang rendah menyebabkan kesenjangan antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah. Pekali Gini yang digunakan untuk mengukur kesenjangan pendapatan kekal berada pada tahap sekitar 0.4 dan itu tidak berubah untuk beberapa tahun yang lepas yang menunjukkan jurangnya itu masih besar menandakan kesukaran bagi rakyat untuk mencapai tahap mobiliti sosial yang lebih baik. Kesannya tidak hanya terbatas kepada aspek ekonomi tetapi juga mendatangkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini memerlukan tindakan segera dan tindakan yang terarah untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Ahli-ahli Dewan yang saya hormati, dalam menangani isu gaji, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah proaktif termasuk penguatkuasaan perundangan yang berkaitan dengan gaji dan upah. Contohnya pengenalan Perintah Gaji Minimum sejak tahun 2012 telah berjaya meningkatkan gaji pekerja dalam kategori terendah dan memastikan golongan pekerja dapat menampung keperluan asas diri dan keluarga. Kerajaan juga telah menggalakkan industri untuk menerima pakai satu sistem upah yang diberi nama sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti ataupun dengan izin, productivity-linked wage system (PLWS) bagi menambah baik hubung kait di antara upah

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

dan produktiviti pekerja. Hubung kait yang rapat antara upah dan produktiviti memberi insentif kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti yang seterusnya sepatutnya meningkatkan upah yang diterima. Pun begitu, kejayaan usaha kerajaan bagi menangani isu gaji sehingga kini saya perlu akui sebenarnya masih terhad. Dasar sedia ada iaitu penetapan gaji minimum dan sistem sukarela tanpa campur tangan kerajaan seperti PLWS belum lagi berjaya meningkatkan tahap gaji pekerja sepenuhnya, malah menyebabkan ada beberapa kesan sampingan negatif kepada sebahagian kategori pekerja. Contohnya, penetapan gaji minimum walaupun telah berjaya menaikkan lantai gaji permulaan, namun ia juga telah menyebabkan satu fenomena yang dipanggil dengan izin, wage compression ataupun herotan gaji kepada kumpulan-kumpulan tertentu di dalam kalangan pekerja. Ini membawa maksud, gaji pekerja— sementara gaji pekerja tidak berkemahiran telah pun naik mengikut kadar gaji minima tetapi gaji pekerja-pekerja berkemahiran dan separuh berkemahiran terutamanya lagi bagi golongan-golongan muda dan pertengahan umur, sebenarnya telah menjadi semakin rendah ataupun tidak meningkat. Walaupun PLWS telah dilaksanakan lebih sedekad, ia kurang berkesan untuk menaikkan gaji pekerja bila kita lihat kepada statistik upah pekerja. Sehingga November 2023, sebanyak 97,799 majikan ataupun 7.9 peratus majikan telah melaksanakan PLWS melibatkan 5.96 juta orang pekerja. Penyertaan yang dikira rendah ini adalah disebabkan salah satu puncanya PLWS dilaksanakan secara sukarela tanpa sebarang campur tangan atau insentif daripada kerajaan. Puan Yang di-Pertua, oleh itu Dasar Gaji Progresif diperkenalkan untuk mereformasi struktur gaji pekerja Malaysia dan sebagai pelengkap kepada dasar-dasar gaji sedia ada iaitu Dasar Gaji Minimum dan juga PLWS. Model Dasar Gaji Progresif yang akan diperkenalkan ini melibatkan peningkatan gaji secara berkala seiring dengan peningkatan produktiviti pekerja. Dasar ini akan memberi manfaat bukan sahaja menerusi peningkatan kemahiran pekerja, malahan majikan juga akan memperoleh faedah melalui peningkatan produktiviti, kesetiaan pekerja dan daya saing syarikat. Hasrat utama kerajaan ialah untuk mewujudkan satu pasaran bakat yang lebih rancak iaitu memastikan majikan menawarkan gaji berdasarkan penetapan gaji progresif mengikut sektor masing-masing untuk menarik minat bakat yang diperlukan dalam perniagaan mereka. Selain itu, majikan akan dinilai dan diberikan penarafan untuk membolehkan syarikat bersaing di antara satu sama lain bagi mewujudkan budaya penetapan gaji yang lebih baik, lebih kompetitif dan berjaya menarik bakat yang berkualiti. Dasar Gaji Progresif akan mempunyai tiga ciri asas iaitu pertama, pelaksanaannya adalah secara sukarela dengan izin, voluntary opt-in. Keduanya, ia akan berteraskan insentif melalui peruntukan yang disuntik oleh kerajaan dan ketiganya bagi pihak pekerja, ia datang dengan tanggungjawab yang terkait dengan produktiviti.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Pertama, perlaksanaan Dasar Gaji Progresif seperti yang saya sebut tadi adalah bersifat sukarela tanpa undang-undang baharu. Sebab itu kita bentang kertas putih untuk

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

memastikan ketersediaan dan kemampuan majikan untuk menerima pakai model gaji progresif. Ini akan memberi ruang yang mencukupi kepada syarikat-syarikat untuk bersiap sedia dan melakukan penyesuaian tanpa tekanan kos yang terlalu besar. Terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana atau PMKS yang membentuk 97 peratus daripada majikan di negara ini. Memang salah satu polemik apabila kita bincangkan model gaji ini, satu pandangan ialah kenapa tidak dikenakan undang-undang seperti Dasar Gaji Minimum. Tapi kita kena perlu tahu bahawa 97 peratus majikan di negara ini adalah terdiri daripada PMKS. Kalau dikenakan ketetapan yang mewajibkan, itu kita bimbangi akan menyebabkan berlaku kesan sampingan lain. Contohnya peluang pekerjaan dikecilkan kerana syarikat tidak mampu menggaji, maka mereka buang orang atau pun syarikat tidak mampu beroperasi lagi ataupun yang saya jangka akan berlaku ialah syarikat-syarikat di dalam PMKS tidak lagi memilih jalan untuk menggaji secara formal. Sebaliknya mereka akan menggaji secara informal iaitu melalui kontrak. Pekerja- pekerja ini tidak akan dapat perlindungan KWSP, tidak ada perlindungan PERKESO dan lain- lain. Sebab itu setelah perbincangan yang panjang lebar dengan semua pihak, dipersetujui bahawa kita perlu mengambil langkah dengan kaedah voluntary opt-in terlebih dahulu Puan Yang di-Pertua, iaitu sukarela. Ciri kedua tadi iaitu penyertaan secara sukarela ini akan disokong oleh kerajaan melalui bantuan insentif tunai untuk membantu majikan membiayai sebahagian kos untuk menyertai Dasar Gaji Progresif. Insentif ini diberikan kepada syarikat-syarikat yang memenuhi syarat dan kriteria untuk tempoh tertentu bagi membolehkan syarikat menyesuaikan pelan perniagaan. Kerana soal gaji ini selalunya dengan izin chicken and egg. Kalau ditanya majikan, majikan kata kalau saya bayar, macam mana saya nak dapat kepastian akan dapat untung atau perolehan atau perniagaan berkembang. Kalau tanya pekerja, pekerja kata gaji yang lebih mahal itu akan membolehkan produktiviti naik, fokus lebih baik, kemahiran lebih baik. Kamu akan dapat laba itu. Jadi inilah yang menyebabkan masalah gaji ini berlarutan selama berdekad-dekad. Kerana it’s a chicken and egg isu. Jadi sebab itu kita mengambil jalan untuk memastikan bahawa kita mulakan terlebih dahulu untuk secara makronya menaikkan band atau jalur gaji ini mengikut sektor dan mengikut kemahiran kerana untuk tempoh tertentu sementara mereka mendapat sokongan, majikan-majikan ini mendapat sokongan insentif daripada kerajaan, selepas tempoh itu habis, maka tangga gaji itu akan kekal berada di situ. Kalau majikan mengambil keputusan untuk mengurangkan gaji selepas mereka keluar, maka mereka akan hilang pekerja dalam keadaan tangga gaji ekonomi kita secara umumnya telah naik. Jadi ini kaedah yang boleh digunakan untuk campur tangan dan menaikkan tangga gaji untuk tempoh tertentu yang selepas itu ekonomi kita telah pun berada pada tahap tangga gaji yang lebih tinggi. Ciri yang ketiga ialah kenaikan gaji tadi di pihak pekerja pula datang dengan tanggungjawab. Dia berbeza dengan contohnya subsidi upah yang diberikan semasa COVID

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

dahulu. Subsidi upah diberikan kepada majikan tetapi tidak ada tanggungjawab atau saling kait berkaitan dengan produktiviti di pihak pekerja. Jadi itu hanya sama ada dapat gaji tinggi ataupun kos majikan rendah. Dalam model ini, penerima-penerima gaji progresif yang menerima insentif daripada kerajaan ini, pekerja itu perlu mematuhi syarat-syarat latihan dan peningkatan kemahiran secara berstruktur. Dengan cara itu kita berharap, pendekatan itu akan menekankan kesaksamaan dan keadilan di antara majikan dan pekerja melalui konsep timbal balik peningkatan produktiviti dan kenaikan gaji. Konsep ini bertujuan untuk menangani kebimbangan utama pihak majikan iaitu kenaikan gaji perlu seiring dengan peningkatan tahap kemahiran dan produktiviti pekerja. Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan, syarikat yang menyertai Dasar Gaji Progresif perlu menghantar pekerja untuk menghadiri latihan dan program-program peningkatan kemahiran secara berstruktur yang akan diiktiraf dan disusun oleh agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti. Pihak pekerja pula perlu mematuhi syarat- syarat latihan dan penambahbaikan kemahiran yang akan diterjemahkan kepada tenaga kerja yang lebih bermutu dan produktiviti yang lebih tinggi setimpal dengan kenaikan gaji yang diterima. Saya suka memaklumkan kepada Dewan bahawa hasil sesi libat urus yang telah dilaksanakan setakat ini mendapati majoriti daripada majikan terpilih bersedia untuk menyertai Dasar Gaji Progresif. Semasa ia dibentangkan di Majlis Tindakan Ekonomi Negara pun, wakil-wakil persekutuan majikan pun turut hadir dan turut bersetuju. Kerana dasar ini menepati satu kebimbangan di pihak majikan iaitu pertamanya pandangan mereka, ia mestilah bersifat sukarela dan ia perlu memberi ruang untuk diteliti terlebih dahulu kemampuan dan ketersediaan syarikat-syarikat untuk menyertainya. Majikan juga menyokong cadangan pemberian insentif tunai untuk mengimbangi kos buruh yang akan meningkat walaupun mereka sedia maklum selepas tempoh tertentu bantuan itu tidak lagi dapat diteruskan dan mereka perlu mengekalkan tangga gaji yang lebih tinggi selepas mereka keluar daripada program ini. Kaji selidik terhadap 2,038 pekerja pula mendapati bahawa 60 peratus daripada mereka menyokong pelaksanaan dasar Gaji Progresif dengan pandangan bahawa dasar ini dijangka berupaya untuk meningkatkan gaji pekerja secara berkala dan sistematik. Golongan pekerja juga bersedia untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti sebagai timbal balik untuk menerima kenaikan gaji. Saya masuk ke bahagian terakhir Puan Yang di-Pertua. Kita dah bincang tentang masalah pasaran buruh, tentang masalah gaji, tentang dasar-dasar yang telah pun dilaksanakan sebelum ini, konsep pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Bahagian terakhir seperti yang terkandung di dalam kertas putih ini ialah mengenai mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Mekanisme Dasar Gaji Progresif yang dibangunkan meliputi tiga kriteria utama iaitu syarat penyertaan, cadangan kenaikan gaji tahunan dan insentif mengikut kadar dan

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

kumpulan pekerja. Syarikat yang menyertai dasar ini hendaklah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk melayakkan penerimaan insentif tunai. Syarat penyertaan untuk majikan mendaftar sebagai Majikan Gaji Progresif dirangka dengan memberi tumpuan kepada syarikat tempatan terutamanya dalam kalangan PMKS. Jadi kalau ada yang tanya, adakah ini bermakna kerajaan akan menyediakan program yang manfaatnya akan diperolehi oleh syarikat-syarikat besar, MNC, syarikat antarabangsa? Jawapannya tidak. Tumpuannya ialah kepada syarikat PMKS kerana kita tahu 97 peratus daripada syarikat di negara ini adalah PMKS dan yang 97 peratus inilah yang bergelumang dengan masalah untuk menaikkan gaji. Selain daripada itu, pekerja yang layak untuk didaftarkan haruslah menerima gaji bulanan tidak melebihi had gaji yang akan dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Kalau kita kembali maklumat-maklumat mengenai had ataupun statistik gaji dan upah tadi, kita lihat bahawa 70 peratus daripada pekerja kita sebenarnya gaji bulanan mereka bawah RM5,000.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Jadi, daripada kita laksanakan pada peringkat awal ini dan dibuka kepada semua untuk mengelakkan mereka yang dah memang gaji RM10,000, RM15,000 itu untuk mendapat manfaat, maka fokusnya adalah kepada gaji yang setakat ini dibincangkan adalah antara RM1,500— daripada RM5,000 ke bawah. Tapi itu sudah tentu akan melalui proses dia dan itu akan ditetapkan oleh jawatankuasa pelaksana. Pada tahun pertama pelaksanaan, cadangan had gaji ditetapkan untuk pekerja yang menerima gaji bulanan di bawah RM5,000 dan tidak kurang daripada gaji minimum. Cadangan ini mengambil kira jumlah pekerja yang menerima gaji bulanan di dalam lingkungan RM1,500 kepada RM4,999 ini sebenarnya merangkumi 66.6 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja kita ataupun seramai empat juta pekerja. Apabila kita pergi dari tahun pertama, tahun kedua dan kita telah mula melihat tangga gaji itu mula naik, maka setiap tahun jawatankuasa itu akan memilih sama ada ingin meningkatkan lagi dan kriteria-kriteria itu akan ditentukan berdasarkan penilaian pada masa itu. Kita berharap had gaji yang ditetapkan ini mampu memberi liputan yang cukup luas kepada pekerja swasta untuk menerima manfaat daripada inisiatif ini kerana kita semua sedia maklum, bagi pekerja awam— sektor awam, perkara itu adalah keputusan kerajaan. Memang ada peraturan-peraturan yang gaji itu naik tiap-tiap tahun kemudian tiap- tiap tahun ada pengumuman bonus tambahan tapi kita berada dalam ekonomi yang sebahagian besar daripada pekerja swasta dan pekerja swasta adalah kumpulan pekerja terbesar dalam negara ini yang melalui bertahun-tahun tanpa kenaikan gaji, apatah lagi bonus. Puan Yang di-Pertua, selain daripada perkara tadi, satu lagi mekanismenya ialah menyentuh tentang panduan kenaikan gaji tahunan. Dasar Gaji Progresif akan dicadangkan supaya setiap tahun itu akan ada panduan gaji tahunan kerana kalau kita nak pastikan tahap

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

gaji itu mengikut sektor dan ikut peringkat kemahiran naik secara berkala, ia mestilah dipandukan kepada satu panduan yang dibuat oleh kerajaan. Ini akan dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif mengikut sektor dan kategori pekerjaan seperti mana yang ada dalam piawaian negara sekarang yang menerima pakai Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia ataupun MASCO. Panduan ini akan meliputi cadangan penentuan gaji berdasarkan gaji pokok dan kenaikan gaji bagi setiap kategori pekerjaan. Seterusnya mekanisme yang menyentuh mengenai insentif. Insentif berbentuk tunai akan disediakan mengikut kadar dan kumpulan pekerja pada peringkat permulaan iaitu entry level dan pada peringkat bukan permulaan (non-entry level). Jadi, kita akan ada dua insentif. Satu untuk entry level, sama ada dia graduate ataupun bukan graduate. Ini untuk kita mengatasi masalah yang golongan muda gajinya makin rendah setiap tahun. Satu lagi untuk berlaku adil, kita juga perlukan satu lagi kategori intensif untuk pekerja-pekerja non-entry level. Maksudnya, dia dah kerja lima tahun, 10 tahun, dia separa kemahiran kerana kita tidak mahu ulang seperti yang berlaku— seperti yang kita lihat daripada pelaksanaan dasar gaji minimum iaitu apabila ditetapkan kepada satu paras sahaja sementara yang pekerja paling bawah itu dapat naik gaji, tetapi yang lain itu mendapat kesan— gaji mereka itu kenaikannya lebih perlahan. Bagi kumpulan peringkat permulaan, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM200 sebulan. Ini akan diukur berdasarkan berapa gaji yang dibayar sebelum itu dan tambahan dan kenaikan gaji untuk menaikkan ke garis yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebagai garis gaji permulaan bagi sektor itu, bagi profesion itu. Sekiranya syarikat membayar gaji pada kadar yang sama atau melebihi cadangan panduan kenaikan gaji tahunan. Bagi kumpulan pekerja bukan permulaan, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM300 sebulan sekiranya syarikat memberi kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan panduan kenaikan gaji tahunan. Jadi, untuk pekerja permulaan (graduate), ukurannya adalah gaji permulaan. Untuk pekerja bukan permulaan yang telah bekerja lima, 10 tahun, ukurannya itu ialah kenaikan gaji tahunan kerana lebih cepat, lebih tinggi dan kalau ikut panduan, itu akan membolehkan kita menaikkan tahap gaji bagi pekerja bukan permulaan ini selaras dengan sasaran kenaikan gaji yang ditetapkan oleh kerajaan. Seterusnya, saya perlu ulas tentang dana, yang ini yang menjadi perbahasan yang panjang kerana semua ini tidak boleh berlaku kecuali kerajaan memperuntukkan dana untuk melaksanakan Dasar Gaji Progresif ini. Peruntukan dana untuk pelaksanaan inisiatif di bawah Dasar Gaji Progresif akan disediakan oleh kerajaan dengan mengambil kira kemampuan tahunan kerajaan. Sebab itu kita tengok contohnya, tangga gaji siling kerana kalau tangga gaji silingnya RM5,000 ke bawah, jumlah pekerjanya 66.6 peratus sudah tentu apabila ia diterjemahkan— maksudnya kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah bilion tahun itu untuk tujuan itu.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Kalau kerajaan ada keupayaan kewangan yang lebih besar dan kita lihat bahawa ia telah berjaya meningkatkan tahap gaji secara makro, maka tahun-tahun selepas itu, kerajaan berpeluang untuk menambahkan lagi— maksudnya meluaskan lagi liputan daripada 66.6 peratus mungkin kepada 70 peratus, mungkin kepada 75 peratus ataupun menurunkan. Kalau kita rasa bahawa sebenarnya pasaran kerja dan gaji yang kompetitif itu telah pun mula wujud dan maksudnya oleh kerana pasaran bakat itu lebih kompetitif, maka syarikat-syarikat sendiri menaikkan gaji berdasarkan panduan gaji yang dibuat itu. Insentif ini akan disalurkan berasaskan first come, first served basis. Dengan mekanisme pembayaran akan diperhalusi untuk tidak membebankan syarikat-syarikat bersaiz kecil terutamanya PMKS. Prestasi majikan gaji progresif pula akan dinilai melalui sistem penarafan bintang berdasarkan dua komponen ya. Satu komponen asas, satu lagi ialah komponen bonus, ya. Komponen asas ialah yang melihat kepada tangga gaji itu sendiri. Komponen bonus ialah yang melihat kepada kesenjangan ataupun perbezaan gaji di dalam syarikat itu yang tidak melibatkan insentif daripada kerajaan. Tujuan sistem penilaian majikan adalah untuk membolehkan syarikat bersaing antara satu sama lain dari segi prestasi kenaikan gaji bagi mewujudkan budaya penetapan gaji yang lebih baik dan lebih kompetitif. Penarafan bintang akan dikendalikan oleh agensi yang mempunyai kredibiliti supaya keputusan penarafan bintang itu dapat menjadi rujukan yang diterima oleh semua pihak. Seterusnya ialah tentang garis masa pelaksanaan dan juga impak kepada ekonomi secara keseluruhannya. Ini ada ditunjukkan dalam muka surat-muka surat dan lampiran- lampiran dalam Kertas Putih ya. Dengan andaian pemberian insentif dan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM2 bilion contohnya dan simulasi itu ada dibuat RM2 bilion, RM3 bilion, RM5 bilion yang boleh diperhalusi oleh Ahli Dewan dan rakyat. Akan tetapi kalau kita bermula dengan RM2 bilion contohnya, Dasar Gaji Progresif dijangka akan memberi manfaat kepada 1.05 juta pekerja dengan tambahan Nilai Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK benar meningkat sebanyak RM3.3 bilion untuk ekonomi negara. Ia juga akan memberi tambahan kepada caruman KWSP sebanyak RM790 juta kerana sudah tentu gaji lebih tinggi, maka caruman KWSP lebih tinggi dan tambahan hasil cukai pendapatan pula dijangka sebanyak RM1.8 bilion pada tahun itu dengan tambahan seramai 37,529 orang pembayar cukai pendapatan baharu bagi tahun pertama pelaksanaan.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Konsepnya ialah apabila kita menaikkan gaji pekerja, lebih ramai pekerja yang akan berbelanja. Yang pendapatannya lebih tinggi, lebih ramai yang akan membayar cukai kerana dia telah melepasi had pelepasan cukai dan sudah tentu juga simpanan KWSP dalam tabung KWSP akan meningkat. Kenaikan gaji dijangka meningkatkan kuasa beli pekerja yang akan memberikan kesan pengganda kepada penggunaan dan pelaburan swasta. Kenaikan gaji pekerja juga akan memberi kesan positif dari segi pengurangan kadar pengangguran, di samping

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

menambahbaik bahagian pampasan pekerja kepada KDNK, walaupun dasar ini akan meningkatkan kadar inflasi. Jadi, kalau ditanya, kenapa kalau begitu, dari segi nilai bersih dan tambahan kepada ekonomi itu, kalau diberikan RM2 bilion peruntukan, saiz ekonomi kita akan meningkat sebanyak 3.3 peratus cukai tambah, kenapa tidak diberikan sampai RM10 atau RM15 bilion? Ini kerana ia perlu diimbangi dengan kesan inflasi. Naik gaji, sudah tentu akan ada kesan inflasi juga. Jadi, dengan izin Puan Yang di-Pertua, we need to find a switch box because you have to balance between an orderly and systematic pay rise tanpa kita menyebabkan kenaikan inflasi yang akan menyebabkan kenaikan gaji itu tidak ada makna kepada pekerja. Tapi kita yakin, kalau disusun dan datanya itu diperhalusi dan penetapan gaji itu dibuat dengan baik dari tahun ke tahun, kesan positif pertumbuhan ekonomi dilihat akan mengimbangi peningkatan kadar inflasi dalam jangka masa panjang. Akhir sekali, garis masa. Komitmen tripartite antara kerajaan, majikan dan pekerja sebenarnya adalah kunci kejayaan bila Dasar Gaji Progresif ini dilaksanakan. Oleh itu, kita perlukan struktur tadbir urus yang mantap dan berkesan, yang merentasi kementerian dan agensi-agensi. Itu akan ditubuhkan melalui penubuhan beberapa jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II yang akan memantau keseluruhan pelaksanaannya, kemudian Jawatankuasa Eksekutif yang akan dipengerusikan secara bersama antara saya dan juga Menteri Sumber Manusia dan di peringkat pegawai- pegawai dan industri Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Jawatankuasa Khas Kabinet sebagai jawatankuasa utama dalam tadbir urus dasar ini, berfungsi untuk menetapkan hala tuju dan strategi serta memantau status pelaksanaan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk membuat intervensi yang bersesuaian berdasarkan isu dan permasalahan yang timbul dan memperaku cadangan-cadangan panduan kenaikan gaji tahunan sebelum dikemukakan kepada persetujuan Jemaah Menteri. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Jadi selepas ini, Jemaah Menteri pun tidak boleh lari daripada mengikuti dengan dekat tahap dan kedudukan gaji rakyat kerana setiap tahun, Jemaah Menteri kena meneliti dan meluluskan panduan kenaikan gaji rakyat untuk semua. Jawatankuasa Eksekutif pula bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan setiap program di bawah Jawatankuasa Kerja adalah selaras dengan hala tuju dan strategi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab untuk menyelaras pelaksanaan dasar, mengenal pasti dan mengemukakan cadangan intervensi bagi isu-isu terutamanya isu pelaksanaan yang timbul, menyemak cadangan panduan kenaikan gaji tahunan dan melaksanakan risiko pengurusan. Kementerian Ekonomi

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

dan Kementerian Sumber Manusia akan memainkan peranan penting dalam mengurusetia kedua-dua jawatankuasa tersebut. Ada empat jawatankuasa yang lain tapi saya ingat, lebih baik kalau Ahli Dewan rujuk kepada kertas putih. Kalau saya nak baca semua, dia panjang. Apa yang saya ingat yang paling penting ialah garis masa. Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan dimulakan dengan projek rintis pada bulan Jun 2024 melibatkan 1,000 syarikat. Garis masa itu boleh dilihat di dalam muka surat 45 secara terperinci mengikut bulan. Sebelum kita boleh laksanakan dan lancarkan pada Jun 2024, gerak kerja itu akan bermula sebenarnya secara rasmi bulan Disember selepas pembentangan kertas putih ini. Kita mulakan projek rintis melibatkan 1,000 syarikat terlebih dahulu kerana pandangan saya sendiri, sesuatu seperti ini yang memerlukan kerjasama dan persetujuan tripartite, tidak boleh dibuat semata-mata dengan arahan dasar. Ia perlu diselaraskan dan saya percaya, akan ada banyak perkara-perkara yang kita tak nampak semasa kita merancang dasar, kita hanya nampak semasa kita laksanakan. Sebab itu, sebelum kita buka kepada keseluruhan ekonomi dan majikan, kita perlu ambil masa terlebih dahulu, laksanakan projek rintis kepada 1,000 syarikat supaya selepas itu kita perbaiki dahulu sebarang kelompangan dan kelemahan pelaksanaan. Selepas itu barulah insya-Allah kita boleh luaskan ke seluruh ekonomi dan majikan. Untuk 1,000 syarikat rintis tersebut, pemilihan syarikat akan melalui proses yang menekankan sokongan dasar, tahap keperluan sektor dan juga kesaksamaan dan ketelusan. Penilaian impak akan dibuat terhadap keberkesanan projek rintis dan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif dilaksanakan secara menyeluruh. Jadi secara ringkasnya, tempoh di antara Januari sehingga ke Mac ialah tempoh untuk menyediakan panduan-panduan supaya panduan gaji itu diluluskan oleh kerajaan. Kemudian, tempoh di antara April hingga Jun adalah untuk kita mula buka kepada permohonan syarikat-syarikat dan selepas itu kita akan pilih 1,000 syarikat berdasarkan keperluan sektor dan kesesuaian dan ia akan dimulakan di syarikat rintis itu daripada bulan Jun ke September 2024. Selepas itu, satu laporan akan diangkat ke Kabinet untuk kita mengemas kini sebelum keseluruhannya akan dapat dilaksanakan selepas September 2024. Jadi, akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin sampaikan penghargaan setinggi- tingginya kepada semua Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak, yang sedia untuk turut serta dan saya tahu kita telah berbincang mengenai kedudukan gaji negara sejak tujuh, lapan bulan yang lepas. Saya bersyukur kerana setakat ini, saya tidak nampak bangkangan yang kuat. Maksudnya, keseluruhan Ahli Dewan mengakui kerana kita tak boleh lari daripada statistik-statistik upah itu, yang mana 50 peratus daripada pekerja kita gajinya hanya RM11 lebih tinggi daripada garis kemiskinan. Saya harap, semangat itu kita boleh bawa bukan sahaja pada perbahasan petang ini tetapi untuk kita sama-sama memastikan campur tangan ini berjaya dan dua hingga tiga tahun akan datang kita akan ada satu pasaran buruh yang benar-benar kompetitif, yang boleh menawarkan gaji yang sepadan kepada pekerja-pekerja kita.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Jadi, akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, demi negara dan rakyat, reformasi pasaran kerja ini perlu dilaksanakan dengan segera untuk mencapai sasaran meningkatkan gaji pekerja. Keputusan ini perlu diambil sekarang, demi membina masa depan yang lebih baik terutamanya kepada golongan muda. Kalau tidak, kita sebagai ahli politik akan terus berhadapan dengan satu golongan muda yang akan sentiasa marah kerana kehidupan mereka sekarang ini sangat berbeza berbanding dengan semasa kita dahulu sebahagiannya, disebabkan oleh pasaran kerja yang gajinya tidak meningkat setanding dengan kelulusan dan kemahiran mereka. Saya yakin, hasil usaha bersama kita akan membawa Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Saya juga berharap agar semua pihak berkepentingan (stakeholders), pemegang taruh termasuk pelbagai agensi kerajaan, pihak majikan dan juga warga pekerja keseluruhannya akan memberi sokongan padu kepada inisiatif ini dengan kita mengambil pendekatan one-whole-nation approach bersama-sama. Sekali lagi, saya memohon Ahli Dewan yang mulia ini untuk memberikan pertimbangan sewajarnya dan sama-sama meluluskan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif ini. Inisiatif ini sangat penting dilaksanakan demi menjaga kebajikan rakyat yang kita semua sedia maklum terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi, di samping kita juga perlu menangani isu-isu kelemahan struktur ekonomi yang telah pun sekian lamanya kita hadapi sekarang. Jadi, Tuan Yang di-Pertua akhir sekali, dengan izin saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Ada Yang Berhormat menyokong?

Dato Hajjah Hanifah Hajar TaibPBB · GPSTimbalan Menteri Ekonomi · Mukah

Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong sepenuhnya usul Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Terima kasih Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, Yang Berhormat Mukah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul Yang Berhormat Menteri Ekonomi ini dibuka untuk perbahasan. Kalau mengikut senarai yang ada pada saya, terdapat seramai 18 Ahli Yang Berhormat yang akan membahaskan perkara usul Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif ini. Senarai adalah seperti yang berikut – Pembuka tirai ialah Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Putrajaya, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Bakri dan penutupnya ialah Yang Berhormat Petaling Jaya. Dengan sedemikian, saya mempersilakan Yang Berhormat Paya Besar untuk membuka tirai perbahasan.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya melihat perlaksanaan gaji progresif merupakan satu agenda reformasi yang penting dalam menyelesaikan beberapa masalah struktur di dalam negara kita. Mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup, kita tidak boleh terus menerus hanya mencari kaedah untuk membendung kenaikan harga barang. Mekanisme kawalan harga, pemberian subsidi pukal dilihat telah membantut pertumbuhan industri dan memberi kesan jangka masa panjang terhadap kedudukan fiskal negara. Pemberian dan pertumbuhan gaji yang bermaruah harus terus seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Tuan Yang di-Pertua, item atau bahagian dalam consumer price indeks, dengan izin, merekodkan kenaikan harga bulanan kekal di atas purata jangka panjang untuk kebanyakan tahun. Purata tahun 2022 pada kadar 57.5 peratus. Purata 2011 sehingga 2019, 45.6 peratus. Inflasi terus memberi tekanan kepada kos sara hidup isi rumah. HIES 2022 yang dijalankan dua kali setiap lima tahun menunjukkan purata isi rumah di Malaysia membelanjakan berbanding 2019 ke 2022, meningkat sebanyak 11.96 peratus. Walau bagaimanapun, Dato’ Yang di-Pertua, purata pendapatan isi rumah boleh guna (disposable income), dengan izin, bulanan hanya meningkat 1.7 peratus. Pendapatan median isi rumah boleh guna bulanan hanya meningkat 1.9 peratus berbanding seperti mana yang saya sebutkan tadi. Peningkatan kos sara hidup juga tidak selari dengan peningkatan pendapatan di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bantuan sara hidup disasarkan kepada isi rumah yang terdedah dengan kos sara hidup yang tinggi. Peningkatan gaji yang seiring dengan produktiviti sekiranya kita dapat melaksanakan Dasar Gaji Progresif, dapat mengurangkan penggantungan kepada bantuan kerajaan. Apabila gaji meningkat Dato’ Yang di-Pertua, penggantungan kepada program bantuan kerajaan juga akan berkurangan. Tuan Yang di-Pertua, simpanan persaraan tidak mencukupi adalah isu kritikal di seluruh dunia. Ia dijangka menjadi lebih teruk pada masa hadapan. Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) mengunjurkan bahawa simpanan pencen global akan menghadapi kekurangan sebanyak USD400 trilion menjelang 2050. Jangka hayat yang lebih panjang dan nisbah tanggungan yang lebih tinggi sukar untuk memenuhi keperluan selepas mereka bersara nanti. Malaysia juga Dato’ Yang di-Pertua, berhadapan dengan trend global ini. Tahap pendapatan di Malaysia kekal rendah manakala tahap keberhutangan isi rumah secara relatifnya tinggi. Faktor ini melemahkan kapasiti simpanan rakyat Malaysia. Pendapatan yang lebih tinggi akan diterjemahkan kepada caruman dan simpanan yang lebih tinggi kepada KWSP di samping membantu populasi negara kita yang semakin menua. Dato’ Yang di-Pertua, saya sedar bahawa Dasar Gaji Progresif ini bersifat melindungi pekerja yang terlibat secara formal dalam sektor swasta. Wujud kegusaran saya Dato’ Yang

di-Pertua terhadap nasib pekerja yang tidak formal di Malaysia. Kumpulan ini mewakili 17.9 peratus daripada keseluruhan pekerja di Malaysia. Peningkatan gig economy menyumbang penurunan kadar pengangguran belia di Malaysia tetapi terdapat peningkatan yang berterusan dalam pekerja bekerja sendiri. Pekerjaan tidak formal dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2023 meningkat 7.7 peratus mengatasi jumlah pertumbuhan guna tenaga sebanyak 2.7 peratus pada lima bulan pertama 2022 dan secara keseluruhan tahun 2022 sebanyak 3.5 peratus. Dato’ Yang di-Pertua, dari tahun 2011 hingga 2021, pekerja separuh mahir mempunyai pertumbuhan gaji rendah. Terendah pada kadar empat peratus di belakang pekerja mahir 6.9 peratus dan pekerja mahir 4.9 peratus. Peningkatan jumlah indeks gaji negara ini didorong oleh golongan berpendapatan tinggi. Terdapat perbezaan besar gaji antara kelas kerja. Ini penting kerana memandangkan pekerja separa mahir dan kurang mahir membentuk 46 peratus kepada pekerjaan. Nisbah antara pekerja separa mahir dan pekerja tidak mahir pada tahun 2010 adalah 1:0.7 berbanding pada tahun 2022 telah meningkat 1:09 peratus. Maka, penting untuk kita Dato’ Yang di-Pertua memperincikan di dalam dasar ini setiap kelas kerja bagi kemahiran rendah, sederhana dan tinggi dan memastikan gaji mereka adalah berpadanan dengan kemahiran. Dato’ Yang di-Pertua, melangkah ke hadapan Pelan Induk Negara baru-baru ini, Rancangan Malaysia Ke-12. NIMP, NETR telah melakar laluan ke hadapan untuk ekonomi negara kita. Hala tuju yang dilakarkan seharusnya dipantau secara berterusan dan dapat direalisasikan agar masalah guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran dapat diatasi. Saya nampak Dasar Gaji Progresif ini akan memberi kursus latihan dan pembangunan keupayaan pengetahuan pekerja berasaskan kepada dasar polisi yang baru, NIMP dan NETR. Dato’ Yang di-Pertua, peningkatan gaji kepada pekerja sering dikaitkan dengan beban kepada majikan. Namun, perlaksanaan gaji progresif adalah dilihat sebagai pemangkin kepada perniagaan mereka untuk terus berkembang dengan baik. Malaysia talent workforce insight 2023 menunjukkan bahawa Dato’ Yang di-Pertua, 45 peratus tenaga kerja berada di tempat kerja semasa mereka kurang daripada dua tahun dan 68 peratus pekerja berminat untuk menukar peranan industri atau kerjaya. Dato’ Yang di-Pertua, dengan melabur dalam pekerja dan menyediakan laluan kepada gaji yang lebih tinggi, majikan boleh memupuk tenaga kerja yang lebih terlibat dan setia, mengurangkan kadar pusing ganti yang lebih mahal. Dato’ Yang di-Pertua, faktor menentukan pelaburan di negara kita bukan hanya dilihat kepada berapa jumlah gaji yang kita bayar kepada pekerja tetapi ia lebih terlihat kepada saiz pasaran, dasar ekonomi terbuka, interest rate dan exchange rate. Saya tak nampak kalau ini menjadi beban kepada majikan. Kerana apa? Majikan juga akan mendapat manfaat kepada perlaksanaan gaji progresif sekiranya dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin.

Dato’ Yang di-Pertua, ia juga dapat mengecilkan kesenjangan pendapatan (income inequality). Nisbah gaji CEO dan pekerja di Malaysia meningkat dari 98 pada 2010 kepada 141 pada tahun 2019. Kalau nak dibandingkan dengan tahun 1990-an, nisbah gaji CEO dan pekerja adalah berkadaran 30 kali ganda. Itu sebabnya saya mohon kerajaan perlu mengambil langkah yang selanjutnya untuk memperkukuhkan urus tadbir korporat, meningkatkan ketelusan gaji CEO, menutup kelemahan cukai korporat bagi mengecilkan jurang ini. Iltizam untuk kita meningkatkan bahagian pampasan kerja CE dengan selaras Ekonomi Madani, saya yakin kita akan dapat capai.

Dato’ Yang di-Pertua, model gaji progresif bukan sahaja sekadar dasar, ia adalah seruan untuk kita bertindak. Cabaran untuk membentuk semula landskap ekonomi kita dan mewujudkan masyarakat, di mana setiap individu berpeluang untuk berkembang maju dengan mengamalkan prinsip gaji progresif, kita boleh memperkasakan pekerja, memperkukuhkan ekonomi, membina masyarakat lebih adil dan saksama untuk semua. Berdasarkan lapan perkara yang saya sebutkan tadi Dato’ Yang di-Pertua, saya amat menyokong Dasar Gaji Progresif. Namun, ada beberapa sikit kegusaran yang ingin saya kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri. Yang pertamanya, bagaimana pemilihan 1,000 syarikat? Walaupun telah dinyatakan sebentar tadi, adakah ia dipilih mengikut negeri-negeri Pantai Barat, Pantai Timur dan juga Borneo? Kita lihat garis masa Yang Berhormat Menteri, sehingga September 2024, saya meneliti huraian kertas putih Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, banyak menyebut tentang impak. Tetapi September 2024, apabila kita buat projek rintis tetapi adakah impak dari segi peningkatan kendiri latihan pembangunan minda pekerja itu dapat dipertingkatkan dalam tempoh yang kecil atau tempoh yang singkat? Saya yakin, walau bagaimanapun kita mesti lakukan dasar progresif ini secepat mungkin Yang Berhormat Menteri, kerana ini merupakan seperti yang saya sebutkan tadi, ia adalah seruan untuk kita bertindak. Dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong Kertas Putih Dasar Gaji Progresif. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Dasar Gaji Progresif atau Progressive Wage Model menawarkan skim gaji yang meningkat secara progresif yang diikat kepada peningkatan produktiviti. Dasar Gaji Progresif disasarkan kepada kumpulan pekerja berpendapatan rendah ataupun berkemahiran rendah yang lazimnya tidak mempunyai skim gaji yang khusus.

Temerloh mengucapkan tahniah kepada Kementerian Ekonomi atas usaha murni untuk rakyat Malaysia dalam merapatkan jurang golongan berpendapatan tinggi dan rendah sekali gus meningkatkan bukan sahaja gaji minimum, bahkan gaji purata rakyat Malaysia. Tuan Speaker, persoalan penting adalah berkaitan dengan mekanisme penyelarasan pelaksanaan yang memainkan peranan penting dalam kelestarian dasar yang dirancang. Temerloh ingin membawa dua cadangan dan tiga persoalan yang merujuk kepada Kertas Putih cadangan Dasar Gaji Progresif. 3.2. Mekanisme Dasar Gaji Progresif. Cadangan Temerloh yang pertama, merujuk kepada 3.2.2. Cadangan Panduan Kenaikan Gaji Tahunan. Beberapa aspek telah dicadangkan sebagai faktor penentu dalam kenaikan gaji. Dalam konteks ini, Temerloh ingin mencadangkan penilaian yang lebih holistik dengan mempertimbangkan latar belakang dan keadaan semasa pekerja sebagai komponen boleh ubah dalam proses penentuan kenaikan upah. Temerloh meyakini bahawa situasi sekeliling individu memberi impak kepada produktiviti kerja mereka. Faktor-faktor latar belakang pekerja seperti bilangan tanggungan keluarga, bilangan majikan dalam satu-satu masa mestilah diambil perhatian. Gaji rendah dan tanggungan yang besar mendorong rakyat kita untuk bekerja keras, menjalankan dua, tiga pekerjaan sepanjang hari daripada pagi sampai ke malam untuk menampung kehidupan harian. Individu yang memiliki tanggungan yang ramai dan melakukan berbagai tugas dalam satu masa tetapi masih mampu menunjukkan prestasi produktiviti yang cemerlang, seharusnya menerima penghargaan berupa insentif kenaikan gaji yang lebih tinggi dan berbaloi. Temerloh berpendapat bahawa bantuan kepada rakyat terutama golongan B40 untuk keluar daripada kehidupan yang mencabar adalah satu langkah penting yang perlu dilaksanakan. Jika tidak, seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih dasar ini. Peluang untuk mencapai mobiliti sosial yang lebih tinggi akan semakin sukar. Tuan Yang di-Pertua, cadangan Temerloh yang kedua, merujuk kepada 3.2.3. Pemberian Insentif Mengikut Kadar dan Kumpulan Pekerja dalam Kertas Putih telah dicadangkan dua kumpulan pekerja. Yang pertama, pekerja peringkat permulaan, yang kedua pekerja peringkat pertengahan. Temerloh ingin mencadangkan penambahan satu kategori yang mungkin terlepas pandang iaitu graduan postgraduate yang memulakan kerjaya selepas menamatkan ijazah, sama ada peringkat master atau PhD di semua sektor. Temerloh berpendapat, golongan ini perlu diberikan pengiktirafan dan dimasukkan dalam kategori pekerja bukan peringkat permulaan atau boleh dicipta kategori baharu dengan kadar insentif tunai yang berbeza. Pemberian pengiktirafan ini akan menjadikan motivasi untuk mengekalkan pekerja berpengetahuan tinggi dalam pasaran pekerjaan, menjaga kualiti tenaga kerja dan memberi galakan kepada masyarakat kita untuk menghargai ilmu pengetahuan. Ini juga dapat meningkatkan kualiti tenaga kerja secara menyeluruh tanpa mengira sektor pekerjaan mereka. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya, Temerloh ingin membangkitkan tiga soalan berkenaan dengan Dasar Gaji Progresif. Soalan yang pertama merujuk kepada 3.3. Sistem

Penilaian Majikan, majikan gaji progresif. Temerloh ingin tahu, apakah langkah dari pihak kerajaan untuk mengelakkan majikan menyalahgunakan insentif yang diberikan? Apakah pandangan Menteri yang berkaitan dengan cadangan agar kerajaan menyalurkan insentif terus ke akaun pekerja untuk menghindarkan sebarang manipulasi oleh majikan terhadap dana daripada kerajaan? Dalam konteks penyelarasan pelaksanaan, Temerloh juga ingin tahu bagaimana kerajaan dapat memastikan majikan gaji progresif melaksanakan tanggungjawab untuk kebajikan pekerja termasuk pembayaran KWSP, PERKESO, insurans kesihatan pekerja dan lain-lain manfaat pekerja. Sekiranya berlaku sebarang pemalsuan atau manipulasi oleh majikan, apakah tindakan undang-undang yang akan diambil? Adakah terdapat apa-apa kesan kepada status majikan gaji progresif? Berapakah unjuran bajet untuk insentif gaji progresif? Tuan Yang di-Pertua, soalan yang kedua merujuk kepada syarat keperluan latihan kepada pekerja. Temerloh ingin mendapatkan penjelasan mengenai kos latihan ini sama ada ditanggung oleh majikan atau melalui dana kerajaan? Adakah terdapat cadangan untuk menubuhkan agensi-agensi khusus yang menguruskan latihan dan kemahiran pekerja untuk semua sektor pekerjaan? Tuan Yang di-Pertua, soalan ketiga dan terakhir merujuk kepada hasil kajian sesi libat urus bersama kesatuan majikan dan kesatuan pekerja yang dijalankan pada Julai hingga Ogos 2023. Hasil survey mendapati 80 peratus majikan dan 62 peratus pekerja bersetuju dengan Dasar Gaji Progresif. Temerloh sedar ada 20 peratus majikan dan 38 peratus pekerja tidak bersetuju. Apakah sebab-sebab mereka ini tidak bersetuju dengan dasar ini, terutamanya pekerja? Apakah kemungkinan akan wujud konflik antara majikan dan pekerja sehingga pencapaian produktiviti pekerja tidak dinilai dan dilaporkan oleh majikan dan pekerja tidak berhak untuk memohon kenaikan gaji walaupun beban kerja bertambah dan sebagainya. Tuan Speaker, sebagai penutup, izinkan Temerloh berpantun. Masyarakat kita lengkap bermaklumat, Tidak mudah diporak-peranda, Agar warganegara terjaga selamat, Gaji progresif wajar dilaksana. Terima kasih. [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Ipoh Barat.

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, saya percaya gaji progresif ini adalah satu di antara di mana ciri-ciri kita nampak ada yang terkini di mana aku janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sekarang dilancarkan supaya dapat manfaat kepada semua rakyat di negara ini. Terdapat

beberapa penting yang perlu diambil perhatian dan dikaji dengan teliti. Antaranya adalah seperti berikut: (i) Dasar Gaji Progresif harus mengambil pendekatan dari bawah ke atas (bottoms-up) dalam usaha menangani jurang gaji. Ia harus melibatkan pembersih, pengendali mesin, pengawal keselamatan, pemeriksa kawalan kualiti dan pelayan. (ii) Oleh sebab sistem perindustrian di Malaysia amatlah kompleks dan berbagaian, maka ia harus bersifat sukarela dan berkembang dari situ.

(iii) Memastikan bahawa Dasar Gaji Progresif meliputi dan berpatutan dengan latihan dan pembangunan serta produktiviti. Kita harus mewujudkan badan dalam kementerian untuk mengaudit firma atau syarikat setiap setahun dalam bidang ini dan sijil diberikan. Seandainya perkara ini dapat dilakukan, maka situasi memang menang-menang dapat diwujudkan bagi majikan yang menemui piawaian yang mana dapat menarik pekerja yang berkaliber dan bermutu. Pensijilan ISO9000 untuk standard kualiti boleh menjadi contoh model untuk diikuti. (iv) Objektif Dasar Gaji Progresif dilaksanakan adalah untuk memansuhkan Dasar Gaji Kos Rendah. Ia sepatutnya dilaksanakan untuk rakyat Malaysia sahaja. Jika terdapat keperluan untuk pekerja asing, ia harus berdasarkan kepada kepakaran dan kemampuan nilai tambah kepada sesebuah organisasi. (v) Dasar gaji Progresif adalah berpatutan kepada latihan dan produktiviti. Ia memerlukan penyertaan dan kerjasama tripartite antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja untuk advice dan membantu untuk mengimplementasikan dasar ini; Tuan Yang di-Pertua, tripartite ini bukan baru. Di Kementerian Sumber Manusia, ia telah wujud beberapa dekad. Tapi soalannya, kenapa ia tidak berfungsi? Kenapa ia tidak mengadakan mesyuarat seperti yang diadakan dulu setiap bulan? Mengikut ILO, keperluan sekurang-kurangnya dua mesyuarat setiap tahun supaya perbincangan dibuat dengan pihak-pihak stakeholders. Jika ia berlaku, itu adalah untuk kepentingan pekerja-pekerja negara ini. Tetapi nampaknya ada sesuatu yang tak kena dalam perkara ini; dan (vi) Sistem kesihatan dan pendidikan memainkan peranan penting dan sepatutnya ditinjau untuk memastikan kedua-dua sistem ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan pembangunan modal insan (human capital development). Ini adalah penting untuk golongan belia-belia.

Dato’ Yang di-Pertua, sebenarnya model ini iaitu Dasar Gaji Progresif telah mula diperbincangkan pada tahun 2020. Tetapi oleh kerana menukar kerajaan dan sebagainya, nampaknya lepas lebih kurang tiga tahun baru ada inisiatif dibuat oleh Kerajaan Perpaduan. Saya katakan syabas kepada kerajaan ini di mana mereka membawa dasar-dasar yang baik. Tetapi adakah ini yang fresh, yang kali pertama perkara ini di dunia ini? Bukan. Ini telah diwujudkan dan dijalankan di Singapura. Di Singapura, bila ia dimulakan, ia juga sebagai sukarela tetapi tidak berfungsi. Ramai di antara majikan-majikan yang kata akan terlibat dalam sistem Dasar Gaji Progresif ini tidak terlibat. Maka, mereka membawa undang-undang yang tertentu untuk menolong orang- orang, pekerja-pekerja yang mendapat pendapatan yang sangat kurang. Kalau itu adalah di Singapura, kenapa ia dibezakan di negara ini? Kita hanya ada white paper, kita ada dasar- dasar dan sebagainya tetapi kenapa tidak ada undang-undang yang tertentu? Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa lebih dari 90 peratus majikan di negara ini adalah dari SME. Maka ini adalah sedikit luar biasa. Saya rasa ini bukan sedemikian. Ini adalah perkara yang sama di negara-negara yang lain. Kita perlu mengambil tindakan supaya betul-betulnya pekerja-pekerja yang memerlukan pertolongan tersebut boleh mendapat manfaat. Tiga sektor sahaja di Singapore diberi keutamaan dan tiga sektor tersebut adalah pembersih, pengawal keselamatan dan tukang kebun. Ini perlu diberi perhatian di negara ini juga. Dalam white paper ini, dia kata pihak-pihak yang layak adalah first come first basis. Saya rasa ini akan menyusahkan semua orang kerana kita tahu bila kerajaan mengatakan menolong masyarakat miskin tetapi ramai di antara pencuri adalah masyarakat kaya-raya dan masyarakat miskin ini dianiayakan. Saya percaya first come first basis ini tidak akan beroperasi dengan senang. Saya harap ia akan dikaji balik supaya kita ada sistem di mana semua majikan yang ingin mengimplementasikan Dasar Gaji Progresif ini layak dan kerajaan akan menolong mereka. Menteri juga patut memberitahu bahawa dasar gaji yang telah disarankan oleh bekas Menteri-menteri Kewangan seperti Menteri Kewangan Bagan, Menteri Kewangan Senator Yang Berhormat Zafrul, di mana mereka mengatakan ada dasar-dasar yang tertentu macam satu di antara adalah Malaysia Adwork di mana kalau kita tengok Malaysia Adwork untuk graduan untuk wanita, untuk pekerja dalam, untuk apprentice, apakah sistem-sistem itu tidak boleh diguna pakai? Kalau saya tengok dalam- bila saya baca apa yang ditawarkan dulu dan sekarang nampaknya apa yang ditawarkan sekarang adalah sangat kurang dari apa yang ditawarkan dulu. Ini sebenarnya tidak merangkumi semua pekerja yang patut mendapat manfaat tersebut. Saya juga ingin katakan sebagai akhir Dato’ Yang di-Pertua, adalah di mana kita perlu betul-betul mengambil tindakan untuk menolong semua pekerja-pekerja yang berpendapatan kurang. Tapi kalau kita tengok di muka surat 31 dia kata bahawa ia akan menolong pekerja-pekerja dengan izin saya baca, “Syarat penyertaan; pekerja hendaklah

memegang jawatan sepenuh masa secara kontrak perkhidmatan (contract of service) atau kontrak untuk perkhidmatan (contract for service) bagi tempoh yang melebihi tiga tahun”. Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia bukan baru, dekad-dekad memberi kontrak- kontrak pembersihan, kontrak-kontrak security guard, kontrak-kontrak gardeners untuk tempoh berapa lama? Untuk dua tahun atau kurang. Jadi, lebih kurang 500,000 akan tidak layak untuk mendapat apa-apa manfaat dalam dasar baru ini. Macam mana? Mereka perlukan lebih pertolongan dari— beza dari pekerja-pekerja lain. Walaupun kita ingat untuk menolong semua yang mendapat pendapatan yang kurang tetapi nampaknya yang lebih mustahak adalah pekerja-pekerja ini yang tidak akan mendapat manfaat-manfaat langsung walaupun mereka sedang berkhidmat dengan kerajaan. Jangan lupa mereka hanya mendapat pendapatan gaji satu bulan RM1,500 sahaja. Adakah mereka akan berada di tempat di gaji tersebut sahaja untuk beberapa tahun yang akan datang. Itu soalan saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Putrajaya.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ini kali pertama kita diterangkan tentang Dasar Gaji Progresif, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menumpukan perbahasan kepada usaha untuk mendapat penjelasan lanjut berkaitan dengan dasar yang telah dibentangkan. Sekiranya saya tidak berada di dalam Dewan ini sewaktu Yang Berhormat Menteri menggulung saya mohon Yang Berhormat Menteri jawab juga sebab hendak tunggu jawapan lisan ini – jawapan bertulis ini dia panjang sangat, dia lama sangat. Jadi pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang implikasi kewangan pelaksanaan gaji progresif ini. Dinyatakan bahawa peruntukan dana untuk pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan disediakan oleh kerajaan, mengambil kira kedudukan fiskal kerajaan. Jadi soalan saya, adakah peruntukan untuk tujuan ini merupakan sebahagian daripada belanja mengurus atau akan dikira sebagai belanja pembangunan? Ini dia ada kesan dia kepada kewangan negara. Kedua, semasa penggulungan perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan ini Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa kementerian telah disediakan peruntukan untuk tujuan perlaksanaan gaji progresif pada tahun 2024.

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Soalan saya, berapakah peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini? Seterusnya, jika kita lihat Dasar Gaji Progresif ini ada penjelasannya tetapi tidak jelas tentang berapa lamakah untuk tempoh berapa tahunkah kerajaan akan melaksanakan dasar ini? Tadi Yang Berhormat Menteri dalam pembentangan menyebut bahawa kerajaan akan melihat keadaan semasa. Namun begitu, apakah gambaran daripada kerajaan tentang tempoh pelaksanaan gaji progresif ini kerana ia mempunyai implikasi kewangan?

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

Seterusnya pada muka surat 36 kertas putih ini dinyatakan bahawa pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dijangka memberi impak kepada bahagian CE kepada KNDK. Saya bertanya soalan berkaitan tentang hal ini kepada Yang Berhormat Menteri pagi ini, CE/GDP dan Jadual IV menunjukkan bahawa sekiranya kerajaan memperuntukkan RM3.8 bilion untuk tujuan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ini, tambahan kepada CE atau pampasan pekerja ialah 0.1 peratus. Soalan saya adakah kerajaan merasakan bahawa kenaikan 0.1 peratus kepada CE ini adalah setimpal dengan jumlah peruntukan sekiranya diperuntukkan RM3.8 bilion tersebut? Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan kesan sekiranya intervensi model gaji progresif ini tidak membawa atau membawa kepada kenaikan gaji tetapi tidak membawa kepada kenaikan produktiviti. Maknanya kita perkenalkan gaji progresif betul, gajinya meningkat tetapi produktiviti pekerja tidak meningkat. Sekiranya ini berlaku, ia akan memberi kesan kepada kadar inflasi negara. Soalan saya adakah kerajaan telah mempunyai cadangan-cadangan intervensi sekiranya perkara in berlaku? Seterusnya pula, berkaitan kos ataupun implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh majikan. Mohon kerajaan memberi gambaran berapakah implikasi kewangan yang perlu ditanggung oleh majikan hasil daripada pelaksanaan gaji progresif ini. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan mekanisme pelaksanaan. Dinyatakan bahawa syarikat yang berdaftar serta memenuhi syarat dan kriteria Dasar Gaji Progresif akan menerima insentif yang akan disalurkan untuk tempoh setahun. Soalan saya, sekiranya syarikat yang menerima insentif selama setahun ini ia mengambil keputusan— masa ada insentif itu betul dia naikkan gaji berdasarkan garis panduan yang diberikan. Namun selepas tempoh setahun, syarikat ini mengambil keputusan untuk tidak menggunakan pendekatan gaji progresif lagi, maknanya gaji itu meningkat tidak seperti mana yang diberi dalam garis panduan. Apakah terdapat intervensi atau tindakan kerajaan terhadap syarikat-syarikat ini? Maknanya masa dilaksanakan, masa dapat insentif, ya dia ikut garis panduan. Kemudian dah selesai insentif tersebut bagaimanakah keadaannya sekiranya syarikat ini mengambil keputusan untuk tidak meningkatkan gaji seperti mana yang telah dirangka dalam garis panduan asal. Seterusnya berkaitan dengan kursus untuk pekerja meningkatkan kemahiran. Disebut bahawa untuk mendapat insentif ini syarikat perlu menunjukkan bukti bahawa antaranya pekerja telah menghadiri dan melengkapkan kursus dan latihan peningkatan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan. Soalan saya, pertama, siapakah yang akan menanggung kos untuk menghantar pekerja ini mendapatkan kemahiran? Saya jangka syarikat atau majikan yang perlu tanggung atau dalam konteks ini adakah kemungkinan pekerja juga perlu tanggung. Jadi, kita perlukan penjelasan berkaitan dengan hal ini. Sekiranya majikan yang perlu tanggung kos ini, saya cadangkan— sekiranya kerajaan nak laksanakan Dasar Gaji Progresif ini. Saya cadangkan sekiranya majikan yang perlu tanggung, maka majikan-majikan yang perlu membuat caruman HRDF. Dia kena carum dulu kemudian kena minta balik kalau nak hantar pekerja untuk latihan. Maka, syarikat ini

Datuk Dr. Radzi bin JidinBERSATU · PNPutrajaya

dikecualikan daripada membuat caruman, sebaliknya menggunakan peruntukan itu untuk terus menghantar pekerja mereka mendapat latihan yang sewajarnya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan lanjut berkaitan dengan pelaksanaan model gaji progresif ini dari sudut pembayaran sebab kita tak nak nanti— betul dalam kertas putih dinyatakan akan dibayar suku tahunan dan akan dibayar dalam tempoh enam bulan. Tapi kalaulah kerajaan lambat bayar, maka majikan dah keluarkan gaji untuk berbulan-bulan ini. Ia akan memberi kesan kepada pelaksanaannya. Jadi, adalah amat penting untuk kerajaan memberikan komitmen bahawa pembayaran itu perlu dibuat secepat mungkin sekiranya model gaji progresif ini dilaksanakan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Silakan Yang Berhormat Tebrau.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi Tebrau ruang dan peluang untuk membahaskan dalam Kertas Putih Dasar Gaji Progresif petang ini. Saya ingin mula dengan menyatakan Tebrau rasa Dasar Gaji Progresif ini adalah amat penting dan amat dialu-alukan for the time being. Isu gaji dan pendapatan ada kesan terus kepada ekonomi negara terutamanya dalam isu kos barang khususnya di mana kita tengah hidup dalam zaman di mana makanan naik, barang-barang naik dan juga dengan isu pendapatan pekerja biasa rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, tadi Menteri ada sebut gaji median untuk rakyat Malaysia kini adalah RM2,600. Apa yang lagi menakutkan kita semua ialah garis kemiskinan di Malaysia sekarang adalah RM2,589. Hanya RM11 lebih daripada garis kemiskinan rakyat Malaysia. Maka, adalah sampai satu masa sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita kena fikirkan macam mana kita kena naikkan pendapatan pekerja-pekerja di Malaysia. Suka tak suka kita kena akui barang akan terus naik. Fenomena inflasi ini bukan satu fenomena domestik sahaja. Ia juga satu fenomena global. Sebab-sebab unsur global, geopolitical dan apa yang berlaku di luar negara. Contohnya bila India melarang eksport bawang ke semua-semua itu ataupun beras. Ia akan memberikan kesan kepada negara kita. Dalam keadaan itu, kerajaan perlu menangani isu inflasi. Dalam masa yang sama juga, kita juga kena melabur masa untuk kita memastikan pendapatan rakyat atau pekerja naik. Sebab bila pendapatan kita naik, ia dapat meng-cover kalau benda jadi lebih mahal. Itulah apa yang berlaku di negara-negara yang ada inflasi tinggi seperti di Singapore tapi sebab pendapatan mereka tinggi, mereka boleh cover. Saya juga ingin menyebut di sini bahawa tiga ingredients utama dalam dasar ini adalah amat tepat iaitu satu ia perlu dibuat secara sukarela. Kedua, berasaskan insentif. Ketiga, yang paling penting adalah produktiviti. Saya rasa saya nak habiskan masa saya ini nak sebut fasal produktiviti.

Tuan Yang di-Pertua, skim ini, dasar ini kita akan mulakan dengan swasta. 97 entiti perniagaan di Malaysia adalah SME. Maka, kalau kita nak selesaikan masalah gaji rakyat Malaysia, kita kena faham macam mana businessman fikir bila mereka nak naikkan gaji. Untuk orang-orang yang buat business, mereka hanya ada satu matlamat sahaja. Matlamat businessman hanya nak mengaut lebih banyak untung. Itu matlamat dia sahaja. Macam mana mereka nak naikkan keuntungan mereka, mereka tengok dua benda. Satu, produktiviti. Adakah pekerja yang saya hari ini gaji hari ini dia boleh mengeluarkan lebih banyak produktiviti dalam masa yang sama? Kedua, yang lagi penting juga ialah mereka akan rela bayar lebih kalaulah kerajaan boleh membantu mereka membesarkan platform mereka. Contohnya dengan pertolongan MIDA, MATRADE, besarkan perniagaan mereka, zoom perniagaan mereka supaya mereka dapat mendapat lebih banyak profit, tentulah mereka akan naikkan gaji pekerja mereka.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada statistik MPC, purata produktiviti seorang pekerja Malaysia yang menyumbang kepada KDNK adalah hampir 89,000 setahun. Ada sektor-sektor yang kurang daripada itu, contohnya di sektor pembinaan. Penyumbangan kepada KDNK tak sampai 40,000 pun. Businessman-businessman di luar sana, ada pandangan mereka sendiri walaupun baru-baru ini Menteri MITI kata, produktiviti Malaysia naik tiga peratus. Tapi kalaulah you tanya di luar sana, kalau kita tanya di luar sana, businessman, mereka akan kata mereka tidak rasa produktiviti ada naik. Malah, undang-undang di Malaysia telah digubal, dipinda untuk seolah-olah dia membuat batasan kepada produktiviti kita. Dua contoh –Tambah sikit ya, Dato’ Yang di-Pertua. Kita telah turunkan masa kerja kita daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu. Selain daripada itu maternity leave juga naik kepada 98 hari. Keadaan ini, businessman, orang peniaga di luar rasa, mereka susah nak mendapatkan produktiviti daripada pekerja-pekerja mereka dan mereka tidak nampak ada apa hasrat kerajaan untuk tolong mereka menaikkan produktiviti. Tanpa produktiviti ini kita naikkan, tidak mungkin kita akan dapat menaikkan gaji pekerja kita secara sukarela. Skim ini, dasar ini saya sokong tapi saya pun juga harap saya tak sokong pada masa depan. Dasar ini hanya kita boleh bergantung untuk interim, buat sementara masa. Kalaulah dasar ini kita teruskan untuk lima tahun dan 10 tahun dan 20 tahun, maknanya kerajaan ini sudah gagal. Sebab kita nak pastikan pasaran ini boleh sendiri dengan produktiviti, dengan pasaran yang lebih baik, sendiri adjust untuk memastikan pekerja kita ada permintaan. Maka, gaji itu, baru boleh naik. Akhir sekali juga, saya ingin menyentuh beberapa poin tentang penilaian majikan gaji progresif dalam bentuk bintang. Ya, Menteri ada sebut kita akan bagi bintang kepada itu. Saya ingin mendapat pencerahan sebenarnya bintang ini macam four stars kah, five stars, dia boleh dapa apa manfaat, Menteri? Contohnya, adakah kalau katalah syarikat ini dia dapat five stars, adakah ini bermakna dia akan dapat geran ataupun kerjasama daripada kerajaan? Ataupun dia lebih

senang untuk mendapat pinjaman bank ataupun better access to capital market? Kalaulah kita ada bandingan dengan star tapi tiada reward, saya tidak nampak apa matlamat kita ada bandingan. Akhir sekali, seperti yang saya katakan, saya haraplah kerajaan boleh tumpukan fokus kita kepada produktiviti. Naikkan produktiviti kita yang sekarang kalau kita banding dengan negara-negara lain adalah amat belakang. 2019, produktiviti kita kalau berbanding dengan Amerika Syarikat dan Singapore adalah separuh saja. Dengan itu, Tebrau menyokong Dasar Gaji Progresif usul ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor)

Baik, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dipersilakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Pertama sekali saya nak menyatakan di sini bahawa saya melihat Dasar Gaji Progresif adalah suatu yang amat baik dan memang tepat pada masanya sebab kita tahu bagaimana sukarnya kehidupan anak-anak muda di luar sana. Sebenarnya Dasar Gaji Progresif ini bukan benda yang baru disebutkan tadi oleh – Saya tak –Lupa daripada mana. Ia telah pun dilaksanakan oleh Singapura pada tahun 2020. Kenapa saya menyokong dasar ini? Pertamanya, pekerja Malaysia menerima gaji yang lebih rendah daripada pekerja-pekerja di beberapa buah negara Asia, bukan negara maju ya. Kurang maju. China, Thailand dan Indonesia. Dengan pendapatan yang diperolehi, mereka tak dapat mampu, mereka tak mampu mengharungi kehidupan yang baik, dalam bahasa Inggeris dengan izin, decent living Yang Berhormat Menteri. Mereka tidak ada standard of living yang selesa bagi mereka. Gaji lazimnya mempunyai hubungan langsung dengan produktiviti dan pekerja menerima gaji lebih tinggi apabila produktiviti meningkat. Namun kenaikan gaji di Malaysia didapati tidak seiring dengan peningkatan tahap produktiviti pekerja. Something is wrong somewhere. Menurut Bank Negara 2018, kadar gaji di Malaysia lebih rendah berbanding dengan negara petanda aras seperti Singapura, Korea Selatan dan China. Ini menunjukkan terdapat kepincangan dalam pasaran buruh kita. Pertumbuhan gaji di kalangan umur 20-29, begitu perlahan, begitu juga dengan 30 tahun ke atas dan sebagainya. Pertumbuhan gaji yang perlahan memberikan isyarat bahawa kelulusan pendidikan peringkat tertiary tidak menjamin gaji yang jauh lebih tinggi daripada memiliki pendidikan peringkat rendah dan menengah. Sebahagian besar pekerja di Malaysia ketika ini terlibat dalam sektor yang tidak mempunyai tahap produktiviti yang tinggi. Hal ini menyebabkan tahap produktiviti pekerja Malaysia ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju dan status ini didapati merentas dalam seluruh, semua sektor ekonomi. [Sambil menyelak buku] Saya nak kena langkau. Kekurangan pekerjaan berkemahiran meningkat sejak 2016. Jumlah guna tenaga tidak berkaitan kemahiran telah meningkat dari 1.17 juta 2016 kepada 2.02 juta pada tahun

2022. Ini satu, saya ingat satu angka yang tidak begitu baik kepada kita. Gaji menengah, median di Malaysia 2022 hanya 24,24 sebulan pada 2022 dan taburan gaji bagi pasaran buruh 25, 24 hanya RM1,682 sahaja. Tuan Yang di-Pertua, dasar ini dalam RMKe-12 mensasarkan iaitu 2021 – 2025, sasaran gaji penengah, RM2,900 sebulan pada tahun 2025. Persoalannya mampu kah ia dicapai dalam masa hanya dua tahun sahaja? Kita pun akan mulakan program ini, rintis ini, pada bulan Jun tahun hadapan. PLMS ataupun Linkway System, sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti ini wujud, mewujudkan situasi memang menang–menang bagi kedua-dua belah pihak. Pihak majikan akan mendapat produktiviti yang tinggi dan pihak pekerja akan dapat gaji yang lebih baik. Ini adalah suatu yang baik. Cuma, saya lihat kita hanya nak menumpukan pelaksanaan dasar ini kepada syarikat-syarikat tempatan terutamanya dari PMKS. Sebabnya sudah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Terdapat banyak juga syarikat-syarikat PMKS ini yang datangnya dari luar negeri. Bukan sedikit. Di Kedah pun banyak Yang Berhormat Menteri. Ini perlu juga, perlu juga diberi perhatian. Lagi satu di Singapura dia mewajibkan dasar ini dilaksanakan. Ditetapkan sektor makanan, pembersihan dan keselamatan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Jadi, adakah kerajaan bercadang untuk kita buat ini sebagai suatu mandatori. Not just sukarela. Mungkin kita kena fikirkan juga kita buat cara paksa rela. Kalau sukarela ini di Malaysia, kadang-kadang dia tak mau jadi. Itu terserahlah kepada Menteri dan kerajaan. Saya lihat Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita sebenarnya menghadapi masalah ini bukan sahaja pekerja-pekerja swasta ataupun penjawat-penjawat kita panggil sebagai workers. Tetapi, kakitangan kerajaan terutamanya yang mereka ini kelulusan universiti, Bachelor of Science, Bachelor of Art, Bachelor of Engineering daripada pelbagai universiti dalam dan luar negara, gaji mereka pun rendah.

Gaji mereka pun rendah. RM2,000 sehingga RM2,000 sebulan. Kalau kita bandingkan dengan zaman dahulu yang Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak bagi contoh saya sendiri. Saya graduate tahun 1976 Dato’ Speaker. Mungkin Dato’ Speaker masih di sekolah lagi kut tapi saya tak nampaklah tua sangat. Saya pun tak rasa tua sangat pun. Tenaga masih kuat. Gaji saya ketika itu Yang Berhormat Dato’ Speaker sebagai pegawai penyelidik Rubber Research Institute of Malaysia, sekarang ini Lembaga Getah Malaysia, kita dapat Bachelor of Science tahun 1976, gaji saya RM850 sebulan. Kalau yang sastera RM750. Jadi lebih rendah. Kalau kita ambil nisbah Dato’ yang di-Pertua, harga kereta ketika itu RM9,000 Tuan Yang di-Pertua. Bahagi dengan gaji, 10 kali ganda. Kalau sekarang ini, gaji RM2,000 sebagai contoh, harga kereta yang equivalent dengan tahun 76’ itu, saya dulu beli Mazda 808. Yang Berhormat Menteri, saya ingat dia baru beranak kut ataupun tak lahir lagi. Jadi kalau RM80,000 harga kereta yang equivalent, serupa masa itu kereta yang tiada aircond. Sekarang ini ada aircond ialah 58 kali ganda.

Kemudian kalau kita ambil harga rumah pada ketika itu 1976, RM50,000 di Damansara Utama dan ia hanya 59 kali gaji. Akan tetapi rumah yang sama di Damansara Utama, saya panggil like to like, apple to apple, harganya sekarang RM1.2 juta. Ertinya 600 kali ganda. Jadi bagaimana kita nak harap anak-anak muda ini yang baru graduate daripada universiti, belajar teruk-teruk, yang buat engineering-nya, yang buat sainsnya dan pelbagai lagi, kedoktoran dan sebagainya, nak hidup selesa? Jadi, jangan kita terkejut, ramai anak-anak kita yang kadang-kadang masuk universiti buat ijazah, dia berhenti sekerat jalan sebab kawan-kawan dia kata, mai kita buat kerja sendiri, kita gig, kita tak ada bos. Tak payah menggaji teruk-teruk. Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong dasar ini tapi pelaksanaan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana kita nak dasar ini, pelaksanaan dasar ini dia sustainable for a long time dengan izin. Buat selama-lamanya. Kita tak mahu berhenti sekerat. Lepas itu, tukar kerajaan ke apa pula, tukar cara lain pula dan kita akan menghadapi masalah yang lebih besar. Penting sekali ialah kita kena sama-sama pihak kerajaan dan Ahli Parlimen semua sekali untuk menentukan bahawa anak muda kita ini akan mendapat kehidupan yang lebih selesa. Bukan macam sekarang gaji mereka “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada Bukit Bendera. Jadi Malaysia sekarang ini menghadapi fenomena brain drain. Yang ini satu kenyataan kita tak boleh nafikan. Jadi kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif ini menggabungkan konsep gaji minimum dan juga struktur pembayaran yang progresif sekali gus dapat membentukkan atau menjaminkan tahap hidup asas pekerja tetapi ia juga dapat melibatkan impak terhadap produktiviti dan juga modal intelektual negara. Jadi balik kepada gaji minimum. Ia merupakan satu asas untuk stability. Memastikan pekerja dapat memenuhi keperluan asas mereka yang juga merupakan satu hak asasi manusia. Jadi dengan mengurangkan ketidaksamaan pendapatan, ia dapat mewujudkan masyarakat yang lebih seimbang dan juga adil di mana jurang antara kaya dan miskin tidak terus melebar. Jadi gaji yang progresif, kita tahu dapat memberi insentif kecemerlangan. Jadi sistem ini penting untuk menggalakkan pertumbuhan peribadi dan juga profesional yang berterusan. Jadi pekerja lebih cenderung untuk melabur dalam membangunkan kemahiran dan juga kecekapan mereka jika mereka tahu bahawa usaha mereka akan diberi ganjaran dengan gaji yang lebih baik. Jadi, sistem sedemikian juga dapat memupuk meritokrasi di tempat kerja. Jadi apabila pekerja melihat bahawa kerja keras dan juga bakat diiktiraf, ia dapat mendorong mereka untuk melakukan usaha yang terbaik.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Di Malaysia, sebahagian besar tenaga kerja memperoleh pendapatan kurang daripada RM5,000 dengan 75.7 peratus daripada 6.42 juta pekerja formal termasuk dalam kalangan kategori ini. Jadi lebih satu pertiga memperoleh kurang daripada RM2,000 setakat Mac. Oleh itu, jelas bahawa campur tangan dasar harus menyeluruh dengan memastikan model gaji progresif mempertimbangkan pengagihan pendapatan merentasi pelbagai sektor dan juga kumpulan pendapatan yang telah bergelut dengan peningkatan kos sara hidup. Jadi kepentingan struktur gaji ini lebih ketara apabila kita mempertimbangkan isu brain drain, khususnya di Malaysia. Brain drain merujuk kepada penghijrahan individu berkemahiran tinggi dan berpendidikan ke negara lain untuk mencari peluang dan juga keadaan hidup yang lebih baik. Jadi Malaysia telah mengalami masalah brain drain yang ketara dengan ramai rakyat kita yang berbakat terutamanya profesional dan graduan meninggalkan negara ini. Satu contoh yang ketara adalah penghijrahan profesional penjagaan kesihatan ke negara seperti Singapura, Australia dan UK. Jadi [Tidak jelas] dengan izin ini didorong oleh tarikan gaji yang lebih tinggi, keadaan kerja yang lebih baik dan juga peluang kerjaya yang lebih maju. Bukan juga dengan industri teknologi di Malaysia yang menyaksikan kehilangan bakat-bakat negara ke negara jiran seperti Singapura yang menawarkan ekosistem teknologi yang lebih bertenaga dan gaji yang kompetitif. Jadi dengan ini, melaksanakan gaji minimum yang teguh dan juga sistem gaji progresif adalah strategi yang ampuh untuk menyelesaikan isu brain drain dengan memastikan bahawa pekerja dibayar dengan adil dan mempunyai laluan yang jelas kepada pendapatan yang lebih tinggi, Malaysia boleh menjadi negara yang lebih menarik kepada tenaga kerja mahirnya. Jadi pendekatan ini boleh membantu juga mengekalkan bakat-bakat tempatan malah menarik profesional mahir dari luar negara dan juga mengurangkan godaan untuk mencari peluang di luar negara. Untuk melaksanakan struktur gaji progresif yang berkesan, jadi perlu wujudnya usaha kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan juga organisasi buruh. Jadi dasar mesti dirangka dan dilaksanakan dengan teliti dengan mengambil kira realiti ekonomi industri dan juga wilayah yang kadang-kadang berbeza. Selain itu, perlu juga ada pemantauan dan penyelarasan yang berterusan untuk memastikan struktur gaji ini kekal relevan dan berkesan dari semasa ke semasa. Jadi kesimpulannya, gaji minimum dan juga gaji progresif bukan sekadar alat ekonomi. Kedua-dua ini adalah penting untuk membina masyarakat yang stabil, saksama dan produktif. Bagi Malaysia, menangani isu brain drain melalui struktur gaji sebegitu boleh menjadi game changer dengan izin, memastikan negara mengekalkan minda-minda terbaik serta meneruskan pembangunan sosioekonomi. Jadi memandangkan dunia semakin menjurus kepada globalisasi, negara seperti Malaysia perlulah mengambil langkah tegas untuk melindungi dan juga memupuk modal insan mereka. Nak landing dah.

Puan Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHBukit Bendera

Sebagai pembuat dasar di peringkat Persekutuan, kita juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk melindungi rakyat Malaysia dan juga menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua. Jadi dalam masa yang sama, kita juga perlu mempunyai tanggungjawab dalam memastikan perniagaan juga mendapat manfaat daripada Dasar Gaji Progresif. Jadi dalam erti kata lain, rakyat Malaysia memerlukan gaji yang lebih baik. Jadi dengan ini Bukit Bendera menyokong kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Dipersilakan Yang Berhormat Alor Setar.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ada empat perkara yang nak disampaikan dalam mengambil bahagian membahaskan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif ini. Pertama, perlu kita ingat dan perlu kita ketahui dalam hal gaji dan upah ini. Bekerja ini adalah satu ibadah untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang hamba Tuhan dan memenuhi keperluan manusia lain dan juga mengimarahkan alam sekitar atau bumi dan untuk tujuan itu, tidak ada manusia yang dapat hidup seorang diri. Dia perlu bergantung kepada manusia lain dan perlu bergantung kepada sumber alam. Maka di situlah adanya majikan dan adanya pekerja yang menguruskan semua hasil tadi. Tanggungjawab majikan ialah membayar gaji dan upah kepada tenaga yang dikeluarkan oleh pekerja yang setimpal. Tanggungjawab pekerja pula ialah untuk mencurahkan tenaga, bakat, kudrat, mengikut perjanjiannya dengan majikan.

Dalam pandangan Islam, kadar gaji minimum mestilah boleh memenuhi keperluan asas yang lima: makanan; pakaian; tempat tinggal; perubatan; dan pendidikan. Kadar gaji maksimum pula mestilah tidak boleh sampai merugikan dan membebankan majikan. Maka, diletakkan kadar gaji sebenar yang ideal ialah di antara gaji maksimum dan gaji minimum. Di tengah-tengah itu. Gaji sebenar ini mestilah setimpal dengan harga barang semasa, keuntungan majikan dan apa sumbangan pekerja kepada majikan tersebut. Maka, tasawur ataupun pemikiran ini perlu ada dan perlu menjadi teras kepada majikan, kepada pekerja dan kepada kita yang membuat polisi dan dasar dalam Dewan yang mulia ini. Poin yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pembentangan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan dokumen kertas putih yang disediakan ini. Mengenai mekanisme penilaian majikan dan pekerja, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimana kita nak memastikan sistem penilaian majikan itu telus? Disebut, diberi penarafan dalam bentuk bintang oleh agensi yang mempunyai kredibiliti. Apa jaminan tidak berlaku salah penilaian majikan itu terhadap – syarikat itu ataupun agensi itu terhadap majikan? Disebut juga, tujuan sistem penilaian itu ialah untuk membolehkan syarikat ini bersaing antara satu sama lain.

Namun isunya Dato’ Yang di-Pertua, ada majikan-majikan ini pendapatannya tidak sama. Jadi, bagaimana kita nak mewujudkan persaingan yang adil jika kadar income pendapatan majikan itu tak sama? Ia juga boleh mendedahkan kepada aktiviti yang tak sihat. Bila bersaing ini mungkin terdedah kepada elemen-elemen penyelewengan dan sebagainya. Bagaimana isu ini nanti akan dapat diatasi? Ketiga, Dato’ Yang di-Pertua ialah mengenai aspek kursus ataupun latihan peningkatan kemahiran yang dinyatakan dalam kertas dasar ini. Bagaimana pula dengan majikan yang tak cukup bilangan pekerja? Saya merujuk kepada Yang Berhormat Menteri kepada PMKS. Contohnya di kampung-kampung, syarikat kecil yang buka kedai hardware, kedai runcit. Pekerja ada seorang, tauke seorang. Jadi, bila pekerja dia itu dihantar masuk latihan, siapa nak uruskan kedai itu? Jadi, terjejas perniagaan. Kalau dia tak ikut latihan, nanti dia tak dapat memenuhi syarat kertas putih kita ini. Jadi, apa kata kalau kita benarkan juga majikan itu untuk buat in-house training. Dia sendiri bagi penilaian dan penilaian itu juga turut diambil kira oleh pihak kementerian dalam hal ini. Dalam hal latihan juga, adakah latihan nanti ini akan menepati keperluan majikan kerana bentuk perniagaan, pendapatan, bilangan pekerja tak sama? Saya cadangkan supaya kita kategorikan PMKS ini kepada kategori-kategori tadi supaya mudah latihan ini diberi dan mudah pemantauan itu dibuat oleh pihak agensi yang berkaitan nanti. Isu juga yang timbul Dato’ Yang di-Pertua, pekerja ini apabila dia masuk latihan, dia jadi mahir, dia jadi pandai, ada pengalaman. Kemudian, kerajaan bayar insentif RM200, RM300 sebulan tadi tu. Isunya pekerja itu berhenti. Ini biasa berlaku. Bila berhenti, dia pergi kerja tempat lain ataupun dia tak bekerja langsung. Jadi, macam mana kita nak memastikan Dasar Gaji Progresif ini dapat dijayakan? Majikan pun rugi, kerajaan pun tak berjaya dan pekerja tadi pun ada isu kewangan yang mungkin dihadapi untuk diri dia sendiri tapi dia tak dapat meneruskan pekerjaannya itu. Jadi, apa tindakan kita untuk mengatasi isu ini? Saya juga cadangkan dalam hal latihan ini Dato’ Yang di-Pertua, supaya latihan juga turut diberi kepada majikan yang menyertai program ini. Bukan setakat latihan kepada pekerja, kepada majikan menguruskan perniagaan, menguruskan akaun kewangan. Mungkin duit dia ada tapi dia tak pandai urus, menyebabkan dia tak tahu nak cari sumber untuk bayar insentif ataupun gaji yang lebih kepada pekerja yang mahir tadi. Penutup kesimpulan Dato’ Yang di-Pertua, sekali lagi saya sebutkan kadar gaji yang hendak disediakan ini mestilah memenuhi keperluan-keperluan asas manusia untuk hidup. Saya sebut lima perkara tadi: makanan; pakaian; tempat tinggal; perubatan; dan pendidikan. Maksudnya apa? Dasar ini sangat baik. Saya setuju, saya menyokong. Namun, ia nya tidak akan berjaya jika kos sara hidup yang asas yang melibatkan lima aspek asas tadi kita tak dapat urus dengan baik. Maka, dia kena bergerak dengan seiring. Dasar gaji ini kena diteruskan dan kos-kos sara hidup, isu-isu yang membelenggu rakyat tadi juga kena diselesaikan seiring barulah dasar ini dapat dijayakan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Gopeng.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun berjaya membentangkan Kertas Putih Gaji Progresif yang merupakan detik sejarah buat negara kita. Sebab sebelum ini, pentadbiran-pentadbiran yang sebelum ini tidak pernah menyentuh tentang pasaran buruh. Saya melihat usaha Kerajaan Madani dalam melaksanakan dasar ini adalah sungguh berani dan sangat baik terutamanya buat golongan-golongan muda dan belia dalam negara kita. Walaupun dasar ini secara jujurnya, ia nya adalah sangat sungguh berisiko dan bukan mudah dan mencabar dalam pelaksanaan dan pemantauannya tetapi apabila kerajaan mencampur tangan dalam pasaran buruh ini, ia nya sebenarnya sesuatu yang baik untuk golongan pekerja dalam negara kita. Atas sebab itu, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk melakarkan dasar ini walaupun dalam tempoh yang singkat. Saya ingin juga mengajak rakan-rakan dalam Dewan ini untuk mengambil maklum, sesungguhnya kerajaan bukan setakat campur tangan dalam pasaran buruh dalam negara kita tetapi kerajaan melalui pembentangan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum ini pernah memberikan komitmen. Kerajaan kini merangka skim baharu dalam meningkatkan tangga gaji penjawat-penjawat awam melalui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam juga. Ini menunjukkan bahawanya Kerajaan Madani komited dalam merencanakan dasar yang jelas menumpukan ke arah mengangkat semula darjat dan martabat ekonomi negara dan memastikan kesejahteraan dan limpahan hasil kepada rakyat. Harus kita lihat, dasar ini bukan dasar yang menekan kepada pihak majikan tetapi ataupun menyebabkan kos dan tambahan kepada majikan tetapi menawarkan keseimbangan kepada kaum pekerja dan para majikan dalam pasaran buruh. Saya bersetuju atas dasar ini atas dua sebab yang utama. Pertamanya, gaji pekerja yang rendah, yang tidak meningkat dalam tempoh 20 tahun yang kebelakangan ini dan kadar bahagian pampasan pekerja (CE) yang masih rendah. Itu pertama. Keduanya adalah tujuan untuk mempertingkatkan produktiviti dan kapasiti kemahiran pasaran buruh dan juga mempertingkatkan daya saing industri dalam negara kita. Pertama, kalau kita lihat kepada gaji pekerja kita masih lagi tidak jauh daripada paras kemiskinan negara kita iaitu di sekitar RM2,600 sahaja. Saya lihat perintah gaji minima perlukan gaji progresif sebagai pelengkap untuk memastikan kita dapat meningkatkan gaji pekerja kita secara berkala dan tetap dari satu tahun ke satu tahun yang akan datang. Kita lihat yang paling membimbangkan saya adalah pelaksanaan gaji progresif sebenarnya telah pun bermula di negara Singapore yang mana mereka menjanjikan gaji yang lebih tinggi. Saya bagi contoh, kalau boleh dalam Dewan ini saya ingin kongsikan salah satu sektor pekerjaan dalam Singapore yang melaksanakan gaji progresif iaitu kerja-kerja bagi

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

pekerja pembersihan am telah pun disasarkan akan dinaik kepada 3,260 SGD pada tahun 2028 iaitu angka ini akan mencecah lebih kurang RM10,000. Jika gaji graduan dan permulaan untuk negara kita masih kekal dengan tangga gaji yang sedia ada, maka tidak mustahil golongan belia kita, graduan kita akan meletakkan kerja- kerja untuk menjadi pekerja pembersihan awam di Singapura berbanding dengan menjalankan ataupun membuat kerja di dalam negara kita sebab pulangan jauh beza berbanding dengan apa tangga gaji yang ada dalam negara kita. Kalau kita tak campur tangan dalam pasaran buruh, golongan muda kita akan kecewa dengan gaji permulaan yang rendah. Tiada siapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam pendidikan tinggi yang menanggungkan hutang PTPTN yang berat dan mereka hanya akan tumpukan mungkin kerja dengan cara yang cepat untuk mencarikan wang ataupun kerja di Singapore. Itu pertama. Keduanya, tentang kertas putih ini menjelaskan juga syarat dan imbuhan yang berkala dan tetap ditawarkan kepada 1,000 syarikat yang terpilih. Dalam hal ini, saya kurang bersetuju untuk mengamalkan cara first come first served basis tetapi saya ingin mencadangkan kepada kementerian supaya menumpukan kepada beberapa sektor tertentu terdahulu yang mampu memberikan lonjakan kepada pembangunan ekonomi negara kita yang mana Menteri dah pernah sebut berkali-kali dalam lima sektor yang utama high growth high value dan kita boleh kekalkan bakat-bakat kita dalam pasaran buruh dalam negara kita.

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

Ini akan memberikan keyakinan kepada para pelabur asing ataupun pelabur dalam negara sebab kita memberikan komitmen boleh melahirkan bakat-bakat ataupun pekerja- pekerja yang berkemahiran yang mencukupi untuk pasaran buruh negara kita. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian bagi syarikat-syarikat yang menyertai dasar ini kerajaan selain menawarkan insentif berbentuk tunai kepada mereka, kerajaan seharusnya menawarkan lebih banyak lagi skim-skim yang memberikan manfaat kepada mereka termasuk potongan cukai, latihan-latihan dan sebagainya kepada syarikat-syarikat yang menyertai itu. Akhirnya Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin bertanyakan tiga soalan kepada kementerian juga. Pertamanya adalah pernah berlaku pada tahun 2020 sebanyak 388 aduan atas penyalahgunaan Program Subsidi Upah berlaku oleh majikan sebanyak RM20 juta. Bagaimanakah mekanisme yang dinyatakan dalam dasar ini yang kita memberikan insentif tunai kepada syarikat-syarikat ini dapat menghalangkan salah laku ini terus berlaku pada masa pelaksanaan dasar ini. Kedua adalah apakah Dasar Gaji Progresif akan memberikan latihan kepada golongan pekerja-pekerja asing yang tidak berkemahiran kerana golongan pekerja ini mereka hanya ada mempunyai tempoh masa yang terhad sahaja berkhidmat dalam negara kita dan mereka akan kembali ke tanah air sendiri masing-masing pada suatu ketika nanti. Ketiga adalah dalam dasar ini tidak menyatakan maklumat tentang siapa yang membayar RM200 ataupun RM300 dulu sebab ini adalah penting akan menyebabkan cashflow dalam syarikat itu. Sebab, sebelum ini pernah juga beberapa dasar-dasar yang

Tuan Tan Kar HingPKR · PHGopeng

bersifatkan subsidi yang syarikat bayar dulu tetapi claim agak lambat. Ini mungkin akan tidak dapat memberikan keyakinan kepada syarikat-syarikat supaya tidak memberikan kesan yang besar terhadap cashflow sesuatu syarikat yang menyertai dasar ini. Akhir kata saya ingin menyatakan sokongan yang penuh untuk Dasar Gaji Progresif yang sungguh berani dan bersejarah bagi sesi kali ini. Sekian sahaja terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Dipersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim. Timbalan Yang di-Pertua, saya juga turut menyokong Kertas Putih cadangan Dasar Gaji Progresif yang dibentang oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi kerana golongan pekerja adalah penyumbang utama di dalam pembangunan negara, dalam ekonomi negara, pembangunan masyarakat dan sebagainya. Saya baca beberapa petikan ayat Quran dan juga hadis Rasulullah SAW kerana Islam sejak awal lagi telah memberi perhatian utama kepada kepentingan gaji. Ini kerana gaji atau upah merupakan suatu yang amat penting dan mendapat perhatian utama dalam masyarakat pada setiap masa dan tempat di dunia ini. Ini kerana gaji mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat. Antaranya firman Allah SWT dalam surah Al-Ahqaf, ayat 19, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Dan setiap orang memperoleh tingkatan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan dan agar Allah mencukupkan balasan amal perbuatan mereka dan mereka tidak dirugikan.” Dalam ayat ini Islam menjadikan konsep ganjaran pahala dan syurga di akhirat sebagai perbandingan gaji atau upah dalam pekerjaan di dunia. Ini bererti seorang pekerja yang tidak dibayar gaji atau upah atau dibayar lebih rendah dari tenaga yang mereka sumbangkan, dianggap telah dizalimi. Majikan akan menanggung dosa dan akan dipersoal di akhirat kelak. Sebaliknya, mereka yang tidak menyumbangkan tenaga yang secukupnya atau meminta gaji yang tinggi turut akan disoal di akhirat kelak. Pada masa yang sama, Islam melarang amalan mengenakan denda atau menolak gaji pekerja kerana kesalahan merosakkan peralatan dan sebagainya. Dalam hadis yang lain, Nabi bersabda, [Membaca sepotong hadis] . Maksudnya, “Berikanlah upah kepada pegawai atau buruh sebelum kering peluhnya.” Dalam hadis yang lain Nabi bersabda, [Membaca sepotong hadis] . Maksudnya, “Terdapat tiga golongan yang akan menjadi musuhku pada hari kiamat,” kata Nabi. Salah satunya ialah orang yang memperkerjakan orang lain namun setelah orang tersebut memberikan tugas, upahnya tidak dibayarkan, Riwayat Bukhari. Seorang ulama namanya Imam al-Subki dalam fatwanya menyebut, “Seorang yang mengupah orang lain bekerja, kemudian orang tersebut telah

menunaikan tugasnya dengan baik namun dia tidak memberikan upahnya adalah sama seperti orang yang menghambakan manusia merdeka.” Dia menghalang orang lain untuk memperbanyakkan ibadah-ibadah sunah, maka ini sama sahaja dengan orang yang menjual manusia merdeka. Kemudian memakan hasilnya. Ini adalah dosa yang sangat besar. Lihat Fatawa al-Subki, muka surat 2. Nabi juga bersabda lagi, [Membaca sepotong hadis] . Maksudnya, “Janganlah kamu membebankan mereka yakni para hamba, pekerja dan juga kamu memberikan tugas kepada mereka maka bantulah mereka.” Dalam hadis dan ayat al-Quran yang saya baca tadi menunjukkan pada kita bahawa Islam memandang mulia golongan pekerja yang tidak boleh diabaikan. Dari sudut ekonomi, jika pekerja mendapat gaji yang rendah bukan sahaja mengurangkan semangat dan harga pengeluaran tetapi juga memberikan kesan kepada masyarakat. Pada keseluruhannya kerana pekerja kurang berbelanja untuk diri dan keluarganya. Justeru itu jika gaji rendah, barangan di pasaran sukar untuk dijual. Sebaliknya jika gaji pekerja tinggi, pekerja dapat menyempurnakan keperluan keluarganya dengan lebih baik dan golongan peniaga mendapat keuntungan lebih kerana pekerjanya berbelanja lebih. Cuma masalahnya bila gaji tinggi, gaji naik, dia ambil kesempatan oleh para peniaga untuk menaikkan harga barang. Ini pihak kementerian berkenaan kena ambil tanggungjawab untuk memastikan harga barang tidak naik, walaupun gaji progresif dilaksanakan pada tahun hadapan. Akhir sekali, kepentingan gaji dan upah juga pernah di perhatian oleh para khalifah. Antaranya Sayidina Ali, sewaktu menjadi khalifah Islam. Beliau menyatakan berilah kepada mereka gaji yang secukupnya kerana dengan gaji yang cukup itu mereka dapat meningkatkan prestasi diri mereka dan boleh mengelakkan mereka daripada mengambil harta kerajaan. Ini juga dijadikan alasan ketika mana arahanmu tidak dipatuhi. Islam mengambil kira beberapa faktor dalam peruntukan gaji bayaran gaji kepada pekerja. Antaranya memelihara kebajikan kedua-dua belah pihak iaitu pekerja dan majikan. Kebajikan tenaga kerja terjaga dengan menetapkan gaji atau upah yang tinggi. Kebajikan majikan pula dipelihara oleh Islam dengan memastikan agar majikan juga mendapat keuntungan. Kedua, majikan dilarang sama sekali menganiaya pekerja dengan memberikan gaji yang rendah dah mengabaikan kebajikan mereka. Ketiga, pekerja wajar dianggap oleh majikan sebagai rakan kongsi yang turut serta memajukan sesuatu perusahaan majikan dan mereka wajar menikmati bersama keuntungan. Dengan ini saya menyokong Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif yang saya harap tidak terlalu lama untuk dilaksanakan kerana rakyat sentiasa menunggu perkara yang baik yang dibuat oleh kerajaan. Tak payah tunggu bulan enam lah. Tahun depan pun boleh buat. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Berikutnya dipersilakan Yang Berhormat Klang.

Dato’ Yang di-Pertua, Klang amat mengalu-alukan usaha Kementerian Ekonomi merangka dan membentangkan Kertas Putih tentang Dasar Gaji Progresif dalam Dewan yang mulia ini. Sebagai bukti komitmen dan kesungguhan, Kerajaan Perpaduan mereformasi pasaran buruh demi meningkatkan gaji dan upah pekerja agar seiring dengan kenaikan produktiviti. Pelaksanaan beberapa inisiatif berkaitan gaji dan upah di Malaysia termasuk perintah gaji minimum, sistem upah berkenaan produktiviti atau productivity linked wage system dan program subsidi upah demi memastikan gaji dan upah dalam tren menaik. Nampaknya masih belum membuahkan hasil kerana tahap gaji dan upah yang rendah masih menghantui ramai pekerja yang bukan sahaja mengakibatkan herotan dalam pasaran buruh malah telah menyebabkan daya tahanan kewangan rakyat khususnya dalam kalangan belia berada pada tahap yang membimbangkan yang mana peratusan yang tinggi daripada gaji dan upah terpaksa dibelanjakan untuk menampung keperluan asas.

Peluang untuk membuat simpanan menipis, kadar simpanan isi rumah Malaysia antara yang terendah di dunia. Menurut satu kajian World Bank dan 70.5 peratus pekerja di sektor formal gagal mencapai nilai ambang simpanan asas KWSP sebanyak RM240,000 atau mengikut kategori umum. [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Mesyuarat] Keterpaksaan membuat pinjaman dengan institusi kewangan sehinggakan kes muflis akibat hutang untuk membeli rumah atau kenderaan kegunaan peribadi dan kad kredit meningkat. Kesenjangan antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah semakin melebar yang mana indeks pekali Gini kekal melebihi paras 0.4 peratus setakat 2022 sejak turun ke 0.399 pada tahun 2016. Kesukaran mencapai tahap mobiliti sosial yang lebih baik yang mana Malaysia hanya menduduki tempat ke-43 dalam indeks mobiliti sosial antarabangsa tahun 2020 di belakang Kazakhstan, Uruguay dan Bulgaria. Di samping hanya 37 peratus mendapat pekerjaan berkemahiran dan 35 peratus menikmati gaji lebih tinggi daripada ibu bapa mereka meskipun 62 peratus anak-anak Malaysia mempunyai pendidikan lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Tuan Yang di-Pertua, maka Dasar Gaji Progresif salah satu daripada 17 anjakan dalam Kajian Separuh Penggal RMKe-12 demi melonjakkan ekonomi negara ke rantaian nilai yang lebih tinggi dan meningkatkan paras gaji dan upah di Malaysia secara sistematik sekali gus mencapai pengagihan pendapatan yang lebih seimbang diperkenalkan dengan tiga characteristics asas yang kini bersifat sukarela berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti. Memandangkan ketiga-tiga ciri asas ini memenuhi kehendak dan keperluan majikan dan pekerja, Klang yakin Dasar Gaji Progresif mampu menyelesaikan isu gaji rendah di samping menjadi pelengkap bagi inisiatif-inisiatif berkaitan gaji yang telah dan sedang

dilaksanakan dengan membantu keberkesanan pelaksanaan. Mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif juga jelas dan tuntas mencakupi tiga kriteria utama yakni syarat penyertaan, cadangan, panduan, kenaikan gaji tahunan serta pemberian insentif mengikut kadar dan kumpulan pekerja. Malah dapatan simulasi model computable general equlibrium secara keseluruhan menunjukkan impak positif terhadap beberapa indikator terpilih seperti bilangan pekerja yang menerima manfaat. KDNK - benar, compensation of employee, paras produktiviti, caruman KWSP, hasil cukai pendapatan, bilangan pembayar cukai pendapatan baharu dan pengurangan kadar pengangguran natijah pelaksanaan Dasar Gaji Progresif berdasarkan tiga senario model dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan tahunan masing-masing pada RM2 bilion, RM38 bilion dan RM5 bilion. Namun terdapat beberapa perkara yang mana Klang perlukan penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri untuk tujuan penambahbaikan secara keseluruhannya serta memastikan kecekapan dan keberkesanan fasa pelaksanaan. Pertama, mengapakah characteristic ketiga asas hanya terkait dengan produktiviti dan tidak bersekali dengan paras kos sara hidup sedangkan antara isu utama berkaitan gaji dan upah di Malaysia adalah mengenai kadar kenaikan gaji yang jauh lebih rendah berbanding kadar kenaikan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat di akar umbi? Bilakah Malaysia akan mempunyai indeks kos sara hidup sebagai pelengkap bagi indeks harga pengguna? Kedua, adakah kadar kenaikan gaji dalam panduan kenaikan gaji tahunan yang ditentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif akan berbeza- beza mengikut sektor atau industri ekonomi dan kategori pekerjaan? Sebagai contoh mereka yang bekerja sebagai pegawai pemasaran akan menikmati kadar kenaikan gaji yang berbeza bergantung pada sektor di mana mereka bekerja.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Saya pohon dua minit.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Satu minit. Dimaklumkan akan dilakukan projek rintis Dasar Gaji Progresif. Ketiga, sebelum pelaksanaan Dasar Gaji Progresif sepenuhnya, adakah Dewan yang mulia ini akan mendengar pembentangan yang penilaian terhadap keberkesanan yang melibatkan 1,000 syarikat projek rintis yang dijangka berlangsung antara Jun dan September 2024. Pelan Tindakan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan sekali lagi. Saya jika – apakah, soalan empat Tuan Yang di-Pertua, apakah peruntukan telah diletakkan dalam Bajet 2024? Jika tidak, saya cadangkan supaya sejumlah peruntukan diluluskan segera bagi membolehkan usaha ini dapat diteruskan seperti mana yang diletak untuk tiga senario seminimum RM2 bilion seperti yang dinyatakan. Akhir kata, syabas dan tahniah buat keseluruhan warga Kementerian Ekonomi atas kejayaan mencerakin dan mengemukakan satu Kertas Putih cadangan yang komprehensif, holistik, malah realistik untuk dilaksanakan. Klang dengan ini menyokong penuh Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif yang dibentangkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Permatang Pauh mengucapkan tahniah kepada Menteri Ekonomi dan menyambut baik inisiatif kerajaan untuk mengadakan Dasar Gaji Progresif yang dapat membela pekerja kita untuk memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia. Setelah meneliti Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif ini, ada tiga perkara sahaja yang akan saya utarakan. Yang pertama populasi penduduk yang tinggal di bandar agak tinggi di negara kita dan diunjurkan mencapai 80 peratus pada tahun 2030. Faktor utama migrasi penduduk luar bandar ke bandar-bandar besar ini kerana peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang lumayan. Jangkaan saya ramai majikan dari bandar pasti akan menyambut untuk melaksanakan gaji progresif ini kerana ketersediaan dan kemampuan mereka. Perkara ini akan melebarkan lagi kesenjangan pendapatan antara pekerja di syarikat yang melaksanakan Dasar Gaji Progresif dengan syarikat yang tidak melaksanakannya. Bahasa mudahnya jurang gaji antara pekerja di kampung dan pekerja di bandar semakin melebar kerana rata-rata syarikat di luar bandar ini kurang dari lima pekerja. Yang pasti juga jurang gaji antara dua golongan ini akan menatijahkan pekerja dari luar bandar akan bermigrasi mencari rezeki di bandar. Perkara ini akan memberikan kesan rantaian secara tidak langsung kepada negara. Penduduk bandar yang ramai sepastinya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, limpahan pesakit di hospital, persekolahan dua sesi kerana murid terlalu ramai dan juga kesan-kesan yang lain. Sekarang ini pun sudah banyak kawasan luar bandar yang kekurangan belia kerana ramai yang bermigrasi ke bandar. Cadangan saya pelaksanaan secara suka rela ini amat baik dan perlu diteruskan. Namun pada masa yang sama mungkin mekanisme pelaksanaannya boleh dibuat juga dengan mempertimbangkan situasi majikan. Syarikat dan juga perusahaan kecil yang kurang dari lima pekerja di kawasan luar bandar yang berpotensi boleh diberi keutamaan. Bolehlah mereka diberikan layanan istimewa sama ada diberi insentif yang lebih, disediakan konsultansi supaya dengan pelaksanaan gaji progresif ini bukan sahaja menjadikan pekerja mereka setia dengan syarikat, namun sekali gus akan meningkatkan kemahiran pekerja dan secara tidak langsung mengembangkan syarikat mereka. Saya juga mencadangkan agar seribu syarikat yang disebutkan oleh Menteri sebentar tadi menjadi syarikat rintis ini juga diambil dari syarikat-syarikat di luar bandar. Gaji progresif di luar bandar bukan sahaja boleh menipiskan kesenjangan pendapatan, malah boleh mengimbangkan populasi penduduk di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, kita sedia maklum Dasar Gaji Progresif ini untuk membela pekerja mahir dan separuh mahir dalam negara kita yang dibayar gaji tidak setimpal

dengan kemahiran mereka. Seiring peredaran masa warga asing dalam negara kita sudah menggilap kemahiran mereka, malah mereka sudah banyak memenuhi sektor-sektor yang memerlukan tenaga separuh mahir dan tenaga mahir. Sudah ramai majikan yang mengupah warga asing untuk menjadi mekanik, jurukimpal, juruteknik barangan elektrik dan macam- macam lagilah. Majikan yang mengutamakan keuntungan semata akan mencari pekerja yang boleh dieksploitasi sehingga dipaksa kerja lebih masa, kawasan bekerja yang berbahaya dan dibayar dengan gaji yang rendah.

Pekerja asing adalah inisiatif kepada majikan yang culas kerana ia tidak terikat dengan Dasar Gaji Minimum dan juga Dasar Gaji Progresif, selain daripada mengelakkan rungutan tuntutan daripada pekerja tempatan untuk menuntut gaji setimpal. Soalan saya, adakah kerajaan mempunyai inisiatif dan juga tindakan dalam mengatasi majikan yang mengambil warga asing yang bekerja dalam sektor yang bukan diperuntukkan warga asing? Tuan Yang di-Pertua, point yang ketiga. Kita sedia maklum akan ada majikan yang mungkin kedekut sedikitlah dan mengutamakan keuntungan, mungkin tidak bersetuju dengan situasi ataupun dengan cadangan ini. Adakah kerajaan akan mempertimbangkan apa-apa tindakan walaupun Yang Berhormat Menteri dah menjelaskan sebentar tadi, tapi mungkin akan ada nasihat ataupun kempen kepada syarikat-syarikat yang liat ataupun culas, yang mereka berkemampuan dan mereka ada keuntungan besar tapi tidak mahu menyambut Dasar Gaji Progresif yang dicadangkan oleh pihak kerajaan. Itu sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya berbahas pada sesi kali ini. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya memang menyokong hasrat dan matlamat cadangan gaji progresif yang dibentangkan kerana niatnya adalah untuk menaikkan gaji dan pendapatan rakyat Malaysia. Tetapi saya juga hendak memberi satu pesanan kepada rakyat Malaysia. Kita menyokong gaji dan pendapatan rakyat naik tetapi kita mestilah bersedia apabila untuk membayar kos yang lebih tinggi apabila kita diberikan perkhidmatan oleh rakyat yang lain kepada kita. Dalam satu mesyuarat di mana saya adakan dengan rakan-rakan di tempat saya, saya menanya mereka siapa yang menyokong gaji naik. Semua yang hadir angkat tangan menyokong gaji naik. Tetapi apabila saya tanya, siapa yang menyokong kalau kita hanya minum Teh Tarik dengan satu pinggan Mee Goreng Ayam kita perlu bayar RM30. Tidak seorang pun bersetuju. Puan Timbalan Yang di-Pertua, kita mesti menerima hakikat kalau kita naikkan gaji pekerja, kita mesti sudi bayar bayaran yang lebih untuk perkhidmatan mereka. Di Australia, seorang pelayan makanan di kedai dibayar 20 AUD satu jam. Kalau kerja lapan jam, dia dibayar 160 AUD, lebih kurang RM480. Katakan kita naikkan gaji pelayan makanan di gerai-

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

gerai dan kedai-kedai kepada RM20. Saya tidak minta 20 AUD. Sejam kita mesti bayar pelayan makanan RM160 sehari dan kos untuk menggaji seorang pelayan makanan untuk kedai itu untuk 30 hari sebulan adalah RM4,800. Juga, kalau pelayan diberi gaji RM4,800, haruslah chef atau tukang masak kita mestilah bayar lebih kurang RM10,000. Kalau itulah keadaan kita, di mana kita selesa mendapat bayaran gaji yang tinggi, kita kalau tiga orang pergi minum Teh Tarik dan makan Mee Goreng tiga pinggan, kita haruslah bersedia untuk membayar lebih kurang RM100 untuk jamuan yang ringkas itu. Jadi, saya harap jangan nanti kita naikkan gaji dengan banyak, rakyat pula mengadu kos terlalu tinggi. Saya nak tanya dalam cadangan gaji progresif yang dibentangkan ini, saya dapati ia merupakan satu projek subsidi kerajaan. Saya nak tanya berapakah jumlah yang telah kerajaan peruntukkan untuk program ini? Bagi saya, ini satu program menggalakkan kenaikan gaji di mana kerajaan pada tahap asal memberikan subsidi. Kemudian subsidi itu ditarik balik dan majikan perlu membayar gaji yang lebih tinggi. Saya takut, saya khuatir ini mungkin tidak akan berjaya kalau satu hari ekonomi kita merudum, ekonomi tidak mengembang dan merosot, majikan tidak akan dapat membayar gaji yang begitu tinggi. Saya lebih— kalau boleh bagi masa sedikit. Saya lebih cenderung kalau kerajaan memastikan rakyat kita mendapat gaji dan pendapatan yang lebih tinggi dengan tiga prinsip yang hendak saya cadangkan iaitu; (i) merancakkan ekonomi, (ii) memperbesarkan KDNK kita; dan (iii) menjana kekayaan. Ketiga-tiga perkara ini saling ada kaitan. Saya bagi contoh, apa yang tidak menggalakkan kerancakan ekonomi, pembesaran KDNK dan menjana kekayaan. Saya bagi satu contoh bukan niat nak ajar tapi bagi contoh, katakan di negeri Kelantan. Di Kelantan, orang lain yang bukan dilahir di Kelantan tidak boleh membeli tanah di Kelantan. Jadi, itu bermaksud di Kelantan ekonomi tidak akan berkembang. Mereka hanya boleh berkembang dengan dana dalaman dan bakat dalaman yang ada di Kelantan. Tapi saya tanya kawan di Kelantan, mereka pun nak gaji tinggi juga. Mereka kata wang itu penting juga tetapi hakikatnya kalau tanpa dana dan bakat dari luar, kita tidak akan berkembang ataupun dapat menaikkan gaji atau pendapatan yang lebih. Di peringkat Federal, kita dapati setiap kali polisi kita tak tentu. Adakah kita mengalu-alukan pelaburan asing? Baru-baru ini kita nak naikkan cukai setem 4 percent ke atas mereka yang datang membeli hartanah. Kita setiap negeri pun ada juga bayaran yang perlu dibayar. Ada sampai RM100,000 setiap transfer. Jadi mesejnya ialah adakah kita mengalu-alukan mereka datang ke Malaysia untuk melabur?

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Sila gulung.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Ya, saya akan gulung. Juga apabila kita menekankan kepunyaan peratusan Bumiputera, kita harus tekankan orang Bumiputera, orang Melayu akan bekerja untuk mendapatkan peratusan yang diharap-harapkan. Jangan

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

kita bagi mesej semata-mata kerana polisi menggalakkan ekonomi Bumiputera, pelabur- pelabur rasa terancam terutamanya kalau perlu memberikan peratusan tertentu kepada pelabur-pelabur, daripada syarikat-syarikat pelabur tersebut. Saya ingin habis dengan memberi satu contoh.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan, ringkaskan.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Dalam buku ini kita menggunakan Singapura sebagai satu contoh di mana kenaikan gaji progresif telah berjaya. Saya ingin menyatakan bahawa untuk kita berjaya dalam menaikkan pendapatan rakyat, kita juga mesti menjana kekayaan. Menjana kekayaan ini adalah daripada produktiviti barangan dan perkhidmatan, produktiviti of good and services. Lagi satu yang lebih penting bagi saya ialah kenaikan nilai hartanah kita. Saya akhiri dengan contoh ini. Tahun 2021...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ringkaskan. Masa sudah tamat.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

...Sebuah syarikat Malaysia, IOI telah membeli 0.78 hektar tanah iaitu bersamaan 1.92 ekar tanah. Tidak sampai dua ekar tanah dengan nilai RM1.508 bilion atau pada masa itu RM4.68 bilion. Kita dapati ini pelaburan Malaysia ke Singapura.

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Kenapa orang Singapura boleh dapat gaji tinggi? Kalau saya seorang peguam dalam transaksi ini saya hanya kenakan wang quarter percent 0.25 percent saya akan dapat RM11.7 juta sebagai si peguam. Tetapi di Malaysia kalau transaksi kita transaksi yang kecil katakan RM500,000 dengan kadar fi 1.25 peratus saya hanya dapat RM6,250. Dengan RM6,250 saya tidak mampu bayar satu bulan gaji peguam yang mendapat gaji RM10,000. Tetapi dengan satu transaksi RM4.68 bilion dengan fi yang saya dapat RM11.7 juta saya boleh membayar seorang peguam gaji RM100,000 satu bulan untuk 10 tahun. Oleh sebab itu, saya mohon kepada kerajaan memastikan kita merancakkan ekonomi, memperbesarkan KDNK dan juga menjana kekayaan untuk negara kita supaya kita boleh memberikan gaji yang lebih lumayan dan pendapatan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua kerana keizinan untuk saya mengambil bahagian membahaskan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif. Kertas putih dan segala cadangan-cadangan yang ada di dalamnya tidak mempunyai apa- apa makna melainkan ada tindakan yang akan dilaksanakan. Sebelum saya masuk dalam ucapan perbahasan saya hendak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada majikan-majikan yang telah bertungkus lumus memberi

sumbangan dan anugerah upah-upah dan gaji-gaji kepada pekerja-pekerja masing-masing. Kedua, saya hendak rakamkan juga ucapan tahniah kepada pekerja-pekerja di sektor pekerjaan masing-masing kerana bersungguh-sungguh membangunkan sektor ekonomi negara. Timbalan Yang di-Pertua, pada muka surat 28 Kertas Putih Dasar Gaji Progresif ini dalam Bab 3, 3.1.1 pelaksanaan Dasar Gaji Progresif tidak bersifat mandatori melalui perwujudan sebarang akta bahawa syarikat boleh mendaftar secara sukarela atau secara pilihan. Jika tiada akta, maka apakah punca kuasa pelaksanaan Dasar Gaji Progresif? Timbalan Yang di-Pertua, apabila membincangkan ciri sukarela juga berkaitan ketersediaan dan kemampuan majikan. Sekiranya ramai majikan memilih untuk tidak menyertai DGP, terdapat kemungkinan berlaku eksploitasi pekerja dan pertambahan jurang antara pekerja yang menerima gaji yang setara dengan produktiviti mereka berbanding dengan pekerja yang ketinggalan. Oleh yang demikian, apakah mekanisme kerajaan bagi mencegah kemungkinan berlakunya eksploitasi oleh pihak majikan sama ada yang menyertai atau tidak menyertai inisiatif DGP? Mohon juga penjelasan tentang mekanisme bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dipihak majikan dalam pelaksanaan dasar ini. Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya adalah ciri kedua Dasar Gaji Progresif iaitu berteraskan insentif. Mohon penjelasan apakah formula kerajaan bagi memastikan pemberian insentif satu langkah yang mampan untuk jangka panjang bagi mencapai sasaran rakyat berpendapatan tinggi. Timbalan Yang di-Pertua, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif adalah terkait dengan produktiviti. Semestinya akan menjadi satu cabaran buat pekerja berumur untuk mengikuti latihan peningkatan kemahiran dan produktiviti sama seperti graduan yang baru mula bekerja. Golongan berumur ini tidak asing daripada masalah kenaikan gaji walaupun telah lama bekerja. Oleh yang demikian, program latihan yang disesuaikan khas untuk golongan ini adalah diperlukan agar mereka tidak terpinggir semasa pelaksanaan dasar ini ekoran kekurangan tenaga dan tahap kesihatan mereka berbanding pekerja yang lebih muda. Selain itu bagi sesetengah pekerjaan berkemahiran rendah seperti pembersihan, penyelenggaraan dan perkhidmatan keselamatan ukuran produktiviti kadang kala tidak terlalu bergantung kepada kemahiran pekerja sebaliknya lebih kepada pelaburan untuk peralatan mesin dan teknologi. Buat masa ini, kumpulan pekerja ini hanya dilindungi Dasar Gaji Minimum. Jadi, soalan akhir saya ingin bertanya adakah DGP turut mengambil kira kumpulan ini bagi memastikan nasib golongan pekerja berkemahiran rendah seperti tukang cuci, kebun dan pengawal keselamatan turut terbela dalam soal kenaikan gaji. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Malaysia

Madani. Puan Yang di-Pertua, kos sara hidup yang kian meningkat dengan gaji yang tidak meningkat akan memberikan pelbagai kesan yang tidak baik bukan sahaja terhadap emosi akan tetapi terhadap kualiti hidup masyarakat terutamanya yang berada di kawasan bandar. Masalah kewangan merupakan punca keruntuhan rumah tangga dan kebejatan sosial dan aktiviti tidak bermoral yang berleluasa. Bank Negara Malaysia menyatakan kos sara hidup di Lembah Klang sebanyak RM2,600 untuk mereka yang bujang dan RM4,600 untuk mereka yang berkeluarga memang tidak mencukupi. Oleh itu, saya mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana mengambil berat isu gaji yang rendah dengan mobiliti masyarakat yang terhad dengan memperkenalkan Kertas Putih Dasar Gaji Progresif bagi menangani isu ini. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara berkenaan Dasar Gaji Progresif ini. Pertama, kelemahan kesatuan pekerja. Di seluruh dunia kita dapat melihat betapa peningkatan gaji dan kualiti hidup pekerja dapat diperbaiki apabila adanya ada kesatuan pekerja yang kuat. Di Malaysia jumlah keanggotaan dalam kesatuan sekerja menunjukkan trend penurunan yang membimbangkan iaitu pada kadar enam peratus berbanding jumlah keseluruhan pekerja. Ini jauh berbeza dengan perbandingan negara di dalam Organization for Economic Cooperation (OFEC), dengan izin iaitu sebanyak 15.7 peratus pada tahun 2019. Kementerian telah pun membangkitkan di dalam kertas putih ini berkenaan pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262] untuk menyokong penubuhan dan pentadbiran kesatuan sekerja yang matang dan progresif supaya dapat menggalakkan lagi penyertaan pekerja. Apakah status terhadap pindaan ini dan bilakah kerajaan akan meneliti secara menyeluruh agar kuasa tawar-menawar dan rundingan penetapan gaji antara pihak majikan dan kesatuan sekerja dapat diseimbangkan? Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah berkenaan dengan jurang gaji antara lelaki dan perempuan. Pada tahun 2022, gaji penengah untuk lelaki meningkat sebanyak RM222 kepada RM2,315 berbanding RM2,093 pada tahun 2020. Walhal untuk gaji perempuan, gaji hanya meningkat sebanyak RM126 sahaja. Yakni kepada RM2,145 berbanding hanya RM2,019 pada tahun 2020.

Situasi ini amatlah membimbangkan jika kita lihat pada kadar gaji mengikut kemahiran sama ada berkemahiran rendah ataupun separa mahir, gaji pekerja perempuan masih rendah berbanding lelaki iaitu purata gaji sebanyak RM1,665 berbanding RM1,779 untuk pekerja lelaki berkemahiran rendah dan purata gaji perempuan sebanyak RM1,929 berbanding RM2,161 untuk pekerja lelaki separa mahir. Di dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah menyasarkan untuk menggalakkan golongan wanita untuk kembali bekerja dengan sasaran 60 peratus penyertaan wanita dalam tenaga buruh. Dalam berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu ini, wanita juga terpaksa bekerja untuk menyara keluarga kerana kos sara hidup yang meningkat. Saya mengharapkan agar di dalam kertas putih ini kementerian akan turut meneliti jurang

perbezaan gaji ini agar ia dapat memberikan manfaat kepada kualiti hidup rakyat dan menyumbang ke arah produktiviti dan gaji yang progresif. Perkara ketiga yang ingin saya bangkitkan ialah berkenaan dengan meningkatkan pekerja berkemahiran terutamanya untuk melahirkan ramai pakar IT. Kerajaan sedang dalam usaha untuk mendepani Revolusi 4.0 dengan transformasi ekonomi digital yang akan turut mempertingkatkan daya saing dan produktiviti pekerja. Menurut Panduan Gaji 2023 JobStreet, industri komputer dan juga teknologi menunjukkan peningkatan gaji penengah tinggi iaitu daripada RM3,750 kepada RM4,800 dengan peningkatan sebanyak 28 peratus. Mengikut laporan itu juga, pakar komputer dan IT menunjukkan gaji penengah yang tertinggi iaitu sebanyak RM6,000. Apakah usaha-usaha pihak kementerian bagi meluaskan pasaran buruh untuk sektor IT ini dengan pengupayaan syarikat-syarikat tempatan untuk turut berpeluang menawarkan gaji yang tinggi bagi sektor kemahiran tinggi ini? Terakhir sekali bagi saya ialah ingin membangkitkan berkenaan dengan meningkatkan kebajikan pekerja gig ekonomi. Kita sedia maklum bahawa kos sara hidup yang tinggi bukan sahaja menyebabkan isi rumah yang memerlukan suami dan isteri bekerja. Malah mereka juga perlu melakukan dua hingga tiga kerja bagi mencukupkan keperluan gaji untuk menampung kehidupan. Ramai di antara mereka yang bekerja tetap tetapi turut mengamalkan gig ekonomi akan tetapi tanpa apa-apa perlindungan. Mereka tidak dilindungi oleh insurans syarikat dan tidak jaringan keselamatan kewangan seperti KWSP dan PERKESO. Dengan status kontraktor bebas, hak mereka dinafikan dan dikecualikan daripada undang-undang. Saya memohon agar kementerian juga mengkaji agar sektor gig ekonomi dapat turut dimasukkan di dalam Dasar Gaji Progresif ini dan melihat jika terdapat keperluan- keperluan perundangan lain untuk menjamin hak mereka. Bentong menyokong usul RUU ini dan sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Puan Yang di- Pertua, antara perkara yang sering dibangkitkan oleh anak muda setiap kali kita berbincang dengan mereka, berjumpa dengan mereka adalah mengenai gaji. Mereka mengatakan bahawa gaji yang mereka terima adalah terlalu rendah dan tidak dapat menampung kehidupan terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti kawasan Parlimen Bangi. Kalau kita tengok statistik gaji terkini seperti yang telah dilaporkan oleh DOSM menunjukkan bahawa gaji penengah yang dicatatkan di Malaysia adalah sebanyak RM2,424 sebulan untuk tahun 2022. Kadar pertumbuhan purata gaji penengah bulanan dari tahun 2011 sampai 2022 hanyalah dalam lebih kurang 4.1 peratus setahun. Kalau kita tengok

kertas putih ini Puan Yang di-Pertua, kalau kita tengok tentang kumpulan umur bawah 20 tahun, gaji penengah adalah RM1,500 dan kemudian 20 hingga 24 tahun RM1,682 tetapi yang penting di sini adalah kalau kita tengok graf itu memang tidak banyak berbeza mengikut lingkungan umur. Walaupun terdapat banyak usaha yang telah dilaksanakan sebelum ini termasuklah menetapkan gaji minimum, pekerja di Malaysia masih menerima gaji yang lebih rendah daripada mungkin pekerja di negara-negara Asia lain seperti yang dinyatakan dalam kertas putih ini China, Thailand dan Indonesia. Juga dinyatakan dalam kertas putih ini Dasar Gaji Minimum ini walaupun berjaya menaikkan gaji minimum pekerja setiap tahun tetapi telah mengakibatkan satu wage compression dengan izin kepada gaji permulaan graduan. Kerajaan Madani telah mengiktiraf situasi gaji yang rendah ini dan telah memulakan beberapa langkah untuk meningkatkan atau menaikkan gaji pekerja di Malaysia. Sebab itu kalau kita tengok dalam Ekonomi MADANI contohnya, antara matlamat dalam Ekonomi MADANI adalah untuk menaikkan lantai melalui antara lain menyokong anjakan mobiliti sosial melalui satu gaji yang progresif. Di samping itu, kalau kita lihat Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian MITI, kerajaan mahu mewujudkan industri yang lebih kompetitif dengan high economic complexity dengan izin. NIMP2030 jika berjaya, ia akan membawa satu impak yang positif Puan Yang di- Pertua kepada negara termasuklah meningkatkan gaji pekerja. Tetapi ini semua adalah langkah-langkah yang kita boleh kata langkah jangka panjang. Apabila kita hendak bercakap tentang gaji progresif ini, impak yang kita hendak lihat adalah mungkin dalam jangka masa pendek atau sederhana. Untuk melakukan perkara ini, kita perlu ada satu campur tangan proaktif daripada kerajaan, state intervention untuk menaikkan kadar gaji pekerja dalam negara. Saya melihat Dasar Gaji Progresif yang dicadangkan oleh Kementerian Ekonomi ini sebagai dengan izin the short in the arm yang diperlukan untuk mencapai matlamat ini. Konsepnya mudah. Kerajaan akan bagi insentif kepada majikan yang menaikkan gaji pekerja. Saya sedar ada yang lebih gemar hendak membiarkan market forces untuk tentukan tetapi data menunjukkan bahawa pendekatan ini memang tidak berkesan. Elemen penting dalam dasar ini adalah ia secara sukarela. Majikan tidak dipaksa untuk menjadi majikan gaji progresif. Kalau hendak boleh daftar, boleh libatkan diri. Kalau tidak hendak tidak mengapa. Tetapi, seperti biasa dasar yang baik tidak semestinya diterjemahkan kepada pelaksanaan yang efektif. Sebab itu di sini saya sambut baik cadangan untuk mengadakan satu projek rintis terlebih dahulu. Projek rintis ini penting untuk kita menentukan keberkesanan inisiatif ini. Untuk ini dan sehubungan dengan ini, saya ada dua soalan kepada Menteri. Pertama, berapakah jumlah dana yang diperuntukkan untuk projek rintis ini? Kedua, apakah indikator-indikator yang akan menentukan kejayaan projek rintis ini? Seterusnya, jika dasar ini berjaya, projek rintis ini berjaya dan dasar ini dilaksanakan, saya ingin bertanya, untuk berapa lama atau berapa tahun insentif ini akan diberikan kepada majikan. Poin terakhir saya Puan Yang di-Pertua, saya juga melihat dalam kertas putih ini ada beberapa jawatankuasa yang bakal ditubuhkan atau mungkin sudah pun ditubuhkan untuk

melaksanakan Dasar Gaji Progresif ini. Saya ingin cadangkan bahawa jawatankuasa ini juga dianggotai oleh mereka yang mewakili – contohnya kumpulan pekerja, kumpulan belia, golongan rentan, golongan minoriti dan sebagainya untuk kita pastikan bahawa apa-apa dasar yang ditetapkan adalah inklusif dan juga menyeluruh. Saya akhiri perbahasan saya dengan mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian atas kertas putih ini dan saya fikir ia cukup menyeluruh. Ada di luar sana yang saya tahu sinis atau skeptikal tentang apa yang sama ada dasar ini boleh berjaya. Tetapi saya yakin bahawa sekiranya pihak kerajaan nekad untuk melaksanakan dasar ini dan dengan kerjasama semua pihak, ia akan dapat menghasilkan impak yang positif kepada rakyat. Dengan itu, saya akhiri perbahasan saya Puan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan kerana telah membentangkan satu Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif. Langkah ini merupakan satu reformasi yang penting dalam pasaran tenaga kerja Malaysia di mana Dasar Gaji Progresif adalah satu inisiatif yang amat bermakna untuk memperkasakan pekerja dengan meningkatkan kemahiran, pengalaman dan prestasi mereka. Ini adalah satu langkah utama dalam menyediakan struktur gaji yang lebih adil di mana gaji pekerja akan meningkat selaras dengan peningkatan produktiviti mereka. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ini adalah proses yang rumit dan memakan masa di mana penyesuaian gaji progresif untuk setiap sektor memerlukan perbincangan dan komunikasi intensif antara semua pihak yang terlibat. Contohnya di Singapore yang telah memperkenalkan Dasar Gaji Progresif pada tahun 2012 telah mengambil masa tiga tahun untuk menerapkannya dalam sektor landskap dan 18 bulan untuk sektor lif dan eskalator. Sehingga kini, hanya lapan sektor di Singapura mengamalkan Dasar Gaji Progresif termasuk sektor: (i) pembersihan; (ii) keselamatan; (iii) landskap; (iv) lif dan eskalator; (v) runcitan; (vi) perkhidmatan makanan; (vii) pekerja pentadbiran; (viii) pemandu, dan; (ix) pengurusan sisa.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Saya mendapati bahawa HRD Corp telah menetapkan kerangka kemahiran industri untuk 13 sektor. Namun kebanyakan sektor yang disenaraikan tertumpu kepada pekerja separa mahir dan mahir, dan bukannya kepada pekerja bukan mahir seperti yang dilaksanakan di Singapura dalam sektor pembersihan dan landskap. Dengan ini, saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya memberikan penjelasan dalam Dewan yang mulia ini iaitu dalam pelaksanaan projek rintis ini, sektor mana yang akan menjadi tumpuan utama kerajaan. Adakah adanya khusus kepada sektor-sektor melibatkan pekerja bukan mahir? Selain itu, banyak perusahaan mikro kecil dan sederhana tidak mempunyai unit sumber manusia yang formal. Bagaimanakah mereka ini akan menetapkan kursus yang sepatutnya disertai atau menentukan laluan kerjaya untuk pekerja mereka? Justeru, adakah kerajaan akan memperkenalkan laluan kerjaya untuk pekerja- pekerja ini dan memperkenalkan kursus yang berkaitan dengan laluan kerjaya tersebut selepas libat urus dengan industri agar pekerja dapat meningkatkan kemahiran mereka dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja seperti yang dilakukan di Singapura? Ini penting untuk memastikan bahawa Dasar Gaji Progresif ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan pekerja tanpa mengira tahap kemahiran mereka. Yang Berhormat Puan Speaker, saya ingin menekankan bahawa peranan kerajaan sebagai pimpinan dengan contoh dalam pelaksanaan Dasar Gaji Progresif, lead by example. Sebagai entiti yang memilliki pengaruh dan bajet yang begitu tinggi, kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan Dasar Gaji Progresif. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada apa yang telah berlaku di depan mata kita iaitu kerja-kerja pembersihan di Parlimen adalah dikontrakkan iaitu pekerja-pekerja pembersihan adalah bawah kontraktor pembersihan. Sebelum ini, mereka mendapat gaji RM1,200 sebulan dengan elaun RM300. Selepas pelaksanaan gaji minimum, mereka hanya dapat gaji pokok RM1,500 sahaja. Dengan kata lain, elaun RM300 ini— sebelum ini telah hilang. Sudah tidak ada. Ini adalah tidak adil bagi mereka yang telah berusaha keras untuk memastikan kebersihan di keseluruhan halaman Parlimen. Apatah lagi mereka kadangkala perlu kerja OT untuk kerja-kerja pembersihan di kediaman-kediaman rasmi VIP. Justeru, saya menyeru kepada kerajaan bagi setiap kontrak atau projek yang telah ditender kepada— yang ditender oleh kerajaan, syarat gaji progresif perlu dijadikan salah satu kriteria dalam pemilihan kontraktor. Langkah-langkah seperti ini penting untuk memastikan Dasar Gaji Progresif tidak hanya dilihat sebagai inisiatif yang baik pada kertas tetapi juga dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam amalan sebenar. Memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor tenaga buruh di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kerajaan MADANI ini menunjukkan secara jelas bahawa negara komited untuk menaik taraf sosioekonomi pelbagai lapisan masyarakat. Dalam pada menongkah penumbuhan ekonomi, pembangunan pasaran kerja yang lebih kompetitif dan sistematik ini menunjukkan kerajaan tidak hanya sekadar mahu berpaut kepada pendekatan dasar gaji minimum tetapi mereformasi pasaran pekerja dengan Dasar Gaji Progresif agar terdapat peningkatan gaji yang lebih konsisten dan pengagihan yang lebih bertepatan serta seimbang hanya untuk kebaikan rakyat bersama. Tidak seperti kerajaan sebelum ini yang banyak bercakap tapi jarang bertindak dengan berani. Pembentangan kertas putih ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan bertekad mengorak langkah untuk menangani isu produktiviti rendah, kekangan gaji dan kesenjangan ekonomi. Kita telah cuba gaji minima PLWS dan lain-lain. Namun, tidak berhasil. Maka, Dasar Gaji Progresif diperkenalkan sebagai ubat untuk merawati ketidakseimbangan yang telah terperangkap tersebut. Politik merupakan satu seni. Saya melihatkan dasar ini sebagai satu pendekatan yang radikal tapi praktikal, yang artistik tapi saintifik, yang halus tapi menyeluruh. Tahniah kepada Kementerian Ekonomi dan Kerajaan Perpaduan. Dalam membentuk Dasar Gaji Progresif, ia penting mengambil inspirasi dari negara-negara yang telah berhasil menerapkan kebijakan yang serupa seperti Singapura dan Korea Selatan. Namun, saya berpendapat bahawa kita tidak perlu copy and paste dan terlalu taksub dengan apa yang dilaksanakan di negara-negara lain. Puan Yang di-Pertua, setiap negara ada corak dan gaya pembangunan yang tersendiri dan saya yakin Dasar Gaji Progresif versi Malaysia adalah yang paling sesuai dengan keperluan kita. Melihat kepada keperluan dan tekad yang mendesak, kita harus melihat intervensi kerajaan ini sebagai satu langkah radikal untuk menggalakkan pertumbuhan potensi untuk prospek prestasi kerja yang mana akhirnya juga akan memanfaatkan majikan. Merujuk kepada Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif, salah satu ciri asasnya ialah pelaksanaan secara sukarela yang akan memastikan ketersediaan dan kemampuan majikan. Maka, bantahan Pertubuhan Pewakilan Majikan sebenarnya tidak relevan kerana ia bukan dasar yang wajib seperti gaji minimum. Selain itu, insentif gaji progresif yang diagih ini sebenarnya merupakan insentif yang produktif dan berlainan dengan konsep insentif subsidi yang lain diberikan secara one-off. Hal ini kerana insentif ini akan dikaji setiap tahun berdasarkan kedudukan fiskal kerajaan dan ia merupakan saluran cash transfer yang akhirnya sampai ke dalam poket pekerja. Ia akan mendorong pemanfaatan insentif untuk kegiatan yang lebih produktif dan berlanjutan iaitu kenaikan gaji berkesampingan kenaikan produktiviti. Ini telah ditunjukkan dalam simulasi Computable General Equilibrium (CGE) yang menunjukkan kesan positif dalam KDNK, caruman KWSP dan pendapatan cukai kerajaan. Kita harus sedar antara punca kelemahan ekonomi Achilles heel, dengan izin, negara ini

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

datangnya daripada produktiviti. Justeru, Dasar Gaji Progresif merupakan alternatif yang sesuai kerana produktiviti pekerja akan dipertingkatkan melalui latihan, peningkatan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan. Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu tentang syarat penyertaan kerana ia terhad kepada syarikat yang berdaftar dengan SSM, ROS, PBT atau lain-lain pertubuhan. Saya maklum dasar ini memfokuskan kepada sektor formal.

Tuan Lee Chean ChungPKR · PHPetaling Jaya

Namun, timbul persoalan tentang pekerja yang membayar gaji kepada diri sendiri ataupun self-employed individual, dengan izin. Ramai petani, pedagang-pedagang kecil, saudagar-saudagar kecil sebenarnya tergolong dalam kategori ini. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membangun solusi yang akan mendukung pendapatan mereka kerana pendapatan bulanan mereka juga dalam lingkungan yang kita ingin bantu? Malah, isu yang sama juga dihadapi oleh pekerja gig economy. Ramai Ahli-ahli tadi telah pun menyentuh tentang isu ini. Saya ingin mencadangkan bahawa, adakah kerajaan boleh menanggung separuh elaun harian pekerja-pekerja gig mereka sekiranya mereka melibatkan diri dalam kursus reskilling ataupun upskilling? Ini supaya pekerja-pekerja gig yang kebanyakan merupakan orang muda, kebanyakan merupakan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat mencari kerjaya yang lebih tetap dan lebih berpotensi. Kesimpulannya, kita harus bersama-sama mendukung aspirasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tambun yang sentiasa menekankan peri penting untuk menggariskan kesenjangan ekonomi dan bertindak untuk memastikan keadilan sosial tertegak kerana kebajikan rakyat yang perlu didahulukan. Namun, saya tidak melihat sebarang dana yang diperuntukkan untuk perlaksanaan Dasar Gaji Progresif ini dalam Belanjawan 2024 yang diluluskan oleh saya serta Ahli-ahli Dewan yang mulia pada minggu lepas. Maka, saya ingin juga menyentuh dan bertanya, adakah peruntukan untuk melaksanakan Dasar Gaji Progresif akan dimasukkan dalam perbelanjaan pembangunan tambahan yang akan datang? Sekian sahaja ucapan perbahasan saya. Petaling Jaya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada seramai seingat saya 18 Ahli Dewan yang turut serta. Sementara ada banyak soalan itu yang berkaitan dengan perkara-perkara terperinci, ada soalan yang khusus, saya ingin memulakan penggulungan jawapan pada hari ini dengan kita tumpu soal makro dulu. Dengan memahami bagaimana dasar ini dirancang untuk menyelesaikan masalah-masalah makro itu, saya ingat itu akan lebih memudahkan kita

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

berbincang tentang perkara-perkara perincian perlaksanaan. Yang itu akan bergantung kepada kesesuaian dan penilaiannya. Jadi pertamanya, keputusan Kabinet untuk meminta supaya Kementerian Ekonomi membentangkan kertas putih ini, sedangkan sebenarnya program ekonomi seperti ini tidak memerlukan punca kuasa daripada Parlimen kerana ini adalah projek pembangunan dan peningkatan kapasiti ekonomi. Tapi oleh kerana Kabinet dan saya sendiri berpandangan, kita perlukan keseluruhan tumpuan negara untuk bercakap mengenai gaji. Kita tak boleh bercerita tentang struktur ekonomi, tentang pertumbuhan tetapi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we ignore the elephant in the room. Sebab itu dengan membentangkan kertas putih ini secara rasminya, bukan sahaja ia direkodkan di dalam Parlimen tetapi saya berharap dan saya berterima kasih kepada semua pandangan dan sokongan daripada kelapan belas-lapan belas Ahli. Saya tengok satu-satu tak ada yang membangkang. Jadi, dengan dukungan daripada Dewan mulia ini, saya harap itu akan membentuk satu tumpuan dalam masyarakat kita. Oleh kerana kalau sebelum ini setiap kali kita nak bercakap tentang gaji, dia ada pandangan yang berbeza-beza. Sudah tentu majikan dan Persekutuan yang mewakili majikan, dia rasa takut. Ada orang yang merasakan kalau naik gaji, nanti apa kesan kepada saya, harga dan sebagainya. Jadi, kecualilah keseluruhan tumpuan negara itu yang meliputi segenap pihak, mula bertumpu kepada gaji, maka kita akan menghadapi kesukaran untuk kita secara tersusun dan berkala menaikkan gaji rakyat. Kerana ini adalah antara perkara yang pada pandangan saya dalam banyak-banyak ruang tugas kerajaan mengenai ekonomi, antara yang paling susah sekali ialah soal reformasi pasaran buruh dan bakat. Kerana dia kalau buat mengikut undang-undang semata-mata tetapi ekonomi tidak bersedia, syarikat tidak bersedia ataupun pekerja tidak bersedia, maka dia akan ada timbal balik negatif kepada negara. Baik. Ada beberapa pandangan, tadi saya ingat bermula ya – saya ingat Beruas pun ada sebut ingatan dan pesanan. Saya ingat Tebrau pun ada sebut mengenai soal produktiviti. Kerana kebimbangannya ialah menaikkan gaji semata-mata melalui campur tangan seperti ini, akhirnya dia akan meningkatkan kos dalam keadaan dia tidak membantu sama ada syarikat ataupun ekonomi. Soal produktiviti ini sebenarnya berkait besar. Dia bukan sahaja soal gaji pekerja, soal majikan, dia sebenarnya juga soal struktur ekonomi. Kerana kita memang mewarisi dan masih lagi mencuba supaya sektor-sektor ekonomi kita ini beralih daripada yang melibatkan buruh, melibatkan tenaga kerja yang manual, kepada yang melibatkan perkhidmatan yang kandungan nilai dia itu tinggi. Jadi kalau ditanya soal produktiviti, definisi produktiviti secara ekonomi ini mudah. Nilai dibahagikan dengan jumlah waktu kerja. Jadi sudah tentu macam ada yang disebut oleh beberapa Ahli Dewan kebelakangan ini contohnya. Bila kerajaan menambah baik akta yang bersabit dengan hak pekerja dengan menaikkan supaya mereka yang bergaji RM4,000 ke bawah boleh menuntut overtime, contohnya supaya tempoh kerja itu diselaraskan dan dipendekkan. Sudah tentu tempoh masa kerja itu pendek tapi kalau nilai itu tidak berubah, sudah tentu produktivitinya itu, dia

Tuan Mohd Rafizi bin RamliPKR · PHMenteri Ekonomi · Pandan

akan ada kesanlah kerana kos dan sebagainya. Jadi sebab itu, produktiviti bagi saya bukan semata-mata perlu bergantung soal gaji. Ia juga tanggungjawab kerajaan dan juga ekonomi kita untuk memastikan kita meningkatkan nilai kita. Jadi khususnya kalau bentuk dan hasil ekonomi kita itu bernilai lebih tinggi dan sumbangan itu dihasilkan dalam tempoh yang lebih pendek tanpa terlalu banyak pekerja manual, sudah tentu produktiviti akan naik. Itu bezanya kenapa produktiviti di negara kita ini dilihat mendatar dan tak naik bila kita cuba banding dengan Singapura atau negara-negara lain kerana nilai kandungan ekonomi mereka itu lebih tinggi.

[Bangun]

Ipoh Barat bagi saya dua tiga minit lagi sebelum saya bagi ya. Sebab itu, soal gaji ini adalah sebahagian daripada soal produktiviti tapi dia juga berkait dengan usaha kita untuk menaikkan nilai kerana saya pasti ada juga di sebelah sana yang pernah berada dalam kerajaan, memang minat untuk melabur di Malaysia tinggi. Kerana secara bandingannya, kos kita lebih rendah berbanding dengan contoh, Singapura ataupun negara-negara Barat. Kemudian, kedudukan kita begitu strategik. Secara geografi, dari segi logistik dan sebagainya. Kita juga ada rekod pentadbiran, pendidikan yang lebih baik daripada beberapa negara pesaing. Tetapi oleh kerana pelaburan yang kita nak bawa itu sekarang adalah pelaburan- pelaburan yang memerlukan bakat yang lebih tinggi, maka selalunya yang sering menjadi persoalan kepada pelabur ialah soal “Adakah kamu cukup bakat-bakat dalam bidang-bidang ini sekiranya kami masuk?”. Sebab itu, kalau kita tidak melihat kepada pasaran buruh kita dan kita sudah sampai ke keadaan yang mana underemployment, dengan izin, adalah satu masalah iaitu pekerja yang sebenarnya berkelayakan, baik pendidikan, ijazah dan sebagainya tapi oleh kerana pasaran buruh itu begitu, dia terpaksa jadi gig worker. Kesenjangan itu menyebabkan kita ada masalah di masa akan datang untuk memenuhi tuntutan bakat-bakat ini yang seterusnya akan membantu kita meningkatkan ekonomi.

Jadi, sebab itu Dasar Gaji Progresif satu daripada tujuannya bukan semata-mata soal nak meningkatkan gaji rakyat tetapi kita nak juga memastikan ada mobiliti kemahiran di dalam pasaran kerja kita supaya mereka yang berkelayakan dan kebanyakannya dibayar lebih rendah ataupun underemployed boleh naik ke atas. Tetapi untuk mereka boleh masuk ke dalam sektor-sektor dan peluang pekerjaan yang begitu tidak cukup dengan hanya ijazah sahaja atau kemahiran sedia ada. Mereka terus perlu meningkatkan kemahiran dan yang itulah yang digabungkan sekali dengan Dasar Gaji Progresif ini, Ipoh Barat.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, saya menerima— syabas kepada Yang Berhormat lah kerana gaji progresif ini definitely memberi manfaat kepada pekerja. Tetapi bila kita nak merangkumi semua pekerja, nampaknya ada sasaran yang tak kena. Saya ada bangkitkan. Di mana lebih kurang di antara 300,000 ke 500,000 orang, di mana menjadi sokongan yang kuat kepada kita. Mereka macam tidak diberi galakan untuk terlindung dalam gaji progresif ini. Adakah

Yang Berhormat sedar, dengan apa yang dibuat gaji progresif ini bila mereka tidak mendapat manfaat, itu satu nafian kepada mereka. This is very cruel kerana ramai di antara mereka they have tidak ada pilihan yang lain. Hanya dengan intervensi seperti gaji progresif ini, mereka akan mendapat manfaat. Itu nombor satu. Nombor dua, saya ada bangkitkan juga di Singapura telah gagal di mana tidak ada undang-undang yang digubal, dengan volunteerness tidak berfungsi. Jadi, apakah kita ini ada elaun yang lain untuk menolong mereka? Itu soalan saya kerana productivity is one aspect of it. Kita semua. Saya nak, when I was a Minister, saya dah kata dengan Tun Mahathir, kita nak naikkan gaji minimum. Dia kata, “You don’t understand, Kula. You naikkan gaji minimum without productivity you cannot”. So, I asked him the question, “Macam mana naikkan produktiviti cleaner, pencuci dan sebagainya?”. Dia kata, “You don’t talk to me so much because pencuci, we will find a way out”.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin AhmadAMANAH · PHKuala Selangor

Menteri, kalau boleh saya celah? Walaupun saya tidak berbahas tapi saya dengar hampir semua perbahasan yang dibuat. Kalau Menteri boleh memberikan sedikit pencerahan dalam Dewan ini, apakah model- model istilahkan sebagai the progressive wage model there are? Mengapa particularly yang saya tahu, the progressive wage model in Singapore failed and would we go down that way? Terima kasih, Menteri.

Terima kasih. Saya sentuh sedikit yang disebut oleh Ipoh Barat. Saya rasa bila Ipoh Barat menyebut tentang 300,000 ke 500,000 orang, Ipoh Barat menyentuh kepada gig, pekerja-pekerja dalam gig yang sekarang ini secara undang- undangnya mereka tak masuk sektor formal lah kan? Oleh itu, kalau mereka tidak berada di dalam payroll secara bulanan memang sukar untuk kita masukkan dan uruskan mereka itu mengikut model yang sedia ada. Tapi saya ingat, sebab itu bila Jawatankuasa itu nanti memperincikan panduan, soal gig workers ini sementara mungkin bukan ada silver bullet, dengan izin melalui Dasar Gaji Progresif. Tetapi, dia satu lagi aliran kalau perlu campur tangan kerajaan yang perlu dilihat khusus untuk mereka. Cuma, apabila kita melaksanakan Dasar Gaji Progresif dan itu akan membolehkan mobiliti kerjaya, maka akan ada lebih banyak kerjaya-kerjaya yang terbuka yang boleh diambil tempatnya oleh pekerja-pekerja gig ini. Cuma, yang saya ingat kami akan pertimbangkan secara halus ialah bagaimana untuk kita libatkan juga mereka di dalam upskilling kerana they’re in limbo, dia tidak ada majikan. Jadi, oleh sebab itu majikan dia tak boleh masuk. Tapi, sebenarnya kebanyakan mereka ini jugalah yang dikategorikan sebagai underemployed. Jadi, mereka kalau diberikan peluang untuk upskilling dan mereka mungkin ada peluang untuk mengambil tempat-tempat yang dikosongkan oleh pekerja-pekerja lain yang mula mendapat mobiliti dalam kerjaya. Soal Singapura, model di Singapura, kedua-dua disebut oleh Ipoh Barat dan juga oleh Kuala Selangor. Saya sebenarnya terkejut kerana secara umumnya bila kita sebut tentang Progressive Wage Model ia dirujuk kepada apa yang dilaksanakan oleh Singapura beberapa tahun lalu, sedangkan modelnya itu tak sama. Is not apple to apple. Apa yang dibuat oleh Singapura lebih berbentuk kepada gaji minimum untuk sektor-sektor tertentu

untuk pekerja berkemahiran rendah. Apa yang kami rujuk dan kami teliti betul-betul dalam penyediaan Dasar Gaji Progresif ini ialah pengalaman Singapura juga tetapi bukan pengalaman progressive wage yang dilaksanakan untuk cleaner dan dua, tiga sektor itu. Ia merujuk kepada pengalaman Singapura melalui apa yang disebut Puan Yang di- Pertua, wage intervention and correction policy di akhir tahun 70-an dengan 80-an. Cuma bezanya lain kerana mereka menubuhkan satu majlis gaji dan tiap-tiap tahun tripartite, kerajaan, majikan dan pekerja perlu bersetuju nilai kenaikan gaji tahunan. Mereka lakukan itu selama tiga, empat tahun di hujung tahun 70-an dan awal 80-an. Ada pandangan yang berbeza-beza dari segi kesan sampingannya, dari segi kos sara hidup dan sebagainya. Tetapi, ia telah berjaya meningkatkan gaji di Singapura untuk tempoh itu, akhir 70-an ke awal 80-an sehingga sekitar 30 peratus, kalau tak silap saya. Jadi, kalau nak tanya seperti yang kalau saya nak ulas yang Kuala Selangor tanya, apa modelnya? Sebenarnya kami dah semak banyak, Kuala Selangor. Keadaan kita unik. Sebab itu, dia tidak ada one silver bullet. Dia bukannya boleh kata ambil satu dasar di negara itu, buat dekat sini semua jadi kerana contohnya struktur syarikat-syarikat kita lain. Kita 95 peratus SME, small micro ke bawah. Kita juga ada masalah underemployment yang semakin membengkak sekarang dan yang paling utama kita mempunyai masalah wage compression yang tidak berlaku di kebanyakan negara yang melaksanakan gaji minimum. Jadi, sebab itu dia bukan acuan mana-mana. Kalaupun ada acuan yang sama ialah penerimaan kerajaan bahawa perkara ini tidak boleh lagi diserahkan bulat-bulat kepada pasaran untuk membetulkan. Ia adalah memerlukan campur tangan kerajaan dan dasar dan insentif. Itu saya ingat dalam kes Singapura pun mereka mengambil ketetapan yang sama, akhir tahun 70-an, ada beberapa negara lain pun begitu. Tapi dari segi mekanisme sistem itu memang dia berlainan daripada yang diadakan di Singapura. Tiga minit saja lagi ini. Saya tahu saya pun tak nak panjang sebab kita semua nak balik. Ini hari terakhir ini. Ahli Berhormat ada dua, tiga lagi kan? Lagipun tak ada yang bangkang pun. [Ketawa] . Jadi, tak perlu nak— cuma saya nak, kena jugalah jawab beberapa perkara khusus yang ditimbulkan. Cuma, saya nak rangkumkan sedikit soal makro tadi. Satu perkara yang ditimbulkan, saya ingat tadi oleh Bukit Bendera saya ingat soal brain drain dan juga soal struktur syarikat kita ini yang beza sangat antara yang besar dengan yang kecil. Satu perkara yang saya bersetuju ialah bila orang berkata tentang brain drain dan saya ingat tadi pun, saya tak ingat Gopeng kah ataupun Petaling Jaya kah atau yang ada sebut tentang gaji pekerja-pekerja berkemahiran rendah di Singapura. Jadi, sebenarnya faktor gaji ini ialah faktor penyumbang besar kepada brain drain. Kita boleh lah sebut kita nak kena tukar universiti kita, kita nak kena itu tapi sebenarnya ada juga masalah mendesak iaitu kita perlu kurangkan jurang gaji. Bila jurang gaji itu kurang, maka kuranglah juga di masa- masa akan datang, brain drain itu walaupun akan ambil masa yang panjang.

Tapi bila kita gabungkan dengan beberapa rancangan lain. Contohnya penghasilan Zon Ekonomi Bebas di antara Malaysia dengan Singapura. Ini semua dibuat sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan untuk mengurangkan brain drain, termasuklah juga

untuk kita menskalakan syarikat-syarikat kecil ini. Kerana kalau kita dah biasa mentadbir syarikat kita, menguruskan syarikat kita dengan tiga, empat orang, kemahiran dia itu memang kemahiran macam itulah daripada dulu. Macam mana kita nak pergi ke peringkat yang lebih tinggi kecuali kita ada bakat terbaru yang dilatih yang boleh mengangkat syarikat itu masuk kepada aktiviti yang baru? Tapi, kalau tak dibayar gaji yang setimpal, mereka semua berebut-rebut untuk pergi kepada syarikat-syarikat besar. Itulah yang telah berlaku dalam ekonomi kita sehinggakan pada pandangan saya daripada libat urus kami dengan – terutamanya majikan dan pengalaman saya sendiri sebagai majikan. Sebenarnya masalah utama syarikat-syarikat kita bukan semata-mata wang. Dia masalah bakat. Payahnya nak cari pekerja terlatih yang boleh buat kerja itu dan ini juga turut disebut oleh beberapa wakil dari seberang sana iaitu kalau dah latih dia, dah naik gaji dia, kalau dia cabut macam mana? Kerana itulah sebenarnya masalah utama di dalam ekonomi kita apa yang disebut sebagai attrition rate yang sangat tinggi. Jadi, sebab itu, syarikat-syarikat kecil SME mengambil pandangan, buat apa bayar gaji lebih? Buat apa latih dia? Bayar lebih latih dia, satu tahun dia cabut lari. Kita kena ambil lagi. Jadi sebab itu, Dasar Gaji Progresif ini juga bertujuan untuk membaiki juga keadaan itu dan mengekalkan bakat itu di dalam SME. Kerana SME ini ialah 95 peratus daripada ekonomi kita dan apabila itu berlaku dengan gaji yang lebih baik, mereka kekal dengan lebih lama di dalam SME. Kita berharap itu akan membolehkan syarikat-syarikat saiz sederhana dan kecil ini mula menumpukan untuk menskalakan aktiviti mereka ke arah nilai yang lebih tinggi supaya negara kita tidak hanya bergantung kepada syarikat-syarikat besar dari luar negara sahaja. Akhir sekali, mengenai makro...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Lima minit, cukup?

Lima minit ya, mengenai makro ya. Ada banyak pandangan dan kebimbangan, kalau gaji nanti...

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tambah lima minit lagi.

...Naik, kos sara hidup macam mana? Saya ingat kalau kita nak bincang yang mana naik dan yang mana turun dulu, sampai kiamat kita tak ke mana-mana. Nak turunkan harga boleh tapi kita perlu habiskan beratus-ratus bilion untuk kekalkan harga pada kadar yang dengan izin, artificial. Kita dah sampai ke peringkat itu dah sebenarnya. Dengan subsidi yang kita semua, kita kena letak subsidi. Harga minyak yang sepatutnya RM3.80, RM2.05. Harga gula yang sepatutnya RM3 lebih, RM2 lebih. Jadi, boleh, kita boleh kekalkan harga ini tapi untuk masa-masa akan datang, keadaan negara itu, keadaan kewangannya makin tidak mengizinkan. Akan selalu ditanya, mana yang lebih baik? Adakah lebih baik kita ambilkan wang ini untuk kita bangunkan, tingkatkan ekonomi ataupun kita terus secara dengan izin, artificial memberitahu diri kita bahawa kita negara yang semuanya murah?

Tetapi sebenarnya satu lagi masalah ataupun satu lagi perspektif mengenai kos sara hidup ini ialah soal gaji. Pandangan saya kenapa sebelum ini, kita tak banyak berbincang fasal gaji kerana lebih mudah untuk kita ambil wang hasil cukai bagi subsidi daripada kita cuba untuk secara menyeluruh mengambil semua pemegang taruh dalam ekonomi kita dan cuba meyakinkan nilai tambah dengan menaikkan gaji. Lagi susah. Jadi sebab itu mudah, buat apa? Ambil duit, kita subsidi, subsidi, subsidi dan akhirnya apabila ada gangguan di peringkat antarabangsa, sama ada bekalan, rantaian bekalan, sama ada harga komoditi yang naik, maka kita ada keterbatasan. Sebab itu, ini bagi saya persimpangan yang kita kena terima bahawa untuk menguruskan bebanan sara hidup rakyat, kita kena bergerak seiringan. Soal kos pun kita kena jaga, soal gaji pun kita kena jaga...

Minta laluan Yang Berhormat Menteri. Boleh sat? Sekejap boleh Yang Berhormat Menteri?

Boleh.

Sikit saja. Saja terfikir. Tadi saya sebutkan mengenai sustainability. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri. Yang ini memang it’s a common thing, can happen anywhere. What’s the timeline Yang Berhormat Menteri bagi untuk kita melihat kejayaan yang, yang ketara untuk dasar ini? Terima kasih.

Terima kasih Kubang Pasu. Saya dengan itu beralih kepada perkara seterusnya yang banyak disentuh juga. Dia soal kos, soal programnya, exit policy dan sebagainya ya. Berbanding dengan Dasar Perintah Gaji Minima, Dasar Gaji Progresif ini bukanlah Dasar Buruh. Ini adalah campur tangan ekonomi dan ia bertujuan untuk sementara. Sebab itu, kalau ada yang tanya lama mana, berapa kosnya, saya kalau tengok pengalaman Singapura di akhir tahun 70-an dan 80-an, mereka ambil masa empat tahun untuk meningkatkan gaji, lantai gaji ikut sektor itu sampai 30 peratus dalam sektor tertentu kan? Kerana dia akan ada spillover effect. Apabila kerajaan mula menaikkan dan pada pandangan saya, kita sedang tengok pertimbangkan sama ada graduation itu, satu tahun atau dua tahun. Pandangan saya ia lebih kepada dua tahunlah kerana dia perlukan dua kitaran. Tapi bila syarikat telah menaikkan gaji dia, katakanlah gaji permulaan telah dinaikkan, satu firma jurutera. Dia naikkan daripada 1,800 jadi 2,100. Walaupun mereka kena keluar daripada Dasar Gaji Progresif kerana graduasinya dua tahun sahaja, lepas itu dia tak boleh turunkan dah gaji itu. Sebab kalau dia turunkan gaji itu, orang semua cabut dan dia tak akan dapat dah balik bakat itu dalam keadaan syarikat-syarikat lain pun, industrinya pun, sudah pun menaikkan gaji. Jadi, sebab itu, pertamanya dari segi sustainability seperti yang ditanya oleh Kubang Pasu dan beberapa yang lain, saya tidak melihatnya sampai ini, sampai kita menjadi ketagih dengan satu bentuk lagi subsidi. Ini adalah intervention pada masa ini yang kita berharap dengan segala perancangan ekonomi yang lain, apabila ekonomi tumbuh, industri – Contohnya, HGHV pun tumbuh. Bakat telah tersedia dan dalam tiga, empat tahun akan datang, paras gaji itu telah naik sehingga CE kita hampir kepada 40 peratus. Selepas itu pasaran bakat itu akan berfungsi dengan

sendiri. Akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, dia soal peruntukan banyak tanya tadilah. Adakah peruntukan telah dibuat dan sebagainya. Untuk tahun 2024, ia adalah projek rintis 1,000 syarikat. Peruntukannya berapa jumlah akhir itu bergantung kepada syarikat yang mendaftar dan berapa pekerja setiap syarikat? 1,000 itu mungkin ada yang 100 orang pekerja, mungkin ada 50, mungkin ada 20. Jadi, sebab itu kita telah sediakan peruntukan RM900 juta dalam projek-projek ekonomi Kementerian Ekonomi, DE itu, sebahagiannya itu adalah untuk pelaksanaan Projek Rintis Dasar Gaji Progresif. Silingnya ialah sekitar RM50 juta. Jadi, peruntukan itu telah pun disediakan dan selepas kita bentangkan balik di Kabinet, dalam September tahun depan, kerajaan akan buat keputusan yang peruntukan seterusnya itu akan masuk di dalam Rolling Plan Kelima untuk tahun 2025 ke atas. Jadi, walaupun saya tahu Puan Yang di-Pertua selalu senyum tapi saya tengok juga YouTube dia kalau dia marah. Saya, dengan itu, saya pun tak mahu kena marah kalau Ahli Yang Berhormat lain semua balik lambat malam ini. Sebab saya dah nak balik. [Ketawa] Jadi, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong kesemua 18 menyokong. Terima kasih kepada Kementerian Ekonomi, pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus dalam tempoh tujuh bulan yang lepas untuk menyediakan yang ini. Selepas ini, saya harap kita sama-sama berdoa...

Menteri, saya ada minta bentangkan tentang apa itu yang laporan tentang 1,000 syarikat itu. Tak apa. Sekarang tak bagi pun tak apa. Tapi...

Ya, saya ingat yang itu kalau ada keperluan, selepas laporan itu, projek rintis telah dibuat, saya perlu bentangkan di Kabinet dan kalau Kabinet berpendapat dan mengarahkan untuk dibentangkan di Parlimen, insya-Allah, kami boleh bentangkan di Parlimen sekali lagi. Jadi, terima kasih banyak-banyak. Dengan ini, saya mohon supaya Dewan menyokong Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif ini supaya projek rintis dapat dilaksanakan tahun depan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan di nombor 3 itu tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — AKTA KASTAM 1967 – PERINTAH DUTI KASTAM Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Ada tigaMotion

kertas di hadapan saya ini. Kita boleh jadi pendek, kita boleh jadi panjang. Kita boleh sampai pukul enam habis atau kita boleh...

Datuk Tuan Yang di-Pertua. Radzi bin Jidin (Putrajaya)

[Menyampuk] .

Ah, terima kasihlah Putrajaya.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.185, ST.186, ST.187, ST.188, ST.189, ST.190, ST.203, ST.204 dan ST.205 bagi tahun 2023 disahkan.” Tuan Yang di-Pertua, terdapat sembilan Perintah Kastam dan Perintah Duti Kastam di bawah Akta Kastam 1967 telah diwartakan mulai bulan Mei hingga September 2023. Saya mohon menghuraikan setiap perintah tersebut. Kertas Perintah Kastam (Duti Anti Lambakan Sementara) Kertas Statut Bilangan ST.185 tahun 2023. Perintah ini telah diwartakan bagi tujuan mengenakan duti anti lambakan sementara ke atas produk gulungan sejuk, keluli aloi atau bukan aloi dengan kelebaran kurang daripada 1,300 milimeter yang berasal atau dieksport daripada Jepun. Berdasarkan petisyen yang difailkan oleh pengeluar tempatan penentuan awal penyiasatan yang dijalankan oleh MITI selaku pihak berkuasa penyiasat mendapati bahawa margin lambakan produk dari Jepun telah memberi kemudaratan bersifat material kepada industri besi tempatan. Oleh itu duti anti lambakan sementara dikenakan selama 120 hari mulai 1 Jun 2023 hingga 28 September 2023. Tempoh ini bagi membolehkan pihak berkuasa penyiasat untuk meneruskan siasatan bagi menentukan sama ada kenaan duti anti lambakan wajar dilanjutkan atau ditamatkan. Kedua, perintah ini telah diwartakan bagi tujuan meminda Perintah Kastam (Duti Anti Lambakan) (No. 3) 2020 yang mengenakan duti anti lambakan ke atas produk gulungan rata keluli bukan aloi disadur dan disalut aluminium dan zink yang berasal atau dieksport dari China, Korea dan Vietnam. MITI telah membuat penentuan muktamad kajian semula pentadbiran dan mendapati produk yang dieksport oleh sebuah syarikat pengeluar atau pengeksport dari China dan dua syarikat dari Vietnam menunjukkan bahawa margin lambakan telah berubah dengan ketara. Oleh itu, duti anti lambakan tidak lagi dikenakan ke atas produk yang dieksport oleh syarikat-syarikat yang terlibat mulai 27 Jun 2023. Perintah ini turut mengemas kini senarai kod tarif produk dalam perintah kastam yang asal selaras dengan transposisi kod tarif baharu yang dilaksanakan oleh Jabatan Kastam di bawah Perintah Duti Kastam 2022.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan

Ketiga, Perintah Kastam Duti Anti Lambakan 2019 (Pindaan) 2023 Kertas Statut Bilangan ST.187 tahun 2023. Perintah ini juga telah diwartakan bagi tujuan meminda Perintah Kastam Duti Anti Lambakan 2019 yang mengenakan duti anti lambakan ke atas produk gulungan sejuk besi atau keluli bukan aloi gegelung dengan kelebaran melebihi 1,300 milimeter yang berasal atau dieksport dari China, Jepun, Korea dan Vietnam. Penentuan muktamad kajian semula pentadbiran mendapati produk yang dieksport dari Korea dan Vietnam menunjukkan bahawa margin lambakan telah berubah secara ketara. Oleh itu produk yang dieksport dari kedua-dua negara tersebut tidak lagi dikenakan duti anti lambakan mulai 27 Jun 2023. Empat, Perintah Kastam Duti Anti Lambakan Kajian Semula Pentadbiran 2021 (Pindaan) 2023. Perintah ini diwartakan bagi tujuan meminda Perintah Kastam (Duti Anti Lambakan) Kajian Semula Pentadbiran No. 3 2021 yang mengenakan duti anti lambakan ke atas produk gulungan sejuk keluli aloi dan bukan aloi gegelung yang mempunyai ketebalan antara 0.20 milimeter hingga 2.60 milimeter dan kelebaran antara 700 milimeter hingga 1,300 milimeter yang berasal atau dieksport dari China, Korea dan Vietnam. Penentuan muktamad kajian semula pentadbiran mendapati pengeksportan produk dari Korea dan Vietnam menunjukkan bahawa margin lambakan telah berubah dengan ketara. Oleh itu, duti anti lambakan ke atas produk dari kedua-dua negara tersebut tidak lagi dikenakan mulai 27 Jun 2023. Perintah lima, Perintah Kastam 2023 No.3 2020 (Pindaan) Kertas Statut Bilangan ST.189. Perintah ini telah diwartakan bagi meminda Perintah Kastam (Duti Anti Lambakan) No. 3 2020 yang mengenakan duti anti lambakan ke atas produk gulungan rata keluli bukan aloi yang disadur atau disalut aluminium dan zink yang berasal atau dieksport dari China, Korea dan Vietnam. Pindaan yang dibuat adalah untuk tidak mengenakan duti anti lambakan ke atas produk yang berasal atau dieksport oleh sebuah syarikat pengeluar atau pengeksport dari China dan empat syarikat dari Vietnam. Ini susulan syarikat-syarikat tersebut telah memfailkan permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pihak mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan kerajaan Malaysia mengenakan duti anti lambakan ke atas import produk yang terlibat adalah dibatalkan. Perkara enam, Perintah Kastam Kertas Statut Bilangan ST.190 tahun 2023. Perintah ini diwartakan bagi tujuan mengenakan duti anti lambakan ke atas produk-produk keluli tahan karat gulungan sejuk dalam bentuk gegelung, kepingan atau apa bentuk lain dengan ketebalan antara 0.3 milimeter hingga 3.6 milimeter dan kelebaran tidak melebihi 1,600 milimeter yang berasal atau dieksport dari China, Korea, Chinese Taipei dan Thailand. Berdasarkan permohonan kajian semula pentadbiran oleh syarikat pengeluar tunggal produk berkenaan di Malaysia. MITI telah membuat kajian semula pentadbiran dan mendapati bahawa penamatan duti anti lambakan berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan yang berterusan atau berulang kepada industri tempatan.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan

Sehubungan itu, kenaan duti anti lambakan diteruskan bagi tempoh lima tahun lagi melainkan import produk daripada syarikat pengeluar atau pengeksport dari Korea dan Chinese Taipie seperti dinyatakan dalam perintah tersebut. Tujuh, ada dua lagi. Perintah Kastam Duti Anti Lambakan 2023. Perintah ini diwartakan bagi tujuan mengenakan duti anti lambakan ke atas produk gulungan sejuk keluli aloi atau bukan aloi gegelung yang mempunyai ketebalan antara 0.20 milimeter hingga 2.60 milimeter dan kelebaran antara 700 milimeter hingga 1,300 milimeter yang berasal atau dieksport dari Jepun. Melalui Kertas Statut Bilangan ST.185 yang saya jelaskan awal tadi produk ini telah dikenakan duti anti lambakan sementara sehingga 28 September 2023. Selepas kajian semula pentadbiran yang dijalankan oleh MITI didapati produk tersebut menunjukkan margin lambakan yang memberikan kemudaratan bersifat material kepada industri besi tempatan. Oleh itu, duit anti lambakan akan terus dikenakan bagi tempoh lima tahun melainkan produk daripada syarikat pengeluar atau pengeksport yang dinyatakan dalam perintah berkenaan. Lapan. Perintah Duti Kastam Kertas Statut Bilangan ST.204 Tahun 2023. Perintah ini telah diwartakan bagi menetapkan kadar duti import bagi barang-barang berasal dari negara-negara anggota D-8 dan diimport ke dalam Malaysia. Selain Malaysia, negara-negara anggota D-8 adalah terdiri daripada Bangladesh, Indonesia, Iran, Mesir, Nigeria, Pakistan dan Turki. Pewartaan perintah ini adalah susulan keputusan The 3rd Customs Official Meeting of D-8 Preferential Tariff Agreement pada 24 Mei 2022 yang bersetuju supaya negara-negara anggota D-8 melaksanakan transposisi jadual komitmen barangan daripada struktur tarif di bawah HS 2012 kepada HS 2022. Sehubungan itu, perintah ini telah diwartakan bagi mengemas kini kod tarif dalam jadual komitmen barangan mengikut struktur baharu di bawah Perintah Duti Kastam 2022 bermula mulai 1 Oktober 2023. Sembilan. Perintah Duti Kastam yang akhir. barang-barang di bawah perjanjian rangka kerja sistem keutamaan perdagangan di kalangan negara-negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam Kertas Statut Bilangan ST.205 Tahun 2023. Pewartaan perintah ini adalah selaras dengan keputusan sidang Menteri ke-37, dengan izin, The Standing Committee for Economic and Commercial Cooperation of the Organization of the Islamic Cooperation (OIC) pada tahun 2021 yang mana Malaysia perlu mematuhi Offer list Trade Preferential System among the OIC Member States Harmonized System, dengan izin dan melaksanakan potongan tarif bagi barangan yang berkaitan di bawah perjanjian rangka kerja sistem keutamaan perdagangan di kalangan Negara-negara Anggota OIC. Sehubungan itu, perintah ini diwartakan untuk menetapkan kadar duti import bagi barang-barang yang berasal dari negara anggota dan diimport ke Malaysia di samping melaksanakan potongan tarif bagi barangan berkaitan mulai tahun 2024 hingga tahun 2026. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Jika tak ada apa-apa perbahasan maka kita boleh selesai dengan cepat.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ada sesiapa yang menyokong?

Datuk Hajah Raj Munni binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas. [Tiada perbahasan]

Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng)

Tiada orang nak bahas. Jadi, pun tidak perlu jawapan ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini di nombor 4 hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Tatacara Kewangan 1957 – Kumpulan Wang COVID-19 DitutupMotion

[Menyampuk]

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Ya, setuju. [Ketawa] Baca dulu. Tuan Yang di-Pertua mohon mencadangkan supaya Majlis ini mengambil ketetapan supaya Kumpulan Wang COVID-19 ditutup berdasarkan peruntukan di bawah seksyen 8 Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 dan selaras dengan seksyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 Jadual Kedua akta berkenaan dipinda dengan memotong butiran sedia ada Kumpulan Wang COVID-19 – Ada, kena ada dia punya teks sikit. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Mesyuarat] Tujuan resolusi ini ialah untuk mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat supaya Kumpulan Wang COVID-19 (KWC) ditutup dan Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] dipinda dengan memotong butiran sedia KWC-19 berdasarkan peruntukan seksyen 8 Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) dan selaras dengan peruntukan seksyen 10(4)(a) Akta 61. Kumpulan Wang COVID-19 telah ditubuhkan di bawah seksyen 10 Akta 61 berdasarkan peruntukan seksyen 4 Akta 830. Kumpulan Wang COVID-19 bertujuan membenarkan terimaan daripada pinjaman dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang COVID- 19 dan digunakan untuk membiayai pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi bagi mengurangkan impak pandemik COVID-19. Siling peruntukan COVID-19 telah dipinda daripada RM45 bilion kepada RM65 bilion dan seterusnya kepada RM110 bilion. Perincian

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19 adalah seperti berikut. Tahun 2020, RM38 bilion. Tahun 2021, RM37.7 bilion. Tahun 2022, RM31 bilion. Jumlah, RM106.7 bilion atau perbelanjaan 97 peratus dari siling RM110 bilion. Selain itu, berikutan keperluan untuk meningkatkan siling peruntukan KWC-19 ini menerusi subseksyen 3(1) Akta 830, kerajaan meningkatkan hak statutori hutang di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959, Akta Pendanaan Kerajaan 1983 daripada 55 peratus daripada KDNK kepada 60 peratus pada tahun 2020. Seterusnya, pada 65 peratus pada 2021. Semuanya telah berlalu. Akta 830 telah ditamatkan pada 31 Disember 2022 selaras dengan subseksyen 1(2) Akta 830. Dalam hal ini subseksyen 8(1) membenarkan Kumpulan Wang COVID-19 untuk membuat pembayaran sehingga enam bulan selepas Akta 830 tamat iaitu sehingga 30 Jun 2023. Walau bagaimanapun, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengesahkan bahawa tiada lagi transaksi pembayaran di bawah Kumpulan Wang COVID-19 selepas 15 Februari 2023. Berikutan tamat tempoh kuat kuasa Akta 830 ini juga, had statutori hutang telah dikekalkan kepada paras 65 peratus kepada KDNK menerusi pewartaan perintah baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 iaitu Perintah Pinjaman (Tempatan) (Had Statutori Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan. Penutupan Kumpulan Wang COVID-19 adalah wajar dilaksanakan memandangkan keadaan negara kini dalam fasa peralihan ke endemik dan pembayaran bagi perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 semuanya telah selesai sepenuhnya. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Ogos 2023 telah bersetuju supaya Kumpulan Wang COVID-19 ditutup dan Jadual Kedua Akta 61 dipinda bagi mengeluarkan Kumpulan Wang COVID-19. Dato’ Yang di-Pertua, penutupan Kumpulan Wang COVID-19 tidak memberi sebarang implikasi kewangan pada kerajaan kerana penutupan Kumpulan Wang COVID-19 hanya melibatkan pemindahan baki wang daripada Kumpulan Wang COVID-19 kepada Kumpulan Wang Pembangunan selaras dengan subseksyen 8(2) Akta 830 menyatakan apa- apa baki wang dalam KWC-19 hendaklah dibayar oleh Menteri ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan (KWP). Sekiranya masih terdapat pemulangan semula wang KWC yang tidak dapat dibelanjakan setelah kumpulan wang ini ditutup, wang tersebut juga akan dimasukkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Sehubungan dengan itu, dicadangkan usul untuk mendapatkan kelulusan Dewan Rakyat supaya Kumpulan Wang COVID-19 ditutup dan Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 dipinda dengan memotong butiran sedia ada berdasarkan peruntukan seksyen 8 Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan 2020 dan selaras dengan peruntukan seksyen 10(4)(a) Akta 61. Mohon dipersetujui.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Ada Yang Berhormat menyokong?

Datuk Hajah Raj Munni binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sepang

Saya menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang adalah sekarang ini terbuka untuk dibahaskan. Senarai yang saya ada hanya seorang pembahas. Saya mempersilakan...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Beruas.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yang Berhormat...

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Eh.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Sebentar, sebentar.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Taiping.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Seorang ke dua ini?

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Taiping?

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Taiping kan?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Yalah, saya terima satu nama. Ada Yang Berhormat Beruas nak masukkah?

Dato' Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Saya hendak masuk.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Baik, saya persilakan Yang Berhormat Taiping dahulu.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Lima minit.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Ya, terima kasih Dato’ Speaker. Berkenaan dengan Kumpulan Wang COVID-19, kita sekian maklum bahawa ia ditubuhkan pada— dengan rang undang-undang pertama dia pada September 2020 dengan suatu siling sebanyak RM45 bilion ditetapkan. Dengan pindaan dua kali, sekali pada Disember 2020 dan siling peruntukan dipindah kepada RM65 bilion. Pada tahun 2021 Oktober silingnya ditingkatkan sekali lagi kepada RM110 bilion. Kita sekian maklum juga tujuan Kumpulan Wang COVID-19 ini adalah untuk membiayai bantuan-bantuan kerajaan pada ketika itu seperti PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA, KITA PRIHATIN dan sebagainya. Demi menampung keperluan Kumpulan Wang COVID-19 ini, kita juga nampak seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi had statutori telah pun ditingkatkan dua kali dari 55 peratus daripada KDNK sehinggalah 60 peratus pada akhirnya 65 peratus. Selain daripada itu, kerajaan pada ketika itu telah pun juga meluluskan pengeluaran dana daripada Kumpulan Wang Amanah Negara yang mana KWAN ditubuhkan pada 1988 lebih daripada 30 tahun, kali pertama kita mengguna pakai dana dalam KWAN dan RM5 bilion telah pun dikeluarkan. Apabila kita nampak usaha kerajaan untuk menangani keadaan yang sedia ada apabila semasa pandemik, kita juga perlu mengambil iktibar bahawa segala perbelanjaan walaupun semasa pandemik tetap perlu mematuhi segala tata kelola kewangan, mengekalkan amalan integriti yang tinggi dan sampailah kepada mereka yang berkeperluan dan yang berkelayakan. Kita nampak apabila kita berada pada zaman pandemik COVID-19

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

ada yang hilang nyawa, ada yang ahli keluarga hilang nyawa. Ada yang hilang pendapatan, ada yang hilang pekerjaan. Inilah kenapa pada masa itu juga kita hendak pastikan bahawa setiap satu sen yang diperuntukkan oleh kerajaan itu adalah dibelanjakan dengan berhemah. Dalam pada itu kita nampak Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada penggal lepas dan penggal ini telah pun memetik tiga tajuk iaitu nombor satu berkenaan dengan perolehan vaksin. Nombor dua berkenaan dengan perolehan aplikasi MySejahtera. Nombor tiga berkenaan dengan pengurusan wabak COVID-19 untuk vaksin luput hayat, perolehan ventilator, PPE dan sebagainya yang dibentangkan dalam sesi ini. Ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya kita hendak memastikan bahawa perbelanjaan yang dibelanjakan itu adalah tepat, adalah tidak melibatkan apa-apa salah guna kuasa. Di sini saya ingin memberikan tiga cadangan kepada pihak kerajaan. Apabila kita berbincang dan berbahas berkenaan dengan isu di hadapan kita pada hari ini, itu juga bermaksud bahawa kita telah pun menandakan satu noktah ke atas Kumpulan Wang COVID- 19 yang diperkenalkan akibat daripada pandemik COVID-19. Pada masa yang sama juga, kita hendak memberi satu jawapan kepada rakyat di luar sana bahawa sama ada kesemua wang telah pun kita janakan, yang telah pun kita gunakan pada masa itu adalah memadai, adalah tepat pada sasarannya dan tidak melibatkan apa-apa pembaziran ataupun penyelewengan.

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

Tiga cadangan. Nombor satu, saya cadangkan supaya MOF untuk memberikan satu laporan terperinci terhadap jumlah wang yang telah pun dibelanjakan tadi dinyatakan lebih kurang 97 peratus bersamaan dengan RM107 bilion telah pun dibelanjakan. Ke manakah wang tersebut dibelanjakan? Dalam kategori mana? Sama ada kategori pembelian vaksin, ataupun kategori pemberian subsidi upah ataupun kategori bantuan kepada PKS dan sebagainya. Saya memohon supaya pihak MOF boleh memberikan satu maklumat secara terperinci terhadap kesemua perbelanjaan yang diberikan. Mungkin boleh diberikan secara bertulis kepada kesemua Ahli-ahli Parlimen. Nombor dua, saya juga menyarankan supaya Ketua Audit Negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan suatu audit penuh ke atas kesemua perbelanjaan ini. Kita tahu bahawa Ketua Audit Negara sebelum ini ada melaksanakan audit- audit secara berperingkat yang menyasarkan kepada subjek masing-masing tetapi untuk kesemua jumlah wang RM107 bilion ini. Saya cadangkan, sarankan supaya Ketua Audit Negara boleh melaksanakan suatu audit penuh. Itu nombor dua. Nombor tiga berkenaan dengan aplikasi MySejahtera. Kita sekian maklum bahawa dari dulu sampai sekarang kita nampak pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera ini. Saya boleh menyifatkan ia sebagai suatu perolehan tanpa kontrak. Suatu perolehan tanpa tender, suatu perolehan tanpa surat kelulusan, satu perolehan tanpa surat setuju terima dan aplikasi MySejahtera pada hari ini masih lagi digunakan oleh kerajaan dan saya meminta supaya pihak Kementerian Kewangan (MOF) untuk membuat satu, untuk memberikan satu jawapan berkenaan dengan apakah status terkini perolehan aplikasi MySejahtera. Ini

Tuan Wong Kah WohDAP · PHTaiping

berkenaan dengan beberapa isu yang saya bangkitkan tadi, tiada kontrak, tiada tender, tiada SST, tiada surat penerimaan dan sebagainya. Isu ini telah pun dibangkitkan sekian lama, dijawab oleh MOH tetapi saya percaya bahawa kementerian yang boleh memberikan jawapan yang lebih terperinci adalah MOF. So dengan itu sekian saja daripada saya. Terima kasih Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Dipersilakan Yang Berhormat Beruas. Lima minit.

Dato’ Ngeh Koo HamDAP · PHBeruas

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Banyak yang hendak saya kemukakan telah Taiping kemukakan. Saya hanya nak buat sedikit tambahan kepada soalan yang hendak saya timbulkan. Pertama tadi dikatakan jumlah wang untuk tabung ini merupakan satu pinjaman. Saya nak tanya dari manakah pinjaman sebanyak RM100 bilion ini, jumlah yang besar. Jauh lebih daripada peruntukan pembangunan setiap tahun dalam bajet tahunan Parlimen Dewan Rakyat. Jadi, dari manakah jumlah ini dan bagaimanakah jumlah ini akan dibayar dan saya nak tanya jumlah yang sebenar yang telah digunakan? Berapakah bakinya ataupun pinjaman itu tidak disalurkan terus kepada akaun ini. Maksudnya berapakah jumlah yang telah digunakan? Kalau seluruh jumlah telah disalurkan kepada akaun ini, berapakah baki dia? Saya nak tanya selain daripada perkara-perkara yang telah diutarakan oleh PAC. Adakah lain-lain perkara yang dianggap suatu pembaziran, salah guna kuasa atau ketirisan dan apakah tindakan kerajaan untuk memastikan salah guna kuasa, ketirisan dan pemborosan atau wastage ini, apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang bersalah? Tadi dikatakan baki wang akan dimasukkan kepada akaun pembangunan. Tolong tanya dari mana duit ini datang? Kenapa mesti dimasukkan kepada akaun pembangunan? Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Silakan Menteri untuk menjawab

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Perkara yang penting yang ingin saya nyatakan di sini daripada apa yang disebut oleh Taiping ialah mengenai senarai laporan terperinci. Maka, saya ingin bacakan senarai. Apakah yang digunakan wang sebanyak RM106 bilion itu. (i) Program Subsidi Upah; Insentif Pengekalan Pekerjaan dan Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, RM24.256 bilion; (ii) Bantuan Prihatin Nasional, RM39.6 bilion; (iii) Projek Berskala Kecil, RM6 bilion; (iv) Program Kemahiran Peningkatan Kemahiran, RM1.2 bilion; (v) Pembiayaan PKS PENJANA, RM180 juta; (vi) Geran Prihatin PKS, RM5.991 bilion; (vii) Pinjaman Mikro Kredit di bawah Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional, RM1.28 bilion;

(viii) peruntukan bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19, RM5.325 bilion; (ix) Dana Jaminan Makanan, RM579 juta; (x) Dana Penjana Nasional, RM600 juta; (xi) E-Penjana, RM714 juta; (xii) Diskaun bil elektrik, RM6.543 bilion; [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] (xiii) Bantuan Khas Untuk Pelajar Institusi Pengajian Tinggi, RM225 juta; (xiv) Pembiayaan Mudah Bumiputera, RM200 juta (xv) Subsidi Pengangkutan Awam MY30, RM291 juta; (xvi) bantuan khas untuk pemandu teksi, pemandu bas sekolah, pemandu bas pelancong, pemandu pelancong, pengayuh beca, pemandu e- hailing, RM167 juta; (xvii) sokongan bantuan sosial untuk golongan mudah terjejas, RM11.9 bilion; (xviii) Geran Automasi Pintar, RM404 juta; (xix) pinjaman mudah di bawah MyCreative Ventures, RM63 juta; (xx) pelindungan sosial dan latihan untuk pekerja ekonomi gig, RM31 juta; (xxi) kempen E-Dagang bagi PKS dan perusahaan mikro, RM263 juta; (xxii) Syok Malaysia Online bagi perbelanjaan dalam talian, RM142 juta; (xxiii) Sokongan Perniagaan Kesihatan (PeKa) B40, RM50 juta; (xxiv) Geran bagi pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika, RM63 juta; (xxv) dana kandungan digital, RM73 juta; (xxvi) bantuan untuk pertubuhan bukan kerajaan, RM65 juta; (xxvii) pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan, RM30 juta (xxviii) Dana pemasaran CENDANA, RM18 juta; (xxix) Pusat Sehenti PKS MyAssist, RM5 juta; Jumlah RM106.709 bilion, dana RM110 bilion. Jadi, itu adalah bakinya yang ditanyakan oleh Beruas. Itu sahaja. Jika ada salah guna kuasa, akan ada tindakan dan kita tahu bahawa Jabatan Ketua Audit Negara dah ada mengeluarkan Laporan Ketua Audit Negara 2022, baru-baru ini. Dalamnya mungkin ada sentuhan tentang perkara-perkara yang berkaitan dan kita akan membangkitkan perkara itu dan membahaskannya pada sesi yang akan datang pada bulan Februari tak silap saya mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Jika ada disentuh perkara-perkara yang tidak benar, yang tidak berlaku, yang tatakelola kewangan dan sebagainya itu. Itu sahaja jawapan saya Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul hari ini di nombor lima hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Usul-Usul Menteri Kewangan — Akta Pendanaan Kerajaan 1983 – Memindah RM21,000 Juta Ke Kumpulan Wang PembangunanMotion

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan “Bahawa mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], agar Majlis ini mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM21,000 juta atau RM21.0 bilion di bawah seksyen 3(1) akta yang sama, iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Jun sehingga November tahun 2023 ke Kumpulan Wang Pembangunan”. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan satu resolusi terbitan ketetapan pindahan wang Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issue (MGII) ke kumpulan wang pembangunan mengikut keperluan subseksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275)

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji MaslanUMNO · BNTimbalan Menteri Kewangan · Pontian

Resolusi ini dibentangkan supaya kerajaan memindahkan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin MGII bagi tempoh Jun hingga November tahun 2023 sebanyak RM21 ribu juta ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk pembiayaan keperluan perbelanjaan pembangunan tahun 2023. Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 bagi tujuan membiayai projek pembangunan. Sumber Kumpulan Wang Pembangunan diperoleh melalui pindaan antaranya dari Akaun Pinjaman Disatukan yang terdiri daripada terimaan terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Securities (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia, Malaysian Government Investment Issues (MGII), Bil Perbendaharaan dan pinjaman luar negeri. Subseksyen 4(b), Akta 275 memperuntukkan bahawa terimaan daripada Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issues hanya boleh dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dengan resolusi yang saya bacakan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tujuan utama terbitan berasaskan prinsip syariah ini adalah untuk membangun dan mengembangkan pasaran kewangan Islam. Tan Sri Yang di-Pertua, dengan ini saya memohon mencadangkan resolusi berkaitan ketetapan pemindahan baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia dengan izin, Malaysian Government Investment Issues (MGII) bagi tempoh Jun sehingga November tahun 2023 sebanyak RM21 ribu juta atau RM21 bilion ke Kumpulan Wang Pembangunan. Dimohon agar pemindahan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong usul ini?

Puan Hajah Raj Munni binti SabuAMANAH · PHTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat · Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Tak ada.

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada? [Tiada perbahasan]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat sekarang, saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini di nombor 6 hendaklah disetujukan. [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Penggal Parlimen Ke-15 telah berlangsung selama 32 hari mulai hari Isnin, 9 Oktober 2023 hingga hari ini, Khamis 30 November 2023. Mesyuarat Dewan Rakyat ini kerap kali bersidang sehingga malam dan terdapat juga hari yang mana sidang tidak ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Mesyuarat Ketiga ini menyaksikan Dewan Rakyat telah meluluskan Belanjawan 2024 dan 11 Rang Undang-undang serta 5 usul dari pihak kerajaan termasuk pindaan kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Saya ingin memaklumkan bahawa setakat penggal kedua Parlimen Ke-15 ini, Dewan Rakyat telah menempa sejarah yang membanggakan kerana tahap accountability badan eksekutif, taraf badan perundangan yakni Dewan Rakyat berada pada tahap tertinggi menerusi keberkesanan urusan Dewan Rakyat... [Tepuk] Kamar Khas dan Jawatankuasa- jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat. Ini adalah penting dalam memastikan fungsi Dewan Rakyat untuk semak dan imbang badan eksekutif dapat dilaksanakan dengan lebih efektif. Perincian usaha-usaha meningkatkan taraf accountability badan eksekutif terhadap Dewan Rakyat yang dilaksanakan adalah Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri atau pun MQT bagi hari Selasa dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Selain itu, Mesyuarat Kedua yang lalu telah membahaskan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2021 Siri 2 dan Laporan SUHAKAM yang melibatkan ramai Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri menjawab isu-isu perbahasan Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan SUHAKAM tersebut. Di samping itu penerangan daripada menteri-menteri termasuk Perdana Menteri juga telah beberapa kali dibuat di Dewan Rakyat bagi menerangkan sesuatu isu dan perkara penting kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Berkenaan Kamar Khas, usaha-usaha untuk memperkasakan urusan Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17 yang mana kini ahli dibenarkan untuk mengemukakan satu pertanyaan tambahan untuk setiap usulnya telah direalisasikan melalui pindaan kepada Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Pada masa yang sama Mesyuarat kali ini juga turut memberi peluang kepada Ahli- ahli Yang Berhormat seramai lapan ahli daripada backbenchers—maafkan saya ya. Sedih fasal hari ini hari last. Tujuh Ahli daripada pihak pembangkang, tujuh ya daripada pihak

Tuan Yang di-Pertua

pembangkang untuk mempengerusikan Mesyuarat Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 16(5). Manakala sejumlah 121 ucapan telah dibentangkan di Kamar Khas pada kali ini dalam masa 31 hari. Berkenaan dengan Jawatankuasa Pilihan (JKP) kini skop terma rujukan ataupun TOR Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen Kelima Belas adalah lebih luas berbanding terms of reference JKPK Parlimen Keempat Belas kerana pertama JKPK mempunyai skop yang lebih luas untuk membincangkan semua perkara yang difikirkan sesuai di bawah terms of reference yang diluluskan oleh Dewan ini dan kedua terms of reference yang lebih luas turut meningkatkan penglibatan semua kementerian. Untuk makluman sebanyak 256 Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan telah diadakan pada penggal ini termasuk JKPK dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Ahli Yang Berhormat, saya dan Timbalan-timbalan saya, merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama bagi membolehkan perjalanan Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh persidangan ini. Tidak saya lupakan juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan.. [Tepuk] warga Parlimen Malaysia khusus Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat, wakil media massa... [Tepuk] serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam mengendalikan urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh persidangan Dewan kali ini. Kepada semua Ahli Yang Berhormat, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Semoga Ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.58 petang]

Kamar KhasSpecial Chamber

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Banjir Kilat Yang Kerap Berlaku Di Parlimen BakriSpecial Chamber

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Bakri.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin membawa perhatian kepada Dewan yang mulia ini mengenai isu banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan Parlimen Bakri.

Apabila taburan hujan mencapai 60 milimeter dalam tempoh dua hingga empat jam, risiko banjir di lokasi-lokasi hotspot akan meningkat. Saya sering menerima aduan berkenaan dengan banjir kilat daripada penduduk-penduduk di lokasi-lokasi berikut:

(i) Iaitu di bawah N.12, DUN Bentayan, kawasan terbabit adalah Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee, Taman Ria, Jalan Salleh, Taman Bakariah, Jalan Bakariah, Jalan Dato’ Haji Hassan, Lorong Serkam 2, Jalan Susur Bakri 1, Jalan Bakri, Belakang Jalan Arab, Kampung Sabak Awor, Jalan Ismail, Taman Sri Treh, Jalan Salleh;

(ii) Di bawah N.13, DUN Simpang Jeram, lokasi-lokasi seperti Taman Sungai Abong Mulia, Taman Sungai Abong Sutera, Taman Jaya, Lorang Amran, Jalan Bakri, Taman Damai, Taman Sakeh Baru, Taman Bakariah, Jalan Jelawat 11, Jalan Sakeh, Taman Desa Wisma, Wisma DAP Muar, Jalan Sakeh; dan

(iii) Di bawah N14 DUN Bukit Naning, kawasan yang sering menjadi hotspot banjir kilar dan banjir ini adalah Ayer Hitam Batu 18.

Justeru, saya memohon kerjasama Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan-soalan berikut:

(i) nyatakan bilangan dan senaraikan lokasi hotspot banjir di kawasan Bakri dalam pangkalan data agensi kementerian?;

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

(ii) senaraikan usaha, rancangan dan projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan kerajaan pada tahun 2018 hingga 2025, berserta dengan kos yang diperuntukkan untuk setiap projek untuk mengelakkan berulangnya banjir kilat di lokasi- lokasi tersebut.

Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, penyelenggaraan secara berkala adalah amat penting untuk memastikan sistem perparitan berfungsi dengan efisien dan baik. Namun, saya mendapati bahawa peruntukan untuk pembangunan JPS Johor telah menurun dari RM40,000,000 pada tahun 2022 kepada RM30,000,000 pada 2023, yang bertentangan dengan realiti bahawa banjir kerap berlaku di negeri Johor.

Parit di bawah seliaan JKR hanya mendapat perhatian pembersihan sekali setahun, manakala parit di bawah seliaan JPS dibersihkan dua kali setahun, itu pun tidak cukup. Dalam menghadapi isu ini, keperluan untuk mengkaji semula SOP penyelenggaraan menjadi semakin mendesak untuk mengurangkan banjir kilat di Parlimen Bakri.

Selain itu, projek tebatan banjir adalah penting dalam mengatasi masalah banjir. Namun, saya mendapati bahawa dua projek di bawah RMK 12 untuk mengatasi masalah banjir iaitu Projek Pemuliharaan Sungai Muar dan Projek Saliran Mesra Alam Bandar Maharani telah ditangguhkan. Oleh itu, saya memohon Yang Berhormat Menteri memberikan sebab penangguhan bagi dua projek ini dan juga memohon supaya kerajaan mengaktifkan semula kedua-dua projek ini.

Selain daripada pelaksanaan projek tebatan banjir oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), dan penyelenggaraan sistem perparitan oleh JPS dan PBT, banyak bandar di seluruh dunia telah beralih kepada konsep ‘Bandar Span’. Konsep ‘Bandar Span’ telah dimasukkan dalam Rancangan Fizikal Negara Keempat (NPP4) Teras 2 sebagai strategi pengurusan sumber yang merangkumi pemeliharaan dan pemuliharaan aset ekologi untuk pengurusan banjir.

Kita perlu memandang serius ke arah konsep ‘Bandar Span’ yang menitikberatkan aspek penyerapan, penyimpanan dan pemprosesan air hujan. Ini bukan sahaja akan menjawab kepada cabaran banjir tetapi juga akan memastikan bandar kita berdaya tahan dan harmoni dengan alam sekitar.

Jadi, bagaimanakah kementerian berencana untuk mengimplementasikan konsep ‘Bandar Span’ dalam mengatasi banjir kilat dan apakah strategi untuk menyelaras agensi-agensi kerajaan yang lain dalam inisiatif ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya kira ada kekeliruan di situ ya YB. Ini lampiran ‘B’, kan? Bukan lampiran ‘A’?

[Bercakap]

Tuan Yang di-Pertua

Oh, yakah. Okey, YB.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bakri.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ingin menekankan bahawa merujuk kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133], tanggungjawab untuk membina dan menyenggara parit adalah di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Selain itu, keputusan Jemaah Menteri tahun 1996 telah menggariskan pembahagian tanggungjawab di antara PBT dan JPS. Semua sistem saliran dalaman iaitu sistem saliran buatan adalah di bawah tanggungjawab PBT manakala sistem saliran asalnya semula jadi iaitu sungai dan anak sungai adalah di bawah JPS.

Sebanyak 23 lokasi hotspot telah direkodkan bagi daerah Muar pada ketika ini. Oleh yang demikian, kementerian melalui JPS telah melaksanakan sebanyak 110 kerja-kerja jangka masa pendek dengan anggaran kos berjumlah RM4.3 juta dari tahun 2018 sehingga tahun 2023 di bawah peruntukan Persekutuan dan Negeri.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Selain itu, kementerian melalui JPS juga melaksanakan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu, Integrated River Basin Management

(IRBM). IRBM merupakan kaedah terbaik yang memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi mencapai objektif iaitu memastikan air mencukupi, memastikan air bersih, mengurangkan risiko banjir dan meningkatkan pemuliharaan alam sekitar.

Melalui pelan ini, kementerian telah menyediakan perancangan dan pembangunan lembangan untuk rujukan kerajaan negeri dalam sesuatu pembangunan agar tidak mengancam kelestarian alam sekitar. Kajian sebenar IRBM Sungai Muar telah bermula pada bulan Ogos 2023 dan tempoh kajian selama 18 bulan. Bagi status Projek Saliran Mesra Alam Bandar Maharani dan Projek Pemuliharaan Sungai Muar pula akan dimohon semula di dalam rolling plan yang akan datang untuk pertimbangan selanjutnya.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebahagian dari konsep Bandar Span terdapat dalam garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). MSMA merupakan sebuah garis panduan yang terpakai kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Lembah Klang bagi perancangan pembangunan. Konsep Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) menekankan kawalan kuantiti dan kualiti air larian di punca (control at source) dan kawalan kualiti melalui Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak untuk mengurangkan impak banjir dan pencemaran.

Amalan terbaik yang disarankan dalam MSMA adalah seperti berikut:

(i) kolam takungan banjir;

(ii) tanah bencah;

(iii) saliran semula jadi;

(iv) penuaian air hujan; dan

(v) tempat letak kereta telap air.

Faktor perubahan iklim menjadikan isu-isu perbandaran seperti banjir kilat kompleks untuk ditangani. Adalah penting agar penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan risiko dan impak kejadian banjir ini dirancang secara menyeluruh dan bersepadu. Ini termasuklah perancangan adaptasi perubahan iklim yang melibatkan kawasan bandar. Jemaah Menteri juga telah bersetuju dengan pemakaian MSMA dijadikan sebahagian dari syarat-syarat kelulusan pelan pembangunan melibatkan infrastruktur saliran bermula dari 1 Januari 2001.

Dimaklumkan juga bahawa pengurusan banjir kilat memerlukan kerjasama bersepadu yang merangkumi sistem perparitan dan pengurusan sungai serta melibatkan pelbagai jabatan dan agensi. Namun begitu, cadangan pelaksanaan konsep Bandar Span di kawasan berisiko banjir perlu diteliti mengikut kesesuaian dan keperluan setempat terutamanya untuk mengenal pasti kawasan yang bersesuaian untuk pelaksanaannya. Perkara ini melibatkan peranan PBT untuk

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

mengambil pandangan pelbagai pihak termasuklah pemaju dan juga agensi di bawah kementerian ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Bakri, soalan.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Tan Sri, tadi saya tertarik dengan satu perkataan daripada jawapan Yang Berhormat Menteri iaitu menyeluruh dan bersepadu. Ini sangat tepat bahawa apa-apa usaha perlulah secara holistik di mana sekarang ini kita tahu kita berhadapan dengan cabaran perubahan iklim yang begitu menjejaskan kehidupan harian kita.

Berlakunya kebarangkalian untuk berlakunya banjir kilat dan banjir ini semakin kerap dan semakin mendatangkan impak kepada masyarakat terutamanya bandar-bandar seperti Muar yang berada di tepi sungai dan tepi pantai.

Maka, soalan saya adalah apakah usaha ataupun rancangan pihak kementerian untuk merangka satu pelan induk (master plan) dengan izin tebatan banjir untuk daerah Muar khususnya untuk bandar Muar. Termasuklah sekiranya ada apa-apa usaha sama dengan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Muar untuk menyelesaikan masalah banjir dan banjir kilat yang kerap berlaku terutamanya di kawasan perbandaran Muar?

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Dato' Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bakri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan perbandaran, sistem perparitan sedia ada perlu sentiasa disenggara termasuklah pembersihan sampah-sarap secara berkala agar aliran air lancar dan risiko banjir kilat dapat dikurangkan serta menaik taraf sistem perparitan yang lama yang tidak dapat menampung kapasiti air larian apabila berlaku hujan lebat.

Selain itu, bagi menangani isu ini secara bersepadu, semua agensi berkaitan perlu terlibat secara langsung dalam proses permohonan kebenaran merancang bagi sesuatu pembangunan di bawah sistem one-stop-center. Ini adalah penting untuk membolehkan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan selaras dengan dasar dan usaha kerajaan dalam menangani isu banjir kilat.

Sebagai langkah berterusan, Kerajaan Persekutuan juga telah mengguna pakai Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang merupakan satu Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Infrastruktur Saliran yang lebih mesra alam.

Melalui pendekatan kawalan kuantiti dan kualiti air larian permukaan, pemaju- pemaju perumahan disyaratkan untuk menyediakan kolam takungan banjir yang bertujuan untuk mengurangkan aliran punca banjir agar tidak membebankan sistem saliran di hilir. Mewajibkan semua kerja tanah belum mengemukakan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak sebelum perintah pembangunan dikeluarkan oleh pihak PBT.

Dengan syarat ini, semua permohonan pembangunan yang melibatkan kerja-kerja tanah memerlukan kelulusan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak oleh JPS sebelum sesuatu pembangunan dapat dimulakan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Ya silakan, Setiausaha.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Isu Gangguan Bekalan Air Di Parlimen BakriSpecial Chamber

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kawasan Parlimen Bakri telah mengalami gangguan bekalan air sebanyak enam kali dalam masa hanya 40 hari akibat isu kebocoran paip-paip lama dalam tempoh Januari dan Februari tahun ini.

Malangnya, terdapat juga dua insiden di mana kebocoran paip berlaku sebanyak dua kali dalam satu hari di kawasan yang sama. Masalah kekerapan pecah paip utama 375 milimeter jenis Asbestos Cement (AC) atau lebih dikenali sebagai AC pipe bukan sahaja memberi impak kepada Non-Revenue Water (NRW) yang merugikan pihak syarikat air tetapi juga turut mendatangkan kesan kepada pengguna khususnya dalam tempoh meraikan perayaan seperti Tahun Baru Cina.

Golongan penjaja terpaksa menutup gerai lebih awal dan pengusaha salon rambut yang terpaksa membatalkan temu janji kerana ketiadaan bekalan air.

Gangguan bekalan air juga berlaku pada hari perayaan pada 20 Januari tahun ini yang merupakan dua hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina kehidupan penduduk di Jalan Salleh telah dikesan dengan gangguan bekalan air. Ini telah menambahkan kepayahan dalam persiapan perayaan mereka.

Berdasarkan laporan Ranhill SAJ, sejumlah 8,312 akaun pengguna dari enam kawasan yang berbeza telah terjejas oleh masalah ini dalam tempoh tersebut.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Menurut data 2018, daerah Muar mempunyai rangkaian paip sepanjang 1,958 kilometer di mana 35 peratus atau 585.3 kilometer daripadanya terdiri daripada paip jenis AC yang telah berusia lebih daripada 25 tahun.

Ini kalau manusia, kira muda, kalau untuk paip kira dah tua dah. Sasaran pelaksanaan kerja-kerja penggantian paip di daerah Muar untuk tahun 2022 dan 2023 adalah sepanjang 15 kilometer di Jalan Ibrahim, Jalan Teluk Rimba...

Tuan Yang di-Pertua

Bakri, Bakri nanti ya. Bakri hantar teks adakah Bakri baca teks yang Bakri hantar atau lari jauh sangat, yang ini?

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Tak lari.

Tuan Yang di-Pertua

Ha, berbeza sangat ini.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Beza sangat? Kejap.

Tuan Yang di-Pertua

Cuba you all copy dekat dia. Lampiran ‘A’. Tadi Bakri baca lampiran ‘B’ dahulu, sekarang ‘A’ pula.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Okey, ya, so. Yalah okey kita sambung ya.

Sasaran Ranhill SAJ dalam menggantikan paip di daerah Muar untuk tahun 2022 dan 2023 adalah sepanjang 15 kilometer di Jalan Ibrahim, Jalan Teluk Rimba, Tangkak dan Bakri New Village berdasarkan jawapan di Dewan Negeri Johor.

Jenis paip lama AC pipe menyebabkan Ranhill SAJ mengurangkan tekanan air demi mengelakkan insiden pecah paip. Namun, tindakan ini turut menyebabkan tekanan air di sekitar Muar menjadi rendah, khususnya di kawasan-kawasan hujung sistem. Justeru, Bakri memohon kerjasama Yang Berhormat Menteri untuk menjawab soalan-soalan yang berikut:

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

(i) apakah langkah-langkah penyelesaian yang telah dan akan diambil untuk mengurangkan NRW di negeri Johor dan khususnya Muar;

(ii) senaraikan panjang paip ditukar dan kos yang telah diperuntukkan dalam tempoh 2010 hingga 2023 di negeri Johor dan Daerah Muar;

(iii) bilakah projek naik taraf paip di Jalan Ibrahim, Jalan Teluk Rimba, Tangkak dan Bakri New Village dalam daerah Muar boleh selesai;

(iv) senaraikan lokasi-lokasi di daerah Muar di mana paip-paip lama yang perlu dinaik taraf, panjang paip yang akan ditukar, anggaran kos untuk projek ini, tarikh projek dijangkakan akan bermula dan akan selesai;

(v) berapakah peruntukan yang akan diagihkan melalui Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) untuk daerah Muar dan negeri Johor bagi menggantikan paip lama pada tahun 2023?

Berapa kerap kementerian melaksanakan kawalan kualiti terhadap operasi yang dijalankan oleh syarikat Ranhill SAJ; dan

(vi) adakah kerajaan boleh melantik syarikat selain daripada Ranhill SAJ untuk menjalankan program mengurangkan NRW? Jika ada, apakah rasional pelantikan ini dibuat?

Selain itu, sila huraikan langkah yang boleh di ambil oleh pihak kementerian semasa bekalan air terputus di Parlimen Bakri:

(i) apakah tindakan jangka pendek yang akan diambil semasa bekalan air terputus;

(ii) adakah rancangan bekalan alternatif (rezoning) akan dijalankan semasa bekalan air terputus; dan

(iii) apakah tindakan kementerian untuk memastikan bekalan air tidak terputus terutama semasa pada musim perayaan?

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bakri. Jawapan pertama berhubung dengan langkah-langkah penyelesaian bagi mengurangkan NRW di Johor dan Muar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, langkah-langkah penyelesaian yang telah diambil adalah seperti berikut:

(i) pelaksanaan Program Penggantian Paip;

(ii) Program pengurangan dan pengawalan paras NRW secara outsource;

(iii) Program Pengurangan NRW Kebangsaan.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Program penggantian paip bagi tahun 2018-2021 melibatkan penggantian paip sepanjang 683.6 kilometer bagi keseluruhan negeri Johor dan merangkumi 25.2 kilometer di daerah Muar.

Bagi tahun 2022, penggantian paip yang dirancang adalah sepanjang 211.5 kilometer bagi Negeri Johor dan merangkumi 40.3 kilometer di Daerah Muar. Program pengurangan dan pengawalan paras NRW di laksana secara outsource melalui Kontrak Penurunan NRW oleh Ranhill SAJ melalui pelantikan Ranhill Water Services Sdn. Bhd.

Tumpuan diberikan untuk mengurangkan kebocoran bawah tanah melalui kaedah pengesanan kebocoran secara aktif. Melalui Program Pengurangan NRW Kebangsaan, Ranhill SAJ boleh menuntut imbuhan balik bagi perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mengurangkan NRW sekiranya berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pada tahun 2021, Ranhill SAJ telah berjaya menuntut perbelanjaan berjumlah RM142.28 juta di bawah program ini.

Jawapan kedua. Seterusnya, untuk makluman Yang Berhormat Bakri, program penukaran paip di negeri Johor bagi tahun 2010 hingga tahun 2023 melibatkan penggantian paip sepanjang 1,762 kilometer dengan kos berjumlah RM530 juta.

Jumlah ini termasuk penggantian paip di daerah Muar sepanjang 121.2 kilometer berjumlah RM64.6 juta. Program ini dilaksanakan melalui pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Jumlah pembiayaan keseluruhan yang diluluskan bagi keseluruhan negeri Johor berjumlah RM1.2 bilion untuk penggantian paip sepanjang 2,500 kilometer bagi tempoh 2018 hingga 2022.

Jawapan ketiga. Bagi soalan seterusnya, projek menaik taraf paip di Jalan Ibrahim dan Jalan Teluk Rimba, Tangkak dijangka siap pada 30 Januari 2024, manakala bagi projek di Bakri New Village pula adalah pada 30 Jun 2024.

Jawapan keempat. Seterusnya berhubung makluman mengenai projek penggantian paip lama di daerah Muar, Program Penggantian Paip Lama Tahun 2022 di daerah Muar akan melibatkan panjang paip keseluruhan berjumlah 40.3 kilometer dengan jumlah kos sebanyak RM27,814,000. Projek ini akan bermula pada pertengahan tahun 2024 dan dijangka siap pada akhir tahun 2025.

Kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

(i) Bukit Pasir A−11 kilometer;

(ii) Bukit Pasir B−3.3 kilometer;

(iii) Parit Masjid−11.7 kilometer;

(iv) Bukit Treh C−4.8 kilometer;

(v) Jalan Bakri B−2.3 kilometer; dan

(vi) Kampung Solok A−6.2 kilometer.

Penukaran paip bersaiz 375 milimeter jenis Asbestos Cement (AC) yang usang kepada paip Mild Steel bersaiz 600 milimeter sepanjang 5.5 kilometer di sekitar Sungai Abong, Bandar Muar juga dijangka akan dilaksanakan dalam OP6 (2024- 2027).

Jawapan kelima. Seterusnya mengenai peruntukan yang telah diagihkan kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB). Untuk makluman Yang Berhormat, program penggantian paip lama perlu dimohon melalui pelan perniagaan syarikat

(business plan) yang perlu mendapat kelulusan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Negara (SPAN) sebelum dimajukan kepada pihak Pengurusan Aset Air Berhad

(PAAB).

Dalam hal ini, Program Penggantian Paip Lama Tahun 2023 adalah termasuk di bawah Operational Period 6 (OP6) (2024-2027) dan sedang dalam proses kelulusan pihak SPAN.

Dato’ Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSTimbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim · Sarikei

Jawapan keenam. Seterusnya mengenai pelantikan syarikat lain bagi menjalankan program mengurangkan NRW. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan NRW adalah tanggungjawab pihak operator air. Justeru, pelantikan kontraktor bagi projek yang menggunakan sumber peruntukan sendiri dilaksanakan oleh pihak Ranhill SAJ melalui kaedah outsource secara tender terbuka. Bagi projek yang menggunakan pembiayaan PAAB, pelantikan kontraktor dilaksanakan oleh PAAB dan diselia oleh Ranhill SAJ.

Tan Sri Yang di-Pertua, jawapan soalan lain. Mengenai langkah-langkah yang diambil semasa bekalan air terputus, operator air melaksanakan tindakan jangka pendek seperti berikut:

(i) melaksanakan pembaikan segera dengan jangkaan pembaikan dalam tempoh empat jam, pemulihan bekalan air sehingga ke hujung sistem kawasan terlibat adalah dalam tempoh enam jam selepas pembaikan;

(ii) penghantaran air melalui lori tangki terus ke rumah pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air; dan

(iii) membuat hebahan gangguan bekalan air bagi memastikan pengguna mendapat makluman awal untuk tindakan lanjut.

Semasa bekalan air terputus, rezoning daripada sumber bekalan air lain iaitu daripada Tangki Jeram dan paip utama ke Parit Bakar akan dilaksanakan. Tindakan ini akan mengurangkan kesan gangguan bekalan air di 60 peratus kawasan yang terlibat. Untuk memastikan bekalan air tidak terputus terutama semasa musim perayaan, operator air mengambil tindakan persediaan dengan memastikan tangki- tangki agihan sentiasa berada pada paras maksimum dan melaksanakan sistem inline injection melalui lori tangki pada lokasi yang telah dikenal pasti. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang panjang lebar tadi.

Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut, dalam masa 2010 hingga 2023 jumlah penggantian paip lama kepada paip baru di daerah Muar sebanyak 121.2 kilometer. Nampaknya panjang, nampaknya banyak tapi Yang Berhormat Tan Sri saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Tan Sri yang bahawa di daerah Muar, paip lama yang tadi saya kata tua lebih daripada 25 tahun AC pipe sebanyak 685.3 kilometer. Kalau kita banding dengan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tadi, 121.2 kilometer mana ada, banyak lagi backlog.

Sebenarnya kita telah meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, untuk 13 tahun, kita ganti 121 kilometer. Maknanya dalam setahun, tak sampai 10 kilometer.

Bagi saya agak lambat iaitu kalau kita nak habiskan untuk daerah Muar, kita perlu tunggu 68 tahun untuk habiskan penggantian kesemua paip-paip lama yang usang, yang selalu pecah, selalu bocor untuk ke baharu. Itu pun sekiranya dalam masa tempoh menunggu tu, tiada paip lama yang bocor dan yang akan tiba-tiba pecah.

Tuan Tan Hong PinDAP · PHBakri

Maka soalan saya kepada pihak kementerian, apakah strategi ataupun rancangan pihak kementerian untuk mempercepatkan proses ini supaya proses penaiktarafan paip lama, AC pipe ini kepada paip baharu boleh dijalankan dengan lebih cepat supaya bekalan air terawat di daerah Muar terutamanya akan menjadi mampan dan tidak akan berlaku seperti sekarang sentiasa terganggu dengan hanya kerana paip pecah. Saya mohon pihak kementerian bagi respons yang positiflah sebab dah lama tunggu.

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Sila Menteri.

Dato' Sri Huang Tiong SiiSUPP · GPSSarikei

Okey. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bakri. Kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selaku agensi yang bertanggungjawab mengawal selia operator air akan melaksanakan pemantauan berterusan ke atas operator air di negeri Johor iaitu Ranhill SAJ Sdn. Bhd.

Antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan sebagai syarat pemberian atau pembaharuan lesen individu bagi tempoh tiga tahun adalah meningkatkan rizab margin dan mengurangkan kadar NRW. Penetapan KPI ini merupakan mekanisme terbaik bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan penaiktarafan sistem bekalan air kepada pengguna dapat dilaksanakan secara berkesan. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Sila Setiausaha.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Akses Pendidikan Pelarian Palestin Dan Lain-Lain Di MalaysiaSpecial Chamber

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Yang Berbahagia Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. “Akses Pendidikan Pelarian Palestin dan Lain-lain di Malaysia”.

Tuan Yang di-Pertua, seramai 46,570 kanak-kanak pelarian berada di Malaysia sehingga Mei 2022 dengan hanya 30 peratus daripada mereka menerima pendidikan sempurna ketika berada di negara ini berdasarkan data Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Maka saya menggesa agar pelarian Palestin dan lain-lain akses pendidikan mengiktiraf hak asasi manusia mereka untuk memperoleh pendidikan tanpa mengira latar belakang atau status mereka. Pendidikan membantu pelarian membangunkan identiti dan kemandirian serta meningkatkan keupayaan mereka mengatasi cabaran kehidupan.

Akses pendidikan membolehkan pelarian memberikan sumbangan positif kepada masyarakat tempatan, memperkaya budaya, dan membentuk kemahiran berguna untuk pembangunan sosial dan ekonomi. Melalui pendidikan, Malaysia menyumbang kepada hubungan diplomatik dan antarabangsa, menunjukkan komitmen terhadap nilai kemanusiaan dan perdamaian. Memberikan pendidikan kepada pelarian adalah pelaburan jangka panjang dalam mencipta generasi terpelajar, berdaya saing dan mampu memberikan sumbangan positif kepada kemajuan negara dan seluruh dunia.

Oleh itu, inisiatif dari Kementerian Pendidikan Malaysia dalam hal ini adalah diperlukan dan berikut adalah cadangan yang lebih terperinci bagi tindakan oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi membantu mengatasi masalah sosial di kalangan pelarian akibat tidak mendapat akses pekerjaan iaitu seperti berikut:

(i) pengiktirafan hak asasi pendidikan – kementerian perlu mengiktiraf hak asasi pendidikan bagi semua anak, tanpa mengira status pelarian;

(ii) kerjasama antarabangsa – bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memastikan sumber kewangan dan bekalan yang mencukupi bagi menyokong pendidikan anak- anak pelarian;

(iii) program integrasi iaitu menyusun program pendidikan yang menyokong integrasi anak-anak pelarian ke dalam sistem pendidikan Malaysia, dengan menyesuaikan kurikulum dan memberikan bantuan bahasa jika perlu;

(iv) latihan pendidikan iaitu memberikan latihan kepada guru untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap keperluan anak-anak pelarian dan cara mengatasi cabaran dalam pengajaran mereka;

(v) komitmen kerajaan iaitu memastikan komitmen penuh kerajaan terhadap pelaksanaan dasar pendidikan inklusif untuk anak-anak pelarian, termasuk peruntukan bajet yang mencukupi; dan

(vi) kesedaran masyarakat iaitu mengadakan kempen kesedaran masyarakat untuk menghapuskan stigma terhadap anak- anak pelarian ataupun xenophobia dan mendorong sokongan masyarakat terhadap integrasi mereka dalam pendidikan.

Dengan langkah-langkah ini, diharapkan akan terbentuk persekitaran pendidikan yang inklusif dan memberi sokongan kepada anak-anak pelarian memberikan sumbangan positif kepada masyarakat secara keseluruhan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Sik di atas pertanyaan berkaitan akses pendidikan pelarian Palestin dan lain-lain di Malaysia iaitu pengiktirafan hak asasi pendidikan, kerjasama antarabangsa, program integrasi, latihan guru, komitmen kerajaan dan kesedaran masyarakat.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

KPM menyokong keperluan hak asasi manusia dan komited dalam menyediakan akses pendidikan kepada kanak-kanak di Malaysia. Walau bagaimanapun, dasar KPM tertakluk kepada perundangan sedia ada, peruntukan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] dan dasar negara yang sedang berkuat kuasa.

Pada masa kini, Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian memandangkan Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) mengenai Status Pelarian 1951 atau Protokol Mengenai Status Pelarian 1967.

Sehubungan dengan itu, mana-mana pelarian, termasuk pemegang kad United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) yang dibenarkan tinggal

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

sementara di Malaysia oleh kerajaan Malaysia atas dasar kemanusiaan tidak berhak menuntut apa-apa hak terhadap kerajaan Malaysia termasuk pendidikan.

Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23 Berhubung Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka telah menetapkan bahawa kanak-kanak pelarian boleh mendapatkan akses pendidikan di institusi pendidikan swasta memandangkan kerajaan tidak mempunyai obligasi untuk menyediakan akses pendidikan kepada kanak-kanak pelarian.

Malaysia juga masih mengekalkan reservasi terhadap artikel 28(1)(a) dalam The United Nations Conventions on the Rights of the Child yang menghendaki negara anggota supaya menyediakan pendidikan wajib kepada semua kanak-kanak.

Hak untuk pendidikan wajib yang dikuatkuasakan pada tahun 2003 dan pendidikan percuma diperuntukkan kepada kanak-kanak warganegara sahaja di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Maaf. Ketetapan ini adalah berdasarkan perundangan tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan dalam Perkara 12 bahawa hak terhadap pendidikan adalah bagi kanak- kanak warganegara Malaysia.

Selain itu, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat bagi Pengekalan Murid Belajar di Sekolah) 1998 di bawah Akta Pendidikan 1996 menetapkan empat kategori kanak-kanak bukan warganegara yang boleh bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan kanak-kanak pelarian tidak termasuk di bawah empat kategori tersebut, iaitu:

(i) anak kakitangan kedutaan asing;

(ii) anak yang ibu bapanya adalah juga bukan warganegara yang bekerja dalam perkhidmatan atau agensi kerajaan, badan berkanun atau mana-mana tempat lain dengan permit kerja yang sah;

(iii) anak yang ibu bapanya adalah pemastautin tetap Malaysia; atau

(iv) kanak-kanak yang dipilih oleh kerajaan kanak-kanak itu untuk melanjutkan pelajarannya di Malaysia menurut mana-mana Memorandum Persefahaman atau perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan kerajaan kanak-kanak itu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM tidak menyediakan peruntukan secara khusus kepada pendidikan anak-anak pelarian di bawah Belanja Mengurus B.63. Sebarang penyaluran kepada pertubuhan antarabangsa adalah tertakluk kepada dasar semasa kerajaan.

Walau bagaimanapun, KPM bersedia membantu dalam menjayakan usaha kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak pelarian selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 November 2016 tentang cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan Penyelarasan Pendaftaran Kelahiran dan Akses Pendidikan Bagi Kanak-kanak Etnik Rohingya.

Berdasarkan keputusan ini, KPM dapat bertindak mendaftarkan Pusat Pembelajaran Alternatif (PBA) yang memberikan pendidikan kepada anak-anak pelarian etnik Rohingya. Dana bagi menyokong pendidikan anak-anak pelarian etnik Rohingya ini diperoleh dari negara Qatar menerusi Qatar Fund for Development

(QFFD) yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kementerian Luar Negeri sedang menyelaras Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) untuk rakyat Palestin yang memperuntukkan bantuan

Puan Lim Hui YingDAP · PHTimbalan Menteri Pendidikan · Tanjong

termasuk anak-anak Palestin yang berada di sekolah rendah dan menengah. KPM akan menyusuli perkara ini dari semasa ke semasa untuk melihat kesesuaian penyaluran bantuan terhadap warga Palestin yang rata-rata telah mempunyai tajaan tetap sehingga tamat pengajian peringkat menengah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PBA juga turut menyediakan pendidikan untuk migran Syria bawah Program Penempatan Sementara Migran Syria yang dikawal selia oleh Kementerian Dalam Negeri sejak tahun 2017. Setiap PBA melaksanakan program pendidikan yang bersesuaian dengan murid bagi menyediakan mereka untuk ditempatkan di negara ketiga.

Pelaksanaan Arahan MKN No.23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (Semakan 2023) yang telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membolehkan PBA menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada anak-anak pelarian selain daripada etnik Rohingya.

Berdasarkan arahan ini juga, anak-anak pelarian boleh mengikuti pendidikan di institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM mengikut persetujuan pihak pengurusan IPS berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM melalui Institut Pendidikan Guru

(IPG) telah memasukkan elemen berkaitan hak asasi manusia dalam kurikulum latihan perguruan. KPM bekerjasama dengan pihak SUHAKAM dalam menyediakan dokumen kurikulum Program Pendidikan Guru yang telah mula berkuat kuasa mulai tahun 2020. Semua pelajar IPG diberi ilmu dan kemahiran berkaitan hak asasi manusia, hak asasi kanak-kanak, hak asasi wanita, hak asasi OKU, hak asasi pendidik dan isu-isu semasa tentang etika guru dan hak asasi manusia.

Selain itu, KPM bersama-sama pihak SUHAKAM membangunkan Modul Hak Asasi Manusia untuk pendidik yang merangkumi topik utama iaitu Pengenalan dan Konsep Hak Asasi Manusia, Hak Asasi Pendidik, Hak Kanak-kanak dan Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di sekolah. Modul ini dibangunkan untuk memberi kesedaran kepada bakal guru tentang ilmu hak asasi manusia melalui aktiviti yang menarik dan lebih santai. Modul ini juga dilengkapi dengan soalan penilaian kefahaman kursus agar pensyarah dapat mengukur tahap pemahaman bakal guru sebelum dan selepas latihan.

KPM sentiasa cakna dan mengambil berat dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan hak dan kebebasan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyahut pendirian Kerajaan Malaysia untuk terus bersama- sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin. Sokongan ini adalah satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat.

KPM telah melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula pada 29 Oktober hingga 3 November 2023. Program ini melibatkan semua institusi pendidikan bawah KPM iaitu sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru seluruh negara. Program ini bertujuan mendidik murid-murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan. Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial. Sehingga 20 November 2023, sebanyak 8,314 buah sekolah telah melaksanakan Minggu Solidariti Palestin KPM.

KPM bersedia menyokong dasar Kerajaan berkenaan kanak-kanak pelarian dari Palestin dan akan meneliti permohonan kemasukan kanak-kanak pelarian dari Palestin ini tertakluk kepada keputusan dasar Kerajaan. KPM komited menyediakan akses kepada semua kanak-kanak berpandukan perundangan sedia ada dan tanpa berkompromi terutama dari aspek kedaulatan dan keselamatan negara. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Sik.

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Usul saya ini adalah berkisar bagaimana kita melihat seluruh dunia hari ini dengan begitu komited membantu saudara-saudara mangsa pelarian ataupun mangsa peperangan di Gaza, Palestin ya.

Namun demikian, apabila kita melihat dengan lebih dekat bahawa kita di Malaysia ada ramai di kalangan warga Palestin khususnya yang berstatus pelarian ataupun yang sedang memohon suaka politik dan sebagainya. Jadi, dalam soal pendidikan Tuan Timbalan Menteri, saya bertanya bagaimana pihak kementerian pendidikan melihat bahawa institusi pendidikan alternatif yang sedang digerakkan oleh NGO-NGO ini sedang membantu untuk memberi akses kepada anak-anak pelarian ini untuk diberi pendidikan.

Jadi adakah pihak kementerian merancang untuk mengadakan satu unit khas di kementerian sendiri bagi memastikan bahawa walaupun mereka ini ada halangan dari segi peruntukan, perundangan dan dari segi ratifikasi convention kita dengan United Nations, berkaitan dengan pelarian ini.

Namun saya melihat aspek kita memberi ruang bahawa kementerian boleh memberi kebenaran ataupun memberi apa yang disebut dengan a license ꟷ khususnya pihak NGO ini mewujudkan sijil pendidikan alternatif dan sijil-sijil pendidikan yang mereka tamat belajar itu dapat diiktiraf oleh kementerian untuk mereka juga dapat menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Jadi itu persoalan saya.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Puan Lim Hui YingDAP · PHTanjong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tentang cadangan untuk mengadakan satu team atau jawatankuasa melihat. Kita akan menimbang cadangan Ahli Yang Berhormat memandangkan tengok ada keperluan atau tidak. Mungkin sebab kes ini masih lagi berlangsung, jika mungkin ada sampai satu tahap kita perlu membuat apa-apa keputusan untuk menampung anak-anak pelarian dari Palestin.

Tapi dari segi pemberian sijil tamat sekolah, memandangkan anak-anak pelarian yang berstatus bukan warganegara dan tidak mengikut sistem persekolahan di bawah KPM, maka KPM tidak nampak ada keperluan untuk kita mengeluarkan sijil tamat persekolahan kepada kanak-kanak tersebut. Walau bagaimanapun, seperti yang saya katakan tadi kita akan cuba sedaya upaya tapi kita mesti mengikut tindakan atau keputusan daripada kerajaan bagaimana kita bertindak untuk menangani isu kanak-kanak pelarian. Sekian, terima kasih.

Kamar Khas — Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (P.M. 17) — Akses Pekerjaan Pelarian Palestin Dan Lain-Lain Di MalaysiaSpecial Chamber

Terima kasih Yang Berbahagia Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Akses Pekerjaan Pelarian Palestin dan Lain-lain di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, akses kepada pekerjaan memberi peluang kepada pelarian untuk mendapatkan pendapatan sendiri, mengurangkan kebergantungan kepada bantuan lain dan

meningkatkan kemandirian ekonomi mereka. Pertimbangan kerajaan untuk mengadakan perjanjian dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berhubung peranan dan tanggungjawab di dalam negara ini perlu mengambil kira aspek pekerjaan dan penempatan.

Dengan memberikan peluang pekerjaan kepada pelarian, Malaysia dapat mengurangkan potensi masalah sosial dan kegiatan tidak sah. Pengangguran boleh menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah, dan akses pekerjaan membantu mengatasi risiko ini.

Sememangnya diketahui Malaysia kini berdepan isu kekurangan tenaga buruh tetapi tidak mengambil kira keberadaan pelarian dan pencari suaka. Dengan membenarkan pelarian bekerja, ia memungkinkan pemanfaatan kemahiran dan bakat mereka. Ini tidak hanya memberi manfaat kepada individu tersebut tetapi juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepelbagaian dalam pasaran pekerjaan Malaysia.

Dengan melihat pekerjaan sebagai medium integrasi sosial dan ekonomi, Malaysia dapat membentuk persekitaran yang lebih inklusif dan dinamik bagi pelarian Palestin dan pelarian dari negara-negara lain. Oleh itu, inisiatif dari Kementerian Sumber Manusia dalam hal ini diperlukan dan berikut adalah cadangan yang lebih terperinci bagi tindakan pihak kementerian iaitu;

(i) penilaian dan pengiktirafan kemahiran. Kementerian Sumber Manusia perlu melibatkan proses penilaian kemahiran bagi pelarian dan memberikan pengiktirafan yang sesuai bagi memudahkan mereka dalam pencarian pekerjaan yang relevan dan sesuai;

(ii) program latihan dan pembangunan, iaitu menyusun program latihan dan pembangunan untuk meningkatkan kemahiran pekerja pelarian, sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan Malaysia;

(iii) kerjasama dengan sektor swasta, iaitu membina kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta untuk menyediakan peluang pekerjaan dan program latihan kepada pelarian dan menyokong integrasi mereka dalam pasaran pekerjaan;

(iv) inisiatif penggajian yang adil iaitu memastikan sistem penggajian yang adil dan setara bagi pekerja pelarian, mengelakkan penindasan atau pengecualian dalam pasaran pekerjaan; dan

(v) kempen kesedaran majikan iaitu mengadakan kempen kesedaran bagi majikan untuk memberi peluang kepada pekerja pelarian iaitu memberikan pemahaman tentang sumbangan positif yang boleh diberikan oleh mereka.

Dengan langkah-langkah ini, saya yakin Kementerian Sumber Manusia dapat memainkan peranan penting dalam memastikan usaha ini dapat kita laksanakan.

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Sumber Manusia · Sepanggar

Terima kasih Yang Berhormat Sik yang begitu prihatin dengan pelarian khususnya pelarian daripada Palestin.

Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Majlis Keselamatan Negara sehingga 30 September 2023, jumlah keseluruhan pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan pihak UNHCR Malaysia adalah seramai 183,302 orang. Daripada jumlah ini, 595 orang terdiri daripada 214 pelarian dan 381 orang pemohon suaka adalah daripada Palestin. Jumlah ini meliputi 326 orang lelaki, 110 orang wanita, 76 orang kanak-kanak lelaki dan 83 orang kanak-kanak perempuan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah memuktamadkan Arahan Majlis Keselamatan Negara No.23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (Semakan 2023). Di bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23 tersebut, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia sedang membangunkan mekanisme dokumen pendaftaran pelarian yang bertindak sebagai pengenalan identiti pelarian dan digunakan bagi tujuan kawalan serta pemantauan keberadaan golongan pelarian di Malaysia.

Berdasarkan Dokumen Pendaftaran Pelarian tersebut, pelarian dan pemohon suaka yang berstatus ‘pelarian’ dan berdaftar dengan pihak UNHCR akan memperoleh akses kepada pekerjaan secara sah di Malaysia dan melayakkan mereka mendapat pekerjaan atau melibatkan diri dengan aktiviti berkaitan ekonomi mengikut kaedah dan mekanisme kawalan yang sedang diperhalusi oleh Kementerian Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk tujuan tersebut Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Jawatankuasa Kerja Kebenaran Bekerja Untuk Pelarian yang mana fungsi utama jawatankuasa ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan kebenaran bekerja untuk pelarian dalam pelbagai sektor. Pelaksanaan kebenaran bekerja kepada golongan pelarian adalah mengikut Dasar Penggajian Pekerja Asing dan Dasar Penggajian Pegawai Dagang atau Expatriate dengan izin dan bertujuan untuk:

(i) kemandirian dan sara hidup golongan pelarian di negara ini;

(ii) membolehkan pihak berkuasa mengenali identiti pelarian dan memantau keberadaan serta aktiviti pelarian;

(iii) memberi sumbangan kepada guna tenaga secara sementara; dan

(iv) mengurangkan risiko terdedah kepada aktiviti pemerdagangan orang termasuk buruh paksa.

Kebenaran bekerja kepada pelarian ini dibahagikan kepada tiga kategori klasifikasi perkhidmatan iaitu pekerja tidak mahir, pekerja mahir, separa mahir dan calon majikan bagi setiap kategori ini mempunyai syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pelarian mendapat kemahiran pada tahap tertentu, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

(NOSS) yang menggariskan kompetensi dan keterampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia. Ini untuk anak-anak tempatan kita ya. Secara prinsipnya, NOSS menjadi asas kepada pelaksanaan Latihan kemahiran berteraskan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHTimbalan Menteri Sumber Manusia · Sepanggar

Dalam konteks melatih, menilai dan mengiktiraf pelarian untuk tujuan bekerja di Malaysia, dokumen NOSS boleh dirujuk dan diadaptasi penggunaannya bagi tujuan melatih semula (reskilling) dan meningkatkan kemahiran (upskilling) melalui pelaksanaan kursus secara jangka pendek ataupun microcredential. Untuk tujuan tersebut, sebanyak 1,344 pusat latihan TVET merentasi 12 kementerian boleh dimanfaatkan bagi tujuan membekalkan latihan kepada pelarian berkenaan.

Selain itu, kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) juga boleh diadaptasi kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang masing-masing berdasarkan proses penilaian kepada kemahiran dan pengetahuan sedia ada yang mereka miliki.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan apa jua program latihan untuk kumpulan ini masih terikat dengan dasar kerajaan dan peraturan-peraturan sedia ada. Pada masa sama, pelaksanaan program ini jika dipersetujui oleh kerajaan perlu juga mengambil kira implikasi kewangan tambahan memandangkan peruntukan sedia ada telah dikhususkan bagi melatih peserta di kalangan warganegara sahaja. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Sik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan yang sangat baik dan sudah memberi satu gambaran yang kukuh untuk kita melihat potensi pekerjaan di pihak pelarian ini.

Jadi soalan saya, apa yang berlaku halangan di bawah sana iaitu bagaimana pelarian-pelarian kita ini yang masih lagi belum mendapat satu taraf status mereka itu dengan jelas melalui UNHCR ini.

Ada di antara mereka yang dieksploitasi ketika mereka bekerja di dalam sektor perladangan, pertanian dan sebagainya.

Jadi adakah pihak Kementerian Sumber Manusia melihat bahawa kolaborasi di antara Kementerian Dalam Negeri itu sangat penting bagi memastikan mereka adalah pekerja yang berstatus pelarian yang sah, maksudnya dan mereka tidak boleh dieksploitasi dan dalam masa yang sama kita nak pastikan untuk dimanfaatkan sumber tenaga kemahiran yang mereka ada untuk menampung peluang pekerjaan khususnya yang kita boleh mengurangkan pekerja asing daripada negara-negara lain. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan. Tan Sri Yang di-Pertua, memang kalau saya fikir pengalaman di negeri Sabah – ini antara yang mungkin kita boleh ambil pengalaman-pengalaman yang kita hadapi untuk kita mendaftarkan mekanisme bagaimana kita mahu daftarkan pelarian ini.

Kalau ini selesai, saya fikir selepas itu kita boleh guna sudah dokumen- dokumen pelarian ini untuk mendapat akses kepada pekerjaan. Tapi, selagi yang itu, bab itu tidak selesai, saya fikir itu yang menjadi kekangan kita – Kalau kita lihat di negeri Sabah pun ini yang berlaku. Kita terlibat dalam isu buruh paksa, isu buruh kanak-kanak dan ini akan menurunkan rating kita di peringkat antarabangsa terutama oleh United State of America (US) bila kita terlibat dalam isu-isu forced labor dan buruh kanak-kanak ini.

Jadi, saya fikir saya setuju dengan Yang Berhormat Sik bahawa kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri itu penting dan itu yang kita sedang usahakan

Datuk Ts. Mustapha SakmudPKR · PHSepanggar

dan saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Sik yang memberikan cadangan-cadangan yang amat baik dari segi penilaian dan pengiktirafan kemahiran, program latihan pembangunan, kerjasama dengan sektor swasta, inisiatif pengajian yang adil dan kempen kesedaran majikan.

Tetapi, asasnya ialah kita kena selesaikan dulu dokumen yang berkaitan dengan pelarian ini. Okey, terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan sesi Kamar Khas bagi Mesyuarat Ketiga tahun ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri yang telah mengambil bahagian dalam sesi Kamar Khas sepanjang mesyuarat ini.

Kamar Khas bagi Mesyuarat Ketiga tahun ini telah menyaksikan sebanyak 121 usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 telah dikemukakan oleh 45 orang Ahli Yang Berhormat dan dijawab oleh 20 kementerian.

Selain itu, seramai lapan orang ahli backbenchers dan tujuh orang ahli pihak pembangkang turut telah mempengerusikan Mesyuarat Kamar Khas secara sementara. Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat. Di samping itu, Kamar Khas terus diperkasa di mana bermula Mesyuarat ini, setiap Ahli yang mengemukakan usul di Kamar Khas kini dibenarkan untuk mengemukakan satu pertanyaan tambahan.

Sehubungan itu, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus menggunakan sepenuhnya Kamar Khas bagi membincangkan isu-isu berkaitan perkara tadbir kerajaan dengan menghantar usul-usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 bagi Mesyuarat Pertama tahun hadapan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu, tamat sesi ucapan di bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17) pada hari ini. Kamar Khas hari ini ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang.

[Kamar Khas ditangguhkan pada pukul 3.34 petang]